Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, bilakah rancangan siaran RTM yang memberikan lebih ‘Air Time kepada etnik minoriti’ seperti mana yang telah diumumkan pada 29 Jun 2009.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuaran atas pertanyaan yang dikemukakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan tiga bahasa utama lain digunakan dalam siaran dua rangkaian televisyen RTM serta radio-radio nasional negeri dan tempatan, namun bahasa bagi suku-suku kaum minoriti etnik turut menjadi bahasa siaran bagi stesen-stesen radio negeri di Sabah dan Sarawak termasuk stesen-stesen tempatan.
Di peringkat nasional sendiri, siaran Radio Malaysia Orang Asli, ASYIKfm, menggunakan empat dialek utama iaitu Semai, Temiar, Temuan dan Jakun bersiaran selama 14 jam sehari. Di Sabah dan Sarawak pula, selain saluran utama radio negeri menggunakan bahasa Malaysia, diwujudkan juga saluran radio khusus untuk pelbagai bahasa etnik. Radio Malaysia Sabah, Vfm umpamanya menggunakan perantaraan bahasa Murut, KadazanDusun dan Bajau di samping bahasa Inggeris dan Mandarin. Di Sarawak pula selain Radio Malaysia Sarawak FM, yang menggunakan perantaraan bahasa Malaysia serta Radio Malaysia REDfm menggunakan bahasa Inggeris dan Cina, terdapat juga rangkaian radio pelbagai etnik WAIfm menggunakan perantaraan bahasa Iban, Bidayuh serta Kayan dan Kenyah.
Selain itu, Muzik Aktif turut menyiarkan lagu-lagu etnik dan lagu-lagu rakyat pelbagai suku kaum di negara ini melalui slot Harmoni yang bersiaran selama 2 jam setiap hari iaitu pada jam 12.00 tengah hari hingga 1 petang dan 8 malam hingga 9 malam bermula 1 Oktober 2009. Masa siaran untuk slot etnik tempatan akan terus ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan pembekalan bahan-bahan oleh pihak-pihak yang terlibat. Drama bersiri terbitan syarikat-syarikat di Sabah dan Sarawak yang berkisar kehidupan masyarakat di kedua-dua negeri berkenaan juga akan disiarkan berterusan di TV RTM mengikut pengisian slot dari semasa ke semasa. Bagi kaum minoriti Malayalam dan Telugu, rancangan-rancangan khas turut disiarkan bagi meraikan hari kebesaran mereka.
Terima kasih.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih di atas penerangan dan juga penjelasan. Apa yang saya dengar tadi Tuan Yang di-Pertua ialah siaran-siaran yang telah disebut tadi adalah terhad kepada tempatan di Sabah dan Sarawak. Cadangan saya di sini Yang Berhormat ialah kenapa tidak siaran bahasa-bahasa bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak ini disiarkan di seluruh negara, oleh sebab kita sedia maklum bahawa media adalah satu daripada tools ataupun cara untuk mempertingkatkan integrasi nasional. Kalau kita tidak mengenali antara satu sama lain, maka proses integrasi ini lambat.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Jadi saya percaya bahawa media ini adalah satu tools yang sangat efektif untuk mempercepatkan integrasi nasional. Kalau kita mengenali antara semua kaum di Malaysia ini, ini akan memantapkan usaha kita. Tuan Yang di-Pertua, saya kira orang Sabah dan Sarawak ini oleh sebab siaran radio ini, media ini lebih mengenali kawan-kawan di Semenanjung dari Sabah dan Sarawak. Jadi kalau siaran ini disiarkan di seluruh negara maka ini akan menambah baik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ini ialah adakah kementerian bercadang untuk memberi ruang dalam televisyen pula bagi bahasa-bahasa tempatan supaya rakan-rakan kita di Semenanjung dapat menghayati dan mengenali lebih rapat suku kaum rakan-rakan di Sabah dan Sarawak. Sekarang ini ada satu siaran...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Soalan saya adakah kementerian bercadang untuk memberi ruang dalam siaran televisyen pula? Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tuaran ada nilainya untuk difikirkan oleh kerajaan. Namun demikian buat sementara waktu oleh kerana kita belum ada saluran yang mencukupi dan kerana saluran yang terhad kita belum ada kesempatan untuk menyiarkan program-program yang lebih meluas yang meliputi adat resam, kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak oleh kerana terdapat banyak etnik di Sabah dan Sarawak. Misalnya di Sabah dan Sarawak mempunyai lebih daripada 70 etnik dan saya percaya begitu juga di Semenanjung. Sekiranya kita menayangkan banyak lagi program-program etnik di Sabah dan Sarawak bagaimana pula dengan etnik-etnik yang ada di Semenanjung? Misalnya, walaupun kita ada bangsa ataupun keturunan di panggil Melayu tetapi mereka pun banyak etnik asal misalnya Minang atau Jawa. Mereka pun nanti mungkin...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat saya rasa salah itu, kita tetap Melayu. Jawa, Banjar, Bugis ini tidak timbul.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Sri Gading boleh jadi Menteri saya ingat.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Betul.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kami tetap mengatakan kami Melayu. Yang Berhormat tidak boleh tuduh begitu. Tiada. Kita di Malaysia satu, orang Melayu.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Bukan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat salah. Salah faham.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak menyinggung perasaan orang Melayu tetapi mengatakan kebenaran oleh kerana nanti ada yang berketurunan dari tempat yang berbeza, mungkin mereka pun hendak keturunan ataupun etnik mereka diketahui.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat, UMNO sudah menyatukan keturunan Jawa, Banjar dan Bugis. Semua kami bangga dengan sebut bangsa Melayu. Suku-suku tiada di Malaysia.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih, kalau tiada suku. Terima kasih, Yang Berhormat. Apa yang saya katakan di sini berkenaan dengan saluran yang tidak mencukupi.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Melayu suku UMNO.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Oleh yang demikian kita buat sementara waktu masih mengikut apa yang kita mampu tayangkan dan sekiranya ada di masa hadapan misalnya apabila kita sudah mendigitalkan televisyen, kita boleh memperluaskan lagi tayangan yang kita beri untuk penonton-penonton di negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kerana ini berkenaan dengan etnik Sabah. Sepatutnya beri peluang kepada Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak mengapa, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani akan bercakap bagi pihak Orang Asli.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Tuan Yang di-Pertua, betul itu. Bagi peluang kepada Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Akan tetapi ini lain, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sri Gading telah kata di sini semua jadi satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini Malaysia.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, kalau kita on TV kita sekarang ini kita ada drama dalam bahasa Tagalog, drama dalam bahasa Siam, drama dalam bahasa Sepanyol. Semua itu lagi kita tidak faham. Budaya orang lain kita bawa masuk. Apa salahnya kementerian buat drama untuk orang etnik kita, bahasa-bahasa yang cantik. Seminggu satu cukup. Sekurang- kurangnya saya di Kedah saya faham bahasa etnik di Sabah dan Sarawak. Saya lagi appreciate. Ini bawa Sepanyol, Brazil, India yang kita tidak faham langsung. Ini yang dikatakan 1Malaysia?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Cukup.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Pertanyaan ataupun lontaran Yang Berhormat ada ertinya. Saya sendiri pun percaya sebagaimana yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi. Kita pun hendak banyakkan lagi siaran dari kawasan pedalaman, dari tempatan kita sendiri. Walau bagaimanapun oleh kerana pengisiannya ataupun siaran belum cukup dan sebagaimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat kita pun meminta syarikat-syarikat tempatan untuk menyediakan program-program yang lebih bercorak tempatan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam radio dan televisyen kita ada menyiarkan program tempatan berkenaan dengan hari istimewa seperti Hari Gawai dan Hari Keamatan disiarkan secara langsung oleh RTM. Begitu juga dengan Astro Channel 180 juga ada menyiarkan muzik khusus dari Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, saya kira Yang Berhormat Menteri patut jawab buat satu TV4 untuk Sabah dan Sarawak lebih baik lagi.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Saya jemput Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Boleh satu lagi soalan daripada Sabah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh Yang Berhormat. Cukup.
2. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapa ramai jumlah warga asing yang telah tinggal lebih masa di negara kita dan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan Visa Waktu Ketibaan
(VOA).
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, seseorang warga asing yang ingin memasuki Malaysia memerlukan satu pas yang dikeluarkan dengan sah kepadanya. Pas ini dikeluarkan adalah mengikut kegunaannya. Bagi pas lawatan sosial, tempoh yang diberikan adalah di antara 14 hari sehingga tiga bulan yang mengikut perjanjian dibuat antara Malaysia dengan sesuatu negara yang berkenaan. Mana-mana warganegara asing yang masuk ke negara ini secara sah tetapi tidak keluar sebelum tempoh tamat pas adalah dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin yang mana telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah seksyen 15(4), Akta Imigresen 1953/63.
Sehubungan dengan ini kementerian mendapati kebanyakan warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini adalah dari kalangan mereka yang memasuki negara ini melalui kemudahan visa waktu ketibaan atau dengan izin, Visa On Arrival (VOA). Mengikut statistik jumlah warga asing yang tinggal lebih masa di Malaysia yang menggunakan kemudahan VOA didapati mulai tahun 2006 sehingga tahun 2009 adalah seramai 75,462 orang daripada sejumlah 271,391 VOA yang telah dikeluarkan atau 28 peratus daripada jumlah VOA yang dikeluarkan.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan isu pembatalan VOA, kementerian ini ingin memaklumkan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk membatalkan kemudahan ini buat masa kini. Kemudahan ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan industri pelancongan negara kita. Terima kasih.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir - Ketereh
Apabila bertembung antara kepentingan menarik pelancong dan keselamatan negara saya hendak tahu di manakah kerajaan sebenarnya. Setakat ini kerajaan dilihat lebih mementingkan pendapatan daripada pelancongan ini. Saya juga mohon penjelasan adakah kerajaan bercadang untuk membuat peraturan bahawa warga asing khususnya pembantu rumah yang beragama Islam hanya dibenarkan bekerja dengan majikan beragama Islam agar insya-Allah kes-kes Nirmala Bonat dan Mantik Hani tidak terjadi lagi. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu yang berkaitan dengan VOA. Saya rasa saya hanya menjawab berkaitan dengan VOA.
Sehubungan dengan pengeluaran VOA, memang benar bahawa kita mengenalkan kemudahan ini untuk pelancong menaikkan industri pelancongan di negara kita. Walau bagaimanapun apabila melibatkan keselamatan negara bahawa terdapat beberapa negara yang mana kita telah menggantung kemudahan ini seperti kemudahan yang kita pernah beri kepada Pakistan, Afghanistan dan juga kepada India, di mana India merupakan yang terbanyak sekali melanggar kemudahan VOA, yang tinggal lebih masa di negara kita.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mendengar tadi jawapan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan VOA dan soal warga asing yang datang ke Malaysia terutama ke negara kita sebagai pelancong amat dialu-alukanlah, sebab mereka datang ini salah satu sumber pendapatan kita.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, tidakkah pihak imigresen mempunyai pangkalan data untuk mengenal pasti mana-mana pelancong atau warga asing yang melakukan kesalahan di negara kita. Kita tengok sahaja baru-baru ini seorang rakyat Perancis yang bertindak mencerobohi KLCC dan juga kita lihat ramai di antara warga Afrika yang sering terlibat dengan jenayah, samun, menipu dan sebagainya. Minta penjelasan.
Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelancong-pelancong yang datang menggunakan kemudahan VOA ini, pada hari ini kita telah mengetatkan berkaitan dengan mengeluarkan pas-pas seperti inilah, yang mana antaranya kita mendapatkan maklumat tentang tempat mereka tinggal di dalam negara kita.
Di sini pihak imigresen sentiasa dari semasa ke semasa membuat spot check berkaitan dengan pelancong-pelancong ini.
3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman PTPK dan langkah yang diambil bagi mengutip semula tunggakan pinjaman tersebut.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah Mazlan
Assalamualaikum, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran memberi pinjaman kepada pelatih untuk mengikuti latihan kemahiran di pusat-pusat latihan yang ditauliahkan Sehingga Oktober 2009 seramai 130,228 peminjam telah menamatkan latihan kemahiran dan perlu membayar balik pinjaman latihan kemahiran berjumlah RM599.19 juta.
Daripada jumlah 130,228 peminjam 73,192 peminjam telah membuat pembayaran balik dengan kutipan sebanyak RM135.51 juta. Seramai 10,972 peminjam membuat bayaran balik mengikut jadual dan 62,220 peminjam membayar balik tidak mengikut jadual. Bagi seramai 57,036 ataupun 43.8 peratus peminjam tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman mereka. Jumlah tunggakan yang patut dikutip balik dari peminjam adalah berjumlah RM463.68 juta.
Pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia bagi mengutip semula tunggakan daripada peminjam dan salah satunya ialah mewujudkan satu jawatankuasa kutipan bayaran balik pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia. Lain-lain langkah ialah mengeluarkan notis berjadual, mengeluarkan notis peringatan tindakan undang-undang akhir, perkhidmatan melalui pusat telefon kepada peminjam dan penjamin yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga mempelbagaikan kaedah pembayaran melalui kaunter bergerak dan lain-lain saluran seperti Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran sendiri melalui mel, potongan gaji, melalui majikan, kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional dan lain-lainnya. Terima kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Persoalannya sekarang ialah kerajaan sudah belanja hampir setengah bilion ringgit untuk kemahiran, walaupun yang tidak bayar tunggakan berjumlah RM463 juta dekat setengah bilion.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya walaupun kerajaan membelanjakan sebanyak setengah bilion ringgit tidaklah sampai RM2 bilion, tetapi pekerja-pekerja mahir ini telah pun menyumbang produktiviti kepada negara. Hasil negara yang berjumlah berlipat kali ganda lebih RM10 bilion, RM20 bilion. Apakah kerajaan berfikir ataupun bercadang satu masa nanti demi masa depan negara, kita jadikan ini sebagai satu pemberian percuma.
Maknanya yuran ataupun pemberian untuk yuran kemahiran percuma supaya negara kita lebih produktif pada masa yang akan datang dan kita menghargai pekerja. Sekian, terima kasih.
Dato’ Maznah Mazlan
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Ledang, yang begitu prihatin dan sungguh menghayati usaha kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja yang berilmu, tenaga kerja yang berkemahiran dan berdisiplin dan mengakui sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi negara.
Jawatankuasa yang ada di kementerian sudah pun memikirkan kaedah di mana mungkin pengecualian ini boleh dibuat kepada mereka yang cemerlang sebagai insentif ataupun sedia menimbang diskaun tertentu bagi mereka yang melangsaikannya sekali gus.
Buat sementara waktu ini kita mengambil berat tentang peruntukan yang terhad dan tabung ini dipusing adalah untuk membantu juga pelajar-pelajar yang akan datang supaya tidak ketandusan. Walau bagaimanapun seperti Yang Berhormat Ledang kata mungkin satu masa nanti cadangan ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Terima kasih.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya mengenai kursus yang ditaja oleh beberapa kolej-kolej yang mana mereka akan mendapat PTPK loan.
Setakat ini apakah kajian yang telah dibuat supaya kursus-kursus yang mereka hadiri adalah untuk kemahiran dan kebaikan murid-murid, kerana saya difahamkan ada kebanyakan murid-murid yang telah pergi ke sana, tetapi selepas mendapat sijil kemahiran mereka tidak dapat kerja. Ini menjadi satu kursus yang dibiayai oleh kerajaan tetapi tidak ada keuntungan langsung.
Kedua adalah mengenai banyak kolej di negara ini yang telah dibenarkan untuk mengambil murid-murid yang dibiayai oleh PTPK, tetapi separuh masa session tersebut kolej itu bankrap. Saya difahamkan ini diketahui oleh pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri dan... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dia tidak faham, Yang Berhormat Putatan.
Saya boleh bagi kursus untuk dia kalau dia hendak. No problem, free of charge. [Ketawa] Ada banyak kolej di mana kerajaan mengetahui dan ada kakitangan kementerian yang tahu bahawa kolej ini tidak boleh berfungsi, tetapi oleh kerana ada short term gain, jadi mereka memberi galakan kepada murid-murid untuk mengambil kursus-kursus di kolej-kolej tersebut.
Soalan yang berkaitan adalah bila kolej-kolej ini bankrap atau tutup, tetapi kerajaan tidak melepaskan murid-murid atau pihak yang ingin belajar kemahiran di sana, apakah pertolongan kerajaan akan beri kepada murid-murid yang melanjutkan pelajaran di kolej-kolej tersebut, kerana kolej-kolej itu telah ditutup akibat negligence oleh kerajaan yang tidak mengenal pasti bahawa kolej-kolej itu patut, tidak boleh berfungsi kerana dia tidak cukup guru-guru, tidak cukup lecturers dan kebanyakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
...Kolej-kolej itu adalah kena-mengena dengan ahli-ahli politik termasuk yang banyak sekali ahli politik UMNO... [Ketawa]
Dato' Maznah Mazlan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Pertama, mengenai kajian kemahiran dan bidang-bidang yang dikenal pasti. Untuk makluman bersama, pada masa ini 33 bidang utama dikenal pasti dan bidang ini dipilih berdasarkan kepada keperluan industri dan Kementerian Sumber Manusia sering mempunyai dialog dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu di dalam mengenal pasti bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri. Seterusnya mengenai dengan kolej-kolej yang dikatakan tidak berfungsi. Ini agak mengelirukan kerana sebenarnya kita hanya memberi bantuan ini kepada institusi-institusi latihan yang bertauliah yang mengikut syarat-syarat yang begitu terperinci dan sekiranya Yang Berhormat ada maklumat yang mengatakan ada pelajar-pelajar yang terbengkalai, perkara ini patut dibawa ke Kementerian Sumber Manusia kerana kita mungkin ada kaedah boleh membantu mereka.
Akan tetapi mengenai tuduhan bahawa kerajaan negligence dan unsur-unsur yang menuduh bahawa Kementerian Sumber Manusia ini memberi keistimewaan atau sebarang tuduhan yang berkaitan dengan UMNO, penglibatan dalam hal ini, saya minta Yang Berhormat tarik balik kerana tidak berasas dan Yang Berhormat sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan Dewan ini untuk membuat tuduhan tersebut.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu betul. Apa nak tarik balik? Yang Berhormat tarik balik. Yang Berhormat tarik balik. Ini bukan tuduhan, ini benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hmm, cukuplah Yang Berhormat.
4. Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah usaha-usaha terbaru yang dijalankan oleh kerajaan dalam menstabilkan harga getah dan kelapa sawit.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, usaha terbaru yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menstabilkan harga sawit adalah dengan mengimbangkan pengeluaran minyak sawit mentah. Ini meliputi penyediaan peruntukan kepada pekebun kecil untuk menanam semula dengan peruntukan sebanyak RM50.1 juta pada tahun 2009 untuk membiayai bantuan menanam semula kelapa sawit yang berusia melebihi 25 tahun dan tidak produktif kepada pekebun kecil. Bantuan bernilai RM6,000 sehektar ini meliputi perbelanjaan penyediaan tapak, pembelian anak benih, baja dan racun. Di samping itu, usaha-usaha berterusan sedang dijalankan seperti berikut:
(i) mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi minyak sawit di pasaran- pasaran semasa serta pasaran berpotensi dan baru;
(ii) mempergiatkan pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan terutamanya aplikasi penggunaan minyak sawit mentah seperti pembuatan keju dan ais krim;
(iii) melaksanakan adunan bio bahan api sawit dengan diesel di sektor pengangkutan dalam negara secara berperingkat- peringkat;
(iv) Pelaksanaan skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti dan pembiayaan eksport minyak sawit melalui skim Palm Oil Credit Payment Arrangement.
Dalam hal ini, Malaysia dan Indonesia yang merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memperkukuhkan harga minyak sawit. Ini termasuk melaksanakan program penanaman semula, pelaksanaan penggunaan bio bahan api secara mandatori, menggalakkan pelaburan dalam industri hiliran serta menangani halangan-halangan bukan takrif bagi eksport bio bahan api berasaskan sawit ke pasaran-pasaran utama seperti di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kota Bharu juga, usaha terbaru yang dijalankan oleh kementerian untuk menstabilkan harga getah pula adalah dengan membuat penyelarasan di antara negara kita Malaysia, Thailand dan Indonesia melalui Agreed Export Tonnage Scheme (AETS). Walaupun harga getah asli telah mula bertambah baik semenjak awal tahun 2009, AETS perlu diteruskan bagi memastikan bekalan getah asli tidak melebihi permintaan pasaran. Usaha-usaha menstabilkan harga getah juga terus dipertingkatkan di mana ketiga-tiga negara di bawah International Tripartite Rubber Council (ITRC) itu, Malaysia, Indonesia dan Thailand melaksanakan Supply Management Schemes (SMS) untuk memastikan pengeluaran getah pada jangka masa panjang seimbang dengan permintaan sedunia. Terima kasih.
Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas usaha-usaha yang telah pun dijalankan oleh kerajaan. Saya dapati bahawa banyak negara-negara maju yang menggunakan ataupun menubuhkan stok penimbal ataupun stockpile bagi bahan-bahan utama bagi menjaga kepentingan- kepentingan strategik dan pihak-pihak yang berkenaan di dalam negara mereka. Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk menubuhkan semula stok penimbal bagi kedua-dua bahan asli negara kita bagi menjaga khususnya kepentingan peneroka-peneroka kecil ataupun pekebun-pekebun kecil dalam negara.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang saya katakan tadi, inilah apa yang kerajaan sedang cuba buat kerana daripada produk-produk komoditi yang ada dalam negara, kita juga mempunyai negara-negara pesaing seperti Indonesia, Thailand dan beberapa negara berdekatan.
Sebab itu apa yang kita buat seperti getah, adalah merupakan satu kerjasama di antara tiga-tiga negara yang telah pun saya katakan tadi.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Ini adalah merupakan strategi di mana kita mengadakan International Tripartite Rubber Council seperti kita berdialog dengan negara China melalui China Rubber Industry Association di mana kita menentukan supaya kita tahu berapa banyak yang diperlukan oleh industri ini di negara China supaya pengeluaran komoditi kita melalui getah sebagai contoh dapat kita seimbangkan di antara tiga-tiga negara supaya tak perlu kita mempunyai stockpile yang begitu banyak.
Begitu juga dengan hal kelapa sawit. Kita juga mempunyai satu perbincangan di antara tiga-tiga negara ini untuk menentukan supaya setiap pengeluaran yang kita buat, kita ada mempunyai satu kerjasama di mana pengeluaran-pengeluaran ini dapat kita tentukan melalui acreage pembangunan kelapa sawit yang dibuat di tiga-tiga negara. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi kalau kita lihat satu daripada aspek untuk menstabilkan harga getah ini ialah kualiti benih getah dan juga benih kelapa sawit yang ada dalam negara. Oleh kerana kita ada pesaing-pesaing daripada segi industri getah dan kelapa sawit ini di luar negara, jadi sejauh manakah pihak kementerian dapat mengawal agar benih-benih terbaik daripada klon yang terbaik getah dan kelapa sawit ini tidak terlepas ke luar negara kerana dengan cara ini, kita dapat memberi hasil yang terbaik dengan jumlah ladang yang sedikit. Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kerajaan melalui research kita dengan MPOB dan juga Lembaga Getah Malaysia, mengeluarkan klon-klon yang lebih baik daripada negara-negara lain. Atas sebab itu sekarang ini kita mengadakan satu regulation yang agak ketat di mana sesiapa yang mengeluarkan klon-klon yang terbaik ini, kita akan denda mereka dengan denda yang begitu setimpal mengikut apa yang mereka telah pun buat. Jadi sebenarnya masalah hendak melarikan klon yang kita buat selama ini bukanlah disebabkan oleh beberapa individu tetapi ia merupakan beberapa golongan yang rasanya sudah tidak ada tempat lagi untuk mereka menanam klon-klon yang baik ini, mereka terpaksa keluar dari negara.
Yang kita buat adalah sekiranya syarikat-syarikat tersebut adalah merupakan syarikat yang benar-benar mahu membangunkan kelapa sawit dan getah di luar sana dan mereka mempunyai tanah di luar negara kita, maka kita benarkan mengikut kadar yang tertentu. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Kewangan menyatakan, keadaan ekonomi negara setakat ini selepas langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.
Menteri Kewangan II - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang bersama-sama dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis, Parit Sulung, Serian, Bukti Bintang, Jempol dan Gua Musang dijadualkan pada 5, 12, 16, 19, dan 25 November serta 14 dan 15 Disember akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum, pada suku tahun pertama ekonomi kita telah merosot -6.2 peratus.
Kalau ikut unjuran dalaman pada suku tahun kedua, kita jangka dalam -6 peratus. Namun, alhamdulillah berkat langkah yang dilakukan oleh kerajaan termasuk Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua, ekonomi kita pada suku tahun kedua menguncup 3.9 peratus.
Kalau kita banding dari segi suku tahun ke suku tahun, kita mencapai pertumbuhan positif sebanyak 4.8 peratus. Apabila kita ukur dari segi bilangan mereka yang menganggur akibat daripada krisis ekonomi ini, bilangannya telah kurang pada bulan Oktober seramai 1,373 orang berbanding dengan 8,383 orang pada bulan Ogos pada tahun lalu. Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua berjumlah RM67 bilion. Manakala fiskalnya RM22 bilion. Daripada segi perbelanjaan, kita telah mengeluarkan sebanyak RM6.7 bilion pakej pertama dan RM14.6 bilion pakej kedua. Manakala dari segi projek 98,000 projek bernilai RM15 bilion di bawah kedua-kedua pakej. Manakala 53,000 telah pun siap. Dari segi rumah mesra rakyat 1,200.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Skim jaminan kredit yang membuktikan bahawa IKS sekarang sedang mula rancak menjalankan perniagaan. Awalnya kita memberi pinjaman bawah jaminan kredit sebanyak RM5 bilion tetapi telah ditingkatkan kepada RM7 bilion.
Sehingga 23 Oktober, 5,120 pemohon bernilai RM6.6 bilion membuat permohonan. Manakala untuk jaminan penstrukturan pinjaman sebanyak 154 permohonan melibatkan RM541.2 bilion. Dari segi siswazah kita tahu, program untuk siswazah terdapat RM6,000 pelajar yang telah menerima bantuan untuk PhD dan juga Masters.
Selain daripada itu, kita telah pun juga memberikan subsidi dan juga menjalankan program-program infrastruktur. Perkara yang utama di sini, bagaimanakah ekonomi kita akan dapat kita lihat pada tahun hadapan. Berasaskan kepada kajian kita seperti mana diumumkan semasa pembentangan belanjawan tempoh hari, ekonomi kita dijangka akan melonjak kepada antara 2 peratus hingga 3 peratus pada tahun akan datang. Malah, semalam pihak World Bank mengeluarkan unjuran mereka, dijangka ekonomi kita akan melonjak pada 4.1 peratus. Bermakna lebih positif daripada yang kita gambarkan. Terima kasih.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan penjelasan tentang keadaan ekonomi Malaysia setakat ini. Selepas beberapa langkah termasuk dua langkah economic packages telah diperkenalkan, saya percaya rakyat Malaysia akan bertambah yakin dan confident dengan kerajaan kita.
Walaupun begitu, adakah betul kita tidak akan tahu dengan jelas impak penuh langkah-langkah yang dijalankan kecuali hanya pada hujung tahun ini ataupun selepas G4?
Apakah peranan ataupun impak keperluan luar ataupun external demand dari khasnya traditional partners kita seperti US dan G7 yang ekonomi mereka juga lemah? Apakah langkah yang diambil untuk offset keadaan ini?
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua,dan dari segi impak pada peringkat ini kita membuat unjuran. Unjuran kita menunjukkan pada hujung tahun ini kita akan mencapai pertumbuhan negatif, lebih kurang 3 peratus. Ini akan dapat kita lihat apabila terjadi nanti pada hujung tahun. Yang Berhormat, pandangan Yang Berhormat memang betul kerana kesan ekonomi yang kita hadapi ini berpunca daripada luar. Negara kita sebuah negara perdagangan yang ke-19 terbesar di dunia.
Akibat daripada permintaan luar yang merosot, eksport kita telah merosot daripada bulan Januari sampai bulan Oktober pada purata lebih 20 peratus. Ini yang menjejaskan ekonomi negara kita. Soalan Yang Berhormat apakah langkah-langkah kita, kebergantungan kita kepada Amerika Syarikat dan juga kepada negara-negara Eropah, G8 Yang Berhormat nyatakan itu. Apa yang sedang kita lakukan adalah untuk kita leverage dengan izin dengan ekonomi-ekonomi yang dijangka akan menjadi peneraju kepada pembangunan ekonomi dunia selepas krisis ini.
Negara-negara yang dianggap akan bertumbuh pesat, negara-negara seperti China, negara-negara seperti India dan juga negara-negara rakan Asian kita dan juga Timur Tengah. Jadi, kita akan merapatkan hubungan kita dengan negara-negara tersebut. Di samping, di peringkat Asian kita mempunyai beberapa inisiatif yang sedang dijalankan. Kita gunakan pakatan rantau untuk kita sama-sama mengatasi masalah ekonomi ini. Kita harap pertumbuhan ekonomi yang telah kita mula dapat lihat ini akan berterusan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya dapat juga. Saya cukup menginsafi dan menyedari akan cabaran dan keberanian Kementerian Kewangan dalam membuat beberapa langkah yang agak saya katakan tadi berani dalam suasana mengejutkan pun mereka sanggup menurunkan perbelanjaan ataupun bajet baru-baru ini RM22 bilion dari sudut operating expenditure dan RM2 bilion dalam development expenditure.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah asas andaian yang kementerian lakukan, yang kementerian buat dalam mengandaikan pertumbuhan yang sebegitu kerana antara lainnya dengan projection dan prognosis, ramalan bahawa penguncupan global belum kita keluarkan sepenuhnya dan memandangkan juga pertama nya kerana ramalan kepada the double-dip atau pun mungkin sekali lagi akan mengalami satu lagi penguncupan. Itu satu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Keduanya juga, memandangkan juga rekod revenue kita itu tidak banyak.
Contohnya 99 daripada 99 GLC’s hanya 27 hanya membuat keuntungan dan hanya 12 membayar dividen dan juga pungutan kita. Kita berkurangan pungutan tahun lalu sebanyak 8 peratus. Kita tidak dapat memungut lebih kurang RM30 bilion revenue. Jadi, atas semua perkara ini ringkas-ringkasnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah asas ramalan dan bullishness ataupun keyakinan yang dibuat oleh kementerian? Terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, pertama Yang Berhormat bertanya tentang tindakan kerajaan mengurangkan operating expenditure dengan izin. Kalau kita lihat dari segi kedudukan kewangan kita, kita berada dalam kedudukan defisit sejak berapa lama. Bermakna kalau defisit ini, ia akan dikaitkan dengan hutang negara. Kita tidak mahu negara mempunyai hutang yang besar dan ini akan akhirnya membebankan kewangan kita. Ini kerana, kita mesti tahu dari segi pengurusan kewangan negara, kalau kita banyak bayar hutang dan banyak bayar duit subsidi, dari segi ahli komunis menganggapnya sebagai bukan productive activities.
Jadi, berasaskan kepada itu, kita beranggapan bahawa kita mesti kurangkan defisit negara kita. Apabila kita bercakap soal operating expenditure yang kita kurangkan, saya ingat di sini kita perlu berterima kasih kepada pihak ketua setiausaha semua kementerian kerana dapat memotongnya lebih kurang 13 peratus. Ini kerana, potongan ini bukan bermakna bahawa efficiency kita kurang. Pemotongan ini bermakna kita menjalankan aktiviti yang sama atau lebih daripada itu pada kos yang lebih rendah.
Bermakna kita menggunakan situasi krisis ekonomi ini untuk kita reinvent the government.
Jadi, ini perkara yang baik. Saya percaya dalam tempoh waktu terdekat ini kerajaan akan menerajui pembangunan negara ini lebih daripada yang dilakukan sebelum.
Kita ada NKRA, KPI, kita ada LAB dan sebagainya untuk kita memperkukuhkan usaha- usaha kerajaan tersebut.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Yang Berhormat menyatakan tadi tentang double dip. Jadi saya rasa kita perlu lihat kebijaksanaan kerajaan. Kalau defisit kita tinggi, katalah sesetengah negara di Eropah sampai 12 peratus, dalam keadaan yang tidak menentu ini, berlakulah defisit. Setelah kita naik sedikit, kemudian kita jatuh balik. Bagi negara yang defisitnya sampai 12 peratus, mereka tidak ada fleksibiliti. Dalam konteks negara kita, defisit kita 5.6 peratus, kita mempunyai fleksibiliti. Bermakna kalau berlaku defisit, keperluan untuk kerajaan berbelanja.
Kita mempunyai kekuatan untuk kita boleh berbelanja lagi. Jadi di sini kebijaksanaan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan tersebut.
