Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan dari segi pemberian AP kenderaan, beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh orang ramai ialah pemberian AP kepada mereka yang langsung tidak mempunyai showroom. Oleh yang demikian apakah tindakan pihak kementerian setakat ini terutamanya selepas dua proses audit yang dijalankan ke atas pemberian AP kenderaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Yang Berhormat dari Arau bersama-sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Rembau yang perlu dijawab pada 11 November 2009 kerana menyentuh perkara yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan semua syarikat pemegang AP mematuhi syarat-syarat kelulusan AP, MITI telah melaksanakan audit ke atas semua syarikat pemegang AP. Pelaksanaan audit ini juga bertujuan memperoleh maklumat mengenai kemampuan syarikat pemegang AP dari segi kewangan dan pengurusan syarikat. Hasil daripada audit mendapati bahawa:
(i) Pemegang-pemegang AP mempunyai ruang pameran bagi menjalankan aktiviti penjualan kenderaan import;
(ii) lima syarikat telah berjaya mempelbagaikan aktiviti dalam sektor automotif yang lain seperti pemasangan kereta dan motosikal secara Completely Knock Down (CKD) dengan izin, aktiviti pemasangan dan bina semula kenderaan perdagangan terpakai dan juga pengeluaran minyak pelincir;
(iii) kebanyakan pemegang AP terbuka juga turut menjadi wakil pengedar kenderaan-kenderaan baru seperti jenama Honda, Toyota, BMW, Mercedes Benz, Proton dan Perodua; dan
(iv) masih terdapat kelemahan dari segi pengurusan pentadbiran dan dokumentasi bagi sebilangan syarikat pemegang AP terbuka.
Sehubungan itu hasil audit ini telah digunakan sebagai asas untuk MITI:
(i) Menambah baik dan memperkemaskan prosedur pentadbiran AP kepada syarikat-syarikat pemegang AP;
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
(ii) menentukan bilangan peruntukan AP terbuka bagi tahun 2009 kepada syarikat-syarikat pemegang AP di mana agihan peruntukan AP 2009 adalah berdasarkan keupayaan kewangan dan pengurusan serta pematuhan kepada garis panduan pentadbiran AP terbuka dan juga merangka pelan pembangunan bumiputera dalam sektor automotif tempatan. Audit yang berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan pemegang- pemegang AP sentiasa mematuhi garis panduan baru pentadbiran AP. Peruntukan AP boleh ditarik balik jika terdapat bukti syarikat melanggar mana-mana syarat yang dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu syarikat-syarikat bumiputera membuat persediaan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan serta memastikan penyertaan bumiputera yang berterusan, kerajaan sedang mewujudkan satu pelan dan dana pembangunan bumiputera dalam sektor automotif selaras dengan hasrat untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera ataupun BCIC.
Sumber dana akan diperoleh melalui pembayaran sebanyak RM10,000 daripada setiap unit AP yang dikeluarkan kepada pemegang AP terbuka bagi agihan peruntukan AP tahun 2010. Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai Januari tahun 2010.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. AP yang dimulakan pada sekitar tahun 70-an di mana kita lihat pada awal penubuhannya objektif murninya adalah untuk membantu usahawan bumiputera dalam mengendalikan ataupun terlibat secara aktif dalam sektor automotif ini dan diikuti dengan NAP diperkenalkan pada sekitar 22 Mac 2006 yang juga turut melihat kepada usaha transformasi dan juga integrasi industri automotif tempatan supaya ia bergerak secara optimum ke dalam jaringan industri serantau dan global.
Masalahnya di sini Yang Berhormat, berlaku beberapa masalah yang melibatkan salah tadbir dan dimanipulasikan oleh golongan-golongan tertentu dan yang menjadi mangsa ialah kerajaan dan kerajaan dilihat bersalah manakala individu yang terlibat dibiarkan terlepas begitu sahaja.
Jadi untuk memastikan hasil dari kajian yang dibuat oleh Menteri dan juga kementerian baru-baru ini berhubung dengan NAP bagi melihat industri ini berdaya saing lebih sesuai dengan kehendak semasa, maka kajian mengenai dengan AP telah diumumkan oleh Menteri.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Jadi, apakah pandangan pihak kementerian supaya kita dapat melihat mereka yang benar-benar terutamanya dalam pemberian francais AP kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan dan mempunyai jaringan dan kemampuan kewangan di peringkat antarabangsa dan kita berbalik kepada CKD. Maknanya mereka membuat pemasangan di negara kita dengan melihat usaha-usaha ke arah transfer technology kepada kenderaan- kenderaan yang melibatkan monster yang besar, mewah dan sebagainya supaya kemampuan dan keupayaan automatif dunia ini dapat dinikmati bersama walaupun kita kekurangan di sana sini. Apa pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, mengenai AP francais ini memang kerajaan menggalakkan supaya kenderaan- kenderaan yang diimport secara CBU akhirnya kalau boleh dipasang di negara kita dalam bentuk CKD. Dari segi keputusan bagi pihak syarikat untuk memilih kenderaan mana yang akan diimport CBU dan yang mana pula CKD terpulanglah kepada mereka.
Kita dapati bahawa biasanya kenderaan yang jualannya tidak begitu tinggi yang itu biasanya diimport secara dengan izin, complete build-up (CBU) yang mana yang jualannya agak tinggi, yang ini pula mereka import secara complete knock down (CKD) dengan izin dan dipasang dalam negara.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Dari segi pemindahan teknologi pula kita dapati bahawa terdapat syarikat-syarikat pemegang AP francais yang sudah menjalankan usaha untuk memindah teknologi daripada syarikat principal dengan izin, contohnya syarikat seperti kumpulan NAZA yang mempunyai kilang di Gurun untuk dua jenama iaitu KIA dan juga Peugeot, di mana kereta-kereta yang dipasang di kilang ini adalah untuk pasaran bukan hanya dalam negara tetapi juga untuk pasaran ASEAN.
Selain itu syarikat seperti Tan Chong pula mempunyai AP francais untuk jenama Nisan dan juga Reynolds dan yang ini pun dipasang oleh mereka di kilang. Syarikat Sime Darby pula mempunyai francais AP untuk Hyundai. Kilang mereka terdapat di Kulim dan di sini pula mereka memasang kenderaan-kenderaan complete knock down. Jadi dari itu kita lihat memang berlaku pemindahan teknologi sekali lagi dengan menggunakan contoh NAZA mereka mempunyai KIA Institute di Gurun, di mana pemindahan teknologi itu dilaksanakan dengan cara yang sistematik.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Setakat kini jumlah pemegang AP terbuka ialah saya rasa ada 98 syarikat.
Adakah benar kementerian akan meluluskan enam syarikat baru di tapak permit import kenderaan walaupun AP terbuka ini telah dibekukan sejak tahun 1990-an.
Saya ingin tanya apakah alasan yang konkrit bahawa enam syarikat ini diberi keistimewaan. Dalam Bajet 2010 kerajaan mengenakan RM10,000 setiap AP dikeluarkan dan boleh mendapat jumlah RM300 juta. Tidakkah yang lebih wajar ataupun bijak satu sistem tender terbuka atau auction setiap AP boleh mendapat RM40,000 hingga RM50,000.
Kerajaan boleh mendapat hasil sejumlah RM1.5 bilion hingga RM2 bilion setiap tahun dan dana ini boleh digunakan untuk sistem public transport, sistem pengangkutan awam atau membina lebih jalan di luar bandar. Berjuta-juta rakyat boleh mendapat manfaat berbanding hanya 98 syarikat yang mendapat keuntungan besar ini. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang benar bahawa setakat ini cuma 98 syarikat yang diberikan francais terbuka ini, di mana pada suatu ketika dahulu apabila sistem AP ini digunakan lebih 200 syarikat yang terlibat.
Setakat ini lebih 156 syarikat telah dibatalkan peruntukan AP mereka kerana tidak comply, dengan izin tidak memenuhi syarat-syarat AP tersebut. Bagi pihak MITI buat masa ini kita tidak mempertimbangkan permohonan-permohonan baru untuk AP terbuka ini kerana seperti yang telah dimaklumkan baru-baru ini AP terbuka akan dimansuhkan pada tahun 2015, dan kita lihat tidak wajar bagi AP terbuka diberikan kepada syarikat-syarikat baru.
Benar juga seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa dengan kutipan ataupun levi sebanyak RM10,000 bagi setiap unit AP. Kerajaan mengunjurkan bahawa kutipan itu akan berjumlah sekitar RM300 juta untuk tahun hadapan 2010 dan memang kerajaan mempertimbangkan banyak kaedah termasuklah kaedah-kaedah yang digunakan oleh negara-negara jiran, di mana ada yang menggunakan sistem tender seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.
Walau bagaimanapun kerajaan tetap memutuskan bahawa kaedah yang kita gunakan buat masa ini menepati perjanjian perdagangan yang telah kita tandatangani di peringkat antarabangsa, di mana pemansuhan AP pada tahun 2015 iaitu AP terbuka dan juga pemansuhan AP francais pada 2020 menepati perjanjian tersebut. Oleh kerana itu kita tidak lihat bahawa perlunya kita menggunakan kaedah-kaedah lain. Pada waktu yang sama yakinlah bahawa setiap kutipan cukai mahupun levi yang dikenakan kepada pemegang- pemegang AP ini akhirnya akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan kerana itulah tujuan kita mengadakan dasar-dasar ini.
Tuan Yang di-Pertua
Saya benarkan lagi satu soalan tambahan... [Tidak ada Ahli-ahli yang bangun] Terima kasih.
2. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah kementerian menyedari kesulitan dan kelewatan mahkamah membicarakan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Apakah pendekatan untuk menangani masalah ini dan sejauh mana kerjasama diberi oleh kementerian, jabatan dan agensi terlibat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datin Paduka Chew Mei Fun
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyedari berlakunya kesulitan dan kelewatan mahkamah membicarakan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Selaras dengan konvensyen mengenai hak kanak-kanak dan mengambil kira kepentingan dan kebajikan kanak-kanak kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Hakim Negara bagi mencari penyelesaian kepada isu kelewatan mahkamah membicarakan kes-kes tersebut, dan berdasarkan kepada perbincangan tersebut adalah didapati bahawa kelewatan membicarakan kes kanak-kanak melibatkan banyak pihak dan bukan pihak mahkamah semata-mata. Dalam hubungan ini perbincangan dan kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) juga telah diadakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit termasuk kes-kes kanak-kanak lewat dibicarakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mempraktikkan prosedur kerja yang sistematik berdasarkan MS ISO 9001 tahun 2000 dan Piagam Pelanggan jabatan yang menetapkan penyediaan Laporan Akhlak dalam tempoh tujuh hari sebelum jatuh hukum dan Laporan Perlindungan disediakan dalam tempoh sebulan sebelum perintah dikeluarkan. Penyediaan laporan berkenaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan membolehkan kes-kes tersebut sedia dibicarakan pada bila- bila masa yang ditetapkan oleh mahkamah. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, apakah ini dasar baru, Tuan Yang di-Pertua, boleh tiga orang menyoal soalan tambahan macam Tuan Yang di-Pertua katakan tadi?
Tuan Yang di-Pertua
Yang saya katakan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kami memang mengalu-alukan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Apa yang saya sebut tadi itu memandangkan soalan pada hari ini yang cuba untuk dijawab Timbalan Menteri dua, satu soalan daripada Yang Berhormat Rembau. Beberapa hari yang lalu saya telah nyatakan bahawa kalau ada soalan yang dijawab oleh Menteri pada pagi di mana soalan itu dua, tiga atau lebih saya benarkan tiga soalan tambahan, itu sebabnya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Kematian adik Aaliyah Ayman berumur tiga tahun dipercayai mati didera, dirogol dan diliwat amat menimbulkan kekecewaan dan kesedihan orang ramai.
Akan tetapi orang ramai tengok apakah kementerian akan buat bagi menghentikan kejadian sedemikian berulang. Yang Berhormat tadi memberi jawapan bahawa ada perbincangan yang diadakan, piagam pelanggan tetapi apa yang orang ramai mahu tengok ialah apakah tindakan, perubahan. NGO-NGO terlibat dengan kerja-kerja melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan seksual atau rogol, berjumpa dengan kami dan mengeluarkan ketidakpuasan hati mereka.
Contohnya Tuan Yang di-Pertua, seorang mangsa rogol berumur sembilan tahun, kes tiga tahun masih belum dibicarakan dan seorang mangsa yang didera adalah kanak- kanak, perlu melalui temu duga sembilan kali Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali polis, lepas itu di hospital emergency sekali lagi ditemuduga, lepas itu di dalam wad, doktor.
Lepas itu psikiatri, pediatrik, pegawai kebajikan, pegawai penyiasat dan ginekologi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi ini semua telah menimbulkan dan menambahkan trauma kepada mangsa kanak-kanak. Saya mahu tahu, apakah Yang Berhormat akan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa ini tidak perlu hidup dalam kaedah trauma sedemikian dan keadilan kepada mereka dan ahli-ahli keluarga mereka.
Tindakannya yang orang ramai mahu lihat, bukan hanya Yang Berhormat Menteri mengeluarkan kesedihan sahaja dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum. Itu tidak memuaskan hati. Jadi saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datin Paduka Chew Mei Fun
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dalam peningkatan kes-kes penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak serta kejadian kehilangan kanak-kanak juga. Oleh itu, penggubalan satu dasar khusus untuk melindungi kanak-kanak adalah satu keperluan bagi memastikan semua pihak menyedari bahawa aspek melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama.
Dengan adanya Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara dan juga Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara baru-baru ini yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri, kita telah pun bekerjasama dengan semua pihak yang berkenaan supaya kita dapat selaraskan dan mengutamakan aspek perlindungan kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar Perlindungan Kanak-kanak adalah bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dengan adanya pelan tindakan, kita juga memperuntukkan program dan tindakan yang perlu dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam jangka masa tertentu iaitu jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.
Selain itu, pemantauan dasar kanak-kanak negara dan pelan tindakan kanak- kanak akan dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui laporan secara berkala kepada Majlis Perundingan dan Nasihat Kanak-kanak kebangsaan. Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan juga jaga kebajikan kanak-kanak, kita telah pun mengadakan satu Talian NUR iaitu 15999 yang mana orang awam boleh berhubung atau memberitahu kepada kementerian dan dengan..
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Putatan, biarlah perempuan sama perempuan bergaduh.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak mahu dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri seperti begitu, tutup telinga, orang lain mahu dengar... [Ketawa] Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datin Paduka Chew Mei Fun
Mengenai masa panjang yang diambil oleh pihak polis atau agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam siasatan itu, saya rasa ini mungkin tidak di bawah kuasa kita. Walau bagaimanapun, kita selalu akan berbincang dengan pihak- pihak berkenaan dan selepas kita diumumkan oleh pihak polis dengan mengikut peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kita akan bertindak dengan serta-merta. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, soalan tambahan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, setiap kali kita tegur kementerian, jawapannya retorik, prihatin, prihatin, prihatin. Apabila kita tegur, prihatin, prihatin, prihatin. Ini kah kerajaan yang telus menjaga kanak-kanak ini?
Tiada tindakan positif yang langsung... [Tepuk]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Jadi soalan saya, daripada jawapan prihatin sahaja, apa tindakan yang boleh betul-betul dapat kelihatan oleh rakyat supaya kanak-kanak dapat dilindungi. Pihak-pihak NGO telah pun mengadakan beberapa tindakan dan pendekatan yang sama. Akan tetapi kalau kementerian, “prihatin” saja jawapan, selalu prihatin, sila berikan sedikit jawapan yang positif.
Datin Paduka Chew Mei Fun
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Putatan. Saya faham perasaan Yang Berhormat juga tetapi mungkin kerana terlalu marah, oleh itu tadi tidak dengar apa yang saya jawab. Saya telah pun beritahu, kita telah mewujudkan Dasar Kanak-kanak Negara dan Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara yang mana kita akan menjalankan program dan tindakan yang perlu dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat. Saya harap Yang Berhormat dapat faham kerana kes jenayah atau kes penderaan kanak-kanak dan kebajikan kanak-kanak ini bukan semata-mata hanya dengan kementerian kita, ini terlibat juga dengan keluarga, pendidikan, semua pihak polis, mahkamah. Inilah jawapan saya, saya harap Yang Berhormat puas hati. Walau bagaimanapun, kementerian tetap akan ambil tindakan dan kita juga sedang dalam proses untuk mewujudkan satu child helpline. Terima kasih.
3. Tengku Razaleigh Hamzah [Gua Musang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan apakah perancangan kerajaan dalam membantu siswazah yang tidak berpeluang menerima pinjaman untuk meneruskan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Sipitang yang dijadualkan pada 15 Disember 2009 kerana ianya adalah perkara yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 September 2009, jumlah yang sepatutnya dibayar balik kepada PTPTN ialah RM3.235 bilion melibatkan hampir 780,000 pinjaman yang telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta telah diberi penangguhan bayaran balik, manakala sejumlah RM1.535 bilion belum dibayar balik.
Golongan belum bayar balik ini adalah terdiri daripada mereka ini yang langsung tidak memberi maklum balas kepada PTPTN. Pada dewasa ini adalah amat jarang sekali kita mendengar seseorang pelajar tidak dapat melanjutkan pengajian mereka di peringkat tertiary terutamanya di dalam negeri kerana masalah kewangan. Ini kerana pelajar-pelajar kita yang ingin meneruskan pelajaran mereka ke peringkat tertiary amat bertuah sekali kerana terdapat bermacam-macam-macam dan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan yang boleh diperoleh. Selain yang ditawarkan oleh kerajaan, pelajar-pelajar boleh memanfaatkan daripada institusi pengajian tinggi itu sendiri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, yayasan atau badan-badan bukan berasaskan keuntungan dan juga syarikat-syarikat swasta. Sekian, terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan susulan saya, pada 15 Julai 2009 PTPTN telah mendapat bantuan atau perjanjian dibuat dengan CIMB Bank untuk membiayai kewangan sejumlah RM1.5 bilion kepada PTPTN. Kami diberitahu bahawa kadar faedahnya lebih tinggi daripada bon kerajaan yang biasa iaitu Malaysia Government Securities. Saya mahu bertanya apakah kesan kadar faedah yang lebih tinggi ini kepada kerajaan memandangkan perjanjian ini dibuat dengan sebuah syarikat swasta CIMB?
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat memang PTPTN menghadapi banyak masalah untuk menampung begitu banyak peminjam tapi untuk kebaikan rakyat dan juga pelajar, PTPTN tetap bekerja kuat untuk mendapat wang yang secukupnya supaya kita dapat membantu pelajar-pelajar tetapi memang PTPTN juga faham masalah yang kita hadapi.
Dr. Hou Kok Chung
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menjelang 2020 sekiranya peminjam terus memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab membayar balik PTPTN kemungkinan akan berhadapan dengan defisit setinggi RM48 bilion. Inilah sebab kita sekarang selalu mengingatkan supaya pelajar-pelajar yang telah dapat PTPTN ini dapat memulangkan balik wang yang mereka pinjam itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kalabakan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, langsung tidak jawab soalan tentang CIMB. Saya tanya tentang...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kalabakan, Kalabakan sekarang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalabakan atau Sri Gading Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Saya ada dengar suara dari Timbalan Menteri. Bagi saya itu adalah jawapan. Sama ada Ahli Yang Berhormat puas hati atau tidak terpulanglah. Sila, sila Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita nampak bahawa daripada jawapan tadi, pinjaman yang diberi kepada pelajar-pelajar kita yang tertunggak lebih RM3 bilion. Ini satu jumlah yang besar. Kita berfikiran mungkin kementerian ada kelemahan. Kelemahan dari segi apabila mereka ini sudah habis daripada pelajaran mereka sepatutnya kementerian ada monitoring committee untuk tahu mereka ini di mana bekerja atau belum ada kerja.
Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk yang sudah bekerja kita tuntut habis-habisan. Yang tidak bekerja mungkin kita boleh convert pinjaman ini menjadi biasiswa. Adakah cadangan begitu?
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat memang PTPTN ini faham masalah yang kita hadapi terutama sekali pelajar kalau mereka habis belajar kita memang hendak mereka bayar balik. PTPTN sebenarnya begitu fleksibel dan prihatin terhadap peminjam dalam soal membayar balik pinjaman.
Peminjam sebenarnya diberi grace period selama enam bulan sebelum PTPTN mengemukakan surat makluman hutang untuk memulakan bayaran balik. Inilah cara kita supaya kita dapat memantau dan harap pelajar dapat bayar balik dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sekarang dalam Bajet 2010 yang Menteri Kewangan telah umumkan pelajar dapat kelas pertama pada tahun 2010 ini mereka akan dapat tukar pinjaman PTPTN itu kepada scholarship ataupun biasiswa. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading. Belum pun Timbalan Menteri habis menjawab sudah berdiri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya terlalu peka Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau amalan kita begini semua berdiri sebelum habis jawab manalah saya tahu siapa yang cepat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Semangat sangat Tuan Yang di-Pertua, semangat sangat. Bagi peluang sayalah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, tak apa. Sekarang saya bagi pada Yang Berhormat Pasir Mas. Minta maaf Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh empat orang Tuan Yang di-Pertua ya?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dan Ahli Yang Berhormat untuk makluman KPI kita pada hari ini saya mahu sehingga soalan nombor 10 mesti dijawab. Jadi jangan panjangkan soalan-soalan tambahan itu. Yang Berhormat Pasir Mas sila.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pinjaman tertunggak RM3.2 bilion. Saya tidak berapa setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kalabakan yang mengatakan tinggi sebab RM3.2 bilion berbanding dengan jumlah pelajar tentulah saya rasa tidak menjadi masalah kerana negara kita pun kaya hasil minyak dan macam-macam pendapatan.
Jadi saya hendak tanya apakah kerajaan bercadang dengan slogan 1Malaysia ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan hendak hapus kira semua sekali RM3.2 bilion ini sebab double tracking untuk Ipoh ke Penang pun sudah RM12 bilion. Ini apa sangat RM3.2 bilion ini, berkira sangat apa?
Saya juga hendak tanya Yang Berhormat dalam soal pelajar-pelajar dalam bidang kritikal terutamanya pelajar bumiputera kaum peribumi yang dapat tempat di banyak tempat universiti yang diiktiraf di luar negara masih lagi menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman kalau pun tidak biasiswa. Jadi apakah langkah kerajaan untuk membantu mereka ini? Saya ada angka sebab kita memungut nama-nama pelajar bumiputera walaupun kita tidak bising macam sesetengah pihak yang lain tapi hari ini kita bangkit sebab kita ada kes- kes yang mana penafian kepada pelajar-pelajar untuk belajar luar negeri. Sekian, terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat memang kerajaan ini merupakan kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab dan kita selalu berharap pelajar itu dapat membantu juga pelajar yang akan datang dan jangan lupa sebab PTPTN ini memang bukan satu perbadanan yang hanya boleh beri scholarship.
Mereka mesti jaga untuk pelajar yang akan datang juga mendapat bantuan.
Seperti yang saya kata tadi PTPTN ini kemungkinan akan berhadapan dengan defisit sehingga RM48 bilion. RM3 bilion sekarang yang kita tengok tertunggak itu mungkin tidak banyak tapi RM48 bilion saya rasa itu satu bilangan wang yang begitu banyak dan juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat memang kerajaan faham banyak pelajar yang memang mendapat keputusan yang begitu baik dan masalah yang mereka hadapi. Itulah sebab kalau kita lihat memang sekarang kita ada banyak scholarship atau biasiswa yang telah ditaja oleh kerajaan sendiri dan juga itulah sebab untuk mereka yang tidak dapat biasiswa kita ada projek PTPTN yang dapat membantu pelajar dan kita juga menggalakkan supaya syarikat-syarikat swasta atau GLC ini juga dapat memberikan biasiswa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga kalau kita lihat dari syarikat-syarikat swasta yang telah membantu pelajar-pelajar itu, bantuan yang telah mereka berikan setiap tahun ialah lebih daripada RM3 bilion. Sekian, terima kasih.
4. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah pelan induk terkini kerajaan untuk mewujudkan rangkaian laluan kereta api yang meliputi seluruh pelosok negara.
Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, landasan kereta api KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad sedia ada adalah sepanjang 1,658 kilometer terdiri daripada 1,328 kilometer landasan tunggal dan 330 landasan berkembar yang merangkumi sektor Seremban, Ipoh dan Sentul serta Pelabuhan Klang. Senario ini menunjukkan kenyataan yang tidak seimbang dan memandangkan kapasiti landasan tunggal sedia ada adalah terbatas bagi membolehkan perkhidmatan tren penumpang dan barang perkembangan selanjutnya.
Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew
Sebagai langkah bagi meningkatkan daya saing sektor pengangkutan rel, kerajaan telah meluluskan dan melaksanakan pelaksanaan projek landasan berkembar berikut;
(i) landasan berkembar Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km;
(ii) landasan berkembar Seremban-Gemas-Johor iaitu sepanjang 98km,
Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew
(iii) landasan berkembar Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5km.
Sebagai langkah meningkatkan kapasiti dan infrastruktur rel bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, efisien dan berdaya maju, kerajaan telah menggariskan rancangan pelaksanaan projek-projek berikut;
(i) landasan berkembar Gemas-Johor Bahru,
(ii) landasan pintas Serendah-Pelabuhan Klang-Seremban,
(iii) kajian laluan rel Pantai Timur.
Dato’ Kamarudin Jaafar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita telah banyak kali membangkitkan soal perkhidmatan rel kereta api ini dan saya rasa sehingga ini jawapan yang kita dengar tadi adalah amat-amat tidak memuaskan. Selain daripada Kementerian Pengangkutan ini telah merugikan negara berbelas-belas bilion ringgit dalam projek PKFZ dan berbelas-belas bilion ringgit dalam projek laluan berkembar Rawang-Ipoh ini. Jadi oleh itu, saya minta supaya kementerian memberikan lagi tumpuan dan pemerhatian yang lebih teliti dalam projek- projek yang telah berjalan, yang sedang berjalan dan yang dalam rancangannya sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar kerajaan sangat-sangat ingin melaksanakan apa yang dipanggil projek atau rancangan 1Malaysia. Oleh itu tidakkah kementerian berfikir bahawa salah satu yang akan benar-benar menjadi sebahagian daripada konsep 1Malaysia ini ialah mempunyai rangkaian rel kereta api yang meliputi seluruh negara bukan sahaja daripada Padang Besar ke Singapura atau Johor Bahru dan sebahagiannya naik hingga ke Tumpat dan sebahagian kecilnya di negeri Sabah.
Kita inginkan satu rangkaian kereta api yang meliputi semua negeri pantai timur Tuan Yang di-Pertua. Kita inginkan rangkaian kereta api yang sekurang-kurangnya menyambungkan Kota Kinabalu dengan Kuching atau sebagainya. Jadi adakah ini sebenarnya perancangan kerajaan kita ataupun sekadar menumpukan hanya kepada laluan untuk ditambah baiki dan mengikut pelaksanaan yang ada di kementerian ini selalunya merugikan kerajaan. Itu soalannya.
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih Yang Berhormat dari Tumpat.
Memang cadangan daripada Yang Berhormat amat baik, saya bersetuju tetapi melaksanakan projek dan meningkatkan taraf rel di negara kita, kita perlu identify dengan izin, the priority. Iaitu mengambil kira penduduk, bilangan rakyat yang boleh menikmati pengangkutan rel. Saya harap Yang Berhormat Tumpat, saya sudah beri spesifik tiga projek yang sedang dilaksanakan. Saya harap ini a good beginning.
Saya setuju bahawa rel adalah sangat popular, sangat perlu untuk memberi pengangkutan awam kepada semua rakyat. Iaitu tujuan kementerian saya, kita akan memastikan ini akan tercapai. Contohnya, kita ada komuter tren dan lain-lain, semua sekarang sedang, bukan hanya kaji, kita sudah pun mulai laksanakan. Jadi saya harap Yang Berhormat Tumpat, terima kasih atas cadangan tadi. Sabah pun ada projeknya tetapi itu sedang dilaksanakan. Kalau bina satu rel dari Kota Kinabalu ke Kuching, saya amat alu- alukan. Terima kasih.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana Kuching telah disebut dan saya rasa terpanggil juga. Ada pernah satu idea daripada pemimpin di Sarawak, pada satu ketika tidak berapa lama untuk membangunkan atau membina perkhidmatan kereta api ini di Sarawak untuk barang dan juga untuk passengers.
Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai perkara ini.
Adakah tidak cadangan yang konkrit telah disampaikan kepada kerajaan dan apa sebenarnya status untuk membina rangkaian kereta api di Sarawak? Terima kasih.
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih Yang Berhormat dari Kapit sahabat saya. Saya selalu beri penghormatan kepada beliau kerana beliau sangat prihatin dengan kepentingan rakyat dan kepentingan pembangunan negara kita.
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Saya seorang wakil rakyat negeri Sarawak, dalam hati saya, saya pun ingin negeri saya pun mulai kaji kemungkinan kita membina rel. Akan tetapi Sarawak geographically ialah terbesar di negara kita, lebih kurang sama area di Semenanjung kecuali Perlis. Kita punya population hanya 2.7 juta. Iaitu kerajaan sebelum meluluskan projek pembangunan termasuk rel, kita perlu ambil kira berapa penduduk yang boleh menikmati projek pembangunan itu tetapi walau bagaimanapun saya setuju dengan Yang Berhormat dari Kapit bahawa masanya sudah tiba.
Bersamalah kita Kerajaan Negeri Sarawak, bersama kita kerja bersama, kita kaji, kita boleh beri cadangan untuk dipertimbangkan di kementerian saya dan Kerajaan Persekutuan untuk membina rel di negeri Sarawak. Sekian.
5. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, langkah-langkah untuk memasang CCTV di Iskandar Malaysia khasnya di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) supaya tahap keselamatan ditingkatkan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memanggil tender pada bulan Julai 2009 untuk memasang CCTV di 25 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut. Cadangan pemasangan CCTV melibatkan empat kawasan PBT di Johor Darul Takzim iaitu Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Muar.
Sebanyak 24 buah CCTV yang dilengkapi dengan dua pusat kawalan akan dipasang di kawasan Majlis Johor Bahru Tengah. Kerja-kerja pemasangan CCTV dijangka akan bermula pada awal tahun 2010. Terima kasih.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah mengambil satu tindakan yang efisien untuk menjaga keselamatan rakyat.
Soalan tambahan saya, saya ingin tahu bahawa dari segi pengurusan dan pemantauan projek ini, siapakah atau pihak manakah, kementerian atau pihak polis yang diberi kuasa untuk menjalankan tugas ini setelah CCTV dipasangkan? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat. Pertamanya, saya ingin menjelaskan bahawa projek ini adalah projek sewa di mana CCTV ini akan disewa daripada sebuah syarikat selama lima tahun dan kos projek ialah RM75 juta dan setelah siap, ia akan dipantau oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan. Ini kerana kita tahu bahawa polislah yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan membuat tinjauan serta membuat pemeriksaan atau membuat penyiasatan apabila berlaku sesuatu di kawasan yang ada CCTV. Terima kasih.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan Pulai juga merupakan kawasan jiran kepada Gelang Patah dan memerlukan sistem ini, saya hendak bertanya, adakah sistem ini mempunyai linkage dengan sistem polis ataupun sistem pengawalan ini oleh polis dibuat secara pandangan sahaja dan bukan secara sistem berkomputer yang di link kan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Buat sementara waktu ini sistem kita ialah sistem rakaman di mana akan ada berlaku suatu di kawasan yang agak panas, maka apa yang berlaku di kawasan itu akan dirakam oleh CCTV dan memudahkan bagi pihak polis untuk membuat siasatan. Terima kasih.
6. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah kerajaan berpuas hati dengan prestasi PDRM dewasa ini dan apakah KPI yang digunakan untuk mengukur prestasi keseluruhan PDRM.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan prestasi pasukan.
Usaha-usaha yang telah dijalankan adalah melalui program yang berteraskan program- program kualiti seperti sistem pengurusan kualiti, ISO 9001:2008, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK dan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI. Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 PDRM, PDRM telah mendapat pengiktirafan kualiti ISO versi 9004:1994 pada tahun 2003, versi ISO 9001:2000 pada tahun 2007 dan ISO versi 9001:2008 pada tahun 2009 dari standard Malaysia atau SM di United Kingdom Accreditation Services
(UKAS) dari United Kingdom dan Comité Français d'Accréditation (COFRAC) dari Perancis.
Pensijilan dan pengiktirafan yang diperoleh ini daripada badan-badan yang berkaitan adalah meliputi empat aktiviti seperti berikut:
(i) pengurusan trafik;
(ii) pengurusan dan penyampaian kursus;
(iii) pengurusan seksual ataupun penganiayaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga; dan
(iv) pengurusan pelucutan hak harta di bawah Akta Dadah Berbahaya.
Bagi Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), PDRM telah menjalankan Program KMK semenjak 2001. Sepanjang pelaksanaan projek ini beberapa kejayaan inovasi telah diperoleh. Antaranya, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat tahun 2003 bagi Police Reporting System atau PRS, Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2007 bagi Program Rakan Cops, pengiktirafan Wireless Government Best pada tahun 2007 bagi CFI.
Bagi mengukur prestasi PDRM secara keseluruhannya, PDRM telah mewujudkan petunjuk prestasi utama atau KPI Ketua Polis Negara pada tahun 2008. Di bawah KPI KPN ini, lima kumpulan sasaran selaras dengan perancangan strategik lima tahun PDRM telah ditetapkan yang mana adalah seperti berikut:
(i) mengawal kadar jenayah indeks tidak melebihi 5 peratus;
(ii) meningkatkan kadar penyelesaian kes sebanyak 40 peratus;
(iii) meningkatkan pembanterasan jenayah terancang dan bersindiket, jenayah rentas sempadan serta aktiviti ancaman kepada keselamatan negara melalui tindakan harassment sebanyak 40 peratus dan di bawah undang-undang pencegahan sebanyak 10 peratus;
(iv) meningkatkan pembanterasan melalui penguatkuasaan undang- undang ke arah mengurangkan bekalan dadah sebanyak 5 peratus dan permintaan dadah sebanyak 10 peratus; dan
(v) meningkatkan aktiviti pencegahan jenayah melalui correctional policing sebanyak 10 peratus dan community policing sebanyak 5 peratus KPI KPN ini telah dibentang di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 26 Mac 2009 di mana pencapaiannya berada pada tahap sangat melepasi sasaran atau significantly exceed target dengan markah 113.8 peratus. Buat masa kini PDRM sedang melaksanakan KPI peringkat kedua dan ketiga merangkumi Timbalan Ketua Polis Negara dan juga pengarah-pengarah Jabatan PDRM untuk 2009.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Selain daripada usaha-usaha yang telah dilakukan, PDRM juga telah menjalani proses penilaian melalui star rating system yang telah dijalankan oleh MAMPU pada 12 hingga 21 November 2008. Hasil penilaian yang telah dijalankan oleh MAMPU, PDRM telah diberi taraf empat bintang dengan markah sebanyak 81.56 peratus. Berdasarkan kepada program-program kualiti yang telah dilaksanakan oleh PDRM dari semasa ke semasa serta penilaian dari star rating system, secara dasarnya kerajaan amat berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh PDRM setakat ini. Kerajaan percaya kepada keupayaan dan kemampuan PDRM untuk sentiasa berubah memperbaiki prestasi pasukan PDRM khususnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga keselamatan mereka sentiasa terjamin. Sekian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, kita melihat prestasi itu diukur hanya berdasarkan kepada perkara-perkara yang bersifat dengan izin, tangible, yang boleh diukur. Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, seorang pegawai polis trafik yang datang tepat pada masa, bekerja tidak mengira hujan atau panas, penuh dedikasi boleh diukur dengan indeks ataupun dengan KPI ini. Ada pegawai PDRM yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa krisis kepimpinan dan penyelewengan. Ini yang berkaitan dengan moral, akhlak dan salah guna kuasa.
Di samping menggunakan kaedah, ataupun pendekatan KPI untuk mengukur prestasi PDRM ini, adakah Yang Berhormat bersetuju, Kementerian Dalam Negeri bersetuju bahawa di samping KPI, kita perlu ke satu lagi kaedah iaitu indeks integriti? Ini kerana indeks integritilah yang mampu mengukur persoalan kepimpinan, moral, akhlak dan seumpamanya yang telah diaplikasikan di negara-negara maju khususnya di negara Scandinavia yang mendapat pengiktirafan UNDP setiap tahun. Adakah kementerian bersetuju di samping KPI kita perlu memperkenalkan indeks integriti untuk meningkatkan prestasi PDRM? Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan prestasi, sudah tentu kita harus melihat ukuran-ukuran yang perlu kita perkenalkan seperti mana yang telah kita buat berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dilakukan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Di sini kita nampak bahawa kita tidak boleh menafikan kejayaan-kejayaan yang telah dibuat oleh anggota polis. Namun begitu, apa yang kita lihat di antara banyak dakwaan-dakwaan dalam prestasi pelaksanaan ini, seolah-olah kita di jabatan polis ini tidak dapat melaksanakan atau merealisasikan usaha peningkatan yang baik. Jadi, inilah yang kita hendak menunjukkan dahulu bahawa prestasi ini memang telah kita laksanakan dan telah tercapai.
Berkaitan dengan moral dan integriti, kita tidak menafikan bahawa ibarat macam kelapa setandan, ada yang ditebuk tupai. Jadi, apa yang kita lihat pada hari ini, malahan pihak-pihak orang sebelahlah yang memperbesar-besarkan, yang mengatakan bahawa polis tidak bermoral dan sebagainya... [Dewan riuh] Jadi, inilah yang mereka tidak melihat daripada apa yang...
Tuan Yang di-Pertua
KPI, KPI, KPI, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Beberapa Ahli Pembangkang
[Ketawa]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
...Apa jasa yang telah dibuat oleh polis selama ini. Jadi, saya rasa kita tidak boleh menafikan bahawa prestasi polis ini begitu baik sekali.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas, Beruas, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Prestasi PDRM walaupun ada dipuji oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tidak berapa baik. Saya bagi satu contoh, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes V.K. Lingam, ada dikatakan pendakwaan tidak boleh dijalankan ke atas V.K. Lingam kerana satu saksi penting tidak boleh dikesan. Bolehkah saya dapat tahu nama saksi ini? Ini adalah kerana saya boleh kesan saksi ini untuk menentukan pendakwaan dijalankan ke atas V.K. Lingam.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana apa yang ditanya adalah spesifik, saya tidak ada maklumat di sini. Saya mohon izin untuk menjawab dengan bertulis nama saksi yang dikehendaki.
7. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Pelajaran menyatakan:
(a) jumlah sekolah rendah di seluruh negara yang merekodkan “Kelulusan Sifar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)” mengikut negeri sejak lima tahun yang lalu; dan
(b) jenis program untuk membantu sekolah di luar bandar di Sabah, Sarawak dan kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung.
Timbalan Menteri Pelajaran l - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia mengukur pencapaian sesebuah sekolah dalam peperiksaan melalui Gred Purata Sekolah atau GPS.
Skala ukuran GPS adalah satu hingga lima yang bermaksud semakin rendah GPS sesebuah sekolah, maka semakin baik pencapaian sekolah tersebut.
Berdasarkan tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2008 telah mendapati pencapaian peperiksaan awam sekolah rendah yang memperoleh GPS melebihi 4.0 iaitu pencapaian keseluruhan antara D dan E atau tidak mencapai tahap penguasaan minimum adalah seperti berikut:
| Tahun | Bil. Sekolah |
|---|---|
| 2005 | 116 |
| 2006 | 110 |
| 2007 | 106 |
| 2008 | 98 |
Berdasarkan pencapaian gred purata sekolah rendah dari tahun 2005 hingga 2006, didapati tahap penguasaan dan pencapaian dalam peperiksaan awam sekolah rendah semakin baik dengan data menunjukkan bilangan sekolah yang mencapai tahap penguasaan minimum semakin berkurangan.
Bagi menjawab soalan seksyen (b), Kementerian Pelajaran sentiasa prihatin untuk mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid Orang Asli dan peribumi di negara ini.
Sehubungan dengan itu, KPM telah dan sedang melaksanakan program seperti berikut:
(i) penubuhan sekolah model khas komprehensif K-9;
(ii) pemberian pelbagai insentif;
(iii) program out-reach; dan
(iv) pelaksanaan kelas dewasa bagi ibu bapa murid Orang Asli dan peribumi atau dinamakan KEDAP yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, walaupun diwakili dua timbalan, satu yang menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya teringat, terfikir. Walaupun apa yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, sekolah-sekolah rendah di kawasan bandar ini memang hebat, okey. Harus diberi pujian yang sebenarnya. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya ingat melihat negara kita, Malaysia di peta dunia dalam segi pendidikan, malang sekali Tuan Yang di-Pertua, saya lihat apabila saya melawat kawasan-kawasan yang terpencil, tidak perlu saya sebut negeri Sabah.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya tidak perlu sebut Sarawak. Dekat di sini, di Perak. 28 buah sekolah yang mengalami zero passing mark. Sifar dalam kawasan sekolah-sekolah Orang Asli sahaja.
Jumlah yang diberi oleh kementerian ini saya masih khuatir. Saya tidak tahu kalau dua-dua Timbalan Menteri ini ada pernah melawat kawasan Penan, kawasan Iban, kawasan pedalaman di Sabah, kawasan rumah-rumah panjang yang bahawa ramai antara ibu bapa kita belum tahu membaca, menulis dan mengira. Buta huruf. Bagaimana dia mahu bagi motivasi kepada kanak-kanak yang kecil ini...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Malahan Tuan Yang di-Pertua, ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Malahan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Soallah, supaya Timbalan Menteri dapat jawab! Kalau Yang Berhormat Putatan berucap, bagaimana Timbalan Menteri mahu jawab. Soalan?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, program yang disebutkan oleh kementerian tadi, kelas dewasa ini amat diperlukan. Jadi, bila agaknya ini dilaksanakan?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, apa Yang Berhormat katakan itu memang benar. Negeri Sabah dan negeri Perak merupakan dua buah negeri yang mempunyai GPS agak tinggi dan kita mengakui kerana masyarakat Orang Asli perlu diberi penjagaan dan juga kita kena memantau dari semasa ke semasa.
Itu memang menjadi pelan tindakan kementerian ini.
Apa yang Yang Berhormat katakan tadi, sebenarnya saya dengan rakan seperjuangan saya, Yang Berhormat Batu Pahat, kami telah melawat beberapa buah negeri termasuk saya sendiri. Saya pernah ke Kota Marudu dan melihat bagaimana kelas dewasa itu dilaksanakan. Saya dapati ibu bapa di situ, pada usia 20 tahun ada yang sampai 81 tahun pun kita mengajar ABC dan 123 dengan satu objektif yang murni iaitu kita memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya dan selepas itu mereka dapat menggalakkan anak mereka ke sekolah. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan anak-anak Orang Asli dan juga mereka dari masyarakat pedalaman.
Kedua, apa yang Yang Berhormat sebutkan memang benar. Apa yang kita buat sekarang, bukan sahaja kita menggalakkan ibu bapa. Kita memberi insentif, beri pakaian, T-shirt dan setiap hari kita bagi elaun RM15 dan makanan pula kita sediakan. Ini melibatkan satu kos yang agak tinggi di mana RM13 juta disediakan melibatkan 195 buat sekolah. Kita akan memperluaskan sekiranya kemampuan kewangan negara mengizinkan.
Jadi, saya rasa kita dalam satu track yang betul.
Saya yakin untuk sekolah-sekolah lain, walaupun bukan daripada di kalangan masyarakat Orang Asli, kita juga ada Program KIA 2M, kita ada Kursus Intervensi, di mana kita menguji tahap penguasaan pelajar itu. Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah umumkan satu pendekatan baru iaitu kita memastikan anak-anak kita dapat menguasai 3M pada tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3 melalui program yang diumumkan LINUS. Itu akan kita beritahu butirannya kepada Yang Berhormat selepas ini. Sekian, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu untuk mendapat sekolah itu menjadi sekolah cemerlang, tidak boleh memasukkan unsur-unsur politik di dalam sekolah.
Memang kita akui dan kita puji. Namun begitu, kalau kita lihat dalam Utusan Malaysia pada hari ini, saya tidak ingat muka surat berapa. Pemuda UMNO Seputeh masuk sekolah. Jadi saya hendak tanya apakah tujuan sebenarnya diadakan program sebegini? Adakah ini permulaan kepada memasukkan politik ke dalam sekolah? Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya soalan ini keluar dari soalan asal. Apa yang pasti Yang Berhormat, setiap golongan yang masuk ke sekolah kalau dapat keizinan, kalau hendak beri cermin mata secara percuma kepada pihak sekolah kita tidak ada masalah.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Akan tetapi dengan cara yang tertib dan bukan terus masuk, serbu ke dalam sekolah. Pokoknya mesti dapat kebenaran. Saya tidak tahu Yang Berhormat sebut itu tetapi yang pentingnya ialah apa yang kita lakukan kita tidak mempolitikkan pendidikan. Terima kasih.
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, program yang sedang dijalankan bagi memastikan peningkatan bilangan inovasi di kalangan penyelidik di negara ini. Berapakah bilangan inovasi yang dihasilkan sehingga kini dan berapakah yang telah berjaya dikomersialkan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Hulu Langat. Soalan ini merangkumi dua bahagian Tuan Yang di-Pertua. Pertama berkaitan dengan program yang sedang dijalankan dan yang keduanya bilangan inovasi yang dihasilkan.
Untuk menjawab bahagian pertama, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kementerian sentiasa menjalankan pelbagai program berkaitan inovasi dalam usaha untuk menggalak, membangun dan membudayakan daya kreativiti dan inovasi kepada semua peringkat rakyat. Kerajaan sedar bahawa setiap lapisan masyarakat Malaysia merupakan modal insan berpotensi untuk sama-sama menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran inovasi, persidangan, bengkel, ceramah, pertandingan melalui program utama kementerian dan juga lain-lain program anjuran kerajaan negeri, lain-lain agensi, kerajaan dan swasta. Di antara program-program utama penggalakan inovasi kementerian adalah seperti berikut:
(i) pameran dan persidangan inovasi kebangsaan ataupun National Innovation Conference and Exhibition, singkatannya NICE.
Objektif untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan inovasi serta merangsang dan menggalakkan budaya inovasi di setiap peringkat masyarakat Malaysia. Aktivitinya merangkumi anugerah inovasi negara, pameran inovasi, persidangan, ceramah dan bengkel. Kumpulan sasarnya terdiri daripada peringkat akar umbi sehingga profesional. Bagi tahun 2009, NICE telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober, 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra;
(ii) anugerah inovasi negara diadakan sempena NICE bertujuan untuk mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kategori Anugerah Inovasi Negara untuk tahun 2009 ialah dua iaitu:
(a) kategori produk terbahagi kepada lima sub-kategori iaitu:
i. Waste to wealth; ii. bio teknologi; iii. kesihatan; iv. industri; dan v. ICT
(b) kategori akar umbi yang juga terbahagi kepada lima sub-kategori iaitu:
i. Pereka muda melibatkan umur 18 sehingga 35 tahun; ii. sekolah menengah; iii. komuniti;
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof
iv wanita; dan v. OKU
(iii) portal MyIdeas telah dilancarkan pada 8 Julai, 2009 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tag line portal ini iaitu “1Malaysia satu million ideas” bermaksud rakyat Malaysia merupakan rakyat yang berdaya kreatif. Setiap individu itu sudah pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu idea dalam kehidupannya. Portal ini merupakan satu platform di mana semua lapisan masyarakat boleh menyumbangkan idea-idea mereka yang inovatif dan kreatif. Sehingga hari ini bilangan idea yang diterima adalah sebanyak 979.
(iv) tahun inovasi dan kreativiti Malaysia yang akan disambut pada tahun 2010 dengan tema “Innovation and Creativity for All” dengan izin, merupakan inisiatif kerajaan secara menyeluruh bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat; dan
(v) karnival inovasi dan kreativiti. Yang pertama telah diadakan di Sarawak yang berlangsung pada 14 - 16 Ogos, 2009 yang melibatkan kerajaan negeri dan juga Yayasan Inovasi Malaysia.
Karnival ini merupakan pra promosi untuk tahun inovasi dan kreativiti Malaysia 2010. Programnya meliputi pameran inovasi di mana produk-produk inovasi reka cipta tempatan dari sebelas kawasan residen Sarawak, sekolah-sekolah, universiti dan kumpulan wanita Sarawak dipamerkan serta ceramah dan bengkel juga diadakan. Platform inno-market juga disediakan yang memberi peluang kepada pereka cipta tempatan ini untuk memperkenalkan reka cipta mereka serta membuat jualan agar produk inovasi ini terus kepada pengunjung.
Melalui program-program di atas kita dapati telah dapat meningkatkan bilangan penglibatan, penyertaan dan kesedaran masyarakat keseluruhannya terhadap inovasi.
Untuk jawapan bahagian kedua Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada program- program inovasi yang telah dilaksanakan bagi Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan, kementerian telah berjaya mengkomersialkan sebanyak 283 projek yang bernilai RM1.3 bilion. Sebanyak 539 prototaip berjaya dihasilkan, 1,270 harta intelek telah difailkan, 1,125 anugerah telah diperoleh. Dari segi penerbitan sebanyak 1,174 merupakan peringkat antarabangsa dan 9,718 peringkat nasional. Manakala dari segi pembangunan modal insan pula terdapat sebanyak 1,466 graduan PhD, 3389 graduan sarjana dalam bidang S&T. Kesemua kejayaan di atas dicapai melalui geran pendidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang dikeluarkan oleh kementerian ini.
Sebagai contoh dengan pemberian geran sebanyak RM11.4 juta bagi sepuluh projek, kita telah berjaya menyumbang dan membantu kepada jualan-jualan syarikat sebanyak RM356.2 juta. Dengan ini secara tidak langsung MOSTI telah berjaya menambah nilai negara sejajar dengan matlamat Teras Satu Misi Nasional. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Maran. Singkatkan ya. Soalan hari ini sehingga soalan nombor sepuluh.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, saya rasa di negara kita kadar atau perhatian kita kepada R&D ataupun research and development dengan izin, masih rendah berbanding dengan negara lain. Akan tetapi saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana melaksanakan program ini. Sabarlah Pembangkang, bising. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah inovasi yang dilakukan oleh kerajaan ini dari program-program yang dilakukan oleh kerajaan. Memang banyak dilaksanakan oleh kerajaan tetapi yang penting kepada kita sejauh mana kesannya kepada masyarakat?
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Luar bandar khususnya. Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, berapakah belanja ataupun kos yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam melaksanakan program inovasi ini dan berapa peratuskah inovasi yang telah dilaksanakan ini dapat mengubah cara hidup atau pun cara bekerja masyarakat luar bandar supaya mereka lebih lagi kreatif dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan kita adalah seimbang. Pertama untuk menumpukan kepada kumpulan-kumpulan saintis, researchers ataupun penyelidik dan juga peringkat pengajian tinggi. Pada masa yang sama kita melihat bahawa pendekatan kepada akar umbi juga amat penting. Oleh sebab itu mulai tahun ini kita memperkenalkan program Technology Application Program ataupun Program Aplikasi Teknologi untuk masyarakat di mana kita melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan juga NGOs supaya mereka dapat menghayati daripada research, pembangunan, sains dan teknologi di peringkat universiti atau pun oleh pengkaji- pengkaji kita dapat diaplikasikan.
Setakat ini sudah 22 teknologi yang kita telah kenal pasti dan kita memperuntukkan lebih kurang RM15 juta untuk kita aplikasikan projek ini kepada komuniti supaya mereka dapat menghargai bahawa teknologi akan dapat meningkatkan pendapatan mereka dan juga pengeluaran produk-produk mereka. Insya-Allah tahun hadapan kita akan dapat merasai program aplikasi ini kepada masyarakat dan dengan itu diharapkan masyarakat keseluruhannya akan dapat menghargai kepentingan sains dan teknologi dalam aplikasi harian mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat. Ada soalan tambahan? Sila.
Singkatkan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dalam ucapan bajet baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menekankan bahawa inovasi merupakan agenda utama negara. Jadi apakah langkah- langkah yang akan diambil dan apakah peranan Pusat Inovasi Negara itu? Minta penjelasan. Terima kasih.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Pada 29 Oktober yang lepas telah diadakan Mesyuarat Inovasi Negara ataupun NIC – National Innovation Council di mana telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kita perlu melakukan perubahan besar yang perlu dilakukan berpaksikan kepada kemampuan kita untuk proses mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang inovatif.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Inovatif dalam konteks ini ialah inovatif secara total. Maksudnya kita perlu ada inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta. Kita perlu ada inovasi dalam kemasyarakatan, kita perlu ada inovasi bandar dan desa. Kita perlu ada inovasi korporat, industri, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan penjenamaan.
Jadi untuk itu, adalah dicadangkan bahawa salah satu perancangan kita ialah Hari Kualiti Negara akan diubah menjadi Hari Inovasi supaya ia dapat menerapkan nilai-nilai inovasi dalam keseluruhan sektor masyarakat dan juga penubuhan pusat inovasi negara yang mencantumkan satu pewujudan Pusat Inovasi Malaysia yang dipanggil MNIC (My National Innovation Centre) dan juga rangkaian pusat-pusat kecemerlangan inovasi ataupun I-COE dan ini merupakan satu sinergi di antara pusat inovasi dan juga pusat-pusat kecemerlangan pendidikan untuk digabungkan supaya ia dapat lebih fokus dalam kita menjalinkan bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi menggabungkan akademik, industri dan akhirnya pemasaran untuk kita menerokai bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi yang lebih penting bagaimana kita dapat menerokai pasaran antarabangsa dan juga menghubungkan pertalian di antara peringkat antarabangsa dan our local researchers dan scientists.
Tuan Haji Fadillah bin Yusof
Jadi ini yang dapat kita buat setakat ini. Insya-Allah tahun hadapan kita akan dapat memperincikan dan mengumumkan maklumat yang lebih terperinci tetapi dalam perancangannya dengan adanya penubuhan Pusat Inovasi Negara, kita akan dapat menggabungkan dan lebih fokus kepada bukan sahaja pendidikan tetapi juga daripada segi dananya, daripada segi hasil ciptaannya untuk dipasarkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk menambah kemudahan asrama di kawasan sekolah luar bandar di kawasan Parlimen Sibuti seperti di sekolah luar bandar Miri iaitu Sekolah Menengah Suai dan Sekolah Menengah Bekenu.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, maklumat untuk memberikan peluang pendidikan yang selesa dan kondusif kepada semua murid di negara ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar merupakan agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, KPM telah mengambil perhatian terhadap masalah penginapan yang dihadapi oleh murid di sekolah luar bandar di kawasan Parlimen Sibuti seperti di sekolah luar bandar Miri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Suai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah jangka pendek bagi memenuhi keperluan tambahan penginapan di asrama untuk SMK Suai, KPM telah meluluskan pembinaan asrama kabin di sekolah tersebut.
Manakala bagi murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, oleh kerana buat masa ini SMK Bekenu tidak mempunyai kemudahan asrama, KPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri menggariskan alternatif lain seperti mencadangkan murid-murid yang bersekolah di sekolah berkenaan menginap di asrama sekolah yang berhampiran seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Miri dan SMK Subis, Batu Niah. Sebagai langkah jangka panjangnya pula, projek tambahan asrama untuk sekolah berkenaan akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu Yang Berhormat Sibuti. Ahli Yang Berhormat, soalan nombor sembilan ini soalan spesifik. Kalau tidak ada kaitan dengan soalan itu juga, saya tidak akan benarkan.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tetapi mesti Sibuti dan apa sekolah yang disebut. Sila Yang Berhormat Sibuti, sila.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu di luar bandar, pelajar-pelajar di luar bandar seperti kawasan saya di Sibuti kebanyakannya tidak ada kemudahan bas, bas sewa, bas sekolah dan terlalu mahal untuk ibu bapa pelajar-pelajar itu adalah nelayan, petani dan buruh awam yang bekerja di ladang-ladang sawit. Oleh itu, asrama sangat penting bagi sekolah-sekolah di luar bandar. Kalau dikatakan oleh pihak Menteri tadi mereka boleh ditempatkan di Sekolah di Niah, hanya satu yang mendapat kabin, yang dua lagi menumpang di sekolah lain, itu sangat jauh daripada sekolah yang sedia ada.
Jadi saya memohon agar peruntukan ini benar-benar berlaku, benar-benar akan terjadi untuk kebaikan anak-anak sekolah. Jadi dengan yang demikian, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri datang seperti yang dibuat oleh Allahyarham Timbalan Menteri dahulu datang ke sekolah, ke tiga-tiga sekolah ini dan telah berusaha dan mencadangkan agar ia dapat dibuat dalam tahun 2009 dan sekarang sudah sampai tibanya tahun 2010. Jadi saya mengharapkan asrama-asrama di sekolah ini akan menjadi kenyataan dalam tahun 2010. Sekian, terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya selepas daripada lawatan arwah mantan Timbalan Menteri Pelajaran ke kawasan Yang Berhormat, satu perkara yang dibawa balik oleh Yang Berhormat ialah tentang penginapan ataupun keperluan asrama di kawasan Yang Berhormat. Oleh yang demikian, apabila kita melihat ada peluang untuk kita mendapatkan bajet tambahan daripada pihak Kementerian Kewangan, kita telah memohon. Kerana itu kita berikan asrama kabin sebagai satu keutamaan bagi sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai. Kalau seboleh- bolehnya, kita hendak selesaikan semua. Disebabkan kekangan kewangan yang terhad, terpaksa kita berpandukan apa yang kita mampu tetapi Yang Berhormat percayalah bahawa maklumat ini telah kita ada.
Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran pun sudah kata kita hendak memastikan semua rakyat sama ada daripada kawasan pedalaman, mereka juga akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan ini selaras dengan education for all yang menjadi tagline UNESCO. Jadi kita memang faham masalah itu dan selepas lawatan pun, apa yang penting yang diharap-harapkan oleh masyarakat tempatan ialah tindakan susulan. Kalau kita pergi ke kawasan meninjau dan tidak ada peruntukan untuk kita sediakan, itu juga tidak selesaikan masalah. Maka kita akan memantau secara rapi dan kita berharap dapat bantuan lebih daripada Kementerian Kewangan dan kita tidak ada masalah untuk kita selesaikan. Maka apa yang disebutkan asrama kabin ini sebagai jangka pendek. Jangka panjang kita akan masukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Nasharuddin Mat. Isa - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, tentang penginapan ini. Penginapan di bandar. Ada kes yang melibatkan penginapan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nasharuddin Mat. Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri. Saya punya satu kes yang agak spesifik. Isteri saya seorang guru, ada anak murid beliau yang duduk di taman pada waktu malam kerana tidak ada penempatan dan sekolah ini dalam bandar. Ada atau tidak dibuat kajian ataupun dalam makluman pihak kementerian tentang tidak wujud tempat tinggal bagi pelajar-pelajar yang duduk di bandar kerana ini menimbulkan kes-kes yang akan berlarutan kepada kejadian jenayah, penyalahgunaan dadah, masalah sosial dan sebagainya dan kes yang saya sebutkan ini berlaku di bandar di Wilayah Persekutuan. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tempoh hari saya telah menjawab soalan ini. Sebenarnya satu idea yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu penubuhan asrama 1Malaysia.
Sebenarnya kita hendak menghimpunkan pelajar-pelajar yang kurang berada di kawasan bandar untuk ditempatkan di bawah satu kawasan yang dianggap kondusif untuk kita menggalakkan perpaduan. Pada waktu yang sama, kita juga menyelesaikan masalah seperti mana yang diutarakan oleh Yang Berhormat dan itu memang dalam tindakan kita dan kita sedang menyediakan spesifikasi dan apa juga TOR yang diperlukan untuk kita merealisasikan penubuhan asrama 1Malaysia dan untuk jawapan, Yang Berhormat boleh rujuk balik kepada apa yang telah saya jawab sebelum ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Puan Chong Eng, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Syukur, KPI saya tercapai.
10. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Perdana Menteri menyatakan, senarai IPT di China dan Taiwan yang diiktiraf oleh JPN sebab ramai pelajar Malaysia terutamanya pelajar sekolah vernakular menuntut di negara-negara tersebut. Nyatakan juga sebab jika sesebuah IPT di negara tersebut tidak diiktiraf.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini terdapat sebanyak 18 kelayakan dari universiti- universiti di Taiwan dan tujuh kelayakan dari Republik Rakyat Cina (RRC) yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Senarai kelayakan adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B.
Kalau Yang Berhormat hendak lampiran, jumpa saya dalam bilik sekejap lagi ya.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Sudah ada?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya kata jumpa dalam biliklah.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Nanti, kalau hantar Yang Berhormat sudah tahu. Saya kena jawab barulah tahu.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Jumpa sekarang, semasa menjawab.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak, kita jumpa dalam bilik.
Kenapa? Takut jumpa saya dalam bilikkah? Penilaian dan pengiktirafan ke atas sesuatu kelayakan yang dijalankan oleh kerajaan adalah berkait dengan keperluan dalam perkhidmatan awam.
Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan sesebuah kelayakan diberikan terhadap kursus dan bukannya universiti ataupun kepada institusi pengajian tinggi berkenaan di negara berkenaan. Dalam hal ini, jika kursus tersebut tidak diiktiraf, ia mungkin disebabkan kursus yang ditawarkan oleh IPT tersebut tidak setaraf dengan kursus yang ditawarkan di institut pengajian tinggi awam di Malaysia atau tidak memenuhi kriteria-kriteria penilaian seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.10 tahun 2001. Kalau Yang Berhormat hendak tengok Pekeliling Perkhidmatan Bil.10 ini pun, jumpa saya dalam bilik sekejap lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sepatutnya dihantar ke sini kerana tanya di sini. Bukan tanya di bilik... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan, soalan Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ya, soalan tambahan ialah...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Soalan apa dia itu?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Apakah kursus yang diiktiraf dan dari universiti yang mana?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kalau saya bagi sekarang, maknanya dia sudah tahu jawapan saya. Saya hendak jawab di sini. Walau bagaimanapun, oleh kerana masa singkat sebab itu saya tidak sebut. Saya ada panjang sangat, 18 dengan 7.
