Nov192009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah kerajaan akan menarik balik keputusan mengharamkan syarikat rokok dari menaja (iklan jenama berdasar gaya hidup dan bukannya rokok itu sendiri) aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak. Orang ramai mengetahui prestasi pasukan negara telah jatuh dengan begitu teruk sekali kerana kekurangan dana penjanaan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, mengambil sukan bola sepak sebagai kayu pengukur untuk mengatakan bahawa pencapaian sukan negara jatuh dengan begitu teruk sekali akibat penarikan tajaan syarikat rokok adalah tidak adil. Juga mengambil kira sukan bola sepak sebagai penanda aras, adalah tidak wajar untuk mengukur prestasi sukan di negara ini. Ia adalah kerana Malaysia telah mampu melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini negara mempunyai sembilan jenis sukan di mana atlet-atlet kita berada di dalam ranking 10 terbaik dunia. Sudah tentu kejayaan ini turut bergantung pada penglibatan semua termasuk program pembangunan di peringkat negeri, pengurusan, kejurulatihan dan pendidikan profesionalisme di kalangan atlet itu sendiri. Ia turut menuntut kekuatan mental atlet, sokongan peminat, kekukuhan organisasi persatuan dan semangat atlet-atlet ketika bertanding mewakili negara selain penajaan.

Mengenai keputusan menghalang penglibatan syarikat rokok menaja acara sukan di negara ini ia adalah berikutan komitmen kerajaan dalam menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaksanakan Undang-Undang Global Kawalan Tembakau melalui Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC). Malaysia telah menandatangani Perjanjian FCTC pada 23 September 2003, dan menjadi perwakilan pada 16 September 2005.

Selaras dengan peruntukan di dalam FCTC, negara kita juga telah mewujudkan undang-undang domestik iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2004 yang berkuat kuasa pada 14 Ogos 2004. Namun begitu kelonggaran untuk sukan bola sepak telah diadakan sehingga akhir tahun 2004 serta kelonggaran bagi sukan bermotor Formula 1 dikuatkuasakan sehingga awal 2006. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk mencari penajaan selain syarikat rokok bagi memastikan perancangan pasukan tidak terjejas. Justeru itu kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik keputusan pengharaman penglibatan syarikat rokok sebagai penaja kepada aktiviti sukan di negara ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya tidak melihat ada correlation ataupun hubungan di antara penjualan rokok dengan penajaan ini kerana di negara kita penjualan rokok masih bertambah. Malah setiap kali permainan bola sepak habis, sampai yang paling banyak Tuan Yang di-Pertua ialah puntung-puntung rokok di dalam stadium tersebut.

Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan bahawa perjanjian pengharaman tajaan rokok di dalam sukan di antara Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini adalah sukarela.

final • 10:00 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bermakna kalau mahu boleh, kalau mahu terikat boleh, tidak mahu pun boleh.

Ada juga negara-negara lain yang masih lagi menerima penajaan syarikat rokok seperti di Indonesia.

Saya tidak minta penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau rokok dilarang, kenapa arak tidak dilarang? Arak juga mempunyai kesan yang begitu negatif terhadap kesihatan dan pengharaman tajaan rokok ini Tuan Yang di-Pertua, memberi impak yang berganda kepada negara-negara Islam dibandingkan dengan negara- negara barat. Ini adalah sebab di negara-negara Islam sudahlah kita tidak boleh menerima penajaan syarikat-syarikat arak, tetapi syarikat-syarikat rokok ini juga telah diharamkan penajaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi sedikit statistik di sini. Buat masa ini Persatuan Bola Sepak Malaysia hanya mempunyai dua penaja utama iaitu Telekom Malaysia sebanyak RM9 juta dan juga RTM sebagai hak penyiaran, RM6 juta. Dahulu kita mendapat RM30 juta daripada penajaan syarikat rokok ini.

Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh dicadangkan. Kalau pun tidak boleh penajaan secara langsung, apa salahnya kalau kita boleh cadangkan kepada kerajaan untuk menyalurkan cukai khusus yang diambil daripada syarikat-syarikat rokok ini diberi secara khusus kepada bola sepak? Saya tidak mahu bercakap pasal boling, kepada bola sepak. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Seperti yang saya nyatakan tadi, komitmen kerajaan sebagai salah sebuah negara daripada 166 buah negara yang menandatangani konvensyen tersebut perlu kita penuhi. Sebagai orang yang bertanggungjawab, negara kita akan terus memberi sokongan kepada usaha WHO untuk mengekang atau mengawal syarikat-syarikat tembakau.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Benar, memang perkara ini dilakukan secara sukarela dan benar Indonesia tidak menandatangani. Akan tetapi kepada saya itu adalah tanggungjawab yang dibuat oleh kerajaan kepada konvensyen sedunia.

Mengenai arak sebenarnya sudah ada keputusan Jawatankuasa Kabinet yang telah dibuat untuk menghalang penajaan syarikat arak dan rokok sebelum ini yang masih terpakai atas kesedaran bahawa kesan arak kepada anak muda itu sangat tinggi. Kerajaan sememangnya ada secara sendiri, bukannya secara konvensyen sedunia untuk mengharamkan penajaan syarikat-syarikat arak di dalam negara.

Saya sangat tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Kota Belud mengenai mencadangkan agar disediakan sebuah dana melalui penambahan cukai pendapatan negara setelah syarikat-syarikat tembakau tidak lagi dibenarkan menaja pasukan-pasukan sukan dalam negara. Saya rasa ia satu kewajaran yang sangat tinggi dan kementerian akan mencari jalan bagaimana perkara ini dapat diangkat ke Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk melihat bagaimana jumlah pendapatan cukai negara yang meningkat dapat disalurkan kembali khusus kepada pembangunan bola sepak di dalam negara.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu berapakah jumlah hasil daripada kutipan penajaan purata setiap tahun dan apakah tujuan wang ini digunakan? Adakah untuk membiayai sukan itu sendiri atau dibahagi kepada ahli-ahli atlet dan sebagainya? Saya ingin tahu juga daripada syarikat-syarikat penajaan, adakah terlibat juga dengan syarikat judi, TOTO dan sebagainya. Apakah tidak ada pertimbangan hukum halal haram dari pihak kementerian sebab perkara ini, melibatkan rakyat, orang Islam yang bertentangan dengan Islam selain daripada arak apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi?

final • 10:10 AM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Konsep penajaan syarikat kepada sukan-sukan tertentu adalah untuk mereka menyokong atlet dan untuk mereka memasarkan barangan masing-masing. Sudah tentu tidak ada syarikat yang ingin mengaitkan syarikat mereka dengan pencapaian atlet yang rendah. Jadi, kerajaan sentiasa di bawah konsep sukan industri sentiasa memberi galakan agar syarikat-syarikat dapat memberi tajaan kepada atlet bergantung pada pencapaian. Jadi kerajaan tidak mempunyai sebarang sekatan tentang bagaimana syarat-syarat yang dikenakan oleh penaja-penaja kepada atlet kerana ia bergantung pada persetujuan di antara atlet persatuan dan syarikat penajaan.

Mengenai dengan hasil cukai melalui kegiatan judi, arak dan sebagainya, sebagai sebuah negara berbilang kaum, bangsa dan agama yang mempunyai pelbagai aktiviti sudah tentu kita tidak dapat menghalang daripada pembukaan syarikat-syarikat yang berasaskan judi dan sebagainya. Namun begitu sebagai kerajaan yang bertanggungjawab hasil kutipan cukai melalui aktiviti sebegini disalurkan di bawah tabung khas yang digunakan hanya kepada perkara-perkara yang sesuai untuk menggunakannya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, kerangka persiapan terhadap pekerja sekiranya kegawatan ekonomi berterusan dan apakah tindakan segera dalam membantu pekerja.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah Mazlan

Assalamualaikum, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan saya mohon memaklumkan bahawa sekiranya kegawatan ekonomi berterusan pelaksanaan program-program dan pendekatan- pendekatan yang sedia ada, yang masih giat berjalan untuk menangani isu-isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan akan diteruskan. Pertama, operasi bilik-bilik gerakan kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja akan diteruskan untuk memantau sektor pekerjaan secara terus. Perkembangan-perkembangan berkaitan dengan pemberhentian pekerjaan akan dipantau dan maklumat-maklumat dari 80 bilik gerakan iaitu juga pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja seluruh negara akan diselaraskan dan laporan- laporan pemberhentian dan tindakan-tindakan sewajarnya akan disusul mengikut kesesuaian.

Garis panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja iaitu panduan khusus bagi majikan dan pekerja di edar untuk memastikan di mana terdapat maklumat dan prinsip- prinsip asas dan panduan amalan pemberhentian disebarkan untuk menjamin tatacara keharmonian industri terpelihara.

Seterusnya program-program yang dapat membantu pekerja secara terus akan terus dilaksanakan. Di antaranya adalah perkhidmatan penempatan pekerja, pertama melalui sistem Electronic Jobs Malaysia di mana pendaftaran pemohon, pendaftaran kerja kosong oleh majikan-majikan, penawaran kerja dan penjodohan kerja akan terus dilaksanakan.

Program Karnival Pekerjaan ataupun yang dipanggil Program Penempatan Pekerjaan akan terus dilaksanakan yang mana kementerian membawa pekerjaan ke peringkat akar umbi melalui pameran-pameran dan ekspo di mana di bawa bersama-sama majikan dan pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja untuk bertemu rakyat, temu duga terus dan penawaran kerja dan ceramah-ceramah kerjaya dilaksanakan.

Seterusnya perkhidmatan memberi latihan kemahiran, kemahiran baru dan menaik taraf kemahiran akan diteruskan melalui program seperti, latih dan tempat (trained and placed) melalui pembekal-pembekal latihan yang berdaftar yang mana sehingga ini telah melibatkan 35,926 orang pelatih. Sehingga ini penempatan yang telah dibuat adalah 4,096 orang dan program ini masih lagi berjalan.

Seterusnya latihan-latihan kemahiran dengan bantuan perbadanan tabung pembangunan akan terus dilaksanakan dan memberi peluang kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan dalam kegawatan ini untuk mendapat sama ada latihan ataupun kemahiran alternatif ataupun kemahiran-kemahiran baru. Skim Latihan Dual-National iaitu latihan yang dianjurkan oleh industri-industri juga akan diteruskan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, saya ini memaklumkan bahawa pada masa ini Kementerian Sumber Manusia yang berada di pusar geladakan kegawatan ekonomi mulai akhir tahun 2008 sehingga ini merasai bahawa denyutan sektor pekerjaan yang kita ikuti perkembangannya tiap-tiap hari berkeyakinan bahawa kegawatan ekonomi ini sudah beransur pulih. Kita dapati statistik-statistik menunjukkan pertamanya kadar pengangguran kini sudah menurun. Kalau pada suku tahun pertama 4 peratus, suku tahun kedua menunjukkan 3.6 peratus dan suku tahun ketiga ini lagi menurun kepada 3.4 peratus.

Kementerian Sumber Manusia juga mendapati bahawa kegawatan kali ini tidak seteruk kegawatan yang kita hadapi pada tahun 1998 di mana dalam jangka masa yang pertama pembuangan pekerja pada tahun 1998 adalah dua kali ganda berbanding dengan sekarang ini di mana hanya melibatkan 33,850 orang pekerja tempatan. Trend pemberhentian kian berkurangan dan permintaan pekerjaan meningkat. Kita dapati bahawa pada masa ini pada bulan Disember kita merekodkan pembuangan kerja hanya dalam 191 orang berbanding semasa kemuncaknya dahulu dalam satu bulan ada pernah meningkat kepada 7,665 orang. Bilangan kekosongan pekerjaan yang didaftar sehingga ini adalah melebihi daripada mereka yang berdaftar untuk mendapat kerja di mana sehingga 17 November kekosongan pekerjaan yang dicatat ialah sebanyak 184,370 dan bilangan pekerjaan yang diperlukan serta-merta pada masa ini di bilik gerakan-bilik gerakan kita ialah sebanyak 44,816 kerja yang perlu diisi serta-merta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Setelah saya merenung dengan khusyuk dan mendengar dengan tawaduk jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengimbau sedikit mukadimah.

final • 10:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua. 1974 merungkaikan kepelbagaian di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, bila mana ekonomi merudum, diwujudkannya COLA atau SRA. Bila mana melihat rakyat atau pekerja menderita, diwujudkannya Bank Buruh yang mana melengkapkan dan pekerja diberikan perhatian serius.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Soalan, soalan.

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Belum lagi. Bicara saya dahulu, di mana hendak diletakkan kaum pekerja ini? Saya cadangkan supaya diadakan tabung berhenti kerja, retrenchment fund dipanggil. Tidak disebut oleh Menteri bagaimana sengsara pekerja Nikko apabila majikan lari pada waktu malam tanpa berita. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin meluahkan rintihan. Telah saya khabarkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di suatu petang ketika minum teh, saya kata inilah kelibat ayahanda yang cukup mulia, tidak boleh dibanding tolaknya oleh mana-mana Perdana Menteri.

Saya memohon supaya kementerian merenung kembali peristiwa silam 1974 yang diangkat martabatnya oleh Allahyarham Tun Razak untuk diimplementasikan sekarang dalam kita bersedia untuk berdepan dengan keadaan ekonomi merudum ataupun krisis yang berlaku yang kita sudah bersedia bahawa inilah habuannya kaum pekerja. Rakyatku nombor satu yang dikhabarkan melalui, ‘Rakyat didahulukan’. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

Dato' Maznah Mazlan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tetapi sayang seribu kali sayang, saya rasa beliau menghidap penyakit yang boleh dikatakan sebagai selective amnesia kerana sepanjang yang saya ingat semasa Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menggulung tempoh hari, dia telah pun menyentuh tentang soal retrenchment fund yang bagaimana kementerian telah pun mentauliahkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa ataupun ILO untuk menjalankan kajian kemungkinan dan mengambil kira kaedah-kaedah yang dilaksanakan di negara lain untuk melindungi dan menjaga kepentingan pekerja- pekerja yang diberhentikan supaya dapat kita mengambil satu model yang terbaik dan sesuai untuk Malaysia.

final • 10:20 AM

Dato' Maznah Mazlan

Perbincangan-perbincangan mengenai dengan tabung ini iaitu boleh juga dipanggil sebagai relief fund for lost of employment telah dibawa berbicara dengan pelbagai pihak, wakil-wakil majikan dan juga kesatuan-kesatuan kerja dan tujuan tabung ini adalah untuk meringankan beban kewangan para pekerja yang diberhentikan untuk satu tempoh masa yang tertentu dan dijangka laporan awal akan dikemukakan pada bulan November ini dan laporan akhir pada Januari 2010 dan laporan ini akan dijadikan asas untuk dibawa berbincang seterusnya di antara pihak kerajaan dengan wakil-wakil pekerja dan juga dengan pihak-pihak yang tertentu dan kebelakangan ini juga kita mengalu-alukan kerana Majlis Peguam juga ingin terlibat dalam perbincangan ini.

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kalaulah Yang Berhormat Kuala Langat hari ini berhasrat untuk menjadi wira di dalam hal ini...

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Perlu check Hansard Tuan Yang di-Pertua, check Hansard.

final • 10:20 AM

Dato' Maznah Mazlan

Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah pun mendahului usaha-usaha tersebut. Terima kasih... [Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta Menteri tengok Hansard Tan Sri, dia sudah terlepas pandang itu.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun sudah mulai dijangkiti penyakit selective amnesia ini Yang Berhormat Maran... [Ketawa]

final • 10:20 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Di negara kita, kita memang bergantung pada pekerja asing dan apabila berlaku kemerosotan ekonomi, maka sudah tentulah mungkin beberapa tindakan diambil oleh syarikat termasuklah membuang pekerja ataupun menurunkan upah dan gaji. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan ada lebih kurang 30,000 orang pekerja telah diberhentikan kerja.

Cuma saya hendak tahu, soalan tambahan saya ialah apabila berlakunya kegawatan ekonomi ini, bagi pekerja asing sudah tentu mereka bersedia datang ke mari dengan upah rendah kerana di negara mereka susah untuk mendapat kerja. Jadi apabila berlakunya kegawatan ekonomi tahun 1997,1998 dan juga baru-baru ini, apakah terdapat kadar penurunan ataupun pekerja-pekerja tempatan yang berhenti kerana upah rendah dan peningkatan pekerja asing kerana mereka bersedia menerima upah rendah di negara kita kerana mereka rasakan bahawa negara kita ialah negara syurga dan sebagainya dan apakah hasil daripada peningkatan ekonomi yang baru-baru ini telah bertambah baik?

30,000 pekerja dahulu dibuang kerja telah pun mendapat semula pekerjaan. Berapa jumlah mereka yang telah pun dilibatkan semula dalam pekerjaan? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Maznah Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini kalau tadi dikatakan sama ada pekerja asing meningkat kerana upah murah, saya ingin memaklumkan bahawa melalui Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang diedarkan ini yang mana ia hendak menjamin kepentingan pekerja terutama sekali pekerja tempatan dan salah satu daripada panduan tersebut ialah melaksanakan prinsip iaitu yang dipanggil, selalunya dikenali sebagai FWFO (Foreign Worker First Out). Ini bermakna bahawa di dalam kegawatan ini, bilangan pekerja asing diberi keutamaan untuk diberhentikan dan kalau melihat angka pekerja asing di negara ini dibandingkan sebelum kegawatan dan sehingga ini, pada masa ini lebih kurang 1.6 juta sahaja yang tinggal Yang Berhormat, berbanding dengan 2 juta sebelum itu.

Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa bilangan pekerja yang telah ditempatkan melalui sistem-sistem penempatan iaitu melalui portal elektronik Jobs Malaysia, melalui program-program karnival ataupun ekspo yang saya katakan tadi dan juga yang ditawarkan melalui 80 pejabat-pejabat pekerjaan dan lain-lain usaha, sehingga ini 73,670 pekerjaan telah ditawarkan dan daripada ini, kita mendapati bahawa daripada 35,000 lebih yang telah kehilangan pekerjaan itu, kita dapati di dalam enam ribu...

final • 10:20 AM

Dato' Maznah Mazlan

Sebentar ya Yang Berhormat. Didapati bahawa seramai enam ribu, angkanya saya tidak ada di sini Yang Berhormat, ia bercampur tetapi dalam tujuh ribu telah mendapat terus daripada sistem yang ada ini. Yang lainnya sedang mengikuti program train and place ataupun latihan dan penempatan yang pada masa ini sedang berjalan pesat melibatkan 35,926 orang, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, langkah-langkah proaktif yang boleh dimainkan oleh kedutaan Malaysia di seluruh dunia bagi menjelaskan pendirian negara berhubung isu semasa, ekonomi, sosial dan budaya, keselamatan serta politik antarabangsa.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lipis ini bersama- sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan bertarikh 3 Disember 2009 kerana ianya menyentuh perkara yang sama.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:20 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan- perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa memantau laporan media asing dan mengambil tindakan segera dalam memperbetulkan sebarang tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas untuk menjelaskan pendirian dan kedudukan sebenar isu-isu yang dibangkitkan demi menjaga dan memelihara nama baik negara ini. Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara sememangnya mempraktikkan amalan hubungan positif dengan pihak media massa tempatan dan juga media asing untuk mempromosikan agenda nasional serta menangkis sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan dan juga para pemimpin negara secara berterusan.

Usaha ini diperluaskan melalui program seranta, penerangan dan diplomasi awam yang sedia ada dan juga sedang dilaksanakan oleh semua perwakilan Malaysia di luar negara. Dari semasa ke semasa Kementerian Luar Negeri juga ada menerima daripada perwakilan Malaysia di luar negara maklumat mengenai laporan negatif yang boleh mencemarkan nama baik Malaysia melalui laporan media cetak dan juga saluran TV dan radio asing.

final • 10:20 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ketua-ketua perwakilan diminta membuat pembetulan fakta mengenai Malaysia secara terus melalui artikel atau surat kepada pengarang yang berbentuk penangkisan iaitu dengan izin, rebuttal dan wawancara melalui program TV, radio yang berkesesuaian. Jika perlu, nota bantahan melalui saluran diplomatik juga dihantar untuk menegur pihak media yang disyaki berniat buruk menjatuhkan imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang menyentuh hubungan Malaysia dan Indonesia, saya ingin maklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama perwakilan-perwakilan dan agensi-agensi Kerajaan Malaysia yang lain di Indonesia telah dan akan terus mempergiatkan usaha penerangan melalui program-program diplomasi awam dan saluran-saluran lain. Menggalakkan pertemuan, engagement awam dan juga kerjasama di antara pemimpin-pemimpin kedua buah negara bagi memupuk dan memelihara hubungan baik.

Penyebaran berita mengenai hubungan baik dan usaha kedua buah negara dalam mempertingkatkan lagi hubungan dua hala akan terus dilakukan. Sasaran utama program termasuk golongan media tempatan, yang sering mensensasikan isu-isu menyentuh hubungan antara kedua-dua buah negara. Di samping itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang telah meningkatkan kerjasama dengan agensi Kerajaan Indonesia yang berkaitan dalam menguar-uarkan usaha gigih kedua belah pihak untuk memperkukuhkan hubungan baik kedua buah negara.

Kementerian juga sedang merancang usaha bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Yayasan Malaysia Press Institute untuk meningkatkan program hubungan media melalui pertukaran lawatan dan maklumat di antara media Malaysia dan Indonesia.

final • 10:30 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kementerian Luar Negeri menyokong penuh pembentukan ikatan setia kawan wartawan Malaysia-Indonesia baru-baru ini dan sedia membantu mempergiatkan lagi usaha murni pertubuhan ini untuk mengeratkan hubungan di kalangan anggotanya, yang terdiri daripada golongan wartawan yang berwibawa dari kedua-dua buah negara.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sekali lagi menegaskan bahawa Kementerian Luar Negeri akan mengambil tindakan positif, proaktif dan segera untuk memberi penjelasan dan menangkis sebarang laporan media asing dan mana-mana pihak yang mempunyai persepsi yang salah terhadap Malaysia dan juga para pemimpinnya. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab tadi. Memang kita mengakui sebenarnya peranan yang dimainkan oleh setiap kedutaan kita di seluruh dunia tetapi secara realitinya, saya bercakap ini secara realitinya dan berdasarkan kepada pengalaman.

Pegawai-pegawai kedutaan kita termasuklah duta atau pesuruhjaya tinggi kita biasanya lambat, perkataan yang saya hendak tekankan di sini kata kuncinya ialah lambat memberi respons kepada segala tohmahan dan sebagainya.

Jadi sebagai contoh, apabila berlaku seperti di Indonesia atau negara asing memainkan sesuatu isu, sudah lama sangat barulah kita terhegeh-hegeh untuk menyangkalnya. Jadi soalan tambahan saya ialah setakat mana latihan diberi kepada atase-atase kita ini, agar mereka dapat membuat penilaian ataupun berupaya membuat penilaian, pemantauan, analisa dan risikan maklumat dalam sesebuah negara untuk memastikan setiap tohmahan dapat ditangkis dengan segera. Perkataan di sini ialah ditangkis dengan segera, termasuklah peranan penting media rasmi negara seperti Bernama. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya beberapa usaha telah pun diambil untuk menangkis tohmahan atau tuduhan- tuduhan yang dilemparkan ke atas negara kita, terutamanya dengan zaman teknologi informasi yang begitu canggih sekali pada hari ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Latihan.

final • 10:30 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

[Ketawa] Di mana kalau kita lihat memang Kementerian Luar Negeri memberi latihan-latihan kepada duta-duta besar negara kita melalui adanya IDFR, kami memang memberi latihan. Di samping itu memang sebagai pemimpin juga dari Kementerian Luar Negeri, kami bersama-sama dengan Perdana Menteri setiap kali membuat lawatan-lawatan ke negara-negara asing memang kami mengambil peluang untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia dan juga kepada media-media asing, polisi kerajaan kita dan juga dengan itu beberapa isu dapat diberi penyelesaian dan penjelasan dengan cara yang terbaik.

Jadi hari ini kita boleh lihat iaitu, saya boleh kata sejak lima bulan ini memang kita dapat memberi maklumat dengan begitu cepat sekali. Ini adalah kerana pendedahan yang telah kita berikan atau Kementerian Luar Negeri memberikan kepada duta-duta besar kita di negara-negara asing. Sekian.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 10:30 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Duta terbaru Malaysia di Amerika Syarikat, Yang Berhormat Rompin pada 10 November, yang mengajak syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur secara besar-besaran di Amerika Syarikat. Berbalik kepada pendirian, Yang Berhormat, sedang negara kita mengalami keluaran langsung asing, FDI outflows sebanyak USD6 bilion untuk tahun 2008, lebih dua kali ganda daripada keluaran tahun sebelumnya, kenapa kenyataan sebegini yang bercanggah dengan keutamaan Malaysia boleh dikeluarkan?

final • 10:30 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Apakah pendirian kementerian sebenarnya dalam memberi garis panduan kepada para duta besar di luar sana tentang dasar kerajaan berkenaan promosi ekonomi dalam negara? Kita sepatutnya menarik pelaburan ke dalam negara termasuklah syarikat-syarikat Malaysia sendiri, contohnya mengepalai private led investment dalam negara. Justeru, apakah perancangan kementerian untuk memastikan hanya satu suara, satu mesej diberikan oleh Kedutaan Malaysia terutamanya oleh duta-duta kita supaya tidak wujud keraguan pada keutamaan negara, yang sepatutnya bertumpu kepada usaha memulihkan ekonomi sendiri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itulah Kementerian Luar Negeri bekerjasama secara bersepadu dengan semua agensi- agensi seperti MATRADE, MIDA, Tourism Malaysia dan semua agensi kami. Kalau kita lihat dan menyentuh mengenai pelaburan, memanglah menjadi polisi kita, bukan sahaja menggalakkan pelabur-pelabur dari negara asing datang melabur di negara kita, malah apabila ada peluang-peluang pelaburan di negara-negara lain, maka kita meminta rakyat Malaysia untuk melabur di negara tersebut.

Jadi ini adalah menjadi sesuatu win-win situation yang dibawa atau diuar-uarkan oleh Kementerian Luar Negeri. Asalkan semua polisi atau semua yang disuarakan atau dinyatakan oleh wakil kita di negara asing memang kita galakkan. Kita memang mahukan sesuatu yang kita panggil sebagai kerjasama di antara semua agensi supaya hanya ada satu suara dengan 1Malaysia seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Sekian.

final • 10:30 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita mendengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dengan bersungguh-sungguh soalan-soalan asal dan tambahan- tambahan. Menyatakan bagaimana kerajaan, kementerian dan juga kedutaan-kedutaan memainkan peranan mereka untuk menjelaskan silap persepsi, tohmahan dan sebagainya terhadap negara kita yang tercinta ini, Tuan Yang di-Pertua.

Baru-baru ini Transparency International telah mengeluarkan laporan tahunan mereka tentang persepsi terhadap rasuah dalam kalangan negara-negara dan negara kita Malaysia telah jatuh daripada tangga ke-47 ke tangga yang ke-56. Saya hanya hendak bertanya mudah sahaja. Bagaimanakah Wisma Putra dan kedutaan-kedutaan kita hendak menjelaskan kepada seluruh dunia persepsi bahawa negara kita bertambah meningkat rasuahnya pada kadar yang amat tinggi daripada tangga ke-47 kepada tangga ke-56.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua ini memang... [Ketawa]

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Sabar dahulu sabar... [Ketawa]

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa fasal tarik seluar?

final • 10:40 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ini memang jadi tanggungjawab Wisma Putra, tidak kira apa jua masalah yang ditujukan kepada kami, kami berani menyuarakan dan menghadapi cabaran Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, persepsi ini adalah satu perkara yang biasa, persepsi terutamanya di negara-negara barat mengenai negara kita.

Namun begitu, sebagai Wisma Putra yang bertanggungjawab, kami ini menjadi perjuangan kita untuk menerangkan kepada mereka akan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia melalui 1Malaysia ini. Bagaimana kita dapat menangkis tohmahan atau tuduhan yang diberikan di samping itu dapat mengurangkan isu rasuah sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Kewangan menyatakan, kenapa peruntukan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang ditubuhkan pada tahun 2004 tidak ditambah, malah dipotong memandangkan pencapaiannya yang begitu cemerlang dan telah berjaya menurunkan kematian kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus. Berikan sebab.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan kerana begitu prihatin dengan keselamatan jalan raya. Peruntukan untuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya adalah sebanyak RM69 juta dalam tahun 2009 dan sebanyak RM44.5 juta dalam tahun 2010.

Jumlah ini ditentukan berdasarkan:

(i) keperluan negara untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 untuk semua kementerian;

(ii) keutamaan perbelanjaan pelbagai jabatan dalam kementerian masing-masing. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sendiri telah membuat keutamaan tersebut dan memohon kepada Kementerian Kewangan; dan

(iii) kementerian masih lagi boleh memindah peruntukan di antara jabatan dalam kementerian masing-masing mengikut peraturan kewangan yang sedia ada dan mengikut keperluan dan program yang perlu diwujudkan oleh jabatan masing-masing.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita akui bahawa kadar kemalangan dan kadar kematian akibat daripada kemalangan menurun. Saya teliti sebab-sebab yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi justifikasi kepada penurunan tersebut. Walau bagaimanapun, saya berpendirian bahawa harus diberi keutamaan kerana nyawa itu merupakan satu keutamaan dalam keadaan apa sekalipun.

Maka MIROS telah meletakkan sasaran yang telah pun diberikan rekomendasi kepada kementerian berkenaan dengan sasaran yang dicapai dari aspek kadar kematian, meletakkan kayu ukur piawaian antarabangsa. Malaysia jauh lagi daripada mencapai piawaian antarabangsa dan Malaysia jauh lagi daripada mencapai sasaran yang dicadangkan oleh MIROS. Contoh pada tahun 2005, indeks kematian ialah 4.2 kematian dalam 10,000 kenderaan. Sasarannya pada tahun 2010 ialah dua kematian mengikut piawaian antarabangsa. Malaysia masih belum mencapai sasaran tersebut. Pada tahun 2007, 2008, kita masih di tahap 3.7 kematian. Sebab itu Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak wajar, tidak munasabah alasan yang diberikan tadi untuk mengurangkan perbelanjaan sebab saya rasa keutamaan mesti diberikan dan tidak ada tolak ansur di sini.

Kita juga tahu bahawa sebab-sebab kemalangan berlaku antaranya ialah tingkah laku pengguna jalan raya. Antara lainnya ialah penguatkuasaan yang tidak cukup. Saya dengar rintihan pegawai-pegawai penguat kuasa yang tidak ada bayaran overtime contohnya apabila mereka hendak buat kerja. Tidak ada tempat untuk mereka berehat, terpaksa duduk dalam kereta. Jadi, bagaimana mungkin kita mencapai target dan sasaran itu tanpa kita menambah, ini pula kita mengurangkan peruntukan perbelanjaan mengurus bagi kementerian ini dan dalam aspek keselamatan jalan raya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada menyatakan bahawa kita tidak seharusnya memberi keutamaan kepada soal-soal keselamatan jalan raya dan dalam usaha kita mengurangkan kemalangan dan juga kematian.

Soalnya, dalam pengurusan kewangan ini, keutamaan tersebut perlu juga digandingkan dengan keutamaan-keutamaan yang lain. Kita serahkan kepada kementerian yang sebenarnya membuat keutamaan-keutamaan ini dan dihantarkan kepada Kementerian Kewangan. Sekiranya kementerian merasakan bahawa ini yang paling top yang memerlukan ia dipertingkatkan di samping pengurangan kepada yang lain-lain, maka kewajaran sedemikian boleh kita berikan. Tidak ada masalah, asalkan Perbelanjaan Mengurus untuk kementerian dan juga untuk negara kita, dapat kita selaraskan supaya matlamat untuk memastikan defisit kita dalam tahun 2010 akan terus terurus. Jadi, saya tidak ada masalah kalau ada betul-betul program.

Cuma ingin saya nyatakan di sini, berdasarkan statistik yang saya ada jumlah kemalangan daripada 2003 hingga 2008 umpamanya, setiap tahun jumlahnya bertambah.

Jumlah kematian setiap tahun bertambah.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Kemalangan maut juga bertambah. Mungkin kalau dari segi ratio dengan kereta yang ada, mungkin kuranglah sebab penambahan kenderaan dan sebagainya.

Perbelanjaan adalah satu hal. Aspek-aspek lain; budaya memandu dengan baik dan sebagainya ialah satu hal yang lain ini cukup penting. Jadi kita rasakan bahawa perbelanjaan setiap tahun yang diberikan selama ini seharusnya membentuk satu budaya yang tidak seharusnya terhakis. Kalaupun ada sedikit kekurangan perbelanjaan dalam satu tahun. Kalau tidak, bermakna setiap tahun kita tambah, kalau kurang sedikit, ia akan merosakkan budaya memandu yang telah kita bina selama ini, maka saya rasa ini satu soalan dan satu perkara yang tidak sustainable dan kita perlu teliti dengan lebih mendalam...

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ledang.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya ialah, bagaimana Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ini boleh mendapatkan kerjasama yang erat daripada syarikat-syarikat insurans untuk meningkatkan lagi kempen-kempen kesedaran menggunakan jalan raya dengan selamat. Kempen Keselamatan Jalan Raya yang lebih berkesan berbanding dengan syarikat insurans ini menaikkan premium untuk kenderaan yang perlu diperbaharui insurans mereka. Apakah pembelaan kepada mereka yang sekarang menanggung kesusahan terhadap kenaikan insurans? Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah satu soalan yang cukup baik kerana ia membawa kita kepada tanggungjawab syarikat-syarikat insurans juga untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Ini kerana akhirnya syarikat insurans juga terpaksa menanggung kerugian sekiranya kemalangan jalan raya ini tidak dapat dibanteras ataupun dikurangkan.

Jadi, ini sesuatu yang perlu dilihat mungkin antara kementerian dan jabatan dan juga Bank Negara. Syarikat-syarikat insurans perlu ada satu perbincangan yang lebih tersusun, lebih kerap supaya usaha-usaha ini dapat dipertingkatkan. Ini kerana ia boleh merugikan semua pihak. Bukan sahaja keluarga, tetapi juga syarikat-syarikat yang terlibat.