Berkenaan dengan GLC, ini adalah syarikat-syarikat yang bergiat dalam bidang pasaran dan kita tahu bahawa suasana ekonomi telah tidak sebaik dahulu. Kita lihat syarikat-syarikat global yang dahulu dikagumi oleh dunia, banyak yang bankrap. Jadi situasi ini adalah situasi yang bukan seperti dahulu, maknanya situasinya lebih runcing daripada sekarang. Saya percaya pada masa akan datang mereka akan dapat membuat keuntungan yang besar. Kita sedang membuat beberapa inisiatif untuk kita memperluaskan base cukai kita, narrow base lebih kurang RM1 juta lebih yang bayar cukai kita sedang lihat kepada base yang lebih besar.
Dari segi jangka panjang, apabila kerajaan bercadang untuk menaikkan negara ini kepada negara berpendapatan tinggi, dari segi jangka panjangnya saya percaya bahawa base ini akan meluas. Terima kasih.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memandangkan kejayaan Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua, kadangkala mengabaikan suasana kedudukan ekonomi negara luar dan juga mengambil kira tentang pertumbuhan ekonomi negara-negara luar yang masih belum lagi stabil sekarang termasuk Amerika juga, adakah lebih bijak kerajaan sekarang ini melancarkan Pakej Rangsangan Ketiga bagi melonjakkan ekonomi negara.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Seperti mana saya nyatakan tadi, Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai fleksibiliti. Bermakna tahun ini kita jangka pertumbuhan kita pada -3 peratus, pada tahun hadapan antara 2 peratus hingga 3 peratus.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Malah dalam mesyuarat kita baru-baru ini, kita sedang melihat bagaimana kita hendak memperkukuhkan lagi pertumbuhan bukan kepada kadar 2 peratus hingga 3 peratus, kerana kita lihat dari segi sejarah ekonomi kita, selepas kita berhadapan krisis umpamanya 1997-1998, pertumbuhan kita menjadi begitu mendatar, begitu rendah daripada sebelum dan sekarang kita dapati mungkin lebih rendah daripada sebelum krisis ini.
Jadi kita sedang mengkaji beberapa aspek bagaimana kita hendak memperkukuhkan ekonomi kita supaya pertumbuhan tersebut mapan untuk kita capai sebuah negara berpendapatan tinggi. Bermakna Pakej Rangsangan Ketiga jika perlu, kita melihat kepada suasana pada masa ini suasana ekonomi sedang mencapai pertumbuhan di seluruh dunia, kita melihat dari segi harga komoditi, dari segi pasaran di Amerika Syarikat dan beberapa negara ini, kita dapati berlaku pertumbuhan. Sekiranya seperti mana yang saya nyatakan berlakunya kejatuhan ekonomi, kita mempunyai fleksibiliti untuk kita mengenalkan pakej.
6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, tahap keselamatan MRR2 selepas kerja pembaikan dijalankan terhadap CFRP di pier 28 yang telah tercabut dan menyebabkan MRR2 terpaksa ditutup pada akhir 2008.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat prihatin tentang isu pembinaan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur. Projek MRR2 ini merupakan jalan utama dalam sistem penguraian trafik di ibu kota ini. Pelaksanaan jalan MRR2 ini bermula di persimpangan Jalan Kepong, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) yang melalui Batu Caves, Melawati, Ampang, Cheras, Seri Petaling dan seterusnya menghubungkan kepada Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
Jarak keseluruhan MRR2 adalah sejauh 35 kilometer dan telah direka bentuk untuk kapasiti enam lorong dua hala. Selain daripada itu jalan ini juga turut menyediakan kemudahan persimpangan bertingkat bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penguraian trafik di beberapa persimpangan utama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jejambat MRR2 (Pakej 11) di Kepong merupakan sebahagian daripada keseluruhan MRR2.
Jejambat MRR2 (Pakej 11) telah dilaksanakan oleh SUKMIN-Bumihiway dan KKM
(Wilayah) joint venture dan kerja-kerja telah dimulakan pada 27 Mei 1999 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2002.
Namun keretakan telah dikesan pada struktur jejambat MRR2 di kawasan Kepong pada Jun 2004. Sehubungan dengan itu kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memperbaiki kerosakan yang telah dikenal pasti itu. Kerja-kerja pembaikan ke atas jejambat Pakej 11 MRR2 ini telah pun siap dilaksanakan oleh Syarikat ‘Reget’ Sdn. Bhd. pada 9 November 2006. Namun pada 3 Ogos 2008, kecacatan pada Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) yang di pasang di pier 28 telah dikesan. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memasang semula tie frame serta jaring keselamatan di crossbeam berkenaan dan kerja-kerja pemasangan tersebut telah disiapkan pada 6 September 2008.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pier 28 telah mengalami kecacatan apabila 3 daripada 18 tendon CFRP yang dipasang bagi memindahkan tekanan mampatan ke crossbeam telah rosak. Kerja-kerja memulihkan tekanan tersebut ke paras pra kecacatan telah dilaksanakan dengan menggunakan kerangka pengikat iaitu tie frame, dengan izin, selaras dengan kehendak piawaian British, BS5400. Oleh itu tahap keselamatan di pier 28 ini dan keseluruhan laluan di MRR2 adalah selamat untuk digunakan. Terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan jaminan bahawa tahap keselamatan MRR2 di Kepong itu selamat. Cuma yang saya hendak minta penjelasan ialah pertama, apa jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku ke atas pier yang lain, tiang-tiang yang lain sebab ini isu yang sangat penting bagi saya bahawa kalau boleh berlaku di pier yang ke-28, apakah tidak mustahil ia juga boleh berlaku kepada 32 tiang lain lagi. Saya telah difahamkan, perunding antarabangsa, kalau tidak silap saya yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya iaitu Halcrow telah pun memberikan nasihat kepada Kementerian Kerja Raya supaya tidak menggunakan kaedah CFRP ini.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu saya agak sangat perlu mendapat satu penjelasan dari segi tahap keselamatan ini sebab ini perunding yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya yang mencadangkan supaya tidak boleh menggunakan kaedah CFRP ini. Jadi ada juga pandangan yang mengatakan bahawa kemungkinan akan berlaku tindak balas kimia ke dalam konkrit yang ada itu. Jadi ini akan melemahkan tiang-tiang yang ada ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa kerajaan harus memperjelaskan apa jaminan seperti yang saya katakan tadi dan apa tindakan dibuat oleh pihak JKR untuk mengelak daripada keretakan ini berlaku.
Akhir sekali saya hendak minta ialah setakat yang saya tahu bahawa sehingga sekarang semua itu ditanggung oleh kerajaan, RM74 juta dan belum ada apa-apa tuntutan telah dibuat daripada kontraktor Bumihiway dan juga SUKMIN serta saya lihat bahawa Kementerian Kerja Raya juga tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas perunding reka bentuk kerana dilaporkan dalam laporan Halcrow ini menunjukkan bahawa antara yang menjadi punca kepada masalah keretakan itu bermula daripada reka bentuk yang silap, yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cukup, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
..Dibuat oleh perunding Maunsell Sharma, sedangkan sehingga sekarang Maunsell Sharma ini masih terlibat dalam projek- projek kerajaan tanpa ada sekarang tindakan yang dibuat oleh Kementerian Kerja Raya.
Terima kasih.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat dari Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, beliau bercakap tadi CFRP, tindak balas kimia, saya terlupa Yang Berhormat macam seorang juruteralah cara cakap itu... [Ketawa] Cuma saya hendak beritahu, mungkin Yang Berhormat cakap carbon fibre ini, saya hendak beritahu, pertama saya hendak jelaskan bahawa sebagaimana yang saya bagi jaminan bahawa keseluruhan pier ini dalam keadaan selamat. Cuma hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, memang ada tindakan carbon fiber ini dengan simen yang ada ataupun alkaline yang ada di dalam piers ini. Sebenarnya carbon fibre ini, ini adalah kali pertama digunakan secara meluas di dalam sesuatu proses pemulihan kerana selama ini ia digunakan secara kecil-kecilan daripada syarikat perunding dari Jerman yang mencadangkan ini.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Untuk pengetahuan, mengapa saya katakan pier-pier ini dalam keadaan selamat kerana dalam setiap reka bentuk design yang dilakukan oleh jurutera, pertamanya adalah untuk memastikan ultimate design. Ultimate design ini mengambil kira faktor keselamatan.
Dalam kes ini, faktor keselamatan pier-pier itu telah diambil kira. Cuma, serviceability untuk design itu. Ini kalau Yang Berhormat jurutera, mudah saya terangkan. Serviceability design ini termasuklah meningkatkan lagi faktor keselamatan berhubung dengan pier ini. Itulah jaminan bahawa pier itu adalah dalam keadaan selamat. Cuma mempertingkatkan lagi faktor keselamatan pier-pier yang ada pada hari ini. Itu beritahu.
Walau bagaimanapun, sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi bahawa carbon fiber ini bertindak balas dengan alkaline dan simen, maka terpaksalah kita buka semula carbon fiber itu. Itu sebab kita meletak netting kerana yang paling penting bagi kementerian dan bagi saya, adalah untuk memastikan tidak ada kejadian yang akan menimpa pengguna-pengguna MRR2 itu. Itu sebab kita letak netting di pier-pier ini supaya tidak berlaku runtuhan, debris kepada kenderaan atau orang ramai. Ini yang kita lakukan.
Berhubung dengan mengapa tidak diambil tindakan kepada syarikat yang menjadi consultant ataupun perunding untuk buat jejambat ini. Suka saya jelaskan kepada Yang Berhormat, projek ini dilaksanakan dengan design and build. Bila design and build, tanggungjawab adalah terletak di bahu kontraktor itu, maka kerajaan hanya mengambil tindakan kepada kontraktor. Terpulang kepada kontraktor kemudian menjelaskannya kepada pihak yang tertentu apakah peranan yang dimainkan oleh consultant beliau dan juga tindakan yang beliau boleh ambil kepada consultant yang memberi pandangan itu. Ini jawapan yang ingin saya jelaskan kepada Yang Berhormat kecuali ada maklumat tambahan akan saya berikan. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang Yang Berhormat Tampin hanya mewarisi masalah ini, dan saya pun menghargai Yang Berhormat Pokok Sena yang tinggal 300 kilometer ke utara itu, berminat dengan kawasan Kepong pula... [Ketawa] Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, mengenai keselamatan. Kita gunakan carbon fiber teknologi Jerman, dan teknologi ini belum diuji di negara tropika. Ini pun kali yang pertama digunakan di Kepong. Oleh kerana digunakan kali pertama, kali pertamalah retakan ke atas jejambat seumpama ini di negara ini. Tiga kali sudah retak.
Adakah Yang Berhormat setuju dengan Yang Berhormat Menteri sebelum ini, Menteri dari Sungai Siput yang mengatakan jaminan untuk 100 tahun? Bukan main... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat terus pada soalan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, ya, soalan pula saya terus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruslah. Terus soalan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu bentuk soalan... [Ketawa] Bentuk soalan.
Sama ada beliau setuju dengan jaminan 100 tahun oleh bekas Menteri? Ini tidak habis kerana entahlah berapa tahun sudah sejak 1997 lagi, Jadi, sudah 10 tahun sekarang ini. 11 tahun. Bolehkah Yang Berhormat seperti Menteri yang dahulu itu, memberi jaminan berapa tahun pihak pengguna jalan yang bukan dari Kepong sahaja tetapi dari Pokok Sena pun gunakan juga... [Ketawa] Ini kerana, hendak kembali ke Pokok Sena kadang kala dia melalui MRR2 juga... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ada lagi banyak Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah cukuplah Yang Berhormat cukuplah.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita dalam soal jawab Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sambungan kepada soalan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat ya. Sudah soal satu soalan cukup. Cukup Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Cukuplah, cukup.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong yang memang kawasan MRR2 ini ataupun jejambat pakej 11 ini berada di kawasan Yang Berhormat. Cuma Yang Berhormat Pokok Sena ini adalah salah seorang pengguna MRR2 kerana tujuan MRR2 ini dilaksanakan, dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang ingin berjalan dari selatan, Kuala Lumpur dan sebagainya, sama ada ke utara ataupun ke Pantai Timur. Itu sebab kita buat MRR2. Tujuan kerajaan untuk memudahkan Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Pokok Sena ini untuk balik ke utara. Itu sebab kita buat MRR2 itu.
Tadi Yang Berhormat dari Pokok Sena juga tanya, mengapa pembayaran dibuat oleh kerajaan pada masa ini? Sebenarnya untuk pengetahuan berkenaan perkara ini, JKR telah mengemukakan kepada Pejabat Peguam Negara bahawa ada kesilapan-kesilapan teknikal dari segi pandangan-pandangan pihak consultant dan juga kesilapan-kesilapan teknikal daripada kontraktor. Maka, tindakan selanjutnya akan diambil oleh Jabatan Peguam Negara kepada consultant ataupun kepada kontraktor yang terlibat. Sebagaimana yang kita ketahui, kes ini juga telah dibawa ke mahkamah.
Akan tetapi, yang penting bagi kementerian ini terlebih dahulu adalah bukan siapa yang membuat pembayaran. Paling penting bagi kementerian saya adalah untuk memastikan keselamatan seluruh pengguna MRR2 itu terjamin. Itu paling penting, bukan siapa bayar. Kalau saya hendak kata, yang penting kita jangan bayar dahulu dan akhirnya, kalau tumbang kena kepala Yang Berhormat Kepong, macam mana? Itu jangan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Itu sebab bayar itu kita fikir kemudian. Kita selesaikan dan pastikan orang di Kepong tidak marah pada Ahli Parlimen Kepong, kita jaga MRR2 ini. Ini penting.
Dari segi usia sesuatu jejambat itu. Sebenarnya, apabila mana-mana pihak membuat design reka bentuk sesuatu jejambat itu, memang dirancang usianya antara 100 hingga 110 tahun. Untuk saya bagi satu jaminan yang mutlak 100-110 tahun itu, saya tidak dapat hendak bagi sebab saya pun tidak tahu sama ada saya ada 100 tahun. Akan tetapi, insya-Allah kalau diizin Tuhan..., kerana sebagaimana saya katakan tadi ultimate design nya sudah cukup. Akan tetapi, kadang-kadang kita juga kena percaya sedangkan di Mississippi, Amerika Syarikat, jejambat yang begitu kukuh dan negara yang paling terkenal juga, jejambatnya runtuh. Ini kita tidak ada runtuh, kita hanya rekahan kerana berlaku sedikit masalah. Ini ingin saya maklumkan kepada Dewan. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Apa jaminan net itu tidak jatuh?
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Saya rasa tidak jatuh.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak, jaminan net itu tidak jatuh...
[Ketawa]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Net itu tidak... Kita jaga, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kalau yang lain boleh jatuh net pun boleh jatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Benda itu, siapa boleh jamin?
7. Tuan Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapa ramai kontraktor atau usahawan bumiputera dan bukan bumiputera yang telah diberikan peluang untuk melaksanakan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua, dan apakah nilainya.
Menteri Kewangan II - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Labis bersama dengan soalan Yang Berhormat Sibuti dan Maran yang dijadualkan pada 5 November dan 25 November...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
...Serta 1 Disember dan 2 Disember kerana menyentuh isu sama iaitu prestasi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi satu dan dua berjumlah RM67 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Seperti mana kita maklum, kerajaan menyediakan sebanyak RM67 bilion di bawah pakej pertama dan kedua, di mana RM22 bilion adalah dalam bentuk fiskal, manakala RM45 bilion dalam bentuk bukan fiskal.
Dari segi bukan fiskal, sebanyak RM25 bilion adalah untuk dana jaminan, RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti, RM7 bilion untuk inisiatif pembiayaan PFI dan luar bajet, dan RM3 bilion untuk insentif kredit. Dari segi manfaat, antara sektor yang menerima manfaat yang baik adalah sektor pembinaan. Dengan itu, dapat mencatat pertumbuhan 1.1 peratus suku tahun pertama.
Manakala sektor perkhidmatan, dalam suku tahun kedua memperoleh 2.8 peratus.
Dari segi pelaksanaan Tuan Yang di-Pertua, Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama sebanyak 61,000,374 projek telah dilancarkan.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Ini sebahagian besar adalah untuk kontraktor-kontraktor Kelas F dan E. Bilangan kontraktor sebenarnya saya belum peroleh sehingga kini. Dari segi pakej kedua, sebanyak 34,786 projek. Sebahagian daripadanya iaitu 85 peratus adalah untuk kontraktor yang lebih besar menggunakan sistem pemberian kontrak yang berbeza.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Selain daripada kontraktor mendapat perolehan dari segi projek tersebut, spin-off kepada supply chain, dengan izin, kepada sektor binaan dapat kita peroleh.
Dari segi pencapaian-pencapaian lain adalah seperti berikut, sebanyak keseluruhan jumlah bajet seperti mana saya katakan tadi adalah RM22 bilion. Kerja dilancarkan dalam RM15 bilion, dari segi pakej pertama 65 peratus, pakej kedua 30 peratus. Insya-Allah pada tahun 2010, semua pakej ini akan selesai dilaksanakan seperti mana kita tahu, pakej kedua adalah untuk tahun 2009 dan 2010.
Dari segi skim kredit RM25 bilion, RM6.9 bilion sudah diluluskan untuk modal pusingan, RM500 juta untuk penstrukturan industri, manakala RM94 bilion sedang dalam pertimbangan untuk skim jaminan kewangan yang mana syarikat memohon daripada skim jaminan untuk mengeluarkan bon bagi mereka mendapat pembiayaan.
Dari segi tabung pelaburan ekuiti, ini sedang dilaksanakan oleh Khazanah. PFI sebanyak bilion sedang dalam pelaksanaan melibatkan antara lain Taman Perindustrian Tanjung Agas, Pahang, biotechnology cluster di Iskandar Malaysia dan sistem penyuraian trafik kawasan KL Sentral. Insentif sebanyak RM3 bilion juga telah disediakan dan sedang dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberi. Memandangkan jawapan tersebut merangkumi prestasi pakej rangsangan pertama dan kedua apa yang telah dibelanjakan, saya ingin tahu dari segi syarikat SME, adakah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan memandangkan kebanyakan pinjaman telah diberi kepada SME pada masa ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Di bawah pakej rangsangan seperti mana kita maklum awal, kita menyediakan sebanyak RM5 bilion untuk tujuan modal pusingan IKS. IKS di sini kita maksudkan syarikat yang mempunyai modal berbayar di bawah RM200 juta. Oleh kerana permintaan yang banyak, maka kita telah pun menambahkannya pada RM7 bilion. Apa Yang Berhormat nyatakan itu telah kita laksanakan dan pada masa akan datang, kita akan lihat situasi sama ada perlu penambahan tersebut.
Di samping itu, kita maklum bahawa industri kewangan kita juga mempunyai pinjaman-pinjaman yang disediakan. Di pihak kerajaan pula, kita telah pun menstrukturkan semula SMIDEC kepada SME Corporation yang sekarang ini kita sedang gabungkan lebih 70 pinjaman kepada 30 peratus supaya penyampaiannya lebih efisien dan efektif. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Soalan tambahan saya cukup mudah, lanjutan daripada persoalan kedua iaitu mengenai khusus terhadap SME dalam pakej rangsangan ini. Saya bersetuju dengan angka-angka serta ulasan yang diberikan oleh pihak Menteri terhadap polisi khusus yang diberikan tumpuan terhadap SME.
Namun, saya hendak tanya di sini kepada Menteri dan kementerian. Oleh kerana pihak SME, persatuan-persatuan SME mengatakan bahawa 61 peratus daripada kalangan SME menghadapi sustainability dalam cashflow atau cashflow sustainability, dengan izin, ini membawa atau meletakkan SME di dalam satu suasana yang agak getir, terutama apabila kerajaan mengatakan kegawatan ekonomi masih belum pulih dan mereka menyuarakan pandangan ini.
Lanjutan daripada soalan ini yang mengkhususkan kepada pembahagian kepada usahawan bumiputera dan bukan bumiputera, saya mohon kepada Menteri untuk memberi sedikit gambaran, apakah 61 peratus SME ini hanya merujuk kepada segmen yang dirangkumi oleh usahawan bumiputera sahaja ataupun keduanya sekali? Apakah cadangan atau langkah untuk mengatasi krisis cash flow sustainability ini? Terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti melihat dari segi perancangan kerajaan, bukan dalam konteks pakej rangsangan pertama dan kedua semata-mata, tetapi dilihat dalam konteks belanjawan kerajaan yang mana tersedia beberapa pembiayaan untuk semua sektor, termasuk IKS.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Kerajaan begitu prihatin kerana IKS kalau kita lihat di banyak negara, Jerman, Jepun, IKS adalah sektor yang menyokong pertumbuhan ekonomi, di mana wujudnya syarikat-syarikat besar adalah datangnya daripada wujudnya IKS yang menyokong sektor tersebut.
Apa Yang Berhormat nyatakan dari segi masalah-masalah working capital dan sebagainya, kita memang melihat perkara itu, malah kita telah pun menubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), laman informasi, khidmat nasihat yang bertujuan untuk membantu IKS. Sekiranya mereka berhadapan dengan masalah cashflow, mereka boleh pergi ke situ untuk membuat rayuan ataupun aduan kepada pihak tersebut.
Di samping itu, kita mempunyai platform seperti mana kata Perdana Menteri, era kerajaan mengetahui semuanya telah berakhir. Jadi, bermula daripada itu, hubungan kerajaan dengan sektor swasta, NGO dan rakyat begitu rapat sekarang. Ini bermakna kita mempunyai platform untuk kita sentiasa berbincang untuk membantu sektor IKS.
8. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [Padang Serai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk melindungi hak asasi pekerja asing di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 semua pekerja di Malaysia adalah dilindungi tanpa membezakan sama ada mereka pekerja tempatan atau pekerja asing. Kontrak perkhidmatan yang dipersetujui bersama antara majikan dan pekerja antaranya mengandungi butiran seperti gaji, waktu kerja, kemudahan bercuti, notis tamat kerja dan perlindungan insurans kemalangan di tempat kerja.
Di antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk melindungi hak asasi pekerja asing di Malaysia adalah satu ialah pemeriksaan berkanun di tempat kerja bagi memastikan majikan mematuhi semua peruntukan perundangan berkaitan dengan pekerja termasuk penggajian pekerja asing. Pekerja-pekerja asing juga boleh membuat aduan terus ke 80 Pejabat Tenaga Kerja dan siasatan ke atas aduan tersebut akan dijalankan dalam tempoh yang pendek. Pampasan akibat daripada kemalangan sama ada berlaku di tempat kerja atau dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja melalui penguatkuasaan Akta Pampasan Pekerja. Keselamatan mereka dan kesihatan pekerja asing di tempat kerja dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 melalui pemeriksaan dan penguatkuasaan di tempat kerja. Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kita setiap hari mendengar bagaimana pekerja-pekerja asing menghadapi pelbagai masalah. Pada tahun lalu, 1,200 aduan di mana mereka tidak dibayar gaji diterima oleh MTUC dan kita juga melihat serta mendengar setiap hari macam mana pekerja-pekerja asing ini, yang paling sedih semalam saya terbaca di mana seorang pekerja asing giginya dicabut, dua gigi dicabut, kemudian juga bagaimana pekerja-pekerja asing ini dipukul, disimbah air panas dan pelbagai masalah yang kadang-kadang kita tidak dengar langsung.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sebagai Kementerian Sumber Manusia juga dicadangkan oleh SUHAKAM sendiri bahawa Kerajaan Malaysia harus membenarkan kalau seandainya pekerja-pekerja asing ini dibenarkan untuk menubuhkan persatuan di kalangan mereka dan juga galakan yang baik daripada kerajaan hari ini, maka persatuan ini boleh membuka rangkaian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mukadimah... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalannya, adakah kementerian bercadang...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi, untuk mengurangkan masalah hak asasi manusia ini, perlu ada satu rangkaian di kalangan pekerja-pekerja asing ini sendiri kerana ini melibatkan kerajaan hari ini dengan pekerja-pekerja asing di mana masalah ini adalah di antara pekerja-pekerja daripada kerajaan Malaysia dan juga pekerja- pekerja asing ini tidak dapat ditembusi masalah ini. Jadi adakah kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menyegerakan penubuhan persatuan ini di mana cadangan ini dicadangkan oleh SUHAKAM yang dibelakangi oleh kerajaan sendiri dan juga apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyegerakan penubuhan persatuan pekerja-pekerja asing ini?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan lebih sedar daripada Yang Berhormat di dalam hal untuk menjaga hak pekerja asing dan pekerja tempatan dan saya dah beritahu dengan jelas kita tidak membezakan antara pekerja tempatan dan pekerja asing di dalam menjaga hak mereka. Pekerja-pekerja asing dibenarkan melalui undang-undang yang kita sudah ada untuk mewakili kesatuan-kesatuan sekerja yang ada pada masa sekarang. Contohnya dalam bidang perladangan ada banyak pekerja asing yang sudah menjadi ahli di dalam NEPW, sudah ada di antara yang mana pekerja asing boleh membuat aduan mereka, sudah ada wakil-wakil pemimpin di pihak mereka untuk menjaga hak mereka. Di dalam kerajaan, kita sudah menubuhkan pelbagai jenis saluran melalui mana mereka boleh buat aduan termasuk di dalam televisyen, kadang-kadang hotline JTK kita ada diberitahu secara umum supaya semua pekerja asing boleh tahu kalau ada masalah, mana kah pihak, mana kah saluran melalui mana mereka boleh buat aduan dan mendapat keadilan.
Sampai sekarang, semua kes yang telah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja telah diambil berat dan diselesaikan. Saya terimalah bahawa kes-kes penderaan ada, bukan sahaja di negara kita tetapi di mana-mana negara pun termasuk negara asal di mana pekerja asing datang. Oleh itu,ini bukan isu kerajaan, ini isu manusia. Kalau Yang Berhormat ada cadangan supaya kita berhentikan pekerja asing, tolong membuat cadangan itu dan jangan beritahu kerana kerajaan sudah membenarkan pekerja asing masuk, seolah- olah kerajaan yang menyokong penderaan-penderaan yang dibuat oleh satu-satu pihak, itu bukan. Kita memang ada pelbagai jenis cadangan, pelbagai jenis langkah yang telah diambil untuk mengawal pekerja-pekerja.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Dewan riuh]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Akan tetapi, dari segi isu persatuan, memang kita tegas dan tidak membenarkan. Pada hari ini Yang Berhormat mungkin akan cadangkan persatuan, mungkin esok Yang Berhormat akan cadangkan parti politik untuk pekerja asing.
Kita tidak akan sokong hal-hal ini, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada jawapan baik yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap pekerja-pekerja asing yang datang secara sah ke negara ini, tetapi tidak mendapat pekerjaan kerana agen mereka gagal menyediakan pekerjaan yang dijanjikan dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap agen pengambilan pekerja asing seperti ini. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat, pekerja-pekerja asing sah maksudnya sebelum mereka datang ke sini, memang agen sudah memastikan ada majikan yang sah dan sekarang secara satu langkah yang telah kita ambil untuk memastikan perkara-perkara macam ini tidak berlaku ialah untuk memastikan perjanjian di antara pekerja asing dan majikan yang patut ditandatangani telah disediakan sebelum mereka datang ke negara kita dan perjanjian ini dikemukakan kepada pekerja asing di negara sumber mereka, mereka tahu siapa yang majikan, mereka tahu siapa yang gaji, mereka tahu apakah bidang yang mereka akan kerja dan selepas datang ke negara kita, kalau ada perbezaan di antara apa yang telah ditetapkan dan sudah diterima di dalam perjanjian bersama itu, mereka boleh membuat aduan kepada kementerian dan kementerian akan mengambil tindakan kepada agensi itu termasuk membatalkan lesen agensi sedemikian supaya mereka tidak boleh terus bergerak.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Jadi memang kita tegas tentang perkara yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh agensi-agensi pekerjaan dan untuk memastikan bahawa hak pekerja-pekerja yang datang melalui mereka dilindungi, terima kasih.
9. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, sejauh mana RTM mengawal program-program yang disiarkan di stesen-stesen televisyen, terutama sekali stesen televisyen swasta, benar-benar bermutu, berwibawa, bermotifkan pendidikan, hiburan pembina minda masyarakat yang bijaksana.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, RTM sebagai sebuah stesen televisyen tidak mengawal program-program yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen swasta sebaliknya hanya bertanggungjawab memilih dan memantau bahan-bahan yang disiarkan di stesen RTM sahaja. Ini untuk memastikan rancangan yang disiarkan oleh RTM mematuhi kod etika penyiaran yang meliputi garis panduan, penerbitan dan siaran, etika berpakaian, gaya penampilan dan persembahan.
Selain itu, aspek kandungan rancangan juga diberikan keutamaan yang melibatkan mesej dan impak kepada masyarakat. Ini termasuklah mengutamakan rancangan-rancangan yang berkualiti yang turut berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang dapat membangunkan minda masyarakat. Bagi tujuan ini, RTM mempunyai panel penilai rancangan dan panel kualiti sendiri untuk menilai dan meluluskan rancangan- rancangan yang dibekalkan oleh penerbitan swasta. Bagi memastikan rancangan- rancangan berkenaan sesuai disiarkan di RTM, panel ini berhak menolak, menegur dan meminta rakaman semula dilakukan walaupun rakaman tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kandungan yang disiarkan di stesen-stesen televisyen swasta adalah dikawal dan tertakluk di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau AKM 1998 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Stesen-stesen televisyen swasta perlu mematuhi syarat- syarat lesen yang ditetapkan oleh SKMM seperti berikut:
(i) pihak stesen televisyen perlu memastikan semua kandungan yang pra rakam adalah ditapis dan mendapat kelulusan dahulu dari Lembaga Penapisan Filem sebelum ia boleh disiarkan di televisyen;
(ii) tidak menyiarkan kandungan yang menyinggung sensitiviti agama,bangsa dan budaya mana-mana masyarakat di Malaysia; dan
(iii) tidak menyiarkan apa-apa jua kandungan yang bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia mahupun kandungan yang tidak menyumbang kepada aspirasi nasional.
Pihak pemegang lesen juga dikehendaki menyediakan program kandungan tempatan yang mempromosikan budaya dan identiti kebangsaan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Selain itu pihak stesen televisyen perlu memastikan kandungan yang disiarkan mematuhi kod kandungan di bawah seliaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Secara umumnya kod kandungan bertujuan untuk mencadangkan garis panduan dan tatacara berhubung dengan peruntukan kandungan melalui kawal selia kendiri oleh pihak industri dengan cara yang praktikal dan boleh dilaksanakan secara komersial serta pada masa yang sama merangsang, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua tindakan undang- undang di bawah AKM 1998 boleh dikenakan kepada mana-mana stesen televisyen swasta yang didapati melanggar syarat lesen, kod kandungan atau lain-lain peruntukan undang- undang lain yang terpakai di Malaysia. Terima kasih.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya siapakah dan apakah kriteria panel penilai rancangan dan panel kualiti RTM? Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.
Sebenarnya panel penilai dan panel kualiti yang menasihatkan RTM adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan dan orang-orang yang telah lama berpengalaman dan ada juga yang telah bersara dan diketahui bahawa mereka mempunyai pengalaman yang mendalam dalam penyiaran dan oleh yang demikian mereka dianggap sebagai specialist dan menjadi resource person, dengan izin kepada kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, sudah tamat sesi soal jawab lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan
senarai tersebut. - 4 November 2009] Timbalan Yang di-Pertu
Saya ingin tahu berapa ramai lagi yang hendak berucap untuk hari ini.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sembilan orang.
Seorang Ahli
Sepuluh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sepuluh orang? Ada sembilan orang dan kita lebih kurang ada 250 minit untuk berucap. Jadi, lebih kurang 12 orang dan kalau ini sahaja yang ingin berucap kita akan tetapkan 20 minit.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Lebih Tuan Yang di-Pertua, tentu lebih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, ada Ahli-ahli yang di luar belum masuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada lagi?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ada lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya rasa kita hadkan kepada 15 minit sekarang ini untuk menampung lebih ramai yang berucap. Sila Yang Berhormat Paya Besar untuk menyambung perbahasan.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salah sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama membahas Rang Uundang Perbekalan 2010. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas pembentangan Bajet 2010 yang merupakan bajet sulung sejak memegang jawatan Menteri Kewangan yang bertemakan ‘1Malaysia Kemakmuran Bersama’ dan merupakan bajet akhir untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Gagasan 1Malaysia ini diterima baik dan mendapat penghormatan sebahagian besar masyarakat di negara ini. Ada pemimpin-pemimpin Melayu, Cina atau India mengatakan bahawa beliau adalah pemimpin yang berpandangan jauh. Mereka berharap satu pembaharuan yang lebih konkrit dan jelas dapat dilaksanakan bagi mengubah nasib rakyat negara ini.
Dalam masa yang sama 1Malaysia dicurigai sesetengah orang Melayu yang tidak jelas mengenai konsep ini dan merasakan 1Malaysia akan mengikis hak keistimewaan mereka. Kelompok ini pasti tidak senang kerana merasakan hak mereka hilang atau dikongsi dengan orang lain. Kalangan kaum lain pula merasakan kerajaan akan memberikan lebih banyak ruang untuk mereka untuk menikmati seperti mana hak istimewa orang Melayu.
