Nov302009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, cadangan-cadangan penambahan jadual penerbangan di kalangan syarikat penerbangan AirAsia, MAS dan MASwings khususnya bagi kawasan Kota Kinabalu – Sandakan, Sabah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan di atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu dan kepentingan rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Malaysia Airlines dan AirAsia mengadakan penerbangan 28 kali seminggu iaitu MAS sebanyak 14 kali seminggu dan AirAsia juga 14 kali seminggu atau purata 4 penerbangan sehari. Bagaimanapun, sekiranya terdapat petunjuk bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah pasaran penumpang, syarikat MAS dan AirAsia sentiasa bersedia untuk memberikan pertimbangan. Setakat ini untuk 3 bulan iaitu bulan Ogos hingga Oktober 2009, average load factor MAS adalah 63 peratus dan AirAsia adalah 59 peratus.

Dimaklumkan juga setelah proses rasionalisasi perkhidmatan domestik dan selaku syarikat penerbangan komersial, keputusan mereka adalah tertakluk kepada petunjuk pasaran atau actual market demand. Bagaimanapun, sebagai alternatif, laluan penerbangan ini juga menyediakan perkhidmatan Rural Air Services atau RAS yang menggunakan pesawat turboprop jenis ATR dan Fokker 50 yang dikendalikan oleh MASwings dengan kekerapan penerbangan sebanyak 28 kali seminggu atau purata 4 kali penerbangan sehari bagi kemudahan penduduk di Sandakan dan kawasan sekitarnya. Ini menjadikan terdapat jumlah penerbangan keseluruhan 56 kali seminggu atau 8 kali sehari bagi laluan KK-Sandakan-KK termasuk tambahan yang telah dibuat pada 1 Julai 2009 yang lalu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak ada keraguan di atas komitmen dua syarikat penerbangan MAS dan AirAsia.

Apa yang menjadi persoalan iaitu kerajaan memberi kebenaran kepada kedua-dua syarikat penerbangan ini untuk beroperasi dan bersaing secara terbuka, tetapi ini tidak bermakna mereka juga boleh bersaing dalam bentuk jadual mengikut selera mereka.

Mereka kena melihat keperluan pengguna. Keperluan pelanggan itu harus diberi keutamaan.

Contohnya, penerbangan MAS dan AirAsia – Kota Kinabalu-Sandakan. Apabila MAS mengenakan waktu jadualnya 7.30 pagi, AirAsia pula jam 7 pagi. MAS mengenakan jadualnya jam 12.55 tengah hari, AirAsia pula jam 1 petang. Di antara pagi dengan tengah hari itu tidak ada penerbangan dan petang pun demikian. Di antara pukul 10 pagi hingga ke pukul 1 tidak ada penerbangan. Jam 1 petang hingga jam 5 petang, di antara waktu itu tidak ada penerbangan.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, inilah sebenarnya yang amat membimbangkan penumpang-penumpang di antara.., ini baru saya cakap tentang Kota Kinabalu dan Sandakan. Kita tidak tahu destinasi lain, mungkin serupa. Jadi, ini menyusahkan penumpang sebab mereka terpaksa ikut jadual yang ditetapkan tanpa ada pilihan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalannya adakah kerajaan dan kementerian berhasrat untuk memanggil kedua-dua syarikat penerbangan ini supaya merujuk kembali jadual penerangan mereka agar memberi kemudahan kepada penumpang dan juga pelanggan pada masa akan datang? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan di atas teguran tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya setiap hari terdapat 8 penerbangan yang beroperasi di antara Kota Kinabalu-Sandakan dan juga Sandakan-Kota Kinabalu. Memang benar bahawa Malaysia Airlines dan juga AirAsia terbang pada waktu yang hampir sama setiap hari iaitu pada jam 7.10 pagi bagi MAS ke Sandakan dan juga AirAsia jam 7.05 pagi, manakala pada waktu tengah hari pada jam 12.40 tengah hari dan AirAsia pada jam 1.10 petang.

Akan tetapi, saya ingin jelaskan di sini Yang Berhormat bahawa sebenarnya MASwings telah menyediakan perkhidmatan pertama pada jam 8 pagi, penerbangan kedua pada jam 3 petang, penerbangan ketiga pada jam 6.15 petang dan penerbangan yang keempat pada jam 7.50 petang.

Dakwaan Yang Berhormat mengatakan sedemikian memanglah sesuatu yang ada asasnya, tetapi ada juga alasan-alasan yang dibekalkan. Berdasarkan kepada itu, sebenarnya keputusan syarikat penerbangan untuk mengadakan penerbangan pada sesuatu waktu bagi sesuatu laluan, adalah bergantung pada faktor berikut:

final • 10:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

(i) analisa permintaan komersial pasaran penumpang iaitu di mana waktu penerbangan yang terpilih adalah berdasarkan peak period yang mempunyai jumlah penumpang yang tinggi dalam sesuatu hari;

(ii) in and out connectivity dengan penerbangan yang lain di dalam rangkaian penerbangan syarikat penerbangan tersebut sama ada domestik dan antarabangsa; dan

(iii) Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia sentiasa memastikan penggunaan pesawat secara optimum dan efisien dan dalam penentuan jadual mereka menggunakan pertimbangan- pertimbangan tersebut.

Bagaimanapun Yang Berhormat, kementerian akan menyampaikan teguran Yang Berhormat kepada mereka, sekiranya terdapat peluang untuk menambah baik jadual tersebut.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Kota Melaka hendak soal Sandakan ini? Sila, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lapangan Terbang Batu Berendam di negeri Melaka, sudah dinaiktarafkan supaya Boeing 737 dan juga Airbus A320 akan dapat mendarat dan memandangkan Melaka juga sebagai satu negeri pelancongan, sama seperti negeri Sabah dan Sarawak. Untuk merapatkan ketiga-tiga negeri ini, adakah pihak kementerian telah membuat kajian atas keperluannya bahawa untuk destinasi di antara negeri Sabah dan Sarawak ini boleh diwujudkan dari negeri Melaka. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada opsyen hendak jawab atau tidak, ini sebenarnya soalan landasan kapal terbang.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Perkara ini adalah merupakan soalan yang spesifik, cuma saya ingin mengatakan di sini bahawa Kementerian Pengangkutan akan mengkaji setiap masa dan juga melihat sekiranya terdapat peluang pasaran, khususnya bagi syarikat-syarikat yang ingin beroperasi sama ada Syarikat Firefly dan juga syarikat- syarikat yang lain. Mereka boleh membuat kajian untuk melakukannya.

[Soalan No.2 – YB. Tuan Chua Tian Chang (Batu) tidak hadir]

final • 10:10 AM

3. Datuk Seri Azalina binti Othman Said [Pengerang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, mengenai konsep “1 Belia 1Malaysia” dan adakah kerajaan bercadang untuk terus memberikan bantuan pengupayaan kepada persatuan belia pada tahun 2009.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat, untuk maklumat Yang Berhormat, konsep “1 Belia 1Malaysia” merupakan satu gagasan bagi melahirkan generasi belia yang bersatu padu, berintegriti, berakhlak tinggi, serta berkemampuan bagi membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta berdaya saing bagi menepati cabaran sejagat. Konsep ini juga bermatlamat bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dan jalinan kerjasama antara belia pelbagai kaum di negara ini, bagi menyokong aspirasi gagasan 1Malaysia dengan berpaksikan kepada Keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2009 kementerian masih lagi meneruskan bantuan pengupayaan kepada persatuan atau pertubuhan belia yang berdaftar, kementerian juga memberi bantuan dalam bentuk pelaksanaan aktiviti persatuan atau pertubuhan belia dan pelaksanaan program-program latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi pertubuhan belia. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya seterusnya ialah kalau kita lihat daripada jumlah 26 juta rakyat Malaysia, lebih kurang 11 juta rakyat Malaysia di bawah umur 40 tahun, boleh dikategorikan dalam umur belia. Oleh itu, kalau kita tengok jumlah daripada persatuan belia dalam negara kita sebanyak 6,950 persatuan dan jumlah ahli adalah sebanyak 1.9 juta.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah, dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia melalui konsep “1 Belia 1Malaysia”, bukankah ini memberikan penekanan yang lebih supaya dalam aspek perbelanjaan untuk pengupayaan persatuan belia diberikan keutamaan dan bukan kepada perbelanjaan untuk pembangunan- pembangunan fizikal di bawah kementerian. Contohnya seperti pembinaan Kompleks Rakan Muda dan kompleks-kompleks sukan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih kepada Yang Berhormat, memang benar keseluruhan penduduk kalau kita ambil kira, belia begitu ramai sekali. Jadi untuk keupayaan, salah satu cara untuk membantu terutama kepada belia kita, untuk menarik minat mereka, terutama kepada persatuan ataupun pertubuhan belia untuk menjalankan aktiviti demi untuk kebaikan belia. Jadi pada masa kini, kadar bantuan pengupayaan pertubuhan belia, dan sumbangan dari Kementerian Belia dan Sukan telah diberi bagi persatuan belia peringkat kampung, kalau berjaya dipohon akan diberikan lebih kurang RM3,000, persatuan belia peringkat daerah sebanyak RM4,000. Bagi persatuan belia peringkat negeri atau Majlis Belia Daerah sebanyak RM5,000, Persatuan Belia Peringkat Kebangsaan atau Majlis Belia Negeri sebanyak RM10,000.

Bagi kementerian, bukan setakat menggunakan pelbagai cara atau program untuk menarik belia kita untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sebab itulah pelbagai program termasuk kementerian telah memperkenalkan “1 Komuniti 1 Persatuan” untuk menarik lebih ramai belia boleh mengambil bahagian. Memang benar, Kementerian Belia dan Sukan berusaha untuk mendapatkan lebih dana supaya dapat memberikan bantuan kepada belia.

final • 10:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Akan tetapi ini tidak semestinya memenuhi keperluan, sebab dana itu terhad tetapi bagi persatuan pula, mereka haruslah berusaha untuk mendapatkan dana itu. Itu juga satu cara untuk membentuk belia kita pada masa depan yang lebih cemerlang dan boleh mengurus persatuan dengan lebih baik lagi.

Jadi selain daripada itu, berkaitan dengan kemudahan. Saya berpandangan kalau kita menyediakan dana untuk belia menjalankan aktiviti, harus juga menyediakan pelbagai kemudahan atau tempat supaya mereka ada tempat untuk menjalankan aktiviti. Itu adalah penting juga bagi kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, 10 tahun yang lalu, kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta ringgit apabila melaungkan dan memperkasakan belia dan persatuannya melalui Kempen Rakan Muda, dan hasilnya tidak ke mana. Maka remaja dan belia kita semakin teruk keadaan sosialnya pada hari ini, bahkan persatuan belia makin lesu terutama apabila masalah Mat Rempit sampai kini tidak dapat diselesaikan. Keintiman persatuan belia tidak jelas, program belia antara kaum jarang dilaksanakan dan apakah jaminan Menteri agar “1 Belia 1Malaysia” ini tidak menjadi satu retorik sahaja dan membazirkan wang rakyat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Yang Berhormat itu tidak benar, kementerian sentiasa mengambil berat mengenai persatuan belia. Jadi apa yang harus diingat ialah, belia yang dimaksudkan atau di bawah kementerian adalah daripada umur 15 tahun ke atas dan 40 tahun ke bawah, maknanya masih ada banyak lagi sebab mengapa belia kita ada masalah, bukan semata-mata bergantung kepada Kementerian Belia dan Sukan sahaja.

Kementerian Belia dan Sukan memang telah mengambil pelbagai langkah, konsep “1 Belia 1Malaysia” selama ini, dan sebab itu saya katakan kerajaan tidak mahu mencicirkan sesiapa sekalipun. Jadi belia atau persatuan belia haruslah memainkan peranan termasuk Yang Berhormat supaya program-program yang dilaksanakan oleh kementerian harus disambut dengan baik. Sekiranya ada kelemahan, maklumkanlah kepada kementerian, kita faham masalah ini pernah berlaku tetapi apa yang penting ialah, kita berharap terutama belia kita tanpa mengira kaum dapat memanfaatkan dan kementerian telah memfokuskan tiga elemen utama untuk mendidik belia contohnya:-

(i) kepimpinan;

(ii) kemahiran; dan

(iii) keusahawanan.

final • 10:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Jadi, kita harap perbelanjaan yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu, kita memang menggunakan sebaik yang boleh. Jadi, harap dapat bantuan lah terutama daripada semua pihak. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

4. Tuan Tan Tee Beng [Nibong Tebal] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapa banyak rakyat Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah. Bolehkah kementerian memberi satu angka yang terkini mengikut pecahan negeri.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Nibong Tebal yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia, kad pengenalan merah adalah diberi kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin secara tetap di Malaysia.

Jumlah mereka yang memegang kad pengenalan merah ini sehingga September 2009 adalah berjumlah 374,500 orang. Bagi pemegangan kad pengenalan merah yang dilahirkan di Malaysia jumlah mereka adalah seramai 64,731 orang dan pecahannya mengikut negeri adalah seperti berikut:

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

NegeriJumlah (Orang)
Sabah12000
Selangor11307
Perak6589
Johor5509
W.P Kuala Lumpur4906
Kedah2822
Pulau Pinang2209
Pahang1981
Negeri Sembilan1947
Kelantan1295
Melaka789
Sarawak771
W.P Labuan653
Perlis326
Terengganu307
W.P Putrajaya17
Lain-lain11303Jumlah64731
final • 10:20 AM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Nibong Tebal. Kena tunggu sekejaplah Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Okey, baik,baik. Terima kasih. Saya ingat seorang sahajalah yang hendak tanya. Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan mempunyai cara-cara yang baru atau pun sistem yang lebih lengkap ataupun maju untuk memudahkan rakyat apabila hendak memohon IC baru dalam jangka masa yang lebih pendek dan juga memberikan kemudahan-kemudahan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen- dokumen sokongan yang cukup ataupun lengkap terutama sekali kepada kanak-kanak yang baru hendak memasuki alam persekolahan dan juga masyarakat India yang berada di luar bandar dan estet-estet.

Di sini saya juga ingin bertanya kepada kementerian bahawa adakah kita akan berhadapan sekali lagi satu kes, satu insiden yang berlaku dalam bulan September tahun ini apabila seorang yang kad pengenalannya biru, seorang warga emas hanya siap dan diterima selepas beliau meninggal dunia. Inilah soalan saya, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks kad pengenalan merah Tuan Yang di-Pertua, kita mengeluarkan kepada penduduk tetap yang mana apabila mereka telah mendapat sijil penduduk tetap, maka bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara tidak ada masalah untuk mengeluarkan kad merah ini. Kalau dari segi pengeluaran kad merah ini, kita tiada jumlah yang banyak, yang tertunggak untuk hendak mengeluarkan kad merah ini kerana ianya hanya menumpukan kepada penduduk tetap sahaja Yang Berhormat.

Jadi, daripada segi sistem yang kita ada, saya rasa sistem yang kita buat berkaitan dengan pengeluaran kad merah ini adalah satu sistem yang cepat dan mudah dikeluarkan.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya berterima kasihlah atas jawapan pihak kementerian soal rakyat yang memegang kad merah ini yang berjumlah 12,000. Jadi, ada satu soalan yang spesifik yang saya akan tanya kepada pihak kementerian. Ini seorang rakyat berketurunan Cina tetapi dia dianggap orang yang sudah lama tinggal di Sabah. Saya tahu orang ini tinggal sendiri. Nama dia Wong Teck Ming yang mempunyai beberapa orang anak.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Seorang daripada anaknya bernama Joane Wong Yen Szi yang sedang bersekolah, berumur 15 tahun dan ada mendapat surat daripada pihak kementerian melalui surat MKDN/2-MHEDN Jilid 4 yang menyatakan bahawa anaknya tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Apabila murid ini memohon memperbaharui pasport, beliau ini mempunyai kad pengenalan biru. Nombor surat beranak dia 322/94 yang bertarikh 120894, berumur 15 tahun. Saya sungguh hairan. Saya berjumpa di rumah saya...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tanya soalannya Yang Berhormat. Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Soalan dia.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sebab ini soal spesifik.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu spesifik, sepatutnya ringkas spesifik ini.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi, saya minta kenapa pihak kementerian menolak permohonan ini bahkan budak ini mempunyai kad pengenalan biru.

Budak yang lain itu masih warganegara Malaysia. Minta penjelasan kenapa ini berlaku?

Jadi, mungkin banyak lagi orang menghadapi masalah seperti ini.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Putatan ini, ianya adalah menumpukan kepada pengeluaran sijil warganegara Malaysia. Bukan berkaitan dengan masalah kad pengenalan. Jadi, walau bagaimanapun, masalah kes yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat ini kerana tiada maklumat yang ada dengan saya bahawa saya akan berjumpa untuk mendapat nombor rujukan-rujukan yang tertentu daripada Yang Berhormat yang mana saya sendiri akan memastikan untuk mendapatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pemohon ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakanlah berkaitan dengan warganegara ini, adalah bukan secara automatik yang dianugerahkan oleh kerajaan, ia merupakan hak budi bicara kerajaan. Terima kasih.

[Soalan No. 5 – YB. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [Lubok Antu] tidak hadir]

final • 10:20 AM

6. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) berapakah jumlah kecacatan yang berlaku di kalangan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang berhampiran dengan Pusat Tenaga Nuklear; dan

(b) apakah bentuk jaminan serta imbuhan kepada pekerja-pekerja di pusat tersebut.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan bahagian:

(a) Saya akan fokuskan ataupun memperluaskan soalan ini dalam konteks aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Nuklear Malaysia sebab soalan ini agak umum.

Jadi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat tiada sebarang kes kecacatan di kalangan penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi ataupun pekerja di Agensi Nuklear Malaysia yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun (KKM) akibat aktiviti agensi itu.

Aktiviti di Agensi Nuklear Malaysia telah terbukti tidak memberikan sebarang kesan negatif sama ada kepada kesihatan penduduk sekeliling ataupun kesejahteraan alam sekitar.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Bukti ini adalah berdasarkan pada hasil pemantauan alam sekitar yang telah dilaksanakan secara berterusan sejak sebelum kemudahan-kemudahan di agensi itu mula beroperasi pada tahun 1982 lagi.

Pemantauan ini merangkumi analisis kandungan bahan radioaktif di dalam sampel udara, air, tanah dan tumbuh-tumbuhan dalam kawasan persekitaran termasuk di seluruh kawasan Bandar Baru Bangi.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Hasil pemantauan ini telah membuktikan ketiadaan peningkatan kandungan bahan radioaktif dalam kawasan persekitaran berbanding dengan keadaan sebelum Agensi Nuklear Malaysia mula beroperasi. Bagi menjamin keselamatan awam dan kesejahteraan alam sekitar, semua kemudahan penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia dilengkapi dengan peralatan seperti penapis udara serta kemudahan rawatan sisa radioaktif cecair dan pepejal untuk mengelakkan sebarang pelepasan bahan radioaktif ke kawasan sekeliling. Sejak agensi itu mula beroperasi, semua sisa radioaktif cecair dan pepejal telah dirawat dan disimpan dalam kompleks agensi itu sendiri dan tidak dilepaskan ke luar kompleks itu.

Kesemua langkah keselamatan di Agensi Nuklear Malaysia termasuk bagi keselamatan pekerja serta orang awam dan juga alam sekitar sentiasa dipantau melalui sistem audit dalaman di agensi itu sendiri dan juga oleh agensi-agensi kawal seliaan kebangsaan yang berkenaan terutama Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Audit atau dengan izin, peer review terhadap keselamatan operasi agensi itu oleh agensi-agensi antarabangsa yang berkenaan terutamanya oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa juga dilaksanakan daripada semasa ke semasa.

Peer review oleh pakar-pakar dari negara-negara serantau juga telah dilaksanakan di bawah rangka kerja Forum Kerjasama Nuklear di Asia ataupun FNCA.

Kesemua langkah keselamatan di Agensi Nuklear Malaysia juga adalah perlu bagi memenuhi obligasi negara di bawah pelbagai treaty, konvensyen dan perjanjian nuklear serantau dan antarabangsa termasuk Treaty Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara yang turut meliputi aspek keselamatan aktiviti nuklear bagi mengelakkan kesan negatif kepada negara jiran.

Bagi soalan;

(b) Tuan Yang di-Pertua, Nuklear Malaysia memberi jaminan dan imbuhan yang biasa kepada kakitangan kerajaan. Walaupun sebahagian daripada kakitangan agensi itu yang ditakrifkan sebagai pekerja sinaran atau dengan izin, radiation workers, berkelayakan untuk mendapat cuti tambahan sebanyak 14 hari setahun. Bagi para kakitangan menjalankan tugas sebagai pengendali reaktor penyelidikan nuklear yang terdapat di agensi, elaun kelayakan khas sebanyak RM150 sebulan diberikan kerana kesemua pengendali reaktor itu perlu menjalani latihan khas tambahan yang dikendalikan oleh agensi itu sendiri sebelum dibenarkan mengendali reaktor penyelidikan tersebut.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Bagi memastikan ketiadaan sebarang kesan negatif terhadap kesihatan masing-masing, kesemua kakitangan Agensi Nuklear Malaysia yang ditakrifkan sebagai pekerja sinaran menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan perubatan ini tertumpu pada aspek-aspek yang khusus kepada mengenal pasti sebarang kesan sinaran ataupun radiation dalam sel darah serta tubuh kakitangan berkenaan dan tiada kesan negatif telah didapati selama ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih dengan jawapan Timbalan Menteri tadi. Memanglah sedap sekalilah kalau kita dengarkan dengan jaminan-jaminan yang ada. Betul, kalau kita tengokkan dengan jaminan yang diberikan, berbagai-bagai kaedah yang diadakan tapi apa yang saya ingin ingatkan bahawa sinar radioaktif ini kita dapati bahawa kromosom dia akan melibatkan dengan gen dan juga kromosom akan terkesan dan kita dapati bahawa gen dan kromosom ini akan memakan masa bukan hari ini. Kalau macam kita tanam pisang ataupun kita tanam kacang, immediately dalam masa tiga bulan ataupun kalau tanam pisang selama sembilan bulan, kita akan tahu kesannya tapi manusia.

Kita akan dapati manusia ini bila gen ataupun kromosom nanti rosak, dia akan menjadi kepada down syndrome dan mahukah kita tengok, kalau kita perhatikan bahawa sejauh mana kajian yang ada inikan iaitu kesannya lama. Iaitu kalau kita perhatikan kesannya terutama sekali di sekolah-sekolah kalau kita perhatikan, kalau anak itu tujuh tahun akan datang baru kita nampak kecacatan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, soalan, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Ya, ini betul. Memang soalan kita ini, saya nak bagikan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Betul, betul Jadi, apa yang saya sikit nak nyatakan, setelah tujuh tahun barulah kita tahu dia punya IQnya macam mana semua sekali. Jadi, apa yang diberikan oleh Timbalan Menteri... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Sabarlah dulu. Sabar, sabar kejap. Sikit saja.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Bagi chance lah.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Bagi chance lah saya sikit.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Ha, bagi peluang.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Ha, ini soalannya keluar sekarang ini. Okey, kerajaan bagi dia kata tak ada apa-apa. Baik, kita nak tahu sejauh manakah pasangan-pasangan yang bekerja tadi mempunyai zuriat yang ada, zuriat dia itu berapa ada. Kadang itu kita perhati bahawa disebabkan kromosom yang rosak tadi kan, iaitu mandul, kemandulan. Okey, okey, istilah mandul. Jadi berapa kerat zuriat yang ada itu.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat. Sila Menteri jawab.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Okey, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau saya tak ketawa, tak senyum, tak kelakarlah itu Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Bagan Serai, saya pun kurang pasti daripada soalan tersebut, apa yang ingin ditanya tapi kalau berkaitan dengan penyelidikan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak payah Yang Berhormat. Kalau tak pasti tak payah jawab Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

[Ketawa] Cuma memadai saya mengatakan bahawa daripada daftar yang kita terima daripada Kementerian Kesihatan iaitu data 2006, kalau kita melihat Selangor sahaja, jumlah penyakit kanser yang didaftar hanya 170 orang di seluruh hospital di Selangor dan kalau berkait dengan apa yang dikatakan tadi, ianya banyak bukan sahaja berkaitan dengan banyak hal-hal yang menyebabkan kita kanser.

Daripada segi pemakanan, amalan kehidupan kitalah. Bukan sahaja berpunca daripada apa yang dimaksudkan. Mungkin yang dihubung kait dengan kegiatan Agensi Nuklear tiada yang terbukti setakat ini yang kita terima laporan daripada Kementerian Kesihatan.

Jadi kajian yang disebut melainkan disokong oleh fakta mungkin kita dapat menjawab lebih khusus lagi kepada apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sepatutnya Yang Berhormat, soalan itu tadi cantik. Dikatakan adakah comparative study dibuat, orang bekerja di dalaman di sekitaran dengan keseluruhan rakyat Malaysia, perbezaan dia, effective penyakit-penyakit yang tertentu. Sila Yang Berhormat Lipis.

final • 10:30 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kalau kita lihat Chernobyl sampai sekarang dah menjadi hutan, kalau boleh dikatakan bandar hantu di Rusia. Di Amerika, saya terbaca saintis dia atau pusat tenaga nuklear dia mengorek sebuah gunung menyimpan dengan izin, waste daripada radioaktif dan sebagainya ini dalam gunung tersebut dan sampai sekarang belum ada satu kajian atau dapatan baru bagaimana nak memulih waste yang ada ini atau merawat waste yang ada ini.

Jadi, soalan saya ialah setakat mana kajian atau dapatan kajian yang telah dibuat oleh pihak Tenaga Nuklear atau Nuklear Malaysia untuk merawat waste yang disimpan, radioaktif yang disimpan yang dikatakan disimpan di Bangi itu sendiri dalam bekas. Kita bimbanglah kalau bocor nanti ada masalah termasuk saya pun sebab saya duduk dekat Bangi itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya pertama sekali untuk menerangkan daripada segi pemantauan. Kita ada dua kementerian ataupun agensi yang berhubung kait. Satu, Nuklear Agensi ataupun Agensi Nuklear Malaysia, satu lagi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di mana pemantauan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, mereka akan menjalankan pemantauan sebanyak empat bulan sekali sama ada secara berkala ataupun spot check ke atas nuklear agensi yang melibatkan aktiviti-aktiviti nuklear mereka termasuklah penyimpanan dan penyimpanan sebagaimana kita sedia maklum, banyak peralatan yang berhubung kait dengan nuklear termasuklah peralatan perubatan dan sebagainya dan benda itu bila disimpan, lama-lama ianya akan hilang secara natural bila dah habis peralatan tersebutlah.

Maka ianya tiada lagi kesan radiasi. Satu lagi ialah apa yang dikatakan real time monitoring yang menggunakan environmental radiation monitoring system ataupun ERMS dengan izin. Kita ada peralatan ini untuk monitor secara real time dan ianya akan dibuat secara online untuk alert agensi kita berkaitan dengan adanya pelepasan radiasi yang luar biasa, luar daripada base data kita yang sedia ada. Alat-alat ini terletak di Kudat, di Sri Aman, di Nuklear Malaysia itu sendiri, di Johor Baru, Kuantan dan yang paling dekat di Cuping. Bukan cuping dekat telingalah, Cuping dekat Perlis.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Jadi itu yang kita ada. Maknanya kita sudah ada alat-alat untuk monitor secara real, sama ada berlaku kebocoran radiasi atau tidak. Apa yang kita lakukan ialah untuk monitor. Kalau ada kebocoran, maka tindakan akan diambil untuk merawat dan juga tindakan untuk menyelamat.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang dicadangkan termasuk oleh Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan kajian, insya-Allah kita akan initiate apa yang dicadangkan tadi untuk kita melakukan kajian berkaitan dengan dalaman, luaran dan perbandingan apa yang dimaksudkan itu tadi.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

7. Tuan Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, berapa ramai warga Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara bagi setiap bulan sejak Mac 2008 hingga Ogos 2009 dan perbandingan keseluruhan dengan tahun 2007.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Labis ke atas soalan yang dikemukakan. Jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara bagi tempoh Mac 2008 hingga Ogos 2009 di seberang laut adalah seramai 304,358 orang.

Manakala bagi tahun 2007, jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah adalah seramai 139,696 orang. Di antara faktor-faktor penghijrahan adalah kerana faktor pendidikan, faktor ekonomi seperti bekerja dan berniaga, serta faktor sosial seperti mengikut pasangan. Walau bagaimanapun, perangkaan ini hanyalah berdasarkan kepada jumlah yang berdaftar dengan Perwakilan Malaysia di seberang laut. Sekian.

final • 10:40 AM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Ini jelas menunjukkan bahawa dari segi penghijrahan dari tahun 2007 sehingga sekarang, ia jauh meningkat secara mendadak. Adakah salah satu sebab penghijrahan juga berlaku disebabkan oleh masalah ketidakstabilan politik yang berlaku selepas Mac 2008?

Selain itu, dari segi faktor ekonomi dan sosial, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan brain drain berlaku? Ini kerana kebanyakan yang berhijrah mempunyai pengetahuan yang tinggi atau kedudukan kewangan yang bagus. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya migrasi antarabangsa ataupun penghijrahan antarabangsa ini, kita dapat lihat ada yang berjangka panjang, sederhana dan pendek. Untuk jangka panjang dan sederhana ini, makluman yang saya berikan iaitu 304,358 orang. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa faktor utama yang mana menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2008. Sebenarnya kalau kita lihat tahun ini contohnya, penghijrahan ke negara-negara seperti Australia, UK meningkat dengan begitu mendadak disebabkan oleh begitu ramai rakyat Malaysia yang ingin keluar belajar ke negara-negara tersebut.

Jadi, peluang-peluang pendidikan yang ada di negara itu merupakan salah satu pulling factor dari sana. Selain itu, mungkin ada yang mengikut pasangan mereka, mungkin suaminya atau isterinya di sana, terus mereka dapatkan PR ke negara lain dan berhijrah ke sana. Disebabkan oleh faktor politik, mungkin saya atau kementerian anggap adalah satu angka yang agak kecil, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itu sahaja. Sekian.

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyambung sedikit Tuan Yang di-Pertua. Persoalan ini sudah pun dibicarakan terlalu lama, persoalan penghijrahan dan apa yang disebutkan tadi sebagai brain drain.

Timbalan Menteri tidak menyebutkan tentang profil jumlah yang keluar atau berhijrah seramai 304,358 orang yang mutakhir itu untuk tahun 2008 hingga 2009. Profilnya itu perlu diperjelaskan kerana kita ingin tahu sebenarnya. Apa pun faktor-faktor yang disebutkan tadi, ia tentunya multi-factorial, dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, itu satu perkara yang perlu ditinjau dengan lebih teliti.

Persoalannya, bukan hanya kita menghadapi fund outflow hari ini dengan pelabur tempatan tidak mahu melabur di sini, kita juga sudah menghadapi perkara ini brain out flow.

Soalan tambahan saya adalah, apakah langkah-langkah konkrit brain out flow supaya tidak berlaku sepertimana berlaku baru-baru ini pada bulan November yang lalu Tuan Yang di- Pertua, negeri Pulau Pinang kehilangan USD3 bilion pelaburan kerana antara lainnya, sebab pelabur tidak mahu masuk kerana Pulau Pinang tidak mampu menyediakan 1,000 engineers. Ini adalah perkara yang cukup penting Tuan Yang di-Pertua dan kita bercakap tentang high income economy, rakyat kita keluar berhijrah sedemikian ramai. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya daripada 304,000 orang yang berada di luar negara, lebih kurang 50,000 orang adalah pelajar. Kalau kita lihat, memang begitu ramai yang keluar ke negara-negara seperti Australia, UK dan sebagainya untuk bekerja di situ. Memang kita tidak dapat nafikan.

Namun begitu, kalau kita lihat MOSTI dan juga Kementerian Sumber Manusia, mereka juga mengaturkan beberapa program untuk membawa balik melalui Program Brain Gain dan juga program memanggil balik rakyat Malaysia ke Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.

Menyentuh tentang pelaburan di negeri Pulau Pinang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat, memang benar pelaburan di Pulau Pinang itu jatuh begitu mendadak. Saya percaya ini perlu ada kemahiran untuk membawa masuk pelabur-pelabur dari negara asing.

Jadi, ini kelemahan negeri itulah. Itu kita boleh lihatlah...

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Timbalan menteri, timbalan menteri...

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Kelemahan negeri jika dibandingkan dengan...

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Sebab diberikan adalah kerana...

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Pelaburan...

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Skill engineers dan bukan kerana perkara-perkara lain. Timbalan Menteri saya ingin tegaskan...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kelemahannya, DAP perintahlah.

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Jangan mislead the house. Please.

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Apabila kita sebut engineer ataupun pakar- pakar ini, ini semua sekali gus termasuk kepada kepakaran negeri tersebut. Kita perlu lihat bagaimana dahulu dan sekarang, dan kenapa sekarang menghadapi begitu ramai yang berhijrah ke negeri lain ataupun keluar dari Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sekian.

[Soalan No.8 – YB. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) tidak hadir]

final • 10:40 AM

9. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Kesihatan menyatakan, beberapa negara termasuk negara China, Australia, Amerika Syarikat telah berjaya mencipta dan mengedarkan vaksin untuk H1N1. Adakah Kementerian melakukan penyelidikan dalam negara ini untuk mengeluarkan vaksin tersebut sendiri. Kalau tidak, bilakah pihak kementerian akan bekerja sama dengan negara tersebut untuk membolehkan Malaysia mendapat vaksin ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bini Haji Abd. Rashid Shirlin

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah di atas soalan yang disampaikan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kejadian pandemik H1N1 2009 yang sedang berlaku pada masa ini, vaksin Influenza AH1N1 sangat diperlukan. Walau bagaimanapun, penghasilan vaksin dalam masa yang singkat hanya boleh dihasilkan oleh pengilang vaksin yang sedia ada. Buat masa ini, hanya terdapat beberapa syarikat pengilang vaksin antarabangsa dapat menghasilkan vaksin dalam kuantiti yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan telah pun bekerjasama dengan satu syarikat pengilang vaksin antarabangsa, iaitu GlaxoSmithKline (GSK) yang beroperasi di London, untuk memperoleh vaksin tersebut. Kerajaan telah pun membuat pesanan untuk mendapatkan sebanyak 400,000 dos vaksin H1N1 dengan harga berjumlah RM14 juta.

Kumpulan pertama vaksin H1N1 berjumlah 46,000 dos telah pun sampai ke Malaysia pada November 2009.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bini Haji Abd. Rashid Shirlin

Dijangka menjelang akhir tahun 2009 ini jumlah bekalan vaksin yang akan diterima adalah sebanyak 78,000 dos. Manakala amaun yang selebihnya dijangka akan diperolehi pada Januari 2010.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bini Haji Abd. Rashid Shirlin

Vaksin ini akan diberikan kepada kakitangan barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit dan juga keselamatan negara. Juga kepada kumpulan yang berisiko tinggi iaitu pesakit diabetes, kanak-kanak dan wanita hamil. Kementerian Kesihatan sedar bahawa vaksin merupakan satu langkah utama bagi mencegah kejadian penyakit berjangkit. Oleh itu kerajaan telah pun menubuhkan sebuah syarikat berkait dengan kerajaan atau GLC dengan izin di bawah Kementerian Kewangan yang dikenali sebagai Ninebio.

Apabila ianya berupaya beroperasi dengan lancar syarikat ini dijangka dapat membuat penyelidikan dan menghasilkan vaksin untuk kegunaan Malaysia dan juga negara-negara serantau. Walaupun Malaysia belum berupaya menghasilkan vaksin pada masa ini, Institut Penyelidikan Perubatan telah dan sedang menjalankan penyelidikan terhadap genetik virus influenza AH1N1. Penyelidikan ini penting untuk mengesan sebarang mutasi yang berlaku dan juga boleh digunakan untuk menghasilkan vaksin.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang jawapan tersebut. Soalan saya adalah berkenaan dengan cara Kementerian Kesihatan mengendalikan fenomena H1N1 ini.

H1N1 ini sudah lama terjadi dan kita nampak negara-negara yang lain khususnya negara- negara di mana satu masa ketika H1N1 itu amat serius seperti Mexico, Amerika Syarikat dan juga Australia. Mereka sekarang andaikan fenomena ini merupakan satu fenomena kesihatan yang biasa. Khususnya Melbourne, Australia di satu masa ketika diandaikan sebagai capital H1N1.

Apabila kita pergi Melbourne kita nampak dia tidak sebut perkara itu langsung.

Dalam surat khabar tidak ada orang sebut perkara itu. Mereka andaikan perkara itu satu perkara biasa. Baru-baru ini Tiger Wood pergi sana main golf beribu-ribu orang ikut dia.

Restoran penuh, hotel semua penuh mereka pulang tidak ada apa jadi. Soalan saya ialah adakah pengendalian itu betul atau tidak? Bila kita masuk KLIA kita diingati semua orang dimonitor. Bolehkah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan menyatakan fenomena di Malaysia ini adalah biasa semua orang ada smart.

Kita jemput mereka datang sini jangan bimbang. Kalau ada apa masalah kita boleh kendalikan. Adakah langkah ini lebih elok atau tidak? Sekian terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya cara negara kita menangani influenza AH1N1 adalah antara negara yang menangani influenza ini boleh dikategorikan sebagai salah sebuah negara yang mengendalikan dengan cara yang cemerlang sebenarnya Yang Berhormat. Ini kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat sehingga 22 November 2009 sejumlah 622,482 kes influenza AH1N1 telah dilaporkan di seluruh dunia dan lebih daripada 200 negara terlibat dengan angka kematian sebanyak 7,826 kematian.

Bilangan ini adalah tinggi daripada minggu yang sebelumnya iaitu 18 peratus dan sebanyak 75,000 kes ataupun 95 peratus kes telah dilaporkan di kawasan Mediterranean Timur. Angka yang saya katakan 18 peratus telah dilaporkan di kawasan Eropah Yang Berhormat. Jadi ini menunjukkan trend peningkatan yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan kes-kes influenza AH1N1 di negara kita sendiri. Iaitu di negara kita sehingga 29 November hanya 12,192 kes yang dilaporkan dan kadar kematian masih kekal 77 orang iaitu kurang daripada 1 peratus. Jadi Yang Berhormat apa yang saya cuba nyatakan di sini adalah cara dan amalan kita terutama sekali Kementerian Kesihatan adalah terbaik.

Walaupun kita menunjukkan trend peningkatan kes telah menurun di negara kita.

Namun apa yang pasti influenza AH1N1 ini masih aktif di seluruh dunia terutama sekali di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Jadi sekiranya kita mengamalkan sikap lewa dan tidak memberi ingatan ataupun panduan kepada masyarakat kita, nescaya kita akan mengalami masalah seperti yang berlaku di negara-negara yang lain. Jadi Yang Berhormat sebenarnya dari segi kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, kedua-dua kementerian ini sering berbincang dan kita juga telah mengeluarkan nasihat kepada pelancong-pelancong asing.

final • 10:50 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Walaupun kita memberikan penekanan kepada langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani influenza ini. Namun pada masa yang sama kita juga memberikan beberapa panduan kepada pelancong dan menyatakan bahawa negara ini adalah antara negara yang selamat untuk dilawati. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kalau banding dengan Singapura kerana Singapura vaksin itu lebih luas digunakan berbanding dengan Malaysia. Juga mengapa kita melantik Ninebio untuk membuat vaksin ini? Adakah firma ini yang paling layak, yang paling berkemampuan untuk berbuat demikian? Bukankah apabila Ninebio sekarang membuat vaksin dua tiga tahun akan datang kita ada vaksin virus H1N2, H1N3 sudah berubah kerana keistimewaan virus ini kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Bolehkah Yang Berhormat sebutkan 400,000 dos ini siapa yang akan kita berikan vaksin ini selain daripada 46,000 dos sekarang diberi kepada barisan hadapan?

final • 10:50 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong di atas soalan yang dipanjangkan tadi. Yang Berhormat untuk pengetahuan Yang Berhormat mengapa kerajaan ataupun khususnya Kementerian Kesihatan. Ninebio ini merupakan sebuah syarikat GLC yang telah ditubuhkan khusus bagi membuat penyelidikan serta menghasilkan vaksin bagi kegunaan Malaysia dan juga negara-negara serantau. Ninebio ini adalah sebuah syarikat sekiranya beroperasi ianya mampu untuk menjalankan penyelidikan terhadap genetik virus influenza A H1N1 dan juga virus-virus yang baru.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat penyelidikan adalah penting. Dalam usaha untuk menghasilkan sebarang vaksin bagi mengenal pasti ataupun mengesan sebarang bentuk mutasi yang berlaku. Hasil daripada influenza tersebut dan ianya mutasi yang tersebut boleh digunakan menghasilkan vaksin bagi merawat penyakit-penyakit ataupun influenza-influenza yang baru. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga sehingga 26 November 2009 sejumlah 4,333 anggota barisan hadapan telah diberikan suntikan vaksin H1N1 ini.

final • 10:50 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Saya akan berikan pecahan mengikut negeri sekiranya diperlukan oleh Yang Berhormat. Namun seperti yang saya katakan tadi, selain daripada pasukan barisan hadapan, mereka yang akan mendapat prioriti, dari segi keutamaan bagi mendapatkan virus-virus ini adalah terdiri daripada mereka yang berisiko tinggi iaitu pesakit-pesakit diabetes, kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun dan wanita-wanita hamil.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, pemberian vaksin kepada wanita hamil, pemberian vaksin H1N1 ini adalah selamat sekiranya kita berikan kepada wanita yang sedang hamil. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya secara dasarnya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah di mana sekiranya jumlah 400,000 dos ini tidak mencukupi, kita akan bersedia untuk membuat tempahan selanjutnya mengikut keadaan semasa.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, soalan.

Keselamatan vaksin dilaporkan semalam. Kanada ada bahayanya, dilaporkan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tahu, Yang Berhormat. Kita hendak rendahkan sedikit publisiti soal H1N1 ini, Yang Berhormat. Sebenarnya, saya banyak berbincang dengan expert di Malaysia dan juga di Australia cara kita menangani banyak sangat publisiti untuk individu.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Vaksin ini dilaporkan berbahaya, semalam.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak perlu lagi.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Berita Malaysia keluar tentang bahayanya di Kanada.

final • 11:00 AM

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah keberkesanan pindaan seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 yang mengehadkan pampasan pekerja.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjawab soalan yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat yang saya telah jawab beberapa kali dahulu. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya memperingatkan kalau sudah berikan jawapan yang lama, memperingatkan jangan ubah melainkan ada fakta-fakta yang baru, Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat terkena Peraturan Mesyuarat 36(12)... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Pindaan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan telah dibuat dan dikuatkuasakan pada bulan Februari 2008.

Pindaan tersebut dilakukan bagi menambah baik terhadap beberapa peruntukan dan penambahan beberapa peruntukan baru dan juga jadual dengan berlandaskan kesesuaian dan kehendak suasana perhubungan perusahaan semasa di negara ini.

Salah satu peruntukan yang terlibat adalah Seksyen 30 yang berkaitan dengan award Mahkamah Perusahaan. Pindaan yang telah dibuat adalah dengan memasukkan subseksyen 6A, di bawah seksyen 30, memperuntukkan bahawa dalam mengeluarkan sesuatu award, Mahkamah Perusahaan tidak terikat dengan apa-apa permintaan yang dibuat oleh mana-mana pihak pertikai dan boleh juga memasukkan apa-apa perkara di dalam award tersebut yang dirasakan perlu dan bersesuaian bagi menyelesaikan pertikaian perusahaan atau sesuatu kes tuntutan pemulihan kerja di bawah subseksyen 23.

Di dalam Jadual Kedua akta tersebut, Mahkamah Perusahaan semasa mengeluarkan award dalam kes tuntutan pemulihan kerja sekiranya melibatkan gaji ke belakang perlu diberikan iaitu mestilah tidak melebihi 24 bulan gaji terakhir dari tarikh pemecatan pekerja tersebut. Selain itu, award gaji kebelakangan bagi pekerja yang dipecat dalam tempoh percubaan juga dihadkan kepada 12 bulan gaji terakhir pekerja tersebut.

Amalan ini telah pun diamalkan oleh Mahkamah Perusahaan dalam menurunkan awards sebelum ini melalui satu practice note daripada tahun 1987. Di samping itu, pindaan ini juga telah mengambil kira keadilan dan kebajikan kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan.

Selain itu, bayaran gaji ke belakang ini juga telah diamalkan di negara-negara yang lain contohnya di United Kingdom. Bayaran gaji ke belakang bagi kes-kes pembuangan kerja adalah sebanyak enam setengah bulan sehingga 13 bulan gaji. Bagi negara Australia, bayaran gaji ke belakang tidak melebihi enam bulan sebagai pampasan menggantikan pengambilan balik pekerja tersebut.

Secara keseluruhannya, pindaan kepada seksyen 30 adalah bertujuan untuk memastikan proses kes-kes pemulihan kerja diselesaikan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh perayu membuat representasi sehingga Mahkamah Perusahaan mengeluarkan award. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pindaan itu di atas perbandingan negara-negara luar seperti Australia, Eropah dan negara Asia. Proses seksyen 30 ini Tuan Yang di-Pertua, mesti melalui di bawah Seksyen 20, file, seksyen unfair dismissal, kemudian subseksyen 20(3) Yang Berhormat Menteri mengatakan wajar atau tidak wajar. Tidak wajar pergi Mahkamah Tinggi. Balik-balik Industrial Court, pergi balik Mahkamah Tinggi. Majikan tidak puas hati pergi Mahkamah Rayuan. Makin tidak puas hati pergi Mahkamah Persekutuan. Soalan saya ialah begitu tujuh level yang harus pergi sampai Mahkamah Persekutuan?

Kalau melepasi tujuh hingga lapan tahun, ini memberikan beban kepada bayaran pampasan 24 bulan. Di Australia, mereka direct pergi. Kita ada proses industrial relation yang perlu kita lalui. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, memakan masa tujuh hingga lapan tahun adakah cukup menggembirakan Kementerian Sumber Manusia? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang perkara ini tidak menggembirakan kita. Salah satu daripada isu yang akan diberi tekanan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang ialah untuk mengkaji semula proses-proses yang ada di dalam Akta Perusahaan supaya kita boleh memendekkan masa yang diambil, seboleh-bolehnya untuk menyelesaikan kes di dalam 24 bulan. Kalau itu boleh dicapai, pertikaian yang ada pada masa sekarang tentang pindaan ini tidak wujud. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seksyen 30, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selamat Hari Raya Aidiladha. Minal aidil wal faizin wal makbulin, kullu 'aamin wa antum bikhair Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. P. Ramlee pernah bermadah, “berniaga manusia lebih untung daripada berniaga unta.” Saya hendak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kenyataan terus membekukan pekerja-pekerja asing daripada Bangladesh. Namun begitu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ini salah seorang Menteri yang dedikasi.

Apa hukuman pernah dikenakan kepada agen-agen yang menganiaya pekerja- pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia tetapi tiada pekerjaan sehingga mereka terlantar tiada makanan, tiada wang dan sebagainya. Apa hukuman yang pernah dikenakan kepada agen-agen yang jahat seperti ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang ini terkeluar daripada seksyen 30. Walaupun demikian, isu ini ialah isu yang ditangani oleh pihak Imigresen di mana kalau seseorang agen membawa seorang pekerja daripada negara asing, pertama, melainkan syarikat-syarikat outsourcing yang sekarang sudah dibekukan dan kegiatan mereka sudah dikawal. Kedua, mesti ada satu majikan yang tertentu sebelum seorang pekerja asing boleh dibawa masuk ke dalam negara kita.

Kalau mereka membawa seseorang dengan memalsukan dokumen-dokumen dan dengan itu mereka telah menunjukkan bahawa ada majikan tetapi akhirnya tiada majikan, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen dan ini di luar bidang kuasa kementerian saya. Namun begitu, ada kes-kes di mana memang ada bukti bahawa kesalahan ini sudah berlaku. Pihak Imigresen telah mengambil tindakan ke atas mereka.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

11. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) apakah langkah terkini bagi memajukan sukan bola sepak dalam negara dan adakah cadangan supaya pasukan bola sepak negara dikendalikan oleh pihak swasta atau GLC kerajaan; dan

(b) berapakah perbelanjaan yang kerajaan keluarkan untuk aktiviti sukan berbanding dengan kegiatan atau aktiviti belia dalam negara ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan ll - Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa langkah dalam memajukan sukan bola sepak telah dilaksanakan secara berperingkat melalui kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi serta Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang berperanan besar menyediakan pemain bola sepak di peringkat akar umbi telah pun mewujudkan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pelajaran dan Liga Bola Sepak Piala KPM-FAM yang bertujuan untuk membentuk pasukan bawah 14 tahun dan 17 tahun kebangsaan di samping peranan berterusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dalam menganjurkan pertandingan bola sepak bawah 12 tahun kebangsaan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan ll - Tuan Wee Jeck Seng

Untuk maklumat Yang Berhormat, Persatuan Bola Sepak Malaysia juga kini dalam usaha untuk menempatkan beberapa pemain muda negara untuk beraksi di dalam liga-liga di luar negara, khususnya di Indonesia. Ini adalah kerana Persatuan Bola Sepak seluruh Indonesia telah membenarkan setiap pasukan di dalam liga Indonesia boleh menyenaraikan tiga orang pemain dari negara ASEAN dan pemain-pemain ini tidak dikategorikan sebagai pemain asing. Justeru, peluang ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh pemain bola sepak negara untuk menimba pengalaman tentang gaya bola sepak Indonesia dan berpeluang beraksi di hadapan ratusan penyokong di negara tersebut.

Selain daripada itu, FAM juga menggalakkan badan-badan lain, terutamanya pihak swasta untuk mengadakan program pembangunan pemain bola sepak seperti Program Soccer Kids terbitan TV3 atau menubuhkan akademi bola sepak persendirian seperti Akademi Bola Sepak Arsenal, Brazil dan Chelsea.

Untuk maklumat Yang Berhormat, pendekatan yang diambil bagi pihak kerajaan adalah dengan mengeratkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama dalam perancangan dan pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh FAM. Satu perjanjian kerjasama antara Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia juga telah dimeterai untuk meletakkan pengurusan Pasukan Harimau Muda yakni di bawah umur 19 tahun di bawah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 24 Mac 2009. Pihak kementerian juga sentiasa menyokong pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam menarik minat pihak swasta dan juga GLC kerajaan bagi menyumbangkan dana dalam usaha membangunkan program bola sepak negara secara keseluruhannya.

Bagi jawapan untuk bahagian (b), untuk maklumat Yang Berhormat, untuk aktiviti sukan, termasuklah sukan prestasi tinggi pada tahun 2008, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM88.72 juta, manakala aktiviti untuk pembangunan belia pula sebanyak RM79.272 juta telah diperuntukkan sepanjang tahun 2008. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelbagai langkah yang disebut oleh Timbalan Menteri dalam soal pembangunan bola sepak negara, memang ada buat, tetapi nampaknya masih belum tercapai dan berjaya sebagaimana menjadi harapan rakyat dan peminat bola sepak secara keseluruhannya.

Kementerian kena benar-benar melakukannya secara lebih tersusun.

Saya hendak tingkatkan bab itu, tetapi saya hendak tumpukan kepada soal pembangunan belia ini. Apakah kementerian punyai hasrat untuk mengubahsuai pelbagai program dan aktiviti, baik Rakan Muda atau apa juga program lain bagi memenuhi minat dan cita rasa generasi muda yang sudah berubah, tidak ada sama dan makin berbeza ini.

Kemudian, saya juga hendak minta komen daripada pihak kementerian. Kita ada Yo! misalnya, akhbar sisipan daripada Utusan Malaysia. Dahulu semua cerita belia, tetapi hari ini pun sudah masuk cerita sukan dalam akhbar untuk generasi muda. Sudahlah dalam akhbar harian pun banyak berita sukan daripada berita belia.

Soalan saya, berapa peratuskah tumpuan yang kementerian buat, baik kerja Menteri, baik kerja Timbalan Menteri, kerja-kerja pegawai untuk pembangunan belia berbanding dengan pembangunan sukan yang dibuat? Iaitu sesuai dengan apa yang kementerian sebut Kementerian Belia dan Sukan, belia itu diletakkan di hadapan. Minta komen Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengamalkan sikap terbuka, mendekati belia dan juga mendengar suara belia. Jadi, bagi saya, baik program-program yang disediakan atau dirancang oleh kementerian, baik belia, baik Rakan Muda, KBS sentiasa melihat, mengkaji dan mengambil berat tentang keperluan dan juga cita rasa belia. Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengkaji program yang sedia ada ini dari semasa ke semasa untuk mengikut keperluan tersebut.

final • 11:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Bagi mengatakan peratusan masa dan tenaga untuk kegiatan yang KBS tumpukan, sebenarnya KBS tumpukan sepenuh masa kesemua ini, termasuk belia dan sukan sebab kedua-dua elemen itu penting bagi pembangunan belia negara. Kalau Yang Berhormat ambil maklum, program-program sukan, termasuk program sukan untuk semua juga salah satu program yang begitu luas diperkenalkan kepada seluruh rakyat di negara kita. Bagi saya, ia juga adalah satu usaha kementerian. Selain daripada sukan, kementerian memperkukuhkan keperluan belia kita supaya kesemua atau kedua-dua yang saya katakan itu dapat dimanfaatkan untuk belia kita di negara ini. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memajukan sukan bola ini memanglah bukan perkara yang mudah. Kita semua tahu, Tuan Yang di-Pertua, pemain bola, jurulatih bola, pasukan bola negeri, persatuan bola negeri semuanya menghadapi masalah kewangan. Terbaru saya difahamkan bahawa setiap pasukan negeri atau kelab untuk menyertai Piala Malaysia mesti mendepositkan sebanyak RM2.5 juta, jika tidak mereka tidak boleh menyertai sebarang pertandingan piala termasuklah Piala Malaysia pada masa akan datang.

Pasukan Kelantan, Tuan Yang di-Pertua, Kelantan Warriors yang berjaya masuk final baru ini. Yang Berhormat Sri Gading, Johor tidak pandai main bola nampaknya.

Sekarang ini menghadapi kesukaran untuk mendapat deposit, malah meminta dengan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menulis surat sebagai jaminan dan Kerajaan Kelantan katanya enggan untuk mengeluarkan surat jaminan bagi membolehkan pasukan KAFA Kelantan di Piala FA. Jadi, bagaimanakah pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh membantu dan melihat masalah ini yang boleh membantut kemajuan bola sepak negara kita?

Selain daripada itu, soalan yang kedua, apakah pihak kementerian bercadang untuk campur tangan dengan mengemukakan syarat. Iaitu setiap pasukan bola yang bertanding dalam Piala Malaysia, ia mesti datang daripada anak negeri masing-masing.

Tidak boleh lagi diimport daripada luar negara, memang tidak ada, tetapi dari negeri ke negeri pun tidak boleh. Mesti di kalangan negeri yang berkenaan. Saya percaya dengan cara sebegini, ia lebih menyemarakkan lagi sokongan terhadap pasukan-pasukan negeri yang bertanding. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Perhatian Yang Berhormat memang saya ambil maklum. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya dalam bola sepak ini, FAM merupakan satu persatuan sukan kebangsaan dan kementerian hanya boleh berbincang, tetapi tidak boleh campur tangan dalam urusan FAM.

Sebenarnya, bagi FAM sendiri, ia mendapat tajaan atau sumber-sumber daripada syarikat-syarikat swasta atau GLC. Contohnya FAM mendapat tajaan daripada Telekom Malaysia setiap tahun sebanyak RM9.3 juta, RTM RM6 juta, Genting Berhad RM800 ribu, Sime Darby RM500 ribu, 100Plus RM200 ribu. Manakala kementerian juga memberi bantuan kepada mereka sebanyak RM300 ribu.

final • 11:10 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, kalau sudah dapat macam- macam tajaan, takkan kementerian tidak boleh campur dalam FAM. Apa tugas Kementerian Belia dan Sukan?

final • 11:10 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Saya sudah kata kita boleh memberi nasihat ataupun berbincang. Kalau kita campur tangan dalam urusan FAM, yang perlu kita ingat ialah, sebenarnya FIFA adalah satu sistem di mana kalau kerajaan campur tangan, ia akan menjadi satu isu sehingga boleh digantung. Ini satu perkara yang akan berlaku. Jadi, memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat, kerajaan akan cari jalan bagaimana untuk bincang dan cari cara yang sesuai agar mengatasi masalah yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian, terima kasih.

[Soalan No.12 – YB. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff (Balik Pulau) tidak hadir] [Soalan No.13 – YB. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad (Sipitang) tidak hadir]

final • 11:20 AM

14. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah rasional meletakkan sasaran pencapaian satu pingat emas di Sukan Olimpik akan datang di London dengan peruntukan kos sebanyak RM16 juta serta bagaimanakah bentuk persediaan yang dibuat dan bidang apakah yang mungkin menjadi harapan utama.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Program Route to London 2012, iaitu program khusus bagi penyediaan atlet ke arah Sukan Olimpik London 2012. Sebenarnya empat jenis sukan yang berpotensi memenangi pingat iaitu badminton, berbasikal, memanah dan akuatik terjun telah dipilih untuk menyertai program ini dengan kos keseluruhan RM16 juta untuk tempoh empat tahun iaitu dari 2009 hingga 2012.

Anggaran kos tersebut adalah merangkumi elaun latihan atlet, peralatan latihan, latihan dalam dan luar negara serta perbelanjaan ke pertandingan dalam dan luar negeri.

Melalui program ini juga atlet-atlet akan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa dengan lebih kerap supaya dapat mengesan kelebihan dan kelemahan berbanding atlet negara lain seperti di kejohanan Asia dan dunia.

Rasional menetapkan sasaran satu pingat emas adalah berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian terkini beberapa atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik London 2012 nanti terutamanya atlet badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan mengekalkan ranking nombor satu dunia ketika ini serta pencapaian terkini sukan berbasikal di peringkat dunia khususnya Mohd. Azizul Hasni Awang yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan piala dunia edisi 2008 dan 2009. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun sama berharap sekurang-kurangnya beberapa acara sukan kita boleh berada atau dipertandingkan di Olimpik 2012 nanti.