Dari segi usaha untuk menangani masalah premium ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam Belanjawan 2010, langkah-langkah akan diambil untuk kerajaan mengeluarkan satu skim insurans asas atau basic insurance policy pada harga yang berpatutan, mampu dimiliki oleh semua yang memilih untuk memiliki skim yang basic ini. Di samping itu, membuka ruang untuk mereka yang memerlukan kepada perlindungan yang lebih besar untuk mengambil skim-skim ataupun insurans lain secara bebas bersama dengan syarikat-syarikat insurans. Jadi ini sedang dalam proses kajian dan pelaksanaan, dijangka pada pertengahan tahun 2010 skim ini akan dapat dilaksanakan.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, tindakan kerajaan terhadap laman web yang menghasut dan menghina Islam di Internet sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

final • 10:50 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia.

Internet sebagai medium perantaraan komunikasi adalah tertakluk kepada undang-undang negara. Oleh yang demikian, mereka yang menghasut dan menghina Islam di Internet boleh dikenakan tindakan di bawah beberapa undang-undang termasuklah kanun keseksaan, Undang-undang Jenayah Syariah negeri-negeri, yakni bagi orang Islam dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang turut mengandungi beberapa peruntukan yang melarang pemberian kandungan jelik, menghina, menghasut dan sebagainya. Selain mendakwa mereka yang terbabit di bawah undang-undang yang berkenaan, seksyen 263 akta tersebut turut membenarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa lain untuk memberikan notis bertulis kepada pemberi pekhidmat.

final • 10:50 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ini termasuk menyediakan perkhidmatan internet atau, dengan izin, Internet Service Provider (ISP) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sabit dengan tindakan penguatkuasaan, sehingga kini terdapat 71 kes yang disiasat oleh SKMM berhubung kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 211 dan 233.

Jumlah tersebut merangkumi kes-kes yang melibatkan pemberian kandungan lucah, sumbangan palsu, mengancam atau jelik termasuklah kandungan yang menghina Islam. Daripada jumlah tersebut, terdapat lapan kes pendakwaan yang melibatkan kandungan yang menghina seseorang, di mana seseorang telah mengaku bersalah dan didenda RM10,000 dan mahkamah mengenakan syarat-syarat tertentu yang lain. Tujuh tertuduh yang lain sedang menunggu perbicaraan, berhubung kes-kes yang menghina Islam, pihak SKMM telah menyiasat sebanyak tujuh kes termasuk satu kes di mana suspek yang telah dikenal pasti telah melarikan diri untuk mengelakkan diri dari dikenakan tindakan.

Pihak SKMM masih dalam usaha untuk mengesan suspek tersebut, Tuan Yang di- Pertua, walaupun kes-kes tersebut tidak kesemuanya dihadapkan ke mahkamah, pihak SKMM turut mengambil tindakan untuk menjalankan tindakan-tindakan pentadbiran, siasatan-siasatan yang dibenarkan di bawah perundangan dan juga ikhtiar-ikhtiar yang menggalakkan pencegahan dan lain-lain.

final • 10:50 AM

Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita semua tahu dunia tanpa sempadan ini yang membolehkan sesiapa sahaja boleh menulis, berkarya dan mengemukakan pendapat masing-masing tanpa batasan. Tindakan menggunakan web, laman web, blog untuk menghasut atau menghina agama dan sebagainya, adalah merupakan satu fenomena yang sangat berbahaya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ibarat seperti baling batu sembunyi tangan, dalam kita menjulang prinsip kebebasan bersuara kita tidak wajar bertolak ansur sedikit pun terhadap mereka yang masuk dan menghina serta menyemai kesangsian dan syak wasangka.

Kerajaan perlu bertindak berani dan tegas bagi mencari dalangnya hingga ke akar umbi, tidak kira siapa pemimpin atau parti politik, soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang menubuhkan badan pemantau atau terus mengawasi laman web dan blog sebagai langkah proaktif membendung gejala yang amat berbahaya ini, dapat ditangani lebih awal dan disekat daripada merebak? Keduanya, apakah langkah dan tindakan bersepadu yang telah diambil oleh kementerian bersama jabatan dan agensi kerajaan lain seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri bagi membanteras gejala ini untuk memastikan keamanan keharmonian dan keselamatan negara terjamin? Apakah kerajaan bercadang mengadakan program-program kesedaran khusus kepada pengguna internet supaya lebih bertanggungjawab dan bijak memilih laman web yang bermanfaat kepada mereka? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dungun, soalan tambahan beliau yang menyentuh tentang usaha-usaha pemantauan, usaha-usaha bersepadu dan juga pencegahan. Sesungguhnya usaha ini sedang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian ini dan ini juga melibatkan usaha-usaha tindakan tegas di bawah undang-undang negara. Satu fakta yang perlu saya sampaikan kepada Dewan yang mulia ini ialah, sesiapa yang menjalankan kegiatan menerusi Internet yang menyalahi undang-undang negara, beliau tidak boleh berselindung di bawah terma perlindungan Internet ataupun terma jaminan-jaminan yang lain. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, undang-undang negara adalah undang-undang yang tertinggi berbanding dengan kegiatan-kegiatan atau amalan konvensyen biasa yang didakwa dimiliki oleh mereka dalam menggunakan Internet.

Sukacita saya maklumkan di sini, terdapat senarai laman web yang telah diambil tindakan di bawah seksyen 263, Akta Komunikasi Tanah Air kita iaitu:

(i) syurgaislam.blogspot.com;

(ii) faithfreedom.org;

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

(iii) manatuhanallah.wordpress.com;

(iv) adibahahmed.blogspot.com;

(v) surind.blogspot.com;

(vi) tokbatinsenoi.blogspot.com; dan

(vii) malaysia-today.net/2008/contect/view/1252.

Kesemua laman web ini telah diambil tindakan oleh kerajaan di bawah undang- undang negara kita, dan berkaitan dengan hal-hal lain, kita telah mengadakan pelbagai mesyuarat dan juga mesyuarat-mesyuarat itu mengambil keputusan supaya perkara- perkara yang menimpa terhadap negara kita dalam bentuk security atau keselamatan adalah diambil tegas oleh kerajaan.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat Menteri Penerangan.

Saya ingin mendapat penjelasan berkaitan dengan isu yang baru-baru ini terpapar di laman web-laman web berkaitan dengan pengakuan yang dibuat oleh Balasundaram iaitu penyiasat persendirian yang telah pun membuat pengakuan untuk ke sekian kalinya, untuk memperakui bahawa pengakuan bersumpah beliau yang pertama yang mengaitkan keterlibatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kes kematian Altantuya.

Itulah pengakuan bersumpah yang dipertahankan, adapun pengakuan bersumpah yang kedua selepas itu adalah ekoran daripada ada usaha oleh pihak-pihak tertentu yang membawa beliau ke Pejabat Perdana Menteri dan kemudian dikatakan dan dikaitkan dengan dibayar dengan sejumlah bayaran yang tertentu untuk beliau membuat pengakuan bersumpah menafikan pengakuan bersumpah yang pertama. Akan tetapi, kata beliau dengan jelas beliau bercakap, boleh dilihat bahawa hakikatnya ialah pengakuan bersumpah pertama itu adalah betul.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi persoalannya apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kementerian selain daripada langkah-langkah yang dibuat melalui proses undang-undang ini untuk menangkis segala tuduhan dan dakwaan ke atas...

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang pertama itu Pembangkang bayarlah.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerana bagi saya bahawa selagi mana kerajaan tidak dapat membersihkan nama baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bermakna bahawa diperakui kenyataan yang dibuat oleh Balasundram itu satu kenyataan yang betul. Jadi isunya sekarang ini ialah apakah kerajaan sendiri bersedia untuk mengambil tindakan-tindakan terhadap mereka yang telah pun membuat dakwaan-dakwaan ini?

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa dia, apa persepsi pula? Pergi Taiwan pun dibayar... [Ketawa] Yang Berhormat Bintulu taja Presiden MCA RM10 juta.

final • 11:00 AM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena bersangka jahat. Mana bukti? Bagi bukti.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Bintulu taja Presiden MCA RM10 juta.

final • 11:00 AM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Bagi bukti, awak ingat kami tidak ada duit?... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena teruskan.

Apakah soalan tadi itu?... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Soalan sudah pun ditanya.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena tanya soalan yang tidak ada kena mengena. Kes yang beliau sebutkan itu sudah dilunaskan dan diselesaikan oleh sistem judiciary atau kehakiman tanah air dan soal berkaitan dengan kes Altantuya tidak ada kena mengena dengan tindakan SKMM berhubung dengan fitnah atau perkara-perkara berkaitan dengan Islam. Yang ketiga, itu adalah kegemaran Yang Berhormat Pokok Sena untuk membangkitkan cerita lama...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran kelengkapan pertahanan (defence equipments) di rantau ini dan senaraikan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk menjayakan matlamat tersebut.

final • 11:00 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, negara kita telah berkecimpung dalam bidang industri pertahanan sejak tahun 1970an dan telah berjaya meningkatkan keupayaan untuk terlibat dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan, penyelenggaraan, baik pulih, fabrikasi dan pemasangan komponen.

Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan potensi industri pertahanan tempatan ke peringkat global, Kementerian Pertahanan sentiasa membantu mempromosi dan menggalakkan perkembangan serta pembangunan keupayaan syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan. Bagi merealisasikan industri tersebut, salah satu caranya adalah melalui cadangan penubuhan hab pengeluaran kelengkapan bahan-bahan peralatan, pertahanan di Malaysia.

Di antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan mempromosikan cadangan pembentukan kolaborasi industri pertahanan dan keselamatan bagi negara-negara ASEAN serta hab pengeluaran pertahanan ini sebagaimana yang telah saya lontarkan di Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN pada 3 November yang lalu di Bangkok. Selain itu, Kementerian Pertahanan juga sedang menimbang untuk melaksanakan kajian analisis jurang terhadap keupayaan industri pertahanan tempatan dan menentukan sektor strategik pertahanan yang ingin difokuskan. Seterusnya analisis ini akan dibandingkan dengan industri pertahanan negara-negara ASEAN yang lain.

Antara syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk menjayakan matlamat tersebut ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd atau CTRM dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd bagi penyelenggaraan MRO Pesawat, SME Ordinance Sdn. Bhd bagi pembuatan senjata dan bahan letupan dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. atau DEFTECH bagi pembuatan kenderaan tentera, serta Sapura Secured Sdn. Bhd. bagi tujuan ICT dan komunikasi.

final • 11:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Terima kasih kerana jemput kita untuk ke LIMA Langkawi.

Akan tetapi yang bagusnya kalau dapat bawa free dan juga penginapan ditaja, alhamdulillah. Sebab sokongan Ahli-ahli Parlimen penting untuk menjayakan industri pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, industri pertahanan negara ini industri strategik dan realitinya ialah kita masih lagi tahap negara pengguna. Yang Berhormat Menteri adalah Pengerusi Majlis Industri Pertahanan Negara. Saya semak laman web hadapan saya ini, ada tiga strategi yang dirangka untuk menjayakan industri pertahanan negara.

(i) joint production with foreign companies, dengan izin;

(ii) upgrade the capability of local industry towards manufacturing and design; dan

(iii) buying Malaysian products.

Itu strateginya jelas. Tadi Yang Berhormat Menteri menjawab, antara syarikat tempatan yang punya keupayaan dan potensi termasuklah SMEO dalam industri persenjataan. Saya faham syarikat ini sudah 15 tahun membekalkan senjata Styer dan juga peluru kepada Kementerian Pertahanan. Akan tetapi selepas 15 tahun kita terminate.

Sekarang kita pakai M4 dari Amerika Syarikat dan ini bercanggah dengan strategi yang digariskan oleh Majlis Industri Pertahanan Negara.

final • 11:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ada syarikat tempatan yang keluarkan bullet proof vest. Pasukan pengaman kita di Lubnan sedang pakai. Pasukan military Singapura pun pakai. Akan tetapi apabila dia hendak bekalkan kepada MINDEF, dia kalah. MINDEF pakai yang produk China. Jadi ada jurang antara planning, strategi dan practice dari segi sistem perolehan. Saya fikir antara petanda yang tidak membantu hasrat Yang Berhormat Menteri untuk melonjakkan Malaysia sebagai hub pengeluaran. Minta respons Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, LIMA akan berlangsung dari 1 hingga 5 Disember ini dan saya telah menyatakan di Dewan yang mulia ini kita akan jemput semua Ahli Parlimen untuk berkunjung ke LIMA dengan kapal terbang yang akan dibiayai oleh Kementerian Pertahanan dan saya harap ia tidak akan dianggap sebagai rasuah oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan rakan-rakan yang lain... [Ketawa] Saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang telah dibalingkan kepada saya terutamanya mengenai industri pertahanan yang sedang rancak dijalankan. Saya ingin memaklumkan bawah sesuatu kawasan dengan izin, dedicated untuk industri pertahanan dan keselamatan ini telah dikenal pasti di Sungkai.

Tanah seluas 1,217 ekar dan di sana akan dibangunkan kawasan industri yang mengeluarkan bahan-bahan peralatan dan aset pertahanan bukan sahaja oleh syarikat- syarikat tempatan, tetapi juga dengan menjemput syarikat dari luar untuk berkolaborasi dengan syarikat tempatan bagi mengeluarkan peralatan berkenaan. Bagi vest yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebenarnya itu cerita lama. Cerita baru, vest yang diambil ialah 100 peratus vest yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan kita tidak ambil syarikat dari luar sekalipun. Begitu juga dalam soal Majlis Industri Pertahanan Negara, saya ingin sebutkan bahawa kita telah mengclusterkan dengan izin, kepada enam cluster di mana kita ingin memperkuatkan industri tempatan dengan keluar dari kepompong lama di mana dulu syarikat-syarikat tempatan hanya dengan izin, menjadi commission earners, menjadi penerima komisen.

Sekarang kami menjadikan syarikat-syarikat ini untuk memindahkan teknologi, offset program dengan izin, dan juga latihan. Jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi maka cluster ini termasuk dalam sektor aeroangkasa, sektor ICT dan komunikasi, sektor automatif, sektor maritim, sektor persenjataan dan sektor barangan guna sama. Ertinya kita terlalu serius untuk melakukan ini sebagai satu tindakan jangka panjang dan kolaborasi antara negara-negara ASEAN ini kerana memandang tahun lalu sahaja sebanyak USD18.7 bilion telah dibelanjakan untuk membeli aset dan peralatan senjata oleh negara-negara ASEAN. Maka, tiba masanya untuk kita bekerjasama di kalangan negara-negara ASEAN bagi kita mengeluarkan peralatan dan aset di rantau ini bagi mengurangkan kebergantungan kita pada pembelian barangan dari luar negara dan kita mahu kolaborasi supaya tindakan offset ini dapat menguntungkan di kalangan negara-negara ASEAN dan pada waktu yang sama pemain-pemain industri pertahanan keselamatan Malaysia ini dapat menggamit teknologi daripada luar supaya dapat mengeluarkan barangan-barangan yang boleh diguna pakai di kalangan negara-negara ASEAN.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 11:10 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha kita membantu syarikat tempatan dalam industri pertahanan ini, apa yang kita harapkan ialah syarikat-syarikat tempatan ini ataupun syarikat yang terlibat dalam industri, mereka adalah serius, komited dengan wawasan dan juga dalam mendapatkan teknologi terkini dalam usaha memajukan ketenteraan negara. Bukan hanya sekadar memberi keuntungan semata-mata. Kita sebenarnya tidak mahu kes-kes seperti Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) melalui syarikat PSC-Naval Dockyard Sdn.

Bhd. berulang lagi. PSC Industries Berhad, PSCI yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) ini melalui anak syarikatnya, PSC Naval Dockyard Sdn. Bhd. tetapi kemudiannya PAC Parlimen telah memutuskan, pada masa ini, Dato’ Seri Azmi bin Khalid belum lagi menjadi Pengerusi PAC lagi. NGPV ini gagal dan menggesa kerajaan menghentikan kontrak syarikat berkenaan agar tidak menjejaskan perancangan TLDM untuk mengukuhkan rondaan dan kawalan keselamatan perairan negara.

final • 11:10 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Oleh yang demikian, bagaimanakah kerajaan melakukan due diligent dalam memilih syarikat yang betul? Saya ingin tahu di sini, apakah perkembangan kepada projek Unmanned Aerial Vehicle (UAV) ini, di mana pesawat tanpa pemandu dilaksanakan menerusi tiga syarikat iaitu Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), Ikramatic Systems Sdn. Bhd. dan Systems Consultancy Services Sdn. Bhd.. Apa penjelasan Yang Berhormat Menteri? Mohon penjelasan.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebagaimana yang Ahli-ahli Dewan yang mulia ini ketahui bahawa, penamatan kontrak dilakukan kepada sebuah syarikat membina kapal yang kini diambil alih sepenuhnya oleh Boustead Ship Building Sdn. Bhd.

yang kini di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Boustead telah mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki struktur pembelian dan pemasangan hull dengan izin, peralatan-peralatan yang terdapat dalam kapal itu.

Fasa pertama penyerahan telah dilakukan dan syarikat ini sedang mengusahakan agar fasa kedua dapat dilakukan dalam waktu yang terdekat tertakluk kepada kebolehmampuan kita untuk pembiayaan pembelian itu. Di samping itu, kita sedang melakukan beberapa tindakan supaya kita memperoleh peralatan yang bertahap state of the art, dengan izin, dan tidak lagi bahan-bahan yang bersandarkan kepada teknologi yang telah bobrok, yang telah luput tarikh penggunaannya. Oleh yang demikian, beberapa tindakan melalui langkah-langkah SOP telah dilakukan oleh pasukan teknikal kita. Bukan sahaja dengan cara melayari webs bagi syarikat-syarikat pembekal, tetapi kita menghantar pasukan teknikal yang profesional untuk melihat aset-aset berkenaan bukan sekadar pembelian, tetapi pemindahan teknologi ke negara kita melalui syarikat-syarikat yang tidak lagi sebagai commission earners, tetapi syarikat-syarikat yang proaktif dalam bidang ini.

Manakala UAV, kita telah menggunakan tiga syarikat tempatan ini untuk UAV dan penguji panduan telah dilakukan. Ingin saya maklumkan bahawa kejayaannya telah berada di tahap lebih 70 peratus walaupun lima dan enam UAV ini telah terhempas sewaktu ujian.

Namun, pada hemat saya, ketiga-tiga syarikat berkenaan adalah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan GLC dan sebuah syarikat persendirian anak tempatan 100 peratus. Ia juga telah digunakan oleh beberapa negara luar. UAV keluaran Malaysia telah digunakan oleh negara luar dan ini memperlihatkan kemampuan pemain industri kita untuk melaksanakan program perindustrian industri pertahanan dan keselamatan.

final • 11:10 AM

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, sejauh mana langkah-langkah yang telah diambil dalam usaha memasukkan seluruh daerah Hulu Terengganu ke dalam wilayah KETENGAH.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Beluan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju secara dasar terhadap cadangan peluasan kawasan operasi KETENGAH ke daerah Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Besut. Ke arah itu, KETENGAH akan menjalankan satu kajian secara komprehensif bagi menentukan asas-asas pembangunan yang perlu dilaksanakan untuk dikemukakan kementerian dengan persetujuan Kerajaan Negeri. Hasil kajian ini akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri secara rasmi setelah ia selesai.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Sesungguhnya, rakyat Terengganu telah lama menunggu supaya daerahnya dimasukkan ke wilayah KETENGAH kerana yakin bahawa ini merupakan pemangkin kepada kemajuan di daerah ini. Saya difahamkan bahawa pada bulan Mac, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju dan soalan yang sama telah saya kemukakan pada tahun lepas yang mengatakan bahawa kajian sedang dilakukan. Jadi, soalan tambahan saya, apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh kementerian sehingga perkara ini dari tahun lepas sampai sekarang masih lagi dalam kajian? Orang Hulu Terengganu telah berpesan kepada saya untuk menyampaikan pesanan. Katanya,

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Kalau padi katakan padi, Jangan kami tertampi-tampi, Kalau jadi katakan jadi, Jangan kami ternanti-nanti.

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat terutama sekali ke atas keyakinan dan kepercayaan kepada KETENGAH untuk memajukan beberapa daerah di Terengganu termasuk wilayah baru yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk dimasukkan ke dalam KETENGAH ini. Hal jadi, memang akan jadi. Akan tetapi, kekangan yang kita hadapi sekarang ialah peruntukan untuk membuat kajian penuh. Peruntukan yang sedia ada di kementerian untuk tahun ini tidak mengizinkan kita membuat kajian dengan secepat mungkin. Tahun depan kita akan cuba bid peruntukan yang cukup dan sekiranya tidak berjaya juga, kita berjanji RMKe-10 ia tetap akan jadi. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang.

final • 11:10 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun untuk tempoh 2001 hingga 2010, tinggal setahun lagi, ada sembilan perkara yang dimasukkan. Satu, hendak melahirkan 5,000 orang KETENGAH-Man atau ringkasnya K-Man yang mempunyai pendapatan purata RM2,000, komputer peribadi di setiap rumah, pendidikan sekurang-kurangnya SPM, anak- anak belajar di IPT, ada kereta dan berperibadi mulia. Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong lapor kepada Parlimen, setahun sahaja lagi Perancangan Strategik akan berakhir, tercapai tidak apa yang digariskan tadi? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Mengikut kejayaan-kejayaan yang telah kita capai, kita masih yakin. Kalau tidak 100 peratus, kebanyakan target-target yang telah kita tetapkan ini akan tercapai. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tanjong saya tidak ada nampak hadir di Dewan pada pagi ini, maka itu soalan 8 tidak dapat saya kemukakan untuk dijawab.

[Soalan No.8 – Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]

final • 11:10 AM

9. Ir Haji Hamim Bin Samuri [Ledang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, keberkesanan penyediaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan bandar dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.

final • 11:20 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, Pusat Jalur Lebar Komuniti atau kependekannya PJK, adalah salah satu program di bawah Pemberian Khidmat Sejagat atau dengan izin, Universal Service Provision (USP) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini memberi fokus kepada pemberian khidmat Internet secara kolektif kepada kawasan kurang liputan iaitu kawasan separa bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.

PJK diwujudkan untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Dengan adanya PJK, penduduk luar bandar dapat merasai kemudahan perkhidmatan jalur lebar dan seterusnya menggalakkan mereka untuk memiliki sendiri kemudahan tersebut.

Sehingga kini terdapat sebanyak 85 PJK telah beroperasi di seluruh negara dan penambahan sebanyak 89 PJK lagi sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2009.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ledang.

final • 11:20 AM

Ir Haji Hamim Bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah pertamanya adakah ada dalam perancangan kementerian supaya sekurang-kurangnya satu PJK ataupun Pusat Jalur Lebar Komuniti ini bagi setiap kawasan Parlimen? Kedua, sejauh mana kementerian mengawal PJK di seluruh negara ini daripada disalah gunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab khususnya di dalam mengakses kepada laman web yang merosakkan masyarakat? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebagai maklumat tambahan, sebenarnya setiap PJK itu kita letakkan pengawas dan kakitangan yang cukup. Namun demikian, pusat-pusat tersebut telah diberi arahan supaya mereka yang tidak mempunyai tauliah ataupun arahan tertentu tidak harus memantau atau mengawas pusat-pusat itu. Sebagai tambahan, SKMM juga telah melaksanakan program tambahan seperti Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) dan perpustakaan ini terletak di 44 kawasan yang kita laksanakan setakat ini. Pada tahun 2007, telah ditambah lagi 61 dan pada tahun 2009, tambahan ini menjadi satu jumlah yang lebih besar.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat tadi, sememangnya kita akan berusaha bukan sahaja satu bagi kawasan Parlimen tetapi, di mana sahaja praktikal, kita akan wujudkan pusat-pusat seperti ini yakni PJK, PJL dan seterusnya Pusat Internet Desa.

Sukacita Tuan Yang di-Pertua, saya menambah faktanya iaitu pada pertengahan tahun hadapan, penembusan jalur lebar akan menjadi hebat dan boleh dijangka kelajuan dari 4mpbs kepada 10mpbs akan kita capai. Justeru pusat-pusat ini juga akan sekali gus kita lengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sekurang-kurangnya mencapai tahap kelajuan 4mpbs. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih... [Ketawa].

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Pada hakikatnya, kerajaan mengadakan PJK dan juga Internet Desa. Semua ini menunjukkan bahawa ini adalah keperluan-keperluan zaman.

Akan tetapi pada masa yang sama, ada banyak cyber café di mana-mana. Di luar bandar pun di mana kerajaan belum ada PJK, ia sudah ada cyber café. Cyber café ini seperti yang dikatakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, ia menimbulkan masalah kerana begitu ramai pelajar yang begitu indulge dalam cyber café sehingga mereka mengabaikan pelajaran mereka dan kekurangan kawalan ataupun guideline regulation ke atas cyber café ini.

Ada cyber cafe yang dibuka 24 jam... [Disampuk] Ya, ada anak-anak yang tidak pergi sekolah tetapi pergi ke cyber café sehingga dia diberhentikan dari sekolah, baru lah ibu bapa tahu. Ini merupakan masalah. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita boleh kawalkan cyber cafe seperti ini supaya kita tahu ia adalah keperluan zaman tetapi pada waktu yang sama ia tidak menjejaskan pelajaran generasi yang muda dan juga tidak menimbulkan masalah seperti ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, soal ini sebenarnya sudah ditimbulkan empat kali dalam soalan-soalan kita di Dewan ini semenjak setahun setengah yang lalu. Dalam jawapan-jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran misalnya, pengawasan dari pihak PIBG dan juga pengawasan dari sekolah-sekolah berkenaan yang berhampiran dengan cyber café telah pun digariskan supaya melakukan pengawasan atau pemantauan tersebut.

Jelas dan ini boleh kita akui pemantauan ini tampaknya tidaklah begitu berkesan.

Jadi, sekiranya kes ini sudah berada di tahap yang perlu diberikan perhatian yang lebih atau pemerhatian yang eksekutif dari pihak-pihak berkenaan, suka saya membawa hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di mana pelbagai garis panduan sudah sedia ada. Akan tetapi, pelaksanaan yang dilakukan oleh agensi-agensi pelajaran sendiri harus memberi kerjasama.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Justeru, kami akan bawa hal ini semula dan pemantauan oleh SKMM tadi menjuruskan kepada tindakan preventif dari pihak-pihak PIBG, dari persatuan-persatuan bukan kerajaan dan juga hal-hal yang berkaitan dengan pemantauan di kafe-kafe berkenaan setiap minggu ataupun menurut jadualnya. Walau bagaimanapun, hal ini harus bersama-sama kita hadapi lantaran ia merupakan masalah sosial yang setidak-tidaknya kita sebagai ibu bapa perlu mengawasi dan mengambil tindakan.

final • 11:20 AM

10. Tuan Muhammad bin Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah rasionalnya pihak kerajaan membuat keputusan untuk membuat pembelian kereta BMW dan Mercedes dan seterusnya menggantikan Proton Perdana V6 kepada hakim-hakim.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan peraturan semasa, model-model yang dibekalkan kepada hakim-hakim adalah daripada jenis Proton Perdana V6 Eksekutif dan buat masa ini kerajaan tidak bercadang menggantikan penggunaan kereta jenis Proton Perdana V6 Eksekutif ini dengan model lain. Tidak ada.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh mahu ada susulan?

final • 11:20 AM

Tuan Muhammad bin Husain - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut di sini ialah walaupun kerajaan tidak bercadang tetapi persepsi tentang penghakiman ini ialah merupakan suatu perkara yang sukar dihadapi khususnya ialah dalam berdepan dengan persoalan yang berlaku di negeri Perak dan sebagainya. Jadi, apakah tindakan kerajaan, bagaimana hendak menghapuskan ataupun menghilangkan persepsi yang agak teruk dalam sistem penghakiman kita? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Lain yang disoal... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Tidak apa Yang Berhormat, bersabar. Saya, Tuan Yang di-Pertua, sama sekali tidak yakin bahawa persepsi ini dapat diubah dengan perubahan kereta yang dipandunya. Terima kasih... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang mustahak untuk benefit kepada hakim-hakim, satu di antaranya adalah apabila kerajaan membeli kereta. Sebenarnya sebelum Proton Perdana V6 diberi, mereka semua diberi Mercedes-Benz. Tiba-tiba ini telah diberi kerana dasar baru kerajaan memandangkan repair yang sangat teruk kepada Proton Perdana, adakah kerajaan akan fikir bahawa sudah tiba masanya supaya hakim-hakim diberi Mercedes- Benz? Berkaitan dengan ini, baru-baru ini kerajaan telah mengatakan bahawa kerajaan akan berbincang dengan SPANCO yang memberi dan beribu-ribu kerajaan disewa dari satu syarikat SPANCO.

Pada permulaannya lebih kurang 10 tahun dahulu, there was no arm lend negotiation dan ada beberapa terma-terma dalam perjanjian tersebut yang adalah untuk satu pihak sahaja. Ini bukan satu win-win situation dan apakah yang terkini mengenai hal tersebut? Adakah kerajaan sedar bahawa SPANCO itu telah mendapat berjuta-juta ringgit kerana pihak-pihak dalam kerajaan telah salah untuk bersetuju kepada terma-terma yang merugikan kerajaan dan rakyat di negara ini? Saya difahamkan lebih kurang RM86 juta setiap tahun.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya bukan sahaja hakim-hakim yang dibekalkan dengan kereta Mercedes sebelum pertukaran dasar dibuat. Begitu juga dengan Menteri dan...

final • 11:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Timbalan Menteri...

final • 11:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di-Pertua dan semualah. Jadi kalau hendak tukar, tidak boleh tukarlah untuk hakim sahaja perlu kaji. Akan tetapi ini tidak ada keputusan dan tidak ada perancangan pun saya kira. Ada permintaan-permintaan dan diberi perhatian tetapi tidak ada keputusan. Dalam jangka masa terdekat ini saya sendiri tidak mempunyai cita-cita untuk membawa kereta lebih daripada Perdana. Mengenai kerosakan Perdana ini memang dahulunya menjadi masalah tentang, gearbox nya ini. Akan tetapi saya difahamkan oleh pihak Proton bahawa masalah ini sudah pun diselesaikan dalam tahun 2004 dan 2005.

Berdasarkan statistik semasa memang sudah tidak ada lagi complaint yang dibuat.

Jikalau umpamanya 18,0371 kes dalam tahun 2004, tahun 2008 hanya tinggal 371 kes sahaja yang menghadapi masalah kerosakan. Jadi structure defect itu sudah di betulkan dan diatasi. Mengenai perjanjian dengan SPANCO pun sudah dibuat kajian oleh konsultan.

Sudah 2 kali saya kira dan sudah pun diubah terma dan syarat dari segi pengurangan yang perlu dibayar oleh kerajaan. Itu juga telah dibuat 2 kali. Memang jumlahnya berpuluh-puluh juta seperti Yang Berhormat kata tetapi perlu juga dinyatakan untuk suatu pandangan yang seimbangan.

Dalam tahun 1994 umpamanya saiz fleet yang diguna oleh pihak kerajaan ialah 2267 buah. Pada hari ini 9138 buah, jadi peningkatannya begitu ketara dan perbelanjaan sewaan, senggara, dan pembaikan memang tinggi oleh sebab jumlahnya yang meningkat.

Akan tetapi pihak kerajaan buat masa ini tidak yakin bahawa sekiranya ianya diselenggarakan oleh kerajaan, ianya akan membawa kepada penjimatan kerana kos pengendalian, pengurusan, dan penyelenggaraan ini adalah tinggi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of Order 18(1). Saya ada kemukakan notis untuk dibangkitkan sebagai satu usul urgent definite public importance, mengenai Corruption Perceptions Index, Transparency International 2009 yang baru diumumkan. Oleh sebab ia satu perkara yang penting demi kepentingan orang ramai dan melibatkan masa depan negara kita tetapi Yang Berhormat saya ada menerima surat daripada Tuan Yang di- Pertua yang berbunyi, “usul Yang Berhormat bertarikh 18 November 2009, Rabu telah saya terima. Ahli Yang berhormat perkara yang dikemukakan ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.” Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7) yang saya percaya di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7), kuasa digunakan untuk menolak permohonan ini, yang berbunyi, “Tuan Yang di-Pertua boleh menolak dalam Kamar mana-mana usul yang

final • 11:30 AM

dikemukakan kepadanya jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa

(i) pencadangnya hanya berniat hendak mengambil peluang berucap di dalam Majlis Mesyuarat atau;

(ii) jika sesuatu perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang sedang berlangsung dan telah diberi penerangan oleh pihak kerajaan dalam perkara itu; dan

(iii) apa-apa usul melanggar mana-mana syarat dalam peraturan- peraturan mesyuarat.

Ketiga-tiga perkara ini tidak boleh dipakai. Oleh kerana ini adalah satu isu yang penting bukan untuk dibangkitkan sahaja dalam Dewan yang mulia ini. Kedua, perkara ini baru diumumkan dan sampai sekarang tidak ada satu pun responds, pendirian daripada kerajaan yang ada menyebut anti corruption sebagai satu antara 6 KPI. Bahawa ini pun tidak ada melanggar apa-apa syarat dalam peraturan mesyuarat. So, macam perlulah tidak lebih daripada 300 perkataan atau lebih daripada 24 jam.

final • 11:30 AM

dikemukakan kepadanya jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa

Oleh sebab itu saya rasa ini patutlah dikemukakan, ini satu perkara yang penting.

Inilah, dalam 15 tahun kita menuju Malaysia lebih corrupt apabila dibandingkan dengan negara-negara yang lain [Tepuk]. Di Asia we are the worst performing nation... [Tepuk] Worst performing nation... [Tepuk] Dan ini adalah mustahak dan satu tanggungjawab Parlimen ialah mengadakan over side yang berkesan mengenai anti rasuah.

Jikalau tidak, usaha-usaha anti rasuah akan gagal bukan sahaja kita sudah kalah kepada negara-negara seperti South Korea, dan Taiwan apabila tahun 1995 CPI, Transparency International dimulakan, kita lebih baik. Sekarang kita belakang mereka dan kalau ini diteruskan kita akan diatasi atau mendahului oleh negara China, negara India, negara Thailand, dan mungkin pun sampai tahun 2010 kita sudah belakang mereka.

Mungkin juga diatasi oleh Indonesia dan Vietnam. Jikalau Parlimen tidak ambil peka dalam perkara ini, apa guna Parlimen?

