Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, peranan Bernama TV sebagai suara kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan dan perpaduan, khususnya mengembangkan Gagasan 1Malaysia.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom di atas pertanyaan yang pertama.
BERNAMA TV memberi rakyat satu pilihan tambahan kepada saluran televisyen sedia ada seperti RTM dan TV3. Ia telah mengisi kekosongan dengan menjadi satu saluran TV di mana rakyat boleh mendapat berita dan informasi terkini sepanjang 24 jam.
Masyarakat sekarang bukan hanya mahukan informasi yang tepat, tetapi juga secepat mungkin. Semenjak dilancarkan, stesen ini telah mencipta niche tersendiri kerana ia merupakan satu-satunya saluran berita 24 jam di negara ini. Berita yang disajikan adalah berterusan atau back-to-back, dengan izin, di mana penonton tidak perlu menunggu waktu yang tertentu untuk mendapatkan berita.
Bagi membantu kerajaan menjayakan agenda pembangunan dan perpaduan khususnya mengimbang dan memperkukuhkan Gagasan 1Malaysia, BERNAMA TV sentiasa memberi penekanan kepada berita-berita yang benar, sahih, tepat dan terkini.
Berita-berita sensasi dan provokasi tidak akan diberi ruang bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan matlamat 1Malaysia. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi yang menerangkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh media rasmi kerajaan kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana seorang tokoh komunikasi yang terkemuka, namanya Cohan menyatakan bahawa dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir, tetapi yang mengaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan.J usteru itu, Tuan Yang di-Pertua, media boleh dilabelkan sebagai agen perubahan masyarakat yang baru, yang ternyata pengaruhnya melebihi suara-suara yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya difahamkan bahawa BERNAMA TV akan dikorporatkan di bawah tiga syarikat iaitu Syarikat Silver Ridge
(Multimedia) Sdn. Bhd. yang memegang saham sebanyak 30 peratus, Standard Code Sdn.
Bhd, 30 peratus dan Hallmark Entertainment Sdn. Bhd. 7 peratus dan selebihnya kepada pihak BERNAMA.
Tuan Yang di-Pertua, jadi, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah pemikiran dan agenda kerajaan benar-benar dapat meresapi jiwa pemikiran syarikat media swasta dan juga korporat dalam soal untuk membawa agenda seperti mana agenda 1Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih, Yang Berhormat Tenom atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sedikit pembetulan iaitu pemegang saham BERNAMA TV Synergy Bhd., dahulunya ada empat pemegang saham iaitu Silver Ridge
(Multimedia) Sdn. Bhd., Standard Code Sdn. Bhd. dan Hallmark Entertainment Sdn. Bhd.
Ketiga-ketiga syarikat ini memegang pegangan saham berjumlah 67 peratus dan lebihannya sebanyak 33 peratus dipegang oleh BERNAMA Bhd. Pada masa kini, saham yang dipegang oleh tiga syarikat ini telah ataupun sedang diurus beli oleh sebuah syarikat yang lain iaitu ANCOM Bhd. yang ada kaitan dan jaringan dengan Malay Mail. Dari segi pegangan saham, kita boleh tahu bahawa yang lebih penting pada masa ini adalah menjayakan BERNAMA TV supaya ia tidak akan tenggelam dalam hutang.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Kita percaya dengan pemegang saham yang bakal mengurus BERNAMA TV ini, BERNAMA TV akan menjadi satu entiti yang viable. Beberapa perubahan program telah pun disediakan dan diharapkan lebih banyak lagi pengiklan-pengiklan akan menempah airtime dari BERNAMA TV, itu yang pertama.
Yang keduanya, sebagaimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, bagaimanakah ia akan dapat memperkasakan lagi perjuangan kita untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia. Kita berharap dengan kekukuhan kewangan BERNAMA TV nanti, entiti ini akan lebih fleksibel untuk menayangkan apa yang boleh kita katakan yang membina masyarakat kita di Malaysia dan negara bangsa. Ini yang kita harapkan Yang Berhormat dan kita memang percaya ia akan berjaya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang panjang lebar itu tadi, satu kata yang tepat untuk dinyatakan di Dewan yang mulia ini ialah, BERNAMA rugi. Saya ingin bertanya, kenapa rugi, kenapa rugi? Sedangkan kalau dibandingkan, kalau niche tadi adalah untuk bersaing dari segi memberikan informasi secara cepat dan tepat, kita boleh membuat satu perbandingan dengan Astro AWANI sebagai contoh. Ia lebih proaktif, lebih ceria dan lebih terbuka dari segi memberikan ruang dan peluang untuk diadakan apa yang dikatakan Tuan Yang di-Pertua, intellectual discourse dan memanggil tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, tetapi tidak BERNAMA TV. Oleh sebab itu tempahan iklan, saya diberitahu Astro AWANI lebih mendapat tempahan iklan yang lebih lumayan berbanding dengan BERNAMA.
Jadi bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini apakah sebab yang sebenarnya BERNAMA TV ini rugi dan terpaksalah tiga syarikat yang saya sebut tadi mengambil alih dan ini adalah suatu perkara yang malang bagi BERNAMA TV. Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat dari Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, buat masa dahulu iaitu BERNAMA TV mengalami ataupun membelanjakan setiap bulan Operating Expenditure (OPEX) yang tinggi. Perbelanjaan operasinya RM1.5 juta setiap bulan dan penempahan advertisement hanya menerima RM150,000 sebulan.
Dari angka-angka ini, kita mendapati bahawa memang setiap bulan BERNAMA TV mengalami kerugian dan oleh yang demikian sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa pemegang saham yang terbesar yang baru ini iaitu Ancom Sdn. Bhd., kita percaya akan dapat menceriakan lagi BERNAMA TV. Saya percaya dengan agihan masa tayangan BERNAMA TV nanti, lebih ramai penonton dan begitu juga pengiklan akan menempah masa untuk pengiklanan di BERNAMA TV. Misalnya, BERNAMA TV dahulu menumpukan airtimenya kepada berita dan talk show sahaja dan pada masa kini ia membahagikan airtimenya kepada berita, fesyen, hiburan, sukan, talk show, pelancongan dan dokumentasi-dokumentari yang menarik. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan tambahan, soalan ni Tuan Yang di-Pertua pun suka... [Ketawa]
2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah rancangan terdekat kerajaan untuk melaksanakan Skim Kebajikan Kesihatan Komprehensif Nasional yang mampu dibiayai oleh semua rakyat. Bagaimana kementerian memastikan agar tiada lagi rayuan derma perubatan kesihatan melalui media massa.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dan prihatin di dalam usaha untuk meringankan bebanan rakyat terutama sekali berkaitan dengan hal ehwal kesihatan.
Kerajaan dalam proses meneliti dan menimbangkan pelaksanaan Skim Pembiayaan Kesihatan dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk memperhalus kewujudan skim tersebut.
Untuk itu, sekiranya kerajaan bersetuju skim tersebut akan diimplementasikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan orang ramai yang kurang berkemampuan menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sejak tahun 2005. Khusus untuk memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Bantuan tersebut termasuklah peralatan perubatan, implan, ubat, rawatan perubatan dan sebagainya.
Bantuan boleh dipohon oleh pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan melalui pakar perubatan yang merawat dan pegawai kerja sosial perubatan di hospital-hospital berkenaan.
Untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kemudahan ini, maklumat melalui risalah-risalah telah dibuat dan disalurkan melalui hospital-hospital kerajaan, klinik- klinik kesihatan, pejabat kesihatan dan juga hospital-hospital swasta, termasuklah jenis- jenis rawatan dan kemudahan-kemudahan bantuan yang boleh diperoleh melalui tabung bantuan perubatan. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat pesakit yang membuat rayuan derma di media massa dengan memberikan nasihat supaya menyalurkan permasalahan dan permohonan kepada pegawai kerja sosial perubatan di hospital berdekatan.
Walau bagaimanapun, pihak media massa juga mempunyai obligasi sosial mereka dalam memberi bantuan kepada pesakit yang memohon melalui media. Dengan tersebarnya maklumat melalui Tabung Bantuan Perubatan ini, diharapkan tiada lagi permohonan melalui media massa dibuat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, microphone Yang Berhormat Papar bergoyang-goyang dan terpaksa gunakan tangan. Saya ingat kita sudah berbelanja beberapa juta, takkan satu microphone pun tidak boleh pasang baik... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sila Yang Berhormat PJ Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan Skim Kebajikan Kesihatan Komprehensif Nasional, adakah kementerian akan mengkaji semula syarikat pembekal perubatan dan juga pembekal peralatan perubatan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mengaji ke mengkaji?...
[Ketawa]
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Jangan kacaulah, ya... [Disampuk] So, pada masa sekarang di mana kita dapati ada beberapa syarikat pembekal utama yang mendapat AP untuk monopoli business untuk membekalkan perubatan dan juga peralatan perubatan hospital kerajaan. Persoalan saya, adakah kerajaan akan mengkaji semula tentang perlantikan syarikat pembekal ini kerana selama ini mereka mendapat keuntungan yang besar. Mereka boleh mendapat AP untuk import ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan yang utama masuk ke Malaysia.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan siapakah syarikat pembekal utama selama ini yang memonopoli import ubat-ubatan ke Malaysia ini? Terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kota Melaka kerana telah menyuarakan mengenai microphone, tetapi saya tiada masalah untuk memegang microphone ini, Yang Berhormat... [Ketawa] Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, sebenarnya apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat mengenai AP tersebut tidak benar. Ini kerana apabila kita melaksanakan pembekalan perubatan dan juga pembekalan ubat-ubatan dari syarikat-syarikat dalam negara ataupun luar negara, kita tidak mengamalkan sistem AP, tetapi terdapat beberapa syarikat yang dilantik yang mempunyai kemahiran khusus.
Namun demikian Yang Berhormat, syarikat ini telah diberikan mandat untuk melaksanakan sistem anak angkat di mana syarikat ini akan melantik syarikat-syarikat di bawahnya iaitu syarikat yang boleh melaksanakan sama ada import dari segi perubatan ataupun barang-barang perubatan. Jadi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya itu tidak benar. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita berbelanja lebih kurang RM100 juta setiap tahun bagi membantu rakyat yang tidak mampu untuk pergi membuat perubatan di IJN dan tempat-tempat lain.
Jadi, adakah kementerian bercadang, mungkin seperti mana yang saya cadangkan iaitu kerajaan membuat satu enakmen, memastikan bahawa semua pekerja- pekerja swasta dan kerajaan membayar insurans tiap-tiap bulan melalui potongan gaji mungkin sebanyak RM5, RM10. Apabila dipotong gaji tersebut, kerajaan menyumbang.
Maka kerajaan tidak lagi belanja RM80 juta setahun. Adakah cadangan ini akan dikemukakan kepada Parlimen untuk diluluskan? Ini untuk kebaikan rakyat. Jika mereka sakit, mereka sudah ada insurans. Adakah cadangan ini dikemukakan untuk dipertimbangkan? Terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan, seperti yang saya nyatakan lebih awal tadi Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan sentiasa komited, terutama dalam usaha untuk memastikan tahap kesihatan rakyat di negara kita terjamin. Saya juga telah menjawab dari segi Skim Pembiayaan Kesihatan yang sedang dikaji untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Di bawah skim ini, ini merupakan satu mekanisme pembiayaan kesihatan yang bersesuaian untuk negara kita di dalam memberikan liputan perlindungan yang menyeluruh kepada seluruh anggota masyarakat. Namun Yang Berhormat...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Saya kurang faham Timbalan Menteri, ini skim insurans atau skim apa?
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Skim Pembiayaan Kesihatan Yang Berhormat, yang mempunyai ciri-ciri insurans. Tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan mengemukakan mengenai skim kebajikan komprehensif. Kerajaan sejak awal lagi iaitu sejak tahun 1980-an bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme pembiayaan kesihatan yang bersesuaian dengan negara kita dalam usaha kita memberikan liputan perlindungan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Yang Berhormat, sebenarnya beberapa perkara perlu dikaji sebelum pelaksanaan skim ini. Sudah tentu kita perlu melihat dari segi aplikasi seperti analisa risiko dan juga aplikasi kewangan jangka panjang. Perkara itu di dalam proses penelitian dan insya-Allah sekiranya syarat-syarat telah ditetapkan, ia akan dibentangkan secepat mungkin, terutama sekali di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Dato’ Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah perkembangan perundingan dengan negara jiran, Brunei Darussalam berhubung pembinaan jambatan sempadan Sarawak-Brunei di Sungai Pandaruan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Sabah dan Sarawak yang berulang alik di antara negeri dengan melalui jalan raya Pan Borneo. Selain terpaksa menempuh kesesakan di Sungai Pandaruan dan Sungai Terusan akibat penggunaan feri, para penduduk juga terpaksa menempuh beberapa pos imigresen dan kastam sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya dan juga telah meningkatkan masa dan kos perjalanan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rundingan mengenai isu persempadanan dengan negara jiran iaitu Brunei Darussalam berhubung pembinaan jambatan sempadan Sarawak-Brunei di Sungai Pandaruan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri.
Kementerian Kerja Raya akan memohon pengesahan dan pandangan daripada Wisma Putra mengenai perundingan persempadanan Malaysia–Brunei tersebut sebelum mempertimbangkan untuk memudahkan projek ini dengan keutamaan tinggi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sekian.
Dato’ Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah para pengguna jalan Pan Borneo yang terpaksa berbaris atau queue kadang-kadang hingga tiga jam menunggu feri di Sungai Pandaruan tidak akan selesai dalam tempoh masa yang terdekat kalau mengikut jawapan yang diberi tadi.
The missing link, dengan izin, ialah sebuah jambatan yang diperlukan di sungai tersebut dan memerlukan usaha berterusan pihak kerajaan untuk mendapatkan persetujuan Kerajaan Brunei bagi pelaksanaan jambatan tersebut. Soalannya ialah, apakah time frame, dengan izin, atas semangat BIMP-EAGA perkara ini dijangka dapat diselesaikan ataupun direalisasikan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Lawas. Tuan Yang di- Pertua, ini adalah isu sempadan di antara dua negara dan kita tertakluk kepada perbincangan persetujuan dua pihak. Kita akan secepat mungkin kalau ia diluluskan perundingan ini dan kita akan terus memohon untuk projek ini. Sebenarnya, kita telah pun buat satu jambatan, saya pun telah pergi empat tahun lalu dan melihat Sungai Terusan di mana jambatan sekian sedang dibina, ini adalah sebelah kanan manakala Sungai Pandaruan ini di sebelah kiri. Jambatan ini akan siap pada hujung tahun depan. Mengenai jambatan di Sungai Pandaruan, ini tertakluk kepada keputusan yang kita dapat capai di antara dua negara melalui Wisma Putra. Terima kasih.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya beri kepada wakil dari Sarawak, Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Cerita jambatan di kawasan saya ini telah didengari sejak zaman universiti lagi, awal 80-an iaitu still on the drawing board.
Soalan saya, apakah kementerian dan Wisma Putra sudah berunding? Kalau ya, pada tahap apa dan kemajuan perundingan itu kerana rakyat di sana ingin tahu. Apakah betul reka bentuk dan BQ sudah siap sepertimana yang dikhabarkan kepada saya dan apakah ia dapat dimasukkan ke dalam skop kerja pelebaran Pan Borneo sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini. Ini supaya perjalanan di jalan ini lebih lancar bagi penduduk Sabah, Sarawak dan rakyat bagi negara jiran itu sendiri.
Sekian, terima kasih.
Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, rancangan untuk melebarkan dan memperelokkan jalan-jalan Pan-Borneo memang sedang dijalankan.
Dato' Yong Khoon Seng
Dalam bajet ini kita telah pun masukkan untuk ini kecuali jambatan ini kita terpaksa tunggu kelulusan atau persetujuan dari kedua-dua negara melalui Wisma Putra.
Saya di sini tidak boleh kata bila ianya boleh mencapai persetujuan ini dan saya harap ianya boleh dibuat secepat mungkin, kerana saya tahu rundingan di antara kedua- dua negara yang ke-13 sudah berlangsung tahun ini dan mungkin kita akan mendengar keputusan kalau diadakan satu perbincangan yang ke-14, saya haraplah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Dato' Johari bin Abdul, Sungai Petani.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan, saya mohon mengumumkan kehadiran petugas-petugas PAS dari Kota Raja dan skuad wanita Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja.
4. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, berikutan dua jenis minyak petrol dijual di stesen minyak Petronas iaitu Petronas Primax 3 dengan harga RM2.05 satu liter dan Petronas Primax 95 dengan harga RM1.80 satu liter, adakah benar Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak ini boleh merosakkan enjin dan jika benar kenapa kebanyakan stesen Petronas menjual minyak jenis ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Tan Lian Hoe
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah pun diadakan untuk mendapatkan maklum balas dari setiap aspek penggunaan petrol RON 95.
Semua pihak tersebut bersetuju dengan pelaksanaan RON 95 memandangkan kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum, yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan seperti mana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan, akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya.
Lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin. Oleh yang demikian sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.
Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan RON95. Di Eropah penggunaan petrol RON95 adalah 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan. Justeru tanggapan penggunaan petrol RON95 untuk kereta import dan kereta mewah akan merosakkan enjin adalah tidak tepat. Sekian, terima kasih.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isunya ialah apabila kita ke stesen-stesen Petronas. Ia ada dua warna sahaja kepala paip, kepala kuning dan hijau. Kuning ialah RON 95, hijau RON 97. Kebanyakan stesen menjual RON95. Isunya Tuan Yang di-Pertua, apabila pelanggan ke Petronas stesen tidak banyak yang menjual RON 97. Jadi pelanggan-pelanggan pergi ke stesen-stesen minyak yang lain bukan Petronas. Terdapat notis-notis di kedai-kedai minyak yang lain yang mengatakan RON95 boleh membahayakan enjin kereta anda. Dia senaraikan pula kereta-kereta yang kebanyakannya digunakan oleh Ahli Parlimen, 1.6 dan ke atas.
Isunya Tuan Yang di-Pertua, ialah kalau ini terjadi maknanya sama ada pertama, berlakunya sabotaj jangan gunakan RON95 atau kedua mungkin ada kebenarannya, di mana pengguna-pengguna RON95 diberikan minyak yang tidak sepatutnya berlaku.
Sepatutnya standardnya mungkin 95 ataupun kurang daripada itu. Isunya sekarang mungkin mekanik-mekanik atau pengguna-pengguna mengatakan jangan guna RON95, sebab itulah mereka minta untuk menggunakan 97. Isu yang saya hendak bangkitkan di sini ada notis diletakkan di kedai-kedai minyak bukan Petronas. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Tan Lian Hoe
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani kerana telah pun membangkitkan isu di mana notis-notis ini telah diletakkan.
Dato' Tan Lian Hoe
Walau bagaimanapun, pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini dan kita akan menghantar penguat kuasa kita untuk memeriksa semua stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas ini. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat peguam, bukan mekanik.
Tidak akan tahu pasal enjin. Sila Ledang... [Ketawa]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan ialah sekarang ini pengguna masih lagi keliru, confused dengan izin, tentang RON 95 dan Primax 3 ini ataupun sama ada yang hijau ataupun yang kuning. Walaupun kementerian mengatakan bahawa yang warna kuning ini lebih efisien tetapi daripada laporan ataupun maklum balas yang kita terima, tidak ada bezanya. Pakailah kereta mewah macam mana pun, gunakan minyak Primax 3 tidak ada bezanya dari segi kecekapan. Jadi, bolehkah kita syorkan Tuan Yang di-Pertua supaya untuk mengelakkan kekeliruan ini, kita tarik balik. Cukup dengan satu jenis minyak RON95. Sekian, terima kasih.
Dato' Tan Lian Hoe
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya penggunaan RON95 dan RON97 ini telah pun banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar.
Untuk makluman mungkin saya akan terangkan sedikit dengan apa yang dikatakan sebagai RON. RON itu sebenarnya merupakan singkatan kepada Research Octane Number yang merupakan kadar untuk menyukat ketahanan tahap ketukan dengan izin, knocking sesuatu minyak petrol di dalam enjin. Nombor yang menyusul selepas RON adalah peratusan isi padu tanah dalam campuran iso-oktana dan heptana yang memberikan kapasiti anti ketukan, anti knocking. Ini bermaksud RON95 mempunyai 95 peratus kandungannya dengan iso-oktana dan selebihnya adalah heptana. Begitu juga dengan RON97 iaitu 97 peratus adalah iso-oktana dan 3 peratus adalah heptana. Terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa petrol dan RON yang tinggi mempunyai kapasiti atau kualiti yang lebih baik. Hakikat sebenarnya adalah petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin kenderaan tersebut. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan, seperti mana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya dan mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin. Oleh yang demikian sekiranya enjin kenderaan dicipta dengan pembakaran RON 95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberikan kesan kepada keupayaan enjin secara optimum. Sebaliknya jika enjin kereta dicipta untuk membakar dengan RON 97, adalah tidak memadai menggunakan RON 95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan. Sebab itu kita terpaksa memberi pilihan adanya iaitu RON 95 dan RON 97 bagi kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak petrol yang berlainan. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Pengajian Tinggi:
(a) apakah usaha-usaha bagi menggalakkan budaya penabungan dalam SKIM Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serta apakah kelebihan sekiranya membuat potongan gaji SSPN; dan
(b) berapakah jumlah nilai akaun deposit cukai sejak SSPN mula diperkenalkan pada Ogos 2004 mengikut negeri-negeri.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha yang dilakukan bagi menggalakkan budaya menabungkan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN di bawah naungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara ialah:
(i) menaikkan syarat pendapatan bulanan keluarga daripada RM1,200 kepada RM2,000 sebulan bagi melayakkan pemberian geran sepadan;
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Dr. Hou Kok Chung
(ii) memberi pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun;
(iii) manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta keistimewaan pampasan maksimum RM1,000 sekiranya berlaku kematian;
(iv) mempelbagaikan saluran penabungan SSPN melalui arahan tetap ataupun standing instruction, auto debit, internet banking dan phone banking oleh bank-bank terpilih seperti Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Agrobank, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Maybank;
(v) menyediakan kemudahan secara atas talian atau online menerusi laman web PTPTN atau e-SSPN; dan
(vi) menyediakan kemudahan melalui potongan gaji bagi kakitangan awam dan swasta yang mana antara kelebihannya ialah tiada caj dikenakan. Menjimatkan masa dan kos serta potongan boleh dibuat serendah RM20 sebulan.
Tuan Yang di-Pertua sehingga 31 Ogos 2009 sebanyak 847,962 akaun telah dibuka dengan dibuka dengan jumlah deposit mencecah RM253 juta. Daripada keseluruhan amaun tersebut penabungan di negeri Selangor adalah yang tertinggi dengan bilangan akaun sebanyak 147,769 berjumlah RM57 juta, diikuti oleh negeri Johor dengan 105,688 bilangan akaun berjumlah RM29.6 juta. Seterusnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 53,649 akaun berjumlah RM22.3 juta dan negeri Perak 79,473 akaun berjumlah RM19.8 juta. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie bin Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kita mengalu-alukan langkah pro aktif kerajaan dalam merancang pendidikan anak-anak kita melalui tabungan ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua di kawasan saya contohnya tidak cukup maklumat walaupun ada iklan TV dan media cetak.
Akan tetapi maklumat sampai ke kawasan-kawasan kampung seperti di kawasan saya tidak mencukupi sedangkan tabungan SSPN adalah amat penting kerana kalau tidak ada tabungan sudah tentu anak-anak tidak dapat meminjam daripada PTPTN.
Adakah kementerian bercadang supaya mengadakan road show atau membuka kaunter-kaunter di kawasan-kawasan kampung supaya anak-anak di luar bandar ini dapat pembelaan seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekarang di Sabah dan Sarawak kita juga sudah ada info centre dan kita berharap di Malaysia Timur, di Sabah dan Sarawak ini pelajar dapat menggunakan kemudaan info centre di situ. Sekian, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Menteri. Memang kita tahu skim simpanan ini adalah untuk pembelajaran anak-anak di masa hadapan. Apa yang ingin saya kemukakan soalan tambahan adalah seandainya pasangan ibu bapa itu menyimpan tetapi mereka ini tidak mempunyai anak ataupun tidak ada orang yang hendak melanjutkan pendidikan ataupun anak dia meninggal aaupun tidak sempat untuk mencapai usia masuk ke pusat pengajian tingi apakah wang sebanyak RM253 juta ini boleh diturunkan kepada anak saudara kah, orang-orang lain yang berdekatan dengan si ibu dan bapa ini? Keduanya tentang RM253 juta daripada manakah revenue selain daripada simpanan daripada pendeposit? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chuan
Tuan Yang di-Pertua yang SSPN ini sebenarnya ialah satu konsep simpanan yang mana kita galakkan supaya generasi yang akan datang dapat menikmati wang itu.
Dr. Hou Kok Chuan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat memanglah kalau ada berlaku seseorang anak itu katakan meninggal dunia, wang itu boleh dipulang balik. Memang kita ada satu mekanisme yang begitu baik. Sekian.
6. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan, di tahap manakah kedudukan miskin bandar dan miskin tegar dalam Lembah Klang terutama di Kuala Lumpur dan ibu negeri-ibu negeri dan adakah benar kerajaan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan yang sama di semua tempat tersebut. Jika ia, apakah sebabnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Cheras.
Tuan Yang di-Pertua berdasarkan penyiasatan pendapatan isi rumah 2007 yang telah dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kadar kemiskinan tegar dan kemiskinan kawasan bandar telah berkurangan daripada 0.4 peratus pada 2004 kepada 0.3 peratus 2007. Manakala kadar kemiskinan telah berkurangan daripada 2.5 peratus pada 2004 kepada 2 peratus 2007.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri adalah berasaskan kewangan dengan mengambil kira ciri-ciri keperluan asas makanan dan material serta keupayaan yang boleh diperoleh mengambil kira indeks harga pengguna (CPI) 2007 itu tidak ada penyeragaman, sekarang sudah ada penyeragaman. Setiap negeri dan agensi pelaksana mempunyai PGK masing- masing yang terlalu khusus dan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi perbandingan negeri, luar bandar dan bandar. Oleh yang demikian penyeragaman PGK dibuat bagi memudahkan kerajaan membuat perancangan yang berkesan ke arah menyasarkan pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus pada penghujung tahun 2010 tercapai.
Walau bagaimanapun, PGK telah disediakan dibahagikan kepada strata bandar dan luar bandar. Dengan mengambil kira bilangan tanggungan untuk menentukan PGK per kapita setiap isi rumah sebagaimana ditetapkan dalam e-Kasih untuk asas rujukan seperti berikut. Saya dengan khususnya akan memberitahu PGK untuk bandar sahaja ya. Di Semenanjung Malaysia untuk miskin PGK isi rumah 740, untuk miskin tegar 420. Untuk Sabah dan Labuan isi rumah untuk yang miskin PGK ialah 970 dan di peringkat miskin tegar 540. Bagi Sarawak jumlah PGKnya adalah untuk isi rumah untuk miskin 860 dan untuk miskin tegar adalah 530. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri terbuktilah pihak kerajaan telah memberikan satu angka yang penuh dengan keraguan dan tidak dapat memberi gambaran yang menyeluruh. Sebab angka-angka yang diberikan adalah ketinggalan daripada CPI yang semakin meningkat dalam tempoh lima tahun kebelakangan dan sebagainya. Misalnya Tuan Yang di-Pertua kemiskinan bandar di Semenanjung pada masa kini ditetapkan pada RM740 dan miskin tegar RM420.
Ini adalah satu angka yang bertentangan dengan apa yang disebut-sebutkan oleh Perdana Menteri pada hari kelmarin. Apabila beliau membaca ucapan bajetnya yang mengatakan bahawa golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan adalah dianggap sebagai miskin bandar. Maka apa yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sangat rendah sekali dan ini tidak dapat dibayangkan keadaan kemiskinan yang sebenarnya.
Adalah senang sahaja untuk membasmi kemiskinan tegar dalam negara ini kalau kami masih lagi meneruskan dengan pengiraannya atau pengukurannya yang berasaskan dengan satu angka yang tidak realistik dan tidak praktikal.
Maka saya mengatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan adalah tidak jujur dan ikhlas dalam membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar di bandar. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat sedar khasnya di kawasan bandar di Kuala Lumpur, Lembah Klang ini, sektor perindustrian ‘keAh Long–an’, Ah Long semakin subur dan berjaya kerana peminjam semakin meningkat disebabkan kemiskinan dan kemiskinan tegar di kawasan bandar adalah semakin serius.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Kalau kerajaan benar-benar ada keikhlasan untuk membasmi, apakah kerajaan berani untuk meningkatkan pengukuran untuk mengklasifikasikan sesebuah keluarga sebagai keluarga miskin tegar dengan meningkatkan pendapatan isi rumahnya daripada tahap sekarang yang tidak realistik sama sekali. Terima kasih.
Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Cheras yang begitu beremosi. Saya pun kagum kerana di menggunakan satu perkataan baru iaitu ke’ah long’an, saya pun terkejut dengan bahasa ini.
Baik, untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tahu bahawa kemiskinan ini merangkumi miskin tegar, miskin, mudah miskin dan satu pengukuran baru yang dibuat oleh Perdana Menteri kita dalam ucapan bajet beliau, financially stressed families, dengan izin. Maka kita ada empat kategori dalam konsep menyalurkan bantuan daripada lima lead agencies kerajaan dan pelbagai bantuan-bantuan lain secara tidak langsung melalui agensi-agensi lain.
Maka, apabila kita kata miskin tegar, RM440 sebagai ukurannya adalah diletakkan untuk melihat adakah keluarga ini, ketua isi rumahnya mempunyai kemampuan untuk memberi makanan sahaja untuk keluarganya, dengan izin, the basic needs for diet untuk dia hidup, itulah yang dikatakan sebagai miskin tegar. Miskin ini melibatkan bukan makanan, makanan dan bukan makanan. Bukan makanan melibatkan tempat tinggal, pendidikan, pengangkutan, perabot rumah dan sebagainya, itu RM720 dikatakan sebagai miskin. Mudah miskin ini adalah antara RM1,000 di luar bandar dan RM1,500 di luar bandar.
Maka, mereka dalam keadaan dalam bahasa Inggerisnya “vulnerable”, dengan izin. Maka keluarga ini perlu diberi bantuan untuk memastikan dia tidak terjerumus dalam kategori miskin dan miskin tegar. Maka yang baru ini di dalam bandar macam di Kuala Lumpur, kalau sekiranya keluarga itu mempunyai enam orang, lapan atau sepuluh orang anak, RM3,000 sudah pun tertekan. Itu sebab konsep baru ini diperkenalkan, financially stressed families. Ia bergantung kepada isi rumah, berapa orang anak dia ada. Katakan sebuah family, ketua isi rumahnya mempunyai seorang anak sahaja dan suami isteri. Maka dia tidak mungkin tergolong dalam ini.
Maka, kita kena faham konsep ini. Saya faham bahawa e-Kasih, pangkalan data e- Kasih itu perlu dibincangkan dengan Ahli-ahli Parlimen. Maka ICU akan mengadakan satu perbincangan dengan semua Ahli Parlimen. Beberapa orang Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga telah jumpa saya secara peribadi untuk memberi maklumat mengenai e-Kasih ini dan apakah mekanisme bantuan yang ada. Bantuan itu begitu banyak sekali, mungkin ada yang tidak tahu pergi meminta bantuan.
Maka, kita bersama-samalah, tanggungjawab Yang Berhormat Cheras juga untuk sama-sama kita mengenal pasti siapa golongan miskin ini, pastikan mereka didaftar dan saluran bantuan itu sampai kepada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ismail bin Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau mengikut keadaan ini, Ahli Parlimen yang pencen sekadar RM3000 pun mudah miskinlah di Kuala Lumpur. Ahli Parlimen biasa maksud saya, kalau ikut apa Yang Berhormat Cheras bangkitkan tadi.
Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian berhubung dengan financially stressed families seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bangkitkan. Akan tetapi ini berkaitan dengan tahun 2020 ini dijangka kalau dari segi nation of aging population mengikut takrifan United Nations, Malaysia ini akan mempunyai warga yang tua melebihi 7 peratus iaitu 60 tahun ke atas.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat berhubung dengan umur persaraan 56 tahun dan 58 tahun kepada kakitangan kerajaan yang ketika mereka di dalam perkhidmatan, mereka terpaksa membuat pinjaman pada umur awal atau pertengahan 30- an.
Dato' Ismail bin Kasim - Arau
Bermakna apabila mereka mencapai umur pencen, mereka masih lagi mempunyai tanggungan-tanggungan yang terpaksa dibayar, bermakna terpaksa menjelaskan pinjaman perumahan, mungkin pinjaman-pinjaman lain, tanggungan kepada anak-anak yang masih bersekolah bagi mereka yang kahwin lewat ataupun berkahwin lebih daripada sepatutnya dan sebagainya. Akan tetapi disebabkan keadaan-keadaan ini berlaku, maka apakah perancangan pihak kerajaan? Kerajaan kena ada perancangan kerana mereka ini bekas kakitangan kerajaan, tidak kira di peringkat bawahan. Kalau pencennya RM1,000 lebih pun dah dikira mudah miskin, akan dapat mengatasi masalah kemiskinan di kalangan yang dikategorikan sebagai warga emas terutamanya di kalangan pegawai kerajaan yang pendapatan pencennya dalam kadar yang rendah. Apa perancangan pihak kerajaan?
Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Mekanisme untuk mendefinisikan sesebuah keluarga itu sebagai miskin, miskin tegar dan mudah miskin itu, tadi Yang Berhormat kata RM3,000 itu mudah miskin, bukan, financially stressed families lain daripada mudah miskin RM1,500.
Baik untuk makluman Yang Berhormat, mekanisme untuk mengenal pasti itu memang sedia ada. Maka, pegawai Jabatan Perangkaan, apabila keluarga itu dikenal pasti dia akan pergi sana dan dia akan buat, ada 24 helaian untuk dia buat kajian dari segi sumber pendapatan, perbelanjaan setiap anak dan isi rumah. Maka, mekanisme itu sendiri akan memerangkap golongan-golongan ini. Katakan dia dapat pencen, dia hanya dapat RM600, terpaksa potong sana, potong sini dan habis, tinggal RM200 sahaja dan dia tidak ada sumber pendapatan lain. Maka dia termasuk dalam keluarga miskin tegar kerana KIR, ketua isi rumahnya tidak mempunyai pendapatan yang boleh menanggung makanan atau bukan makanan keluarganya. Maka, dengan sendirinya dia akan tergolong dalam keluarga miskin. Janji dia tidak kahwin lagilah, itu sahaja.
Saya rasa setiap dua tahun bancian ini akan dilakukan dalam rancangan Malaysia yang diadakan. Rancangan Malaysia Kesembilan itu dua kali, maka 2009, tahun depan kita akan buat bancian negara. Maka, dalam bancian itu tetap golongan-golongan akan terperangkap tetapi saya punya concern, dengan izin, adalah Yang Berhormat saya takut ramai lagi yang belum terperangkap dan didaftar sebagai golongan miskin, miskin tegar dan mudah miskin dalam data kita kerana mulai tahun depan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa maksud terperangkap ini?
You gunakan bahasa tidak tepat itu, “terperangkap” itu maknanya, bahasa yang tepatlah...
Tuan S. K. Devamany
“Captured” dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, didaftarlah okey. Jadi kita berbalik kepada tadi, saya mintalah kerjasama semua pihak NGO, pihak daripada Ahli-ahli Parlimen supaya membantu kita untuk mengenal pasti golongan ini supaya tidak ada seorang pun warganegara Malaysia yang tertinggal daripada mekanisme bantuan yang bakal disediakan. Salam bahagia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana soalan daripada Menteri kepada soalan nombor tiga tidak memuaskan dan rakyat mendengar belum puas hati. Maka, soalan nombor 7 perlu dijawab.
7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) bilakah kerajaan akan membina Lebuhraya Pan Borneo; dan
(b) sama ada kerajaan bercadang untuk membina jalan raya dari Sarawak ke Timur Kalimantan dan dari Tawau, Sabah ke tempat yang sama.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya tidak berapa faham komen tadi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Jawab dia baik-baik Yang Berhormat supaya dia pun tidak faham jawapannya nanti... [Ketawa]
Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat jajaran sedia ada bagi jalan Pan Borneo di Sarawak adalah jalan utama sepanjang 1,274 kilometer yang bermula di Sematan sehingga ke Lawas dan merentasi negara Brunei Darussalam. Manakala jalan raya Pan Borneo sedia ada di Sabah menghubungkan Kota Kinabalu ke pekan-pekan utama seperti Kudat di utara Sabah, Sandakan dan Tawau di timur Sabah, sepanjang 1,051 kilometer.
Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membina jajaran baru bagi pembinaan jalan raya Pan Borneo ini. Kerajaan hanya berhasrat untuk melengkapkan jaringan jalan raya sedia ada sahaja di mana pembinaan jalan baru hanya melibatkan bahagian missing link sahaja bagi mengelakkan kos pembinaan yang lebih tinggi. Bahagian missing link yang dimaksudkan ialah cadangan pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan yang menghubungkan bahagian Limbang, Sarawak dengan daerah Temurung di negara Brunei Darussalam. Walau bagaimana pun Jambatan Sungai Pandaruan ini hanya akan dibina sekiranya terdapat persetujuan di dalam rundingan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam.
Ingin juga maklumkan bahawa jambatan Sungai Trusan yang menghubungkan daerah Temurung, Brunei Darussalam dengan Lawas, Sarawak kini dalam peringkat pembinaan dan dijadualkan siap pada Oktober 2010.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan juga mempunyai perancangan untuk membina jalan raya dari Sarawak ke timur Kalimantan dan dari Tawau, Sabah ke tempat yang sama. Kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Fasa II telah menyediakan senarai awalan projek yang menghubungkan timur Kalimantan. Kajian ini telah menyenaraikan jalan dari Lawas ke Bakalalan sebagai keutamaan untuk dibina bagi negeri Sarawak. Bagi negeri Sabah pula, kajian tersebut memberi keutamaan tinggi untuk jalan yang menghubungkan Kalabakan ke Serudung yang berada di daerah Tawau. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada jawapan. Jawapan memang sama. Saya tidak salahkan Yang Berhormat Menteri walaupun telah menjadi Ahli Parlimen 30 tahun dan menjawat di bawah kementerian ini lebih 15 tahun atau sepuluh tahun sorry kalau saya tersilap. Jadi saya tidak salahkan, memang saya tidak salahkan kepada Yang Berhormat Menteri. Apa yang kita tegur di sini adalah flip-flop dasar kerajaan.
Pada tahun 1978 Yang Berhormat saya mendengar Menteri dahulu umumkan jalan kita buat yang lebar daripada Kota Kinabalu ke Kuching. Masalah jawapan yang nombor tiga tadi belum selesai. Saya dengar Brunei Darussalam sudah sedia. Kalau kita tunggu Wisma Putra memberi green light kepada kementerian untuk membina jalan ini, kiamat dunia!... [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, pernah kah ada usaha pihak kementerian berhubung dengan Wisma Putra ataupun pihak-pihak yang ada kena mengena dengan pembinaan jalan ini? Adakah? Dahulu Yang Berhormat Sungai Siput pernah menjawab soalan saya.
Kita sedang buat lakaran dan sedang meminta survey jalan berapa jumlah kenderaan yang menggunakan jalan yang belum ada, dicadangkan supaya elakkan sempadan Brunei Darussalam. Cadangan pada ketika itu, jawapan kepada soalan saya. Jadi Yang Berhormat adakah rancangan yang telah disebutkan bekas Menteri ini dalam lakaran kementerian pada setakat ini? Mohon jawapan.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di- Pertua, untuk soalan tambahan yang pertama kita memang berusaha menghubungi pihak Wisma Putra supaya persetujuan dapat dicapai dan kita akan terus bina. Ini memang hasrat kita.
Keduanya, apa yang diumumkan beberapa tahun dahulu mengenai jajaran baru tanpa melalui negara Brunei Darussalam memang ada kajian telah dibuat. Kajian telah pun siap tiga atau empat tahun dahulu. Kita memohon untuk mengadakan peruntukan dan untuk persetujuan dari pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.
Dato’ Yong Khoon Seng
Saya ingin memberitahu makluman sedikit iaitu kajian ini adalah kajian yang dijalankan di pendalaman, bukit bukau dan sepanjang 275 kilometer dan kos bagi empat tahun dahulu adalah RM2.2 bilion. Ini adalah kajian yang telah dibuat kerana Menteri mungkin telah membuat permohonan mengenai jajaran baru, jalan baru untuk Sabah dan Sarawak tanpa melalui Brunei Darussalam. Ini memang telah dibuat. Kita hanya menunggu peruntukan dan persetujuan dari negeri Sarawak supaya jajaran jalan raya ini melalui satu Taman Negara di Mulu. Ianya akan dipelihara dan kita perlu lihatlah bagaimana kita melaksanakan projek ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedarkan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pada masa ini kerajaan negara jiran sedang membuat dengan izin, feasibility study untuk menyambungkan dua daerah mereka melalui Teluk Brunei?
Kalau betul mereka hendak mengadakan jambatan tersebut sepanjang lebih kurang sepanjang jambatan Pulau Pinang ertinya mereka sudah tidak dapat menunggu lagi untuk membina jambatan di Pandaruan. Apakah ini disebabkan oleh kelambatan dari pihak kita ataupun berkaitan dengan Lawas Bypass yang melimpasi daerah mereka iaitu daerah Temburung kerana feasibility study yang telah diadakan pada empat tahun yang lalu oleh pihak kita? Apakah kerajaan akan menimbang semula sebab kerajaan negara jiran sudah menimbang untuk membuat jambatan mereka sendiri. Terima kasih.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Sebenarnya apa projek di dalam negara Brunei Darussalam memang adalah projeknya sendiri, tidak sampai ke kawasan negeri Sarawak. Ini projek dalaman. Bagi kita, kita cuba mengadakan persetujuan dari mereka supaya tidak membuat jambatan itu. Jambatan panjang yang dibuat oleh pihak Brunei Darussalam kita tidak ada terlibat dan kita ambil maklum supaya kita boleh mengambil secara rundingan di dalam mencapai persetujuan dengan Brunei Darussalam. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih... [Dewan riuh] [Soalan No.8 – YB. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) tidak hadir]
9. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah yang diambil kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera yang menyertai sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) tetapi terpaksa berhenti disebabkan kepincangan dan penindasan oleh francaisor.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PNS yang dimiliki secara majoriti oleh Kementerian Kewangan diperbadankan, telah pun ditubuhkan pada tahun 1969, bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan francais. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kemungkinan Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa terkeliru dengan penggunaan nama PNS dan PNB. Sebenarnya PNS adalah sebuah syarikat yang diperbadankan dan pada dulunya dikenali sebagai PERNAS sedangkan PNB adalah sebuah organisasi yang di pemodalkan dan ini memang berlainanlah.
Semenjak tahun 2006, terdapat 37 kes aduan dari pihak francaisi berhubung masalah dengan pihak francaisor. Dalam membantu francaisi bumiputera yang terpaksa berhenti disebabkan kepincangan sistem francais, maka pihak kerajaan melalui PNS telah pun mengambil langkah-langkah berikut:
(i) PNS akan mengadakan perbincangan dengan francaisor untuk mengenal pasti kelemahan dan kepincangan sistem francais dan meminta francaisor perbaiki keadaan termasuk cadangan pengambilalihan outlet yang telah pun ditutup;
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Chor Chee Heung
(ii) PNS akan menasihati usahawan bumiputera yang gagal dalam sistem francais agar mengemukakan masalah mereka kepada pendaftar francais ataupun ROF, dengan izin;
(iii) PNS juga akan berbincang dengan usahawan tersebut untuk mengenal pasti punca kegagalan, jika disebabkan oleh sistem francais sendiri ataupun punca-punca lain seperti masalah lokasi, PNS akan cuba beri peluang kedua di bawah skim lain yang dikira sesuai; dan
(iv) bagi meringankan beban francaisi membayar balik pinjaman PNS akan menstrukturkan semula bayaran berdasarkan unjuran aliran tunai yang telah dikaji semula.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah dikemukakan tadi.
Saya dapat sedikit maklumat yang menyatakan usahawan bumiputera francais yang dapat pinjaman PNS ini. Oleh kerana isu yang dinyatakan tadi banyak program kelolaan PNS yang dikatakan menghadapi masalah kerana ramai di antara peserta yang menyertai program ini banyak yang telah gagal.
Ini adalah juga berpunca daripada pinjaman yang diberikan kepada francais ini tanpa kajian terperinci dan dilihat dengan analisa yang tidak mendalam. Tambahan pula berlaku kepincangan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Ada kepincangan, ada penindasan dan sikap lepas tangan PNS, Persatuan Francais Malaysia dan juga syarikat-syarikat francaisor.
Soalan tambahan saya, mengapakah pihak PNS masih mengeluarkan pinjaman kepada usahawan yang hendak menceburi bidang perniagaan yang sama walaupun mengetahui banyak francaisi terpaksa menutup perniagaan kerana menanggung kerugian dalam perniagaan yang berkaitan? Keduanya, berapakah bilangan yang mendapat pembiayaan PNS sehingga September 2009? Serta bilangan dan nyatakan mereka yang gagal atau jumlah yang gagal atau yang gulung tikar? Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya percaya penggunaan perkataan gagal dan juga menindas ini agak kurang tepat. Sebab mengikut laporan yang ada pada saya ini, setakat ini hanya 37 buah syarikat yang menyertai francais, perniagaan francais ini mempunyai masalah. Masalah memang dari segi permasalahan dengan francaisor. Akan tetapi oleh kerana PNS telah campur tangan masuk untuk merunding semula, menstrukturkan semula pinjaman dan juga sistem francais, maka 29 syarikat telah berjaya di struktur semula dan berjaya masuk balik menjadi francaisi kepada syarikat francaisor.
Memandangkan bidang perniagaan francais ini merupakan salah satu bidang yang agak mempunyai potensi yang cukup luas dan besar, dan ianya akan membawa manfaat kepada golongan bumiputera yang minat menceburi dalam perniagaan maka PNS masih lagi melanjutkan segala pertolongan kepada pihak-pihak bumiputera yang ingin memasuki atau menyertai perniagaan francais ini.
Mengenai soalan tambahan yang kedua ini, sejak PNS ditubuhkan, PNS sebelum memberi kelulusan untuk membiayai ataupun membantu dari segi kewangan melalui pinjaman kepada pihak-pihak bumiputera yang ingin menyertai perniagaan francais, 409 akaun telah pun dibuka. Maksudnya, 409 telah diluluskan dan 340 pinjaman telah pun dikeluarkan kepada syarikat bumiputera yang telah memulakan perniagaan mereka ke dalam bisnes francais ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Ini cerita anak-anak muda lepasan universiti yang menjadi francaisi kepada Marrybrown dan Jukebox. Masing-masing lapan francaisi, Marrybrown ini tutup kedai, rugi tidak sampai dua tahun belajar berniaga. Begitu juga francaisi Jukebox yang juga di bawah biaya PNS, juga tutup kedai. Bakinya itu nyawa-nyawa ikan. Banyak lagi cerita yang sama peserta francaisi Watershop, VV Shop, Camps Apparel dan sebagainya.
Francaisor dapat dana daripada PNS, amanahnya ialah bimbing francaisi. Situasi sepatutnya win-win situation, sepatutnya begitu. Akan tetapi kisah sebenar ialah cerita kegagalan, maklum balas daripada peserta-peseta francaisi ini kerana peraturan dan sistem yang kelihatannya menguntungkan francaisor sahaja. Contohnya francaisor akan hantar bekalan stok, bekalan stok bukan dikawal oleh francaisi. Akibatnya bil hutang meningkat dan mereka tidak dapat hendak bertahan. Ini cerita sebenar, kisahnya.
Oleh demikian, di antara jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, yang menggambarkan keadaan sebenarnya, okey, stabil, tenang dan terkawal, tidak ada cerita kegagalan. Akan tetapi anak-anak muda ini yang bersungguh-sungguh hendak berjaya, peluang kerja terbatas, peluang berniaga ada, bantuan ada tetapi barangkali kerana latihan, barangkali kerana pengalaman, peraturan dan sistem yang mereka dakwa sebagai menguntungkan francaisor.
Ini sebenarnya memerlukan perhatian dan campur tangan PNS secara khusus.
Pernahkah dibuat siri-siri dialog pertemuan mendengar masalah mereka selain daripada yang diatur oleh Persatuan Francaisor? Kalau tidak, kenapa tidak buat, dan kalau buat, apa tindakan selanjutnya? Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya boleh setuju dengan pandangan Yang Berhormat Machang dari segi kegagalan. Kemungkinan oleh kerana kurang pengalaman oleh pemuda-pemudi yang ingin ataupun pertama kali menceburi sendiri, terlibat dalam perniagaan. Tidak kira apa jua perniagaan pun sama ada perniagaan sistem francais ataupun lain-lain.
Dato' Chor Chee Heung
Akan tetapi, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, saya tidak mengatakan 100 peratus semua berjalan dengan lancar. Memang terdapat juga dalam 37 buah kes masalah ini, walaupun 29 daripadanya telah pun distruktur semula, masih terdapat lagi ada masalah-masalah yang mana tidak dapat setakat ini disempurnakan ataupun distruktur balik.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat bagi Machang, PNS sudah mengeluarkan pinjaman. Memang menjadi satu tanggungjawab PNS juga hendak melihat supaya skim-skim yang diberikan di bawah francais ini berjaya. Jika terdapat masalah di sini, seperti yang saya katakan dalam jawapan yang asal, kita harus mencari jalan, campur tangan supaya kedua-dua pihak dapat duduk sama-rata berbincang sama sekali, bagaimana kita dapat memperbaiki keadaan.
Kita harap melalui cara inilah kita dapat membantu golongan bumiputera yang berminat dalam perniagaan. Bukan senang, tetapi ini adalah salah satu tanggungjawab PNS. Seperti yang saya katakan tadi, kalau pinjaman untuk membantu golongan tertentu, golongan bumiputera tertentu, tidak dapat balik. Ini adalah satu kerugian bagi PNS. Bukan orang lain. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
10. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan jururawat yang mempunyai ijazah berkhidmat di pejabat kesihatan daerah dan hospital kerajaan serta sudahkah kerajaan melaksanakan jawatan dan skim gaji baru kepada jururawat-jururawat berijazah ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar di atas soalan yang dikemukakan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat seramai 129 orang jururawat yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejururawatan dan berada dalam Gred U41 dan U42, yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selebihnya, seramai 307 orang adalah di bawah Kumpulan Sokongan.
Kerajaan telah meluluskan serta melaksanakan Skim Perkhidmatan Bersepadu Jururawat yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005. Skim perkhidmatan tersebut telah menetapkan bahawa pelantikan boleh dibuat pada Gred U29 bagi mereka yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan pada Gred U41 bagi mereka yang mempunyai kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan.
Skim Perkhidmatan Bersepadu Jururawat ini juga membolehkan jururawat yang berada atas Gred U29, U32 dan U36, yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang berkaitan, memohon untuk dilantik ke jawatan jururawat Gred U41 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ataupun SPA.
Selain itu, anggota berkenaan juga layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred U42 melalui urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan, tertakluk kepada syarat-syarat skim yang ditetapkan. Terima kasih.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada soalan. Mengikut kajian yang dibuat, seramai 75,000 orang jururawat di negara ini, difahamkan hanya 3 peratus sahaja secara menyeluruh yang memiliki ijazah kejururawatan.
Ini satu keadaan yang agak kritikal kerana negara kita ini masih belum ada satu reformasi tentang mewujudkan jawatan kejururawatan ini dalam bentuk yang profesional.
Oleh itu, satu usaha perlu dibuat untuk memastikan satu jawatankuasa dibuat khas supaya mereka yang mempunyai ijazah secara profesional akan melonjakkan lagi apa yang dikatakan sebagai healthcare di dalam negara kita ini. Justeru, saya ingin membuat soalan kepada Timbalan Menteri, adakah usaha-usaha dibuat untuk mereformasi kejururawatan ini dari segi pertama, saya juga difahamkan jururawat yang ada diploma ini mereka tidak banyak diberi galakan untuk sambung ke peringkat ijazah kerana terlalu beban dengan kerja-kerja mereka, sedangkan dari sudut karier, mereka perlu diberi satu lonjakan.
Kedua ialah ketua unit atau jururawat itu sendiri mestilah dalam kalangan yang ada ijazah. Bukan daripada mereka yang sekadar naik kerana pengalaman, tetapi perlu ada sesuatu supaya boleh dibudayakan dalam menjalankan tugas itu supaya mereka lebih profesional.
Ketiga, saya mohon kementerian juga supaya lihat masalah hari ini bagaimana jururawat-jururawat hari ini lebih suka bekerja di sektor swasta kerana gaji mereka yang lebih lumayan berbanding dengan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar di atas soalan tambahan tadi. Sebenarnya, Yang Berhormat, jumlah 70,000 orang yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu agak kurang tepat. Ini kerana jumlah sebenar keseluruhan jururawat yang mempunyai kelayakan Gred U29 hingga ke Gred U48 adalah seramai 39,213 orang, Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang secara menyeluruh yang dibuat oleh Universiti Malaya?
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Ini hanya yang dengan KKM.
Mungkin jumlah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah termasuk jururawat yang bekerja di sektor swasta. Dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk melakukan reformasi dan juga galakan kepada jururawat-jururawat untuk berkhidmat bukan sahaja di facilities Kementerian Kesihatan, namun juga di klinik-klinik kesihatan daerah-daerah, pelbagai insentif telah diperkenalkan berbentuk elaun yang disediakan bagi menggalakkan profesion kejururawatan ini.
Antara insentif-insentif yang ditawarkan adalah daripada segi bayaran insentif perkhidmatan kritikal yang ditawarkan sebayak 15 peratus daripada gaji pokok kepada jururawat di bawah Gred U29, U32 dan U36 dan 5 peratus daripada gaji pokok yang ditawarkan kepada jururawat Gred U41, U42, U44, U52 dan U54 sendiri.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Bayaran insentif pasukan perubatan udara juga ditawarkan di mana sebanyak RM30 ditawarkan bagi satu penerbangan pergi dan balik diberikan kepada jururawat yang melakukan perkhidmatan udara.
Seterusnya adalah berbentuk bayaran insentif merawat pesakit jiwa, tibi dan kusta, penyakit-penyakit yang berjangkit iaitu RM60 sebulan. Bayaran insentif post basic jika ada kelulusan yang melayakkan jururawat tersebut sebanyak RM100 sebulan ditawarkan kepada jururawat kita. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan menawarkan elaun upah jahit pakaian seragam dan juga imbuhan tetap perumahan sebanyak RM180 sebulan untuk jururawat Gred U29, U32 dan U36 dan sebanyak RM250 sebulan untuk Gred U41, U42, U44, U52 dan U54.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada dua skim yang ditawarkan untuk kenaikan pangkat seseorang jururawat sama ada ia berbentuk ijazah ataupun kenaikan berdasarkan pengalaman. Ketua unit mempunyai kedua-dua, apabila seorang ketua unit ditempatkan, kita tidak menetapkan hanya berdasarkan pengalaman, namun kelulusan yang ada pada seseorang jururawat dan kemampuan untuk mengetuai sesebuah unit juga diambil kira dan ianya telah dilaksanakan di beberapa hospital, Yang Berhormat.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat yang mengatakan, bahawa lebih ramai yang tertarik dengan perkhidmatan di peringkat swasta, saya merasakan bahawa jika dibandingkan dengan perjawatan yang lain di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, perjawatan di peringkat jururawat adalah yang tertinggi iaitu 80 peratus. Ini menunjukkan 90 peratus yang menyertai perkhidmatan kejururawatan dan pengisiannya adalah dalam 80 peratus. Jadi ini menunjukkan bahawa terdapat minat di kalangan masyarakat kepada perkhidmatan kejururawatan ini dan kita sebenarnya di bawah kementerian tidak mengalami masalah untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat-jururawat, kerana kolej- kolej sama ada di peringkat kerajaan ataupun swasta banyak menawarkan skim-skim dan juga pengajian di dalam bidang kejururawatan dan ramai sebenarnya di kalangan jururawat kita bukan hanya sejumlah tiga peratus, tetapi lebih daripada itu telah berkhidmat dan telah mempunyai ijazah masing-masing. Ada di antara mereka yang memohon untuk bercuti bagi melanjutkan pelajaran dan sebenarnya pihak kementerian menggalakkan perkara ini di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan berakhir. Minta Yang Berhormat Alor Setar untuk kemukakan usul.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 25 November 2009.”
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Maksud Bekalan B.22 dan Maksud Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya minta Yang Berhormat Silam menyambung untuk berucap, lebih kurang ada lima minit, selepas itu Yang Berhormat Padang Terap bersedia.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana mempersilakan saya untuk sama membahaskan Maksud Bekalan B.22 bersekali dengan P.22 menyambung daripada perbahasan saya semalam.
Seterusnya Tuan Pengerusi saya meneruskan perbahasan saya menyentuh Butiran 010300 - Pengurusan Sumber Manusia.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Kalau kita lihat, sesungguhnya peranan sumber manusia bagi mengerakkan kementerian ini sangatlah penting, dan keberkesanan dari segi pelaksanaan program perancangan dan pembangunan kerajaan dapat sampai kepada peringkat sasaran terutamanya ke akar umbi hanya boleh dilaksanakan oleh semua kakitangan yang berkhidmat di bawah kementerian ini. Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian untuk menambah jumlah bilangan kakitangan kementerian terutamanya di negeri Sabah bagi proses memudahkan pelaksanaan pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan, agar ia dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.
Selain daripada itu juga, saya ingin mohon penjelasan dan butiran daripada kementerian, jumlah pengurusan sumber manusia terutamanya bagi sektor pengurusan utama di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, khususnya di negeri Sabah dan apakah perancangan kementerian pada masa akan datang bagi mengemaskinikan lagi segala kelemahan dan kekurangan yang kita dapati sekarang ini, dari segi gerak kerja tidak begitu lancar untuk kementerian dapat mengerakkan pelaksanaan segala program yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020000 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tuan Pengerusi, Butiran 020100 ada hubung kait dengan sumber manusia juga, saya ingin tahu berapakah jumlah kakitangan pengurusan yang memegang jawatan pengarah dan penolong-penolong pengarah terutamanya di Jabatan Kemajuan Masyarakat untuk negeri Sabah, dan saya juga ingin penjelasan daripada pihak kementerian, setakat ini perancangan untuk menambah jumlah kakitangan di peringkat daerah-daerah di seluruh negeri Sabah dan negara kita dari segi bilangan, kerana kita mendapati dari segi senarai dan jumlah kakitangan sokongan yang terdapat di jabatan berkenaan, nampaknya terhad dan ini boleh merencatkan segala perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memudahkan segala pelaksanaan yang akan dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik, dan di samping itu juga ia mengurangkan kerenah birokrasi.
Misalnya kalau kakitangan kurang di peringkat daerah, sudah tentu segala apa yang dibuat ataupun yang akan dirancang mengikut satu-satu daerah itu akan lambat dan ini akan menyebabkan berlaku backlog, dengan izin, iaitu kerja yang sangat banyak yang ditanggung oleh seseorang penjawat awam itu, maka perkara ini akan menyebabkan segala apa yang mahu diberikan keutamaan dari segi pelaksanaan dan perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan itu tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020200 - Kewangan dan Perolehan. Saya dapati banyak tabika dan taska di negeri Sabah terutamanya, apa lagi di kawasan luar bandar. Kemudahan-kemudahan seperti kerusi dan meja serta peralatan-peralatan lain yang kalau di kawasan pedalaman terutamanya memang lambat mendapat peralatan dan saya berharap kepada pihak kementerian dan Jabatan KEMAS supaya mengambil perhatian serius dalam perkara ini, sebab ramai yang kompelin ataupun sungutan daripada ibu bapa tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di tabika dan di taska di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar. Selain daripada itu juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian terutamanya dari segi perolehan dan perancangan kewangan ini.
