Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah kementerian akan memberi pengiktirafan dan bantuan sekiranya Kerajaan Negeri Sabah akan membina sebuah hospital baru sedangkan kementerian merancang akan membina semula Hospital Queen Elizabeth.
Menteri Kesihatan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai perancangan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat Sabah terutamanya di kawasan Kota Kinabalu yang terjejas disebabkan masalah bangunan yang tidak selamat di Hospital Queen Elizabeth. Antara perancangan yang terperinci untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah termasuk:
(i) pembelian dan naik taraf Hospital SMC yang akan menyediakan 455 buah katil dan projek ini akan siap pada tahun 2010 dalam masa enam hingga lapan bulan;
(ii) pembinaan Pusat Nuklear dan Kanser Likas yang akan menyediakan tambahan 200 buah katil dan projek ini sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada tahun 2010;
(iii) pembinaan blok menara baru di Hospital Queen Elizabeth iaitu twin tower yang akan menyediakan 661 buah katil dan projek ini sedang dalam pemberian tender dan dijangka siap pada tahun 2012.
Walau bagaimanapun kementerian juga perlu mengambil kira faktor-faktor kekurangan tenaga manusia dalam perancangan tersebut di atas. Justeru itu Kementerian Kesihatan tiada halangan bagi kerajaan negeri untuk membina sebuah hospital swasta baru untuk rakyat Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita memang mengalu- alukan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi soalan saya yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah pun bersedia untuk membina satu hospital baru.
Jadi, adakah kementerian bersedia jika hospital baru ini siap seperti mana Yang Berhormat Menteri katakan tadi mungkin tenaga tidak cukup. Adakah kementerian bersedia untuk memberi kerjasama kepada negeri dan seterusnya menerima dan membekalkan tenaga- tenaga kerja kepada hospital yang dibina oleh kerajaan negeri?
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian Kesihatan Malaysia sebenarnya sudah pun dimaklumkan akan cadangan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengubahsuai bangunan Wisma Khidmat untuk dijadikan sebuah hospital swasta atau hospital kerajaan negeri. Pihak kerajaan negeri sehingga sekarang belum lagi membuat apa-apa tawaran terperinci. Oleh itu Kementerian Kesihatan buat masa ini belum dapat membuat apa-apa keputusan. Kita menunggu apa-apa tawaran yang akan dikeluarkan kemudian. Terima kasih.
Datuk Eric Enchin Majimbun - Sepanggar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri untuk menjawab soalan ini. Soalan tambahan, kita tahu bahawa beberapa hospital daerah termasuk di Kinarut dan di kawasan Kota Kinabalu sendiri di Bukit Padang yang telah diumumkan untuk dibina hospital besar tidak termasuk Hospital Queen Elizabeth. Kita tahu bahawa sebenarnya pada 1 Julai tahun ini saya telah mengusulkan satu penangguhan untuk membincang mengenai Hospital Queen Elizabeth. Apa yang kita dengar dalam jawapan kementerian ialah sedang dalam proses. Pada ketika ini juga kita dengar sedang dalam proses. Berapakah sebenarnya sewa yang telah kerajaan bayar kepada SMC oleh kerana pada hari ini genap 370 hari...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalannya.
Datuk Eric Enchin Majimbun - Sepanggar
Di mana menara hospital itu tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Soalannya ialah berapakah sewa kerajaan telah bayar kepada SMC dan juga bolehkan kerajaan memberi chart flow ataupun pelaksanaan bulanan mengenai menara Hospital Queen Elizabeteh yang tidak dapat digunakan ini?
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar. Sebenarnya apabila Queen Elizebeth Hospital’s tower block diumumkan tidak selamat Kementerian Kesihatan telah mengambil banyak langkah untuk terus memperbaiki dan mempercepatkan pemulihan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Ini termasuk kita telah pun menggunakan hospital-hospital di sekitarnya untuk memberi bilangan katil yang mencukupi bagi menanggung permintaan yang tinggi.
Kerajaan Pusat telah pun meluluskan pembelian SMC dan SMP, pembelian itu telah pun dilangsungkan, diselesaikan pada 9 September dan seluruh pengambilalihan aset dan juga keseluruhan SMC, the take over telah pun dibuat pada 3 November yang lalu dan sekarang di SMC, kita telah pun mempunyai 80 buah katil, 13 buah bilik ICU dan empat dewan bedah. Kita dalam proses menaik taraf SMC dengan secepat mungkin. JKR telah pun siap sediakan spec dan tender akan dikemukakan. Oleh itu dalam masa enam hingga lapan bulan kita akan dapat tambahan 375 buah katil lagi. Award contract akan dibuat pada bulan Januari 2010 dan siap dalam enam hingga lapan bulan.
Saya berharap dengan adanya perancangan ini, maka penggunaan penambahan bilangan katil di seluruh Kota Kinabalu akan mempunyai bilangan katil yang cukup.
Mengikut perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebenarnya Kota Kinabalu memerlukan lebih kurang 1,600 buah katil. Pada masa sekarang Hospital Queen Elizabeth hanya ada 347 buah katil, Bukit Badang - 20 buah katil, campur 282 buah katil untuk psychiatric patient. Di SMC - 80 katil dan di Likas - 468 katil. Kesemuanya 945 buah katil campur 282 buah katil daripada psychiatric patient. What about more than one thousand?
Selepas perancangan kita, yang kita boleh siap dengan secepat mungkin, Queen Elizabeth akan tambah lagi dengan 661 buah katil, Likas Cancer Centre tambah 200 buah katil, SMC upgrading tambah 375 buah katil, tambahan sebanyak 1,236 buah katil. Campur yang sedia ada 945 buah katil keseluruhannya 2,181 buah katil. Oleh itu dalam masa yang terdekat ini, penyediaan bilangan katil di Kota Kinabalu akan dapat memenuhi permintaan di Kota Kinabalu.
Saya hendak tegaskan di sini bahawa sewa yang ditanya itu saya akan jawab secara bertulis dan memang sekarang kita tidak perlu bayar sewa lagi, kita telah ambil alih keseluruhan SMC dan ia adalah kepunyaan kerajaan sekarang.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Sim Tong Him.
2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan permohonan kewarganegaraan Malaysia:
(a) sehingga September 2009 jumlah permohonan yang masih dalam proses. Berikan angka mengikut tahun permohonan dan pecahan mengikut kaumnya; dan
(b) apakah keputusan permohonan Encik Tan Soon Hoe, rujukan
tuan
04031011-20011105-145809-14 (No. Kad Pengenalan Merah: 520731-01-5871).
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka yang mengemukakan pertanyaan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat:
(a) jumlah permohonan kewarganegaraan Malaysia yang masih dalam proses sehingga 20 Oktober 2009 adalah sebanyak 11,573 permohonan. Pecahan angka mengikut kaum adalah, Melayu sebanyak 3,372 permohonan, Cina sebanyak 2,143 permohonan, India sebanyak 1,311 permohonan dan lain-lain 4,747 permohonan;
(b) sehubungan dengan permohonan Encik Tan Soon Hoe, mempunyai kad pengenalan nombor 520731-01-5871, seperti yang dinyatakan di perenggan (b), kementerian ini ingin menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara lambat memproses permohonan tersebut kerana pemohon telah gagal menghadiri ujian bahasa Melayu walaupun empat kali surat panggilan telah dikeluarkan kepadanya. Namun begitu pemohon hanya dapat menghadirkan diri bagi menduduki ujian bahasa Melayu pada 30 Julai 2009 yang lalu.
Bagaimanapun, buat masa ini permohonan beliau telah pun diluluskan pada 29 Oktober 2009. Surat keputusan telah dihantar kepada pemohon tersebut pada 2 November 2009 yang lalu. Akan tetapi mengikut rekod sehingga kini pemohon belum hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat untuk mengangkat sumpah taat setia di bawah Perkara 18, Perlembagaan Persekutuan sebelum Sijil Kewarganegaraan dapat dikeluarkan kepada beliau. Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan peluang ini kepada saya. Saya akan pastikan saya bawa Encik Tan ini sendiri ke Jabatan Pendaftaran untuk mengambil sumpah taat setia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya satu soalan tambahan iaitu memandangkan bahawa sungguhpun pendatang atau warganegara asing yang sudah dapat IC merah di negara kita, selama 12 tahun sudah berhak untuk memohon IC biru atau kewarganegaraan.
Saya ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan satu keterangan, adakah kelonggaran akan diberikan kepada rakyat Malaysia iaitu yang betul-betul dilahirkan di Malaysia ini dengan maklumat yang lengkap, hanya jika gagal dalam ujian bahasa ini boleh diberikan kelonggaran supaya mereka boleh jadi warganegara dengan lebih senang. Sekarang yang menjadi masalah utama ialah selalu mereka gagal dalam ujian bahasa Malaysia atau Melayu, bolehkah bagi kelonggaran?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal pemberian anugerah warganegara ini bukanlah satu soal yang dibuat secara automatik. Ia adalah hak budi bicara kerajaan terutama dalam hendak memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing, maka ada syarat-syaratnya yang tertentu, terutama ada syarat yang menunjukkan bahawa mereka akan menunjukkan taat setia kepada negara.
Itu adalah merupakan salah satu syarat utama dan inilah yang menyebabkan kadang-kadang memakan masa yang lama untuk memastikan bagi kita menilai sebelum kelulusan dapat dibuat. Jadi syarat-syarat ini adalah termaktub dalam Perlembagaan seperti mana termasuk ujian bahasa. Jadi ia tidak dapat dilonggarkan seperti mana yang dimohon oleh Yang Berhormat tadi.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik kepada syor Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, yang meminta Kerajaan Malaysia memberi PR kepada lebih 200,000 warganegara Amerika Syarikat yang merupakan bekas warganegara Malaysia yang kini menjadi warganegara Amerika Syarikat yang telah berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional di negara berkenaan.
Walaupun mungkin ramai yang akan mempersoalkan dari segi soal kesetiaan dan lain-lain tetapi dalam abad ini, dalam era ini, orang lebih melihat soal brain gain dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana ia begitu penting dalam usaha mempertingkatkan daya saing negara kita di persada dunia yang sesuai dalam konteks kita menuju ke arah negara maju.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Jadi walaupun banyak negara lain membenarkan kaedah ini untuk menarik golongan profesional dan golongan usahawan dalam mempertingkatkan ekonomi mereka, apakah pihak kementerian akan melakukan kajian untuk menentukan sama ada cadangan ini mempunyai impak ekonomi yang positif supaya negara kita tidak kerugian dari segi brain gain. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan cadangan yang disyorkan oleh Duta Malaysia di Amerika, berkenaan dengan bekas warganegara Malaysia yang telah menjadi warganegara Amerika di sana untuk mendapatkan kembali warganegara Malaysia, buat masa kini belum ada cadangan untuk mempertimbangkan untuk diberi warganegara Malaysia, walaupun daripada segi dasarnya bahawa kerajaan memang mengalu-alukan kepada warga-warga asing yang mempunyai kelulusan profesional yang mana ini merupakan salah satu yang dapat dipertimbangkan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Bekas rakyat Malaysia, Timbalan Menteri, bekas rakyat Malaysia.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya sudah cakap bekas rakyat Malaysia, mungkin Yang Berhormat..
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Jadi tidak ada keistimewaan apa-apalah?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mintalah satu soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, boleh? Ini soal kerakyatan ini, jangan main-main...
[Ketawa]
3. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah dengan penubuhan Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) membolehkan kerajaan melahirkan usahawan-usahawan baru yang bertaraf jutawan dan mewujudkan rantaian konglomerat yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan kepada Yang Berhormat Libaran. Tuan Yang di- Pertua, Ekuinas merupakan entiti pengurusan dana pelaburan ekuiti swasta, dengan izin, private equity yang melabur dalam syarikat dan sektor berpotensi tinggi serta strategik dalam konteks memperkasakan agenda pembangunan bumiputera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S. K. Devamany
Ekuinas akan menekankan penguasaan dan penginstitusian pemilikan saham dalam pelaburan yang berkaitan untuk memudah cara pelaksana agenda pembangunan bumiputera secara lebih komprehensif dan menyeluruh.
Aspek penguasaan pemilikan saham adalah penting dalam agenda penyusunan semula masyarakat bumiputera. Ini dapat dicontohi daripada kejayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Penguasaan serta pegangan institusi seperti PNB bukan sahaja dapat mencapai pengagihan kekayaan dengan berkesan tetapi ia juga telah memastikan penyertaan ekonomi bumiputera yang mampan dengan izin, sustainable dan bermakna terutamanya berkaitan pembangunan guna tenaga di semua peringkat, pembangunan vendor serta pemberian biasiswa kepada pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi. Oleh itu penguasaan pemilikan saham oleh Ekuinas akan membolehkannya memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek pemilikan ekuiti tetapi juga yang penting pembangunan pengurusan profesional, pembangunan modal insan, pembangunan keusahawanan bumiputera dan juga pembangunan vendor bumiputera.
Tuan Yang di-Pertua, adalah dianggarkan bahawa daripada lebih RM50 bilion nilai saham yang telah diagihkan kepada bumiputera melalui dasar kerajaan, hanya RM2 bilion yang masih dalam pegangan. Ini memaparkan kekurangan keupayaan bagi individu atau entiti bumiputera untuk memegang saham secara mampan berterusan dalam jangka masa panjang.
Memandangkan situasi ini, penginstitusian pemilikan saham seperti Ekuinas adalah penting untuk menjamin kemapanan pegangan ekuiti saham bumiputera.
Pendekatan yang diambil oleh Ekuinas adalah untuk menumpukan pelaburan kepada syarikat persendirian yang telah bertapak dari segi keupayaan dan berpotensi besar dari segi daya maju dan daya saing, competitiveness, dengan izin. Ekuinas juga akan mengguna pakai pendekatan meritokrasi dalam usahanya untuk menyokong usahawan bumiputera yang benar-benar tulen, berdaya saing dan berpotensi tinggi. Pendekatan tertumpu dengan izin, targeted approach secara profesional dan berteras kepada aspek komersial ini akan membantu syarikat berkenaan mencapai tahap serta kejayaan yang lebih tinggi dalam bidang masing-masing.
Pada masa ini, pemilikan saham bumiputera lebih banyak tertumpu kepada syarikat tersenarai (listed company), dengan izin, terutamanya melalui skim amanah di bawah PNB yang menumpukan pelaburan kepada syarikat berkenaan. Pegangan bumiputera yang rendah dalam syarikat persendirian perlu dipertingkatkan kerana syarikat milik persendirian merupakan pemacu pertumbuhan dan penjana kekayaan yang utama dan berpotensi besar seperti di negara-negara maju.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Ekuinas merupakan instrumen baru dan pelengkap yang memastikan aspek penguasaan dan juga pelaburan bersaiz besar dalam syarikat persendirian agar agenda pembangunan bumiputera dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan berkesan. Ekuinas akan memberi tumpuan kepada pelaburan di dalam sektor yang berpotensi besar, termasuk sektor-sektor di mana penyertaan bumiputera adalah rendah. Dalam hal ini Ekuinas juga akan berusaha untuk mewujudkan usahawan tulen di antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor strategik untuk bersaing di persada dunia.
Selain daripada menyediakan suntikan ekuiti sebagai modal untuk mengembangkan perniagaan, Ekuinas akan memainkan peranan aktif dalam hala tuju dan pembangunan syarikat berkenaan. Ini akan membolehkan Ekuinas berkongsi pengalaman, meningkatkan jaringan perniagaan dan memberikan bimbingan pelbagai aspek termasuk kewangan kepada syarikat-syarikat tersebut. Sokongan menyeluruh sebegini sememangnya adalah penting dan selaras dengan usaha untuk mentransformasikan daya saing dan daya maju syarikat-syarikat berkenaan sehingga ke peringkat global. Dengan pendekatan dan teras yang telah dinyatakan di atas, kerajaan yakin dengan penubuhan Ekuinas akan dapat mempertingkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi negara secara berkesan dan holistik dalam konteks persekitaran perniagaan yang berasas meritokrasi dan mesra pasaran dalam dunia hari ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Juslie bin Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Niat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan dalam membantu kumpulan sasar bumiputera ini, memang kita akui. Cuma menjadi kebimbangan dan persoalan saya ialah katakan ada dua kumpulan, satu kumpulan bumiputera yang layak dan satu kumpulan lagi adalah yang tidak layak. Ada dikatakan bahawa ada orang ketiga yang secara profesionalnya mengatur untuk supaya kumpulan- kumpulan tersebut mendapat dana, seperti dana-dana dahulu, fenomena yang berlaku yang layak tidak dapat, manakala yang tidak layak dapat dan kata orang Sabah berlakulah seperti lugai-lugai ataupun ampai-ampai dengan izin. Apa pandangan Timbalan Menteri?
Terima kasih.
Tuan S. K. Devamany
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahasa indah itu cantik untuk didengar tetapi agenda ini adalah agenda perdana kebangsaan, maka perkara yang menjadi inti kepada Ekuinas adalah profesionalisme, meritokrasi dan persaingan antarabangsa. Maka dalam hal ini, Ekuinas akan memastikan bahawa orang-orang atau syarikat yang benar-benar berupaya sahaja yang dapat diberi peluang sebegini kerana kalau tidak kita akan jadi indah khabar dari rupa dan menanam tebu di bibir sahaja. Maka tidak boleh, dari segi politik juga kerajaan tidak akan berisiko begitu.
So, percayalah bahawa orang-orang yang benar-benar profesional, benar-benar berupaya sahaja akan menerajui Ekuinas dan kebimbangan Yang Berhormat akan ditangkis daripada aspek itu. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi Timbalan Menteri memaklumkan bahawa Ekuinas adalah pembiayaan swasta. Mengikut laporan atau pun cadangan Rancangan Malaysia Kesepuluh, cadangan untuk memperbesarkan ekuiti Ekuinas daripada permulaan RM500 juta kepada RM10 bilion dirancang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan perkara ini telah dimaklumkan di dalam beberapa laporan.
Soalan saya, bagaimanakah kedudukan Ekuinas ini jika dibandingkan dengan satu usaha yang telah dibuat terdahulu iaitu Malaysia Venture Capital Management Berhad
(MAVCAP), yang telah diperuntukkan oleh kerajaan melalui belanjawan sebanyak permulaannya RM250 juta. Ditambah dalam supplementary Bajet 2009 sebanyak RM200 juta yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya juga mahu tahu kenyataan daripada CEO Ekuinas yang baru dilantik. Memberi jaminan oleh sebab Ekuinas ini adalah untuk tujuan pengambilan atau penguatkuasaan ekuiti dari kalangan bumiputera seperti yang dinyatakan juga oleh Timbalan Menteri sebentar tadi.
Jaminan beliau bahawa Ekuinas tidak akan terlibat dalam aktiviti berbentuk “sin” disebutkan “sin” iaitu gambling dan alkohol. Jaminan yang diberi, kerana katanya ini melibatkan usahawan bumiputera. Apakah jaminan yang boleh diberi oleh pihak Timbalan Menteri yang mewakili kementerian, bahawa perkara ini akan diberi perhatian yang khusus atas jaminan yang diberi oleh CEO Ekuinas itu sendiri? Terima kasih.
Tuan S. K. Devamany
Soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi. Pertama, Yang Berhormat harus tahu bahawa framework atau rangka itu sedang diuruskan oleh kerajaan. Walaupun CEO telah ada tetapi rangka untuk pertemuan menginstitusikan Ekuinas sedang dijalankan. Maka syor yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat akan tetap menjadi satu garis panduan yang bakal akan digunakan sebagai important element, dengan izin.
Kedua, apakah perbezaannya dengan MAVCAP dan sebagainya yang sedia ada?
Saya rasa ia lebih kurang mekanisme yang sama tetapi cuma satu sahaja.
Beberapa Ahli
Saya rasa...
Tuan S. K. Devamany
PNB memberi fokus kepada syarikat-syarikat yang tersenarai...
Beberapa Ahli
Tersenarai...
Tuan S. K. Devamany
Dalam bursa saham. Akan tetapi Ekuinas akan memberi fokus kepada syarikat-syarikat yang berpotensi yang bakal akan disenaraikan, itu yang menjadi fokus Ekuinas. Maka saya berharap bahawa cadangan Yang Berhormat itu akan saya kemukakan kepada pihak berkenaan supaya diambil kira seperti yang dikatakan sinful activity. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam sinful activity. Untuk cadangan itu saya ucapkan terima kasih.
4. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:
(a) apakah pelan tindakan kementerian untuk membina sebuah empangan air di Tawau bagi menyelesaikan kekurangan bekalan air yang serius di Tawau sepertimana yang telah dirancang oleh Jabatan Air Tawau sejak RMK-9; dan
(b) jika tidak, apakah pelan alternatif untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang berhormat,
(a) seiring perancangan komprehensif bagi perkhidmatan bekalan air di negeri Sabah disediakan oleh kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dan juga Jabatan Air Sabah.
Sekiranya kementerian saya menerima cadangan dan mendapati ada keperluan untuk membina empangan bagi memenuhi peningkatan perkhidmatan bekalan air di Tawau.
Cadangan tersebut akan diperakukan kepada kerajaan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh;
(b) Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Air Sabah telah menyediakan pelan jangka pendek dan jangka Panjang bagi mengatasi peningkatan permintaan bekalan air terawat di daerah Tawau. Untuk pelan jangka pendek, fokus utama pada masa kini ialah pelaksanaan program pengurangan kadar air tidak berhasil atau Non-Revenue Water (NRW) Tawau, fasa I bernilai RM20 juta. Program yang dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan telah siap pada Julai 2009. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah juga telah meluluskan program NRW Tawau fasa II yang berjumlah RM35 juta. Projek ini sedang dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2010 nanti.
Pada masa yang sama TIMACTH Sdn. Bhd. syarikat pemegang konsesi Loji Rawatan Air Cinta Mata, Kampung Gudang Empat, Tawau akan melaksanakan program menaik taraf dan penambahan kapasiti pengeluaran air terawat daripada 65 juta liter sehari (JLH) hingga ke 95 juta litar sehari. Program menaik taraf ini adalah obligasi perjanjian konsesi TIMACTH Sdn. Bhd.
dengan Kerajaan Negeri Sabah. Bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Tawau untuk jangka panjang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pihak berkuasa air negeri Sabah bercadang membina sebuah empangan air di Kampung Gudang Empat, Jalan Merotai, Tawau berkapasiti 3000 juta liter.
Proses pengambilan tanah seluas 600 bagi tapak cadangan empangan tersebut telah diselesaikan. Di samping itu sebuah loji rawatan air baru berkapasiti 65 juta liter sehari yang akan mengambil air mentah dari empangan tersebut akan dibina berhampiran dengan Loji Rawatan Air Cinta Mata.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Dengan terlaksananya program-program tersebut, kapasiti air bagi pengguna-pengguna akan ditingkatkan dan dapat menyelesaikan masalah air di Tawau kelak.
Terima kasih.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan terima kasih kepada Menteri walaupun Yang Berhormat Menteri menghadapi derita tetapi masih hadir untuk menjawab sendiri... [Tepuk] ...dan ambil perhatian dan penderitaan rakyat Tawau. Soalan tambahan saya, saya minta penjelasan berhubung pembinaan sebuah empangan di Tawau untuk menyelesaikan krisis kekurangan bekalan air, yang diburukkan lagi dengan berlakunya air yang tidak membawa pendapatan atau NRW yang tertinggi di Malaysia iaitu 76 peratus. Di sini saya ingin tahu berapakah peratus NRW daripada 76 peratus itu, berpunca daripada PTI dan dengan illegal trapping?
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, semasa musim kemarau sungai menjadi terlalu kering, sehingga tidak ada sebarang pengambilan air dan semasa musim hujan atau banjir pula sampah sarap yang dikumpulkan menyumbatkan saluran masuk sehingga pengambilan air menjadi mustahil. Rakyat Tawau telah menghadapi krisis dan sedang menderita. Saya ingin mengetahui berapakah peruntukkan Bajet 2010 yang disediakan untuk menjalankan kajian kelayakan atau feasibility study projek pembinaan empangan berkenaan? Apakah anggaran jumlah bajet yang diperlukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi pembinaan empangan tersebut dan berapa lama kah yang diperlukan untuk memastikan empangan akan siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya sebut awal-awal tadi bahawa segala perancangan bagi bekalan air di negeri Sabah ini adalah diletakkan dalam tangan kerajaan negeri dan UPEN termasuk juga Jabatan Air Sabah.
Kerajaan Persekutuan hanya memberikan sokongan kepada projek-projek yang dihantar kepada Kerajaan Persekutuan melalui EPU atau melalui kementerian saya untuk dipertimbangkan supaya kita dapat menyediakan peruntukan bagi projek-projek tersebut secara pinjaman.
Itulah cara yang kita mainkan bagi menyokong usaha-usaha pihak yang bertanggungjawab di peringkat negeri untuk menyediakan bekalan air bagi rakyat di negeri masing-masing. Sama juga di Sarawak, sama juga di Semenanjung di sini. Itulah cara yang kita laksanakan projek-projek air kerana di dalam Perlembagaan kita ini tajuk air ini memang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan hanya mnmberikan sokongan daripada segi peruntukan. Pulang kepada soalan-soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Tawau tadi. Saya tidak ada angka tentang NRW. Cuma saya ada satu buku di sini yang menyebutkan NRW di negeri Sabah ini adalah tinggi. Setakat ini ia tertinggi di Malaysia iaitu dalam lingkungan 55.7 peratus. Air itu adalah NRW.
Ini maksudnya lebih daripada separuh air yang dirawat di dalam loji-loji berkenaan terhilang apabila air itu disampaikan kepada pelanggan-pelanggan tersebut. Itulah masalah yang kita hadapi di Sabah kerana NRW itu adalah terlalu tinggi. Apabila NRW itu tinggi, ini bermakna loji-loji atau syarikat konsesi yang menjalankan rawatan air itu rugi kerana tidak mendapat pulangan. 55 peratus, lebih daripada separuh air yang dirawat itu, hilang sahaja dan tidak ada hasil. Itulah masalah besar dan kita di peringkat kementerian saya, cuba menolong pihak kerajaan negeri untuk mencegah dan menyelesaikan masalah sampai pada satu tahap yang boleh dikatakan memuaskan dan setanding dengan lain-lain negeri.
Seumpamanya, puratanya negeri-negeri yang lain mencapai NRW dalam lingkungan 30 peratus sahaja.
Bagi Bajet 2010 ini, memang kita tidak ada usul atau bajet yang spesifik bagi Sabah atau projek di Tawau. Akan tetapi kalaulah seumpamanya empangan yang dirancang di Tawau itu memerlukan peruntukan daripada pihak kerajaan daripada segi pinjaman, memang pihak kerajaan negeri perlulah menghantar permintaan itu dan kita akan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sekian.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana sendirinya hadir menjawab soalan walaupun kelihatan cedera. Inilah seorang Menteri yang prihatin terhadap rakyat... [Dewan riuh] Tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri, ya. Soalan ini untuk diajukan daripada permintaan daripada masyarakat atau rakyat mengundi di kawasan persekitaran pantai barat Kota Kinabalu yang mungkin ada kena mengena dengan kementerian Yang Berhormat Menteri. Soal keperluan air ini memang selalu ditimbulkan. Terutama sekali NRW ini sungguh tinggi di negeri Sabah.
Terutama sekali di kawasan pantai barat negeri Sabah.
Saya juga seorang yang terlibat dalam rawatan loji. Jadi soal yang kerugian itu Yang Berhormat bukanlah ditanggung oleh konsesi. Akan tetapi ditanggung oleh rakyat.
Ditanggung oleh kerajaan. Membayar kepada konsesi. Itu satu perkara yang harus dibetulkan. Jadi soalan yang sebenarnya Yang Berhormat Menteri, adalah baru-baru ini tersebar dalam surat khabar bahawa satu tempat di Penampang mengadakan demonstrasi berkenaan dengan sebuah syarikat yang memasuki kawasan empangan di Kampung Kaiduan yang membina loji air.
Saya meminta penjelasan, adakah kementerian terlibat dengan projek ini? Kalau tidak terlibat, siapakah yang terlibat? Kalau terlibat, mengapakah pemantauan ini tidak diberitahu kepada wakil-wakil rakyat dan kepada masyarakat yang terlibat yang akan ditenggelami oleh air yang berkeluasan 12 ekar itu? Ini menjadi satu huru-hara di kawasan tersebut dan minta penjelasan daripada kerajaan. Pada setakat ini kerajaan sudah mendiamkan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada soalan?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini soalan kepentingan rakyat. Ini kacau ini pembangkang. Rakyat tahu dia pembangkang punya hal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, tetapi kita dalam sesi bersoal jawab, Yang Berhormat... [Ketawa]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya. Jadi, kenapa kerajaan setakat ini belum membuat sebarang kenyataan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Kacau... [Ketawa]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya memang bersetuju perkara NRW ini yang kerugian itu memang dibayar oleh kerajaan negeri kerana kerajaan negeri terpaksa dalam perjanjian konsesi tersebut, membayar apa- apa yang dirawat oleh pihak loji atau pihak konsesi. Sebab itulah apa-apa yang dihilangkan masa yang dihantar kepada pelanggan itu ditanggung oleh kerajaan negeri. Sebab itulah kita akan membuat usaha sebanyak yang kita boleh untuk mencegah perkara ini iaitu NRW.
Bagi projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat Penampang, saya tidak ada angka di sini dan saya boleh menyiasat tentang perkara ini dan saya akan hantar jawapan bertulis kepada Yang Berhormat berkenaan tentang projek ini.
Akan tetapi secara umumnya saya hendak menyebutkan di sini bahawa kalaulah kita mempunyai kes-kes di mana rakyat perlu dipindah alih sebab kawasan yang mereka duduki sekarang terlibat dalam satu empangan, pendirian kementerian saya ialah kita perlu adakan satu projek perpindahan yang memberikan keselesaan kepada rakyat berkenaan.
Iaitu maksud saya ialah kalaulah kita mengambil tanahnya, kita perlu menggantikan tanah yang sesuai bagi mereka. Kita perlu ada cara untuk mereka merasai kehidupan yang lebih baik kalau kita hendak pindahkan mereka ke sesuatu kawasan. Itu yang kita buat di projek penghantaran air dari negeri Pahang ke Selangor di mana ada Orang Asli yang berkenaan dalam satu empangan yang kita buat dan setakat ini kita mewujudkan satu kaedah di mana orang-Orang Asli ini yang setuju dipindahkan merasai kehidupan yang lebih baik kalau dibandingkan dengan masa yang lepas, yang di dalam kampung asalnya. Itulah prinsip yang kita amalkan sekarang.
5. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, jumlah pinjaman terkini untuk syarikat-syarikat yang membangunkan ladang-ladang hutan berlesen di negeri Sarawak. Nyatakan juga bilangan syarikat tersebut dan keluasan kawasan yang sudah dibangunkan selama ini.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini terdapat enam buah syarikat dari negeri Sarawak yang telah mendapat pinjaman melalui Program Pembangunan Ladang Hutan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Jumlah pinjaman yang telah diluluskan khusus untuk negeri Sarawak adalah berjumlah RM122,200,000 untuk membangunkan ladang hutan seluas 32,000 hektar.
Spesies tanaman ladang hutan yang ditanam di Sarawak adalah pokok getah, Kelampaian, Akasia, dan Kaya. Sehingga 31 Oktober 2009, seluas 15,682 hektar atau 49 peratus telah pun siap ditanam. Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi, sememangnya singkat dan tepat. Saya telah pun turun ke padang dan melihat dengan mata sendiri bagaimanakah estet-estet hutan itu diselenggarakan dan saya mendapati bahawa ianya tidak diselenggarakan dengan baik. Ini lah satu masalahnya kerana mereka ini ataupun syarikat-syarikat ini yang mengurus ladang hutan sudah semestinya rendah pengetahuan di dalam bidang ladang hutan.
Keduanya, spesies yang mereka telah tanam. Saya nampak di satu ladang hutan hanya dua spesies dan kedua-dua spesies itu adalah spesies eksotik, bukan spesies tempatan. Maka, mereka tidak tahu bagaimanakah hendak menguruskannya kerana rawatan silvikultur pun tidak dijalankan.
Oleh itu saya ingin bertanya, pertama, adakah pihak kementerian dapat memberi bimbingan kepada mereka di dalam usaha ladang hutan ini? Kedua, bolehkah kementerian mengesyorkan spesies yang paling sesuai? Ini kerana masalah ladang hutan ada kaitan dengan risiko pasaran. Kalau spesies tidak sesuai, sememangnya susah. Ketiga, bayar balik. Bagaimanakah mekanisme pembayaran balik loan ini? Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan yang telah pun Yang Berhormat Mambong buat ke ladang-ladang yang telah pun dibangunkan di Sarawak. Saya tidak tahu ladang yang mana oleh kerana Yang Berhormat Mambong sendiri tidak mengemukakan atau menamakan ladang yang telah pun dilawatinya. Maka sebab itu saya minta Yang Berhormat Mambong untuk menulis surat kepada saya untuk kita pastikan sama ada benar ataupun tidak ladang tersebut tidak diselenggarakan dengan baik.
Kedua, tentang spesies yang juga dikatakan oleh Yang Berhormat Mambong bukan merupakan spesies yang dibenarkan. Saya juga mahu supaya Yang Berhormat Mambong menulis surat kepada kita untuk kita tentukan kerana sebenarnya pinjaman yang hendak dibuat melalui Program Ladang Hutan ini, kita mempunyai satu Jawatankuasa Teknikal di mana spesies-spesies yang boleh ataupun dibenarkan hanyalah merupakan spesies-spesies seperti Akasia, Kelampaian, Getah, African Mahogany, Jati, Sentang, Binuang dan Batai sahaja yang mempunyai, dengan izin fast growing species yang boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam pusingan 15 tahun untuk kita dapatkan pulangan selepas 15 tahun. Maka sebab itu saya minta Yang Berhormat Mambong untuk menulis surat kepada kita.
Tentang bimbingan, saya juga hendak menjelaskan di sini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa KPPK melalui agensi MTRB, memang mengadakan bimbingan untuk syarikat-syarikat yang ingin menanam atau memajukan ladang hutan dalam negara kita.
Berkenaan dengan spesies telah pun saya sebutkan tadi. Tentang bayar balik saya hendak beritahu bahawa caranya adalah seseorang yang meminjam melalui Program Ladang Hutan ini, ia mempunyai tanah milik sendiri dan boleh dipajak selama tidak kurang daripada 30 tahun.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Maka sebab itu, kita mengenakan interest sebanyak 3 peratus setahun dikenakan sebaik pinjaman dikeluarkan. Tempoh pertangguhan atau grace period bayaran tersebut adalah selama 15 tahun secara kompaun atau compounded setahun secara tahunan dan pembayaran pinjaman termasuk faedah akan bermula pada tahun keenam belas atau selepas dituai yang mana terdahulu dan diselesaikan dalam tempoh 15 tahun. Kadar faedah dipermodalkan secara harian. Tempoh pinjaman adalah selama 20 tahun. Sekian, terima kasih.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menamakan syarikat-syarikat yang telah mendapat pinjaman ini? Sebab ada di Sarawak syarikat-syarikat yang terlibat dalam penanaman semula kayu ini, mempunyai konsesi yang besar sekali sampai menimbulkan masalah dengan orang yang mempunyai NCR di tepi-tepi jalan raya dan sebagainya.
Kedua, seperti yang saya sebut dalam ucapan saya dua hari yang lalu, ada spesies yang ditanam oleh syarikat-syarikat ini seperti Akasia mungkin tidak sesuai dengan keadaan di mana ini ditanam seperti dekat kawasan orang Penan misalnya. This does not have the biodiversity di sana dan tidak membantu dari segi penggalakan hidupan liar dan sebagainya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya akan namakan syarikat-syarikat yang telah pun diberikan pinjaman di negeri Sarawak.
Pertama, Ta Ann Plywood Sdn. Bhd. di Rejang dan juga di Pasin; Rejang Height Sdn. Bhd.
di Sibu Sarawak; Samling Reforestation Sdn. Bhd. di Miri Sarawak; Pusaka KTS Forest Plantations Sdn. Bhd. di Balaga, Sarawak; E-Man Flip Sdn. Bhd. di Kanowit, Serawak; dan Shin Yang Forestry Sdn. Bhd. di Long Lama Miri Sarawak.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Berkenaan dengan spesies yang dicadangkan, saya hendak memberitahu kepada Yang Berhormat Hulu Rajang, sebenarnya spesies Akasia ini adalah merupakan satu spesies yang boleh memberi keuntungan. Sebagai contoh, nilai eksport produk akar kayu jenis akasia sahaja dari Januari hingga Julai 2009 adalah berjumlah RM24 juta. Jadi, ini membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi adalah kurang tepat kerana ia boleh memberikan satu pulangan untuk negara kita. Terima kasih.
[Soalan No. 6 – Y.B. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa (Parit Buntar) tidak hadir]
7. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, kedudukan pengaliran Foreign Direct Investments (FDI) yang masuk ke dalam dan yang keluar dari ekonomi Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas.
Dalam masa yang sama, sila nyatakan saiz dan kepunyaan Malaysia yang dilaburkan di luar negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kapit. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan secara berterusan mengambil langkah-langkah positif bagi memastikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti terus mengalir ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan ke Malaysia. Usaha-usaha ini telah dibuktikan dengan peningkatan jumlah kemasukan FDI ke Malaysia.
Pada tahun 2007, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM59.9 bilion, RM33.4 bilion atau 55.7 peratus merupakan FDI. Pada tahun 2008, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM62.8 bilion, RM46.1 bilion atau 73.4 peratus merupakan FDI. Jumlah ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan setakat ini.
Di samping itu, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM19.1 bilion bagi bulan Januari hingga Ogos 2009, RM12.1 bilion atau 63.3 peratus adalah FDI.
Tuan Yang di-Pertua, dari tempoh Januari hingga September 2008, tiada pelabur asing yang dilaporkan memberhentikan operasi masing-masing di Malaysia dan berpindah ke negara lain. Pada 2007, aliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak RM307 juta.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan
Ini melibatkan empat syarikat milik asing yang mengambil keputusan berpindah ke Thailand dan Vietnam, masing-masing sebuah syarikat, dan dua buah syarikat lagi ke China. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perpindahan ini adalah:
(i) penurunan permintaan bagi hasil produk mereka di pasaran domestik;
(ii) kos buruh yang rendah di negara destinasi; dan
(iii) peningkatan kos operasi di Malaysia.
Daripada empat syarikat ini, dua buah syarikat adalah daripada industri tekstil dan satu masing-masing daripada industri kaca dan, elektrik dan elektronik.
Tuan Yang di-Pertua, perkembangan operasi dan pelaburan oleh syarikat Malaysia di luar negara mencerminkan daya saing dan keupayaan syarikat Malaysia yang tinggi untuk menjadi peserta di peringkat rantau dan global selaras dengan teras Pelan Induk Perindustrian yang Ketiga ataupun IMP Ketiga.
Menurut perangkaan Bank Negara Malaysia, pelaburan langsung Malaysia di luar negara pada tahun 2007 adalah sebanyak RM42.46 bilion. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 24.9 peratus kepada RM53.03 bilion pada tahun 2008. Dari bulan Januari hingga Jun 2009, pelaburan langsung Malaysia di luar negara telah menurun kepada RM13.97 bilion disebabkan krisis ekonomi dunia. Destinasi utama pelaburan adalah negara-negara Asian, Asia Timur, Amerika Utara, Asia Barat, dan Afrika dengan tumpuan utama dalam sektor pembuatan, kewangan, hartanah, insurans, perkhidmatan perniagaan, kemudahan- kemudahan awam, pengangkutan, komunikasi, pertanian, perikanan dan pembinaan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya, apakah kesan RM67 bilion Economic Stimulus Package yang telah diumumkan dan seterusnya dilaksanakan terhadap pengaliran FDI masuk atau keluar negara kita. Kalau boleh, sila nyatakan tiga nama syarikat Malaysia yang terbesar mengalirkan pelaburan mereka ke luar negara dan apakah alasan mereka berbuat sedemikian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat Kapit di atas soalan tambahan tersebut. Setakat ini adalah terlalu awal untuk kita membuat assessment dari segi impak FDI kepada hasil daripada pakej rangsangan RM67 bilion tersebut. Jadi, kita sedar bahawa stimulus package RM67 bilion itu ialah bertujuan untuk memberi stimulasi kepada consumption di dalam negara kita. Jadi, setakat ini kesan pakej tersebut adalah terlalu awal untuk diberi assessment.
Soalan yang kedua tadi mengenai syarikat-syarikat Malaysia yang telah melabur di luar negara ataupun cross border investment, setakat ini yang diberi tadi ialah Petronas.
Jika kita lihat asetnya ialah USD27,431 juta. Petronas terlibat dalam petroleum exploration, refinery dan juga distribution. Kedua ialah YTL yang terlibat dalam industri elektrik, gas, dan air. Ketiga, mungkin Genting yang terlibat dalam industri consumer services.
Selain daripada tiga syarikat tersebut, Sime Darby juga terlibat dalam beberapa aktiviti di luar negara. Begitu juga dengan Telekom, Tanjong Public Limited Company dalam farmaseutikal dan juga Maybank yang membeli bank-bank di luar negara. Pelaburan syarikat-syarikat ini di luar negara menunjukkan bahawa syarikat-syarikat kita ini mempunyai kebolehan, keupayaan, dan juga kepakaran untuk melabur dan bersaing dengan negara-negara yang lain. Jadi, ini menunjukkan bahawa Malaysia juga boleh bersaing dalam arena perniagaan di peringkat global. Sekian, terima kasih.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010, ekonomi global diunjurkan sederhana pada tahun 2010.
Ini disebabkan oleh beberapa ketidaktentuan seperti negara-negara membangun lebih memfokuskan kepada penggunaan domestik, manakala negara-negara maju berdepan dengan masalah menanggung kerugian dan kesukaran mendapat kemudahan kredit.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Soalan saya ialah, adakah kerajaan mungkin menerima kesan buruk politik sekiranya tidak lagi bergantung kepada perdagangan eksport dan import kepada Amerika Syarikat dan juga sebilangan negara-negara Eropah dan sebaliknya menumpukan kepada China, India dan beberapa negara Asia lain termasuk juga contohnya memberikan fokus kepada FDI bersama- sama dengan negara OIC. Terima kasih.
Dato’ Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bachok.
Kerajaan kita memang berusaha untuk menumpukan usaha untuk menambah lagi FDI yang masuk ke negara kita, untuk menambahkan lagi peningkatan pelaburan asing ke negara kita. Kita tahu dalam keadaan sekarang kita mempunyai satu keadaan yang extra ordinary dari segi krisis ekonomi yang mungkin amat buruk dalam sejarah. Jadi apabila Yang Berhormat menanyakan adakah kerajaan, kesannya buruk politik. Saya rasa pada pandangan kita memang keburukan politik yang ada di dunia dan di mana-mana pun memang memberi satu kesan yang tidak sihat kepada ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada ekonomi negara kita di Malaysia.
Oleh sebab itulah apabila kita melihat ada huru-hara ataupun kacau bilau di dalam politik kita di Malaysia, memang keadaan ekonomi kita ada nampak tidak mempunyai imej yang baik kepada pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di sini. Jadi oleh sebab itu kita minta kerjasama daripada semua pihak pembangkang ataupun Barisan Nasional bersama- sama memikul tanggungjawab supaya politik kita di negara ini nampak stable dan memberi satu imej yang lebih positif kepada pelabur-pelabur asing yang datang ke Malaysia dan melabur serta meningkatkan lagi ekonomi kita di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Minta satu soalan tambahan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, pohon satu soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penting ini.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Sebab precedent nya boleh bagi kalau soalan itu baik dan berkepentingan untuk negara.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, kepentingan negara.
Mohon satu soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Bagi satu, ada tiga orang bangun... [Ketawa] Saya jemput Yang Berhormat Puan Fong Po Kuan.
8. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah pendekatan yang diguna pakai oleh Pusat Anak PERMATA. Nyatakan setakat ini, berapakah peruntukan telah diluluskan kepada PERMATA Negara, bilangan kanak-kanak yang berada di bawah program ini, latihan dan kelayakan guru dan kos pengurusan sebuah pusat tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ahmad bin Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, program PERMATA Negara untuk anak-anak terutamanya di luar bandar dan pinggir bandar menggunakan pendekatan belajar sambil bermain sebagai kaedah pembelajaran bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Ya kenapa saudara Yang Berhormat? Program percuma ini yang melibatkan anak keluarga yang berpendapatan rendah melibatkan pelbagai kaum adalah satu kaedah asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik bagi menjamin perkembangan optimum kanak-kanak. Teknik dan kaedah pembelajaran adalah secara penerokaan, mencuba dan mengalami agar dapat membantu minta anak berkembang di samping membina sahsiah, jati diri dan perasaan yakin diri.
Kurikulum PERMATA ini diambil dari kaedah pembelajaran Pan Green Centre United Kingdom yang telah terbukti keberkesanannya dan telah disesuaikan mengikut budaya acuan tempatan yang disediakan oleh beberapa universiti tempatan di ketuai oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Ahmad bin Maslan
Tenaga pendidik adalah disyaratkan sekurang-kurangnya berkelulusan diploma dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak atau yang berkaitan dan juga mengikut Kursus Asas Pendidik PERMATA selama enam minggu. Jumlah tenaga pendidik PERMATA yang dilantik adalah berasaskan nisbah penduduk, pendidik kepada anak yang disarankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga iaitu satu pendidik untuk lima orang anak. Nisbah ini adalah mengikut standard yang diterima pakai dalam pendidikan awal di negara maju.
Sebanyak RM20 juta disediakan peruntukan sebagai permulaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Jumlah ini merangkumi kos pembangunan dan pengubahsuaian pusat PERMATA, pembangunan kurikulum, latihan tenaga pendidik, Program PERMATA Pintar dan kos operasi sebanyak RM30,000 sebulan bagi sebuah pusat.
Di samping itu Pakej Rangsangan Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi tujuan memperluaskan Program PERMATA ke seluruh negara.
Peruntukan ini berjaya mewujudkan daripada 14 buah kepada 457 buah Taska PERMATA termasuk di bawah kelolaan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan taska tempat kerja. Perluasan ini sedang memberi faedah kepada seramai 17,565 orang anak.
Pada tahun 2010, Program PERMATA telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi memperluaskan lagi pelaksanaannya termasuk bagi melaksanakan program-program lain di bawah PERMATA iaitu Program PERMATA Pintar, PERMATA Seni, PERMATA Insan dan Perkasa Remaja. Agensi pelaksana diselaraskan oleh Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, kita semua tahu PERMATA Negara adalah brain child dengan izin kepada isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada awal bulan April ini telah mengadakan satu International Conference on Early Child Education dan membelanjakan RM1.4 juta untuk conference selama empat hari dihadiri 600 orang dengan tiga pemimpin luar negara.
Persoalan yang saya ingin tanya dengan peruntukan RM100 juta saya ada sedikit kerisauan dengan peruntukan yang banyak itu, apakah ia kementerian ada menggaji atau mengambil pihak luar yang bebas untuk membuat satu penilaian ke atas keberkesanan atau kejayaan program atau kurikulum PERMATA ini ke atas kanak-kanak yang pernah dididik di bawah Program PERMATA ini. Saya tidak membantah, saya bersetuju dengan kepentingan kanak-kanak di bawah empat tahun, perkembangan mindanya patut dibantu dan diasuh. Akan tetapi keberkesanan ko-kurikulum PERMATA ini. Sebab saya ada baca dasar mungkin ko-kurikulum ini akan diguna pakai ke atas taska-taska atau pusat asuhan swasta di masa kelak. Mohon penjelasan.
Datuk Ahmad bin Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Falsafah PERMATA ini ada beberapa falsafah:
(i) setiap anak adalah permata negara;
(ii) setiap anak amat berharga;
(iii) setiap anak adalah modal insan negara; dan,
(iv) pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dalam perkembangan mereka ini.
Oleh sebab itu wang yang dibelanjakan sebagaimana yang saya sebut tadi RM150 juta itu meningkatkan daripada 14 buah kepada 457 buah. Itu adalah satu peningkatan yang cukup besar dan selaras dengan peruntukan yang diberikan. Jika Yang Berhormat tidak bersetuju dengan jumlah ini, Yang Berhormat bolehlah memberikan data-data kalau perkara-perkara Yang Berhormat rasakan ada yang tidak betul yang dilakukan. Akan tetapi saya yakin tidak ada perkara yang tidak betul dan yang tidak betul hanyalah persepsi Yang Berhormat sahaja... [Disampuk]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Ahmad bin Maslan
Satu lagi...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua tanya pihak yang diambil untuk menilai keberkesanan program ini.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulung
[Bangun]
Datuk Ahmad bin Maslan
Saya belum habis jawab, sabar, sabar.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, jadi tidak perlu buat kenyataan sedemikian.
Datuk Ahmad bin Maslan
Ya, kita perlu sabar, sabar. Jawapan belum habis lagi.
Kurikulum ini dipantau oleh beberapa buah universiti yang diketuai oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Di dalamnya ada Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan beberapa jabatan dan agensi yang terlibat. Kita percaya kepada jawatankuasa ini mampu melaksanakan apa yang patut dilaksanakan dan sentiasa memantau keberkesanannya. Jika tidak berkesan kita sentiasa memperbaiki perkara-perkara yang boleh diperbaiki. Itu sahaja jawapan saya.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulung
Kalau sudah tidak suka itu, yang cantik pun nampak buruk. Setiap anak adalah permata negara dan saya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan terutamanya di atas kejayaan untuk Program PERMATA Negara ini, yang kita lihat dapat meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak- kanak. Jadinya, soalan tambahan saya adalah, apakah perancangan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kejayaan program ini untuk tahun 2010? Berapa banyak lagi pusat PERMATA yang akan ditubuhkan selain daripada 457 pusat yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Apakah kementerian juga bercadang untuk mewujudkan pusat PERMATA di bangunan Parlimen yang saya kira dapat memberi manfaat kepada kira-kira 280 kakitangan Parlimen ini? Terima kasih.
Datuk Ahmad bin Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Soalan yang baik. Kita bermula pada tahun 2007 dan tahun 2008 dengan 14 buah pusat, tahun 2009 kita tambah 457 buah pusat lagi. Pada tahun 2010, Bahagian PERMATA JPM akan menubuhkan 35 buah pusat, KEMAS – 100 buah pusat, Jabatan Perpaduan – 30 buah pusat, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak – 10 buah pusat, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan – lapan buah pusat, taska tempat kerja – 50 buah pusat. Pada tahun 2010, jumlahnya 233 buah pusat tambah 457 buah pusat dan tambah 14 buah pusat. Pada akhir tahun 2010, dijangka 690 buah pusat PERMATA akan ada di seluruh negara.
Sebagaimana yang kita sebut tadi bahawa pusat PERMATA ini adalah di luar bandar dan pinggir bandar untuk pendapatan rendah tanpa mengira kaum tetapi jika kita rasakan ada keperluan untuk diadakan di Parlimen ini, saya boleh menyampaikan perkara ini kepada Jawatankuasa PERMATA untuk diberikan pertimbangan. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta satu soalan. Satu permintaan sahaja. Sedikit sahaja. Saya cuma ingin meminta pihak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, nanti dahulu Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...Kementerian untuk memberi taklimat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ini adalah penting. Taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Program PERMATA kerana ia adalah satu-satunya program prasekolah yang sangat penting. Ahli-ahli Parlimen perlu mengetahuinya... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ahmad bin Maslan
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh sediakan taklimat itu dalam sesi persidangan ini, insya-Allah.
9. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, keberkesanan Dasar Pertanian Negara dalam mengurangkan kebergantungan import makanan dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pertanian Negara Ketiga telah diperkenalkan dan telah berjaya mentransformasikan sektor pertanian ke arah sektor yang dinamik dan berdaya saing untuk terus memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru, terutama dalam bidang pemprosesan makanan dan industri asas tani. Melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga, pengeluaran agro makanan secara keseluruhannya telah meningkat daripada 6.539 juta metrik tan pada tahun 2005 kepada 7.087 juta metrik tan pada tahun 2008, iaitu kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 2.72 peratus. Prestasi mengikut subsektor adalah seperti berikut:
(i) pengeluaran dalam subsektor tanaman telah meningkat 0.3 peratus;
(ii) pengeluaran subsektor ternakan meningkat 4.87 peratus; dan
(iii) pengeluaran dalam subsektor perikanan telah meningkat sebanyak 7.36 peratus.
Melalui projek-projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, import bahan makanan telah pun menurun sebanyak 17.7 peratus daripada RM16.8 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai tahun 2008 kepada RM15.3 bilion bagi tahun 2009 dalam tempoh yang sama. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini yang cantik yang saya suka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mana satu Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan, Yang Berhormat Parit Sulong kata tadi, yang cantik yang tidak suka, jadi tidak suka. Ini yang cantik yang saya suka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya antara yang tertua dalam Parlimen ini atau... Saya tarik balik tua itu, yang lama dalam Parlimen ini. Itu lebih sesuai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak tua lagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Permatang Pauh lebih tua dari saya agaknya... [Ketawa] Dari tahun 1999 sehingga hari ini. Sudah tiga penggal. Sudah empat Menteri Pertanian tidak salah saya, silih berganti. Tukar, tukar, tukar, tukar. Yang Berhormat Kepong jadi saksi. Betul ya?... Apa masalah kita ini? Negara kita terkenal dengan negara pertanian. Tanah cukup, air cukup, hujan cukup, panas cukup, Menteri cukup, Timbalan Menteri cukup, kakitangan kementerian cukup, penyelidikan cukup, wang cukup, makan tidak cukup. Tadi soal kita eksport makanan keluar tetapi soal import? Kita import cili tujuh, lapan trak dari Thailand. Hari-hari...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Lalu ikut Pasir Mas... [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita import kubis bertongkang- tongkang dari Indonesia. Apa masalah kita? I think there must be something wrong… [Ketawa] ..In your kementerian darling..., maaf bukan darling, Yang Berhormat... No, no, no! Minta maaf. Tarik balik itu Yang Berhormat. Tarik balik. Tidur di serambi saya malam ini kalau tidak tarik balik... [Ketawa]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Not something wrong but a lot of thing is wrong.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, apa agaknya perancangan yang terkini dan mutakhir dalam hendak meningkatkan makan. Beras kita masih bergantung dengan orang lain. Jadi tanah terbiar kita, terbiar. Apa kementerian ini agaknya? Supaya makanan yang penting kepada kita ini, cukup dalam negara. Sila Yang Berhormat.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sambil memuji tetapi selepas itu beliau hambat balik... [Ketawa] Akan tetapi, ini yang kita perlukan ya. Ini adalah sesuatu yang sentiasa kami perlukan iaitu maklum balas yang diberikan bertujuan untuk kita memberi satu teguran yang baik untuk kita lebih lagi mencari jalan yang terbaik untuk kita mengatasi segala masalah yang disebutkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Memang sudah empat Menteri Pertanian semenjak tahun 1999 dan sebenarnya, perancangan ini semua memang yang terbaik yang menjurus kepada supaya kita dapat merapatkan jurang daripada import melalui peningkatan eksport. Sebenarnya, memang juga dijuruskan bahawa insya-Allah, tahun hadapan pada mulanya kita akan menyaksikan positive balance of trade deficit, dengan izin. Akan tetapi apakan daya, macam-macam yang berlaku sehingga kadang-kadang perancangan kita pun tidak dapat, tidak termampu untuk kita mencapai sasaran-sasaran seperti yang kita kehendaki. Contohnya seperti krisis ekonomi yang baru berlalu, krisis makanan yang baru berlalu, keadaan-keadaan cuaca yang sekarang ini telah banyak berubah dan juga masalah tanah.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Jadi oleh yang demikian, Yang Berhormat memanglah kita juga sentiasa mencari jalan yang terbaik di mana kita hendak meningkatkan pengeluaran, kita hendak meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan dan seterusnya meningkatkan eksport dan menurunkan import. Oleh yang demikian, ada beberapa perancangan yang telah diolah oleh kementerian ini iaitu:
(i) mewujudkan taman kekal pengeluaran makan, iaitu di mana kita memohon jasa baik kerajaan-kerajaan negeri sebab tanah ini di bawah kerajaan negeri untuk di gazette kan tanah-tanah ini hanya untuk pengeluaran makanan di dalam negeri masing- masing;
(ii) dengan adanya banyak zon taman kekal pengeluaran makanan, insya-Allah kita boleh menggunakan tanah-tanah ini untuk mengeluarkan bahan makanan yang lebih komersial dan juga berskala lebih besar. Pada masa yang sama, kita juga telah mewujudkan Zon Industri Akuakultur, iaitu untuk meningkatkan bahan-bahan protein melalui ikan-ikan ternakan; dan
(iii) pada masa yang sama juga kita mewujudkan ladang kontrak, iaitu supaya ladang-ladang ini kita gemblengkan dengan satu tahap aktiviti penggredan, pembungkusan, pelabelan, penjenamaan supaya ianya sedia untuk dipasarkan bukan sahaja dalam negara, tetapi juga untuk keluar negara. Sambil itu, kita tidak lupa dengan pembangunan usahawan industri asas tani, iaitu untuk memastikan bahawa sumber modal insan kita juga mencukupi untuk bersama di dalam aktiviti-aktiviti pertanian.
Satu lagi, kita juga sekarang ini mewujudkan pertanian yang bernilai tinggi seperti rumpai laut, sarang burung walit dan ikan hiasan arwana. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat setakat itulah sahaja sesi soal jawab pada pagi ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Makanan tidak cukup, orang gemuk-gemuk...
[Ketawa] [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan
senarai tersebut. - 9 November 2009] Timbalan Yang di-Pertu
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Belia dan Sukan yang dijadualkan di nombor 18 ditukarkan ke nombor 5 menggantikan Kementerian Dalam Negeri dalam susunan giliran menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Bajet 2010 di peringkat dasar. Saya jemput Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Hulu Rajang yang telah membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh mengenai bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan khususnya KPPK akan terus memastikan industri yang berkaitan dengan komoditi seperti sawit, getah, kayu-kayan, koko, dan lada terus berdaya saing, produktif dan berinovasi tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, kementerian ini melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah menjalankan penyelidikan ke atas bahan-bahan buangan daripada industri sawit seperti batang kelapa sawit, pelepah sawit, sisa buah tandan sawit, dan effluents dari kilang sawit dan ianya telah dikomersialkan oleh syarikat-syarikat tempatan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Merujuk kepada soalan berkaitan dengan karbon kredit, dimaklumkan bahawa tenaga yang boleh diperbaharui dan berasaskan sisa buangan kelapa sawit untuk menampung energy mix boleh terbahagi kepada:
(i) penghasilan biogas dan sisa buangan efluen;
(ii) penjanaan tenaga elektrik dari sisa buangan kelapa sawit seperti tandan, buah kosong, sabut dan tempurung kelapa sawit; dan
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Hamzah bin Zainudin
(iii) penggunaan sisa buangan effluents dan sisa biomass untuk penghasilan baja.
Sehingga kini terdapat 53 buah projek sedang dijalankan untuk pemerangkapan gas metana di kilang kelapa sawit. 36 buah projek penjanaan tenaga menggunakan sisa biomass dan 40 buah projek menggunakan sisa buangan effluents dan biomass untuk penghasilan baja sedang dilaksanakan oleh pelbagai syarikat dan tidak hanya dimonopoli oleh YTL seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Daripada jumlah tersebut...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta penjelasan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sila.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tadi Menteri ada sebut jumlah syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam menjana bahan-bahan buangan daripada kelapa sawit. Bolehkah dimaklumkan kepada Dewan, berapa jumlah syarikat-syarikat tersebut yang sedia ada dan sudah atau tidak syarikat ini aktif dalam Program Clear Development Mechanism, iaitu kelulusan daripada Kyoto Protocol yang akan berakhir pada tahun 2012? Setakat ini apakah tahap pengeluaran ataupun berapakah keuntungan yang dijana daripada syarikat-syarikat tersebut secara khusus untuk karbon kredit? Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, tadi saya ada sebut, sehingga kini terdapat 53 projek sedang dijalankan. Sebanyak 36 buah projek penjanaan tenaga menggunakan sisa buangan biomass, 40 buah projek menggunakan sisa buangan effluents dan yang lainnya adalah pemerangkapan gas metana. Lima projek industri sawit telah menerima faedah karbon kredit. Lima syarikat tersebut adalah:
(i) NKO Energy Palm Oil Refinery di Perak;
(ii) Lafarge Cement di Selangor;
(iii) Sandakan Edible Oil Refinery di Sabah;
(iv) FELDA Sahabat di Sabah; dan
(v) Lahad Datu Edible Oil di Sabah.
Saya hendak menjelaskan di sini kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Sebenarnya kerajaan memang menggalakkan untuk syarikat-syarikat menggunakan segala sisa buangan kelapa sawit untuk mendapat dan menggunakan kaedah Clean Development Mechanism (CDM) dikatakan tadi. Sebab itu kerajaan juga menggalakkan syarikat-syarikat tersebut dengan memberi contohnya status perintis, pengecualian cukai import dan cukai jualan bagi jentera dan peralatan yang digunakan dan pengecualian cukai pendapatan jualan karbon kredit. Ini semua adalah galakan yang kerajaan berikan kepada mereka yang mahu berkecimpung dalam projek-projek yang saya katakan tadi.