Jadi, senarai itu saya bagi pada Yang Berhormatlah, yang tadi.
Kursus-kursusnya Yang Berhormat kebanyakannya ialah dental surgery, medicine, bachelor of science, ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian bahasa Cina, Chinese medicine dan itulah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sesi soal jawab telah selesai.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Habis?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Satu soalan sebab ini mengenai IPT.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit, dua minit Yang Berhormat. Sila, sila Setiausaha.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Ini mengenai IPT. Dia pun... Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Setiausaha.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tuan Yang di-Pertua...
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Ini soalan singkat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat sesi soal jawab sudah selesai. Sudah saya sebut Yang Berhormat. Lain kalilah Yang Berhormat.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Lain kali tiada chancelah Tuan Yang di-Pertua.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Peraturan mesyuarat.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri pun sudi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah. Ya, peraturan mesyuarat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, pada pagi semalam saya ada mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan dengan Sejarah Terburuk Banjir Lumpur di Negeri Sembilan. Saya telah menerima jawapan daripada pejabat Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua menolak usul saya dalam kamar, jawapan bahawa pihak kementerian akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.
Akan tetapi, saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua bukan saya hendak mempersoalkan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, hanya hendak mendapatkan penjelasan. Apakah piawaian ataupun kriteria yang diguna pakai oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menolak usul-usul seperti ini? Kalau dikatakan perkara tertentu, ini perkara tertentu. .. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tunggulah, dengar dahulu. Kalau dikatakan perkara tertentu, ini perkara tertentu. Kepentingan ramai, memang kepentingan ramai.
Beribu-ribu rakyat Malaysia di kawasan saya terjejas dan memang memerlukan perhatian yang segera daripada kerajaan kerana tiap-tiap hari, tiap-tiap malam hujan. Saya pun takut tidak dapat tidur sebab tiap-tiap malam kemungkinan banjir.
Jadi, saya ingin mengemukakan usul ini untuk mendapatkan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan supaya memberikan pertimbangan. Ini kerana bulan Jun yang lepas, Yang Berhormat Ahli Parlimen Seremban telah mengemukakan ucapan penangguhan berkenaan masalah ini tidaklah mendapat perhatian daripada pihak kementerian. Masalah berlarutan.
Jadi, saya hendak tanya, kalau bencana alam ini macam ini, bukan isu politik pun tidak dapat dibawa ke dalam Dewan ini, saya hendak dapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua apakah piawaian, apakah kriteria yang digunakan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menerima sesuatu usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Rasah dan inti ini untuk maklumat Ahli Yang Berhormat yang lain. Peraturan Mesyuarat 18(1) adalah satu peraturan yang membolehkan wakil rakyat sebagai kaedah untuk mengetepikan agenda yang telah ditetapkan oleh kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 14. Syarat-syarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini adalah amat ketat sekali oleh kerana kita mengetepikan agenda yang telah disusun atur oleh Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Dalam hal ini Yang Berhormat, saya menolak dalam kamar atas sebab bahawa perbahasan untuk hal ini tidak perlu disegerakan. Ini kerana, sekarang kita sedang membahaskan bajet. Apa-apa masalah Yang Berhormat akan timbulkan nanti dalam Peraturan Mesyuarat 18(1) itu boleh Yang Berhormat timbulkan dalam perbahasan bajet.
Yang Berhormat, perkara ini saya tidak buat-buat. Saya buat research secukupnya.
Urgency, ingat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain “urgency of debate is not urgency of the subject matter, thus when the House is engaged in the front debate, maksudnya sewaktu ucapan Diraja, all the budget debate leave is often been refused on the ground ...
un immediate parliamentary opportunity exist to debate the matter in question.” Kalau Yang Berhormat mahu sebut pasal itu, nanti waktu perbahasan bajet Yang Berhormat Rasah akan dipanggil, berhujahlah 20 minit mengenai dengan perkara yang ditimbulkan. Ingat, Peraturan Mesyuarat 18(1) adalah bukan usul untuk mengambil tindakan, bukan usul untuk menentukan sesuatu, cuma it will bring about a debate, a discussion di mana Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Kalau hari ini bukan berbahas mengenai dengan bajet, mungkin saya benarkan.
Di Perak pun saya tidak benarkan atas sebab bahawa berbeza dengan hal lain yang di Bukit Damansara. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat ambil ingatan kepada ini, if immediate opportunity to say about the matter is available, then don’t bring under rule 18(1) and the opportunity is available. After this, Yang Berhormat can talk about this dalam masa 20 minit, about that case. Not to ask me, to put aside agenda which is been prior arrange just because of that. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 November 2009”.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan
senarai tersebut. - 2 November 2009] Tuan Yang di-Pertu
Minta Yang Berhormat Kuala Langat menyambung ucapan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini baru mula ucapankah atau sudah berucap semalam?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Belum, belum. Baru bermula.
Tuan Yang di-Pertua
Baru bermula, 20 minit. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan dengan itu saya tidak membenarkan celahan dibuat. Tuan Yang di-Pertua, pada 23 Oktober 2009 di sekitar waktu pagi. Saya melihat di dada akhbar mempamerkan tentang Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan melawat Kementerian Kewangan dan merenung sejenak silam arwah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Sedikit ruang keselesaan saya pinggirkan. Saya yakin perubahan itu berlaku dalam bajet yang dibuat oleh Menteri Kewangan disebabkan yang pertama aura Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein itu memberikan banyak keselesaan dan juga kebaikan faedah kepada rakyat pekerja terbanyak.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau telah pun menzahirkan EPF, pencarum yang tidak ada limit formula pada umumnya dan diberikan imbuhan yang begitu hebat kepada kaum pekerja namun yang jelas tidak kedengaran dalam bajet yang baru.
Pada tahun 1979, EPF fund telah pun diwartakan RM30,000 limit ke bawah kalau pencarumnya meninggal dunia, tetapi pada tahun setelah Perdana Menteri keempat, hanya berkisar RM2,500 sahaja kelayakan yang dapat.
Walaupun dalam bajet oleh Menteri Kewangan dalam EPF 8 peratus kepada 11 peratus itu sebenarnya telah pun termaktub dalam Akta EPF. Ini kerana ialah setiap pencarum berhak untuk menurunkan dengan permohonan. Sebanyak 11 peratus adalah yang telah pun diwartakan dan memberikan kembali bukanlah itu perkara yang cukup lumayan ataupun hebat diperdengarkan atau dipertontonkan pada bajet kali ini. Begitu juga dengan ihsan Allahyarham Tun Abdul Razak ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah pun menyumbangkan RM250,000 kepada MUTC untuk menjana kekuatan aktiviti pekerja dan ini memberikan satu ilham atau kekuatan kepada saya meyakinkan bahawa bajet ini memang bajet untuk rakyat. Namun yang jelas, bajet ini temanya ialah Kerajaan Sejahtera, Rakyat Sengsara.
Tuan Yang di-Pertua, di kala Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah pun menubuhkan Bank Buruh berobjektif memastikan bahawa pekerja diberikan faedah dalam bentuk simpanan. Sebab itu saya rasa keliru dan berasa cukup terharu mengapa Tabung Renti Kerja Sentara ini begitu sukar dilaksanakan sedangkan pekerja-pekerja di Thailand, di Australia, New Zealand telah pun mendapat faedah daripada itu.
Saya tidak nampak kesusahannya kerana pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak telah wujud Bank Buruh untuk diberikan faedah kepada pekerja. Tabung Renti Kerja Sentara bagi saya itu mudah. Kalau dibuat perbandingan, bukan saya hendak pertikai PERMATA tetapi PERMATA dalam 457 pusat asuhan, 17,565 kanak-kanak, peruntukannya adalah RM100 juta. Saya ingin merayu kepada Menteri Kewangan untuk tidak banyak permulaannya, hanya sekadar memulakan tabungan ini kerana ini dibenarkan di bawah seksyen 24, pemotongan gaji yang telah pun diwartakan dalam Akta Pekerja 1955. Saya merasakan perkara ini amat diperlukan oleh pekerja-pekerja, Tuan Yang di-Pertua.
Gaji minimum – pada tahun 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak telah pun mewartakan SRA, Special Relief Allowances atau dikenali dengan COLA. Saya berasa cukup agak sedih dan dukacita, Tuan Yang di-Pertua, kerana gaji minimum ini ialah untuk mengangkat anjakan miskin tegar dalam kita tidak menzahirkan ataupun membuatkan gaji minimum ini akan meluas padahkan kepada pekerja asing berleluasa dan bermaharajalela dalam negara ini. Ini adalah salah satu daripada kriteria mekanisme yang membolehkan kita menyelesaikan masalah miskin tegar.
Dalam gaji minimum ini, saya melihat ini perkara yang berkehendak dengan segera dan saya tidak nampak mengapa Menteri Kewangan dalam keadaan yang telah dilalui sebelum ini, gaji minimum sebenarnya mengangkat martabat darjat pekerja dalam memastikan bahawa miskin tegar kita dihapuskan. Walaupun dalam masa pembentangan itu telah pun dizahirkan oleh Menteri Kewangan iaitu dalam sekitar RM3,000 pendapatan isi rumah, ini adalah satu isyarat mengatakan boleh diterima pakai sebagai mekanisme untuk RM3,000 isi rumah untuk gaji minimum.
Kalau ianya menjadi satu agenda kepada bajet ini, saya percaya rakyat Malaysia khususnya seluruh pekerja termasuk pekerja asing tidak akan menempat diri mereka sebagai miskin tegar kerana bila diwartakan dalam Parlimen, ia diwartakan jadi wajib disegerakan oleh semua syarikat yang menggaji pekerja negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, penyambungan daripada apa yang saya maksudkan rakyat sengsara ini dalam kad kredit yang telah pun diberi maklum oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain mengatakan ketidakpuasan hati. Saya merasakan bahawa kad kredit RM50 ini sebenarnya pendapatan yang diambil daripada dua benda yang berbeza, satu caj, satu dikenakan satu kad kredit ini membebankan rakyat terbanyak, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini kerana kad kredit ini kebanyakan pemakainya ialah mereka daripada golongan pertengahan kepada golongan bawahan. Sebab itu saya tidak bersetuju sangat-sangat dengan caj yang dikenakan RM50 satu kad dan sokongan kad RM25 satu tahun.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang berlaku di dalam pemerintahan Perdana Menteri yang sebelum ini. Pada pemerintahan Perdana Menteri yang kelima ini telah banyak dibuatkan picketing dan sebagainya untuk mengatakan ketidakpuasan hati kami. Ini menunjukkan bahawa dalam proses Perdana Menteri yang kelima ini, berpucuk surat telah dihantar namun tidak ada satu pun di respons untuk mengadakan perbincangan atas pindaan-pindaan yang dibuat terutama sekali di bawah seksyen 30, Akta Perhubungan Perusahaan 1957 mengehadkan hukuman yang dikenakan ke atas pekerja yang telah dianiayai.
Baru-baru ini di Mahkamah Tinggi, Nor Azani binti Dollah melawan Kelab Golf Negara Subang di Mahkamah Tinggi. Sepatutnya beliau mendapat enam tahun pampasan tetapi disebabkan oleh seksyen 30 ini, beliau hanya mendapat 24 bulan. Ini adalah saya kira satu penganiayaan yang begitu ketara yang dilakukan Menteri Sumber Manusia pada ketika itu meminda seksyen 30 dan memberikan kesan yang cukup tidak manfaat langsung kepada kaum pekerja, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ataupun dalam announcement yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tanggal 16 September dikatakan cuti am.
Saya hendak ungkapkan sejarah silam yang mana pada ketika 1 Mei 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mewartakan 1 Mei dikategorikan sebagai cuti am kategori 1. Saya hendak pertikaikan mengenai cuti 16 September ini cuti apa. Kalau ianya benar cuti itu dikatakan cuti untuk 1Malaysia, apa wartanya dalam akta. Kalau ianya dalam Akta Pekerja, Menteri Sumber Manusia wajib memasukkan dalam Akta Pekerja 1955 di bawah seksyen 60D yang mengkategorikan penambahan atas lima cuti yang wajib kepada satu lagi cuti, 16 September.
Kalau itulah saranan yang sebenar dibuat oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, cuti 16 September ini saya cadangkan dimasukkan dalam Akta Pekerja 1955 di bawah seksyen 60D. Kalau tidak, hanya bermain sebagai retorik politik dan hanya sebagai satu hidangan lazat, tidak dapat dimakan oleh rakyat kerana bila tidak dimasukkan dalam Akta Pekerja, ianya tidak melengkapkan cuti itu sendiri kerana cuti itu tidak akan diiktiraf oleh majikan-majikan atau syarikat-syarikat yang tidak ada kesatuan. Maka yang demikian saya cadangkan supaya cuti 16 September ini dimasukkan segera dan dibuat pindaan ke atas seksyen 60D.
Tuan Yang di-Pertua, outsourcing pekerja asing – banyak laporan yang telah kita dengar daripada akhbar-akhbar dan juga daripada rakan-rakan Yang Berhormat mengatakan kekhuatiran mereka tentang outsourcing pekerja asing ini, makin dibicara makin jadi huru-hara. Sebelum ini Menteri Kewangan telah menyatakan dengan jelas bahawa untuk memastikan pekerja-pekerja asing ini diberikan monitoring yang boleh dikawal selia, maka levi dikenakan.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengatakan majikan akan dikenakan levi. Menteri Sumber Manusia kata pekerja dikenakan levi. Saya mendapat jawapan katanya belum diimplementasikan lagi. Mana yang betul, saya pun tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua. Balik, balik, pi mai pi mai tang tu. Pekerja asing makin lama makin banyak.
Sektor-sektor yang diwartakan itu saya nampak tidak nampak jelas. Menteri Kewangan pada pembentangan mengatakan bahawa peringkat front desk ataupun pekerja di hadapan, pekerja asing akan dihapuskan peringkat demi peringkat tetapi yang jelas pada hari ini saya dapat jawapan daripada Menteri, dia kata tidak ada pekerja barisan hadapan itu semua sektor pekerja asing. Ini amat mengelirukan statement yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia kepada saya bertarikh 2 November 2009.
Tuan Yang di-Pertua , saya laju ini kerana hendak dapatkan 20 minit ini. Cukai Wilayah Iskandar 15 peratus, cukai luaran 26 peratus, saya pun tidak tahulah apa hebatnya pekerja Iskandar ini. Saya tahu pekerja Wilayah Iskandar ini, Tuan Yang di-Pertua, banyaknya orang asing.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini yang saya dapat maklumat dan kalau benar, apa salahnya kalau hendak ambil duit, bubuh semua 26 peratus. Adilkan semua. Ini satu kategori 15 peratus, satu kategori 26 peratus. Yang banyak yang menerima padah 26 peratus Di mana keadilannya?
Oleh sebab itu saya mengatakan dengan jelas, tema bajet kali ini ialah Kerajaan Sejahtera, Rakyat sengsara. Apa pun bicaranya saya tidak bersetuju yang dikenakan 26 peratus kepada pekerja rakyat luar dan juga pekerja dalam Wilayah Iskandar 15 peratus.
Saya kira Ahli-ahli Yang Berhormat harus memikirkan bahawa kita membawa wadah bertanggungjawab daripada wacana pemimpin daripada kawasan. Kalau kita tidak mempertahankan perkara ini, insya-Allah pada pilihan raya akan datang, semua kita sapu.
Skim Anuiti RM6,000 – kenapa boleh siapa. Untuk keuntungan KWSP. Saya agak keliru, dahulu pernah dibuat Skim Anuiti ini, Tuan Yang di-Pertua , tetapi telah dibantah keras oleh MTUC kerana mengayakan insurans-insurans dan kita tidak memberi tumpuan kepada EPF. Kenapa EPF sendiri tidak mengambil alih untuk mengawal selia anuiti ini dan Skim Anuiti ini kalau ia baik mengapa KWSP tidak melaksanakan sendiri dan diberi untuk insurans.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya dengan jelas dan tegas daripada dahulu sampai sekarang, daripada saya Naib Presiden MTUC, saya katakan bahawa kami tidak setuju anuiti ini diserahkan kepada syarikat-syarikat insurans lebih baik dikawal selia oleh KWSP untuk memberikan faedah terus kepada akar umbi. Tuan Yang di-Pertua dalam apa bentuk sekalipun untuk kita menjana ekonomi negara dalam kita membantu rakyat termiskin naikkan harga individu daripada RM8,000 kepada RM9,000 iaitu bezanya RM1,000 untuk menzahirkan, untuk menaikkan taraf pendidikan, untuk memberikan ketidaksaraan kepada ibu bapa iaitu penjaga, kepada kanak-kanak pendidikan itu sendiri.
Saya mencadangkan daripada RM1,000 daripada mereka-mereka yang dapat pendidikan universiti dan kolej dinaikkan kepada RM5,000 untuk mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga yang selama ini menderita sengsara disebabkan oleh satu komputer, laptop pun sudah harga RM1,400 ke RM2,800. Saya memohon supaya cukai ini diberikan penyelenggaraan dan pengecualian yang begitu maksimum daripada Kementerian Kewangan sekiranya ini dimartabatkan seperti ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan sekolah rendah. Sekolah rendah menengah daripada RM800 saya mencadangkan dinaikkan kepada RM3,000 kerana itulah caranya untuk kita membantu dan menaik taraf, mengangkat martabat pendidikan supaya ibu bapa dapat memberikan ruang luas kepada anak-anak untuk diberikan tumpuan pendidikan. Saya percaya dan yakin Tuan Yang di-Pertua dengan adanya pengecualian- pengecualian sedemikian ianya memberikan keselesaan dan bukan kemudaratan kepada ibu bapa. Saya percaya dan yakin dengan adanya demikian barulah kita mengatakan bahawa kerajaan yang prihatin.
Tuan Yang di-Pertua membicarakan soal seksyen 9 Pengiktirafan. Saya bersetuju dengan pandangan sahabat saya Yang Berhormat Timbalan caucus pekerja ini mengatakan bahawa AirAsia sebenarnya adalah satu syarikat keparat yang menjahanamkan pekerja, saya setuju. Ini kerana yang pertama bila hendak tubuhkan kesatuan dia buang pekerja itu, bila hendak minta gaji naik sembilan tahun gaji tidak naik.
Untung berjuta-juta, minta bantuan lapangan terbang RM200 juta lebih bagi tetapi pekerja sendiri.
Kalau boleh comelnya daripada pemakaian itu sendiri saya cadangkan supaya diberikan sopanlah sedikit. Bila naik AirAsia itu saya runsing sebab paha bertemu paha ini haram hukumnya tetapi apa hendak buat sudah terkena. Namun yang jelas ialah bersopanlah sedikit itu pandangan saya. Saya cakap terang-terang AirAsia ini Tuan Yang di-Pertua hendak tubuh kesatuan dia boleh dapat tahu dia buangnya pekerja itu sembilan tahun gaji tidak naik Tuan Yang di-Pertua. Lepas itu pula bila kita mintakan hak kita untuk diberikan sedikit bonus lambat datang dipotong beratus-ratus ringgit. Bila diminta buat bantahan, dibuang.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Oleh sebab itu bila kita kerajaan hendak membantu syarikat-syarikat swasta yang memerlukan bantuan fikirlah di antara mereka ini sama ada union basting ataupun mereka ini benar-benar membantu. Seperti mana AIROD. Saya ada lagi tujuh minit Tuan Yang di- Pertua. AIROD contohnya bila hendak dibincangkan perjanjian bersama diugut pekerja, dipanggil presidennya dikata dua kepada presiden kepada jawatankuasa, dipecahbelahkan.
Ini apa ini? Dalam masa yang sama minta bantuan daripada kerajaan.
Saya setuju bantuan diberikan kepada syarikat yang berpotensi. Akan tetapi dalam masa yang sama Menteri Sumber Manusia wajib memastikan bahawa mereka-mereka dalam sektor ini diberikan sedikit ruang untuk mereka bernafas. Ini tidak, dalam masa yang sama bila ketika memohon berjela-jela permohonan dibuat. Bila diberi jadi samseng Kampung Dusun. Ini yang tidak bagusnya Tuan Yang di-Pertua. Apa pun Tuan Yang di- Pertua saya mengambil peluang ini dalam bicarakan soal bagaimana untuk kita memastikan bahawa pekerja ini terbela dalam bentuk keseluruhan.
Saya teringat bila mana dalam perbincangan saya dengan rakan-rakan. Saya mencadangkan supaya difikir, direnung dalam banyak-banyak kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, pengendali mahkamah hakim itu tidak dalam specialist pekerja buruh. Bila mana berlaku rujukan Mahkamah Industri kepada Mahkamah Tinggi maka berlakulah pelbagai hukuman yang dibuat atas kah tidak mengikut tatacara dalam bentuk hak pekerja itu sendiri.
Saya cadangkan supaya Menteri Sumber Manusia itu berfikir apakah keperluan untuk mengadakan Mahkamah Tinggi Pekerja, Mahkamah Rayuan Pekerja atau Mahkamah Persekutuan Pekerja yang dikendalikan oleh pakar-pakar buruh. Bukan pakar-pakar criminal ataupun pakar-pakar sivil yang tidak tahu tentang buruh. Bila sebut buruh sahaja hakim akan garu kepala. Saya ingat satu kes di Mahkamah Persekutuan bila kes saya berlawan dengan kes Royal Perak, Royal Turf Club. Bila mana Perak Turf Club, bila mana hakim hendak buat keputusan hakim yang tengah nama tidak boleh sebut dia garu kepala dahulu mungkin kepala dia pening.
Apa kes ini dia pening jadi dia terpaksa rujuk pada orang yang ketiga. Ini memberikan satu isyarat bahawa dia perlu disegerakan ada kehakiman yang berbentuk hak kaum pekerja yang menjurus kepada kehakiman yang benar dan betul. Sebab itu bila kes Norazni binti Dolah melawan Club Golf Subang ini bila kehakiman dibuat saya sedih. Ini kerana kes itu enam tahun larutannya, dapat 24 bulan tidak kerja sampai empat tahun.
Kenapa? Ini kerana seksyen 30 telah dipinda. Siapa pinda? Dipinda pada Februari 2007.
Kita buat protes buat piket dia terus juga.
Ini hendak tanya Menteri lama ini dia kena jawab kerana dia yang bawa isu ini.
Saya cukup tidak selesa kerana ini kesan beban dan juga penekanan yang terseksa oleh pihak kaum pekerja. Saya memohon supaya dikaji semula seksyen 30 ini, seksyen 9. Kita tidak apply 14 hari dibatalkan. Majikan tidak apply 21 hari dibiarkan begitu. Tuan Yang di- Pertua saya ada tiga minit namun saya anggap bahawa tiga minit sebagai bonus rakan- rakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya ruang. Sekian terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Maran.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana memberi izin kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan pada 23 Oktober yang lalu yang menyediakan peruntukan sejumlah RM191.5 bilion.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan bajet sulung beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam.
Syabas Yang Berhormat Dato’ Sri saya doakan Yang Berhormat Dato’ Sri akan sentiasa dihormati, dirahmati serta dilindungi oleh Allah SWT memikul tanggungjawab dan amanah yang cukup besar bagi membina negara, bangsa dan agama. Percayalah selagi Yang Berhormat Dato’ Sri dan kita semua ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat Allah akan bersama kita. Persyaitankan kepada mereka yang tidak pernah bersyukur kepada kemewahan dan ke selaran hidup yang mereka perolehi selama ini yang diberikan oleh kerajaan.
Ini kerana ingin berkuasa dan memerintah ada rakyat di negara ini yang sanggup menghina kerajaan yang selama ini memberikan mereka kesenangan. Maruah bangsa dan agama dijual, keselamatan dan kemakmuran negara digadai. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri telah meletakkan landasan pembentangan Bajet 2010 dengan mengambil inti pati maksud ayat ke-32, Surah al-Zukhruf, yang menerangkan agar rahmat dan nikmat Allah dibahagi-bahagikan bersama dengan harapan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” akan menjadi kenyataan.
Tuan Yang di-Pertua dalam suasana ekonomi yang amat mencabar dan tidak menentu ini peranan dan tanggungjawab kerajaan dan pemerintah amat penting dalam menjana pendapatan negara dan membelanjakan pendapatan tersebut yang ada dalam keadaan yang lebih berhemah dan adil. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana bajet yang dibentangkan menyentuh semua aspek pengurusan dan kehidupan. Walaupun kadar agihan tidak sama di antara agensi dan bidang tetapi ia telah mengambil kira keutamaan rakyat dan negara.
Apa yang penting bagaimana kita boleh menggunakan kewangan yang ada untuk kepentingan dan faedah semua. Dalam menangani keadaan ekonomi yang mencabar ini saya amat menyokong saranan kerajaan dari Perdana Menteri agar kita lebih berkeyakinan dan kreatif serta inovatif dalam menguruskan wang negara. Inovasi yang disebutkan Perdana Menteri dan kerajaan sangat meluas termasuklah inovasi masyarakat bandar desa, pendidikan swasta dan lain-lain lagi. Selain itu beberapa pendekatan telah diperkenalkan termasuklah Gagasan 1Malaysia, KPI dan sebagainya. Saya harap harapan dan cita-cita ini benar-benar akan direalisasikan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan syabas kepada keberanian Perdana Menteri kerana telah memperkenalkan beberapa pendekatan yang menarik. Kembali keyakinan rakyat setelah teruji melalui keputusan Pilihan Raya Keduabelas. Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai dan DUN Bagan Pinang petanda baik rakyat sebenarnya tahu bahawa hanya parti Barisan Nasional sahaja yang telah membuktikan kebolehan dan kejayaan mereka memerintah negara. Pembangkang bercakap sahaja.
Keputusan Pilihan Raya Umum Keduabelas sebenarnya rakyat ingin mengingatkan pemimpin Barisan Nasional supaya jangan lalai dan leka. Kesungguhan kerajaan untuk menarik balik keyakinan rakyat akan tercapai melalui pelaksanaan pendekatan-pendekatan berikut:
(i) memperkenalkan Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”,
(ii) merealisasikan 27 sub sektor perkhidmatan dan kewangan,
(iii) melaksanakan NKRA dan KPI dan lain-lain pendekatan yang positif ke arah pembangunan negara.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan dan ketenteraman awam. Keamanan dan keselamatan adalah elemen yang penting dalam sesebuah negara. Tidak ada ertinya kita mempunyai bangunan pencakar langit, sistem jalan raya dan infrastruktur yang hebat, kemudahan IT yang canggih sekiranya negara kita tidak aman dan selamat.
Keadaan di atas akan hancur lebur jika pergolakan, pergaduhan, perpecahan kaum, kadar jenayah yang tinggi, masalah dadah yang menakutkan serta lain-lain keadaan yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara. Sasaran kerajaan untuk menurunkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir tahun 2010 tidak akan berjaya jika tidak ada kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat.
Ini selaras dengan pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ’Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia berusaha mengubah, menghalang kemungkaran itu daripada berlaku dengan tangannya yakni dengan kuasa atau tenaga. Jika tidak mampu dengan tangan maka ubahlah dengan lidah yakni nasihat atau teguran dan jika tidak mampu juga dengan bercakap, menegur maka hendaklah tercetus di hatinya rasa tidak reda kepada kelakuan tersebut dan berdoa kepada Allah supaya ia dijauhkan.’ Justeru itu Nabi bersabda, ’Yang demikian itu adalah orang yang mempunyai iman yang lemah’.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat kecewa dengan setengah daripada kita termasuk pemimpin malah Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini yang sering menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional, menghina pasukan polis tetapi semasa kita aman, diri kita selamat mereka tidak pernah berterima kasih pun. Apabila berlaku jenayah, kemungkaran, kerajaan disalahkan. Apabila berlaku jenayah, pihak polis dikatakan tidak menjalankan kerja, polis rasuah, makan gaji buta dan sebagainya. Pelacuran, jenayah, maksiat dan lain-lain kemungkaran termasuk rasuah tidak memilih siapa mereka, agama apa, bangsa apa, negeri dan negara yang diperintah oleh siapa, selagi ada manusia yang tidak berhati manusia dan berperangai syaitan atau haiwan dan tidak berpegang kepada nilai-nilai agama dan moral, maka selagi itulah jenayah akan berlaku di mana-mana.
Tuan Yang di-Pertua, usahlah kita menuding jari kepada sesiapa. Membasmi segala jenis jenayah adalah tanggungjawab bersama. Pokoknya apakah peranan kita dan jangan pula kita menjadi pendorong atau penggalak kepada perlakuan jenayah. Saya meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pendatang-pendatang asing serta pelancong asing yang telah semakin berani melibatkan diri dalam kegiatan jenayah, pembunuhan, dadah dan pelacuran yang boleh menghancurkan maruah negara kita.
Terima kasih kerana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah berjuta-juta ringgit kepada pelbagai agensi yang secara kolektif boleh melaksanakan usaha bersama membanteras masalah jenayah dan kemungkaran ini. Di antara agensi tersebut yang boleh terlibat oleh kementerian ialah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain kementerian serta agensi. Pembangkang jangan pandai bercakap sahaja tetapi ia juga tanggungjawab bersama.
Tuan Yang di-Pertua, dadah adalah musuh utama negara. Hari ini dadah bukan sahaja melahirkan ramai pengedar dan penagih dadah, malah hari ini penagih telah sanggup melakukan apa sahaja jenayah sehingga membunuh. Saya minta kerajaan lebih tegas dalam hal ini. Hukum gantung mandatori di bawah seksyen 39B tidak lagi digeruni.
Selagi pengedar dan penagih berkeliaran selagi itulah masalah dadah tidak akan dapat kita banteras di negara ini.
Hasrat kerajaan pada tahun 2015 supaya tahun sifar dadah, tidak akan berjaya kalau kita tidak mengubah pelaksanaannya. Saya ingin mencadangkan semula Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada masyarakat kerdil daripada luar bandar dalam beberapa seminar agar penagih-penagih dan pengedar dadah ini ditempatkan di pulau kerana saya rasa lebih mudah untuk diawasi dan sukar dihubungi kerana sekatan-sekatan tertentu.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pembangunan wilayah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana serius dalam mengimbangkan pertumbuhan antara wilayah melalui peruntukan RM3.5 bilion. Tidak bererti sama sekali kita melancarkan berbagai program pembangunan wilayah jika tidak memberi impak yang besar kepada golongan miskin termasuk di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Pahang saya ingin sekali menyuarakan isi hati orang kampung saya agar pembangunan agensi pembangunan wilayah di Pahang iaitu LKWJ, DARA, IADP yang telah ditutup dapat diaktifkan semula dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Agensi-agensi wilayah ini sebenarnya banyak berjasa kepada kampung- kampung tradisional yang perlu diteruskan termasuk di kawasan saya sendiri.
Saya difahamkan pihak kerajaan telah bersetuju mengeluarkan sebahagian peruntukan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan di bawah program ini tetapi jangan lupa Tuan Yang di-Pertua, kampung-kampung tradisional yang berada di luar kawasan operasi pihak-pihak berkuasa tempatan perlukan bantuan seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, gagasan 1Malaysia ’Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan sekadar gagasan dan slogan tetapi ia membawa harapan ikhlas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perpaduan negara yang menjadi asas kepada gagasan ini sebagai sebuah negara berbilang kaum, perpaduan kaum adalah faktor penting malah perpaduan juga penting bagi sesuatu masyarakat walaupun dari keturunan, bangsa dan agama yang sama.
Kita tidak mahu peristiwa 16 Mei 1969 berulang kembali, kita tidak mahu pergolakan dan perselisihan kaum dan etnik yang berlaku di negara-negara lain berlaku di negara kita. Kita tidak mahu perbezaan agama, perbezaan bahasa, perbezaan budaya, perbezaan ideologi menjadi punca perpecahan di negara kita. Kita menjadikan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi dan cita-cita singkat peribadi termasuk inginkan kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, hilang perpaduan maka akan muncullah perpecahan.
Perpecahan akan menimbulkan pergaduhan dan perkelahian. Ketika itu keamanan, keselamatan dan kesejahteraan akan hilang daripada negara ini. Ketika itu juga kita tidak akan selamat lagi. Ketika itu juga kemusnahan tidak mengenal siapa dia sama ada kita daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru marilah kita sama-sama mempertahankan konsep perpaduan di negara ini. Kalau kita tidak bersetuju dengan gagasan 1Malaysia tetapi jangan membenci falsafah di sebalik gagasan tersebut iaitu perpaduan dan keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan perpaduan rakyat kita perlu melihat apakah antara punca-punca yang membawa kepada perpecahan. Oleh itu saya minta kerajaan tegas dalam menangani isu-isu yang membawa kepada perpecahan dan perselisihan kaum. Di antara punca-punca yang boleh membawa kepada pergeseran ini ialah:
(i) menularnya rasa hasad dengki di kalangan masyarakat; dan
(ii) berleluasanya fitnah-memfitnah dan menghasut sesama sendiri melalui ceramah dan terbitan-terbitan dalam masyarakat Saya minta kerajaan bersikap tegas pada unsur-unsur yang boleh memecahkan perpaduan ini.
Tuan Yang di-Pertua, setiap minggu saya boleh dikatakan membaca tidak kurang daripada lima atau enam terbitan mingguan terutamanya yang mirip kepada pembangkang Harakah, Siasah, Wasilah, Era Pakatan, Roket dan lain-lain. Boleh dikatakan sebahagian besar isi kandungan semata-mata memburukkan kerajaan dan menghasut pemikiran rakyat. Apakah tidak boleh kita buktikan kepada rakyat di mana baiknya parti yang kita bawa supaya rakyat tahu bahawa yang penting adalah keselamatan negara.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya minta kerajaan bertegas jika jelas penerbitan ini boleh mengancam keselamatan dan perpecahan rakyat. Jika perlu, terbitan tersebut dibatalkan, batalkan pendaftarannya.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan mengadakan sekolah satu aliran adalah baik.
Walau bagaimanapun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri kerana menetapkan penentuan baik buruk melalui pandangan rakyat, jangan isu kaum dijadikan alasan. Kalau jelas bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang boleh menjadi bahasa perpaduan, apa salahnya.
Kita mempelajari dan menggunakan bahasa Malaysia tidak bererti kita menjadi orang Melayu. Nilai budaya dan bahasa kaum-kaum lain dipertahankan, malah kita menggalakkan rakyat kita dapat menguasai sebanyak mungkin bahasa di dunia ini.
Sekolah satu aliran ini mungkin kita boleh laksanakan di sekolah-sekolah menengah. Pihak berwajib perlu membuat kajian yang mendalam agar pelaksanaannya nanti tidak mendatangkan kesan kepada masyarakat. Kita boleh menggunakan bahasa masing- masing tanpa menjadikan satu bahasa tertentu untuk kemudahan bersama dan perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, satu cerita antara Mat Salih dengan pemandu bot anak Pahang. Ketika pelancong Mat Salih ini naik bot, pemandu mereka ini tidak pandai bercakap selain daripada bahasa masing-masing, mat salih bercakap bahasa Inggeris dan pemandu bot bercakap bahasa Melayu. Jadi apabila minta laju mat salih sebut speed dia pun lajulah tetapi dia tidak faham. Apabila bertanya sampai di seberang sana jadi mat salih itu pun bertanya berapa bayaran, how much? Jadi pemandu bot ini ingatkan dia tanya siapa nama dia, pemandu bot kata Wan Dollah bin Wan Hussin.
Jadi Mat Salih ini ingat harga bayaran bot Wan Dollah bin Wan Hussin maknanya RM1.50. Jadi Mat Salih berilah RM1.50. Jadi Mat Salih pun tunjuk tangan, pemandu bot pun tunjuk tangan, bagus. Sebenarnya tambang bot hanya 50 sen Tuan Yang di-Pertua, jadi pemandu bot telah untung RM1. Inilah kerana tidak tahu bahasa. Itulah sebabnya kita galakkan supaya penggunaan bahasa lain-lain di samping bahasa ibunda kita.
Sektor tenaga kerja mahupun sektor awam dan swasta sama ada di peringkat profesional, kepakaran hingga lah buruh kasar merupakan penyumbang berat kepada kemajuan dan pembangunan negara. Sebagai bekas penjawat awam, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana saban tahun tidak pernah lupa kepada jasa dan pengorbanan pegawai awam. Melalui Bajet 2010, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan awam kepada pegawai-pegawai awam di antaranya memperuntukkan RM200,000 bagi setiap kementerian dan jabatan kerajaan bagi mengadakan pusat jagaan harian dan pendidikan anak-anak.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Kedua, mengurangkan kadar cukai individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Menaikkan pelepasan diri daripada RM8,000 kepada RM9,000. Membenar dan mengembalikan kadar potongan caruman KWSP kepada 11 peratus. Menaikkan kadar pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan pemegang insurans daripada RM6,000 kepada RM7,000. Pembiayaan khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai Gred 54 ke bawah dan kumpulan sokongan. Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai tahun 2010 hingga 2012 dan membenarkan pembelian komputer setiap tiga tahun berjumlah RM5,000 daripada lima tahun sebelum ini. Lain-lain faedah sama ada secara langsung atau tidak yang diperoleh masyarakat lain termasuk daripada aspek kesihatan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan awam di setiap peringkat termasuk pesara kerajaan yang telah banyak berjasa kepada negara. Jasa kalian bukan sahaja kepada kerajaan dan negara tetapi kepada semua 27 juta masyarakat di negara ini. Di samping itu, pegawai awam tidak harus lupa dengan jasa kerajaan. Selama ini kerajaan setiap tahun telah menyediakan kemudahan kepada pegawai-pegawai awam khususnya juga pesara awam. Kita boleh meminta apa sahaja dengan kerajaan tetapi perlu dipertimbangkan berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih atas usaha kerajaan untuk menaik taraf Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN). Akan tetapi apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita boleh benar-benar melahirkan pegawai awam yang berkualiti, berprestasi tinggi, berpengetahuan, berintegriti, jujur, dan amanah? Tuan Yang di-Pertua, saya minta kementerian lebih tegas dalam menentukan dan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam. Bagi mereka yang curang dan mengkhianati jika tidak jujur, perlu dikenakan tindakan tatatertib disiplin agar tidak mencalarkan imej pegawai awam yang lain yang bekerja dengan baik dan jujur.
Tuan Yang di-Pertua, peranan berpuluh-puluh ribu pesara awam terutama dalam kegiatan NGO yang mana ramai daripada mereka yang terlibat dengan kegiatan- kegiatan sukarela seperti JKK, JKKR, PEMADAM, PERKIM, dan sebagainya. Saya minta kerajaan dan kementerian-kementerian supaya memberikan perhatian kepada badan- bandan NGO ini kerana saya kira banyak daripada badan-badan NGO ini berkaitan terus dengan kementerian-kementerian berkenaan. Umpamanya, Persatuan Bekas Polis dan Persatuan Bekas Tentera dengan Kementerian Dalam Negeri, Majlis Kebudayaan Daerah dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan dengan Persatuan Teksi dan lain-lain, Kementerian Wanita dengan Persatuan Ibu Tunggal juga lain-lain kementerian yang seharusnya memberikan peruntukan yang lebih kepada badan-badan NGO ini.
Tuan Yang di-Pertua, syabas dan terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan lebih kurang RM43 bilion kepada sektor pendidikan. Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, maka pengajaran dan pembelajaran juga pendidikan perlu diberikan di peringkat kanak-kanak lagi. Bagi tahun 2010 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM48 juta untuk mempertingkatkan pendidikan pra sekolah kerajaan dan swasta. Malah Tuan Yang di-Pertua, pendidikan anak bukan sahaja di peringkat pra sekolah malah sebelum anak lahir dan dibesarkan. Syabas kepada kerajaan kerana memberi sokongan kepada program PERMATA yang dipelopori oleh isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk pelbagai program di bawah PERMATA. Saya yakin jika kita memberi sokongan kepada program PERMATA dan pendidikan kita boleh melahirkan anak dan juga berjasa bukan sahaja kepada ibu bapanya tetapi kepada bangsa, agama, dan negara.
Di samping meningkatkan pendidikan pra sekolah, kerajaan juga memberi perhatian kepada peningkatan kadar literasi dan dominasi, dan juga mewujudkan sekolah berprestasi tinggi. Pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar akan memberi impak kepada pencapaian tahap pendidikan dan pembelajaran di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, anak dan pelajar hari ini merupakan aset masa depan negara. Oleh itu, marilah sama-sama kita berikan sokongan dan bimbingan kepada mereka supaya mereka lahir sebagai anak yang soleh yang dapat berjasa kepada bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang perlu saya timbulkan ialah bagaimana kerajaan menggalakkan industri kreatif dan menyokong kegiatan seni budaya negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada satu minit lagi Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih. Saya difahamkan banyak persatuan di bawah badan ini yang tidak tersusun dan tidak teratur.
Saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar diadakan satu persatuan yang induk bagi menentukan supaya persatuan-persatuan budaya dan karyawan ini dapat diletakkan dan diberikan jaminan supaya mereka dapat diberikan peruntukan yang cukup bagi melaksanakan program-program di bawah kegiatan ini.
Tuan Yang di-Pertua, seni bukan semuanya tari dan nyanyian. Seni adalah merupakan nilai yang terdapat pada seorang manusia dan peribadi. Oleh itu, kita perlu mempertahankan seni dan budaya ini kerana budayalah akan menentukan masa depan negara kita. Budayalah di samping aspek-aspek lain termasuklah pendidikan, keselamatan, dan pembangunan ekonomi akan menentukan sama ada negara kita akan berjaya dan sebaliknya.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, berasaskan apa yang saya pertahankan tadi, maka saya dengan ini menyokong supaya peruntukan sejumlah RM1.5 bilion ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat kita sokong bagi kita melaksanakan pembangunan dan pengurusan kerajaan bagi tahun 2010. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tahniah Yang Berhormat, 20 minit betul-betul. Yang Berhormat Parit Buntar yang tunggu sampai pukul 10.30 semalam.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bersembahyang supaya dapat pahala Yang Berhormat. Tunggu dapat giliran.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Insya-Allah. Terima kasih dan saya terus masuk kepada tajuk dalam waktu yang ada ini. Pertama, saya ingin menyentuh tentang peranan Institusi Parlimen dalam menjayakan apa-apa keputusan yang dibuat di dalam Dewan yang mulia ini. Kita harus ingat bahawa apa yang kita utarakan dalam pandangan dan juga pendapat kita ini akan memberi kesan kepada 22 juta rakyat Malaysia.
Saya ingin menyeru kepada seluruh Ahli Dewan bahawa walaupun secara struktur fizikalnya kita dipisahkan dengan terma pembangkang atau kerajaan, tetapi dari segi hakikatnya collective responsibility ataupun tanggungjawab bersama itu menyatukan pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan dalam melihat permasalahan yang lebih besar iaitu permasalahan negara dan taruhan kepada 22 juta rakyat yang menanti keputusan-keputusan yang dibuat di dalam Dewan yang mulia ini.
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan juga kepada seluruh Ahli Dewan, jauhilah sifat pemimpin yang kaku dan beku tanpa melihat perspektif yang lebih menjangkau sekadar kerajaan atau pembangkang. Saya perasan dalam banyak perbahasan selalu disebut kerajaan, pembangkang. Itu hanyalah merupakan satu terma yang diguna kerana hari ini pembangkang dia belum cukup kerusi untuk memerintah.
Maka dia digelar pembangkang. Hari ini yang dikatakan kerajaan kerana dia cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Itu sahaja ,tetapi dari segi semangat di dalam Dewan ini, apa yang ada ialah memikirkan jangkauan yang lebih besar daripada sekadar membangkang ataupun kerajaan. Saya ingin memetik ungkapan pepatah Melayu tua tentang pemimpin ada dua jenis. Satu disebut, Digelar orang muka selamba, Aib dan malu baginya sama, Menjilat mengampu ianya suka, Memimpin umat membawa celaka.
Ini adalah peringatan bahawa kita di sini bukan untuk mengampu atau menjilat.
Kita di sini seperti mana yang disebut di dalam pepatah Melayu yang lain, Kulit putih hati pun bersih, Budi baik hati pengasih, Memikul beban tiada memilih, Memimpin umat bertambah kasih.
Inilah yang menjadikan kita sebagai Ahli-ahli Dewan dalam institusi yang mulia ini sebagai mereka yang mengambil collective responsibility dalam melihat permasalahan bukan kerana pembangkang atau kerajaan tetapi dalam melihat permasalahan negara.
Oleh itu, saya ingin memberikan satu penegasan bahawa berbezanya dua perkataan yang kita gunakan dalam bahas kita iaitu kerajaan dan negara. Kerajaan adalah government, negara adalah state. Kerajaan adalah apparatus atau alat semata-mata yang sifatnya tunduk ataupun functional kepada negara. Manakala negara yang sifatnya superior adalah matlamat akhir kita.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Berdasarkan kepada prinsip state and government ini, maka tidak ada halangan bagi kita untuk mempertikaikan kerajaan bukan seperti rakan-rakan sebelah apabila kita mengkritik kerajaan dikatakan kita tidak ada semangat, kita ini pembangkang.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Sedangkan kerajaan itu hanyalah alat, kerajaan itu hanyalah apparatus sahaja bagi mencapai maksud yang lebih superior atau yang lebih besar iaitu negara. Jadi, sidang Dewan sekalian, Tuan Yang di-Pertua, apa salahnya kalau kita mengkritik alat? Apa salahnya kalau kita melihat bahawa alat ini lemah, alat ini tidak sesuai dan sebagainya?
Bukan kita mengkritik negara. Kita buat demikian bagi memastikan alat-alat ini dapat mencapai matlamat yang lebih besar iaitu mengukuhkan negara kita dan memastikan bahawa negara kita lebih baik daripada apa yang ada pada hari ini.
Oleh itu, saya melihat di atas konsep ini, oleh kerana kerajaan ini hanyalah alat maka, ia boleh datang dan pergi. Hari ini Barisan Nasional yang berkuasa sebagai kerajaan. Esok, Wallaahu a’lam dan Allah telah memperingatkan kita tentang kuasa...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Itulah hari-hari yang kami putarkan dalam kehidupan manusia”. Hari ini kita berada di atas, esok kita berada di bawah. Itulah kerajaan, tidak lebih daripada itu.
Akan tetapi, yang penting kita menyatakan di sini, dalam apa juga pandangan berbeza kita bahawa negara ini, negara bangsa ini, Malaysia yang kita cintai ini harus terus berjalan dan harus terus maju tanpa BN atau BN, bersama Pakatan atau bukan Pakatan.
Saya kira inilah konsep dan semangat yang kita bawa dan bersandarkan kepada itu, petikan daripada firman Allah... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Negara yang baik dan bersih serta Tuhan yang maha pengampun”.
Kalau orang bertanya dan mempertikaikan kami, khususnya kawan-kawan sebelah, Yang Berhormat Maran dan juga lain-lain, apabila kita cakap, kata ini pembangkang, pembangkang tidak hormat, pembangkang tidak mensyukuri, Kalau kamu semua sahabat-sahabat bertanya, mempertikaikan tentang patriotisme kami, itulah maksud patriotisme kami. Kami tidak semestinya...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Parit Buntar, boleh mencelah?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan, tetapi yang pasti kita semua mesti menyokong negara bangsa ini untuk maju ke hadapan...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Parit Buntar.
Sedikit.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Itu maksud patriotisme.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Sedikit sahaja Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa tidak perlu. Tadi sudah cakap sudahlah.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya hendak menyokong Yang Berhormat Parit Buntar ini.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak perlu. Tidak perlu. Saya tiada masa.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya kalau..., Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Maran, tidak perlu Yang Berhormat Maran.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, saya minta terus sebab dia baru berucap tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tadi Yang Berhormat Maran bercakap pun mereka tidak ganggu.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kedua, tidak boleh betullah, itu prinsiplah hendak cakap apa pun, itu prinsip, tidak kira sudah. Itu satu prinsip yang diterima oleh semua orang.
Laporan Audit Negara, saya hendak sentuh sedikit Tuan Yang di-Pertua bahawa beberapa Ahli di dalam Dewan ini, ada kalanya saya tengok secara sindiran, secara sinis macam mempertikaikan laporan audit. Ada yang kata – Yang Berhormat Putatan ada di sinikah, ada? Oh, ada Yang Berhormat Putatan! Saya masih ingat Yang Berhormat Putatan kata ‘mungkin’, dia kata ‘mungkin’. Dua tiga kali dia ulang, ‘mungkin’ pembangkang dia kata yang buat laporan ini, pembangkang. Jadi, adalah cerita-cerita yang itu... Saya kira itu satu tanggapan yang merendahkan...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Sebenarnya pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana Audit Negara ini ia bukan satu badan swasta ya. Yang Berhormat Putatan duduk. Tidak apa Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak apalah sekali-sekala sebut nama you. Duduk. Duduk. Silakan. Nanti kita minum kopi. Nanti, nanti kita minum kopi. Duduk, duduk. Okey... [Disampuk] Unsur-unsur. Okey. Silakan.
Jadi, saya menyebut bahawa dengan kita menyebut perkataan-perkataan, kita merendahkan pegawai-pegawai kerajaan. Tadi baru disebut terima kasih pegawai kerajaan, mereka telah bertugas, tetapi apabila pegawai kerajaan kritik, ini mungkin, mungkin ada unsur-unsur. Jadi, saya rasa kita tidak konsisten. This is not satu consistency. Laporan audit ini ia ada ia punya method, ia ada ia punya kaedah pengauditan. Saya sebagai ahli akademik pun ada kita punya methodology to come into a finding, dengan izin, untuk mendapat satu dapatan ataupun finding. Ada kaedah-kaedahnya. Saya tidak mahu memanjangkan kaedahnya kerana saya yakin Tuan Yang di-Pertua bahawa audit mempunyai kaedah pengauditannya yang tersendiri yang diiktiraf. Itulah laporan yang kita terima yang dibentangkan kepada kita.
Oleh itu, saya tidak bersetuju kalau sekadar sahabat-sahabat daripada kerajaan menyebut bahawa Perdana Menteri sudah ambil tindakan, dia sudah buat jawatankuasa, dia sudah panggil semua yang terlibat untuk disiasat dan kemudian kalau perlu ambil tindakan. Pada saya, ini lip-service. Ini hanya hendak mendamaikan supaya orang marah kepada kerajaan, maka disebut. Saya hendak ambil balik pada zaman Pak Lah sebelumnya pun timbul isu yang sama, IKBM. Beli barangan yang luar daripada harga pasaran. Lalu, apabila kita bising maka, sebelum itu Pak Lah pun kata sebelum itu kita ada Pelan Integrasi Nasional. Integrasi Nasional ini kita hendak memastikan supaya begitu, begini, begitu, begini, tetapi benda yang sama berulang.
Oleh itu, berikan saya keyakinan bahawa jawatankuasa ini tidak akan berulang benda yang sama. I think ini kita perlu fikir dan kita tidak mahu pula kerajaan membentuk dan menyiasat badan yang diberi tugas untuk memberi laporan audit, ia pula ditengok, disiasat pula betul atau tidak finding ia. Ini bagi saya satu yang cukup tidak kena. Oleh itu, saya mohon mencadangkan supaya laporan audit yang kira terima ini tidak diajukan kepada jawatankuasa yang disebut oleh Perdana Menteri yang saya tidak tahu apa termanya, apa kuasanya, siapa ahlinya dan bagaimana ia harus bertindak. Saya mencadangkan supaya laporan audit ini diserahkan kepada PAC yang duduk di bawah Parlimen. Biar kita yang melihat, biar dia yang mencadangkannya... [Tepuk] Oleh itu, saya hendak masuk kepada Halal Development Corporation. Kita bersyukur kerana industri halal dengan anggaran 109 trillion dollar dan 2 bilion pasaran potensinya, mendapat tempat di dalam bajet baru-baru ini.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Namun demikian, kita harus juga melihat kerana halal industri ini ada kaitannya dengan Islam bahawa ia merupakan tuntutan agama. Oleh itu, memelihara halal industri ini daripada dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan imej halal yang secara langsung akan menjatuhkan imej Islam perlu kita mengambil perhatian.
Pertama ialah tentang keupayaan dan kemampuan bagi menampung permintaan industri ini seperti pegawai-pegawai penguat kuasa, pemantauan serta kualiti. Sedangkan dalam keadaan yang ada hari ini, kita mendapat banyak aduan bahawa adanya sijil-sijil halal yang palsu yang tidak dapat pengiktirafan, tetapi digunakan sijil itu. Maka, ini perlu diambil kira apabila kita telah membesar, sudah tentulah banyak masalah.
Kedua ialah potensi rasuah. Ini kerana apa sahaja yang melibatkan kelulusan di negara ini bahkan di seluruh negara pun, potensi rasuah itu kemungkinan besar akan berlaku. Sepertimana kelulusan-kelulusan lain, maka, halal industri sepatutnya memiliki kekuatan, bukan sekadar satu industri, tetapi moral responsibility kerana ia memikul satu nama besar dalam agama kita iaitu [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud: “Makanlah kamu dengan yang halal”. Maka perlulah memastikan integrasi dan juga reputasi halal ini mendapat yang tertinggi yang tidak dicemari dengan potensi-potensi rasuah.
Selain daripada itu, kita juga minta supaya halal industry tidak hanya terlibat di dalam meluluskan sahaja certificate halal. Kita juga minta supaya halal industry menceburkan diri di dalam bidang services and manufacturing. Ini kerana ia adalah bidang yang besar walaupun halal industry itu hanya sekadar issuance of certificate, tetapi pada waktu yang sama, penerokaan dengan membuat kolaborasi dengan syarikat-syarikat multinasional dan juga dengan SME akan menjadikan halal industry ini didiversifiedkan, dengan izin, iaitu dicambahkan, bukan hanya issuance, bukan hanya keluar sahaja, tetapi ia juga dapat menjana industri-industri yang lain.
Seterusnya ialah tentang perbankan Islam ataupun sukuk. Saya difahamkan bahawa di dalam bajet disebut beberapa kali pemerkasaan sistem kewangan Islam antaranya sukuk dan lain-lain. Cuma saya ingin memberikan pandangan dan pendapat supaya diambil perhatian bahawa sukuk yang hari ini Malaysia antara pasarannya yang besar, tempatnya atau habnya, janganlah hendaknya dijadikan sebagai kegiatan-kegiatan haram, khususnya di persisiran pantai untuk urusan transaksi. Ini kerana ia hanya akan memburukkan nama sukuk itu yang nilai-nilai bersihnya serta nilai-nilai kebaikannya nanti akan dicemari oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada kemudahan- kemudahan yang ada.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kedua, ialah persepsi tentang perbankan tanpa faedah di mana peratus yang dikatakan peratus untung itu dikenakan terlalu tinggi daripada baik Bithaman Ajil baik Bai Al-Innah dan lain-lain lagi. Saya ingin memberi peringatan falsafah sistem kewangan Islam perlu dilihat dan diyakini meringankan beban dan bukan dilihat mengambil kesempatan.
Jika itulah yang dilihat, maka tidak ada bezanya antara sistem perbankan tanpa faedah dengan sistem konvensional yang ada.
Oleh itu, janganlah sekali-kali dengan nama Islam ini kita mengambil kesempatan.
Akan tetapi hendaklah mengikut falsafahnya sistem kewangan dan perbankan serta pinjaman dilakukan untuk meringankan beban tetapi pada waktu yang sama dapat memberikan khidmat yang terbaik.
Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang syariah di Malaysia. Pemerkasaan Undang-undang Syariah sudah berapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada mereka yang kalangan agamawan dilantik untuk menyelesaikan penyelarasan syariah akan tetapi sehingga hari ini masih lagi belum melihat cahaya walaupun di hujung-hujungnya ada harapan. Oleh itu, Menteri yang ada pada hari ini dari Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan tentang hal ehwal Islam hendaklah menjadikan prioriti supaya akhirnya terlaksanalah penyelarasan Undang-undang Syariah apatah lagi saya telah diberi jawapan oleh Jabatan Perdana Menteri soalan saya tentang isu Kartika yang melibatkan soal sebatan, soal hukuman Enakmen Jenayah Syariah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Maka, jawapannya yang diberi kepada saya cukup mengecewakan iaitu Menteri sebut menjawab mereka tidak ada orang yang hendak sebat pun tidak ada, kayu yang hendak sebat pun tidak ada, dan penjara syariah pun tidak ada. Setelah 50 tahun kita bercakap tentang Undang-undang Syariah sedangkan hendak sebat orang pun tidak ada kayu. Ini lah yang saya harus bawa sebagai tanggungjawab kita yang melihat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan mestilah memperkasakan persoalan itu dan janganlah hendaknya dalam itu menggadaikan prinsip-prinsip syariah menggadaikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, lalu kita melihat seolah-olah masalah ini semua berada pada Undang-undang Syariah, seolah-olah undang-undang konvensional tidak ada masalah.
Kita mengenal pasti jika masalah itu bukan Undang-undang Syariah maka yang perlu diselesaikan ialah undang-undang yang bukan syariah. Jika undang-undang itu yang bermasalah, kita selesaikan Undang-undang Syariah yang timbul ialah masalah lagi.
Oleh itu, perkara itu perlu diperhatikan dan dibuat penelitian dan mengharapkan Jabatan Perdana Menteri dalam Undang-undang Syariah kerana Undang-undang Islam adalah merupakan undang-undang yang diiktiraf di dalam negara ini sebagai undang- undang yang kedua selain daripada Undang-undang Sivil yang telah diterima pakai sejak daripada zaman Melaka lagi.
Semua rakyat Malaysia tidak kira Islam atau bukan Islam mereka harus menerima semangat roh Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam itu, Undang-undang Islam itu adalah undang-undang yang diiktiraf dan rasmi. Jangan hendaknya dengan itu mereka menyangka Undang-undang Islam tidak mampu, Undang-undang Islam ke belakang. Maka ini hanya akan memburukkan persepsi orang ramai terhadap Undang-undang Syariah yang kita ada pun bukanlah semuanya tetapi saki baki yang kita warisi.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua. Saya belum diberi amaran lagi akan tetapi saya rasa boleh landing sekarang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih. Last sekali ini bab peruntukan untuk Ahli Parlimen. Saya minta sangat-sangat lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu boleh tambah Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang itu bukan sokong. Mana peruntukan Ahli Parlimen kami dari Pembangkang tidak dapat? Yang Berhormat Putatan tidak tahu kah?
Seorang Ahli
Masuk BN lah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Mengapa kena masuk Barisan Nasional? Kami menang di sini atas hak, bukan atas BN... [Tepuk] Ini lah pemikiran wakil rakyat BN. Mereka ingat hanya dengan BN semua boleh dapat dan yang bukan BN semua tidak boleh dapat. Ini fahaman sesat, khurafat yang kita perlu buang habis... [Tepuk] Kita meminta ke atas hak dan bukan ke atas parti. Ini lah Kerajaan BN yang mengatakan rakyat didahulukan, hanya rakyat wakil rakyat BN sahaja, jika wakil rakyat pembangkang jangan didahulukan biar depa mampus dekat tempat mereka.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi, saya mohon supaya sekali lagi peruntukan Ahli Parlimen tidak kira pembangkang ataupun kerajaan diberikan haknya supaya kami dapat khidmat dan dapat kami dahulukan rakyat dan dengan itu sekian terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Labuan ya?
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan Bajet 2010 pada kali ini.
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri di atas pembentangan Bajet 2010 yang jelas sekali merupakan bajet prihatin.
Sesuai sekali dengan temanya ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’. Tahniah juga saya ucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana mendapat tanggungjawab yang lebih dan diharapkan turut mendapat peruntukan yang lebih dengan nama baru Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Tuan Yang di-Pertua, membahaskan mengenai strategi pertama seperti mana yang ditumpukan di dalam Bajet 2010 iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, dalam usaha berterusan kerajaan menggalakkan industri pembinaan negara, pengumuman peruntukkan lebih dari RM9 bilion disediakan untuk membiayai pelbagai projek infrastruktur amat lah dialu-alukan. Kerajaan juga bakal membelanjakan RM899 juta untuk kemudahan rel, RM276 juta untuk projek lapangan terbang, dan RM821 juta untuk pelabuhan dan perkhidmatan laut.
Ingin saya mencadangkan agar sekiranya dapat dimasukkan dalam peruntukan sebanyak RM820 juta tersebut pembinaan sebuah iaitu peruntukan untuk perkhidmatan laut. Di mana Labuan juga memerlukan sebuah terminal feri pengangkutan kenderaan yang baru. Ini adalah untuk menggantikan terminal yang ada sekarang yang telah lama cukup daif dan usang yang berada di tengah lokasi bandar sehingga menjadikan penyebab masalah lalu lintas yang sesak di bandar Labuan.
Oleh itu, dengan peruntukan sedemikian sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi di Pulau Labuan itu sendiri. Seperti mana yang kita semua maklum, kajian AIA bersepadu terhadap cadangan ini telah pun disempurnakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2006 yang lalu. Akan tetapi, apa yang kita lihat peruntukkan ini belum sempat disalurkan ke Labuan untuk pembinaan terminal feri tersebut.
Jadi, ini lah satu masalah besar kepada kita di Labuan. Mengenai sistem pengangkutan di Labuan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin highlight sedikit. Pada mulanya sistem pengangkutan laut di Labuan terutamanya pengangkutan feri kenderaan yang mana sudah pun bertahun-tahun masalahnya dihadapi oleh penduduk Labuan. Ini asalnya adalah disebabkan adanya konsesi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada sebuah syarikat untuk melaksanakan pengangkutan kereta di antara Labuan dan Menumbok.