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Tutup.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini the most important issue, the biggest scandal. Apa guna kita ada buku cenderamata ini? “Najib Tun Razak Satu Hari Mendepani Cabaran” tetapi the worse corruption perceptions index, Transparency International dan kita patut ada dalam satu perbahasan dan saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh kaji keputusan itu. Oleh kerana bukan sahaja melanggar peraturan mesyuarat tetapi demi memastikan bahawa Dewan yang mulia ini, Parlimen ini ada memainkan over sight yang berkesan dan sepatutnya untuk memerangi rasuah. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua sebelum Tuan Yang di-Pertua berikan keputusan, minta maaf. Sudah pun memberi keputusan tetapi memandangkan...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah ini peraturan mesyuarat Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

...Yang dibangkitkan, Ya, sambung 18(7) tadi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Apakah isu yang paling serius dan mendesak di negara kita sekarang?

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Rasuah.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Di antaranya ialah rasuah...

[Tepuk] dan ini bukan berdasarkan kenyataan longgar... [Disampuk] Kita telah gunakan forum di sini, buktikan dari dahulu sampai sekarang tetapi kerajaan menyatakan ini ditangani. Ada SPRM, ada tindakan, dan ada ketegasan. Terbukti apa yang dijanjikan itu ternyata dusta kerana kenyataan sekarang bahawa persepsi dan angka-angka menunjukkan lebih serius dari dahulu.

Di manakah lagi ruang Tuan Yang di-Pertua? Kalau rasuah itu menyangkut sistem politik, kewangan, kontrak, kehakiman, polis dan Parlimen kalau tidak boleh bincang maknanya Parlimen ini tidak akan ada taringnya... [Tepuk]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, beri ruang dan biar rakan-rakan kita, iaitu dalam masa minum teh pun kita minta supaya ada suasana yang lebih baik di Parlimen. Saya ucap tahniah kerana Perdana Menteri sudi minum teh bersama, saya tidak bayar, Menteri bayar, tetapi suasana itu baik. Semangatnya apa? Iaitu untuk menggunakan Parlimen sebagai medan untuk membahaskan isu yang spesifik dan mendesak.

Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk menimbang semula dan memberikan ruang.

Ruang ini bukan untuk pembangkang, ruang ini untuk Menteri berikan ketegasan, ada janji, ada silapnya dan janji tidak dapat ditunaikan, apa langkah baru yang hendak diambil. Kalau tidak, bukan sahaja imej kita terjejas, bukan soal persepsi, ia melibatkan soal persaingan kita sudah tewas, pelaburan asing merudum dan masa depan kita itu tergugat kerana barah corruption yang merebak.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya pohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kerana merenung dengan tekun rayuan saya ini, saya diberikan kesempatan. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, kalau Parlimen tidak boleh bincang, hendak suruh siapa lagi bincang soal ini secara spesifik?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Timur, saya mahu tanya Yang Berhormat Ipoh Timur sama ada tindakan saya di bawah 18(7)(a) itu, Yang Berhormat Ipoh Timur anggap sebagai tindakan yang melanggar peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itu pandangan saya tadi ada kemukakan supaya mengkaji semula perkara ini dan saya harap ini bolehlah Tuan Yang di-Pertua, boleh kaji. Saya bukan mahu mencabar atau mahu mempertikaikan, tetapi ini untuk bukan sahaja kepentingan Parlimen, tetapi demi kepentingan negara dan rakyat. Perlulah satu permohonan ini ditimbang semula supaya Parlimen relevan, supaya satu isu yang begitu pokok mengenai masa depan negara dan rakyat kita boleh ditangani.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tanya Yang Berhormat Ipoh Timur sama ada keputusan saya di bawah 18(7)(a) itu salah, melanggar peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya tidak bersetuju mengenai tiga-tiga alasannya ada dalam peraturan, saya tidak bersetuju.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya akan respons kepada itu. Kalau Yang Berhormat Ipoh Timur tidak mempersetujui itu, ada ruang untuk merayu, appeal di bawah Peraturan Mesyuarat 43.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, itu dead letter, tidak perlu kita. Itu kita tahu, itu dead letter tidak perlu. Dalam sejarah, beberapa kali saya mengemukakan usul dan tidak pernah untuk ditangani. Saya rasa ini is a cock, no way outlah.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, kita sekarang, Ahli Yang Berhormat dengar sini, kita sekarang ini secara serius membangkitkan perkara point of order. Apabila seorang Ahli Yang Berhormat berdiri menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan satu hal iaitu point of order, maksudnya ialah bahawa ada pelanggaran peraturan mesyuarat. Maka itu saya tanya Yang Berhormat Ipoh Timur, sama ada saya melanggar peraturan mesyuarat...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Nanti dulu Yang Berhormat Ipoh Timur. Waktu Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap, saya tidak mengganggu, saya tidak mencelah pun.

Sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh bercakap, saya renung dengan hati-hati.

Peraturan Mesyuarat 42, apabila Speaker bercakap, tidak ada siapa yang boleh berdiri.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Ya, betul.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini, kita bincang peraturan mesyuarat. Kalau ada seseorang Ahli Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, ruangnya ialah Peraturan Mesyuarat 43 iaitu bawa usul, satu. Kedua, keputusan Tuan Yang di-Pertua di bawah 18(1), menurut semua rujukan-rujukan yang saya dapat tahu, kerana di sini Ahli-ahli Yang Berhormat harus ingat, apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah dan menggunakan peraturan mesyuarat, berkemungkinan besar hujah itu didorong oleh political consideration. Saya meletakkan hukuman bukan didorong oleh political consideration, tetapi martabat dan integriti Yang di-Pertua.

Umpamanya, inilah buku yang selalu dirujuk oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, Parliament: Functions, Practice and Procedures, Griffith and Ryle. Muka surat 378 di pertengahan page, ini untuk perhatian Yang Berhormat , “The actual argument considered in any particular case and never publicly known because the Speaker is precluded from giving the reason for the decision to the House”, ini di bawah 18(1), yang sama.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Rujukan yang seterusnya Yang Berhormat, saya tarik perhatian kepada Erskine May, 16th Edition yang bercerita panjang lebar mengenai apakah kriteria-kriteria yang harus diambil kira oleh Speaker apabila membuat keputusan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Ini kerana Peraturan Mesyuarat 18(1) adalah peraturan mesyuarat yang sengaja digubal untuk mengetat syarat-syarat membenarkan kerana apabila saya membenarkan satu usul di bawah 18(1), itu bermakna bahawa saya mengetepikan urusan-urusan mesyuarat yang telah pun diputuskan lebih awal. Itu perkiraan saya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, atas sebab itu, saya boleh memberi sebab ataupun tidak memberikan sebab kerana I don’t have to give reason oleh sebab ini adalah perkara yang dalam bidang kuasa saya. Walaupun begitu, terpaksa saya beri alasan-alasan kerana apabila saya tidak memberi alasan-alasan, akan dilihat bahawa Speaker ini akan tunduk kepada fingers executive seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dalam hal Peraturan Mesyuarat 18 yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaulah misalnya saya dan timbalan-timbalan saya mengikut telunjuk eksekutif, kenapakah saya membenarkan empat usul yang dibawa sejak saya menjadi Speaker? Pertama pada 29 Jun 2009, Yang Berhormat Gopeng mencadangkan dibincangkan wabak influenza. Saya benarkan walaupun Menteri yang berkenaan seperti tidak mahu menjawab, kerana saya rasa ia satu perkara penting. Pada 2 Mei 2008, usul daripada Yang Berhormat Kubang Kerian membincangkan berkaitan harga beras di seluruh negara, mencatat kenaikan mendadak antara 15 peratus hingga 40 peratus. Saya benarkan walaupun Menteri berkenaan enggan untuk menjawab.

Selain itu, pada 9 Disember 2008 usul daripada PKR, Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Gombak, ini berkaitan dengan tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa. Saya benarkan kerana saya rasa itu adalah mustahak. Pada 16 Disember 2008, Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Bandar Kuching, mengenai dengan perkara mogok nelayan seluruh negara. Saya benarkan walaupun Menteri yang berkenaan enggan.

Jadi tuduhan, persepsi bahawa saya dan timbalan-timbalan saya ikut telunjuk kerajaan adalah tidak betul.

Ahli Yang Berhormat , dalam mengambil tindakan, walaupun saya tidak terpaksa memberi alasan, tetapi saya kena juga memberi alasan oleh sebab sebelum pun usul itu saya terima, blog Yang Berhormat Ipoh Timur sudah keluar, Yang Berhormat Ipoh Timur sudah menang. Ini kerana apabila saya tolak, lagi dia nampak bahawa Speaker ini adalah mengikut telunjuk, lagi dia menang. Tidak apalah, kedudukan saya dan timbalan-timbalan saya selalu tidak menang kerana kami sentiasa dianggap bahawa apa pun tindakan, tidak betul, menyebelahi kepada kerajaan.

Ahli Yang Berhormat, saya mengambil kira perkara-perkara yang perlu diambil kira sewaktu saya membuat keputusan. Berbalik kepada Griffith and Ryle, saya baca dalam bahasa Inggeris dan tidak payah dengan izin kerana saya adalah Tuan Yang di-Pertua, saya beri keizinan kepada diri saya... [Dewan riuh] “The sort of consideration taken into account will usually include the extent of ministerial responsibility”, sejauh mana perkara yang ditimbulkan itu, ada kena mengena dengan satu Menteri yang bertanggungjawab.

Kedua, “Whether the matter has been raised at the first opportunity”, bermakna adakah perkara itu telah dibangkitkan kepada peluang pertama, kan ini sesi bajet.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ketiga, whether other opportunity exist to bringing the matter before the House in reasonable time, kita masih bersidang di peringkat Jawatankuasa boleh juga dibangkitkan.

Keempat, whether the matter is really urgent. Maksudnya di sini, will it will irrevocable action been taken if the debate is postponed. Kalau saya tidak benarkan debate ini, adakah pihak kerajaan akan mengambil satu tindakan yang tidak boleh ditarik balik?

Tiada! Soal rasuah, soal ini CPI soal ini semua persidangan satu kerja yang berterusan. A continues thing... [Dewan riuh] This is nothing urgent about it... [Dewan riuh] [Tepuk] Jadi Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur saya telah semak pada 20 Oktober 2009 Yang Berhormat Ipoh Timur ada bangkitkan daripada page 93, page 94, page 95.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dalam perbahasan juga dalam peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat Ipoh Timur ada bangkitkan pada 16 September 2009 iaitu pada muka surat 77, 78 dan seterusnya... [Dewan riuh] Jadi apabila saya ambil kira perkara ini, maka itu keputusan saya adalah Peraturan Mesyuarat 18(7)(a) iaitu Ahli Yang Berhormat sengaja untuk ambil kesempatan lagi bincang fasal... [Dewan riuh] corruption selepas itu timbulkan perkara- perkara mengenai dengan PKFZ mengenai dengan kes satu sekarang ini Teo Beng Hock dan hal-hal lain.

Bagi saya diri saya, it is nothing urgent about this. Jadi saya sarankan kepada Ahli Yang Berhormat baca Griffith kerana kebanyakan di sini lawyer. Baca Erskine May dan kalaulah Tuan Pengerusi ini silap dalam buat keputusan, Peraturan Mesyuarat 43 ada terbentang luas untuk buat. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mengenai bukan saya mahu pertikaikan. Akan tetapi kalau ada satu usul dikemukakan di bawah peraturan 43 oleh kerana kita tidak boleh setujulah dengan bukan sahaja procedural tetapi substantive argument-argument yang ada dikemukakan oleh kerana ini our first opportunity dan inilah CPI 2009 yang kali pertama yang diumumkan. Ini perkara-perkara yang baru. Kalau ada satu usul dikemukakan untuk mengkaji, bolehkah Yang Berhormat Tuan Pengerusi memberi jaminan bahawa ada satu perbahasan tertentu akan diadakan. Oleh kerana kalau tidak, tidak guna cadangan bahawa bolehlah kemukakan usul untuk kaji semula? Kita tidak mahu political mileage dalam perkara ini. Inilah demi kepentingan negara kita boleh faham kenapa kerajaan adalah denial complex... [Dewan riuh] Tidak mahu nafi...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...[Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Bahawa ada masalah corrupcy. Akan tetapi tidak patutlah Parlimen pun ada perangai yang sama.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur ada juga menyarankan perkara ini iaitu Perkara 43 itu apabila dibuat substantive motion, ianya tidak juga timbul-timbul untuk dibahaskan. Saya faham maksud Yang Berhormat Ipoh Timur akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur itu adalah Peraturan Mesyuarat yang sedia ada sekarang ini. Kerajaan mempunyai priority untuk didahulukan apa agenda mesyuarat yang telah ditentukan pada sesuatu hari. Saya tidak boleh ubah itu Yang Berhormat Ipoh Timur, saya terikat dengan makna Peraturan Mesyuarat, tujuan dan objektif Peraturan Mesyuarat.

Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat setiap tindakan yang kami buat, tidak didorong oleh kepentingan politik ataupun mana-mana kepentingan. Yakinlah bahawa semata-mata cuma untuk mempertahankan integriti Speaker. Sekian, sila Setiausaha.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I [Dato' Joseph Salang anak Gandum]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:50 AM
Maksud B.13 [Jadual]- Maksud P.13 [Anggaran Pembangunan 2010] -

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13 Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi di halaman 210, 030000 -Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala. Di sini memang kita dapat peruntukan RM3.3 juta dan ia ialah tujuannya untuk mempertahan, mempertingkat, memaju dan memperjuangkan kepentingan-kepentingan Malaysia di luar negara. Ini melibatkan hubungan kita dengan negara-negara lain termasuklah Myanmar. Saya hendak mengetahui setakat mana negara kita, Kementerian Luar Negeri dapat membincangkan dengan kerajaan Myanmar untuk membebaskan Aung San Suu Kyi pada tahanan. Ini kerana beliau sudah ditahan lebih sepuluh tahun dan negara kita sentiasa menegakkan hak-hak asasi termasuk kita menubuhkan SUHAKAM untuk menguruskan hal-hal hak asasi dan mempertahankan hak asasi rakyat. Dengan demikian kita patut membincangkan secara mendalam dengan pihak Myanmar supaya Aung San Suu Kyi dibebaskan daripada tahanannya kerana itulah hak asasi sudah dilanggari untuk lebih satu dekad.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kemudiannya saya hendak menuju kepada halaman 211, Butiran 120000 iaitu peruntukan yang paling besarlah daripada itu peruntukan bagi kementeriannya RM578.7 juta ringgit ini, dan peruntukan bagi Pejabat Perwakilan Luar Negeri ialah RM279.8 juta.

Tadi ada kita dengar mengenai usaha untuk menonjolkan imej Malaysia dan memelihara kepentingan negara di luar negara.

Di semua negara di mana kita ada Duta Kedutaan atau wakilnya. Walaupun ada usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan yang sudah pun dilaung-laungkan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Senator tadi. Saya hendak mengetahui misalnya hubungan dengan negara Indonesia, jiran kita yang mempunyai kependudukan yang paling ramailah lebih 200 juta orang.

final • 11:55 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di sini bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini bilangan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia sekarang ini dan bilangan pelajar yang ada di institusi pengajian tinggi di Indonesia sekarang? Bolehkah terangkan kepada kita semua ini insiden-insiden di mana rakyat Malaysia dianiayai di negara itu dan juga di negara-negara yang lain?

final • 11:55 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita hendak tahulah selain daripada usaha yang telah pun diterangkan oleh Yang Berhormat pagi ini. Saya hendak mengetahui, apakah langkah-langkah lain yang boleh dibuat untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara lain terutamanya Indonesia. Kerana kita mempunyai hampir satu juta atau pun setengah juta orang pembantu rumah dan pekerja-pekerja yang lain termasuklah pendatang tanpa izin

(PATI).

Di sini, saya hendak mengetahui apakah kementerian sudah berikhtiar untuk menguruskan semua ini supaya hubungan kita dengan Indonesia itu tidak menjadi lebih buruk lagi. Dengan sedemikian, saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab dengan tepat, betul dan jitu. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan tentang peruntukan yang diberikan di bawah Kementerian Luar Negeri di bawah B.13 dan P.13.

Pertamanya, saya hendak melihat kepada Butiran 110000 - Pihak Berkuasa Kebangsaan (PBK) Kepada Konvensyen Senjata Kimia. Jadi di sini saya hendak bertanya, apakah peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia ini? Adakah kita mendapat tajaan daripada negara-negara luar untuk menjalankan program-program di bawah PBKKSK ini?

Berikutnya adalah di bawah Butiran 030300 - Program Kerjasama Teknikal Malaysia atau lebih dikenali sebagai NTCP. Adakah kita hendak meneruskan program ini?

Bagi saya ia antara instrumen Dasar Luar Negara yang penting yang dapat merapatkan hubungan antara negara-negara khususnya di rantau ini dan juga merata dunia. Adakah peruntukan yang diberikan mencukupi untuk menjalankan program supaya objektif NTCP ini tercapai?

Berikutnya di bawah 060000, saya juga ingin bertanya kepada kementerian berkenaan KRA dan KPI bagi Kementerian Luar Negeri. Ini adalah kerana hubungan dengan sesuatu negara adalah amat subjektif. Jadi, bagaimanakah KPI dan KRA Kementerian Luar Negeri ini diukur?

Berikutnya adalah untuk 100000 - Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Jadi, apabila saya melihat dalam program 10 ini, ada kursus, bengkel, latihan dan sebagainya dijalankan. Sejauh manakah objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat? Antaranya mengenai bahayanya keganasan dan sebagainya.

Jadi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah program-program yang telah diatur? Kerana saya melihat banyak kepada kementerian dan juga kepada masyarakat. Contohnya kepada pemimpin-pemimpin masyarakat seperti ketua-ketua kampung dan sebagainya tidak ada.

Jadi sejauh manakah program itu dapat diadakan? Sejauh manakah keberkesanan program ini dalam kita meningkatkan kesedaran terhadap bahaya keselamatan kepada masyarakat dan sebagainya? Begitu juga adakah program ini ditanggung atau dibiayai bersama oleh negara-negara serantau ini?

final • 12:01 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang terakhirnya, mengenai dengan P.13 00100 - Pejabat-pejabat dan Bangunan- bangunan di Seberang Laut. Jadi, saya berharap pihak Kementerian Luar Negeri dapat mempertingkatkan perkara ini kerana saya melihat mereka yang bekerja atau pun pegawai- pegawai yang bekerja itu kadang-kadang duduk dalam keadaan yang sesak dan sebagainya. Begitu juga kadang-kadang ada program-program yang dilaksanakan contohnya mengenai pendidikan atau kebudayaan dan sebagainya tidak ada pegawai khusus untuk menjaga perkara-perkara tersebut. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

final • 12:01 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:01 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada mukasurat 210, B.13 030400 - Bahagian Hal Ehwal Islam Pelbagai Hala dan juga B.13 100000 - Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), kerana ia ada kaitan dengan apa yang saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi.

Pertamanya Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui pada 8 dan 9 Disember 2009 nanti, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melawat Thailand iaitu antara tempat yang akan dilawati ialah insya-Allah, di Narathiwat. Difahamkan antara agenda yang akan dibangkitkan ialah mengenai dengan cadangan autonomi untuk kawasan empat wilayah Selatan Thailand yang sedang bergolak.

Untuk itu saya ingin merungkai perkara ini Tuan Pengerusi. Juga sama dengan perkara yang berlaku di Indonesia baru-baru ini iaitu tentang ada pihak seperti mana yang dijawab oleh Menteri sebelum ini iaitu ada pihak ketiga yang cuba mengeruhkan suasana hubungan Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan oleh pihak ketiga.

Baru-baru ini Presiden Indonesia SBY ada melawat ke Malaysia. Apakah perkara ini dibangkitkan? Apakah kita boleh tahu maklumat, siapakah kumpulan ketiga yang dimaksudkan? Apakah individu, organisasi atau pun negara-negara jiran yang berkenaan yang cuba mengeruhkan suasana Malaysia dengan Indonesia? Apakah perkara ini dibangkitkan?

Oleh itu saya ingin mencadangkan Tuan Pengerusi, mengenai hubungan Malaysia dengan Indonesia ini, kalau boleh saya minta supaya kedutaan atau pun duta yang dilantik ke Indonesia ini benar-benarlah tokoh yang berwibawa. Dahulu pernah dilantik tokoh politik yang diberikan taraf Menteri. Sekarang ini ada seorang tokoh politik yang dilantik menjadi Duta Amerika Syarikat bertaraf Menteri, Ahli Parlimen daripada Rompin.

Akan tetapi, lebih penting ialah hubungan dengan Indonesia kerana Indonesia adalah sebuah negara Islam yang terbesar di dunia. Mengikut jumlah penduduknya dan ada sejarah yang istimewa dengan Malaysia terutamanya rumpun bangsa Melayu. Yang menjadi satu kekuatan di Nusantara ini. Jadi, tentulah ada pihak cuba hendak mengeruhkan suasana hubungan ini terutamanya pihak-pihak yang berkepentingan sama ada peribadi, organisasi atau pun negara. Jadi, sebab itu perkara ini harus dilihat dengan serius dan saya minta kalau boleh Duta Indonesia ini mestilah dalam kalangan kalau boleh tokoh-tokoh yang berwibawa yang saya katakan tadi. Mungkin dalam kalangan ahli politik atau pun negarawan-negarawan yang dikira boleh memainkan peranan yang penting ini.

Selain daripada itu Tuan Pengerusi, oleh sebab suasana di ASEAN ini masih lagi belum reda, hubungan Malaysia dengan Indonesia pun ada gangguan, hubungan Malaysia dengan Singapura walaupun nampak baik tetapi saya percaya seperti ‘api dalam sekam’.

Banyak perkara yang belum selesai. Peristiwa di Mindanao yang membabitkan soal umat Islam di Selatan Filipina, di Selatan Thailand pun sama.

Sehubungan dengan perkara ini, saya juga merujuk kepada Pusat Serantau Asia Tengara Bagi Mencegah Keganasan. Saya hendak mencadangkan kepada kerajaan, Tuan Pengerusi, supaya secara serius memikirkan untuk melantik mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad sebagai duta khas atau pun special envoy kepada negara Malaysia untuk beliau memainkan peranan kerana seperti lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Thailand tidak lama lagi.

final • 12:05 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cadangan autonomi untuk Selatan Thailand. Pernah diutarakan oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.

final • 12:05 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hari ini disambut oleh Perdana Menteri sekarang dan kedudukan imej mantan Tun Dr. Mahathir di peringkat antarabangsa cukup dihormati oleh seluruh dunia, apatah lagi di kalangan negara-negara Islam. Jadi saya percaya sebelum ini ada cadangan untuk mantan Perdana Menteri dilantik sebagai Menteri Kanan, tetapi saya percaya ini peranan lebih sesuai untuk mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kita tahu hubungan beliau dengan sesetengah negara Timur Tengah, bagaimana sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu, suara lantang beliau bagi mewakili dunia Islam Ketiga dan mewakili Negara-negara Berkecuali, Negara-negara Selatan, peranan di Bosnia dengan Herzegovina.

Begitu juga dengan Palestin dan meletakkan beliau seorang tokoh yang dihormati dan saya percaya beliau boleh digunakan untuk tujuan bagi mencari penyelesaian untuk meredakan keadaan keganasan termasuk di Selatan Thailand, usaha untuk mendapat autonomi bagi empat wilayah, pembebasan pemimpin Burma Aung San Suu Kyi dan begitu juga pergolakan yang berlaku di Selatan Filipina.

Tuan Pengerusi saya hendak tanya pihak Wisma Putra, mantan Perdana Menteri juga adalah pengerusi kepada Yayasan Global Peace, Yayasan Keamanan Sedunia yang sudah dua kali menganjurkan satu konvensyen iaitu “Untuk Menjenayahkan Perang”, “To Criminalize War”, dengan izin Tuan Pengerusi, yang mendapat sambutan hebat dan baru sahaja selesai seminggu yang lalu yang dihadiri oleh pelbagai tokoh daripada luar negara termasuklah tahanan daripada Guantanamo. Mereka yang terlibat dalam perjuangan hak asasi manusia dan demokrasi.

Jadi oleh kerana kedudukan Yayasan, Global Peace Foundation sekarang ini begitu mantap dan peranan untuk menjenayahkan perang sudah mendapat perhatian di seluruh dunia dan mengambil kira apa yang berlaku di Asia ini termasuk yang saya sebut tadi Tuan Pengerusi, amat sesuai sekali Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri ini dilantik sebagai duta khas. Biar beliau buat kerja di luar negeri. Ini kerana kalau beliau duduk di dalam negeri dan membuat pandangan-pandangan pun ada orang yang tidak senang hati. Jadi elok kita hantar dan utus beliau buat kerja luar negeri mencari keamanan untuk dunia.

Saya percaya pandangan saya ini ada asas dan logiknya supaya beliau boleh memainkan peranan. Kita tahu walaupun umurnya Tuan Pengerusi, sudah begitu lanjut tetapi masih sihat dan cergas dan penulis blog yang aktif dan blognya pun sudah menjangkau 24 juta dilayari oleh seluruh umat manusia di dunia ini termasuk Malaysia.

Kenapa tidak kita menggunakan kewibawaan beliau ini untuk membawa peranan di peringkat antarabangsa sebagai duta khas. Kalau boleh lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Thailand pada 8 dan 9 Disember ini, kalaulah boleh dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mempunyai masa dibawa bersama dalam rombongan tersebut. Ini kerana penghuraian untuk mencari penyelesaian ini bukan perkara yang mudah dan dengan kedudukan tokoh-tokoh berwibawa seumpama ini saya percaya beliau dapat menaikkan martabat negara Malaysia, nama baik negara Malaysia sekali gus juga boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan Kementerian Luar ini di peringkat Jawatankuasa. Pertamanya saya merujuk perkara B.13 020200 - Bahagian Asia.

Tuan Pengerusi kita melihat di negara kita ini banyak masalah yang ada hubung kait dengan pembantu rumah daripada negara Indonesia.

final • 12:15 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Banyak tindakan yang telah dibuat untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap pembantu rumah daripada Indonesia wanita yang mungkin datang daripada kampung-kampung terpencil di Indonesia. Apabila mereka ini diberikan cuti Tuan Pengerusi, mereka ini tidak mempunyai tempat untuk bersantai pertamanya mungkin mereka takut keluar ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini, dan akhirnya mereka akan berkurung di rumah dan apabila mereka berkurung di rumah, majikan mereka akan menggunakan khidmat mereka pada hari cuti tersebut.

Kalau dibandingkan dengan pembantu rumah yang beragama Kristian misalnya, mereka boleh pergi ke gereja pada hari Ahad dan dengan itu mempunyai networking dengan kawan-kawan mereka dan bersantai selepas itu. Akan tetapi kepada pembantu rumah wanita Islam yang tidak begitu selesa untuk keluar di bandar-bandar besar ini saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Luar dapat bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia. Bagaimana mungkin Kedutaan Indonesia ini boleh mengadakan program- program family day contohnya khusus untuk pembantu-pembantu rumah wanita Islam yang tidak begitu selesa keluar di bandar-bandar besar ini supaya ada tempat untuk mereka berjumpa dan bersantai. Kalau tidak ini akan menjadi satu masalah yang besar kerana mereka akan continuously subjected to work even semasa hari bercuti mereka.

Kedua Tuan Pengerusi ialah tentang butiran B.13, 120000 - Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah perancangan kementerian untuk mencari warga Malaysia daripada Sabah untuk menjadi duta negara. Ini adalah satu masalah yang kita lihat sebagai masalah yang perlu diselesaikan secepat yang boleh kerana kita tahu bahawa duta-duta yang ada sekarang ini tidak seorang pun daripada negeri Sabah. Kalau boleh saya melihat mesti ada satu perancangan yang teliti bagaimana untuk mencungkil bakat-bakat dan pegawai diplomatik ini yang datang daripada Sabah untuk diasah dan diolah supaya menjadi duta-duta negara kita di masa akan datang. Saya meminta perancangan yang terperinci daripada kementerian.

Begitu juga saya ingin bertanya tentang tumpuan kementerian sama ada untuk memilih duta-duta ini di kalangan mereka yang mempunyai karier diplomat ataupun political appointment. Kadang-kadang kita melihat di negara-negara yang strategik itu kita lantik political appointment sebagai duta. Ini adalah mungkin tidak begitu tepat kerana dalam negara-negara yang begitu strategik ini mungkin kita perlu karier diplomat untuk mewakili negara kita di negara-negara tersebut. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian di mana tujuan ini, apakah kita lebih kepada karier diplomat ataupun political appointment kerana kalau karier diplomat ini pun diketepikan akan menimbulkan masalah-masalah yang lain kerana peluang-pelaung untuk naik dalam perkhidmatan awam ini tidak timbul dan ini akan mengakibatkan ketidakpuasan hati beberapa pegawai-pegawai yang sudah berpeluang untuk naik ke atas.

Seterusnya Tuan Pengerusi saya juga ingin bertanyakan tentang Butiran P.13 60000 - Malaysia Kitchen ini yang mana diperuntukkan sebanyak lebih kurang RM2 juta pada tahun hadapan. Saya ingin minta penjelasan daripada kementerian, apakah tujuan sebenarnya membelanjakan RM2 juta ini untuk Malaysia Kitchen, kalau ia dibelanjakan untuk tujuan mempromosikan makanan Malaysia dan sebagainya mungkin ini lebih sesuai diletakkan dalam Kementerian Pelancongan dan sebagainya. Jadi saya minta penjelasanlah sebanyak RM2 juta yang diperuntukkan untuk Malaysia Kitchen Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:15 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 12:15 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 12:15 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 - Jabatan Hubungan Dua Hala dengan Bahagian Asia, halaman 20. Tuan Pengerusi baru-baru ini Presiden China Hu Jintao telah membuat lawatan dua hari ke Malaysia dan disambut begitu meriah oleh kerajaan Malaysia.

Hubungan Malaysia dengan negara Cina ini telah terjalin sangat lama dan kedua-dua negara telah pun menyambut ulang tahun ke-35 baru-baru ini.

final • 12:19 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Namun, negara jiran kita iaitu Singapura hanya mempunyai hubungan dengan negara China kira-kira 20 tahun bermakna masih baru berbanding dengan Malaysia. Akan tetapi, ketika lawatan Hu Jintao, Presiden China ke Singapura baru-baru ini di mana pihak Kerajaan China berjanji akan menghadiahkan dua ekor beruang panda kepada Kerajaan Singapura pada tahun hadapan. Mengapakah hadiah dua ekor beruang panda ini tidak diberi kepada negara kita tetapi diberi kepada Singapura? Memandangkan kita mempunyai hubungan dengan China selama 35 tahun berbanding dengan Singapura yang hanya 20 tahun. Sesungguhnya, haiwan beruang panda ini mempunyai nilai sentimen yang tinggi dalam masyarakat Cina.

Tentunya anugerah ini mempunyai makna tersirat yang mendalam. Haiwan beruang panda merupakan satu simbolik jalinan hubungan dua hala kedua-dua negara ini.

Justeru itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berhormat Menteri Luar perlu melihat saingan ini sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada negara dalam jangka masa yang panjang dalam konteks hubungan dua hala, pelaburan, keselamatan, kebudayaan, hubungan antarabangsa, import-eksport, dan sebagainya. Semoga kerajaan mencontohi negara China dan Jepun yang begitu hebat sehingga dapat menjuarai dalam mengeratkan hubungan dua hala di arena antarabangsa sama ada di Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Terbukti kesannya dalam tempoh kegawatan ekonomi sepuluh tahun kebelakangan ini bahawa China dan Jepun kurang terkesan dan lebih cepat pulih berbanding dengan negara-negara Eropah atau Malaysia sendiri. So, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengeratkan lagi hubungan dengan negeri China terutamanya dalam konteks meningkatkan lagi perdagangan dan juga pendidikan antara dua negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Maran.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya membahaskan Belanjawan Kementerian Luar. Saya hendak menyentuh beberapa perkara. Pertama, ialah mengenai Butiran 090000 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah sebenarnya peranan institut ini dan apakah bentuk program dan latihan-latihan khusus yang telah diadakan kepada mereka yang terlibat juga kepada siapa? Adakah kepada pegawai-pegawai kita sahaja yang akan pergi ke luar negara ataupun kepada orang-orang lain ataupun yang datang daripada luar negeri? Setakat ini berapa ramai kah peserta yang telah terlibat dengan program-program yang dianjurkan ini?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu di mana kita lihat sekarang banyak masalah yang berpunca daripada pendatang-pendatang dari luar, pendatang asing dan pelajar- pelajar luar negeri. Sejak akhir-akhir ini kita dihebohkan ataupun digawatkan dengan ‘mat hitam’ yang datang daripada negara Afrika dan sebagainya. Mereka bukan sahaja datang ke sini untuk belajar atau membuat lawatan, bahkan baru-baru ini mereka telah terlibat dengan unsur-unsur atau kegiatan yang cukup tidak baik dan boleh menghancurkan negara kita. Jikalaulah mereka datang ke sini sebagai merasakan bahawa Malaysia adalah syurga bagi mereka tetapi saya bimbang pada akhirnya nanti rakyat kita seolah-olah berada di negara sendiri yang menjadi neraka kepada kita akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh pendatang ataupun masyarakat luar ini.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ini juga mereka terlibat?

Apakah peranan institusi ini yang juga bertanggungjawab untuk melatih pelajar-pelajar dan pelawat-pelawat yang datang ke sini untuk bukan sahaja sekadar pegawai-pegawai di kedutaan mereka yang diberikan penjelasan atau penerangan tentang bagaimana peraturan, apakah disiplin dan undang-undang-undang negara kita yang perlu dipatuhi?

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Ini kerana sejak akhir-akhir ini kita lihat pelanggaran undang-undang cukup banyak dan bukan sahaja menjejaskan kawasan-kawasan bandar bahkan juga di Terengganu dan luar-luar bandar, mereka telah berani. Apakah ini disebabkan oleh kelembutan kita? Tuan Pengerusi, saya minta supaya kita lebih tegas di mana pada hari ini kita mendengar statement yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri supaya mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar ini.

Tuan Pengerusi, satu lagi ialah Butiran 120000 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.

Saya terlupa tentang berapakah sebenarnya negara-negara yang telah pun mempunyai pejabat perwakilan kita dan setakat ini berapa ramai pegawai-pegawai dan kakitangan yang ada di sana juga bagaimanakah kemudahan yang diberikan kepada mereka. Tuan Pengerusi, saya berasa kecewa apabila hari ini di dalam akhbar di mana seorang rakyat negara kita yang belajar di Taiwan yang juga merupakan pelajar dalam bidang komunikasi.