Soalan tambahan saya, kalau kita melihat pernah satu masa pencapaian bola sepak kita pun memasuki level pertandingan di peringkat Olimpik, itu satu sejarah yang dulu. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah sasaran dengan meletakkan ganjaran RM1 juta satu pingat itu menjadi ukuran asas untuk pencapaian tersebut. Apa kata kalau untuk bidang-bidang yang tidak pernah kita jangka atau kita impikan mendapat pingat, adakah ganjaran yang sama juga kita peruntukan kepada mereka? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya untuk mendapat RM1 juta apabila memenangi ataupun mendapat tempat yang pertama atau johan, itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Sukan di mana Sukan Olimpik satu- satunya sukan international di dunia dan ini adalah satu-satunya galakan. Kita harap dengan adanya galakan ataupun RM1 juta ini boleh menggalakkan terutama kepada atlet- atlet negara kita lebih lagi mencapai apa yang telah ditentukan oleh kementerian.

Selain daripada untuk mendapat RM1 juta, sebenarnya bagi mereka yang memperoleh johan ataupun RM1 juta ini, mereka juga dapat ganjaran setiap bulan iaitu RM5,000 sebagai satu kebajikan kepada atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negara kita. Sekian, terima kasih.

[Soalan No.15 – YB. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed (Pulai) tidak hadir] [Soalan No.16 – YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) tidak hadir]

final • 11:20 AM

17. Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah kementerian bercadang untuk membasmi kekurangan zat makanan (malnutrition) di kawasan Tanjong Manis yang amat ketara; dan

final • 11:20 AM

(b) adakah kementerian sedar bahawa keadaan tersebut wujud sekian lama ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa memandang serius kejadian kekurangan zat makanan atau KZM di kawasan Tanjong Manis bahagian Mukah.

Data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Pusat Informatif Kesihatan pada tahun 2008 mendapati bahawa 14.8 peratus kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di bahagian Mukah, Sarawak mengalami masalah kekurangan zat makanan iaitu kurang berat badan.

Pada tahun 2007, sebanyak 17 peratus ataupun 29 orang kanak-kanak di kawasan Tanjong Manis mengalami masalah kurang berat badan dan telah menurun kepada 7 peratus iaitu 13 orang kanak-kanak pada bulan September 2009. Kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan diberi rawatan mengikut keperluan termasuk penjagaan kesihatan rutin seperti imunisasi, pemberian ubat cacing, rawatan untuk penyakit, runding cara pemakanan dan kesihatan serta lawatan ke rumah. Kes kurang berat badan merupakan kes priority di klinik kesihatan, di mana kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan ini perlu datang ke klinik setiap bulan sehingga dia pulih.

Di samping itu, kanak-kanak ini juga diberikan bantuan susu tepung penuh krim dan multi vitamin mengikut keperluan. Bagi kanak-kanak dari keluarga miskin tegar pula, mereka diberikan bantuan makanan asas termasuklah beras, ikan bilis, minyak masak, biskut, susu tepung penuh krim dan multi vitamin setiap bulan melalui program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan.

Yang Berhormat, kementerian amat sedar dan sememangnya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan zat makanan. Walau bagaimanapun, penyebab masalah kekurangan zat makanan adalah pelbagai termasuklah faktor sosioekonomi dan budaya. Oleh itu, kerjasama agensi-agensi lain adalah diperlukan terutama dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan keupayaan insan bagi masyarakat di kawasan ini.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak bersetujulah dengan data yang telah diberi oleh Timbalan Menteri. Minta maaf, bukan kerana apa, kerana pertama, bila Kementerian Kesihatan turun ke padang, dia tidak turun seluruh kawasan Tanjong Manis. Kebanyakannya, saya faham challenge nya agak sukar untuk sampai ke Tanjong Manis. Kalau orang biasa, kalau hendak keluar menggunakan ekspres bot pun tambang dalam RM1,800 agak mahal dan saya faham.

Untuk pegawai kerajaan hendak turun ke padang, kalau dia punya elaun hanya RM250 memang mereka tidak turun. Jadi hendak kata fakta ini 14 peratus, saya rasa 40 peratus Timbalan Menteri. Jadi ini agaklah ketara dan perkara ini banyak kali saya telah berunding...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat, masa sudah singkat ya.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis

...Dengan Ketua Menteri Sarawak dan dia amatlah risau. Jadi kita hendak tahu, apakah program jangka panjang dan adakah kementerian akan turun dengan sepenuhnya dan melihat masalah ini.

Daripada segi bukan sahaja kekurangan zat makanan tetapi daripada segi cacing, cacing dalam mata kerana air agak kotor. Jadi kita mohon kementerian untuk menjawab.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis. Sekiranya Yang Berhormat tidak bersetuju dengan kenyataan yang telah diberikan, saya juga tidak bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

Kerana fakta sama ada pihak kementerian, warga kesihatan tidak turun itu tidak benar Yang Berhormat. Ini kerana mengikut data kita di Tanjung Manis kita mempunyai empat klinik kesihatan dan kita mempunyai data-data di mana jumlah kedatangan kanak- kanak dari tahun 2007 sehinggalah tahun 2009 jumlah yang telah dicatatkan adalah seramai 48 orang telah dikenal pasti yang berumur di bawah lima tahun yang mendapat bantuan dan mereka yang berumur di bawah lima tahun mempunyai masalah KBB yang teruk iaitu sebanyak 11 orang pada tahun 2007 dan berkurang pada September 2009 iaitu tiga orang.

Di Klinik Kesihatan Rejang pula jumlah kedatangan ataupun kanak-kanak yang diberi bantuan daripada jumlah tahun 2007 seramai 28 orang telah meningkat seramai 63 orang pada tahun 2009. Begitu juga di KK Tanjung Manis ataupun Klinik Kesihatan Tanjung Manis, tahun 2007 mencatatkan 57 orang dan 54 orang pada 2009. KK Paloh pula 41 orang pada tahun 2007 dan pada tahun 2009 mencatatkan seramai 25 orang. Secara keseluruhan Yang Berhormat, kanak-kanak yang telah mendapat manfaat bantuan makanan kepada kanak-kanak di bawah lima tahun iaitu berat untuk umur pada tahun 2007 hinggalah September 2009 adalah seramai 174 pada tahun 2007, 219 pada tahun 2008 dan 183 pada tahun 2009.

Jadi fakta mengenai sama ada warga kesihatan di klinik kesihatan ini tidak turun Yang Berhormat tidak benar namun saya tidak menyangkal usaha bersepadu perlu dilaksanakan. Sudah tentu Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen kawasan Tanjung Manis juga kita mengalu-alukan supaya ianya kita dapat laksanakan rancangan bersepadu bagi membantu masyarakat khususnya kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun ini supaya mendapat bantuan makanan yang sewajarnya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan ini telah diwujudkan sejak bulan Jun tahun 1989, selaras dengan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin.

Pada awalnya program ini merupakan satu strategi segera untuk membolehkan 12,000 orang kanak-kanak yang telah dikenal pasti mengalami masalah kekurangan zat makanan melalui Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan ataupun SPKK.

Peruntukan sebanyak RM12 juta telah diluluskan pada ketika itu untuk membolehkan lebih kurang 12,000 orang kanak-kanak yang telah dikenal pasti mengalami masalah kekurangan zat makanan dalam keadaan teruk dan juga sederhana. Peruntukan ini Yang Berhormat, telah ditambah baik RM6.8 juta pada tahun 2007 dan peruntukan tambahan di bawah dasar baru 2008 sebanyak RM3.5 juta telah diperoleh bermula pada tahun 2008 bagi menampung...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin

...kenaikan harga barang makanan dan peningkatan garis kemiskinan. Usaha-usaha untuk memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa juga diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah kekurangan zat makanan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau ada perkara lain lagi Yang Berhormat Tanjung Manis sila selesaikan di luar Yang Berhormat. Sekarang sudah pukul 11.34 pagi Yang Berhormat...

[Dewan riuh]. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan tamat untuk pagi ini. Saya dimaklumkan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada usul.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 1 Disember 2009”.

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yoong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:34 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan ] Majlis Bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:34 AM
Maksud B.25 [Jadual] – Maksud P.25 [Anggaran Pembangunan 2010] –

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, minta Menteri menyambung menjawab.

final • 11:34 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum sesi ini ditangguhkan pada minggu lepas saya telah pun menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau mengenai saham Bank Rakyat. Izinkan saya untuk meneruskan jawapan-jawapan saya. Cuma kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ingin saya maklumkan bahawa jawapan yang saya akan berikan berdasarkan kepada isu-isu yang dibangkitkan dan tidak mengikut turutan berdasarkan ucapan daripada Ahli Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dengan itu, jika ada yang belum disebutkan mungkin di peringkat awal mungkin disebutkan di peringkat yang terkemudian mengikut isu-isu yang dibangkitkan tersebut.

Beberapa Ahli Yang Berhormat berucap dan menyebut mengenai isu-isu koperasi.

Yang Berhormat Pasir Mas, Batang Sadong, Arau, Teluk Intan, Kuala Krau dan Hulu Langat. Semuanya membangkitkan mengenai beberapa isu mengenai masalah koperasi dan sebagainya. Yang Berhormat Batang Sadong misalnya ingin tahu mengenai jumlah koperasi di seluruh Malaysia dan juga di Sarawak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebanyak 7,076 buah koperasi telah pun ditubuhkan di Malaysia sehingga pada 18 November 2009. Dengan jumlah anggota sebanyak 6.65 juta orang, dengan jumlah syer atau yuran sebanyak RM8.9 bilion dan jumlah aset sebanyak RM1.2 bilion dengan jumlah turnover sebanyak RM6.19 bilion.

Bagi kedudukan koperasi di Sarawak adalah seperti berikut, bilangan koperasi adalah sebanyak 538 buah, jumlah anggota 415,100, jumlah syer atau yuran sebanyak RM115.7 juta, jumlah aset sebanyak RM266.1 juta dan jumlah turnover sebanyak RM49 juta. Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Batang Sadong juga membangkitkan tentang prestasi Koperasi Bela Rakyat (KOBERA).

Untuk makluman Dewan, kedudukan KOBERA pada masa ini adalah seperti berikut, KOBERA yang telah didaftarkan adalah sebanyak 168 buah daripada 576 jumlah Dewan Undangan Negeri yang ada di seluruh negara dan di dalam peringkat penubuhan sebanyak 362.

final • 11:36 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi menjawab Yang Berhormat Kuala Krau yang ingin mengetahui berapakah jumlah KOBERA di Pahang. Saya ingin memaklumkan sebanyak tiga buah KOBERA telah pun didaftarkan di Pahang dan di dalam penubuhannya adalah sebanyak 18 buah.

Yang Berhormat Batang Sadong juga ingin mengetahui tentang prestasi KOBERA di Sarawak. Saya ingin memaklumkan, sehingga kini sebanyak 12 buah KOBERA telah ditubuhkan, telah pun didaftarkan dengan 27 buah di dalam proses penubuhan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Menteri, boleh minta penerangan?

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat melihat sebahagian daripada koperasi-koperasi dalam negara kita ini terlalu kecil.

Adakah usaha daripada pihak kementerian untuk menggabungkan koperasi-koperasi ini supaya menjadi satu koperasi yang lebih besar, dengan modal berbayar yang lebih besar dan perniagaan mereka juga akan lebih mendapat keuntungan.

Juga saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apabila koperasi yang untung ini pula, apabila keuntungannya besar, adakah menjadi satu dasar kepada kementerian bahawa kementerian yang mengehadkan dividen yang diberikan kepada pemegang-pemegang saham? Apakah salahnya kita memberikan kebebasan kalau koperasi ini aktif, ia mendapat untung banyak dan dividennya terpulanglah kepada koperasi itu hendak beri kepada pemegang-pemegang saham tanpa had asalkan mereka mendapat untung. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih. Sebenarnya, saya akan sampai kepada persoalan tersebut. Akan tetapi oleh sebab telah dibangkitkan, saya akan menjawabnya.

Beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat daripada Pasir Mas dan Yang Berhormat Arau misalnya membangkitkan mengenai keperluan koperasi untuk digabungkan dan sebagainya. Seperti kita tahu, jumlah koperasi adalah banyak. Dengan itu, rantaian-rantaian yang diwujudkan oleh koperasi juga begitu besar.

Kita melihat bahawa koperasi mempunyai masa depan yang cemerlang. Akan tetapi oleh sebab perniagaan yang berbentuk secara kecil-kecilan dan mereka bersaing sesama sendiri, akhirnya mereka tidak mampu untuk membesar dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sebab itulah bagi pihak SKM dan pihak kementerian, kita telah pun mengadakan hala tuju yang lebih jelas supaya koperasi-koperasi dapat digerakkan daripada entiti untuk kebajikan sosial ahli menjadi kepada entiti perniagaan yang lebih besar, menjadi kepada entiti perniagaan yang lebih berjaya.

Pada hari ini walaupun terdapat sebanyak 7,000 koperasi misalnya, tetapi koperasi yang berskala besar, yang berpendapatan melebihi daripada RM5 juta turnover setahun hanya di sekitar 3 peratus sahaja. Yang selebihnya adalah koperasi berskala kecil yang turnover nya sebanyak RM250,000 setahun. Jadi, menyedari perkara-perkara ini, akhirnya pihak SKM mengadakan beberapa cara untuk mengembangkan koperasi-koperasi tersebut.

Antaranya ialah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol dan begitu juga dengan Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Arau yang mencadangkan supaya digabungkan koperasi-koperasi tersebut untuk menjadi koperasi yang berskala besar.

Saya ingin memaklumkan perkara ini sedang dalam tindakan pihak kementerian dan SKM. Misalnya, kita akan mulakan dengan perbincangan untuk penggabungan koperasi-koperasi kredit. Pada waktu ini terdapat lebih daripada 500 buah koperasi- koperasi kredit yang menjalankan perniagaan-perniagaan kredit mereka dengan memberikan pinjaman kepada ahli-ahli dan sebagainya.

Jadi, untuk peringkat permulaan, saya ingin memaklumkan pada 8 Disember 2009 nanti, kita akan mengumpulkan koperasi-koperasi kredit ini untuk berbincang bagaimana adakah boleh kita mengadakan gabungan antara koperasi kredit ini yang akhirnya tujuan kementerian ialah mewujudkan lebih banyak bank koperasi.

Pada hari ini terdapat dua buah bank koperasi iaitu Bank Rakyat dan juga Bank Persatuan. Kita mencadangkan dengan wujudnya gabungan koperasi kredit ini, mungkin kita boleh mewujudkan satu atau pun dua buah bank lagi. Begitu juga dengan koperasi- koperasi yang menjalankan perniagaan peruncitan dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas misalnya.

Yang mencadangkan supaya diwujudkan koperasi-koperasi runcit ini supaya kita boleh menjadikan mereka koperasi besar untuk menubuhkan pasar raya dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini mengenai mewujudkan lebih bank-bank koperasi. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar dahulunya kita ada sebuah bank, Central Co-operative Bank, Bank Pusat Kerjasama Koperasi. Akan tetapi kerana polisi-polisi dan dasar-dasar kerajaan yang berdiskriminasi, bank koperasi ini boleh dikatakan muflis kerana kerajaan ada dasar untuk memberikan kelonggaran pinjaman wang-wang daripada koperasi tersebut di mana wang-wang itu diberikan kepada Ketua- ketua Bahagian UMNO. Kebanyakan daripada mereka tidak membayar balik.

Oleh sebab itu, ia menjadi muflis. Apakah yang akan dibuat oleh kerajaan supaya perkara-perkara ini tidak terjadi? Kita akan menolong balik shareholders di CCB supaya mereka dibayar balik wang-wang tersebut dan perkara-perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Ipoh Barat biasa dengan tuduhan-tuduhan yang tanpa asas tersebut. Jadi, saya tidak perlu menjawab kerana itu kebiasaan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya hendak memberitahu. Wait, Yang Berhormat. Saya hendak memberitahu soal kerajaan campur tangan dan sebagainya, saya rasa tidak timbul. Soal pemberian kepada UMNO dan sebagainya tidak timbul. Bank Rakyat saya ingin memberi contoh, merupakan sebuah bank koperasi yang ditubuhkan hasil gabungan daripada sebelas buah koperasi kredit kecil pada waktu itu.

Pada hari ini, Bank Rakyat merupakan sebuah bank yang mencipta nama dan merupakan bank yang menjalankan perbankan Islam yang terbesar di dalam negara kita.

Pendapatan Bank Rakyat pada tahun ini lebih tinggi daripada bank-bank komersial yang lain. Ini menunjukkan bank koperasi juga boleh maju jika diuruskan dengan baik.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Soal bank-bank yang lain, saya rasa banyak lagi finance company lain-lain yang tidak diuruskan dengan baik akhirnya berkubur begitu sahaja. Itu adalah merupakan perkara biasa dalam bidang perniagaan dan tidak boleh menyalahkan kerajaan dan sebagainya terlibat untuk memufliskan bank-bank koperasi tersebut. Saya rasa itu adalah satu sangkaan yang kurang baik. Jadi, minta maaf ya Yang Berhormat Ipoh Barat. Cari fakta yang lebih rasional untuk saya menjawab.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ingin beralih kepada...Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin meminta sedikit pandangan daripada pihak kementerian berhubung dengan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah di dalam semua koperasi di negara kita. Sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan bahawa pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah atau ALP ini terdiri daripada mereka yang betul- betul mempunyai visi perniagaan dan mematuhi undang-undang serta apakah tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan setakat ini kepada Ahli Lembaga Pengarah yang menyeleweng?

Jadi, kalau sahabat saya dari Ipoh Barat mengatakan Ketua UMNO Bahagian, siapa pun sebagai manusia kadang-kadang memegang di tempat kewangan ini, dia kadang-kadang lupa diri. Bukan Ketua Bahagian UMNO sahaja, Ketua Bahagian PKR pun sama. Ini soal human. Bukan soal ini.

Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat, kawalan yang dibuat oleh kerajaan terhadap Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang menyeleweng daripada tugas serta tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh ahli-ahli koperasi?

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi isu lain sedikit. Berkenaan koperasi. Yang Berhormat Menteri hendak menjawab dahulu atau...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak membangkitkan soal sebab Yang Berhormat Menteri beritahu tadi, jumlah transaksi yang agak besar yang dijana oleh koperasi. Kalau 6.6 juta orang sahaja ahli koperasi di seluruh negara boleh menjana sehingga RM6.19 bilion turnover untuk setahun, memang relatively agak kurang berbanding dengan jumlah syer yang ditawarkan RM8.9 bilion. Satu jumlah syer yang cukup besar.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak bertanya barangkali pandangan Yang Berhormat Menteri kerana pernah dibangkitkan banyak kali antara negara-negara di dunia, di negara-negara Scandinavian, koperasi merupakan enjin ekonomi terbesar untuk merakyatkan ekonomi di negara-negara tersebut. Ia menjana lebih daripada 30 peratus kedudukan KDNK dalam negara-negara tersebut. Berbanding dengan kita, berbagai-bagai insentif diberi, dan tahun ini kita tahu, kerajaan telah pun mencadangkan satu pakej baru tentang layanan cukai terhadap koperasi. Adakah perancangan strategik tertentu yang kementerian cadangkan untuk dibawa bagi mengangkat kedudukan koperatif ini? Memandangkan jumlah ahli yang terlibat begitu ramai dan jumlah syer antara yang saya rasa tertinggi dalam isu in-house yang dikeluarkan dalam negara kita, RM18.9 bilion. Adakah rancangan tertentu hendak diadakan, dikhususkan dalam mengangkat koperatif ini pada nilai yang lebih tinggi ataupun jauh lebih tinggi pada kedudukan sekarang? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. - Bera

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Memang dari segi lembaga pengarah dan sebagainya, selepas dilantik menjadi Lembaga Pengarah, mereka disyaratkan untuk mengikuti kursus-kursus pentadbiran, kursus-kursus pentadbiran kewangan dan sebagainya, bagi memastikan mereka benar-benar mampu untuk menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan sebagainya.

Kursus-kursus biasanya dianjurkan oleh pihak Maktab Kerjasama Malaysia dan juga pihak ANGKASA sendiri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. - Bera

Dari segi tindakan, memang banyak tindakan telah diambil kepada ahli lembaga pengarah yang menyeleweng termasuk koperasi-koperasi yang menyeleweng. Seperti yang pernah saya jawab beberapa kali di dalam Dewan ini, bahawa beberapa tindakan seperti tindakan penggantungan, penggantungan koperasi-koperasi, dan tindakan membubarkan koperasi. Kepada lembaga pengarah misalnya, tindakan memecat lembaga pengarah sentiasa dilakukan apabila kita mengesan penyelewengan dan sebagainya berlaku. Jadi, tidak ada masalah dari segi ahli lembaga pengarah yang menyeleweng dan tidak diambil tindakan. Kita sentiasa memantau perkara ini.

Mengenai Yang Berhormat Indera Mahkota, saya bersetuju bahawa banyak perkara yang boleh kita lakukan terhadap koperasi ini. Jumlahnya begitu besar dan ahlinya begitu ramai, tetapi kenapa sumbangan terhadap pendapatan negara terlalu kecil? Saya ingin maklumkan kepada pihak Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa, pada waktu ini sumbangan koperasi kepada GDP negara adalah terlalu kecil iaitu sebanyak 1 peratus sahaja. Kita menyasarkan pada 2012 atau 2013, sumbangan adalah sebanyak 4 peratus.

Jadi, beberapa perkara akan kita lakukan bagi mengangkatkan martabat koperasi ini.

Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa, gabungan koperasi-koperasi kecil menjadi koperasi yang lebih besar supaya mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar. Begitu juga dengan Program Mentor Mentee, di mana koperasi-koperasi yang besar boleh membantu koperasi-koperasi kecil. Pihak kementerian juga membantu mewujudkan business matching, atau rantaian pemadanan peniagaan di antara koperasi dengan koperasi. Begitu juga pihak kementerian akan membantu mewujudkan rantaian nilai, kerana seperti kita tahu bahawa aktiviti-aktiviti koperasi adalah pelbagai. Jadi, kita boleh mewujudkan rantaian nilai antara koperasi-koperasi ini yang bersesuaian mengikut aktiviti-aktiviti perniagaan mereka.

Begitu juga dengan sistem, kita akan mewujudkan sistem vendor yang akan melahirkan lebih banyak Francaisi dan Francaisor di kalangan koperasi. Misalnya, salah satu francaisi yang besar yang sedang kita wujudkan, adalah melalui Ar-Rahnu X'Change di bawah Bank Rakyat, di mana pihak SKM dan Bank Rakyat memperuntukkan dana modal dan begitu juga dengan pihak PNS yang akan memperuntukkan dana modal sebanyak RM20 juta untuk membantu mewujudkan Ar-Rahnu X'Change di kalangan koperasi- koperasi ini. Jadi, saya ingin maklumkan bahawa memang adalah sasaran pihak SKM...

final • 11:50 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. - Bera

Untuk mewujudkan koperasi yang lebih besar dan berdaya maju bagi membantu menambahkan pendapatan negara ini. Saya ingin merujuk kepada...

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. - Bera

Yang Berhormat Sekijang?

final • 11:50 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Menteri tadi yang menyatakan mengenai ahli lembaga pengarah yang dipecat ini. Jadi, saya ingin tahu apakah kesannya kepada koperasi apabila lembaga pengarah atau pengurus dipecat dalam jangka waktu yang terdekat? Ada kalanya, kita dapati bahawa orang yang sama juga masuk ke koperasi lain dan menjadi lembaga pengarah yang lain.

Jadi, adakah terdapat pemantauan dibuat oleh kementerian kepada mereka-mereka yang terlibat dengan pemecatan ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Yang Berhormat, kita akan memantau perkara tersebut. Mana-mana ahli lembaga yang diambil tindakan, dipecat dan sebagainya kerana salah laku dari segi penyelewengan kewangan, kita akan cuba pastikan supaya mereka tidak menjadi ahli lembaga koperasi yang lain. Kita akan sentiasa memantau perkara ini.

Saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat mengenai prestasi bayaran balik Pinjaman Tabung Modal Pusingan SKM. Saya ingin memaklumkan bahawa, Tabung Modal Pusingan adalah tabung khas yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu koperasi.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Ini merupakan tanggungjawab sosial kerajaan terhadap koperasi kerana dalam keadaan biasa, koperasi tidak akan mendapat kemudahan pembiayaan daripada bank-bank ataupun institusi kewangan. Saya ingin maklumkan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan sehingga hari ini adalah sebanyak RM334.1 juta dan bayaran balik yang diterima oleh koperasi sehingga kini adalah sebanyak RM100.5 juta.

Yang Berhormat Hulu Langat juga membangkitkan mengenai status semasa Gabungan Koperasi Universiti Berhad ataupun GAKUB. GAKUB ditubuhkan bertujuan untuk membantu koperasi universiti untuk membekalkan barang keperluan di universiti- universiti secara pukal, dengan harapan untuk mendapatkan bekalan dengan harga yang lebih baik. Namun demikian, usaha ini tidak mencapai kejayaan. Pada masa ini, kedudukan GAKUB adalah lemah dan tiada aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat juga membangkitkan mengenai isu ‘Satu Daerah Satu Industri’. Saya ingin maklumkan SDSI, iaitu ‘Satu Daerah Satu Industri’, merupakan program nasional yang diterajui oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU di Jabatan Perdana Menteri. Koperasi termasuk di dalam program ini dan di bawah koperasi, ia dinamakan Satu Wilayah Satu Industri ataupun SAWARI. Sehingga sekarang, SKM telah melahirkan 20 koperasi di peringkat daerah yang mengeluarkan berbagai-bagai produk. Contohnya, pengeluaran belacan melalui koperasi di Papar, Sabah, pengeluaran makanan ringan ataupun kerepek-kerepek melalui koperasi di Pasar Parit Raja, Batu Pahat, kuih tradisional melalui koperasi di Melaka dan Negeri Sembilan, batik di Kelantan dan sebagainya.

Yang Berhormat Batang Sadong ingin mengetahui mengenai kategori koperasi yang berjaya dan cemerlang yang boleh dicontohi. Kategori koperasi yang paling berjaya adalah Koperasi Kredit dan Perbankan. Sebanyak 68 peratus nilai perniagaan dihasilkan oleh koperasi di dalam kategori ini. Kategori kedua yang terbesar ialah Koperasi Kepenggunaan. Sebanyak 3447 koperasi terlibat di dalam bidang ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Di dalam indeks 100 koperasi terbesar yang dinilaikan, kebanyakan mereka terdiri daripada koperasi perbankan kredit dan juga perladangan. Yang Berhormat Arau menanyakan apakah langkah yang diambil oleh SKM untuk mengatasi masalah penyelewengan oleh ANGKASA. Isu ANGKASA timbul oleh sebab tuduhan penyelewengan oleh bekas Yang di-Pertua ANGKASA iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz akibat daripada pergolakan dalaman mereka. SKM telah pun menjalankan penyiasatan ke atas ANGKASA pada bulan April, 2008 dan mendapati tiada kes penyelewengan kewangan yang berlaku.

Penemuan daripada SKM adalah seperti berikut:

(i) tindakan penyingkiran terhadap Yang di-Pertua ANGKASA tidak selaras dengan undang-undang kecil;

(ii) perbelanjaan untuk mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan adalah terlalu tinggi dan perkara ini juga telah dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Bagi menyelesaikan isu dalaman iaitu isu undang-undang kecil dan sebagainya, SKM telah mengambil tindakan dengan mengarahkan ANGKASA mengadakan mesyuarat agung di bawah pengawasan SKM pada 10 Januari 2009 iaitu selaras dengan kehendak undang-undang kecil mereka.

Yang Berhormat Arau ingin tahu mengenai sejauh mana peranan SKM dalam mengukuhkan koperasi. Dalam hal ini, SKM melaksanakan dua program pengukuhan iaitu pengukuhan urus tadbir koperasi melalui program pemeriksaan, penguatkuasaan dan khidmat nasihat dan bimbingan. Kedua, membuka peluang perniagaan dan pembesaran perniagaan. Perkara ini saya telah jawab sewaktu menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota tadi iaitu program-program bagaimana untuk memartabatkan koperasi-koperasi tadi...

final • 12:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Arau.

final • 12:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya puas hati dengan jawapan ANGKASA kerana tidak ada penyelewengan. Cuma kita ingin tahu di sini, kebanyakan koperasi kecil atau koperasi- koperasi yang melibatkan kakitangan kerajaan dan sebagainya, ia kebanyakannya diterajui oleh mereka yang telah berada di alam persaraan. Bermakna kata di sini dari segi inovasi dan daya saingnya boleh dikatakan sudah lemah ataupun tidak mampu lagi untuk kita wujudkan satu keadaan bagaimana mereka hendak mengadaptasikan dengan suasana baru ekonomi inovasi yang sedang kita lalui sekarang.

Jadi bagi memastikan ahli-ahli lembaga pengarah ini mendapat bimbingan, petunjuk dan urus tadbir yang seperti mana Yang Berhormat Menteri bangkitkan tadi, kita perlu ada pegawai-pegawai penasihat, pegawai-pegawai koperasi sama ada di peringkat negeri, daerah dan sebagainya yang diberi atau pun diletakkan mereka yang mempunyai pengetahuan tentang urus tadbir ini termasuk, bukan sahaja mendapatkan kursus di dalam negara, kita patut juga menghantar mereka mendapat pendedahan di luar negara seperti di negara-negara yang maju dalam koperasi seperti Netherland di mana GDP nya sebahagian besar dikuasai oleh koperasi.

Jadi apa tindakan kerajaan dalam memastikan perkara ini dapat berjalan dengan lancar supaya kita pastikan koperasi yang kecil-kecil ini menjadi sebagai penyertaan yang seronok-seronok sahaja. Itu tidak serius mereka kepada penyertaan, supaya kita lebih merasakan penyertaan kita mendapat satu kepentingan yang baik di negara kita.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Mengenai pendedahan dan sebagainya selain daripada yang saya sebutkan tadi, saya bersetuju kalau kita boleh mengadakan lebih pendedahan kepada mereka terutamanya ke luar negara dan sebagainya. Sememangnya di pihak SKM, bukan sahaja SKM tetapi melalui ANGKASA dan sebagainya, banyak lawatan-lawatan ke luar negara dilakukan untuk mendedahkan kepada ahli-ahli koperasi ini ataupun pemimpin-pemimpin koperasi ini supaya dapat memahami dan juga mempelajari daripada koperasi besar di luar negara tersebut.

Walau bagaimanapun seperti yang kita tahu lawatan ke luar negara biasanya melibatkan kewangan yang besar dan sebagainya. Kadang-kadang inilah kekangan- kekangan yang dihadapi oleh koperasi-koperasi tersebut. Mengenai penglibatan koperasi seperti lebih serius koperasi-koperasi kecil yang lebih serius di dalam perniagaan dan sebagainya, saya pun sudah sebutkan tadi bahawa koperasi-koperasi besar telah pun diarahkan untuk membantu koperasi-koperasi kecil di dalam menjalankan perniagaan mereka dan saya faham apabila koperasi itu kecil untuk mendapat pengurusan yang terbaik mungkin agak sukar kerana dari segi modal dan sebagainya.

Jadi sebab itulah program mentor-mentee ini kita perkuatkan supaya koperasi yang besar boleh membimbing koperasi-koperasi kecil yang tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Koperasi?

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sehubungan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi juga selepas dengan soalan Yang Berhormat Arau, saya perhatikan ada koperasi-koperasi yang satu waktu ia giant, MOCCIS contohnya, giant, pegawai-pegawai kerajaan, beli saham tetapi dipimpin oleh orang yang terlalu lama. Sudahlah pencen lama sangat. Akhirnya prestasi MOCCIS semakin teruk semakin teruk dan diperhatikan bukan sahaja mereka ini, ahli lembaga pengarah diduduki oleh bekas-bekas senior officer, jadi setiap tidak datang meeting, orang- orang yang sama juga menjadi ahli lembaga.

Adakah di sini peringkat Menteri, suruhanjaya atau pun Menteri mempunyai kuasa untuk menasihati lembaga ini walaupun mereka telah pun dipilih semula tetapi kerana dia duduk lama sangat, duduk dan orang lain pula, tidak berani kacau orang-orang lama ini kerana dia KSU lah, KSN lah dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Maka akibatnya pelaburan dalam koperasi ini makin mengecil dan saya diberitahu ada MOCCIS yang..., Yang Berhormat pun tahu lah nasib MOCCIS sekarang ini. Jadi adakah, soalan saya peranan kuasa Menteri dan juga suruhanjaya ini boleh masuk dan menasihati koperasi seperti ini yang dahulunya giant tetapi akhirnya makin menguncup mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, di dalam soal koperasi ini, kebebasan kepada ahli itu untuk menentukan kepimpinan itu lebih diutamakan. Kalau kita lihat ANGKASA sendiri pernah menghadapi isu yang sama iaitu dipimpin oleh seorang Yang di-Pertua ANGKASA yang begitu lama, akhirnya ahli membuat keputusan untuk menukar kepimpinan tersebut. Jadi bagi pihak SKM mungkin, saya pun tidak tahu dengan jelas perkara ini tetapi saya rasa mungkin sebagai menasihati mungkin boleh kita lakukan tetapi untuk memaksa supaya ditukarkan lembaga pengarah dan sebagainya, saya rasa itu telah pun mencampuri urusan yang dibenarkan oleh undang-undang daripada setiap koperasi tersebut.

Akan tetapi saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, kadang-kadang apabila terlalu lama, idea sudah jadi terlalu tepu. Dia sudah buntu. Jadi perkara kita akan beri perhatian dan saya akan minta daripada SKM untuk menyenaraikan berapa banyak koperasi-koperasi yang telah pun dipimpin oleh seorang ahli lembaga pengarah yang begitu lama melebihi lima atau sepuluh tahun dan sebagainya. Insya-Allah, saya akan lihat perkara ini.

Yang Berhormat Telok Intan bertanya mengenai Koperasi Bandar Raya yang tidak membayar dividen. Untuk makluman Yang Berhormat, dividen hanya dibayar sekiranya koperasi mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun mengikut Penyata Kewangan Terakhir Audit Koperasi Pekerja Bandar Raya Berhad, pada 30 Jun 2008, koperasi ini mengalami kerugian sebanyak RM166,936 dan kerugian pada 2007 juga berjumlah sebanyak RM2687. Oleh kerana tidak ada keuntungan maka tidak ada lah dividennya.

Beberapa Ahli Yang Berhormat bertanya mengenai Maktab Kerjasama Malaysia. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Hulu Langat mengenai bilangan graduan bertaraf diploma yang telah dilahirkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia ataupun MKM.

Sukacita dimaklumkan sehingga April 2009, MKM telah melahirkan sebanyak 345 orang graduan Diploma Pengurusan Koperatif yang diiktiraf oleh MQA sejak tahun 2000.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Program Diploma Pengurusan Koperasi telah dimulakan sejak tahun 1991 dengan program diploma selama 3 tahun dan yuran pengajian yang dikenakan adalah sebanyak RM4,500 untuk anggota koperasi dan RM5,500 untuk bukan koperasi. Bilangan penuntut di antara bulan Jun 2007 sehingga tahun 2010 adalah 34 orang, tahun 2008 sehingga tahun 2011 adalah 83 orang, tahun 2009 sehingga tahun 2010 adalah 140 orang. Jadi jumlahnya adalah 527 orang.

Saya ingin beralih kepada isu yang lain iaitu isu Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM). Yang Berhormat Kuala Krau bertanya mengenai peranan SSM di dalam menyalurkan informasi bagi membantu pengusaha tempatan. Saya ingin maklumkan SSM menawarkan program kaunter bergerak, program kaunter litar, kerjasama dengan persatuan-persatuan perniagaan, mengadakannya dialog, ceramah, dan sebagainya, memberikan maklumat secara online, mengadakan aktiviti promosi melalui media cetak dan elektronik, dan mengadakan program latihan kepada pengusaha tempatan.

Tuan Pengerusi, ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu yang melibatkan hypermarket. Di antaranya ialah Yang Berhormat daripada Parit Sulong, Yang Berhormat daripada Pasir Salak, Yang Berhormat Sungai Petani,dan juga Yang Berhormat daripada Kepong. Yang Berhormat Pasir Sulong dan Yang Berhormat Pasir Salak, ingin saya menjelaskan mengenai peranan kementerian bagi membantu IKS Bumiputera memperluaskan pemasaran barangan mereka di dalam hypermarket juga asing di dalam negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga kini secara purata kira-kira 7 peratus daripada produk yang terdapat di hypermarket asing di dalam negara kita adalah produk IKS bumiputera.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Hypermarket yang saya maksudkan adalah Giant, Carrefour, Tesco, dan Jusco.

Walaupun jumlahnya kecil iaitu 7 peratus tetapi jumlah keseluruhan mengikut SKU - Store Keeping Unit. Produk IKS yang telah di senarai tetap di keempat-empat hypermarket dan pasar raya asing tersebut mencapai sebanyak 10,000 SKU. Jadi walaupun kita lihat dari segi peratusannya hanyalah 7 peratus, tetapi 7 peratus daripada jumlah yang begitu besar.

Oleh itu, dari segi jumlah SKU ia mencapai kepada tahap 10,000 SKU. Itu adalah produk IKS bumiputera tetapi kalau kita lihat daripada produk tempatan termasuk bumiputera dan bukan bumiputera yang dijual di dalam hypermarket ia mencapai kepada 80 peratus. Dalam 80 peratus itu termasuk yang 7 peratus IKS bumiputera, jadi untuk produk tempatan atau produk Malaysia ia sebanyak 80 peratus.

Kementerian berpandangan syor Ahli Yang Berhormat Pasir Salak agar kementerian meminta penguat kuasa memantau bekalan produk IKS bumiputera di hypermarket dan pasar raya adalah merupakan satu cadangan yang amat baik dan kementerian akan mengarahkan pegawai pemantau harga untuk memantau bukan sahaja dari harga tetapi juga dari segi bekalan, jumlah produk IKS, dan kedudukan produk IKS Bumiputera di dalam pasar raya asing dan tempatan tersebut. Kementerian telah menjalinkan kerjasama strategik dengan hypermarket dan pasar raya bagi membantu memasarkan produk IKS bumiputera. Hypermarket asing ini terikat dengan garis panduan penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia tahun 2004.

Melalui garis ini, hypermarket dan pasar raya asing sebenarnya perlu mencapai 30 peratus penyinaran tetap produk IKS bumiputera berbanding dengan jumlah keseluruhan produk. Pencapaian ini memang masih belum tercapai dan kita akui tetapi pertambahannya berlaku secara sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, kementerian amat serius untuk memantau pencapaian ini dan beberapa perbincangan telah pun diadakan di antara pihak IKS bumiputera dan juga dengan hypermarkets asing ini.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta Penjelasan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Oh!

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat saya sedih melihat kerana IKS-IKS kita terpaksa memasarkan produk mereka melalui pasar tani, di gerai-gerai, di kaki lima sedangkan kita dalam anjakan sesuatu ke arah untuk memantapkan usahawan bumiputera ini kepada satu tahap mereka menjadi komersial. Jadi sampai bilakah agak-agaknya kementerian boleh mewujudkan bahawa hasil-hasil produk IKS ini dapat dipasarkan di hypermarkets bukan sahaja dalam negara kita bahkan di luar negara melalui agensi-agensi di bawah kementerian dan sebagainya dan tidak lagi bergantung dengan pasar tani, di bawah payung pasar tani, di gerai-gera, dan di kaki lima kerana mereka ini yang saya mendapat aduan mereka tidak boleh menggandakan usaha mereka kerana tiada pemasaran yang tepat yang diurus oleh kerajaan. Apakah langkah-langkah yang seterusnya?

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pemasaran IKS ini yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan hanyalah untuk penyenaraian di dalam hypermarket.

Selebihnya adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab MITI - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagi pihak kementerian, kita mengambil tanggungjawab untuk memasarkan produk IKS ini di dalam hypermarket. Jadi untuk itu peringkat awalnya ialah untuk pengenal pasti masalah yang dihadapi oleh IKS bumiputera di dalam memasarkan di dalam hypermarkets tersebut. Beberapa isu yang ditimbulkan oleh IKS bumiputera misalnya dari segi bayaran kredit - credit term yang begitu lama selama ini dikenakan hypermarket kepada bumiputera sehingga 60 hari, 90 hari, dan 120 hari. Oleh kerana itu saya katakan sebentar tadi bahawa peringkat awal ini di telah menemukan saya sendiri mempengerusikan beberapa kali mesyuarat untuk menemukan di antara pengusaha IKS dengan pihak hypermarket.

Pertama kita selesaikan mengenai masalah credit term dengan izin, yang begitu lama dan pada hari ini pihak..., tidak mengapa saya akan beri. Kedua-duanya saya akan beri. Saya ingat. Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Putatan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sudah habis menjawab saya akan panggil. Misalnya kita selesaikan credit term, dipersetujui bukan lagi 90 hari tetapi selama 30 hari. Itu yang pertama.

Kedua, terlalu banyak fees yang tersorok atau pun hidden charges dengan izin.

Biasanya apabila mereka hantar mereka diberitahu ada beberapa fees sahaja yang patut dibayar tetapi apabila mereka datang untuk mengambil hasil daripada jualan tersebut tiba- tiba apabila voucher dikeluarkan beberapa potongan telah dilakukan tanpa pengetahuan mereka. Akhirnya mereka tidak mendapat keuntungan. Jadi ini menyebabkan akhirnya IKS bumiputera tidak mampu. Mereka kata tidak mampu kerana mereka tiada modal dan tidak mampu tunggu 90 hari kerana terlalu banyak hidden charges maka mereka tidak mampu menjalankan perniagaan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Perkara ini kita selesaikan kerana tiada lagi hidden charges yang akan dikenakan.

Apa sahaja charges yang dikenakan, mesti diperjelaskan sewaktu menandatangani perjanjian. Jadi, kita selesaikan beberapa isu yang berkaitan.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Akan tetapi, timbul masalah mengenai branding, pembungkusan, pembotolan yang kadang-kadang tidak mencapai tahap piawaian yang sepatutnya. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, pihak kementerian mengadakan suaian perniagaan, di mana kita memilih produk-produk yang mempunyai kualiti yang telah pun mencapai piawaian misalnya, antara produk itu sudah berjaya dieksport ke luar negara.

Tidak mungkin kalau pihak MITI telah pun membawa mereka ke luar negara, tiba-tiba hypermarket dalam negara kata mereka tidak layak. Kalau mereka sudah mampu menembusi pasaran luar, tentu sahaja layak untuk dijual barang-barang mereka di dalam negara.

Jadi, akhirnya kita panggil mana-mana yang kita anggap sebagai sudah berkelayakan, barang-barang yang mempunyai mutu, kita adakan satu program yang kita panggil program Business Matching yang mana kita panggil pengusaha hypermarket dan kita panggil IKS bumiputera untuk mereka duduk bersama dan membincangkan perkara- perkara seperti yang saya sebutkan tadi dan membuat pesanan kepada barang-barang yang diperlukan. Itu di dalam negara.

Untuk ke luar negara, saya jawab soalan Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan punya soalan panjang. Soalannya pendek, tetapi jawapannya panjang. Untuk ke luar negara, kita mengadakan satu program bersama hypermarket juga di luar negara yang kita panggil program Taste of Malaysia, di mana di dalam program tersebut kita bekerjasama dengan hypermarket, sama ada hypermarket yang mempunyai cawangannya di dalam negara kita atau pun tidak.

Program TOM ataupun Taste of Malaysia ini telah dijalankan sejak daripada 2005 lagi dan sebanyak tujuh program telah pun dijalankan. Sehingga hari ini, saya dimaklumkan, sebanyak 1305 SKU yang melibatkan 108 pembekal, barangan mereka telah pun disenaraikan di Giant Singapura, Giant Indonesia dan Welcome Hong Kong. Bagi waktu yang terdekat iaitu 3 hingga 5 Disember ini, Program Taste of Malaysia akan kita adakan di Dubai, UAE.

Jadi, itulah Yang Berhormat Kinabatangan beberapa program yang kita jalankan untuk mengadakan matching ataupun suaian perniagaan di antara IKS bumiputera dan juga hypermarket sama ada dalam negara ataupun luar negara. Saya memberi Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Putatan.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang jawapan daripada semua tadi, sebenarnya saya faham pihak Menteri hendak terangkan justifikasi untuk matlamat 30 peratus penyenaraian produk IKS di dalam hypermarket.

Maksudnya, dalam isu berkenaan dengan pasaran tempatan yang dikuasai atau dipegang oleh hypermarket tadi. Sasaran itu memang baik dan saya faham Yang Berhormat Menteri memberitahu setakat ini jauh lagi pencapaiannya daripada sasaran itu.

Saya pun berhajat hendak berbincang sama ada pelan strategik kementerian Yang Berhormat untuk mencapai perkara ini, 30 peratus.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Adakah dengan alasan yang diberi, dengan adanya kos-kos terselindung dan sebagainya - ia nampak seperti unsur manipulasi atau penganiayaan terhadap industri ataupun pemain-pemain dalam IKS kita. Kerajaan memang banyak memberi inisiatif. Baru- baru ini dalam Ekuinas juga dibawakan dalam unsur untuk membawa kepentingan yang sama terhadap IKS.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri, memang hypermarket ini telah lama bertapak dan mereka mendapat banyak kemudahan. Berbincang berkenaan perkara ini memang panjang dan lama, bersesi-sesi kita bincangkan perkara ini.

Nampaknya perkara yang sama juga berlaku. Saya fikir mungkin ada satu perkara lain terselindung yang tidak menyebabkan hypermarket ini merasakan ada kepentingan untuk meraih atau untuk membawa sama IKS ini untuk berjaya, bukan setakat untuk disenaraikan, seperti kata tadi manipulasi untuk terms of credit yang ditetapkan sehingga kita tidak berjaya bertahan.

Mungkin hypermarket boleh disyaratkan untuk produk-produk yang berada atau untuk mencapai 30 peratus ini, kita boleh mensyaratkan kepada mereka untuk membuka sedikit pegangan atau ekuiti dalam syarikat IKS itu ditawarkan atau disyaratkan hypermarket itu terpaksa pegang mungkin 5 peratus, 10 peratus atau 15 peratus ekuiti IKS yang produknya berada di dalam pasar raya mereka. Mereka menjadi equity holder juga dalam IKS itu. Dengan selama ini mereka mendapat kemudahan yang diberi oleh kerajaan, disediakan oleh kementerian Yang Berhormat sendiri, ada juga perkara itu berlaku, apa salahnya kita ikat mereka sama menjadi stakeholder di dalam company IKS itu.

Dengan cara ini, mereka merasa tanggungjawab itu diikat dari segi legal binding yang menyebabkan mereka tidak boleh merasakan IKS itu setakat produk sahaja diwakili untuk berada dalam pasar raya mereka, tetapi ekuiti syarikat itu juga dipegang dan menjadi tanggungjawab syarikat hypermarket itu untuk sama-sama berjaya dalam memasarkan produk masing-masing. Kalau tidak, sama-sama mereka rugi. Dengan cara ini sahaja dari segi manfaat dapat diraih bersama ataupun risiko juga dapat dikongsi bersama kalau kita mensyaratkan perkara ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sedar atau tidak bahawa usaha-usaha bukan sahaja yang dilaksanakan oleh IKS, bahkan ada juga industri-industri kecil-kecilan yang dinamakan ‘bracket industry’ bagi golongan bumiputera yang membuat satu produk, dua produk yang dijual melalui website. Apa peranan kementerian terhadap pengusaha- pengusaha seperti berikut?

Walaupun matchmaking yang disentuh Yang Berhormat Menteri tadi melalui MITI, melalui dewan-dewan perniagaan dan sebagainya, apa yang saya tahu Yang Berhormat Menteri, bahawa pengusaha-pengusaha yang kecil-kecilan ini melalui IKS telah mempromosikan produk-produk mereka ini melalui website dan saya difahamkan bahawa pendapatan daripada usaha-usaha ini yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Jadi, persoalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian memantau kualiti produk yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha? Kalau ada, berapa jumlah pengusaha-pengusaha ini yang sememangnya tidak menjual produk-produk ini kepada hypermarket, tetapi, menjual melalui website. Jadi, saya rasa ia boleh mengaut keuntungan yang lebih banyak daripada bertungkus-lumus untuk memasarkan produk-produk mereka ini kepada hypermarket tempatan.

Adakah produk-produk ini tidak sekualiti dengan produk di hypermarket atau sebaliknya? Jadi, soalan saya, minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pihak kementerian memantau tindakan-tindakan pengusaha ini yang membuat dengan diam-diam di peringkat-peringkat kampung, tetapi melalui website?

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya saya rasa yang Yang Berhormat sedar bahawa soal manipulasi tadi saya kata sudah diselesaikan dan sebenarnya mungkin bukan manipulasi, tetapi sedikit misunderstanding, dengan izin, antara pihak IKS bumiputera dan juga pihak hypermarket.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dari segi syarat, hypermarket untuk mengambil ekuiti di dalam IKS bumiputera, saya rasa ini tidak selaras dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Sebenarnya kita cuba menyekat hypermarket ini dari terlalu menguasai segala perniagaan peruncitan di dalam negara ini, sebab itu kita adakan garis panduan. Kita pada waktu ini tidak membenarkan hypermarket misalnya untuk membuka perniagaan mereka di bandar kecil, ini supaya mereka tidak menguasai pasaran pengedaran dan peruncitan ini..

final • 12:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Wait...

final • 12:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedar ataupun tidak sebenarnya kalau kita tidak buat regulation seperti itu, cara informal pun mereka telah pun menguasai produk- produk IKS sebenarnya. Berbanding dengan cara formal kita, announce dan benarkan mereka pegang ekuiti, sebenarnya secara tidak langsung mereka telah pun memegang ekuiti dalam produk-produk IKS tanpa kita sedari ataupun mungkin kita sedari tetapi kita rasa, we got nothing to do about it, dengan izin. Macam mana?

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya tidak bersetuju. Sebab kalau kita lihat pada hari ini, sebenarnya kalaulah itu yang kita benarkan saya rasa akhirnya semua perdagangan, pengedaran dan peruncitan ini, akhirnya akan dikuasai oleh orang-orang asing seperti hypermarket ini. Mereka mempunyai modal yang begitu besar, kalau kita benarkan mereka menguasai ekuiti semua kedai kecil mereka akan ada interest, semua IKS bumiputera dibenarkan interest dan akhirnya semua interest di dalam negara ini akan ada tangan-tangan mereka yang secara jelas, berada di dalam segala perniagaan yang ada.

Sebab mereka sendiri sebenarnya sekarang ini sedang berusaha untuk membolehkan kita membenarkan mereka membuka convenient store ataupun kedai serba guna contohnya 7-Eleven. Ini supaya mereka boleh pergi di setiap bandar di dalam negara.

Kalau kita benarkan bermakna interest hypermarket asing ini akan berada di seluruh negara termasuk bandar-bandar kecil, bukan setakat Kuantan yang bandar besar, Bera pun akan ada hypermarket ini melalui rangkaian-rangkaian mereka, melalui kedai-kedai convenient store dan sebagainya.

Namun begitu pada hari ini kita masih ingin melindungi kepentingan bumiputera, kepentingan IKS bumiputera ini dan kepentingan syarikat-syarikat kecil di dalam negara.

Maka sebab itulah kita masih lagi berpegang kepada garis panduan yang asal, jadi sebab itulah kita tidak benarkan. Memang benar kalau kita boleh buka kepada IKS mana-mana produk IKS yang dirasakan berdaya maju, mereka akan kuasainya, mereka akan berada di situ, tetapi dari segi garis panduan kita masih belum membenarkan. Saya rasa di pihak MITI sendiri pun mempunyai dasar ini, iaitu untuk IKS ini, kita tidak membenarkan membuka peluang kepada ekuiti asing berada di dalam IKS bumiputera.

Saya rasa ini adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, termasuk MITI dan sebagainya untuk melindungi kepentingan bumiputera. Saya rasa kita boleh melakukannya, dengan cara pihak hypermarket membenarkan barang-barang IKS bumiputera dipasarkan di dalam hypermarket mereka. Itu sebenarnya satu perkara yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan produk-produk mereka dapat dipasarkan. Sebab itu saya kata tadi sekarang ini sudah terdapat 10,000 SKU di dalam negara kita dan kita akan tambah lagi kepada 30 peratus tadi, mungkin sampai 20,000-30,000 dan sebagainya.

Akan tetapi ia akan mengambil masa yang agak panjang, lagipun peratusannya tadi, kalau kita bercakap soal peratusan, kalau barang di dalam hypermarket itu bertambah, maka tentu sahaja peratusan itu akan menjadi lebih kecil. Kalau produk-produk di dalam hypermarket itu bertambah banyak, peratusan itu akan menjadi lebih kecil. Walau bagaimanapun kita tidak mengambil perkara ini sebagai satu halangan dan kita akan teruskan untuk menambahkan produk-produk ini.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat saya melihat bahawa ada kelonggaran dalam kita punya sistem iaitu lesen hypermarket ini diberi oleh kerajaan dan kementerian.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kenapa tidak terma-terma tertentu untuk melindungi IKS-IKS tempatan ini, disyaratkan mesti menjadi compulsory ataupun mandatory, iaitu mereka tidak boleh mengenakan apa-apa syarat yang boleh mengelirukan sebab itu timbul sangkaan bahawa ada unsur-unsur manipulasi yang dikenakan oleh hypermarket kepada IKS-IKS kita, sehinggakan kita tidak boleh membangun secara seimbang.

Justeru itu, apakah kementerian ini berhasrat untuk melihat sistem-sistem yang ada iaitu kita ubah, iaitu kalau perlu kita gubal akta baru, kita gubal akta baru untuk melindungi IKS-IKS tempatan kita. Ini supaya mereka mampu untuk memasarkan ataupun menjual produk mereka kepada hypermarket tanpa ada syarat-syarat yang terlalu ketat, sehingga pembayaran 30 hari. Kenapa perlu 30 hari? Ini kerana bagi usahawan-usahawan kecil ini, 30 hari mereka pun perlu meminjam dengan SME Bank dan sudah tentu ada interest hendak dibayar. Kenapa tidak the moment barang ataupun produk dideliver mereka perlu bayar.

Hypermarket ini billionaire, mereka ada duit, mengapa membeli barang-barang di luar negara mereka boleh membeli dengan berjuta-juta, mengapa dengan RM20,000- RM30,000 mereka perlu create term 30 hari. Saya rasa Yang Berhormat selaku Menteri baru dalam kementerian ini, buat satu perubahan. Lihat mana yang rasa akta dan peraturan yang boleh menidakkan pembangunan IKS di bawah, ubah. Yang Berhormat perlu berani memecah satu tradisi sehingga melihat IKS kita berkembang dan negara kita menjadi maju.

Kita tidak boleh tinggal di tampuk lama seperti ini, apa yang ada itu sahaja, sehingga kita terpaksa berunding dengan pihak hypermarket yang lain...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak perlu berunding sebab ini adalah authority kita untuk mengenakan syarat kepada mereka, bukan mereka yang mengenakan syarat kepada kita. Jadi inilah yang saya gesa dan Yang Berhormat harus lakukan untuk memastikan bahawa IKS-IKS yang di bawah ini berkembang maju dan jangan, “kais pagi makan pagi, kais petang tidak tahu makan malam.” Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya sambung sedikit Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga rasa terpanggil kerana membincangkan perkara ini di dalam perbahasan baru-baru ini, dalam mencelah Yang Berhormat Sungai Petani.

Menteri kalau boleh Dewan ini mendapat penjelasan secara terbuka, apakah benar-benar kementerian telah memikirkan seluruh perkara ini, kalau saya istilahkan sebagai dengan izin, “thinking through with the end in mind.” Maksudnya ketika kita telah membuka negara ini dan mengintegrasikan negara ini dalam satu agenda liberalisasi yang lebih besar daripada ini, inilah akibatnya Tuan Pengerusi, inilah akibatnya.

Sekarang ini kita sedang menerima segala akibat dari pembukaan liberalisasi itu, saya tidak kata ia negatif ataupun ia merupakan satu yang salah. Akan tetapi yang saya cukup khuatir Tuan Pengerusi adalah kerana kita tidak memikirkan perkara ini dengan satu pemikiran thinking through, yang dengan kata lain sewajarnya telah diwujudkan. Saya kerap sebutkan akta persaingan itu, akta Anti-Trust Law yang akan dapat mengelakkan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh kawan-kawan Yang Berhormat yang lain tadi.

Jadi jika ini tidak kita lakukan Tuan Pengerusi, saya cukup khuatir kerana bukan hanya IKS, kita juga bercakap tentang suatu sektor peruncitan. Pada sedikit waktu dahulu mantan Perdana Menteri bercakap tentang bagaimana bumiputera mahu dipacu dalam sektor peruncitan. Hari ini saya membaca sedikit daripada Dewan Perniagaan Melayu 12,000 peniaga-peniaga kecil peruncitan bumiputera ini sudah dalam kesulitan dan 480 sedang mahu dilelong. Jadi saya belum boleh membayangkan apa kesudahan senario ini, kalau kita tidak menurunkan dan menetapkan akta persaingan itu.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

There must be this competition law. Ini melibatkan semuanya sekali gus, bukannya runcit-runcit, berfikir runcit-runcit macam ini, Tuan Pengerusi. Satu MP bangun kita pun memberi respons begitu. Dia tidak boleh piecemeal macam ini. Dewan ini mahukan pemikiran daripada kementerian dan Menteri supaya meletakkan keseluruhan pemikiran ini secara thinking through, seluruh business processnya dan supply chainnya. Sementara hypermarket boleh wujud tetapi biarkan mereka itu beroperasi di bandar-bandar besar.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi kalau Kuala Selangor pun sekarang ini pun sudah ada Tesco. Jadi kita tidak boleh bayangkan di kedai itu berapa kedai runcit yang bakal tutup. Jadi kesemua ini saya cukup khuatir, sebab itu saya kerap bangkitkan begini. Barat telah mengalami episod dan senario ini. Jadi kita perlu belajar juga.

Jadi saya cukup khuatir kerana di sana tidak ada lagi undang-undang ataupun Akta Persaingan itu. The Competition Law, Anti-Trust Law, yang mengelak peminggiran- peminggiran IKS, peruncitan-peruncitan daripada bukan hanya bumiputera semuanya, kaum Cina dan India semuanya. Jadi oleh kerana itu saya minta perkara ini ditangani secara tuntas dengan pemikiran yang lebih menyeluruh daripada apa yang kita saksikan sekarang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya turut berkongsi dengan rakan-rakan berhubung dengan soal IKS, soal supplier kepada hypermarket ini. Kalau dasar dibuat bill to bill basis, dengan izin Tuan Pengerusi, kita tidak ada masalah kerana IKS ini mereka mempunyai masalah untuk membuat pusingan modal. Akan tetapi sekarang apa yang diamalkan oleh hypermarket- hypermarket di sini ialah mereka membuat dasar pembayaran 30, 60 dan 90 hari. Makna kata kalau dasar dibuat 90 hari, lebih daripada 30 hari, 30 hari pun ada kesukaran. Akan tetapi kalau boleh atau tidak kita berbincang, pihak kerajaan berbincang dengan pihak hypermarket supaya bill to bill basis merupakan kaedah yang lebih bersesuaian. Apabila penghantaran ini, collect untuk penghantaran telah dibuat. Saya rasa pusingan itu boleh dilakukan, kerana kalau kita tidak buat macam ini, dalam sektor ini retailing dengan whole selling ini, ia terlalu meluas.