Jika tidak silap, saya juga difahamkan konsesi tersebut akan tamat tempohnya pada tahun 2010. Kami orang-orang Labuan, sebagai wakil rakyat Labuan betul-betul mengharapkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah supaya masalah yang bertahun-tahun ini dapat diselesaikan. Masalah ini juga telah pun disuarakan oleh dua mantan Ahli Parlimen yang lalu sehinggalah ini adalah Ahli Parlimen ketiga masih masalah tersebut belum dapat diselesaikan. Apakah perkara yang sedemikian jika dikirakan perkara ini tidak terlalu besar antara dua negeri sahaja iaitu antara Wilayah dan juga Kerajaan Negeri Sabah? Apa yang kita difahamkan masalahnya adalah Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat memberikan landing right di kawasan tanah besar negeri Sabah iaitu di pelabuhan Menumbok.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Ini satu puncanya kerana pada asalnya, ferry’s operation dilaksanakan oleh Dermaga Pelabuhan Negeri Sabah dan diserahkan kepada swasta. Akan tetapi jikalau sistem monopoli ini dijalankan dengan baik umpamanya seperti antara Pulau Pinang dan Butterworth yang dilaksanakan oleh PPC, kerana servis yang diberikan cukup baik dan tiada masalah.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Akan tetapi monopoli yang ada di Labuan cukup menyeksa rakyat Labuan, kerana apabila pada waktu-waktu perayaan sudah jelas feri tersebut tidak dapat menampung kenderaan-kenderaan yang akan ke negeri Sabah, mahupun mereka daripada negeri Sabah ke Pulau Labuan.
Kalau kita lihat peruntukan yang begitu besar untuk memperbaiki sistem pengangkutan, kenapakah sistem pengangkutan yang begitu mudah dan juga kalau dikirakan perkara ini bukan perkara yang terlalu berat, kenapa kita tidak dapat selesaikan?
Kalau di Semenanjung semua pengangkutan darat, pengangkutan rel kereta api dan sebagainya, semuanya adalah canggih, tetapi kami di Labuan cukup merana dan terseksa dengan sistem pengangkutan yang begitu buruk, yang tidak dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat Labuan.
Perkara ini sudah berlalu selama bertahun-tahun, malah hampir 10 tahun sejak konsesi diberikan kepada sebuah syarikat yang direstui oleh Kerajaan Negeri Sabah. Oleh itu kita memohon jasa baik kementerian, usahakan demi kebaikan orang Labuan, demi penyokong kuat Barisan Nasional di Labuan supaya masalah ini dapat di atasi pada tahun 2010. Itu yang kita harapkan.
Perkara kedua iaitu sistem pendidikan di Labuan. Kita juga mengharapkan dengan peruntukan yang begitu banyak, dimana kerajaan telah memperuntukkan RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran, kami juga sekali lagi mengharapkan Labuan juga diberikan pertimbangan kerana kalau kita lihat di Labuan kita ada sebuah universiti di Labuan iaitu cabang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa. Bagi kita di Labuan juga mengharapkan supaya universiti tersebut dapat dijadikan 4-flat university.
Jadi kalau ia menjadi universiti yang tersendiri sekurang-kurangnya banyak jurusan yang dapat kita adakan di universiti tersebut kerana salah satu daripada jurusan yang saya rasa cukup sesuai adalah jurusan untuk oil and gas industries, marine engineering, offshore engineering dan sebagainya kerana di hadapan mata kita di Labuan sendiri telah pun diiktiraf sebagai oil and gas hub oleh kerajaan. Jadi untuk kita melaksanakan praktikal di dalam universiti saya rasa di hadapan mata kita sudah ada facilities untuk kita melaksanakan praktikal tersebut. Kita juga mengharapkan perkara ini dapat direalisasikan dalam masa... Kalau tidak diselesaikan dalam tahun 2010 sekurang- kurangnya peruntukan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh dapat dilaksanakan.
Mengenai strategi yang ketiga iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat. Saya bersyukur dan alhamdulillah, kita melihat kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana mendapat perhatian dan peruntukan lebih dalam bajet 2010 iaitu dalam usaha memperkasakan pasaran luar bandar dan pedalaman, semoga peruntukan sebanyak RM2.3 bilion kali ini benar-benar akan memberikan manfaat dan dirasai oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Usaha murni kerajaan menambahkan pengangkutan awam ini mengambil langkah yang baik semoga ia akan kita dapat nikmati bersama.
Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, saya juga merasa terkilan dan bersyukur di atas usaha kerajaan menangani kemiskinan bandar yang berjaya dan perkhabaran yang istimewa kerajaan yang prihatin dan peruntukan sejumlah berjuta-juta ringgit bagi melaksanakan program kemiskinan bandar yang amat ketara dan kena pada masanya. Akan tetapi saya merasa dengan peruntukan yang sedikit kemungkinan tidak mencukupi dan diharapkan kerajaan dapat memberikan peruntukan yang lebih kerana apa yang kita lihat peruntukan untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, kerana skop yang dihadapi oleh kementerian adalah lebih besar kerana ditambah dengan kesejahteraan bandar.
Saya yakin dan percaya kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang baru ini jelas sensitif terhadap keperluan rakyat, dalam masa yang sama tidak akan terlepas pandang akan kita di Labuan dengan memberikan fokus dan penekanan yang lebih kepada Labuan dalam menyediakan pelan tindakan yang komprehensif melalui peruntukan-peruntukan untuk tahun 2010.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Mengenai keistimewaan yang diberikan apa yang kita lihat Sabah dan Sarawak dan juga negeri-negeri lain mempunyai koridor yang ada, tetapi kita di Labuan oleh sebab kedudukan di Labuan adalah di antara Sabah dan Sarawak, di mana hala tuju kita? Apa yang kita dapat nikmati daripada koridor yang diberikan oleh kerajaan kepada kedua-dua negeri ini?
Jadi kita mengharapkan semoga dengan adanya koridor ini dapat dilimpahkan ataupun disalurkan sedikit sebanyak peruntukan kepada Labuan kerana kedudukan Labuan secara geografinya adalah di antara Sabah dan Sarawak. Akan tetapi kedudukan kita dalam hak administrasi kita adalah di bawah Wilayah Persekutuan. Oleh itu, apa yang kadang-kadang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak tidak dapat dinikmati oleh Labuan itu sendiri. Oleh yang demikian, apabila ada permohonan pembangunan koridor wilayah, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion, bukan sahaja Labuan tidak mendapat sebarang manfaat terhadap lima koridor pembangunan lain, tetapi bagaimana dengan layanan istimewa seperti Putrajaya dan Cyberjaya walaupun tidak mempunyai koridor wilayah tetapi mereka diberikan peruntukan yang istimewa.
Kalau kita lihat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lalu untuk meningkatkan perniagaan komersial dan rekreasi antara projek utama yang akan dilaksanakan di Putrajaya adalah pembinaan hypermarket, sekolah antarabangsa, galeri seni, muzium dan lain-lain. Manakala Cyberjaya antara projek yang akan dilaksanakan ialah pembinaan rumah mampu milik, hypermarket, kompleks perniagaan, kemudahan pusat parkir dan yang lain-lain.
Akan tetapi kita di Labuan senyap dan sunyi sahaja, walaupun tempat lain ada koridor, Putrajaya dan Cyberjaya kedudukannya... Putrajaya juga adalah salah sebuah daripada wilayah mendapat keistimewaan, mungkin Kuala Lumpur apatah lagi. Akan tetapi bagaimana dengan kita di Labuan? Walaupun kita di Labuan sebuah Wilayah Persekutuan yang jauh daripada Kuala Lumpur sekurang-kurangnya keistimewaan serba sedikit dapat diberikan. Jangan cuma walaupun istilahnya jauh di mata tetapi kerajaan harus melihat konsep dekat di hati. Jangan kita hanya tidur sebantal, sama-sama satu wilayah tetapi mimpi berlainan. Jadi oleh itu biar kita tidur sebantal dan mimpi sama-sama kerana kedudukan kita sebagai Wilayah Persekutuan harus juga diperhatikan.
Mengenai dengan sistem pengangkutan tadi, selain daripada sistem pengangkutan laut saya juga ingin menyuarakan kepada Kementerian Pengangkutan tentang pengangkutan udara yang kita hadapi di Labuan. Untuk pengangkutan antara Labuan dan Kuala Lumpur saya rasa sudah mencukupi. Ini kerana kita ada tiga penerbangan langsung daripada Kuala Lumpur ke Labuan dan Labuan ke Kuala Lumpur, dua daripadanya dilaksanakan oleh Malaysia Airline System (MAS) dan juga satu oleh AirAsia.
Akan tetapi bagaimana pula penerbangan di antara Labuan ke Kota Kinabalu dan Labuan ke Miri, kerana Labuan adalah sebuah pulau. Sistem pengangkutan kalau bukan daripada kapal laut kita harus menggunakan kapal terbang. Jadi ini harus diperhatikan sekali lagi kerana di antara Labuan dan Kota Kinabalu, kalau kita lihat pengangkutan penerbangan tidak mencukupi dan kos pengangkutan atau tambang perjalanan ini yang cuma 25 minit dengan harga pengangkutan atau tiket sebanyak kalau tidak salah RM260.
Ini bagi orang biasa cukup mahal dengan hanya 25 minit kita perlu membayar sebanyak RM260.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Saya rasa kalau daripada Pulau Pinang ke KL atau ke mana pun, tidak semahal itu. Jadi fikirlah, sebab kita di Labuan ini bukan rakyat yang diistilahkan ‘rakyat kelas pertama’, yang rata-rata mempunyai pendapatan per kapita tinggi, tidak. Kerana kita juga seperti rakyat di Sabah dan Sarawak, ekonomi kita cukup tidak begitu baik, maksudnya cukup rendah, banyak yang miskin, rata-rata adalah orang-orang yang berpendapatan sederhana, tetapi dengan pengangkutan yang sedemikian kita tidak mempunyai pilihan, kadang-kadang membayar mahal walaupun keadaan terpaksa. Ini kerana, saya rasa kerajaan harus melihat apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun Labuan berbunyi bersih, ya alhamdulillah, Labuan sebuah pulau yang bersih, oil and gas punya hab, IOFC dan sebagainya.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Akan tetapi apa yang ada di dalamnya cukup menderita, kerana kita juga harus menikmati kedudukan ekonomi yang baik seperti mana di tempat-tempat lain.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin mengucapkan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang telah pun memperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion untuk pembangunan luar bandar, kita faham bahawa sebahagian besar peruntukan tersebut kemungkinan besar akan disalurkan ke Sabah dan Sarawak, saya ucapkan terima kasih.
Akan tetapi jangan lupa kita di Labuan, kedudukan antara Sabah dan Sarawak walaupun Labuan adalah sebuah Wilayah Persekutuan.
Jadi apa yang saya hendak highlight atau jelaskan di sini mungkin pembangunan kampung sudah cukup bagus di Labuan, kerana rata-rata pembangunan yang diberikan oleh kerajaan begitu meyakinkan rakyat dan pengundi di Labuan, yang mana setiap kampung, jika terdapat dua buah rumah, rata-rata telah diberikan jalan simen dan sebagainya. Saya rasa infrastructure yang sebegitu baik, yang dialu-alukan daripada Kerajaan Barisan Nasional tetapi yang masih ketinggalan juga diharapkan adalah pembangunan penduduk yang mendiami kampung air.
Labuan agak unik sedikit, kerana mempunyai tiga kampung. Iaitu kampung Bebulaoh, kampung Rancha-Rancha Laut 1 dan Kampung Patau-Patau. Oleh itu ketiga-tiga kampung air ini satu sudah pun dibangunkan oleh kerajaan dengan memberikan jambatan simen kepada kampung air tersebut, dan rata-rata kampung air didiami oleh suku kaum Brunei, dan dua kampung lagi saya mengharapkan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah ini memberikan sedikit perhatian dan peruntukan untuk membangunkan kampung air ini supaya sedikit sebanyak mereka tidak akan ketinggalan dari segi pembangunan, dan juga biasanya kampung air ini dapat kita jadikan satu pusat pelancongan, yang mana tidak terdapat banyak kampung air di Malaysia ini kecuali saya rasa di Sabah dan juga Labuan. Oleh sebab itu saya rasa berilah peruntukan, salurkanlah peruntukan tersebut untuk pembangunan kampung air supaya mereka juga dapat menikmati apa yang dinikmati oleh penduduk-penduduk yang ada di darat.
Seperti mana yang saya nyatakan tadi, untuk pengangkutan laut, pengangkutan udara, kita berharap kerajaan dapat memberikan perhatian kerana apa yang kita lihat kerajaan juga cukup prihatin untuk membangunkan Airport Labuan yang telah pun membelanjakan pembangunan atau upgrading airport tersebut sebanyak RM300 juta, tetapi apa halnya kalau hanya airport sahaja yang dibangunkan tetapi sistem pengangkutan tidak begitu baik. Apa yang saya harapkan kerajaan mesti mengambil sedikit insentif supaya penambahan penerbangan antara Labuan dan Kota Kinabalu serta berikanlah apa cara supaya tambang antara Labuan dan Kota Kinabalu jauh lebih murah berbanding apa yang ada sekarang. Kerana apa yang kita lihat pembangunan airport cukup baik daripada Boeing 737 boleh mendarat sehinggakan sekarang dengan pembangunan yang baru, Boeing 747 sudah boleh mendarat dan kalau kita perhatikan, dengan pulau yang begitu sederhana, dengan airport yang mempunyai aerobridge, yang rata-ratanya setiap waktu, setiap kali kapal mendarat, aerobridge tidak sepenuhnya digunakan, paling maksimum pun saya rasa cuma dua aerobridge yang digunakan manakala yang dua masih kosong, jadi ini bermakna...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Gulung Yang Berhormat.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Airport Pulau Labuan walaupun canggih tetapi underutilize, dengan izin. Oleh itu saya mengharap kerajaan akan dapat memberikan perhatian yang begitu baik untuk Pulau Labuan dengan statusnya sebagai Wilayah Persekutuan serta kedudukan International Business Centre di Labuan, yang mana kita harapkan dengan adanya penerbangan yang begitu baik, investors dari luar juga akan dapat melabur di Labuan. Seterusnya, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Kepada kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Bagi saya satu minit Tuan Yang di- Pertua. Kementerian kerana memberikan perhatian tentang masalah air di Labuan, oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang mana telah berusaha untuk menyediakan telaga tiub sebanyak 14 unit telaga tiub untuk menampung kekurangan air di Labuan. Jadi akhir kata saya ucapkan berbanyak- banyak terima kasih.
Saya juga selaku Ahli Parlimen Labuan meletakkan harapan yang begitu tinggi supaya peruntukan-peruntukan khas diberikan kepada Labuan dalam Bajet 2010 agar Labuan tidak tercicir jauh ke belakang jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah yang lain di Malaysia ini. Sekian terima kasih, saya turut menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu menyertai perbahasan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertemakan ‘1Malaysia Kemakmuran Bersama’, tema ini memang manis dipandang tetapi rasanya belum semestinya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata sebagai pihak pemerintah yang telah diberikan amanah, kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama, saya akan kemukakan beberapa perkara dan pandangan untuk pihak kerajaan menjelaskan bagaimana mereka boleh menunaikan janji ini.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menyentuh sedikit mengenai KPI, NKRA dan PEMANDU, yang sering kali ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri KPI, sebagai bukti serius, budaya kebertanggungjawaban dan komitmen anggota pentadbiran dan penjawat-penjawat awam dalam melunaskan urusan negara yang mementingkan kesejahteraan dan keperluan rakyat.
Saya ingin mencadangkan untuk menunjukkan Barisan Nasional begitu serius dan terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha ini, semua laporan dan assessment KPI, NKRA atau laporan PEMANDU akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, satu badan perundangan yang tertinggi menjadi 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, ini akan memberi peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat menyertainya dan membantu YAB Perdana Menteri membuat keputusan yang tepat serta tindakan yang berkesan, bukankah Dewan yang mulia ini badan yang paling sesuai untuk memantau usaha kerajaan ini. Tuan Yang di-Pertua, demi memajukan sektor pertanian, satu peruntukan sejumlah RM6 bilion akan digunakan untuk sektor ini, di antara programnya peruntukan sejumlah RM58 juta telah dikhaskan untuk membangunkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Melaka, kalau belum habis, duduk dahulu yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sambung lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada sesi pagi ditangguhkan dahulu dan mesyuarat Dewan hari ini akan disambung semula pada jam 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dijemput Yang Berhormat Kota Melaka untuk menyambung perbahasan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa Dewan ditangguhkan saya sedang berbahas dalam sektor pertanian iaitu mengenai satu peruntukan sejumlah RM6 bilion yang akan digunakan untuk sektor ini. Di antara program- program yang diaturkan, peruntukan sejumlah RM58 juta yang telah dikhaskan untuk membangunkan prasarana, keperluan asas ladang ternakan dan juga mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya bagaimana dengan daging ayam dan daging babi? Adakah program juga telah diaturkan?. Kalau tidak bagaimana Kerajaan Barisan Nasional boleh benar-benar mengamalkan konsep Gagasan 1Malaysia yang rakyat berbilang kaum, berbilang agama akan didahulukan sama rata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu tentang semua jenis subsidi dan bantuan kewangan, bantuan teknologi dan bantuan lain-lain seperti soft loan atau geran untuk sektor ternakan ini. Bagaimanakah dengan program mencegah pencemaran alam sekitar? Sila nyatakan projek infrastruktur dan teknologi tinggi dan moden yang akan diguna demi usaha ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada sektor perikanan. Saya difahamkan peruntukan sejumlah RM107.5 juta disediakan untuk bayaran insentif hasil tangkapan nelayan. Bolehkah kementerian memberitahu anggaran keperluan hasil-hasil laut seluruh Malaysia dan peratusan yang datang dari tangkapan nelayan kita dan juga import termasuk kosnya dan juga dari negara asal manakah? Bolehkah Dewan yang mulia ini, dibekalkan dengan maklumat dan perbandingan hasil tangkapan nelayan untuk sepuluh tahun kebelakangan ini terutama saya harap untuk dapat angka bagi negeri Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat salah satu sebab utama hasil tangkapan nelayan merosot ialah kerana projek tambak laut di negeri Melaka beribu ekar laut sepanjang pantai telah ditambak. Ini telah mengakibatkan kawasan untuk nelayan menangkap hasil laut semakin berkurangan kerana lubuk ikan telah dirosakkan. Seluruh sistem ekologi pun berubah. Ramai nelayan terpaksa mencari rezeki yang lain atau terpaksa kerja sambilan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kementerian menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk memperkembangkan sektor perikanan. Bagaimana dengan kawasan Zon Industri Akuakultur? Pembinaan tukun tiruan dan lain-lain kemudahan infrastruktur dan juga peralatan-peralatan dan teknologi baru untuk memodenkan operasi menangkap ikan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam maklumat yang saya dapat dari Dewan Negeri iaitu kawasan taman laut ini akan dimajukan dengan projek perumahan, kediaman komersial dan juga lain-lain projek. Akan tetapi, tambak laut ini yang mengakibatkan dan menjejaskan pendapatan atau cara hidup nelayan ini, langsung tidak satu projek yang dapat memberi peluang kepada para nelayan supaya mereka dapat sekurang-kurangnya dapat satu peluang untuk meneruskan pendapatan mereka jika ada. Bagi peluang kepada nelayan, maka saya ingat mereka boleh ada peluang dapatkan pendapatan yang lebih lumayan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada sektor industri halal. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mempergiatkan industri halal dan juga memandangkan golongan bukan Islam yang terus berminat terhadap produk halal semakin meningkat. Saya ingin tanya kementerian, selain dari JAKIM adakah badan lain atau institusi lain juga boleh mengeluarkan sijil? Adakah sijil ini juga di iktiraf oleh kerajaan. Saya juga ingin tahu undang-undang mana yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan dan apakah hukuman atas kesalahan?.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu contoh, saya ingin tanya kementerian adakah Islamic Food Research Centre diberi kuasa atau kedudukan untuk mengeluarkan sijil halal untuk certificate untuk halal product? Apakah tindakan atau akan diambil oleh kementerian untuk membetulkan keadaan ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua perkara yang ringkas sahaja, iaitu memandangkan Kementerian Dalam Negeri, telah memberikan beberapa kenyataan atas KPI untuk kementerian ini iaitu salah satu KPI yang akan mereka pastikan iaitu tentang mengurangkan masa untuk meluluskan atau memproses permohonan untuk kewarganegaraan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya ingin tanya pihak kementerian atas satu permohonan yang telah dibangkitkan dalam laporan media iaitu seorang dari Melaka dari kawasan saya, Tan Soon Hoe, berumur 57 tahun beranak di Bakri Muar Johor. Rujukan kementerian ialah 0403101120011105-145809-14. Kad pengenalan merah beliau ialah 520731-01-5871.
Tuan Yang di-Pertua, Encik Tan ini sudah tunggu selama 45 tahun untuk mendapatkan IC biru. Encik Tan ini ada sembilan adik-beradik dan semua warga negara kerana beranak di Melaka dan ibu bapa pun beranak di Malaysia dan juga IC biru. Beliau juga kahwin dengan empat anak dan semua warga Malaysia. Sekeluarga hanya dia seorang sahaja. Oleh kerana datang dari satu keluarga yang miskin beliau hanya mendapat pendidikan empat tahun sahaja dalam sekolah rendah Cina dan boleh faham dalam bahasa Malaysia tetapi secara pasar sahaja. Sampai tahun ini masih terima surat dari kementerian untuk ambil ujian pada 14 Julai tahun ini masih terima surat untuk ambil ujian bahasa Melayu. Oleh sebab itu saya minta kementerian ini. Sudah cukuplah tunggu sampai sekarang 57 tahun sudah jadi datuk masih tidak dapat diluluskan. Seorang yang beranak di negara kita hanya kerana beranak di Muar sebab itu telah tidak diberikan kewarganegaraan. Ini adalah amat tidak adil. Saya berharap kementerian dapat mempercepatkan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berundur saya hendak bercakap seperkara yang akhir iaitu tentang Kementerian Pengangkutan. Saya ada dua perkara dan ingin minta penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan iaitu sungguhpun kita amat setuju kerajaan membangunkan sektor pengangkutan awam tetapi rasionalnya ataupun asas pertimbangannya mestilah disokong. Di bandar raya seperti Melaka yang kecil ini, jika kerajaan membangunkan sektor pengangkutan awam seperti teksi atau bas, saya amat menyokong. Akan tetapi baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka sedang mengusahakan satu projek iaitu aeroirail yang akan bernilai RM12.5 bilion, iaitu hanya 20 kilometer satu aerorail dari Air Keroh ke Bandaraya Melaka.
Saya ingin bertanya adakah Kementerian Pengangkutan sudah luluskan projek ini dan apakah rasional ataupun asas pertimbangan? Begitu juga yang akhir tentang satu projek mega iaitu satu jambatan yang akan menyambung Teluk Gong di Melaka ke Dumai, Indonesia sejauh 48 kilometer yang akan bernilai 12.5 bilion USD iaitu Dolar Amerika. Now, adakah projek ini juga mendapat perhatian dari kementerian dan adakah kementerian menyokong projek ini? Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Johor Bahru.
Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga turut ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai belanjawan. Di dalam soal ini dari segi pemerhatian saya, saya rasa kita harus juga memberi sedikit tumpuan kepada proses dan juga amalan di dalam Parlimen. Lebih-lebih lagi dalam kaedah dan suasana di mana begitu banyak pembaharuan dan reformasi yang sudah dicadangkan oleh kerajaan.
Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru
Sungguhpun ia juga terdapat di dalam pembentangan bajet tetapi tidak kita kelihatan tindakan yang patut kita sendiri sebagai Parlimen mengambil untuk naikkan balik atau memperkukuhkan proses dan amalan di dalam Parlimen kita sendiri.
Saya ingin merujuk secara khasnya kepada penubuhan jawatankuasa di dalam Parlimen bagi melihat kepada etika atau kod etika bagi Ahli-ahli Parlimen kerana kita sering di dalam Parlimen membahaskan tentang kod etika atau merujuk kepada kod etika yang dikenakan kepada berbagai-bagai institusi yang lain sedangkan dalam perbahasan itu kita sendiri belum lagi mempunyai kod etika walaupun ia sudah dicadangkan di dalam Pelan Integriti Nasional yang dibentangkan pada penggal yang lalu.
Jadi saya berharap bahawa pihak Parlimen melalui Ketua Dewannya dan juga segala Ahli-ahli yang lain dilibatkan kepada membincangkan bagaimana dapat diwujudkan satu kod etika bagi Ahli-ahli Parlimen supaya saya percaya dalam cara ini kita dapat menaikkan lagi martabat dan sokongan serta penghormatan kepada Ahli-ahli Parlimen yang jelas menunjukkan apa yang patut kita lakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Ianya sudah pun dimulakan pada penggal yang lalu tetapi ketinggalan begitu sahaja.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada cadangan untuk diadakan gelombang yang kedua bagi penswastaan. Dari segi pengalaman saya sebagai seorang Ahli Parlimen biasa di kawasan Parlimen Johor Bahru, begitu banyak masalah yang terbit daripada amalan penswastaan yang disebutkan sebagai penswastaan yang akhirnya kelihatan sebagai usaha untuk mewujudkan golongan yang boleh dikatakan sebagai businessman ataupun ahli perniagaan yang kaya dan yang berjaya. Akan tetapi malangnya kesan kepada projek-projek penswastaan apabila ia terbengkalai ataupun gagal ialah kepada golongan masyarakat yang besar. Oleh sebab itu saya menyambut baik pendekatan yang menekankan kepada outcome ataupun kesudahan dan hasilnya di dalam perancangan kerajaan.
Maka di dalam kita hendak melaksanakan gelombang yang kedua bagi penswastaan, haruslah kerajaan di dalam menimbangkan aktiviti atau kegiatan kerajaan yang hendak diswastakan ataupun aset kerajaan yang hendak diswastakan, haruslah dibuat secara yang lebih terbuka, pertamanya. Tidak menunggu kepada cadangan atau rancangan yang bakal diterima berasaskan semata-mata dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada first come, first serve kerana kaedah first come, first serve ini tentunya bagi mereka yang lebih rapat, merekalah yang lebih cepat.
Jadi oleh hal yang demikian, apa yang hendak dicadangkan untuk diswastakan haruslah dilaksanakan secara yang terbuka melalui pengiklanan dan juga ditapis kepada semua peserta yang layak mengikut kriteria-kriteria yang boleh membawa kepada kejayaan kepada penswastaan itu. Dengan cara ini, saya percaya bahawa outcome yang diharapkan dengan izin ataupun hasil yang diharapkan daripada gelombang kedua penswastaan akan dapat dinikmati kepada masyarakat dan rakyat dan tidaklah sebagai satu platform atau satu usaha untuk mewujudkan entrepreneur atau usahawan yang datangnya daripada tanpa kelayakan malahan semata-mata kerana mereka mempunyai pengetahuan dan hubungan yang rapat dengan pihak kerajaan.
Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru
Ke arah keterbukaan tentunya saya percaya bahawa kita harus mengutamakan outcome dan kejayaannya juga harus dinilai daripada outcome. Akan tetapi ke arah mencapai hasil dan outcome itu tentu prosesnya juga haruslah kelihatan terbuka, adil, dan terhad kepada mereka yang benar-benar menepati kriteria dan kelayakan dan bukan kepada mereka yang mempunyai idea atau terlalu rapat dengan pihak-pihak yang membuat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah bertujuan untuk bercakap lama hanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merujuk kepada soal ekonomi kita khususnya kepada kedudukan mata wang kita iaitu Ringgit Malaysia. Saya rasa sebagai sebuah negara yang begitu terbuka di mana sebahagian besar daripada makanan kita diimport dari luar negara. Daripada susu, gula, tepung dan sampai kepada daging lembu, ikan dan beras pun juga diimport.
Dato’ Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru
Sehinggakan yang tidak diimport terutamanya ialah hanya daging ayam semata- mata dengan tolak ke tepi soal kepak ayam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia di Sabah. Saya rasa hampir 80 peratus keperluan makanan kita diimport dari luar negara.
Dalam keadaan ini tentunya dengan nilai Ringgit kita yang tidak kukuh menyebabkan bahawa kualiti hidup kita sebagai rakyat Malaysia juga turut terjejas. Setelah kita melalui daripada kaedah di mana Ringgit kita dikawal kepada RM3.80 sekarang sudah naik kepada RM3.41, RM3.42 sen bagi USD1. Saya rasa bahawa ada kemungkinannya bahawa Ringgit kita lagi diteguhkan. Lebih-lebih lagi kalau kita melihat kepada angka-angka kedatangan pelancong dan juga dari segi perdagangan eksport kita dengan keadaan di mana sudah pun begitu kukuh rizab negara haruslah nilai ringgit kita dapat diperkukuhkan lagi.
Saya bimbang bahawa dengan cara atau strategi kita hendak samakan atau gabungkan nilai kita dengan nilai Renminbi atau Yuan mungkin ia akan melemahkan ataupun merendahkan nilai ringgit kita dan kesudahannya daripada impak kepada nilai ringgit yang rendah ini bermakna kita sendiri secara tidak langsung memberi subsidi kepada mereka yang mengimport barangan kita dan juga pelancong-pelancong yang datang kepada negara kita. Kita harus hentikan keadaan di mana kita dengan sengaja cheapened atau memurahkan lagi nilai dalam negara kita kerana nilai ringgit yang kuat itu dapat memberikan kuasa pembelian yang lebih luas bagi rakyat untuk mereka meningkatkan kualiti hidup mereka.
Di samping itu juga harus diteruskan keadaan di mana ekonomi negara sedikit demi sedikit sudah pun diliberalisasikan, terutamanya dengan kawalan harga import dua barangan utama iaitu besi waja dan simen sudah pun dihapuskan kaedah kawalan harga dan kawalan import. Saya berharap bahawa liberalisasi ini dapat diperluaskan kepada barang-barang lain yang masih dikawal harganya dan dikawal import. Terutamanya kalau dilihat kepada gula pasir dan juga kepada tepung gandum mungkin di antara keduanya masih boleh kita melihat bagaimana kita dapat membuka pasaran kita.
Tepung umpamanya yang boleh diimport dengan harga yang sepatutnya lebih tinggi kerana kita mengawal harga di pasaran tempatan. Akan tetapi kalau dibuangkan sekatan import itu bermakna rakyat mungkin dapat pilihan-pilihan yang lain. Tentunya seiring dengan ini kita akan melihat bahawa keperluan kepada pihak Kastam dan pihak agensi kerajaan untuk mengadakan kawalan mutu, penetapan mutu dan juga pemeriksaan mutu yang lebih luas dan lebih kuat untuk menentukan bahawa pengimportan kepada barangan yang diliberalisasikan pengimportan mereka menepati dengan mutu yang diperlukan oleh negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah pandangan-pandangan saya dari segi dasar perbahasan bajet. Saya tengok ramai yang berdiri. Mungkin saya ucapkan terima kasih di atas peluang untuk saya berbahas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
[Ketua Pembangkang masuk mengambil tempat duduk di Dewan]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ketua Pembangkang membawa rahmat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Inilah berkawan dengan mereka yang baik memperjuangkan negara dan rakyat, kita pun dapatlah cebisan tuah dari mereka.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya satu peluang untuk sama-sama berdebat mengenai bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita. Saya ada beberapa perkara yang mahu dibawa khususnya kepada perhatian bahawa di negara kita pendidikan diberi keutamaan oleh semua. Akan tetapi apa yang berlaku adalah saya melihat ada double standard dalam pendidikan, dalam proses agihan kepada pendidikan di sekolah-sekolah negara ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sekolah-sekolah Tamil banyak yang masih lagi walaupun Perdana Menteri kita mengumumkan bajet hampir-hampir RM200 bilion tetapi sekolah-sekolah Tamil, mereka masih lagi berhubung dengan sekolah-sekolah lain untuk mendapatkan meja dan kerusi secondhand – yang sudah terpakai. Sekolah lain dapat yang baru mereka tidak pakai yang lama mereka beri kepada sekolah-sekolah Tamil.
Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya mengambil perhatian dalam perkara ini. Juga dalam Dewan yang mulia ini telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Sekolah Tamil Paya Besar selepas puluhan tahun diminta oleh rakyat negeri Kedah dan Padang Serai serta Lunas, sudah ada kelulusan untuk membina sebuah sekolah di Paya Besar, Kulim. Akan tetapi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan yang mulia ini bahawa projek pembinaan akan mengambil tempat pada penghujung tahun ini tetapi kita tidak nampak apa-apa pun. Janganlah ini menjadi satu lagi kenyataan seperti apa yang mereka lakukan puluhan kali di mana bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu sendiri beberapa kali pergi ke sana pecah tanah dan sebagainya akan tetapi bangunan tidak naik. Jadi kali ini saya harap sekolah yang dijanjikan itu akan naik.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita dengan pendapatan yang begitu besar daripada petroleum menunjukkan bahawa kita ada banyak duit untuk dibelanjakan. Akan tetapi duit yang seharusnya dibelanjakan itu mestilah memadai dan dipergunakan untuk rakyat jelata.
Saya harap kerajaan ini akan menuju ke satu arah di mana pendidikan percuma diberikan kepada semua orang sehinggalah mereka mencapai tempat di universiti. Seandainya ini berlaku ia menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat tentang kebajikan rakyat di negara ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya juga memohon agar kerajaan memastikan bahawa rawatan perubatan juga diberi percuma kepada semua orang. Hari ini rawatan perubatan bagaikan satu perkara yang mewah kepada rakyat negara ini sehinggakan beribu-ribu ringgit perlu dibelanjakan di hospital-hospital swasta kerana mereka tidak mendapat rawatan yang sempurna daripada hospital-hospital kerajaan. Jadi, saya harap kerajaan sebagai menuju kepada negara kebajikan, memberi rawatan percuma kepada semua orang. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya dengar rintihan daripada rakan saya daripada Serian, Sarawak di mana semasa kerajaan membentangkan satu bajet RM190 bilion lebih, hanya 30 peratus sahaja rakyat di kawasan Serian mendapat air yang sudah dirawat.
Kalau satu kawasan Serian yang begitu hampir dengan Kuching, di satu kawasan di dalam pinggiran Bandar Kuching, hanya 30 peratus rakyat yang mendapat air yang sudah dirawat. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, saya percaya di seluruh negeri Sarawak, kurang daripada 20 peratus rakyatnya mendapat air yang dirawat. Ini cukup sedih dan saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua... Perdana Menteri umumkan RM1.5 bilion untuk selamatkan lebih 170 syarikat. Saya cadangkan dan saya harap rakan-rakan daripada sebelah sana akan bersetuju dengan saya bahawa kita minta kerajaan salurkan RM1.5 bilion ini kepada rakyat Sarawak supaya semua rakyat Sabah dan Sarawak mendapat air yang sudah dirawat.
Cukup sedih. Di negara yang dikatakan negara yang sudah membangun, kurang daripada 20 peratus rakyatnya mendapat air yang sudah dirawat. Inilah yang saya dengar daripada tangisan, titisan air mata rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Sarawak. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua, juga sedih di mana semasa kita sedang memberi agihan beratus-ratus juta untuk pendidikan... Saya pun melihat bahawa kerajaan telah memberikan hampir RM300 juta kepada MIED, iaitu Educational Arm of MIC dengan izin.
RM300 juta diberikan kepada MIED untuk membina Universiti Aimst tetapi apa yang saya dengar, RM100 juta daripada RM300 juta ini di hijack oleh Datuk Seri Samy Vellu dan disimpan dalam fixed deposit di Bank CIMB Jalan Tun Perak. RM100 juta.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Siapa itu, Datuk Seri Samy Vellu?
Tuan N.Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Menteri jawab bagaimana RM300 juta ini dibawa jalan? How the RM300 million was moved daripada kerajaan. RM100 juta yang seharusnya pergi kepada pembinaan universiti tapi disimpan atas nama MIED sebagai fixed deposit. Pada masa yang sama, MIED pula mengambil satu pinjaman berjumlah RM220 juta di mana mereka membayar 8.5 peratus hingga 10.5 peratus sebagai bunga. 8.5 percents to 10.5 percents as interest for the RM220 million that MIED took from Bank Pembangunan.
Padahal, dalam masa yang sama, RM100 juta disimpan sebagai fixed deposit dan fixed deposit ini hanya terima 3 peratus sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, 3 peratus itu mendatangkan RM3 juta setahun, tetapi bunga yang dibayar untuk RM220 juta itu lebih daripada RM20 juta. Seandainya RM100 juta ini digunakan untuk membayar RM220 juta itu, maka akan tinggal hanya RM100 juta lebih sebagai hutang dan bunga yang dibayar akan berkurangan lebih daripada RM10 juta. RM10 juta setahun ini boleh digunakan untuk mendidik beratus-ratus penuntut yang miskin di negara ini. Inilah duit yang disalurkan oleh kerajaan dan inilah caranya seorang bekas Menteri hijack duit yang seharusnya sampai kepada rakyat yang miskin.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini ada tiga orang Ahli Parlimen daripada MIC. Saya ajak mereka untuk bersuara demi kebenaran ini tetapi apa yang berlaku, mereka pun sama seperti menteri yang dilantik untuk KPI. Menteri KPI sendiri tidak hadir Dewan seperti rakan-rakan saya daripada Barisan Nasional semalam katakan. Tuan Yang di-Pertua, baru sekejap tadi saya baca dalam Internet mengenai sesuatu yang cukup sedih. Satu agensi ROS, sudah menjadi boneka kepada ahli-ahli politik dari Barisan Nasional. Kepada ahli politik daripada MCA, memperkuda ROS kah? Bagaimana sebelum satu mesyuarat CEC, keputusan boleh diberi sebegitu? Macam seperti diminta oleh Presiden MCA, presiden yang kalah dalam undi daripada pengundinya sendiri.
Ahli-ahli MCA sendiri sudah tolak. Mereka tidak dapat terima seorang menteri yang dikatakan terima RM10 juta sebagai rasuah dan dikatakan kononnya menteri ini setiap tahun mahu RM10 juta. Kami sebagai Ahli Parlimen tidak boleh turun ke jalanan. Pergi duduk di kedai sahaja mereka tanya, Dato’ Seri Ong Tee Keat tiap-tiap tahun mahu RM10 juta kah? Ini yang rakyat tanyakan. Apa Menteri-menteri kita buat? Simpan seorang yang perangai macam ini. Tuan Yang di-Pertua, saya harap tindakan-tindakan yang wajar, syarikat-syarikat seperti agensi SPRM, saya harap SPRM akan ambil tindakan terhadap Menteri dan orang-orang yang dikaitkan dengan rasuah seperti ini, bukan seperti mencari orang seperti Teoh Beng Hock, di mana laporan oleh pakar forensik daripada Thailand mengatakan bahawa Teoh Beng Hock ini dibunuh dan juga kita dengar macam-macam berlaku. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa katakan ini di mana saya terbaca ada juga benda yang dihulurkan dan ditujukan dalam dubur beliau. Ini semua perkara-perkara yang tidak boleh diterima dan macam mana satu kerajaan boleh mendiamkan diri.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang mereka ini selalu dituduh dalam mahkamah di sana-sini dan saya harap kali ini, pegawai-pegawai ini mengambil tindakan terhadap mereka yang korup. Mereka yang tidak menjalankan tugas mereka. harus dibawa ke muka pengadilan, bukannya kerajaan perlu pergi menghambat ahli-ahli politik hanya kerana mereka daripada pembangkang. Apa salahnya sekali-sekala Menteri-menteri seperti mereka ini yang kurang baik dalam kerja-kerja mereka ini seperti Menteri KPI dan Dato’ Seri Ong Tee Keat ini semua diambil tindakan.
Berilah orang rasa selamat. Mana mungkin satu masyarakat Cina yang telah berjaya menaikkan ekonomi negara ini bersama-sama menerima seorang yang korup seperti itu. Sama juga berlaku dalam RISDA. RISDA Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang sembilan tahun lalu, seorang ahli perniagaan dihampiri oleh RISDA supaya membantu satu syarikat Narsco. Setiap hari, ahli perniagaan daripada syarikat Natex ini membekalkan susu getah cair yang bernilai RM6.5 bilion. Akan tetapi, Narsco yang didalangi oleh RISDA... Bukan RISDA, Narsco dan pegawai-pegawai tinggi mereka, cuma satu dua pegawai daripada Narsco, pegawai tertingginya dan Ketua Pengarah RISDA.
Tuan N.Gobalakrishnan - Padang Serai
Mereka ini langsung tidak prihatin tentang ahli perniagaan ini sehinggakan ahli perniagaan ini yang pada hari ini sudah sembilan tahun dan sudah ada arahan mahkamah pun, tidak diperjelaskan hutang yang mereka ambil dari mereka.
Tuan N.Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini satu agensi kerajaan dan empat, lima Menteri silih berganti, tetapi sehingga hari ini tidak. Saya harap Menteri yang baru ini akan mengambil tindakan supaya perkara ini selesai dan ratusan pekebun yang bergantung kepada Natex Rubber ini ataupun Narsco menjelaskan dan mereka boleh diselamatkan. Saya harap bahawa ini semua akan diambil perhatian dan kita akan menuju kepada satu negara yang cukup baik untuk kita semua. Itu sahaja dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Katil.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hari ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan yang pada hari ini membuat keputusan memperluaskan lagi bayaran khas RM500 kepada semua kakitangan kerajaan dan pesara. Kalau sebelum ini, pesara wajib sahaja menerima, tetapi pada hari ini kerajaan meluluskan kepada semua kategori pesara, sama ada pesara wajib, pesara pilihan dan lain-lain sebab bersara. Ini merupakan satu keputusan yang baik kepada semua yang sepatutnya layak menerima bantuan khas ini telah dapat menerimanya.
Kedua, saya ingin menarik perhatian kepada rancangan kerajaan untuk pemeriksaan kenderaan yang berumur 15 tahun di PUSPAKOM. Berdasarkan kepada alasan-alasan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain yang tidak menyokong cadangan ini, saya juga mencadangkan supaya cadangan pemeriksaan kenderaan ini ditarik balik dan dibatalkan kerana ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan orang ramai... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kelmarin 1 November, Majlis Amanah Rakyat ada mengeluarkan notis di surat khabar Mingguan Malaysia, di mana peminjam-peminjam diminta menghubungi ibu pejabat MARA iaitu pelajar-pelajar kita untuk berunding mengenai hutang pinjaman pelajaran ataupun biasiswa MARA dan pinjaman komputer pelajar-pelajar MARA. Kalau dahulu, notis ini dikeluarkan untuk tuntutan hutang, tetapi hari ini notis ini dikeluarkan untuk berunding. Ini merupakan satu langkah yang bagus, yang baik yang dilaksanakan oleh MARA.
Ini bererti pelajar-pelajar yang disenaraikan namanya hendaklah berunding dengan pihak MARA supaya bagaimana untuk mengatasi masalah pinjaman dan sekiranya mereka belum bekerja, bolehlah dilanjutkan lagi tempoh untuk mereka membayar hutang ini. Walau bagaimanapun, mereka yang telah bekerja eloklah membayarnya dengan segera. Saya juga ingin mencadangkan supaya cadangan kerajaan bagi pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang di PTPTN dipanjangkan kepada peminjam-peminjam MARA. Mereka yang mendapat kejayaan cemerlang dengan kelas pertama juga pinjaman MARA ini dijadikan sebagai biasiswa.
Seterusnya, saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri. Saya mendapat rungutan daripada beberapa pihak; orang ramai, pembekal, kontraktor-kontraktor kecil yang membekalkan perkhidmatan, yang membekalkan peralatan dan sebagainya kepada beberapa ibu pejabat polis, beberapa IPK. Antaranya yang disebut, IPK Kuala Lumpur, barang-barang perkhidmatan telah dibekalkan, tetapi tidak dibayar. Ada hampir satu tahun lebih tidak dibayar beratus ribu kepada kontraktor-kontraktor kecil, pembekal-pembekal kecil. Pembekal-pembekal ini Kelas F, Tuan Yang di-Pertua. Kalau setakat RM50,000 hingga RM60,000 tidak bayar, kemudian beberapa tahun lagi tidak bayar hingga jumlahnya meningkat kepada RM200,000 hingga RM300,000, ini boleh menyebabkan usahawan- usahawan kecil atau usahawan-usahawan muda ini menjadi bankrap.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Inilah yang saya kemukakan dahulu dalam soalan saya supaya perhatian seperti ini hendaklah diberi kerana kalau polis tidak ada peruntukan, itu mustahil. Mungkin juga disebabkan oleh kerenah sesetengah pegawai yang mempunyai kawan-kawan yang hanya bagi kepada kontraktor kawan-kawannya sahaja, yang lain kalau tidak melalui kawan, tidak bayar. Ini kita tidak harus amalkan dan mestilah diperbaiki. Saya harap kementerian dan polis mengambil tindakan selanjutnya.
Seterusnya, selepas ini saya merujuk kepada negeri saya, Melaka dan juga kawasan saya, Bukit Katil. Dalam perbahasan bajet ini, industri pelancongan di Malaysia, kadar purata peningkatannya 8.4 peratus setahun dan pelancongan telah meningkat kepada 24.6 juta, dijangka pada tahun 2010. Ini bererti, pendapatan pelancongan akan meningkat kepada kadar tahunan 13.9 peratus kepada RM59.4 bilion pada tahun hadapan.
Negeri saya, negeri Melaka sebagai bandar raya bersejarah dan bandar raya warisan dunia, sentiasa peka kepada pelancongan. Melaka sudah tentunya dimaklumkan sebagai mendahului lokasi pelancongan berbanding negeri-negeri lain dari segi penawaran produk-produk pelancongan. Seperti kita semua maklum, negeri Melaka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan daripada tahun 1999 hingga 2008, di mana begitu ramai pelancong datang ke Melaka. Pada tahun 2009 ini Melaka menyasarkan seramai 7.4 juta pelancong dengan bermalam 2.15 malam, dengan produk-produk pelancongan yang bertambah dari semasa ke semasa. Sekiranya tiada faktor luar yang menghalang kedatangan mereka ke negeri ini, pencapaian ini akan dicapai dan menjadikan pelancong ke Melaka lebih bertambah.
Bagi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri Hang Tuah ini sudah pasti produk-produk pelancongan perlu diperkenalkan di samping menaik taraf kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sedia ada untuk kemudahan pelancong.
Seterusnya, Melaka menjadi negeri terulung dan terunggul dalam bidang pelancongan.
Sektor pelancongan yang berlandaskan pembangunan ekonomi menjadi agenda utama dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Beberapa projek pembangunan untuk meningkatkan nilai tambah produk pelancongan terus dilaksanakan.
Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong. Ada banyak produk pelancongan di Melaka yang bakal dilaksanakan dan memerlukan lagi perhatian dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pelancongan yang ada, kita juga di Melaka melaksanakan pelancongan pendidikan. Pelancongan pendidikan berkembang dan kerajaan negeri turut menumpukan fokus kepada segmen baru pendidikan untuk meningkatkan pendapatan tukaran asing. Ini merupakan langkah bijak kerajaan negeri mempromosikan Malaysia sebagai kecemerlangan pendidikan serantau. Penubuhan lebih banyak IPT awam dan swasta di Melaka telah meningkatkan lagi pelancongan pendidikan dan menjadikan Melaka sebagai sebahagian daripada hab kecemerlangan pendidikan negara ini.
Pelancongan kesihatan di Melaka juga mencatatkan pertumbuhan yang baik, termasuk pertambahan jumlah pelancong perubatan dari tahun ke tahun, dari Singapura, Thailand dan Indonesia. Kerajaan Melaka menjangkakan sektor pelancongan kesihatan akan meningkat dua kali ganda apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka mula beroperasi pada hujung tahun ini.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Kerajaan menjangkakan pelancongan kesihatan akan bertambah kepada 140 ribu orang. Sasaran ini boleh dicapai dengan menawarkan pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan. Setakat ini ia terbukti mendapat sambutan hangat daripada pesakit-pesakit dari Indonesia. Sebelum ini rakyat Indonesia sangat sukar datang ke Melaka, mereka menaiki bot dari Dumai dan terpaksa transit di beberapa tempat. Apabila lapangan terbang ini siap, mereka akan mudah berkunjung ke Melaka dengan penerbangan tidak sampai satu jam, mereka sudah sampai.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Kita menyasarkan 0.2 peratus daripada penduduk Indonesia yang kaya daripada 70 juta, ianya lebih kurang Rp140 ribu sahaja untuk datang ke Melaka untuk berubat ataupun mendapatkan khidmat kesihatan di negeri Melaka. Melaka memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk pembangunan sektor pelancongan. Jadi saya mohon Kerajaan Persekutuan dalam bajet ini memberi keutamaan khususnya pada menaik taraf pembangunan produk pelancongan sedia ada bagi membangunkan produk-produk pelancongan baru.
Saya juga penuh keyakinan bahawa langkah memberangsangkan pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan akan dapat mengubah landskap pembangunan Malaysia dan Melaka khususnya untuk meningkatkan daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri sama juga misinya dengan Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pencapaian status negara maju dan Melaka akan mengumumkan menjadi negeri maju pada tahun 2010. Oleh itu sebagai usaha untuk menjadikan rakyat negeri Melaka juga sebagai rakyat yang maju, maka usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan menjadi agenda yang utama negeri ini dan mendapat sokongan yang tinggi.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka yang gigih berusaha untuk membasmi masalah kemiskinan secara bersungguh-sungguh dan serius.
Adalah memang sukar untuk mengatasi kemiskinan ini kerana hendak mengubah mereka melalui dasar dan peruntukan yang banyak dan memerlukan perubahan sikap dan mentaliti penduduk di negeri ini.
Untuk makluman, sehingga bulan September 2009, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan RM28.9 juta untuk membantu penduduk- penduduk yang miskin. Ini bermakna dua peratus sahaja penduduk di Melaka menerima bantuan kebajikan masyarakat. Kerajaan Negeri Melaka telah mengaturkan pelbagai strategi dan langkah untuk memastikan rakyat di Melaka bebas dari belenggu kemiskinan.
Strategi kerajaan untuk membasmi kemiskinan adalah dengan membantu ketua isi rumah ataupun ahli isi rumah untuk mendapatkan pekerjaan dan berniaga supaya pendapatan mereka melebihi RM740.
Sebuah agensi kerajaan negeri yang dinamakan Perbadanan Melaka Holding menjadi agensi penyelaras peluang-peluang pekerjaan di bawah agensi-agensi kerajaan untuk mereka yang miskin ini, yang kurang pendapatan supaya mereka menjadi produktif dan ditawarkan bekerja di surau-surau, di masjid dan di premis-premis di bawah seliaan agensi-agensi kerajaan. Seramai 485 ketua isi rumah dan ahli isi rumah telah diberi pekerjaan dan mereka mencapai pendapatan RM740. Kerajaan mendapati 2/3 selalunya tertekan dengan isu bantuan berkaitan kewangan dan perbelanjaan meningkat dan mempengaruhi kesejahteraan hidup mereka. Maka dengan ini membuktikan Kerajaan Negeri Melaka merupakan kerajaan yang prihatin dengan kesusahan dan keperluan penduduk dan selaras itu kita memerlukan sokongan dan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Melaka.
Menjelang tahun 2010, negeri Melaka menyasarkan miskin sifar dan saya mohon Kerajaan Persekutuan agar memperuntukkan sebahagian daripada program di bawah sektor sosial sejumlah RM20.3 bilion ini sebahagiannya untuk program pembasmian kemiskinan bagi negeri Melaka. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Bajet 2010 ini amat menitik beratkan bantuan kepada golongan yang miskin yang mudah terjejas. Usaha kerajaan menyediakan kemahiran dan bantuan pinjaman mikro kredit dapat melihat golongan ini menjana pendapatan berterusan di samping dapat terus berdikari pada masa hadapan.
Keprihatinan kerajaan kepada golongan wanita juga wajar dipuji kerana golongan wanita dapat memperbaiki kehidupan berkeluarga melalui program latihan, kemahiran dan keusahawanan kepada lebih tiga ribu wanita yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Saya percaya kaum wanita akan dapat banyak manfaat dan kemudahan yang bakal diberikan dan saya menyeru kaum wanita menggunakan kemudahan yang diberikan ini untuk mempertingkatkan diri dan pendapatan keluarga dengan lebih baik, bukan sahaja untuk kehidupan hari ini tetapi untuk masa hadapan.
Untuk permohonan sektor ekonomi khususnya infrastruktur perindustrian pertanian dan pembangunan luar bandar sebanyak RM25.4 bilion yang diagihkan daripada RM191.5 bilion ini diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk rakyat. Salah satu keperluan asas pembangunan bandar adalah infrastruktur termasuk kemudahan dan authority awam bagi memastikan keperluan penduduk dan masyarakat setempat dapat diberi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
Ditambah pula dengan kedudukan Melaka dalam konteks hierarki bandar di peringkat nasional, Melaka dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan perbandaran pertengahan. Ini bermaksud negeri Melaka berperanan mengimbangi pertumbuhan perbandaran nasional iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Nilai dan Seremban yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kerajaan negeri mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan melalui kementerian terbabit dapat memberi keutamaan kepada beberapa perkara asas seperti pembinaan jalan raya, pembangunan semula pekan kecil di Melaka, projek tebatan banjir yang masih lagi belum lengkap, perumahan mampu milik, pengangkutan awam yang lebih efisien di samping jaringan komunikasi jalur lebar yang lebih sistematik.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya sering kali berlaku banjir yang memerlukan perhatian utama. Sebuah kampung bernama Kampung Air, nama pun Kampung Air sebab itu selalu banjir dan satu lagi kampung, Kampung Pulau Kelapa, nama pun Kampung Pulau Kelapa. Jadi tidak sampai satu jam hujan, dah naik air. Lagi satu kampung Taman Mas Merah, ini juga sering dilanda banjir dan memerlukan perhatian. Ketiga-tiga kampung ini untuk mengatasi masalah banjir memerlukan hampir RM3 juta untuk diatasi.
Hari ini negeri Melaka amat pesat membangun terutamanya dalam sektor perindustrian. Sektor ini dikenal pasti merupakan salah satu pemangkin pertumbuhan wilayah yang penting. Maka sudah tentulah dalam konteks ini, infrastruktur jalan raya yang baik merupakan kriteria penting untuk menarik pelabur dalam sektor perindustrian. Jumlah kawasan perindustrian yang telah berjaya dibangunkan di Melaka berjumlah 2,480 hektar.
Ianya termasuklah yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan juga penswastaan.
Saya mohon agar Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan dan peruntukan kepada pembinaan jalan raya di Melaka kerana negeri Melaka memerlukan lebih banyak jalan raya baru dan laluan pintas memandangkan berlaku kesesakan yang kadang kala cukup dahsyat terutamanya di laluan utama menuju ke bandar raya Melaka, jalan pantai dan laluan sempadan Melaka-Johor serta Melaka-Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi sektor pelancongan adalah sektor terpenting di Melaka dan faktor yang amat berkait rapat dengan penyediaan kemudahan infrastruktur adalah kemudahan jalan raya yang baik sebagai negeri yang bergantung pada sektor pelancongan.
Kemudahan pengangkutan disediakan seperti lapangan terbang, pelabuhan memerlukan akses jalan yang baik untuk berfungsi secara efisien. Kemudahan jalan-jalan raya yang baik akan meningkatkan jumlah kargo dan barangan yang di edar antara kawasan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf Lapangan Terbang Melaka dan juga kemudahan jalan raya menghubungkan lapangan terbang ini hendaklah juga dinaiktarafkan bagi meningkatkan keberkesanannya.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Faktor lain yang memberi perhatian dalam kemajuan jalan raya ialah memastikan pembinaan wilayah yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Ini berkait rapat dengan dasar kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan menggunakan Kementerian Luar Bandar melalui pembinaan jalan-jalan luar bandar. Dasar pengangkutan nasional yang dilihat turut memberi kesan kepada pengangkutan jalan raya...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat...
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Ya?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Boleh sedikit?
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Sedikit boleh.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tiada pencelahan rasa macam bukan Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil.
Apabila mencelah ini, okey sedikit. Kerana saya tidak bercadang untuk menyebut tentang jaringan jalan raya di negeri Melaka, tetapi Yang Berhormat sudah menyebut Jalan Pantai dan Lapangan Terbang Batu Berendam itu akan terpalit sekali Parlimen Tangga Batu. Oleh kerana pegawai-pegawai mencatat, saya hendak menyebut tentang satu pembangunan jalan raya daripada Ayer Keroh kawasan Yang Berhormat sampai ke Sungai Udang. Tetapi ini sudah seperti telur setengah masak. Separuh jalan ia sampai ke jejantas di Bertam Hulu, di Bukit Sepetai, putus kemudian jalan daripada empat lorong tinggal dua lorong.
Pentingnya significant jalan ini Yang Berhormat ialah menghubungkan kem yang ternama di negara kita iaitu Kem Terendak dan Kem Sungai Udang ke exit Ayer Keroh di Lebuhraya Utara-Selatan. Jadi saya minta Yang Berhormat kalau boleh tekankan sedikit supaya habiskan jalan ini jangan buat kerja separuh-separuh. Empat lorong tiba-tiba menjadi dua lorong seperti bottleneck, menjadi sempit ke arah jalan Tangga Batu, ada sedikit-sedikit terpilih, seperti didiskriminasi sedikit Parlimen Tangga Batu di situ. Tidak tahu Parlimen Bukit Katil mungkin Ketua Bahagian atau Ketua Menteri di situ, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tangga Batu dan saya minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya dan saya yakin tiada diskriminasi. Mungkin kita tidak cukup duit dan Kerajaan Persekutuan kena bantu supaya jalan-jalan ini diperluaskan sebaiknya kerana kita percaya peratus penumpang trafik semakin meningkat dengan permohonan pelancongan yang pesat di Melaka. Pembangunan-pembangunan baru yang sedang dijalankan di Melaka seperti projek monorail, airbus dan tramp yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri mungkin akan membantu mengubah landskap jalan raya Negeri Melaka dengan sasaran peningkatan penumpang menggunakan perkhidmatan awam.
Beberapa jalan yang penting yang perlu dititikberatkan dan diberikan perhatian utama selain daripada jaringan jalan raya tadi ialah antaranya projek naik taraf daripada Jalan Ayer Keroh ke Jalan Munsyi Abdullah. Satu projek membina jalan empat lorong Kuala Linggi, Masjid Tanah, Sungai Udang, Kelebang, Limbongan, Jalan Pantai ke Jalan Syed Abdul Aziz yang Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi. Cadangan membina Inner Ring Road Negeri Melaka dan Projek Jalan Empat Lorong Kandang Jasin. Ini merupakan jalan-jalan yang perlu diberi perhatian segera dan membina empat lorong dari persimpangan Lebuh AMJ ke persimpangan Bukit Katil. Ini jalan-jalan yang sering sesak.
Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, dengan peruntukan yang dibantu ini akan memudahkan pembangunan infrastruktur di negeri Melaka dan memperbaiki akses dan meningkatkan lagi peluang-peluang ekonomi di negeri Melaka.
Kerajaan negeri juga berharap bahawa Kerajaan Persekutuan akan menambahkan peruntukan untuk membangunkan pekan-pekan kecil yang masih mempunyai bangunan-bangunan usang yang buruk dan perlu diperbaiki dan dicat semula serta dinaiktaraf. Kerajaan sendiri telah mengemukakan banyak permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan semula lapan belas pekan kecil.
Permohonan ini termasuklah membina sebuah rumah kedai dan gerai di pekan-pekan berkenaan di samping memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan menarik para pelancong ke kawasan-kawasan pekan kecil...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat?
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Sedikit lagi.Kerajaan Melaka juga memerlukan pembiayaan untuk membina rumah-rumah kos rendah kerana pada tahun akan datang, pembinaan untuk rumah kos rendah melalui syarikat perumahan negara perlu ditingkatkan kerana Rumah Mesra Rakyat di sekitar baru-baru ini mendapat permintaan yang tinggi kerana rakyat suka duduk di rumah seperti ini. Kerajaan Negeri Melaka memerlukan peruntukan di dalam bidang teknologi maklumat kerana Melaka kalau boleh kita hendak menjadikan negeri yang boleh diakses melalui jalur lebar di seluruh negeri Melaka. Di peringkat awal ini kita hendak akseskan semua sistem jalur lebar ini ke seluruh bandar Melaka termasuklah dalam kawasan Tangga Batu. Cadangan ini amat penting supaya Melaka menjadi negeri yang boleh diakses seluruh dunia kerana pelancong-pelancong memerlukan akses yang mudah dan segera.
Tidak lagi satu Mbps, Melaka menyasarkan 10Mbps untuk kelajuan jalur lebar ini.
Pertumbuhan ekonomi negara khasnya di Melaka diharapkan dapat kembali pulih dan cergas supaya segala pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tepat mengikut kehendak negara dan rakyat. Tumpuan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini merupakan satu bajet yang baik untuk kesejahteraan rakyat dan seharusnya kita bersama-sama melaksanakan dengan cara yang terbaik, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya mulakan ucapan saya pada petang ini dengan membaca firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al–Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya amanah itu diserahkan kepada ahlinya dan sekiranya kamu berhukum, hukum di kalangan manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya.” Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya dalam mukadimah ucapan ini untuk menyentuh tentang satu perkara yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan yang lalu bahawa 16 September telah dijadikan sebagai satu hari untuk diperingati dan mulai tahun hadapan ia akan menjadi suatu hari untuk rakyat Malaysia merayakannya.