Sepatutnya pelajar komunikasi ini tahu bagaimana dia boleh communicate dengan negara luar dan menyampaikan maklumat yang baik di negara kita kepada luar. Akan tetapi, pada hari ini kita dihebohkan bagaimana pula dia menghina TNB. Jikalau dahulu pelajar yang sama ini menghina lagu Negaraku, tetapi hari ini dia telah menghina Tenaga Nasional Berhad.

Tuan Pengerusi, saya tidak memilih sesiapa, sama ada dia Melayu, Cina, India dan sebagainya, selagi dia merasakan bahawa dia rakyat di negara ini. Kita hendak pastikan supaya jika mereka ini ke luar negeri mestilah cintakan negara sendiri. Jangan hidup mewah di negara sendiri apabila ke luar negara menghina negara sendiri.

Tuan Pengerusi, saya berasa terkilan dan kecil hati kerana disebabkan oleh satu hari tidak ada elektrik di rumah dia dan blackout, lantas menghina, mengherdik, dan bahkan mencarut kepada pegawai TNB. Tuan Pengerusi, saya datang dari luar bandar dan berpuluh tahun tidak ada api dan menggunakan pelita, Tuan Pengerusi. Akan tetapi, kita tidak sampai ke tahap ini. Apakah kita tidak sedar bahawa selama ini kita hidup senang di negara kita tetapi kita sanggup menghina negara sendiri yang selama ini telah pun memberikan kemewahan kepada kita di luar negara. Saya minta diberikan perhatian dan kalau boleh tindakan perlu diambil.

Sebab itu, saya hendak menarik juga satu lagi Tuan Pengerusi apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita di mana dalam satu dialog ada daripada mungkin rakyat negara kita yang bertanya tentang adakah boleh memohon semula kalau sudah dibatalkan kerakyatan, pindah ke negara lain dan kembali ke negara sendiri. Adakah ini berlaku, kenapa? Saya ingin tahu daripada kerajaan. Berapa ramai rakyat dari negara kita yang membatalkan kerakyatannya dan memilih negara luar? Apakah sebab-sebab pemilihan ini?

Tuan Pengerusi, sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Kadangkala kita lupa...

[Dewan riuh] Saya minta diberikan perhatian. Kerajaan harus mengambil serius. Saya mencadangkan kalau boleh supaya orang yang hendak menukar kewarganegaraan ini atas sebab mungkin kerana benci kepada negara sendiri dan tidak puas hati, kalau boleh jangan dibenarkan balik...

final • 12:23 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Jikalau boleh ada di antara kita ini yang menghina negara sendiri...

final • 12:23 PM

Seorang Ahli

Hantar dia balik.

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

...Dan selama ini pernah kenyang dan mewah berada di negara sendiri, Ya Allah, silakan pilih negara mana hendak pergi... [Dewan riuh] Termasuklah Ahli-ahli Parlimen. Saya tidak mengira ahli pembangkang atau Barisan Nasional. Rakyat negara kita perlu beringat.

final • 12:23 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Janganlah bising pula kalau saya bercakap sekarang ini.

final • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Ahli Yang Berhormat yang lain, jangan bising.

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Oleh sebab itu kadangkala Yang Berhormat, kita membuat demonstrasi jalanan dan sebagainya kita tidak tahu siapa yang mengadakan keamanan di negara kita ini. Adakah kita Ahli-ahli Parlimen yang mengadakan semua keamanan ini? Semua pemimpin-pemimpin kita dahulu, pejuang- pejuang kita dahulu, pasukan keselamatan dan datuk nenek kita dahulu yang mereka sendiri tidak merasa sendiri Tuan Pengerusi.

Mereka menyediakan negara seperti pada hari ini. Kita yang menikmatinya semua, tetapi bila kita senang kita lupa. Saya minta pembangkang janganlah bising. Kadangkala ini semua banyak kerja pembangkang. Apabila saya cakap Ahli-ahli Yang Berhormat marah.

Jadi Tuan Pengerusi, saya minta supaya ini diberikan perhatian yang serius. Jadi, satu lagi ialah peranan yang walaupun mungkin ada kaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Peranan MSD dengan izin Jabatan Penuntut Malaysia. Saya hendak tahu setakat ini berapa banyak MSD ini diwujudkan di negara luar di mana pelajar-pelajar kita ada belajar di sana? Saya difahamkan ada di sesetengah tempat di mana MSD ini tidak berperanan besar bahkan ada persatuan pelajar yang lebih berkuasa daripada Jabatan Penuntut Malaysia ini.

final • 12:23 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Jadi saya minta supaya kerajaan berikan perhatian dalam perkara ini. Saya juga ingin tahu Tuan Pengerusi, di bawah butiran Kementerian Luar Negeri ini, berapakah setakat ini insiden yang telah berlaku di luar negara yang melibatkan rakyat negara kita sama ada di dalam masalah sosial, masalah jenayah dan sebagainya dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan?

Sebab itulah saya hendak mencadangkan supaya Kementerian Luar Ngeri ini bukan sekadar kita mengadakan hubungan diplomatik. Bukan sekadar mengadakan hubungan perdagangan untuk ekonomi tetapi bagaimana kita boleh mengeratkan lagi, bagaimana kita boleh menguatkan lagi supaya rakyat negara kita yang keluar negara, mereka di sana mencintai negara sendiri. Memberikan cerita-cerita yang baik. Yang tidak baik, okey tidak mengapa kita boleh betulkan. Begitu juga bagi rakyat luar yang datang ke negara kita. Bagaimana supaya kita boleh didik mereka, bahawa kita ada peraturan, kita ada undang-undang. Kalau perlu ambil tindakan, ambil tindakan. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut terlibat di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri dan saya ingin memulakan dengan membahaskan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala – Butiran 030000.

Tuan Pengerusi, pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah berpeluang untuk menghadiri satu Persidangan Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia bernama dengan izin, Conference of the State Parties to the United Nations Convention Against Corruption ataupun dengan ringkasnya UNCAC. Saya hadir di atas kapasiti sebagai anggota suatu jawatankuasa NGO antarabangsa yang bernama Global Organization of Parliamentarians Against Corruption (GOPAC). Ianya berlangsung di Doha, Qatar dari 9 November hingga 13 November yang lalu.

Apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah apabila saya bertanya-tanya di Doha itu saya dapati bahawa Malaysia dengan izin, sebagai signatory, anggota yang terlibat dalam UNCAC ini hanya menghantar dua orang sahaja wakil dan yang dua orang itu adalah dari SPRM. Saya bertanya lagi dan malah bertemu dengan rakan daripada Indonesia yang hadir di conference itu dan beliau berkata Indonesia mempunyai 45 orang wakil yang hadir di conference UNCAC di Doha, Qatar itu.

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Indonesia sudah tentunya lebih besar dan rakyatnya lebih ramai lebih kurang, misalnya lebih kurang sepuluh kali ganda penduduknya berbanding Malaysia tetapi yang hadir perwakilan mereka lebih dari 20 kali ganda wakil kita Malaysia ini .

Saya bimbang dan selepas itu kita dengar pula laporan daripada Transparency International bahawa kedudukan rasuah di Malaysia ini menjadi bertambah teruk daripada kedudukan ke 47 jatuh ke kedudukan 56. Adakah ketidakhadiran kita ataupun kecilnya perwakilan kita ini menandakan bahawa minat kita terhadap rasuah yang sekurang- kurangnya kita tunjukkan melalui penglibatan kita dalam persidangan antarabangsa terutama sekali ia Bangsa-bangsa Bersatu, bukan kumpulan NGO yang anti kerajaan itu dan ini dan sebagainya. Ia adalah suatu persidangan yang dilaksanakan dan dikendalikan oleh Bangsa-bangsa Bersatu yang mana kita ada signatory nya, dengan izin.

Anggota yang kita tandatangani penglibatan dan persetujuan itu, kenapakah kita tidak hantar perwakilan yang lebih besar? Kenapa tidak misalnya anggota-anggota Parlimen dihantar sama? Kalau pun tidak kami-kami ini yang menganggotai Jawatankuasa Penasihat Parlimen terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini diajak sekali, dilibatkan bersama. Secara umumnya kenapakah Wisma Putra tidak menghebahkan bahawa kita ini ada di peringkat antarabangsa, apa yang bernama the United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), yang kita ini adalah ahlinya.

Oleh sebab kita ini adalah ahlinya, kita ada tanggungjawab-tanggungjawab di luar negara, di pentas antarabangsa dan dalam negara dalam membasmi rasuah yang ada dalam negara kita ini. Jadi saya ingin menyatakan kekesalan saya bahawa Wisma Putra nampaknya tidak serius, tidak bersungguh-sungguh, tidak mengaturkan perwakilan yang lebih mewakili minat kita dan kesungguhan kita untuk membasmi rasuah di peringkat antarabangsa seperti melalui kehadiran kita di persidangan antarabangsa seperti ini...

final • 12:31 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Yang mana persidangan ini...

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat..

final • 12:31 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh mencelah sedikit?

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Okey... [Ketawa]

final • 12:31 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Ini hendak kaitkan sedikitlah dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Maran tadi. Dia menimbulkan ataupun menyebut tentang pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”. Walau macam mana pun lebih sayang kepada negeri sendiri. Persoalan saya mungkin dalam soal rasuah ini, ini yang menyebabkan hujan batu itu terus di negeri kita... [Ketawa] Orang-orang yang bangun untuk membantah rasuah ini adalah mereka-mereka yang ingin menentukan supaya “hujan emas itu jangan di negeri orang sahaja”. Biar “hujan emas” itu di negeri sendiri juga... [Tepuk] Saya hendak tanyalah kepada Yang Berhormat Tumpat, bolehkah melalui tindakan pelajar-pelajar kita yang menunjukkan betapa rasuah berlaku di negara kita dan sebagainya dan demonstrasi-demonstrasi yang kita lakukan. Maka dengan itu insya-Allah akan berlaku satu keadaan di mana akhirnya negara kita ini pun ‘hujan emas’ juga, insya- Allah. Macam mana pendapat Yang Berhormat Tumpat? Ini yang kerajaan dia hendak kekal “hujan batu". Dia berpuas hati “hujan batu" di negeri kita...

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita di bawah tajuk Kementerian Luar Negeri Yang Berhormat. SPRM itu tidak ada masuk dalam Kementerian Luar Negeri... [Ketawa]

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, yang mana saya amat setuju dengan pandangan beliau. Biarlah kita cuba berjuang untuk memperoleh hujan emas dan biarlah hujan emas yang membanjiri negara kita sebagaimana hujan air membanjiri kawasan Tumpat sekarang ini. Tuan Pengerusi, saya beralih di bawah Butiran yang sama iaitu hubungan kita dalam Bangsa-Bangsa Bersatu dengan rakan-rakan negara yang lain dalam kes Palestin.

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tuan Pengerusi, pergolakan di Palestin bertambah buruk. Di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ini, lebih banyak pencerobohan terhadap bumi yang tidak pun bebas, yang tidak pun besar yang bernama sama ada tebing barat ataupun Gaza. Akhir- akhir ini di bawah Benjamin Netanyahu dan ini mengikut laporan antarabangsa sekali lagi, mereka meluluskan lebih banyak penempatan baru. Yang terkini yang diluluskan oleh Kerajaan Zionis, Israel, 900 unit rumah-rumah baru diluluskan untuk dibina di dengan izin, East Jerusalem ataupun Baitul Maqdis Timur.

Masyarakat antarabangsa mengutuknya. Amerika Syarikat sedihnya, walaupun awalnya mengutuk, menegur dan memberi syarat kepada Israel sebagai syarat utama untuk mengadakan rundingan damai jangan membina dan membenarkan dan meluluskan pembinaan penempatan-penempatan baru. Akan tetapi nampaknya Setiausaha Negara Hillary Clinton terpaksa beralah dan bertukar pendirian beberapa kali. Namun, hakikatnya ialah bahawa Benjamin Netanyahu dan kerajaan haram Zionis Israel meneruskan tindakan- tindakan mereka itu.

Hari ini sudah ada lebih kurang 500,000 orang Israel yang setengah juta, mendiami kawasan perumahan yang berjumlah 100 kawasan perumahan di tebing barat dan di Timur Jerusalem. Oleh sebab itu saya ingin menyuarakan kepada negara kita Wisma Putra mengambil tindakan yang lebih aktif dalam isu Palestin dan hubungan antarabangsa kita melalui Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi. Ada beberapa berita yang terkini yang beberapa hari dahulu kita baca bahawa adalah usaha di pihak pemerintah Palestin untuk cuba membawa ke Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Khususnya di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu usul untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Palestin. Ini diura-urakan dan dilaporkan. Maka saya menyeru kepada Wisma Putra supaya mengambil peranan yang aktif, menyuarakan, melobi sokongan kita terhadap percubaan oleh yang terlibat di Palestin ini untuk mewujudkan dan mendapatkan pengisytiharan di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk dijadikan dan diisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka.

Ketiganya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 040000 iaitu sekretariat ASEAN. ASEAN ini ada kawasan-kawasan yang bermasalah dan ada berbagai- bagai masalahnya. Yang khususnya saya ingin merujuk kepada masalah yang kita juga sentuh beberapa kali. Akan tetapi saya merujuk khusus laporan bahawa pada bulan Oktober 2009 ada satu pertemuan dengan izin, oleh more than thirty Muslim NGOs activist and representatives from Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippine and Cambodia yang berhimpun di Bangkok. Meluluskan setelah perbincangan yang agak panjang lebar suatu hasrat mereka bahawa oleh sebab berlaku pertumpahan darah sama ada di Selatan Filipina atau pun di Selatan Thailand dan juga di kalangan masyarakat Myanmar Rohingya yang telah memakan nyawa berjuta-juta rakyat dan terus berlaku hingga ke hari ini.

final • 12:31 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Mereka menyeru supaya diambil tindakan-tindakan kemanusiaan untuk menghentikan pertumpahan darah ini. Seruan ini yang telah saya nyatakan dalam soalan saya dan telah dijawab. Saya menyeru kepada Wisma Putra supaya mengambil tindakan yang berterusan supaya sama ada di Filipina Selatan ataupun Thailand Selatan ataupun di kalangan masyarakat Rohingya di Myanmar ini diambil tindakan yang lebih aktif bersama- sama dengan OIC atau Bangsa-Bangsa Bersatu supaya nampak ada perubahan yang sebenarnya yang menghentikan pertumpahan darah yang berlaku di negara-negara tersebut. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Hujan batu di negara sendiri, hujan emas di negara orang, itu bidalan Melayu. Maknanya bersyukurlah kita. Alhamdulillah, kita ada negara, tempat kita tinggal. Batu itu boleh dikata batu permata, intan berlian.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ia lebih mahal daripada emas Yang Berhormat.

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, kalau hendak diistilahkan.

Apa Yang Berhormat Shah Alam terjemahkan itu lain. Boleh kita terjemahkan begitulah.

Maknanya berapa senang pun engkau di negara orang akhirnya balik juga ke negara engkau. Itu maksudnya. Maknanya kesetiaan kita kepada negara. Okey, itu selingan, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya bercakap mengenai Butiran 030000. Berapa kali kosong ini?

Jangan pula cakap saya ini didengar kosong... [Ketawa] Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala.

Sekali seperistiwa, maka tersebutlah kisah, dua Perdana Menteri bertemu, bersua, bermesra. Hampir dua bulan yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Thailand. Antara kemesraan yang dilahirkan oleh kedua-dua pemimpin penting ASEAN ini ialah bercerita tentang selatan Thailand. Kita tahu sejarah selatan Thailand sejak bertahun-tahun ini.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hari ini macam sedih Yang Berhormat. Tidak selalu macam ini.

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini fasal Yang Berhormat Kinabatangan datang lambat, jadi saya sedih. Antara dialog yang kita dimaklumkan bahawa perkara yang berlaku di selatan Thailand ini hendak diselesaikan secara baik. Antaranya ialah satu cadangan yang sangat baik, hendak memberi kuasa autonomi kepada kawasan selatan Thailand ini.

Tuan Pengerusi, ini bukanlah pula kita hendak mencampuri urusan negara orang.

Tidak. Tidak sekali-kali. Saya mengalu-alukan sangat supaya rundingan yang telah pun dimulakan dua bulan... Saya tidak berapa tepat masanya itu. Kalau bolehlah dijadikan kenyataan. Katanya hendak melawat bersama-sama ke selatan Thailand ini, antara Perdana Menteri kita dengan Perdana Menteri Thailand hendak menyelesaikan masalah.

Ini kerana tidak sudah nampaknya. Beribu-ribu nyawa orang awam terkorban tanpa dosa.

Kita tidak membiarkan perkara seperti itu berlaku...

final • 12:41 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Ke atas jiran kita.

final • 12:41 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, mungkin Yang Berhormat Sri Gading ini dia terlambat kapal. Beberapa hari yang lalu, saya terbaca bahawa Dewan tertinggi Thailand itu sendiri telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia dan ia tidak berlaku. Mungkin Yang Berhormat mencadangkan Kementerian Luar kita memainkan peranan melobi supaya perkara yang dibincangkan awal itu boleh berlaku. Minta penjelasan.

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Baguslah. Istilah macam- macam di Parlimen ini. Apa tadi, terlambat kapal?... [Disampuk] Terlepas kapal?... [Ketawa] Tuan Pengerusi yang dihormati, biar apa pun perkara sedih menyayat hati, tragedi di selatan Thailand itu tidak dapat hendak kita nafikan perasaan kita. Tidak dapat, Tuan Pengerusi. Dari segi kemanusiaan, apakah Kerajaan Thailand dengan Malaysia misalannya berunding mencari sesuatu jalan...

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Bagi kesejahteraan manusia.

Alangkah cantik dan moleknya.

final • 12:41 PM

Seorang Ahli

Shah Alam, Shah Alam.

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jemput.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sebenarnya, saya pun cukup bersetujulah sekiranya ada jalan bagaimana kawasan selatan Thai itu boleh diberikan autonomi dan bersetuju dengan cadangan supaya pihak Kementerian Luar Negeri berusaha untuk merangka strategi supaya akhirnya autonomi itu boleh diberi.

Malangnya, saya merasakan tindakan Kerajaan Malaysia telah menggagalkan usaha ini. Lebih-lebih lagi apabila meletakkan paip gas yang diturunkan daripada JDA itu melalui kawasan selatan Thai. Apabila kita membenarkan itu berlaku, maka tidak mungkin Kerajaan Thailand akan membenarkan selatan Thai itu diberikan autonomi. Di sinilah tindakan-tindakan berkepentingan politik Malaysia, Barisan Nasional telah menggagalkan...

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Panjang, Yang Berhormat.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Usaha-usaha ke arah itu. Ini bagi saya merupakan satu pengkhianatan, bukan sekadar kepada rakyat di negeri Kelantan, tetapi juga kepada cita-cita jangka masa panjang rakyat selatan Thai untuk mendapatkan autonomi.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Apabila adanya pipeline gas dan minyak di selatan Thai tidak mungkin mereka akan memberikan autonomi kepada selatan Thai.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini patut Kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab apabila mereka memikirkan tentang persoalan ini dulu.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 12:41 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Pandangan Yang Berhormat Sri Gading macam mana?

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading, sebentar Yang Berhormat. Saya dengan senyum mengumumkan Yang Berhormat ada tiga minit lagi.

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Oh, dua minitlah! Dua minit lagi, jadi lima minit. Yang Berhormat Shah Alam ini, Tuan Pengerusi, sama-sama kita faham.

Ucapan yang mula-mula tadi itu saya sudah macam hendak setuju, tetapi apabila sampai kepada perenggan “tetapi” itulah masalahnya. Jadi, dalam pepatah Melayu Yang Berhormat Shah Alam ini, “separuh ular separuh belut”... [Dewan riuh] [Ketawa] Jadi, maknanya....

final • 12:41 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Lebih ular kot!

final • 12:41 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi, separuh halal separuh haram... [Ketawa] Ini di luar lima minit tadi... [Ketawa] Jadi haraplah kerana manusia ini Tuan Pengerusi, kadang-kadang hubungan peribadi itu dia boleh mengatasi segala rintangan. Hubungan peribadi yang baik antara Perdana Menteri kita dengan niat yang baik dan hubungan baik Perdana Menteri Thailand ini mudah-mudahan sesuatu boleh dilakukan bagi menentukan bahawa tragedi-tragedi yang sedih di Selatan Thailand itu boleh diatasi.

Yang kedua, dalam tajuk 030000 ini juga bangga saya Tuan Pengerusi, bangga saya, besar hati saya, rasa gembira saya...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Teruja.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Teruja itu macam sedih. Dia ada yang gembiralah. Nampak semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita melawat Sulawesi Selatan. Cantik pakaian tradisi dia dan ini menandakan memang Malaysia dan Indonesia tidak boleh dipisahkan, memang tidak boleh dipisahkan. Tiada kata secantik bahasa nak ku lukiskan rasa penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjalin hubungan mesra dengan Sulawesi Selatan dan ini semua sesuatu peristiwa yang amat memberikan kebaikan kepada kedua-dua negara.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi saya berharap Kementerian Luar jangan tidur, jangan lalai. Ini bukan saya mengkritik, ini bukan mengkritik tapi memperingatkan. Yang Berhormat Ipoh Barat jangan tengok saya itu macam. Saya panjang lagi, Tuan Pengerusi benarkan. Mahu bercakap kah?

Yang Berhormat Ipoh Barat apa ada kena mengena luar negara?

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia nak berucap lepas ini Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kementerian Luar main perananlah, main peranan. Lipat gandakan macam mana hubungan yang baik ini terus tambah baik, tambah mesra. Buatlah berbagai-bagai, buatlah sesuatu. Ini kata kita tak nak bagi pula kepada Sulawesi, ah bahasa senangnya Bugislah... [Bercakap bahasa Bugis] Tuan Pengerusi faham itu? Faham bahasa Bugis itu?

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tak faham.

final • 12:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Maknanya apa khabar. Cantik nama dia kan? Jadi inilah, lakukan kerana kita tidak mungkin dapat dipisahkan antara Malaysia dan Indonesia. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya taat kepada Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin berucap di 020200 iaitu Dua Hala. Tuan Pengerusi, pada tahun 1989, 2 Disember, Malaysia telah tandatangani satu perjanjian dengan Parti Komunis Malaya di Haadyai dan ini dibuat di antara Kerajaan Thailand dan Malaysia dan ada beberapa terma yang ternyata di sana di mana kita patut ada obligasi-obligasi yang tertentu dan di antara obligasi- obligasinya dengan izin, saya baca highlights mengenai perkara perjanjian tersebut:

(i) The Malaysian government and communist party of Malaya will seize arm activities and former members of the gorilla movement will swear allegiance to Malaysia Constitution and the King.

(ii) The CPM will disband all arms unit in Malaysia and Thailand while Malaysia should allow members of Malaysian origin to return. Those not a Malaysian origin can return only if permitted.

(iii) Those who settled down in Malaysia must pledge loyalty to the King and Constitution or the government will not apply the Internal Security Act or any other law condemn for past activities.

(iv) The government will allow former CPM members who settle down in Malaysia to participate in politic activities.

Saya percaya ramai di antara yang ingin datang telah pun dibenarkan tetapi satu orang iaitu ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng itu dari Setiawan dan dia telah memohon dan dia mengikut perjanjian tersebut dengan nyata bahawa dia ada hak untuk datang balik. Apakah imej kerajaan kita bila kita membuat satu perjanjian di mana satu negara terlibat dalam menyiapkan semua perjanjian ini tetapi bila menjadi masa implementasinya, kita tidak mengikutnya. Apakah reaksi kepada kerajaan-kerajaan yang lain? Apa mereka akan ingat, akan tengok penglibatan kita, peranan kita dan polisi kita?

Saya sendiri telah berjumpa dengan Chin Peng, Tuan Pengerusi lebih dalam satu bulan dahulu. Sebenarnya daripada kecil saya sangat minat kepada orang ini kerana dia daripada satu sekolah dari pekan saya dan bila saya berjumpa dengan dia, bukan sahaja dia mental faculty very active, he is IT savvy. Dia tahu semua apa terjadi dan apa dia hendak buat untuk datang balik adalah satu sahaja. Dia nak balik ke kampung dia dan oleh kerana dia sudah lebih kurang dalam lingkungan 86, he is very infirm physically. Dia hendak balik untuk katanya dia hendak meninggal dunia sahaja dan juga kubur bapa dan ibu dia adalah dekat Pundut Estet dekat Lumut dan saya tahu dan kawan-kawan kita macam Menteri di sana yang duduk dari Setiawan juga.

final • 12:54 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Di Dewan ini Tuan Pengerusi, ada lapan Ahli Parlimen dari Setiawan dan kita semua...

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Termasuk Yang Berhormat Padang Serai Yang Berhormat?

final • 12:54 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Termasuk. Termasuk Yang Berhormat Bagan Serai, termasuk Beruas, Setiawan dan kawan saya Kuala Krai, ada Senator- Senator. Senator Murugiah dan di antaranya dan saya rasa yang mustahak adalah perjanjian ini. Macam mana kita sudah buat satu perjanjian, sudah katakan melibatkan kerajaan Thailand tetapi tidak ikut terma-terma tersebut dan beliau tanya apa saya hendak buat adalah untuk datang balik ke di mana saya dilahirkan dan saya baca semalam bahawa Perdana Menteri yang lepas, Yang Berhormat Kepala Batas mengatakan bahawa selepas kes Mahkamah Tinggi, selepas proses mahkamah, kerajaan akan membuat satu keputusan kemungkinan besar untuk membenarkan beliau balik dan adakah Yang Berhormat Ahli Parlimen Lumut akan membawa perkara ini ke Kabinet supaya satu penyelesaian dibuat mengenai perkara ini?

Ini kerana, saya rasa adalah jangan kita lupa hari ini kita mematikan Parti Komunis Malaya tetapi lebih kurang 50 tahun dahulu, beratus-ratus ribu orang di Malaysia dibunuh oleh Jepun. Sekarang siapa kawan baik kepada negara kita? Jepun. Melabur di sini, ada kilang-kilang, kita melabur di Jepun. Itu semua boleh? Kalau kita ingat balik, saya rasa ini adalah satu perkara sebagai imej. Ini adalah perkara yang sangat mustahak. Saya harap kerajaan akan ambil perhatian.

Yang kedua adalah mengenai Sri Lanka Tuan Pengerusi, di mana baru-baru ini, kebelakangan ini lebih daripada 300,000 orang disimpan di Constitution Camp di mana mereka tidak dibenarkan keluar daripada sana dan di antaranya adalah ramai di antara yang mati di sana. Kenapa kita tidak mengambil tahu supaya satu international war crime court atau tindakan diambil? Ada ramai kerajaan-kerajaan di negara di dunia ini yang telah mengesyorkan agar war crime dibuat oleh Sri Lanka. Apakah tindakan dan pendirian kita dan sejak mereka memulakan guerrilla movement pada tahun 1982, lebih daripada 100,000 orang telah dikorbankan? Di Malaysia saya difahamkan ada lebih kurang 50,000 orang masyarakat Tamil. Semalam di Al Jazeera kita tengok di mana saya hairan actually.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:54 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Tuan Pengerusi bila saya tengok gambar itu, saya pun I…, of full emotionally moved. Saya rasa ini adalah perkara kalau kita tengok macam mana mereka diseksa, macam-macam tindakan diambil terhadap mereka. Kita tidak boleh benarkan perkara tersebut.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ada lima minit selepas ditangguh nanti.

final • 12:54 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat bersidang semula sebagai majlis mesyuarat.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:54 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang ini.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi

Sila Ipoh Barat, you have another five minutes.

final • 12:54 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, pagi ini saya ada katakan mengenai kekurangan perhatian kerajaan dalam penglibatan di arena apa yang terjadi di Sri Lanka di mana beribu-ribu orang telah dibunuh dan ada ramai di antaranya adalah kanak-kanak, orang tua menjadi pelarian dan sebagainya.

Saya juga ingin membawa pendekatan mengenai perkara ini di mana kalau kerajaan boleh terlibat dengan memberi sekurang-kurangnya suaranya didengari di United Nations mengenai perkara yang terjadi di Bosnia, di Afrika dan baru-baru ini di Selatan Thailand. Kalau kita boleh ada perhatian mengenai hak-hak manusia, kenapa pula Sri Lanka dipinggirkan. Adakah kerana kerajaan takut mengenai apa yang akan terjadi?

Saya masih ingat pada tahun 2004, 2005, masa itu Menteri Luar Negeri telah memberi satu policy statement di Parlimen ini di mana beliau mengatakan bahawa kerajaan tidak berniat terlibat dalam hal dalam Sri Lanka kerana ada perjanjian perdamaian di antara LTTE dengan Sri Lanka dan beliau sendiri telah pergi ke Colombo dan kata bahawa kerajaan berhasrat untuk menolong masyarakat di sana terutamanya masyarakat Tamil.

Apa terjadi kepada janji-janji tersebut?

Hal yang sama juga di Burma, Myanmar di mana constructive engagement nampaknya tidak ada apa-apa proaktif yang dibuat oleh kerajaan dan dalam hal ini apakah yang sedang dibuat di mana satu perkara saya ingin bangkitkan adalah di mana baru-baru ini Menteri Luar Negeri telah mengatakan bahawa mungkin polisi, there must be a paradigm shift dalam thinking dan polisi kerajaan iaitu bukan sahaja constructive engagement mengaku bahawa ia telah gagal tetapi mungkin kita perlu melabur di Myanmar supaya dapat membangunkan negara tersebut. Adakah ini pandangan yang baru dan berapa jauh ada kajian yang telah dibuat supaya polisi yang baru ini boleh betul-betul membawa kebaikan di Myanmar.

Kedua-dua negara ini, Sri Lanka dan Myanmar ada beribu-ribu orang pelarian di negara ini dan apakah status mereka. Saya masih ingat United Nations High Commissioner for Refugees telah mengadakan perbincangan dengan kementerian dan di mana sekarang saya difahamkan ada lebih kurang 100,000 orang di negara ini. Walaupun kita tidak meratifikasikan covenant-covenant berkaitan dengan ini, adakah kerajaan akan meratifikasikan? Saya difahamkan kita juga mendapat sumbangan berjuta-juta ringgit khasnya dari Australia supaya mengikat dan tidak membenarkan pelarian-pelarian, refugees ini keluar dari negara ini supaya tidak pergi ke Australia dan sebagainya dan berapakah amaun yang telah diterima dari negara-negara serantau ini untuk menolong Malaysia mengatasi masalah ini.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, adalah mengenai International Criminal Court. Ada satu permanent tribunal untuk membawa tindakan terhadap individu kepada genocide crimes against humanity and crimes of aggression. Sebenarnya Rome Statute ini yang telah bermula pada 17 Julai 1998, selepas itu telah menubuhkan satu International Criminal Court pada 1 Julai 2002. Saya ada bangkitkan mengenai perkara ini beberapa kali di Dewan Rakyat dan kerap kali kerajaan mengatakan bahawa ada perbincangan, ada pernah pergi ke ICC dengan pihak-pihak berkenaan, kerajaan berhasrat untuk menjadi seorang anggota.

Tuan Pengerusi, setakat ini pada Oktober 2009, 110 negara telah menjadi anggotanya dan 38 negeri yang lain telah pun menandatangani tetapi belum lagi meratifikasikan ICC ini. Jadi, apakah pendirian kita? Saya difahamkan bila satu soalan saya bangkitkan pada satu tahun dulu, kerajaan mengatakan lebih kurang 51 peratus dari terma- terma Rome Statute itu telah dikaji dan dikatakan adalah seimbang dengan Federal Constitution negara, maka kemungkinan besar kita akan menjadi anggota. Apakah yang menjadi halangan-halangan yang tertentu untuk kerajaan atau kita tidak menjadi seorang anggota?

final • 2:32 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jangan kita ikut apa kehendak Amerika, India dan China. All these negara yang tidak ingin dan tidak menjadi anggota ICC, tetapi yang mustahak adalah negara-negara macam European Unions dan banyak negeri di mana tindakan telah diambil setakat ini terhadap ketua-ketua negara dari Uganda, dari Democratic Republic of Congo dan di Darfur baru-baru ini dan ini adalah perkara yang patut kita dalam international bench, kalau tengok dalam holistically, ini adalah perkara yang sangat mustahak.

Apakah keengganan kita menjadi anggota? Apakah terma-terma yang bertentangan dengan kita? Kalau saya tengok semua dari terma-terma yang kalau kita menjadi anggota, nampaknya sesuai untuk kegunaan semua masyarakat di Malaysia.

Keengganan kita kerana ada sesuatu yang tidak kena.

Tuan Pengerusi, akhir sekali, saya lupa. Pagi ini saya ada katakan mengenai pelarian-pelarian, refugees di mana satu pendirian perlu diambil untuk menolong mereka dan kenapa sehingga kini walaupun UNCHR kita membenarkan kad-kad diberi kepada refugees tetapi mereka tidak dibenarkan kerja. Macam mana dia hendak cari makan?

Macam mana dia boleh take care of the family dan sebagainya? Saya difahamkan ada di antaranya, orang pelarian yang duduk di negara kita sudah lima tahun, sepuluh tahun.

Anak-anak mereka dilahirkan di sini, tetapi tidak dibenarkan pergi ke sekolah-sekolah biasa.