Kadang-kadang dikuasai seolah-olah macam kartel yang mengawal keadaan yang menyebabkan kalau kita hendak bangkitkan kemampuan IKS bumiputera ia akan menghadapi kesukaran. Barang-barang yang diletakkan di bahagian-bahagian dan sudut- sudut yang sebenarnya tidak menarik perhatian pelanggan. Beberapa rakan timbulkan perkara ini, jadi sebab itulah kita minta dalam keadaan kita mampu dan masih mengawal seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, biarlah kita membuat pemantauan yang lebih teliti tentang permasalahan ini...

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penguat kuasa - yang sama, sedikit?

final • 12:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Panjang lagi Yang Berhormat, panjang lagi?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Pengerusi saya boleh pendekkan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Lebih kurang 15 minit boleh, pukul 1.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau 15 minit tidak boleh.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Tidak boleh.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ada beberapa isu lagi. Isu jualan langsungnya yang penting yang dibangkitkan.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey, sila Yang Berhormat Bakri.

final • 12:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri, saya hendak pindah tajuk lain.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Untuk makluman Menteri, ini masalah yang penting sebab akhbar The Star telah menyiarkan isu penipuan SMS ini dalam tajuk utamanya pada semalam 28 November 2009.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Isu apa?

final • 12:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

SMS.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Itu saya jawab kemudian. Ini yang hypermarket dahulu. Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, sedikit sahaja Tuan Pengerusi, lanjutan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Menteri juga jawab tadi berkenaan dengan masalah modal pusingan dan keupayaan IKS. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah kita sedar peringkat ini produk-produk daripada negara luar terutama negara China, 70 peratus penguasaan produk ini datang daripada produk IKS based, dari segi mainannya, dari hardware, barang-barang yang senang didapati termasuk stationary dan sebagainya.

70 peratus sedang menguasai dalam pasaran kita dan mereka ini semua adalah IKS based. Satu perkara yang menarik di sini, tahun lepas kita diberitahu juga yang keputusan kerajaan negara China untuk sanggup membuat withdrawal besar-besaran simpanan mereka di World Bank mengeluarkan simpanan hampir USD2 trilion, kerana tujuan dia katanya lebih baik. Mereka melabur dan membangunkan sektor industri kecil dan sederhana dalam negara mereka. Dalam keadaan mereka telah pun menguasai 70 peratus bidang produk-produk ini dalam negara kita. Masih lagi menggunakan kuasa, input suntikan modal yang besar untuk menjana lebih besar lagi penguasaan IKS di seluruh dunia barangkali.

Akan tetapi adakah kita mempunyai satu standard cita rasa polisi kementerian yang kalau boleh hampir sama atau menyamai dengan skala ini sekurang-kurangnya.

Sedangkan tahun lepas kita membubarkan kementerian yang khusus untuk menjaga tentang kedudukan IKS ini dan kita agih-agihkan peranan ini kepada beberapa kementerian. Ada di MITI, ada di kementerian Yang Berhormat, di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, adakah ini menunjukkan kita sebenarnya daripada mengumpulkan tenaga sumber untuk membangunkan IKS, sedangkan kita chop off, kita membahagi-bahagi mengecilkan lagi skala kita. Bagaimana agaknya kita hendak capai satu polisi yang cukup bertenaga untuk mengembangkan IKS ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Cadangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Arau dan rakan-rakan untuk memperketatkan lagi syarat kepada hypermarket. Pertamanya kita perlu sedar bahawa hypermarket ini merupakan satu entiti perniagaan. Itu kita perlu tahu dahulu. Mereka bukan kebajikan masyarakat dan sebagainya. Itu kita perlu tahu dahulu. Mereka adalah merupakan syarikat perniagaan, jadi tentu mereka mempunyai selain daripada untuk social contribution, CSR mereka responsibility mereka, mereka juga mempunyai tujuan-tujuan lain seperti keuntungan dan sebagainya. Itu kita kena faham.

Saya hendak maklumkan bahawa, syarat yang diberikan oleh pihak kerajaan kita, Kementerian KPDNKK kepada hypermarket, saya difahamkan merupakan syarat yang paling ketat jika dibandingkan dengan syarat yang diberikan oleh negara-negara ASEAN yang lain kepada hypermarket ini.

Hypermarket ini merupakan pelabur luar, foreign investor dan mereka mencari satu negara yang friendly kepada pelaburan-pelaburan luar ini. Kita didapati sebagai negara yang paling tidak friendly kepada pelabur-pelabur luar ini. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kepong sebenarnya, kita melihat hypermarket ini kepada perkara yang lebih besar. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, kita perlu lihat pelaburan hypermarket ini sebagai di dalam big picture, di dalam gambaran yang lebih besar. Tidak tertumpu kepada satu isu sahaja, tetapi isu yang lebih besar. Kita tengok Yang Berhormat Kepong pun memberi pandangan itu dan saya bersetuju. Kita perlu lihat kepada sumbangan misalnya hypermarket kepada negara secara keseluruhan.

Kesan daripada kehadiran hypermarket misalnya, kepada peluang pekerjaan, hampir 50,000 peluang pekerjaan diwujudkan misalnya. Itu salah satu perkara. Kedua dari segi pengguna misalnya dapat membuat pilihan dengan membeli barangan lebih murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Persaingan yang diwujudkan oleh hypermarket ini walaupun persaingan yang tidak sekata kerana mereka mempunyai modal yang lebih besar, tetapi sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada peniaga-peniaga yang selama ini memonopoli di kawasan mereka dengan harga yang mahal. Terpaksa menurunkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Biasanya peruncit-peruncit supermarket tempatan, peruncit-peruncit biasanya akan mengambil keputusan mereka sendiri untuk menentukan harga tetapi dengan adanya hypermarket di kawasan mereka, mereka tidak ada pilihan untuk menurunkan harga dan sebagainya. Ini memberikan keuntungan kepada pengguna di kawasan sekitar itu, itu kalau kita lihat daripada pengguna.

Peruncit misalnya, peruncit-peruncit kampung biasanya membeli barangan daripada pemborong-pemborong. Oleh kerana mereka membeli barangan daripada pemborong dengan produk yang kecil, contohnya kicap sepuluh botol misalnya untuk pemborong hantar ke kawasan mereka, mereka terpaksa membayar kepada harga yang tinggi walaupun mereka membeli kepada pemborong.

Saya difahamkan dengan adanya hypermarket, lebih murah mereka membeli barang-barang tersebut di hypermarket kerana membelikan kuantiti yang kecil berbanding mereka membeli daripada pemborong-pemborong yang selama ini mengedarkan barang- barangan tersebut kepada mereka. Kepada peruncit tempatan pun hadirnya hypermarket di kawasan mereka akan memberikan keuntungan kepada mereka untuk mendapatkan barangan yang murah kerana selama ini mereka seolah-olah ditindas oleh pemborong- pemborong yang menjadi orang tengah.

Selama ini kita bercakap tentang orang tengah yang menindas pemborong di kampung-kampung, mereka membeli daripada pemborong yang datang dengan lori dan sebagainya ditindas, harganya tinggi. Akan tetapi pada hari ini, kerana adanya persaingan dengan hypermarket, mereka dapat membeli dengan kuantiti yang kecil serta harga yang murah daripada hypermarket dan mengelakkan daripada pemborong yang selama ini menindas dan menjadi orang tengah kepada mereka.

Kita melihat pula dari segi konteks yang lebih luas, dari segi persekitaran, dari segi nilai, tanah dan sebagainya yang akan menjadi appreciate dengan izin, yang akan menjadi tinggi nilainya hasil dari pembinaan hypermarket dan sebagainya. Kita lihat secara besar dan secara kecil. Secara kecil, barulah kita lihat daripada kepentingan hypermarket dari segi membantu IKS bumiputera. Saya hendak beritahu bahawa soal IKS bumiputera, perniagaan mereka tidak bergantung semata-mata kepada hypermarket tetapi banyak lagi perkara-perkara lain yang saya rasa pihak MITI misalnya mempunyai banyak program yang dibuat untuk membantu IKS-IKS bumiputera dengan adanya SMIDEC, SME Corp.

Malaysia, dan sebagainya di bawah MITI. Banyak peluang-peluang yang diwujudkan oleh MITI melalui MATRADE misalnya untuk keluar negara dan sebagainya.

Ini adalah hanya sebahagian daripada usaha kerajaan. Ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu IKS bumiputera, MARA misalnya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai berbagai-bagai program untuk membantu IKS-IKS bumiputera ini. Walau bagaimanapun saya tidak sekali-kali menafikan tentang betapa pentingnya kepada pihak kementerian ini dalam membangunkan IKS-IKS bumiputera.

Sebab itu saya katakan tadi beberapa perkara yang menyekat barangan IKS bumiputera ke dalam hypermarket kerana apa yang disebutkan manipulasi tadi, kita sudah pun selesaikan.

Tidak ada lagi term kredit 30 hari bagi rakan saya Yang Berhormat Arau yang mengatakan 30 hari begitu lama. Yang Berhormat Kinabatangan juga, begitu lama sepatutnya COD

(cash on delivery), bila hantar barang, bayar terus duit. Perkara ini saya terpaksa...Ya?

final • 12:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Menyampuk

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Baik. Itu adalah salah satu cadangan yang boleh saya bangkitkan, yang boleh saya bawa kepada hypermarket. Kita akan terus mengenakan syarat-syarat sebab itu saya hendak maklumkan kepada Dewan ini, pihak kementerian misalnya mengalami tekanan daripada hypermarket supaya menambah lagi hypermarket di seluruh negara. Daripada 250,000 ratio minta diturunkan kepada 100,000, minta supaya semua, mereka boleh membuka convenience store di seluruh negara, mereka boleh buat franchise perniagaan hypermarket di seluruh negara. Ini adalah permintaan mereka dan setakat ini pihak kementerian masih lagi tetap dengan dasar yang asal iaitu tidak dipermudahkan, syarat masih lagi ketat.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Walaupun kita dianggap sebagai negara yang paling ketat dalam mengenakan syarat-syarat kepada hypermarket tetapi kita masih lagi bertahan dengan syarat-syarat ini.

Akan tetapi suka saya menyatakan bahawa berapa lama, inilah persoalan question mark, big question mark yang perlu ada pada kita. Berapa lama kita boleh mempunyai dasar perlindungan seperti ini? Berapa lama.., 10 tahun daripada sekarang, lima tahun daripada sekarang, atau 20 tahun daripada sekarang?

Adakah kita akan terus berada dengan dasar perlindungan ini untuk melindungi kepentingan bumiputera? Ataupun kita membangunkan bumiputera untuk mengeluarkan produk-produk yang berkualiti, untuk mengeluarkan produk-produk yang mempunyai branding yang bagus dengan izin, untuk mengeluarkan kualiti packaging yang baik, mempunyai bottling yang baik, apabila dihantarkan consignment, consistent dari segi penghantarannya. Adalah kita ke arah ini atau terus kita bergantung kepada kuota ini supaya kita akhirnya menjadi satu kumpulan yang tidak mampu bersaing apabila satu hari nanti apabila kita terpaksa membuka pasaran kita kepada dunia?

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya menekuni perbahasan Menteri yang cukup baik, saya juga boleh menyatakan bahawa Menteri menguasai persoalan dan isu yang ditangani ini. Cuma yang kita sebut pada awal tadi, bukan Dewan ini atau kawan-kawan yang berhujah tadi, menolak kepentingan untuk membuka negara dalam liberalisasi. Itu hakikat dunia hari ini, kita terpaksa bersaing dan membuka kepada pasaran dan free market punya ekonomi dan Menteri pun bercakap tentang dengan the hidden forces ataupun the hidden hand yang..., market forces yang akhirnya akan menjadi baik kepada pengguna, consumers dan rakyat.

Itu semua kita faham tetapi jangan kita tidak tahu kepentingan untuk mengelak kemudaratannya. Mungkin Menteri pun tahu tetapi tidak dibentangkan lagi. Kepentingan untuk sementara kita mahukan, ini semua dianggap FDI jugalah ini, ini semua dianggap pelaburan dari luar juga ya. Akan tetapi kita pun tahu bahawa pada akhirnya mereka akan repatriate keuntungan itu keluar. Oleh kerana itu, kalau saya boleh sebutkan, yang dimaksudkan lebih awal tadi adalah sementara kita... Perkara itu adalah cukup penting untuk menggerakkan, merancakkan ekonomi kita, yang diperlukan ialah bukan perlindungan tetapi barat juga, negara luar pun, negara-negara yang sudah maju pun ada juga Akta Persaingan itu.

The Anti-Trust Law itu, polisi itu perlu ada untuk mengelakkan sebab di sini the hidden hand, yang dikatakan invisible hand itu, market forces itu kadang-kala ada distortion nya ataupun mudaratnya ada. Saya rasa Menteri faham ini tetapi cuba Menteri mengimbangi penghujahan itu supaya perkara ini dapat ditekuni dengan lebih baik dan menyeluruh. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih, saya memang terlupa tadi.

Sebenarnya ada dalam jawapan saya mengenai celahan daripada Kuala Selangor mengenai Akta Persaingan. Sebenarnya Akta Persaingan memang telah pun bersedia sama ada akan dibentangkan seawal-awalnya di dalam sesi ini untuk bacaan pertama ataupun selewat-lewatnya di sesi yang akan datang pada bulan Mac untuk bacaan pertama. Memang dalam Akta Persaingan itu, kita memang telah pun memasukkan perlindungan–perlindungan sama ada dari segi cartel iaitu kita tidak akan membenarkan menggunakan dominan kuasa menentukan harga melalui cartel tadi. Begitu juga dengan monopoli.

Kita juga tidak akan membenarkan monopoli, akta ini akan menyekat monopoli.

Oleh kerana kita tahu monopoli yang menyebabkan harga ditentukan, dominan kuasa besar mewujudkan cartel dan mewujudkan sesuatu harga. Kita tahu inilah yang akan membebankan pengguna dan sebagainya. Kita amat memahami perkara ini, sebab itulah akta ini telah pun siap. Sekarang berada di Jabatan Peguam Negara di dalam peringkat akhir (legal scrubbing). Ini adalah dalam peringkat terakhir, insya-Allah kalau diizinkan sudah siap akan dibentangkan kembali kepada Kabinet, jika dapat kelulusan Kabinet, kita akan bentangkan dalam sesi ini. Kalau sesi ini bacaan pertama, bacaan kedua akan dibentangkan kepada di sesi akan datang. Jadi saya ingin meneruskan, kalau diizinkan oleh Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, jawapan daripada Yang Berhormat Putatan tadi bahawa memang kita tidak ada... Yang Berhormat Putatan menyebutkan tentang pemantauan melalui produk yang dijual melalui internet. Setakat ini kementerian tidak ada membuat pemantauan terhadap penjualan produk-produk yang dijual melalui internet dan sebagainya, setakat ini tidak ada.

Walau bagaimanapun kita akan meminda akta pengguna kita dan kita akan membuat satu peraturan mengenai produk-produk yang dibeli melalui internet ini, untuk e- commerce ini. Setiap penjualan yang dijual, peraturan-peraturan yang lebih jelas akan kita keluarkan melalui peraturan-peraturan nanti. Ini yang kementerian menjawab dan setakat ini tidak ada lagi. Terima kasih

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri sambung semula petang nanti.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti, sekian terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung jawapan.

final • 12:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya beralih kepada tajuk yang lain.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, ada pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kehadiran Honorable Robert Smith, President of the Legislative Council and Joint President of the CPA Victoria Branch, Australia di dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Semoga kehadiran beliau dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dengan Australia... [Tepuk] Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin beralih kepada tajuk yang lain selain daripada hypermarket kerana sudah lama kita di dalam topik tersebut.

Yang Berhormat Kuala Krai ada memberi cadangan supaya pihak kementerian mewujudkan pusat pengedaran ataupun pusat ekspo tetap bagi barangan tempatan seperti yang dilaksanakan oleh MITI. Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, pusat pengedaran iaitu Malaysia Export Exhibition Centre telah pun dilaksanakan oleh MATRADE di bawah kementerian tersebut.

Bagi penganjuran ekspo juga, pihak berkuasa tempatan memainkan peranan di dalam pengeluaran permit dan sebagainya kepada penganjur-penganjur. Jadi bagi pihak kementerian setakat ini, pihak kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan pusat ekspo yang tetap bagi ekspo barang-barangan IKS ataupun produk-produk barangan tempatan.

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Walau bagaimanapun, pihak kementerian melalui Kempen Membeli Barangan Malaysia terus menjalankan kempen-kempen mempromosi barang-barang buatan Malaysia.

Yang Berhormat Batang Sadong bertanya mengenai bagaimana cara untuk menyertai Skim Jaminan Usahawan Kecil ataupun SJUK. Untuk Makluman Yang Berhormat, skim ini dilaksanakan oleh dua agensi iaitu oleh TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani, dan juga di bawah Majlis Amanah Rakyat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, manakala bagi Program Technopreneur Bumiputera, ia dilaksanakan oleh MARA.

Yang Berhormat juga ingin mendapat penjelasan mengenai Program Latihan Perdagangan dan Kepenggunaan. Untuk makluman Yang Berhormat, ia dibahagikan kepada empat kategori:

(i) Program Latihan Kepenggunaan yang dilaksanakan oleh bahagian kepenggunaan KPDNKK dan semua pejabat negeri;

(ii) Program Latihan Harta Intelek yang dilaksanakan oleh MIPO ataupun Perbadanan Harta Intelek Malaysia;

(iii) Program Latih Dan Kerja yang terbuka kepada lepasan sekolah, diploma dan ijazah; dan

(iv) Program Latihan Penguatkuasaan yang dikhaskan untuk anggota penguat kuasa sahaja.

Tuan Pengerusi, ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu mengenai jualan langsung. Yang Berhormat Pasir Mas ingin mengetahui jumlah syarikat jualan langsung dan peratusan milik tempatan berbanding dengan milik asing. Pada masa ini, terdapat 705 buah syarikat jualan langsung mengikut kategori seperti berikut:-

(i) berbilang tingkat atau multilevel sebanyak 457;

(ii) satu tingkat atau single level sebanyak 179;

(iii) pesanan pos satu tingkat sebanyak 32; dan

(iv) pesanan pos sebanyak 37.

Dari jumlah tersebut, lebih daripada 90 peratus merupakan milik tempatan manakala 10 peratus adalah pemilikan asing.

Beliau juga ingin mendapat makluman mengenai syarikat-syarikat tempatan yang boleh dijadikan sebagai contoh dan boleh dianggap sebagai berjaya dan sebagainya. Saya ingin memberikan beberapa contoh sahaja. Di antara syarikat tempatan yang boleh dianggap sebagai berjaya dan boleh dijadikan sebagai contoh adalah CNI, Zhulian Marketing Sdn. Bhd., Gamat Emas Sdn. Bhd., DXN Marketing Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Manakala syarikat kepentingan asing yang mempunyai ekuiti asing adalah seperti berikut, iaitu Avon Cosmetic, Amway, Cosway dan juga Shaklee Sdn. Bhd.

Bagi Akta Jualan Langsung, memang terdapat beberapa kelemahan. Maka dengan itu, pihak kementerian bercadang untuk mengadakan pindaan kepada Akta Jualan Langsung 1993 dengan memasukkan klausa yang lebih luas tentang Skim Piramid. Akta ini dipinda kerana didapati akta yang sedia ada mempunyai kelompangan dan tidak dapat mengambil tindakan yang berkesan terhadap penipuan yang dijalankan secara internet.

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selain daripada itu, aspek penguatkuasaan juga diperketatkan bagi mengenakan penalti yang lebih tinggi terhadap mereka yang mempromosikan skim piramid. Selain itu definisi jualan langsung akan dipinda selaras dengan perkembangan semasa, dengan definisi baru ini, perniagaan atau promosi jualan langsung atau penipuan Internet boleh dipantau dan diambil tindakan. Pindaan Akta Jualan Langsung dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2010 sebagai bacaan kali pertama.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Daripada aspek kesedaran orang awam, KPDNKK sentiasa menjalankan roadshow mengenai kepenggunaan dan pendedahan maklumat kepada orang ramai melalui penglibatan di dalam ekspo seperti Minggu Saham Amanah dan Hari Pengguna.

Selain daripada itu, KPDNKK juga akan mengeluarkan satu sisipan khas mengenai jualan langsung di dalam akhbar pada minggu kedua bulan Disember 2009 ini...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Menteri, boleh tanya sedikit mengenai jualan langsung? Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Tadi dikatakan ada kelemahan dalam akta kita terhadap jualan langsung iaitu secara piramid. Saya ingin bertanya kepada Menteri iaitu sekarang memang bukan hanya sebagai jualan langsung ini telah terlibat dengan harta benda seperti ada yang buat kondominium atau resort dengan menggunakan cara seperti recruit membership dan membuat bayaran untuk keahlian, selepas itu dijanjikan akan mendapat apartmen-apartmen ini mengikut cara bayaran tetapi projek ini memang langsung tidak take-off.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, katakan beberapa tahun kebelakangan ini berapa syarikat atau sindiket ini yang telah diambil tindakan, saya telah menyebut beberapa syarikat jualan langsung ini yang niatnya adalah untuk menipu kepada ahlinya atau pembelinya yang memang sudah jelas dan laporan polis pun telah dibuat dan siasatan telah diambil tetapi masih tidak nampak tindakan diambil kepada orang-orang yang terlibat.

Boleh saya tahu berapa syarikat yang telah diambil tindakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kota Melaka, sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2009, sebanyak 138 aduan diterima berkaitan dengan pelesenan jualan langsung. Manakala penyelewengan jualan langsung adalah sebanyak 503 aduan yang kita terima. Mengenai tindakan yang boleh diambil, saya cuma boleh beritahu tentang tindakan yang boleh diambil di bawah Akta Jualan Langsung, kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan seperti disebut oleh Yang Berhormat tadi, ianya banyak merupakan syarikat yang tidak berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung. Mengikut seksyen 4 Akta Jualan Langsung, tindakan yang boleh diambil kepada peniaga yang menjalankan jualan langsung tanpa lesen ialah penalti sebanyak RM100 ribu kepada individu dan RM250 ribu kepada syarikat dan penjara tiga tahun kepada yang mengendalikannya.

Jadi tentang jumlah setakat ini yang telah pun diambil tindakan, saya akan dapatkan maklumat tersebut dan akan memberikannya kepada Yang Berhormat kerana saya tidak mempunyai statistik pada waktu ini.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit iaitu mobile wallet yang saya pernah sebutkan dan salah satu cara syarikat yang dikatakan taraf Multimedia Super Coridor (MSC), mahu dapatkan statusnya, itu pun satu jualan langsung yang telah disiasat oleh Bukit Aman. Saya hendak tahu apakah perkembangan tentang jualan langsung syarikat ini yang saya ingat hampir satu tahun senyap tanpa apa-apa perkembangan atas siasatan ini, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya sambung sedikit Yang Berhormat?

Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawasanya masa ini hanya undang-undang yang ada di bawah seksyen 4 yang boleh diambil tindakan kepada mereka yang menyeleweng dalam urusan perniagaan jualan langsung. Jadi saya tanya Yang Berhormat adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengkaji balik undang-undang seksyen 4 ini dan jika masih belum mencukupi dan perlu diperketatkan dan dipertingkatkan hukuman. Selain daripada itu adakah Yang Berhormat sedar bahawa yang banyak berlaku dalam penyelewengan syarikat jualan langsung ini ialah mungkin yang tidak berdaftar iaitu dikaitkan dengan Skim Cepat Kaya.

Ini yang paling besar masalah iaitu mereka menggunakan kaedah jualan langsung ini tetapi memungut wang dengan orang-orang kampung menggunakan ejen-ejen tertentu dan sudah cukup ramai mereka yang menderita termasuk golongan cerdik pandai pun ada ditipu kerana hendak kaya dan cepat dapat duit. Jadi kalau ini tidak ditangani dengan cepat ia akan terus membebankan dan menjadi mangsanya ialah rakyat di kampung yang tidak berdosa.

final • 2:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi saya minta pihak kementerian memikirkan bagaimana cara yang betul-betul serius untuk bertindak dan menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sebab kaedah sekarang ini macam-macam dibuat yang menyebabkan beban seperti yang saya sebutkan tadi. Sekian terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, saya memang setuju dan memang kementerian akan meminda Akta Jualan Langsung ini kerana kita memang akui terdapat beberapa kelemahan, beberapa kelompangan di dalam akta itu yang akhirnya memberikan peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini untuk menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini. Kita bercadang untuk membentangkan dalam Parlimen pada tahun depan.

Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Kota Melaka tadi, tentang mobile wallet tadi, ianya memang tidak berlesen dan sekarang diambil tindakan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Jadi statusnya saya cuba dapatkan daripada pihak Bank Negara Malaysia dan akan memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Untuk membantu pihak orang ramai, untuk menyedari mengenai bahaya skim jualan multilevel, sistem piramid dan sebagainya, selain daripada mengeluarkan sisipan khas di dalam akhbar pada bulan Disember ini yang mana kita akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang berdaftar, dengan itu bolehlah mereka membuat perbandingan jika ada agen-agen yang datang menemui mereka, mereka boleh tahu sama ada syarikat itu berdaftar atau tidak dengan melihat kepada sisipan yang akan dikeluarkan nanti.

Di samping itu juga pihak kementerian akan mewujudkan satu talian khas, satu line khas telefon yang mana mereka yang meragui tentang syarikat-syarikat yang datang berjumpa dengan mereka, mereka boleh mendapatkan kepastian sama ada syarikat itu berdaftar atau tidak,apakah status syarikat tersebut dengan menggunakan infoline ataupun hotline yang akan diwujudkan oleh pihak kementerian ini. Dengan itu mana-mana atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai agen yang menemui mereka, mereka boleh menghubungi terus kepada kementerian. Itu adalah salah satu cara pihak kementerian untuk membantu masyarakat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas iaitu mereka yang berada di luar bandar selalu ditipu oleh agen-agen jualan langsung dan juga agen-agen multilevel yang tidak bertanggungjawab dan tidak berdaftar ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh PJ Selatan iaitu mengenai Island Red Café. Untuk makluman, Island Red Cafe tidak merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung, ianya merupakan sebuah syarikat pelaburan berteraskan skim berkepentingan dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pada waktu ini, SSM sedang membuat siasatan di bawah Akta Syarikat kerana menawarkan skim pelaburan berbentuk skim berkepentingan yang tidak sah kepada orang ramai. Mana-mana syarikat yang ingin menawarkan skim berkepentingan kepada orang ramai perlu mendaftarkan skim tersebut kepada SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia terlebih dahulu. Sekiranya cara penawaran adalah dalam bentuk multilevel marketing, syarikat perlu mendapat lesen di bawah Skim Jualan Langsung. Kementerian mendapati Island Red Cafe juga menjalankan perniagaan francais dan mengutip francais fee.

Perbuatan ini juga merupakan kesalahan kerana syarikat ini tidak berdaftar di bawah seksyen 6 dan seksyen 37 Akta Francais 1998. Kemudian, kementerian sebenarnya telah memberi amaran kepada Island Red Cafe dan mengarahkan supaya fee francais yang dikutip supaya dipulangkan. Saya juga difahamkan bahawa Island Red Cafe ini juga sedang disiasat.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Pendek sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, okey.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tentang Island Red Cafe ini kerana kita juga mendapat aduan, adakah kementerian telah mengambil tindakan untuk freeze aset pemilik-pemilik ataupun operator bagi Island Red Cafe ini.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ini kerana biasanya walaupun siasatan diambil tetapi memakan masa terlalu lama dan pemilik-pemilik ini ataupun operatornya telah pun cabut dengan wang yang telah dilaburkan oleh pihak awam. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sebenarnya memang ingin menjawab soalan tersebut tetapi kalau saya menjawab soalan tersebut, kalau saya kata dalam tindakan untuk freeze akaun mereka, mereka boleh cipher duit itu dengan segera sekarang.

Jadi, biar saya jawab kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara secara individu. Saya tidak hendak jadikan ini sebagai satu alasan untuk mereka ciphered dengan izin, duitnya.

Terima kasih.

Saya ingin terus kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan tiada di sini. Mengenai isu ketiadaan bekalan RON-97 di Labuan. Untuk makluman, memang pihak kementerian telah pun mengarahkan semua syarikat minyak untuk mengadakan sekurang-kurannya satu pam bagi RON-97 di setiap stesen minyak mereka. Pada waktu ini kita dapati, saya dimaklumkan bahawa daripada enam stesen minyak di Labuan, hanya satu sahaja stesen minyak yang menjual RON-97.

Dengan itu, pihak kementerian akan mengambil tindakan untuk mengarahkan supaya syarikat-syarikat lain juga mengadakan pam RON-97 di pam minyak masing-masing.

Mengenai isu gula, isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota mengenai apakah pihak kerajaan mencari gula gantian bagi menggantikan gula yang sedia ada yang mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dan juga yang membahayakan kesihatan. Merujuk kepada cadangan tersebut, pihak kementerian pada masa ini mengadakan kerjasama dengan pihak MARDI dan Kementerian Kesihatan bagi mengkaji kesesuaian gula gantian untuk menggantikan gula putih biasa bagi memastikan tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan pengguna. Jadi, Yang Berhormat Indera Mahkota, memang kita sedang mengkaji perkara tersebut. Walau bagaimanapun perlu mendapat pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Yang Berhormat Tenom memaklumkan bahawa di daerah Tenom terdapat kekurangan nyata daripada pegawai-pegawai KPDNKK terutamanya pegawai penguat kuasa dan mencadangkan supaya diwujudkan pejabat di Tenom dan sebagainya. Kita dimaklumkan daerah Tenom adalah di bawah jagaan pejabat PDNKK cawangan Keningau.

Sehingga hari ini terdapat 16 pegawai di pejabat PDNKK di Keningau dan daripada 16 tersebut, 14 daripadanya terdiri daripada pegawai-pegawai penguat kuasa.

Pada masa ini, kementerian tiada perancangan untuk membuka cawangan baru di Tenom kerana berpendapat pejabat PDNKK masih mampu untuk memikul beban tugas yang sedia ada. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan di masa akan datang, perkara ini boleh dicadangkan kepada pihak kerajaan.

Mengenai isu cetak rompak dan hak cipta. Yang Berhormat Telok Intan membangkitkan mengenai pemakaian tanda harga dan sama ada bahagian penguat kuasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan secara berkala dan tidak secara mengejut. Perkara yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom.

Sukacita dimaklumkan, pemantauan dan pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa merupakan core duty dengan izin, bagi setiap pejabat PDNKK di mana-mana sahaja di negeri ataupun daerah.

Hasil daripada pemeriksaan di seluruh negara mulai bulan Januari sehingga 31 Oktober 2009, sejumlah 1,020,629 premis perniagaan diperiksa dan terdapat 591 kes bersabit dengan kesalahan Akta Kawalan Harga 1946 dikesan. Daripada itu, 98 kes adalah merupakan kesalahan tidak meletakkan tanda harga iaitu melanggar Perintah Kawalan Harga 1993 dan nilai kompaun sebanyak RM77,250 telah dipungut atas 190 kes bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga 1946.

Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 mewajibkan penjual runcit untuk meletakkan tanda harga kepada barangan yang hendak ditawarkan atau dijual. Jika tiada tanda harga pada barangan tersebut, kompaun boleh dikenakan ke atas OKK iaitu orang kena kompaun, maksimum RM7,500 manakala denda mahkamah tidak melebihi RM15,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali. Bagi perbadanan, dendanya tidak melebihi RM25,000.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jika terdapat premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga kepada barang yang ditawarkan untuk dijual, mereka boleh membuat aduan dan salurkan maklumat tersebut kepada talian bebas atau SMS atau boleh mengadu di pejabat kementerian yang berhampiran.

Yang Berhormat Langkawi ada membangkitkan mengenai isu sejauh manakah tindakan penguatkuasaan oleh kementerian terhadap penyeludupan petrol dan diesel di sempadan. Untuk makluman, kementerian sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas pemegang lesen yang mengendalikan barang kawalan petrol dan diesel. Pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti UPP (Unit Pencegah Penyeludupan), Jabatan Kastam, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia

(APMM) dan juga Polis Marin dari masa ke semasa.

Hasil tindakan bersepadu dilaksanakan dalam tempoh bulan Januari sehingga bulan November 2009 sebanyak 80 kes melibatkan diesel telah pun diambil tindakan dengan nilai rampasan sebanyak RM321,728. Bagi cadangan Yang Berhormat Langkawi supaya penggunaan nanotech diteruskan, suka dimaklumkan bahawa program nanotech ini memang sedang berjalan.

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, mencelah.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya.

final • 2:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Dengan izin. Yang Berhormat Menteri mengenai nanotech, saya difahamkan bahawa pada beberapa tahun yang lepas, sebuah syarikat bernama Teras Kimia Sdn. Bhd. diberi kerja-kerja untuk pemantauan dan penguatkuasaan dengan kementerian mengenai diesel yang di tagged. Adakah syarikat tersebut masih membuat kerja-kerja tersebut atau syarikat lain diberi peluang dan apakah perbelanjaan oleh kementerian untuk mengatasi masalah penjualan diesel termasuk diesel dengan izin, on the high seas di mana diesel dijual kepada pihak-pihak saya percaya kepada nelayan di Thailand juga. Adakah masalah ini diatasi dan setakat mana pencapaian kementerian sehingga sekarang? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk makluman, syarikat Teras Kimia masih lagi diberi peranan untuk mengendalikan program nanotech ini setakat ini. Dari segi perbelanjaan, saya tidak dapat jawapan yang jelas. Kalau saya tidak silap, RM114 juta setahun, kalau saya tak silap. Kalau ada kesilapan, saya akan maklumkan. Kesannya seperti yang saya sebut tadi bahawa penangkapan-penangkapan terus dilakukan terhadap minyak diesel yang bersubsidi yang mempunyai nanotech di dalamnya dan ia lebih senang dikesan kerana perbezaan dari segi warna yang ditandakan nanotech dengan yang tidak ditandakan. Jadi, kalau minyak yang ditandakan nanotech itu berada di luar perairan negara kita, bermakna minyak itu adalah minyak yang diseludup. Saya perbetulkan, RM117 juta.

Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan isu berhubung tindakan kementerian sama ada telah mengambil kira keadaan Indeks Harga Pengguna sebelum menaikkan sebarang kenaikan petrol bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan terutamanya pada musim perayaan. Kementerian memang mengambil maklum di atas perkara ini dan simulasi kesan kenaikan harga minyak ke atas IHP memang dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, saya tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota iaitu kenaikan harga minyak pada 1 September yang lepas adakah ia memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna. Suka saya maklumkan bahawa tidak ada kenaikan kepada Indeks Harga Pengguna kerana barangan yang dijual di negara kita diangkut dengan menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel. Sehingga hari ini harga diesel tetap kekal seperti biasa dan tidak ada kenaikan. Jadi, sebab itulah tidak ada kenaikan.

Lebih-lebih lagi waktu musim perayaan iaitu Hari Raya Puasa baru-baru ini, pihak kerajaan menjalankan skim kawalan harga musim perayaan dengan mengenakan harga siling kepada 17 barangan yang digunakan sewaktu musim perayaan tersebut. Saya ingin berkongsi statistik ini kepada kita semua, untuk Indeks Harga Pengguna bagi tempoh Januari hingga Oktober 2009, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus sahaja.

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi September 2009 iaitu selepas minyak Ron95 diperkenalkan, Indeks Harga Pengguna antara September dan Oktober, selama sebulan itu, meningkat hanya sebanyak 0.1 peratus iaitu terlalu sedikit seolah-olah tidak ada peningkatan yang berlaku.

Beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu mengenai harta intelek. Ia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Tenom dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas perhatian Yang Berhormat ke atas harta intelek tersebut, khususnya peranan kementerian melalui Perbadanan Harta Intelek atau MyIPO dan juga bahagian penguat kuasa.

Walau bagaimanapun, seperti yang saya jelaskan sebelum ini, ekosistem inovasi negara meliputi aspek promosi, penciptaan, perlindungan dan juga pengkomersialan.

Sementara peranan utama KPDNKK ialah memberi perlindungan, sedangkan kementerian seperti MOSTI, Mahkamah Harta Intelek, polis, kastam, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi turut bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran harta intelek yang kondusif.

Kementerian tidak menafikan bahawa menangani hak harta intelek termasuk produk cetak rompak adalah cabaran besar kepada semua negara, terutama negara- negara membangun seperti Malaysia. Sehingga 30 April 2009, sebanyak 12 negara telah disenaraikan sebagai negara priority watch list dan sebanyak 33 negara telah disenaraikan sebagai negara watch list, termasuk Malaysia. Beberapa negara maju seperti Finland, Itali dan Norway turut juga disenaraikan di bawah Watch List Laporan US Special 301, dengan izin.

Kemajuan teknologi sebenarnya membolehkan produk ditiru dengan kos yang lebih murah, dihasilkan dengan kualiti yang lebih tinggi dan diedarkan dengan lebih cepat dan meluas, termasuk secara muat turun ataupun downloading melalui internet. Dengan penguatkuasaan berterusan, Malaysia yang dulunya terletak di bawah senarai priority watch list dalam senarai US Special 301, dengan izin, telah berjaya beranjak turun ke kategori watch list pada tahun 2002.

Ingin juga saya menarik perhatian Yang Berhormat bahawa fokus US Special 301 adalah kepada isu penguatkuasaan. Sebagai negara membangun, kita juga perlu memastikan agenda harta intelek negara turut mengambil kira perspektif pembangunan.

Dengan itu, saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat supaya tidak hanya membangkitkan penemuan negatif US Special 301 kerana laporan tersebut turut mengiktiraf komitmen dan pencapaian kerajaan berhubung penguatkuasaan harta intelek.

Tindakan penguat kuasa di bawah Akta Hak Cipta 1987 ke atas penjualan bahan cetak rompak sentiasa diteruskan oleh pihak penguat kuasa KPDNKK. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Oktober 2009, bahagian penguat kuasa telah mengambil tindakan sebanyak 444 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM6.2 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 kes telah didenda di mahkamah dengan nilai sebanyak RM29,900 sementara 439 kes masih di dalam siasatan. Tindakan penguat kuasa ke atas barang-barang tiruan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Saya ingin maklumkan, di dalam menguatkuasakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, bahagian penguat kuasa menghadapi beberapa kekangan di dalam proses pendakwaan kerana untuk mendakwa penjual barang tiruan, tuan punya cap dagangan perlu membuktikan hak mereka atau sebagai tuan punya hak dagangan atau wakil tuan punya hak dagangan.

Jadi, kepada Yang Berhormat Tenom, saya ingin maklumkan bahawa tindakan kita bukan tindakan berkala dan pihak penguat kuasa akan meneruskan tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi membanteras penyelewengan Akta Hak Cipta ini iaitu penjualan DVD, VCD haram, perisian komputer dan sebagainya. Seperti yang saya sebut tadi bahawa terdapat juga kelemahan-kelemahan di dalam Akta Hak Cipta. Jadi, pihak kementerian akan membuat pindaan terhadap Akta Hak Cipta.

Dalam masa yang sama, pihak kementerian juga di dalam proses untuk meminda beberapa akta yang berkaitan dengan hak cipta seperti Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan dan beberapa akta lain yang berkaitan. Semuanya kita mencadangkan, kita merancang untuk membentangkan di Parlimen ini pada tahun hadapan.

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selain daripada tindakan penguatkuasaan, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan supaya diwujudkan lebih banyak program-program kesedaran bagi menyedarkan rakyat tentang hak cipta ini.

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Program kesedaran memang sentiasa diadakan dan antara program-program kesedaran yang dijalankan misalnya setiap tahun pada 26 April, diadakan Hari Harta Intelek Negara, yang bersamaan dengan Hari Intelek Sedunia, Expo Hari Harta Inteleks 2009 misalnya telah memberi tumpuan khas kepada produk harta intelek seperti traditional knowledge, genetic resources dan lain-lain. Di peringkat antarabangsa juga Malaysia mendapat pengiktirafan daripada World Intellectual Property ataupun organization ataupun MyPO.

Tuan Pengerusi yang saya hormati, Yang Berhormat Tenom juga mencadangkan supaya diwujudkan skim ganjaran kepada pemberi-pemberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Hak Cipta ini.

KPDNK memang telah mewujudkan skim ganjaran atau pemberian wang sagu hati kepada pemberi maklumat di bawah Kumpulan Wang Perkhidmatan Rahsia KPDNKK. Wang ganjaran akan diberi kepada mana-mana orang yang memberi maklumat berhubung dengan kegiatan dan aktiviti cetak rompak dan juga termasuk penyelewengan minyak diesel bersubsidi dan juga barang-barang bersubsidi yang lain. Nilai ganjaran tangkapan yang diberi ialah mengikut kuantiti barangan yang dihasilkan daripada aduan pemberi maklumat tersebut. Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada semua pihak supaya memberikan maklumat kepada pihak kementerian bagi membantu kementerian menjalankan tanggungjawab kita.

Yang Berhormat Ledang menyarankan agar Akta Perlindungan Pengguna 1999 dipinda bagi melindungi pengguna dengan lebih berkesan terutamanya dari iklan yang mengelirukan. Untuk pengetahuan Akta Perlindungan Pengguna 1999 sedang dikaji oleh kementerian dan pada masa ini di peringkat akhir pendrafan sebelum ia dihantar ke Jabatan Peguam Negara. Adalah dijangkakan pindaan akta ini akan dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2010.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 mempunyai peruntukan untuk melindungi pengguna daripada iklan yang mengelirukan di bawah seksyen 10, 11, 12, 13, 14 dan 15.

Pindaan Akta Perlindungan Pengguna nanti akan mengambil kira penubuhan. Satu jawatankuasa khas pemantau pengiklanan bagi mengawal selia bentuk iklan yang mengelirukan pengguna secara proaktif. Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga telah dipinda pada tahun 2007 untuk memberi perlindungan kepada pengguna yang menjalankan urusan secara elektronik. Ini bermaksud transaksi secara elektronik akan diberi perlindungan oleh Akta Perlindungan Pengguna sama seperti transaksi bukan elektronik.

Walau bagaimanapun pihak kementerian akan mengadakan, akan mewujudkan satu peraturan ataupun satu peraturan khas yang akan dikeluarkan berkaitan dengan transaksi menggunakan elektronik ini.

Yang Berhormat Kepong membangkitkan isu mengenai aktiviti peniaga yang tidak beretika seperti perniagaan farmasi. Pada masa ini Seksyen 2(2)(f) Akta Perlindungan Pengguna 1999 menyatakan, bahawa akta ini tidak terpakai kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diadakan atau yang akan diadakan oleh profesional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan. Ia terletak di bahawa bidang biro farmaseutikal kebangsaan, agensi di bawah Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Telok Intan bertanya mengenai langkah yang diambil oleh kementerian bagi menyedarkan masyarakat berkaitan dengan pengambilan gula secara berlebihan oleh masyarakat Malaysia. Pada dasarnya memang pihak kementerian mengetahui bahawa pengambilan gula oleh rakyat Malaysia adalah sangat membimbangkan. Pada masa yang sama juga, tanggungan subsidi oleh kerajaan bagi mengekalkan gula pada harga sekarang adalah begitu besar.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian dengan kerjasama daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan disokong oleh Kementerian Kesihatan akan melancarkan kempen kesedaran mengenai bahaya pengambilan gula iaitu Kempen Kurangkan Pengambilan Gula pada 1 Disember 2009. Jadi saya amat berharaplah supaya kempen kita akan mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Berhormat Telok Intan mengemukakan juga mengenai masalah pemaju perumahan yang tidak memulangkan deposit. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah pemaju perumahan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tuntutan perlu dimajukan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Yang Berhormat Balik Pulau, mengutarakan sejauh mana ilmu kepenggunaan...

final • 3:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, ya.

final • 3:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Soalan saya atau penjelasan yang saya perlukan bukan mengenai deposit, tetapi award yang diberikan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Apabila tribunal itu memberi award bagi pihak yang menuntut, ada pemaju yang tidak menghormati award itu dan membuat pembayaran, sebaliknya mereka ingkar dan enggan membuat bayaran. Apakah tindakan kementerian dari sudut hak-hak pengguna terhadap pemaju- pemaju tersebut?

final • 3:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Seperti yang saya sebutkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai tribunal khas mereka mengenai perumahan. Bagi pihak Tribunal Tuntutan Pengguna, TTPM ini hanya boleh mendengar kes yang berhubung dengan tuntutan kembali deposit wang tempahan ataupun ansuran bayaran pendahuluan untuk membeli rumah, itu sahaja. Isu yang lain semuanya di bawah Tribunal Perumahan di bawah Kementerian Perumahan Tempatan.

Yang Berhormat Balik Pulau bertanya sejauh mana kesedaran kepenggunaan terhadap rakyat Malaysia. Untuk makluman semua, berdasarkan kajian profil pengguna yang dijalankan pada tahun 2009, tahap kesedaran pengguna di Malaysia adalah pada kadar 58 peratus. Tahap kesedaran kepenggunaan bagi penduduk di bandar adalah 61.3 peratus, manakala di luar bandar adalah sebanyak 57.41 peratus.

Yang Berhormat Bakri membangkitkan isu mengenai SMS, Yang Berhormat Bakri membangkitkan isu sama ada kementerian bercadang untuk memasukan perkhidmatan kesihatan sebagai perkara yang boleh diambil tindakan oleh KPDNKK. Pada dasarnya Akta Perlindungan Pengguna 1999 mengecualikan pemakaian akta ini terhadap perkara-perkara yang melibatkan ahli profesional atau perkhidmatan barang jagaan kesihatan di bawah seksyen 2 dan 19. Okey Yang Berhormat Bakri? Tentang kesihatan kita tidak boleh, itu di bawah Kementerian Kesihatan. Untuk ahli profesional pun misalnya peguam dan sebagainya mereka mempunyai akta mereka sendiri, dengan itu tidak terletak di bawah kementerian ini.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan isu mengenai penipuan syarikat insurans. Saya ingin memaklumkan bahawa isu yang berkaitan dengan insurans terletak di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia iaitu juga tidak terletak di bawah ini.

Yang Berhormat Kuala Krai mencadangkan supaya semua pasar raya tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna. Untuk makluman sebelum ini kementerian pernah melaksanakan kempen mengurangkan beg plastik dengan kerjasama sebuah pasar raya pada tahun 2008. Baru-baru ini juga sebuah pasar raya lagi di Malaysia juga menjalankan kempen yang sama.

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan mengenai isu yang berkaitan dengan francais di Malaysia. Untuk makluman Dewan, perancangan kementerian adalah untuk melahirkan 1,000 franchisee dan 100 franchisor bagi RMK-9 ini. Sehingga 6 Oktober 2009 sebanyak 388 sistem francais berbagai-bagai sektor telah pun didaftarkan di bawah Akta Francais 1998. Manakala 3,698 franchisee telah dilahirkan dari franchisor tersebut.

final • 3:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bilangan syarikat francais tempatan yang telah dibantu oleh kementerian sehingga 26 Oktober 2009 adalah seperti berikut:

(i) Program Pembangunan Francais Tempatan untuk bumiputera sebanyak 22;

(ii) Skim Pembangunan Francais - 13 bumiputera dan 11 bukan bumiputera;

(iii) pembiayaan pinjaman oleh PNS kepada 423 franchisee. Amaunt pinjaman kepada franchisee semuanya sebanyak RM100.5 juta;

(iv) amount pinjaman kepada franchisor adalah sebanyak RM22.41 juta.

Pada masa ini terdapat beberapa sistem francais asing yang dibawa masuk oleh syarikat-syarikat daripada Singapura. Perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Syarikat-syarikat Singapura mengambil peluang mendapatkan hak wilayah sistem francais asing ini dengan menjadi master franchisee kepada mereka dan menguasai hak wilayah di rantau Asia. Syarikat-syarikat Singapura ini mendaftarkan franchisor asing di Malaysia kerana hanya Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang memiliki Akta Francais 1998.

Selepas franchisor asing ini didaftarkan mereka akan menjadi master franchisee bagi tujuan di atas dan meningkatkan nilai syarikat subsidiari untuk disenaraikan di bawah Bursa Saham Singapura. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Telok Intan dan Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan isu berkaitan dengan Pegawai Pemantau Harga. Dimaklumkan bahawa pada waktu ini terdapat 1,464 pemantau harga dengan kontrak mereka akan tamat pada 31 Mac 2010. Kementerian sedang memohon kepada Jemaah Menteri supaya bersetuju untuk menyambung kontrak Pegawai Pemantau Harga ini.

Mengenai cadangan supaya mereka diserapkan menjadi pegawai tetap saya amat bersetuju dan menyokong cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada pihak JPA dan juga SPA. Beberapa ahli juga bertanya mengenai objektif mewujudkan Pegawai Pemantau Harga ini. Pegawai Pemantau Harga berperanan sebagai mata dan telinga kepada kementerian bagi meningkatkan pemantauan bekalan dan harga barangan di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman. PPH iaitu Pegawai Pemantau Harga turut membantu meningkatkan tahap pematuhan peniaga kepada akta dan peraturan di bawah kawal selia kementerian seperti penggunaan tanda harga dan alat timbang sukat ditentukan.

Pemantauan secara berkala dan berterusan oleh PPH berupaya menghalang peniaga menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Pihak PPH menyediakan laporan mingguan dan bulanan serta laporan kajian ringkas berhubung dengan isu bekalan dan harga barangan. Laporan tersebut akan menjadi rujukan kepada pihak kementerian di dalam menggubal dasar mengenai harga dan sebagainya. Maklumat harga barangan yang dipantau secara harian di hypermarket, supermarket dan pasar basah boleh dirujuk oleh pengguna di bawah laman price watch untuk membuat perbandingan harga sebelum pergi berbelanja.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong sama ada pihak kementerian sedar mengenai kenaikan harga beras dan soalan adakah pihak PPH memaklumkan kepada pihak kementerian. Suka saya maklumkan, sememangnya pihak PPH sentiasa memaklumkan kepada kita. Walau bagaimanapun mengenai penetapan harga jualan beras ianya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Saya patuh dengan janji saya kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi untuk menamatkan jawapan saya sebelum pukul 3.30. Jadi empat minit lagi sebelum 3.30. Habis.

Jadi terima kasih sekali lagi. Insya-Allah mana-mana yang terlepas pandang dan tidak diberi jawapan tadi ianya tidak disengajakan dan saya akan memberikan jawapan secara bertulis.

final • 3:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Mana-mana yang memohon jawapan secara statistik yang tidak dapat diberi secara terus juga akan dijawab secara bertulis dan sebagainya. Dengan harapan persoalan-persoalan yang diberi akan memberikan ruang kepada kementerian memperbaiki tugas dan tanggungjawab KPDNKK. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Selamat Hari Raya Adiladha.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM376,575,600 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM376,575,600 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM51,725,000 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM51,725,000 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

final • 3:20 PM
Maksud B.27 [Jadual] – Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan 2010] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Ledang.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian tidak panjang sedikit sahaja iaitu terus kepada Butiran 010000.

Pertama saya hendak ucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian kerana telah banyak berjasa kepada negara daripada sebelum merdeka sampailah sekarang. Saya ada beberapa perkara Tuan Pengerusi hendak bertanya tentang peranan JKR sekarang yang merupakan adalah sebuah jabatan. Paling utama sebagai penasihat kejuruteraan kepada kerajaan ataupun kepada negara.

Akan tetapi pada masa saya hendak tanya tentang program kemahiran staf JKR khususnya yang terdiri daripada berbagai-bagai bidang. Banyak bidangnya Tuan Pengerusi saya tengok di sini. Daripada sivil, electrical, mechanical, cerun dan arkitek macam-macam.

Sedangkan saya tengok peruntukan untuk latihan JKR kalau kita tengok B.27, Butiran 60500 cuma RM8 juta. Saya hendak tanya RM8 juta ini adakah untuk bangunan ataupun program kemahiran?

final • 3:28 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sebab dulu pernah saya bangkitkan IKRAM ataupun Institut Kemahiran Kerja Raya telah pun dijual. Sekarang jadilah Universiti IKRAM. Saya juga mendapat maklumat staf JKR kekurangan latihan, kekurangan peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka sedangkan peranan JKR sekarang sangat tinggi dari segi kejuruteraan untuk terus bersama-sama membangunkan negara.

Jadi Tuan Pengerusi, saya minta supaya kemahiran ini menjadi satu perkara penting kepada JKR. Walaupun selama ini JKR banyak berjasa tetapi sejak akhir-akhir ini apabila banyak bangunan-bangunan yang dibina tetapi dipertikaikan oleh semua pihak.

Yang runtuh satu bab, yang retak satu bab dan sebagainya.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Pada masa yang sama juga apabila kejadian-kejadian lain seperti jambatan runtuh, walaupun tidak dibina oleh JKR, JKR terus akan menjadi penasihat utama ataupun pakar rujuk utama kepada masalah yang berbangkit tersebut.

Tuan Pengerusi, saya hendak menjurus kepada Butiran 30100 – Cawangan Jalan.

Saya lebih khusus kerana pada saya jalan penting. Perlu saya sebutkan kalau kita berjalan ataupun memandu kenderaan daripada utara sampai ke selatan, sampailah Sabah dan Sarawak, kalau kita bandingkan jalan JKR dengan lebuh raya jauh bezanya. Terlalu jauh bezanya Tuan Pengerusi, jalan JKR dengan lebuh raya. Perbezaan amat ketara. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak JKR. Bilakah taraf ataupun keadaan - kalau sebut taraf Tuan Pengerusi, mungkin tidak berapa clear tetapi keadaan jalan JKR itu sekurang-kurangnya hampir sama dengan lebuh-lebuh raya dari segi papan tandanya, dari segi sistem perparitannya, dari segi kecerunan dan sebagainya.

Saya juga Tuan Pengerusi ingin mencadangkan supaya dibanyakkan ataupun diperbanyakkan jalan-jalan protokol. Kalau di kawasan saya Tuan Pengerusi, saya memohon supaya pihak JKR mempertimbangkan jalan protokol antara bandar Tangkak ke Sungai Mati. Daripada tol Tangkak ke Bandar Tangkak dan daripada tol Tangkak ke Bandar Muar. Maksud ‘jalan protokol’ Tuan Pengerusi ialah, jalan yang keadaannya amat selesa.

Bukan sahaja jalannya cantik, sistem perparitannya cantik, ada landskap, ada papan tanda yang jelas dan cukup, ada perabot jalan yang lengkap.

Sistem perparitan juga boleh menampung Tuan Pengerusi. Boleh menampung jumlah air yang banyak. Kadang-kadang bila kita berdepan dengan JKR, mereka sering mengatakan bahawa parit tepi jalan adalah untuk mengalirkan air yang dihasilkan daripada jalan JKR itu sendiri sedangkan dalam keadaan sekarang Tuan Pengerusi, parit-parit di tepi jalan bukan sekadar untuk jalan JKR tetapi juga untuk menampung air yang dihasilkan, dikeluarkan oleh kawasan daripada kawasan sekeliling. Daripada parit JPS dan sebagainya.

Akhirnya, parit JKR di tepi jalan tidak cukup besar dan tidak cukup untuk menampung air yang terpaksa ditampung daripada kawasan sekeliling dan boleh menyebabkan banjir. Maksudnya, fungsi parit JKR bukan setakat untuk jalan JKR sahaja tetapi juga untuk menampung air yang banyak turun daripada hujan dan sebagainya di kawasan sekeliling.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang perkembangan. Saya ingin bertanya tentang perkembangan jalan empat lorong daripada Segamat ke Tangkak.

Saya hanya ingin bertanya status sebab projek ini telah pun dirasmikan, upacara pecah tanahnya oleh bekas Perdana Menteri dua tahun yang lalu tetapi sampai sekarang kami masih lagi menanti-nanti tentang perkembangan jalan-jalan tersebut. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh seminit saja? Seminit.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Seminit, seminit saja. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Ledang, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Ledang ada sebut tentang perbezaan yang amat ketara di antara jalan yang di selenggara oleh lebuh raya dengan jalan-jalan biasa. Lebuh raya jalannya cantik kerana lebuh raya PLUS mengenakan cukai ataupun kita kena bayar tol tetapi jalan biasa semua kereta-kereta ataupun motosikal yang dikenakan road tax. Duit ini dipungut oleh kerajaan ataupun diserahkan kepada JKR untuk menyelenggarakan jalan?

Ataupun adakah cadangan Yang Berhormat, orang bekas daripada JKR, seorang jurutera bekas daripada JKR. Mungkin kita hendak kenakan satu bayaran supaya dapat memastikan semua jalan-jalan yang selain daripada lebuh raya ini lebih cantik lagi kerana kita dapati penyelenggaraannya begitu lemah sekali.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Selain daripada kita ada JKR, kita ada selia selenggara. Kita ada juga majlis-majlis perbandaran tetapi masih kita dapati jalan-jalan yang rosak dan tidak diselenggarakan dengan baik. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sebenarnya kita masih lagi menunggu tentang apakah rancangan yang lebih berkesan daripada pihak JKR. Sebab itu saya bangkitkan perkara tersebut.

Termasuklah mungkin perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Jasin tadi.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang satu perkara yang banyak berlaku di peringkat akar umbi iaitu JKR melaksanakan projek tidak kiralah projek apa, khususnya projek jalan termasuklah projek jalan kampung yang diamanahkan oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini.

Masalahnya ialah pihak JKR daerah termasuklah kontraktor langsung tidak beri salam. Maksud beri salam itu tidak berjumpa dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Sekurang-kurangnya jumpalah ketua kampung. Saya hendak masuk. Kontraktor hendak jalan dan sebagainya. Tiba-tiba orang kampung terperanjat. Ini jalan ini projek daripada mana? Daripada JKR..., oh JKR buat! Sebab ada jalan-jalan Tuan Pengerusi, oleh kerana peruntukan terhad, sebatang jalan ada yang patut disegerakan dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, sudah bagi signal. Saya hendak masuk kepada satu perkara lagi Tuan Pengerusi iaitu saya membangkitkan semula tentang pampasan yang dibayar kepada kontraktor yang membina projek Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor. Saya ingin bertanyakan tentang butiran pampasan tersebut. Bagaimana RM200 juta itu boleh timbul? Faktor apakah menyebabkan pampasan sebanyak RM200 juta ini boleh menjadi begitu besar dan saya fikir mesti ada butiran yang lengkap bagaimana angka RM200 juta ini timbul.