Sebagaimana dengan slogan 1Malaysia saya berdiri di sini untuk memperingatkan rakyat pada hari ini tidak mungkin akan terus menerima dan terpesona dengan slogan- slogan yang hanya berbentuk retorik seperti ini. Saya cukup yakin dan percaya bahawa zaman telah jauh berubah. Kita telah berlari pantas meninggalkan destinasi era penjajahan dan telah melepasi umur setengah abad. Manusia warganegara Malaysia yang terdiri daripada semua kaum dan rakyat semua agama dalam negara ini adalah merupakan rakyat yang telah berubah minda, fikiran, cita-cita dan harapan mereka kepada negara ini.
Sebagaimana kata pepatah Melayu sekali air bah, maka pasti pantai akan berubah.
Sebagaimana yang saya sebut dengan penuh yakin dan percaya dan saya cukup konsisten bahawa negara rakyat adalah suatu yang cukup dinamik.
Ia tidak beku, jumud, tetapi ia adalah merupakan perkara yang berubah menerima perubahan yang sudah barang pasti. Generasi yang ada pada hari ini dan generasi seterusnya yang bakal mewarisi negara ini akan terus melihat dan menilai serta memberikan penghakiman politik mereka mengikut pengetahuan (knowledge) yang menjadi perkara yang paling penting pada hari ini.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Maka dengan semangat 1Malaysia dan mengisytiharkan 16 September sebagai satu hari yang perlu diperingati, rakyat pada hari ini mahu melihat the substance daripada perkara ini. Apakah inti patinya? Apakah rohnya dan yang lebih penting daripada itu ialah bagaimanakah ia diterjemahkan dalam bentuk keadilan kepada semua rakyat dalam negara kita ini. Bila kita bercakap tentang 16 September, ia adalah hari penubuhan sebuah negara yang bernama Malaysia yang asalnya dahulu hanyalah Semenanjung Tanah Melayu yang diberikan kemerdekaan oleh British pada tanggal 31 Ogos 1957.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam negara kita ini adalah merupakan suatu sejarah yang bagi saya perlu untuk dibayar dengan harga yang sewajarnya...
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Datuk Wilfred Majilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ia bukan suatu kemasukan yang hanya sebagai sambil lewa sahaja. Ia merupakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada yang bangun, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Biar saya habiskan para ini. Insya- Allah saya bagi sedikit. Ialah merupakan satu perkara yang mesti dilihat dalam perspektif yang lebih luas, yang lebih cerdik politiknya untuk dinilai oleh generasi kita yang ada pada hari ini. Saya dengan sukacitanya sekali lagi merujuk kepada sebuah buku yang bertajuk ‘Malaysia, Sejarah Kenegaraan dan Politik’. Di sini ingin saya menyatakan bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak dan rakyatnya pada waktu itu perlu dilihat oleh pemimpin negara pada hari ini suatu tanggungjawab yang mesti dipenuhi dan sejujurnya pada hari ini mestilah mengakui bahawa sebahagiannya masih jauh daripada hasrat mereka.
Mereka hadir dalam negara Malaysia ini melalui satu catatan sejarah yang mesti dipertanggungjawabkan kepada pemimpin Barisan Nasional yang ada pada hari ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak hanya boleh berdiri melaungkan 1Malaysia dengan hanya mengisytiharkan 16 September itu untuk Hari Malaysia tanpa melihat realiti yang berlaku pada rakyat Sabah dan Sarawak pada hari ini. Sejarah telah menulis dengan fakta yang betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduklah dulu, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Sekejap ya. Saya habiskan dahulu.
Sekejap. Dengan fakta yang betul oleh buku yang bukan buku picisan, tetapi ingat.
Kemasukan mereka ini dituntut. Kemasukan mereka ini dicemburui oleh Presiden Sukarno dari Indonesia. Ditentang dengan pelbagai tindakan politik oleh Presiden Diosdado Macapagal dari Filipina. Perlu diingat bahawa mereka tidak lagi menggugurkan tuntutan ke atas Sabah ini secara rasminya...
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Maka dengan itu, saya mahu mengingatkan pemimpin negara yang ada pada hari ini bahawa kehadiran mereka dan peringatan kita pada tarikh 16 September itu bukan suatu retorik, bukan hanya slogan yang mesti kita ajak rakyat meraikannya, tetapi kita mesti memenuhi tuntutan-tuntutan mereka yang mereka masih setia bersama dengan negara Malaysia yang ada pada hari ini.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ramai yang bangun.
Datuk Wilfred Majilip Bumburing - Tuaran
Tuaran.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat Kapit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kawan saya Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya menyambut baiklah saranan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian agar pucuk pimpinan negara kita lebih prihatin, lebih menghargai Sarawak dan Sabah. Cuma, saya beberapa kali mendengar perkataan kemasukan. Saya hendak buat pembetulan. Bukan sekadar hendak meminta penjelasan. Mungkin nanti kalau ada pandangan. Namun begitu, kebetulan kepada itu, bukan kami masuk kepada Malaysia. Kita bersama-sama Malaysia, Sarawak dan Sabah mewujudkan negara Malaysia yang ada pada hari ini... [Tepuk]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih rakan saya daripada Kapit. Apa pun istilahnya, apa pun istilahnya, tetapi sejarah telah menulis bahawa bersamanya Sabah dan Sarawak itu dalam negara Malaysia ini adalah suatu yang mesti, adalah suatu sejarah yang ditulis dengan tinta emas oleh rakyat peribumi Sabah dan Sarawak yang mesti diiktiraf oleh pemimpin Barisan Nasional yang ada pada hari ini supaya semua keperluan mereka dipenuhi untuk masa depan negara yang lebih baik. Mengapa saya mengatakan demikian? Kerana saya letih. Saya penat untuk mendengar setiap tahun, setiap kali bajet, Rancangan Malaysia Kesembilan, bila sebut tentang peruntukan Sabah dan Sarawak, maka bergemalah tepukan daripada rakan-rakan kita Sabah dan Sarawak.
Tahun ini, tahun yang sebelumnya, tahun 2004 saya masuk Parlimen dan mungkin tahun- tahun yang sebelumnya. Daripada anak Yang Berhormat Kinabatangan lahir ke dunia ini.
Sudah menjadi remaja pada hari ini. Isu yang sama tetap disuarakan.
Oleh itu, 16 September ini adalah suatu pertanggungjawaban. Bukan satu retorik yang akan memadamkan dan menutup segala tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh pimpinan-pimpinan Barisan Nasional yang ada pada hari ini. Alhamdulillah Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan apa pun kerana cadangan untuk menjadikan 16 September itu sebagai Hari Malaysia terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum daripada ini...
[Tepuk]
Datuk Wilfred Majilip Bumburing - Tuaran
Yang Berhormat, minta sedikit saja.
Sikit saja.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Saya tidak ada masa. Cukuplah saya bagi satu tadi.
Datuk Wilfred Majilip Bumburing - Tuaran
Sikit saja. Sikit saja. Yang Berhormat, terima kasih sekali lagi. Kami sangat menghargai pandangan Yang Berhormat.
Berkaitan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 16 September ini semangnya diterima baik oleh lapisan rakyat Malaysia. Namun begitu, dalam Dewan ini pun saya dengar dalam beberapa hari itu ada juga pihak-pihak yang mengutarakan persoalan mana yang besar? Pada 31 Ogos ataupun 16 September. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkataan seolah-olah mempertikaikan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita tidak pertikai. Kita tidak mempertikaikan tarikh-tarikh itu. Saya tidak ada masalah kita meraikan kedua-dua hari kebesaran ini. Yang penting bagi saya tadi ialah bagaimana kita mengisi tentang erti kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Oleh sebab itu saya ingin menegaskan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang pernah dikatakan oleh cerdik pandai, ‘in order to have a future, we must understand the past’.
Seorang Ahli
History, history!
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Itu satu quotation daripada orang yang cerdik pandai. Untuk kita mencipta satu masa depan yang baik, belajarlah daripada sejarah.
Itu yang penting. Daripada masa lampau, kita bergerak ke hadapan, cermin belakang adalah sejarah yang mesti kita pelajari. Maka dengan sebab itulah, di atas semangat federalism, di atas semangat persekutuan ini, kita mahu supaya pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional menyedari bahawa perlu kepada satu anjakan pemikiran yang lebih proaktif. Kepada satu anjakan pemikiran yang lebih memberikan suatu nafas baru, suatu ‘persegaran’ politik untuk negara kita.
Perbezaan dalam politik kita mesti raikan. Perbezaan untuk kami duduk di sini dan pihak kerajaan duduk di sana adalah suatu yang diraikan oleh Perlembagaan, oleh demokrasi. Hari ini kami di sini, mungkin esok kami di sana... [Tepuk] Namun begitu, apa yang penting ialah tanggungjawab. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengisi ruang- ruang ini untuk negara pada masa yang akan datang. Maka dengan sebab itulah saya berdiri sekali lagi di sini atas nama semangat federalism, jangan ada lagi pemikiran untuk menganaktirikan negeri-negeri yang rakyat telah memilih mereka. Memberikan mandat kepada mereka. The people has spoken. Mereka telah memberikan tanggungjawab. Kalau dulu Sabah Sarawak, saya masih ingat lagi waktu itu saya masih remaja lagi.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Waktu Sabah diperintah oleh pembangkang, alasannya kalau pembangkang memerintah Sabah tidak akan maju, sukar untuk kerajaan. Ada banyak kerenah birokrasi tetapi hari ini Sabah dan Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Oleh itu apa alasannya lagi? Yang tidak sepatutnya kita memberikan alasan negeri ini diperintah oleh pembangkang maka sukar untuk melaksanakan pembangunan. Kelantan hari ini saya ingin bercakap tentang Kelantan, tentang tuntutan kita, perjuangan kita.
Tahun 2004 sebuah pelantar minyak cakerawala telah didirikan dan saya serta Ahli-ahli Parlimen yang lain, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pokok Sena, kita pergi sendiri untuk melihat pelantar cakerawala itu. Melihat dengan mata kepala kami sendiri dan mengikut rekod yang ada, sejak tahun 2004 telah pun mengeluarkan hasil petroleum. Kami menuntut atas nama semangat Federalism. Saya berdiri petang ini menuntut atas nama rakyat Kelantan. Saya berdiri di sini atas nama Titah Yang Teramat Mulia Pemangku Sultan Kelantan sewaktu merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini meminta atas nama semangat federalisma, Kerajaan Pusat mesti membayar royalti hasil petroleum ini kepada Kerajaan Negeri Kelantan... [Tepuk] Ini hak negeri Kelantan. Kita boleh belajar dari Indonesia. Aceh bumi yang terasing, punya hasil petroleum diangkut, dipunggah sekian lama, berdekad-dekad lamanya, akhirnya kita melihat pada hari ini apa yang terjadi? Itu satu pengajaran yang mesti dipelajari. Daerah yang mundur, daerah yang backwater ini dengan izin, daerah yang memerlukan pembangunan dan persis pada hari ini seperti mana yang dilaungkan, yang diminta, yang dirayu, yang dirintih yang tadi rakan- saya Yang Berhormat Labuan menggunakan istilah kami menderita untuk menagih semua ini yang tidak sepatutnya ia sekali lagi berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, atas semangat inilah kita minta supaya segala-galanya mesti ditunaikan dengan penuh tanggungjawab dan generasi pada hari ini. Generasi akan datang tidak lagi akan terpengaruh dengan retorik 1Malaysia ataupun 16 September sekiranya sustainnya kosong. Ungkapannya bagai angin yang berlalu. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak sebut pada petang ini sebagai menyambung apa yang diperdebatkan, diperbahaskan oleh rakan saya Yang Berhormat Pokok Sena yang tidak berkesempatan di hujung ucapan beliau untuk bercakap tentang satu perubahan struktur dalam kita memahami bajet yang telah dibentangkan di mana rakyat mahukan suatu perubahan dan suatu pendekatan yang lebih struktural dengan izin. Bukan hanya permasalahan yang hanya akan selesai dengan pendekatan yang dikatakan runcit sana dan runcit sini.
Saya ingin memberikan suatu pandangan dan saya ingin membuktikan bahawa kami di sini juga mampu untuk memberikan pandangan-pandangan bukan sekadar mengkritik tetapi memberikan pandangan kita yang konkrit kepada pihak kerajaan. Kita perlu mengakui bahawa sektor elektronik dan sektor petroleum memberikan hampir 60 peratus daripada Malaysian gross export 2009. Kalau dua bidang ini yang kita sebut sebagai NKRA ini, kenapa kerajaan tidak membuat satu perubahan yang struktur sifatnya?
Kalau kita mahu lebih baik menghasilkan hasil elektronik kita dengan kalau kita hendak banding dengan Singapura ataupun dengan Thailand, apa action plannya? Apa business plannya?
Ini yang sepatutnya dibentangkan dengan lebih konstruktif. Kalau kita mengakui bahawa bidang ini, NKRA , NKRA ini memberikan sumbangan yang besar kepada eksport kita, permasalahan ekonomi yang perlu diubah dengan pendekatan yang lebih. Struktur itu perlu diubah. Maka dengan sebab itulah kita mencadangkan supaya dan banyak kali telah kita sebut dalam Dewan yang mulia ini supaya Akta Petroleum yang dikenali dengan Akta 144 dan bila saya menyebut Akta 144 ini tidak lupa Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kita memberikan penghargaan kepada Yang Berhormat Mulia Gua Musang yang telah mengasaskan akta itu. Satu tribute secara terhormat yang mesti kita berikan kepada Yang Berhormat Mulia Gua Musang... [Tepuk]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kenapa kita mahukan akta ini diubah? Kerana kita mahu Petronas menjadi lebih kompetitif. Bagi pihak rakan-rakan daripada backbenchers jangan tersilap anggap pula yang mengatakan mungkin kita tidak patriotik, kita hendak menggadaikan Petronas dan seumpamanya. Saya mengatakan dengan satu hujah bahawa kita telah meminda apa yang dikatakan Akta Telekomunikasi di mana daripada Telekom menjadi administrator kepada operator. Tidak timbul masalah kita tidak patriotik di mana Akta Telekomunikasi 1965, Jabatan Telekom Malaysia pada waktu itu sebagai administrator, tidak ada competition, tidak ada persaingan pada waktu itu.
Maka dipinda akta ini dalam tahun 1987 yang mengizinkan supaya Telekom boleh bersaing dengan syarikat telekomunikasi di peringkat antarabangsa. Maxis masuk, Digi masuk, Celcom masuk dan bersaing dengan sihat dalam pasaran negara kita dan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Telekomunikasi Negara. Tidak ada masalah. Pada hari ini kita melihat Telekom mampu bersaing dan memberikan manfaat kepada negara. Demikian juga kita minta supaya kerajaan dengan berani meminda Akta Petronas ini. Dengan kita meminta syarikat-syarikat petroleum negara dan syarikat-syarikat petroleum antarabangsa seperti Exxon, Caltex, Shell dan seumpamanya supaya dapat sama-sama bersaing dan Petronas bukan lagi menjadi sebagai administrator tetapi sebagai operator. Saya lihat kalau kita meminda ayat ini kita akan melihat bahawa apa yang dikatakan creating Malaysia as the hub dalam rantau Asia Tenggara ini akan menjadi satu kenyataan. Ini hasrat kita.
Sama ada Sabah ataupun Sarawak boleh menjadi hab petroleum di Asia Tenggara dan kita pinda akta ini. Ini kerana rantau kita aman. Negara Teluk Arab Saudi boleh menyimpan minyak, mereka telah merantau kita. Mereka rasa yakin dan selamat kalau kita dapat meminda akta ini maka kita akan melihat kita akan dapat menjadikan Malaysia sebagai hab petroleum yakni sudah tentu akan mewujudkan banyak lagi industri hiliran yang akan memacu kepada ke arah kebangkitan ekonomi kita pada masa yang akan datang.
Ini pandangan objektif kita dan kerajaan ambil serius. Ini bukan suatu retorik, bukan suatu yang mungkin tidak boleh kita jadikan satu kenyataan kerana kita bila melihat Telekom dan kita pinda Akta Telekom, ini telah menyebabkan bahawa hari ini alhamdulillah akan melihat syarikat-syarikat ini dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran dalam negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak sebut sebagai penggulungan ini ialah tentang sekolah satu aliran.
Satu idea yang saya yakin dan percaya yang dicampakkan kepada kita dengan tidak ada suatu kajian yang empirikal sifatnya. Sebagaimana dicampakkan idea untuk kita membuat satu dasar, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Satu kajian yang flip flop. Satu kajian yang tiada kajian dibuat untuk menyokongnya yang akhirnya kerajaan akur untuk mengembalikan pelajaran Sains dan Matematik itu dalam bahasa Malaysia lewat 2012.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Sekolah satu aliran ini apa dia, mana modalnya? Kita nak ambil madden malting port Indonesia dengan izin, Indonesia? Semuanya di Indonesia kan. Apa modalnya?
Hendak ambil modal Kanada ataupun kita nak mengambil modal Scandinavian country?
Apa modalnya? Kita bersedia untuk semua melupakan budaya, bahasa, gaya hidup, generasi apa yang hendak kita bentuk dalam sekolah satu aliran? Perlu ada suatu kajian yang mendalam. Jangan kita bercakap tentang 1Malaysia, semua nak satu sahaja. Satu tak semestinya kita duduk dalam satu bumbung. Satu bermakna tak semestinya kita duduk dalam satu rumah. Jadi masalahnya yang God given ini dengan izin, yang Allah dah anugerahkan dengan kepelbagaian bangsa, kepelbagaian budaya, kepelbagaian agama, warna kulit, loghat, bahasa etnik, satu kurniaan tuhan yang menuntut kepada suatu kebijaksanaan politik untuk kita mengadunkannya menjadi satu bangsa yang boleh hidup dalam sebuah negara. Itu yang penting. Bukan retorik. Campak satu kemudian tak ada apa yang boleh dipegang.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Campak dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kita tentang waktu itu. Mana buktinya, kajian dari universiti mana, kajian daripada pusat research mana, tak ada jawapan! Buat, paksa guru-guru mengajar dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya mengakui ia sistem yang gagal dan satu sistem yang tak memberikan manfaat kepada negara kita. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan bahawa apa pun yang berlaku pada hari ini, ianya akan dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya ikut membahaskan Bajet 2010 ini.
Memandangkan kita dihadkan berucap 20 minit sahaja, saya akan terus kepada dua topik yang melibatkan beberapa kementerian dan harapan saya nanti ialah peruntukan yang sesuai dan mencukupi akan diagihkan kepada perkara-perkara yang saya akan kemukakan nanti.
Isu pertama ialah mengenai isu kaum Penan. Khasnya di kawasan Belaga ataupun kawasan Hulu Rajang, itu tempat saya sendiri. Terdapat beberapa isu serius yang harus ditangani dengan seberapa segera yang boleh dalam perihal masyarakat Penan ini.
Secara amnya, reaksi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan terhadap dilema yang dihadapi masyarakat Penan ini boleh diumpamakan sebagai minimum dan dalam kebanyakan situasi, dilihat sebagai kurang mengendahkan dakwaan yang dikemukakan bahawa masyarakat Penan ini tertindas oleh eksploitasi komersial dalam kawasan mereka termasuklah pembalakan, perladangan komersial dan mungkin industri pelancongan.
Harus diingatkan bahawa adalah termaktub dalam beberapa deklarasi antarabangsa dan kebangsaan berkenaan hak asasi manusia secara umum dan hak peribumi yang boleh dijadikan garis panduan hak Penan sebagai masyarakat peribumi Malaysia. Antaranya termasuk The Declaration of The Right of The Indigenous People of Sarawak, Sabah and Peninsula Malaysia adopted in Sibu on 30th April 1993 by the participant of the NGOs National Indigenous People’s Forum in conjunction of the UN year on indigenous people, The Malaysian Human Right Charter, The Federal Constitution of Malaysia, The Universal Declaration on the Right of Indigenous People dan juga The UN Universal Declaration on Human Right.
Setakat ini terdapat banyak kekurangan di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan dalam mempertahankan hak masyarakat Penan seperti termaktub dalam deklarasi-deklarasi seperti yang dinyatakan tadi dan ini sering disuarakan oleh badan- badan bukan kerajaan terutamanya NGO asing. Kerajaan seharusnya lebih prihatin terhadap dilema yang dihadapi masyarakat ini daripada segi integrasi budaya, hak ke atas tanah adat mereka, soal pampasan, pendidikan dan ekonomi tradisional masyarakat.
Dengan itu kerajaan seharusnya memberikan peluang kepada masyarakat Penan, memainkan peranan aktif dalam proses pembangunan kawasan mereka. Biarlah masyarakat ini terlibat dalam menentukan arah masa hadapan mereka dan bukan diketepikan terus dalam mengejar arus pemodenan.
Setakat ini, masyarakat Penan telah diketepikan daripada perancangan yang menentukan masa depan mereka sendiri. Mereka diberitahu bahawa mereka harus mengikut arus pemodenan dengan senyap. Membiarkan “orang asing” memijak di tanah pusaka mereka, memusnahkan hutan belantara yang menjadi sumber hidup mereka dan membiarkan sungai-sungai yang dahulunya jernih diwarnai merah oleh hakisan daripada bumi dan dicabuli pembalakan. Masyarakat Penan telah berkurun lama menjadi penjaga hutan-hutan belantara yang diduduki mereka dan generasi-generasi yang akan datang.
Jikalau kita meletakkan diri dalam situasi mereka, apakah kita akan berdiam diri apabila kita melihat sumber hidup bahkan tempat tinggal pusaka kita dimusnahkan sedikit demi sedikit, hari demi hari. Semestinya dalam situasi seperti ini, masyarakat Penan menganggap arus pembangunan sebagai suatu yang ditakuti.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap masyarakat, langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil agar masyarakat Penan dibela secara adil dan agenda pemodenan negara tidak terjejas.
Di sini adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk memberi peluang kepada masyarakat Penan agar dapat membangun bersama masyarakat lain. Ada beberapa cadangan di sini. Yang pertama, adalah penting untuk kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan memastikan perwakilan daripada masyarakat Penan dalam apa jua implementasi atau cadangan projek pembangunan yang melibatkan masyarakat Penan diadakan. sama ada melalui suatu persatuan atau komiti yang diterajui pemimpin-pemimpin Penan sendiri. Kerajaan juga seharusnya mengiktiraf hak Penan dan juga komuniti peribumi yang lain ke atas tanah pusaka dan adat mereka dan memberikan legal entitlement, di survey dan sebagainya kepada tanah-tanah adat ini dan pemberian pampasan yang setimpal sekiranya tanah-tanah ini digunakan untuk pembangunan. Ini adalah relevan bila ramai atau banyak hydroelectric power akan dibina di kawasan Penan di Sarawak misalnya Murum, di Baram, Mukim Limbang dan juga di Lawas.
Langkah yang seterusnya ialah memudahkan masyarakat Penan mendapat pengiktirafan kewarganegaraan melalui program-program yang lebih intensif, pemberian MyKad onsite seperti yang dijalankan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian ini khasnya Timbalan Menteri yang dari Sarawak iaitu YB Jelaing atas keprihatinan beliau terhadap masalah kaum ini. Seterusnya, mewujudkan lebih banyak kawasan hutan simpanan berdekatan dengan kawasan kediaman masyarakat Penan serta kajian-kajian yang berkenaan dengan saiz kawasan hutan yang diperlukan untuk menampung keperluan masyarakat ini. Misalnya saya khuatir di Empangan Bakun di Murum nanti yang sedang dibina, di mana ada enam buah rumah panjang Penan terlibat dan melibatkan 1,500 orang yang perlu ditempatkan semula.
Saya harap tidak ada masalah mencari kawasan yang sesuai untuk menempatkan mereka. Tambah pula di kawasan ini, 4,000 hektar sudah dianugerahkan kepada syarikat ladang. Di manakah kita akan menempatkan kaum Penan ini nanti? Seterusnya penguatkuasaan dan pemeriksaan yang lebih rapi terhadap kegiatan pembalakan yang berlaku di kawasan masyarakat Penan. Ini untuk memastikan tiada pencerobohan terhadap kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan simpanan dan memastikan kerja pembalakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Ada kawasan-kawasan di Hulu Linau saya percaya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Seterusnya mewajibkan syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan besar memainkan peranan mereka untuk membangunkan masyarakat Penan seperti dari segi pembinaan sekolah, klinik desa dan biasiswa kerajaan. Give a bit back to the society.
Beberapa company balak di kawasan Penan telah beroperasi hampir 20 tahun. I do not hear of any school, any clinic that they built. Anything that they have given back to the Penan society. Apa yang ada sekarang dibuat oleh kerajaan, diminta dari wakil rakyat.
Jadi, memainkan social responsibility ini untuk syarikat pembalakan dan perladangan sangat perlu khasnya di Belaga. Semua syarikat pembalakan yang tersenarai, yang terbesar di Malaysia, ada konsesi di sana.
Saya harap mereka akan memberi sedikit bantuan jika ada kegiatan untuk membantu Penan dari segi pertanian dan sebagainya dan juga untuk membantu kaum ini membuat jalan ke rumah-rumah panjang mereka dan maintain jalan dan juga jambatan yang ada. Saya tidak mahu berlaku insiden Jambatan Lusong Laku, yang tersebar di surat khabar kebelakangan ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Where the timber operator pulled back this bridge just because they don’t use it anymore and thus, cut off the whole of Linau river up river. Company balak ini sudah beroperasi di Hulu Linau, 20 tahun. Kos jambatan besi ini saya difahamkan tidak melebihi dari setengah juta.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon izin.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
What is it giving back to this group? Jadi saya harap...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Lipis mahu tumpang tanya. Mahu kasi laluan?
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tiada masa Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mengenai... sedikit, satu minit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih. Yang Berhormat saya pun ada masalah yang sama dengan Yang Berhormat. Jambatan balak yang merentangi Sungai Jelai untuk pembalak mengeluarkan balak tetapi ditumpang guna oleh penduduk.
Jadi, apabila balak sudah habis mereka hendak tarik balik jambatan itu, hendak robohkan balik dan akhirnya penduduk terpaksa juga berkayuh perahu menyeberang sungai. Jadi, bagaimana? Jadi, masalah Yang Berhormat sama dengan masalah di kawasan saya. Bagaimana kita harap kerajaan dapat membina jambatan di situ untuk kegunaan penduduk. Terima kasih.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Yang Berhormat. Masalah ini ada di kawasan Sarawak di mana company balak telah beroperasi. Saya cadangkan jika mereka masih beroperasi di sana, mereka bantulah maintain jalan ini. Jika tidak, saya cadangkan kerajaan mengambil alih jalan-jalan yang telah dibina oleh company balak ini.
Jadi, Jambatan Lusong Laku ini saya harap kerajaan akan memberi sedikit peruntukan ataupun company balak multinasional ini yang mempunyai operasi di Afrika, di New Guinea dan mungkin di Latin Amerika bolehlah membantu sedikit membina semula jambatan besi ini untuk kaum orang yang terpinggir di Lusong Laku ataupun di Sungai Linau ini.
Satu lagi berkaitan dengan perladangan dan pembalakan. Saya cadangkan kerajaan seterusnya mewujudkan satu sistem kuota pekerja penduduk setempat yang seharusnya memastikan syarikat-syarikat ini memberi keutamaan kepada penduduk setempat dalam mengisi jawatan-jawatan yang wujud dengan memberikan gaji dan hak pekerja yang setimpal dengan warganegara Malaysia.
Saya fikir di Hulu Linau mungkin ada lebih ramai orang Indonesia dari orang Penan. Kerajaan harus membuat sesuatu dalam hal ini. Jika dibiarkan company-company ini, mereka tidak akan even give an ounce of consideration because mereka hanya mementingkan keuntungan. Satu lagi, menghentikan penanaman semula hutan menggunakan pokok-pokok asing seperti akasia yang berleluasa tetapi kurang mendatangkan faedah terhadap masyarakat Penan dan hidupan liar endemik iaitu sebenarnya hanya merupakan perladangan komersial terutamanya bagi pengeluaran kertas. Sebaliknya wajibkan penanaman semula hutan menggunakan pokok-pokok kayu asli daripada kawasan itu bukan hanya untuk masyarakat Penan tetapi agar menjaga biodiversiti hutan di Sarawak bagi generasi-generasi yang akan datang.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan untuk masyarakat ini harus dipertingkatkan sekurang-kurangnya setaraf dengan masyarakat pedalaman lain agar masyarakat Penan sedar bahawa mereka tidaklah terpinggir, terpencil dan bahawa kerajaan mendengar dan mengiktiraf suara mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Diharapkan dalam bajet ini nanti akan diberikan peruntukan untuk kaum ini seperti untuk Orang Asli di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh, juga sangat penting bagi saya iaitu tentang penempatan semula di Sungai Asap. Tuan Yang di-Pertua telah pergi ke sana dan sudah mendengar rintihan kaum ini di Sungai Asap.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Daripada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Statistik untuk Economic Planning Unit pada tahun 2004 menunjukkan bahawa penempatan semula Bakun di Sungai Asap gagal meningkatkan taraf hidup penduduk yang terlibat secara significant. Daripada kejadian itu, didapati hanya 40 peratus penduduk menganggap keadaan hidup mereka dari segi sosial ekonomi dan kualiti hidup di penempatan semula adalah lebih baik daripada sebelumnya dan 27 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk menganggap taraf hidup mereka merosot setelah berpindah ke penempatan semula Bakun.
Berdasarkan kepada keputusan ini, beberapa kajian telah dijalankan.
Berdasarkan finding, kajian-kajian atau pun survey tersebut, saya kemukakan beberapa cadangan di sini. Satu, masalah utama ialah tentang tanah. Salah satu sebab utama yang disuarakan oleh penduduk dan di sokong oleh beberapa kajian mengapa taraf hidup mereka dianggap merosot adalah saiz tanah pertanian yang terlalu kecil iaitu hanya tiga ekar untuk menjana pulangan yang mencukupi, untuk menampung sara hidup.
Saya mencadangkan untuk menyelesaikan masalah ini, ada 2,500 hektar tanah kerajaan berdekatan dan juga 410 hektar tanah swampy area yang berdekatan di situ boleh lah diberi kepada orang Asap supaya diusahakan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Minta laluan Yang Berhormat. Sedikit sahaja.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Kurang satu minit ya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat dan turut terpanggil apabila Yang Berhormat membahaskan tentang kumpulan minoriti seperti Penan dan sebagainya yang pada saya tidak dilindungi oleh akta. Berbanding dengan Orang Asli di Semenanjung, akta yang melindungi mereka dibuat oleh penjajah Inggeris sebelum kita mencapai kemerdekaan iaitu Akta Orang Asli. Apakah boleh ataupun tidak pada pandangan Yang Berhormat supaya akta ini di amend, diubah supaya meliputi golongan-golongan minoriti di Sabah dan Sarawak dalam memastikan kedudukan dan nasib mereka supaya dapat terbela sepenuhnya? Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Saya setuju dengan Yang Berhormat. Saya percaya Kerajaan Negeri Sarawak prihatin dan juga berkemampuan membuat sesuatu yang baik untuk kaum ini, even if it means to adopt or put them under akta yang ada di Federal ini.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Mengenai masalah tanah tadi, satu perkara lagi ialah pindahan hak milik tanah terbiar seluas 5,000 hektar kepunyaan satu company perladangan yang belum diusahakan di Bakun sana. Ini company Ekran. Give this back to the people of Asap, so they can develop it dan juga sahkan pemindahan 30 peratus daripada kepunyaan ladang persendirian yang berleluasa dalam kawasan tanah 27,500 hektar di kawasan Asap.
Actually this area was supposed to be for the people who moved but last moment it was changed before the people moved to a very small area. Give back this 30 peratus ownership of this ladang-ladang to the people of Asap. Mungkin ini akan meringankan bebanan mereka dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di sana.
Satu lagi perkara yang ingin saya kemukakan di sini ialah masalah rumah orang di Asap. Saya syorkan Kerajaan Pusat memberi bilik-bilik orang di Asap ini dengan percuma.
Mereka boleh dianggap golongan yang perlu dan mesti dibantu. Sebilangan besar penduduk di penempatan semula Bakun tergolong dalam penduduk yang miskin iaitu mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM800 sebulan seperti yang dilaporkan oleh Suhakam dan juga Department of Statistic for the Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Department dalam tahun 2004.
Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan kos sara hidup untuk satu keluarga di penempatan semula Bakun dianggar sekitar RM1,375 sebulan. Kerajaan seharusnya mencari formula untuk memastikan penduduk mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi. Langkah utama bagi saya ialah berikan bilik ataupun rumah mereka secara percuma. That would be a very good first step to be taken by the government.
Tuan Aaron Ago Anak Dagang - Kanowit
[Bangun]
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Satu perkara lagi ialah...
Tuan Aaron Ago Anak Dagang - Kanowit
Sedikit, Yang Berhormat Hulu Rajang.
Di sini Kanowit.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Sedikit sahaja ya.
Tuan Aaron Ago Anak Dagang - Kanowit
Sedikit sahaja, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya terpanggil apabila beliau propose supaya rumah yang diberi kepada masyarakat di Asap diberi percuma. Saya ingat ini juga selaras dengan langkah kerajaan sekarang yang memberi peruntukan RM40,000 atau RM42,000 untuk keluarga yang miskin untuk membina rumah baru. Apa salahnya kalau ia juga diberikan kepada rakyat ataupun keluarga yang miskin di Asap? Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Yang Berhormat. My rational was something like this. Oleh sebab masa itu dahulu belum ada... we don’t have this scheme to help the poor tetapi sekarang sudah ada dan saya percaya all the people in Asap layak untuk menerima bantuan ini.
Satu perkara yang amat berat di kawasan Asap ialah jalan-jalan utama serta jalan penyambung harus diselenggara dengan secepat mungkin. This will make people not happy with Barisan Nasional, to tell you the truth. Pilihan raya kawasan negeri akan datang ya. We have to do this fast around the corner. Juga jalan ke lot-lot pertanian juga harus dibina. Walaupun lot itu kecil tetapi jauh dari rumah panjang. Ada lot-lot yang belum diusahakan because they have to walk hours to get to their lot. Ini harus diberi perhatian.
Juga di Pekan Belaga. Oleh kerana Bakun telah terasing dan tambahan lagi bila impoundment dibuat di kawasan hilir Bakun, sungai akan kering. So, pekan Belaga will be cut off. Tidak ada ekspres sampai ke sana dan tidak ada jalan raya. Jadi saya menyeru kerajaan supaya membuat jalan raya dari Bakun ke Pekan Belaga dan improve the road di Bukit Gayung yang menghubungkan Belaga dengan jalan raya ke Bintulu.
Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak rakyat di kawasan Bakun dan juga Murum, saya memohon kerajaan untuk membina satu muzium atau memorial hall bagi memperingati hidup dan sejarah kaum etnik di kawasan Hulu Baloi ini yang akan ditenggelami oleh Tasik Bakun ini nanti. Ada beberapa perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Take your time, Yang Berhormat.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
If I know...
Tuan Yang di-Pertua
Saya harap Yang Berhormat yang lain tidak akan merasa cemburu apabila Yang Berhormat bercakap dua, tiga minit lagi kerana ini hal Penan dan jarang-jarang saya dengar hal Penan dibincangkan oleh wakil rakyat... [Tepuk] Jadi saya diberitahu bahawa wakil rakyat dari Hulu Rajang ini, the most authoritative on Penan. Sila Yang Berhormat.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Itu pun saya tidak akan menyentuh Penan di Baram ataupun Lawas, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada locus standi untuk menyentuh masalah di sana, but if Belaga, I know every single house, I know every single village. In fact, I know most of them by face. So, jangan main-main kalau di Belaga... [Disampuk] [Ketawa] Jadi, satu lagi masalah orang di Sungai Asap Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh penempatan semula Sungai Asap sebab selepas ini mungkin ada beberapa penempatan semula lain dibuat oleh kerana hidro. Kita pun perlu guideline untuk penempatan semula yang akan datang. Bakun is the first one. Let us learn a lesson from Bakun. Kita janjikan hidup akan lebih selesa dan lebih baik bila dipindahkan. In the case of Bakun, based on the survey, ini tidak betul. Jadi ambillah iktibar dari pengalaman kita dengan Bakun ini.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Misalnya, air dan tenaga elektrik. Of course we have water and electricity tetapi if the income of the population does not increase, how can they pay for the water and how can they pay for the electricity? So the irony is now, orang di Asap meminta kerajaan untuk membina sumber alternatif untuk keperluan air dan elektrik dan saya menyeru Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mempertimbangkan masalah ini sebab mereka tidak akan mampu membayar bil elektrik dan bil air mereka.
Satu lagi tanaman yang ada di Sungai Asap. Bila pindah di sana dahulu, lada ditanam dengan baik. Semua buah-buahan baik tetapi oleh kerana tanah itu tidak berapa subur dan tidak kekal, maka ia tidak dapat menampung hidup tanaman-tanaman ini.
Selepas tiga, empat tahun... Now they have problem.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Tuaran terdesak untuk tumpang tanya, Yang Berhormat.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Ya.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat kerana Tuan Yang di-Pertua telah memberi extra time, so minta izin. Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Janganlah pula ambil kesempatan.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Ini masalah lebih kurang sama, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Apabila Yang Berhormat sentuh tentang dam ini, empangan ini di Bakun, saya telah melihat dan saya pernah ke Belaga juga tetapi di Sabah ini ada ura-ura bahawa satu lagi empangan akan dibuat. Apa yang dikeluhkan oleh Yang Berhormat itu betul-betul tepat sebab kalau tidak ada kajian yang teliti mengenai orang yang displace ini Tuan Yang di-Pertua, apa juga benefit daripada empangan ini akan lebih negatif berbanding dengan benefit yang kita dapat. Jadi saya cadangkan Yang Berhormat, kalau setuju elektrik tadi itu kepada mereka yang displace itu, kalau boleh kerajaan pertimbangkan free electricity yang diperoleh daripada dam kerana merekalah yang telah terlibat. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang diminta oleh orang Asap dari dahulu lagi sebelum pindah. They ask for free water and electricity for the sacrifice they make for moving. Untuk perhatian, for information of the House, HEP Bakun is the federal project, bukan projek negeri. Jadi, sesuailah ataupun betullah tempat saya mengemukakan masalah ini di Dewan Rakyat.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Mengenai resettlement tadi, sebagai penggulungan Tuan Yang di-Pertua, kita perlu membuat resettlement unit memandangkan Sarawak akan mengalami pembangunan infrastruktur SCORE yang memerlukan perpindahan populasinya dalam beberapa dams yang akan dibina. Setakat ini tidak ada unit seperti ini. Resettlement unit harus dibuat. Ini pengalaman kita dari Bakun.
Resettlement unit ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk resettlement guideline yang komprehensif mengikut garis panduan international standard. Dicadangkan juga Resettlement Ordinance be enacted immediately to overcome the sensitive problem of involuntary resettlement di Sarawak. Sekian, saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiin wassolaatu wassalaamu 'alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin wa'ala aaliihi waashaabihi ajma’iin. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua saya amat menghargai peluang untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2010. Insya-Allah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan.
Sebaliknya, saya harap apa yang diperkatakan oleh Ahli-ahli Parlimen, tidak kira di pihak kerajaan ataupun pembangkang dapat diambil dengan terbuka oleh kerajaan.
Bagi mana-mana Menteri Kewangan, kayu pengukur nilai Bidang Pengukuran Prestasinya atau dengan izin KPInya adalah kejayaan membentangkan satu belanjawan yang mampu menjana ekonomi negara. Justeru, tidak hairanlah bagaimana bajet sulung Menteri Kewangan amat ditunggu-tunggu, begitu dinanti-nanti. Malangnya, pada hemat saya, bajet sulung ini yang kononnya berasaskan satu model ekonomi baru, ternyata menyimpang dan mengecewakan.
Kalau tidak, masakan akhbar The Edge Financial Daily Selasa lalu sah dengan terang mengkritik bajet ini punyai defisit berterusan dan kesan penggandaan multiplier effect yang hambar ke atas perolehan keuntungan korporat. Tidak ada langkah radikal oleh kerajaan yang boleh menghasilkan kewujudan sebarang model ekonomi baru, sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Bajet ini juga tidak menunjukkan bagaimana hendak mewujudkan sebuah masyarakat berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua kekuatan mana-mana bajet adalah apabila ia mempunyai hala tuju yang jelas, pelaksanaan yang mantap serta kelangsungan dasar serta program.
Pelaksanaan tentu tempang jikalau kuasa terlalu memusat kepada Jabatan Perdana Menteri. Di bawah JPM ada 52 agensi yang merangkumi hampir kesemua, dengan izin, political economy interest. Implikasinya adalah pemusatan kuasa. Banyak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangkitkan masalah dengan pembangunan negeri Kelantan dan sebagainya.
Jadi, kalau dilihat dari proses perancangan pembangunan Malaysia, saya kira elok diberikan fokus, tumpuan kepada pengurangan ketirisan dan pembaikpulihan pengurusan.
Sekarang kita berhadapan dengan kritikan utama mengenai institusi-institusi dalam negara yang dilihat sebagai terlalu akrab atau intim dengan kerajaan, sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mahupun Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Kita sepatutnya bergerak kepada satu sistem demokrasi di mana setiap badan- badan ini bebas, dapat menjamin masa depan, demokrasi, hala tuju Malaysia, tidak memihak kepada sesiapa. Langkah ini lebih kritikal memandangkan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam sesi yang lalu tentang Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.
Saya juga ingin bawa pada perhatian Dewan yang mulia ini satu insiden yang menunjukkan bagaimana tumpuan institusi polis terlalu dipolitikkan pada masa kini. Hari Sabtu lepas, saya mengadakan jamuan makan malam bersama masyarakat di Sri Sentosa, kawasan saya. Dapat permit polis, dapat permit DBKL, tetapi tengah-tengah program, semasa Ahli Parlimen Batu, tetamu saya berucap, tidak lain tidak bukan daripada OCPD Brickfields datang dengan seangkatan seluruh kontinjen Brickfields untuk menahan, merampas mikrofon dan menyuruh, memaksa saya menenangkan orang ramai yang masa itu terkejut dengan provokasi polis. Saya lihat langkah ini tidak betul, apabila seluruh tenaga kontinjen digunakan untuk memantau semata-mata sama ada kami melanggar permit polis atau tidak. Saya rasa tidak begitu bijak...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kota Belud.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sebelum itu, biar saya habiskan dahulu. Tumpuan sekarang dengan keadaan jenayah yang semakin meningkat sampaikan memberi kesan negatif kepada daya saing kita, perlulah kepada menjaga keselamatan orang ramai; menangkap perompak, penjenayah dan sebagainya. Oleh kerana itu, saya pohon Menteri beri penekanan lebih. Janganlah menahan, memberi kekangan sebegini kepada Ahli Parlimen, kepada kami. Ini kerana saya fikir tidak perlu OCPD datang sendiri, cukuplah seorang dua special branch, polis biasa, memantau sama ada kami langgar atau tidak permit yang diberikan. Ini perkara penting Tuan Yang di-Pertua kerana mereka rampas newsletter saya, mereka rampas mikrofon.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Dengan kekurangan dana, setiap Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan tidak dapat dana RM1 juta. Dalam Laporan Auditor General terbukti diberi kepada bahagian Barisan Nasional. Oleh kerana itu, kami tertekan. Jadi, saya harap Menteri bagi satu garis panduan jelas. Kita bukan bermusuh dengan pihak polis. Dua-dua Ahli Parlimen belah sana dan belah sini memperjuangkan agar setiap orang polis dapat elaun perumahan yang cukup, gaji yang cukup, tidak pernah kami tolak. Oleh kerana itu, saya harap dapatlah jawapan yang jelas dalam hal ini. Sila Yang Berhormat Kota Belud. Sekejap sahaja, satu minit sahaja, saya banyak lagi isu.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya percaya program Yang Berhormat sebut tadi itu adalah program berjumpa dengan rakyat, merapatkan silaturahim, mempererat hubungan Yang Berhormat dan menjelaskan dasar-dasar dan aktiviti Yang Berhormat kepada rakyat.
Saya rasa, itu tujuan utama program itu, maka itu OCPD dan pihak polis memberi kebenaran.
Kalau saya melihat kecenderungan Yang Berhormat Batu dalam membuat ucapan, sebenarnya ucapan-ucapan beliau selalunya lebih kepada fitnah, tuduhan, menghasut dan sebagainya. Ini nyata. Jadi, kalau boleh, buat cara Barisan Nasional buat.
Kalau buat program silaturahim, kita cerita perkara yang baik-baik sahaja. Jadi, polis tidak akan dapat...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey terima kasih Yang Berhormat, saya faham.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi, beritahu cerita yang sebetulnya apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Batu pada waktu itu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya kira begini Yang Berhormat.
Saya setuju sangat. Oleh kerana itu, apabila saya melihat program-program anjuran Menteri Wilayah Persekutuan di Lembah Pantai, saya pun tidak setuju, di mana dikibarkan bendera UMNO sepanjang jalan, dibuat seperti seluruh jentera Wilayah Persekutuan itu milik Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai dan saya kira ini salah.
Kita perlu balik kepada isu pemberian permit. Ya, beri permit untuk makan malam, tetapi kami pun ahli politik. Kalau ada Yang Berhormat Batu cakap yang salah, dakwa di mahkamah. Ini tidak cakap lagi, sudah ambil mikrofon. Kemudiannya...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mahkamah pun tidak percaya.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Masih lagi kes berlangsung Yang Berhormat, jangan buat begitu, tidak baik. Masa makan malam ini dibuat begitu, saya bimbang kerana imej polis juga yang tercalar. Orang ramai nampak mereka menjerit, mereka marah. Jadi, saya fikir ini sesuatu yang serius, perlu diambil dengan berhemah oleh Menteri.
Seterusnya, saya pergi kepada cadangan Menteri Kewangan untuk merubah kementerian yang sedia ada, Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Saya alu-alukan apabila ditambah paras garis kemiskinan untuk memastikan kita mengambil kira bebanan rakyat bandar. Jadi, sudah ditunjukkan bahawa 56.8 peratus daripada isi rumah di negara ini yang pendapatannya tidak melebihi RM3,000 akan digelar sebagai, dengan izin, the new poor atau urban poor. Maksudnya selama ini saranan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat diambil kira, ini bagus tetapi saya mempersoalkan kenapa perlu dipusatkan lagi tugasan untuk membasmi kemiskinan di bandar. Saya tidak mahu isu membasmi kemiskinan ini dipolitikkan. Sepatutnya kerajaan menekankan prosedur, sudah ada JKM, agensi-agensi kerajaan di seluruh negeri dan di seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi kita perlu hapuskan birokrasi remeh, amalan rasuah, ketirisan bantuan terpilih yang menjolok mata kerana sekarang ini sampai terpaksa diwujudkan Program Cari untuk dapatkan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tambahan lagi dalam pertemuan saya dengan Menteri Wilayah sebelum beliau menjadi Menteri, beliau mempertahankan amalan bagi borang di kawasan setinggan untuk mereka yang mahukan perumahan, logo UMNO ada tidak mengapa.
Jadi saya bangkitkan, saya kata saya tidak setuju. Kita perlu pastikan logo DBKL kerana DBKL yang bagi rumah tetapi amalan ini dipertahankan. Jadi saya harap Perdana Menteri dan juga kementerian bagi penjelasan. Pastikan jangan berlaku perkara sebegini kerana kita berhadapan dengan imej negatif dan kita mahu mengangkat bagaimana DBKL berfungsi secara profesional.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu pendidikan. Belanjawan yang bijak amat berkait rapat dengan kesinambungan sesuatu program dan perancangan. Contoh nyata yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian tadi ialah tentang PPSMI. Jumlah yang hangus lebih daripada RM3 bilion tetapi ianya gagal menggarap potensi anak-anak kita berbahasa Inggeris.
Inilah akibatnya daripada pelaksanaan gopoh tanpa kaji selidik yang rapi.
Hasilnya satu generasi telah sah dijadikan tikus makmal dengan izin, quinea pigs dan ramai ibu bapa yang trauma dengan dasar yang berubah-ubah mengikut selera kepimpinan.
Saya tidak dengar lagi tentang blue print Pendidikan Nasional yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri yang terdahulu.
Banyak dasar terdahulu termasuklah sekolah kluster yang diumumkan di bawah blue print Pendidikan Nasional ini di mana sekolah-sekolah yang mencatatkan prestasi tinggi akan dijadikan pusat kecemerlangan. Tahun 2007, Menteri Pelajaran dahulu menyatakan sasaran 300 sekolah kluster akan diwujudkan dan akan dijadikan anak angkat kepada 20 universiti pilihan. Apa perkembangannya sekarang? Peruntukan RM500,000 dahulu setahun diberikan pada semua sekolah kluster di mana wang tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan infrastruktur dan meningkatkan mutu pembelajaran. Ini penting. Saya mahu ada jawapan jelas tentang kelangsungan program-program ini, apa perkembangannya dan apakah langkah seterusnya. Kita bimbang kerana daripada penjelasan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan banyak program pembaziran dengan tiadanya hala tuju yang jelas.
Saya juga ingin membangkitkan di sini bahawa Dewan yang mulia ini baru sahaja diberitahu sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan kepada APCO Worldwide khusus untuk membaik pulih imej Perdana Menteri yang tercalar teruk. Keseluruhan ahli perunding APCO ini daripada Amerika Syarikat kerana mendapat satu projek yang begitu besar sehingga sampai membuka pejabat perniagaannya di Malaysia. Ini duit rakyat, jadi kenapakah rakyat dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki imej Perdana Menteri sedang kita bergelut dengan krisis ekonomi, kerana itu saya mengatakan tidak boleh dipolitikkan isu pendidikan ini dan perlu ada kelangsungan yang jelas.
Dalam bidang pendidikan ada juga projek-projek Sekolah Smart, Sekolah Bestari, sekarang senyap tanpa berita. Saya lihat satu sahaja projek yang memperlihatkan kelangsungan daripada tahun 2006 iaitu Projek PERMATA di mana isteri Perdana Menteri merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutifnya. RM100 juta tambahan diperuntukkan.
Kita sudah ada KEMAS, KEMAS yang ditubuhkan sejak tahun 1961 dahulunya dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Masyarakat untuk pembasmian buta huruf.
Jika sudah ada KEMAS, kenapa tidak boleh ditingkatkan sahaja kurikulumnya?
Kenapa perlu diwujudkan satu lagi badan dipanggil PERMATA dengan jumlah dana RM100 juta disalurkan secara terus. Seterusnya, saya terus pergi kepada teknologi hijau dan isu tenaga boleh diperbaharui.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Boleh tumpang?
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Sekejap sahaja. Satu minit, okey. Silakan.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Mengenai PERMATA tadi ini, apa pandangan Yang Berhormat oleh kerana PERMATA ini ditujukan juga untuk pendidikan pra sekolah jadi adakah ini tidak membazir kerana kalau kita tubuh PERMATA ini dan hendak jalankan PERMATA ini sebagai satu institusi baru, satu kementerian atau jabatan baru terpaksa diadakan. Ini kerja profesional. Saya ingat kalau untuk mak datin hendak melenggang itu memadai, jaga batik, buah-buahan. Begitu sahajalah. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya pohon kalau boleh disambung maksudnya dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Sudah elok, tidak payah tambah-tambah lagi. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua ...
Dato' Ismail bin Kasim - Arau
Sedikit Yang Berhormat Lembah Pantai.
Berkenaan PERMATA.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya teruskan dahulu inovasi, tidak payahlah PERMATA. Saya sudah cakap banyak pun, orang pun sudah sedia maklum.
Dato' Ismail bin Kasim - Arau
Sebab hendak menjelaskan sedikit kerana ketidakfahaman Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Tidak mengapa, saya teruskan, minta maaf Yang Berhormat. Betul. Masa tidak cukup, tadi pun Yang Berhormat sudah cakap banyak.
Dato' Ismail bin Kasim - Arau
Okeylah. Saya kalahlah.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Okey, terima kasih. Bajet Perdana Menteri menegaskan bahawa inovasi merupakan agenda utama negara. Beliau dengan begitu semangat menjanjikan satu proses transformasi dalam negara dan inovasi menyeluruh untuk lebih sebelas sektor utama. Saya fikir yang penting di sini adalah implementasi maksudnya perlu ada pantauan apabila geran-geran itu diumumkan, ia sampai kepada jabatan yang diperlukan kerana kita tidak mahu wang yang diperuntukkan kepada kementerian hilang melalui rasuah.
Baru-baru ini kita dimaklumkan melalui akhbar The Star dengan izin “Former Science Technology Innovation Secretary General” didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan dengan kelulusan geran penyelidikan teknologi di Pulau Pinang, nilainya lebih RM10 juta. Oleh itu kementerian dan kerajaan perlu peka kepada aspek pelaksanaan dan pantauan yang berkesan. Sudah ada Menteri KPI jadi kita menunggu-nunggu hasil yang akan tiba.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pembaziran melalui ketirisan dan disiplin perbelanjaan yang begitu lemah, ramai yang sudah bangkitkan jumlah RM28 bilion setahun sekurang-kurangnya yang hilang melalui ketirisan, banyak lagi contoh yang dapat dilihat.
Saya mahu ambil satu sahaja tentang pengurusan Petronas dan bagaimana pengurusan yang cekap diperlukan dalam aspek ini.
Kita bertuah kerana Malaysia merupakan negara yang punya banyak sumber asli kurniaan Ilahi. Namun menurut Laporan Ekonomi 2009/2010, rizab minyak mentah negara dianggar bertahan selama 22 tahun sahaja berdasarkan pengeluaran semasa. Saya difahamkan ada Laporan Berita Reuters pada bulan Jun 2009 yang mendedahkan bahawa Petronas telah mengikat perjanjian untuk menjual 3.03 juta tan gas asli LNG setahun ke Shanghai LNG Co. untuk jangka masa 25 tahun, ikatan kontrak 25 tahun mulai 2009.
Ini merumitkan keadaan kerana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri mengakui kerajaan hilang dan rugi berbilion ringgit daripada pelaburan asing disebabkan komitmen kita kepada jualan jangka masa panjang termasuklah kerugian RM6 bilion di Pulau Pinang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan.
Jadi apabila kita eksport ke luar, ianya berdasarkan harga yang tetap dan tidak berubah. Jadi bila keuntungan dijana apabila harga minyak melonjak naik kita hilang this opportunity cost kerana kita sudah mengikat perjanjian sebegini.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Jadi saya bangkitkan kenapa kita perlu mengikat kontrak selama 25 tahun sedangkan negara terpaksa mengimport gas daripada Indonesia hampir 16 peratus daripada keperluan domestik gas negara dibeli daripada negara Indonesia.
Jadi saya mahu kementerian menjawab di bawah Petronas Development Act, pihak eksekutif punyai hak untuk mengetahui tentang perancangan Petronas. Berapakah kontrak dengan secara spesifik, how many barrels of gas and petroleum yang diikat oleh perjanjian Petronas yang tidak memungkinkan kita meraih keuntungan daripada kenaikan harga minyak yang selalunya di fixed mengikut market spot rate, dengan izin.
Ini penting Dewan yang mulia ini perlu diberitahu supaya kita dapat merasa yakin bahawa setiap keputusan yang dibuat itu berdasarkan kepentingan negara. Saya kira kuasa Perdana Menteri tidak patut dihadkan untuk memilih siapakah Pengarah Petronas, hendak letak orang ini atau orang itu tetapi lebih penting lagi, Parlimen perlu diberitahu tentang kaji selidik dan keputusan berhemah yang dibuat oleh Petronas kerana akhirnya kita berhadapan dengan depleting sources.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Kita perlu memastikan khazanah negara ini dijaga dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, keuntungan eksport ini memang diraih oleh golongan tertentu. Isu kedua yang saya ingin bangkitkan di sini adalah subsidi yang tinggi kepada penjana-penjana bebas IPPs. Pada tahun 2009 Petronas menanggung sebanyak RM19.5 bilion, tahun 2008 sebanyak RM19.7 bilion. Dahulu bekas Menteri, Tun Dr. Lim Keng Yaik memberi had masa untuk perjanjian IPP ini ditamatkan. Kemudian, pada bulan Februari tahun ini Yang Berhormat Menteri KETTHA mengatakan ada kemungkinan perjanjian ini dirombak semula dan beberapa hari sebelum ini Perdana Menteri mengatakan memang ada masalah besar dengan kewujudan Power Purchase Agreement (PPA).
Berdasarkan PPA bersama YTL contohnya yang dianugerahkan pada Oktober 1994 sepatutnya berlarutan selama 21 tahun. Ada lima tahun lagi sebelum tamat. Jadi saya mahu bertanya bilakah kerajaan mahu menamatkan subsidi ini? Kita menunggu keikhlasan keluhan Perdana Menteri yang kononnya bercakap tentang masalah IPP. Jadi sekarang kontrak perlu ditamatkan. Tidak ada gunanya kita bercakap tentang Rang Undang-undang Akta Persaingan apabila kerajaan sendiri membuat perjanjian yang merugikan negara dan hanya menguntungkan segelintir pihak. Saya menunggu kerajaan mengambil langkah dan buat pertama kalinya membelakangkan IPP.
Saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada monopoli YTL di dalam tenaga boleh diperbaharui. Kita semua maklum bahawa dalam energy mix tenaga boleh diperbaharui didahulukan sebelum tenaga nuklear. Namun tidak ada usaha serius daripada kerajaan untuk menjana keuntungan daripada removable energy ini. Kerajaan tentunya telah peka dengan Protokol Kyoto yang menggariskan Mekanisme Pembangunan Bersih atau Clean Development Mechanism dengan izin, yang membolehkan negara-negara membangun layak menjual kredit karbon dalam pasaran komuniti global apabila mereka mengurangkan pembuangan sisa bahaya dan pencemaran alam sekitar serta merendahkan greenhouse gas emissions.
Kita merupakan pengeluar minyak sawit yang besar dan sekarang ini sisa buangan kita tidak digunakan sebaik mungkin. Industri sawit mempunyai potensi yang meluas dalam banyak bidang dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Saya lihat dalam belanjawan hanya ada penstrukturan semula Pusat Tenaga Malaysia kepada Pusat Teknologi Hijau. Sekali lagi perubahan penjenamaan dan ada pakej pameran kesedaran tentang alam sekitar. Saya fikir jikalau rakyat tahu bagaimana kredit karbon dapat menjana keuntungan untuk negara, dengan memastikan sisa buangan kelapa sawit ini dikitar dengan baik mereka akan sendirinya menyokong apa-apa usaha ke arah memelihara alam sekitar.
Laporan Asean Bankers Malaysia Berhad tahun lepas menyatakan bahawa Pusat Tenaga Malaysia membuat anggaran bahawa Malaysia mempunyai kredit karbon mencecah 100 juta tan di antara tahun 2006 dan tahun 2010 yang akan mendatangkan hasil keuntungan sebanyak RM4.8 bilion untuk negara.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Akan tetapi kita hanya boleh menjual kredit karbon sehingga tahun 2012. Pada tahun 2007 hanya terdapat 18 syarikat berdaftar untuk menjual kredit karbon dan di sini saya kembali kepada syarikat YTL.
Pada Mei 2008 YTL Corporation Berhad telah membeli majority stake dalam syarikat SV Carbon dengan nama YTL - SV Carbon. Mereka dijangka akan mengendalikan 1000 projek dalam jangka masa tiga tahun untuk perniagaan kredit karbon. Akan tetapi saya mendapat maklumat dalaman yang mengatakan bahawa pada masa ini SV Carbon tidak berkeupayaan untuk menjana projek tersebut kerana tidak benar-benar memahami aspek kredit karbon ini.
Masa sudah hampir habis, tahun 2012 Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya kerajaan memberi insentif kepada syarikat-syarikat kecil, saya tahu satu di Johor Bahru ada juga di Lahad Datu untuk melaksanakan projek mereka. Ambil sisa buangan daripada kelapa sawit akan mendapatkan kita keuntungan berlipat ganda. Jangan diberikan monopoli lagi kepada YTL. Bukan sahaja YTL menerusi perjanjian Power Purchase Agreement, they have, dengan izin, secured the energy market. Mereka mendapat subsidi gas yang begitu rendah nilainya dan tidak ada insentif untuk pasaran untuk benar-benar menjana tenaga boleh diperbaharui. Jadi IPP ini ada banyak impaknya serta kesan yang negatif. Bukan dalam satu bidang sahaja tetapi masuk kepada renewable energy...
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Satu minit lagi, Ya Allah. Okey.
Saya terus pergi kepada isu ketiga.
Beberapa Ahli
[Menyampuk].
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana memang ramai yang tidak sedar, saya sendiri...
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah sebut sebentar tadi. Sebetulnya sudah saya beri injury time dua tiga minit.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi saya harap...
Tuan Yang di-Pertua
Jikalau saya sebut lagi ramai nanti yang minta injury time.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey. Isu yang terakhir. Saya harap di sini Perjanjian IPP kerajaan perlu ambil tindakan yang jelas dan tegas serta jangan biarkan monopoli atau oligopoli berlaku dalam negara kita. Saya nampak YTL juga cuba pergi ke sektor tenaga boleh diperbaharui tetapi tidak dibuat pun, tidak dilaksanakan kredit karbon dan ketiga apabila tindakan keras diambil pada tiga daripada empat syarikat yang tidak roll out perkhidmatan WIMAX, YTL dikenakan saman RM1.9 juta tetapi tidak mahu bayar juga Tuan Yang di-Pertua. Mahu merayu kepada MCMC. Beginikah sikap? Adakah kita akan biarkan syarikat besar apabila buat salah tidak mahu bayar ganti rugi dan tidak mahu bertanggungjawab? Jadi kerana itu saya pohon kerajaan ini masanya menunjukkan bahawa dengan izin, “you reward those who do things accordingly and punish those who do things against the law”.