Bukankah ini satu diskriminasi? Kenapa kita buat sedemikian? Bukan kita mahu pisahkan. There are two types of people, dengan izin, Tuan Pengerusi iaitu economic refugees dan political refugees. Kebanyakan yang datang dari sini. Dulu dari Acheh, sekarang dari Myanmar dan Sri Lanka dan sebagainya adalah political refugees. Bukan mereka berniat datang berkata, “Not that I love your country. Saya terpaksa keluar. Kalau tidak, saya akan dibunuh di negara saya.” Jadi kita patut faham masalah ini dan menolong mereka sekurang-kurangnya membenarkan mereka untuk bekerja. Kenapa kita boleh membenarkan lebih daripada 2 juta orang dari luar negara, walhal sini ada dekat 100,000 orang yang menjadi penganggur yang betul-betul yang boleh kita tolong mereka sebagai half way house sebelum mereka keluar ke luar negara. Saya harap tindakan proaktif dalam hal ini dan supaya mereka juga, mereka adalah manusia Tuan Pengerusi dan kita patut memberi pertolongan. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bakri.

final • 2:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin membangkitkan butiran 020000 - Jabatan Perhubungan Dua Hala. Mengikut laporan yang saya membaca dari satu majalah dalam tempatan KL Security Review bertarikh 22 September 2009. Semasa Timbalan Menteri Luar Negeri II Dato Lee Chee Leong menjawab soalan media mengenai isu Laut China Selatan. Beliau menyatakan tentang pembangunan bersama di Laut China Selatan adalah langkah yang positif dan merupakan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Mengikut kenyataan beliau saya membangkitkan empat soalan berikut:

(i) adakah konsep pembangunan bersama menjadi pilihan utama bagi Malaysia dalam menyelesaikan isu pertikaian kedaulatan sempadan island;

(ii) adakah yang menolong Kerajaan Malaysia mencadangkan pembangunan bersama yang sebelum ini tidak pernah kedengaran;

(iii) sudahkah Kementerian Luar Negeri memaklumkan cadangan pembangunan bersama tersebut kepada negara-negara yang terlibat dalam isu pertikaian sempadan island;

(iv) adakah konsep pembangunan bersama merupakan cadangan yang paling menguntungkan Malaysia dan apakah langkah yang strategik susulan seterusnya?

final • 2:41 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Presiden China Hu Jintao telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia baru-baru ini dan telah mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak Kerajaan Malaysia. Adakah perkara-perkara mengenai isu keselamatan dan pertahanan serantau ini telah diusulkan dan apakah hasil pencapaian perbincangan tersebut? Presiden Hu Jintao telah melawat Selat Melaka sebagai lawatan peribadi. Akan tetapi apa yang mengagumkan ialah kenapa beliau hanya memilih Selat Melaka sahaja sebagai destinasi lawatan peribadi? Sedangkan ada banyak lagi tempat lain yang boleh menarik perhatian beliau.

Pada tahun 2003 Presiden Hu Jintao pernah menyatakan bahawa kebanyakan pengimportan petroleum dari negara China adalah melalui Selat Melaka. Kerajaan negara China agak khuatir tentang campur tangan ataupun penguasaan oleh pihak kuasa besar barat seperti Amerika Syarikat yang akan menyebabkan ‘silence’ of communication mereka ini dicabuli. Oleh itu pihak media antarabangsa telah memilihkan Chinese Melaka Dilema sebagai bimbangan situasi tersebut. Mengikut latar belakang yang saya sebutkan tadi adakah kementerian pernah menganalisis dan menilai maksud yang tersirat tentang lawatan Presiden Hu Jintao?

Mungkinkah Presiden Hu Jintao ialah bukan melawat tetapi turun padang meninjau Selat Melaka dengan sendiri untuk memikirkan untuk jalan penyelesaian China-Melaka dilema ini. Butiran 001000 – Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut.

Saya menunjukkan kepada butiran 0010000 di bawah maksud B.13. Seperti yang dibangkitkan oleh rakan kita tadi saya tidak mahu mengulangkan isu tersebut di sini. Cuma saya minta kementerian senaraikan nama projek-projek yang dijalankan secara terperinci termasuk bangunan-bangunan baru yang dibeli pengubahsuaian yang sudah dan akan dijalankan dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan butiran ini.

Butiran 60000 – Malaysia Kitchen. Terakhir sekali saya juga menunjukkan kepada Butiran 60000 - Malaysia Kitchen. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Julai 2007 menyatakan bahawa Pengarah Urusan EXIM Bank Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali berkata bank berkenaan telah menyediakan peruntukan pembiayaan berjumlah RM35 juta kepada usahawan-usahawan berminat untuk menyertai rancangan tersebut. Di sini saya minta Menteri menyatakan apakah tujuan pembelian peruntukan sebanyak RM1.5 juta setahun ini sedangkan EXIM Bank sudah memainkan peranan sebagai pemberi pinjaman utama?

Sila jelaskan adakah perbelanjaan RM1.5 juta setahun ini semata-mata digunakan sebagai pinjaman kepada usahawan ataupun digunakan untuk perkara-perkara lain? Di samping itu sila memberikan bentuk perbelanjaan di bawah butiran ini dengan butiran- butiran yang teliti. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang.

final • 2:41 PM

Tuan Pengerusi

Saya rasa saya bagi sama wanita. Yang Berhormat Ampang.

Selepas Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Sungai Petani baru Yang Berhormat Pendang. Tidak apa nanti saya I’ll go back to you.

final • 2:41 PM

Puan Hajjah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi saya hanya sentuh sedikit sahaja tentang Butiran B.13 030200. Saya ingin menyentuh tentang isu hak asasi mengenai pelarian-pelarian yang datang ke negara kita khususnya pelarian Myanmar. Ketika ini kita menganggarkan sebanyak 500,000 pelarian Myanmar yang berada dalam negara kita dan hanya 10 peratus sahaja yang berdaftar.

Jadi sudah tiba masanya untuk kementerian mengkaji dan meneliti kedudukan mereka agar tidak seperti hidup gantung tanpa bertali. Ini kerana tindakan ini segera perlu diambil bagi memutuskan status mereka sama ada ingin diberi perlindungan atau dihantar pulang.

Untuk kedua-dua tujuan golongan ini patut ditempatkan secara berkelompok dan dalam kawalan yang mana boleh menjaga kebajikan mereka serta menjamin keselamatan rakyat Malaysia sendiri.

Sekiranya kita memilih untuk memberikan mereka perlindungan maka kita harus merangka satu cara yang teratur dan bertamadun iaitu bekerjasama dengan UNHCR.

Merangka satu sistem hidup yang teratur kepada mereka agar dapat membiayai anak-anak mereka dan memberikan kehidupan kepada mereka. Anak-anak mereka diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan selaras dengan Child’s Rights Act yang mana kita tidak boleh menafikan hak anak-anak ini untuk diberikan pendidikan.

final • 2:46 PM

Puan Hajjah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Sekiranya kita pula membuat keputusan untuk menghantar mereka pulang maka kita juga harus aturkan cara dengan tamadun dan mengikut landasan kemanusiaan.

Tidaklah hanya melepaskan mereka di sempadan-sempadan dan menjadikan mereka mangsa perdagangan manusia.

Akhir sekali Tuan Pengerusi saya ingin bertanya tentang status dan apakah tindakan lanjut oleh kementerian di atas laporan US Senator Lugar, Foreign Affairs Report yang mana telah dalam laporan itu telah menyentuh telah memaparkan atau telah membongkar terhadap penganiayaan insiden-insiden penganiayaan terhadap pelarian- pelarian Myanmar terutamanya oleh agensi kerajaan kita seperti polis dan imigresen. Kita tidak mahu kerana dalam akhbar tempatan kita baru-baru ini kita telah satu press list yang telah dibuat oleh Bar Council yang mana average one migrant dies in custody almost everyday. Maknanya satu warga asing meninggal ketika dalam tahanan tidak kira tinggal dalam lokap kah detention centre kah ataupun dalam penjara.

Jadi kita tidak mahu kita punya TPI mengenai corruption perception index sudah jatuh terjerumus tersungkur pada tahap tangga 56. Kita tidak mahu Malaysia akan menjadi satu Malaysia ataupun 1Malaysia one giant killer. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:46 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Sungai Petani, lepas itu Yang Berhormat Pendang lepas itu Yang Berhormat Parit.

final • 2:46 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang dalam B.13 – Kementerian Luar Negeri. Saya cuma ada tiga perkara sahaja hendak sebut iaitu yang pertamanya ialah tentang 030000 – Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala. Pelajar-pelajar kita di Indonesia menghadapi banyak masalah dengan visa, walaupun para pelajar kita merupakan para pelajar yang mendapat tajaan kerajaan ataupun pelajar yang belanja sendiri tetapi para pelajar yang belajar di sana tidaklah semudah pelajar-pelajar Indonesia yang belajar di negeri kita. Di negeri kita pelajar-pelajar Indonesia mendapat study visa dengan selesa dan mudah, prosesnya juga mudah dan teratur.

Berbanding dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia, kerenahnya cukup banyak, khususnya pelajar-pelajar yang baru freshman sampai, dengan syarat selepas itu perlu duduk sekian lama, apabila balik sebelum syarat duduk awal itu belum habis tetapi kalau pulang ke Malaysia, hendak balik pula ke Indonesia untuk terus sambung belajar, problem banyak di peringkat awal. Jadi saya mencadangkan dan memohon maklumat daripada Menteri, apakah yang menyebabkan urusan visa untuk para pelajar kita belajar di sana tidak dapat diselaraskan seperti kita memberikan treatment kepada pelajar-pelajar Indonesia di Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya juga berkesempatan dalam lawatan ke Indonesia baru-baru ni apabila dikejutkan dengan berita, ini berhubung dengan 020300 – Penerangan Luar Negara. Dilihat bahawa media-media Indonesia, pick up benda-benda yang negatif. Kita hendak tahu sejauh manakah kerajaan mengambil sifat yang reaktif, proaktif kepada isu-isu besar seperti ini kerana dalam laporan yang telah pun disebut oleh salah satu stesen Indonesia, bahawa di antara tahun 2002 hingga 1 Jun 2009, disebut dalam berita itu, kebetulan saya berada di Indonesia, terdapat 2029 orang telah mati dalam tahanan, sama ada dalam lock up, dalam tahanan imigresen ataupun pusat-pusat tahanan yang lain juga dilaporkan kebanyakan yang mati ini ialah orang-orang Indonesia, selepas itu tiada jawapan daripada kerajaan, nampak agak membisu.

Saya tidak nampak satu tindakan serta-merta untuk membetulkan keadaan kerana televisyen tersebut juga memetik sumbernya daripada Datuk Pesuruhjaya SUHAKAM iaitu Datuk N. Siva Subramaniam. Jadi saya tidak tahu sama ada perkara ini betul atau tidak betul tetapi apa yang kita hendak sebut ini ialah peranan yang harus dimainkan oleh kementerian untuk cepat-cepat membetulkan kerana persepsi yang ada di Indonesia khususnya, bahawa yang mati apabila sebut tahanan-tahanan penjara dan pusat-pusat tahanan di Malaysia dan apabila disebut yang mati sampai begitu banyak, persepsi yang mereka ada ialah kebanyakannya orang Indonesia.

final • 2:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Jadi mungkin ini salah satu sebab yang menyebabkan perasaan tidak puas hati kepada rakyat yang mendengar berita ini, menular kepada hal-hal yang lain dan menyebabkan berlakunya demonstrasi dan juga hal-hal lain. Jadi saya kira kementerian harus lebih proaktif untuk menjelaskan hal sebenarnya, kalau pun betul yang mati 2029 dari tahun 2002 hingga Jun 2009 mungkin ada breakdown dan sebab-sebab kematian, tidakkan lah semua dipukul kot? Mungkin ada penyakit atau sebagainya. Ketiganya Tuan Pengerusi, ialah tentang 10200, saya juga ingin merujuk kepada teguran Ketua Audit berhubung dengan penyata akaun awam dan aktiviti 2008.

Ketua Audit menyebut tentang bagaimana tujuh daripada 11 pejabat perwakilan kita telah berbelanja melebihi peruntukan yang diperuntukkan. Jadi soalan saya ialah negeri yang mana yang terlibat dari 7 hingga 11 yang dinyatakan ini. Kenapakah peruntukan berlebihan seperti yang telah pun diperuntukkan kerana kita takut Tuan Pengerusi, kerana pengalaman saya juga yang pernah bertugas dengan kementerian, kadang-kadang kita berbelanja kepada benda-benda yang tidak memberikan manfaat untuk menarik orang- orang luar memahami negara kita. Pengalaman juga mengajar saya untuk tengok dan melihat kadang-kadang kita buat function untuk menyambut tetamu-tetamu Malaysia dan melayan serta memberikan reception kepada tetamu-tetamu tetapi tidak menggunakan peruntukan yang diberikan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menyemarakkan nama negara kita.

Jadi saya mohon di sini agar Menteri memberikan jawapan adakah perbelanjaan terlebih ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang boleh menaikkan nama negara, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pendang.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi, saya ada beberapa Butiran untuk disuarakan, pertamanya 120000 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Daripada kunjungan kita ke luar negara, saya dapati masih banyak terdapat pegawai-pegawai kita di luar negara yang masih menggunakan kenderaan yang kita rasa tidak selesa sebagai pegawai di pejabat yang mewakili Malaysia. Kalau kita pergi ke luar negara misalnya ke Egypt, saya dapati banyak kenderaan-kenderaan Malaysia yang telah dieksport ke sana, kalau kita tengok kereta Kancil misalnya, tok Arab yang badan besar ini memandu kereta Kancil yang kecil boleh muat, tetapi kenapakah di negara Arab itu tidak ada kenderaan yang hendak kita promosikan kepada negara-negara mereka?

Kemudian kalau kita pergi ke... Baru ini saya melawat ke Kazakhstan, Uzbekistan, mereka mengatakan mereka berada dalam keadaan understaffed, jadi apakah peranan Kementerian Luar Negeri terhadap penjawat-penjawat perwakilan kita di luar ini, sehingga menyebabkan mereka understaffed. Satu lagi ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh pegawai-pegawai kita yang berada di sana, apakah salahnya kita mendedahkan mereka dengan bahasa-bahasa tempatan. Kemudian mengenai pintu masuk, pintu masuk, saya berharap kepada pegawai-pegawai di Kementerian Luar ini, mana sahaja pintu masuk yang berada di negara tersebut hendaklah mendapat maklumat yang jelas berhubung dengan cara-cara kemasukan rakyat Malaysia ke negara mereka, kerana ini berlaku pada saya sendiri dan beberapa rakan yang lain apabila kami ke Iran misalnya melalui Tehran, kita boleh masuk tanpa visa, tetapi apabila kita masuk melalui Bagram, kita tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai visa.

Kami terpaksa bermalam dalam kesejukan malam, pakai enam helai baju pun Tuan Pengerusi, masih rasa sejuk kerana tidur di bawah khemah di Bagram tersebut di no man’s land, ini bermakna masalah perhubungan di antara pegawai dengan staf di pintu- pintu masuk. Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan oleh pegawai di Kementerian Luar kita. Kemudiannya Butiran 030000 – Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala dan 020000 Jabatan Hubungan Dua Hala dan Pelbagai Hala.

final • 2:54 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Saya ingin tahu dari Kementerian Luar bagaimanakah peranan dalam suasana sekarang ini yang dimainkan oleh negara kita sebagai anggota OIC, walaupun tidak lagi menjadi pengerusi berhubung dengan masalah pertolongan yang mungkin rakyat kita boleh berikan kepada Palestin ataupun apa sahaja pintu masuk ke Palestin yang sebenarnya orang luar tidak boleh masuk kerana disekat oleh Kerajaan Negeri Mesir. Saya pernah menyuarakan hasrat ini sebelum ini kerana ini berlaku kepada rombongan-rombongan NGO kita untuk memberi bantuan tetapi disekat untuk memasuki negara Palestin.

final • 2:54 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Akhir sekali Tuan Pengerusi, baru-baru ini ada Persidangan PBB. Saya dapati ramai Ketua-ketua Negara besar seperti Amerika Syarikat Barrack Obama, Perancis dan juga Itali pergi ke sana. Akan tetapi Perdana Menteri kita pergi ke Perancis tidak pergi ke persidangan PBB. Saya hendak tahu daripada Kementerian Luar Negeri, apakah punca yang menyebabkan pemimpin besar ke negara kita tidak berkunjung ke PBB? Itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Parit. Ada lagi dari BN selepas Yang Berhormat Parit? Yang Berhormat Parit selepas itu Yang Berhormat Jasin, selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya membahaskan Butiran 070000 - Jabatan Hubungan Media & Diplomasi Awam dan Butiran 120000 - Pejabat Perwakilan Luar Negeri.

Kita mempunyai ramai warganegara Malaysia yang bertugas di luar negara serta belajar dan bekerja. Ini tidak termasuk rakyat kita yang pergi melancong di setiap pelosok dunia ini. Akan tetapi apa yang ingin saya bangkitkan ialah soal maklumat ataupun respons yang boleh dimainkan oleh pegawai-pegawai kita dalam Bahagian Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi bagi menghebahkan satu maklumat yang pantas, terkini dan juga meyakinkan.

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya adakah setiap kedutaan kita di seluruh dunia menempatkan Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi Awam atau hanya di ibu pejabat sahaja? Soal ini penting apabila ada berlaku perkara-perkara berbentuk kecemasan, umpamanya rakyat kita yang berada di luar negara mengalami kecelakaan, kesusahan dan terlibat dalam konflik peperangan, bencana alam dan juga jenayah. Saya dapat maklum bahawa respons atau maklum balas pegawai-pegawai diplomat kita agak kurang ataupun lambat. Contohnya kejadian gempa bumi di Padang di mana urusan pelajar-pelajar kita yang hendak pulang sementara ke negara kita, ada berlaku kesulitan ketika berurusan di Jabatan Imigresen sebuah negara asing.

Jadi pada waktu itu kita memerlukan pegawai-pegawai kedutaan kita bagi menyelesaikan masalah tersebut. Contoh lain ialah ada negara-negara barat yang cuba memberi persepsi negatif kepada imej negara kita. Jadi saya hendak tahu sejauh mana pegawai-pegawai kedutaan kita ini didedahkan dengan hubungan media tersebut. Adakah mereka ini menjalani latihan berhubung cara-cara media komunikasi. Jangan pula apabila kita diasak secara berleluasa, barulah kita hendak memperjelaskan sesuatu isu. Ini sudah lambat dan kemungkinan banyak imej kita tercalar sehingga boleh menjejaskan faktor- faktor lain sehingga ada pihak sudah kurang berminat untuk melabur di negara kita atau datang melancong ke mari.

Tuan Pengerusi, jadi saya hendak tahu setakat mana pengawasan serta pengawalan kita dalam memantau laporan media-media negara asing. Kita harus ingat bahawa peranan kedutaan negara ini di seberang laut cukup penting sekali, terutama berkaitan dengan memperkenalkan negara ini kepada negara-negara luar serta dapat memberi maklumat yang jelas lagi tepat berkenaan negara kita kepada masyarakat di mana kedutaan negara ditubuhkan. Tuan Pengerusi, para duta seharusnya dapat memahami inspirasi dan hasrat kerajaan dengan jelas dan paling tepat sekali.

Saya ingin tahu sejauh manakah kepentingan kempen penerangan berkaitan dengan negara kita Malaysia adakah ia sentiasa diperkemas dan diperkuatkan. Tuan Pengerusi, saya bimbang melihat apabila peruntukan kementerian menurun, walaupun memahami keadaan ekonomi sekarang.

final • 3:01 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Akan tetapi sudah kah kementerian merancang untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan di luar negara lebih efisien sejajar yang dituntut oleh pimpinan kerajaan sekarang. Sekian, terima kasih.

final • 3:01 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jasin.

final • 3:01 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi, ringkas sahaja. Pertamanya Kepala 020000 - Jabatan Hubungan Dua Hala dan 020200 - Bahagian Asia. Hubungan Malaysia dan Beijing telah memasuki fasa yang lebih baik. Itu sebenarnya saranan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas rundingannya dengan Presiden China datang melawat Malaysia baru-baru ini. China merupakan rakan dagangan kita yang terbesar. Malaysia telah pun bersetuju untuk satu program pelaburan dan pedagang dua hala terutama dalam bidang kelapa sawit, dan juga kayu-kayan.

Soalan saya, apakah seharusnya pihak kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif, supaya kita dapat memastikan kita dapat meningkatkan perdagangan kelapa sawit kita, penjualan kelapa sawit kita kepada negara China. Yang kita lihat pada ketika ini pelaburan China di Malaysia hanya bernilai USD134 juta sahaja di mana pelaburan Malaysia di China berjumlah sebanyak USD1.36 bilion. Kita hendak kalau boleh ada persamaan.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 030300 - Bahagian Ekonomi Pelbagai Hala dan Kerjasama Serantau. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sidang APEC di Singapura baru- baru ini, yang menyatakan bahawa Malaysia menolak sebarang dasar perlindungan serta menyokong terhadap perdagangan bebas. Sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia seharusnya sentiasa merapatkan hubungan dengan semua negara. Tidak seperti negara China, negara India ataupun negara Indonesia yang mempunyai pasaran dalaman yang cukup besar. Mereka tidak menghadapi apa-apa masalah dalam menghadapi krisis ekonomi global berbanding dengan negara-negara yang sebahagian besar yang berhubung dengan pasaran global seperti Malaysia, dan Singapura.

Soalan saya adakah kerajaan sentiasa mempertingkatkan hubungan terutamanya hubungan dengan negara-negara ASEAN. Kita mempunyai satu kekuatan sebanyak 500 juta penduduk di Tenggara Asia sahaja. Kalau untuk pasaran ini sahaja sebenarnya kita telah ada mempunyai satu kekuatan. Apatah lagi ke negara-negara lain dalam Asia, China, India dan termasuk Jepun. Seterusnya saya pergi ke Butiran 120000 - Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya sangat menyokong sahabat saya tadi, Yang Berhormat Parit yang menyebut berkenaan dengan tajuk yang sama. Adakah perwakilan pejabat-pejabat kedutaan negara-negara asing ini mempunyai satu peruntukan yang cukup terutamanya bagi kita memastikan kebajikan rakyat-rakyat Malaysia yang terdampar ataupun yang menghadapi apa jua masalah. Di dalam memilih duta dan juga pegawai-pegawainya seharusnya kerajaan kita membuat persediaan awal.

Mereka-mereka yang dipilih seharusnya diberikan latihan yang secukupnya.

Selain daripada mempunyai keperibadian yang baik mereka mesti berpengetahuan serta memahami tentang budaya negara mereka yang akan berkhidmat. Keduanya mestilah daripada kalangan mereka, yang berbudi bahasa kerana inilah lambang budaya kita.

Berbudi bahasa adalah budaya kita. Kita tidak hendak lihat pegawai-pegawai yang sombong. Jumpa kita orang Malaysia pun tidak hendak panggil. Kadang-kadang kita telefon pun, dia tidak layan. Jadi kita mahu kalau boleh pegawai-pegawai yang benar-benar berkualiti dan yang pentingnya Tuan Pengerusi, kita hendak kalau boleh disematkan sedikit ciri-ciri keagamaan.

Ada kes-kes di mana rakyat Malaysia yang mati di negara yang kita tidak jumpa pun orang-orang Islam. Jadi pegawai-pegawai kita mestilah mempunyai kepakaran ataupun kebolehan sekurang-kurangnya mereka berkeupayaan untuk selesaikan keadaan jenazah tersebut. Seterusnya satu daripada tugas perwakilan luar negara adalah menjalankan aktiviti-aktiviti pentadbiran am, kewangan serta sentiasa menjaga hubungan dua hala dan sebagai negara Malaysia dan imej negara.

final • 3:05 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya ingin menyoal kepada Menteri sama ada, ada atau tidak terdapat rakyat- rakyat Malaysia yang sentiasa ke luar negara menyebarkan maklumat-maklumat palsu serta menyemaikan sifat kebencian kepada negara terhadap pelajar-pelajar kita ataupun rakyat Malaysia yang berada di luar negara?

Akhir sekali, 030500 Bahagian Alam Sekitar. Kita sentiasa...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

...Menghadapi masalah...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Jasin.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, sila.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Jasin, Tuan Pengerusi. Kadang-kadang, kakitangan kedutaan kita ini, apabila berdepan dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, dia mengambil sikap, “Ah, ini politiklah. Aku bukan orang politik. Biarlah orang politik sendiri menyelesaikannya”. Ini ada beberapalah, bukan semua. Mereka merasai bahawa, “Ini cerita politiklah. Untuk apa aku hendak ambil berat? Untuk apa aku ambil tahu?” Sedangkan, apa yang di... Apa ya Yang Berhormat Jasin, nak sebut? Apa yang Yang Berhormat Jasin maksudkan itulah.

Apa yang dilakukan oleh mereka sebenarnya mencemarkan, memburukkan nama dan imej negara. Sepatutnya, orang-orang inilah yang menjadi benteng pertama kita di luar negara untuk mempertahan dan menjagalah nama baik negara. Jangan mengambil sikap seperti itu. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Jasin?

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada sahabat saya dari Sri Gading, yang banyak pengalaman. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan supaya pemilihan yang benar-benar teliti terhadap mana-mana juga pegawai yang dihantar mewakili negara kita. Ini kerana mereka sebenarnya melambangkan keperibadian orang-orang Malaysia. Kita hendak lihat kalau boleh selain daripada mereka yang berpengetahuan, berperibadi baik dan luhur, mereka mestilah mempunyai satu maklumat yang benar-benar jelas, terutamanya tentang pentadbiran dan politik tanah air.

Apa yang hendak saya sebut sebentar tadi sebenarnya, Yang Berhormat Sri Gading, adalah ada usaha-usaha di kalangan rakyat Malaysia yang pergi ke negara-negara asing menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan sifat-sifat kebencian terhadap kerajaan kepada pelajar-pelajar kita yang tidak berdosa. Mereka ini telah disemaikan semua sifat kebencian, seolah-olah tidak ada jati diri kepada mereka. Bahkan, pelajar-pelajar kita sebenarnya, selain daripada mereka mendapat biasiswa, mereka sebenarnya ditanggung oleh kerajaan.

Akhir sekali, saya pergi kepada 030500, Bahagian Alam Sekitar. Kita selalu menghadapi masalah pembakaran dan pencemaran. Saya hendak tanya kepada Menteri sama ada, ada tidak satu kerjasama di antara negara-negara sahabat tentang pembakaran secara terbuka? Sekiranya ada di antara syarikat-syarikat dari Malaysia yang terlibat, seharusnya mereka didenda. Kalau boleh, apa juga perbelanjaan untuk pembersihan alam sekitar, kita suruh mereka bayar. Dalam masa yang sama, kita tidak hendak lihat Malaysia sebenarnya menyumbang kepada kepanasan global. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Parit Buntar dan selepas itu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Serdang dan kemudian Yang Berhormat Labuan.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sebut satu perkara sahaja, iaitu di bawah perkara 070000.

final • 3:14 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Mengikut cadangan yang diberi kepada kita seperti yang diedarkan, di bawah Butiran 070000 iaitu berkenaan Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Kita melihat peruntukan yang dicadangkan untuk tahun 2010 telah menurun begitu banyak, sebanyak 87 peratus. Kalau tahun 2009 atau tahun ini, peruntukan diberi sebanyak RM7.6 juta, tetapi pada tahun hadapan, peruntukan telah pun diturunkan sehingga tidak sampai RM1 juta, Tuan Pengerusi. Saya hendak tahu pengurangan yang begitu ketara ini, adakah disebabkan oleh pengurangan fungsi atau downsizing, dengan izin, atas fungsi Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi Awam.

Pagi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan ketiga iaitu berkenaan dengan kaedah atau cara Kementerian Luar menangani dan menerangkan isu- isu yang berkaitan dengan suasana negatif atau tanggapan negatif yang dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia, katanya, dan tanggungjawab ini dimainkan oleh Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi Awam.

Pada muka surat 206, Tuan Pengerusi. Kalau kita lihat di bawah prestasi aktiviti, ada output yang dinyatakan iaitu Hubungan Media, Media Respons, Penerbitan dan Promosi, Diplomasi Awam dan Laman Web dan Database. Kesemuanya digunakan untuk tujuan memberi penerangan dan menaturalisasikan apa-apa tanggapan negatif dan sebagainya, termasuk juga yang disebut oleh ramai Ahli Parlimen tentang kaedah serta cara untuk memulihkan imej negara di kalangan atau di peringkat antarabangsa. Saya fikir, berkenaan dengan imej negara ini, kita harus melangkaui sempadan politik kerana ini adalah isu-isu negara.

Saya rasa dengan penurunan yang begitu ketara dan pada saya agak tidak munasabah Tuan Pengerusi. Mana mungkin peruntukan diturunkan sehingga 87 peratus.

Hal ini maknanya, fungsi Jabatan Hubungan Media dan Diplomasi Awam ini langsung tidak diperlukan untuk tahun 2010, sedangkan kita tengok tidak ada pun dalam senarai yang diberikan antara semua fakta tadi, Hubungan Media, Media Respons, Penerbitan dan Promosi, Diplomasi Awam dan Laman Web dan Database ini, angka ataupun jumlahnya diperkecilkan. Tidak ada. 115 menjadi 120, 1,728 menjadi 1,750, 36 kepada 40, 20 kepada 24, 576 kepada 580. Di mana sebenarnya entiti ini diperkecilkan, dikurangkan atau didownsizingkan sehingga menyebabkan peruntukannya jatuh 87 peratus?

Mana mungkin peranan ini boleh dimainkan dengan efektif untuk tujuan menaturalisasikan atau menerangkan kepada dunia untuk membendung tanggapan negatif ini. Saya hairan dan saya rasa ini satu perkara yang perlu diterangkan atas perkara 070000, kerana inilah ketidakmunasabahan semasa kita mencadangkan bajet atau belanjawan ini, khusus untuk tujuan memulihkan imej negara di mata dunia. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:14 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut serta membahaskan di peringkat Jawatankuasa beberapa butiran. Antaranya ialah 020000 – Jabatan Hubungan Dua Hala yang bersangkutan dengan 020100 – Bahagian Eropah, Amerika, Afrika & Anzap. Persoalan saya di sini ialah saya ingin penjelasan iaitu apakah usaha yang telah dijalankan oleh kementerian dalam memaparkan ataupun menggarap isu imej negatif terhadap negara, khususnya di Amerika dan Eropah.

Contohnya, kalau di Eropah, kita berhadapan dengan masalah satu kumpulan NGO yang menggambarkan tentang kelapa sawit di Malaysia ini dengan berbagai-bagai gambaran sehingga ada di kalangan mereka yang telah pun membawa isu ini ke peringkat perundangan. Jadi, saya mahu bertanya dari sudut kementerian itu sendiri, walaupun isu ini duduk di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, tetapi dari sudut kita yang ada hubungan dua hala dengan Eropah ini dalam kementerian ini, apa usaha untuk kita menjelaskan keadaan atau adakah betul apa yang didakwa itu.

Kedua, dari sudut hubungan dengan Amerika. Saya ingin mendapat penjelasan tentang kedudukan penurunan kategori daripada Jabatan Amerika yang telah meletakkan kategori, dari dua kepada tiga dalam isu pemerdagangan manusia atau human trafficking.

final • 3:18 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan Amerika ini telah memberikan satu gambaran yang agak negatif kepada negara kita yang dikatakan sebagai centre ataupun pusat untuk human trafficking, dengan izin ataupun pemerdagangan manusia.

So, bagaimanakah kedudukan ia hari ini dalam rangka Kementerian Luar Negeri dalam dua hala ini dapat memberi penjelasan dan juga kedudukannya yang terkini? Begitu juga dengan paparan satu ketika dahulu bahawa Malaysia ini dikatakan sebagai heaven for terrorism, dengan izin iaitu pusat untuk terrorism.

Jadi saya ingin tahu gambaran yang negatif ini atas apa alasan mereka, sikap kementerian, cara kementerian untuk membuat penjelasan-penjelasan atas piawaian apakah atau kah sekarang setelah demokrat setelah mengambil alih, maka polisi terhadap terrorism ini telah sedikit kendur ataupun lembut bagaimana dalam konteks itu, saya mohon penjelasan dalam rangka hubungan dua hala khususnya Benua Eropah dan juga Amerika.

Seterusnya juga ialah persepsi tentang indeks rasuah yang telah disebut tadi yang terkini di mana telah jatuh pada tahap yang lebih rendah dan juga tentang persepsi terhadap kehakiman dan sebagainya. Ini juga merupakan satu tanggapan negatif kepada masyarakat antarabangsa yang melibatkan soal pelaburan, kepentingan ekonomi dan sebagainya. Maka, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian dalam dressing this issue, dengan izin untuk memberikan gambaran sebenarnya atau kah kementerian menghadapi kesukaran untuk membuat gambaran-gambaran itu dengan fakta-fakta yang ada?

Yang kedua ialah saya mengambil satu contoh peranan kementerian dalam menjalankan tugas sebagai penyelaras. Contohnya, baru-baru ini kita telah dikejutkan bagaimana Kesatuan Eropah telah memberhentikan, membekukan eksport makanan laut kerana tidak mengikuti standard ataupun piawaian yang telah ditetapkan di sana lalu telah mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada pengusaha-pengusaha makanan marin ini. Maka, saya hendak tahu apakah kementerian dalam rangka dua hala di Eropah contohnya, mempunyai satu peranan yang proaktif dalam mendapat maklumat-maklumat terkini tentang standard-standard piawaian yang ditetapkan supaya dengan itu dapat diselaraskan dengan pihak kementerian yang terus berhubung dengan ini iaitu Kementerian Kesihatan supaya tidak berlaku lagi kes-kes yang sebegini rupa.

Seterusnya Tuan Pengerusi, 030000 iaitu pelbagai hala. Tadi, dua hala khusus Amerika dengan Eropah. Yang ini pelbagai hala dalam hal ehwal Islam 0304001 iaitu peranan dalam OIC. Saya ingin penjelasan dalam peringkat ini apakah wujud di dana satu lobby yang kuat supaya penggunaan dinar ini dijadikan sebagai satu yang baru dalam ekonomi di kalangan negara-negara OIC dan juga tentang penubuhan satu bentuk kesatuan pertahanan OIC kerana kalau kita melihat kepada African Union, Kesatuan Afrika, mereka mempunyai pasukan keselamatan mereka tersendiri. Adakah Malaysia berhasrat dengan konsep ini untuk membawa konsep ini untuk diketengahkan di dalam OIC supaya OIC juga akan memiliki satu bentuk kesatuan pertahanannya yang tersendiri bagi melihat isu-isu yang khususnya bersangkutan dengan keselamatan di negara-negara Islam khususnya dan dunia secara umumnya.

Begitu juga dengan Palestin, saya hadir dalam PUIC Parliamentary Union for OIC, saya mendapati sedikit masalah dari sudut perwakilan Palestin ini. Ini kerana, mana-mana bahagian dalam international conference, kita akan dapati ada dua puak iaitu Hamas ataupun daripada Fatah. Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada kerajaan khususnya kementerian, apakah atau mana satu yang kita iktiraf antara Hamas dengan Fatah ini? Ini satu yang penting kerana kalau kita melihat orang Palestin telah memberikan kuasa politik mereka kepada Hamas tetapi, yang datang berjumpa, yang datang buat urusan rasmi antarabangsa dan kita pula berurus pula dengan Fatah. Jadi, saya rasa itu ada satu yang contradict dari sudut kekaburan di sana dan ia akan memberi kesan kepada hubungan.