Perkara yang sama Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Johor Bahru pernah membangkitkan supaya jambatan ataupun kemudahan untuk pejalan kaki yang harganya, kosnya hanya RM5 juta. Tuan Pengerusi, RM5 juta. Sepatutnya ini yang paling utama daripada mungkin pampasan yang pada saya terlalu besar angkanya Tuan Pengerusi.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang Butiran 60700 – Bayaran Pampasan Tol. Tahun ini dianggarkan bayaran pampasan tol ialah RM394 juta sedangkan Tuan Pengerusi, kalau kita merujuk kepada laporan terbaru, keuntungan PLUS, keuntungan PLUS Express Highway ini sehingga bulan September ialah RM1.106 bilion.

Jadi, seolah-olah kontra Tuan Pengerusi. Seolah-olah kontra. Ini perlukan penjelasan daripada pihak JKR supaya pihak JKR dapat memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai. Tuan Pengerusi, sekian. Saya mohon menyokong.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kali ini apa yang saya ingin kemukakan iaitu di bawah 050000 – Sektor Pengurusan, iaitu di bawah 050100 – Cawangan Kejuruteraan Senggara. Kita dapati bahawa penyelenggaraan dan kawal selia parit-parit sepanjang jalan persekutuan di Teluk Medan, Sungai Gedong, Kampung Makmor di Kuala Kurau, Kedai Dua, Jalan Banjar di Parlimen Bagan Serai.

final • 3:39 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Kita dapati bahawa parit-parit di sekitar jalan tadi memanglah bersemak-samun dan tidak dibersihkan langsung. Dengan ini, kita dapati bahawa air tidak mengalir. Dengan keadaan demikian, menyebabkan banjir dan air sentiasa bertakung. Tolonglah! Kalau kita perhatikan bahawa, disebabkan oleh air yang tidak mengalir tadi menyebabkan banjir ataupun air sentiasa bergenang di kawasan di halaman rumah mereka. Jadi dengan ini, saya dapati bahawa kemiskinan menjadi semakin teruk kepada mereka ini. Apa yang saya harapkan kepada pihak yang berwajib, tolonglah bersihkan kawasan-kawasan tersebut dan kita cuba pastikan bahawa air yang ada di situ sentiasa mengalir.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Selain itu, saya juga mencadangkan supaya satu garis panduan bagi penduduk untuk membuat culvert di dalam parit tersebut supaya tidak menghalang sebarang saliran air yang ada. Apa yang kita perhatikan, tidak ada satu garis panduan pun diberikan kepada pihak orang kampung. Orang kampung ini ikut suka hati mereka sahaja. Mereka hendakkan had dua kaki atau tiga kaki culvert, dia pun buat. Dengan kata lain, apabila hujan sedikit, maka banjir berlaku. Dia kemudian mengadu kepada pihak Yang Berhormat meminta tolong.

Di samping itu, di bawah Maksud 050700 iaitu apakah fungsi lembaga tersebut sehinggakan perlu menjawat sebanyak 150 jawatan? Tidakkah lebih baik fungsi ini dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Negeri melalui satu penetapan baru berdasarkan konsep Desentralisasi? Bagi yang kedua iaitu Maksud 10001, apakah butiran projek yang telah dilaksanakan atau akan diswastakan memandangkan jumlah kewangan yang begitu besar iaitu sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2010? Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Perkara 02800 – Membaiki/Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan.

Baru-baru ini masalah banjir yang melanda di seluruh negara amat besar dan kebanyakannya juga berlaku kerana masalah jambatan dan juga jalan yang tidak begitu sesuai. Ini juga berlaku di kawasan saya di Lenggong, di mana hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dengan masalah banjir ini berpunca daripada kedudukan jambatan yang tidak begitu baik dan akhirnya, menyebabkan lebih daripada 4,000 rakyat di kawasan berkenaan menghadapi masalah. Oleh sebab itu, saya memohon penjelasan dan tindakan segera oleh Jabatan dan Kementerian Kerja Raya, kerana masalah ini telah pun dibawa beberapa kali di dalam Mesyuarat Pembangunan dan telah pun dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh akan datang iaitu Jambatan Kampung Sumpitan, jambatan di Kampung Chain, Kampung Bor, Banggol Belimbing, jambatan berhampiran dengan perumahan awam Kota Tampan, dua jambatan di Kampung Taman Air dan jambatan di Tasek Raban.

Keseluruhan jambatan ini berada di dalam kedudukan yang sudah amat tidak sesuai dan kita dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya bahawa kos melibatkan hampir RM18 juta. Saya harap perkara ini diberi perhatian dan tindakan segera oleh Kementerian Kerja Raya, kerana jika berlaku lagi keadaan hujan yang berlarutan berpunca daripada jambatan ini, ini akan menyebabkan masalah banjir tidak dapat diselesaikan.

Perkara 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan (Projek Baru). Saya ingin maklumkan di sini bahawa terdapat satu projek pembinaan KKTM di bawah MARA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang sedang dalam pembinaan sekarang. Oleh kerana projek ini besar dan masih tidak ada jalan di kawasan berkenaan yang sekarang ini hanya dihubungi dengan jalan kampung sahaja, saya memohon supaya sebuah jalan dibina daripada persimpangan selepas Jambatan Raja Nazrin Shah masuk ke Kampung Cherakuh itu diberikan pertimbangan dan keutamaan. Apabila siapnya projek ini, sudah tentu penggunaan jalan tersebut sudah begitu sibuk dan tentunya jalan kampung yang ada hari ini tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Juga di tempat yang sama, menyentuh Butiran 02000 – Skim Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas. Saya juga meminta supaya Jabatan Kerja Raya, perkara ini sebenarnya telah dimaklumkan dan saya faham di dalam pengetahuan dan tindakan JKR di peringkat daerah, di mana keperluan untuk memasang lampu isyarat di kawasan ini perlu mengambil kira tentang keperluan masa hadapan dan keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan yang sibuk. Oleh sebab itu, selepas sahaja Jambatan Raja Nazrin Shah, simpang masuk ke kawasan pembinaan KTM ini haruslah dibina lampu isyarat bagi memastikan keselamatan pengguna-pengguna di kawasan berkenaan terjamin.

final • 3:42 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini kerana, sering kali berlaku kemalangan jalan raya akibat daripada ketiadaan lampu isyarat di kawasan berkenaan.

Seterusnya ialah Perkara 89000 – Pengambilan Balik Tanah Untuk Projek-projek Jalan/Jambatan dan 09290 – Bayaran Pampasan Tanah. Banyak kawasan dan tanah yang diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya, sama ada untuk projek pembangunan ataupun pembinaan jalan raya, ia tidak diselia dan diawasi sebetulnya oleh Jabatan Kerja Raya sehingga menyebabkan kawasan-kawasan berkenaan di ceroboh oleh golongan dan pihak- pihak tertentu.

Saya mohon supaya JKR mengambil tindakan berhampiran dengan jambatan kedua Lenggong di Kampung Luat, bagaimana tanah tersebut telah dicerobohi oleh pihak parti politik tertentu yang menggunakannya untuk tujuan politik. Sudah tentu jika kawasan ini di ceroboh dan terus digunakan, ia akan menjadi rujukan dan sudah tentu pihak-pihak lain juga akan menceroboh mana-mana tanah milik JKR yang tidak dikawal dan ditadbir dengan baik. Oleh sebab itu, saya memohon supaya tindakan diambil terhadap perkara ini.

Selain itu, berkaitan dengan Butiran 91000 – Program Kursus dan Khidmat Nasihat Kontraktor, saya mohon supaya pihak kementerian melaksanakan kursus-kursus, sama ada kepada kontraktor baru ataupun kontraktor kelas F yang sedang melaksanakan tugas pada hari ini, kerana banyak projek pembangunan yang dilaksanakan oleh mereka sebagai kontraktor pelaksana tidak melaksanakan projek mengikut piawai dan standard yang dikehendaki dan akhirnya, projek tersebut menemui kegagalan dan juga menimbulkan masalah. Apabila masalah berlaku, akhirnya ia akan kembali menyalahkan wakil-wakil rakyat.

Oleh sebab itu, saya memohon supaya tumpuan diberikan kepada kontraktor kelas F supaya mereka benar-benar menjadi kontraktor yang mampu melaksanakan semua tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan sebaik mungkin. Ini penting bagi menjaga imej setiap projek yang dilaksanakan. Saya fikir itu sahaja yang hendak saya sebutkan di sini. Terima kasih.

final • 3:42 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 3:42 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, dengan ringkas mengenai 040000 – Sektor Pakar. Di sini Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan sekali lagi kerana ditolong oleh Yang Berhormat Pokok Sena, pokok angkasa atau pokok sena... [Disampuk] Memang pokok angkasa bukan?... [Ketawa] Ia lebih pendek sedikit “Sena” kerana itu nampak...

final • 3:49 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi saya bangkitkan dua perkara kerana rakyat di Kepong dan orang-orang yang menggunakan MRR2, jejambat itu termasuk Yang Berhormat Pokok Sena, nampak ada jaring. Jaring itu hijau, tidak kena-mengena dengan PAS tetapi ia hijau. Saya pernah membangkitkan dalam Dewan ini kerana di dalam kepakaran ini, pihak JKR membenarkan penggunaan carbon fiber. Carbon fiber ini berasal daripada negara Jerman dan Jerman ialah negara, iklim sederhana. Kalau ia ada iklim sederhana berbanding dengan negara tropika, negara panas di Malaysia ini dan hujan yang banyak. Apakah carbon fiber ini boleh tahan lasak? Mungkin tidak boleh kerana kita pun nampak tahun lepas ada keretakan dan tiga fiber itu sudah jatuh daripada tiang 28.

Di sini saya hendak pihak kerajaan menjawab sama ada carbon fiber ini boleh tahan dengan iklim tropika terutamanya perubahan iklim sekarang. Saya tidak faham kita ada pakar di sini dan di dalam kepakaran ini, ada pelbagai, memberitahu kita hendak memastikan keberkesanan khidmat kepakaran teknikal serta khidmat nasihat teknikal dalam pemantapan pembangunan, reka bentuk bagi pelaksanaan projek infrastruktur dan bangunan agar dapat dilaksanakan dengan sempurna berteraskan spesifikasi piawaian yang ditetapkan dengan kos yang ekonomik serta masa yang dipersetujui oleh pelanggan.

Di sini ada pelik binti hairan juga, bila dia hendak memastikan teknikal ini, nasihat teknikal dan kepakaran teknikal ini boleh menjimatkan wang, boleh dilaksanakan dengan baik dan di Kuala Dipang pun ada tengok.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di jambatan itu apabila dua atau tiga orang yang lompat di situ, ia runtuh. Jadi saya tidak tahulah macam mana sektor pakar ini, program empat pakar ini buat sebagai penasihat, macam mana dia menasihatkan itu kepada pihak kontraktor dan sebagainya.

Begitu juga dengan stadium di Kuala Terengganu. Mujur kerana ia runtuh semasa tidak ada acara...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Oh, yalah. Mujur tidak ada program, kalau ada program saya pun takut ada pelanggan yang teruk. Inilah kita belanja lebih RM200 juta, di MRR2 pun lebih dari RM200 juta, mengapa kepakaran kita tidak cukup? Mungkin ia ada kena-mengena dengan ada tender terbuka ataupun tender tidak terbuka. Sebelum ini saya nampak tender memang ada, kalau buka pun buka secara sendirilah...

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Merapu!

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apa merapu pula? Kuala Dipang itu merapu ke dalam sungai... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kepong, minta laluan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kena merapu macam itu, tidak boleh tidak eloklah itu.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau bangun Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kepong, minta laluan.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak boleh, tidak cukup masa.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dalam masa 10 minit.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagikah tidak bagi?

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak cukup masa.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Di Kuala Dipang bukan dua atau tiga orang yang melompat, ramai lebih daripada tiga orang, mengelirukan Dewan ini, fakta tidak betul, merapulah ini.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia memang kurau sedikitlah macam itu.

Barangkali di Kuala Krau banyak ikan kurau... [Ketawa] Di sini saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab dengan betul macam mana kita dapat selesaikan kerana walaupun jaminannya, bila dia buat projek seperti MRR2 dan projek yang lain pun ada rancangan 100 tahun. Ini memang saya pun seronoklah 100 tahun tetapi dua, tiga tahun sudah retak. Jadi 100 tahun tidak sampailah itu. Kalau kita sentiasa ada jaring yang hijau itu, memang orang biasa nampak macam mana itu, sama ada selamat atau tidak. Boleh kah kita memperbaiki keadaan supaya orang tidak boleh tengok sentiasa ada jaring, sampai bila kita hendak pasangkan jaring di situ?

Ini memang menakutkan orang. Kalau bila mereka dengar Kuala Dipang punya jambatan itu suspension bridge, mereka kata macam mana kita punya jambatan pula. Bila dia dengar Stadium Kuala Terengganu, macam mana itu ya? Jadi saya harap JKR dapat memastikan ada kepercayaan kepada kepakaran kita di dalam semua urusan. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Raime bin Unggi - Tenom

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Raime bin Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 08230 berkenaan dengan Pembinaan Jambatan.

final • 3:56 PM

Datuk Raime bin Unggi - Tenom

Pada penggal yang lepas, saya telah mendapat makluman daripada pihak JKR bahawa bakal akan membina sebuah jambatan di Kampung Nantaduan ataupun Simpangan yang mana saya kira pembinaan jambatan ini amat penting kerana terutamanya untuk memudahkan penduduk dan juga memudahkan para pelancong untuk datang ke Taman Pertanian Sabah, yang mana saya kira kesukaran selama ini ialah kita terpaksa mengambil jalan yang begitu jauh untuk sampai ke Taman Pertanian...

final • 3:56 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:56 PM

Datuk Raime bin Unggi - Tenom

Beluran? Tuan Pengerusi, saya rasa kawasan Yang Berhormat Tuan Pengerusi pun sama juga memerlukan jambatan di kawasan Beluran. Begitu juga dengan 08600 berkenaan dengan Projek Naik Taraf Jalan Raya. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana dalam Rancangan Malaysia yang lalu telah membina dua jalan raya utama yang menghubungkan kawasan Parlimen saya iaitu pembinaan jalan raya Kemabong-Sipitang dan juga pembinaan jalan raya Keningau – Kimanis. Yang mana ianya telah memberi banyak manfaat kepada kami khususnya di kawasan saya yang mana kedua-dua jalan ini telah memudahkan terutama kepada para petani, pekebun-pekebun kecil untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

Kalau jalan raya di Kemabong-Sipitang, hasil-hasil pertanian ini mudah untuk dipasarkan ke negeri Brunei Darussalam. Kalau tidak silap saya juga sampai ke Labuan dan Lawas. Begitu juga dengan kegunaan jalan raya Kimanis-Keningau yang mana boleh meningkatkan lagi masa kita berurusan untuk ke Kota Kinabalu.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, apa yang ingin saya kemukakan di sini ialah masalah ketika pembinaan kedua-dua jalan raya tersebut, saya lihat keadaan jalan raya tersebut begitu curam sekali sehinggakan hingga hari ini saya kira banyak kemalangan yang telah berlaku akibat daripada ketidakseimbangan jalan raya yang begitu curam. Ada satu ketika, saya lihat kecuraman itu boleh membahayakan terutama kepada kenderaan-kenderaan kecil dan juga kenderaan-kenderaan berat. Saya ingin berkongsi juga dengan Tuan Pengerusi, pernah juga ke daerah saya dan juga Keningau, beliau juga mengadu apabila Tuan Pengerusi menunggang motosikal. Pada satu ketika dia rasa takut untuk turun disebabkan jalan raya tersebut begitu curam.

final • 3:56 PM

Datuk Raime bin Unggi - Tenom

Saya minta pihak kementerian supaya melihat balik masalah-masalah ini supaya ia tidak akan dapat memberi kesan jangka masa yang panjang, terutama kepada pengguna kenderaan. Begitu juga saya harap kajian-kajian ini dapat dilaksanakan supaya jalan raya- jalan raya di negeri Sabah kerana kita lihat negeri Sabah muka buminya bergunung ganang. Saya harap kajian-kajian ini dapat dilaksanakan supaya ia dapat membantu pengguna-pengguna jalan raya.

Yang terakhir Tuan Pengerusi iaitu Butiran 11803 – Bangunan-bangunan Kerajaan – Membaiki dan Membaharui Pejabat Daerah/Tanah, Sabah. Kami di daerah, di kawasan pedalaman, bangunan pentadbiran bagi Kerajaan Persekutuan pada ketika ini berada di daerah Keningau, kawasan Parlimen Keningau. Apa yang saya lihat bahawa pada hari ini, bangunan tersebut begitu usang dan saya rasa memerlukan kerja-kerja menaik taraf untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat kita terutama berkaitan dengan pentadbiran-pentadbiran daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya melihat dan merancang pada masa akan datang supaya apabila melaksanakan atau mendirikan bangunan-bangunan kerajaan saya harap bangunan ini dapat menampung jabatan-jabatan yang boleh berada dalam satu bumbung yang saya kira boleh dikenali sebagai one-stop centre. Seperti di tempat saya sekiranya penduduk-penduduk yang ingin berurusan dengan Jabatan Pendaftaran terpaksa berjalan begitu jauh sekali. Begitu juga apabila masyarakat ingin berurusan untuk mendapat perkhidmatan daripada Jabatan Pelajaran mereka terpaksa ke sana ke sini.

Jadi saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya melihat perkara ini dan ini akan dapat membantu para masyarakat terutama kepada masyarakat kita di luar bandar untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan kita. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang untuk saya turut berbahas dalam B.27 - Kementerian Kerja Raya. Saya ingin menyentuh perkara Butiran 050200 – Cawangan Pengurusan Projek Kompleks.

Ada dua isu dalam perkara ini. Pertama sekali berkaitan dengan Kompleks Stadium Kuala Terengganu yang runtuh sebelum ini. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah sejauh mana peranan Kementerian Kerja Raya dalam soal pembinaan pada peringkat awal dan juga pembaikan pemulihan yang akan dibuat nanti. Walaupun saya tahu bahawa sebelum itu tidak dengar bahawa kementerian mempunyai peranan yang jelas dalam projek pembinaan kerana projek kerajaan negeri di bawah dana khas iaitu wang ihsan. Ini yang menyebabkan wang ihsan yang apabila diberi kepada UMNO Barisan Nasional ini habis runtuh. Stadium runtuh, masjid pun runtuh. Ini akibat daripada penyalahgunaan dan penyelewengan.

Isunya Tuan Pengerusi ialah, baru-baru ini kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan mengatakan bahawa Kabinet sudah membuat satu keputusan membuat pengarahan persetujuan supaya pembaikan itu mesti disegerakan. Kontraktor yang bertanggungjawab itu harus diberikan tanggungjawab membaiki dan juga menanggung kos.

Isu yang hendak bangkitkan di sini ialah pertama sekali saya belum lagi mendengar dan tiada satu pendedahan yang dibuat oleh pihak kerajaan tentang laporan kajian yang menyeluruh tentang isu-isu yang menyebabkan berlaku keruntuhan.

Apa yang di bentang dalam Kabinet baru-baru ini hanya merupakan laporan awal JKR, yang saya kira bahawa laporan awal itu tidak dapat mengenal pasti apa masalah sebenar dari segi yang menyebabkan keruntuhan itu berlaku. Jadi bagaimana Kabinet boleh membuat keputusan dalam hal ini sehingga menyebabkan mengarah pembaikan tersebut disegerakan, dilakukan oleh kontraktor asal yang terbabit, sedangkan saya telah difahamkan bahawa ketiga-tiga kontraktor yang terbabit dalam pembinaan stadium di Terengganu itu tidak mempunyai pengalaman termasuk tidak mempunyai pengalaman dalam teknologi space frame yang ada kaitan dalam isu yang menyebabkan berlakunya keruntuhan ini.

Jadi bagaimana apabila... Pertama, kita tiada laporan lengkap dan saya percaya bahawa laporan daripada perunding. Adakah..., saya hendak tanya, adakah pihak kementerian ataupun kerajaan sendiri telah pun mendapat satu laporan lengkap daripada jurutera perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri iaitu seorang jurutera perunding yang berpengalaman dalam negara kita yang berkaitan dengan teknologi space frame ini iaitu Ove Arup. Seorang jurutera perunding bernama Ove Arup. Jadi sepatutnya ini yang harus diguna pakai kerana ini merupakan perunding yang punya pengalaman dalam teknologi space frame. Jadi kerana itu saya hairan bahawa bagaimana Kabinet boleh membuat keputusan dalam keadaan tiada laporan lengkap? Kedua, diberikan tanggungjawab itu juga kepada kontraktor yang tiada pengalaman kerja. Jadi mereka disuruh buat benda yang kerana tiada pengalaman itu yang menyebabkan stadium itu jadi begitu.

Kerana ia tidak dibuat penelitian yang tepat, teknologi yang hendak digunakan yang akhirnya berlaku keruntuhan. Kemudian mereka yang tiada pengalaman diberikan tanggungjawab untuk membuat pembaikan terhadap stadium tersebut tanpa ada satu laporan yang lengkap mengenal pasti apa punca-punca yang menyebabkan berlakunya keruntuhan. Jadi sedangkan saya difahamkan bahawa antaranya ialah isu reka bentuk sama dengan MRR2, masalah di sana ialah reka bentuk. Jadi masalah reka bentuk itu juga masih belum dikenal pasti secara konkrit apa masalah reka bentuk yang sebenarnya dalam teknologi space frame ini. Saya minta penjelasan bagaimana dan apakah peranan JKR dalam hendak menasihati kerajaan khususnya Kabinet? Jangan arah lagi pembaikan, kita dengar dahulu laporan Ove Arup secara menyeluruh.

final • 4:03 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekarang seolah-olah seperti Kabinet buat keputusan Kementerian Kerja Raya pun senyap, setuju sedangkan ada kepakaran ini ialah Kementerian Kerja Raya yang tidak pernah dirundingkan sebelum ini dalam pembinaan stadium ini. Jadi kerana itu saya minta penjelasan bagaimana Kementerian Kerja Raya melihat perkara ini.

Kemudian yang kedua ialah berkaitan dengan pembinaan kompleks MATRADE Convention Centre yang saya difahamkan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan supaya pada 17 hari bulan dibuat satu program tandatangan awal dengan Syarikat Naza TTDI yang begitu urgent yang dibuat oleh pihak kerajaan. Jadi yang kita hendak saya bangkitkan di sini ialah dua isu. Apa perlu kepada projek convention centre ini kerana saya difahamkan bahawa JKR diberikan tanggungjawab untuk menyediakan dokumen, penyediaan dokumen juga semuanya mesti dibuat oleh pihak JKR.

Walaupun ini merupakan projek runding terus yang merupakan keputusan yang telah dibuat di peringkat lebih awal oleh Kementerian Kewangan.

Akan tetapi JKR hanya diberikan arahan untuk melaksanakan dari segi dokumen- dokumen untuk memastikan surat yang telah pun saya difahamkan bahawa surat niat telah pun dikemukakan dan surat penyata kehendak kerajaan kepada Naza TTDI ini juga sudah pun dinyatakan. Akan tetapi isunya apakah JKR tidak boleh memberikan nasihat? Pertama sekali ialah nasihat kepada pihak kerajaan bahawa negara kita tidak perlu kepada satu lagi kompleks convention centre. Kita sudah ada Putrajaya International Convention Centre

(PICC) umpamanya yang saya percaya bahawa tidak banyak pun kegunaan dalam satu tahun sedangkan kos penyelenggaraannya begitu tinggi.

Begitu juga kita ada di The Mines, kita ada di Langkawi dan sebagainya.

Kemudian kita ada di KLCC. Jadi apa perlu satu lagi sedangkan Menteri MITI baru-baru ini jawab bahawa ini merupakan daya tarikan pelancong. Takkan kita buat satu bangunan hanya sekadar hendak tarik pelancong datang untuk melihat bangunan, sedangkan kita berbelanja dengan begitu besar, penyelenggaraannya yang terpaksa ditanggung atas wang rakyat ini.

final • 4:03 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Keduanya ialah isu mengapakah kita berikan kepada NAZA? Walaupun kata kerajaan, NAZA menawarkan bangunan ini secara free, kemudian sebagai ganti, kerajaan berikan tanah yang begitu luas. Jadi, bagi saya kenapa kepada NAZA? Kenapa tidak dibuat satu open tender? Mungkin kalau kita katakan ia merupakan satu keperluan, mungkin bagi saya ada syarikat lain yang boleh memberikan tawaran yang lebih baik. Bukan sekadar satu convention centre boleh dibina, tetapi mungkin ada perkara lain lagi yang boleh diberi kepada kerajaan dan juga kepada negara dengan ia mendapat sebidang tanah yang begitu luas.

Sepatutnya bagi saya bahawa tanah itu boleh dimanfaatkan secara yang lebih meluas. Sedangkan ia mendapat harga yang begitu lumayan berbanding dengan kos pembinaan convention centre ini hanya RM628 juta lebih kurang. Sedangkan ia mendapat keuntungan yang lebih. Kalau RM350 satu kaki persegi, kalau RM500 satu kaki persegi tanah di kawasan tersebut, maka sudah tentu bahawa keuntungan yang lumayan hanya sekadar dengan tanah yang dianugerahkan kepadanya.

Jadi, isunya Tuan Pengerusi ialah kenapakah kepada NAZA? Kenapakah tidak dibuat satu open tender yang sepatutnya kita akan dapat memperoleh satu keuntungan yang lebih besar? Saya ingin menegaskan bahawa dari sudut keperluan convention centre, saya tidak nampak apa keperluan yang munasabah untuk kita membina sebuah lagi convention centre yang menelan belanja yang begitu besar.

Kemudian kita terpaksa menyerahkan tanah yang begitu bernilai, berharga di kawasan yang mempunyai nilai harga tanah yang sangat tinggi. Walaupun kerajaan kata baru-baru ini RM72 satu kaki persegi, saya pun tidak boleh hendak terima kalau RM72 satu kaki persegi di area Jalan Duta. Jadi, nampak secara jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai satu perancangan yang jelas untuk melihat secara keseluruhannya.

Kemudian Butiran 060700 - Bayaran Pampasan Tol. Saya hendak bertanya di sini, bagaimanakah isu berkaitan dengan soal penswastaan tol itu kepada syarikat yang lain ataupun kerajaan hendak mengambil alih.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Sedangkan baru-baru ini ada sebuah syarikat asas herba telah pun mengemukakan satu tawaran yang secara umumnya dilihat memberikan tawaran yang baik kepada pengguna. Jadi, bagaimanakah kerajaan hendak mengatasi masalah ini?

Saya bukannya bersetuju dengan asas herba, tetapi kalau kerajaan bersetuju untuk mengambil alih, itu adalah lebih baik. Kalau kerajaan hendak menswastakan, kerajaan harus open tender kepada bukan sahaja satu syarikat asas herba, tetapi kepada syarikat lain yang mungkin tawarannya lebih baik.

Keduanya, apakah ada satu kajian untuk dinilai semula harga tol? Iaitu antara kereta cc rendah dengan cc yang tinggi. Saya merasakan ini tidak adil. Ini tidak adil. Kalau Kancil 850cc pun sebanyak itu harga tolnya, dengan Mercedes ataupun BMW 7 Series pun tol sebanyak itu, sedangkan Kancil ini ia telah pun membantu kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Sedangkan kereta yang cc nya besar ini, telah pun mendapat subsidi harga minyak yang lebih banyak kerana ia makan minyak. Jadi, bagi saya sudah sampai masanya untuk kerajaan mengkaji semula dari segi kedudukan kos bayaran tol antara kereta cc kecil dan cc besar ini.

Akhir sekali Tuan Pengerusi iaitu P.27 Butiran 18100 - Rumah-rumah Pekerja/Rumah Kediaman Persekutuan. Berkaitan dengan kuarters, rumah-rumah kediaman kerajaan yang diselenggarakan oleh JKR. Saya ingin mendapatkan penjelasan, bagaimanakah pihak kerajaan membuat penyeliaan ini dari segi penyelenggaraan kosnya?

Saya hendak menunjukkan contoh bahawa di Jalan Bukit Tunku umpamanya, ada kuarters untuk pegawai lebih kurang sepuluh buah yang tidak didiami oleh orang.

Sedangkan kita membuat penyelenggaraan; ada kawalan, ada jaga yang membuat kawalan di situ, tetapi ini tidak didiami. Sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pada 6 September 2009 baru-baru ini, RM28 juta peruntukan untuk membina kuarters baru JKR. Ini untuk pekerja yang pelbagai.

Akan tetapi, saya hendak mengatakan bahawa kita membina yang baru, kemudian yang lama untuk pegawai tinggi ini kita tidak manfaatkan. Itu baru di Jalan Bukit Tunku.

Jadi, saya hendak mendapatkan penjelasan berapa banyak kuarters ataupun rumah kediaman pegawai, pegawai tinggi dan rendah ini yang tidak diduduki, tetapi kos penyelenggaraannya kita terpaksa tanggung, berapakah jumlah tanggungan yang terpaksa kita tanggung selama ini? Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Serian.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Maksud Bekalan B.27 dan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Saya ke Butiran 09280 – Membina Jalan- jalan. Seterusnya Butiran 09800 – Pembinaan Jalan Raya.

Tuan Pengerusi, kalau kita pergi ke Kuching, ke Serian, kita memang perlu melalui jalan yang dipanggil sebagai Kuching-Serian Road atau Jalan Kuching-Serian. Stretch atau bahagian dari Kuching sehingga Batu 10 begitu elok kerana dual carriageway. Begitu juga dengan stretch dari Batu 15 iaitu Seratau sehingga ke Bandar Serian, kawasan saya, jalan begitu elok, dual carriageway, lengkap dengan lampu-lampu.

final • 4:15 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seelok yang ada di Sarawaklah Yang Berhormat, ya?

final • 4:15 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Ya?

final • 4:15 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seelok yang ada di Sarawaklah?

final • 4:15 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Ya. Jadi, Tuan Pengerusi apa yang hendak saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah bahagian atau stretch di antara Pekan Batu 10 dengan Kampung Seratau, dengan izin, to us it is seperti bottleneck. Laluan dari Serian pergi ke Kuching sehingga Seratau cukup baik, cukup elok sebab dual carriageway, laluan dua hala. Akan tetapi, setibanya kita di tempat yang dipanggil sebagai Seratau itu, teruk. Betul-betul sempit kerana hanya satu laluan. Kita berjalan dan panjangnya sebahagian itu adalah hanya lima batu atau sembilan kilometer sahaja.

Tuan Pengerusi, persoalan saya, mengapakah bottleneck itu harus berlaku? Saya percaya rakyat sudah cukup berungut. Rakyat sudah benar-benar mengharapkan agar stretch atau bahagian antara Kampung Seratau ini iaitu Batu 15 sehingga ke Batu 10 ini dapat diperbesarkan dan diperelokkan dengan membina jalan dua hala atau dual carriageway. Itu tentang Jalan Serian, bahagian yang dipanggil bahagian dari Batu 10 sehingga ke Batu 15.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Jalan Mentung. Jalan Mentung telah dibina pada tahun awal 70-an lagi. Panjangnya 35 kilometer. Jalan raya ini digunakan oleh tidak kurang daripada 30 buah kampung. Panjang jalan adalah 35 kilometer. 17 kilometer telah pun diturap. 18 kilometer lagi belum diturap. Maka, bukan sahaja pada waktu tengkujuh, bahkan pada waktu kemarau pun agak sukar untuk kenderaan biasa kecuali kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan ini.

final • 4:15 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Jadi saya minta kementerian, please look into this strecth of road, dengan izin.

Kerana seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi, ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada dua, tiga buah kampung akan tetapi kepada 30 buah kampung atau rumah panjang.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Jalan Mapu-Terbat, ini there is also very funny case, dengan izin. Jalan Mapu-Terbat panjangnya hanya 7 kilometer, apa yang berlaku Tuan Pengerusi ialah dari pekan atau pasar Tebakang sehingga ke Kampung Bunan. Jalan panjangnya 23 kilometer, jalan itu telah diturap cukup elok, tetapi bahagian stretch yang dipanggil sebagai Jalan Mapu-Terbat ini hanya 7 kilometer begitu teruk sekali. Apabila musim tengkujuh, memang tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan termasuk pacuan empat roda tetapi di hujung sebelah sana, bahagian yang dipanggil, jalan yang dipanggil sebagai Daha panjangnya 5 kilometer, seolah-olah menyerupai highway, jadi ini yang aneh Tuan Pengerusi. Pergi ke Daha Kisau, jalan elok sehingga Bunan, simpang Terbat Muara Ahi, selepas itu bahagian atau strecth sepanjang hanya 7 kilometer, memang teruk, tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan, termasuk pacuan empat roda di waktu musim tengkujuh, tetapi di hujung jalan itu sepanjang 5 kilometer, seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi ia seolah-olah macam highway.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, please look in to this seriously dan akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin membawa di Dewan yang mulia ini tentang keadaan jambatan.

Saya percaya walaupun mungkin jatuh di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, akan tetapi oleh sebab jambatan-jambatan ini yang kebanyakannya sudah, is already most of it in lapidated condition, dengan izin, maka saya minta kementerian agar melihat akan keadaan jambatan di luar bandar, lebih-lebih lagi di kawasan Parlimen Serian, agar jambatan-jambatan yang sudah hampir mahu roboh ini dapat digantikan dengan jambatan-jambatan khususnya jambatan konkrit. Dengan itu Tuan Pengerusi sekian, saya menyokong.

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Klang.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri kalau ada di Parlimen. Saya ingin membangkitkan dua isu, isu pertama ialah di bawah Butiran 31000, ini mengenai pembinaan jambatan dan jalan raya baru.

final • 4:24 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Secara khususnya saya ingin membangkitkan kelambatan untuk membina Jambatan Klang Ketiga atau Third Klang Bridge. Projek ini telah diluluskan oleh Economic Planning Unit pada 7 Januari 2008 dengan anggaran RM10 juta dan Menteri JKR pada masa itu telah melancarkan secara rasmi pembinaan jambatan ini beberapa hari sebelum pilihan raya pada tahun lalu, tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang pembinaan sejak pelancaran oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun lalu.

Soalan saya adalah, bilakah pembinaan Jambatan Klang Ketiga akan bermula semula dan mengapa pembinaan ditangguhkan sehingga kini, dan soalan berikut ialah mengapakah peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM67 bilion itu, iaitu ekonomi satu dan dua tidak digunakan untuk memulakan pembinaan jambatan ini.

Isu yang kedua berkait dengan Butiran 010000 iaitu mengenai pengurusan Kementerian Kerja Raya, isu yang saya hendak bangkitkan ialah isu mengenai laporan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Soalan saya ialah mengapakah laporan ini masih di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, dan bilakah kerajaan bercadang untuk di classify laporan ini demi kepentingan dan keselamatan rakyat.

Terdapat spekulasi di kalangan rakyat dan juga di media tempatan, yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ingin, saya ulang tidak ingin di classify laporan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ini, kerana melindungi syarikat-syarikat air dan kontraktor- kontraktor air tertentu, harap Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan mengenai hal ini. Laporan surat khabar mengatakan bahawa faktor kritikal-faktor kritikal yang mengakibatkan keruntuhan di Bukit Antarabangsa ialah kebocoran paip air dan saluran paip yang aktif di rumah terbengkalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan cerun berkenaan.

Soalan saya ialah, adakah pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan mengambil tindakan undang-undang terhadap firma-firma yang secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab di atas kematian empat orang rakyat Malaysia dan kerosakan-kerosakan harta benda yang dianggarkan berjuta-juta ringgit?

Sekian, terima kasih.

final • 4:24 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:24 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jempol.

final • 4:24 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi, Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya, Butiran 61000 - Naik Taraf Jalan-jalan (Projek Baru). Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah siap membina Jalan Bukit Putus yang telah pun menghubungkan Negeri Sembilan Timur dengan Negeri Sembilan Barat dengan baik, tetapi apabila jalan ini dilalui, berlaku kesesakan yang amat teruk di kawasan di Terachi di mana di Bukit Putus ini laluan keretanya dapat berjalan dengan baik, tetapi sebaik sahaja melalui jalan lama yang asal, satu lorong di kampung Terachi ia telah menyebabkan kesesakan sehingga ke Jempol.

Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan, supaya jalan daripada Terachi ini di naik taraf menjadi empat lorong sampai ke Bandar Seri Jempol, kerana yang menggunakan laluan ini ialah sebahagian daripada penduduk di Pahang, iaitu bahagian Karak, sebahagiannya daripada Kuantan dan sebahagian lagi daripada Gemas terus ke Segamat.

Jadi kalau pihak kerajaan dapat membangunkan jalan empat lorong ini sampai ke Bandar Seri Jempol, jumlah kenderaan ini akan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian dan sudah tentulah ia akan dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi di kawasan Negeri Sembilan Timur.

Selain daripada itu, terdapat lokasi yang sangat cantik di puncak laluan Bukit Putus, saya mencadangkan kepada kerajaan juga supaya memperuntukkan sebahagian daripada kewangan ini bagi membina R&R dengan kemudahan tempat rehat, restoran dan tempat mereka meninjau keindahan Bukit Putus yang dapat melihat satu fenomena yang sangat cantik di kawasan puncak tersebut dan ini akan dapat memberikan kemudahan kepada sektor pelancongan juga.

final • 4:27 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Selain daripada itu, saya nampak apabila buat kali pertamanya saya menerima laporan terdapat gegaran di Kuala Pilah, sebelum ini saya tidak pernah mendengar Negeri Sembilan masuk dalam gegaran gunung berapi dan sebagainya, tetapi timbul kebimbangan di hati saya kerana salah satu daripada jambatan yang dibina di laluan baru Bukit Putus ini ialah antara jambatan yang tertinggi di Asia Tenggara, jadi terlalu tinggi itu, saya tidak tahu apa kedudukan tiang-tiang yang ada di jambatan baru ini.

final • 4:27 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Kalau boleh buat pemantauan sekarang juga bagi laporan apabila Menteri menjawab nanti kerana itulah laluan yang menjadi laluan Ahli Parlimen Jempol berulang- alik. Saya bimbang berlaku pilihan raya kecil apabila berlaku perkara yang tidak diingini ini.

Tuan Pengerusi, saya jadi dapat melihat betapa pentingnya pihak JKR menaik taraf jalan-jalan yang ada di kawasan FELDA. Dahulu FELDA ini tidak ramai orang yang memiliki ataupun yang berkemampuan untuk memiliki kereta tetapi apabila harga komoditi getah dan kepala sawit melonjak tinggi dan kejayaan kerajaan memberikan jaminan yang baik kepada masyarakat peneroka FELDA, saya dapat melihat kemampuan masyarakat peneroka FELDA untuk membeli kereta dan tambahan pula, anak-anak mereka yang begitu cerdik dan pintar.

Sebahagiannya menjadi tenaga-tenaga profesional yang sudah tentulah mempunyai kemampuan untuk membeli kereta dan hari ini kita dapat melihat kesesakan yang amat teruk. Jalan-jalan JKR di gugusan FELDA. Saya yakin dan percaya sekiranya kajian ini dapat dibuat dan peruntukan ini dapat diberikan ia akan dapat menyelesaikan masalah terutama sekali jalan yang melibatkan FELDA Pasir Besar sampai ke Keratong Highway dan daripada Keratong Highway sampai ke Gugusan FELDA Hilir di mana ini adalah merupakan lokasi yang sangat teruk kesesakannya.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh perkara Butiran 060700 – Bayaran Pampasan Tol. Saya pun pelik melihat apabila melalui lebuh raya dari Selatan sampai ke Utara sampai ke Kuala Lumpur, terdapat Zon Bebas Tol. Di Ipoh juga ada Zon Bebas Tol.

Di Pulau Pinang juga ada Zon Bebas Tol. Akan tetapi apabila sampai ke Seremban, dianaktirikan. Tidak ada Zon Bebas Tol. Jadi ini membataskan usaha kita untuk membangunkan Seremban dengan lebih pesat lagi kerana ia melibatkan kos dan tidak ada kebebasan di kalangan rakyat menggunakan kawasan tersebut kerana setiap laluan yang mereka tempuhi mereka terpaksa membayar tol. Oleh yang demikian saya ingin mendapat penjelasan kenapa Seremban dibuatkan demikian rupa?

Tuan Pengerusi, saya juga dapat melihat Lebuhraya Utara-Selatan semakin penuh. Setiap lorong apabila kerajaan naik taraf tiga lorong kiri, tiga lorong kanan pun penuh, lebih-lebih lagi di hujung minggu kerana kecenderungan rakyat kita sekarang ini suka balik ke kampung. Mereka ini semua menziarahi keluarga dan menghabiskan masa dengan keluarga di kampung. Tambahan pula, kalau berlaku masa-masa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, dan sebagainya, lebih-lebih lagilah berlaku kesesakan yang amat teruk sehinggakan tidak ada ruang untuk kita melihat kereta untuk lalu.

Jadi saya fikir sampai masanya kerajaan memikirkan apa cara hendak mengatasi masalah ini. Kalau hendak bina lagi empat lorong, saya ingat mungkin agak sukar ataupun kerajaan boleh fikir satu lapis lagi, atas lebuh raya ini buat satu lapis lagi lebuh raya baru dengan bertol. Jadi siapa yang mampu hendak lalu lapisan atas ini dengan bayaran mungkin yang agak mahal sedikit mereka boleh lalu tetapi mereka tidak ada menerima jam yang teruk seperti laluan di sebelah bawah. Itu Yang Berhormat Menteri fikirlah dengan pegawai-pegawai yang bijaksana. Saya cuma mencadangkan sahaja tetapi rintihan rakyat memang sangat berat sekali sekarang bahawa lebuh raya ini memerlukan satu pemikiran baru untuk mengatasi kesesakan ini.

Tuan Pengerusi, perkara 02000 – Skim Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas. Bandar Bahau adalah merupakan antara lokasi yang menjadi kunjungan daripada 35 Skim Peneroka FELDA yang mempunyai pendapatan tidak kurang RM40 juta sebulan. Mereka berbelanja di Bandar Bahau dan Bandar Bahau sekarang ini sudah jam. Tambahan pula sebahagian daripada lalu lintas lori-lori besar masuk ke bandar Bahau kerana tidak ada pilihan. Mereka terpaksa lalu walau pun sesak, terpaksa lalu juga.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Saya hendak minta penjelasan daripada kementerian, mana pergi duit Bahau Bypass. Dahulu saya lihat dalam Rancangan Malaysia sebelum ini ada diperuntukkan peruntukan untuk membina Bahau Bypass. Jadi kalau dapat dicari balik duit ini, mungkin dalam peruntukan ini boleh diberi. Bina Bahau Bypass, sebahagian daripada kenderaan tidak perlu masuk ke bandar Bahau. Mereka boleh dialihkan ke lokasi yang lain untuk meneruskan perjalanan mereka tanpa menambah kesesakan di bandar Bahau.

Saya juga minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat (Projek Baru). Terima kasih kepada kementerian membina persimpangan bertingkat dari laluan Port Dickson sampai Rasah sampai hadapan Hospital Tunku Jaafar. Akan tetapi selepas Hospital Tunku Jaafar, ia hanya sampai di situ sahaja. Padahal kalau disambung sedikit lagi ke hadapan sampai ke Sekolah Menengah KGV, laluan ini boleh dipecahkan kepada dua.

Sebahagiannya boleh masuk ke Seremban, sebahagian lagi boleh pergi ke Jelebu dan Jempol. Baru kereta ini kita boleh pisahkan. Akan tetapi apabila kita berhenti di hadapan Hospital Tuanku Jaafar menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di kawasan tersebut. Inilah satu kerugian, hanya beberapa laluan yang boleh disambung melalui Program Persimpangan Bertingkat ini yang boleh menyelesaikan masalah tetapi apabila pihak kementerian melalui JKR tidak melaksanakannya. Ia telah menyebabkan kesukaran kepada rakyat.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Butiran 11800 – Memperbaiki dan Membaharui Pejabat Daerah/Tanah. Di ibu negeri Seremban ada Kompleks Wisma Negeri untuk menempatkan jabatan-jabatan Negeri Sembilan. Di sebelahnya ada Wisma Persekutuan. Wisma Persekutuan ini terlampau lama dan sekarang ini oleh kerana kita mempunyai bilangan pekerja dari Persekutuan yang ramai, tidak mampu untuk menampung keperluan pekerja-pekerja kita. Apa salahnya sebahagian daripada peruntukan ini digunakan untuk mengubah suai bagi menambah lagi keselesaan pegawai- pegawai kita di Wisma Persekutuan Seremban, Negeri Sembilan bagi meningkatkan lagi prestasi pegawai-pegawai kita pada masa yang akan datang.

Akhir sekali Tuan Pengerusi berkaitan 040100 – Cawangan Arkitek. Saya dapat melihat satu kerugian yang amat besar pada negara dari segi bidang pelancongan kerana sebahagian daripada pelancong ini datang ke negara kita ini hendak melihat arkitek reka bentuk bangunan. Malaysia mempunyai asas arkitek atau pun reka bentuk bangunan negeri-negeri yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Akan tetapi saya melihat peruntukan yang besar untuk membangunkan bangunan besar di negara kita ini tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin dengan menterjemahkan arkitek yang cantik ini dalam reka bentuk bangunan tersebut. Akhirnya bangunan kita pun tidak cantik. Di Kuala Lumpur pun tidak cantik bangunannya.

Di kampung saya pun tidak cantik apabila buat Hospital Besar tidak ada identiti Negeri Sembilan, bangunan yang lentik, pelancong hendak tengok pun tidak dapat. Ini satu kerugian. Jadi kalau ini berterusan pada masa akan datang, saya ingatkan dari segi reka bentuk kita akan kerugian kepada negara bukan sahaja dari segi binaannya tetapi kepada sektor pelancong yang menjadi hasil yang sangat besar kepada negara kita. Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.27, 00600 – Jalan-Jalan Raya Baru. Saya ingin bertanya mengenai dengan jalan iaitu projek yang dinamakan Pasir Mas Bypass fasa 1 yang kalau tidak silap saya kontrak telah diberi tiga tahun yang lalu dan sekarang masih lagi gagal untuk dilaksanakan.

final • 4:19 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Projek ini tidak silap saya sejauh 5 kilometer dan ditawarkan kepada Citra Bina Sdn Bhd berharga RM29 juta melalui tender build and design. Saya difahamkan syarikat ini cuba menjual projek ini kepada beberapa syarikat dengan meletakkan komisen yang begitu tinggi sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan.

Saya hendak tanya juga apakah masih sikap mengamalkan tender build and design ini? Ini kerana tender build and design ini Tuan Pengerusi, ianya membazirkan terutamanya menganiayai kontraktor-kontraktor apabila mereka terpaksa membuat design, mereka menggunakan consultant, arkitek, QS dan seumpamanya dan satu sahaja syarikat yang dapat, manakala mereka membelanjakan terutama banyak duit untuk membayar consultant-consultant untuk menyertai tender build and design ini. Apakah konsep ini masih diamalkan dan ianya didapati satu pendekatan yang membazir dan tidak menguntungkan pihak kontraktor-kontraktor tidak kira bumiputera atau pun tidak tetapi menggunakan konsep tender build and design ini?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 02800 – Memperbaiki/Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Pertama, saya hendak tanya tentang tahap pencapaian projek naik taraf empat lorong Jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan di mana sebelum ini satu syarikat telah ditawarkan untuk melaksanakan projek ini dan saya difahamkan dijual kepada Red Land. Saya dengar Red Land jual pula projek ini kepada satu syarikat lain. Saya difahamkan berpangkalan di Sarawak. Betul atau tidak, saya hendak minta pengesahan.

Saya nampak projek ini dilaksanakan tetapi saya hendak tanya berapakah kos?

Adakah kosnya telah meningkat? Ini kerana mereka-mereka yang dapat projek ini dahulu saya nampaknya mungkin mereka sudah segar-bugar, mungkin dia sudah dapat komisen tetapi projek tidak siap dan apakah kerajaan menanggung kos yang lebih dalam melaksanakan projek ini? Iaitu bukan sahaja empat lorong tetapi masuk juga bypass sampai kepada KB Mall iaitu jalan utama di Kota Bharu. Jadi saya hendak tanya mengenai dengan status dan maklumat yang terperinci bersabit dengan jambatan ini kerana ianya menjadi rungutan rakyat Kelantan dan ianya membabitkan juga kredibiliti pihak agensi pelaksana kerana berbagai-bagai cerita yang dibuat yang tidak baik. Oleh sebab itu saya harap perkara ini dapat diberi penjelasan.

Kedua, di bawah tajuk dan butiran yang sama, Jambatan Pasir Mas-Salor. Saya hendak tanya, dahulu saya pernah buat cadangan supaya jambatan ini dinaikkan empat lorong termasuk mewujudkan juga bypass atau pun jejambat bagi penyuraian kesesakan dan dalam jawapan sesi yang lalu Menteri Kerja Raya yang lalu telah memberi jawapan mengatakan projek ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Jadi saya hendak tahu apakah ianya benar-benar masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk menaikkan taraf empat lorong bagi jambatan Pasir Mas-Salor termasuklah jejambat yang saya sebutkan sebentar tadi sampai ke Bandar Baru Pasir Mas supaya ianya dapat membantu mengatasi lalu lintas.

Seterusnya saya hendak tanya juga di bawah butiran yang sama iaitu bilakah jalan daripada Tanah Merah sampai ke Bulatan Lemang di Pasir Mas hendak dinaikkan empat lorong? Saya difahamkan sudah dinaikkan jalan Persekutuan dan yang saya tahu sekarang ini lebuh raya sudah bermula daripada Gerik sampai ke Tanah Merah tetapi Tanah Merah ke Pasir Mas masih jalan lama dan menjadi kesesakan dan bahaya yang saya tengok banyak berlaku kemalangan selama ini. Jadi apakah dinaikkan empat lorong dan bilakah akan dilaksanakan? Begitu juga jalan daripada Bulatan Lemang sampai ke Bandar Pasir Mas terus ke Bulatan Pasir Pekan, di Tumpat yang juga sepatutnya sudah lama dilaksanakan jalan empat lorong ini.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya hendak merujuk kepada Butiran 70000 - Projek Memperelok Jalan-Jalan. Saya hendak tanya pihak kementerian, saya mendapat maklum jalan raya Persekutuan dan lebuh raya kita menggunakan tar atau pun bitumen pada tahap off spec iaitu tahap kualiti rendah dan tidak bermutu sebagaimana yang didakwa standard kualiti yang diimport dari Singapura.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apakah ini benar? Perkara ini boleh menyebabkan kemalangan dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan mengguna wang rakyat yang tidak sedikit dan amalan mengguna bitumen jenis ini di zaman era Menteri Kerja Raya dahulu iaitu Dato’ Samy Vellu.

Bermacam-macam tohmahan dan dakwaan timbul kononnya mereka yang menggunakan bitumen ini ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu termasuk bekas Menteri dahulu. Betul atau tidak? Jikalau betul saya minta ia disiasat sebab ianya melibatkan kos yang tidak sedikit dan apakah ini punca sebenarnya kemalangan jalan raya sebab menggunakan tar atau pun bitumen yang saya sebutkan sebentar tadi tidak merupakan satu tahap yang sepatutnya dalam pembinaan jalan raya? Saya minta perkara ini disiasat.

Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 09230-Jambatan-jambatan. Saya hendak tanya apakah pihak JKR, siapakah yang bertanggungjawab? Jikalau dalam bandar raya saya tengok jejambat-jejambat atau pun jambatan sudah setengah-setengah itu sudah jadi kotor. Macam-macam poster ditampal, macam-macam gambar terutamanya ada pula iklan-iklan jual ubat kuatlah, ubat itulah, ubat inilah. Di bawah jambatan dan di simpang-simpang. Ini juga saya tengok tidak memberi keindahan dari segi alam sekitar dan sepatutnya saya harap pihak JKR menangani perkara ini atau pun melihat dari segi sudut undang-undang atau pun pelaksanaan bagaimana semua tempat ini dipastikan tidak adanya poster-poster seumpama ini.

Begitu juga saya sebut sebentar tadi poster di jalan-jalan ini Tuan Pengerusi, jalan sekarang ini pun lantai perlu dibuat elok-elok sebab bukan sahaja lori, kereta dan motosikal lalu bahkan sekarang ini gambar pun orang tampal atas lantai sekarang ini seperti di Konvensyen DAP Perak semalam. Di pintu masuk Dewan Konvensyen DAP Perak, saya tengok dalam The Star hari ini muka surat 8, dalam Sinar Harian muka depan, dalam In Malaysia Insiders ada di kalangan pemimpin-pemimpin DAP memijak gambar wakil-wakil rakyat yang lompat parti iaitu Yang Berhormat Kapten Jamal dan Yang Berhormat Kapten Osman yang saya kira satu perbuatan yang cukup biadab, kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Di manakah prinsip hak asasi selama ini yang disebutkan?

Tuan Pengerusi itu sahaja saya hendak sebut dan akhir sekali B.27 - Pengurusan JKR. Butiran 010300, saya hendak tanya dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada saya pada 9 November, Isnin yang lalu ada jawapan saya tanya mengenai dengan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Ke-9 di Kelantan yang jumlahnya 28 projek yang dipertanggungjawab kepada JKR di bawah P.27 dan saya mendapat jawapan sepuluh projek telah siap dibina. Tujuh projek dalam pembinaan, satu projek dalam perolehan, baki sepuluh projek yang masih belum dilaksanakan kini dalam peringkat kerja-kerja awalan seperti pelaksanaan reka bentuk dan pengambilan balik tanah. Jadi yang untuk sepuluh ini, tujuh dalam pembinaan, satu projek dalam peringkat pembinaan dan sepuluh yang masih belum dilaksanakan saya maksudkan sebentar tadi, saya minta maklumat terperinci.

Apakah projek-projeknya? Berapakah jumlah? Di mana? Ini kalau tidak sempat jawab nanti, ini khusus Tuan Pengerusi, saya minta jawapan secara bertulis. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya turut membahaskan pihak Kementerian Kerja Raya bagi maksud Pembangunan, P.27. Saya ingin sentuh perkara yang ada kaitan dengan negeri Sabah.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, mulai daripada Butiran 08200 – Projek Persimpangan Bertingkat, 08230 – Pembinaan Jambatan (Projek Baru), 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun, 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan (Projek Baru), 08270 – Memulihkan Jalan, 08500 – Projek Keselamatan Jalan, 08600 – Projek Naiktaraf Jalanraya, dan 08800 – Pembinaan Jalan-jalan (II).

Ini saya kumpulkan semua butiran ini dengan perkara-perkara seperti peruntukan yang telah disediakan dalam buku anggaran ini yang berjumlah RM185,810,160. Kalau kita lihat Tuan Pengerusi, sayang sama sekali.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Peruntukan kepada negeri Sabah hanya RM185 juta sahaja. Alangkah kawasannya besar, projek-projek jalan di negeri Sabah belum terpelihara. Jika inilah peruntukan yang diberi, maka menangislah rakyat negeri Sabah, Tuan Pengerusi.

Peruntukan terbesar daripada peruntukan ini adalah terdiri daripada Butiran 08260 iaitu Naiktaraf dan Memulihkan Jalan iaitu sebanyak RM100 juta. Banyak jalan raya yang perlu diperbaiki dan banyak lagi jalan raya yang perlu dibina, Tuan Pengerusi. Dalam butiran-butiran yang saya sebutkan tadi, satu, jambatan perlu dibina di negeri Sabah. Jalan yang runtuh perlu diperbaiki. Adakah peruntukan ini mencukupi? Memang tidak. Memang tidak.

Saya sentuh mengenai jalan-jalan di dalam kawasan saya Tuan Pengerusi, yang mana bukan build dan design, tetapi design and built kepada kontraktor yang telah melaksanakan projek jalan raya di antara Jalan Kepayan ke Jambatan Sungai Petagas.

Akan tetapi malangnya Tuan Pengerusi, pembinaan jalan melebarkan Jambatan Petagas itu terhalang kerana kontraktor tidak dapat meneruskan projek ini disebabkan pampasan kepada rumah-rumah yang terlibat hanya dibayar setakat RM50,000 satu rumah sahaja. Ini dipercayai adalah keputusan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Oleh kerana projek ini melalui design and built, kenapa harga-harga pampasan ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya? Kenapa projek ini diluluskan tanpa memberi ganjaran ataupun pampasan yang secukupnya kepada orang-orang yang terlibat? Jadi, ini mengakibatkan kelambatan pelaksanaan jalan itu dan sehingga sekarang belum dapat diteruskan.

Yang Berhormat Menteri, ada cadangan yang saya senaraikan iaitu beberapa jalan alternatif tidak melalui... Jawapan minggu yang lepas mengenai Pan Borneo Highway ini. Apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri iaitu, bilakah Pan Borneo ini dilaksanakan? Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri menyentuh jalan pergi Pita, Kalabakan dan Sandakan. Maksud saya pada ketika itu adalah perhubungan antara ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu kepada Brunei Darussalam dan seterusnya ke Kuching. Itu maksudnya Pan Borneo yang saya difahamkan. Jadi, jawapan itu kurang memuaskan. Saya harap Menteri dapat memperbetulkan kenyataan ini kalau saya silap.

Pan Borneo bukan bermaksud jalan pergi Kalabakan, Tawau atau Kudat. Jadi, yang saya sentuh adalah mengenai jalan alternatif yang mana Yang Berhormat Menteri, kesesakan jalan raya sekarang berlaku berhadapan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Apabila masa-masa yang peak hours, dengan izin maka, di situlah kesesakan jalan raya. Maka, di situlah orang menyumpah dan marah dengan kerajaan. Kenapa ini belum dilaksanakan?

Manakala saya sudah pun membawa perkara ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini, bahawa diteruskan pelebaran jalan itu dari Sungai Petagas ataupun berdekatan dengan persimpangan bypass lintas berdekatan dengan KKIA iaitu Kota Kinabalu International Airport, dengan izin, dan teruskan ke Taman Sabindo lalu kepada Kem Lok Kawi. Di situlah kesesakan melalui pekan Putatan itu. Beberapa kilometer Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perkara ini dengan serius ataupun kalau boleh disediakan peruntukan yang secukupnya untuk jalan alternatif, iaitu apa yang saya difahamkan bahawa jalan lama daripada Donggongan atau Penampang ke Papar, projek ini telah pun di award, dengan izin kepada beberapa kontraktor.