Jadi saya tidak ada masa lagi. Saya akan gulung. Saya pohon dalam belanjawan ini jikalau mahu menjana pendapatan rakyat Malaysia kepada golongan berpendapatan tinggi perlu berani melakukan reformasi struktur, reformasi yang serius bukan penjenamaan semula hasil daripada yang APCO. Sekian terima kasih. Saya tidak menyokong belanjawan ini... [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang Mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur melihat kerajaan bergiat untuk mentransformasikan negara kita ke sebuah negara yang berbentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti, dan nilai tambahan yang lebih tinggi.
Demi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa rintangan yang harus diatasi antaranya ialah bagaimana kita dapat mengujudkan satu persekitaran mesra perniagaan untuk peniaga-peniaga tempatan dan pelabur-pelabur asing. Tangga persaingan Malaysia di dunia telah jatuh daripada tempat ke-21 ke tempat ke-24 sejak tahun 2008. Indeks persepsi rasuah dengan izin, the corruption perception index. Negara kita telah jatuh dari kedudukan ke-39 pada tahun 2004, ke-47 pada tahun 2008. Walaupun kita masih di hadapan kalau berbanding dengan lebih kurang 200 buah negara di dunia. Walau bagaimanapun kita harus memperbaiki keadaan ini sebelum ia menjadi lebih meruncing lagi.
Pelabur-pelabur tidak akan berminat melabur di Malaysia sekiranya prosedur permohonan untuk berniaga di Malaysia rumit dan penuh dengan kerenah birokratik.
Masalah birokratik harus diatasi demi menarik pelabur dan mengurangkan ruang atau peluang yang membawa kemungkinan kegiatan rasuah. Tambahan lagi kita mesti mengambil langkah untuk memantapkan sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan juga merupakan satu daripada enam bidang keberhasilan utama.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, mengikut soal selidik Trends in International Math and Science Survey (TIMSS), dengan izin bahawa Malaysia berada di bawah purata sedunia untuk dua mata pelajaran. Ini pada peringkat gred lapan. Ini memang membimbangkan dan jika soal pendidikan ini tidak dikendalikan dengan efektif dan menyeluruh, daya saing kita terus menjunam ke bawah. Kita mesti memastikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak merupakan satu assembly line tanpa pengawalan kualiti yang sewajarnya.
Saya mengalu-alukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mewujudkan satu sistem bernama OSC (one-stop centre), dengan izin, pada beberapa tahun dahulu. Sistem tersebut diwujudkan khususnya untuk mempercepatkan kelulusan dan pemaju tidak perlu lagi berurusan dengan semua jabatan.
Saya menerima aduan bahawa walaupun pemaju tidak perlu lagi berhadapan dengan semua jabatan, tetapi masa yang diambil untuk meluluskan satu permohonan ini masih sama kerana pihak berkuasa tempatan juga perlu merujuk kepada semua jabatan untuk mendapatkan sokongan masing-masing. Ada kalanya PBT tidak rajin membuat follow up, pemaju terpaksa mengejar jabatan untuk sokongan masing-masing. Ini telah hilang, maknanya kita mewujudkan satu sistem OSC demi memendekkan masa kelulusan.
Saya percaya bahawa kita harus mementingkan outcome dan bukannya output dengan izin, dan saya berharap kementerian dapat melihat perkara ini dan memperbetulkan prosedur yang mungkin melewatkan sesetengah proses. Akan tetapi, one stop centre ini mesti digiatkan lagi dan ditubuhkan untuk pelbagai lagi sektor terutamanya bidang perusahaan dan perkhidmatan. Ini akan memudahkan proses mendapatkan kelulusan dan seterusnya menarik lebih pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bukan sahaja kakitangan kerajaan harus mengubah sikap, bahkan sektor swasta dan syarikat-syarikat milikan kerajaan GLC juga hendaklah mengubah sikap dan mengkaji prosedur atau sistem masing-masing untuk mengurangkan masalah birokratik. GLC seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom adalah syarikat yang memainkan peranan yang penting untuk menambah keyakinan pelabur asing terhadap negara kita.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
GLC-GLC yang menjalankan perkhidmatan awam, mesti memastikan bahawa mereka memberikan fokus khas kepada kebajikan rakyat dan memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti dan value for money.
Kalau kita bertanya kepada pemilik-pemilik kilang yang baru siap dibina, kebanyakan mereka mempunyai masalah apabila memohon talian telefon kepada syarikat Telekom. Mereka selalu diminta tunggu selama satu bulan atau lebih lamanya. Alasan yang diberikan adalah Telekom tidak mempunyai kabel untuk menyambung ke premis. Sekiranya tidak boleh menunggu, maka kilang akan diminta menarik kabel itu dengan kos tanggungan sendiri. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, syarikat GLC juga mesti mendahulukan rakyat dan bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan mereka memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat kita.
Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan penjana dana penting negara. Saya tertarik dengan angka pelancong yang datang ke Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, iaitu pada tahun ini dijangka ada seramai 19 juta pelancong yang melawat ke Malaysia. Akan tetapi, saya selalu tertanya-tanya adakah angka ini betul kerana kalau 19 juta dibahagikan dengan 12 bulan dan 30 hari, maka kita akan mempunyai seramai 53,000 pelancong yang melawat ke Malaysia.
Kalau kita lihat kesesakan di pintu-pintu masuk seperti KLIA dan kastam, kadar penginapan hotel-hotel di Kuala Lumpur sepatutnya sudah penuh dan tidak mencukupi untuk menampung 53,000 pelancong sehari. Saya berharap angka ini tidak silap dan juga saya khuatir bahawa adakah pekerja asing yang datang untuk mencari rezeki juga dianggap sebagai pelancong.
Jadi, diharapkan kementerian dapat memberi angka pelancong asing mengikut nama negara supaya memberikan gambaran yang lebih menyeluruh. Kalau ini betul, saya berharap peruntukan kepada Kementerian Pelancongan ini dapat dipertingkatkan kerana sektor ini memang merupakan sektor yang membawa dana penting ke negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sektor yang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara kita iaitu sektor pertanian. Kerajaan yakin bahawa sektor ini berupaya dipertingkatkan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menjana ekonomi rakyat. Walau bagaimanapun, isu seperti masalah lambakan kubis bulat, tanaman pekebun sayur di Cameron Highlands amat mengecewakan. Pengusaha-pengusaha berasa kecewa dan marah kerana AP diberikan oleh kementerian untuk membenarkan pengimportan kubis bulat dari negara Indonesia dan China sehingga harga pasaran tempatan jatuh dan merugikan pengusaha tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, FAMA sebagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sepatutnya bertanggungjawab untuk membantu petani-petani tempatan dan mempertahankan faedah mereka seperti mana cogan kata FAMA iaitu ‘Pertanian Adalah Perniagaan’. Saya berharap kementerian dapat membuat pemantauan yang ketat dan bertindak pantas sebelum insiden seperti ini berulang lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana. Pada awal tahun ini, akibat kemelut ekonomi dunia, industri-industri kecil dan sederhana tempatan telah dilanda teruk oleh kejatuhan permintaan global. Walaupun Bank Negara menggesa bank-bank supaya menghulurkan bantuan kepada industri-industri kecil dan sederhana ini, tetapi masih ramai mengadu bahawa susah mendapat sokongan bank apabila memohon penstrukturan semula pinjaman.
Ada yang diberitahu oleh bank bahawa mereka tidak dibenarkan mendekati atau membuat permohonan pinjaman kepada bank lain pada masa yang sama. Adakah ini syarat yang ditentukan oleh Bank Negara? Saya berharap bank-bank akan mempergiatkan lagi pemberian pinjaman kepada pengusaha kecil dan sederhana. Pengusaha kecil dan sederhana adalah penjana pertumbuhan ekonomi yang penting dan kita mesti memastikan mereka mendapatkan bantuan yang sepatutnya memandangkan peranan mereka dalam memastikan ekonomi kita terus pulih dan berkembang.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Bank Negara juga mesti memainkan peranan dan memastikan bank-bank menghulurkan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana dengan mengadakan sistem pemantauan yang efektif dan seterusnya memastikan bahawa bantuan disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya menegaskan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas inisiatifnya dalam mewujudkan portfolio baru iaitu Pengurusan Prestasi dalam Kabinet barunya.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini memang sejajar dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh beliau. Saya sebagai wakil rakyat dari Barisan Nasional amat menghargai usaha murni dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memperbaiki imej dan moral Barisan Nasional serta memperjuangkan nasib bangsa dan nusa setelah tsunami politik 8 Mac pada tahun lalu.
Memang betul lagi tepat apa yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua hari lepas bahawa adakah wakil rakyat dan para pemimpin daripada BN sudah gusar dan lemah semangat gara-gara satu kali tamparan hebat itu? Mengapa hendak menuding jari sesama sendiri yang sudah tentunya akan membuat pihak musuh gembira dan seronok melihatnya? Takkan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan kesangsian ke atas Menteri-menteri yang dilantik dalam Kabinet turut kurang yakin terhadap kebijaksanaan dan kearifan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memilih pasukan pimpinannya. Adakah rakan-rakan dalam BN sudah lupa bahawa kita semua menaiki sebuah lokomotif yang sama?...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Takkan kita hendak melihat lokomotif yang ada kepala tetapi gerabak-gerabaknya berpecah angkara perbuatan orang sendiri?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak mengapa, saya habiskan.
Marilah rakan-rakan Barisan Nasional. Saya menyeru dan sentiasa berdoa agar kita mesti bersatu padu di bawah panji yang sama.
Perpaduan itu kekuatan untuk kita semua dalam meraih kembali keyakinan rakyat hanya Barisan Nasional yang berpadu tenaga dapat mengembalikan maruah kita pada pilihan raya akan datang. Saya menyokong hasrat dan laungan perpaduan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tidak akan luntur semangat semata-mata kekalahan sekali. Kita tidak akan dipandang remeh oleh musuh-musuh. Kita akan memastikan mereka yang memandang rendah kepada kita makan percakapan mereka sendiri dan kita yakin akan bangkit semula. Ya, sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Simpang Renggam. Kita sebagai wakil rakyat dalam Parlimen ini, adalah terdiri daripada orang yang berwibawa, bijak termasuk Yang Berhormat Simpang Renggam dan rakan-rakan yang lain. Kita tahu peranan kita. Apabila kita duduk di dalam Dewan ini, apa peranan kita? Peranan kita pertama sekali menggubal undang- undang-undang. Yang keduanya memantau pelaksanaan undang-undang-undang.
Selain daripada itu, kita juga memantau pelaksanaan projek-projek yang dilaksanakan oleh siapa? Oleh pihak pelaksana. Siapa pelaksana? Iaitu eksekutif. Siapa eksekutif? Ialah Menteri-menteri. Faham tidak? Pelantikan Menteri-menteri itu hak Perdana Menteri. Itu kerja Perdana Menteri. Kita tidak mahu campur kerja Perdana Menteri, yang kita hendak campur ialah kita hendak memberikan penilaian terhadap kerja pihak pelaksana.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Adakah memuaskan atau tidak memuaskan? Jika tidak memuaskan menjadi duty dan tanggungjawab Ahli-ahli dewan untuk memberikan pandangan.Apakah itu salah?
Jangan hendak melaga-lagakan ahli yang mengkritik dengan Perdana Menteri. Kita sokong Perdana Menteri...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sokong seratus peratus.
Akan tetapi apabila kita mengkritik seseorang daripada ahli eksekutif, itu menunjukkan kecintaan kita, sokongan padu kita yang mempunyai fikiran untuk kebaikan. Bukan hanya menyokong membabi buta. Tidak menggunakan analisa. Tidak betul pun sokong, tidak elok pun sokong...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini sikap bukan sikap BN. BN kuat, berani dan terbuka. Bukan seperti pembangkang. Sekian.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sila... [Dewan riuh]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya juga setuju bahawa dan saya juga harap jangan ada pertikaian daripada rakan-rakan terutamanya daripada Barisan Nasional terhadap Kementerian KPI.
Sebenarnya, saya cukup sabar apabila mendengar teguran dan kritikan Yang Berhormat- Yang Berhormat. Mengapa mahu mempertikaikan Kementerian KPI? Adakah takut kerana ia akan memulihkan imej Barisan Nasional? Takut kerana adanya pemantauan KPI ini, tiada kelonggaran? Tiada jalan mahu cari lubang? KPI ini sebenarnya diwujudkan dan diadakan untuk menjaga kepentingan rakyat. Rakyat didahulukan.
Jadi, beliau Yang Berhormat Menteri KPI sudah jadi CM Ketua Menteri selama 16 tahun. Semasa menjadi CM, semua cakap baik. Semua cakap bagus kerana dapat projek semua cakap bagus. Jadi kalah setahun sahaja, semua buat pertikaian macam-macam.
Adakah ini cara kita merakamkan penghargaan dan sumbangan beliau terhadap negara?
Adakah ini caranya kita merakamkan penghargaan seseorang itu?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Jadi, tolonglah jangan sekali-kali mempersoalkan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kebijaksanaan bekas-bekas Menteri. Sila.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya sudah katakan pertama sekali, Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan untuk melantik sesiapa sahaja yang menganggotai Kabinet. Itu satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Cuma saya mungkin ambil jalan tengah sedikit Yang Berhormat.
Saya juga minta rakan-rakan yang mengkritik Kementerian KPI ini. Sebenarnya kementerian ini kementerian baru yang diwujudkan khusus untuk menangani beberapa perkara yang melibatkan pentadbiran, ketirisan perbelanjaan negara. Pada saya, secara ikhlas saya mengatakan, is work in progress.
Kementerian ini dan juga Menteri-menterinya tidak boleh dikritik sementara ini kerana pertama sekali laporan mereka kepada Parlimen dan juga kepada rakyat belum siap lagi. It is work in progress dan tanpa mahu menjadi hero, saya cuma ingin meminta supaya rakan-rakan memberi ruang kepada Menteri-menteri ini menunjukkan prestasi mereka.
Kerana work in progress Tuan Yang di-Pertua dan saya rasa KPI itu pun perlu berdasarkan benchmark dan kita ini mempunyai kementerian yang baru yang dipanggil KPI ini. Terima kasih.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Memang betul apa yang diucapkan. Memang work in progress. Saya memang kesal siapa yang tidak datang mendengar taklimat yang disediakan Kementerian KPI.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Sebenarnya, banyak masih dalam peringkat perancangan. Peringkat pelaksanaan akan dimulakan pada masa yang terdekat ini. saya percaya ia akan dapat membawa manfaat dan dapat memulihkan imej Barisan Nasional. Jadi, dengan ini Tuan Yang di- Pertua, saya memohon menyokong. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Simpang Renggam kerana beliau mengakui memang bahawa budaya Barisan Nasional itu untuk mendapat ketaatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri perlu memberikan projek kepada konco-konconya. Jadi, terima kasih atas pengesahan beliau tadi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus membahaskan Belanjawan 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Dalam bajet ini telah diuar- uarkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional memberikan pertimbangan dan menjaga semua golongan dengan diuar-uarkan bahawa dalam bajet kali ini telah diturunkan cukai pendapatan daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Akan tetapi suka saya menyatakan bahawa penurunan cukai ini hanya mengambil kira ataupun memberikan manfaat kepada golongan yang berpendapatan tinggi ataupun (top incomes) ataupun mereka yang mempunyai pendapatan lebih RM10,000 sebulan. Itu sahaja golongan yang mendapat manfaat. Sebaliknya rakyat biasa Malaysia yang berpendapatan rendah ataupun berpendapatan menengah langsung tidak mendapat apa-apa manfaat daripada penurunan cukai ini.
Memang tidak dinafikan bahawa ada juga segolongan iaitu golongan miskin tegar yang diberikan bantuan. Akan tetapi apa yang ingin saya menyatakan di sini ialah majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai middle income ataupun pendapatan menengah, middle income group langsung tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembentangan bajet ini.
Walaupun dikatakan ada pertambahan pelepasan cukai tetapi itu tidak membawa apa-apa manfaat yang besar kerana dalam satu tangan kerajaan memberikan satu pelepasan cukai yang lebih tetapi dalam tangan yang lain mereka mengambil pula mengenakan cukai kepada golongan kelas menengah ini.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan kelas menengah seperti pengenaan cukai perkhidmatan RM50 kepada pemegang setiap kad kredit. Umum diketahui bahawa masyarakat hari ini mempunyai kad kredit yang banyak ataupun dua atau tiga kad kredit setiap orang untuk tujuan pembayaran dan sebagainya. Itu telah menjadi satu cara kehidupan masyarakat di bandar. Memang ramai yang memerlukan kad kredit kerana kebanyakan barangan ataupun perkhidmatan tidak boleh dibayar dengan tunai.
Kalau hari ini hendak membeli tiket kapal terbang AirAsia tidak boleh pakai tunai untuk beli dan ia perlukan kad kredit. Jadi kebanyakan masyarakat kita memerlukan kad kredit, tetapi kerajaan mengenakan cukai ini ke atas pemegang kad kredit dan saya mengulangi bahawa kerajaan sepatutnya mengenakan cukai ini ke atas syarikat kad kredit dan bukannya pengguna.
Keduanya pemilik kenderaan 15 tahun ke atas dikenakan pemeriksaan mandatori di bawah PUSPAKOM. Kita menentang keras, sekeras-kerasnya pengenaan mandatori ini kerana saya menyokong saranan Yang Berhormat Sri Gading pada hari itu. Dalam dua perkara ini saya rasa dalam Dewan yang mulia ini kita boleh ada by partition approach, pada hari itu Yang Berhormat Kapit telah menyarankan supaya kad kredit itu dikenakan ke atas syarikat kad kredit. Kita sokong, Yang Berhormat Sri Gading mengatakan bahawa ini perlu dihapuskan pemeriksaan mandatori oleh PUSPAKOM ini. Saya juga turut sokong.
Saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat lain daripada Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk menyokong.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Sedikit. Okey terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya cadangkan pada hari itu supaya caj RM50 ini dikenakan kepada pengeluar kad. Ini akan membawa kepada kerajaan ratusan juta sebagai revenue. Saya terfikir sekarang kalaulah revenue itu perlu sangat dan saya fikir memang perlu memandangkan keadaan ekonomi kita sekarang. Setuju atau tidak Yang Berhormat Rasah kalau saya cadangkan caj itu dinaikkan kepada caj RM100 satu kad tetapi dibayar oleh pengeluar kad supaya membantu kerajaan kita dengan revenue. Ini kerana institusi-institusi kewangan yang mengeluarkan kad itu mereka ini meraih keuntungan beratus juta.Sekian terima kasih...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih, saya rasa saya tidak mahu membawa satu pendekatan, sebab...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sekali, sekali, sekali boleh?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya rasa masa berjalan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja, sekali.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sebab saya ada lima perkara. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi injury time.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Rasah boleh?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sedikit sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah kita dalam bahasa Inggeris ada disebut we are missing the point. Kenapa kerajaan mengenakan...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya faham, saya faham. Okey, okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini belum habis lagi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya faham point Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudah bagi, duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya punya floor ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya punya floor dan saya tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum lagi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam mana...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya faham, saya faham. Kalau tidak setuju tidak apa. Boleh duduk. Cukup.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak bagi penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Apa yang saya hendak katakan ialah kita boleh adakan by partition approach. Terima kasih. Saya tarik balik saya punya floor tadi. Saya tarik balik... [Ketawa] Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Rasah.
Saya belum habis.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Boleh cerita Yang Berhormat Pasir Salak belum bahas lagi. Ada, boleh duduk dan duduk dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya belum habis soalan saya, penjelasan saya.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tidak apa.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya belum habis.
Seorang Ahli
Bagilah sedikit.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sepuluh saat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak habis macam mana hendak berhenti? Biarlah habis dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat duduk sekejap.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini tidak gentleman Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bukan tidak gentleman, saya sudah faham makna Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bila kita bawa sesuatu yang dia rasa tercabar...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah duduk dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia telah potong...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-ahli Yang Berhormat dalam berbahas apabila seseorang Ahli-ahli Yang Berhormat ingin mencelah kalau atas budi bicara Ahli Yang Berhormat itu memberi laluan, itu boleh. Kalau tidak maka tidak.
Jangan paksa. Okey dan Ahli-ahli Yang Berhormat fikir kalau umpamanya masa tidak cukup janganlah bagi laluan, itu pun hak Yang Berhormat juga. Sila Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya telah pun diberi laluan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali Yang Berhormat Pasir Salak jangan bagi laluan kepada sesiapa.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tidak bagi, tidak bagi. Terima kasih. Saya minta maaflah, saya ada banyak isu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ingat Yang Berhormat tidak faham maksud kerajaan berhubung dengan caj RM50.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah jangan bertengkar pasal soal kecil.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya lah. Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia tidak faham.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ada masa untuk menjawab.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Perlu diajar sedikit dia tidak faham.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tidak perlu diajar oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Saya pun tahu peraturan Dewan. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Rasah, jangan lagi bagi laluan kepada sesiapa. Sila.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Apa yang saya hendak katakan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam Dewan yang Mulia ini kita boleh adakan by partition approach. Kalau ada cadangan-cadangan, ada perkara-perkara yang kita boleh sokong kalau dicadangkan oleh pihak kerajaan kita boleh sokong.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dan kalau ada pihak pembangkang yang menyokong cadangan yang baik saya harap pihak kerajaan juga sokong.
Jadi dalam perkara ini saya rasa kita boleh sokong apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Kapit dan juga Yang Berhormat Sri Gading. Untuk soalan Yang Berhormat Kapit tadi saya rasa RM50 itu cukup sahaja untuk tahun ini. Kita tengok bagaimana pelaksanaan itu dan kita boleh kaji balik untuk tahun depan. Keduanya dalam pembentangan belanjawan dua minggu yang lepas, apa yang kita banyak dengar ialah slogan 1Malaysia. Perkataan 1Malaysia banyak diketengahkan dalam perbahasan ataupun ucapan bajet daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Slogannya “1Malaysia, Together We Prosper.”.
Saya rasa kerajaan pada hari ini Kerajaan Barisan Nasional terlalu taksub kepada slogan. Dahulu saya masih ingat mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengemukakan slogan “Malaysia Boleh”. Satu negara, semua dan setiap hari kita ada Malaysia boleh, Malaysia boleh. Apa perkara pun Malaysia boleh. Akan tetapi sekarang seperti Malaysia tidak boleh. Tidak ada lagi slogan “Malaysia Boleh” ini. 1Malaysia, semua 1Malaysia. Klinik pun 1Malaysia, tandas pun 1Malaysia. Apa lagi? Semua 1Malaysia, terlalu taksub.
Akan tetapi bagi saya kalau 1Malaysia ini hendak diberi pengertiannya yang baik saya ada dengar ucapan rakan sejawatan saya daripada Pemuda UMNO Yang Berhormat Rembau, mencadangkan bahawa pembeli rumah yang pertama diberikan diskaun. Saya rasa cadangan itu boleh disokong tetapi saya harap kalau kita hendak mengatakan 1Malaysia, saya hendak mencadangkan supaya kerajaan mengenakan atau mengemukakan satu skim.
Skim diskaun perumahan 1Malaysia iaitu memberikan diskaun perumahan kepada setiap warga negara Malaysia yang membeli rumah pertama yang tidak lebih daripada harga RM250,000, iaitu mereka yang berpendapatan rendah, setiap warga negara itu sekali dalam hidupnya diberikan diskaun perumahan 1Malaysia. Kepada semua rakyat Malaysia tidak kira mereka Kadazan, Dusun, Iban, Cina, India, Melayu. Setiap warga negara Malaysia diberikan diskaun perumahan itu sekali dalam hidupnya kalau itu Yang Berhormat Rembau boleh sokong. Sila bangun saya berikan laluan kalau boleh.
Saya harap ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan kerana kalau kita cakap pasal 1Malaysia, jangan pada hari ini ada rakyat kita hanya bumiputera beli rumah ada diskaun.
Orang India tanya saya juga rakyat Malaysia. Orang Iban tanya saya juga rakyat Malaysia, mengapa saya beli rumah tidak ada diskaun? Jadi ini persoalan yang tidak boleh dijawab oleh kerajaan. Saya harap kerajaan memberikan pertimbangan ini kalau kita benar-benar mengatakan bahawa 1Malaysia, saya harap kita mulakan dengan skim diskaun perumahan 1Malaysia ini memberikan diskaun 5 peratus kepada setiap warga negara Malaysia sekali dalam hidupnya.
Perkara yang ketiga yang saya hendak bawa ialah, saya terpanggil untuk membahaskan sedikit isu special draw ini, saya merujuk kepada jawapan Menteri daripada soalan Yang Berhormat Batu Gajah pada minggu lepas, berkenaan dengan special draw.
Jawapan yang diberikan ialah dengan mengatakan bahawa kerajaan telah meluluskan 12 kali special draw pada tahun 2009 untuk keenam agensi nombor ramalan di Malaysia.
Saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini kerana sejak tahun lepas saya memperjuangkan special draw ini tidak dibenarkan. Saya tidak tahu mengapa kerajaan memberikan special draw yang begitu banyak sekali kepada syarikat-syarikat ramalan ini.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kita tanya Menteri Kewangan II tahun lepas. Pada masa itu Yang Berhormat Tasek Gelugor, setiap kali tanya tidak ada jawapan, tutup telinga. Saya mengemukakan soal ini, Yang Berhormat Ipoh Timur ada, Yang Berhormat Bandar Kuching ada, Yang Berhormat Batu Gajah ada, Yang Berhormat Kota Melaka ada tetapi tidak ada seorang Yang Berhormat diberikan jawapan. Saya pun tidak tahu mengapa kerajaan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Okey.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, ramai penduduk di Bukit Mertajam juga meminta supaya mengurangkan bilangan boleh berjudi, sekarang tiap-tiap tiga hari seminggu dan setiap hari pula tiga kompeni, mereka mengatakan satu hari satu kompeni satu kompeni sudah cukup, apakah pendapat Yang Berhormat?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya setuju, kerana jawapan yang diberikan kata hanya 12 kali pada tahun 2009 tetapi saya buat sedikit research dalam internet. Tahun ini telah 38 hari Selasa diadakan special draw. Januari 6 haribulan, 13 haribulan, 20 haribulan, 27 haribulan, empat kali. Bulan Februari empat hari, Mac empat hari, April tiga hari, Mei tiga hari, Jun lima hari, Julai empat hari, Ogos tiga hari, September empat hari, Oktober empat hari, tiap-tiap bulan ada, tiap-tiap hari Selasa dalam seminggu ada special draw, mengapa?
Saya pun tidak tahu, adakah kerana kerajaan...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bagi saya habiskan dahulu, adakah kerajaan hari ini tidak cukup hasil? Kalau kata tidak cukup hasil, perlukan tambah hari pertaruhan ini untuk menambahkan hasil kerajaan, akui. Kalau kerajaan berani mengakui bahawa hasil negara tidak cukup, kita perlu tambahkan hari pertaruhan untuk menambahkan hasil, baik saya janji, saya tidak akan tanya lagi. Kalau kerajaan berani mengakui, tetapi jangan bersandiwara, jawapan diberikan kata untuk special draw ini, tujuan untuk mempelbagaikan program sukan, untuk kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan.
Special draw ini, tujuan ini. Kerajaan tidak ada hasil lain kah? Kod hasil pun tidak berani letak dalam Buku Anggaran Hasil. Kalau kerajaan berani akui bahawa tidak cukup hasil, kita perlukan hasil perjudian untuk tambah hasil kerajaan, tidak apa. Saya tidak akan tanya lagi, saya biarkan rakan-rakan daripada PAS untuk teruskan pertanyaan. Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, kawan saya Yang Berhormat Rasah, soal mengatakan bahawa kerajaan menambahkan special draw ini untuk menarik revenue itu saya serahkan kepada Menteri, cuma saya ingin ajukan satu pertanyaan kepada Yang Berhormat apakah mungkin ini adalah satu cara kerajaan yang agak kreatif... [Ketawa] Belum habis lagi, hendak... [Ketawa] Saya cakap perlahan-lahan supaya tidak disuruh duduk oleh Yang Berhormat Rasah ini, very narrow.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Rasah, apakah ini mungkin satu jalan yang creative text, kreativiti. Kerana kita tahu bahawa mungkin pasaran gelap, underground. Perjudian ini mungkin empat, lima kali lebih besar daripada pasaran yang rasmi, yang tidak dapat diambil keuntungan oleh kerajaan melalui percukaian. Jadi mungkin kalau dengan adanya special draw ini, saya faham dari segi moralnya, dari segi agamanya mungkin boleh dipertikaikan, tetapi mungkin kah ini kerajaan bertujuan adalah untuk mengambil sedikit keuntungan ataupun pendapatan daripada underground ini, minta penjelasan sedikit.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih, mungkin untuk Yang Berhormat Kota Belud, kreativiti itu melibatkan untuk menambah perjudian, kreativiti bagi Yang Berhormat Kota Belud... [Ketawa] Akan tetapi bagi saya, ia tidak akan menyelesaikan masalah, kerana ia tambah satu hari, pasaran gelap juga ada, mereka tidak akan katakan pada hari itu, saya cuti special draw. Saya tidak mahu terima special draw, pasaran gelap cuti untuk hari Selasa, dia akan teruskan juga. Ini akan menambah lebih banyak peluang kepada pasaran gelap untuk mengaut lebih banyak keuntungan, kerana jika tidak ada, semua orang tidak ada, dia juga tidak boleh ada pasaran gelap. Kita punya position ialah, kita bukan ambil satu pendekatan extreme ataupun banned semua draw ini.
Negara kita sudah ada tiga hari, sekarang ada tiga hari pertaruhan dalam seminggu, hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad. Tiga kompeni, sekali adakan dua perjudian setiap hari, sudah cukup di Semenanjung.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Di Sabah adalah STC, di Sarawak ada lagi syarikat lain, jadi tidak cukup kah tiga hari dalam seminggu? Hendak tambah lagi hari Selasa, kalau tambah lagi hari Selasa ini akan menggalakkan lebih ramai mereka yang berjudi, menambah lagi pertaruhan dalam sebulan. Ini akan membawa lebih banyak kesan yang negatif kepada sosial. Pandangan kita ialah, kita hendak mengurangkan sebaik-baiknya special draw ini tidak dibenarkan sama sekali... [Tepuk]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Itu ialah position kita, saya rasa cukuplah, masa tidak cukup, minta maaf Yang Berhormat Kota Belud, minta maaf. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, pihak Menteri. Tolong jawab, mengapa special draw ini diberikan begitu banyak sekali kepada syarikat-syarikat perjudian ini dan apakah kod hasil ini tidak diletakkan dalam anggaran hasil kita, dalam Buku Anggaran Hasil itu, itu yang saya hendak persoalkan kepada pihak kementerian. Saya harap ada jawapan pada kali ini.
Isu yang keempat ialah mengenai projek-projek perumahan terbengkalai, yang ini saya memberikan kredit kepada kerajaan kerana pada tahun ini kerajaan telah memberikan peruntukan RM200 juta untuk memberikan bantuan kewangan kepada projek-projek yang telah terbengkalai, kepada projek-projek rumah kos rendah dan kos sederhana yang telah terbengkalai untuk dibangunkan semula, untuk dihidupkan semula. Akan tetapi saya ada sedikit soalan kepada pihak Menteri, saya harap Menteri KPKT ada mengambil iktibar, mengambil perhatian terhadap soalan saya, bukan sahaja pergi mesyuarat MCA. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa terdapat 148 projek swasta yang terbengkalai melibatkan 49,000 unit rumah serta 31,000 pembeli rumah.
Saya mempertikaikan angka ini, kerana saya rasa lebih banyak daripada angka- angka yang disebutkan tadi. Di Negeri Sembilan sahaja, di satu negeri kecil, lebih 50 projek terbengkalai, saya rasa 148 ini satu angka yang tidak tepat. Saya juga hendak menyarankan kepada kerajaan, walaupun peruntukan ini telah diumumkan tetapi setakat ini belum ada apa-apa mekanisme yang diumumkan. Apakah cara mekanisme KPKT melaksanakan peruntukan ini. Bagaimana bantuan itu dihulurkan dan saya menyarankan supaya kerajaan sepatutnya terbuka dalam perkara ini dan mengadakan kerjasama dengan pihak pemaju swasta. Iaitu menggalakkan pemaju swasta yang ada minat untuk menghidupkan projek terbengkalai itu, bagi bantuan kewangan kepada mereka.
Ini kerana kebanyakan projek-projek ini, masalah yang mereka hadapi ialah apabila projek tersebut terbengkalai. Pemaju yang baru tidak ada kos, tidak ada modal berlebihan untuk membaiki infrastruktur-infrastruktur yang ada di taman perumahan itu. Jika ada bantuan daripada pihak kerajaan, maka ini akan memudahkan sesuatu projek itu dapat dihidupkan semula. Jadi saya berharap ada satu kerjasama yang erat di antara pihak kerajaan dengan pihak pemaju swasta, supaya bantuan kewangan itu dapat dihulurkan kepada pemaju-pemaju yang berminat dan kita dapat menghidupkan, menyelamatkan projek-projek terbengkalai itu dan pembeli-pembeli rumah yang terjejas itu akan mendapat satu rumah mereka yang baru.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya harap mekanisme itu dapat diterangkan oleh Menteri apabila mereka menjawab nanti dan di kawasan saya di Parlimen Rasah juga terdapat satu projek besar yang terbengkalai iaitu Projek Rasah Indah. Saya harap satu jalan penyelesaian dapat dicari supaya projek beberapa tahun yang terbengkalai ini dapat diselamatkan dengan adanya peruntukan tambahan daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kelima saya hendak membangkitkan masalah banjir lumpur yang paling teruk di Seremban, yang berlaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Okey, terima kasih. Pada minggu lepas, pada pagi 20 Oktober yang lalu, satu kejadian banjir lumpur yang sangat teruk telah berlaku di beberapa tempat di sekitar Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kawasan yang terjejas merangkumi dua kawasan Parlimen iaitu Rasah dan Seremban dan lima kawasan Dewan Undangan Negeri termasuk kawasan di Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang dan Mambau. Yang melibatkan lebih daripada 10 kawasan penempatan utama yang didiami ribuan penduduk.
Kejadian bencana alam tersebut telah mengakibatkan kesusahan dan keperitan hidup kepada ribuan rakyat Malaysia yang duduk di kawasan-kawasan tersebut, kerana harta benda mereka rosak dibasahi lumpur dan keadaan rumah yang kotor dan busuk selama beberapa hari. Nilai kerugian akibat daripada bencana ini masih tidak dapat dianggarkan, kerana terlalu ramai keluarga yang terlibat. Tambahan pula ramai pengusaha perniagaan juga mengalami kerugian yang banyak. Bencana alam ini merosakkan infrastruktur awam seperti jalan raya yang berlubang-lubang, jambatan-jambatan yang hampir runtuh, tiang-tiang elektrik yang runtuh, pokok-pokok yang tumbang dan lain-lain kesan negatif terhadap kemudahan awam. Tambahan pula kejadian tanah runtuh juga berlaku di sepanjang Jalan Seremban-Mantin dan menyusahkan ramai penduduk kampung asli di sana. Kejadian banjir lumpur ini berkemungkinan berpunca daripada beberapa faktor.
Antaranya ialah pembukaan hutan untuk projek-projek pembangunan seperti lebuh raya dan perumahan. Pengurusan sungai yang kurang baik yang menyebabkan Sungai Temiang dan Sungai Linggi menjadi cetek dan sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan- kawasan perumahan.
Selaras dengan prinsip ‘Rakyat Didahulukan’, saya menggesa pihak kementerian, khasnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar segera menguruskan peruntukan kecemasan yang melibatkan Sungai Temiang dan Sungai Linggi untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang. Selain itu, kementerian dan jabatan lain yang terbabit perlu segera mengambil tindakan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas dan memperbaiki infrastruktur awam yang rosak. Jadi saya harap ini satu masalah yang besar di kawasan saya, di kawasan Seremban dan Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya berharap pihak kementerian akan mengambil tindakan yang pantas untuk membantu rakyat yang terjejas supaya ini dapat meringankan beban dan masalah mereka.
Akhirnya, sebagai penggulungan, saya selaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Satu minit, 30 saat. Selaku Ahli Parlimen yang dipertanggungjawabkan oleh Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan, amat dukacita sekali dalam ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu ayat pun tidak ada menyebut tentang Kementerian Belia dan Sukan. Saya hendak berbahas pun tidak tahu hendak berbahas apa sebab tidak ada langsung disebut, disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seolah-olah Kementerian Belia dan Sukan ini tidak mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Seolah-olah belia dan sukan ini bukan satu topik yang penting dalam pertimbangan kerajaan. Jadi saya harap ini dapat dititikberatkan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu Yang Berhormat hujung sekali belakang. Yang Berhormat Sri Aman.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai Bajet 2010. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang berjaya membentangkan bajet yang prihatin kepada seluruh rakyat negara kita. Memang kita di Sarawak menyambut baik hasrat kerajaan yang akan memfokuskan banyak lagi pembangunan di Sarawak ataupun di kawasan luar bandar.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh isu spesifik mengenai kawasan saya, elok saya menyentuh isu yang hangat dipertikaikan di Sarawak iaitu mengenai seorang murid lepasan SPM yang mendapat 9A dan ditolak daripada memasuki kursus matrikulasi di IPTA kerana status warganya bukan bumiputera. Saya bersetuju dengan beberapa pendapat Ahli Yang Berhormat supaya isu ini diselesaikan dengan segera, once and for all, dengan izin agar kes ini tidak berulang lagi. Walaupun kita terpaksa meminda Perlembagaan Persekutuan ataupun negeri.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai rang undang-undang yang Dewan yang mulia ini luluskan baru-baru ini mengenai elaun kenangan penerima pingat SP dan juga PGB 2009. Dalam jawapan Menteri dan juga selepas saya semak dalam Hansard, penerima Pingat George Cross atau George Cross medal seperti Encik Awang Anak Raweng dan juga Encik Menggong, tidak akan menerima elaun tersebut di atas sebab ia bukan anugerah persekutuan. Saya memang tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebab saya telah difahamkan bahawa mereka telah berkhidmat di bawah tentera British di Tanah Melayu dalam tahun 1948 ataupun 50-an untuk membebaskan Tanah Melayu daripada genggaman dan ancaman komunis.
Saya harap kerajaan walaupun sudah meluluskan...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
[Bangun] Yang Berhormat Sri Aman.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Undang-undang ini akan meneliti kes ini semula.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Yang Berhormat Sri Aman sedikit.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Ya.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Yang Berhormat Sri Aman, terima kasih.
Saya ingin juga menyambung sedikit berkaitan dengan hal George Cross ataupun pingat yang luar biasa diberi kepada mereka yang terlibat dengan masalah komunis pada masa dahulu. Jadi, saya pun mempertikaikan masalah ini kerana pingat ini adalah khas diberi kepada mereka yang terlibat ataupun mempunyai keberanian luar biasa. Mereka yang menerima George Cross ini saya fikir adalah anggota keselamatan ataupun tentera darat masa dahulu yang mempunyai keberanian luar biasa.
Mereka dianugerahkan oleh British Government pada masa itu. Tidak wajarlah kalau ia tidak diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Persekutuan dan saya pun tidak puas hati dengan perkara yang begini. Saya haraplah jasa macam ini diberi setaraf dengan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Ya, Yang Berhormat Kapit silakan.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman.
Saya hendak menambah sedikit. Kita memberi pembayaran ini atas penghargaan negara pada jasa mereka ini. Bagi saya, tidak kiralah kerajaan mana yang memberi pingat itu, oleh kerana jasa untuk menjamin keselamatan negara kita lebih penting daripada yang lain, jadi saya bersetujulah dengan saranan ataupun cadangan Yang Berhormat Kanowit itu tadi.
Saya minta pandangan Yang Berhormat Sri Aman. Terima kasih.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kapit dan Yang Berhormat Kanowit. Saya bersetuju dengan komen mereka dan dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, selepas ini saya tidak mahu menerima celahan lagi. Khuatir saya tidak dapat menghabiskan isu-isu yang berkaitan dengan Parlimen saya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah menerima beberapa komen dan pertanyaan mengenai bekas anggota tentera yang berkhidmat kurang daripada 15 tahun dan tidak menerima sebarang pencen tetapi menerima ganjaran sekali gus selepas tamat perkhidmatan mereka. Saya anggap mereka ini sebagai orang yang miskin dan ada yang hidup sederhana sahaja.
Walaupun saya telah mengemukakan soalan lisan dan menerima jawapan yang amat menggalakkan, saya sangat mengharapkan agar kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih kepada isu saya di Parlimen Sri Aman. Pertama, mengenai hospital Sri Aman.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Baru-baru ini, beberapa laporan telah diterima daripada penduduk tempatan bahawa keadaan hospital di Sri Aman amatlah dalam keadaan yang tidak memuaskan sama sekali dari segi kesesakan dan juga perkhidmatan. Ini disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pesakit yang memerlukan rawatan pakar. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, klinik pakar yang amat diperlukan ialah klinik rawatan penyakit buah pinggang.
Mesin dialisis yang ada sekarang tidaklah mencukupi dan ia perlu ditambah untuk kegunaan pesakit yang kian meningkat di Sri Aman.
Saya menyambut baik langkah Kementerian Kesihatan yang akan menambah unit mesin hemodialisis sebanyak 16 unit lagi pada penghujung tahun 2009 ini. saya harap ini akan ditunaikan juga. Cadangan untuk membina hospital baru sudah lama dibuat tetapi sehingga kini hasrat rakyat untuk melihat atau menggunakan hospital baru belum lagi tercapai. Walaupun kerajaan melalui jawapan lisan telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM0.5 juta untuk membaik pulih hospital Sri Aman dalam pakej Rangsangan Ekonomi Kedua tahun ini, tetapi hakikatnya, rakyat masih memerlukan hospital yang baru dan canggih. Saya harap projek hospital ini akan menjadi kenyataan dan dilaksanakan tidak lama lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2010 telah membentangkan bajet yang menekankan pada kepentingan rakyat dengan izin, the people friendly budget. Justeru itu, saya amat mengharapkan agar sebahagian besar peruntukan yang diluluskan akan disalurkan kepada projek besar yang akan memberi impak dan kesan kepada kehidupan penduduk luar bandar terutama sekali kawasan pedalaman seperti Sri Aman.
Kawasan Sri Aman masih lagi mundur dan ketinggalan dari segi pelaksanaan projek elektrik luar bandar. Setakat ini, lebih kurang 60 peratus sahaja telah diliputi oleh pembekal elektrik luar bandar manakala yang lain masih menggunakan genset sendiri atau langsung menggunakan lampu minyak tanah. Keadaan ini amat menyedihkan walaupun kita telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa atau kementerian untuk meluluskan peruntukan tambahan supaya banyak lagi kampung atau rumah panjang dapat menikmatinya.
Begitu juga dengan projek jalan utama atau jalan kampung termasuk yang baru dan juga yang dinaikkan taraf. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pihak JKR Sri Aman telah menghantar permohonan projek jalan utama atau jalan kampung gred R3 yang merangkumi 15 batang jalan sepanjang 270km dan terdiri daripada pelbagai gred dengan kos anggaran sebanyak RM600 juta. Ini bermakna kawasan Parlimen Sri Aman masih lagi memerlukan banyak dana secepat mungkin dari Kerajaan Persekutuan untuk membina jalan tersebut demi kebaikan rakyat jelata di kawasan Parlimen Sri Aman. Ini sebab saya telah difahamkan bahawa kalau ada infrastruktur yang bagus barulah banyak lagi pembangunan luar bandar seperti pertanian secara moden atau komersial dapat dijalankan.
Isu yang seterusnya ialah mengenai keselamatan sempadan. Tuan Yang di- Pertua, isu yang saya ingin ketengahkan ini adalah mengenai keselamatan sempadan di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia di Sri Aman yang begitu luas dalam lingkungan 150km panjang. Oleh kerana terlalu panjang, poros dan terdapat banyak jalan tikus, maka kawasan saya ini amatlah terdedah kepada berlakunya kes kecurian ataupun kes penyeludupan. Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa Bendera atau Benteng Demokrasi Rakyat dari negara jiran dengan anggota seramai lebih kurang 300 orang akan menyerang Kuching pada 8 Oktober 2009 lepas melalui jalan utama atau jalan tikus yang saya sebutkan tadi.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Ini sangat menakutkan kita. Kalau perkara ini benar-benar berlaku dan mungkin membahayakan ramai penduduk Sri Aman yang tinggal bersebelahan di sempadan Malaysia – Indonesia. Akan tetapi kita bernasib baik kerana kes ini tidak berlaku dan harap ia kenyataan retorik sahaja dari golongan yang iri hati kepada rakyat kita.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Oleh sebab yang demikian, saya merayu kepada Kerajaan Barisan Nasional yang prihatin dan melalui Bajet 2010 dapat meneliti keperluan program keselamatan sempadan di Sri Aman dan Sarawak pada amnya dengan secepat mungkin. Satu lagi isu ialah mengenai syor saya iaitu mengenai penubuhan sekolah menengah kerajaan di kawasan Lachau dan Pantu. Saya berpendapat ini amat diperlukan sekarang kerana sekolah menengah yang sedia ada seperti SMK Balai Ringin, SMK Melugu, SMK Simanggang adalah amat sesak dan tidak mampu menampung penempatan murid sekolah yang semakin meningkat setiap tahun. Walaupun kerajaan sedia memberi peruntukan khas untuk membina ataupun mengubahsuai bilik darjah, asrama tetapi ini adalah penyelesaian jangka pendek sahaja dan pada pendapat saya ia tidak akan menyelesaikan kekurangan bilik darjah atau asrama dalam jangka masa yang panjang. Justeru itu saya memohon Kementerian Pelajaran ataupun Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat siasatan seterusnya serta mengkaji kemungkinan menubuhkan sekolah menengah di kawasan Pantu.
Satu lagi isu ialah mengenai laporan beberapa murid dari keluarga berpendapatan rendah yang ditawarkan kursus matrikulasi di luar negeri Sarawak seperti di Wilayah Persekutuan Labuan ataupun di Semenanjung Malaysia. Murid-murid tersebut tidak diberi tambang percuma pulang balik sepanjang kursus selama setahun. Saya amat bersimpati dengan mereka kerana saya tahu mengenai masalah keluarga tersebut dan beban yang mereka hadapi untuk meneruskan persekolahan anak mereka. Saya berharap Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengkaji dan meneliti masalah ini dan seterusnya mengatasinya.
Dalam soalan lisan baru-baru ini saya telah mengesyorkan untuk kementerian menubuhkan sebuah kolej komuniti di Sri Aman. Saya fikir kolej komuniti ini amat diperlukan pada masa sekarang kerana saya tahu telah dimaklumkan ramai murid lepasan SPM, STPM yang menganggur dan tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau swasta. Walaupun kementerian dalam jawapan lisan akan membina kolej komuniti dalam RMK-10 di Sri Aman, tetapi saya merayu ia dipercepatkan. Jangan tunggu masa yang panjang.
Isu yang terakhir yang saya hendak bentangkan ialah mengenai peningkatan taraf hidup luar bandar. Seperti yang saya katakan tadi kalau ada infrastruktur yang bagus, maka lahirlah projek-projek yang memberi impak yang besar seperti pertanian secara moden dan komersial kerana program ini dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan pendalaman. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melalui pelaksanaan projek pertanian secara komersial, kita mampu menaikkan taraf kehidupan penduduk di pedalaman. Akan tetapi kebanyakan penduduk di luar bandar masih lagi mengamalkan kegiatan pertanian secara tradisional dan hasilnya tidak begitu lumayan dan produktif. Maka dengan itu saya mengesyorkan kerajaan dapat membuat pembaharuan di kalangan petani-petani supaya membuat paradigm shift, dengan izin untuk beralih ke konsep pertanian secara komersial.
Satu daripada projek pertanian secara komersial yang telah diperkenalkan di kawasan saya ialah projek agropolitan di Tanjung Bijat dan Stumbin. Bagi tanaman padi secara besar-besaran saya pasti projek ini akan melibatkan ramai petani di kawasan tersebut dan juga termasuk kawasan Parlimen di Batang Lupar, saya harap ini akan dilaksanakan pada peringkat awal dan saya berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan projek sepenuhnya agar ia dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk luar bandar kerana ramai di Sri Aman ini adalah petani-petani.
Seterusnya ialah kawasan saya di Sri Aman ini masih lagi mempunyai tanah terbiar atau NCR yang luas dan perlu diterokai. Saya memohon agensi kerajaan seperti RISDA, FELCRA, MPOB ataupun FELDA dapat mengkaji dan memasuki kawasan ini untuk melaksanakan projek secara komersial dengan usaha sama pemilik tanah NCR tersebut bagi tanaman kelapa sawit, getah, kayu gaharu dan sebagainya. Saya pasti dengan R&D yang intensif, pelaksanaan projek secara komersial dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk di kawasan pedalaman dan seterusnya dapat mengatasi paras kemiskinan di luar bandar. Dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyatakan perasaan terkejut saya apabila membaca kata-kata yang dilaporkan di dalam akhbar The Star Online semalam di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Persidangan Perwakilan GERAKAN telah meluahkan kata-kata berikut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membacanya, “At one point, there was laughter among those present when Najib cutting his hand asked them if they had the thing. Do you have it or not? I don’t want to say it. Tun Dr. Lim Kheng Yaik used to say the word a lot.
But nowadays he is more subdued”. He said referring to Tun Dr. Lim Kheng Yaik. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sebagai seorang Perdana Menteri, pendapat saya adalah tidak wajar dan tidak manis seorang Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata sedemikian. Saya tiada masalah kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata sedemikian di sebuah kelab hiburan atas peribadinya sendiri. Akan tetapi di atas pentas dilaporkan oleh media, dibaca oleh orang ramai. Saya hairan kenapa tiada bantahan dari sebelah sana? Kata-kata yang tidak wajar, yang tidak manis sebagai seorang pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita selalu mendengar slogan telah banyak diulang di dalam Dewan yang mulia ini, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Semasa Yang Amat Berhormat membentangkan bajet ini, beliau selaku Menteri Kewangan, saya rasa beliau harus menunjukkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam adalah berbeza dengan bekas Perdana Menteri yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya pernah tanya diri saya sendiri. Kalau saya adalah seorang Perdana Menteri dalam negara ini, apakah langkah pertama yang saya akan buat?
Apakah tindakan pertama yang akan saya ambil untuk mengubah arah tuju negara ini dan mengambil langkah mengatasi masalah rakyat? Apa yang saya akan buat kalau saya seorang Perdana Menteri yang baru memegang jawatan ini?
Kesimpulannya, apa saya buat ialah saya akan hadir ke Dewan Rakyat, Parlimen ini. Duduk untuk mendengar perbahasan wakil rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Dengan sedemikian baru Yang Amat Berhormat dapat mendengar kesemua permasalahan di akar umbi yang disampaikan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini. Baru dengan yang demikian Yang Amat Berhormat boleh membaiki sistem pentadbiran, mengatasi masalah rakyat. Yang Amat Berhormat mengambil langkah mengadakan blog 1Malaysia.
Ramai yang memberi komen-komen di dalam Dewan ini. Saya rasa itu langkah yang baik.
Akan tetapi langkah yang terus dan saluran yang terbaik adalah hadir dalam Dewan yang mulia ini. Sejak pembentangan bajet ini, ke mana pergi Perdana Menteri kita?
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Perdana Menteri baru mesti menunjukkan bahawa mereka ada perbezaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hendak beri peluang?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak , maaf ya. Saya ada banyak isu lagi.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Janganlah, satu soalan sahaja.
Sedikit...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, boleh.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Dalam Yang Berhormat tadi sebut tentang Perdana Menteri tidak mendengar, kalau Yang Berhormat pergi sekarang ke pejabat beliau di menara atas itu, Perdana Menteri ada di atas itu. Di hadapannya ada televisyen.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Sambil beliau membuat kerja lain yang banyak, beliau seorang yang amat sibuk, beliau mendengar apa semua yang kita kata di sini. Jadi kalau Yang Berhormat tidak tahu, kata tidak tahu. Kalau tahu, terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit, Yang Berhormat Batu Gajah sedikit lagi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf ya. Dahulu, bekas Tun Dr. Mahathir pasang TV sampai Putrajaya. Dahulu. Akan tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah apa susahnya untuk duduk di dalam Dewan ini mendengar perbahasannya dengan konsentrasi yang penuh keutamaan ke atas permasalahan rakyat.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tidak boleh... [Ketawa]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat, maaf ya. Saya sudah beri Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kota Belud belum lagi ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat telah memberi alasan membantu Perdana Menteri...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ketua Pembangkang mana? Ketua Pembangkang mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tidak bagi, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat telah membantu Perdana Menteri untuk justified ketidakhadirannya dengan memberi alasan beliau mendengarnya, menonton TV, beliau seorang yang sibuk. Kalau demikian mengapa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan? Saya tahu jawatan berat, tanggungjawab berat, tugas banyak tetapi bukankah keutamaan harus diberi ke atas permasalahan rakyat dengan slogannya, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kita kena jawab.
Ini merapu. Merapu, Tuan Yang di-Pertua. Ini satu fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini peraturan, Yang Berhormat. Saya bukan atur peraturan, Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dia fitnah, Tuan Yang di-Pertua.
Mana dia kata Perdana Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud, minta tolong.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dia kata Perdana Menteri tidak bekerja, apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya dengar juga, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tadi saya mulakan ucapan saya, saya kata “kalau saya Perdana Menteri”. Akan tetapi ini, Yang Berhormat, saya juga percaya. Yang Berhormat, saya juga percaya kalau Perdana Menteri hadir dalam Dewan yang mulia ini semua keluhan Yang Berhormat akan diambil tindakan.
[Ketua Pembangkang masuk ke dalam Dewan]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh minta tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat, sebab martabat Dewan yang mulia ini, kepentingan Dewan yang mulia ini diutamakan dan ramai Menteri juga akan hadir.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya rasa bolehlah kalau sekali sekala Perdana Menteri tidak boleh hadir kerana mesyuarat yang sangat penting. Saya boleh terima tetapi kita tengok perbahasan sudah berapa hari, Tuan Yang di-Pertua. Takkan Yang Berhormat tidak suka Perdana Menteri hadir dalam Dewan ini mendengar keluhan-keluhan wakil rakyat, masalah di kawasan Yang Berhormat. Saya rasa kita tidak boleh berbelah bagi dalam aspek ini. Kita mahu perhatian diberi dalam permasalahan rakyat. Yang Amat Berhormat perlulah menjadi teladan, Tuan Yang di-Pertua. Itu pandangan saya. Perdana Menteri mesti berbeza dengan slogannya yang amat mengambil hati orang ramai, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih ke isu yang seterusnya tetapi saya juga berharap peringkat jawatankuasa Perdana Menteri akan hadir dalam Dewan ini. Pada masa itu isu-isu spesifik berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri akan dibangkitkan.
Isu bajet gender, Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat peningkatan bajet untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion yang peningkatan peruntukan untuk mengurus sebayak RM1.04 bilion dan sebaliknya peruntukan pengurusan diturunkan sekarang hanya RM134 juta, apakah sebabnya? Dalam masa kelembapan ekonomi bukankah peruntukan pembangunan harus dipertingkatkan? Kalau kita lihat kumpulan sasar pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini adalah kaum bapa, ibu tunggal, kanak-kanak, golongan yang lemah. Jadi, mengapakah peruntukan bagi pembangunan sebaliknya telah kurang, Tuan Yang di-Pertua?
Saya hendak tahu mengapakah dalam bajet yang dibentangkan ini tiada perubahan pendekatannya jika dibandingkan dengan bajet yang lepas. Kita tidak nampak dan kami masih menunggu satu bajet gender. Satu gender sensitive budget. Apakah dalam perancangan bajet ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memastikan bahawa perspektif wanita telah dimasukkan dalam segala perancangan penggubalan pelaksanaan, segala program dan projek di bawah perbelanjaan yang akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Kementerian telah mengadakan satu manualnya gender budgeting tahun 2005.
Sejauh manakah keberkesanannya untuk memastikan bahawa satu bajet gender dan bilakah ia akan dilaksanakan dalam Dewan yang mulia ini dan dibentangkan oleh Perdana Menteri? Bilakah akan diadakan satu bajet gender tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kepentingan peranan wanita tidak boleh dipandang rendah.
Ia perlu dititikberatkan dalam pembangunan negara ini. Wanita bukan sahaja mahu diakui dengan penubuhan satu Kementerian Hal Ehwal Wanita pada tahun 2001 dan sekarang dinamakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diikuti dengan pindaan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2001 dan akta-akta lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender ditubuhkan pada tahun 2004 dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Bukan sahaja struktur, kami mahu lihat kepentingan hak-hak wanita dilindungi tetapi yang pentingnya realitinya kita mahu lihat, kehidupan harian wanita.
Dasar Wanita Negara telah dilancarkan semasa menyambut Hari Wanita pada bulan Ogos, di mana kementerian telah menggunakan lebih kurang sebanyak RM855,000.
RM855,00 untuk Hari Wanita – Dasar Wanita Negara! Kami hendak tanya sekarang bagaimanakah kementerian akan melaksanakan Dasar Wanita Negara ini? Bagaimanakah akan mengarusperdanakan wanita gender dalam segala polisi perancangan pelaksanaan projek kerajaan ini? Wanita adalah 49.1 peratus. Semasa pilihan raya semua mahukan undi wanita, Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli politik dan calon-calon semua pun mahu tetapi selepas itu kita juga mahu ahli-ahli politik, menteri-menteri juga untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memastikan hak-hak wanita ini dilindungi dan mengarusperdanakan gender ini.
Suara-suara wanita kedengaran.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya nampak sejak penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita dan sekarang ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tahun 2001, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memegang jawatan dari tahun 2001 hingga Februari 2008. Sekarang ini dilantik semula, lebih kurang tujuh tahun memegang jawatan sebagai Menteri mewakili wanita. Kesalnya, Tuan Yang di- Pertua, saya nampak kementerian ini lebih menjalankan tugas sebagai sebuah sekretariat sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya banyak isu penting di mana wanita mahu Yang Berhormat suarakan, mengambil tindakan melihat perubahan nampaknya sangat lembap, tidak menampakkan hasil yang jelas di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri selama lebih kurang tujuh tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya beri contoh. Saya menyedari tugas ini bukanlah mudah, ia sukar. Apabila mahu membawa perubahan tentulah ada rintangan dan halangan. Akan tetapi Yang Berhormat mestilah memimpin, mempunyai komitmen dan political will untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Kalau tiada rintangan, tiada halangan, bermaksud Yang Berhormat Menteri belum memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang Menteri mewakili wanita.
Saya bagi insiden-insiden, Tuan Yang di-Pertua. Insiden terbaru, Tuan Yang di- Pertua, Kuala Dipang. Kumpulan sasar kanak-kanak di bawah kementerian, Yang Berhormat Menteri hadir ke tapak kejadian berjumpa dengan ahli keluarga. Yang Berhormat Menteri kata apa? Saya baca laporan akbar, “Keutamaan perlu diberi kepada keselamatan di dalam aktiviti-aktiviti ini.” Selepas itu bagi sumbangan bukan sahaja untuk mangsa, tetapi semua peserta dalam Kem 1Malaysia. Mengapakah Yang Berhormat kalau memang mewakili kanak-kanak, melindungi kanak-kanak minta Timbalan Perdana Menteri hentikan semua Kem 1Malaysia sehinggakan keselamatan kanak-kanak dijamin.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini insiden pertama Tuan Yang di-Pertua, insiden kedua kes Teoh Beng Hock Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri pergi melawat keluarga mendiang Teoh Beng Hock, ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock meminta agar anaknya yang dilahirkan menggunakan nama keluarga Teoh. Perdana Menteri kata apa, beliau menyatakan beliau akan mencari penyelesaian terhadapnya, saya nak tahu apakah kedudukannya sekarang?
Apa keputusannya sekarang? Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah bantuan yang telah dihulurkan kepada ahli keluarga mendiang Teoh sehingga sekarang.
Apabila saya berjumpa dengan ibu mendiang Teoh, beliau memberitahu saya yang beliau berharap anak yang akan dilahirkan diberi nama keluarganya Teoh. Saya percaya Yang Berhormat Menteri juga baca dalam surat khabar, apakah Yang Berhormat Menteri ada mengambil sebarang langkah untuk membantu mereka, dalam aspek ini permintaan mereka ini? Ini insiden kedua. Insiden ketiga pula Tuan Yang di-Pertua, isu wanita kaum Penan, kanak-kanak Penan. Yang Berhormat Menteri mengeluarkan laporan mengakui memang penderaan seksual kepada kumpulan ini, lepas itu harap polis boleh segerakan siasatan, itu sahaja.
Yang Berhormat Menteri hari ini juga menjawab berkaitan isu kanak-kanak. Kes mahkamah melibatkan kanak-kanak tertangguh, kelewatan pendengaran kes, “Oh, ini bukan bidang kuasa saya, itu bidang kuasa kementerian yang lain.” Persoalannya Yang Berhormat Menteri adalah mewakili kami wanita, kanak-kanak. Mana responsibility? Selalu dilaung-laungkan apabila Menteri tidak hadir. Apakah Menteri-menteri lelaki tidak memberi sokongan? Kalau tiada Yang Berhormat Menteri beritahu kita. Kita turun padang ke kawasan Menteri lelaki yang tidak kerjasama kepada Menteri, tapi Yang Berhormat Menteri mestilah mengambil langkah yang pertama membawa titik perubahan dan bukan setakat menjalankan pimpinan kementerian sebagai sebuah sekretariat.