Jadi, saya minta penjelasan daripada Menteri.

Akhirnya saya hendak masuk Butiran 120000 iaitu Perwakilan Luar Negeri yang melibatkan belanja yang begitu besar Tuan Pengerusi iaitu RM279 juta.

final • 3:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Soalan saya, saya ingin tahu, adakah satu arahan ataupun satu polisi yang khusus tentang bagaimana kerajaan mengurangkan belanja majlis-majlis keraian supaya dengan itu kita dapat memotong kos kerana saya kira antara perbelanjaan yang paling besar di dalam perwakilan Luar negeri kita ialah majlis-majlis keraian yang melibatkan berjuta-juta ringgit setahun.

Saya difahamkan juga Tuan Pengerusi bahawa antara yang mahal dibelanjakan kalau ada lah iaitu minuman-minuman keras. Jadi, saya minta penjelasan, adakah satu polisi bahawa Majlis Rasmi Negara di luar negeri, keraian-keraian kita maka, seolah-olah adakah satu arahan bahawa tidak ada minuman keras atau kah ia dibiar buka begitu atau bagaimana? Kalau ada arahan kata tiada minuman keras, saya minta tolong beritahu apa pekeliling itu supaya jelas. Ini kerana bukan sahaja soal arak itu masalah agama tetapi saya difahamkan perbelanjaannya terlalu tinggi. Jadi saya kira itu pun dari sebahagian cut cost yang kita perlu fikir. Begitu juga dengan kalau betul ada minuman keras dibekalkan dalam majlis-majlis itu, tolong beri saya figure ia berapa sepanjang 2008 hingga 2009 supaya kita hendak... Kalau tiada selesai masalah lah.

Akhirnya ialah Malaysia Kitchen iaitu P.13 iaitu saya pun bersama dengan rakan- rakan yang lain bertanyakan mengapa Malaysia Kitchen ini termasuk dalam Kementerian Luar Negeri sedangkan ia itu lebih kepada promosi Malaysia yang lebih khusus dan tepat dibuat dalam Kementerian Pelancongan. Minta penjelasan mengapa ia dimasukkan dalam butiran bajet ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau.

final • 3:20 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan berhubung dengan ucapan iaitu bagi maksud Butiran 020000 B.13, ucapan Dato’ Seri Najib bin Tun Razak ketika menerima Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi Politik dari Universitas Hasanuddin, Indonesia. Antara lain menyentuh tentang Indonesia sebenarnya mempunyai keluasan tanah dan bumi yang luas dan tenaga manusia yang tiada had. Sementara Malaysia pula memiliki kepakaran dari segi teknologi dan pengurusan. Jadi gabungan melalui usaha sama yang strategik ini secara tidak langsung akan membolehkan tembok yang sentiasa menjadi halangan dan rintangan dapat dipertautkan kembali kerana berdasarkan kedua-dua negara ini memiliki persamaan dari segi sejarah, dari segi budaya dan juga dari segi akidah.

Jadi di sini, saya memohon mencadangkan supaya pihak Wisma Putra menyokong usaha-usaha Ahli Parlimen untuk mengadakan perjumpaan dengan para Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPRI). Ini kerana saya percaya pertemuan di antara Ahli Parlimen Malaysia dan Ahli-ahli DPRI ini harus dikerapkan, dipupuk bagi memelihara hubungan keakraban dan juga membina asas kerjasama berdasarkan satu rumpun bangsa yang sudah lama terbina ini bagi kita mendapat peluang-peluang pendekatan baru terutama dalam memperjelaskan isu-isu yang selalu menjadi sensitif dan hangat dan menyebabkan hubungan ini menjadi tegang dalam beberapa ketika.

Ini juga merupakan di antara saluran diplomatik alternatif yang boleh memperkasakan hubungan dua hala ataupun bilateral ini. Jadi kekerapan cuma kita mohon mencadangkan ini untuk supaya Wisma Putra support dan juga memberi peruntukan bagi rombongan yang melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen tidak kira kerajaan ataupun daripada barisan Pakatan Rakyat. Jadi, ia lebih memfokus dan lebih dekat dengan maklumat first hand yang boleh kita dapat menerusi perbincangan ini agar kita dapat membentuk satu zon kepercayaan yang lebih jelas atas kepentingan bersama menerusi hubungan dua hala berdasarkan proses-proses musyawarah dan juga permuafakatan yang lebih baik dan tulen.

final • 3:27 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Jadi apakah pendirian pihak kementerian berhubung perkara ini? Bagi maksud Bekalan B.13-Kementerian Luar Negeri, 090000 - Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negara (IDFR).

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Saya ingin bertanya berkenaan dengan cadangan saya kepada Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri ketika dalam ucapan itu mengenai kursus asas diplomasi kepada semua Ahli Parlimen supaya kita dapat memainkan peranan yang lebih baik serta turut bersama-sama dengan misi dan lawatan di luar negara.

Walaupun jawapan balik dalam Dewan ini Timbalan Menteri bersetuju dengan cadangan itu tetapi sampai sekarang masih belum ada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Wisma Putra. Jadi mengapa Wisma Putra atau IDFR gagal menjalankan kursus ini dengan kadar yang segera kerana ia membawa kebaikan dalam membina knowledge pada semua Ahli-ahli Parlimen di negara kita. Bagi maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri juga iaitu 060000 - Jabatan Perancangan Dasar. Bekas Menteri Kabinet yang juga anggota Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis telah dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat dan baru memegang jawatan ini dengan berstatus atau bertaraf Menteri.

Jadi ini juga merupakan langkah yang baik walaupun saya difahamkan mungkin perasaan tidak gembira juga daripada diplomat-diplomat kita yang senior mungkin mereka merasakan ada kacau ganggu dari segi peluang kenaikan pangkat. Akan tetapi dari segi reputasi berdasarkan kepada kedudukan beberapa buah negara saya rasa amat perlu untuk kita melantik di kalangan ahli politik yang berwibawa tidak kira daripada pembangkang atau pun kerajaan. Yang boleh hanya mereka golongan politik ini, boleh menangani semua permasalahan dengan lebih baik. Kita dengan Indonesia, Thailand khususnya dan dengan negara-negara di Timur Tengah harus dilantik di kalangan ahli-ahli politik yang mempunyai background dan juga kemampuan untuk melaksanakan tugas diplomatik apabila ada sesuatu isu yang dianggap boleh diperjelaskan dengan kadar yang segera. Bukan kita menidakkan keupayaan diplomatik-diplomatik kita yang telah lama berkhidmat tetapi dari segi banyak perkara-perkara yang berhubung dengan soal politik, soal-soal pemerintahan mereka hanya memandang daripada luar dan mereka tidak terlibat secara langsung, sudah tentu mereka kurang pengalaman dalam menangani perkara- perkara yang agak tegang dan panas. Iaitu langkah yang baik bagi kerajaan kita minta boleh diteruskan, tidak ada beberapa negara sangat tetapi dengan negara yang besar dan mempunyai kepentingan ini kita harus lantik juga bertaraf Menteri bagi memastikan bahawa hubungan diplomatik, masalah-masalah ekonomi, masalah-masalah keselamatan dan isu- isu security akan lebih terjamin dari semasa ke semasa.

Terakhir sekali, bagi maksud Bekalan Kementerian Luar Negeri juga, 040000- Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Dalam hal ini apakah pendirian dan ketetapan Malaysia dalam soal pelantikan Thaksin sebagai penasihat ekonomi negara Cambodia atau pun Kampuchea? Ini kerana kita difahamkan Thailand telah pun memanggil pulang dutanya di Cambodia sebagai tanda membantah atau pun tidak bersetuju di atas pelantikan tersebut. Nampaknya hubungan baik Thaksin dengan Cambodia telah menyebabkan bekas Perdana Menteri Thailand itu telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan dan juga dianggap jawatan yang cukup penting. Thaksin memang merupakan ahli korporat yang hebat dan berjaya semenjak menjadi Perdana Menteri lagi. Apa yang penting di sini kita lihat hasil daripada pelantikan itu hubungan Thailand dengan Cambodia dikira agak tegang apabila dilihat bantahan atau pun tindakan awal yang dibuat oleh kerajaan Cambodia ialah dengan menutup sempadan bagi sebarang urusan perdagangan di antara kedua buah negara. Jadi peranan kita juga merupakan yang dilihat sebagai anggota ASEAN yang cukup terpenting. Kita seharusnya tidak membiarkan perkara ini menjadi keruh dan bertukar kepada satu konflik yang boleh menggagalkan usaha ASEAN ke arah penubuhan satu komuniti ASEAN, insya-Allah pada 2015. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Serdang. Selepas Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Labuan. Ada lagi dari BN ingin bercakap selepas Yang Berhormat Labuan? Kalau tidak ada saya beri kepada pembangkang, Yang Berhormat Batu selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja kerana saya hanya ada satu perkara. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 - Jabatan Hubungan Dua Hala di bawah B.13.

final • 3:33 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hanya hendak tanya Menteri Luar Negeri, silalah menyatakan langkah- langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi permasalahan yang timbul di kalangan penduduk di Papua New Guinea akibat daripada pembalakan secara berleluasa oleh Syarikat Rimbunan Hijau. Sebuah syarikat milik rakyat Malaysia yang telah menyebabkan banyak masalah setempat seperti yang telah dilaporkan di The Star pada 25 Mei tahun ini.

Tuan Pengerusi izinkan saya untuk membaca daripada laporan tersebut perenggan-perenggan yang relevan. Dalam laporan The Star pada 25 Mei tahun ini, ianya telah dilaporkan bahawa, “Locals of Papua New Guinea, angry with decades of exploitation, corruption and illegal logging by foreigners, are turning to violence to show their displeasure. The riots against Chinese businessmen which rocked the Pacific Island of Papua New Guinea (PNG), leaving a trail of destruction and at least one person dead, has shocked countries in the region. A man was reportedly hacked to death as thousands of locals’ looted shops belonging to the Chinese community in Lae, the second largest city in PNG”. “For Malaysia, Rimbunan Hijau, the single largest timber operator, has long been a bane and boon for PNG”. “But Rimbunan Hijau has been accused of alleged human rights abuses, ignoring indigenous people’s rights, political corruption and ecological destruction.

The World Bank has also said up to 70 peratus of logging in PNG is illegal which has not helped the Malaysian image there.” Jadi soalan kepada kementerian adalah kerana saya rasa memanglah syarikat- syarikat Malaysia di luar negeri kelakuan mereka memanglah sama ada mengharumkan nama negara kita atau pun menjejaskan imej negara kita. Jadi saya hendak tanya pada keseluruhannya bagaimanakah kementerian akan memastikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pelbagai kegiatan, perniagaan dan pelabuhan di Papua New Guinea atau pun di negara lain menikmati prestasi yang baik daripada pihak berkuasa negara tersebut serta masyarakat tempatan dan juga bagaimanakah kementerian akan memastikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia akan dilihat sebagai organisasi-organisasi korporat yang bertanggungjawab dan berwibawa serta memberi sumbangan dan jasa bakti bermakna kepada kesejahteraan hidup masyarakat di tempat mereka beroperasi dan pembangunan negara berkenaan umumnya. Sekian sahaja. Terima kasih.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Labuan.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan sedikit dalam Butiran 070000 - Jabatan Perhubungan Media dan Diplomasi Awam. Apa yang kita lihat adakah kerajaan Malaysia telah pun mengatur atau pun membuat susun cara untuk para media kita mempunyai hubungan yang begitu baik dengan negara-negara luar terutamanya negara-negara ASEAN? Contohnya seperti Indonesia yang baru-baru ini kita mempunyai masalah tentang isu Tarian Pendet, ini sedikit sebanyak yang menyebabkan kemarahan orang-orang Indonesia adalah laporan-laporan daripada media di Indonesia sehinggakan semangat mereka berkobar-kobar dan sehinggakan mereka menyatakan swing Malaysia yang mana istilah bambu runcing telah pun wujud pada saat itu. Jadi kalaulah hubungan baik antara media kita dengan media- media di Indonesia saya rasa perkara ini dapat kita bendung kerana sebelum mereka membuat sesuatu laporan yang negatif terhadap negara kita Malaysia biasanya para media di Malaysia dan juga Indonesia saling berhubungan sebelum membuat satu-satu isu yang begitu panas.

final • 3:37 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Walaupun kadang-kadang di Indonesia ini, walaupun dengan isu-isu yang begitu kecil, disebabkan culture ataupun kebudayaan mereka yang begitu agresif membuatkan mudah dibakar semangat-semangat yang sedemikian. Saya rasa kalau ada hubungan yang baik ataupun kerajaan memberikan satu perancangan antara media di Malaysia dan juga media di Indonesia, saya rasa perkara-perkara yang sedemikian dapat kita bendung, diharapkan di masa-masa akan datang perkara ini dapat kita perbaiki. Akan tetapi apa yang kita lihat dengan bajet yang ada telah pun diturunkan begitu drastik, kalaulah dulu kita mempunyai peruntukan yang begitu tinggi, masih kita mempunyai masalah.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Apatah lagi kalau dengan peruntukan yang ada sekarang, saya rasa kita tidak mempunyai kewangan yang lengkap untuk memperbaiki hubungan yang begitu erat antara media Indonesia dan juga media di Malaysia. Saya rasa perkara ini, kita satu rumpun, satu agama kebanyakannya rasanya mudah untuk diperbaiki berbanding dengan media-media di luar negara yang lain. Diharapkan, saya menyarankan kepada kementerian semoga hubungan yang baik melalui media ini dapat kita perkukuhkan, semoga apa juga isu-isu yang hangat pada masa yang akan datang dapat kita bendung melalui para media yang ada, baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Kedua, iaitu mengenai pejabat, butiran 12000 - Pejabat Perwakilan Luar Negeri.

Apa yang kita lihat, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi, mungkin dengan menggunakan orang-orang politik, kita lebih dapat mendekatkan kerana kita tahu hubungan dua hala antara dua negara ini adalah melalui kedutaan. Jadi dengan itu sebaiknya duta-duta yang dilantik di luar negara adalah mereka yang mempunyai pengalaman di negara tersebut, contohnya macam Indonesia, ataupun di Brunei dan juga di Arab Saudi.

Kita telah pun menghantar pelajar-pelajar kita ke negara-negara tersebut untuk melanjutkan pelajaran, saya rasa kalau kita fikirkan mereka yang mempunyai kelulusan, contohnya di Indonesia, kalau mereka mempunyai kelulusan dari Indonesia, saya rasa mereka lebih layak untuk kita lantik menjadi wakil kita di sana, kerana sewaktu mereka kuliah di situ, contohnya empat tahun, lima tahun. Mereka telah pun sedikit sebanyak mengetahui culture ataupun kebudayaan dan juga cara hidup mereka di sana. Jadi orang- orang yang sedemikian, mereka ini lebih tahu berbanding dengan pegawai-pegawai kerajaan yang kita lantik yang tidak pernah ke negara tersebut, sehinggakan kalau ada apa- apa masalah mereka tidak dapat berkompromi dan sebagainya.

Jadi atas menghargai kebudayaan, culture dan sebagainya di negara masing- masing, saya rasa perkara ini juga dapat kita selesaikan dan mudah untuk kita merapatkan antara dua negara. Jadi diharapkan kerajaan juga kementerian harus melihat dalam hal ini kerana jangan sampai seperti mana yang dinyatakan sahabat saya tadi Yang Berhormat Jasin, adanya pegawai-pegawai ataupun wakil-wakil kita di luar negara yang bersifat sombong sehingga menjejaskan imej ataupun kedudukan negara kita Malaysia.

Seterusnya adalah melalui Malaysian Kitchen, memang seperti yang dinyatakan tadi ada sebahagian Malaysian Kitchen ini sebenarnya jatuh di bawah Kementerian Pelancongan tetapi kita di sini pun ada peruntukan melalui Malaysian Kitchen ini. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah hasil yang telah pun kita peroleh daripada program Malaysian Kitchen ini, kerana kalau kita tengok cara untuk kita mempromosikan kita punya makanan melalui pelancongan, saya rasa dia punya efisien, kelebihannya tidaklah seberapa tetapi walau macam mana pun kalaulah betul-betul kita promosikan produk ataupun hasil makanan kita di luar negara, haruslah mempunyai sesuatu yang betul- betul melambangkan negara itu sendiri. Contohnya macam di Indonesia, saya rasa kalau Restoran Padang, tidak perlu dia buat promosi di Indonesia Kitchen, the whole country in South Asia, dengan izin tahu benda ini, kerana mereka mempunyai cabang-cabang ataupun restoran-restoran yang sedemikian berada di luar negara termasuklah sampai ke Eropah, Belanda dan sebagainya.

Jadi kalaulah kita mengikuti, mempromosikan melalui Malaysian Kitchen ini, diharapkan ia betul-betul berkesan dan juga dapat melambangkan hasil ataupun contoh- contoh dan juga makanan istimewa di Malaysia, sekian terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu.

final • 3:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Selepas Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kuala Selangor, selepas itu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kalau tidak ada lagi saya minta Menteri bersedia untuk menjawab.

final • 3:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya ingin berbahas di bawah tajuk 030200 iaitu Bahagian Hak Asasi Manusia, Sosial, Kebudayaan dan Jenayah Rentas Sempadan.

final • 3:45 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Dengan butiran ini, kita sedar bahawa sebahagian daripada tugas Kementerian Luar Negeri adalah membantu negara kita untuk menjaga keselamatan dan juga membasmi jenayah. Di sini saya sekali lagi ingin membangkitkan yang ada berkaitan dengan soalan saya sebelum ini tentang P. Balasubramaniam, di mana saya dapat jawapan dari Menteri sebelum ini, bahawa Bala, kes ini siasatan sudah selesai dan tidak dapat dilanjutkan kerana tidak dapat dikesan di mana kedudukan P. Balasubramaniam, private investigator ini.

Saya ingin membawa perhatian di Dewan ini, menurut interviu yang dikeluarkan oleh Bala baru-baru ini beliau telah menyatakan bahawa selepas statutory declaration ini yang kedua diumumkan, beliau telah disusun mendapatkan pasport oleh pegawai polis namanya ASP Suresh, dan seluruh keluarga mendapat pasport dan berpindah ke Bangkok.

Mereka tiba di Bangkok 4 Julai, dan jelasnya mengikut beliau (P. Balasubramaniam) bahawa embassy, kedutaan Malaysia di Bangkok ini sedar kehadiran mereka di Bangkok pada 7 Julai. Dakwaan P. Balasubramaniam bahawa dia terima telefon daripada salah seorang pegawai dari Kedutaan Malaysia dan selepas itu seperti yang telah dijawab oleh Menteri di sini telah diatur satu temu duga oleh beberapa orang pegawai polis termasuk ASP Muniandy.

Selama enam jam, beliau telah disiasat dan selepas soal siasat itu, beliau ditinggalkan sahaja dan kemudian beberapa hari kemudian kalau saya tidak silap pada 22 Julai, sekali lagi keluarga P. Balasubramaniam dan juga dia sendiri dipindah ke Dili dan seterusnya ke Kathmandu, semua ini adalah di dalam pengetahuan Kedutaan Malaysia di Bangkok dan negara-negara masing-masing. Saya tidak nampak kenapa tidak ada koordinasi di kalangan polis dan juga pendakwa raya, Peguam Negara tentang kes ini.

P. Balasubramaniam adalah seorang yang telah membuat satu dakwaan yang sangat serius terhadap pemimpin negara kita, kalau betul statutory declaration nya, memburukkan imej dan nama baik pemimpin tertinggi negara kita dan baru-baru ini dalam interviu nya, dalam internet ini, dia juga mendakwa salah seorang orang tengah yang menyusunkan semua ini datang daripada isteri Perdana Menteri. Ini sangat serius dan saya tidak nampak kenapa Kementerian Luar Negeri kita tidak mengambil tindakan supaya berkoordinasi dengan polis, supaya Bala ini dapat dikembalikan ke negara ini, kalau ada kesalahan membawa dakwaan terhadap beliau dan kita tidak boleh membiarkan seorang fugitive di luar negeri untuk mengeluarkan statement yang implikasinya amat tinggi, itulah sebab saya harap peningkatan keberkesanan Kementerian Luar Negeri untuk membasmi jenayah dan melakukan keadilan, sekian terima kasih.

final • 3:45 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:45 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu sahaja perkara yang hendak saya bangkitkan yang bersabit dengan di bawah B.13, 100000 – Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan

(SEARCCT) yang bersekali dengan mungkin Sekretariat Kebangsaan ASEAN – Malaysia.

Perkara yang hendak saya bangkitkan ini adalah dengan pusat serantau ini diwujudkan dengan peruntukan yang juga menelan RM2.3 juta.

Saya kira sudah sampai masanya kita dapat mengongsi objektif pusat serantau ini diwujudkan kerana antara lainnya bagi mengenal pasti pentakrifan keganasan, dengan siapa pengganas dan segalanya. Dalam perkara ini Tuan Pengerusi saya juga mahu ini dibawa kepada pengetahuan umum akan apa sebenar-benarnya di sebalik keganasan.

Pertama, saya hendak tegaskan adalah keganasan memang tidak boleh diterima. Ia tidak boleh diterima dalam apa jua bentuknya. Pertama dan itu secara prinsipnya.

Namun keganasan punyai sebab dan keganasan ada punca utamanya, underpinning reason nya. Oleh kerana itu kita perlu bijak menangani keganasan ini yang tidak, seperti kalau saya boleh ungkapkan dengan izin, violence begets further violence.

Jadi kalaulah keganasan mahu ditangani dengan keganasan dan militer sifatnya, maka sampai bila pun kita tidak boleh menangani gejala keganasan ini ataupun terrorism ini .

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Lalu dengan itu saya mengajak dan mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, akan satu perjumpaan baru-baru ini, Oktober yang lalu ini kalau saya boleh baca kan dengan izin, “Muslim Organization in Southeast Asia called for ASEAN overhaul its security related policies”. Di mana pertemuan yang membabitkan tidak kurang daripada 30 NGO Muslim’s activist dan perwakilan daripada Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippine, Cambodia yang keseluruhannya membawa maksud bahawa sememangnya diakui bahawa di sana ada hot spot.

Khususnya di negara seperti yang disebutkan di sini, di Selatan Filipina, Moro dan juga Selatan Thailand, Yala, Narathiwat, Pattani dan bangsa Moro, Mindanao, Filipina.

Namun mereka ini mahu perkara ini dihalusi dan ditekuni supaya jangan diborong pemahaman ini sehinggakan perjuangan menegakkan apa yang dikatakan sebagai hak asasi rakyat, contohnya, the right to self determination dan sebagainya itu tidak dapat dibezakan daripada apa yang dianggap terrorism ataupun state sponsored terrorism.

Jadi Tuan Pengerusi saya ingin untuk mendapat penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri ini supaya pusat ini perlu berfikir di luar kotak framework pemikiran yang biasa dan membawa ini sebagai satu model penyelesaian yang menangani terrorism dengan satu pendekatan yang lebih bijak, memahami apa dia maksud pengertian keganasan ini dan bezakannya daripada perjuangan yang bonafide lalu dengan itu kita akan dapat menyelesaikan perkara ini dengan tuntas dengan lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:50 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin membangkitkan perkara berkaitan dengan maksud Perbekalan Pembangunan 13 ini kepada Kementerian Luar Negeri. Secara umumnya Tuan Pengerusi menyatakan bahawa objektif Kementerian Luar Negeri adalah mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, kepentingan negara terutamanya di arena antarabangsa, meningkatkan hubungan baik dengan negara luar serta memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terjamin.

Jadi Tuan Pengerusi, Kementerian Luar Negeri ataupun pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri ini mereka adalah frontliner kepada negara kita, mereka yang mempertahankan negara di arena luar, di arena antarabangsa. Alhamdulillah kebetulan baru-baru ini saya dipilih bersama beberapa rakan untuk mewakili negara ke Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Satu pengalaman yang menarik dan banyak memberikan exposure, pendedahan baru kepada saya terutama dengan tugasan pegawai- pegawai Kementerian Luar Negeri ini.

Pertama, saya hendak bangkitkan berkenaan dengan sidang itu sendiri, secara khusus penglibatan Ahli Parlimen. Kalau dapat saya hendak cadangkan kepada Kementerian Luar Negeri supaya penglibatan Ahli Parlimen itu lebih bermakna, lebih efektif dalam sidang yang dihadiri. Bagi saya tempoh dua minggu duduk di situ, kita cuma sekadar dapat exposure kepada tempat sahaja. Akan tetapi tidak terlibat secara langsung dengan prosiding di sidang tersebut. Jadi kalau boleh ditimbangkan Ahli Parlimen yang dilantik ke situ dapat lebih lama di situ. Lebih lama dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam sidang yang berkaitan.

Kedua, Tuan Pengerusi saya agak sedih melihat kelengkapan peralatan di Pejabat Wakil Tetap di New York dan Pejabat Konsul General. Komputernya Tuan Pengerusi, kedai secondhand pun tidak mahu... [Ketawa]

final • 3:54 PM

Seorang Ahli

Kesiannya.

final • 3:54 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terlalu daif dan saya angkat tabik kepada pegawai-pegawai kedutaan kita, mereka sedar mereka adalah frontliner, mereka perlu pertahankan negara. Mereka berusaha sendiri mendapatkan peralatan-peralatan itu dengan duit sendiri dengan tabungan sendiri dan cara yang... Sebab mereka sedar tanggungjawab mereka. Jadi kalau boleh kementerian pertimbangkan terutama kepada perwakilan-perwakilan luar negara ini, kedutaan dan Konsul General, kalau boleh berilah mereka kelengkapan yang baik.

final • 3:54 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mungkin setiap pegawai tersebut dibekalkan dengan ‘net book’ atau laptop dan...

Ini hendak hantar email pun beratur. Selepas itu hendak buat kerja pun taip ialah jenis sistem pun ada yang sudah tidak pakai pun. Jadi kalau boleh dibantu mereka dalam kerja- kerja tugasan mereka ini. Satu, ini bukan di New York, ini di tempat lain saya pernah terdedah dengan kedutaan kita. Kalau boleh pegawai-pegawai kedutaan kita ini biarlah fasih berbahasa Inggeris. Ada juga tempat yang kita pergi pegawai kedutaan ini, pegawai- pegawai khidmat luar negeri ini bahasa Inggerisnya agak menyedihkan.

Kalau boleh bahasa Inggeris dijadikan tumpuan atau prasyarat untuk mereka diberi tugasan luar. Saya juga minta Tuan Pengerusi kalau boleh kedutaan kita memperbanyakkan penglibatan Malaysian yang jadi local di situ. Sama ada bertugas di kedutaan, di perwakilan kita ataupun dalam aktiviti-aktiviti yang mana kedutaan kita terlibat.

Daripada kita ambil pekerja-pekerja asing, baik kita ambil pekerja-pekerja local yang sudah memang ada di situ. Banyak, seperti di London, di Amsterdam, di New York, Washington, ramai rupanya rakyat Malaysia yang menetap di sana. Kita libatkan mereka dalam kerja- kerja dan tugasan yang melibatkan kedutaan ataupun perwakilan kita.

Saya juga minta kalau boleh Kementerian Luar Negeri memberi satu garis, standing order ataupun arahan tetap kepada pegawai-pegawai kedutaan supaya apabila kita, contohnya Ahli Parlimen walaupun daripada pembangkang datang ke sesebuah negara, dia tidak boleh treat kita sebagai second class MP. Makna kita minta, saya sendiri dalam beberapa siri lawatan luar negara yang saya pergi, kadang-kadang ada pegawai kedutaan ini dia tengok kita ini pembangkang, kita minta supaya kita hendak jumpa rakyat Malaysia kah, kita hendak buat pertemuan dengan pelajar kah, dia brush off macam itu sahaja. Dia tidak mahu layan langsung kerana dia... Bukan sebab dia tidak mahu, akan tetapi dia tidak tahu, dia takut nanti kalau dia tolong akan ditukar.... [Ketawa] Elok jadi perwakilan di Amsterdam, dihantar pergi ke Papua New Guinea atau mana-mana lah kan? Jadi dia hendak tahu supaya ada clear instructions. Saya sudah ada pengalaman termasuk di Mesir baru-baru ini. Apabila kita pergi, pegawai kedutaan langsung tidak mahu memberikan kerjasama. Bukan kerana mereka tidak mahu tetapi mereka tidak tahu. Bolehkah atau tidak mereka memberikan layanan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang?

final • 3:54 PM

Tuan Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Sedikit sahaja lagi Tuan Pengerusi, saya melihat ada kecenderungan di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan luar ini terutama di kedutaan dan lain-lain, yang menjadi tukang sambut Menteri sahaja. Asalkan Menteri datang sahaja, terutama di London. Kalau Menteri datang, berduyun-duyun semua turun bukan main dengan... Kerja di kedutaan tidak buat. Jadi kalau boleh Menteri yang datang ataupun mereka yang datang untuk tugasan rasmi, okeylah. Mungkin hantar second secretary atau pun pegawai yang berkaitan.

Tidak perlulah daripada Dato’ Duta sampai peon-peon turun beratur menyambut.

Sampai kita, macam di London naik malu. Sudah menjadi satu trademark. Kalau Menteri Malaysia datang, sama ada dia bercuti menghantar anak belajar atau apa-apa, the VIP room itu habis di control. Habis, daripada Dato’ Duta sampai peon-peon, semua mahu disumbatkan dalam itu. Semua kerana hendak mencium tangan Menteri. Jadi, saya ingat budaya mencium tangan ini tidak perlulah diamalkan oleh pegawai-pegawai kita. Mereka ada kerja banyak lagi yang hendak dibuat.

Standing order nya, kalau datang untuk tugas rasmi, kita hantar pegawai yang bersesuaian sudah. Kalau dia datang hendak shopping, menghantar anak pergi ke sekolah atau urusan peribadi, biar dia buat sendiri. Kita cuma menolong yang mana boleh. Tidak perlulah berduyun-duyun datang ke airport.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya pernah menaiki satu flight dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tidak ada yang seperti itu Yang Berhormat.... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sebab dia tahu Timbalan Yang di-Pertua datang.... [Ketawa] Kalau Timbalan Yang di-Pertua tidak datang, dia...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Dia dah plan, Tuan Pengerusi... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia sudah beritahu mengatakan ini Timbalan Yang di-Pertua ada dengan saya, tidak perlu sambut.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Jangan main-main.

final • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini saya lihat sendiri Tuan Pengerusi, di Airport Heathrow, kita pun naik malu. Saya suka bersembang-sembang dengan pekerja dan pegawai polis di situ, “Huh!” mereka kata “The Malaysian...” kalau boleh bawa kompang, dia bawa... [Ketawa] Jadi kita tidak perlu amalkan budaya begitu, cium tangan di sini lah.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Di luar tidak perlulah. Insya- Allah... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak mengambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri atas pemilihan tempoh hari untuk saya dan rakan-rakan ke persidangan antarabangsa itu.

Seperti yang saya cadangkan, kalau boleh kita punya penglibatan itu biarlah lebih bermakna dan dengan tempoh yang lebih bersesuaian. Saya difahamkan dalam taklimat yang saya hadiri, banyak rupanya aktiviti luar yang melibatkan kedutaan kita, seperti persidangan di Geneva dan lain-lain, kalau boleh kita libatkan Ahli-ahli Parlimen. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Arau tadi.

Saya hendak menyentuh khusus berkenaan dengan Indonesia. Oleh kerana hari itu kita bertanya Timbalan Menteri Luar Negeri, saya ingat beliau ada masalah hendak menyampaikan hasrat kerajaan. Jadi, mungkin kalau boleh Timbalan Menteri yang ada ini, kita hendak mengetahui apa Dasar Luar Malaysia dengan Indonesia yang bersabit dengan masalah yang timbul sekarang ini. People to people problem, mungkin G to G tidak ada masalah tetapi people to people, ada problem. Bila kita pergi ke Jakarta, pergi Indonesia ada satu macam prejudis kepada kita. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memperbaiki hubungan people to people? Antara rakyat dengan rakyat di Indonesia.

Contohnya Tuan Pengerusi, isu berkaitan dengan hukuman rotan yang dilaksanakan kepada pendatang Indonesia di sini. Apabila mereka balik, mereka tunjukkan mereka kena rotan. Keluar di akhbar dan majalah mereka, seolah-olah kita zalim. Padahal, masa kita susah dahulu, kita minta mereka datang, minta mereka bantu. Guru-guru sekolah mereka, tenaga pengajar mereka semua datang membantu kita. Sekarang apabila kita sudah senang, kita memperlakukan mereka seperti itu. Jadi, perkara yang seperti ini mencacatkan sedikit hubungan kita dengan Indonesia. Jadi saya hendak mengetahui, apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil untuk memperbaiki hubungan kita khususnya dengan Indonesia.

Saya berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat Arau, antara caranya yang boleh kita buat ialah dengan menghantar delegasi Ahli Parlimen Kerajaan dan Pakatan Rakyat pergi ke sana dan duduk bersama dengan Ahli Parlimen Indonesia. Kita adakan hubungan dua hala yang lebih akrab. Kemungkinan dengan kehadiran Ahli Parlimen Malaysia daripada kedua-dua belah pihak di sana, boleh memperbaiki hubungan itu.

Setakat itu Tuan Pengerusi, cadangan saya. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau dan selepas itu Menteri menjawab.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:05 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa terutama untuk Butiran, 010000. Butiran 010200 - Jabatan Khidmat Pengurusan dan sebelum itu, Butiran 010100 - Pentadbiran Am dan juga berkaitan dengan Bahagian Asia dan juga berkaitan dengan Sekretariat Kebangsaan ASEAN- Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya memohon Menteri yang berkenaan menjawab dengan khusus. Beliau sedang melihat itu [Ketawa] beliau berminat. Yang Berhormat Menteri, saya beranggapan bahawa pasca Obama ini menggambarkan Dasar Luar Negeri sama penting dengan Dasar Dalam Negeri dan juga sebaliknya. Kalau bajet kali ini bukan sahaja mengurangkan hampir RM50 juta, kerana saya difahamkan para pegawai ada juga membuat usul untuk ditambah bajet, tetapi sebaliknya yang diterima ialah pengurangan bajet.

Jadi, saya merasakan itu menggambarkan komitmen yang agak tidak mantap, itu yang pertama. Apakah kesannya terhadap pemotongan bajet yang cukup ketara ini? saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa Kementerian Luar Negeri ini merupakan forefront ataupun meja hadapan, barisan hadapan terhadap apa-apa sebarang penilaian terhadap Malaysia.