Kita dapati seperti bekalan buku di kawasan-kawasan tertentu di negara kita ini dari segi bekalannya lambat sampai ke tempat itu, dan saya ingin mencadangkan di sini supaya perolehan pada masa akan datang, kalau misalnya untuk negeri Sabah dan Sarawak, maka biarlah kontraktor ataupun pembekal yang ada itu datang daripada negeri tersebut supaya ia memudahkan untuk mereka mengemukakan permohonan tender dan sebagainya. Ini membolehkan perancangan jabatan yang berkenaan terutamanya Jabatan KEMAS dapat memastikan segala kekurangan yang diperlukan oleh prasarana, yang telah dirancang oleh jabatan tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan dapat dibekalkan, dan kita juga tahu anak-anak kita yang belajar di tabika dan di taska ini sangat perlu kepada ini dan kita berharap supaya ia dapat diberi perhatian serius dalam perkara ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi, dari segi perolehan dan kewangan ini juga, saya ingin mencadangkan kepada Jabatan KEMAS supaya membolehkan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, sebab saya mendapati pejabat-pejabat KEMAS daerah kebanyakan di negara kita ini, terutamanya di kawasan-kawasan yang terpencil, kenderaan tidak dibekalkan ataupun tidak diadakan di pejabat-pejabat daerah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dan ini boleh menghalang dari segi keberkesanan mereka untuk mereka menjalankan tugas. Walaupun saya faham bahawa kenderaan itu ada ditempatkan di HQ atau di ibu pejabat di setiap negeri. Akan tetapi untuk dari segi gerak kerja yang lebih baik terancang serta berkesan dr segi pelaksanaannya sampai kepada peringkat akar umbi dan boleh menyebabkan penjawat dalam jawatan yang berkaitan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar sama-sama komited untuk memastikan segala apa yang diarahkan kepada mereka itu, mereka dapat laksanakan dengan sebaiknya.
Saya rasa simpati dalam perkara ini apabila Jabatan KEMAS terlibat dalam program-program dengan agensi-agensi tertentu dan bersama-sama kadang-kadang pemimpin tempatan apabila mereka sampai ke suatu tempat itu, mereka terpaksa meminjam atau perlu menumpang dan sebagainya.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Jadi ini akan menyebabkan dari segi imej kementerian itu dan imej jabatan yang berkenaan itu tidak begitu nampak penting. Jadi saya berharap agar pihak kementerian mengambil perhatian berat dalam perkara ini dan dapat merancang untuk mewujudkan kenderaan di setiap daerah di kawasan Parlimen di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020500 - Bina Insan.
Kelas-kelas Pendidikan Islam yang dibuka oleh Jabatan KEMAS, saya dapati kelas yang dibuat ini tidak begitu menitik beratkan dari segi kemudahan asas. Kemudian buku-bukunya tidak begitu mencukupi dan lengkap dan yang paling penting adalah tenaga pengajarnya.
Tenaga pengajar yang saya dapati belum lagi secara menyeluruh. Saya lihat Jabatan KEMAS tidak begitu mengambil berat dalam soal ini. Jadi saya berharap dengan konsep bentuk penerapan 1Malaysia yang berasaskan kepada fahaman agama dan kepada konsep-konsep yang lebih utama terutamanya yang menekankan perpaduan maka penting dalam perkara ini supaya kementerian dan Jabatan KEMAS mengambil perhatian berat dalam perkara ini bagi membolehkan ia tidak bersifat seolah-olah ad-hoc. Kalau sesuatu itu difikirkan perlu, baru perlu. Biar ia menjadi satu dasar yang betul-betul mendapat perhatian dan penekanan oleh pihak kementerian agar ia akan memperlihatkan impak yang baik sebab kita tidak mahu...
Kawasan luar bandar terutamanya kita tidak boleh take for granted, dengan izin iaitu mereka tidak akan ada masalah-masalah sosial dan sebagainya. Jadi lebih baik kita bersifat proaktif mengambil tindakan memikirkan sesuatu apa-apa yang berlaku walaupun kita tidak tahu the outcome yang sebenarnya.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020900 - Pembangunan dan Perancangan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan khususnya Jabatan KEMAS mengenai perancangan di masa akan datang iaitu untuk mewujudkan Pejabat KEMAS Daerah di kawasan daerah Kunak dalam Parlimen Silam memandangkan Parlimen Silam ada tiga Dewan Undangan Negeri dan jarak di antara satu Dewan Undangan Negeri itu memakan masa satu jam setengah. Jadi kalau rakyat hendak berurusan pun dengan Jabatan KEMAS terutamanya dari daerah Kunak ke daerah Lahad Datu, masa dan mereka perlu lagi membayar tambang dan ini sudah tertentu menyebabkan tidak ekonomik dan tidak memudahkan dari segi perkhidmatan. Ini sesuai dengan konsep kita mendahulukan rakyat ini, kita berharap agar kementerian mengambil perhatian perkara ini dan untuk mewujudkan Pejabat KEMAS Daerah yang baru di kawasan daerah Kunak dalam Parlimen Silam.
Perkara yang terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 021100 - Pengurusan Maklumat. Dari segi pelaksanaan Medan Infodesa yang terdapat di kawasan luar bandar yang setakat ini kalau di kawasan Parlimen saya kita ada Medan Infodesa di Kampung Telisai dalam daerah Tungku. Oleh sebab jaraknya daerah Tongod dari daerah Lahad Datu mengambil masa sehingga dua jam jadi saya mohon supaya kementerian terutamanya Jabatan KEMAS dapat mempertimbangkan supaya dapat membina satu lagi Medan Infodesa untuk daerah Lahad Datu bagi kemudahan rakyat di daerah tersebut. Saya dapati dengan kemudahan Infodesa yang ada di kampung Telisai di Tungku itu, ia sangat baik dan bermanfaat kepada penduduk terutamanya di kawasan luar bandar sebab mereka boleh menggunakan untuk seminar, kursus, untuk ICT bagi memudahkan daripada turun ke bandar yang mengambil masa yang lama. Jadi saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian dalam perkara ini.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian dan Jabatan KEMAS iaitu kursus-kursus ICT yang dianjurkan oleh kementerian dan jabatan berkaitan dari segi jumlah bilangan untuk kawasan Pantai Timur dan secara spesifik di kawasan Silam, kekerapannya itu kalau ia satu ataupun dua perlu dikerapkan membolehkan masyarakat di luar bandar terutamanya dapat menikmati dan sama-sama mengakses maklumat ini penting untuk membolehkan mereka dapat mengambil perhatian juga dan terlibat sama tentang penggunaan ICT dalam era sekarang ini.
Tuan Pengerusi, saya juga berharap akhirnya kepada kementerian supaya perancangan untuk kawasan Pantai Timur bagi memudahkan supaya dapat dilaksanakan perancangan dengan baik.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Oleh sebab tiada pusat latihan KEMAS lagi di negeri Sabah, maka saya ingin mencadangkan di sini supaya pihak latihan KEMAS yang baru di masa akan datang ini dibuat di negeri Sabah dan saya mencadangkan dibuat di kawasan Pantai Timur supaya konsep pembangunan secara menyeluruh itu dapat dikembangkan. Setakat ini kita hanya mungkin bertumpu di kawasan bandar raya seperti Kota Kinabalu dan bandar-bandar yang ada di kawasan Pantai Barat negeri Sabah. Jadi saya berharap di masa akan datang dicadangkan supaya pusat latihan itu dibina di kawasan Pantai Timur Sabah dan saya mencadangkan ia dibina di kawasan Parlimen Silam sebab tapak telah pun dapat kita kenal pasti. Sekian, saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi yang membenarkan jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Kementerian ini cukup dekatlah kepada kami di kawasan-kawasan pedalaman. Saya hendak menyentuh beberapa persoalan. Pertama Butiran 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Butiran 01701 - Bekalan Elektrik Luar Bandar: Semenanjung.
Sebenarnya masih banyak di kawasan luar bandar seperti di Padang Terap yang masih belum lagi mendapat akses kepada bekalan elektrik. Saya ingin bertanya peruntukan yang diletakkan Butiran 01701, yang jumlahnya RM55 juta ini, bagaimanakah kita hendak pohon? Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan oleh penduduk-penduduk yang tidak mendapat bekalan elektrik untuk memohon dari pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mereka mendapat bekalan yang sempurna terutamanya anak-anak mereka yang memanglah seperti mana yang kita faham peringkat luar bandar, pelajarannya masih lagi berada di peringkat yang Mereka terpaksa membaca buku dengan bertemankan pelita ayam, dengan pelita cucuh dan sebagainya. Jadi saya pohon daripada pihak kementerian untuk memberikan perhatian sekiranya saya boleh bawa nama-nama mereka yang miskin ataupun yang dengan masalah kemiskinan. Adakah pihak kementerian bersedia untuk kita beri ruang kepada mereka untuk dimasukkan atau dibekalkan dengan bekalan elektrik.
Butiran seterusnya yang saya ingin sentuh ialah jalan-jalan luar bandar. Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan luar bandar di sini, juga menyentuh jalan-jalan yang masih lagi bertanah merah, yang masih lagi dalam keadaan yang cukup teruk dan berlubang yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna jalan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jumlah yang begini besar, RM808 juta yang diperuntukkan untuk Butiran 02300 ini, saya cukup berharap kepada pihak kementerian supaya boleh juga disalurkan sedikit sebanyak ke kawasan daerah Padang Terap yang masih lagi ada jalan-jalan yang perlu dibaiki ataupun dinaik taraf. Sekiranya kita baca dalam Butiran 02500 - Jalan Kampung dan Penyelenggaraan, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan untuk menelitilah di mana kawasan-kawasan pedalaman yang masih lagi jalan kampungnya dengan penduduk 200 hingga 300 orang yang masih lagi ada jalan tanah merah dan sebahagian daripadanya belum lagi mendapat ataupun belum lagi diluluskan jalan-jalan yang baik untuk mereka.
Saya ingin menyentuh Butiran 02404 - Program Lonjakan Mega Luar Bandar.
Saya ingin bertanya masalah lonjakan ini, adakah yang dimaksudkan dengan lonjakan di sini adalah lonjakan yang berkaitan dengan fizikal semata-mata? Kalau kita tengok, banyak kementerian dan kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk membina dan juga membangunkan faktor-faktor fizikal. Akan tetapi pada masa yang sama, kita melihat rakyat ataupun penduduk terpaksa berdepan dengan masalah ataupun krisis moral, krisis akhlak, dan krisis sosial. Kalau kita tengok ini cukup bahaya. Ada kanak-kanak yang umurnya 12 tahun yang kita dapat maklumat sudah pun mengandung. Ada yang belajar di sekolah- sekolah menengah, baru Tingkatan 4, Tingkatan 5, sudah menggugurkan kandungan tiga kali, yang mereka menggunakan istilah ”termengandung”.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Maksudnya, ini satu krisis yang kita terpaksa tangani. Masalah dadah yang berlaku yang kita lihat apabila dibuat urine test kepada kanak-kanak ini, ada yang sudah tidak mampu menyambung pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi. Maka, mereka terlibat dengan gejala sosial dan cukup sukar untuk dipulihkan. Kerajaan terpaksa menghabiskan cukup banyak kewangan untuk menyelesaikan masalah baru yang ditimbulkan akibat daripada perancangan yang hanya mungkin kebanyakannya menjurus kepada membangunkan fizikal. Membangunkan bangunan, prasarana, tetapi pada masa yang sama, orang yang menggunakan prasaran, rakyat yang terlibat dalam mengisi ataupun memanfaatkan prasarana tadi, tidak dibangunkan daya intelek dan moral mereka. Saya mencadangkan kepada pihak kementerian ini, dengan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
...Untuk melihat secara serius masalah yang berlaku. Tambah-tambah lagi apabila ia melibatkan kepada...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Boleh mencelah?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
...Rakyat yang sudah pun dibangunkan dengan prasarana yang cukup baik.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Boleh?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sila.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya tertarik dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Padang Terap. Sebenarnya, ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Saya tidak hendak menyalahkan usaha kerajaan, pemerintah negeri dan sebagainya dalam menyediakan facility, kemudahan pembangunan dan sebagainya. Ini peranan kita sebenarnya. Kalau kita miskin dan tidak ada pembangunan, boleh juga perkara-perkara tidak baik berlaku. Akan tetapi, ini adalah satu pembinaan yang perlu kita berikan perhatian.
Bukan sahaja kepada kerajaan, bahkan kita sebagai pemimpin, ahli politik sama ada di peringkat Parlimen ataupun DUN dan sebagainya. Bahkan di seluruh peringkat. Cuma, saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah sepatutnya kita lakukan? Bukan sekadar kita memberikan lemparan, menyalahkan kerajaan kerana menyediakan peruntukan dan melalaikan tanggungjawab lain. Bahkan pada saya, peranan kementerian, agensi yang bukan secara terus dengan pendidikan pun seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Singkatkan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
...Bahkan kementerian yang lain juga banyak, tetapi apakah pandangan Yang Berhormat supaya masalah ini akan dapat kita tangani. Kita boleh memberikan pembangunan, dalam masa yang sama kita juga menjaga seperti spiritual dan kerohanian masyarakat ini diimbangkan dengan pembangunan fizikal.
Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Maran. Saya setuju dengan apa yang disebut bahawa ini peranan kita bersama, baik daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab. Malah, Islam sendiri pun menyebut tentang pembangunan manusia dan ini berkali-kali disebut oleh pihak kerajaan tentang pembangunan modal insan. Saya percaya, memang disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5, iaitu ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT yang menyebut tentang manusia... [Membaca sebahagian ayat al-Quran surah Al-Alaq ayat 1-5] Lima ayat yang pertama ini menyebut tentang manusia, pembinaan manusia, pembinaan insan. Imam Ghazali menyebut bahawa, bila manusia sudah boleh terbang di udara macam burung, boleh berenang di lautan macam ikan, mereka lupa nilai keinsanan mereka.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Maka saya menyebut, bukan sahaja peranan pihak pemerintah menyediakan prasarana, tetapi pada masa yang sama, bagaimana prasarana ini boleh dimanfaatkan oleh manusia-manusia terbaik yang dibangunkan oleh kita secara bersama.
Saya ingin menyentuh tentang Butiran 03100 - Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Di kawasan saya begitu banyak rancangan pembangunan FELCRA ini, dan saya ucapkan terima kasihlah kepada semua termasuk pihak-pihak kerajaan yang telah mewujudkan agensi ataupun lembaga yang begitu bermanfaat kepada kita untuk membangunkan tanah-tanah kita yang terbiar dan sebagainya. Cuma, saya di Padang Terap itu ada satu masalah yang berlaku iaitu FELCRA Sebapin yang sekarang ini seolah-olah ada masalah di sana.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah status projek FELCRA Sebapin ini yang sudah pun berjalan? Fasa pertamanya sudah pun diratakan dan pada masa yang sama kita lihat masih lagi berlaku tarik-menarik, pencerobohan tanah di dalam kawasan FELCRA ini, dan bagaimana pihak kerajaan menyelesaikannya? Sesetengah yang mendapatnya pula dilibatkan sebagai peserta kepada FELCRA Sebapin ini, yang saya lihat senarainya adalah orang luar, bukannya orang Padang Terap. Diluluskan untuk orang dari Kubang Rotan, di sebelah luar berhampiran Kota Setar, orang Jitra. Orang lain yang dapat tetapi rakyat Padang Terap sendiri tidak dapat. Bagaimanakah kerajaan boleh melibatkan orang-orang Padang Terap sendiri dalam FELCRA ini, yang dibuat ladang, dibangunkan dan kemudian mereka mendapat sedikit sebanyak hasil-hasil apabila ada campur tangan daripada kerajaan.
Saya menyentuh juga tentang Butiran 04100, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA) yang diluluskan dalam Dewan Rakyat suatu ketika dahulu iaitu Akta 249 yang melibatkan pembangunan kawasan-kawasan pedalaman, terpencil iaitu di negeri Kedah Darul Aman yang melibatkan di antara Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.
Saya cukup gembira bila melihat bidang-bidang kerjasama yang ditandatangani sebelum daripada ini dan akan berakhir pada 2011, perjanjian ini. Saya mengalu-alukan penyambungan kerjasama dan penyambungan kepada perjanjian KEDA yang sepatutnya sudah tamat, tetapi kesediaan kementerian untuk menyambung kembali perjanjian ini selepas daripada tamat dan menyerahkan kepada pihak Kerajaan Negeri, saya cukup alu- alukan langkah ini dan saya kira langkah ini sudah tentulah akan memberikan manfaat yang cukup banyak kepada rakyat.
Cuma, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan KEDA ini yang disebut, di antara bidang-bidang kerjasama ialah tentang pembangunan pelancongan, pembangunan pertanian komersial, pembangunan komunikasi dan teknologi maklumat, pembinaan jalan luar bandar dan juga kampung dan juga bidang-bidang yang berkaitan dengan pengurangan kemiskinan. Saya akui, sebahagian daripadanya sudah pun kita capai dan kita hendak lihat kesannya. Akan tetapi, bagaimana tentang pelancongan yang rasanya belum lagi diteroka sepenuhnya? KEDA-KEDA yang mungkin berjaya, rumah-rumah yang kita bina dan boleh dijadikan contoh kepada negara luar, pelancong- pelancong yang datang melihat bagaimana peranan kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang miskin, masyarakat luar bandar. Ini boleh dicontohi oleh Negara-Negara Dunia Ketiga.
Begitu juga dengan pembangunan pertanian komersial. Saya tidaklah maksudnya hendak memohon daripada kerajaan untuk memberikan kepada peserta-peserta KEDA ini dengan projek-projek yang besar. Penduduk-penduduk kampung tidak perlu projek yang besar. Kalau yang datang pun ke dalam kawasan Padang Terap, ratusan hektar yang dibangunkan itu adalah orang-orang yang ada duit banyak. Akan tetapi, peserta-peserta KEDA ini adalah mereka yang miskin, mereka yang perlukan pembelaan. Apa yang mereka perlu ialah pertanian yang mungkin berbentuk sara diri. Adakah pihak KEDA ataupun pihak kerajaan, boleh berhasrat untuk meluluskan kepada mereka, mungkin dalam RM3,000 atau RM4,000 untuk mereka menanam tanaman-tanaman kontan di sekeliling rumah mereka yang akhirnya mereka boleh makan dan tidak perlu lagi beli di pasar-pasar.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ini bagi saya cukup menyentuh kepada keperluan mereka. Begitu juga dengan ternakan-ternakan, ayam, itik, puyuh, dan sebagainya yang mereka boleh pelihara dan akhirnya memberikan pendapatan sampingan kepada mereka di samping mereka boleh gunakan untuk mereka makan untuk keluarga mereka. Pembangunan komunikasi dan juga teknologi maklumat saya belum lihat lagi di kawasan Padang Terap itu banyak KEDA yang saya lihat wujud di sana tetapi teknologi maklumat masih lagi berada di tahap yang cukup minimum. Jurang antara, digital gap yang berlaku di antara masyarakat yang ada di kawasan Padang Terap ini terutama yang berada di KEDA masih lagi jauh ketinggalan berbanding dengan mereka yang berada di kawasan-kawasan bandar bukan sekadar di KEDA sahaja. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian melihat sama rakyat keseluruhannya di kawasan-kawasan pedalaman seperti Padang Terap ini bagaimana boleh diberikan kursus-kursus tentang komputer, ICT, dan sebagainya supaya mereka mendapat maklumat yang tepat daripada pihak kerajaan dan tidak disalah ertikan di kalangan rakyat bawahan, dasar-dasar...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
...Polisi-polisi yang baik untuk mereka manfaatkan. Sudah habiskah?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ada sedikit sahaja lagi. Saya hendak gulung Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis Yang berhormat. Tidak ada digulung. Ini masa Jawatankuasa bukan penggulungan Yang berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jadi saya ucap terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberikan ruang kepada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Terima kasih Yang berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh sedikit sahaja iaitu Butiran 02000 - Air Luar Bandar, Butiran 01700 - Elektrik Luar Bandar, Butiran 03200 - Program Kesejahteraan Rakyat, dan juga Butiran 02300 - Jalan-Jalan Luar Bandar.
Tuan Pengerusi, memang saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih lah kepada kerajaan dan kementerian sebab telah memberi apa juga dan menyelesaikan permasalahan di kawasan saya khususnya di Kinabatangan.
Walau bagaimana pun saya perlu ada rasa satu penekanan yang lebih berat iaitu ke arah bagaimana memastikan bahawa menjelang 2015 penduduk di Kinabatangan khususnya tidak lagi bergelap apabila malam dan tidak lagi bergantung pada air perigi atau pun air hujan. Rumah mereka tidak lagi dibolosi oleh angin dan hujan apabila hujan turun sebab ini masalah. Mungkin terlalu ramai mereka yang berhadapan dengan persoalan sebegini. Justeru itu, saya mengesyorkan kementerian kalau boleh menghantar satu pasukan ke Kinabatangan untuk membuat analisa atau pun membuat kajian ke arah bagaimana wilayah Parlimen Kinabatangan ini dapat dibangunkan dan diselesaikan masalahnya. Ini kerana kita ada misi iaitu menjelang 2015 semua rakyat Malaysia tidak kira di mana-mana akan mendapat pembelaan secara wajar dan saksama.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini termasuk membeli bekalan air bersih, membeli api elektrik, membina jalan- jalan, membeli perumahan, dan sebagainya. Akan tetapi saya tidak nampak kalau tidak ada komitmen yang tinggi memang ada perubahan tetapi mungkin sampai 2050 pun kita tidak akan berjaya penyelesai persoalan-persoalan sebegini. Demikian juga mungkin dengan kawasan Tuan Pengerusi harus dilihat secara menyeluruh. Mungkin ada rakyat, sebab Tuan Pengerusi kita ini dia tidak boleh bercakap. Jadi saya perlu jamin sedikitlah kalau boleh lihat juga lah kawasan pilihan raya dia supaya rakyat Malaysia di sana pun boleh menikmati pembangunan yang seimbang ini.
Ini kerana apa tidaknya, kita akan menuju wawasan negara maju Wawasan 2020.
Kalau dikira ikut jari tinggal berapa tahun? Akan tetapi apakah kemampuan kita ini sesaran itu akan mampu sampai ke tahap itu selagi jurang perbezaan pembangunan masyarakat bandar dan luar bandar ini belum lagi dapat kita temui jalan penyelesaian dia. Saya ingin bertanya bilakah agaknya 35 peratus rakyat saya di Kinabatangan yang belum ada elektrik dan air dapat kita berikan bekalan yang sebegini?
Adakah kerajaan mempunyai cukup kapasiti dan kewangan untuk memastikan bahawa apa yang telah kita lontarkan janji-janji dalam pilihan raya, manifesto, bajet dapat kita laksanakan? Jikalau tidak, persoalannya sekarang rakyat telah bijak dan mereka akan bertanya semula kepada kita, kepada wakil rakyat, kerajaan kenapakah di umum Yang Amat Berhormat selaku Menteri Kewangan mengumumkan berbilion-bilion tetapi tidak sampai ke sasaran? Jadi persoalan ini tidak akan berakhir dan tidak akan berhenti. Wakil- wakil rakyat akan terus berdiri, bertanya kepada kerajaan dan kementerian apakah sebenarnya yang perlu dilakukan? Jadi untuk Kinabatangan, saya meminta Timbalan Menteri kalau boleh rekodkan lah saya hendak kan sepasukan daripada mana-mana agensi yang dihantar oleh kementerian untuk menilai dan mengkaji ke arah bagaimana Kinabatangan, wilayahnya ini dapat dibangunkan dan diselesaikan iaitu satu kajian wilayah di Kinabatangan. Jikalau boleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri tolonglah sebab saya ingin melihat rakyat saya yang bertaburan, kawasan seluas negeri Pahang bayangkan bagaimana saya seorang wakil rakyat boleh bekerja untuk memastikan permasalahan ini dapat kita selesaikan.
Seterusnya untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di luar bandar menikmati kemudahan kehidupan yang lebih selesa. Saya rasa program latihan kemahiran ini memang perlu. Justeru itu RM180 juta telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh harus dimanfaatkan iaitu kalau boleh agih-agihkanlah peruntukkan ini ke kawasan-kawasan yang kita lihat bahawa masyarakatnya lebih banyak mundur daripada kawasan-kawasan yang lain.
Ini kerana dengan ada kemahiran seperti kemahiran menjahit, memasak, mereka bentuk, dan sebagainya rasa saya kita boleh mengeluarkan masyarakat yang miskin ini ke satu tahap yang mereka boleh berdikari dan boleh mencari sumber pencarian sendiri tanpa bergantung pada kerajaan. Jadi manfaatkanlah RM180 juta ini untuk kepentingan mempertingkatkan kualiti kemahiran masyarakat di luar bandar agar mereka juga terus dapat menikmati apa juga arus anjakan yang dianjurkan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia di luar bandar juga menikmati kemudahan seumpama ini. Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih ringkas ucapan Yang berhormat. Sila Yang berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin merujuk kepada Butiran 01707 - Pemasangan Lampu Jalan Kampung.
Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui berapakah jumlah lampu jalan kampung dipasang dalam kawasan Parlimen Pasir Mas bagi tahun 2008? Secara spesifik mudah sebab saya tengok tidak ada banyak yang dipasang dan kawasan Parlimen Pasir Mas seperti juga kawasan yang lain, di kampung-kampung cukup gelap dan tidak ada lampu.
Ada setengah-setengah lampu pun dipasang oleh orang kampung sendiri. Jadi apakah usaha ke arah itu?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Nombor dua Tuan Pengerusi, Butiran 02000 - Bekalan Air Luar Bandar. Ini juga saya hendak tahu berapa banyak peruntukkan yang telah dibelanjakan pada tahun 2009 dan juga berapakah jangkaan yang akan dibelanjakan untuk tahun 2010 dalam kawasan Parlimen Pasir Mas? Ini kerana bekalan air di kawasan Pasir Mas Tuan Pengerusi, semakin teruk malah bekalan air tidak mencukupi. Ada airnya busuk malah ianya mengancam kesihatan kepada penduduk luar bandar. Jadi saya hendak tahu secara spesifik jumlah yang akan dibelanjakan untuk bekalan air luar bandar di kawasan Parlimen Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kalau perlu kepada petunjuk untuk mendapat butiran, saya boleh bantu pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menunjuk tempat-tempat yang berlaku masalah air ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada Butiran 09000 - MARA. Ini perkara yang penting. MARA ini adalah agensi yang dipertanggungjawab untuk membangun umat Melayu iaitu kaum bumiputera terutamanya dalam bidang pelajaran dan juga keusahawanan.
Pertama saya hendak tahu jumlah tajaan pelajar-pelajar MARA daripada luar bandar ke luar negara untuk tahun 2009, tahun ini, berapa jumlahnya? Saya hendak tahu, selain daripada itu, apakah MARA masih lagi menaja pelajar-pelajar yang belajar ke Timur Tengah, universiti di Mesir, Jordan, Iraq dan seumpamanya? Ini kerana saya tahu MARA kurang memberi tumpuan dan tidak menaja ataupun memberi pinjaman apatah lagi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang belajar di negara-negara Timur Tengah ini. Begitu juga saya tanya tadi jumlah pelajar yang ditaja untuk belajar ke luar negara.
Saya bertanyakan perkara ini Tuan Pengerusi, sebab biasiswa di peringkat JPA sudah pun diagih di antara 51 peratus - 49 peratus di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Jadi bererti peluang untuk pelajar bumiputera makin terhakis dari segi mendapatkan biasiswa termasuklah juga pinjaman. Maka sebab itu, ianya mesti ditokok tambah dan dilipat gandakan melalui program tajaan MARA, sebab kita semua tahu hak mendapat pendidikan ini terutamanya biasiswa terkandung di bawah fasal 153, Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu, iaitu untuk mendapatkan biasiswa. Ini amat ketara sekali Tuan Pengerusi di mana saya menerima banyak rungutan. Surat-surat yang saya terima di mana ramai sangat pelajar-pelajar Bumiputera sudah tidak mendapat biasiswa atau hilang peluang untuk belajar ke luar negara.
Baru-baru ini kerajaan sudah tambah RM500 juta tetapi, saya percaya ianya tidak mencukupi dan seharusnya dilipat gandakan. Berhubung dengan MARA juga, saya hendak tanya secara khusus berapakah jumlah pinjaman yang diberi kepada pengusaha- pengusaha bumiputera, usahawan bumiputera terutamanya dalam kawasan Parlimen Pasir Mas, berapa jumlah? Berapa orang usahawan sudah telah diberi bantuan? Apakah kejayaan dan pencapaian setakat ini? Saya minta kalau boleh dijawab secara spesifik.
Begitu juga saya hendak tanya, bagaimanakah kedudukan kedai-kedai barang dalam kawasan bandar Pasir Mas yang sudah usang. Dahulu pernah saya cadangkan supaya dipindah dan dibeli bangunan-bangunan baru di kawasan pinggir bandar Pasir Mas yang sudah pun dibangunkan. Itu yang saya hendak tahu dari pihak MARA.
Kemudian saya juga merujuk Tuan Pengerusi, 00602 iaitu Maktab Rendah/Kolej Sains MARA termasuklah Maktab Rendah Sains MARA. Saya difahamkan di Pasir Mas sudah ada tapak untuk membina Maktab Rendah Sains MARA. Di kawasan lain sudah pun didirikan, sudah banyak di kawasan Parlimen wujud Maktab Rendah Sains MARA tetapi, di Pasir Mas belum ada. Saya hendak tanya bila Maktab Rendah Sains MARA di Pasir Mas ini akan dibina? Apakah boleh beri jaminan ianya akan dilaksanakan pada tahun 2010 sebab tapak sudah pun disediakan?
Butiran 00611 - Pusat GIATMARA. Sekarang ini di Parlimen Pasir Mas Tuan Pengerusi, berada di Kubang Panjang yang tidak berkembang, tempatnya begitu kecil dan tidak ada kursus-kursus baru ditambah. Saya difahamkan dahulu hendak dipindah ke kawasan lain, kawasan sudah pun dikenal pasti, tanah sudah pun dikenal pasti, kenapa tidak dibeli? Apakah benar duit untuk beli tanah tersebut telah dibawa ke projek yang lain?
Saya hendak tanya bila Pusat GIATMARA di kawasan Parlimen Pasir Mas akan dipertingkatkan dan ditempatkan di kawasan baru?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Pengerusi, selain daripada itu juga saya hendak tanya mengenai dengan Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Ini RM808,378,000 ini banyak, saya juga hendak tahu jumlah jalan luar bandar yang dibina di Pasir Mas pada tahun 2009, baru-baru ini?
Berapa banyak? Berapa jumlah yang dibelanjakan? Berapa jalan dan berapa jalan yang akan dinaikkan taraf yang akan dibaiki untuk tahun 2010? Ini Tuan Pengerusi, ini selepas musim banjir, banjir masih berlaku. Tentunya jalan-jalan kampung akan banyak rosak.
Saya hendak cadangkan, ia bukan sahaja jalan baru ataupun dibaiki tetapi, di lebarkan jalan-jalan sedia ada, sebab jalan di luar bandar ini banyak jalan satu hala. Kereta hendak berselisih pun tidak boleh. Kita lihat setiap hari kereta banyak yang jalan ke belakang daripada jalan ke depan, sebab selisih di antara satu sama lain dan jalannya sepatutnya dilebarkan dan dijadikan dua lorong. Jadi, di kawasan Pasir Mas banyak jalan ini telah dirosakkan akibat daripada banjir dan malah jalan-jalan baru juga mesti dibina.
Saya hendak tanya adakah pihak kementerian mempunyai perancangan secara yang menyeluruh untuk melihat masalah jalan ini, bukan cara satu jalan ke satu jalan, atas permintaan daripada pihak orang kampung ataupun diangkat oleh pihak-pihak tertentu maka dilaksanakan. Apakah tidak dibuat secara yang bersepadu untuk dijalankan secara sempurna untuk dibina jalan-jalan kampung ini dengan secara yang lebih baik dan lebih teratur seperti yang saya katakan tadi? Saya cukup kurang puas hati melihat kepada agihan perbelanjaan jalan luar bandar ini Tuan Pengerusi, yang saya lihat tidak seimbang.
Jadi ianya mesti diseimbangkan, jangan ada tompok di tempat-tempat dan kawasan tertentu. Seperti kata pepatah “sayang itu biarlah merata”. Jangan sayang itu bertompok atau projek itu bertompok di kawasan-kawasan tertentu, di kawasan-kawasan Menteri sahaja ataupun tempat-tempat mereka yang berpengaruh. Maka, kawasan- kawasan yang diwakili oleh pihak-pihak tertentu, orang-orang yang tidak berpengaruh, jalan-jalan tidak dibina, jalan kampung dibiarkan, orang kampung dibiarkan, air luar bandar dibiarkan dan sebagainya. Jadi, sebab itu saya minta perkara ini diberi perhatian termasuklah penyelenggaraannya sekali, iaitu jalan-jalan yang rosak.
Saya minta untuk tahun 2010, saya hendak minta maklumat daripada pihak kementerian apabila menjawab nanti saya hendak tahu berapa yang akan dibelanjakan di kawasan Parlimen Pasir Mas. Saya hendak bercakap secara khusus sahaja, spesifik untuk kawasan saya. Supaya saya tahu, saya boleh pantau berkenaan dengan pelaksanaan dan sama ada kakitangan dan pegawai kerajaan, Menteri dan Timbalan Menteri, KSU atau ketua agensi buat kerja ataupun tidak akan diukur berdasarkan kepada KPI. Saya akan ukur dalam perbahasan akan datang untuk melihat pencapaian, keberkesanan yang saya sebutkan tadi.
Tuan Pengerusi, satu lagi iaitu Butiran 03200 - Program Kesejahteraan Rakyat. Ini RM191 juta untuk tahun 2009. Itu untuk tahun 2009, tahun 2010 RM89 juta, kurang RM100 juta ini. Mengapa dan sebab dikurangkan? Saya hendak tanya berkenaan Program Kesejahteraan Rakyat ini dan apakah bentuk program yang dijalankan selama ini? Sejauh manakah ianya dimanfaatkan dan apakah program-program khusus yang saya maksudkan tadi, untuk kita perinci sama ada ianya memberi manfaat ataupun tidak.
Akhir sekali Tuan Pengerusi iaitu B 050000 - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR ini, kita tahu prinsip kerajaan sekarang ini, “Pencapaian Diutamakan”. Saya hendak tanya kedudukan, keupayaan, kepimpinan Lembaga KESEDAR termasuk pengerusinya sekali. Apakah mereka ini dari segi kepimpinannya boleh dipercayai, boleh membawa apa yang dikatakan pencapaian diutamakan itu? Sebab Tuan Pengerusi, sekarang ini kita lihat segala-galanya ke era apa orang kata teknologi maklumat, era daya intelektual dan macam-macam lagilah. Tentulah kita tengok kakitangan KESEDAR pun banyak graduan-graduan universiti tetapi, ada di kalangan agensi-agensi yang kita lihat dipimpin oleh orang yang tidak sampai ke tahap itu pun.
Jadi sebab itu saya lihat mungkin dari segi perbincangan Mesyuarat Lembaga Pengarah, keupayaan mengendalikan Mesyuarat Lembaga Pengarah pun kalau ianya tidak dipimpin oleh orang yang ada ilmu, tentunya pencapaian yang hendak dicapai itu tidak tercapai seperti mana yang dimaksudkan. Akhir, B 20000 - Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS). KEMAS ini, saya hendak tanya satu sahaja Tuan Pengerusi. Dahulu saya lihat KEMAS ini banyak program kemasyarakatan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
KEMAS ini di antara penggerak masyarakat, agen perubahan di kampung- kampung walaupun mereka ini ditugas... Banyak yang bekerja sebagai guru tadika dan seumpamanya. Sejak ianya diserap di bawah JPA, saya lihat KEMAS tidak lagi seperti KEMAS yang dahulu. Sudah jarang ada perjumpaan di dewan-dewan, di balai-balai raya mengadakan aktiviti-aktiviti khusus, seperti yang saya lihat dahulu, ianya tidak lebih daripada sebuah agensi rutin sahaja sekarang ini. Menumpukan program tadika tetapi, tidak lagi menjadi agen perubahan masyarakat di luar bandar seperti yang kita lihat dahulu. Jadi, saya hendak minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kanowit.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada butiran-butiran di dalam anggaran ini kerana banyak yang telah dikatakan mengenai masalah kemudahan asas di luar bandar terutamanya. Saya ingin bertanya kepada kementerian kerana peruntukan ini memang sudah ada cuma kita ingin bertanya kepada kementerian sama ada peruntukan ada diperuntukkan kepada daerah atau kawasan Parlimen kita.
Peruntukan di Butiran 01702 - Bekalan Elektrik Luar Bandar, Sarawak, RM286 juta lebih. Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada peruntukan ini juga termasuk permohonan-permohonan yang telah kita sampaikan dari daerah Kanowit atau kawasan Parlimen Kanowit. Kalau dapat diberikan breakdown mengikut Parlimen di kawasan- kawasan Sarawak.
Juga Butiran 02002 - Bekalan Air Luar Bandar, Sarawak - RM243 juta telah diagihkan untuk negeri Sarawak. Saya juga ingin tahu adakah peruntukan ini merangkumi permohonan yang telah kita majukan dari kawasan Parlimen Kanowit kerana masalah ini telah timbul sejak berpuluh tahun yang lalu dan saya berharap pada tahun 2010 ada juga sedikit peruntukan diberikan kepada kawasan Kanowit. Saya tidak tahu kerana semua kawasan luar bandar masih juga memerlukan peruntukan-peruntukan seperti ini.
Begitu juga dengan Butiran 00400 - Pendidikan Pra-Sekolah. Saya telah melancarkan beberapa prasekolah di kawasan saya di Parlimen Kanowit, tetapi masalahnya ialah prasekolah ini menggunakan tempat yang sementara dan ada juga menggunakan rumah tarik balak di tepi-tepi jalan dan itu sangat tidak sesuai untuk sekolah- sekolah seperti ini. Saya berharap KEMAS telah menyampaikan permohonan untuk mendapatkan peruntukan untuk sekolah-sekolah ini. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian adakah peruntukan sebanyak RM102 juta untuk seluruh negara merangkumi prasekolah-prasekolah baru di negeri Sarawak, terutamanya di kawasan Parlimen Kanowit.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih kerana memberi saya peluang berbahas berkenaan dengan anggaran perbelanjaan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya akan menyentuh beberapa perkara dalam masa 15 minit.
Pertama, Butiran 010800 - Kesejahteraan Rakyat. Saya ingin menyentuh isu banjir di Sungai Pelus di mana anak sungai untuk Sungai Perak ini banjir kerap kali pada tahun lalu, 15 kali pada tahun lalu di mana tujuh buah kampung di sebelah sungai tersebut dilanda banjir seperti Kampung Chor, Kampung Lasah, Kampung Tok Sirat, Kampung Lintang dan lain-lain kampung. Ini bukan satu isu yang semula jadi Tuan Pengerusi, ini adalah kerana pembalakan di Ulu Lasah yang telah menyebabkan pemasiran sungai dan malangnya tiada dana untuk membersihkan sungai tersebut.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Oleh itu, syarikat-syarikat pembalakan mendapat keuntungan dan kerajaan negeri mendapat royalti, tetapi orang-orang miskin yang tinggal di tepi sungai tersebut membayar harga mereka iaitu banjir. Saya diberitahu oleh JPS bahawa satu projek bernilai RM13 juta diperlukan untuk membersihkan sungai tersebut, tetapi sehingga kini tidak diberikan. Saya berharap dalam peruntukan budget kali ini, masalah tersebut dapat diatasi.
Kedua ialah Butiran 020300 - Pembangunan Desa. Ada satu kampung penempatan semula di Sungai Siput dipanggil PPMS di mana seratus keluarga miskin daripada kampung-kampung lain di Sungai Siput, keluarga-keluarga yang tiada tanah ditempatkan di satu kampung baru yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Sungai Siput. Mereka dijanjikan akan diberi sebuah rumah dan juga sepuluh ekar tanah pertanian.
Malangnya, walaupun rumah telah diberi dua tahun dahulu, sehingga kini projek ekonomi iaitu projek pertanian masih belum dilaksanakan.
Oleh itu, keluarga-keluarga tersebut terpaksa pulang semula ke kampung asal mereka untuk membuat kerja-kerja mereka. Kerja-kerja menoreh getah dibahagi dua dan ini telah membawa masalah ekonomi yang besar. Setakat ini, 14 murid sekolah menengah telah tercicir kerana keluarga mereka tidak dapat membayar sewa bas ke bandar. Selain itu, bekalan air untuk 15 keluarga telah dipotong kerana tidak dibayar.
Masalah di sini ialah kelemahan di dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek yang baik dan tiada satu coordination di antara aspek perumahan dan projek ekonomi. Projek yang baik ini yang harus memberi manfaat kepada keluarga tersebut, tetapi telah menjadikan keluarga miskin tersebut menjadi lebih miskin lagi disebabkan oleh keciciran anak-anak mereka. Saya rasa isu ini dapat ditangani dalam budget kali ini.
Saya ingin beralih kepada masalah Orang Asli, Butiran 030200 - Perancangan dan Penyelidikan. Ada beberapa skim perladangan untuk orang-orang asli di seluruh negara kita, tetapi masalahnya kebanyakan skim ini masih dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta. Ia telah dikontrakkan kepada syarikat-syarikat swasta. Keluarga-keluarga yang telah mengambil bahagian di dalam skim ini hanya mendapat RM400 sebulan sebagai dividen. Manakala di skim-skim FELDA di mana peserta sendiri memegang tanah tersebut, mereka mendapat RM2,000 ke atas.
Oleh yang demikian, saya rasa satu kajian harus dilaksanakan di bawah peruntukan perancangan dan penyelidikan untuk mengenal pasti bagaimana skim-skim tersebut boleh dipindahkan untuk dilaksanakan oleh Orang-Orang Asli sendiri. Ini telah berlaku di beberapa kampung orang asli di Perak, dua tiga buah kampung contohnya, Kampung Chang di Bidor di mana kampung tersebut telah mengambil alih skim pertanian dan mereka telah mendapat pulangan yang jauh lebih tinggi daripada skim-skim yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta.
Akan tetapi, pengalaman di Kampung Chang ialah JHEOA dan juga RISDA tidak begitu rela untuk menyerahkan semula skim tersebut kepada mereka. Masalahnya sekarang... Ini skim yang baik untuk orang-orang asli, tetapi 75 peratus daripada keuntungan skim tersebut pergi kepada syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat kontrak yang mengendalikan skim tersebut. Hanya 25 peratus daripada untungnya pergi kepada Orang-Orang Asli. Ini satu ketirisan yang besar dan saya berharap peruntukan di bawah Butiran 030200 ini dikaji bagaimana memberi latihan untuk membolehkan Orang-Orang Asli mengambil semula skim tersebut dan mengendalikan skim tersebut sendiri supaya benefit, manfaatnya dapat kepada Orang-Orang Asli.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
[Memberi isyarat tangan supaya duduk]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Sudah 15 minit?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kehadiran Honourable Faisal Karim Kundi, Deputy Speaker of the National Assembly of Pakistan dan delegasi dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Semoga kehadiran beliau dan delegasi di dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Pakistan. Terima kasih, sila Yang Berhormat.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu lagi isu untuk Orang Asli ialah Butiran 030200, isu gazettement tanah rizab untuk Orang- Orang Asli. Dengan pembangunan negara, kawasan-kawasan yang diduduki oleh Orang- Orang Asli dicerobohi oleh pihak-pihak luar untuk pembalakan dan perladangan. Kita harus mengambil tindakan serta-merta untuk memastikan tanah yang cukup luas diperuntukkan untuk komuniti Orang Asli di setiap kawasan.
Tuan Pengerusi, Orang-Orang Asli tiada aset-aset yang lain. Mereka tiada pelajaran, mereka tidak berkemahiran teknikal. Oleh itu, hanya tanah modal mereka, the only asset yang mereka ada. Jika itu juga dirampas oleh pihak-pihak business, ia akan jauh ditinggalkan di belakang. Jadi, adalah penting untuk kita gazetkan tanah mereka untuk mereka.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya beralih kepada P.22, Butiran 01701 - Bekalan Elektrik Luar Bandar di mana RM825.5 juta diperuntukkan. Di kawasan Sungai Siput, ada 50 kampung Orang Asli yang masih tiada elektrik. Walaupun satu empangan hidro telah dibina di kawasan Orang Asli di Pos Piah, dan ini membekalkan elektrik kepada Nasional Grid, kampung-kampung di sekitaran Pos Piah itu masih tidak dapat walaupun 20 tahun sudah dilaksanakan, mereka masih tidak dapat. Hanya kabel high-tension boleh nampak di atas, tetapi kampung- kampung itu masih menggunakan minyak pelita. Sama juga dengan Pos Perwor, Pos Legap, Jalung Tinggi sampai Kampung Ngawai. Jadi saya haraplah dengan peruntukan RM825 juta ini, masalah ini dapat dikendalikan.
Saya hendak alih sekarang kepada Butiran 010200 - Perancangan Strategik. Satu isu saya kenal pasti di Sungai Siput ialah tanah yang terbiar di kampung-kampung tradisi.
Masalahnya di kampung-kampung ini, peluang bekerja kurang. Orang kampung tidak mendapat peluang yang cukup untuk bekerja. Akan tetapi wujud juga banyak ekar tanah terbiar. Masalahnya ialah fragmentation keluasan tanah holding begitu kecil ia tidak economical untuk dijalankan. Pada fahaman saya, ini adalah satu hasil sistem pewarisan tanah di masyarakat Melayu, di mana dibahagi sama rata antara semua anak lelaki dan anak perempuan dapat setengah share. Akan tetapi oleh sebab kaedah ini, kaedah pewarisan ini dalam dua, tiga generasi saiz kebun yang dipegang oleh setiap orang adalah begitu kecil. Jadi saya rasa dalam butiran ini rancangan strategik, saya syorkanlah ada satu kajian bagaimana masalah ini dapat dikendalikan.
Last sekali saya hendak bawa ialah juga dalam Butiran 010200 - Rancangan Perladangan. Bagaimana ini diteruskan selepas generasi peneroka mencapai umur 60 tahun ke atas. Di Sungai Siput ada satu Skim Perlop Satu yang diwujudkan dalam tahun 1960-an, 70 peserta ditempatkan di situ dengan sepuluh ekar tanah.
Akan tetapi apabila umur mereka meningkat dan mereka tidak mendapat kerja dan ada ramai keluarga di mana anak mereka pun tidak mahu bekerja di ladang. Jadi pada masa ini daripada 70 peserta ini, sepuluh telah dijual ataupun mereka ambil pinjaman daripada bank, jadi kena ditarik balik, sepuluh sudah habis. 43 peserta telah membuat perjanjian dengan Koperasi RISDA, di mana Koperasi RISDA ambil alih ini dan janji membayar mereka pencen bulanan. Akan tetapi Koperasi RISDA ini selepas membuat pinjaman bank dan gadaikan semua tanah ini tidak dapat bayar balik. So itu pun telah sangkut. Sekarang daripada 43 lot tanah yang diambil oleh Koperasi RISDA, hanya 16 yang ada mengeluarkan hasil. Jadi ini masalah yang besar dan kemungkinan besar bank akan tarik balik. Jadi hanya tinggal 15 keluarga yang masih kerjakan tanah mereka. Ini satu projek yang begitu baik untuk bagi kepada keluarga miskin, tetapi dalam satu generasi ¾ daripada itu, telah hilang atau lepas tangan mereka. Jadi ini harus dikaji oleh kementerian.
Tuan Pengerusi akhirnya pada 2009, peruntukan ialah RM3.8 bilion untuk kementerian ini. Tahun ini ada dua kali ganda RM7.2 bilion diperuntukkan. Saya hanya ingin mengesyorkan ketirisan dikawal supaya faedah daripada peruntukan ini sampai ke sasarannya iaitu masyarakat miskin di luar bandar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Serian.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus pergi kepada beberapa perkara iaitu, satu Butiran 01702 iaitu BELB atau Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi negeri Sarawak.
Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun memang mempunyai projek bekalan elektrik luar bandar... [Tepuk] Terima kasih. At this moment, satu projek bekalan elektrik luar bandar sedang dilaksanakan di satu kawasan yang dinamakan sebagai kawasan Mentong Mubok Birawan.
Tuan Pengerusi, saya harus membawa perkara ini kepada Dewan yang mulia ini agar kementerian dan Timbalan Menterinya yang ada bersama-sama dengan kita, iaitu dalam mana di bawah projek ini yang sedang dilaksanakan lapan buah kampung akan menikmati bekalan elektrik di luar bandar. Kampung-kampung itu adalah Kampung Baing, Kampung Mentong Berawan, Kampung Pridan, Kampung Diang, Kampung Ngiang dan SK Pridan.
Akan tetapi sebuah kampung, nama kampung ini Kampung Mentong Mubok.
Kampung Mentong Mubok ini terletak di tengah-tengah kawasan lapan buah kampung ini.
Apa yang berlaku ialah kita telah melihat senarai dan Kampung Mentong Mubok ini sama ada sengaja atau tidak telah tertinggal atau tidak ada dalam list itu. Padahal saya sendiri Tuan Pengerusi telah melihat iaitu setelah menerima kompelin daripada Ketua Kampung Mentong Mubok, pada dua minggu yang lepas saya sendiri telah menulis surat kepada Kementerian Kemudahan Awam Negeri Sarawak, iaitu kementerian yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek-projek elektrik luar bandar.
Setakat ini belum ada jawapan dan pada hari Sabtu yang lepas, saya sebenarnya telah dijemput untuk merasmikan majlis, dan majlis itu telah diadakan secara besar-besaran di Kampung Mentong Berawan. Ketua kampung dan rakyat di Kampung Mentong Mubok marah, selama ini kita memang penyokong kuat Barisan Nasional dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini setiap pilihan raya kampung ini, Kampung Mentong Mubok, kampung yang tertinggal dari senarai ini adalah penyokong kuat Barisan Nasional tidak pernah kalah, Barisan Nasional di situ.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri yang ada bersama kita pada pagi ini akan terus bukan apa, I request, I appeal that he personally inform Kementerian Kemudahan Awam Negeri Sarawak to make sure that this kampung be included in the project which is currently undertaken in that kawasan. Kalau tidak they will have to wait for another five years.
Tuan Pengerusi dari itu, saya pergi ke Butiran 01707 - Pemasangan/ Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Kalau tidak silap saya pada bulan Mac tahun ini, saya telah menerima salinan surat dari pihak atasan iaitu SDO. Saya amat gembira dengan kandungan surat itu iaitu mengikut surat itu kampung-kampung di kawasan Parlimen saya P.199 Serian, 92 peratus akan menikmati projek lampu jalan kampung dan projek ini akan dilaksanakan dalam tahun 2009 ini juga. Kita sekarang dalam bulan November, sebulan lagi tahun 2010, bulan Mac dan sekarang adalah bulan November, tidak satu pun projek lampu jalan kampung yang telah diluluskan untuk dilaksanakan dalam tahun ini. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, please take note and look into this.
Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 02000 - Bekalan Air Luar Bandar. Perkara ini saya telah bangkit di dalam Dewan yang mulia ini dua atau tiga kali, dalam mana di kawasan Parlimen saya, saya pergi lebih specific is better than I concentrate on my kawasan. Sebanyak 72 peratus daripada penduduk-penduduk luar bandar di kawasan saya masih bergantung pada bekalan apa yang kita panggil melalui gravity feed. Melalui system gravity feed sebagai sebuah kawasan yang amat luas dan dari segi kawasannya lebih luas daripada negeri Melaka memang sukar untuk membekalkan bekalan air melalui treated water atau lebih dikenali di Sarawak dengan air dari JKR.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Pengerusi, dengan terbukanya banyak ladang-ladang sawit pencemaran air memang berlaku. Jadi Tuan Pengerusi, di kawasan Parlimen saya kebergantungan kepada air daripada sungai, dari bukit iaitu melalui sistem grid ini sudah tidak dapat sepenuhnya diharapkan lagi. Oleh yang sedemikian Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa pihak JKR telah meminta agar loji rawatan air di Serian iaitu yang dipanggil Selabi Water Treatment Plant dalam mana pihak JKR telah meminta kalau tidak silap saya tidak kurang daripada RM200 juta untuk membesarkan loji ini dan juga loji rawatan air di Tebedu.
Saya minta pihak kementerian walaupun mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Teknologi Hijau dan Air tetapi please take note of that. Dalam perkara ini sistem gravity feed kebanyakannya telah dimulakan projeknya dilaksanakan pada tahun 1970-an lagi. Tuan Pengerusi, 33, 37 and 30 years ago is a long-long time. Maka, kebanyakan paip-paipnya sudah pecah atau bocor dan berkarat kerana kita tidak menggunakan air daripada steel atau besi tersebut. Kita menggunakan paip daripada PVC. Akan tetapi, kebanyakan paip itu telah pun pecah.
Jadi Tuan Pengerusi, sistem bekalan air luar bandar melalui sistem gravity feed ini masih diperlukan. Maka, melalui peruntukan yang ada dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini saya minta agar pembaikan paip-paip air ini melalui sistem gravity feed harus juga diambil kira.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi ke Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar dan sekali gus dengan Butiran 02500 - Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Tuan Pengerusi, sebagai Yang Berhormat wakil rakyat daripada kawasan luar bandar khususnya Serian, saya sememangnya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana setiap tahun memperuntukkan peruntukan untuk kawasan saya.
Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah dari segi pelaksanaan. Pelaksanaan melalui peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen saya yakin dan percaya telah dilaksanakan mengikut prosedur. Akan tetapi, baru-baru ini saya balik ke kawasan setiap hujung minggu, no missed. Apa yang menyedihkan saya ialah satu iaitu pelaksanaannya tidak mengikut kriteria yang ada pada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mengapa? Kerana saya nampak jalan-jalan menuju ke rumah individu telah pun diturap. Padahal sepatutnya jalan-jalan yang perlu diturap ialah yang dapat memberikan keuntungan kepada tidak kurang daripada sepuluh buah rumah. Itu satu.
Keduanya, kerana saya nampak di kawasan Parlimen saya masih banyak kampung yang belum dapat dilalui menggunakan kalau tidak pacuan empat roda walaupun bukan pada waktu tengkujuh. Even during the dry season, masih banyak. Two weeks ago I was in kawasan Sungai Buruh dalam Bahasa Melayu, Sungai Buloh. Akan tetapi apabila saya balik ke kawasan dua, tiga minggu baru-baru ini apa yang saya nampak ialah just because they want to make an easy money, jalan-jalan yang dekat Pekan Serian sahaja yang diturap dan ada kalanya saya nampak rumah yang belum didiami sudah pun diturap jalannya. What is this? Sedangkan kita telah membangkitkan perkara ini dan saya sendiri telah menulis surat kepada pihak SDO beberapa kali, this is my request and this is the urgent request for my people...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini agensi pelaksana yang buat?
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Agensi pelaksana.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...Dan kontraktor yang manipulate.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Tidak mengapa. I don’t want to say more. Jadi ini boleh memberi keuntungan yang cepat. Sebab ini lah dilaksanakan dahulu.
Kampung-kampung yang jauh sebagai contoh kawasan Sungai Buloh, kawasan Nibong yang jauh menggunakan jalan balak 15 kilometers masuk. As I said earlier on, even a car during the dry season is not able to access to the kampung.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Jadi, Tuan Pengerusi tolong sebab Kerajaan Barisan Nasional memang prihatin akan masalah-masalah yang dihadapi khususnya kawasan luar bandar termasuk di kawasan Parlimen saya. Akan tetapi dari segi implementasi... Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak percaya, you please go to my kawasan. It hurts me...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan kawasan Yang Berhormat sahaja tetapi semua kawasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Semua kawasan, but I am talking about my kawasan sebab saya sendiri tengok apa yang berlaku di kawasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membantu saya, at least I can talk more on Sarawak as a whole…
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya melihat emosi Yang Berhormat itu.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Memang emosi pun. Sebab itulah undi saya tiap-tiap pilihan raya meningkat, naik... [Ketawa]
Seorang Ahli
Sombong pula...
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih, sombong pula.
Bongkak...[Ketawa] Okey Tuan Pengerusi, jadi sekarang saya beralih kepada KEMAS. Tidak dinafikan bahawa agensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memang memainkan peranan yang amat penting di dalam kita sama-sama mahu memperkasakan atau memartabatkan taraf sosio-ekonomi kawasan bandar. Saya nampak pegawai-pegawai KEMAS di kawasan Parlimen saya dari pegawai KEMAS daerah sehinggalah pemaju-pemaju masyarakatnya telah menjalankan walaupun dalam keadaan serba kekurangan telah menjalankan tugas mereka dengan cukup bertanggungjawab dan dedikasi. Terima kasih KEMAS. Jadi, saya nampak dalam keadaan serba kekurangan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Satu minit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak dengar lagi tetapi masa satu minit.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Akan tetapi apa boleh buat. Jadi, KEMAS ini saya nampak amat menyedihkan dalam kita meluluskan beratus-ratus juta dan berbilion-bilion ringgit di mana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk tahun 2010 diperuntukkan RM7.2 bilion amat menyedihkan kalau kita nampak bangunan dan kelas- kelas anak-anak dan cucu-cucu kita di kampung masih lagi belajar dalam suasana yang cukup menyedihkan. Ada kalanya di tempat yang kita boleh panggil sebagai seolah-olah reban ayam. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, please also look into that. Jadi oleh kerana masa yang telah diberikan kepada saya sudah sampai ke penghujungnya, saya minta dengan perasaan cukup emosi, dengan perasaan yang cukup mahu agar rakyat kita di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Parlimen saya terbela.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, ini kawasan?
Beberapa Ali
Ketereh.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ketereh.
Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sepintas lalu saya hendak merujuk kepada buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010, 40000- Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh
Anggaran perbelanjaan mengurus menyumbang kepada peningkatan yang begitu besar iaitu sebanyak RM2.419 bilion, mengapakah berlaku peningkatan yang begitu besar, minta diperjelaskan butiran terperinci berhubung peruntukan yang begitu besar pada tahun 2010.
Tuan Pengerusi, Butiran 010500 - Pengurusan Maklumat. Peruntukan berkurangan sebanyak 11.38 peratus dari tahun 2009 pada RM4,210,000 sedangkan 19 projek Infodesa akan dikemukakan pada tahun 2010. Pada tahun 2008, kerajaan bercadang akan menjadikan medan Infodesa di setiap desa. Namun sehingga tahun 2009 hanya lima sahaja yang telah terlaksana. Minta diperjelaskan kenapa.
Butiran 030400 - Pembangunan Minda dan Pendidikan, Butiran 030000 - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Peruntukan telah dikurangkan daripada RM3,940,800 kepada RM3,055,000 pada tahun 2010 iaitu lebih kurang 22.47 peratus, apakah pengurangan ini menandakan bahawa kerajaan telah berpuas hati dengan hal ini.
Ringkasnya Tuan Pengerusi, Butiran 00800 - Teknologi Maklumat dan Infodesa.