Indeks jenayah juga isu keselamatan, selagi wanita tidak rasa selamat di tempat awam, selagi wujudnya gender inequality dalam negara ini. Apa peranan Yang Berhormat Menteri dalam aspek ini? “Oh, ini bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri” itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Gender Gap Index, jurang perbezaan antara jantina lelaki dan wanita telah jatuh tahun ini ke -1001, tahun lepas 96. Apa yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya nak tanya kerana kekurangan masa, saya hanya highlight point-point tertentu, Akta Keganasan Rumah Tangga, gangguan seksual, Kod Etika. Apakah ia akan dijadikan akta, isu Mantik Hani saya rasa Yang Berhormat sunyi senyap, pekerja rumah domestic worker ini wanita, apa yang beliau buat? Apakah Yang Berhormat akan menganggap ini bukan warga Malaysia, kalau warga Malaysia apa Yang Berhormat akan buat? Isu penderaan kanak-kanak, kes melibatkan mangsa kanak-kanak, divorce and marriage Tuan Yang di-Pertua, isu pekerja rumah, bilakah akta kerja itu akan dipinda untuk melindungi kumpulan ini?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pencapaian 30 peratus apa akan dibuat oleh kementerian dan sila identify apakah langkah susulannya, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010. Perkara pertama saya ingin mengemukakan masalah kekurangan guru bahasa Cina di sekolah menengah kebangsaan di Parlimen Gelang Patah.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan Gelang Patah adalah sebuah kawasan yang semakin bertambah pesat dan telah mencapai penduduk seramai 200, 000 orang. Kaum Cina yang menduduki kawasan Gelang Patah adalah melebih 55 peratus daripada jumlah penduduk. Malangnya masalah kekurangan guru dalam bahasa Cina amat serius di sekolah menengah kebangsaan.
Mengikut kajian terhadap sepuluh sekolah SMK di Parlimen saya, didapati bahawa hanya terdapat sepuluh orang guru opsyen bahasa Cina sahaja, daripada jumlah sepuluh buah sekolah SMK. Statistik ini amat menyedihkan. Kekurangan guru serta ketidakseimbangan taburan penempatan guru opsyen bahasa Cina di sekolah menengah telah mengakibatkan pelajar kita tidak dapat belajar bahasa Cina. Dalam keadaan kekurangan guru, seorang guru Bahasa Cina perlu mengajar daripada peralihan sehingga keadaan tingkatan lima. Keadaan ini sudah biasa ditemui di setiap sekolah menegah.
Gabungan sekolah semasa waktu kelas Bahasa Cina, kadang kala sehingga tiga kelas tingkatan sama digabungkan dalam satu bilik darjah untuk tujuan mengajar Bahasa Cina.
Untuk memenuhi permintaan pelajar yang ramai, pihak sekolah terpaksa mengambil guru daripada sumber luar sekolah atau mengambil guru bukan opsyen bukan Bahasa Cina. Pengambilan guru TOL memang merupakan dasar yang baik tetapi kebanyakan guru TOL merupakan guru bersara yang berumur tinggi. Mereka memang kurang berupaya mengawal pelajar yang nakal semasa waktu pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, dalam era globalisasi sekarang ini kita perlu sentiasa terdedah kepada dunia luar. Negara China serta negara India berkembang pesat dalam berpuluh-puluh tahun ini, penguasaan lebih daripada satu bahasa menunjukkan pelajar kita lebih berkaliber dan layak bertanding dengan negara lain seperti negara China dan India.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya rakyat kita dapat menguasai pelbagai bahasa dengan baik, ianya akan dapat menarik lebih banyak pelabur dari negara luar untuk melabur di negara kita dengan adanya bahasa yang sama antara satu sama lain. Saya berharap pihak kementerian dapat memandang serius terhadap perkara ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak kementerian, memastikan bahawa tenaga guru opsyen Bahasa Cina adalah mengikut keperluan dan kepentingan para pelajar.
Pengambilan guru TOL bukan suatu penyelesaian masalah kekurangan yang berjangka panjang.
Saya menyeru pihak kementerian supaya dapat menerima lebih banyak rakyat bangsa Cina yang berminat untuk menjadi pengajar Bahasa Cina dan memberi latihan kepada mereka supaya dapat menjadikan mereka sebagai seorang guru yang profesional, berkebolehan dan layak untuk mengasuh dan mendidik anak buah Malaysia.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin mempersoalkan tentang hal permohonan kewarganegaraan dan permohonan penduduk tetap (PR). Saya faham bahawa permohonan permit masuk dan kewarganegaraan mesti melalui beberapa prosedur seperti tapisan keselamatan, proses temu duga, keupayaan untuk bertutur bahasa Malaysia dan menyemak kesahihan maklumat demi keselamatan negara. Beberapa asas pertimbangan bagi permohonan kewarganegaraan seperti mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini. Berkelakuan baik dan tidak ada rekod jenayah serta menyumbang kepada masyarakat dalam negara.
Saya telah dapat aduan sebanyak 42 kes berkaitan permohonan permit masuk dan 35 kes permohonan kewarganegaraan daripada kawasan Parlimen saya. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri kerana telah memberi kelulusan sebanyak 10 kes daripada jumlah permohonan ini, malangnya kadar kelulusan masih rendah.
Kebanyakan mereka telah menunggu berpuluh-puluh tahun. Saya amat hairan kenapa permohonan mereka tidak dipertimbangkan walaupun syarat-syarat permohonan telah dipatuhi oleh mereka.
Saya ingin bertanya kementerian apakah tindakan yang akan diambil sekiranya suami pemohon telah meninggal dunia sebelum mengemukakan permohonan permit masuk. Adakah isteri warga asing terpaksa pulang balik ke negara asal memandangkan anaknya merupakan warganegara dan menduduki Malaysia tanpa penjagaan ibu? Saya berpendapat bahawa bagi seseorang isteri warga asing yang telah berkahwin serta mempunyai anak warganegara Malaysia mengikut peraturan negara mereka seharusnya diberi taraf PR secepat mungkin. Janganlah melambatkan prosedur permohonan sehingga mereka menunggu taraf PR berpuluh-puluh tahun. Untuk menjadi warganegara mereka perlu lagi menunggu berpuluh-puluh tahun. Adakah kementerian sampai hati menyusahkan mereka menunggu taraf kewarganegaraan sepanjang hayat atau sehingga meninggal dunia?
Saya ingin menyeru kementerian supaya memberikan satu piagam panduan yang jelas menyatakan tempoh masa setiap permohonan supaya tidak ada penyelewengan ataupun salah guna kuasa di peringkat pegawai. Setiap kali pemohon bertanya status permohonan daripada pejabat pegawai hanya jawab dan suruh mereka tunggu sahaja.
Janganlah biarkan mereka menunggu-nunggu tanpa balasan, tanpa harapan dan menyebabkan mereka hidup dalam penderitaan kerana tidak tahu saat yang seterusnya apa yang akan berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menyediakan perkhidmatan polis bergerak dan menubuhkan 138 buah community policy untuk menjaga keselamatan rakyat. Saya mengalu-alukan rancangan ini akan tetapi masalah yang selalu kita hadapi ialah kekurangan anggota polis. Saya difahamkan kementerian telah ambil tindakan untuk menggaji polis baru untuk mengatasi masalah ini. Maka saya ingin tahu bahawa adakah bilangan pengambilan anggota polis baru mencapai sasaran kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang akhir saya ingin bangkitkan ialah masalah putus bekalan elektrik di Taman Skudai Baru serta Taman Damai Jaya di Parlimen Gelang Patah. Penduduk selalu mengadu bahawa masalah terputus bekalan elektrik berlarutan sepanjang hari dan kadangkala terputus bekalan elektrik berlaku sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan insiden ini telah berlaku sejak awal tahun ini. Mengikut keterangan TNB, kekerapan gangguan bekalan berpunca daripada naik taraf bekalan elektrik untuk tujuan projek Iskandar Malaysia. Masalah ini perlu diatasi segera kerana ia menjejaskan aktiviti harian penduduk serta merugikan perniagaan penduduk yang sebahagian besarnya berkait dengan sektor perkilangan di kawasan Gelang Patah ini. Walaupun notis gangguan elektrik diberikan sebelum kerja dijalankan, kekerapan bekalan elektrik terputus masih menjejas pendapatan serta imej perniagaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini sudah menyusahkan mereka terutamanya waktu krisis ekonomi. Oleh itu, saya berharap pihak TNB dapat mengumumkan rancangan jangka panjang serta rancangan jangka pendek tentang projek-projek yang dijalankan supaya penduduk tidak hidup dalam keadaan gelap.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Dan saya ingin tahu, bilakah TNB akan menyiapkan projek kerja naik taraf di kawasan Iskandar Malaysia ini supaya saya dapat memaklumkan kepada penduduk- penduduk di kawasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat hujung sekali. Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan ucapan Belanjawan 2010 pada kali ini. Saya hendak mulakan ucapan saya dengan firman Allah SWT. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim... [Membaca sepotong ayat] Mafhumnya Allah SWT menyebut, “wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu memperkatakan satu benda yang kamu tidak lakukan. Sesungguhnya amat besar kemurkaan di sisi Allah kamu memperkatakan suatu benda yang kamu tidak lakukan.” Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah membentangkan satu bajet yang bertajuk “1Malaysia, Kemakmuran Untuk Semua”. Satu bajet yang tajuknya begitu mengujakan, tajuknya begitu memberi harapan kepada semua rakyat.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak kepimpinan negara khususnya dan semua kementerian untuk menghayati belanjawan yang telah dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini untuk benar-benar belanjawan ini sampai kepada rakyat. Saya tidak mahu belanjawan ini seperti mana yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen kita satu belanjawan yang penuh dengan retorik, belanjawan yang tidak memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat sebaiknya hanyalah merupakan belanjawan yang penuh dengan harapan-harapan palsu. Kerana itulah saya membawakan ayat al- Quran di permulaan ucapan tadi kerana dalam Islam, Allah telah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman agar memperkatakan satu perkara yang mesti dilakukan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Perkara yang dijanjikan hendaklah dilaksanakan kerana kemurkaannya sangat besar di sisi Allah SWT. Bahkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menyebut, “Bagaimana salah seorang manusia atau golongan yang tidak akan mencium bau syurga adalah pemimpin yang menipu rakyatnya, bila dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka dia tidak akan mencium bau syurga. Manakala bagi pemimpin yang benar-benar adil, yang benar-benar melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya penuh dedikasi, melaksanakan janji-janji kepada rakyatnya, maka dia termasuk dalam satu golongan pemimpin yang akan terselamat di hari akhirat di bawah ataupun pada hari tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan Allah SWT, ialah pemimpin yang adil”.
Saya menyebut perkara ini kerana kami masih lagi berada di barisan pembangkang dan banyak perkara dinafikan kepada kami. Kita telah melihat bagaimana beberapa perkara yang berada di peringkat bawahan sebagaimana yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen kita, peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada semua Ahli Parlimen hanya didapati atau diperolehi oleh Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional. Kami masih lagi belum mendapat apa-apa peruntukan dan bagaimana kami boleh berkhidmat kepada rakyat dalam hal kami tidak mendapat peruntukan.
Saya menyambut baik ucapan daripada sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar, bagaimana beliau menyebut bagaimana kita dalam kerajaan ini yang terdiri daripada pembangkang dan juga kerajaan sama-sama membantu untuk memakmurkan negara, sama-sama bertanggungjawab. Tambah-tambah lagi kami dari Parti Islam Se- Malaysia, kami bertanggungjawab secara langsung kepada Allah SWT. Jadi kebertanggungjawaban ini bukan sahaja dipikul oleh pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional, kami daripada pembangkang juga merasa bertanggungjawab untuk bersama- sama memberikan sumbangan yang terbaik.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Akan tetapi sumbangan yang terbaik itu dalam keadaan kami dinafikan peruntukan, maka sumbangan kepada negara itu adalah merupakan terhad.
Kita sama-sama berada di dalam satu Dewan yang membahaskan tentang dasar- dasar dan polisi-polisi yang terbaik untuk rakyat. Kita semua disebut sebagai law maker yang berada di dalam cabang legislatif. Dalam al-Quran, Allah SWT menyebut. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ulama-ulama menyebut yang dikatakan.. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Orang yang berada di bidang legislatif yang membuat dasar dan polisi yang memberikan kebaikan kepada semua. Polisi-polisi yang baik akhirnya akan sampai kepada rakyat dan dasar-dasar dalam polisi itulah yang akan dijadikan panduan dalam membuat atau membina sistem yang terbaik untuk rakyat.
Jadi kita sama-sama bertanggungjawab baik daripada kerajaan, baik daripada pembangkang untuk membina polisi yang baik ini, menyeru kepada kebaikan. Saya percaya dan saya juga yakin yang berada di dalam ini adalah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik, yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka, membawa aspirasi dan juga memperjuangkan hak-hak mereka. Undang-undang dan polisi-polisi yang terbaik ini disambut oleh orang yang berada di bidang eksekutif, berada di cabang eksekutif, pegawai-pegawai kerajaan yang amanah, yang juga merasa tanggungjawab kepada Allah SWT di samping tanggungjawab kepada rakyat.
Mereka akan membuat sistem-sistem dan mereka tidak melakukan penyelewengan di dalam kerja-kerja mereka. Yang ini disebut sebagai... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Mereka menyuruh kepada yang baik, yang pertama menyeru kepada kebaikan, yang kedua menyuruh buat baik. Maka, rakyat akan mendapat faedah yang cukup banyak dengan dasar-dasar yang diputuskan oleh bidang legislatif, disambut oleh orang-orang yang berada di bidang eksekutif. Akhirnya, sekiranya berlaku kepincangan di kedua-dua tempat ini, maka disambut oleh kawan-kawan yang berada di bidang judiciary ataupun kehakiman. Mereka akan mengadili, adakah mereka ataupun kedua-dua bidang tadi mengikut peraturan yang telah ditetapkan ataupun menyeleweng daripada dasar yang telah diputuskan.
Ketiga-tiga bidang ini memerlukan komitmen daripada kesemua pihak kerana itulah barisan pembangkang sentiasa menyebut, menyeru dan juga memberikan kritikan yang membina kepada semua. Baik yang berada di bidang legislatif, baik yang berada di bidang eksekutif, baik yang berada di bidang judiciary supaya yang dipilihnya adalah merupakan yang terbaik untuk mewakili rakyat.
Kita cukup bimbang di akhir-akhir ini, yang berada di bidang eksekutif ataupun pegawai-pegawai kerajaan juga dipertikaikan dengan isu rasuah dan sebagainya.
Pemimpin-pemimpin yang lahir yang berada dalam Parlimen baik, yang menerajui kementerian-kementerian sebagai menteri baik, juga dipertikaikan kredibiliti dan juga integriti mereka. Manakala yang berada di bidang kehakiman juga ada suara-suara yang cukup membimbangkan kita. Saya juga cukup prihatin dengan perkara ini, Ketua Hakim Negara disebut, hakim disebut dan sebagainya, kes Lingam tape dan sebagainya yang memberikan suatu pandangan yang tidak baik kepada Malaysia secara keseluruhannya.
Justeru itulah kita menyeru supaya semua bidang ini berada dalam kondisi yang terbaik untuk kita memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.
Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, bagi kita dan juga bagi saya sendiri, apa yang berlaku dalam dunia pada hari ini, gempa bumi, penyakit-penyakit dan juga perangai manusia yang berubah daripada insan menjadi binatang. Adalah merupakan ada kesan daripada kecacatan yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin yang memimpin negara kita kerana dalam hadis Nabi SAW menyebut, “apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka dia sebenarnya sudah menghalalkan bala diturunkan.” Pertama, disebut sebagai apabila amanah itu dianggap sebagai punca untuk mendapat kekayaan. Amanah disia-siakan, amanah dijadikan punca untuk kita membina kekayaan diri, keluarga dan kawan-kawan. Apabila zakat dianggap sebagai denda. Semua perkara ini termasuklah minum arak, muzik-muzik yang begitu melalaikan, isteri tidak patuh kepada suami, semua perkara ini boleh menarik ataupun menjadi penyebab kepada bala bencana yang berlaku di atas muka bumi ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Gempa bumi yang berlaku, penyakit-penyakit termasuklah angin ahmar, angin merah, perangai manusia yang bertukar dari baik menjadi jahat. Semuanya ini ada hubung kaitnya dengan perlakuan-perlakuan manusia yang ada di atas dunia ini, di atas muka bumi ini termasuklah yang kita sebut tadi apabila kekayaan itu hanya berlegar daripada kalangan orang-orang yang kaya sahaja di antara kamu. Kerana itulah dalam surah al-Haj, ayat 7, Allah SWT menyebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya, “supaya harta benda itu tidak hanya berlegar di antara orang-orang kaya daripada kamu sahaja, orang- orang miskin tidak dapat, orang-orang fakir tidak dapat’.
Saya pernah berbahas dalam Dewan ini sebagaimana orang-orang kampung, orang-orang yang berada di bawah masih lagi disekat peruntukan mereka kerana fahaman politik yang dimiliki atau diamalkan oleh sesetengah pihak. Mereka akan disiasat dahulu, parti mana yang mereka sokong. Malah dalam beberapa peruntukan yang turun, perlukan kepada tandatangan daripada wakil-wakil kerajaan ataupun wakil rakyat daripada Barisan Nasional lebih tepatnya. Saya sedih kerana perkara ini berkait langsung dengan harapan Perdana Menteri kita, dengan tema yang cukup besar, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Kita tidak akan sampai ke situ kerana itulah bagi saya ucapan kawan-kawan saya dalam Parlimen ini yang berkaitan dengan tema yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri, kita bimbang ia hanya merupakan satu retorik, satu janji palsu tetapi tidak mampu diterjemahkan oleh peringkat bawahan. Apabila minda kita tidak ubah terlebih dahulu untuk menjadi yang terbaik dan merasa bertanggungjawab bukan sekadar kepada rakyat, tetapi juga kepada Allah SWT. Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian, saya juga mengambil kesempatan ini untuk sama-sama kita melihat beberapa akta yang masih lagi membelenggu pemikiran rakyat. AUKU yang dibahaskan dan dipinda dalam dua sesi yang lepas masih lagi membelenggu pemimpin-pemimpin yang akan memimpin negara kita pada satu hari nanti. Baru-baru ini, ada lapan pelajar dihadapkan kepada Lembaga Tatatertib hanya kerana mereka memanggil pemimpin-pemimpin pembangkang berada di dalam forum-forum mereka.
Jadi, bagaimana kita boleh mencapai rakyat diutamakan, ataupun kita boleh mencapai slogan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri kita. Oleh sebab mereka memanggil dua orang ataupun beberapa orang pemimpin pembangkang untuk memberikan pandangan kepada mereka, lantas mereka dipanggil untuk berhadapan dengan tatatertib.
Ini salah satu contoh daripada terlalu banyak contoh akta-akta yang membelenggu pemikiran. Mereka dihadapkan walaupun dijanjikan oleh menteri kita sebelum daripada ini, selagi saya menjadi Menteri kita percaya dan yakin kita tidak akan menggunakan akta ini sewenang-wenangnya. Akan tetapi, saya ingat belum kering lagi dakwat basah yang menulis akta tersebut, ia sudah pun dimungkiri janjinya.
Saya juga ingin menyebut di tempat-tempat yang terbaik kita melahirkan pemimpin-pemimpin ini iaitu di universiti. Di Universiti Malaya seumpamanya, masih lagi terdapat bangunan-bangunan yang usang, sedangkan di sinilah kita membina modal insan yang akan berkhidmat kepada negara pada satu hari nanti. Bangunan yang berusia hampir 50 tahun masih lagi dikekalkan. Suasana yang tidak kondusif dalam usaha untuk menjadi institusi pengajian awam yang terbaik dalam dunia. Baru-baru ini, saya ucapkan tahniah telah turun kepada 200 yang terbaik di dunia. Akan tetapi dalam Islam ataupun dalam tamadun yang hebat, kita bukan hanya membincang dan juga membandingkan di antara satu institusi yang baik dengan institusi yang tidak baik seperti mana yang selalu dijadikan kayu ukur dalam negara kita. Negara kita lebih baik daripada negara lain berbanding dengan India misalnya, berbanding dengan Itali misalnya.
Itu satu perkara perbandingan yang tidak baik. Islam mengajar kita supaya membandingkan antara yang terbaik dengan yang lebih terbaik daripada itu. Itu ajaran Islam. Oleh kerana itulah, kita perlu melihat dengan lebih mendalam agar apa yang kita impikan negara yang baik yang bagi saya juga termasuk dirangkum di dalam ayat al-Quran.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Negara baik dan juga pada masa yang sama mendapat pengampunan daripada tuhan, dapat kita capai.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Akan tetapi, sekiranya akta-akta yang zalim masih lagi terpakai dan masih lagi dilaksanakan di dalam negara kita, ia akan melambatkan proses pencapaian negara yang terbaik, bahkan slogan yang telah dikemukakan juga hanyalah akan menjadi sejarah dan akan dipertikaikan oleh anak-anak kita pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian, saya juga ingin mengambil kesempatan dalam ucapan ini tentang persiapan kita untuk melaksanakan sistem Syariah di dalam negara kita. Kita faham bahawa dalam negara kita yang begitu unik ini ada undang-undang yang memperuntukkan kes-kes ini untuk orang-orang Islam sahaja.
Saya merasa cukup bimbang seperti juga kawan-kawan kita yang lain apabila mereka menyebut tentang pelaksanaan undang-undang Islam dalam negara kita yang sama-sama diluluskan dalam Dewan ini satu ketika dahulu termasuklah dalam kes Kartika. Kawan- kawan saya telah menyebut banyak dalam perkara ini, tetapi saya merasa begitu terluka apabila jawapan daripada kementerian menunjukkan bahawa kita terlalu kebelakangan dalam pelaksanaan syariah dalam negara kita.
Ia membabitkan orang Islam tanpa menyentuh kepada agama-agama yang lain yang bebas diamalkan, tetapi apabila sampai kepada pelaksanaannya, dengan penjara Syariahnya tidak ada, dengan tukang sebatnya tidak ada, ini merupakan satu penghinaan kepada seluruh umat Islam yang ada di dalam negara ini. Walaupun yang sudah dijatuhkan hukuman sanggup untuk dihukum berdasarkan kepada undang-undang Islam yang akan menyelamatkan dia di dunia dan juga di akhirat, tetapi kesediaan di kalangan kita masih lagi berada di tahap yang cukup minimum. Oleh kerana itulah kita perlu melihat dan juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Memperkemaskan lagi pelaksanaan syariah dalam negara kita. Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan kita semua, bahawa dalam al-Quran Allah juga menyebut pada hari akhirat nanti, semua manusia akan dipanggil bersama dengan pemimpin-pemimpin mereka. Saya cukup risau dan saya cukup takut sekiranya kita dipanggil terutamanya kawan-kawan kita yang beragama Islam dipanggil dalam keadaan kita tidak mampu menjawab, dalam keadaan kita tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita yang terbaik kepada rakyat. Oleh kerana itulah, saya menyeru kepada semua pihak agar slogan yang telah dikemukakan termasuklah juga tema kepada bajet pada tahun ini 1Malaysia Kemakmuran Bersama ini akan mampu direalisasikan. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini... [Bercakap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kanowit.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi kepada isu-isu yang berkaitan dengan negara kita. Terutama sekali, kita berbangga dengan kerajaan yang selama ini telah menguruskan ekonomi kita dengan berkesan seperti mana yang kita ketahui telah melancarkan stimulus packages untuk menguatkan ekonomi dan menggariskan langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi kita di Malaysia ini. Saya menyebut perkara ini sebab semasa kita pergi ke luar negara mengikuti satu persidangan CPA di Tanzania. Kita sedih mendengar negara-negara yang kecil seperti di Afrika, Latin America dan Pacific Islands yang tidak dapat berbuat begitu kerana tidak mempunyai wang untuk mengadakan stimulus packages seperti negara yang maju dan inilah kita berasa bangga dengan kejayaan kita Malaysia.
Oleh kerana kita masih ada wang untuk berbuat begitu, itu sebab kita sekarang ini melihat kesan-kesan kegawatan ekonomi dunia kurang memberi kesan yang buruk kepada negara kita. Walaupun kita diberitahu bahawa pada tahun hadapan dianggarkan bahawa bajet kita adalah defisit.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Akan tetapi kerajaan sangat fokus dalam bajet ini untuk pertumbuhan ekonomi, meningkatkan persaraan dan lain-lain supaya ekonomi kita turut membangun dengan berkesan. Kita juga telah disyorkan bahawa bantuan kerajaan untuk menyahut rintisan- rintisan masyarakat seperti sistem kupon yang akan diadakan pada golongan miskin untuk mengatasi kenaikan harga barang keperluan harian seperti beras, gula, dan sebagainya.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Baru-baru ini kita telah difahamkan bahawa sistem kupon ini sedang dilaksanakan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sarawak. Saya difahamkan baru-baru ini, selepas balik dari kawasan bahawa kita telah diminta untuk menyenaraikan nama-nama mereka yang layak untuk mendapat kupon-kupon ini untuk beras terutamanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh lari dari menyentuh satu isu yang sering disebut di Dewan ini iaitu pembangunan infrastruktur di luar bandar. Sudah begitu banyak peruntukan setiap tahun untuk pelbagai jenis pembangunan termasuk kemudahan asas, tetapi masih juga kawasan jauh dari bandar-bandar besar masih dalam keadaan zaman 60- an atau 70-an. Iaitu penduduk di sana masih menggunakan sungai dan hutan sebagai cara pengangkutan dan perhubungan. Masalah ini ketara di banyak kawasan Parlimen di Sarawak dan Sabah, termasuk juga di Kanowit.
Memang untuk bajet tahun depan, RM4.7 bilion akan diagihkan untuk pembinaan jalan dan jambatan dan RM2.6 bilion untuk bekalan air. Saya ingin penjelasan daripada kementerian ataupun kerajaan berkenaan dengan wang sebanyak ini. Adakah ia untuk pembinaan jalan-jalan baru di kawasan-kawasan yang ketinggalan dalam lima puluh tahun yang lalu ataupun ia untuk naik taraf dan naik taraf dan tidak habis-habis naik taraf jalan yang sedia ada di dalam kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
Kalau di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kuching, Sibu dan sebagainya, kita selalu melihat bahawa jalannya masih cantik dan tidak ada lubang tetapi diberi tar seal, naik taraf atau turapan tiap-tiap tahun. Mungkin dua tiga kali dalam satu tahun, walhal kawasan yang langsung tidak ada jalan kecil pun tidak diberi keutamaan.
Kalaulah projek sebegini ataupun projek-projek mega adalah untuk membangunkan syarikat-syarikat besar milikan kerajaan, kita tidak kisahlah. Berilah projek besar-besar ini untuk syarikat-syarikat ini untuk membina jalan di luar bandar, bekalan elektrik dan air di luar bandar dan di seluruh kawasan yang belum ada keperluan asas supaya rakyat di bandar dan luar bandar sama-sama menikmati kemudahan yang amat asas ini dengan konsep 1Malaysia.
Kalaulah kepadatan penduduk, hasil kegiatan ekonomi masih menjadi kriteria utama untuk prioriti projek-projek ini, sampai bilakah kawasan di luar bandar akan dapat kemudahan tersebut? Ini menjadi masalah sebab kalau tidak ada jalan raya dan kemudahan lain, macam mana kawasan pedalaman dapat menarik kegiatan ekonomi yang boleh mendatangkan hasil kepada negara? Ini adalah seperti chicken and egg issue.
Dalam hal ini, kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam membentangkan bajet ini yang telah mengumumkan satu projek yang agak besar iaitu projek jalan raya menghubungkan Kapit dan Sibu. Itu seterusnya akan merentasi kawasan Parlimen Kanowit oleh kerana Kanowit adalah berdekatan dengan Sibu. Dengan itu, saya pun difahamkan bahawa masyarakat di Kapit pun sangat bangga dengan pengumuman itu dan tidak lagilah Kapit dianggap sebagai satu pulau yang selama ini only can be reached by boat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sampai Sibu kah, Yang Berhormat?
Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit
Memang sampai Sibu, tetapi kalau tidak nanti, dia masih pulau. Pulau Kapit. Kita masih menggunakan bot dan helikopter untuk sampai ke Kapit. Dengan pengumuman ini, kita berterima kasihlah kepada kerajaan.
Berikutan masalah kemudahan asas ini, maka peluang pekerjaan maka untuk golongan muda adalah kurang dan inilah menjadi masalah lagi kepada mereka yang telah berhijrah ke bandar dan tidaklah saya akan menyebut dengan panjang lagi.
Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit
Ini sebab banyak lagi masalah yang akan timbul apabila remaja-remaja kita berhijrah dari luar bandar ke bandar yang menyebabkan mereka akan bersaing dengan tenaga kerja yang lebih mahir di bandar. Jadi, inilah seruan kita selama ini supaya kerajaan melihat kawasan luar bandar dengan serius untuk ia dimajukan selaras dengan pembangunan yang pesat di bandar supaya negara kita ini dapat melaksanakan pembangunan untuk semua rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, satu juga isu ataupun masalah yang sering kita bangkitkan di Dewan ini dengan mungkin kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat adalah isu kemiskinan yang menjadi masalah yang amat menjadi tumpuan mana-mana kerajaan untuk diatasi dengan bersungguh-sungguh. Kita masih ramai rakyat miskin, terutamanya petani dan nelayan yang berselerak di seluruh negara. Kerajaan memberi peruntukan yang besar setiap tahun untuk menghapuskan kemiskinan, tetapi ia tidak akan berjaya oleh kerana banyak masalah timbul dari segi pemberian yang tidak sampai kepada sasaran, tidak seperti yang diucapkan.
Kita sudah dengar di Dewan yang mulia ini pendedahan daripada ramai wakil rakyat di mana subsidi untuk minyak, baja, alat-alat untuk pertanian dan perikanan yang dijual untuk mendapatkan hasil dengan senang dan cepat, tetapi kesemua kelakuan ini menghalang bantuan kerajaan kepada nelayan atau petani untuk mencapai matlamatnya.
Dalam hal ini, saya menyokong seruan sesetengah Ahli Yang Berhormat untuk menggunakan sistem hasil pengeluaran dengan nilai subsidi seperti hasil tangkapan ikan dengan nilai subsidi minyak yang patut diberi, hasil padi dengan nilai baja ataupun penghantaran hasil dengan nilai bonus dan subsidi yang akan diberi.
Saya juga ingin penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan syarat-syarat yang diguna pakai dalam pemberian bantuan bulanan kepada rakyat miskin, di mana kita difahamkan bahawa kumpulan nelayan diberi bantuan kewangan setiap bulan sebanyak RM200. Yang menjadi soalan juga ialah macam-mana di Sarawak, di mana ramai juga rakyat di luar bandar yang sama dalam kategori kemiskinan, tetapi tidak mendapat bantuan bulanan tersebut, lebih-lebih lagi kaum Penan dan petani di luar bandar yang juga di dalam kategori yang miskin.
Kita memang menyambut baik hasrat kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Dengan peruntukan banyak seperti RM141 juta untuk program “Lonjakan Mega”, program ini akan ditumpukan kepada lebih 5,600 keluarga miskin tegar yang didaftarkan dengan e-Kasih. Dalam hal ini, saya ingin mohon penjelasan juga daripada kerajaan, berapakah keluarga miskin tegar ini yang terdiri daripada kaum-kaum bumiputera dari Sarawak dan Sabah, seperti berapakah keluarga kaum Penan, Kenyah, Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau dari Sarawak, Kadazan Dusun, Bajau, Murut di Sabah yang telah didaftarkan dengan e-Kasih yang memberi mereka kelayakan untuk mendapat bantuan tersebut?
Sebagai contoh, bantuan perumahan untuk rakyat miskin yang mula dilaksanakan baru-baru ini di bawah Program Rangsangan Ekonomi telah menimbulkan banyak masalah dan pertanyaan sebab ada keluarga yang diberi bantuan tersebut sepatutnya tidak layak dan yang betul-betul miskin tidak dapat. Sebagai wakil rakyat, kita amat khuatir dengan matlamat yang sedia ada dalam sistem e-Kasih dan juga kita ingin tahu macam mana data- data itu dikumpulkan. Adakah ia melalui ketua kampung atau ketua rumah atau penghulu, pemanca dan sebagainya ataupun melalui wakil rakyat? Kalau tidak, siapa yang lebih tahu dengan keadaan setempat, kalau tidak ketua masyarakat dan wakil-wakil rakyat. Semua pegawai kerajaan perlu menerangkan syarat-syarat yang diguna pakai dalam mengkategorikan rakyat miskin ini dan juga data-data rakyat miskin ini diberi kepada wakil rakyat masing-masing untuk disemak semula.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga tidak lupa untuk membangkitkan balik satu janji kerajaan di kawasan saya dalam tahun 2006, di mana Kementerian Kesihatan melalui Setiausaha Parlimen mereka pada masa itu telah melawat kawasan Raskom di Kanowit dan telah berjanji untuk membina satu klinik desa di kawasan di Rascom di Kanowit dengan kos mungkin dalam lingkungan RM1.5 juta. Dari 2006 sampai sekarang, projek tersebut belum juga dilaksanakan.
Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit
Masalah ini telah timbul dalam masa lebih 37 tahun dahulu. Permohonan ini telah dipohon oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kanowit supaya ia dibina di dalam kawasan Rascom yang telah ditubuhkan dalam tahun 1972, musim komunis.
Rascom adalah kawasan penempatan rakyat luar bandar semasa komunis. Di kawasan saya ada empat buah kawasan ini dan kawasan ini adalah satu kawasan yang tidak mempunyai klinik. Disebabkan mereka ini jauh dari bandar dan hospital, ia amat diperlukan, tetapi sampai sekarang malanglah ia belum dapat dilaksanakan. Jadi, saya mohon kepada kerajaan untuk menunaikan janji ini sebab ia selalu disebut-sebutkan dan suatu hari nanti akan menjadi isu apabila masa election.
Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit
Tuan Yang di-Pertua masalah yang sering dihadapi masyarakat kita di Malaysia ini terutamanya kawasan-kawasan yang mempunyai banyak ladang sawit adalah pekerja asing. Di kawasan saya di Kanowit pun tidak ketinggalan dari masalah ini dan kita ketahui bahawa lebih kurang tiga juta pekerja asing yang berada di Malaysia ini legal dan tidak legal. Ini lebih kurang 25 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang ada di negara kita dan sekali gus pekerja asing ini akan mengambil peluang pekerjaan dari rakyat kita sebab mereka rela diberi gaji yang lebih rendah dan majikan pun lebih suka untuk mendapat keuntungan yang lebih besar. Oleh kerana proses mendapat pekerja ini dan levi adalah sangat tinggi, kosnya sangat tinggi maka majikan-majikan yang menggunakan jalan mudah dan mengambil pekerja-pekerja ini secara haram.
Oleh sebab itu mereka pun juga senang untuk menamatkan pekerjaan pekerja- pekerja ini dan itulah timbul satu lagi masalah apabila mereka tidak bekerja, mereka akan menganggur dan mereka akan mencari apa juga cara untuk menyara hidup mereka. Lalu timbullah masalah sosial di negara kita seperti mencuri, merompak, pecah rumah dan sebagainya yang membuat kerja kerajaan jadi lebih sulit.
Saya ingin penjelasan dari pihak kerajaan untuk memberi maklumat pada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan berapakah perbelanjaan setiap tahun yang diperuntukkan untuk membanteras masalah PATI ini seperti kos untuk operasi menangkap, menahan,menghantar balik mereka dan sebagainya? Juga berapakah peratusan jenayah yang dilakukan oleh warga negara asing ini secara langsung atau tidak langsung yang selalu disebut-sebutkan bahawa mereka inilah satu punca di mana jenayah banyak berlaku atau meningkat di negara kita ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyambung sedikit masalah yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang tadi berkenaan dengan satu kes yang telah kita hadapi di Lusong Laku di Belaga, berkenaan syarikat kayu balak yang telah membuka balik jambatan yang mereka bina. Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan 1Malaysia Development Berhad dengan dana RM100 juta dan dana inilah untuk memulakan program perkhidmatan masyarakat, financing community services. Saya fikir apa yang telah berlaku di kawasan Lusong Laku adalah satu daripada kegiatan syarikat-syarikat kayu balak di mana mereka sepatutnya memberi balik perkhidmatan ataupun sumbangan kepada masyarakat tempatan dan membalas balik atas segala kemudahan yang telah mereka dapat, keselamatan yang telah mereka dapati dan alam sekitar yang aman dan kondusif bagi mereka yang menjalankan pekerjaan masing-masing di sana. Oleh sebab itu wajarlah syarikat-syarikat ini menyumbang balik kepada masyarakat dalam pelbagai cara dan bentuk seperti bantuan kewangan untuk biasiswa, geran untuk sekolah, geran untuk projek-projek kecil dalam kampung dan sebagainya.
Dalam kes yang telah timbul atau disebut pagi tadi adalah satu kes di mana jambatan yang menghubungi Lusong Laku merentasi Sungai Linau telah dibuka selepas rombongan kita yang melawat ke sana bersama dengan Tuan Yang di-Pertua pada beberapa bulan yang lalu. Ini telah memberi ketidakpuasan hati kepada kita kerana kita cuba untuk menyelesaikan masalah ini supaya syarikat-syarikat tersebut tidak membuka jambatan itu dan kita telah pun cuba untuk memohon agar kerajaan mengambil kos, menyara kos sedikit supaya jambatan itu menjadi jambatan kerajaan diambil balik daripada syarikat-syarikat balak itu tadi.
Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit
Kita difahamkan sebenarnya masalah di situ adalah masalah kontraktor yang tidak dibayar oleh syarikat-syarikat kayu balak dan sebab itu mereka tidak puas hati dan mereka telah menunggu begitu lama, tidak sabar lagi dan mereka pun decided to remove the bridge. Jadi inilah satu daripada perkara yang tidak menyenangkan hati kita sebab perkara seperti itu dapat kita selesaikan dengan perbincangan, kesabaran dan responsibility terhadap rakyat yang miskin lebih lagi mereka yang tidak ada cara lain untuk berhubung dengan pusat bandar ataupun pusat kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, selama ini dalam masa dua tahun lalu kita telah dilanda kenaikan harga minyak yang naik dengan ketara. Dalam masa itu kita telah pun mengadakan satu sistem rebet bukan sahaja untuk kenderaan di bandar-bandar tetapi juga untuk enjin-enjin sangkut di hulu sungai. Ini pun telah dilaksanakan tetapi malangnya ia mengambil lebih kurang dua tahun untuk rebet tersebut dapat dibayar kepada penduduk- penduduk di luar bandar. Saya menyuarakan masalah ini sebab saya melihat apa yang telah terjadi kepada sistem pembayaran ataupun sistem tuntutan kerajaan yang mengikut treasury instruction dengan izin, di mana bayaran cuma dapat dibayar kalau ada tuntutan yang jelas dan teratur. Maka begitulah prosedur yang amat rumit diamalkan oleh jabatan- jabatan kerajaan dan dengan requirement sebegitu maka semua pemilik enjin sangkut diminta untuk mendaftar enjin-enjin mereka dengan pejabat daerah.
Di kawasan saya tidak kurang dari 60 peratus dari penduduk masih menggunakan perahu dan enjin sangkut maka pejabat daerah di kawasan saya dengan tiga orang pegawai sentiasa penuh sesak dalam beberapa bulan membuat pendaftaran enjin sangkut.
Akan tetapi yang menjadi masalah selepas itu apabila pembayaran akan dibuat timbul senarai enjin-enjin sangkut yang perlu dibayar adalah tidak selaras dengan apa yang telah didaftarkan oleh pemilik-pemilik enjin. Seperti enjin yang 30 hose power menjadi tiga hose power ataupun 0.3 hose power. Manakala yang 15 hose power menjadi 35 hose power atau 45 hose power. Ini menimbulkan banyak masalah. Sistem begini adalah sangat rumit.
Saya telah membuat cadangan kepada pejabat daerah dan kerajaan supaya think out of the box. Kalau kita buat registration macam ini juga tidak akan habis dan saya fikir kita menggunakan JKKK rumah panjang ataupun kampung yang sedia ada dan bayarlah pampasan ini mengikut jumlah isi rumah di sesebuah kampung atau rumah panjang dengan kadar yang sederhana mengikut yang berpatutan. Juga masalah ini timbul apabila kerajaan ingin memberi wang ehsan atau pampasan kepada mereka yang dilanda banjir dalam tahun yang lalu. Sama juga proses mendaftar buah-buahan, sawah padi, tanam-tanaman yang begitu rumit dan mengambil masa yang begitu panjang.
Oleh sebab itu sehingga sekarang masih ramai di antara penduduk-penduduk di luar bandar masih tidak puas hati dengan keadaan ataupun pampasan yang mereka dapati kerana ianya tidak mengikut kehendak ataupun fair kepada mereka. Jadi saya menyeru agar kerajaan mengambil langkah out of the box supaya ianya lebih fair dan terperinci untuk ianya dibayar kepada mereka yang di luar bandar lebih lagi mereka yang di rumah panjang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Keadaan sekarang ini senang sedikit sebab kampung dan rumah panjang mempunyai JKKK dan inilah satu organisasi yang amat diperlukan bagi sesebuah rumah panjang dan kampung. Mereka ini ada kuasa untuk menjalankan beberapa projek yang diberi oleh kerajaan. Patutlah JKKK ini diguna pakai untuk banyak perkara-perkara seperti tuntutan bayaran dan sebagainya. Dengan itu saya harap kerajaan dapat menyemak semula apa yang perlu dan patut diberi kepada rakyat yang masih jauh ketinggalan di kawasan pedalaman. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2010.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji akan mengurangkan defisit daripada 7.4 peratus KDNK pada tahun 2009 kepada 5.6 peratus KDNK dengan mengurangkan perbelanjaan pengurusan daripada RM160 bilion ke RM138 bilion. Tahniah sekiranya ini menjadi realiti. Mengikut Laporan Ekonomi 2009/2010 Jadual 4.4, antara butiran perbelanjaan pengurusan adalah antaranya bayaran emolumen dan pencen meningkat sebanyak RM6.8 bilion. Manakala penjimatan yang paling ketara adalah di bawah bekalan dan perkhidmatan iaitu daripada RM26.8 bilion ke RM20.8 bilion iaitu jimat RM6 bilion dan penjimatan subsidi sebanyak RM3.6 bilion dan ada satu butiran perbelanjaan lain. Dari RM28.68 bilion ke RM10.4 bilion iaitu kekurangan sebanyak RM18.2 bilion. Mengikut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010 muka surat 194 di bawah butiran B11 020500, berkenaan dengan subsidi gas, cecair, diesel dan petrol, jumlah yang dijimatkan adalah sebanyak RM11 bilion iaitu daripada RM21 bilion ke RM10 bilion pada tahun 2010.
Adakah ini bermakna subsidi untuk perkara-perkara yang lain telah meningkat walaupun subsidi minyak dan gas akan dikurangkan. Di bawah perbelanjaan yang lain termasuk pemberian kepada Kumpulan Wang Terkanun, Perusahaan Awam, Pertubuhan Antarabangsa, Tuntutan Insurans dan Pampasan dan lain-lain dan dalam item ini, penjimatan adalah sekadar RM18.2 bilion di dalam Laporan Ekonomi. Saya tidak dapat lihat bagaimana kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan dalam items tersebut. Jadi saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM22 bilion khususnya merujuk kepada perbelanjaan lain di mana RM18.2 bilion akan dijimatkan.
Saya ingin sentuh soal cukai 5 peratus dari keuntungan pelupusan hartanah.
Memang ramai antara Yang Berhormat telah sentuh perkara ini. Saya rasa tindakan ini tidak munasabah kerana pasaran hartanah masih lembap. Mengikut REDHA, satu kaji selidik telah dibuat antara 66 syarikat construction di mana masih 47 peratus mengalami jualan yang menurun. Sebanyak 47 peratus jualannya sama dan cuma 6 peratus di mana jualan hartanah meningkat dan ini antaranya 11 peratus menghadapi penurunan jualan sebanyak lebih daripada 50 peratus dan juga apabila tidak ada had jangka masa antara pembelian dan pelupusan, ini agak tidak wajar kerana masa pembelian mungkin berlaku puluhan tahun sebelum pelupusan dan daripada segi pengiraan keuntungan akan menjadi masalah kerana dokumen-dokumen asal dan dokumen-dokumen lain berkenaan dengan perbelanjaan untuk mengira keuntungan itu akan menjadi satu perkara yang agak rumit.
Sekiranya perlu dilaksanakan 5 peratus cukai ke atas keuntungan, saya cadangkan supaya dihadkan ke atas hartanah yang tukar milik kurang daripada lima tahun.
Berkenaan dengan perkhidmatan di hospital, untuk menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik di hospital awam, ini adalah penting khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Akan tetapi, hospital awam masih kekurangan seramai 9000 doktor dan jumlah ini mewakili 40 peratus jawatan yang diperlukan. Di dalam Dewan ini saya pernah mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Khas untuk doktor- doktor supaya ganjaran yang diberikan kepada mereka lebih menepati hasrat doktor-doktor dan pakar-pakar di hospital awam. Memang saya tahu Menteri Kesihatan pernah sebut perkara ini tahun lepas tetapi tidak ada tindakan susulan setakat ini.
Kita mendengar dalam Bajet 2010 juga ada gelombang kedua penswastaan yang khususnya melibatkan GLCs. Saya merasa bimbang kerana apabila dilaksanakan, apa yang mungkin berlaku adalah syarikat-syarikat yang untung diswastakan, manakala syarikat yang menampung kerugian masih dimiliki kerajaan dan akhirnya pihak tertentu yang untung dan kerajaan terus rugi. Saya juga bimbang sekiranya antara syarikat-syarikat yang akan diswastakan termasuk Institut Jantung Negara kerana IJN seperti mana yang kita sedia maklum telah memberi khidmat kepada kakitangan kerajaan dan mereka yang berpendapatan rendah dan golongan miskin sejak ia ditubuhkan dan sekiranya penswastaan ini dilakukan melibatkan IJN, ini akan menyusahkan kakitangan kerajaan dan golongan miskin.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Saya ingin juga sentuh soal vaksin HPV untuk mencegah kanser pangkal rahim ataupun kanser serviks. Vaksin ini digunakan sebanyak tiga suntikan dan dirancang untuk diberikan kepada 300,000 pelajar perempuan berumur 13 tahun setiap tahun. Anggaran kos setiap tahun adalah RM150 juta iaitu lebih kurang RM500 setiap kes untuk tiga suntikan.
Kita tahu memang ada pilihan dua vaksin yang sedia ada. Satu yang lebih mahal dan satu yang lebih murah. Cuma saya hendak pertikaikan kerana kita tahu keberkesanan vaksin ini adalah sekadar 70 peratus dan ini bermakna wanita yang menerima vaksin ini masih memerlukan screening seperti pap smear. Pap smear memang antara cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kanser pangkal rahim. Kedua daripada segi kos, sebenarnya saya baru sahaja membeli tiga suntikan untuk anak saya sendiri dan dengan kos RM145 setiap suntikan iaitu RM435 untuk seorang pesakit. Ini bermakna sekiranya kita kali dengan 300,000 orang pelajar, kos untuk setahun campur dengan kos pengurusan, kos suntikan mungkin RM5 setiap kali, RM15 untuk tiga suntikan iaitu RM450 untuk setiap pelajar yang terlibat, kos sebenarnya adalah sekadar RM135 juta sahaja bukan RM150 juta dan ini adalah pembelian tiga suntikan sahaja dengan harga yang lebih murah daripada apa yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan.
Sekiranya Kementerian Kesihatan membeli secara bulk purchase dengan izin, saya pasti kos itu akan boleh dapat sekurang-kurangnya 20 peratus hingga 50 peratus diskaun. Ini bermakna sesiapa yang uruskan projek ini akan dapat keuntungan yang besar.
Saya merasakan walaupun ini satu cadangan yang baik tetapi kita mesti menetapkan prioriti sama ada kita bersedia untuk membelanjakan wang sedemikian sedangkan kita ada prioriti yang lain misalannya tingkatkan usaha untuk pap smear khususnya di kawasan pedalaman ataupun dengan wang ringgit yang ada, RM150 juta boleh membeli city scanner untuk kesemua hospital awam di seluruh Malaysia.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Berkenaan dengan Klinik 1Malaysia, klinik ini diuruskan oleh pembantu pegawai perubatan dan bukannya doktor untuk merawat, memberi ubat untuk demam, batuk dan selesema di kawasan bandar, dengan 50 buah klinik sedemikian anggaran perbelanjaannya RM10 juta. Saya pertikaikan cadangan ini. Ini kerana, memang kita tidak kekurangan doktor di kawasan bandar, itu bukan masalah.
Kita lihat walaupun di Malaysia nisbah doktor untuk penduduk adalah satu doktor untuk 1,145 penduduk. Manakala di Lembah Klang misalnya adalah satu doktor untuk 600 penduduk. Manakala di kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak kadarnya adalah satu doktor untuk 5,000 penduduk. Jadi, dengan mengadakan Klinik 1Malaysia, ini tidak membantu kerana prioriti, keutamaan kita seharusnya adalah mempertingkatkan perkhidmatan kita di kawasan pedalaman. Lagipun pembantu pegawai perubatan bukanlah doktor. Mereka mungkin boleh beri ubat tetapi mungkin memberi diagnosis yang salah.
Ini mungkin membawa kesan yang agak buruk sebab prinsip rawatan bukanlah sekadar memberi ubat sahaja. Antara tujuan utama doktor merawat pesakit adalah memastikan penyakit yang lebih serius tidak terlepas pandang. Misalnya demam dan batuk mungkin diakibatkan oleh penyakit yang lain seperti fever, tuberculosis pneumonia akibat AIDS, sinusitis, lemah jantung, kanser dan lain-lain. Sudah pasti tidak boleh dirawat dengan membeli ubat batuk dan demam yang diberikan oleh pembantu pegawai perubatan.
Sekiranya tujuan untuk mengadakan Klinik 1Malaysia adalah untuk dispense, untuk memberi ubat batuk dan ubat demam, lebih baik kita menyeru supaya Menteri Kesihatan meng classified kan ubat batuk sebagai ubat OTC, dengan izin over the counter dan boleh menggunakan hospital dan klinik kesihatan yang sedia ada untuk memberikan kepada pesakit. Kita tidak perlukan Klinik 1Malaysia.
Saya ingin ucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan apabila Yang Berhormat telah umumkan pada 19 Oktober 2009 baru-baru ini berkenaan dengan elaun bulanan khas RM500 hingga RM1,500 untuk doktor, jururawat dan pegawai lain yang berkhidmat di kawasan desa dan kawasan pedalaman. Dengan ini saya pasti akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di kawasan desa dan pedalaman dan bukan melalui Klinik 1Malaysia.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit sebanyak dengan tragedi yang berlaku di Kuala Dipang baru-baru ini. Pada 26 Oktober 2009, 10.30 malam, tiga pelajar sekolah rendah, Darjah Enam telah mati lemas setelah jatuh ke Sungai Kampar apabila jambatan gantung yang mereka gunakan turut runtuh. Saya cuba bangkitkan semasa usul tergempar tetapi dinasihatkan saya boleh bangkitkan semasa berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, pelajar tersebut adalah antara 298 orang murid dari Daerah Kinta Selatan yang menyertai Kem 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Selepas tragedi berlaku, saya melawat tempat kejadian tersebut lebih kurang empat jam kemudian dan berpeluang bertemu ramah dengan sebahagian daripada murid yang terlibat dan juga ibu bapa murid yang terlibat.
Beberapa perkara yang saya dapati menakjubkan. Antaranya, saya rasa mungkin special task force yang buat siasatan itu akan dapat kesimpulan yang agak sama iaitu:
(i) struktur jambatan gantung yang baru siap dibina tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan dari sudut kejuruteraan;
(ii) tidak ada papan tanda yang menyatakan berapa orangkah yang boleh menggunakan jambatan gantung tersebut setiap kali;
(iii) semasa murid menyeberangi Sungai Kampar yang lebarnya melebihi 20 kaki, tidak ada kawalan dari guru ataupun pegawai yang bertanggungjawab;
(iv) memang tidak ada jaket keselamatan di persekitaran kem tersebut walaupun kem tersebut di tepi sungai;
(v) untuk Kem 1Malaysia tersebut, terdapat 30 orang guru sahaja yang menjaga seramai 298 orang murid. Agak kekurangan;
(vi) walaupun setengah daripada peserta adalah pelajar perempuan berumur 12 tahun, 11 tahun, cuma terdapat dua guru wanita dan dua instructor wanita di kem tersebut. Walaupun ini tidak ada kaitan dengan tragedi tersebut, tetapi ini adalah fakta;
(vii) usaha-usaha penyelamat tidak memuaskan kerana kekurangan peralatan seperti contoh, empat bot yang dibekalkan oleh Jabatan Bomba tidak ada spotlight dan pegawai penyelamat terpaksa menggunakan lampu picit yang jelas tidak memuaskan di tengah malam; dan
(viii) setakat ini, saya pernah juga berjumpa dengan ibu bapa baru- baru ini dan mereka menyuarakan bahawa mereka tidak yakin siasatan dalaman oleh task force akan memberi jawapan yang sebenarnya.
Jadi, saya cadangkan supaya Kem 1Malaysia di tempat yang lain di seluruh negara harus dihentikan ataupun ditangguhkan serta-merta sehingga keselamatan peserta terjamin dan tubuhkan pasukan siasatan berkecuali seperti melalui Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat tragedi tersebut dengan tujuan mengelakkan tragedi tersebut berulang.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ingin saya respond sedikit sebanyak berkenaan dengan sekolah satu saluran. Memang atas slogan 1Malaysia, ada yang daripada sebelah sana yang mencadangkan supaya mengadakan sekolah rendah semua dalam satu aliran.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut kerana jangan kita anggap sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) ataupun sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) sebagai sekolah untuk masyarakat Cina ataupun masyarakat India sahaja. Misalnya di sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) ada sekurang-kurangnya 60,000 pelajar daripada kaum lain yang menyertai sekolah tersebut.
Kita seharusnya keluar dari sentimen perkauman di mana kita seharusnya menganggap bahawa sekolah-sekolah sedemikian adalah aset kepada negara bukan setakat untuk masyarakat Cinakah, masyarakat India tetapi masyarakat untuk semua rakyat Malaysia.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kini, kita sudah tahu bahawa memang sekolah-sekolah sedemikian antaranya saya pun dari sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) dan kita fasih dalam ketiga-tiga bahasa, dan kita bangga dengan kebolehan untuk menguasai ketiga-tiga bahasa dan telah membantu mengeluarkan tenaga manusia yang boleh menyumbang kepada negara. Saya menyeru anggapan ini ditarik balik supaya jangan kita timbulkan lagi sekolah satu aliran.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kita seharusnya menganggap bahawa murid masyarakat Melayu boleh belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan murid dari masyarakat Cina pun boleh masuk menyertai sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil ataupun sekolah kebangsaan mengikut pilihan mereka sendiri. Saya rasa masalah perpaduan ini lebih kepada political game, dengan izin, dan kalau kita hendak salahkan, salahkan ahli-ahli politik yang mainkan sentimen perkauman. Kalau kita jujur bahawa kita seharusnya memupuk perpaduan, kita harus mengharamkan parti-parti politik yang berlandaskan kaum. Jadi dengan ini, saya sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih dan harap cadangan saya dipertimbangkan.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2010 yang begitu baik serta memenuhi kehendak rakyat di pelbagai peringkat dalam negara ini.
Walaupun dalam keadaan ekonomi seluruh dunia agak lembap, sesetengah negara menghadapi keadaan yang kritikal, namun keupayaan kerajaan menghadapi keadaan kritikal ini dengan mengemukakan satu bajet yang baik serta dapat menyusun pelbagai strategi untuk bersaing adalah sesuatu yang dibanggakan. Apa yang penting, bajet ini diharap akan mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat seterusnya dapat menjadi asas kukuh kepada usaha kerajaan menjadikan bajet ini asas kepada penyediaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan model ekonomi baru Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang begitu baik dan diterima majoriti rakyat dalam negara ini. Lebih menarik sebenarnya ia menjadi ucapan dan mainan bibir rakyat terutamanya anak-anak kecil. Oleh sebab itu saya percaya dengan konsep Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, kerajaan akan mampu mengembalikan keyakinan rakyat, apatah lagi jika kerajaan terus mampu memenuhi harapan rakyat keseluruhannya dalam memastikan setiap perancangan dilakukan oleh kerajaan akan benar-benar memberi keuntungan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Saya yakin dan majoriti rakyat telah begitu yakin atas keupayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjayakan dan meneruskan kemajuan negara ini.
Justeru itu saya harap kerajaan akan terus melakukan pelbagai program, menanam konsep ini kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya anak-anak kecil supaya konsep ini menjadi sebati kepada keseluruhan rakyat dalam negara ini. Penekanan soal perpaduan mesti diutamakan dalam menjayakan konsep ini di samping memahamkan rakyat bahawa 1Malaysia tetap berpaksikan Rukun Negara dan berlandaskan Perlembagaan Negara.
Saya ingin minta supaya kementerian melakukan usaha secara bersungguh- sungguh untuk menggerakkan konsep ini hingga ke ceruk-ceruk kampung. Saya yakin bahawa menyelesaikan dan mengurangkan masalah jenayah merupakan keutamaan kerajaan dan penting dalam NKRA. Saya amat menyokong kerana hari ini rakyat juga menilai keupayaan kerajaan bukan hanya kepada kemampuan memberikan pembangunan fizikal tetapi juga apakah kerajaan mampu menjaga keamanan, memberikan keselamatan, menyelesaikan pelbagai masalah jenayah kerana yang penting rakyat mahu keselamatan mereka terjamin di tengah-tengah kepesatan pembangunan negara.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Oleh sebab itu saya berharap agar kerajaan terus melakukan usaha menambah baik dan memberi pelbagai bentuk kebajikan, kenaikan gaji, perumahan, skim kenaikan pangkat, meningkatkan kelengkapan dan sebagainya kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia. Oleh itu tambahkan kebajikan kepada mereka kerana untuk memastikan kecekapan mereka, kebajikan mereka ini harus diutamakan. Cuma sebagai perbandingan, saya juga ingin tahu dan meminta kementerian untuk menjelaskan apakah yang kita tawarkan dan berikan kepada anggota keselamatan dalam negara ini lebih baik atau tidak jika dibandingkan dengan negara lain terutama di negara-negara ASEAN.
Saya juga yakin bahawa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tahu bahawa PDRM bukan hanya berperanan membanteras jenayah semata-mata, malah peranannya kepada rakyat jauh lebih daripada itu dan tentu juga KDN tahu masalah jenayah bukan hanya berlaku di bandar-bandar besar malah ia berlaku sehingga ke kawasan luar bandar dan tidak terkecuali di Lenggong umpamanya di kawasan saya. PDRM memberikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Ia termasuk meliputi soal-soal keamanan, soal-soal termasuk perkara-perkara kecil, menghidupkan lesen senjata api, soal kematian dan sebagainya.
Ini sebenarnya masalah-masalah yang dihadapi dan merupakan urusan harian kepada masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Oleh sebab itu mengambil kesempatan dalam membahaskan bajet ini, saya mohon supaya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk mengkaji semula dan mesti mengembali dan meningkatkan semula kedudukan Balai Polis Lenggong ke tahap asal iaitu kepada ibu pejabat polis daerah sebagaimana sebelum ini.
Ini amat penting kerana menjadi rungutan rakyat di kawasan saya yang terpaksa berurusan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang jauhnya ulang-alik 100 kilometer walaupun hanya untuk melaksanakan urusan-urusan kecil. Saya yakin dengan kawasan yang cukup luas, kakitangan yang dahulunya 100 orang dikurangkan sehingga jumlah tidak sampai 30 orang, banyak urusan terpaksa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik walaupun untuk urusan-urusan kecil dan ini sebenarnya amat menyusahkan rakyat.
Oleh kerana itu, mengambil konsep Rakyat Didahulukan, saya berharap supaya KDN segera untuk mengembalikan semula kedudukan balai polis ini kerana perkara ini telah menjadi rungutan dan perbincangan di pelbagai peringkat dan forum dalam dialog- dialog rakyat dan juga dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Hulu Perak dan Jawatankuasa Tindakan Daerah sendiri meminta dan berharap supaya kementerian mengkaji semula perkara ini supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera.
Kemudian, saya juga menimbulkan mengenai isu orang tahanan terhad ini. Saya minta supaya kajian dilakukan dan janganlah menghantar ke kawasan-kawasan luar bandar. Mereka yang dihantar ke kawasan-kawasan luar bandar terutama kawasan- kawasan yang tidak mempunyai banyak sumber untuk menambahkan pendapatan mereka, sudah tentunya kalau mereka, orang tahanan terhad ini dihantar ke kawasan-kawasan sedemikian, ia menyebabkan mereka tidak ada pekerjaan untuk menyara hidup mereka dan akhirnya mereka terdorong untuk melakukan semula jenayah dan jika perkara ini berlaku, tentu ia akan meningkatkan masalah jenayah di kawasan berkenaan.
Perkara ini banyak berlaku di kawasan saya di Lenggong, kawasan luar bandar yang tidak banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan penambahan pendapatan.
Jika bekas penjenayah sama ada pengedar dadah atau sebagainya dihantar ke kawasan- kawasan sedemikian, ia sebenarnya mendorong dan menjadi pemangkin kepada mewujudkan lebih banyak jenayah di kawasan berkenaan. Oleh sebab itu saya mohon Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan satu bidang yang sangat penting kepada negara. Dengan pulangan yang begitu baik, tentunya saya menyokong pelbagai usaha dan cadangan kerajaan bagi memajukan sektor ini.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Program Eko-Pelancongan dan Agro-Pelancongan, pelancongan kesihatan dan sebagainya wajar ditambah nilai. Saya percaya jika dilaksanakan dengan baik, boleh menambahkan pendapatan rakyat.
Bagaimanapun kerajaan diminta untuk memastikan kualiti pelancong yang hadir ke negara ini benar-benar membawa pulangan yang baik kepada negara. Justeru itu dalam kita berusaha menarik ramai pelancong ke negara ini, soal-soal keselamatan mesti diutamakan sebab kita bimbang kalau ada di kalangan mereka yang menyalahgunakan peluang melancong ke negara dengan melakukan pelbagai perkara yang menyalahi undang-undang dan peraturan negara.
Justeru itu saya mohon penjelasan kerajaan, apakah kaedah yang digunakan bagi memastikan pelancong yang hadir ini benar-benar tidak menyalahi peraturan dan undang- undang negara kita kerana kita bimbang hari ini kita lihat di Bandaraya Kuala Lumpur dengan kehadiran begitu ramai wanita luar negara dari China dan negara-negara lain dan kita bimbang mereka melakukan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral, menjadi GRO dan sebagainya dan ini tentu menjejaskan nama baik negara kita. Sebab itu saya berharap supaya kementerian mengambil berat perkara ini supaya program-program seumpamanya program MM2H yang baik dilaksanakan oleh kerajaan tidak disalahgunakan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Selain daripada itu industri pelancongan melalui Agro-Pelancongan penting ditambah nilai dan dimajukan. Kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani penting bagi menjayakan Agro-Pelancongan ini.
Persoalan yang saya ingin tahu apakah rancangan dan program yang telah dibuat oleh kedua-dua kementerian ini bagi memajukan sektor Agro-Pelancongan. Di kawasan saya di Lenggong yang wakili sendiri begitu banyak produk-produk pertanian yang amat berpotensi dimajukan dalam Agro-Pelancongan ini. Sebab itu juga saya ingin tahu apakah perancangan kementerian dalam memajukan Agro-Pelancongan di Lenggong kawasan Parlimen saya wakili.
Selain daripada itu saya mencadangkan supaya kementerian walaupun dalam jawapan Menteri sewaktu soalan lisan yang pernah saya kemukakan baru-baru ini menyebut tentang kajian hendak dilakukan pada Majlis Pelancongan Komuniti. Namun saya cadangkan supaya kementerian menerus dan menubuhkan dan meningkatkan peranan Majlis Pelancongan Komuniti ini. Ini amat baik sekali. MPK Lenggong misalnya yang dipengerusikan oleh saya sendiri telah berapa kali mesyuarat. Kita berjaya mengadakan bengkel dan berjaya mengumpul pelbagai jabatan, agensi dan badan-badan pelancongan termasuk pengusaha dan industri pelancongan dan menggerakkan aktiviti ini di peringkat komuniti.
Melaluinya ia boleh menggerakkan aktiviti pelancongan di peringkat komuniti.
Bagaimanapun saya mencadangkan supaya kementerian melihat bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan dan modul yang digunakan ini boleh dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan. Ini kerana jika ia dilakukan dengan baik saya percaya MPK boleh membantu menggerakkan aktiviti pelancongan khususnya di kawasan luar bandar. Ini kerana saya yakin maklumat yang mengatakan hanya ada satu MPK sahaja fungsi tidak tepat. Barangkali berlaku masalah komunikasi antara kementerian dengan agensi di peringkat bawah.
Oleh itu saya sekali lagi berharap supaya kementerian akan teruskan kewujudan dan peranan MPK ini cuma ia perlu ditambah nilai supaya perancangan kerajaan menjayakan sektor ini terutama di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan. Apa yang penting bagi saya kementerian mesti memberi tumpuan kepada usaha menambahkan produk pelancongan di peringkat komuniti supaya ianya membantu menambahkan pendapatan rakyat di akar umbi. Oleh kerana itu peranan ini sekali lagi MPK boleh memainkan dan selain daripada itu saya juga minta supaya kementerian membuat kawalan tentang kewujudan pelbagai homestay yang tidak berdaftar ini kerana ia jika tidak dikawal boleh menjejaskan homestay yang diwujudkan oleh kementerian.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bagi memajukan sektor ini juga saya mohon supaya infrastruktur pelancongan di kawasan berpotensi dipertingkatkan. Oleh itu saya mohon saya minta penjelasan kementerian apakah yang akan kementerian lakukan bagi meningkatkan prasarana pelancongan di Lenggong terutama di kawasan-kawasan gua, di kawasan homestay dan di lain-lain tempat di Parlimen saya selain daripada yang telah pun dan sedang dibina pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana pelbagai usaha memberi keselesaan kepada rakyat, membasmi kemiskinan tegar, membantu golongan miskin dan orang miskin, program pembinaan kedai desa, menangani kemiskinan bandar, meningkatkan perumahan rakyat dan sebagainya.
Kalau hendak dibandingkan dengan apa yang dilaksanakan di negeri Selangor sebagaimana yang dibanggakan oleh Yang Berhormat Gombak saya yakin dan rakyat tahu bahawa apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi lebih banyak dan lebih menarik berbanding mereka. Semua ini untuk rakyat. Justeru bagi memastikan hanya yang layak mendapat bantuan saya cadangkan supaya sistem e-Kasih ini diperbaiki. Ini termasuk kaedah pemberian menggunakan sistem e-Kasih ini kerana saya yakin ada kelemahan dalam sistem ini. Pada hemat saya sebenarnya masih ramai yang layak dan tidak dapat diberi bantuan kerana nama mereka tiada dalam sistem ini.
Oleh itu saya ingin tahu bagaimana kementerian menyelesaikan dan memperbaiki sistem e-Kasih. Saya cadangkan supaya kaedah memasukkan data, mendapatkan data ini diperbaiki. Mana-mana yang layak untuk menerima bantuan walaupun nama tidak ada dalam sistem ini tetapi oleh kerana ia layak, saya harap kerajaan mencari kaedah untuk memastikan penerima ini juga dapat nikmat sebagaimana yang disediakan oleh kerajaan hari ini. Tidak adil mereka tidak memperoleh bantuan kerana nama mereka tidak ada dalam e-Kasih. Ini sebenarnya kelemahan manusia yang memasukkan data berkenaan.
Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana mempercepatkan pemberian bantuan kepada penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun kajian hendaklah dilakukan kerana nilai kebanyakan bantuan yang diberikan hari ini sudah tidak berpatutan dalam keadaan ekonomi hari ini. Saya tahu dalam keadaan ekonomi hari ini barangkali bajet kerajaan harus diteliti sebaik mungkin. Namun demikian, saya percaya kerajaan tentu mempunyai iltizam yang tinggi untuk pastikan apa yang diberikan kepada rakyat benar-benar dapat memberi keselesaan kepada mereka.
Ramai orang tua yang miskin tidak dapat menerima bantuan kerana antara syarat yang dikehendaki oleh JKM ialah orang tua yang hendak diberi bantuan mesti tidak mempunyai anak. Akan tetapi kita kena ingat bahawa kadangkala dalam kes-kes tertentu anak mereka juga sebenarnya miskin dan tidak mampu untuk membantu menyara ibu bapa mereka. Akan tetapi oleh kerana syarat yang ditetapkan itu, menyebabkan orang tua berkenaan tidak dapat bantuan sebab itu ia adalah tidak adil sekali. Oleh kerana itu saya mohon supaya kementerian mengkaji semula syarat ini dan berilah bantuan kepada warga tua walaupun mereka ada anak. Menyelesaikan masalah rakyat mesti diberikan keutamaan.
Oleh kerana selain daripada pelbagai bantuan rakyat juga inginkan keselesaan hidup kerana itu masalah-masalah ketiadaan bekalan air, masalah bekalan elektrik, masalah banjir dan sebagainya mesti diselesaikan dengan segera.
Dalam hal ini saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan lebih daripada RM560 juta untuk bekalan air, RM825 juta untuk bekalan elektrik. Ianya diharap dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat. Dalam isu ini saya juga ingin menarik perhatian kementerian mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan saya yang menghadapi masalah bekalan air bersih, masalah serangan hidupan liar terutamanya gajah dan juga masalah banjir.
Ini masalah-masalah yang begitu dekat dengan rakyat dan perlu diselesaikan segera. Saya ingin maklumkan di sini bahawa ia melibatkan lebih daripada 3,500 orang pengundi di kawasan saya yang melibat ketiga-tiga masalah ini. Ia harus diselesaikan segera kerana kalau melibatkan rakyat, lebih daripada 10,000 rakyat terlibat dalam masalah ini. Oleh itu saya minta pihak kementerian memberi perhatian dan menyelesaikan segera perkara ini.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya minta Menteri untuk meminta Tenaga Nasional Berhad supaya mengkaji semula kerana Sungai Perak hari ini telah menjadi semakin cetek. Disebabkan itu ia mudah dan menyebabkan banjir begitu senang berlaku. Sebab itu kajian hendaklah dilakukan supaya bagaimana mahu mendalamkan semua Sungai Perak di kawasan Lenggong dan di daerah Hulu Perak.
Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli saya pohon untuk menyegerakan peruntukan bagi tujuan pengambilan tanah, melebar dan mendalamkan sungai, tasik kerana keadaan sekarang telah menyebabkan sistem saliran yang tidak sempurna dan menyebabkan banjir berlaku dengan begitu mudah. Justeru itu saya minta penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai cadangan Jabatan Parit dan Saliran daerah Hulu Perak untuk menyelesaikan masalah banjir ini. Ini kerana cadangan yang mereka kemukakan meliputi sejumlah lebih daripada RM22 juta. Begitu juga Kementerian Kerja Raya, apakah perancangan yang kementerian hendak lakukan kerana antara punca berlakunya masalah banjir di daerah kecil Lenggong ini ialah kerana masalah yang disebabkan oleh keadaan lima buah jambatan yang sudah tidak begitu sesuai.
Ini menyebabkan saliran air tidak begitu sempurna dan menyebabkan ianya tidak dapat mengalir ke Sungai Perak serta menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan Pekan Lenggong. Jambatan yang dimaksudkan ialah jambatan di Kampung Sumpitan, di Kampung Bangau Batu, jambatan di Tebang Air, jambatan di Tasik Raban. Sebab itu saya mohon supaya tindakan segera diambil kerana tahun ini sahaja kawasan berkenaan telah mengalami tidak kurang daripada enam kali banjir dan ini tentu menyusahkan rakyat. Saya mohon supaya satu projek tambatan banjir daerah kecil Lenggong segera dilaksanakan kerana masalah ini ialah masalah rakyat dan ia amat membimbangkan saya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Semua ini yang saya sebut ialah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan saya juga minta supaya jasa baik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar meluluskan peruntukan yang tidak besar sekitar RM4.9 juta sahaja untuk menyalurkan air bersih kepada 2,500 orang penduduk yang ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Bukit Sapi, Kampung Luat, Kampung Cepor dan juga di Kampung Beng.
Oleh sebab itu walaupun kita tahu di Sabah dan Sarawak banyak menghadapi masalah ini tetapi kita juga kena tahu ada juga kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung ini juga menghadapi masalah kekurangan dan ketiadaan bekalan air bersih kerana semua kampung yang saya sebutkan ini tadi, hari ini hanya menggunakan air yang berpunca daripada saluran air gunung dan daripada graviti.
Ini adalah contoh-contoh perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan segera kerana ini masalah yang dihadapi oleh rakyat. Keutamaan kepada masyarakat di kawasan ini ialah air dan menyelesaikan masalah banjir. Kalau saya membina sebuah bangunan yang tingginya 20 tingkat pun mereka tidak begitu seronok kerana yang dihadapi oleh mereka ialah masalah air dan masalah banjir dan juga masalah-masalah yang saya sebutkan tadi.
Sebagai kesimpulannya, saya percaya walaupun dalam keadaan dunia hari ini ekonominya agak suram, saya cukup yakin dengan kewibawaan dan keupayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan barisan Kabinet dan Kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mampu untuk membuat lonjakan yang tinggi, meneruskan perancangan yang baik dan mara ke hadapan bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saya mohon menyokong.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya, Yang Berhormat Seputeh
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Minta maaf, lebih kurang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, lebih kurang sama Yang Berhormat. Seorang lelaki dan seorang perempuan... [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada malam ini. Memandangkan saya hanya diberi 20 minit untuk berucap dalam perbahasan Bajet 2010, saya terus menumpu kepada isu-isu yang dekat di hati saya.
Tuan Yang di-Pertua, di antara cadangan yang dibentangkan dalam ucapan bajet Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya amat bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memberi penggalakan dan insentif kepada pelabur teknologi hijau kerana penggunaan teknologi hijau merupakan trend atau pun hala tuju kebanyakan negara di dunia ini sebagai langkah untuk menghadapi krisis tenaga.
Walau bagaimanapun, hanya mewujudkan dana RM1.5 bilion bagi pinjaman syarikat pengeluar teknologi hijau adalah tidak mencukupi. Apa yang penting ialah bagi kerajaan untuk mewujudkan satu dana demi menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan teknologi yang menggunakan tenaga yang diperbaharui ataupun renewable energy oleh rakyat Malaysia secara besar-besaran khususnya fixed in tariff.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun-tahun kebelakangan ini beberapa syarikat solar dari negara barat telah pun melabur berbilion-bilion ringgit untuk menubuhkan kilang photovoltaic solar di Malaysia. Walau bagaimanapun, produk yang dihasilkan oleh kilang- kilang ini adalah untuk dieksport ke luar negara tetapi keluaran kilang-kilang ini tidak digunakan oleh penduduk di Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Berjalan masuk ke dalam Dewan]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sebenarnya, Yang Berhormat Sri Gading selepas ditegur Perdana Menteri sekarang baru masuk. Saya teruskan.
Sebenarnya negara kita mempunyai sinaran matahari yang cukup dan memang paling sesuai untuk membangunkan teknologi tenaga solar. Sekiranya kerajaan memberi insentif kepada pelabur asing, bidang tenaga diperbaharui ataupun solar melalui fixed in tariff seperti apa yang diamalkan di negara-negara maju, maka kita sememangnya dapat menarik lebih pelabur asing yang sudi memindah teknologi mereka untuk menubuhkan kilang solar di negara kita. Memandangkan simpanan petroleum di Malaysia hanya boleh bertahan selama 10 hingga 15 tahun lagi, maka adalah penting bagi kita untuk membangunkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui secara besar-besaran untuk menghadapi cabaran kekurangan petroleum pada masa depan.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tidak faham ialah kerajaan kelihatan gagal fokus dalam usaha membangunkan teknologi hijau kerana kita masih dengar kenyataan kerajaan yang menunjukkan minat untuk mendirikan penjana kuasa tenaga nuklear yang mana amat bercanggah dengan dasar untuk membangunkan teknologi hijau. Walaupun kos elektrik daripada penjana kuasa nuklear adalah rendah tetapi sekiranya kita membandingkan kos penjanaan kuasa melalui teknologi solar dan teknologi nuklear, kita akan mendapati bahawa kos pelaburan dalam kedua-dua teknologi ini adalah lebih kurang sama tetapi dalam jangka panjang kita akan mendapati pembangunan teknologi solar dan tenaga yang boleh diperbaharui ini boleh menghasilkan lebih peluang ekonomi kepada rakyat Malaysia berbanding dengan penjana kuasa nuklear.
Loji penjana kuasa nuklear yang melibatkan perbelanjaan yang berpuluh-puluh bilion ringgit bukan sahaja melibatkan risiko yang tinggi yang memberi kesan negatif dari segi kesihatan, persekitaran, kewangan dan keselamatan negara kepada rakyat Malaysia, ia sebenarnya tidak dapat membuahkan lebih peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada rakyat jelata. Jadi demi mencapai matlamat ekonomi yang mapan (sustainable economy) dan persekitaran yang mapan (sustainable environment) adalah penting bagi kerajaan untuk memberi lebih galakan dan insentif untuk menerokai penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang kurang bahaya kepada manusia. Selain itu, kita juga harus menggalakkan penggunaan tenaga angin, ombak, geothermal dan biomass.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, pelaburan terus langsung atau FTI adalah amat penting kepada Malaysia sekiranya kita ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia adalah dialu-alukan oleh komuniti perniagaan tetapi ini adalah tidak mencukupi.
Kerajaan seharusnya memberi lebih perhatian kepada pelabur yang membawa masuk pelaburan dan mendirikan kilang di kawasan-kawasan perindustrian di seluruh negara kita. Sekiranya kita membandingkan keadaan kawasan perindustrian di Malaysia dengan keadaan kawasan perindustrian di Taiwan, China, Singapura, Thailand dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa infrastruktur di kawasan perindustrian di negara- negara yang berjaya menarik masuk pelaburan ini adalah jauh lebih baik daripada Malaysia.
Selain itu, para pelabur di sana juga dijaga baik oleh pihak kerajaan di negara- negara tersebut. Di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Industrial Park Management Committee atau IPMC, di banyak kawasan perindustrian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengilang dan juga pelabur. IPMC juga membolehkan para pengilang untuk mengadakan hubungan yang lebih rapat dengan pegawai kerajaan tempatan dan pegawai daripada syarikat utiliti melalui mesyuarat tetap dalam IPMC.
Walau bagaimanapun, banyak kerajaan tempatan di Selangor tidak mempunyai dana yang cukup untuk menambahbaikkan infrastruktur di taman perindustrian di Selangor.
Ini menyebabkan banyak kawasan perindustrian menghadapi masalah seperti lubang di jalan raya ataupun pot hole, lampu jalan yang tidak menyala, parit longkang yang pecah dan malah banjir di kawasan perindustrian mereka.
Kerajaan Pusat haruslah sedar bahawa para pengilang menyumbang banyak cukai kepada Kerajaan Pusat. Mereka juga merupakan penjana ekonomi Malaysia yang utama. Jadi adalah wajar dan adalah amat penting bagi Kerajaan Pusat untuk menjaga kepentingan para pengilang ini dengan menyediakan infrastruktur dan persekitaran perniagaan yang mesra kepada mereka. Ini juga termasuk negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu masalah yang merunsingkan para pelabur di Semenanjung Malaysia adalah masalah kekurangan tenaga kerja. Keadaan ini bertambah rumit apabila Kementerian Sumber Manusia mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk mengehadkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Dasar baru yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia sebenarnya telah menjejaskan sektor pembuatan ataupun pengilangan di negara kita kerana negara kita memang tidak mempunyai pekerja yang mencukupi khususnya di Semenanjung Malaysia, di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Menteri Sumber Manusia menyarankan para pengilang untuk menaikkan gaji pekerja sebagai langkah untuk menarik pekerja tempatan untuk bekerja dengan mereka dalam jawapan lisan yang diberikan oleh beliau kepada soalan saya. Di sini, saya ingin memberitahu Menteri Sumber Manusia bahawa para pengilang di Selangor khususnya pelabur asing memang tidak mengeksploitasikan pekerja mereka.
Saya ingin memberikan satu contoh sebuah kilang elektronik dari Jepun yang ingin menubuhkan kilangnya di Bangi, Selangor. Jumlah gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan ialah RM1,400 sebulan. Itu dianggap satu gaji yang munasabah. Kilang tersebut memerlukan 800 pekerja dalam peringkat awal dan mereka memerlukan 2,000 pekerja dalam fasa akhir. Kerajaan Negeri Selangor telah cuba membantu pelabur Jepun ini untuk mencari pekerja tempatan. Kami memanggil satu perjumpaan di antara ketua kampung, ahli majlis kerajaan tempatan dan guru besar sekolah dengan pihak pelabur asing ini, tetapi kesalnya, segala usaha kita ini tidak mendatangkan hasil dan sehingga hari ini kita masih gagal membekalkan 800 pekerja tempatan kepada pelabur Jepun ini.
Saya berpendapat, Kementerian Sumber Manusia menjalankan dasar pembekuan pekerja asing secara terburu-buru tanpa berkoordinasi dengan pihak MIDA, Kesatuan Pengilang Malaysia ataupun FFM dan malah persatuan usahawan IKS di merata-rata tempat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kementerian Sumber Manusia memang telah gagal mengiktiraf satu fakta bahawa warga Malaysia khususnya mereka dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia memang tidak suka bekerja dalam kilang. Ramai pekerja Malaysia memang mempunyai masalah dari segi sikap bekerja mereka.
Untuk makluman Kementerian Sumber Manusia, database kementerian mengenai penganggur memang tidak tepat dan kementerian kelihatannya tidak memperbaharui database nya. Ramai penganggur yang berdaftar dengan pihak kementerian sebenarnya telah pun mendapat kerja dan kebanyakan mereka tidak hadir dalam wawancara bila dipanggil oleh pihak pengilang yang ingin mengambil lebih pekerja. Saya menyeru Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan kajian yang lebih menyeluruh terhadap keadaan peluang pekerjaan di setiap negeri sebelum melancarkan apa-apa dasar berkenaan dengan pembekuan pekerja asing pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan kemahiran sumber manusia di negara kita merupakan satu usaha yang amat penting sekiranya kita ingin menarik lebih pelabur asing ke negara kita. Saya bersetuju peruntukan yang diberi dalam menaik taraf kemahiran sumber manusia yang terkandung dalam bajet ini. Saya juga sokong cadangan Kerajaan Pusat untuk mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas supaya setaraf dengan aliran akademik, kerana menurut kajian hanya 20 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia berkelayakan untuk masuk ke universiti ataupun kolej.
Justeru itu, adalah penting bagi kerajaan untuk membangunkan 80 peratus penduduk yang tidak berkelayakan untuk masuk ke menara gading. Saya bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk memberi insentif kepada pelabur dalam pelancongan kesihatan yang termaktub dalam bajet ini. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi Institut Latihan Sumber Manusia yang ditaja oleh kerajaan untuk mengadakan lebih kursus dan latihan yang berkaitan dengan perkhidmatan perubatan ataupun medical care supaya lebih warga Malaysia yang terlatih boleh berkhidmat di dalam bidang pelancongan kesihatan. Selain itu, saya juga cadangkan Institut Latihan Kemahiran Sumber Manusia ini mengadakan kursus berkenaan kemahiran teknologi solar ataupun teknologi tenaga yang diperbaharui memandangkan bidang ini merupakan hala tuju negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik tentang Kerajaan Pusat yang ingin mempercepatkan penganugerahan status pemastautin tetap kepada warga asing yang memberi sumbangan ekonomi dan kemahiran kepada negara kita. Selama ini kerajaan selalu menganggap kerakyatan Malaysia adalah satu hadiah yang jarang diberikan kepada orang asing. Tibalah masanya bagi kita untuk mengubah pemikiran ini kerana kita berada di dalam era globalisasi yang melibatkan persaingan yang sengit di antara negara-negara di dunia ini. Globalisasi juga bermaksud bahawa masyarakat di seluruh dunia ini akan menjadi masyarakat majmuk.
Justeru itu, saya menyokong cadangan kerajaan untuk memberi taraf pemastautin tetap ataupun PR kepada orang asing yang berbakat dan berkemahiran tinggi kerana ini memang merupakan dasar yang telah lama dilakukan oleh banyak negara maju.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru kerajaan untuk mengkaji semula syarat- syarat yang dikenakan kepada pemohon pemastautin tetap. Seorang pemastautin tetap dari Australia menunjukkan surat kelulusan permohonan pemastautin tetap beliau kepada saya yang mana surat itu melarang beliau untuk menganggotai apa-apa parti politik. Beliau juga tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang mengkritik kerajaan ataupun menentang kerajaan. Saya rasa ini adalah amat tidak munasabah dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Syarat yang termaktub dalam surat kelulusan pemastautin tetap ini sebenarnya telah memberi satu imej yang buruk kepada orang asing dan juga masyarakat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga setuju dengan cadangan kerajaan untuk meletakkan Halal Development Corporation ataupun HDC di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian. Pemindahan agensi tersebut akan memudahkan usaha kementerian untuk menarik pelaburan di dalam industri halal.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Namun begitu, saya ingin menyampaikan kekecewaan saya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin HDC juga. Saya telah cuba membuat temu janji dengan pemimpin utama HDC sejak saya pulang dari misi pelaburan ke Shenyang, China pada 1 Ogos tahun ini.
Ini kerana saya ingin mendapat penjelasan daripada mereka tentang aduan pelabur produk halal di Shenyang, China, tetapi saya hanya dapat peluang untuk berjumpa dengan CEO HDC pada 24 November ini iaitu hampir tiga bulan baru saya dapat berjumpa.
Pihak kerajaan tempatan dan juga syarikat yang berminat untuk melabur dalam industri halal di Shenyang melaporkan kepada saya bahawa pemimpin HDC yang berjanji untuk datang ke Shenyang pada tahun lepas untuk membincangkan kursus pengurusan makanan halal dan usaha sama di antara pihak Shenyang dan Malaysia. Pihak Shenyang amat mementingkan kerjasama ini dan mereka telah membuat semua persiapan dan persediaan untuk memberi sambutan yang meriah ataupun red carpet kepada pemimpin HDC. Akan tetapi kesalnya, pemimpin tersebut tidak hadir langsung dalam mesyuarat yang ditetapkan yang dipersetujui oleh HDC tersebut. Perkara ini memang telah menjatuhkan nama baik Malaysia di Shenyang dan di negara China. Saya berharap pihak MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian boleh mengambil berat tentang sungutan pelabur asing yang berminat untuk melabur di dalam industri halal dan mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh HDC tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah yang tinggi di Malaysia telah menjadi satu perkara yang amat di perhati oleh rakyat jelata di Malaysia. Ia telah menjadi satu halangan bagi pelabur asing untuk masuk melabur di Malaysia. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam laman webnya pada bulan Julai tahun ini, 97 peratus orang merasa tidak selamat disebabkan oleh kadar jenayah yang tinggi. Hanya 1 peratus yang jawab bahawa mereka rasa selamat dan 2 peratus menjawab tidak pasti.
Respons ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang merasa tidak selamat di negara kita sendiri. Ramai rakyat Malaysia memang berpegang pandangan yang sama dengan saya iaitu kita tidak tahu kenapakah jawatan Ketua Polis Negara yang mempunyai rekod yang tidak memuaskan di samping gagal menangani kadar jenayah yang semakin meningkat disambungkan jawatannya satu tahun lagi? Di sini, saya ingin mengambil satu contoh mengenai laporan polis yang dibuat oleh saya berkenaan dengan mesej ugutan mati dalam blog saya, yang mana saya buat laporan itu pada 1 Oktober tahun ini. Saya tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh polis selama ini. Ini kerana saya tidak menerima apa- apa maklum balas daripada pihak polis. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail, ADUN Batu 3 di Selangor juga pernah menghadapi ugutan rogol di dalam satu perjumpaan di antara beliau dengan penduduk di Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Beliau telah membuat laporan polis tentang ugutan rogol yang dihadapi oleh beliau malah beliau mempunyai rekod klip video yang boleh dijadikan bukti. Akan tetapi, kesalnya, laporan polis beliau juga tidak diambil tindakan oleh pihak polis. Apakah ini menunjukkan bahawa laporan polis kita memang tidak diambil berat oleh polis langsung? Sekiranya laporan polis yang dibuat oleh wakil rakyat yang menghadapi ugutan mati dan ugutan rogol tidak dipedulikan oleh pihak polis, bagaimanakah dengan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai? Bagaimanakah Ketua Polis Negara sanggup menurunkan kadar jenayah 20 peratus dalam satu tahun, sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau selepas kontrak beliau dilanjutkan satu tahun lagi pada beberapa bulan yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, dalam persidangan Parlimen kali ini, satu soalan Pertanyaan Lisan saya telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Soalan lisan saya tersebut ialah menanyakan Menteri Pertahanan untuk menyatakan kos dan jenis peralatan peperangan atau senjata yang dibeli oleh kementerian sejak lima tahun yang lepas dan minta kementerian menerangkan jumlah kos kapal selam yang dibeli oleh kerajaan dan ciri-ciri unik kapal selam tersebut berbanding dengan model kapal selam negara jiran di rantau Asia.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, alasan yang ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa perkara ini adalah perkara rahsia. Bagi saya, alasan ini memang tidak boleh diterima langsung kerana pembelian peralatan peperangan, senjata dan kapal selam ini melibatkan berjuta-juta ataupun berbilion-bilion ringgit. Wang itu adalah wang cukai rakyat Malaysia...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Seputeh, bagi saya laluan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini wang rakyat, termasuk juga cukai dibayar oleh Yang Berhormat Sri Gading.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okeylah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia bagi. Apa pula Yang Berhormat Ipoh Barat hendak...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okeylah, saya bagi Yang Berhormat Sri Gading. Sekejap sahaja ya? Jangan ambil terlalu panjang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Seputeh, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Seputeh dan semua barisan yang di sebelah sini dan sebelah sana. Mana yang betul ini? Di sebelah sana... [Menunjukkan ke arah tempat duduk Ahli Parlimen Pembangkang] Kalau anda sebagai rakyat Malaysia yang cinta kepada tanah air anda, rahsia kekuatan negara kita harus menjadi pegangan bersama. Itulah yang dipegang oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Apa you tidak faham kah, you warganegara mana, dan you cinta negara ini atau tidak? Kalau kita cinta akan negara ini, nyawa dan darah kita persembahkan untuk negara ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini semua tidak berkaitanlah, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Eh, kita kena. Kita kena. Ada rahsia negara yang orang lain tidak boleh tidak tahu.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ini isu lama.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Orang lain tidak boleh tahu.
Kita kena simpanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan, Yang Berhormat.
Boleh gulung, Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hendak gulung. Saya hendak ambil point ini.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Menyampuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua pernah menjelajah banyak Parlimen di dunia ini dan kita tahu di kebanyakan Parlimen di negara maju mereka memang mempunyai Select Committee (Jawatankuasa Pilihan Khas) yang mengkaji tentang alat peperangan dan juga senjata yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan di negara mereka masing-masing. Ini termasuk Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah.
Yang Berhormat Ipoh Barat pernah menghadiri seminar berkenaan dengan pembelian senjata dan alat peperangan ini, yang mana kalau mengikut kajian, ini menunjukkan Kementerian Pertahan ini, selalunya semua senjata dan alat kelengkapan peperangan ini dianggap sebagai rahsia. Ahli Parlimen pun tidak tahu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, apa yang kita ada dan kosnya, kita susah untuk kita mendapat justifikasi sama ada pembelian itu sesuai ataupun tidak. Jadi, saya ingin mencadangkan bahawa Parlimen kita haruslah mengadakan satu Select Committe (Jawatankuasa Pilihan Khas) tentang semua pembelian peralatan kelengkapan yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan supaya sebagai Ahli Parlimen kita tahu. Kita juga boleh menyertai dalam perbincangan dan pembuatan keputusan dari segi senjata dan juga alat peperangan yang dibeli oleh negara kita. Ini untuk memastikan bahawa kesemua pembelian ini dijalankan dengan telus yang mana dipantau oleh wakil rakyat. Wakil Rakyat, Ahli Parlimen kita juga berperanan dari segi isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal pertahanan.
Jadi, saya hendak cadangkan, saya berharaplah kalau boleh lain kali apabila saya tanya soalan berkenaan dengan pembelian senjata dan alat peperangan ini, jangan tolak soalan lisan saya. Biar ini dijawab oleh Kementerian Pertahanan supaya kita semua tahu.
Saya berharap pihak Tuan Yang di-Pertua boleh ambil berat tentang keprihatinan saya dalam isu, khususnya tentang ketelusan dalam pembelian senjata dan alat peperangan ini.
Kita juga boleh menjemput Yang Berhormat Sri Gading untuk masuk dalam Select Committee ini supaya dia juga tahu sama ada senjata, kapal selam dan semua yang dibeli ini up to mark ataupun tidak, perlu ataupun tidak. Adakah ini boleh di justify oleh pihak Ahli Parlimen ataupun tidak. Jadi, saya ada banyak isu lagi, tetapi saya hormat dengan saranan daripada pihak Tuan Yang di-Pertua. Saya hentikan ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Maaflah tadi saya tersalah dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak mengapa, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia... [Disorak] Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas tentang Bajet 2010.
Bajet 2010 yang bermakna 1Malaysia Kemakmuran Bersama yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merupakan Menteri Kewangan adalah sebuah bajet yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Saya amat senang hati kerana sejumlah besar wang dalam bajet ini telah diperuntukkan ke arah pembangunan infrastruktur negara, pelepasan cukai, peruntukan dana yang besar dalam pendidikan, pembiayaan biasiswa kepada pelajar cemerlang, bantuan kepada golongan petani, orang miskin dan banyak lagi inisiatif kerajaan bagi menyejahterakan hidup rakyat.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita sanjung tinggi. Kita mestilah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan apa yang dirancangnya. Kita seboleh- bolehnya menyokong dan janganlah kita seolah-olah untuk membantutkan usaha yang murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.
Berbalik saya ke kawasan Sibuti. Seperti yang sedia maklum, kawasan saya, Sibuti merupakan kawasan luar bandar. Terdapat juga sebahagiannya lokasi di kawasan saya terletak di kawasan pesisir bandar raya Miri, tetapi majoriti merupakan kawasan luar bandar yang masih jauh lagi ketinggalan dari segi kemudahan awam dan peluang untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di kawasan itu. Akan tetapi, janganlah saya disangka untuk memohon sedekah seperti apa yang saya pernah dituduh pada awal- awal tahun dahulu.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau sedia datang ke kawasan saya, Sibuti sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana kawasan saya dilanda banjir yang besar.
Beliau meluluskan peruntukan untuk semua yang terlibat dengan membayar RM500 satu keluarga dan satu keluarga yang bercucuk tanam sebanyak RM1,000. Terima kasih banyak-banyak. Diharapkan apa yang dijanjikan, nanti jika ada lagi, tambahkanlah lagi.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan bahawa dalam pembentangan Bajet 2010 yang lepas, sebanyak RM9 bilion peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan meliputi projek jalan dan jambatan, bekalan air bersih, pembetungan, kemudahan rel dan pembinaan lapangan terbang. Melalui peruntukan ini, saya berharap agar projek pembangunan yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan beliau ke kampung Tiris dan rumah-rumah panjang di dalam kawasan saya Sibuti, akan menjadi kenyataan dan akan dilaksanakan juga pada tahun hadapan.
Masyarakat bumiputera di sepanjang jalan di kawasan Sibuti dan juga di kawasan Yang Berhormat Baram, sepanjang Jalan Lapok dan juga Jalan Beluru ke bandar Marudi haruslah diberi peruntukan yang secukupnya. Kami di luar bandar sentiasa mengharapkan pelaksanaan projek ini akan berlaku satu transformasi kehidupan kepada masyarakat di kawasan tersebut, kerana ini akan menjanakan ekonomi mereka di masa akan datang.
Saya juga ingin memohon kepada kerajaan melalui peruntukan RM9 bilion ini, perbanyakanlah projek pembangunan terutama projek jalan kampung dapat diperbanyakkan seperti yang telah dilihat sendiri oleh Menteri yang berkenaan.
Selain itu juga, saya ingin menyentuh mengenai pembinaan jambatan bagi kawasan Kuala Lajung dan Kuala Sibuti yang telah dilawat oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas dan juga diharapkan dilaksanakan dengan segera, memandangkan keadaan jambatan tersebut amat berbahaya kepada keselamatan rakyat yang di sana, di mana jika kita terjatuh di dalam sungai itu, maka buaya besar akan menyambar mereka. Saya yakin dengan pembinaan jambatan ini, penduduk dapat meningkatkan ekonomi kampung memandangkan kawasan tersebut berpotensi besar dalam industri akuakultur, pelancongan dan perikanan.
Di kawasan Sibuti mempunyai beberapa pekan kecil seperti Bekenu, Batu Niah dan Sepupuk. Demografi penduduk di sana ada terdiri daripada petani, nelayan dan sebahagian kecil merupakan pekerja swasta di ladang-ladang sawit. Pembangunan, pertambahan penduduk juga berlaku disebabkan ladang-ladang kelapa sawit yang besar- besar di kawasan tersebut. Maka secara tidak langsung keperluan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan merupakan satu yang amat diperlukan menurut rakyat dan ADUN di kawasan saya sebelum saya menjadi wakil rakyat, sudah terdapat rancangan untuk membina klinik di kawasan Niah, Sepupuk. Dalam sebidang tanah yang sudah diperoleh tetapi pembinaan klinik yang diharapkan oleh rakyat di sana, masih tidak kelihatan.
Pada tahun 2008 yang lalu, sekali lagi rakyat di Sibuti memberi sokongan padu kepada kerajaan dan memenangi Kerusi Parlimen P.218 dengan kemenangan yang besar.
Maka dengan itu, kita berterima kasih kepada rakyat diharapkan klinik-klinik desa di kawasan saya Sibuti termasuk Lambir dan Bekenu harus diadakan pada tahun hadapan.
Saya juga berharap bahawa dengan adanya satu environmental yang begitu diharap dengan izin, environment yang selesa dan mesra rakyat 1Malaysia. Selain itu juga klinik pemeriksaan ibu seperti di bandar raya Miri harus diperbesarkan dan ditempatkan di kawasan yang lebih luas.
Tuan Yang di-Pertua, malang tidak berbau. Sejak saya menjadi ahli wakil rakyat di kawasan Sibuti, terdapat rumah panjang yang telah terbakar habis, hangus sampai ke tanah dan menyebabkan ramai yang tidak mempunyai tempat tinggal dan hilang harta benda keseluruhannya. Selain itu, banjir besar juga berlaku di kawasan Niah, Sibuti sehingga terdapat guru-guru di sekolah yang jauh di pendalaman terperangkap dan tidak mendapat bantuan dengan segera.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Selain itu juga berlaku kebakaran rumah dan infrastruktur sekolah yang tanpa diduga. Tiga bulan lepas cuaca yang amat panas berlaku di kawasan utara Sarawak melibatkan banyak tanaman rosak, terbakar, hutan-hutan juga hangus akibat cuaca yang terlampau panas.
Terdapat sebuah Sekolah SK di Lambir hampir terbakar kerana terdapat hutan yang berhampiran terbakar ini, mewujudkan panik di kalangan rakyat. Di Bandar Miri, ahli bomba, petugas-petugas bomba yang bekerja bertungkus-lumus untuk memadamkan api sepanjang Jalan Kuala Beram ke Jambatan Asian pagi dan malam tidak berhenti-henti kerana tanah yang hangus itu ialah tanah gambut. Kebanyakan pelajar-pelajar dari Curtin Universiti, SMK Merbau, rumah anak yatim, pelajar-pelajar sakit mata, batuk-batuk dan tidak dapat belajar disebabkan lemas dalam asap kebakaran itu. Jika berlaku kebakaran, apa yang perlu kita lakukan adalah menghubungi bomba, berlaku satu kejadian kebakaran dan banjir, bomba juga dipanggil.
Malangnya di kawasan saya walaupun sudah ada kelulusan untuk mendirikan sebuah balai bomba di kawasan Niah, tetapi ia belum menjadi kenyataan lagi. Perkara ini berlaku kerana mereka tahu bahawa tiada khidmat bomba di kawasan saya dan tidak ada orang yang terlatih, hanya bomba sukarela yang hanya cuba membantu dengan tenaga yang terhad. Kerajaan dalam Rancangan Malaysia yang lepas, ada mempunyai cadangan untuk membina balai bomba, balai polis, dan juga klinik-klinik di kawasan saya. Saya berharap peruntukan akan dihantarkan dan diharapkan Bajet 2010 ini akan memberi sedikit keselsaan penduduk-penduduk di kawasan saya, Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM30 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi sektor pendidikan. Ini merupakan jumlah yang besar dan saya merasakan adalah wajar pihak kerajaan berbelanja besar dlm sektor ini kerana harapan kita untuk melahirkan insan kamil dan melahirkan modal insan yang dapat dimanfaatkan oleh negara pada masa hadapan. Apa yang diharapkan oleh saya dan rakyat keseluruhannya ialah peruntukan ini dapat sampai kepada rakyat dan digunakan secara berhemah. Para pegawai pendidik harus memikul tanggungjawab besar mengurus dana yang ada diperuntukkan bagi pembangunan sistem pendidikan.
Saya juga berharap agar pihak kementerian boleh mendengar rintihan guru-guru yang berada di lapangan ini agar bekerjasama dengan pegawai-pegawai pendidik yang ada di pejabat supaya perjalanan untuk membangunkan pendidikan ini berjalan dengan lancar.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah masih terdapat lagi sekolah-sekolah yang kurang selamat. Di kawasan saya di luar bandar termasuk kawasan Parlimen Sibuti mungkin ada yang terlepas pandang sebuah sekolah di kawasan Tanjung Belipat yang pernah saya katakan soalan saya mempunyai bumbung sekolah yang berlubang dan tidak selamat dan dinding yang dimakan anai-anai dan murid yang masih kecil tidak menikmati persekolahan yang sempurna. Ada guru yang kreatif dan semangatnya begitu tinggi untuk mengajar anak-anak sekolah terpaksa mengajar murid ini di balai raya. Pujian harus diberi kepada guru besar dan guru-guru di sekolah tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Selain itu saya juga berharap agar pembinaan sekolah luar bandar daripada disertakan dengan kompleks kediaman guru-guru. Baik pulih kuarters guru juga harus disediakan. Di kawasan saya salah sebuah sekolah di Skim Penempatan Sepupok mempunyai infrastruktur bangunan yang amat buruk rupanya dan ia perlu cepat diperbaiki untuk keselamatan anak-anak bersekolah. Saya berharap agar pihak Kementerian Pelajaran dapat melihat sekolah ini dan dipercepatkan pembaikannya...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Saya hanya bercakap untuk kawasan saya kerana rakyat di kawasan saya mengharapkannya. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, Gua Niah, Taman Negara Lambir, Taman Negara Laut Coral Blue, Sibuti merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di peta dunia.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Kawasan Parlimen Sibuti juga kaya dengan pelbagai kebudayaan, rumah panjang yang unik serta kampung-kampung Melayu asli yang masih banyak dan mempunyai potensi untuk dijadikan homestay. Pengalaman saya melawat ke rumah-rumah panjang dan mendapati bahawa masyarakat Eropah, Jepun, Amerika dan lain-lain lebih cenderung melawat dan menikmati kehidupan di rumah panjang. Maka saya berharap dengan peruntukan hampir RM900 juta dapat disalurkan kepada skim homestay di kawasan saya di Sibuti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kesan peperangan musim tahun 1962 tidak boleh dipromosikan sebagai tourism section Yang Berhormat? Tempat Green Packard kena tembak.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Boleh, tetapi kawasan itu sudah diteroka dengan kelapa sawit. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal PTPTN saya berharap agar pihak kerajaan dapat memantapkan lagi sistem penyampaian penerangan PTPTN kepada peminjam dana. Selain itu juga pengutipan dana haruslah efisien agar ia dapat diguna pakai bagi pelajar-pelajar yang lain di masa hadapan. PTPTN juga harus merupakan talian yang lebih mesra pelanggan bagi memikat hati peminjam supaya membayar balik pinjaman mereka.
Di Malaysia kita tahu banyak melahirkan belia yang kreatif. Jika kita menaiki LRT di kawasan Pasar Seni dapat kita lihat hasil seni jalanan yang jika di luar negara diiktiraf sebagai seni baru. Penghasilan filem-filem pendek di kolej-kolej yang dapat kita lihat di dalam YouTube membuktikan bahawa anak-anak 1Malaysia ini kaya dengan idea dan saya melihat idea ini dapat ditukar kepada satu bentuk ekonomi jika anak-anak 1Malaysia ini diberi dana secukupnya untuk mereka berkarya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Saya menggulung. Terima kasih.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ingin saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Malaysia dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membentangkan sebuah bajet yang menitikberatkan kesejahteraan masyarakat 1Malaysia ini... [Tepuk] Saya yakin bahawa bajet yang bertemakan 1Malaysia kemakmuran bersama dapat sampai kepada semua rakyat Malaysia. Apa yang penting sekarang adalah pengurus atau urus tadbir bajet yang baik dapat memastikan bahawa Bajet 2010 ini dapat diagihkan kepada semua sektor telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan cepat dan telus. Rakyat menanti-nantikan sebuah Malaysia yang cemerlang, gemilang, terbilang bagi mencapai Wawasan 2020 sekali gus Gagasan 1Malaysia direalisasikan oleh seluruh anak-anak bangsa Malaysia yang dipegang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah lebih...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Dengan falsafah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Adakah ucapan Yang Berhormat ditulis oleh Kementerian Penerangan?... [Ketawa]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Sibuklah awak itu!... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Petang-petang ini kena buat sedikit Yang Berhormat. Kalau tidak, tidak sedap. Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyambung ucapan bajet rakan-rakan saya yang lain.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, tidak semua masalah rakyat memerlukan bajet yang besar untuk menyelesaikannya. Di dalam kita mendahulukan rakyat kesungguhan dan komitmen untuk membetulkan beberapa polisi undang-undang atau peraturan serta sistem yang sudah ada boleh melegakan sebahagian daripada rakyat.
Saya mewakili mungkin penduduk-penduduk yang ramai di sekitar bandar yang mungkin infrastruktur dan kemudahan yang ada lebih mewah kalau dibandingkan dengan rakyat yang duduk mungkin di Sabah dan Sarawak. Namun mereka ini juga tidak terlepas daripada masalah-masalah yang mencengkam hidup mereka.
Tuan Yang di-Pertua, pada bulan September tahun ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan bahawa terdapat 30,576 pembeli rumah yang terbengkalai, 136 projek rumah terbengkalai. Walaupun ini adalah hanya 2 peratus sahaja daripada projek-projek rumah terbengkalai namun beban yang dialami oleh pembeli- pembeli amatlah berat kerana mereka bukan sahaja tidak mendapat rumah, tetapi mereka juga terpaksa melangsaikan pinjaman bank.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, industri perumahanlah satu-satunya industri yang berniaga tapi barangnya tidak ada lagi, barangnya tidak nampak. Kalau ikut konsep Islam pun di dalam jual beli, kita kena lihat barangnya dahulu, barulah kita boleh mengatakan bahawa akad jual beli itu sah. Walaupun kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk memastikan yang rumah-rumah terbengkalai ini dapat diselamatkan dan rumah-rumah ini dapat di deliver kan, dengan izin, kepada pembeli-pembeli ini.
Sekarang ini kerajaan telah mengumumkan dalam tahun 2006 bahawa sistem bina kemudian jual dianjurkan, tetapi sistem ini baru diberi sebagai satu pilihan kepada pemaju- pemaju. Pihak pemaju dan pihak bank keberatan untuk mengangkat sistem ini sebagai sistem arus perdana di dalam industri pembinaan. Alasan mereka adalah di dalam ekonomi global yang kurang memberangsangkan, maka sekiranya dikenakan satu polisi bahawa semua rumah mesti dibina sebelum dijual, maka mereka memberi alasan bahawa ini akan mengurangkan atau tidak merancakkan ekonomi negara. Inilah alasan yang sering diberi oleh REHDA atau persatuan Real Estate Housing Development Association kepada kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, persoalannya kenapa tidak dilaksanakan sepenuhnya? Ia telah diuar-uarkan malah ia telah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk menjaga kepentingan pembeli. Satu-satunya perniagaan ini di mana risiko perniagaan itu dibebankan ke atas pembeli. Ini adalah satu alasan, sebab kenapa risiko ini perlu dipindahkan kepada pihak bank dan juga kepada pihak pemaju. Pemaju dan pihak bank mengatakan sekiranya skim bina kemudian jual dimandatorikan kepada pemaju-pemaju, ia akan menyebabkan harga rumah meningkat sedikit dalam julat 10 peratus hingga 20 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira bagi orang-orang atau pembeli-pembeli di mana rumah mereka tidak siap dan mereka tidak nampak langsung kenaikan 10 peratus dan 20 peratus sebagai guarantee atau jaminan kepada mereka untuk mendapat rumah adalah lebih baik daripada tidak mendapat langsung. Ada kes-kes yang melebihi 20 tahun sehingga sekarang tidak nampak kelibat rumah itu.
Sistem bina dan jual ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua telah dilakukan dan telah dijalankan oleh PKNS dan ia tidaklah mendatangkan kerugian ataupun tidaklah menyusahkan pembeli-pembeli. KPKT ataupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilihat tidak mendahulukan rakyat, tetapi lebih memberi muka kepada persatuan atau pemaju-pemaju ini...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Akhir-akhir ini oleh kerana skim bina dan jual ini telah dipopularkan atau diuar-uarkan oleh kerajaan, maka terdapat pemaju- pemaju yang sekali lagi cuba mengambil kesempatan untuk mengaburi mata pembeli dengan kononnya mengatakan bahawa tidak ada bayaran diperlukan selain daripada 10 peratus dan kemudian bayar apabila mereka menerima pemilikan rumah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Pada hakikat sebenarnya, mereka diperlukan membayar 10 peratus yang diserap ialah bunga atau faedah, tetapi pihak bank masih lagi membayar secara beransur-ansur atau progress payment kepada pihak pemaju.
Sekiranya rumah ini tidak siap, maka sesetengah pembeli akan menghadapi satu kejutan kerana mereka baru sedar yang sebenarnya mereka telah membayar, bank telah membayar bagi pihak mereka untuk membeli rumah-rumah ini.
Seterusnya, bila banyak berlaku rumah-rumah terbengkalai ini, nasib rakyat yang telah membeli rumah-rumah ini tidak mendapat apa-apa ganti rugi. Saya tertanya-tanya juga, apakah tidak boleh pihak kerajaan menggubal undang-undang di mana pihak pemaju menamakan guarantor ataupun penjamin-penjamin seperti mana yang dilakukan oleh pihak bank kepada syarikat-syarikat apabila mereka mahu meminjam untuk perniagaan mereka.
Maka pengarah-pengarah syarikat perlu menjadi penjamin dan sekiranya syarikat gagal membayar balik pinjaman-pinjaman ini, maka bank will go after, dengan izin, penjamin- penjamin ini.
Sekiranya ini yang kita lakukan, saya kira ini akan memberikan satu rasa tanggungjawab kepada pengarah-pengarah eksekutif syarikat-syarikat pemaju ini dan mereka akan lebih berhati-hati dan pengurusan mereka mungkin lebih bertanggungjawab dan lebih accountable. Akan tetapi sekarang ini mereka akan isytiharkan syarikat pemaju rumah itu bankrap, syarikat ditutup, Syarikat Perumahan Negara akan ambil alih, kerajaan masuk lagi duit seperti dalam bajet ini RM200 juta untuk menyelamatkan rumah-rumah ini, projek-projek rumah terbengkalai ini. Duit siapa? Duit rakyat, rakyat juga yang rugi.
Jadi pengarah ini, kata bahasa Inggerisnya, they go scot free, mereka lepas dan bebas. Mungkin mereka membuka syarikat yang baru dan menjadi pengarah pula. Selagi mereka atau pengarah bukan syarikat perumahan tidak disenaraihitamkan, maka selama- lamanya pengarah-pengarah syarikat projek rumah terbengkalai ini akan terlepas daripada tindakan terhadap mereka. Jadi saya kira inilah yang saya maksudkan, kita boleh menyelamatkan dan membantu, membela rakyat dalam golongan ini apabila kita mengukuhkan undang-undang kita dan pelaksanaannya.
Kerajaan juga telah sebenarnya menawarkan banyak insentif kepada pemaju- pemaju yang ingin mengambil bahagian di dalam bina kemudian jual ini. Mereka telah diberi pengecualian untuk membayar deposit RM200 ribu untuk lesen pemaju. Mereka juga telah diberi pengecualian daripada memenuhi kuota 30 peratus rumah kos rendah. Mereka juga telah diberi permit dengan cepat secepat empat bulan sekiranya permohonannya dilakukan melalui OSC ataupun one-stop centre di PBT-PBT. Ini semua tidak cukup insentif kepada mereka kerana bagi mereka yang menjadi bottom line, dengan izin, ialah keuntungan.
Kita tidak nampak bagaimana sekiranya mereka membuat kerja atau memaju dengan baik projek-projek perumahan ini, demand ataupun permintaan daripada pembeli rumah tetap ada dan kerancakan industri pembinaan itu tidaklah terbantut. Jadi kita ingin bertanya kepada kerajaan terutamanya kementerian KPKT ini, bila infrastruktur yang dikatakan belum siap ini untuk kita melaksanakan sistem bina kemudian jual. Adakah kerajaan mempunyai satu target, tarikh sasaran atau tahun sasaran di mana kita dapat melihat semua projek perumahan terutamanya dilakukan di bawah skim BKJ ini ataupun bina kemudian jual. Bilakah pihak-pihak bank akan bersedia? Mereka mempunyai pelbagai undang-undang dan akta untuk melindungi kepentingan bank itu sendiri.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Akan tetapi sekiranya kerajaan, pihak yang berkuasa tidak mengambil satu keputusan yang tegas kepada mereka, maka selagi itulah pihak pemaju dan pihak bank akan lepas tangan dalam menyediakan perumahan atau menghalang kerajaan daripada membela nasib pembeli-pembeli projek rumah terbengkalai ini.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Aspek kedua Tuan Yang di-Pertua ialah saya merasakan bahawa projek-projek perumahan yang ada sekarang mesti memenuhi keperluan rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam. Sekarang ini peruntukan untuk rumah ibadat atau tempat ibadat untuk orang Islam ada dan alhamdulillah mereka mematuhi polisi ini. Namun tidak ada satu polisi yang mewajibkan mereka untuk menyiapkan ataupun memperuntukkan tempat untuk rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam. Apa yang berlaku di Selangor insiden kepala lembu itu adalah akibat apabila tidak ada polisi untuk memberi kemudahan beribadat kepada kaum ataupun orang-orang yang beragama Hindu. Saya ada satu kawasan perumahan di mana Gurdwara nya dibuat di tengah-tengah rumah seperti surau dibuat di kawasan perumahan.
Jadi alasan yang diberikan adalah mereka tidak ada tempat untuk rumah ibadat kaum Sikh. Jadi mereka tekad mengambil satu rumah dan mereka jadikan ia sebagai Gurdwara. Jadi PBT terpaksa memejamkan mata kepada pelanggaran peraturan di mana rumah ibadat ini tidak mendapat kebenaran, tetapi oleh kerana hendak menjaga keperluan, hendak menjaga permintaan mereka, maka ia dibenarkan. Namun jiran-jiran tidak berpuas hati kerana apabila kaum Sikh ada hari-hari ibadat mereka, mereka mula membakar capati daripada lima pagi. Jadi ini mengganggu jiran-jiran dan sudah bukan setahun dua, tetapi sudah berbelas tahun. Apabila akhirnya tanah pula diberikan oleh pihak PBT, maka tempatnya pula tidak sesuai kerana tanah-tanah ini berhampiran dengan high tension wires, kabel TNB dan biasanya tempat-tempat mereka rumah ibadat mereka berhampiran dengan oxygen pond ataupun kolam-kolam oksida untuk air-air kumbahan daripada kawasan perumahan.
Bagi saya ini adalah ketidakadilan kepada mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia, maka untuk 1Malaysia kerajaan mesti memikirkan bahawa keperluan beragama bukan sahaja keperluan orang-orang Islam, tetapi adalah juga keperluan untuk agama- agama lain juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh topik yang berikutnya iaitu tumbuh seperti cendawan di negara kita terutamanya di kawasan bandar guarded and gated communities. Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini timbul kemelut di Selangor dan di Wilayah Persekutuan di mana persatuan-persatuan penduduk dan sebagainya menuntut dan memohon kepada PBT untuk membina rumah pengawal serta mengenakan sekatan ke jalan-jalan masuk taman perumahan mereka. Alasan mereka adalah demi keselamatan security and safety. Kita tidak dapat salahkan pihak-pihak ini tetapi ini yang diminta mereka rumah-rumah yang asalnya bukan dibenarkan sebagai guarded community ataupun komuniti berpengawal.
Apa yang menjadi kebingungan saya sebenarnya adalah pihak PBT pada awalnya telah membenarkan beberapa komuniti atau taman-taman elit kelas tinggi rumahnya mungkin RM300 ribu, RM400 ribu, atau RM500 ribu ke atas untuk membina komuniti berpagar dan berpengawal, padahal projek-projek perumahan ini pembangunan ini pemajunya telah memohon melakukan pembinaan ini di bawah National Land Code atau Kanun Tanah 1965. Kalau pemajuan rumah di bawah National Land Code iaitu tanah bergeran atau blended property....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila gulung Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sudah gulung, sekejap. Okey, jadi sekiranya mereka telah membenarkan dan dari awal pihak PBT mengetahui bahawa ini melanggar Kanun Tanah Negara kerana apabila mereka mengadakan pengawal dan memagar kawasan perumahan mereka, maka dengan sendirinya ia menjadi seolah-olah harta persendirian. Padahal jalan-jalannya diselenggarakan oleh PBT.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Inilah yang menyebabkan apabila adanya kebenaran untuk tidak mematuhi undang-undang, maka hampir kesemua kalau kita pergi ke Subang Jaya hari ini, hampir kesemua seksyen-seksyen yang ada di situ semuanya meletakkan barrier ataupun sempadan untuk masuk ke kawasan-kawasan perumahan. Pokoknya adalah timbulnya masalah ini adalah kerana kadar jenayah semakin meningkat. Samun, rogol, ragut. Pecah rumah tidak lagi berlaku pada waktu malam, tetapi di siang hari ataupun orang keluar bekerja.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah sedikit pasal jenayah ini?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya tidak ada masa.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit sahaja pasal jenayah ini, statistik tidak betul itu. Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya ada di sini, memang meningkat statistik dari 2004 ke 2007 yang meningkat. Samun, rogol, pecah rumah. Nanti saya tunjuklah, jumpa saya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya tidak mengizinkan, saya cuma mengatakan bahawa ia menunjukkan Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Salah statistik itu.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat kalau kita tengok pada statistik sahaja ia tidak memberi gambaran yang sepenuhnya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi Yang Berhormat membawa statistik.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ini sebahagian daripada statistik.
Akan tetapi.....
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Statistik yang sebetulnya salah.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Itu boleh dibetulkan kemudian. Saya ada sumber saya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ada bawa statistik salah dalam Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Siapakah di sini hendak menyangkal statistik jenayah itu meningkat? Saya boleh bawa dan besok saya boleh bawakan kepada Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya tidak sangkal.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tidak apa. Saya terima sangkalan itu tetapi ini adalah statistik saya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Gulung Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Apa yang saya hendak katakan di sini kalau keadaan selamat, if it is safe and secure, masakan penduduk di kota raya ini memerlukan gate, memerlukan pagar, memerlukan security guard dan kalau kita pergi ke Subang Jaya kita lihat setengahnya meletakkan tong-tong dan kayu merentang jalan-jalan masuk ke kawasan rumah mereka. Ini menunjukkan sudah tidak selamat. Sekiranya selamat saya pasti rakyat di kota ini atau mana-mana kota tidak akan meminta supaya pintu masuk jalan ke kawasan rumah mereka dipagari dan dikawal. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Sarikei.
Tuang Ding Kuong Hiing - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil Bahagian dalam perbahasan untuk Bajet 2010. Di Dewan yang mulia ini saya ingin mengemukakan beberapa isu tempatan. Saya harap isu-isu ini akan mendapat keprihatinan oleh mana-mana yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama ialah menaik taraf jalan Bukit Huang- Sekumang, Sarikei ke Tanjong Manis. Jalan Bukit Huang-Sekumang, Sarikei ke Tanjong Manis Sarawak merupakan salah satu nadi rangkaian jalan bagi melengkapkan kemudahan infrastruktur pengangkutan bagi semua bandar utama kawasan jauh dengan Sarawak.
Jalan ini berjarak 15 kilometer dan merupakan laluan paip air dan dilalui oleh motosikal serta basikal pada masa ini. Jikalau jalan raya ini dinaikkan taraf agar membolehkan laluan menggunakan kereta dan lori yang menghubungkan bandar Sarikei dengan Tanjong Manis.
Sehubungan dengan itu ia sekali gus menghubungkan jaringan jalan raya bagi Julau, Pakan, Bintangor Sarikei, Sibu, Spoah, Saratok dan Betong.
Tuang Ding Kuong Hiing - Sarikei
Secara tidak langsung merangsang pembangunan kawasan koridor pembaharuan tenaga Sarawak ada SCORE. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini pernah dicadangkan dalam projek RMK-9 selepas hasil peninjauan oleh JKR Sarikei dan pernah dibahas pada sesi perbahasan yang lepas iaitu 23 Februari 2009 dan sesi soal jawab di Dewan yang mulia ini pada 16 Jun 2009. Saya sebagai Ahli Parlimen Sarikei memandang serius dalam hal ini kerana ia mampu menjana dan merancakkan ekonomi serta pendapatan negara dan negeri Sarawak amnya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara nombor dua ialah menambah baik jalan raya dari sempadan Sarikei-Betong hingga simpang Jalan Bulat. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya sekali lagi merayu dan mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya mengenai menambahbaikkan jalan raya dari sempadan Sarikei-Betong hingga ke simpang Jalan Bulat sepanjang 17.5 kilometer. Perkara ini pernah saya bangkit pada sesi perbahasan tahun lepas iaitu 13 Mei 2008 supaya segerakan dan diberi perhatian serius. Ini adalah kerana sepanjang jalan ini merupakan sebahagian lebuh raya Borneo mempunyai selekoh jalan yang tajam, bengkang-bengkok dan kelebaran jalan yang sempit. Keadaan jalan raya ini sering mengundang bahaya dan maut kepada pengguna.