Saya memberikan contoh, mana mungkin komitmen Malaysia terhadap ASEAN contohnya dikatakan komitmen yang tinggi kalau sehinggakan hari ini... Saya memberi contoh, Cambodia merupakan rakan tetangga ASEAN sehinggakan telah lebih satu tahun tanpa ketua perwakilan. Betul kah Menteri? Ini adalah tidak wajar dan menunjukkan rasa tidak hormat kita terhadap rakan ASEAN.

Tuan Pengerusi, satu ketika Dasar Luar Negara memang bagi saya telah mampu membawa negara Malaysia walaupun kecil saiznya tetapi daripada segi kemampuan strategiknya amat terserlah, terutamanya daripada segi kepimpinan sebelum Yang Berhormat Permatang Pauh dipecat. Kerana saya melihat ketika itu Yang Berhormat Permatang Pauh banyak berusaha... Terhadap usaha-usaha, saya beri contoh ketika Obama mengatakan bahawa Malaysia jaguh interfaith dialogue. Amerika berhadapan dengan Malaysia. Akan tetapi yang saya melihat interfaith ini bermula ketika zaman ketika itu. Adanya dialog Islam dan Confucius sehingga terbentuknya Pusat Ketamadunan di Universiti Malaya. Akan tetapi saya melihat komitmen itu kurang sekarang. Mana mungkin dilakukan di kala bajet kurang.

Seterusnya Tuan Pengerusi, kita melihat apa-apa yang dipanggil sebagai ketua- ketua perwakilan. Ketua-ketua perwakilan pada pandangan saya satu lagi agensi kerajaan yang amat penting. Kita lihat perwakilan-perwakilan di tempat-tempat strategik seperti di Washington DC, terpaksa kosong sekian lama. Sehingga baru-baru ini dilantik Yang Berhormat Rompin untuk berada di Washington DC kerana sebelum itu nama-nama yang dihantar, dimaklumkan tidak mendapat kelulusan. Mungkin terpalit dengan pelbagai permasalahan. Kita tahu maklumat ini. Persoalannya kenapakah perkara ini tidak dirancang atau pun sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga satu tahun lebih awal.

final • 4:05 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Lebih penting lagi, calon-calon itu biarlah yang kalibernya dan sebagainya, kerana saya tidak mahu berhujah dari segi merit siapa lebih layak. Saya rasa itu bukan dalam bidang saya. Akan tetapi, biarlah satu penilaian yang lebih tepat dari segi kriterianya, indicatornya. Atas dasar itu, saya mohon Menteri tolong jawab di Parlimen prestasi Ahli Parlimen berstatus Menteri di Washington DC.

Pada pandangan saya, selain daripada usaha membawa masuk pelaburan, saya yakin Malaysia dengan kehebatan multiculturalnya, pelbagai bangsanya yang mahu dilihat oleh Amerika itu perkara lain. Sebab itu dikatakan berharapan Malaysia memainkan peranan di dalam dialog antara agama. Malangnya, Menteri apabila satu usaha dialog antara agama dibuat di Malaysia yang melibatkan Archbishop daripada England, perkara itu dibatalkan. Jadi, komitmennya itu, saya rasa mungkin rujukannya itu perkara yang dilakukan sebelum ini, mungkin sebelum 1998. Ini kerana lepas itu tidak ada perkara- perkara yang amat bagi saya really profound di dalam kata hubungan luar negeri.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya memohon kerajaan, terutama Kementerian Luar memberi penekanan khusus kepada ASEAN. Pada pandangan saya, Malaysia sebuah negara kecil kurang strategic advantagenya, dengan izin, berbanding kiranya bernegotiate di atas kerangka regional sebagai ASEAN. Sebab itu ketika mana berbincang bersama dengan Kementerian Luar Negeri, mencadangkan bahawa mungkin kita mahu mencuba mendapatkan jadi tuan rumah World Cup, tetapi secara ASEAN. Secara regional saya rasa kalau memohon sebagai Malaysia mungkin tidak dapat.

Saya melihat perkembangan di rantau - demand menuntut Malaysia bergerak seiring dengan apa yang diputuskan di peringkat ASEAN, apa yang dipanggil Shared Destiny itu perlu diterjemahkan dalam dasar luar. Sebab itu saya menggesa kerajaan hari ini mengkaji semula dasar-dasar luar kita, terutama dengan jiran tetangga.

Dasar luar kita mengenai Selatan Thai, refugee, sehingga dikatakan right to education refugee ini dibatalkan. Hak untuk mendapatkan pendidikan dibatalkan yang mana satu ketika dibenarkan. Dasar luar kita mengenai Indonesia, mana mungkin solidarity serantau dicapai ketika mana selepas lima tahun bekerja di Malaysia, pulang poket kosong, kantung kosong, yang ada hanyalah parut di belakang. Saya rasa tidak akan ada seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu itu selain daripada G2G apa yang dipanggil People to People, satu dimensi hubungan luar itu akan dicapai dengan penuh dignified ASEAN, ASEAN yang bermaruah.

Seterusnya, Menteri, saya memohon Yang Berhormat Menteri Luar Negeri melihat komitmen kita terhadap, dengan izin, ASEAN Inter-Governmental Human Rights Body or Human Rights Mechanism yang baru. Kita sama-sama, saya ucapkan tahniah. Dalam mengkritik, saya juga mengucapkan tahniah. Akhirnya kita mencapai satu kerangka hak asasi manusia di rantau. Akan tetapi, persoalannya, betulkah orang yang kita hantar ke kerangka itu orang yang akan membawa agenda hak asasi manusia?

Saya bukan mempertikainya secara individu, saya menggesa kerajaan melihat semula kerana pendekatan yang diambil oleh Thailand, contohnya, dengan izin, Civil Society Engagement (CSO) berbeza dibuat, sebelum sesuatu agenda luar negeri diangkat.

Di sini tidak berlaku. Di sana ketika mana calonnya diangkat, memang mendapat pengiktirafan masyarakat madaninya, kerajaannya kerana tokoh dan gaya ialah tokoh hak asasi manusia. Kita tidak mahu tokoh di satu kerangka tokoh hak asasi memperjuangkan hak Orang Asli, memperjuangkan hak tanah. Tokoh yang sama tidak menjadi penentang, sebaliknya diangkat sebagai calon. Saya tidak merujuk kepada individu saya merujuk gerak kerja beliau sebagai tokoh kerana ini akan memalukan negara.

Seterusnya, saya juga menggesa kerajaan mengkaji semula kerana saya tengok dalam Pelan Strategik 2009 dan 2015 Kementerian Luar antara lain mengangkat safeguarding and protecting national sovereignty, strengthening bilateral diplomacy, bla, bla, bla sampai ke objektif enam itu, saya khuatir kalau kerangkanya masih lagi kerangka Asian Values yang dikritik hebat di peringkat sejagat itu dipertahankan. Saya tengok masih lagi ada premise yang mengatakan... Saya sebab itu kadang-kadang saya rasa lucu kerana kita masih lagi berbicara acuan kita sendiri, acuan kita sendiri. Saya tidak tahu acuan yang mana. Hak asasi acuan kita sendiri.

Jadi, saya melihat Malaysia sebenarnya. Kesimpulannya saya mengatakan inilah masa yang terbaik di pasca Obama ini, Malaysia menggerak secara strategik untuk mengangkat Malaysia di mata dunia. Ini kerana kekuatannya di sini, kekuatan keislamannya di Asia Tenggara yang mahu dilihat. Kekuatan kosmopolitannya pelbagai kaum, di Asia Tenggara, di Malaysia. Kekuatan perbankan Islamnya di Malaysia, dan juga yang paling penting lagi kekuatan kita secara tamadunnya itu dengan ketamadunan Islam, Confucius, India di Malaysia yang berkembang mampu menjadi contoh.

Ingin saya cadangkan Menteri, yang diperlukan di Washington itu bukan tokoh perniagaan, yang diperlukan di Washington itu satu tokoh yang boleh menggambarkan kekuatan Malaysia itu, yang boleh mengangkat agenda-agenda dialog antara agama dan ketamadunan.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya rasa perkara yang diputuskan mengenai bajet yang kurang, itu saya rasa perlu dikaji semula kerana seperti yang saya katakan daripada awal, di era ini dasar luar adalah sama penting dengan dasar di dalam negeri dan apa-apa yang diputuskan di peringkat dasar dalam negeri akan memberi impak langsung kepada dasar luar. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Pengerusi, saya minta maaf.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat sudah 24 Ahli yang berucap.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini satu perkara sahaja saya angkat. Tiga minit sahaja, saya janji.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh mencelah nanti, saya sudah buat keputusan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tiga minit sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Satu perkara sahaja yang singkat sahaja, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh begini Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta izinlah.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

We have given. Sudah cukup masa untuk ini. Saya jemput Yang Berhormat Menteri, kalau nanti perkara itu sesuai dengan jawapan yang diberikan, Yang Berhormat boleh mencelah. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri I - Senator Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dan turut serta di dalam perbahasan tentang peruntukan Kementerian Luar Negeri di bawah B.13 dan P.13.

Izinkan saya untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan.

Pertanyaan mengenai jumlah rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, setakat ini terdapat kira-kira 650,000 rakyat Malaysia di luar negara. Terdapat lebih kurang 50,000 rakyat Malaysia yang menetap dan bermastautin di seluruh Indonesia. Bilangan pelajar Malaysia di Indonesia dianggarkan kira-kira 6,000 orang daripada jumlah 50,000 orang yang disebut di atas.

Khidmat consular sentiasa diberikan kepada rakyat Malaysia yang malang atau ditimpa bencana di luar negeri. Bantuan telah diberikan kepada rakyat dan gadis-gadis Malaysia dan rakyat Malaysia, khasnya yang dilarikan oleh rakyat asing atau apabila mereka ditimpa bencana yang lain. Ingin saya tekankan sekali lagi kepada Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri melalui kedutaan-kedutaan sentiasa memberi perhatian dan bantuan kepada rakyat negara kita.

final • 4:18 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 4:18 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.

final • 4:18 PM

Senator Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 4:18 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, minta penjelasan daripada 50,000 orang rakyat Malaysia yang berada di Indonesia ini, berapa orang yang telah dianiayai?

Saya hendak tahu.

final • 4:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita adili mereka...

final • 4:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Terutamanya dalam beberapa bulan ini.

Walaupun kita hendak mengeratkan hubungan di antara kedua negara dan bolehkah saya tanpa menyebut nama, hanya bilangan yang dianiayai sahaja?

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Tuan Pengerusi, menyentuh tentang insiden bilangan yang dianiayai di negara Indonesia. Sebenarnya kalau kita lihat kes itu tidaklah begitu serius di mana apabila berlaku insiden sweeping Malaysian, hanya satu insiden yang berlaku di mana insiden-insiden lain yang tidak begitu ketara.

Jikalau kita lihat penerangan dan penjelasan telah diberikan kepada rakyat Malaysia khususnya yang berada di Indonesia pada waktu itu supaya mereka tidak keluar dan sebagainya. Dari segi dianiayai dan sebagainya tidak begitu ramai bilangannya. Tuan Pengerusi, menyentuh tentang KPI dan NKRA di Kementerian Luar Negeri, actually NKRA dan KPI di Kementerian Luar Negeri adalah agak unik memandangkan tugas dan peranannya sukar diukur secara kuantiti.

Oleh itu KRA dan KPI Kementerian Luar Negeri lebih menjurus kepada pencapaian berteraskan kepada kualitatif. Sebanyak 4 KRA dan 14 KPI telah dikenal pasti untuk diukur pencapaian Kementerian Luar Negeri. Tuan Pengerusi...

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

...Berkenaan warga negeri Sabah sebagai Duta Besar Malaysia.

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Mohon penjelasan.

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Untuk makluman Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat, kriteria pelantikan Duta Besar antara lain adalah pengetahuan, ketokohan dan mereka dilantik berdasarkan merit. Kini...

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Minta penjelasan fasal KRA.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat tunggu habis ayat dahulu Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Kini, seorang Duta Besar adalah kelahiran Sabah. Di dalam masa yang sama seorang lagi warga Sabah ialah akan dilantik sebagai Duta Besar. Dalam perancangan kementerian ini, seramai 23 orang warga Sabah dalam kumpulan pengurusan profesional sedang berkhidmat di kementerian. Beberapa orang pegawai telah dikenal pasti untuk dilantik sebagai Consul General. Kementerian Luar Negeri Malaysia sememangnya peka dengan keperluan untuk mengambil lebih ramai diplomat-diplomat negara dari negeri Sabah dan Sarawak.

Bagi menangani kekurangan pegawai-pegawai daripada kedua-dua buah negeri ini, kementerian telah mengambil langkah-langkah yang proaktif sejak daripada tahun 1998 lagi untuk mengambil lebih ramai pegawai-pegawai dari negeri Sabah dan Sarawak. Dalam mendedahkan peluang-peluang kerjaya di Kementerian Luar Negeri, antara aktiviti yang telah diadakan di bawah program ini ialah ceramah pengenalan kepada dasar luar negara, ceramah mengenai kerjaya perkhidmatan luar negeri dan sesi-sesi temu duga untuk memasuki perkhidmatan luar negeri.

Kesemua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah menengah serta belia-belia di kedua-dua buah negeri. Di bawah Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan, kementerian telah pun diadakan dan mengadakan aktiviti-aktiviti jangkauan di Kota Kinabalu pada 12 hingga 14 Disember 2008 dan pada 5 hingga 7 November 2009 di Kuching, Sarawak selain daripada yang telah diadakan di Ipoh, Perak pada 2 hingga 3 Oktober 2009.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak beri jalan?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit boleh?

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mana?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Buntar sudah bangun.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Parit Buntar? Okey.

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya recapture semula tentang KPI untuk kementerian tadi ada disebut ia bersifat kualitatif. Jadi, kalau kualitatif itu tadi bagaimana hendak diukurnya? Kualitatif ini ia deskriptif. Ia perlu quantify dari segi kaedahnya. Itu namanya ukuran. Kalau setakat kualitatif, apakah kriteria yang digunakan sekadar recapture back on the isu KPI?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekali, boleh?

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin lebih tahu mengenai strategik pelan di mana ada satu tajuk kecil yang dipanggil Monitoring and Evaluating The Strategic Plan. Semua ada di situ dan boleh dinilai. Soalan saya tadi mengenai pengambilan atau recruitment. Soalan saya, kenapa sehingga hari ini di Malaysia selain daripada INTAN, tidak ada satu pusat pengajian khusus? Khusus maksud saya pada hubungan luar. Ia ada, tetapi di bawah fakulti sains politik mungkin atau fakulti kemanusiaan dan sebagainya.

Tidak ada satu seperti kita panggil mungkin kalau di tempat lain the Foreign Services School di Georgetown. Kalau di American University ada International Service dan banyak lagi. Akan tetapi, kenapa sehingga hari ini adakah ini tidak menggambarkan bahawa Malaysia ini penting kerana bagi saya ia berbeza sekiranya di peringkat undergraduate sudah diperkenalkan pengkhususannya di dalam hubungan luar. Bagi saya di INTAN itu bagus tetapi sebagai tambahan. Jadi, mohon penjelasan.

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya menyentuh tentang KPI dan NKRA seperti mana yang saya beritahu tadi ia tidak boleh diukur dari segi kuantiti, tetapi dari segi kualitatifnya ialah mengenai apabila seseorang Menteri atau Timbalan Menteri adakah ia akan diukur dari segi bilangan negara yang dilawatinya ataupun hubungan dengan negara yang telah diadakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri dan sebagainya adalah sukar untuk diukur. Itulah yang dimaksudkan.

Akan tetapi dari segi kualitatif, dari segi prestasi pencapaian semasa perform sebagai Menteri atau Timbalan Menteri dengan izin Tuan Pengerusi. Jadi, itulah yang dimaksudkan dari segi kualitatifnya. Menyentuh tentang soalan daripada Yang Berhormat Balik Pulau tadi iaitu mengenai apakah Malaysia tidak mempunyai pusat latihan dan sebagainya selain daripada INTAN. Sebenarnya tidak.

Di Malaysia, memang kita terutamanya Kementerian Luar Negeri, kita mempunyai Pusat Latihan Kementerian Luar Negeri sendiri iaitu dipanggil dengan IDFR. Begitu ramai yang telah melalui latihan-latihan yang dianjurkan oleh IDFR Tuan Pengerusi. Jadi, menyentuh tentang hasil daripada aktiviti tersebut, kini Kementerian...

final • 4:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Timbalan Menteri mintasatu...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sedikit sahaja input daripada itu. Apa yang kita maksudkan di mana saya sendiri pun sudah menjalani latihan di IDFR ini.

Jikalau ada atau tidak cadangan supaya dipertingkatkan IDFR ini ke peringkat universiti. Itu maksudnya.

final • 4:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sememangnya memang ada hasrat untuk menawarkan kursus-kursus even setakat ini pun begitu banyak kursus yang ditawarkan. Nanti saya akan explain sebab ada pertanyaan mengenai IDFR dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, hasil daripada aktiviti recruitment ataupun mengambil pekerja di dalam Kementerian Luar Negeri. Memang Kementerian Luar Negeri mempunyai pegawai- pegawai dari Sabah seperti berikut iaitu pegawai gred 41 hingga 54 sedia ada ialah 14 orang. Pengambilan terbaru iaitu sehingga November 2009 adalah sebanyak sembilan orang, bererti ada lebih kurang 23 orang pegawai.

Usaha-usaha melalui program ini akan dipergiatkan lagi dari tahun ke tahun dan dari tempat-tempat yang bersesuaian bagi menarik lebih ramai pegawai-pegawai muda yang berkelayakan daripada semua kaum dan negeri di Malaysia. Dengan ini, dalam masa terdekat ini harapan kita ialah untuk mempunyai ketua-ketua perwakilan di peringkat Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, Consul General dari kedua-dua buah negeri di Sabah dan Sarawak akan dapat dicapai.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sedikit sahaja boleh?

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya bukan tidak yakin dengan penjelasan itu. Akan tetapi saya difahamkan semasa mesyuarat ASEAN yang terkini pun, kita hanya dapat menghantar KSU dan DG ASEAN. Jadi, katakanlah kalau dua orang ini, katakanlah mesyuarat itu serentak, siapa yang hendak ambil minit, hendak ambil notes of conversation? Sebab tadi Menteri mengandaikan kita akan ambil, kita akan hantar, ini kita tidak ada duit ini? Ada duitkah untuk tujuan yang itu? Sebab saya difahamkan sekarang ini memang cut teruk sangat.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Satu cadangan. Pengalaman saya dengan pegawai-pegawai perkhidmatan luar ini, ada atau tidak cadangan supaya pegawai-pegawai perkhidmatan luar ini dicari mereka yang mempunyai kepelbagaian bahasa sebab ada pegawai-pegawai kita yang dikatakan terlibat dengan negara-negara Arab sebagai contoh. Ada di antara mereka, macam saya pergi ke Mesir, dia tidak boleh bercakap Arab.

Jadi bagaimana mereka berinteraksi dengan mereka di sana? Ada atau tidak insentif pegawai-pegawai ini belajar lanjut? Contohnya seperti di IDFR ini supaya diadakan kursus-kursus tertentu. Keduanya, ada atau tidak insentif kalau mereka mempunyai kemahiran dalam bahasa lain, mereka diberikan penambahan dari segi elaun dan lain-lain?

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada soalan-soalan yang dibangkitkan yang ke arah membantu Kementerian Luar Negeri.

Sebenarnya IDFR memang menganjurkan beberapa kursus. Antaranya adalah bahasa asing di mana kalau kita lihat begitu ramai yang menjadi diplomat dekat luar negara mempunyai kepakaran iaitu boleh berbahasa lebih daripada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebenarnya Tuan Pengerusi. Mungkin ada satu atau dua kes yang tidak memahami ataupun tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Akan tetapi secara keseluruhannya, hasil daripada pemerhatian kami, didapati memang begitu ramai pegawai hari ini fasih dalam bahasa-bahasa lain seperti Spanish, Portugis dan sebagainya. Jadi memang saya akan mengambil apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi untuk pastikan semua pegawai pada masa hadapan supaya mereka fasih dalam bahasa lebih daripada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di samping itu memang kita memberi satu imbuhan kepada pegawai-pegawai kita yang mempunyai kepakaran dalam bahasa selain daripada bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Tuan Pengerusi, mengenai Program Malaysian Kitchen, bagi tujuan penambahbaikan Program Malaysian Kitchen ini, pihak EPU telah merancang semula aktiviti–aktiviti di bawah program ini. Dalam hal ini peruntukan program ini telah diperuntukkan kepada sebelum ini yang telah ditarik balik. Peruntukan tersebut disalurkan kepada EPU dan MITI bagi tujuan mempromosikan aktiviti perdagangan produk makanan terutamanya produk buatan makanan dan produk halal di samping aktiviti promosi lain, Tuan Pengerusi.

Menyentuh tentang perkara seterusnya iaitu berkenaan sokongan kepada Globalities Foundation dan KL Foundation of Criminalised War (KLFCW), Kementerian Luar Negeri berganding bahu dengan Globalities Foundation dan KLFCW untuk menganjurkan pameran dan forum yang diadakan di London pada 30 Mac 2009. Kementerian Luar Negeri juga menyokong usaha KLFCW mengadakan forum dan pameran di PWTC pada akhir bulan Oktober 2009. Kementerian Luar Negeri membiayai roadshow di London dan menyumbang kepada pembiayaan forum dan pameran di PWTC ini, Tuan Pengerusi.

Menyentuh tentang lawatan Presiden Republik Rakyat China...

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh minta jalan?

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Sudah masuk ini...

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tak belum, yang tadi, yang tadi, yang criminalise war itu..

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang saya yang bangkit, saya hendak minta penjelasan sikit.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya ingat tak payah. Saya hendak sambung ini. Ya, TYT...

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hai, sombongnya!... [Dewan riuh][Ketawa]

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

[Ketawa] TYT Presiden ....

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini mana ada KPI ini?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya bangkit, saya hendak tanya soalan penting, sikit saya hendak tanya.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas. Dia tak salah juga, Yang Berhormat. Dia boleh bagi dan boleh tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya akan sentuh, ada lagi bahagian..

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tak sebab ini criminalise war ini penting.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya, okey, okey... [Dewan riuh][Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, very good... [Dewan riuh][Ketawa] Tahniah! Saya hendak bangkit sebab saya bangkit isu tadi yang masalah jenayah perang ini dan tahniah di atas sumbangan Kementerian Luar Negeri.

Saya bangkit ada kaitannya sebab saya ada buat cadangan, saya hendak dengar respons kemungkinan untuk pihak Kementerian Luar Negeri membuat cadangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya melantik mantan Tun Mahathir Mohamad sebagai Duta Khas, special envoy untuk urusan isu-isu antarabangsa.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini kerana stature mantan Perdana Menteri ini cukup dihormati di peringkat dunia.

Contohnya pembebasan pemimpin di Burma, isu di Selatan Thailand. Ia ada hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin ini. Jadi, apa respons? Apa respons pihak kementerian atas cadangan ini? Sekian, terima kasih... [Disampuk] Diamlah!.. [Dewan riuh][Ketawa]

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi memang merupakan satu pandangan yang bagus. Jadi, kita boleh menggunakan kepakaran yang sedia ada pada mantan Perdana Menteri kita untuk menjadi pemimpin yang boleh membawa peace kepada dunia, Tuan Pengerusi...

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, nak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Seterusnya saya sambung mengenai lawatan...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit sahaja, sikit sahaja, boleh?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia hendak sambung dahulu Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sambung dahulu?

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Presiden Republik Rakyat China di mana kalau kita lihat hubungan antara Malaysia dengan China adalah begitu baik sekali. Begitu baik sekali, bukan setakat pemberian Panda. Panda itu hanya diberikan oleh China kepada Singapura, bukan memberi tetapi meminjam. Yang tadi ada kata memberi, sebenarnya bukan memberi. China meminjam kepada Singapura, Tuan Pengerusi. Namun begitu apa yang diberikan kepada Malaysia adalah lebih besar daripada itu kerana China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar sekali, bukan setakat Panda ini tetapi perdagangan yang begitu besar, berjuta-juta ringgit...

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Gajah...

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Lawatan TYT Presiden Hu Jintao ke Malaysia melambangkan kepentingan yang diberikan oleh China terhadap hubungan dua hala Malaysia-China. Lawatan ini juga amat bermakna kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Lawatan negara TYT Presiden Hu Jintao telah mencapai matlamat dan dianggap amat berjaya.

Perbincangan-perbincangan yang telah diadakan adalah amat memuaskan. Lawatan ini juga melonjakkan lagi hubungan dua hala ke taraf yang lebih tinggi dan membawa hubungan dan kerjasama Malaysia ke satu era yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

Ho!

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Malaysia dan China sangat mengambil berat akan hubungan dua hala Malaysia-China dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

final • 4:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Intan bangun Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat mengatakan lawatan Hu Jintao ke Malaysia baru-baru ini seolah-olah Hu Jintao membuat satu lawatan yang utama. Akan tetapi apa yang saya faham, dia melalui sini pergi ke Singapura... [Ketawa]

final • 4:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi adakah wajar kita bagi satu penghargaan yang sebegitu besar kepada negara China? Dia singgah sahaja. Lagi pun dia hendak pergi Melaka, bukan betul-betul ke Putrajaya atau ke Parlimen... [Ketawa] Jadi boleh bagi keterangan lanjut. Was this his main purpose of the visit here or Singapore?

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, inilah yang dikatakan sebagai persepsi. Persepsi yang tidak betul.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Di mana kalau kita lihat lawatan TYT China ke Malaysia, bukan setakat jalan sambil singgah sahaja tetapi beliau telah mengambil inisiatif untuk melawat negeri Melaka dan telah begitu lama beliau berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Selepas itu, saya hendak bagi Tuan Pengerusi iaitu di APEC, Presiden China sebelum mulanya persidangan, beliau telah menghampiri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau kata, “Saya begitu bangga, gembira”... [Ketawa] Dia tak bercakap dalam bahasa Melayulah... [Dewan riuh][Ketawa] Begitu bangga kerana mempunyai hubungan yang begitu baik antara Malaysia dengan China Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Wa pu chi tau!

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya rasa saya hendak betulkan sahabat saya Yang Berhormat Teluk Intan tadi. Sebenarnya lawatan Tuan Yang Terutama Presiden China Hu Jintao adalah satu manifestasi bahawa negara China sebuah gergasi dunia pada ketika ini memberi satu penghormatan yang cukup tinggi sekali kepada Malaysia.

Keduanya, dalam lawatan tersebut kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk mengeratkan lagi pelaburan dan juga perdagangan terutamanya disebut kelapa sawit dan juga kayu kayan. Ini yang kita hendak tengok. Ini kerana apa, Yang Berhormat Menteri, kita tengok tidak seimbang pelaburan China dengan Malaysia. Malaysia melabur di sana sebanyak USD1.3 bilion sementara China hanya lebih kurang USD134 juta. Jadi, kita hendak lihat kalau boleh kita tidak ada lagi simpanan kelapa sawit yang begitu banyak.

Kalau ada pembelian ataupun ada lagi pasaran di sana dengan umat yang cukup banyak, inilah sebenarnya yang kita cerita. Kita tidak mahu cerita yang remeh-remeh. Kita sekarang fokus kepada apakah keuntungan yang kita dapat. Kita tidak mahu kata kita akan bagi dia jambatan itu, jambatan ini. Kita hendak sekurang-kurangnya ada keuntungan yang kita dapati daripada rundingan dua hala ini.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Sebenarnya...

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh beri laluan?

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kalau kita lihat dalam perbincangan antara Malaysia dengan China begitu banyak perkara telah dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin di mana kalau kita lihat antaranya ialah mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam pembangunan bersama. Di mana kalau kita lihat China dengan Malaysia ini, Malaysia mengeksport minyak sawit ke China dan China merupakan salah sebuah negara sasaran yang terbesar sekali dalam pengeksportan minyak sawit dari Malaysia, Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, beri laluan.

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ada yang bangun, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Menyebut tentang...

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini ada yang bangun.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Bakri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Okey, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih. Saya pun khusyuk mendengar tentang lawatan Presiden Hu Jintao ke Malaysia. Antara urusan beliau di Malaysia ialah melawat ke Melaka. Antara sebabnya Melaka adalah sebuah pelabuhan yang begitu penting untuk negara China pada masa Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka... [Disampuk] Saya percaya ini adalah satu lawatan simbolik oleh seorang pemimpin negara di mana rakyat negara itu beratus tahun dulu telah membuka laluan ke Melaka dan ini satu berita yang menggembirakan. Jadi, di antara topik-topik perbincangan apabila di Melaka saya hendak tahu sebab ada satu Bukit China di mana terdapat banyak kubur di situ. Bukit ini menjadi satu rebutan dan contention antara rakyat dan kerajaan pada suatu masa dahulu. Adakah Presiden Hu Jintao berbincang tentang masalah Bukit China ini dalam lawatan beliau kerana di bukit itu juga descendant daripada mereka yang datang pada masa itu dikuburkan di situ. Jadi, saya cuma hendak tahu dalam topik perbincangan itu yang mungkin timbul masalah adakah perkara kubur dan juga Bukit China itu dibincang. Ini merupakan satu topik yang begitu serius yang diperjuangkan oleh rakyat Melaka. Mereka mendapat satu kejayaan daripada Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ada berbincang.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon laluan.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Menyentuh tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi...

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Beliau mengingatkan saya balik sejarah.

Saya punya Sejarah tidaklah teruk sangat. Memang...

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kawan.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Melaka memang mempunyai sejarahnya antara hubungan Malaysia dengan China, Tuan Pengerusi. Jadi, menyentuh tentang hubungan antara Malaysia dengan China ...

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Boleh saya tambah sikit?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kita boleh mempertingkatkan lagi..

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Banyak ini.

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sikit sahaja. Sikit sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Soalannya pendek sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Okey, okey.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi Bakri.

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih. Saya minta satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu soalan yang mudah sahaja, yang ringkas sahaja.

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ramai kawan saya telah bertanya, kenapa Singapura mereka dapat panda dan Malaysia tidak dapat, apakah sebabnya di belakang? Negara China memanglah mengambil berat tentang hubungan mereka dengan negara kita seperti yang di cakap. Wah, Perdana Menteri juga dipuji oleh Presiden Hu Jintao. Jadi, saya hendak tanya, kenapa negara kita tidak ada panda?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

[Ketawa]... Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Pengerusi, boleh tanya soalan mengenai China?

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Isu ini jadi lebih kepada pemberian panda.

Sebenarnya kalau kita lihat seperti yang saya jelaskan tadi Malaysia telah mendapat lebih daripada itu iaitu dari segi sebagai rakan dagangan kita mendapat begitu banyak. Malaysia juga telah membuat beberapa perjanjian di antara Malaysia dengan China di mana perdagangan kita akan dipertingkatkan lagi. Bagi Malaysia, bagi Kementerian Luar Negeri itu adalah satu pengiktirafan yang paling besar sekali, Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Jadi, dari segi jumlah...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri bangun lagi, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Bakri?

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi kawan?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Okey, kawanlah.

final • 4:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kawan, ya? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Disorak] Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi peluang kepada Bakri. Di sini saya hendak tanya satu soalan tambahan.

Berapakah pelaburan sudah ditandatangani selepas lawatan Presiden Hu Jintao ke negara kita? Ini soalan yang berkaitan. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, sebenarnya banyak perjanjian telah ditandatangani antara Malaysia dengan China. Kalau mahu satu persatu saya boleh berikan. Ya, memang ada dalam ucapan yang akan saya sambung nanti, ya?

Okey. Dari segi usaha-usaha Malaysia bagi menggesa Kerajaan Myanmar bagi membebaskan Aung San Suu Kyi, Kerajaan Malaysia menyatakan kebimbangan di atas keputusan Kerajaan Myanmar meneruskan tahanan rumah Aung San Suu Kyi pada 11 Ogos 2009.

final • 4:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Malaysia berpendapat bahawa penahanan beliau akan menjejaskan pendamaian nasional dan pelan damai ke arah demokrasi yang sedang dilaksanakan di Myanmar.

Semasa persidangan kemuncak ASEAN-US yang berlangsung di Singapura baru- baru ini satu kenyataan bersama pemimpin-pemimpin ASEAN-US telah dikeluarkan. Antara lain kenyataan menyatakan negara-negara anggota ASEAN termasuk Malaysia menyokong dan mengalu-alukan dasar baru Amerika Syarikat bagi mengadakan perbincangan terus dan dialog dengan Kerajaan Myanmar. Malaysia percaya dasar baru US ini akan menyumbang kepada strategic constructive engagement yang diusahakan oleh ASEAN ke atas Myanmar di dalam proses pendemokrasian terutama bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 2010.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Myanmar.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya bagi Yang Berhormat Batu.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Silakan, Yang Berhormat Batu.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya ingin mencelah kembali kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pendekatan Amerika Syarikat baru akan membantu menyelesaikan masalah di Burma atau Myanmar. Akan tetapi kalau kita teliti dasar yang telah diumumkan oleh Amerika Syarikat sebenarnya beban untuk menyelesaikan masalah ini diletakkan pada ASEAN. Sekarang kita kata kita amat menggalakkan – satu keadaan yang agak hopeful kerana Amerika akan mengambil tindakan.

Saya agak isu ini kita perlukan satu tindakan yang agak spesifik. Bukan sahaja untuk menyampaikan prihatin kita (concern) terhadap tangkapan ataupun tahanan Aung San Suu Kyi tetapi beberapa perkara yang sangat kritikal sekarang sama ada kita kekalkan Burma dalam ASEAN selepas berkali-kali dan bertahun-tahun mengingkari nasihat daripada ASEAN.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kedua, Perlembagaan baru yang akan didraf oleh pihak tentera dan akan diluluskan oleh satu Parlimen yang tidak diiktiraf oleh antarabangsa. Sama ada kita setuju dengan tindakan ini tadi. Ketiga ialah pilihan raya baru yang akan disusun oleh kerajaan tentera Myanmar. Adakah kita iktiraf keputusan pilihan raya yang akan datang di mana kita jelas tahu pilihan raya ini akan disusun dan dikuasai oleh pihak tentera Saya ingin dapat pendirian Kementerian Luar Negeri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sambungan. Sikit, sikit saja. Isu yang sama Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sama, sama. Minta jalan.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya kalau kita lihat, kita masih memegang kepada dasar tidak campur tangan urusan negara lain. Namun begitu, sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia telah menyatakan pendirian bersama-sama dengan negara ASEAN akan kedudukan Aung San Suu Kyi ini. Tuan Pengerusi, dengan memecat Myanmar daripada ASEAN tidak dapat menyelesaikan masalah ini sekali gus tetapi ASEAN percaya, dengan cara diplomatik ini sudah pasti Myanmar akan mendengar apa yang dikatakan oleh ASEAN.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tidak ada KPI kah? Adakah kita ada KPI atau dateline di mana... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kalau kita boleh menentukan KPI, sudah selesai semua isu di dunia ini.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sikit, Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, berkenaan masalah visa pelajar Malaysia di Indonesia.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Sikit saja, Myanmar Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu ya.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Petani…

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Myanmar, masih Myanmar.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Perkara ini di dalam pemantauan kementerian dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia. Perkara ini juga sedang diperbincangkan dengan kementerian-kementerian berkenaan di Indonesia untuk mencari penyelesaian dengan secepat mungkin.