Oleh itu, saya menyarankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengeluarkan satu buku atau menggariskan secara jelas konsep Gagasan 1Malaysia supaya seluruh rakyat jelas apakah maksudnya pendekatannya, pelaksanaannya, mekanismenya, matlamatnya, kekesanannya serta kelangsungannya.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut Gagasan 1Malaysia berteraskan kepada nilai-nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraih kemajmukan pelbagai kaum di negara ini. Saya sendiri juga mahu penjelasan terperinci daripada maksud gagasan itu. Apakah Gagasan 1Malaysia sekadar memupuk perpaduan, meningkatkan persefahaman merentas kaum, agama dan budaya? Apakah Gagasan 1Malaysia juga bertujuan memperkukuhkan integrasi penduduk antara negeri?
Saya yakin kerajaan sedar dengan keraguan dan kesamaran di kalangan rakyat yang tidak jelas di mana struktur konsep Gagasan 1Malaysia ini.
Saya juga mahu konsep Gagasan 1Malaysia diserapkan segera dalam komuniti, persatuan, sekolah, institusi pengajian tinggi, sektor awam dan swasta. Di peringkat komuniti pula diadakan program gotong-royong contohnya tiga bulan sekali. Perkumpulan seperti JKK, rukun tetangga dan persatuan penduduk seperti disokong dengan matlamat dengan maklumat dan dana untuk menggerakkan aktiviti 1Malaysia. Ahli persatuan ataupun kelab pula mengadakan program bersilang dengan persatuan lain mungkin dua kali setiap satu tahun. Pelajar sekolah pula dibabitkan dengan program anak angkat mungkin satu tahun sekali. Di sini saya mencadangkan program anak angkat diadakan ketika cuti persekolahan. Jika pun tidak dapat membabitkan semua pelajar tetapi kalau kita berjaya membabitkan sebahagian kecil pun itu dianggap cukup baik. Sekurang-kurangnya sebahagian generasi kecil ini tahu mengenal adat resam, budaya dan kehidupan rakan sebayanya di kalangan kaum lain.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Semua ini akan menjadi asas pembentukan diri mereka kelak untuk menjadi rakyat yang tahu mereka adalah rakyat Malaysia tanpa mengurangkan sekelumit pun adat resam dan budaya mereka.
Menyedari pembelajaran, pemahaman dan penyerapan maklumat adalah proses yang tidak berhenti pada tahap tertentu usia kita maka kerajaan harus melibatkan generasi bekerja dalam proses menyuburkan konsep 1Malaysia ini sama ada melalui kunjungan hujung minggu, percutian bersama hujung tahun atau percutian interaksi berkeluarga ketika cuti sekolah. Malah tidak keterlaluan harus ada program khas untuk membina kesefahaman di kalangan semua wakil rakyat seperti kita supaya kita boleh menghayati lebih dalam konsep ini dan kemudian menjelaskan semula konsep perunding ini kepada rakyat di kawasan masing-masing.
Saya melihat kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat kerana negara ini didirikan dengan asas perpaduan dan kemakmuran kaum. Pertumbuhan pesat sosioekonomi negara juga kerana kerajaan mentadbir dengan cekap tanpa gangguan kekacauan atau huru-hara dalam negara. Justeru untuk menterjemahkan lagi maksud Gagasan 1Malaysia maka segerakan pembentangan konsep itu secara jelas dan telus supaya program menyuburkan 1Malaysia boleh dilaksanakan segera dan kini akan merasai ihsannya juga secepat mungkin.
Saya mencadangkan misi melaksanakan Gagasan 1Malaysia dibahagi-bahagikan kepada beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan. Jika perkara baik ini dilengah-lengahkan, tidak dijelaskan atau tidak dilaksanakan maka ia akan menjadi sia-sia. Matlamat baiknya akan berkubur.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Malah saya bimbang ia akan dijadikan isu politik pihak tentu yang sememangnya mahu melihat Kerajaan Barisan Nasional tidak akan putus-putus menerima serangan propaganda atau persepsi buruk yang akhirnya dapat mempengaruhi rakyat. Belanjawan Negara yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009 yang lalu telah menerima pelbagai reaksi positif serta keluhan oleh masyarakat kebanyakan di luar sana.
Memetik mukadimah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini, “Sesungguhnya inilah bajet yang menyelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang telus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjungkan Gagasan 1Malaysia segala yang mustahil akan menjadi nyata 1Malaysia Kemakmuran Bersama.” Menjaga golongan pelajar, kebajikan golongan pelajar.
Langkah kerajaan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia. Apakah jumlah 30 pelajar ini terlalu kecil dengan nisbah pelajar yang mendapat kelulusan terbaik dewasa ini semakin ramai. Sepatutnya jumlah ini ditambah dan juga memberi peluang kepada pelajar daripada golongan miskin bandar serta para pelajar dari kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negara tanpa mengira kaum atau keturunan.
Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi mula kelas pertama atau setaraf dengannya bermula daripada tahun 2010. Sepatutnya pinjaman PTPTN ini ditukar kepada biasiswa, juga dan diberikan kepada pelajar yang memperoleh Ijazah Kelas Kedua Tertinggi atau Second Upper Class Degree. Diskaun 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api kepada mereka yang masih bertaraf pelajar, sepatutnya pelaksanaan dasar ini tidak hanya untuk jarak perjalanan yang jauh dan ia harus diperluaskan juga kepada jarak perjalanan yang dekat, dan keutamaannya diberikan kepada pelajar daripada kawasan luar bandar dan juga golongan miskin bandar. Menawarkan pakej net book termasuk perkhidmatan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.
Dato' Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar
Sepatutnya pelaksanaan dasar ini ditambah sehingga pelajar tersebut tamat pengajian di peringkat diploma ataupun ijazah pertama di sesebuah pusat pengajian tinggi tanpa mengira sama ada di IPTA ataupun IPTS.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu berteraskan kepada Gagasan 1Malaysia, saya ingin mengemukakan beberapa isu yang harus ditangani oleh kerajaan di kawasan Parlimen Paya Besar:
(i) bilakah kerajaan akan membina jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut sejauh 192 kilometer yang telah dipersetujui untuk dibina dalam RMK-5 lagi pada tahun 1986? Dan pada ketika itu cuma bernilai RM44 juta;
(ii) bagaimana dengan permohonan saya kepada bekas Menteri Kerja Raya bagi menaik taraf Jalan Kuantan ke Sungai Lembing bernilai RM6 juta dan membaik pulih Jalan Lepar Hilir 3 bernilai RM8 juta.
Apakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih dua buah kolam air panas, tangga ke Bukit Panorama dan Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing, Air Terjun Pandan di Panching dan Air Terjun Bekelah di Lepar yang menjadi daya tarikan pelancong sama ada dalam dan luar negara. Apakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf Projek Jalan Kampung (PJK) kepada Jalan Luar Bandar (JALB) di kampung-kampung yang terletak dalam kawasan bandar. Tuan Yang di-Pertua, hari Sabtu lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa FELDA bersedia untuk membantu generasi kedua memiliki rumah dan bantuan ini diberikan kepada generasi kedua yang tidak mempunyai payslip.
Saya mengucapkan terima kasih dan kelegaan di kalangan generasi kedua dalam kawasan Parlimen Paya Besar. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua saya berharap FELDA membina rumah ini dengan memuaskan. Jangan jadi macam Taman Bukit Goh Perdana yang prasarananya sekarang ini lebih teruk daripada yang dijangkakan. Oleh yang demikian, saya berharap FELDA dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang ada di Taman Bukit Goh Perdana ini kerana keluhan pembeli-pembelinya telah sampai ke kemuncak. Sebelum mereka mengamuk Tuan Yang di-Pertua, saya berharap FELDA segeralah melaksanakan pembaikan prasarana yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya mohon menyokong...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Speaker, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Speaker, saya rujuk kepada Point of Order 10(1). Ini adalah mengenai Penyata Rasmi Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, point of order yang mana?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Peraturan 10(1).
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan 10(1).
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya. Penyata Rasmi Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Speaker, kelmarin Tuan Speaker ada lebih kurang pukul 8, saya difahamkan menyatakan dalam ucapan saya kelmarin mengatakan Tuan Speaker ada hanya 14 hari untuk membuat satu rayuan ke atas kes yang terlibat Ahli Yang Berhormat dari Puchong, di mana Yang Arif Tuan Speaker adalah dinamakan sebagai defendan yang pertama.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 10(1) Yang Berhormat, yang mana satu?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Mengenai Penyata-penyata Rasmi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya ada satu salinan Tuan Speaker bagi Hansard kelmarin. Apa yang saya ada nyatakan adalah ini, saya baca apa yang ada dalam Hansard Tuan Speaker. Saya ada namakan Tuan Speaker Dewan Rakyat sebagai defendan yang pertama. Ini adalah dalam kes Tuan Speaker..., Ahli Yang Berhormat dari Puchong. Adakah Speaker Dewan Rakyat akan membawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan? Dua minggu sudah luput Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa notis rayuan yang difailkan. Tuan Speaker, Tuan Speaker ada sebulan untuk memasuki satu notis rayuan. Ini bukan kes jenayah. Maksud saya adalah ini Tuan Speaker, dua minggu sudah luput, in other words dengan izin, dalam bahasa Inggeris, two weeks have left up to now Tuan Speaker has not filed a notice of appeal.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Bukit Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Maksud saya bukan ada dua minggu sahaja untuk memfailkan notis. Bolehkah saya tahu Tuan Speaker, adakah Tuan Speaker akan membuat apa-apa rayuan kepada Mahkamah Rayuan?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Tindakan mahkamah telah diambil terhadap saya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Dewan Rakyat atas kapasiti kami sebagai penjawat-penjawat Speaker, Menteri yang bertanggungjawab di Parlimen dan sebagai Setiausaha Dewan Rakyat. Atas sebab itu yang bertanggungjawab untuk membela ataupun bertanggungjawab mengenai dengan soal urusan-urusan mahkamah adalah Attorney General’s Chambers. Jadi setahu saya ada dua surat yang kita telah sampaikan kepada pihak AG untuk memfailkan notis untuk appeal dalam soal remuneration yang dipertikaikan.
Jadi itu kita telah buat. Maka terpulanglah kepada Jabatan Peguam Negara untuk bertindak pula seterusnya. So, meaning the intention is there.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Baik Tuan Speaker, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Titiwangsa dahulu. Selepas itu saya akan panggil daripada BN, selepas itu Yang Berhormat Bukit Bintang. Saya akan panggil nanti mengikut parti. Semua saya janji mesti dapat berucap dan kalau boleh Yang Berhormat jangan lagi celah kepada Ahli Yang Berhormat yang berucap. Cuma 15 minit.
Control diri, bagi laluan kepada kawan untuk menghabiskan hujah. Sila, Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010. Oleh kerana masa yang terhad, saya ingin menyentuh beberapa isu terutama yang bersangkutan dengan Wilayah Persekutuan khususnya Parlimen Titiwangsa.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Isu pertama ialah tentang penjualan Program Perumahan Rakyat, PPR atau MTEN di mana dua PPR dalam kawasan ataupun Parlimen Titiwangsa terlibat iaitu PPR Hiliran, Ampang dan juga PPR Jelatek. Saya juga mengambil berat penjualan PPR Desa Rejang yang terletak dalam Parlimen Setiawangsa tetapi sebahagiannya merupakan pemindahan dari Flat Jalan Pekeliling daripada Titiwangsa. Saya mulakan dengan membaca beberapa petikan dari memo yang diberikan oleh Jawatankuasa Bertindak Penjualan PPR mewakili penduduk PPR Jelatek. PPR Jelatek ini telah dibina pada 1991 yang asalnya adalah PPRT ataupun Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Berembang Hilir.
Dikatakan dalam memo ini, dua blok PPR ini dibina hasil dari sumbangan ahli-ahli korporat dan bank-bank tempatan di mana hampir RM100 juta telah dikumpulkan. Saya tidak pasti maklumat ini tepat ataupun tidak dan saya mohon penjelasan daripada Kementerian Kewangan. Jika ya, mengapakah PPR yang dibina atas sumbangan korporat mahu dijual pula.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Janji DBKL kepada penduduk dalam surat bertarikh 30 April 1997 adalah bahawa DBKL akan membangunkan perumahan awam di tapak Kampung Bumiputera Datuk Keramat Seksyen 88 dan seksyen 88(a). Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu, Drs.
Sulaiman, penduduk asal Kampung Bumiputera akan diberi keutamaan membeli dengan harga RM25,000.
Ini dia salinan surat yang diberikan oleh penduduk kepada saya membuktikan bahawa janji-janji yang telah diberikan oleh DBKL dan Ahli Parlimen pada masa tersebut.
Jadi sekarang mereka menagih janji tersebut dan mendesak agar PPR yang hendak dijual kepada mereka sekarang hendaklah pada harga RM25,000 seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Ini adalah kerana perumahan awam yang dijanjikan oleh DBKL untuk dibina di kawasan asal penempatan mereka 12 tahun yang lalu masih lagi merupakan Tuan Yang di- Pertua, padang jarak, padang tekukur. Tidak ada apa-apa lagi, ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebagai Wakil Rakyat Titiwangsa membawa rasa tidak puas hati dan keresahan penduduk-penduduk PPR lain yang terlibat. Permasalahan yang paling besar adalah kebanyakan penghuni ataupun penduduk PPR tidak mampu dan juga tidak layak untuk mengambil pinjaman bank apatah lagi untuk bayar deposit awal sebanyak RM5,922 yang sangat tidak munasabah. Kalau menurut perkiraan kasar melalui pinjaman bank, pembeli akhirnya kena membayar sebanyak RM80,000 dengan ansuran lebih kurang RM289 sebulan sedangkan sewaan bulanan yang sebanyak RM124 pun banyak yang tertunggak. Bagaimana mereka hendak langsaikan ansuran pinjaman rumah yang dua kali ganda daripada sewaan sekarang?
Jadi mereka pinta kerajaan menyediakan satu dana khas untuk membantu mereka di mana melalui dana ini yang tidak ada interest dikenakan, pembelian melalui sewa beli pada kadar sewaan sekarang boleh dibuat. Satu dana khas dan melalui dana khas ini pembelian dibuat dengan kaedah sewa beli. Juga mereka diminta supaya sewa yang telah dibayar sejak mula pemindahan yang lalu hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada bayaran ansuran. Ada yang telah duduk Tuan Yang di-Pertua selama 16 tahun di rumah PPR itu iaitu sejak tahun 1995 lagi. Mereka ini adalah pemindahan dari Kampung Bumiputera yang mereka teroka sejak 40 hingga 50 tahun yang lalu.
Mereka adalah peneroka-peneroka bandar, Tuan Yang di-Pertua. Mereka yang meneroka tempat itu, kampung itu. Akan tetapi akhirnya mereka dikategorikan sebagai setinggan dan seolah-olah mereka sudah tidak ada hak lagi. Masa itu sebenarnya DBKL pun tidak ada lagi. Mereka ini datang dari kampung untuk meneroka bandar untuk mencari rezeki dan menyeimbangkan kadar penduduk berbilang kaum di Kuala Lumpur.
Sepatutnya peneroka-peneroka bandar ini diberi unit-unit percuma yang merupakan hak mereka seperti mana penduduk atau peneroka Kampung Berembang. Tuan Yang di- Pertua, Kampung Berembang, penduduk-penduduk ini mereka berjuang, mereka bertahan sehingga mereka mendapat hak milik unit kondo yang dibina atas tapak asal kampung mereka atas hasil usaha dan keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak ada yang hendak tepukkah?... [Tepuk] [Ketawa] Apakah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL tidak mahu menjadi kementerian dan agensi kerajaan yang prihatin dan mengiktiraf hak rakyat. Kelayakan untuk membeli hendaklah juga diberi kepada penduduk-penduduk yang telah berumur 60 tahun ke atas, OKU yang tidak bekerja atau yang tiada pekerjaan tetap, ibu-ibu tunggal yang anak-anaknya masih bersekolah, golongan asnaf yang menerima bantuan Baitulmal dan kumpulan yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah golongan yang sebegini terbela dan ini bersesuaian dengan polisi DBKL yang mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal pelbagai kaum dan pelbagai golongan dan bukan hanya untuk orang-orang kaya dan golongan mampu sahaja.
Untuk mengelakkan berlaku kekecohan, adalah dicadangkan agar mereka yang menyewa dan membeli diasingkan dalam blok-blok yang berlainan. Ini sangat penting. Jika tidak, akan berlaku masalah yang besar. Paling kecil pun masalahnya Tuan Yang di-Pertua adalah masalah parking kereta. Tempat parking kereta. Tempat parking kereta sangat tidak cukup di PPR. Kalau sekiranya dalam satu blok itu ada yang membeli dan ada juga yang menyewa, sudah pasti yang membeli berkata ‘aku lebih berhak sebab aku membeli. Lebih berhak kepada parking kereta’. Ini akan menimbulkan pergaduhan, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Masalah yang lain adalah masalah yang lebih besar iaitu masalah urusan penyelenggaraan blok-blok PPR tersebut sebab yang menyewa tidak membayar yuran penyelenggaraan dan selama ini DBKL yang menyelenggarakan sedangkan yang membeli kena bayar yuran penyelenggaraan. Bagaimana hendak menubuhkan JMB jika unit-unit yang dijual dan dibeli berada dalam satu blok yang sama kecualilah DBKL bercadang dan ini juga adalah merupakan cadangan daripada penduduk untuk terus memainkan peranan sebagai pengurus atau JMB yang saya kira lebih baik dan lebih terurus kerana DBKL sudah agar organisasi ataupun prasarananya.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, yuran penyelenggaraan yang dikenakan juga adalah sangat tinggi, yang dikatakan akan dikenakan iaitu sehingga RM60 sebulan sedangkan beberapa flat lain hanyalah antara RM10 hingga RM30 sahaja. Saya mencadangkan supaya yuran selenggaraan ini diturunkan kadarnya supaya tidak membebankan penduduk-penduduk dan juga penghuni-penghuni ataupun pembeli. Satu lagi perkara penting yang perlu saya sebutkan di sini ialah polisi DBKL yang membekukan urusan penyewaan unit-unit PPR sepanjang operasi penjualan. Sudahlah maklumat ini langsung tidak sampai kepada wakil rakyat. Tidak sampai, Tuan Yang di-Pertua. Maklumat tentang penjualan pun kami dapat melalui media, maklumat tentang pembekuan penyewaan pun kami dapat setelah kami bertanya secara langsung.
Jadi wakil-wakil rakyat langsung tidak mendapat maklumat-maklumat yang begitu penting daripada DBKL. Kami terpaksa mengejar bahagian perumahan untuk menanyakan mengapakah permohonan menyewa tidak ada jawapan sedangkan sudah dipohon berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun, barulah dimaklumkan tentang pembekuan tersebut. Saya di sini sebagai wakil rakyat merakamkan kekesalan atas pembekuan ini kerana sangat menyusahkan rakyat sehingga ada yang merempat. Di pusat khidmat saya Tuan Yang di-Pertua, ada yang datang, tidak ada rumah, kena halau duduk merempat tidak tahu mana hendak pergi. Jadi apabila kita pohon, kita desak, mengatakan beku. Tidak akanlah tidak ada budi bicara langsung. Maknanya kepada golongan-golongan saya seperti ini sedangkan saya kira proses penjualan pun kita tidak tahu berapa lama. Mungkin ambil lima hingga enam bulan. Mungkin ambil setahun atau pun lebih. Jadi saya sangat berharap agar Datuk Bandar segera kalau boleh saya gunakan perkataan mencairkan balik pembekuan ini dan khususnya supaya sebahagian daripada kakitangan untuk uruskan urusan penyewaan dan sebahagian lagi untuk urusan penjualan.
Isu kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang projek-projek yang saya namakan projek lembap. Projek lembap Tuan Yang di-Pertua di Titiwangsa khususnya Zon Keramat.
Kalau sebelum ini projek terbengkalai. Sebelum ini saya namakan projek terbengkalai dalam ucapan perbahasan saya yang lalu. Sekarang, kerana sudah disambung kerja-kerja pembinaan tetapi lembap, ‘mat ngok’ macam siput. Antaranya adalah Keramat Mall.
Keramat Mall ini adalah ganti kepada Pasar Keramat yang ada sekarang. Jadi untuk lebih canggih dinamakan Keramat Mall. Dewan Orang Ramai Dato’ Keramat, Taman Tasik Datuk Keramat, Balai Bomba Jalan Jelatek dan bangunan MARA di persiaran Gurney.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Apa sudahnya Keramat Mall yang telah siap tetapi masih belum beroperasi. Untuk pengetahuan semua sekali lagi saya sebagai wakil rakyat yang lalu lalang di sini sebab Keramat Mall itu dekat dengan rumah saya, jalan kaki pun boleh. Langsung tidak diberi apa-apa maklumat tentang perkembangan Keramat Mall. Hendak dapat maklumat macam hendak tunggu hujan emas dari langit. Saya terpaksa tunggu sehingga sesi Parlimen untuk mendapatkan maklumat. Bangunan Keramat Mall ini tersergam indah tetapi berada di belakang deretan rumah kedai dan juga stesen minyak.
Saya ingin bertanya apakah penambahbaikan? Adakah penambahbaikan yang diminta oleh peniaga-peniaga asal pasar Keramat telah dipenuhi? Apakah langkah-langkah mengatasi masalah parking yang tidak cukup? Parking adalah sebanyak lebih kurang 200 lebih sedangkan peniaga-peniaganya ada 444 orang peniaga. Untuk peniaga pun tidak cukup parking, inikan pula kepada pengunjung-pengunjung Keramat Mall nanti. Bagaimana pula dengan loading bays nya?
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sebelum ini ada lebih kurang beberapa buah sahaja sedangkan ada berpuluh- puluh lori yang akan pada subuh atau pagi hari setiap hari akan menurunkan terutamanya barangan-barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Lif yang tidak cukup, kecil dan bukanlah lif heavy duty. Bayangkan lif ini lif biasa untuk mengangkut tong-tong ais ikan yang berat yang mungkin masuk dalam lif itu dua atau tiga tong dah penuh dah. Jadi bayangkan jammed yang akan berlaku di pasar Keramat ini.
Apakah stesen minyak dan rumah kedai berhampiran akan dipindahkan? Saya difahamkan empat notis pindah telah dikeluarkan oleh DBKL tetapi mereka enggan pindah. Jadi apakah tindakan DBKL selanjutnya?
Saya juga difahamkan pada bulan puasa yang lepas telah dibuat satu cabutan undi kepada peniaga-peniaga yang berjaya, yang telah dipilih untuk memiliki unit-unit di Keramat Mall tetapi hanya 90 orang sahaja yang telah turut serta ataupun telah turut menyertai sedangkan daripada 444 peniaga yang lain. Ini adalah kerana sebagai satu bantahan daripada peniaga-peniaga kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Begitu juga dengan dewan orang ramai Tuan Yang di-Pertua, yang kelihatannya hampir siap, ini Dewan Orang Ramai Datuk Keramat tetapi masih belum dibuka kepada orang ramai. Ini dewan orang ramai, Keramat Mall, Taman Tasik Titiwangsa, semua ini dengan izin walking distance daripada rumah saya, tempat saya jogging. Jadi saya tengok hari-hari dan saya lihatlah kelembapannya. Apakah halangannya? Saya ingin ambil kesempatan ini, kenapakah Dewan Datuk Keramat ini masih tidak beroperasi?
Dulu semasa dewan yang lama dulu, penduduk-penduduk Datuk Keramat dan juga dari tempat lain menggunakan dewan itu sepenuhnya untuk kenduri-kendara dan pelbagai lagi program-program di situ. Akan tetapi sekarang ini bertahun malah dikatakan peralatan-peralatan yang berharga berpuluh-puluh ribu dalam itu pun sudah rosak, kena curi dan sebagainya. Jadi saya tidak faham apakah halangannya dewan ini masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada DBKL, ada baiknya bukan tak ada baik atas sudahnya Taman Tasik Datuk Keramat. Cuma bahagian tandas masih belum siap, belum dapat digunakan. Taman ini telah digunakan sepenuhnya dan saya kira terlalu sedikit dan kecil kemudahannya hingga penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung terutama hujung minggu. Saya mencadangkan ditambah peralatan senaman supaya lebih ramai boleh melakukan senaman secara teratur.
Dalam sesi lepas, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan Kementerian Wilayah Persekutuan telah mewujudkan dua jawatankuasa bagi menangani masalah projek terbengkalai iaitu Jawatankuasa PEMANDU menangani masalah projek terbengkalai yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri juga Jawatankuasa Kerja menangani masalah projek terbengkalai yang diketuai oleh KSU.
Saya ingin bertanya, sejak Menteri baru ini berapa kalikah jawatankuasa-jawatankuasa ini telah bermesyuarat? Apakah keputusan-keputusan yang telah diambil untuk projek-projek yang disebut tadi? Bagaimana pula dengan proses pelaksanaannya?
Saya juga ingin penjelasan yang lengkap tentang perancangan bangunan Flat Pekeliling. Semua orang boleh nampak Flat Pekeliling ini yang masih tersergam indah dan menjadi perhiasan di tengah-tengah bandar raya. Malah Tuan Yang di-Pertua, telah menjadi homestay kepada penagih-penagih dadah dan juga muda-mudi yang melampiaskan nafsunya di situ. Semasa hendak dipindahkan penduduk sebelum ini, seolah-olah satu perancangan segera, seolah-olah akan dirobohkan dengan segera bangunan ini. Namun sampai sekarang dah lebih setahun masih tidak ada apa-apa dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua, projek lembap di Keramat iaitu Balai Bomba Jalan Jelatek yang dah siap tetapi masih juga belum beroperasi.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya tidak faham Tuan Yang di-Pertua kenapa perkara-perkara ini berlaku. Saya harap Menteri KPKT bukan sahaja boleh beri jawapan tetapi terus bertindak dan saya bagi masa sehingga hujung tahun ini untuk Menteri memastikan balai itu beroperasi.
Lagi satu, sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Ada satu lagi gajah putih di Keramat, banyak gajah putih di Keramat iaitu bangunan MARA di Persiaran Gurney. Saya tidak faham, saya dah bawa Menteri MARA sebelum ini, Dato’ Noh Omar turun untuk meninjau dengan berpuluh-puluh pegawai MARA turut serta. Pada masa itu bila Menteri tanya apakah perancangan, nampaknya pegawai-pegawai tersebut pun tidak berapa pasti.
Sampai sekarang dah bertukar Menteri masih tidak bergerak lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, inilah di antara contoh punca pembaziran, ketirisan dan kebocoran yang menyebabkan poket negara kehilangan yang dikatakan oleh Menteri Kewangan II hampir 20 peratus daripada bajet tahunan yang membawa kepada RM28 bilion pada tahun lepas sahaja. Macam inilah kalau susah sangat Tuan Yang di- Pertua, saya mencadangkan supaya bagi sahajalah kepada Ahli Parlimen Titiwangsa menguruskan bangunan MARA ini, insya-Allah dalam masa beberapa bulan sahaja bangunan kosong ini akan penuh dengan aktiviti. Sekian sahaja. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Bajet 2010.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak apa-apa keistimewaan dan kelainan dalam ucapan bajet sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana bagi saya ianya sama seperti bajet Menteri Kewangan yang lalu. Bajet ini masih mengekalkan defisit berjumlah RM43.1 bilion. Bajet Menteri Kewangan menyatakan belanja pengurusan RM138.3 bilion dan belanja pembangunan berjumlah RM153.2 bilion. Walaupun ada pengurangan peruntukan namun kerajaan tidak berani mengurangkan belanja pengurusan dan rakyat masih terus menanggung beban cukai yang dipaksa ke atas mereka bagi menampung perbelanjaan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak komen moto dan slogan “1Malaysia Kemakmuran Bersama” iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Maknanya sebelum ini rakyat dikemudiankan, dibelakangkan dan kerja-kerja pembangunan tidak diutamakan dan apa yang rakyat minta tidak dipedulikan. Baguslah kerajaan sudah sedar kesilapan sendiri selepas Pilihanraya Umum Keduabelas pada 8 Mac 2008.
Tuan Yang di-Pertua, kita dan rakyat mempunyai harapan yang tinggi bahawa kemelesetan ekonomi dunia akan berakhir dengan cepat dan ekonomi global boleh pulih sepenuhnya dalam masa terdekat yang merancakkan semula kegiatan dan pertumbuhan ekonomi negara kita menurut petanda-petanda yang ada tetapi siapakah yang boleh meramalkan dengan tepat pemulihan tersebut. Oleh sebab itu kerajaan mengubah pendekatan modal ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi. Bagaimana ini boleh dicapai jika hanya menumpukan kepada enam NKRA sahaja yang walaupun penting tetapi mengabaikan bidang-bidang berhasil yang lain. Saya lihat pelaksanaan enam NKRA dan KPI ini sebagai langkah yang berbentuk kesilapan dan kelemahan urus tadbir kerajaan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, siapa kata Bajet 2010 mendahulukan rakyat sedangkan ianya menyebabkan rakyat mengeluh. Mana langkah untuk mengurangkan dan mengurangkan harga barang keperluan harian sedangkan ianya keperluan asasi yang perlu didahulukan. Apakah yang boleh dibuat dengan bonus RM500 untuk sebahagian golongan kakitangan awam sedangkan kos sara hidup yang tinggi masih menghantui mereka.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Manakala langkah untuk mengurangkan kos perjalanan dan kos pengangkutan, seperti mengurangkan charge tol lebuh raya dan penerusan pemberian subsidi petrol melalui bayaran pejabat pos selepas cukai jalan kenderaan diperbaharui selama ini.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua, cuba kita lihat dalam seminggu yang lalu, keluhan rakyat apabila kenderaan mereka yang melebihi 15 tahun memerlukan pemeriksaan berbayar PUSPAKOM sebelum cukai jalan diperbaharui pada tahun yang akan datang. Tidakkah ini akan membebankan golongan rakyat miskin baik di bandar mahupun di luar bandar yang hanya mampu memakai kenderaan terpakai, sedangkan kenderaan ini masih baik di atas jalan. Jika rosak dan tidak elok sudah pasti mereka akan membaikinya sebelum digunakan.
Selain dikenakan bayaran pemeriksaan, mereka terpaksa membuang masa menunggu berjam-jam di PUSPAKOM seperti kenderaan perdagangan dan lain-lain.
Mereka terpaksa membelanjakan banyak wang untuk menggantikan peralatan ganti yang baru yang tidak perlu bagi mengikut piawaian PUSPAKOM sebelum diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mewakili suara rakyat untuk membantah arahan pemeriksaan PUSPAKOM, bagi kenderaan lama yang lebih 15 tahun ke atas supaya cukai jalan boleh diperbaharui tanpa perlu pemeriksaan mandatori Puspakom.
Mana-mana pemilik kenderaan yang hendak menjalani pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan mereka, itu terpulang kepada pemiliknya. Yang lainnya, jika tidak mahu, maka tidak perlu diwajibkan. Bagi mendapatkan sijil pengesahan melupuskan kereta lama oleh PUSPAKOM pun terpaksa menunggu sehari atau dua dan berbaris panjang, apatah lagi dengan langkah pemeriksaan wajib ke atas kenderaan lama pada tahun hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Dasar Automotif Nasional tidak membawa manfaat kepada rakyat jelata. Apa yang kita lihat, ianya akan banyak menguntungkan ahli korporat atau kereta nasional sahaja. Pertamanya, cukai eksais yang tidak diturunkan kepada satu tahap yang munasabah seperti yang dilakukan oleh negara jiran, Thailand.
Tidak ada kereta nasional pada awal tahun 80-an walhal negara Thailand hanya mengadakan kilang memasang kereta pada tahun 90-an. Lebih lewat memulakan industri automatif berbanding dengan negara kita iaitu lebih kurang sepuluh tahun lewat.
Akan tetapi negara Thailand telah muncul sebagai sebuah negara pengeksport automotif dirantau ini. Harga kereta yang dijual di Thailand pula amat murah sehingga 40 peratus-50 peratus, lebih murah berbanding dengan negara kita. Contohnya, kereta Toyota Fortuner yang dijual di Thailand ialah RM100,000 sahaja, manakala yang di Malaysia di jual RM180,000 seunit, jurang perbezaan harga melebihi 40 peratus-50 peratus. Seharusnya harga kereta yang dipasang di Malaysia patut diturunkan lagi, barulah ramai rakyat jelata mampu memiliki kereta.
Tuan Yang di-Pertua, kita merasa sedih kerana kisah pelaburan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang mengalami kerugian sejak mula ditubuhkan pada tahun 1976 iaitu sebanyak RM41.9 juta menerusi anak-anak syarikatnya. Walaupun ketibaan pelancong asing adalah pada tahap memuaskan tetapi kegagalan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia memainkan peranan yang lebih berkesan tidak boleh dibiarkan berlarutan. Usaha yang tegas hendaklah diambil untuk memastikan Lembaga Penggalakan Pelancongan berperanan lebih besar, amanah dan bersungguh-sungguh.