Dengan peruntukan yang besar bagi pembangunan teknologi maklumat dan Infodesa iaitu projek yang berjumlah RM181.844 juta, kerajaan masih tidak melaksanakan tugasan ini dengan baik berdasarkan hasil yang boleh dilihat kini, sedangkan projek ini seharusnya lengkap dibangunkan sepenuhnya pada tahun 2010.
Butiran 01000 - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), jumlah populasi Orang Asli di Malaysia ketika ini adalah seramai 141,230 orang. Maka, berdasarkan peruntukan tahun 2010, setiap Orang Asli diperuntukkan sebanyak RM293.16 untuk menaik taraf kehidupan mereka sedangkan berdasarkan peruntukan tahun 2001-2010, purata setiap Orang Asli akan menerima RM431.32 setiap tahun untuk membantu mereka. Ini menunjukkan peruntukan kepada mereka telah dikurangkan sedangkan nasib mereka pada asasnya belum terbela.
Butiran 010700 - Institut Kemajuan Desa (INFRA). Kita tahu penubuhan awalnya untuk menyokong GDW tetapi sekarang ini kita tengok GDW khususnya di kawasan saya yang ada hanya tugu-tugu seni sahaja dan program ia tiada. Jadi kita hendak tahu dari segi pemilihan peserta, bagaimanakah ia dipilih, siapakah yang terpilih dan saluran mana yang akhirnya digunakan untuk memilih peserta untuk ke Institut Kemajuan Desa.
Butiran 02500 - Jalan Kampung dan Penyelenggaraan, saya amat setuju dengan Yang Berhormat Serian tadi dari segi pelaksanaannya. Kita lihat projek itu banyak tetapi dari segi pelaksanaannya kadang-kadang kontraktor yang memilih projek itu dan dicadangkan pada Jabatan Pembangunan dan dibuat. Penyeliaannya amat kita tidak puas hati sekali kerana dua tiga bulan, jalan itu sudah rosak dan tidak boleh diguna lagi.
Kadang-kadang kalau mengikut orang Kelantan, dia kata ada ikan haruan tenggelam dalam tar itu, apabila selesai tar, ikan itu keluar balik... [Ketawa] Itulah teruknya pelaksanaan jalan- jalan kampung.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau orang Kelantan cakap begitu, dalam bahasa Melayu macam mana Yang Berhormat?... [Ketawa]
Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh
Itu perlu sama-sama kita fikir Tuan Pengerusi... [Ketawa] Saya harap perkara ini perlu penyeliaan yang lebih daripada pihak Kementerian.
Butiran 01707 - Pemasangan/Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya hendak tahu tentang peruntukan yang akan diberikan kepada kawasan saya, Ketereh dan saya juga hendak tahu kebarangkalian kelulusan sekiranya kalau Ahli Parlimen Ketereh yang mencadangkan jalan-jalan untuk dipasangkan lampu jalan ini, sejauh mana ia boleh diluluskan? Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ada sedikit sahaja yang saya mahu mengambil bahagian. Kita tahu bahawa kerajaan bukan sahaja setiap tahun mempunyai bajet tertentu di luar bandar. Akan tetapi setiap rancangan– rancangan, sekarang kita hampir ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya mengambil contoh di kawasan saya, soal bajet ini memang begitu banyak. Saya sependapat dengan rakan-rakan sebelum saya bahawa soal perlaksanaan ini. Soal infrastruktur di luar bandar ini. Saya bagi satu contoh, saya teringat pada tahun 1990 di mana saya ketika dulu menjadi calon pilihan raya dan di kampung ini, Kampung Semawang, contohnya. Di kampung ini adalah satu daerah mengundi, keseluruhan di kawasan ini ada 700 pengundi tetapi kalau kita lihat, ketika ini kalau kita melawat, kampung ini memang senyap sunyi, tiada orang.
Jadi persoalan saya, apabila saya memohon di Pejabat Majlis Perbandaran, begitu juga kementerian, jawapan yang diberikan kepada saya bahawa kawasan ini tidak ramai penduduk yang tinggal di situ, apatah lagi Menteri baru kita menyatakan bahawa kesesuaian jalan-jalan di luar bandar ataupun kampung haruslah mengikut kehendak semasa.
Jadi kalau kita melihat kedudukan ini, sudah tentu kawasan seperti contoh yang saya sebut tadi tidak akan dilaksanakan jalan-jalan sedangkan Tuan Pengerusi, setiap pilihan raya, kawasan ini orang kampung akan balik ke kampung. Pengundinya lebih kurang 700 orang, jadi bererti kawasan ini memang ramai penduduk. Cuma sahaja kemudahan asas seperti jalan dan juga bekalan elektrik, air dan sebagainya. Jadi apa persoalannya di sini, saya ingin kementerian mengambil sikap terbuka. Maksud saya bukan sahaja melalui saluran pejabat daerah atau pun majlis perbandaran. Seharusnya pemimpin-pemimpin terutama sekali Ahli-ahli Parlimen juga diambil kira pandangan-pandangan kerana kalau tidak diambil pandangan ini, sudah tentu dalam pelaksanaan-pelaksanaan kemudahan asas ini tidak menepati sasarannya.
Tuan Pengerusi, yang lebih penting lagi, hari ini negara kita sudah maju. Di kawasan saya sahaja contohnya, ramai pelabur-pelabur kerana di kawasan saya ini tidak juga jauh daripada bandar tetapi kawasannya pesisiran pantai. Di kawasan pesisiran pantai ini bukan sahaja dari segi pelancongan, bukan sahaja dari segi laut dalam tetapi mempunyai tanah-tanah yang luas dan hari ini kalau saya lihat apabila kita melawat kawasan ini, banyak sawit-sawit yang telah ditanam. Apabila saya bertanya kepada orang kampung, katanya, ”Bukan kami Datuk, tetapi hari ini sudah bertukar tangan segala tanah- tanah ini.” Jadi besok kita tidak mahu apabila 20 tahun akan datang, Kementerian Pembangunan Luar Bandar melaksanakan jalan-jalan ini, maka orang-orang kampung sudah tidak menikmatinya kerana tanah-tanah ini sudah bertukar. Jadi saya memohon supaya Kementerian Luar Bandar serius tentang ini, maksud saya supaya Ahli-ahli Parlimen juga diambil kira kerana...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bekerjasamalah dengan Ahli-ahli Parlimen Yang Berhormat.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Ya, ya. Itu perkara pertama. Perkara kedua...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa kita ini sudah dekat. Saya ingat Yang Berhormat baru lima minit jadi boleh sambung tengah hari, Yang Berhormat ya.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Ya Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, terima kasih, Majlis bersidang semula ke Majlis Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada sesi pagi telah tamat dan kita akan mula semula pada 2.30 petang nanti.
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
**Mesyuarat ditempohkan pada 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Libaran untuk menghabiskan perbahasan dalam masa lima minit.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masih dengan jalan-jalan luar bandar ini. Saya memohon supaya ada dua, tiga jalan di kawasan saya, saya berterima kasih kepada kementerian kerana telah melaksanakan jalan SPS3 tetapi ianya hanya separuh, jadi pada Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya jalan SPS3 dan SPS2 ini akan diteruskan. Saya percaya cadangan sudah dikemukakan. Begitu juga jalan luar bandar di daerah Mangundi Dandulit, juga perlu dilaksanakan.
Tuan Pengerusi, saya beralih ke Butiran 017007 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Baru-baru ini saya melawat di beberapa buah kampung. Apa yang menjadi isunya ialah jalan-jalan lampu kampung ini telah dipasang beberapa tahun yang lalu tetapi penduduk kampung menyatakan mereka telah menemui SESB dan juga Majlis Perbandaran Sandakan dan kedua-dua agensi ini menyatakan bahawa bukan bidang atau tanggungjawab mereka. Jadi saya memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya mengambil perhatian tentang ini kerana lampu-lampu jalan ini juga amat penting kepada penduduk kampung.
Saya ingin beralih kepada tajuk atau Butiran 04000 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah telah pun bersetuju supaya RISDA dikembangkan di negeri Sabah. Jadi ini merupakan satu perkara yang amat penting kepada penduduk, terutama sekali pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah tetapi saya ingin mencadangkan supaya kementerian dapat menyelaras perkara ini dengan Lembaga Tabung Getah Negeri Sabah kerana pekebun-pekebun kecil ini terutama sekali RISDA di mana RISDA mempunyai geran-geran tertentu untuk membantu pekebun-pekebun kecil. Jadi saya harap RISDA akan terus berdamping, bukan sahaja kepada Pengerusi JKKK, ketua-ketua kampung tetapi juga pemimpin-pemimpin termasuklah Ahli-ahli Parlimen di kawasan sana supaya rakyat dapat menikmati bantuan seperti ini.
Begitu juga, Tuan Pengerusi, mengenai MARA. MARA merupakan agensi yang berbudi kepada rakyat luar bandar. Mungkin sudah sampai masanya MARA melihat di mana di kawasan saya contohnya di daerah Sandakan ini mempunyai penduduk lebih kurang 400 ribu lebih, di kawasan Timbalan Speaker di Beluran mungkin ada 100 ribu, begitu juga Kinabatangan. Jadi jumlah lebih kurang 600 ribu penduduk. Sudah tentu rakyat ataupun mereka yang gagal dalam pendidikan ke menara gading sudah tentu harus mendapat pembelaan di mana MARA sepatutnya telah mewujudkan IKM, Institut Kemahiran MARA.
Jadi saya berharap kementerian dapat mengambil iktibar supaya dapat melaksanakan satu IKM di kawasan di mana daerah Beluran atau Kinabatangan atau sekalipun di kawasan Sandakan. Saya sentiasa bekerjasama dengan kementerian untuk kalau soal tanah ini barangkali kita boleh bekerjasama. Jadi itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh soal B.22, satu perkara sahaja iaitu 09000 - Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya ingin merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk Badan Berkanun Persekutuan 2008 yang juga turut membuat audit terhadap Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang saya kira bahawa satu gambaran yang menunjukkan bagaimana berlakunya keadaan pengurusan yang sangat bercanggah seperti mana yang telah disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara ini. Beberapa keputusan ataupun cara perbelanjaan yang dibuat tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dalam merundingkan harga-harga ke paras yang paling rendah untuk memastikan supaya perbelanjaan wang itu dapat dijimatkan.
Sehingga kita lihat bahawa berlaku umpamanya seperti yang dilaporkan bahawa ada juga beberapa pembayaran yang dibuat sedangkan dalam perjanjian bertentangan ataupun bercanggah dengan perjanjian syarat kontrak yang telah pun termaktub sebelum itu yang dibuat oleh pihak MARA, khususnya dalam pelaksanaan perolehan yang dibuat secara runding terus. Ini juga merupakan satu isu bagaimana perkara-perkara yang sepatutnya dibuat secara tender yang lebih terbuka tiba-tiba dibuat secara runding terus dan bertentangan pula dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sendiri dan juga bertentangan dengan syarat-syarat ataupun perjanjian kontrak itu sendiri.
Ada perkara-perkara yang dalam perjanjian kontrak itu, syarikat ini akan membekalkan ataupun melaksanakan beberapa kerja itu secara percuma tetapi akhirnya berlaku tuntutan hampir RM2 juta dalam seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara ini. Jadi begitu juga dengan beberapa perkara, antaranya ialah pembelian komputer riba yang saya sebut sebelum ini. Harga yang sepatutnya RM4,500 sebuah tiba-tiba dibeli dengan harga RM42,000.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Lebih kurang RM40 ribu. Dibeli dengan harga RM42,320 seunit. Sehingga sekarang soalan yang saya bangkit dalam perbahasan di peringkat dasar sebelum itu, saya bertanya apakah kos yang begitu tinggi ini termasuk dengan beberapa kemudahan- kemudahan yang disediakan daripada komputer ini. Adakah sesuatu yang special daripada komputer ini, yang tidak ada kepada komputer riba yang lain ataupun adakah kos itu termasuk kos duduk atas riba?... [Ketawa] Mungkin bila nak beli ini, kos duduk atas riba.
Riba sebelah kanan RM20,000, riba sebelah kiri RM20,000. Jadi campur dua riba itu jadi RM42,000... [Dewan riuh] Saya minta pihak kerajaan tolong jelas adakah ia termasuk sekali dengan kos duduk atas riba, sebab ini pun berkaitan dengan macam kes Altantuya jugalah.
Umpamanya beli kapal selam, umpamanya juga ada kaitan dengan kos-kos duduk atas riba yang menyebabkan berlaku komisen sampai RM500 juta. Jadi kita nak tahu yang RM42,000 ini, sebelah paha riba kanan itu berapa ribu. Kalau termasuk kos duduk atas riba tapi saya nak minta satu penjelasanlah apakah yang menyebabkan kos ini begitu tinggi. Ini isu dia.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau
Yang Berhormat Pokok Sena, tanya sedikit boleh?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau
Yang Berhormat Balik Pulau. Itu berkenaan Balik Pulau itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, ya.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau
Saya sebenarnya rasa malu juga sebab RM42,000 laptop itu ialah di Institut Kemahiran MARA di Balik Pulau. Saya tahu institut itu dahulu sebelum itu pun mengalami projek terbengkalai sehingga perlu dimasukkan dana baru tetapi apabila siap, yang timbul ialah mengenai kebocoran, supply laptop ini. Soalan saya ialah di institusi tersebut sendiri sebenarnya sebelum ini telah berlaku permasalahan daripada segi terbengkalai projek sehingga keluar dalam televisyen.
Saya yakin sekiranya perkara itu telah dipantau seawal mungkin, saya rasa laptop RM42,000 itu mungkin dapat dielakkan. So, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku walaupun tempat yang sama memang mengalami banyak salah laku sebelum itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Okey, baik. Terima kasih. Sebab itu bagi saya bahawa ini adalah antara yang dilakukan kerana ada unsur-unsur penyelewengan salah guna kuasa yang berlaku dalam pembelian ini... [Dewan riuh] Oleh sebab itu kita minta, bagi saya bahawa penyelesaian saya tidak dapat hendak pasti apa puncanya...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Pokok Sena, mencelah.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Akan tetapi yang pentingnya bagi saya bahawa perlu kepada satu penyiasatan dan SPRM harus melakukan penyiasatan yang terperinci dalam isu ini.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sedikit saja ya?
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ha, sedikit-sedikit. Terima kasih Yang Berhormat.
Adakah Yang Berhormat bersetuju juga terdapat penyelewengan pembelian komputer di Dewan yang mulia ini. Komputer kami berjumlah RM12,000.
Seorang Ahli
Keluar tajuk, keluar tajuk!
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Pembelian komputer, sama. Ini RM12,000...
[Dewan riuh]
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, itu satu contohlah Tuan Pengerusi, sebagai Yang Dipertua Dewan harus mengambil berat kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kita berterima kasih kemudahan ini disediakan tetapi bila ia tak dapat digunakan secara yang terbaik, bagi saya satu benda yang merugikanlah. Keduanya, kenapa harganya sampai RM12,000? Jadi saya tidak tahulah berapa banyak riba lagi duduk dalam Dewan Parlimen ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa satu penyiasatan harus dibuat. Jadi isu, soalan yang saya hendak tanya tadi ialah, apa tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian dalam mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ini ke atas MARA kerana bagi saya bahawa tidak sewajarnya sebagai Majlis Amanah Rakyat tiba-tiba ia tidak menjadi majlis untuk memegang amanah rakyat ini.
Dia telah merungkai ataupun telah mengetepikan prinsip amanah itu sendiri. Dia sudah menjadi majlis yang tidak beramanah untuk menjaga kepentingan negara.
Keduanya, hari ini soalan saya soalan nombor 16, berkaitan dengan isu projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA daripada tahun 2007 hingga tahun 2009 di bawah kendalian MARA yang mengalami peningkatan harga kos melebih 10 peratus daripada bajet asal, semasa pembinaan dan saya tanya apakah punca-puncanya. Jadi jawapan yang diberikan kepada saya dalam kertas ini bahawa ada lebih kurang 19 projek untuk Maktab Rendah Sains MARA ini untuk Rancangan Malaysia Kesembilan daripada tahun 2006 hingga tahun 2010. Ada 14 projek bersambung iaitu fasa kedua, fasa ketiga dan sebagainya dan lima projek baru.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 buah projek MRSM mengalami peningkatan harga kos melebihi 10 peratus daripada bajet asal. Saya tunjuk satu contoh ya.
Maktab Rendah Sains MARA Bentong, Pahang peratus peningkatannya ialah 371 peratus daripada bajet asal. MRSM Betong, Sarawak 787 peratus peningkatan kos daripada bajet asal. Jadi, bagi saya ini suatu yang mengejutkan saya dan alasan yang disebut di sini ialah kerana berlaku peningkatan bahan-bahan binaan terutamanya besi dan kabel elektrik meningkat dengan mendadak antara 30 peratus hingga 50 peratus berikutan... Kata jawapan ini, permintaan dan penggunaan yang tinggi oleh negara China bagi persediaan kemudahan untuk Sukan Olimpik tahun 2008.
Jadi contoh dia kata projek bagi MRSM Sungai Besar, Selangor terpaksa dinaikkan daripada RM45.0 juta kepada RM68.6 juta iaitu peningkatan 52 peratus. Isunya saya check tadi bahawa, kenaikan besi ini hanya berlaku pada tahun 2008, antara tiga bulan sahaja iaitu April, Mei dan Jun tahun 2008.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, April, Mei dan Jun pada tahun 2008. Takkan projek ini baru bermula selepas daripada ataupun dalam tempoh bulan tersebut yang menyebabkan kos kita meningkat. Jadi bagi saya bahawa tidak munasabah untuk peningkatan sehingga begitu, sedangkan projek-projek yang dikendalikan di bawah JKR saya dapati tidak berlaku peningkatan yang begitu besar seperti mana yang saya sebutkan tadi. Ini bagi saya, saya boleh bagi kreditlah kepada JKR. Jadi sebab itu bagi saya bahawa, apakah bentuk pengurusan projek dan juga pemilihan-pemilihan kontraktor ini dibuat sebab bagi saya bahawa ini suatu yang sangat tidak wajar berlaku. Ini kerana akhir sekali Tuan Pengerusi, menyebabkan kita telah kekurangan pembiayaan duit untuk bantuan pinjaman untuk pendidikan. Bantuan pinjaman pendidikan ini telah kekeringan, tabung ini dalam MARA.
Saya ada surat permohonan daripada seorang pelajar dan saya dapati bahawa ramai mereka yang memohon dalam pertengahan tahun 2008 sehingga sekarang masih belum mendapat bantuan pinjaman pendidikan daripada MARA. Ini jawapan kepada salah seorang pelajar dalam kawasan saya. “Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bantuan pinjaman pelajaran MARA untuk program profesional penerbangan di semua kolej penerbangan dalam negara telah dibekukan berikutan peruntukan semasa yang tidak mengizinkan. Saudara adalah dinasihatkan untuk memohon bantuan pembiayaan daripada institusi ataupun badan penaja yang lain”.
Jadi surat ini 6 November 2009, baru lagi. Saya percaya bahawa ini juga merupakan disumbang. Kekeringan ini disumbang oleh apa yang telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara dan juga apa yang telah pun diberikan jawapan kepada saya pada pagi ini. Bahawa peningkatan kos projek melebihi daripada 10 peratus daripada bajet asal malah kita lihat sampai 300 peratus, 700 peratus begitu meningkat. Jadi bagi saya bahawa ini menyebabkan kita telah kehilangan sejumlah wang yang begitu besar.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, sepatutnya bagi saya bahawa MARA harus diberikan suntikkan yang besar. Harus diperbaiki daripada sudut pengurusan dan sebagainya untuk pastikan pelaksanaannya lebih beramanah untuk menjadikan sebagai satu dana kedaulatan ataupun sovereignty fund untuk masa depan bumiputera. Akan tetapi hari ini kita lihat bahawa akibat daripada tidak beramanahnya pihak-pihak tertentu menyebabkan sehingga bantuan pinjaman pendidikan pun mengalami masalah. Ada di kalangan anak-anak bangsa, di kalangan golongan bumiputera ini tidak mendapat bantuan pinjaman daripada pendidikan MARA. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi Maksud Pembangunan 22 Butiran 01707 - Pemasangan/Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya hendak tanya kepada kementerian berapa banyak lampu jalan kampung yang telah dibekalkan kepada Parlimen Parit Sulong daripada kementerian? Kedua, berapa pula permohonan yang telah diterima, tetapi belum lagi diluluskan? Ketiga, berapa pula yang telah diluluskan lebih daripada satu tahun, tetapi belum lagi dilaksanakan?
Tuan Pengerusi, kementerian harus proaktif. Perlu ada satu database yang berkaitan dengan infrastruktur asas seperti lampu jalan kampung. Misalnya kita buat kerja secara ad hoc, sekadar hendak menghabiskan peruntukan, masalah ini tidak akan selesai.
Kalau ada bajet, lepas itu minta list nama daripada kami, perkara ini juga tidak akan selesai.
Mesti ada satu perancangan, mesti ada database bagi setiap Parlimen dan juga setiap daerah.
Saya hendak maklumkan juga kepada kementerian. Saya hendak beri contoh sebenar bagi Parlimen Parit Sulong. Saya tengok sudah banyak permohonan ini telah dihantar. Ketua Kampung, pejabat daerah, Ahli Parlimen dan ADUN semua sudah hantar permohonan.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Selepas itu, apabila sudah balik kepada kita, apa yang saya tengok ada juga senarai yang telah diluluskan oleh kementerian. Surat pun ada. Hendak merujuk satu surat 13 Jun 2008. Senarai Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 4 tahun 2008, sampai sekarang sudah hampir dua tahun, pelaksanaannya jangan setakat lampu itu hendak menyala, tiang lampu pun tidak ada. Ada sesetengahnya pula tiang ada, lampu ada, tetapi tidak menyala, Tuan Pengerusi...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Macam mana itu? Itu baru untuk Parlimen Parit Sulong. Jadi, saya hendak tahu bagaimana perkara ini semua... [Ketawa] Maklumat ini semua sudah dibawa ke pejabat daerah, melalui pejabat daerah dan ketua kampung. Sebenarnya, kementerian ini tahu ataupun tidak mengenai kelewatan ini ataupun mungkin kementerian tidak tahu. Mungkin tidak sampai, hendak salahkan kementerian pun payah juga. Akan tetapi, kalau kementerian tahu, tetapi tidak buat itulah yang jadi masalahnya.
Tuan Pengerusi, bagi butiran yang sama, saya hendak ucapkan tahniah jugalah kepada kementerian sebab baru-baru ini ada announcement, dengan izin, mengenai penubuhan pasukan pemantau di bawah kementerian. Saya hendak tahu siapa mereka ini?
Selepas itu, saya hendak tahu juga apakah tugasan-tugasan pemantau-pemantau ini? Di mana mereka ini diletakkan? Ataupun mereka ini apabila ada masalah sahaja baru mereka ini akan come in, dengan izin. Sepatutnya, kementerian ini perlu ada seorang pegawai yang dipanggil dedicated officer, dengan izin, di setiap daerah ataupun Parlimen untuk membantu segala projek pembangunan luar bandar.
Saya hendak pergi ke butiran yang seterusnya iaitu Butiran 02500 - Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Ini mengenai jalan kampung, saya juga hendak tahu, di bawah butiran ini berapa banyak bajet yang telah diperuntukkan bagi Parlimen Parit Sulong untuk tahun 2008 dan juga 2009. Saya tengok bajet memang menyusut kepada RM48.2 juta, tetapi saya harap adalah ruang juga untuk membantu naik taraf jalan iaitu penurapan dan melebarkan jalan bagi Parlimen Parit Sulong.
Saya juga hendak tahu sama ada kementerian ada mekanisme untuk memantau pelaksanaan jalan-jalan kampung ini. Saya tengok terutamanya di Parlimen Parit Sulong ada sesetengah jalan, saya tidak cakap semualah, ada sesetengah itu namanya jalan tar.
Sudah terlampau lama tidak dibaik pulih, saya tengok tar pun sudah tidak ada tar. Saya harap kementerian ambil perhatian mengenai perkara macam ini. Janganlah sampai apabila ada kompelin daripada penduduk setempat ataupun pemimpin masyarakat, barulah kementerian hendak tengok. Jadi, saya harap kementerian lebih prihatin mengenai perkara- perkara seperti ini.
Perkara ketiga dan terakhir, Butiran 090000 - MARA. Saya dapati bilangan pelajar yang ditaja oleh MARA di dalam dan juga di luar negara ini bagi tahun 2008 ada 52,803 orang. Saya tengok bilangan ini meningkat kepada 72,729 orang. Ini anggaran untuk tahun 2009.
Dalam Bajet 2010 ini, bilangan yang ditaja oleh MARA bakal merosot kepada hanya 25,000 orang sahaja iaitu penurunan sebanyak 47,729 orang ataupun sebanyak 291 peratus. Sedangkan salah satu daripada objektif MARA ini adalah untuk membangunkan masyarakat bumiputera. Saya tengok memang berkesan apa yang dibuat melalui MARA.
Untuk membangunkan masyarakat ini yang utamanya adalah pendidikan dan juga pelajaran. Akan tetapi sangat memilukan lagi apabila fakta yang diberi bahawa bilangan pelajar di MRSM bakal dikurangkan daripada 14,611 orang tahun 2009 kepada hanya 9,599 orang bagi tahun 2010. Sedangkan perbelanjaan mengurus kementerian bakal meningkat daripada lebih kurang RM1 juta kepada RM3 juta iaitu kenaikan lebih kurang RM2 juta lebih.
Jadi, apakah kementerian tidak memberi perhatian ataupun keutamaan kepada pendidikan masyarakat bumiputera? Apakah perbelanjaan mengurus ini tidak boleh dikurangkan?
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kenapakah perbelanjaan mengurus, pemberian dan kenaan bayaran tetap naik daripada RM482 juta sehingga kepada... Hendak menyebut pun payah, Tuan Pengerusi, banyak sangat angkanya sampai berjuta-juta. Jadi, apakah ini tidak boleh dikawal di mana kenaikan perbelanjaan ini sepatutnya diberikan kepada pendidikan bumiputera?
Lagi satu saya tengok MARA ini bukan pelajar sahaja, tetapi saya juga dimaklumkan sering kali ada kompelin daripada kontraktor kecil yang sukar mendapat pinjaman modal daripada MARA. Apakah kedudukan kewangan MARA sekarang ini?
Mengapa kementerian gagal untuk mendapatkan bantuan yang lebih daripada kerajaan untuk memperkasakan MARA? Itu sahaja. Saya harap dapat perhatian daripada kementerian mengenai perkara-perkara yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut berbahas mengenai Butiran 010000. Tuan Pengerusi, walaupun kawasan saya ini bukan kawasan luar bandar yang secara total, tetapi biasa, sekarang berada di pinggir bandar. Di kawasan ini wujudnya kawasan yang dulunya dikira kawasan luar bandar dan menerima projek pembangunan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar, tetapi sekarang ini di bawah pentadbiran PBT. Jadi, sebenarnya saya ingin mengetahui apakah nama-nama kampung yang masih di bawah Kementerian Luar Bandar walaupun mereka di bawah pentadbiran PBT?
Agak mengelirukan kadang-kadang jalan-jalan yang perlu diperbaiki ada sesetengah pihak mengatakan ini di bawah PBT kerana sekarang ini sudah bayar cukai pintu dan sebagainya kepada PBT, tetapi masih lagi ada pejabat-pejabat KEMAS dan sebagainya. Kalau boleh saya hendak tahu mana-mana kawasan yang masih di bawah kendalian Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini. Kalau boleh saya juga ingin mengetahui apakah program-program pembangunan yang diturunkan di tempat-tempat ini pada tahun 2009 dan 2008? Bolehkah saya tahu apakah projek-projek yang akan turun pada tahun 2010.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya juga ingin tahu bagaimana peruntukan ini diturunkan kerana saya diberitahu ia tidak lagi turun melalui pejabat-pejabat pegawai daerah tetapi melalui ICU. Saya terima hakikat bahawa saya tidak ada kata, I don’t have any say in the project. Akan tetapi saya ingin memantau dan juga kalau boleh ingin membuat permohonan-permohonan bagi pihak penduduk.
Butiran 020400 dan 020500. Ini adalah mengenai pendidikan masyarakat dan bina insan. Daripada maklumat yang diberikan, banyak program yang dilaksanakan di bawah atas nama pendidikan ataupun program keagamaan. Namun, saya tidak tahu bagaimanakah kementerian mengukur pencapaian program-program ini? Apakah indeks pencapaian ataupun KPI yang digunakan untuk menyatakan bahawa program-program pendidikan ini berkesan ke atas rakyat dan remaja. Kita masih mendapati banyak lagi masalah sosial yang timbul daripada kampung-kampung dan desa-desa walaupun mereka jauh dari bandar, dan program-program pendidikan ini dilakukan berterusan, kita masih lagi mendapati bahawa masalah sosial tinggi juga di luar bandar.
Adakah kementerian mengadakan silibus-silibus tertentu, kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah hanya diberi secara ad hoc dengan tidak memberi penumpuan- penumpuan tertentu kepada mengubah cara pemikiran rakyat kawasan luar bandar. Ini kerana saya rasa di antara tanggungjawab Kementerian Luar Bandar ialah cuba untuk mengubah cara pemikiran rakyat luar bandar, berusaha untuk ada anjakan paradigma bagi menyediakan minda mereka kepada dunia yang sekarang ini tanpa sempadan.
Butiran 020800 mengenai personnel KEMAS. Mereka ini seperti yang dikatakan oleh sahabat-sahabat tadi adalah agen perubahan. Saya ingin tahu apakah kelayakan akademik mereka dan berapakah jumlah mereka ini? Adakah mereka ini daripada kalangan yang mempunyai ijazah daripada universiti?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Pengalaman kita kebanyakan program-program KEMAS terutamanya dijalankan oleh pemegang-pemegang jawatan di dalam parti politik pemerintah dan kadang-kadang mereka ini tidak berkelayakan. Jadi sampai masanya saya kira dengan jumlah graduan kita yang begitu ramai tanpa kerja yang mereka ini dilatih dan diberi pengalaman untuk berkhidmat di luar bandar. Mungkin sebagai pegawai kemajuan masyarakat menggantikan pegawai-pegawai kemajuan masyarakat yang kelayakan mereka walaupun mereka pernah berjasa dan telah berjasa kepada kerajaan, namun saya ingat kita perlu kelayakan pegawai-pegawai ini perlu dipertingkatkan kerana kerja-kerja ataupun tugas mereka di luar bandar semakin mencabar.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 090000 - Majlis Amanah Rakyat (MARA), mengenai Skim Usahawan secara spesifik skim mentor/mentee. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya cara pemilihan mentor. Adakah MARA memilih mentor-mentor ataupun usahawan- usahawan yang berjaya daripada penilaian mereka ataupun saya diberitahu bahawa usahawan-usahawan yang berjaya memohon untuk menjadi mentor. Jadi mereka mempromosi diri mereka sebagai konsultan dan mereka membuat presentation, persembahan yang begitu cantik kepada pegawai-pegawai MARA dan mereka dipilih untuk menjadi mentor. Akan tetapi mungkin kita semua pun boleh tahu dari pengalaman, seorang usahawan yang berjaya tidak semestinya seorang pelatih atau trainer yang berkesan.
Adakah mereka ini dilatih untuk menjadi mentor kerana sifat-sifat seorang pelatih atau trainer itu mesti ada, kerana mereka perlu membimbing usahawan baru ini dari ‘A’ ke ‘Z’.
Mereka diberi mungkin jangka masa satu tahun untuk menurunkan ilmu yang ada pada mereka kepada mentee-mentee ini.
Aduan yang saya dapat ialah bahawa pemantauan mentor-mentor ini amat longgar. Malah mereka dibayar yuran mentor mereka ini sebelum kerja mereka selesai.
Jadi salah seorang daripada usahawan tadika telah mengadu, mengatakan bahawa pinjaman yang dapat daripada MARA berjumlah RM70,000 lebih, RM30,000 adalah untuk mentor dan ia dibayar outright daripada awal dan mereka terpaksa mengambil segala bekalan daripada mentor termasuklah kerusi, meja, peralatan dan sebagainya untuk tadika mereka. Malahan design atau reka bentuk tadika itu sendiri pun mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh mentor. Malangnya, mentornya tidak menjalankan pemantauan kepada mereka dari segi pengurusan dan sebagainya dan tidak membuat persediaan untuk membuka tadika ini.
Jadi, apa yang berlaku ialah mereka tidak dapat sampai sasaran yang dikehendaki dan boleh dikatakan perusahaan mereka ini ataupun business venture mereka ini gagal padahal MARA dikatakan mengambil sifat lepas tangan, kerana ini adalah hutang daripada mentee dan mereka terpaksa bayar kepada MARA sedangkan konsultan lepas pergi begitu sahaja. Persoalan saya, kenapa dibayar fee mereka sebelum kerja mereka selesai, apakah checklist? Apakah KPI yang diletakkan kepada mentor-mentor ini sebelum bayaran ini dibuat? Jadi inilah sebenarnya rintihan daripada sebahagian usahawan yang memohon supaya perkara ini diteliti oleh pihak pegawai-pegawai MARA. Jangan setakat hanya meluluskan mentor-mentor ini tanpa melihat hasil kerja mereka di dalam melatih usahawan- usahawan baru. Saya juga ingin bertanya berapa peratus daripada usahawan dalam program mentor/mentee ini yang dikira betul-betul berjaya? Ia bukan setakat tahun pertama tetapi perlu ada follow-up ataupun pemantauan sekurang-kurang dua hingga tiga tahun selepas mereka memulakan business venture ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi, 5 minit.
Butiran 030000. Saya sebenarnya amat prihatin Tuan Pengerusi tentang kampung Orang Asli ini. Akan tetapi di Putrajaya tidak ada Orang Asli saya rasa. Ada seorang Senator Tuan Pengerusi, namanya Datuk Osman Bungsu. Sekarang bukan lagi Senator. Dua penggal dah tak ada, sudah tamat perkhidmatan tetapi belum tamat riwayat. Saya lihat semasa beliau memegang jawatan Senator ini, ada impaknya terhadap pembangunan Orang Asli di seluruh negara. Malahan di Ledang pun saya menerima impaknya. Ada beberapa peruntukan yang dibawa.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Di Parit Sulong pun sama. Di Krau pun saya rasa sama juga ada. Jadi jasanya banyak, tetapi sayang kalau orang yang banyak berjasa ini dan banyak pengalaman serta idea tidak kita ketengahkan. Jadi saya syorkan supaya beliau ini dilantik salah seorang sebagai penasihat kepada KKLW (Pembangunan Orang Asli). Jadi minta KKLW dapat lihat perkara ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini sebab di Ledang ada satu kampung lagi, Kampung Orang Asli Tanah Gembur. Belum mendapat lagi bekalan elektrik. Saya dengar-dengar macam nak dapat. Jadi saya sengaja sebut di sini supaya ‘macam nak dapat’ akan jadi ‘dapat’ supaya tak ada tiang lampu, ada tiang lampu. Ada kabel, ada bekalan elektrik tetapi tak mahu macam di Parit Sulong, ada tiang lampu, ada lampu tak menyala. Jadi ini sengaja saya bangkitkan.
Butiran 010800 - Kesejahteraan Rakyat. Tuan Pengerusi, kod 40000. Saya tengok peruntukan tahun 2009, RM50 juta, tetapi peruntukan tahun 2010, zero tidak ada, none.
Jadi saya bimbang yang itu. Jadi saya inginkan penjelasan dari KKLW kenapa daripada RM50 juta, tidak ada langsung. Apakah kita tidak ada lagi program di bawah kod 40000 ini?
Malahan kalau kita tengok Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, Projek SPKR, kalau tengok laporan di situ dalam buku bajet ini. Bilangan projek tahun 2009, 23,979 tetapi tahun 2010 hanya dianggarkan 8,030. Penurunan yang sangat mendadak. Ertinya saya bimbang Tuan Pengerusi tidak ada kesungguhan yang berterusan. Kalau itu boleh saya terjemahkan, tetapi saya harapkan satu penjelasan. Saya bimbang kalau nanti dilabelkan sebagai tidak ada kesungguhan untuk membantu, untuk meneruskan program kesejahteraan rakyat ini. Di Ledang untuk tahun lepas-lepas ini saya tidak tahu, sebab tidak ada sesiapa pun pegawai dari pejabat pembangunan negeri Johorkah atau pejabat daerah yang memberitahu saya tentang program di Ledang ini.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Begitu juga dengan membina rumah baru untuk orang miskin, yang saya selalu bangkitkan dahulu, yang saya selalu sebut di dalam mesyuarat tindakan daerah supaya pelaksanaan projek membina rumah baru untuk orang miskin ini, dan juga membaiki rumah tersebut biarlah senarai itu benar-benar mengikut senarai focus group yang ada di pejabat daerah. Akan tetapi saya perhatikan yang dibuat oleh RISDA di daerah Ledang dan daerah Muar, juga di seluruh negeri Johor yang diserahkan kepada RISDA, senarainya tidak diselaraskan dengan pejabat daerah yang ada senarai focus group. Saya rasa perkara ini juga berlaku sama di tempat-tempat lain, ini saya minta pejabat daerah Johor melihat senarai dan lebih merujuk kepada senarai focus group.
Akhirnya Tuan Pengerusi Butiran 20000 - KEMAS, saya ingin tahu setakat ini guru Tadika KEMAS ini, berapa peratuskah yang telah pun dihantar kursus semasa cuti untuk ditingkatkan taraf mereka, sekurang-kurangnya ke taraf diploma. Pada masa yg sama saya minta program ini disegerakan kerana kita sekarang kesuntukan masa untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di peringkat tadika dan pada masa yang sama juga program ini dapat diselaraskan, ditingkatkan dengan Program PERMATA di bawah kerajaan yang sedang dilaksanakan sekarang. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan semua.
Bismillaahi rahmaanir rahiim, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Ini isu yang paling ketara di Parlimen Jerai dan kita pohon pihak kementerian supaya melihat semula isu-isu ini supaya dapat disegerakan pembinaan jalan ini. Adapun jalan ini telah dilaksanakan tetapi timbul masalah baru iaitu gagal membaik pulih setelah 20 tahun lebih digunakan, akhirnya tidak ada usaha untuk membaik pulih jalan-jalan tersebut, ini isunya.
Kemudian Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 04100 - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Isu KEDA ini berlaku di kawasan Jerai iaitu yang pertama sekali bagaimana kelayakan untuk menduduki rumah tersebut, kerana ada pertembungan di antara kementerian ataupun KEDA dengan Ketua UMNO Bahagian Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Menjadi persoalan akhirnya apabila nama-nama ini terpaksa datang dan merayu kepada kita sedangkan pihak kami iaitu Pakatan Rakyat langsung tidak diberi untuk memilih nama-nama ataupun calon-calon yang layak menduduki perumahan KEDA.
Jadi kita pohon supaya pada masa akan datang supaya dikenal pastilah, bukan melalui seorang politik tetapi untuk menyelamatkan permasalahan rakyat yang berhadapan dengan isu kemiskinan. Kedua isu KEDA juga kita lihat rumah yang dibina tidak sepatutnya begitu rendah kualitinya dan tidak berpagar, kita lihat ia akan menambah lagi penambahan sosial, keruntuhan moral, akhlak ataupun dari sudut kecurian dan sebagainya. Ini perlu diambil kira jika mereka susah, mereka miskin maka perlu diberi rumah yang agak selesa sehingga rumah itu tidak berpagar dan saya lihat kualitinya agak rendah dan difahamkan hanya belasan ribu ringgit atau bawah daripada RM10,000. Kemudian rumah-rumah KEDA yang telah pun selesai dibayar oleh penduduk KEDA di Parlimen Jerai ada tiga perumahan antara lain di Perumahan KEDA Jalan Jeniang, mereka sering kali bertemu dengan kita memohon supaya dipercepatkan proses geran milik rumah yang telah sekian lama selesai pembayarannya.
Kemudian Butiran 00602 - Maktab Rendah Kolej Sains Mara. MRSM di Yan pengambilan tanah telah diambil, pengambilan tanah masuk telah pun dibayar dan telah diambil oleh pihak kementerian, namun setelah mana negeri Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat, projek ini dibatalkan dan tapak itu telah pun di tender kepada usahawan tembikai dan saya pohon mengapa jadi begini? Kalau ingin memajukan industri atau ekonomi masyarakat di kampung, maka dengan pembinaan MRSM ini, saya yakin dan percaya akan menambah lagi pendapatan kehidupan masyarakat setempat. Jadi kita pohon kepada kementerian supaya teruskan usaha untuk melaksanakan pembinaan MRSM di daerah Yan. Difahamkan semua daerah ada Maktab Rendah Sains Mara tetapi di Yan ditangguhkan, apakah isu politik ataupun isu kewangan atau sebagainya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi, pilihan yang tepat sebab Kota Belud adalah di antara daerah termiskin di luar bandar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain pun sama sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak apa, yang lain itu boleh diambil peruntukan dan diberi kepada Kota Belud. Tuan Pengerusi ada beberapa perkara yang saya ingin timbulkan di sini terutama sekali ialah tentang secara spesifiknya ialah tentang Jalan Kampung Timbang, Kampung Sarang dan Kampung Taburon dan ini jalan sekali sahaja. Apakah ini akan disenaraikan dalam Bajet 2010 oleh kementerian, saya ulang sekali lagi iaitu daripada Kampung Timbang ke Kampung Sarang dan Kampung Taburon.
Ini adalah antara jalan-jalan besar di Kota Belud dan begitu daif sekali dan baru-baru ini terdapat satu kes di mana seorang wanita yang terpaksa melahirkan anak di dalam kereta kerana pada musim hujan kereta yang dipandu untuk menghantar wanita ini ke hospital tidak dapat mendaki bukit dan akhirnya terpaksa wanita tersebut bersalin di dalam kereta.
Jadi perkara seperti ini tidak akan berlaku pada tahun 2009, kalau pada tahun 1909 bolehlah tetapi tahun 2009 ini mungkin tidak boleh diterima lagi Tuan Pengerusi.
Keduanya tentang senarai-senarai dan jumlah yang telah diberi kepada Sabah dalam bekalan air sebanyak RM111 juta, bekalan elektrik RM442 juta dan juga jalan luar bandar melibatkan RM800 juta. Saya cuma ingin mengingatkan kepada kementerian sekali lagi dan saya rasa Menteri faham bahawa Kota Belud ini ialah satu daerah yang termiskin dan di antara nombor dua, nombor tiga yang termiskin di negeri Sabah dan by extension memang antara termiskin di negara kita ini. Jadi saya berharap sangat supaya Kota Belud diberi satu pengkhususan yang cukup dan mantap untuk memastikan RM111 juta bekalan air, RM442 juta bekalan elektrik ini sekurang-kurangnya 10 peratus hingga 20 peratus pergi kepada Kota Belud dan selesaikan masalah once and for all.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi saya juga ingin membincangkan masalah penyaluran maklumat, acap kali kita melihat banyak program-program yang dibuat oleh kementerian, dana yang telah diumumkan, skim-skim baru, program-program yang dibuat untuk membangunkan usahawan luar bandar dan sebagainya, tetapi maklumat ini tidak sampai ke akar umbi. Ini pun satu masalah, tidak ada gunanya kiat mempunyai program yang canggih, yang difikirkan oleh Ketua Setiausaha dengan menterinya, berfikir berbulan-bulan untuk mewujudkan program-program ini tetapi maklumat tidak sampai ke bawah. Ada beberapa program seperti Tabung Bantuan Makanan yang digunakan 3F ini, fund for food kalau tidak silap saya, di mana digunakan untuk membangunkan kontraktor ataupun peniaga-peniaga dalam industri makanan kecil-kecilan, dan maklumat tidak sampai ke bawah dan begitu juga dengan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).
Saya rasa Tuan Pengerusi..., saya tidak mahu salahkan kementerian 100 peratus, saya rasakan pegawai kementerian ini memang mempunyai banyak kerja. Apatah lagi dengan kerancakan pembangunan negara, dengan program-program dan projek-projek yang dijalankan, kadang-kadang sektor atau angle tugas, fungsi untuk menyalurkan maklumat ini tidak diberi keutamaan dan pegawai sentiasa sibuk dengan pemantauan, dengan meeting, mesyuarat dan tertinggal fungsi yang begitu penting iaitu menyalurkan maklumat ini ke peringkat bawah.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi apa salahnya kalau boleh, saya ingin cadangkan kepada kementerian, kalau pegawai-pegawai kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk menangani isu ini, kita lebarkan sedikit penglibatan pemimpin-pimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Ketua kampung contohnya, JKK, tok imam sebab Tuan Pengerusi, orang kampung banyak berkumpul di masjid-masjid, di surau-surau. Kalau hari Ahad di gereja dan ini adalah tempat di mana rakyat berjumpa dan di situ mungkin kalau pemimpin-pemimpin peringkat kampung ini diberi maklumat yang cukup dan juga bukan sahaja maklumat, mungkin brosur dengan maklumat bertulisnya, mungkin maklumat ini akan dapat disebarkan. Dahulu Tuan Pengerusi, RTM satu-satunya televisyen yang ada di negara kita ini. Setiap kali pukul 8 malam kita ada Berita Nasional semua stesen dan sekurang-kurangnya kerajaan dapat menyalurkan maklumat.
Sekarang ini ASTRO ada, video, VCD dan sebagainya. Saya rasakan maklumat dari pihak kerajaan ini tidak sampai ke akar umbi, kepada mereka yang betul-betul memerlukan program-program dan juga bantuan-bantuan kewangan ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin meminta kalau boleh dilihat semula kalau ada projek-projek yang telah diluluskan oleh kementerian di peringkat akar umbi ini di kampung-kampung ini supaya Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN ini diberitahu. Kita mempunyai masalah terutamanya mungkin pada Ahli Parlimen untuk mengimbangi permohonan-permohonan peruntukan. Katalah kampung ‘A’ itu sudah dapat program ataupun projek daripada kementerian secara khusus tetapi pemimpin itu berjumpa lagi dengan Ahli Parlimen untuk meminta projek-projek kecil melalui peruntukan Ahli Parlimen dan kita pun bagi tanpa mengetahui kementerian sudah pun membuat keputusan untuk membina projek-projek tertentu di kampung tersebut.
Kita mahu berlaku adil, di Kota Belud kawasannya luas. Jadi kita mintalah kepada kerajaan, kepada kementerian, kalau ada projek-projek yang telah diluluskan, jangan hanya beritahu kepada pejabat daerah. CC kan juga kepada wakil-wakil rakyat supaya kita dapat tahu bahawa ada projek-projek yang berlaku di kampung tersebut dan kita boleh agihkan peruntukan-peruntukan yang lain itu ke tempat-tempat yang lain yang mungkin tidak mendapat projek daripada kementerian secara terus. Yang terakhir, saya juga berkongsi pendapat dengan beberapa rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen iaitu kemerosotan ataupun jumlah pelajar yang kita hantar ke luar negara melalui MARA ini Tuan Pengerusi. Saya melihat kurang lebih kurang 60 peratus. Kalau dahulu kita hantar ramai, tahun 2008, 52,000, tahun 2009 kita anggarkan 72,000 yang ditaja di luar dan di dalam negara, untuk tahun hadapan hanya 25,000. Hampir-hampir 60 peratus pengurangan penghantaran pelajar-pelajar yang ditaja di dalam dan di luar negara. Ini adalah satu perkara yang serius.
Saya faham tentang kekangan kewangan dan sebagainya.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi 60 peratus agak merisaukan sedikit statistik ini dan begitu juga tentang bilangan pelajar di MRSM jatuh sebanyak 33 peratus. Ini saya tidak berapa faham Tuan Pengerusi, sebab kalau bilangan pelajar MRSM ini kalau tahun lepas lebih kurang 15,000, kali ini 9600, apakah ada MRSM yang ditutup? Saya tidak berapa faham. Malah kalau dilihat tahun 2008, 27,500, maknanya memang ada tempat di dalam MRSM tahun 2008, tahun 2009. Kenapa pula jumlah ini dikurangkan kepada 9,599 tahun ini. Saya tidak faham sama ada MRSM ditutup ataupun tidak. Minta penjelasan sedikit daripada kementerian.
Saya rasa itulah sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai Bekalan P.22 ini, saya ingin merujuk kepada Butiran 00400 - Pendidikan Pra-Sekolah.
Berapa jauhkah pendidikan pra-sekolah ini di seluruh negara kita mencapai matlamatnya dan khususnya di Telok Intan. Saya ingin tahu berapa banyak sekolah-sekolah mempunyai ruang untuk pra-sekolah ataupun adakah dia dengan sekolah-sekolah yang ada sekarang atau dilakukan di tempat-tempat berasingan dari sekolah-sekolah kebangsaan kita ataupun sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil.
Saya juga merujuk kepada Butiran 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar. Sejauh manakah di kawasan-kawasan luar bandar ini dibekalkan dengan bekalan elektrik. Saya ingin tanya juga mengapa di kawasan Telok Intan selalu bekalan elektrik tergendala dan apabila rakyat di sana menelefon saya, saya minta mereka menelefon TNB, mereka kata kalau mereka telefon TNB tidak ada perkhidmatan diberikan segera.
Akan tetapi kalau saya telefon, perkhidmatan bekalan elektrik disambung dengan segera. Jadi saya rasa jika delivery system iaitu TNB boleh buat kerja mereka, tidak perlulah wakil rakyat selalu menelefon mereka dan suruh buat kerja mereka sendiri. Jadi saya harap kementerian akan mengambil kira apa yang saya katakan tadi mengenai bekalan elektrik di Telok Intan. Saya rasa ini sama juga di kawasan-kawasan lain.
Butiran 01700 Tuan Pengerusi, estet-estet masih tidak dibekalkan dengan infrastruktur seperti jalan raya. Apabila kita tanya kerajaan, kerajaan kata estet-estet ini kepunyaan swasta, private ownership, dengan izin. Saya rasa itu tidak menjadi satu alasan yang baik sebab saya tengok murid-murid sekolah pada hari hujan pun kena lalu jalan atas jalan pasir. Ini tidak begitu seronok dan saya percaya kita ada ruang undang-undang untuk memerlukan majikan-majikan untuk memberikan jalan raya-jalan raya yang sempurna seperti jalan tar dan sebagainya.
Seterusnya di Butiran 02300 - Jalan-Jalan Luar Bandar. Selain dari estet juga di kampung-kampung dan kampung-kampung baru perlu adakan jalan-jalan tar dan dalam pada itu kita kena mengatasi masalah banjir. Apakah kementerian membuat tentang masalah banjir ini lebih-lebih lagi pada masa sekarang di bahagian utara Perak, Kelantan dan Terengganu ada ancaman banjir. Kemajuan kawasan dan juga jalan kampung dan penyelenggaraan tidak memuaskan.
Saya harap kementerian mengambil perhatian tentang ini. Saya juga mendapati bahawa belia adalah salah satu pelanggan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apakah program-program yang ada khususnya untuk belia. Saya nampak di Telok Intan saya tidak dapat tengok program-program yang dijalankan oleh kementerian.
Kalau ada pun ia melibatkan segelintir masyarakat sahaja. Saya harap semua lapisan masyarakat akan diberi program-program latihan kepada belia-belia kita. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan hasrat hati masyarakat dari negeri Sarawak berhubung dengan Butiran 020000 - Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS).
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Secara keseluruhannya KEMAS Sarawak memerlukan banyak peruntukan, begitu juga negeri-negeri lain. Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai KEMAS khususnya di kawasan Batang Sadong yang begitu kreatif dan dedikasi sekali dalam menjalankan kerja mereka.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Saya ingin menjurus kepada Butiran 00400 - Pendidikan Pra Sekolah dan Butiran 00100 - Pendidikan Masyarakat. Tuan Pengerusi saya amat mengagumi kreativiti dan kesungguhan pembantu masyarakat dan Penyelia KEMAS dalam mengendalikan kelas- kelas tabika KEMAS walaupun dalam keadaan di mana peralatan dan kemudahan serba sederhana. Saya difahamkan bahawa seorang pelajar tabika hanya diperuntukkan RM1.50 untuk makanan tambahan setiap hari. Dengan ekonomi yang terkini macam mana kita hendak memberi kanak-kanak dengan makanan yang seimbang dengan RM1.50 sahaja.
Jadi saya minta agar pihak kementerian menambahkan lagi peruntukan untuk makanan tambahan untuk pelajar-pelajar tabika.
Terdapat juga program-program yang dikendalikan oleh KEMAS di bawah Pembangunan Latihan KEMAS di bawah Butiran 00600. Di mana seperti program-program yang lain KEMAS juga aktif menjalankan Program Latihan KEMAS seperti jahitan, masak memasak dan lain-lain program yang membantu meningkat ekonomi masyarakat termasuk kampung-kampung di luar bandar. Jadi Tuan Pengerusi aktiviti-aktiviti ini memerlukan peralatan untuk mencapai objektifnya. Dengan itu saya mengharapkan dan meminta kementerian membekalkan peralatan memasak dan juga peralatan untuk kelas jahitan supaya kelas-kelas dapat diadakan tanpa sebarang halangan.
Tuan Pengerusi ada baiknya kementerian menambahkan pusat masakan supaya mudah untuk mengendalikan kelas dengan baik. Saya berpendapat staf ataupun kakitangan KEMAS, dengan izin, they deserve the best supaya mereka dapat menghasilkan the best juga. Tuan Pengerusi di bawah program kelas literasi komputer berapa banyak kah komputer yang dibekalkan oleh Kemas ataupun oleh kementerian untuk mengendalikan program ini. Ini kerana kalau untuk kita mencapai objektif literasi komputer ini kalau komputer tidak mencukupi maka objektifnya sukar untuk dicapai. Jadi saya mengharap pihak kementerian melihat perkara ini dengan serius kerana kalau kita hendak memberi program itu supaya dijalankan dengan baik hendaklah kita membekalkan apa yang diperlukan.
Seterusnya di bawah Butiran 020900, saya juga ingin bertanya sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menambah bangunan baru tabika di negeri Sarawak. Saya percaya pihak Kemas di negeri Sarawak juga telah memohon perkara ini sebab itu entah berapa tahun sudah. Jadi mereka hendak tahu sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menambahkan dalam sedikit masa terutama sekali dengan adanya Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain dari itu juga KEMAS Sarawak amat memerlukan peruntukan untuk membaik pulih tabika dan bangunan pendidikan masyarakat mereka.
Saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian kerana saya difahamkan bahawa Kemas telah diperuntukkan, telah diberi tanah sepuluh ekar, telah ada tanah sepuluh ekar di Kota Samarahan untuk membina Institut Latihan KEMAS. Jadi adakah kementerian akan membina institut ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh? Kalau tidak bilakah ianya hendak dibina? Ini kerana saya rasa pihak Kemas betul-betul memerlukan supaya mereka dapat menumpukan kerja-kerja mereka di bawah satu bangunan yang boleh membekalkan perkhidmatan berkualiti. Tuan Pengerusi saya juga ingin menyentuh Butiran 020100, di bawah Sumber Manusia dan Pentadbiran.
Seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi saya amat menghargai jasa pegawai- pegawai Kemas ini. Namun kementerian diminta mengkaji bilangan tenaga pekerja ataupun pengajar KEMAS kerana memanglah mereka telah menjalankan tugas yang baik. Akan tetapi mereka saya pun nampak sendiri memang tidak mencukupi kakitangan yang ada.
Jadi saya berharap pihak kementerian boleh mengkaji perkara ini dan menambahkan bilangan tenaga pengajar untuk menampung keperluan masyarakat di luar bandar.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Di bawah 020800 - Latihan Untuk Pegawai ataupun Tenaga Pengajar KEMAS.
Saya ingin mencadangkan atau menyarankan di sini supaya pihak kementerian menghantar pegawai ataupun tenaga pengajar Kemas ini untuk berlatih bersama-sama dengan pihak swasta. Supaya mereka dapat compare notes, dengan izin, supaya memberi pendedahan kepada mereka bagi meningkatkan kualiti pengajaran mereka.
Seterusnya di bawah butiran 02002 - Bekalan Air Luar Bandar khusus untuk negeri Sarawak. Saya ingin menyentuh tajuk BELB ini kerana masih banyak lagi kawasan yang masih belum ada bekalan air bersih. Kalau pun ada macam di kawasan saya kalau pun ada bekalan air bersih ada juga mempunyai masalah tekanan air yang terlalu rendah sehingga tidak ada air pada beberapa hari dalam satu minggu.
Jadi saya sering kali menerima aduan dari masyarakat kampung. Saya juga telah membahaskan perkara ini semasa perbahasan bajet sebelum ini. Jadi hampir setiap hari perkara ini dikemukakan pada saya jadi saya berharap sekiranya kementerian dapat membantu dengan meningkatkan kuasa tangki air di kawasan Samarahan. Ini kerana apa yang ada sekarang tidak mampu untuk menampung keperluan masyarakat pada masa kini.
Butiran seterusnya ialah mengenai Jalan-jalan di Luar Bandar iaitu 02300 masih juga banyak lagi. Seperti kawasan lain masih banyak lagi jalan-jalan di luar bandar yang belum dibina. Untuk meningkatkan ekonomi mereka yang setempat mereka memerlukan jalan raya ini untuk mereka turun naik pergi ke bandar. Ataupun sekurang-kurangnya keluar dari kampung mereka supaya mereka dapat memasarkan produk mereka.
Seterusnya 02404 mengenai Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Saya mengharapkan agar kementerian memberi arahan kepada pihak-pihak yang tertentu yang terlibat dalam Program Lonjakan Mega ini untuk membawa bersama-sama Ahli Parlimen untuk berbincang bagi melaksanakan Program Lonjakan Mega ini agar ianya dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih menyeluruh. Ini kerana kita dapat membuat perancangan secara berkumpulan dan juga secara menyeluruh apa yang diperlukan oleh masyarakat dengan mengambil kira keseluruhan aktiviti di kawasan saya khasnya kawasan Batang Sadong.
Akhir sekali Bekalan Elektrik di bawah 01702 khususnya untuk negeri Sarawak.
Saya hendak tahu di sini bagaimana kita hendak tahu setakat manakah senarai yang kita telah kemukakan di lulus dan yang mana saya rasa barang kali Yang Berhormat Parit Sulong juga telah menyuarakan perkara yang sama. Kita hendak tahu yang mana telah diluluskan, yang mana akan dijalankan walaupun telah diluluskan tetapi mungkin belum dilaksanakan pada masa-masa yang tertentu. Jadi sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut saya mengharapkan agar pihak kementerian membantu memberi arahan kepada pihak-pihak yang tertentu.
Ini kerana di Sarawak saya rasalah beberapa agensi yang tertentu yang terlibat jadi di manakah dengan izin, one-stop centre yang harus kita rujuk. Satu lagi masalah yang berkaitan dengan BELB ini bekalan elektrik ini yang dihadapi oleh kawasan Batang Sadong.
Di mana kawasan yang sudah dibekalkan dengan elektrik ini kuasa voltannya terlalu rendah sehingga mengakibatkan break down, dengan izin, break down electricity ini jadi terlalu kerap. Saya mengharap perkara ini dapat diatasi dengan pihak kementerian menghubungi pihak-pihak yang tertentu yang boleh membantu dalam meningkatkan supaya kuasa voltan ini dapat ditingkatkan kerana berlaku kerosakan dari segi peti sejuk dan juga TV dan lain- lain barang elektrik Tuan Pengerusi.