Kementerian Luar Negeri akur bahawa isu-isu akan terus dimainkan oleh pihak media, segelintir individu dan kumpulan di Indonesia yang mungkin kurang senang dengan hubungan mesra dan akrab Malaysia dan Indonesia.

Ini merupakan cabaran kepada kedua-dua negara dalam mempertahankan hubungan erat yang sedia terjalin. Di dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan meneruskan momentum untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menangani segala permasalahan yang timbul antara kedua-dua negara...

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Mengenai?

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Myanmar, Myanmar.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Myanmar atau Indonesia Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Indonesia, Indonesia.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Indonesia ya?

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey, Indonesia. Okey, terima kasih. Saya dulu ya.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya yang panggil Yang Berhormat ya.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Minta maaf Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya beri Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Klang dulu.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat Klang dulu?

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Klang tidak ada. [Ketawa] Yang Berhormat Teluk Intan dulu.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Lepas Yang Berhormat Teluk Intan beri Yang Berhormat Balik Pulau ya?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Teluk Intan, sila.

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya ingin kembali kepada Myanmar sekejap. Kalau kita tengok sejarah tahun 1987, Myanmar saya percaya masuk ke ASEAN atas permohonan Myanmar. Pada masa itu kita telah dapat banyak bantahan daripada ramai organisasi dan juga NGO di Malaysia dan juga di negara lain tetapi pada masa itu Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri mengatakan kita beri peluang kepada Myanmar. Perkataan yang digunakan oleh Tun pada masa itu adalah constructive engagement.

Kita bagi peluang tetapi sekarang sudah 22 tahun dan sekarang ada kerajaan baru, I mean Perdana Menteri baru, dua Perdana Menteri baru. Berapa lama kita hedak beri peluang kepada Myanmar untuk constructive engagement ataupun saya tidak tahulah apa hubungan Tun pada masa itu dengan Jeneral-jeneral Junta dari Myanmar. Mungkin perhubungan hendak beri peluang untuk perniagaan dua hala di antara Malaysia dan Myanmar sama seperti Singapura sekarang tetapi kita mesti ada time limit nya. Berapa lama kita hendak bagi Myanmar...[Disampuk]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

sebab Aung San Suu Kyi itu penting untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Bila kita boleh berhenti ini? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Beri sikit ya?

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tidaklah Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Hah? Sudah tidak boleh?

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kerana saya sudah masuk bahagian visa ini.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Tidak boleh juga?

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Namun saya akan jawab juga apa yang ditanya oleh Yang Berhormat dari Telok Intan Tuan Pengerusi, iaitu berkaitan dengan bagaimana penerimaan dan apakah kita akan terus dan time limit dan sebagainya. Jadi, menyentuh perkara tersebut, saya seperti mana yang diberitahu tadi iaitu kementerian masih percaya dan Malaysia masih percaya dengan cara hubungan dengan semua negara- negara ASEAN ini meminta dan mendesak, terus mendesak Myanmar. Maka, percaya Myanmar akan menerima pandangan dan permintaan negara-negara ASEAN. Tuan Pengerusi, menyentuh tentang...

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Menteri, sikit boleh? Sikit boleh?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat Balik Pulau sikit saja, sikitlah. Bagi, kawan.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya terus masuk ini, sudah masuk visalah.

Kementerian Luar Negara akur bahawa isu-isu akan terus dimainkan...

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Belum jadi Menteri Luar lagi ini, baru....

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Oleh pihak media, segelintir individu dan kumpulan di Indonesia yang makin kurang senang dengan hubungan mesra dan akrab Malaysia dengan Indonesia. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan meneruskan momentum Tuan Pengerusi. Menyentuh tentang perkara seterusnya iaitu Kementerian Luar Negeri...

final • 4:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, perkara sama.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat? Nanti dia kata sombong lagi. Bagilah Yang Berhormat ya.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ada lagi, ada lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak berilah, tidak beri.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, sememangnya Kementerian Luar Negeri telah menjalankan kajian-kajian dan mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian dan agensi berkaitan untuk meratifikasikan apa yang terdapat dalam Rome Statue berkenaan dengan International Criminal Court. Pada masa ini, perbincangan adalah di peringkat terakhir. Perbincangan tersebut telah mengambil masa kerana kita perlu meneliti setiap perenggan dan artikel secara terperinci. Walau bagaimanapun, kita perlu memastikan bahawa negara kita mampu untuk menjalankan segala obligasi yang termasuk dalam Rome Statue tersebut dan juga semua undang- undang negara ini dapat membantu dan tidak bercanggah dengan obligasi yang akan kita jalankan apabila Rome Statue ini diratifikasikan.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan, penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, menyentuh tentang Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak berilah Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Sememangnya menawarkan pelbagai program kursus kepada para pegawai Kementerian Luar Negeri dan agensi-agensi lain yang berkenaan. Program-program ini merangkumi aspek amalan diplomatik, perundingan dan juga kursus-kursus bahasa. Pada tahun 2009, IDFR telah menjalankan sebanyak 49 program yang melibatkan penyertaan seramai 543 orang peserta. Selain itu, IDFR juga turut menjalankan kursus-kursus di bawah program NTCP. Pada tahun 2009, IDFR telah menjalankan sebanyak empat kursus yang melibatkan penyertaan seramai 68 orang peserta dari luar negeri.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak berilah Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, menyentuh tentang Pihak Berkuasa Konvensyen Senjata Kimia, maka Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia yang ditubuhkan pada September 2006 bertanggungjawab mengawas dan memastikan keberkesanan pelaksanaan KSK di negara ini selain mengawas selia isu-isu mengenai konvensyen ini termasuklah memantau penggunaan bahan kimia yang berkaitan, mengumpul data untuk pengisytiharan tahunan, memberikan maklumat mengenai KSK termasuk import eksport bahan kimia kepada pihak kilang, menjalankan pemeriksaan kilang, mengeluarkan kebenaran bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual I dan mengadakan program bantuan dan perlindungan kepada orang awam.

Menyentuh kepada soalan Yang Berhormat dari Lipis, setakat ini kalau kita lihat pada tahun 2009, Malaysia telah menerima 10 tajaan pihak OPCW iaitu antaranya ialah Fifth Regional Assistant and Protection Course for ASEAN State Parties, Regional Training Course for National Authorities in Asia on Training Escort on Inspection dan seperti itu terdapat begitu banyak. Begitu juga mesyuarat dan latihan yang telah diberikan tajaan. Ini adalah bagi melatih pakar dan penjawat awam dalam menangani isu senjata kimia.

final • 4:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, kedutaan sentiasa menyebarkan maklumat mengenai keperluan visa. Walau bagaimanapun, masalah ini timbul apabila rakyat Malaysia memasuki pintu masuk yang kecil dan terpencil, khususnya negara besar. Oleh itu rakyat diminta merujuk kepada kedutaan yang berkenaan sebelum melakukan lawatan tersebut, Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Dari segi bantuan kaunselor, bantuan kaunselor sentiasa diberikan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi bencana dan kemalangan. Kementerian akan memantapkan lagi perkhidmatan kaunselor melalui latihan dan meningkatkan mutu perkhidmatan, umpamanya dengan mengamalkan standard operating procedure di atas aktiviti kaunselor seperti menyelamat, memberi khidmat nasihat dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Menyentuh tentang Gaza, bantuan di Gaza tersekat di sempadan Rafah kerana ianya ditutup dan dikawal oleh pihak Israel dan bukan pihak Mesir. Walau bagaimanapun, menghadapi kekangan beberapa NGOs Malaysia telah menyalurkan bantuan ke Gaza...

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Dengan kerjasama rakan NGOs tempatan di Gaza...

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Parit Buntar bangun, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Usaha menyampaikan bantuan masih giat dilaksanakan oleh NGO.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta maaf, Yang Berhormat, saya bertanya sama ada hendak bagi jalan atau tidak.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Beri Balik Pulau, sedikit.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya?

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Mana boleh... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau. Okey, Menteri, sedikit sahaja, Menteri. Saya melihat permasalahan Israel dan Palestin ini satu perkara amat penting yang telah mengambil tenaga negara dari segi sumber dan sebagainya dan perlu dipertingkatkan. Soalan saya, di Wisma Putra ini, berapa orang yang boleh berbahasa Hebrew? Siapa yang pakar di dalam Jewish study?

Ini kerana bagi saya, permulaan diplomasi ini ialah informasi ataupun pengetahuan. Persoalan saya, kalau itu masih lagi lemah kerana bagi saya di Malaysia ini kadang-kadang perkataan Yahudi itu jadi satu perkara yang amat sensitif, tetapi adakah ianya bersifat sentimen, belum sampai ke tahap diplomasi yang menggambarkan pengetahuan. So, soalan saya, ada tidak berapa orang ini di Kementerian Luar Negeri?

Pegawai kita yang bertugas ini fasih berbahasa Hebrew ataupun memahami Jewish study bagi memudahkan ke tahap yang lain. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, memang soalan tadi itu adalah agak spesifik. Namun begitu memang ada pegawai. Dari segi bilangannya saya tidak dapat berikan hari ini tetapi memang ada pegawai yang mahir dari segi isu-isu Gaza mahupun isu-isu Palestin, Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Menyentuh tentang...

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya hendak tanya sebelum masuk...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat?

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Sedikit sahaja, saya hendak perbetulkan.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tadi dia sebut sempadan itu masalah dengan Israel tetapi pengalaman yang kami pergi, bukan dengan Israel, dengan Kerajaan Mesir. Itu yang ditanya tadi, Kerajaan Israel memang kita tidak boleh masuk, tetapi di sempadan Rafah itu dari Mesir telah pun menyekat. Jadi apa tindakan kerajaan, contohnya untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Mesir, bukan dengan Israel, sudah tentu.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dari segi perkara itu saya akan lihat, di mana kalau kita lihat hubungan Malaysia dengan Mesir juga begitu bagus. Jadi saya percaya dari segi isu itu boleh diselesaikan. Tuan Pengerusi, menyentuh tentang keselesaan pejabat dan bangunan Malaysia di luar negeri...

final • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Satu sahaja, Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi, kalau dibenarkan.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tentang apa?

final • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Berkaitan dengan isu Israel- Palestin ni. Sedikit sahaja sebab saya difahamkan semasa pengalaman saya di United Nation baru-baru ini, kita Malaysia mengambil sikap mendekati isu Palestin dan Israel ini sebagai isu penempatan, isu antara dua negara, isu geografi dan kita ketepikan sama sekali isu keagamaan.

Saya berpendapat isu keagamaan tidak boleh diketepikan sama sekali kerana daripada perbincangan ringkas dengan mereka yang terlibat di New York baru-baru ini pun isu Palestin masuk berkaitan dengan laporan Goldstone tempoh hari. Ada di kalangan mereka di Israel yang mempunyai pendapat bahawa mereka perlu duduki Gaza. Mereka perlu duduki Jerusalem kerana mereka mempunyai keyakinan di akhir zaman nanti, messiah mereka, penyelamat mereka akan datang memerintah daripada the Tomb of Solomon yang terletak di Jerusalem dan medan pertempuran di akhir zaman antara Yahudi dan golongan non Yahudi akan berlaku di Gaza.

Jadi ini adalah pendekatan agama menyebabkan mereka menekankan keperluan untuk menduduki Gaza dan juga Jerusalem. Maksud saya di sini, sama ada betul atau tidak itu soal kedua, tetapi soal utamanya, pendekatan kita jangan kita ketepikan langsung soal keagamaan dalam isu ini. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya memang setuju dengan Yang Berhormat, tetapi yang lebih penting di mana kita sudah menekankan even dalam persidangan NAM dan sebagainya. Di mana yang lebih penting ialah sekarang Palestin kena menentukan dan menyelesaikan isu dalaman iaitu antara kumpulan Fatah dan Hamas ini sebelum kita terus mendesak Israel tetapi yang lebih penting ialah, Palestin kena selesaikan isu dalaman dahulu. Jadi itulah yang kita ambil berat dalam perkara ini, Tuan Pengerusi. Menyentuh tentang keselesaan...

final • 5:00 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Akan tetapi ini suatu dasar yang baru, Tuan Pengerusi. Malaysia dengan Palestin ini hanya beberapa tahun yang akhir ini sahaja, ada Hamas. Sebelum ini sentiasa Fatah, sentiasa PLO. Jadi krisis dan isu ini amat salah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini adalah kaitan dengan adanya kononnya Fatah, adanya kononnya juga Hamas. Kita sentiasa berhadapan dengan Israel dan krisis ini tanpa mengira. Mesti Timbalan Menteri sedar bahawa ada pemimpin Fatah, PLO yang cukup hebat bernama Yasser Arafat, puluhan tahun menjadi pemimpin Palestin, pemimpin Fatah dan pemimpin PLO.

Begitu panjang dan lama menjadi pemimpin, tidak pernah Amerika Syarikat menyokong dan bersetuju dengan beliau, tidak pernah Israel ingin memberi ruang kepada beliau untuk mewujudkan Palestin yang bebas. Saya ingin ini membimbangkan kami kalau wakil daripada Wisma Putra ini menyalahkan Palestin yang bersalah, kerana ada Hamas dan kerana ada Fatah yang bersalah. Walhal sepanjang yang saya ingat, dasar negara kita ialah yang bersalah ialah Zionis Israel itu, yang wujud di bumi Palestin... [Tepuk] Saya pohon supaya kenyataan itu ditarik balik kerana ia amat bercanggah dengan dasar yang saya faham negara kita ada.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya sudah nyatakan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi memang tepat. Kita bukan argue, sebenarnya kalau kita lihat dengan Israel, kita memang menentang Israel, mendesak Israel, tetapi yang saya minta ialah supaya negara seperti Palestin perlu juga menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku di negara tersebut.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Jadi Tuan Pengerusi, saya terus masuk bahagian keselesaan pejabat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia sudah hendak masuk isu lain, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya, sudah masuk.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Belum, belum habis lagi.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Pejabat Malaysia di luar negeri, kementerian amat...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini satu percanggahan dasar yang sangat serius.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tidak bagi laluanlah, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya boleh celah sedikit.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kementerian amat prihatin dan sentiasa berusaha...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Menteri baru cakap tadi kita tidak campur tangan dalam urusan dalam negeri. Tadi sahaja kita dengar, urusan dalam negeri, kita tidak campur sama ada Hamas kah, Fatah kah. Sekarang dalam isu Palestin, Menteri letak syarat bahawa Palestin harus selesaikan masalah. Ini berbeza, pendirian tadi...

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya ingin memberikan penjelasan ini..

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita mengiktiraf Myanmar tanpa kira siapa yang memerintah. Sekarang ini dalam Palestin...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Sebenarnya Malaysia ini walaupun memegang dasar tidak campur tangan urusan negara lain. Namun kita meminta pemimpin- pemimpin negara tersebut dan rakyat negara itu supaya selesaikan masalah masing- masing seperti mana...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi masalahnya bukan antara Fatah dengan Hamas.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Isu Thailand.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh berbahas begini, Yang Berhormat, ya, tidak boleh.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Jadi, dalam perkara itu mereka harus selesaikan.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi kita khuatir dengan pendirian seperti ini. Ini telah bercanggah dengan pendirian konsisten kita menyokong Palestin...

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya ingat Yang Berhormat... Jadi saya terus masuk bahagian keselesaan pejabat...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Dan menentang keganasan rejim Zionis.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Dan bangunan Malaysia di luar negeri.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Mohon Menteri bagi dasar.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kementerian amat prihatin dan sentiasa berusaha memberi dan menyediakan keselesaan para pegawai dan kakitangan perwakilan Malaysia di luar negeri. Dalam hal ini, penyewaan kediaman dan pejabat di samping kemudahan lain serta isu-isu kewangan keselamatan dan lokasi strategik sentiasa diutamakan.

final • 5:00 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kementerian juga berusaha membina bangunan-bangunan milik kerajaan untuk kediaman dan pejabat seperti di Islamabad dan Phnom Penh di samping memiliki bangunan harta tanah di beberapa negara lain seperti bangunan canseleri atau bangunan pejabat di mana kita ada 32 unit, bangunan kediaman kita ada 33 unit, kediaman kakitangan kementerian ada 189 unit.

Tuan Pengerusi, menyentuh tentang pelajar-pelajar kita, mereka sering dipantau dan aktiviti mereka, terutamanya yang negatif terhadap negara oleh kedutaan, khususnya dari segi pendidikan, usaha kerap digembleng untuk mendekati dan mendampingi mereka.

Rakyat Malaysia yang telah melepas hak atase, dilucutkan kerakyatan boleh memohon semula kerakyatan mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia di Perkara 18. Jumlah rakyat Malaysia yang melepas hak dan dilucutkan kerakyatan adalah seramai 5,000 orang.

Tuan Pengerusi, menyentuh soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit...

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Laluan Yang Berhormat, laluan.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Dan Yang Berhormat Labuan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau bangun, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tentang hak pelucutan kewarganegaraan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tanya Yang Berhormat berhubung dengan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara yang mendapat PR, tetapi ingin balik berdasarkan kepada Brain Gain iaitu mereka memiliki skill, keupayaan, bakat, kemahiran dan juga mungkin wang yang mereka ingin balik ke negara kita. Jadi, apa dasar kerajaan sekarang berhubung dengan dasar Brain Gain ini untuk kita pastikan bahawa kita amat memerlukan tenaga-tenaga mahir dan berkepakaran tinggi untuk balik ke negara kita dalam memajukan negara kita.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, seperti mana saya menyentuh tadi iaitu rakyat Malaysia yang telah melepas hak kewarganegaraan atau dilucutkan kewarganegaraannya boleh memohon semula kerakyatan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia di Perkara 18. Memanglah suka saya ingatkan di sini iaitu untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia memang begitu sukar sekali. Jadi, diminta supaya warganegara Malaysia yang berhijrah ke negara lain supaya tidak melepaskan ataupun membatalkan kewarganegaraan. Ini kerana kesukaran untuk mendapat semula, Tuan Pengerusi.

Menyentuh tentang soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat dari Parit dan Labuan, pelaporan negatif oleh media Indonesia terhadap Malaysia timbul berpunca daripada kekeliruan dan sentimen politik yang sering dipengaruhi dan dimanipulasikan oleh sesetengah pihak media yang tidak bertanggungjawab melalui pemberitaan yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. Memandangkan pelaporan negatif boleh meningkatkan profil sesebuah media dan sikap Kerajaan Indonesia yang lebih terbuka dengan kebebasan media telah secara langsung dan tidak langsung diambil kesempatan oleh pihak media yang lain.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ini jelas menunjukkan media negara tersebut sengaja dan tidak peka dengan hubungan baik yang sedia ada antara Malaysia dengan Indonesia. Usaha penerangan secara reaktif dan proaktif kepada kumpulan-kumpulan sasaran di Indonesia akan terus dipergiatkan melalui Program Diplomasi Awam dan saluran-saluran lain seperti penggalakan pertemuan, engagement dan kerjasama antara kedua-dua buah negara...

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Di pelbagai peringkat bagi memupuk dan memelihara hubungan baik. Juga menyebarkan berita mengenai hubungan baik dan kesedaran di kalangan pelbagai lapisan rakyat kedua-dua buah negara.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau bangun lagi, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada media, isu yang berlaku di Indonesia juga melibatkan pelajar-pelajar. Tiap-tiap kali isu besar, ia melibatkan ataupun dicetuskan oleh pelajar- pelajar universiti. Sejauh mana pegawai-pegawai di peringkat kedutaan ataupun Konsul Jeneral kita yang berada di daerah-daerah yang dilantik ini hadir untuk memberi penerangan ataupun mengadakan majlis dialog dengan pelajar-pelajar universiti di seluruh Indonesia untuk memberi penjelasan isu-isu terkini yang digembar-gemburkan oleh media massa itu. Ini seperti isu pembantu rumah, tarian Pendet dan lain-lain. Jadi, setakat mana kita berani berhadapan dengan pelajar-pelajar untuk menerangkan dan memberi fakta sebenar tentang apa yang berlaku.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, sebenarnya memang Malawakil Malaysia di Indonesia memainkan peranan itu iaitu untuk memberi berdialog dengan pelajar-pelajar dan memberikan maklumat-maklumat yang terkini kepada pelajar- pelajar, khususnya di Indonesia. Saya ambil satu contoh apa yang berlaku iaitu apabila berlakunya gempa bumi di Indonesia, di Padang dengan segeranya kita Wisma Putra bersama-sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya, mengarahkan pelajar Malaysia untuk keluar. Kementerian begitu juga dengan TUDM telah berjaya menyediakan kemudahan mengangkut untuk bawa semua pelajar iaitu kesemua 333 pelajar ke Malaysia dengan selamat...

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya.

final • 5:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Soal bantuan humanitarian ini, itu tidak dipertikaikan.

Bukan setakat di Padang, di Acheh tsunami, Yogja gunung berapi, kita tolong kira pertolongan kita ini Allah yang ketahui cukup banyak, tetapi tidak pernah dihargai.

Masalahnya ini kita hendak bagi pertolongan di Padang pun, malah dipandang serong sedangkan yang terlantar itu pun tengok daripada Malaysia tak mahu. Seolah-olah tidak mahu menerima pertolongan seikhlas yang kita buat.

Akan tetapi penerangan diberikan oleh pihak kedutaan kepada rakyat Indonesia, pelajar Indonesia. Mereka ini yang suka mencetuskan suasana yang tidak elok ini. Di kalangan mahasiswa, selain daripada media, merekalah kumpulan yang harus dibagi tumpuan atau fokus oleh pihak Wisma Putra.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, memang tepat sekali apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Kalau kita lihat memang Malawakil Malaysia mengadakan dialog-dialog untuk menerangkannya. Apa yang berlaku di Indonesia ini hanyalah dilakukan oleh segelintir. Kita tidak boleh salahkan kesemua penduduk Indonesia.

Malah hanya dilakukan oleh satu kumpulan yang kecil yang tidak bertanggungjawab. Jadi, penerangan dan dialog yang dianjurkan oleh Malawakil, saya percaya ini akan membantu pelajar-pelajar kita ataupun yang bermastautin di sana rakyat Malaysia amnya supaya dilengkapkan dengan maklumat dan informasi dari negara kita.

Tuan Pengerusi saya sambung...

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tanya sedikit boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah cadangan belanjawan ini dikemukakan sebelum insiden itu atau selepas insiden? Saya hendak tahu sebab kalau cadangan belanjawan ini mengambil kira insiden itu, saya mengambil contoh seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tadi.

Kalau belanjawan yang mengambil kira juga implikasi selepas insiden itu, saya rasa tidak mungkin unit yang bertanggungjawab untuk memberi penerangan ini seperti yang dibangkitkan tadi oleh dua orang rakan kita, menerima atau mendapat peruntukan yang jauh begitu rendah dipotong untuk tahun ini. Saya hendak tanya itulah penerangannya.

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh habiskan sebelum 5.30?

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Ya, saya cuba habiskan Tuan Pengerusi.

Sebenarnya kalau kita lihat dari segi peruntukan digabungkan dengan penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar kita, ini adalah jauh berbeza. Kalau kita lihat sebenarnya penerangan ataupun pendedahan yang diberikan kepada anak-anak kita di Indonesia ini tidak menjadi satu masalah kepada Malawakil dalam engage pelajar-pelajar tersebut Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Perwakilan-perwakilan Malaysia di Jakarta, Pontianak, Pekan Baru dan Medan juga telah diarahkan untuk terus meningkatkan kerjasama rapat dengan pihak agensi Kerajaan Indonesia yang berkaitan untuk menguar-uarkan usaha gigih kedua-dua belah pihak untuk memperkukuhkan hubungan baik kedua-dua buah negara. Seterusnya saya menyentuh tentang mengapa perwakilan Malaysia di luar negeri understaffed, pengisian dan penempatan pegawai dan penjawat awam di perwakilan Malaysia di luar negeri berdasarkan jumlah perjawatan dan kedudukan kewangan. Kementerian ini sentiasa memastikan perwakilan Malaysia mempunyai jumlah pegawai dan penjawat awam yang mencukupi.

Tuan Pengerusi, seterusnya mengesyorkan supaya pegawai Wisma Putra didedahkan kepada bahasa tempatan, kerajaan prihatin dengan keperluan pegawai kita menguasai bahasa tempatan dalam membantu mereka menjalankan tugas di negara tuan rumah dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, kerajaan memperuntukkan bantuan mempelajari bahasa asing bagi pegawai kerajaan, menanggung 100 peratus kos pembelajaran tersebut. Menyentuh mengenai perlunya kerjasama di dalam ASEAN di dalam menangani krisis ekonomi dan kewangan global, ASEAN sentiasa bekerjasama dengan negara anggota untuk mempertingkatkan integrasi ekonomi di Asia secara komprehensif. Di samping itu, ASEAN juga bekerjasama erat dengan rakan-rakan dialog khasnya negara-negara Asia Timur untuk mengintegrasikan ekonomi rantau Asia Timur supaya ia lebih kukuh dengan izin, robust dalam menangani krisis ekonomi dan kewangan global.

Menyentuh mengenai pandangan Yang Berhormat Arau iaitu hubungan Ahli Parlimen Malaysia dengan ahli anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, kalau boleh lawatan Ahli Parlimen Malaysia di bawah tanggungan Kementerian Luar Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, Malaysia sentiasa mengalu-alukan usaha sama yang diadakan oleh kedua-dua negara dalam usaha mempertingkatkan hubungan dua hala, malah kekerapan pertukaran lawatan antara pemimpin baru-baru ini membuktikan keakraban dan kesungguhan kedua-dua negara untuk merapatkan hubungan demi kepentingan bersama. Sehubungan dengan itu, wajarlah kekerapan lawatan ini diadakan bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen kedua-dua negara dapat membincangkan isu-isu kepentingan bersama, mengeratkan hubungan secara peribadi.

Walau bagaimanapun, segala perbelanjaan haruslah ditanggung oleh Parlimen Malaysia dan dari segi penyelarasan akan turut dibantu oleh Kementerian Luar Negeri.

Kementerian Luar Negeri sentiasa bersedia untuk memberi sebarang bantuan untuk menjayakan lawatan dan pertemuan Ahli Parlimen Malaysia dengan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

final • 5:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Menyentuh tentang Yang Berhormat Arau yang ingin mengetahui tentang pendirian ASEAN dan ketegangan Thailand-Cambodia, ketegangan antara Kerajaan Kemboja dan Kerajaan Thailand, tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama sedia ada di dalam ASEAN, memandangkan isu tersebut adalah masalah dalaman kedua-dua buah negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, jika ketegangan tersebut berlanjutan mungkin akan menjejaskan kredibiliti ASEAN di mata masyarakat antarabangsa. Kebimbangan terhadap ketegangan ini telah dilahirkan oleh Setiausaha Agung ASEAN di mana beliau telah meminta Kemboja dan Thailand mengawal perselisihan faham antara mereka dengan baik.

Sehubungan dengan itu, Sekretariat ASEAN juga sedia memberi sokongan kepada sebarang cadangan daripada negara anggota yang dilihat mampu membantu dalam usaha mengurangkan ketegangan ini. Tuan Pengerusi, menyentuh mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, daripada 11 perwakilan berbelanja melebihi peruntukan, perkara perwakilan berbelanja melebihi peruntukan ini telah dijelaskan oleh Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan, di mana terdapat perbezaan perkiraan perbelanjaan.

Kementerian prihatin perkara ini akan memantau dan memastikan perbelanjaan perwakilan di selaras dengan objektif kementerian dan mematuhi semua peraturan kewangan yang sedia ada. Menyentuh soalan daripada Yang Berhormat dari Jasin, Yang Berhormat dari Sri Gading dan Yang Berhormat dari Parit iaitu apakah di antara tindakan yang diambil oleh kementerian bagi memberi latihan persediaan kepada pegawai awam sebelum ditempatkan untuk berkhidmat di perwakilan Malaysia di luar negeri, kursus yang dianjurkan ialah kursus free posting, taklimat bahagian, kursus bahasa, kursus-kursus diplomasi. Pegawai dan penjawat awam sememangnya dipastikan mendapat latihan di peringkat awal hingga ke tahap duta besar.

Pelbagai jenis latihan diberikan ditetapkan dan memberi kompetensi diri, imej dan kemampuan diplomasi. Menyentuh soalan Yang Berhormat Parit Buntar, dari segi hubungan dua hala Kementerian Luar Negeri akan terus membawa perkara ini dan berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Eropah mengenai imej negatif terhadap kelapa sawit. Duta Besar Malaysia sentiasa sensitif terhadap perkara ini dan Kementerian Luar Negeri akan bekerjasama dengan hujah-hujah yang diberi oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Mengenai soalan Yang Berhormat Jasin pula, negara kita juga sentiasa memantau dan mengambil langkah-langkah untuk menangani kebakaran dan pencemaran, dalam hal ini Malaysia juga mengadakan kerjasama rapat dengan negara jiran untuk mengatasi masalah ini melalui mengenal pasti hotspots dan mengambil tindakan awal untuk penyelesaian masalah tersebut.

Menyentuh soalan Yang Berhormat Bakri, merujuk kepada pertanyaan dari Yang Berhormat Bakri, seperti yang telah dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, tuntutan bertindih boleh dikategorikan sebagai tuntutan kawasan maritim dan tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi di kawasan maritim seperti pulau, terumbu dan sebagainya. Tuntutan bertindih kawasan maritim wujud akibat ketiadaan perjanjian persempadanan maritim dua hala, misalannya antara Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi. Mengenai tuntutan bertindih ke atas pulau dan terumbu, ia merujuk kepada kawasan Laut China Selatan dan turut dituntut oleh Vietnam, Brunei, Filipina dan juga Republik China.

Malaysia berpendirian bahawa pulau dan terumbu yang terletak di kawasan Pelantar Benua Malaysia adalah milik Malaysia, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu berhubung tuntutan di atas pulau-pulau dan terumbu di Laut China Selatan ditandatangani berasaskan kepada semangat dan aspirasi yang terkandung dalam Declaration of the Conduct of Parties in South China Sea (DOC) yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China pada 4 November 2002. Melalui deklarasi ini, pihak- pihak yang mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan bertekad menyelesaikan isu tuntutan bertindih dan mencari penyelesaian secara aman dan damai. Melalui perundingan dan tanpa menggunakan kekerasan dan dalam masa yang sama usaha-usaha juga telah diambil bagi membina dan meningkatkan keyakinan di antara negara-negara yang terlibat.

final • 5:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Yang Berhormat Balik Pulau, setakat ini perkara tersebut belum dibangkitkan di mana-mana mesyuarat ASEAN, sekiranya ia dibangkitkan pada masa hadapan, Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mengajukan perkara tersebut.

Tuan Pengerusi, menyentuh tentang Yang Berhormat Balik Pulau juga iaitu pemilihan wakil Malaysia ke AICHR adalah berdasarkan merit perjalanan dan profil beliau sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM dan Malaysia yakin beliau dapat menyumbang kepada promosi dan perlindungan hak asasi manusia serta juga keselamatan manusia di rantau ASEAN.

final • 5:20 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Wakil Malaysia di AICHR akan berpandukan kepada terma, rujukan, Badan Hak Asasi Manusia ASEAN yang telah dipersetujui pada Menteri Luar di Phuket, Thailand pada Julai 2009 dalam melaksanakan tugasannya di AICHR. Menyentuh mengenai....

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh habis Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya ingat lagi lima minit boleh habis.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Okey.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Pengerusi, menyentuh mengenai, saya rasa saya sudah jawab semua.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

Belum.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sri Lanka, Sri Lanka belum.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang tidak dijawab, boleh dijawab secara bertulis Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya menyentuh satu lagi iaitu komputer lama. Kementerian mengambil berat perhatian semasa upgrade software dan hardware komputer dari masa ke semasa. Pegawai lazimnya dibekalkan dengan komputer, desktop ataupun laptop.

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya sanggup tunggu sehingga dia jawab Sri Lanka.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Satu lagi iaitu pengambilan rakyat Malaysia sebagai..., kedutaan Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pelarian Tamil.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Perjawatan..., kedutaan adalah....

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kena minta jalan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Jawatan terbuka yang.....

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya hendak Menteri jawab pelarian Tamil Sri Lanka dahulu.

final • 5:30 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Yang ditadbir selia oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/78. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Excellent.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

UMHTI....

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri tolong jawab!

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita tunggu sini banyak lama... [Dewan riuh]

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya akan tunggu sampai pagi esok untuk mendengar jawapan dari Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat out of order macam ini Yang Berhormat. You cannot be shouting like this.

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kita mahu jawapan dari Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM450,481,200 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Apa dia Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Belah bahagi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau mengikut peraturan, kalau hendak buat belah bahagi, perlu ada 15 orang bangun.

[Loceng dibunyikan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Bentara untuk memanggil Ahli Parlimen yang berada di luar. Saya difahamkan loceng tidak kedengaran di luar.

Masalahnya Yang Berhormat loceng tidak kedengaran di luar. Sila diam dahulu. Sudah panggil?

[Dewan berbelah bahagi]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat. Undian dijalankan sekarang.

[Pengundian dijalankan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat dipersilakan duduk dahulu di kerusi masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat keputusan undi adalah:

Ahli-ahli yang bersetuju berjumlah 37.

Ahli-ahli yang tidak bersetuju 21.

Wang sebanyak RM450,481,200 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM128,248,000 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM128,248,000 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Isnin, 23 November 2009. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.43 petang.

final • 5:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026