Setakat ini, banyak aduan dan rungutan saya terima supaya selekoh tajam sepanjang jalan ini supaya diluluskan dan reka bentuk jalan lebih relevan berikutan berlaku banyak kematian dan kecederaan selepas kemalangan atas jalan raya itu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, peruntukan penambahbaikan jalan raya ini pernah dijanjikan sebanyak RM81.8 juta mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan yang lepas dan pernah saya mengemukakan soalan soal jawab pada 26 Februari 2009. Saya diberitahu kerajaan sedang memberi kelulusan kepada projek-projek RMKe-9 sedia ada yang menghadapi masalah peruntukan disebabkan kenaikan harga bahan binaan di pasaran tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang akhir ialah masalah yang dihadapi oleh Hospital Sarikei. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya juga pernah mengemukakan masalah-masalah yang sama pada sesi perbahasan 13 Mei 2008 iaitu permasalahan yang dihadapi oleh Hospital Sarikei dengan angka-angka insiden sebagai bukti. Untuk makluman, Hospital Sarikei telah siap dibina pada pertengahan tahun 2001 dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM250 juta pada masa itu.
Tuang Ding Kuong Hiing - Sarikei
Walau bagaimanapun, Hospital Sarikei masih menghadapi dua masalah berikut dan sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang disusuli oleh mana-mana pihak berkenaan:
(i) kekosongan kakitangan di Hospital Sarikei khasnya kumpulan pengurusan dan profesional masih tidak diisi dan telah memberi kesan negatif kepada seluruh operasi hospital berikutan bilangan pesakit meningkat dengan mendadak; dan
(ii) bidang kepakaran yang diperlukan oleh hospital ini masih tidak mencukupi khasnya kepakaran sakit puan iaitu keperluan utama semasa.
Penduduk dari kawasan Julau, Pakan, Tanjong Manis, Belawai, Kabong, Roban, Saratok, Debak dan Pusa khasnya sentiasa merujuk ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan tersebut kerana ia adalah berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Namun demikian, saya mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan bahawa dua masalah utama ini perlu diatasi segera dan diberi perhatian serius. Saya pernah menerima rungutan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini adalah lewat dan tidak mencukupi. Saya berharap kerajaan boleh mempertimbangkan dan mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin sebelum mengundang masalah lain.
Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Seremban.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama, saya cakap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua bagi peluang saya untuk ambil bahagian dalam ucapan bajet tahun 2010. Saya akan cakap sedikit di atas bidang kehakiman. Subjek saya, isu saya ialah bidang kehakiman. Di sini saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua di bawah seksyen 180(3), Kanun Acara Jenayah. Di dalam seksyen ini, apa yang kita ada di mahkamah ialah bila satu hakim atau satu majistret dengar kes-kes jenayah di dalam mahkamah, semua peguam-peguam tahu dan hakim- hakim tahu, dalam seksyen ini, di mahkamah untuk dengar satu kes jenayah, ada dua peringkat.
Peringkat yang pertama ialah bila saksi-saksi yang pendakwa bagi keterangan dan peringkat yang kedua ialah jika satu kes dibuktikan prima facie, hakim atau majistret akan dipanggil OKT untuk bela diri. Apa yang menarik perhatian saya Tuan Yang di-Pertua ialah di bawah seksyen ini, di kanun acara jenayah, ada satu LAKUNA. LAKUNA itu ialah bila hakim atau majistret panggil satu OKT untuk bela diri, tidak beri alasan kenapa orang kena tuduh akan diberi peluang atau dibagi keterangan secara bela diri. Saya merayu kepada Jabatan Perdana Menteri dan bidang kehakiman untuk meneliti seksyen ini sebab jikalau alasan-alasan tidak diberikan oleh hakim-hakim atau di majistret-majistret, OKT dan peguam-peguam yang buat kes ini tidak boleh bagi satu defense yang baik untuk pelanggan dia.
Tuan John Fernandez - Seremban
Atas faktor ini saya merayu kepada jabatan yang berkenaan untuk buat satu pindaan di bawah seksyen 180(3) untuk bagi keadilan kepada OKT untuk bagi alasan dan untuk menyenangkan orang kena tuduh bela untuk bela diri. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini di atas kes-kes rasuah. Saya alu-alukan kerajaan sebab cadangan dalam bajet untuk buat mahkamah khas, special courts untuk dengar kes-kes rasuah. Itu satu cadangan yang baik tetapi apabila kita dengar ucapan atau bila kita baca blog daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang mengatakan untuk satu tahun Malaysia rugi RM100 juta. Untuk satu tahun negara kita rugi RM100 juta sebab kes-kes rasuah. Saya alu-alukan cadangan ini untuk berikan mahkamah- mahkamah khas untuk dengar kes rasuah.
Tuan John Fernandez - Seremban
Ini boleh mempercepatkan kes-kes dan mahkamah boleh dengar kalau kita ada mahkamah khas di seluruh Malaysia, kita boleh cepatkan kes-kes rasuah.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di atas tukaran atau untuk transfer hakim- hakim dan majistret dalam bidang kehakiman. Cadangan saya ialah apabila satu hakim atau satu majistret dapat tukaran, contohnya daripada Kuala Lumpur kepada Penang atau dari Johor Bahru kepada Kota Bharu, sebelum ditukar mahkamah yang lain mesti majistret- majistret dan hakim-hakim diberi notis sekurang-kurangnya enam bulan. Cadangan daripada saya ada dua alasan. Kenapa saya bagi cadangan ini? Alasan yang pertama, sekurang-kurangnya diberikan notis kepada beliau satu tahun atau enam bulan sebab untuk bagi masa kepada hakim itu dengar kes-kes sambung bicara dan habiskan kes-kes sambung bicara. Kalau dia tukar dari satu tempat kepada mahkamah yang lain biasanya dia akan balik kepada mahkamah yang lama untuk mendengar kes sambung bicara dan ini buang banyak masa. Ini satu cadangan untuk jimatkan masa rakyat dan semua peguam dan hakim.
Alasan yang kedua memberi mereka masa yang secukupnya untuk selesaikan masalah mencari sekolah baru untuk anak-anak dan juga beri masa untuk beliau untuk selesaikan masalah mencari rumah kediaman baru di tempat yang ditukarkan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, satu masalah di mahkamah ialah masa ini di pekan- pekan, di peringkat daerah iaitu di luar pekan besar, Johor Bahru atau Melaka atau Kuala Lumpur atau Seremban. Di peringkat daerah di mahkamah-mahkamah kurang jurubahasa Cina. There is a shortage of Chinese interpreters di dalam banyak mahkamah-mahkamah.
Saya merayu kepada jabatan yang berkenaan untuk ambil lebih jurubahasa Cina sebab kes-kes boleh jalan lebih cepat dan lancar.
Di seluruh mahkamah di Malaysia banyak orang, rakyat pergi mahkamah dan banyak peguam pergi mahkamah untuk kes-kes sebutan. Kalau kita bandingkan apa terjadi di mahkamah-mahkamah di Singapura atau negara-negara yang lain, kes-kes sebutan akan dibuat melalui internet ataupun secara email, ataupun secara faks, ataupun secara surat. Saya cadang idea ini kepada mahkamah-mahkamah sebab ini untuk jimatkan masa rakyat dan untuk jimatkan pihak-pihak yang lain.
Point yang lain, kebanyakan majistret di negara ini adalah dilantik sebaik sahaja mereka tamat pengajian di universiti iaitu bila satu majistret yang muda keluar daripada universiti terus naik peringkat sebagai majistret. Ini saya tidak setuju sebab bagi melancarkan proses perbicaraan di mahkamah adalah dicadangkan agar seorang yang bakal dilantik menjadi majistret hendaklah mempunyai pengalaman dalam bidang kehakiman sekurang-kurangnya tiga tahun iaitu apabila dia keluar daripada universiti dia mesti ada sekurang-kurangnya experience untuk tiga tahun sebelum dia dinaikkan sebagai seorang majistret.
Saya akan sentuh sedikit di atas konsep 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya alu-alukan konsep 1Malaysia. Sebenarnya saya ingat ramai orang sokong konsep 1Malaysia tetapi the government needs to walk its talk, dengan izin. Tidak guna jikalau konsep 1Malaysia jadi satu retorik atau satu slogan sahaja. Kita akan bandingkan dasar- dasar kerajaan. Adakah konsep 1Malaysia dijalankan betul-betul? Saya akan bagi contoh.
Jikalau Kerajaan Barisan Nasional ingin menjalankan konsep 1Malaysia mesti hapuskan semua parti-parti yang jalankan melalui kaum seperti hapuskan MIC, hapuskan MCA dan hapuskan UMNO juga.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan John Fernandez - Seremban
Ini sebab jikalau hapuskan parti-parti yang mengikut kaum baru kita boleh dapat satu konsep 1Malaysia seperti yang dicadangkan oleh satu komponen parti, semua parti-parti mengikut kaum mesti dihapuskan dan buat satu parti baru..
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Komunislah... [Ketawa]
Tuan John Fernandez - Seremban
Iaitu parti 1Malaysia.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta Yang Berhormat Seremban. Ini point bagus Yang Berhormat Seremban. Minta penjelasan sedikit.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta penjelasan sedikit.
Tuan John Fernandez - Seremban
Apa yang saya katakan?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab menyebut nama UMNO. Jadi penjelasan sahaja sedikit.
Tuan John Fernandez - Seremban
Tidak, tidak, saya tidak ada masa.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kami di sini minta kalau boleh bagi sedikit masa. Dia tidak boleh sebut UMNO dibubarkan dan tidak mahu penjelasan. Saya minta penjelasan sedikit kenapa dia mahu UMNO dibubarkan.
Tuan John Fernandez - Seremban
Teori dan praktis bukan sama. Katakan 1Malaysia, saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kata tadi adil, pakar kehakiman bagilah ruang.
Tuan John Fernandez - Seremban
Kenapa dalam borang-borang hantar permohonan pekerjaan seperti minta tanah, seperti minta permit teksi atau minta pasport atau dokumen yang lain mesti gunakan dalam borang itu, kita mesti isikan bangsa dan agama.
Tuan John Fernandez - Seremban
Jikalau kita praktiskan konsep 1Malaysia, isu seperti bangsa tidak boleh digunakan dalam borang-borang kerajaan. Saya ingat ramai Ahli Yang Berhormat di sini setuju dengan cadangan saya. Hapuskan permohonan ini. Hapuskan borang yang dikatakan pemohon mesti menyatakan apa bangsa...
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Minta laluan, penjelasan.
Tuan John Fernandez - Seremban
...Dan agama dia. Ini saya tidak dikhaskan.
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Seremban, minta laluan.
Tuan John Fernandez - Seremban
Selain itu, Malaysia sudah merdeka selama 52 tahun. Saya tidak mahu beri. Ini floor saya.
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Berilah Yang Berhormat Seremban.
Tuan John Fernandez - Seremban
Please sit down. You baca standing order tidak?
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini konsep 1Malaysia, bukannya...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berilah sedikit, Yang Berhormat Seremban.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You lawyer, you kata you peguam...
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kena faham Perlembagaan Malaysia itu.
Tuan John Fernandez - Seremban
Balik rumah baca standing order [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.
Tuan John Fernandez - Seremban
Duduk, duduk. Ikut peraturan mesyuarat. Go back and study the standing order. Ini floor saya. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, jikalau kita ikut konsep 1Malaysia, kenapa selepas 52 tahun merdeka dan setakat hari ini, kaum India dapat 1.2 peratus sahaja dalam economic cake. Saya bukan bangkitkan ini sebab saya seorang India tetapi saya orang Malaysia. Selepas 52 tahun, kita kaum India ada 1.2 peratus sahaja dalam economic cake di Malaysia. Saya boleh bagi contoh-contoh yang lain seperti konsep 1Malaysia ini bukan secara teori sahaja tetapi secara praktik tidak ada dijalankan. Tengok di civil service atau dalam arm forces atau servis awam. Setakat sekarang yang sudah 52 tahun, tetapi kaum India dalam civil service setakat hari ini ada 4.5 peratus sahaja. Serupa sahaja dalam tentera.
Dalam arm forces setakat hari ini ada 2 peratus sahaja. Selain itu Tuan Yang di- Pertua, satu contoh lagi iaitu di sektor housing. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Rasah tadi mengenai housing, saya sokong diskaun diberikan kepada orang bumiputera. Saya bagi sokongan yang penuh tetapi kalau kita akan praktis konsep 1Malaysia, diskaun ini diberikan kepada semua orang di Malaysia termasuk orang Iban, Kadazan, Cina, India, dan Melayu. Semua orang Malaysia mesti mendapat diskaun di atas housing...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Iban bumiputeralah Yang Berhormat Seremban. Tuan Yang di-Pertua, Iban adalah bumiputera.
Tuan John Fernandez - Seremban
Jangan kacaulah, jangan kacau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini saya tidak hendak beri ceramah dengan Yang Berhormat apa soalan demokrasi itulah. Beri hak orang bercakap melainkan dia bercanggah dengan peraturan, Yang Berhormat.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Seremban.
Tuan John Fernandez - Seremban
Saya akan gulungkan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya akan sebut satu isu dalam kawasan saya di Seremban. Seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Rasah, pada hari Jumaat 30 Oktober tahun ini, ada satu banjir yang besar dalam kawasan saya dan faktor-faktornya tadi sudah dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Rasah. Saya tidak ulangi, tetapi saya suka beritahu kepada Tuan Yang di- Pertua, lebih kurang sesi yang dulu saya ada bagi satu ucapan penangguhan, adjournment speech di mana saya ada bangkitkan isu ini dan saya sudah hantarkan surat-surat memorandum kepada jabatan yang berkenaan, tetapi setakat hari ini tidak ada tindakan diambil. Saya harap jabatan yang berkenaan boleh ambil perhatian dengan isu besar dalam kawasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dari Parit. Ya, yang tie merah itu. Yang Berhormat Parit.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membahaskan Bajet 2010 dalam tempoh singkat yang telah pun ditetapkan. Saya ada tiga empat perkara yang hendak disentuh. Pertama, dalam sejarah awal Tamadun Islam, unsur kesatuan adalah asas kekuatan kepada sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk. Unsur kesatuan yang dititikberatkan oleh pemerintahan Islam pada masa silam dapat diperhatikan melalui fasal-fasal yang terdapat di dalam Sahifah Al-Madinah ataupun Piagam Madinah. Madinah pada peringkat awal ketibaan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah penempatan yang dihuni oleh masyarakat beragama Islam dan bukan beragama Islam.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Jadi, sebagai langkah awal untuk mentadbir sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, nabi telah mewujudkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Sahifah Al-Madinah ataupun Piagam Madinah. Sahifah Al-Madinah yang di draf oleh Rasullah SAW selaku pengasas dan Ketua Kerajaan Islam di Madinah pada waktu itu mengandungi 47 fasal. Apa yang menarik sekali ialah baginda meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada suatu perlembagaan sama yakni Sahifah Al-Madinah itu oleh semua penduduk dalam dua fasal awal kandungan piagam tersebut. Berikut adalah fasal satu dan fasal dua yang dimaksudkan, “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, inilah kitab daripada Nabi Muhammad pesuruh Allah bagi orang yang beriman dan orang yang memeluk agama Islam daripada Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka. Fasal dua bahawa mereka adalah satu umat bangsa berbeza daripada manusia yang lain”.
Apa yang terkandung di dalam dua fasal awal piagam ini dapat diterjemahkan sebagai satu pendekatan nabi terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati satu kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam sebuah negara. Ini menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara, malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang kehidupan. Dalam perkembangan terkini di negara kita, pengenalan pendekatan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilihat sebagai tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan sahifah yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan baginda ke Kota Madinah.
Selain itu, pendekatan ini turut memperlihatkan unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat, di mana di bawah 1Malaysia, tiada ahli masyarakat akan berasa terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosioekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh pentadbiran Malaysia. Tidak nampak kewarasan untuk kita menolak pendekatan ini. Ia adalah satu dasar yang amat baik dan patut diberi sokongan padu oleh kita semua bagi memastikan segala matlamat akhir yang disasarkannya iaitu menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat dapat dijelmakan. Cuma apa yang perlu kita fikirkan bersama ialah, apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu? Cukupkah dengan janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan Malaysia ini bersatu?
Apakah bentuk-bentuk pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 27 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini?
Tuan Yang di-Pertua, pola penempatan kaum di negara ini telah berubah. Kini, kaum-kaum tertentu tidak lagi memonopoli sesuatu penempatan. Kawasan bandar telah didiami oleh semua golongan kaum. Terdapat juga antara mereka yang tercicir daripada segi sosioekonomi dan sosial. Golongan ini perlu dibantu. Agensi kerajaan hendaklah bersama- sama pemimpin masyarakat mengenal pasti golongan ini dan diberikan bantuan. Mungkin mereka malu untuk tampil menyatakan masalah mereka. Usaha turun padang seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi harapan baru kepada golongan seperti ini untuk terus dibela.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Ia sangat bersesuaian dengan amalan Saidina Umar Abdul Aziz yang menyiasat dan mengenal pasti masalah rakyatnya. Saya fikir jika trend ini diperhebatkan, ia mampu menyelesaikan banyak masalah dan mempercepatkan lagi usaha membasmi golongan miskin bandar dan luar bandar.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Kecekapan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat adalah penting.
KPI setiap petugas yang diamanahkan wajib melaksanakannya dengan dedikasi, peruntukan dipastikan tiada pembaziran, iman dan takwa adalah benteng daripada unsur yang boleh menggagalkan pelaksanaan sesuatu objektif bajet yang baik ini. Oleh itu, jika semua yang terlibat memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi, saya yakin Bajet 2010 ini dapat diterjemahkan.
Tuan Yang di-Pertua, melahirkan masyarakat bebas jenayah perlulah diperhebatkan. Melalui Bajet 2010, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus, termasuk mengurangkan jenayah jalanan seperti ragut, samun sebanyak 20 peratus akhir 2010. Pihak polis dan sukarelawan masyarakat mestilah berganding bahu melaksanakan kawalan di taman-taman kediaman mereka. Sifat sukarelawan dan mengambil berat hal sekeliling hendaklah diperkemas dan diperbanyakkan lagi oleh pemimpin masyarakat.
Usaha sebegini dapat membantu mencegah perlakuan jenayah di tempat awam, malah mengeratkan lagi hubungan kaum dan masyarakat. Jika jenayah berkurangan, keresahan masyarakat akan lenyap dan mereka berasa amat selamat. Ia memberikan imej positif kepada pelancong luar dan membantu menarik minat mereka melancong ke Malaysia.
Kerajaan benar-benar prihatin dan terbukti berfikiran terbuka dengan keluhan rakyat. Sebagai contoh, pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. Begitu juga memberi diskaun 50 peratus tambang kereta api kepada pelajar bermula Januari 2010. Semangat setiap pelajar untuk mendapatkan keputusan yang baik, yang cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua, apabila menyebut soal sarjana bagi membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, negara memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 pemegang ijazah doktor falsafah (PhD). Ciri seperti berkeupayaan menganalisis dan membuat penilaian terhadap sesuatu isu, menghasilkan idea bernas, berkebolehan mereka cipta bahan, proses sistem atau produk baru serta menyumbang kepada gedung ilmu antara faktor yang membolehkan lulusan PhD memacu ekonomi inovasi.
Ketika ini, jumlah tenaga kerja di negara ini yang memiliki kelayakan berkenaan hanya sekitar 12,000. Sekali gus menimbulkan persoalan mampukah mereka memberi impak kepada agenda transformasi ekonomi berkenaan. Jumlah itu jauh lebih kecil dengan nisbah 23 penyelidik, saintis serta jurutera RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja berbanding negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang mencapai nisbah yang lebih tinggi. Jadi, saya melihat perlu ada usaha meningkatkan nisbah kepada 50 RSE 10,000 tenaga kerja di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, jadi saya hendak tahu sejauh manakah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi ke arah apa yang saya sebutkan tadi. Adakah agenda khusus seperti MyBrain15, program Universiti Apex serta universiti penyelidikan sejajar Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara memadai sekarang? Persoalannya, ke mana mereka selepas mendapat PhD? Adakah kekal berkhidmat di dalam negara atau berhijrah ke negara lain yang menawarkan ganjaran serta persekitaran lebih kondusif untuk pembangunan profesionalisme mereka?
Sejauh manakah SME membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana? Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan bajet kali ini sebanyak RM350 juta disediakan kepada SME Corp. bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kita harus menerima hakikat bahawa PKS memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan niaga terutama untuk bumiputera dan orang Melayu.
Berdasarkan Laporan Bank Negara Malaysia, pada keseluruhannya, PKS menyumbang sebanyak 47.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tuan Yang di-Pertua, angka ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan kedudukan di negara maju. Sumbangan PKS pada KDNK negara Jerman misalnya ialah 57 peratus, Jepun 55.3 peratus dan Korea Selatan 50 peratus.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Malah, dalam konteks ini, kedudukan PKS kita lebih baik berbanding negara- negara Asian seperti Thailand 38.9 peratus, Singapura 34.7 peratus dan Filipina 32 peratus.
Namun, saya melihat tumpuan terlalu besar diberikan kepada kejayaan tokoh korporat Melayu dan syarikat mereka sehingga kadang-kadang menyebabkan kita lupa wujudnya ahli perniagaan kecil yang terbabit dalam sektor peruncitan, pengeluaran produk makanan, restoran dan kedai makan, hospitaliti, perladangan kontrak, pembuatan, bekalan dan lain- lain.
Tuan Yang di-Pertua, banyak juga yang terbabit dalam perniagaan di pasar tani dan pasar malam. Jadi, siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? Akan tetapi, bagi banyak peniaga kecil dalam PKS ini, apa yang diperlukan adalah bantuan kredit agar mereka tidak perlu pergi kepada Ah Long atau peminjam wang tidak berlesen. Jadi, saya berharap sekali lagi, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menjadi agen bagi membantu PKS dalam pembiayaan mikro kredit.
Kita hendak melihat peniaga-peniaga PKS yang berjaya. Saya hendak tahu adakah peniaga-peniaga PKS ini mencapai taraf jutawan? Sekiranya ada, berapakah jumlahnya? Berdasarkan kepada fakta ini, menurut MECD, sehingga Disember 2007, TEKUN telah pun meluluskan pinjaman sebanyak RM201.6 juta kepada 25,580 ahli perniagaan dan usahawan kecil. Malahan sasaran MECD untuk melahirkan 150,000 usahawan baru, mewujudkan 50 francaisor dan 1,000 francaisi baru, membangunkan 75,000 sumber manusia profesional dalam pelbagai bidang serta melatih 200,000 tenaga mahir bagi keperluan pelbagai industri dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dianggap ambitious, dengan izin.
Namun, dengan nada yang tegas, saya mencadangkan juga supaya sektor kewangan swasta memainkan peranan dalam memajukan ekonomi, khusus untuk memberi bantuan dan sokongan kewangan kepada usahawan PKS. Antara yang boleh saya cadangkan ialah produk insentif kewangan perdagangan untuk menggalakkan penyertaan PKS dalam pasaran eksport, terutama perdagangan di antara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha kerajaan bagi membantu golongan rakyat yang bekerja sendiri mencarum di KWSP. Mereka yang mencarum akan diberi faedah 5 peratus. Ini dapat memberi jaminan masa depan kepada mereka. Mereka merasa dibantu dan dari segi usaha dan moral mereka.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam kesempatan ini juga, saya ingin memohon kepada pihak kerajaan agar dapat memberikan kelulusan peruntukan untuk pembinaan baru Hospital Seri Iskandar bagi menggantikan hospital yang berada di Changkat Melintang oleh kerana kawasan di Parlimen Parit telah pun meningkat dari segi kapasiti penduduk. Dengan adanya hospital baru itu, sudah pasti ianya akan lebih menunjang dari segi kesihatan rakyat khususnya di Parlimen Parit.
Di samping itu, saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan agar dapat membina jambatan yang menghubungkan Lambor Kanan dan Lambor Kiri melintasi Sungai Perak kerana ia dapat memudahkan perjalanan, khususnya kepada masyarakat yang berada di Parlimen Parit serta bangunan dewan serba guna kerana Bandar Baru Seri Iskandar merupakan bandar yang baru, penempatan universiti, UiTM, UTP dan sudah pasti gedung atau dewan ini amat diperlukan, khususnya di Seri Iskandar dan Parit. Justeru itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanah Merah.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya dalam membahaskan Bajet 2010.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Tuan Yang di- Pertua, aspek penting seperti pendidikan wajar dilihat daripada luar kotak taksiran yang sempit. Maksud saya, makna kebudayaan bukan sahaja meliputi hal seperti seni persembahan dan konsep seperti yang selalu difahami.
Taksiran yang sering digunakan oleh pemerintah di dalam menentukan jumlah peruntukan kepada bidang berkenaan di samping tidak menolak aktiviti kebudayaan, antara lain meliputi seni persembahan, kebudayaan juga wajar dilihat sebagai medium pendidikan di luar pagar sekolah dan universiti. Mustahil kita bisa membuka peluang bagi lapangan seni budaya andai kita tidak menyedari peranan dan fungsi seni budaya itu sendiri.
Meletakkan perbelanjaan kebudayaan bukan seperti seorang bapa membeli alat-alat lukisan kepada anak-anak. Malang seribu kali malang apabila tidak pernah hal kebudayaan dapat ditaksir secara tepat dengan mengambil kira pandangan budayawan untuk kemudiannya meletakkan jumlah yang wajar diperuntukkan dalam bajet setiap tahun.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam bajet tahun hadapan menyebut insentif berjumlah RM200 juta untuk menyokong kegiatan seni budaya. Angka tersebut adalah hampir tiga kali ganda lebih besar selain peruntukan khas yang pernah diberikan oleh bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Bajet 2004 yang berjumlah RM80.3 juta. Bezanya jumlah yang pernah diberikan oleh Tun Dr.
Mahathir khususnya kepada penggiat seni dan disalurkan terus kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Kali ini Perdana Menteri tidak menyasarkan kepada golongan ataupun lapangan seni yang khusus melainkan menyebut beberapa bidang seni seperti seni persembahan dan animasi. Jelas sekali peruntukan khusus itu bukanlah berupa insentif atau geran seperti mana yang pernah dilakukan Tun Dr. Mahathir. Apabila ia disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional, ringkasnya jumlah itu berbentuk pinjaman bank yang sewajarnya mendapat jaminan. Ianya perlu dihabiskan untuk tujuan yang disasarkan. Oleh itu golongan seperti pelakon, pelukis, pengarah kreatif bahkan pengarah filem sekalipun tidak akan mendapat nikmat langsung daripada peruntukan besar itu.
Golongan kreatif ini lazimnya bukan ahli perniagaan. Tumpuan dan fokus mereka adalah kepada daya kreativiti itu sendiri dan bukannya perniagaan. Inilah bezanya peruntukan dengan insentif yang selalu berbentuk geran seperti mana yang disediakan di kebanyakan negara maju untuk menjana kecemerlangan kebudayaan dan kesenian bangsa mereka. Memanglah hasil bukannya secara langsung kerana kesenian dan kebudayaan bukannya lapangan teknikal. Adalah salah apabila menganggap soal kebudayaan sama seperti industri membuat kerepek. Misalnya dalam setiap bungkus kerepek akan dapat ditetapkan harga serta untung ruginya. Negara seperti Jepun, Jerman, Belanda, bahkan kini Singapura saban tahun memperuntukkan jumlah geran dan biasiswa yang besar kepada aktivis kebudayaan bagi menjalankan kegiatan mereka termasuk membuat kajian lawatan dan menyertai aktiviti di seluruh dunia. Juga menganjurkan program kebudayaan dan kesenian yang berprestij seperti pameran lukisan antarabangsa atau finale peserta atau festival filem yang jauh dihormati berbanding festival filem Kuala Lumpur sekalipun.
Tuan Yang di-Pertua, di Asia kini penggiat filem yang lebih serius lebih tertumpu kepada Festival Filem Busan di Korea Selatan. Selain bangkitnya Kota Singapura yang bercita-cita menjadi hab kesenian Asia Tenggara. Bayangkan melalui muzium seni di republik itu menerbitkan sebuah buku lengkap mengenai pelukis agung Indonesia dekad 50-an, Affendi, sedangkan Affendi bukanlah pelukis asal daripada republik negara tersebut.
Saban tahun jutaan ringgit mengalir ke Singapura daripada seri lelongan karya seni lukis daripada mana-mana besar pelukis Asia Tenggara, malah karya milik Latiff Mohidin juga terjual di sana.
Sekali lagi apa peranan kita? Apa peranan agensi kerajaan seperti Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya Negara malah Dewan Filharmonik milik Petronas yang memberi gaji yang besar kepada pemuzik ataupun konduktor dari luar negara. Saya juga mahu menggunakan kesempatan ini untuk menyarankan kepada pihak kerajaan dan agensi yang berkenaan agar menyemak semula tahap pencapaian Festival Filem Kuala Lumpur
(FFKL) yang dianjurkan agar ianya tidak hanya dilihat seperti melepas batuk di tangga sehingga gagal mendapat pengiktirafan mahupun perhatian sewajarnya di peringkat antarabangsa.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, persoalan ini terpaksa saya sebut dengan jelas kerana aspek pembangunan kebudayaan tidak pernah dapat dilihat dengan betul dan jelas oleh kerajaan. Seketika kerajaan meletakkan hal budaya sebagai industri, barangkali sama tahapnya industri kerepek. Kadang-kadang ia dikategorikan pula sebagai aspek tradisi sehingga seni moden dan kontemporari menjadi seperti tidak bermakna. Yang gagal dilihat sejak mula ialah kebudayaan sebagai wadah pendidikan umum. Seperti yang saya sebutkan tadi ianya bergerak di luar pagar sekolah dan universiti.
Terasa saban tahun bajet kebudayaan juga tertumpu kepada pembangunan dan prasarana. Apakah dengan prasarana baru bermakna kegiatan seni budaya dapat di bugar? Mengapa kerajaan tidak pernah terfikir untuk menggunakan semula premis sedia ada termasuk bangunan koloni di Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan seni budaya. Kita lihat bagaimana bekas bangunan Balai Seni Lukis Negara yang dahulunya Hotel Majestic hanya menunggu masa untuk dihancurkan dan diganti dengan bangunan baru. Ini sama sekali bukanlah langkah yang bijak.
Kita tidak lupa betapa kecurangan paling besar dalam sejarah bidang kreativiti pernah kita saksikan apabila projek yang dikenali sebagai e-Village di Dengkil yang menelan belanja RM3 bilion yang sepatutnya siap sepenuhnya dua tahun yang lalu telah gagal sepenuhnya. Tapak projek itu kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur.
Ini semua membuktikan bahawa prasarana baru bukanlah jaminan bahawa kegiatan seni budaya dapat dibugar.
Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin menyentuh rintihan rakyat di kawasan berkenaan dengan nasib mahasiswa kita yang berada di Padang yang pulang ke negeri masing-masing untuk menyambung pengajian. Ada di antara mereka terpaksa menyambung ke semester satu daripada semester tiga. Lebih menyedihkan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional memberi pinjaman yang tidak mencukupi untuk menampung pengajian mereka. Saya harap pihak kementerian dapat menjelaskan perkara ini dan menyiasat perkara ini.
Barangkali itulah keikhlasan kerajaan sering diragui dan dipertikaikan. Bayangkan kes pertuduhan kepada bekas KSU baru-baru ini. Saban tahun bukan sahaja Menteri yang terbeliak mata melihat angka peruntukan kepada kementerian masing-masing tetapi nampaknya KSU juga akan tersenyum sambil mengira-ngira jumlah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu membuktikan bagaimana satu projek yang tidak kalah besar bernilai RM40 juta diluluskan dengan boleh menimbulkan keraguan memetik laporan berkenaan yang melibatkan dua buah van untuk tujuan siaran luar ataupun dengan izin, outstand broadcasting van untuk kegunaan RTM di Kuching, Sarawak selain di Alor Setar, Kedah. Yang dipersoalkan oleh pihak audit ialah bagaimana tender yang diberikan kepada anak syarikat sendiri iaitu Bernama System and Solution Advisor Sdn. Bhd. atau pun BESSAR tidak memiliki perjanjian rasmi sehingga mendedahkan kerajaan kepada risiko kerugian.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Bayangkan bagaimana surat setuju terima (SST) kepada van berkenaan tidak memiliki sekurang-kurangnya 18 perkara perlu termasuk insurans, bon penyelenggaraan dan harta intelek. Mengikut peruntukan standard yang disyorkan oleh garis panduan perjanjian kerajaan hanya enam yang dipenuhi berbanding 24 perkara keseluruhannya.
Bukan satu kes tetapi dikesan satu kerosakan teruk kepada sebuah coach di sebuah gudang Sony Malaysia di Bangi. Coach itu yang tiba dari China diangkut dari Pelabuhan Klang juga milik Kementerian Penerangan. Kritikan langsung kepada KSU Kementerian dicatat bahawa proses kelulusan lanjutan masa dibuat dalam keadaan tidak teratur.
Seperkara yang aneh sekali adalah apabila dikatakan bahawa KSU Kementerian itu tidak merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Perolehan ataupun Perbendaharaan sebagaimana yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua ini bukan isu kecil. Benar seperti yang dinyatakan oleh pihak audit bahawa projek ini boleh mendatangkan risiko kerugian kepada kerajaan iaitu tidak lain kepada kebocoran ataupun ketirisan wang rakyat.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Andai begini kecuaiannya sehingga kepada projek yang bernilai RM40 juta berapa banyak pun wang yang ditabur tidak akan mencukupi. Itu belum lagi beberapa kes atau persoalan yang pernah dibangkitkan dalam Dewan ini. Seperti kelulusan jam penyiaran oleh RTM berjumlah lebih RM100 juta sebelum Pilihanraya Umum yang lalu sehingga kini tidak dijawab.
Kita tidak mahu mempertikai atau menyentuh soal peribadi sesiapa termasuk khabar berita ada pegawai tinggi kementerian ditangkap khalwat tatkala di dalam tugas.
Namun saya menyeru dan mendesak dalam Dewan yang mulia ini agar siasatan terperinci dijalankan. Semua kes yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan diragui dalam kelulusan projek tidak sewajarnya dilindungi termasuk memindahkan pegawai tersebut ke jabatan lain tidak akan menyelesaikan masalah. Pada hemat saya satu jawatankuasa khas di peringkat tertinggi wajar ditubuhkan agar kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kementerian tidak lagi berlaku.
Tan Sri Yang di-Pertua... Datuk Yang di-Pertua. [Ketawa]
Seorang Ahli
Tadi Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak mengapa Yang Berhormat.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Saya juga ingin membawa isu pemberian peruntukan kepada PBT di majlis-majlis daerah khususnya di Kelantan. Sudah dua kali soalan saya kepada pejabat kerajaan tidak dijawab dengan sempurna apabila saya mendapat maklumat ada peruntukan berbeza-beza besar oleh kementerian kerajaan tempatan seperti yang diberikan kepada Majlis Daerah Tanah Merah berbanding dengan Majlis Daerah Jeli. Malahan yang ada pun ditarik balik.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon agar pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi ataupun penyata rasmi yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini mengenai perbezaan peruntukan di antara Majlis Daerah Tanah Merah dengan Majlis Daerah Jeli ataupun di majlis daerah seluruh Kelantan oleh kerana wujudnya sikap pilih kasih yang sedemikian. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang sentiasa ditanya-tanya oleh masyarakat di Tanah Merah ialah berkenaan dengan satu cadangan pembinaan flyover lintasan kereta api di bandar Tanah Merah yang pernah dirasmikan tapaknya oleh bekas Menteri dahulu Dato’ Seri Samy Vellu pada dua tahun yang lalu. Sampai kini sebutir pasir pun tiada.
Seorang Ahli
Pasir berdengung... [Ketawa]
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, di samping kita mengkritik keberkesanan pasukan polis saya juga menyedari dan kita semua menginsafi bagaimana beban tugas anggota keselamatan. Sebagai rekod kita tidak terbayang bagaimana misalnya ada ketua-ketua polis negeri dari sudut gred pangkat mereka dimana di negeri-negeri tertentu lebih rendah daripada pengarah hospital daerah.
Sedangkan kawasan jagaan dan tanggungjawab mereka begitu jauh bezanya untuk menjaga negeri untuk dibandingkan dengan menjaga sebuah hospital. Saya menyarankan agar kerajaan menilai kembali atau menaikkan gred mereka ini.
Kita mahu mengurangkan masalah jenayah dari meningkat tatkala ekonomi kita Malaysia malap. Hanya dengan berlaku adil kepada mereka kita harap mereka dapat tumpu kepada tugas dan bukannya sibuk dengan kes-kes politik. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja mengenai jenayah yang semakin meningkat dan penjenayah semakin berani. Pada dua minggu yang lepas saya pergi ke Subang Jaya iaitu di Carrefour. Saya tinggalkan kereta saya lebih kurang dalam satu jam, apabila balik cermin kereta semua pecah. Jadi saya tanya pihak pengurusan Carrefour dan mereka kata CCTV tiada dan hanya mampu minta maaf.
Beg dan semua dokumen-dokumen saya hilang. Laptop nasib baik ada di Parlimen. Jadi tiga hari selepas itu kejadian sama juga berlaku di kawasan saya, di mana seorang pakcik tua yang sedang memandu kenderaannya berhenti di traffic light tiba-tiba datang remaja bermotosikal membuka pintu dan menarik keluar pemandu tersebut dan melarikan beg yang ada di dalam kereta tersebut.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Benda ini berlaku di tengah-tengah bandar Tanah Merah dan di sebelahnya ada sebuah bas yang membawa budak-budak sekolah, di mana budak-budak sekolah ini menyaksikan kejadian itu secara langsung. Jadi apa yang saya hendak ceritakan di sini penjenayah begitu berani sekarang. Mungkin kerana desakan ataupun tekanan hidup yang begitu tinggi dan saya menyeru kepada pihak kerajaan memikirkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil terhadap penjenayah yang begitu berani sekarang ini. Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan dengan hospital besar di Tanah Merah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua hospital berkenaan dibina di atas bukit.
Laluan masuk hanya ada satu jalan sahaja. Keadaan kereta dari segi tempat letak kereta menjadi amat terhad. Saya rasa pihak kementerian tidak sukar untuk pihak kerajaan merancang dan membina tempat letak kereta bertingkat demi menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan hospital tersebut sehingga mengganggu bukan sahaja kenderaan awam malah sering menyekat laluan ambulans.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa berkenaan dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini banyak yang perlu diketengahkan dan apa yang saya nampak dan merisaukan saya ia hanya sekadar untuk menyedapkan rakyat sahaja. Jadi sekian sahaja ucapan saya terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera salam perpaduan salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberikan Sabak Bernam peluang untuk bersama-sama dalam membahaskan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang menggariskan strategi pentadbiran kerajaan untuk melakukan transformasi ekonomi negara sebagai detik permulaan pembentukan model ekonomi baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh atau RMK-10 bagi mewujudkan negara berpendapatan tinggi.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Bajet ini juga meneruskan usaha memastikan pembangunan holistik yang mapan tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat dengan memperuntukkan RM2 bilion bagi subsidi insentif dan bantuan sara hidup untuk golongan berpendapatan rendah. Begitu pun, pendekatan mikro kerajaan dalam bermatlamat bagi memastikan setiap peruntukan dapat sampai kepada golongan sasar dengan cekap dan tepat.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk membangunkan modal insan berkualiti tinggi melalui memperkasakan pendidikan dengan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar sekolah.
Sehubungan dengan itu, pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu dipertingkatkan khususnya dari segi kakitangan, infrastruktur dan prasarana termasuklah Pejabat Pelajaran Daerah ataupun PPD yang menjadi nadi pentadbiran sekolah di peringkat daerah. Fungsi PPD bukan sahaja bertanggungjawab bagi pengurusan perancangan dan pembangunan sekolah, tetapi juga pengurusan penempatan dan pertukaran guru, kakitangan dan murid, pengurusan kurikulum, peperiksaan, hal ehwal murid seperti sukan dan bimbingan kaunseling, pengurusan latihan dan kemajuan staf, pengurusan kewangan dan akaun, perkhidmatan dan sebagainya.
Begitulah besarnya tanggungjawab PPD. Saya membangkitkan perkara ini kerana Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam yang ditempatkan di bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur sejak 1 Jun 1982 lagi.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Akan tetapi setelah 27 tahun, PPD Sabak Bernam masih lagi menumpang di salah satu blok SK Seri Makmur walaupun telah memohon kepada Kementerian Pelajaran supaya dapat dibina sebuah kompleks Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam dan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan saya telah difahamkan tender telah dikeluarkan, tetapi sampai sekarang masih lagi tidak tahu apa-apa berita lagi tentang PPD ini.
Tanah bagi kompleks bangunan ini telah dikenal pasti dan PPD Sabak Bernam yang menguruskan 64 buah sekolah kebangsaan dan menengah iaitu, sekolah kebangsaan ada 35, SJK(C) ada 10, SJK(T) ada dua, SMK ada lapan, sekolah agama menengah ada tujuh, sekolah menengah kebangsaan agama ada satu dan SBPI ada satu. Sementara itu SK Seri Makmur mempunyai 1,352 orang murid dan prasekolah diadakan dua sesi. Ibu bapa dan orang ramai sering menimbulkan rungutan kerana kesesakan di kawasan sekolah dan PPD sejak sekian lama.
Oleh itu saya memohon kerjasama dan penjelasan dari pihak Kementerian Pelajaran berhubung cadangan pembinaan bangunan pejabat PPD Sabak Bernam untuk mengurangkan keluh kesah pegawai-pegawai PPD, dan juga ibu bapa yang menghantar murid-murid ke sekolah SK Seri Makmur. Pada masa ini PPD Sabak Bernam mempunyai 74 kakitangan terdiri daripada pegawai - 17 dan kakitangan kumpulan sokongan hakiki - 17, pegawai pinjaman - 16, kakitangan pinjaman - 24.
Berdasarkan komposisi pegawai dan kakitangan tersebut adalah ibarat, “Sudah terang lagi bersuluh”. Kebanyakannya adalah pegawai dan kakitangan pinjaman. Saya merayu agar Kementerian Pelajaran dapat mengkaji keperluan guna tenaga di setiap PPD, khususnya di PPD Sabak Bernam dan meluluskan permohonan pertambahan jawatan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PPD Sabak Bernam dan sekolah-sekolah di daerah Sabak Bernam amnya.
Kalau pinjam sekejap mungkin boleh, tetapi kalau sudah 27 tahun pun masih pegawai dan kakitangan pinjaman tentulah ada yang tidak kena. Perkara asas seperti ini perlu diselesaikan segera oleh pihak Kementerian Pelajaran. Oleh itu saya memohon penjelasan Kementerian Pelajaran, kenapa begitu ramai pegawai dan kakitangan sokongan secara pinjaman di PPD Sabak Bernam.
Satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan ialah berhubung dengan kenaikan perkhidmatan pegawai PPD seperti dari gred DGA 48 ke DGA 52 dan DGA 54 yang mensyaratkan mestilah penolong kanan pentadbiran atau PKP seperti penolong kanan satu. Syarat ini telah menjadi masalah kepada pegawai-pegawai di PPD kerana bukan dari penolong kanan dan menyukarkan atau tidak memungkinkan mereka naik pangkat. Itulah sebabnya ramai pegawai atau guru-guru di sekolah tidak berminat untuk berkhidmat di PPD, dan seterusnya sering kali menolak jika ditawarkan untuk berkhidmat di PPD. Oleh itu saya mencadangkan Kementerian Pelajaran menyemak dan mengkaji semula pekeliling- pekeliling yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, keduanya saya ingin menyentuh berhubung kesihatan.
Bajet 2010 membuktikan keprihatinan kerajaan kepada aspek kesihatan rakyat dan memperuntukkan RM14.8 bilion bagi mengurus, membiayai dan menaik taraf kemudahan hospital dan klinik. Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Kesihatan berhubung cadangan membina Pusat Kesihatan Sabak Bernam yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Klinik Kesihatan Sungai Besar dan Klinik Kesihatan Sabak Bernam.
Pejabat Kesihatan Sabak Bernam mulanya menumpang di pejabat daerah semenjak tahun 1963 lagi dan kemudiannya menyewa di kompleks pejabat daerah yang baru semenjak 1970. Masa berlalu, tahun demi tahun sehingga kini setelah 39 tahun masih lagi menyewa di Pejabat Daerah Sabak Bernam Sungai Besar. Tanah seluas 5 ekar telah dikenal pasti di Ladang Air Manis Sabak Bernam. Penantian adalah suatu seksa yang tidak tertanggung kerana kakitangan pejabat kesihatan daerah ini terus bertambah sedangkan ruang tugas tetap sama.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Nasib Klinik Kesihatan Sungai Besar dan Klinik Kesihatan Sabak Bernam juga bagaikan satu episod malang yang panjang, kerana klinik tahun 1960-an ini terpaksa terus beroperasi dengan kemudahan yang terhad. Klinik-klinik ini sama seperti klinik kesihatan yang lain memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar, kesihatan keluarga untuk ibu-ibu dan kanak-kanak, klinik pergigian dan farmasi.
Klinik Kesihatan Sabak Bernam memberikan perkhidmatan khusus bagi pesakit luar warga emas. Kedua-dua klinik ini telah diluluskan untuk upgrading kepada klinik kesihatan jenis ketiga. Khabar yang gembira ini hanya ibarat mimpi dalam mimpi. Setiap klinik kesihatan ini menerima lebih 200 pesakit luar setiap hari. Masalah terbesar ialah ruang menunggu yang sempit dan bilik pemeriksaan yang terpaksa dikongsi oleh dua hingga tiga pegawai perubatan tanpa privacy kepada pesakit. Saya memohon penjelasan daripada Kementerian Kesihatan berhubung status kedua-dua klinik kesihatan ini.
Kementerian Kesihatan tolonglah, jangan tunggu lama-lama. Kesabaran rakyat tentulah ada hadnya.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga saya ingin menyentuh tentang Bajet 2010 yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama dan menumpukan tiga strategi utama iaitu, memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Saya ingin memfokuskan kepada strategi terakhir kerana kerajaan mengutamakan suasana aman, selamat dan selesa bagi memajukan negara.
Keselamatan rakyat mestilah terjamin, begitu juga ketenteraman awam. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri atau KDN berhubung cadangan membina Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam yang telah dipohon sejak 2007 lagi. IPD Sabak Bernam diwujudkan pada 3 April 1983.
Sebelum ini IPD Sabak Bernam telah diletakkan di bawah IPD Kuala Selangor, manakala IPD Sabak Bernam telah dijadikan pusat latihan polis ataupun PULASA, walau bagaimanapun hanya sekali sahaja pentauliahan.
Kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam meliputi kawasan seluas 98,160.71 hektar dengan jumlah penduduk melebihi 131,600 orang. Terdapat 7 buah balai polis di bawah pentadbiran IPD iaitu Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Tawar, Merbau Berdarah, Parit Baru dan Sungai Nibong selain pondok polis komuniti di Bagan Nakhoda Omar dan Taman Padu Permai Sungai Besar. Perkembangan perbandaran Sungai Besar dan Sabak Bernam begitu pesat. Kini keanggotaan IPD terdiri daripada 25 orang pegawai kanan, 330 anggota pangkat rendah dan 11 orang perkhidmatan awam.
Saya memohon kepada Kementerian Dalam Negeri agar segera mempertimbangkan permohonan untuk pembinaan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam yang baru. Keperluan kepada IPD baru Sabak Bernam adalah mendesak.
Pertamanya ruang lokap yang sepuluh orang, tetapi bilangan yang ditempatkan di lokap lebih daripada itu setiap hari. Keduanya tempat barang kes yang sempit, yang menyebabkan tidak lagi sesuai kerana dikhuatiri barang kes hilang dan sebagainya. Selain itu saya memohon agar KDN menimbangkan permohonan itu.
Selain itu juga, saya mohon untuk membina Berek Polis Sungai Besar di tapak yang sedia ada. Pada masa ini terdapat 51 unit sedangkan anggota 330 orang, tambahan pula berek ini hanya mempunyai dua bilik setiap unit. Pada sesi yang lepas, saya pun telah membangkitkan hanya untuk direpair, tetapi saya sudah cakap berek polis ini tidak perlu direpair, kita kena ganti yang baru sebab dua bilik tidak sesuai lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan tiga bilik dan keselesaan kepada anggota polis dan juga kuarters pegawai kanan, kuarters pegawai kanan yang di atas tanah bersebelahan pejabat bomba sekarang yang berkeluasan dua ekar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Bajet 2010 yang bukan sahaja menekankan pencapaian ekonomi tinggi melalui model ekonomi baru negara dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada modal, tetapi juga daya kreativiti, inovasi dan berfikiran luar kotak.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Kita amat mengalu-alukan cadangan kerajaan bagi digunakan Dasar Industri Kreatif negara. Begitu pun dasar ini hendaklah komprehensif dan menyeluruh serta meliputi pelbagai bidang. Kita juga mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk menyediakan dana industri kreatif sebanyak RM200 juta bagi aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan sebagainya. Saya memohon kepada kerajaan supaya memberikan tumpuan kepada perkembangan dan pembangunan sastera dan bahasa negara.
Saya mewakili penduduk Sabak Bernam khasnya dan di negeri Selangor amnya turut berbangga dengan Datuk Dr. Anuar Ridhuan. Beliau dari kampung saya Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara kesepuluh.
Sesungguhnya kejayaan beliau membuktikan sesiapa sahaja mampu mencapai kejayaan hebat dan cemerlang di dalam pelbagai bidang di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang adil. Datuk Dr. Anuar adalah anak desa kelahiran Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam. Anak pesawah, bapanya pembuat lokah, ibunya bidan kampung.
Beliau menghasilkan karya di bawah sinar lampu pelita, di selimut kelambu. Karyanya tentang rakyat desa seperti novelnya ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’ dan cerpennya ‘Dunia Adalah Sebuah Apartmen’.
Begitulah hebatnya anak desa yang diangkat martabatnya sebagai Sasterawan Negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang yang telah menimbulkan dalam sesi soal jawab lisan tempoh hari berhubung hadiah Sasterawan Negara. Saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Pelajaran yang bersetuju pada dasarnya untuk menjadikan karya Sasterawan Negara untuk dijadikan buku teks sastera sekolah menengah di samping meningkatkan kemudahan penerbitan buku dari 50,000 buah bagi lima tajuk kepada 100,000 buah bagi 10 tajuk bagi memberikan impak terhadap perkembangan sastera kepada semua golongan masyarakat.
Saya ingin mencadangkan agar Sasterawan Negara diberikan geran penyelidikan dari segi pembinaan dan perkembangan sastera secara usaha sama dengan IPT atau lain- lain badan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan ruang peluang dan kemudahan kepada Sasterawan Negara untuk memperkenalkan hasil karyanya ke seluruh negara juga Asia, Eropah dan seluruh dunia bagi memartabatkan sastera negara di persada antarabangsa. Suara Sasterawan Negara juga wajar dipertimbangkan supaya suaranya dapat didengar di Dewan Negara bagi mewakili suara penulis, pejuang isu bahasa dan tamadun bangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang komitmen kerajaan untuk memajukan sektor pertanian. Kerajaan memperuntukkan RM6 bilion untuk memperkasakan sektor pertanian. Di antaranya untuk menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur pengairan, memodenkan akuakultur dan sebagainya.
Kita berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan kepada golongan petani dan nelayan dengan memberikan peruntukan sebanyak RM2 bilion dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan sara hidup. Dalam bidang pertanian ini saya ingin menyentuh tentang pengeluaran beras negara yang kini hanya menampung 65 peratus hingga 70 peratus sahaja daripada pengeluaran negara manakala selebihnya terpaksa diimport dari luar negara seperti Thailand.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi negara. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membuka kawasan tanaman padi baru atau diusahakan secara komersial. Di samping itu adakah kerajaan bercadang memperkenalkan padi hibrid yang ditanam secara meluas di China. Padi hibrid jenis HZ1 atau HS9 menurut kajian MARDI didapati sesuai menggantikan MR219 dan MR220 kerana mempunyai daya tahan melawan penyakit.
Kita juga berterima kasih kepada MARDI yang telah membuat kajian di Parit Lima Timur di Parlimen saya untuk MR219 di kawasan hampir 75 ekar. Sudah tiga musim dan pendapatan setiap pesawah seramai 35 peserta ialah lebih 9 tan.
Tuan Abd. Rahmah Bakri - Sabak Bernam
Akan tetapi adakah ini dapat dikembangkan kepada seluruh pesawah-pesawah di tempat saya di Parit Satu sampailah ke Parit Duabelas? Ini kerana di situ ialah tempat keluaran padi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penggunaan baja organik untuk penanaman padi dan tanaman pertanian lainnya. Sejauh manakah kerajaan menggalakkannya? Adakah kerajaan ada membuat penyelidikan dan kajian kemungkinan bagi menggalakkan penggunaan baja organik bagi mengurangkan pergantungan kepada baja kimia seperti sekarang? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan bilangan pengusaha atau pengeluar baja organik tempatan atau bilangan lesen untuk mengimport baja organik ini. Sekian terima kasih. Saya dari Sabak Bernam mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Kemang.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.
Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk memberi pandangan mengenai dengan bajet yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Ulasan saya yang pertama ialah saya tidak mempunyai apa-apa pandangan mengenai dengan keistimewaan bajet ini. Bajet ini tiada beza daripada bajet yang dibentangkan tahun demi tahun. Defisitnya berterusan selama 12 tahun seolah-olah tidak memberi satu harapan kepada rakyat untuk melihat satu bajet yang seimbang. Maka defisit ini sebagai satu perkara normal bagi negara kita dan ia mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyukarkan atau memberi satu ekonomi yang boleh diharapkan oleh rakyat negara.
Ini mungkin oleh kerana ekonomi kita ini tertumpu pada sumber asli. Maka sikap kita ialah sepertimana sikap negara-negara Timur Tengah yang mempunyai sumber asli iaitu minyak. Selagi mereka percaya dan yakin bahawa setiap saat ada aliran minyak, ada keluaran minyak, maka aliran wang tunai mereka terjamin. Ini telah menimbulkan sikap bahawa tidak perlunya mempunyai satu dasar ekonomi yang lain hasil daripada keluaran minyak seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara yang tidak mempunyai sumber asli seperti negara Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, India dan lain-lain lagi. Mereka menumpukan dasar ekonomi kepada industri pembuatan, pertanian, makanan dan sebagainya. Minyak ialah satu bahan yang perlu mereka beli dan akan menjadi masalah sekiranya harga minyak meningkat kerana ini akan menimbulkan recession, maka perlu mereka mempunyai satu dasar ekonomi yang kuat yang boleh menampung keperluan negara masing-masing.
Dalam ekonomi seperti ini kita lihat bahawa pertumbuhannya terkawal. Simpanan dana dan wangnya diuruskan dengan baik dan simpanan ini akan digunakan untuk menampung recession apabila ada. Malaysia tidak ada dasar pengurusan ekonomi jangka panjang. Sebaliknya kita boros kerana selesa dengan pengeluaran minyak dan harga.
Maka dengan itu timbul leka dan tidak ada kesungguhan kita untuk mengawal perbelanjaan.
Pengawalan mengenai dengan pembelian bekalan, mengawal kontrak pembangunan, mengawal pengendalian penyaraan ataupun mempunyai audit dalaman mengenai dengan projek pembangunan.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Maka dengan itu walaupun ditekankan bahawa bajet kali ini, kos operasi perbelanjaan dikurangkan supaya memperuntukkan yang lebih untuk pembangunan. Akan tetapi dalam masa yang sama bertahun-tahun kita telah mendapati bahawa ketirisan yang melibatkan sampai ke angka RM20 bilion. Ini tidak akan memberi makna kepada kita mengurangkan kos apabila kita cuai mengenai dengan pelaksanaan dan pengurusan kewangan negara. Di negara-negara yang membangun ataupun yang sudah pun sampai ke tahap industri, mereka menjaga ekonomi pertengahan (the middle class economy) seperti SME yang menentukan kekukuhan ekonomi mereka.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Apabila ada jumlah yang banyak menurun pada tahap pendapatan rendah ini petanda bahawa ekonomi mereka sedang menurun. Walaupun keadaannya yang menunjukkan ekonomi itu kukuh tetapi sekiranya ekonomi itu dipegang hanya oleh mereka yang kaya raya ini juga akan menimbulkan masalah kerana rakyat biasa yang begitu ramai yang berpendapatan rendah. The erosion of middle class, dengan izin. Ini satu perkara yang bahaya. Bahaya apabila tiada peluang middle class hendak naik ke upper class.
Walhal ramai menurun kepada the lower class. Seperti mana yang saya sebutkan ini berlaku tatkala ekonomi dilihat baik tetapi kekayaan hanya kepada yang kaya raya.
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya sebut mengenai dengan ketirisan, sudah bertahun-tahun Laporan Audit Negara telah menekankan secara spesifik ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Akan tetapi ini telah diabaikan sehingga ketirisan ini bertambah begitu ketara sampaikan ketika ini kita sedang menilai beberapa perkara yang telah dilakukan, yang telah menggunakan dana yang begitu banyak, yang telah membuatkan kerajaan begitu serba salah kerana mempunyai masalah kewangan untuk menyelesaikan hutang- hutang ataupun pembaziran umpamanya seperti untuk menyempurnakan bon-bon yang telah pun matang.
Ketirisan mengenai pembangunan misalnya, yang mana projek diadakan menerusi reka dan bina (design and build). Tidak sesiapa boleh membuat penilaian apakah cara ini memberi faedah yang baik kepada kerajaan. Itulah sebabnya satu projek, umpamanya pembinaan Istana Negara iaitu satu projek yang pada awalnya dianggarkan sebanyak RM400 juta sekarang telah meningkat kepada RM1.2 bilion. Reka dan bina ini kontraktornya ialah satu syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM5 juta.
Seandainya ada pemantauan, kemungkinan dapat ditentukan pada waktu itu kemampuan syarikat untuk melaksanakan satu kerja yang begitu besar dan telah terbukti yang pertamanya sistem ini tidak sesuai. Kedua, syarikat yang menawarkan untuk membina Istana Negara ini tidak berkemampuan. Maka telah menimbulkan satu perbelanjaan yang begitu besar, sudah tiga kali ganda dan ini menunjukkan bahawa sistem memberi projek ini cara reka bina tidak sesuai dan tidak memberi faedah kepada kerajaan. Ini seperti mana yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan soal double tracking system yang telah melonjak dua kali ganda.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan pelaburan-pelaburan juga telah ditekankan dalam Laporan Audit Negara. Saya hendak menyentuh mengenai dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad yang beberapa tahun dahulu subsidi minyak telah dikeluarkan semata-mata untuk membantu mempertingkatkan prasarana di negara. Maka Syarikat Prasarana Negara Berhad telah ditubuhkan dan telah diperuntukkan begitu banyak kewangan supaya dapat membeli bas dan mempertingkatkan sistem pengangkutan negara.
Apa yang telah berlaku sehingga hari ini kerugian terkumpul semenjak 2005 sehingga 2008 sebanyak RM830 juta.
Ini oleh kerana syarikat telah membeli bas yang bermutu rendah dari negeri China yang tidak sesuai, yang tidak bermutu untuk digunakan dalam negara. Syarikat ini juga telah membeli sebidang tanah di Cheras dengan harga yang begitu mahal lebih tinggi daripada penilaian yang dibuat oleh perunding penilai dan perunding tanah. Ini contohnya apabila pelaburan dibuat kepada syarikat yang tidak dikawal, yang telah diberi mandat yang begitu longgar, yang telah mengendalikan syarikat seumpama ia tidak mempunyai matlamat.Hanya semata-mata untuk membelanjakan wang dana negara untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sudah jelas tugas ini tidak dijalankan dengan begitu baik. Mereka tidak menjalankan mengikut peraturan yang diberi dan akhirnya telah menimbulkan masalah. Akhirnya, saya khuatir dalam beberapa tahun yang akan datang ini, mungkin dalam dua tiga tahun tanpa pelaburan baru daripada kerajaan, Syarikat SPNB ini akan tutup.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai dengan kontrak- kontrak lebuh raya. Di kawasan saya di Telok Kemang sudah ada satu kontrak atau dua kontrak yang melibatkan sebanyak RM155 juta mengenai dengan pembinaan lebuh raya melalui Telok Kemang ke Pasir Panjang dan ke Linggi. Projek ini telah terbengkalai, tidak ada kerja yang sedang dilakukan semenjak satu tahun. Saya diberitahu bahawa projek ini akan ditarik balik dan akan dipanggil kontraktor baru untuk menyiapkannya.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Ini contohnya di mana satu kontrak runding terus yang tidak terkawal, yang akhirnya akan melibatkan dua kali ganda wang kerajaan untuk menyiapkan projek seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, siapakah sebenar yang menentukan apakah harga pada projek yang telah ditetapkan itu berpatutan? Siapakah yang mengawal dan mengesan masalah supaya sempat memberi cadangan supaya tindakan untuk mengelak pembaziran yang akan berlaku? Mentaliti lapuk kita menganggap bahawa selagi kita mempunyai hasil, kita akan melaksanakan kerja tidak memikirkan bahawa satu ketika kita tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan projek-projek yang telah dirancangkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dua minit boleh dihabiskan, Yang Berhormat?
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Dua minit ini habis ataupun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan dua minit. Masa Yang Berhormat 20 minit akan tamat dalam masa dua minit.
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Dalam dua minit tidak dapat saya tambah melainkan disambung esok, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dua minit, Yang Berhormat.
Kita habiskan dalam masa dua minit ini.
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Hendak dihabiskan? Tidak apalah kita balik awal. Saya habiskan dengan satu pantun, Kalah tentera kerana kuda, Kalah Raja kerana Menteri; Kalau bersaing tersalah bida, Bertukar harga tidak terperi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun jawab pantun itu, Tuan Yang di-Pertua.
Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Banyak kali saya berdiri, Baru sekarang saya mendapat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sambung esok, Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 4 November 2009.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.34 malam.