Industri pelancongan yang boleh menyumbangkan lebih banyak hasil pendapatan negara mestilah dikembangkan dengan bersungguh-sungguh, kerana sumber pendapatan ini boleh dijana berterusan. Pada suatu masa, mungkin sumber asli kita berkurangan tetapi industri pelancongan boleh menjadi nadi baru ekonomi negara dengan syarat segala prasarana negara disediakan secukupnya. Langkah Bajet 2010 untuk memberikan pelepasan cukai 100 peratus ke atas pengusaha-pengusaha industri pelancongan kesihatan adalah dialu-alukan tetapi cukupkah kemampuan oleh sektor kesihatan perubatan swasta untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.
Destinasi pelancongan yang baru dan event antarabangsa hendaklah dipertingkatkan. Pada masa yang sama kawalan keselamatan pelancong asing wajar di kemas kini dan laluan-laluan pelancong asing hendaklah bebas jenayah. Kita bimbang kadar jenayah di bandar-bandar besar terutama di seluruh negara semakin mencemaskan.
Saya berterima kasih atas tindakan PDRM kerana mengadakan rondaan anggota dengan lebih kerap tetapi tidak boleh secara ad hoc sahaja. Bandar selamat sudah tidak lagi selamat, selain kebanjiran pekerja asing terutama di bandar- bandar besar yang melemaskan kita, penjenayah yang bertopengkan orang siuman masih berkeliaran.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Pelancongan mempertimbangkan semula tentang DVD yang mempromosikan pelancongan di tambah bahasa Tamil kerana pasaran pelancongan di India amat mustahak. Kita boleh menggunakan bahasa Russia, Arabic, Mandarin, Japan, Korean and English, jadi mengapa bahasa Tamil dikecualikan?
Menjadi harapan saya bahasa Tamil harus di tambahkan di dalam DVD untuk mempromosikan pelancongan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Okey, Tuan Yang di-Pertua, tentang projek terbengkalai Plaza Rakyat dan CN Gallery. Selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memulakan tugas beliau telah membuat lawatan mengejut di beberapa tempat di Kuala Lumpur, termasuk melawat Puduraya dan Projek Plaza Rakyat yang terbengkalai. Tidak lama kemudian Hentian Puduraya berwajah baru bila dijalankan projek pengindahan tetapi masalah kesesakan lalu-lintas yang penuh dengan bas, teksi dan kenderaan orang ramai masih berterusan sehingga ke hari ini.
Apa yang amat dikesali, setelah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini mengenai status projek-projek terbengkalai di Kuala Lumpur, termasuk Plaza Rakyat di Jalan Pudu dan CN Gallery di Jalan Imbi Kuala Lumpur. Saya mendapati masih belum ada perkembangan menarik dan penyelesaian muktamad bagi kedua-dua projek yang terbengkalai ini.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Hingga ke hari ini, saya minta kementerian yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membolehkan kedua-dua projek di Kuala Lumpur ini untuk memastikan para pembeli yang telah membayar ataupun melabur dalam unit-unit yang mereka beli ini, yang pada hari ini mereka menjadi mangsa oleh sebab bank-bank, institutions kewangan memaksa mereka membayar faedah kerana sebahagian besar wang ini telah dipinjam oleh pembeli-pembeli ini. Saya minta kementerian mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa pelabur ini boleh mendapat balik wang yang mereka labur. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Batu Sapi dan selepas itu, Yang Berhormat Sungai Petani... [Ketawa]
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam nanti, sebab dia besar.
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya kesempatan untuk berbahas dalam Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009.
1Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana memperkenalkan 1Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sememangnya satu pendekatan yang amat bermakna dan tepat pada masanya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Saya menyokong penuh konsep ini, di mana ia berteraskan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berjiwa rakyat harus dicontohi oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain supaya sentiasa mendampingi dan mendengar hasrat atau suara rakyat. Saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum bagi memperingati serta menyambut Hari Malaysia. Saya percaya seluruh rakyat Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia menyambut baik pengisytiharan ini, kerana ia sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan serta integrasi rakyat Malaysia.
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Sehubungan dengan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di bawah konsep 1Malaysia, sistem pendidikan yang sedia ada telah menyumbang ke arah sedemikian. Rakyat daripada kaum lain telah diberikan peluang mengikut sistem bahasa ibunda selain daripada sistem kebangsaan. Ini adalah satu keunikan dan kehendak rakyat yang mana telah diteruskan sekian lama sejak kemerdekaan dan keharmonian kaum ini masih kukuh terjalin dengan baiknya.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar pihak kerajaan akan memberi bantuan yang lebih banyak kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil dengan izin, mission schools juga, daripada segi infrastructure dan kewangan demi untuk mencapai dan memperkukuhkan hasrat 1Malaysia. Sekolah- sekolah yang dibantu ini biasanya diberi bantuan untuk gaji sahaja. Akan tetapi, pemeliharaan ataupun dengan izin, maintenance dan peralatan seperti meja dan kerusi adalah items yang mahal dan perlu dibantu. Saya menggesa agar petugas untuk turun padang bagi melihat dengan mata mereka sendiri untuk menilai situasi.
Tuan Yang di-Pertua, tentang bayaran RM50 kad kredit. Penggunaan kad kredit sering menjadi bahan perbualan selepas pembentangan bajet baru-baru ini.
Sememangnya, bajet tersebut mengutamakan kepentingan rakyat supaya tidak berbelanja berlebihan. Pada masa ini, kad kredit bukan lagi satu kemewahan, tetapi adalah satu keperluan. Contohnya, tanpa kad kredit, tuan-tuan dan puan-puan tidak boleh ataupun rakyat tidak boleh menempah tiket penerbangan dengan harga yang berpatutan. Bayaran tambahan RM50 yang bakal dikenakan kepada pemegang kad kredit sudah tentu akan membebankan rakyat. Saya berharap kerajaan akan bersikap lebih rasional dalam konteks ini. Mungkin bayaran tersebut wajar dikenakan sekiranya pemegang tersebut memiliki lebih daripada dua kad kredit. Pengawalan penggunaan kad kredit boleh dibuat dengan mengehadkan kredit ataupun dengan izin, credit line kepada mereka yang mungkin tidak berkeupayaan membayar hutang kad kredit.
Tuan Yang di-Pertua, Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan ataupun GST dengan izin, Goods and Services Tax yang dicadangkan untuk dilaksanakan tidak lama lagi, mempunyai implikasi yang sangat luas. Banyak syarikat dan perniagaan lain di negara ini terutamanya di Sabah, tidak menggunakan sistem perakaunan yang lengkap untuk membolehkan pelaksanaan sistem GST ini. Masalah ini menjadi lebih rumit di Sabah kerana pengiraan cukai GST untuk setiap transaksi biasanya dibuat dengan komputer.
Akan tetapi, gangguan bekalan elektrik di Sabah termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan semuanya selalu berlaku. Justeru itu, sebelum sistem GST dikuatkuasakan, adalah wajar dialog dengan syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga lain diadakan, terutama di Sabah untuk mengenal pasti kesediaan bagi mengguna pakai GST di peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua, pengkomersialan biodiversiti. Kepelbagaian hidupan atau biodiversiti merupakan satu aset kepada negara dari segi potensi dalam ekopelancongan serta bio-prospecting. Negara ini sememangnya terkenal dengan kekayaan flora dan fauna, dan ini adalah satu tonggak utama ataupun dengan izin, main pillars sumber ekonomi Negeri Di Bawah Bayu ini. Fauna ikonik seperti Orang Utan, monyet Belanda, gajah Pygmy dan badak Sumatera sering menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara dan ini sudah tentu akan menjana sumber pendapatan negara.
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Selain daripada fauna, flora juga mempunyai kehebatannya seperti bunga pakma ataupun Rafflessia, periuk kera ataupun Nepenthes Rajah yang terbesar di dunia, orkid selipar dan juga pokok kayu tropika yang tertinggi di dunia yang terdapat di bukit-bukit Tawau. Pemandangan atau landskap negara yang pelbagai dari gunung sehingga laut juga merupakan satu tarikan kepada pelancong. Contohnya di negeri Sabah, Gunung Kinabalu, Lembangan Maliau (Maliau Basin), Lembah Danum (Danum Valley), dan Pulau Sipadan adalah tarikan pelancongan yang istimewa. Kesemua ini menyumbang kepada keunikan Sabah sebagai destinasi utama pelancong.
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Justeru itu, saya menyeru agar pihak kerajaan membantu dalam mempromosikan Sabah kepada dunia luar. Ini secara tidak langsung juga menaikkan imej Malaysia di arena antarabangsa. Saya juga meminta agar lebih banyak bantuan kewangan terus disalurkan untuk memperkukuhkan eko-pelancongan, terutamanya di Sabah.
Pembangunan bioteknologi di negara ini perlu digalakkan kerana kita sedia maklum bahawa kepelbagaian biologi atau biodiversiti di negara kita adalah sangat tinggi dan boleh dibangunkan melalui teknik-teknik bioteknologi. Bioteknologi telah dikenal-pasti sebagai satu agen pembangunan ekonomi di dunia. Contohnya daripada 13 tumbuh- tumbuhan berbiji benih ataupun seed plants di Malaysia, dianggarkan lebih daripada 10 peratus ataupun 1300 spesies mempunyai nilai ubatan. Sumber biodiversiti ini boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk-produk farmaseutikal dan nutraseutikal.
Penerokaan dalam bioprospecting seharusnya diberi keutamaan seperti juga eko- pelancongan kerana ia bakal menjana pendapatan untuk negara ini. Dengan itu, saya memohon agar kerajaan memberikan bantuan kewangan yang sewajarnya kepada aktiviti bioprospecting dan pengkomersialan sumber biodiversiti di negara ini, terutamanya di Sabah. Sabah dan Sarawak juga dengan wilayah yang sangat luas, alam dan isinya jelas perlu dan layak untuk mempunyai taman teknologi seperti diadakan di Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah - Batu Sapi
Itulah, satu research center diperlukan di Sabah dan Sarawak. Sekian, saya pohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani, Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat ataupun Honorable Ugen Tenzin, Chairman of the Environment National Assembly of Bhutan serta delegasi... [Tepuk] Welcome. Sila Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membentangkan dan membahaskan pembentangan yang dibuat oleh Menteri Kewangan pada 23 Oktober yang lalu. Dalam masa yang diberikan, saya akan menyentuh beberapa perkara yang harus disentuh. Pertamanya, dalam pembentangan bajet yang telah pun dibentangkan kepada kita, kita lihat untuk tahun 2010, telah diperuntukkan Parlimen Malaysia mendapat RM66.2 juta, tetapi semua peruntukan yang disebut adalah bukan untuk pembangunan, tetapi sekadar mengurus.
Tuan Yang di-Pertua, kita tengok hari ini Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini tidak mempunyai tempat untuk mereka menelaah. Menteri, Speaker, Timbalan Speaker dan Ketua Pembangkang ada bilik. Akan tetapi, Ahli-ahli Parlimen letak buku sama tinggi dengan kepala mereka. Di bawah ada buku, di kaki meja ada buku, atas meja ada buku, dan Ahli-ahli Parlimen tidak mempunyai tempat untuk mereka, apabila dapat maklumat- maklumat ini, duduk dan membuat research. Tidak mungkin Ahli Parlimen membawa balik setiap kali balik ke rumah ataupun bawa ke hotel, bawa balik sebakul. Selepas itu, esok pagi, bawa balik sebakul juga.
Jadi, di sini, saya mencadangkan Parlimen melalui Tuan Speaker sendiri mencadangkan supaya didirikan satu blok bangunan bagi menempatkan Ahli-ahli Parlimen yang tidak ada jawatan, sama ada sebelah sana atau sebelah sini. Bangunan ini tidaklah semestinya sofistikated dan tidak perlu direct-nego pun, buat open tender pun tidak mengapa, supaya ada open space dan open concept agar kita semua dapat hidup dengan selesa di tempat itu dan dapat membuat research dengan selesa. Apabila kita dapat tempat yang selesa untuk kita membuat research dan menyediakan bahan-bahan yang kita hendak bercakap dalam Parlimen, maka kita bercakaplah dengan penuh maklumat. Tidaklah kadang-kadang kita cakap ikut sukalah kerana kita tidak mempunyai persediaan yang cukup.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, Dewan kita ini, Parlimen kita ini tidak mempunyai muzium. Kita lihat kalau kita melawat Kazakhstan, Uzbekistan, negara-negara di Eropah, bahan-bahan sejarah Parlimen disimpan di situ supaya apabila pelawat-pelawat... Hari ini kita ada pelawat datang. Dia hendak pergi tengok apa dia? Tidak ada tempat untuk mereka melihat sejarah Parlimen itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Shah Alam ada... [Ketawa]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Habis-habis sangat, mungkin kita bawa dia pergi kantinlah. Jadi, perhatian harus diberikan, di samping kita mendapat peralatan- peralatan baru di atas meja ini, tetapi ia telah mengambil tempat kita untuk meletak buku pula. Jadi, buku hendak letak di mana pun tidak tahu Tuan Yang di-Pertua.
Isu yang kedua saya hendak bangkitkan Tuan Speaker ialah berkenaan dengan Menteri Kewangan II dalam press conference ataupun yang dilaporkan oleh Star pada 26 Oktober 2009 telah melaporkan bahawa beliau yakin terdapat ketirisan hampir 20 peratus daripada perbelanjaan yang telah diluluskan. Ini bermaksud 20 peratus perbelanjaan yang telah diluluskan oleh kerajaan bersamaan RM28 bilion. Tiris. Orang Kedah kata “bocoq”.
Khususnya ia berlaku dalam bidang ICT dan lebih teruk lagi 50 peratus daripada yang tiris itu berlaku disebabkan program-program yang berbentuk direct nego.
Saya hendak beri satu contoh Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini satu projek perintis Sistem e-Tanah, pentadbiran tanah di Pulau Pinang. Projek tersebut yang menelan belanja RM80 juta yang telah pun dimulakan pada Oktober 2005, yang sepatutnya tamat pada Oktober, 2008 tidak siap. Tidak siap satu hal. Tidak boleh digunakan kerana dia tidak siap.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Akan tetapi yang lebih parah lagi syarikat ini yang bernama iLaunch Sdn Bhd, JV dengan CWI Sdn Bhd, ini ditawarkan juga untuk menjaga, manage dan juga menyelenggarakan projek dan program perintis yang tidak siap ini, sudahlah program tidak siap dia juga ditawarkan untuk menyelenggarakan program yang tidak siap. Jadi, jumlah RM80 juta ini adalah besar Tuan Yang di-Pertua dan saya dimaklumkan akan ada VO, variation order pula lagi dan besar kemungkinan variation order yang akan dikemukakan oleh Syarikat iLaunch Sdn Bhd, JV CWI ini akan diluluskan. Tiga perkara Tuan Yang di- Pertua. Yang pertama adalah projek yang tidak siap kemudian telah pun ada kontrak untuk menyuarakan projek perintis sistem e-Tanah di Pulau Pinang ini dan akan ada VO pula yang akan diluluskan.
Ini membuktikan bahawa ketirisan ini adalah sebahagian kecil daripada 20 peratus yang telah disebut oleh Menteri sendiri pada 26 Oktober yang lalu. Kemudian Menteri Kewangan juga ada menyebut tentang bagaimana kerajaan akan meningkatkan insentif Projek Perkongsian Awam-Swasta dalam pembentangan yang lalu, malah baru-baru ini Ketua Pengarah EPU baru-baru ini, pada 27 Oktober dalam National Asset dan Facilities Management Convention 2009, berkata estimated development expenditure untuk RM10 adalah sekitar RM230 bilion juga dalam RMK-10, bermakna tidak jauh dengan RMK-9, dan akan sasarkan kepada high income economy.
Ini akan dilakukan melalui privatization, private funding insentif dan public private partnership. Tuan Yang di-Pertua apabila menyebut privatization ini teringatlah kita akan zaman silam di mana apabila bekas Perdana Menteri pada waktu itu pada awal tahun 70-an dan 90-an, memang gah buat privatization dan ada yang mengatakan bukan, privatization, ‘piratization’. Jadi kita minta supaya apa juga program-program dan kita akan mengembalikan privatization tetapi haruslah telus. Kebocoran 20 peratus seperti yang disebut oleh Menteri Kewangan II, amat menggerunkan, 20 peratus bersamaan RM28 bilion duit rakyat.
Jadi apa juga program-program privatization yang akan dilakukan, akan dipertimbangkan untuk dilakukan oleh kerajaan nanti mestilah mengambil kira masa depan rakyat. Kita telah melalui pengalaman pahit, jika semua masih ingat bagaimana Indah Water, Konsortium Indah Water, satu projek yang baik kerajaan berikan dengan syarikat tetapi syarikat tidak boleh membeli dan kemudian kerajaan beli semula. Akhirnya kerajaan membayar dua kali untuk sebuah projek yang tidak munasabah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Begitu juga dengan MAS, kita berikan kepada orang yang sepatutnya diamanahkan sebelum chairman yang baru, tetapi sebelum itu terdapat banyak masalah.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang hendak saya bawa adalah tentang bagaimana berlakunya sekarang ini pembekuan urusan kaunter terhadap pengusaha bas ekspres oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ataupun LPKP di wilayah utara. Pada 27 Julai 2009, LPKP telah mengeluarkan surat pembekuan ditujukan kepada Kesatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung Malaysia dan secara kebetulan mereka ini berada di Sungai Petani. Arahan telah dikeluarkan kepada semua Pengarah Wilayah mengenai peraturan baru LPKP iaitu menetapkan supaya pemilik lesen kenderaan perdagangan menyelesaikan semua tunggakan saman dengan LPKP, dengan polis, JPJ dan PBT, Pihak Berkuasa Tempatan, sebelum sesuatu permohonan boleh dipertimbangkan, dasar ini berkuat kuasa bagi permohonan baru memperbaharui dan ubah syarat lesen.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan arahan ini dikeluarkan bagi memastikan pemegang lesen sentiasa bertanggungjawab ke atas lesen atau mana-mana orang yang menggunakan kenderaan seperti yang termaktub dalam Akta LPKP 1987. Tuan Yang di- Pertua, isunya ialah kebanyakan kesalahan jalan raya dilakukan oleh pemandu, kebanyakan. Dalam banyak hal pula, saman atau saman ekor yang kita panggil saman ekor yang bermakna melakukan kesalahan dan akan di saman kemudian, sama ada polis kah, JPJ kah. Akan tetapi ada kes-kes saman ekor ini datang tiga tahun selepas itu. Jadi, masalah yang timbul ialah kadang-kadang driver ini, dia bekerja dengan satu-satu syarikat, tiga tahun kemudian dia sudah berpindah rata dah. Jadi, ekor itu baru sampai, lesen itu baru datang, sorry Tuan Yang di-Pertua, saman itu baru datang dalam keadaan pemandu ini telah pun berpindah ke tempat lain. Oleh itu, yang menjadi mangsanya ialah pengusaha- pengusaha bas.
Kita faham bahawa lembaga tegas mengatakan bahawa pengusaha-pengusaha bertanggungjawab, tetapi soalnya dalam kita hendak meningkatkan penggunaan bas-bas, meningkatkan kenderaan awam, yang menjadi masalah bukan kita mendidik pengusaha- pengusaha tetapi yang menjadi tumpuan kita ialah mendidik pemandu-pemandu. Oleh itu pemandu-pemandulah yang sepatutnya diberikan perhatian penuh serta merekalah yang sepatutnya dikenakan penalti. Jadi kalau sudah tiga tahun pemandu berpindah ke tempat lain, dia tidak akan merasai penalti itu tetapi yang kena adalah syarikat dan selepas itu syarikat itu akan mempunyai masalah ketika hendak membuat permohonan untuk memperbaharui lesen. Saya juga dimaklumkan terdapat syarikat-syarikat yang di saman, mempunyai himpunan saman itu sehingga dua, tiga ribu saman, dan ada juga syarikat- syarikat yang tidak boleh membayar saman dan besar kemungkinan syarikat-syarikat ini akan menggulung tikar.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam anggaran perbelanjaan 2010 juga, Kementerian Dalam Negeri diperuntukkan RM6.7 bilion dan RM4.51 adalah untuk polis.
Kita tidak menafikan, dalam keluarga saya juga ada polis, tidak dinafikan polis telah menjalankan saya ulang sedang menjalankan kerja-kerja yang cukup baik. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga polis-polis yang membuat kerja elok mendapat sijil cemerlang, mendapat penghormatan, dapat itu, itu saya ingat tindakan yang baik. Akan tetapi terdapat juga segelintir kecil yang melanggar tatacara, tatatertib dan melanggar undang-undang. Kita selalu mendengar Ahli Parlimen Barisan Nasional mengatakan pembangkang langsung tidak merasa simpati, langsung tidak menghormati polis, tidak. Kita sentiasa menghormati semua orang khususnya anggota polis dan keselamatan, yang melaksanakan tugas yang cukup cantik. Disebabkan itu kita ada undang-undang, yang melanggar undang-undang kenalah ada undang-undang...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Dan seperti yang pihak kerajaan telah ambil tindakan terhadap Pengarah Commercial Crime kerana dia mengambil undang- undang dan proses sedang diambil untuk diadili, Tuan Yang di-Pertua jadi bermakna yang saya hendak sebut di sini adalah sementara kita ada masalah, sementara perbelanjaan yang besar diberikan kepada polis, kita minta imej polis sekarang ini dipertingkatkan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Rata-rata ada masalah imej, kerana dalam satu survey yang dibuat pada 28 Julai 2009 daripada 8320 orang responden yang ditanya, 94 peratus merasakan kerajaan dan polis tidak melakukan secukupnya untuk memastikan tahap keselamatan negara ini terjamin.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna satu lagi yang kita bimbangkan ialah polis juga, khususnya kementerian tidak mengadakan sistem bagaimana pegawai-pegawai polis diberikan latihan yang secukupnya, sumber manusia yang secukupnya dan latihan-latihan bagaimana pegawai-pegawai di bawah ini apabila cukup masa akan naik pangkat. Kita lihat sekarang ini, berlaku apabila seorang IGP (Ketua Polis Negara) hendak pencen jabatan polis seolah-olah mencari tiada orang hendak menggantikan IGP tersebut. Oleh kerana itu IGP ini disambung lagi. Maknanya, tidak mungkin polis sudah tiada orang dan saya mencadangkan supaya polis menyediakan pelapis-pelapis daripada pool of good officers supaya apabila hendak pencen sahaja seorang Ketua Polis Negara, kita ada 11 orang calon. Ini tidak, apabila hendak pencen baru hendak cari orang, jadi sambung lagi Ketua Polis Negara kita untuk tiga tahun. Jika tiada sambung lagi tiga tahun.
Jadi saya rasa pengurusan sumber manusia di pasukan polis agak tidak cekap dan kita minta dengan bantuan kementerian dan agensi-agensi yang lain membantu pasukan polis memberikan latihan yang secukupnya agar kita ada pool of IGPs di masa- masa hadapan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pasukan Polis juga mesti diberikan kuasa yang lebih melebar dan lebih daripada yang mereka ada sekarang. IPCMC telah ditolak oleh kerajaan. Akan tetapi seperti saya katakan tadi, kita mempunyai masalah imej polis. Apa salahnya, Suruhanjaya Pasukan Polis ini diberikan sedikit tanggungjawab yang lebih bagi melihat bagaimana imej polis boleh dibaik pulih. Kita minta sangat-sangat, kadang-kadang imej ini adalah masalah persepsi. Saya yakin dan percaya satu atau dua sahaja kerbau yang membawa lumpur tetapi terpalitnya cukup ramai. Saya tahu satu atau dua sahaja pegawai polis dan anggota yang membuat masalah akan tetapi seluruh rakyat melihat paling tidak pun 94 peratus melihat seolah-olah sudah jahanam negara kita ini. Jika polis tidak boleh pakai sudah. Saya rasa ini persepsi yang salah.
Jadi saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya suruhanjaya ini diberikan suntikan semangat dan juga sedikit ruang untuk melihat masalah disiplin bukan sahaja kepada mereka yang akan masuk, tetapi juga kepada yang sedang berkhidmat dalam Polis Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akur pada masa...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelah Barisan Nasional tiada, saya sekarang ini terpaksa memilih di antara Yang Berhormat Kuala Selangor atau Yang Berhormat Shah Alam...
[Ketawa]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
DAP?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam sekarang, sila.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, atas peluang yang diberi untuk saya menyertai dalam perbahasan bajet ini. Saya pada hari ini, mula berucap kononnya sebagai seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah, akan tetapi jenayahnya rahsia. Ini timbul dalam persoalan penarikan balik tauliah yang telah diberikan kepada saya oleh pihak JAIS. Ditarik balik atas alasan kononnya polis kata saya ada rekod jenayah. Saya telefon tanya apa itu rekod jenayah? Beliau kata tidak boleh beritahu, rahsia. Ini hanya boleh berlaku di bawah pentadbiran Barisan Nasional...
[Dewan riuh] Seperti mana boleh berlakunya penghukuman ke atas seorang pembunuh tanpa diusahakan siasatan dan penghakiman ke atas pihak yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini pun kehebatan Barisan Nasional, atau kematian saksi dan suspek semasa dalam siasatan tanpa mendatangkan reaksi yang serius dan bersungguh-sungguh untuk menahan dan menghukum pihak yang bersalah secara telus dan terbuka.
Kesemua ini, boleh kita senaraikan dalam senarai pencapaian gemilang Barisan Nasional. Begitu juga dengan persoalan royalti, yang ingin diselewengkan sehingga dilihat sebagai wang ihsan. ukan hak negeri-negeri berkenaan. Saya ingin bertanya di sini ahli Yang Berhormat dari Sabah, Sarawak dan Terengganu yang semuanya nampak macam tiada, adakah tuan-tuan memahami apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan semalam? Sekiranya difahami seharusnya Ahli- ahli Yang Berhormat menentang usaha penyelewengan ini kerana sekiranya berdiam diri bererti Yang Berhormat yang datang sebagai wakil kepada rakyat negeri-negeri tersebut dengan sendirinya seolah-olah menyerahkan hak dan milik negeri kepada Kerajaan Pusat.
Pengkhianatan sebegini tidak akan dilupakan oleh rakyat dan pengundi Yang Berhormat, dan pasti Yang Berhormat akan dihukum oleh rakyat kelak.
Takrif tiga batu nautika sebagai jarak pemilikan negeri akan bererti hak negeri Terengganu, hak negeri Sabah, hak negeri Sarawak yang terdapat lebih dari tiga batu nautika ini diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Bukan sahaja negeri Kelantan, saya hendak beri kefahaman yang jelas ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak. Ini mempunyai satu implikasi yang cukup serius. Ia bukan sekadar untuk negeri Kelantan. Adakah dan saya rasa Tuan Yang di-Pertua, amat prihatin dalam persoalan ini?...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Adakah...
Tuan Yang di-Pertua
Macam lain maksud ini Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat jelas, jangan ada hasutan...
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua - Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
...Sangkaan jahat, sila teruskan.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini rayuan-rayuan. Adakah rakyat negeri Yang Berhormat sekalian bersetuju dengan penyerahan hak mereka ini. Kita tahu bahawa semenjak dahulu lagi, royalti dibayar kepada negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Istilah wang ihsan hanya timbul selepas negeri Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999. Mulai pada tahun 2000 royalti dihentikan dan istilah wang ihsan diperkenalkan.
Ia jelas merupakan satu penipuan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha mereka merampas hak negeri Terengganu yang telah memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah. Penipuan dan pengkhianatan ini mesti ditentang, supaya hak rakyat sesebuah negeri tidak dirampas dan konsep federalisme dipatuhi.
Laporan-laporan kewangan tahunan Petronas sendiri secara rasminya, mengisytiharkan bahawa negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ini jelas menunjukkan bahawa Petronas mengiktiraf pemilikan negeri-negeri berkenaan atas minyak yang ia keluarkan. Malahan royalti telah pun dicatat sebagai telah dibayar untuk minyak milik negeri-negeri ini. Ini juga bererti bahawa selama ini hak rakyat Kelantan telah dirampas oleh Kerajaan Pusat dan pada sesi Parlimen ini, kerajaan Barisan Nasional ingin menutup tindakan khianat mereka dengan penggunaan istilah wang ihsan.
Saya bersetuju dengan kata-kata Yang Berhormat Kubang Kerian semalam.
Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah; yang diminta bukan pemberian secara ihsan tetapi sebaliknya yang diminta adalah hak dan milik mereka yang dinafikan mereka oleh Barisan Nasional selama ini... [Tepuk] Selain dari itu, hari ini saya ingin membicarakan pendekatan Bajet 2010 setelah saya merekodkan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh sambung bicara sebelah tengah hari nanti?
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Boleh, tambah 20 minit. Insya- Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ada 12 minit lagi sebelah tengah hari.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam untuk menyambung perbahasan selama 2 minit.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada 10 minit lagi, Tuan Yang di- Pertua. Sebentar tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
3 minit sahaja.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tadi saya bercakap hanya 10 minit...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tinggal 2 minitlah Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong belum berbahas lagi.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak mengapa dia pun beri saya 10 minit, boleh Tuan Yang di-Pertua. Baru hendak mula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah 2 minit. Sudah rekod 12 minit. Lagi 3 minit.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Tadi Tuan Yang di- Pertua dia mencelah. Dia mengambil 2 minit dari saya. Minta 5 minit. Boleh? Sebelum bermula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas tempoh masa yang ditetapkan di mana dengan masa yang sebegini, ini sebelum saya tahu saya ada masa dua minitlah. Setiap wakil rakyat dapat menyuarakan pandangan dan pendapat berhubung bajet, perbahasan di antara yang terpenting yang diadakan di Dewan ini.
Jangan sekali-kali kita mencontohi tindakan dan kelakuan seperti di Perak dengan kerajaan lanunnya yang telah meluluskan belanjawan negeri atau bajetnya dalam tempoh 20 minit. Dalam soal bajet apa yang telah dicadangkan untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui tindakan-tindakan seperti service charge atas kad kredit, pembayaran cukai keuntungan syarikat minyak secara current year good service taxes, penswastaan, dan sebagainya. Semua ini adalah pendekatan yang mudah tetapi mengembalikan kos kepada rakyat. Rakyat terpaksa menanggung kos atas sebab ketidakberkesanan dan sikap tidak berhemahnya Kerajaan Barisan Nasional. Ia menambahkan hasil atau mengurangkan perbelanjaan, tetapi bukan dengan cara yang konstruktif.
Sebaliknya menyempitkan ruang bergerak dan berbelanja rakyat jelata. Daripada kita membebankan rakyat tidakkah mungkin kita mengkaji kaedah pengurusan yang lebih berkesan dan bertanggungjawab. Good governance, dengan izin supaya kebocoran dan ketirisan tidak lagi berulang.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kebocoran dan ketirisan yang dianggarkan sebanyak RM28 bilion untuk tahun 2008 adalah jumlah yang mampu, menyebabkan sesebuah kerajaan yang kenal erti malu untuk meletak jawatan. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya merupakan suatu perkara yang berulang tahun demi tahun... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh kita tahu bahawa Petronas menampung subsidi berbilion ringgit setiap tahun kepada IPP hasil jualan gas asli dengan harga, bawah harga pasaran. Jumlah subsidi yang telah ditanggung oleh Petronas semenjak 1997 adalah sebanyak RM35.7 bilion. Bukankah lebih baik sekiranya duit berbilion ini digunakan untuk membayar balik sahaja pihak IPP sebagai compensation? Dengan itu membebaskan negara dari satu perjanjian yang jelas mengkhianati kepentingan negara atau ianya digunakan untuk menukar proses penjanaan dari jenis yang menggunakan gas asli kepada jenis yang lebih ekonomi.
Dengan ini memungkinkan gas asli ini dijual dengan mendatangkan hasil yang lebih besar kepada negara. Ini menjadi bertambah relevan apabila mengambil kira perancangan kerajaan untuk membangunkan stesen hidro di Terengganu dan di Pahang, sedangkan kelebihan kuasa penjanaan tenaga sekarang ini adalah melebihi 40 peratus.
Apakah gunanya dibelanjakan wang berjuta-juta untuk kuasa penjanaan tambahan yang disebut di sini RM5 bilion bagi TNB sedangkan IPP terus diberikan keutamaan?
Sememangnya Kerajaan Barisan Nasional telah berusaha mencari pengganti kepada penjana kewangan yang baru, yang boleh menggantikan hasil minyak khususnya.
Namun usaha-usaha ini semua gagal disebabkan tiada kesungguhan dan keikhlasan seperti isu caj tahunan atas kad kredit. BN hanya melihat masalah yang dihadapi sebagai peluang merompak kekayaan negara, menyusahkan rakyat bukan menyelesaikan masalah.
Masalah dadah masih tidak diatasi walaupun berbilion telah mengalir melalui pusat-pusat serenti. Masalah sosial terus dihadapi walaupun berbilion juga dibelanjakan melalui program LPKN. Begitu jugalah nasibnya dengan usaha-usaha Barisan Nasional untuk membawa negara ke suatu asas ekonomi yang selain dari minyak.