Saya dengar, tetapi belum juga dilaksanakan. Ini adalah peruntukan yang telah disediakan pada Rancangan Malaysia Kesembilan. Bilakah projek ini akan dimulai? Saya dengar award pun sudah ditawarkan kepada beberapa kontraktor, tetapi belum ada kelihatan pelaksanaannya. Ini penggal RMK-9 ini sudah pun hampir tamat, tetapi belum kelihatan ya Yang Berhormat Menteri.

Satu lagi jalan yang saya sebutkan tadi, iaitu jalan alternatif daripada jalan pesisir Tanjung Aru. Perhotelan Tanjung Aru bersebelahan dengan lapangan kapal terbang itu terus ke Jalan Sabindo melalui laut. Itu satu jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di hadapan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya harap perkara yang saya senaraikan dan saya cadangkan untuk dilaksanakan pada musim RMK-10 ini, dapat disediakan peruntukan yang secukup oleh pihak kementerian supaya ini dapat menyenangkan pengguna lalu lintas yang menggunakan jalan raya ini ke Papar, Beaufort, Sindumin, Sarawak, Setampin dari Kota Kinabalu. Saya harap ini dapat dilaksanakan Yang Berhormat Menteri.

Satu perkara lagi, jalan yang runtuh yang melintasi dari Jalan Kampung Duvanzon hingga ke Kampung Kadazun dan Penampang telah runtuh pada April tahun 2008.

Beberapa kali poster dipaparkan memekik wakil rakyat tidur, tidak mahu membuat sesuatu dengan jalan runtuh itu. Ditutup oleh JKR kerana tidak dapat dilalui kerana demi keselamatan para pengguna jalan raya. Akan tetapi, saya berdegil dan saya bubuh separuh batu di tepi jalan itu supaya orang kampung boleh lalu jalan itu.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Kalau tidak pengguna-pengguna jalan raya akan menggunakan beberapa kilometer, dalam lebih kurang 10 kilometer untuk pergi ke destinasi mereka ya. Jadi saya menggunakan peruntukan yang sedikit untuk meletak batu supaya kereta yang kecil boleh lalu. Sehingga sekarang kami telah pun mendesak pihak JKR tetapi jawapannya begini, “soil study telah pun dibuat pada pertengahan tahun 2008” dan saya tanya lagi pada awal tahun ini. “Soil study belum siap” yang saya difahamkan kontraktor telah pun ditawarkan tetapi kontraktor yang ditawarkan tidak dapat melaksanakan pembaikan jalan itu yang runtuh kerana BQ nya tidak mencukupi.

Jadi saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini walaupun jalan ini mungkin dalam bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi saya harap Kerajaan Persekutuan dapat melihat perkara ini sebab ia ada kaitan dengan rakyat kita, dan yang dipersalahkan adalah kerajaan Malaysia, serta wakil rakyat Barisan Nasional... [Ketawa] Pembangkang tidak apa, kerana mereka tidak bising, pembangkang hanya pandai... [Dewan riuh] Memutarbelitkan perkara dan menyalahkan kerajaan supaya mendapat undi daripada kata- kata pihak pembangkang yang berpusing-pusing...

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi saya harap Menteri... [Dewan riuh] Itu pembangkang tahulah. Saya harap Menteri dapat melihat perkara ini dengan serius sebelum pihak pembangkang mengambil peluang untuk mengelirukan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Telok Kemang.

final • 5:00 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Siapa sudah bercakap banyak-banyak semasa duduk tidak perlu cakap banyak lagilah.

final • 5:02 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Tuan Pengerusi, saya maksudkan Butiran 81000, 60000 dan 61000 mengenai dengan Membina Jalan-Jalan Baru, Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan juga Naik Taraf Jalan-Jalan (Projek Baru). Saya akan bangkitkan sekali lagi mengenai dengan perkara pembinaan jalan baru iaitu Lebuh Raya Seremban-Port Dickson yang rundingan terus projek ini yang dilaksanakan secara reka dan bina pada tahun 2003.

Seharusnya ia siap dua tahun yang lalu tetapi telah pun dilanjutkan masa dan masa yang baru diberikan ialah pada bulan 12 tahun 2009. Akan tetapi setakat ini hanya 66 peratus sahaja yang telah siap dan saya dimaklumkan bahawa kementerian telah pun memberikan notis untuk menamatkan kontrak. Saya juga dimaklumkan juga pihak kontraktor telah merayu dan kementerian menimbangkan rayuan tetapi keputusannya belum lagi dimaklumkan. Saya mohon kepada kementerian memberi penjelasan mengenai dengan status projek ini kerana projek ini telah tergendala begitu lama dan telah pun mengakibatkan kematian oleh kerana aspek keselamatan tidak diambil berat.

final • 5:02 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan selanjutnya kerana ini ada kaitannya dengan dua lebuh raya yang berdekatan.

Apakah perlu ada pilihan raya kecil di Linggi sebelum jalan raya ini diteruskan?

Saya juga membawa Butiran 060500 mengenai dengan Peruntukan Latihan JKR sebanyak RM8,000,000. Ini bermakna perbelanjaan sebanyak RM650,000 sekurang-kurangnya sebulan. Saya mohon kementerian memberi penjelasan, apakah bentuk latihan yang akan dilakukan yang memerlukan perbelanjaan yang begini banyak. Apakah latihan ini akan meningkatkan prestasi kerja pekerja ataupun kewibawaan dan prestasi pekerja JKR. Saya juga membawa perkara Rumah-Rumah Pekerja/Rumah Kediaman Persekutuan, 18100 yang mana peruntukannya hanya RM17 juta.

Saya hanya hendak tahu perancangan kementerian untuk membina lebih banyak rumah pekerja kerana apa yang ada sekarang ialah rumah yang telah dibina begitu lama dan hanya mempunyai satu bilik. Ini konsep rumah kerajaan yang telah pun dibuat pada 20 hingga 30 tahun yang lalu. Jadi saya mohon penjelasan.

Saya juga mahu membangkitkan mengenai dengan Butiran 40000 - Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, ini telah pun dibangkitkan mengenai dengan Bayaran Pampasan Tol. Sebanyak RM394,000,000 tetapi apakah ini ada kaitannya dengan pengurangan peruntukan untuk pembangunan, daripada tahun 2008, tahun 2009 sebanyak 40 peratus telah pun dikurangkan. Pada tahun 2010, sebanyak 20 peratus lagi telah pun dikurangkan.

Apakah bebanan membayar pampasan tol ini? Kalau mengikut Laporan PLUS pada tahun 2008 sebanyak RM731 juta telah diterima daripada PLUS daripada kerajaan.

Mengikut laporan ini RM190 juta pada tahun 2009 dan peruntukan sebanyak RM396 juta pada tahun 2010. Apakah pampasan ini mengakibatkan peruntukan pembangunan pada Kementerian Kerja Raya berkurangan pada tiap-tiap tahun.

Ada juga peruntukan mengenai dengan melatih pakar iaitu peningkatan daripada tahun 2009 daripada RM87 juta kepada RM95.7 juta, iaitu Butiran 040000. Sektor Pakar ini, adakah ia boleh membantu kementerian untuk menyediakan pakar-pakar yang diperlukan.

Khususnya untuk projek-projek yang dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan kerana kebelakangan ini banyak perkara telah berlaku akibat daripada, mungkin kecuaian. Saya tidak menuduh kementerian, mungkin ini oleh kerana sebab-sebab yang telah dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja.

Umpamanya di projek tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, salah satu sebabnya ialah kurangnya penyelenggaraan dan kerosakan pada sistem perparitan di kawasan itu, kegagalan cerun dan kawasan sekitar.

final • 5:02 PM

Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Ini mungkin kelalaian pemaju untuk melaksanakan kerja seperti yang disyaratkan dalam kelulusan oleh pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun menjadi tanggungjawab kementerian untuk menentukan bahawa syarat-syarat seperti begini diikuti dan dipatuhi supaya perkara yang berlaku tidak akan diulangi pada masa akan datang.

Dalam Butiran 050700 - JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Ini mengakibatkan perbelanjaan yang memerlukan 150 jawatan. Jadi saya tidak faham, bolehkah kementerian memberi penjelasan? Kenapa perlu begitu ramai kakitangan di dalam lembaga ini yang hanya memantau atau melaksanakan tugas di satu negeri di Kelantan. Kenapa ini tidak di centralised kan dengan izin, kepada negeri berkenaan.

Seterusnya Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan (Projek Baru) dan juga Butiran 60000 - Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Sekali lagi saya memohon kementerian menimbangkan jalan susur keluar daripada Lebuhraya Utara-Selatan yang memasuki ke Seremban daripada Senawang sehingga ke hari ini masih lagi walaupun jalan lebuh raya dinaiktarafkan, tetapi pondok tol seperti yang lama hanya ada dua tol bagi satu laluan. Ini menyebabkan kesesakan setiap hari pagi dan petang dan saya mohon supaya kementerian mengambil tindakan sewajarnya yang perlu supaya mengelakkan masalah yang timbul kepada mereka yang akan keluar ke Lebuhraya Seremban-Port Dickson. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah mengenai dengan... Itu sahaja dapat saya sampaikan kali ini.

Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Lipis.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan 27 - Kementerian Kerja Raya. Pertama sekali saya hendak menyentuh tentang Butiran 010100 - Pengurusan Atasan KKR. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan atasan KKR ini kerana saya melihat dalam maksud bekalan di lain-lain kementerian tiada butiran bagi pengurusan atasan bagi kementerian-kementerian yang lain. Kementerian ini sahaja yang ada, jadi saya mohon penjelasan mengenai perkara tersebut.

Kedua, Butiran 030600 - Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Kalau kita lihat Rancangan Malaysia Kesembilan sudah hendak sampai ke penghujungnya, pada tahun hadapan adalah tahun terakhir, selepas itu Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Saya mohon penjelasan daripada kementerian berapa banyak sekolah menengah dan sekolah rendah yang dapat dibina sepanjang empat tahun rancangan ini? Berapakah projek yang telah dapat dibina mendahului jadual? Berapa projek sekolah yang telah dibina mengikut jadual? Berapakah projek yang tidak mengikut jadual dan yang tertinggal dan projek-projek yang sakit dan mengapa keadaan-keadaan itu berlaku?

Berikutnya ialah tentang Butiran 060500 - Peruntukan Latihan JKR. Di sini juga saya mohon penjelasan di manakah latihan-latihan dijalankan? Apakah kaitannya di antara program latihan ini dengan IKRAM yang saya lihat dahulu merupakan satu cawangan daripada Kementerian Kerja Raya. Apakah pula kaitannya dengan ada satu universiti yang dipanggil sebagai Kolej Universiti Infrastruktur Malaysia? Saya rasa yang kebangsaan yang ada di Bangi yang kedua-dua itu duduk sebelah-menyebelah. Adakah ia sebahagian daripada kementerian ini atau mungkin berasingan? Bagaimana bentuk latihan mungkin diswastakan atau di outsourced kan kepada IKRAM dan sebagainya? Saya berkata begitu kerana saya percaya IKRAM ini telah diberikan oleh kerajaan dengan satu tujuan iaitu sebagai pusat latihan kepada staf ataupun pegawai terutamanya di Jabatan Kerja Raya ataupun di Kementerian Kerja Raya sendiri selain daripada staf-staf lain yang berkaitan dengan bidang-bidang kejuruteraan dan teknik.

Berikutnya ialah Butiran 00600 - Jalan-Jalan Raya Baru dan juga saya masukkan Butiran 00700 - Pembinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan Jambatan. Pertama, saya hendak menarik perhatian kepada Laluan Persekutuan Malaysia 8 daripada Bentong sehingga ke Kuala Krai melalui Raub, Kuala Lipis, Gua Musang sampai ke Kuala Krai. Jadi jalan ini daripada Bentong sampai ke Kuala Lipis telah diperlebarkan, tetapi daripada Kuala Lipis ke Gua Musang, jalannya masih lagi teruk di mana tiada bahu jalan dan ini menyebabkan kadang-kadang berlaku kemalangan dan sebagainya. Walaupun kini ada pembaikan sebanyak RM80 juta yang telah diberi untuk membaiki jalan di Laluan Persekutuan Malaysia 8 ini daripada Kampung Relong, Kuala Lipis ke Gua Musang, tetapi saya lihat ia nampak sedikit sangat dan tempat yang dibaiki dan dimulakan kerja itu saya tidak tahu fasa berapa, dibuat tempat yang banyak kayu balak. Mungkin kerana kayu balak boleh mendatangkan hasil kepada kontraktor dan sebagai, oleh kerana itu mereka dahulukan tempat itu.

Akan tetapi tempat yang sepatutnya dibaiki seperti jalan yang menaiki dan menurun bukit tidak diusik langsung, tempat yang bahaya ini. Ia dibuat di tempat yang senang dan tidak perlu. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah jalan di Laluan Persekutuan Malaysia 8 ini dapat dibina seterusnya terutama di kawasan tersebut. Begitu juga apabila musim perayaan dan sebagainya jalan itu menjadi sesak kerana laluan bandar Bentong dan bandar Raub. Ini dua bandar yang tidak dapat dielakkan setakat ini. Semalam saya sendiri pun, biasanya daripada Kuala Lipis ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam, tetapi semalam hendak balik ke Kuala Lumpur mengambil masa empat jam lebih kerana kesesakan jalan ini ia stuck di bandar Bentong dan juga di bandar Raub.

Jadi program pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui bajetnya dahulu mengatakan akan diadakan jalan. Adakah mengikut laluan yang sama ataupun akan membuat alignment yang baru dari segi jalan ini?

final • 5:03 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Begitu juga saya hendak menyebut jalan Laluan 64 daripada Benta ke Raub yang telah diberi peruntukan sebanyak RM50 juta, tetapi sehingga kini saya tidak nampak kerja- kerja... Yang saya dimaklumkan di dalam Dewan ini diberi peruntukan sebanyak RM50 juta tetapi sehingga kini saya tidak nampak kerja-kerja untuk membaiki jalan tersebut. Jadi saya mohon penjelasan mengenai perkara itu. Begitu juga dengan jalan Laluan Persekutuan Malaysia 8 ini, selain daripada itu cerun-cerun yang masih belum dibaik pulih ini di antara Benta ke Kuala Lipis sangat bahaya. Setiap kali saya lalu di situ saya mendongak bukit itu bila agaknya tanah-tanah runtuh ini akan menembusi kereta-kereta yang lalu-lalang di situ.

final • 5:03 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, di sini saya mohon penjelasan bilakah Laluan 8 mengenai cerun ini hendak diperbaiki. Selain daripada itu, saya juga memohon untuk kerajaan, pihak kementerian mempertimbangkan untuk membina sebuah jambatan. Kalau boleh di dalam Mukim Jengka 1, Kuala Lipis sepanjang merentasi Sungai Jelai kerana sepanjang 80km dari Kuala Lipis ke Raub ini melalui jalan alternatif Kuala Lipis, Kerambit, Tembeling dan Jerantut tidak ada satu jambatan pun yang menyeberangi sungai dan kesannya pembangunan di seberang Sungai Jelai di sebelah sana itu tidak dapat dilaksanakan.

Saya pernah memohon kepada KKLW dan berbincang dengan pegawai KKLW, dia kata oleh kerana kos jambatan itu tinggi kemungkinan eloklah dimohon daripada kementerian-kementerian lain. Jadi, saya memohon Kementerian Kerja Raya memikirkan jambatan, seelok-eloknya di Kampung ‘Gemenchur’, di situ yang di tengah-tengah untuk memastikan ada jambatan untuk penduduk-penduduk dan sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut dan mereka boleh menggunakan jalan jambatan di Kampung ‘Gemenchur’ ini.

Berikutnya ialah 18100 - Rumah-rumah Pekerja/Rumah Kediaman Persekutuan. Di Lipis ini sebenarnya Tuan Pengerusi, banyak rumah-rumah lama kerana ia adalah bekas ibu negeri Pahang. Banyak rumah-rumah dan saya percaya rumah-rumah ini adalah elok diperbaiki dan ada juga yang sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Akan tetapi, bagi saya kalau rumah ini dapat dijaga dan diperbaiki, masalah perumahan bagi pegawai-pegawai yang datang berkhidmat di Lipis atau yang hendak bertukar ke Lipis tidak menjadi masalah. Jadi, sekarang ini kerana perumahan sangat terhad di Lipis dan harga sangat mahal menyebabkan ada pegawai-pegawai kerajaan apabila diminta bertukar di Lipis, mereka menolak kerana tidak ada rumah. Akan tetapi, sekiranya rumah-rumah kerajaan ini diperbaiki semula, membolehkan pegawai-pegawai ini untuk duduk dengan selesa di rumah kerajaan yang ada.

Berikutnya adalah 11800 - Membaiki dan Membaharui Pejabat Daerah/Tanah.

Rasa saya di Lipis ini Pejabat Daerah dan Tanah itu merupakan bangunan pejabat setiausaha kerajaan yang lama yang telah ditinggalkan dan menjadi pejabat daerah dan tanah. Sehingga kini, tidak ada bangunan guna sama atau bangunan pejabat daerah tanah yang baru yang dibuat di Lipis. Jadi, pernah saya tengok telah ditolak tanahnya di Bandar Baru Kuala Lipis yang dikatakan hendak buat pejabat tanah baru, tetapi sehingga kini siap tapak sahaja. Mereka mengatakan sudah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi hingga sekarang sampai penghujung pun tidak ada lagi. Saya mohon penjelasan mengenai perkara ini.

Yang berikutnya ialah 91000 - Program Kursus dan Khidmat Nasihat Kontraktor.

Ini penting pada pandangan saya untuk kementerian memberi perhatian serius kepada perkara ini kerana rasa saya kontraktor-kontraktor kita yang ada Kelas ‘F’, ‘E’, ‘D’, ‘C’, ‘B’, ‘A’ ini, ramai yang daripada Kelas ‘F’ sepatutnya dinaik taraf dan diberi perhatian diberi kursus supaya mereka boleh naik kelas. Kalau ada kontraktor yang dalam Kelas ‘F’ ini yang memang tidak mahu naik kelas.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini bukan di bawah JKR Yang Berhormat, PKK ini.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

PKK ini di bawah JKR.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Di bawah JKR?

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sudah, sudah dipindahkan.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat di bawah kementerian itu, Usahawan.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Itu Usahawan dipindah.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi bukan apa, saya berkata begitu terlalu banyak projek dalam Kelas ‘F’ menyebabkan mereka tidak mahu pindah daripada Kelas ‘F’ ini. Kalau boleh dibanyakkan peluang untuk Kelas ‘E’, ‘D’ dan sebagainya supaya mereka dapat naik taraf. Jadi, mereka kekal di situ kerana peluang.

Apabila saya tanya kenapa tidak naik taraf daripada Kelas ‘E’ dan sebagainya dan dia kata bilangan projeknya tidak cukup, tidak ada. Kadang-kadang setahun satu pun tidak dapat.

Sedangkan Kelas ‘F’ ada yang menyesal, apabila sudah naik taraf dan sekarang hendak turun kelas dan sebagainya.

Jadi, saya berharap ini diberi perhatian supaya ada proses kita membina kontraktor ini dan bukan kita letakkan di situ. Kita beri perhatian juga kepada kontraktor- kontraktor...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Satu minit lagi tinggal Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Ya. Mengalibabakan projeknya.

Saya terkejut apabila mendengar mereka ini sub. Apabila mereka sub kepada pendatang, pendatang dari Indonesia pula yang menjadi kontraktornya. Mereka dapat projek, bagi kepada pendatang daripada Indonesia ini. Saya pun terkejut. Saya haraplah pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara ini agar ia tidak berlaku kerana tujuan kita mengadakan Kelas F itu rasa saya sebagai kelas untuk kontraktor kita belajar dan selepas itu mereka naik ke kelas-kelas yang lain.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu sahajalah Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Akhir sekali, saya hendak melihat Jalan Lojing, ini last, iaitu Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang. Rasa saya daripada Simpang Pulai sampai ke Gua Musang sudah siap, tetapi Gua Musang ke Kuala Berang ini ada yang tidak siap dan putus. Saya berharap jalan ini dapat dipercepatkan kerana ia dapat memendekkan laluan penduduk dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan sebagainya. Rasa saya ia juga dapat meningkatkan ekonomi dan sebagainya. Jadi, sekian, saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Jerai.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya. Saya merujuk kepada Butiran 60000 - Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan, 61000 - Naik Taraf Jalan-jalan (Projek Baru), 70000 - Projek Memperelok Jalan-jalan dan 08500 - Projek Keselamatan Jalan.

Tuan Pengerusi, seperti sedia maklum, jalan persekutuan berada di Parlimen Jerai bermula dari Bidung sehinggalah Kota Sarang Semut yang mana ia merupakan jalan utama semenjak wujudnya Kedah itu. Apa yang mendukacitakan pengguna ialah apabila jalan- jalan tersebut kurang dibaiki. Maka saya mohon kepada syarikat Belati Wangsa, pihak kementerian supaya... Berapakah kos untuk 1km? Ini kerana jalan makin hari makin rosak.

Ia melibatkan kemalangan dan sebagainya.

Kemudian, saya merujuk kepada lebuh raya yang dibina oleh syarikat Iswada Sdn.

Bhd. iaitu jalan dari Pekan Gurun ke Jeniang. Saya telah pun beberapa kali bersuara kepada syarikat tersebut dan bersama dengan kontraktor ke tempat, iaitu pertama sekali ialah isu pusingan U yang tidak dibuka sampai hari ini.

final • 5:27 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Ini menyebabkan orang-orang kampung yang terpaksa buka laluan sendiri yang memberi kesan yang cukup bahaya kepada pengguna dan juga keselamatan anak-anak yang melintas ke sekolah.

Keduanya curam yang agak tinggi kerana lebuh raya ini lebih tinggi daripada bumbung rumah orang kampung. Selain daripada banjir dan sebagainya, curam yang cukup tinggi, maka saya pohon kementerian untuk melihat semula dan membuat tindakan segera supaya memudahkan laluan masuk dan keluar bagi orang kampung yang berada di sekitar laluan lebuh raya tersebut iaitu Jeniang hingga ke Gurun.

Kemudian, termasuk juga di hadapan Perwaja Steel, kilang Perwaja, semalam berlaku lagi kemalangan. Lebuh raya yang dibina sambung kepada Gurun-Jeniang, pertama sekali isunya adalah U-turn yang dibina itu agak bahaya bagi pengguna tersebut kerana simpangnya agak mengelirukan terutama bagi pemandu-pemandu yang baru melalui kawasan tersebut, sudah pasti berlaku kemalangan. Ini termasuk lampu jalan yang tidak ada pada waktu malam, gelap, memberi kesan yang buruk kepada pemandu.

final • 5:27 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Kemudian Butiran 060700 - Bayaran Pampasan Tol. Ini juga perkara tol yang apabila kita guna, sudah tentulah kita memerlukan keselesaan dan sebagainya. Tadi saya datang daripada Kedah. Apabila sampai Jelapang, didapati dibinanya sempadan untuk pembinaan baru. Bayangkan hari ini, hari mula bekerja setelah cuti Hari Raya Adil Adha, jadi kita pohon kepada pihak PLUS dan kerjasama pihak kementerian supaya jika hendak dibina perlu melihat kepada hari-hari cuti umum ataupun hari-hari yang tidak sesak supaya tidak berlaku kesesakan yang berpanjangan di atas lebuh raya. Ini menyebabkan kelambatan dan sebagainya.

Jadi kita pohon pihak kementerian supaya mengkaji semula tol dari semasa ke semasa, bukan makin naik tetapi makin turun. Melihat kepada keperluan semasa dan rakyat yang terpaksa menanggung kos yang cukup tinggi. Jadi akhir sekali saya memohon kepada kementerian supaya menyegerakan dan melihat semula jalan-jalan yang lambat bertindak untuk memulihkan terutamanya jalan-jalan utama di seluruh Parlimen Jerai supaya dipercepatkan peruntukan dan dapat digunakan dengan baik. Oleh kerana kawasan saya kawasan sawah padi maka dalam masa enam bulan, tujuh bulan akan berlakulah keretakan dan sebagainya. Faktornya ialah tanah.

Jadi saya pohon pihak Kementerian Kerja Raya supaya memantau proses ini bagi cepat agar dapat memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Limbang.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 050100 iaitu Cawangan Kejuruteraan Senggara. Sementara kita menunggu apa yang telah diumumkan oleh Menteri Kerja Raya tempoh hari untuk melebarkan Jalan Persekutuan, jalan utama laluan satu daripada Long Sematan hingga ke Lawas masih banyak Jalan Persekutuan yang ada pada masa ini yang memerlukan penyelenggaraan, terutama sekali di kawasan Miri-Bintulu dan juga daripada Bintulu ke Sibu. Banyak permukaan jalan pada masa ini dalam keadaan yang teruk dan sangat berbahaya untuk kenderaan dan saya rasa kerajaan haruslah memperuntukkan dan memastikan konsesi penyelenggaraan jalan membuat kerja mereka sebaik mungkin.

Begitu juga khusus untuk di kawasan saya sendiri iaitu saya amat berharap kerajaan sudah tiba masanya untuk menurap semula Jalan Persekutuan di daerah Limbang, iaitu daripada Pekan Limbang ke sempadan Brunei sepanjang 42 kilometer. Di sana pada masa ini jalan itu sudah banyak dengan izin, depression yang memerlukan atau mesti diratakan sebab adalah bahaya untuk kenderaan dan juga permukaan itu sendiri sudah mula retak kerana premix itu sudah cukup umurnya dan kena turap semula.

final • 5:32 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Di samping itu juga jalan daripada Pekan Limbang menuju ke Temburong sepanjang 14 kilometer begitu juga, kerana pada masa ini jalan itu bengkang bengkok, jalan lama, akan tetapi telah diambil alih oleh persekutuan untuk menjadi Jalan Persekutuan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Ia juga daripada asalnya dengan izin, undulating surface dan juga diharapkan kerajaan melalui konsesi dapat meratakan permukaan jalan ini, tetapi bukan sepanjang jalan, hanya pada stretches yang tertentu di sepanjang 14 kilometer tersebut. Daripada jalan sepanjang 56 kilometer ini dari sempadan ke sempadan, banyak lagi benda lain seperti road line sudah pudar, depression di sana sini dan juga signboard sudah banyak yang rosak dan hilang dan memerlukan tambahan supaya senang bagi pengguna jalan raya terutama orang-orang yang baru.

Di samping itu juga, selain daripada jalan itu sendiri, cerun-cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di kawasan Limbang khususnya kepada cerun di kilometer sebelas jalan menuju ke Brunei sudah sekian lama daripada tahun 2005 sampai sekarang ia belum dibaiki lagi. Saya tahu ada pembaikan secara sementara, tetapi ia memerlukan kajian yang lebih terperinci. Saya juga dapati memang kerajaan ada melantik satu Institut Kerja Raya untuk mengadakan dan membuat pengajian, tetapi saya rasa ini agak lambat. Kalau boleh sila dipercepatkan kajian ini kerana sudah berlaku kemalangan di kilometer 11 ini, sudah kerap kali.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 00700 dan 31000 iaitu Pembinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan Jambatan. Tidak lain adalah menjadi harapan kita di Sarawak, Sabah dan juga penduduk negara jiran agar kerajaan dapat memperuntukkan untuk membina jambatan di Sungai Pendaruan yang belum lagi dibina, that the only missing link di sepanjang Jalan Persekutuan di Malaysia Timur ini. Jadi dengan adanya jambatan tersebut barulah Jalan Pan-Borneo ini akan menjadi sebuah jalan yang betul-betul lancar untuk digunakan.

Saya juga ingin menyentuh tadi pasal cerun kerana ada juga cerun-cerun di sepanjang jalan daripada Kuching ke Lundu, ke Sematan yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan. Saya rasa ini adalah soal kelambatan dari segi penyediaan dokumentasi dan juga siasatan. Jadi saya harap apa-apa yang dipohon ini dapatlah diberi perhatian demi untuk keselamatan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

final • 5:32 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:32 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mengambil bahagian dalam Maksud B.27 dengan menyebut tiga perkara sahaja.

Butiran 050000 - Sektor Pengurusan. Saya hendak tahu daripada kementerian, tentang jalan-jalan Federal yang diselenggarakan oleh Melati Wangsa. Melati Wangsa ini syarikat apa dia? Sebab baru-baru ini bila rosak jalan di Sungai Petani, hujan lebat, rosak. Saya panggil dia repair. Depa kata, “Kena pi jumpa Melati Wangsa”. JKR kata, “Jumpa Melati Wangsa.” Melati Wangsa datang dan tengok jalan itu dia kata, “Kita boleh repair sikit-sikit sahaja. Hak lebih ini, pasal dia dalamlah, itulah, kena panggil JKR”. Jadi saya pun berasa ada sesuatu yang tak kena.

Jadi saya hendak tahu, apakah peranan Melati Wangsa? Saya dimaklumkan dia kena ambil alih penyelenggaraan Jalan-jalan Federal. Nun daripada Perlis mungkin ke Johor Bahrulah kita agak. Akan tetapi soalnya sekarang ini, macam mana, apa peranan dia sebenarnya? Kalau rosak, rosak macam mana? Jadi kadang-kadang, wakil rakyat pun tak tahu juga ini. Bila berlaku kerosakan, kita nak telefon JKRkah atau telefon Melati Wangsa pun kita tak tahu dah sekarang ini. Jadi saya minta supaya kementerian memaklumkan kepada Dewan ini apakah peranan mereka, apakah tugas mereka dan apakah tanggungjawab yang sepatutnya mereka lakukan?

Yang kedua Tuan Pengerusi, saya juga cadangkanlah supaya kementerian melihat nama-nama highway ini. Kalaulah orang kampung hendak datang, telefon kita, “Saya hendak pergi rumah tuan hajilah. Sila berikan arahnya”. Kita pun sebutkan “Masuk BKE, keluar masuk DUKE, lepas itu masuk KESAS. Dari KESAS terus ke PLUS”.

final • 5:38 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya ingat susah kot. Apa salahnya kalau kita ubah nama-nama ini dan digantikan dengan nombor. Ambil highway 48, keluar terus masuk ke highway 36, lepas itu jumpa highway 26, dekat masjid berhenti. Jadi orang kampung mudah ingat Tuan Pengerusi, daripada DUKE lah, DKE lah, PLUS, KESAS kemudian LITRAK. Jadi Tuan Pengerusi, kita rasa dia boleh bubuh KESAS kah, apa kah, tetapi kalau boleh mudahkanlah untuk rakyat ingat, sebab kalau kita dalam memandu cari KESAS lah mana, DUKE tang mana, takut accident Tuan Pengerusi. Akan tetapi kalau kita bubuh nombor besar macam di Los Angeles kah, highway 48 dan kita tahu sudah jangan lari dari jauh 48, masuk nanti 37 jadi lebih mudah. Saya cadangkan kementerian tengoklah benda ini supaya mudahkan rakyat sebab highway makin banyak dah. Jadi hendak ingat nama-nama semua ini pun saya rasa susah la ‘kot'.’ Seterusnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 040000 – Sektor Pakar. IKRAM memang satu institusi yang memang mendapat penghormatan tetapi kadang-kadang repot-repot IKRAM ini lambat sangat, contohnya apabila IKRAM dipertanggungjawabkan untuk membuat tinjauan dan juga menyediakan laporan runtuhnya Bukit Antarabangsa. Rakyat tunggu lama repot ini, saya ingat masanya telah tiba untuk IKRAM perkemaskan sedikit.

Kalau tidak cukup kakitangan beritahu, kalau tidak cukup peralatan kena beritahu supaya kita sama-sama bantu IKRAM. Jadi apakah yang menyebabkan sesetengah laporan daripada IKRAM ini terlalu lambat. Saya rasa masanya telah tiba untuk IKRAM live-up kepada nama besar ini supaya terus mendapat pengiktirafan dan juga penghormatan daripada masyarakat umum. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Tadi ada Yang Berhormat Ampang berdiri, saya bagi pada Ahli wanita dahulu. Sila Yang Berhormat Ampang, selepas itu baru saya balik kepada BN sebab tidak ada wanita yang diberi peluang.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagus, Tuan Pengerusi adil.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Butiran 040000 – Sektor Pakar, di mana saya hendak sebut di sini dalam satu jawapan yang diberikan oleh Menteri kepada Yang Berhormat Gombak pada 9 November mengenai Pelan Induk Cerun Negara. Ada percanggahan di antara maklumat yang diberikan oleh Menteri dengan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun yang mana laporan ini sudah siap pada Januari 2008 manakala Menteri dalam jawapannya telah mengatakan bahawa laporan itu hanya siap pada Disember 2008.

Jadi oleh sebab ada percanggahan maklumat ini ataupun fakta yang mana kita jelas bahawa laporan ini sepatutnya telah siap pada Januari 2008 maka terjadinya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember 2008. Jadi di sini menjadikan satu tanda soal, tanda soal bagi pihak penduduk-penduduk di Bukit Antarabangsa yang mana Menteri tidak bertanggungjawab dalam mengamati kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Di sini kalau sekiranya betul Menteri membuat satu statement yang tidak betul, maka saya rasa Menteri harus dibawa ke Parliamentary Select Committee di atas statement yang tidak bertanggungjawab ini.

Keduanya Tuan Pengerusi, mengenai peruntukan RM70 juta untuk memperkukuh Bukit Antarabangsa selepas jadinya tanah runtuh pada Disember 2008 yang lepas. Jadi dalam peruntukan RM70 juta ini saya ingin tahu apakah perkembangan kerja yang telah dilakukan sedangkan apabila saya pergi membuat lawatan ke tapak di Bukit Antarabangsa, saya dapati bahawa kerja-kerja yang dijalankan tidak seperti apa yang telah dijanjikan ataupun dilaporkan. Di antara perkara-perkara yang harus dibuat dan dilakukan oleh cawangan cerun di bawah Kementerian Kerja raya (KKR) adalah untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang keadaan fizikalnya seperti kawasan tanah runtuh itu, kawasan-kawasan cerun tambakan. Cawangan cerun ini juga sepatutnya mengenal pasti untuk membaik pulih sistem perparitan yang rosak dan menaik taraf saiz longkang-longkang yang kecil di keseluruhan kawasan Bukit Antarabangsa. Ia sepatutnya juga memasang sistem perparitan dalam tanah sub soil drain di kawasan-kawasan adanya resapan air dan kandungan air dalam tanah yang tinggi.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Keempat ia juga harus memasang alat-alat pengesan dan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Kelima ianya juga patut melaksanakan kajian dan pemantauan lengkap terhadap cerun-cerun sedia ada yang telah menunjukkan tanda-tanda rekahan, tindakan pencegahan segera dan pemantauan berkala perlu dilaksanakan. Keenamnya, satu sistem saluran paip air di kawasan cerun hendaklah tidak ditanam di dalam tanah, ketujuh sistem saluran parit air dan saluran paip kumbahan di kawasan cerun perlu dibuat pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala bagi mengelakkan dan pengesanan awal sebarang kebocoran.

Jadi ini adalah di antara perkara-perkara yang telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kajian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Saya ingin tahu apakah status kemajuan kerja yang telah dilakukan untuk mengukuhkan dan membaik pulih keadaan di Bukit Antarabangsa. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin mempersoalkan tentang apakah yang menjadi halangan kepada pihak Menteri untuk mengklasifikasikan laporan siasatan...

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

...Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, sekiranya tidak ada apa yang hendak disembunyikan jadi saya kira perkara ini harus diredakan. Dijadikan satu public document untuk penduduk memberi keadilan kepada penduduk Bukit Antarabangsa untuk dapatkan laporan ini agar mereka tahu bagaimana mereka hendak menguruskan hidup mereka, sama ada mereka harus duduk di situ ataupun mengambil langkah-langkah untuk pindah ke tempat lain demi keselamatan mereka. Jadi pihak Menteri tidak payah berdolak-dalik di atas perkara ini untuk mengatakan bahawa mungkin kalau diminta boleh diberi dan diberi hanya kepada 14 orang yang terlibat dan sebagainya.

Saya rasa ini satu tindakan yang tidak profesional, tindakan yang tidak terbuka oleh pihak kementerian. Seterusnya juga Tuan Pengerusi, di antara sebab terjadinya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah kerana faktor utamanya adalah akibat dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di sepanjang jajaran rumah terbengkalai di mana ianya telah meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun. Jadi apakah tindakan kementerian untuk memastikan bahawa projek perumahan terbengkalai di atas bukit itu dikendalikan, diuruskan sama ada patut dirobohkan ataupun apa tindakan selanjutnya, itu harus juga dilakukan demi menjaga keselamatan penduduk Bukit Antarabangsa.

Seterusnya juga Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan (Projek Baru), Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan

(Projek Baru), Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan (Projek Baru), Butiran 60000 – Naik taraf Jalan raya dan Laluan dan Butiran 61000 – Naik taraf Jalan-jalan (Projek Baru), yang sibuk mengatakan tentang baik jalanlah, pulih jalanlah, kemungkinan boleh naik jalan dan dinaiktarafkan dan sebagainya. Saya ingin bertanya juga di sini apakah kementerian ada membuat perancangan atau pelan tindakan untuk membetulkan, menaiktarafkan jalan raya di kawasan Bandar Ampang yang mana 20 hingga 30 tahun lepas mengalami masalah kesesakan dari zaman dahulu sampai sekarang tidak ada perubahan langsung.

Jadi saya minta Menteri tolong kaji semula jalan-jalan raya di kawasan Ampang dan perbetulkan sistem jalan raya agar trafik di situ juga tidak mengalami kesesakan yang amat teruk sekali dan bagaimanakah kementerian juga mengambil kira apabila membina jalan-jalan baru atau menaik taraf jalan, mengambil kira tentang bahu-bahu jalan yang lengkap dengan railing yang mana ianya adalah satu daripada perancangan general response budgeting, mengambil kira keselamatan orang perempuan dan anak-anak di tengah jalan, agar jalan-jalan yang ada railing ini mudah-mudahan akan dapat menghalang berlakunya kejadian-kejadian ragut, rampas dan sebagainya dan mengurangkan kejadian sedemikian.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Lampu-lampu di jalan juga harus diperbanyakkan dan diperbanyakkan bukan sahaja post dia sahaja tetapi make sure ianya menyala di waktu malam terutamanya. Ya, itu sahaja Tuan Pengerusi yang saya sampaikan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, saya beri sama Yang Berhormat Sri Gading. Selepas itu Yang Berhormat Labuan fasal pulau. Selepas itu saya beri sama Yang Berhormat Kota Raja.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum Tuan Pengerusi. Dalam membicarakan B.27 dan P.27 Kementerian Kerja Raya, sebenarnya, Kementerian Kerja Raya kita ini antara kementerian yang bagus Tuan Pengerusi, antara kementerian yang berjasalah. Alhamdulillah, jalan kita adalah jalan yang terbaik jugalah di dunia ini, di Malaysia ini. Semua hasil kerja JKR walaupun ada sana sedikit kelemahan.

Menteri dia pun saya tengok kerja dia pun hebatlah, orang muda.

Saya hendak bercakap yang pertama Tuan Pengerusi 02000 – Skim Mengatasi Kesesakan Lalulintas. Seperti Yang Berhormat Teluk Kemang tadi. Saya pun tidak tahu Tuan Pengerusi, hantu apa yang duduk di antara persimpangan hendak keluar daripada Port Dickson hendak pergi ke Kuala Lumpur. Ini kerana Tuan Pengerusi, kita jem daripada Ayer Keroh semalam sampai Kuala Lumpur, empat jam Tuan Pengerusi.

Nasib baik saya jenis-jenis orang sihat Tuan Pengerusi. Kalau jenis hendak buang air sahajakan, memang matilah orang yang ada mengalami penyakit-penyakit macam itu.

Sesak itu bukan ada accident ada apa-apa, pasal dari dahulu Tuan Pengerusi, saya camkan, saya sudah bawa benda ini waktu Menteri Kerja Raya dahulu. Presiden MIC itu, siapa tu? Tuan Pengerusi kenal lah, kawan Tuan Pengerusi...

final • 5:51 PM

Tuan Pengerusi

Wakil Rakyat Sungai Siput dahulu.

final • 5:51 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, Wakil Rakyat Sungai Siput itu. Saya mula jadi wakil rakyat Tuan Pengerusi, asal lalu di situ jem, asal lalu di situ jem, asal lalu di situ jem. Tidak tahulah, agaknya ada hantukah, apakah yang menunggu di situ.

Saya sebut juga semalam, kalau ada hantu, aku tampar muka kau. Biar dia lari daripada situkan. Ini tidak tahu. Jadi, macam mana JKR punya... Apa sebabnya Tuan Pengerusi. Dahsyat Tuan Pengerusi, kalau atas lebuh raya empat jam. Sahabat saya semalam, Yang Berhormat Arau, daripada Arau sampai KL, 12 jam. Dia kata kalau hari biasa Arau-KL, balik Arau balik KL, pergi Penang baru 12 jam. Ini dahsyat Tuan Pengerusi.

Ini JKR, tolonglah walaupun sekali sekala. Apa P. Ramlee kata, “kadang-kadang” tetapi sesekali itu menyeksakan kita. Lain dengan Kepong, Kepong dia dalam bandar raya, dia tidak mengalami. Itu satu Tuan Pengerusi.

Kedua, 10001 - Projek Penswastaan Jalanraya (PBT). Saya didatangi oleh beberapa kontraktor-kontraktor lebuh raya. Dia kata kerja-kerja dia semua sudah ditamatkan. Banyak kerja-kerja lebuh raya PLUS ini, yang patut kecil-kecil ini beri kepada kontraktor bumiputera, tamat. Saya difahamkan Tuan Pengerusi, saya tidak hendak buat cerita bohong di sini pula. Dia kata kerana dibolot oleh kontraktor daripada Korea. Tidak tahulah betul atau tidak betul, wallahu’alam.

Jadi, hamba Allah ini projek RM70,000, RM30,000 hendak cari makan dimonopoli oleh satu company lah, berkaitan dengan keselamatan lebuh raya. Tolong semak sedikitlah, ini kerja Menteri, semaklah. Kalau benar-benar, tolonglah, tolonglah. Kontraktor-kontraktor kecil bumiputera ini hendak hidup juga Tuan Pengerusi. Jadi, takut ada permainan dalam.

Lembaga Lebuh Raya tengoklah sedikit, jangan kau hal kau sahaja. Kau tengok sedikit nasib kontraktor-kontraktor kecil bumiputera yang menyelenggarakan lebuh raya Tuan Pengerusi. Itu yang kedua.

Ketiga, apa cerita sebenarnya Tuan Pengerusi. Saya pernah membangkitkan dekat sini Tuan Pengerusi, sama juga waktu Menteri sahabat Tuan Pengerusi, wakil rakyat daripada Sungai Siput itu.

final • 5:51 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya kata, sudah sampai masanya kita tidak boleh bergantung pada Lebuhraya Utara-Selatan ini semata-mata. Kereta makin bertambah, kenderaan makin bertambah. Ia akan menjadi satu penyeksaan kepada pengguna-pengguna lebuh raya.

Maka itu dihuraikan, betul bahasa saya itu? Dipecahkanlah, jangan satu tumpuan.

Jadi, saya cadangkan dahulu buat jalan raya pantai. Lebuh raya pantai, daripada mana pecahan itu, Teluk Anson? Masuk ke Port Dickson, melalui Perak ini, selepas itu terus ke Melaka. Melaka ke Muar, Muar-Batu Pahat. Batu Pahat-Johor Bahru. Ini sudah berapa tahun saya bercakap. Saya tengok tetapi saya tidak tahu JKR ada buat perancangan atau tidak. Saya tidak tahu Tuan Pengerusi, macam mana JKR ini merancang. Ada duit baru dirancang atau rancang dahulu, cari duit? Itu tidak tahu Tuan Pengerusi. Kalau Tuan Pengerusi tahu, Tuan Pengerusi boleh jawab. Saya boleh duduk terus. Maknanya, ada duit baru dirancang atau rancang, baru cari duit. Akan tetapi pada saya tentulah bijak pandai dalam JKR rancang dahulu, buat dahulu cadangan-cadangan, buat estimate dia, baru mohon kewangan. Pada saya, agaknya begitulah. Wallahu’alam.

Rancanglah, rancang. Angan-anganlah Tuan Pengerusi. JKR pun harus banyak angan-anganlah, angan-angan yang bagi matlamat, bagi mengatasi kesesakan jalan raya kerana kadang-kadang jalan tidak menang dengan kelajuan pertambahan kenderaan di negara kita ini. Yalah, negara mewah Tuan Pengerusi, Barisan Nasional memerintah. Kalau harapkan PAS, PKR, DAP memang tidak boleh mewah kita. Jadi, kerajaan kita ini kerajaan yang memang mementingkan kemakmuran rakyat sebab itu rakyat makmur. Rakyat makmur boleh beli kereta, kereta pergi jalan. Itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak.

final • 5:51 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Labuan, selepas itu Yang Berhormat Kota Raja. Selepas Yang Berhormat Kota Raja, saya beri pada Yang Berhormat Tuaran.

final • 5:51 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010, B.27 dan P.27. Saya singkat sahaja Tuan Pengerusi. Berlegar di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Saya untuk melihat kepada Butiran 050500 - JKR Wilayah Persekutuan Labuan.

Walaupun kita di Labuan ada Pejabat JKR yang begitu canggih tetapi kita juga tidak mengetahui secara mendalam apakah perancangan dalam jangka panjang yang disusun atur oleh kementerian tentang pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan melalui agensinya iaitu agensi JKR di Wilayah Persekutuan Labuan itu sendiri. Ini kerana apa yang kita lihat pada masa ini pembangunan tidak begitu rancak dan diharapkan perancangan jangka panjang akan dapat lagi membangun. Pulau yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang satu-satunya Wilayah Persekutuan di kawasan Sabah dan Sarawak.

final • 5:58 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Yang kedua adalah Butiran 61000 - Naik taraf Jalan-jalan (Projek Baru). Apakah peruntukan sebanyak RM370.9 juta yang diperuntukkan untuk naik taraf jalan-jalan ini sebahagiannya akan digunakan untuk menyambung semula projek yang terbengkalai di Wilayah Persekutuan Labuan, iaitu jalan di antara simpang Tamu ke Pancur Hitam ataupun Batu? Projek ini dulunya dilaksanakan oleh sebuah syarikat dari Semenanjung Malaysia dan nilainya pada saat itu lebih kurang RM52 juta, dan akhirnya gagal dilaksanakan sehinggakan mereka melaksanakan permohonan untuk mutual termination dengan izin, antara kontraktor dan JKR. Projek ini sehingga sekarang saya rasa lebih daripada dua tahun masih belum dilaksanakan.

Apa yang merisaukan penduduk Labuan Tuan Pengerusi adalah, kerana inilah satu-satunya jalan induk yang menyambungkan antara bandar dan kawasan Pohon Batu ataupun Pancur Hitam kerana pada mulanya jalan tersebut cuma single carriageway, yang upgrading nya ataupun naik tarafnya seharusnya dijadikan dual carriageway. Jadi kalau kita lihat, inilah satu-satunya jalan dual carriageway yang ada di Labuan.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Akan tetapi dengan hal itu, agak terlambat dan mengecewakan sekali untuk penduduk Labuan dan juga sehinggakan pada saat ini, lampu-lampu jalan yang seharusnya terang di waktu malam tidak dapat dipasang disebabkan mungkin cable connection di bawah tanah yang seharusnya sudah dibuat site clearing, sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.

Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan ataupun Jabatan Kerja Raya daripada Kementerian Kerja Raya? Bilakah tender ataupun projek ini akan dilaksanakan? Jangan sampai kita, I mean penduduk Labuan kecewa sekali lagi sehinggakan jalan yang diharap- harapkan yang mana membebankan sebenarnya penduduk disebabkan dengan jalan yang tidak siap ini, mengakibatkan kesesakan-kesesakan lalu lintas terutamanya apabila kita mahu masuk di dua buah sekolah menengah di kawasan Tamu tersebut. Jadi, saya mengharapkan semoga kerajaan dengan peruntukan yang ada pada tahun 2010 ini, dapat melaksanakan projek tersebut untuk disambung semula, kerana sudah terlalu lama terbengkalai.

Yang seterusnya apabila kita lihat maintenance di jalan-jalan raya di Labuan. Apa yang saya difahamkan, maintenance ini dilaksanakan oleh salah sebuah syarikat iaitu Syarikat Lintasan kalau tidak salah. Ini berlaku di Sabah dan juga Labuan. Kita lihat yang mereka buat tidaklah sehebat mana walaupun seolah-olah diswastakan. Bukan lagi JKR yang buat maintenance, tetapi dilaksanakan oleh sebuah kontraktor yang dilantik oleh JKR.

Kalau tidak salah, ia akan memegang konsesi yang begitu lama di antara lima ke sepuluh tahun, saya kurang pasti kerana ini adalah antara Lintasan dengan JKR. Jadi, apakah konsesi yang diberikan kepada Lintasan ini akan berlarutan ataupun berterusan sehingga bila-bila? Ataupun bilakah ia ditamatkan kontraknya? Kalau boleh di masa yang akan datang, kalaupun ada pelantikan kontraktor tersebut untuk maintenance jalan-jalan, baik di Labuan mahupun di Sabah, saya harapkan biarlah dia dibuka ataupun open tender concept.

Janganlah dilantik satu orang sehinggakan saya rasa apa yang dibuat di Labuan ini tidaklah sehebat mana, yang mana kadang-kadang jalan-jalan yang ada di Labuan, terdapat jalan-jalan yang tidak rata sehinggakan apabila dibuat maintenance pun mengambil waktu yang lama. Jadi, apakah ini yang dikatakan kontraktor yang berwibawa yang seolah-olah dilantik tanpa adanya open tender? Jadi biasanya, kalaulah kita mahu melantik, kalaulah kontraktor tersebut hebat, sekurang-kurangnya dia dapat menunjukkan performance ataupun kehebatan mereka dalam pembaikan ataupun maintenance di jalan raya. Jadi diharapkan kementerian dapat melihat dalam hal ini.

Semoga apabila kita membuat pelantikan dengan tanpa tender ini, pilihlah yang terbaik. Janganlah sampai apabila kita lantik, seolah-olah mereka juga bukan membuat sendiri tetapi mensubkan kepada orang lain. Jadi, diharapkan kementerian dapat melihat hal ini dan semoga apa masalah-masalah yang berlaku di Labuan dapat diselesaikan.

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kota Raja.

final • 6:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Saya ingin menyentuh Butiran 27, 050100. Saya ingin bertanya kepada menteri, di Batu Empat, Jalan Kampung Jawa ada kuarters yang sudah lama ditinggalkan, terbiar dan penuh dengan semak samun. Saya mendapat maklumat bahawa ini adalah kuarters JKR. Saya merasakan bahawa ia adalah satu pembaziran kerana dalam keadaan rakyat setengah tidak berumah, masakan kuarters JKR ini tidak di maintenance dan tidak dapat digunakan.

Kedua ialah saya ingin bertanya Butiran 27, 060700 mengenai Bayaran Pampasan Tol. Saya ingin tahu, berapakah jumlah bayaran pampasan tol secara kumulatif yang telah dibayar kepada syarikat-syarikat konsesi tol semenjak daripada kali pertama pembayaran atau pampasan itu dibuat? Saya juga memohon jumlah ini secara terperinci mengikut tahun dan kepada syarikat konsesi mana yang telah dibuat pembayaran itu. Saya juga ingin mengetahui apakah status rancangan kerajaan untuk membeli balik syarikat-syarikat konsesi tol terutamanya Projek Lebuhraya Utara-Selatan?

final • 6:05 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh P.27, 02800. Di Selangor, saya diberitahu penyelenggaraan jalan seluruh negeri Selangor diberi kepada kontraktor Roadcare (M) Sdn.

Bhd. Cara pembayarannya saya juga diberitahu, bahawa sekiranya tidak ada bantahan yang mereka tidak melakukan kerja seperti tidak ada complain atau aduan bersertakan dengan gambar, misalnya ada jalan yang tidak ditampal ataupun tidak dibaiki, maka secara automatik mereka akan membuat claim dan pihak JKR negeri akan membuat pembayaran.

Saya rasa rakyat Malaysia belum lagi sampai ke tahap untuk begitu meneliti memeriksa jalan-jalan dan membuat aduan. Saya diberitahu hanya dua ataupun tiga engineer sahaja yang ditugaskan memantau di seluruh negeri Selangor. Ini adalah satu perkara yang saya rasa tidak mungkin dapat mereka lakukan dan memang keadaan jalan- jalan terutamanya di Klang dan dalam kawasan saya amatlah teruk sekali. Bahu-bahu jalannya dengan jalan itu, ia seperti ada sudden drop. Kalau kita naik basikal atau motor di tebing jalan itu, kita mungkin tergelincir dan jatuh.

Kedua ialah di bawah topik yang sama, saya dapati bahawa kadang-kadang lampu-lampu trafik yang dilanggar oleh lori-lori yang besar-besar ini, terutama apabila mereka cuba membuat pusingan U, siapakah yang bertanggungjawab di atas kerosakan ini? Ini kerana, selalunya dalam masa beberapa bulan akan diganti dengan yang baru. Jadi, adakah lori-lori atau kenderaan-kenderaan berat ini diambil tindakan ke atas mereka?

Ataupun adakah mereka ini dikenakan cagaran dan sebagainya? Kemudian, diambil daripada cagaran ini ataupun deposit ini setelah mereka melanggar utiliti ini secara cuai.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, P.27 - 61000 mengenai naik taraf jalan. Saya ingin bertanya kepada menteri, bilakah Jalan Bukit Kemuning akan dinaiktarafkan? Saya diberitahu tahun lepas bahawa projek ini sebenarnya adalah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi terpaksa ditunda dan diberi pada masa itu jaminan menteri bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, naik taraf Jalan Bukit Kemuning ini akan dilaksanakan. Saya juga lalu di jalan ini hampir setiap hari dan jalan ini amat teruk sekali.

Tambahan pula, parit-parit JKR di kedua belah jalan ini tidak diselenggarakan dengan baik dan paritnya kecil.

final • 6:05 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Biasanya apabila berlaku hujan lebat maka banjir kilat mudah berlaku di Jalan Bukit Kemuning ini. Seterunya pada perkara yang sama, Jalan Bukit Kemuning ini sebenarnya dia bersambung kepada bulatan Bukit Kemuning dan di bulatan ini bertemu satu lagi jalan iaitu Jalan Kebun. Jalan ini juga adalah jalan dua lorong sahaja. Bilakah jalan ini akan dinaiktarafkan kepada empat lorong kerana jalan ini amat sibuk dan terdapat banyak kilang di kiri kanan di kedua-dua jalan yang saya sebut tadi. Sekian terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tuaran, selepas Yang Berhormat Tuaran Yang Berhormat Bandar Kuching, selepas itu Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:10 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin merakamkan bahawa apabila berbincang tentang butiran di dalam belanjawan ini, ia berkaitan langsung dengan tanggungjawab-tanggungjawab di bawah JKR Persekutuan. Namun, setiap tahun pihak Kerajaan Persekutuan menghadiahkan ataupun memberi peruntukan dalam bentuk road grant kepada JKR Sabah. Ini adalah diperuntukkan dalam Perlembagaan. Jadi saya berpendapat bahawa secara langsung atau tidak langsung JKR Persekutuan juga harus mengambil perhatian tentang keadaan di Sabah. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan Baru, 08260 – Menaiktarafkan dan Memulihkan Jalan, 08270 – Memulihkan Jalan dan juga 08600 – Pembangkang embinaan Jalan-Jalan.

Saya kira ini jalan baru.

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa dalam soal pembinaan jambatan baru ini yang saya lihat ada penambahan peruntukan daripada RM22 juta tahun ini kepada RM39 juta pada 2010. Saya ingin menarik perhatian bahawasanya di Sabah masih banyak jambatan yang masih berbentuk Bailey Bridge termasuklah satu jambatan di kawasan saya iaitu Pekan Tuaran di mana jambatan yang menghubungi pekan itu kepada jalan sebelah masih dalam bentuk Bailey Bridge.

final • 6:11 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Jadi saya berharap dan mohonlah kepada kementerian dan juga Jabatan Kerja Raya Persekutuan supaya dapat mengambil tindakan untuk mengganti jambatan ini. Oleh kerana ianya sudah ketinggalan zaman, oleh kerana menghubungi satu pekan.

Saya juga ingin menyentuh satu perkara di mana saya lihat apabila satu projek membina jambatan ini ianya tidak dirancang secara complete. Maksud saya Tuan Pengerusi, saya ambil contoh. Jambatan baru di Tuaran ini apabila ianya dibuat tidak diambil kira tentang kesan banjir di hulu jambatan ini oleh kerana laluan air ataupun water way telah tersekat, blocked. Sebelum jalan raya itu dibuat apabila banjir dan air meluap di luar tebing sungai, ianya terus ke laut. Akan tetapi apabila jalan raya itu dibuat, maka air bertakung dan hanya sungai itu sahaja laluan air. Kesannya ialah kampung-kampung di hulu itu sekarang ini kerap kali dilanda banjir.

Jadi saya telah menyelidik projek ini dan saya melihat bahawa sepatutnya ada terowong di bersebelahan jambatan ini agar air itu terus ke laut, tetapi ianya tidak dibuat.

Apa yang terjadi sekarang ini kerajaan terpaksa membina satu lencongan parit untuk mengalirkan lebihan air apabila banjir berlaku. Jadi maksud saya Tuan Pengerusi, apabila sesuatu projek seperti ini dibuat pada masa akan datang seharusnya semua aspek itu harus diambil kira. Sekarang ini beberapa termasuklah Pekan Temparuli sekarang ini ada projek-projek yang tidak boleh diletakkan di satu tempat oleh kerana keadaan banjir baru disebabkan satu projek jalan raya.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan peruntukan 08260 saya lihat butiran ini semuanya diberikan peruntukan yang menurun. Contohnya Tuan Pengerusi, 08260 daripada RM148 juta pada tahun hadapan hanya diperuntukkan kepada RM100 juta sahaja. Iaitu Naik Taraf Memulihkan Jalan iaitu Projek Baru sedangkan dalam ucapan-ucapan dan juga apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Sabah ini diberikan perhatian yang khusus. Akan tetapi ianya tidak dicerminkan dalam peruntukan-peruntukan seperti peruntukan JKR ini. Begitu juga Memulihkan Jalan daripada RM21 juta tahun ini kepada hanya RM1 juta tahun hadapan. Ini sama sekali tidak menterjemahkan apa yang telah dijanjikan. Begitu juga saya lihat Butiran 08500 daripada RM35 juta tahun ini menurun kepada RM26 juita tahun hadapan. Begitu juga Pembinaan Jalan-Jalan baru RM1.5 juta kepada RM1 juta.