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Pendek sahaja soalan saya, mohon penjelasan akhir sekali, boleh Yang Berhormat?
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sila.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih ya. Salah satu keluhan utama yang dimaklumkan kepada saya oleh syarikat-syarikat yang berkecimpung dalam bidang CDM ini adalah kewujudan Power Purchase Agreement (PPA). Adakah Yang Berhormat tahu tentang perkembangan atau kemungkinan pihak kementerian boleh memberikan tekanan kepada rujukan semula PPA ini supaya tidak ada distortion, dengan izin penyerongan sistem tenaga yang sedia ada untuk memastikan syarikat-syarikat kecil dapat juga bersaing dengan mudah. Kalau kerana diberikan insentif, selagi ada sistem tenaga yang sedia ada di mana there is dengan izin, bias towards cheap gas adalah sukar untuk mereka menjayakan pasaran karbon ini.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang kedua adalah bagaimana Yang Berhormat dapat memastikan syarikat ini benar-benar menjana semaksimum yang mereka boleh sebelum berakhir Kyoto Protocol 2012? Ini kerana saya mendengar keluhan ini jelas, mereka tidak dapat hendak teruskan projek dan akhirnya ini menghilangkan keuntungan serta merugikan negara kita. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat, pertama saya hendak menjelaskan bahawa kementerian saya hanya melihat dari segi projek-projek, penggalakan dari segi penggunaan buangan sisa sawit. Berkenaan dengan PPA, Yang Berhormat boleh bertanya dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana itu adalah peruntukan yang diberikan kepada kementerian tersebut. Jadi saya tidak boleh jelaskan di sini tentang masalah itu Yang Berhormat. Saya sedar bahawa masalah carbon credit ini adalah merupakan isu yang besar tetapi saya percaya Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menjawabnya nanti.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Aman juga telah membangkitkan isu mengenai agensi-agensi kerajaan yang diminta untuk mengkaji dan memasuki kawasan Sri Aman bagi melaksanakan projek secara komersial. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tanaman kelapa sawit sebanyak 30,364 hektar telah dibangunkan secara komersial di kawasan Sri Aman. KPPK melalui MPOB menjalankan aktiviti perkembangan melalui Pusat Tunjuk Ajar Nasihat Sawit atau TUNAS. Ia adalah bagi memastikan pekebun kecil sawit mengamalkan teknologi-teknologi penanaman sawit yang terkini. Secara keseluruhan seramai 91 orang Pegawai TUNAS ditempatkan di seluruh negara untuk memberi khidmat nasihat kepada 139611 pekebun kecil sawit.
Melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2009, seramai 55.8 peratus pekebun kecil telah mengamalkan teknologi penanaman dan pengurusan sawit yang disyorkan oleh pegawai TUNAS berbanding 32.6 peratus pada tahun 2002. Selain sawit, KPPK juga melalui agensinya seperti Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Koko Malaysia telah melaksanakan projek-projek tanaman lada dan koko di Sri Aman. Bagi tanaman lada, sehingga kini keluasan kawasan yang telah dibangunkan adalah seluas 4600 hektar. Ia bersamaan dengan 34 peratus keluasan keseluruhan tanaman lada di Negeri Sarawak.
Bagi tanaman koko pula, terdapat seluas 511 hektar telah dibangunkan dan melibatkan seramai 506 orang peserta. Projek ini telah bermula sejak tahun 2006. Bagi tanaman getah, beberapa program dan projek yang telah pun dilaksanakan oleh LGM bersama dengan agensi Kerajaan Negeri Sarawak di Sri Aman. Antara projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
(i) pembinaan pusat pemprosesan getah berkelompok di tiga lokasi melibatkan 110 pekebun kecil. GPC yang dibangunkan adalah menggunakan kaedah manual dan mekanisasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti getah keping, USS. Meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pekebun kecil.
(ii) pemindahan teknologi eksploitasi terkini seperti LITS, G-FLEX dan MORTEX dan amalan agronomi melibatkan kawasan seluas 229 hektar dimiliki oleh 164 pekebun kecil. Teknologi ini diperkenalkan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan iaitu latihan In-situ dan lawatan ke ladang dan sebagainya.
(iii) memperluaskan tanaman getah dengan klon-klon baru di Sarawak dan mendedahkan pekebun kecil dengan aktiviti pengurusan, pembangunan dan amalan agronomi. Dalam hal ini, kementerian melalui LGM wilayah Sarawak sedang membantu 408 orang pekebun kecil di bahagian Sri Aman untuk menanam klon lateks balak di kawasan seluas 458 hektar. Projek ini dijangka dapat disempurnakan menjelang Mei 2010.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit, tanggungjawab sosial sektor korporat (CSR), perlu dilaksanakan oleh mana-mana syarikat pembalakan. Kementerian melalui Malaysian Timber Certification Council, sentiasa menggalakkan pemegang-pemegang konsesi pembalakan untuk mendapatkan pensijilan Malaysian Timber Certification Council Scheme atau MTCS. Ini adalah bersesuaian dengan kaedah pengurusan hutan mampan, di mana produk-produk perkayuan dari negara kita mudah diterima di pasaran antarabangsa.
Bagi menjelaskan keraguan Yang Berhormat Kanowit, bahawa syarikat-syarikat pembalakan tidak menyediakan kemudahan untuk penduduk tempatan. Suka saya jelaskan bahawa berdasarkan kriteria 41 Malaysia Criteria and Indicator (MCNI) 2002, syarikat- syarikat berkaitan perlu menyediakan infrastruktur tempatan dan program sosial bagi komuniti tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang telah mencadangkan agar penanaman semula hutan yang melibatkan spesies akasia di Sarawak dihentikan kerana penanaman spesies ini tidak mendatangkan pulangan yang baik, kerana ia lebih memberi fokus kepada sumber bahan mentah untuk industri pembuatan kertas.
Untuk maklumat Yang Berhormat, Akasia sememangnya merupakan salah satu daripada lapan spesies tanaman di bawah Program Penanaman Ladang Hutan secara komersial. Spesies lain ialah kelempayan atau laran, getah, African Mahagony, jati, sentang, binuang dan batai. Akasia bukan sahaja digunakan untuk industri kertas, ia juga sesuai untuk pengeluaran kayu gergaji, venir, kayu kumai dan perabot. Nilai eksport jenis kayu akasia dari Januari sehingga Julai 2009 adalah berjumlah RM24 juta.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Sedikit Yang Berhormat Menteri, MP Kanowit. Berkenaan dengan spesies-spesies yang ditanam untuk ladang-ladang hutan, bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia, saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya objektif utama apabila kerajaan memilih spesies- spesies ini untuk ditanam di kawasan-kawasan ladang hutan, adakah semuanya untuk eksport ataupun dicadangkan untuk diproses di dalam negeri. Juga pelbagai jenis telah ditanam dalam ladang hutan ini, oleh itu saya minta penjelasan, apakah sebenarnya objektif. Sebab dalam masa 20 ke 30 tahun yang dahulu, banyak ladang-ladang hutan di Sarawak juga di Malaysia, dibuat untuk kilang kertas, tetapi saya ingat, malangnya Sarawak belum mempunyai satu kilang kertas pun ditubuhkan, minta penjelasan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit, pertama saya ingin menjelaskan, bahawa program penanaman ladang hutan ini pada asalnya bertujuan untuk menentukan bahawa segala program pembalakan yang di adakan dalam negara kita ini adalah program yang sustainable dengan izin, Yang Berhormat. Sebab itu, kita memerlukan satu program yang sesuai bagi mengikuti kehendak-kehendak pembeli di luar sana, pembeli antarabangsa melalui produk-produk perkayuan dalam negara kita.
Apabila kita melihat ini adalah merupakan sesuatu yang perlu dibuat oleh kerajaan, maka kita menganjurkan satu program penanaman ladang hutan yang mengikut kaedah-kaedah dan kriteria-kriteria yang telah pun dicadangkan oleh kerajaan.
Maka spesies-spesies itu perlu mengikut suatu jawatankuasa teknikal yang melihat kayu-kayu yang sesuai ataupun spesies-spesies yang sesuai untuk digunakan sebagai produk-produk kayu dalam negara untuk dipasarkan di antarabangsa. Itulah sebabnya kita melihat spesies-spesies di mana ia merupakan fast growing species yang mempunyai pusingan selama 15 tahun dan apabila jawatankuasa teknikal ini merasakan bahawa spesies-spesies tersebut boleh digunakan untuk menentukan bahawa ia sesuai maka barulah kita memberikan kelulusan untuk mendapatkan pinjaman melalui program yang dianjurkan oleh kementerian saya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Daripada kajian yang telah pun dibuat oleh kerajaan kita melihat bahawa satu spesies yang benar-benar boleh memberi keuntungan yang besar adalah spesies kayu getah hevea brasiliensis, di mana kita merasakan bahawa melalui spesies ini ia dapat memberikan keuntungan yang lebih besar daripada perladangan hutan secara natural. Terima kasih Yang Berhormat Kanowit.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya hendak Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan persoalan mengenai alat penyerap gegaran yang tidak digunakan di Malaysia. Memandangkan adanya berlaku gempa bumi berskala kecil...
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum berpindah ke topik yang lain, tadi kita ada menyentuh tentang CSR, company yang terlibat dalam pembalakan ini. Di kawasan Sarawak banyak company balak yang tersenarai di board. Semua mempunyai konsesi di kawasan saya. Mereka ini jauh di pedalaman, seperti semalam saya ada menyoal tentang tiada polis, army dan sebagainya. Bermakna mereka ini tidak terkawal langsung kegiatan mereka di sana.
Jadi soalan saya, pergerakan orang tempatan di sana disekat oleh mereka. To past through some of this companies they have to past two or three guard posts.
Sampaikan orang Penan sendiri tidak dapat keluar dan masuk ke kawasan mereka sendiri.
Apakah makna kawalan yang sangat ketat ini? Sampai wakil rakyat pun tidak dapat berjalan, dengan izin, not free to visit the area. Begitu juga pegawai-pegawai kerajaan, medical dan sebagainya. Hanya satu syarikat yang di Hulu Rajang yang sangat ketat kawalan mereka.
Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, adakah mereka ini ada diberi tanggungjawab untuk membantu local di mana mereka beroperasi. Biasanya untuk membuat jalan ke kampung-kampung orang Penan. Saya perhati apabila mereka membuat jalan, jalan ini tidak dapat digunakan. Jalan ini dibuat hanya untuk mendapat kayu-kayu on the way. Tambahan lagi, apabila mereka tidak menggunakan jalan mereka akan tinggal sahaja, they do not maintain dan satu insiden yang sangat mengecewakan ialah tentang jambatan Lusung Laku. Di mana jambatan ini tidak digunakan lagi, dan jambatan besi ini dibuka semula oleh syarikat ini.
Selepas beroperasi di sana 20 tahun, they made so much money. Saya difahamkan harga jambatan ini tidak sampai setengah juta. Orang yang menggunakan jambatan ini ialah lima buah kampung di Hulu Linau, sebuah sekolah dan ada sebuah klinik.
Adakah kementerian ada kuasa to advice this kind of this company to give back a bit to the society? Ini soalan saya. Jangan setiap kali kita tanya, kementerian pura-pura tidak tahu apa yang berlaku di sana. Through the pre council, everything, I mention this. Tidak ada apa pun yang perubahan di hulu sana.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya masuk sedikit, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya tertarik dengan perkara yang telah di bawa oleh Yang Berhormat Hulu Rajang berkenaan dengan syarikat-syarikat besar yang mengusahakan penanaman ataupun perladangan kayu ini.
Bolehkah kementerian menekankan kepada syarikat-syarikat ini untuk menyumbang secara corporate social responsibility atau CSR untuk membantu penduduk- penduduk setempat sebab adalah begitu penting kita membela mereka. Kita tidak mahu seperti yang kita dengar beberapa bulan ini, terlampau banyak berita negatif terhadap apa telah dikesan pada kaum etnik komuniti di kawasan tertentu. Tekankan kepada syarikat ini untuk melakukan atau pun membelanjakan dalam corporate social responsibility nya.
Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapit dan juga Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya hendak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan adalah isu pembalakan. Isu pembalakan ini kuasanya adalah kuasa kerajaan negeri.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ia tidak ada kena mengena dengan kementerian kita yang hanya melihat dari segi komoditi perkayuan. Ada bezanya di antara lesen pembalakan dan produk-produk kayu yang ingin dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, melalui MTCC, kita ada buat Malaysian Timber Certification Council. Ini adalah semata-mata untuk memberikan satu pembaharuan kepada syarikat- syarikat yang mengusahakan pembalakan di mana-mana dalam negara kita untuk mendapatkan certification skim ini. Bagi mendapatkan certificate supaya produk-produk kayu yang dikeluarkan daripada syarikat-syarikat ini boleh dipasarkan sebagai kayu yang sustainable dan mengikut kaedah yang terbaik. Maka apabila mereka hendak mendapat certificate ini, mereka terpaksa mengikut kriteria-kriteria yang telah pun ditetapkan termasuk lah program CSR yang dimaksudkan tadi.
Maka, kalau program ini telah pun mereka buat, bolehlah melalui kementerian ini, kita impose beberapa kriteria yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat yang duduk berdekatan dengan kawasan tersebut. Tentang masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang itu, sebagai satu masalah spesifik kawasan itu, boleh beritahu dengan kita di mana tempatnya. Insya-Allah kita lihat untuk membantu, kerana kerajaan ini adalah kerajaan yang ingin membantu rakyat...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Dato' Hamzah bin Zainudin
Sebab itu rakyat akan diutamakan.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Sedikit-sedikit lagi. Ini berkenaan dengan green label yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kerajaan melalui MTCC, mungkin telah mengadakan skim untuk labeling produk-produk kayu dari negara kita. Jadi saya ingin tahu berapakah syarikat-syarikat kayu balak di negeri Sarawak yang telah mendapat green level ini untuk eksport produk mereka ke luar negara? Terima kasih dan namakan syarikat-syarikat ini.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Insya-Allah, saya akan menjawabnya secara bertulis kerana saya tidak ada jawapannya di sini dengan detail, insya-Allah. Saya ingin ke isu yang lain Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan persoalan mengenai alat penyerap gegaran yang tidak digunakan di Malaysia.
Memandangkan adanya berlaku gempa bumi berskala kecil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sejak tahun 1993 lagi, dua pengilang tempatan telah mengeluarkan galas getah seismic dengan bantuan khidmat teknikal Lembaga Getah Malaysia (LGM). Ianya telah dieksport keluar negeri, ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Taiwan, Iran dan China. Di Malaysia Seismic Rubber Bearings ini telah pun digunakan di Lahad Datu, Sabah semenjak tahun 2000 lagi. Ini merupakan pandangan jauh oleh kementerian ini melalui LGM mengenai penggunaan Seismic Rubber Bearings. Konsep yang sama telah pun diperkenalkan oleh LGM dan ianya juga telah diguna pakai di hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat. Di mana telah terbukti dapat menyelamatkan pesakit dan peralatan perubatan apabila berlakunya masalah gegaran di kawasan tersebut.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Saya mengucapkan tahniah kepada LGM kerana dapat memperkenalkan konsep bravos seismic bearing kepada dunia. Walaupun demikian produk ini masih belum diguna pakai di Malaysia secara meluas. Saya yakin potensi penggunaannya akan bertambah dari masa ke semasa apabila masyarakat memahami akan keperluan penggunaannya terutama untuk mengelakkan kesan gegaran gempa bumi yang sering dirasai oleh negara sejak kebelakangan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lubok Antu ada mencadangkan supaya lebih banyak diperuntukkan disediakan bagi membantu pekebun-pekebun kecil sawit di Sarawak. Supaya dapat memperkembangkan dan memperluaskan tanaman sawit mereka.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM48.5 juta telah diperuntukkan bagi seluruh Malaysia di bawah Program Peningkatan Pendapatan Pekebun Kecil iaitu RM31.6 juta untuk pelaksanaan Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Dan juga RM16.9 juta untuk bantuan integrasi tanaman dan ternakan dengan sawit. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, bilangan pemohon negeri Sarawak untuk Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti adalah tidak melebihi 10,000 orang seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubok Antu. Jumlah pemohon yang sebenarnya adalah seramai 6,553 orang dan seramai 3,201 pemohon telah diberi kelulusan.
Sehingga 5 November 2009 seramai 1,880 pekebun kecil dari Sarawak telah pun menerima bantuan anak benih berkualiti dengan keluasan 4,200 hektar dan bernilai RM7 juta. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini kementerian saya dan agensi- agensi di bawahnya akan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua isu yang telah dibangkitkan dan akan berusaha untuk mengambil tindakan-tindakan yang difikirkan wajar dan sesuai. Akhir sekali saya ingin memaklumkan bahawa sektor komoditi telah menyumbang sebanyak 17 peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia.
Manakala nilai eksport sektor komoditi bagi tahun 2008 adalah bernilai RM112 bilion.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menterian Belia dan Sukan. Sila.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. Di mana Ahli Yang Berhormat daripada Permatang Pauh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Hulu Terengganu telah mengambil bahagian dan mengemukakan beberapa perkara yang berbentuk pandangan dan persoalan-persoalan yang telah dikemukakan dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semuanya.
Yang Berhormat daripada Permatang Pauh ada menyentuh tentang soal yang berkaitan dengan penganjuran Monsoon Cup bagi tujuan pelancongan dianggap satu pembaziran. Sebenarnya Yang Berhormat, ini adalah satu pandangan yang tidak benar kalau dikatakan bahawa penganjuran sebanyak RM300 juta dikeluarkan. Sehingga sekarang ini bermula pada tahun lepas, kos ataupun sumbangan daripada kementerian pada penganjuran hanyalah RM20 juta setahun. Akan tetapi RM300 juta yang dimaksudkan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan dari segi pembinaan infrastruktur bagi pembangunan Kuala Terengganu keseluruhannya.
Terutama sekali pembangunan kawasan muara Kuala Terengganu kemudiannya dapat dimanfaatkan bagi tujuan Monsoon Cup. Monsoon Cup ialah satu sukan yang mendapat liputan yang luas di seluruh dunia di mana kalau dilihat dari segi jumlah liputan penyiaran bagi siaran-siaran ataupun saluran TV antarabangsa seperti ESPN. Kita mendapat jumlah tempoh penyiaran yang hampir 13,000 minit dan disiarkan kepada 137 buah negara yang mempunyai jumlah penonton secara accumulative ataupun terkumpul lebih kepada kira-kira 1.4 bilion rakyat seluruh dunia. Sudah tentulah ia akan memberi satu publisiti ataupun satu gambaran yang dapat membantu negara dari segi memaparkan branding negara kita, negeri Terengganu.
Serta kebolehan negara kita dalam penganjuran sukan yang berprestij seperti Monsoon Cup yang sebahagian daripadanya adalah ia merupakan satu circuit perlumbaan- perlumbaan yang dipanggil World Matching Race yang terkemuka dan menjadi harapan negara-negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan sebagainya untuk mengambil bahagian dalam acara yang seperti ini. Di mana kalau dari segi pulangan dalam konteks media dipanggilkan return of investment, dianggarkan pulangan dari segi branding ataupun penjenamaan negara kita, lebih daripada hampir RM300 juta setahun. Jadi soal pembaziran adalah tidak timbul sama sekali.
Pandangan daripada Yang Berhormat ataupun pertanyaan daripada Yang Berhormat Bagan mengenai projek Dry Gym di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang
(PISA) dan projek menaik taraf Kompleks Sukan Bertam dengan peruntukan yang disebutkan oleh beliau.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Perkara ini bukanlah satu perkara yang dihentikan tetapi ditangguhkan pada waktu itu atas sebab-sebab kemelesetan ekonomi ataupun masalah-masalah ekonomi global.
Ianya ditangguhkan buat sementara waktu dan insya-Allah apabila tiba masanya dan ada segi kemampuan kewangan kita akan dapat meneruskan program yang disebutkan tadi.
Beberapa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Arau menyarankan supaya kementerian dapat memberikan tumpuan penyediaan prasarana sukan kepada atlet-atlet kita di semua peringkat termasuk luar bandar.
Sebenarnya kementerian bersama dengan kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran kita telah mempunyai pelbagai program bersama untuk membangunkan dan mengenal pasti atlet daripada peringkat yang kecil lagi.
Kita mempunyai lebih daripada 300 pusat latihan pelapis dan dapat kita mengasuh lebih daripada 6000 ataupun 7000 atlet-atlet seluruh negara dalam pelbagai bidang yang kita masukkan sebagai salah satu daripada sukan-sukan teras dalam negara kita. Kita mempunyai 19 sukan teras di mana bidang-bidang ini kita kenal pasti dan kita mempunyai beberapa sekolah sukan dalam mengasuh atlet kita keseluruhannya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri sebab telah mewujudkan satu organisasi baru untuk kepentingan golf profesional negara. Ini sebab setelah bertahun-tahun pemain- pemain golf profesional kita mereka tidak ada hala tuju. Akhirnya mereka yang bermain dengan baik pun menjadi tidak baik, jadi tahniah. Saya ingin bertanya memang mempunyai keperluan kementerian melihat bahawa prasarana gelanggang sukan dan sebagainya ini perlu. Ini bagi memastikan bahawa terdapat bakat-bakat daripada luar bandar daripada segenap penjuru negara kita.
Mereka tidak dapat digilap sebab pertama, tidak ada prasarana. Kedua, ada unsur-unsur birokrasi yang wujud dan ini akan menghalang kemajuan industri sukan negara sehingga kita dalam bola sepak tidak mahu cakaplah, tidak ada kemajuan langsung. Jadi harap-harap dengan sukan teras ini kita boleh menampilkan beberapa keterampilan muka- muka baru dalam bidang-bidang yang mereka ceburi agar boleh mewarnai negara kita dan menggilap bintang-bintang seperti dalam Olimpik dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Boleh minta izin Menteri untuk sambung Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekali gus jawab Menteri, Yang Berhormat Tangga Batu dengan Yang Berhormat Jempol
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Boleh Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri menyebut tentang jalinan kerjasama kementerian-kementerian, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran. Jadi Yang Berhormat Menteri, ada kaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tentang ketandusan pemain-pemain dan juga jurulatih-jurulatih serta pengurus-pengurus pasukan yang baik. Pada setiap tahun kita mengira ada 24 orang lebih kurang yang akan retire daripada pasukan bola sepak Malaysia ini, pasukan-pasukan negeri. Satu negeri dua orang, dua orang kita ada 24 orang ke 30 orang.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya ingin mencadangkan memandangkan pemain-pemain bola sepak kita ini kelulusannya berada di tahap SPM kebanyakan daripada mereka, boleh tidak Yang Berhormat Menteri mengadakan satu jalinan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik pesara-pesara pemain-pemain ini untuk masuk ke dalam Kementerian Pelajaran. Contohnya Institusi Perguruan bagi mereka pendidikan di peringkat diploma untuk menjadi guru. Kemudian masuk ke sekolah-sekolah untuk membina pasukan-pasukan bola sepak untuk kecemerlangan bola sepak kita di masa hadapan. Yang Berhormat cadangan-cadangan seperti ini. Saya yakin ia akan menyumbang dan saya hendak ucap selamat datang kepada anak-anak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjong, Parlimen Tangga Batu Tuan Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
[Bangun]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, perkara sama. Berkaitan perkara yang sama.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Boleh saya tambah sedikit?
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol dahulu Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jempol dahulu Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Selepas ini Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua sudah sebut Yang Berhormat Jempol dahulu tadi.
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Jempol dahulu.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi, saya dapat melihat bagaimana kementerian hanya fokus untuk melahirkan jurulatih yang berpusat di bandar-bandar besar tetapi sebenarnya atlet yang boleh kita bangunkan ini termasuk juga di kawasan luar bandar dan juga di Tanah Rancangan FELDA.
Dari segi infrastruktur pembangunan sukan, saya ingat sudah memadai untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi ini cuma kita kekurangan jurulatih yang betul-betul pakar yang boleh membimbing dan membantu anak-anak luar bandar ini supaya lahir atlet kita yang baik. Saya hendak menjurus kepada acara-acara seperti memanah dan juga badminton yang tidak memerlukan fizikal yang besar untuk bersaing dengan negara-negara Eropah tetapi dengan skil kemahiran yang tinggi yang boleh kita latih anak-anak kita di kawasan luar bandar ini, saya yakin dan percaya boleh melahirkan atlet yang bertaraf dunia pada masa akan datang.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh sambung tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Beri peluang mahu jawab dahulu?
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Beri Yang Berhormat Lenggong dahulu. Saya rasa ini banyak cadangan dan pandangan yang saya boleh garapkan sekali sebagai pandangan yang boleh dimasukkan...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Hampir yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan bola sepak, kita lihat bahawa hari ini bagaimana prestasi bola sepak negara agak merudum kalau kita bandingkan suatu ketika dahulu.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Apakah kementerian mempunyai perancangan khusus sama ada digabungkan dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelajaran Tinggi diadakan program di peringkat akar umbi, di peringkat daerah, negeri secara tersusun yang membolehkan... Di samping kita mencari bakat dan menggerakkan aktiviti-aktiviti sukan di akar umbi dan akhirnya di samping kita memperkembangkan kegiatan bola sepak, tentu kita mengurangkan aktiviti generasi muda melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, maknanya serampang dua mata begitu.Dengan sendirinya barangkali banyak pemain- pemain di luar bandar yang kita tidak cungkil bakatnya, mereka tidak mempunyai wang untuk pergi ke kelab-kelab di bandar-bandar besar kerana kurang wang dan sebagainya.
Akan tetapi jika ada program-program yang lebih tersusun oleh pihak kementerian, saya fikir saya yakin ada bakat-bakat yang baik dan satu perkara lagi kita bagaimana GLC memainkan peranan melonjakkan Formula One misalnya. Apakah tidak dibolehkan bola sepak ini misalnya Petronas mengambil alih pasukan bola sepak negara dan dengan keupayaan kewangannya, boleh promosi dan sebagainya dan ia boleh melonjakkan pasukan ini ke tahap yang lebih baik sebagaimana yang telah dilakukan AirAsia terhadap Formula One dan sebagainya. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh satu lagi?
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Bola sepak juga?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, Yang Berhormat.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Silakan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Ini masalah dengan prestasi pembangunan sukan negara kita.
Seorang Ahli
Kelantan kalah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa] Johor tidak pernah masuk pun bola...
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua perkara dalam soal pembangunan sukan.
Pertamanya saya hendak ucap tahniah dahulu kepada Negeri Sembilan yang telah berjaya menggondol Piala Malaysia dua hari yang lalu, itu pun 61 tahun tunggu. Kelantan tunggu 40 tahun, insya-Allah tahun depan Kelantan boleh bawa balik Piala Malaysia, insya-Allah...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Cuma tinggal lagi Tuan Yang di-Pertua persoalan saya untuk membangun sukan ini, tadi disebut oleh rakan-rakan ialah mengenai jurulatih.
Jurulatih satu perkara, memang saya bersetuju kita perlu jurulatih yang bagus, yang pandai, cekap dan sebagainya termasuklah jurulatih bola sepak. Jurulatih bola sepak Tuan Yang di- Pertua, banyaknya diimport dari luar negara dan apabila orang luar negara menjadi jurulatih, saya tengok bayaran dan imbuhannya cukup baik, kereta Mercedes, tinggal di hotel. Apabila kita ambil jurulatih dalam negara kita, gaji tidak dibayar, kemudahan- kemudahan seperti jurulatih luar dapat tidak diberi.
Sama juga dengan pemain-pemain. Dahulu ada pemain daripada luar yang boleh diimport, sekarang ini sudah tidak boleh kalau Piala Malaysia, FA Cup, tidak boleh. Mesti pemain lokal tetapi waktu mereka import pemain luar, bayarannya dibayar dengan cukup lumayan tetapi pemain-pemain dalam negeri, gaji tidak dibayar, tidak ada imbuhan, tidak ada insentif. Kalau pun ada insentif saat akhir, apabila sudah masuk perlawanan akhir macam Kelantan barulah hendak sembahyang hajat, hendak bagi tanah, hendak bagi itu dan ini.
Waktu hendak lawan awal-awal, tidak ambil kisah pun. Jadi saya bagi contoh. Jadi dalam soal ini saya hendak cadangkan... Saya setuju dengan Yang Berhormat Lenggong tadi supaya apakah kementerian tidak bercadang untuk mencari jalan supaya di privatize kan khususnya dalam bidang sukan bola sepak Tuan Yang di-Pertua kerana ini satu bidang yang sejagat yang disukai oleh seluruh dunia supaya apabila di privatize, mungkin kemajuan dari segi kemajuan bidang bola sepak khususnya dapat dimajukan ataupun dikenakan syarat semua persatuan bola negeri mesti depositkan wang dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Wang deposit itu nanti Kementerian Belia dan Sukan mengurus bayaran gaji, SOCSO nya, EPF nya. Jikalau tidak banyak tidak terbayar gaji, tidak diuruskan hal-hal pemain. Ini saya minta reaksi daripada Yang Berhormat Menteri. Kedua, sukan juga ada kena mengena dengan penonton Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kementerian, adakah Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk menggubal satu undang-undang, akta viewers act, ‘akta penonton bola’.
Tuan Yang di-Pertua, ini walaupun membabitkan negeri saya, saya tidak malu dan tidak segan sebab baru-baru ini dalam permainan sukan bola sepak baru-baru ini sehingga ke final, banyak juga kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. So, kita perlu cegah cepat sebelum jadi seperti Latin America atau pun di Perancis sehingga berlaku kematian akibat daripada bola sepak kerana ghairah hendak menang.
Saya pun sama, baju merah, ikat kepala merah Tuan Yang di-Pertua, hendak menang tetapi akhir sekali kita tengok keadaan penonton tidak terkawal. Baling botol, bunga api, bakar kerusi dan saya percaya kalau ada satu gol yang kontroversi Tuan Yang di-Pertua, satu gol kontroversi saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Jadi oleh itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apakah kementerian bercadang untuk menggubal satu undang-undang penonton bola sepak di mana di setiap stadium di pasang CCTV dan yang melakukan baling botol, denda RM500, penjara enam bulan ataupun bakar kerusi.
Itu terserah Pejabat Peguam Negara dengan kementerian tetapi saya rasa sudah sampai masanya perkara ini mesti dilihat dengan secara serius supaya sukan negara kita meningkat dan dapat melahirkan ahli-ahli atlet yang profesional pada masa yang sama penonton-penonton kita juga bersemangat tetapi ada disiplin. Ini yang saya ingin kemukakan dan minta reaksi daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah ramai Yang Berhormat yang bertanya.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
React dahulu.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Lebih baik saya react kepada beberapa soalan dan cadangan yang dikemukakan. Terima kasih kepada semua, banyak berupa cadangan yang akan kita masukkan sekali dalam perancangan kita pada masa yang akan datang.
Saya rasa lebih saya... yang belakang sekali Yang Berhormat Pasir Mas, satu cadangan mungkin ekoran daripada apa yang berlaku di Stadium Nasional kita dua hari yang lepas dalam pertandingan akhir Piala Malaysia.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Hasil ataupun cetusan daripada perasaan kurang senang beliau walaupun beliau daripada Kelantan dan merasakan apa yang berlaku melibatkan negeri kesayangan beliau menjadi begitu. Walau bagaimanapun, terlebih dahulu saya nak ucap tahniahlah. Selain daripada pasukan Negeri Sembilan dan penyokongnya yang begitu bersemangat walaupun suku sahaja dalam stadium tersebut, mereka menang. Kita juga mesti mengucapkan tahniah kepada negeri Kelantan yang telah dua kali masuk final Piala FA dan Piala Malaysia. Itu satu kejayaan bagi sebuah pasukan negeri yang juga lama, begitu mengharapkan dan dahaga untuk mendapat kemenangan.
Kita juga mesti ucap tahniah kepada penonton-penonton Kelantan yang memberi satu pengisian baru ataupun satu semangat suasana baru dalam arena bola sepak negara yang menimbulkan keghairahan orang ramai tentang semangat berbola sepak dalam negara. Namun, sudah tentulah apa yang berlaku dalam insiden baru-baru ini, saya sendiri tidak kata apa yang insiden itu semestinya penyokong Kelantan. Mungkin yang pakai baju merah itu orang lain pun kita tak tahu.
Sebab itulah saya telah mengarahkan kepada perbadanan stadium kita untuk membuat siasatan. Satunya dari segi menilai kerosakan dan yang keduanya kemungkinan untuk meminta supaya pihak polis mengadakan penyiasatan siapakah yang berkenaan.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Jadi, saya setuju kalau dikatakan bahawa satu peraturan atau satu undang- undang perlu dibuat bagaimana untuk menguruskan penonton. Cumanya apakah itu adalah satu perkara yang selalu berlaku ataupun kemungkinan besar akan berlaku.
Saya rasa perlu saya maklumkan di sini, memang daripada hasil penilaian yang telah dibuat oleh perbadanan stadium kita, kerosakan yang berlaku pada hari itu besar jugalah. Izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya maklumkan. Kerusi sahaja 224 buah kerusi rosak. Ada yang terbakar, ada yang rosak terus, ada yang tumbang dan nilainya kalau dikirakan satu kerusi RM500, kerusi sahaja RM112,000 rosak. Gate yang untuk OKU rosak, gate kuning, gate merah, selak pagar, tandas stadium rosak, tandas parking rosak. Trek kita ada tiga lane, tiga-tiga rosak. Yang satu harga RM20,000, semua RM60,000. Jadi, jumlah kerosakan pada malam itu sahaja ialah RM214,000, dirosakkan ataupun rosak. Maka, kalau daripada segi industri sukan ini, kita tengok untung rugi, kita dapat penajaan, kutip duit dan sebagainya nak baiki kerosakan RM214,000.
Jadi, kita hendak beritahu kepada penyokong, perlu ingatlah. Kalau rakyat didahulukan, duit ini ialah duit rakyat. Stadium Nasional ialah datang daripada duit rakyat dan kalau pihak stadium perlu membaikinya, ia datang daripada duit rakyat juga, daripada bajet rakyat juga. Oleh sebab itulah dalam soal ini, kita minta supaya pihak penganjur dan pihak penonton untuk memikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan dan lebih berkelakuan yang sepatutnya bagi menunjukkan semangat kesukanan dan sebagainya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, kelakuan pemain-pemain Kelantan hari itu, minta maaf ya, ada kaitan tidak dengan kerajaan negeri dia? Tak tahu, agaknya semangat itu, saya tak fahamlah, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Menyampuk]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya tidak berapa pastilah apakah itu faktor kerajaan. Dari segi menjadikan mutu bola sepak Kelantan naik mendadak baru-baru ini, rasa bukan kerajaan kerana selalunya Menteri Besar yang jadi presiden persatuan bola sepak, tetapi Kelantan bukan Menteri Besar. Penyokongnya saya tidak tahu sebab saya tengok juga pada hari itu banyak yang membawa lambang parti politik.
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Lambang parti politik yang saya rasa pelik, di mana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan dan salah satu daripada semangat kesukanan ialah menghormati lawan, tetapi apabila dikaitkan ramai-ramai kerah dengan lambang parti politik yang tertentu, saya rasa itu mungkin yang menjadikan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian kerana seolah-olah kalau menang, menang parti itu. Ada unsur politik begitu, ha! Itu yang rosaknya. Saya haraplah supaya tidak adalah cari publisiti murahan, yang buat kerja orang lain, tetapi bila hendak menang, dikaitkan dengan parti yang berkenaan. Ha! Itu yang saya rasakan kemungkinan menjadi punca kerosakan yang berlaku.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang ada sedikit elemen-elemen yang macam itu tetapi penonton ini pelbagai. Dia ada PAS, ada BN dalam padang pun. Cuma saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat, kekuatan dan kebangkitan Kelantan pada dasarnya adalah disebabkan oleh keghairahan penonton. Kita tidak nafikan dalam sejarah bola sepak Malaysia, Kelantan banyak melahirkan pemain-pemain yang berbakat tetapi bakat-bakat pemain ini tidak dapat diteruskan. Mungkin tidak ada faktor kewangan yang menjadi salah satu constraint atau halangan kita yang utama untuk kita meningkatkan mutu bola sepak negara.
Jadi, Yang Berhormat, sudah lama kita bercakap tentang tajuk ini di Parlimen yang mulia ini. Beberapa kali sesi pembentangan bajet pun kita masih lagi melihat bagaimana kita hendak meningkatkan kecemerlangan mutu bola sepak negara. Walaupun liga kita ini sudah lama kalau dibandingkan dengan Jepun, Korea dan China yang terbaru. Mereka masih baru dalam memulakan liga profesional tetapi melihat bagaimana mereka melonjak ke hadapan dengan cepat dan pantas, malah mereka berada di ranking yang cukup baik dalam kedudukan FIFA.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Yang terbaru ini pun menunjukkan bahawa tiga negara ini yang dahulu merupakan at par ataupun lebih kurang persamaan dengan kekuatan negara kita tetapi mereka telah mendahului kita hasil daripada kesungguhan yang mereka lakukan.
Kita akui, dulu semasa Dunhill menaja liga profesional, setiap negeri diberi RM1.5 juta geran melalui persatuan bola sepak tetapi apabila penajaan syarikat-syarikat rokok tidak dibenarkan dalam penajaan liga profesional kecuali Indonesia masih meneruskan penajaan syarikat-syarikat rokok, kita lihat liga Indonesia malah sudah mampu melonjak jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita.
Cuma saya minta di sini Yang Berhormat, boleh atau tidak sekali lagi saya mencadangkan, kita hantar pemain kita di peringkat umur 13 tahun seperti mana yang dibuat oleh pemain negara China dan negara Jepun. Tidak perlu kita import, pergi berlatih di Brazil, di Argentina atau mana-mana kelab yang ada kelab junior yang sehingga tujuh ke lapan tahun mereka berada di luar negara, baru mereka dibenarkan pulang, kecuali yang bertukar jurulatih untuk mendapat teknik-teknik terbaru dalam perkembangan bola sepak.
Saya minta Yang Berhormat pertimbangkan perkara ini demi kecemerlangan mutu bola sepak negara...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tambah sikit, Menteri.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ya, sikit saja ya.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sikit saja. Sebenarnya kalau kita tengok pemain Kelantan, kebanyakannya bekas pemain Perak tetapi oleh kerana pengurusan bola sepak Perak, Yang Berhormat Bukit Gantang jadi pengerusinya. Gaji tidak dibayar dan banyak perkara-perkara yang sepatutnya diselesaikan, tetapi tidak selesai, menyebabkan pindahnya pemain-pemain ke negeri Kelantan. Saya percaya bahawa dan penilaian sayalah, tidak mahir dalam bola sepak tetapi melihat kepada kegagalan Kelantan untuk menjuarai perlawanan akhir tersebut barangkali juga dipengaruhi oleh sikap penonton kerana akhirnya menyebabkan Kelantan tidak begitu concentrate kepada perlawanan.
Jadi, saya cuma hendak tahu apa langkah kementerian dan FAM untuk memastikan supaya perkara-perkara sedemikian tidak lagi berlaku kerana sudahlah imej bola sepak kita tidak begitu meningkat di mata dunia, apabila diadakan siaran langsung, satu suasana yang cukup menggambarkan betapa teruk lagi imej bola sepak dalam negara kita. Apa langkah kementerian hendak lakukan?
Cuma saya sekali lagi minta supaya Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah tidak boleh sampai ketikanya kita serahkan, swastakan bola sepak kita supaya mereka menggunakan dana yang cukup kuat untuk membuat lonjakan lebih besar kepada pasukan bola sepak Malaysia. Terima kasih.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Minta sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya rasa baik saya jawab teruslah. Boleh?
Hendak jawab terus.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Sikit.
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Semua bola sepak juga?
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Ya, bola sepak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bayan Baru bola sepak juga?
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Ya. Saya dulu?
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Sila.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya rasa banyak telah dipercakapkan dalam Parlimen pun seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan saya tentang bola sepak ini.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Kita tahu bahawa bola sepak ini penting. Ia satu permainan rakyat. Tahun sudah saya ada bawa perkara ini dan mantan Menteri ada beritahu dalam Parlimen bahawa dia akan memanggil semua persatuan bola sepak negeri dan FAM, hendak duduk, untuk berbincang tentang apa sebenarnya masalah bola sepak di Malaysia ini.
Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim - Bayan Baru
Kita beri macam-macam pandangan tetapi saya rasa asas masalah itu tidak kita lihat dan bagi saya asasnya ialah kewangan dan tadi ada kawan bagi tahu tentang penajaan syarikat rokok Dunhill yang ditarik balik. Dahulu memang RM30 juta lebih syarikat rokok beri tajaan tetapi sekarang syarikat TMNet hanya lebih kurang RM9 juta.
Jadi kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri tolong teruskan dengan panggilan semua FA negeri bincang dengan FAM bersama dengan Yang Berhormat Menteri sekali dan kalau boleh juga consider atau ambil iktibar untuk menolong bola sepak ini dan seperti saya katakan tadi soalnya hanya soal wang. The issue here is money because sekarang bola sepak sudah profesional. Oleh sebab itu saya cadang kalau boleh dalam Supplementary Bill, bajet ini kalau boleh tolong consider satu geran bagi kepada FAM dan bagaimana kita hendak agih wang itu panggil seluruh FA negeri bukan kelab- kelab, negeri sahaja. Sebab negeri hendak cari wang ini susah sedikit. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tolong consider perkara ini. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri concern Yang Berhormat Menteri berkenaan penggunaan lambang ataupun logo parti tadi disebut mungkin mendorong kepada penyokong ataupun peminat bola sepak berdasarkan insiden yang terbaru Yang Berhormat Menteri beritahu dua, tiga hari lepas dikaitkan dengan terdorongnya berlaku insiden yang tidak baik ataupun keganasan yang ekstrem.
Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Menteri satu masa dahulu sejarah pernah menunjukkan bahawa tanpa pengaruh ataupun lambang parti politik pun insiden ekstrem pernah juga berlaku di negeri Yang Berhormat sendiri. Pada masa bukan perlawanan akhir atau perlawanan yang signifikan. Perlawanan Terengganu melawan Negeri Sembilan. Insiden berlaku sehingga membakar sebuah bas yang hampir mencederakan ataupun terlibat kemalangan maut pada masa itu. Itu tahunnya 80-an kalau tidak silap saya dan saya pasti benda ini Yang Berhormat Menteri ingat dan tahu insiden ini kerana penyiasatan terperinci telah pun dijalankan.
Saya rasa elemen pengaruh ataupun dorongan daripada lambang politik ini sebenarnya tidak menjadi ukuran sangat terhadap insiden itu. Mesti ada satu perkara lain.
Pada pendapat Yang Berhormat apakah sebenarnya punca sebegitu dan mungkin kalau seperti yang dikatakan oleh rakan Ahli Yang Berhormat yang lain mungkin ada satu elemen yang boleh kita ketengahkan supaya tidak langsung akan terbit akan dorongan-dorongan kepada keganasan sukan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya juga berhasrat untuk tanya kepada Yang Berhormat Menteri selain daripada bola sepak elemen yang hampir dengan bola sepak seperti futsal. Futsal ini memang tidak ada dipertandingkan dari segi pingat dan sebagainya yang membawa prestij yang besar tetapi kebelakangan ini boleh dikatakan hampir seluruh kawasan Parlimen di Malaysia dibina satu atau dua gelanggang futsal yang memang mahal harganya sebagai contoh di negeri Pahang di tempat saya. Satu kawasan Parlimen dua gelanggang futsal sekurang-kurangnya dibina dan kebelakangan ini gelanggang ini diberikan hak pengawalan dan pentadbirannya kepada KRT, Rukun Tetangga yang meletakkan label-label dan sebagainya untuk tujuan sewaan dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi bahawa dari segi penajaan- penajaan swasta menggalakkan penyertaan tetapi gelanggang-gelanggang ini memang sah dibina oleh pihak kementerian melalui pejabat-pejabat KBS negeri.
Saya hendak tanya lagi sekali apakah motif atau tujuan dan matlamat KBS menumpukan terhadap sukan futsal ini yang jumlah pemainnya hampir separuh sahaja daripada permainan bola sepak yang kita cadangkan untuk pertingkatkan pencapaian ini.
Apakah motif sebenarnya? Terima kasih.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Bola sepak Yang Berhormat Menteri.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya rasa Yang Berhormat Lenggong sudah tiga kali sudah.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini saya rasa ini penting.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini jiwa rakyat Yang Berhormat Menteri, ini jiwa...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk sekejap, duduk sekejap.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sedikit, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tanya dahulu dengan Ahli Yang Berhormat ini. Kalau berkenaan bola sudahlah Ahli Yang Berhormat. Banyak lagi perkara yang belum dijawab.
Ini baru kementerian yang kelima. Kita ada cuma hari ini dan esok.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Berkenaan bola kah, berkenaan apa?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Budaya, budaya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Cuba runding dahulu dengan Ahli Yang Berhormat yang lain kalau mereka minat bola juga supaya kita concentrate bola sahaja sekarang. Banyak lagi perkara yang belum dijawab. Sila pendekkan. Yang mana, mana? Yang Berhormat Menteri, mahu menjawab dahulu kah mahu beri laluan?
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat Putatan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Putatan sahaja. Yang Berhormat Lenggong tadi sudah tanya. Tidak apa dahulu Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Putatan sahaja.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak, tidak. Yang lain sedikit Tuan Yang di-Pertua. Lain sedikit. Budaya, budaya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Lenggong duduk dahulu. Saya punya floor.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, soalan pendek. Basic. Soalan orang kampung. Yang Berhormat Menteri, “Rakyat Didahulukan”. Yang Berhormat Menteri, “Pencapaian Diutamakan”. Apa erti ini Yang Berhormat Menteri? Bola di peringkat kampung, padang bola sepak pun sukar mahu dapat. Budak-budak kampung main di tepi sungai, di tepi laut, di sawah padi. Apakah rancangan kementerian menyelesaikan peminat-peminat bola sepak negara kita supaya kita pergi ke tahap dunia mulai dari peringkat kampung. Ini soalan orang kampung Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan kampung bertahap bandar.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri, boleh...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini belia kampung Yang Berhormat Menteri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
...Beri laluan kepada saya? Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut tentang prestasi sukan tetapi tidak mengadakan...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan ganggu, jangan ganggu Ahli Yang Berhormat. Sila, sila Yang Berhormat Bakri.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sedikit.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini soal budaya, budaya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau duduk.
Duduk dahulu Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat Lenggong saya sudah jawab dua kali.
Tuan Yang di-Pertua
Belum selesai lagi soalan daripada Yang Berhormat Bakri...
[Ketawa]
Dato' Ismail Kasim - Arau
Ini sukan utama negara Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, macam penonton bola sepak juga Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Belum selesai lagi. Bagi siapa dahulu? Yang Berhormat Bakri?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Saya bukan hendak cerita bola sepak. Saya hendak cerita dengan berenang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Persoalan saya tentang kolam renang Muar yang terbiar lebih daripada sepuluh tahun.
Kolam ini merupakan satu-satu tempat untuk mencungkil bakat atlet renang di samping sebagai tempat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kolam renang Muar. Betullah itu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
...Rekreasi seperti mana yang dimaklumkan daripada MPM bahawa masih tiada cadangan oleh kementerian berkenaan untuk membaik pulih kolam renang tersebut. Adakah Yang Berhormat Menteri akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberikan peruntukan untuk baik pulih kolam renang Muar dalam masa yang terdekat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila, sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri selepas menjawab ini move to different point.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Berkenaan cerita bola ini Yang Berhormat Menteri lebih diminati daripada bajet dan hal-hal lain... [Ketawa]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, kita tengah bola tadi masuk cerita kolam renang melainkan di Bakri kita hendak main bola dalam kolam renang ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, lepas dia main baru dia berenang. Itu maksudnya...
[Ketawa]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ya. Saya cuba jawab berkenaan bola dahulu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sedikit pun Yang Berhormat Menteri tidak faham!
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri, berkaitan.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Kita selesaikan supaya perbahasan kita ini lebih menjurus kepada satu-satu topik. Kita selesaikan bola. Terima kasih pandangan. Yang Berhormat Putatan menyebutkan tentang kemudahan padang bola di kampung.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya akui banyak kampung yang tidak ada padang bola dan sebagainya. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa mutu bola sepak kita tidak begitu baik, ranking kita rendah semata-mata kerana kemudahan bola sepak kita di kampung tidak baik. Kalau dikirakan dalam konteks sebuah negara kita mempunyai pelbagai kemudahan yang saya rasa antara yang terbaik dalam negara-negara Asia, negara-negara ASEAN pun kita rasakan kita yang terbaik, tetapi kita kalah dengan Myanmar, kita kalah dengan Maldives, kita kalah dengan Laos satu ketika dahulu yang tidak ada stadium sehebat kita. Jadi tidak ada satu formula yang mengatakan ada jaminan, kita ada kewangan yang banyak, kita ada padang bola sepak. Maldives adalah kepulauan atol yang bagi mereka tanah kalau hendak buat padang bola itu terlalu berharga, tetapi tiada padang bola pun mereka boleh mengalahkan kita. Jadi ini pun tiada satu jaminan. Kalau setiap kampung di Putatan ada beberapa kampung, setiap kampung ada padang bola, semestinya mutu bola sepak kita bagus.
Akan tetapi ini tidak bermakna pihak kementerian, pihak kerajaan negeri, pihak pejabat daerah mengetepikan tentang perlunya kemudahan-kemudahan seperti ini. Oleh kerana itu adalah antara perkara yang kita rasakan murah. Kadang-kadang hendak belanja buat satu padang bola sepak. Kalau bandar hendak cari tanah seluas padang bola sepak di Pulau Pinang susah, di Kuala Lumpur hendak cari tempat begitu, susah. Kerana itu cara yang mudah untuk menggalakkan anak-anak kita berminat, bermain dan membina skil atau bakat bola sepak, kita buat gelanggang futsal, tidak mahal. Sekitar antara RM120 ribu ke RM150 ribu satu dengan lampunya, dengan pagarnya, dengan tandasnya dan boleh dijadikan pusat komuniti berjumpa kerana apabila ada lampu mereka bermain sampai ke malam. Bukan bermain siang hari sahaja, bermain sampai ke malam. Dari pukul 12 malam ke pukul 1 pagi. Kita melihat trend di Negeri Sembilan misalnya sebab program membuat futsal ini sebenarnya ada 1,178 buah yang sepatutnya dibina di seluruh negara dalam tahun ini...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Belum ada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ya?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Belum ada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Belum ada itu masalah Yang Berhormat. Yang Berhormat patut berbincang dengan pejabat daerah di tempat Yang Berhormat. Peruntukan kita beri, berbincang dengan pejabat. Saya rasa itu di antara masalah di peringkat pelaksanaan di peringkat tempatan. Sesetengahnya kerana tidak dapat tanah. Ada negeri yang tanahnya tiada. Akan tetapi kita katakan permulaan ini kita buat program ini.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Misalnya kita katakan Negeri Sembilan mungkin dikaitkan dengan kejayaan baru- baru ini. Negeri Sembilan adalah antara negeri yang paling cepat melaksanakan Program Pembinaan Gelanggang Futsal ini di mana satu DUN, 72 buah gelanggang siap lebih awal dari negeri-negeri lain dan anak-anak muda seronok bermain sampai ke malam. Dikatakan insiden mat rempit Negeri Sembilan telah turun dengan begitu banyak sekali kerana mat rempit dikaitkan apabila merempit mereka memecut supaya orang tengok.
Akan tetapi semua orang sudah pergi tengok futsal, ada perlawanan peringkat liga kampung dan sebagainya mereka pun main futsal. Apabila tiada orang tengok mat rempit, tengok futsal, akhirnya mat rempit pun tiada, kerana tiada orang hendak tengok mereka.
Jadi ini antara kesan-kesan positif yang kita lihat daripada pembinaan gelanggang- gelanggang futsal tersebut. Tentang soal kita katakan bahawa kenapa sesetengah itu dicaj duit. Apabila kementerian sudah siapkan gelanggang ini, kementerian hendak memberikan tanggungjawab kepada komuniti yang telah diberikan tempat itu berdasarkan kepada perbincangan dengan pejabat belia daerah dan sebagainya menentukan tempat yang tertentu, kita beri tanggungjawab.
Ini diberikan kampung kamu, api, air, bersihnya, jangan rosakkan pagar, ini kami berikan tanggungjawab kepada kamu. Kamu kalau mereka hendak caj sedikit supaya urusan maintenance penyelenggaraan dapat disenggarakan dengan baik supaya apabila nanti rosak padang, rosak court, mereka datang balik kepada kementerian. Itu terpulang kepada mereka untuk mengenakan sedikit bayaran supaya dapat menguruskan gelanggang itu dengan baik. Saya rasa itu tiada masalah. Jadi saya rasa ini antara program yang kita rasakan baik dan Negeri Sembilan antara negeri yang tercepat dan kita dapat lihat bagaimana mutu bola sepak di sana pun dan antaranya saya tidak katakan ini sebagai cara langsung kenapa Negeri Sembilan ini menang Piala Malaysia kerana futsal mereka bagus tetapi disiplin itu ditunjukkan di Negeri Sembilan sebagai contoh.
Kemudian soal lambang benar saya katakan saya sebut mungkin, mungkin kerana negeri lain kalau bermain masuk final juga. Akan tetapi tidak sampai hendak bawa lambang parti. Betul, ada negeri yang tiada lambang parti pun ada berlaku insiden. Akan tetapi saya rasa ada negeri yang ada berlaku insiden mereka bawa lambang parti itu, insidennya lebih besar kerana mereka dikaitkan perlawanan bola bukan sukan lagi tetapi sebagai berparti.
Saya tidak sebut lambang parti apa itu, kenapa terasa?... [Dewan riuh]
Dato' Ismail Kassim - Arau
Mohon laluan.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Saya tidak setuju kalau lambang..., misalnya pada hari itu Negeri Sembilan bawa lambang...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Ahmad Shabery Cheek
...dacing banyak-banyak. Jangan dikaitkan. Itu yang kita katakan bahawa sukan ini Tuan Yang di-Pertua ialah semangat kesukanan, menerima kekalahan, menghormati lawan, memberi sokongan yang terbaik, mematuhi peraturan, ini semangat kesukanan. Akan tetapi dikaitkan bahawa menang kalah ini dikaitkan dengan individu tertentu, dikaitkan dengan parti yang tertentu, itu yang jadi emosi yang lebih besar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya tidak hairan Yang Berhormat.
Dalam Parlimen ini pun kadang-kadang hilang kawalan... [Ketawa] Sekarang pun hilang kawalan, itu saya tidak hairan.
Dato' Ismail Kassim - Arau
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat perlu ingat sebelum tegur orang di sana ingat diri dahulu...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sedikit...
Dato' Ismail Kassim - Arau
Saya menyokong kenyataan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat kerana Menteri tidak beri laluan, duduk dahulu. Tidak elok dipandang.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Biar saya jawab soal kewangan tadi. Saya setuju bola sepak bukan murah. Hendak membina satu pasukan, hendak mengendalikan satu pasukan, hendak memajukan satu pasukan, it is not cheap. Bukannya satu yang murah.
Kalau beri RM1 juta kepada FA kepada negeri sekejap sahaja tenggelam duit itu. Akan tetapi sudah tentu ada pandangan-pandangan beri lebih baik daripada tidak beri.
Dahulunya kalau dikatakan privatized, sekarang ini hampir kepada penswastaan pun. Kita mungkin teruja dengan kehebatan bola sepak Liga Inggeris misalnya. EPL itu merupakan sebuah syarikat swasta. EPL atau English Premier League itu merupakan sebuah syarikat besar di mana 20 buah pasukan itu adalah pemegang saham. Akan tetapi antara kekuatan yang ada dalam EPL ialah kerana televisyen, kerana penyiaran. Apabila penyiaran dipancarkan bukan sahaja di negara berkenaan tetapi di seluruh dunia, maka sudah tentu ada orang yang ingin menaja.
AIG, Carlsberg, syarikat-syarikat yang tertentu akan menaja kerana mereka hendak menjual barangan mereka. Kalau mereka beli iklan, time iklan, satu minit harganya mungkin beratus ribu. Akan tetapi apabila mereka menaja pasukan yang memakai jersi nama mereka, bermain satu jam, satu jam setengah atau dua jam sebagainya lebih untung untuk mereka menaja daripada membeli time iklan. Kerana ia dikaitkan dengan penyiaran.
Akan tetapi dalam negara kita, kalau kita suruh orang taja, TM, terima kasih banyak, TM telah memberikan penajaan yang besar.
Dahulu Dunhill kerana hendak jual rokoknya, jenamanya sanggup diberi RM30 juta. Akan tetapi apabila kita mematuhi konvensyen atau peraturan yang dipersetujui bersama di peringkat WHO, tahun 2004, kita katakan no more rokok, tiada lagi rokok, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tiada lagi arak misalnya, maka tiada penaja. Kalau kita kata hendak ambil duit rakyat hendak bayar gaji dan sebagainya saya rasa itu perkara boleh dibincangkan kalau dipersetujui bersama. Akan tetapi sudah tentu apa kata sukan- sukan lain? Kita ada berpuluh persatuan-persatuan sukan dalam negara kita. Kenapa bola sepak kita taja banyak tetapi keputusannya tidak seberapa? Apa kata sepak takraw? Ini hendak majukan sukan milik negara, jenama negara yang dibina oleh negara ini. Kenapa tidak? Jadi, oleh kerana itu dari segi perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh kementerian dari segi penajaan, dari segi pemberian wang dan sebagainya, kita lihat dari dua, tiga faktor...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.
Saya tidak berapa sedap Yang Berhormat, duduk. Kalau saya bersiri, saya berdiri. Nanti ada masa Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai...
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak pernah tidak beri. Biar selesai ini. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat orangnya handsome, segak. Cukup, tidak perlu... [Ketawa] Yang Berhormat duduk dahulu, Yang Berhormat duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ada buih di sana.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ya?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ada buih.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat, apa Yang Berhormat ini?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ada sapulah. Sapu muka sikit.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat. Habis cerita.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Jadi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bila saya sebutkan tadi dari segi penajaan dan sebagainya.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Penajaan dan sebagainya, dia kaitkan dengan soal tiga perkara yang sekurang- kurangnya kita jadikan asas untuk diberikan peruntukan kepada mana-mana persatuan sukan dalam negara kita. Tiga perkara asasnya.
Yang pertama dari segi governance ataupun cara sesebuah persatuan itu dikendalikan, sebab isu yang besar kadang-kadangnya apabila kita katakan sekarang ini, kita bercakap good governance. Kerajaan yang baik. Bukan saja pada negara tetapi persatuan-persatuan termasuk persatuan sukan. Kita tidak tahu bagaimana seseorang yang menjadi presiden persatuan itu, presiden persatuan sukan ini dengan sebagainya ini dipilih. Ahli jawatankuasanya dipilih. Jadi kita hendak tengok cara dia pilih, cara dia mengendalikan akaun.
Ada pengalaman yang lepas kita berikan, digunakan duit ini untuk beli pemain sahaja misalnya, ataupun ada orang menganggap bahawa jadi ahli jawatankuasa ataupun memimpin satu-satu pasukan ataupun kelab sukan dan sebagainya, “Oh, kami hendak jadi, sebab kerajaan sudah bagi RM1 juta”. Tiap-tiap tahun kerajaan bagi RM1 juta. Dia akan pertahankan kedudukan dia, dia akan nafikan orang lain untuk duduk tempat dia kerana untuk dia berada di atas timbunan wang sebanyak RM1 juta yang kerajaan bagi secara percuma. Jadi ini juga kita perlu tengok cara governance ataupun cara sesebuah kelab ataupun sesebuah pasukan itu dikendalikan. Ini satu kriteria yang pertama.
keduanya, prestasinya. Kita boleh beri banyak tetapi prestasinya tidak ada.
Mungkin digunakan duit itu untuk pergi melancong, pergi berjalan atau sebagainya.
Prestasinya tidak ke mana. Sebab itulah kita perlu tanya balik lagi. Kalau kita beri kepada pasukan bola kita, dulu kita beri stadium kita yang terbaik, charge stadium kita murah, berbagai-bagai kemudahan kita bagi, tetapi ranking kita 150 dalam dunia. Lebih kurang 200 negara sahaja dalam dunia. Kita 150. Sebagai sebuah negara yang besar. Kita katakan mungkin ada orang kata okey. Namun begitu kita perlu tanya kenapa dari segi ranking kita, prestasinya.