Usaha menceburkan negara dalam bidang industri berat menghasilkan skandal Perwaja. Penceburan dalam industri automotif hanya mampu menjadikan harga kereta melambung tinggi, hingga ke hari ini rakyat dibebankan kegagalan Barisan Nasional dalam industri automotif ini. Ada yang secara sinis menyebut usaha mengadakan sistem pengangkutan awam yang baik dan berkesan sengaja digagalkan kerana ia akan mempunyai impak negatif terhadap jualan kereta, sedangkan jualan kereta ini membawa pendapatan yang tinggi kepada kerajaan.
Usaha menceburkan negara dalam bidang ICT dengan terlancarnya MSC, Cyberjaya, dan sebagainya hanya melihat perbelanjaan berbilion-bilion tanpa mendatangkan pulangan yang signifikan... [Tepuk] Usaha menjadikan negara hab pengangkutan hanya menghasilkan skandal PKFZ. Berdasarkan sejarah kegagalan yang sebegini tidaklah hairan skeptisisme yang dizahirkan sebahagian masyarakat terhadap cadangan menceburkan negara ke arah ekonomi inovatif dan R&D, iaitu ekonomi berpendapatan tinggi.
Bagaimanakah rakyat boleh meyakini seruan ke arah inovasi? Sedangkan kerajaan langsung tidak mempunyai pemikiran yang inovatif dalam pendekatan mereka terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Sebagai contoh persoalan IPP, persoalan tol, kutipan tol, dan konsesi tol yang telah diberikan, yang dicadangkan juga untuk dibeli semula supaya rakyat mendapatkan manfaat. Sebagai satu lagi contoh persoalan automatik pricing mechanism terus digunakan untuk menentukan harga minyak semenjak tahun 1984, iaitu 25 tahun punya formula masih belum dikaji.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedangkan pada tahun 1984, harga kereta baru hanya dalam lingkungan RM2,000 kerana Proton tiada lagi. Rakyat belum lagi dibebankan cukai kenderaan yang tinggi. Begitu juga rakyat belum lagi dibebankan dengan budaya cash cow Barisan Nasional dengan kutipan tol dan sebagainya. Tidakkah kos-kos tambahan seperti ini yang mempunyai impak terus kepada kos pengangkutan rakyat sepatutnya diambil kira apabila kita ingin menentukan harga minyak untuk rakyat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pendekatan yang inovatif untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan rakyat adalah apa yang diperlukan. Bukan inovatif dalam merompak hak rakyat jelata dan hak negeri dengan kaedah seperti pembohongan dan penggunaan istilah wang ihsan dan RON97. Ya... [Tepuk] Ini yang inovasi nya yang ada pada Barisan Nasional. Selagi mana kerajaan Barisan Nasional tidak mahu berterus-terang dengan rakyat dan call a spade a spade maka ia akan terus gagal mengemukakan sebuah bajet yang mantap dan bernas. Kalau tidak, segala yang dikatakan hanya merupakan retorik politik dan rakyat hanya mampu menunggu skandal apa pula yang akan timbul dalam melaksanakan wawasan bajet yang baru ini. Berapa bilion pula yang akan burn atau hangus kerana wawasan yang dibentangkan tanpa pendedahan kaedah dan cara untuk mencapai matlamat yang digambarkan di situ, merupakan satu wawasan yang tidak boleh dipakai.
Hakikatnya kita tidak akan mendapat satu bajet yang bertanggungjawab dan penyelesaian masalah ekonomi negara di bawah pentadbiran yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya dalam bahasa istana ya, ingin pohon sembah derhaka dan tolak bajet ini.
Terima kasih... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bismillahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberikan peluang untuk sama-sama membahaskan belanjawan untuk Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya sengaja mengambil tindakan untuk bercakap di saat-saat akhir kerana mahu mendengar perbahasan daripada rakan-rakan terutamanya rakan kita daripada sebelah sana. Setelah mendengar begitu tekun dan teliti, saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan di kedua-dua belah pihak yang telah pun memberikan sumbangan idea yang bernas kepada bajet yang telah dibentangkan.
Namun begitu, saya juga merakamkan rasa agak bukanlah sedih tetapi ralat apabila kesempatan yang baik ini digunakan dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat, yang rakus dan tidak ada menunjukkan hati budi budaya Timur, orang Melayu, bangsa Malaysia melainkan pernyataan dendam kesumat kerana perasaan dengki, perasaan iri hati, perasaan yang tidak baik semata-mata.
Saya tidak mengatakan semua tetapi ramai juga. Ini merugikan rakyat kerana ini adalah kesempatan bagi kita semua untuk menyampaikan perkara-perkara dan cadangan yang baik bagi pihak rakyat. Bukan bagi tempat untuk meluahkan perasaan dendam kesumat yang tidak memberikan kebaikan kepada siapa.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, saya tidak hendak berbahas dengan pihak kerajaan. Saya ingin berbahas dengan rakan-rakan daripada mana-mana juga yang ingin berbahas. Akan tetapi sebelum itu, saya hendak mengambil kesempatan ini, saya tidak mahu bercakap soal teori. Banyak sudah kita mendengar teori, formula macam- macam. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang ekonomi, kewangan dan sebagainya. Walaupun tidak ada belajar satu bab ekonomi pun, belajar bab kedoktoran hendak cakap bab ekonomi. Belajar perundangan hendak cakap fasal ekonomi.
Manalah dia tahu. Campur aduk. Suka-suka buat teori sendiri. Jadi, kita telah mendengar semua dan saya belajar juga sedikit-sedikit tetapi saya tidak berhajat...
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Tidak berhajat untuk bercakap soal teori. Saya hendak bercakap soal yang pertama sekali Pasir Salak. Saya datang dari Pasir Salak, mewakili rakyat di Pasir Salak. Satu kawasan kubu kuat Barisan Nasional... [Dewan riuh] Daripada dahulu hingga sekarang. Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri nya, dahulu, sekarang dan insya-Allah, buat masa yang akan datang. Kita akan kekal sebagai penyokong kuat Barisan Nasional.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan sebab itu, sebagai mana juga rakan-rakan daripada kawasan lain, daripada Sabah dan Sarawak menuntut dan memohon kepada kerajaan, kesempatan ini saya gunakan juga untuk memohon perhatian daripada pihak kerajaan dalam belanjawan ini jangan lupa orang-orang di Pasir Salak.
Pertama sekali di Pasir Salak ini, terdiri daripada petani-petani yang berpendapatan rendah. Saya kira pada keseluruhannya tidak lebih daripada RM1,500 sebulan. Ramai juga yang berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan. Jadi dengan sebab itu kalau kita bercakap untuk mengangkat kedudukan ekonomi negara kita ini ke satu tahap yang berpendapatan tinggi, cabaran yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak untuk melipat gandakan pendapatan ini dalam tempoh yang akan datang adalah satu cabaran yang besar kepada kerajaan. Cabaran besar kepada kerajaan yang mana semua kementerian kerajaan, menteri-menteri yang bertanggungjawab, beri perhatian yang serius kepada kawasan Pasir Salak dan penduduknya. Pelaksanaan di tangan menteri dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Saya hendak meminta, pertama sekali, Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian. Produktiviti petani masih rendah. Petani-petani menghasilkan tidak sampai lima tan satu hektar manakala matlamat kita 10 tan dan ada orang yang telah menjangkau lebih daripada itu.
Kita perlu memikirkan bagaimana untuk melipat gandakan hasil padi ini buat masa yang akan datang. Untuk itu, saya meminta kerajaan untuk memberikan peruntukan yang secukup nya untuk memperbaiki, menaik taraf infrastruktur pertanian di kawasan padi di Sungai Manik dan juga di Pasir Salak iaitu infrastruktur pertanian yang moden.
Pada hari ini kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan yang telah meluluskan tempoh hari sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf pengairan di sini, Sungai Manik. Akan tetapi pelaksanaannya agak lembap dan juga kita mendapati kontraktor-kontraktor juga tidak melaksanakannya dengan baik. Saya menuntut kepada jabatan kerajaan, JPS, IADP, Kementerian Pertanian untuk memantau pelaksanaan projek ini supaya peruntukan RM100 juta yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan itu dilaksanakan bagi faedah petani-petani di sana. Ada lebih kurang 15,000 orang petani di kawasan Sungai Manik yang sangat memerlukan pembangunan pertanian ini.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, tanah-tanah yang digunakan untuk pertanian padi di Sungai Manik ini juga telah usang. Telah lama. Telah berjasa kepada rakyat dan negara hampir 100 tahun. Dikerjakan tanah ini, musim demi musim. Ia perlu disuburkan semula. Dengan sebab itu peruntukan yang secukupnya perlu diberikan oleh kerajaan, Kementerian Pertanian untuk menyuburkan semula tanah-tanah ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya dapati setakat ini belum ada peruntukan untuk menyuburkan tanah ini supaya ianya menjadi lebih subur dan menghasilkan hasil yang lebih tinggi. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, petani juga menghadapi masalah saya kira iaitu perlu diberikan latihan, ilmu dan pengetahuan pertanian, praktis pertanian yang baik. A good practice agricultural practice dengan izin. Ini Jabatan Pertanian tidak ada pun menjalankan program- program latihan, program-program penerangan bagaimana untuk mengadakan satu kumpulan petani yang mengamalkan good agricultural practice. Mungkin peruntukan tidak cukup. Selalunya jabatan kerajaan memberikan alasan tidak dapat melakukan itu dan ini sebab tidak cukup peruntukan. Berilah.
Saya menyeru kepada Menteri Kewangan berilah peruntukan untuk tujuan ini kerana sebagaimana yang disebutkan oleh Menteri Kewangan berjasa kepada tanah ini, tidak akan rugi dan sebenarnya jasa yang telah ditaburkan oleh tanah sawah ini, the rice bowl, dengan izin. One of the rice bowls of the country is Sungai Manik. Kalau tidak ada Sungai Manik, ramai orang yang tidak makan terutamanya di sebelah Gombak. Mana ada sawah padi! Tidak ada. Gombak, Shah Alam tidak ada sawah padi. Semua makan beras daripada Sungai Manik. Itu pun tidak tahu menghormati orang Sungai Manik termasuk wakil rakyatnya daripada sana... [Dewan Riuh] Selalu dia bersikap begitu. Akan tetapi, itu perangai mereka lah. Jadi, saya harap masa yang akan datang tidak begitu lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kepada pembangunan ekonomi di Pasir Salak ini juga potensinya ialah dari segi pelancongan. Kita di Pasir Salak terkenal dengan izin, we are very proud to tell you kebangkitan semangat nasionalisme iaitu perjuangan untuk membela bangsa dan negara di Sungai Manik... [Dewan Riuh] Where the Birch you know. Semua yang belajar sejarah, tetapi yang buta sejarah dia tidak tahu, yang tidak belajar sejarah, belajar undang-undang, belajar ekonomi, pakar ekonomi, Yang Berhormat Kuala Selangor. Teori ekonomi tidak habis-habis. Sikit-sikit teori ekonomi, sejarah dia tidak sebut. Pasir Salak adalah tempat di mana kita telah mulakan perjuangan menentang penjajah oleh UMNO, Barisan Nasional. Bukan Pakatan, bukan PAS, bukan PKR... [Dewan Riuh] Di sini lah bermulanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Perjuangan membela bangsa, agama dan tanah air. Jadi, tuan-tuan dan Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua... [Dewan Riuh] Ini tempat yang bersejarah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, diam Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya minta Menteri Kewangan beri peruntukan lah kepada Kementerian Pelancongan. Menteri Pelancongan bangunkan, jadikan sejarah ini sebagai produk pelancongan yang sangat lumayan. Sangat lumayan. Di sana terdapat kubur JWW Birch, terdapat kubur Maharaja Lela, Dato’ Sagor, si Puntung dan juga Raja-Raja Melayu, dan juga pejuang-pejuang, dan juga kapten-kapten Cina, kapten India dan sebagainya yang boleh dijadikan produk pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua selain daripada itu, kita mempunyai sebuah sungai yang cantik, Sungai Perak. Kita juga mempunyai lombong-lombong, bekas lombong bijih timah yang sangat besar di kawasan sana yang boleh dijadikan produk pelancongan, boleh dijadikan satu tempat permainan water sport. Apa nama ini, tempat ski, water ski. Tidak payah hendak pergi kepada laut dalam, di Sungai Perak pun boleh. Dahulu bekas Menteri Kewangan, bekas Timbalan Perdana Menteri, sekarang ini Ketua Pembangkang, dahulu pun main water ski di Sungai Perak sana... [Dewan Riuh] Ha! Ada. Gambar dia ada, ada. Yang Berhormat Gombak jangan hendak menafikan... [Ketawa] Saya ada simpan gambar itu lagi, bukan main lagi dia masa itu...
[Ketawa] Ha! Orang kata cun betul dia masa itu... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Sungai Perak...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Speaker, ini ceramah kampung bukan bajet.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Boleh dijadikan produk pelancongan dan juga kawasan-kawasan lombong di sana. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya sebutkan tadi kawasan petani, agro tourism, dengan izin satu produk penting selain daripada ecotourism. Akan tetapi, malangnya Pegawai Pelancongan ataupun Menteri Pelancongan yang silih berganti tidak pun menggunakan peluang ini untuk dijadikan produk-produk pelancongan.
Saya kira kalau hendak meningkatkan pendapatan penduduk Pasir Salak dalam tempoh mendatang untuk berlipat ganda, untuk menjadi peserta, bukan passenger kepada ekonomi model baru yang hendak dibangunkan oleh kerajaan. The new economic model, di mana terdapatnya rakyat berpendapatan tinggi jangan lupa, Pasir Salak pembangunan pelancongannya sangat penting, pembangunan pertaniannya amat penting, dengan sebab itu peruntukan yang besar mesti diberikan kepada Pasir Salak... [Tepuk] Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pelajaran. Kalau kita hendak membangunkan ekonomi rakyat, kita melihat kepada apa yang disebutkan oleh Menteri Kewangan iaitu Human Capital Development, pembangunan insan. Perlu menjadi orang-orang yang berinovatif, orang yang kreatif. Di mana datangnya kreativiti? Di mana datangnya innovation? Ialah daripada ilmu, daripada pengetahuan. Ilmu dan pengetahuan penduduk-penduduk luar bandar termasuk di Pasir Salak sebagaimana yang kita tahu jauh ketinggalan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Keputusan serta pencapaian peperiksaan mereka menunjukkan tidak ramai penduduk luar bandar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Apa pasal? Apa pasal ini berlaku? Kita perlu lihat kepada beberapa perkara.
Pertama, guru-guru. Guru-guru pada hari ini sudah tidak begitu komited dibandingkan guru-guru yang lalu. Apa sebab? Kita tidak boleh salahkan mereka. Mungkin ada masalah, masalah tidak cukup duit, terpaksa main saham, kerana tidak cukup duit, terpaksa buat kebun, terpaksa bela lembu, terpaksa itu, terpaksa ini mencarikan pendapatan sampingan. Oleh sebab itu saya menyeru kepada kerajaan, kepada Kementerian Kewangan berilah satu tahap pendapatan yang comfortable, dengan izin.
Pastikan mereka ini mendapat pendapatan yang cukup bagi mereka merasa selesa supaya mereka boleh menumpukan sepenuhnya tugas dan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa kita di luar bandar mencapai kejayaan yang cemerlang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tolong Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kita dapati juga pembangunan modal insan ini bermula daripada tadika, prasekolah. Banyak sekarang ini kelas-kelas tabika, tadika yang dianjurkan oleh KEMAS adalah tempat main-main sahaja. Main-main pondok serta tidak ada kualiti, dengan sebab itu saya menyokong usaha kerajaan untuk menaik taraf dari segi kemudahan, dari segi kakitangan pengajar supaya terdiri daripada orang yang berkelayakan, ada diploma, ada ijazah dan sebagainya.
Pada hari ini makcik-makcik mengajar di kelas-kelas KEMAS. What do you expect, dengan izin. Kita tidak boleh melahirkan anak-anak kecil yang berfikiran secara kreatif dan juga mendapatkan pembangunan yang kita harapkan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya hendak mengambil peluang juga di sini tajuk yang saya suka ialah iaitu berhubung dengan automotif, National Automotive Policy. Saya baca dalam akhbar, it is very disappointing National Automotive Policy daripada masyarakat peniaga automotif. Apa ini? Hendak hapuskan AP 2015 untuk tujuan apa? Hendak beri Ahli Parlimen satu AP seorang, tidak perlu. Apa perlunya hendak beri AP ini? Saya tidak mahu, tidak perlulah hendak pakai AP itu semua. Saya hendak lihat automotive industry negara kita ini seperti industri automotif Korea, Jepun.
Kalau dahulu Korea dan Jepun ketinggalan dari segi automotive industry nya berbanding dengan American industry, European continental cars, tetapi oleh kerana dasar yang diamalkan oleh kerajaannya dalam tempoh 30 tahun, industri automotif Korea dan Jepun boleh menyaingi industri automotif Amerika sehinggakan kita melihat pada hari ini sebahagian besar daripada pasaran automatif di Amerika itu di conquer oleh automotif daripada Jepun dan Korea. Kenapa ini boleh berlaku?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Tolong Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kenapa kita dengan Proton yang sudah 20 tahun, 30 tahun kita lancarkan masih lagi kita terhegeh-hegeh? Masih lagi terhegeh-hegeh. Ini Wakil Rakyat Bukit Bintang, tengok dia pun berminat juga kereta ini.
Tidak payahlah, masa sudah hendak habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak, kita ada had masa 15 minit Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini penggulung. Sektor automotif industri. Jadi, sebab itu saya mengharapkan iaitu kerajaan menyokong dasar automotif negara kita ini dengan peruntukan yang secukupnya. I don’t want to see you.
Yang Berhormat Taiping ini kacau sahaja. Iaitu dengan peruntukan yang secukupnya untuk melakukan research and development yang memerlukan satu model kereta mungkin RM1 bilion. Dua model kereta RM2 bilion.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Biar RM10 bilion, biar RM20 bilion sekalipun, kalau kita boleh menghasilkan produk dalam bentuk automotif yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia. Memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara dan meningkatkan pendapatan penduduk atau rakyat kita ini melonjak menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Ini yang saya maksudkan. Yang Berhormat Gombak sila sabar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak lagi tetapi nampak gayanya masa sudah cukup. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang saya untuk membahaskan Bajet 2010. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak berkata ‘tidak perlu idea, tidak perlu teori’.
Ada pepatah Arab yang berbunyi, “Big minds talk about ideas or theory, medium size minds talk about programs, small minds talk about themselves”, dengan izin... [Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Pasir Salak ini small minds atau big minds? Atau no minds?
Seorang Ahli
No minds... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya dari segi mukadimah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahukan negara ini berasaskan ekonomi yang dikatakan inovasi, kreatif dan sebagainya itu satu tujuan yang baik. Dikatakan innovative leadership for one united innovative Malaysia.
Sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercita-cita sebegitu, saya hendak patah balik ke belakang kira-kira 50 tahun yang lalu. 50 tahun yang lalu, negara ini dibina dengan satu muafakat yang bagi saya yang dipersetujui oleh ramai sehingga membawa negara ke tahap ini dan antara lain ketika pemasyhuran kemerdekaan 1957, asas negara dikatakan akan dibina di atas prinsip demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan. Sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.
Kata kuncinya di situ Tuan Yang di-Pertua, dikatakan negara ini akan dibina di atas kebebasan (freedom) dan keadilan (justice). Perkara tersebut dibawa lagi hingga ke tahap pemasyhuran Malaysia tahun 1963. Saya melihat asas yang sama akan dibina di atas dasar kebebasan dan keadilan. Akan tetapi mungkin 50 tahun yang dahulu, penggubal-penggubal tidak menjangkakan atau mungkin sudah menjangkakan sebab negara ini akan ada satu ketika hubungan pusat dan negerinya itu akan berubah sebab itu yang ditawarkan dan persetujui ialah satu prinsip federalisme yang mana mengangkat bukan sahaja agenda untuk mempertahankan kedaulatan territory masing-masing tetapi yang lebih penting ialah maruah rakyat setempat di negeri mahupun di pusat.
Saya berkata begitu kerana saya mahu mengajak Menteri Kewangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya rasa yang amat berpengalaman bahawa apa sahaja perancangan kewangan terutama sekali yang melibatkan hasil mahsul negeri, terutama sekali titik peluh perit rakyat jelata perlu diangkat ke Perlembagaannya seperti yang ditunjukkan di bawah bahagian tujuh peruntukan-peruntukan kewangan. Di situ, dengan elok dan harmoninya dikatakan antara lain seperti yang saya bangkitkan sebelum ini.
Dikatakan bagaimana cukai boleh digunakan, bagaimana dikatakan ada satu majlis kewangan negara yang perlu bersidang dan dihadiri wakil-wakil negeri. Saya yakin semua pemimpin-pemimpin negeri daripada Sultannya, daripada Ketua Menterinya mempunyai cita-cita yang murni untuk rakyatnya dan saya rasa tidak ada mana-mana pemimpin mahukan rakyat di negerinya ditindas ataupun dihimpit dengan pembangunan. Lebih menarik lagi, maksud pembangunan juga ada di dalam Perlembagaan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jika boleh saya baca di sini dengan izin, artikel 92(3) mengatakan dalam perkara ini, perancangan pembangunan ertinya satu rancangan untuk membangun, memaju atau memelihara hasil bumi dalam sesuatu kawasan pembangunan, mengusahakan hasil bumi itu atau menambah peluang-peluang bekerja dalam kawasan itu.
Sebab itu, tadi apabila Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan mengenai nasib penduduk di Pasir Salak, saya rasa itu semua aspirasinya ada di sini Yang Berhormat Pasir Salak. Iaitu memastikan, menambahkan peluang-peluang bekerja dan memastikan membangun kawasan setempat. Di sini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan saya memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan buktikan di Dewan ini bahawa bajet yang diangkat itu bajet yang berperlembagaan di mana berlakunya perundingan seperti yang diwajibkan.
Mana mungkin apa yang dikatakan semalam ketika mana Yang Berhormat Kuala Kedah berbahas, seolah-olah tergopoh gapah menukar begitu dan menukar begini. Saya rasa kalau berlaku perundingan, mana mungkin perkara itu dibuat sewenang-wenangnya.
Saya bertanya ini dan saya mahu bukti di dalam Dewan yang mulia ini bahawa hasil mahsul negeri ini digunakan mengikut persetujuan ketua-ketua negeri dengan sebenar-benarnya.
Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya hasil mahsul negeri itu tidak ditadbir dengan sebaik-baiknya, mungkin contoh yang kita lihat berlaku di India boleh berlaku di negara ini tatkala rakyat faham apa itu hak mereka. Faham apa itu yang dijanjikan di dalam Perlembagaan. Maksud saya kalau Perlembagaan bahawa tidak ada mana-mana cukai boleh diambil dan boleh dikutip tanpa mengikut perundangan. Saya berkata begini kerana saya tidak mahu dan kadang-kadang saya berasa sedih apabila teman-teman terpaksa macam merintih dan merayu kepada seorang Perdana Menteri.
Rakyat kami perlu ini, rakyat kami perlu itu.
Saya rasa di sini hak kita bukan di atas tawar menawar ataupun ihsan seperti yang digunakan semalam ketika berbicara mengenai isu royalti minyak. Hak itu datang mana mungkin bukan kita yang menjadikan minyak ada di Kelantan itu. Bukan kita yang menjadikan minyak itu ada di Terengganu. Bukan kita menjadikan minyak itu ada di Sabah dan Sarawak. Saya rasa itu ada sebabnya Allah SWT yang lebih tahu apakah kekuatan setempat itu dan pasti manfaatnya untuk rakyat setempat. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua, saya menyambut pantun yang dibuat oleh teman saya dari Sabah yang mengangkat agenda muafakat. Saya yakin itulah sebenarnya yang perlu ditunjukkan iaitu bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’. Kita muafakat, rakyat hebat. Akan tetapi kalau kita tidak muafakat, rakyat ranap.
Di sini, saya ingin menyambut cita-cita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu negara ini berdiri di atas ekonomi yang inovatif dan kreatif. Saya pun mengatakan bahawa saya bersetuju kita tidak ada pilihan. Itulah satu-satunya pilihan yang kita ada.
Ekonomi hari ini mestilah ekonomi yang inovatif dan kreatif. Akan tetapi prasyarat inovasi ini sekurang-kurangnya dikatakan di dalam innovation nation itu, prasyarat utamanya mestilah ada kebebasan, freedom. Itu saya tengok telah dijanjikan kepada rakyat kita sejak mula negara ini didirikan. Mana mungkin freedom ada, kalau yang ada kekangan, AUKU dan sebagainya untuk para pelajar berkarya. Betul dicadangkan untuk kita mula dengan idea-idea baru, syarikat sendirian berhad di universiti, model-model sosial entrepreneur. Itu model-model yang amat berhasil di negara-negara yang sudah maju.
Akan tetapi waqiq nya, keadaannya, suasananya lain. Suasananya bebas, bebas berkarya dan sebagainya.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mohon penjelasan daripada Menteri, bagaimana cita-cita inovasi ini dapat dicapai kalau yang ada satu rejim yang represif terutama sekali di kalangan pelajar?
Seterusnya, saya bergerak sedikit ke arah suasana perantau. Di peringkat ASEAN, kita menghantar wakil-wakil pemimpin terutama daripada Kementerian Luar Negeri. ASEAN mengangkat agenda “One Vision, One Identity, One Community”., tetapi yang diangkat di situ berbeza dengan yang diangkat dengan agenda 1Malaysia.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apa yang diangkat dan ditekankan baru-baru ini antaranya ialah, agenda hak asasi manusia, agenda human security.
Baru-baru ini, saya mengucapkan tahniah, walaupun belum cukup kuat kepada Kementerian Luar Negeri kerana bersama-sama bersetuju menjadikan ASEAN ini mempunyai intergovernmental human right body. Jadi di sini, saya ingin menyeru rakan- rakan di Parlimen bahawa Malaysia ini makin kecil dan apa sahaja keputusan yang kita buat di sini akan mengguris dan menyentuh perasaan rakan-rakan kita di seberang. Oleh sebab itu, semalam saya dengan sinis menegaskan saya tidak berpuas hati apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri dalam cuba menjelaskan isu perselisihan faham di antara Malaysia dan Indonesia, dengan lantangnya mengatakan “Ini hanyalah sekelompok kecil pembangkang dan para media di Indonesia”. Itu bagi saya... suasana di sana pembangkangnya berbeza dari di sini. Saya takut usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini bergegas ke sana untuk menyelesaikan keadaan, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri membuka balik luka itu. Itu tidak diplomatik langsung. Tidak langsung akan menyumbang ke arah pembentukan yang dikatakan ASEAN Community itu.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dari segi aspek mengurus masyarakat. Saya yakin, cita-cita kita di sini ialah untuk mengurus masyarakat dengan mengambil kira perkembangan baru, pengawalan setempat dan cabaran-cabaran setempat. Saya di sini ingin bertanya kepada menteri berkenaan, bagaimana inisiatif yang diangkat di peringkat Asean yang dipanggil sebagai Cool ASEAN, Green Capitals Initiative dapat dilakukan di Malaysia? Ini kerana ia telah dipersetujui sekurang-kurangnya pada mesyuarat pertama pada 2 November 2009.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini penting kerana saya di Balik Pulau mempunyai kepentingan, kerana satu ketika apabila berlakunya Tsunami, seorang bapa kehilangan secara serentak empat orang anaknya ketika berlakunya Tsunami di Balik Pulau. Saya rasa cabaran climate change seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Rembau tempoh hari, saya bersetuju bahawa agenda ini perlu diangkat dengan penuh komitmen oleh kerajaan kita pada hari ini.
Saya ingin mengatakan di sini kerana negara jiran contohnya Thailand, Putera Sukhumbhand Paribatra, Gabenor Bangkok sendiri yang mengepalai agenda yang dikatakan Cool ASEAN, Green Capitals, yang mana memberi platform kepada orang-orang yang berada di bandar untuk turut serta terlibat di dalam agenda melawan climate changes ini.
Seterusnya, saya juga ingin senada dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Kita senada Yang Berhormat Pasir Salak. Kita perlu fikirkan bagaimana survival penduduk-penduduk setempat kita? Saya di sini ingin menyeru kepada Menteri terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat, Balik Pulau bukan perlu dilihat sebagai baggage kepada bandar. Balik Pulau bukan luar bandar. Balik Pulau bukan countryside. Ya, masalahnya ialah infrastruktur. Sekian lama sehingga 50 tahun penduduk Balik Pulau menjadi terlalu bergantung kepada zon bebas. Sehinggakan hari ini masalah baru timbul. Selama 12 jam yang ditekan ataupun ditentukan oleh majikan untuk rakyat Balik Pulau bekerja sehinggakan budaya gotong-royong, budaya masyarakat yang sekian lama mengangkat kekuatan masyarakat setempat telah makin hilang. Tidak ada masa untuk pergi berkenduri kendera, tidak ada masa untuk sakit demam dan melawat teman-teman.
Saya rasa perkara ini merupakan perkara dasar yang perlu dilihat oleh Menteri Sumber Manusia bahawa dasar-dasar yang mahu kita persetujui untuk pekerja hari ini, perlu lebih bersesuaian dengan budaya setempat. Hari ini saya terkejut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam menjelaskan permintaan bonus oleh CUEPACS oleh Saudara Osman dan pekerja-pekerja, beliau mengatakan itu permintaan yang tidak bermoral. Kalau dikatakan tidak bersesuaian kerana ekonomi tidak sesuai, saya lebih terima. Akan tetapi, dikatakan tidak bermoral. Saya mengatakan di sini apakah ekonomi tanpa pekerja? Apa yang sebenarnya yang ditekankan kepada perkara ini ialah tanggungjawab moral kerajaan. Akan tetapi, pekerja ditempelak. Saya rasa hari ini kalau hari ini kita mengecewakan perasaan pekerja, mana mungkin agenda ekonomi di bawah Bajet 2010 akan berjaya, kerana apalah ekonomi tanpa pekerja.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang dipanggil sebagai ekonomi hawa ataupun the female economy. Maksud saya begini kerana di peringkat global kaum hawa dianggarkan lebih kurang 20 trilion perbelanjaan pengguna ataupun consumers spending dan jumlah tersebut dianggarkan akan meningkat setinggi USD28 trilion dalam masa 5 tahun. Dengan izin, there are thirteen trillion in total yearly earnings could reach USD18 trillion in the same period. Agregat ini menunjukkan kaum hawa mewakili perkembangan pasaran ataupun growth market lebih besar daripada pasaran China dan India walaupun setelah dicantumkan kedua-dua pasaran tersebut. So di sini, saya terkilan kerana tidak ada program khusus di dalam bajet untuk menyantuni kepentingan sektor kaum hawa, ekonomi hawa ini di dalam bajet kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Adalah sesuatu yang kurang bijak ataupun mungkin foolish untuk tidak mengendahkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa habis Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
...Apatah lagi untuk tidak memberi perhatian yang strategik kepada pengguna kaum hawa. Inilah yang saya lihat di dalam bajet kita yang tidak mempunyai pendekatan strategik terhadap kaum hawa.
Mengikut kajian dari Boston Consulting, sehingga hari ini kaum hawa masih mengalami kesukaran untuk mendapat makanan yang berkhasiat, healthy meal, mendapat perkhidmatan nasihat kewangan tanpa gangguan atau patronize. Kini di Amerika Syarikat, jumlah pekerja kaum hawa dikatakan melebihi kaum lelaki. Tiga per empat pekerja kehilangan pekerjaan akibat recession ialah lelaki. Syarikat dan kerajaan masih mempunyai pemikiran yang stereotaip terhadap kaum hawa dan masih lagi terus menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama tanpa membuat adjustment terhadap keperluan kaum hawa yang semakin canggih dan sofistikated. Contohnya, sehingga hari ini tidak ada kenderaan ataupun SUV yang sesuai untuk seorang ibu membawa dua orang anaknya dengan selamat.
Pertambahan kaum hawa di institusi pengajian tinggi yang juga berlaku di Malaysia, juga menyumbang kepada perlunya ekonomi hawa ataupun female economy ini dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan dan swasta. Memang terbukti, di Bangladesh dan sebagainya apabila micro credit dibuat, kelompok ibu tunggal ini telah berjaya membuktikan bahawa merekalah peminjam dan juga usahawan yang baik. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon agar apa yang diangkat hari ini oleh kerajaan, saya rasa tidak akan mendapat keyakinan salah satu aspek ekonomi yang penting kerana di dalam mengangkat bajet keesokan hari, hari sebelumnya berbincang mengenai tiada kes untuk satu Suruhanjaya VK Lingam. Saya rasa keyakinan hilang dan yang ada hanyalah jumlah wang. Atas sebab itu, saya sekali lagi mengatakan bahawa aspek ekonomi bajet juga penting untuk membangkitkan keyakinan rakyat dan kalau tidak ada keyakinan saya rasa apa yang cuba dicapai akan menjadi sia-sia. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya terpaksa hadkan masa kepada 12 minit seorang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Bakri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dijemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut serta dalam membahaskan Belanjawan 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengalu-alukan langkah Kerajaan Malaysia yang telah mengumumkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Jika sebelum ini Hari Malaysia hanya sekadar diisi secara ringkas kita berharap pelbagai program boleh diatur bagi membolehkan orang ramai memperingati hari pembentukan Malaysia. 16 September mungkin lebih dekat di hati masyarakat Sabah dan Sarawak, tetapi saya percaya kini ia lebih dihargai oleh semua rakyat Malaysia.