Jadi saya ingin tanya kepada kementerian apakah tidak ada lagi keperluan untuk memulihkan menaik taraf dan membina jalan-jalan baru di Sabah ini. Kalau kita lihat sebagai orang under ground di Sabah lebih teruk berbanding dengan jalan-jalan di negeri- negeri yang lain. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada kementerian jugalah jalan raya dari Kota Kinabalu ke Tuaran ini. Setiap kali ada hujan ianya dilanda banjir. Ini tidak semua pihak melihat setiap kali ada banjir, maka seksyen Tuaran, Kota Kinabalu di Inanam selalu banjir. Saya berpendapat bahawa ini seharusnya tidak berlaku sekarang ini. Saya ingin bertanya siapakah yang bertanggungjawab sama ada JKR, JPS atau sebagainya? Akan tetapi tidak ada satu usaha correlated effort tidak ada satu gabungan daripada pihak yang berkenaan sampai hari ini pun kita sendiri saya percaya Tuan Pengerusi pun pernah terkandas di sini kerana banjir. Kenapa ianya dibiarkan sekalian lama sehingga ini?

Ada juga kes-kes di mana apabila orang bersalin dihantar ke Hospital Kota Kinabalu, terpaksa tidur di tengah jalan. Ini harus tidak berlaku sekarang ini. Sekarang ada laluan pilihan melalui UMS, tetapi di sana pun banjir juga Tuan Pengerusi. Ada juga seksyen yang banjir. Jadi saya mintalah one and for all daripada kementerian tolonglah cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Selain daripada itu, satu perkara yang saya ingin menarik perhatian sebagai akhir Tuan Pengerusi, jalan raya di Sabah ini telah diswastakan dalam penyelenggaraan. State road kepada satu syarikat, federal road kepada satu syarikat, apa yang kita perhatikan ialah penyelenggaraan itu hanya untuk setakat untuk memotong rumput dan kayu kayan menyebelahi jalan raya ini hampir-hampir bertembung.

Tuan Pengerusi, saya pernah meletakkan kereta saya di tengah-tengah jalan saya berdiri di belakang trak pikap, saya menjerit, saya dapat memegang kayu dahan dia tengah- tengah jalan raya. Jadi saya telah mengambil gambar jadi saya ambil peluanglah menghantar kepada Menteri. Saya telah membuat siasatan kenapa ini telah berlaku. Rupa- rupanya the terms contract yang telah ditandatangani antara JKR dengan kontraktor ialah hanya memotong rumput tiga meter daripada road shoulder.

final • 6:11 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tidak disentuh tentang memotong kayu-kayu yang sudah over growing on the road. Jadi saya mintalah pihak JKR Persekutuan turun padang lihat. Tolong contact dengan saya. Saya bawa ke state road dan federal road.

Jadi ini sangat memalukan. Jadi saya telah alert JKR Sabah dan beginilah oleh kerana kontrak ditandatangani sedemikian. Jadi satu lagi berkaitan dengan kontrak ini Tuan Pengerusi, JKR di Sabah ini tidak ada kakitangan lagi dikatakan kerana jalan-jalan diswastakan maka tidak ada keperluan lagi untuk menambah kakitangan, labor force. Ada district engineer yang hanya mempunyai lima hingga tujuh pekerja dengan grader satu, dengan shovel satu dengan jentera casenya satu. Jadi kawasan seperti Tuaran Tuan Pengerusi begitu besar.

final • 6:11 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Jikalau jentera itu diperlukan di kawasan Kiulu umpamanya apabila ada tanah runtuh di sebelah Tamparuli maka ini memerlukan satu minggu baru mereka turun. Kayu kayan itu saya tanya siapa yang bertanggungjawab? Tidak tahu. Jadi di selekoh-selekoh yang kita kenal di Sabah ini Tuan Pengerusi pirau-pirau ya. Di situ boleh kelihatan kayu- kayu yang bertemu di atas jalan raya ini. Jadi saya minta tolong. Kalaupun JKR Sabah tidak mempunyai kemampuan yang cukup saya minta JKR Persekutuan bantu kepada JKR Sabah. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran-butiran mengenai peruntukan yang diperuntukkan untuk Sarawak. Saya mengalu-alukan peruntukan sejumlah RM355 juta yang diperuntukkan untuk naik taraf dan membina jalan-jalan dan jambatan-jambatan di Sarawak. Saya ingin bertanya berapa berkesannya peruntukkan ini akan digunakan untuk menaik taraf dan membina jalan-jalan dan jambatan-jambatan di Sarawak? Saya ingin merujuk kepada satu laporan di The Star, front page news The Star semalam yang saya akan memetik di sini.

Apa yang dikatakan adalah “MACC investigations showed that only 40 peratus of the money set aside by the government were spent on the projects. The remaining 60 peratus were said to have been ‘leaked elsewhere’.” Ada juga laporan dari Datuk Zakaria Jaafar iaitu Deputy Commissioner of MACC Sarawak yang berkata, “He claimed that the misappropriation of funds took place between 2002 and last year, adding that MACC investigations showed that only 40 peratus of the money allocated by the government were spent on the projects. He, however, did not disclose what the projects were or which part of Sarawak the projects were being carried out. He noted that the projects involved infrastructure constructions for roads, housing schemes and mosques, among other things.” Tuan Pengerusi jika apa yang dikatakan oleh Deputy Commissioner of MACC itu adalah benar, hari ini kita memperuntukkan sejumlah RM355 juta untuk pembinaan naik taraf jalan-jalan dan jambatan-jambatan di Sarawak. Maksudnya 40 peratus daripada RM355 juta ini akan digunakan untuk tujuan yang diperuntukkan. Hanya RM150 juta akan diperuntukkan untuk tujuan yang kita luluskan di sini hari ini. Oleh itu saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri JKR bahawa walaupun MACC officer dan MACC tidak ingin membongkar siapa dan projek apa yang telah diselewengkan atau projek apa peruntukkan telah kebocoran berlaku.

Akan tetapi saya berfikir kementerian harus bertanggungjawab kepada Dewan ini untuk memberi penjelasan atas projek-projek apa? Kontraktor-kontraktor siapa yang terlibat dalam kebocoran ini? Sebelum kita boleh terus meluluskan.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Boleh beri laluan sedikit?

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Nanti selepas saya menghabiskan ayat saya. Sebelum kita boleh meluluskan peruntukan yang sebanyak RM355 juta kerana ini semuanya adalah wang rakyat. Kita tidak mahu kebocoran yang berlaku sebelum ini terus berlaku lagi pada tahun hadapan. Ya, sila Yang Berhormat Putatan.

final • 6:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya ingin minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat berbahas soal pembentukan SPRM semasa peringkat perbahasan tajuk SPRM. Dahulu Yang Berhormat bertubi-tubi membantah sekarang mana agaknya Yang Berhormat kenyataan yang bersetuju?

Kenyataan SPRM sekarang ataupun pihak kerajaan?

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Soalnya bukan sama ada saya bersetuju atau tidak bersetuju. Ini adalah satu kenyataan yang dibuat oleh MACC dan MACC di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang berbuat...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Kuching cuba duduk sekejap. Saya Yang Berhormat, kadang-kadang kalau saya tidak menegur bukan bermakna saya bersetuju apa yang di hujah. Sudah malas sudah saya menegur. Saya dengar hujah Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tadi semuanya spesifik. Jalan raya di mana, pergi mana, lencongan mana dan sedemikiannya. Ini kerana dalam peringkat Jawatankuasa semuanya spesifik. Pegawai MACC di Kuching, Sarawak tidak pun memberitahu jalan raya mana.

RM300 juta lebih yang disebut Yang Berhormat ini pun tidak diberitahu di mana.

Seolah-olah kita membahaskan sekarang peringkat dasar balik. Bolehkah Yang Berhormat beri spesifik supaya kita tidak menghabiskan masa. Jangan lagi berbahas mengenai dengan soal perkara yang perlu dibahas pada peringkat dasar. Semua Ahli Yang Berhormat sudah faham ini. Sila.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya saya faham Tuan Pengerusi tetapi ini adalah satu kenyataan yang berkenaan dengan JKR.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tahu itu kenyataan kalau Yang Berhormat cakap begitu. Akan tetapi tidak seharusnya dihujah sewaktu peringkat Jawatankuasa kerana itu Peraturan Mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya saya tahu. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Ini Yang Berhormat mahu bertengkar lagi sama saya.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Pengerusi saya ambil baik teguran.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila, okey teruskan kepada soal lain.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi Tuan Pengerusi apa yang kita hendak tahu adalah kontraktor-kontraktor yang mana terlibat supaya selepas kita meluluskan peruntukan ini bukan kontraktor-kontraktor yang sama yang ambil kontrak itu dan berulang kali mengulangi lagi kebocoran yang didapati oleh MACC.

Saya ingin merujuk kepada penyelewengan road maintenance, penyelenggaraan jalan-jalan raya di Sarawak. Ini kerana satu konsesi sepanjang 15 tahun diberi kepada syarikat CMS Roads Sdn. Bhd. untuk maintenance, penyelenggaraan jalan-jalan sepanjang 4600 kilometer di Sarawak. Penganugerahan kontrak ini yang sepanjang masa 15 tahun dianugerahkan tanpa melalui satu open tender process. Adakah kontraktor CMS Roads Sdn. Bhd. terlibat dalam leakage yang dirujuk oleh MACC? Kalau ia terlibat dalam kes itu maka Kementerian Kerja Raya harus review kontrak itu sebelum terus memberi peruntukan kepada mereka.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Janganlah kerana syarikat CMS Roads Sdn. Bhd ini dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, oleh itu tiada apa-apa siasatan dibuat. Saya merujuk kepada peruntukan untuk membina jambatan. Di Sarawak juga, satu kontrak untuk membina 300 lebih jambatan. Satu kontrak untuk membina 300 lebih jambatan dianugerahkan kepada, diberi kepada suatu syarikat Titanium Management Sdn. Bhd yang dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak lagi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat duduk sekejap?

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tanpa tender.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat duduk sekejap. Duduk sekejap.

Perbahasan serupa begini, pertama ia melanggar peraturan mesyuarat kerana peringkat dasar perlu disimpulkan ini. Kedua, peringkat dasar pun, apabila kita perhatikan peraturan mesyuarat, di bawah sangkaan jahat, yang ini pun tidak dibenarkan. Namun begitu, oleh kerana budaya Parlimen Malaysia beginilah, kadang-kadang saya bagi laluan saja.

Tidak semestinya bahawa apabila dia tidak open tender, dia melanggar undang- undang. Tidak semestinya apabila dia kasi kepada keluarga seseorang, bermakna itu melanggar undang-undang. Jadi, insinuation dalam perbahasan seperti begini, semuanya sangkaan jahat. Menurut peraturan mesyuarat, apabila seseorang Yang Berhormat mempunyai bukti bahawa ada penyelewengan, buat satu usul bahawa ada penyelewengan.

Itu kadang-kadang timbul pertelingkahan, pergaduhan dan kekecohan dalam soal begini.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, kalau Yang Berhormat fikir bahawa ada salah di situ, buat usul. Kalau tidak, saya berhentikan Yang Berhormat kerana ini menghabiskan masa.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Pengerusi, sangkaan jahat tidak dibenarkan. Tuduhan sangkaan jahat tidak dibenarkan sekiranya sangkaan jahat ini menuju kepada seorang Ahli Parlimen, tetapi Ketua Menteri Sarawak...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Itu bukan seorang Ahli Parlimen di Dewan ini.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching, mahu lagi bertengkar dengan saya? Peraturan mesyuarat, apabila Tuan Pengerusi bercakap bahawa itu, maka itulah. Mahu lagi? Kalau tidak, saya suruh Yang Berhormat berhenti.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Pengerusi...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Apa, mahu ajar lagi sama saya?

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

....Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah kata dia akan mengamalkan satu budaya open tender.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching, sila duduk dan Yang Berhormat tidak perlu bercakap lagi.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan! Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak patuh dengan arahan saya, saya suruh Yang Berhormat keluar di bawah kuasa saya.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, bolehkah Tuan Pengerusi mendengar penjelasan.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, sila duduk. Oleh kerana saya tegur Yang Berhormat banyak kali sudah, tetapi ingkar, menghabiskan masa.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mana ada ingkar! Saya ingin...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 050000 – Sektor Pengurusan. Kita tahu bahawa jalan ini ada jalan di peringkat negeri, persekutuan dan juga lebuh raya. Saya ingin tahu dari segi pengurusan dan peruntukan di bawah kementerian ini, berapakah peruntukan yang disalurkan untuk JKR Negeri Pahang pada tahun hadapan. Saya juga ingin tahu di bawah sektor pengurusan ini, dahulu ada JKR FELDA. Sebagaimana Yang Berhormat Jempol telah utarakan bahawa jalan-jalan FELDA, akibat daripada pembangunan dan juga kemudahan-kemudahan prasarana yang sedia ada dan juga hasil-hasil pendapatan peneroka dan anak-anak peneroka sekarang telah membesar dan bekerja di tempat-tempat lain. Akan tetapi apabila balik ke kawasan masing-masing, sama ada pada musim hari raya atau balik disebabkan sesuatu perkara, ini menyebabkan jalan raya di kawasan FELDA telah menjadi sesak. Saya mohon supaya JKR FELDA kalau telah dimansuhkan, tetapi jalan-jalan FELDA ini mestilah diambil alih oleh JKR negeri atau JKR persekutuan dengan peruntukan-peruntukan yang mencukupi.

Satu lagi perkara tentang sektor pengurusan. Saya lihat bahawa jalan-jalan di dalam negara kita, khususnya negeri Pahang dan juga di Kelantan dan Terengganu, diserahkan dari penyelenggaraannya kepada sebuah syarikat konsesi iaitu Roadcare. Baru- baru ini saya sempat berhari raya ke Kota Bharu dan saya lihat jalan Gua Musang ke Kuala Krai begitu teruk sekali akibat daripada hujan yang lebat dan jalan tersebut telah berlopak- lopak.

Banyak kenderaan telah menghadapi atau mengalami kerosakan atau bocor tayar kenderaan mereka dan memakan masa sepatutnya empat jam telah memakan masa sepuluh jam hingga sebelas jam daripada Temerloh ke Kota Bharu. Kalau daripada Kuala Lumpur, saya kira lagi teruk kerana akan melalui Bandar Bentong yang telah sesak, Bandar Raub dan juga Bandar Lipis. Sebagaimana yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Lipis tadi, mungkin akan memakan masa lima belas hingga enam belas jam.Saya ingin bertanya kepada kementerian ini, berapakah peruntukan untuk projek pembesaran jalan Gua Musang ke Kuala Krai iaitu projek pelebaran jalan dan bilakah projek ini akan dilaksanakan?

Satu lagi perkara tentang Roadcare ini, satu syarikat yang telah diamanahkan untuk menyelenggarakan jalan. Cuma saya ingin bertanya berapakah peruntukan yang telah disediakan kepada syarikat konsesi ini? Ini kerana saya lihat bahawa syarikat konsesi ini apabila ada perkara-perkara atau kerosakan dan kecemasan, Roadcare ini akan bertindak dengan segera untuk membaik pulih jalan. Cuma apabila ditanya kenapakah kadang-kadang tidak dapat dilaksanakan dengan segera, kerana peruntukan yang diberikan kepada syarikat konsesi ini terhad dan saya mohon supaya syarikat konsesi ini untuk menyelenggarakan dan juga menaik taraf jalan, termasuk juga kerja-kerja pemotongan rumput, bahu-bahu jalan ini diselenggarakan dan dapat diberikan peruntukan tambahan supaya orang ramai dapat menggunakan jalan raya dalam keadaan selamat.

Satu perkara lagi, saya ingin merujuk kepada 02800 – Memperbaiki/Mengganti dan Menaik Taraf Jalan dan Jambatan. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana Laluan 98, daripada Simpang Empat Songsang ke Jerantut telah siap pelebaran jalannya.

Cuma agaknya hairan sedikit kerana ada projek menaik taraf jalan, pelebaran jalan, tetapi tidak ada peruntukan untuk menggantikan atau melebarkan jambatan. Apabila sampai ke jambatan tertentu di Laluan 98, contohnya jambatan yang merentangi Sungai Krau dan juga Sungai Seboi di Kuala Mai, jambatan itu sempit dan ini menyebabkan selalunya kemalangan berlaku. Ini kerana sebelum itu, kedua-dua hala jalannya lebar, tetapi sampai ke jambatan, jambatan itu sempit dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.

Saya mohon supaya Jabatan Kerja Raya ini dapat menggantikan dan juga membina jambatan baru bagi kedua-dua jambatan di Laluan 98 ini.

Satu lagi, tentang 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan (Projek Baru). Saya telah banyak kali bercakap sama ada di dalam Dewan ini atau di mana-mana perjumpaan dengan kementerian ini supaya menaik taraf jalan daripada simpang Kampung Awah juga di kawasan Parlimen Maran melalui Bandar Jengka, kawasan Parlimen Kuala Krau hinggalah ke Simpang Jengka 8 iaitu kawasan Parlimen Jerantut yang semuanya melalui jalan-jalan di dalam FELDA yang perlu dinaikkan taraf dan perlu dilebarkan.

final • 6:33 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini kerana sepertimana yang saya nyatakan tadi, sepatutnya daripada Kampung Awah atau daripada Maran ini, setengah jam saja untuk sampai ke bandar Jengka, tetapi di dalam keadaan tertentu, dalam musim perayaan atau ada kenderaan yang rosak, akan menyebabkan hampir satu jam setengah baru sampai ke Bandar Jengka ini.

Satu perkara lagi, tentang menaik taraf jalan FELDA Jengka 23, FELDA Jengka 22, FELDA Jengka 21 hinggalah FELDA Jengka 13 terus ke Pusat Bandar Jengka. Perkara yang sama juga. Cuma Tuan Pengerusi, saya agak hairan apabila kita mohon tentang - saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading. Apabila kita mohon, dikatakan peruntukan tidak ada.

final • 6:33 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Apabila peruntukan ada, dikatakan laporan teknikal tidak ada. Jadi saya kira apabila dibuat laporan teknikal daripada JKR Daerah Maran yang telah menyarankan supaya pelebaran jalan daripada Kampung Awah ke Simpang Jengka 8 ini yang melalui bandar Jengka yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tun Razak, sejumlah RM49 juta dapat dilaksanakan pada tahun 2010. Juga laporan teknikal bagi FELDA Jengka 23, 22, 21 dan 13 sejumlah RM20 juta juga dapat dilaksanakan.

Satu lagi perkara tentang pembinaan jalan baru setelah siapnya terbina Jambatan Kuala Krau yang berjumlah RM60 juta, yang telah diluluskan dan dalam pembinaan dan insya-Allah dapat digunakan pada bulan dua tahun hadapan. Terima kasih kepada pihak kerajaan, cuma apabila jambatan ini siap mestilah ada projek atau pelebaran jalan sama ada di seberang sini atau di seberang sana selepas Jambatan Kuala Krau. Oleh sebab itu saya memohon supaya peruntukan sebanyak RM10 juta daripada simpang Jengka 24 ke simpang Jengka 21 disambungkan kepada bandar Jengka ini juga dapat dilaksanakan.

Akhirnya Tuan Pengerusi, tentang Lebuh Raya Pantai Timur ini di bawah Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya hairan kerana banyak kali telah disebutkan oleh rakan-rakan di dalam negeri Pahang ini, Ahli Parlimen Maran, Paya Besar dan sebagainya tetapi kita tengok jalan Lebuhraya Pantai Timur ini beralun dan kerap sangat berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa terutama sekali saya sebut di antara selepas Sungai Pahang ke simpang Chenor sehingga ke Maran, jalannya begitu beralun sekali terutamanya di hadapan Pejabat Timbang JPJ. Diharap ini dapat disegerakan untuk dibaiki.

Akhirnya pembinaan sekolah-sekolah baru dalam pembinaan yang lain, saya ingin bertanya pemantauan di segi pembinaan sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah di kawasan Parlimen Kuala Krau, saya ucapkan terima kasih kerana setiap sekolah di dalam kawasan saya mendapat satu blok bangunan yang baru. Cuma saya ingin melihat kepada projek yang terbengkalai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di segi pembinaan asramanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas itu Yang Berhormat Maran dan selepas itu siapa belakang Yang Berhormat Kuala Selangor ini?

final • 6:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Petaling Jaya Selatan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey yang itu. Selepas itu Yang Berhormat Silam.

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya mengambil waktu yang sesingkat mungkin untuk berbicara tentang butiran di bawah Maksud P.27, Butiran 60000 dan 70000 bersabit dengan Menaik Taraf Jalan Raya dan Laluan dan juga Projek Memperelok Jalan-jalan. Keseluruhannya adalah bersabit dengan kepentingan rakyat saya di Kuala Selangor. Tidak ada benda-benda besar, kerana ia telah pun dibahaskan oleh kawan-kawan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Pertamanya sehubungan dengan jejantas pejalan kaki yang didapati di jejantas sepanjang jalan Kuala Selangor-Klang yang tidak mempunyai kemudahan bagi penunggang basikal dan motosikal melintas jalan terutamanya yang digunakan oleh murid- murid sekolah Tuan Pengerusi. Contohnya di jejantas Sekolah Kebangsaan Jeram dan juga di SRA Sungai Sembilang yang ada divider atau pembahagi jalannya.

final • 6:43 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebelum lebih banyak lagi kemalangan berlaku diharap kementerian akan dapat mengambil perhatian dan tindakan segera untuk mengadakan jejantas pejalan kaki bagi kemudahan penunggang basikal dan motosikal juga di situ.

Keduanya, permohonan lampu jalan di kawasan timbang JPJ, Batu 22 Jalan Kepong-Kuala Selangor. Terdapat kawasan perkampungan di sebelah kiri dan kanan jalan, banyak kemalangan maut telah berlaku terutamanya di sebelah malam. Puncanya mudah Tuan Pengerusi disebabkan kawasan ini gelap. JKR Kuala Selangor telah membuat kajian dan telah juga mengutarakan cadangan kepada Pusat untuk memohon peruntukan, tetapi sehingga kini masih belum ada responsnya. Saya mengharapkan perkara ini akan dapat diberi perhatian oleh kementerian dengan segera.

Ketiganya, keperluan lampu isyarat di persimpangan masuk ke Puncak Alam.

Ketiadaan lampu isyarat di persimpangan ini mengakibatkan kerap berlakunya kemalangan jalan raya. Masalah ini telah diajukan kepada pihak JKR Kuala Selangor tetapi tindakan sehingga kini masih belum ada lagi.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Jambatan Rantau Panjang di Bestari Jaya, pihak JKR Kuala Selangor telah melaporkan bahawa jambatan ini tidak lagi stabil dan hanya sesuai digunakan oleh kenderaan-kenderaan ringan sahaja. Konflik telah timbul apabila pihak JKR mengambil tindakan memasang penghalang bagi mengehadkan penggunaan jambatan tersebut kepada kenderaan ringan. Laluan ini merupakan jalan utama yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha bas untuk membawa para pelajar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Rantau Panjang dari kawasan Kampung Berjuntai Bestari, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak, Ladang Mary dan juga Ladang Bukit Pagar. JKR Kuala Selangor telah mengesyorkan pembinaan jambatan baru tetapi masih tidak ada lagi tindakan. Saya mengharapkan semua perkara ini Tuan Pengerusi diambil perhatian oleh kementerian. Terima kasih.

final • 6:43 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Maran.

final • 6:43 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang untuk saya membahaskan bekalan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya.

Bagi yang pertama ialah Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan (Projek Baru). Saya hendak menambah sedikit apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau bahawa keadaan Lebuh Raya Pantai Timur ini cukup teruk sekarang ini. Saya boleh dikatakan setiap minggu melalui jalan ini. Kalau Yang Berhormat Kuala Krau dia sampai ke Temerloh sahaja, tetapi saya terus ke Maran dan Kuantan. Perkara ini telah beberapa kali saya timbulkan sejak Menteri yang dahulu lagi tetapi nampaknya keadaan masih belum pulih dan keadaan bergelombang ini cukup hebat, cukup teruk sekarang. Seperti yang disebutkan oleh sahabat-sahabat saya tadi banyak kemalangan berlaku dan saya kira kita sebagai rakyat, saya sendiri sebagai Ahli Parlimen bahkan pengguna regular kawasan ini memang rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku.

Saya minta kerajaan dan kementerian ini mengambil tindakan cukup serius bagi menentukan jalan ini atau lebuh raya ini dapat dibaiki. Kita terpaksa membayar tol yang tinggi, yang tidak ada penurunan dari segi tol tetapi jalan yang kita gunakan cukup tidak berkualiti. Jadi saya ingin bertanya dengan kementerian ini, berapakah setakat ini jumlah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sejak lebuh raya ini dibina? Sehingga sekarang ini pembaikan terus dibuat dan sudah tentulah perbelanjaan menyelenggarakan jalan ini atau membaiki lebuh raya ini lebih tinggi daripada pembinaan yang sebenar.

Saya hendak tahu supaya jangan kita menggunakan kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini diberikan kerja seperti yang disebutkan oleh beberapa rakan kita melaksanakan kerja-kerja yang sebenarnya bukan memberikan pemulihan, tetapi mungkin menimbulkan kerosakan yang lebih teruk kepada lebuh raya ini. Saya mohon supaya kerajaan dan kementerian mengambil perhatian dan dapat menyelesaikan masalah lebuh raya ini dan ia dapat digunakan dengan selamat oleh pengguna dari Pantai Timur sehinggalah ke Kuala Lumpur.

final • 6:46 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi yang keduanya ialah Butiran 70000 - Projek Memperelok Jalan- jalan. Saya minta kerana saya telah beberapa kali timbulkan perkara ini kepada pihak kerajaan dan kementerian. Pertamanya ialah jalan Temerloh, Maran dan Kuantan. Saya mohon kerana ini merupakan jalan lama walaupun ada highway, lebuh raya tetapi jalan yang ada sekarang ini masih lagi digunakan oleh banyak kenderaan terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan lori-lori yang sepanjang masa menggunakan jalan ini dan mereka jarang menggunakan lebuh raya kerana terpaksa membayar tol dan sebagainya. Jadi jalan ini saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian dan dapat memperbaiki ataupun memperbesarkan jalan ini, kerana ia dapat digunakan oleh penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini yang rata-ratanya terdiri daripada kampung- kampung luar bandar termasuklah pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.

final • 6:46 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Jadi sering kali berlaku kemalangan yang meragut nyawa akibat daripada jalan yang kecil yang sudah tentu bukan sahaja merugikan kerajaan, masyarakat bahkan merugikan negara kita kerana kehilangan rakyat yang mungkin berkualiti bagi masa depan negara.

Kedua ialah tentang Jalan Kuala Bera, Chenor dan Paloh Hinai. Dahulu jalan ini terletak di bawah kawalan DARA yang merupakan sebuah agensi wilayah yang telah ditutup oleh kerajaan. Oleh sebab itulah saya menyeru sekali lagi supaya kementerian melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini dapat menghidupkan semula peranan DARA ini, Lembaga Kemajuan Pahang Negara kerana agensi inilah yang selama ini bertanggungjawab. Sebelum ini jalan ini cukup baik tetapi akhir ini oleh kerana diserahkan seluruhnya kepada JKR maka penyelenggaraannya tidak baik.

Saya mencadangkan meminta supaya kerajaan menaikkan taraf jalan ini kerana jalan ini cukup penting yang menyambungkan di antara Bera, Kuala Bera, Chenor dan juga ke Pekan yang merupakan jalan potong atau ringkas yang akan melibatkan banyak kawasan FELDA, kampung tradisional dan sebagainya yang perlu kita naikkan tarafnya.

Ketiga Tuan Pengerusi ialah 91000 – Program Kursus dan Khidmat Nasihat Kontraktor. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana banyak mengadakan peluang-peluang pekerjaan kepada kontraktor kita tetapi saya tidak mahu melihat kita kurang berikan perhatian bahkan melepaskan begitu sahaja tanggungjawab melaksanakan projek-projek ini kepada kontraktor-kontraktor kita yang sebahagiannya memang tidak bertanggungjawab. Hanya mementingkan keuntungan tetapi tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Jadi saya hendak bertanya kepada kerajaan atau kementerian, berapa banyakkah program yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian ini dalam membimbing, melatih atau memberikan kesedaran kepada kontraktor ini supaya projek yang mereka perolehi, yang mereka laksanakan bukan sekadar untuk mendapatkan kewangan, keuntungan tetapi adalah tanggungjawab sosial mereka yang dibayar oleh kerajaan. Akhirnya faedah akan didapati oleh masyarakat ataupun pengguna.

Jadi saya juga hendak tahu berapakah setakat ini kontraktor-kontraktor yang telah pun diambil tindakan akibat daripada kegagalan mereka. Kita boleh lihat, saya tidak perlu sebutkan di mana-mana secara satu-persatu. Banyak projek dari segi perancangannya baik tetapi apabila pelaksanaannya cukup mengecewakan kita. Akhirnya bukan sahaja merugikan kita bahkan menimbulkan kemalangan dan kecelakaan masyarakat. Jadi saya hendak tahu berapa ramai kontraktor yang telah diambil tindakan akibat daripada kecuaian mereka menyebabkan projek ini gagal, rosak ataupun tergendala dan sebagainya.

Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah perumahan kerajaan. Dahulu Kementerian Kerja Raya ada mengemukakan agensi yang bertanggungjawab kepada penyelenggaraan, pembinaan dan sebagainya rumah-rumah kerajaan ini iaitu di bawah Butiran 18100. Saya ingin tahu berapakah sehingga hari ini, jumlah unit rumah kerajaan atau unit-unit kuarters dengan izin kakitangan kerajaan ini yang diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya perhatikan akhir-akhir ini banyak oleh kerana pegawai kerajaan mendapat kemudahan pinjaman perumahan, adanya elaun rumah dan sebagainya yang peruntukan yang baik bagi mereka dan mereka telah memberi rumah sendiri dan banyak rumah kerajaan ini tidak di selenggara dengan baik.

Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, berapakah jumlah rumah kerajaan yang terbiar begitu sahaja kerana di kawasan saya juga terdapat rumah daripada beberapa agensi yang juga diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya ataupun Jabatan Kerja Raya ini tidak diselenggarakan dengan baik oleh kerajaan. Ini sudah tentulah akan merugikan negara kita.

Saya ingin mencadangkan kalau boleh rumah-rumah ini dibaiki, kalau di daerah- daerah kita baiki dan kita ada NGO ataupun badan-badan sukarela, badan-badan bukan kerajaan yang berperanan kepada masyarakat, membantu membangunkan masyarakat dan sebagainya yang tidak ada pejabat yang mereka perlukan. Kadang-kadang melepak, menumpang di stesen teksi dan sebagainya. Apakah salahnya supaya rumah-rumah ini dibaiki sedikit oleh kerajaan dan diberikan kepada badan-badan sukarela ini supaya mereka dapat membantu kita, kerajaan dalam menggerakkan, membangunkan masyarakat dan sebagainya. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahajalah dan saya mohon menyokong. Terima kasih banyak.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, selepas itu Yang Berhormat Silam dan selepas itu Yang Berhormat Serdang.

final • 6:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Pengerusi.

final • 6:54 PM

Tuan Pengerusi

Bersabar tunggu, nanti giliran akan dapat juga, insya-Allah.

Saya siap pukul 10.30 malam ini... [Ketawa]

final • 6:54 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ada tiga perkara yang saya ingin sentuh di sini.

Pertama mengenai butiran bekalan 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan.

Saya ingin merujuk kepada pembinaan dan menaik taraf jalan raya di Batu 8 Jalan Klang Lama dari PJS 5 hubung ke Subang Jaya iaitu selepas Plaza Tol NPE, PJS 2. Jalan ini telah bertahun-tahun dalam pembinaan dan saya difahamkan JKR telah pun tukar beberapa kontraktor. Sehingga kini pembinaan dan menaik taraf jalan masih belum siap.

Saya ingin tahu apakah masalah utama yang dihadapi oleh JKR sehingga projek ini bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan. Saya juga ingin tahu bilakah jalan ini boleh siap sepenuhnya? Adakah tindakan yang diambil oleh kementerian terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan jalan ini? Berapakah kos lebihan yang diberi kepada kontraktor baru yang dilantik berbanding dengan kontraktor lama?

Kedua, Butiran 02000 – Skim Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas. Saya juga ingin memohon penjelasan yang konkrit berkenaan kesesakan lalu lintas di plaza-plaza tol seperti di Sprint Highway, plaza tol Seksyen 17 dekat Jalan Damansara dan juga kesesakan lalu lintas di Plaza Tol LDP dekat Sunway dan juga Sri Damansara dan juga Plaza Tol Lebuhraya Utara-Selatan tol Damansara. Iaitu kesesakan amat ketara sebelum masuk tol dan juga selepas melalui tol.

Penyelesaian segera perlu kerana pembayar tol terpaksa membazir wang, masa, tenaga, kos minyak dan gangguan emosi dan lain-lain. Semua ini boleh mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Kesesakan ini terjadi setiap hari bekerja dan juga berulang setiap tahun. Saya timbulkan hal ini sekali lagi kerana jawapan Yang Berhormat Menteri berikan ketika perbahasan dasar tempoh hari amat tidak memuaskan. Saya ingin tahu kaedah penyelesaian terdekat untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di tol-tol ini.

Yang terakhir berkenaan dengan butiran 060700 – Bayaran Pampasan Tol. Saya pohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan bayaran pampasan tol secara terperinci yang diberi kepada setiap syarikat konsesi tol di negara ini. Juga berkenaan penutupan tol di NPE, plaza tol PJS 2 yang menghala ke Kuala Lumpur.

final • 6:54 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya ingin tahu jumlah pampasan wang yang telah diberi kepada syarikat konsesi tol New Pantai Express Highway. Bilakah kerajaan akan mengumumkan hasil kajian terhadap syarikat konsesi tol di negara ini sama ada ia diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan ataupun diambil alih oleh syarikat swasta. Rakyat selama ini telah pun menunggu hampir satu tahun dengan kajian ini. Saya harap kerajaan dapat mengumumkan hasil kajian dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.

final • 6:54 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mempersilakan saya untuk turut sama bagi membahaskan Maksud Bekalan 27 dan Pembangunan 27. Saya ingin menyentuh beberapa butiran yang merujuk spesifik untuk negeri Sabah.

Tuan Pengerusi, bila kita lihat dari segi jumlah peruntukan yang diperuntukkan oleh Kementerian Kerja Raya ini untuk negeri Sabah, saya sependapat dengan rakan-rakan Ahli Parlimen dari negeri Sabah bahawa sesungguhnya peruntukan ini memang tidak mencukupi oleh sebab keadaan muka bumi negeri Sabah yang besar. Bila kita lihat pula kerajaan telah, keupayaan penyokong kerajaan sekarang ini memang dianggap bahawa Sabah itu sebagai suatu yang fixed deposit, dengan izin, penyokong kuat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Maka saya berharap supaya kementerian ini mengambil perhatian dapat mempertimbangkan ataupun mengkaji semula dengan menambah peruntukan yang diperuntukkan untuk negeri Sabah.

final • 6:59 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Butiran yang ingin saya sentuh di sini Tuan Pengerusi ialah 08230 – Pembinaan Jambatan (Projek Baru). Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan sebuah jambatan di Kampung Batu Lapan dekat Sungai Segama yang uzur dan merbahaya kepada penduduk setempat. Jadi saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian dengan menggantikan jambatan yang uzur ini kepada suatu jambatan yang baik, yang boleh digunakan oleh kenderaan terutamanya penduduk kampung sekitar perkampungan zon Segama.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/ Pembaikan Cerun-cerun. Saya menyentuh iaitu perhubungan jalan yang menghubungkan pantai timur dan barat terutamanya yang melalui kawasan Parlimen Silam bermula daripada jalan Gunung Silam sehingga ke bahagian Tingkayu. Saya dapati cerun-cerun di kawasan tersebut Tuan Pengerusi, keadaan ia tidak begitu baik. Saya mohon kepada kementerian supaya dapat memperuntukkan dan saya ingin tahu juga dengan supaya kalau JKR Persekutuan tidak memberi peruntukan secara khusus, sila jelaskan kepada saya bagaimana kita boleh dapat memperbaiki dan membuat kajian tentang struktur keadaan cerun-cerun yang ada di sepanjang jalan antara Gunung silam sehingga ke Tingkayu.

Sebab keadaannya yang terlalu berselekoh dan berbengkang bengkok ini menyebabkan keadaan yang merbahaya kepada pengguna lalu lintas di kawasan tersebut.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan (Projek Baru). Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, saya nampak banyak jalan-jalan terutamanya di kawasan perkampungan Segama dan kawasan Ulu Tungku. Secara spesifiknya iaitu Jalan Patitung di Kampung Batu Lapan, Jalan Kampung Ulu Segama, Tawairi dan Pendising yang perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian. Sebab saya difahamkan bahawa jalan-jalan tersebut adalah di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya.

Jadi saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil tindakan untuk memberi peruntukan secara khusus dapat memperbaiki dengan kadar segera. Sebab keadaan jalan-jalan yang saya sebutkan tadi tidak pernah dinaik taraf sudah lebih kurang lebih daripada 20 tahun. Saya minta sangat supaya pihak kementerian mengambil perhatian dalam perkara ini dan juga saya ingin mencadangkan dalam hal ini oleh sebab kita dapati bahawa jalan-jalan di kawasan di Negeri Sabah juga telah dari segi penjagaannya telah diserahkan kepada pihak swasta.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Dari segi teknikalnya saya mohon kementerian ini dapat menghantar untuk menyelidik kawasan jalan-jalan yang tertentu kerana dari segi pengkhususannya tidak begitu jelas. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat merancang sesuatu yang terbaik untuk penduduk di kawasan tersebut.

Berhubung dengan Jalan Kuala Teguri dan Ulu Teguri yang telah pun saya bangkitkan di Dewan yang mulia baru-baru ini, saya mohon supaya pihak kementerian dapat melaksanakan projek pembinaannya dengan segera dengan menaik taraf. Saya juga bertanya dengan pembinaan jalan-jalan baru ini iaitu yang telah saya terima jawapan daripada pihak kementerian tentang pembesaran jalan yang menghubungkan Lahad Datu ke Bandar Tawau dan daripada Lahad Datu menghala ke Sandakan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bilakah projek jalan tersebut akan dimulakan oleh pihak kementerian? Sebab rungutan daripada penduduk setempat memang dari hari ke hari mereka utarakan kepada saya selaku wakil rakyat.

Jadi saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya bagi membolehkan ianya sebab pihak kementerian sepatutnya telah menyatakan jawapan kepada saya bahawa mereka akan menyelesaikan dari segi pengukuran ataupun memeriksa kawasan tersebut. Bermula pada Jun, Julai yang lepas akan tetapi sehingga sekarang ini belum ada lagi petanda-petanda bila akan dibina. Juga saya menyentuh tentang Butiran membina jalan ini iaitu Jalan Kampung Pangi di dalam daerah Kunak. Saya juga difahamkan bahawa pengurusan jalan tersebut yang menghubungkan antara Kampung Pangi dan Pekan Kunak adalah di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya.

Jadi saya berharap dan ingin tahu daripada pihak kementerian apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam menyelesaikan masalah jalan di Kampung Pangi tersebut? sebab baru-baru ini penduduk kampung telah membuat kenyataan di surat khabar tentang masalah jalan-jalan yang telah saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 12203 – Sabah, Bangunan di negeri Sabah terutamanya. Saya ingin bertanya pada pihak kementerian, ada beberapa buah blok bangunan iaitu di Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu dan di Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu. Di mana flat untuk guru tinggal adalah di bawah jagaan Jabatan Kerja Raya. Akan tetapi masalahnya sehingga ke hari ini bangunan-bangunan tersebut sebenarnya tidak diduduki oleh yang menghuni oleh sebab keadaannya tidak selamat. Akan tetapi ia masih lagi belum dirobohkan sepenuhnya. Sedangkan strukturnya, keadaannya tidak baik dan merbahaya kepada penduduk ataupun pengguna di kedua-dua buah sekolah tersebut.

Saya ingin tahu daripada pihak kementerian perancangan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk rumah-rumah flat guru tersebut? Adakah pihak kementerian akan menggantikan dengan flat baru? Sebab saya nampak memang sangat merbahaya. Jadi saya minta supaya pihak kementerian dapat mengambil tindakan ini dengan kadar segera.

Akhirnya Tuan Pengerusi, tentang bangunan ini juga bila kita melihat dari segi keberkesanan delivery system, dengan izin, pihak kerajaan saya dapati agensi-agensi jabatan Persekutuan di kawasan pantai timur terutamanya di kawasan saya, saya dapati keadaan yang berselerak dan memang tidak baik dari segi mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat ataupun penduduk di sekitar yang berhampiran.

Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil inisiatif untuk mewujudkan Wisma Persekutuan di kawasan Parlimen Silam. Sebab dari segi letaknya pun di antara jalan utara dengan timur walaupun di perancangan di masa akan datang kita tahu ada jalan-jalan baru yang akan dibina namun saya berharap bangunan yang untuk kebaikan dan kemudahan penduduk setempat supaya dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian untuk dibina di kawasan Parlimen Silam untuk kesejahteraan rakyat di kawasan yang berhampiran dan terutamanya di kawasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Serdang.

final • 7:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh beberapa perkara. Pertamanya, di bawah Butiran 060700 – Bayaran Pampasan Tol.

Saya hendak tanya kerana dalam sebelas hadiah rakyat, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena genap 100 hari beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Salah satu polisi atau salah satu hadiah adalah bahawa diskaun yang sebanyak 20 peratus akan diberi kepada pengguna-pengguna tol sebanyak 80 kali sebulan.

final • 7:09 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Akan tetapi, pada masa beliau mengumumkan polisi yang baru ini, pada masa itu memanglah tidak ada butiran-butiran yang lengkap. Jadi sekarang, saya hendak mengambil peluang ini untuk bertanya bahawa, sejak 1 September sehingga sekarang, berapa banyak pengguna jalan raya yang layak menikmati diskaun tol ini? Juga kerana, saya rasa bahawa kriteria sebanyak 80 kali sebulan adalah terlalu tinggi. Sekiranya Kerajaan Pusat ingin rakyat kita boleh menikmati daripada polisi yang bagus ini, saya rasa biarlah kita turunkan kriteria 80 kali sebulan ini kepada 40 kali ataupun 20 kali sebulan. Saya rasa ini adalah lebih bermakna.

Soalan kedua tentang polisi yang bagus ini adalah, saya hendak bertanya di sini, siapakah yang akan membayar untuk 20 peratus diskaun ini? Sama ada syarikat konsesi yang akan membayar untuk 20 peratus diskaun ini ataupun pada akhirnya, Kerajaan Pusat akan membayar kepada syarikat konsesi untuk 20 peratus diskaun ini? Sekiranya Kerajaan Pusat yang membayar untuk 20 peratus diskaun ini, saya rasa ini memang tidak bermakna.

Ini adalah satu polisi untuk memujuk rakyat sahaja. Ini kerana tiadalah perbezaan sama ada rakyat pengguna tol yang membayar sendiri ataupun pengguna tol membayar cukai kepada Kerajaan Pusat dan selepas itu Kerajaan Pusat membayar kepada syarikat konsesi. Jadi, saya rasa sekiranya adalah Kerajaan Pusat yang membayar untuk 20 peratus diskaun ini, polisi ini adalah satu penipuan sahaja.

Topik kedua yang saya ingin sentuh adalah Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Ada satu projek yang sedang dijalankan di Serdang iaitu Projek Menaik Taraf Persimpangan Jalan Serdang Raya/Jalan Puchong-Sungai Besi. Projek ini telah bermula pada tahun 2006, tetapi sehingga sekarang projek ini belum disiapkan lagi. Saya telah dimaklumkan oleh kontraktor bahawa projek ini hanya akan disiapkan mungkin pada bulan Jun tahun yang akan datang. Jadi saya hendak bertanya di sini, kenapakah projek ini yang sepatutnya mengambil masa selama dua tahun, kenapakah sekarang perlu satu tempoh masa yang begitu panjang iaitu tiga tahun setengah? Ini kerana, dalam masa tiga tahun setengah ini, pengguna-pengguna jalan raya itu telah menikmati kesusahan kerana setiap pagi dan petang, traffic jam kerap berlaku di sana. Kesesakan jalan raya di sana adalah sangat serius. Jadi saya hendak bertanya, apakah sebab tempoh masa projek ini telah banyak kali dipanjangkan?

Saya hendak bertanya di sini juga kerana saya telah dimaklumkan oleh kontraktor untuk projek ini bahawa, salah satu punca tempoh masa projek ini telah dipanjangkan adalah kerana ada masalah dengan reka bentuk persimpangan jalan raya ini. Kontraktor ini memaklumkan kepada saya bahawa, reka bentuk yang dibuat oleh perunding atau arkitek pada mulanya itu, langsung tidak boleh pakai. Jadi, kontraktor itu sendiri perlulah melantik seorang konsultan ataupun arkitek yang baru untuk mebuat satu reka bentuk yang baru supaya mereka boleh menjalankan projek ini. Jadi saya hendak bertanya bahawa, adakah ini memang salah satu punca yang melambatkan projek ini? Sekiranya ini adalah satu sebab yang betul, satu sebab yang benar, saya hendak bertanya kenapakah pada mulanya JKR menggunakan satu design atau reka bentuk yang langsung tidak boleh pakai? Berapa banyak duit yang kita telah bayar untuk konsultan pertama untuk reka bentuk pertama? Ini kerana, saya rasa sekiranya reka bentuk itu langsung tidak boleh pakai, tetapi kita haruslah ataupun perlulah membayar untuk perkhidmatan mereka, ini adalah amat kurang adil untuk rakyat di Serdang.

Juga soalan kedua, saya hendak tanya tentang projek ini adalah, berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Pusat untuk projek ini? Sama ada Kerajaan Pusat telah menyediakan satu peruntukan sebanyak RM19 juta untuk projek ini.

final • 7:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini kerana saya dimaklumkan oleh kontraktor bahawa nilai projek ini hanyalah sebanyak RM14 juta sahaja. Sekiranya apa yang dimaklumkan kepada saya adalah betul, maksudnya ada baki sebanyak RM5 juta. Saya hendak bertanya, bagaimana kementerian bercadang untuk menggunakan RM5 juta itu? Sama ada RM5 juta ini bolehlah digunakan untuk menaik taraf jalan Serdang Raya, kerana jalan itu memanglah sekarang ini menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang amat serius.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di bawah butiran ini, adalah tentang laluan Jalan Persekutuan 3215 ataupun jalan besar Sri Kembangan. Jalan besar Sri Kembangan ini telah diisytiharkan dan diwartakan sebagai jalan persekutuan pada tahun 1996. Akan tetapi, selepas 13 tahun sehingga sekarang, jalan ini masih adalah substandard, tidak mengikut standard untuk jalan persekutuan. Ada sebahagian jalan yang tidak ada lampu jalan. Ada sebahagian jalan yang tidak ada papan tanda. Muka jalan juga tidak rata. Jadi saya hendak bertanya, bilakah kementerian boleh menaik taraf jalan besar Sri Kembangan ini supaya ia boleh menjadi sebuah jalan persekutuan yang benar. Bukan seperti sekarang, hanya ada nama jalan persekutuan tetapi sebenarnya adalah sebuah jalan substandard sahaja. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menjurus kepada Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan. Saya ingin hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai jalan raya yang tidak mempunyai lampu. Di kawasan saya ada beberapa buah jalan raya yang tidak mempunyai lampu jalan dan ia amat berbahaya kalau kita melaluinya, terutama sekali pada malam hari balik dari kawasan.

Apa yang saya ingin cadangkan di sini, sekurang-kurangnya kalau jalan raya itu tidak ada lampu, kita pasanglah cat eyes, dengan izin, ataupun reflector.

Kedua ialah Butiran 040100 – Cawangan Arkitek. Ini saya telah mendapat banyak feedbacks dengan izin, atau makluman dari orang ramai terutama sekali daripada OKU dan juga mereka yang telah menjangkaui umur warga emas. Di mana, mereka menyatakan bangunan-bangunan awam tidak OKU friendly kepada mereka. Misalnya stesen ERL ataupun LRT, terlalu jauh bagi mereka berjalan untuk naik ke tempat di mana untuk sampai ke tempat kereta api. Jadi, saya mengharapkan agar pihak kementerian mengambil kira masalah ini. Tadi saya rasa ada rakan di sebelah sana menyentuh mengenai gender sensitivity daripada segi pembinaan. Jadi kalau boleh, kita minta kementerian lebih menunjukkan keprihatinan pada kali ini, supaya kita mengambil kira OKU, kanak-kanak dan juga orang-orang yang sudah dalam golongan warga emas.

Ketiga ialah saya hendak bertanya lagi di bawah 06260 – Naiktaraf Jalan. Ada beberapa jalan di kawasan Simunjan yang telah diluluskan. Ramai yang telah bertanya kepada saya, bilakah ia hendak dimulakan? Di antara jalannya ialah cadangan menaik taraf jalan dari pekan Simunjan ke pangkalan feri di Batang Sadong iaitu sepanjang 19 kilometer.

Jalan ini amat diperlukan dan begitu ramai penduduk yang menggunakan jalan ini.

Penggunanya datang dari Kuching dan pelbagai tempat untuk memasuki kawasan Simunjan dan juga kawasan Batang Lupar iaitu kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian kita. Jadi, jalan ini telah dibina hanya 3 kilometer sahaja, manakala jalan yang memasuki ke kawasan Simunjan masih belum lagi dibina.

final • 7:17 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Ia amat diperlukan dan ia telah beberapa kali terdapat kemalangan berlaku di jalan ini sahaja. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat membinanya dengan seberapa segera. Di antara jalan-jalan yang termasuk juga ialah menaik taraf jalan Samarahan, Kampung Ensengei Hulu, Kampung Sebuyau, Kampung Lubok Bunting dan juga menaik taraf Jalan Kepayang, jalan ke Kampung Kedumpai, Simunjan dan menaik taraf Jalan Sungai Lingkau, Simunjan dan banyak lagi yang telah diluluskan. Jadi saya berharap pihak kementerian mengambil perhatian terhadap perkara ini, kerana ini telah merupakan satu perjanjian dari kerajaan kepada rakyat dan beberapa kali ini telah diadukan kepada kita.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Dan saya nampak beberapa laporan yang telah diserahkan kepada beberapa agensi kerajaan juga menyentuh perkara yang sama, jadi saya mengharapkan agar kita mengambil tindakan yang cepat terhadap perkara ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh kepada Butiran 09230 iaitu mengenai Jambatan-jambatan, pertanyaan saya di sini adalah sama ada jambatan Batang Sadong akan dibina, kalau ia akan dibina bilakah ia akan dibina, sebab mereka yang terlibat di sana, rumah-rumah yang terdapat di sana telah bertanya kepada saya bilakah ia akan dimulakan pembinaannya.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, mengenai Kelas ‘F’ yang dibekukan di bawah Butiran 040400, ramai kontraktor-kontraktor di bawah Kelas ‘F’ ini merayu sekurang-kurangnya di negeri sebelah timur sana dibukakan semula Kkelas ‘F’ ini. Ini kerana tidak begitu ramai mereka yang berada di sana dan memerlukan perniagaan melalui Kelas ‘F’ ini, saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang ini.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin terus kepada Butiran 80000, berkenaan dengan jalan daripada simpang tol Changkat Jering ke Pekan Terong dan daripada Terong ke Pantai Remis untuk pergi ke Pelabuhan Lumut. Bilakah kementerian mahu meluruskan jalan tersebut, oleh sebab ia terlalu sesak kini digunakan oleh pengguna jalan raya menghubungi dari Pulau Pinang terus ke Pelabuhan Lumut.

Butiran 08500, berkenaan dengan Keselamatan Jalan, saya juga ingin menyatakan bahawa jalan yang baru dibina oleh kementerian yang telah pun siap hampir setahun yang lepas di antara Bota Kanan melalui Titi Gantung dan juga terus ke Pekan Air Tawar, buat masa ini sepanjang jalan itu diletakkan pembahagi jalan yang menyebabkan pengguna-pengguna terpaksa mengikut peraturan melalui U-turn untuk mereka pergi ke sekolah, ke masjid ataupun ke kedai-kedai minyak, walaupun masjid tersebut berhampiran dengan rumah mereka tetapi berada di sebelah jalan sana. Jadi saya mencadangkan supaya pembahagi jalan ini dibuatkan suatu laluan yang agak munasabah supaya mereka ini boleh menggunakan laluan tanpa bergerak jauh untuk membuat u-turn untuk pergi ke masjid ataupun ke tempat-tempat berkenaan.

Ketiganya, saya ingin menyentuh Butiran 12200, berkenaan dengan Bangunan Gunasama yang diperuntukkan sejumlah RM95 juta. Saya difahamkan kerajaan telah pun menandatangani perjanjian pengurusan bangunan guna sama dengan tidak kurang daripada lima syarikat konsesi yang besar. Saya mahu tahu berapa lama kah perjanjian tersebut telah ditandatangani, dan bilakah ia akan tamat dan juga nilai kontrak tersebut.

Saya difahamkan di bahagian utara sahaja termasuk negeri Sabah diberikan kepada syarikat konsortium dan kita pun tidak tahu apakah kriteria kementerian gunakan untuk memilih syarikat-syarikat konsesi dan memberikan tempoh pengurusan yang agak lama, difahamkan di antara sepuluh setelah ia tamat pada tahun 2012 barangkali, kemudian dicadangkan untuk ditambah lagi lima tahun, jadi saya ingin bertanyakan kenapa suasana sedemikian.

Bagi zon selatan pula termasuk Negeri Sarawak, dilantik satu syarikat dipanggil sebagai Ambang Wira Sdn. Bhd, dan mereka juga dan saya juga ingin tahu apakah kriteria kementerian memberikan kontrak yang agak panjang kepada syarikat tersebut. Pada masa yang sama satu syarikat yang dipanggil sebagai Building Lindungan untuk menguruskan bangunan guna sama di Pantai Timur iaitu di Terengganu dan juga Kelantan juga mereka mendapat satu konsesi, tempoh yang agak panjang. Jadi kalau boleh saya juga mahu tahu berapakah nilai kontrak setiap syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Akan tetapi yang malangnya Tuan Pengerusi, suasana yang sama tidak diaplikasikan kepada zon tengah ia ini meliputi Kuala Lumpur walaupun Butiran 122000 itu tidak termasuk Kuala Lumpur tetapi sudah tentunya di Putrajaya, kenapakah kaedah yang sama tidak digunakan oleh kementerian, bahkan sehingga hari ini kebanyakan pakej-pakej di Putrajaya. Saya difahamkan pengurusan setiap aspek dalam bangunan guna sama ini dipecah-pecahkan dengan izin, piecemeal.

final • 7:22 PM

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi adakah kaedah ini lebih menguntungkan kerajaan ataupun lebih menguntungkan pihak-pihak swasta yang boleh dipecahkan kontrak tersebut dalam berbagai-bagai-bagai aspek misalannya teknikal kejuruteraannya, pengurusan bangunan, landskap, pencucian dan sebagainya. Dibandingkan dengan kaedah yang saya sebut terawal tadi satu syarikat konsesi diserahkan bulat-bulat seluruh pengurusan itu kepada hanya satu syarikat. Jadi kaedah yang digunakan oleh kementerian di Putrajaya khususnya dipecah-pecahkan aspek-aspek pengurusan itu mengikut kepakaran masing-masing.

Saya ingin tahu juga, apakah ini memberikan keuntungan kepada kerajaan ataupun kebaikan daripada segi pengurusan itu sendiri. Malangnya juga saya difahamkan beberapa bangunan guna sama yang terletak di Jalan Duta, Petaling Jaya dan juga di sebelah Jalan Salahuddin, ketiga-tiga bangunan kerajaan guna sama ini masih belum diputuskan, siapakah yang akan menguruskan bangunan tersebut. Jadi untuk itu saya juga ingin tahu kalau sekiranya tender terbuka dibuat dan tidak digunakan kaedah sebagaimana yang saya sebutkan kaedah monopoli satu syarikat, jadi kita ingin tahu kenapakah tiga-tiga tempat ini yang meletakkan bangunan guna sama di Jalan Duta Petaling Jaya dan juga di sebelah Jalan Salahuddin itu, kenapakah ia masih belum diputuskan?

Saya difahamkan satu syarikat yang dipanggil sebagai Chulia Maintenance Sdn.

Bhd, yang ada kena mengena dengan Pemuda UMNO. Jadi kalau ini benar, saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada ia benar oleh sebab beberapa syarikat khususnya syarikat bumiputera telah pun cuba sedaya upaya untuk masuk bagi mereka memberikan tender ataupun sebut harga kepada ketiga-tiga bangunan guna sama tersebut di Kuala Lumpur, namun ia ditawarkan ataupun mungkin akan ditawarkan kepada satu syarikat yang jauh lebih tinggi daripada syarikat yang memberikan tender yang di lingkungan di antara 800,000 sebulan, namun syarikat yang dicadangkan ini, saya ingin mendapat pengesahan adakah benar sama ada Syarikat Chulia Maintenance Sdn. Bhd. ini ada sangkut paut dengan pemuda UMNO dan berapakah nilainya kalau ia layak, jadi kita ingin tahu di atas kelayakan itu berapakah nilai kontrak dan berapa lama kah pula tempoh kontrak itu?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyatakan berkenaan dengan beberapa bangunan yang runtuh di bawah jagaan kementerian, tempoh hari di sepanjang 2008 hingga tahun 2009, difahamkan bangunan yang telah runtuh khususnya di Terengganu yang melibatkan stadium yang hanya dapat dipakai dalam tempoh setahun. Seterusnya bangunan tersebut telah runtuh bumbungnya, jadi saya ingin tahu sebenar apakah yang telah dibuat oleh kementerian bagi memastikan syarikat tersebut melaksanakan kerja-kerja pembaikan tanpa kerajaan mengeluarkan apa-apa pembiayaan di atas kerja pembaikan tersebut. Begitu jugalah dengan kes masjid yang roboh bumbungnya sama di Kampung Batu Puteh di Kerteh, Kemaman yang berjumlah RM2.11 juta.

final • 7:22 PM

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi saya ingin tahu sama ada Syarikat Tegak Wibawa Sdn. Bhd yang telah pun diarah untuk membina semula bumbung tersebut, mereka juga akan membiayai kos keseluruhan pembinaan tersebut. Apa yang menyayat hati Tuan Pengerusi berkenaan dengan titi gantung yang berlaku di Kampar yang menyebabkan tiga pelajar terbunuh dan terkorban oleh kerana dibayangkan bahawa jambatan tersebut telah dihadiahkan atau disedekahkan kepada sekolah tersebut.