Ketiga, yang saya rasa penting ialah program pembangunan yang diusahakan ataupun dibuat oleh kelab ataupun persatuan-persatuan. Kalau mereka ada program yang baik, insya-Allah ini perkara yang boleh kita aturkan bagaimana untuk memberi bantuan kerajaan kepada program pembangunan. Jadi, tiga perkara. Dari segi governance, dari segi pengurusan yang baik. Keduanya dari segi prestasinya dan yang ketiga dari segi program pembangunan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Jadi perkara ini kita akan masukkan dalam soal bagaimana kita membantu kepada persatuan-persatuan sukan yang ada dalam negara kita termasuk juga bola sepak. Silakan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya hendak berkongsi harapan. Saya faham dan saya tahu kementerian Yang Berhormat Menteri sejak Yang Berhormat Menteri mengambil alih kementerian ini, banyak perkara yang hendak dilangsungkan supaya meningkatkan pencapaian sukan terutamanya dari segi yang berpingat dan sebagainya. Namun begitu, saya cuma menyuarakan hasrat rakan-rakan kita terutama orang muda yang suka kepada elemen sukan ini. Kita tidak mahu Kementerian Yang Berhormat Menteri sekali lagi dikaitkan dengan perkara-perkara ataupun insiden-insiden yang tidak baik. Kita masih lagi belum lupa peristiwa KBS dikaitkan dengan pembelian ataupun pengambilalihan stadium di United Kingdom, yang dikaitkan dengan banyak isu yang sehingga kini belum ada penyelesaian dan penerangan lagi.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Stadium mana pula?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Kita juga...
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tahu stadium mana di United Kingdom itu?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Pusat latihan yang disebutkan...
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Cuba sebutkan namanya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya akan bagikan secara jelas nanti...
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Stadium tidak ada... [Disampuk]
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun] [Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat, kita bukannya bertujuan untuk mempertikaikan apa maklumat yang Yang Berhormat Menteri beri. Saya kata tadi tujuan asal saya mengatakan pasal futsal, sebab futsal ini dibina di semua kawasan Parlimen. Yang Berhormat Menteri beritahu tadi dua di setiap kawasan DUN. Saya tidak mahu juga insiden ataupun isu pembinaan futsal ini dikaitkan sekali lagi dengan aktiviti- aktiviti yang menyebabkan nama kementerian Yang Berhormat tidak baik. Saya beri contoh.
Lantikan kontraktor yang membina pusat futsal di kawasan-kawasan komuniti seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Perkara ini juga sedang diteliti dan dilihat. Di tempat saya sebagai contohnya. Gelanggang futsal dibina 50 meter tidak sampai dengan sebuah masjid. Yang Berhormat Menteri beritahu tadi menggalakkan penggunaan futsal sehingga tengah malam. Waktu malam. Waktu orang ataupun orang-orang muda, remaja bermain bola sepak di gelanggang futsal. Memang ini perkara yang baik. Namun begitu, adakah penelitian dibuat semasa hendak dicadangkan atau hendak menyokong pembinaan ini dan melantik kontraktor yang mencadangkan tempat di sebuah kawasan komuniti tadi.
Adakah ini juga diambil penelitian yang serius supaya perkara ini di samping untuk mewujudkan elemen positif yang baik, tidak menghasilkan kesan negatif terutama apabila komuniti itu sendiri yang menyuarakan rasa tidak senang kepada insiden-insiden seperti ini.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Menteri, sikit. Sikit, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu, Yang Berhormat. Ini pasal hal bola lagikah ini?
Seorang Ahli
Ya... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dengar, saya akan gunakan kuasa oleh kerana ada banyak lagi kementerian belum menjawab. Saya nampak perkataan bola, wang ihsan dengan royalti sama hebatnya...
[Ketawa]
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Itulah. Jangan lagi cerita pasal bola dan gelanggang.
Beralih kepada soal lain. Tidak ada masa, Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, bola lagikah ini?... [Ketawa]
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pengalaman saya dengan ini. Mengenai apa yang berlaku 70-an, 80-an dan kini...
Tuan Yang di-Pertua
Itu terlampau panjang. Itu sejarah Yang Berhormat Padang Serai... [Ketawa] Sila, sila Yang Berhormat Menteri. Sila. Tidak apalah. Saya tidak benarkan lagi pencelahan mengenai dengan bola.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua..
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta sebab dalam dua minggu, ini pertama kali saya minta sama Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Namun begitu permintaan kali ini bola. Bola.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak. Ini yang penting. Penting.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai... [Disampuk] Saya minta maaflah.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak tanya pasal bola.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, cadangan saja.
Boleh tidak seminar bola diadakan di luar...
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah panggil Yang Berhormat Padang Serai dulu.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat Padang Serai saja. Yang Berhormat Padang Serai saja.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya pun berdoa agar Tuan Yang di-Pertua panjang umur... [Ketawa] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, macam mana doa pun, kalau beginilah gelagat Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak juga terkabul doa itu... [Ketawa] Kerana Tuan Yang di-Pertua akan tertekan, darah tinggi, jantung dan macam-macam. Jadi ini buat cadangan yang inconsistent. Selalu begitu Ahli-ahli Yang Berhormat. Minta orang-orang yang di luar sana berdisiplin tetapi di dalam di sini pun tidak ikut. Macam mana peminat bola lagikah? Sila.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang itu betul. Terima kasih... [Ketawa] Sila.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, saya dengar hujah Yang Berhormat Menteri sampai Yang Berhormat Menteri berbuih di mulut. Sampai berbuih, tetapi Yang Berhormat Menteri tidak meyakinkan saya kerana saya melihat, saya juga seorang bekas pemain bola. Saya juga sekarang ini menjadi Ahli Parlimen di satu kawasan yang memang cukup aktif dengan permainan bola. Di kawasan saya, di kawasan- kawasan pedalaman negeri Kedah kerana berhampiran dengan Pulau Pinang, anjakan nilai tanah di situ begitu tinggi sehinggakan seluruh kawasan Padang Serai, Sungai Petani dan Selatan Kedah. Dulu banyak. Setiap estet, setiap kampung mereka ada padang-padang bola.
Namun begitu, sekarang kerana pembangunan, semua padang bola ini dalam ratusan padang-padang bola ini hilang. Apa yang saya melihat, pada tahun 70-an sehingga kini, standard permainan bola sepak kini menjunam ke bawah. Namun begitu penglibatan kerajaan dalam memberi peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan tidak kurang dan juga galakan yang diberi oleh kerajaan memang tidak kurang tetapi prestasi yang kurang. Mungkinkah ini kerana pegawai-pegawai atau pegawai-pegawai saya percaya mereka ini membuat kerja dengan betul, tetapi Menteri.
Dulu ke mana saja kita pergi, kalau satu padang bola ditutup untuk pembangunan, satu lagi akan diganti. Namun begitu penghijrahan penduduk-penduduk estet dan kampung- kampung ke kawasan-kawasan bandaran ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, selesaikan soalan itu kerana jam satu sekarang.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya datang ke soalan saya ini.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Terima kasih. Saya faham.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi di kawasan Padang Serai sekarang tertumpu di satu kawasan di mana ada satu kawasan yang puluhan ribu orang duduk iaitu Paya Besar. Kawasan Paya Besar di kawasan Parlimen Padang Serai, penghijrahan berlaku dari seluruh kawasan Padang Serai di mana puluhan padang-padang bola sepak ditutup tetapi di sini apabila mereka berhijrah, satu pun padang bola yang baru tidak dibina, tetapi saya melihat peruntukan kerajaan setiap tahun meningkat dan anak-anak kita yang seharusnya mereka pergi ke padang- padang bola ini mereka berhijrah karakter mereka pergi ke tempat-tempat lain.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri, apa yang Menteri hujah tadi itu hanya bagi satu alasan yang memang saya tidak terima dan saya percaya rakan-rakan Ahli Parlimen pun tidak terima.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya pun mohon maaf juga.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya mahu Yang Berhormat Menteri lebih konstruktif ...
Tuan Yang di-Pertua
Jam sekarang sudah jam satu. Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Yang Berhormat Menteri lebih constructive and responsible dalam memberi hujah supaya masalah ini dapat ditangani. Bukan cuci tangan saja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih, terima kasih. Tunggu dulu, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada pilihan sama ada respons sekarang ini ataupun selepas tengah hari.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila, sila.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Satu ayat, ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai ini daripada negeri mana? Negeri Kedah. Padang bola hendak tanah. Tanah di bawah kerajaan negeri. Negeri Kedah itu negeri bukan parti Barisan Nasional. Bukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Tanah adalah milik kerajaan negeri. Kerajaan negeri boleh mengaturkan berapa banyak padang bola yang hendak dibuat, ya.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Itu sudah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Sudahlah.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ini Padang Serai hanya mendedahkan kelemahan kerajaan negeri yang diperintah oleh parti Yang Berhormat sendiri. Itu saja.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Ya, buatlah tanah banyak-banyak. Bagi tanah banyak-banyak.
Tuan N Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sepuluh tahun dalam Barisan Nasional kamu sudah ghaibkan, hilangkan semua padang bola. Sekarang tubuhkan Pakatan Rakyat pula. Saya malulah Menteri!
Dato' Ahmad Shabery Cheek
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Padang Serai, lain kali Ahli Yang Berhormat saya tidak bagi lagi peluang untuk berhujah... [Ketawa] Lain kali saya tidak akan beri untuk berhujah kalau tidak mendengar lagi arahan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya juga bagi marching orders. Ingat itu, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Menteri, kita sambung perbahasan selepas tengah hari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Usul.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 11 November 2009”.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil sedikit sahaja masa untuk menjawab dan menggulung perbahasan.
Pertamanya atas soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Hulu Terengganu mengenai futsal dan sebahagiannya telah pun saya sebutkan tadi bahawa rancangan mengadakan 1,178 buah gelanggang futsal sekarang telah berjalan dan sebanyak 211 buah telah pun siap dan yang lain lagi masih lagi di dalam proses pembinaan. Mungkin beberapa perkara yang berkaitan dengan soal birokrasi yang melengahkan pembinaan, ia dikaitkan dengan soal mendapat tanah, mendapat kebenaran tanah dan juga dari segi pemberian kontrak dan sebagainya. Saya percaya bahawa semuanya akan dapat dilaksanakan pada hujung tahun ini.
Isu yang mengatakan bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi yang mengatakan futsal dibuat di tempat yang tidak sesuai, di sebelah masjid dan sebagainya. Saya fikir tidak perlulah dipolitikkan perkara ini kerana saya percaya bahawa yang pentingnya bagaimana kita menguruskan permainan futsal di kalangan anak-anak muda. Walaupun di sebelah masjid, kalau kita boleh meminta anak- anak muda itu pada waktu sembahyang mereka menghormati waktu sembahyang, pergi sembahyang dan sebagainya.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Jadi kita tidak menganggap bahawa sukan dan agama adalah sesuatu yang perlu dipisahkan dan dianggap sebagai sesuatu yang mengganggu perjalanan ibadat dan sebagainya. Saya rasa perkara ini sepatutnya tidak timbul.
Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua yang perlu saya sebutkan, ada pandangan ataupun soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerai yang menyebut tentang bantahan beliau mengenai penubuhan atau pembentukan pasukan Formula One negara yang dikatakan bahawa ianya adalah satu pembaziran yang sepatutnya wang yang digunakan bagi menaja permainan bola sepak dan sebagainya. Perkara ini perlu saya jelaskan sekali lagi bagi pihak kementerian, seluruh program pembangunan bagi pasukan Formula One kita adalah merupakan program yang dianjurkan ataupun dibuat oleh pihak swasta dan ianya bukanlah sesuatu yang menggunakan wang kerajaan dan sebagainya.
Pihak swasta yang berkenaan apabila mereka memutuskan untuk menubuhkan satu pasukan kita sendiri bagi menyertai Formula One, ianya berasaskan kepada faktor untung rugi daripada pembiayaan mereka. Saya percaya mereka telah membuat perhitungan mereka sendiri bahawa akhirnya yang akan memanfaatkan syarikat yang menaja iaitu syarikat-syarikat daripada negara kita sendiri. Kita merasakan bahawa ianya adalah satu perkara yang positif kerana Malaysia sudah dikenali mempunyai infrastruktur asas seperti circuit Formula One Sepang, Sepang International Circuit kita yang telah memperlihatkan keupayaan yang tertentu dan menjadi kecemburuan negara-negara lain dan ramai yang turut membina circuit mereka ataupun menganjurkan program yang sama apabila melihat kejayaan yang telah kita buat.
Akan tetapi sekarang ini kita sudah masuk ke satu tahap yang lain, bukan sahaja infrastruktur yang asas sebagaimana yang disebutkan tadi tetapi pembinaan apa yang disebutkan dengan izin, soft infrastructure iaitu pembinaan satu team, pembinaan menggunakan kejuruteraan-kejuruteraan yang kita ada, yang kita perlu bina dan mewujudkan satu pasukan yang mampu untuk mengendalikan sebuah pasukan yang sedemikian rupa dan juga dari segi melahirkan pemandu-pemandu kereta kita yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa dan sebagainya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Bangun]
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu soalan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, disebabkan tidak sempat membangkitkan perkara ini semasa saya bahas dalam dasar, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri bagaimana dengan kerja penyediaan untuk SUKMA di negeri Melaka pada tahun depan? Adakah pihak kementerian sudah membuat assessment dan semuanya mengikut jadual? Adakah juga futsal akan dicadangkan dalam pertandingan SUKMA ini?
Terima kasih.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua, boleh sambung sedikit sahaja.
Dato' Ahmad Shabery Cheek
Sila.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masih dalam perkara, tadi Yang Berhormat menyebut mengenai kerjasama di antara kementerian ini dengan Kementerian Pelajaran dan lain-lain.
Apa yang saya hendak sentuh di sini, bolehkah Yang Berhormat jelaskan apakah bantuan jelas yang kita berikan kepada Kementerian Pelajaran untuk memastikan mereka ini memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan atau mewujudkan pemain-pemain terlatih kita di dalam pelbagai bidang.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, dalam kerjasama dengan Kementerian Pelajaran ini juga kalau boleh cuba Yang Berhormat pastikan supaya kewujudan jurulatih, kalau zaman kita masuk maktab dulu, masuk universiti dulu, di Malaysia ini ada satu maktab yang dinamakan Maktab Perguruan Ilmu Khas. Di sinilah sebenarnya pelatih-pelatih sukan di dalam pelbagai bidang kita latih. Akan tetapi hari ini saya tidak pasti dan saya rasa tidak ada lagi maktab serupa ini dan merupakan ataupun langkah ini merupakan satu kerugian besarlah kepada bidang sukan negara.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Ini kerana tidak ada lagi tempat untuk melatih jurulatih kita terutamanya di kalangan guru-guru untuk melibatkan diri atau lebih komited di dalam bidang sukan ini.
Sekarang maktab-maktab lebih tertumpu kepada bidang akademik menyebabkan sukan itu sendiri tidak menunjukkan kemajuan dan di sekolah-sekolah sukar untuk kita mendapatkan jurulatih-jurulatih sukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas soalan- soalan yang dikemukakan tadi. Pertama, ianya agak keluar daripada soalan asal tetapi tidak apalah kerana ini menandakan minat Yang Berhormat Kota Melaka tentang penganjuran SUKMA yang dijadualkan pada tahun depan di Melaka. Pertamanya, saya beritahu bahawa semua persiapannya berjalan dengan lancar. Tarikhnya kita anjak sedikit bagi menghormati Hari Gawai yang jatuh pada tarikh awal yang diputuskan dahulu.
Ketiga, dari segi jumlahnya pun sudah bertambah menjadi 34 acara semuanya. Ini adalah merupakan kesediaan daripada Kerajaan Negeri Melaka itu sendiri yang mengatakan apa jenis sukan pun, kalau dirasakan kita mampu buat, dia buat. Dahulunya ada kecenderungan negeri-negeri yang merasakan bahawa jumlah yang dipertandingkan berdasarkan kepada apakah negeri itu ada mempunyai kelebihan atau tidak. Akan tetapi Melaka telah menunjukkan satu semangat kesukanan yang tinggi mengatasi, segala- galanya. Melaka kata itu tidak penting tetapi semangat kesukanan, lebih ramai orang datang dan lebih banyak acara diadakan.
Negeri Melaka dianggap sebagai negeri yang paling accommodative dari segi persiapan dan juga penerimaan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan SUKMA yang akan datang. Saya ucapkan tahniah kepada negeri Melaka dan kita mengharapkan ia dapat berjalan dengan berjaya. Dari segi melahirkan sistem untuk pengajaran, kami sememangnya sudah mengadakan hubungan yang rapat, ada jawatankuasa yang menggabungkan tiga kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran.
Antara lainnya bukan sahaja berbincang untuk merencanakan program-program bersama dari segi kemajuan sukan dalam negara kita. Sudah tentulah kita sedar bahawa kemajuan sukan dalam negara kita ini semakin lama semakin teknikal sifatnya. Kita tidak lagi boleh mengharapkan bahawa, kita tengok bakat itu di universiti dan daripada situ baru kita hendak latih dia.
Kalau kita lihat di negeri China, Amerika dan sebagainya, 17 tahun itu dianggap sudah fit, misalnya dalam permainan tenis yang ditunjukkan semasa US Open baru-baru ini, 17 tahun itu sudah fit. Kalau kita tengok bakat dalam bidang tenis, baru di universiti ada bakat hendak latih, sudah terlambat. Sebab itulah kita katakan program mengenal bakat atlet-atlet ini mesti dikenalkan dari peringkat awal, kalau boleh dari umur lapam tahun, sepuluh tahun dan sebagainya.
Sebab itulah di bawah program yang dianjurkan oleh ISN, kita mempunyai banyak sekali pusat-pusat untuk mengenal ataupun talent identification program, dengan izin, diadakan di seluruh negara. Saya sebutkan tadi kita ada 316 pusat latihan pelapis dan sebagainya. Sekarang kita sudah ada dua sekolah sukan, satu di Bukit Jalil dan yang keduanya di Bandar Penawar, Johor. Di sini kita telah dapat melihat bahawa kalau dahulunya atlet hanya dilahirkan oleh keluarga mereka seperti Shalin, keluarga Sidek dan Nurul Huda dahulu ataupun Nicol David dan sebagainya, kekuatannya ialah pada keluarganya.
Akan tetapi sekarang ini kita lihat Lee Chong Wei dan Azizulhasni yang menjadi harapan kita. Kita sebutkan ‘anak emas’ bukan bermakna yang lain itu anak tiri, yang ini anak diberi kelebihan. ‘Anak emas’ ertinya kita mempunyai harapan yang tinggi, ada beberapa bidang yang tertentu memberikan kilauan emas kita yang pertama, dalam bidang Sukan Olimpik 2012 di London yang akan datang. Di mana Azizulhasni, seorang pelumba basikal yang telah menunjukkan prestasi, ada kalanya dia menang di peringkat kejohanan dunia beberapa kali. Kalau dia merosot pun, jatuh nombor dua, nombor tiga dan sebagainya tetapi ini adalah antara atlet-atlet yang kita lahirkan daripada sistem yang ada sekarang ini.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Begitu juga dalam bidang terjun, misalnya program yang dibuat di Sarawak kita dapat melihat, kita khususkan Sarawak sebagai membina atlet-atlet di bidang akuatik misalnya, telah memperlihatkan kebolehan kerana orang Sarawak berani. Dia daripada kecil lagi terjun sungai dan dilahirkan banyak orang-orang yang mampu dalam bidang berenang, terjun dan sebagainya dari negeri Sarawak. Serta juga bidang-bidang lain seperti memanah, badminton dan mempunyai banyak sekali pelapis yang dapat kita lahirkan. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu memadailah jawapan saya. Sekiranya ada yang saya tertinggal, saya sedia untuk...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Minta penjelasan sedikit, kalau boleh Menteri...
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Sudah habis.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Menteri duduk pertamanya saya ingin ucap tahniahlah kerana waktu beliau menjadi Menteri Penerangan, kita nampak bahawa siaran langsung sekurang- kurangnya setengah jam, sekarang lima minit sahaja siaran langsung. Bagus tiada siaran langsung sekali, Menteri sekarang tidak prihatin terhadap itu kerana kita tahu orang Sabah, orang Sarawak dan seluruh negara fikir bahawa dahulu setengah jam, sekarang tidak ada, lima minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, seperti mana yang saya sudah bangkitkan bahawa sukan ini penting. Isu FAM ini, Tuan Yang di-Pertua, sudah kita bangkitkan berapa lama. Dalam dunia mungkin nombor 160 sekarang. Kita tidak boleh salahkan FAM. Kita sekarang patut salahkan kementerian kerana FAM tidak ada kewangan, kalau setahun bagi RM12 juta untuk kendalikan FAM. Walau siapa pun tidak boleh kendalikan. Jadi adakah kementerian bercadang supaya mungkin FAM ini diberi peruntukan lebih? Kalau kerajaan tidak ada peruntukan untuk bagi kepada FAM, kenapa FAM kita tidak letak di bawah Petronas supaya Petronas dengan kewangan yang ada, boleh belanja lebih sikit. Rakyat tidak...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kalabakan...
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Apa ini, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini sukan bukan bola sepak sahaja, sepak takraw?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau sudah bola sepak borong, saya sepak takraw... [Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading, duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Presiden sepak takraw negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham perasaan Yang Berhormat tetapi duduklah Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi saya rasa tersinggung juga dengan Yang Berhormat Kalabakan ini. Dia bola sahaja, apa ada kepentingan apa-apakah dengan bola?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading tolonglah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Bukan, bola ini diminati ramai.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sepak takraw pun ramai juga, kami juga dapat emas.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Sepak takraw orang tidak tengok pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cakap itu sudah tidak masuk dalam sana.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak tahu macam mana hendak tulis.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
[Ketawa] Sebab itu saya minta kalau boleh dicadangkan bahawa bola sepak ini diletak di bawah Petronas, belanja lebih sikit supaya prestasi kita boleh naik. Mungkin tahun depan atau dua tahun dari sekarang boleh naik, mungkin nombor...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Nombor 160 apa lagi naik, 180?
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Nombor 40,30...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Naik, apa naik?... [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua yang saya ingin...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduklah, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kedua, yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan Malaysia Cup yang baru-baru ini, Menteri.
Kelantan lawan Negeri Sembilan, budaya yang dikemukakan oleh penonton-penonton kita, bawa bom dalam stadium dan bawa mercun dalam stadium. Jadi ini kita mahu tahu, negeri yang mana yang buat ini, kita mahu persatuan bola sepak negeri itu didenda RM100 ribu.
Kalau tidak, budaya kita, rosaklah, kita ikut macam negara-negara Barat, bawa bom dan bawa macam-macam pergi stadium Kedua, Tuan Yang di-Pertua, kita nampak bendera parti-parti politik dibawa. Ini bukan parti politik, ini kalau pun Kelantan dikuasai oleh PAS, jangan pula kita bawa bendera PAS atau Negeri Sembilan dikuasai oleh UMNO, jangan bawa bendera UMNO atau Barisan Nasional. Menteri mesti ambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Jadi minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri ada opsyen. Kalau hendak jawab yang tidak ada dibahaskan itu, boleh jawab tetapi kalau tidak...
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Ya, pasal bola tadi, kita sudah panjang menjawabnya. Saya rasa tidak perlu saya ulangi. Tentang bagi duit, saya sudah..
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota tolong. Menteri sudah hendak habis tadi.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Ya, saya sudah hendak habis. Pasal bola tadi saya telah huraikan dengan panjang lebar, tentang beri duit, kita beritahu bahawa perlu tengoklah dalam Malaysia kita ini ada lebih daripada..., 40 buah persatuan-persatuan kalau di peringkat kebangsaan termasuk sepak takraw.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Kita katakan bahawa penilaian kita dari segi bantuan dan sebagainya berdasarkan kepada tiga perkara tadi, kerana persatuan itu mesti ada good governance, soal pengurusan yang baik, soal programnya dan soal prestasinya. Ini juga perkara-perkara yang mesti kita lihat.
Kita tidak mahu akhirnya ada persatuan yang mengatakan bahawa tidak apalah, kerajaan akan beri banyak-banyak, RM12 juta atau RM20 juta. Orang tidak memikirkan tentang soal governance, tentang soal bagaimana orang menduduki tempat itu, ada tidak sistem pemilihan yang baik, accounting yang baik dan sebagainya. Saya tidak mengatakan FAM tidak ada begitu.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Akan tetapi kita tidak boleh menggunakan semudah itu. Menggunakan duit kerajaan untuk diberikan kepada persatuan-persatuan dan orang yang berada di persatuan merasakan bahawa aku duduk di atas timbunan wang yang banyak, yang dari segi akauntabiliti dan sebagainya tidak diperjelaskan dengan baik dan akauntabiliti yang lebih penting sekali bukan sahaja dari segi akaunnya, dari segi programnya tetapi prestasinya.
Kalau dikirakan bahawa kita tidak ada cukup wang, saya setuju bahawa wang tidak banyak tetapi ada negara lain Maldives, Laos, Myanmar yang lagi sedikit wangnya tetapi menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kita, maka kita katakan bahawa ini juga perkara yang mesti kita ambil kira dalam soal ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang tidak dapat saya jawab...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Tidak perlu. Saya sudah beritahu tadi Yang Berhormat menimbulkan tentang soal futsal, kenapa dekat masjid...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat!
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini soal lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tolong Yang Berhormat!
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Ini cara kita menghampiri jiwa dengan masjid dan Yang Berhormat telah pun bersetuju dalam soal itu, saya rasakan tidak perlu saya jawab.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sukan lain.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Bagus ya. Futsal dekat dengan masjid. Sampai waktu sembahyang, dia orang berhenti, dia orang sembahyang. Lebih baik daripada merempit, hisap dadah dan sebagainya. Ini yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat jadi saya ucapkan terima kasih banyak dan..
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sukan lain, sukan drift.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
...Insya-Allah, Kementerian Belia dan Sukan akan terus berjuang untuk memastikan kemajuan sukan dan belia dalam negara kita. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kehebatan Menteri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Semua Menteri hebat Yang Berhormat. Tahniah semua Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan semua... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum saya menjemput Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yang Berhormat Menteri menjawab ada option. Kalau soalan itu tidak dibangkitkan semasa perbahasan, tidak perlu jawab pun boleh Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat yang lain itu kalau hendak soal, soallah perkara berbangkit dalam perbahasan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, saya ialah orang yang taat kepada peraturan dan kepada Tuan Yang di-Pertua, cuma masalah kami, masalah Ahli Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini macam...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Semasa berucap..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk dahulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Waktu kami berucap ada mula- mula satu jam setengah, hebatlah dia joli. Lepas itu pendek, satu jam. Lepas itu pendek, setengah jam dan yang akhir lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kali ini tidak ada lima minit Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi kalau begitu... Tuan Yang di-Pertua. Saya minta pertimbangan. Terpulang Tuan Yang di-Pertualah. Kami kesuntukan masa sedangkan banyak perkara hendak diucapkan. Apa salahnya beri kelonggaran untuk kami bertanya kalau pun tidak disentuh semasa ucapan itu, kami sentuh kerana jadi Menteri, Timbalan Menteri ini hebat-hebat orangnya. Jadi bolehlah dia menjawab. Kalau dia boleh menjawab, dia jawablah, kalau dia tidak boleh, pegawai dia ada, boleh jawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi minta Tuan Yang di-Pertua berilah kelonggaran, jangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya buat keputusan Yang Berhormat. Ini sudah panjang sangat. Saya faham Yang Berhormat.
Pertama, hendak sebut hebat-hebat, semua hebat Yang Berhormat. Menteri hebat, Ahli Parlimen pun hebat. Yang Berhormat sendiri pun hebat. Itu yang pertama. Keduanya, saya beri kelonggaran. Saya pun tidak tahu apa Yang Berhormat bangkit dalam perbahasan, saya tidak tahu. Jadi itu atas Menteri sama ada hendak bagi ulasan ataupun tidak beri ulasan. Itu yang saya sebut tadi. Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak kementerian akan memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara menyeluruh. Antara isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan merangkumi empat bidang iaitu:
(i) isu perkhidmatan jalur lebar;
(ii) industri kreatif seni dan budaya negara;
(iii) program 1Malaysia; dan
(iv) program sambutan Hari Malaysia.
Puan Heng Seai Kie
Berkenaan dengan isu perkhidmatan jalur lebar Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu perkhidmatan jalur lebar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi adalah secara usaha sama antara pihak kerajaan dengan Syarikat Telekom Malaysia. Projek ini akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi gentian optik dengan peruntukan RM2.4 bilion daripada kerajaan dan RM8.9 bilion daripada Telekom Malaysia Bhd. Projek ini dilaksanakan secara end-to-end, dengan izin, merangkumi komponen rangkaian sambungan akhir atau last mile, dengan izin, rangkaian teras atau core network, dengan izin, dan rangkaian antarabangsa atau international gateway, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga suku kedua tahun 2009 sebanyak 919 buah projek telah dilaksanakan merangkumi 567 buah projek rangkaian akses, 345 buah projek rangkaian teras dan tujuh projek rangkaian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, antara faktor utama yang menyumbang kepada kelajuan internet jalur lebar ialah lokasi komputer pelayan atau server, dengan izin, di mana kandungan internet dihoskan sama ada di lokasi tempatan atau luar negara dan teknologi rangkaian akses yang digunakan. Untuk mengatasi masalah ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelan pelaksanaan jalur lebar nasional pada tahun 2007 bagi mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus mengikut isi rumah pada akhir tahun 2010. Pelan ini merangkumi strategi pelaksanaan bagi aspek penawaran dan permintaan untuk semua lapisan masyarakat di bandar, pinggir bandar dan tidak terkecuali di luar bandar.
Kerajaan turut peka dengan keperluan jalur lebar yang lebih tinggi di kawasan luar bandar. Melalui inisiatif-inisiatif jalur lebar yang sedang dilaksanakan, kapasiti jalur lebar domestik dan antarabangsa sedang dinaiktarafkan di samping membina rangkaian teras dan akses menggunakan teknologi gentian optik. Kerajaan akan memperluaskan liputan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 2 megabait ke seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar. Ini termasuklah penggunaan dana program perkhidmatan sejagat bagi perluasan infrastruktur jalur lebar di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu kerajaan juga turut melaksanakan inisiatif perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar percuma menggunakan teknologi seperti WiFi untuk kawasan-kawasan tertentu berdasarkan keperluan semasa. Antara inisiatif WiFi percuma yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah di 104 buah lokasi di bawah projek jalur lebar di Pulau Pinang dan Kulim. Kerajaan bersama pihak berkuasa tempatan juga telah melaksanakan WiFi percuma bagi projek perintis di beberapa buah perpustakaan awam di sekitar Lembah Klang dan menyediakan akses internet secara percuma kepada para pengguna di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading bangun.
Puan Heng Seai Kie
Silakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri merangkap Senator. Dengan perempuan saya cakap lembut sedikit dan dia pun orang baru. Saya tengok pun baik.
Orang baik. Saya ini kalah dengan perempuan... [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat menceritakan tentang jalur lebar ini begitu begini, begitu begini.
Saya hendak tanya projek jalur lebar ini pun akan gagal kalau sistem monopoli TM ini berterusan. Kenapa, kenapa, kenapa, perempuan, perempuan, perempuan, kenapa dan mengapa, tidak ada pilihan lain kah? Mesti TM juga. Kenapa dan mengapa mesti TM juga?
Tidak boleh kah dia beri peluang, rezeki ini kepada syarikat-syarikat lain. Jadi, kalau ada persaingan Tuan Yang di-Pertua, mungkin akan memberi faedah kepada rakyat yang ramai.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini kerana, apabila ada persaingan ia tidak monopoli. Ia akan menjaga pelanggannya lebih kerana takut kehilangan pelanggan. Akan tetapi, kalau dia punya sendiri, macam kepala bapa dia punya lah... [Ketawa] No, minta maaf! Tuan Yang di- Pertua, minta maaf lah tetapi ini bukan rujuk kepada... dia punya suka lah, dia kaut wang.
Saya hendak tanya dia, berapa ramai anak yatim yang telah dibantu? Berapa ramai janda- janda yang dibantu? Berapa ramai orang-orang yang lumpuh? Berapa ramai orang-orang yang tidak ada upaya? Berapa ramai rakyat yang memerlukan bantuan, yang dilihat oleh TM?... [Dewan riuh] Minta maaf Yang Berhormat Putatan, saya terlupa. Balik-balik bola sepak. Kata Yang Berhormat Kalabakan berapa ranking nya? Kita tidak menghalang, bantulah juga.
Sepak takraw engkau tidak bantu. Tolonglah, rakyat kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Okey. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Walaupun ayatnya lembut tetapi maksudnya amat tajam... [Dewan riuh]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sudah tua sudah.
Puan Heng Seai Kie
Yang Berhormat, saya memang setuju bahawa apabila ada persaingan, maka ada kemajuan dan perkara ini memang adalah polisi kementerian untuk memperbanyakkan pemain di dalam bidang jalur lebar ini. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Penjelasan.
Puan Heng Seai Kie
Bagi kemudahan masyarakat luar bandar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini masih ada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Puan Heng Seai Kie
Okey, silakan.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Saya agak jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu macam tidak selaras dengan hakikat iaitu sebenarnya pada masa ini, buat land line broadband secara berwayar, hanya satu syarikat sahaja diberi. Ada orang lain boleh pakai tetapi perlu sewa daripada Syarikat Telekom dan Syarikat Telekom akan sewa dengan harga yang mahal. Oleh sebab itu, tidak ada syarikat lain yang ingin memberikan perkhidmatan broadband secara berwayar. Ada sedikit persaingan melalui wayarles tetapi secara berwayar boleh dikatakan dengan most convenient sebab tiap-tiap rumah ada telefon line, itu semua kuasa monopoli Telekom.
So, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memecahkan kuasa monopoli ini supaya lebih ramai pemain dari syarikat-syarikat baru dapat masuk dalam bidang ini. Kedua, kita sudah tahu bahawa high speed broadband project ini akan dilancarkan dan mungkin akan habis pada tahun 2012 tetapi sehingga tahap 10MB per second sahaja. Akan tetapi banyak negara-negara lain sehingga tahun 2012 sudah akan sampai mencapai 1GB dan bukannya 10MB. So, kita hendak tengok bukan sahaja rancangan dua tahun yang akan datang, apakah dasar bagi kerajaan untuk lima tahun, sepuluh tahun yang akan datang sebab ini akan menyebabkan memberi kesan kepada competitiveness sesebuah negara. Terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Berkenaan dengan kos yang dikenakan, saya percaya bahawa sebagai seorang pakar dalam bidang ekonomi, Yang Berhormat tentu faham bahawa kos itu ada kaitan dengan bilangan langganan bagi sesuatu perkhidmatan.
Puan Heng Seai Kie
Jadi, buat masa ini di Malaysia, bilangan langganan kita masih lagi pada peringkat yang rendah dan kita berharap bahawa pada tahun 2010 nanti apabila kadar penembusan kita telah mencapai 50 peratus, maka masa itu kita dapat menikmati apa yang dikatakan sebagai ekonomi bidangan dan dengan itu dapat mengurangkan harganya. Kedua...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum habis lagi.
Puan Heng Seai Kie
Bolehkah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini masih penjelasan Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tadi yang dijawab itu bukan soalan saya. Soalan saya kenapa Telekom diberikan monopoli secara terus dalam broadband land line yang berwayar bukan economic of scale.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah terpesong ke soalan yang baru tanpa menjawab soalan yang dikemukakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jelutong duduk dahulu, dengar dahulu Yang Berhormat. Kalau dia habis jawapan, kalau tidak dapat baru boleh kita sebut Yang Berhormat
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Minta penjelasan kemudian.
Puan Heng Seai Kie
Okey, terima kasih kerana membantu. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, berbalik kepada soalan yang ditujukan. Kita tahu bahawa bagi perkhidmatan jalur lebar ini merupakan sesuatu yang baru untuk Malaysia. Jadi, sebagai permulaan, kerajaan haruslah mencari satu rakan kongsi yang boleh dipercayai dengan latar belakang yang mantap.
Jadi, pada masa itu Telekom Malaysia telah dipilih sebagai rakan kongsi ini. Walau bagaimanapun, kementerian ini memang maklum tentang dua isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi. Percayalah buat masa ini, kementerian memang sedang mengambil usaha untuk memperbaiki keadaan ini. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini macam... Sila, Yang Berhormat.
Puan Heng Seai Kie
Okey, bagi kemudahan masyarakat luar bandar, pihak kerajaan telah memperkenalkan pusat jalur lebar komuniti iaitu PJK di mana ia adalah salah satu program di bawah Program Universal Service Provision yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program ini memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan internet kepada kolektif kepada kawasan kurang liputan iaitu kawasan separa bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.
PJK ini diwujudkan untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT. Dengan adanya PJK, penduduk luar bandar dapat merasai kemudahan perkhidmatan jalur lebar dan seterusnya menggalakkan mereka untuk memiliki sendiri kemudahan tersebut. Sehingga kini, terdapat sebanyak 85 buah pusat jalur lebar komuniti telah beroperasi di seluruh negara dan penambahan sebanyak 89 buah pusat jalur lebar komuniti sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2009. Kewujudan PJK diharapkan dapat membantu masyarakat setempat, terutama sekali di kawasan luar bandar bagi meningkatkan pengetahuan, seterusnya memperbaiki kehidupan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya beralih kepada isu kedua yang dibangkitkan iaitu industri kreatif seni dan budaya negara, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Rembau...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat. Hendak beri jalan?
Puan Heng Seai Kie
Okey, silakan.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini, kita telah adakan satu inquiry yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak pesaing, daripada TM dan juga para kalangan penyedia perkhidmatan internet supaya kualiti broadband kita akan lebih baik lagi. Dalam inquiry tersebut, kita dapati banyak komen yang membina untuk memastikan supaya HSBB di Malaysia ini akan terus lebih mantap.
Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan telah menilai semua cadangan dan komen yang telah diberikan? Kita hendak lihat kalau boleh, komen yang telah diberi kebanyakannya daripada perkhidmatan maklumat ini adalah sangat bertepatan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kita dan cost effective. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Penjelasan. Sedikit sahaja. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kami tidak perlu sebut perkhidmatan broadband di luar, kami sebut perkhidmatan broadband di Dewan yang mulia ini. Broadband di komputer saya sungguh lambat. Bersetuju atau tidak?
Seorang Ahli
Setuju, semualah setuju.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Betul?... [Disampuk] Kedua, kenapa tidak ada fungsi untuk bahasa Cina dan bahasa Tamil? Sila jawab. Terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Pertama sekali ialah semua idea dan cadangan yang telah dikemukakan melalui survey yang dijalankan itu akan diberikan perhatian. Sebenarnya sekarang kementerian ini sedang mengkaji cara untuk membuat penambahbaikan.
Kedua, untuk menjawab soalan yang dikemukakan tadi ialah di Dewan yang mulia ini kita hanya menggunakan bahasa Malaysia. Yang dikatakan lambat itu mungkin kita akan ambil maklum tentang perkara ini dan akan berbincang dengan bahagian teknikal di Parlimen ini.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Mohon laluan.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, hendak bagi? Ada ramai yang bangun..., Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Machang.
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, sila izinkan saya untuk habiskan jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang duduk dulu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Topik broadband habiskan dululah.
Satu soalan yang pendek sahaja.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Broadband sahaja tajuknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, broadband Yang Berhormat. Kalau pindah nanti perlu kita hendak balik.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang lain tidak minat lagi, broadband sahaja minat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ringkas soalannya Yang Berhormat ya.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Ya, ringkas sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang kita faham kemudahan internet yang terletak di atas meja kita ini kita ucap terima kasih atas inisiatif Parlimen. Isunya ialah perkhidmatan yang berkualiti. Berkualiti maknanya laju. Yang saya faham, kelajuan sekarang ini ialah 18 Mbps hasil daripada gabungan tiga medium iaitu perkhidmatan Metro-e Telekom Malaysia 10 Mbps, wireless Telekom Malaysia 4 Mbps dan talian suwa Jaring 4 Mbps, totalnya 18 Mbps. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut akan bincang dan ambil perhatian lagi isunya ialah dengan gabungan tiga medium ini pun ia masih perlahan.
Jadi, ia mesti ada suatu jawapan yang jelas mengenai ikhtiar yang lebih praktikal bagi menyelesaikan perkara ini. Download process nya, Tuan Yang di-Pertua, sangat perlahan. Kalau ada fail yang disisipkan, pembantu kita yang di luar hendak sampaikan kepada kita melalui ini, kita hendak download sangat perlahan, pada hal sudah ada tiga gabungan itu. It defeats the purpose of having these sort of facilities. Jadi, saya mohon perkara itu diberikan respons yang lebih baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bantu Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit. Tentang internet itu, sebenarnya internet memang cepat tetapi perkakasan amat outdated. Oleh sebab itu, walaupun internet pantas, oleh kerana kereta di luar itu cantik, tetapi enjinnya masih 15 tahun, so perlahan. That is why when you use your own notebook, cepat. The issue is the hardware. So, Parlimen yang beli hardware ini telah beli hardware yang...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Secondhand.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Sudah outdated. Itu yang pertama.
Kedua, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, target sebenar bagi National Broadband Plan bagi Malaysia adalah untuk mencapai 50 peratus penetration pada tahun 2008 tetapi sampai sekarang kita tidak sampai lebih kurang 25 peratus. Saya difahamkan melalui media statement yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, dia kata dia hendak capai 50 peratus pada tahun hadapan.
Jadi, kita ingin tahu apakah langkah yang akan diambil untuk mencapai 50 peratus? How realistic is this? Adakah ini menubuhkan KPI yang fixed bagi Menteri ataupun disebutkan sebagai sasaran sahaja? Adakah ini sasaran KPI seperti sasaran KPI antara kementerian yang lain? Apakah dibuat untuk menjamin supaya sasaran ini akan dicapai?
Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Jelutong bangun, Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Barangkali saya juga ingin minta penjelasan dan di samping itu juga hendak menolong Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan.
Tadi disebutkan tentang USP, SKMM dan sebagainya dan juga community library services. Jadi, saya hendak tanya juga kenapa dari segi perkakasan dalam peralatan komputer yang disediakan untuk Ahli Parlimen ini agak lambat berbanding dengan apabila kita menggunakan notebook sendiri? Barangkali terdapat sesuatu spesifikasi yang telah ditentukan tidak setimpal dengan apa yang dibekalkan dari segi broadband.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya juga hendak tanya sama ada kelajuan (speed) yang begitu lambat itu adakah kerana dalam sistem Parlimen ini kita menggunakan sebarang jenis penapisan cyber traffic yang menyebabkan kelambatan dari segi the speed performance dan sebagainya. Tadi telah disebutkan tentang USP di mana Universal Service Provision Fund itu akan digunakan untuk memesatkan lagi penetration broadband di dalam negara, termasuk juga di kawasan luar bandar. Jadi, saya hendak tanya USP Fund sekarang sudah bertimbun sehingga sebanyak RM3 bilion. Kenapa daripada timbunan RM3 bilion itu tidak digunakan sekarang dalam suasana yang liberalisasi supaya USP Fund itu dapat digunakan?
Kalau kita bandingkan dengan apa yang telah dirancang di bawah Program Time 3, apa yang kita lihat ialah peningkatan infrastruktur telekomunikasi dan juga wireless broadband hanya terhad hanya kepada negeri Sarawak. Kenapa Time 3 tidak direbakkan ke seluruh negara? Adakah itu disebabkan Sabah dan Sarawak kalau berbanding dengan Kelantan dan Terengganu mereka tidak sama rata ataupun tidak.
Dari segi SKMM pula saya rasa SKMM merupakan satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jelutong, sudah panjang sangat, Yang Berhormat. Jangan ambil peluang untuk berucap Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Pendek sahaja. Last paragraph. Kenapa SKMM itu selalunya dikepalai oleh “pokok-pokok yang tua”? Sejak SKMM ditubuhkan, Tan Sri Nuraizah telah dilantik iaitu bekas KSU. Selepas itu Datuk V Danapalan dan selepas itu Datuk Halim Shafie dan sekarang Tan Sri Khalid Ramli.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Semua yang dilantik itu adalah pokok-pokok tua yang tidak ada getah lagi, yang tidak boleh memberi idea-idea yang baru untuk memajukan industri komunikasi. Kenapa tidak dilantik orang yang muda-muda, orang yang baru lepasan daripada industri-industri berkenaan supaya dapat mengepalai SKMM dan bukannya SKMM itu hanya dijuruskan, disediakan kepada pokok-pokok tua yang sebegitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat, Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat, sudah hantar mesej Yang Berhormat. Very clear Yang Berhormat, dengan izin.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi sila Yang Berhormat Menteri menjawab. Jadi Yang Berhormat Menteri, soalan Parlimen itu tadi kalau tidak boleh jawab, mungkin dia patut disoal kepada Menteri yang menjaga Parlimen, jangan kepada Menteri. Ini Parlimen Yang Berhormat. Dalaman kita ini, sepatutnya soal dalaman kita sendirilah. Saya cukup yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab soalan itu. Sila Yang Berhormat. Kalau tahu itu, bagi Yang Berhormat. Akan tetapi jangan tersalah silap nanti, 36(12)... [Ketawa]
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan juga Yang Berhormat Jelutong.
Bagi menjawab soalan tentang kenapa kelajuan di dalam Parlimen ini adalah kurang ia kerana walaupun seperti mana yang telah dinyatakan jumlahnya adalah 18 megabait, tetapi pengguna hanya dapat kelajuan wireless sahaja iaitu empat megabait, bukan 18.
Kedua ialah untuk menjawab soalan kedua tentang, kenapakah USB itu iaitu pemasangan USB fund yang digunakan untuk memasang Time 3 itu hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat Jelutong. Ini kerana di Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang masih tertinggal pada masa ini. Oleh itu keutamaan adalah diberikan adalah kepada kedua-dua negeri ini.
Puan Heng Seai Kie
Seterusnya ialah tentang soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara lagi iaitu untuk pengetahuan Yang Berhormat Petalilng Jaya Utara, sebenarnya sasaran kadar penembusan yang telah ditetapkan pada akhir tahun 2009 adalah 30 peratus dan seterusnya 50 peratus pada akhir tahun 2010, bukan pada tahun 2008 seperti mana yang telah didakwa oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi.
Satu lagi ialah tentang soalan yang dibangkitkan sama ada ini merupakan KPI, sama ada penembusan perkhidmatan jalur lebar ini merupakan KPI kementerian, jawapannya ialah ya. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa berusaha dan mengambil langkah dalam memartabatkan hasil seni dan filem negara di persada antarabangsa dan seterusnya menghasilkan ruang lumayan dalam ekonomi negara...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading bangun lagi Yang Berhormat.
Puan Heng Seai Kie
Silakan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, ada dua persoalan kerana tajuk ini sudah tukar daripada tajuk jalur lebar ini. Satu, saya hendak minta jasa baik Yang Berhormat Menteri itu sendiri dan kementerian. Ini iklan, “Sudah potong kah belum? Potonglah!” Iklan di TV itu kan, ada iklan. “Sudah potong kah belum?” Itu dipotonglah, diberhentikanlah. Anu sangat, macam lucah sangat. “Sudah potong..?” Kita faham dia suruh potong anu itu kan tetapi sesetengah orang, perkataan ”potong” itu maknanya potong ‘itulah’... [Ketawa] Jadi saya ingat kalau boleh lah, nasihat sayalah kepada Yang Berhormat Menteri “potong.”, “potong” punya iklan itu dipotonglah.
Kedua, saya hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sampaikan rasa terima kasih mewakili rakan-rakan bintang-bintang filem veteran khusus yang berada di Singapura kerana skim bantuan belaan artis yang bernilai RM50 juta yang telah diluluskan dan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 23 hari bulan yang lalu. Ini satu usaha yang sungguh murni, sungguh murni.
Cuma harapan saya supaya bintang-bintang filem baik yang veteran mahupun yang agaknya sekarang sudah tidak begitu aktif kerana keuzuran penyakit termasuk juga penyanyi-penyanyi, harap disenaraikan benar-benar sama ada yang berada di Malaysia kita ini mahupun yang berada di Singapura yang telah pun menyumbangkan tenaga, fikiran dan kegemilangan filem-filem Melayu ketika dahulu yang sekarang ada di atas kerusi roda macam Mat Rafi di Singapura, Umar Suwito di Singapura, Momok di Singapura, Neng Yatimah di Singapura...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Salleh Kamil?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya? Salleh Kamil sudah tidak ada... [Ketawa] Saya kerana biasa sangat dengan bintang-bintang filem ini kerana rumah saya di Johor Bahru selalu mereka datang. Zaitun, Hashimah Yon, Dato’ Aziz Satar di sinilah ya. Macam Datuk Maria Menado tidak tahulah sama ada patut dapat kah tidak kerana taraf hidup dia lain. Akan tetapi macam Datin Umi Kalthum, Salmah Ahmad, Salmah Ibrahim dan ramai lagi, Datuk Mustapha Maarof. Lain-lain Tan Sri Jins Samsudin, yang itu agaknya dia Senator. Akan tetapi kadangkala orang ini berjasa kepada masyarakat. Hari ini uzur, sudah tidak berlakon lagi tetapi mereka masih diminati oleh ramai penggemar filem- filem Melayu terutama yang disiarkan oleh TV RTM kita, TV3, Astro dan peminatnya jutaan.
Jadi saya amat mengalu-alukan skim belaan artis ini. Cuma itulah supaya bantuan ini disenaraikan benar-benar, baik di Merdeka Studio mahupun bekas Shaw Brothers ataupun Cathay Keris. Senaraikan betul-betul masih yang hidup. Kalau yang di Singapura itu, kalau hendak minta bantuan saya pun saya boleh. Saya boleh beri sumbangan kerana saya masih ada hubungan, boleh saya atur. Macam di Kuala Lumpur ini saya ingat Datuk Mustapha Maarof dan Tan Sri Jins Samsudin boleh senaraikan supaya diberi bantuan. Ini termasuk penyanyi-penyanyi lama.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Penyanyi-penyanyi yang menghibur kita sampai sekarang, lagu-lagunya tak pernah diketepikan oleh masyarakat. Macam Tan Sri S M Salim, Datuk Ahmad Jais, Datuk Jeffry Din dan ramai lagi penyanyi yang patut agaknya mendapat dan berilah, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Yang Berhormat fahamkah itu bahasa Melayu itu, faham ya? Melepaskan batuk di tangga. Faham ya, faham ya? Akan tetapi kalau tidak faham, you tanya Menteri sebab Menteri sangat faham. Dia kerja dia memang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat, panjang sangat sudah Yang Berhormat. Panjang sangat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Panjang Tuan Yang di-Pertua?
Ya lah hendak membela golongan yang patut dibela ini kadang-kadang memerlukan sedikit penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Ringkaskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi itulah, saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak akan gunakan potong perkara ini. Ringkas sahaja Yang Berhormat, ringkas sahaja Yang Berhormat... [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak dipotonglah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak potong.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sudah tidak ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lagi panjang kah penggulung Yang Berhormat itu?
Puan Heng Seai Kie
Ya. Okey, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading tentang isu yang telah dibangkitkan iaitu kementerian ini akan ambil maklum tentang apa yang disarankan terutama sekali berkenaan dengan kebajikan dan kepentingan artis tempatan supaya nama mereka tidak akan tercicir dan kepentingan mereka akan terpelihara.
Puan Heng Seai Kie
Isu kedua yang telah dibangkitkan tadi iaitu iklan yang dimaksudkan ialah iklan P1 WiMAX, ia sedang dalam pertimbangan Forum Kandungan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan. Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya semua iklan sebelum disiarkan, ia mesti mendapat kelulusan iaitu lesen daripada Lembaga Penapisan Filem yang dikeluarkan di bawah Kementerian Dalam Negeri bukan di kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, program penyerlahan kumpulan kebudayaan peringkat antarabangsa merupakan salah satu usaha bagi memartabatkan hasil seni negara khususnya seni persembahan.
Umpamanya pada tahun 2008, kementerian telah menghantar kumpulan kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menyertai program Titian Budaya Malaysia-Singapura di Republik Singapura, World Expo Saragossa di Sepanyol, Minggu Malaysia di London dan Asian Arts Festival ke-10 di Guangzhou, Republik Rakyat China.
Selain daripada itu, produk filem negara turut memainkan peranan dalam ekonomi negara.
Dalam usaha membantu produser filem tempatan, FINAS telah menyediakan beberapa program ataupun insentif berlandaskan Dasar Perfileman Negara yang diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada tahun 2005 seperti berikut
(i) pembangunan modal insan, permodalan dan insentif;
(ii) pembangunan teknologi dan infrastruktur;
(iii) pembangunan filem dokumentari dan animasi; dan
(iv) promosi dan pemasaran.
Jemaah Menteri pada tahun 2005 seperti berikut
FINAS sentiasa membantu penggiat filem tempatan melalui kemudahan- kemudahan seperti Skim Pinjaman Filem Cereka, Dana Pembangunan Seni Filem dan Multimedia, Dana Filem Dokumentari dan Insentif Duti Hiburan. Berhubung cadangan- cadangan Yang Berhormat Maran mengenai dana kepada pihak NGO adalah dimaklumkan bahawa Dana Pembangunan Seni Filem dan Multimedia turut diperuntukkan kepada NGO yang terlibat dalam seni budaya khususnya industri filem.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Minta laluan.
Puan Heng Seai Kie
Ya, sila.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pertamanya saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas pakaian baju kebaya, betul-betul mempamerkan bangsa Malaysia. Tahniah, cukup anggun dan apabila keluar TV pun saya tengok, begitu fotogenik, tahniah... [Ketawa] Soalan saya, ini promosi untuk baju budaya negara Malaysia, terasnya kebudayaan Melayu adalah kebudayaan kebangsaan kerana itu saya beri pujian.
Soalan saya Yang Berhormat, saya hendak bertanya budaya mempromosi budaya negara kita ini di bawah Kementerian Kebudayaan dan budaya ini ada kaitan dengan menarik para pelancong. Jadi saya hendak tahu, dalam usaha mempromosi budaya dengan hendak menarik para pelancong di bawah Kementerian Pelancongan, bagaimana koordinasi dibuat? Kerana saya tengok masing-masing jalan yang akhirnya overlap, mungkin membazirkan resources dan kadang-kadang tidak diselaraskan, itu satu.
Keduanya, apakah pihak kementerian dari segi fokus, dari segi mempromosi budaya di peringkat antarabangsa?
Dahulu saya tengok macam di Kelantan, yang popularnya wayang kulit sampai dihantar ke Amerika, ke Eropah, kumpulan rebana tetapi sekarang ini sudah tiada. Jadi mengikut musim dan tidak fokus sehingga kita tengok selepas dibuat hasilnya, kesannya tiada apa-apa tetapi yang kita tengok membazir dan menghabiskan wang sahaja. Jadi saya hendak tanya dari segi koordinasi ini amat penting supaya budaya dapat ditingkatkan, keuntungan dari segi komersial pelancongan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pasir Mas. Jadi untuk perhatian Yang Berhormat, pada masa kini kementerian memang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan terutama sekali, kita menghantar pasukan tarian kita untuk mengikuti rombongan bagi mempromosikan pelancongan ke luar negara. Tuan Yang di-Pertua, melalui dana yang diperuntukkan untuk pembangunan seni filem dan multimedia, persatuan-persatuan perfileman yang aktif dan memerlukan bantuan kewangan untuk pengurusan persatuan dan membiayai aktiviti akan diberikan RM30,000 setahun...
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Boleh minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar
Yang Berhormat beri peluang kepada Menteri menjawab dahulu, beliau belum habis memberi jawapan kepada soalan yang dibangkit, jawapan Menteri belum dibaca lagi.
Puan Heng Seai Kie
FINAS bukan sahaja memberikan bantuan dari segi kewangan malahan turut memberikan insentif lain seperti menyediakan ruang pejabat di Kompleks Studio Merdeka kepada empat persatuan filem iaitu Persatuan Penulis Skrip Malaysia, Persatuan Sutradara Malaysia, Persatuan Pekerja Filem Malaysia dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia. Selain daripada itu, ahli-ahli persatuan filem akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas yuran bagi menyertai bengkel perfileman ataupun Master Class di FINAS. Ya, silakan Yang Berhormat Labis.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan saya ialah baru-baru ini pada 9 November 2009 terdapat satu kenyataan media menyatakan bahawa kerajaan mempunyai dana sebanyak RM50 juta untuk produser-produser filem di negara kita. Malangnya kebanyakan sumbangan atau loan yang diberi tidak dapat dipungut balik. Ini adalah kerana struktur loan itu mempunyai sedikit kesalahan di mana pinjaman itu hanya perlu dibayar balik sekiranya filem itu dapat ditayangkan. Adakah kementerian akan melihat sama ada syarat-syarat ini akan dipinda?
Sekian, terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih di atas soalan yang ditujukan. Memang Dana Skim Pinjaman Filem sehingga RM50 juta telah diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu pengeluar filem dalam usaha untuk membangunkan filem industri dan membuka peluang kepada penerbit baru. Jadi berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan, kerajaan pada masa kini sedang mengkaji perkara ini supaya dana sedemikian akan digunakan bukan sahaja sekadar untuk membantu penerbit baru tetapi juga kepada mereka yang akan menjanjikan pulangan yang dapat membuat bayaran balik.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, adalah dimaklumkan bahawa KLIFF telah dianjurkan bertujuan untuk menyediakan platform kepada penggiat filem tempatan untuk melangkah ke pasaran antarabangsa. Ia juga merupakan salah satu medan yang ideal untuk seluruh karyawan filem tempatan dan antarabangsa bertukar-tukar idea, kepakaran dan pengalaman antara satu sama lain. Di samping itu, KLIFF juga boleh dilihat sebagai medium untuk merapatkan hubungan nilai persahabatan dan budaya menerusi filem di antara penerbit-penerbit negara yang terlibat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semasa penganjuran KLIFF pada tahun 2007, sebanyak 168 buah filem daripada 51 buah negara dari Benua Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Eropah dipertandingkan dan wakil filem cereka tempatan iaitu 1957: Hati Malaya telah memenangi Anugerah Penataan Bunyi Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
Puan Heng Seai Kie
Selain daripada itu, filem animasi Geng Pengembaraan Bermula Upin dan Ipin memenangi Anugerah Filem Animasi Terbaik untuk Anugerah Merit Juri. Manakala bagi penganjuran KLIFF 2008 sebanyak 191 buah filem dipertandingkan mewakili 44 buah negara. Wakil tunggal Malaysia iaitu filem Wayang telah memenangi Anugerah Khas Juri.
Semasa penganjuran kali ini dapat dilihat peningkatan dalam jumlah filem yang dipertandingkan. Hal ini menunjukkan bahawa KLIFF semakin dikenali dan diiktiraf oleh penggiat industri filem antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009 ini, penganjuran KLIFF terpaksa ditangguhkan kerana masalah kemelesetan ekonomi global dan penularan wabak H1N1. Selain itu, satu kajian tentang impak mengenai keberkesanan penganjuran KLIFF sedang dijalankan dan cadangan untuk menyerahkan penganjuran KLIFF kepada pihak swasta sepenuhnya sedang diteliti.
Tuan Yang di-Pertua, dengan usaha dan galakan berterusan oleh semua pihak termasuk kerajaan adalah amat penting kepada industri kreatif, seni, dan budaya tempatan.
Semoga melalui usaha ini industri kreatif, seni, dan budaya tempatan bukan hanya untuk dihayati, tetapi ia juga dikomersialkan supaya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
Bagi menjawab cadangan yang telah diusulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan berhubung rombakan semula struktur Lembaga FINAS, adalah dimaklumkan bahawa buat masa ini pihak kementerian tidak bercadang ke arah itu memandangkan struktur Ahli Lembaga FINAS telah diwartakan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan Akta 244 dan Akta 589.
Seterusnya, mengenai status perkampungan perfileman yang dibangkitkan, cadangan ini masih dalam peringkat perancangan. Bagi menjayakan perkampungan perfileman ini yang akan menelan belanja lebih daripada RM150 juta, ia memerlukan perancangan yang lebih teliti. Usaha untuk mengenal pasti tapak atau lokasi yang sesuai telah pun bermula. Selain daripada itu kajian kesesuaian, kemudahan, dan peralatan serta keperluan industri tempatan dan luar negara sedang dijalankan. Jika...
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat...
Puan Heng Seai Kie
Okey, silakan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkampungan perfileman. Yang Berhormat sama ada sedar atau tidak sedar bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah pun mengorak langkah lebih hadapan daripada kementerian dengan memperkenalkan perkampungan perfileman ini dan Kerajaan Negeri Melaka juga mempunyai satu lagi inisiatif untuk mengenang jasa-jasa para artis kita yang banyak berjasa kepada tanah air dengan memperkenalkan sebuah kampung yang dipanggil sebagai “Kampung Artis”. Jadi semua usaha ini kurang lebih seolah-olah berada di dalam kerangka kementerian untuk menggalakkan pembangunan seni dan budaya negara. Jadi saya hendak minta satu komitmen daripada kementerian Yang Berhormat, apakah bentuk sokongan dan dukungan yang boleh diberikan kepada Kerajaan Negeri Melaka yang nampaknya jauh lebih ke hadapan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam urusan ini? Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh saya sambung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mahu beri laluan Yang Berhormat?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih. Sebentar tadi dari Yang Berhormat Tangga Batu menyebut soal inisiatif negeri Melaka. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah tidak mungkin melihat negeri Kelantan juga sebagai sebuah negeri potensi untuk diwujudkan perkampungan perfileman? Ini kerana seperti negeri Melaka tidak sebesar negeri Kelantan. Jadi negeri Kelantan banyak lagi tanah ada bukit-bukau, paya, sungai, air terjun, dan gua yang sememangnya sesuai untuk dijadikan perkampungan perfileman dan dengan macam-macam budaya lagi daripada rakyat negeri Kelantan. Jadi seperti negeri Melaka ini, negeri pun sudah saturated, dengan izin. Hendak buat rumah pun sudah tidak cukup, jadi cukup dengan apa yang ada sekarang kita bawa pergi negeri Kelantan, bagaimanakah itu? Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, mahu beri laluan Yang Berhormat?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Boleh beri laluan?