Jadi saya mengharapkan semua ini diambil kira oleh pihak kementerian untuk membantu kita meningkatkan kualiti perkhidmatan kita di kawasan kita. Itu sahaja saya menyokong. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana prihatin dengan Balik Pulau... [Ketawa]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri saya ringkas sahaja, saya senada dengan Yang Berhormat Parit Sulung dan senada dengan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya mahu diserahkan secara bertulis senarai projek-projek pembangunan luar bandar di Balik Pulau, sekurang-kurangnya semenjak saya dilantik tahun 2008 hingga sekarang.
Seterusnya saya sekali lagi memperkatakan di sini bahawa permasalahan di sini ialah kalau pentadbiran pada hari ini masih lagi kecenderungannya melihat satu kawasan itu sebagai dua kawasan terpisah, satu kawasan namanya bandar, satu kawasan namanya luar bandar. Pada pandangan saya, 1Malaysia yang kalau saya hendak setuju pun, sebenarnya saya tidak setuju, sebenarnya apabila kita melihat satu tempat itu sebagai tempat yang sama, bandar pun penting, luar bandar pun penting. Kalau di bandar kita rasa infrastrukturnya bagus sebegini, di luar bandar pun sebegitu.
Saya merujuk di sini di bawah Maksud Pembangunan 22, di bawah tajuk Kemajuan Masyarakat. Secara khusus saya merujuk pada Butiran 00100 - Pendidikan Masyarakat; 00200 - Gerakan Masyarakat; 00300 - Pusat Sumber Masyarakat; dan 00500 - Pusat Kegiatan Masyarakat. Saya ingin mengatakan di sini bahawa di Balik Pulau secara relatifnya pembangunan infrastruktur luar bandar, alhamdulillah agak baik. Akan tetapi persoalannya di sini pembangunan luar bandar juga bermaksud seperti yang dikatakan kemajuan masyarakat.
Manusia itu yang perlu maju, bukan sahaja bangunan-bangunan sebab saya tengok kalau begini pendekatannya, kalau pendekatan untuk pendidikan, pendekatan untuk maklumat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, tidak dipastikan kerana bagi saya, dengan izin, connectivity is productivity. Kalau pembangunan itu yang dibentuk ialah infrastruktur-infrastruktur yang tidak mampu menghubungkaitkan masyarakat iaitu maklumat setempat masih lagi tidak ada, tidak tepat.
Saya rasa mana mungkin akan berlakunya kalau kita katakan Millennium Development Gold (MDG) itu, kalau dikatakan human development iaitu pembangunan manusia tidak mungkin berlaku kalau sehingga hari ini. Apabila saya bermesyuarat di pejabat-pejabat daerah, saya rasa, saya yakin hari ini kalau saya tanya kementerian berapakah peratus digital literacy masyarakat Balik Pulau? Saya yakin jawapannya mungkin ada, mungkin tidak tetapi untuk membuktikan itu saya hendak kementerian buktikan saya salah bahawa kementerian ada jawapan tersebut. Saya rasa tidak ada, nanti mereka akan cakap perangkaan dan sebagainya. Jadi bagi saya mana mungkin kalau tidak ada maklumat yang tepat, mana mungkin satu perancangan itu akan jadi perkara yang baik.
Akhir sekali di dalam tajuk yang sama Kemajuan Masyarakat. Saya menggesa kerajaan lebih dalam mengambil strategi memperkasakan masyarakat setempat. Maksud saya, ini bukan lagi monopoli kita orang politik, kita bincang di Putrajaya, kita bincang di sana, kita hanya bawa ke setempat itu dan kita rasa projek kita itu bagus. Maksud saya ialah biarlah pemerkasaan itu berlaku di peringkat masyarakat setempat, biar dia sendiri yang buat. Ini saya tengok banyak, kita terlalu bergantung pada kontraktor-kontraktor, kadang-kadang orang yang buat projek itu bukan orang setempat. Itu saya pastikan di sini, saya mahu itu berlaku.
Secara kesimpulannya, saya menggesa kementerian menggunakan pendekatan baru seperti yang pernah di buat di Selatan Thailand. Saya cadangkan di sini yang saya maksudkan itu “rubanization”, “rubanisasi” is not urban, it is not rural but it is “rubanization.” Cuba rujuk kepada pendekatan yang dibuat di Thailand, People and Community Development Association (PDA) yang diketuai oleh mantan Menteri di Thailand iaitu Mechai, yang mana membawa gabungan pendekatan yang saya katakan itu.
Saya yakin kalau di situ yang dilihat oleh kementerian di Balik Pulau, Balik Pulau itu bukan di luar bandar, Balik Pulau itu pun bukan bandar, Balik Pulau itu pun bukan sub urban, Balik Pulau itu ialah sama penting dalam pulau, di Pulau Pinang itu. Kalau itu, saya bersetuju dengan 1Malaysia. Kalau dipisah-pisahkan bandar dan luar bandar, saya tidak setuju, itu bukan 1Malaysia. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ini semua kawan... [Ketawa] Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat Paya Besar kurang sedikit berucap, saya bagi kepada Yang Berhormat Paya Besar... [Dewan riuh]
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Kepala B.22, Butiran 020000 - KEMAS. Perkara pertama berkenaan tadika. Kita semua tahu bahawa tadika KEMAS ini, mereka menggunakan bangunan- bangunan lama ataupun balai-balai raya lama yang tidak digunakan di kampung-kampung.
Saya mohon kalau dapat KEMAS memperuntukkan bagi membaiki tadika-tadika ini kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak. Sekiranya ada peralatan seperti elektrik dan sebagainya disentuh oleh kanak-kanak, ini akan membahayakan kanak-kanak tersebut.
Begitu juga dengan kelengkapan yang ada di tadika-tadika KEMAS di kampung-kampung.
Keduanya berkenaan dengan gaji pemaju masyarakat. Saya meminta supaya kerajaan mengkaji untuk menaikkan elaun ataupun gaji pemaju-pemaju masyarakat di seluruh negara. Ketiga, menghantar pemaju-pemaju masyarakat ini berkursus bagi memantapkan lagi pemaju-pemaju masyarakat ini.
Seterusnya Pejabat KEMAS Paya Besar yang dahulunya dijanjikan oleh pihak kerajaan. Peruntukan sebanyak RM100 ribu telah diberikan kepada KEMAS Paya Besar tetapi ini tidak mencukupi malah kerajaan negeri pun telah memperuntukkan tanah seluas dua ekar, bagi KEMAS membangunkan bangunannya sendiri. Oleh itu saya berharap kalau dapat pihak kementerian memperuntukkan peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi membina Pejabat KEMAS Paya Besar.
Kepala B.22, Butiran 030000 - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Sekali lagi saya merayu kepada kementerian supaya menyusun semula masyarakat Orang Asli ini, kerana dari tinjauan saya, saya dapati masyarakat Orang Asli ini telah jauh beza hidupnya daripada dulu dengan sekarang. Kalau kita tengok sekarang ini, kerajaan telah mula mendirikan rumah-rumah PPRT kepada masyarakat Orang Asli ini. Akan tetapi masalahnya tanah yang tidak menjadi hak milik mereka. Oleh itu mohon kementerian mengkaji semula supaya Orang-Orang Asli diberi hak pemilikan tanah sekurang-kurangnya untuk rumah mereka sendiri agar kampung Orang Asli ini tersusun.
Kepala P.22, 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Sekali lagi saya merayu kepada pihak kementerian supaya menaik taraf jalan-jalan, Projek Jalan Kampung (PJK) kepada Jalan Luar Bandar (JALB) bagi jalan-jalan kampung yang termasuk dalam kawasan bandar.
Butiran 03100 - FELCRA. Saya merayu supaya FELCRA berhubung dengan kerajaan negeri bagi memenuhi 188 lot yang masih lagi kosong dan temu duga bagi mereka-mereka yang berjaya telah pun dilaksanakan oleh pejabat daerah. Cuma sekarang ini pembahagian kepada yang berjaya. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak menyentuh tentang Butiran 090000 - MARA. Seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan juga beberapa rakan tadi, saya ingin mengetahui daripada kementerian kenapakah bantuan penajaan pelajar dalam negeri dan juga luar negara dikurangkan daripada RM52,000 kepada RM25,000.
Saya juga ingin mengetahui pelajar-pelajar di IPTA atau IPTS yang mendapat penajaan banyak daripada MARA ini, kerana apa yang saya ketahui daripada pelajar kita yang pergi ke luar negara terutama di Jerman baru-baru ini. MARA telah kelewatan untuk memberikan wang pinjaman kepada mereka hampir dua bulan. Mereka terpaksa bersusah payah mencari wang untuk membayar yuran universiti dan juga sewa rumah. Saya berharap mendapat perhatian daripada pihak MARA.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Begitu juga dengan pelajar-pelajar MRSM. Sama dengan Parit Sulong tadi, 2008 kita ada 27,000 pelajar, tetapi 2010 hanya 9,599 walhal pelajar-pelajar kita yang mendapat 5A semakin bertambah ramai dan juga Maktab Rendah Sains MARA juga sedang dibangunkan di banyak negeri. Kenapakah jumlah ini hampir satu pertiga dikurangkan jumlah pelajar di Maktab Rendah Sains MARA ini? Kenapakah ini berlaku? Apakah ini menunjukkan bahawasanya pihak kementerian ini kurang mendapat peruntukan dari segi untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera di Maktab Rendah Sains MARA? Berapa peratuskah di Maktab Rendah Sains MARA ini pelajar-pelajar yang terdiri di kalangan bukan bumiputera? Ini kerana kita mendapat tahu bahawasanya sebelum ini kerajaan telah menambahkan kuota bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains MARA daripada 5 peratus kepada 10 peratus dan akan pergi sehingga 15 peratus. Saya ingin tahu angka terakhir mutakhir ini berapa peratuskah pelajar-pelajar bukan bumiputera yang berada di Maktab Rendah Sains MARA?
Butiran 00611 – GIATMARA. Sebagaimana yang kita ketahui di antara salah satu kursus yang diajar di GIATMARA adalah membaiki kenderaan ataupun motor mekanik.
Saya ingin tahu daripada pihak kementerian adakah pelajar-pelajar ini dilatih menggunakan jentera ataupun enjin yang up-to-date ataupun yang moden seperti mana fuel injection, menggunakan komputer di dalam pengendalian kenderaan tersebut. Ini kerana banyak yang saya lihat enjin-enjin jenis lama misalnya Proton Saga jenis lama masih lagi digunakan. Sekiranya kita hendak pelajar-pelajar itu membuka bengkel, mestilah mereka ini diajar dengan teknik-teknik moden enjin masa kini.
Butiran 00670 - Pengangkutan. Kalau dahulu kita menggunakan kenderaan bas RIDA, kemudian diubah kepada bas MARA dan sekarang ini MARA Liner. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian apakah dasar yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan MARA ini untuk memasuki kawasan-kawasan luar bandar? Di kawasan saya daripada Pekan Pendang pergi ke Jenun dan Guar Chempedak kalau dahulu kita ada kenderaan MARA, tetapi sekarang sudah tidak ada. Pelajar-pelajar di sekolah bantuan, sekolah model khas, Sekolah Menengah Teknik, Maktab Rendah Sains MARA sekarang ini tidak mempunyai kenderaan awam untuk mereka keluar outing setiap minggu ataupun untuk pelajar itu bergerak di antara satu tempat ke satu tempat kerana sudah tidak ada kenderaan bas MARA lagi.
Butiran 04000 - RISDA. Kalau di dalam kementerian komoditi, kita didedahkan dengan tanaman getah balak. Saya ingin mendapat kepastian daripada RISDA, adakah RISDA mempunyai hubung kait di dalam memberikan bantuan terhadap pekebun-pekebun kita yang ingin menanam getah untuk mendapat balak daripada pohon getah ini dan adakah benih disediakan untuk getah jenis balak ini?
Butiran 070000 - KEDA. Tadi disebut bahawasanya KEDA ini akan tamat perjanjiannya dengan kerajaan negeri pada 2011 dan kita tahu bahawasanya 87 peratus daripada kawasan negeri Kedah adalah dilingkungi oleh program KEDA ini. Apa yang ingin saya kemukakan adalah, ini mungkin kali ketiga saya kemukakan di dalam Parlimen ini, tetapi pada sesi yang lepas, Menteri telah menjawab akan dijawab dengan bertulis. Akan tetapi, sampai sekarang dari 2004 belum terima jawapan lagi. Saya berharap Menteri dapat memberi jawapan dengan tulus dan juga ikhlas. Ada 13 orang daripada penduduk telah dijemput untuk menjalankan kursus Induksi di Pusat Latihan KEDA di Sik, kemudian datang proses untuk menyerahkan rumah kepada mereka, tetapi tiba-tiba ada orang politik yang menghalang daripada mereka ini mendapat kunci rumah seramai 13 orang. Saya pasti pihak kementerian sudah menjalankan siasatan dan pada hari ini diharap mendapat jawapanlah. Kalau tidak, maknanya kali keempat saya akan kemukakan untuk masa yang akan datang.
Seterusnya rumah-rumah KEDA ini. Saya berjumpa dengan pegawai KEDA.
Mereka mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah kerana banyak rumah-rumah KEDA yang kosong, terutama sekali kepada ibu-ibu tunggal yang telah diberikan rumah.
Setelah mereka berkahwin dan dibawa pergi ke tempat lain oleh suami-suami baru mereka... [Disampuk] [Ketawa] Suami mereka bawa ke tempat lain dan rumah itu tinggal kosong. Apabila tinggal kosong, pihak KEDA hendak beri kepada orang lain tidak boleh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Jadi, itu masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KEDA. Saya harap pihak kementerian dapat memberi jawapan bagaimanakah caranya proses ini dapat diselesaikan kerana banyak rumah-rumah kosong yang terdapat di KEDA ini, tetapi tidak boleh diserahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan. Apabila sudah berkahwin baru, maknanya kelayakan untuk mendapat rumah KEDA itu sudah tidak ada.
Seterusnya, jalan kampung dan bekalan air di luar bandar, saya harap pihak kementerian tolong beri perhatian dengan lebih serius. Kalau Menteri yang lepas, bekas Menteri Besar Selangor dahulu dia mengatakan jalan-jalan kampung ini dia akan pastikan 30 kilometer daripada pekan-pekan akan diturap. Jadi, saya harap Menteri yang ada pada hari ini akan meneruskan 30 kilometer yang dijanjikan oleh Menteri yang lama itu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta maaf tidak dapat memanggil lebih ramai di kalangan Yang Berhormat untuk berbahas di bawah kementerian ini. Selepas ini kita ada dua lagi kementerian yang harus juga diselesaikan hari ini. Walau bagaimanapun, saya akan memanggil Yang Berhormat Lipis dan selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Minta tambahlah Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi Maksud Bekalan B.22 dan P.22 ini pertama sekali saya hendak merujuk kepada Butiran 02000 - KEMAS.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kementerian dan agensinya KEMAS ini kerana banyak memberi manfaat dan membawa pelbagai aktiviti untuk masyarakat, terutamanya yang saya lihat di kawasan Parlimen sayalah. Oleh kerana KEMAS merupakan satu daripada agensi yang sangat berkesan untuk pembangunan masyarakat ini atau kemajuan masyarakat, saya mencadangkan agar KEMAS ini distruktur semula dan bahagian kejuruteraan atau teknikal diwujudkan dalam KEMAS. Kini KEMAS hanya banyak kepada kemajuan dari segi sumber manusia iaitu pendidikan sumber manusia.
Datuk Raime Unggi - Tenom
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Dengan cara itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak lagi bergantung pada agensi-agensi lain untuk melaksanakan projek-projeknya...
Datuk Raime Unggi - Tenom
Laluan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Seperti...
Datuk Raime Unggi - Tenom
Boleh Tuan Pengerusi?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sekejap lagi saya beri laluan.
Sekejap lagi. Agensi-agensi lain seperti Pejabat Daerah, JKR dan sebagainya. Ini kerana kita lihat banyak program atau projek atau aktiviti yang dilaksanakan oleh KKLW ini terpaksa disalurkan kepada agensi lain walaupun sebenarnya KKLW ada agensi di peringkat daerah atau Parlimen iaitu KEMAS dan RISDA. KEMAS rasa saya lebih baik disalurkan perkara ini kerana ia memang berkaitan dengan kemajuan masyarakat. Sila.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat Yang Berhormat Lipis. Walaupun tidak dapat bercakap, tumpang sekaki boleh Yang Berhormat Lipis ya.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Lipis tadi berkenaan dengan KEMAS yang cuba mewujudkan supaya KEMAS itu dirombak semula dan memperkasakan sudut teknikal.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya ingin meminta pandangan daripada Yang Berhormat Lipis, sebagai contoh di tempat saya, sekolah-sekolah Tadika. Di tempat saya ada 33 sekolah Tadika. Sepuluh sudah ada bangunan, 23 masih menumpang lagi. Jadi, adakah Yang Berhormat Lipis juga dalam soal-soal infrastruktur ini juga perlu bagi pihak KEMAS memainkan peranan yang penting.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Kita tidak mahu anak-anak yang prasekolah ini belajar di balai raya, yang menumpang, sebagai contoh di tempat saya hari ini, balai raya pun tidak ada, rumah kebudayaan pun tidak ada terpaksa menumpang di tempat yang agak daif. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tenom ini, jadi saya masukkanlah ucapan Yang Berhormat Tenom ini dalam ucapan saya. Dalam kawasan saya pun ada juga masalah seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tenom ini. Jadi sekali lagi saya mohonlah pihak kementerian memikirkan, bincanglah dengan JPA dan sebagainya bagaimana kita boleh menambah baik dan menstrukturkan semula KEMAS ini kerana KEMAS bagi saya merupakan antara agensi yang sangat penting dan sangat dekat di hati masyarakat.
Yang keduanya saya hendak membawa kepada Butiran 02500 - Jalan Kampung dan Penyenggaraan. Dalam kawasan Parlimen saya ada lagi kampung-kampung yang tidak ada jalan. Akan tetapi saya rasa yang paling tepat sekali kalau hendak disambung ialah jalan daripada Kuala Lipis ke Kuala Kecau ke Matok dan ke Kuala Kenum. Di Kuala Kenum ini ada dua TSB, RISDA sebenarnya. Jadi kos pengeluaran getah daripada sini menjadi mahal kerana tidak ada jalan, tidak ada jalan kampung, mereka terpaksa menggunakan sungai, menyeberang sungai untuk membawa atau memasarkan produk mereka.
Jadi saya memohonlah supaya jalan ini diadakan, rasa saya tidak perlulah saya menulis surat pula atau nanti meminta surat kepada Menteri dan sebagainya. Jadi memadailah bagi saya bila kita bercakap dalam Parlimen ini perkara itu diambil tindakan. Di Kuala Kenum juga ada satu taman rimba, Taman Rimba Kenum namanya yang banyak dilawati oleh pelbagai pelawat daripada luar negara dan juga dalam negara. Jadi dengan adanya, selain daripada kemudahan penduduk-penduduk kampung dapat juga memberi kemudahan pada pelancong untuk masuk ke dalam kawasan Taman Rimba Kenum ini.
Yang ketiganya, ialah saya hendak bercakap tentang Butiran 040000, ataupun 060000 dua-dua sekali mengenai dengan RISDA. Tuan Pengerusi bagi saya RISDA ini juga selain daripada KEMAS merupakan satu daripada agensi yang sangat dekat di hati masyarakat dan kini RISDA telah dibenarkan untuk masuk ke Sarawak dan selepas itu ke Sabah. Jadi kita mencadangkan nama RISDA ditukar kepada RISDA Malaysia. Kalau dulu Semenanjung sahaja, sekarang ini RISDA Malaysia kedua-duanya. Jadi memandangkan 95 peratus sebenarnya daripada pengeluaran getah yang dikeluarkan oleh pekebun kecil yang mempunyai purata keluasan tanahnya 2.3 hektar, jadi amat perlu sebenarnya pekebun kecil ini dibela.
Terutamanya ketika pekebun kecil hendak menanam semula. Ini kerana sekarang ini, Tuan Pengerusi kos pembangunan untuk menanam semula getah antara 9,000 bagi tanah yang rata dan hingga ke 14,500 lebih kurang bagi kos untuk kawasan berbukit.
Sedangkan kerajaan hanya memberi RM7,000 untuk enam ansuran bayaran dalam tempoh lima tahun kepada pekebun kecil ini. Jadi memandangkan industri getah ini merupakan komoditi strategik negara, lebih-lebih lagi kalau kita lihat bukan sahaja pengeluarannya lebih pada berapa puluh juta setahun, akan tetapi lebih daripada 300,000 keluarga pekebun kecil yang bergantung hidup pada industri getah ini. Mungkin kurang, mungkin lebih, lebih kuranglah 300,000 rasa saya. Jadi ini atut diberi pembelaan dari segi membantu kos pembangunan.
Oleh itu saya mencadangkan supaya kos pembangunan untuk tanam semula getah ini dinaikkan daripada RM7,000 ke RM10,000 sehektar di Semenanjung dan RM14,000 bagi Sabah dan Sarawak.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah di bawah lima hektar. Yang keduanya saya difahamkan kerajaan meletakkan produktiviti bagi getah, beri kepada RISDA iaitu melebihi pada 1,600 kilo dan sawit pula 18 tan per hektar. Itu tadi 1,600 kilogram per hektar dan sawit 18 tan per hektar setahun. Jadi Tuan Pengerusi, memandangkan kos baja dan input pertanian yang tinggi di samping beban belanja menyara pekebun kecil, saya juga ingin mencadangkan agar pekebun kecil sawit dan getah ini yang mempunyai tanah berkeluasan bawah lima hektar diberi bantuan input pertanian dan baja serta dipergiatkan pemindahan teknologi kepada pekebun-pekebun kecil dalam golongan ini.
Saya juga menyarankan kerajaan patut menimbangkan bahawa tanam semula berkelompok sama ada getah dan sawit hendaklah diberi insentif prasarana. Sekarang ini kadang-kadang macam saya kata tadi mereka buat tanam semula berkelompok, akan tetapi jalan hendak masuk ke situ tidak ada. Jadi kos untuk membawa bila hasilnya keluar menjadi tinggi dan sebagainya. Ini bagi memudahkanlah seperti yang saya katakan tadi untuk membawa hasil komoditi mereka keluar daripada ladang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi yang berikutnya, Tuan Pengerusi kenapa negara maju lain kalau kita lihat dalam bidang pertanian mereka berjaya? Saya difahamkan salah satu faktornya ialah kegiatan pemindahan teknologi tadi yang saya sebut. Di sini kalau kita lihat bilangan pegawai pengembangan yang mereka ada mencukupi dan telah terlatih sebagai contohnya, kalau kita lihat di India dan Thailand mereka dapat meningkatkan produktiviti getah mereka kepada 1,800 dan 1,850 kilogram per hektar. Jadi kalau kita lihat, mereka mempunyai pegawai pengembangan yang sesuai dan mencukupi. Jadi di sini saya hendak memohon kepada KKLW agar menentukan ada nisbah dan bilangan pegawai pengembangan di lapangan iaitu ditingkatkan pada kadar kalau sekarang ini, kita tidak tahu berapa? Dengan kadar satu orang pegawai kepada 100 pekebun kecil. Itu yang maksimum sudah.
Dengan cara ini pegawai-pegawai tadi kalau kita dapat melihat daripada ’A‘ sampai ’Z‘ tentang industri getah ini dan mereka boleh terus dapat mencapai pada 100 orang. Sekarang ini lebih sangat, jadi mereka tidak dapat tercapai. Kalau kita lihat di sekolah pun seorang guru masuk kelas ada 40, paling tinggi 50 orang sahaja dalam satu kelas. Jadi ada limitnya juga. Saya difahamkan sekarang ini pun dalam 200 ke 300, bagaimanapun kita haraplah pekebun kecil ini dapat dibela dan dengan satu caranya ialah penambah bilangan pegawai-pegawai pengembangan di RISDA ini supaya mereka mencukupi dan dengan cara ini mereka dapat menerapkan segala ilmu dan teknologi terkini kepada pekebun-pekebun kecil.
Ini kerana dalam pembangunan getah ini daripada mula tanam sampai keluar hasil, saya difahamkan terdapat lebih kurang 30 jenis teknologi yang perlu diberi kepada pekebun-pekebun kecil ini. Jadi dengan nisbah yang dinyatakan tadi, rasa saya kita dapat sebenarnya bersaing dari segi produktiviti itu setanding dengan negara lain seperti yang saya katakan India, iaitu 1880 kilogram satu hektar dan Thailand yang kita nampak macam tidak ada apa-apa, akan tetapi mereka ada dalam 1800 kilogram per hektar. Kita hendak menyampai ke tahap 1500 kilogram per hektar pun masih terkial-kial lagi dan sebagainya.
Jadi kalau kita lihat, kita mempunyai klon yang baik, klon getah kita, klon yang baik. Di Thailand dan India ini, klon yang kedua atau ketiga baiknya. Akan tetapi teknologi yang digunakan itu yang menyebabkan hasil atau produktiviti mereka meningkat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Berikutnya Tuan Pengerusi, saya difahamkan satu masa dahulu RISDA ada memberikan bantuan tanaman baru. Tanah-tanah baru ini ditanam. Bukan ditanam semula sahaja dengan disandarkan kebun getah mereka dengan tanah kosong yang dimiliki oleh pekebun kecil.
Saya ingin mencadangkan di sini agar RISDA mengaktifkan. Sekarang sudah tidak ada dah. Mengaktifkan. Bagi bantuan tanaman baru ini bagi pekebun kecil yang diberikan tanah getah di bawah tiga hektar, aktif. Begitu juga tanah kosong atau terbiar di bawah dua hektar diberikan bantuan juga. Terutamanya tanah-tanah ataupun tanah-tanah yang terbiar ini yang terletak di kawasan zon getah.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi melalui kaedah ini kita harap keluasan tanah getah bertambah dan apabila keluar hasil nanti, mereka boleh menjadi seorang pekebun getah yang agak senang dan sebagainya. Ini rasa saya selaras dengan hasrat atau dasar kerajaan untuk...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Boleh mencelah?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Dapat mengeluarkan rakyat kita yang beli tanah kosong tidak dapat dimajukan daripada kemiskinan. Silakan.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya tertarik dengan semangat Yang Berhormat Lipis tentang membantu pekebun kecil ini. Cuma saya meminta pandangan Yang Berhormat Lipis, kita ada klon yang baik, banyak kebun luas dan sebagainya tetapi kalau proses pemasaran hasil tidak ekonomik, bukan macam itulah pulangan tidak menggalakkan kepada pekebun kecil.
Cuma saya difahamkan dalam RISDA ini kita ada pusat pengumpulan getah. Kita ada depot pengumpulan getah dan kelapa sawit. Saya difahamkan bahawa pusat-pusat pengumpulan, pusat timbang dan sebagainya masih kurang. Ada menyebabkan sebahagian daripada petani-petani, pekebun-pekebun kecil kita terpaksa pergi jauh untuk memasarkan getah mereka.
Saya ingin mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat masukkan dalam ucapan Yang Berhormat, minta supaya RISDA memperbanyakkan lagi pusat timbang getah ini.
Begitu juga sawit dalam konteks RISDA ini dan juga depot pengumpulan getah. Supaya maknanya petani-petani kita atau pun pekebun kecil kita yang dapat mengeluarkan hasil terus dapat menghantar kepada pusat-pusat pengumpulan atau pusat timbangan ini. Jadi, bagaimana pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya pun memang bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Maran itu. Memanglah maknanya daripada segi kepandaian dan kepakaran manusia, teknologi yang ada dan ditambah pula dengan kemudahan-kemudahan yang seperti yang saya katakan tadi, prasarana yang disediakan, barulah pendapatan pekebun kecil kita menjadi lumayan dan sebagainya. Itu yang kita kehendaki dan itu yang sebenarnya yang kerajaan harapkan.
Tuan Pengerusi, saya juga difahamkan bahawa RISDA suatu masa dahulu ada memberikan bantuan. Tanam semula getah ke kelapa sawit dan tanam semula kelapa sawit ke kelapa sawit dan juga ke getah. Jadi, bagi saya penduduk atau pekebun kecil dalam kawasan Parlimen saya ada membangkitkan.
RISDA ada memberikan bantuan input pertanian seperti baja, kimia dan rangsangan kepada pokok getah matang. Jadi, kata mereka, mengapakah pekebun kecil daripada RISDA yang menanam kelapa sawit semasa matang tidak diberikan kemudahan?
Program seperti ini. Maknanya tiada bantuan untuk baja dan sebagainya. Sedangkan harga baja sekarang ini mahal. Jadi bagaimanakah kita kata mereka hendak meningkatkan produktiviti. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh KKLW?
Saya mencadangkan agar KKLW dan RISDA dapat membantu pekebun kecil sawit ini yang pernah mendapat bantuan tanam semula sawit semasa mula-mula daripada RISDA jadi, semasa pembangunan nya agar diberikan pertimbangan seperti pekebun kecil getah juga untuk meningkatkan produktiviti getah mereka.
Akhirnya saya hendak menyentuh tentang Butiran 006011 - GIATMARA atau Pusat GIATMARA ini. Bagi saya Pusat GIATMARA ini sepatutnya kita adakan di setiap kawasan Parlimen. Bangunan-bangunan yang baik dan canggih perlu diadakan. Sebagai contohnya di tempat saya, ada sebuah Pusat GIATMARA yang telah dibangunkan walaupun agak lambat. Saya rasa sudah dua tahun pembinaan Pusat GIATMARA ini belum disiapkan lagi. saya pun tidak tahu mengapa...
Datuk Raime Unggi - Tenom
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mungkin juga agaknya Yang Berhormat Marang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan sebagainya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi apa yang penting bagi saya, selain daripada kita mengadakan pusat giat ini, kita juga perlu mengenal pasti kursus...
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh sasarkan dalam masa yang singkat begini, sepuluh minit untuk bahaskan Jawatankuasa. Kalau benarkan mencelah begini, bermakna panjang lebarlah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tenom tadi saya sudah mendengar mencelah sebanyak dua kali. Ini kali ketiga sudah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi kerana berminat dengan isu yang telah dibangkitkan...
Tuan Pengerusi
Walaupun Yang Berhormat, kalau mengira semua pun berminat.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya.
Tuan Pengerusi
Kalau saya biarkan sampai jam dua pagi. Semua berminat.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Ahli Parlimen ini, makin petang, makin larut malam, makin minat mereka... [Ketawa]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Mohon.
Tuan Pengerusi
Mendadak.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Okey. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Tadi, Yang Berhormat Lipis telah menyentuh berkenaan dengan GIATMARA. Saya juga mengalami masalah seperti mana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Lipis. Masalah saya, bangunan GIATMARA di tempat saya dari tahun 2004 sehingga hari ini tidak pernah siap. Tidak pernah siap Yang Berhormat Lipis. Sama kita punya masalah ini. Saya tidak tahu kenapa. Apa sudah jadi ini? Saya minta Yang Berhormat Lipis.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Lipis bermasalah fasal bangunan itu. Yang Berhormat Tenom tanya pula fasal masalah itu. Macam mana dia hendak menjawab?...
[Ketawa]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, itulah. Begini saya pun berharap kementerian dapat memberikan jawapan mengenai permasalahan ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tenom suka sangat main kenen.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Ketawa]. Ya.
Tuan Pengerusi
Dia tembak menteri tetapi Yang Berhormat Lipis yang bawa.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya. Itu yang susah.
Tuan Pengerusi
Jangan Yang Berhormat Lipis benarkan lagi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, Tuan Pengerusi, setakat itu dahulu. Saya mohon menyokong. Terima kasih... [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Sudah Yang Berhormat Lipis? Menteri, jangan panjang lebar Menteri. Ada dua lagi kementerian kita harus habiskan malam ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Saya sedar sekali tentang kita ini lewat.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Kalau mengikut jadual, sepatutnya kementerian saya membuat penggulungan kelmarin. Betullah maklumat yang ada pada saya untuk menjawab pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat ini banyak. Saya akan dengan sedaya upaya saya meringkaskan jawapan saya dan di mana Ahli-ahli Yang Berhormat memohon maklumat yang agak terperinci dan juga spesifik untuk kawasan masing-masing. Kebanyakannya nanti akan saya jawab secara bertulis kerana kita kesuntukan masa.
Seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa kementerian ini. Empat orang Ahli Yang Berhormat telah mencelah. Maknanya 26 orang. Tajuk yang sangat diminati oleh Ahli-ahli Yang Berhormat nampaknya yang pertama ialah KEMAS.
Isu yang dibangkitkan mengenai KEMAS ialah Yang Berhormat Silam, mencadangkan supaya ditubuhkan pejabat KEMAS di daerah Kunak. Cadangan Yang Berhormat Silam akan dikaji dengan mendalam daripada segi kesesuaian tempat, kemudahan serta penempatan kakitangan. Namun kini, KEMAS telah menempatkan seorang penyelia Dewan Undangan Negeri di Pusat Sumber Kampung Getah Kunak bagi membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan KEMAS. Beliau turut dibantu oleh beberapa orang pemaju masyarakat pelbagai bidang.
Yang Berhormat Silam juga menyeru agar bilangan jawatan pengurusan dan profesional di Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sabah ditambah. Di KEMAS Sabah terdapat enam jawatan pengurusan dan profesional iaitu seorang Pengarah dan lima jawatan Penolong Pengarah. Jawatan yang diisi kini hanya tiga dan tiga kekosongan lagi akan diisi dan sedang dalam proses.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
KEMAS juga sedang dalam proses memohon penyusunan semula organisasi di seluruh negara yang melibatkan pertambahan dan kenaikan gred jawatan di peringkat daerah. Penyusunan semula ini akan memberi fokus kepada pertambahan peranan pegawai KEMAS di daerah sebagai jentera Pembangunan Luar Bandar.
Isu kenderaan, bagi tahun 2010, kementerian ini telah diluluskan peruntukan One- Off di bawah butiran yang dimaksudkan. Berdasarkan jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk pembelian kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan sedan untuk KEMAS di pelbagai negeri. KEMAS Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan pembelian sebanyak dua unit kenderaan pacuan empat roda. Pembelian kenderaan tersebut adalah bertujuan untuk menampung bilangan kenderaan sejenis sebanyak lima, bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dan penyeliaan projek-projek di bawah KKLW dan sebagai kenderaan rasmi jabatan bagi memudahkan urusan rasmi lain.
Yang Berhormat dari Kanowit dan Serian telah membangkitkan isu kelas Tabika KEMAS yang menumpang di bangunan yang kurang sesuai untuk pembelajaran kanak- kanak. Ramai juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain membangkitkan masalah yang sama. Secara keseluruhannya sebanyak 45 peratus ataupun peratus kelas tabika KEMAS masih beroperasi di bangunan yang disediakan oleh masyarakat setempat, itu untuk keseluruhan negara. Ini adalah berasaskan kepada konsep pembangunan masyarakat iaitu sumber daripada masyarakat dan kerajaan digemblengkan untuk menjayakan program pembangunan.
Konsep ini diamalkan oleh KEMAS sejak mula tabika KEMAS dilaksanakan iaitu pada tahun 1970. Pada tahun 2010 tahun depan, peruntukan pra-sekolah adalah sebanyak RM101,089,000 juta bagi membina bangunan baru, baik pulih bangunan yang sedia ada dan pembelian peralatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM18,975,000 juta adalah untuk baik pulih bangunan tabika KEMAS sedia ada dan bagi negeri Sarawak sejumlah RM2,178,000 juta telah disediakan termasuk bagi daerah Kanowit dan Serian.
Yang Berhormat Silam juga mencadangkan supaya dibina Pusat Latihan KEMAS di Parlimen Silam. Kementerian ini melalui KEMAS sedang merancang untuk membina pusat latihan bagi Negeri Sabah dalam RMK-10. Permohonan Yang Berhormat Silam akan dipertimbangkan bersesuaian dengan tapak yang dicadangkan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Kemudahan peralatan, perabot dan buku lambat dibekalkan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam. Pembekalan perolehan bagi kemudahan peralatan, perabot dan buku di tabika ataupun taska melibatkan proses penyediaan spesifikasi, dokumen, iklan dan penjualan tender, pembukaan tender, penilaian tender, penyediaan kertas taklimat, mesyuarat lembaga tender, surat setuju terima dan proses penghantaran yang mengambil masa secara keseluruhannya selama tiga tahun.
Mulai tahun 2010, pihak KEMAS akan melaksanakan proses perolehan melalui e- Perolehan bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Perolehan yang dilaksanakan di peringkat negeri Sabah terutamanya yang melibatkan pembekalan peralatan, perabot dan lain-lain. Sememangnya memberi peluang dan mengutamakan pembekal-pembekal dari negeri Sabah. Kelas Bina Insan, peruntukan pembangunan bagi RMK-9 Bina Insan, melibatkan dua kategori iaitu bagi tujuan pelaksanaan program yang dikenali sebagai aktiviti Pembangunan Insan dan Bekalan. Peruntukan bagi bekalan seperti buku, peralatan dan perabot Kelas Bina Insan akan ditingkatkan lagi dalam RMK-10.
Dalam penstrukturan semula jabatan, tenaga pengajar Bina Insan akan ditambah iaitu tiga orang bagi setiap DUN atau seramai 1,728 orang bagi seluruh negara. Ketika ini, jumlah tenaga pengajar adalah seramai 309 orang di seluruh negara. Bagi negeri Sabah, sehingga kini terdapat 17 orang tenaga pengajar yang mengajar di 68 buah kelas. Jumlah tenaga pengajar ini akan ditingkatkan kepada 180 orang menjelang RMK-10.
Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan peranan KEMAS yang agak rutin sekarang. KEMAS melaksanakan program pembangunan komuniti seperti program asas pembangunan masyarakat iaitu pendidikan sepanjang hayat, melalui pendidikan literasi, pendidikan kemahiran, pembangunan insan, pendidikan awal kanak-kanak dan pembangunan pesa. Pendidikan literasi iaitu pendidikan literasi fungsian, meningkatkan jumlah keahlian di 283 buah pusat sumber sebanyak 20 peratus setahun, mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 20 peratus daripada 4000 orang peserta kelas, meningkatkan kemahiran penggunaan komputer sebanyak 10 peratus daripada 2,000 orang peserta.
Pendidikan kemahiran iaitu melibatkan program jahitan, masakan, dandanan diri dan kraf tangan. KEMAS memastikan kemasukan pelatih Kursus Persijilan dan Diploma Jahitan sepenuh masa. Program Bina Insan ini melibatkan aktiviti kecemerlangan diri, kekeluargaan, pemantapan syiar Islam dan penerapan nilai-nilai moral bagi yang bukan Islam. Melalui program ini, ia akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan keibubapaan kepada 383,972 orang ibu bapa ataupun penjaga kanak-kanak tabika dan taska. Selain itu juga, program ini meningkatkan jumlah kumpulan aktiviti yang menyemarakkan penerapan syiar Islam dan nilai murni.
Program Pembangunan Desa iaitu melibatkan aktiviti pengupayaan masyarakat dan pembangunan usahawan luar bandar akan memastikan sebanyak 1500 buah kampung yang menyertai Program Pengupayaan Masyarakat akan ditingkatkan penyertaan usahawan desa menerusi bantuan ekonomi kampung. Pendidikan awal kanak-kanak melalui taska, tabika dan program keibubapaan iaitu meningkatkan pencapaian 3M kepada 80 peratus daripada jumlah kanak-kanak tabika pada setiap tahun dan memastikan taraf kesihatan...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Boleh...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau
...Kanak-kanak Tabika mengikut kadar pertumbuhan normal serta menaik taraf kualiti premis.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Boleh minta penjelasan, Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau
Ya.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Kejayaan KEMAS dalam membangunkan pengetahuan asas kanak-kanak, membaca, menulis dan mengira adalah merupakan kejayaan yang membanggakan tetapi ada satu lagi keperluan negara iaitu penguasaan bahasa Inggeris, bolehkah dasar baru ini diserapkan dalam pengajaran di Tadika KEMAS.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau
Yang Berhormat Jempol, itu memang dalam perancangan kita, terima kasih. Isu seterusnya yang saya hendak jawab ialah isu-isu yang berkaitan dengan sumber manusia yang telah dibangkitkan oleh pertama Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput, Silam dan Parit Sulong. Yang Berhormat dari Sungai Siput meminta kementerian ini memastikan supaya ketirisan tidak berlaku di dalam pelaksanaan projek dan memastikan semua kumpulan sasar mendapat manfaat daripada projek. Kementerian tidak menafikan bahawa terdapat ketirisan, walau bagaimanapun kementerian mempunyai kaedah tersendiri dalam mengurangkan ataupun mengatasi ketirisan pelaksanaan projek ataupun program.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau
Antaranya ialah melalui jawatankuasa-jawatankuasa seperti Jawatankuasa Tindakan Pembangunan dan Jawatankuasa Pemantauan yang bersidang pada setiap bulan di samping lawatan-lawatan berkala dibuat oleh pegawai-pegawai kementerian ke lokasi-lokasi projek yang sedang dilaksanakan. Dalam usaha kita untuk mengurangkan ketirisan juga, kementerian melalui Waran Perjawatan, ‘Bil. E111’, Tahun 2009 berkuat kuasa 16 September 2009 telah diluluskan untuk menyusun semula perjawatan khusus di peringkat negeri sebanyak 261 perjawatan pelbagai gred khususnya di negeri Sabah telah diluluskan sebanyak 33 jawatan terdiri daripada sembilan jawatan kumpulan pengurusan dan profesional dan 24 jawatan kumpulan sokongan.
Melalui kelulusan ini kementerian telah menubuhkan sepuluh pejabat cawangan di negeri-negeri bagi memantau pelaksanaan projek ataupun program dengan lebih dekat untuk mengatasi ketirisan. Pejabat-pejabat cawangan ini diketuai oleh seorang pegawai kanan yang akan menyelaraskan pelaksanaan projek di setiap negeri serta membuat pemantauan secara berkala ke atas semua projek kementerian. Beliau akan dibantu oleh tiga unit dalam tugas beliau iaitu Unit Pengurusan dan Perolehan Projek, Unit Pemantauan dan Flying Squad dan Unit Teknikal. Kementerian juga telah melantik anggota pasukan Flying Squad dari setiap agensi dan jabatan yang akan memantau pelaksanaan projek on the ground secara berkala dan kerap. Kementerian dan agensi di bawahnya telah dan akan membuat penilaian outcome project dari semasa ke semasa untuk memastikan projek dan program yang telah dijalankan memberi manfaat kepada rakyat ataupun golongan sasar.
Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan isu keciciran. Ada penduduk di luar bandar yang kawasan pertanian mereka kurang dibangunkan. Secara umumnya kawasan luar bandar merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan penempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semula jadi. Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaan program ataupun projek kepada kumpulan sasar, kementerian turut juga mengambil kira kawasan pinggir bandar selain penekanan kepada kawasan luar bandar dan terpencil. Ini termasuk juga kawasan Yang Berhormat dari Kota Raja.
Pelaksanaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Yang Berhormat Ledang telah membangkitkan isu berkenaan dengan senarai nama penerima Program Bantuan Rumah yang tidak selaras dengan senarai penerima di Pejabat Daerah Ledang ataupun focus group daerah. Pihak kementerian mengambil perhatian akan saranan Yang Berhormat dan jemaah Menteri pada 7 Oktober 2009 telah membuat keputusan bahawa senarai penerima bantuan rumah akan mengguna pakai senarai permohonan yang disahkan oleh focus group daerah.
Yang Berhormat Kota Raja juga menanya tentang pengukuran KPI program. Tiga ciri KPI yang kita gunakan:
(i) bilangan lulusan ujian kemahiran asas;
(ii) bilangan lulusan sijil kemahiran SKM iaitu Skim Kemahiran Tahap 1, 2, 3, 4; dan
(iii) bilangan peserta kemahiran yang berjaya menjalankan perniagaan.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau
Syllabus yang digunakan ialah syllabus yang digunakan berdasarkan kepada NOSS ataupun National Occupation Skills Standard, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Turut dibangkitkan ialah sama ada pelaksanaan projek kita teratur ataupun tidak. Program dilaksanakan secara teratur dan berjadual di kelas yang disediakan. Sama ada bangunan sendiri atau di bangunan awam dan masalah sosial juga dibangkitkan terutama golongan belia di luar bandar.
Masalah ini ada Yang Berhormat dari Maran turut bantu menjawab tadi. Masalah ini bukan sahaja ditangani oleh pihak KEMAS ataupun pihak kementerian ini tetapi agensi- agensi lain yang juga terlibat memberi perhatian terhadap isu ini. Ibu bapa, Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua masyarakat, semua patut membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah sosial tidak kira di mana tempat.
Isu pembasmian kemiskinan adalah satu daripada isu yang digemari oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terdapat tiga Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara berkaitan Program Pengurangan Kemiskinan di bawah butiran yang berkaitan iaitu Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Mas, dan Yang Berhormat Sungai Siput.
Yang Berhormat Kinabatangan telah menanya mengenai apakah perancangan kementerian bagi menyediakan unit rumah yang selesa dan selamat bagi penduduk miskin di Kinabatangan.
Untuk makluman Yang Berhormat di bawah rancangan pelaksanaan NKRA kementerian, sejumlah 15,000 unit rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar disasarkan untuk dibina di negeri Sabah dalam tempoh 2010 hingga 2012. Dari jumlah berkenaan sebanyak 275 unit akan dilaksanakan di kawasan Kinabatangan bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di kawasan ini akan mendapat manfaat memiliki rumah yang selesa dan selamat. Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu mengapa peruntukan di bawah Program Kesejahteraan Rakyat bagi tahun 2010 telah berkurang sebanyak RM100 juta berbanding peruntukan tahun 2009 dan apakah program- program yang dilaksanakan di bawah SPKR serta sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program-program tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM89 juta sebenarnya hanya merupakan baki siling yang tinggal bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Pengerusi, ada beberapa ahli juga yang menanya tentang pengurangan beberapa peruntukan untuk program-program yang lain.
Kebanyakannya ialah kerana kita cuma menggunakan ataupun cuma tinggal baki syiling RMK-10 sahaja untuk dilaksanakan tahun depan. Maka saya mungkin tidak...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, mohon penjelasan.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Mungkin saya tidak menjawab beberapa isu yang sama yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat nanti. Silakan.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih. Di bawah Program Kesejahteraan Rakyat ini, Yang Berhormat Menteri terdahulu telah menghantar surat kepada Ahli-ahli Parlimen, diberikan kebenaran untuk menyenaraikan seramai 100 orang ahli PPRT untuk didirikan rumah PPRT. Jadi saya mohon bertanya dengan Timbalan Menteri kedudukan terhadap kelulusan dan kebenaran tersebut. Adakah masih lagi berjalan atau dibatalkan apabila Menteri baru ini menjawat jawatan sebagai Menteri KKLW? Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat. Kita masih kekalkan usaha kita itu tetapi tertakluk kepada kawasan- kawasan ataupun bahagian-bahagian yang memohon itu betul-betul ada 100 orang PPRT yang layak. Kalau di dalam satu bahagian itu misalnya hanya 90 orang sahaja, takkan kita memberi untuk 100 keluarga juga. Jadi, macam itulah cara kita membahagikan peruntukan untuk bantuan rumah ini.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya gembira.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Cuma, apabila disenaraikan seramai 200 orang tetapi yang diberikan kelulusan hanya tujuh, lapan orang sahaja setahun. Jadi, inilah masalah wakil rakyat di kawasan apabila berjumpa dengan orang di kawasan. Minta diperbetulkan perkara ini. Terima kasih.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi, pelaksanaan projek bantuan ini berterusan. Kalau ia diluluskan untuk tujuh, lapan orang tahun ini, bukan bermaknanya ia selesai setakat itu sahaja, terima kasih.
Program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) secara umumnya melibatkan tiga komponen utama iaitu, peningkatan pendapatan yang melibatkan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program ASB Sejahtera. Kedua, pembangunan modal insan iaitu melibatkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
(PLKK), Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Program Pembangunan Minda Insan
(PPMI) dan Program Pembangunan TASKA. Ketiga, peningkatan kualiti hidup seperti Program Bantuan Rumah, Program Pembangunan Masyarakat Setempat dan Program Tambahan Makanan Seimbang.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pencapaian utama SPKR dalam tempoh tahun 2006 hingga tahun 2009 adalah seperti berikut:
(i) kementerian telah melaksanakan 18,202 projek peningkatan pendapatan yang dijangka mampu memberikan manfaat tambahan pendapatan bulanan kepada seramai 25,771 orang miskin tegar;
(ii) kementerian ini juga telah membangunkan modal insan keluarga miskin dan miskin tegar seramai 17,907 orang dengan menyediakan peluang latihan kemahiran ke arah mempertingkatkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yang lebih baik;
(iii) kementerian berjaya menyediakan sejumlah 12,998 unit rumah yang dapat memberikan jaminan keselesaan dan keselamatan kepada seramai 64,990 orang miskin tegar;
(iv) kementerian juga telah membangunkan sejumlah 17,000 penempatan baru ke arah memberikan peningkatan taraf kualiti hidup kepada seramai 3,975 orang miskin tegar; dan
(v) kementerian telah berjaya membantu dalam memperkukuhkan pencapaian akademik melalui penyediaan bengkel ataupun seminar dan tuisyen kepada seramai 107,141 anak-anak golongan miskin tegar.
Yang Berhormat Sungai Siput telah menyentuh mengenai pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) di Sungai Siput, yang mana tidak dilengkapi dengan projek ekonomi dan telah menyebabkan ramai peserta telah kembali ke kampung asal untuk melaksanakan aktiviti ekonomi bagi menyara kehidupan mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian secara berperingkat akan melengkapkan PPMS plot 1 di Sungai Siput dengan projek-projek ekonomi bagi memberikan tambahan pendapatan bagi peserta PPMS berkenaan. Dalam tahun 2009, sejumlah 16 projek ekonomi dengan kos pelaksanaan berjumlah RM110,000 telah dilaksanakan di PPMS.
Yang Berhormat Sungai Siput juga telah meminta supaya kementerian memastikan tidak ada ketirisan. Sebenarnya, saya sudah jawab isu ini tadi pada peringkat lebih awal. Jadi saya tidak akan ulang jawapan ini. Isu Orang Asli. Yang Berhormat Ketereh membangkitkan tentang peruntukan yang diterima Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi tahun 2010 adalah berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Jawapan ini pun lebih kurang sama iaitu, ini adalah baki siling RMK-9. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 2010 adalah tahun terakhir bagi RMK-9. Jadi, kita cuma guna baki itu. Itulah sebabnya peruntukan ini berkurangan.
Yang Berhormat Sungai Siput juga membangkitkan beberapa isu tentang Orang Asli. Pertama, Skim Perladangan Orang Asli yang membayar dividen yang rendah berbanding dengan Skim FELDA.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Untuk makluman Yang Berhormat, pembayaran dividen ladang Orang Asli bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah topografi, produktiviti dan lokasi ladang. Walaupun terdapat ladang yang membayar dividen yang rendah, namun terdapat juga ladang yang berdaya maju dan perolehan dividen melebihi RM1000 sebulan. Pada masa yang sama, peserta juga mampu memperoleh pendapatan tambahan melalui upah bekerja sebagai mandur, kontraktor, pengawal keselamatan dan buruh di ladang-ladang.
Dakwaan ladang orang asli diuruskan oleh swasta yang mengaut keuntungan tinggi sehingga 75 peratus dan merugikan peserta. Seharusnya, ladang tersebut diserahkan kepada peserta untuk diuruskan dan diberi latihan yang bersesuaian. Ini adalah pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Siput. Jawapan kementerian ialah, pada masa ini kesemua ladang Orang Asli yang dibangunkan dan diuruskan oleh agensi pembangunan tanah di bawah kementerian ialah FELCRA dan RISDA. Setahu kami, dakwaan Yang Berhormat berhubung dengan keuntungan ataupun kos 75 peratus adalah tidak benar sama sekali, kerana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli hanya membayar yuran pengurusan sebanyak RM350 sehektar setahun kepada agensi terbabit.
Menjadi hasrat kementerian untuk menyerahkan ladang-ladang kepada peserta untuk diuruskan sendiri setelah didapati bahawa mereka benar-benar bersedia dan berkemampuan, melalui latihan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Sehingga kini, sebanyak 11 buah ladang telah pun diserahkan kepada peserta untuk diuruskan sendiri termasuk ladang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, iaitu Ladang Kampung Chang Sungai Gepai, maknanya, memang dasar kita. Kita kadang-kadang tidak mahu menyerahkan dengan cepat ladang ini kepada peserta-peserta ini, kalau ladang itu belum begitu berjaya untuk diusahakan. Khuatir bila ia diserahkan, ia gagal kemudiannya.
Yang Berhormat juga memohon supaya tanah-tanah Orang Asli diwartakan dengan segera bagi mengelak pencerobohan. Sehingga Disember 2008, sebanyak 17,713 hektar tanah telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli. Manakala 30,849 hektar telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pewartaan. Banyak lagi maklumat tentang isu tanah rizab dan isu pemberian tanah kepada Orang Asli, Tuan Pengerusi. Jadi, demi menjimatkan masa, kalau Yang Berhormat minat, saya beri maklumat ini secara bertulis.
Boleh dapatkan daripada saya di sini.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Masyarakat Orang Asli yang tidak puas hati ini, tanah-tanah yang dirizabkan ini dimajukan oleh syarikat swasta. Yang agensi FELCRA, RISDA ini, bagus. Ia majukan dengan bagus, pulangan dividennya pun bagus. Akan tetapi, syarikat-syarikat swasta, orang-orang perseorangan yang banyak duit masuk membangunkan tanah-tanah Orang Asli. Ini pulangan yang sangat rendah yang diberi kepada masyarakat Orang Asli dan menimbulkan keresahan dan bantahan yang cukup banyak. Bolehkah kerajaan mengawal ataupun mengambil tindakan mengambil balik daripada syarikat-syarikat yang sudah majukan tanah ini, supaya diuruskan oleh agensi-agensi seperti FELCRA dan RISDA.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya akan bawa kes ini ke kementerian semasa Mesyuarat Post Kabinet dan kita lihat apa tindak balas kementerian terhadap pandangan ini.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Bahagian infrastruktur, satu lagi isu yang hampir disentuh oleh semua Ahli Yang Berhormat. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang sempurna di kawasan luar bandar, kerajaan telah mewujudkan inisiatif dengan memperkenalkan program keberhasilan utama atau pun NKRA di mana kementerian ini telah dipertanggungjawabkan sebagai lead agency. Di bawah NKRA sejumlah RM11.1 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur melibatkan projek jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, dan bekalan elektrik luar bandar bagi tahun 2010 hingga tahun 2012 seluruh Malaysia...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ini sebagai menjawab pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya sama ada kerajaan betul-betul serius ataupun komited untuk membangunkan luar bandar dan memberi rakyat luar bandar ini dengan jalan yang elok, accessibility dan sebagainya. Jadi, dengan program NKRA ini memang terbuktilah kerajaan melalui KKLW begitu komited.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Mohon...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Padang Terap, Kinabatangan, Pasir Mas, Serian, Ketereh, dan Libaran dalam menyuarakan persoalan mengenai Program Jalan Luar Bandar dan Jalan Kampung.
Yang Berhormat Padang Terap memohon penjelasan mengenai apakah yang dimaksudkan mengenai perlaksanaan Projek Jalan Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Jalan Luar Bandar adalah meliputi pembinaan dan naik taraf jalan berdasarkan piawaian JKR; R1 dengan kelebaran 5 meter; R2, 5.5 meter; dan R3, 6 meter.
Pembinaan jalan ini adalah bagi menghubungkan kampung-kampung ke pekan yang berhampiran.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Mohon Yang Berhormat Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ya.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya lihat terlalu banyak projek yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dan setiap projek ini dilaksanakan oleh unit-unit yang berbeza. Ini memang menyusahkan untuk semakan. Saya hendak tahu sekarang, adakah kerajaan bercadang untuk mengujudkan atau membangunkan satu sistem maklumat yang boleh mengintegrasikan semua projek yang dibuat dalam satu pangkalan data? Ini supaya kita dapat menjurus kepada melihat mana-mana kawasan yang lebih mundur.
Keduanya, Yang Berhormat ada cakap sebentar tadi tentang infrastruktur. Saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita hendak melaksanakan jalan kampung dengan peruntukan yang cukup sedikit pada tahun 2010, 2009 kita diperuntukkan sebanyak 200 juta, tetapi 2010 kita hanya diperuntukkan sebanyak RM48.3 juta sahaja. Saya hendak lihat bagaimanakah pelaksanaan akan dibuat dan taburan kerja-kerja ini untuk setiap Parlimen?
Akhir sekali, sebentar tadi Yang berhormat ada sebut kita terpaksa menjimatkan beberapa peruntukan. Kita kurangkan peruntukan sana dan sini, tetapi saya takut melihat apabila peruntukkan untuk MRSM. Sekarang empat MRSM yang sepatutnya beroperasi pada 1 Januari 2010, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kementerian tidak ada peruntukan untuk membeli segala peralatan. Bayangkanlah kalau empat MRSM ini kita tangguhkan pelaksanaannya, banyak anak-anak bangsa yang tidak dapat diberikan pendidikan secara formal.
Bukan sahaja MRSM, kita lihat kepada peruntukan IKM dikurangkan daripada RM403 juta pada tahun 2009 kepada RM143 juta pada tahun 2010. Selepas itu, GIATMARA pun dikurangkan lebih seperti 50 peratus. Apakah sebenarnya matlamat?
Jikalau kita hendak membela nasib anak-anak bangsa, di sinilah sebenarnya penumpuan yang harus kita beri. Minta pandangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan pengerusi, saya belum sampai ke peringat MRSM, MARA, dan sebagainya. Saya masih menjawab isu-isu berkenaan dengan jalan kampung, jalan luar bandar, bekalan elektrik, dan juga bekalan air. Saya akan jawab.
Sebentar tadi saya telah beri jawapan secara umum di mana ada penurunan peruntukan, kebanyakannya adalah disebabkan tahun depan adalah tahun terakhir untuk RMK-9 dan kita tidak boleh burst ceiling yang telah diperuntukkan dalam RMK-9. Itulah sebabnya kebanyakan bajet-bajet ini agak mendadak menurun seperti bajet untuk jalan kampung ini.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Pada tahun 2010 sejumlah RM42 juta akan diperuntukkan bagi membiayai 22 Projek Jalan Luar Bandar di negeri Kedah termasuk kawasan Parlimen Padang Terap iaitu projek menggantikan lapan unit jambatan di Jalan Naka-Nami yang pada masa ini sedang dalam pembinaan. Sementara itu, sejumlah RM700,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek jalan kampung di kawasan Parlimen Padang Terap.
Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan mengenai strategi kementerian untuk mencapai pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk makluman Yang berhormat ,di bawah NKRA yang bermula pada tahun 2010...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan pengerusi.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang meluluskan lapan jambatan di Jalan Naka-Nami. Cuma saya ingin menarik perhatian daripada pihak kementerian, jambatan ini sudah terlalu lama dibina. Sampai sekarang masih belum siap dan kadang-kadang apabila kita melalui jalan-jalan tersebut yang ada cerucuk-cerucuk besi yang kadang-kadang kena curi pula.
Jadi, saya berharap supaya pihak kementerian boleh mempercepatkan pembinaan dan menaik taraf jambatan-jambatan yang ada. Untuk makluman semua, jambatan tersebut dibina sejak zaman Jepun lagi. Jambatan lama, apabila dinaiktarafkan, ia memakan masa yang cukup lama. Saya ingat sebelum saya jadi wakil rakyat di Padang Terap pun telah dibina, sampai sekarang masih lagi perkembangannya cukup lambat. Saya pohon kerjasama di pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan pengerusi. Yang Berhormat, kita akan ambil perhatian. Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan mengenai strategi kementerian untuk mencapai pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah NKRA yang bermula pada tahun 2010 hingga 2012, kerajaan telah menyasarkan pembinaan jalan sepanjang 750 kilometer untuk negeri Sabah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2 bilion. Pelaksanaan ini juga merangkumi pembinaan jalan di kawasan Parlimen Kinabatangan. Kerajaan sedar masih terdapat penduduk di kawasan luar bandar yang belum mendapat kemudahan jalan yang sempurna, tetapi pelaksanaan projek perlu dibuat secara berperingkat-peringkat, bergantung kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan.
Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu peruntukan dan pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar dan Jalan Kampung pada tahun 2009. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah RMK-9 sebanyak lapan Projek Jalan Luar Bandar yang melibatkan jalan 83.23 kilometer telah siap dibina di negeri Kelantan. Khusus di kawasan Parlimen Pasir Mas, sepanjang 3 kilometer dan tiga unit jambatan telah siap dibina iaitu naik taraf Jalan Banggol Kulim ke Rantau Panjang dengan kos berjumlah RM5 juta. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sepanjang tempoh 2009 sejumlah RM35.5 juta daripada RM50.5 juta telah dibelanjakan bagi membiayai pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar dan Jalan Kampung seluruh Kelantan.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar dan PJK, piawaian kelebaran jalan adalah di antara 14 hingga 24 kaki dan kelebaran jalan ini telah membolehkan kenderaan untuk berselisih. Walau bagaimanapun, kelebaran jalan tersebut bergantung kepada rizab jalan sedia ada dan kebenaran izin lalu tuan tanah. Mengenai pengagihan projek dan peruntukan secara seimbang, kementerian melihat kepada tahap pembangunan di sesuatu kawasan Parlimen. Contohnya ialah kawasan Parlimen pinggir bandar akan dibandingkan dengan pembangunan di luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan projek jalan luar bandar dan projek jalan kampung diterima daripada pelbagai pihak seperti pemimpin tempatan JKKK dan JKKKP, Ahli Parlimen, ADUN dan orang-orang yang lain.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Mengenai isu penyelenggaraan jalan luar bandar dan projek jalan kampung yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, iaitu dibuat melalui Sistem MRRIS ataupun Malaysia Road Record Information System. Melalui sistem ini, geran peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan diperoleh daripada Kementerian Kewangan dan dilaksanakan oleh JKR.
Yang Berhormat Serian telah membangkitkan...
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Mohon penjelasan. Mengenai penyelenggaraan jalan luar bandar ini di mana di Sabah contohnya di kawasan saya, ada satu Jalan Tombongan-Natai yang kita minta supaya dipinda penyelenggaraan itu kepada Jalan Timbok-Natai oleh sebab ini memakan jumlah sehingga RM10 juta. Akan tetapi, apabila kita minta dipindahkan tempat itu maka, kita diberitahu bahawa penyelenggaraan yang dimaksudkan itu sudah diberi kepada kontraktor. Jadi, oleh kerana kita tahu bahawa jalan yang dimaksudkan itu bukan sebenarnya jalan utama, dan jalan yang kita minta supaya dipinda peruntukan itu adalah jalan utama yang telah teruk akibat banjir lumpur pada tahun 2005. Minta penjelasan.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Saya hendak tambah sedikit Timbalan Menteri tentang penyelenggaraan jalan kampung ini. Sekarang ini, hendak membersihkan kiri kanan jalan kampung, diminta orang kampung gotong-royong. Akan tetapi, kampung ini orangnya sudah tua-tua, yang muda-muda sudah pergi ke bandar. Memang dia tidak mampu hendak tebas, akhirnya jalan-jalan kampung ini semak. Jadi, dalam dasar kementerian Yang Berhormat ini, boleh atau tidak untuk menebas kiri kanan jalan kampung ini pun diberi peruntukan supaya jangan membebankan orang kampung, jangan membebankan JKK yang memang tidak ada duit?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi, sebenarnya dari kos projek jalan kampung yang diberi oleh kementerian ini setiap tahun sampai 15 peratus boleh digunakan untuk penyelenggaraan sama ada untuk menebas tepi jalan ataupun menampal lubang-lubang di jalan kampung ini. Berkenaan dengan penyelenggaraan jalan luar bandar yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dari Sepanggar, seperti saya katakan tadi kementerian ini tidak terlibat dalam penyelenggaraan. Ia dibuat oleh JKR ataupun kadangkala dibuat oleh PBT di sesuatu tempat. Jadi, saya harap Yang Berhormat kemukakan isu ini kepada pihak yang tertentulah.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Akan tetapi, peruntukan itu daripada Kementerian Luar Bandar?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ya. Akan tetapi, pelaksanaannya bukan kita yang buat. Banyak jalan luar bandar ini dibuat, disalurkan peruntukannya dan dibuat oleh JKR. Kita ambil contoh..
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Ya, terima kasih. Akan tetapi, apa yang saya difahamkan oleh JKR ialah kontraktor telah pun diberi melalui kementerian. Itu yang saya difahamkanlah.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Okey. Saya akan checklah nanti Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh Yang Berhormat sedikit sahaja? Kalau di Kelantan, pelaksanaan projek ini dibuat melalui JPP yang juga dipantau oleh JKR. Saya dapati untuk makluman Yang Berhormat, banyak jalan ini tidak mengikut spesifikasi. Mudah rosak apabila ianya dilalui oleh lori-lori ataupun kenderaan seberapa ketika, rosak. Dan ini saya percaya ada kena-mengena dengan ketirisan ataupun ketelusan dalam melaksanakan projek, peruntukan sekian banyak, untungnya besar. Akhirnya jalan mudah rosak.
Jadi, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat setuju atau tidak kalau boleh diwujudkan satu penyelarasan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar ini di peringkat Parlimen supaya apabila ada cadangan projek jalan daripada JKRkah, Ketua Kampungkah, sesiapa sahajalah supaya dipilih mana yang dikira utama, mana yang dikira penting, bukan jalan dipilih ikut selera kerana perhubungan si anu si anu dengan pihak- pihak tertentu. Akhirnya ianya tidak memberi kebaikan kepada rakyat terutamanya dalam soal pelaksanaan jalan kampung ataupun penyelenggaraan atau seumpamanya. Sekian, terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan cara mengatasi ketirisan ini, saya telah terangkan tadi. Kita akan mewujudkan dan telah diluluskan cara ini, iaitu akan mewujudkan satu cawangan di setiap negeri di Malaysia ini nanti dan kita ada pegawai kita sendiri dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan cara yang baru ini, ketirisan ini akan berkurangan atau sedapat-dapatnya dihapuskan sekali.
Berkenaan dengan pemilihan keutamaan, kalau diambil contoh di negeri Sarawak misalnya, kementerian ini bekerja rapat dengan kerajaan negeri untuk menentukan senarai keutamaan itu dan dari biasanya kita memang ada bekerjasama dengan pihak negeri untuk menentukan manakah jalan-jalan yang patut dibina dahulu dan sebagainya. Pihak kementerian kita cuma mengikut senarai yang diterima. Bukan kita yang menentukan.
Yang Berhormat Serian telah membangkitkan isu pelaksanaan PJK atau Projek Jalan Kampung yang tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti pembinaan jalan ke rumah individu dan hanya tertumpu di kawasan bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan jalan menuju ke rumah individu adalah di luar skop PJK kementerian ini. Pada tahun 2009, sejumlah RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi kawasan Parlimen Serian dan jalan-jalan yang dilaksanakan dicadangkan oleh wakil rakyat tempat tersebut.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan jalan-jalan kampung juga turut dilaksanakan di bawah...
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Pengerusi..
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
...ICU Jabatan Perdana Menteri melalui Program PIAS.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri. Soalannya di sini memang kita berterima kasih kepada kementerian kerana telah memberi peruntukan kepada kawasan kita. Akan tetapi, apa yang saya telah bangkitkan pada pagi tadi adalah satu, baru-baru ini kita nampak projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak SDO, dalam mana SDO memilih kontraktor dan kontraktor pula memilih tempat sesuka hati untuk melaksanakan projek di mana projek itu akan dilaksanakan.
Maksudnya, ini bererti Tuan Pengerusi, pagi tadi apa yang saya telah bangkitkan ialah kampung-kampung yang benar-benar memerlukan projek tidak dapat projek. Ini kerana kampung ini bukan di dalam bandar, di pinggir-pinggir bandar. Akan tetapi, projek- projek yang dilaksanakan adalah kerana projek ini dapat menguntungkan. Ia dekat, memberi lebih untung kepada kontraktor, padahal kampung-kampung yang jauh yang amat memerlukan, projek tidak diberikan. Jadi, persoalan saya di sini ialah mengapakah ini boleh terjadi dalam mana pihak SDO memilih kontraktor dan kontraktor seterusnya dengan sesuka hati, dengan sewenang-wenangnya memilih projek yang telah dilaksanakan?
Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi, ada dua isu di sini. Pertama berkenaan dengan penempatan projek atau di mana tempat projek tersebut diberi keutamaan. Kedua berkenaan dengan pemilihan kontraktor. Isu berkenaan dengan di mana keutamaan tersebut diberi, itu sepatutnya pertama, Yang Berhormat dan pegawai daerah yang terlibat memajukan senarai keutamaan tersebut kepada Pejabat Residen. Ini untuk negeri Sarawak. Dari Pejabat Residen ia dimajukan kepada pihak State Development Office atau Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.
Di sana akan ada prosedur tertentu untuk memilih mana-mana kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek tersebut.Ada projek yang dilaksanakan dengan memanggil quotation, ada yang dibuat open tender, tetapi SDO ada komuniti untuk membuat pemilihan ini. Itu yang saya tahu.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Tuan Pengerusi, minta maaf. Saya masih belum puas hati. I am very sorry, I am still... Saya betul-betul dan benar-benar belum puas hati kerana apa yang berlaku adalah begini. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh beri forum. Are you giving me the floor?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yes...
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Then, can you please sit down?...
[Ketawa] Now, tolong jangan ketawa kerana bagi saya ini adalah perkara serius. Dua minggu yang lepas, seperti mana saya telah sebutkan sebentar tadi tiap-tiap hujung minggu saya balik. Apabila saya lihat projek-projek dilaksanakan tanpa pengetahuan saya sebagai Ahli Parlimen, tanpa pengetahuan saya telah check dengan pihak pejabat daerah ini lebih mendukacitakan.
Projek tersebut tiba-tiba datang ke kawasan saya walaupun kita berterima kasih kepada pihak kerajaan melalui SDO kerana projek telah dibawa ke kawasan kita. Akan tetapi yang menyedihkan ialah mengapa projek-projek tersebut dilaksanakan di kawasan yang kurang memerlukannya. Sepatutnya projek-projek tersebut dilaksanakan dan diberikan kepada kawasan yang lebih memerlukan iaitu kawasan-kawasan yang jauh di luar bandar. Itu soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh sambung sedikit mengenai itu Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sementara Timbalan Menteri berdiri, Tuan Pengerusi.
Saya bersetuju sangat dengan apa yang dikatakan rakan saya Yang Berhormat Serian. Apa yang susah sangat untuk membuat CC, copy, surat-surat kebenaran atau kelulusan projek yang diserahkan kepada SDO atau kepada pejabat daerah kepada Ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat ADUN di kawasan tersebut.
Saya rasa perkara ini adalah bukan satu rahsia, bukannya satu perkara yang begitu menjejaskan keselamatan negara. It is a very simple request by the Members of Parliament, dengan izin, untuk mendapatkan maklumat. Saya juga rasa kerja-kerja kementerian akan lebih banyak diselesaikan jika Ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat yang lain mampu mengetahui program-program atau projek-projek tersebut.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini serius kerana bantahan rakyat banyak di dalam isu ini. Perkara ini sebenarnya soal prioriti – keutamaan. Siapa yang hendak menentukan keutamaan yang dituntut oleh rakyat, yang memang rakyat hendak projek tersebut? Sudah tentu Ahli-ahli Parlimen yang akan menentukan mana kehendak rakyat yang sebenarnya.
Kedua dari segi spesifikasi kerja. Kadang kala pegawai mendapat peruntukan mereka buat mengikut pandangannya sendiri padahal rakyat meminta benda yang lain.
Rakyat minta disambung surau, mereka buat bilik air surau. Oleh itu, peruntukan yang diberikan kepada rakyat tidak menyelesaikan masalah rakyat. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serian dan memang Jempol menyokong supaya Ahli-ahli Parlimen dibawa berunding untuk menentukan keutamaan projek... [Tepuk]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Ahli-ahli yang Berhormat. Tuan Pengerusi, mengenai senarai keutamaan kita memang kumpulkan senarai tersebut mengikut beberapa sumber. Setahu saya, memang Ahli-ahli yang Berhormat diberitahu.
Setahu saya di Sarawak misalnya, tidak ramai. Sebenarnya tidak tahu ini wujud. Di Sarawak tidak ramai yang ada problem mengenai senarai projek di dalam kampung atau pembekalan elektrik luar bandar yang tidak diketahui oleh wakil rakyat di tempat masing- masing.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Sekiranya betul-betul masih ada Yang Berhormat yang tidak menerima senarai tersebut, pertama kita akan bangkitkan isu tersebut kepada State Development Office. Kedua, saya minta Ahli-ahli yang Berhormat mengambil inisiatif sendiri supaya berhubung dengan State Development Office dan pejabat daerah di kawasan masing-masing supaya mereka diberitahu untuk menyalurkan copy, salinan senarai projek yang dilaksanakan di tempat Yang Berhormat masing-masing...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Mengenai spesifikasi yang tidak diikuti, kalau betul-betul perkara ini berlaku kita memang ada sistem yang tertentu. Laporkan kepada pihak-pihak yang tertentu. I think kita kena ajar some of the contractors.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan, Silam.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ia bukan spesifikasi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol tadi bukan spesifikasi tetapi kehendak rakyat. Saya beri contoh lagi selain apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol. PROKHAS contohnya. Ini satu lagi program kerajaan.
Kalau diikutkan dari segi spesifikasi, ia pembaikan rumah. Akan tetapi ada kawasan-kawasan di kampung tersebut ia bukan mahukan bilik tetapi ia mahukan beranda yang besar kerana orang kampung suka tidur di luar dan sebagainya. Akan tetapi pegawai mahukan bilik, jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jempol ialah bukan spesifikasi dari segi pembuatan tetapi kehendak rakyat. Itu yang dimaksudkan, terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Bersekali Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Sebentar, sebelum saya lupa. Tuan Pengerusi, kita tidak boleh. Sekarang tidak boleh kerana ada peraturan yang sudah menetapkan bagaimana spesifikasi rumah misalnya di bawah PBR hendak design dan sebagainya kerana dari segi membuat penilaian, kos pembinaan akan menjadi susah. Oleh itu kita tetapkan spesifikasi PBR dan sebagainya bagaimana, dewan ada fan misalnya. Kita tetapkan supaya pemantauan...
Ini projek kecil, supaya pemantau dibuat dengan cepat dan sempurna. Mengenai ada yang tidak mahu bilik tetapi hendak ruang yang besar di dalam rumah tersebut, masalahnya, ada yang hendak bilik. Sekarang kita ada menerima permintaan dari rakyat bilik kurang selesa, rumah design tidak cantik...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Akan tetapi bagi pihak saya, saya mewakili kawasan saya. Saya kata, yang penting orang yang miskin tegar ini mereka ada bumbung dan ada rumah. Itu sahaja. Mereka ada tempat menginap, bukan kecantikan. Jadi bermacam-macam pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Itu sebabnya kementerian membuat kajian dahulu, membuat keputusan dan berdasarkan kelulusan... Sorry, saya patut melihat Tuan Pengerusi... [Ketawa] Itu sebabnya berdasarkan kelulusan yang ditetapkan dan diberikan oleh Kabinet, kita membuat design yang telah dipersetujui dan dibuat penilaiannya oleh...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
...Engineer kita, orang teknikal kita.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Silam mohon laluan sedikit.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Saya hendak minta sedikit...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Silam.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi, jikalau ini berlarutan sehingga pukul 10 malam juga, jangan salahkan saya.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Menyampuk]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Silam utarakan dahulu kemudian Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ini the last one kerana selepas itu saya kena go on.
Tuan Pengerusi
Ya, cuma ini sahaja kemudian boleh beredar daripada point tadi.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya sependapat dengan rakan- rakan yang lain berhubung dengan...
Sudah pun pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan jawatankuasa teknikal di peringkat negeri. Di sini saya berharap supaya kementerian dapat menyegerakan dari segi penubuhannya kerana ia bukan berbentuk sementara atau ad-hoc dan perlu melibatkan Ahli Parlimen itu sendiri dan wakilnya wajib kerana kita tidak mahu pengurusan di pejabat itu sendiri bermain politik.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sebab kita tidak mahu pengurusan dia ada main politik juga sebenarnya. Jadi kita juga tidak mahu benda ini berlaku dan kita pun sebenarnya tidak mahu bertengkar dengan sesiapa sebab yang jelasnya apa yang dirancang oleh pejabat Parlimen itu sebenarnya dia tidak begitu diambil perhatian oleh pejabat... Jadi seperti Serian dan rakan-rakan yang lain, saya pun kongsi sama masalah ini dan ini suatu yang terbaik untuk sama-sama supaya kementerian ini dapat mengatasi masalah ini dan membawa ke peringkat Kabinet. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Sebentar, sebentar! Satu, satu...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Saya kena go on dengan...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Isu ini penting Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Saya hendak jawab.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita hendak cari jalan penyelesaian.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Saya cuma hendak jawab pandangan daripada Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Hulu Terengganu minta sedikit sahaja.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Outfit yang akan kita sediakan mulai tahun depan adalah memang permanent bukan yang ad hoc.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Nanti...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Pelaksanaan projek ini daripada kementerian ini akan berjalan dengan lebih lancar lagi dan licin.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak menambah baik seperti ini.
Menambah baik bukannya... [Ketawa] Kita kawan.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Pengerusi saya hendak teruskan.
Tuan Pengerusi
Sila teruskan Yang Berhormat, floor Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Sejajar dengan hasrat kementerian bagi memantapkan aspek pemantauan projek, kerajaan telah meluluskan penubuhan cawangan KKLW di setiap negeri. Di samping itu kerajaan juga telah menubuhkan unit Flying Squad di setiap negeri yang bertindak sebagai mata dan telinga kementerian di peringkat akar umbi.
So, hopefully itu menjawab soalan ataupun keraguan Yang Berhormat-Yang Berhormat masing-masing dan kalau ada masalah yang telah ditimbulkan tadi masih wujud nanti jumpalah Flying Squad ini.
Yang Berhormat Ketereh turut mengutarakan isu mengenai pelaksanaan projek PJK ataupun Projek Jalan Kampung yang dikatakan contractor driven dan bukannya berdasarkan kehendak penduduk. Turut dibangkitkan bahawa jalan-jalan yang dibina tidak berkualiti ataupun cepat rosak. Untuk makluman Yang Berhormat dari aspek pelantikan kontraktor, ia dibuat berdasarkan prosedur-prosedur perolehan yang diguna pakai seperti perolehan secara lantikan terus, undian dan sebut harga bergantung kepada nilai setiap projek. Ini yang saya terangkan sedikit tadi.
Kementerian sentiasa menitik beratkan kualiti jalan-jalan kampung yang dibina.
Oleh itu bagi jalan-jalan yang telah siap dibina, ujian coring test akan dijalankan oleh JKR bagi memastikan kualiti jalan yang dibina menepati spesifikasi jalan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Yang Berhormat Libaran bertanya mengenai status pelaksanaan penyambungan projek jalan SPS3 dan Jalan Dandulit. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah memohon tambahan peruntukan bagi pelaksanaan fasa II projek jalan SPS3 dan Jalan Dandulit kepada pihak UPE, Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan yang mencukupi disediakan.
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Yang Berhormat Kinabatangan menyentuh mengenai projek BALB di Sabah khususnya di Parlimen Kinabatangan. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah NKRA yang bermula pada tahun depan hingga 2011, kerajaan telah mensasarkan sejumlah RM809 juta bagi meningkatkan liputan bekalan air luar bandar kepada 90 peratus di Sabah termasuk kawasan Parlimen Kinabatangan.
Yang Berhormat Pasir Mas, bukan emas. Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan mengenai status projek BALB di kawasan Parlimen Pasir Mas bagi tahun 2009 dan 2010. Untuk makluman Yang Berhormat, boleh saya bagi ini secara bertulis. Di mana Yang Berhormat..., bolehkah, takut lambatlah. Saya bagi secara bertulis ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat Serian, mencadangkan untuk memperluaskan liputan sistem bekalan air di kawasan Parlimen Serian dan juga menyediakan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan sistem bekalan air alternatif. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian di bawah NKRA telah menyenaraikan projek sistem BALB di kawasan Parlimen Serian dengan anggaran kos berjumlah RM90 juta.
Walau bagaimanapun, pelaksanaannya secara berperingkat-peringkat termasuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada di Parlimen Serian. Kementerian juga ada menyediakan peruntukan untuk menyelenggarakan atau menaik taraf sistem bekalan air alternatif termasuk sistem gravity feed, BALB dan lampu jalan kampung.
Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Padang Terap, Kinabatangan, Pasir Mas, Kanowit, Serian, dan Sungai Siput. Di manakah Yang Berhormat yang disebutkan ini sudah meninggalkan Dewan?
Beberapa Ahli
Ada.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Sudah keluar dari Dewan? Yang Berhormat Kanowit ada, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada lagi?
Jawapan untuk Yang Berhormat Kinabatangan tidak payah sebutlah beliau tidak ada sini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat sudah balik KK.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat Sungai Siput ada. Bukan meninggal dunia... [Ketawa] Yang Berhormat Padang terap membangkitkan isu-isu mengenai kampung-kampung di kawasan Yang Berhormat yang masih belum mendapat bekalan elektrik 24 jam. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan yakin untuk mencapai sasaran liputan bekalan elektrik 99.9 peratus di Semenanjung dan 95 peratus di Sabah dan Sarawak sehingga akhir tahun 2012. Di bawah tempoh NKRA ini sejumlah RM4.1 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 3,453 projek bekalan elektrik luar bandar dan akan memberi manfaat kepada 141,000 buah rumah di seluruh negara.
Sehubungan itu, semua kawasan luar bandar yang belum mendapat bekalan elektrik akan disambung dengan bekalan elektrik sebelum berakhir tahun 2011. Yang Berhormat juga membangkitkan persoalan bagaimana kaedah atau cara mengemukakan permohonan penyambungan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kawasan luar bandar.
Dimaklumkan bahawa permohonan bekalan elektrik diselaraskan oleh pejabat pembangunan negeri di negeri-negeri di Semenanjung sebelum dipanjangkan ke kementerian ini untuk pelaksanaan. Kementerian ini juga menerima permohonan terus kepada kementerian untuk penyambungan bekalan elektrik dan pelaksanaan projek akan dimulakan selepas siasatan dijalankan oleh pihak TNB.
Sehubungan itu kementerian juga mengalu-alukan supaya Yang Berhormat mengemukakan permohonan terus kepada KKLW untuk tindakan selanjutnya. Yang Berhormat Pasir Mas telah bertanya, bilangan lampu jalan kampung ataupun LJK, yang telah siap dipasang di kawasan Parlimen beliau pada tahun 2008. Ini pun butir-butir yang agak detail lah. Tidak mengapalah saya jawab.
Tuan Pengerusi
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada membangkitkan soal yang lebih awal, kalau boleh jawab sahaja secara bertulis.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Okey, setuju. Bolehkah Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Mas setuju?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ada nombor-nombor ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat Kanowit bertanya mengenai agihan peruntukan program BELB tahun 2010 negeri Sarawak mengikut kawasan Parlimen.
Ini pun Tuan Pengerusi saya hendak jawab secara bertulislah. Ini panjang senarai.
Tuan Pengerusi
Ya.
Seorang Ahli
Bagi sahaja...
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Untuk makluman Yang Berhormat agihan projek..
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu mencelah, selepas itu kalau boleh yang lain-lain itu kalau boleh dipersetujui, jawab secara bertulis. Yang Berhormat sila.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Celahan saya juga boleh dijawab secara bertulis.
Saya ingin dapat penjelasan mengenai satu perkara kerana saya pernah bangkitkan tetapi nampaknya tidak dijawab.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Pada 6 Mac 2009, BALB untuk Sabah dan Sarawak telah dibahagikan kepada enam zon kepada syarikat-syarikat tertentu. Kemudian selepas Menteri telah ditukar, Menteri sekarang ambil alih pada 13 Julai, semua surat niat telah dibatalkan dan dibahagi semula kepada sembilan syarikat secara rundingan terus.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Itu saya ingin bertanya kenapa sembilan syarikat ini dipilih? dan yang amat merisaukan ialah pada Zon 2, dan Zon 3 BALB Sabah ini termasuk Kota Belud, Tuaran, Ranau dan juga Kudat Kota Merudu. Dua zon ini kalau diikutkan spesifikasi yang ada ialah dibahagikan kepada sepuluh kontraktor tempatan yang berkelayakan. Akan tetapi, selepas ini ditarik balik, sepuluh kontraktor ini hilang dan terus diberi kepada syarikat yang besar.
Dengan ini saya ingin mendapatkan penjelasan...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Sehubungan ini saya juga ingin menarik balik satu kenyataan saya kerana dalam isu solar hibrid ini, saya telah mengatakan satu syarikat iaitu Shorefield Sdn. Bhd telah mendapat kontrak.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya mengikut website syarikat ini telah menyenaraikan nama Fadillah Yusof iaitu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Pengarahnya. Kemudian saya dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri telah resign dari syarikat itu. So, saya mohon maaf atas saya hanya bergantung pada maklumat di dalam website tetapi ini juga tidak jelas mengapa Shorefield dapat kontrak ini secara rundingan terus. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak payah jawab. Jawab bertulis kerana tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat Batu. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya difahamkan kita ini sudah terlalu lewat. Jadi, saya minta maaf dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Batu tadi yang telah meminta maaf di atas kesilapan yang timbulnya daripada maklumat internet. Jadi, saya meminta maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi, ada juga kebaikannya apabila dijawab secara bertulis ia lebih lengkap dan apa sahaja isu-isu yang timbul...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak payah jawab... [Ketawa]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Jawapannya itu nanti, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh timbulkan pada masa hadapan. Jadi dengan itu Tuan Pengerusi...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mana MARA?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
...Jawapan-jawapan yang lain kementerian akan jawab dengan secara bertulis. Masih panjang lagi. Sekian, terima kasih... [Ketawa]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Panjang dia jawab.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jawab lah MARA sedikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Seorang Ahli
FELCRA tidak sentuh langsung.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya rasa dia menjawab tentang luar bandar itu terlalu banyak...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tentang MARA jawab sikit.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sepatutnya ada bahagian-bahagian tertentu umpamanya MARA dia perlu jawab sedikit supaya kita pun mendapat maklumat yang segera.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Padang Terap minta tolong duduk. Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih kerana mengingatkan juga pada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tidak ada notis penuh Yang Berhormat. Buat sahaja jawapan bertulis walaupun tidak dipinta lagi oleh pihak-pihak yang berucap dalam Dewan yang tidak mendapat jawapan.
Saya juga menerima baik penjelasan daripada Yang Berhormat Batu. Saya berharap semua Ahli Parlimen boleh bersikap gentlemen kalau melakukan kesalahan sedikit di sana sini, seleweng maklumat dan sebagainya cepat meminta maaf.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,516,857,300 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM3,516,857,300 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,698,013,000 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM3,698,013,000 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Pembangunan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahaskan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Datuk Raime Unggi - Tenom
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuantan.
Seorang Ahli
Aduhai!
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jarang sekali kita bermula dengan wanita berjalan ke hadapan Yang Berhormat. Silalah.
Seorang Ahli
[Ketawa]
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih. Ladies first. Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada wanita.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan Butiran 050000 - Perhutanan dan 050100 - Dasar dan Pengurusan.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan tidak berlaku excessive logging, dengan izin, atau pembalakan yang berlebihan di dalam satu-satu kawasan. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian bagaimanakah prosedur pemantauan oleh pihak kementerian apabila ada kawasan luas yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembalakan?
Saya maklum bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk mengeluarkan lesen pembalakan. Akan tetapi, bagaimana kementerian boleh memastikan kerajaan negeri bertanggungjawab dan tidak menjalankan aktiviti pembalakan secara sesuka hati?
Bagaimana dengan dasar melaksanakan aktiviti pembalakan secara rotation ataupun bergilir? Bagaimana ia dilakukan, bagaimana pula dengan prosedur penanaman semula, dan siapa yang bertanggungjawab memantau dan bagaimana pula penguatkuasaan?
Tuan Pengerusi, saya amat khuatir tentang perkara ini kerana saya ada bukti bahawa dari Oktober 2008 sehingga Mac 2009. Maksudnya, daripada jangka masa Oktober 2008 dan sehingga Mac 2009 di Pahang ada sebanyak 74 kompartmen tanah pembalakan telah diluluskan untuk tujuan pembalakan di dua hutan simpan di beberapa mukim sekitar Kuantan. Jumlah keseluruhannya Tuan Pengerusi ialah 17,000 hektar ataupun 42,000 ekar.
Ini satu jumlah yang amat besar walaupun kelulusannya dalam kompartmen yang kecil- kecil, tetapi apabila dijumlahkan ia menjadi jumlah yang begitu besar. Tuan Pengerusi, saya ada membawa peta yang menunjukkan kawasan ini begitu besar 42,000 dan ia melibatkan 78 kompartmen.
Walaupun diluluskan secara staged dan kelulusan itu kecil-kecil, tetapi jumlahnya besar dan ia bercantum sebanyak 17,000 hektar. Ini, amat menakutkan saya kerana ini berlaku di hutan simpan. Dua hutan simpan iaitu Hutan Simpan Berkelah dan Hutan Simpan Reman Cereh dalam mukim Kuantan di atas Sungai Lembing sedikit. Bukankah hutan simpan ini Tuan Pengerusi yang merupakan pasak bumi dan perlu kita jaga dengan sebaiknya.
Demi menjaga alam sekitar bukankah kerajaan negeri seharusnya berusaha untuk menjauhkan hutan simpan ini ditukar status kepada hutan simpan kekal? Convert daripada hutan simpan kepada hutan simpan kekal supaya boleh dikawal selia proses pembalakan di situ. Kekhuatiran saya sekiranya tidak dipantau proses pembalakan ini dengan baik, hutan- hutan simpan ini akan botak, gondol dan tiada lagi kawasan tadahan air. Tiada lagi pasak bumi dan kemungkinan akan berlaku banjir.
Seluruh Kuantan boleh tenggelam Tuan Pengerusi. Ini kerana kalau mengikut peta Tuan Pengerusi, bandar Kuantan ini kecil sangat berbanding dengan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti tadi. Banjir kilat boleh berlaku dan banjir selut pun boleh berlaku.
Sekarang ini pun macam hujan lebat lima dan enam hari berturut-turut air naik dengan cepat kerana sebelum ini ada pembalakan yang excessive yang berlebihan di kawasan atas daripada Sungai Lembing.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Jadi kalaulah proses pembalakan ini berterusan seperti yang ada dalam peta tadi 42,000 ekar itu dan saya telah teliti kelulusan-kelulusan yang meluluskan pembalakan tersebut. Tidak tahulah siapa yang beri dan letak di depan rumah saya sampai saya dapat maklumat ini. Saya pohon Tuan Pengerusi, kementerian memberikan jawapan yang meyakinkan kerana setakat ini pihak MB, Pahang belum memberikan respons kepada saya.
Saya sudah bertanya dia sepanjang dua hari semalam dan hari sebelum ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku, adakah EXCO sedar perkara ini berlaku? Saya kata kepada dia EXCO Pahang itu tidak cekap sangat, mereka sedar kah perkara ini berlaku kerana ia sudah staged sikit-sikit tetapi apabila dicantum menjadi kawasan begitu besar.
Setakat ini MB belum memberi jawapan, selepas dua hari saya bertanya. Saya pergi kepada Butiran 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 1985 menetapkan bahawa kajian EIA hanya perlu dilaksanakan sekiranya pembangunan melibatkan keluasan melebihi 500 hektar tanah.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Maka pihak pemaju syarikat konsesi balak tahu cara bagaimana untuk beat the system, dengan izin. Mereka membuat permohonan yang kurang dari 500 hektar dan mereka selamat, tidak perlu melalui EIA.
Mereka letak 499 hektar pun mereka boleh selamat dengan satu permohonan dan semua permohonan yang diluluskan saya sudah kaji. Ada 78 kesemua kompartmen, semuanya kurang daripada 500 hektar dan tidak perlulah EIA, individual kompartmen tetapi apabila digabungkan kesemuanya dan ianya next to each other, dengan izin, Tuan Pengerusi, jumlahnya begitu besar dan begitu luas tanahnya. Pada saya ini satu tundakan yang tidak bertanggungjawab bagi pihak pemimpin. Soalan saya, apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini? Apa yang Kementerian sedang buat, apa Kementerian boleh buat?
Tidak adakah usaha untuk meminda akta Environmental Quality Act (EQA) ini, sebab 500 hektar itu boleh diputarbelitkan? Boleh ke keluasan itu dikurangkan kepada 200 hektar contohnya, supaya lebih sukar untuk mendapat kelulusan kerana ada buat EIA supaya pemaju tidak senang-senang membuat sesuka hati. Ini kerana akhirnya apabila berlaku banjir, orang yang mendapat balak terus kaya tetapi yang susah ialah rakyat.
Rakyat yang kena balak atau bala.
Persoalan saya apakah yang sedang dilakukan oleh Kementerian? Apakah yang boleh dibuat oleh Kementerian? Adakah Kementerian sedar tentang hakikat ini bahawa ada pihak-pihak yang beat the system? Bagaimana tanggungjawab kementerian di dalam meminda akta dan sebagainya? Bagaimana kita mengajar pemaju untuk bertanggungjawab? Bagaimana Kementerian mengajar negeri lebih bertanggungjawab, lebih responsible dan mengambil tanggungjawab terhadap semua rakyat?
Saya terus Tuan Pengerusi kepada Butiran 060300 iaitu berkenaan dengan Alam Sekitar. Saya telah membangkitkan isu iaitu isu advanced material plant di Pelabuhan Gebeng, Kuantan yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif, setiap kali saya membangkitkan isu ini, pihak MOSTI yang menjawab. Itu berkenaan dengan pembinaan kilang, saya hendak dengar pula apa pandangan kementerian. Setakat ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membisu seribu bahasa. Saya ingin membawa kepada perhatian kementerian bahawa kilang ini bakal mengeluarkan sisa radioaktif yang akan mencemarkan persekitaran.
Bahan radioaktif ‘lathanides’ ataupun ‘rare earth’ yang sama bahannya seperti kes Bukit Merah pada tahun 80an yang sehingga kini kes-kes cacat, kanser mangsa-mangsa masih lagi mendapat rawatan. Saya hendak tahu apa keputusan ataupun pendirian kementerian dalam hal ini. Adakah Kementerian akan membiarkan sisa tersebut ditanam di dalam bunker konkrit di perut bumi Kuantan? Ini kerana sisa itu akan terus aktif kerana jangka hayat radioaktif ini beribu tahun. Lama selepas kilang ini atau company ini balik ke Australia. Kalau mereka membuat aktiviti manufacturing di Kuantan selama 20 tahun.
Mereka balik dan meninggalkan sisa itu di perut buni Kuantan, siapa akan bertanggungjawab? Saya hendak tanya kepada kementerian, anak cucu kami nanti di Kuantan, kalau kena kanser, kalau cacat, bayi yang ada di dalam kandungan ibu di Bukit Merah. Saya hendak tanya siapa yang akan bertanggungjawab, adakah kementerian melihat kepada perkara ini? Bagi saya ini adalah masalah besar sebab ini melibatkan anak cucu saya ya, di Kuantan. Saya hendak dengar apa jawapan Menteri, jangan pass lagi kepada MOSTI sebab MOSTI sudah keluar pun... AELB sudah keluarkan lesen untuk memulakan membina kilang tersebut sebab mereka dismiss, mereka kata tidak ada.
Sekarang saya tanya pasal sisa, saya hendak tanya, tidak bolehkah kita suruh mereka bawa balik sisa ini, mereka bawa daripada Australia? Kenapa kita jadi dumping ground? Kalau di New York, ada satu kapal bawa radioaktif material, hendak lalu dekat pelabuhan, New York tidak membenarkan kapal itu berlabuh. Kita hendak bagi senang- senang, bahan yang dibawa dari Australia, ditanam di perut bumi kita. Ini saya hendak tanya kepada kementerian, apa dia pendirian kita? Adakan kita akan benarkan dan 20 tahun yang akan datang ataupun masa akan datang, perkara yang sama berlaku di Bukit Merah, saya hendak tanya kepada pihak kementerian.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Saya betul-betul menyarankan, saya bukan mempolitikkan isu ini, ini isu rakyat, ini isu keselamatan, ini isu pencemaran dan harus kita bersama-sama dalam hal ini... [Tepuk] Saya mahu pergi ke Butiran yang sama iaitu 060300 berkenaan dengan penggunaan plastik dan polystyrene. Setakat ini saya belum mendengar pendirian kementerian berkenaan dengan apakah way forward kita ataupun unjuran masa depan kita. Apakah kempen kita, apakah yang kita akan lakukan berkenaan dengan penggunaan polystyrene dan plastik yang memberi impak yang besar kepada climate change di negara kita, bukan impak yang kecil tetapi impak yang besar.
Kita setakat ini, belum buat apa-apa pun, kita guna polystyrene dan plastik sewenang-wenangnya. Kita harus akui dan terima hakikat bahawa anak cucu kita nanti yang akan menjadi mangsa kepada sikap tidak tanggungjawab kita pada hari ini. Saya hendak dengar apa kementerian akan jawab berkenaan dengan perkara ini. Apakah kempen yang akan dilakukan? Apakah past dasar, apa dia polisi, apa dia akta yang akan dibawa ke dalam Dewan ini? Jadi itu beberapa perkara yang saya ketengahkan tadi.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Biarlah tadi tidak dapat cakap. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah gaduh Yang Berhormat, kita beri peluang.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tidak ada, mereka sahaja hendak mengusik.
Terima kasih Tuan Pengerusi untuk mengizinkan saya turut membahaskan dalam P.23 dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Alam Sekitar. Saya ingin menyentuh Butiran 10802 iaitu Projek Perhutanan Masyarakat Di Lokasi Di Sabah. Di tempat saya Tuan Pengerusi, mempunyai lima buah kampung yang masih lagi terletak di kawasan perhutanan.
Kampung-kampung saya nyatakan ini ialah Rundum, Korolok, Sumambu, Ketubu dan Kepulu, yang mana kampung-kampung ini masih terletak di kawasan perhutanan yang mempunyai kemudahan serba kekurangan. Jadi dalam projek perhutanan masyarakat di lokasi sabah ini, saya melihat ia adalah satu jumlah yang besar. Saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kampung-kampung ini juga dimasukkan dalam projek perhutanan masyarakat, kerana ianya penting bagi mereka yang mana saya katakan tadi kita melihat bahawa mereka juga perlu menikmati pembangunan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Saya ingin mengetahui daripada pihak kementerian apakah program jangka panjang yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian di bawah Butiran 10802 ini bukan sahaja di kawasan saya, tetapi di seluruh negeri Sabah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh kepada Butiran 13900 - Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Di tempat saya, Tuan Pengerusi, ada dua buah sungai, Sungai Pegalan dan Sungai Padas. Memang setiap tahun saya khuatir dan kami memang sentiasa bersedia apabila berlakunya banjir. Apa yang saya ingin kemukakan di sini, Tuan Pengerusi, tidak silap saya ada tiga tempat isyarat banjir. Tidak silap saya pada tahun lalu ketika saya melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir, terdapat satu isyarat bahaya banjir telah rosak dan pada ketika itu saya melihat ada sebuah rumah. Mereka memberitahu kepada saya bahawa isyarat banjir itu telah lama rosak, sudah bertahun- tahun. Dahulu loceng berbunyi, tetapi pada tahun yang lepas apabila berlakunya banjir, kemudahan isyarat banjir itu tidak berfungsi langsung. Jadi, saya minta kementerian mengambil tindakan tentang masalah-masalah ini.
Begitu juga dengan masalah Butiran 14000 - Membaiki dan Memulih Semula Projek-projek Yang Rosak Oleh Banjir dan Butiran 16500 - Rancangan-rancangan Mencegah Banjir, Sabah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tuan Pengerusi, sepertimana yang saya katakan tadi di kawasan saya ada dua buah sungai iaitu Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Di sepanjang sungai-sungai ini terletaknya kampung-kampung yang saya menganggap amat mudah berlakunya hakisan tanah. Contohnya satu kes di Kampung Pantungon yang mana kampung ini sedikit masa lagi, Tuan Pengerusi, tidak ada lagi Kampung Pantungon kerana di tebing-tebing sungai, di kiri dan kanan kampung ini telah terhakis akibat banjir.
Kita juga telah membuat lawatan bersama-sama dengan pegawai kerajaan di peringkat kerajaan negeri. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada peringkat kerajaan negeri juga telah memberi sedikit peruntukan untuk menangani masalah hakisan banjir yang telah sekian lama melanda Kampung Pantungon Sapong ini. Jadi, di sini saya ingin mengemukakan supaya pihak kementerian juga turut bersama-sama untuk menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat saya, terutama yang tinggal di tebing- tebing sungai ini, khususnya di Kampung Pantungon kerana masalah ini telah berbangkit setelah sekian lama, tidak silap saya lebih kurang sudah hampir 10 tahun lebih masalah ini.
Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian yang serius kepada masalah-masalah hakisan, tanah runtuh, terutama bagi kampung-kampung yang terletak di tepi sungai ini. Begitu juga saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian, Tuan Pengerusi, supaya satu kajian dibuat ke atas sungai-sungai, terutama di negeri Sabah ini.
Kita banyak sungai yang saya kira pada hari ini sudah terancam oleh alam sekitar. Saya ingin melihat supaya kajian-kajian dapat dilaksanakan kerana kita tidak mahu pada satu hari nanti kita akan kehilangan sumber yang datang dari sungai. Ini kerana kita lihat hari ini apabila saya melawat ke Kampung Rudum, saya melalui kedua-dua sungai, Sungai Pegalan dan Sungai Padas, saya nampak dari atas dan saya melihat kebanyakan sungai ini telah cetek dan telah terancam.
Jadi, saya harap pihak kementerian, terutama kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat melaksanakan perkara ini. Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tawau.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 060000 - Jabatan Alam Sekitar. Saya ingin bertanya kepada Menteri berhubung syarat-syarat rujukan atau terms of reference berkaitan tentang EIA atau Environmental Impact Assessment, Penilaian Impak Alam Sekitar dan SIA, Social Impact Assessment atau Penilaian Impak Sosial yang akan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar
(DOE) di Sabah terhadap viability loji jana kuasa arang batu di Kampung Sinakut, Tungku, Lahad Datu.
Apakah pertimbangan-pertimbangan utama berkaitan TOR? Bilakah akan EIA dan SIA akan dimulakan dan berapa lamakah ia akan siap dijalankan? Begitu juga saya ingin mengetahui kajian yang sama dijalankan pada Empangan Kaiduan. Bilakah EIA dan SIA akan dimulakan dan tempoh yang perlu untuk ia disempurnakan? Adakah rakyat diberi peluang untuk mengutarakan pandangan mereka?
Saya berharap kerajaan dapat memahami bahawa ini bukan hanya satu isu politik sahaja. Kami, rakyat Sabah tidak bantah semata-mata untuk membantah sahaja, tetapi bantahan kami adalah berkaitan dengan menciptakan satu alam sekitar yang lebih bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
Banyak negara lain seperti Australia, pengeluar terbesar arang batu sedunia dan pelepasan gas rumah hijau atau green house gas emissions akan mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar pengeluaran arang batunya dan juga bilangan loji jana kuasa berasaskan arang batu kerana kesannya, impak pemanasan global yang menyebabkan peningkatan paras laut di Australia. Begitu juga China melaporkan penutupan banyak loji jana kuasa berasaskan arang batu supaya mengurangkan pencemaran dan impak pemanasan global.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Pergerakan Pendamaian Hijau Indonesia juga dilaporkan mendesak kerajaan berhenti menggali arang batu kerana Indonesia adalah negara yang kedua dalam pengeluaran arang batu. Malaysia patut belajar daripada pengetahuan dan pengalaman negara-negara itu, tetapi bukan dengan mengambil langkah yang mengundur ke belakang.
Adalah suara hati rakyat Sabah bahawa kita buat semua ini untuk melindungi alam sekitar dan generasi-generasi akan datang. Rakyat Sabah dan saya ingin tahu alasan sebenarnya mengapa cadangan pembinaan loji jana kuasa arang batu yang asalnya di Silam, Lahad Datu dan kemudian di Sandakan yang telah ditolak seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah dan sekarang akan dibenarkan di Kampung Sinakut, FELDA Tunku.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Silam mahulah, mahu kamu.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Daripada maklumat dan gambar yang saya terima baru-baru ini, di loji jana kuasa arang batu dengan 2100 megawatt dan di loji jana kuasa arang batu Kapar di Klang telah menyalurkan secara terus air sisa chlorinated and sulfate cooling wastewater di laut. Ini sudah pasti akan memberi kesan yang membahayakan kepada ekosistem batu karang dan hidupan laut. Mengapa kita menggantung sesuatu yang tidak baik kepada kehidupan laut kita.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Di Lahad Datu, kita seberapa boleh mengamalkan prinsip zero sulfur discharge atau pembuangan sulfur di laut dan dengan izin, put a risk our seafood basket di Lahad Datu dan is zero chlorine dan sulfate discharge to the sea possible dan di Amerika, jana kuasa arang batu tidak dibenarkan dibina berdekatan dengan laut dan semua bahan buangan tidak dibenarkan dibuang ke laut dan air sisa juga mesti dikitar semula. Ini kerana satu kemalangan kebocoran paip, slosh pipe yang boleh menyebabkan kemusnahan hidupan laut dan Kampung Sinakut terletak 100 kilometer dari kawasan wildlife research dan juga Bornean wild cat dan clouded leopard project research dan juga di town centre Lahad Datu, bandar Lahad Datu.
Adakah kerajaan dapat memastikan 100 peratus bahawa pencemaran udara dan hujan asid tidak akan membawa kesan ke atas penduduk, binatang, flora dan fauna di kawasan tersebut. Tuan Pengerusi, Dali Bay adalah kawasan yang sangat kaya dengan sumber makanan dan berpotensi untuk menanam rumpai laut yang mempunyai nilai sejumlah RM3 bilion. Adakah potensi pekerjaan penduduk akan turut terjejas? Tahun ini pada 15 Mei 2009 di Manado, Indonesia, pemimpin dari enam buah negara termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah berjanji dan bersetuju untuk memelihara sumber asli di kawasan tiga segi atau the coral triangle yang mengalami risiko kesan daripada aktiviti penangkapan ikan yang terlampau dan secara haram, pembuangan pesisiran pantai yang tidak mesra alam atau sustainable. Pencemaran dan perubahan cuaca.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah berkata adalah satu tanggungjawab politik untuk mengekalkan hidupan laut dan di sini saya menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan untuk kepentingan orang ramai dengan konsep 1Malaysia dan sila berhentilah loji jana kuasa arang batu di Sabah. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan 23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini, saya akan merangkumkan empat butiran sekali dalam ucapan saya. Pertamanya ialah 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar; 060300 - Pengawasan dan Penguatkuasaan; Maksud P.23, Butiran 11900 - Kajian Sumber Air Tanah Negara; dan juga Butiran 13400 - Pembangunan Sumber Air Negara.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Jadi, pertamanya saya hendak menarik perhatian pada sidang kita hari ini tentang isu mengekstrak atau penuaian air bawah tanah yang akan dilakukan oleh sebuah syarikat di daerah Batang Padang, Perak tak lama lagi.
Saya difahamkan penuaian air bawah tanah yang dijangkakan bermula akhir tahun ini dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 50 juta liter sehari dan menjelang 2013 sebanyak 500 juta liter sehari adalah bagi saya satu usaha yang membazir. Ini kerana projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor akan siap sepenuhnya pada 2013. Secara logiknya, perkiraan hanya beberapa tahun sahaja syarikat ini boleh membekalkan air yang dituai dari bawah tanah. Selepas ini, usaha ini bukan satu pembaziran kerana Selangor dijangkakan pada 2013 sudah mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi.
Tuan Pengerusi, jika dilihat daripada proses penuaian air bawah tanah ini, terdapat dua cabaran utama iaitu pengekstrakan sumber yang berlebihan serta pencemaran.
Pertama, pengekstrakan sumber yang berlebihan tadi dan yang keduanya ialah pencemaran. Jadi menyentuh soal pengekstrakan yang berlebihan, apa yang kita khuatir sekarang ialah mendapan tanah hasil daripada kerja penuaian air tadi, akan berlaku mendapan tanah. Jadi kalau kita lihat menurut US Geological Survey, hampir 83 peratus kes mendapan tanah di 45 buah negeri di Amerika adalah disebabkan oleh pengekstrakan air bawah tanah secara berlebihan. Ianya disebabkan oleh penurunan paras air yang akan menyebabkan pemendapan tanah. Manakala dalam Hydrological Science Journal 1994 mendapati hampir 50 bandar dilaporkan mengalami pemendapan tanah disebabkan oleh pengekstrakan air bawah tanah dan berlakunya pemendapan tanah berlebihan akan menyebabkan perubahan dalam paras sungai, terusan dan perparitan seterusnya kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, sistem saliran, kemudahan dan berbagai-bagai lagi.
Jadi kebimbangan serta kerisauan rakyat terhadap perkara ini adalah disebabkan laporan kesan alam sekitar atau EIA yang dibuat oleh syarikat ini yang tidak meyakinkan kita semua sebenarnya. Antara faktor yang ketara dilihat sebagai kepincangan dalam laporan EIA itu adalah pertama, tiada langkah-langkah untuk menjamin kadar aliran masuk melebihi kadar pengekstrakan bagi memastikan tidak berlakunya mendapan tanah di kawasan pengekstrakan.
Kedua, tiada lokasi pengekstrakan yang khusus dinyatakan dalam laporan EIA. Ini bermakna syarikat tersebut boleh melakukannya di mana sahaja dalam kawasan lebih 2000 kilometer persegi yang telah dikenal pasti. Ini akan menambah lagi risiko kesan alam sekitar terhadap projek ini.
Ketiga, syarikat juga didapati gagal menganggarkan perubahan paras air bawah tanah secara berkala bagi tempoh tertentu semasa proses penuaian air bawah tanah dilakukan oleh mereka.
Kalau kita lihat, projek ini juga mendapat pandangan yang berbeza-bezalah daripada banyak pihak terutamanya NGO dan sebagainya. Kalau kita lihat Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) tak bersetuju, PPIM juga menyatakan rasa waswas mereka, pengguna prihatin juga banyak yang sentiasa memberikan pandangan serta mengatakan projek ini terpaksa dibuat kajian semula. Jadi rasanya lebih baiklah kalau kita nak kata untuk membekalkan air ke kawasan Selangor, KL, Putrajaya dan sebagainya di Lembah Klang ini, apa yang perlu kita buat ialah kita menambah baik.
Pertama sekali, kita menambah baik skim bekalan serta meningkatkan kualiti dan kuantiti sumber air sedia ada. Jadi antara yang boleh dipertingkatkan adalah dengan memaksimumkan pengeluaran, menaikkan paras air Empangan Batu dan menambah kapasiti loji pemprosesan air Sungai Langat dengan membina Empangan Semungkis. Di samping itu, simpanan air juga boleh dilakukan di tapak-tapak bekas lombong seperti di wetland Dengkil, serta menggunakan sebaik mungkin sumber air daripada kolam dan tasik sedia ada.
Yang keduanya kita boleh mengatasi pencemaran pada puncanya. Jadi kita lihat satu usaha pemuliharaan loji air kumbahan yang lama dengan membina lak-lak berkapasiti besar serta menutup lak berkapasiti kecil yang mempunyai prestasi buruk atau tidak memuaskan. Jadi selain itu usaha untuk mengitar semula bahan buangan dari lak untuk kegunaan industri sebagai pemuliharaan sumber di air permukaan perlu dipergiatkan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Ketiga, kalau kita lihat kita boleh membuat kawalan kerugian dan pembaziran.
Saya rasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu menyambung semula serta melipatgandakan usaha untuk mengurangkan air yang tidak berhasil ini seperti penggantian paip lama dan sebagainya.
Keempat ialah pelaksanaan pengurusan permintaan air. Saya rasa kita kena banyak melaksanakan program-program kesedaran awam tentang kecekapan dan penjimatan dalam penggunaan air serta pemuliharaan sumber air. Ini yang paling penting, pemuliharaan sumber air yang boleh dilakukan oleh individu atau masyarakat dengan hanya kawal selia yang sedikit oleh pihak berkuasa.
Dengan ini saya hendak mencadangkan dan suka hendak menyarankan kepada pihak kerajaan dapat memperkenalkan insentif kepada masyarakat apabila mereka melakukan aktiviti bagi mengurangkan penggunaan air terawat untuk minuman seperti pelaksanaan sistem penuaian air hujan bagi kegunaan harian bukan untuk minum, penggunaan semula dan kitar semula sisa air (grey water) dari domestik dan juga industri.
Dicadangkan juga pihak kerajaan dapat memperkenalkan insentif supaya industri dapat mengurangkan penggunaan air water for drink bagi unit produk atau per unit service yang ditawarkan.
Tuan Pengerusi, saya percaya dan yakin jika semua usaha ini dapat dijalankan pengekstrakan air bawah tanah tidak perlu dilakukan lagi. Ini kerana usaha pengekstrakan air bawah tanah memerlukan perbelanjaan yang besar. Contohnya, negeri Sarawak terpaksa menghentikan projek ini kerana kosnya yang tinggi. Apabila kos yang tinggi sudah pasti rakyat akan terbeban dengan tarif air yang tinggi bagi mengimbangi perbelanjaan pembelian air bawah tanah yang dibekalkan oleh syarikat ini.
Selain itu saya juga memohon kerajaan melihat semula sejauh manakah relevannya projek ini kepada kebajikan rakyat serta kepentingan awam. Jika ia menampakkan kerugian yang besar oleh rakyat batalkan sahajalah projek ini dan ia akan bertepatan dengan konsep kepimpinan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Di samping itu saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini kerana sentiasa bekerjasama dengan Ahli- ahli Parlimen dalam melaksanakan program-program kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan sumber air ini. Sekian, Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Saya tidak panjang, insya-Allah.
Pertamanya Butiran 020000 - Pengurusan dan Perundangan Tanah serentak dengan Butiran 020200 iaitu Kemajuan Pengurusan dan Perundangan, Butiran 2020300 - Penyelarasan dan Operasi Tanah sekali dengan 100 - Institut Tanah dan Ukur Negara.
Tuan Pengerusi, saya sudah banyak kali bangkitkan masalah maklumat yang ingin saya tahu mengenai kedudukan tanah rizab Melayu. Saya sudah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini di peringkat perbahasan dasar dan soalan yang saya pernah kemukakan secara bertulis dan jawapan lisan, tidak naik dan sampai sekarang saya belum dapat maklumat. Jadi, saya hendak menggesa pihak ini yang secara kebetulan bertanggungjawab kepada pengurusan dan perundangan tanah supaya memulakan pengumpulan maklumat data. Ini bagi mengetahui kedudukan sebenar tanah rizab Melayu yang ada di seluruh negara. Berapa jumlahnya dan berapa tanah rizab Melayu yang sudah diambil oleh kerajaan untuk pelbagai projek awam? Apakah tanah-tanah ini sudah diganti? Saya harap jika kajian ini dibuat yang mungkin mengambil masa dua, tiga bulan, atau empat, lima enam bulan ataupun lebih. Saya minta supaya pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi ataupun saya akan bangkitkan lagi dalam mesyuarat sesi akan datang. Akan tetapi kalau ada jawapan waktu penggulungan ini saya harap saya dapat maklumat ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ini sangat penting untuk saya mengetahui mengenai dengan kedudukan tanah rizab Melayu kerana tanah-tanah yang diambil untuk projek-projek awam mengikut kehendak Perlembagaan mesti diganti. Ini kerana saya diberitahu oleh salah seorang profesor, profesor Anjung di Universiti Malaysia yang dulu pernah bertugas dalam kerajaan sebagai pegawai kanan. Dia menyebut angka kepada saya iaitu jumlah tanah rizab Melayu yang belum diganti agak membimbangkan dan menggerunkan saya kerana tanah-tanah ini mesti diganti. Yang pentingnya ia mesti diganti.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Perhutanan, Butiran 05000. Ini pun panjang, masa pun terbatas. Saya hanya hendak menumpukan kepada cadangan apakah tidak mungkin sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan, saya hendak ulang balik, mengharamkan pembalakan menggunakan pengangkutan lori dan juga sungai. Ini kerana sama ada menggunakan pengangkutan lori yang merosakkan jalan-jalan, alam sekitar dan juga sungai. Di negara Barat sudah lama diharamkan pembalakan secara ini. Ia menggunakan pembalakan secara heli-logging. Apabila digunakan cara heli-logging ertinya kecurian kayu balak boleh diatasi dan alam sekitar kita tidak rosak baik jalan-jalan mahupun sungai-sungai.
Dalam soal urusan perhutanan ini saya hendak tahu kedudukan hutan di hulu Kelantan. Apakah Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab di kementerian mempunyai maklumat status kedudukan alam sekitar di hulu Kelantan.
Seterusnya Butiran 080000 - Pengairan dan Saliran. Ini ada dua, tiga perkara.
Pertamanya, saya hendak tarik perhatian apakah kementerian sedar bandar Pasir Mas, bandar dalam kawasan Parlimen yang saya wakili memang menghadapi masalah saliran yang cukup teruk. Hujan sikit banjir, kotor dan sekarang ini ada projek saliran dibuat di peringkat fasa mana saya tidak tahulah. Ada sikit, iaitu selepas Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir dahulu tetapi saya dengar pakej kedua sudah tergendala. Sebenarnya saliran pengairan di bandar ataupun di pinggir bandar dan sebagainya ia tidak boleh dibuat secara berperingkat-peringkat, Tuan Pengerusi. Ia mesti dilihat secara menyeluruh terutama dalam bandar.
Jadi, saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh minta diberi perhatian supaya saliran dan pengairan dalam kawasan Parlimen Pasir Mas di lihat secara menyeluruh tidak secara peringkat-peringkat. Ini termasuklah Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Ini juga saya hendak bangkitkan. Di bandar Pasir Mas, Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas berada di tebing sungai. Dulu dibuat tebatan, benteng tetapi tidak sampai ke pejabat Majlis Daerah, terhenti setakat Kampung Jas, kalau tidak silap saya. Apabila datang hakisan banjir tebing selalu runtuh dan amat membahayakan.
Selain daripada itu, alhamdulillah lah saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana Kerajaan Pusat telah pun meluluskan projek tebatan banjir ataupun flood mitigation project. Kiranya projek megalah yang saya diberitahu menelan belanja lebih daripada RM1.2 bilion. Projek ini fasa pertama sudah pun ditawarkan kepada satu syarikat.