Namun saya merasakan di peringkat daerah sudah tentulah Jabatan Kerja Raya daripada Kementerian Kerja Raya ada wakil-wakil mereka dalam mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan sudah tentunya lah dalam jawatankuasa yang bersidang hampir setiap minggu itu, perkara-perkara seperti begini dapat dikesan lebih awal. Jadi untuk itu saya juga ingin tahu, mungkin bukan di bawah jagaan Kementerian Kerja Raya tetapi untuk mengelakkan suasana yang sebegitu berlaku pada masa-masa yang akan datang maka disarankan di bawah Jawatankuasa Tindakan Daerah maka jurutera-jurutera daerah dan juga mereka yang juga bertanggungjawab di bawah jagaan JKR perlulah bertanyakan kepada setiap ketua-ketua jabatan kalau ada mana-mana hadiah daripada mana-mana jabatan ataupun syarikat-syarikat swasta yang melibatkan penggunaan awam dan mereka juga perlu diambil oleh Kementerian Kerja Raya.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi untuk itu saya menyarankan supaya Jabatan Kerja Raya juga mengambil dan jika sekiranya kos itu dibiayai oleh mana-mana pihak sebagai hadiah maka JKR juga perlu memberi perhatian dalam memastikan projek-projek tersebut mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya ataupun Kementerian Kerja Raya. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:30 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lawas.

final • 7:30 PM

Tuan Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah B.27. Butiran 06260 – Naik Taraf Jalan (I); Butiran 09260 – Naik Taraf Jalan (II); Butiran 09600 – Naik Taraf Jalan (III), di bawah naik taraf jalan di Sarawak. Tuan Pengerusi, di Lebuh Raya Pan Borneo di kawasan saya di Lawas, terdapat beberapa hakisan jalan tersebut dan oleh demikian jalan itu tidak dapat diguna sepenuhnya, hanya sebahagian sahaja iaitu satu hala untuk kedua-dua kenderaan yang pergi mahupun yang datang, opposite direction, dengan izin. Jadi perkara ini terbiar begitu lama tidak kurang daripada dua tahun hakisan ini.

Jadi apabila ditanya, alasan yang diberi tidak ada peruntukan. Sehingga hari ini khasnya hakisan jalan yang terdapat di antara Lawas dengan Merapok belum dibuat ataupun dinaik taraf. Saya minta kementerian supaya pihak JKR dapat melaksanakan pembaikan jalan ini ataupun naik taraf jalan ini dengan secepat yang boleh. Selain daripada itu, terdapat juga di lebuh raya tersebut, beberapa kawasan yang berbahaya kepada lalu- lintas khususnya kepada pengguna-pengguna jalan.

Banyak accident berlaku di situ disebabkan jalan yang selekohnya kuat ataupun tajam dan juga bukit yang dahulunya tidak diratakan sewaktu pembinaan jalan tersebut dan sehingga sekarang bukit itu masih tinggi dan kereta yang lalu di sana tidak dapat nampak khususnya kenderaan yang, on coming car, dengan izin. Jadi berlaku pertembungan di atas bukit. Ini telah mengakibatkan beberapa kematian. Jadi saya juga ingin bertanya di sini bilakah jalan yang tidak sesuai ini atau tidak mengikut standard ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Saya teringat di dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah di mana pegawai polis bertanya dengan pihak JKR semasa itu mengenai jalan yang tidak berapa baik ini. Kenyataan yang pegawai polis buat semasa itu iaitu beliau berkata dengan izin, “The worst engineering”, kata beliau. Ini kata pegawai polis. Ini menggambarkan keadaan jalan itu yang cukup teruk apabila dikatakan the worst engineering, dengan izin. Jadi di sini saya minta supaya dengan adanya peruntukan tahun hadapan ini untuk jalan untuk naik taraf jalan, saya minta supaya keadaan ini diperbaiki untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan tersebut.

Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 09280 – Membina Jalan-Jalan. Tidak lama dahulu diumumkan kelulusan untuk membina jalan baru ke Bakalalan daripada Jalan Bakalalan ini. Jadi di sini saya bertanya berapakah peruntukan yang sedia ada dan bilakah jalan ini dimulakan pelaksanaannya iaitu jalan ke Bakalalan.

Butiran yang seterusnya ialah 09230 – Jambatan-jambatan. Jadi jalan lebuh raya yang tersebut tadi di kawasan saya di Lawas terdapat satu jambatan di Sungai Pengalih.

Jambatan ini jambatan besi satu hala sahaja dibina oleh di bawah Colombo Plan dahulu.

Jadi jambatan ini sudah pun dalam keadaan yang sudah lama dan terdapat keretakan dan kerosakan yang sudah pun diperbaiki tetapi keadaannya adalah teruk. Jadi saya bertanya di sini, sama ada jambatan tersebut akan dilaksanakan di bawah peruntukan tahun hadapan kerana dengan keadaan jambatan yang ada sekarang yang retak dan rosak, saya rasa tidak akan dapat bertahan lama. Jadi oleh itu pihak kementerian harus memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pelaksanaan jambatan ini. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian, saya menyokong.

final • 7:32 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 7:32 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di Sabah ada satu perkataan yang benar dengan izin, “if you want to see the worst road condition in Malaysia, come to Sabah”. Di Kota Kinabalu, hendak cari jalan yang rata, susah. Jalan Tuaran dari kilometer 9 ke kilometer 15 perlu resurfacing. Ini sudah hampir lima tahun tiada tindakan diambil. Master plan untuk sewerage, master plan di Kota Kinabalu sudah rosak.

Banyak jalan yang baik, korek sini korek sana. Jadi Jalan Persekutuan sudah rosak hampir susah hendak buat balik. Ini perlu resurfacing semua dan Jalan Sapulut ke Kalabakan, 120 kilometer perlu asfalt sebab sekarang jalan ini guna gravel.

final • 7:38 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Ini sangat bahaya untuk kereta kecil dan kenderaan yang berat. Banyak kemalangan sudah berlaku di atas jalan ini. Saya hendak tanya kementerian berapakah peruntukan dari butiran-butiran ini untuk menaik taraf jalan-jalan di Sabah? Ini disebabkan saya nampak rakan saya dari Sabah, peruntukan ini nampaknya sangat kecil. Tidak cukup untuk buat semua jalan ini. Jadi, saya akan terus terang, bolehkah kementerian tambah 50 peratus atas anggaran ini? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang berhormat Ranau.

final • 7:40 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk Butiran 80000, peranan Jabatan Kerja Raya termasuk bidang-bidang kejuruteraan, pembinaan jalan, dan sebagainya.

Sebelum saya meneruskan untuk menyentuh sesuatu yang specific, dengan izin, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana berusaha memperbaiki keadaan jalan lebuh raya dari Pekan Tamparuli ke Pekan Ranau selepas saya menyentuh keadaan lebuh raya tersebut dalam persidangan yang lepas. Iaitu di mana sekurang-kurangnya ada peningkatan walaupun masih lagi banyak usaha perlu dibuat untuk memastikan taraf yang lebih baik dan memuaskan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh satu selekoh jalan lebuh raya di Kilometer 22 Jalan Ranau-Tamparuli, di sepanjang Lebuh Raya Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah iaitu Tuan Pengerusi sendiri pun mengguna lebuh raya ini ke...

final • 7:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:41 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

...Sandakan. Selekoh ini terlalu sempit, tajam, dan berbahaya. Tambahan pula jika berjalan dari Tamparuli ke Ranau ia berkeadaan curam. Saya sendiri Tuan Pengerusi, terlibat dalam kemalangan di selekoh ini yang tidak lama dahulu iaitu baru tahun lepas. Mengikut laporan pihak Polis Ranau, banyak kemalangan sudah berlaku di selekoh ini. Untuk spesifik Tuan Pengerusi, selekoh Kilometer 22, Ranau-Tamparuli ini dekat simpang jalan masuk ke Taman Kinabalu. Kemalangan terus juga berlaku di selekoh yang saya maksudkan, Tuan Pengerusi. Ini kerana pada masa ini pun baru sahaja saya balik dari kawasan saya dan reben yang berwarna merah putih dipasang di sepanjang jalan selekoh sekarang yang menunjukkan selekoh ini ataupun tempat ini merbahaya kepada pengguna jalan ini dan di sebelah bawahnya ialah curam dan berbahaya.

Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya telah membawa perkara ini kepada kementerian melalui pertanyaan jawapan lisan dalam persidangan baru-baru ini dan saya telah diberitahu bahawa tidak ada rancangan daripada kementerian untuk mengurangkan selekoh ini kerana di tempat itu berbukit-bukit dan mungkin keruntuhan tanah akan berlaku.

Keterangan atau alasan-alasan ini saya tidak begitu menerima dan saya tidak yakin yang kementerian tidak ada kemampuan ataupun kepakaran untuk mengurangkan selekoh ini. Ini kerana kita tidak mahu kemalangan di selekoh ini terus meningkat. Jikalau sekiranya kemalangan akan datang ini akan berlaku lagi dan ada nyawa yang terbang, adakah kementerian akan bertanggungjawab tentang perkara ini?

final • 7:41 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Tuan Pengerusi, saya ingin merayu ataupun meminta tindakan dan kesungguhan daripada pihak kementerian, terutama sekali mengenai perkara ini supaya membuat sesuatu tindakan yang mengurangkan selekoh yang berbahaya ini. Saya percaya dan cukup yakin bahawa kita mempunyai kepakaran jurutera-jurutera jalan, juru perunding-juru perunding yang mahir daripada kementerian dan juga daripada pihak swasta untuk membuat sesuatu supaya masalah ini dapat di bendung, diperbaiki ataupun diselesaikan.

Tuan Pengerusi, jika saya percaya dengan kepercayaan nenek moyang saya tentang tempat ini. Nenek moyang saya ini sebenarnya berketurunan head hunters, dengan izin. Selekoh ini boleh dianggap sebagai selekoh atau tempat yang ada hantu. Ada juga Yang Berhormat daripada Sri Gading... [Disampuk] Menyentuh hantu besar di satu tempat jalan raya di Semenanjung. Mungkin ini pun seakan-akan ada hantu di sana.

Begitu juga kalau mengikut kepercayaan orang-orang yang percaya dengan feng shui memang tempat ini feng shuinya tidak baiklah. Namun, sebenarnya Tuan Pengerusi, bukan soal fasal berhantu tempat ini ataupun selekoh ini ada hantu dan feng shuinya tidak baik, tetapi memang selekoh ini sangat berbahaya. Oleh sebab ia sempit, apabila pengguna kenderaan kalau berjalan laju, terutama sekali turun dari Tamparuli ia akan senang lost control di sebelah. Itulah sebab saya terlibat dalam kemalangan ini kerana kenderaan yang dari Tamparuli makan jalanlah kalau bahasa di Sabah.

final • 7:41 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Sekurang-kurangnya selekoh ini dikurangkan dan tiada sebab mengapa kementerian tiada kemampuan, tiada peruntukan dan tiada mempunyai kakitangan ataupun jurutera-jurutera yang boleh membuat sesuatu untuk membantu dalam mengurangkan selekoh ini.

Satu lagi perkara yang saya ingin penjelasan daripada kementerian Tuan Pengerusi ialah mengenai jalan lebuh raya di hadapan SMK Tamparuli. Mungkin Tuan Pengerusi sendiri pun tahu dengan keadaan ini, iaitu hanya dua lorong di sebelah dan dua lorong di sebelah. Akan tetapi, masa ini dijadikan hanya satu lorong instead of two lanes, dijadikan tinggal satu lane sahaja. Jadi, ini merumitkan pengguna jalan raya dan sangat merbahaya. Saya sendiri pun berjalan waktu malam kerana saya menggunakan jalan raya ini kadang-kadang terlanjur dengan menggunakan dua lanes. Akan tetapi, sekarang ini hanya satu lane. Di sebelah satu lane dan di sebelah lagi pun satu lorong sahaja.

Saya tidak tahu mengapa jalan ini dibuat seperti itu sehinggakan hanya satu lorong sahaja. Satu lorong di jalan lebuh raya ini tidak sesuai kalau bagi saya Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Jika ia hanya merupakan sementara sahaja, bilakah ia akan dikembalikan seperti keadaan dahulunya seperti yang dahululah. Sekurang-kurangnya hilang masalah yang terpaksa melalui satu lorong sahaja.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Boleh gulung Yang Berhormat?

final • 7:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Ha?

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Gulung.

final • 7:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Ya. Okey. Tinggal sedikit lagi Tuan Pengerusi.

Sebenarnya Tuan Pengerusi, itu sahaja perkara-perkara yang ingin saya sentuh dan mohon penjelasan serta jawapan daripada kementerian berkenaan. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya akan tamatkan perbahasan pada jam 8 malam nanti ataupun saya akan panggil dua orang lagi untuk membolehkan kementerian diberi masa selama dua jam dua puluh minit untuk menjawab.

Saya ingin memanggil Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu Yang Berhormat Sekijang kemudian Menteri menjawab.

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada beberapa butiran iaitu Butiran 040000 - Sektor Pakar. Butiran 040500 - Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan dan juga dalam Butiran 010000 - Pengurusan KKR. Pembangunan iaitu Butiran 010300. Ini juga mungkin ada mengenai dengan Butiran 89000 - Pengambilan Balik Tanah Untuk Projek- projek Jalan/Jambatan.

Tuan Pengerusi, hanya satu perkara yang spesifik yang ingin saya bawa ke Dewan ini, iaitu tentang cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk satu projek mega, iaitu pembinaan jambatan dari Melaka ke Dumai, Indonesia yang dikatakan kos pembinaannya ini akan bernilai USD12.5 bilion, iaitu hanya bahagian yang akan dibina oleh pihak Malaysia negara kita, tetapi tidak termasuk bahagian yang akan menyambung, yang akan dibina oleh negara Indonesia.

Tuan Pengerusi, mengikut soalan saya di Dewan ini, kementerian dalam jawapannya ada mengatakan pada tahun 2007 permohonan pernah dibuat dan telah ditolak. Semasa itu ada minta supaya pemohon itu membuat satu kajian kemungkinan, tetapi sudah berhenti setakat itu. Baru-baru ini lagi satu permohonan dari Straits of Malacca Partners. Apa yang saya bimbang atau apa yang rakyat terutama dari Melaka iaitu dalam Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini, ialah satu usul untuk membatalkan projek ini yang dibentangkan oleh rakan sejawat saya ADUN dari Ayer Keroh, Melaka telah ditolak iaitu gagal membatalkan, sebab itu diberikan satu gambaran bahawa projek ini akan dijalankan.

Dalam kenyataan akhbar The Star amat jelas, bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka telah mengatakan projek ini telah dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Pusat dan kemungkinan besar projek ini akan dijalankan dan juga dalam perbahasan ada dikatakan dari senyuman Presiden Negeri China, Hu Jintao pun setuju dengan projek ini.

Oleh sebab usul ini ditolak di Dewan Undangan Negeri dan masih tiada pengumuman dari pihak Persekutuan, maka ini memberi satu gambaran bahawa projek ini akan dijalankan. Saya juga dapat beberapa panggilan daripada kawan-kawan yang mengatakan, adakah projek ini akan dibina di tempat yang disebutkan, jika ya mereka akan melabur, akan beli tanah-tanah di sekitar projek ini. Ini kerana dikatakan jika projek ini bermula, memang harga tender property di sekitar akan naik dan mereka akan laburkan kerana mereka percaya jika ada projek ini, memang ada projek sambilan atau ‘link’ in road dan lain-lain.

Dalam jawapan, saya difahamkan bahawa peringkat awal agensi kerajaan menganggap bahawa projek ini tidak berdaya maju. Jika tidak berdaya maju pada peringkat awal, adakah satu tempoh atau had tempoh sudah diberikan kepada yang memohon, iaitu Straits of Malacca Partners ini? Adakah satu had tempoh untuk mereka menyempurnakan seperti kajian kemungkinan atau lain-lain kajian yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian. Saya difahamkan bahawa projek ini memang akan melibatkan beberapa agensi termasuk Kerja Raya dan ada dua tiga soalan yang ingin saya tanya, iaitu apakah kedudukan projek ini yang sebahagiannya akan dibina oleh negara Indonesia? Sampai hari ini saya tidak nampak perhubungan konkrit dari negara Indonesia tentang persetujuan atau apakah perjanjian di antara Malaysia dan Indonesia.

Ini kerana, berapa panjang jambatan itu pun belum tentu lagi. Mula-mula diumumkan bahagian di Malaysia ini 48 kilometer, selepas itu dikatakan 50 kilometer. Baru- baru ini kenyataan oleh Yang Amat Berhormat 37 kilometer. Saya pun tidak pasti berapa panjang jambatan itu serta bahagian yang negara kita kena bina dan 79 kilometer yang akan dibina oleh negara Indonesia pula berapakah kosnya?

final • 7:53 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah mereka mampu atau setuju dengan pembinaan ini? Jika tidak, jangan kita mengelirukan mereka, terutamanya kepada pelabur. Mereka tidak tahu adakah mereka hendak tanam modal ataupun hendak melabur di dalam kawasan-kawasan yang berkenaan.

final • 8:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sebab itu saya harap kalau boleh kementerian ini berikan satu had masa dan dalam satu masa yang tertentu umumkan sama ada projek ini berdaya maju, akan disokong oleh Persekutuan ataupun ditolak, sekali gus kita tidak akan mengelirukan pelabur dan juga orang awam.

Ini memang saya anggap satu projek mega yang kita tidak boleh hanya biarkan sahaja, dengan izin, because the tracking of time Tuan Pengerusi akan menyebabkan somebody menjadi victim atau mangsanya, ini kerana ketiadaan pendirian yang tepat ataupun keputusan yang tepat oleh kementerian. Saya harap dalam pertimbangan Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berikan satu jawapan yang lebih tepat, sebab mengikut jawapan bertulis yang saya terima ini, saya anggap memang tidak cukup untuk meyakinkan. Ini sahaja Tuan Pengerusi, dan terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Pengerusi saya minta laluan Tuan Pengerusi, dalam beberapa minit.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sekijang.

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tadi Tan Sri sudah berjanji...

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya ada nota Yang Berhormat, tidak apalah, Yang Berhormat boleh mencelah nanti dan boleh masuk.

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Pengerusi, saya bangun dalam setiap peluang yang diberikan, saya minta laluan dalam beberapa minit.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya panggil Yang Berhormat Sekijang. Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya pendek dan ringkas sahaja. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 010200 dan saya rangkumkan sekali dengan Butiran 030100. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan di sini ialah tentang projek meninggi ataupun menaik taraf jalan untuk menggelakkan banjir. Iaitu dari jalan Kampung Tengah ke Kampung Tungku Tiga, Daerah Segamat, yang mana ia termasuk di dalam kawasan Parlimen saya.

Projek ini Tuan Pengerusi, telah pun didirikan papan tandanya lebih daripada dua tahun yang lalu dan telah ada tarikh dan telah ada kontraktornya. Akan tetapi sampai ke hari ini, daripada dua papan tanda yang dirikan, satu sudah tumbang dan satu lagi sedang dimakan oleh anai-anai tetapi projek ini masih lagi belum dapat dijalankan. Apabila saya bertanya tentang projek ini, mereka menyatakan bahawa ini adalah peruntukan negeri yang tidak ada peruntukannya. Namun begitu Tuan Pengerusi, bagi saya ataupun bagi rakyat, apabila papan tanda JKR itu dirikan, sama ada peruntukan daripada negeri ataupun peruntukan daripada Persekutuan, yang penting bagi mereka ialah projek itu dapat dilaksanakan.

Saya minta supaya projek ini dengan apa cara sekalipun dapat diteruskan dan dapat dijalankan supaya kita tidak dikatakan membohongi rakyat. Apabila kita telah mendirikan papan dan sampai papan itu reput, kemudian kita kata tidak ada peruntukan, yang ini menjadi masalah kepada kita selaku wakil rakyat, yang menjadi tempat pertanyaan dan menjadi tumpuan rakyat. Perkara kedua yang saya ingin nyatakan di sini ialah Tuan Pengerusi bahawa Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang lama telah pun meluluskan peruntukan RM500 ribu peruntukan untuk saya terutamanya di kawasan FELDA yang mana di kawasan FELDA ni banyak parit dan longkang yang perlu di buat kerana air daripada jalan, melimpah masuk ke kawasan rumah-rumah peneroka.

Jadi sehingga ke hari ini saya masih belum lagi mendapat peruntukan ini di mana saya percaya daripada saya dan juga jurutera daerah telah pun membuat kertas kerjanya dan dihantar kepada kerajaan negeri dan kemudian Kerajaan Pusat. Sehingga sampai ke hari ini, hari ini sudah 30 November, tidak lama lagi kita akan masuk kepada tahun baru.

Perkara ini pun telah diberitahu kepada rakyat dan kawasan-kawasan yang akan menerima projek tersebut tetapi ia masih belum menampakkan bayang lagi.

final • 8:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi kita jangan lah cakap hendak beri tetapi apabila berlaku pertukaran Menteri dan sebagainya maka kita cuba mengelak dan mengetepikan perkara ini.

Saya minta supaya diambil tindakan yang segera terhadap perkara ini, supaya sebelum akhir tahun ini, apa yang telah dijanjikan itu akan menjadi kenyataan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Pengerusi, boleh beri saya minta satu penjelasan, iaitu semasa kita duduk di Dewan, dari pagi sampai malam dan berdiri banyak kali tetapi tidak dapat berucap. Apa guna kita duduk di Dewan?... [Dewan riuh]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sebenarnya tinggal dua orang, saya ingat Timbalan Menteri ialah seorang yang bijak, baik dan orang yang bagus, dia memang boleh beri dua orang berucap lagi. Ini kerana saya rasa Timbalan Menteri ialah seorang yang bijak, baik dan bagus...

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Sebab kita sediakan ucapan tetapi Tuan Pengerusi tidak beri bercakap jadi memang merugikan seluruh rakyat Malaysia... [Dewan riuh]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, okey duduk Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Seperti di Bakri, saya ada bawa contoh...

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ini kerana masalah di Bakri, jalan pintas Muar. Saya hendak panggil Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, ini masalah yang serius, bukan main-main... [Ketawa]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, di dalam Dewan ini ramai yang hendak berucap dalam keadaan seperti Yang Berhormat juga tetapi kita bekerja dalam masa yang constraint, kita tidak boleh berbahas sepanjang hari. Kita juga tidak boleh berbahas di setiap kementerian, mengikut rekod yang saya ada, saya sudah beri dua kementerian untuk Yang Berhormat. Rakan-rakan saya juga telah pun beri peluang untuk Yang Berhormat berucap, jangan kerana tidak dapat berucap untuk Kementerian Kerja Raya ini seolah-olah Parlimen ini sudah melakukan ketidakadilan terhadap Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ketidakdapatan untuk berucap ini adalah merupakan cabaran bagi Ahli-ahli Parlimen, saya dahulu pun macam itu juga, tempat duduk saya dahulu ialah di tempat Yang Berhormat Seremban duduk. Begitu juga keadaan Yang Berhormat, kita tidak dapat berucap dan berbahas untuk semua kementerian, ramai dan di sebelah sini pun ada juga yang bangun. Yang Berhormat Parit pun dari pagi tadi bangun tetapi tidak dapat juga. Ramai juga Yang Berhormat, so saya minta maaf.

Saya beri dua masa 22 minit untuk Menteri menjawab, mana-mana boleh Yang Berhormat mencelah dan yang bersesuaian dengan lakaran Yang Berhormat angkat tadi itu, boleh masuk mencelah, pada topik yang sesuai. Jangan Yang Berhormat masuk dan bercakap ingin beralih kepada tajuk yang lain, seperti yang berlaku di kementerian sebelum ini. Lihat mana tempat yang sesuai, Yang Berhormat boleh mencelah pada topik yang sesuai dengan perkara yang sedang ataupun isu yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian Yang Berhormat, terima kasih banyak-banyak dan silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Pengerusi, saya ada satu permintaan, agar selepas ini, setiap orang berucap lima minit lagi baik. Beri peluang kepada Yang Berhormat lain berucap.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih, ini cadangan saya sahaja.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 36 Ahli Yang Berhormat.

Sebenarnya 35, tambah satu Yang Berhormat Jasin yang menumpang jawapan Yang Berhormat Ledang. Ada 36 Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan serta menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya ketika berbahas dalam perbahasan Bajet 2010 di peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat bagi Kementerian Kerja Raya.

final • 8:09 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan serta soalan ialah Ahli-ahli Yang Berhormat Ledang, termasuk Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Telok Kemang, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Sekijang.

Saya akan cuba menjawab dan memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhannya antara isu-isu yang berkaitan dengan kementerian yang telah menarik Ahli-ahli Yang Berhormat kalau saya boleh merumuskan adalah merangkumi status cadangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan, pembayaran pampasan tol kepada syarikat konsesi lebuh raya, keselamatan bangunan dan infrastruktur dan akhir sekali mengenai keselamatan dan pembaikan cerun.

Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya juga memulakan ucapan ini dengan melaporkan prestasi Kementerian Kerja Raya secara umum dalam tahun 2009 ini khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan secara amnya.

Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa beliau membentangkan Bajet 2010, Kementerian Kerja Raya telah dicadangkan peruntukan sebanyak RM3.25 bilion bagi tahun 2010 iaitu RM1.49 bilion bagi peruntukan mengurus dan RM2.03 bilion peruntukan pembangunan. Manakala keseluruhan siling peruntukan pembangunan Kementerian Kerja Raya bagi Rancangan Malaysia Ke-9 pula adalah sebanyak RM23.1 bilion iaitu yang kedua tinggi selepas Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga kini Kementerian Kerja Raya telah menyiapkan 269 projek dan 301 projek pula adalah dalam peringkat pembinaan. Manakala sembilan lagi projek adalah dalam peringkat perancangan. Sejumlah RM17.2 bilion atau 76.1 peratus daripada peruntukan siling daripada RMK-9 telah dibelanjakan bagi memastikan projek-projek yang berkepentingan rakyat dilaksanakan mengikut rancangan yang telah ditetapkan.

Tuan Pengerusi, saya akan cuba sekarang menjawab, Yang Berhormat Pokok Sena senyum sahaja... [Ketawa] Yang Berhormat Ledang menanyakan justifikasi bayaran pampasan bagi projek jambatan bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.

final • 8:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Sebenarnya sebuah jawatankuasa tuntutan di peringkat Jabatan Kerja Raya telah diwujudkan bagi meneliti tuntutan pampasan daripada Syarikat Gerbang Perdana Sdn. Bhd akibat daripada keputusan kerajaan untuk membatalkan pelaksanaan projek membina jambatan daripada Johor Bahru ke Singapura. Pampasan yang telah diperakukan oleh jawatankuasa tersebut dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri merangkumi bayaran berikut, kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan bayaran lanjutan masa akibat penangguhan kerja dan ganti rugi.

Yang Berhormat Ledang juga menyentuh fasal projek mengubahsuai, melebar dan menaik taraf jalan Segamat, Tangkak, Johor. Untuk makluman Yang Berhormat reka bentuk akan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

final • 8:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Minta laluan boleh. Sedikit sahaja Tuan Pengerusi, saya cuma hendak butiran yang terperinci tentang fasal itu. Tadi saya cuma difahamkan cuma dua item, iaitu lanjutan masa dan juga lain-lain tadi. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sediakan secara bertulis butiran yang lebih lengkaplah selain daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Okey. Yang Berhormat saya ada seluruh pegawai kementerian di sini mereka telah catat dan akan memberikan maklumat yang diperlukan secara bertulis. Mungkin ada di dalam ini saya belum baca.

final • 8:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak dapat peluang bercakap tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila disebut tentang pelaksanaan jalan baru Tangkak ke Segamat, saya hendak cakap terima kasih kepada kerajaan kerana dalam Pakej Rangsangan Kedua, telah meluluskan pembinaan jalan daripada Tangkak ke Ayer Keroh melalui Jasin. Sebahagian jalan ini adalah jalan baru untuk jalan rentas daripada Ayer Keroh ke Bandar Jasin dengan tujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan di sana.

Sebahagian daripadanya adalah daripada Jasin ke Tangkak untuk menaik taraf jalan sedia ada. Akan tetapi saya telah dimaklumkan apa yang telah terjadi pada ketika ini drawing telah siap dan pelaksanaannya dalam proses tender tetapi jalan yang sepatutnya dinaiktarafkan untuk mengelak banjir, alignmentnya telah ditukar. Ini telah meresahkan penduduk-penduduk di kampung terutamanya jalan yang sepatutnya dibuat untuk menaik taraf tadi akan mengelakkan banyak laluan dan juga kejadian banjir yang selalu berlaku yang sedia ada. Jadi saya hendak minta kalau boleh sama ada jawapan bertulis pun saya terima. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih, saya akan berikan jawapan bertulis sebab saya sudah giliran Yang Berhormat Jasin tidak ada tercatat di sini. Yang Berhormat Jasin mencadangkan tol dikenakan agar penyelenggaraan jalan Persekutuan lebih baik daripada lebuh raya. Lebuh raya merupakan jalan alternatif kepada jalan Persekutuan dan jalan-jalan lain. Oleh itu adalah tidak wajar untuk mengenakan cukai tambahan atau tol kepada pengguna jalan raya semata-mata untuk memastikan penyelenggaraannya lebih baik daripada lebuh raya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah apa ini?

final • 8:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Boleh sekali lagi bangun. Sebenarnya apa yang saya maksudkan, saya buatkan perbandingan kenapakah dua jalan ini di antara jalan yang di selenggara oleh lebuh raya, jalan cantik-cantik, terbaik kerana kita membayar.

Manakala jalan yang diselenggarakan oleh JKR jauh ketinggalan. Adakah kerana pungutan daripada road tax tidak memadai untuk kerajaan menaik taraf jalan sedia ada. Keduanya, kita hendak tahu apakah kerajaan akan mengkaji semula tentang perjanjian lebuh raya di antara konsesi-konsesi yang sedia ada kerana setiap tahun harga akan terus meningkat dan pengguna akan dikenakan caj yang melebihi. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Okey, saya ada maklumat di sini ialah dari B.27 iaitu Bajet Belanja Mengurus. Kalau tiap-tiap tahun kita ada RM400 sehingga RM600 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, kita boleh guna duit ini untuk... Amaun tidak mencukupi hari ini dan kita tahu duit ini untuk menyelenggarakan 16,000 km jalan persekutuan. Oleh kerana itu, jalan kalau dibandingkan dengan lebuh raya, memang standard ia ada lain sedikit.

Yang Berhormat Bagan Serai juga ada mengatakan mengenai penyelenggaraan parit dan longkang yang lemah sehingga menyebabkan banjir berlaku di kawasan jalan persekutuan. Saya tidak tahu di mana jalan itu tadi, tidak ada jawapan di sini tetapi kita mengambil perhatian.

Yang Berhormat dari Klang bertanya, mengapa perlaksanaan projek pembinaan jambatan ketiga Klang tidak dibiayai di bawah pakej rangsangan ekonomi? Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sedar akan kepentingan pembinaan jambatan ketiga di bandar Klang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi kerana tempoh pembinaannya melebihi 24 bulan seperti yang ditetapkan dalam Pakej Rancangan Malaysia. Projek ini juga tidak dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan memandangkan peruntukan ia tidak mencukupi. Namun begitu, cadangan projek ini akan dikemukakan semula kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan perlaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Yang Berhormat Lenggong juga ada mengatakan bahawa banjir berlaku kerana jambatan dan pembetungan di dua belah jalan. Kementerian telah mengenal pasti terdapat banyak jalan lama yang mempunyai kapasiti hidraulik pembetung dan jambatan tidak mengikut keperluan semasa, berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada tahun 2008. Hasil kajian tersebut, sejumlah RM208 juta dianggarkan diperlukan melibatkan 169 lokasi untuk membina pembetung, mengimbang, meninggikan aras jalan serta membina jambatan baru di jalan persekutuan yang mempunyai kapasiti hidraulik mengikut keadaan semasa.

Kementerian teleh merancang melangsaikan projek...

final • 8:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Minta laluan Menteri.

final • 8:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Nanti. Saya habiskan ini dulu. Program meninggikan aras jalan merangkumi skop meninggikan aras jalan sedia ada, membina pembetung dan membina jambatan baru secara berperingkat-peringkat. Sehingga kini, kementerian telah menyiapkan RM20 juta projek meninggikan aras jalan pada tahun 2007, RM40 juta disiapkan pada tahun 2008, manakala RM20 juta lagi disiapkan pada tahun 2009.

Kementerian akan meneruskan program ini pada tahun 2010 serta Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi memastikan semua lokasi di ambil tindakan agar kejadian banjir dapat dikurangkan impaknya.

final • 8:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Sebenarnya pada pagi ini saya telah bangkit ataupun tengah hari ini saya telah bangkit dua isu. Satu mengenai jambatan ketiga Klang dan sebenarnya pada 7 Januari 2008, sebenarnya tanah sudah di pecah. Projek telah dilancarkan oleh bukan sahaja Menteri JKR pada masa itu, tetapi juga oleh Tuanku Sultan Selangor. Ini menunjukkan bahawa ada allocation atau peruntukan yang telah dibuat. Soalnya sekarang ialah, mengapa dua tahun yang lalu masih tidak ada apa-apa perkembangan dalam projek itu? So, sebenarnya, adakah ini satu cara untuk Kerajaan Persekutuan untuk menganaktirikan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, oleh kerana mereka menyokong Pakatan Rakyat. Itu satu.

Kedua, isu yang saya bangkitkan ialah mengenai laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Ini merupakan satu isu yang begitu hangat dibincangkan bukan sahaja di Bukit Antarabangsa tetapi juga rakyat negeri Selangor. Apakah Kerajaan Persekutuan ataupun JKR tunggu supaya diklasifikasikan laporan ini? What is the Minister waiting for?

Bukankah ini isu kepentingan rakyat dan juga kepentingan keselamatan rakyat, khususnya penduduk-penduduk di Bukit Antarabangsa?

final • 8:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Lagipun empat orang telah meninggal dunia, mati akibat tanah runtuh ini dan there must be an explanation, mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan menyembunyikan beberapa pengusaha-pengusaha air yang membuat kerja di sana? Laporan yang dikeluarkan mengatakan bahawa, oleh kerana kecuaian syarikat-syarikat ini, maka keruntuhan in berlaku. Minta penjelasan.

final • 8:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, mengenai jambatan yang ketiga, sebenarnya peruntukan tidak mencukupi, siling tidak cukup dan kita terpaksa tundakan.

Mengenai laporan Bukit Antarabangsa, nanti saya akan sentuh.

final • 8:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada peruntukan yang cukup, mengapa mula pecah tanah dan lancarkan projek? Ini merupakan satu cara untuk memutarbelitkan rakyat, khususnya dua tiga hari sebelum pilihan raya.

final • 8:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

[Ketawa] Saya tidak boleh jawab. Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Selayang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Selayang depan.

final • 8:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Oh, ya.

final • 8:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang alasan bahawa peruntukan tidak mencukupi, kita di dalam Dewan yang mulia ini telah meluluskan pakej rangsangan RM67 bilion yang begitu besar. Walaupun kita ada bajet yang dibentangkan pada sesi ini dan juga pakej rangsangan, kita masih mendengar bahawa kerajaan masih tidak lagi cukup peruntukan. Di dalam kawasan saya di Selayang, juga ada projek untuk meluaskan lebuh raya daripada tol kepada bandar Rawang yang telah disenaraikan dalam RMK-9, tetapi selepas pilihan raya, kita telah diberitahu bahawa projek ini tidak ada peruntukan dan akan dibuat dalam RMK-10.

final • 8:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Soalan saya ialah, mengapa kita tidak boleh menggunakan pakej rangsangan RM67 bilion ini untuk memberikan peruntukan kepada projek-projek di Rawang dan seperti projek yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Klang?

final • 8:30 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, tadi saya sudah jawab. Pakej rangsangan sebenarnya kita hendak menjalankan projek dengan secara fast track. Kalau buat jambatan, itu ambil lebih daripada 24 bulan, ia tidak menolong untuk menaikkan aktiviti ekonomi dalam program itu. Itu adalah sebabnya.

final • 8:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Sebenarnya saya diberitahu oleh kontraktor- kontraktor JKR bahawa projek ini boleh dihabiskan kurang daripada dua tahun. Oleh itu boleh dimasukkan dalam pakej rangsangan ekonomi. Akan tetapi malangnya tiada. So, ini menjadi satu persoalan bahawa adakah ini merupakan satu cara untuk ‘anak tiri’ kan pengundi-pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat? Itu yang menjadi masalah sekarang.

final • 8:30 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Kita tidak mempolitikkan projek. Tidak ada... [Tepuk] Yang Berhormat Tenom minta penjelasan pembinaan jambatan di Tenom di bawah Butiran 08230. Kita telah merancang dalam program menggantikan jambatan negeri Sabah dengan membina tiga jambatan di daerah Tenom, Tuaran, termasuk Jambatan Nandatuan di Tenom. Reka bentuk sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Yang Berhormat Tenom juga minta penjelasan terhadap keadaan jalan yang curam bagi Projek Kemabong, Sipitang dan Keningau, Kimanis. Projek-projek ini dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kementerian sedar bahawa jalan-jalan tersebut melalui kawasan yang bergunung-ganang. Untuk jalan-jalan bergunung-ganang, mountain road, kecuraman yang dibenarkan tidak melebihi 12 peratus. Namun demikian, kementerian sedar kecuraman jalan melebihi piawaian di beberapa bahagian. Kementerian akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang curam dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kementerian Kerja Raya juga menyusun program untuk membaiki seksyen- seksyen yang curam. Yang Berhormat Pasir Mas, minta status Projek Jambatan Sultan Yahya Petra.

final • 8:30 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra telah ditender pada 28 Julai 2006 sementara milik tapak pula adalah pada 18 Jun 2007. Tarikh siap asal projek ini mengikut kontrak ialah pada 17 Disember 2009. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek ini telah mengalami kelewatan dengan projek tersebut dijadualkan siap pada 10 Februari 2011. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kemajuan fizikal sebenar ini di tapak adalah sebanyak 32.8 peratus berbanding dengan jadual sebanyak 36.4 peratus. Projek ini telah mengalami kelewatan sebanyak 32 hari sehingga tarikh hari ini.

Yang Berhormat Jempol meminta Kementerian Kerja Raya menyediakan kemudahan R&R di Jalan Bukit Putus dan membolehkan ramai orang menikmati keindahan di sekitar Bukit Putus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sudah pun menyenaraikan satu kajian yang bersepadu untuk mengenal pasti lokasi R&R di sepanjang Jalan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sungguhpun begitu, pembinaan R&R ini nanti adalah di bawah tiga pihak berkuasa iaitu pihak negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta.

Yang Berhormat Jempol juga meminta penjelasan status terkini Projek Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. Tadi juga Yang Berhormat Telok Kemang pun sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan jalan baru dari Lebuh Raya Seremban- Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi, Negeri Sembilan Seksyen 1 telah dimilik tapak pada 14 Februari 2005. Tarikh siap mengikut kontrak adalah pada 12 Ogos 2007. Walau bagaimanapun projek ini telah mengalami kelewatan dan telah dijadualkan semula untuk disiapkan pada 1 Disember 2009.

Namun Kementerian Kerja Raya berpendapat projek ini masih bermasalah untuk disiapkan mengikut jadual yang baru. Oleh itu notis penamatan kontrak telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2009 kepada kontraktor asal. Buat masa ini subkontraktor baru telah dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum dibuat oleh kontraktor asal dan pemantauan sedang dibuat dalam tempoh liquidated and a certain damages, dengan izin.

Yang Berhormat Lipis meminta penjelasan projek Jalan Simpang Pulai-Lojing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Simpang Pulai-Lojing Gua Musang, Kuala Berang merupakan pembinaan jalan raya baru dan menaik taraf jalan raya yang merentasi empat buah negeri iaitu Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Jumlah panjang keseluruhan projek ini adalah sepanjang 318 kilometer. Pelaksanaan projek ini telah dibahagikan kepada sepuluh pakej. Buat masa ini hanya Pakej 9 dan Pakej 7c sahaja yang tidak dapat dilaksanakan memandangkan peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi.

Walau bagaimanapun cadangan pelaksanaan kedua-dua pakej ini menjadi keutamaan kementerian ini supaya dipohon kepada Agensi Pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Lipis memohon supaya membina sebuah jambatan merentasi Sungai Jelai, Kuala Lipis di laksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi melaksanakan pembinaan jambatan tersebut, kementerian memerlukan kajian terperinci sebelum sebarang pelaksanaan dapat dibuat memandangkan tiada pembangunan di sebarang sungai.

Yang Berhormat Lipis juga memohon penjelasan berkaitan peruntukan diluluskan sebanyak RM50 juta bagi menaik taraf jalan Benta ke Raub. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM50 juta adalah untuk membaiki lapan buah jambatan dan sekolah berbahaya di sepanjang laluan dari Benta ke Jerantut.

Buat masa ini status semasa bagi pembinaan lapan buah jambatan tersebut adalah lima buah jambatan telah di tender manakala baki tiga buah jambatan sedang di peringkat reka bentuk.

Yang Berhormat Kota Raja, bertanya status projek naik taraf dari bulatan Bukit Kemuning hingga ke persimpangan Taman Sri Muda. Projek menaik taraf jalan dari bulatan Bukit Kemuning hingga ke persimpangan Taman Sri Muda telah dimasukkan dalam senarai projek untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan oleh agensi pusat.

final • 8:30 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Limbang minta penjelasan tentang pembinaan jambatan Sungai Pandaruan. Sebenarnya saya telah jawab beberapa kali di sesi soal jawab. Kini kita telah masuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan JKR Sarawak sedang sediakan skop dan kos projek untuk digunakan sebelum permohonan dibuat.

Yang Berhormat Lipis menanyakan tentang status naik taraf Laluan Persekutuan Malaysia 8 dari Kampung Relong ke Gua Musang Kelantan. Untuk makluman peringkat ini dibahagikan kepada lapan segmen, status pelaksanaannya bagi segmen-segmen ini adalah seperti berikut.

Segmen satu hingga empat, enam dan lapan ialah kerja-kerja reka bentuk awalan telah disiapkan, segmen tujuh ialah kerja-kerja reka bentuk terperinci telah siap dan segmen kelima sedang dalam peringkat pembinaan. Bagi skop projek naik taraf Laluan Persekutuan Malaysia 8 akan dilaksanakan di bawah East Coast Economic Region atau ECER. Walau bagaimanapun pelaksanaannya adalah tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat dari Bandar Kuching minta penjelasan mengenai laporan di dalam surat khabar The Star mengenai 60 peratus peruntukan bagi projek Sarawak diseleweng. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai dakwaan MACC atau SPRM bahawa 60 peratus daripada peruntukan Sarawak diseleweng, kementerian masih belum dapat maklumat terperinci sama ada ia melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Namun demikian Kementerian Kerja Raya akan siasat perkara tersebut.

Happy ya... [Ketawa] Yang Berhormat Bandar Kuching lagi, minta penjelasan mengenai kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri kepada CMS Roads Sdn. Bhd. dan Titanium Sendirian Berhad. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai kontrak yang diberi kepada CMS Roads Sdn. Bhd. dan Titanium Sdn. Bhd. untuk kerja-kerja menyelenggarakan jalan-jalan negeri, kontrak dibiayai oleh peruntukan kerajaan negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan.

Kementerian tidak terlibat langsung dalam kontrak ini. Happy, double happiness... [Ketawa] Yang Berhormat Tuaran memohon jambatan Bailey di negeri Sabah ditukar kepada jabatan baru. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat projek menggantikan jabatan-jabatan lama di kawasan pedalaman Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan terdapat juga 45 jambatan yang telah siap dan 12 jambatan dipanjangkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kementerian akan mencadangkan menggantikan jambatan Bailey di daerah Tuaran.

Yang Berhormat Tuaran juga minta penjelasan mengapa di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pembinaan jambatan yang dirancang tidak meliputi laluan air atau yang menyebabkan banjir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian mengambil maklum perkara tersebut dan akan mengarahkan JKR Sabah untuk menyiasat. Saya akan jawab secara bertulis untuk soalan-soalan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuaran. Saya minta maaf kerana tidak boleh satu-satu saya jawab kerana nanti soalan orang lain saya tidak dapat jawab, betul tidak?

Yang Berhormat Silam juga bertanya mengenai jambatan yang uzur di Silam. Kita ambil maklum dan kita akan masukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan juga mengenai cerun-cerun di kawasan Batu Silam. Kita ambil maklum perkara tersebut dan akan minta JKR Sabah menyiasat perkara tersebut. Soalan lain saya akan jawab secara bertulis kerana banyak, satu buku di sini, dua jam pun tidak dapat habis.

Yang Berhormat Silam juga minta mengenai dual carriageway, dua hala iaitu jalan Lahad Datu, Jalan Silam, Jalan Segama bila akan dimulakan? Untuk makluman Yang Berhormat ia ada di bawah peruntukan khas sebanyak RM1 bilion untuk negeri Sabah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Projek ini telah di tender dan sedang menunggu keputusan Lembaga Tender.

Yang Berhormat Limbang minta penjelasan mengenai cerun-cerun di Limbang dan dari Kuching ke Lundu dan Sematan.

final • 8:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Kementerian akan menyiasat dan berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi membaiki cerun-cerun di Jalan Persekutuan-Limbang dan juga Jalan Persekutuan dari Kuching Ke Lundu dan Sematan.

Yang Berhormat Serian minta penjelasan mengenai kerja-kerja menaik taraf jalan dan jambatan di bahagian Serian. Kebanyakan jalan-jalan adalah di bawah bidang kuasa negeri dan bukan di bawah pengawasan kementerian. Akan tetapi kementerian telah menyiasat dan mendapatkan projek ini akan dipohon melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Yang Berhormat Limbang minta mengenai keadaan permukaan jalan di persekutuan yang teruk di kawasan beliau, saya akan jawab secara bertulis dan Yang Berhormat Tuaran yang bercerita mengenai dahan-dahan pokok yang merentangi jalan, tidak dipotong. Kita akan menyiasat perkara ini kerana ini adalah di bawah penyelenggaraan jalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan, pemilihan syarikat konsesi menyelenggarakan jalan persekutuan dibuat oleh bahagian penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan pada masa ini dikenali sebagai Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS).

Kementerian Kerja Raya dibantu oleh JKR Wilayah Persekutuan Labuan berfungsi sebagai agensi pemantau bagi memastikan pihak konsesi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang terdapat dalam skop kontrak dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Tempoh konsesi bagi Lintasan Resources Sdn. Bhd. adalah bermula daripada tahun 2003 sehingga tahun 2018 iaitu 15 tahun, seperti mana yang telah termaktub di dalam kontrak perjanjian.

final • 8:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Labuan juga meminta bilakah projek menaik taraf jalan Simpang Tamu ke Pancur Hitam atau Simpang Tamu akan disambung semula. Projek ini telah dibatalkan secara mutual termination pada Disember 2008. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR perlu melaksanakan raka bentuk semula secara keseluruhan, total redesign, dengan izin. Reka bentuk tersebut telah siap. Projek ini dijangka akan ditender semula pada awal tahun 2010...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Serian, saya akan menjawab jalan- jalan missing lane yang dikatakannya tadi. Yang Berhormat Putatan - jalan persisiran Pantai Tanjung Aru untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebenarnya, kita telah pun membuat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kos projek ini akan mencecah RM300 juta. Ini kerana ia melibatkan land reclamation.

Yang Berhormat Jempol - menaik taraf jalan daripada Terachi ke Bandar Baru Seri Jempol kepada empat lorong ini, saya akan beri secara bertulis. Yang Berhormat Putatan minta repair embankment di KM 1 Jalan Duvanson-Kotiduvan, Penampang. Ia dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Limbang - Jambatan Sungai Pandaruan, sudah!

Yang Berhormat Putatan pula minta penjelasan terhadap bayaran pampasan rumah bagi projek Traffic Improvement and Management Scheme along Jalan Kepayan- Kota Kinabalu. Untuk makluman, bayaran pampasan yang ditawarkan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Negeri Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh pajakan selama 60 tahun telah tamat bagi kesemua tanah yang terlibat. Sekiranya mengikut prosedur, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu membayar apa-apa pampasan. Namun begitu, Pihak Berkuasa Negeri Sabah telah menawarkan RM50,000 bagi setiap rumah dan kementerian difahamkan bahawa perkara ini masih dalam peringkat perundingan.

Yang Berhormat Putatan minta penjelasan peruntukan iaitu RM185 juta untuk rancangan tahun depan tidak mencukupi. Sebenarnya, dalam P.27 ini memang projek- projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita telah pun masuk tahun keempat sekarang, penghujung RMK-9. Maka, projek-projek telah berkurangan dan peruntukan pun berkurangan dua tahun berturut turut.

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Putatan - tentang Pan Borneo Highway. Ini okeylah, saya boleh jawab secara bertulis. Beberapa isu Yang Berhormat Putatan akan saya jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Jempol lagi meminta Bahau Bypass - bila kerajaan akan membina Bahau Bypass. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya telah mengenal pasti Projek Jalan Bahau Bypass sebagai keutamaan tinggi dan dicadangkan pelaksanaannya pada Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Yang Berhormat Kota Raja bertanyakan cara bayaran kepada syarikat konsesi Roadcare. Yang Berhormat bertanya adakah jika tiada aduan, maka bayaran boleh dibuat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran kepada syarikat konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab bagi menyelenggara jalan persekutuan di zon tengah, timur Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan setelah kerja-kerja yang disiapkan itu disahkan. Tugas pengesahan tersebut dilaksanakan oleh kakitangan JKR di Unit Pengurusan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan.

final • 8:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya mencelah di sini? Realitinya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kakitangan JKR negeri tidak mencukupi untuk mengesahkan sama ada semua projek-projek ini ataupun semua penyelenggaraan ini telah dilakukan. What they are relying on actually mereka bergantung kepada claims. Sekiranya tidak ada bantahan ataupun tidak ada aduan daripada pihak-pihak lain yang mengatakan bahawa kerja-kerja ini tidak berlaku, biasanya mereka akan hanya menandatangani dan meluluskan tuntutan-tuntutan tersebut.

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Kita akan menyelidik hal ini.

Yang Berhormat Kuala Krau bertanya berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan bagi JKR Pahang bagi tahun 2010 dan berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan untuk Roadcare bagi tahun 2010. Ini adalah berkaitan dengan Yang Berhormat Kota Raja.

Itu memang zon tengah.

Peruntukan sebenarnya bagi penyelenggaraan jalan pada tahun 2010 sedang diteliti oleh pihak kementerian. Secara umumnya, sebanyak RM2 juta dicadangkan diperuntukkan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di negeri Pahang. Peruntukan yang dicadangkan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan di bawah tanggungjawab Roadcare (M) Sdn. Bhd. pula adalah RM110 juta merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan kerja-kerja kecemasan. Yang Berhormat Lipis...

final • 8:50 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Pengerusi, mohon pencelahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan tentang penyelenggaraan jalan. Cuma, pertanyaan saya juga meliputi berapakah peruntukan untuk JKR negeri bagi membina jalan-jalan baru di negeri Pahang? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Maklumat ini tidak ada dalam tangan saya. Saya akan beri secara bertulis.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Pukul berapa sekarang? Pukul 9…, akan habis 10.30, bolehkah?

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau kita setuju, semua jawab bertulis bolehlah Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Boleh ya. Ya lah, saya pun sudah letih.

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 8:50 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Selepas jawapan Kuala Krau.

final • 8:50 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong jawab soalan mengenai tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

final • 8:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya setuju. Saya cadangkan jawab secara bertulis.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat empat orang berdiri ini, apa hal ini Yang Berhormat?

final • 8:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tuan Pengerusi, boleh jadi bagi MP yang ada, boleh jawab di sini. MP yang tak ada, sudah pulang beri jawapan bertulis.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Krau?

final • 9:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Saya bersetuju untuk jawapan Yang Berhormat Kuala Krau itu diberikan juga dalam Dewan ini.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ha, itu Yang Berhormat Ledang itu apa hal?

final • 9:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya setuju supaya dijawab secara bertulis.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, buat pilihanlah. Jawab bertuliskah ataupun cadangan katakan siapa yang ada dalam Dewan - jawab, yang tak ada tak payah.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya masih banyak. Saya fikir lebih baik saya bagikan jawapan secara bertulis khususnya yang saya tahu...

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Mengenai isu laporan tanah runtuh masa di Parlimenlah.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Okey.

final • 9:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Jawapan bertulislah, semua jawapan bertulis.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Okey. Yang akhir yang saya bagi. Lain saya beri secara bertulis. Yang satu saya bagikan Yang Berhormat Klang iaitu mengenai tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan minta sama ialah Yang Berhormat Ampang juga.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah pun menjalankan kajian kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan laporan tersebut telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2009 dan telah diserahkan pada 14 September 2009. Jemaah Menteri memutuskan laporan kajian ini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Mengenai pengelasan semula Akta Rahsia Rasmi laporan tersebut, Kementerian Kerja Raya akan mengkaji perkara ini dan hasil kajian ini seterusnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk membuat keputusan. Jawapan ini juga menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Ampang.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan untuk isu ini. Sebenarnya saya tak faham mengapa kerajaan mesti mempertimbangkan isu laporan ini sebab laporan ini apa yang saya dapati daripada surat khabar, kerajaan telah memberi satu kepastian kepada penghuni-penghuni di Bukit Antarabangsa supaya satu copy akan diberikan kepada mereka selepas laporan itu telah dikeluarkan, itu satu.

Kedua, ini bukan isu untuk disimpan dekat rumah atau simpan dekat bilik Kabinet, sebab ini adalah untuk menjaminkan kepentingan dan keselamatan rakyat di Selangor dan juga di seluruh negara. So, saya fikir dengan membuat rahsia ini, di bawah Akta OSA tidak masuk akal langsung sebab ini merupakan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang mementingkan hak rakyat yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

So, adakah ini merupakan bahawa kepentingan rakyat tidak diberi kepentingan oleh pihak kerajaan?...

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi.

final • 9:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Timbalan Menteri, mencelah sikit.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Empat orang telah meninggal dunia dan berjuta- juta wang telah rosak.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, sebenarnya ini telah pun dibentangkan di Kabinet. Kalau kita hendak declassify kannya, kita perlu balik ke Kabinet.

Kita tidak dapat buat keputusan ini lateral.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Ampang nak tanya soalan atas perkara yang sama?

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Itulah, sama juga.

final • 9:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Apakah perkara yang menghalang pihak Timbalan Menteri daripada menjadikan laporan itu sebagai public document, kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan national security. Ianya ada kena-mengena dengan kepentingan rakyat di Bukit Antarabangsa. Mereka hendakkan kepastian sama ada patutkah mereka duduk di situ, terus tinggal di situ ataupun harus berpindah. Itu sahaja yang diperlukan.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, baik Yang Berhormat. Saya memahami soalan daripada Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Ampang, tetapi persoalannya keputusan telah dibuat oleh Kabinet. Melainkan keputusan itu diubah ataupun dibubar semula, Timbalan Menteri tidak boleh menjawab persoalan itu Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Kita perlu balik kepada Kabinet supaya ianya...

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia dah berjanji akan membawa balik perkara ini kepada kementerian dan kita kena tunggulah apa jawapan.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Kabinet. Ya.

final • 9:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So nak jelaskan sikit. Timbalan Menteri bersetuju nak bawakan kes ini balik kepada Kabinet untuk membuat keputusan?

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, itu saya setuju. Kita akan mengambil nasihat daripada pihak penasihat undang-undang dan kita perlu kembali kepada pihak Kabinet, Jemaah Menteri kerana ini telah pun dikeluarkan dari sana, declassify. Untuk declassify kita perlu...

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, itu dia sudah faham Yang Berhormat. Persoalan dibangkit di sini adalah, adakah Yang Berhormat bersetuju untuk membawa perkara ini balik kepada Menteri untuk mengkaji semula sebelum dibawa ke Kabinet. Itu persoalan yang dibangkitkan.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya setuju.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, di bawah OSA iaitu Official Secret Act ada ruang, ada klausa-klausa yang mengatakan bahawa Menteri berkenaan boleh declassify. You don’t have to go back to the Cabinet. Menteri berkenaan boleh declassify dokumen ini. So kita dengan apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak patut, sebab empat orang telah meninggal dunia, mati. So, we have to be responsible to them.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya akan bawa ini balik kepada Menteri dan Menteri akan bawa kepada Kabinet.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Esok pagi Menteri boleh declassify Yang Berhormat Timbalan Menteri. Esok pagi dia boleh, sekarang pun dia boleh declassify.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat cukuplah. Saya cukup mengetahui macam mana satu-satu kementerian mengambil tindakan. Jadi Timbalan Menteri pun tidak berupaya untuk membuat keputusan malam ini juga.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, saya tidak boleh buat.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi undertaking daripada Timbalan Menteri mengatakan membawa balik kepada Menteri, pada saya sudah mencukupilah.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Okey, itu yang saya tidak sempat jawab dan akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Serdang... [Dewan riuh]

final • 9:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Isu tol.

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Timbalan Menteri, kita sudah tunggu berapa lama untuk jawapan.

final • 9:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tuan Pengerusi, ini saya boleh faham kalau isu-isu jalan raya belum dipertingkatkan, isu tersebut atau isu spesifik boleh diberi secara bertulis sebab itu jalan raya di kawasan-kawasan tertentu tapi isu yang melibatkan semua orang seluruh negara, itu patut dijawab dalam Parlimen. Kalau tidak Timbalan Menteri boleh jawab semua jawab lisan, tak payah masuk Parlimen. Saya rasa tidak adil macam itu. Kita tunggu di Parlimen, kita ada di sini untuk mendengar jawapan Timbalan Menteri supaya kita mendapat penjelasan. Kalau tak ada penjelasan, kenapa kita keluar, kita balik lagi ke Parlimen masa ini?

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya minta jasa baik daripada Timbalan Menteri kerana saya tahu bahawa Timbalan Menteri juga rasa letih, tetapi Timbalan Menteri hanya perlulah datang ke Parlimen pada hari ini dan jawab soalan pada hari ini sahaja tetapi kita Ahli Parlimen, kita perlu datang ke sini dan tunggu sampai 10.30 malam tiap-tiap hari.

Saya rasa sekiranya Timbalan Menteri rasa letih, kita Ahli Parlimen juga rasa letih tetapi kita tunggu di sini kerana kita anggap jawapan daripada Timbalan Menteri itu penting.

Jadi saya haraplah bahawa Timbalan Menteri juga boleh anggap soalan kita sebagai soalan yang penting dan berilah satu jawapan, kerana kita memang sudah lama tunggu di sini.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tentang tol itu sahaja. Saya minta jawapan, jawapan lisan tentang tol itu.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis ataupun...