Puan Heng Seai Kie
Okey, silakan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Saya ingin mendapatkan pandangan Timbalan Menteri tentang kesampaian keMalaysiaan yang dipamerkan oleh 15 filem Malaysia. Adakah kementerian merasakan perlu menggalakkan penyiaran filem sebegini untuk menunjukkan keunikan masyarakat yang berbilang kaum dan realiti yang berlaku di negara kita? Sehingga hari ini apakah bentuk galakan, bantuan, dan subsidi diberikan kepada pihak yang terlibat dalam perfileman sebegini oleh kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan atau isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Kerajaan memang bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh kerajaan Melaka. Kerajaan Melaka memang sebuah negeri yang proaktif dan boleh dijadikan sebagai satu contoh kepada negeri-negeri lain dalam pembangunan industri perkampungan perfileman ini.
Jadi untuk menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kementerian ini memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa bagi Kerajaan Barisan Nasional, kita memang menjaga kepentingan semua negeri tidak kira sama ada ia di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional ataupun dipimpin oleh Kerajaan PKR. Untuk menjawab iaitu isu yang dibangkitkan mengenai siaran cerita “15 Malaysia” itu, kerajaan memang membantu cerita-cerita seperti ini iaitu perfileman seperti ini melalui dana yang diperuntukkan di bawah FINAS.
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, jika terlaksananya perkampungan perfileman ini, pihak kementerian menjangkakan ia dapat memberikan kemudahan one-stop centre kepada penggiat industri perfileman tempatan mahupun antarabangsa. Mengenai program 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk menyebarluaskan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak kepada rakyat di semua peringkat, kerajaan telah merancang pelbagai aktiviti bagi mempromosikan konsep tersebut menerusi pelaksanaan program penghayatan 1Malaysia di mana Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertindak sebagai peneraju utama. Program penghayatan 1Malaysia ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan semua kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan sektor swasta mulai tahun 2009 dan akan berterusan sehingga tahun 2012...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jempol bangun Yang Berhormat?
Puan Heng Seai Kie
Ya, silakan.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Konsep 1Malaysia gagasan yang besar bukan sahaja untuk menyatupadukan rakyat tetapi selain daripada itu ialah untuk melaksanakan Konsep Integrasi Nasional yang juga menjadi agenda besar kepada negara kita. Dari segi perpaduan saya fikir kejayaan kerajaan sangat jelas. Cuma dari segi integrasi nasional ini agak longgar sedikit.
Saya mencadangkan kalau boleh kementerian mempelopori perancangan secara besar-besaran untuk membawa sama ada pegawai-pegawai, aktivis-aktivis masyarakat dari Sabah, Sarawak, Labuan bertukar ke Semenanjung. Daripada Semenanjung pula ke Sabah dan Sarawak. Saya nampak homestay adalah merupakan satu perancangan kerajaan dalam bidang industri pelancongan yang sekarang ini boleh dikatakan semua daerah mempunyai homestay.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Ini amat jelas sekali kekuatan kita dengan mengintegrasikan kebudayaan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Muzik tradisional dan juga makanan tradisional.
Segala apa-apa sahaja budaya yang ada di negeri-negeri ini dapat kita integrasikan dengan lebih berkesan. Perbelanjaannya pun murah. Melibatkan lebih ramai rakyat kita dan sekali gus boleh melonjakkan industri pelancongan melalui homestay.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Jempol atas cadangan yang bernas. Kementerian ini akan memberikan perhatian terhadap apa-apa yang telah diutarakan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, bagi jalan sedikit.
Puan Heng Seai Kie
Silakan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya sedikit tentang Gagasan 1Malaysia kerana saya tahu dan faham, dan saya merasakan Dewan Rakyat ini telah dimaklumkan bahawa sejak bulan April sehingga bulan September, satu jumlah sebanyak RM2.5 juta telah dibelanjakan untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia ini.
Tadi juga Timbalan Menteri telah menyebut bahawa program untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia ini akan berterusan sehingga tahun 2012. Jadi saya hendak bertanya, apakah bajet atau peruntukan, berapa banyak yang akan disediakan untuk program mempromosikan Gagasan 1Malaysia ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri saya merasakan boleh tumpukan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya melihat bahawa apabila masuk kepada topik ini, baru introduction daripada Yang Berhormat Menteri sudah ada soalan tambahan kepada perkara yang baru yang perlu dijawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Rasanya perkara-perkara yang telah dibawa kepada peringkat perbahasan peringkat dasar itu perlu dijawab terlebih dahulu Yang Berhormat Menteri.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya jawapan isu yang dibangkitkan itu jawapannya akan berada apa-apa yang akan saya bentangkan sebentar lagi. Jadi saya akan meneruskan dengan hujah saya iaitu di bawah program tersebut aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah meliputi aktiviti-aktiviti komunikasi bersemuka, aktiviti merakyatkan seni budaya dan aktiviti menerusi media massa.
Di samping itu, aktiviti berbentuk mesra rakyat akan dapat memupuk dan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di mana ia dapat memberikan ruang untuk rakyat menyuarakan rasa hati selaras dengan Gagasan 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Objektif utama aktiviti di bawah program tersebut ialah untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan sokongan rakyat terhadap 1Malaysia ke arah membina negara bangsa yang bersatu padu dan mengamalkan lapan nilai 1Malaysia:
(i) budaya berprestasi tinggi;
(ii) budaya ketepatan;
(iii) budaya ilmu;
(iv) integriti;
(v) ketabahan;
(vi) kesetiaan;
(vii) kebijaksanaan;dan
(viii) budaya inovasi.
Selaras dengan itu, pelancaran logo dan lagu 1Malaysia peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Manakala pelancaran di peringkat negeri akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang secara berterusan sehingga tahun 2012.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah Ceramah 1Malaysia yang diadakan di politeknik-politeknik seluruh Malaysia, Seminar 1Malaysia, Perhimpunan Semarak 1Malaysia dan penerbitan bahan seperti buku kecil 1Malaysia, risalah 1Malaysia, poster dan sajak harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jabatan Penerangan Malaysia sebagai urus setia induk program penghayatan 1Malaysia ini telah turut menganjurkan Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak pada 17 sehingga 18 Oktober 2009 di Ipoh, Perak bersama dengan Kerajaan Negeri Perak dan jabatan atau pun agensi di bawah kementerian ini.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kerajaan tidak memperuntukkan sebarang peruntukan khas bagi menjayakan aktiviti mempromosi dan publisiti program 1Malaysia.
Jabatan Penerangan Malaysia bersama-sama lain-lain jabatan dan agensi di bawah kementerian ini akan dan terus menggembleng usaha bagi menjayakan program penghayatan 1Malaysia berasaskan kepada peruntukan sedia ada.
Ini termasuklah dalam mengadakan kursus intensif ceramah kepada pegawai- pegawai jabatan dengan tujuan untuk melatih mereka menyampaikan ceramah yang berkesan. Terutama sekali dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan seperti Rukun Negara dan Perpaduan termasuk Gagasan 1Malaysia.
Justeru itu, pihak kementerian mengalu-alukan peruntukan khas kerajaan agar dapat terus melatih dalam mempertingkatkan kemahiran juga menambah bilangan pegawai-pegawai mahir berceramah. Ini kerana pada masa kini, Jabatan Penerangan Malaysia hanya mempunyai 80 orang pegawai yang mahir. Begitu juga dengan peruntukan bagi pelaksanaan program 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Puan Heng Seai Kie
...Bagi pihak kementerian saya juga ingin mengucapkan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Timbalan Menteri.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih. Silakan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian dan Kerajaan Negeri Perak kerana penganjuran Perhimpunan 1Malaysia. Saya sendiri hadir dan kehadiran melebihi jangkaan. Penuh stadium.
Seorang Ahli
Sponsors.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya ingat...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
...sehingga menyebabkan rakan-rakan saya daripada Yang Berhormat Taiping...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kita semua tahu di sponsored lah.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ramai lagi lah rasa cemburu dengan keupayaan bagaimana kita menghimpunkan begitu ramai. Tergugat rasanya.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
1Malaysia boleh dibeli lah.
Beberapa Ahli
Sponsored lah.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Samalah. Jadi saya cuma hendak bertanya Menteri, apakah program seumpama ini akan digerakkan ke negeri-negeri lain sebagai usaha untuk meningkatkan penghayatan dan semarak rakyat supaya benar- benar melaksanakan konsep yang cukup baik ini, yang pertama.
Kedua, saya percaya juga lagu memainkan peranan penting dalam usaha kita untuk membina dan menanam konsep ini terutama sekali dalam kalangan anak-anak kecil.
Generasi muda dan pelbagai peringkat. Saya ingat kalau lagu yang menarik, Yang Berhormat Beruas tentu suka.
Jadi sebab saya melihat di televisyen, kadang-kadang lagu 1Malaysia bertukar- tukar. Banyak sangat. Apakah tidak kementerian tonjolkan satu lagu yang begitu hebat?
Biar lagu itu akan dijadikan satu cara untuk menyemarakkan lagi konsep ini supaya ia menjadi mainan di bibir anak-anak kecil. Saya ingat ramai anak-anak kecil, rakan-rakan kita pembangkang pun menyanyikan lagu 1Malaysia. Cuma dia tidak menyanyi depan ibu atau bapanya sahaja. Terima kasih.
Seorang Ahli
...Adalah satu lagu rompak kerajaan.
Puan Heng Seai Kie
Ya, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tuan Yang di- Pertua, untuk menjawab soalan yang telah ditujukan jawapannya seperti yang telah saya terangkan tadi. Program 1Malaysia ini memang akan dilaksanakan di setiap negeri secara berperingkat. Tentang lagu 1Malaysia sebenarnya kita mempunyai enam pilihan dan apa- apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat itu akan saya bawa balik untuk dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan? Sebelum Yang Berhormat Menteri mungkin hendak mengalih daripada subjek Gagasan 1Malaysia. Kita tahu bahawa syarikat Eco Worldwide sudah diberikan kontrak berpuluh-puluh juta Ringgit Malaysia untuk promosi Gagasan 1Malaysia. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini projek- projek utama yang ada bersangkut-paut dengan kementerian yang berkenaan dalam mempromosikan 1Malaysia ini melalui Eco Worldwide ini?
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu, saya meminta jawapan secara bertulis ya. Tuan Yang di-Pertua, penghayatan 1Malaysia berasaskan kepada peruntukan yang sedia ada. Ini termasuklah dalam mengadakan kursus intensif ceramah kepada pegawai-pegawai jabatan dengan tujuan untuk melatih mereka menyampaikan ceramah yang berkesan. Terutama sekali dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan seperti Rukun Negara dan perpaduan termasuklah Gagasan 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas idea dan kritikan membina berkaitan dengan Program Sambutan Hari Malaysia daripada Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Libaran. Negara Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan pada setiap tahun bermula pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1957 hingga tahun 1969, sambutan ulang tahun kemerdekaan dikenali sebagai sambutan hari Malaysia manakala pada tahun 1970 hingga sekarang, majlis tersebut dinamakan sebagai sambutan hari kemerdekaan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2007 hingga sekarang, perayaan hari Malaysia telah menjadi salah satu pengisian sambutan hari kemerdekaan yang dilaksanakan secara bergilir di negeri Sarawak dan Sabah.
Kerajaan meletakkan kepentingan kepada kedua-dua acara tersebut memandangkan sambutan hari kemerdekaan dan perayaan hari Malaysia mempunyai sejarah tersendiri, yang begitu significant kepada seluruh rakyat di negara ini. Secara asasnya, konsep sambutan hari kemerdekaan lebih fokus kepada aspek perpaduan dan kemajuan negara dengan berteraskan prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar pembangunan negara selaras dengan Gagasan 1Malaysia. Kedua-dua aspek ini merupakan manifestasi kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang maju dan bersatu dalam sebuah negara yang berbilang kaum.
Perayaan hari Malaysia pula penting untuk menyedarkan rakyat tentang pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, selepas negeri Sarawak dan Sabah mencapai kemerdekaan mutlak. Sambutan perayaan Hari Malaysia secara tidak langsung dapat mendekatkan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan kebebasan media yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Kepong. Dijelaskan di sini bahawa konsep 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan yang jitu di kalangan rakyat Malaysia dan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Berdasarkan itu, kebebasan media di Malaysia adalah terjamin mengikut lunas- lunas perundangan sedia ada. Sehubungan itu, undang-undang yang sedia ada sudah memadai untuk mengawal dan mencegah laporan-laporan yang berbentuk lucah, fitnah, hasutan serta yang mengancam keselamatan negara.
Dalam hal ini, yang perlu ialah peningkatan penguatkuasaan daripada semua agensi-agensi kerajaan yang terbabit. Pada masa yang sama, sikap pertanggungjawaban daripada semua rakyat Malaysia, untuk bersama-sama membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang ini juga amat diperlukan. Sejajar dengan itu, pihak kementerian memohon kerjasama daripada semua media sama ada media cetak yang terletak di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri mahupun media baru, supaya lebih responsif dalam melaksanakan tugas mereka dan bersama-sama menjaga imej, kesejahteraan...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan.
Puan Heng Seai Kie
...Dan keselamatan rakyat dan negara.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat, sedikit sahaja Yang Berhormat.
Puan Heng Seai Kie
Seperti yang kita maklum dan akui, salah satu pendukung kejayaan gagasan 1Malaysia bergantung kepada peranan responsif media massa, dalam mendidik masyarakat mengenai konsep dan nilai-nilai murni yang termaktub di bawah 1Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
...Yang Berhormat Lembah Pantai bangun, Yang Berhormat.
Puan Heng Seai Kie
Okey, silakan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat menyebut tentang tindakan yang diambil oleh semua media termasuklah media baru di bawah tanggungjawab agensi SKMM atau MCMC. Baru-baru ini saya bertanyakan soalan dalam Parlimen berkait dengan tindakan yang diambil untuk menyiasat satu siaran demonstrasi oleh laman web Malaysiakini.
Tindakan itu menunjukkan bahawa kementerian berpendapat bahawa adalah silap dan salah untuk siaran, yang dianggap menimbulkan kemarahan perkauman dan sebagainya walaupun merupakan paparan apa yang berlaku, sedia ada seperti tanggungjawab mana-mana media. Itu yang pertama.
Saya hendak bandingkan tindakan yang diambil oleh SKMM dalam kes tersebut dengan tindakan SKMM sekarang ini, yang masih lagi mengambil kira rayuan yang dibuat oleh YTL semasa mereka gagal melaksanakan rollout untuk program WiMAX. Jadi, dua kes berbeza tetapi apa pendirian kementerian? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memastikan syarikat-syarikat seperti YTL dan sebagainya, yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka membayar yuran saman yang sejajar dengan tindakan yang diambil dengan media massa seperti Malaysiakini. Apabila dianggap memaparkan kisah sebenar, terus diserbu sebegitu? Jadi, apakah pendirian kerajaan dalam hal ini? Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dibangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya SKMM mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi, segala tindakan yang diambil adalah di bawah peruntukan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat, saya hanya mahu tanya, kalau begitu memang YTL akan dikenakan saman tersebut? Diteruskan? Adakah SKMM...
Puan Heng Seai Kie
...Jika didapati menyalahi dari segi undang-undang...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
...Sudah didapati dalam laporan berita, memang telah didapati bersalah. Akan tetapi sekarang YTL sedang merayu. Jadi, saya mahu menanyakan apakah pendirian kementerian dalam hal ini? Adakah akan pastikan mereka bayar saman tersebut untuk menunjukkan tidak ada pilih kasih sama ada laman web yang menyiarkan berita dengan syarikat yang tidak bertanggungjawab?
Puan Heng Seai Kie
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya nyatakan dan seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Kes ini sekarang adalah kes rayuan dan dalam menyelesaikan masalah ataupun isu ini, kementerian ini akan sentiasa merujuk kepada peruntukan yang di bawah AKM 1998. Saya berharap Yang Berhormat sabar dan tunggu sehingga keputusan itu dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, Program PERMATA Seni adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Istana Budaya. Di mana Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bertanggungjawab untuk mengendalikan PERMATA Seni Koir dan Istana Budaya pula mengelolakan PERMATA Seni Muzik. Program ini merupakan penganjuran satu program latihan berterusan yang bertujuan untuk melatih, memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa serta mengembangkan kepakaran kanak-kanak yang cemerlang dan terbaik di Malaysia.
Pelaksanaan program ini tiada pertindihan fungsi dengan sekolah seni memandangkan program PERMATA mengkhusus kepada latihan tahap yang telah mahir atau advance, dengan izin, dan bukan di peringkat asas.
Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, menjangkau usia 51 tahun, Balai Seni Lukis Negara telah mengangkat dan memartabatkan seni visual negara ini ke satu tahap terbaik dengan prasarana bertaraf dunia. Justeru itu, institusi ini telah mengangkat pelukis serta pengamal seni visual tempatan melalui penyediaan ruang pameran berprestij dengan pengurusan kurator yang terbaik dengan disertakan dengan penerbitan monograf bermutu. Balai Seni Lukis Negara juga telah mengangkat dan memartabatkan karya-karya pelukis tempatan yang terbaik untuk dipilih sebagai koleksi warisan tampak negara dan karya-karya yang mempunyai kriteria tertentu juga telah diangkat sebagai warisan kebangsaan.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Tanah Merah juga telah membangkitkan tentang bangunan kolonial iaitu Majestic Hotel dan bekas bangunan Balai Seni Lukis Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bangunan tersebut adalah dalam proses pemuliharaan oleh YTL Corporation Berhad dan kini sedang dalam pemantauan Jabatan Warisan Negara. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Saya ada bertanya mengenai siaran langsung dari Parlimen di saluran RTM. Saya bangkitkan perkara itu di perbahasan saya.
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi alasan mengapa kebelakangan ini, pada sesi ini, apabila siaran langsung bersiaran, hanya suara dan apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja yang mendapat liputan tetapi daripada pihak Pembangkang suara kami langsung tidak mendapat liputan seolah-olah kami seperti tiada di dalam Dewan Rakyat. Mengapa? Adakah ini konsep 1Malaysia yang dikatakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti yang dihuraikan sebelum ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Boleh saya bertanya sedikit dahulu? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di dalam debat saya, saya ada juga menyebut sama ada bolehkah kita bersama-sama menubuhkan satu jawatankuasa pilihan supaya kita semua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat supaya kita boleh bersama-sama untuk mengkaji akta-akta berkenaan kebebasan media. Maka, kita boleh memastikan bahawa media bekerja dalam satu suasana yang independent dan tiada campur tangan daripada parti politik. Saya minta penjelasan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Serdang. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sebenarnya siaran langsung itu tidak ada pilih kasih dari segi membuat liputan. Apa yang berlaku di dalam Dewan Parlimen tetap akan disiarkan dan perkara ini akan saya bawa untuk siasatan dan...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Minta penjelasan. Nampaknya tidak ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan dahulu. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak habis lagi Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
...Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bercakap benar kerana mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menonton TV.
Akan tetapi, saya hairan sejak kebelakangan ini, only this station sebagai contoh, apabila soalan nombor satu ditanya oleh Barisan Nasional, apabila ada soalan tambahan, tiba-tiba siaran pergi ke arena yang lain, macam an entirely different episode. Tidak ada siaran langsung dari Dewan Rakyat. Ini bukan sahaja diskriminasi, a clear cutting off the opposition. Tidak pernah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ini, cencorship of the highest’s order.
Puan Heng Seai Kie
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya akan membawa perkara ini untuk siasatan dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Serdang, saya
Puan Heng Seai Kie
mengucapkan terima kasih atas cadangan yang telah dikemukakan. Kerajaan memang mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak dalam melindungi kebebasan media di negara ini.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat yang sudi memberikan pandangan dan cadangan yang bernas mengenai perkara yang berkaitan dengan kementerian saya. Segala cadangan dan pandangan serta kritikan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berjumlah 35 orang yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan dalam menyentuh bidang tugas kementerian saya, khususnya dalam sesi perbahasan Bajet 2010 di peringkat dasar.
Pelbagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan dan pihak kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan susulan kepada isu yang dibangkitkan. Izinkan saya memberi penjelasan setakat mana yang saya dapat dalam tiga sektor iaitu tenaga, teknologi hijau dan air.
Mengenai bekalan elektrik Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Gelang Patah telah membangkitkan isu mengenai kualiti bekalan elektrik negara dan juga di kawasan perindustrian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jasin, negeri Melaka telah mencatatkan prestasi yang baik di mana tahap System Average Interruption Duration Index
(SAIDI), dengan izin, berada pada paras 98.8 minit pelanggan setahun.
Adalah dijangkakan, tahap prestasi membekalkan elektrik bagi negeri Melaka akan bertambah baik di mana berasaskan maklumat yang dikemukakan oleh TNB tahap SAIDI di Melaka sehingga Oktober 2009 telah menurun kepada 69 minit pelanggan setahun.
Manakala bagi kawasan industri kritikal iaitu di Batu Berendam, Cheng, Bukit Rambai dan Merlimau telah mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan dengan tahap SAIDI di paras lima minit pelanggan setahun. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Minta penjelasan.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Untuk menjadikan Bandar Raya Bersejarah Melaka iaitu kawasan Melaka Tengah sebagai bandar raya contoh dengan SAIDI yang setanding dengan Putrajaya. Kawasan-kawasan strategik yang telah dikenal pasti antaranya ialah pusat Bandar Raya Melaka, kawasan pelancongan Dataran Melaka, dan kawasan Hang Tuah Jaya.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua soalan tambahan. Satu, mengenai gangguan elektrik kerap kali berlaku dengan sangat teruk sekali di Sabah yang saya difahamkan. Apakah ini benar-benar berlaku dan apakah kerajaan telah mengenal pasti untuk mengatasi masalah ini?
Kedua, adalah mengenai 1Malaysia di mana saya nampak Yang Berhormat Menteri menggunakan standard 1Malaysia yang baru. Adakah ini menunjukkan standard 1Malaysia yang lain dan yang baru? Is it the new 1Malaysia style?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, mengenai Sabah ini saya akan sampaikan apabila saya menggulung perbahasan ini sedikit mengenai Sabah. Lencana yang kita pakai ini memang menunjukkan kepada kita bahawa 1Malaysia ini adalah gagasan yang betul. Saya amalkannya dan apa salah saya memakainya?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, rancangan bagi menyediakan infrastruktur bekalan yang elektrik yang baik ini memerlukan anggaran dana RM520 juta bagi menanggung kos pembinaan pencawang masuk utama, pencawang pembahagian utama, stesen suis utama dan pencawang-pencawang elektrik. Berkenaan mutu dan daya harap bekalan elektrik di kawasan perindustrian Melaka International Trade Centre (MITC) setakat ini kos penyediaan infrastruktur ini yang telah dibelanjakan adalah RM6.6 juta yang ditanggung bersama oleh pihak TNB dan Kerajaan Negeri Melaka di bawah pembangunan infrastruktur kawasan.
Penyediaan infrastruktur di atas adalah berdasarkan jaminan prestasi Performance Standard MSC, dengan izin, di mana kos untuk mencapai keperluan MSC ini hendaklah dibiayai oleh pihak pemohon. Yang Berhormat daripada Tangga Batu pula telah menyebutkan secara keseluruhan Semenanjung Malaysia telah mencatat prestasi perkhidmatan bekalan elektrik yang baik di mana tahap SAIDI berada di paras 87 minit bagi setiap pelanggan setahun. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bukannya 700 minit seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu.
Malah bagi setengah kawasan di Malaysia seperti di Putrajaya dan Cyberjaya yang mempunyai kemudahan infrastruktur bekalan elektrik yang setanding dengan negara- negara maju. SAIDI di kawasan-kawasan ini amatlah baik iaitu 6.6 minit setanding dengan SAIDI di negara maju seperti United Kingdom pada paras 39 minit bagi setiap pelanggan setahun. Jepun pada paras 4 minit dan Singapura dari paras 1.14 minit. Sehubungan dengan itu, kementerian berharap bagi tahun 2009 dengan kerjasama dan usaha penambahbaikan berterusan ke atas sistem bekalan elektrik yang dilaksanakan oleh TNB, sasaran SAIDI yang ditetapkan adalah pada paras 73 minit bagi setiap pelanggan setahun untuk tahun ini akan dicapai. Tuan Yang di-Pertua mengenai...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas penjelasan. Saya amat jelas apabila menyebut tentang berlaku satu perbezaan yang nyata di antara negara maju dan negara kita dalam konteks System Average Interruption Duration Index (SAIDI) ini apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyebut sasaran bagi Sabah dan Sarawak adalah 700 minit satu pelanggan pada setiap tahun. Apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang 73 minit bagi sasaran di negara kita untuk gangguan bekalan bagi setiap orang pada setiap tahun, jadi saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku apabila dalam satu tangan di Sabah dan Sarawak kita mempunyai 700 minit dan di sebelah Semenanjung kita berada pada tahap 73 minit.
Jadi di sini mungkin perlu penjelasan secara calculative, secara kira-kira yang tepat dan objektif. Sedikit lagi Yang Berhormat Menteri ialah perbezaan di antara SAIDI untuk kawasan industri, kawasan perdagangan dan juga kawasan kediaman. Pada saya konsep SAIDI itu perlu disamaratakan bagi ketiga-tiga. Tidak boleh di segmen kan untuk industri lain, untuk perdagangan lain untuk residen lain. Kalau boleh biarlah SAIDI itu merangkumi semua sekali, bagi pengguna industri, pengguna perdagangan dan pengguna kediaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, point yang disebutkan itu adalah baik. Bagi penjelasan saya hendak sebutkan 73 minit yang saya baca sedikit tadi ialah bagi Semenanjung Malaysia. Memang betul Perdana Menteri telah sarankan bahawa di Sabah dan juga Sarawak kita cuba mendapatkan 700 minit. Ini satu cabaran bagi kementerian. Sebab walaupun 700 minit saya ingin jelaskan bahawa pada masa sekarang kita hendak capai 1700 minit pun agak payah sedikit, sebab kapasiti yang berada di Sabah itu kurang. Akan tetapi kapasiti di Semenanjung ini kita ada kelebihan.
Sehingga kini kita hampir 50 peratus lebih daripada permintaan itu dan sebab itu maka senanglah kalau kita hendak turunkan SAIDI di Semenanjung.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Akan tetapi di Sabah ini kita perlulah berusaha. Saya telah berjanji kepada Perdana Menteri bahawa saya dengan sokongan rakan saya di kementerian cuba mencapai SAIDI 700 minit di Sabah bagi tahun hadapan iaitu 2010.
Bagi komen tadi sama ada residential atau commercial saya sebutkan SAIDI tadi ialah untuk satu petunjuk supaya kita tengok kalau di kawasan-kawasan kritikal di mana ada industri-industri seperti MSC dan sebagainya kita perlu ada perjanjian bahawa elektrik itu tidak boleh terputus langsung. Sebab itulah kita ada juga pencapaian yang sangat baik dan boleh banding dengan negara maju. Akan tetapi pada masa yang sama kita akui juga seperti yang di Sabah kita masih ada kelemahan.
Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan kejadian gangguan bekalan elektrik di kawasan Muar pada 26 Oktober seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang, kementerian saya ingin memaklumkan bahawa kejadian gangguan bekalan elektrik ini yang berlaku selama 3 jam 55 minit disebabkan kerosakan pada sambungan kabel 11 kilowatt kV dan ia melibatkan 800 pengguna. Langkah pencegahan yang telah diambil oleh TNB bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang adalah seperti ini:
(i) melaksanakan pengujian Partial Discharge Mapping dengan izin untuk mengenal pasti sambungan kabel yang berpotensi untuk rosak dan berisiko tinggi; dan
(ii) mewujudkan pembekal baru injection point dengan izin bagi mengurangkan jumlah pencawang pada pembekal sedia ada supaya kita boleh pastikan tidak ada kerosakan atau keputusan sambungan elektrik.
Bagi mempertingkatkan lagi prestasi pembekalan elektrik sedia ada di kawasan bandar Muar, pihak TNB sudah memperuntukkan RM6.6 juta bagi tahun kewangan 2010, bagi pelaksanaan pembangunan dan peningkatan sistem bekalan elektrik yang berterusan di kawasan tersebut.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah diteruskan berkaitan dengan kualiti bekalan elektrik di Negeri Johor, khususnya di kawasan Gelang Patah. Ingin saya jelaskan di sini bahawa gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Taman Skudai Baru, Johor Bahru sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan ke atas pemasangan TNB yang teruk diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerja-kerja gangguan yang dirancang atau shut down, dengan izin, untuk menaik taraf sistem voltan rendah untuk memperkukuhkan sistem sedia ada. Justeru itu, tindakan segera yang telah diambil oleh TNB apabila berlaku gangguan tersebut adalah menggantikan fius-fius yang terbakar dan menambah kabel yang menyalurkan bekalan elektrik. Kabel-kabel yang rosak digantikan begitu juga memperbaiki sambungan-sambungan kabel.
Bagi perancangan jangka panjang pula, perancangan telah dibuat bagi menukar sistem voltan sedia ada iaitu sistem 6.6Kv kepada sistem 11Kv yang lebih berdaya harap dan mampu menampung keperluan yang lebih besar. Anggaran sebanyak RM250 juta diperlukan bagi melaksanakan projek ini di kawasan Parlimen Gelang Patah. Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang masuk ke masalah elektrik di Sabah. Yang Berhormat dari Sepanggar, Tawau, Ranau, Silam, Batu Sapi, Kota Kinabalu dan Limbang telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan gangguan bekalan elektrik, penjanaan elektrik daripada sumber hidro, pembinaan loji jana kuasa arang batu, pelaksanaan penghantaran bekalan elektrik daripada Bakun ke Sabah serta penswastaan SESB.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan bahawa dalam perancangan pembekalan elektrik jangka panjang di Sabah, sumber hidro merupakan salah satu daripada usaha untuk diambil bagi mempelbagaikan sumber penjanaan elektrik di Sabah. Buat masa ini, rancangan bagi pembinaan Stesen Hidroelektrik Ulu Padas berkapasiti 150 megawatt...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
...Dan stesen hidroelektrik di Liwagu berkapasiti 150 megawatt...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
...Sedang dilaksanakan yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2017. Selain itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Besar bangun.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya baca paragraf ini ya...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Ya, ya. Okey.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
... Dan habiskannya. Selain itu, untuk jangka masa panjang, kementerian saya juga sedang mengkaji kemungkinan untuk mengimport bekalan elektrik daripada stesen hidroelektrik di Lawas, Sarawak. Sila.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kementeriannya sedar bahawa hari ini wujudnya ladang-ladang sawit yang banyak di negeri Sabah, yang mana di ladang-ladang sawit itu, hampir kesemua mempunyai oil palm mills.
Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat sedar bahawa semua oil palm mills ini, kalau digunakan biomas untuk mengeluarkan elektrik, ia mampu menghasilkan 500 megawatt untuk keperluan. Hari ini keperluan di negeri Sabah hanya lebih kurang 600 megawatt. Lebih sedikit, ya.
Jadi, kemampuan untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan biomas tanpa menggunakan IPP arang batu (yang akan menjejaskan alam sekitar). Dengan menggunakan sistem ini, ia juga mampu membersihkan air dan sungai. Sekali gus, dengan adanya elektrik, kampung-kampung boleh dibekalkan dengan air yang bersih. Maka, ini akan mampu membekal elektrik dan juga membekal air bersih di Sabah. Kemungkinan juga di Sarawak tetapi Sarawak terlalu banyak menunggu hasil daripada hidro. Saya soalnya di Sabah. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, boleh beri laluan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kerana memberi peluang kepada saya.
Apakah pandangan Menteri tentang maklumat TNB yang menyatakan blackout, dengan izin, bukan tanggungjawab mereka dan notis tidak perlu diberikan awal? Hakikatnya ialah alat elektrik akan rosak setelah elektrik disambung semula, di mana muatannya akan tidak consistent, dengan izin. Kerugian kerosakan alat elektrik adalah tidak dipertanggungjawabkan oleh mana-mana pihak. Adakah ini adil kepada pengguna TNB?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab soalan rakan saya dari Padang Besar dahulu. Memang betul Yang Berhormat, kita mempunyai sumber-sumber seperti biomas yang agak banyak pada masa ini di Sabah. Ada juga usaha telah diambil oleh sesetengah oil palm mills ini untuk menjana elektrik, tetapi saya kena sebut jugalah pada masa yang sama, kebanyakan oil palm mills ini adalah terletak jauh di dalam sistem grid yang ada. Kalau mereka menjana elektrik dan perlu hantar elektrik itu yang dijanakan kepada sistem grid. Ia memerlukan cabling, overhead lines dan sebagainya yang panjang. Itu memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Sedangkan, amaun kapasitinya yang dikeluarkan adalah kecil sahaja. Maybe a few megawatts only...
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Oleh sebab itu, tidak ada logik kita kena belanja untuk dapatkan overhead, cabling yang besar untuk sampai ke sesuatu oil palm mill.
Sekarang masalah itu berlaku.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh saya? Soalan tambahan.
Memang itu yang menjadi masalah iaitu hendak menyambung daripada bekalannya ke grid.
Bagaimanapun, hari ini di mana-mana sahaja, pihak kerajaan yang membelanja sambungan daripada grid walaupun bekalan datang dari IPP. Kerajaan yang membelanjakan ke grid walaupun IPP membuatnya, tetapi untuk membelanja ke grid adalah ditanggung oleh kerajaan, yang kebanyakannya dibelanjakan oleh Kementerian Luar Bandar. Jadi, itu common.
Kenapa kita perlukan setiap oil palm mill menyambung? Mereka hanya mengeluarkan bahan dan sambungan itu boleh dibuat oleh pihak yang berwajib, yang semuanya common, sama ada dikeluarkan oleh IPP ataupun badan-badan lain. Apa yang penting ialah ia tidak menjejaskan alam sekitar. Memang modalnya tinggi pada permulaan, tetapi kos operasinya rendah. Jangka panjang, alam sekitar akan terjamin.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Saya hanya tidak mahu berpolemik cuma hendak tanya sama ada kerajaan sanggup melihat dalam konteks yang lain, kita pakai topi yang lain untuk kita menggunakan apa sahaja, yang ada bagi kebaikan semua.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya hendak menambah sikit Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Besar membawa satu perkara yang menarik daripada masa yang sama, saya ingin bertanya tentang kesediaan tenaga juga untuk mempromosikan biomass dalam kaedah renewable energy generation ini untuk pengusaha-pengusaha supaya capacity yang diperlukan oleh pengusaha tadi dijana melalui kaedah tenaga boleh diperbaharui.
Kalau katakan hendak sambung ke grid itu mahal, mana pula kesediaan Tenaga Nasional untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha supaya kapasiti yang diperlukan dijana melalui kaedah renewable energy, kemudian tenaga yang diambil dari tenaga nasional tadi digunakan untuk kegunaan grid. Banyak kaedah yang digunakan tetapi kesediaan kita untuk melihat tenaga itu benar-benar materialize di luar sana Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Menteri boleh tambah sedikit tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat. Okey.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Ya, berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya menyambung dari Yang Berhormat Padang Besar, kalau kita tidak sambung kepada grid tetapi ada industri biomass yang boleh mengeluarkan hasil elektrik tetapi diguna terus daripada penjana ke bandar berkenaan di Sabah ini. Ini kerana saya melihat pengalaman ada penjana elektrik dari biomass tetapi ia supply direct kepada kilang/industri proses penjanaan mengguna biomass di Johor Bahru, jadi mungkin ini dilaksanakan instead kita pakai diesel untuk generate electricity. Terima kasih.
Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri boleh tanya lagi?
Ini dari Sabah. Pakai, guna biomass, kita ada satu biomass di Sandakan. Akan tetapi asap hitam itu tidak boleh tahan. Ini power station perlu dihentikan. Saya mahu tanya kenapa boleh sambung tenaga dari Bakun ke Johor, kenapa tidak boleh sambung ke Sabah?
Hanya 760 km, di Sabah kita perlu 700 lebih megawatt. Kalau boleh datang dari Bakun 1000 watt kita boleh, cukup untuk seluruh Sabah. Ini batu arang banyak old post, mengapa kerajaan mesti mahu guna batu arang di estet FELDA, Lahad Datu. Banyak power lain yang boleh diguna seperti hidro, Liwagu dan Tenom. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini sambung dari soalan Nombor 15 pagi tadi yang sebenarnya saya mohon jawapan daripada Menteri walaupun ada yang dengan cara bertulis. Saya tidak berapa puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri yang menyatakan rancangan masa yang panjang ini. Jawapan ia kata, “mungkin kita ada perancangan yang boleh dilaksanakan termasuk memaksimumkan potensi yang sedia ada di Sabah termasuk hidro dan sumber tenaga.”
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tiada komitmen langsung Yang Berhormat Menteri. Ini jawapan bagaimana hendak rakyat terima? Bagaimana rakyat menerima jawapan seperti ini?
Kemungkinan kita ini lihat saja, orang sudah nangis, jadi jawapan macam ini ubahlah sedikit seperti mana yang dikatakan oleh Kota Kinabalu tadi. Kita banyak sumber Menteri, Liwagu kita sudah berbelanja berbilion ringgit tetapi kita hentikan pada tahun 1997 kerana kegawatan ekonomi pada ketika itu. Duit rakyat sudah dibelanjakan dengan Projek Liwagu, Hidro Pangi, kertas kerja ber volume-volume sudah disediakan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan duit. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya harap Pangi Hidro, Liwagu ini dapat dikaji semula supaya betul-betul rakyat di negeri Sabah dapat memberi keyakinan kepada kementerian dan jangan lupa termasuk juga transmission line daripada Bakun kalau boleh dilaksanakan. Ini serius Yang Berhormat Menteri. Mohonlah.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang buat komen tadi tentang isu ini, RE ya. Saya masuk tajuk RE ini kerana Yang Berhormat Padang Besar yang sebutkan Oil Palm Mill ini. Memang RE ini akan menjadikan satu energy mix yang kita akan lakukan pada masa yang akan datang. Ini kerana RE ini sebab kita tahu kita menggunakan sumber-sumber yang sedia ada yang ia pun sumber yang boleh diperbaharui. Saya memang setuju bahawa ini adalah satu sumber yang kita perlu ambil pendekatan supaya kita gunakan dalam energy mix kita. Akan tetapi pada masa yang sama RE ini hanya boleh dijadikan satu bahagian kecil daripada jumlah total kapasiti yang kita perlukan di masa akan datang. Oleh sebab itulah buat masa sekarang kita ada rancangan untuk mempromosikan kegunaan RE melalui for example small renewable electricity generation iaitu Program SEREB.
Melalui program itu, pihak penjana boleh dibayar dengan satu harga yang lebih tinggi daripada IPP yang sedia ada. IPP sama ada di Semenanjung atau di mana-mana pun. Itu sebab kita hendak mempromosikan RE ini. Sama juga menggunakan solar panel iaitu fotovoltage sel.
Mengenai sama ada kita boleh sambung terus ke grid ini, inilah satu isu yang kita cuba menyelesaikan. Kita tengok kilang itu di mana, kita perlu bandingkan belanjanya, belanja infrastruktur membawa kabel ke kilang itu. Kalau kilang itu berada dekat dengan grid sedia ada, saya rasa itu tidak ada masalah tetapi jika kilang itu jauh daripada grid itu, maka kita ada masalah untuk membangunkan infrastruktur tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Sorry.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas di depan ini.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya belum habis menjawab soalan ahli Yang Berhormat tadi. Tunggu sekejap
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mengenai RE tadi. Boleh?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya nanti sambung, ya boleh sambung nanti, kita boleh sambung. Mengenai Yang Berhormat Bakri tadi sama ada TNB keluarkan notis atau tidak, saya rasa TNB keluarkan notis jika gangguan elektrik itu adalah schedule gangguan maknanya setiap kawasan perlu di service jentera-jentera tersebut, perlu diselenggarakan, dan sebab itu ia perlu ada stoppage.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Stoppage yang dipelankan, maksudnya dengan izin, planned stoppage. Kita kena ada, kalau ada planned stoppage ini, ia memang keluarkan notis kepada semua pelanggan yang kena, tetapi unplanned stoppage itu apa boleh buat, kalau kilat terus menyebabkan satu transformer terbakar, apa boleh buat, itu luar biasa, bagaimana TNB hendak mengeluarkan notis? Oleh itu masalah yang sering menyebabkan saya menerima surat daripada pelanggan yang mengatakan TNB tidak berpatutan. Kita cuba apa yang munasabah, jikalau TNB melakukan sesuatu yang tidak munasabah, kita memang boleh meminta TNB membayar pampasan. Yang Berhormat Tuaran, saya minta maaf kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
... Jawapan soalan pagi itu tidak cukup teliti atau...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
... Tidak memuaskan, tetapi yang saya pasti, saya baru baca mengenai Liwagu dengan Hulu Padas, dua hidro ini memang kita akan buat, dan akan siap pada tahun 2017...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
... Ya memang di dalam rancangan dan kita akan buat. Kerana tanpa dua hidro ini, Sabah akan menghadapi masalah. Kalau yang disebutkan tadi sama ada kita boleh membawa Bakun ke Sabah, memang kita boleh. Ini sebagai kos dan kapasiti, kerana di Semenanjung kita membelanjakan besar untuk membawa sejumlah 1700 megawatt elektrik dari Bakun ke Semenanjung, itu satu angka yang besar. Akan tetapi di Sabah pula total capacity hari ini belum sampai 600 megawatt, bagaimana kita hendak membawa kabel dari Bakun ke Sabah? It is too costly dan tidak munasabah...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Bangun]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Does not make any economics sense.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ramai yang bangun Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Ranau.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Ranau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya sila Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meminta penjelasan daripada Menteri. Masalah kita sekarang ini bukannya hendak menjana lebih banyak electricity, terutamanya di Semenanjung. Masalah kita sekarang ini memang RE atau renewable energy ini sistem baik, tetapi masalah sekarang ini, kita kelebihan tenaga elektrik hampir sampai 50 peratus, yang menjadi haba panas kepada negara kita, yang membazir dan membuang resources negara. Masalah kita bagaimana hendak menyelesaikan kelebihan ini dan bukan menjana lebih banyak kuasa lagi. Bolehkah Menteri memberi penjelasan dan apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah kelebihan kuasa elektrik ini?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Satu kali Yang Berhormat Menteri? Terima kasih. Berhubung dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya memahami bahawa mungkin keperluan Sabah buat masa ini jauh kurang dari apa yang mampu dibekalkan oleh Bakun, tetapi kita perlu fikir jangka masa panjang dan saya tidak memahami rasional di mana kita hendak membina dua lagi hidro yang disebutkan untuk Sabah, sedangkan penjanaan dan kapasiti penjanaan yang ada di Bakun kita hendak hantar ke Semenanjung, sedangkan kos untuk delivery ataupun sistem penghantaran tenaga daripada Bakun ke Sabah jauh lebih murah daripada kita hendak hantar pergi ke Semenanjung dengan menggunakan undersea cable dan sebagainya. Sambil itu saya telah pun menimbulkan persoalan, dua lagi mini hidro yang hendak dibina di Semenanjung juga, iaitu satu di Terengganu dan satu di Pahang, yang akan menelan belanja sebanyak RM5 bilion. Ini menjadi satu persoalan yang cukup menghairankan dalam keadaan kita ada akses kapasiti yang begitu besar, sambil itu kita hendak bina hidro di Sabah, selepas itu kita hendak bina hidro di Terengganu dan di Pahang dan sebagainya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dari segi keperluan negeri Sabah, saya rasa kalau cadangan yang dibuat oleh Perdana Menteri di mana Sabah dan Sarawak akan dibangunkan sehingga menjadi bagaikan di Semenanjung, saya rasa kalau kita hendak tumpukan ataupun kita hendak membelanjakan berbilion-bilion dengan submarine cable, ia tidak wajar. Lebih baik kita membina mini-hidro di Terengganu dan di Pahang, selepas itu kita gunakan kemampuan yang ada di Bakun untuk Sabah dan Sarawak, dengan keyakinan bahawa, demand ia, keperluannya akan meningkat dengan dibangunkan Sabah. Lalu kaedah dan pendekatan yang ditentukan oleh Kerajaan Barisan Nasional peringkat pusat ini memang dipertikaikan.
Boleh Yang Berhormat Menteri jelaskan? Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat Menteri minta sedikit sahaja laluan.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Bakun, Hidro Bakun...!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Renewable energy and biomass...
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
[Bangun]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Di belakang sana pun ada bangun Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya Sarawak, di sini ramai dari Sarawak.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Ranau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey, sila Yang Berhormat Labuan.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Labuan dahulu.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri. Saya juga agak menyokong apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi. Kalau kita lihat sistem yang ada di Bakun dan kita kena transmit pergi Sabah kalau dikira dengan distance yang begitu dekat, kenapa tidak kita prioritized kepada Sabah yang betul-betul memerlukan tenaga elektrik yang pada saat ini betul-betul kekurangan. Jadi seolah-olah kerajaan tidak melihat langsung apakah kesusahan- kesusahan yang ada di Sabah, sedangkan yang di depan mata kita sendiri, dalam Kepulauan Borneo itu sendiri, kita nampak kesusahan di situ, kenapa kita tidak prioritized?
Yang kedua, kita di Labuan, ini saya sentuh di Labuan sedikit, kita ada satu power plant di mana kita ada access power yang menggunakan sistem turbin yang menggunakan gas daripada Petronas, di mana sekarang ini dikendalikan oleh Sabah Electricity Board dan tenaga yang dikeluarkan lebih kurang 112 Megawatt. Untuk keperluan Labuan ia lebih daripada cukup sehinggakan sebahagian daripada power yang kita generate di Labuan, kita supply ke Kota Kinabalu tetapi masalahnya walaupun kita mengeluarkan tenaga elektrik yang begitu besar, Labuan sendiri masih mengalami blackout yang sering berlaku sehinggakan Labuan's SAIDI untuk tahun 2008 lebih kurang 867.26 minit dan untuk tahun 2009 dikirakan antara 500 minit ke 600 minit.
Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan sedangkan kalau kita lihat di Labuan itu sendiri adalah terdiri daripada oil and gas hub, di mana industri minyak dan gas telah pun berjalan begitu lancar, kerana kita memerlukan tenaga yang stabil sebenarnya di Labuan.
Yang kedua, Labuan juga adalah terdiri daripada business untuk International Business and Financial Centre atau IBFC, di mana international bank yang semuanya menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih. Apakah kita sanggup melihat investors akan lari dari Labuan disebabkan oleh masalah-masalah elektrik yang ada?
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Jadi diharapkan kepada kementerian, lihat keadaan keseluruhan, jangan sampai kita cuma fokus yang ada di Semenanjung, yang sudah bagus kelihatannya sistem elektrik berbanding dengan Sabah dan Sarawak, kerana di hadapan mata kita sudah ada sistem elektrik yang baik, yang akan dikeluarkan daripada Bakun dan kita akan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Panjang Yang Berhormat?
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
...Transport lagi sistem itu ke Semenanjung sehinggakan keadaan di Sabah dan Sarawak juga di Labuan akan terabai.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Boleh sambung sedikit Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri laluan dahulu Yang Berhormat?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dekat, dekat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Yang Berhormat Ranau dahulu.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Siapa?
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
... Yang Berhormat Ranau.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Bukan begini. Yang Berhormat - Yang Berhormat, cuba dengar apa yang akan saya baca dahulu dalam jawapan saya. Selepas itu baru tanyalah. Banyak yang disebutkan tadi, adalah dalam jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh teruskan, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya. Saya rasa itu lebih elok.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Manchang
Kalau on RE Yang Berhormat Menteri? RE Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
RE pun saya ada jawapan di sini. Sekarang saya masih dalam situasi di Sabah... [Ketawa] Berhubung dengan isu projek pembinaan loji jana kuasa arang batu yang dijadualkan bermula operasi pada tahun 2013 dengan tahun 2014.
Pihak Lahad Datu Energy yang dengan kerjasama Pejabat Daerah Lahad Datu telah pun mengadakan sesi taklimat dan perbincangan bersama penduduk setempat dengan maklum balas yang positif. Walaupun pelaksanaan projek ini adalah kritikal, pihak kerajaan tetap prihatin dengan pandangan dan kebajikan penduduk tempatan.
Khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan projek tersebut. Selain itu, aspek-aspek kemapanan dan kesinambungan terhadap alam sekitar turut diambil kira dalam setiap rancangan pembangunan. Justeru, pelaksanaan setiap projek adalah tidak terkecuali daripada amalan ini dan akan dilaksanakan dengan berpandukan kepada kajian kesan alam sekitar, environmental impact assessment, dengan izin, serta mematuhi langkah-langkah pencegahan pencemaran alam sekitar yang disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Kajian ini belum selesai Yang Berhormat...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
... Janganlah bimbang banyak. Sebab kita kena ada satu kajian dahulu, selepas kajian itu kita tengoklah kajian itu sebut apa. Apa syarat- syarat yang ditentukan.
Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Kalaulah masa itu kementerian saya enggan mematuhi syarat-syarat tersebut dan menggunakan kaedah yang terbaik bagi jana kuasa itu, maka Yang Berhormat sekalian boleh soallah. Akan tetapi kita belum lagi. Kita masih dalam peringkat kajian. Kajian itu akan habis pada hujung tahun ini dan selepas itu kajian itu akan dipamerkan kepada public, orang awam. Kita boleh sebutlah apa yang salah, apa yang tidak betul pada masa itu...
Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid - Padang Besar
Boleh satu soalan?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya.
Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat.
Mengenai Lahad Datu dan sistem jana kuasa elektrik di Lahad Datu. Saya rasa lebih baik Yang Berhormat melawat kawasan dan melihat tempat. Saya sendiri melihat tempatnya cukup cantik, airnya jernih macam cermin. Jangan diandaikan ia seperti laut mana-mana sahaja. Tidak. Bermacam ada dalam laut dan kalau kita bawa penjanaan arang batu, ia akan mematikan industri pelancongan Sabah sendiri. Jadi yang itu saya kata tadi, kalau ada industri biomass secara berskala besar, apakah belanja kerajaan untuk meng connect kan, membawa bekalan itu kepada grid.
Biar belanja banyak sikit, tetapi menjaga alam sekitar dan menjaga apa yang dikatakan kekayaan negeri Sabah itu sendiri. Saya melihat bukan sahaja Lahad Datu, Semporna itu sendiri. Minta maaf Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, laut Semporna memang dulunya cukup cantik. Akan tetapi sekarang kurang cantik. Kurang sempurna. Sebab itu saya minta perhatian Yang Berhormat pergi tengok sendiri dan merasai dalam jiwa hati Yang Berhormat bahawa ini tidak wajar dilakukan. Banyak cara alternatif boleh digunakan. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Berhubung dengan jawapan Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi Yang Berhormat?
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Bagi, Yang Berhormat bagi.
[Ketawa] Terima kasih. Ini yang menjadi pertikaian the big picture, dengan izin. Dengan adanya kapasiti penjanaan yang begitu besar di Bakun, mengapa kita hendak bina penjana kuasa di kawasan-kawasan di Sabah yang mungkin walau macam mana sekalipun dia punya Environmental Impact Analysis. Environmental Impact Analysis ini akan hanya memberikan sama ada impact nya besar, kecil dan sebagainya. Akan tetapi hakikatnya impact itu masih ada, dalam kita menggunakan batu arang, transportation nya segala logistic handling, bahan apinya dan bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.
Dalam keadaan yang mana kita ada Bakun, kenapa tidak dimanfaatkan Bakun itu untuk Sabah? Dan jimat pembinaan jana kuasa-jana kuasa seperti mana yang disebutkan tadi. Kalau hendak buat jana kuasa yang baru kata yang dekat negeri Terengganu, Pahang itu satu hal sudah disebut...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Selepas itu kaedah pendekatan menggunakan biomass dan RE untuk tempat-tempat yang lain kerana Bakun itu sudah ada.
Kenapa kita insist...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita masih ingin supaya mengutamakan supply ataupun bekalan elektrik daripada Bakun untuk Semenanjung.
Sedangkan risikonya submarine cable nya, perbelanjaan, maintenance dan sebagainya semua ini merupakan risiko-risiko yang tidak ada orang boleh beri jaminan. Jadi ini yang persoalannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Boleh saya tambah sedikit, Tuan Yang di- Pertua? Yang Berhormat Ranau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Menteri?
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Yang Berhormat...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Sabah sebelum itu. Ya, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Itu Yang Berhormat Ranau, ini Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Beberapa bulan yang lepas, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli- ahli Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu di Le Meridien Hotel telah diberi taklimat oleh TNB dan SESB mengenai dengan bekalan elektrik, masalah bekalan elektrik di Sabah.
Saya telah bertanya kepada Pengerusi TNB waktu itu, dan beliau mengakui yang tujuan sebenarnya pembinaan Empangan Hidro Bakun ini ialah untuk penjanaan bekalan elektrik kepada negeri Sarawak, Brunei dan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat yang lain minta diam, Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
...Dan kenapa pula apabila Bakun Hydro Dam ini sudah mencapai 94 peratus penyiapannya tiba-tiba penjanaan elektrik dialihkan kepada Semenanjung bukan lagi di negeri Sabah. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa perangsangan pihak TNB ini tidak begitu wajar, tidak begitu konsisten dan saya juga menyentuh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
... perkara ini dalam perbahasan di Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tolong jangan bertelefon di dalam Dewan ini.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Di mana kalau boleh, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengkaji semula keputusan yang lebih kita perolehi dengan cepat daripada perangsangan-perangsangan yang belum lagi dimulakan. Mungkin ini penyelesaian yang terbaiklah untuk masalah bekalan elektrik di Sabah...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Saya mohon penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, hendak jawab dulu Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua boleh sambung sedikit, Yang Berhormat Kota Belud. Hendak minta bantu sedikit.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya perlu teruskan. Kalau tidak nanti kita dia banyak... Sebab ada berkaitan dengan 35 Yang Berhormat yang bercakap. Saya kena jawablah kalau tidak nanti you marah pun saya tidak jawab.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak bantu Yang Berhormat Menteri ini.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat sedikit sahaja sedikit.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat saya hendak membantu sedikit.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Sedikit sahaja.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua boleh? Saya hendak bantu sedikit ini Yang Berhormat Menteri untuk mencari penyelesaian.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey boleh tunggu, tunggu duduk dahulu.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Short while, very short while.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sini di belakang sedikit lagi.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Nantilah nanti saya baca lepas itu you boleh interject ya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak nampak kah?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Boleh tanya. Beginilah Yang Berhormat, bagi Sabah ini saya baru sebut dalam SAIDI ini dengar baiklah SAIDI ini adalah interruption per person per kapita setahun.Kalaulah saya boleh bawa SAIDI nya turun ini bermaknanya segala gangguan yang berlaku hari ini di Sabah akan bertambah baik, lipat ganda. So itu saya sudah ambil sebagai KPI saya sudah that is my promise to the government. Saya akan buat segala-galanya supaya SAIDI ini boleh diturunkan. Kalau boleh saya turunkan Yang Berhormat, masalah yang you kompelinkan sekarang sudah habis tidak ada lagi.
What you want is, for me to solve the problem Sir. Kalau Yang Berhormat tidak memberi peluang saya untuk jawab macam mana saya hendak solve dan tunggu kepada fikiran masing-masing, macam mana? Saya tidak boleh bertindak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua izinkan saya habiskan jawapan saya. Kalaulah ada apa-apa yang kekurangan hendak tanya barulah tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya bagi cadangan ini bukan tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar ya. Saya lebih sepuluh kali bertanya kepada Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat bagi jalan atau tidak. Maknanya saya serahkan kepada Yang Berhormat sama ada hendak teruskan ataupun hendak minta interruption.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi ini penting Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya teruskan sahajalah ya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagi cadangan boleh tidak Yang Berhormat Menteri? Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri hendak teruskan Yang Berhormat.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Yang Berhormat, Yang Berhormat Mambong Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Cadangan Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-Ahli Yang Berhormat...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Peringkat Jawatankuasa ya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, cadangan sedikit sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Peringkat Jawatankuasa kita boleh bincang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya rasa Menteri ingin teruskan jawapan ya.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, mengenai masa pendek di Sabah, sebagai langkah serta-merta untuk menangani masalah bekalan elektrik di Sabah kerajaan telah memperuntukkan RM78 juta bagi membeli 60 set generator dengan kapasitinya satu megawatt satu generator iaitu jumlahnya 60 megawatt untuk kawasan- kawasan yang kerap mengalami gangguan bekalan elektrik khususnya di Tawau dan Sandakan. Sebanyak 30 set sudah pun beroperasi dan 30 set lagi akan dipasang secara berperingkat dan beroperasi menjelang 24 Disember tahun ini.
Selain daripada itu kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikpulihan set jana kuasa sedia ada turut dilaksanakan. Projek Loji Jana Kuasa berasaskan gas oleh Ranhill Powertron II juga dijangka akan mula beroperasi dengan penjanaan sebanyak 65 megawatt pada awal Januari 2010. Secara keseluruhannya kapasiti 190 megawatt akan dibekalkan kepada Sabah pada bulan Oktober 2010. Sebab itulah Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dari Sabah, saya berani katakan SAIDI itu akan turun sampai ke 700. Saya cukup yakin kita boleh laksanakan dengan apa yang saya sebut tadi. Pada masa itu Sabah tidak akan mengalami gangguan elektrik.
Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi pelaksanaan penghantaran bekalan elektrik daripada Bakun ke Sabah.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Dengarlah. Ia memerlukan pembinaan talian penghantaran 500 Kv dengan jarak jauh 500 kilometer yang merentasi beberapa kawasan hutan simpan yang bergunung-gunung. Untuk menjadikan pelaksanaan bekalan elektrik daripada Bakun ke Sabah memberikan pulangan kos yang munasabah kepada rakyat dan kerajaan. Penyaluran tenaga secara berterusan sekurang-kurangnya 500 megawatt.
Your total capacity that you want now only 600 so macam mana kita boleh hantar 500 daripada Bakun. It does not make sense dengan izin tidak munasabah. Sebab itulah saya sebut tadi macam mana kita boleh minta dengan hantaran yang panjang dan kos yang tinggi dengan 500 sahaja megawatt. Tidak munasabah.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Ya, tetapi dari mula boleh kenapa pula sekarang tidak boleh Yang Berhormat?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini memerlukan hampir 60 peratus daripada keseluruhannya keperluan permintaan di Sabah pada tahun 2015. Kalaulah hari ini okey kita luluskan, kita start buat. Kita pun kena ada lima tahun, enam tahun baru dapat sampai ke Sabah so by that time I already everything ready dengan izin. Saya sudah cukup kapasiti. Macam mana kita hendak memerlukan elektrik dari Bakun lagi.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri persoalannya Menteri. Sedikit sahaja Kota Belud. Persoalannya begini Yang Berhormat Menteri. Betul kalau kita bawa electricity daripada Bakun ke negeri Sabah ia akan memakan masa lima tahun, enam tahun dan pada masa itu nanti jana kuasa-jana kuasa yang menggunakan hidro, menggunakan gas, menggunakan arang batu sudah beroperasi dan mungkin negeri Sabah tidak memerlukan lagi. Akan tetapi itu bukan persoalannya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Persoalannya di sini ialah kita sedang berdepan dengan satu permasalahan sama ada kita mahu menggunakan arang batu yang akan dibuat di Lahad Datu ataupun menarik kabel daripada Bakun ke negeri Sabah.
Itu persoalannya sekarang ini seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi. Soal alam sekitar versus economic sense. Dalam jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri saya ingin katakan di sini Yang Berhormat Menteri kerajaan, Perdana Menteri, Ketua Menteri Negeri Sabah, pemimpin-pemimpin negeri Sabah sebenarnya bukanlah senang untuk membuat keputusan. Seolah-olah jana kuasa arang batu ini adalah first priority, tidak. Cuma yang saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri dalam jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri sama ada daripada Yang Berhormat Menteri, kementerian, Tenaga Nasional, ACSB, Suruhanjaya Tenaga.
Tidak ada satu pun yang menunjukkan kos sebenar yang diperlukan untuk menarik electricity ini daripada Bakun ke negeri Sabah. Kita selalu dikatakan tidak cost effective, mahal, melalui hutan, gunung ganang dan sebagainya. Let us know what the cost is. Then saya rasa rakyat akan dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Menteri sama ada alam sekitar versus economic sense. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Shah Alam tidak apalah. Itu satu cadangan yang baik Yang Berhormat. Saya akan hantar kos terperinci untuk justify kes ini.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Yang Berhormat satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuaran bangun.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Saya ada satu cadangan yang lain Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang jarak daripada Bakun ke Sabah 500 kilometer. Kalau ini dikira mahal, saya ada cadangan Yang Berhormat. Kenapa tidak gas di Sabah ini digunakan untuk menyalakan elektrik. Dahulu mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjanjikan di Sabah bahawa gas di Sabah digunakan untuk menyalakan elektrik dahulu dan lebihan itu dihantar. Ini 500 kilometer juga daripada Kimanis ke Bintulu. ..
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
...Kenapa disalurkan dan janji ini tidak tunaikan sebab saya lihat paip-paip yang bakal membawa gas ini sudah bertimbun.
Bagaimana kita tahu jumlah akses gas itu, di mana blue print power plan pun tidak ada dan petrol chemical blue print pun belum ada. Bagaimana kita tahu? Jadi kalau susah payah, coal atau arang batu ini kontroversial, kenapa tidak gunakan gas sahaja. Itu yang paling cepat, tidak perlu enam tahun Yang Berhormat. Jadi ini cadangan, terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Shah Alam pun Sabah juga.
Boleh masuk? Sedikit sahaja kerana tadi Yang Berhormat sudah jawab sedikit, saya mahu sedikit, last penjelasan yang terakhir. Saya pun setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran iaitu kita boleh buat piping dari Kimanis sampai ke Bintulu. Membuat piping untuk gas daripada Kimanis ke Bintulu jarak yang lebih kurang sama, saya tidak tahulah. Berbanding dengan power transmission daripada Bakun pergi ke Sabah, kenapa dari satu aspek yang itu kira okey, tetapi yang dalam soal penjanaan ini kira mahal sangat, sedangkan Bakun ini projek yang sudah lama.
Maknanya kalau kita mempunyai satu perancangan yang cantik, yang lebih awal.
Tidak perlu kita tunggu Bakun siap baru kita hendak buat transmission cable dan sebagainya. Sepatutnya daripada awal Bakun sedang dibina, transmission tower semua disiapkan, cari laluan macam mana, pasang tower dan sebagainya. Siap sahaja Bakun, siap transmission capability. Ini perancanganlah. Lalu saya rasa mungkin seperti mana yang disebutkan tadi, saya tidak ingat tadi, asal sekiranya benar asalnya Bakun ini adalah untuk Sabah di antaranya. Maka projek itu sepatutnya jalan selari dan alasan yang dikatakan lima tahun lagi baru boleh sampai, itu satu alasan yang tidak boleh diterima.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita sekarang ini ingin membelanjakan wang yang banyak dan kaedah 60 gen set.
Saya minta maaf, kaedah 60 gen set ini adalah kaedah yang kita boleh pakai dekat Zimbabwe, gen set ini. Perkara ini sepatutnya telah dirancang dan ditangani awal-awal lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cukup Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak terimalah jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Minta maaf.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Last untuk Bakun, Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi lagi Yang Berhormat?
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
...Untuk Menteri jawab hal Bakun, ini last sebab banyak statement yang bercanggah dari Sarawak, Menteri yang berkuasa berkaitan dengan Bakun ini telah menyatakan bahawa tenaga Bakun tidak akan disalurkan ke Semenanjung dan ke tempat lain. Sebab ia akan digunakan sepenuhnya oleh industri- industri yang akan diadakan di negeri Sarawak lebih-lebih lagi smelting plan dengan beberapa lagi industri yang akan diadakan dalam kawasan skor. Jadi dengan ini saya ingat menteri boleh memberi penjelasan yang tepat supaya kita tidak keliru, sebab mengikut cadangan-cadangan tadi yang telah kemukakan oleh beberapa Yang Berhormat sangat mengelirukan. Minta penjelasan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Minta laluan Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak bolehlah... [Dewan riuh]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Pendek sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak boleh dan tidak benarkan. Mengenai ini kalau kita hendak bincang isu ini dan balik kepada perancangan yang ada dahulu ini, we take one day. Satu tajuk ini kalau kita hendak semantic about it, banyak yang boleh kita argue tetapi masalahnya ialah I have to solve Sabah electricity problem. Itulah pokoknya and I am trying to do it. Itu pokoknya dan apa yang kita hendak lakukan ialah kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semenjak diswastakan pada 1 September 1998, SESB telah dibebankan kedudukan kewangan yang tidak viable sebagai sebuah syarikat utiliti. Hal ini memandangkan pendapatan, revenue dengan izin yang diperoleh tidak dapat menampung kos operasi yang ditanggung. Kadar tarif yang digunakan pada masa ini merupakan kadar tarif yang digunakan sejak tahun 1986. Tidak pernah disemak bagi tempoh 23 tahun yang lepas dengan mengambil kira bantuan subsidi diesel dan MFO oleh kerajaan, kos membekalkan elektrik adalah sebanyak RM30.78 sen/kWj.
SESB menanggung kerugian RM5.56 sen/kWj dia rugi. Macam mana ia hendak hidup kalau dia rugi macam ini?
Tambahan lagi kadar purata tarif di Sabah adalah lebih rendah berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung, you are enjoying the lower rate. Sehubungan dengan itu...
Itulah kita katakan kita prihatin, we share your problem, we do not want to raise your tariff.
Itulah tidak...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya, you say it Yang Berhormat Shah Alam...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam belum pernah tinggal di Sabah, macam mana you suffer tiada lampu, ya.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua is also from Sabah. Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu memperkukuhkan sistem penghantaran dan pengagihan sistem bekalan elektrik di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman RM834 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, RM834 juta belum masuk lagi generator set yang saya sebut tadi itu.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Sehingga kini sebanyak RM397.9 juta iaitu 72.1 peratus telah dibelanjakan daripada keseluruhannya RM551.9 juta. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, Kerajaan Persekutuan sedang mengenal pasti projek-projek pembekalan elektrik yang perlu dilaksanakan dalam memastikan rakyat Sabah mendapat bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya maju. Saya kerjasama dengan rakan saya, adik saya Yang Berhormat Semporna ini untuk memastikan bahawa setiap ceruk kampung dan sebagainya akan diberi electricity. Itulah janji kita kepada rakyat di Sabah. Memandangkan terdapat banyak isu yang perlu ditangani, penyelesaian isu bekalan elektrik di Sabah memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Let him finish the sentences.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Sehubungan itu, satu pasukan petugas khas bagi menangani isu bekalan elektrik di Sabah ini diwujudkan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat, susah...
[Ketawa]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Kedudukan kewangan SESB pun telah ditubuhkan, diambil kira sebagai satu masalah yang perlu diselesaikan menjelang akhir tahun 2010 nanti.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Dia sudah habis itu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Permatang Pauh Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya teliti penjelasan Yang Berhormat Menteri dan saya ucap terima kasih kerana keprihatinan dia menyelesaikan masalah perbekalan di Sabah dan juga usaha dia termasuk ikhtiar dia yang bertambah tapi saya lihat pendekatan Menteri seperti mana jawapan Menteri-Menteri lain. Bila timbul kedudukan untung rugi syarikat, dia bercakap seolah-olah dia tahu kedudukan dan prestasi syarikat penjana elektrik itu janganlah menyebabkan sehingga rugi. Mana Yang Berhormat tahu kerana kos pengurusan dan juga perkiraan syarikat itu selalunya memberikan gambaran supaya mereka dibantu dan ditampung kekurangan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pendekatan yang sama jugalah yang dibuat oleh Yang Berhormat bukan Menterilah kerana Menteri ini dia kuat sedikit kerja dan dia tanggung apa yang dah diputuskan sebelumnya. Dengan IPP, sama. Sebab itu kesediaan runding semula supaya jangan bebankan pengguna, tidak bersedia, kerana katanya terikat dengan perjanjian lama.
Ini berbeza dengan IPP yang diselenggarakan oleh syarikat tempatan, umpamanya YTL di sini. Untungnya ratusan juta. Dia tidak catat untung yang sebegitu di United Kingdom kerana pengurusannya, pengawasannya, pemantauan kerajaan itu lebih teliti. Yang Berhormat sebut Bakun dan Bakun sebagaimana yang kita tahu, bermula sejak 1990-an.
Tujuannya itu meringankan beban termasuk rakyat Sarawak, Sabah sehingga Semenanjung.
Apa yang berlaku ialah syarikat yang seharusnya mengendalikan projek Bakun itu merampok semua balak-balak besar dengan untungnya ratusan juta. Syarikat dia kononnya lingkup dan diserah kepada TNB. Tidak ada satu usaha dan pendekatan untuk bertegas dengan syarikat yang merampok kekayaan negara begitu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini bukanlah masalah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu bebankan dan saya tahu sukar dia hendak jawab itu tetapi ini kenyataannya. Syarikat dan tauke besar kerana dukungan sebagai kroni pemimpin besar, merampok kekayaan ratusan juta untung dan sekarang datang ke Parlimen mengatakan tidak bolehlah bebankan TNB untuk mengurangkan kos. Orang sudah sapu ratus juta baru kita hendak ingat kos bagi rakyat jelata.
Kemudian daripada segi perjanjian awal. Bakun itu menjanjikan pulangan yang baik dan munasabah kepada penduduk tempatan, golongan suku Iban di persekitaran kawasan itu dengan janji ganti rugi, janji tanah, janji pembangunan buat mereka. Sehingga hari ini belum ditunaikan sepenuhnya. Yang Berhormat boleh lihat semula rekod janji kerajaan kepada mereka yang tidak disempurnakan oleh syarikat yang rompak balak dengan restu pimpinan negara kita...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
[Bangun]
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Pembetulan fakta sedikit. Tidak ada Iban di kawasan itu. Kayan, Kenyah dan yang lain-lain. Okey, terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, Kayan, Kenyah ya. Baik, terima kasih. Minta maaf ya, betul-betul Kayan, Kenyah. Terima kasih dan saya kebetulan pergi ke kawasan itu dan turut mengesahkan apa yang dijanjikan. Terima kasih banyak.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Mambong, duduk dulu. Mencelah tidak boleh dicelah biasanya Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, ya. Dia tidak boleh dua kali celah. Baik, baik. Saya hendak tamatkan. Sebab itu Yang Berhormat Menteri, dalam ketekunan dan kesungguhan Yang Berhormat Menteri yang saya terima baik, kita tidak boleh lepas daripada melihat kerangka dan dasar besar yang awal dan kecurangan yang lalu kerana kecurangan yang lalu itu janganlah menyebabkan, bebankan orang yang ada sekarang. Itu yang saya sebut tadi Kayan, Kenyah tetapi ada juga janji supaya kemudahan dan bekalan itu disegerakan keutamaan. Ini tidak dalam perancangan awal tetapi kemudian oleh kerana desakan daripada penduduk Sarawak dan Sabah, maka diberi jaminan dan kos itu patut dikurangkan bagi mereka kerana penjanaan elektrik itu berpangkal di Bakun.
Inilah sebabnya mengapa saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat supaya beban penipuan dan rompakan termasuk kerugian awal dan tanggungan dan kehilangan balak. Yang Berhormat lain mungkin tidak tahu bahawa di kawasan Bakun itu, balak yang paling berharga dan prime sehinggakan pembalakan peringkat awal itu menggunakan helikopter untuk mengangkat balak-balak yang paling berharga. Pendapat kita ialah bila ini dilakukan, harus ada pembelaan sekurang-kurangnya minimum kepada penduduk tempatan. Itu yang kita minta dan ini tidak boleh ditunaikan sehingga sekarang.
Saya hanya membantu Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak dalam hal ini iaitu mengingatkan semula prinsip perjanjian awal, Yang Berhormat Mambong ya, termasuk orang Bidayuh walaupun dia jauh sikit di situ iaitu supaya kita ambil kawasan balak itu dan jamin persekitaran kawasan Bakun itu dijamin taraf kehidupan mereka.
Jadi soalnya soal penjanaan jana kuasa elektrik tetapi prinsip pembelaannya kepada penduduk tempatan dan kos yang lebih rendah dan janganlah sekali-kali Yang Berhormat Menteri mempertahankan syarikat yang menimba keuntungan ratusan juta seperti mana IPP kerana kita tidak punyai kuasa dan political will untuk berunding semula memastikan kos dapat direndahkan dan keuntungan dikaut itu tidak melampau jenuhnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Sebelum Menteri jawab, boleh saya ....
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Menteri jawab dulu. Yang Berhormat, bukan macam ini Yang Berhormat. Ini bukannya...
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung Ketua Pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Mambong duduk dulu. Biar Menteri jawab lepas itu. Yang Berhormat, kalau hendak, selepas ini Yang Berhormat.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Saya hendak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jawab, Menteri jawab. Menteri boleh jawab, apa kita perlu bimbang. Berapa lama lagi ini Yang Berhormat Menteri?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Sebab ini injury time ini saya masih tebal lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itulah Yang Berhormat injury lah ini sudah.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk sekarang kepada isu penempatan semula penduduk berikutan pembinaan projek hidroelektrik. Ini yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang tadi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Hulu Rajang dan juga Tuaran telah membangkitkan isu mengenai penempatan semula penduduk disebabkan oleh pembinaan projek hidroelektrik di Sarawak. Saya ingin menjelaskan bahawa sesungguhnya projek hidroelektrik Bakun merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Urusan penempatan semula penduduk ekoran daripada pelaksanaan projek itu adalah diselaraskan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak dengan sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, kementerian saya akan memanjangkan saranan-saranan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang kerana Yang Berhormat Hulu Rajang ini menyebutkan banyak perkara yang dia rasa tidak betul kepada pihak kerajaan negeri untuk perhatian dan tindakan mereka supaya kalaulah ada salah silap, ia boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Begitu juga isu penempatan semula penduduk disebabkan pelaksanaan projek-projek hidroelektrik lain di Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tuaran. Saya ingin memanjangkan segala-galanya, cadangan dan kalaulah teguran, kritikan dan sebagainya kepada pihak kerajaan negeri kerana setakat ini, kita memang masih tumpukan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah penduduk- penduduk yang hilang tempat tinggal akibat daripada projek Bakun ini dan buat masa sekarang, hidroelektrik Bakun ini belum lagi mula.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Sebab belum bermula kita masih ada masa untuk memperbaiki apa yang dirasai tidak munasabah atau tidak selaras dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian. Perkara ini saya akan bawa kepada pihak kerajaan negeri.
Yang Berhormat dari Hulu Rajang juga menyebut mengenai bekalan elektrik dari Bakun ini memang saya rasa Ketua Pembangkang mempunyai latar belakang dan dia tahu pun bahawa ini adalah untuk Sarawak, untuk Semenanjung dan kalau dapat untuk Sabah dan juga untuk Brunei dan juga Kalimantan sebab Bakun dan kawasan yang terdekat itu dinamakan SCORE iaitu koridor untuk renewable energy yang akan dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak bersama dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan kapasiti yang ada di dalam projek-projek hidro di dalam kawasan SCORE itu akan dijual kepada Semenanjung, jual kepada Sabah kalau diperlukan, jual kepada Brunei kalau perlukan, jual kepada Kalimantan, Indonesia pun.
Ini maknanya SCORE menjadikan satu hab bagi penjanaan elektrik di masa akan datang dan itu satu pelan yang baik dan kita sokong dan apa salahnya kalau ada kelebihan kita bawa pergi Semenanjung dan bawa ke Sabah. Memang tidak ada salah tetapi kita perlu wujudkan kapasiti yang mencukupi.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat hendak dengar Yang Berhormat Mambong?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Mambong? Okey Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya Ketua Pembangkang menyebut tentang hal Bakun sebab beliaulah Pengerusi Steering Commitee Bakun dahulu mulai daripada tahun 1995 dan saya juga adalah ahli Steering Committee itu. Jadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang kita sama-sama tahu sejarah tentang projek hidroelektrik Bakun... [Tepuk] Betul tidak? Jadi jangan hendak mengingatkan saya. Ingatkan saya jauh, Bidayuh jauh dari Bakun.
Akan tetapi masalahnya Bakun sekarang ialah dengan resettlement Yang Berhormat Menteri. Bakun resettlement kerana duit mungkin daripada Kerajaan Pusat tidak mencukupi walaupun urusan resettlement dibuat oleh kerajaan negeri. Itulah sebab resettlement itu bermasalah sekarang. Oleh yang demikian apabila penduduk di Sungai Asap di mana resettlement dibuat, bolehkah Kerajaan Pusat menimbang sekali lagi bahawa rumah-rumah di situ dijadikan rumah PPR, program bantu rumah rakyat yang sememangnya miskin di Sungai Asap sekarang. Mereka lebih lagi miskin daripada dahulu apabila mereka masih tinggal dekat kawasan tadahan air Bakun. Jadi ini adalah satu jalan penyelesaiannya.
Seterusnya tadi saya memang sudah dengar tentang RE atau renewable energy tentang arang batu, tentang biomas dan lain-lain. Saya rasa kalau dibandingkan biomass who is the promoter of biomass tadi? Jika dibandingkan biomass dengan arang, batu biomass lebih teruk lagi kerana lebih 4,000 bahan-bahan kimia dalam pembakaran biomass akan dikeluarkan ke udara. Arang batu sekarang sudah ada teknologi baru iaitu gasification technology. Oleh itu, bolehkah kerajaan menimbang teknologi gasification untuk digunakan menjana tenaga yang baru di Sabah. Jadi kalau teknologi ini digunakan maka masalahnya untuk mengeluarkan gas ke udara sememangnya sudah ditangani. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, kalau yang ini tidak ada dalam speech yang awal itu ada option hendak jawab ataupun tidak jawab sebab masa kita sudah berlarutan Yang Berhormat. Kita ketinggalan masa.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, saya akan patuhi arahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Lebih sedikit sahaja apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambong tadi. Cadangan untuk menukarkan skim perumahan itu kepada PPR itu saya akan bincang dengan rakan saya... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu harga gas asli oleh Petronas kepada pihak IPP seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ingin memperbetulkan persepsi bahawa harga gas yang rendah yang ditetapkan kepada penjana-penjana elektrik iaitu TNB dan IPP menguntungkan pihak IPP.
Hakikatnya kerajaan menetapkan supaya Petronas menjualkan gas pada harga yang rendah kepada sektor elektrik supaya harga elektrik yang dibekalkan itu kepada para pengguna dapat dikekalkan pada harga yang rendah. Itulah the result of yang kita hari-hari sembang tentang IPP yang untung banyak ini. Ketua Pembangkang pun tidak ada sini.
Actually they do not benefit. Kita hendak tahu IPP ini kalau harga gas itu turun is only a pass through. Ia bukan boleh untung...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Sekiranya kerajaan membenarkan Petronas menjual gas kepada sektor elektrik pada harga pasaran sudah tentu para pengguna elektrik di negara ini terpaksa membayar tarif elektrik pada kadar yang tinggi. Dalam masa yang sama kerajaan juga sedar akan keperluan untuk beralih kepada harga pasaran secara berperingkat-peringkat pada masa hadapan ke arah menggalakkan kecekapan pengurusan sumber tersebut iaitu gas asli.
Bagi menjawab isu kewajaran pembinaan projek hidroelektrik di Terengganu dan di Pahang pula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek-projek ini diperlukan untuk memenuhi keperluan bekalan elektrik pada masa hadapan. Sungguhpun tahap reserve margin dengan izin, pada masa kini agak tinggi iaitu di Semenanjung lebih 50 peratus.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Ia dijangka akan menurun ke bawah tahap selesa pasca 2015 pada organic growth yang kita ada iaitu 4 peratus setahun. Di masa ini kelebihannya akan turun. Bukan selama-lamanya akan kekal dalam lingkungan 50 peratus itu, ia akan turun. Pada masa dia turun ini kita kena plan up, kalau masa dia turun kita tidak plan up, situasi di Sabah akan berlaku di Semenanjung juga pada masa akan datang. Sebab itulah kita memerlukan perancangan yang lebih panjang, yang lebih awal lagi.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan isu pelaksanaan penggalakan bagi projek-projek tenaga boleh diperbaharui.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, boleh sebelum beralih ke tajuk yang lain? Ini berhubung dengan IPP tadi.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Cukuplah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Cukupkah? Tidak cukup...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri saya minta maaflah sudah 1 jam 33 minit, yang terpanjang semenjak dua hari lepas.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Nanti kawan saya sini marah dia sudah tunggu lama.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak marah punya, dia baik.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Saya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, projek-projek tenaga yang diperbaharui bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik ke Gerik dilaksanakan di bawah Small Renewable Energy Power Program atau SREP, dengan izin, di mana semua permohonan untuk melaksanakan projek-projek jana kuasa kecil tenaga boleh diperbaharui ini akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Khas Tenaga Boleh Diperbaharui yang dipengerusikan oleh KSU kementerian saya. Projek-projek jana kuasa kecil ini adalah terhad bagi kapasiti terpasang sehingga 30 megawatt sahaja dan dilaksanakan oleh pemaju-pemaju bebas.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SV Carbon yang satu nama syarikatnya yang telah diambil alih oleh YTL hanya merupakan konsultan bagi projek-projek CDM, di mana ia dilantik oleh pemaju-pemaju tenaga boleh diperbaharui untuk membantu urusan permohonan pemaju-pemaju tersebut bagi mendapatkan kredit karbon di bawah mekanisme CDM.
Bagi menjelaskan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tenom, Tangga Batu, Lanang, dan Klang, kementerian saya telah melaksanakan kajian bagi merangka cadangan dasar dan pelan tindakan tenaga boleh diperbaharui (RE) yang baru bagi memacu pembangunan RE di negara ini, termasuk penggubalan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui dalam memastikan RE dapat memainkan satu peranan yang lebih significant bagi membantu jaminan keselamatan tenaga negara...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sedikit celahan...
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
... iaitu energy security, dengan izin.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sedikit ruang Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Saya habiskan ayat ini. Selain daripada itu, kerajaan juga telah menyediakan insentif fiskal untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam negara sejak tahun 2001. Insentif-insentif ini termasuk taraf perintis, cukai elaun pelaburan, pengecualian duti import dan cukai jualan bagi peralatan dan mesin yang digunakan dalam penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Tuan Yang di-Pertua, soalan ringkas saya berkenaan dengan RE yang diulas oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, pagi tadi saya hadir seminar antarabangsa mengenai Palm Oil di KLCC.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Satu kertas mengenai RE yang dibentangkan itu di bawah sub topik Status of Implementation: Issues and Challenges. Ini ayat dia Yang Berhormat Menteri. “What has started out as a promising new growth area is now in a state of near economic paralize.” Dalam bidang ini Yang Berhormat Menteri sebut tadi dengan segala macam akta industri biofuel, akta renewable energy, segala macam, tetapi pemain industri merujuk kepada topik ini, mengulas mengenai keadaan di negara kita. Dia disumbangkan oleh dua perkara.
Pertama katanya, “... an almost complete absence of local demand”, itu yang pertama.
Kedua, lima tonggak strategik yang membentuk polisi Yang Berhormat Menteri sebut mengenai dasar RE tadi ialah termasuk eksport di luar negara. Itu juga tidak berlaku.
Walaupun ada 91 lesen misalnya dikeluarkan untuk pihak pemain ini mengeluarkannya.
Hari ini boleh kata disebutkan di sini on hold ataupun abundant. Jadi, gambarannya Yang Berhormat Menteri, ini satu kertas antarabangsa, seribu lebih penyertaan, pengalaman Malaysia yang dibentangkan. Gambarannya tidak seperti yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Jadi, saya pulangkan kepada budi bicara Yang Berhormat Menteri, apakah jawapan yang diberikan tadi dengan segala macam dasar, polisi mengenai renewable energy ini, praktisnya di lapangan itu betul-betul terjadi ataupun tidak atau benarlah seperti pandangan pengkaji, pembentang yang memberikan pengalaman Malaysia untuk tatapan peserta konvensyen antarabangsa yang akan berakhir esok. Saya minta sedikit pandangan.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sebut mesyuarat antarabangsa yang disebutkan iaitu Palm Oil dan ia bukan elektrik, ia bukan RE dari segi penjanaan elektrik. Dia sebut tentang biofuel untuk eksport, untuk local demand, ini saya setuju. Sedangkan saya dahulu pun dalam Kementerian Perladangan. Saya pun one of the champions of biofuel. Hakikatnya ialah apa yang disebutkan lack of local demand, saya setuju. Kita kena create demand. Akan tetapi, pada masa yang kita create demand itu, kita perlu bersaing dengan fossil fuel. Itu masalah, sebab fossil fuel lebih murah. Itulah masalah.
Walau bagaimanapun, kalau kita sebut mengenai elektrik ini, kita menggalakkan, ada tarif nya yang lebih tinggi kita beli, TNB beli. So for RE in terms of elektrik ini, saya rasa kalau kita boleh tingkatkan lagi daripada 21 sen ke lingkungan 30 sen, saya rasa industri RE untuk elektrik ini akan terus berkembang. Hal ini kerana pada masa sekarang, kalau TNB beli 30 sen dia rugi. Lebih elok dia beli daripada IPP ini. Itu hakikatnyalah. So kita kena ada paksaanlah sedikit supaya TNB akan patuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya setuju Yang Berhormat Menteri tetapi masa ini kurang.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Okey. Teknologi hijau...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sedikit ruang mengenai komen Yang Berhormat Menteri tadi. Saya terima penjelasan Yang Berhormat Menteri, terima kasih banyak mengenai polisi itu. Pada masa yang sama, penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai IPP tadi itu agak meragukan saya Yang Berhormat Menteri sebab IPP ini Yang Berhormat Menteri, dia enjoy subsidi dua kali sebenarnya. Kalau mengikut penelitian kita sekarang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat boleh bawa dalam peringkat committee.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Tadi disebut mengenai IPP, macam satu sweeping statement yang saya rasa kita boleh minta untuk Menteri perjelaskan lagi. Kenyataan Menteri tadi ialah IPP tidak memperoleh keuntungan, tidak seperti yang kita gambarkan. Namun, kita hendak hujah di sini bahawa IPP menikmati double subsidy. Satu daripada Petronas, satu lagi daripada TNB. Daripada Petronas, subsidinya ialah subsidi harga gas.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Kalau mengikut rekod kita, tahun 2009, subsidy to IPP ialah RM7.3 bilion. Kalau accumulated subsidi to IPP sejak 1997 ialah RM43 bilion. Apa lagi satu subsidi yang dia dapat? Satu lagi ialah daripada TNB dalam bentuk apa yang disebut sebagai availability charge. Capacity charge. Yang itu dua.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, saya cadang begitulah. Kita peringkat jawatankuasa. Saya akan di sini. Saya akan jawab dan saya akan berikan statistik dan apa keuntungan yang you sebutkan kepada IPP. Teknologi hijau.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, sebelum...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak bagi lagi, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sebelum itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita sudah empat jam empat puluh minit, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya tahu. Saya terpaksa tanya sebab saya tunggu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau tidak boleh dengar cakap saya, Yang Berhormat. Jawatankuasalah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sikit, sikit.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Jawatankuasalah. Jawatankuasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sikit, sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak bagi, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, hari itu Tuan Yang di-Pertua sebut di peringkat Menteri menggulung saya boleh bangkitkan isu-isu yang saya hendak bangkitkan. Saya diberikan hanya 12 minit hari itu berucap. Saya hendak bertanya kerana saya sudah lama menunggu untuk bertanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya mintalah Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya minta sungguh-sungguh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat bijak, pandai dan tahu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Janganlah begitu, Tuan Yang di-Pertua.
Saya tunggu lama ini. Saya berikan laluan kepada kawan-kawan lain.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskanlah, ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sikit saja. Sikit saja, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak tanya dalam peringkat Jawatankuasa, boleh?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh Yang Berhormat Menteri. Itu sudah spesifik. Saya hendak tanya ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri? Saya tunggu lama ini.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Apa itu?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ada dua perkara. Satu tentang air.
Kalau jangan lupa dan keduanya.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Air, air.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Belum sampai lagi, ya.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Air akan sampai.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tentang energy. Electricity ini. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri terangkan kepada Dewan ini kerana persoalan ini nampaknya Yang Berhormat Menteri mengelak. Soalan storages tadi, persoalannya Yang Berhormat Menteri tidak menghuraikan ialah masalah kita dalam the storage technology.
Apakah kita punya keupayaan untuk menyimpan sebanyak itu dan sehingga hari ini storage technology dalam peringkat yang ada yang tidak di commercialize lagi. Ia merupakan satu hidden, satu block dan satu kos juga. Jadi minta Yang Berhormat Menteri terangkan sikit.
Saya menunggu untuk ini.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya rasa dalam catatan masa perbahasan, Yang Berhormat tidak sebut storage technology ini sebab...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sebab itu saya katakan Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua minta saya bangkitkan semasa penggulungan Menteri. Sebab itu saya tunggu untuk bertanya.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya rasa itu elok kita bincang dalam Jawatankuasalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, benda macam ini patutnya spesifik. Patut dalam Jawatankuasa sebenarnya.
Dengarlah cakap saya, Yang Berhormat. Saya sudah lima term dekat sini. Mengetahui saya.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya, kita akui. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bagan, Batang Sadong dan Mambong telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan pelaksanaan teknologi hijau. Penglibatan golongan wanita dalam Program Teknologi Hijau, penggunaan Teknologi Hijau dalam mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan penggunaan teknologi nuklear yang dalam janaan elektrik.
Kementerian saya berpendapat bahawa cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bagan supaya kerajaan mewajibkan penggunaan kelebihan pendapatan minyak dan gas dengan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam kelebihan bayaran disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk pembinaan keupayaan dalam sektor utama termasuklah tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan teknologi hijau boleh dipertimbangkan.
Namun begitu, ia perlu diteliti dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari aspek perundangan dan mekanisme pelaksanaannya. Tabung khas tersebut boleh membantu dalam mempercepatkan lagi pembangunan teknologi hijau di negara ini khususnya dari segi penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan keupayaan inovasi dan daya saing di dalam sektor teknologi hijau.
Memandangkan kos untuk membangunkan projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga yang tinggi buat masa ini, syarikat-syarikat GLC dilihat mempunyai keupayaan melaksanakan projek-projek seperti ini dan boleh diambil kira sebagai salah satu corporate social responsibility atau CSR yang bukan sahaja dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar malah akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat tempatan. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Batang Sadong dan Mambong, mengenai penglibatan wanita dan program-program teknologi hijau. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan pada masa ini dalam usaha untuk membangunkan teknologi hijau dengan cara memperbanyakkan lagi program-program dan aktiviti-aktiviti berbentuk kesedaran dan promosi untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan seharian.
Program-program tersebut akan dijalankan secara konsisten agar kesedaran dapat ditimbulkan secara berterusan dan tidak terhenti dalam masa yang singkat sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjelaskan penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mambong. Ingin saya menyatakan di sini bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk meneliti opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik sebagai salah satu penyelesaian jangka masa panjang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik tidak dapat diketepikan kerana ia dapat menawarkan opsyen yang menarik untuk membekalkan elektrik yang berdaya harap dan dengan harga yang berpatutan. Opsyen tenaga elektrik juga akan mengharapkan penggantungan kepada jana kuasa gas dan arang batu yang sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
Sehubungan dengan itu, beberapa kajian akan dilaksanakan untuk meneliti keupayaan dan kesediaan negara untuk melaksanakan program pembangunan nuklear bagi penjanaan elektrik bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara pasca 2025.
Aspek-aspek yang akan dikaji adalah berkaitan dengan perundangan, kawal selia, pembangunan sumber manusia dan sebagainya. Hasil kajian tersebut akan menyediakan asas yang lebih kukuh bagi membantu pihak kerajaan untuk menimbangkan opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Tenggara di atas keprihatinan dan minat Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap sektor teknologi hijau.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kepong, Dasar Teknologi Hijau Negara telah menggariskan beberapa matlamat untuk mencapai dalam tiga fasa iaitu jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Ini kerana kerajaan sedar bahawa transformasi ke arah teknologi hijau memerlukan masa yang panjang dan perlu dilaksanakan secara berterusan sehinggalah ke peringkat di mana teknologi hijau dan teknologi yang mesra alam ini diterima sepenuhnya oleh masyarakat dan diterapkan sebagai budaya kehidupan termasuk dari pihak industri dan pengilang yang akan membekalkan produk dan perkhidmatan yang bercirikan teknologi hijau.
Pada masa ini, kementerian sedang memberi tumpuan kepada program-program berbentuk promosi dan kesedaran awam yang melibatkan sektor kerajaan, swasta dan masyarakat awam termasuklah pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi supaya pihak sedar akan kepentingan teknologi hijau dan seterusnya dapat memainkan peranan masing-masing. Pusat Tenaga Malaysia yang akan di struktur semula sebagai Pusat Teknologi Hijau Negara akan bertanggungjawab untuk menyediakan hala tuju dan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau di negara kita serta jadi focal point, dengan izin, kepada piawaian dan persijilan teknologi hijau.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini termasuk menyelaras dana sebanyak RM1.5 bilion seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seputeh di mana ia bertujuan untuk membolehkan syarikat pengeluar dan pengguna membuat pinjaman mudah bagi menggalakkan lagi penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Penggunaan dana tersebut juga adalah bergantung pada para pengguna dan syarikat pengeluar tersebut dan akan dikaji semula jumlah peruntukan dana sekiranya ia tidak mencukupi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian saya juga telah merangka beberapa program khas bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. Antaranya penganjuran Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau pada tahun 2010 yang dijangka akan menarik ramai syarikat terkemuka dunia dan pakar dalam teknologi hijau menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai pelopor kepada Bandar Teknologi Hijau.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah dua jam Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Seputeh, kena bagi orang lain juga Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berilah, lama tidak berjumpa, salam Yang Berhormat Menteri, kasihan tangan sakit.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Peringkat Jawatankuasa ya? Saya sudah hendak habis.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, bagi saya mencelah sedikit. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tidak faham ialah kita ada Pusat Tenaga Malaysia, kita ada rangka, ada dasar yang baik untuk mempromosikan teknologi hijau. Akan tetapi di bahagian yang lain, kita ada agensi nuklear yang mempromosi penggunaan nuklear. Walaupun apa penjelasan kerajaan adalah kata kita sekarang hendak menyebarkan maklumat bagi orang yang tahu bagaimana kita boleh menjana elektrik yang lebih mudah daripada nuklear, menggunakan tenaga nuklear tetapi ini saling bercanggah.
Saya rasa kerajaan apabila kata hendak mempromosi tenaga nuklear, ini juga bergantung sama ada kita ada political will atau tidak. Sekarang apabila saya melawat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini berucap Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan, saya beri satu contoh sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini berucap, saya tidak mahu dengar Yang Berhormat berucap.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak, tidak berucap. Saya ada cadangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya bertimbang rasa dengan Yang Berhormat. Kalau hendak tanya, tanya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hendak tanya, saya cadangkan macam Parlimen kita, kita ada flat roof-top, kita harus jadikan ini sebagai solar, guna solar panel di sini untuk menjana electricity dan juga bangunan-bangunan di Putrajaya seperti pejabat Yang Berhormat Menteri, harus menggunakan tenaga solar untuk menjana aliran elektrik. Ini untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa ini boleh dilakukan dan kalau kita menggalakkan lebih ramai orang menggunakan tenaga solar, harganya tentu akan turun.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Ya, cukup. Saya faham. Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat ada disebut dalam peringkat ucapan dasar tadi. Mengenai solar ini, hendak saya jawab atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak perlu Yang Berhormat Menteri, beliau sudah terlupa ucapan sendiri itu.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, mengenai tajuk akhir ialah perkhidmatan air.
Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu mengenai projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Berhubung dakwaan kerugian kewangan kerajaan dalam kontrak terowong air bagi projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan. Saya ingin memaklumkan bahawa pembiayaan pinjaman Yen bagi projek tersebut amat diperlukan pada masa itu iaitu akibat daripada masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan tahun 1998.
Disebabkan oleh kekangan kewangan tersebut, kerajaan telah memutuskan agar projek ini dibiayai bersama di antara Kerajaan Malaysia dan Jepun melalui Japan International Cooperation Agency atau JICA. Anggaran kos projek adalah sebanyak RM3.936 bilion di mana 75 peratus daripada sumber pembiayaan adalah secara pinjaman mudah, soft loan dengan izin, oleh JICA dengan kadar pinjaman yang terendah iaitu sebanyak 0.95 peratus sahaja. Manakala baki 25 peratus ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, satu perjanjian telah ditandatangani pada 31 Mac 2005 yang menyarankan agar pelaksanaan projek tersebut adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi Guidelines for Procurement under JBIC. ODA Loans, dengan izin, yang telah ditetapkan oleh pihak JICA di samping mematuhi arahan perbendaharaan bagi memperoleh kerja melalui tender.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Untuk memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan telus dan kos efektif, kaedah perolehan yang ditetapkan adalah melalui pra-kelayakan dan pembidaan terbuka antarabangsa, international bidding, dengan izin, dengan sistem dua sampul surat.
Dengan itu Shimizu Corporation, Nishimatsu Construction Co. Ltd., UEM, IJM, the lowest evaluated substantially responsive bidder dengan izin, telah ditawarkan kontrak selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan. So there is nothing under the table for us to pick. Saya rasa Yang Berhormat Bagan ada sedikit naughty apabila beliau sebut kita ada apa-apa kaedah yang tidak telus.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih...
Tuan Charles Santiago - Klang
Ada soalan Yang Berhormat Menteri berkait dengan Selangor, air Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja, kami tunggu lama Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Dua jam tunggu Yang Berhormat Menteri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Tuan Charles Santiago - Klang
Siapa?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh Menteri? Saya mula. Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentunya Yang Berhormat Menteri sedar akan proses yang telah memakan sekian lama penstrukturan air yang dikatakan sebagai migrasi air daripada pendekatan apa yang dikatakan concession kepada satu yang dikatakan pendekatan licensing. Kami daripada pihak di sini ingin sangat-sangat mendapat penjelasan daripada pihak Menteri secara langsung, apakah yang paling mutakhir dalam rundingan ini kerana tawaran telah dibuat oleh kerajaan negeri sebanyak RM9.7 bilion akan aset negeri dan daripada aset-aset konsesi itu sebanyak RM4.7 bilion dan SPV Berhad atau SYABAS dalam satu pendekatan baru yang telah dicadangkan.
Yang paling mutakhir yang kita ingin tahu apakah benar-benar pihak kementerian komited, bersungguh untuk melakukan seperti mana yang berlaku di Johor, di Melaka dan di Negeri Sembilan, migrasi air yang setelah SPAN iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan juga penubuhan PAAB sebagai vehicle untuk melangsungkan perkara itu, kami di Dewan ini tidak mengetahui apa-apa. Jadi apakah boleh Yang Berhormat Menteri memberikan perkara paling mutakhir dalam satu yang akan melindungi kepentingan rakyat khususnya di Selangor dan Putrajaya? Jadi kalau dapat Yang Berhormat Menteri dapat memberikan perkara mutakhir dengan secara jelas. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh?
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, saya ada dua soalan yang berikut, isu yang sama tetapi ada soalan lain.
Tuan Charles Santiago - Klang
Soalan pertama saya ialah apakah perkembangan sekarang mengenai penstrukturan air di Selangor? Itu satu. Kedua, mengenai status asset evaluation negeri dan juga pihak swasta, itu dua. Soalan ketiga ialah mengenai ura-ura di surat khabar yang mengatakan bahawa pihak kerajaan mendorong ataupun cenderung untuk memberikan konsesi kepada pihak swasta daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor. Minta penjelasan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Pendek kata...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh sambung?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak apa, habislah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Apa yang habis? Belum lagi.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya hendak habiskan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Habis itu saya cakap sedikit sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, okey.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pasal hal airlah ini. Saya tidak banyak, pendek sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Air, air.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Air.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tadi hal Pahang, kemudian air Selangor, saya hendak bercakap air Kelantan. Sekarang banyak tetapi air banjir. Saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat di Kelantan, air diurus oleh Air Kelantan. Kerajaan Pusat bagi pinjaman, tetapi kontrak-kontraknya ditentukan oleh Kerajaan Pusat. Persoalan saya mudah sahaja. Air di Kelantan amat teruk. Tahun ini sahaja kita tengok rakyat menghadapi masalah kekurangan air dan bila tidak ada air ini, cuba bayanglah apa hendak jadi.
Bukan sahaja soal kesihatan, kehidupan, kenduri dan seumpamanya dan kawasan saya, Pasir Mas pun terlibat dengan teruk. Saya sendiri terpaksa Yang Berhormat menggunakan wang poket sendiri beli pam air untuk rakyat di kampung, dari satu kampung ke satu kampung... [Disampuk] Bisinglah. Cakap hal rakyat, bila cakap betul-betul, dia main-main.
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, boleh tidak Yang Berhormat bagi jaminan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti untuk melihat kembali pelaksanaan projek air di Kelantan melalui Air Kelantan. Jadi kalau boleh saya harap dapat diusahakan supaya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti dapat kita selesaikan masalah air ini.
Rakyat hendak hidup. Yang hendak masuk syurga itu selepas mati nanti. Rakyat hendak hidup sekarang. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Pasir Mas, sebenarnya kita sedang dalam peringkat akhir untuk mengadakan satu MoU dengan pihak Pengurusan Air Kelantan ini supaya negeri Kelantan ini masuk atau berhijrah kepada rejim Akta Industri Air 2006 ini supaya asetnya akan diambil alih oleh PAAB dan Syarikat Air Kelantan itu akan jadi operator dan management of the pembekalan air.
Akan tetapi saya hendak tambah sedikit di Kelantan, situasi adalah sedikit berbeza dengan lain-lain negeri, kerana di Kelantan ini banyak rakyat walaupun dia di bandar, di kawasan pinggir bandar, dia masih menumpukan kepada air di bawah tanah. Walaupun ada paip, dia tidak mahu pakai air yang dibekalkan oleh...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak betul, Yang Berhormat. Mana pula tidak hendak guna air paip, kena gali telaga. Semua hendak air paip. Nanti Yang Berhormat pergi ke Kelantan, saya bawa Yang Berhormat melawat, saya boleh tunjuk, boleh?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Boleh, boleh.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey, okey.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya akan hadir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, tolonglah.
Tuan Charles Santiago - Klang
Air Selangor, air Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Mengenai air Selangor ini, saya minta kita... sebab ini very specific. Kita akan bincang dalam peringkat Jawatankuasa nanti.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
This is very specific kerana...
Tuan Charles Santiago - Klang
[Menyampuk]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, duduk dahululah.
Tuan Charles Santiago - Klang
Sorry.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, sebab perkara ini saya masih dalam peringkat rundingan dengan Khalid Ibrahim, the MB. Eloklah perkara ini jangan dibongkar sebelum kita selesaikan rundingan ini. Itu janji dia dengan saya dan saya hormati dia punya cara.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Dia ini mana saya tahu. Jangan tanya saya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, isu ini sebenarnya banyak dibincangkan di media business, so kita mesti bincang. Ini Parlimen. Parliament must be informed what is happening.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini bukan masa untuk inform. Saya akan inform kemudian.
Tuan Charles Santiago - Klang
Kalau macam itu, Parlimen tidak pentinglah, Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Bukan. Ini bukan masa untuk saya umumkan.
Saya akan umumkan. There’s nothing to hide. Bila sampai masa saya akan umumkan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Menteri, saya bukan mengatakan beritahu kita semua maklumat yang rahsia, tidak. Apa yang saya minta ialah satu, apakah perkembangan masa kini mengenai penstrukturan air?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Masa kini ialah kita masih rundinglah... [Ketawa]
Tuan Charles Santiago - Klang
Ya, itu answer yang senanglah itu. What about the asset evaluation?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yes, yes. Rundingan ini termasuk asset evaluation, semua inilah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Penjelasan sedikit, Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Due diligence dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, kalau kita tidak tutup, ini semua akan bangun semulalah.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya, ya, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita ada 17 kementerian lagi, kita hanya ada 13 jam.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, okey. Akhir sekali saya ingin sebutlah, bagi air ini, saya memang bekerjasama dengan Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, kerana kita akan tumpukan banyak masa ini dan perbelanjaan ini supaya kita dapat membekalkan air kepada luar bandar. Kepada bandar ini kita hanya meningkatkan kualiti sahaja. Luar bandar ini yang dia belum dapat air lagi. Sebab itulah saya memang bekerjasama dengan rakan saya supaya kita boleh memenuhi hasrat kerajaan, iaitu NKRA mengenai air di luar bandar ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, 2 jam 13 minit. Jadi saya memperingatkan jugalah sebelum saya menjemput Menteri yang berikutnya kerana kita ada 17 kementerian. Mengikut peraturan, kita ada empat hari untuk menjawab bagi pihak Menteri dan Jawatankuasa nanti kita ada 20 hari untuk bertanya dengan Menteri, menyoal dengan Menteri.
Jadi, pada masa sekarang amat eloklah kalau kita jawab sahaja persoalan yang dibangkit yang menyoal, mencelah, minta tolong kalau ada penjelasan yang khusus kepada yang dibangkitkan dalam ucapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi dengan itu saya memohonlah supaya kita boleh siap esok. Saya cukup yakin hari Khamis itu kita tidak akan bersidang selepas pukul 5 petang ataupun sampai pukul 10 malam macam hari ini. Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan mematuhi apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan 2010 yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai 31 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Isu kemiskinan telah disentuh oleh Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Mas Gading, Rantau Panjang, Kanowit dan Bagan Serai. Yang Berhormat Kota Kinabalu memohon penjelasan mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar bandar. Terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat di atas perkara ini. Sesungguhnya tugas membasmi kemiskinan negara adalah tanggungjawab menyeluruh dan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk badan-badan berkanun kerajaan serta pihak swasta.
Dalam konteks kementerian, tiga program teras di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat yang diberi penekanan utama bagi mencapai sasaran membasmi sepenuhnya miskin tegar dan membantu mengurangkan separuh kadar kemiskinan negara pada tahun 2010 iaitu:
(i) Program Peningkatan Pendapatan;
(ii) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya; dan
(iii) Program Bantuan Rumah ataupun PBR.
Pelaksanaan tiga program teras ini bermatlamat untuk memperbaiki kualiti hidup, meningkatkan tahap kemahiran, seterusnya pendapatan di kalangan golongan miskin tegar.
Selain daripada itu, usaha ini turut disokong menerusi enam lagi program SPKR iaitu:
(i) Program Pembangunan Minda Insan;
(ii) Program Pembangunan Masyarakat Setempat;
(iii) Program Kecemerlangan Pendidikan;
(iv) Program Taska;
(v) Program Tambahan Makanan Seimbang; dan
(vi) Program ASB Sejahtera.
Untuk makluman Yang Berhormat, menerusi pelaksanaan program peningkatan pendapatan ataupun PPP, sebanyak RM66 juta telah diperuntukkan pada tahun 2009 bagi menyalurkan bantuan berbentuk projek-projek ekonomi di bawah empat bidang iaitu:
(i) perniagaan kecil-kecilan;
(ii) perusahaan sumber asas tani;
(iii) aktiviti berasaskan perkhidmatan; dan
(iv) pertanian.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Manakala di bawah Program Latihan, Kemahiran dan Kerjaya atau PKLK, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan pada tahun 2009 untuk meningkatkan potensi modal insan menerusi kursus-kursus kemahiran yang memberikan peluang pekerjaan seperti kursus motor mekanik, electrical, kejuruteraan marin, chef masakan, jahitan, andaman dan sebagainya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Berdasarkan kepada pemerhatian sebahagian besar daripada lepasan program ini berjaya mendapat pekerjaan dengan mendapat melebihi RM400 sebulan dan ada di antaranya menjangkau lebih RM1,000 sebulan.
Melalui Program Bantuan Rumah atau pun PBR pula, kumpulan sasar yang layak akan diberikan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat serta utiliti asas yang lebih sempurna. Sebanyak RM551.4 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan PBR tahun 2009 di seluruh negara. Jumlah ini termasuk RM500 juta yang diluluskan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dengan sasaran membina dan membaiki 17,408 unit rumah keluarga miskin dan miskin tegar. Selain daripada itu kementerian juga telah melaksanakan program pembangunan bersepadu yang dikenali sebagai program lenjakan mega luar bandar yang berkonsepkan agropolitan seperti di Pulau Banggi, Sabah dan di Gahai, Pahang bagi mengeluarkan golongan miskin dan miskin tegar dari belenggu kemiskinan.
Yang Berhormat Mas Gading pula memohon Program Bantuan Rumah atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dikaji semula dengan mengemukakan skim yang lebih spesifik. Pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat termasuk Program Bantuan Rumah adalah berdasarkan outcome based, dengan izin. Justeru itu garis panduan dan skop program-program SPKR dinilai dan diperbaharui dari semasa ke semasa bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan dan memastikan bantuan dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang layak dan tepat. Selain itu platform Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah akan digunakan sepenuhnya dalam perancangan pelaksanaan dan pemantauan serta penilaian program-program SPKR terutama bagi Program Bantuan Rumah.
Isu Program Bantuan rumah yang tidak melibatkan Ahli-ahli Parlimen telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang. Pelaksanaan Program Bina Rumah dan Baik Pulih Rumah dan Program Bantuan Rumah adalah berdasarkan kepada Arahan No.1 tahun 2004 iaitu melalui pejabat pembangunan negeri dan agensi-agensi pelaksanaan sama ada di bawah pejabat-pejabat daerah ataupun KKLW...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Golongan sasar bagi PBR pula terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih. Selain itu Kabinet...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri mohon laluan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Selain itu Kabinet pada 7 Oktober, 2009 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2010 kesemua senarai penerima PBR akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah yang terdiri daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Focus Group, jawatankuasa yang menggabungkan pelbagai agensi yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk pembasmian kemiskinan. Cuma Yang Berhormat Menteri sama ada pemberian rumah, saham FELCRA dan sebagainya masih lagi tertakluk kepada sistem e-Kasih walaupun e- Kasih Focus Group berfungsi. Maknanya jawatankuasa bermesyuarat untuk menentukan siapa yang layak menerima tetapi masih mesti merujuk kepada sistem e-Kasih sebagaimana diamalkan sekarang. Persoalan yang selalu saya bangkitkan ialah ramai lagi sebenarnya yang miskin tetapi tidak ada dalam senarai e-Kasih berkenaan menyebabkan usaha kita untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tidak berjaya.
Di kawasan saya, saya ingat di Kota Belud pun sama, ramai di tempat lain yang mana ia terbantu usaha kita untuk menyelesaikannya kerana sistem e-Kasih ini. Boleh kah tidak kementerian mengeluarkan pekeliling arahan baru kepada pentadbiran di peringkat daerah dan sebagainya untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Focus Group ini jika ada penerima yang kita fikir memang layak tetapi oleh kerana dia tidak ada dalam senarai itu, diperakukan dalam Jawatankuasa Focus Group berkenaan dan dengan perakuan tersebut walaupun tidak ada dalam senarai kita boleh beri? Kalau ini boleh dilakukan ia mempercepatkan penyelesaian masalah kemiskinan rakyat di negara kita.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Sambung sedikit Kota Belud fasal e-Kasih. Cadangan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Lenggong. Semalam Yang Berhormat Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk senarai e-Kasih ini ada dua bancian yang dibuat. Tahun 2007 dan yang baru-baru ini pada awal 2009. Saya berpendapat masalah kita dengan e-Kasih ini ialah oleh kerana bancian itu dibuat terlalu lama di antara satu dengan yang lain maka ini menimbulkan masalah untuk memasukkan senarai baru. Saya minta kalau boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kota Belud. Seperti yang saya sebutkan tadi, Kabinet pada 7 Oktober yang lalu telah memutuskan bahawa mulai tahun 2010 kesemua senarai penerima PBR akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan. Daerah yang terdiri daripada pimpinan termasuk pejabat-pejabat daerah. Perkara ini telah saya kemukakan di peringkat Kabinet pada bulan yang lalu dan ini akan dipanjangkan. Dalam pelaksanaan 2010 akan datang ini kita tidak akan hanya berlandaskan e-Kasih semata- mata.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ia akan melibatkan pihak-pihak dan kementerian kita bukan penentunya. Kita termasuk dalam jawatankuasa itu tetapi akhirnya di peringkat daerah itu telah diputuskan itu adalah muktamad. Kementerian hanya akan melaksanakan rumah-rumah ini dan tidak akan terlibat KEMAS nya, FELCRA nya, RISDA nya menentukan siapa dapat ataupun EPU siapa dapat yang akhirnya Focus Group ini akan menentukan yang ditentukan di peringkat daerah nanti.
Itu agak jelas ya jadi ada perbezaan. Pelaksanaan 2009 dan 2010, ini penambahbaikan proses ini supaya kita kumpulan sasar yang penting. Saya tidak mahu nanti bangkit masalah contohnya, ketua bahagian ini hendak, ADUN ini hendak, Ahli Parlimen ini hendak. Kehendak semua pihak tetapi harus dilandaskan dengan orang yang betul-betul memerlukannya iaitu miskin. Saya tidak mahu nanti kita buat rumah, yang dia buat bukan rumah tetapi parking, tempat letak kereta. Kita tidak mahu buat rumah tetapi orangnya ada separuh rumah. Ini yang kita tidak mahu lakukan. Jadi ini ada penambahbaikan daripada apa yang kita akan lakukan..
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya beri peluang untuk seorang bangkitkan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih. Selain daripada Focus Group yang disebutkan yang akan dimuktamadkan saya ucapkan tahniahlah. Saya nampak Yang Berhormat Menteri begitu serius tadi dalam hal ini. Cuma yang saya hendak bangkitkan senarai e-Kasih ini saya hendak minta diberi perhatian. Katalah mereka ini penerima rumah PPRT, ada untuk miskin tidak ada tanah dan apabila mereka hendak diberi rumah mereka kena cari tanah. Kemudian kena tandatangan kalau ada orang hendak beri tanah ke pejabat daerah. Tunggu hendak cari DO untuk tandatangan kemudian tunggu pelaksanaan pula berbulan-bulan. Jadi saya hendak minta respons Yang Berhormat Menteri bagaimana hendak pastikan golongan yang tidak ada tanah tetapi perlu rumah di bawah program ini dan juga pelaksanaan itu dapat dilakukan dengan cepat. Sekian, terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Perkara ini memang kita akui menjadi satu masalah yang kukuh di mana kita sedar dan tahu bahawa sebahagian besar daripada kumpulan yang miskin tegar ini tidak berupaya untuk memiliki tanah.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Insya-Allah ini akan kita rangkumkan sebahagian daripada proses pelaksanaan untuk pembinaan rumah di masa akan datang khususnya di peringkat pelaksanaan NKRA dan juga Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Bagan Serai pula mencadangkan agar pelaksanaan projek lebih bersepadu khususnya dalam menyediakan peluang-peluang meningkatkan pendapatan.
Melalui program pembangunan masyarakat setempat kerajaan menyediakan satu penempatan yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti rumah, surau, taska dan sebagainya serta projek-projek ekonomi pembangunan modal insan bagi memastikan impak pembasmian kemiskinan yang lebih menyeluruh dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.
Bagi Projek Pembasmian Kemiskinan Beriah terdapat bantuan mesin yang telah diberikan dan empat unit gerai niaga yang telah dibina oleh kementerian untuk serta melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi. PPMS Beriah yang terletak berhampiran dengan pusat peranginan Bukit Merah, Lake Town Resort kementerian ini kini dalam usaha untuk meneliti semula semua projek PPMS di seluruh negara. Ia bertujuan untuk menaik taraf dan membaik pulih penempatan PPMS dengan memberi tumpuan kepada penyediaan komponen ekonomi. Yang Berhormat Sibuti memohon peruntukan RM500 juta untuk memperbaiki dan mempromosi homestay rumah panjang.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Konsep pelaksanaan projek yang dibiayai di bawah program pelancongan desa atau homestay kementerian ini adalah melibatkan pembiayaan bagi membina infrastruktur guna sama seperti jalan di kawasan homestay, dewan serba guna, wakaf dan landskap untuk merapatkan penduduk setempat dan pengunjung kepada homestay berkenaan.
Dalam melaksanakan program ini, kementerian berperanan dalam mengenal pasti dan membangunkan kampung-kampung yang berpotensi dalam aktiviti homestay bagi dikembangkan. Seterusnya diiktiraf dan didaftarkan dalam senarai kampung-kampung home stay di bawah Kementerian Pelancongan. Saranan daripada Yang Berhormat adalah dialu-alukan dan pihak kementerian menghargai kerjasama Yang Berhormat dalam mengenal pasti kampung-kampung Sibuti, yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kampung homestay.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti luar bandar. Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat Sri Aman untuk bantuan bagi menaik taraf jalan utama dan jalan kampung di kawasan Sri Aman. Kementerian mengambil maklum tentang permohonan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat untuk menaik taraf jalan luar bandar dan jalan kampung di kawasan Parlimen Sri Aman.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2010 sebanyak RM128.29 juta diperuntukkan bagi pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak. Senarai permohonan bagi cadangan pelaksanaan projek-projek luar bandar di kawasan Parlimen Sri Aman telah disenaraikan dalam projek jalan luar bandar Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Sibuti pula membangkitkan tindakan susulan lawatan di Kampung Tiris dan mengharapkan diperbanyakkan projek pembangunan terutamanya jalan-jalan kampung. Terima kasih di atas perhatian Ahli Yang Berhormat atas perkara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah meluluskan empat projek jalan kampung berjumlah RM800,000 di kawasan Kampung Tiris.
Kementerian telah menerima permohonan di bawah Program Jalan Luar Bandar di kawasan Miri yang menghubungkan Kampung Ranca-Ranca ke Kampung Tiris Daerah Miri.
Pelaksanaan projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 8 km dan dua unit jambatan dengan anggaran kos berjumlah RM30.25 juta. Sehubungan dengan itu, kementerian telah menyenaraikan projek ini di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi pelaksanaan Projek Pembinaan Jambatan Kuala Lajung dan Sibuti. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti, projek tersebut tiada dalam senarai pelaksanaan projek luar bandar Rancangan Malaysia Kesembilan, Negeri Sarawak yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Mengenai peruntukan pembangunan luar bandar yang tidak melibatkan Ahli-ahli Parlimen khususnya pembinaan jalan kampung, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Peruntukan PJK tahun 2000 diagihkan mengikut kawasan Parlimen luar bandar seluruh negara. Kementerian dalam melaksanakan Program Jalan Luar Bandar ini berdasarkan keperluan dan keutamaan, khususnya untuk kepentingan rakyat dan masyarakat di peringkat luar bandar.
Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Lanang mengenai projek kampung iaitu menaik taraf jalan Durin Bazaar ke Sungai Naman yang melibatkan kos RM150,000 pada tahun 2008 dan jalan utama yang tidak diturap. Pelaksanaan menaik taraf Jalan Durin Bazaar ke Sungai Naman dengan kos RM150,000 telah disiapkan pada tahun 2008. Oleh kerana jalan tersebut agak panjang dan peruntukan yang terhad, Pejabat Daerah Sibu hanya dapat menaik taraf jalan-jalan yang rosak dan yang kritikal sahaja di sepanjang jalan tersebut.
Mengenai isu jalan utama yang tidak diturap sebagai mana yang dibangkitkan, kementerian mengambil maklum perkara ini dan akan memastikan agensi pelaksana projek jalan kampung menekankan soal kualiti dan mematuhi spesifikasi PJK yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Lanang supaya Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk verifikasi dokumen tender supaya dapat mengurangkan penyelewengan sebelum pembayaran dibuat kepada kontraktor.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa melaksanakan segala peruntukan berkaitan urusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubok Antu mengenai Jalan Ulu Sekerang, Ulu Lemanak dan Jalan Ulu Kari. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembinaan jalan ke Ulu Sekerang telah disenaraikan di bawah NKRA infrastruktur asas luar bandar. Kementerian mencadangkan supaya pembinaan jalan gravel dimulakan terlebih dahulu, bagi membolehkan penduduk di kawasan Ulu Sekerang membawa hasil pertanian mereka terlebih dahulu.
Berdasarkan siasatan dan anggaran kos yang dibuat oleh JKR Sarawak, kos keseluruhan jalan tersebut adalah dalam jumlah RM125 juta. Senarai projek jalan luar bandar di kawasan Parlimen Lubok Antu telah disenaraikan di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
(i) membina jalan Ulu Kering-Lubok Antu Negeri Sarawak;
(ii) membina jalan Ulu Lemanak-Lubok Antu;
(iii) membina jalan Ulu Sekerang-Lubok Antu; dan
(iv) membina jalan Inkiling ke Mempelam dan terus ke Tawai Lubok Antu Negeri Sarawak.
Sesungguhnya kementerian sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak supaya taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Paya Besar bertanya bilakah Projek Jalan Kampung Sungai Lembing, Kuantan akan di naik taraf menjadi jalan luar bandar. Kementerian mengambil maklum akan permohonan ini dan pihak kementerian bercadang sekiranya pelaksanaan diberi keutamaan oleh kerajaan negeri, pelaksanaan projek ini akan dipertimbangkan untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Kanowit memohon penjelasan sama ada bajet jalan yang diperuntukkan dalam Bajet 2010 adalah untuk menaik taraf jalan-jalan besar di kawasan- kawasan tertentu sahaja atau kepada pembinaan jalan kampung. Peruntukan bagi tahun 2010 bagi pembinaan dan naik taraf jalan untuk kementerian ini melibatkan dua program utama iaitu Program Jalan Luar Bandar dan Program Jalan Kampung. Peruntukan tahun 2010 ini adalah bertujuan bagi pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan-jalan sedia ada di bawah kawasan luar bandar yang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Bagi Program Jalan Luar Bandar, skop pembinaan dan naik taraf jalan adalah berdasarkan kepada piawaian JKR, R2 dan R3 di mana kelebaran jalan adalah di antara 22 kaki sehingga 27 kaki. Bagi Program Jalan Kampung (PJK) skop pembinaan dan naik taraf melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan-jalan kampung di mana kelebaran adalah di antara 8 kaki sehingga 14 kaki. Pada tahun 2010, kementerian telah diperuntukkan sejumlah RM808.38 juta bagi Program Jalan Luar Bandar...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Sedikit.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Manakala, RM48.29 juta bagi Program Jalan Kampung bagi seluruh negara, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM128.29 juta diperuntukkan bagi jalan luar bandar di Negeri Sarawak dan RM10 juta bagi Program PJK di Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kanowit.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Yang Berhormat Kanowit. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh balik kepada Projek Jalan Kampung di Sarawak terutamanya. Masalahnya adalah skop yang diberi oleh kementerian, apabila sampai ke Sarawak, yang melaksanakan projek- projek di sana adalah JKR. Jadi, saya nampak atau yang selalu terjadi adalah skop yang diberi oleh JKR Sarawak adalah lebih tinggi daripada skop kementerian.
Jadi, kos yang dianggarkan oleh kita di sini adalah tidak mencukupi apabila panjang dan lebar jalan yang sudah kita propose di kementerian sampai ke Sarawak. Jadi, apabila pelaksanaan projek itu selalunya tidak sampai kepada asalnya. Minta penjelasan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dalam pelaksanaan yang akan datang ini, kita akan menambah baik cara dan kaedah bagaimana kita memastikan supaya kos dan juga mutunya akan menepati sasaran kita. Di peringkat yang ada sekarang ini, contohnya lane yang melibatkan pegawai-pegawai dari negeri Sabah dan Sarawak sudah kita tempatkan hampir sebulan lebih.
Mereka ini bukan hanya untuk memperincikan tentang jalan-jalan setiap kampung yang ada di Negeri Sarawak dan Sabah, bahkan juga keberkesanannya, impaknya, kerana permohonan ini datang daripada semua pihak. Daripada ADUN, negeri dan daripada kerajaan negeri yang ada. Jadi kita menapis, yang penting perhitungan yang kita lakukan ialah apakah keberkesanannya dan apakah outcome nya. Contohnya, kalau ia melibatkan kualiti, tidak akan berlaku seumpama itu lagi.
Saya berharap pada masa-masa akan datang kerana kita libatkan langsung agensi kerajaan yang ada seperti JKR daripada Negeri Sarawak untuk memastikan supaya pematuhan, ada standardization dengan izin, synchronize kita, cara dan pendekatan kita. Di samping itu, kita tahu dalam pelaksanaan projek contohnya dalam NKRA nanti, kerana projek akan meningkat, mungkin lima kali ganda atau mungkin sepuluh kali ganda. Dalam pada itu, keperluan untuk bekalan peralatan yang ada, contohnya peralatan mesin, dan kemudaan-kemudahan raw material yang ada. Batu kelikirnya dan tarnya, kita susun dengan pihak-pihak pembekal untuk memastikan ini tidak akan menaikkan kos akhirnya pengendalian pelaksanaan projek-projek di masa akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Limbang Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Kita akan pastikan supaya pelaksanaan ini berjalan dengan rapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan tentang penyelenggaraan ataupun yang mengendalikan projek ini seperti JKR.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Saya pernah berjumpa JKR dan masalah yang selalu diutarakan mereka ialah tidak kira sama ada jalan luar bandar, pembinaan PBR di mana mereka diperlukan untuk membuat BQ daripada pejabat daerah dan juga untuk mengawasi projek-projek ini. Yang selalu dibangkitkan oleh mereka ialah mereka tidak diberikan apa-apa peruntukan khusus untuk mengawasi, menyelia ataupun mengendalikan ataupun dalam proses membuat BQ untuk projek-projek daripada KKLW ini. Itu yang selalu ditanyakan. Jadi, kita berharap kalau boleh supaya mereka dapat menjaga dan mengawasinya dengan boleh diadakan standing supervision, maka apalah salahnya kalau sekiranya kementerian dapat memberikan peruntukan khas untuk kerja-kerja pengawasan dan proses membuat BQ dan sebagainya.
Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ini adalah merupakan cadangan yang sedang kita memperincikan di peringkat lab supaya dapat memastikan bukan hanya kita melakukan pembinaan jalan tetapi akhirnya juga jalan yang dibina itu akan dapat digunakan bukan hanya setahun tetapi dalam jangka masa yang lama. Untuk memastikan ini berlaku mesti ada dalam konteks maintenance sebelum itu dapat kita lakukan. Insya-Allah ini satu pandangan yang kita boleh laksanakan seperti yang saya nyatakan tadi – salah satu daripada perkara yang diperbincangkan, diperincikan dalam sedikit masa lagi. Saya rasa dalam bulan Disember kita akan umumkan beberapa langkah yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 nanti.
Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Serian membangkitkan isu bekalan elektrik dan air masih tidak mencukupi. Bagi mencapai sasaran liputan 90 peratus luar bandar di negeri Sarawak sebelum berakhir tahun 2012 kerajaan telah menyenaraikan projek BALB di bawah bidang keberhasilan utama. Berdasarkan kepada sasaran tersebut kerajaan merancang memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion untuk pelaksanaan projek BALB di negeri Sarawak. Adalah dijangkakan sejumlah 77,800 buah rumah di negeri Sarawak akan disambung dengan bekalan elektrik di bawah tempoh NKRA iaitu daripada tahun 2010 sehingga 2012.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek BALB - bekalan air luar bandar di negeri Sarawak dari semasa ke semasa sehingga semua penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan bekalan air yang sempurna. Kementerian menyasarkan liputan bekalan air bersih di Sarawak dapat dicapai 100 peratus pada tahun 2016.
Berhubung dengan isu kekurangan bekalan elektrik dan air di Tawau seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat rakan saya daripada Miri sudah pun membangkitkan selaku Menteri yang berwajib tadi. Cuma kementerian saya sebenarnya berfungsi untuk melaksanakan projek-projek bekalan elektrik di peringkat luar bandar.
Pelaksanaan projek bekalan air luar bandar sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 13 projek telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Tawau dengan kos berjumlah RM3.62 juta. Daripada jumlah projek berkenaan sebanyak dua projek telah siap manakala sebanyak 11 projek sedang dalam pelaksanaan. Pada tahun 2010, kementerian akan menguruskan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di seluruh negeri Sabah termasuk kawasan Parlimen Tawau. Adalah dijangkakan bahawa liputan bekalan air di luar bandar di negeri Sabah akan dapat ditingkatkan kepada 95 peratus pada akhir tahun 2020. Ini bekalan elektrik yang dirancang untuk dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama disiapkan.
Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Hulu Rajang supaya mencari sumber alternatif untuk bekalan air dan elektrik kerana masyarakat Penan tidak mampu untuk membayar bil, kementerian mengambil maklum tentang masalah yang dihadapi oleh kaum Penan. Sehubungan dengan itu kementerian akan menguruskan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar, sistem alternatif kepada penduduk di kawasan luar bandar yang tidak ekonomik. Walaupun kosnya tinggi tetapi kita akan laksanakan untuk disambung dengan sistem retikulasi termasuklah kumpulan sasar iaitu kumpulan Penan ini.
Kementerian mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan saranan Yang Berhormat untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar melalui sistem alternatif seperti solar hibrid, mikro hidro, wind turbine. Kementerian sedang mengkaji perkara ini
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
secara mendalam. Malahan bukan hanya mengkaji, ada di antaranya sudah pun kita laksanakan. Contohnya solar hibrid dan ini akan kita pertingkatkan lagi penggunaannya di mana yang bersesuaian di tempat-tempat di negeri Sabah dan juga Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Aman memohon bekalan elektrik untuk kawasan Sri Aman kerana masih ramai yang menggunakan genset serta lampu minyak tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, khusus bagi kawasan Parlimen Sri Aman Sarawak, kementerian pada tahun 2009 telah meluluskan pelaksanaan 19 projek berjumlah RM26.69 juta dijangka akan dapat memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 1,226 buah rumah. Projek ini sedang dalam pelaksanaan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Januari 2011. Lima projek bernilai RM7.39 juta telah disiapkan dan 602 buah rumah telah pun menerima manfaat dari projek yang dilaksanakan.
Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat Lenggong mengenai peruntukan sebanyak RM4.9 juta bagi membekalkan air bersih kepada penduduk Kampung Bukit Sapi, Kampung Luat, Kampung Sauk, Kampung Beng dan Kampung Chepor, permohonan tersebut akan diselaraskan, disenaraikan dalam bekalan air luar bandar negeri Perak bagi pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Berhubung dakwaan Ahli Yang Berhormat Batu mengenai kontrak-kontrak untuk projek elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak diberi kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan. Yang Berhormat Batu juga menyentuh mengenai kontrak-kontrak tender ini telah dihapuskan dan dibuat secara runding terus. Sesungguhnya dakwaan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Batu adalah tidak benar sama sekali dan dinafikan dengan sekeras-kerasnya kerana dia tidak tahu fakta sebenar. Projek ini sebenarnya telah diluluskan pada tahun 2008 – runding terus di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Kementerian Luar Bandar merancang untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik sehingga mencapai 90 peratus di negeri Sabah dan Sarawak. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut KKLW berpandangan bahawa pelaksanaan projek perlu dilaksanakan segera dan perkara ini terbantut sehingga beberapa tahun. Pelaksanaan secara runding terus berasaskan kaedah reka dan bina dijangka dapat mempercepatkan pelaksanaan projek elektrik luar bandar di negeri-negeri berkenaan.
Atas hasrat itulah kementerian telah menawarkan kontrak kepada sembilan buah syarikat di negeri Sabah berbanding dengan hanya empat syarikat diberikan suratnya pada peringkat awal. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kementerian memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor untuk turut serta dalam pelaksanaan projek berkenaan.
Persoalan sama ada syarikat yang dipilih tidak mematuhi syarat tidak timbul kerana semua syarikat berkenaan telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Semua hasil runding harga sebenarnya perlu disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai kementerian sebelum dipanjangkan ke kementerian kewangan untuk kelulusan muktamad.
Untuk makluman Yang Berhormat, keputusan pelantikan kontraktor untuk pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar secara runding terus adalah dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dan bukan saya yang mempengerusikannya.
Ini melibatkan pihak-pihak berteknikal bukan hanya EPU, JKR dan juga Kementerian Kewangan. Kementerian menawarkan kontrak kepada kontraktor yang terlibat setelah menerima keputusan daripada Kementerian Kewangan. Justeru kementerian telah mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan proses perolehan secara runding terus bagi projek bekalan elektrik luar bandar.
Sehubungan dengan itu, dakwaan bahawa pelaksanaan projek ini telah disenaraikan secara tidak telus adalah tidak benar dan dinafikan sama sekali. Saya rasa tindakan undang-undang pun sudah diambil dan saman - letter of demand sudah pun dikemukakan kepada Ahli Parlimen Batu mulai 6 hari bulan yang telah diterima oleh pegawainya iaitu pegawai Ahli Parlimen Chin untuk memaklumkan kepada orang-orang yang telah disebutkan mendapat habuan daripada perkara ini adalah tidak benar dan menggunakan perkara itu dan dia akan berhadapan dengan kes ini di mahkamah nanti kelak.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai isu mengenai isu pembangunan luar bandar yang banyak berlaku pertindihan kuasa dan peranan kementerian-kementerian yang sedia ada, pada hakikatnya memang terdapat beberapa kementerian atau jabatan yang terlibat secara langsung di dalam urusan pembangunan luar bandar. Namun begitu kementerian ini telah pun mengadakan mesyuarat penyelarasan dan turut menjemput kementerian-kementerian dan jabatan- jabatan berkaitan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan khusus bagi melaksanakan program-program pembangunan di luar bandar.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Sebagai contoh, kementerian ini telah pun mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Kementerian Pelajaran bagi menyelaras program-program pembangunan yang melibatkan kedua-dua kementerian seperti program tabika, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan bekalan elektrik dan air di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Selain dari itu penyelarasan di peringkat kementerian dan jabatan berkaitan juga turut melibatkan penyaluran kemudahan prasarana, dan pembangunan kepada masyarakat Orang Asli.
Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Kalabakan mengenai negeri Sabah yang sepatutnya mendapat peruntukan yang besar kerana Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah adalah Yang Berhormat daripada negeri Sabah, kerajaan telah meluluskan peruntukan yang besar kepada negeri Sabah berbanding negeri-negeri lain khususnya dalam pembangunan infrastruktur asas luar bandar dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Secara umumnya negeri Sabah menerima sebanyak RM3.09 bilion ataupun 19 peratus daripada RM16.473 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.
Peruntukan kepada negeri Sabah dalam bajet 2010 telah meningkat sebanyak 53.19 peratus berbanding bajet 2009 di mana hampir RM1 bilion telah disediakan.
Peningkatan peruntukan ini diberikan bukanlah oleh kehendak Menteri Kemajuan Luar Bandar Wilayah berasal dari negeri Sabah sebaliknya berdasarkan kepada semangat ‘Rakyat Didahulukan’ dan hasrat kerajaan untuk memastikan liputan bekalan air bersih dan jalan luar bandar di peringkat negeri Sabah dapat disediakan.
Di samping itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sasaran NKRA sektor luar bandar meliputi empat program utama iaitu jalan luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar dan program bantuan rumah-rumah yang mana sebahagian besarnya melibatkan negeri Sabah dengan peruntukan sejumlah hampir RM5.2 bilion di mana peruntukan ini adalah yang terbesar sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
Yang Berhormat Lipis mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meneruskan usaha membandarkan kampung-kampung di luar bandar. Kementerian akan terus berperanan untuk menyediakan kemudahan di kawasan luar bandar supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati kemudahan seperti mana masyarakat di bandar. Oleh itu program pembangunan luar bandar oleh kementerian meliputi penyediaan kemudahan prasarana asas, pembangunan ekonomi, ICT, program- program pembasmian kemiskinan dan juga program-program pembangunan modal insan.
Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Silam agar pelaksanaan projek luar bandar dipantau secara teliti supaya tidak berlaku ketirisan. Di dalam pelaksanaan Bajet 2010, kementerian telah pun mewujudkan jawatankuasa memantau negeri di setiap negeri bagi memantau segala projek di luar bandar yang dilaksanakan oleh kementerian. Lawatan kerap akan dilakukan oleh Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan akan turut turun padang dan bekerjasama lebih rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan luar bandar dapat dijalankan dengan lancar, pihak kementerian telah meningkatkan keupayaannya di seluruh negara dengan menubuhkan pejabat cawangan di setiap negeri. Ini bermula tahun 2010.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ia akan berfungsi merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan projek- projek kementerian di peringkat negeri berserta mempertingkatkan sistem penyampaian kementerian dalam memastikan semua projek dilaksanakan mengikut perancangan dan seterusnya memberikan impak yang besar kepada kumpulan sasar di luar bandar. Di samping itu saya sendiri akan turun padang seperti yang saya nyatakan untuk memantau dan bekerjasama dengan agensi-agensi pusat serta agensi-agensi kerajaan negeri yang ada di peringkat negeri masing-masing.
Berhubung dengan permohonan peruntukan oleh Yang Berhormat Labuan bagi pembangunan tiga buah kampung air di luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah mengambil maklum perkara ini dan insya-Allah permohonan ini akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Bukit Katil mencadangkan pinjaman bagi pelajar yang mendapat kelas pertama pinjaman MARA diubah kepada biasiswa. Cadangan berkenaan telah pun dilaksanakan oleh MARA sejak Januari 1998 lagi dalam menggalakkan pencapaian akademik para pelajar mereka yang mendapat kelas pertama dalam pengajiannya. Status pinjamannya diubah kepada status biasiswa. Sepanjang 2008 seramai 674 orang pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman pelajar MARA kerana mendapat keputusan kelas pertama.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Gombak berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan pembelian 2 buah komputer riba di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau, Pulau, Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam dokumen kontrak dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga serta dokumen pecahan senarai harga tidak terdapat dua komputer riba yang bernilai RM84,640. Harga komputer riba ini adalah daripada dokumen senarai harga yang tersalah dipecahkan oleh pihak pembekal bagi Lab Machine Building Workshop, dengan izin.
MARA telah meminta pihak pembekal menyenaraikan pecahan harga untuk tujuan asset tagging pewujudan harta. Pihak pembekal telah mengakui kesalahan dokumen pecahan harga tersebut dalam suratnya bertarikh 29 Oktober 2009. Ini surat yang diajukan kepada saya [Menunjukkan surat berkaitan] dan harga komputer riba tersebut adalah sebenarnya bernilai RM8,000 seunit dan bukannya RM84,640 bagi dua unit komputer seperti yang dibangkitkan.
Semasa rundingan harga pembeli peralatan untuk KKTM Balik Pulau adalah dalam bentuk item dan pakej pukal. Komputer riba tersebut adalah tersenarai dalam pakej itu. Walaupun pembelian dibeli secara pakej, segala pembelian adalah menepati butiran spesifikasi yang ditetapkan oleh pembekal teknologi sebagai penasihat projek. Walaupun demikian, perkara ini sudah pun diajukan kepada pihak Audit Negara. Menyentuh perkara ini saya rasa tidak perlu untuk saya bangkitkan seterusnya.
Yang Berhormat Titiwangsa telah menyentuh status bangunan MARA di Jalan Gurney, Kuala Lumpur yang telah siap tetapi tidak digunakan. MARA telah pun menyewakan bangunan kepada Koperasi Glocal Malaysia Berhad bermula pada 12 Mac 2009. Walau bagaimanapun operasi perniagaan di kompleks ini tidak dapat dijalankan kerana belum mendapat sijil layak menduduki CFO. Sungguhpun begitu MARA telah diberi CFO sementara pada 6 Oktober 2009 dan penyerahan kunci kepada penyewa akan dibuat pada 12 November yang akan datang ini dan bangunan ini akan dapat digunakan dan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Disember 2009.
Mengenai kekosongan jawatan Ketua Pengarah MARA yang belum diisi sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang mengenal pasti calon-calon berkelayakan dan akan membuat pelantikan sebaik sahaja calon tersebut dikenal pasti dalam masa yang singkat ini.
Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan isu mengenai Narsco yang belum menyelesaikan hutangnya kepada syarikat Natex bernilai RM6.5 juta dan memohon supaya tindakan diambil untuk penyelesaiannya.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 13 Julai 2005 adalah untuk koperasi pekebun kecil, getah nasional ataupun Narsco Commodities Sdn. Bhd. membayar hutang tertunggak sebanyak RM4.36 juta kepada Natex Rubber Trading Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, Narsco Commodities Sdn. Bhd. tidak dapat menyelesaikan tuntutan tersebut kerana Narsco Commodities Sdn. Bhd. telah tidak beroperasi sejak tahun 2003 lagi.
Di samping itu pemegang saham Narsco Commodities Sdn. Bhd. iaitu Narsco Holding Sdn. Bhd juga telah tidak beroperasi sejak tahun 2002. Narsco Berhad yang merupakan pemegang saham kepada Narsco Commodities Sdn. Bhd. dan Narsco Holding Sdn. Bhd pula mengikut Akta Koperasi 1995, adalah merupakan satu entiti yang berbeza.
Walaupun demikian kementerian dan saya telah mengarahkan supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah yang positif untuk memastikan yang hutang-hutang yang ditanggung oleh pihak yang saya sebutkan Narsco ini akan dapat di selesaikan dalam masa yang terdekat, insya-Allah. Ini beberapa langkah yang saya sudah pun bincang dan berunding dengan pihak-pihak yang berkenaan dan mudah-mudahan ia akan dapat dijayakan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Kuala Kurau berharap agar FELDA dan FELCRA akan dapat bekerjasama membuka ladang kelapa sawit di luar negara khususnya di Indonesia. Bagi cadangan kerjasama di antara FELDA dan FELCRA untuk membuka ladang kelapa sawit di luar negara khususnya di Indonesia telah dimulakan oleh FELCRA pada tahun 2005 dan 2006 dengan lawatan ke Riau dan Kalimantan Selatan bagi mengkaji prospek pelaburan dan kesesuaian tanaman di sana. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini terpaksa ditangguhkan berikutan wujudnya masalah pemilikan tanah di kedua-dua kawasan tersebut. Namun demikian FELDA telah pun mengembangkan projek perladangannya di Indonesia iaitu di Kalimantan Timur. Sekiranya wujud peluang bersesuaian FELCRA bersedia untuk bersama FELDA dalam mengembangkan sayap perladangannya di Indonesia.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat Lubok Antu pula mencadangkan agar fokus utama untuk meningkatkan ekonomi luar bandar adalah dengan membangunkan tanah adat bumiputera dengan penanaman getah. Peranan RISDA dalam memajukan sektor pekebun kecil adalah melalui program tanam semula yang merupakan aktiviti utama RISDA dalam pembangunan tanah. Buat masa ini, program ini hanya layak dilaksanakan ke atas tanah yang mempunyai pemilik sah. Bagi tanah adat bumiputera di Sarawak, RISDA sedia membangunkan tanah tersebut sekiranya mendapat pengesahan dari kerajaan negeri berhubung kait status pemilikan tanah berkenaan.
Yang Berhormat Kapit pula telah memohon RISDA mengkaji semula pelaksanaan pembangunan mini estet getah di Kapit. Untuk makluman Yang Berhormat, RISDA tidak melaksanakan pembangunan mini estet getah di Kapit sebagaimana yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, pendekatan yang diambil bagi pembangunan tanaman semula getah pada masa ini adalah melalui program tanaman semula berkelompok dan tanaman semula komersial yang dilaksanakan secara berkumpulan bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Dalam pada itu, pihak kementerian juga telah memperuntukkan sejumlah yang besar kewangan kepada agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang terlibat dalam SELCRA iaitu sebuah agensi yang juga berwajib untuk melaksanakan projek-projek penanaman getah, termasuk Jabatan Pertanian dah pun kita bagi peruntukan setiap tahun untuk memastikan supaya masyarakat luar bandar ini akan dapat manfaat dari segi penanaman getah di negeri Sarawak.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat Ketereh memohon penjelasan berhubung peranan KESEDAR dan KEMAS yang diselewengkan untuk agenda semasa pilihan raya. Isu yang dibangkitkan mengenai peranan KESEDAR yang diselewengkan untuk agenda semasa pilihan raya adalah tidak benar.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
KESEDAR mempunyai program-program tetap yang sentiasa melaksanakan dari masa ke masa selaras dengan penubuhan KESEDAR iaitu memacu pertumbuhan sosioekonomi dalam wilayah Kelantan selatan. Berdasarkan perancangan pembangunan tahunan, KESEDAR pula ingin memastikan semua program berjalan mengikut jadual walaupun didapati bertindih dengan waktu pilihan raya yang diadakan.
Begitu juga dengan KEMAS...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kapit berdiri sebentar tadi. Sila Yang Berhormat Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi lebih jauh meninggalkan bab, RISDA mungkin diperlukan di Kapit.
Jadi, saya mohon kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan RISDA ini nanti untuk secara proaktifnya masuk ke kawasan Parlimen Kapit dan mungkin juga kawasan Hulu Rajang sebab kami di sana amat memerlukan program seumpama ini kerana buat masa sekarang, tidak ada program perancangan ataupun pembangunan yang dapat mengangkat tahap sosioekonomi masyarakat di sana.
Oleh sebab itulah kami amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sendiri, tempoh hari baru seminggu lebih telah mengumumkan sesuatu yang betul-betul amat berguna kepada kami iaitu jalan raya yang akan menghubungkan kawasan Kapit dengan Sibu kerana projek seumpama itu akan membuka tanah masyarakat setempat untuk dibangunkan. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana begitu prihatin untuk turun padang, pergi ke Kapit dan mengumumkan projek yang sebegitu besar itu. Terima kasih... [Tepuk]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Projek jalan itu insya-Allah, kita akan lakukan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun dalam pembentangan bajet mengatakan itu sebahagian daripada projek. Cuma mungkin dari segi penyesuaiannya kerana ada pertindihan, yang hak kerajaan negeri ia akan menerusi SKOR yang akan membangunkan jalan untuk komersial. Manakala di peringkat Kementerian Luar Bandar, kita akan memberi tumpuan kepada masyarakat kampung- kampung. Ada penyesuaian, sedikit perubahan yang akan dilakukan. Namun demikian, jalan itu insya-Allah kita akan lakukan.
Berhubung dengan persoalan sama ada RISDA boleh masuk membangunkan projek-projek di peringkat Parlimen Kapit, insya-Allah, bagi kita di peringkat kementerian, kita amat terbuka sekali, tertakluk kepada kerjasama yang diperoleh daripada kerajaan negeri. Malahan untuk makluman Dewan yang mulia ini, mulai 2010 RISDA akan masuk ke negeri Sarawak untuk membangunkan tanah-tanah yang sedia ada dan kita tidak mahu nanti ada pertindihan dengan peranan agensi-agensi SELCRA dan lain-lain. Kita hendakkan supaya kehadiran RISDA kelak tidak akan ada pertindihan dan pembaziran kewangan, malahan tujuan kita ialah to complement, dengan izin, bantu-membantu supaya masyarakat luar bandar, masyarakat kampung yang miskin khususnya, menjadi kumpulan sasar kita akan dapat kita bantu.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berbalik sedikit kepada isu KESEDAR yang didakwa terlibat dalam politik semasa pilihan raya, khususnya yang terdekat ialah di Manik Urai.
Saya boleh menerima hujah yang mengatakan bahawa sebahagian daripada program KESEDAR ini adalah ongoing, mungkin bertembung dengan pilihan raya, jadi tidak dapat dielakkan. Soalan saya, bukan isu program, tetapi isu facility KESEDAR, pejabat-pejabat KESEDAR digunakan sebagai tempat perhimpunan dan gerakan kepartian semasa Pilihan Raya Manik Urai tempoh hari. Apa komen Yang Berhormat Menteri?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat dari Kuala Krai, sebenarnya apa yang saya nyatakan tadi memang benar. Kalau ia melibatkan perhimpunan, pertemuan contohnya pertemuan Yang Berhormat Menteri dengan peneroka-peneroka, itu merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang biasa kita gunakan sama ada musim pilihan raya ataupun bukan pilihan raya. Takkanlah perkara ini sebahagiannya terus kita katakan merupakan kita salah guna.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Jadi, takkanlah saya hendak membazirkan duit kerajaan untuk saya bercakap, berjumpa dengan peneroka, malahan atas arahan kita, contohnya pegawai-pegawai kanan terpaksa bertemu di hotel-hotel di Kota Bharu, bukan tidak boleh, tetapi itu merupakan satu pembaziran.
Begitu juga contohnya dalam konteks yang sedia ada. Saya yakin di peringkat kerajaan negeri, musim pilihan raya pun Ahli Yang Berhormat sedar sebahagian prasarana yang ada sepatutnya, contoh macam masjid digunakan untuk rumah beribadah, malahan itu tempat untuk kumpulan-kumpulan tertentu, malahan kita tidak boleh masuk pun. Tidak akan itu sebahagian daripada penyelewengan dari segi konteks agama yang lain, sehingga kita tidak boleh menggunakan.
Ada sekali itu, saya sembahyang maghrib, ingat kita hendak adakan sedikit pertemuan, jamuan makan dan bertemu dengan masyarakat. Rupanya masjid yang salah.
Saya tetap menunaikan solat itu, tetapi apabila dia datang tidak boleh dia cakap kerana ini bukan tempat dia... [Ketawa] Tempat dia, kita terpaksa gunakan rumah yang lain. Itu sebenarnya untuk tempat kita beribadat, bukannya tempat kita berpolitik sepatutnya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu menyentuh bab guna mengguna agensi ini, sebab sama-sama mengguna, itu biasalah. Saya hendak tanya apakah Yang Berhormat sedar bahawa KESEDAR ini sudah lama ditubuhkan, sudah lama sangat sudah. Penduduknya bukanlah ramai sangat yang terlibat dengan aktiviti tanaman semula kelapa sawitkah ataupun tanaman-tanaman lain. Jadi, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat bercadang hendak bedah siasat KESEDAR daripada atas sampai bawah, termasuk pengerusi, lembaga pengarah dan semua sekali dan melantik orang-orang yang betul-betul profesional, ada pengalaman, ada keupayaan supaya dapat mengurus tadbir sebuah agensi yang begitu penting, yang sudah sekian lama wujud, tidak sedikit wang yang telah dilaburkan.
Namun begitu, masih terdapat golongan miskin, orang-orang daif yang masih nampak belum terbela dan macam-macam lagi. Ini yang saya kadang-kadang malas juga saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, tetapi kadang-kadang letih. Jadi, saya mintalah bukan ada apa-apa sentimen, cuma yang pentingnya fokus. Kalau hendak lantik ahli-ahli lembaga pengarah, orang-orang tertentu, boleh lantik, tetapi macam penerajunya mestilah di kalangan orang yang cerdik pandai dan ada pengetahuan. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas. Sebenarnya, satu ketika dalam beberapa minggu yang lalu, saya telah mempengerusikan satu mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi pembangunan wilayah yang ada di peringkat kementerian, bukan hanya KESEDAR, KEJORA, KEDA dan agensi- agensi yang lain. Bagaimana pentingnya kita memastikan supaya satu pertindihan tidak akan berlaku di antara pembangunan wilayah ini dan kumpulan sasar tidak akan dapat kita bangunkan dan penambahbaikan perlu dilakukan.
Ini sebahagian daripada langkah-langkah, insya-Allah dalam masa terdekat, beri tempoh kepada saya untuk memperbaiki beberapa sistem pengurusan pentadbiran agensi- agensi ini supaya ianya akan lebih fokus tentang matlamat sebenar dan tujuan ia diwujudkan. Kita tidak mahu nanti pembaziran berlaku dan akhirnya rakyat masih dalam keadaan yang miskin. Akan tetapi saya yakin KESEDAR walaupun sudah begitu lama tetapi ianya boleh membantu rakyat luar bandar. Saya pun buat pertama kali apabila turun di situ semasa pilihan raya kecil, saya terkejut di kawasan itu. Daif sungguh masyarakat di kawasan itu. Itu yang saya katakan menang atau tidak yang penting kepada kita masyarakat yang memerlukan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya telah letakkan banner rumah-rumah PPRT. Sebelum dan selepas pilihan raya dan masa menang atau kalah kita tidak tahu.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Akan tetapi yang telah kita tahu pun kita bina rumah-rumah yang sedia ada dan saya maklumkan dengan Yang Berhormat Menteri iaitu yang mewakili negeri Kelantan Menteri pastikan pantau pembangunan, kemudahan-kemudahan perumahan ini di peringkat kawasan yang saya sebutkan ini akan dapat dilaksanakan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat maknanya baguslah cepat. Untuk makluman Yang Berhormat, orang di sana masih lagi minum air tadahan tahu atau tidak?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Air tadahan yang kotor dan najis.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Itu saya tahu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu tahu ya?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tahu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya tahu. Sebenarnya di Kelantan Yang Berhormat untuk makluman sebahagian besar lebih daripada 70 peratus air yang tidak bertawar yang dikatakan untreated water. [Disampuk] Clean water yes. [Disampuk] Air yang tidak bertawar?
Seorang Ahli
Dirawat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Dirawat [Ketawa]. Untreated water. Ini yang kita katakan masih lagi berlaku dan perlu ini sebahagian daripada kerangka yang kita katakan…
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Termasuk di Pasir Mas lah.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Dan kita akan…
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Termasuk di kawasan saya....
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...dan kita akan menyeluruh…
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Di luar bandar.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Air pun tidak ada.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Kita akan bantu Yang Berhormat. Akhir sekali saya ingin menjawab isu dan saranan daripada Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pasir Salak menyentuh mengenai kemajuan masyarakat berhubung kait dengan cadangan Ahli Yang Berhormat dari Kuala Krau supaya pendidikan pra sekolah KEMAS digabung dengan Program PERMATA mulai tahun 2009 program perluasan PERMATA telah mula dilaksanakan di KEMAS.
Tumpuan Program PERMATA adalah kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah bagi membolehkan kanak-kanak dikumpulkan ini menikmati taraf kualiti, asuhan, dan didikan yang diterima oleh kanak-kanak di taska swasta. Sejumlah RM70 juta diperuntukkan bagi menyediakan untuk menaiktarafkan 220 Taska KEMAS kepada Taska PERMATA bertujuan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak di bawah umur empat tahun yang holistik terutama untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar.
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Nerus agar diwujudkan dasar pendidikan pra sekolah dan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau penyelewengan pendidikan pra sekolah. Terdapat tiga agensi yang mengendalikan pendidikan pra sekolah iaitu Kementerian Pelajaran, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional...
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...Dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Kementerian melalui KEMAS merupakan salah satu agensi daripada agensi kerajaan yang menyediakan pendidikan pra sekolah dengan memberi tumpuan kepada masyarakat di luar bandar.
Selain itu, pada akhir 2012, semua sekolah kerajaan termasuk KEMAS dan swasta akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan KEMAS sentiasa memantau dan melaksanakan nazir secara bekalan di semua tabika dan Taska KEMAS bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku. Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batang Sadong berdiri Yang Berhormat
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batang Sadong berdiri.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan PERMATA sebentar tadi.
Bolehkah pihak kementerian kali ini jikalau boleh di bawa ke kawasan luar bandar program yang melibatkan pra sekolah ini tetapi yang berbentuk memanjangkan kepada mereka yang autistik kah, yang OKU ini special needs children dengan izin? Ini kerana biasanya di luar bandar perkara seperti ini tidak banyak diambil perhatian. Jadi saya berharap pihak kementerian juga mengambil perhatian kepada perkara ini supaya mereka di luar bandar juga oleh memanfaati program yang diadakan di kawasan-kawasan bandar. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih cadangan Yang Berhormat Batang Sadong. Sebenarnya perkara ini di bawah kelolaan Kementerian Masyarakat dan Wanita. Jikalau didapati bahawa ianya wajar bagi kita untuk membantu dan memperluaskannya kepada pihak OKU maka insya-Allah tidak menjadi masalah bagi kita untuk memasukkan cuma saya tidak mahu esok ada pertindihan pula yang dilakukan oleh kementerian lain kita juga lakukannya. Sekiranya betul, jelas, dan memerlukan ianya kita akan selaraskan.
Yang Berhormat Pasir Salak mengesyorkan supaya tahap pendidikan guru-guru Tabika KEMAS dinaiktarafkan ke peringkat diploma atau ijazah. Program meningkatkan profesionalisme guru Tabika KEMAS ke peringkat diploma telah dimulai pada tahun 2006 selaras dengan hasrat kerajaan supaya guru-guru tabika ini dinaiktarafkan kelayakan akademiknya ke tahap diploma sesuai dengan arus kemajuan pendidikan global. Hasrat ini telah terjemahkan kepada guru-guru Tabika KEMAS sedia ada dengan mengikuti pengajian di Institut Perguruan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sehingga kini bilangan pelajar di bawah penajaan KEMAS yang telah dan sedang mengikuti pengajian di bawah kendalian Institut Perguruan Malaysia adalah seramai 2,700 orang yang terdiri daripada guru-guru sedia ada, guru-guru baru. Pelajar-pelajar ini dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat termasuk yuran pengajian, penginapan, peperiksaan, dan elaun saraan diri pelajar. Malah pada pagi tadi di Putrajaya saya telah menyampaikan Diploma Perguruan Malaysia dalam bidang pra sekolah kepada 265 orang dari Institut Perguruan Malaysia dan seramai 238 orang telah menerima watikah pelantikan sebagai guru Taska pertama KEMAS berkuat kuasa 1 November 2009. Ini merupakan satu langkah yang baru. Sudah ada pun baru sahaja saya sampaikan diploma. Sebenarnya kita naik taraf bukan hanya di peringkat diploma insya-Allah, kalau mengizinkan keadaan di peringkat ijazah pun kerana kita tahu dan yakin sekiranya tenaga guru ini mempunyai kemahiran sudah pasti yang menerima ilmu itu anak-anak ini akan dapat kita pertingkatkan ilmu yang mereka terima. Sekali lagi....
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapit berdiri sekali lagi.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang akhir...
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dalam kawasan saya, saya memang menghargailah... [Ketawa] Kawan-kawan di sini... [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Sebab KEMAS ini...
Tuan Yang di-Pertua
Belum kita dengar apa yang dia hargai itu Yang berhormat, Yang berhormat ketawa... [Ketawa]
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya menghargai usaha-usaha yang diambil oleh KEMAS sebab KEMAS ini begitu berjayalah kepada saya untuk menyumbangkan yang sepatutnya dengan Tadika KEMAS ini. Cuma saya hendak bertanya apakah perancangan daripada kementerian untuk membolehkan kesemua bangunan- bangunan Tadika KEMAS ini dinaiktarafkan? Bagi bangunan yang belum bersimen biarlah bangunan-bangunan tu dibuat dengan bersimen dan sebagainya. Ini kerana nampak kesannya begitu baik sekali. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat Kapit saya baru sebut sebentar tadi insya-Allah pada tahun depan peningkatan hampir 220 Taska KEMAS akan dinaiktarafkan iaitu dari segi kemudahannya dan prasarananya kepada Taska PERMATA.
Jadi itu sebahagian daripada langkah-langkah yang akan dilakukan dan telah pun kita senaraikan.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan dan cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang isu-isu kementerian dan insya-Allah cadangan-cadangan penambahbaikan saya akan ambil perhatian serius. Langkah-langkah yang dilakukan ini akan kita laksanakan.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri duduk...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Okeylah.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Saya masih menunggu jawapan atas permintaan saya tentang Sungai Asap. Satu ialah untuk kerajaan mengambil alih bilik-bilik atau rumah-rumah orang di Asap supaya mereka tidak perlu membayar bilik mereka dan supaya kerajaan pusat mengambil alih bilik-bilik ini sebab semua orang di Asap memang miskin dan boleh termasuk dalam PPRT lah.
Kedua, memandangkan Jambatan Lusong Laku ini mendapat perhatian orang ramai. Saya di sini meminta Menteri membantu kaum Penan dan membina semula jambatan di Lusong Laku ini yang sangat penting untuk kaum Penan di Hulu Sungai Linau.
Sekian, terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sambung sedikit sahaja lagi. Saya hendak cadangkan Yang Berhormat…
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Cukuplah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Termasuk kami semua dari kawasan luar bandar.
Apakah mungkin Yang Berhormat boleh turun ke luar bandar? Satu Parlimen, satu hari satu malam. Berjalan dalam kampung tengok jalan, tengok air, dan sebagainya tanpa apa-apa majlis bersama dengan pegawai-pegawai. Pilih di kalangan kawasan-kawasan luar bandar.
Kawasan bukan luar bandar tidak perlu. Apakah boleh diterima cadangan ini Yang Berhormat?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pernah tidur di kampung... [Ketawa] Bukan satu hari sahaja. Hendak cerita di Lubok Antu ini berapa hari saya tidur... [Ketawa] Kawasan luar bandar. Bukan hanya menaiki kereta, naik motosikal pun ada.
Kita sudah lakukan ini, mendengar rungutan masyarakat luar bandar dan itu yang saya amat tertarik. Malahan bertemu dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi mengenai kaum Penan. Saya pernah bertemu dengan Ahli Yang Berhormat Limbang baru- baru ini yang Yang Berhormat pun tahu.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Kita telah membincangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan termasuk contoh macam rumah-rumah tadi. Saya pun sudah memaklumkan supaya pembinaan rumah-rumah ini untuk kaum Penan akan dapat kita bina dalam masa yang terdekat. Ini sebahagian daripada langkah-langkah untuk tidak membebankan.
Manakala untuk jambatan yang disyorkan, ini yang agak perlu kita teliti kerana jambatan ini bukan hanya digunakan oleh penduduk kampung. Saya tahu jambatan ini digunakan oleh pembalak-pembalak... [Ketawa] Kalau pun kita bina nanti esok kalau mereka tidak bertanggungjawab,nanti esok jalan ini akan rosak. Mereka akan maintain untuk kepentingan pembalak-pembalak sahaja.
Ini perlu dirundingkan secara terperinci. Kalau perlu, pembinaannya, tetapi maintenance mesti ada sumbangan daripada pihak-pihak yang menggunakannya. Hak penduduk kampung tidak menjadi masalah. Tidak perlu memberikan sumbangan langsung pun. Akan tetapi saya bimbang akan merosakkan jambatan tidak lama jangka masa ialah lori-lori balak. Ini yang membimbangkan kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
erima kasih. Hampir Yang Berhormat Menteri mencatatkan rekod. Bermula tadi pukul 6.28 petang dan berhenti pada pukul 7.31 malam. Kalau tidak diganggu tadi dari Yang Berhormat Hulu Rajang, tepat berhenti pada pukul 7.28 malam.
Bermakna satu jam. Tiada lebih dan tiada kurang. Jadi saya memohon supaya Menteri yang berikut, Kementerian Pengajian Tinggi kalau boleh memecahkan rekod itu... [Dewan riuh]
Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tan Sri Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 peringkat dasar yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan sektor pengajian tinggi negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh menyentuh mengenai kualiti IPT yang merosot daripada segi ranking. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelan strategik pengajian tinggi negara yang dilancarkan pada Ogos 2007, perlu melalui empat fasa pelaksanaan.
Tempoh masa dari tahun 2007 sehingga tahun 2010 merupakan pelaksanaan fasa yang pertama yang menyaksikan peletakan asas untuk mentransformasikan sistem pengajian tinggi negara supaya berada pada landasan yang kukuh. Pelaksanaan fasa-fasa tersebut memerlukan masa dan usaha berterusan yang akhirnya akan membawa kepada kecemerlangan IPT tempatan.
Oleh itu, pengukuran kedudukan ranking yang dilaksanakan oleh Times Higher Education QS pada tahun 2009 tidak boleh dijadikan satu-satu nya petunjuk kejayaan sesebuah IPT. Perlu ditegaskan bahawa di samping memenuhi kehendak ranking antarabangsa, IPT tempatan perlu juga mengutamakan kehendak negara.
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Marang dan juga Yang Berhormat Balik Pulau telah membangkitkan tentang adanya akta yang tidak memberikan kebebasan akademik kepada pensyarah dan juga pelajar universiti. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat di bawah Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi negara, autonomi adalah merupakan satu agenda kritikal yang bertujuan untuk memperkasakan IPTA agar setaraf dengan universiti terbaik dunia.
Pelaksanaan autonomi di IPTA sebenarnya melibatkan tujuh bidang iaitu perundangan, operasi ataupun pentadbiran, akademia, kewangan, sumber manusia, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Pihak kementerian telah pun menubuhkan satu jawatankuasa pemandu autonomi dengan tujuh jawatankuasa teknikal untuk melihat pelaksanaan dan juga cabaran-cabaran bagi memenuhi matlamat ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah aspek perundangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009 telah membuat perubahan besar kepada sistem tadbir urus, kebajikan pekerja dan juga hak pelajar universiti merangkumi juga kebebasan akademik.
Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
AUKU sebenarnya tidak menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti tenaga akademik dan pelajar universiti malahan mereka diberikan kebebasan untuk melahirkan pandangan, pendapat, cadangan dan sebagainya tetapi mestilah mengikut saluran-saluran tertentu demi mewujudkan suasana kondusif dan sihat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti.
Berkenaan dengan tindakan Universiti Malaya membawa lapan orang pelajar ke prosiding tatatertib. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan mengenai perkara ini iaitu Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Serdang, tindakan yang diambil oleh pengurusan Universiti Malaya merupakan prosedur biasa bagi mendapatkan maklumat di atas beberapa tindakan pelajar tersebut.
Ini adalah disebabkan oleh tindakan mereka yang menjemput VIP di dalam majlis mereka tanpa mendapatkan kelulusan pihak pengurusan universiti. Kementerian akan sentiasa memantau secara dekat setiap kes yang berlaku di IPT. Namun berkeyakinan kes ini akan dapat diselesaikan oleh pengurusan Universiti Malaya dengan baik berdasarkan peruntukan perundangan dan peraturan sedia ada.
Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya sedikit. Sekiranya prosiding tatatertib ini adalah satu prosiding yang biasa untuk mendapatkan maklumat daripada kelapan-lapan pelajar ini. Jadi soalan saya, kenapakah prosiding ini ditangguhkan sebanyak dua kali?
Sekiranya memang pihak universiti mereka hendak mendapatkan maklumat, informasi daripada pelajar-pelajar ini, prosiding ini boleh diteruskan. Akan tetapi nampaknya hari ini mereka memanggil pelajar-pelajar untuk datang menghadirkan diri dalam prosiding tetapi selepas pelajar-pelajar itu menunggu sehingga dua jam, prosiding ini ditangguhkan.
Ini bukan berlaku kali pertama, ini berlaku sebanyak dua kali. Jadi saya hendak meminta penjelasan daripada Menteri, adakah ini satu cara sebagai sesuatu penyeksaan mental kepada pelajar-pelajar ini. dan saya mengharapkan bahawa pihak universiti mestil lebih profesional dalam mengendalikan peristiwa seperti ini.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Boleh sambung? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, ya?
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat yang lain yang mencelah, saya mendengar tadi bahawa Timbalan Yang di-Pertua sudah memberi maklum kepada Yang Berhormat bahawa kita cuma ada beberapa jam lagi. Lebih kurang 17 atau 16 jam sahaja lagi. Mencelah, jangan gunakan sebagai helah untuk berbahas. Pendekkan, minta penjelasan. Begitu juga dengan Menteri. Perkara yang tidak dibangkitkan usah dan tidak perlu lagi disebut. Silakan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya senang sahaja. Penambahan ke atas apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Serdang. Saya ingin hendak bertanya Lembaga Tatatertib, kerjanya adakah mengadakan satu hearing untuk mendapatkan maklumat? Saya rasa itu agak ekstrem. Hendak mendapatkan maklumat, panggil sahaja penuntut-penuntut tersebut, datang ke bilik dan jelaskan. Tidak perlu panggil satu hearing tatatertib untuk mendapatkan maklumat. Jadi saya agak yang penjelasan itu seperti tidak berapa elok. [Ketawa] Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin - Pasir Gudang
Beliau... Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan isu berkaitan dengan AUKU ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Kita telah menyatakan kebimbangan kita semasa pindaan dibuat dalam Dewan ini dalam dua sesi yang lepas. Menteri memberikan jaminan kepada kita mengenai dasar kita mengamalkan maklumat bersuara dan sebagainya. Isunya ialah bagaimana pelajar-pelajar ini atau mahasiswa-mahasiswa ini ingin mendengar pandangan balas yang kedua daripada pihak yang lain untuk memantapkan pemikiran mereka.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Pada masa yang sama kita melihat berlaku ketidakadilan apabila yang datang itu adalah daripada pandangan yang berbeza, maka pelajar-pelajar ini dipanggil untuk berdepan dengan lembaga tatatertib. Pada masa yang sama sehari ataupun dua hari sebelum daripada itu, ada daripada UMNO masuk, daripada parti pemerintah masuk dan tidak ada apa-apa tindakan. Pada masa yang sama tidak silap saya, ketika ditangguh buat kali yang pertama, ia bertepatan dengan lawatan daripada seorang pemimpin politik masuk ke dalam Universiti Malaya dan kemungkinan itu menyebabkan protes untuk hearing itu ditangguhkan. Adakah benar dan bagaimana dengan janji yang dilafazkan dahulu ketika tuan masih lagi sekarang menjadi Menteri Pengajian Tinggi?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Isu yang timbul mengenai kes kelapan-lapan pelajar ini ialah, walaupun program yang dianjurkan itu diluluskan oleh universiti, tetapi permohonan oleh persatuan pelajar ini tidak menyebut siapa yang mereka hendak jemput dan itu sebenarnya yang menjadi isu kepada kes ini. Ini kerana setelah diluluskan permohonan menganjurkan program itu, maka didapati...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Bahawa mereka telah membawa ataupun menjemput VIP yang tidak pun dimaklumkan kepada pihak universiti. Maka atas sebab itulah prosiding ini diadakan oleh pihak universiti bagi mendapatkan maklumat...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
...Ataupun laporan yang lebih lanjut daripada pelajar-pelajar yang sedemikian dan penangguhan prosiding ini saya difahamkan, bahawa oleh kerana buat ketika ini pelajar-pelajar sedang melalui peperiksaan, maka atas sebab itulah prosiding ini telah ditangguhkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang itu, sebenarnya dalam perbahasan itu saya dijemput pergi sana. Saya difahamkan, kerana kehadiran saya di kampus Universiti Malaya itu yang menyebabkan semua pelajar menghadapi masalah.
Akan tetapi, saya bukan ahli politik sahaja. Saya pergi sana menjadi seorang hakim untuk perbahasan bekas-bekas debater dahulu dan saya juga bekas graduan Universiti Malaya.
Saya dapat Master saya di sana.
Jadi, saya seharusnya diangkat sebagai seorang bekas graduan Universiti Malaya.
Kalau ini pun menyebabkan Persatuan Tionghoa itu menghadapi masalah, macam mana kita boleh mengharapkan yang pelajar kita di universiti ini boleh mempunyai minda yang lebih terbuka? Ini kerana universiti memang masih melayan mereka seperti budak kecil, macam kindergarten student. Saya juga hendak tanya yang pindaan UCA, University and Colleges Act itu. Bukankah kita telah pun memberi lebih ruang kepada para pelajar untuk menganjurkan aktiviti, menyertai aktiviti dan sebagainya? Kenapa hanya kerana saya hadir dalam kampus Universiti Malaya, selepas itu persatuan itu menghadapi masalah, pelajar- pelajar semua dipanggil untuk ke disciplinary board?
Jadi, saya hendak minta Menteri boleh tolong merekakah? Kerana saya rasa ini bukan tujuan yang kita hendak shape mindset pelajar kita di universiti. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Boleh saya tambah sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Semasa kita membahaskan pindaan kepada AUKU pada tahun lepas, pihak kementerian telah memberikan jaminan bahawa pemimpin-pemimpin politik walaupun daripada pembangkang akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kampus untuk memberikan ucapan dan sebagainya kalau dipelawa oleh pelajar.
Soalan saya ialah, mungkin saya rasa dalam hal ini pihak kementerian memang tidak ada masalah untuk memberikan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk masuk ke kampus. Adakah dalam hal ini kemungkinan pihak pengurusan universiti yang go against dasar pihak kementerian. Ini kerana saya rasa ini perkara yang remeh-temeh. Hanya menjadi pengadil. Adakah perlu persatuan pelajar setiap permohonan itu ataupun pelawaan itu harus mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti? Saya rasa ini mungkin pihak pengurusan universiti yang telah bertindak di luar dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya hendak tambah sedikit sahaja kerana saya hendak membuat satu pembetulan. Saya difahami daripada pelajar-pelajar, memanglah pihak universiti telah mengeluarkan satu surat kepada mereka yang dalam surat itu syarat- syarat yang dinyatakan adalah bahawa pelajar-pelajar di universiti dan juga orang-orang luar boleh dilibat ataupun melibatkan diri dalam debat pada hari itu.
Jadi saya rasa memanglah itu satu kebenaran dari pihak universiti. Ini kerana dalam surat itu juga tidak nyata bahawa pelajar-pelajar ini tidak boleh mengajak Yang Berhormat Seputehkah atau ajak siapa-siapa pemimpin-pemimpin parti politik. Jadi saya rasalah alasan yang diberi daripada universiti ini memanglah langsung tidak munasabah dan saya memang harap bahawa Menteri bolehlah campur tangan supaya kita boleh tahu, kita boleh dapat satu jaminan, bahawa selepas peperiksaan pelajar-pelajar ini, mereka juga tidak akan dipecat dan diberi amaran keras kerana saya rasa tindakan mereka adalah langsung tidak ada salah.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya ingatkan lagi kepada Yang Berhormat, tiga Ahli Yang Berhormat yang mengeluarkan satu isu. Yang Berhormat Seputeh dijemput, Yang Berhormat Serdang cakap, Yang Berhormat Rasah cakap, padahal satu isu sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yalah.
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah Yang Berhormat. Seorang cakap satu isu sudahlah. Menteri fahamlah itu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kamu terlibat saya tahu tetapi, saya sekarang terlibat dengan kekangan masa... [Ketawa] Jadi, keterlibatan saya yang perlu dari keterlibatan Ahli- ahli Yang Berhormat yang kadang-kadang masuk politik...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah. Yang Berhormat PJ Utara sudah. Menteri jawab.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, ini memang isu yang special jadi, saya ingat saya hendak jawab.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua. Menteri minta...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Sebab isu ini...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ada lagi yang buat-buat seperti yang begini, saya gunakan kuasa lagi...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, ini isu lain.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh yang lain Yang Berhormat semua. Kita tidak ada masa.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan kuasa. Kita... Yang berhormat Teresa..
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu Yang Berhormat. Jangan lagi pulangkan saya kata Yang Berhormat. Jangan lagi. Kita cuma ada masa malam ini, esok.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kami faham.
Tuan Yang di-Pertua
Itu sahaja.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, ini isu...
Tuan Yang di-Pertua
Kalau faham bermakna jangan. Sila jawab sekarang Menteri.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang berhormat, ini isu berbeza. Ini isu berbeza.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri belum lagi menjawab isu yang ditimbulkan satu lagi isu yang berbeza.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tidak. Sebelum dia jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Duduklah dahulu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu .
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Sebelum dia jawab Tuan Yang di-Pertua. Sebab nanti kita pergi...
Tuan Yang di-Pertua
Saya kata duduklah dahulu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini isu spesifik...
Tuan Yang di-Pertua
Macam mana kita bermesyuarat seperti begini ini?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Memanglah setiap universiti akan menetapkan prosedur bagaimana soal-soal aktiviti yang dibuat oleh pelajar, oleh persatuan dan sebagainya. Semua persatuan di universiti perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh universiti tersebut termasuklah kes yang sedang kita bahaskan pada hari ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa semua pihak termasuklah pemimpin daripada parti pembangkang boleh dijemput sekiranya sesuatu majlis itu berkisar kepada soal-soal yang ada hubung kait dengan hal-hal akademik...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, minta maaf dahulu. Sila duduk dahulu. Technician kalau dengar dengan saya, technician! PC, PC dari Menteri tidak kedengaran. Sila, sila.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Soal prosedur memang ditentukan oleh universiti. Universiti yang tetapkan dari segi...
Tuan Yang di-Pertua
Dia masih Menteri Pengajian Tinggi ya. Bukan KKLW.
[Ketawa] Sila, sila.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Bukan. Soal-soal, syarat dan segala perkara yang perlu bagi menjayakan sesuatu aktiviti oleh persatuan ataupun pelajar akan ditentukan oleh pihak universiti mengenai peraturan dan sebagainya. Mana-mana pemimpin parti politik, sememangnya dibenarkan untuk menyertai sekiranya ia melibatkan hal-hal yang ada hubung kait dengan soal-soal akademik.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Akan tetapi dalam kes ini malangnya, tidak dimaklumkan kerana Yang Berhormat yang terlibat adalah merupakan pemimpin bagi sesebuah parti politik sepatutnya saya difahamkan, saya dilaporkan begitu, persatuan pelajar itu memaklumkan siapa yang dia hendak jemput dan sebagainya. Jadi di situ masalahnya timbul, kerana tidak dimaklumkan terlebih awal dan jika universiti tidak mempunyai peraturan sebegitu, maka mungkin universiti berpendapat ia akan hilang kawalan sekiranya kes yang sama berlaku, berulang bukan sahaja oleh persatuan ini, tetapi juga oleh persatuan-persatuan yang lain.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi atas sebab itulah pelajar-pelajar ini telah dipanggil oleh pihak universiti untuk menentukan mengapa perkara yang sedemikian boleh berlaku dan kita tunggu apa keputusan yang akan dibuat oleh pihak universiti dan seperti yang telah saya nyatakan kementerian akan sentiasa memantau secara dekat kes-kes yang berlaku di IPT seperti ini.
Namun, kita yakin kes ini akan dapat diselesaikan oleh pengurusan universiti termasuk UM dalam kes ini dengan baik berdasarkan peruntukkan perundangan, peraturan dan juga semangat AUKU yang telah pun kita pinda. Jadi, saya percaya setakat itu yang hendak saya nyatakan mengenai kes ini dan penangguhan kes ini adalah kerana pelajar- pelajar sedang menghadapi peperiksaan buat ketika ini. Saya beralih kepada isu yang lain...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Isu lain Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan bukan pada saya.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak cakap fasal isu lain. Bukan isu ini.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Isu lain belum lagi...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Akan tetapi berkaitan dengan pelajar mengadakan program di tempat lain. Di sebuah universiti lain. Jadi, saya harap fasal tentang ini Yang Berhormat Menteri sendiri terlibat sebab itu saya hendak tahu. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri sendiri pergi ke Mesir. Isu di Mesir, pelajar kita di Mesir di mana pelajar-pelajar di Mesir hendak mengadakan pengajian Hadis dan akan diajar oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali.
Syeikh Ali bersetuju untuk mengajar pelajar kita kupasan hadis empat kitab di Al- Azhar University. Al-Azhar telah membenarkan dan memberikan kemudahan dewan. Tiba- tiba Pengarah Jabatan (MSD) Malaysian Student Department telah mengeluarkan surat kepada Al-Azhar melarang pengajian tersebut yang sudah dipersetujui oleh Al-Azhar dan Mufti tersebut. Lebih kurang 700 pelajar kita telah pun mendaftar dari pelbagai latar belakang. Pengarah MSD hantar surat minta dilarang. Satu, saya hendak tahu kenapa dilarang?
Kedua, setelah itu pelajar-pelajar mengadakan bantahan dengan mengeluarkan banner. Pengarah MSD iaitu Dato’ Jamaluddin mengupah empat orang Arab dengan menggunakan kenderaan Kedutaan Malaysia pergi ke perhimpunan pelajar itu dan merampas banner bawa lari. Polis tangkap. Pengarah kita pergi polis claim immunity. Jadi, yang saya hendak tahu apa dasar KPT dalam perkara seperti ini?
Kedua, saya difahamkan satu majlis diadakan baru-baru ini di situ ada dialog dengan pelajar-pelajar di Mesir. Sama ada oleh Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri itu saya tidak pasti. Dialog itu diadakan di hadapan lebih kurang 400 orang pelajar.
Bila pelajar hendak tanya soalan tidak dibenarkan.
Terus mereka mengatakan ini one-way communication. Saya berceramah untuk didengar sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke Paris di hadapan ratusan pelajar, diambil Q&A dan diambil bermacam-macam-macam soalan dia beri. Akan tetapi Menteri atau Timbalan Menterinya tidak boleh dan saya hendak minta penjelasan apa sikap kementerian dalam perkara seperti ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya tidak pergi ke Mesir baru-baru ini atau sebelum pada ini. Saya ingat Timbalan Menteri saya pun tidak ada buat lawatan ke Mesir. Kedua, jika seperti Yang Berhormat kata tadi soal hendak guna MSD untuk tujuan kuliah itu bukan tujuan kita wujudkan MSD.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Pelajar kita di Mesir 700 orang hendak mengadakan kuliah...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri tidak ada kuasa...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Itu yang saya tanya kenapa...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya mendengar...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini perkara baru di...
Tuan Yang di-Pertua
Saya mendengar hujah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Akan tetapi, Pengarah MSD keluarkan surat...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat. Tidak ada kena mengena dengan apa pun, fasal Menteri ini menjawab point yang dibawa oleh Yang Berhormat membangkitkan isu sewaktu berbahas. Banyak lagi point yang belum dijawab. Ini isu baru Yang Berhormat bawa satu isu yang perlu untuk dibahaskan lagi.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini bukan isu baru Tuan Yang di-Pertua. Ini isu hak pelajar hendak mengadakan kuliah...[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, akan tetapi tidak ada dibangkitkan daripada peringkat awal waktu perbahasan. Bukankah ini mencelah? Waktu mencelah Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini soal dasar... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ini di bawah Peraturan Mesyuarat (37)(1)(b) Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Betul, ini bukan isu baru Tuan Yang di-Pertua. Isu hak pelajar mengadakan dialog, mengadakan kuliah seperti yang...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Jika Yang Berhormat tidak duduk saya akan arah Yang Berhormat keluar.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, dalam menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab satu sahaja soalan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Hal-hal akademik pelajar tidak ada kaitan dengan MSD. MSD jaga kebajikan. Jadi, saya pun tidak faham mengapa Yang Berhormat timbulkan perkara itu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya hendak betulkan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya telah buat keputusan jika berdiri lagi tanpa kebenaran saya akan arah Yang Berhormat untuk keluar.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, saya hendak minta kebenaran hendak betulkan Menteri. Boleh atau tidak boleh?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tidak ada, saya jawab...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu boleh keluar sekarang.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya arah Yang Berhormat keluar kerana menghabiskan masa perbahasan.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua boleh atau tidak saya memperbetulkan Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, duduk Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tolong Yang Berhormat keluar. ...Belum lagi Yang Berhormat Menteri sehingga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu keluar. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada soal PTPTN. Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai PTPTN dan antara lain Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Pasir Mas, dan Yang Berhormat Sri Gading telah meminta PTPTN agar tidak menyenaraihitamkan peminjam dan memberi kelonggaran dalam memungut bayaran balik pinjaman.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, PTPTN tidak sewenang-wenangnya menyenaraihitamkan peminjam. Tindakan ini hanya dikenakan kepada peminjam ingkar, tegar dan merupakan langkah terakhir yang dilakukan setelah surat arahan bayaran, tiga surat peringatan dan notis tuntutan atau saman yang dikeluarkan iaitu yang mengambil masa dalam lingkungan dua atau tiga tahun. Akan tetapi, mereka masih mendiamkan diri dan tidak mempedulikan peringatan yang diberikan. Bayaran balik ini penting bagi memastikan kelestarian PTPTN dapat terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi akan datang.
Pada masa ini, terdapat 3.43 peratus peminjam yang telah disenaraihitamkan dan tidak benar dikatakan bahawa jumlah yang disenaraihitamkan adalah seramai 1 juta peminjam dan jumlah ini masih lagi kecil berbanding mereka yang masih bertanggungjawab membayar balik pinjaman-pinjaman mereka.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit? Apa yang saya bangkitkan pelajar-pelajar yang disenaraihitamkan ini ialah mereka yang belum lagi mendapat pekerjaan jadi bagaimana mereka hendak bayar balik? Kemudian, pasport mereka ditahan.
Kalau mereka dapat kerja di Dubai atau di luar negara, bagaimana mereka hendak pergi? Jadi, sepatutnya yang diambil tindakan mereka yang sudah bekerja terutamanya dengan agensi kerajaan atau jabatan kerajaan. Akan tetapi, bagi yang belum bekerja tambahan lagi daripada keluarga yang miskin. Saya sudah bertemu dengan mereka. Ini yang menjadi masalah. Sebab itu, perlu ada dasar yang jelas. Saya setuju jika diambil tindakan ke atas mereka yang sudah ada pekerjaan tetapi yang belum ada pekerjaan saya anggap ini satu kezaliman. Boleh tidak perkara ini ditimbal semula untuk kepentingan mereka-mereka ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua, boleh? Terima kasih. Saya cuma hendak klasifikasi daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan PTPTN juga. Tahun lepas ataupun setahun setengah yang lalu kementerian telah membuat keputusan untuk mengheret sama ibu bapa sebagai penjamin kepada pinjaman-pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak PTPTN.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Status penjamin ini sudah tentu terdedah ataupun risiko tindakan mahkamah ini juga akan dikongsi bersama sebagai mana peminjam pada tahap pertama. Saya hendak bertanya, ini berdasarkan kepada keputusan di mana keadaan ekonomi yang tidak baik.
Kerajaan pernah membuat keputusan meminta syarikat-syarikat kewangan swasta atau bank untuk mengecualikan secara terus total level kepada 11 bulan, kadar interest untuk perumahan pada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa ada satu keadaan yang agak rumit ataupun sukar.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Kita masih boleh memutuskan satu keadaan yang bertolak ansur supaya kelonggaran diberi, apatah lagi dalam keadaan pelajar-pelajar ini masih lagi tidak mempunyai pekerjaan dan kemampuan untuk membayar masih lagi boleh dipertikaikan dengan jelas seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Saya juga hendak tanya apakah sikap dan dasar kementerian Yang Berhormat kepada sesetengah pelajar yang dahulunya menerima status penuh biasiswa untuk pengajian tinggi mereka, untuk kursus-kursus yang tertentu.
Akan tetapi oleh sebab mungkin ada masalah sedikit seperti meninggalkan perkhidmatan kerajaan sebelum tempoh atau sedikit sebelum tamat tempoh. Mereka ini dikenakan tindakan sehingga ada di antaranya terus mendapat pengisytiharan bankruptcy atau bankrap. Apakah dasar ataupun sikap kementerian Yang Berhormat untuk kes-kes ini, walaupun dianggap terpencil tetapi kemungkinan untuk berlaku lagi amat besar kerana kedudukan ekonomi sekarang dan ada juga di kalangan mereka belum bersedia menerima hakikat ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua PTPTN dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengambil pendekatan untuk berbincang dan juga berunding. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas walaupun pelajar itu tidak bekerja, masalahnya apabila mereka keluar daripada universiti, apabila notis diberi dalam masa mereka belum lagi mendapat pekerjaan dan sebagainya. Mereka tidak maklumkan kepada PTPTN, sehinggalah kepada satu masa setelah berbulan dan bertahun PTPTN meletakkan mereka di bawah golongan peminjam tegar sehingga mereka berhadapan dengan masalah.
Jadi berasaskan kepada apa yang berlaku, dalam soal ini saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan kepada semua mereka yang meminjam, apabila keluar daripada universiti sama ada telah atau belum mendapat pekerjaan untuk maklum kepada PTPTN. PTPTN bersedia untuk berbincang dan menangguhkan pembayaran jika ada kes- kes yang sebegini, yang mana mereka belum mendapat pekerjaan dan sebagainya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sedikit sahaja. Saya mengalu-alukan sikap keterbukaan pihak kementerian khususnya dalam hal PTPTN ini seperti yang dijawab tadi.
Akan tetapi Yang Berhormat sedar atau tidak di kalangan mereka yang sudah tamat belajar, mereka tidak tinggal dengan keluarga mungkin berpindah alamat tidak tahu ke mana, mungkin ini yang sukar dihubungi. Akan tetapi apa pun mesti ada dasar yang jelas.
Maknanya kalau belum bekerja macam mana hendak bayar? Saya hendak bangkitkan ini dan saya hendak bagi satu contoh kepada Yang Berhormat. Ada yang tampil untuk berbincang, adik-beradik 13 orang, yang sulung dapat bekerja dan pinjamannya RM6,000.
Dia offer hendak bayar RM150, PTPTN tolak. Ini yang saya kata sikap yang harus prihatin, yang dikatakan “Rakyat Didahulukan”, hendak jawab Yang Berhormat boleh jawab secara umum tetapi ada spesifik kes yang kita boleh kemukakan. Sebab itu perlu jelas supaya tidak ada kekeliruan. Kalau hendak letakkan mereka ini patut datang berbincang, tetapi sudah datang berbincang pun surat lawyer keluar, lagilah mereka naik geram dan rasa tidak senang hati. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat ini?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua dari segi dasar umumnya jika seseorang pelajar itu belum mendapat pekerjaan memang boleh ditangguhkan. Masalahnya ialah PTPTN tidak tahu. Dia tidak pernah berhubungan dengan PTPTN, maka PTPTN mengambil tindakan dan hantar notis mengemukakan saman.
Mereka mungkin berpindah-pindah tetapi PTPTN tidak pernah berpindah. [Ketawa] Itu isunya, jadi atas sebab itulah saya nasihatkan kepada semua pelajar apabila telah keluar universiti walaupun belum mendapat pekerjaan maklumkan kepada PTPTN dan PTPTN tidak akan mengambil tindakan dan tidak akan masukkan mereka dalam golongan peminjam tegar.
Jadi biasanya kes yang berlaku, yang juga sampai kepada saya ialah apabila pelajar itu tidak bekerja mula mendapat pekerjaan untuk pergi keluar negara kerana dia tidak pernah memberitahu kepada PTPTN. Ada kes-kes di mana pelajar menyambung belajar di luar negara. Duduk di luar negara dua tahun selepas itu balik bercuti, dia pinjam daripada PTPTN untuk ijazah pertamanya, kemudian hendak sambung belajar tidak dapat keluar negara kerana dua tahun dahulu dia pergi dia tidak maklumkan kepada PTPTN.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi kes-kes sebegini memang banyak. Jadi Yang Berhormat pokoknya memang kalau belum bekerja dan melanjutkan pelajaran memang PTPTN tidak akan menuntut apa- apa pembayaran kalau ada...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas, banyak juga isu Yang Berhormat ulangi.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi yang itu, sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
Bagilah laluan kepada orang lain dan saya rasa Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu telah sejuk dan boleh seorang pegawai Parlimen maklumkan, suruh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu masuk... [Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada soal kebolehpasaran graduan. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Tenggara telah membangkitkan berkenaan dengan keboleh pasaran graduan termasuk dalam memenuhi keperluan industri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya minta penjelasan?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Atas prinsip yang sama maknanya boleh runding. Soal dalam masa kegawatan ekonomi, ada yang telah berhenti, dahulu mendapat pinjaman dan kemudian kena bayar balik mungkin boleh dibincangkan dan tengok kes-kes yang tertentu, specific cases.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya ajukan tadi kes di mana seorang penerima biasiswa penuh tetapi oleh kerana ada sedikit masalah dari segi compliance kepada perjanjian barangkali, mungkin orang itu terpaksa berkhidmat dalam masa 10 tahun. Beliau meninggalkan perkhidmatan dalam masa sembilan tahun barangkali. So, tempoh itu yang dianggap sebagai tempoh liability period kepada dia.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua itu mungkin bukan di bawah PTPTN kerana PTPTN tidak bagi biasiswa. Mungkin bawah badan-badan yang lain. Saya ingin beralih kepada keboleh...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri boleh bagi chance kepada Yang Berhormat Kepong dahulu, dari tadi beliau berdiri.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan mengenai PTPTN. Sebenarnya ada banyak perkara yang tidak dibenarkan saya mencelah dan PTPTN itu apakah dasar mengenai peminjam itu yang mempunyai rekod yang baik dengan prestasi yang cemerlang. Apakah dasarnya sekarang? Sebab saya terima aduan mengenai graduan yang mendapat keputusan cemerlang, misalnya tahun lepas dan dua tahun lepas.
Mereka kata mengapa kita tidak dibenarkan dikecualikan daripada membayar pinjaman? Akan tetapi saya hendak menekankan bahawa saya setuju kalau kita pinjam, kita mesti bayar balik. Sebenarnya saya buat tandatangan itu mengesahkan peminjam beberapa tahun ini, saya ada menekankan bahawa kalau ada pinjaman ini mesti dibayar balik. Ya itulah, akan tetapi apakah dasar untuk graduan yang mempunyai prestasi yang baik?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Seperti yang telah diumumkan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mulai tahun hadapan di bawah belanjawan tahun hadapan, bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama, maka pinjaman mereka akan bertukar menjadi biasiswa.
Mulai tahun hadapan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan mulai tahun hadapan. Saya beralih Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal keboleh pasaran graduan.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat pendebatan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mahu minta penjelasan mahu beri laluan atau tidak?
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
PTPTN.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Satu sahaja, last.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ada dua, tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Dia bagi satu sahaja Yang Berhormat. Dia baik orangnya, jadi jangan ambil kesempatan... [Ketawa]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Berkaitan dengan isu PTPTN ini, saya ada bangkitkan dalam sesi lepas. Dalam sesi ini tidak sempat sebab masa bahas itu tidak panjang. Jadi, saya hendak bertanya tentang kedudukan PTPTN ini. Satu, secara umum, mengapa PTPTN dibayar kepada kolej dan bukan terus kepada pelajar menyebabkan ada pelajar yang menjadi tebusan kepada kolej. Contohnya, saya sebut secara terbuka di sini, Masterskill College. Pelajar-pelajar tidak diberi duit itu terus tetapi diberi kepada Masterskill. Ini jawapan yang diberikan pun.
Jawapan bertulis daripada Menteri yang diberikan dalam sesi lepas, 4 Mac 2009. Menteri jawab, keseluruhan pelajar Kolej Masterskill yang mendapat pinjaman PTPTN ialah 12,595 orang yang amaunnya telah diberikan kepada Masterskill sebanyak RM429.1 juta. Jadi, apa yang saya hendak tahu kenapa tidak dibuat amalan seperti pemberian biasiswa yang kita bayar terus kepada pelajar.
Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, pelajar-pelajar ini dipotong kerana tidak cakap bahasa Inggeris, dipotong kerana kasut tidak betul. Apabila mereka minta resit hendak tahu kenapa dan apa potongan itu, mereka diugut. Kamu tanya banyak sangat, kamu keluar. Bukan Tuan Yang di-Pertua suruh saya keluar tadi, tetapi yang ini... [Ketawa] Apabila kamu tanya banyak sangat, keluar. Jadi, boleh atau tidak pelajar-pelajar...
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin penonton melanggar peraturan juga. Itulah diharap keluar.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Itulah dia.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan Yang Berhormat tadi.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Mungkinlah itu. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri. Pertama, boleh atau tidak dasar PTPTN ini ditukar, bayar terus kepada pelajar seperti amalan biasiswa? Itu satu. Kalau biasiswa kita boleh buat, kenapa PTPTN tidak boleh buat? Kenapa hendak bayar kepada kolej? Kolej pula yang uruskan menyebabkan pelajar-pelajar jadi tebusan kepada kolej.
Kedua, sebarang potongan yang dikenakan mesti ada garis panduan oleh kementerian dan hendaklah pelajar-pelajar dimaklumkan melalui resit atau dokumen mengenai apa yang dipotong. Hari in mereka tidak tahu apa yang dipotong. Tahu-tahu dapat sahaja. Sepatutnya dapat RM3,000 tetapi dapat RM1,000 lebih. Jadi, saya minta kalau boleh pertama, Yang Berhormat Menteri perjelaskan apa dasarnya? Kemudian, kalau benar perkara itu berlaku seperti laporan yang kita dapat, minta diperbetulkan. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan kaji implikasi jika kita lakukan perubahan amalan yang dibuat oleh PTPTN sekarang ini yang memasukkan semua duit kepada institusi pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta dan apakah kesan-kesan daripadanya? Kita jangan lupa bahawa kalau kita beri terus kepada pelajar, kemungkinannya juga mereka tidak akan membayar kepada institusi di mana mereka sedang belajar.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Walau bagaimanapun, saya akan minta supaya kajian dibuat dan kalaupun kita lakukan pembayaran terus melalui institusi, pada pandangan saya memang tidak wajar jika mana-mana institusi cuba memotong dengan apa cara sekalipun menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah sehingga pelajar hanya mendapat baki yang sedikit daripada jumlah yang sebenarnya dia pinjam dari PTPTN. Jadi, memang ada baik dan buruknya kerana kita juga khuatir kalau beri terus kepada pelajar, takut dia pula tidak membayar kepada institusinya dan timbul masalah-masalah yang lain. Walau apa pun, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana beri makluman mengenai apa yang berlaku.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Akan tetapi, kalau buat potongan pun, biarlah berdokumen.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ya, insya-Allah. Maknanya, kita akan letakkan supaya tidak menjejaskan pelajar jika kita meneruskan dasar kita dan pegawai dari kementerian saya akan membuat follow-up mengenai perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal untuk membantu kebolehpasaran graduan, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kementerian. Antaranya, membangunkan modul pembangunan kemahiran insaniah, soft skills, dan juga meningkatkan kesedaran pelajar mengenai pembudayaan keusahawanan dengan mengadakan modul asas yang diajar di semua IPTA. Kementerian juga membantu siswazah yang telah tamat pengajian untuk mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan atau government link companies dan pihak industri. Antaranya, Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation, Bank Negara dan juga beberapa syarikat tempatan yang lain.
Kementerian juga menjalankan program penjodohan siswazah dengan industri melalui kerjasama dengan pelbagai syarikat tempatan. Untuk itu semua, kerajaan telah menyediakan peruntukan khas untuk program latihan industri dan juga kebolehpasaran, yang mana bagi belanjawan tahun 2010, pihak kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi menjayakan program-program ini.
Yang Berhormat Kuala Krau telah membangkitkan berkenaan dengan usaha pengkomersialan hasil R&D oleh IPT. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sememangnya menyediakan...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik pada soal latihan soft skills dan sebagainya untuk menggalakkan ataupun memberikan kelebihan kemahiran kepada para graduan supaya mereka mendapat pekerjaan. Saya hendak tanya, apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menilai sejauh mana keberkesanan program-program tersebut. Sama ada selepas mereka menghadiri sesuatu program itu, mereka mendapat pekerjaan ataupun mendapat lebih banyak kemahiran untuk mendapat sesuatu pekerjaan. Ini kerana, saya rasa banyak dana kita berikan kepada para graduan tetapi sejauh mana keberkesanan program itu, yang kita perlu ada satu cara ataupun mekanisme untuk menilainya. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang buat ketika ini pihak kementerian sedang membangunkan satu modul bagi mengukur generic students attribute yang sewajarnya perlu ada dalam pelajar kita bagi meningkatkan kebolehpasarannya. Perkara ini masih lagi dalam peringkat pembentukan bagi pengukuran itu. Kita percaya bahawa menjelang akhir tahun ini, pengukuran itu akan dapat kita sempurnakan.
Pada masa yang sama, kita berusaha untuk mengkaji semula kurikulum dan juga ko-kurikulum supaya dapat ditentukan melalui kurikulum dan juga ko-kurikulum perkara- perkara yang kita rasakan dapat membantu meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan, sama ada dari segi kemahiran insaniah ataupun generic students attribute ini, dapat kita masukkan dalam kurikulum dan juga ko-kurikulum. Jadi soal pengukuran itu, memang kementerian sedia maklum kerana kita memang beri penekanan kepada soal outcome ataupun keberhasilan setiap program yang kita laksanakan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Lebih-lebih lagi, kita sedar bahawa kita memperuntukkan satu jumlah kewangan yang besar dalam apa sahaja usaha yang kita lakukan untuk sama ada para graduan kita ataupun untuk kita mencapai apa sahaja matlamat dan objektif yang kita tetapkan di dalam sektor pengajian tinggi negara kita. Jadi, memang itu dalam peringkat perancangan kementerian.
Berbalik pada soal R&D, kerajaan sememangnya menyediakan persekitaran yang menggalakkan bagi menjana lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D serta pengkomersialan hasil-hasil R&D di IPTA. Di antara usaha tersebut termasuklah penstrukturan pentadbiran di IPTA dengan mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, menubuhkan pusat pengurusan penyelidikan dan unit hubungan industri di IPTA dan menggalakkan IPTA menubuhkan syarikat utama ataupun holding company bagi mempergiatkan aktiviti pengkomersialan serta menjalinkan kerjasama dengan pihak industri.
Yang Berhormat Parit bertanyakan inisiatif kementerian ke arah meningkatkan bilangan pemegang PhD Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program MyBrain15 merupakan satu agenda kritikal di bawah pelan strategik pengajian tinggi negara dengan matlamat untuk melahirkan bilangan pemegang Ijazah PhD yang secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi agar ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing dan juga berdaya tahan. Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang, di mana IPTA mengeluarkan seramai 785 orang dan IPTS seramai 55 orang.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Pada tahun 2007, bilangannya adalah seramai 719 orang iaitu 702 orang di IPTA dan 17 orang di IPTS. Ini menunjukkan peningkatan bilangan graduan PhD seramai 121 orang ataupun 16.8 peratus. Manakala enrolmen pelajar PhD di IPT tempatan, pada akhir tahun 2008 seramai 13,574 orang berbanding 11,133 orang pada tahun 2007 iaitu peningkatan seramai 2,441 orang ataupun 22 peratus. Secara keseluruhannya sehingga Jun 2009, bilangan graduan berkelayakan PhD ialah seramai 10,872 orang dan bagi mencapai sasaran menghasilkan 60,000 pemegang Ijazah PhD dalam tempoh 15 tahun iaitu bermula pada tahun 2008 hingga 2023, pelbagai langkah yang sedang dan dilaksanakan termasuk:
(i) memperkenalkan skim insentif baru untuk program-program biasiswa ijazah PhD;
(ii) membangun dan melaksanakan skim pembantu pengajar;
(iii) membangunkan struktur gaji baru untuk pemegang ijazah PhD;
(iv) memperkenalkan Anugerah Sarjana Muda; dan
(v) mengkonsolidasikan peralatan berkos tinggi di IPT, institusi penyelidikan terpilih sebagai pusat kecemerlangan negara Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal kemasukan pelajar yang kritikal, Yang Berhormat Pasir Mas....
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Minta penjelasan sikit.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
…Bertanyakan, apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan jumlah pelajar...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Minta maaf, topik tadi berkenaan mengenai PhD yang diambil oleh universiti- universiti tempatan. Saya ingin tahu, kita memang perlu meningkatkan jumlah pemegang PhD dalam universiti kita, tetapi saya mendapati bahawa memang ada juga yang pemegang PhD itu tidak mempunyai PhD dari universiti yang dikatakan sebagai recognized iaitu ada pemegang PhD di dalam universiti kita, dan saya ada nama, di mana mereka mendapat PhD mereka melalui correspondence course.
Pihak yang mengambil PhD memang tidak ada PhD yang credible boleh didapat dari correspondence course. So, apakah langkah yang diambil oleh kementerian supaya pemegang PhD seperti ini tidak dilantik dalam universiti kita.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Pertamanya kementerian sedang dalam peringkat untuk memperketatkan lagi peruntukan yang ada dalam undang-undang khususnya undang-undang Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) untuk tentukan kita berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes yang sedemikian. Keduanya seperti kata Yang Berhormat ada tenaga akademik yang mungkin mempunyai PhD yang sedemikian tetapi kehadiran mereka dalam IPT atau pun universiti mereka masing-masing mungkin berasaskan ijazah yang lain sama ada masters dan sebagainya.
Oleh kerana sesuatu PhD itu tidak diiktiraf, ia tidak diambil kira. Saya percaya kalau pun ada nama dan saya juga mengalu-alukan kalau nama itu dapat diberi, kita boleh menyiasat dengan lebih teliti mengenai kedudukan pensyarah yang sebegini. Akan tetapi daripada laporan yang saya dimaklumkan, kalau pun ada pensyarah yang memiliki ijazah dan juga sarjana dan sebagainya, mereka juga membuat dan mendapat PhD mungkin melalui correspondence sebahagian daripada khususnya universiti awam, kalau PhD itu tidak diiktiraf, memang ia tidak diiktiraf dan mereka tidak mendapat apa-apa tambahan atau kebaikan daripada kedudukan mereka sebagai anggota tenaga akademik.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi dalam resume mereka, dalam laman web, semua letak ‘Dr’. So ini agak mengelirukan dan tidak baik untuk penuntut kita di universiti juga. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya akan memberi nasihat dan makluman kepada semua dalam kes yang mana boleh guna profesor, boleh mengguna nama Doktor dan sebagainya. Jika Yang Berhormat boleh bekerjasama dengan kementerian memberikan saya nama-nama itu, kita akan follow up dengan pihak universiti dan kerana kita tidak kompromi dalam soal-soal yang boleh menyentuh kesarjanaan tenaga akademik dalam universiti kita.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sini-sini Yang Berhormat Menteri.
Ada hal besar Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ingin tanya, ini berhubung dengan penuntut Malaysia di Mesir 700 orang yang melibatkan pengajian mereka yang tergantung.
Jadi apabila tadi Yang Berhormat Kulim ada masuk, dia ada tulis beberapa nota di sini yang saya rasa perlu ditanya dan perlu Menteri memberi respons. Kalau boleh saya jemput...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Dia boleh bawa dalam peringkat Jawatankuasa kerana perkara itu tidak dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang ini Yang Berhormat, saya rasa perlu ditanya.
Tanya dengan cara baik dan respons kalau boleh.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kalau ini yang diminta Tuan Yang di- Pertua, saya silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya tahu. Sila.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan sebagai precedent ya... [Ketawa] Ini kerana ada 700 orang penuntut di Mesir yang dia kata pengajian mereka tergendala kerana menunggu jawapan Menteri.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya memohon maaf dahulu kerana mungkin cara saya tanya tadi itu tidak betul. Sudah sepuluh tahun lawan dengan FRU, dia menjadi macam itu.
Jadi, masalah sebenarnya, sekarang ini saya tengah online dengan pelajar-pelajar itu. Mereka hendakkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, pelajar kita di Mesir lebih kurang dalam 700 orang sudah mengatur pengajian tambahan kuliah hadis dan mereka telah mendapat persetujuan daripada Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah iaitu seorang Mufti Besar Mesir untuk mengajar kelas itu. Universiti Al-Azhar telah bersetuju untuk memberikan dewan dan memberikan kebenaran untuk pengajian itu dibuat di Al-Azhar, 700 pelajar kita inilah.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi apabila kelas ini hendak berjalan seperti yang saya sebut tadi, hendak bagi latar belakang, pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir, Dr Jamil menghantar surat kepada Universiti Al-Azhar melarang. Jadi, tadi jawapan Menteri kata MSD tidak patut terlibat. Boleh atau tidak sebab mereka tengah menunggu jawapan Menteri malam ini.
Boleh atau tidak mereka meneruskan pengajian kuliah hadis oleh Sheikh Prof. Dr Ali Al- Jumaah, Mufti Besar Mesir ini di Al-Azhar atau adakah ada larangan? Itu sahaja mereka hendak tahu. Terima kasih Menteri .
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini seperti yang saya katakan, pelajar-pelajar ini sebahagian besarnya dan mungkin kesemuanya adalah pelajar persendirian...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ada pelajar-pelajar tajaan, 700 orang.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Walau apa-apa pun, soal-soal akademik bukan sesuatu di bawah tanggungjawab MSD dan itu adalah antara pelajar itu dan juga pihak institusi. Mengikut kebiasaan, biasanya yang di Mesir, mereka tidak dengar cakap MSD, dan dalam hal ini mengapa mereka hendak dengar? Jadi teruskan sahaja...
[Ketawa]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, ini komen...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tidak, tidak. Betul.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Sekarang ini komen yang mereka hantar mengatakan “kalau begitu jawapan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Boleh tidak minta Menteri beritahu kepada Pengarah MSD supaya tarik balik surat yang dihantar kepada Al-Azhar.” Masalahnya sekarang ini Al-Azhar sudah tidak beri, Mufti pun tidak mahu campur tangan sebab ada surat Pengarah MSD ini. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri beri clearance, mereka akan teruskan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Nanti saya akan semak dengan MSD, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Pasir Mas... Saya akan semak dengan MSD, insya-Allah dan saya akan maklum mengenai pandangan serta pendirian saya mengenai perkara ini.
Mengenai soalan Yang Berhormat Pasir Mas bertanyakan...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, satu saja, dia minta supaya “beritahu kepada Menteri kami adalah pelajar tajaan dan ramai antara kami adalah ahli kelab UMNO.” Dia kata... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ya, Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ini setidak-tidak komputer-komputer yang kita letak dalam Dewan ini mulai sudah fungsi ini kita nampak. Berkesan sangat. [Ketawa] Sila teruskan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Yang Berhormat Pasir Mas bertanyakan mengenai soal perancangan kementerian untuk meningkatkan jumlah pelajar bumiputera dalam bidang pengajian kritikal seperti kejuruteraan, arkitek dan juga jurutera.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari segi perancangan kementerian, kita tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kaum atau etnik tertentu sahaja, namun ia meliputi rakyat keseluruhannya. Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini, pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah ko-kurikulum.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini bermakna, pelajar daripada pelbagai kaum mempunyai peluang pendidikan tinggi yang sama, termasuk dalam bidang pengajian kritikal. Sistem ini telah mempertingkatkan daya saing di kalangan pelajar dan memberi peluang pendidikan tinggi kepada yang layak.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun begitu, kementerian tidak menyediakan kuota khas kepada pemohon bumiputera untuk mengikuti bidang pengajian kritikal. Namun, pihak kementerian dan juga institusi yang lain mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran, motivasi dan juga mendidik pelajar termasuk pelajar bumiputera, antaranya...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Melalui program, belum habis out-reach dan juga forum pendidikan tinggi. Seterusnya, sebagaimana yang kita sedia maklum, kita meletakkan peranan UiTM sebagai pengimbang bagi memastikan bumiputera tidak ketinggalan jauh dalam bidang-bidang tertentu dalam pengajian tinggi negara, pengimbang.
Cukupkah?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Belum, belum, saya belum puas hati. Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat, kalau saya dengar tadilah cukup defensif. Yang Berhormat mengetuai dalam Kabinet yang mewakili parti UMNO, yang katanya membela kepentingan Melayu, minta maaflah saya cakap.
Cara Yang Berhormat betul, soal kepentingan pendidikan ia meliputi semua kaum, diberi semua peluang. Cuma tinggal lagi dalam aspek semangat penerusan perjuangan Dasar Ekonomi Baru, untuk memartabatkan kaum peribumi dalam bidang pendidikan, yang belum sampai tahap 30 peratus. Usaha ini mesti dilakukan dengan secara fokus dan ini jaminan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, kalau Yang Berhormat mengatakan usaha ini akan diteruskan, agenda untuk sampai 30 peratus dalam bidang pendidikan, termasuk bidang kritikal akan diteruskan dengan kepentingan lain-lain kaum tidak akan diabaikan. Sejukkah hati saya dengar?
Jadi, Yang Berhormat start dengan ini semua kaum begini, begini, yang UiTM jadi pengimbang, ‘melukut di tepi gantang’. Saya terpaksa melahirkan perasaan ini sebab agenda ini penting. Kalaulah golongan kaum bumiputera tidak dapat ditingkatkan dalam bidang kritikal ini, dalam apa cara sekalipun, tentu kita akan merasa kecewa sebab matlamat untuk menyusun semula masyarakat yang ditentukan sebelum ini tidak tercapai.
Jadi, janganlah salah anggap, saya tidak anti dengan mana-mana pihak pun.
Cuma apa yang kita perlu fokus. Jadi, boleh ditingkatkan. Jumlah pelajar di UiTM contohnya kejuruteraan, fakulti bidang-bidang kritikal ditambahkan. Akan tetapi, apabila mendengar jawapan itu, saya menjadi apa ini... Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sedar dan saya faham. Hanya pendekatan saya menjawab. Saya tahu, memang saya akan mendapat respond yang begitu kuat daripada Yang Berhormat dan itu sebenarnya hendak tengok sama ada Yang Berhormat masih lagi bersemangat begitu ataupun tidak. Jadi, seperti yang telah saya katakan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah umumkan kita membina enam kampus baru untuk UiTM, bagi maksud kita mengimbangi perkara itu, jadi kita sama Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis, Sri Aman dan Lubok Antu membangkitkan mengenai soal penubuhan kolej komuniti. Sukalah saya memaklumkan bahawa penubuhan sesebuah kolej komuniti dibuat berdasarkan kepada keperluan...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
...Semasa dan faktor-faktor tertentu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sikit, sikit saja. Saya terpanggil Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terpanggil apabila Yang Berhormat menyentuh ada cadangan kerajaan untuk menubuhkan beberapa IPTA. Adakah ini satu daripadanya untuk membina satu kampus, cawangan kampus di Keningau, Sabah?
Ini saya dengar-dengar sahaja. Saya meminta kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, kalau ada. Ini kerana saya baru main golf dengan Pengarah UiTM di Sabah pada hari Jumaat yang lalu. Minta penjelasan, kalau boleh.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, setahu saya tidak ada di Keningau. Minta maaf Yang Berhormat kerana ini perancangan lama dahulu, hanya tahun ini kita mulakan pelaksanaannya. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesebuah kolej komuniti dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa dan faktor-faktor tertentu. Antaranya jumlah penduduk setempat, bilangan sekolah menengah, kos pembinaan, kesesuaian lokasi dan sama ada wujudnya pelbagai institusi latihan yang lain seperti IKBN dan juga IKM.
Begitu juga dengan penubuhan sesebuah politeknik, dirancang dan dilaksanakan setelah mengambil kira pelbagai aspek seperti keperluan guna tenaga negara, keperluan strategik pembangunan negara, keperluan pasaran, nilai tambah, kelestarian dan juga kebolehannya untuk berkembang dan mempunyai daya maju.
Yang Berhormat Silam telah membangkitkan soal penglibatan IPT dalam pembangunan masyarakat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah diperuntukkan dana sebanyak RM200 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental, yang diagih-agihkan kepada IPTA dalam negara kita. Sehingga tahun 2008, sebanyak RM25,2 juta telah dikeluarkan bagi tujuan program penyelidikan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, yang akan membantu merangsang atau merancang pembangunan dalam pelbagai aspek sosial dan juga masyarakat.
Program penyelidikan yang telah diluluskan pada tahun 2006 sedang berlangsung sehingga ke hari ini iaitu sebanyak 234 projek. Bilangan projek program penyelidikan dalam bidang tersebut telah ditambah dengan bilangan projek dan program yang baru mendapat kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 273 projek ataupun program dan pada tahun 2008 sebanyak 71 projek ataupun program.
Kementerian sentiasa memberi galakan dalam melaksanakan program berbentuk penyelidikan yang turut memberi impak kepada masyarakat umum. Kementerian percaya melalui pelaksanaan program dan projek penyelidikan tersebut, pembangunan masyarakat, terutama di kawasan setempat yang terlibat secara langsung dalam kajian ataupun penyelidikan akan memberi kesan yang positif.
Selain Universiti Kebangsaan Malaysia, program penyelidikan ini juga turut melibatkan IPTA yang lain. Umpamanya UTM dalam bidang Cultural and Nature-based Tourism Corridors Model for Terengganu Darul Iman, juga, dengan izin, Developing Sustainable Management Model for Tanjong Piai, Johor National Park. Bagi Universiti Malaya, Penilaian Semula Program-program Pembasmian Kemiskinan Nelayan Artizanal di Sabah, dengan izin, Effectiveness of Self Build Concept Using Segal Approach for Rural Low Income Households in Malaysia. Bagi Universiti Malaysia Sabah, Penilaian Sumbangan Hutan Simpan Bakau ke atas Pembangunan Sosioekonomi Penduduk Setempat di Daerah Kudat, Sabah dan pelbagai lagi kajian-kajian dan penyelidikan oleh pelbagai universiti...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Sikit berkenaan perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh mengenai sumbangan kajian-kajian penyelidikan yang dibuat oleh IPTA di beberapa kawasan di Malaysia ini, saya tertarik dengan suatu kajian hidrografi yang dibuat secara berterusan sudah, katanya berbelas tahun oleh salah sebuah jabatan daripada UKM di Kuala Krai, di Sungai Kelantan mengenai aliran air agaknya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Silih bergantilah kumpulan pelajar yang ditempatkan di perkampungan di situ.
Mungkin kajian ini tidak memberikan kesan direct kepada penduduk, tetapi kehadiran mereka di kampung tersebut tidakkah boleh sebagai suatu corporate responsibility Memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk pembangunan surau- surau yang berdekatan dengan tempat projek itu ataupun semasa berada di situ pelajar- pelajar mengambil anak-anak angkat di kalangan penduduk di situ untuk diberikan semangat dan motivasi. Bukan berkaitan dengan penyelidikan itu tetapi atas kehadiran mereka itu sepanjang tahun secara bergilir, begitu juga di tempat-tempat lain yang mereka menjalankan kajian. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang salah satu daripada matlamat universiti adalah untuk tentukan hubungan dan ia dapat membalas balik kepada masyarakat. Kita memang menggalakkan pelbagai pendekatan dan pengisian yang boleh universiti lakukan untuk mereka mendekati masyarakat.
Dalam perkara-perkara yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, jika sesuai dan jika mereka berkesempatan saya ingat dari segi kementerian kita tidak ada apa-apa halangan untuk universiti tentukan. Bagaimana mereka boleh mendekati masyarakat dan bagaimana mereka boleh memperkenalkan universiti kepada masyarakat, jika itu cara dan pendekatan yang terbaik.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Silam telah mempersoalkan tindakan UTM menandatangani MoU dengan AirAsia. Beliau telah menyatakan sepatutnya semua IPTA sewajarnya membantu MAS yang menghadapi masalah kewangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MoU yang ditandatangani oleh UTM dengan AirAsia bukanlah untuk bertujuan menggunakan semata-mata pesawat AirAsia, akan tetapi ia lebih kepada soal untuk menyediakan tempat bagi tujuan menggalakkan latihan praktikal dan juga peluang pekerjaan kepada para graduan UTM.
Di samping kedua-dua pihak dapat mengembangkan peluang kerjasama berkongsi kepakaran dan juga kemudahan yang ada. Juga bagi tujuan supaya AirAsia bagi tujuan untuk UTM menyediakan Program Pembangunan Eksekutif Khas untuk kesesuaian staf AirAsia. Seterusnya ialah bagi tujuan untuk menjayakan Program Global Outreach ataupun student mobility bagi pelajar-pelajar UTM yang ingin menjayakan program ini pergi ke negara-negara yang lain, yang mana dalam tahun 2009 UTM mensasarkan untuk melibatkan seramai 1,100 pelajar mereka ke luar negara dan untuk tahun hadapan seramai 5,000 orang pelajar mereka supaya mereka mendapat pendedahan dan mereka dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan graduan-graduan di luar negara.
Jadi berasaskan kepada hakikat dan kerjasama maka kerjasama antara kedua- dua pihak itulah ditandatangani oleh UTM dan juga AirAsia bagi tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah mereka tetapkan bersama. Bukannya untuk tentukan pihak IPTA dapat membantu syarikat penerbangan seperti AirAsia bagaimana yang disarankan agar IPTA membantu syarikat MAS dalam masa kegawatan ekonomi pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahajalah yang dapat saya jelaskan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan mengenai Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Kepada isu-isu dan cadangan yang tidak sempat saya jawab, kita di peringkat kementerian tetap akan memberi perhatian kepada perkara-perkara itu. Mana cadangan yang baik, praktikal dan juga yang relevan kita akan guna pakai untuk kita memperbaiki perkhidmatan kita dalam membawa kebaikan kepada sektor Pengajian Tinggi negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semasa perbahasan ke atas Bajet 2010 terutamanya Permatang Pauh, Batu Gajah, Selayang, Bagan, Jasin, Bachok, Sungai Siput, Parit Buntar, Seputeh, Pasir Mas, Ledang, Sri Gading, Pokok Sena, Kuala Kedah, Bukit Katil, Bukit Bintang, Pendang, Bandar Kuching, Pasir Salak, Kuala Krai, Beruas dan Johor Bahru.
Izinkan saya memberi jawapan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan MITI di peringkat dasar semasa sesi perbahasan Bajet 2010. Yang Berhormat dari Permatang Pauh dan Yang Berhormat Batu Gajah menyentuh isu kemerosotan kedudukan negara ke tangga 24 dalam laporan Global Competitiveness (GCR) 2009-2010 oleh World Economic Forum (WEF) manakala Yang Berhormat Selayang pula menyentuh mengenai kedudukan Malaysia yang telah turun dua tangga dalam Laporan Doing Business 2010 oleh Bank Dunia.
Yang Berhormat Selayang juga menyeru supaya kerajaan melaksanakan cadangan-cadangan dalam laporan WEF bagi meningkatkan daya saing negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat prestasi daya saing Malaysia dari segi kecekapan perniagaan dilaporkan dalam tiga laporan antarabangsa iaitu Doing Business 2010, World Competitiveness Year Book 2009 oleh Institute for Management Development (IMD) dan Global Competitiveness Report 2009 dan hingga tahun 2010.
Di dalam Laporan Global Competitiveness Report 2009-2010, kedudukan daya saing Malaysia berada di tempat ke-24 berbanding 133 ekonomi lain dengan mencatatkan indeks skor sebanyak 4.87. Kesemua 23 negara yang mengatasi Malaysia adalah merupakan negara-negara maju dan berpendapatan tinggi seperti Switzerland, Amerika Syarikat, Singapore, Sweden, Denmark, Finland, German, Jepun, Kanada, Netherland, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Norway, Australia, Perancis, Austria, Belgium, Korea, New Zealand, Luxembourg, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
Harus diperhatikan di sini bahawa prestasi daya saing bagi negara-negara berada di tempat kesepuluh teratas juga secara puratanya menunjukkan penurunan indeks skor dari 5.51 kepada 5.45 pada tahun ini. Teras yang memberi kesan kepada penurunan skor keseluruhan bagi sepuluh negara tersebut adalah kestabilan mikro ekonomi dan kecanggihan pasaran kewangan dan ini adalah ekoran daripada crisis subprime dan kewangan yang memberi impak yang lebih besar kepada negara-negara maju.
Maka secara amnya, penurunan skor keseluruhannya dicatat oleh kebanyakan negara akibat daripada impak crisis economic global. Laporan Doing Business 2010 mengkaji peraturan-peraturan perniagaan ke arah meningkatkan kecekapan aktiviti perniagaan yang mengambil kira antara bilangan prosedur, bilangan hari dan kos. Laporan ini juga menilai daya saing dalam sepuluh bidang yang berkaitan dengan urusan perniagaan iaitu urusan memulakan perniagaan, urusan permit, pembinaan, menggaji pekerja, pendaftaran hartanah, mendapat kredit, melindungi pelabur, pembayaran cukai, perdagangan rentas sempadan, menguatkuasakan kontrak dan menutup perniagaan.
Malaysia telah membaiki kedudukan dalam bidang menguatkuasakan kontrak dari 60 ke 59 dan mengekalkan bagi tiga bidang iaitu mendapatkan kredit di kedudukan pertama, melindungi pelabur di kedudukan keempat dan menutup perniagaan di kedudukan ke-57.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Mengikut Laporan WCY pula dari segi kecekapan perniagaan Malaysia berada di tempat ke-13 di kalangan 57 ekonomi. Malaysia mencatatkan satu peningkatan kedudukan dalam kecekapan perniagaan berbanding tahun sebelumnya. Laporan ini mengukur kecekapan perniagaan dari aspek produktiviti dan kecekapan, pasaran buruh, sektor kewangan, amalan-amalan pengurusan serta sikap dan nilai dalam menjalankan perniagaan. Beberapa indicator dalam WCY mengenai kecekapan perniagaan juga merekodkan peningkatan yang ketara iaitu kemudahan mendapatkan kredit meningkat kepada kedudukan ke-14 dari kedudukan ke-30 pada tahun 2008.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Kemudahan mendapatkan modal teroka meningkat kepada kedudukan keempat dari kedudukan ketiga belas pada tahun 2008. Pasaran saham menyediakan pembiayaan kewangan yang mencukupi meningkat kepada kedudukan keempat dari kedudukan kelima belas pada tahun 2008 dan peraturan bank meningkat kepada kedudukan kesebelas dari kedudukan ke-22 pada tahun 2005. Pada masa yang sama Laporan GCR iaitu Global Competitiveness Report juga mencatatkan pasaran kewangan di Malaysia menduduki tempat keenam yang merupakan satu pencapaian significant daripada kedudukan ke-16 pada tahun sebelumnya.
Pencapaian ini mencerminkan sektor perbankan Malaysia adalah kukuh termasuk dari segi memperoleh kemudahan kewangan bagi tujuan memperkembangkan perniagaan.
Selain itu WEF juga memperakukan bahawa Malaysia mendapat manfaat daripada kualiti infrastruktur, kecekapan pasaran barangan dengan izin, goods market efficiency, kecanggihan pasaran kewangan, kecanggihan perniagaan yang kukuh dan potensi inovasi.
Laporan Doing Business memperakukan bahawa Malaysia telah melaksanakan inisiatif penambahbaikan dalam dua bidang iaitu memulakan perniagaan dan menguatkuasakan kontrak:
Pertama, dalam memulakan bidang perniagaan inisiatif penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah penubuhan pusat setempat untuk pendaftaran perniagaan dengan izin, one-stop centre. Menawarkan perkhidmatan elektronik secara percuma ataupun pada harga yang minimum dan memperkenalkan nombor identiti tunggal korporat dengan izin, Single Corporate Identity Number untuk semua urusan kerajaan.
Kedua, dalam bidang penguatkuasaan kontrak. Inisiatif yang telah dilaksanakan ialah mengurangkan sebanyak 15 hari bagi urusan rekod dan masa perkhidmatan dengan menambahkan bilangan kakitangan dan mewujudkan laluan pentas dengan izin, fast track di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Malaysia juga berjaya mengekalkan kedudukannya di kalangan 25 negara yang paling berdaya saing. Mengikut kategori negara yang didorong oleh kecekapan dengan izin, efficiency-driven stage of development Malaysia berada di tangga teratas di kalangan 27 negara. Di kalangan 22 negara Asia Pasifik pula Malaysia berada di tangga kelapan. Untuk meningkat lagi daya saing Malaysia, WEF menyarankan Malaysia perlu beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang didorong oleh inovasi.
Cadangan WEF ini adalah selaras dengan usaha-usaha sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi melalui penggalakan aktiviti inovasi. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk meningkat daya saing adalah:
(i) mengadakan inisiatif-inisiatif untuk membantu serta membimbing sektor awam dan swasta melalui penganjuran seminar, persidangan dan program bagi memastikan maklumat mengenai daya saing negara disalurkan kepada komuniti perniagaan dan awam;
(ii) meneruskan kerjasama dengan badan-badan penarafan antarabangsa seperti Bank Dunia WEF serta IMD bagi tujuan berkongsi amalan-amalan terbaik daripada negara-negara maju;
(iii) menghasilkan lebih banyak penerbitan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat awam terhadap isu daya saing negara dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan; dan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
(iv) pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara iaitu NKRA akan memastikan pencapaian enam teras iaitu mengurangkan jenayah, ketelusan perolehan kerajaan, peruntukan yang tinggi untuk infrastruktur, membasmi kemiskinan, memperluaskan pendidikan prasekolah dan mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mempergiatkan lagi pelaksanaan e- Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, kepantasan, kualiti, keselamatan serta perkhidmatan yang mesra pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bagan memaklumkan bahawa Majlis Perniagaan Malaysia-Australia (MABC) menyatakan kebimbangan para pelabur Australia untuk melabur di Malaysia memandangkan kemerosotan tahap kecekapannya. Antara sebab utama yang mendorong kemerosotan tersebut adalah peningkatan mendadak kadar jenayah, kelemahan infrastruktur di Malaysia terutamanya perkhidmatan jalur lebar yang belum lagi meluas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan yang diterima dari Australia pada tahun 2007 adalah berjumlah RM1.6 bilion.
Pada tahun 2008, Australia muncul sebagai negara pelabur utama di Malaysia dengan jumlah pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM13.1 bilion. Kerajaan sentiasa prihatin akan isu yang dibangkitkan oleh pelabur berkaitan kadar jenayah dan infrastruktur ICT di Malaysia. Contohnya dalam Bajet 2010 beberapa inisiatif telah diperkenalkan untuk memerangi kadar jenayah iaitu dengan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk meningkatkan lagi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2010. Antara langkah- langkah utama yang akan diambil adalah:
(i) meningkatkan kehadiran anggota polis untuk menambahbaikkan keyakinan dan rasa selamat di kalangan orang awam;
(ii) melatih dan meningkatkan kecekapan 3,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk turut melakukan rondaan bersama polis;
(iii) meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti dan masyarakat; dan
(iv) menempatkan balai polis bergerak di 50 kawasan hot spot selewat-lewatnya pada bulan Mac 2010.
Kerajaan komited dalam memastikan kejayaan NKRA pengurangan kadar jenayah di mana melalui sub NKRA iaitu mengurangkan jenayah indeks dan jenayah jalanan. Ia telah ditetapkan sasaran pengurangan sehingga 20 peratus pada penghujung tahun 2010 terutamanya di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Selain itu kerajaan menyasarkan keseluruhan jenayah indeks seluruh negara dapat dikurangkan pada 5 peratus pada penghujung tahun 2010.
Dari segi insentif pula contoh dalam Bajet 2009 galakan elaun modal dipercepatkan bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan yang dahulu hanya diberikan ke atas premis perkilangan telah diperluaskan untuk merangkumi semua premis perniagaan termasuk hotel dan bank yang memasangkan peralatan kawalan keselamatan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Bagi memantapkan infrastruktur ICT pula, kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2010 bahawa pelaksanaan high speed broadband akan dipercepatkan di kawasan- kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010 dengan peruntukan sejumlah RM11.3 bilion. Seterusnya perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sungai Siput dan Yang Berhormat Ledang ada menyentuh mengenai pelaburan langsung asing ataupun FDI dan langkah-langkah yang lebih proaktif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengambil kepercayaan para pelabur untuk melabur di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah baru dan proaktif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing adalah seperti berikut:
(i) meliberalisasikan 20 subsektor di bawah sektor perkhidmatan mulai April 2009;
(ii) melonggarkan garis panduan jawatankuasa pelaburan asing FIC pada 30 Jun 2009 untuk menambah baik persekitaran perniagaan dan mengawal selia bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia; dan
(iii) menganjurkan promosi perdagangan di Malaysia iaitu Pameran Perdagangan Antarabangsa (INTRADE) dan Malaysia International Halal Showcase atau MIHAS bagi syarikat Malaysia meneroka peluang-peluang perdagangan luar negara melalui proses business matching, dengan izin, dan menganjurkan persidangan antarabangsa pada tahun 2009 seperti World Cambers Congress 2009 dari 3 hingga 5 Jun 2009 dan FOBs Global CEO Conference 2009 yang diadakan pada 28 hingga 30 September 2009, bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk menjalankan perniagaan di rantau ini.
Seperti negara-negara lain, krisis kewangan dan ekonomi dunia...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato' Jacob Dungau Sagan
Biar saya finish dahulu. Melanda dan telah memberi impak yang negatif kepada Malaysia dari aspek kemasukan pelaburan asing. Menurut laporan Investment Report 2009, WIR 2009 yang dikeluarkan oleh UNCTAD, FDI menunjukkan trend menurun secara global, iaitu penurunan dari USD2 trilion daripada tahun 2007 ke USD1.7 trilion pada tahun 2008. Sila Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Langkah yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri mengenai liberalisasi kemudian beberapa langkah lain diambil sejak April, Jun dan beberapa misi perdagangan yang dibuat, kini telah menjangkau lebih kurang lima bulan ataupun daripada April sudah tujuh bulan.
Saya hendak minta penjelasan kesan daripada beberapa tindakan yang kelihatannya sangat mesra pelabur ini kepada FDI setakat maklumat yang ada di kementerian. Apakah sudah menunjukkan satu trend pertambahan ataupun masih lagi pada peringkat hendak overcome the inertia, dengan izin kerana hujah terakhir Timbalan Menteri tadi ialah suasana ekonomi yang menyebabkan FDI seluruh dunia pun jatuh daripada USD2 trilion kepada USD1.7 trilion ataupun memang sudah ada peningkatan, kalau belum ada peningkatan agak-agak bila kita boleh nampak kesan daripada beberapa langkah positif yang telah diambil sebentar tadi. Terima kasih.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat. Itu satu soalan yang penting juga. Setakat ini oleh kerana kita baru melaksanakan proses liberalisasi 27 subsektor dan juga tindakan-tindakan, dan langkah-langkah lain yang kita ambil seperti melonggarkan FIC sebentar tadi, ini masih terlalu awal untuk kita memberi maklum balas, tetapi saya rasa dengan memberi sedikit masa lagi mungkin kita sudah dapat memberi statistik yang mungkin mencukupi.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Timbalan Menteri, terima kasih. Ada dua soalan sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama mengenai statistik yang diberikan UNCTAD mengenai pelabur yang masuk ke Malaysia tetapi antara satu statistik yang agak menakutkan sedikit, walaupun kita adalah dalam ekonomi yang tidak baik pada masa ini, semua negara di kawasan ini pelaburannya menurun.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi satu angka yang meningkat bagi Malaysia berbanding dengan negara- negara lain adalah pelaburan yang keluar daripada Malaysia, investment outflow so oleh sebab investment inflow itu lebih kurang kalau tidak salah USD7 bilion tetapi investment outflow pun lebih kurang USD7 bilion, ia menyebabkan the net in flow bagi Malaysia adalah lebih kurang kosong ataupun sedikit negatif.
So, adakah kementerian telah pun membuat kajian mengapa ada investment outflow yang sebesar ini dan apakah langkah untuk mengatasi masalah ini. Itu soalan yang pertama dan kita hendak tahu bagi tahun ini dan tahun depan, apakah sasaran foreign direct investment untuk masuk ke Malaysia yang akan diusahakan oleh Kementerian MITI.
Terima kasih.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat. Kenyataan yang pertama itu tadi memang saya terima betul, oleh kerana dari statistik yang kita ada setakat ini kita sudah nampak kalau Malaysia inflow kita tahun 2008 itu tadi USD853 milion, tetapi outflow yang keluar itu USD14,059 milion. Ini memang nampak lebih besar mungkin RM6 bilion lebih besar dari inflow kita.
Jadi walaupun demikian, kerajaan memang juga dalam IMPT, memang kita menggalakkan supaya syarikat-syarikat yang besar, yang ada di negara ini perlu juga mengambil peluang untuk melabur di negara-negara yang lain, di mana mereka dapat perniagaan yang cukup baik dan mungkin kemudian membawa pulang keuntungan- keuntungan mereka ke negara kita, lebih-lebih lagi seperti syarikat Petronas yang banyak melabur di negara-negara yang lain dan banyak juga menyumbang kepada keuntungan mereka itu dibawa balik ke negara kita Malaysia. Begitu juga saya rasa banyak syarikat yang lain seperti Sime Darby, Maybank, YTL dan yang lain ada juga dan yang kedua itu tadi tidak dapat, can you repeat the second question?
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Second question senang sahaja.
Apakah sasaran yang ditentukan oleh pihak kementerian, sasaran FDI bagi tahun ini dan juga tahun depan, adakah ia akan melebihi apa yang kita capai pada tahun lalu ataupun masih dalam keadaan yang kurang memuaskan bagi semua orang dan hendak tambah sedikit lagi tentang apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri tadi. Kalau mengikut jawapan Timbalan Menteri, adakah kementerian menganggap bahawa the outflow daripada negara kita ini tidak menjadi satu isu ataupun ianya adalah memang satu isu yang diambil perhatian oleh kementerian, dan apakah langkah untuk reverse this track. Saya faham kalau Petronas melabur keluar negeri, memang ini baik untuk negara kita dan kalau Petronas boleh membawa balik keuntungan yang lumayan, tetapi kalau katakan outflow jauh melebihi inflow seperti apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Ini ada menunjukkan bahawa peluang untuk melabur dan buat untung di negara kita ini macam sudah kurang.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Dalam IMP3 ini, kita mempunyai sasaran dan target untuk membawa FDI yang lebih RM2.75 bilion FDI dalam setahun. Jadi, nampaknya mungkin oleh kerana ekonomi kita masih nampak belum pulih lagi, ini memberi satu cabaran yang lebih besar kepada kementerian untuk mencapai sasaran tersebut. Walaupun demikian, saya rasa kita tidak berapa khuatir atas lebihan outflow itu dengan yang inflow itu oleh kerana kita masih berharap bahawa inflow ataupun cross border investment ini nanti akan membawa lebih banyak lagi keuntungan ataupun penempatan untuk negara kita. Jadi itu harapan kita pada masa depan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya. Negara-negara lain di Asia juga mengalami penurunan dalam jumlah kemasukan pelaburan asing. Sebagai contoh, Singapura dan Thailand telah menunjukkan penurunan kemasukan FDI sebanyak 28 peratus dan 10 peratus masing-masing berbanding penurunan sebanyak 4 peratus yang dialami oleh Malaysia. Daripada segi kemasukan FDI pada tahun 2008, Malaysia terletak di tangga tiga teratas berbanding negara-negara lain di ASEAN dengan jumlah FDI yang diperoleh USD 8.1 bilion iaitu di belakang Singapura, USD 22.8 bilion dan Thailand USD 10.1 bilion.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Kedudukan tersebut tidak berubah sejak tahun 2006 yang mencatatkan nilai pelaburan sebanyak USD 6.1 bilion dan pada tahun 2007 sebanyak USD8.7 bilion.
Malaysia telah mendahului negara jiran yang lain seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina daripada segi kemasukan FDI. Menurut laporan WBR 2009, kemasukan FDI secara keseluruhannya dijangka akan mula pulih kepada USD 1.4 trilion pada tahun 2010 dan meningkat kepada USD1.8 trilion pada tahun 2011.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin ada menyarankan supaya kerajaan memberi insentif untuk menggalakkan syarikat Malaysia di luar negara membawa balik keuntungan untuk melabur semula dalam negara dan Yang Berhormat Bachok mengatakan kebimbangan beliau berkaitan risiko besar negara terhadap penggantungan kepada FDI dan ketidakstabilan pasaran luar yang menjejaskan eksport dan FDI ke Malaysia.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan syarikat untuk membawa balik keuntungan ke Malaysia, pengecualian cukai diberikan ke atas keuntungan yang diperoleh dari luar negara oleh syarikat yang membawa balik keuntungan ke Malaysia.
Pengecualian cukai ini tidak termasuk syarikat beroperasi di luar negara yang menjalankan perniagaan penerbangan atau perkapalan. Berhubung dengan kebimbangan Yang Berhormat mengenai pergantungan kepada FDI, kerajaan memang sedar akan kepentingan pelabur domestik. Sehubungan itu, selain daripada menggalakkan FDI, kerajaan juga sedang mempergiatkan lagi aktiviti untuk menarik pelaburan domestik. Antara langkah- langkah yang telah diambil adalah:
(i) menjalankan program penggalakan pelaburan domestik seperti seminar, dialog, dagangan dan pelaburan tempatan bersama pertubuhan industri dan dewan perniagaan tempatan di peringkat nasional dan negeri bagi membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur tempatan serta prospek pelaburan di pelbagai sektor industri...
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Tanya sikit boleh?
Dato' Jacob Dungau Sagan
Biar saya habiskan ini dulu. Minta maaf.
(ii) menjalankan program bersama industri kewangan yang memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menggalak pelaburan baru dan tambahan,
(iii) menjalani sesi networking di antara syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi sebagai pembekal kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) yang dikenal pasti.
(iv) membuat perjumpaan dengan syarikat-syarikat tempatan yang disasarkan serta syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan semula dan;
(v) mengenal pasti sektor dan industri yang berpotensi besar untuk diterokai oleh syarikat tempatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak kepastian dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan pengecualian cukai untuk keuntungan yang dibawa balik. Maksudnya yang di remit ke dalam negara. Adakah maklumat ini ataupun keputusan ini juga mengambil kira kedudukan negara-negara ataupun perniagaan-perniagaan yang beroperasi di negara-negara yang mana kita mempunyai perjanjian pengecualian cukai dua kali, double taxation agreement sebab apa, implikasinya sekiranya keuntungan daripada satu negara yang kita telah pun mempunyai perjanjian pengecualian cukai dua kali telah pun ada dan syarikat yang berhajat untuk membawa balik keuntungan mereka dan kita menawarkan kemudahan pengecualian cukai penuh terhadap syarikat berkenaan, sudah tentu akan wujud implikasi di mana syarikat yang beroperasi atau duduk di negara yang mempunyai perjanjian pengecualian cukai dua kali itu mengalami kerugian.
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Saya rasa perkara ini agak berlawanan dan bercanggah. Saya minta penerangan atau penjelasan dan lanjutan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi berkenaan dengan kedudukan SME di mana kerajaan kita telah menubuhkan SME Corp kerana untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera based seperti yang dinyatakanlah.
Syarikat-syarikat terutamanya syarikat-syarikat bumiputera dalam industri kecil dan sederhana dan juga kita tahu bahawa selepas AFTA berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan, kita dapati ASEAN 6 atau enam negara Asian sahaja yang bersetuju untuk menghapuskan duti import secara 100 peratus manakala tiga lagi mengatakan masih nak kenakan sebahagian daripada 5 peratus duti.
Adakah SME Corp ini juga membuat persediaan untuk melihat bahawa di negara yang tiga tadi yang tidak bersetuju untuk pengecualian penuh duti itu mengambil kira kedudukan SME Corp ini untuk mengadakan aktiviti yang sama di negara mereka untuk melindungi SME mereka di negara mereka dan kita di negara kita apabila keadaan ini berlaku, maka kita boleh katakan tujuan kerajaan kita untuk melindungi SME yang mungkin bertaraf bumiputera tadi agak munasabah atau agak logik. Saya minta penjelasan.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat. Komen yang pertama itu tadi ialah daripada segi double taxation itu tadi, ini adalah di bawah jagaan MoF ataupun Bank Negara. Jadi, seperti mana yang saya sebutkan tadi keuntungan yang dibawa balik oleh syarikat-syarikat yang besar itu memang mempunyai pengecualian cukai ke atas keuntungan mereka. Jadi ini sudah dibuat atas perjanjian diberi oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat yang digalakkan untuk melabur di luar negara.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Dari segi SME Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya AFTA yang bermula mungkin Januari tahun 2010 nanti, memang ini kerajaan ataupun MITI akan terus membuat kajian setakat mana kita boleh melindungi SME kita. Supaya barang-barang ataupun komoditi yang diimport ke negara itu tidak menjejaskan kedudukan SME kita yang ada di Malaysia ini. Jadi saya rasa kita mestilah melindungi SME kita, supaya dapat terus memperkembangkan usaha-usaha mereka dalam perniagaan mereka. Jadi komen Yang Berhormat nanti boleh kita pertimbangkan, bagaimana kita dapat mempergiatkan lagi usaha kita melindungi SME kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan mengenai tindakan kerajaan untuk merealisasikan sesetengah sektor ekonomi negara bagi tujuan menarik pelaburan asing adalah tidak selari dengan hasrat “Rakyat Didahulukan” kerana ia tidak menguntungkan orang ramai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat langkah kerajaan untuk merealisasikan sektor ekonomi bukan sesuatu langkah yang baru. Proses pembukaan pasaran negara bagi sektor perkilangan misalnya telah bermula sejak tahun 1960, iaitu setelah Malaysia menjadi anggota General Agreement on Trade and Tariff (GATT) pada tahun 1957.