Mengisytiharkan tarikh itu sebagai cuti umum, pastinya membuka ruang untuk seluruh warga Malaysia menghayati makna sebenar pentingnya Hari Malaysia. Saya melihat sekali gus dapat menyatukan seluruh rakyat negara di bawah satu platform bagi meraikan hari yang besar maknanya dalam konteks perpaduan nasional.
Pada masa yang sama, ia juga secara langsung menggambarkan penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti dan sumbangan tokoh serta masyarakat di Sabah selain Sarawak terhadap perpaduan nasional. Langkah menjadikan tarikh itu sebagai cuti umum juga amat tepat kerana pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat pada 16 September 1963 adalah titik penting dalam sejarah negara kita sama seperti 31 Ogos yang disambut sebagai hari kemerdekaan kita. Dengan menjadikan Hari Malaysia cuti umum di seluruh negara, ia adalah simbol pengiktirafan terhadap kesamarataan hak bagi semua penduduk negara ini, khususnya warga Sabah dan Sarawak yang menganggap tarikh 16 September juga membawa pengertian mendalam kepada mereka.
Isu kononnya pengisytiharan Hari Malaysia sebagai cuti umum akan menyebabkan negara meraikan dua hari kebangsaan secara berkembar, ini adalah tidak patut timbul kerana tarikh 16 September dan 31 Ogos masing-masing mempunyai signifikannya tersendiri. Malah ia sebaliknya harus dilihat dari sudut sejarah yang terpahat dalam kedua- dua tarikh berkenaan sepertimana 31 Ogos kekal dalam lipatan sejarah sebagai tarikh negara mencapai kemerdekaan. Manakala 16 September juga penting kerana ia adalah hari penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, satu ketika Singapura juga bersama kita. Dengan itu jelas bahawa dua tarikh berkenaan adalah wajar diberi penghormatan terutama ketika kerajaan berusaha menyuburkan lagi perpaduan dan integrasi masyarakat di negara ini.
Dari segi pengisian pula, saya mencadangkan kerajaan hendaklah memperkasakan dua hari besar tersebut dengan menggariskan dengan jelas bentuk sambutan yang akan diadakan pada kedua-dua tarikh berkenaan, sesuai dengan statusnya sebagai hari kemerdekaan. Acara sambutan akan lebih menjurus kepada usaha mengingatkan rakyat mengenai perjuangan kita mencapai kemerdekaan daripada penjajah.
Bagi sambutan Hari Malaysia, saya melihat pula hendaklah diisi dengan acara yang lebih menjurus kepada program berorientasikan usaha mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum serta acara yang berkaitan. Sesungguhnya, langkah mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia ialah lambang penyertaan kesungguhan kerajaan dalam memupuk perpaduan rakyat, sejajar dengan Gagasan 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun jumlah peruntukan sebanyak RM191.5 bilion telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat kecil sedikit jika dibandingkan dalam Bajet 2009 iaitu sebanyak RM207.9 bilion, namun saya percaya dan yakin bahawa Sabah akan terus diberi perhatian dan tumpuan dalam pelbagai aspek. Kalau kita lihat sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, ekonomi Sabah ada menunjukkan prestasi baik dengan pertumbuhan dengan nilai purata sekitar 5.0 peratus setahun. Walau keadaan ekonomi global masih mencari-cari rentak perseimbangan itu, namun prestasi perdagangan Sabah menunjukkan trend yang menggalakkan dengan nilai imbangan perdagangan meningkat RM5.3 bilion pada tahun 2006, RM18.1 bilion pada tahun 2008, yang mana mewakili kadar pertumbuhan 241 peratus bagi tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, eksport negeri Sabah berkembang 78 peratus iaitu RM27 bilion pada tahun 2006 kepada RM48.1 bilion pada tahun 2008. Semasa kebanyakan negara terjejas akibat kadar pengangguran tinggi ekoran krisis kewangan global, Sabah menunjukkan trend pengurangan iaitu daripada 5.7 peratus pada tahun 2006, 4.0 peratus pada tahun 2008.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Ini disebabkan oleh keadaan perpaduan rakyat yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Sri Haji Musa Haji Aman.
Sehubungan itu, saya berharap sambil kita bersedia untuk memasuki fasa pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya mengesyorkan agar perancangan pembangunan di Sabah perlu mengambil kira perkembangan, kesempatan dan perubahan dinamik dalam landskap ekonomi domestik dan global. Kita mahu Sabah mendapat impak maksimum setiap kali bajet diumumkan. Jangan sekadar cakap-cakap, tetapi sebarang perkembangan hendaklah dilakukan dan ia mesti rakyat nampak keseluruhan impak daripada bajet yang diumumkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta tumpuan permintaan domestik sebagai pemacu pemulihan ekonomi. Maksud di sini ialah kehendak dan keperluan rakyat perlu dilihat secara menyeluruh. Jangan pula apabila diumumkan sesuatu bajet, kurang- kurangkanlah beban cukai yang dikenakan kepada rakyat. Sebagai contoh subsidi petrol sudah tentu pada tahun 2010, tetapi hanya untuk yang berpendapatan rendah, tetapi ingat golongan yang sederhana, menengah adalah kelompok dalam masyarakat kita. Cukai kredit, sudahlah kebanyakan mereka ini menanggung hutang, kena lagi cukai dan kebanyakan mereka ini adalah juga terdiri daripada pengundi-pengundi muda kita. Jadi, bagaimana kita hendak menarik pengundi muda untuk bersama-sama dengan kita?
Tuan Yang di-Pertua, satu contoh lagi dalam laporan akhbar 2 November yang lalu melaporkan persatuan-persatuan kereta klasik serta pemilik kenderaan yang berpendapatan rendah mula menunjukkan ketidakpuasan hati disebabkan kerajaan mahu semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di PUSPAKOM sebagai syarat membaharui cukai jalan. Kalau di Sabah, berapa banyak sangat PUSPAKOM yang diadakan, sedangkan kawasan negeri ini terlalu jauh dari satu tempat ke satu tempat.
Mengenai soal tiada bonus, tetapi bayaran sagu hati, adakah ia setimpal dengan komitmen 1.6 juta kakitangan kerajaan? Perlu diingat bahawa mereka ini adalah juga kelompok pengundi yang paling ramai bagi menentukan masa depan eksekutif dan pembangunan negara kita. Perlu juga ingat, tanpa mereka sudah tentu eksekutif tidak boleh bergerak. Jadi, apa salahnya kalau mereka ini juga diberikan bonus sebulan ataupun lebih sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka. Walaupun kakitangan awam akur dengan tanggungjawab mengikut Aku Janji masing-masing, jangan pula kita menutup satu mata kerana silent protest akan berlaku kelak.
Ini sebenarnya didengari rintihan dari kalangan kakitangan kerajaan selepas pembentangan bajet tempoh hari. Kalau disebut bajet sahaja, kakitangan awam sanggup menunggu berjam-jam di depan TV semata-mata untuk mendengar sama ada pengumuman bonus atau sebaliknya. Ini realitinya, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Tidak boleh dipandang ringan soal ini. Kita berdepan dengan pengundi yang komitmen bersama kerajaan selama ini. Jadi mereka ini juga adalah suara rakyat yang perlu diberi perhatian. Rakyat sebenarnya berterima kasih dengan insentif-insentif yang lain diumumkan oleh kerajaan tetapi pemberian bonus ini adalah penting. Dalam saat-saat yang mana ekonomi masih tidak menentu pemberian bonus adalah hadiah istimewa kepada kakitangan kerajaan yang telah menyumbang tenaga dan masa sepanjang tahun. Kena ingat siapa majikan kakitangan ini, sudah tentu adalah kerajaan.
Perlu diingat juga secara ekonominya pun ada banyak faedahnya. Kalau kakitangan kerajaan dapat bonus pesara-pesara kerajaan juga menikmatinya. Apa maknanya? Maknanya aliran wang akan berpusing dengan pesatnya pada penghujung tahun kerana kelompok ini sudah pasti akan berbelanja. Dengan secara langsung kekuatan kewangan domestik akan terus kukuh sekali gus permintaan domestik meningkat, barangan meningkat, perkhidmatan meningkat, business berjalan dengan baik, hutang piutang sudah tentu juga boleh dilangsaikan, keperluan dipenuhi dan akhirnya semua rakyat gembira dan bersyukur. Apabila rakyat bersyukur negara terus makmur, pemimpin pun terus disanjung.
Inilah yang kita katakan kerajaan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit soal luar bandar. Memang tidak dapat dinafikan kerajaan tidak lupa bahawa peruntukan RM2.3 bilion itu dialu-alukan sebagai langkah penyediaan kemudahan yang mencukupi dan berkualiti kepada kemajuan yang seimbang. Saya percaya Sabah juga tidak ketinggalan menerima peruntukan berkenaan malah saya percaya landskap kemunduran kawasan luar bandar bakal berubah menjelang tahun 2011 menerusi kegigihan kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memajukan ekonomi rakyat dengan melaksanakan program Peningkatan Pendapatan Secara Kekal dan Penyediaan Infrastruktur Asas yang sempurna.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
...Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Apatah lagi Menterinya itu datang daripada negeri di bawah bayu. Jadi kita berharap bahawa beliau akan terus bekerja keras menentukan segala perancangan pembangunan terutama di negeri-negeri yang mundur di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pasar tani. Sebanyak RM6 bilion diperuntukkan bagi memperkasakan struktur pertanian. Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak lupa bahawa negara Malaysia asalnya adalah negara pertanian sebelum berkembang pesat sekarang ini. Saya mahu menyentuh mengenai pasar tani sahaja.
Nampak sahaja kecil tetapi tempat ini adalah tumpuan isi rumah untuk berbelanja harian bagi mendapatkan pelbagai bekalan makanan mentah. Kalau ikut sejarahnya kira-kira 25 tahun dahulu, ia hanyalah sebuah kawasan penjualan hasil pertanian yang diusahakan sendiri oleh peserta. Ketika itu platform pertemuan petani dan pembekal iaitu berkisarkan semata-semata untuk memasarkan hasil pertanian secara terus. Kini usianya 25 tahun perwujudannya. Pasar tani menjadi satu jenama yang berfungsi sebagai medan pertemuan, pengeluar dan pengguna dan menjadi institusi pemasaran yang utama di negara kita.
Konsep pasar tani bermula dilancarkan di Larkin, Johor pada 31 Januari, 1985.
Kalau kita lihat konsep yang diperkenalkan pada masa itu ianya berciri mudah alih, menggunakan payung berwarna, suasana karnival dengan identiti tersendiri. Ketika itu bilangan pasar tani hanyalah 12 buah dengan penglibatan seramai 370 orang peserta dan nilai jualan ketika itu RM1.4 juta sahaja. Akan tetapi sekarang peserta-peserta ini kira-kira 16,000 orang dan nilai jualan sudah pun meningkat melebihi RM50 juta. Malahan pasar tani hari ini telah dijenamakan dengan mengenalkan konsep baru seperti Pasar Tani Mega, Pasar Tani Kekal, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Pelancongan, Pasar Tani Desa dan terbaru pendekatannya jualan secara bergerak menggunakan kereta roda.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Habiskan.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Hasil daripada itu ramailah usahawan pertanian yang telah berjaya termasuk yang dihasilkan daripada perladangan dengan pembekal menerusi konsep kontrak perladangan. Lihat sahaja kalau kita ke Johor Bharu, ramailah orang daripada Singapura berpusu-pusu melawat pasar tani.
Begitu juga di Sabah, ramai daripada kalangan orang Brunei datang ke negeri Sabah. Di Perlis, di Kedah, daripada selatan Thailand yang datang ke mari. Jadi kita sudah ada branding tentang pasar tani ini, cuma yang menjadi masalah kepada kita ramai pendatang luar yang menjadi peniaga-peniaga di pasar tani. Saya memohon kepada kementerian supaya melihat perkara ini kerana rakyat tempatan sepatutnya berniaga tetapi orang lain pula mengambil peluang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong bajet ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan belanjawan kali ini saya ingin menyentuh hanya satu tajuk sahaja iaitu tentang akauntabiliti kegunaan sumber-sumber kewangan negara. Demokrasi dalam ekonomi, ekonomi dalam demokrasi.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Meskipun Malaysia ditubuhkan sebagai satu negara persekutuan berpaksikan demokrasi berparlimen ala Westminster di mana bidang kuasa kerajaan negeri-negeri yang menganggotai persekutuan ini termaktub dan terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sejarah ringkas Malaysia sesudah merdeka menunjukkan bidang-bidang kuasa negeri semakin terhakis terutamanya dalam pengurusan kewangan. Saya bagi satu contoh.
Pada tahun 1990 jumlah pungutan hasil Kerajaan Persekutuan adalah 4.4 kali ganda pungutan hasil ketiga belas negeri dalam Persekutuan Malaysia. Nisbah ini semakin meningkat sehingga 7.4 kali ganda pada 1999. Justeru nisbah ini turut melambung ke 10.4 kali ganda pada 2007. Ini menunjukkan berlebihan cukai telah di toleh dari negeri-negeri ke Putrajaya. Sementara itu jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berbanding jumlah perbelanjaan kesemua 13 negeri juga turut melambung. Pada tahun 1990 nisbah ini cuma 7.8 kali ganda namun ia telah meningkat ke 12 kali ganda pada 2007.
Dalam pada itu Bajet 2009 Kerajaan Persekutuan menjangkau RM200 bilion manakala bajet kerajaan negeri hanya sekadar RM200 juta bagi Perlis dan paling tinggi RM3 bilion untuk Sabah. Ini menunjukkan rejim pengurusan kewangan masa kini telah mengakibatkan fenomena tidak seimbang yang amat ketara antara perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. Contohnya pada tahun 1990 jumlah perbelanjaan kesemua 13 kerajaan negeri yang disatukan cuma merupakan 25 peratus daripada jumlah perbelanjaan tahunan Kerajaan Persekutuan. Secara perbandingan nisbah ini telah jatuh terjunam kepada 9 peratus dalam tempoh masa 17 tahun yang singkat.
Sementara itu pemberian sumber kewangan dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri tidak lagi sekadar dalam bentuk geran. Bukan sahaja pemberian geran semakin susut, pemberian peruntukan ini lebih merupakan pinjaman. Sebagai bukti pada tahun 1975 jumlah pemberian geran kepada kerajaan-kerajaan negeri adalah 9 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus bajet persekutuan. Nisbah ini telah jatuh terjunam kepada hanya 3.2 peratus pada 1999 dan turut jatuh lagi kepada 2.9 peratus pada 2008.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Sementara itu, jumlah tanggungan hutang kerajaan-kerajaan negeri terhadap Kerajaan Persekutuan telah melambung daripada RM1.10 bilion pada tahun 1975 sehingga RM9 bilion pada tahun 1999. Ertinya, hasil-hasil negeri dihakis dan dikumpul dan dibawa kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri kini menghadapi impak double-warning dengan izin, di mana peruntukan perbelanjaan turut susut sementara hutang terhadap Kerajaan Persekutuan turut meningkat. Ini bukan modal ekonomi berpandukan prinsip demokrasi sedangkan negara mundur seperti Indonesia dan juga negara regim komunis seperti China telah turut meliberalisasikan dan juga mendemokrasikan ekonomi mereka dari segi pungutan hasil daripada negeri-negeri atau provinsi dan pemulangan hasil dalam bentuk geran dan peruntukan perbelanjaan mengurus. Kenapa tidak Malaysia? Dalam Mesyuarat Dewan Rakyat penggal pertama, saya telah mengemukakan soalan bukan jawab lisan mengenai statistik pungutan hasil daripada pencarum cukai individu dan korporat dari Pulau Pinang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Jelutong, beri laluan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tiada masa, 12 minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Pada tahun 2001, pungutan hasil sebanyak RM2 bilion. Peruntukan kepada Pulau Pinang hanya RM73.7 juta, peratusan 3.7 peratus.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tadi bercakap mengenai demokrasi. Kalau demokrasi beri sedikit laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong tidak beri laluan, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tadi kata demokrasi, bukan?
Jadi saya hendak tuntut demokrasi dalam Dewan ini. Beri peluang.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tahun 2002, pungutan hasil RM2.1 bilion.
Peruntukan kepada Pulau Pinang, RM1,995.6 juta. Peratusan 4.43 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat, beliau tidak beri jalan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak beri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bermakna beliau tidak demokrasi.
Seorang Ahli
Duduklah!
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tahun 2003, pungutan hasil RM2.0 bilion.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua sokong?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Duduk? Patuh saya.
Astagfirullahalazim... [Ketawa]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Peruntukan kepada negeri Pulau Pinang RM93.4 juta. Peratusannya 4.67 peratus dan saya boleh baca sehingga tahun 2007. Yang akhir sekali pada tahun 2007.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat boleh baca tetapi saya hendak bertanya, saya hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Pungutan hasil daripada Pulau Pinang sebanyak RM2.8 bilion. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, itu.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Peruntukan yang telah diberikan kepada Pulau Pinang hanya sebanyak RM126.9 juta. Peratusannya 4.62 peratus. Ertinya daripada tahun 2001 sehingga tahun 2007, jumlah pungutan hasil dari Pulau Pinang adalah sebanyak RM15.6 bilion tetapi peruntukan geran cuma sebanyak RM667.4 juta. Peratusannya 4.27 peratus. Harus dinyatakan pada tahun 2007, peruntukan perbelanjaan pembangunan yang disalurkan kepada negeri Pulau Pinang menerusi jentera-jentera Kerajaan Persekutuan hanya sekadar RM1.2 bilion di samping peruntukan geran sebanyak RM126.9 juta. Dalam pada itu, dalam Bajet 2010 menurut Jilid Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Belanjawan 2010 Kementerian Kewangan, negeri Pulau Pinang cuma diberi peruntukan sebanyak RM118 juta bagi tahun 2008.
Regim pengurusan kewangan Barisan Nasional jelas tidak mengambil kira keperluan rakyat yang banyak mencarumkan cukai hasil yang membolehkan Kerajaan Persekutuan menjana projek-projek di seluruh Malaysia. Rejim pengurusan kewangan yang tidak seimbang ini harus dihentikan Tuan Yang di-Pertua, dengan satu rejim pengurusan kewangan yang adil dan saksama. Kalau tidak rakyat Malaysia harus membawa satu regime change di Putrajaya... [Tepuk] Kalau ini 1Malaysia yang benar-benar demokrasi, maka rakyat dan pencarum cukai negeri harus diberi layanan adil supaya kami dapat menentukan bagaimana pungutan hasil itu dapat disamaratakan untuk membawa nikmat kepada semua rakyat jelata. Oleh yang demikian, kami mengesyorkan proses mendemokrasikan ekonomi negara kita.
Kerajaan Persekutuan harus berhemah tinggi dan berani mengadakan satu perjanjian bertulis dengan semua kerajaan negeri supaya setiap negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia ini diberi authority dengan izin, yang setimpal supaya pemulangan pungutan hasil yang telah dihakis daripada pencarum cukai negeri itu disamaratakan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kadar pemulangan pungutan hasil ini harus melebihi kadar yang tidak melebihi 5 peratus yang diamalkan sekarang. Sejauh mana yang dibuktikan dalam laporan-laporan ekonomi dan juga jawapan yang telah dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Buat permulaan, kadar yang dicadangkan adalah sebanyak 20 peratus daripada hasil jumlah pungutan hasil yang dibawa ke Putrajaya. Dengan berdasarkan pungutan hasil dari Pulau Pinang, purata sebanyak RM2.5 bilion setahun, pemulangan pungutan hasil sebanyak 20 peratus itu akan mendatangkan tambahan sumber kewangan sebanyak RM500 juta untuk memanfaatkan rakyat Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada satu lagi tajuk iaitu mengenai politik pembangunan, hasil minyak dan juga Terengganu Investment Authority. Semalam ribut sikit tentang wang ihsan minyak untuk Kelantan. Saya hendak cadangkan sedikit sesuatu yang berkenaan dengan tajuk ini. Setelah diwujudkan pada bulan Mei 2009, beberapa bulan kemudian Terengganu Investment Authority (TIA) lesap dan ia dijadikan satu Sovereign Wealth Fund (SWF) yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad yang dijadikan syarikat milikan tunggal Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Kewangan. Apa yang telah terjadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua? Ketika TIA (Terengganu Investment Authority) ditubuhkan, ia melibatkan modal permulaan sebanyak RM11 bilion di mana RM6 bilion dikumpulkan dengan secara menggadaikan (mortgage) dengan izin, menggadaikan hasil minyak Terengganu masa akan datang, future revenues potentials manakala bakinya RM5 bilion dikumpul menerusi tanggungan hutang yang dijaminkan Kerajaan Persekutuan yakni keluaran bon.
Misi 1Malaysia Development Berhad ialah untuk melabur dalam sektor-sektor tenaga, real estate dan pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dapat menjelaskan sama ada 1Malaysia Development Berhad dapat diukur mengikut budgetary control dengan izin, yang utuh.
Saya juga mohon Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dapat memberi jaminan bahawa pulangan pelaburan 1Malaysia Development Berhad dapat dinikmati rakyat jelata amnya dan rakyat Terengganu khususnya kerana anak watan Terengganu telah menggadaikan sebanyak RM5 bilion daripada hasil minyak masa hadapan mereka semata- mata untuk menyusu dan menyohorkan omong-omong 1Malaysia... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen penggal pertama, saya mengalami kejutan budaya (culture shock) dengan izin, yang amat besar di mana para wakil rakyat dijadikan rubber stamp untuk menghalalkan perbelanjaan yang terlanjur berbanding apa yang telah dibajetkan. Contoh, Kertas Perintah 1 tahun 2009 telah dibazirkan lima hari mesyuarat supaya diluluskan Bil Bekalan Tambahan sebanyak RM15.3 bilion yang telah pun habis dibelanja pada tahun 2008. Belanja dahulu, kira kemudian.
Gejala over spending ini semakin meningkat dalam jangka masa yang singkat. Jumlah perbelanjaan terlanjur melebihi bajet asal adalah sebanyak RM3.5 bilion pada tahun 2003.
Lima tahun kemudian pada tahun 2008, perbelanjaan terlanjur ini telah melonjak hampir lapan kali ganda kepada RM24.7 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar amalan Bil Bekalan Tambahan yang mencecah jumlah sebesar ini tidak lagi diulang hingga menjadi punca defisit bajet dan ledakan hutang negara yang semakin keliling pinggang. Sekian, saya mohon tidak menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahas Bajet 2010 yang telah dibentang di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri pada 23 Oktober baru-baru ini. Pada peringkat awal ini, saya mengatakan saya menyokong Bajet 2010. Pada keseluruhannya, saya bangga dengan bajet ini.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ia menepati banyak aspek yang boleh membantu memulihkan serta memastikan ketahanan ekonomi negara kita yang turut dilanda tempias kemerosotan ekonomi sedunia yang berlaku sejak dua tahun yang lalu dan yang masih belum jelas adakah akan bertambah baik.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya berpendapat bahawa bajet ini adalah sesuatu yang boleh dikatakan dengan izin, as best as it can be. Memandangkan ada banyak keperluan serta permintaan di samping juga ada banyak kekangan dan kesukaran dalam perkembangan ekonomi kita buat masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik kesungguhan kerajaan melalui bajet ini untuk meneruskan dan memperhebatkan pembangunan infrastruktur asas seperti jalan luar bandar, lampu luar bandar, bekalan air luar bandar, perkhidmatan telekomunikasi, internet luar bandar dan sebagainya.
Langkah-langkah ini amat dialu-alukan oleh rakyat khususnya mereka yang duduk jauh di luar bandar di negeri Sarawak. Sehubungan dengan perkara ini Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyatakan keseronokan rakyat di Kapit apabila mereka terdengar dalam bajet ini, bahawa kawasan Kapit telah disebut dengan jelas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sebagai kawasan antara lain yang akan diberi keutamaan dalam perancangan pembinaan jalan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, pada kali ini, pada hari ini peluang yang saya amat hargai dan tertunggu-tunggu sejak saya masuk ke Parlimen dalam tahun 2000 adalah peluang bagi saya sebagai wakil rakyat di Daerah Kapit serta Daerah Song, kedua-duanya di dalam kawasan Parlimen Kapit untuk dengan sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, kerana sebuah jalan raya yang akan menghubungi bandar Kapit melalui Pekan Song, Pekan Kanowit, dengan bandar raya Sibu telah diluluskan. Pembinaannya akan bermula dalam tahun depan, tahun 2010.
Berita yang amat menyenangkan hati rakyat di kawasan Parlimen Kapit telah diumumkan kepada masyarakat di sana oleh Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau melawat Song dan Kapit pada hari Sabtu, 31 Oktober minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Kapit dan Song khasnya mahukan saya menyampaikan salam terima kasih dan penghargaan mereka kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas projek jalan tersebut yang akan menelan belanja sebanyak RM326 juta untuk jalan yang sangat panjang itu. Kami amat menghargai peruntukan yang sebegitu besar bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan kami di Kapit.
Sampailah sudah masa kami tidak lagi merasa terpinggir. Jalan raya ini akan membawa makna sepenuhnya dan sebenarnya kepada slogan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pelaksanaan Diutamakan” bagi kami di Kapit. Syabas kami ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dengan kewujudan jalan raya ini nanti, saya berharap lebih banyak kegiatan pembangunan sosioekonomi akan dapat dilaksanakan di kawasan yang dilalui jalan raya itu.
Sehubungan dengan itu, saya minta RISDA untuk mengkaji dan seterusnya melaksanakan program pembangunan mini estet getah di Kapit. Ini penting untuk memanfaatkan sepenuhnya dari projek jalan raya itu. Saya perlu mengingatkan bahawa selama ini apabila kami meminta diwujudkan kegiatan ekonomi seperti mini estet getah atau yang lain, yang boleh mengangkat ke tahap pendapatan rakyat di kawasan tersebut, kami diberi alasan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada rangkaian jalan raya. Tidak ada infrastruktur asas untuk memudahkan dan memastikan kejayaan sebarang program pembangunan tanah di sana.
Apabila kita meminta dibina segala infrastruktur asas seperti jalan raya, lampu dan bekalan air, kita diberi pula dengan alasan yang berlainan. Tidak dapat dibina rangkaian jalan raya, bekalan elektrik dan air kerana tidak ada economic feasibility nya. Alasan inilah yang amat mengecewakan kami selama ini. It is a case of a chicken and egg, dengan izin yang mana lebih dahulu atau yang mana lebih penting.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Oleh itu, kami di Kapit amatlah memerlukan pembangunan rangkaian jalan raya.
Kami berterima kasih apa yang telah diumumkan minggu lepas.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih ke satu lagi perkara. Satu lagi perkara yang saya ingin huraikan, iaitu yang berkaitan dengan industri perkapalan di negara kita.
Dalam bajet ini malangnya tidak ada sesuatu yang disebut bagi membantu pihak yang terlibat dalam industri perkapalan khususnya syarikat-syarikat perkapalan Malaysia yang mempunyai kapal, Malaysian Shipowners. Saya ingin penjelasan daripada Menteri Kewangan, sejauh manakah kerajaan tahu akan masalah dan kerumitan yang sedang dihadapi oleh syarikat-syarikat perkapalan di Malaysia khasnya yang beroperasi dalam pelayaran domestik.
Ini kerana, mereka ini amat memerlukan bantuan untuk bertahan dalam suasana ekonomi yang masih tidak menentu dan yang telah terlalu lama depressed. Keadaan kemelesetan ekonomi sejagat telah mengakibatkan industri perkapalan di Malaysia mengalami banyak masalah khasnya masalah kewangan. Kerumitan ini adalah berpunca daripada peningkatan kos operasi, naik turun harga minyak yang terlalu tidak menentu, penurunan volum kargo, penurunan kadar freight dan masalah kewangan yang berkaitan dengan pembayaran balik pinjaman kepada institusi kewangan.
Kebanyakannya pinjaman ini adalah untuk pembelian kapal dalam masa terkini.
Syarikat-syarikat perkapalan di Malaysia sekarang berhadapan dengan krisis kewangan yang amat teruk bagi mereka meneruskan perniagaan mereka. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sepatutnya menimbulkan kebimbangan kerajaan sebab ia ada kaitan langsung dengan kestabilan, kekukuhan dan perkembangan ekonomi negara kita. Perdagangan negara kita bergantung sebanyak 90 peratus kepada pengangkutan laut.
Kerajaan sepatutnya lebih peka tentang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, negara- negara lain termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Singapore dan yang lain juga mempunyai industri perkapalan yang penting dan strategik bagi ekonomi mereka masing- masing. Seperti di Malaysia telah membuat berbagai-bagai inisiatif untuk membantu dan memastikan industri perkapalan mereka tidak akan terjejas kerana akibat kemerosotan ekonomi sejagat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendesak kerajaan bertindak segera dan fokus bagi mengelakkan kesan buruk terhadap industri perkapalan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, based on the poor outlook and weak demand for shipping, it is imperative for the government to initiate support mechanism and intervention measures as part of the economic stimulus package for the shipping industry in the country, berbunyi inilah pendapat MASA iaitu Malaysian Shipowners’ Association itu dalam satu kenyataan.
Tuan Yang di-Pertua, saya syorkan kepada Kementerian Kewangan untuk meneliti sebuah memorandum dari MASA yang telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada akhir bulan Ogos ini. Di dalam memorandum itu, ada beberapa cadangan dan usul yang perlu dipertimbangkan dan seterusnya diguna pakai bagi membela industri perkapalan di Malaysia. Saya juga mengesyorkan agar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sama-sama merundingkan kaedah-kaedah yang perlu diambil bagi membantu sektor pengangkutan laut demi kemajuan dagangan antarabangsa dan industri di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti mengapa Bajet 2010 ini seolah-olah menggambarkan kerajaan telah terlepas pandang akan betapa pentingnya industri perkapalan serta sistem pengangkutan laut ini kepada ekonomi negara kita. Adakah kerajaan sudah lupa bahawa pada satu ketika telah diumumkan bahawasanya negara Malaysia berpotensi dibangunkan sebagai hab pengangkutan maritim di rantau ini kerana ianya telah terletak di tempat yang strategik dari segi geografinya.
Saya ingin penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan daripada Kementerian Kewangan, ke manakah arah tuju dasar ini buat masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, berapa lama lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat, sudah habis.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Gulung? Saya ada satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua. Apa yang pasti ialah sektor swasta dijangka akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara tahun depan yang dijangka berkembang antara 2 peratus hingga 3 peratus. Saya yakin sektor swasta akan memacu dan menjana pertumbuhan ekonomi negara ekoran daripada pemulihan krisis kewangan global secara perlahan-lahan.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Oleh itu, saya menyokong usaha kerajaan untuk menswastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju. Tidak dapat dinafikan gelombang kedua penswastaan ini bermatlamat untuk membolehkan syarikat dan agensi berkenaan beroperasi dengan lebih cekap. Jika sektor swasta dapat berperanan secara positif dan produktif, sudah pasti sektor awam akan dapat dikurangkan dalam memenuhi peranan tuntutan negara. Tindakan kerajaan dalam mengurangkan saiznya seperti melalui dasar penswastaan adalah usaha yang sihat demi mengurangkan saiz tanggungan kerajaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pendekatan ini perlu diambil untuk mencapai kecekapan dan sekali gus mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan. Saya percaya juga bahawa kita memahami rasional keperluan dasar kerajaan dalam persyarikatan Malaysia yang meminta perkongsian dan kerjasama sektor awam dan swasta dalam pembangunan negara. Oleh itu sektor awam yang bertanggungjawab menentukan dasar dan menetapkan kaedah kawalan melalui prosedur-prosedur jabatan mestilah juga peka kepada perkembangan dan keperluan sektor swasta yang dipengaruhi oleh perkembangan semasa ekonomi dunia yang dinamik.
Mengikut Perdana Menteri, kerjasama awam swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
...Sebagai menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, selamat masuk ke dalam Dewan.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, walaupun sektor swasta telah diberi peranan untuk menerajui pertubuhan ekonomi negara, namun kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan sosial dan keselamatan. Ini kerana sektor swasta mengutamakan keuntungan dan akan melabur di dalam sektor-sektor yang menghasilkan pulangan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam mencapai sesuatu keputusan untuk penswastaan, adalah diharap penggubal dasar mengambil perhatian terhadap fakta-fakta yang mempengaruhi kehendak dan keperluan rakyat terhadap sesebuah entiti tersebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa kita betul-betul... Hari ini yang akhir, tidak ada sambung.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jika perkhidmatan penswastaan yang merekodkan lebih banyak masalah berbanding faedahnya, semuanya akan menjejaskan kepentingan awam. Ini adalah isu asas yang penting kepada kedaulatan dan kesejahteraan negara. Kalau tidak habis nanti, tergantung ayatnya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Kerajaan yang dilantik secara demokratik adalah untuk menjaga kepentingan rakyat melalui sistem berparlimen yang bertujuan untuk mengawal selia segala aset negara yang sedia ada. Maka diharapkan penswastaan entiti kerajaan tidak akan menggagalkan objektif sosial dan yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan terpaksa bailout nanti dan kerugian tersebut terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat. Itu yang kita tidak hendak di masa hadapan. Kita minta jaminan daripada kerajaan dan dengan itu oleh kerana kesuntukan masa, masa pun sudah habis, Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Tuan Speaker kerana memberi saya peluang. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak lagi hendak bercakap, Yang Berhormat. Jadi kita ada satu jam setengah.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Bakri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi saya tidak ada peluang hendak ubah siapa hendak cakap. Sebenarnya saya ada dalam fikiran saya sendiri tetapi nama di sini sudah disebut Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila, Yang Berhormat Kuala Selangor. Minta tolong, 12 minit, Yang Berhormat. Bukan saya punya masa tetapi kawan-kawan dekat sebelah itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya dalam kekangan waktu yang ada ini cuba untuk memberikan perkara-perkara dasar sahaja, Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara-perkara khusus dan spesifik, insya-Allah akan kita bangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa.