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, saya sudah habis.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis?

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, saya dengar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jaminan kepada Parlimen ini bahawa beliau akan merujuk isu laporan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kepada Menteri dan laporkan ke Parlimen sebelum 12 tengah hari esok.

final • 9:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tidak boleh tetapkan masa macam itu.

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Bila Yang Berhormat?

final • 9:10 PM

Dato' Yong Khoon Seng

No lah kita akan...

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Atau beri satu tarikh?

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya ingat kita tidak boleh mendesak, menetapkan hari dan sebagainya.

final • 9:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri habis? Kata gulung tadi.

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, cadang sahaja.

final • 9:10 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Sudah jawab.

final • 9:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:10 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Senarai tolnya telah ada senarai panjang saya perlu bagi secara bertulis. Sebab ini pampasan tol untuk kita naikkan tol ada 21 konsesi dan kita perlu secara bertulis, saya akan menjawab.

final • 9:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Soalan saya adalah terus sahaja. Saya hendak tanya 20 peratus diskaun itu akan dibayar oleh Kerajaan Pusat atau dibayar oleh syarikat konsesi? Itu sahaja, satu jawapan yang ringkas.

final • 9:10 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Okey, senang. Ini memang satu social responsibility konsesi ini bagi. Dia bagi 20 peratus, tanggung dia sendiri, kerajaan tidak buat apa-apa.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kerajaan tidak bayarlah?

final • 9:10 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tidak bayar.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ikut concession owner bayarlah.

final • 9:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Timbalan Menteri, kalau hendak berikan jawapan bertulis pun, kena bagi kepada pihak semua kat sini sebab bukan sahaja orang yang memberikan ucapan yang minta jawapan yang lain pun tidak dapat yang minat perkara tersebut tidak ada peluang untuk bertanya ataupun sudah tanya tidak hendak tanya lagi. Kita pun kena dapat jawapan.

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, kita belum habis mengenai laporan tanah runtuh. Bila kementerian boleh memberi satu ketetapan, when we will hear, yes or no?

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dia sudah bagi tahu tadi Yang Berhormat. Dia tidak boleh hendak tetapkan hari.

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Akan tetapi dia Timbalan Menteri.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat. Saya mendengar Yang Berhormat. Kita tidak boleh memaksa seseorang menjawab dan memberikan keputusan yang akhirnya dia tidak boleh tetapkan pula. Jadi ini pula menjadi satu masalah yang besar. Jadi biarlah dengan ketetapan dia mengatakan dia akan merujuk kepada Menteri dan biar keputusan dibuat oleh kementerian.

final • 9:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Saya faham Tuan Pengerusi, tetapi saya fikir ini menelefon dengan Menteri...

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Memang penting Yang Berhormat. Semuanya penting Yang Berhormat. Saya menganggapkan apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu amat penting.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, saya tanya sedikit sahaja.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri sudah duduk Yang Berhormat. Dia kata sudah habis.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak apa, Menteri dengar sedikit Menteri.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dia sudah kata sudah habis.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kita cuma hendak tahu sedikit sahaja Tuan Pengerusi.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 9:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kalau dia sudah buat ketetapan...

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau semua berdiri macam ini, Menteri kata sudah habis....

final • 9:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

...Apakah mekanismenya untuk kita tahu bahawa dia dapat jawapan untuk kasi kepada kita, kita hendak tahu itu sahaja. Lepas dia sudah tanya runding-runding, bila kita boleh tahu macam mana?

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak ada jawapan untuk persoalan itu. Jadi Yang Berhormat...

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat...

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri sudah duduk, dia kata itu sahaja penggulungan yang dia boleh buat. Mana jawapan yang belum dia jawab...

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, boleh kita dalam Dewan hendak tahu...

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bukan saya yang menjawab Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

No, satu soalan sahaja untuk Tuan Pengerusi. Boleh kita tahu di mana Menteri? Persoalannya, kalau Menteri ada dia boleh bagi jawapan sekarang berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Di mana menteri? Tidakkan kita hendak gunakan birokrasi? Kita bangkitkan Menteri tidak ada, Timbalan Menteri ada. Timbalan Menteri tidak boleh jawab, kata saya akan hubungi Menteri.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Saya akan jawab soalan itu.

final • 9:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini peringkat Jawatankuasa.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya boleh jawab soalan Yang Berhormat itu. Kita Parlimen Yang Berhormat. Saya bukan bercakap bagi pihak Menteri, jadi saya menjawab bagi pihak Parlimen. Kalau kerajaan menghantar Timbalan Menteri kat sini, saya kata Timbalan Menterilah jawab. Lagipun peraturan kita menyebutkan Setiausaha Parlimen kah, Timbalan Menteri kah, dipanggil Menteri juga.

Makna dia sama juga.

Jadi saya tidak ada jawapan untuk kenapa Menteri tidak datang. Jadi kita kena terima hakikat bahawa kita di Parlimen tidak memberi arahan eksekutif sebagaimana eksekutif jangan memberi arahan kepada kita. Jadi ini konsep yang asas. Jadi konsep asas ini kita kena menghormati dan memahami secara mendalam Yang Berhormat, the separation of powers. Jadi itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih. Kalau ada keraguan, boleh berhubung secara bertulis dengan Menteri.

final • 9:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sebelum itu, adakah Menteri akan memberikan jawapan secara bertulis kepada semua?

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu pun saya tidak dapat menjawab bagi pihak kementerian Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,490,643,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,490,643,000 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,029,727,000 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM2,029,727,000 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau kita tidak hendak jalan kita dibuat seterusnya, Yang Berhormat tidak setujulah. Yang Berhormat jangan kompelin tahun hadapan tidak ada jalan, senang sahaja... [Tepuk]

final • 9:10 PM
Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan 2010] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 9:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 060000 - Pengangkutan Darat. Iaitu merujuk kepada Butiran 060200 - Pendaftaran dan Pelesenan Kereta Motor.

Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kepada kerajaan kerana hanya mensyaratkan bagi membaharui lesen motosikal hanya RM2. Akan tetapi masalahnya apabila berjumpa dengan pihak insurans, pihak insurans telah cuba untuk mengenal pasti sama ada motosikal ini adalah motosikal yang baru atau yang kurang pada lima tahun. Yang lebih pada lima tahun itu kebanyakannya rata-ratanya pihak insurans yang tidak mahu menginsuranskan motosikal tersebut. Ini menjadi masalah besar kepada masyarakat luar bandar, orang kampung yang mempunyai pendapatan rendah.

Walaupun hanya membayar lesen motor atau road tax hanya RM2 tetapi terpaksa memilih dan mencari di manakah pihak insurans yang mahu menginsuranskan bagi membolehkan kereta motor mereka memperoleh road tax atau cukai jalan bagi motor-motor mereka ini. Oleh itu saya mohon pihak kementerian memastikan supaya semua pihak insurans tidak mengambil kira sama ada motosikal tersebut motosikal yang baru, tetapi apabila diperiksa adalah cukup lengkap dan sebagainya selamat digunakan di jalan raya, bolehlah road tax atau cukai jalan itu dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Yang keduanya tentang Butiran 070000 - Keretapi. Saya ingin tahu akibat daripada masalah banjir baru-baru ini ke Pantai Timur di mana kereta api kita hanya dapat sampai ke Manik Urai sahaja dan tidak sampai ke Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya.

final • 9:17 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bermaknanya ada lagi landasan-landasan kereta api ini masih lagi berada di kawasan tanah rendah yang memerlukan kerja-kerja untuk menaikkan aras landasan kereta api khususnya bagi kereta api ke pantai timur ini. Ini kerana jalan raya sudahlah putus hendak menggunakan kenderaan kereta api juga tidak boleh digunakan akibat ditenggelami oleh air.

Yang keduanya, tentang kereta api. Saya ingin tahu bilakah stesen kereta api bagi Kuala Krau yang dahulunya kereta api ini berhenti daripada Kuala Lumpur ke Gemas, Gemas ke Mentakab dan Mentakab berhenti ke Kuala Krau. Akan tetapi akhir-akhirnya kereta api ini sudah tidak berhenti di pekan Kuala Krau tetapi berhenti di perhentian kereta api di Jerantut. Saya mohon pihak kementerian dapat mengembalikan kemudahan pengangkutan kereta api ini kepada penduduk bagi pekan Kuala Krau.

Yang ketiga, isu mengenai kereta api iaitu tentang bilakah kerajaan dahulu diura- urakan kerajaan untuk membina landasan kereta api daripada Kuala Lumpur melalui Kuantan, Kuantan ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu terus ke Kota Baharu.

Bilakah landasan kereta api ini hendak dimulakan pembinaannya? Kalau hendak dimulakan berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembinaan landasan kereta api ke pantai timur melalui jajaran yang baru?

Yang keempatnya, tentang pengangkutan udara iaitu butiran 100200 - Pengangkutan Udara. Saya ingin tahu adakah pihak kementerian meneliti tentang tambang- tambang yang dikenakan oleh syarikat AirAsia ini? Ini kerana ada masanya tambang, contoh ke KL-LCCT, KL-Kota Baharu ada masanya tambang seorang pergi RM141.

Ada kalanya sampai RM300 lebih. Kenapakah jadi begini? Adakah kerana dia mengikut keperluan jika ramai penumpang yang memerlukan pengangkutan udara menggunakan kapal terbang AirAsia ini, pihak AirAsia akan menaikkan tambang secara mendadak? Ini berbeza dengan MAS yang menetapkan harga walaupun penumpang tersebut tidak ramai ataupun ramai.

Yang kelimanya, isu tentang Butiran 100400 – Keselamatan Jalan Raya. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya kerana sentiasanya turun padang bagi negeri Pahang pergi ke sekolah-sekolah mengadakan seminar, ceramah dan juga kempen-kempen bagi keselamatan jalan raya. Ada juga jabatan ini membekalkan topi- topi keledar kepada penduduk-penduduk luar bandar. Juga pada musim hari raya memberikan sumbangan kuih muih dan juga makanan untuk berbuka puasa.

Cuma saya ingin tahu apabila Jabatan Keselamatan Jalan Raya ini ditubuhkan adakah jabatan ini telah membuat kajian secara mendalam, secara teliti. Kenapakah dari segi kemalangan jalan raya kita semakin meningkat walaupun pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan Ops Sikap di musim-musim perayaan? Akan tetapi nampaknya kemalangan jalan raya semakin meningkat sama ada di lebuh raya atau juga di jalan-jalan Persekutuan.

Apabila statistik ini dikeluarkan nampaknya kemalangan jalan raya ini lebih meningkat di jalan-jalan Persekutuan.

Oleh itu saya mohon pihak kementerian membuat kajian mendalam. Adakah disebabkan sikap orang ramai? Atau adakah disebabkan kerjasama dengan JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk membaik pulih dan sebagainya? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang. Minta maaf Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana turut memberi peluang kepada saya untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya ingin menyentuh Butiran 070000 – Kereta Api, yang berkaitan dengan Kereta Api Tanah Melayu yang mana kita dapati daripada peruntukan yang telah diberi. Saya ingin penjelasan iaitu tentang kenapakah koc-koc yang daif yang masih beroperasi di pantai timur yang sekarang ini masih belum siap saya kira.

final • 9:25 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya dimaklumkan sudah setahun tetapi tidak ada satu pun koc yang siap untuk ke pantai timur. Sejauh mana usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya jalan-jalan kereta api terutama yang melibatkan banjir ini akan di baik pulih? Juga memastikan di masa akan datang supaya kenderaan utama pengangkutan ke pantai timur ini, kereta api ini tidak tergendala.

Seterusnya iaitu saya ingin tahu juga ialah tentang pemberian kontrak kepada syarikat MKRC yang mana kita ingin tahu. Kenapakah syarikat ini dipilih sedangkan syarikat ini sebelum ini telah gagal bagaimana dalam membaik pulih kereta api. Sebagaimana tender yang pertama dahulu 50 set yang bernilai RM170 juta tetapi gagal tetapi masih lagi diberi kontrak yang seterusnya. Perkara ini tentulah akan memberi pembaziran kepada wang rakyat dan wang negara. Jadi saya ingin penjelasan kenapakah syarikat yang sama, yang telah terbukti gagal, yang tidak berkesan tetapi masih diberi peluang untuk mendapat kontrak ini?

Seterusnya saya ingin tahu iaitu adakah benar makluman yang kita terima bahawa ibu pejabat stesen kereta api akan diberi kepada syarikat YTL? Kenapakah ibu pejabat dan bangunan Kereta Api Tanah Melayu Berhad ini akan diberi kepada syarikat ini? Bukankah ini satu bangunan yang bersejarah yang sangat penting untuk negara kita. Jadi kenapakah perkara ini berlaku dan apakah perjanjian yang telah dibuat?

Saya ingin juga ingin penjelasan iaitu berkaitan dengan 080000 – Keselamatan Jalan Raya. Di musim perayaan kita semua tahu bagaimana banyaknya berlaku kes-kes kemalangan yang melibatkan kemalangan jalan raya. Apakah program-program yang telah diusahakan oleh kerajaan selain daripada kempen untuk memastikan kemalangan ini berkurangan. Sebab kita dapati di antara punca berlakunya masalah kemalangan jalan raya ialah kerana terlalunya banyak selekoh.

Jadi apakah usaha yang dibuat oleh pihak Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan untuk memastikan jalan raya yang dibina ini supaya keselamatan penumpang ini diberi keutamaan. Begitu juga apakah kajian yang telah dibuat terhadap penggunaan tali pinggang keledar di belakang itu memberi kesan? Walaupun peraturan telah dibuat oleh kerajaan sejauh mana pematuhan ini telah memberi kesan kepada keselamatan penumpang? Begitu juga saya ingin penjelasan juga ialah tentang keselamatan penunggang-penunggang motosikal. Ini yang mana kita dapati di antara mangsa utama yang menyebabkan banyak berlakunya kemalangan ialah di kalangan penunggang-penunggang motosikal. Jadi apakah strategi yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan penunggang- penunggang motosikal di masa akan datang.

Saya ingin penjelasan juga berkenaan dengan penggunaan topi keledar yang mana kita dapati banyak isu yang dikemukakan oleh rakyat bawahan yang tidak puas hati.

Apabila kerajaan tidak membenarkan pemakaian serban bagi mereka yang tidak memakai topi keledar. Akan tetapi bagi kaum Sikh yang memakai serban diberi kelonggaran. Jadi perkara ini banyak saya mendapat aduan daripada rakyat. Bagaimana mereka yang beragama Islam yang memakai serban tidak dibenarkan dan diambil tindakan tetapi bagi penunggang-penunggang yang beragama Sikh boleh memakai serban mereka.

Jadi kenapa perkara ini berlaku dalam undang-undang seolah-olah ada double standard dalam undang-undang keselamatan jalan raya. Jadi ini adalah satu perkara yang penting apa lagi yang melibatkan agama. Jadi saya ingin penjelasan perkara ini seharusnya dinilai balik oleh pihak kementerian terutama yang melibatkan kepentingan dan keselamatan rakyat.

final • 9:25 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Seterusnya saya ingin menyentuh isu Butiran 050000 – Pengangkutan Udara.

Saya ingin penjelasan. Bilakah pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan akan dibuat? Aduan yang kita terima daripada pelanggan, di mana ramai penumpang yang tidak berpuas hati kerana bilik solat yang terlalu sempit, iaitu yang berada di bangunan terminal itu sendiri yang sangat sempit dan tidak mampu menampung penumpang yang akan meneruskan perjalanan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 9:30 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini menyebabkan ramai penumpang yang rimas. Jadi, saya ingin penjelasan.

Apakah kerajaan dalam pembinaan terminal kapal terbang ini tidak mempertimbangkan kemampuan atau keperluan tempat solat? Terutama bagi negeri-negeri yang ramai penduduknya beragama Islam, sudah tentulah di antara masalah utama dengan masa yang amat terhad iaitu penggunaan bilik solat yang amat terhad. Jadi saya harapkan supaya perkara ini dipertimbangkan oleh pihak kementerian di masa akan datang, supaya kebajikan ataupun keperluan pelanggan atau penumpang ini diambil perhatian.

Saya ingin penjelasan juga yang berkaitan dengan keperluan pelabuhan di sebelah pantai timur. Di antara punca utama kenapa industri tidak begitu berkembang di negeri sebelah pantai timur, terutama di Kelantan, Terengganu dan sebagainya, ialah kerana jauh daripada stesen pelabuhan. Jadi, kita ingin minta supaya kerajaan di masa akan datang memberi satu pertimbangan yang khusus. Tidak cukup dengan Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Johor ataupun Pelabuhan Klang yang agak jauh, yang menyebabkan kos terutama yang melibatkan hubungan negara-negara di sebelah timur yang sudah tentulah pelabuhan di sebelah pantai Kelantan ini lebih dekat dan lebih murah.

Jadi, saya ingin minta jasa baik pihak kementerian supaya mempertimbangkan sebuah pelabuhan khas untuk negeri Kelantan di masa akan datang. Jadi sekadar itu dulu.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang belum lagi bercakap hari ini? Yang Berhormat Tenom ada, Yang Berhormat Silam ada, Yang Berhormat Labuan ada. Sila. Sila Yang Berhormat Ledang. Saya ingat. Saya ingat siapa yang sudah berhujah. Sila.

final • 9:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:33 PM

Tuan Pengerusi

Kalau boleh Yang Berhormat hujah itu secara bertulis pun boleh... [Ketawa] Nanti Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis.

final • 9:33 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya hendak... [Ketawa]

final • 9:33 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 9:33 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi, saya terus menjurus kepada perkara 020000 – Pengangkutan Laut Semenanjung Malaysia. Walaupun dulu Tuan Pengerusi, Ledang dengan Muar ini satu daerah, sekarang sudah pecah dua. Namun begitu, ada satu projek iaitu Projek Marina Bay, Tuan Pengerusi. Projek Marina Bay sudah siap hampir tiga tahun, Tuan Pengerusi. Kalau di Sabah rasanya sudah bergerak. Akan tetapi nampaknya di Muar, sampai sekarang tidak digunakan lagi. Bukan under utilize, tetapi terus tidak digunakan Projek Marina Bay yang bernilai RM50 juta, Tuan Pengerusi.

Jadi, projek itu cantik dan menggamit mata memandang, tetapi sampai sekarang tidak digunakan.

Jadi Tuan Pengerusi, saya mohonlah supaya pihak kementerian dapat memperjelaskan mengapa projek ini seolah-olah projek gajah putih? Tidak digunakan.

Kalau ada perkara-perkara teknikal yang mungkin menjadi masalah dan kekangan kepada penggunaan ataupun pelaksanaan seterusnya projek ini, apakah tindakan-tindakan kementerian yang boleh ataupun yang akan diambil bagi memastikan bahawa projek yang bernilai RM50 juta ini akhirnya dapat digunakan sepenuhnya dan menjadi salah satu daripada tarikan bukan saja pelancong malahan industri lain supaya dapat datang ke Ledang dan juga Muar?

Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 050000 – Pengangkutan Udara. Tuan Pengerusi, nampaknya sekarang pengangkutan udara menggunakan FireFly yang sudah mula popular.

Jadi bagi penduduk di kawasan Johor Utara, Ledang, Muar dan Segamat ini, tertunggu- tunggu, walaupun di luar kawasan Johor, mungkin Yang Berhormat Bukit Katil suka dengar ini, bila agaknya Lapangan Terbang Batu Berendam akhirnya boleh menjadi satu realiti dan boleh menerima perkhidmatan penerbangan FireFly dan seterusnya memberi perkhidmatan yang maksimum kepada penduduk Johor Utara dan Melaka serta Selatan Negeri Sembilan?

final • 9:33 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Seterusnya Tuan Pengerusi, perkara 070000 – Keretapi. Tuan Pengerusi, perlu ada satu penjelasan tentang satu memorandum ketidakpuasan hati daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Kereta Api Tanah Melayu, yang menyatakan tentang kekilanan mereka terhadap rancangan ETS ataupun Electric Train Service yang dijadikan sebagai anak syarikat KTMB. Mereka bimbang sekiranya ETS ini dijadikan sebagai anak syarikat, maka segala kepentingan ataupun proud KTMB akan hilang, kerana mereka khuatir fungsi KTMB akan berkurangan kerana pada anggapan mereka, ETS itu adalah penyumbang utama ataupun menjadi satu perkhidmatan yang penting kepada KTMB itu sendiri. Jadi Tuan Pengerusi, perlu ada penjelasan kepada orang ramai, kerana kesatuan ini telah pun menghantar memorandum, surat dan sebagainya kepada semua pihak termasuklah Ahli- ahli Parlimen.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya tidak mahu bercakap banyak. Mengenai keselamatan jalan raya. Tuan Pengerusi, agaknya kelajuan di lebuh raya ini, dulu sekejap akan dinaikkan dan dirancang boleh sampai ke had 120 kmph, tetapi kemudian patah balik kepada 110 kmph. Akan tetapi, yang lebih meruncingkan Tuan Pengerusi, oleh kerana jalan lebuh raya daripada Seremban sampailah ke Ayer Keroh telah pun menjadi enam lorong, sewajarnya saya berfikir bahawa di peringkat keselamatan jalan raya ini memikirkan semula tentang had kelajuan lebuh raya dari Alor Gajah sampailah ke Ayer Keroh dipulihkan semula kepada 110 kmph. Bukan seperti sekarang, 90 kmph. Saya fikir dalam keadaan sekarang, ramai yang berdosa kerana melanggar had laju tersebut yang tidak logik langsung dengan keadaan lebuh raya tersebut yang telah pun berada pada tahap boleh lari sampai ke 200 kmph. Bayangkan dan bandingkan 200 kmph dengan 90 kmph. Sekurang- kurangnya 110 kmph, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, itu saja daripada saya dan saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 9:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kepong mahu bercakap? Yang Berhormat Kepong. Okey, sila. Sila.

final • 9:33 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini mengenai... Tebal ini Anggaran perbelanjaan ini. Memang tebal.

Mengenai Butiran 080000 – Keselamatan Jalan Raya, Butiran 070000 – Keretapi, dan Butiran 060000 – Pengangkutan Darat. Di sini, saya hendak bangkitkan mengenai keselamatan jalan raya. Nampaknya, di dalam musim perayaan termasuk Aidilfitri dan juga Aidiladha baru-baru ini. Semalam, bukan? Semalam Aidiladha, lebaran besar.

final • 9:39 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita nampak bilangan kemalangan di jalan raya dan jalan-jalan biasa pun tidak kurang banyaknya. Setiap tahun kita mendapati lebih 6000 orang yang maut di Malaysia dan lebih 50 peratus itu adalah pemuda. Walaupun kita ada Ops Sikap dan sebagainya tetapi tidak begitu berkesan. Di dalam program ini kita hendak memupuk kesedaran dan kemahiran pengguna kenderaan dan jalan raya yang berdisiplin untuk mengurangkan kadar kemalangan kenderaan, kematian serta kerugian akibat kemalangan dan sebagainya. Di sini saya nampak kesedaran dan kemahiran pengguna kenderaan adalah tidak bertambah baik. Jikalau kita menggunakan jalan raya kita boleh tengok kesedaran itu masih kurang.

Saya berharap kita dapat mempertingkatkan kesedaran ini.

Mengenai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) saya tidak nampak pertubuhan itu dapat menjalankan kerja mungkin kementerian mengambil masa untuk menubuhkan suruhanjaya ini tetapi yang penting sekali misalnya di Lembah Klang dan juga di Kuala Lumpur. Saya melihat bilangan kereta yang masuk ke bandar raya kita masih banyak. Ini bermakna kurang 20 peratus orang yang masuk ke Kuala Lumpur masih tidak menggunakan pengangkutan awam tetapi yang lebih 80 peratus masih menggunakan kereta sendiri. Ini memang menunjukkan fungsi kementerian mesti diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai pengguna memasuki Kuala Lumpur melalui komuter, LRT, monorail dan Rapid KL. Sejak Rapid KL pada bulan September ia ada revamp, perubahan laluan walaupun lesen yang dikeluarkan oleh lembaga itu tidak ada kena mengena dengan kementerian tetapi penyelarasan mungkin melalui suruhanjaya itu mestilah diperbaiki.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita nampak revamp, perubahan ataupun pertukaran laluan Rapid KL sudah menjejaskan ramai pengguna.

Saya berharap pihak kementerian boleh mengambil perhatian. Mengenai kereta api dan komuter, perkhidmatan komuter mestilah dikaji. Saya nampak ada stesen di Taman Kepong dan tidak jauh daripada stesen Taman Kepong itu ada stesen Kepong Central.

Tidak jauh dan di Kepong Central memang kita lihat ada masalah kerana di situ ada MRR2 dan kesesakan lalu lintas.

Stesen Kepong Central terletak di situ dan saya bingung mengapa ia diletakkan di situ? Saya berharap pihak kementerian dapat mengkaji bagaimana kita dapat memperbaiki perkhidmatan walaupun saya sedih kerana projek landasan kereta api kita daripada Rawang ke Ipoh menimbulkan masalah kontroversi. Saya tidak akan berucap dengan panjang mengenai landasan kereta api itu kerana kita di dalam PAC akan mengkaji dan menyiasat mengapa hal kontroversi landasan kereta api ini timbul? Sekian, terima kasih.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenom. Selepas Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 9:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan Butiran 01400 berkenaan dengan Projek Pembaikan Kereta Api Negeri Sabah. Tuan Pengerusi, Sabah pun ada kereta api untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang selama ini telah memberi peruntukan yang begitu besar untuk menaik taraf kereta api di negeri Sabah yang menelan perbelanjaan beratus juta. Kita melihat apabila kerajaan memberi naik taraf kepada kereta api negeri Sabah ianya banyak memberi manfaat terutama kepada kawasan-kawasan yang terlibat seperti di kawasan saya di Tenom.

Kawasan saya adalah antara stesen yang terakhir kereta api akan singgah. Ia bermula dari Tanjung Aru sehinggalah ke Tenom. Walau bagaimana pun Tuan Pengerusi, saya melihat masalah ini sering kali dibangkitkan sama ada pada sidang Parlimen yang lalu ataupun pada masa yang lalu yang mana kerja-kerja menaik taraf kereta api negeri Sabah sering menjadi masalah.

Baru-baru ini pun seperti mana yang kita ketahui di dalam Dewan yang mulia ini juga kita telah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor yang melaksanakan projek-projek tersebut telah pun didenda. Akan tetapi Tuan Pengerusi sehingga ke hari ini saya melihat tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya tidak tahu mana satu yang kebal sama ada pihak kontraktor benar-benar serius untuk menangani masalah ini ataupun pihak kementerian sendiri sebab saya melihat kerja-kerja tersebut telah lama digerakkan. Kalau tidak silap saya sejak daripada sebelum saya menjadi wakil rakyat lagi, perkara ini sudah lama jadi kita faham. Pada mulanya kita telah diberi taklimat berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi tetapi sehingga hari ini walaupun syarikat ataupun kontraktor itu telah didenda tetapi kerja-kerja menaik taraf masih lagi lambat.

Saya ingin mengetahui dari pihak kementerian apakah sebab-sebab utama sehingga tertunggaknya masalah ini? Adakah kerana peruntukan? Adakah kerana kesilapan perancangan daripada pihak kementerian ataupun sama ada kelalaian daripada pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut? Kita melihat bahawa hari ini lebih kurang 1.2 juta pelancong yang datang ke negeri Sabah dengan perolehan sebanyak RM1.4 bilion pada tahun 2006 dan lebih kurang 1.6 juta yang datang ke Sabah dengan perolehan sebanyak RM2 bilion pada tahun 2009. Hampir dua juta orang yang datang.

Setidak-tidaknya apabila penaik tarafan kereta api ini ia juga merupakan salah satu produk pelancongan, pertama kepada kawasan-kawasan di luar bandar kerana di kawasan saya juga mempunyai tempat-tempat yang boleh dilawati oleh para pelancong yang datang ke tempat saya.

final • 9:46 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Pengerusi, sebagaimana yang saya katakan tadi, saya hendak tahu apakah tindakan drastik yang akan dilakukan oleh pihak kementerian mengenai masalah ini sebab masalah ini juga telah disiarkan di dalam surat khabar seperti troli rakit bergerak yang disiarkan dalam akhbar tempatan. Kita tidak mahu ini semua terjadi kerana kita lihat bahawa sejarah ataupun perkhidmatan kereta api di negeri Sabah ini adalah merupakan salah satu tinggalan sejarah sejak daripada British lagi.

Jadi, kita harap sepertimana yang saya katakan tadi supaya pihak kementerian meneliti dan mengambil tindakan yang serius untuk menangani masalah ini. Saya lihat kawasan-kawasan yang terlibat seperti di kawasan Pangie, Halorgilat, Rayoh mereka sentiasa mengharapkan perkhidmatan kereta api ini supaya dapat dinaik taraf kerana di kampung-kampung ini cuma kereta api sahajalah sebagai pengangkutan mereka untuk ke pekan Tenom.

Tuan Pengerusi, bayangkan kalau terjadi sesuatu kepada mereka, sakit tenat ataupun ada di antara penduduk kampung yang ingin bersalin untuk dibawa ke pekan Tenom, bukankah sengsara, bukankah teruk, Tuan Pengerusi? Jadi, saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi supaya pihak kementerian benar-benar dapat menangani masalah ini.

Tuan Pengerusi, tentang satu perkara lagi iaitu Butiran 060800 - Pengangkutan Jalan Sabah. Ini pun satu masalah yang tidak selesai lagi, Tuan Pengerusi. Saya sudah banyak kali menyuarakan tentang masalah PUSPAKOM, terutama kita di kawasan pedalaman. Satu-satunya PUSPAKOM yang ada di daerah Keningau, Tuan Pengerusi, di mana Daerah Tenom, Nabawan, Kemabong, Sok dan juga Tambunan adalah feeder kepada perkhidmatan PUSPAKOM di kawasan pedalaman.

Pada persidangan yang lalu juga, saya selalu menyebut betapa perlunya perkhidmatan PUSPAKOM untuk digerakkan ke kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi kerana kita melihat bahawa kebanyakan penduduk-penduduk ataupun pekebun- pekebun kecil di kawasan-kawasan ini memerlukan perkhidmatan PUSPAKOM untuk memeriksa kenderaan mereka. Betapa susahnya apabila pemilik-pemilik kenderaan tadi terpaksa bersusah payah untuk datang ke Daerah Keningau. Kalau dari kawasan saya sahaja, ia lebih kurang 40 kilometer lebih. Bayangkan ulang-alik, Tuan Pengerusi.

Sudahlah mereka terpaksa berbelanja lebih untuk minyak. Kadang-kadang apabila berbaris, pihak PUSPAKOM penuh, mereka terpaksa balik dan terpaksa membuat pemeriksaan pada hari-hari akan datang. Jadi, kita mahu supaya, Tuan Pengerusi, sepertimana yang saya suarakan pada sidang yang lalu, pihak kementerian juga akan menyediakan PUSPAKOM bergerak. Kalau tidak silap saya, Tuan Pengerusi, pada penggal yang lepas pun, kita mendengar jawapan daripada sama ada Timbalan Menteri ataupun Menteri, kalau tidak silap, pada ketika itu, beliau menjawab akan mengadakan PUSPAKOM bergerak.

Jadi, saya amat mengalu-alukan atas saranan itu, tetapi hingga hari ini bergerak pun tidak nampak, tayar pun tidak nampak, treler pun tidak nampak, apa sudah jadi ini?

Masalah. Adakah sibuk kerana mengurus benda-benda yang lain ataupun tidak mengurus masalah-masalah yang dikemukakan oleh kita sebagai wakil rakyat? Kita tidak mahu perkara ini terjadi sebab keperluan PUSPAKOM ini amat penting. Pertama, mungkin boleh membantu para pekebun kecil ataupun para pemilik kenderaan untuk mengurangkan kos mereka.

Lagi satu, Tuan Pengerusi, baru-baru ini saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengangkutan yang baru. Apabila beliau dipilih, dilantik untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Kudat, dengan segera turun ke kawasan saya dan pada ketika itu saya mengemukakan masalah PUSPAKOM ini sahaja dan beliau sendiri akan memberi komitmen yang tinggi. Saya telah menulis surat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi Timbalan Menteri telah buat kerja. Timbalan menteri telah laksanakan kerja.

final • 9:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Apa yang malangnya ialah, Tuan Pengerusi, saya telah mendapat jawapan sendiri daripada pihak PUSPAKOM di negeri Sabah dan telah memutuskan akan mengadakan perkhidmatan PUSPAKOM ke kawasan saya secara berkala, sama ada tiga bulan sekali, empat bulan sekali atau enam bulan sekali dan telah meminta kepada pihak pentadbiran daerah iaitu pejabat daerah untuk mencari tapak yang boleh dijadikan stesen apabila pihak PUSPAKOM untuk mengadakan perkhidmatan.

Malangnya, Tuan Pengerusi, walaupun pihak pentadbiran daerah, pihak pejabat daerah telah mengenal pasti tapak pemeriksaan sepertimana yang dicadangkan, sepertimana yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai daerah bahawa di Pusat Kebudayaan Murut mempunyai kawasan yang luas untuk dijadikan sebagai pusat perkhidmatan PUSPAKOM, tetapi hingga hari ini saya tidak nampak. Perkara ini telah diumumkan oleh pegawai daerah bahawa pihak PUSPAKOM akan datang. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, batang hidung pun tidak nampak, Tuan Pengerusi. Ini amat mengecewakan kita...

final • 9:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, Yang Berhormat Tenom.

final • 9:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Nanti dahulu, nanti dahulu. Jadi, saya melihat bahawa apakah pihak kementerian ataupun pihak jabatan sendiri benar-benar peka kepada masalah-masalah yang telah dikemukakan oleh pihak kita sebagai wakil kepada rakyat. Kita tidak mahu bahawa perkara-perkara seperti ini akan menjadi bebanan kepada kita.

Sesungguhnya saya percaya dan yakin bahawa kerajaan kita hari ini memang benar-benar memberi komitmen yang tinggi kepada rakyat sepertimana slogan yang kita dengar, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Kita mahu ini semua dapat dicapai dengan lebih baik, Tuan Pengerusi.

final • 9:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 9:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ya.

final • 9:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Tenom.

Masalah kelemahan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PUSPAKOM ini saya rasa ini bukan sahaja wujud di kawasan Tenom. Tadi mendengar ucapan Yang Berhormat Tenom, jelas menunjukkan walaupun orang ramai membayar kepada perkhidmatan PUSPAKOM, PUSPAKOM tidak memberi kepentingan atau keutamaan kepada perkhidmatannya.

Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sudah sampai masanya bahawa pemeriksaan kenderaan yang diwajibkan oleh kerajaan ini tidak boleh dimonopoli oleh PUSPAKOM sahaja? Kita tengok syarikat telekomunikasi, apabila ada persaingan, orang ramai akan dapat perkhidmatan yang lebih baik, caj yang lebih murah. PUSPAKOM masalahnya ialah kerana monopoli. Apakah Yang Berhormat setuju sudah sampai masa kita hapuskan monopoli dicadangkan kepada kerajaan?

final • 9:50 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Tuan Pengerusi, saya mencelah, saya ingin memberikan sedikit pandangan dan minta pendapat daripada Yang Berhormat dari Tenom berhubung dengan soal PUSPAKOM.

Apakah pandangan Yang Berhormat Tenom, satunya pandangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, mungkinkah sudah sampai satu ketika di mana kerajaan melihat atau Kementerian Pengangkutan itu sendiri sedar bahawa dasar monopoli dan eksklusif bagi PUSPAKOM sebenarnya sudah pun bercanggah dengan dasar kerajaan untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan. Iaitu kita mengetahui bahawa Perdana Menteri dan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru telah mengumumkan tentang soal hendak meliberalkan dan membuka lagi ruang kepada sektor perkhidmatan negara.

Satu sektor perkhidmatan dalam negara ini ialah perkhidmatan woksyop dan pemeriksaan kenderaan, tetapi dasar di mana PUSPAKOM memonopoli dan mempunyai kuasa eksklusif terhadap perkhidmatan ini sebenarnya hari ini bercanggah dengan dasar kerajaan itu sendiri. Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 9:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat daripada Johor Bahru dan juga daripada Yang Berhormat. Sebenarnya, saya pun merasakan bahawa apa yang diberikan pandangan daripada kedua-dua Ahli Yang Berhormat amat sesuai dengan keadaan kita hari ini. Kita ingin mewujudkan persaingan yang sihat sebab kita mengalami pelbagai masalah apabila satu-satu pihak, jabatan ataupun lebih-lebih lagi kepada PUSPAKOM yang merasakan mereka sudah dalam keadaan yang dikenali kalau setuju sebagai satu comfort di dalam keadaan yang selesa, comfort zone, tanpa mengambil kira tentang kepentingan-kepentingan rakyat. Ini masalahnya.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya mencadangkan, mengambil kira daripada pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, sudah sampai masanya kalau kita wujudkan satu lagi di mana fungsinya lebih kurang sama sebab kita melihat bahawa tujuan Puspakom ditubuhkan adalah bukan untuk menyusahkan rakyat. Apatah lagi sekarang Tuan Pengerusi kalau kita melihat di tempat saya di Keningau, saya beberapa kali buat lawatan. Tempat menunggunya Tuan Pengerusi, lebih baik lagi tempat menunggu di hospital, lebih baik tempat menunggu teksi. Ia amat daif dan mengecewakan. Sudah berapa lama perkara ini telah berlaku? Sering kali diutarakan bukan sahaja daripada saya, mungkin juga daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Oleh sebab itu, saya melihat bahawa saya mengambil kira dan bersetuju dengan pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi supaya pihak kementerian kalau boleh wujudkan satu rangkaian lagi yang mana kita mahu supaya satu persaingan yang boleh membantu masyarakat di luar bandar. Masyarakat di luar bandar yang memiliki kenderaan, bagi mereka adalah satu aset yang penting. Mereka menggunakan kenderaan untuk mengangkut hasil-hasil pertanian. Sebagai contoh Tuan Pengerusi, saya sering kali mendapat aduan daripada masyarakat pekebun-pekebun kecil yang sering kali menggunakan kenderaan mereka untuk mengangkut hasil-hasil pertanian.

Ada satu ketika Tuan Pengerusi, mereka cuma dapat sedikit sahaja pendapatan apabila setelah ditolak belanja minyak, belanja tayar, kerosakan-kerosakan kecil dan termasuklah belanja untuk membawa kenderaan ke Puspakom.

Jadi, saya mengharapkan pihak kementerian supaya mengambil tindakan yang drastik ataupun kajian lagi bagus, kajian dibuat untuk merombak kembali peranan apa yang telah diadakan oleh pihak kerajaan kepada pihak Puspakom. Kalau dahulu kita sering kali mendengar masalah kereta potong. Akan tetapi, sejauh mana masalah ini dapat diatasi? Ia masih lagi terjadi dan betapa ruginya Tuan Pengerusi kalau ada di antara kita yang membeli tanpa kita sedari bahawa itu kereta potong. Kita mahu supaya semua masalah ini dapat diatasi dan dapat diambil tindakan yang lebih ketat kerana kita tidak mahu apabila tujuan Puspakom ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan mungkin kepentingan seseorang, kepentingan pihak-pihak ketiga, keempat, kelima, keenam.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya harap apa-apa perkara yang telah saya kemukakan, pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang drastik, baik dan cepat sepertimana yang dipinta dalam slogan pemimpin kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Dengan itu Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 10:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi

Selepas Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 10:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cuma ada satu perkara yang saya ingin sentuh di sini. Butiran 010500 - Pengangkutan Udara. Saya ingin merujuk kepada operasi perkhidmatan penerbangan AirAsia. Ini kerana ada operasinya yang berubah secara mendadak atau tanpa notis awal yang teratur dan menjadi masalah kepada penumpang.

final • 10:05 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Contohnya, penerbangan ke Tien Jien, China yang bermula bulan April 2009, tetapi telah dibatalkan buat sementara waktu mulai November 2009 hingga Februari 2010 atas alasan cuaca buruk dan sejuk di sana.

Masalahnya ialah pada permulaannya, pihak AirAsia tidak ada pengumuman rasmi dibuat dan cuma diumumkan dalam facebook. Kes ini telah disiarkan di akhbar-akhbar.

Mengapa pihak AirAsia tidak memberi pengumuman secara rasmi tentang pembatalan penerbangan ke Tien Jien ini? Juga atas alasan cuaca buruk, rasanya dirahsia yang terletak di utara China lebih sejuk berbanding dengan China. Ini tidak logik kerana penangguhan penerbangan dalam tempoh selama tiga bulan. Adakah AirAsia telah menggunakan pesawat untuk ke Tien Jien ini sebagai ganti pesawat penerbangan ke tempat lain yang lebih menguntungkan? Adakah penerbangan ke Tien Jien ini kurang menguntungkan? Apakah ganti rugi yang diberikan kepada para penumpang yang telah membeli tiket pada awal lagi ke Tien Jien ini?

AirAsia juga cuai dalam menyediakan menu untuk penumpang. Banyak makanan dan minuman yang diminta tiada dalam senarai menu dengan alasan kehabisan stok.

Paling nyata, kadang-kadang tiada mineral water dan penumpang terpaksa membeli minuman lain. Bagaimanakah penumpang yang ingin makan ubat tanpa air mineral ini?

Apabila di atas pesawat, penumpang seolah-olah dipaksa untuk membeli makanan atau minuman yang tidak sesuai dengan selera penumpang kerana hidangan yang terhad. Saya mencadangkan supaya AirAsia boleh mengikut jejak MAS supaya memberikan air suam percuma kepada para penumpang. Tidak payah penumpang membayar RM4 untuk mendapatkan satu mineral water.

Saya juga ingin tahu bagaimanakah AirAsia dalam usaha memperbaiki jadual penerbangannya kerana banyak penerbangannya tidak mengikut masa yang ditetapkan.

Banyak penerbangan selalu lewat, setengah jam hingga satu jam. Bagaimana isu ini dapat diperbaiki? Berkenaan dengan Lapangan Terbang LCCT yang sedia ada, bagaimanakah kementerian mengatasi masalah kesesakan di Lapangan Terbang LCCT sebab Lapangan Terbang LCCT yang baru cuma akan siap selepas dua tahun.

Dalam masa dua tahun ini adakah Lapangan Terbang LCCT yang sedia ada dapat menampung jumlah penumpang yang kian meningkat? Saya rasa tidak kerana keadaan sekarang amat meruncing. Saya berharap pihak kementerian dapat mengambil langkah- langkah yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

final • 10:05 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Johor Bahru, selepas Johor Bahru, Petaling Jaya Utara.

final • 10:10 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyambung balik daripada mana yang telah dibincangkan oleh Yang Berhormat Tenom, iaitu berhubung dengan Keselamatan Jalan Raya – Butiran 080000 yang khusus kepada PUSPAKOM, tetapi juga lebih kepada soal pelaksanaan dasar yang telah kerajaan tentukan, iaitu dari segi satu sikap dan pendekatan yang harus saya rasa diperlihatkan oleh Kementerian Pengangkutan, dalam pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan mahupun mungkin boleh dihujahkan bahawa teguran kita kepada PUSPAKOM ialah menyentuh kepada dasar. Akan tetapi pada pandangan saya dan saya rasa rakan- akan yang lain ialah bahawa kalau sudah terlalu lama satu-satu monopoli itu dilaksanakan, ia sudah pun masuk kepada peringkat pelaksanaan dan sudah tentu lebih-lebih lagi dalam keadaan apabila kerajaan sendiri sudah menyatakan, bahawa harus ada perubahan dari segi pendekatan kerajaan itu sendiri, tidak ke arah mengutamakan syarikat dan pelabur tetapi bergerak ke arah mengutamakan pelanggan dan rakyat.

Di sini sudah tentulah PUSPAKOM dengan kontraknya atau keadaan monopolinya yang telah dilanjutkan lagi lima tahun, merupakan satu tindakan yang bercanggah sendiri dengan konsep persaingan dan ekonomi yang terbuka dan keadaan ekonomi, sektor perkhidmatan negara yang diliberalisasikan, dan tentunya ia menjadi satu tindakan, satu keadaan yang tak boleh kita biarkan begitu sahaja.

final • 10:10 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Jadi walaupun kontrak PUSPAKOM ini sudah dilanjutkan, saya berharap bahawa Kementerian Pengangkutan mengambil kira keadaan, di mana ia bertentangan dengan dasar kerajaan itu sendiri iaitu, harusnya sektor perkhidmatan seperti woksyop, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di mana sudah pun terdapat kemampuan yang tertubuh dan wujud begitu meluas di dalam negara ini.

Saya percaya satu rangkaian woksyop-woksyop yang boleh melakukan pemeriksaan ke arah menjamin keselamatan kenderaan di jalan raya. Sikap yang sama juga malangnya kelihatan di Kementerian Pengangkutan. Jadi, saya sendiri telah bertanya satu soalan mengenai dengan jeti dan terminal feri yang dibina oleh kerajaan, di mana terminal pengangkutan laut ini merupakan kemudahan awam, tetapi sikap Kementerian Pengangkutan pula ialah ke arah satu sikap yang sungguh pelik. Kementerian Pengangkutan sanggup membelanjakan wang kerajaan, sanggup rugi dan membelanjakan perbelanjaan wang kerajaan untuk mengawal dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam ini tanpa menghiraukan satu keadaan, di mana mereka membenarkan pengguna- pengguna yang berlebihan mengikut permintaan yang ada, daripada kalangan pengusaha- pengusaha feri dan bot.

Sebenarnya kerajaan boleh mendapat keuntungan, mendapat pendapatan yang berlebihan untuk menyelenggarakan kemudahan-kemudahan asas ini. Soalan saya yang bersangkut paut dengan soal terminal feri di sebelah negeri Johor, akhirnya pada ketika itu kalau tidak silap saya jawapannya ialah, bahawa Kementerian Pengangkutan sedang dalam menimbang dan melihat kepada keadaan bagaimana hendak memberikan kelulusan kepada selain daripada satu buah syarikat sahaja yang dibenarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Sekali lagi masuk kepada satu keadaan pemikiran dan sikap yang hendak memberikan keadaan eksklusif kepada satu-satu syarikat yang tertentu, sedangkan pihak pengusaha yang lain sanggup mengambil risiko perniagaan dengan melabur wang membeli feri berjuta-juta ringgit dan sanggup bersaing sesama mereka, tetapi kerana sikap Kementerian Pengangkutan di dalam mengendalikan tanggungjawab yang diletakkan di bawah kementerian ini lebih kepada untuk mewujudkan monopoli dan juga syarikat eksklusif kepada syarikat-syarikat tertentu.

Mereka lebih rela tidak mendapat pendapatan dan berbelanja wang rakyat, wang kerajaan untuk tujuan menyelenggarakan kemudahan awam ini, sebaliknya kalau mereka membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha feri dan bot yang lain untuk menggunakan kemudahan awam yang telah disediakan oleh kerajaan ini, mereka akan mendapat pulangan yang boleh mengurangkan bebanan kerajaan itu sendiri untuk menyelenggarakan kemudahan ini. Jadi sikap yang kita lihat hari ini, Tuan Pengerusi ialah bahawa kalau sudah pun diumumkan satu keadaan, di mana kerajaan di peringkat dasar ingin melihat sektor perkhidmatan ini diliberalisasikan dan dibuka untuk mendapatkan lebih persaingan supaya pelanggan dan rakyat mendapat faedah, tetapi sebaliknya sikap Kementerian Pengangkutan seolah-olah masih terperangkap dalam masa yang ke belakang.

Saya berharap bahawa Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai kementerian boleh mengambil tindakan yang serius, yang betul-betul ikhlas untuk mengikuti dasar, untuk melaksanakan dasar yang telah diumumkan dan diutarakan oleh Perdana Menteri kita dan kerajaan yang baru ini.

Selain daripada itu Tuan Pengerusi, sikap yang sama juga saya lihat di KTM. Saya menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru semenjak tahun 2004 dan semenjak itu saya telah lihat bahawa adanya masalah dari segi sikap kepimpinan dalam KTM. Mereka sanggup menjaga laluan KTM dari Tambak ke Tanjung Pagar di Singapura, iaitu di sebuah negara asing, menjaga laluan itu dengan begitu baik sekali, tetapi sebaliknya bagi laluan KTM dari Tambak Johor ke utara, dibiarkan menjadi hutan dan semak dan akhirnya terus menjadi sarang untuk penagih-penagih dadah. Di negara orang, kita sanggup menjaga laluan kita kerana kerajaan asing menentukan, meminta kita melantik kontraktor untuk menjaga laluan KTM dengan baik tetapi di negeri sendiri kita kata, “Ah, tidak ada siapa yang akan menegur.” Jadi sebagai Ahli Parlimen, saya menganjurkan kerja-kerja gotong-royong untuk membersihkan laluan KTM itu di dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.

final • 10:10 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Akan tetapi bila saya melakukan kerja gotong-royong ini untuk membersihkan laluan, pihak KTM kata mereka akan melantik kontraktor. Jadi timbul juga ada kenyataan akhbar daripada Pengurus KTM dari Kuala Lumpur yang menyatakan sebenarnya tidak ada masalah laluan KTM di Johor Bahru itu bersih, hanya kerana sikap pegawai yang tinggi tak suka turun bawah, tidak suka hendak menerima kenyataan dan masih bersikap sebagai pihak yang berfikiran mentaliti kolonial. Saya tidak boleh memberikan takrifan ini, malangnya kerana semasa kita dijajah dahulu, pihak kolonial lagi bersih menjaga laluan KTM.

final • 10:10 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Ketika itu, boleh main bola, boleh digunakan laluan KTM di Johor Bahru untuk tujuan rekreasi. Akan tetapi, semenjak kita merdeka, sikap kita bukan bertambah sayangkan dan cintakan kepada negara ataupun sayang dan cintakan kepada rakyat tetapi sebaliknya bertambah ketinggalan sehingga sanggup membenarkan harta kita di negara kita sendiri terbiar begitu sahaja.

Jadi, saya berharap bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menegur sedikit lah atau menyampaikan pandangan kepada pengerusi baru kita yang menjadi Pengerusi KTM. Di samping itu juga, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh sampaikan jugalah pandangan kepada pihak kementerian dan juga pada pihak KTM, ada laluan harta kita, harap jagalah dengan sebaik-baiknya. Jadi, itu sahaja...

final • 10:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Laluan Yang Berhormat, sedikit, sedikit sahaja.

Berhubung dengan KTM sebelum Johor Bahru berundur. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan sikap syarikat-syarikat yang bernaung di bawah kerajaan GLC, GLIC dan sebagainya. Jadi, adakah ini menggambarkan bahawa keadaan yang tidak bersungguh-sungguh ataupun semangat kerja yang tekun, yang perlu dipamerkan oleh kakitangan syarikat yang bernaung termasuk KTM sekalipun kerana mereka merasakan kalau rugi pun, kerajaan akan memberi suntikan atau bail terhadap syarikat-syarikat berkenaan. Jadi, adakah budaya ini yang menyebabkan apa yang berlaku yang telah digambarkan oleh Yang Berhormat tadi?

final • 10:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Tuan Pengerusi, soal untung rugi itu saya rasa merupakan satu soalan yang tidaklah sangat akan menjejaskan kerja untuk membersihkan laluan atau membersihkan bilik air atau membersihkan stesen atau membersihkan atau menjaga kereta api dan harta yang lain. Yang rugi tetap rugi tetapi sambil rugi itu biarlah menunjukkan sikap yang menilai atau menghargai aset yang dimiliki oleh syarikat seperti KTM atau perbadanan seperti KTM. Ini yang sebenarnya menjadi masalahnya. Saya rasa kalau kita semua boleh menerima bahawa syarikat atau pun perusahaan seperti KTM mungkin rugi kerana sebab-sebab yang tertentu, kerana keadaan dan teknologi yang tidak bersesuaian dan sebagainya dan keperluan yang meningkatkan harga capital expenditure, dengan izin Tuan Pengerusi.

Akan tetapi, dari segi mentaliti dan sikap yang kita harapkan itu yang terdapat dari segi pendekatan pegawai-pegawai yang sudah pun menduduki jawatan yang tinggi dan memberikan tanggungjawab yang tinggi yang sudah pun terdedah kepada berbagai-bagai conference. Terdedah kepada lawatan demi lawatan tetapi masih tidak nampak bahawa soal menjaga aset dan harta dalam keadaan yang sebaik mungkin merupakan satu tanggungjawab yang boleh tercapai walaupun syarikat kita rugi, walaupun perbadanan itu rugi, walaupun perusahaan itu terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Jadi, sebab itu saya rasa bahawa yang penting ialah bukan kita mengumumkan dasar yang cantik molek tetapi yang penting ialah kesanggupan pegawai-pegawai kita, mereka yang diberikan tanggungjawab untuk membuat sedikit yang lebih, untuk mengubahkan cara pemikiran mereka untuk meletakkan nilai yang tinggi dan menghargai harta kerajaan atau harta perbadanan atau harta syarikat yang telah diberikan tanggungjawab dalam bidang ini.

Saya berharap Tuan Pengerusi bahawa rakan kita yang menjadi Timbalan Menteri akan dapat membawa perasaan Ahli-ahli Dewan ini bukan sahaja daripada parti kerajaan, parti yang memerintah tetapi juga daripada pihak pembangkang bahawa kita amat dukacita dengan sikap yang begitu jauh ketinggalan dengan mengamalkan exclusivity yang menganjurkan monopoli.

final • 10:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru

Di samping itu juga terus menerus tidak pula meletakkan nilai dan harga yang tinggi kepada aset yang dimiliki oleh syarikat dan perbadanan kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Berapa lama Yang Berhormat? Because you just have five minutes. Masa 10 minit boleh siap? Kalau 10 minit boleh siap, saya boleh gunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 12.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

15 boleh?

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Masa 15 tak kan lah. Otherwise, you need tomorrow five minutes…, no use.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sambung esok. Okey...?

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Masa 10 minit ya.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ya.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Atau pun sambung esok.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

I cuba lah.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, sila.

final • 10:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

I cubalah ya. Dengan laju lah. Okey, yang pertama hanya tiga perkara yang saya ingin bangkitkan dalam Kementerian Pengangkutan. Pertama adalah mengenai Maksud Pembangunan 28 - Kajian Peningkatan Infrastruktur Yang Sedia Ada. Perkara yang berkenaan adalah mengenai LRT aliran Ampang di mana ia akan dilanjutkan ke Sri Petaling dan Putra Heights dan aliran Kelana Jaya yang akan dilanjutkan daripada Subang Jaya, sama juga pergi Putra Heights.

Saya ingin tahu apakah perkembangan bagi projek ini buat masa ini dan dalam bajet yang saya teliti dan saya cuba cari secara terperinci, saya tidak mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan projek ini ataupun apa-apa perbelanjaan yang spesifik untuk projek ini pada tahun 2010. So, saya tidak tahu adakah projek ini akan dikekalkan, di mana pada tahun 2012 tentu akan di comission dan bersedia untuk berjalan ataupun projek ini akan ditangguhkan sekali lagi kepada tahun-tahun yang akan datang sebab kalau tidak ada wang yang diperuntukkan untuk membuat projek ini tentulah tidak ada wang untuk projek ini dijalankan.

Saya tahu bahawa sekarang adalah dalam peringkat public feedback dan public feedback aliran tempat yang disediakan untuk the route telah pun dipamerkan di beberapa tempat termasuklah DBKL, MPPJ dan lain-lain tempat. Akan tetapi, di kawasan saya ada penduduk yang sudah dapat notis. Penduduk yang sudah dapat notis bahawa tanah mereka, rumah mereka akan diambil alih oleh kerajaan untuk projek ini yang melanjutkan aliran LRT kepada tempat-tempat yang saya katakan tadi.

Katakan kalau consultation belum habis, belum siap dan aliran ini belum dimuktamadkan, dia punya route belum dimuktamadkan kenapa kerajaan telah pun mengambil langkah untuk mengambil alih tanah-tanah berkenaan. Saya rasa hairan sebab penduduk saya di kawasan Taman Mega Mas telah pun mengadu kepada saya mengapa perkara ini terjadi sebelum aliran itu dimuktamadkan. Saya ingin tahu juga adakah pihak berkuasa tempatan termasuklah MPPJ, MBSJ akan dirunding mengenai aliran jalan yang akan terlibat dalam perkara ini.

Ini kerana saya difahamkan ada juga pertukaran aliran jalan negeri yang akan dibuat oleh pihak Syarikat Prasarana Negara di mana setahu saya belum lagi diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. So, apakah rundingan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan.

final • 10:26 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya ingin tanya dengan perkara yang lebih luas sedikit mengenai tabung satu dana, RM35 bilion yang telah pun diumumkan oleh bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lalu untuk menyelenggarakan sistem pengangkutan awam di Malaysia. RM35 bilion di umumkan dan ia pun menjadi satu headline dalam surat khabar-surat khabar kita.

Saya sekali lagi membaca dengan teliti, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, saya tidak nampak mana-mana ada satu jumlah yang berdekatan dengan jumlah RM35 bilion ini yang digunakan dari tahun 2009 sehingga 2014. Kalau dipecahkan average pun setiap tahun sekurang-kurangnya ada lebih kurang RM5.8 bilion. Akan tetapi, masalahnya dalam bajet tahun ini, yang saya boleh kira, saya boleh nampak tidak sampai RM1 bilion diperuntukkan untuk menaik tarafkan sistem pengangkutan awam termasuklah sistem kereta api, komuter, LRT, bas dan laun-lain. Saya tidak nampak jumlahnya melebihi RM1 bilion.

So, saya hendak tanya ke mana perginya RM35 bilion yang telah pun dijanjikan oleh kerajaan pada bajet tahun lalu. Adakah RM35 bilion ini telah pun lesap ataupun ditukarkan kepada perkara-perkara yang lain ataupun masih ada tetapi belum dipakai. Oh, sudah 10.30. Saya habiskan public transportation dahulu. Akhir sekali bagi public transportation aliran Cheras ke Kota Damansara.

Perkara ini juga telah pun diumumkan oleh pihak kerajaan lebih kurang satu dua tahun lalu. Apa akan terjadi kepada projek ini sebab buat masa ini macam sudah tidak ada perkembangan dan tidak akan dibuat oleh pihak kerajaan. So, ini merupakan soalan saya bagi maksud ini mengenai pengangkutan awam. Tuan Pengerusi, boleh sambung esok?

final • 10:26 PM

Tuan Pengerusi

Okey, so you have another say 5 minutes. Saya tahu dia mahu cari idea lagi malam ini... [Ketawa] Majlis Mesyuarat bersidang semula [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:26 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 1 Disember 2009. Terima kasih Dewan ditangguhkan pada pukul 10.32 malam.

final • 10:31 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026