Saya tidak tahu berapa jumlahnya. Saya hendak tahu berapa jumlahnya. Cuma yang penting bagi saya ialah pemantauan pelaksanaan projek ini supaya ia mesti mengikut jadual. Setakat yang sudah dikeluarkan LA ini berapa peratus projek ini dilaksanakan dan di manakah kerja ini dimulakan? Di hulu Kelantan bagaimana, di tempat mana? Ini kerana ia projek yang menyeluruh yang akhirnya nanti apabila siap projek tebatan banjir ini bandar- bandar di Kelantan tidak lagi menghadapi banjir walaupun datang Musim Tengkujuh. Kalau projek ini tidak siap selagi itulah Kelantan akan dilanda banjir dan inilah saya anggap satu hadiah Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ini satu perkara yang saya hendak ambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat bagi pihak rakyat Kelantan sebab tak mungkin mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri dapat melaksanakan projek mega ini. Selagi projek tebatan banjir tidak dibuat, selagi itulah ia menghantui rakyat Kelantan. Tanah tidak ada nilai, tanah tenggelam air, projek-projek komersial tak dapat dijalankan, projek-projek perumahan tenggelam air dan segala-galanya bergantung pada masalah mengatasi banjir. Untuk itu saya mengucapkan tahniah, terima kasih dan saya lagi berterima kasih kalau projek ini yang diberikan kepada kontraktor yang betul-betul bertanggungjawab mengikut jadual.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Akhir sekali Tuan Pengerusi, maaf, ada dua perkara kecil lagi iaitu saya hendak sentuh juga di sini mengenai dengan masalah pengurusan sungai ini termasuk di bawah saliran juga pengurusan sungai yang disebut tadi oleh satu, dua orang rakan. Saya hendak minta juga pihak kementerian tengok Sungai Kelantan ini sebagai satu sungai yang cukup indah tetapi oleh kerana banjir, kotor. Jadi sekarang tebatan banjir telah dibuat tapi saya mintalah ada peruntukan khusus untuk membersihkan Sungai Kelantan terutamanya yang merentangi daripada Jambatan Tendung sampailah kepada Jambatan Sultan Yahya yang kalau dibersihkan betul-betul daripada sampah sarap, sungai ini boleh dijadikan satu tempat projek promosi pelancongan dan ia sesuai dengan apa yang dikatakan, “Mesra Sungai, Mesra Alam” Tuan Pengerusi. Atas kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun tidak lama ini, sekejap sahaja. Butiran 80000.
Tuan Pengerusi, saya menyambut baik ulasan daripada Yang Berhormat Lipis tadi berkenaan saliran. Saya cuma hendak menyentuh sedikit sahaja. Ada satu perkara yang selain daripada mengalirkan air bawah tanah untuk tujuan kegunaan bekalan air mentah. Di seluruh negara nampaknya banyak juga kawasan bawah tanah yang disedut airnya untuk kegunaan air mineral. Saya tidak ada halangan tetapi saya nampak sekarang oleh sebab trendnya begitu meluas, kurangnya pemantauan daripada pihak jabatan dari segi kuantitinya, dari segi perubahan kawasan sekeliling yang juga saya bimbang mungkin sekiranya tidak dipantau, tidak berhati-hati, akan menjejaskan keseluruhan struktur tanah yang berkaitan. Ia sama juga dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Lipis tadi.
Tuan Pengerusi, perkara ini terlalu teknikal. Ia boleh menyebabkan kekuatan struktur tanah kerana air sifatnya adalah pemegang molekul-molekul tanah yang ia berinteraksi antara satu sama lain. Jadi kalau perkara ini tidak dipantau secara serius mungkin boleh menjejaskan masa hadapan struktur tanah dalam kawasan di negara kita.
Tuan Pengerusi, saya sengaja hendak membangkitkan tentang banjir sekarang ini. Yang banjir, banjirlah. Nampaknya sedang berlaku di kawasan Pantai Timur. Akan tetapi saya rasa di dalam Dewan yang mulia ini kita mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak jabatan, daripada pihak kementerian, apakah sebenarnya langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang akan dibuat?
Tadi Yang Berhormat Pasir Mas menyebut tentang pelan penebatan banjir dan sebagainya tetapi saya yakin pihak kementerian ada pendekatan jangka masa panjang dan pendek. Yang ini perlu kita terangkan sempena kita berhadapan dengan keadaan banjir pada masa ini supaya perkara ini dapat diulang-ulang supaya rakyat yakin bahawa ada pelan-pelan tertentu jangka masa pendek dan jangka masa panjang supaya akhirnya rakyat yakin sebenarnya yang projek sedang dibuat tetapi belum siap lagi. Ada yang memerlukan masa yang panjang dan ada yang memerlukan masa yang pendek.
Keduanya Tuan Pengerusi, tentang Butiran 050000 - Perhutanan. Saya pendek sahaja. Saya hendak membetulkan sedikit tanggapan yang tidak berapa tepat iaitu dalam Laporan Audit baru-baru ini disebut baki hutan dalam negeri Johor tinggal 18 peratus, Yang Berhormat Bakri. Akan tetapi sebenarnya ada dua fakta lain yang tidak dimasukkan dalam Laporan Audit tersebut. Sebenarnya bukan 18 peratus Yang Berhormat Bakri, 29 peratus, kerana 29 peratus tolak 18 peratus sama dengan 11 peratus. Ada 6 peratus lebih kurang, lebih kurang 100,000 hektar telah pun ditanam semula, cuma belum diwartakan. Sudah hijau pun dan bakinya lebih kurang 3 peratus atau 4 peratus adalah sebahagian daripada kawasan hutan yang telah pun dikeluarkan statusnya kepada Taman Negara. Akan tetapi dari segi total kawasan hijau yang diperlukan masih juga hutan dalam negeri Johor telah pun kembali pulih kepada 29 peratus, bukan 18 peratus untuk makluman Yang Berhormat Bakri sebab Yang Berhormat Bakri orang Johor, bukan?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Kedua terakhir Tuan Pengerusi, tentang FRIM. FRIM juga sama dengan MARDI dan sebagainya banyak penghasilan yang mereka telah buat daripada kajian-kajian tertentu termasuklah biotech dan sebagainya. Cuma saya hendak mengambil kesempatan pada petang ini, sejauh manakah hasil mereka telah pun dikomersialkan, berapa peratus?
Senarai-senarainya kalau ada tetapi sekurang-kurangnya kita hendak tahu berapa peratus daripada penemuan penghasilan mereka telah pun diaplikasikan, telah pun digunakan ataupun sekurang-kurangnya telah pun dikomersialkan? Tuan Pengerusi, saya kira itu sahaja, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Saya menghargai peluang yang diberikan oleh Tuan Pengerusi untuk turut serta berbahas di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 23, dan saya terus kepada Butiran 050300 - Pembangunan Hutan.
Sebentar tadi rakan saya daripada Kuantan telah menyebut tentang betapa semakin lupusnya sumber hutan di negara dan saya kira kalau kita ambil teliti ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, banyak penekanan yang diberikan, keprihatinan kepada teknologi hijau dan sudah tentunya pemuliharaan alam sekitar. Tambahan lagi kalau kita lihat objektif program kelima kementerian juga adalah perhutanan di mana wujudnya keperluan untuk memastikan keadaan iklim, fizikal serta alam sekitar yang baik bagi kepentingan rakyat dan negara.
Justeru, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat menjawab kenapakah wujudnya pengurangan sebanyak 9.2 peratus yang diberikan khusus untuk pembangunan hutan daripada RM5.1 juta kepada hanya RM4.6 juta. Pengurangan ini kalau kita ambil sebelah dengan pembakaran 64,000 hektar hutan yang berlaku untuk projek Empangan Bakun. Saiznya sebesar Singapura dan sepatutnya perlu ada langkah jelas yang dilakukan sehaluan dengan pembakaran untuk pembangunan perhutanan. Ini pembangunan perhutanan memperlihatkan pengurangan yang jelas. Walaupun pembakaran ini merupakan keputusan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, saya rasa memang wajib ada kesinambungan dasar antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam hal ini. Kalau ambil contoh, Terengganu Investment Authority itu, diambil alih oleh Kerajaan Pusat, sepantas kilat diubah kepada 1Malaysia Development Berhad. Akan tetapi ini hal yang jelas, hal yang berkaitan dengan khazanah negara...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Sedikit, boleh jelas sedikit.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya tak habis lagi, biar saya habiskan dahulu.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Ini, apa makna pembakaran di Bakun ini?
Saya tak faham, pembakaran hutankah..., the burning of the forest?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Pengerusi, memang boleh beginikah? Sebelum saya bersetuju, dia boleh terus tanya?
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Minta penjelasan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey, okey, sebenarnya saya ambil kenyataan ini daripada kenyataan akhbar. Selepas pembalakan dilakukan di kawasan tersebut yang sebesar 64,000 hektar ini, mereka terus membakar. Dia panggil proses seterusnya sebelum dibanjiri oleh air untuk empangan tersebut berlangsung. Biar saya teruskan Tuan Pengerusi.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Jadi, Ahli Parlimen saya ingat kamu mesti melawat kawasan tersebut.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, dia tak bagi Yang Berhormat. Dia tak bagi...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya rasa tak betul cara ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tak bagi Yang Berhormat, dia tak bagi Yang Berhormat...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Sebab dia tak faham, dia tak faham apa yang telah terjadi di sana.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak mengapa, tak mengapa Yang Berhormat. Soal faham, tak faham ini tak bangkit, Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih.
Seorang Ahli
Biar, biar Yang Berhormat Menteri jawablah...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Pembakaran ini merupakan keputusan di bawah kerajaan negeri dan saya lihat semenjak projek SCORE, Sarawak Corridor of Renewable Energy diumumkan, memang pastinya kerajaan perlu lebih prihatin dan serius dengan kehilangan sumber perhutanan dan biojisim yang masih ada di kawasan tersebut yang begitu bernilai kepada negara.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saiz biojisim yang begitu besar boleh digunakan selaku energy fixed stock, bahan pakai tenaga yang significant dan ini memanglah seperti selari dengan objektif SCORE.
Jadi saya tidak nampak langkah lain yang kerajaan boleh buat selain terus menyelamatkan penggunaan biojisim yang begitu bernilai. Dalam media massa jaringan Sarawak Conservation Action Network mendapat maklumat bahawa pembakaran ini dilakukan di kawasan yang masih lagi belum dibersihkan sepenuhnya, maksudnya ada lagi lebihan biojisim daripada proses pembalakan yang dilakukan, itu satu.
Kedua, saya juga bimbang apabila mendengar apabila Pengarah Pengurusan Sarawak Hidro Tuan Pengerusi, mereka yang bertanggungjawab membakar ini tidak menyatakan bagaimana mahu menyelamatkan sumber biojisim, mahupun memberi perincian bagaimana haiwan serta tumbuhan liar yang di bawah kategori endangered species dengan izin, mudah pupus akan diselamatkan.
Saya harap Menteri boleh menjelaskan bagaimana mahu mengekang kesan pencemaran udara jerebu dan sebagainya dan kemungkinan terhapusnya ekosistem di Bakun selama-lamanya. Kita baharu sahaja sesak dengan kebakaran jerebu serius dari Miri, sebulan terpaksa mengharungi pencemaran ini dan kerana itu kita perlu bersedia untuk episod kedua. Sekurang-kurangnya pihak kementerian perlu memastikan kontraktor tersebut diarah mengutip semua sumber biojisim untuk diletakkan di sekeliling perimeter empangan supaya dapat digunakan selaku bahan menjana tenaga, sejajar dengan objektif SCORE. Daripada keuntungan yang dilahirkan, saya sarankan diberi terus kepada Orang- Orang Asli yang telah hilang penempatan dan mata pencarian mereka akibat daripada pelaksanaan projek Bakun.
Kedua Tuan Pengerusi, saya harap pembangunan hutan ini jangan diambil mudah dan kita perlu tunjukkan satu political will, dengan izin, ataupun pendirian yang jelas untuk memelihara khazanah hijau.
Tuan Pengerusi saya pergi pula kepada Butiran 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar, isu EIA saya pasti ramai dah bangkitkan, kalau dilihat daripada laporan Environmental Impact Assessment untuk tahun 2008 adalah 316 turun kepada 250 sahaja anggaran untuk tahun 2009.
Tuan Pengerusi, sudahlah penduduk menghadapi masalah dengan membawa halangan untuk mana-mana projek pembangunan yang telah mendapat kelulusan daripada DBKL kalau di Kuala Lumpur, terutamanya di kawasan-kawasan lereng bukit. Ada juga kontraktor yang tidak menyediakan laporan EIA ini dengan memutarbelitkan fakta yang ada, dengan membahagikan pembangunan supaya ia tidak kurang daripada 500 hektar, ini masalah yang serius.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Contoh paling jelas ialah apabila penduduk Bukit Gasing, mereka menentang pembangunan yang tidak ada Laporan EIA nya tetapi terpaksa bawa kepada mahkamah dan akhirnya pada 20 November lepas, keputusan mahkamah rayuan menghentikan pembangunan secara stay of execution di Bukit Gasing dan menentang keputusan DBKL.
Para penduduk ini menunggu lebih 20 bulan sebelum dapat menghentikan projek yang mungkin mengancam keselamatan hidup mereka.
Justeru itu, saya harap pihak kementerian mempunyai perancangan yang jelas, laporan EIA sepatutnya menjadi penentu utama kepada kesesuaian mana-mana projek.
Bukan satu langkah remeh yang senang sahaja, mudah diketepikan oleh pemaju sehingga rakyat dipaksa dan diheret ke mahkamah hanya kerana membawa kebimbangan mereka.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Boleh minta penjelasan sedikit?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Silakan, sekejap sahaja Yang Berhormat ya? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Masa tidak panjang Yang Berhormat ya?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, tentang kes Bukit Gasing yang berlaku di tempat saya, adakah Yang Berhormat Lembah Pantai setuju bahawa pemaju atau DBKL membawa kes rayuan ini ke Federal Court, Mahkamah Persekutuan? Adakah Yang Berhormat Lembah Pantai bersetuju?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Petaling Jaya selatan, sebenarnya saya bawa isu ini kerana melihat begitu sukar apabila penduduk melahirkan kebimbangan dengan projek pembangunan yang sepatutnya menjadi hak sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan berdekatan. Akan tetapi apabila terpaksa pergi ke mahkamah, dah menang mahkamah rayuan lepas itu DBKL tidak boleh terima lagi dan hendak bawa ke Mahkamah Persekutuan.
Jadi kerana itu langkah utama yang perlu diambil oleh pihak kementerian adalah memastikan laporan seperti Environmental Impact Assessment ini wajib dilaksanakan untuk pembangunan di lereng-lereng bukit supaya tidak menyusahkan rakyat Malaysia sendiri.
Saya lihat apabila pelaksanaan EIA diambil berat, ini akan mengurangkan persepsi bahawa kerajaan pimpinan tertinggi DBKL itu hanya mengutamakan kontraktor dan pemaju. Perkara yang terakhir Tuan Pengerusi adalah butiran Penyelarasan dan Operasi Tanah, ini tidak panjang hanya pendek sahaja. Saya hanya secara khusus melihat bilangan permohonan lesen untuk projek pasir diluluskan bertambah daripada tiga daripada tahun 2008 kepada 40 pada tahun 2009. Jadi apakah kriteria yang digunakan oleh kementerian dalam meluluskan sebarang permohonan dan berapakah nilai keuntungan yang dijana oleh negara daripada pemberian lesen sebegini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 060000 - Jabatan Alam Sekitar. Sejak kebelakangan ini kerap berlaku gegaran bumi di Bukit Tinggi di Kampung Janda Baik, saya ingin tahu adakah Jabatan Alam Sekitar dengan Laporan EIA nya ada membuat kajian dan apakah hasil daripada kajian terhadap gegaran tersebut, adakah ada sumbangan- sumbangan daripada projek-projek pembangunan yang dilakukan di sekitar Bukit Tinggi tersebut.
Keduanya tentang laporan daripada pembinaan hasrat kerajaan negeri Pahang untuk membuka kilang simen di Gua Jebak Puyuh di kawasan Parlimen Kuala Krau, apakah kajian ini telah dibuat secara terperinci dan apakah hasilnya?
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Walaupun hasrat kerajaan negeri untuk menambah hasil pendapatan negeri dan saya tidak ada bantahan, sekiranya laporan daripada EIA ini tidak mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Ini kerana dikhuatiri apabila berlakunya operasi kilang simen di Gua Jebak Puyuh ini, akan berlakulah keruntuhan kepada Gunung Senyum yang jadi pusat pelancongan di kawasan Parlimen Kuala Krau dan juga negeri Pahang. Ketiganya pula tentang Yang Berhormat Kuantan ada sebutkan tadi, iaitu mengenai penggunaan plastik dan menyebabkan sungai kita tercemar dan kos-kos rawatan untuk air yang dirawat semakin tinggi, adakah kementerian ini berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya larangan penggunaan plastik dan juga polisterin ini dapat dilakukan dalam negara kita.
Isu keduanya tentang Butiran 07000 - Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, di kawasan saya ada satu pusat untuk menternak atau perlindungan bagi seladang di Jenderak Selatan, saya ingin tahu kenapakah pusat perlindungan hidupan liar bagi Jenderak Selatan ini tidak dinaikkan taraf, walaupun telah dikatakan bahawa adalah satu daripada pusat perlindungan atau pembiakan seladang yang terbesar di dunia. Saya percaya bukan sahaja apabila dinaik taraf pusat perlindungan seladang ini akan dapat juga mewujudkan atau menjadikan pusat pelancongan di dalam negara kita.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Ketiga dan akhirnya saya juga menyokong bagi Butiran 11900 yang telah disebut oleh Yang Berhormat Lipis tentang kajian sumber air negara, di mana sebuah syarikat ingin beroperasi untuk mengekstrak air bawah tanah di negeri Perak. Apakah laporan yang telah dibuat oleh EIA kerana daripada kesan-kesan dan juga daripada laporan surat khabar.
Bantahan daripada orang ramai termasuk Persatuan Pengguna dan FOMCA kerana ini akan memberikan kesan kepada pemendapan tanah dan kerosakan bagi infrastruktur dan juga pengurangan aliran sungai dan tasik. Ketiganya, memberikan impak atau kesan flora dan fauna yang bergantung kepada proses aliran semula jadi air. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga rakan-rakan sekalian. Saya ingin turut sama untuk memberikan beberapa pandangan dalam B.23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, iaitu pertamanya saya ingin menyentuh tentang Butiran 02301 yang melibatkan soal Projek e-Tanah. Projek e-Tanah seperti mana yang telah sedia maklum adalah merupakan satu inovasi supaya pendaftaran tanah itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Jangka masa yang selalu diambil iaitu sepuluh hari boleh diselesaikan dalam masa 15 minit.
Saya berminat untuk bertanya soalan ini kerana pada sesi yang lalu saya telah mengemukakan soalan di Parlimen ini dan telah mendapat jawapan dari pihak kementerian yang menyatakan bahawa isu ini iaitu projek e-Tanah ini bukanlah sesuatu yang gagal tetapi cuma lewat sahaja. Saya ingin tahu beberapa masalah yang timbul dalam projek ini, khususnya apabila berlakunya perpindahan data, daripada data yang ada dimasukkan dalam komputer.
Menurut satu laporan dalam akhbar 21 Ogos 2008, berlaku di sana beberapa missing data dengan izin. Antaranya ialah missing IC, missing areas of land dan ada juga yang tidak ada disebut saiz tanah yang telah didaftarkan di dalam sistem pengkomputeran itu. Sudah tentu ini akan melibatkan permasalahan yang besar dan saya ingin tahu setelah Pulau Pinang dijadikan sebagai contoh ataupun projek perintis e-Tanah. Saya difahamkan beberapa negeri lain turut sama dikembangkan projek e-Tanah ini.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya ingin tahu bagi pihak kementerian, apakah perkembangan e-Tanah ini sehingga hari ini, khususnya negeri-negeri lain yang telah mula menerima pakai sistem e- Tanah ini kerana difahamkan sehingga 14 Mei 2009, kos itu memakan atau menelan sebanyak RM480 juta dan yang telah dibelanjakan sejak ia dilancarkan sudah hampir mencecah RM200 juta.
Sudah tentulah bilangan yang besar ini memerlukan satu penekanan, keberkesanan supaya tidak berlaku pembaziran dalam projek e-Tanah ini iaitu dalam Butiran 02301. Seterusnya Tuan Pengerusi saya ingin masuk kepada Pengaliran dan Saliran, Butiran 15200, 15300, 15400. Saya ingin minta penjelasan bagi pihak kementerian iaitu satu kajian telah dibuat pada tahun 2004 yang melibatkan 926 stesen pemantauan. Di mana di dalam kajian itu didapati 540 sungai dikategorikan sebagai bersih, 278 dikategorikan sebagai sedikit tercemar, manakala 108 dikatakan tercemar.
Antara sungai-sungai yang mencatatkan apa yang diistilahkan sebagai sungai yang mati iaitu kategori mati ini maknanya tercemar, bau busuk, hitam, tidak boleh dipakai, dan tidak boleh dirawat lagi. Antaranya ialah Sungai Pinang di Pulau Pinang, Sungai Jelutong, sungai Menggaris di Sabah, Sungai Buloh dan juga satu lagi sungai di Johor.
Saya ingin tahu, setelah kajian dibuat tentang kategori sungai ini adakah pada hari ini, kajian yang lebih terkini tentang kategori-kategori sungai ini. Saya difahamkan bahawa untuk kita merawat sungai-sungai yang telah tercemar ini, khususnya kepada sungai yang kategori empat atau lima ini memakan atau menelan belanja yang begitu besar.
Sebanyak 16 batang sungai untuk dibersihkan dan dirawat sahaja pada 2007 memakan belanja hampir RM100 juta hingga RM400 juta. Kita tidak mahu duit kerajaan dihabiskan dalam rawatan ini semata-mata kerana antara punca sungai ini dikatakan tercemar adalah kerana perbuatan manusia sendiri. Antaranya ialah sampah sarap yang dibuang. Najis yang dibuang di sungai-sungai, najis-najis haiwan, begitu juga pencemaran kimia dan hasil kesan daripada pembangunan. Oleh itu jikalau perkara itu tidak ditangani, saya khuatir kerajaan terpaksa berbelanja. Contohnya Sungai Pinang telah dibelanjakan hampir RM500 juta hanya pada panjang 3.6 kilometer sahaja dan ini cukup merugikan kerana masalah yang berlaku ialah bukan kerana alam sekitar, tetapi kerana tangan-tangan manusia.
Saya ingin bertanya pada pihak kementerian. Apa usaha yang dibuat dalam pengurusan sungai ini untuk memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai ini bukan sahaja melibatkan rawatan, tetapi pendidikan, juga kesedaran orang ramai supaya kerajaan tidak lagi menanggung kos yang besar untuk merawat sungai-sungai ini. Saya mohon nanti dalam jawapan Menteri apakah ataupun berapakah sungai-sungai yang dalam keadaan kritikal, sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan beratus juta untuk merawat sungai- sungai ini.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang perhutanan semenanjung yang melibatkan persoalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Butiran 08600, iaitu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian beberapa konvensyen yang telah ditandatangani atau turut disertai bersama Malaysia. Seperti United Nations Conference on Environmental and Development dan Convention on Convention on International Trade in Endangered Species (CITES). Apakah Malaysia juga adalah sebahagian daripada yang menandatanganinya kerana saya difahamkan bahawa kriteria yang telah ditetapkan dalam konvensyen-konvensyen ini begitu ketat sekali. Adakah negara kita Malaysia dalam konsep pengurusan hutan lestari ataupun konsep sustainable forest management itu mengikuti kriteria-kriteria ini dan Butiran 09300 iaitu Pemantauan Sumber Hutan Secara Berterusan.
Iaitu sebagai Continuous Forest Monitoring System (CONFORMS), sejauh manakah hari ini dari segi dapatan-dapatan dan data-data yang membolehkan kementerian dengan maklumat-maklumat ini boleh memelihara atau memulihara hutan-hutan dari terus menjadi mangsa kepada pembangunan dan juga mangsa kepada pembalakan haram.
Untuk itu saya ingin membuat beberapa soalan kepada kementerian dalam perusahaan hutan ini. Antaranya ialah saya ingin tahu berapakah bilangan pegawai hutan atau forest ranger yang bertugas hari ini untuk memelihara hutan-hutan di dalam negara kita.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kalau kita bercakap tentang hutan yang mempunyai satu isu yang besar, sedangkan kita tidak mempunyai pegawai-pegawai hutan yang mampu untuk menampung semua ini, maka saya minta supaya pihak kementerian supaya memberi penjelasan dari segi keperluan pegawai-pegawai hutan ini.
Kedua ialah, berapakah pegawai yang telah ditangkap semasa menjalankan tugas itu, iaitu ditangkap kerana rasuah. Ini adalah penting untuk kita melihat sejauh mana pegawai-pegawai kita kerana difahamkan bahawa pegawai-pegawai hutan ini banyak sekali terdedah potensi kepada rasuah. Oleh itu, saya minta penjelasan berapakah pegawai- pegawai yang telah ditangkap oleh pencegah rasuah dalam rangka mereka ini menjadi orang yang mempertahankan forest ini.
Ketiga ialah sejauh manakah Jabatan Hutan memastikan zon penampan hutan dilaksanakan?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Keempat ialah sejauh manakah selective management system dipakai dalam penebangan pokok-pokok hutan? Kita ada satu sistem yang dinamakan selective management system, di mana untuk menebang hutan, mereka mengambil kira saiz, ukur lilitnya, umurnya dan sebagainya. Saya hendak tahu kerana saya difahamkan pembalak- pembalak ini mereka tidak lagi mengikuti spesifikasi-spesifikasi ini. Mereka hanya redah untuk mengaut untung sahaja. Sejauh mana kementerian, Jabatan Hutan memastikan selective management system ini betul-betul terlaksana supaya memelihara hutan-hutan kita.
Akhirnya, soalan saya ialah bagaimana hubungan dengan pihak NGO? Ini kerana saya difahamkan ada tanggapan bagi kementerian, khususnya Jabatan Hutan menganggap bahawa NGO-NGO ini menjadi penghalang, bukan menjadi rakan untuk memastikan sustainable forest management Malaysia ini, dengan izin, dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya jemput Yang Berhormat Silam. Minta tolong kalau dapat keseluruhannya saya nampak orang berucap kurang daripada 10 minit, Yang Berhormat. Jadi, kalau benda yang kurang penting itu, tidak payahlah bangkit saya ingat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Insya-Allah Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan bagi Maksud Bekalan B.23 dan bersekali dengan P.23. Sesuai dengan nasihat Tuan Pengerusi, saya akan menyentuh beberapa perkara yang lebih menjurus kepada spesifik iaitu berhubung kait dengan negeri Sabah, khususnya kawasan-kawasan yang terdapat di kawasan negeri tersebut. Butiran-butiran yang saya akan sentuh ialah 10200, 10400, 10802, 10803, 11000, 11500, 11700 dan 11800.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian iaitu dari segi beberapa butiran mengorek kuala sungai. Saya dapati Sungai Segama yang terdapat dalam kawasan Parlimen Silam dari segi pencemaran yang telah dibuat oleh kilang-kilang yang beroperasi berhampiran dengan sungai tersebut telah menjejaskan hidupan semula jadi di kawasan Sungai Segama. Pada beberapa bulan yang lepas, saya telah membuat lawatan ke kawasan Sungai Segama dan telah membuat laporan yang berkaitan tentang pencemaran yang terdapat di kawasan sungai tersebut.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah laporan dan kesan daripada apa yang telah buat oleh pihak kementerian setakat ini? Adakah tahap air Sungai Segama tersebut di kawasan Lahad Datu dalam Parlimen Silam pada keadaan yang terkawal ataupun ia selamat digunakan oleh penduduk setempat yang memang menggunakan air sungai tersebut. Selain daripada itu, saya ingin menyentuh tentang projek pembangunan hutan. Saya dapati oleh sebab kawasan negeri Sabah yang sekitar kawasan Parlimen Silam memang sangat terdedah kepada bencana semula jadi, terutamanya gempa bumi. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah rancangan pihak kementerian untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada kawasan Parlimen Silam?
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terutamanya kampung-kampung yang sangat terdedah kepada bencana alam seperti Kampung Tanjong Labian. Kemudian begitu juga dekat Pantai Den Haven yang selalu berlaku hakisan. Jadi, saya berharap supaya kementerian mengambil perhatian dalam perkara ini untuk mengadakan projek penanaman pokok ataupun hutan di kawasan- kawasan tersebut, terutamanya hutan bakau yang boleh sekurang-kurangnya mengadang ataupun mengurangkan tekanan hakisan kepada sekitar pesisir pantai terutamanya di kawasan DUN Tongod dalam Parlimen Silam.
Butiran seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang penilaian sumber arang batu, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Tawau yang telah membangkitkan isu alam sekitar yang sebenarnya dia mungkin hanya menekankan kepada kepentingan semasa, tetapi dia terlalu mungkin risau tentang perkara itu. Saya pun dalam perkara ini memang bersetuju untuk kita membina IPP di kawasan Sinakut di daerah Tongod.
Akan tetapi, kita berharap juga supaya laporan yang dibuat oleh pihak kementerian lebih menyeluruh dan disegerakan supaya kita sama-sama dapat menilai dari segi prospek pembangunan IPP di kawasan Parlimen saya ini agar ia boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak, pihak kerajaan dan masyarakat itu sendiri. Ini kerana pada masa yang sama juga kita memerlukan sumber tenaga, terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.
Sebenarnya, kalau kita lihat rungutan juga. Kita dalam keadaan berbelah bahagi ataupun serba salah dalam keadaan ini sama ada oleh sebab kita selalu putus bekalan tenaga elektrik. Jadi, apa gunanya pihak kerajaan memperuntukkan peruntukan untuk projek penilaian sumber arang batu, terutamanya di negeri Sabah ini? Saya berharap supaya kita sama-sama dapat memanfaatkan sumber ini untuk kebaikan semua pihak.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang rancangan mencegah banjir bagi negeri Sabah. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian iaitu peruntukan, terutamanya untuk mewujudkan suatu pusat bagi kawalan banjir dan juga memberi maklumat yang lebih awal kepada penduduk kampung. Ini kerana kita dapati beberapa batang sungai yang terdapat di kawasan Parlimen Silam yang berdekatan dengan Sungai Kinabatangan memang selalu dilanda banjir, terutamanya di kawasan Lembah Segama dan kawasan Ulu Niah. Jadi, saya berharap pihak kementerian juga dapat mengambil perhatian dalam perkara ini supaya kita dapat memastikan keadaan keselamatan penduduk dan masyarakat dapat kita jaga bersama.
Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Rancangan Pengurusan Sungai, Saliran Mesra Alam. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang sentiasa peka untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kesedaran pentingnya kita menjaga alam sekitar. Pada masa akan datang, saya berharap supaya pihak kementerian mengambil inisiatif untuk mengenal pasti bagi mengadakan suatu badan yang betul-betul bertanggungjawab yang akan membuat kajian tentang kepentingan alam sekitar ini kepada masyarakat di negara ini. Ini penting, itu sebabnya juga kita melihat saya bersetuju apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penekanan kepada pembentukan Kementerian Hijau ini yang sama-sama supaya kita dapat aplikasikan pentingnya untuk kita memelihara persekitaran kita bagi mewariskan kepada generasi yang akan datang.
Apa yang paling penting di sini ialah kita sama-sama mengambil tindakan yang kreatif dan proaktif serta membuat pendekatan win-win solutions, dengan izin, Tuan Pengerusi, supaya keseimbangan apa pun yang kita buat tentang perancangan pembangunan yang ada di negara kita ini adalah untuk kepentingan bersama. Sudah tentu rancangan yang dibuat dan yang akan dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan masyarakat itu sendiri. Saya rasa jauh sekali kerajaan ataupun pihak tertentu yang mentadbir untuk memberi kesusahan kepada rakyat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Jadi Tuan Pengerusi, saya berharap apa pun yang kita rancang terutama dalam butiran-butiran yang telah saya bangkitkan tadi supaya pihak kerajaan dapat mengambil perhatian dalam perkara-perkara tersebut terutamanya tentang pembukaan dan pembinaan Stesen-stesen Hutan Sejadi. Di kawasan saya memang banyak yang boleh kita wartakan dan masukkan dalam pembinaan Stesen-stesen Hutan Simpan Sejadi ini.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi saya sangat menaruh keyakinan dan kepercayaan supaya pembangunan secara menyeluruh ini juga dapat dikembangkan dan dirancang dengan baik untuk kepentingan rakyat pada keseluruhannya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya.
Pertamanya adalah mengenai Laporan Ketua Audit Negara atas aktiviti Jabatan Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak yang merujuk kepada pengurusan perhutanan di Sarawak. Menurut siasatan yang dibuat oleh pasukan Audit Negara, pengurusan hutan di Sarawak adalah amat tidak memuaskan. Mereka mendapati bahawa..., saya akan bacakan di sini: “Terdapat 79 permit to enter..., untuk pembalakan semula yang ditutup dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Wilayah Miri bagi tahun 2006 hingga 2008 mendapati 49 PEC adalah bagi kawasan kurang 500 hektar dan 30 PEC bagi kawasan melebihi 500 hektar. Sebanyak 30 PEC bagi kawasan melebihi 500 hektar tidak dapat disahkan sama ada laporan EIA telah disediakan oleh pelesen sebelum kerja membalak semula dijalankan. Pihak Audit mendapati tiada laporan EIA berkaitan 30 PEC tersebut diluluskan oleh NIEB dalam tahun 2006 hingga 2008. Di kawasan Sibu, Bintulu juga terdapat 117 PEC yang untuk kawasan melebihi 500 hektar dan di antaranya pun tidak ada EIA report dijalankan atau diluluskan sebelum pembalakan itu dijalankan”.
Bukankah ia ada peruntukan akta bahawa sekiranya pembalakan atau pembangunan yang melebihi kawasan keluasan lebih daripada 500 hektar, EIA Report akan disediakan dan diluluskan sebelum aktiviti boleh dijalankan.
Pasukan Audit juga mendapati bahawa pemantauan dan penguatkuasaan yang lemah telah menyebabkan berlakunya pelanggaran syarat lesen pembalakan yang berleluasa yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Salah satu kesan negatif terhadap alam sekitar adalah ia menyebabkan kekerapan banjir apabila berlakunya hujan lebat yang disebabkan mendapan di sungai akibat aktiviti pembalakan. Kebelakangan ini di kawasan Rajang basin kerap berlaku banjir khususnya di Sibu, hujan sikit pun banjir, ada flash flood, ada big flood dan dalam setahun beberapa kali banjir berlaku.
Menurut apa yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara, ini adalah disebabkan pembalakan yang berleluasa di kawasan persekitarannya. Saya faham bahawa Kerajaan Negeri Sarawak ada raise bantahan atas Laporan Ketua Audit Negara dan alasan yang diberi oleh mereka adalah, bahawa maklum balas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak diambil kira, dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.
Saya ingin tahu apakah maklum balas yang telah dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang tidak dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara ini kerana tak akan semua, all the findings are wrong. Mungkin ada sesuatu fakta atau angka yang salah, tetapi tak akan semua apa yang dikatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini adalah salah.
Sejak pembentangan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan ini iaitu pada 22 September sudah dua bulan dan hingga hari ini kita masih tidak tahu apakah pembetulan yang akan dibuat oleh Ketua Audit Negara lanjutan daripada maklum balas yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Saya tahu, as a matter of fact, banjir di Sibu sering berlaku dan akibatnya adalah pembalakan yang berleluasa di kawasan itu. Itu satu fakta yang tidak dapat dinafikan.
Kedua adalah juga berkaitan dengan pengurusan hutan iaitu mengenai Bakun Dam yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat dari Lembah Pantai. Saya ingin merujuk kepada aspek yang lain iaitu mengenai resettlement penduduk dari tapak Bakun Dam.
Dilaporkan dalam The Star, 29 Oktober ini iaitu, “No jobs for Bakun men”. Penduduk- penduduk terpaksa berpindah ke tempat lain kerana kerajaan hendak terus dengan pembinaan Bakun Dam ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Penduduk-penduduk yang terpaksa berpindah itu sekarang mereka tidak dapat cari kerja. Mereka yang muda terpaksa pergi ke Bandar Kuching, Miri dan Bintulu untuk cari kerja. Oleh itu saya fikir walaupun kerajaan berhasrat untuk membangunkan industri atau membangunkan negeri tetapi penduduk-penduduk atau orang tempatan kebajikan mereka harus dijaga. Menurut daripada itu, kebelakangan ini kerajaan Sarawak menegaskan pembangunan SCORE iaitu di kawasan tengah Sarawak. Salah satu selling point SCORE ini adalah cheap energy, tenaga yang murah. Untuk membekalkan tenaga itu, kerajaan negeri telah bercadang untuk membina 12 dam atau empangan untuk menjana electricity.
Saya amat hairan semasa saya baca surat khabar The Star juga yang melaporkan tentang pelaksanaan satu pembinaan salah satu dam itu yang bertajuk, ”Alam oh alam.
Over Murum Dam, work on dam started before Social Impact Assessment Report”.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bagaimana ini boleh berlaku? Bukankah semua itu, EIA, social impact assessment harus dijalankan sebelum satu projek yang begitu besar dan berpengaruh juga begitu luas dilakukan? Ini adalah hanya satu sahaja dam atau empangan yang akan dibina. Ada 12 lagi. Kerajaan Negeri Sarawak juga menggelarnya sebagai renewable energy iaitu hydroenergy sebagai renewable energy. Akan tetapi pada hakikatnya hydro energy bukan sebenar-benarnya renewable energy kerana renewable energy adalah satu energy yang tidak membawa kesan buruk kepada environment.
Pembinaan empangan ini akan membawa kesan yang buruk kepada environment kita. Bukan sahaja hutan akan dimusnahkan, tidak ada EIA report, penduduk tempatan terpaksa dipindahkan dan semasa mereka berpindah mereka diberi satu tapak tanah yang kecil. Mereka tidak boleh memburu dan mereka semua pergi ke bandar-bandar. Inilah yang menyebabkan masalah urban poverty. Satu lagi mengenai aspek SCORE ini adalah penekanan kerajaan untuk menarik pelaburan smelting industry atau aluminium smelting plant antaranya adalah Rio Tinto, Press Metal. Saya ingin tahu sama ada environmental impact assessment study telah dijalankan sebelum plant itu dibina atau beroperasi kerana menurut apa yang saya baca, aluminium smelting plant akan mengeluarkan fluoride yang amat membahayakan kesihatan orang ramai.
Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri sama ada aspek environment impact study atas pembinaan empangan atau smelting plant dan sama ada EIA Report telah dijalankan atau disiapkan sebelum projek ini dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyebut satu butiran sahaja iaitu 15200 - Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MSMA.
Di tempat saya, di Parlimen Parit direntas dengan Sungai Perak dan untuk makluman pihak Menteri bahawa sungai di tempat saya semakin sempit kerana banyaknya pulau-pulau kecil yang baru sehinggakan air sungai semakin laju ke tepi. Ini menyebabkan tanah termasuk penempatan penduduk terpaksa berpindah oleh kerana hakisan sungai yang semakin kuat.
Saya difahamkan oleh pihak JPS tidak kurang daripada 23 tempat hakisan tanah yang dikenal pasti dan cukup kuat ianya berlaku tambahan baru-baru ini apabila air limpahan yang semakin kuat. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri apakah boleh pulau-pulau yang begitu banyak ini dapat dibuang bersih bagi mengelakkan air tidak menerjah ataupun menikam tebing-tebing sungai di tempat saya. Saya juga amat berharap kepada pihak kementerian agar membuat penelitian serta mengkaji bagaimana untuk membantu bagi mengelakkan hakisan tebing ini berlaku di samping kita juga akan dapat melihat sungai dapat dirawat serta dibersihkan daripada pencemaran berlaku.
Saya begitu berharap mudah-mudahan pihak kementerian dapat memberikan perhatian kerana ini merupakan keluhan daripada masyarakat yang berada di sekitar sungai-sungai Perak ini kerana hakisan yang begitu banyak. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Pengerusi, saya ingin menunjukkan kepada Butiran 060000 di bawah B.23 di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, aktiviti ketiga iaitu Butiran 060300 - Pengawasan dan Penguatkuasaan menunjukkan 72 stesen pemantauan udara.
Adakah ini termasuk sebarang stesen pemantauan udara di Bukit Koman, Raub, Pahang? Untuk tujuan menentukan pencemaran yang dialami oleh penduduk Bukit Koman peralatan hanya ditetapkan di kampung tersebut selama enam hari pada bulan Julai 2009.
Memandangkan peralatan tersebut dikeluarkan selepas itu apakah rancangan JAS untuk terus memantau keadaan di kampung tersebut? Bukankah pemasangan alat bagi tempoh yang begitu singkat tidak memadai untuk membuat sebarang pemantauan yang efektif?
Adakah kementerian dimaklumkan bahawa semasa peralatan tersebut dipasang tidak ada sebarang aduan pelepasan berbau manakala pada pagi selepas peralatan tersebut diambil keluar, penduduk mengadu bahawa wujudnya bau busuk toksik di persekitaran kampung mereka?
Adalah jelas bahawa sebarang maklumat yang diperoleh oleh pihak JAS dari peralatan tersebut adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan sebenar memandangkan ketiadaan bau busuk yang kuat pada masa peralatan JAS dipasang.
Adalah amat mengecewakan bagi Menteri menyatakan bahawa aduan yang dibuat oleh penduduk tempatan adalah tidak benar berdasarkan pemantauan selama enam hari sahaja.
Nampaknya tujuan meletakkan peralatan di kampung tersebut bukanlah untuk membuat pemantauan yang sebenar tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa aduan penduduk adalah palsu. Jika JAS ingin membuat program pemantauan yang efektif stesen pemantauan sepatutnya didirikan di kampung tersebut untuk tempoh yang lebih lama sekurang-kurannya bagi tiga bulan. Pembacaan alat tersebut sepatutnya diambil pada masa terdapat sebarang bau busuk untuk memperoleh keputusan yang tepat. Ini adalah lebih-lebih lagi sebab terdapat aduan berterusan daripada penduduk kampung Bukit Koman.
Tuan Pengerusi, dari maklumat yang saya peroleh dari Timbalan Pengerusi, Institut Pengurusan Cyanide Antarabangsa (ICMC), Norm Greenwald bahawa Raub Australian Gold Mining tidak pernah membuat apa-apa penanda tangani dengan ICMC termasuk ‘Forset Holding’. JAS berulang kali menyatakan syarikat ini ada mengikut kod yang diperaturkan oleh ICMC. Di sini saya minta kementerian menunjukkan bukti-bukti ini.
Kedua, sekiranya syarikat tersebut ada mengikut kod-kod ICMC yang dinyatakan adakah syarikat tersebut pernah berhubung dan menjemput ICMC ke tapak perlombongan cyanide di Bukit Koman, Raub, Pahang supaya mendapatkan nasihat dari pakar-pakar ICMC. Sila jelaskan sejak bila dan siapa dari ICMC telah terlibat dalam penilaian PEIA yang berkenaan? Sekiranya tidak ada nasihat sah yang diberikan oleh pakar-pakar ICMC, apa dasar dan piawaian kementerian untuk meneruskan kegunaan cyanide di Bukit Koman, Raub, Pahang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Ketiga, saya ingin kementerian jelaskan apakah syarat-syarat kod ICMC mengenai lingkungan jarak minimum perumahan yang dibenarkan untuk perlombongan emas yang menggunakan cyanide? Saya juga minta kementerian jelaskan, berapa jarak perlombongan syarikat tersebut dari kawasan perumahan yang terdekat sekiranya jarak minimum tidak mematuhi syarat-syarat ICMC. Berdasarkan apa, PEIA boleh diluluskan sekiranya kementerian tidak mematuhi kod ICMC? Apakah piawaian antarabangsa yang diguna oleh kementerian?
Saya juga ingin merujukkan ke B.23, Butiran 040000 – Mineral dan Geosains. Isu dalam kes Bukit Koman bukanlah isu perlombongan emas sahaja atau kegunaan cyanide tetapi melibatkan fasiliti-fasiliti memproses ILGN kepada perkampungan Bukit Koman, Raub, Pahang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Setahu kami tidak ada satu pun lombong emas di dunia yang terletak dalam lingkungan 10 kilometer daripada mana-mana kampung seperti Bukit Koman, Raub, Pahang kecuali di mana perkampungan timbul selepas lombong emas dimulakan dan didiami oleh keluarga pekerja lombong.
Raub, Pahang mengalami hujan yang tinggi, kira-kira dua meter setahun dan memandangkan ini berpotensi untuk berlakunya kemalangan adalah besar, satu kemalangan di kawasan ini akan membawa impak yang cukup sustainable kepada komuniti ini sebab fasiliti tersebut begitu dekat kepada Kampung Bukit Koman. Apakah prosedur keselamatan yang diamalkan oleh ILGN pada masa operasi biasa dan yang akan digunakan jika berlakunya sebarang kemalangan. Memandangkan proximity ini, dokumen- dokumen yang diteliti oleh kami termasuk Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak mengandungi sebarang maklumat tersebut. Spesifik kepada isu proximity facility tersebut kepada perkampungan.
Seterusnya apakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan ataupun masyarakat tempatan daripada wujudnya fasiliti memproses emas di Bukit Koman. Syarikat ILGN dimiliki sepenuhnya oleh Peninsular Gold Limited (PGL). PGL ditubuhkan pada 8 April 2005, sebagai satu syarikat awam, public company di bawah Undang-undang Jersey, merupakan satu pusat kewangan offshore yang mengamalkan peruntukan rahsia yang ketat. PGL ditubuhkan secara spesifik untuk tujuan mengambil alih ILGN dan S.E.R.E.M Sdn. Bhd. untuk tujuan memperolehi dana melombong mineral Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan sistem blok pada tahun 1990.
Di mana blok tanah negeri yang luas di tender kepada syarikat swasta sebagai usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang (PKNP). Satu perjanjian melombong ditandatangani oleh S.E.R.E.M..., Perak Motor Companies Sdn.
Bhd., Perak Motor dengan PKNP pada 9 Julai 1990 berkenaan kawasan melombong blok lapan. Pada masa itu S.E.R.E.M adalah anak syarikat kepada BRGN, syarikat perlombongan kepunyaan Perancis. Aktiviti S.E.R.E.M di blok lapan berhenti setelah BRGN mengurangkan operasinya di seluruh dunia. Akay Venture Sdn. Bhd. memasuki satu perjanjian jualan dengan S.E.R.E.M pada tahun 1997 dan S.E.R.E.M menjadikan anak syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Akay Venture pada tahun 1999.
Pada 17 Jun 2005, berterusan daripada satu Share Swap Agreement, PGL memiliki semua modal syer yang di issue. Issue syer capital kepunyaan ILGN dan S.E.R.E.M PGL, kemudiannya disenaraikan pada pasaran pelaburan alternatif di London Stock Exchange AIM....
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan, habiskan Yang Berhormat ya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Pendek sahaja. AIM adalah sebahagian daripada London Stock Exchange yang kurang regulasi dan tidak ada keperluan untuk capitalization dari bilangan syer yang dikeluarkan. Satu faedah adalah kurang regulasi untuk mematuhi dengan Sarbanes-Oxley Act 2002. Akta Sarbanes-Oxley yang juga dikenali sebagai Public Company Accounting Reform and Protection Act digubal akibat skandal korporat seperti Enron, Tyco International dan Peregrine Systems. Oleh kerana AIM merupakan adjuster market segment, ia tidak tertakluk kepada kebanyakan peruntukan mandatori yang terdapat dalam..., seperti yang dilakukan di UK...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habis masa Yang Berhormat.
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Sedikit sahaja. Satu minit. Peraturan lain yang terpakai kepada syarikat-syarikat yang disenaraikan di LSE. AIM percaya bahawa regulasi sendiri, self regulation adalah penting memandangkan kurang keperluan untuk mematuhi penuntutan undang-undang bagi entiti yang disenaraikan padanya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Syarikat yang ingin di...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu sudah masuk KLSE punya cerita itu Yang Berhormat... [Ketawa] Bukan environment lagi Yang Berhormat Bakri.
Habiskan Yang Berhormat Bakri.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey. Ini mungkin membahayakan untuk..., saya gulungkan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Gulung, jangan guling!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Gulung senang Yang Berhormat.
Terima kasih sahaja. Bolehlah gulung... [Ketawa] [Dewan riuh]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Akhir sekali saya hendak kata ialah, syarikat ini dipegangkan oleh bekas Setiausaha MCA, Tan Sri Kam Mun Wah...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Anaknya, Dato’ Sri Andrew Kam mempunyai kepentingan sepenuhnya dalam sebanyak 21,000 hektar tanah bersama dengan kepentingan pajakan dan permit melombong tanah yang dipenuhi emas...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Sekian, terima kasih... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Suka saya mengambil perhatian dan barangkali sudah beberapa kali saya mengutarakan perkara ini yang memberi keutamaan kepada nelayan- nelayan di kawasan saya iaitu di kawasan Dungun yang sudah berbelas tahun mengalami masalah dan memberi penekanan kepada pemimpin-pemimpin di kawasan saya. Kerana muara sungai ini memberi masalah kepada nelayan-nelayan untuk keluar masuk menangkap ikan dan pelbagai aktiviti laut dan sungai.
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
Saya fikir bukan itu sahaja kerana di Dungun ini juga, ada sebuah pulau tunggul yang tidak berapa jauh daripada pantai dan sudah pasti menggalakkan pelancongan akan berlaku apabila muara sungai ini di dalamkan.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar, memaklumkan bahawa perlombongan bijih besi di Dungun akan dibuka semula. Ini sudah pasti akan berlaku penghantaran barang-barang melalui darat dan juga melalui laut sebagaimana 40 tahun dahulu perlombongan bijih besi di Dungun.
Ini akan mengambil kira dan akan memastikan bahawa kuala Sungai Dungun ini pastinya akan didalamkan selain daripada memberikan keutamaan kepada nelayan- nelayan kawasan pantai. Kita ada 1,200 orang nelayan di kawasan pantai Dungun ini yang beberapa tahun dahulu dan sehingga sekarang ini masih lagi kehidupan mereka yang di tepi pantai ini menjadikan laut ini sebagai sumber pendapatan mereka.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah muara sungai Dungun ini akan didalamkan bagi memberikan keutamaan kepada nelayan pantai dan juga nelayan-nelayan yang menggunakan bot di lautan dalam supaya mereka akan sentiasa mendapat perhatian dan memberikan peluang kepada mereka untuk keluar masuk muara sungai ini?
Muara sungai ini yang hulunya sepanjang 173 kilometer panjang sungai. Jadi sudah pasti akan berlaku setiap musim setiap tahun akan pengaliran sungai ini membawa sampah sarap dan pasir dan membuat timbunan di kawasan muara.
Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun
Hari ini pun ada 3,000 orang rakyat Dungun yang dipindahkan kawasan penempatan akibat daripada hujan lebat. Jadi sekali lagi saya mengutarakan bilakah menteri akan melaksanakan untuk penggalian muara atau kuala sungai ini supaya akan memberikan suatu perhatian yang baik atau pun suatu kecenaan kepada rakyat dalam kawasan Dungun. Terima kasih. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Satu hari menunggu... [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya hendak menyebut perkara yang mudah sahaja.
Dalam perkara 020000 iaitu berkenaan dengan Penubuhan Pasukan Petugas Khas dalam urusan pengambilan tanah dan juga aktiviti-aktiviti yang terlibat bersangkutan dengannya untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan mengikut undang-undang serta tempoh yang ditentukan.
Di bawah kepala ini, keseluruhan aktivitinya menerima RM343 juta. Oleh sebab, pada tahun 2010, dianggarkan sebanyak RM4,100,000 urusan dan transaksi yang dijangka akan dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, dalam belanjawan yang baru dibentangkan pada beberapa minggu yang lalu, telah dimasukkan cadangan kerajaan untuk mengenakan RTGT ataupun CKHD sebanyak 5 peratus terhadap urusan-urusan terutamanya untuk pemindahan serta penjualan tanah-tanah yang mempunyai hak milik serta juga segala urus niaga yang bersangkutan dengannya.
Maka saya minta kepada kementerian untuk memberikan penerangan sedikit.
RM4,100,000 urusan ini adakah termasuk kepada forecast yang akan juga melibatkan exercise atau pun urusan-urusan yang bersangkutan dengan CKHD atau RTGT? Ataupun mungkin sebahagiannya terkecuali? Ataupun kalau dilihat dalam aktiviti yang keempat ini, disebut secara khusus. Iaitu tentang jumlah transaksi atau yang dikatakan sebahagiannya bukan urus niaga. Saya memohon penerangan untuk memberi kefahaman sedikit kepada saya terutamanya tentang aktiviti ini.
Kedua, apabila sebahagian daripada data-data persendirian pemilikan tanah dan juga aktiviti-aktiviti yang mungkin di bawah Program e-Tanah. Saya merasakan kementerian atau pun jabatan mungkin boleh memberikan penerangan yang lebih detail atau yang lebih lengkap berkenaan dengan pencapaian setakat ini. Sejauh mana kita menggalakkan penglibatan atau peranan yang dimainkan oleh agen-agen yang dilantik dalam urusan transaksi tersebut.
Tuan Pengerusi, pernah lihat atau tidak rancangan Animal Planet? Saya rasa ramai orang tengok rancangan Animal Planet ini. Sebab di bawah perkara 70000 ada satu peruntukan yang diberi untuk Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara. Itu PERHILITAN.
Pada minggu lepas,saya mengikuti rancangan ini. Dalam kandungan rancangan ini menyatakan di sekitar Borneo, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, menjadi tempat yang sangat diminati oleh para pengkaji hidupan liar atau PERHILITAN ini. Dalam rancangan tersebut telah menunjukkan, memberikan gambaran bahawa pengkaji-pengkaji ini telah meletakkan berpuluh-puluh bentuk civilian camera atau pun kamera yang boleh merakam dan juga memberi gambaran secara langsung tentang pergerakan haiwan-haiwan yang mereka minati.
Dalam rancangan tersebut mengatakan keseluruhannya mereka telah meletakkan lebih daripada 1300 buah kamera berteknologi tinggi. Bertujuan untuk memerhatikan dan melihat dengan izin, participant observation kerana minat mereka. Golongan-golongan ini telah menyasarkan tempat-tempat tadi terutama pada kawasan-kawasan yang kita klasifikasi sebagai khazanah utama perhutanan negara. Sebahagiannya juga mungkin berada dalam kawasan tadahan hujan, kawasan hutan yang dikawal dan sebagainya.
Mereka menggunakan alasan untuk tujuan pemerhatian kepada hidupan liar. Akan tetapi adakah pihak kementerian sedar atau pun pernah membuat tanggapan bahawa facility yang sama mungkin juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini kerana satu segmen yang ditunjukkan bahawa ada dengan izin, direct connectivity dengan civilian berbentuk satelit untuk tujuan ini. Sekiranya perkara dan kemudahan ini boleh diguna sama untuk membuat pemerhatian atau pun civilian kepada alam sekitar atau pun kawasan-kawasan yang diduduki oleh rakyat kita terutamanya di Sabah dan Sarawak. Mungkin juga perkara ini boleh digunakan untuk tujuan yang bukan tujuan untuk perlindungan PERHILITAN atau konservasi PERHILITAN. Saya membawa perkara ini supaya kementerian meneliti mungkin ada penerangan sama ada kita punya polisi yang jelas atas dasar yang munasabah untuk kita juga memberi civilian terhadap aktiviti mereka.
Sekiranya kita telah pun mempunyai polisi yang jelas, saya meminta kalau boleh pihak kementerian atau wakil memberi tahu apakah kerjasama yang kita jalinkan dengan pihak luar ini yang datang untuk tujuan seperti tadi? Adakah mereka ini membayar royalti- royalti yang tertentu kerana mereka telah mengeksploitasi hasil kita? Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ini semakin ramai yang bangun Yang Berhormat... [Dewan Riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta maaf lagi. Tidak boleh beri kepada semua orang. Saya akan beri dua orang lagi Yang Berhormat. Selepas itu, saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menggulung. Saya menjemput Yang Berhormat Tuaran. Selepas itu Yang Berhormat Bagan Serai barulah Yang Berhormat Menteri menggulung.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya menyentuh perkara dengan ringkas sahaja iaitu menyentuh tentang Butiran B.24 060200, B.24 060300 seterusnya kepada B.24 - 080200.
Tuan Pengerusi, saya sedar bahawa dalam soal alam sekitar ini ada dua jabatan.
Ini berkaitan dengan soal Sabah, di mana ada Jabatan Alam Sekitar Persekutuan dan juga Jabatan Perikanan Negeri. Walau bagaimanapun saya ingat dari segi sumber dan resources pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, perlu untuk membantu kerajaan negeri termasuk Sabah.
Pertama sekali, saya ingin sentuh berkenaan dengan keadaan semasa. Di mana berkaitan dengan keadaan global warming, kita lihat bahawa kekerapan banjir di negara kita ini termasuk Sabah dan Sarawak begitu kerap sekali. Sehinggakan perancangan dan persediaan pihak kerajaan negeri tidak lagi dapat menampung mengenai dengan keadaan semasa ini.
Persediaan untuk menghadapi banjir ini nampaknya perlu di realize, apabila kerajaan tidak dapat ataupun belum dapat menangkap kesan keseluruhannya dengan global warming, di mana ia menyebabkan hujan turun lebat banjir yang kerap. Jadi dalam soal ini Tuan Pengerusi, saya memohon kepada kementerian supaya dapat membantu kerajaan negeri. Pertama, soal nasihat iaitu perkhidmatan teknikal di mana ia perlu untuk memberi kesedaran kepada rakyat terutama sekali kepada mereka di peringkat kampung akan keadaan sebenar. Mereka ini tidak faham tentang global warming, mereka tidak faham bahawa keadaan hujan sekarang ini ada berkaitan dengan keadaan dunia pada keseluruhannya.
Jadi ini perlu untuk kerajaan membelanjakan lebih banyak mungkin perbelanjaan untuk memberi kesedaran. Oleh sebab jika rakyat tidak sedar maka kesannya di hujung masalah itu terpaksalah kerajaan membelanjakan banyak perbelanjaan untuk mengatasi masalah.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Jika rakyat secara mental bersedia memahami bahawa apabila berlaku satu bencana, maka rakyat senang untuk dikerah, senang untuk memberi bantuan dan juga respons kepada kerajaan.
Satu lagi perkara yang ingin disentuh secara ringkas Tuan Pengerusi, ialah saya lihat di Sabah ini dalam soal pembangunan tanah, koordinasi antara kementerian dan jabatan itu tidak begitu selaras. Saya beri contoh, apabila sesebuah syarikat pembangunan perumahan umpamanya, mereka mendapat kelulusan daripada Jabatan Tanah, kerajaan tempatan, tetapi kalau skill nya kecil jarang-jarang permohonan dan kelulusan EIA itu diperlukan. Saya lihat bahawa kalau saliran air daripada bakal kawasan perumahan itu diluluskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, maka projek perumahan itu boleh dibenarkan untuk diteruskan.
Namun begitu pada akhirnya apabila kawasan-kawasan perumahan persendirian, berselerak ini wujud maka secara langsung atau tidak langsung menyebabkan masalah banjir dan juga saliran the natural waterflow itu terganggu ke laut. Jadi pada akhirnya kerajaan terpaksa menanggung banyak masalah, Tuan Pengerusi dalam hal ini saya rasa Kementerian Persekutuan dan negeri harus bekerjasama untuk memberi guidance ataupun panduan kepada kerajaan negeri supaya apa juga perancangan-perancangan itu dapat dikoordinasi untuk menghadapi kemungkinan masa depan.
Satu perkara lain lagi, yang akhir Tuan Pengerusi ialah sekarang ini Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga kerajaan negeri telah memulakan rancangan untuk membangunkan sawah-sawah padi di Sabah. Satu kawasan yang dikenal pasti iaitu Kota Belud di mana ia bakal dibangunkan sebagai Jelapang Padi Sabah, tetapi saya lihat infrastruktur saliran air itu, pembangunannya tidak selaras dengan pembukaan tanah. Maksud saya Tuan Pengerusi, mereka yang respons kepada kerajaan dan seruan kerajaan untuk membangunkan tanah, ramai berminat tetapi pembangunan saliran perparitan itu tidak begitu cepat dibangunkan. Akhirnya apabila seseorang itu membuka tanah, maka air itu tidak berjalan menyebabkan program tersebut gagal.
Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana dalam beberapa tahun ini, saya melihat telah menyalurkan kewangan untuk pembukaan saliran dan sebagainya tetapi di kawasan Kota Belud ini, satu peruntukan yang komprehensif perlu disegerakan. Jadi itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Assalamualaikum dan salam bahagia semua sekali, terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian di kementerian ini. Saya ingin memulakan dengan Butiran.
070000 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Adalah merupakan menjadi satu masalah kepada masyarakat, terutama sekali di kawasan Kerian dan malah bukan di Kerian sahaja, kalau di Kajang sendiri pun masalah dengan kera ataupun monyet yang berleluasa dan tidak terkawal. Sebenarnya kera ataupun monyet ini telah menimbulkan masalah kepada petani dan juga penduduk, di mana habis pisang dan kelapa. Kalaulah kita katakan di kampung-kampung serta juga dengan hasil-hasil tanaman dibaham oleh monyet.
Sudahlah petani-petani ini miskin dan susah, ditambah pula dengan masalah monyet ini, lagi menyebabkan mereka ini lagi bertambah susah. Jadi kalau kita perhatikan bahawa kita hendak tembak pun, bukan orang kampung itu mempunyai senapang dan juga kesian pada monyet-monyet tadi. Jadi tidak tahu apa yang hendak dibuat. Oleh yang demikian apakah langkah-langkah kerajaan untuk menghalau dan mengurangkan monyet- monyet tersebut, yang ini yang kita hendak tahu bagaimana? Sama ada kalau diikutkan kita boleh tangkap dan eksport, kalau dahulu... [Ketawa] Akan tetapi sekarang ini nampaknya perkara ini tidak dibenarkan lagi.
Seorang Ahli
...Beri kursus.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
...Beri kursus mungkinlah, yang ini.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Yang keduanya, apa yang saya ingin masukkan iaitu di bawah Butiran, 08000 - Pengairan dan Saliran. Iaitu di bawah Butiran 14000 - Membaiki dan Memulihkan Semula Projek-Projek Yang Rosak Oleh Banjir. Kita tahu bahawa peruntukan yang diberikan di bawah tajuk ini, pada tahun 2010 sebanyak RM456190, manakala pada tahun 2009, peruntukannya ialah sebanyak RM4.5 juta. Kalau kita fikirkan kenapa begitu ketara sekali berkurangan.
Apa mungkin dengan kekurangan sedemikian dapat menjalankan pengurusan dan aktiviti-aktiviti. Yang pertama, sebagaimana dalam ucapan saya yang lalu iaitu berdasarkan kepada Laporan Audit Negara iaitu mengenai dengan pembinaan ban di Kampung Sungai Pinang 2 yang telah terbengkalai pada tahun 2006. Kita telah dinyatakan, dimaklumkan bahawa pembayaran telah pun dibuat sebanyak 63.5 peratus. Akan tetapi kerja sebenarnya hanya 50 peratus, apa telah jadi dengan projek tersebut. Takkanlah hendak dibiarkan sahaja, sampai bila dan bilakah perkara ini akan disambung semula?
Yang kedua, bagaimana pula dengan masalah sistem pengairan yang kurang sempurna di Semanggol dan juga di Kampung Diu menyebabkan 100 ekar padi yang tidak dapat dituai, sudah selama tiga musim. Masalah mereka ialah, jentera tuai tidak dapat masuk kerana tanah yang sangat lembut. Bilakah agaknya tanah tersebut dapat dikeringkan, apakah cadangan kementerian untuk mengeringkan tanah-tanah tadi dan bila hendak dibuat?
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Selain daripada itu, kita tahu banjir merupakan satu ancaman kepada negara dan ia merupakan satu bencana alam dan juga musibah. Semua ini terjadi adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia.
Oleh yang demikian, kita berusaha mengambil beberapa langkah atau cadangan seperti berikut. Pertama, menguruskan semula sistem perparitan dan sungai dengan mendalamkan kesuraman parit kerana parit-parit tersebut sekarang ini cetek dan penuh dengan ganggang. Tidak tahulah Melayu ini disebut apa. Ganggang ini maksudnya rumpai air yang dikatakan lumut. Ganggang atau lumut ini apabila ia ada di sesuatu tempat itu, ia akan menjadi - apabila ia kering dan mendap, ia akan menyebabkan pemendakan. Oleh yang demikian, kita akan dapati ia akan membawa kesan teruk kepada kedalaman parit ataupun sungai.
Seterusnya, saya mencadangkan agar mendalam parit-parit dan sungai kerana telah lama parit-parit dan sungai-sungai tersebut tidak diperdalam. Saya amat bersetuju sebagaimana yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pada 23 November lalu yang telah pun menyatakan di mana sungai-sungai dan juga parit yang cetek sama ada - sama sahaja sama ada di Kerian atau di mana-mana, kalau kita perhatikan, parit-parit tidak diuruskan dengan sempurna. Saya ingin menegur dan minta pihak kerajaan untuk mengadakan satu garis panduan supaya setiap kontraktor yang menjalankan kerja-kerja membersihkan parit dan sungai-sungai ini supaya jangan menggunakan racun yang ada.
Apa yang kita perhatikan, kebanyakan mereka menggunakan racun-racun.
Racun-racun ini sepatutnya - apa yang saya perhatikan bahawa sepatutnya parit-parit kalau masa dahulu pada tahun 50-an atau 60-an lalu, kita dapati bahawa parit-parit ini iaitu pekerja-pekerja akan turun ke dalam parit dan angkat semua sekali sampah sarap yang ada. Akan tetapi, apa yang kita perhatikan pada masa kini, mereka menggunakan racun, daripada atas sembur sahaja dan kita dapati patutlah rumput itu bersalam. Kita perhatikan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bersalam?
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Ya bersalam. Dengan pendalaman parit-parit dan sungai tadi, insya-Allah pengeluaran padi dengan sendirinya akan dapat mengurangkan dan mengatasi masalah miskin tegar yang ada.
Ketiga, saya juga mencadangkan supaya Kolam Bukit Merah yang merupakan salah satu penyebab berlakunya banjir selain daripada hujan lebat yang turun di Pondok Tanjong, Selama dan juga Taiping. Kolam Bukit Merah merupakan sebagai pembekal air ke sawah-sawah di daerah Kerian.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Apa yang saya cadangkan ialah supaya kolam tersebut diperdalam dan dibuatkan satu retention pond iaitu di bahagian Sungai Merah iaitu di antara - sebelum air itu sampai masuk ke kolam.
Apa yang dimaklumkan untuk Yang Berhormat sekalian, sebenarnya Kolam Bukit Merah ini terdapat satu projek yang begitu hebat di mana dijalankan oleh MK Land. MK Land telah membuatkan satu pulau untuk Pulau Orang Utan dan Pulau-pulau Orang Utan ini sekiranya air itu tinggi, maka dibuka pintu air. Apabila dibuka pintu air, inilah yang menyebabkan banjir. Jika sampai tiga hingga empat pintu dibuka, maka kita akan dapati Bagan Serai pun boleh banjir. Oleh yang demikian, apa yang saya cadangkan ialah supaya pendalaman kolam ini dilakukan. Jadi, apabila adanya retention pond itu, dengan dalamnya kolam itu, insya-Allah kita akan dapati bahawa banjir akan dapat dikurangkan. Bukan tidak banjir, banjir juga, tetapi dapat dikurangkan. Dalam pada itu, saya telah pun memohon pada bajet yang lepas iaitu sebanyak - tidaklah banyak mana iaitu sebanyak RM75 juta.
Keempat... [Ketawa] RM75 juta sahaja, tidak banyak, 75... [Ketawa] Selain daripada itu, kita perhatikan bahawa memperbaiki serta memulihkan semula jalan-jalan, ini satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat iaitu didapati bahawa jalan di atas pinggir-pinggir ban tadi iaitu kita sebut di sana, “tali ayaq besaq”. Tali ayaq besaq ini iaitu tali air utama tadi, kita dapati bahawa pengusaha-pengusaha ikan arowana, sebagaimana pada malam semalam, kita telah pun membincangkan mengenai dengan ikan hiasan. Di kawasan Bukit Merah berhampiran dengan tali air besar tadi merupakan satu tempat yang paling sesuai untuk mengusahakan ternakan ikan arowana ini.
Kita dapati sekiranya tuan-tuan lalu di highway, tuan-tuan akan nampak kolam- kolam tersebut. Mereka ini semua keluar melalui jalan iaitu jalan tali air besar tadi. Jalan tali air besar ini mereka gunakan lori-lori yang besar dan jentera-jentera berat. Kalau kita perhatikan sepanjang laluan daripada Parit Ali Kalang, Parit Haji Aman, Parit Gabis, Padang Lalang, Alor Setangguk, semuanya teruk disebabkan oleh mereka iaitu pengusaha tadi. Selain daripada itu, kita juga dapati bahawa misalnya ada di kawasan-kawasan lain juga seperti di Parit Sulaiman, Sungai Bogak, semua sekali mengalami kerosakan yang sama. Oleh yang demikian, saya harapkan supaya pihak kementerian dapat memberikan perhatian kepada mereka. Sudahlah mereka ini, naik dengan kapcai sahaja, bukan apa.
Jadi, tolonglah kita berikan peruntukan sedikit bagi mengatasi jalan-jalan tadi.
Masalah banjir juga melanda kawasan Parlimen Bagan Serai, Bandar Baharu, Kedah baru-baru ini. Saya telah mendapat satu laporan daripada pihak orang kampung iaitu mereka kata bahawa banjir ini adalah disebabkan oleh pecahnya ban di Permatang Pasir dan ditambah teruk lagi akibat pemecahan ban oleh Gamuda di ban Kerian, Sungai Bogak.
Ini mengikut laporan polis Bagan Serai/002905/09 bertarikh 16 November 2009 yang dibuat oleh penduduk. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk mengatasinya? Tolonglah, kita tengoklah apa benda yang patut supaya kita dapati bahawa sekurang-kurangnya dapatlah menyelesaikan masalah penduduk yang ada.
Akhir sekali iaitu Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Di daerah Kerian terdapat dua kawasan yang mengalami hakisan iaitu di Teluk Rubiah dan juga Sungai Baru, Kuala Kurau. Di Telok Rubiah, terdapat lebih kurang 500 ekar tanah yang telah diusahakan oleh petani dengan tanaman kelapa. Untuk makluman, tanah tersebut telah pun diteroka sejak tahun 1970 yang lalu, bermakna lebih kurang 30 tahunlah. Hakisan telah terjadi semenjak tahun 1975 dan hingga sekarang, tanah tersebut tidak dapat diusahakan.
Manakala cukai tanah perlu dibayar juga. Ini suatu yang menyedihkanlah. Di Sungai Baru pula, yang lebih dikenali sebagai Pantai Roboh turut juga terhakis lebih kurang masa tahun yang sama. Jadi, apa yang saya harapkan, kita terpaksa memikirkan untuk petani-petani iaitu penanam-penanam tadi supaya kerajaan mengambil satu tindakan. Untuk makluman, saya hendak cerita sedikitlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Sedikit sahaja.
Hendak cerita sedikitlah mengenai dengan tanah yang di Telok Rubiah ini.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Kalaulah sekiranya masa air tidak pasang iaitu surut, kita boleh nampak kalau kita bawa pengusaha untuk sign agreement, mereka akan sign. Akan tetapi, apabila air itu pasang, kontraktornya lari. Jadi, itulah saya harapkan bahawa suatu tindakan patutlah diambil untuk meningkatkan ekonomi penduduk di persekitaran. Sekian, terima kasih kerana memberi peluang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, sedikit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi... [Ketawa] Kita bercakap berlainan bahasa. Tuan Pengerusi bercakap bahasa istana, saya bercakap bahasa perwira... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya cakap bahasa peraturan mesyuarat tadi Yang Berhormat... [Ketawa] Keputusan Tuan Pengerusi adalah muktamad.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh lima minit?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah tutup tadi Yang Berhormat.
Sudah umum tutup.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, tetap juga bahasa istana.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bercakap bahasa perwira.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Pengerusi, pertama-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian ke atas perkara-perkara yang ada hubung kait berkaitan dengan kementerian saya. Saya menyambut baik ke atas teguran-teguran dan juga permintaan-permintaan. Tanpa membuang masa, saya akan menjawab terus kepada soalan-soalan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pertamanya ialah soalan dari Yang Berhormat Kuantan. Beliau mengemukakan beberapa soalan. Pertama, beliau bertanya apakah kementerian lakukan bagi mengelakkan kegiatan excessive logging oleh kerajaan negeri dan terangkan tentang pusingan tebang dan penanaman semula selepas pembalakan?
Tuan Pengerusi, kawasan pembalakan yang diluluskan berdasarkan catuan tebangan tahunan yang diluluskan mengikut Rancangan Malaysia. Sebelum pengusahahasilan berlaku, perlu ada rancangan mengusaha hasil hutan.
Pengusahahasilan perlu mematuhi pembalakan yang kurang berimpak atau reduce impact logging. Pengeluaran hasil hutan juga dihadkan kepada 85 meter padu sehektar sahaja.
Tanaman semula juga dijalankan di lorong-lorong penarik, manakala tanaman menggaya investment planting, dilaksanakan sekiranya perlu berdasarkan inventori hutan. Selepas tebangan, iaitu dua atau lima tahun selepas tebangan.
Pusingan tebangan adalah selama 30 tahun mengikut sistem pengurusan memilih.
Usaha pengurusan dan pengawalan diteruskan dengan pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan, di mana auditor bebas akan menyemak dalam pengurusan hutan yang dilaksanakan supaya menepati standard pengurusan hutan secara berkekalan. Oleh yang demikian, pengurusan dan penghasilan hutan yang diamalkan adalah tersusun dan terkawal.
Yang Berhormat Kuantan juga bertanya berkaitan kempen mengenai penggunaan buangan plastik dan polystyrene...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi kepada plastik tadi, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan saya sekiranya saya katakan bahawa kawasan yang diluluskan tadi termasuk sebagai excessive logging?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Mengikut apa yang diberitahu kepada saya, ia dibalak secara teratur. Ini bererti tidak ada excessive logging. Seperti mana yang saya gariskan sebentar tadi, ia telah dikawal dan dipantau untuk pembalakan tersebut.
Jadi excessive logging ini sebenarnya tidak timbul.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Bagaimana pula dengan EIA? Ini kerana jumlahnya itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi tidak jawab berkenaan dengan EIA, sebab saya katakan tadi kompartmen itu kurang daripada 500 hektar, tetapi jumlahnya 42,000 ekar. Jadi, bagaimana dengan EIA?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Sabar, sabar, saya belum sampai situ lagi... [Ketawa] Saya hanya menjawab berkaitan pembuangan plastik terlebih dahulu.
Saya tegaskan di sini bahawa kuasa ini adalah kuasa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Berkaitan dengan pembuangan radioaktif yang mungkin terlepas sekiranya kita teruskan pembinaan kilang itu. Bahan buangan radioaktif bukanlah... Saya juga ingin mengatakan di sini bahawa kawalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, perkara ini ialah di bawah bidang kuasa MOSTI. Kalaulah boleh, tanya kepada mereka.
Saya akan berbalik kepada pembalakan kurang daripada 500 hektar yang tidak tertakluk kepada perintah EIA. Yang Berhormat bertanya apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah tersebut? Kementerian sedang mengkaji semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Perintah EIA 1987 bagi mengatasi masalah pemaju cuba mengelak daripada menjalankan kajian EIA, bukan sahaja dari aktiviti pembalakan tetapi juga aktiviti- aktiviti lain.
Yang Berhormat Tenom...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Boleh saya tanya sedikit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri ya?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Boleh, boleh, boleh.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Saya hendak jelaskan betul-betul perkara ini. Ada dua perkara berkenaan dengan EIA ini Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pertama, berkenaan dengan satu kompartmen itu di bawah 500 hektar. Kedua ialah berkenaan ia menjadi satu kawasan yang begitu luas. Pada saya, ia satu kawasan yang begitu luas. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan ia luas atau tidak. Seolah-olah macam perkara ini kecil. Akan tetapi, saya minta sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan.
Besar ini... [Merujuk helaian peta yang dipegang] Ini seluruh jumlah 42,000 ekar itu. Kalau berbanding dengan bandar Kuantan, bandar Kuantan besar ini. Besar ini sahaja Bandar Kuantan. Ini 42,000 ekar keseluruhan yang telah diluluskan dalam masa setahun setengah. Saya khuatir, kalaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bukan excessive logging dan akan ikut jadual dan sebagainya, saya tidak nampak perkara ini boleh dilaksanakan, sebab masalah saya tahu di Pahang ini ialah penguatkuasaan.
Kita sudah ada kes sebelum ini di mana ada excessive logging dan menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk Sungai Lembing. Sehingga sekarang, kualiti air di Kuantan kotor oleh kerana selut daripada bukit. Jadi, saya belum yakin dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi satu jawapan yang lebih meyakinkan kerana walaupun satu kompartmen itu diluluskan tanpa EIA, tetapi apabila dilihat keseluruhan begini, takkan kementerian rasa it is okay. Harap dapat memberi penjelasan yang boleh meyakinkan saya.
Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih. Mengenai dengan kelulusan yang begitu luas sekali yang di petak-petak, minta Yang Berhormat bertanya dengan kerajaan negeri kerana kelulusan untuk membalak ini ialah terletak di bawah jagaan kerajaan negeri. Kita hanya menjawab berkaitan dengan...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Betul, saya kata di bawah kerajaan negeri.
Saya juga kata di bawah Kerajaan Pusat. Itu sebab saya tanya kementerian. Kalau kementerian sedar bahawa ini lebih daripada 500 dan kalau kementerian sedar bahawa ini begitu besar, apa yang kementerian boleh buat? Takkan kementerian kata itu di bawah kerajaan negeri? Takkan kementerian kata 500 hektar ke atas baru kita buat EIA? Takkan kementerian hendak berkata begitu? Saya rasa itu tidak bertanggungjawab. Sudahlah kerajaan negeri tidak bertanggungjawab, ini kementerian pun tidak hendak bertanggungjawab juga?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Saya fikir you salah sangka berkaitan dengan bidang kuasa ini. Tanah perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Memberi kelulusan ialah di bawah bidang kerajaan negeri.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Jadi kalau...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kita hanya boleh mengontrol berkaitan dengan alam sekitar...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
…Ini di bawah perubahan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang berhormat...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
…Kerajaan tempatan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Mahu beri laluankah Yang Berhormat?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
…Ini di bawah kerajaan negeri. Apa dia kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Cukuplah. Cukup! Saya berpendapat jawapan saya itu cukuplah. Terima kasih.. Yang berhormat Tenom, sistem amaran banjir di Sungai Pedas tidak berfungsi dengan baik, itu pertanyaan beliau.
Kementerian akan mengambil makluman ke atas teguran Yang Berhormat itu dan akan mengambil tindakan untuk memperbaiki sekiranya sistem itu tidak berfungsi. Yang Berhormat Tenom juga bertanya berkaitan dengan hakisan tebing sungai akibat banjir di Kampung Pentuman. Kementerian akan mengambil makluman juga tentang cadangan Ahli Yang berhormat dan akan dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Isu mengenai kajian sungai di negeri Sabah. Satu kajian berhubung program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air Sungai Kinabatangan di negeri Sabah telah dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan kini telah selesai kajian. Penyediaan laporan akhir sedang disempurnakan. Yang Berhormat Tenom juga bertanya berkaitan dengan terangkan lebih lanjut tentang Butiran 10802 - Projek Perhutanan Masyarakat Di Lokasi Di Sabah. Projek dilaksanakan di Hutan Simpan Bengkoka Pitas, Kudat yang melibatkan empat buah kampung. Aktiviti utama ialah forest restoration, dengan izin, kerana kawasan hutan tersebut adalah low land dipterocarp yang mudah terbakar. Ia juga sebagai satu cara untuk tebatan hutan mendekati dan juga bekerjasama dengan rakyat setempat. Aktiviti lain termasuk pembinaan menara untuk pemantauan kebakaran.
Seterusnya beliau bertanya berkaitan dengan apakah perancangan kementerian tentang perhutanan masyarakat bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara?
Perhutanan masyarakat adalah antara aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti bagi melibatkan masyarakat tempatan dengan aktiviti perhutanan antaranya seperti menanam semula pokok-pokok hutan dalam kawasan hutan simpan kekal dengan spesies seperti pokok buah-buahan, hutan, dan rotan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Program perhutanan masyarakat juga termasuk aktiviti menanam pokok-pokok hutan sebagai pokok tadahan di tempat-tempat awam seperti sekolah dan kawasan taman- taman. Program perhutanan masyarakat juga merupakan usaha mewujudkan peluang ekonomi masyarakat tempatan terutamanya melalui ekopelancongan. Banyak pertanyaan daripada Yang Berhormat Tenom ini. Dia bertanya juga berkaitan dengan isyarat bahaya banjir rosak. Ini sudah dijawab sebentar tadi.
Yang Berhormat Ledang bertanya berkaitan dengan isu komersialisasi hasil penyelidikan daripada FRIM, berapakah jumlah projek penyelidikan yang telah dijalankan ke arah komersialisasi? Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah 79 pre- commercialization projek telah dilaksanakan oleh FRIM berbanding hanya 28 pada Rancangan Malaysia Kelapan. Contoh yang baik di mana research development yang berjaya mendatangkan impak kepada ekonomi negara ialah penyelidikan kayu getah menjana RM7 bilion setahun daripada industri perabot yang...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun].
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
...Menggunakan kayu getah..
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Minta laluan Yang Berhormat..
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
...Sebagai bahan utama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau bangun Yang Berhormat.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat sedikit sahaja.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Saya banyak di sini Yang Berhormat.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Sedikit sahaja untuk mengelakkan kekeliruan yang masih tercetus di fikiran Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat, saya hanya ingin tanya kuasa...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Saya ada banyak betul...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Kuasa sahaja...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
...Mahu jawab di sini.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat perlu perjelaskan kuasa ini. Ini kerana pada saya kuasa walaupun negeri mempunyai kuasa untuk meluluskan kawasan pembalakan tetapi tidakkah Jabatan Alam Sekitar di peringkat negeri berkuasa melalui peruntukkan yang ada untuk menghalang menerusi kalau 300 ekar ke atas mesti dibuat kajian alam sekitar terlebih dahulu. Apa guna kuasa itu? Ini kerana undang-undang negeri dia tidak boleh lawan undang-undang pusat yang supreme ini adalah Federal. Akan tetapi Jabatan Alam Sekitar Negeri buat apa? Siapa yang lebih supreme dalam hal ini? Itu saya hendak minta beri penjelasan supaya kawan-kawan tidak terbuku di fikiran. Yang Berhormat perlu beri penjelasan dalam hal ini... [Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Seperti yang kita sedia maklum Yang Berhormat. Kerajaan negeri juga mempunyai akta tertentu di mana ia memberi kuasa kepada pegawai-pegawai yang berkenaan. Kita di pihak peringkat Persekutuan hanya bekerjasama dan seterusnya memberi garis panduan kalau sekiranya pegawai-pegawai di peringkat Kerajaan Negeri ini telah menyeleweng atau menyimpang dengan menjalankan tugas mereka maka kita mempunyai satu flying squad. Ada flying squad untuk check performance pegawai-pegawai ini. Ini lah sebenarnya keadaan dia sekarang ini.
Yang Berhormat Lipis, kajian EIA bagi projek sumber air tanah di Batang Padang, Perak. EIA tidak meyakinkan. EIA telah diluluskan mengenai aktiviti ground water prospecting. Penggerak projek disarankan menjalankan kajian lanjut mengenai aspek hidrogeologi untuk menentukan lokasi dan kuantiti air yang boleh diekstrak. Terminologi ini banyak yang cukup teknikal jadi maafkan saya if I cannot pronounce and say it properly...
[Disampuk]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Yang Berhormat Tawau bertanya berkaitan dengan EIA empangan di Sabah.
Laporan ini sedang diproses oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, mereka ini mempunyai akta tertentu untuk menjalankan sesuatu berkaitan dengan alam sekitar yang di bawah bidang kuasa mereka ini. Yang berhormat Tawau bertanya bagi projek arang batu di Sinakut, Sabah. Bilakah EIA akan bermula dan bilakah EIA siap? Terms of feference atau TOR bagi projek ini telah di bincang di mesyuarat pada hari ini, 24 hari bulan 11 tahun 2009. Laporan EIA selanjutnya akan dijalankan oleh penggerak projek berdasarkan terms of reference yang akan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar akan mengambil masa tiga bulan untuk memproses laporan EIA berkenaan.
Yang Berhormat Pasir Mas bertanya berkaitan dengan masalah saliran di Bandar Pasir Mas dan dia minta supaya dalam Rancangan Malaysia dapat diberi perhatian.
Kementerian akan mengambil perhatian dan akan memasukkan dalam senarai cadangan Rancangan Malaysia Kesepuluh... [Ketawa] Sebenarnya sudah banyak peruntukan di Kelantan. Rancangan tebatan banjir Lembangan Sungai Kelantan Fasa I.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Pembinaan flood wall dan level embankment di Kota Bharu dan kerja berkaitan kos projek ialah RM266 juta... [Ketawa]. Setakat ini, kita telah menyiapkan kerja-kerja itu menjangkau ke 17.8 peratus siap. Yang Berhormat Pasir Mas juga bertanya berkaitan dengan berapakah jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang ada sekarang? Berapakah jumlah tanah rizab Melayu yang telah diambil untuk projek kerajaan? Dan adakah jumlah tanah rizab Melayu yang diambil telah diganti? Itu pertanyaan Yang Berhormat itu.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menerima maklumat daripada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri bahawa jumlah keluasan tanah rizab Melayu dianggarkan 4,268,537 hektar. Daripada jumlah tersebut, jumlah tanah rizab Melayu yang terlibat dengan pengambilan untuk projek-projek dianggar 23,887 hektar. Penggantian tanah rizab Melayu adalah bergantung kepada Enakmen Rizab Melayu negeri berkenaan di mana tanah rizab Melayu tidak perlu dibatalkan jika negeri berkenaan mengiktiraf pemilikan tanah Persekutuan atau lain-lain badan seumpama sebagai Melayu. Sebaliknya, jika badan tersebut bukan Melayu, maka pihak berkuasa negeri hendaklah menggantikan tanah-tanah yang diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan satu kawasan yang baru dan sama keadaannya.
Setakat ini kementerian tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai jumlah tanah rizab Melayu yang telah diganti akibat daripada pengambilan tanah tersebut.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Sedikit sahajalah. Pendek.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Oleh kerana jawapan Yang Berhormat katakan tadi tiada lagi maklumat, jadi apakah Yang Berhormat Menteri akan mengarah pihak operasi tanah membuat kajian supaya mengenal pasti berapakah sebenarnya jumlah tanah rizab Melayu yang perlu diganti. Apakah ini akan dibuat? Sekian, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kita akan membuat arahan selanjutnya supaya maklumat-maklumat ini dapat di kumpul. Yang Berhormat Pasir Mas juga mencadangkan kepada kerajaan tentang penggunaan helikopter dalam pembalakan dan kedudukan hutan di Hulu Kelantan. Pembalakan lagi... [Ketawa]. Pembalakan di negara-negara maju seperti di USA, Canada dan Finland masih menggunakan sistem seperti di Malaysia iaitu menggunakan lori. Pada masa yang sama, pembalakan menggunakan helikopter terus diamalkan di negara seperti di USA dan Canada.
Untuk mengamalkan pembalakan menggunakan helikopter, perlu keluasan yang sangat luas. Amalan pengusaha hasilan di Malaysia khususnya di Semenanjung adalah secara kecil iaitu mengikut compartment. Satu compartment secara purata adalah seluas lebih kurang 200 hektar. Keluasan ini sangat kecil dan tidak ekonomi untuk menggunakan pembalakan helikopter.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tindakan-tindakan yang telah diambil bagi mengurangkan masalah berlaku kerosakan adalah:
(i) mengehadkan muatan lori yang mengikut spesifikasi jalan; dan
(ii) mengagihkan kawasan-kawasan pembalakan di beberapa kawasan supaya tumpuan lori balak tidak pada satu tempat sahaja; Keluasan Hutan Simpan Negeri Kelantan adalah kira-kira 623,000 hektar iaitu mewakili kira-kira 42 peratus daripada luas negeri Kelantan. Ini tidak termasuk kawasan Taman Negara iaitu kira-kira 103,000 hektar atau mewakili lebih kurang 7 peratus. Bagi memastikan hutan ini terus diurus secara baik, Kelantan terus berusaha memperoleh Sijil Pengurusan Hutan yang dikeluarkan oleh badan bebas berdasarkan standard pensijilan hutan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh sedikit?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Banyak betul beliau... [Ketawa] Nanti tidak habis Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sedikit sahaja. Takut sudah lanjut. Sedikit. Yang heli-logging tadi. Saya kurang pasti sama ada jawapan Yang Berhormat mengatakan bahawa menggunakan heli-logging adalah tidak economical kerana compartment kecil.
Saya rasa ini debatable, boleh dihujah. Bukankah Yang Berhormat sedar bahawa perniagaan kayu balak ini menguntungkan dan banyak orang jadi instant millionaire Tuan Pengerusi, ialah melalui kawasan pembalakan. Cukup besar keuntungannya, 50 ekar, 100 ekar, ada orang jual kelulusan itu atas kertas sahaja RM200,000 - RM300,000, 1,000 ekar dapat RM10 juta – RM12 juta. Jadi, kalau disyaratkan kena heli-logging, mungkin kos itu naik sedikit, keuntungan mereka kurang sedikit tetapi kita dapat selamat alam sekitar, kebersihan udara, jalan-jalan kampung elok, tidakkah itu patut di fikir ke arah masa depan yang lebih maju? Sekian, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya sudah katakan tadi sememangnya kalau kita mahu menggunakan helikopter untuk membalak ia tidak ekonomi, ia memakan belanja yang besar. Di dalam perkara ini kita juga mengambil kira apabila mungkin kita memberi kelulusan untuk membalak, kerajaan pun juga mencari pendapatan, ia mengenakan cukai kepada mereka. Jadi, kita bersimpati sedikitlah.
Keduanya ialah kita sentiasa memantau dan kita akan sedaya upaya menjaga pergerakan pembalakan itu supaya kayu-kayu yang sepatutnya dibalak itu hanya dibalak.
Itu sahaja yang kita benarkan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Dan kedua ialah menjaga alam sekitar kita. Dalam peraturan-peraturan kita, sungai kita patut dijaga. Ini memerlukan kerjasama bukan sahaja orang yang membalak tetapi termasuk juga menggunakan undang-undang penguatkuasaan kalau sekiranya pembalak-pembalak itu tidak bekerjasama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong bangun.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Okey lah, saya ingat...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, secara ringkas sahajalah...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Ringkas.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ringkas sahaja dan saya pun tidak mengambil bahagian tadi. Beri peluang kepada rakan-rakan sini termasuk Yang Berhormat Pasir Mas.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Pensiangan, saya memang percaya Yang Berhormat sangat begitu serius dengan apa yang dikatakan untuk memelihara hutan di negara kita dan juga untuk mengawal selia pembalak-pembalak supaya tidak berlaku benda-benda yang tidak diingini. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, saya sering itu bertanyalah dengan pasukan penguat kuasa sekarang adakah mampu untuk mengawal selia semua ini?
Saya sebutkan hal ini kerana kalau Yang Berhormat... [Disampuk]. Mana tiada. Di Kepong kita ada itu lebih hampir 200 hektar di FRIM itu. Sebelah FRIM itu kita ada Bukit Labong...[Disampuk]. Bukit Lagong itu ada 20,000 hektar di situ... [Dewan riuh] Sri Gading itu memanglah. Ia satu jenis bunga yang kecil... [Ketawa] Hati beliau kecillah sebab itu.
Bukan, satu jenis bunga itu Sri Gading.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tengah bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya betul. Saya tahulah. Tidak nampak seperti bunga pun Sri Gading. Lebih mirip kepada gajah... [Ketawa] Bukan bunga. Di Taman Negara misalnya, sama ada Taman Negara di Semenanjung atau di Sabah, adakah kawalan yang ketat di sekelilingnya?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Di Bukit Lagong, saya nampak ada pembalakan juga. Bolehkah kita pantau supaya kawasan tadahan tersebut, jangan kita beri mereka potong. Cuba ya. Saya berharap, dan juga Hutan Belum, Yang Berhormat Sri Gading. Hutan Belum itu di Perak, utara Perak dekat dengan Gerik. Saya juga diberitahu ada pembalakan haram di situ. Saya berharap dengan kenyataan Yang Berhormat sebentar tadi yang begitu manis, dan saya berharap tindakan juga boleh manis. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Untuk makluman Ahli-ahli yang Berhormat, memang kita serius untuk memantau pembalakan ini. Saya akui bahawa untuk menguatkuasakan, menjaga dan memantau kawasan-kawasan untuk pembalakan, kecurian balak dan sebagainya memang sukar. Akan tetapi kita tidak biarkan begitu sahaja.
Jabatan Perhutanan telah merangka beberapa langkah untuk kita ambil tindakan supaya kita dapat mengurangkan perjalanan pembalakan.
Jika Ahli-ahli yang Berhormat memerlukan langkah-langkah yang kita lakukan, kita boleh beri. Boleh datang ke pejabat saya. Yang Berhormat Kuala Krau mencadangkan untuk menaikkan pusat pembiakan seladang di Pahang. Pusat pembiakan seladang di Jenderak, Pahang telah dibangunkan sejak tahun 1986. Pihak jabatan telah menyediakan infrastruktur dan kemudahan untuk membolehkan pembiakan seladang dilaksanakan dengan jayanya. Sehingga kini, pihak jabatan telah menaikkan taraf kemudahan disediakan untuk tujuan ekopelancongan. Usaha ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Kuala Krau juga telah bertanya berkaitan dengan penggunaan plastik, adakah kementerian saya telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertemukan berkaitan dengan perkara ini dan kita boleh bekerjasama, kami boleh memanjangkan masalah ini kepada kementerian berkenaan.
Yang Berhormat Kuala Krau bertanya adakah Jabatan Alam Sekitar menjalankan kajian gegaran di Bukit Tinggi. Pihak jabatan tidak menjalankan kajian gegaran kerana di Bukit Tinggi ia di bawah Jabatan Kaji Cuaca (MOSTI). Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Kuala Krau bertanya mengenai penuaian air tanah boleh menyebabkan berlakunya mendapan tanah.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Seterusnya mereka bertanya berkaitan dengan status Laporan EIA, bagi Projek Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah di Batang Padang, Perak. Penuaian air tanah secara mapan di mana pengeluaran air tanah dilakukan pada kadar selamat tidak akan menyebabkan ketidakstabilan struktur tanah dan perejahan air masin yang boleh menjejaskan ekosistem dan alam sekitar. Dengan cara ini, imbuhan air daripada permukaan akan mengisi ruang-ruang tersebut dan tidak akan menyebabkan tanah bawah lopong, rapuh atau rendap.
Pada bulan Februari 2008, Jabatan Alam Sekitar Perak telah meluluskan Laporan Kesan Alam Sekitar ke atas Projek Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah di Batang Padang, di mana dimestikan mematuhi 23 syarat kelulusan di dalam pembangunan dan operasi projek. Syarat-syarat kelulusan yang dikenakan oleh JAS ke atas Sime Darby adalah bagi memastikan projek ini dibangunkan dan dioperasi secara mapan iaitu telah mengambil kira segala impak pembangunan sumber air bawah tanah ke atas persekitaran seperti penurunan aras air tanah dan kajian mapan tanah.
Kementerian bersama-sama dengan Jabatan Mineral dan Geosains serta agensi- agensi kerajaan yang lain telah menyediakan pelan strategik pengurusan sumber air bawah tanah negara yang telah diterima oleh Majlis Sumber Air Negara Keempat pada bulan Ogos 2008 yang lalu bagi memastikan sumber air bawah tanah tidak tercemar dan di pam secara berlebihan. Sehubungan itu, kementerian juga sedang menyediakan pelan tindakan sumber air bawah tanah untuk memastikan pelan strategik tersebut berjalan dengan lancar. Yang Berhormat...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Laluan Tuan Pengerusi, mohon kebenaran.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Okey, pendek sahaja.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau. Terima kasih di atas jawapan. Pertama mengenai 23 syarat yang telah dikenakan JAS – Jabatan Alam Sekitar terhadap Syarikat Sime Darby. Adakah kesemua 23 syarat telah dipatuhi untuk membolehkan Sime Darby membuat operasi? Kedua, saya juga timbulkan soalan mengenai Laporan EIA, Jabatan Alam Sekitar terhadap cadangan Projek Pembangunan Kilang Simen di Jebak Puyuh di Hutan Lipur Gunung Senyum, Kuala Krau. Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih. Saya tiada maklumat berkaitan dengan pematuhan 23 syarat tersebut. Akan tetapi apabila kita memberi syarat- syarat seperti itu, ia dipantau dan sepatutnya ia dipatuhi. Yang Berhormat Lembah Pantai...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Laluan Tuan Pengerusi.
Mengenai pembangunan kilang simen di Jebak Puyuh?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Nanti sebentar saya akan menjawab itu. Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan isu pembakaran hutan bagi pembinaan Empangan Bakun di Sarawak dan apa yang dilakukan bagi menyelamatkan sumber biojisim akibat pembakaran tersebut. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Natural Resources and Environment Board Sarawak. Yang Berhormat Lembah Pantai juga bertanya berapakah nilai keuntungan negara hasil dari pemberian lesen pasir. Jumlah kutipan royalti lesen pasir laut di bawah Akta Pelantar oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
(i) tahun 2007 - RM74,359.90;
(ii) tahun 2008 - RM813,550.12; dan
(iii) sehingga 15 November 2009 - RM713,450.28.
Manakala bagi pasir sungai dan pasir laut di bawah jarak tiga batu nautika, hasil tersebut dikutip oleh kerajaan negeri.
Yang Berhormat Lembah Pantai juga bertanya pembangunan di lereng-lerang bukit seperti Bukit Gasing menimbulkan kebimbangan penduduk. Disarankan kajian EIA dikenakan, sudah ada garis panduan, pembangunan tanah tinggi yang menetapkan kajian EIA mengikut kriteria-kriteria berkenaan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Beliau juga bertanya bagaimana menguruskan pencemaran di sekitar kawasan projek Bakun di mana sebanyak 64,000 hektar hutan dibersihkan dan terdapat lebihan buangan biojisim atau biomass yang dibakar di kawasan ini. Apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengelakkan berlakunya episod jerebu kedua.
Tuan Pengerusi, kita sememangnya mengambil langkah-langkah untuk menangani masalah ini dan langkah-langkah yang kita rangka itu panjang sekali. Jadi kalau boleh saya akan memberi jawapan secara bertulis. Panjang...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat berapa lama lagi?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Banyak lagi... [Ketawa] Yang Berhormat Ledang bertanya langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah banjir. Bagi langkah mengatasi banjir jangka pendek, sebenarnya saya sudah menjawab ini di dalam soal jawab, tetapi ia adalah termasuk di dalam pemantauan, mendalam sungai-sungai bermasalah, maintaining termasuk menebas, mencuci, mengorek mendalam dan melebarkan sungai serta membuang pokok-pokok yang membolehkan air sungai mengalir dengan lancar.
Manakala langkah jangka panjang untuk mengatasi banjir ialah melaksanakan kerja tebatan banjir seperti pembinaan kolam takungan banjir, pembinaan ban untuk menghalang limpahan air sungai, pengaliran sungai membina struktur kawalan hakisan tebing sungai dan pembinaan struktur kawalan desa.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan sedikit berkenaan menjaga sungai.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Boleh.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit sahaja. Saya mohon penjelasan daripada Menteri sebab saya melihat cadangan yang dicakapkan oleh Menteri tadi itu, terutama saya bercakap tentang sungai-sungai kecil bukan sungai-sungai besar seperti di Sabah dan Sarawak. Saya lihat gagal menyelesaikan masalah banjir. Akan tetapi apabila saya patah balik ke 20 tahun dahulu, saya lihat sungai-sungai di kampung sebenarnya dijaga oleh rumah-rumah yang di hadapan sungai itu.
Saya mencadangkan kepada Menteri agar apa salahnya diberi insentif kepada orang-orang yang tinggal di tepi sungai itu agar dia sendiri menjaga. Ini kerana saya lihat banyak projek bagi kepada kontraktor habis RM80,000 hingga RM90,000 tetapi masalah tidak selesai dan sungai tidak dijaga. Saya rasa mungkin boleh difikirkan perkara itu, kerana itu merupakan empowerment atau memperkasakan masyarakat setempat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih, oleh kerana ini merupakan satu cara yang baru menjaga sungai maka, kita akan ambil makluman ini dan mempertimbangkan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya berpuluh- puluh sungai Yang Berhormat, kalau hendak beri kepada semua orang tepi sungai itu tidak payah buat kerja lain lagi... [Ketawa]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Ya, saya setuju, menjaga sungai sahaja. Akan tetapi Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sememangnya kita membuat seperti mana yang saya katakan tadi itu, ada rancangan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Apabila berlakunya banjir kita tidak boleh elakkan, we can not avoid it oleh kerana perubahan cuaca sekarang ini secara tiba-tiba, air cukup banyak. Jadi banjir ini berlaku apabila sungai kita tidak mampu untuk menampung air itu. So, banjir ini sememangnya berlaku seperti begitu but we have trying our best.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta soalan sedikit mengenai masalah banjir.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Boleh saya tanya soalan mengenai banjir?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
...Apakah perkembangan projek e- Tanah? Sebentar tadi, minta maaflah, banyak lagi Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mengenai penjagaan sungai ini. Saya telah bangkitkan hari itu, telah bertanya tetapi tidak dijawab. Soalan saya ialah JPS ada peruntukan untuk menyelenggara sungai-sungai ini, tidak semestinya sungai besar-besar, tetapi sungai di tepi jalan dan saliran-saliran. Akan tetapi masalahnya mereka selalu mengatakan bahawa peruntukan tidak cukup. Jadi sungai-sungai ini tidak diselenggarakan, penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan kadang-kadang pokok-pokok yang mati pun ada dan tidak diangkat.
Namun begitu apabila berlaku banjir kilat boleh pula mereka buang dengan menggunakan peruntukan kecemasan. Jadi kenapa kita mesti menggunakan peruntukan kecemasan sedangkan kalau kita menyelenggarakannya dengan baik, sudah tentu kesengsaraan ini tidak berlaku kepada rakyat.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri sudah 46 minit kalau boleh dapat habis dalam masa setengah jam macam itu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Setengah jam?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jawab yang mana penting Yang Berhormat, yang lain boleh jawab bertulis.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Okey, terima kasih. Untuk menjawab soalan sebentar tadi itu, dalam sistem, kita memberikan peruntukan kepada setiap negeri itu menjaga sungai-sungai, membersihkan sungai. Jadi kadang-kadang kita amanahkan kepada jabatan negeri itu untuk menjalankan kerja-kerja itu, untuk memastikan supaya sungai-sungai itu di maintain, diselenggarakan, dibersihkan dan sebagainya. Kita ada peruntukan. Kalau boleh saya minta kebenaran daripada Tuan Pengerusi untuk saya teruskan sahaja ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kita boleh habiskan dan kalau boleh tolonglah jangan mengganggu lagi... [Ketawa] Ini berkaitan dengan e-Tanah persoalan daripada Yang Berhormat Parit Buntar. Aplikasi projek e-Tanah bagi projek perintis di Pulau Pinang telah siap dan sedang diguna pakai di semua pejabat tanah di Pulau Pinang. Sehingga 30 Oktober 2009, sebanyak 80,700,17 persaraan telah diterima dan jumlah RM400,000,01.1 telah berjaya dikutip melalui sistem ini. Projek e-Tanah sedang diperluaskan di Negeri Sembilan dan Melaka. Pada masa kini aktiviti pembersihan data sedang dilaksanakan bagi memastikan data-data yang digariskan dan boleh dipakai tepat dan reliable.
Yang Berhormat Parit Buntar juga bertanya berkaitan dengan pencemaran sungai, usaha yang sedang dibuat oleh kementerian untuk menangani isu pencemaran sungai ialah, ini mungkin pendek jadi saya boleh beritahu. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh JPS dan alam sekitar ialah:
(i) mempertingkatkan penguasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling tahun 1974 dan peraturan-peraturannya;
(ii) mempertingkatkan aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar di kalangan orang awam dan para pelajar terutamanya; dan
(iii) melaksanakan program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai. Antara tindakan yang diambil ialah:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
(a) mengehendaki syarikat pemasangan dan mengendalikan kelengkapan pengawalan pencemaran seperti membina perangkap sampah;
(b) mengadakan Program Satu Negeri Satu Sungai juga bertujuan memulihkan dan mengembalikan sungai;
(c) menubuhkan sistem pangkalan data River Basin Decision Support System;
(d) menyediakan blueprint for river management in Malaysia; dan akhirnya,
(e) mengadakan kursus secara hands-on, pelaksanaan manual saliran mesra alam dan pelan kawalan hakisan dan kawalan empangan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Yang Berhormat Parit Buntar juga bertanya berapakah pegawai forest ranger yang bertugas dan berapa pegawai yang ditangkap kerana rasuah, sejauh mana zon penampan dilaksanakan, sejauh mana pelaksanaan selective management system dan hubungan jabatan dengan pihak NGO. Di semenanjung Malaysia, bilangan pegawai berpakaian seragam adalah seramai 3,830 orang. Ini merangkumi renjer hutan, pengawas hutan dan pekerja hutan. Berhubung dengan pegawai jabatan perhutanan yang disiasat kerana kes tuduhan rasuah adalah seramai 13 orang sejak tahun 2007.
Berhubung dengan zon penampan pula dimaklumkan sebelum kerja pembalakan dalam hutan simpanan kekal dijalankan, kawasan zon penampan ditanda, khususnya bagi pemeliharaan habitat tebing sungai serta kualiti air sungai. Semua kawasan pembalakan di dalam kawasan hutan simpan kekal diuruskan mengikut keperluan sistem pengurusan memilih. Ini adalah sebahagian keperluan untuk memenuhi syarat bagi memperoleh sijil pengurusan hutan yang dilaksanakan.
Kerjasama dengan pihak NGO terus diberikan perhatian khusus dan dipertingkatkan. Pihak NGO telah melibatkan diri secara aktif dalam beberapa projek seperti projek penanam bakau dan spesies yang bersesuaian di persisiran pantai negara dan ekspedisi saintifik. Ini menunjukkan bahawa kerjasama kami dengan NGO cukup baik.
Yang Berhormat Silam pula bertanya tentang pencegahan banjir di Sabah dan memandangkan sistem amaran banjir di sungai Kinabatangan, terutama di Lembah Segama diwujudkan. Kementerian akan mengambil perhatian ke atas cadangan yang baik Yang Berhormat memandangkan sungai ini merupakan sungai utama di Sabah.
Kualiti air di Segama adalah di tahap bersih iaitu di kelas dua berdasarkan indeks kualiti air kebangsaan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan terus memantau premis- premis yang terletak di dalam lingkungan lembangan sungai berkenaan bagi memastikan kualiti air Sungai Segama terus kekal di tahap yang ada pada sekarang. Itu menjawab pertanyaan Yang Berhormat Silam yang berbunyi, “Apakah tahap kualiti Sungai Segama di Sabah?” Yang Berhormat Silam juga bertanya berkaitan dengan penanaman pokok bakau untuk mencegah hakisan di persisiran pantai. Perkara ini akan diambil perhatian oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta melaksanakan projek penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai di persisiran pantai pada tahun 2010 kelak. Peruntukan yang dipohon adalah lebih kurang RM7 atau RM6 juta untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Yang Berhormat Silam juga ingin tahu status projek kajian arang batu sama juga dengan pertanyaan Yang Berhormat Tawau. Kajian telah dilakukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan di mana anggaran rizab sebanyak 359.2 juta tan metrik.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kajian susulan bagi menilai dengan lebih terperinci dilakukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di Pinangah dan akan disambung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya dengan berkaitan EIA pembalakan di Sarawak berdasarkan Laporan Audit Negara. Aktiviti pembalakan yang melibatkan EIA di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa National Resources Environment Board (NRAB) Sarawak di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.
Yang Berhormat Bandar Kuching juga bertanya tentang cadangan pembinaan 12 empangan hidro di Sarawak dan seterusnya berkaitan dengan projek smelting plant. Pihak pembinaan empangan hidro di bawah bidang kuasa begitu juga NRAB Sarawak di bawah kerajaan negeri. Projek ini tertakluk di bawah perintah EIA. Oleh itu, laporan EIA perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum projek ini boleh dimulakan dan dalam peringkat kajian EIA.
Yang Berhormat Kuching juga bertanya berkaitan dengan isu teguran Audit terhadap pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Sarawak di mana maklum balas Sarawak tidak diambil kira dalam laporan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuching, kementerian telah menerima maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak mengenai teguran dan pandangan yang telah dikemukakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Dalam konteks ini, kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa maklum balas yang dikemukakan oleh Jabatan Hutan Sarawak telah diambil kira. Ia telah diambil kira oleh Jabatan Audit Negara dan pihak Jabatan Audit Negara telah membuat pindaan sewajarnya terhadap laporan tersebut. Seterusnya, Jabatan Hutan Sarawak akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak pada 10 November. Mesyuarat tersebut telah mengkaji dan membincangkan teguran-teguran Audit di dalam laporan tersebut secara terperinci.
Bagi isu yang telah dibangkitkan, kementerian akan menyediakan rancangan pengurusan bagi menggariskan kaedah-kaedah penyelesaian dan tindakan yang perlu diambil. Kementerian seterusnya akan memantau tindakan-tindakan penambahbaikan terhadap teguran-teguran Ketua Audit Negara untuk memperkasa dan memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab Jabatan Hutan Sarawak ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, terutamanya di dalam pengurusan secara berkekalan.
Saya harap itu sudah...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Apa lagi?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya ingin minta dua penjelasan.
Pertamanya, daripada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya Kerajaan Persekutuan tidak boleh membuat apa-apa terhadap penjagaan environment atau pengurusan perhutanan di Sarawak. Terbiarlah sahaja kepada Kerajaan Negeri Sarawak walaupun alam sekitar kita telah dicemari. Itu soalan pertama. Keduanya, daripada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya apa yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu semuanya betul. Jika itu betul, mengapa ia harus di - top by the kerajaan negeri?
Akan tetapi, saya tahu dalam sidang Dewan Undangan Negeri, buku ini tidak dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sepatutnya Laporan Audit Negara dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, tetapi, pada tahun ini ia tidak dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.Mengapa ini boleh berlaku?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Nampaknya Kerajaan Negeri Sarawak tidak menghormati atau tidak menerima langsung Laporan Audit Negara tahun ini. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan atas percanggahan pendirian di antara apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa maklumat dalam buku ini adalah betul, tetapi on the other hand, the Sarawak State Government is saying that is not correct?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jangan berucap Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
...Penjelasan atas percanggahan pendirian di antara apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa maklumat dalam buku ini adalah betul tetapi on the other hand Serawak State government saying that is not correct.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Pertama, saya tidak ingin mengulangi lagi berkaitan dengan the “Markesen” of authority between the state and the Federal in as far as environment is concerned. Saya sudah menjelaskan sebentar lagi.
Berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara, saya sudah bercakap tadi, saya sudah answered dalam saya punya statement awal-awal sebelum itu. Ini sedang dibincang semula di antara Ketua Audit Negara dan Kerajaan Negeri Sarawak dan hasil dari itu, di situlah kita boleh mengambil tindakan-tindakan tertentu. Bukan itu saja, tetapi kementerian saya sendiri mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengenal pasti, untuk identify di mana kelemahan-kelemahan, di mana kerajaan negeri mungkin tidak senang hati. Allow us the time to do it.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Parit bertanya berkaitan dengan sungai semakin sempit akibat hakisan tebing sungai dan kajian untuk mengelakkan hakisan tebing sungai Perak, dan pembentukan pulau-pulau di sungai. Kementerian mengambil makluman keadaan ini, pulau-pulau di sungai boleh terjadi secara semula jadi. Jika pulau-pulau tersebut dikeluarkan, ianya tidak menjamin hakisan tebing sungai tidak akan berlaku lagi. Pihak kementerian akan mengkaji masalah hakisan di sungai Perak.
Seterusnya kawan saya Yang Berhormat Bakri, kawasannya Bukit Koman sudah berulang kali ditimbulkan dan sudah dijawab dalam penggulungan Menteri baru-baru ini pun dia sudah jawab juga. Dalam usul penangguhan pun ia telah dijawab juga dan dalam jawapan saya apabila perkara-perkara ini timbul, ia telah disiasat oleh pihak-pihak tertentu dan yang membuat aduan telah dipanggil baru-baru ini oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, sedihnya mereka tidak hadir. Hanya yang saya boleh cakap sini ialah, kita akan terus, tidak ada gas terkeluar daripada aktiviti itu dan selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan seterusnya memastikan segala syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi sepenuhnya. It is a very complicated matter.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Minta penjelasan kawan saya... [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Saya ingat tadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang sahabat-sahabat ini tidak payah penjelasan... [Ketawa] Body language pun sudah faham.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi, di sini saya ada satu permintaan, Yang Berhormat Bakri sanggup turun padang bersama Yang Berhormat Menteri ke kampung Bukit Koman Raub Pahang untuk menikmati bau busuk dan toksik yang tersebar dari kilang emas tersebut. Jika Timbalan Menteri anggap kes ini tidak serius, saya akan bawa Timbalan Menteri ke Bukit Koman dengan kereta saya pada bila-bila masa... [Ketawa] Kedua, adakah munasabah meletakkan sistem pemantauan udara hanya selama enam hari, mengapa tidak meletakkan satu stesen kekal sekurang-kurangnya stesen ini boleh mengurangkan kebimbangan penduduk Bukit Koman, Raub Pahang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Soalan ketiga ialah kementerian tidak mengikut kod ICMC apa piawaian yang kerajaan guna untuk kelulusan PEIA syarikat ini? Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Bolehlah kawan, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana dia telah menjemput saya dan menggunakan kereta dia juga, dia sanggup berbuat demikian. Jadi kalaulah begitu oleh sebab kesuntukan masa.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri, lepas sesi Parlimen boleh kita pergi bersama-sama.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Boleh.
Tuan Pengerusi
Ya, Timbalan Menteri sudah akur Bakri. Timbalan Menteri sudah akur. Okey jangan kasi panjang lebar lagi yang lain.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Lipis.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Ya, saya rasa tidak payah lagi.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi Yang Berhormat Bakri ajak tadi bukan kawasan dia itu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Pertanyaan-pertanyaan Ahli Yang Berhormat itu kita akan selesai, kita akan periksa apabila kita melawat ke tempat yang saya dijemput untuk melawat. Jadi tidak perlu saya jawab itu.
Tuan Pengerusi
Dia terima Yang Berhormat Bakri kasi...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bakri dia terlebih rajin jaga luar kawasan Raub, kawasan dia di Bakri, di Johor.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Kita wakil rakyat tidak kira kawasan mana. Orang minta tolong, kita mesti tolong... [Ketawa]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita 1Malaysia.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Selepas Krismas kita boleh bersama-sama ke Bukit Koman untuk menyambut Krismas atau Tahun Baru.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Arau pun hendak pergi tau!... [Ketawa]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengikut saya untuk berKrismas di sana atau Tahun Baru di sana.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Bakri tahu atau tidak Bukit Koman di mana?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Saya akan berbalik kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dungun, iaitu bilakah Muara Sungai Dungun akan dikorek untuk laluan nelayan. Kementerian mengambil perhatian atas masalah kecetekan muara Sungai Dungun yang membawa kesan kepada golongan nelayan di kawasan tersebut. Isu ini akan dikemukakan kepada kerajaan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat daripada Tuaran bertanya tentang Program Kesedaran Awam mengenai kesan yang ada kaitan global warming dengan banjir. Kementerian memang mempunyai program kesedaran awam alam sekitar melalui program rakan alam sekitar, sekolah lestari dan Kementerian Alam Sekitar, sekolah-sekolah akan terlibat serta program-program kesedaran awam juga dilaksanakan melalui kerjasama kementerian dengan badan-badan bukan kerajaan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya tentang pemasangan kamera pemantauan atau surveillance camera boleh disalahgunakan untuk tujuan lain selain daripada pemerhatian hidup luar. Perangkap kamera yang digunakan dalam hutan hanya boleh digunakan untuk pemerhatian hidup liar sahaja dan ianya tidak bersambung dengan satelit. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sentiasa memantau pemasangan perangkap kamera ini supaya tidak digunakan selain daripada tujuan yang dibenarkan.
Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkaitan pencapaian projek e- Tanah di mana sebentar tadi saya sudah jawab. Sejauh mana agensi-agensi yang terlibat memainkan peranan, sehingga kini pihak kementerian mendapat sokongan serta kerjasama sepenuhnya daripada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan projek e-Tanah ini seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara dan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang.
Yang Berhormat Bagan Serai pula bertanya berkaitan dengan kera, monyet yang menimbulkan masalah kepada petani kerana memusnahkan hasil tanaman mereka, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Memang sukar bagi kita untuk menghalau binatang ini oleh kerana mereka pun mencari makan dan juga boleh berjalan, boleh berpindah dengan dari satu pokok ke pokok yang lain tetapi walau bagaimanapun langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini adalah seperti berikut:
(i) tangkap dan pindahkan kera-kera bermasalah... [Ketawa] [Disampuk] Ini yang nakal-nakallah ke Taman Negara dan Sanctuary Hidupan Liar;
(ii) pengurangan populasi kera melalui kaedah kaleng. Apabila kita berbuat ini, kita pun kena marah juga dengan NGO.
Mengurangkan ia secara tembak dahulu terhadap kera-kera yang sudah di mana populasinya ini sudah berlebih-lebihan dan menimbulkan masalah kepada petani-petani kita. Pihak kementerian...
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, kalau saya boleh buat cadangan. Kalau tidak ada bantahan, kalau boleh jawapan menteri itu secara bertulis dan selepas ini kita buat MITI. Boleh?
Beberapa Ahli
Boleh!
Tuan Pengerusi
Dan kalau boleh kita habiskan MITI pada malam ini. Boleh?
Beberapa Ahli
Boleh!
Tuan Pengerusi
Secara bertulis sahaja, Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Okey, okey.
Tuan Pengerusi
Boleh? Boleh ya, secara bertulis?
Beberapa Ahli
Boleh!
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kalau begitu, saya menggulung dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Saya akan jawab dengan bertulis jawapan- jawapan yang sepatutnya dijawab pada hari ini. Setuju?
Tuan Pengerusi
Okey. Terima kasih, terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Pengerusi, Menteri belum jawab soalan saya lagi... [Disampuk] [Dewan riuh] Dia lepaskan soalan saya.
Tuan Pengerusi
Bakri, Menteri sudah bersetuju untuk melawat ke tempat itu dan terpulang kepada Bakri untuk menentukan tarikh, hari, bila.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Menteri belum kasi tahu saya lagi... [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Dan sewaktu melawat nanti, kemusykilan yang lain-lain itu bincanglah dengan Menteri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey, saya tunggu semualah termasuk Speaker.
Terima kasih... [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM860,970,100 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM860,970,100 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,693,691,000 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM2,693,691,000 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas.
[Mengira Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Satu sahaja.
Tuan Pengerusi
Bakri pun ikut bahas MITI juga? Waduh.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Pengerusi, saya besok tidak apa. Saya booking dahulu... [Ketawa]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Mana boleh, Bakri.
Tuan Pengerusi
Okey, saya bermula daripada BN. Sila Kota Belud. Kota Belud, lima minit.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berapa minit, Tuan Pengerusi? Lima minit?
Tuan Pengerusi
Lima minit.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Credit card jangan lagi dibangkitkan.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan cuba habiskan dalam masa lima minit sebagai yang saya tanyakan ini tidaklah begitu banyak dan saya rasa rakan-rakan yang lain pun boleh menanya yang lain-lain itu.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Bekalan 030100 - Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala. Saya ingin bertanya tentang keberkesanan satu pusat yang dikatakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usaha sama yang telah ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagaimana ianya yang dipanggil 4PU ini tidak nampak dan tidak terasa keberkesanannya? Saya cuma ingin minta penjelasan di dalam sesi ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah dibuat dalam program 4PU ini.
Tuan Pengerusi, soalan kedua saya ialah tentang kedudukan FTA Malaysia. Saya dapati kebanyakan FTA yang telah kita uruskan dan negotiatekan adalah FTA yang ada hubung kait dengan regional. Maknanya ASEAN dengan negara-negara lain seperti ASEAN-China, ASEAN-Korea, ASEAN-Jepun, ASEAN-Australia dan juga ASEAN-India.
Saya ingin tanyakan apakah status hubungan dua hala ekonomi di antara negara Malaysia secara individu dengan negara-negara yang telah pernah disebut oleh menteri iaitu FTA dengan US, dengan India, Chile dan juga Australia.
Saya juga ingin bertanyakan tentang masalah yang selalu timbul apabila conference yang telah dibuat oleh FTA Service Unit di agensi-agensi seperti MIDA, MATRADE dan SMIDEC ini. Kebanyakan conference ini, Tuan Pengerusi, kosong.
Walaupun kita adalah negara yang ke-17, ke-18, top twenty trading nation in the world tetapi apabila kementerian mengadakan conference ini yang bertujuan untuk menerangkan tentang kebaikan FTA kepada syarikat-syarikat yang mengeksport. Conference ini selalunya kosong dan tidak mendapat respons yang baik daripada syarikat-syarikat di Malaysia ini.
Walaupun ada pertambahan lebih kurang 500 syarikat yang menggunakan khidmat FTA ini, yang exporting under FTA, dengan izin, dari tahun 2007 hingga 2008 tetapi ada sesuatu yang tidak betul. Kenapa syarikat-syarikat di Malaysia yang mengeksport tidak begitu minat atau gemar mengikuti conference dan juga seminar-seminar yang dibuat oleh agensi-agensi kementerian ini. Apa silapnya, saya minta penjelasan, sedangkan kita adalah trading nation top twenty of the world. Juga saya ingin menanyakan tentang status bilateral talks, dengan izin, antara ASEAN dengan EU dan saya dengar bilateral talks ini telah somewhat stalled ataupun telah dicancel, saya tidak tahu statusnya. Jadi saya minta penjelasan daripada menteri sama ada ianya telah stall ataupun berhenti ataupun telah pun dicancelkan. Apa sebab-sebabnya? Apa negeri-negeri di ASEAN ini yang memberi masalah kepada persetujuan ASEAN-EU ini?
Tuan Pengerusi, selepas itu saya merujuk kepada Kepala 030600 iaitu PEMUDAH. Antara lain ialah PEMUDAH di bawah kementerian ini ialah cuba untuk memperbaiki keadaan investment environment di negara kita tetapi malangnya dalam World Bank Ease of Doing Business Index pada tahun 2008, Malaysia di bawah tangga 24 dan pada tahun 2009 meningkat kepada 20. Akan tetapi masalahnya walaupun kita berada di tingkat 20, Tuan Pengerusi, Singapura nombor 1, saya hairan sebab bagaimana negara- negara yang kecil dan jauh lebih mundur daripada kita mendapat ranking lebih tinggi.
Contohnya negeri seperti Georgia, Mauritius yang jauh lebih tinggi daripada kita. Saudi Arabia nombor 13. Thailand nombor 12. Jangan cakaplah USA, UK, Japan dan Australia ini.
Dan juga kalau kita melihat dari segi ranking enforcing contract, ini pun salah satu perkara yang menyebabkan sama ada syarikat-syarikat luar datang melabur di negara kita ialah enforcing contract yang ditandatangani di bawah undang-undang negara kita. Saya bagi contoh, Tuan Pengerusi. Kita nombor 59. Tidak apalah daripada 183 negara ini, kita nombor 59. Akan tetapi, ada lagi negara-negara yang lebih baik daripada kita ini yang tidak masuk akal. Contohnya negara seperti Latvia, Lithuania, Moldova, Ethiopia, Rwanda dirankkan sebagai negara-negara yang lebih tinggi daripada Malaysia dalam enforcing contract ini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi, something wrong somewhere seperti mana yang saya kata dengan izin, bagaimana kita boleh kalah dalam ranking enforcing contracts ini di bawah World Bank’s Ease of Doing Business Index ini dengan izin, kepada negara-negara yang saya sebutkan tadi. Kemudian, satu lagi indeks yang dikeluarkan oleh World Bank ini ialah dalam tajuk dengan izin, Dealing With Construction Permit. Kita nombor 109 daripada 183 negara di dunia ini dan kita dikalahkan oleh negara-negara seperti Micronesia, Vanuatu nombor 59, Estonia. Jadi negara-negara ini sepatutnya jauh lebih mundur daripada segi infrastruktur dan juga pembangunan ekonomi mereka. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Di bawah kementerian ada agensi dipanggil PEMUDAH. Apa yang akan dibuat dalam masa terdekat ini untuk menyelesaikan perkara ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur interested juga?... [Ketawa] Sila Yang Berhormat, teruskan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh saya teruskan? Okey, terima kasih.
Saya nak menyentuh berkenaan dengan isu AFTA di bawah Perkara 30000 iaitu di mana kita sepatutnya memuktamadkan beberapa perundingan yang telah pun kita rancang dan kita negotiate dengan izin, sekian lama seperti juga yang disebut oleh rakan yang sebelum ini menyebut tentang AFTA iaitu di antara perjanjian-perjanjian kita buat dengan rakan- rakan sekitar ASEAN di mana ASEAN NAM telah bersetuju untuk menghapuskan 100 peratus cukai import ataupun duti-duti import yang dikenakan terhadap barang-barang dagangan di antara kedua-dua negara yang terkandung dalam AG NAM. Walau bagaimanapun, ada lagi tiga negara ASEAN yang masih lagi mengenakan kadar di antara 2 peratus sehingga 5 peratus duti import. Adakah kita berjaya untuk memberi keyakinan dan membawa kepada meja perundingan supaya tiga negara yang masih lagi mensyaratkan bahawa duti import dikenakan kepada kita untuk segera dihapuskan atas dasar ataupun atas regulatory yang sama dalam kes tadi.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu adakah muktamad perjanjian DTA ataupun Double Taxation Agreement yang pernah kita tanya pada sesi yang lalu di mana pihak Kerajaan Amerika Syarikat masih lagi mengenakan syarat di mana DTA hanya tertumpu kepada item-item ataupun perjanjian-perjanjian terpilih. Maka, kita lihat walaupun Amerika merupakan rakan dagangan yang tinggi dengan negara kita dengan adanya sekatan ataupun kekangan di bawah DTA yang tidak boleh diratifikasikan ini, kita bimbang kita masih lagi dalam keadaan lower hand, dengan izin, apabila berlaku mana-mana rundingan tentang isu percukaian antarabangsa ini.
Di bawah Perkara 040500 - Bahagian Pembangunan Keusahawanan. Walaupun dulu bahagian ini diletakkan di bawah kementerian yang telah dibubarkan ataupun diserapkan fungsi ini kepada kementerian yang baru ini tetapi dengan adanya cadangan kerajaan untuk membuka penyertaan ekuiti ataupun pegangan ekuiti oleh syarikat-syarikat besar di bawah konsep liberalisasi sistem subsektor kewangan terutamanya, kita dapat lihat 70 peratus maksima dibenarkan dibuka untuk pegangan asing kepada syarikat-syarikat yang mempunyai interest atau mempunyai kepentingan tempatan ataupun kepentingan dalam negara, bersifat domestik. Kita akan lihat dengan adanya syarat-syarat baru yang mungkin kita boleh perkenalkan melalui dasar ini, kita harap 70 peratus maksima yang kita beri kelonggaran ini dapat kita susun semula barangkali terikat kepada angka 50-50 ataupun 60-40. Saya rasa lebih menyelesakan terutama untuk memupuk atau menggalakkan domestic growth kepada pemain-pemain tempatan kita.
Tuan Pengerusi, kita tengok juga di bawah peruntukan yang besar telah diberi kepada SME Corp Malaysia iaitu yang baru ditubuhkan untuk Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ada dua sektor yang diberi peruntukan walaupun kita tengok tahun lepas dan tahun ini memberi angka yang agak besar juga, RM40 juta lebih ditambah dengan bawah 600 sebanyak RM7 juta lebih iaitu berkenaan dengan promosi dan sebagainya. Saya cuba untuk meminta penjelasan kalau tak boleh malam ini, esok pun boleh jugalah berkenaan dengan peranan yang kita susun di dalam kepentingan yang akan dimainkan oleh SME Corp ini kerana beberapa hari yang lalu, soal ataupun isu ini telah dijawab juga oleh wakil Menteri iaitu Timbalan Menteri dengan beberapa jaminan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya mohon sekiranya penerangan yang lebih jelas sedikit diberi khususnya tentang peranan SME Corp ini dan saya cadangkan sekiranya boleh dipertimbangkan oleh kerana penubuhan SME Corp ini untuk menggalakkan penyertaan sektor-sektor industri kecil dan sederhana untuk membentuk satu gagasan ataupun membentuk satu kuasa yang baru dalam ekonomi dalaman kita dengan jumlah yang begitu besar penyertaannya, saya cadangkan barangkali boleh SME Corp mempertimbangkan untuk mewujudkan dwitahunan audit preferences dengan izin, sekiranya boleh dilaksanakan kerana SME memerlukan satu sektor bimbingan yang khusus dengan belanja yang begitu besar kita peruntukan, saya yakin sekiranya dipersetujui, langkah ini ataupun formulasi ini boleh kita laksanakan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya menyentuh satu butiran sahaja Tuan Pengerusi iaitu 13005 – Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Kalau kita lihat hari ini Tuan Pengerusi, negara kita adalah negara perindustrian menjelang pada tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan juga teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Kerana itu elemen keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan juga perusahaan. Tuan Pengerusi, berdasarkan kepada fakta yang saya ada, lebih kurang 50,000 siswazah telah berjaya diberikan latihan menerusi program pembudayaan usahawan sebagai usaha untuk menarik minat golongan ini untuk menceburi dalam bidang perniagaan.
Saya hendak tahu daripada pihak kementerian, sama ada latihan melibatkan Program Pembangunan Usahawan Siswa atau PPUS dan juga Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) dan Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) berkaitan langsung dengan Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah yang diberikan peruntukan sebanyak RM16.36 dalam bajet pada tahun akan datang. Malah juga saya ingin tahu di bawah program berkenaan, adakah siswazah yang ingin membuat pinjaman perniagaan tidak memerlukan jaminan ataupun penjamin. Jadi, apakah justifikasi yang membolehkan mereka ini tidak perlu sebarang penjamin.
Tuan Pengerusi, saya amat berharap siswazah yang didedahkan dengan program keusahawanan ini dipergiatkan dengan latihan-latihan di syarikat franchaisor dalam membolehkan mereka ini apabila tamat latihan akan merasa yakin dengan diri masing- masing.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Inilah yang dimaksudkan dengan kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan perlu dimiliki melalui amalan- amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang dan sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan seorang setiausaha akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan juga kelulusan yang sama. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, berapa banyak sebenarnya pinjaman yang telah diberikan kepada seorang siswazah usahawan? Sejauh manakah mereka ini dibenarkan untuk membuka syarikat bagi mendapatkan lebih banyak pinjaman?
Tuan Pengerusi, soal ini penting kerana kita mahu setiap siswazah yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan komitmen terhadap perjanjian kerja. Ini bermakna kesanggupan mereka melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja, kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Dan ini memberi kepuasan kepada pelanggan, menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti mana yang telah dipersetujui.
Sikap ini juga membolehkan orang lain percayakan dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Kepercayaan pelanggan, pembekal dan juga pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan juga kemajuan perniagaan terutama sekali kepada siswazah usahawan yang telah menceburi. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya membuat dua perkara sahaja iaitu Perancangan Strategik dan juga MATRADE. Hari ini yang sangat menarik ialah mengenai satu laporan dalam Malaysia Insider dengan tajuk “Malaysia’s next export” Apa “Malaysia’s next export, maids?” Maids is MATRADE. Dengan izin, “The nation’s mismanagement of talent could have serious repercussions not only on its ambitions to become a high income economy on par with that of developed nations but could also lead it to fall further behind even its counterparts in the region.
Head of research at Corston-Smith Asset Management, Lim Tze Cheng, recently did a tour of South East Asian countries and came away sufficiently impressed that he feels Malaysia may soon be found lagging behind its neighbors that it was once ahead of.” Saya lompat sikit. “I give it a 70 per cent chance that Malaysia will be exporting maids in 20 years. I wouldn’t be surprised if that happens unless we get our act together.
Lim is not the only one who is worried about Malaysia’s talent issues and there has been warnings from other parties as well including the World Bank and the Malaysian Employers Federation (MEF).
MEF Executive Director, Haji Shamsudin Bardan says that Malaysia is currently a net exporter of talent with outflows exceeding inflows.” Ini sangat mustahak bahawa mengenai strategic planning. Are we going to end up, akhirnya sebagai exporter of talents, semua yang cerdik pandai di negara kita.
Dalam usaha untuk mempromosikan perdagangan antarabangsa Malaysia dan untuk menarik pelaburan-pelaburan, apa yang berlaku baru-baru ini khasnya mengenai Global Competitiveness Index di mana Malaysia sudah jatuh tiga tangga daripada 21 ke 24 patutlah diambil serius oleh kerajaan dan MITI khasnya. Akan tetapi ini nampaknya tidak berlaku. Antara sebab-sebab kenapa Malaysia hilang competitiveness ialah oleh kerana korupsi institusi-institusi kerajaan.
Di sini saya harap bahawa MITI boleh memberi penerangan kenapa MITI sendiri melibatkan dalam satu korupsi yang terkini atas penyalahgunaan kuasa terkini iaitu apa yang diumumkan baru-baru ini mengenai satu exchange building for land di mana untuk membina convention centre yang baru untuk MATRADE RM628 juta – MATRADE Expo Centre diberikan kepada NAZA TTDI in exchange, dengan izin prime land di Kuala Lumpur seluas 65 ekar dengan gross development value sebanyak RM15 bilion dalam sepuluh tahun.
Adakah ini dengan tanpa apa-apa tender? Ini tentulah akan menjadi satu faktor yang khas untuk Global Competitive Ranking di masa depan untuk Corruption Perception Index masa depan. Kalau kita jatuh lagi daripada tangga ke 56 sekarang, sudah jatuh daripada 47 kepada 56 dan jatuh lagi pada tahun depan sudah tentulah isu-isu atau di mana tidak ada open tender yang menunjukkan bahawa kerajaan kita tidak serius mengenai open tender, transparency, accountability dan good governance akan menjadi isu yang penting. Kenapa ini boleh berlaku?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah MITI – oleh kerana MITI dalam rank untuk menarik, untuk mempromosikan perdagangan-perdagangan dan pelaburan-pelaburan. Bukankah tanggungjawab MITI untuk memastikan tidak terlibat dalam apa-apa issue, scandals seperti ini.
Ini akan menjadi satu isu yang besar. Kenapa? Sungguhpun Perdana Menteri ada menyebut bahawa dia komited kepada open tender semua procurement kerajaan tetapi kenapa ini berlaku di sini. Adakah itu the best deals? Kenapa kalau mahu begitu kita tidak perlu bincang sama ada di sini ketepikan masalah sama ada kita perlukan satu lagi convention centre. Oleh kerana ada convention centre yang banyak, yang underutilize.
Kenapa kalau mahukan satu MITI convention centre, satu expo centre bukanlah melalui open tender, get the best deals dan untuk negara untuk rakyat. Kenapa itu direct nego dengan NAZA TTDI? Kita tahu bahawa latar belakang NAZA yang ada dapat kepentingan yang begitu banyak daripada AP. Sebenarnya NAZA Group adalah pernah dinamakan sebagai antara “Raja AP”. Dalam 20 tahun ini dapatlah berbilion-bilion ringgit faedah oleh kerana dapat purata (average) 10,000 ke 15,000 AP setiap tahun.
Kenapa sekarang nampaknya ada lagi layanan yang khas (special treatment) dan menentang kepentingan negara ini? Kita tahu bahawa bangunan MATRADE apabila dibina adalah melalui satu proses yang scandalous. MATRADE yang sepatutnya dibina dengan harga RM167 juta dan patut disiapkan dalam tahun 1997 hampir lewat sepuluh tahun dan harganya naik daripada RM167 juta kepada RM280 juta akhirnya.
Begitu tinggi bezanya. Adakah ini akan berlaku? Sungguhpun ada building for land adakah kita lihat satu repeat di mana expo centre ambil masa sepuluh tahun tetapi development dalam prime land itu begitu cepat dan gross development value boleh didapati dalam sepuluh tahun walhal expo centre pun belum disiapkan.
Saya harap bahawa dalam perkara ini oleh kerana MITI terlibat kita dapatlah satu penjelasan. Sungguhpun ini dalam tanggungjawab EPU, saya tahu, tetapi oleh kerana MITI yang terlibat kenapa MITI tidak ambil tindakan supaya menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya perlulah mengkaji semula perkara ini. Kalau mahu meneruskan dengan projek ini, building for land adalah satu open tender bukannya terus seperti ini yang sangat tidak transparent dan accountable. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 08000 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia), Butiran 13007 – Program Pembudayaan Keusahawanan Untuk Pelajar Sekolah dan 13005 – Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Dalam ucapan yang lalu saya ada menyentuh tentang soal SME Corp. dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS dan berdasarkan peruntukan disediakan saya percaya SME Corp.
boleh membantu perusahaan kecil dan sederhana. Malah ingin sekali lagi, saya ingin membangkitkan bahawa PKS memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan niaga. Oleh itu apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada PKS ini ialah tempoh memproses permohonan geran yang terlalu panjang melalui SME Corp.
Jadi saya ingin tahu mengapakah berlaku keadaan yang sedemikian dan berapakah purata permohonan skim geran yang diproses selama sebulan dan apakah disebabkan krisis ekonomi sekarang merupakan salah satu faktor peningkatan geran pembangunan PKS pada masa ini. Saya juga mendapat maklum bahawa kerajaan hendak mewujudkan sebuah makmal PKS bagi meneliti corak pembangunan dan platform. Apakah dengan pewujudan makmal tersebut benar-benar membolehkan pembangunan PKS meningkat? Saya memohon penjelasan dan siapakah nanti yang akan memantau dalam soal itu dan sejauh manakah kajian yang telah dilakukan terutamanya dalam soal perbandingan dengan negara-negara lain?
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang soal keusahawanan kepada pelajar sekolah dan siswa kerana kita semua tahu bahawa bidang keusahawanan sudah menjadi semakin penting dan pesat berkembang sebagai suatu pengajian. Selaras dengan dasar kerajaan, peningkatan tahap kemajuan negara menyediakan banyak peluang untuk penerokaan keusahawanan. Di sini saya melihat, memberi petunjuk bahawa semua pelajar di institusi pengajian tinggi diwajibkan belajar ilmu berniaga. Malah lebih daripada itu ia sebagai isyarat bahawa graduan universiti perlu mampu berdikari selepas tamat pengajian, mesti pandai berniaga, tidak mengharapkan kerja daripada kerajaan mahupun swasta.
Di sini juga saya ingin bertanya, apakah di peringkat sekolah rendah juga perlu diwajibkan pembelajaran di dalam subjek keusahawanan ini? Cuma sekali lagi saya ingin bertanya program yang dirancang dan dimulakan oleh kementerian pengajian tinggi ini sama ada mempunyai pertindihan dengan usaha yang dilaksanakan lebih awal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebelum kementerian ini dibubarkan. Jadi saya mohon penjelasan yang jelas.
Tuan Pengerusi, selain itu saya ingin bertanya berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada universiti dan sekolah yang mengikuti program pembudayaan keusahawanan dan program keusahawanan. Di samping itu saya juga ingin bertanya sejauh manakah guru-guru pembimbing dalam menjayakan program keusahawanan tersebut? Adakah mereka ini mempunyai kelayakan yang berkaitan dengan program tersebut atau tangkap muat sahaja. Soal ini penting kerana pembabitan di dalam bidang perniagaan memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk bersaing dan berdaya maju.
Apa yang penting di sini ialah kewajaran pada peringkat kerajaan ialah bagaimana perlu diselesaikan masalah graduan menganggur. Saya melihat sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian, mereka terkapai-kapai tanpa pekerjaan. Maka alternatif terbaik yang dicadangkan ialah dengan bekerja sendiri iaitu memulakan perniagaan mereka sendiri. Bagaimanapun rasanya semua orang tahu bahawa punca utama pengangguran di kalangan graduan ialah kerana pasaran kerja yang sedikit sedangkan pasaran buruh terutamanya di kalangan lulusan universiti semakin meningkat dengan kehadiran beratus institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam ataupun swasta.
Melihat daripada perspektif positif pula, pembudayaan keusahawanan akan menjadi lebih banyak perusahaan atau organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang banyak ini akan mencipta lebih banyak pekerjaan yang pada suatu hari nanti negara kita sekali lagi akan mengalami kekurangan eksekutif profesional serta tenaga mahir yang diperlukan. Jadi saya minta adakah kementerian melihat perkara-perkara yang saya sebutkan tadi secara holistik dan mohon penjelasan. Saya menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. 030500 – Bahagian Dasar dan Penyelaras Rundingan FTA. Satu perkara yang saya hendak tanya mengenai dengan rundingan FTA dengan Amerika Syarikat. Apakah ia sudah hampir muktamad ataupun belum dan apakah isu-isu yang menjadi halangan dari segi rundingan untuk memuktamadkan FTA dengan Amerika Syarikat? Sesudah itu saya ingin bertanya pula dengan pihak kementerian apabila ia sudah hampir tamat dan sudah kenal isu-isu yang kira penting, apakah pihak kementerian perdagangan antarabangsa mahu melakukan engagement? Mengadakan engagement dengan pertubuhan-pertubuhan NGO, stakeholders untuk memberi reaksi terhadap mungkin isu-isu penting kerana FTA dengan Amerika ini cukup penting kerana Amerika ini negara gergasi sentiasa membuli negara- negara ketiga dan selalu menekan negara-negara kecil dan kita mesti mempertahankan maruah dan kepentingan negara kita. Ini tidak harus dilupakan. Jangan terlanjur nanti.
Apabila sudah terlanjur nanti, apabila di sign nanti, ditandatangani, sudah susah hendak patah balik, hendak perbetulkan. Jadi biarlah berhati-hati, “sediakan payung sebelum hujan”.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Pengerusi, 070000 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Saya juga rasa terpanggillah dan juga rasa terganggu, concern saya pun tersentuh mengenai dengan pembinaan Convention Centre MATRADE yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Saya juga tertanya-tanya apa perlunya MATRADE hendak buat convention centre? KLCC sudah ada, Putrajaya Centre sudah ada, Sime Darby sudah ada, sudah banyak. Sehingga ada pihak tertentu hantar SMS kepada saya Tuan Pengerusi, yang mereka katakan, yang diperlukan sekarang ini more good public transport. Not more convention centre, dengan izin. Ini yang diperlukan oleh rakyat.
Jadi hendak dibuat di Jalan Duta, harga tanah katanya RM1.5 bilion dan diberi kepada NAZA sekitar RM620 juta secara runding terus dan ini menjadi tanda tanya rakyat yang kira apakah dari segi ketelusan?
Dalam bab ini saya terpaksa bercakap mengenai dengan concern. Ini juga boleh memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan. Nasihat, ini merupakan nasihat. Kepada orang kampung, orang desa mereka mungkin tidak kisah asalkan mereka dapat subsidi baja, padi, beras dan macam-macam lagi, mereka tidak kisah. Asalkan mereka boleh hidup.
Akan tetapi golongan cerdik pandai, golongan muda sekarang ini, siswazah universiti yang baru keluar universiti termasuk kakitangan kerajaan. Walaupun mereka berdiam diri, tidak bererti mereka tidak protes segala apa yang mereka rasakan tidak betul, tidak telus ataupun sesuatu yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada kerajaan. Oleh sebab itu berkali-kali saya mengatakan jangan kita sekali-kali insult the intelligent of the Malaysian public rakyat sekarang ini terutamanya golongan muda. Jadi saya kira kalau harga RM1.5 bilion tanah diberi dengan RM600 juta lebih, kemudian ada perbezaan dibuat dengan cara direct nego, kenapa tidak diberi kepada GCLC kepunyaan kerajaan kalaupun hendak buat, kenapa beri kepada NAZA? Jadi ini menjadi tanda tanya.
Dahulu Tabung Haji sudah beli bangunan NAZA. Berapa ratus juta? Tidak cukup lagi? Jadi perkara ini mesti dikaji balik. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan itu MATRADE ini juga mempunyai peranan penting iaitu di mana strategi pendapatan jangka panjang negara kita ialah bergantung pada eksport dan juga pendapatan syarikat-syarikat besar Malaysia yang beroperasi di luar negara untuk membawa masuk keuntungan iaitu dipanggil reverse investment.
Jadi dalam soal itu, saya hendak tanya apakah kerajaan sendiri mempunyai strategi eksport nasional dari segi jangka panjang dan menubuhkan Interagency Committee yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyelaraskan insentif mengembangkan pasaran bagi pengeksport Malaysia dan syarikat Malaysia yang menjalankan reverse investment. Ini tidak ada pilihan sebab kita masih lagi boleh berpaksikan kepada eksport oriented. Jadi maka tentulah strategi ini penting dimainkan oleh MATRADE bukan hendak bina convention centre. Selain daripada itu, menggalakkan terutamanya syarikat bumiputera yang diberikan kontrak besar oleh kerajaan dalam pasaran agar memberanikan meneroka pasaran luar negara dan bersaing untuk mendapat kontrak di luar negara. Ini ada hubung kait Tuan Pengerusi dengan 19508 iaitu Program Promosi dan Pemasaran Usahawan Kecil dan Sederhana (SDSI).
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Syarikat bertaraf IKS yang berjaya mendapat kontrak dari syarikat Papan Utama BSKL yang beroperasi di luar negara masih menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada bank-bank di Malaysia walaupun ini adalah strategi yang digalakkan oleh kerajaan untuk mencontohi strategi yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar Jepun.
Oleh yang demikian, syarikat IKS sudah mula hilang minat - sedar atau tidak - mengikuti rombongan ke luar negara yang dianjurkan oleh kerajaan dan oleh syarikat BSKL yang beroperasi di luar negara, akhirnya memberi kontrak kepada syarikat tempatan luar negara. Ini jelas menjejaskan peluang keemasan bagi menggalakkan syarikat IKS mengembangkan operasi ke luar negara. Saya berharap agar kerajaan dapat mencari penyelesaian kepada masalah syarikat IKS yang mahu mencebur diri dalam kegiatan di luar negara.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terdapat persepsi yang agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat GLC masih mengenakan syarat terlalu ketat untuk memberikan kontrak, di mana kesudahannya hanya syarikat antarabangsa yang mendapat kontrak-kontrak tersebut.
Tuan Pengerusi, cabaran IKS tidak terhenti kepada peluang mendapat kontrak daripada agensi-agensi kerajaan dan GLC. Mereka juga menghadapi kesukaran yang sama apabila berdepan dengan institusi bank. Ini 10300 - Bank Industri Kecil dan Sederhana.
Inovasi dan kreativiti masih tidak nampak dipraktikkan oleh institusi bank, di mana pinjaman hanya diberikan berlandaskan kekuatan balance sheet, ditambah pula dengan permintaan cagaran yang tinggi, masih lagi di takuk lama.
Bank-bank pembangunan juga mengenakan syarat-syarat yang sama dengan bank komersial, lantas sudah tidak ada perbezaan antara bank pembangunan dan bank komersial. Apatah lagi, syarikat-syarikat IKS ini lagilah terhimpit. Saya apa pun kagum dengan kesungguhan kerajaan memperkenalkan pelbagai program, insentif dan juga geran dan subsidi bagi membantu, khususnya syarikat IKS. Akan tetapi harus diingat bahawa banyak syarikat IKS tidak termasuk dalam kategori yang boleh mendapat geran ataupun subsidi. Maka pinjaman banklah merupakan usaha terbaik bagi mereka untuk terus maju dan besar.
Malah kalau mereka melahirkan produk-produk baru, hasil daripada R&D pun mereka tidak boleh commercializekan hasil yang mereka lahirkan itu sebab tidak ada modal untuk menjayakan atau meneruskan hasil kajian yang mereka usahakan. Kita tengok Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ada bagi geran untuk macam-macam aktiviti software. Saya baru berjumpa dengan satu company baru-baru ini, “Foamlab” kerajaan bagi hampir RM6 juta, sudah ada produk, tetapi tidak boleh hendak buat hardware dan seumpamanya kerana bank tidak bagi pinjaman. Maka terbantut, jadi, hasil R&D tidak sampai ke mana pun. Ini berlaku di sesetengah negara di Latin Amerika termasuk Cuba, akibat daripada embargo. Iran, Cuba terutamanya apabila mereka menghasilkan ubat- ubatan yang bermutu tinggi, tetapi tidak dapat dicommercializekan oleh kerana kesukaran modal dan dihalang oleh Amerika Syarikat.
Jadi, Tuan Pengerusi, inilah di antara perkara yang saya harap mendapat perhatian daripada MITI. Ada lagi perkara-perkara lain tidak dapat saya sebut. Cuma tinggal lagi dalam soal Bank Industri Kecil dan Sederhana, elok kalau saya dapat memperoleh maklumat lebih lanjut iaitu sudah berapa banyak usahawan diberi kemudahan pinjaman di bawah SME setakat ini dan strategi masa depan dan mestilah ada matlamat yang jelas supaya kelahiran usahawan kecil dan sederhana ini bukan sahaja dapat membantu jurang di antara usahawan bumiputera dan bukan bumiputera, tetapi yang lebih penting ialah mengangkat kedudukan prestasi ekonomi negara dari segi jangka panjang. Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Arau. Selepas Arau, Kepong.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Bagi Maksud Bekalan 24, 030600 - Sekretariat PEMUDAH, 040400 - Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasiliti Perdagangan, 050000 - MIDA dan 070000 - MATRADE. Mengikut Duta Amerika ke Malaysia semenjak tahun 1959 lagi, Amerika Syarikat merupakan rakan perdagangan utama Malaysia dan Malaysia pula adalah merupakan rakan perdagangan yang ke-16 paling besar bagi negara Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung telah menjadikan hubungan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia adalah lebih besar daripada hubungan dua hala dengan negara-negara lain seperti Australia, Brazil, India ataupun Thailand.
Jadi, lawatan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak ke New York mulai Ahad, kita berharap akan dapat membuka satu lembaran baru iaitu kesempatan untuk pelaburan untuk negara di New York. Ini kerana sudah pasti Perdana Menteri sedikit sebanyak akan menjual nama negara bagi meningkatkan pelaburan Amerika dengan negara-negara Asia Tenggara. Seperti mana yang dikatakan oleh Dato’ Dr. Jamaludin Jarjis, Duta Besar kita.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Perdana Menteri berhasrat untuk membina satu jambatan baru, hubungan baru yang lebih akrab di antara Kuala Lumpur dan Washington yang sekali gus boleh merangsang hubungan ekonomi perdagangan pelaburan di antara kedua-dua negara. Ini kerana dalam keadaan situasi dunia yang berdaya saing ini, bukan mudah untuk kita mendapat pelaburan untuk masuk ke negara kita dan ia tidaklah selancar ataupun semudah seperti yang berlaku di negara kita satu masa dahulu.
Jadi, kalau ini dibiarkan, negara akan rugi. Apabila pelaburan asing tidak lagi masuk, sekali gus ekonomi kita tidak akan berkembang. Kita ucapkan syabas apabila Perdana Menteri telah mempergiatkan usaha untuk kemasukan pelaburan asing. Cuma kalau kita tidak buat sesuatu untuk kita tawarkan, pelabur-pelabur tidak segan silu untuk mereka menyatakan bahawa mereka sudah mendapat tawaran di tempat lain dengan insentif-insentif yang lebih menarik untuk mereka melakukan pelaburan.
Jadi, hasil daripada itu, langkah-langkah bijaksana yang bersesuaian haruslah diambil untuk kita mengembangkan ekonomi negara kita, terutama mengembangkan sektor swasta iaitu dengan kita menggalakkan pelaburan-pelaburan masuk ke negara Malaysia.
Kita lihat usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan, terutamanya MIDA dan MATRADE ini dalam menggalakkan pelaburan asing akan memberi juga peluang pekerjaan kepada anak-anak kita dan kepada rakyat negara kita.
Jadi, soalan saya sekarang kepada pihak kementerian, pada Jun tahun lepas, Ketua Pengarah MIDA, Dato’ Jalilah Baba iaitu MIDA kini dalam peringkat akhir perundingan dengan beberapa pihak asing, termasuk dua projek berkaitan dengan industri berkaitan tenaga alternatif dan logam yang bernilai berbilion ringgit yang mungkin dapat merangsang pelaburan asing langsung (FDI) negara dalam bulan-bulan mendatang.
Berjayakah setakat ini MIDA mendapat pelaburan ini seperti mana yang telah dirancang?
Selain daripada itu, saya ingin bangkitkan soal keberkesanan pejabat-pejabat MIDA di luar negara seperti San Jose, Silicon Valley, Amerika Syarikat yang membawa masuk projek ataupun teknologi tinggi ke Malaysia. Kalau sudah ada pejabat MIDA, mengapakah Khazanah bekerjasama dengan syarikat-syarikat di luar untuk membawa masuk, misalnya projek-projek dalam biotech? Kalau tidak dapat bawa masuk, tutuplah pejabat kerana kita tidak mahu kerugian yang lebih besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam menanggung kos operasi pejabat-pejabat kita di luar negara kalau mereka gagal memainkan peranan yang sewajarnya yang amat diperlukan dan amat dituntut oleh negara dalam keadaan yang begitu mencabar sekali ataupun kita swastakan sahaja kepada syarikat tempatan yang boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini.
Sepertimana kita lihat berlaku di negara Thailand, mereka tidak meletakkan soal pasaran di luar negara dan mencari dan meneroka pasaran-pasaran baru, mereka tidak hanya meletakkan pada satu syarikat yang dikawal oleh kerajaan. Malah syarikat-syarikat yang lain, syarikat-syarikat swasta di negara berkenaan, mereka mencari inisiatif sendiri.
Malah mereka meneroka pasaran-pasaran baru yang dapat menggalakkan eksport bagi negara berkenaan. Ini merupakan satu yang harus dipuji dan tidak ada burden bagi kerajaan, tidak ada bebanan yang bakal ditanggung oleh kerajaan kerana berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di negara perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang lembap, maka langkah perlindungan semakin dibuat oleh setiap negara.
Jadi, apakah strategi baru yang dibuat oleh kerajaan dalam perdagangan luar dan cara-cara untuk kita membawa masuk pelaburan luar untuk mempercepatkan perkembangan ekonomi. Cuma dalam keadaan ini kita harus banyak menghapuskan kerenah birokrasi yang orang selalu katakan seperti yang baru-baru ini apabila sebuah syarikat bio-diesel untuk melabur di PKFZ di Port Klang, datang setahun tunggu, dua tahun tunggu, kemudian agensi ini, local government kata ini, ini masalah ini, one-stop agency tidak dapat memainkan peranan, tukang bawa surat sahaja, dia jadi posmen semata-mata.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Maka syarikat berkenaan lari ke Indonesia dan kita terlepas putih mata bilion ringgit. Billion of dollars yang ingin dilaburkan tetapi disebabkan kecuaian kelambatan entah apa masalah yang berlaku kita pun tidak tahu. Wallahualambisawab.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Akan tetapi terlepas lagi peluang-peluang yang macam ini hasil daripada kelalaian dan kelambatan kita dalam membuat keputusan. Jadi sebab itulah saya ingin mencadangkan di samping Jawatankuasa Kabinet perlu juga diwujudkan Majlis Pelaburan.
Di mana ahlinya adalah terdiri daripada pelbagai kementerian, supaya pemantauan ke atas suatu pelaburan dapat dijalankan agar tidak ada perkara-perkara yang tidak dapat dipantau, perkara-perkara yang boleh diselesaikan kerana birokrasi dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Jadi kita minta perkara-perkara begini harus diberi tumpuan oleh pihak kementerian.
Bukan kita cuba membuat sesuatu perkara baru yang sebenarnya boleh kita berikan. Ada benda-benda lain harus diberi keutamaan. Jadi selain daripada itu saya ingin mencadangkan penubuhan office of investment ombudsman into reviewing the works of government authorities responsible of coordinating investment issues. Ini kita ikut Korea punya modellah. Jadi saya berpendapat perkara ini penting dalam usaha kita mendapat keyakinan pelabur-pelabur bagaimana cara kita melaksanakan, bagaimana delivery system kita. Jadi kita berharap pihak Kementerian MITI untuk melaksanakan semua dasar. Demi masa depan negara harus bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran dan semua permasalahan yang timbul. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi secara ringkasnya. Butiran 030000 - Perdagangan Antarabangsa dan 070000 - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Pertamanya mengenai kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyertai satu conference, perhimpunan APEC di Singapura. Walaupun di dalam akhbar kita, media kita dilaporkan begitu hebat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya berharaplah demikian yang membayangkan keadaan sebenar. Walau bagaimanapun saya hendak mengetahui setakat mana kita dapat memastikan kepentingan dan penyertaan Malaysia di dalam APEC ini. Juga bagaimana kita dapat membantu penyertaan sektor swasta di dalam APEC.
Kedua mengenai dasar rundingan perjanjian perdagangan bebas. Tuan Pengerusi setakat ini kita mengumumkan bahawa ASEAN sendiri mempunyai rundingan untuk FTA.
Sementara itu kita nampak ada sepuluh negara di dalam ASEAN dan setiap negara ada rundingan berasingan. Inilah saya hendak mengetahui setakat mana kita dapat bekerjasama? Kalau ASEAN ada FTA dan juga negara masing-masing pun ada FTA juga.
Adakah ini akan bercanggah? Memang begitu. Kalau macam itu apakah guna kita adakan ASEAN sebagai satu blok untuk FTA ini? Tidak payahlah kita bagi FTA dengan Australia, FTA dengan Korea, FTA dengan Amerika Syarikat dan sebagainya. Setakat ini apakah rundingan FTA dengan Amerika Syarikat?
Setakat manakah kita berjaya? Bilakah akan diadakan perjanjian di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat untuk FTA ini? Akhir sekali mengenai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Saya memang bangkit banyak kali tadi Yang Berhormat Ipoh Timur pun ada bangkit mengenai bangunan MATRADE.
Tuan Pengerusi, kontraktor utama bagi MATRADE sepuluh tahun yang lepas itu ialah Perangsang. Dengan pembinaan bangunan MATRADE kalau kita lihat daripada jauh memang cantik kerana dia terletak di satu bukit. Daripada jauh kita boleh melihat gerbangnya begitu cantik.
Akan tetapi Tuan Pengerusi bukan begitu cantik kerana satu bangunan dianggarkan RM167 juta sahaja dan sepuluh tahun kemudian meningkat kepada RM287 juta seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Akan tetapi saya sendiri pun ada melihat mutu kerja di MATRADE itu dahsyat sekali. Setakat ini kita sudah siap dengan belanja yang banyak. Saya hendak bertanya, apakah tindakan kementerian untuk mendapat balik wang ini? Lebih RM100 juta yang dibelanjakan dan setakat ini kita tidak dapat balik. Di mana Syarikat Perangsang? Saya diberitahu sudah muflis. Lenyap daripada dunia ini. Di mana kita dapat balik RM100 juta lebih ini?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ini kerana bangunan dibina dengan tidak teratur, dengan pemborosan, dengan pembaziran dengan tidak ada peraturan langsung. Dengan ini saya dengarnya ada hendak buat pusat konvensyen pula. Saya berharaplah sebelum kita buat pusat konvensyen kementerian mengemukakan satu laporan mengenai tindakan yang diambil terhadap kontraktor. Apakah jumlah wang yang sudah dibelanjakan untuk bangunan MATRADE ini?
Memang satu perkara yang perlu dibuat sebelum kita adakan satu projek lagi untuk pusat konvensyen. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Maran.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Izinkan saya untuk bahaskan perdagangan antarabangsa ini. Saya menyentuh beberapa perkara sahaja. Pertama adalah Butiran 030000 - Perdagangan Antarabangsa. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan melalui kementerian ini kerana telah banyak membuat misi-misi dagang keluar negara bagi mempromosikan negara kita dan juga keluaran-keluaran negara kita. Cuma saya ingin tahu dalam tempoh lima tahun ini, kebelakangan ini berapakah jumlah misi dagang yang telah dibuat oleh kerajaan ke negara- negara luar? Negeri-negeri manakah yang telah terlibat? Juga saya ingin tahu berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan?
Ini kerana kita perlu melabur untuk kita mendapatkan pelaburan daripada luar, yang dibelanjakan oleh kerajaan bagi membawa misi-misi dagang ini ke negara-negara berkenaan. Berapa pulakah jumlah pelaburan yang telah dapat kita tarik ke negara kita? Ini sudah tentulah akan memberikan faedah kepada usahawan-usahawan kita. Juga saya ingin tahu berapakah jumlah bilangan usahawan-usahawan ataupun pedagang-pedagang negara kita sendiri yang bersama-sama mengikuti misi dagang ini yang telah memberikan faedah kepada mereka? Dalam bidang apakah usahawan-usahawan ini buat ataupun usaha-usaha yang dibuat dalam kita membawa pedagang-pedagang atau usahawan-usahawan kita ke luar negara?
Kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 070000 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana kita dapat sebuah bangunan yang cukup cantik walaupun telah menjadi isu yang agak besar dahulu. Di mana kos pembinaannya tinggi dan saya setuju juga sebahagian pandangan daripada Ahli Parlimen kita termasuk juga Yang Berhormat Kepong.
Kita hendak kalau boleh biar pelaburan yang kita buat ini - kita bangga dengan bangunan yang cantik.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Akan tetapi kita hendak tahu berapakah pulangan kepada kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan secara total kerana kadang-kadang dalam melaksanakan projek- projek ini kita berhadapan dengan kontraktor yang sebenarnya tidak bertanggungjawab, kita terpaksa menerima hakikat ini. Akhirnya, balanya ataupun kesannya diterima oleh kerajaan.
Cuma dalam konteks MATRADE ini, saya ucapkan terima kasih kepada MATRADE kerana di samping bersama dengan MIDA dan sebagainya ke luar negara juga membuat promosi dalaman yang pernah kita lihat di negara kita ini.
Jadi ini mungkin satu usaha yang cukup baik yang saya fikirkan kerana kita boleh menjimatkan perbelanjaan dan dalam masa yang sama kita dapat membawa pelabur- pelabur asing datang ke negara kita dan melihat apakah produk-produk kita dan apakah pula peluang yang boleh mereka laburkan di negara kita.
Jadi saya hendak tahu selepas pembinaan MATRADE ini, mungkin boleh menjawab sedikit apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepong tadi. Berapakah jumlah promosi yang dibuat oleh MATRADE sama ada di dalam dan di luar negara dalam kita mempromosikan perdagangan negara kita ini dan juga menarik pelabur-pelabur asing di luar negara ke negara kita.
Satu lagi Yang Berhormat Tuan Pengerusi ialah bangunan MATRADE ini cantik.
Cuma sesekali saya lalu kadang-kadang kita lihat masih belum dilengkapkan dengan sebaiknya.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Dengan adanya promosi yang diadakan oleh kerajaan oleh MATRADE sendiri oleh MITI ini, saya ingat telah ada pengisian. Walau bagaimanapun, saya kira adalah lebih baik kalau pihak kementerian ini dapat memikirkan apakah lagi program-program promosi yang boleh kita teruskan. Kalau boleh biar sepanjang minggu ada program diadakan di bangunan MATRADE ini dalam kita mempromosikan negara kita.
Tuan Pengerusi, yang berikutnya ialah Butiran 080000 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya hendak sebut sekali dengan Butiran 100400 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Dahulu dikenali NPC, Perbadanan Produktiviti Negara. Saya tidak tahu sebab peruntukan yang disediakan untuk perbadanan ini agak kecil. Ia merupakan perbadanan yang boleh menambahkan ataupun menghasilkan produktiviti yang lebih baik kepada negara kita.
Jadi saya ingin tahu apakah sebenarnya peranan MPC ini secara jelas dalam kita membantu kerajaan atau kementerian ini bagi kita meningkatkan produktiviti negara kita.
Berapakah jumlah program yang telah pun diatur oleh perbadanan? Oleh kerana kalau tidak silap saya di negeri-negeri pun ada perbadanan ini yang ditempatkan di bangunan- bangunan persekutuan tetapi kita tidak jelas berapakah peranan yang telah mereka mainkan secara teratur, secara berkesan bagi kita meningkatkan produktiviti negara.
Yang berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 130050 - Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Saya ucapkan terima kasih kerana ada program ini yang kita berikan galakan kepada siswa dan siswi kita. Cuma pada satu ketika dahulu saya melihat di kawasan saya ada mahasiswa ataupun graduan-graduan yang keluar ini yang melibatkan diri dalam usahawan-usahawan seperti pertanian dan sebagainya. Mereka buka tanah, tanam durian dan sebagainya akhirnya mereka berjaya.
Cuma saya tidak tahu sejauh mana setakat ini peranan ini. Saya minta kalau boleh kerajaan memberitahu saya berapakah jumlah siswa dan siswi ataupun yang telah terlibat dalam program ini? Sejauh mana SME Corp. tadi dalam membantu mereka ini dan apakah jumlah ataupun penglibatan perbelanjaan ataupun perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan dalam membantu program yang melibatkan siswa ini.
Yang berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 19511 – Latihan Kepada Pembimbing Usahawan Negeri dan Daerah. Saya tidak tahu setakat mana program ini dijalankan. Saya ingin tahu daripada kerajaan berapakah sebenarnya jumlah program yang telah disusun dan berapakah jumlah perbelanjaan yang telah disalurkan kepada negeri- negeri dalam kita memberikan bantuan kepada usahawan-usahawan di peringkat negeri dan daerah ini.
Saya lihat di daerah masih perlahan walaupun kita ada kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga Koperasi Pengguna yang telah memberikan sumbangan kepada koperasi dan sebagainya. Akan tetapi dari segi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini, kita nampak tidak jelas walaupun mereka lebih kepada luar negara. Akan tetapi kita hendak kalau boleh compliment ataupun kerjasama yang baik di antara agensi atau kementerian dapat memberikan pulangan yang cukup baik kepada bakal-bakal usahawan yang hendak kita lahirkan di negara kita ini.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa ini yang mempunyai peruntukan sebanyak RM2.8 bilion yang diberikan kepada MITI yang saya rasa lebih kurang 6 peratus daripada belanjawan negara yang ertinya cukup penting diberikan penekanan kerana masa depan ekonomi kita banyak bergantung pada urusan dengan negara-negara luar. Sebab itulah beberapa peranan besar diberikan kepada kementerian ini dalam konteks hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan berbagai-bagai negara dan kelompok-kelompok ekonomi. Baru-baru ini kita melihat satu lagi persidangan APEC yang dibuat di Singapura dan dilihat ada glamour nya di sana dengan Perdana Menteri kita pun hadir. Disebut antara resolusi yang dikeluarkan daripada persidangan itu adalah untuk membantu entrepreneur wanita kita mendapat akses yang lebih baik kepada pasaran global dan juga kewangan global.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini merupakan suatu pandangan atau keputusan yang begitu baik yang dibuat oleh APEC kali ini melihat kepada kepentingan kaum wanita dalam industri perdagangan antarabangsa ini.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah detail yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan kaum wanita yang terlibat dalam industri antarabangsa ini mendapat global market dan juga global financing dengan mencukupi.
Kedua, antara yang diputuskan di dalam persidangan tersebut adalah untuk mengurangkan sebanyak 25 peratus dari segi masa dan juga jumlah prosedur dalam menjalankan urusan perniagaan di negara kita ini. Seperti disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, ini satu perkara yang penting kerana negara kita sudah berada di belakang beberapa negara yang pelik seperti Rwanda yang masih berbunuhan tetapi dalam konteks menjalankan perniagaan didapati lebih mudah di sana.
Jadi harapan untuk menurunkan 25 peratus beberapa kesusahan ini hendak dicapai dalam tahun 2015. Jadi saya hendak tanya kepada kementerian dari segi persiapan dan juga apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan negara kita menjadi tempat yang mudah untuk menjalankan perniagaan dan juga perindustrian.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyebut tentang MATRADE ini yang menjadi sebutan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Kalau kita berada di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, kita akan dapat melihat bangunan MATRADE di sebelahnya kerana saya kerap turun naik mahkamah tersebut. Saya lihat bangunan MATRADE ini besar dengan keluasan parking nya yang melampaui daripada keluasan parking Mahkamah Kuala Lumpur yang mana kami ataupun pengguna mahkamah ada masalah tempat letak kereta.
Akan tetapi MATRADE itu kawasannya luas tetapi kosong sentiasa. Apabila kita lalu bersebelahan dengan MATRADE ini, kita rasa tidak ada vibrancy, tidak ada keceriaan dan tidak ada aktiviti perniagaan yang besar di sana. Kecuali sekali semasa saya lalu nampak macam ada kanopi besar, mungkin ada satu trade exhibition MAHA yang baru-baru ini dibuat di tempat tersebut.
Jadi apalah salahnya kalau sebahagian daripada beberapa ekspo-ekspo besar dalam negara kita ini dibuat walaupun bukan satu kompleks konvensyen yang baru tetapi di kawasan tersebut boleh dibangunkan bangunan sementara atau kanopi sementara untuk melaksanakan program-program promosi yang saya rasa boleh membantu pengeluar- pengeluar tempatan di bawah bantuan kerajaan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Seterusnya Tuan Pengerusi, pada Butiran 00204 - Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan yang diperuntukkan jumlah yang agak besar iaitu RM55.6 juta. Saya ingin tahu apakah tabung ini menyediakan pinjaman ataupun geran kepada orang yang memerlukan. Soalan seterusnya apakah kumpulan sasaran bagi tabung promosi ini kerana disebutkan tadi beberapa kelompok seperti bekas-bekas siswazah ataupun siswazah yang baru keluar yang mendapati masalah untuk melaksanakan pekerjaan kerana kurang peruntukan? Adakah mereka ini juga termasuk dalam sasaran tabung promosi eksport perkhidmatan ini? Apakah perkhidmatan yang menjadi keutamaan untuk dieksport di bawah tabung promosi ini?
Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai 040300 - Bahagian Dasar Sektoral dan Khidmat Industri. Saya ingin bertanyakan bagaimana finalitynya, akhirnya kedudukan dasar automotif negara dan bagaimana sebenarnya kedudukan dasar negara mengenai Approved Permit (AP) ini sama ada akan dipercepatkan tempoh pemberhentian pemberian AP ini? Di sebaliknya kita membuka kepada suatu sistem yang lebih terbuka kepada mereka yang terlibat dalam industri ini kerana tempoh yang disebut iaitu 2015 agak terlalu jauh dan mungkin ini boleh menyebabkan industri automotif ini terpendam sedikit. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut membahaskan bagi Maksud Bekalan B.24 P.24 dengan merujuk kepada beberapa Butiran iaitu Perdagangan Antarabangsa. Butiran 030300, Butiran 030400, Butiran 030500 dan Butiran 030600.
Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan terutamanya apabila mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekretariat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan ataupun ringkasnya PEMUDAH. Apabila kita melihat bagaimana negara kita sekarang ini telah pun sebenarnya dari segi prestasi telah melonjak ke tempat yang lebih baik daripada senarai 181 buah negara. Saya ingin baca di sini maklumat yang dikeluarkan oleh World Bank Doing Business 2009 Report dengan izin, “Malaysia has moved up four places to rank number 20 out of a total of 180 economics surveyed in the World Bank Doing Business 2009”. Hasil daripada program PEMUDAH ini diperkenalkan oleh kementerian ini telah banyak membantu dari segi sektor bagaimana pihak kerajaan ataupun pelabur-pelabur daripada luar negara untuk melabur di negara kita.
Apa yang saya ingin sarankan di sini kepada kementerian supaya lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab dan mencari niche, dengan izin, iaitu kelebihan dan keunikan yang ada dalam negara kita ini untuk memastikan bahawa kita mempunyai kekuatan tersendiri untuk bersaing dengan negara-negara lain. Memang kita sedia maklum bahawa negara kita ini sangat bergantung kepada eksport dan negara yang menjadi sandaran untuk kita berniaga dan mendapat keuntungan adalah seperti negara Amerika Syarikat. Jadi dengan cara ini juga kita berharap supaya melalui Program PEMUDAH ini kementerian berusaha dengan tidak terlalu bergantung harap ataupun bergantung sangat kepada negara Amerika sebab kita tidak tahu perubahan struktur ekonomi dunia yang sentiasa berkembang. Sesuai juga dengan Program APEX baru-baru ini di Singapura dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan dan kita berharap supaya semua pihak terutamanya kementerian ini berusaha.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang inisiatif dan usaha kerajaan selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk memperkenalkan sistem model ekonomi baru yang lebih sustainable. Biarlah dasar yang akan kita buat dan cara untuk mempermudahkan supaya sektor perdagangan dan peluang- peluang yang ada di negara kita ini sama ada kalau kita hendak melabur ke luar negara atau sebaliknya iaitu untuk menarik pelabur daripada luar negara untuk melabur di negara kita. Kita gunakan sebaiknya peranan PEMUDAH ini untuk membolehkan supaya pedagang daripada luar ini begitu yakin dan pasti bahawa negara Malaysia ini yang terbaik dari segi berurusan perniagaan di rantau Asia ini terutamanya di negara ASEAN. Apabila kita melihat laporan World Bank Doing Business 2009 ini kedudukan negara kita kalau di kalangan negara ASEAN kita di tempat yang ketiga. Jadi sebenarnya dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang ini walaupun unjurannya ada yang bercampur sama ada kita pada dasarnya dengan kekukuhan sistem perbankan yang dari segi kecairannya pun kita antara yang dalam keadaan yang stabil kita perlu pergunakan dengan sebaiknya untuk menarik pelabur itu.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya lebih fokus walaupun mungkin negara-negara ASEAN ini adalah negara perdagangan tradisi sesama kita. Adalah lebih baik kita tumpukan kepada negara ASEAN ini dari segi kekuatan perdagangan itu di mana mungkin dari segi belian ataupun importnya lebih menguntungkan kepada negara kita. Ini disebabkan saya melihat pengkaji atau penganalisis antarabangsa ini hanya mengasaskan kepada aktiviti perdagangan yang menguntungkan sesuatu pihak atau sesebuah negara itu. Dengan cara penilaian ini kita lebih berada dalam keadaan yang lebih baik dan terjamin.
Saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian iaitu dalam kerjasama bersama negara-negara ASEAN ini sejauh manakah kerjasama yang telah diperolehi terutamanya di kawasan negeri Sabah yang berjiran dengan negara Filipina dan Indonesia dari segi barter trade dengan izin, yang sepatutnya dipercepatkan dari segi pelaksanaannya untuk zon Pantai Timur negeri Sabah daripada kawasan Sandakan sehingga Parlimen Silam dan ke Tawau supaya di buka di selatan Filipina untuk menarik lagi.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dengan cara ini juga kita boleh mengembangkan dari segi aktiviti ekonomi di seluruh negara kita ini bukan hanya bergantung pada sektor-sektor ataupun negeri-negeri tradisi untuk menarik pelabur terutamanya di Kuala Lumpur.
Tuan Pengerusi, seterusnya juga saya ingin menyentuh tentang bahagian dasar penyelarasan dan rundingan FTA ini. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, baru-baru ini kita dapati terutamanya lawatan perdagangan ke Melbourne, Australia, setakat ini berapa ramai ataupun business yang telah dibuat perbincangan dengan rakan sejawat daripada negara Australia dari segi persetujuan? Apakah hasil yang telah diperolehi dan dari segi jumlah pelaburannya saya ingin mendapatkan penjelasan dan maklumat yang lebih lanjut daripada pihak kementerian sebab sekurang-kurangnya kita dapat mengenal pasti keupayaan dan kekuatan negara kita.
Di sini juga kita dapat mengenal pasti bagaimana pegawai dan delegasi daripada kementerian ini supaya dapat mencari apa kekuatan, contohnya kalau kita mahu berurus niaga dengan masyarakat di Hong Kong, dalam persepsi dan pandangan mereka, mereka mahu pastikan bahawa apabila kita deal in business, dengan izin, membuat perniagaan dengan sesuatu pihak itu kita mesti beroleh keputusan. Jikalau kita pergi ke sana hanya berunding dan sebagainya tanpa hasil atau kejayaan dalam bidang yang kita ceburi ini sudah tentu kita akan gagal. Dari segi impak kepada perkembangan dan keberhasilan aktiviti ekonomi antarabangsa sebab kita tahu dunia tanpa sempadan ini memang melibatkan keupayaan individu yang melibatkan diri di dalam bidang perniagaan ini.
Saya berharap juga kepada pihak MATRADE supaya terus berusaha untuk melatih pegawai dan individu yang terlibat dalam rombongan perdagangan bersama MATRADE ini didedahkan sebab saya memang puji staf MATRADE. Pengalaman yang saya nampak memang begitu komited untuk memastikan negara kita ini dapat diterima oleh pelabur- pelabur daripada luar. Akan tetapi pada masa yang sama juga peniaga-peniaga ataupun pengusaha di negara kita sendiri mesti ada keupayaan untuk mereka itu sendiri ada niche untuk menarik menyebabkan pihak yang lain itu akan berusaha untuk bersama-sama melabur di negara kita ini.
Saya berharap kementerian terutamanya MATRADE dapat memberi penjelasan sejauh mana setakat ini keberhasilan trip yang telah dibuat dengan Menteri dalam siri lawatan yang telah diatur oleh pihak kementerian sebab saya nampak gerakan yang dibuat.
Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri MITI yang betul-betul komited dan bersungguh- sungguh untuk memastikan bahawa pelaburan dan apa yang dibuat untuk menarik dan mengangkat martabat perdagangan negara kita serta peranan negara kita menjadi pilihan nombor satu masyarakat antarabangsa untuk berniaga dengan negara-negara yang lain.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara esok pagi ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, Rabu, 25 November 2009.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.32 malam.