Saya bersedia menerima bahawa bajet telah cuba untuk menghampiri slogannya “Bersama Rakyat, Kemakmuran Bersama”. Saya nampak segala penyedap rasa, good feel effect yang diberikan kepada semua pihak, saya bersedia menerima akan apa jua yang cuba dilakukan oleh Menteri Kewangan sama ada bersabit dengan kakitangan awam, pelajar, OKU, nelayan, petani, SMEs, bekerja sendiri, semuanya. Namun saya pertama- tama ingin menyebutkan bahawa kerajaan dan Menteri Kewangan tidak perlu sebenarnya mengguna stabilizing policy keterlaluan sangat sama ada mengguna polisi fiskal, cukai- cukai ataupun subsidi, menaikkan cukai, menurunkan subsidi untuk mendapat pendapatan.
Nampaknya dalam bajet ini kerajaan tidak menggunakan monetary policies, akan merubah lending interest rate dan sebagainya. Sebenarnya kalau diperhatikan dari sudut sumber pendapatan, Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu semacam memberikan apa pun pemberian yang diberikan – bajanya, subsidi harga padinya RM400 juta, bajetnya RM300 juta tetapi sebenarnya mengambil balik daripada rakyat ketika membebankan rakyat dengan apa pun langkah-langkah stabilizing measures dalam polisi-polisi fiskal khususnya menekan ataupun meningkatkan cukai-cukai yang bersifat regresif khususnya umpama cukai yang diuar-uarkan sebagai GST.
Benar GST itu boleh kita lakukan kajian yang terbaik supaya ia tidak terlalu regresif, selected item sahaja yang kita pilih. Betul, saya boleh terima, tetapi di situ pun RM22 juta dibelanjakan kepada consulting body yang GST ini bukanlah satu perkara ajaib yang bersifat novel dan baru. Ia sudah pun menjadi suatu yang generik sifatnya. Banyak negara menggunakan GST. Jadi RM22 juta to spend of the rakyat taxpayers money (wang rakyat), wajarkah Tuan Yang di-Pertua?
Begitu juga dalam semangat yang sama untuk memberikan rakyat secupak, mengambil daripada rakyat segantang, itu tidak bijak sama sekali. Bahkan kalau kita lihat pada sumber-sumber pendapatan revenue- based yang lain, saya ingin mengingatkan Menteri Kewangan bahawa kalau kita antara lainnya tutup punca-punca ketirisan dan kebocoran, di situ sahaja, Tuan Yang di-Pertua, kita sudah menyelamatkan RM28 bilion, RM28 ribu juta untuk rakyat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kalau kita ambil sahaja subsidi kepada orang yang tidak layak diberikan subsidi, umpama IPP, penjana tenaga swasta, di situ sahaja sudah ada RM35 bilion. Kalau kita ambil lagi dari sudut mengelakkan flip flop dalam cara kita mengurus khazanah kekayaan negara ini contohnya, segala flip flop yang bermula daripada jambatan bengkoknya, CIQ di Johor, Broga incineratornya dan paling mutakhir, satu skandal yang selepas daripada PKFZ ini, the double tracking, the most expensive infra punya investment sebanyak RM12 bilion, itu sahaja kita akan dapat menyelamatkan berbilion ringgit. Kita berikan RM2, RM3, penny wise, pound foolish, exactly... [Tepuk] Ini yang dikatakan penny wise, pound foolish.
Untung secupak, rugi seguni... [Disampuk] Selori!
Tuan Yang di-Pertua, inilah yang kami dari Pakatan Rakyat. Apabila kita mengkritik, kita mengkritik atas dasarnya, bukan kerana kita benci. This is why I have always been saying that a patriot is always the one who is ready to defend sebuah kerajaan all the time, but the government when it deserves it. Kita bukan macam Jasin, Pasir Salak, Hulu Terengganu. Itu semua hendak bodek, hendak bodek. There is a saying, that is a saying ada satu bahasa satu frasa dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tidak apa, tidak apa Tuan Yang di- Pertua saya menggunakan waktu saya begini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bercakap jangan menghina yang lain Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Okey kalau itu disangka menghina saya hendak mengingatkan kita semua, kita semua bertanggungjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya menegur Yang Berhormat sebagai Tuan Yang di-Pertua di sini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita bertanggungjawab untuk menjadi kritis sebagai law makers. Dikatakan dalam bahasa management kalau anda dan bos anda tidak ada yang anda tidak bersetuju one of you is not required... [Ketawa] Bos anda diperlukan maka andalah yang tidak diperlukan.
Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat datang dengan pendekatan yang kritis kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua beralih kepada topik. Saya nampak dalam bahasa yang mudahnya dan saya cukup simpati kepada Menteri Kewangan berdepan dengan pelbagai cabaran.
Antara lainnya berdepan dengan cabaran untuk merumuskan sebuah bajet berlatar belakangkan pelbagai ancaman. Antara lainnya defisit yang melebar yang membengkak sudah 12 tahun, bebanan hutang yang sudah sampai kepada peringkat 53 peratus daripada KDNK dan segala-galanya. Akan tetapi pada waktu yang sama saya memerhatikan bahawa dari sudut diagnosis Menteri Kewangan sudah tepat. Pada saya spot on dalam diagnosis of sources ataupun punca-punca masalah dalam predicament of the flagging economy ataupun punca-punca sebabnya penguncupan ataupun ekonomi kita meleset dan seperti ini.
Akan tetapi apabila kita memerhatikan seluruh ucapannya saya tidak nampak langkah-langkah konkrit yang dibawanya. Saya ambil satu contoh ini dikatakan long on rhetoric short on specific dengan izin. Tuan Yang di-Pertua apabila Menteri Kewangan dia menyebutkan tentang leapfrogging ataupun melonjakkan ekonomi dari low middle income trap kepada satu yang berpendapatan tinggi. Saya tidak nampak apakah cara-cara yang konkrit selain daripada mengulang-ulang 24 kali dalam ucapannya dalam istilah innovation dalam dua jam itu. Saya mengira.
Akan tetapi apabila kita melihat apakah sebenar-sebenarnya akan dapat mencetuskan dan menjana innovation. Saya tidak nampak. If we are doing the same thing more of the same thing kita sudah kepada sampai peringkat apa yang dikatakan dalam bahasa ekonominya diminishing return, law of the diminishing return.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Undang-undang pulangan mengecil and that what we are doing. Kita meletakkan RM1.6 bilion to build more school. Fine, Itu baik tetapi yang diperlukan untuk akhirnya menjana satu apa yang dikatakan sebagai satu work force yang benar-benar skill dan knowledge based you need to transform the education.
Bukannya seperti mana yang disebutkan kembali kepada 3M atau 3R itu. We need a thinking education seperti mana immediate neighbor kita sudah 10 over years a head of us Singapore dengan izin saya terpaksa sebutlah. Saya pun tidak suka hendak menjadikan mereka our benchmark tetapi kalau kita perhatikan apa yang boleh melonjakkan low middle income economy kepada satu yang berpendapatan tinggi kita pertama-tama memerlukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, habis masa Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Habis sudah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Baru lima minit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada 12 minit Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Beri saya dua minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat 12 minit kalau diberi Yang Berhormat dua minit makna ada yang kurang dua minit dekat sana.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya rumus Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya rumus?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habis Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Baik saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jawatankuasa masih ada 20 hari Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya saya tahu saya punya jawatankuasa isu-isu yang hendak saya bangkitkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua beri saya seminit sahaja untuk saya rumuskan. Sementara saya simpati kepada Menteri Kewangan dalam perumusan bajet yang begini mencabar, saya tidak nampak objektifnya itu punya langkah- langkah yang konkrit. Sama ada bercakap tentang perpindahan daripada pendapatan rendah kepada pendapatan tinggi sama ada untuk melahirkan satu yang dikatakan ekonomi yang mampan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk beri laluan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Mas Gading.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tunggu lama ada juga peluang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah dapat membentangkan bajet ini yang saya anggap amat penting. Walaupun dalam suasana seperti mana yang kita dengar tadi suasana yang mencabar, berhadapan dengan banyak masalah rintangan dan sebagainya. Tuan Yang di- Pertua saya tidak akan menghuraikan banyak perkara yang saya rasa sudah disebut berkali-kali oleh rakan-rakan yang lain di dalam Dewan yang mulia ini khususnya oleh rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Akan tetapi saya akan tumpukan kepada beberapa perkara sahaja. Bajet 2010 pada keseluruhannya baik dan mempunyai objektif yang jelas. Akan tetapi diperhatikan golongan yang mendapat manfaat lebih ialah kumpulan pertengahan golongan yang tinggal di luar bandar nampaknya masih lagi takut. Selain daripada subsidi yang telah disebut secara spesifik oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, golongan petani dan juga nelayan merasa takut kerana mereka tidak nampak bahawa pertolongan yang boleh mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan yang mereka hadapi selama ini.
Keadaan ini menjadi lebih rumit bila kita mengkaji nasib masyarakat bumiputera peribumi di Sabah dan Sarawak dan juga Orang Asli yang duduk di Semenanjung ini.
Mereka ini rata-rata masih lagi miskin, masih lagi berhadapan dengan infrastruktur yang belum ada ataupun yang berkualiti rendah. Saya sebagai mantan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah saya tahu masalah dan saya rasa pihak kerajaan selain daripada melabur ataupun membelanjakan berbilion-bilion ringgit selama ini. Pada masa sekarang saya difahamkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang dan akan mengadakan lagi kajian demi kajian sama ada secara khusus kepada golongan- golongan tertentu yang terdapat di kawasan luar bandar ataupun masyarakat-masyarakat tertentu yang lain.
Akan tetapi saya rasa kita perlu melihat kembali, perlu menyemak semua program yang pada beberapa hari yang dahulu telah disebutkan oleh Timbalan Menteri semasa menjawab soalan mengenai dengan perkara ini. Bahawa kerajaan sudah memperkenalkan banyak program SPKR, PBR dan sebagainya tetapi kita masih lagi dan rakyat di kawasan luar bandar masih lagi belum confident atau belum yakin bahawa mereka akan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan ataupun masalah mereka hadapi selama ini.
Jadi saya rasa kita perlu lihat kembali kepada semua program ini, menyemak semua program ini dan kita perlu ada satu strategi yang spesifik. Oleh kerana saya tidak percaya bahawa satu saiz fits all, misalnya kita tidak boleh menggunakan panadol untuk mengubati semua sakit. Oleh kerana punca sakit atau sebab sakit itu banyak. Ada sakit kerana kanser, sakit oleh kerana psikologi, sakit oleh kerana dipukul dan macam-macam.
Jadi itu memerlukan ubat cara management yang berlainan. Jadi kita melihat kepada masyarakat di Sabah, di Sarawak masyarakat peribumi dan juga masyarakat Orang Asli.
Mereka ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Selain daripada tempat mereka duduk, tinggal yang berselerak mereka duduk di tepi sungai, atas bukit, dalam gaung dan sebagainya jauh daripada bandar, jauh daripada penempatan moden dan sebagainya.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Mereka ini juga, aktiviti ekonomi mereka berkisar kepada tanah dan bukan aktiviti ekonomi yang kita pada masa ini perkenalkan iaitu oil palm plantation dan sebagainya, tanam kelapa sawit. Oleh kerana kita tahu kalau kita tanam kelapa sawit, siapa yang untung banyak. Bukan orang yang tanam kelapa sawit, ini yang saya rasa Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun bersetuju dengan saya. Orang yang mendapat keuntungan yang banyak bukan orang yang tanam kelapa sawit. Orang yang kadang-kadang tidak pernah tengok buah kelapa sawit, tidak pernah tengok pokok kelapa sawit mereka ini yang untung.
Jadi inilah perkara yang pernah ataupun sering diutarakan oleh masyarakat khasnya masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak. Beberapa perkara ataupun beberapa isu ataupun perkara yang boleh kita lihat bagi menolong mereka ini. Satu adalah dari segi aktiviti ekonomi seperti mana yang saya sebutkan tadi mereka, sudah berkecimpung dalam aktiviti ekonomi mereka sendiri.
Pertanian menanam padi bukit, setahu saya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mempunyai program yang khusus bagi menolong mereka ini. Mereka bergantung kepada subsidi. Ini boleh kita majukan, pertanian bukit, tanam padi. Kedua, yang kita dapati sekarang banyak di antara mereka ini di luar bandar sudah tahu bagaimana hendak menternak ikan dalam kolam-kolam oleh kerana mereka mempunyai tanah yang besar. Ini salah satu industri yang boleh kita lihat dan perkembangkan dan menolong mereka ini dalam usaha untuk meningkatkan lagi ekonomi mereka.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Seterusnya, satu yang menarik perhatian saya adalah bidang pelancongan. Kita tahu bidang pelancongan akan mendapat banyak peruntukan pada tahun yang akan datang ini tetapi saya sedih melihat selain daripada homestay program, tidak ada program yang khusus yang saya rasa boleh memberi manfaat kepada masyarakat kita khasnya di kawasan luar bandar. Saya tidak ingin menyebut tentang tempat-tempat pelancongan, produk pelancongan yang ada di Semenanjung tetapi di Sarawak.
Di kawasan Tuan Yang di-Pertua pun banyak. Kita ada bukit, ada gunung, ada gua, ada sungai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada laut, ada pasir.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Ada laut, ada pasir semua. Itu semuanya produk pelancongan yang kita tidak perlu bangunkan, kita hanya perlu menjaga, kita perlu promosi, itu sahaja. Tidak perlu belanja berjuta-juta ringgit untuk membangunkan kawasan ini sepertimana yang kita dengar sering dibuat di beberapa tempat.
Di kawasan saya sahaja Mas Gading, kita mempunyai gua, Gua Feri, Gua Angin.
Kita ada kolam dinamakan Tasik Biru yang terbesar di Sarawak selain daripada... tidak lama lagi Bakunlah tetapi ini Kolam Tasik Biru yang pada tahun 1960-an merupakan tempat tarikan pelancong. Setiap minggu kita mendapati beribu orang datang ke situ tetapi setakat ini tempat itu terbiar sahaja oleh kerana kita minta RM100,000 hendak bangun tempat itu, tidak ada peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Kementerian Pelancongan memanglah mereka tidak memberi apa-apa.
Kita juga mempunyai apa yang dinamakan batman wall yang sudah diiktiraf sebagai yang gred empat, bermakna kesukaran untuk naik cliff ini begitu sukar sekali sehingga pendaki daripada Switzerland datang pun, mereka menghadapi masalah untuk mendaki cliff ataupun gunung ini.
Ini di antara produk-produk yang boleh kita promosikan dan dalam bajet pelancongan ini, yang perlu kita lihat dari segi kumpulan sasar pelancong yang datang.
Walaupun disebut daripada rupa dan sebagainya tetapi tidak mereka sebut tentang kumpulan sasar kumpulan pelancong yang disasarkan. Sebaiknya kita perlu sasarkan kumpulan pelancong yang berkualiti tinggi yang mempunyai wang yang banyak, yang boleh berbelanja banyak di negara kita ini.
Satu lagi bidang dalam pelancongan ini yang tidak disebutkan melainkan Formula 1 Challenge Fest adalah sports tourism yang semasa ini merupakan satu bidang pelancongan yang begitu banyak membangun dengan pesat. Misalannya, SIC baru-baru ini kita melihat berpuluh ribu orang menonton semasa perlumbaan dilakukan. Walaupun saya tahu ada beberapa golongan yang tidak begitu suka tentang program ini tetapi saya pernah membuat dialog dengan anak-anak muda kita di kawasan saya. Apa yang mereka suka adalah speed, kelajuan, bunyi, warna dan cabaran yang mencabar walaupun kadang- kadang bahaya.
Inilah perkara-perkara yang mereka mahu dan oleh kerana itulah kita mendengar pihak polis dan sebagainya sering menyebut tentang mat rempit. Kalau kita membuat kajian yang betul dan baik, kajian yang melibatkan kumpulan ini, kumpulan muda mudi, kumpulan belia yang sukakan speed dan sebagainya, mereka akan beritahu bahawa mereka kalau diberi peluang dan diberi ruang untuk berlumba dan sebagainya, mereka tidak akan berlumba di jalan raya dan mengacau orang lain. Jadi mengenai pengusaha homestay.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Sedikit sahaja. Jadi selain daripada itu, ada beberapa perkara yang saya rasa saya perlu bawa kepada perhatian Dewan ini. Satu minit sahaja, iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggunakan cogan kata 1Malaysia, ramai penyokong di bawah terkilan oleh kerana selama 46 tahun kenapa sekarang baru kita sebut tentang 1Malaysia bahkan di Sarawak, kita sudah mengamalkan 1Malaysia sejak turun temurun.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Jadi ini satu perkara yang saya rasa pihak kementerian yang bertanggungjawab dan juga Jabatan Perdana Menteri perlu memberi penjelasan yang lebih kepada rakyat supaya mereka tahu tentang apa yang disebutkan mengenai dengan 1Malaysia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Satu lagi, sebagai menggulung saya berterima kasih tetapi satu isu yang sekali-sekala ditimbulkan adalah bangsa lain-lain dan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merupakan seorang bangsa lain-lain. Okey, jadi sebagai 1Malaysia, mengapakah kebanyakan kaum peribumi di Sarawak dan Sabah masih dikategorikan sebagai ‘dan lain-lain’ ataupun ‘others’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak ada bangsa lagi Yang Berhormat, jadi tidak payah.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Jadi tibalah masanya untuk kerajaan melihat perkara ini supaya rakyat merasakan mereka diterima oleh negara. Sekian, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak Yang Berhormat. Tujuh orang. Yang Berhormat Wangsa Maju. Dari semalam Yang Berhormat Wangsa Maju berdoa.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010. Saya menyokong slogan ’Rakyat didahulukan’ yang disarankan oleh Perdana Menteri akan tetapi nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campur tangan oleh UMNOputras dalam pentadbiran kerajaan termasuk DBKL.
Sebagai satu contoh, dalam pasar malam Uptown di Danau Kota, Wangsa Maju.
Adanya 500 penduduk-penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap pasar malam Danau Kota di mana ia beroperasi setiap malam daripada 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana- mana kecuali Boleh land ini. Petisyen ini telah diserahkan kepada Datuk Bandar pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindah dari kawasan perumahan, tetapi kini DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras.
Adakah ini in line dengan slogan BN, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewa 30 gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras didahulukan”.
Tuan Yang di-Pertua, pasar malam yang beroperasi hingga empat pagi dalam satu kawasan perumahan ini tidak boleh diterima kerana ia menyebabkan pelbagai gejala sosial.
Indeks jenayah juga telah meningkat di kawasan ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletakkan di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk-penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi, noise pollution di kawasan itu. Semua fakta ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak. Juga isu kerusi meja yang diletakkan di tengah jalan oleh penjaja di atas jalan awam yang telah beberapa kali kita menulis surat dan petisyen dalam mesyuarat DBKL, tetapi tidak ada tindakan diambil.
Kemungkinanlah, ada UMNOputras di belakang ini. Tuan Yang di-Pertua, mungkin Datuk Bandar tidak berani mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang di sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Mohd Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa ia adalah defacto kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Walau bagaimanapun, saya berharap agar Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan, apakah tindakan yang akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman? Kes kerusi meja yang diletakkan di atas jalan raya juga hendaklah dihentikan dengan segera oleh sebab ia menjejaskan kepentingan orang awam dan keselamatan orang awam.
Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Perdana Menteri melalui Dewan yang mulia bahawa kelakuan Datuk Mohd Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan Perdana Menteri dengan campur tangan dengan pentadbiran DBKL. Saya ingin menanya sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung dan menjadikan Dato’ Bandar Ahmad Fuad Ismail sebagai seorang puppet nya sahaja.
Nampaknya, Datuk Shafie ada banyak free time untuk bermain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan saya percaya kawasan lain juga. Saya tahu dia bermain politik underground kerana dia ada minat menjadi popular supaya dia mencapai matlamat untuk menjadi menteri tidak lama lagi.
Dia memang amat ambitious seperti Encik Norza bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang dulu, yang juga sekarang dituduh di mahkamah di Pahang kerana rasuah.
Saya telah dapat banyak maklumat terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan, this Mr. Political Toll has been dropping PM’s name in every corner of Malaysia, dengan izin. Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu Mr. Political Toll.
Saya tidak faham maksud Mr. Political Toll ini. Tol jalan saya faham, political tolls saya tidak faham, sama ada maksud toll ini adalah kutipan tol untuk perjalanan ke pejabat Perdana Menteri atau Menteri Kewangan?
Kemungkinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih faham atau lebih teliti mengenai apa maksud gelaran Mr. Political Toll yang telah dianugerahkan kepada setiausahanya. Saya hendak beri amaran kepada Datuk Sahfie, jangan bermain politik di DBKL. Hands off DBKL, let the officer do their work without interference. Keep your politic toll to dengan izin Kementerian Kewangan dan pejabat Menteri sahaja. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan warga kota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentingan politik Mr.
Political Toll ini. Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap campur tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Mr. Political Toll ini. Pegawai tinggi DBKL telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Ras Hartini di seksyen dua Wangsa Maju.
Gerai penjaja ini telah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki lima dengan tidak ada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai ini melebihi 10 X 30 kaki yang dibenarkan oleh undang-undang kecil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawai DBKL bahawa DBKL tidak boleh ambil tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada datuk bandar yang baru atau defacto Datuk Bandar iaitu Mr Political Toll ini. Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sehingga pegawai DBKL pun takut.
Oleh sebab campur tangan political interference oleh Mr Political Toll ini, sehingga kini sudah lima bulan tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL sedangkan pegawai tertinggi DBKL sudah berjanji untuk mengambil tindakan.
Berani saya cakap dengan terus terang di sini bahawa the fourth floor syndrome masih wujud di Jabatan Perdana Menteri, bukannya telah dihapus pada masa yang dulu iaitu pada zaman kita tertidur. Saya bersetuju dengan Perdana Menteri semasa beliau menyatakan bahawa kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil negara dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama. Pentadbiran Suruhanjaya Sekuriti, satu contoh saya hendak bangkitkan. Unico Holdings Berhad telah ditubuhkan oleh masyarakat orang Tionghoa, tetapi setakat ini telah dipergunakan oleh Pengarahnya Tan Sri Ngan Ching Wen dan konco-konconya iaitu Teoh Hock Chai @ Tew Hock Chai, Dr. Yeong Cheong Thye @ Yeong Yun Chai dan Tan Sri Dato' Lim Guan Teik untuk kepentingan mereka sendiri.
Mereka telah mengabaikan masyarakat Tionghoa. Mereka menggunakan pelbagai taktik perniagaan kotor dan Unico Holdings telah dijadikan sebuah syarikat persendirian Tan Sri Ngan Chin Weng dan konco-konconya.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mereka ini adalah corporate crook yang mesti di flushed out from our corporate world in order to protect the interest of the public from being cheated by them, dengan izin.
Tan Sri Ngan ini sejak penubuhan Unico Hondings selaku pengarah dari tahun 2000 sehingga 2002, dan selepas diisytiharkan bankrap sehingga sekarang telah melanggar beberapa undang-undang termasuk, satu, Akta Syarikat 1965 dengan tidak melaksanakan kewajipan yang terbaik untuk Unico Holdings...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada satu minit lagi.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Subsidari dan syarikat-syarikat berkaitannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada satu minit lebih lagi Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tidak ada. Tidak ada masa... telah melanggarkan kewajipan fiducarinya terhadap Unico Holdings. Dua, mengambil tindakan untuk memudaratkan kepentingan minoriti di Unico Holdings, memasuki beberapa transaksi parti berkaitan yang tidak dikemukakan kepada penguat kuasa dan melanggar beberapa kesalahan termasuk insider trading yang melanggari Capital Market and Services Act 2007.
Satu lagi contoh ialah projek di Xian, China pada 18 September 2009 yang ada didedahkan dalam mesyuarat umum tahunan Unico Holdings bahawa Tan Sri Ngan ini telah mendapatkan satu pinjaman daripada Unico Holdings menerusi subsidiary Unico Holdings iaitu Shanghai Garden Property Development Company Ltd. berjumlah RM10 juta dengan alasan untuk membayar deposit untuk mendapatkan satu projek pembangunan di Xian untuk Unico Holidings. Tan Sri Ngan telah melanggari undang-undang dengan mendapat satu pinjaman peribadi daripada syarikat dan sampai sekarang deposit tersebut tidak dapat dikesan dan dana tersebut telah disalurkan kepada satu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Ngan Ching Wen di Hong Kong iaitu Group Five International Investment Ltd. Pengarah- pengarahnya adalah Tan Sri Ngan Ching Wen, Lim Guan Teck dan Yong Jiong Tai. Ini adalah satu kesalahan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
...Criminal – abuse of trust.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ini baru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat. Selama 12 minit tak ada baru Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Seminit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya juga difahamkan bahawa perkara ini telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti, tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan diambil. Inikah rakyat didahulukan oleh kerajaan 1Malaysia? Saya berharap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi penjelasan apakah tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap corporate crook tersebut demi kepentingan pemegang saham kecil di dalam negara.
Saya juga ingin meringkaskan mengenai MOSTI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap Venturepharm Asia Sdn. Bhd. yang diberikan dana untuk TechnoFund dan juga telah dibayar RM2.3 juta, tetapi syarikat yang terlibat itu adalah syarikat palsu dan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang terperinci telah diserahkan kepada Menteri MOSTI dan sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan. Syarikat Venturepharm ini juga terlibat dalam Kementerian Pelancongan terhadap Shanghai Expo di mana ia menipu Kementerian Pelancongan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sedikit lagi. Saya menyeru Menteri Pelancongan untuk memberi penjelasan memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksekutif dari PR adakah ia mempunyai satu conflict of interest terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di negeri China.
Kedua, apakah alasan-alasan tender terhadap, pertama Malaysia Pavilion projek dibatalkan selepas Menteri sekarang mengambil jawatan sejak April 2009...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Orang lain tidak boleh bercakap Yang Berhormat kalau Yang Berhormat baca buku itu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, saya hendak habis sudah. Ketiga, apakah alasan-alasan sementara akhir bulan Jun 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysia Pavilion, di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund. Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan
(variation order) dengan jumlah RM10 juta kepada RM20 juta untuk projek Malaysian Pavilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat cakap Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Hulu Langat cakap sahaja Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk sama-sama berbincang mengenai Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pengumuman NKRA bagi mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan. Antaranya mengurangkan kadar jenayah, meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Saya memang setuju dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Jenayah Bukit Aman, jumlah jenayah indeks dari tahun 2000 hingga 2008 meningkat daripada 149,042 kepada hampir 213,000. Secara umumnya, jumlah kes yang dapat diselesaikan meningkat selari dengan peningkatan jumlah jenayah indeks antara tahun 2000 hingga 2008 iaitu dalam julat antara 32.5 peratus hingga 48.4 peratus. Jadi, apakah yang terjadi dengan kes selebihnya iaitu lebih kurang 52 peratus yang tidak dapat diselesaikan?
Peruntukan RM3.7 bilion untuk mempertingkatkan lagi kecekapan anggota keselamatan, menyediakan kelengkapan yang moden dan canggih, termasuk menyediakan balai polis bergerak di 50 hot spot dan meningkat kecekapan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam sangat kita alukan. Mampukan jumlah jenayah indeks dikurangkan sebanyak 5 peratus bagi tahun 2010? Mungkin boleh tercapai ataupun tidak kerana jumlah jenayah indeks tahun 2006 meningkat sebanyak 26.1 peratus dari 2005, tahun 2007 meningkat 5.5 peratus dari 2006 dan 2008 dianggar meningkat 1.9 peratus daripada tahun 2007. Kita harap tahun 2010 mungkin kalau tidak mencapai penurunan 5 peratus mungkin hanya mendatar.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan jenayah yang berlaku sekarang, penyumbang jenayah adalah daripada dua kumpulan penting iaitu rakyat tempatan dan warga asing.
Saya ingin mengambil contoh kes-kes jenayah yang berlaku. Berdasarkan daripada Harian Metro pada 20 Oktober 2009:
(i) dua ditetak tegur ekzos. Iaitu gara-gara menegur bunyi ekzos bising, dua sahabat baik termasuk berkemahiran tekwando ditetak bertalu-talu sehingga mati oleh sekumpulan mat motor.
Seorang lagi sahabat kedua-dua mangsa dilaporkan turut bertarung nyawa di hospital;
(ii) tiga lelaki tusuk pisau ugut pengusaha butik;
(iii) mangsa kerap didera dan dipukul tanpa sebarang alasan oleh ibu bapa serta adik-beradiknya selain dimaki hamun; dan
(iv) OKU di rumah kebajikan dicucuh puntung rokok.
Dalam Sinar 24 Oktober:
(i) kanak-kanak dirogol setelah diumpan RM5; dan
(ii) penculik hanya sempat belanja RM100 dari wang tebusan RM130,00 mati ditembak polis. Alhamdulillah.
Rakyat asing yang diberi kemudahan yang keterlaluan, sama ada melalui visa pelawat, visa on arrival, visa kerja, tetapi melakukan jenayah, sebagai contoh dalam Sinar 24 Oktober, lelaki Sudan didakwa bunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, tiga tahun, di sebuah kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium.
Jadi, perkara ini sebenarnya sudah lama, setahun lebih saya bangkitkan. Saya melihat perkara pelajar-pelajar yang datang dengan visa pelajar, tetapi mengambil kesempatan untuk bekerja ataupun menjadi penjenayah. Metro 20 Oktober 2009, RM48,000 dilarikan lelaki Latin.
Ketiga, Sinar 25 Oktober pusat hiburan Sunway Mentari sedia GRO warga asing diserbu. Seramai 14 wanita asing didapati menyalahgunakan pas pelawat sosial ke negara ini dan bekerja di premis sebagai GRO, malah di antara mereka juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan banyak lagi pendedahan dalam 999.
Yang keempat, Metro 27 Oktober dua lelaki warga India yang didakwa memiliki 44.7 kilogram dadah jenis ketamin dua tahun lalu terlepas hukuman gantung selepas mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing empat tahun.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan saya selain daripada meningkatkan sistem rondaan dan pemantauan oleh pihak polis, keselamatan, antara langkah-langkah yang dapat mengurangkan jenayah, kita berharap kita perbetulkan manusia itu iaitu man.
Peruntukan hendaklah disediakan untuk membangunkan modal insan tempatan dengan ilmu pengetahuan agama ataupun agama masing-masing dan kemahiran dalam bidang profesional agar rakyat Malaysia menjadi orang yang bertanggungjawab dan penyayang serta mereka diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan di negara ini dari mengambil orang asing dengan gaji atau ganjaran yang berpatutan, selari dengan keadaan ekonomi dan taraf hidup rakyat.
Yang kedua, peluang kemasukan orang-orang asing ke Malaysia patut diperketatkan oleh pihak imigresen, sama ada untuk bekerja atau belajar di negara kita.
Visa pelawat dan visa pelajar hendaklah dipantau dengan serius dan berkesan dengan menggunakan kaedah moden agar mereka yang datang ke Malaysia bukan untuk melakukan kemungkaran atau jenayah, sebagai contoh lelaki Sudan tadi yang menggunakan visa pelajar hanya sebulan, kemudian menghilang diri, tiba-tiba terlibat dengan maksiat dan pembunuhan ataupun ada juga yang menjadi pengedar dadah, menjalankan perniagaan secara haram, melakukan maksiat seperti pelacuran dan sebagainya.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Kita juga berharap mereka yang bersalah perlu dihukum dengan adil dan setimpal seperti kes warga India tadi. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Pada 20.10.2009 baru-baru ini kawasan Hulu Langat dikejutkan dengan banjir yang melanda hampir seluruh DUN Dusun Tua yang melibatkan kerosakan lebih 300 rumah, masjid dan sekolah agama. Kerisauan beribu-ribu penduduk apabila sahaja dengar guruh dan hujan. Jadi kadar hujan yang dicatitkan hanya 47mm per jam, sedangkan mengikut maklumat JPS, kebiasaannya kadar yang melebihi 60mm per jam barulah boleh berlaku banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada satu minit lagi Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Ini menggambarkan Sungai Langat sudah cetek dan ingin saya memohon peruntukan dari Kerajaan Pusat selama dalam perbincangan dengan JPS kita memerlukan satu peruntukan yang agak besar iaitu lebih dari RM50 juta untuk menyediakan benteng bagi mengelakkan daripada limpahan air. Satu perkara yang saya hendak sebutkan juga Tuan Yang di-Pertua iaitu di Hulu Langat juga kita menghadapi masalah bekalan air dengan tekanan yang rendah dan juga kerap berlaku kerosakan paip yang bocor dan pecah. Jadi kita berharap juga pihak kerajaan dapat memberi kerjasama melalui Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air serta SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air untuk pihak SYABAS memperbaiki kemudahan infrastruktur yang sangat diperlukan oleh Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Bakri. Saya hendak bagi maklumat Yang Berhormat. Saya menunjukkan penghargaan saya sampai 10.30 malam tadi. Takkan semua boleh bercakap sekali gus Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk berucap dalam perbahasan bajet dalam Dewan yang mulia ini. Salah sejahtera kepada rakan-rakan terhormat yang memikul tanggungjawab membela nasib rakyat.