Dalam melaksanakan langkah pembukaan pasaran kerajaan telah mengambil kira kepentingan ekonomi negara termasuk kesannya ke atas pelabur-pelabur dan perniagaan- perniagaan tempatan. Sehubungan ini pembukaan pasaran negara dilakukan secara beransur-ansur bagi memberi peluang dan masa kepada pelabur-pelabur dan peniaga- peniaga tempatan bersiap-sedia dan meningkatkan keupayaan agar lebih berdaya saing.
Selain daripada menarik pelabur asing, pembukaan pasaran juga memberi faedah- faedah lain seperti menambah peluang pekerjaan terutamanya pekerjaan permintaan tinggi.
Kemasukan kepakaran khusus dan teknologi yang akan membantu dalam pemindahan teknologi, menambah kapasiti baru dalam subsektor yang belum diceburi oleh pelabur tempatan. Menyediakan peluang untuk usaha sama domestik dan luar negara serta meningkatkan daya saing peniaga-peniaga tempatan.
Oleh yang demikian adalah tidak tepat Yang Berhormat mengatakan bahawa tindakan kerajaan membuka pasaran bagi sesetengah sektor ekonomi tidak selari dengan hasrat “Rakyat Didahulukan.” Langkah pembukaan pasaran negara sebenarnya berpotensi menambah lagi kekayaan dari segi pembangunan ekonomi negara khususnya kepada rakyat.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar ada menyatakan bahawa industri halal harus merangkumi sektor perkhidmatan dan pembuatan serta pembabitan bersama MNC dan PKS.
Pembangunan industri halal sebagaimana yang digariskan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) sememangnya merangkumi sektor perkhidmatan, selain daripada pengeluaran dan perdagangan barangan halal. Kerajaan juga sentiasa menggalakkan pembabitan MNC dalam pembangunan PKS tempatan yang berkecimpung dalam industri halal. Sebagai contoh Program Mentor PKS, Nestle bersama dengan National SMI Consultative Center (NASMIC) serta program pemadanan PKS yang berkelayakan untuk membekalkan produk kepada hypermarket antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Pada masa yang sama akan membuka peluang kepada PKS tempatan untuk turut membekalkan produk halal di rangkaian hypermarket berkenaan di luar negara.
Yang Berhormat Seputeh pula menyarankan supaya peranan Halal Industry Development Corporation (HDC) yang diletakkan di bawah kelolaan MITI dikaji semula bagi memudahkan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara dan pembangunan industri halal negara. Untuk makluman Yang Berhormat, MITI sentiasa memastikan setiap agensi di bawahnya mempunyai focus area yang tertentu. Peranan HDC dengan agensi-agensi di bawah MITI yang lain seperti MIDA, SME Corp serta MATRADE akan diselaraskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk membangunkan industri halal negara.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Ledang menyentuh mengenai bayaran AP sebanyak RM10,000 yang perlu digunakan oleh kerajaan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat. Seperti yang diumumkan pembayaran sebanyak RM10,000 daripada setiap unit AP yang dikeluarkan kepada pemegang AP terbuka, mulai agihan peruntukan AP tahun 2010 akan disalurkan kepada dana pembangunan bumiputera dalam sektor automotif. Bagi membantu syarikat bumiputera menceburi bidang perniagaan automotif dan perniagaan-perniagaan lain selaras dengan pelan pembangunan bumiputera yang sedang dirangka.
Sehubungan itu, MITI akan mengadakan perbincangan dengan pihak industri bagi mengenal pasti program-program yang boleh dilaksanakan. Yang Berhormat Pasir Mas juga mengatakan bahawa kereta Nasional Proton hendaklah terus kekal menjadi milik penuh kerajaan, kerana ia merupakan kebanggaan negara dan menjadi pemangkin kepada industri automotif. Kerajaan menyedari kepentingan sumbangan Proton dalam pembangunan industri automotif dan ekonomi negara. Oleh yang demikian adalah penting untuk memastikan Proton semakin berdaya saing.
Kerajaan di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 yang lalu, telah menggariskan langkah bagi mewujudkan satu usaha sama strategik di antara Proton dengan syarikat pembuatan kenderaan utama dunia. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan dan daya saing jangka panjang Proton, meluaskan peluang pasaran eksport dan penggunaan teknologi tinggi yang terkini serta pemangkin kepada pembangunan berterusan seluruh rantaian industri automotif tempatan.
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Bandar Kuching telah menyentuh polisi yang mewajibkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas.
Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menarik balik dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan.
Sekali lagi kementerian ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Bandar Kuching serta suara-suara rakyat yang telah menyuarakan pendapat dan perhatian bagi memperhalusi pelaksanaan dasar ini.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengalu-alukan dan saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik pemeriksaan mandatori ke atas kenderaan yang berumur 15 tahun itu... [Tepuk] Secara dasarnya kita mengalu-alukan tetapi saya rasa dalam perkara ini mungkin ia boleh dijadikan satu pengajaran kepada MITI dan juga kementerian-kementerian lain kerana sebelum dasar ini diumumkan ataupun ingin dilaksanakan. Sepatutnya kerajaan ataupun kementerian yang terbabit sepatutnya membuat konsultasi, mendapatkan maklum balas daripada semua stakeholder dan daripada rakyat dahulu sebelum kita hendak mengumumkan sesuatu dasar itu. Jangan sampai kementerian sekarang ini MITI ataupun kerajaan kita seolah-olah satu flip-flop government, selalu flip-flop.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kata hendak buat, selepas itu tarik balik sebab ada bantahan. Bukankah lebih baik kalau ini dijadikan satu pengajaran supaya MITI dan juga kementerian lain, sebarang dasar itu sepatutnya perlu dijalankan satu kajian komprehensif terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar itu diumumkan. Itu ialah pandangan saya. Terima kasih.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat itu tadi. Itu memang, kita ambil perhatian. Sebenarnya apabila sesuatu dasar itu digubalkan, memang kita telah menerima banyak maklum balas dari beberapa pihak juga sebelum kita menentukan dasar-dasar tersebut. Oleh kerana kita melihat dari segi kos kepada rakyat yang mempunyai kenderaan 15 tahun ke atas ini dan kita juga melihat dari segi keselamatan pengguna-pengguna yang menggunakan kenderaan 15 tahun ke atas yang tua seperti ini oleh kerana apabila kenderaan ini sudah tua memang banyak masalah. Jadi apabila digunakan di highway mungkin menjejaskan keselamatan. Jadi oleh kerana slogan kita mendahulukan rakyat, maka kita mendengarlah suara rakyat supaya kita dapat memberi pertimbangan kepada maklum balas-maklum balas yang diberi kepada kita.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Jacob Dungau Sagan
Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Punca mengapa rakyat negara Malaysia terpaksa menggunakan kereta yang sudah begitu tua ialah kerana harga kereta yang begitu mahal dan ini adalah disebabkan satu dasar automotif negara yang sehingga sekaranglah kita tidak nampak penghujungnya. Kita memahami bahawa kita perlu memberi sokongan kepada industri automotif negara dan oleh kerana itu kita telah terpaksa membayar cukai yang begitu tinggi. Akan tetapi perkara ini sudah berlanjutan 20 tahun lebih sejak mulanya Proton. Saya ingin tahulah mengikut rancangan kerajaan, sampai bila rakyat akan terus ditimpa dengan cukai yang tinggi seperti itu dan amalan AP yang nampak gaya masih ingin diteruskan walaupun sekarang ini hendak jual dengan harga RM10,000.
Akan tetapi dalam masterplan kah, apa-apalah hendak panggil istilahnya, sampai bila kita boleh menikmati satu keadaan di mana kita boleh beli kereta dengan harga yang munasabah. Dahulu apabila saya baru balik dari mengaji, harga kereta yang baru tidak sampai RM20,000 dan seorang graduan yang baru, dia masuk kerja gaji dia RM1,000 - RM1,100, tetapi harga kereta masa itu tidak sampai RM20,000. Sekarang ini graduan gajinya RM1,200 hingga RM1,500 apabila dia mula kerja. Akan tetapi harga kereta sudah melonjak RM60,000 dan kita lihat bagaimana hasil daripada taxation yang dilakukan walaupun dikatakan, ”Rakyat Didahulukan... “ tetapi mungkin cukailah, ‘Rakyat Didahulukan’ untuk membayar cukai ini. Sekarang ini orang Malaysia hendak beli kereta sembilan tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Menteri sudah faham.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Dua ayat sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah faham Menteri Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd.Samad - Shah Alam
Dua ayat sahaja lagi. Sekarang ini kita hendak beli kereta, rakyat Malaysia terpaksa berhutang sampai sembilan tahun dan ianya semakin rumit. Maka, boleh tidak kita dapat satu komitmen daripada kerajaan, dalam tempoh masa lima tahun hingga 20 tahun lagi. Saya hendak tahu supaya kita boleh merasa bangga dengan satu kerajaan yang mendahulukan rakyat, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Timbalan Menteri, boleh jawab sekali?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya berapa lama lagi boleh habis?
Dato' Jacob Dungau Sagan
Lima pages lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Lima minit Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh jawab sekali ya? Terima kasih.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Berkenaan dengan?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Soalan yang sama, terima kasih. Rakan saya tadi Yang Berhormat Shah Alam sebut ada satu kenderaan itu pembayaran installment nya ditarik sehingga sembilan tahun, lebih kurang macam itu sembilan tahun.
Saya hendak tanya pandangan kementerian Yang Berhormat, kementerian sedar atau tidak ada sesetengah kereta baru yang bukan berusia 15 tahun, yang baru. Maksudnya lima ke enam tahun, sebenarnya pengguna Malaysia atau rakyat Malaysia terpaksa membayar pada nilai yang tidak wujud. Kegunaan kereta biasanya susut nilainya diambil dalam sekitar 15 peratus ke 20 peratus setahun. Bermakna masuk tahun ke lima atau ke enam, nilai kereta itu sudah kosong. Nilai buku dia tidak ada langsung Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi rakyat Malaysia terpaksa membayar installment setiap bulan dibebankan kerana berhutang selama sembilan tahun. Tiga tahun selepas tahun keenam itu kita anggap rakyat kita terpaksa membayar pada nilai yang tidak wujud dan ini memang satu penganiayaan dari sudut ekonomi. Saya hendak pandangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat, dari Shah Alam dan Indera Mahkota. Memang kita sedar sebagaimana yang telah disentuh dalam dasar yang disebutkan...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat, Menteri beri dua orang dulu.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Minta duduk dahulu. Seperti mana yang kita sedar dalam dasar yang telah diumumkan kepada rakyat Malaysia, AP ini tadi memang dihapuskan pada tahun 2015. Jadi ini bermakna pada masa itu nanti dasar automotif negara kita pun sudah berubah dan mungkin pada masa itu kita akan nampak kesannya dari segi dengan tidak ada AP nya lagi mungkin berkesan untuk kita tidak anggar harga kereta itu akan menurun atau naik.
Oleh kerana ini terpulang kepada harga kereta bergantung kepada market forces termasuk foreign exchange, harga yang completely knock down price, kadar dan faedah pinjaman itu juga. Jadi ini terpulang kepada faktor-faktor tersebut. Akan tetapi memang kita sedar bahawa NAP kita itu sudah menerangkan bahawa 2015 nanti memang AP itu langsung tidak ada lagi untuk kita. Jadi pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota itu tadi, terpulang kepada sistem pinjaman perbankan.
Jadi apa yang timbul dari segi adakah mereka ini mempunyai kenderaan yang tidak sejajar dengan pinjaman yang dibayar oleh mereka itu saya rasa ini terpulang kepada peminjam-peminjam tersebutlah. Jika peminjam itu berasa dia tidak berupaya untuk membayar pinjaman tersebut janganlah meminjam untuk membayar kenderaan... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau tidak di bawah Kementerian Yang Berhormat tidak perlu jawab, jawab dalam Kementerian Yang Berhormat, itu sudah cukup.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Okey, saya teruskan dahulu.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Minta penjelasan.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Nantilah. Yang Berhormat Bukit Bintang, you baru bangun tadi, saya jawab dahulu... [Ketawa] Memohon agar kerajaan menurunkan harga kereta yang dipasang di Malaysia melalui penurunan cukai eksais supaya rakyat Malaysia mampu memiliki kereta. Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang penurunan cukai eksais tidak akan menjamin penurunan harga kenderaan memandangkan harga kenderaan tempatan bergantung kepada kehendak pasaran yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti yang disebutkan tadi, harga komponen dengan izin, completely knock down, pack CKD import dan tempatan, kadar pertukaran wang asing, kos pengangkutan, insurans, kadar faedah pinjaman dan faktor-faktor lain.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Sehubungan itu, sebarang perubahan harga atau akan ditentukan oleh faktor- faktor tersebut. Ada saya jawab? Belum?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selama ini, Dasar Automotif Nasional tidak membawa manfaat kepada rakyat jelata khususnya pengguna atau pembeli kereta. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa di negara jiran, Thailand, Walaupun sepuluh tahun lewat membangunkan industri automobil di rantau ini, di ASEAN ini, tetapi negara Thailand telah menjadi salah satu negara yang mengeksport kereta mahupun CKD atau CBU di rantau ini. Di dunia ini juga. Adakah kerajaan bersedia untuk menurunkan excise duty ini oleh kerana ramai pengguna atau pembeli kereta terpaksa berkorban membeli kereta yang mahal berbanding dengan negara jiran.
Saya beri satu contoh. Honda City di jual di negara Thailand hanya RM40,000 sahaja tetapi dijual di negara kita RM90,000. Lebih kurang 50 peratus tinggi dari negara kita. Saya minta satu penjelasan yang lebih lanjut mengapa selama ini dua puluh tahun lebih ini, rakyat di negara kita terpaksa membeli kereta mahal oleh kerana melindungi ahli korporat atau kereta nasional yang ramai orang terpaksa memiliki kereta yang mahal. Jika kita boleh beli kereta yang murah, saya rasa 15 tahun untuk tukar tidak perlu diperiksa.
Mereka boleh beli kereta yang baru.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, baiklah Yang Berhormat. Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Oleh kerana di India, jual satu kereta...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebenarnya Yang Berhormat, bertanya Yang Berhormat. Bukan berucap.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ini soalan saya. Sebab itu saya ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri faham, Yang Berhormat. Kalau beritahu kereta tempatan mahal, kereta Thailand itu murah, itu saya faham.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
India lagi murah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Anak saya enam tahun pun faham itu, Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
....RM8,000 boleh beli satu kereta. Adakah ini... Mengapa... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri janji dengan saya lima minit tadi. Habiskan dalam masa lima minit.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak perlulah, Yang Berhormat Shah Alam. Tanya dekat luarlah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak. Tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya tidak puas hati. Macam mana kalau tidak ada cukai, harga kereta masih tidak murah? Kalau kita sudah tahu rakyat sekarang ini dia bayar...
Okeylah, harga asal itu semua bergantunglah kepada harga komponenlah, itu ini dan sebagainya. Namun begitu kalau sudah tidak ada cukai, sudah pasti ia akan lagi murah daripada kalau ada cukai. Saya tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu. Minta maaflah.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau bagi jawapan tidak puas hati juga, tidak perlu bagi jawapan. [Ketawa] Dari bila masa pun dia tidak puas hati, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam dan terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah cukup terima kasih itu Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Saya sudah terangkan tadi tentang soalan Yang Berhormat Shah Alam. Jadi saya teruskanlah. Yang Berhormat dari Pasir Salak mencadangkan supaya kerajaan memberikan peruntukan kepada industri automotif bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan model yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun mewujudkan geran penyelidikan dan pembangunan bagi menjalankan aktiviti- aktiviti R&D termasuk reka bentuk membuat prototaip serta pembangunan dan penambahbaikan produk. Bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan pula, beberapa langkah serta inisiatif telah dilaksanakan:
(i) mewujudkan Dana Pembangunan Automotif bagi membantu pengilang dan pemasang membuat komponen tempatan, meningkat keupayaan pengeluaran melalui skim pinjaman mudah bagi tujuan rasionalisasi perniagaan, pembelian dan pembangunan perkakasan, peningkatan produktiviti dan penambahan eksport;
(ii) mewujudkan dana modenisasi dan automasi bagi memodenkan dan mengautomasikan proses perkilangan dan mempelbagaikan aktiviti nilai tambah dan pengurangan pergantungan kepada tenaga buruh;
(iii) melaksanakan program rantaian industri bagi menggalakkan pembangunan industri komponen dan alat ganti tempatan serta mengekalkan aktiviti pemasangan di dalam negara. Di bawah program ini, geran ditawarkan kepada syarikat-syarikat automotif yang memberi sumbangan ekonomi yang signifikan kepada industri automotif dan pembangunan ekonomi negara; danmewujudkan geran latihan bagi pembuat dan pemasang automotif serta pembuat komponen atau alat ganti untuk tujuan latihan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan pengeluaran;
Dato' Jacob Dungau Sagan
(iv) memperluaskan dana perolehan teknologi kepada sektor automotif bagi membolehkan syarikat memohon geran sepadan dengan izin matching grant untuk memperkukuhkan kemampuan teknologi;
(v) mewujudkan geran pembangunan pasaran dan jenama bagi mengembangkan jenama dan pasaran eksport; dan
(vi) menggalakkan penggabungan dan pengambilalihan syarikat pengeluaran komponen dan alat ganti tempatan bagi mencapai skala ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan program kerjasama dengan negara Jepun di bawah Malaysia-Japan Automotive Corporation bagi tujuan peningkatan kualiti melalui program latihan dan perkongsian bekalan.
Yang Berhormat dari Johor Bahru meminta supaya kerajaan menghapuskan kawalan harga dan sekatan eksport seperti produk besi dan simen diperluaskan kepada bahan makanan seperti tepung gandum, gandum dan gula pasir. Untuk makluman Yang Berhormat, sekatan eksport tidak dikenakan ke atas tepung gandum. Bagi pengimportan tepung gandum pula, pematuhan standard mandatori adalah disyaratkan bagi memastikan produk berkenaan memenuhi standard Malaysia yang dikeluarkan oleh SIRIM.
Bagi kawalan harga dan eksport gula pasir, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sekatan ke atas kawalan harga dan eksport. Ini bagi memastikan harga barangan tersebut sentiasa berada di paras yang munasabah dan tidak membebankan pengguna serta memastikan bekalan yang mencukupi bagi pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat lebihan bekalan gula bertapis di pasaran tempatan, pengilang gula adalah dibenarkan untuk mengeksport.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Ledang menyentuh mengenai strategi eksport dan pelaburan Malaysia di luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat, strategi eksport negara telah pun termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) dan diperhalusi melalui pelan-pelan perancangan ekonomi negara. Sebanyak 11 teras strategi telah ditetapkan untuk membolehkan Malaysia mencapai sasaran dan mengatasi cabaran dalam antarabangsa. Sebelas strategi yang digariskan adalah:
(i) mempergiatkan eksport perkhidmatan;
(ii) menggalakkan eksport bidang pertumbuhan yang disasarkan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan;
(iii) menjadikan Malaysia sebagai pembekal utama bagi produk dan perkhidmatan halal;
(iv) mempromosikan produk E&E tempatan;
(v) mempromosikan perdagangan kenderaan bermotor, perkhidmatan dan komponen;
(vi) menyokong aktiviti-aktiviti penyumbaran luar;
(vii) meningkatkan eksport melalui pematuhan standard antarabangsa;
(viii) menyediakan bantuan kewangan yang efektif untuk meningkatkan eksport;
(ix) mengukuhkan kerangka dasar untuk memudahkan perdagangan;
(x) mengukuh dan memperluaskan sokongan institusi untuk komuniti pengeksport; dan
(xi) mengukuhkan peranan sektor swasta serta pertumbuhan perdagangan dan industri bagi meningkat eksport.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia memperluaskan pasaran eksport mereka. Ini termasuk aktiviti-aktiviti promosi perdagangan yang merangkumi misi galakan perdagangan dan pelaburan, misi belian, misi jualan khusus dan pameran perdagangan antarabangsa. Secara amnya, tumpuan telah diberi untuk menggalakkan eksport ke pasaran-pasaran baru dan pasaran di negara-negara membangun seperti India, China, Timur Tengah, Rusia dan Brazil.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Usaha ini secara langsung telah meningkatkan syer pasaran baru dan pasaran di negara-negara membangun dalam keseluruhan jumlah eksport Malaysia daripada 32.8 peratus pada tahun 2000 kepada 42 peratus pada tahun 2008.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Dato' Jacob Dungau Sagan
Isu serta cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dan akan diambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat, saya telah menyentuh kementerian juga, tetapi tidak ada dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berkenaan dengan industri perdagangan iaitu perkapalan. Jadi, soalan saya, mengapa tidak ada sebarang pun dijawab tentang apa yang telah saya bawa pada perbahasan saya tempoh hari. Mungkin kalau saya bertanya pun, Yang Berhormat mungkin tidak mampu hendak menjawab. Jadi, itu sahajalah soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Beri jawapan bertulis Yang Berhormat.
Dato' Jacob Dungau Sagan
Terima kasih Yang Berhormat dari Kapit, kita akan memberi jawapan bertulislah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat Menteri, saya masih memperingatkan kita bermula nombor 11 dalam senarai, makna kita ada 15 kementerian, kita baru habis 10. Kita hanya tinggal hari ini dan hari Khamis dan kalau kita sampai itu, kita tinggal hanya 15 jam sahaja, kalau dibahagi tidak sampai pun satu jam satu kementerian. Kalau dapat dipercepatkan Yang Berhormat ya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Baik, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun MOSTI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu mengenai dasar, program dan strategi yang dilaksanakan oleh kementerian. Izinkan saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan segala isu yang telah dibangkitkan dan tindakan yang sedang diambil bagi memastikan Malaysia mampu melonjak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berteraskan inovasi.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia kini memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negara daripada dengan izin, middle upper income ke high income economy. Bagi tujuan ini, satu transformasi ekonomi ke arah ekonomi baru yang berteraskan inovasi untuk memperkukuhkan industri sedia ada, termasuk industri baru muncul adalah diperlukan. Ini dapat dicapai dengan menerapkan penggunaan teknologi baru serta dengan izin, frontier technologies yang mengguna pakai dengan izin, new knowledge yang berasaskan penyelidikan saintifik.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Dewan sekalian kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 dalam Dewan yang mulia ini pada 23 Oktober yang lalu. Dalam ucapan tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan iaitu inovasi akan menjadi agenda utama bagi mentransformasikan negara ke arah mencapai dengan izin, high income economy. Beliau menegaskan pendekatan yang akan digunakan ialah inovasi menyeluruh, dengan izin, total innovation.
Inovasi menyeluruh yang dimaksudkan ialah mencakupi, merentasi dan meliputi semua bidang kehidupan manusia, merangkumi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, kemasyarakatan, bandar dan desa, korporat, industri, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan penjenamaan. Dalam hubungan ini, MOSTI telah diberi tugas untuk menerajui usaha transformasi dalam dengan izin, innovation-led economy dengan matlamat meningkatkan daya saing, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi lestari dalam era globalisasi.
Susulan daripada mandat tersebut, MOSTI sedang menyediakan kerangka dasar dan pelan tindakan inovasi negara sebagai dengan izin, blueprint kepada pelaksanaan agenda inovasi, termasuk untuk membudayakan inovasi kepada semua lapisan masyarakat. Adalah diharapkan dasar dan pelan tindakan inovasi negara ini mampu mengubah pembentukan minda dengan izin, mindset masyarakat ke arah merangsang pemikiran kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan secara sistematik, terutama di kalangan generasi muda.
Dalam hal ini, MOSTI akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan bagi mengenal pasti isu-isu strategik. Antaranya institusi-institusi pendidikan, universiti-universiti tempatan, pihak industri dan lain-lain. Di samping itu, MOSTI telah berjaya menggubal beberapa dasar bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi.
Antaranya Dasar Pengkomersialan Harta Intelek, Dasar Bioteknologi Negara, Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua, Pelan Strategik dan Tindakan STI ataupun Sains, Teknologi dan Inovasi 2010 hingga 2015.
Pelbagai dasar dan program masih lagi sedang dalam perancangan termasuk Dasar Angkasa Negara, Dasar Nuklear Negara, Dasar Oceanography Negara dan kenyataan nanoteknologi. Bagi menyokong dasar tersebut, beberapa program dan inisiatif telah dilaksanakan iaitu Majlis Inovasi Negara (NIC), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Yayasan Angkasawan Negara (YAM)...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
...Portal MyIdeas, pelancaran RazakSAT, Pelayaran Ekspedisi Perdana, Anugerah Inovasi Negara dan Anugerah Sains Mahathir.
Berhubung dengan pengkomersialan hasil R&D, MOSTI telah melancarkan Dasar Pengkomersialan Harta Intelek pada Jun 2009 bagi projek-projek R&D yang dibiayai oleh kerajaan. Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan rangka kerja yang seragam bagi mengawal selia hak milik serta pengurusan harta intelek.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Hasil daripada aktiviti penciptaan atau inovasi, eksploitasi dan pemindahan teknologi yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Boleh sehingga saya sampai kepada beberapa perenggan, ini baru pembuka cerita.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Bagi memastikan keseimbangan aktiviti pengkomersialan ini, MOSTI akan terus mempergiatkan aktiviti R&D dengan berorientasikan inovasi bagi menghasilkan output yang mempunyai nilai komersial. Untuk mencapai matlamat tersebut, MOSTI sedang merasionalisasikan semua dana dan geran penyelidikan supaya lebih efektif serta produktif. Pengurusan dana akan dimantapkan dan akan disokong dengan sistem MyMDana yang beroperasi secara atas talian dengan izin, online.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Saya suka memaklumkan setakat ini, hasil daripada program-program pembangunan penyelidikan menggunakan geran dan dana penyelidikan yang disediakan oleh MOSTI bagi Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah berjaya mengkomersialkan sebanyak 283 buah projek yang bernilai RM1.43 bilion. Sebanyak 539 prototaip berjaya dihasilkan, 1,270 harta intelek telah difailkan, 1,125 anugerah telah diperolehi oleh penyelidik Malaysia daripada badan antarabangsa dan tempatan. Dari segi penerbitan pula, sebanyak 1,174 penerbitan peringkat antarabangsa dan 9,718 peringkat nasional telah dihasilkan. Dalam tempoh ini juga, seramai 1,466 graduan PhD dan 3,389 graduan sarjana dalam bidang S&T telah dihasilkan bagi memantapkan pembangunan modal insan sains, teknologi dan inovasi.
Ya, Yang Berhormat...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri beri penjelasan tentang dasar kementerian dalam pelaksanaan teknologi solar memandangkan kos sel-sel solar masih merupakan satu faktor terutama dalam membina sistem solar. Adakah kementerian mengadakan rancangan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya teknologi ini boleh dipromosikan secara efisien? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Boleh tambah sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan 1,174 penerbitan antarabangsa telah pun dikeluarkan. Jadi, adakah kementerian berusaha penerbitan saintifik itu dijadikan sebagai dalam bahasa layman untuk disebarkan kepada masyarakat umum.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Ini kerana tidak hanya masyarakat yang, maknanya penyelidikan sahaja ataupun saintis sahaja yang boleh memahami penerbitan itu tetapi orang awam tidak tahu apakah yang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau MOSTI. Terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Bakri, semua dalam kajian ataupun research development berkaitan dengan semua aspek sains dan teknologi sama ada yang melibatkan solar mahupun tenaga alternatif ataupun renewable energy yang lain memang dijalankan secara bersama oleh kementerian dan dijalankan melalui institut-institut penyelidikan mahupun universiti tempatan. Kita sememangnya bekerjasama erat dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA). Memang kita bekerjasama erat dengan semua kementerian.
Perkara kedua, berkaitan dengan penerbitan di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana kita sedia maklum penerbitan ini diterbitkan ataupun dikeluarkan oleh penyelidik ataupun saintis kita terus berhubung dengan jurnal-jurnal antarabangsa. Ini sebahagian daripada keperluan mereka sendiri untuk mereka mendapat kedudukan sebagai saintis ataupun researches, penyelidik yang diiktiraf. Insya-Allah kita akan mengambil berat cadangan yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat untuk kita kumpulkan segala terbitan ini dan kita akan cuba untuk bawa apa yang dicadangkan iaitu diterbitkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat keseluruhannya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
[Bangun]
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat diizinkan untuk saya meneruskan dahulu, kemudian saya buka lagi ruang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, saya memperingatkan Yang Berhormat -Yang Berhormat sekalian, saya sudah sebut tadi kita mempunyai 15 kementerian dan kita hanya mempunyai 14 jam lagi tinggal. Jadi boleh bertanya, minta tolong jangan berucap dan pertanyaan ada hubung kait dengan apa Yang Berhormat Menteri jawab.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Pendek sahaja, pendek, jawapan yang pendek juga.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Direct sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri kata duduk dahulu. Kata dia selepas ini.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Nanti saya buka ruang. Bagi saya peluang untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang berbahas.
Nanti saya akan bagi ruang.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong dan Rembau berkenaan Pusat Inovasi Negara, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam ucapan Bajet 2010...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, ini sudah lain, tidak berkenaan dengan yang tadi.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tidak apa, nanti saya boleh kembali. Jangan susah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kita ada soalan yang sama.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Nanti saya boleh kembali.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sudah tukar topik.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, tukar topik.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tidak apa, tidak apa. Nanti boleh kita kembali pada apa yang ingin ditanya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Nanti lupa.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Catat dahulu, nanti saya akan rumuskan sekali.
Tidak apa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam ucapan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Oktober 2009 telah dinyatakan bahawa antara langkah yang akan diambil dalam mempergiatkan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ialah menubuhkan sebuah Pusat Inovasi Negara ataupun singkatannya MyNIC yang dilengkapi dengan satu Rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi ataupun i- CoE ataupun Center of Excellent di bawah MOSTI dan diselaraskan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
Buat masa ini perancangan penubuhan MyNIC sedang diperincikan oleh sebuah Jawatankuasa PEMANDU yang akan diterajui oleh MOSTI dan dianggotai oleh semua stakeholders iaitu akademia dan industri untuk memperincikan pelaksanaan penubuhan MyNIC. Penubuhan Pusat Inovasi Negara ataupun MyNIC yang disokong oleh satu rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi ataupun i-CoE akan memudahkan aktiviti-aktiviti pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan melalui kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta. Antara lain, peranan MyNIC meliputi,
(i) penentuan bidang utama R&D;
(ii) melatih modal insan serta khidmat nasihat dan mentoring di dalam pengurusan penghasilan R&D;
(iii) pusat sehenti di dalam mengeksploitasi dan mempromosikan hasil R&D dan harta intelek oleh penyelidik tempatan;
(iv) pusat depositori harta intelek dan pengkomersialan; dan
(v) penyelarasan rangkaian i-CoE untuk sinergi antara individu penyelidik dan pihak industri.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Kewujudan pusat ini kelak akan menggalakkan inovasi dan memastikan usaha lebih terselaras dalam penghasilan ciptaan baru yang boleh dikomersialkan. Inovasi yang hendak dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh dalam erti kata ia tidak terbatas kepada bidang sains dan teknologi sahaja tetapi mencakupi tadbir urus serta budaya kerja. Fungsi pusat ini tidak terhad kepada penduduk di kawasan bandar sahaja tetapi meliputi 1Malaysia termasuklah kawasan luar bandar.
Penubuhan MyNIC dan i-CoE dapat menyediakan ekosistem inovasi yang terancang merangkumi penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan keusahawanan di mana misi utama MyNIC adalah untuk memacu Malaysia menjadi sebuah innovation enterprise melalui transformasi hak hasil R&D pada satu sumber kekayaan baru ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi demi kesejahteraan rakyat. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan hasil-hasil penyelidikan dan innovation yang telah dikomersialkan, mungkin oleh sebab MyNIC ini baru hendak ditubuhkan, kita rasa ada satu gap di antara penemuan ini dengan penyampaian maklumat kepada masyarakat sampai kita pun tidak tahu apa dia inovasi yang telah berjaya ditemukan, dipasarkan. Sebagai contoh yang saya hendak minta, dalam bidang perubatan.
Beberapa kali dalam sidang ini, contoh yang kerap dibawa hasil daripada commercialization ini ialah typhoid kit yang ditemui oleh penyelidik-penyelidik daripada USM. Sudah berapa kali, itu sahaja. Jadi saya hendak dengar satu lagi contoh daripada bidang perubatan, daripada 200 lebih yang ditemukan tadi itu, apa contoh terbesar innovation yang kita telah dapat secara ringkas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sambung. Sama juga soalan itu kecuali dia punya lagu dia lain sedikit... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila, Yang Berhormat, tidak payah lagu lagi, Yang Berhormat... [Ketawa] Tanya soalan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya, ini hasil-hasil penemuan ini.
Kita, saya rasa dahulu, Tuan Yang di-Pertua, ada pernah MOSTI dahulu anjurkan pertandingan-pertandingan inovasi ini yang sekarang sudah kena ditimbulkan balik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soal peranan kita untuk memacukan ekonomi kita melalui inovasi dan kreativiti. Jadi soalnya, berapa kerap kali kah kementerian ini menganjurkan pertandingan inovasi, kreativiti di peringkat swasta, universiti dan sebagainya. Tidak kedengaran sampai sekarang.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Minta penjelasan, subjek yang sama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya amat tertarik dengan angka-angka yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita dapat hasil kejayaan daripada dana-dana yang diberi untuk penyelidikan ini. Akan tetapi saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa berapakah angka, berapa syarikat ataupun berapa kes-kes yang di mana dana yang diberi kepada syarikat tetapi tidak berjaya dan sia-sia sahaja dan juga berapa jumlah wang yang di bawah kategori ini bagi kes yang tidak berjaya, khasnya seperti Venturepharm Asia Sdn. Bhd. di mana MOSTI memberikan...
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, kalau menyebut berkenaan itu kita akan kembali kepada soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Harap Yang Berhormat...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Angka-angka, kita perlu tahu.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Venture Farm, kita akan jawab kemudian ya.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Angka-angkanya, di manakah dia?
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Dan angka itu adalah satu isu yang baru yang bukan berkaitan dengan apa yang dibangkitkan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
No, tadi sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan...
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tidak, yang dibangkitkan tadi ialah jumlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Wangsa Maju, dia... Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Jumlah geran yang telah diberikan dan berapa yang telah dihasilkan menjadi sesuatu yang telah dikomersialkan. Hasil yang kita dapat daripada geran yang saya bagikan contoh dan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah geran yang gagal yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan dan itu saya memerlukan notis di bawah peraturan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ataupun berikan jawapan melalui jawapan bertulis.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Itu kena bagi notis, Yang Berhormat, ikut peraturan, ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Putatan dan juga... Saya kira soalan ini sebenarnya sudah pun saya jawab dalam soalan lisan baru- baru ini, pada minggu lepas. Saya akan berikan beberapa senarai yang terperinci kalau hendak disenaraikan tetapi memadai untuk kita memahami dalam konteks innovation sebab itu dipanggil research, development and commercialization. Daripada research mana-mana negara pun paling tinggi saya kira kejayaan ialah 5 peratus ataupun paling tinggi di Korea – 7 peratus kerana itu dikatakan innovation. Telefon yang kita lihat mungkin hasil yang kita lihat mungkin daripada research and development sudah 100 prototype baru pergi ke pasaran. Ini proses yang berlanjutan dan berterusan. Ia memerlukan banyak masa, kajian, penyelidikan dan keseluruhannya untuk dihasilkan menjadi inovasi.
Oleh kerana itu dalam bidang sains dan teknologi belanjanya begitu besar dan kejayaannya mungkin tidak banyak. Akan tetapi oleh kerana kita menyedari akan kelemahan inilah kita melihat pada fokus untuk kita wujudkan innovation centre dan i-CoE yang saya sebutkan tadi supaya kita boleh selaraskan, rangkumkan keseluruhan tenaga kita untuk memperdekatkan serta ada interaction di antara penyelidik, industri dan juga pakar-pakar dengan hubungan pemasaran kita di peringkat antarabangsa. Jadi Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk meneruskan.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum mengalih topik mengenai inovasi ini. Tadi di dalam mukadimah Yang Berhormat Timbalan Menteri disebutkan bahawa banyak program inovasi di peringkat akar umbi. Saya ingin tahu, soalan saya, apakah caranya bagi menggalakkan inovasi di peringkat akar umbi lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar kerana pemikiran mereka ini sememangnya inovatif tetapi untuk menggalakkan mereka untuk mengeluarkan hasil-hasil daripada pemikiran mereka yang inovatif ini, apakah galakan dan langkah ataupun cara-cara kementerian untuk menggalakkan mereka. Terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Saya baru hendak pergi ke topik tersebut kerana itu saya tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan berkaitan dengan program komuniti. Saya akan menyentuh dalam jawapan seterusnya. MOSTI juga telah melancarkan program aplikasi teknologi yang diberi nama TAPMOSTI@KOMUNITI bertujuan membantu komuniti luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar untuk menggunakan aplikasi teknologi bagi meningkatkan pendapatan, memberi peluang pekerjaan, penambahbaikan mutu kerja seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup komuniti berkenaan. Pendekatan ini juga akan meningkatkan kesedaran sains dan teknologi di kalangan masyarakat.
Bagi menjayakan usaha ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan sentiasa bekerjasama menggembleng tenaga dengan semua kementerian dan agensi kerajaan agar pembangunan komuniti luar bandar mencapai objektif dan mengelak pertindihan dalam program-program yang dilaksanakan. Contohnya pilot ataupun projek rintis yang kita telah jalankan di samping karnival ataupun Minggu Sains dan Teknologi yang kita telah adakan di Kota Kinabalu, di Perlis dan juga di Kuching, di mana kita melibatkan semua kementerian untuk mengadakan pameran.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Kita juga telah mengadakan Karnival Inovasi dan Kreativiti di Kuching pada 14 Ogos sehingga 16 Ogos sebagai projek perintis di mana kita melibatkan semua bahagian- bahagian di Sarawak melalui pejabat residen, district office dan juga pemimpin tempatan untuk mengenal pasti apakah inovasi di peringkat komuniti tersebut untuk dibawa sebagai pameran. Hasil daripada tersebut kita telah mengenal pasti di mana kita mengambil data- data maklumat, contohnya di Kuching, ada enam produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi:
(i) green tea;
(ii) mesin penetasan telur burung puyuh yang dibuat oleh orang kampung;
(iii) enjin toksin;
(iv) mesin rojak tempatan;
(v) sulaman daun dan memproses daun sirsak; dan
(vi) alat pemarut kelapa yang tidak menggunakan elektrik tetapi menggunakan manual - tangan, ciptaan orang kampung dengan kayu sahaja sebenarnya kerana kawasan mereka tiada elektrik maka diciptakan mesin sendiri.
Ini yang kita lakukan maknanya kita pergi dan kita mengambil data dan ada satu lagi nilai komersial yang sederhana. Jadi kita akan jumpa kepada orang yang mencipta idea dan alat-alat ini untuk kita bantu dari segi teknikal supaya dimajukan dan mempunyai nilai komersial. Ada lagi yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tetapi diperlukan untuk komuniti tempatan. Ini juga kita akan bantu sebagai sokongan kepada mereka dari segi teknikal iaitu membuat alat-alatan secara yang lebih bersih, lebih efisien dari segi hasilnya.
Keseluruhan di Sarawak kita telah mengumpul sebanyak 32 produk yang telah dikenal pasti daripada hasil-hasil pameran yang telah dibawa.
Selain daripada itu kita mengadakan ceramah kreativiti dan inovasi. Kita mengadakan ceramah berkaitan pengurusan dana R&D. Kita juga mengadakan ceramah inovasi menjana pendapatan. Kita juga mempunyai perkongsian pengalaman seorang usahawan yang telah berjaya untuk disampaikan kepada orang ramai dan ceramah umum berkaitan dengan inovasi untuk kekayaan dan kesejahteraan hidup. Pelbagai ceramah diadakan sebenarnya. Program ini sebenarnya akan berjalan secara berterusan sempena setahun inovasi dan kreativiti negara yang telah kita isytiharkan pada tahun 2010. Kita akan adakan di enam zon di seluruh Malaysia. Insya-Allah akan dijalankan secara berterusan dan melibatkan semua sektor dalam masyarakat dan setiap negeri akan dijemput untuk mempamerkan produk-produk mereka. Ya, Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang kementerian sudah pun mengenal pasti produk-produk inovasi daripada kampung-kampung. Apakah tindakan susulan yang harus dibuat oleh kementerian seperti pertamanya, mendaftarkan IPR – Intellectual Property Rights dan kedua, daripada segi bantuan commercialization? Adakah kementerian akan membantu mereka dari segi itu? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, boleh habiskan dalam masa 15 minit Yang Berhormat?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Minta penjelasan.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Bakri kemudian. Sebenarnya saya sudah menjawab tadi bahawa sokongan teknikal untuk dibawa ke pasaran dan apabila hendak bawa ke pasaran kita memerlukan segala paten dan sebagainya. Ini semuanya telah dilaksanakan sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Batang Sadong juga menyatakan mengenai kesedaran berhubung dengan pendaftaran paten, hak cipta dan cap dagangan di semua peringkat masyarakat, daripada murid-murid sekolah sehingga peringkat peniaga.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amat peka dengan isu tahap kesedaran yang rendah di kalangan masyarakat terhadap pendaftaran paten dan cap dagangan.
Usaha untuk mengatasi masalah ini MOSTI telah mengambil langkah-langkah berikut:
(i) mewujudkan dasar pengkomersilan harta intelek;
(ii) memberi bantuan pendaftaran harta intelek dan geran R&D; dan
(iii) membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek melalui ceramah dan bengkel yang diberikan kepada para penyelidik dan pelajar sekolah dengan bekerjasama erat bersama MyIPO.
Ahli Yang Berhormat Kota Belud telah membangkitkan peruntukan inovasi yang berkurangan dari masa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat peruntukan untuk dana-dana di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah dikurangkan daripada RM3.6 bilion pada permulaan Rancangan Malaysia Kesembilan kepada RM2.5 bilion semasa kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Pengurangan ini selaras dengan kedudukan ekonomi semasa dan keperluan peruntukan untuk projek-projek yang lebih utama. Bagi mengurangkan impak terhadap pengurangan ini kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua. Ini membuktikan bahawa kerajaan serius dalam melaksanakan agenda inovasi memacu ekonomi negara.
Ahli Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Kuantan yang membangkitkan mengenai tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif, keselamatan dan kos penggunaan loji nuklear serta penyimpanan sisa radioaktif di kawasan perindustrian Gebeng oleh Syarikat Lynas dari Australia.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai salah satu opsyen bahan api negara, pelbagai kajian dan aktiviti persediaan dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian-kajian dan aktiviti persediaan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan infrastruktur dan keupayaan negara bagi menggunakan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik.
Selain daripada itu, kementerian saya juga sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertingkatkan tahap kesediaan itu bagi menjamin penggunaan tenaga nuklear dengan selamat dan terjamin dengan izin safe, secure and safe guarded.
Antara aktiviti persediaan yang dijalankan adalah kajian sumber bahan api nuklear, pembangunan rangka kerja perundangan dan kajian kebolehlaksanaan projek kuasa nuklear termasuk aspek kos bahan api nuklear yang melibatkan kajian harga pasaran yang lepas ataupun dengan izin, historical, harga pasaran semasa dan harga unjuran pasaran dengan izin, forecast...
Seperti diamalkan bagi projek-projek lain, kajian kemungkinan sebarang projek untuk menggunakan tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik juga melibatkan analisis unjuran kos semua komponen projek, termasuk kos bahan api nuklear mengikut unjuran nilai komponen atau bahan api itu pada tahun komponen atau bahan api itu dibeli. Analisis dan unjuran ini termasuk semua aspek seperti kos, modal bagi pembinaan loji jana kuasa nuklear, kos operasi dan penyelenggaraan, kos bahan api, kos pemprosesan dan pengurusan sisa radioaktif dan nuklear dan kos penyahtauliahan loji ataupun ‘Plan Decommissioning Cost’ di akhir hayat sesuatu loji jana kuasa nuklear berkenaan.
Secara amnya kos penjanaan elektrik daripada sumber tenaga nuklear adalah kompetitif berbanding dengan kos penjanaan daripada sumber tenaga lain. Aspek-aspek keselamatan penggunaan tenaga nuklear. Jika dibandingkan kemalangan jiwa dalam sektor tenaga secara keseluruhannya, kemalangan jiwa disebabkan loji jana kuasa atau kemudahan nuklear lain adalah jauh lebih rendah.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Kajian oleh pelbagai pihak telah membuktikan bahawa operasi loji jana kuasa nuklear pada amnya adalah jauh lebih selamat daripada pendedahan manusia pada sumber radiasi semula jadi dan buatan manusia ataupun antropogenik berikutan ciri-ciri keselamatan yang diaplikasikan terutamanya dari segi reka bentuk loji jana kuasa nuklear.
Salah satu kajian telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Saintifik Bangsa-bangsa Bersatu tentang kesan sinaran atom pada tahun 2003. Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju dengan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu bahan api alternatif untuk penjanaan elektrik selepas tahun 2020.
Berhubung dengan isu penyimpanan sisa radioaktif di kawasan Perindustrian Gebeng oleh Syarikat Lynas dari Australia. Sukacita saya menjelaskan sehingga kini tiada sisa radioaktif dihasilkan dan tidak ada tempat penyimpanan sisa radioaktif yang diluluskan di kawasan Perindustrian Gebeng. Walau bagaimanapun, sebarang tempat penyimpanan atau penghasilan sisa radioaktif perlu mematuhi perundangan sebelum diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.
Aktiviti Liners tidak akan membahayakan pekerja, orang awam dan alam sekitar kerana bahan mentah yang akan digunakan iaitu pekatan Lanthanide adalah selamat dan mengandungi paras radioaktif yang sangat rendah. Di bawah Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, Lanthanide diklasifikasikan sebagai bahan yang tidak merbahaya. Proses dan peralatan yang akan digunakan untuk operasi Lynas adalah mengikut standard antarabangsa dan praktis terbaik demi memastikan pematuhan sepenuhnya pada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh AELB dan DOE.
Untuk makluman Yang Berhormat, AELB juga menganjurkan majlis dialog bersama Kerajaan Negeri Pahang dan dialog ini berjaya kerana telah memberikan peluang kepada media, ketua-ketua jabatan kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pahang untuk memahami kriteria yang diguna pakai oleh badan penguat kuasa yang berkaitan iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar dalam meluluskan Projek Lynas.
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Projek Lynas juga telah dijawab dengan jelas oleh AELB dan DOE semasa sesi dialog. AELB dan DOE juga telah menjelaskan berkenaan Program Permonitoran yang dijalankan ke atas Lynas, walaupun Lynas belum lagi beroperasi demi memastikan Lynas mematuhi dan memenuhi segala keperluan undang-undang dan peraturan. Agensi Nuklear Malaysia turut menyertai dialog ini, telah menjelaskan berkenaan dengan keputusan penilaian kesan radiologi yang dijalankan bagi pihak Lynas.
Data yang diperolehi adalah data asas ataupun base line data, dengan izin kerana Lynas belum beroperasi. Data ini akan digunakan sebagai penanda aras setelah Lynas beroperasi kelak. Yang Berhormat Hulu Langat yang merupakan bekas profesor nuklear fizik telah menyatakan kepada media selepas sesi dialog berkenaan bahawa Projek Lynas adalah selamat, tetapi perlu dimonitor secara efektif. Yang Berhormat Leong Ngah Ngah ataupun Ahli Dewan Undangan daripada Triang turut bersetuju dengan pandangan beliau.
Ahli Yang Berhormat dari Selayang menyatakan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tuan Yang di-Pertua, MOSTI telah meneliti Laporan Ketua Audit Negara dan telah pun mengambil tindakan terhadap ...
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, nuklear energy sebelum Yang Berhormat Menteri lari. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang nuklear ini, sememangnya tadi sudah dihuraikan bahawa ianya selamat. Jika ianya selamat, apa yang kita tunggu lagi?
Ini kerana, kalau kita tunggu lebih lama selepas tahun 2020, harga bahan mentah uranium akan lebih meningkat. Kalau kita lihat sekarang daripada segi ekonomi. Korea Selatan, negara itu menggunakan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat panjang sangat berucap Yang Berhormat.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Tidak, saya mahu tanya soalan sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau hendak berceramah soal nuclear energy ini buat semasa sesi tertentulah.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Enam puluh peratus tenaga di Korea Selatan menggunakan nuclear energy. Kenapa kita tidak menggunakannya? Ekonomi South Korea lebih baik daripada ekonomi kita dan lebih cepat lagi pulih. Inilah masalah kalau kita tunggu lebih lama lagi.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat yang menyokong pandangan kementerian juga. Akan tetapi, untuk proses sama ada kita akan melaksanakan, ianya melibatkan beberapa prosedur. Bukan sahaja prosedur dalaman tetapi juga melibatkan peringkat antarabangsa. Ahli Yang Berhormat dari Selayang yang menyatakan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tuan Yang di-Pertua, MOSTI telah meneliti Laporan Ketua Audit Negara dan telah pun mengambil tindakan terhadap teguran audit mengenai Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Antara langkah-langkah yang diambil adalah pertama, membangunkan sistem e- HCD bagi permohonan yang dibuat secara atas talian ataupun online yang dipaparkan dalam portal MOSTI. Tindakan ini telah meningkatkan bilangan permohonan, memudahkan serta menjadikan proses permohonan lebih murah, cepat dan telus. Selain itu, pemaparan maklumat mengenai skim-skim pembangunan modal insan dan portal MOSTI juga telah membantu menyebarluaskan kepada kumpulan sasaran.
Kedua, menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang bersidang setiap dua minggu sekali bertujuan untuk menilai dan memperakukan permohonan Program Pembangunan Modal Insan Sains, Teknologi dan Inovasi.
Ketiga, memperkenalkan dokumen kontrak perjanjian yang seragam dan mula diguna pakai pada tahun 2009, yang mengandungi klausa-klausa yang lebih ketat bagi menjamin ketelusan pengurusan dan obligasi penerima biasiswa. Tindakan tegas juga telah diambil kepada penerima biasiswa yang gagal meneruskan pengajian dengan meminta mereka membuat pembayaran balik mengikut jumlah perbelanjaan sebenar iaitu tanpa faedah dikenakan.
Kementerian sedar akan kepentingan modal insan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi bagi menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, kementerian akan terus memastikan agar setiap perbelanjaan bagi kesemua skim biasiswa yang disalurkan kepada pelajar atau pensyarah universiti serta para penyelidik dari institusi penyelidikan awam akan dibuat berasaskan nilai kepada setiap ringgit yang dilaburkan.
Ahli Yang Berhormat dari Batu Sapi menyatakan melalui teknik-teknik bioteknologi sumber biodiversiti boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk- produk farmaseutikal dan neutraseutikal. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya dengan biodiversitinya dan Malaysia berada dalam kelompok 16 negara yang kaya dengan biodiversiti di dunia. Sehubungan dengan itu, Dasar Bioteknologi Negara yang telah dilancarkan pada tahun 2005 memberi penekanan kepada penggunaan sumber alam semula jadi ataupun biodiversiti dalam membangunkan industri bioteknologi khususnya yang melibatkan bioteknologi penjagaan kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jam pukul 10.30 mengikut Usul tengah hari tadi, Yang Berhormat. Jadi berapa minit Yang Berhormat boleh habiskan?
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Saya ada hanya dua muka sahaja, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, berapa minit anggarannya?
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Mungkin dalam tiga minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Berapa?
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Tiga minit. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang itu belum jawab lagi, soalan yang saya bangkitkan.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Belum habis. Tunggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nanti, Yang Berhormat. Saya dengar, Yang Berhormat. Janji dengan Yang Berhormat Bakri dan janji dengan Yang Berhormat Wangsa Maju. Tunggu, Yang Berhormat.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
MOSTI menyedari bahawa banyak tumbuhan sama ada berbentuk tumbuhan atau biji benih mempunyai nilai farmaseutikal dan nutraseutikal. Oleh itu melalui agensi-agensi MOSTI seperti Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPham), Taman Teknologi Malaysia (Technology Park Malaysia), SIRIM Berhad, Malaysia Herbal Corporation dan lain-lain sedang dan telah berusaha menjalankan penyelidikan dan pembangunan penyaringan (screening) tumbuhan-tumbuhan tertentu bagi mengenal pasti active compound untuk membangunkan produk-produk farmaseutikal dan nutraseutikal. Bidang-bidang R&D yang dijalankan termasuklah:
(i) penyaringan bahan bio-aktif dalam penyelidikan farmakologi;
(ii) mengenal pasti dan membangunkan bahan bio-aktif yang berpotensi sebagai nutraseutikal dan farmaseutikal;
(iii) bioprocess;
(iv) membangunkan sistem diagnostik pantas khusus untuk penyakit-penyakit tropikal; dan
(v) membangunkan sistem penyampaian ubatan termaju.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini jenis- jenis tumbuhan ataupun organisma yang sedang dibuat kajian ialah seperti mas cotek, temu pauh, jarum tujuh bilah, kaduk, patawali, tapak Sulaiman, dan lain-lain lagi untuk pelbagai jenis penyakit. Bagi herba misai kucing baru-baru ini penyelidik Universiti Sains Malaysia telah mengumumkan mengenai penemuan bahan aktif untuk penyakit kanser.
Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan MOSTI telah membiayai sebanyak 313 projek R&D dengan pembiayaan sejumlah RM176.8 juta melibatkan sumber biodiversiti untuk pelbagai tujuan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju meminta apakah status dan tindakan yang telah diambil kepada syarikat ‘Venturepharm’ Asia Sdn. Bhd. yang telah diberikan dana TechnoFund. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati dalam siasatan mereka tiada perbuatan rasuah dapat dikesan berhubung dengan pemberian projek bertajuk Localization of Mucosal Bio-additive for Feed
(MBF) in Malaysia kepada Venturepharm Asia Sdn. Bhd. Namun kami di peringkat MOSTI masih sedang menunggu arahan dari segi perundangan untuk mengkaji kemungkinan tindakan-tindakan perundangan dalam sudut lain terhadap ‘Venturepharm’ itu sendiri. Ini hasil daripada komen SPRM supaya kita menambah baik sistem proses dan prosedur TechnoFund yang telah diambil tindakan oleh kita sendiri.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa syarikat XLW Inc ini yang back to back agreement untuk research work dengan Venturepharm Sdn. Bhd. ini adalah satu syarikat yang palsu, tidak wujud di Amerika.
Kedua, yang menandatangani bagi pihak SLW ini adalah seorang pegawai ataupun director di sebuah syarikat Daley PR Communication di Guangzhou, China. Beliau juga terlibat dengan Director Venturepharm Asia Sdn. Bhd. ini iaitu Grace Chen Oyan Yun Shai. Beliau juga adalah Director Syarikat Daley PR ini berdua dengan Ken Yang Keng Ching ini.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mereka dapat banyak projek daripada Kementerian Pelancongan dan Venturepharm Asia Sdn. Bhd. ini juga baru-baru ini, Jun ini, baru dapat projek Malaysia Pavilion di Shanghai Expo 2010.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Apakah tindakan yang diambil oleh kerana maklumat-maklumat ini telah diberi kepada Yang Berhormat Menteri daripada bulan Jun sampai sekarang masih buat kajian lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baiklah, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Bolehkah diberi penjelasan yang amat jelas?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tolong dengar jugalah kalau saya memanggil.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
No, benda ini sangat penting, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat bercakap. Saya boleh bercakap dan saya boleh mendengar, Yang Berhormat. Jangan macam itu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sebab dia tidak jawab, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya dengar, Yang Berhormat. Yang Berhormat janji dengan saya cakap panjang ini sahaja.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, memang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau sekali orang berjanji dengan saya bercakap bohong saya tidak akan dengar lagi, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tidak bohong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, bila saya bercakap minta tolong jawablah dulu. Acknowledge. I think that is a slight simple politeness, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Itu tidak bohong pun sebab kita mahu penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Okey, terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Wangsa Maju, sebab dari segi perundangan dokumen yang diserahkan merupakan satu dokumen dan untuk kita mengambil tindakan kita perlukan legal advice ataupun nasihat perundangan dan sebab ada kontrak yang telah diikat di antara ‘Venturepharm’ dengan MOSTI dari segi perjanjian dan bila perjanjian ini sudah diikat untuk kita membatalkan perjanjian, untuk mengambil tindakan sama ada mereka memberikan maklumat yang betul ataupun tidak betul memerlukan input daripada peguam dan kita ada Penasihat Undang-undang. Kita terpaksa menunggu dan penasihat undang-undang kita akan membuat siasatan dan ia melibatkan satu perkara yang di luar bidang kuasa kita iaitu di luar negara.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Jika luar negara kita memerlukan dokumen. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum untuk kita mengambil tindakan, untuk melaporkan kepada polis dan polis mengambil tindakan ia memerlukan dokumen. Kita tidak boleh memberi documentary evidence berdasarkan satu fotostat melainkan ia memerlukan sokongan dan pengesahan.
Otherwise it becomes secondary evidence yang tidak boleh diterima.
Yang Berhormat selaku peguam saya kira memahami proses ini dan berilah masa sebab apabila Yang Berhormat telah membangkitkan semasa SPRM sudah membuat siasatan kita terpaksa menunggu keputusan daripada SPRM sama ada atau tidak penyalahgunaan ataupun kesalahan di peringkat MOSTI dan dari situ kita sudah pun mendapat pengesahan bahawa SPRM mengatakan bahawa tiada kes rasuah yang boleh diambil terhadap kes ini tetapi memaklumkan bahawa kita perlu membaiki proses pengurusan dana kita yang sedang kita usahakan. Akan tetapi dari segi dokumen Yang Berhormat telah serahkan memang kita telah kaji, kita telah serahkan kepada Penasihat Undang-undang kita yang sekarang ini sedang mengambil tindakan. Berilah masa kita sebab ia melibatkan peringkat antarabangsa. Jadi, Yang Berhormat saya kira...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Penjelasan yang pendek sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, Yang Berhormat. Saya ingat...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sama ada wang baki..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah buat jawapan, Yang Berhormat. Dia kata beri masa kementerian buat penyelidikan. Selepas itu baru Yang Berhormat dapat laporan balik. Jadi, saya ingat sudah cukup. Masa saya tidak ada lagi. Kuasa saya di sini tersekat, Yang Berhormat. Saya ada 15 minit di bawah Peraturan Mesyuarat 12(3), 15 minit sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Saya tidak apa, nanti kalau Yang Berhormat tidak puas hati, Yang Berhormat ...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Wang baki Techno Fund sudah dibayar atau tidak? Wang baki Techno Fund sama ada telah dibayar kepada Venturepharm Asia Sdn. Bhd.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Geran sudah kita maklumkan dalam beberapa siri jawapan bahawa sekarang ini berkaitan dengan Venturepharm segala dana telah dibekukan. Maknanya tiada pembayaran. Kita sudah jelaskan dalam jawapan yang dibangkitkan dahulu oleh Yang Berhormat sendiri juga. Jadi, mungkin tidak ingat dalam sesi yang lepas.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya hendak tahu sekarang ini.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Memang belum. Kita sudah maklumkan bahawa sepanjang proses penyiasatan bahawa projek ini sedang digantung. Suspended.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, sudah habis. Cukuplah itu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini soalan penjelasan. Macam mana penjelasan pun Yang Berhormat Wangsa Maju tidak akan terima. Diberi kata sudah di beku pun tidak terima juga. Jadi, Yang Berhormat Bakri tadi kalau hendak jawab, tolong.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Baik, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya MOSTI sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas minat serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai usaha, program dan strategi kementerian ini.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Seterusnya MOSTI berharap dengan kerjasama dan keprihatinan daripada Ahli- ahli Yang Berhormat ini akan dapat membantu kementerian dalam mencapai matlamat dan visi sebagaimana harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan rakyat keseluruhannya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Bakri kena tunggulah di peringkat jawatankuasa kalau ada perkara yang hendak ditanya. Silakan, Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat. Saya ingat sudah jauh malam juga, Yang Berhormat.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 11 November 2009.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.41 malam.