Di sini saya ingin menyentuh tentang keselamatan penjara di negara kita. Dalam peruntukan untuk keselamatan penjara kepada banduan dan orang tahanan dalam Anggaran Perbelanjaan Tahun 2010 muka surat 662. Walaupun perbelanjaan dalam aspek ini telah meningkat sebanyak 77.95 peratus berbanding dengan angka merujuk kepada tahun 2009. Namun sedemikian, pembaikan kebersihan, keselamatan dan perubatan dalam penjara atau lokap, balai polis nampaknya tidak memberi apa-apa kesan yang ketara setakat ini.
Mengikut Laporan Hak Asasi Manusia 2008 yang diterbitkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menunjukkan bahawa terdapat 1535 orang meninggal dalam penjara atau lokap pada tahun 2003 hingga 2007 dan terdapat 255 orang mati dalam penjara dan 13 orang meninggal dalam lokap pada tahun 2008. Ini merupakan satu perkara yang serius yang sepatutnya diutamakan kerana ia berkenaan dengan kematian seseorang semasa dalam tahanan dan mencabuli hak asasi seseorang manusia. Refom PDRM yang telah pun dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004. Namun, selama ini penyalahgunaan kuasa dan keganasan pihak polis masih berleluasa.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Perkhidmatan pihak polis amat lemah di mana akibat isu keselamatan di negeri Johor merebak sehingga rakyat Johor melancarkan bantahan tandatangan yang telah mencapai 100,000 tandatangan dan perhimpunan aman diadakan pada tahun 2007. Akibat itu, pihak kerajaan cuba sedaya upaya memperbaiki situasi di negeri Johor sehingga menubuhkan lebih banyak Balai Polis dan pindaan seramai 400 orang pegawai polis dari seluruh rakyat Malaysia khasnya dari negeri Selangor ke negeri Johor untuk menjaga keselamatan di negeri Johor.
Namun demikian, kes rogol, rompakan terus merebak dan tidak berhenti-henti.
Kami mendesak bahawa pihak kerajaan patut menubuhkan IPCMC seperti mana yang dicadangkan oleh Royal Commission pada tahun 2005 kerana hanya satu badan yang bebas boleh menangani masalah-masalah itu. Kami menolak SCC iaitu Special Complaint Commission dengan izin, yang tidak bebas yang ditubuhkan di Parlimen pada Oktober 2009 kerana ia diuruskan oleh BPR dan mendapat tentangan hebat dari NGO.
Tundaan perbicaraan atau open inquest di majistret atau mahkamah khasnya kematian dalam tahanan merupakan satu isu yang sentiasa berlaku. Contoh kes kematian Goh Yam Peaw yang disebabkan oleh tahanan pihak polis yang berlaku di Segamat telah mengalami tundaan sebanyak enam kali ataupun lebih kurang dua tahun. Apakah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan? Kami mencadangkan bajet perlu merangkumi satu pertubuhan Royal Commision khas menjalankan penyiasatan ke atas kes- kes kematian dalam tahanan yang masih dalam tundaan dari tahun 1999 hingga 2009.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak RM1 juta untuk setiap kawasan Parlimen tidak kira kawasan Parlimen pemerintah ataupun Pembangkang masih membingungkan saya. Sebagai wakil rakyat dipilih dan diamanatkan tidak berhak mengetahui dan mengendalikan peruntukan tersebut. Malah kenyataan Menteri kebelakangan ini bahawa peruntukan tersebut akan dimandatkan kepada ketua UMNO tempatan untuk mengaturkan demi kebajikan dan keperluan rakyat yang disasarkan. Adakah ketua-ketua parti berkenaan merupakan pilihan rakyat?... [Tepuk] Bagaimana untuk mengenal pastikan kesampaian kepada kumpulan sasar tercapai dan penyelewengan kuasa dan sumber tidak berlaku? Adakah pengendalian peruntukan ini oleh wakil parti menepati sistem Demokrasi Berparlimen negara kita? Malah sesetengah pegawai ataupun pengarah PPNJ sanggup mengeluarkan kenyataan seperti peruntukan ini for ruling party only dengan izin. Kakitangan awam seperti ini lupa tentang tanggungjawab dan integriti mereka sebagai berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk parti pemerintah.
Kakitangan awam jenis ini bagai ‘jelangak’ kerbau kampung yang bermaksud sombong tetapi sebenarnya bodoh. Bukan sahaja peruntukan ini tidak boleh diharapkan oleh rakyat umum yang memilih wakil rakyat pembangkang, malah maklum balas pun tiada.
Menteri yang menjawab soalan lisan saya pun memberikan jawapan yang sambil lewa seperti permohonan yang dikemukakan akan diteliti dan dinilai untuk dilaksanakan. Kalau jantan, terus terang jawablah dengan kenyataan bahawa peruntukan ini untuk parti pemerintah sahaja tanpa menghiraukan kehendak pilihan rakyat dan peruntukan ini tidak pernah dipertimbangkan dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia... [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi
Hidup Bakri!
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Kita anak Johor, support sekali... [Ketawa] Orang Muar pernah bermegah dengan adanya pembinaan laluan pintas yang dikatakan sebagai lebuh raya dalam bandar yang pertama di negeri Johor. Akan tetapi kualitinya tidak setimpal dengan kos pembinaan yang menelan perbelanjaan lebih daripada RM100 juta. Keadaannya yang cembung dan cekung membahayakan pengguna seakan menaiki roller coaster... [Ketawa] Apabila hujan, air akan bertakung merata-rata. Kualiti infrastruktur ini telah mengecewakan rakyat tempatan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Seperti kata pepatah, ‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’... [Tepuk] Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya pada sidang yang lepas bahawa kerja pembaikan akan disiapkan dalam bulan September 2009 tetapi jawapan lisan yang diterima pada minggu lepas ialah performance bond akan dilanjutkan setahun lagi memandangkan pihak JKR masih tidak puas hati tentang kualiti pembaikan pembinaan manakala kos pembaikan kerosakan menelan perbelanjaan sebanyak RM55.2 juta dan kos...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bakri. Berhenti, Yang Berhormat. Sudah habis, Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Sedikit sahaja lagi. Sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau tidak Yang Berhormat, kawan-kawan Yang Berhormat saya hendak beri peluang mereka bercakap.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tinggal satu isu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Satu isu ini..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sambung sahaja dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat. Boleh gunakan teks yang sama.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Saya hendak hitung berapa orang. Lima orang. Kalau kita boleh beri 40 minit, lapan minit seorang. Namun begitu, apabila saya suruh berhenti, minta tolong berhenti, ya. Yang Berhormat Ketereh. Selepas Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Pendang. Selepas Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bukit Bendera. Selepas itu baru Yang Berhormat Taiping.
Sila Yang Berhormat Ketereh. Lapan minit.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana akur kepada suara rakyat Kelantan dan titah ucapan Pemangku Raja kami. Dengan mengembalikan hak royalti minyak kembali kepada rakyat Kelantan. Biarpun ia dikategorikan sebagai wang ihsan, pengeluaran petroleum di Sabah, Sarawak dan Terengganu juga berada di luar tiga batu nautika tetapi mengapa Sabah dan Sarawak dibayar royalti dan bukannya wang ihsan. Alasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agak kurang tepat dan boleh dipersoalkan. Apakah ia sengaja dibuat untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan? Walau bagaimanapun, apabila pembayaran dibuat nanti, kerajaan harus memastikan ia tidak dimanipulasikan oleh Ketua UMNO Bahagian sebagaimana amalan pengagihan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan kini.
Tuan Yang di-Pertua, strategi ekonomi berprestasi tinggi dijanjikan kepada rakyat tetapi jika cara berbelanja ikut suka dan ada unsur tidak amanah sebagaimana kepincangan yang ternyata dalam laporan audit yang sentiasa berulang saban tahun. Janji akan dibuat perubahan tetapi tidak dilaksanakan. Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan tetapi tiada tindakannya. Ketirisan terus berlaku. Pada pandangan saya, berlakunya terlalu banyak kepincangan tersebut adalah kerana wujudnya campur tangan politik dan keterlaluan dalam agensi pelaksana. Pegawai harus dipertahankan profesionalismenya.
Mereka tanpa diresapi elemen politik berlebihan.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir - Ketereh
Campur tangan politik tidak harus dibudayakan dalam agensi pelaksana.
Pegawai-pegawai harus diberi kebebasan berencana agenda sebagaimana diputuskan.
Matlamat untuk kesejahteraan dan keperluan kumpulan-kumpulan sasar harus diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, MARA ialah sebuah agensi yang ditubuhkan khusus untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu bumiputera supaya aktif dalam kegiatan perdagangan, membantu pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya di luar bandar. Malangnya, setelah bertukar kementerian, MARA seolah-olah kurang diberi perhatian sehinggakan hendak melantik Ketua Pengarah MARA pun tidak dapat. Apabila di semak dalam portal rasmi MARA, cuma yang ada nombor telefon sahaja. Orangnya tiada.
Saya difahamkan ada lagi jawatan tinggi yang tidak dapat dipenuhi. Apakah sudah tiada pegawai MARA yang layak untuk dinaikkan pangkat atau menunggu kroni atau calon untuk menjadi ‘yes mem’ untuk dilantik.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh penglibatan aktif agensi-agensi kerajaan khususnya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di mana apabila tiba pilihan raya, agensi-agensi ini begitu cergas keluar masuk, punggah- memunggah, angkut-mengangkut dalam kawasan pilihan raya seolah-olah agensi tersebut juga merupakan salah satu daripada cawangan parti. Malangnya, apabila dibuat laporan kepada SPRM, perisik SPRM yang bertugas saat pilihan raya walaupun telah dilatih sekurang-kurangnya tiga bulan di Akademi Pencegahan Rasuah tapi masih gagal mengesan apa-apa kesalahan yang dilakukan.
Bahagian Pendakwaan SPRM juga teruk. Janji rasuah yang terkandung dalam Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 difahami dengan salah dan ditafsir ikut sedap sendiri. Janji rasuah sebesar Jambatan Manek Urai bernilai RM8 juta dengan syarat, ‘jika menang, hari esok kita akan buat’ oleh Timbalan Perdana Menteri kepada pengundi Manek Urai dalam program Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Walaupun SPRM dibuat tetapi tindakannya tidak kedengaran. Ini hanya menambah kepercayaan police report rakyat bahawa NKRA kedua negara itu iaitu memerangi rasuah hanyalah kosmetik semata-mata. Premis kenderaan kakitangan KESEDAR dan KEMAS terus diperalatkan dan diseleweng atas nama program kerajaan dan kepentingan rakyat tetapi sebenarnya mengaut undi untuk parti pendukung kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tiada, saya terpaksa terus kepada permasalahan di kawasan saya sendiri. Di kawasan Ketereh, terdapat banyak jambatan yang sempit di mana apabila musim perayaan ataupun musim cuti sekolah menyebabkan jalan-jalan raya menjadi sesak. Saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya supaya menggantikan keseluruhan jambatan yang kecil dan sempit di kawasan Ketereh dengan jambatan baru khususnya jambatan yang ada di Pekan Melor di mana jambatan ini terletak berhampiran dengan cabang dan traffic light pun tiada di sana. Kenderaan terpaksa beratur khususnya semasa perayaan. Namun begitu, saya juga berpesan jangan jambatan ini diberi kepada kontraktor jambatan gantung Kuala Dipang. Takut runtuh sama... [Ketawa] Kedua, berkaitan dengan projek Rancangan Malaysia Kesembilan, pembangunan kawasan Ketereh yang bernilai lebih daripada RM163 juta. Daripada 60 projek tersenarai, hanya tiga yang lewat jadual. Maknanya, dalam hal ini saya memberi markah ‘A' kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apabila beri ‘A’ itu, masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir - Ketereh
Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ini bagus. Yang Berhormat Pendang, sila.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Dalam masa lapan minit ini saya hendak membicarakan empat topik utama.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang pertama tentang Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen. Malam ini rasanya ada satu pelancaran di Sungai Besar yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya rasa ini merupakan satu kemungkinan akan menimbulkan satu masalah kerana baru pagi ini saya mendapat panggilan telefon daripada orang di kawasan, orang miskin tegar mengatakan bahawasanya untuk mengisi borang, mereka terpaksa mendapat cap JKKP dan JKKP ini tidak mahu mengecop di atas borang tersebut kerana mungkin... Saya tidak tahu. Orang PAS atau orang UMNO ini. Mungkin orang PAS. Ia tidak mahu cop tetapi apa yang diberitahu oleh Menteri semalam dalam wawancara dengan TV3 di Malaysia Hari Ini mengatakan semua rakyat miskin tegar boleh mendapat bantuan tersebut.
Jadi saya rasa merupakan satu diskriminasi kepada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan orang miskin. Yang keduanya tentang Klinik 1Malaysia. Saya rasa ini merupakan satu langkah yang baik untuk menubuhkan klinik di bandar-bandar sebagai menggantikan klinik di desa-desa. Yang ada di desa-desa akan diwujudkan di bandar- bandar. Cuma saya rasa ini bukan merupakan satu awlawiyat ataupun satu priority untuk diadakan. Walaupun hanya 50 buah klinik pada permulaan dengan perbelanjaan RM50 juta, kemungkinan ia mungkin digunakan RM20,000 untuk satu bulan. Saya bertanya kepada rakan-rakan pegawai pembantu perubatan dalam hal ini, mereka mengatakan hendak tunggu dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam di bandar-bandar besar yang mempunyai kemudahan farmasi dan juga klinik yang banyak mungkin tidak berbaloi dengan apa yang hendak dikemukakan oleh kerajaan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Kerana kalau kita lihat daripada ucapan wakil daripada Lubok Antu malam tadi, mewujudkan klinik-klinik di luar bandar adalah lebih priority ataupun lebih ‘alauwiyat’ dibandingkan dengan mengadakan klinik di dalam pekan, di dalam bandar yang mempunyai kemudahan. Klinik ini hanya akan memberikan rawatan demam, batuk, selesema, saya sebut bukan Klinik 1Malaysia, klinik panadol dan klinik breacol. Kerana untuk memberikan rawatan yang lain, memang ubat dalam kategori ‘A’, pembantu pegawai perubatan ini tidak layak untuk memberikannya. Ianya hanya layak diberikan oleh pengamal perubatan ataupun doktor sahaja. Jadi kalau setakat panadol, breacol, ubat selesema dan seangkatan dengannya, boleh dibeli di farmasi.
Yang ketiga ialah tentang ura-ura Kementerian Kesihatan untuk mengadakan imunisasi untuk HPV, Human Papillomavirus Vaccine kepada gadis-gadis berusia 12 tahun ke atas. Ini merupakan satu langkah yang baik kerana vaksin ini dapat menghalang daripada kanser serviks yang mungkin akan mengenai mereka dan dikatakan 70 peratus dapat menghalang daripada kanser serviks, dan 90 peratus dapat menghalang daripada genital warts ataupun ketuat di alat sulit wanita. Ini merupakan satu langkah yang baik.
Cuma saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah cervaric ataupun vaksin yang dipilih ini akan digunakan ataupun jenis yang lain, kerana cervaric ini merupakan satu vaksin yang belum lagi diluluskan di Amerika, US FDA tidak meluluskan cervaric ini, mereka masih lagi mengkaji dan kemungkinan akhir tahun ini baru dapat keputusan. Itu pun kita belum tahu sama ada diluluskan atau tidak, kerana kerajaan telah berura-ura menghabiskan RM150 juta untuk memberikan vaksin ini. Harganya untuk tiga kos, daripada kosong bulan, dua bulan sampai enam bulan, berharga kalau ikut UK 350 pound untuk tiga dos. Harganya cukup mahal dan antara kesan sampingan yang agak serius melibatkan penerima vaksin ini adalah autism, dyslexia dan juga hyper active. Ini merupakan kesan- kesan yang agak sukar untuk kita terima kalau ianya wujud dalam masyarakat. Maknanya kerajaan perlu memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini. Adakah kerajaan sudah menetapkan bahawa vaksin cervaric ini akan digunakan untuk gadis-gadis kita untuk menghalang daripada HPV ataupun Human Papillomavirus Vaccine ini.
Yang keempat, yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan kenderaan berusia 15 tahun. Alhamdulillah Timbalan Menteri pun ada, dia sendiri pergi ke Kedah baru-baru ini mengatakan kita terpaksa melakukan itu, maknanya pemeriksaan untuk menjadikan kenderaan itu tiptop untuk masuk ke jalan raya. Saya rasa ini merupakan satu bebanan kepada rakyat, tetapi apabila saya semak daripada internet hari ini mengatakan ia ditangguhkan dahulu.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Alhamdulillah masyarakat mungkin merasa lega kerana ini merupakan satu bebanan kepada rakyat apabila kenderaan masuk ke PUSPAKOM, mereka terpaksa menghadapi banyak masalah, selepas itu hendak mendapatkan kelulusan, hendak menunggu, hendak repair kenderaan supaya ianya mendapat surat daripada PUSPAKOM.
Kalau dapat surat barulah boleh renew road tax.
Pada tahun lepas, Perdana Menteri mengatakan kita menghapuskan road tax motosikal, tetapi apabila dihapuskan road tax motosikal, motosikal yang melebihi sepuluhtahun, insurans tidak mahu terima, terpaksa membeli insurans dengan dua kali ganda. Jadi maknanya apa yang dibuat oleh Perdana Menteri yang lepas mungkin tidak disedari oleh Perdana Menteri yang ada pada hari ini. Saya harap, Tuan Yang di-Pertua sudah habis kah belum?... [Ketawa] Jadi saya berharap Timbalan Menteri dapat memahami hasrat orang kampung, balik ke Jerlun insya-Allah boleh beritahu mereka, bahawasanya terpaksa ditangguhkan dahulu perkara ini. Saya pun amat bersetuju kepada pengumuman yang dibuat dalam dasar NAP ini supaya ianya ditangguhkan dahulu, hendak memeriksa kenderaan setiap kali hendak mendapatkan new road tax ataupun road tax baru. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching. Orang lama pandai cakap, ringkas tetapi banyak cerita.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin membangkitkan beberapa isu. Pertamanya adalah mengenai satu laporan yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak. Laporan ini mengatakan bahawa memang itu adalah benar, kelakuan rogol ke atas kanak-kanak perempuan atau gadis-gadis Penan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja syarikat pembalakan di kawasan itu. Selepas laporan ini diumumkan, reaksi daripada kerajaan negeri Barisan Nasional laporan itu adalah silap. Ia mencabar ketepatan laporan ini dan selepas itu satu lagi laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan aktiviti pembalakan yang berleluasa di Sarawak telah memusnahkan dan memberi kesan yang negatif terhadap alam sekitar. Ia telah menyebabkan pembaziran, pencemaran air sungai-sungai di Sarawak.
Sekali lagi Kerajaan Negeri Sarawak mencabar ketepatan Laporan Ketua Audit Negara. Menteri-menteri negeri Sarawak kata bahawa Laporan Ketua Audit Negara ini adalah tidak tepat. Dia kata laporan yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu pun tidak tepat. Nampaknya jika ada apa-apa laporan yang mengatakan ada kesalahan atau masalah dilakukan di Sarawak khususnya, sekiranya masalah ini melibatkan syarikat pembalakan, lodging company, Kerajaan Negeri Sarawak akan mempertahankan syarikat-syarikat pembalak itu, sehinggakan ia mencabar Kerajaan Pusat.
Nampaknya kelakuan itu adalah seperti satu wallop yang bermaharajalela di negara kita ini. Saya ingin tahu apakah Kerajaan Pusat akan bertindak, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat ke atas kedua-dua perkara ini kerana ia telah dicabar oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai seorang budak yang bapanya kaum Iban dan ibunya kaum Cina, namanya Marina Kundau. Dia mendapat result excellence 9A1B dalam SPM, tetapi semasa dia memohon untuk masuk ke matrikulasi, permohonannya ditolak kerana dia diberitahu bahawa dia bukan seorang bumiputera.
Walaupun ini satu soal teknikal Perlembagaan, tetapi bukankah sistem matrikulasi ini untuk membantu anak-anak bumiputera, orang-orang bumiputera. Saya boleh tunjukkan statistik kaum itu, golongan itu yang diklasifikasikan bukan bumiputera dan lain-lain, itu yang paling perlu bantuan daripada kerajaan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Kalau kita meneliti Laporan Ninth Malaysia Plan mengenai Gini coefficient, Gini coefficient untuk yang lain-lain itu, other ianya meningkat daripada tahun 2004, indeksnya adalah 0.462 kepada 0.545 dalam tahun 2007. Ini bermakna bahawa golongan ini telah terpinggir daripada arus pembangunan negara kita dan mereka harus diberi bantuan oleh kerajaan. Kita ada satu kes di mana seorang murid yang mendapat keputusan yang begitu cemerlang tetapi ditolak atas alasan bahawa dia bukan bumiputera.
Apakah makna 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat berhormat Perdana Menteri? Oleh itu saya harap satu polisi boleh dipinda supaya budak-budak yang bapanya Iban atau Dayak dan ibunya bukan bumiputera, mereka boleh diterima untuk masuk matrikulasi. Ini adalah berkenaan satu pindaan polisi dan bukan pindaan Perlembagaan Negara kita. Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah kenderaan yang melebihi 15 tahun yang diwajibkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Okey, harus menjalankan pemeriksaan sebelum pemilik itu boleh membayar cukai jalan. Alasan yang diberi oleh kerajaan adalah untuk keselamatan pengguna-pengguna jalan, akan tetapi saya nampak alasan itu bukan alasan yang benar. Alasan sebenarnya ialah kerajaan mahu tolong syarikat Proton dan syarikat Perodua untuk jual kereta bagi mengaut keuntungan yang besar.
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sehingga sekarang kerajaan tidak ada apa-apa statistik bahawa kereta lama lebih cenderung untuk mengalami kemalangan, tidak ada!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Oleh itu apa rasionalnya untuk bersikap diskriminasi terhadap pemilik-pemilik kereta lama? Oleh itu saya menyeru kerajaan membatalkan polisi ini dan saya menyuarakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional yang membantah polisi ini, supaya sekiranya kerajaan tidak membatalkan polisi ini mereka tidak menyokong bajet ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ini untuk menunjukkan mereka jujur, mempertahankan dan memperjuangkan kebajikan orang ramai, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Bendera, selepas Yang Berhormat Bukit Bendera lapan minit, Yang Berhormat Taiping.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ucapan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan boleh disifatkan sebagai satu dokumen yang berjaya mengenal pasti masalah-masalah dalam menghadapi masa hadapan ekonomi kita. Malangnya isu-isu yang dikenal-pasti itu tidak dijawab dengan penyelesaian berkesan. Bajet 2010 tidak memberikan penyelesaian yang memuaskan.
Sesiapa yang mengkaji secara terperinci bajet ini, iaitu bukan sahaja ucapan tetapi juga anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang lengkap akan kecewa kerana kita tidak ada legal will dengan izin daripada Kerajaan Barisan nasional untuk berubah.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
Sebagai contoh, walaupun inovasi dikatakan diberikan tumpuan, yang diumumkan cuma usaha untuk membina sebuah pusat inovasi. Adakah kita sudah lupa pengalaman pahit sebelum ini di mana kita sibuk membina dengan izin, first world infrastructure dengan third world mentality? Satu sindrom yang telah pun diakui oleh mantan Perdana Menteri tetapi tidak dibuat apa-apa oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Untuk menghadapi masalah kekurangan pelaburan swasta, bajet ini bercadang untuk melancarkan gelombang penswastaan kedua atau second wave of privatization.
Supaya syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju atau viable agency diswastakan. Saya agak hairan dengan cadangan dasar ini kerana masalah kita bukan kerana Malaysia tidak menarik perhatian pelabur. Masalah besar kita adalah kerenah birokrasi, sistem kehakiman yang dicurigai integriti dan keadilannya, kadar jenayah yang semakin meningkat dan persekitaran perniagaan ataupun business environment yang tidak mengalu-alukan pelabur.
Jika isu-isu pokok ini tidak dikaji dan diselesaikan gelombang penswastaan kedua, ketiga atau keempat tidak akan mengubah apa-apa persepsi pelabur. Adakah kita telah lupa masalah-masalah penswastaan yang masih ada bersama dengan kita seperti IPP atau pengusaha tol. Sebagai contoh, dalam Bajet 2010 di bawah Kementerian Kerja Raya sebanyak RM394 juta diperuntukkan untuk bayaran pampasan tol. Apa gunanya jika wang rakyat terus dibazirkan seperti ini? Saya meminta kerajaan memberikan butiran-butiran penerima pampasan tol RM394 juta ini supaya mewujudkan akauntabiliti.
Walaupun bajet ini berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia, dasar-dasar baru seperti Real Property Gains Tax atau cukai perkhidmatan credit card akan turut menjejaskan kebajikan rakyat jelata. Bukan sahaja ini akan mengancam kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya golongan rakyat berpendapatan sejahtera ataupun golongan berpendapatan rendah, ia juga menambah beban dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST.
Saya ingin bertanya mengapa kerajaan mahu membelanjakan RM22 juta semata- mata untuk mengkaji sahaja GST? Saya mahu kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah bentuk kajian itu? Apakah kandungan kajian itu, apakah yang diharapkan daripada kajian itu dan perunding mana atau konsultan mana yang telah diberikan kontrak untuk membuat kajian itu? Saya tidak faham rasional kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar baru yang saya sebut tadi. Bukankah kita masih berada dalam senario kemerosotan ekonomi dan kerajaan-kerajaan sedunia sibuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Taiping...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk menutup tirai perbahasan sesi ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya semasa mantan Perdana Menteri membentangkan RMK-9 di Dewan yang mulia ini, hutang negara kita adalah RM238 bilion. Akan tetapi amat memeranjatkan kita ledakan hutang negara yang semakin menggunung, kini dalam tempoh lima tahun sahaja hutang negara telah pun bertambah RM125 bilion. Jumlahnya adalah RM363 bilion dengan dibahagikan kepada 27 juta rakyat setiap anak Malaysia berhutang RM13,444. Amat rugi sekali kita undi Barisan Nasional kerana kita “untung secupak, rugi seguni.” Apabila kita undi mereka, dapat sedikit angpau tetapi perlu bayar, kerajaan pinjam duit, rakyat bayar hutang.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada hutang negara, saya memohon supaya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kerajaan Amerika pun lagi besar hutang mereka.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya memohon supaya apabila Menteri Kewangan menggulung tadi memberikan kita gambaran dan rancangan yang jelas bagaimana hendak menjelaskan hutang negara yang kini mencecah 53.1 peratus KDNK kita. Selain daripada itu sebenarnya defisit ini adalah seiras dengan slogan iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebenarnya yang benar adalah “Defisit didahulukan, hutang negara diutamakan.”
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini adalah kali ke-13 berturut-turut negara kita mengalami belanjawan defisit. Kali ini defisit adalah RM43.1 bilion, satu paras yang telah pun melebihi international benchmark yang telah ditetapkan oleh European Union.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini kerana Europeon Union telah menetapkan international benchmark bahawa sebuah negara ingin membangun secara mampan, tidak boleh melebihi defisit 3.3 peratus.
Akan tetapi tahun lepas melebihi 7.4 peratus, dan tahun ini 5.6 peratus. Kita mahu Yang Berhormat Pekan memberikan satu jawapan yang jelas. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Laporan World Bank hari ini di dalam World Bank Economy Forecast, negara China, East Timor, Laos, Vietnam, Indonesia dan Philippine, semuanya akan mencatat pertumbuhan positif pada suku ketiga pada tahun ini, kecuali Malaysia yang akan terus terjerumus ke kancah kemerosotan. Iaitu Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi - 2.3 peratus.
Ini jelas stimulus package yang telah menelan dana awam RM67 bilion telah gagal sama sekali untuk membangkitkan ekonomi kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu mesej yang penting kepada kerajaan, di mana kedatangan FDI semakin hari semakin merosot. Tahun lepas mengikut World Investment Report, FDI yang masuk ke Malaysia hanya USD8 bilion dan yang keluar USD12 bilion. Apabila kita bertungkus-lumus untuk menarik FDI masuk, tetapi anak watan kita, anak Malaysia yang melabur di sini tidak dihargai. Saya berikan contoh yang terbaik adalah orang yang terkaya di negara ini. The Sugar King Tan Sri Robert Kuok, saya hendak bertanya kerajaan patut memberikan satu jawapan yang konkrit, sama ada satu tekanan politik dikenakan ke atas beliau supaya terpaksa beliau menjualkan perniagaan gula beliau di Malaysia yang telah begitu lama bertapak di tanah air kita.
Kita pergi menjelajah seluruh dunia untuk menarik pelabur masuk tetapi anak Malaysia yang melabur di tanah air sendiri tidak dihargai. Apabila beliau menerajui Wilmar International membeli BERNAS, tetapi UMNO pula membantah menyebabkan beliau terpaksa menjual pembeliannya kepada Syarikat Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar. Akan tetapi beliau masih lagi bertapak di Malaysia, kini perniagaan sugar beliau dipaksa untuk dijualkan. Jika ini berlaku maka siapa lagi yang berani hendak melabur di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya ingin membangkitkan RPGT 5 peratus sebenarnya didapati adalah ultra vires terhadap Akta 1976, Real Property Gains Tax Ace.
Akta tersebut memberi tujuan utama untuk mencegah spekulasi penjualan hartanah, tetapi ia ada tempoh lima tahun. Selain itu, apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Pekan ini adalah untuk tempoh selama-lamanya. Ia adalah menentang spirit of the law according to 1976 Act, Real Property Gains Tax. Sebab itu saya pohon supaya pembetulan dibuat supaya ia tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin membangkitkan kita ada Menteri KPI, tetapi mengikut pengakuan oleh Menteri Kewangan II sendiri atas ketirisan, kebocoran, penyelewengan kuasa oleh kakitangan kerajaan, negara kita mungkin mengalami kerugian RM28 bilion satu tahun. Satu jumlah yang begitu besar. Kita ada Menteri KPI, ada satu lagi Menteri CEO, dua-dua Menteri duduk di sini setiap hari, apakah KPI? Menteri KPI sendiri tidak ada KPI. Kita harap di mana teguran laporan Ketua Audit Negara tidak akan setiap tahun berulang-ulang merugikan rakyat semua.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin membangkitkan dua isu yang penting di kawasan Taiping. Satu adalah masalah banjir di daerah Larut Matang dan Selama. Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran, satu jumlah RM98 juta diperlukan untuk mencegah masalah banjir di kawasan Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Akan tetapi mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Parlimen hanya RM9 juta sahaja tidak cukup daripada 10 peratus. Maka ini adalah satu perkara yang menyedihkan.
Kita memohon we have to priorities our peruntukan supaya keutamaan diberikan untuk mencegah banjir, menjaga keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Kedua adalah kadar jenayah. Kadar jenayah di Taiping adalah semakin tinggi.
Nama Taiping dalam bahasa Cina ‘Taiping’ adalah everlasting peace, iaitu satu bandar yang begitu Taiping sekali tidak ada jenayah. Akan tetapi sekarang Taiping tidak ‘Taiping' lagi. Saya berharap supaya Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri boleh memberikan keutamaan untuk menjaga dan juga mendirikan pondok polis di semua kawasan utama perumahan.
Tuan Yang di-Pertua, last but not the least, sebelum saya mengundur diri saya pohon satu mesej yang penting kepada Yang Berhormat Pekan. “The only legitimate government in the world is the government from the people by the people and for the peoples.” Maka jika Yang Berhormat Pekan percaya kepada demokrasi bubarlah DUN Perak selamatkan demokrasi di Perak... [Dewan Riuh] Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi saya tambahkan masa selama empat minit dan saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 12(3).
Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Pelajaran yang dijadualkan di nombor dua ditukarkan kepada nombor 16 menggantikan Kementerian Kerja Raya dalam susunan giliran, Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Bajet 2010 di peringkat dasar. Saya juga telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Pelancongan yang dijadualkan di nombor 13 ditukar kepada kedudukan Kementerian Wilayah Persekutuan di nombor 24.
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Isnin, 9 November 2009. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang.