Oct282009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, sama ada beliau sedar atau tidak bahawa Agro Bank masih memberi keutamaan kepada soal collateral (cagaran) dalam mempertimbangkan permohonan pinjaman projek-projek kecil dan sederhana pertanian di kawasan-kawasan luar bandar.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya pertimbangan pemberian pinjaman ataupun pembiayaan Agrobank bukanlah semata-mata bergantung pada cagaran sahaja tetapi ia melibatkan beberapa pertimbangan yang lain seperti keperibadian bakal peminjam ataupun karakternya, modal sendiri peminjam yang boleh disediakan, keadaan projek dan potensi pengeluaran hasil, kemampuan dan pengalaman ataupun pengetahuan peminjam sendiri.

Untuk projek-projek khususnya sektor kecil dan sederhana, Agrobank ada menyediakan pinjaman-pinjaman yang tidak memerlukan apa-apa cagaran ataupun penjamin. Pinjaman yang diberi adalah seperti pinjaman Skim Kredit Padi, Pinjaman MUST iaitu Modal Usahawan Tani untuk mengusahakan projek kecil dan sederhana berkaitan pertanian dan bukan pertanian, Skim Mikro Kredit Pertanian, Skim Mikro Kredit ESP dan MEF.

Mikro ESP adalah mikro kredit dilancarkan selepas Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang mana pembiayaan diberi kepada sektor pertanian di peringkat aktiviti, pengeluaran hasil dan aktiviti industri asas tani. Sementara MEF ataupun Micro Enterprise Fund di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia adalah untuk pinjaman mikro kredit untuk sektor pertanian dan juga lain-lain sektor.

Tuan Yang di-Pertua, cagaran adalah diminta untuk tujuan mitigasi risiko pemberian pinjaman. Agrobank mengeluarkan pinjaman daripada wang simpanan orang ramai dan Agrobank bertanggungjawab untuk memberi pulangan yang wajar dan jaminan simpanan kepada penyimpan-penyimpannya. Pada kebiasaannya apabila seseorang pelanggan mengemukakan apa-apa bentuk cagaran komitmen peminjam berkenaan akan lebih tinggi untuk menjayakan projek ini. Sekiranya pemberian pinjaman menggunakan dana kerajaan syarat-syarat cagaran akan dilonggarkan.

Pihak Agrobank sentiasa bersedia menimbangkan permohonan pinjaman dari petani, penternak dan nelayan. Agrobank juga sentiasa menyokong dan meluluskan semua pinjaman yang berdaya maju dalam memastikan objektif kerajaan menjadikan pertanian sebagai penggerak utama ekonomi negara akan tercapai.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang sedar bahawa ada kelonggaran-kelonggaran tetapi di lapangan sana, di bawah sana, hujah yang pertama yang keluar daripada pihak bank adalah, “Kamu ada collateral kah (cagaran)?” Jadi, di bawah sana ceritanya tidak begitu seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri pinjaman tanpa cagaran adalah micro credit. Micro credit jumlahnya kecil tetapi kepada orang yang telah berpengalaman dalam pertanian dan telah berjaya tetapi dalam skala yang hanya mampu membayar overhead dan sebagainya sahaja.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Akan tetapi untuk dia menjadikan pertaniannya sebagai perniagaan (yang itu yang diutarakan yang dicanangkan oleh kementerian dalam iklan-iklan) bahawa pertanian adalah perniagaan, sudah tentu untuk memodalkannya memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Akan tetapi di kampung-kampung nilai tanah adalah kecil, jadi cagaran adalah advantage, dengan izin, kepada mereka yang mempunyai tanah di kawasan-kawasan bandar. Seekar tanah di bandar mungkin mencecah RM500,000 hingga RM1 juta tetapi seekar tanah di kampung tidak berapa banyak nilainya. Jadi kalau cagaran menjadi masalah dengan pinjaman yang melebihi katakan RM1 juta, apakah Agrobank mempunyai cara-cara yang membolehkan mereka yang telah berjaya dalam bidang yang berkenaan untuk mendapat biayaan ataupun pinjaman ataupun apa cara pun dana bagi membesarkan perniagaan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Besar. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa memang benar apa Yang Berhormat nyatakan iaitu micro credit ini ialah untuk peminjam yang kebanyakannya berjumlah RM50,000 ke bawah. Ini kita tidak nafikan bahawa sehingga hari ini telah ramai peminjam-peminjam mikro kredit iaitu seramai 100,440 orang yang melibatkan 865.6 juta yang telah mendapat faedah.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi mengenai mereka yang ingin membesarkan perniagaan, seperti mana yang saya nyatakan tadi dan juga saya telah pun tanya dengan pihak Agrobank sendiri Tuan Yang di-Pertua, apakah benar kolateral ini merupakan perkara penting untuk diberi jaminan bagi mendapatkan pinjaman. Pihak bank memberikan jaminan kepada pihak kementerian bahawa kolateral asas yang dikehendaki, tetapi mana-mana perniagaan yang mungkin tidak mampu untuk menyediakan kolateral yang sewajarnya maka projek yang akan dilaksanakan akan diambil kira. Karakter peminjam itu juga diambil kira.

Dipendekkan cerita Tuan Yang di-Pertua, bank akan melihat kemampuan peminjam untuk membayar balik. Jika didapati bahawa projek itu boleh menyebabkan peminjam mampu membayar balik, maka pihak bank selalunya tidak ada keberatan untuk memberi pinjaman. Di dalam masa yang sama, di bawah Kementerian Kewangan ada juga satu skim iaitu Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan yang terbuka kepada semua pemohon.

Kepada mereka yang telah berjaya kerajaan memberikan jaminan sehingga 80 peratus.

Jadi, walau bagaimanapun apa Yang Berhormat Padang Besar nyatakan tadi kita tidak nafikan. Kadang-kadang ada juga pegawai-pegawai di peringkat bawah yang mungkin tidak berapa jelas mengenai tabung-tabung yang disediakan oleh bank. Seperti contoh, di Agrobank sahaja kita ada 14 tabung yang melibatkan beberapa syarat termasuklah juga seperti yang saya katakan tadi iaitu micro credit.

Di mana di bawah micro credit walaupun tidak ada penjamin dan tidak ada cagaran, ada pula di antara tabung-tabung tertentu seperti Tabung MUST, peminjam dikehendaki membuka akaun selama enam bulan terlebih dahulu di Agrobank. Akan tetapi lain-lain tabung selain daripada MUST yang melibatkan micro credit iaitu tidak perlu jaminan, tidak perlu cagaran dan tidak perlu pun ada akaun lebih awal daripada bank. Jadi mungkin Yang Berhormat Padang Besar, kerana terlampau banyak tabung ini maka pegawai bawah pun mungkin keliru dengan syarat-syarat yang ditentukan. Oleh sebab itu Agrobank akan memohon kepada pihak kerajaan untuk mengecilkan jumlah tabung ini supaya ia lebih mudah difahami oleh peminjam. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya ialah di antara agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memantau kejayaan pertanian di luar bandar ini iaitu Majlis Pertanian peringkat Parlimen yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian.

Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah agensi kerajaan negeri dilibatkan di dalam Majlis ini dan apakah fungsi, peranan Majlis ini dan kenapakah semua Ahli Parlimen tidak dilibatkan dalam Majlis ini untuk kita sama-sama menjaga kepentingan rakyat? Minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Ini walaupun luar daripada soalan asal, tetapi oleh sebab telah dibangkitkan saya akan memberikan penjelasan. Saya ingin menyatakan bahawa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita ada mempunyai lebih 12, tiga jabatan dan sembilan agensi. Oleh sebab agensi ini banyak dan kita dapati ada juga berlaku pertindihan tugas di antara beberapa agensi, maka pihak kementerian telah menubuhkan Agro Inn, ertinya semua pegawai ini kita satukan dan kita lantik seorang pegawai untuk menyelaraskan projek. Itu di pihak kakitangan kementerian.

Untuk memastikan delivery system yang selalu dibangkitkan oleh rakyat termasuk juga pembangkang terutamanya Kementerian Pertanian yang kita lihat begitu banyak subsidi, begitu banyak bantuan, untuk memastikan ia betul-betul sampai ke peringkat akar umbi, maka kita menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen di mana ahli-ahlinya terdiri daripada kakitangan dan juga pegawai-pegawai agensi kementerian dan juga wakil- wakil daripada NGO’s yang terlibat yang ada kepentingan di dalam pertanian seperti wakil peladang, nelayan, kelab usahawan dan sebagainya. Maka saya selaku Menteri telah pun melantik Pengerusi-pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen ini untuk memastikan segala apa yang telah kita rancang mengenai polisi ini sampai ke peringkat akar umbi.

Sebagai Menteri yang melantik pengerusi-pengerusi ini, pertamanya, sudah tentulah saya kena melantik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional kerana Ahli-ahli Barisan Nasional mempunyai dasar yang sama, polisi yang sama... [Tepuk] Jadi kerana itu bagi kawasan-kawasan yang Ahli Parlimennya bukan Barisan Nasional, kita juga adil lantik penyelarasan penasihat Parlimen. Jadi duit ini duit Persekutuan... [Dewan riuh] Ya, dengar dahulu!

Ini Yang Berhormat Tumpat, saya tak sangka jadi Setiausaha Agung sudah lama pun tak faham juga dasar kerajaan... [Disampuk] Ya, tetapi pembangkang kena faham.

Kita, pentingnya rakyat. Yang kita lantik ini adalah jentera dan bagaimana duit ini boleh sampai kepada rakyat tanpa mengira fahaman agama..

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu materialis.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Kalau kita lantik daripada pembangkang, nanti duit-duit Kerajaan Persekutuan, dia buat pencapaian. Dia akan kata, “tengok, ini duit yang diberi oleh pihak pembangkang”.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa ini Yang Berhormat Menteri.., apa jawapan macam ini, apa jawapan macam ini?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa jawapan macam ini?

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang pentingnya ialah rakyat! Apa, apa Yang Berhormat Kuala Selangor?

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa jawapan macam ini Yang Berhormat Menteri? Tak fahamkah federalism?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak boleh macam ini Yang Berhormat, tak boleh...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Okey, saya nak fahamkan. Mekanisme kita ialah kita menggunakan jentera Barisan Nasional. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat daripada Kuala Selangor, saya boleh bagi kepada JKK. Dengan syarat lantik balik JKK yang dahulunya dilantik oleh Barisan Nasional yang hari ini dipecat oleh kerajaan negeri.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Hari ini kita Ahli Parlimen... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tak boleh berbahas macam ini Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduklah... [Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Saya kena jelas sekarang, pembangkang...

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kuala Selangor, sabar.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang penting ialah rakyat. Yang penting ialah rakyat. Bagi kita...

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya lah, kerajaan parti pembangkang pun dia lantik orang dia juga. Yang kita lantik, dia tak...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, ini soalan budak-budak.

Ini, soalan ini soalan budak-budak yang cuba berikan...

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta maaf Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang penting ialah rakyat dan jentera kita.

Bagaimana duit kerajaan hendak disampaikan kepada rakyat?

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, kenapa orang Ketua Bahagian UMNO dilantik?

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Mesti ada jentera kita sendiri! Kerajaan pembangkang, kerajaan pembangkang ada negeri sendiri, ada peruntukan sendiri, gunalah jentera sendiri. Tak faham-fahamkah? Terima kasih banyak.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jangan tak faham Federalism lah!

final • 10:10 AM

2. Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok] minta Menteri Pelajaran menyatakan, penjelasan mengenai bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap sekolah agama di bawah kerajaan negeri selaras dengan tumpuan yang diletakkan dalam salah satu NKRA kerajaan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dan Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Barat, Pontian...

[Tepuk] Alhamdulillah, dua hari berturut-turut saya menjawab soalan daripada dua pemimpin agung yang menyokong kerajaan perpaduan... [Tepuk] Semalam Presiden PAS, hari ini Timbalan Presiden PAS. Insya-Allah esok, Naib Presiden PAS.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang adil, kerajaan adalah komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Bachok, bagi tahun 2009 sebanyak RM37.16 juta telah diperuntukkan kepada sekolah agama rakyat ataupun SAR seluruh negara bagi tujuan bantuan pengurusan, bantuan kursus dan bantuan pembangunan. Untuk makluman, ada dua kategori sekolah agama yang bukan di bawah Kementerian Pelajaran iaitu:

(i) sekolah agama rakyat ataupun SAR; dan

(ii) sekolah agama negeri ataupun SAN.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Sehingga kini, hanya 156 daripada 382 sekolah agama rakyat ataupun sekolah agama negeri yang telah mendaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini bermakna 226 buah sekolah yang belum mendaftar. Sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri yang mendaftar dengan KPM akan dikenali sebagai sekolah agama bantuan kerajaan.

Untuk tahun 2009 sahaja, RM281.4 juta telah diperuntukkan kepada sekolah agama bantuan kerajaan. Sekolah agama yang mendaftar sebanyak 156 buah ini, sekolah agama negeri, 61; sekolah rendah agama negeri, 12 iaitu 73 dan sekolah menengah agama rendah, 78 dan sekolah rendah agama rakyat, 5; 83. Jumlahnya 156.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bachok.

final • 10:20 AM

Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah mengambil kes di negeri Selangor sebagai contoh. Terdapat 23 buah sekolah agama milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Kerajaan Pusat dalam pemerintahan kerajaan dahulu sebelum UMNO kalah di Negeri Selangor pada 2008 dengan jumlah pelajarnya lebih kurang 13,000 ataupun 14,000 yang telah ada satu perjanjian persefahaman antara pusat dan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah ini. Walaupun telah diserahkan tetapi bangunannya masih milik dan ditadbir oleh kerajaan negeri.

Soalan saya adalah isunya walaupun sekolah ini telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat, itu satu bab. Ada persefahaman kerjasama dengan kerajaan negeri, tetapi di Negeri Selangor untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, Exco kerajaan negeri sama ada Exco Pendidikan atau Exco Agama tidak dibenarkan hadir dalam mana-mana majlis sekolah, tidak dibenarkan hadir dalam fungsi sekolah malah ada beberapa kes tidak diberikan masuk ke sekolah-sekolah berkenaan.

Jadi, bagaimanakah konsep 1Malaysia hendak diterapkan kepada sekolah- sekolah ini sedangkan ada perjanjian dan persefahaman. Seterusnya, saya ingin bertanya sejauh manakah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan terhadap subjek-subjek teras dan turas di dalam pengajian agama ini. Ini kerana kita lihat sudah ada usaha-usaha untuk mengetepikan subjek-subjek teras seperti Ulum Quran, Ulum Hadis, Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah dan sebagainya itu sudah mula tidak diadakan dalam sekolah-sekolah ini yang nantinya akan memberikan kesan kepada wajah sebenar sekolah agama yang tidak akan dapat melahirkan mereka yang ingin kita didik benar-benar faham, faqih dalam bidang agama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa apabila sekolah agama rakyat ataupun sekolah agama negeri didaftarkan menjadi sekolah agama bantuan kerajaan iaitu SABK maka bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti berikut iaitu:

(i) pembayaran emolumen per kapita mata pelajaran;

(ii) yuran kurikulum;

(iii) pembersihan kawasan;

(iv) kawalan keselamatan;

(v) yuran khas;

(vi) makan asrama;

(vii) wang bagi murid yang layak;

(viii) biasiswa kepada murid yang layak;

(ix) bantuan bayaran utiliti sekolah;

(x) penyelenggaraan kecil dan penyelenggaraan pembinaan;

(xi) mewujudkan jawatan guru dan staf sokongan;

(xii) memberi latihan perguruan; dan

final • 10:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

(xiii) latihan peningkatan profesionalisme.

Sebab itulah ada guru-guru yang pencen di sekolah agama rakyat, kita benarkan mereka terus berkhidmat selagi dia mahu. Kita tidak memberhentikan mereka. Oleh itu, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kurikulum, sebenarnya di dalam perjanjian, kita tidak akan mengganggu tentang kurikulum sekolah berkenaan. Tidak ada maksudnya usaha-usaha untuk kita menukar kurikulum yang sedia ada.

Apa yang lebih menjadi perhatian kerajaan ialah kualiti pendidikan di sekolah berkenaan iaitu dari segi bangunan dan pembayaran-pembayaran yang lain termasuklah latihan guru.

Soal kebenaran untuk Exco kerajaan negeri dan orang-orang politik daripada pembangkang ke sekolah-sekolah berkenaan sehingga kini, kita tidak ada menerima sebarang maklumat dan bantahan atau kompelin daripada Exco yang berkenaan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran, Kerajaan Barisan Nasional kerana tidak mengambil kira siapakah pengasas sekolah agama rakyat sama ada daripada Parti Pas atau sebagainya.

Apabila dua sekolah yang diasaskan oleh orang kuat Pas di Temerloh ini telah diambil alih sebagai sekolah agama negeri dan diberi bantuan penuh oleh kerajaan, saya mengucapkan terima kasih. Cuma, soalan saya di sekolah agama di negeri Pahang ini ada dua bentuk. Sekolah agama yang ditaja atau dikendalikan oleh kerajaan negeri dan juga sekolah agama yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang.

Jadi, soalan saya ada sebuah sekolah, Sekolah Menengah Agama Darul Naim di Kuala Krau yang diasaskan oleh Majlis Agama Islam. Adakah Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengambil alih kerana dari segi tangga gaji, dari segi kemudahan asas begitu teruk di sekolah tersebut?

Kedua, adakah kerajaan atau kementerian bercadang untuk menyelaraskan kurikulum untuk semua sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Untuk makluman, negeri Pahang antara negeri yang belum menandatangani keseluruhan pendaftaran sekolah-sekolah agama rakyat ataupun sekolah agama negeri dan kita memang mengalu-alukan kerajaan-kerajaan negeri ini untuk menyegerakan persetujuan untuk menandatangani MoU untuk menukar ataupun mendaftar sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri ini untuk didaftar di bawah KPM supaya kita dapat membantu sebenarnya untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan. Mengenai dengan sekolah agama yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita Kementerian Pelajaran seperti yang saya sebut tadi sebenarnya tidak ada halangan.

Yang penting ialah kesediaan pihak pentadbiran sekolah berkenaan dan juga kerajaan negeri sama ada hendak daftar ataupun tidak. Untuk makluman Dewan ini, sebenarnya yang menjadi isu di sini ialah ada yang tidak mahu mendaftar kerana mereka tidak mahu bahawa Kementerian Pelajaran ini menukar kurikulum yang sedia ada seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok.

Kedua, ialah mereka masih mengambil sikap tunggu dan lihat. Apa kelebihan apabila mereka mendaftar setelah melihat sekolah-sekolah yang sudah menukar status menjadi SABK ini. Apa kelebihan yang akan diperolehi oleh SABK. Maka, barulah barangkali selepas itu mereka akan bersedia untuk mendaftar menjadi sekolah agama bantuan kerajaan. Saya ingin maklumkan di sini bahawa antara kelebihan apabila mendaftar di SABK ini ialah kita bersedia untuk mewujudkan perjawatan baru bahkan jika guru-guru itu tidak cukup syarat, maka kita bersedia untuk memberi latihan kepada mereka supaya mereka adalah menjadi guru yang cukup syarat untuk menjadi guru di sekolah berkenaan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah kejayaan ekonomi orang-orang Melayu pada ketika ini, sejak Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut ke atas soalan yang begitu penting ini dan saya minta sedikit masa untuk memberi sedikit penerangan dan details tentang soalan ini.

Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru seperti kita sedia maklum ialah Perpaduan Nasional. DEB telah dilaksanakan dalam tahun 1971 hingga 1990. Dasar-dasar pembangunan selepas DEB iaitu Dasar Pembangunan Nasional dari tahun 1991 sehingga 2000. Dasar Wawasan Negara dari tahun 2001 hingga 2010 dan paling akhir Misi Nasional dari tahun 2006 sehingga 2020 terus mengekalkan agenda perpaduan bangsa dan semangat DEB sebagai matlamat utama.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Dasar ini berasaskan falsafah pertumbuhan dengan pengagihan atau dengan izin, growth with equity. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi sedikit angka-angka tentang kemajuan dari tahun 1970 sehingga tahun 1990 dan dari tahun 1990 sehingga sekarang. Saya juga ingin memberi sedikit latar belakang tentang konsep pertumbuhan dengan pengagihan.

Pada tahun 1957 apabila kita menjadi sebuah negara merdeka, sebuah negara bermaruah, pada masa itu konsep pertumbuhan dengan pengagihan tidak menjadi satu model. Hampir semua negara di seluruh dunia mempunyai falsafah bahawa peranan kerajaan, tugas kerajaan hanyalah untuk menjana ekonomi.

Melalui penjanaan ekonomi ini secara langsung semua rakyat akan mendapat faedah dan kerajaan tidak perlu memberi tumpuan kepada pengagihan. Kita juga sebenarnya percaya kepada model ini pada tahun 1957 sampai tahun 1970. Akan tetapi kita dengan cepat dalam tempoh 13 tahun sudah melihat kekurangan model ini dan kita tukar kepada model pertumbuhan dengan pengagihan. Agenda bumiputera adalah satu teras yang penting di dalam pertumbuhan dengan pengagihan yang terus menjadi satu konsep, satu terasa, satu falsafah, satu prinsip yang terus diamalkan oleh negara.

Pada tahun 1970 pun kebanyakan negara tidak percaya bahawa konsep pertumbuhan dengan pengagihan adalah satu model yang penting, satu model yang relevan. Hari ini juga tidak ada juga negara-negara yang tidak percaya tetapi kita percaya dan kita tukar model. Kita lihat penjanaan ekonomi dan pengagihan, kemajuan bumiputera dan juga kemajuan negara-negara lain dalam kita melaksanakan polisi kerajaan, dasar kerajaan yang berteraskan kepada pertumbuhan dengan pengagihan.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1970 bila kita mula melaksanakan dasar pertumbuhan dengan pengagihan insiden kemiskinan bumiputera adalah 64.8 peratus. Pada masa itu enam daripada 10 keluarga Melayu dan bumiputera hidup di bawah garis kemiskinan. Dalam tempoh 20 tahun sehingga tahun 1990 kita telah menurunkan insiden kemiskinan dari 64.8 peratus kepada 23 peratus. Itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Akan tetapi selepas tahun 1990 sampai kini kita telah menurunkan lagi kadar insiden kemiskinan bumiputera dari 23 peratus pada tahun 1990 kepada hanya 5.1 peratus.

Dari segi pendapatan purata Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1970 pendapatan purata bumiputera sebulan hanyalah RM172 sebulan. Pada tahun 1990 melalui polisi-polisi DEB kita telah meningkatkan pendapatan purata bumiputera dari RM172 kepada RM940.

Sejak tahun 1990 sampai sekarang, sampai tahun 2007 kita telah meningkatkan lagi pendapatan purata bulanan bumiputera dari RM640 tahun 1990 kepada RM3156. Juga dari segi ratio mereka yang hidup penduduk di bandar dan luar bandar pada tahun 1990 Tuan Yang di-Pertua, hanya 22.7 peratus bumiputera adalah penduduk di bandar. Kini 56.3 peratus bumiputera tinggal di bandar.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Kita tahu bahawa kemudahan adalah lebih di bandar. Majoriti bumiputera kini tinggal di bandar. Itu satu pencapaian juga yang boleh dibanggakan sejak tahun 1990. Tuan Yang di-Pertua, dari segi profesional dan berpendapat ini adalah penting. Pada tahun 1970 arkitek bumiputera hanya 4.3 peratus dari jumlah arkitek di Malaysia dan jumlah hanya 12 pada tahun 1970 hanya 12 arkitek bumiputera. Pada tahun 1990 kita telah meningkatkan ratio kepada 23.6 peratus dan jumlah arkitek bumiputera dari 12 kepada 231. Sejak tahun 1990... Kini kita telah meningkatkan arkitek bumiputera kepada 46.2 peratus hampir 50 peratus dan jumlah adalah 576.

Akauntan, ini satu pencapaian yang begitu dapat dibanggakan. Pada tahun 1970 jumlah akauntan, ratio akauntan hanyalah 6.8 peratus. 6.8 peratus sahaja dari jumlah akauntan di Malaysia pada tahun 1970 adalah akauntan bumiputera dan jumlahnya hanya 40. Pada tahun 1990 kita telah meningkatkan jumlah akauntan kepada 629 dengan ratio 11.2 peratus. Sejak tahun 1990 kita telah meningkatkan jumlah akauntan dari 629 kepada 5500 akauntan yang...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri saya minta maaf tetapi Yang Berhormat kena ringkaskan jawapan.

final • 10:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Okey terima kasih, terima kasih. Satu lagi sahaja contoh. Doktor, pada tahun 1970 adalah hanya 3.7 peratus dan tahun 1990 kita telah meningkatkan dari 3.7 peratus kepada 27.8 peratus dan jumlah 1951 ini termasuk Tun Dr.

Mahathir. Kalau tidak masuk Tun. Dr. Mahathir, 1950 sahaja. Pada hari ini sejak tahun 1990 kita telah meningkatkan lagi jumlah doktor bumiputera adalah 43.8 peratus dan jumlahnya 7,439. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat pagi, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Selamat pagi Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang dibaca dan mungkin kalau dibiarkan terus baca setengah jam lagi belum habis. Memang tidak nafikan pencapaian Melayu dibandingkan waktu kita mencapai kemerdekaan tahun 1957, memang tidak nafikan meningkat.

Akan tetapi meningkat kalau dibandingkan dengan orang lain ia sebenarnya masih di paras yang rendah. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional terus berusaha.

Saya rasa memang kerajaan kita akan berusaha mempertingkatkan lagi kejayaan ekonomi orang-orang Melayu. Akan tetapi malanglah, Datuk Chua Jui Meng dahulu Menteri Barisan Nasional, pemimpin MCA melompat dia kepada PKR berpangkal. Tiba-tiba dia kata kita tidak iktiraf Ketuanan Melayu. Sebenarnya ekonomi Melayu itu rendah dan dia tidak mahu ada perhambaan. Siapa menghambakan siapa? Akan tetapi anugerah Datuk dia masih hendak pakai lagi. Kita Kesultanan Melayu ini, Ketuanan Melayu ini ada kaitan dengan Kesultanan Melayu. Pencen Menteri pun dia sapu juga. Jenis orang macam ini benam dalam parit lebih baiklah, dibenamkan sahajalah rakyat macam inikan. Jadi saya terima kasihlah kepada kerajaan.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa usaha-usaha yang lebih agaknya, kerana majoriti rakyat negara ini adalah Melayu tetapi pencapaian kita... Bukan, kita ada rasa perkauman, tetapi kita mahu juga rasa tolak ansur daripada kaum-kaum yang lain, supaya kalau kerajaan memberikan sedikit perhatian lebih kepada orang Melayu tolonglah sabar kerana kerajaan ini ada tanggungjawab. Ia adil kepada semua tetapi ia perlu bantu orang yang lemah dan dalam konteks ini yang lemah masih lagi terdiri daripada orang Melayu. Tidak dapat dinafikan.

Orang India pun saya tengok nampaknya lebih tinggi pencapaiannya daripada orang Melayu, dibandingkan nisbah. Saya minta dari Yang Berhormat Menteri, apa langkah- langkah yang lebih hebat lagi?

final • 10:40 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading atas soalan itu tadi. Seperti kita sedia maklum tujuan utama dasar-dasar kerajaan termasuk pertumbuhan dengan ekuiti, dengan pengagihan ialah perpaduan negara. Kalau kita akhirnya pada tahun 2020, kita wujudkan sebuah negara di mana sebuah negara yang dianggap kaya dan maju, developed country, dengan izin, tetapi dalam negara tersebut ada satu kumpulan Melayu, kumpulan bumiputera tidak mendapat kemakmuran, tidak dapat menikmati kemakmuran dengan seadilnya, kita akan menghadapi isu-isu sosiopolitik. Inilah yang penting sebab dalam kita membentuk dasar kerajaan isu sosiopolitik ini penting. Penting sebab tanpa isu sosiopolitik dihadapi dan dilunaskan kita tidak dapat menarik pelabur-pelabur.

Pelabur-pelabur akan datang dari dalam negeri, dari luar negeri dan keyakinan pelabur-pelabur akan meningkat dengan keadaan stabil dan untuk mendapatkan keadaan sosiopolitik yang stabil kita mahu semua kaum termasuk bumiputera maju. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading bahawa sungguhpun banyak pencapaian yang telah kita dapati tetapi banyak lagi urusan dan agenda kerajaan perlu dilaksanakan. Alat-alat, instrumen-instrumen yang kita gunakan untuk dalam konteks agenda Melayu harus juga berubah mengikut keadaan, mengikut persekitaran menurut perkembangan global.

Saya beri satu contoh. Dalam tahun 1970-an kita beri tumpuan kepada 30 peratus ekuiti sebab pada masa itu belum wujud lagi profesional Bumiputera. Saya memberi angka- angka tadi dengan menunjukkan juga bahawa keadaan telah berubah. Pada tahun 1970 tidak ada ramai golongan akauntan, profesional Melayu, profesional Bumiputera dan pada masa itu mungkin elok kita hanya memberi tumpuan kepada memberi 30 peratus. Kita juga tahu bahawa 30 peratus itu pun tidak kekal sungguhpun kita beri jumlah RM52 bilion kekal tidak begitu banyak. Akan tetapi keadaan sudah berubah. Sekarang kita sudah mempunyai satu kumpulan bumiputera yang telah lahir daripada dasar Barisan Nasional dengan memberi tumpuan kepada pendidikan. Tidak ada negara lain yang begitu banyak peruntukan untuk pendidikan dan kita mewujudkan MRSM. MRSM adalah satu langkah yang begitu bijaksana sebab melalui MRSM kita dapat membawa murid-murid dari pinggir bandar, luar bandar, dari desa untuk ditempatkan di sekolah, diberi pendidikan yang begitu baik dan dihantar ke universiti-universiti terkemuka di dalam dan di luar negara. Mereka telah kembali dan kita mempunyai satu golongan profesional.

Dalam kita mempunyai sekarang satu gulungan profesional, adakah mencukupi dengan hanya memberi 30 peratus? Tidak, sebab kita perlu juga kini memberi peluang kepada profesional ini untuk memimpin syarikat-syarikat. Jadi keadaan berbeza, instrumen berbeza tetapi falsafah tidak lari. Kita masih berpegang kepada falsafah.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jawapan tidak berapa tepat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Dr Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, baru satu soalan tambahan, minta satu lagi lah.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah panjang jawapan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Kita mahu yang penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain pun penting Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:40 AM

4. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah di sisi undang- undang secara besar-besaran yang telah berjaya oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Titiwangsa yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun 2008 dan tahun 2009 sehingga bulan September kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dalam membuat rampasan dadah dan lain-lain bahan atau barang yang menyalahi undang-undang secara besar-besaran adalah seperti berikut:

(i) Tahun 2008 terdapat 25 kes rampasan secara besar-besaran dibuat oleh PDRM dalam tahun tersebut. Kementerian ini ingin mengetengahkan beberapa kes yang menarik perhatian dengan jumlah rampasan yang besar seperti berikut:

(a) kes rampasan yang dibuat pada 4 Mac, 2008 di Senai, Johor. Dalam operasi ini PDRM telah berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah.

Dadah yang dirampas ialah 52.8 kilogram syabu, 163,000 liter syabu cecair, 45.8 kilogram ketamine. Nilai rampasan dadah di pasaran gelap dianggarkan RM44 juta dan tangkapan yang dibuat dalam kes ini ialah seramai 12 orang termasuk sepuluh orang warga asing;

(b) rampasan yang dibuat pada 29 Mac, 2008 di Permas Jaya, Johor. Dalam operasi ini, PDRM telah berjaya membongkar dua buah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah. Dadah dan barang-barang yang dirampas ialah 66.5 kilogram heroine, 20.4 kilogram syabu, 100,980 biji pil Eramine-5, 22,316 biji pil ecstacy, 5.5 gm ketamine, tiga alat penimbang, dua buah oven, satu dapur gas, peralatan membungkus dadah, wang tunai sebanyak RM11,940. Nilai rampasan dianggarkan dalam pasaran gelap sebanyak RM1.2 juta. Tangkapan yang dibuat ialah seramai lapan lelaki dan empat wanita termasuk empat warga asing;

(c) rampasan yang dibuat pada 18 April, 2008 di Kajang, Selangor. Dalam operasi ini PDRM telah berjaya membongkar makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah.

Dadah dan barang-barang yang dirampas ialah 60 kilogram syabu, 65 kilogram kafein, enam pucuk pistol, satu submachine gun, tiga butir bom tangan, 850 butir peluru, wang tunai sebanyak RM200,000. Nilai rampasan dianggarkan RM13.2 juta dan tangkapan yang dibuat ialah seramai lapan lelaki dan empat wanita termasuk tiga warga asing; dan

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

(d) rampasan yang dibuat pada 30 Julai 2008 di Seri Kembangan, Selangor. Dadah dan barang-barang yang dirampas adalah 987,500 biji pil Eramine-5, 195 gram syabu, wang tunai RM189,591, USD14 dan lain-lain mata wang asing. Nilai rampasan dianggarkan RM13.2 juta dan tangkapan yang dibuat ialah seramai tujuh lelaki, tiga wanita termasuk tiga warga asing.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

(ii) Bagi tahun 2009, sehingga September tahun ini, terdapat 30 kes rampasan secara besar-besaran dibuat oleh PDRM.

Kementerian ini ingin mengetengahkan berapa kes yang menarik perhatian dengan jumlah rampasan yang besar, adalah seperti berikut. Ada lapan kes sahaja yang saya cuba ketengahkan Tuan Yang di-Pertua;

(a) kes pertama ialah rampasan yang dibuat pada 14 Januari 2009 di Johor Bahru, Johor. Dalam operasi ini PDRM telah berjaya membongkar dua buah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah. Dadah dan barang- barang yang dirampas ialah 10.06 kilogram serbuk Ecstacy, 6.1 kilogram Ketamine, 13,015 biji pil Eramine-5, 16,636 pil Ecstasy, 102 gram syabu, 500 gram ganja. Wang tunai sebanyak RM30,612, SGD3,897, IDR347,000, dan lain- lain mata wang asing serta empat mesin acuan tablet, enam buah komputer riba, 17 buah pencetak logo tablet, alat-alat memproses dadah. Nilai rampasan dianggarkan RM1.5 juta dan tangkapan yang dibuat ialah seramai 11 lelaki, seorang wanita warga asing; dan

(b) Kes kedua ialah kes rampasan yang dibuat pada 16 Januari 2009 di Johor Baru, Johor.

Dalam operasi ini PDRM telah berjaya membongkar makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah. Dadah dan barang- barang yang dirampas ialah 6.42 kilogram syabu, 1.75 kilogram heroin, 3.2 kilogram Ketamine, 26 gram ganja, 3,245 biji pil Eramine-5, dua buah ketuhar, 44 botol asid, dua sealer, dua buah penimbang, sepuluh buah balang kaca, dua tong, lain-lain alat memproses dadah. Nilai rampasan dianggarkan RM7.6 juta dan tangkapan yang dibuat ialah seramai lima lelaki dan tiga wanita.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, statistik boleh dihantar secara bertulis Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Just one more Tuan Yang di-Pertua, iaitu rampasan yang begitu besar iaitu rampasan yang dibuat pada 2 Mei 2009 di Rompin, Pahang. Dadah dan barang-barang rampasan yang dirampas ialah 978.2 kilogram syabu, nilai rampasan dianggarkan RM254 juta dan tangkapan yang dibuat ialah seramai tiga orang. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya ambil kesempatan ini untuk ucap tahniah atas kejayaan kepada semua pihak yang terlibat dalam rampasan besar-besaran tersebut, terutama kepada bahagian Narkotik PDRM. Namun begitu, ada beberapa perkara lagi dalam masalah dadah ini, terutamanya yang melibatkan tentang penagihan gam di kalangan anak-anak remaja terutama anak- anak remaja di sekolah menengah rendah dan juga sekolah rendah yang terlibat dengan ketagihan gam. Sehingga kini sebagaimana yang kita maklum, tidak ada satu undang- undang pun yang boleh diguna secara langsung untuk mengawal ketagihan gam ini.

Jadi saya ingin bertanya, bilakah pihak kerajaan akan menggubal satu undang- undang untuk mengawal pembelian dan ketagihan gam di kalangan anak-anak remaja terutama pelajar-pelajar sekolah? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan penagihan gam ini, memang benar seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat. Buat masa ini kita belum ada satu rang undang-undang yang telah digubal untuk membuatkan penagihan gam ini sebagai satu aktiviti yang salah dari segi undang- undang. Walau bagaimanapun, pihak penguat kuasa terutamanya AADK membuat kempen-kempen di kalangan masyarakat terutamanya di sekolah-sekolah untuk menyedarkan kepada masyarakat dan kepada anak-anak di sekolah ini bahawa betapa bahayanya penagihan gam ini yang mana boleh mengakibatkan kematian dan kalau berlarutan boleh merosakkan urat saraf.

Sehubungan dengan undang-undang yang disarankan oleh Yang Berhormat itu bahawa daripada segi drafnya, pihak kementerian telah menghantar ke pihak yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Peguam Negara untuk meneliti berkaitan dengan undang- undang ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya sebab saya tengok sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia yang dijadikan mould ataupun digunakan untuk menyeludup dadah. Tadi Yang Berhormat mengatakan ada berjuta-juta tangkapan, rampasan yang telah dibuat.

Saya hendak bagi contoh tahun 2008, lebih kurang 150 rakyat tempatan kita yang dilaporkan berada di dalam penjara luar negara yang kebanyakannya adalah wanita. Jadi soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, apakah bentuk kerjasama yang dibuat di antara PDRM dengan Interpol untuk kita membendung dan juga mengesan dalang sindiket yang menjadikan Malaysia ini sebagai recruiting country, dengan izin?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penglibatan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan wanita yang digunakan oleh terutamanya dari kalangan warga Afrika Barat dalam mengeksploitasikan wanita tempatan sebagai courier dadah antarabangsa. Apa yang berlaku sebenarnya bahawa courier di kalangan wanita ini biasanya terpengaruh dengan trafficker-trafficker yang mempengaruhi mereka dengan imbuhan dan juga dengan insentif-insentif yang banyak yang ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun pihak PDRM sentiasa ada perhubungan di antara PDRM kita dengan agensi-agensi penguat kuasa dadah di antarabangsa, di mana kita memberi maklumat-maklumat dan berkaitan dengan courier-courier ataupun trafficker-trafficker yang diketahui oleh kita di dalam negara supaya mereka berwaspada terhadap trafficker-trafficker yang menggunakan modus operandi seperti ini supaya mereka dapat membuat sesuatu dalam mengatasi masalah ini.

final • 10:50 AM

5. Dato’ Haji Abd Rahman bin Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apa rasional kementerian bercadang untuk memberhentikan perkhidmatan jet pejuang MIG-29N buatan Rusia. Adakah Kementerian bercadang untuk menggantikannya dan jika ya, jenis apakah yang hendak dibeli.

final • 10:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, pesawat MIG-29N akan tamat perkhidmatannya atas dasar penyelenggaraan sesetengah komponen dan sistem pesawat yang telah usang dan sukar untuk diselenggarakan. Proses selenggaraan pesawat juga akan melibatkan kos yang tinggi, sekali gus merugikan negara untuk jangka masa panjang.

final • 10:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Di samping itu juga, persenjataan pesawat berkenaan telah sampai ke penghujung tempoh hayat di mana proses penyambungan hayat melibatkan kos yang tinggi dan tidak menguntungkan. Setelah perkhidmatan pesawat MIG-29N ini ditamatkan, peranannya akan disokong oleh pesawat SU-30MKM atau Sukhoi yang merupakan di antara pesawat tempur jarak jauh yang tercanggih buat ketika ini.

Untuk penggantiannya, Tentera Udara Diraja Malaysia merancang memperoleh pesawat jenis Multi-Role Combat Aircraft atau MRCA yang boleh diatur gerak untuk melaksanakan pelbagai tugas operasi udara.

final • 11:00 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Malaysia adalah salah satu negara yang unik di dunia ini apabila pihak Kementerian Pertahanan membeli berbagai-bagai jenis jet-jet pejuang ini daripada beberapa negara mix daripada Amerika, daripada Rusia ada, UK ada, daripada Perancis. Saya tidak faham, pembelian ini cara begini perlu diberi penelitian yang lebih halus.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin memberitahu Dewan di sini dan juga Yang Berhormat Menteri sewaktu kita membeli MIG-29N ini dahulu, kita membeli dengan harga yang begitu rendah tetapi kita perlu faham Rusia ini pandai, dia jual jet-jet yang basic model ini dan mengenakan harga yang lebih rendah tetapi pada masa yang sama membuat keuntungan berlipat kali ganda apabila ada tiba masanya untuk upgrade avionics electronics ataupun airframe kapal-kapal pejuang ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan bahawa MIG-29N ini dihasilkan hanya lebih kurang 2000 unit dan sesetengah daripadanya dijual kepada negara- negara luar dan baru-baru ini saya terbaca dalam satu artikel bahawa Rusia sendiri telah pun terpaksa menghentikan perkhidmatan MIG-29N ini bukan kerana masalah penyelenggaraan tetapi masalah structural floor yang ada di dalam jet-jet pejuang ini.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali apa sebabnya kita membeli MIG-29N ini dahulu, apabila kita tahu bahawa masalah begini akan timbul juga iaitu masalah spare parts, masalah maintenance dan sebagainya. Apakah hanya kerana dia lebih murah maka kita beli, kerana kalau itulah asasnya, saya rasa ini tidak begitu tepat.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, pertamanya ialah saya juga mahu tahu tentang jangkaan kos penjimatan yang telah dibuat kajian oleh kementerian. Yang keduanya ialah pada sayalah Yang Berhormat Menteri, prioriti nombor satu bukan Sukhoi SU-30MKM ini atau pun Multi-Role Jet Fighter ini. Paling penting ialah replacement untuk Nuri yang begitu penting dan mengakibatkan terkorbannya banyak askar-askar kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, hasil dari penamatan MIG-29N ini insya-Allah akan menjimatkan kira-kira RM260 juta. RM260 juta setahun dan pesawat-pesawat ini secara puratanya telah menjalani 1000 jam penerbangan.

Ini bermakna rangka pesawat-pesawat ini perlu menjalani rawatan program preventive and restoration work, dengan izin, dan memerlukan lebih kurang RM10 juta setiap pesawat atau plan schedules servicing, dengan izin, yang memerlukan kira-kira RM7 juta setiap pesawat.

Di samping itu enjin-enjin pesawat juga telah menjalani rawatan overhaul yang telah menelan belanja sebanyak RM7 juta setiap enjin. Setakat ini empat pesawat telah menjalani rawatan tersebut dan dua pesawat lain telah menjalani rawatan PSS manakala pesawat-pesawat yang telah menjalani PPRW atau PSS telah beroperasi dan akan digunakan hingga akhir tahun hadapan.

Untuk maklumat Dewan yang mulia juga, saya ingin menyebutkan bahawa MIG- 29N ini ketika dibeli adalah merupakan pesawat yang sesuai ketika itu dan ianya telah memasuki perkhidmatan sejak tahun 1993. Namun daripada 19 perolehan, dua kemalangan telah dialami iaitu pada tahun 1998 dan 2005 dan kini tinggal 16 buah sahaja.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jangka hayat sebuah enjin pesawat MIG adalah 1,000 jam sebagaimana yang telah disebutkan tadi dan boleh digunakan sehingga 4,000 jam dengan syarat ianya perlu dihantar ke OEM ataupun original equipment manufacturer dengan izin, di Rusia setiap kali ianya mencapai 1,000 jam untuk overhaul.

Jangka hayat airframe pesawat MIG-29N adalah 4000 jam maksimum dengan syarat pesawat itu perlu menjalani rawatan setiap kali ianya mencapai 1000 jam.

Berdasarkan trend penggunaan yang lalu, saya fikir purata sesebuah pesawat itu akan mencapai 1,000 jam dalam masa sepuluh tahun. Kementerian Pertahanan mendapati kos overhaul di Rusia dan rawatan airframe adalah terlalu tinggi berbanding dengan pesawat- pesawat lain.

Oleh yang demikian, buat masa sekarang langkah-langkah pengurangan pesawat secara berperingkat telah dilaksanakan di mana hanya sepuluh pesawat yang dioperasikan untuk tujuan pertahanan ruang udara serta penglibatan minima di dalam latihan yang dirancang sedang beroperasi. Jumlah ini akan dikurangkan enam buah pesawat menjelang Januari 2010 sehinggalah pada tarikh yang saya sebutkan tadi dan buat masa ini penggantian Nuri sebagaimana yang diketahui sedang dirundingkan.

Namun oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan saya fikir keutamaan kita bukan menambah aset tetapi memperbaiki yang sedia ada dan menggunakan wang yang ada bagi menambah aset-aset yang paling diperlukan. Saya yakin bahawa pada masa-masa akan datang, kita bukan sekadar membeli jet-jet yang hanya sesuai antara udara ke udara tetapi lebih kepada Multi-Role Combat Aircraft. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Nampaknya Yang Berhormat Bagan Datok dia memang berikhtiar untuk menjawab kerana bukan dia yang membelinya. Semasa pesawat-pesawat ini dibeli, dia bukan di situ. Walau bagaimanapun, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk alat-alat ganti dan avionik dan sebagainya adakah Malaysia mendapat komponen bagi MIG, Sukhoi dan sebagainya daripada negara China ataupun negara India. Pelik jugalah kita beli pesawat daripada Rusia tetapi kita dapat alat ganti daripada India dan China. Adakah ini benar, berapa wang itu yang dibelanjakan untuk mendapatkan alat-alat ganti ini?

Seterusnya kalau masalah itu berlaku dengan MIG, mengapa kita masih hendak beli Sukhoi lagi? Adakah itu masalah yang serupa akan kita alami dengan pesawat Sukhoi.

Memang Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa pembelian alat-alat ini memanglah rumit dan kadangkala menimbulkan syak wasangka mengenai kecurangan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bolehkah kita memberitahu kepada Dewan yang mulia ini daripada negara manakah kita boleh dapat pesawat-pesawat yang canggih ini selain daripada Rusia.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Kepong melihat bahawa jawapan saya ini seolah-olah dalam perkara paksaan, sebenarnya pertanggungjawaban adalah dari kerajaan yang sama, bukan kerajaan yang lain.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa pun keputusan yang dibuat oleh menteri-menteri terdahulu adalah keputusan yang dipersetujukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Maka bukan niat dan tujuan saya untuk mempertahankan tetapi pada hemat saya, keputusan telah dilakukan. Oleh sebab itu apabila MIG ini telah melalui hayat yang maksimum saya fikir, ianya harus ditukar kepada yang lebih berbentuk multi role berbanding dengan pertahanan udara ke udara.

Yang keduanya, daripada segi alat ganti. China dan India telah diberikan hak untuk mengeluarkan alat-alat berkenaan daripada syarikat pengeluar Irkutsk dan designer bureau iaitu Sukhoi sendiri dan di kalangan peralatan yang kita terima, alat ganti yang kita terima, ianya mengikut kesesuaian. Jika kita mendapat nasihat, ianya harus diperolehi daripada OEM, syarikat pengeluar asal. Maka, peralatan itu diperoleh daripada syarikat Irkutsk sebagai OEMnya dan ada peralatan-peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat- syarikat yang telah diberikan authorize seperti di India dan di China.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Maka mengikut nasihat profesional, maka kita peroleh alat-alat berkenaan dari sana. Namun tidak benar untuk menggantikan MIG ini kita akan membeli Sukhoi yang lain, tidak. Sukhoi yang dibeli sekarang ini yang telah dihantar sepenuhnya akan menjalankan tugas-tugas penggantian kepada MIG ini, tetapi untuk menggantikan MIG yang sedia ada, kita tidak akan membeli Sukhoi yang lain dan insya-Allah negara-negara yang sedang kita tinjau untuk menambahkan kekuatan pertahanan udara ini antaranya ialah Amerika Syarikat sendiri, Perancis dan juga Itali kalau sesuai dan juga mungkin daripada Sweden juga dan kita akan lihat bukan sahaja daripada segi kecanggihan teknologi, tetapi daripada segi jangka panjangnya bagaimanakah penyelenggaraan itu boleh menjimatkan kos berbanding dengan pengalaman pahit yang kita peroleh melalui pembelian MIG yang terpaksa kita tanggung dengan kos RM260 juta penjimatan setahun masa kita lakukan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah kerajaan bercadang membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk memansuhkan seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6, Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan masalah dan disalahgunakan oleh penama.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bersama-sama soalan Yang Berhormat Kubang Kerian yang dijadualkan dijawab pada 18 November 2009 kerana kedua-duanya menyentuh perkara yang sama.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memahami niat baik yang dilahirkan oleh soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membolehkan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli KWSP mengerjakan haji sebelum umur terlalu tua.

Untuk itu, bagi ahli KWSP yang berumur 50 tahun hingga 54 tahun, mereka dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam akaun kedua yang mewakili 30 peratus daripada jumlah simpanan di bawah pengeluaran umur 50 tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah bagi tujuan untuk mengerjakan ibadat haji.

Oleh itu, ahli boleh menggunakan kemudahan pengeluaran ini untuk menunaikan fardu haji pada umur yang tidak terlalu tua, 50 tahun. Walau bagaimanapun, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan ahli di bawah umur 50 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP untuk menunaikan haji. Ini adalah kerana tujuan utama Skim KWSP adalah untuk menyediakan simpanan persaraan bagi membiayai sara hidup apabila ahli telah bersara. Pengeluaran yang dibenarkan oleh Skim KWSP buat masa ini adalah hanya bagi tujuan membeli rumah, membiayai kos pendidikan tinggi untuk ahli dan anak- anak serta membiayai kos rawatan penyakit kritikal.

Pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan seksyen 167, Akta Insurans 1996 dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001. Peruntukan seksyen 167, Akta Insurans 1996 menetapkan bahawa sekiranya penama dalam sesuatu polisi bukan merupakan suami, isteri atau anak kepada pemunya polisi, maka penama tersebut hanya berhak menerima wang polisi sebagai wasi atau pentadbir bukannya sebagai benefisiari.

Penama juga berperanan sebagai wasi pentadbir sekiranya penama bukan ibu atau bapa kepada pemunya polisi yang tidak berkahwin. Dalam hubungan ini, penama berkenaan bertanggungjawab mengagihkan wang polisi mengikut wasiat atau mengikut Akta Pembahagian 1958.

Bagi pemunya polisi yang beragama Islam, peranan semua penama tidak kira apa pun pertalian termasuk suami, isteri, ibu, bapa atau anak kepada pemunya polisi hanyalah sebagai wasi pentadbir dan mereka bertanggungjawab mengagihkan wang polisi mengikut hukum faraid.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Oleh itu adalah penting bagi pemunya polisi untuk memastikan agar penama adalah individu yang bersesuaian dan berupaya menguruskan wang polisi dengan sewajarnya berdasarkan wasiat atau peruntukan undang-undang yang berkenaan.

Pemunya polisi dinasihatkan supaya memaklumkan kepada ahli keluarga dan penama tentang butir-butir polisi yang berkaitan serta hak dan tanggungjawab masing-masing berkaitan wang polisi tersebut.

Jika ada pertikaian di antara penama dan ahli keluarga mengenai pengagihan wang polisi yang tidak dapat diselesaikan, saluran perundangan merupakan satu opsyen yang boleh digunakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Peraturan 6 Peraturan-peraturan KWSP 2001 pula memperuntukkan bahawa ahli yang berumur 18 tahun boleh menamakan mana-mana orang sebenar sebagai penama. Penamaan merupakan pilihan dan keputusan yang dibuat oleh ahli berkenaan, ahli yang berkaitan simpanan KWSP mereka jika berlaku kematian.

Bagi ahli bukan beragama Islam, penama merupakan penerima simpanan ahli, manakala bagi ahli beragama Islam, penama bertindak sebagai pentadbir wasi yang perlu mengagihkan simpanan kepada waris ahli berdasarkan hukum Islam. Melalui konsep penamaan ini, pembayaran simpanan ahli yang telah meninggal dunia telah dapat dibuat dengan lebih cepat dan segera. Kebanyakan masalah yang timbul ialah ada di kalangan ahli yang tidak mengemaskinikan penamaan mereka setelah berkahwin.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran ahli supaya mereka mengemaskinikan penamaan dan penamaan dibuat daripada kalangan waris atau ahli keluarga yang sepatutnya, KWSP daripada semasa ke semasa telah menjalankan kempen kesedaran melalui poster, iklan dan media cetak serta elektronik dan penyata kira-kira ahli yang dihantar setiap tahun. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 11:10 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, berkaitan dengan isu pencarum mengeluarkan wang simpanan bagi mengerjakan ibadah haji, kita sedia maklum bahawa mengerjakan haji ini adalah satu rukun dan adalah satu rukun yang wajar dilakukan semasa muda dan salah satu syarat daripada mengerjakan rukun ini adalah apabila berkemampuan. Jadi saya tidak nampak bagaimana dan mengapa kalau wang simpanannya di dalam EPF sudah cukup, dia tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut untuk mengerjakan haji sebagai satu perkara yang rukun.

Dasar yang dibuat oleh kerajaan mengandaikan mereka akan mencapai umur panjang sedangkan kita tidak boleh menentukan umur manusia. Ada yang mati muda, ada yang mati tua. Jadi, yang menjadi syarat kepada mengerjakan haji adalah apabila mereka mencapai tahap kemampuan dan akil baligh. Kalau simpanan dia sudah cukup, apa salahnya membenarkan mereka mengeluarkan simpanan itu? Itu simpanan mereka. Ini bukan untuk hari tua, mengerjakan haji untuk memenuhi rukun dia sebagai seorang Muslim.

final • 11:10 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya harap kerajaan dapat mengkaji semula dasar itu. Berkaitan dengan soalan kedua, Seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6 KWSP, apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri, cuma nampak cantik di atas kertas, atas statute, it’s just a black letter of the law, dengan izin. Akan tetapi realiti masalah di bawah berbeza. Apa yang kita buat hari ini dengan mengimport seksyen 167 ini atau Peraturan 6 KWSP, kita mengimport satu amalan di Barat iaitu mengadakan penama untuk pencarum-pencarum. Apa yang berlaku ialah sebaik sahaja seorang pencarum itu meninggal, KWSP hanya memerlukan bukti penama itu sebagai penama yang dinamakan.

Sebaik sahaja dibuktikan, KWSP akan mengeluarkan terus wang tersebut kepada penama, terpulang kepada dia sama ada dia hendak ikut faraid ataupun dia hendak sapu semua... [Ketawa] Saya hendak supaya Menteri faham masalah dia. Dua kali, tahun 1978 Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa wang KWSP adalah wang pusaka yang perlu dibahagikan mengikut pusaka.

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tahun 2006, Amanah Raya Berhad mengadakan satu simposium besar dihadiri para ulama, pakar-pakar dan para peguam yang melihat pada perkara ini. Apa yang berlaku ialah kebanyakan penama apabila dia dapat duit ini, dia tidak bahagi. Masalah yang timbul terutama sekali di kalangan mereka yang beristeri lebih. Apabila isteri pertama yang dinamakan, isteri kedua tengok kertas sahajalah... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ataupun adik-beradik. Adik- beradik apabila bergaduh, yang abang ke adik ke yang dapat duit itu sebagai penama dia tidak akan bahagi. Kita harapkan mereka pergi ke mahkamah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah macam perbahasan.

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kita bercakap tentang kampung, orang kampung yang hendak pergi ke mahkamah... [Dewan riuh] Jadi soalan saya, tidakkah kerajaan mendengar resolusi yang dibuat oleh Simposium Amanah Raya Berhad pada tahun 2006, supaya kita balik kepada hukum Islam. Berkaitan dengan pencarum Muslim, iaitu apabila berlaku kematian, orang yang hendak mengeluarkan wang tersebut mesti telah mendapat surat kuasa tadbir dan di dalam surat kuasa itu dinamakan mereka yang berhak. Apabila dia mengemukakan surat kuasa itu, maka EPF bertanggungjawab mengeluarkan wang tersebut kepada penama yang dinamakan sebagai penerima pusaka...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta maaf Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Jadi saya harap perkara ini dapat ditimbangkan oleh kerajaan, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu niat Yang Berhormat adalah ikhlas untuk mengemukakan soalan ini, tetapi kita di dalam sesi soal jawab. Ianya harus dilakukan seringkas-ringkas yang boleh, terima kasih Yang Berhormat.

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat walaupun agak panjang lebar, sebenarnya sama dengan dasar kerajaan dan dasar EPF. Supaya pembahagian wang simpanan yang ditinggalkan oleh ahli yang meninggal dunia dibuat mengikut faraid. Itu tidak lagi, itu hakikatnya dan itu yang dipersetujuinya, tidak perlu diperingatkan banyak kali. Kalau ada masalah, ini masalah pelaksanaan. Jadi kita akan teliti. Kalau Yang Berhormat boleh bagi nama mereka yang kahwin lebih, yang tidak masukkan nama barangkali kita boleh nasihatkan. Nasihatkan kalau sudah berani berkahwin lebih, beranikanlah namakan...

[Dewan riuh] Jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita suami yang bertanggungjawab, kalau sudah kahwin lebih daripada satu, masukkanlah supaya tidak ada masalah, apa yang menimbulkan masalah? Tidak ada masalah. Saya awal-awal lagi tidak kahwin dua... [Dewan riuh] Jadi tidak ada masalah langsung. Soal takut berani itu, soal sayalah, peribadi. Jadi tidak ada masalah dan tidak perlu dihujahkan macam-macam. Kalau ada masalah dari segi pelaksanaan kita akan bincang dan lihat. Satu lagi Yang Berhormat mengenai, dia ada officer pula ya? Tarik balik boleh tidak Yang Berhormat? Ini mengenai dengan simpanan EPF, mengapa tidak bagi dia hendak bagi haji? Saya rasa keadaan ini sepatutnya tidak timbul juga dalam negara kita.

Kita menguruskan urusan-urusan kita dengan cara yang teratur. Umpamanya kalau orang hendak menyimpan untuk EPF, kita ada Tabung Haji yang tidak kurang juga hebatnya, pergilah simpan. Saya perlu ingatkan kepada kita semua, memang kalau boleh kita hendak buat semua. Akan tetapi kadang-kadang kalau kita ada terlalu banyak matlamat dalam satu-satu dasar atau instrument, ianya mungkin tidak dapat dicapai dengan baik.

Umpamanya jumlah penyimpan, jumlah simpanan yang hanya mempunyai RM10,000 ke bawah dalam EPF. 34 peratus penyumbang hanya mempunyai RM10,000 ke bawah. 74 peratus, penyumbang mempunyai RM50,000 ke bawah. Jadi kalau kita gunakan EPF untuk matlamat asas dan matlamat pokok untuk menjaga hari tua, hari..., yang ini kita perlu fikir.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Kalau kita hendak tukar EPF untuk menampung orang-orang Islam pergi haji, ini masalah pokok, adakah kita hendak tukar? Kita sudah ada Tabung Haji. Apakah kita hendak bagi Tabung Haji peranan lain pula? Peranan menyediakan untuk hari tua.

Saya hendak sebut satu lagi Yang Berhormat, sebagai contoh kemudahan yang diberikan untuk mereka yang berumur 50-55, berapa ramai mereka? Mereka ini ialah seramai 188,000. Kalau mereka yang sudah pun dibenarkan ini menggunakan wang EPF untuk mengerjakan haji, berapa tahun? Kalau 25,000 satu tahun, yang kita boleh hantar kuota Malaysia 188,000, lapan tahun. Itu belum kira orang-orang lain yang hendak pergi ini.

Orang yang hendak guna duit EPF, yang telah pun sedia ada kemudahan diberikan.

Janganlah yang ada, kita lupakan dan yang tidak ada itu kita hendak juga. Sebab matlamat yang terlalu banyak dengan penggunaan dasar yang hanya satu, tidak akan mencapai matlamat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Maran.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin mengalu-alukan pemimpin dari kawasan Berkat, Maran. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya memang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan KWSP kerana telah banyak mendidik masyarakat kita, penjawat awam, pekerja-pekerja dan pencarum-pencarum. Bagaimana mereka boleh menjamin masa hadapan mereka. Soalan tambahan saya Yang Berhormat, tidak tahulah kalau KWSP hendak masukkan tambahan boleh mengeluarkan duit untuk kahwin dua, tidak tahulah. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah kita tahu KWSP ataupun banyak mencarum ataupun banyak menyumbang ataupun melabur di beberapa pihak dan agensi- agensi yang lain.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pihak-pihak manakah yang mana pihak KWSP menggunakan duit pencarum-pencarum ini kita melabur, berapakah jumlahnya dan apakah setakat ini pulangan yang diperoleh balik oleh KWSP terutama kepada pencarum-pencarum, hasil pelaburan tersebut. Apakah jaminan kerajaan kepada kita pencarum termasuk kita semua, mungkin ada daripada kita dan pekerja awam dan pekerja lain. Supaya caruman yang mereka masukkan dalam KWSP dapat dijamin oleh kerajaan. Saya bimbang, kalau adanya keuntungan, alhamdulillahlah, tetapi kalau adanya kerugian yang berlaku akibat daripada caruman ini sudah tentulah kerugian itu akan menimpa kepada pencarum-pencarum kita, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya kita jangan bimbang, bahawa simpanan kita dalam KWSP adalah selamat. Ianya dijamin penuh oleh kerajaan, tidak ada masalah... [Dewan riuh] Keduanya, jumlah caruman yang terkumpul dalam KWSP ialah sebanyak RM256 bilion, besar jumlahnya dan semua ini dilabur. Tidak ada jumlah yang disimpan tanpa mendapat pulangan, ia perlu ada pulangan. Sebahagian besarnya dilaburkan dalam surat- surat jaminan kerajaan, government securities ataupun sukuk ini semuanya alat-alat pelaburan yang selamat. Bahkan telah menjadi dasar kerajaan untuk membenarkan, demi untuk mencari kadar pulangan yang lebih tinggi supaya EPF juga dapat melabur di luar negara. Sehingga kini sebanyak RM6 bilion telah pun dilaburkan di luar negara.

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Dari segi pulangan, ini dapat dilihat dari segi kadar dividen yang dibayar oleh EPF.

Sebelum ini dalam tahun-tahun 70-an, 80-an kita tahu bahawa kadarnya tinggi, 7 peratus, 8 peratus tetapi akhir-akhir ini dalam tahun 2006, ianya 5.15 peratus; 2007, 5.8 peratus; 2008, 4.5 peratus. Memang kalau banding dengan historical figure, dengan izin, memang rendah sedikitlah yang mutakhir ini, tetapi kalau dilihat dari segi pulangan yang diperoleh dalam pasaran wang, dalam pelaburan keseluruhannya dengan keadaan ekonomi yang agak gawat ini di seluruh dunia, maka pulangan 4.5 peratus ini boleh dikirakan sudah cukup baik.

Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan berapa Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Peraturan Mesyuarat 18(1), Tuan Yang di-Pertua.

Saya memohon kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua agar mempertimbangkan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan dengan tragedi di Kuala Dipang yang saya kemukakan semalam, malangnya ditolak dalam kamar. Walaupun saya tahu memang dari segi satu kematian dan dua yang masih hilang akibat struktur dan pembinaan jambatan gantung yang tidak selamat tetapi kita tidak boleh buat apa-apa untuk mereka yang hilang. Akan tetapi untuk Program Kem 1Malaysia yang sedang berjalan di seluruh Malaysia, kita seharusnya ada peluang untuk kita bahas dan pertimbangkan sama ada keselamatan peserta-peserta dalam Kem 1Malaysia itu terjamin dan ini merupakan kebimbangan kebanyakan ibu bapa di mana anak-anak mereka yang masih dalam Program Kem 1Malaysia ini. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh pertimbangkan usul tergempar ini supaya dibahaskan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pertama, Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa perkara yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca lagi dan itu merupakan keputusan salah satu daripada beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Tuan Yang di-Pertua. Keputusan untuk kes ini bahawa ianya ditolak di dalam kamar, maka kita terikat kepada peraturan bahawa ianya tidak akan dibaca di dalam Dewan.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, saya dapat makluman bahawa perkara ini telah pun di ambil perhatian oleh pihak berkenaan, pihak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran bersama dengan Yang Berhormat Menteri Besar Perak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia turun ke tempat kejadian dan telah mengambil tindakan yang seharusnya dilakukan dan beberapa tindakan lain juga telah pun dibentuk.

Pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan penubuhan jawatankuasa khas penyiasatan untuk kes ini yang akan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya telah pun dibentuk untuk mengambil tindakan yang terbaik untuk menyiasat kejadian yang telah berlaku. Itu merupakan background nya, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan ia telah ditolak di Dewan, maka kita perlu memaklumkan usul ini untuk dimaklumkan di dalam Dewan hari ini.

final • 11:30 AM

Dr. Lee Boo Chye - Gopeng

Dari segi tragedi itu mungkin kita tidak dapat buat apa-apa buat sementara waktu tetapi untuk Kem 1Malaysia yang sedang berjalan, mungkin kita terpaksa buat sesuatu sama ada menggantung program tersebut, mengkaji semula dan sebagainya. Ini memerlukan tindakan serta-merta. Jadi saya rasa usul ini harus diberi perhatian.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya yakin tindakan itu telah diambil perhatian oleh pihak kementerian.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa apabila Dewan ini masih bersidang dan isu ini telah menggemparkan seluruh negara, kalau isu-isu antarabangsa, usul tergempar boleh diluluskan untuk dibahaskan dalam Dewan ini, mengapa isu-isu melibatkan warganegara Malaysia ini, anak-anak kita di mana saya rasa Dewan ini akan gagal dalam fungsinya untuk tidak membenarkan usul yang begitu penting dibahaskan di dalam Dewan ini. Saya pohonlah, Tuan Yang di-Pertua, boleh mempertimbangkannya. Kalau isu antarabangsa boleh diluluskan, mengapa tidak isu ini?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya telah jelaskan dan keputusan telah diambil. Maka kita terikat dengan peraturan mesyuarat dan perkara-perkara yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibincangkan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Walau bagaimanapun, saya yakin dalam sesi perbahasan untuk Bajet 2010, perkara ini boleh dimasukkan dan boleh menjadi sebahagian daripada isu-isu yang boleh dibahaskan, Yang Berhormat. Saya tidak lagi...

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, keputusan telah dibuat, maka mengikut peraturan mesyuarat kita tidak akan membincangkan keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua di dalam Dewan ini.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita juga ingin tahu kalau Dewan ini, isu tidak boleh dibahaskan, apakah fungsi Dewan ini? Isu ini bukan sama ada pihak eksekutif telah mengambil tindakan atau tidak tetapi sebagai law maker, kita ada peranan untuk membahaskan satu dasar. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Gopeng, kita bukan membahaskan tragedi tersebut tetapi dasar mengadakan Kem 1Malaysia ini. So memang kita tidak mencabar keputusan Speaker tetapi kita ingin tahu apakah kriteria untuk membolehkan usul-usul ini dapat dibahaskan dan sebagai Ahli Parlimen kita dapat mengambil peranan dalam isu-isu yang terdesak ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak ingin mengulangi penjelasan yang telah saya berikan dan saya harap bahawa tidak ada lagi further discussion about this. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. [27 Oktober 2009]

final • 11:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan ini. Saya mengamati dan memahami Bajet 2010 dengan tema 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Akan tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah membentangkan bajet ini dengan baik dan cemerlang.

final • 11:37 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dan kita ada tanggungjawab yang sama untuk sama-sama merealisasikan bajet yang dicadangkan ini iaitu dengan strategi pertama, memacu negara ke arah ekonomi negara berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Saya juga menyokong saranan Perdana Menteri iaitu kita beranjak kepada satu bentuk modal ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi untuk bersaing dalam ekonomi global. Justeru dalam memenuhi matlamat itu dan dalam mencari pertumbuhan ekonomi masa kini dan akan datang, tiada pilihan kecuali kerajaan sebagai pembina landasan dan semua pihak, sektor awam dan swasta perlu sama-sama memacu ekonomi negara terutamanya menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.

FDI sewajarnya menjurus kepada pelengkap, penggalak atau sekurang-kurangnya pembimbing kepada pertumbuhan industri tempatan termasuklah aktiviti ekonomi tempatan penting kerana kita wajar mengurangkan kebergantungan kepada import semata-mata terutamanya bahan-bahan keperluan utama makan, pakai, minum, peralatan binaan rumah dan sebagainya supaya rakyat kebanyakan mampu menikmati kualiti hidup yang tinggi tetapi dengan kos yang rendah.

final • 11:37 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekali gus kita mampu menyekat pengaliran wang negara ke luar ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan jurang perbezaan antara nilai wang kita, Ringgit Malaysia dan juga wang asing terutamanya USD. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya lebih suka menjurus kepada bagaimana kita boleh merancakkan pertumbuhan industri tempatan dan ke arah mengurangkan kebergantungan kepada import.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu saya sebut, saya takut saya tertinggal. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan saya hormati kebanyakan pandangan daripada pihak pembangkang. Terutamanya daripada Yang Berhormat Marang yang berkata “pembangkang bukan musuh kepada parti pemerintah, sebaliknya berperanan sebagai penasihat bagi memastikan segala tindakan kerajaan dalam urusan pentadbiran negara tidak bersifat melulu.” Ini saya sokong, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Akan tetapi saya sedikit kecewa Tuan Yang di-Pertua apabila Yang Berhormat Bagan bercakap tentang golongan wanita di Penan yang dirogol.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, pihak kita di sini pun terutamanya penyokong kerajaan sangat-sangat sedih dan tidak menyangka kalau golongan Penan ini, golongan wanita Penan dibuat begitu rupa. Saya terperanjat apabila Yang Berhormat Rantau Panjang bangun mencelah ucapan Yang Berhormat Bagan mengatakan bahawa ini adalah..., kerana kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO. Berlaku di Sarawak, kita di sini yang dikaitkan, dan saya kecewa. Jadi saya lebih menjurus kepada nasihat daripada Yang Berhormat Marang, supaya kita sama-sama memberi nasihat antara satu sama lain.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran

[Bangun]

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Begitu juga soal rasuah Tuan Yang di- Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut ditubuhkan beberapa mahkamah rasuah, bertambah. Maknanya selepas ini kita menjangkakan bahawa banyak kes rasuah dapat dibicarakan dengan telus, cepat, pantas dan tepat supaya ada satu arus bahawa kebanyakan kes rasuah ini dapat diselesaikan dengan segera, tidak seperti sekarang, memang lambat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya akui, saya pun... di kalangan kita juga tidak berapa gemar kalau kes rasuah ini terpaksa dilambatkan atas sebab-sebab teknikal, kurang bukti, proses siasatan yang panjang dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bagi izin sekejap?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sedikit sahaja Yang Berhormat, ringkas Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bisik- bisik pun boleh, dekat sahaja itu... [Ketawa]

final • 11:40 AM

Dato' Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang.

Tuan Yang di-Pertua, masalah jenayah, masalah rogol dan semua masalah ini, bukan masalah Barisan Nasional, bukan masalah UMNO. Semua manusia, selagi manusia tidak ada jiwa manusia, berjiwa haiwan dan binatang, maka akan berlakulah perkara seperti ini. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ledang, dua hari lepas saya ada baca dalam surat khabar Berita Harian kalau tidak silap saya. Di mana kadar HIV/AIDS di Kelantan meningkat. Di antara puncanya ialah melibatkan hubungan seks yang cukup meluas.

Kelantan sebuah negeri di bawah siapa, diperintah oleh siapa, Barisan Nasional?

Pembangkang, tetapi apakah dia pilih? Dia tidak kira PAS kah, PKR kah, UMNO kah dan sebagainya. Kalau selagi manusia itu berjiwa haiwan dan berhati haiwan, maka akan berlakulah perkara ini.

Jadi saya minta Yang Berhormat Ledang, kita hendak kalau kita bercakap tentang masalah keselamatan, jenayah dan sebagainya, kita rasionallah sedikit, jangan menuduh mana-mana. Mula-mula Yang Berhormat sebutkan, saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Marang. Saya tidak ada ‘g’, saya ‘Maran’, kalau orang Terengganu bercakap di Maran, dia jadi Marang juga tetapi saya Yang Berhormat Maran, menyebutkan bahawa pembangkang adalah sahabat kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buka satu keratan akhbar.

“Najib Razak diktator baru”. Apa semua ini Tuan Yang di-Pertua? Kita Ahli Parlimen orang bijak, dipilih oleh rakyat tetapi kalau inilah mentaliti kita, sedangkan selama ini kita aman di negara kita, siapa yang buat? Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mana yang selama ini ada di negara kita ini? Pembangkang berapa lama baru ada di sini tetapi mereka lupa... [Ketawa] Jadi saya minta, gelak-gelaklah. Minta pandangan Yang Berhormat Ledang, terima kasih banyak.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Slow sedikit Yang Berhormat Maran...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ulas sedikit sahajalah dan saya jawab sedikit.

Sebenarnya persoalan yang saya bangkitkan tadi, ia berlaku di mana-mana dan ia tidak mengira negeri mana, tetapi isunya ialah kes HIV meningkat. Kita bimbang ia meningkat, berlaku di seluruh negara. Kita tidak nafikan dan ia tidak mengenal parti mana dan tidak mengenal negeri mana, cuma tindakan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah tindakan seterusnya? Jangan kita terlalu fokus kepada H1N1, tetapi yang HIV yang serius ini, kita tertinggal di belakang.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, soal agihan peruntukan. Saya sebenarnya, sebentar...

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya hendak masuk soal agihan peruntukan, sebentar. Boleh Tuan Yang di-Pertua, tapi sekejap sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya boleh bagi Yang Berhormat tetapi ringkas sahaja Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa kita tahu kes rogol ini berlaku di mana-mana tetapi di Penan, gadis-gadis Penan yang diancam ini adalah berlainan sedikit kerana mereka pergi ke sekolah yang tidak ada kenderaan dan tidak ada cara yang lain tetapi menumpang lori-lori. Disebabkan ini mereka menghadapi ancaman. Jadi sekiranya kita tidak memberi bantuan yang efektif ataupun mengeluarkan mereka daripada keadaan seperti ini, mereka akan terus diancam.

final • 11:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Inilah yang kita rasa khuatir dan bimbang. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Ledang, bukankah Barisan Nasional yang memerintah negara dan juga Sarawak dan Sabah selama ini dan apakah kerajaan boleh buat? Itulah yang kita tanya, apakah yang kerajaan boleh buat, supaya keselamatan gadis-gadis atau budak-budak ini yang pergi ke sekolah tidak diancam dirogol. Apakah yang boleh kita buat?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ledang, saya mengingatkan kalau tidak ada fakta dan jawapan, tidak mengetahui adat istiadat orang Sarawak, tidak mengetahui sebenarnya Penan, tidak pernah datang pun kawasan Penan dan tidak mengetahui pun orang Penan maka tidak perlu jawab Yang Berhormat. Sebab banyak benda ini diselubungi dengan banyak misteri ataupun banyak cerita yang mungkin tidak tepat. Jadi saya berharap Yang Berhormat tidak payah jawablah, tetapi kalau hendak jawab juga kena tepat sedikit.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua telah pun menjawab soalan tadi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soal agihan peruntukan. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sangat-sangat supaya Parlimen ini dihormati, supaya peruntukan Parlimen jangan sampai ke tahap seumpama minta sedekah daripada Perbendaharaan. Parlimen sebagai pusat penggubalan undang-undang mesti dihormati dan segala permintaan yang wajar mesti dipertimbangkan dengan serius, jangan tolak mentah-mentah. Saya dapat tahu sampaikan hendak membayar overtime, bukan overtime kita, kita tidak ada overtime tetapi overtime staff kerana terpaksa bekerja sehingga larut malam pun terpaksa minta sedekah dengan Perbendaharaan.

Saya pernah bangkitkan beberapa kali supaya pemandu-pemandu kenderaan di luar sana diberikan tempat yang selesa, sekarang duduk tidak boleh, bangun tidak boleh, dalam kereta tidak boleh, luar tidak boleh, kadang-kadang hujan dan panas, berbahaya Tuan Yang di-Pertua. Yang ini saya mohonlah, pada pihak kerajaan supaya segala permintaan daripada Parlimen ini tentang kewangan ini diberikan pertimbangan yang serius.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, agihan peruntukan kerajaan di seluruh negara.

Saya lebih suka menjurus kepada permintaan yang wajar. Umpamanya semalam Yang Berhormat Bagan... ini bukannya soal politik. Yang Berhormat Bagan menyentuh tentang CCTV. Betul, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan terdahulu Yang Berhormat daripada Kulai menawarkan, saya lebih suka gunakan perkataan ‘menawarkan’ daripada ‘janji’ CCTV. Akan tetapi tawaran itu telah pun ditolak oleh masyarakat di sana.

Saya rasa tidak perlu kita agihkan peruntukan CCTV ke sana, bawa ke Ledang, bawa ke tempat-tempat lain yang semestinya mereka akan menerima tawaran itu seperti yang telah pun dijelaskan dan seperti yang telah pun dilunaskan dalam bentuk undi pilihan raya yang lalu. Saya lebih suka kalau agihan peruntukan itu berdasarkan kepada permintaan dan tawaran yang tepat.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit soal sebelum saya terlupa, ada permintaan daripada luar supaya bilangan subjek mengambil peperiksaan SPM ini dipertimbangkan semula daripada sepuluh kepada 12. Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan demikian kerana, saya mengambil satu contoh sahaja bagi aliran sains agama, Timbalan Menteri Pelajaran tidak ada di sini, subjek compulsory lima, compulsory bermakna sains, matematik tambahan dan sebagainya tetapi pada masa yang sama bagi aliran agama sains perlu mengambil tiga subjek elektif agama, lapan dan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga subjek sains seperti yang telah pun ditetapkan oleh IPTA, maknanya 11.

Tuan Yang di-Pertua, kalau sepuluh sahaja bagi aliran agama sains ini, mereka tidak boleh mengambil subjek, tidak boleh menjurus kepada bidang kedoktoran, kita hendak melahirkan doktor-doktor yang pakar agama dan sekurang-kurangnya mereka tahu basic agama yang kuat, tetapi mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang....

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

...Dalam bidang kedoktoran kerana mereka tidak dibenarkan mengambil tiga subjek utama sains bagi melayakkan mereka mengambil jurusan doktor.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Ledang.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sikit, silakan.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Ledang menyebut tentang sepuluh subjek sahaja yang dihadkan untuk SPM, saya dapati mereka yang berada di Tingkatan Empat, Tingkatan Lima sekarang ini di sekolah sains agama, saya tengok anak saya yang belajar sekarang, 23 subjek. Ada 23 subjek dan alhamdulillah dia boleh mendapat 9A dalam PMR dan insya-Allah dalam SPM pun, saya rasa mungkin kalau sekiranya dibenarkan untuk mengambil lebih banyak subjek-subjek ini, insya-Allah mereka akan mampu untuk mengambil. Akan tetapi saya rasa bukan setakat 12, berilah mereka peluang untuk mengambil seberapa banyak subjek yang mampu diambil oleh pelajar tetapi bukan semua pelajar-pelajar, pilih pelajar yang tertentu. Apa pandangan Yang Berhormat Ledang?

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sebut tadi, ini adalah perkara-perkara pokok yang memerlukan pertimbangan yang serius kerana ada keperluan di situ. Sekurang-kurangnya kita tidak rigid kepada subjek yang perlu diambil oleh pelajar SPM kepada sepuluh, mesti ada fleksibiliti bagi kes-kes tertentu sekurang- kurangnya ataupun kita longgarkan sedikit kepada 12, mudah semua lepas. Kalau 12 semua lepas tetapi kalau sepuluh ini ada yang lepas ada yang hendak timbang dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Saya suka pandangan daripada sahabat saya daripada Pendang.

Tuan Yang di-Pertua, saya lebih suka memetik beberapa perkara yang dibangkitkan di luar melalui email, SMS dan sebagainya, sebelum saya masuk kepada yang lebih umum. Tuan Yang di-Pertua ini, saya perlu ulangi perkara ini tentang insurans motor, ataupun kereta antik lah, tetapi yang paling serius motosikal. Sampai sekarang belum ada satu penyelesaian kepada insurans motor terutama di kampung-kampung, di bandar ini mungkin kurang sedikit, akhirnya sekarang kebanyakan motosikal di kampung-kampung tidak ada road tax kerana tidak ada insurans. Kalau dahulu insurans hanya perlu bayar RM50 sekarang paling tidak RM150, biasanya RM200 walaupun ada insurans berkelompok.

Saya cuba bertanya insurans berkelompok di pejabat pos, rupa-rupanya insurans berkelompok yang dianjurkan oleh pejabat pos jauh lebih mahal daripada yang dicanangkan selama ini. Kereta antik langsung mereka tidak terima. Ada kereta antik yang berusia 30 tahun tetapi masih lagi fit di jalan raya, ini semua Tuan Yang di-Pertua perlu pertimbangan daripada Bank Negara khususnya supaya industri insurans ini dapat dikawal dan yang penting tidak menyusahkan rakyat.

Dahulu saya sebut, waktu susah, waktu senang sorry Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Waktu senang kita sama-sama senang tetapi waktu susah janganlah satu pihak senang kita susah, pihak insurans tetap senang dengan gaji mereka yang lumayan, keuntungan tinggi, katanya sekarang rugi, saya tidak percaya. Daripada berjuta pemilik motosikal takkan lah satu, dua tiga kes yang accident mereka rugi, tetapi waktu susah biarlah kita sama-sama susah.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya kutip, yang perlu saya bangkitkan di sini ialah soal Ketua kampung. Kalau di Johor, kita panggil Ketua Kampung, di Melaka Tok Sidang dan sebagainya. Alhamdulillah satu ketika dahulu kerajaan yang telah pun memberi elaun ketua kampung, RM400 sebulan. Ada sesetengah kerajaan negeri tambah lagi, okeylah saya setuju. Akan tetapi situasi sekarang sudah berbeza, bukan soal elaun semata-mata.

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dahulu ketua kampung hanya menjaga kampung semata-mata tetapi sekarang dalam kampung ada taman, ada masyarakat Melayu nya, ada Cina dan Indianya, complete 1Malaysia, lengkap. Maknanya penduduknya sudah bertambah, berbilang kaum jadi sewajarnya jawatan ketua kampung ini bukan sahaja elaun naik itu soal nombor dua, tetapi taraf itu ditingkatkan. Kalau penghulu dulu dipilih secara pilihan raya dan sekarang penghulu dipilih di kalangan mereka yang berkelulusan sekurang-kurangnya STPM. Ketua kampung sewajarnya dinaikkan taraf, barulah kita boleh melahirkan masyarakat yang boleh menjana kepada kemajuan negara kerana dipimpin oleh ketua kampung yang telah pun, insya-Allah pada masa akan datang dinaikkan tarafnya.

Kita hendakkan pemimpin di peringkat kampung benar-benar yang berwibawa, ertinya kalau mereka kita naikkan tarafnya kepada sekurang-kurangnya SPM kah, apa kah ada jawatan yang khusus. Saya yakin, hendak memimpin masyarakat di kampung tidak ada masalah. Sekarang di Ledang berlaku, saya ingat di Maran pun sama, hendak mencari ketua kampung satu masalah, dengan elaun empat ringgit siapa yang hendak? Masing- masing menolak, sudah satu bab pula kita payah hendak mencari ketua kampung yang layak kerana masing-masing tidak mahu tetapi kalau ketua kampung ini kita juruskan kepada syarat minimum misalnya SPM, skim gaji yang cantik serta sesuai, saya rasa tidak payah dan tidak susah kita mencari ketua kampung di seluruh negara kerana mereka tahu tanggungjawabnya berat tetapi ada pengiktirafan selain daripada imbuhan gaji dan elaun daripada pihak kerajaan.

Oleh itu, saya meminta perkara ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Satu perkara lagi, yang ini juga saya kutip di luar. Saya sebenarnya dukacita, saya sama-sama sedih dengan apa yang berlaku semalam, jambatan runtuh di Perak, jambatan gantung.

Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang yang biasa bab structure struktur besi ini, ia bukan sahaja melibatkan soal welding, skru dan sebagainya. Membuat jambatan gantung bukan satu perkara yang senang Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak bercakap soal teknikal susah tetapi ia bukan hanya melibatkan soal vertical force tetapi horizontal force, daya momen dan sebagainya. Itu yang berlaku kelmarin, semalam ke kelmarin. Saya sama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia rasa sangat sedih dan kecewa mengapa jambatan gantung yang pada saya complicated nampak mudah, boleh terlepas pandang oleh Jabatan Pelajaran.

Di Jabatan Pelajaran pun ada juruteranya, ada juruteknik dan sebagainya, sekurang-kurangnya sebelum dibenarkannya lihat dulu, saya tengok surat khabar hari ini, saya tengok berdasarkan gambar sahajalah, saya tidak hairan ia runtuh, tengok pun sayu, dengan saiz yang kecil, dengan struktur yang begitu. Saya sangat sedih dan sangat terperanjat dan ini hendak diletakkan kepada siapa? Adakah jurutera tidak efektif, adakah arkitek tidak efektif dalam industri pembinaan keseluruhannya dan adakah arkitek juga tidak efektif, semua tidak efektif?

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Hanya kerana perkara tersebut berlaku. Jadi Tuan Yang di-Pertua perkara ini kita harus pandang dan kita harus insaf supaya selepas ini ada satu tindakan secara menyeluruh secara bersama supaya perkara-perkara tersebut tidak mudah berlaku dan nyawa dapat kita selamatkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah kompelin tetapi alhamdulillah tindakan pantas.

Apabila jambatan Muar, jambatan Muar yang lama itu yang sudah berumur hampir 40 tahun, satu ketika di bawahnya lalu pontoon yang membawa batu kelikir ini daripada satu kuari dijual keluar. Saya kata kalaulah pontoon yang beratnya beratus tan ini langgar tiang jambatan, saya kata runtuh tiang jambatan itu. Alhamdulillah saya telefon, pada masa itu Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri S. Samy Vellu. Saya telefon beliau dan beliau on-the–spot, pada waktu yang sama memberhentikan kegiatan tersebut kerana kelulusan yang diberi amat mencurigakan.

Berlaku di bawah, sekurang-kurangnya kita sama-sama alert. Alhamdulillah lah saya telah pun tunaikan tugas saya Tuan Yang di-Pertua, saya sampaikan maklumat yang penting kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri telah pun mengambil tindakan dengan pantas memberhentikan kegiatan pontoon membawa bahan berat dari luar tadi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kota Raja sudah dua kali bangun, Yang Berhormat.

Hendak beri?

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh, boleh!

final • 12:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seperti yang kita semua ketahui, peristiwa yang menyayat hati ini bukan lah kali pertama berlaku di negara kita. Peristiwa di mana, bangunan-bangunan dan struktur-struktur runtuh pun bukanlah kali pertama berlaku di negara kita.

Akan tetapi biasanya, kebisingan dalam akhbar dan di kalangan rakyat hanya sementara kemudian di lupakan. Kita belum dengar satu tindakan yang tegas di ambil di atas mana-mana kontraktor yang telah disebabkan oleh kecuaian ataupun atas sebab apa pun diambil tindakan atas mereka.

Saya ingin bertanya, kalau begini lah pelaksanaannya, delivery nya akhirnya adakah salah rakyat dan salah pembangkang sekiranya kita menyalahkan kerajaan Barisan Nasional itu kerana mereka memegang kuasa, mereka mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan merekalah yang memberikan kontrak-kontrak ini. Adakah Yang Berhormat Ledang boleh memberi satu pandangan bagaimana cara kita menyelesaikan masalah ini dengan tuntas. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, mustahil mana-mana kerajaan dalam dunia ini, boleh tahu setiap perkara yang berlaku di bawah, mustahil. Sebab itu saya kata tadi, semua pihak mesti alert. Mesti mengambil serius, peka dengan apa berlaku di sekeliling dan mustahil kalaulah aduan daripada Yang Berhormat Kota Raja, kalau aduan daripada Yang Berhormat Kota Raja nampak sesuatu perkara yang tidak betul di bawah, terutamanya yang boleh menjejaskan, mengancam keselamatan rakyat itu tidak di ambil perhatian dan tindakan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, laporan Bernama mengatakan bahawa pada masa ini pinjaman rumah Bai-Bithamin Ajil ini, Bai-Bithamin pula... [Ketawa] Bai-Bithaman Ajil ini ada masalah. Masalahnya begini Tuan Yang di-Pertua, masalahnya ialah bagi pembinaan rumah-rumah yang terbengkalai. Kalau pinjaman biasa rumah terbengkalai setakat bayar, setakat dikenakan bayaran terhadap kemajuan rumah yang terbengkalai sahaja. Akan tetapi bagi pinjaman BBA ini, banyak aduan Tuan Yang di- Pertua, banyak aduan peminjam terpaksa membayar hampir keseluruhan daripada pinjaman yang dibuat. Contohnya, pembinaan berharga RM249,000 melalui perjanjian BBA selama 30 tahun, bank terbabit menjual kepadanya dengan harga RM744,766, ini kerana pinjaman BBA.

Akhirnya, projek yang terbengkalai itu bank baru sahaja bayar RM9,543 tetapi peminjam terpaksa bayar RM505,368. Maknanya berapa kali ganda itu? Lima ratus kali ganda Tuan Yang di-Pertua perlu bayar, walhal nilai rumah yang terbengkalai itu cuma RM10,000. Maknanya yang bank bayar cuma RM10,000 lebih kurang tetapi perlu bayar RM500,000 lebih kurang. Isunya Tuan Yang di-Pertua, kepada saya mesti ada satu fleksibiliti, mesti ada satu kaedah yang boleh undur ke belakang. Di mana bayaran dibuat berdasarkan kepada pembinaan walaupun baiah pertama, baiah asal ialah dengan harga RM500,000. Ini saya mohon Tuan Yang di-Pertua, supaya Bank Negara melihat terhadap kaedah peminjaman BBA ini supaya pengguna tidak berdepan dengan masalah kewangan, masalah bayaran apabila projek terbengkalai.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita digegarkan di Padang dengan gempa bumi. Daripada laporan yang saya terima, yang telah dibuat oleh pihak Universiti Sains Malaysia dalam konteks negara kita tidak sampai 3 peratus bangunan dalam negara kita yang mengambil kira faktor gempa bumi apabila membina bangunan-bangunan yang tinggi.

Dalam konteks negara kita hanya bangunan pencakar langit, KLCC ataupun Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang serta Komtar di Pulau Pinang yang mengambil kira faktor gempa bumi semasa proses reka bentuk dahulu. Ini jelas Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sedangkan yang berlaku di Sumatera dahulu jaraknya tidak lebih 300 km Tuan Yang di-Pertua, yang ini bahaya. Kalau statistik yang ada ini cuma tiga bangunan utama sahaja yang mengambil kira faktor gempa bumi, kalaulah berlaku gempa bumi Tuan Yang di-Pertua katakanlah 10 skala Richter pada masa akan datang.

Sekarang 8, kita selamat lagi, 10, 11, 12 kita tidak tahu pada masa akan datang, saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, bangunan-bangunan yang berada di Kuala Lumpur ini apatah lagi Melaka, Johor Bahru, Johor, Negeri Sembilan mungkin juga turut tersungkur menyembah bumi ataupun sekurang-kurangnya ia retak dan akhirnya bangunan tersebut terus tidak selamat.

Ini saya pernah bangkitkan dahulu, supaya ada satu kajian secara menyeluruh.

Saya dengar dahulu JKR buat satu kajian tentang bangunan yang perlu mengambil kira faktor gempa bumi, tetapi kemudian kita tidak tahu apa hasilnya. Jadi hari ini saya mengambil kesempatan, apakah hasilnya. Seperti yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dahulu pernah sebut JKR sedang dan akan membuat kajian tentang standard spesifikasi bagi bangunan-bangunan tertentu dalam negara Malaysia bagi menghadapi risiko gempa bumi yang dahsyat berlaku di negara jiran sekiranya berlaku pada masa akan datang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini penting perlu diambil serius oleh pihak Kementerian Kerja Raya dan saya inginkan jawapan daripada mereka supaya kita semua selamat pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menumpang gembira dapat cuti pada 16 September, Hari Malaysia ini, hari penubuhan Malaysia, saya gembira. Akan tetapi ada keluh kesah daripada ramai pekerja hanya pekerja, hanya kakitangan kerajaan, hanya pekerja di sektor awam sahaja yang bercuti yang dapat cuti, tetapi di sektor swasta tidak ada. Setakat ini, Tuan Yang di-Pertua setelah kita merujuk kepada Akta Kerja 1955 seksyen 60D(1A), pekerja layak mendapat sepuluh hari cuti hari kelepasan dalam setahun di mana empat daripada hari tersebut adalah Hari Kebangsaan, Hari Buruh, Hari Keputeraan Agong dan hari keputeraan Sultan.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Hari Malaysia tidak disebutkan. Yang ini Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Kementerian Sumber Manusia cepat-cepat membuat pindaan. Cadangkan kepada Parlimen supaya membuat pindaan. Masukkan sekali Hari Malaysia pada16 September, bolehkah, Tuan Yang di-Pertua? Ini saya bertanya pada Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya menghargai stail Yang Berhormat Ledang ini. Beliau bertanya kepada saya dan saya mengatakan okey, barulah beliau... Ini cara yang sebaiknya dalam Parlimen, Yang Berhormat. Terima kasih. Silakan.

final • 12:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang kerana membiarkan saya mencelah dalam ucapan perbahasan beliau. Soalan saya ialah, perkongsian kita ialah apabila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengisytiharkan 16 September sebagai warta cuti umum.

Yang menjadi isu adalah dua. Satu, ialah mereka yang ada perjanjian bersama tidak bermasalah. Bagi mereka yang tidak ada kesatuan perjanjian bersama itu yang masalahnya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkongsian saya ialah punca daripada ketidakambilan daripada seksyen 60(D), Akta Kerja 1955 itu ialah penyebab kepada kebanyakan majikan tidak mengiktiraf konsep Perlembagaan kita dalam erti mewartakan hari cuti.

Dengan yang demikian, saya berpandangan bahawa isunya adalah kebanyakan majikan ialah union busting, tidak mengiktiraf kesatuan dalam membentuk satu kesatuan.

Jadi ini adalah berpunca daripada kumpulan yang tidak dapat meraikan apa-apa yang telah diiktiraf oleh Perdana Menteri atas dasar perwartaan wajib. Walaupun dalam seksyen 60(D) itu mengatakan dalam sepuluh hari; empat hari adalah wajib dan enam hari lagi adalah replacement. Akan tetapi daripada segi kelayakan itu, mereka layak, dan yang tidak memberikan kelayakan adalah majikan.

final • 12:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Setujukah dengan saya bahawa setiap pekerja itu mesti diwujudkan kesatuan untuk membolehkan mereka ada satu perjanjian bersama bila mana kita mewartakan hari itu cuti? Secara umumnya semua akan layak mendapat kebajikan itu. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas pandangan pertama daripada Tuan Yang di-Pertua tadi khususnya, daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Saya sebenarnya juga peka dengan soal pekerja ini. Banyak rayuan yang saya terima daripada peringkat bawah. Alhamdulillah, kita sudah ada pejuang pekerja dalam Dewan Rakyat ini, Yang Berhormat Kuala Langat. Dan saya menyokong sebenarnya 100 peratus pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Tiada masalah. Pandangan yang bernas untuk kebaikan pekerja. Kita sehati sejiwalah bab pekerja ini.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini, sekarang PAC pun sedang bersidang tentang laporan Audit, saya tidak menjurus kepada projek itu, lokasi itu. Tidak. Akan tetapi saya hanya menyentuh tentang kualiti pembinaan jalan. Jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sepulut di Keningau dengan Kalabakan di Tawau, Sabah. Tuan Yang di-Pertua, boleh membenarkan pendekar daripada Pasir Salak ini? Minta maaf.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak pendekar pagi ini Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat daripada Ledang. Saya bukan pendekar. Minta menjadi pendekar tidak boleh. Jadi pahlawan cangkul pun tidak mengapa… [Ketawa] Yang Berhormat tadi ada menyebut soal keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Hari Malaysia, 16 September dan bercakap daripada segi kebimbangan pihak pekerja. Mendapat cuti ataupun tidak mendapat cuti. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat dan juga meminta pandangan.

Ini cuti Hari Malaysia juga lebih kurang maksudnya cuti Hari Kebangsaan.

Tujuannya apa? Tujuan hari cuti ini bukan hendak cuti-cuti. Duduk di rumah, relax.

Tujuannya ialah untuk merasakan, menghayati penubuhan sebuah negara Malaysia dan mewujudkan satu keadaan yang mana perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan juga cintakan kepada negara.

Ini cuti yang hendak dibuat ini untuk Malaysia keseluruhannya. Akan tetapi berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, 31 Ogos merdeka, setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan. Kita sangat kecewa melihat perayaan-perayaan umpamanya yang dianjurkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.

Banyak perayaan saya tengok seolah-olah perayaan untuk satu kaum. Jadi, Hari Malaysia 16 September ini juga, esok, kalau kerajaan mengadakan hari perayaan kemungkinan akan menjadi begitu juga. Jadi matlamat tidak akan tercapai. Cuti untuk relaks di rumah tidak menepati maksud kita untuk mewujudkan perasaan cinta dan sayang juga integrasi nasional di kalangan penduduk.

Apakah komen Yang Berhormat tentang perkara ini? Apakah yang perlu dibuat oleh kerajaan? Apakah yang sepatutnya disambut oleh rakyat berbilang kaum? Kerana setakat ini saya merasakan kita agak gagal. Bukan gagal secara teruk, tetapi gagal untuk mewujudkan perpaduan, integrasi nasional melalui perayaan-perayaan yang lalu. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ledang, tambahan daripada pendekar Pasir Salak.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Boleh Yang Berhormat Ledang. Kalau boleh jawab dua sekali. Ringkaskan.... [Ketawa]

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kalau boleh pendekkan. Ringkaskan Yang Berhormat Putatan... [Ketawa]

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Saya amat bersetuju dengan sahabat pendekar dari Pasir Salak. Ini satu semangat kejiwaan negara. Ini harus kita kongsikan bersama Yang Berhormat Pasir Salak. Saya amat bersetuju bahawa apabila kerajaan menganjurkan hari kemerdekaan seumpamanya, saya melihat sambutan daripada masyarakat selain daripada satu masyarakat yang bersebelahan dengan kerajaan ini, saya nampak amat kecewa sekalilah.

Ada yang pergi memancing ikan dengan anak-anak. Cuba dengan program yang diadakan, yang dicadangkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, bahawa kita adakan dengan penglibatan semua kaum di peringkat kampung dan saya mengharapkan kementerian yang bertanggungjawab untuk meraikan Hari Malaysia yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Cuba menggalakkan semua ketua kampung, JKK di peringkat kampung-kampung ini meraikan. Di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya. Jadi ini saya mintalah kalau disediakan peruntukan daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi saya memohon daripada kerajaan melalui Yang Berhormat Ledang ini. Ya, terima kasih.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Karibu, dengan izin. Maknanya dialu-alukan pandangan daripada Yang Berhormat Putatan dan sekali gus Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan telah pun menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Mudah bagi saya. Akan tetapi yang penting kepada saya ialah pengisian.

Maksudnya di sini Kementerian Pelancongan boleh mengambil bahagian yang lebih serius di dalam melangsungkan perayaan Hari Malaysia tersebut. Walaupun selama ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menguruskannya. Ertinya jangan kita hanya memfokuskan kepada komersial apabila kita meraikan sesuatu perayaan, tetapi pengisian mestilah menjurus kepada semangat 1Malaysia itu sendiri.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat, yang penting itu semangat cintakan negara, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya, cintakan negara.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi, kalau kita sebutlah 16 hari bulan, 31 hari bulan, kalau datang hanya hendak... Sama sahaja, tidak ada cinta kepada negara dan rela mempertahankannya dalam apa segi masalah pun, saya ingat ia tidak akan mendatangkan kesan yang sempurna juga, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya setuju dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua. Maknanya, mereka-mereka yang tidak cintakan negara, dia tidak ada semangat 1Malaysia lah.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik pada soal Laporan Audit tadi. Audit mendapati bahawa kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti..., masya-Allah, batang balak digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan. Maknanya, bawah tanah itu ada kayu balak. Sebelum bina itu perlu buat siasatan tanah. Barulah ia tidak runtuh dan banyak lagi.

Ini Tuan Yang di-Pertua, soal kemahiran, soal kepakaran di peringkat JKR itu sendiri. Dahulu saya pernah menyarankan supaya dikembalikan semula Pusat Latihan JKR.

Ada IKRAM tetapi telah pun diswastakan. Saya pernah tanya. Saya banyak kali tanya dengan pengurusan JKR. Kenapa tidak dihantar ke IKRAM? JKR kata, mahal. Kos yang ditawarkan oleh IKRAM kepada pegawai atau staf JKR untuk berkursus di sana, mahal.

Dua, tiga kali ganda berbanding dengan kos asal dahulu.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua akhirnya, peruntukan terhad, staf JKR akhirnya kurang latihan. Kurang diberi latihan oleh pihak jabatan itu sendiri kerana tidak ada pusat latihan sendiri seperti yang ada dahulu.

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini Tuan Yang di-Pertua, perlu diambil serius. Lebih-lebih lagi soal teknologi ini, ia berubah. Ia berubah dari masa ke semasa. Kita bercakap untuk soal pembinaan cara moden, pembinaan cara pasang siap dan sebagainya tetapi kurang kemahiran. Soal tanah yang pada saya ini soal common sense pun gagal dilakukan kerana saya yakin bagi...

Biasalah Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka-mereka yang baru kerja, tidak ada latihan dan sebagainya, tidak mungkin mereka terbayang sesuatu yang berlaku di bawah, seperti yang disebut dalam Laporan Audit tadi.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga yang disebut oleh Laporan Audit tentang kandungan bahan asing yang banyak di loji-loji air. Saya sebut Perlis dahulu dan di Kelantan. Kita sedia maklum di Perlis dan Kelantan kandungan besinya tinggi. Itu sebab air di sana berkarat. Saya dahulu pernah belajar dan mengaji di sana, di Pengkalan Chepa.

Akan tetapi, isunya di sini ialah kita ada SPAN ataupun kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian yang berkenaan. Sejauh manakah kejayaan SPAN ini menguruskan kualiti air dalam negara Malaysia? Ini kerana akta telah kita luluskan. SPAN telah kita tubuhkan tetapi soal-soal yang remeh ini masih berlaku. Kalaupun ada tindakan, saya hendak tanya kemajuan.

Bagaimana air tersebut dikawal selia dari segi rawatan secara menyeluruh?

Bagaimana SPAN boleh mendapatkan kerjasama bukan sahaja daripada Kementerian Kesihatan tetapi juga daripada Jabatan Pengairan dan Saliran supaya kualiti air sentiasa di tahap yang tinggi sebelum dirawat ataupun sesudah dirawat, ia juga mesti di tahap tinggi kerana sekurang-kurangnya ada kaedah yang tertentu sekiranya bahan asing itu tinggi dalam proses rawatan. Ini Tuan Yang di-Pertua, perkara yang serius. Soal air minum.

Kadang-kadang, Jabatan Kesihatan semak air di loji pada tahap yang lulus mengikut kadar klorin, kadar E.Coli dan sebagainya tetapi apabila sampai di paip air, di sink rumah kita penuh dengan karat.

Di loji tidak ada karat tetapi di sink air dalam bilik air kita ada karat. Ini mesti juga diambil kira. Jangan hanya sampel air di loji air. Di Pokok Sena misalnya, di loji air okey, di rumah belum tahu, Yang Berhormat Pokok Sena. Maknanya, air pada paip hujung, pada tempat keluarnya dan sebagainya. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua perlu diambil perhatian.

Saya menuntut supaya SPAN memberikan jawapan dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh soal yang agak sensitif tetapi ini bukan pandangan saya semata-mata. Ini adalah pandangan daripada seorang tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Kita bercakap soal 1Malaysia. Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat Malaysia menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, maknanya di asing-asingkan antara kaum yang berbilang kaum dalam negara kita daripada peringkat sekolah rendah lagi sudah berasing. Sekolah menengah berasing juga, sampailah ke peringkat universiti tidak boleh bersatu kerana sudah pun diasingkan di peringkat sekolah rendah.

Saya setuju ada sekolah pelbagai aliran di peringkat rendah. Saya setuju. Ada sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah kebangsaan, saya setuju. Kalau boleh ada sekolah rendah jenis kebangsaan Jawa, sekolah rendah jenis kebangsaan Banjar, Bugis dan lain-lain kerana kita berbilang kaum dan etnik. Kita hendak memperkayakan bahasa ibunda di peringkat kecil lagi tetapi Tuan Yang di-Pertua, di peringkat menengah sepatutnya kita satu aliran. Sepatutnya kita ada satu aliran seperti sekolah menengah... Kita tidak ada sekolah menengah kebangsaan Tamil, tidak ada. Saya bukan anti. Tidak. Saya bercakap soal 1Malaysia. Di peringkat rendah saya setuju. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan supaya jangan kira sekolah mana yang sekarang ini jenis kebangsaan Cina kah, apakah, yang swasta kah, bantuan penuh, bantuan modal, kerajaan ambil alih. Tidak ada masalah. Maknanya, kerajaan bela semua sekali sekolah...

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

[Bangun].

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

...Dalam negara Malaysia. Tidak kiralah sekolah jenis kebangsaan apa di peringkat sekolah menengah dan jadikan sebagai sekolah 1Malaysia. Tidak timbul dianaktirikan lagi seperti yang diuar-uarkan oleh pihak lain. Boleh tidak Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya setuju dengan pandangan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sebab saya telah membuat perbincangan mengenai adakah dasar-dasar dan program kerajaan sekarang ini untuk menyatukan umat ke arah perpaduan sejati rakyat Malaysia akan sampai ke matlamatnya? Sebulat suara mengatakan tidak. Dasar sekarang ini satu yang lemahnya ialah tidak ada meeting point seperti rel kereta api. Rel kereta api sampai akhirnya pun ia tidak berjumpa. Jadi kerajaan perlu cari apa meeting point dengan kerangka Perlembagaan sekarang ini di mana sekolah- sekolah ini boleh beroperasi tetapi ada satu yang akhirnya sampai kepada satu..., rakyat ini dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Meeting point nya tidak ada. Ini sekata termasuk yang membuat sejarah Malaysia itu sendiri yang merangka. Dia kata sekata termasuklah profesor daripada Sabah dan Sarawak. Terima kasih. Adakah ini setuju atau tidak?...

final • 12:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun].

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak beri Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat..., tidak?

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya amat setuju dengan Yang Berhormat Ledang bahawa di peringkat menengah sepatutnya semua murid, semua penuntut digabungkan dalam satu sekolah kebangsaan. Ia tidak kira apa-apa sekolah. Akan tetapi saya hendak tanya sedikitlah mengenai sekolah menengah, apa itu...

Kolej Sains MARA yang MRSM. Di MRSM semua murid-murid adalah Melayu yang cerdik, yang cemerlang dan yang pandai. Semua diagihkan pergi MRSM tetapi yang tinggal akan pergi ke sekolah kebangsaan dan budak-budak yang baik, yang cerdik, yang pandai daripada kaum-kaum lain masuk ke sekolah kebangsaan. Tidakkah lebih baik jika semua yang pandai dimasukkan sekali dan kita boleh jadi 1Malaysia lah yang benar-benar. Adakah itu satu cadangan yang wajar bagi Yang Berhormat Ledang? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan rakan sejawat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dalam PAC. Tuan Yang di-Pertua, atas semangat 1Malaysia kita boleh mengolah pendekatan yang terbaik untuk sama-sama kita merasai kemakmuran dalam negara Malaysia tetapi kita berpaksikan kepada satu Perlembagaan. Anak saya tidak ada masalah. Anak saya di MRSM, satu bilik dengan seorang pelajar India. Tidak ada masalah, di MRSM Bakri. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, atas semangat 1Malaysia kita boleh mengolah untuk kita berjalan ke hadapan atas semangat 1Malaysia. Tidak ada masalah.

Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan boleh mengambil alih semua sekali sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan ini dan tidak timbul soal anak tiri dan sebagainya, kita bantu keseluruhannya dan kita jadikan sebagai satu sekolah 1Malaysia.

final • 12:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini saya kena minta tolong Tuan Yang di-Pertua untuk beri...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini panglima juga ini?

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Panglima ni! Lebih daripada panglima.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panglima juga. Ini banyak panglima, Yang Berhormat Ledang ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Ledang.

final • 12:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apakah Yang Berhormat sedar sejarah penubuhan Maktab Rendah Sains Mara?

Kalau kita faham penubuhan Maktab Rendah Sains Mara ia ada berkaitan dengan kelahiran Dasar Ekonomi Baru tahun 1970 dulu di mana orang-orang Melayu dan kaum bumiputera ketinggalan dalam bidang pendidikan. Apatah lagi dalam bidang pendidikan yang kritikal.

Sekarang ini pun tahap pencapaiannya tidak ke mana lagi.

Jadi, tujuan diadakan Maktab Rendah Sains Mara ini bukan untuk semata-mata mementingkan orang Melayu ataupun kaum bumiputera semata-mata. Kita tidak harus lihat dalam persepsi yang begitu. Yang kita harus lihat ialah agenda nasional yang sebenarnya ialah untuk merapatkan jurang pencapaian pendidikan yang kita tahu kaum bumiputera ketinggalan. Apabila sampai ke tahap 30 peratus nanti dalam semua bidang, pada waktu itu bolehlah kita menjurus pula ke arah agenda yang lebih besar seperti sampai kepada apa yang dikatakan untuk semua kaum dan semua pihak tetapi kita sedar kedudukan kaum bumiputera. Saya rasa ini mesti dibuat pembetulan sebab seolah-olah melihatkan kita orang Melayu ini apa-apa pun untuk Melayu, tidak untuk orang lain. Tidak begitu. Manakala kita sudah berkorban cukup banyak untuk orang lain. Jadi, persepsi ini mesti diperbetulkan.

Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Pendekar Paya Mas. Eh, Pasir Mas, Paya Mas pula. Di kampung saya ada nama Paya Mas. Ini Pasir Mas. Seperti yang saya sebutkan tadi atas semangat 1Malaysia kita boleh mengolah pendekatan yang terbaik tetapi kita berpegang kepada satu prinsip iaitu prinsip perlembagaan dan lain-lain termasuklah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Akan tetapi kaedahnya kita kena carilah supaya kita dapat bertemu.

Janganlah sampai bila-bila tidak bertemu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, macam rel kereta api tidak bertemu sampai bila-bila walau di mana kecuali kita alihkan dan kereta api terbalik.

Tuan Yang di-Pertua, ini maknanya selepas ini saya cadangkan semua sekolah tidak ada yang bantuan modal, sekolah-sekolah swasta yang diuruskan oleh lembaga pengurus dan sebagainya. Semuanya kerajaan boleh ambil alih di peringkat sekolah menengah dan dibantu supaya kita benar-benar menjadi sebuah masyarakat yang kita didik atas prinsip 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, apabila pelajar-pelajar ini telah berjaya mereka perlu atas semangat 1Malaysia juga diberikan pinjaman. Setakat ini saya memuji PTPTN ini kerana konsep yang diamalkan sekian lama sudah pun 1Malaysia. Ia tidak mengira bangsa, tidak mengambil kira sama ada Melayu, Cina atau India, yang perlukan bantuan dibantu. Saya setuju. Alhamdulillah lah, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan iaitu pelajar yang cemerlang tidak kira siapa yang mendapat first class atau yang setaraf dengannya ditukar status pinjaman kepada biasiswa. Saya amat setuju.

Tuan Yang di-Pertua, cuma ada beberapa kes di mana banyak peminjam PTPTN ini sekarang telah pun kena blacklist. Kena senarai hitam. Bank pun tidak boleh terima orang yang kena blacklist ini. Jadi, yang ini saya berfikir bahawa sebelum blacklist PTPTN yang dibimbing oleh Kementerian Pengajian Tinggi mesti ada satu pendekatan lain yang lebih fleksibel supaya pelajar-pelajar tidak kena blacklist. Kadang-kadang tidak sempat bayar enam bulan sudah kena blacklist. Enam bulan belum bekerja lagi. Kadang-kadang selepas enam bulan dia sambung belajar Tuan Yang di-Pertua, sudah kena blacklist.

Sambung belajar kena blacklist! Ini kerana enam bulan dia tidak bekerja dan selepas itu dia sambung belajar kena blacklist.

Jadi, mesti ada satu kaedah supaya pelajar-pelajar. orang muda, generasi akan datang, pewaris ini tidak kena senarai hitam. Susah hendak sambung belajar, susah hendak buat pinjaman bank kalau mereka memerlukan pinjaman kerana mereka ingin melibatkan diri dalam perniagaan. TEKUN tolak, semua tolak. Dengan ini saya mengesyorkan supaya PTPTN di bawah bimbingan Kementerian Pengajian Tinggi...

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun lagi, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kalau boleh pendek, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya boleh bagi tetapi mintalah kalau boleh Yang Berhormat habiskan sebelum habis masa pagi.

Silakan, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Ledang. Saya rasa walaupun kena hendak prihatin kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil PTPTN untuk menghabiskan pelajaran mereka tetapi bukankah mereka sebagai seorang yang berpelajaran seharusnya tahu prosedur.

Kalau mereka tidak dapat bayar kerana tidak bekerja mengapa mereka tidak memaklumkan pihak yang berkenaan. Saya rasa ini menunjukkan bahawa graduan- graduan kita yang pertamanya tidak tahu prosedur. Keduanya kekurangan civic- mindedness. Bukankah mereka tahu mereka mesti bayar balik supaya orang lain boleh meminjam? Bukankah ini menunjukkan mungkin ada masalah dalam sistem pelajaran kita?

Apakah pendapat Yang Berhormat Ledang?

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Oleh sebab itu tadi saya sebut soal sistem supaya PTPTN dibimbing oleh Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengesyorkan ataupun dapat mengenakan kaedah yang lebih mudah. Betullah yang keluar ini pelajar yang berpendidikan tinggi, ada diploma, ijazah dan sebagainya dan mereka juga adalah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma yang saya sebutkan di sini ialah mereka mudah dikenakan tindakan senarai hitam kerana tidak ada jalan penyelesaian yang tertentu. Sekiranya mereka dalam tempoh yang pendek tidak bekerja tetapi tiba-tiba hendak belajar lagi maknanya sukar untuk berinteraksi secara terus. Kita tidak boleh berhubung menggunakan laman web. Pelajar perlu datang ke PTPTN. Kaedah-kaedah seperti inilah yang perlu kita betulkan supaya mudah urusan, mudah berhubungan antara peminjam yang berlaku di seluruh negara ini termasuk di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak berhubung dengan pejabat PTPTN di Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, saya berjanji saya akan selesaikan perbahasan saya di sebelah sesi pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan syor kerajaan di dalam memantapkan industri ICT. Ini kita perlu amat perhatian serius kerana setelah lebih sepuluh tahun dasar ICT dalam negara kita dilancarkan dengan peruntukan yang berbilion ringgit tetapi kita bimbang tahap pencapaian atau penggunaan ICT negara kita masih lagi di belakang.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Baru-baru ini saya telah menghadiri Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Tanzania. Salah satu perkara yang dibangkitkan ialah soal ICT. Nampaknya semua negara, di kalangan Negara-negara Komanwel tidak ada yang tidak kisah ataupun tidak minat dan tidak ambil perhatian berat terhadap ICT. Saya berkata kepada mereka bahawa dalam negara Malaysia, pencapaian kita sekian lama berada pada tahap yang sangat memuaskan. Saya perlu bercakap yang saya yakin boleh meyakinkan mereka. Akan tetapi apabila disebut kadar penembusan jalur lebar kita masih pada tahap bawah 25 peratus, saya kira banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan.

Saya cuma hendak tanya Tuan Yang di-Pertua tentang kemajuan. Telekom diberikan amanah lebih RM10 bilion pada tahun lepas, bagi projek jalur lebar untuk meningkatkan penembusan internet di seluruh negara. Pertamanya, saya hendak bertanya kemajuannya dan yang kedua, kawasan-kawasan yang telah pun diberikan perkhidmatan jalur lebar ini dengan peruntukan tersebut? Saya bersetuju dengan banyak pandangan daripada rakan-rakan sebelum ini, jangan sampai kawasan pedalaman tertinggal. Hanya tertumpu pada kawasan Lembah Klang semata-mata. Saya bersetuju Lembah Klang penting kerana di situlah segala-gala pusat perdagangan. Akan tetapi kita juga hendak tarik dua perkara di luar bandar ini.

Yang pertamanya, kadar celik ICT. Bukan celik komputer, sekarang semuanya sudah boleh pakai komputer. Akan tetapi celik ICT, menggunakan internet bagi urusan seharian dan pada masa sama kita ingin menarik lebih ramai pelabur-pelabur ke luar bandar. Akan tetapi kalau di luar bandar Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kemudahan ICT.

Kadar pencapaian internet di bawah 10 megabait, seperti yang disebut oleh rakan kita sebelum ini, hendak sampai tahap mega pun tidak sampai.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bagaimana hendak menghantar fail yang berbungkal-bungkal? Walaupun kita longgokkan di dalam satu fail tetapi oleh sebab kualitinya rendah, pencapaian juga rendah.

Sampai bila pun Tuan Yang di-Pertua kawasan luar bandar tetap berada pada tahap sekarang.

Akibatnya, pelabur-pelabur tidak gemar ataupun memandang sepi kawasan luar bandar kerana tidak ada kemudahan. Infrastruktur lain, kita berada pada tahap yang baik.

Jalan raya baik, air paip bersih, elektrik baik walaupun sekali-sekali ada black out. Ini pun kita minta diberi perhatian supaya kadar black out itu dapat dikurangkan kepada sekurang- kurangnya setahun hanya sekali. Itu pun tak lebih daripada dua, tiga minit. Kalau sekarang masih berlaku beberapa kali.

Malam semalam di bandar Muar, tiga jam dan masih berlaku lagi. Ini semua akan diambil perhatian dan akan diambil kira oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negara. Kita hendak sekat pelabur-pelabur daripada dalam negara Malaysia keluar negara. Aliran sekarang mencapai hampir RM10 bilion keluar negara. Pelabur dalam negara ke luar negara hampir RM10 bilion. Saya yakin salah satu perkara yang menjadi kebimbangan, mereka menolak atau mereka tidak menjurus kepada tidak melabur dalam negara kita kerana kadar kualiti tadi. Kualiti penembusan internet yang masih lagi pada tahap rendah jika dibandingkan dengan keperluan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, industri halal. Saya tinggal mungkin insya-Allah, 5 minit lagi.

Saya bersetuju dan saya tumpang bangga dengan empat pendekatan kerajaan yang dibentangkan di dalam bajet baru-baru ini. Pada saya, kita jangan sesekali Tuan Yang di- Pertua, rosakkan kepercayaan orang ramai termasuklah pelabur-pelabur asing, termasuk pelancong-pelancong terhadap kualiti produk halal dalam negara Malaysia. Sekarang kita berada pada tahap yang sangat tinggi dan dipercayai. Kadang-kadang saya lihat, sesuatu produk itu belum tentu halal tetapi orang kata halal kerana kepercayaan yang tinggi, orang lain terhadap industri halal di dalam negara kita. Oleh yang demikian jangan kita sesekali rosakkan.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya meminta supaya kaedah menentukan halal ini dipertingkatkan, diperluaskan dan persijilan halal oleh JAKIM melalui satu proses yang pantas tetapi tepat. Halal ini Tuan Yang di-Pertua yang saya faham ada dua perkara. Pertama, kalau makanan daripada sembelihan, sembelihan itu halal.

Keduanya, tidak mengandungi kandungan-kandungan yang tidak halal, dua perkara sahaja.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, yang ini kita harus sentiasa sama-sama peka dan di kalangan kita jangan kita sambil lewa. Kalau kita nampak sesuatu atau surat itu misalnya kita ragu, kita volunteer, kita semak dan kita adukan kepada pihak JAKIM atau lain-lain. Ini supaya keyakinan supaya keyakinan orang ramai termasuk pelawat-pelawat daripada luar negara tidak rosak ataupun tidak musnah dalam sekelip mata sebab selama ini kita telah pun mendapat kepercayaan yang tinggi daripada mereka.

Perlu ada tindakan susulan yang serius pada masa yang akan datang. Kita jangan sangat lebih kepada komersial, walaupun kita target dan kita hendak mengambil bahagian dengan jumlah dagangan industri halal yang mencecah RM2 trilion di seluruh dunia ini. Kita mungkin hendak mencari dan mengambil 10 peratus atau 1 peratus tetapi jangan sampai kita hilang kawalan kerana mengejar sesuatu yang lebih untung tetapi akhirnya kita hilang kepercayaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, kedua akhir Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, yang kedua akhir sebenarnya, saya menjurus secara ringkas tentang pertanian. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kita hanya mampu mengeluarkan atau menghasilkan daging lembu dan kambing contohnya pada tahap 10 peratus hingga 20 peratus, sangat rendah.

Maknanya kita masih lagi banyak mengimport daging lembu dan kambing ini untuk tujuan makanan. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan supaya kita mengambil satu pendekatan supaya industri ternakan lembu dan daging ini kita perluaskan.

Satu perkara yang saya hendak sebut daripada banyak perkara tentang industri ternakan, aduan yang saya terima di peringkat akar umbi ialah tidak ada padang ragut.

Tidak ada padang ragut atau kurang padang ragut sedangkan tanah kita luas, rumput banyak.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Cuma mereka kata tidak ada padang ragut. Hantar lembu, kambing ke kawasan rizab JPS, kena halau. Ke kawasan lapang pun kena halau atas sebab-sebab tertentu.

Kadang-kadang hanya semata-mata kerana ini bukan kawasan padang ragut, nanti rosak dan sebagainya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menyentuh tentang padang ragut sahaja daripada yang lain-lain. Saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini supaya semua pihak dan semua kerajaan negeri, mengambil pendekatan supaya memperbanyakkan padang-padang ragut sama ada kekal ataupun sementara. Kalau ada kawasan-kawasan yang subur dengan rumput walaupun bukan padang ragut, dijadikan sebagai padang ragut sementara. Selagi tidak ada pembinaan di situ, selagi itulah kita galakkan. Kalau ada permohonan daripada penternak-penternak yang ingin membina bangunan sementara bagi tujuan feedlot dan sebagainya kita benarkan, kaedah sementara iaitu sementara tanah tersebut tidak digunakan.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya yakin jabatan-jabatan kerajaan tahu bila jangka waktu sesuatu tanah itu boleh dibangunkan. Mungkin sepuluh tahun, mungkin 20 tahun. Jadi, dalam tempoh sepuluh tahun itu, berapa banyak Tuan Yang di-Pertua lembu atau kambing yang kita boleh bela, yang kita boleh ternak di padang-padang ragut sementara itu. Yang ini Tuan Yang di- Pertua, saya mohon supaya diperbanyakkan, malah dipermudahkan, diperluaskan padang- padang ragut untuk ternakan kambing dan lembu pada masa-masa yang akan datang.

Yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah soal subsidi. Simple sahaja Tuan Yang di-Pertua, soal subsidi. Saya tidak mempertikaikan malah saya menyokong apa juga subsidi yang dihulur oleh kerajaan terutamanya bagi nelayan dan juga bagi petani. Cuma Tuan Yang di-Pertua, sampai bila kita hendak bergantung kepada subsidi. Mesti ada jalan keluar kepada penerima subsidi ini. Pada saya tidak cukup sekadar kita beri subsidi sampai tidak ada penghujungnya.

Oleh yang demikian, pada saya Tuan Yang di-Pertua pemberian subsidi ini mestilah diolah supaya ada jalan keluar. Misalnya, Tuan Yang di-Pertua pada tahap tertentu, mungkin RM200 pertama, kita kekal dengan pemberian subsidi RM200 sebulan tetapi yang berikutnya, kalau nelayan dan juga mungkin petani bergantung kepada jumlah hasil. Sekurang-kurangnya dia berasa hendak tambah hasil. Subsidi pertama dapat, subsidi kedua bergantung kepada hasil.

Itu mungkin jalan yang boleh dipertimbangkan tetapi pada saya mesti ada satu kaedah yang kita olah supaya pada peringkat awal mereka diberikan subsidi dan akhirnya mereka ada jalan keluar kerana ada insentif yang diberi dalam subsidi yang akhirnya mereka boleh keluar daripada subsidi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini dan saya mohon supaya segala perkara yang saya bangkitkan tadi diberikan pertimbangan yang serius oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih.

final • 12:52 PM

Seorang Ahli

Saya dahulu berdiri.

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Datang sebelah sini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010. Antara satu ciri yang tertonjol sekali dalam Bajet 2010 adalah bahawa bajet ini, bajet bagi tahun depan merupakan bajet pertama dalam 12 tahun yang saya ingat tetapi mengikut Khazanah 23 tahun. Itu saya tidak tentu tetapi Khazanah kata 23 tahun kali pertama bajet belanjawan negara kita menguncup.

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Dari tahun ini belanjawan, di mana kerajaan akan membelanjakan RM219 bilion, ia kan menguncup kepada lebih kurang RM190 bilion. Penguncupan lebih kurang 11 peratus dan yang lebih penting adalah belanjawan pengurusan akan turun sehingga RM138 bilion daripada RM160 bilion. Satu penguncupan lebih kurang 13.7 peratus.

Ini pada fikiran saya terutamanya penguncupan dari segi perbelanjaan mengurus, adalah satu tindakan yang betul tetapi adakah kerajaan mengambil tindakan ini untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana mereka memikir, kerajaan memikir perbelanjaan mengurus selama ini telah pun meningkat sehingga satu tahap yang tidak boleh menjadi satu tahap yang sustainable ataupun kerajaan telah pun mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana sudah tidak ada wang.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Bagan telah pun membentangkan bahawa kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan daripada sektor petroleum. Kita tahu setiap sen yang kita dapat daripada sektor petroleum sejak tahun 2004 sehingga 2009 yang meningkat begitu dahsyat daripada RM19 bilion pada tahun 2004 sehingga RM70 bilion lebih pada tahun ini telah pun digunakan. Setiap sen telah pun digunakan. Tidak ada satu sen pun yang dimasukkan dalam tabung supaya suatu hari nanti, orang bahasa Inggeris kata ‘rainy days’, kita akan dapat wang untuk digunakan untuk merangsang ekonomi kita.

Oleh sebab itu, tahun 2010 semasa ekonomi kita semua tahu belum stabil lagi, belum sembuh lagi, boleh sembuh, tidak sembuh kita pun masih belum tahu tetapi perbelanjaan kerajaan terpaksa menguncup sebab sudah tidak ada wang. Sebelum ini, kita harap dalam perutusan bajet daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan pengurusan tetapi juga membentangkan langkah-langkah, dasar-dasar yang beliau akan ambil supaya cost control akan diteruskan selepas tahun 2010. Kita tidak mahu hanya tahun 2010 kos pengurusan diturunkan tetapi selepas itu, 2011 selepas hasil daripada petroleum naik, kita teruskan perbelanjaan yang besar dari segi perbelanjaan mengurus.

Kita hendak satu langkah di mana kos boleh di kontrol. Kita perlukan financial discipline dalam perbelanjaan mengurus di kalangan kerajaan. Kita boleh nampak, reports yang telah pun dibentangkan oleh Auditor General, Ketua Audit Negara. Kita nampak langsung tidak ada disiplin. Bukan sahaja tidak ada disiplin, ada banyak penyalahgunaan kuasa, ada banyak penyelewengan dan ada banyak kecuaian dan ketidakcekapan antara kakitangan kerajaan yang macam tidak mengambil berat tentang wang kerajaan. Kita kasi belanja sahaja, tidak kisah. Kalau boleh untung sedikit, lebih baik. Untung sendiri, bukan untung untuk kerajaan.

Kakitangan kerajaan mengambil pandangan bahawa wang kerajaan ini macam wang dia. Macam wang ini ada dua jenis. Macam wang saya, saya punya wang, saya masuk kocek sendiri ataupun macam wang saya, saya kena jimat. Kalau ada lebihan, saya boleh jimat, letak dalam tabung. Lain kali boleh belanja.

Kerajaan Pulau Pinang dapat jimat RM36 juta. Jumlah nampak macam kecil tetapi perbelanjaan mengurus Pulau Pinang tidak sampai RM350 juta tetapi boleh jimat lebih daripada 10 peratus.

Itu bukan kerana Kerajaan Pulau Pinang tidak belanja, ada belanja. Kita peruntukan RM100,000 untuk projek ‘A’, kita dapat jimat, kita dapat capai projek ‘A’ tetapi dengan kos yang lebih rendah, RM90,000. Penjimatan kita bukan penjimatan tidak belanja.

Penjimatan kita adalah belanja dengan beramanah.

Kita nampak kes-kes yang telah pun dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, banyak kes. Saya hanya petik satu dua contoh sahaja. Pertama, pembelian perkakasan dengan harga boleh dikatakan menjulang ke langit oleh ‘Kementerian Sumber Negara, Institut Latihan Perindustrian Miri ‘pole platform’. Saya tidak tahu translation betul atau tidak ‘platform’, tiang. Harga asalnya sepatutnya RM990 tetapi ILP Miri telah beli dengan harga RM30,000. RM30,000. harga asal hanya RM990.

Di Kepala Batas, ILP sama juga. Beli kabinet harga asal RM1,500 tetapi dia beli dengan harga RM13,500...

final • 12:52 PM

Seorang Ahli

Tambah kosong.

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Banyak kosong. Tambah kosong pun tidak cukup. Pembelian tanah oleh Syarikat Prasarana bawah Kementerian Kewangan sendiri dengan harga 40 peratus lebih daripada harga pasaran yang telah dicadangkan oleh penilai bebas pada Julai 2008. Dia beli dengan harga RM31 juta walaupun penilai kerajaan, penilai bebas telah pun berkata bahawa harga yang lebih wajar, lebih munasabah adalah RM22 juta. Akan tetapi sudah beli tidak apa dengan harga yang lebih tinggi tetapi sampai hari ini tanah itu belum dipakai. Belum ada cadangan yang tepat, yang terperinci untuk menggunakan tanah tersebut. Tidak berikan tanah.

Perbelanjaan di Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang diselidik oleh Ketua Audit telah menunjukkan bahawa tiga tahun berturutan perbelanjaan PPN Wilayah Persekutuan telah melampaui bajetnya, bajet yang telah pun diluluskan sebanyak 59 peratus...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau sudah habis boleh berhenti, kalau belum sambung tengah hari.

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Belum... [Ketawa]

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum habis Yang Berhormat?

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Belum habis. Saya akan teruskan petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan bagi sesi pagi ditangguhkan dahulu dan mesyuarat hari ini akan di sambung semula pada jam 2.30 petang ini nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:52 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya Utara untuk menyambung perbahasan.

final • 12:52 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebentar tadi, saya tengah menghuraikan beberapa contoh yang telah pun dikemukakan dalam Laporan Audit Negara mengenai kes-kes penyelewengan, kes-kes penyalahgunaan kuasa, kes-kes yang berkemungkinan besar rasuah.

Antara contoh-contoh yang lain, termasuklah satu perbelanjaan daripada Kementerian Pendidikan yang membayar sebanyak RM57,493 untuk kerja-kerja landskap yang bernilai lebih 880 peratus lebih tinggi daripada sebut harga, yang tertinggi yang didapatkan daripada Jabatan Audit. Juga satu pembiayaan komputer yang telah pun dibangkitkan semalam oleh Yang Berhormat Gopeng di mana laptop bagi sekolah MARA telah dibeli dengan harga RM42,000.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Boleh habiskan sedikit? Habiskan sedikit, ya. RM42,000 dia beli berapa? Harga asal sebuah laptop ini RM3,000, RM4,000 boleh dapat sudah, beli RM42,000. Saya bukan orang Melayu, ini sekolah MARA. Saya bukan orang Melayu, tetapi apabila saya nampak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menuduh Ketua Pembangkang sebagai pengkhianat Melayu apabila dia membela nasib orang bukan Melayu.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Apabila saya tengok kes macam ini, wang yang diperuntukkan untuk kebaikan kaum bumiputera digunakan sebegini. Orang yang membuat pembelian ini adalah pengkhianat Melayu yang benar-benar di negara kita. Mereka perlu diambil tindakan secepat mungkin, sekeras mungkin.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Sedarkah Yang Berhormat bahawa isu ini telah pun kita bangkitkan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah membuat komen bahawa memang kita tidak bersetuju dengan perbuatan-perbuatan sebegini. Justeru itu, kita telah meminta, perkara ini telah kita bangkitkan dalam Dewan ini. Di luar Dewan, kita mahu minta pihak penguat kuasa yang berwajib menyiasat perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab harus diheret ke mahkamah. Ini telah kita perjelaskan.

Saya hairan Yang Berhormat, saya tidak pernah menuduh pula Ipoh Timur sebagai pengkhianat Melayu, tidak pernah saya dengar ada orang. Ini mungkin cuma Ketua Pembangkang, tidak pernah saya cakap. Jadi, ini Yang Berhormat harus menyedari bahawa bukan sahaja Yang Berhormat yang concern ataupun mengambil berat akan soal ini. Bahkan kita awal-awal lagi telah menyatakan, meminta kerajaan, siapa-siapa yang bertanggungjawab, maka hendaklah dia membayar apa yang telah dia lakukan.

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Pendek, ya?

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak, pendek. Pasal saya hendak minta penjelasan dan Yang Berhormat perlu betulkan kenyataan. Apabila kita menuduh Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai pengkhianat Melayu bukan kerana beliau membela bukan Melayu, kerana kita pun selama ini membela bukan Melayu.

Kita tuduh beliau pengkhianat Melayu kerana beliau adalah dalang kepada perpecahan orang-orang Melayu bukan kerana beliau membela bukan Melayu. Betulkan Yang Berhormat. Betulkan balik. Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan tadi yang menyatakan kita tuduh dia pengkhianat Melayu kerana membela bukan Melayu. Kita pun selama ini membela bukan Melayu.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita nampak yang...

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tarik balik Yang Berhormat.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak, saya tidak akan tarik balik.

final • 2:31 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Betulkan kenyataan itu.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tidak akan tarik balik sebab memang benar Ketua Pemuda UMNO, memang benar Timbalan Perdana Menteri telah pun menuduh kepada Ketua Pembangkang bahawa dia memecahbelahkan kaum Melayu.

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Memecahkan kaum Melayu betul pengkhianat Melayu, tetapi bukan kerana...

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sebab, sebab...

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bukan kerana membela...

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Dia membela ...

final • 2:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh berbahas macam ini Yang Berhormat, ya.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tidak akan berikan ruang lagi, saya sudah...

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya minta dia tarik balik kenyataan itu, Tuan Yang di-Pertua. Kita tuduh dia pengkhianat Melayu bukan kerana dia membela bukan Melayu. Itu kenyataan minta ditarik balik.

final • 2:31 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Tangga Batu, nanti dia bahas baru kamu boleh terangkan.

final • 2:31 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak ada, itu kenyataan yang tidak betul. Jangan selewengkan Dewan ini.

final • 2:31 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Itu hanya Tuan Yang di-Pertua boleh minta buat ini, bukan cara begini.

final • 2:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk Yang Berhormat Kota Melaka, ya.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okey, saya boleh teruskan.

final • 2:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menjelaskan bahawa tindakan akan diambil, tetapi tiap-tiap tahun kita dengar penjelasan yang sama, tiap-tiap tahun kita nampak Laporan Ketua Audit Negara yang sama.

Apabila saya bentangkan perkara ini pada tahun lalu, saya masih ingat Yang Berhormat Kinabatangan kata apabila saya katakan screw driver dibeli dengan harga RM400, Yang Berhormat Kinabatangan ada kata, lagu lama. Akan tetapi, ini bukan lagu lama, ini lagu lama sebab tiap-tiap tahun berlaku.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak cakap lagu lama, saya tahu laporan audit tidak boleh tipu. Yang Berhormat jangan tipu! Mana saya ada cakap lagu lama!

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak tipu. Saya cakap saya bentangkan kes ini...

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana ada saya cakap lagu lama!

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ada, tahun lalu ada kata.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu you cakap lain.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya boleh bawakan.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini soal lain.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tahun lalu ada.

final • 2:31 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tarik balik! Saya tidak cakap itu macam! Tarik balik!

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kalau tidak ada dalam Hansard, saya tarik balik, saya minta maaf, okey. Kalau tidak ada dalam Hansard, saya tarik balik, saya akan minta maaf, tetapi memang ada. Kita dituduh lagu lama, ditegur lagu lama, jangan bawa lagu lama, tetapi tiap-tiap kali berlaku.

Ketua Audit mendapati bahawa sembilan kementerian, perbelanjaan mereka telah pun melebihi had perbelanjaan ataupun perbelanjaan belanjawan yang telah pun diluluskan dalam Parlimen. Sembilan kementerian, yang berjumlah RM3.6 bilion. Kementerian Pendidikan RM1.2 bilion, Kementerian Kewangan RM770 juta, Kementerian Kesihatan RM690 juta, Kementerian Pertahanan RM658 juta. Ini adalah semua perbelanjaan yang telah pun melampaui apa yang telah pun ditetapkan dalam Dewan yang mulia ini. Akibat keterlaluan ini, ini telah menjadikan perbelanjaan pengurusan bagi negara kita ini kian meningkat. Bukan sahaja meningkat, tetapi meningkat melebihi apa yang telah pun ditetapkan dalam Dewan ini.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita mengambil masa berminggu-minggu berbahas di sini untuk meluluskan bajet.

Kita tidak henti, bajet kita bahas dengan serius. Sebelah sana dan sebelah sini, kita bahas dengan serius. Akan tetapi, setelah kita satu line satu line satu line berapa jumlah kita luluskan, pergi kepada pihak kerajaan untuk dibelanjakan, mereka macam tidak kisah.

final • 2:31 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya boleh senaraikan statistik tiap-tiap tahun sejak tahun 2000 bagi perbelanjaan pengurusan. Kerajaan telah melebihi peruntukan sebanyak 8 peratus, 2001 - 5 peratus, 2002 - 5.1 peratus, 2003 - 4.9 peratus, 2004 boleh jadi ada pilihan raya 14 peratus, 2005 turun sedikit 9.6 peratus, 2006 - 6 peratus dan tahun lalu 17 peratus. Pilihan rayalah...

[Ketawa] Sebanyak 17 peratus!

Bajet pilihan raya kita boleh terima, sudah ditetapkan. Kita boleh terima kalau perbelanjaan lebih banyak. Okey, sudah ditetapkan, tidak apa. Bajet telah diluluskan tetapi masih melebihi 17 peratus. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Bersediakah Menteri untuk meletakkan segala kesalahan over spending ini dalam sembilan kementerian Yang Berhormat sebutkan tadi ke atas pegawai-pegawai kerajaan sahaja atau kah mereka juga pertama-tamanya the buck stops at them? Mereka yang mesti bertanggungjawab kepada segala kesalahan ini.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Dalam sesebuah syarikat kalau katakan syarikat swasta, CEO tidak boleh menyalahkan pegawai-pegawai saya atau pun pekerja-pekerja saya kerana buat kerja salah. The buck stops at the CEO. Bagi menteri- menteri, kementerian-kementerian pun sama. The buck stops at the Menteri kalau Menteri tidak kawal perbelanjaan dalam kementerian dia, Menterilah yang perlu bertanggungjawab.

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 2:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya tertarik sedikit tentang isu perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang telah kita putuskan di dalam Dewan yang mulia ini.

Saya percaya kerajaan membuat perbelanjaan yang lebih ini atas sebab-sebab yang tertentu bukan sekadar hanya kerana ketirisan-ketirisan tersebut. Contohnya tahun lepas hampir kesemua komoditi, metal, foreign exchange semuanya berlaku. Krisis kewangan itu telah menyebabkan keadaan ekonomi di seluruh dunia huru-hara. Maka kerajaan terpaksa kembali kepada Dewan dan meminta pertambahan dari segi belanja untuk bajet. Jadi, ia banyak sebab kenapa kerajaan terpaksa berbelanja lebih daripada apa yang telah diputuskan di dalam Dewan ini. Ia bukannya atas dasar ketirisan tersebut tadi.

Pandangan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya setuju bahawa ada perkara- perkara yang mengecualikan isu-isu tersebut sebab kadang kala harga minyak meningkatkan daripada USD80 satu barrel kepada USD150 saya boleh faham.

Peningkatan subsidi. Akan tetapi pada masa yang sama ini consistently exceeding apa yang dibajetkan. Bukan 1 peratus, 2 peratus. Itu saya boleh terima tidak boleh pakai statistik itu tetapi consistently. Ada dua masalah di sini. Satu masalah adakah yang membuat bajet ini tidak membuat dengan pengiraan yang menyeluruh, tidak kira baik-baik setelah itu aiyaa terlupa kena masuk ini, kena masuk itu!... [Ketawa] Atau pun sengaja?

Dalam laporan audit ada banyak kes dia kata. Perbelanjaan ini tidak diluluskan atau pun penggunaan yang sepatutnya untuk projek A dialihkan kepada projek B tanpa kebenaran dan lain-lain perkara. Banyak kes dibawa di sini.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 2:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya ingin meminta pandangan. Tadi Yang Berhormat berkata tentang belanja pengurusan yang naik mendadak, bukanlah mendadak, 10 peratus, 14 peratus, tahun demi tahun menaik.

final • 2:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat apakah ini disebabkan oleh polisi kerajaan yang menggunakan kaedah PFI iaitu menggunakan sekejap, sekejap biar saya selesaikan dahulu yang ini. Mungkin then Yang Berhormat boleh jawab.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menggunakan deferred payment kah atau pun PFI yang mana apabila pembayaran balik kepada kontraktor-kontraktor ini dimasukkan dalam kategori pengurusan bukan pembangunan. Contoh saya bagi, katalah jalan raya, highway. Kalau dia menggunakan bajet, menggunakan duit kerajaan maka dimasukkan dalam bajet pembangunan, perbelanjaan pembangunan, development tetapi apabila menggunakan PFI contohnya dan kita terpaksa membayar interest dan sebagainya pembayaran itu, ia dimasukkan dalam kategori pengurusan. Maka kategori pengurusan itu melambung naik. Saya minta penjelasan lah.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kalau katakan gunakan alasan PFI.

Sebenarnya kalau pakai PFI itu perbelanjaan kerajaan sepatutnya menurun kerana perbelanjaan telah pun dialihkan kepada pihak swasta. Kalau bayar balik dengan bayar ansuran sebenarnya dalam cara accounting, bayaran tersebut telah pun ditetapkan dalam bayaran pembangunan. Yang ini boleh dijelaskan daripada Menteri Kewangan nanti tetapi setahu saya itu bukan sebabnya. Itu confirmed bukan sebabnya. Okey confirmed. Saya boleh jawab bagi Menteri... [Ketawa] Perbelanjaan mengurus meningkat bukannya 10 peratus atau 14 peratus.

Sebenarnya meningkat daripada 1999, RM49 bilion pengurusan ya meningkat kepada RM80 bilion pada tahun 2004, lima tahun. Meningkat dengan lebih kurang berapa peratus saya tidak tahulah tetapi lebih kurang 70 peratus. Akan tetapi 2004 RM80 bilion telah meningkat kepada tahun ini RM160 bilion, lima tahun juga, telah meningkat 100 peratus.

Saya memang setuju dengan belanjawan yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menurunkan perbelanjaan pengurusan.

Akan tetapi ada satu perkara yang amat menakjubkan. Saya nampak subsidi minyak turun, subsidi turun kerana harga minyak turun. Saya nampak pembelian aset bagi kerajaan turun. Okey baik. Saya nampak pembelian supplies and services pun turun, baik.

Akan tetapi saya nampak emolumen, oh meningkat dengan banyak! Emolumen dan pencen telah pun meningkat sebanyak 12 peratus, 13 peratus. Emolumen sahaja meningkat daripada RM38 bilion sehingga RM42 bilion atau RM43 bilion. Sebanyak 11 peratus.

Pencen dan gratuiti pun meningkat. Saya rasa seperti tidak betul. Semasa kita hendak mengurangkan pengurusan kenapa kita tambah banyak pula? Saya agak ada increment sedikit, saya faham. Akan tetapi ini meningkat sangat besar, ia meningkat. So, saya meragui apakah sebab yang tertentu di sini?

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tahu Yang Berhormat.

Sebabnya rakyat didahulukan. Itu sebabnya.

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Pencen didahulukan.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya rasa boleh jadilah oleh sebab pilihan raya akan datang pada tahun 2011. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memperuntukkan bonus yang besar tahun hadapan untuk diumumkan, untuk menyediakan preparasi untuk pilihan raya 2011. [Ketawa] Saya agak sudah masuk dalam bajet supaya ada.

final • 2:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita tengoklah adakah wang tersebut akan digunakan untuk announce bonus tahun hadapan okey. Kesemua ini saya ambil perhatian dan prihatin terhadap emolumen ini kerana emolumen merupakan satu perbelanjaan yang di dalam bahasa economics, most sticky. Sticky maksudnya boleh naik dan susah hendak turun. Now kalau hendak beli perkakasan, hari ini beli komputer, tahun hadapan tidak belilah, tidak apa. Akan tetapi kalau gaji sudah naik, kalau kakitangan kerajaan telah pun dibesarkan lagi, tidak boleh pecat tahun hadapan. This is a commitment yang telah pun diambil oleh kerajaan pada masa ini untuk lima tahun yang akan datang.

Perbelanjaan kita telah terikat pada tahun-tahun yang akan datang.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya rasa sedikit, tidak tahulah kenapa emolumen ini telah ditingkatkan dengan begitu banyak. Adakah kakitangan perkhidqmatan awam yang kita ada sekarang ini sudah cukup besar berbanding dengan negara-negara lain, negara-negara jiran kita dan juga negara-negara developed economies? Itu sudah cukup besar.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Adakah ianya akan diperbesarkan lagi. So, ini telah menyebabkan hutang kerajaan telah meningkat dengan dahsyat. Tahun 2006, hutang kita adalah RM242 bilion, 2009 iaitu tiga tahun sahaja, hutang kita telah menjadi RM363 bilion, meningkat sebanyak 49.7 peratus, dekat 50 peratus. Itu menjadi hutang rakyat kita, siapa yang membayar hutang ini?

Anak kita, cucu kita pada masa yang akan datang kena bayar hutang ini dan kita rasa hutang kita sebelum ini memang sihat, tidak ada concern, memang rendah. Menteri selalu jawab hutang kita memang rendah, kita boleh terima tapi sekarang telah melepasi 52 peratus daripada GDP kita. Ini telah menjadi satu tumpuan semua analis, kalau baca analyst report semua telah menjadi satu tumpuan, ya Yang Berhormat Jasin.

final • 2:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat, saya sebenarnya bukan bertujuan nak kacau Yang Berhormat berucap kerana saya tahu saya sudah berucap panjang semalam. Namun saya rasa saya terpaksa terangkan kepada Yang Berhormat. Semalam saya dah cakap cukup terang, cukup jelas sekali kerana mudah sahaja Yang Berhormat.

Sebenarnya defisit negara kita unjurkan untuk tahun 2010 mengecut berbanding dengan defisit tahun lepas, belum lagi, nampak Yang Berhormat? Kerana dulu kita mengembang, sebab kita telah memperkenalkan pakej rangsangan. Semalam saya dah sebut dah, tahun 2009 kita masih lagi memerlukan pakej rangsangan untuk memastikan supaya ekonomi kita terus tumbuh. Yang Berhormat sebut, kenapakah tiap-tiap tahun perbelanjaan kita meningkat. Kalau Yang Berhormat tengok pada buku economic report ini, kerajaan telah menjimatkan perbelanjaan kita sebanyak 11.2 peratus.

Berkenaan dengan emolumen pula, Yang Berhormat perkara mudah. Setiap pekerja yang kita ambil itu, dia tidak boleh gaji statik, gaji dia akan meningkat dan semakin ramai kita ambil pekerja, tidak boleh gaji macam itu. Gaji semakin meningkat mengikut keadaan, bukanlah maknanya Kerajaan Barisan Nasional memberi umpan, tetapi sebagai obligasi kerajaan kepada rakyatnya... [Tepuk].

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya rasa dalam perkara defisit.

Defisit merupakan hutang, asal ada defisit tak kira 3 peratus, 8 peratus, 5 peratus..

final • 2:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Boleh saya campur sikit Yang Berhormat mengenai defisit? Defisit sebenarnya, apa yang terjadi ketika ini adalah selaras dengan kemampuan kewangan negara. Kalau kerajaan tak mampu, benar saya bersetuju dengan Yang Berhormat iaitu defisit maknanya hutang tapi kerajaan ada mempunyai kemampuan kewangan, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kemampuan kita, saya terus jawab kepada soalan yang terakhir. Kalau dengar Yang Berhormat Bagan dua hari yang lalu, mana wang kita datang, mana kemampuan kita datang, apa asal usulnya? Asal usul kemampuan kita dalam tahun-tahun yang lalu terutamanya kebelakangan ini adalah daripada wang petroleum yang tidak sustainable bagi jangka masa yang panjang dan ini bergantung kepada harga minyak antarabangsa yang naik turun. So kita tak boleh kata, kemampuan kita berasal daripada sektor petroleum, kita terus membelanjakan semuanya.

Kalau banyak belanjakan tambah lagi hutang on top of that. Kita tak nak macam itu, kalau kita ada kemampuan yang lebih daripada sektor petroleum, kita perlu jimatkan sedikit terutamanya semasa ekonomi kita baik dan semasa ekonomi kita yang susah seperti 2009, 2010 tambahlah perbelanjaan.

Kita tidak katakan kerajaan tidak boleh ada defisit, boleh, tapi ada masanya. Bila ekonomi baik kita perlulah jimatkan sedikit terutamanya jika pendapatan kita datang daripada punca-punca yang tidak menentu dan yang one-off.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya baru mendapat jawapan kepada soalan saya pagi tadi yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah berjaya mencatatkan lebihan fiskal pada tahun 1993 hingga 1997 iaitu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan.

Akan tetapi, sejak itu tak pernah ada lebihan belanjawan kita daripada tahun 1998 hingga ke tahun 2009. Walaupun pada beberapa tahun kebelakangan ini, harga minyak melambung dan hasil negara sebenarnya melambung tinggi tetapi kita tidak pernah ada tabungan kepada negara dan setiap tahun kita mengalami defisit.

Sekarang ini kita nampak bahawa hasil negara telah berkurangan dan kita tidak mempunyai satu sumber hasil yang banyak, dan bagaimanakah kita dapat menampung defisit ini, untuk closed gap itu, kerana perbelanjaan sudah meningkat, sudah membesar tetapi hasil kita tidak akan meningkat dengan mendadak. Jadi saya tak nampak bagaimana ada cara kita untuk merapatkan jurang tersebut.

Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat PJ Utara, adakah ini menunjukkan bahawa pentadbiran ataupun pengurusan kewangan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kurang berhemah. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Memanglah kurang berhemah, Datuk Seri Anwar, Ketua Pembangkang sekarang di sini, jadi pulang balik ke sana kita boleh ada surplus sekali lagilah... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang ke atas hutang-hutang yang telah ditanggung oleh kerajaan dan sekarang pembayaran hutang setiap tahun telah meningkat daripada RM12.5 bilion 2006 sehingga RM15.9 bilion dekat RM16 bilion setiap tahun, dan saya jangka perangkaan ini akan terus meningkat akibat kebelakangan ini kita banyak melebihkan hutang-hutang kita.

So, kita perlu jaga sikit dan kita perlu berhemah walaupun RM138 juta bilion telah pun diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan. Kita harap kakitangan kerajaan, Menteri-Menteri akan menjaga perbelanjaan supaya penjimatan dapat dicapai dan bukannya penjimatan terus masuk bank tetapi penjimatan ini boleh dialihkan dan diagihkan kepada perbelanjaan pembangunan supaya impak kepada ekonomi yang kata ekonomik itu, economic multiply effect menjadi lebih besar dan lebih berkesan bagi negara kita. Kita tidak mahu satu hari nanti rating agency antarabangsa semua menurunkan rating negara kita.

Awal tahun ini Fitch telah pun menurunkan rating bagi ringgit kita dari A+ kepada ‘A’. Kalau ini berterusan boleh jadi kita akan turun kepada peringkat ‘B’ dan akibatnya adalah kos pinjaman bagi negara kita akan meningkat sebab faedah akan meningkat, ataupun sumber untuk mendapatkan pinjaman akan kurang kerana ramai pelabur antarabangsa dan juga tempatan takut nak beli bon-bon yang diterbitkan oleh kerajaan kita...

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Pendek saja, saya nak habiskan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau masih lagi dalam topik yang sama, kalau dah berpindah tak payahlah, boleh?

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Cepat, cepat.

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Cepat? Okey. Saya cuma nak tanya rakan saya ini sebab trend budgeting system kita, trend. Tadi kata 13 tahun dalam deposit tapi trend kita, kita selalu guna dan sudah jadi tabiat cara kita menguruskan atau memformulasikan bajet kita ini jadi trend atau tabiat, selalu gunakan bajet tambahan sekarang ini guna trend pula pakej rangsangan, fiscal stimulus package.

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi, yang lebih buruk lagi, baru kita dapat tengok significant ini sebab ada laporan audit yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri, ada elemen meletakkan balancing figure, dengan izin, meletakkan jumlah untuk mencapai satu justifikasi mengimbangkan kononnya boleh untuk explain kenapa perkara ini berlaku.

Elemen menggunakan balancing figure dimasukkan dalam budgeting kita ini, boleh mendatangkan kesan negatif yang cukup buruk untuk jangka masa yang panjang. Saya nak tanya rakan saya Yang Berhormat PJ Utara, adakah patut untuk cadangan Bajet 2010 ini, kerajaan masih lagi menekankan kepada elemen meletakkan atau bergantungnya kita kepada balancing figure untuk menunjukkan kita masih lagi dalam keadaan boleh bertahan.

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya agak perkara ini Menteri Kewangan kena jawablah sebab saya fikir selama ini satu balancing figure yang selalu digunakan kebelakangan ini saja, sebelum ini tiada adalah satu discretionary expenditure yang terletak dalam Jabatan Perdana Menteri. Discretionary expenditure ini yang bersifat pembangunan telah meningkat daripada lebih kurang RM3 hingga RM4 bilion sehingga RM10 bilion tahun ini sebagai discretionary expenditure untuk Jabatan Perdana Menteri. Ini perlu dijawab oleh Kementerian Kewangan. So kita harap...

final • 2:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebelum beralih topik, boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya memang suka mendengar pakar ekonomi ini. Saya hendak mencelah kalau dengan izin untuk bertanya bersabit lagi tentang persoalan beban hutang dan sumber pendapatan negara.

Jadi dalam suasana hari ini, cara untuk mendapatkan pendapatan negara ataupun menambah revenue based pendapatan negara ini adalah antara lainnya cukai.

Bolehkah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, ada dua soalan saya. Pertama kalaulah cukai dinaikkan seperti mana sudah kita nampak, kita dapat lihat property gains tax satu, kredit kadnya dan sebagainya, apakah kenaikan cukai untuk kerajaan mendapat revenue, tentunya kerajaan perlu revenue untuk membiayai bajet ini. Apakah ianya akan meninggalkan kesan yang diharapkan dalam government spending pula dari sudut makro economicsnya, dari sudut growth, dari sudut inflasi dan unemploymentnya.

Keduanya, apabila kerajaan terpaksa merujuk ataupun menggunakan pinjaman untuk mendapat revenue pula, pinjaman itu akan juga membuat persaingan kepada pinjaman daripada private investment. Di sana berlaku persaingan yang dikatakan akan juga mencetuskan kenaikan kadar faedah yang sekali gus akan berlaku fenomena crowding out dikatakan. Saya minta Yang Berhormat Petaling Jaya Utara boleh menjelaskan perkara ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So, dua perkara.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah masuk 40 minit. Rasanya boleh mula untuk membuat ending.

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Selama 40 minit? Tidak sampai.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, benda begini tidak perlulah dipertikaikan. Kita sudah rekod dekat sini, sudah masuk 40 minit, maknanya sudah masuk 40 minitlah... [Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak dipertikaikan. So saya teruskan sahaja dan saya ingin supaya Menteri dapat menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. So, antara satu teras yang telah pun dibawa ke Dewan ini oleh Yang Berhormat Bagan adalah satu polisi untuk penyahpusatkan fiskal negara kita, penyahpusatkan fiskal dalam bahasa Inggeris fiscal decentralization.

Dalam fiscal decentralization kita bukan sahaja hendak kita punya negeri-negeri dapatkan wang yang lebih, kita minta supaya cukai-cukai yang diperolehi oleh kerajaan- kerajaan negeri, 20 peratus diberikan balik kepada negeri-negeri asalnya.

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akan tetapi bukan sahaja penyahpusatkan ini secara kewangan sahaja, kita juga minta supaya antara tugas-tugas yang tertentu, yang lebih baik dikendalikan di kawasan tempatan atau di kawasan negeri diberikan kuasa itu kepada pihak negeri.

Antara satu bidang yang di mana negeri boleh mengambil peranan yang lebih besar dan efektif adalah dalam bidang pengangkutan awam. Kita semua tahu pengangkutan awam di Malaysia ini mempunyai banyak masalah. Banyak masalah sebab penggunaan kereta swasta di negara Malaysia merupakan kadar penggunaan yang tertinggi di Asia Pasifik nombor empat selepas Australia, New Zealand dan juga Korea Selatan.

Kalau kita nampak angka kadar pemilikan kereta di Malaysia dua kali ganda berbanding dengan Thailand, tiga kali ganda berbanding dengan Singapura dan lima kali ganda berbanding dengan Filipina dan kalau kita nampak pemilikan kereta di Lembah Klang, kadar pemilikan telah meningkat daripada 25 peratus pada tahun 1980 sehingga 99 peratus pada tahun 2002. Saya tidak ada angka yang terkini, tetapi saya agak tidak jauh daripada 99 peratus iaitu setiap orang yang tinggal di Lembah Klang mempunyai kereta dan pemilikan rakyat atas 18 tahun di Malaysia adalah 67 peratus dan ini adalah angka 2006 saya agak ia pun telah meningkat.

So, rakyat Malaysia memiliki kereta saya agak bukannya kerana kita berkemampuan besar, bukan kerana kita kaya tetapi kita terpaksa. Di Lembah Klang, kalau kita tidak ada kereta memang susah. Kenapa susah, sebab sistem pengangkutan awam kita tidak dapat diharapkan kecuali kita tinggal amat berdekatan dengan tempat LRT ataupun tempat perhentian bas, memang susah hendak menggunakan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Apabila saya naik bas, saya juga naik bas, saya pergi Pulau Pinang dengan katakan Firefly dapat tiket Firefly, saya naik bas Rapid Penang percuma dari lapangan terbang ke bandar George Town, percuma. Apabila saya naik bas, saya nampak 90 peratus itu pekerja asing, bukan orang tempatan. Orang tempatan tidak menggunakan pengangkutan awam dan ini merupakan satu masalah yang besar sebab kalaulah kita dapat mempertingkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia, kita akan dapat meningkatkan penggunaan sistem tersebut dan kita juga akan meningkatkan disposable income orang ramai supaya mereka boleh menggunakan wang tersebut bukan untuk membeli kereta, tetapi untuk perbelanjaan yang lain dan meningkatkan mutu life style.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak bangun. Hendak beri jalan?

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sekali. Pendek.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Yang Berhormat sebut tadi bahawa orang beli kereta kerana terpaksa, mana Yang Berhormat tahu?... [Ketawa] Belum habis lagi, soalan belum habis. Tunggu dahulu. Kalau dia terpaksa, maknanya orang tidak mampu beli kereta, kalau dia tidak mampu macam mana dia boleh bayar. Orang yang tidak mampu bayar, barulah dia terpaksa. Ini dia boleh bayar setiap bulan, apa pula terpaksa. Lagi satu ini belajar Cambridge Oxford, tetapi otak tidak betul, tidak reti ekonomi. Apa pasal? Apabila kereta banyak, itu menunjukkan bahawa negara ini maju. Itu as simple as that Tuan Yang di-Pertua. Pergi belajar baliklah, Cambridge kah?

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tidak akan menjawab soalan daripada “katak yang berada di bawah tempurung”... [Tepuk] So, oleh sebab itu saya merasa kecewa sedikit dengan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana saya fikir walaupun kepentingan telah pun dikemukakan dan dikatakan dalam bajet ada memang satu key result area yang beliau ingin meningkatkan prestasi di Malaysia tetapi dari segi kandungan kurang.

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita nampak kandungan-kandungannya antara satu adalah untuk membeli 35 train set untuk LRT dan juga lapan elektrik unit bagi KTM.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akan tetapi kalau kita baca bajet tahun lalu, sama. Ini lagu lama, recycle project, projek yang tidak dapat dihabiskan dalam masa yang singkat yang telah pun delay kepada 2012 diumumkan sekali lagi dan kita kalau hendak baca betul-betul perangkaan yang ada dalam bajet, jumlah peruntukan untuk sistem pengangkutan, ia terjunam 22 peratus iaitu jumlah yang telah diperuntukkan untuk pembangunan transport tahun ini adalah RM8 bilion, tetapi tahun depan adalah RM6.2 bilion sahaja.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan saya dengar daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bahawa beliau tidak begitu puas hati tentang bajet kali ini dan apabila beliau katakan tidak begitu puas hati, terlintas di hati saya minggu lalu di kawasan saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, minggu lalu seorang bapa kepada pelajar di Sekolah Tamil Wellesley Lunas bertanyakan kepada saya untuk meminjam satu lori. Beliau mahu Ahli Parlimen pinjamkan. Saya kata saya tidak ada lori. Saya tanya dia kenapa mahu lori?

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi bapa itu mengatakan dia adalah seorang ahli dalam PIBG Sekolah Tamil Wellesley Lunas, Kedah. Jadi dia katakan dia mahu gunakan lori itu untuk pergi ke satu sekolah kebangsaan yang lain untuk mengambil kerusi dan meja yang sudah diguna pakai di sekolah itu untuk dibawa ke Sekolah Tamil Wellesley Lunas untuk digunakan bagi pelajar-pelajar di situ. Jadi apabila saya dengar hujah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya macam terpegun tetapi tiba-tiba bila Yang Berhormat Pasir Salak bangun dan cakap yang tidak senonoh terhadap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, terguris juga hati saya tetapi saya mahu tanya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, di dalam satu negara yang membangun di mana Perdana Menteri yang baru ditabalkan baru beberapa bulan dulu umumkan dia katakan bajet sulung ulung tetapi di Kedah, di mana Barisan Nasional berhasrat untuk mengambil balik negeri itu, satu sekolah Tamil dianaktirikan.

Ini yang satu dalam kawasan saya yang saya dengar. Mungkin beratus sekolah Tamil seperti ini. Jadi saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau saya dengar daripada saudara, saudara tidak puas hati, betul, memang kita tidak puas hati tetapi adakah saudara puas hati apabila ada seorang Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Pasir Salak itu menuduh dan mengatakan perkara yang tidak boleh didengar pun.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih dan apa pendapat Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengenai rancangan pengarah pendidikan kawasan yang meminta sekolah Tamil pergi ambil meja dan kerusi terpakai daripada sekolah lain untuk digunakan di satu sekolah yang baru siap yang belum lagi dihuni.

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okey.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa pendapat saudara Yang Berhormat Petaling Jaya Utara? Saya harap Yang Berhormat Pasir Salak tidak masuk campur dalam ini.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau tidak puas hati pun jangan tampar polis ya.... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sudah cukup, sudah cukup. Satu orang sekali sudah cukup. Lain-lain sudah. Saya harap supaya Menteri Pendidikan dapat menjawab soalan daripada Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu tidak baik ya.

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So saya akan teruskan dengan menjawab...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya akan teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya katakan di sini ...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tidak tampar polis itu tetapi polis itu tendang saya dan panggil saya Hindu Paria.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah itu Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini sudah tua, jangan tampar polis. Malulah.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Pasir Salak, dengar tidak? Polis itu tendang saya dan panggil saya Hindu Paria.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, cukuplah Yang Berhormat Padang Serai. Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya teruskan mengenai huraian saya mengenai kes pengangkutan awam. Saya hendak minta supaya Yang Berhormat- Yang Berhormat yang berada di sini boleh ingat tidak tahun lalu dalam bajet Menteri Kewangan yang lalu, ada satu perkara besar yang telah pun diumumkan dan dibesar- besarkan dalam semua surat khabar selepas bajet. Yang Berhormat Kementerian Kewangan pada masa itu telah mengumumkannya dalam bidang sistem pengangkutan awam.

Beliau berkata, ada RM35 bilion telah pun diperuntukkan daripada tahun 2009 sehingga tahun 2014 untuk meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam bagi negara kita. Saya hendak tanya sekarang, mana pergi RM35 bilion ini? RM35 bilion ini kalau dibahagikan untuk enam tahun, sekurang-kurangnya setiap tahun ada RM5.08 bilion tetapi dalam projek pembangunan yang ada dalam Bajet hanya RM6.6 bilion. Dalam RM6.6 bilion untuk sektor transport, RM4.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan raya bukan untuk pengangkutan awam. So mana pergi wang yang diperuntukkan itu? Silap mata ataupun telah lesap seperti pada tahun 2006. Pada masa itu juga ada mengumumkan satu dana pengangkutan awam yang berjumlah RM4.4 bilion yang akan digunakan untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, itu pun lesap. RM4.4 bilion lesap dan lepas itu sekarang RM35 bilion pun lesap.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masih ingat ketika kerajaan menarik balik subsidi, apabila bising semua, dia kata RM4 bilion diperuntukkan untuk pengangkutan awam Yang Berhormat Petaling Utara, RM4.3 bilion. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Petaling Utara untuk menyebutkannya dalam Dewan bagi...

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ya, memang betul. Saya dah kata tadi. RM4.4 bilion telah pun diumumkan pada tahun 2009 tetapi telah lesap tapi sekali sekala bila harga petrol naik, perlu tingkatkan harga petrol, perlu naikkan harga petrol, Kementerian Kewangan dan kerajaan akan mengumumkan satu dana untuk perkhidmatan pengangkutan awam tapi apabila harga petrol turun, tak ada lagi. So kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan supaya benar kah pihak kerajaan benar-benar berazam untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam kita dan kalau kira benar-benar berazam, ada beberapa perkara perlu dibetulkan dahulu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu suruhanjaya yang baru, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat iaitu nama baru tapi konsepnya konsep lama.

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tahun lalu bulan Jun, Perdana Menteri masa itu telah pun mengumumkan satu Suruhanjaya Pengangkutan Awam, tak ada darat masa itu. Sekarang ada darat, tetapi langsung tidak ada mesyuarat, macam tidak ada mesyuarat, tidak ada progress report, tidak tahu selepas pengumuman apa yang telah dibuat dan sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata suruhanjaya ini akan berfungsi tahun depan.

So dua tahun selepas satu suruhanjaya ditubuhkan, baru sahaja hendak berfungsi.

Kerajaan boleh melengah-lengahkan masa tapi rakyat tidak dapat menunggu. Kalau benar- benar kerajaan mengutamakan rakyat dan mendahulukan pencapaian, sepatutnya suruhanjaya ini telah pun ditetapkan enam bulan lalu dan kerja telah bermula. Kita nampak dua kali, tahun 2007, satu rangkaian baru daripada Cheras ke Kota Damansara diumumkan dan kita nampak sekali lagi tahun lalu rangkaian yang sama tetapi apabila kita tanya, oh! itu hanya cadangan sahaja, tidak ada plan lagi. Kita tidak tahu bila cadangan itu akan menjadi satu hakikat.

So antara satu isu yang kita perlu atasi sebelum kita cuba menyelesaikan masalah sistem pengangkutan awam adalah cara kerajaan kita menguruskan sistem pengangkutan awam. Penubuhan satu suruhanjaya yang baru tidak akan menyelesaikan masalah ini. Apa sebabnya? Sebab kita ada sekurang-kurangnya 13 agensi dalam empat atau lima kementerian yang menjaga pengangkutan awam. Apabila saya bercakap tentang pengangkutan awam di sini, saya sebenarnya tak tahu siapa yang akan jawab.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Satu soalan yang pendek sahaja. Saya hendak tahu apakah pandangan Yang Berhormat. Mengapa dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam ini, setahu saya Menteri Pengangkutan tidak terlibat dalam suruhanjaya ini dan bukan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan. Apa sebabnya agaknya?

final • 3:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya pun akan datang kepada point tersebut. Apabila saya minta siapa yang menjawab, bila saya ada soalan lisan terhadap berapa pengguna sistem pengangkutan awam di Malaysia, jawapan kalau datang daripada Menteri Pengangkutan, dia beri sahaja pengguna rail, pengguna KTM. Kalau datang daripada Kementerian Kewangan, pengguna bas. Kalau datang daripada Jabatan Perdana Menteri, pengguna teksi. So siapa yang jawab? Adakah satu penyeluruhan perkara ini?

Siapa yang akan bertanggungjawab dan oleh sebab itu saya setuju dengan Yang Berhormat Rasah, kenapa tidak ada seorang Menteri yang bertanggungjawab?

Saya pun ragu kenapa Menteri Pengangkutan tidak diberikan tanggungjawab sistem pengangkutan. Kenapa apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan juga Koperasi dibubarkan dan LPKP menjadi bebas, LPKP tidak dimasukkan ke dalam Kementerian Pengangkutan yang memberikan lesen kepada teksi dan bas. Akan tetapi pula diagihkan kepada Jabatan Perdana Menteri. Adakah kerajaan tidak percaya dengan Menteri Pengangkutan yang kita ada? Adakah itu masalahnya? Kalau macam itu...

final • 3:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tidak beri lagi, saya tidak ada masa. Saya tidak beri lagi, nanti...

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Tanya dua tiga kali.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa, dia tidak bagi.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sama-sama geng dia bagi, takut kah?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara boleh mula menggulung Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Secara kesimpulannya saya minta...

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Budak-budak, memanglah tidak berani. [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya minta supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan daripada kita supaya tugas penyelarasan dan tugas pelaksanaan sistem pengangkutan awam juga seperti wang cukai diagihkan kepada pihak negeri. Sekarang masalahnya macam ini, kita ada di pusat, yang di pusat kena diaturkan perkara public transportation di Pulau Pinang, perkara transportation di Kuching. Semua kena aturkan. Adakah semua pekerja di Kerajaan Pusat ini berpengetahuan mengenai isu- isu pengangkutan awam di kawasan-kawasan tersebut. Tidak mungkin pandai pun dia tahu semua tempat. Oleh sebab itu kuasa ini perlu diagihkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Lain-lain negara pun semua macam ini di Amerika Syarikat, di UK, kuasa untuk menjaga pengangkutan awam adalah berada di tangan pihak berkuasa tempatan.

Wang perlu diagihkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menubuhkan setiap pihak berkuasa tempatan menubuhkan satu Lembaga Pengangkutan Awam Tempatan supaya pengangkutan awam dapat dikendalikan di tempat-tempat tertentu oleh pihak berkuasa tempatan dan bukannya oleh Kerajaan Pusat. Kalau kita bergantung kepada Kerajaan Pusat, kita nampak dalam bajet ini hanya Lembah Kelang yang diambil penting.

Ya, saya benefit sebab saya MP bagi Petaling Jaya Utara, tetapi kawan-kawan kita di Ipoh, kawan-kawan kita di Johor Bahru, kawan-kawan kita di Kuantan, Pulau Pinang semua macam dipinggirkan. Seremban juga, Seremban bukan Lembah Klang?

So, kita harap kerajaan akan memberikan kepentingan untuk struktur semula macam mana cara sistem pengetahuan awam dikendalikan, dilaksanakan, dijalankan dalam kementerian-kementerian kerajaan. Nombor dua, kuasanya diagihkan kepada pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan yang penuh pengetahuan mengenai situasi- situasi tempatan boleh mengendalikan satu sistem pengetahuan awam yang lebih wajar, lebih munasabah bagi penduduk-penduduk tempatan. Satu lagi perkara yang saya ingin pergi adalah teras dua yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan iaitu penstrukturan dan pengagihan semula ekonomi kita. Satu yang telah pun dibangkitkan sebelum ini adalah mengenai hasil yang kita dapat daripada petroleum. Kita tidak boleh semua hasil yang kita dapat berikan kepada kerajaan, kerajaan belanjakan semua dalam perbelanjaan pengurusan.

Kita perlu hadkan berapa banyak kita belanjakan dalam perbelanjaan pengurusan, berapa banyak kiat perlu jimatkan dan berapa banyak kita gunakan untuk kepentingan rakyat. So, itu perlu kita hadkan dan itu telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan dan saya tidak akan ulangi. Akan tetapi, ada satu lagi yang kita perlu agihkan dan struktur.

Iaitu semua konsesi yang tidak adil dalam negara kita. Saya tidak dengar sepatah perkataan pun mengenai satu isu yang terpenting terutamanya bagi penduduk-penduduk bandar tetapi yang melingkungi semua rakyat Malaysia adalah konsesi lebuh raya tol. Kita raise banyak kali, tetapi dalam bajet tidak ada, satu perkataan pun tidak ada. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah namanya lagu lama.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Lagu lama sebab lagu tidak diselesaikan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu lagu Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada berkata, kita perlu selesaikan masalah tol dan beliau berkata EPU akan bertindak. Semasa itu saya ingat bulan April. Beliau berkata EPU akan mengambil masa tiga bulan untuk mengumumkan sistem yang baru pelan yang baru. Tiga bulan telah berlalu, empat bulan berlalu kita sudah hendak masuk bulan keenam, masih tidak dengar dan saya berasa amat kecewa kerana bajet bagi tahun hadapan tidak mempunyai cadangan-cadangan ataupun penyelesaian bagi isu tol bagi rakyat kita.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat. 63 minit sekarang ini. So...

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ada 10 minit sahaja, saya habiskan tol.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia mahu ambil Yang Berhormat Ipoh Timur punya tempat.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat untuk selesaikan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya selesaikan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita tidak ada time limit tetapi saya rasa memadailah 63 minit Yang Berhormat berucap.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tadi pun satu jam setengah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, termasuk dalam masa allocated untuk Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya minta 10 minit.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Satu jam setengah itu wakil parti. Yang Berhormat bukan wakil parti.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Masa 10 minit saya habiskan konsesi tol sahaja dan saya akan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat habiskan lima minit daripada sekarang.

final • 3:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okey. So, kita ingin supaya pihak kerajaan menggubal satu undang-undang yang baru yang bertajuk Unfair Contract Acts.

Kenapa ada satu Unfair Contract Acts, supaya kerajaan tidak ada alasan lagi untuk melengah-lengahkan penyelesaian perkara ini supaya kita tidak mengambil alasan bahawa sanctity of contract supaya tidak mengambil tindakan terhadap konsesi-konsesi tol. Unfair Contract Acts ini unik untuk Malaysia kalau digubalkan. Ini ada di negara-negara maju juga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan lain-lain. So, kalau kita tengok tol, kita tengok LDP di kawasan saya, dia untung besar.

Kos pembinaan termasuk faedah adalah RM1.3 bilion tetapi untung dia yang masuk dalam prospektus, RM18 bilion. So untung banyak, tetapi kalau kita tengok kontrak perjanjian dia, kerajaan sepatutnya boleh beli balik dengan harga RM1.4 bilion sahaja, tidak payah bayar pampasan lagi. RM1.4 bilion dan kalau kita ikut pengiraan, kita teruskan tol sahaja kurangkan daripada RM160 kurang kepada RM1 kita kutip 10 tahun sahaja, selepas itu jalan itu telah menjadi bebas tol. Tidak payah bertol lagi. So, kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang akan menjimatkan kerajaan kerana tidak payah membayar pampasan lagi dan juga menjimatkan rakyat supaya rakyat mempunyai disposable income yang lebih tinggi.

Yang terakhir bagi tol Lebuh raya Utara-Selatan, itu pun sama. Itu tidak perlu pakai Unfair Contracts Act, sebab kerajaan melalui Khazanah telah memiliki 63 peratus daripada konsesi tersebut. Jadi kita hanya perlu membeli balik 37 peratus dan pembelian ini termasuklah membayar balik apa-apa hutang yang ada dalam PLUS hanya mengambil jumlah RM15 bilion sahaja. RM15 bilion ini sebenarnya tidak payah dikeluarkan oleh kerajaan.

So, ini off-budget items. Kenapa off-budget items, sebab tol masa sekarang dikekalkan dengan masa tujuh tahun, untung daripada tujuh tahun itu sudah cukup untuk membayar balik RM15 bilion tersebut. So, pada pokoknya selepas tujuh tahun, tol ini boleh bebas. Lebuh raya Utara Selatan boleh bebas tol dan selepas itu kalau hendak kutip tol lagi, tol boleh digunakan untuk penyelenggaraan ataupun diagihkan kepada satu dana pengangkutan awam supaya sistem pengangkutan awam kita dapat disempurnakan. So, oleh sebab masa, saya akan akhirkan ucapan saya di sini. Saya harap kita akan mendapat jawapan yang cukup dan tindakan yang sempurna daripada kerajaan supaya rakyat benar- benar didahulukan dan pencapaian benar-benar diutamakan. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau.

final • 3:20 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Akta Perbekalan 2010 ataupun Bajet 2010.

final • 3:29 PM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang satu akta iaitu Akta Anti–Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act. Saya mohon kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan beberapa perkara berhubung dengan akta ini, kerana kita lihat akta ini pada dasarnya sekarang ini, apa yang telah dilaksanakan adalah berdasarkan kepada reasonable cost, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Sepatutnya akta ini kita perlu tukar kepada prima facie dengan izin, supaya membolehkan akta ini yang sebenarnya cukup baik secara dasarnya. Secara principle nya, tidak dianggap menganiaya dan dilaksanakan dalam keadaan yang tidak adil kerana apa yang perlu kita laksanakan... Akta ini cukup besar Ia merangkumi Akta Pencegahan Rasuah dan sebagainya, macam-macam yang terkandung di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pengganas ini, cukup besar.

Ini kerana kita lihat kuasa-kuasa yang mengikut seksyen 50, melibatkan enforcement agency, dengan izin, yang having the power, dengan izin dan mempunyai kuasa yang terlalu luas. Selama tiga bulan pegawai-pegawai penguat kuasa ini, mereka ada kuasa untuk mengambil tindakan tertentu seperti freezing order dengan izin, yang jika melibatkan individu yang tidak bersalah, sudah tentu ianya merupakan sesuatu tindakan yang sangat-sangat tidak adil kepada seseorang.

Sudah tentu kalau akta yang baik ini dibuat sedikit pindaan, ia akan lebih membawa kebaikan. Ini kerana kalau tindakan sewenang-wenang dan boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan seseorang ataupun membuat penganiayaan, kerana ia mempunyai skop yang amat luas yang boleh menyebabkan individu yang sebenarnya berada dalam keadaan yang... Kalau ianya tidak didapati bersalah, malah tidak terlibat dalam tuduhan-tuduhan dan juga perkara-perkara seperti mana yang dibuat di peringkat awal.

Sudah tentu mereka akan, daripada yang kaya menjadi miskin dan daripada yang sedang menjalankan operasi dengan baik, mereka akan menjadi susah. Syarikat-syarikat yang sedang menjalankan urusan dengan baik, tiba-tiba tidak dapat membayar gaji kepada pekerja. Malah seluruh urusan pentadbiran syarikat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna disebabkan oleh akaun yang terpaksa dibekukan, dirampas dan sebagainya.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin, di belakang.

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Peruntukan yang begitu besar... Okey, Yang Berhormat Jasin, sila.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Arau. Saya sebenarnya terpinga-pinga, Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Arau membuka cerita tentang akta ini. Saya yakin hasrat kerajaan begitu murni sekali dalam usaha kita memastikan tidak ada pengalihan wang haram dan dalam masa yang sama, kita tidak mahu kita terlibat dengan apa-apa keganasan ataupun terrorist. Akan tetapi kalaulah akta ini memberikan satu kuasa yang amat luas tanpa batasan kepada semua penguat kuasa, saya takut yang high profile bukan sahaja Perdana Menteri, bukan sahaja Menteri, Ahli-ahli Parlimen pun terdedah. Bila-bila masa sahaja kita boleh dituduh dan yang saya takut ini, semua harta akan disita, dibekukan dan kalau syarikat, apa akan jadi dengan pekerja-pekerja?

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya takut bukan sahaja tuan syarikat, orang lain pun tidak boleh cari makan lagi.

Yang Berhormat, orang takut, mana-mana pelabur yang hendak datang Malaysia oleh kerana akta ini nampaknya menzalimi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Arau, minta sedikit Yang Berhormat Arau. Boleh, Yang Berhormat Balik Pulau tanya sedikit?

Yang Berhormat Kinabatangan? Beri Yang Berhormat Balik Pulau sedikit, boleh?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kinabatangan tidak puas hati juga kah?

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau amat relevan di kala keadaan ekonomi sebegini. Ini kerana ia lebih merujuk Tuan Yang di-Pertua, kepada sumber ekonomi yang tidak formal ataupun yang lebih parah lagi ialah yang haram, yang mana dikatakan sumber ini mungkin lebih daripada yang dapat direkodkan.

Akan tetapi persoalan saya di sini, sisinya berbeza sedikit Yang Berhormat Arau, mohon penjelasan. Saya lebih merisaukan kelompok yang terlibat dan terjebak iaitu orang- orang kampung yang berpendapatan rendah dan yang menjadi penyumbang ataupun menjadi ahli, contohnya seperti spot cash. Kalau saya di Pulau Pinang, ini di kalangan orang-orang yang kerja kilang yang melabur. Akan tetapi apabila tuan punya projek pelaburan tersebut dituduh, maka melalui Anti-Money Laundering Act 2001 (AMLA) secara automatik dan saya tahu secara faktanya ialah salah seorangnya itu mempunyai akaun lebih daripada lima dan satu akaun mempunyai lebih RM1 juta.

Akan tetapi bayangkan hari ini syarikat itu satu aspek tetapi orang-orang kebanyakan yang terlibat, yang hari ini jumpa saya dan kata, “Yang Berhormat, boleh tidak minta dikembalikan wang kami itu kerana kami perlukan untuk kegunaan harian.” Dalam kita hendak menjaga yang kita takut dituduh tanpa batasan itu, yang ditipu ini. Mohon sedikit penjelasan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya sebenarnya terpanggil sebab kita sedar apa juga akta yang kita bawa di Dewan Rakyat ini diluluskan, iaitu membantu memudahkan masyarakat, rakyat negara ini dan juga orang luar yang datang. Akan tetapi Akta Anti-Money Laundering dan Anti Terrorist ini, kuasanya very high level authority. Terlampau tinggi, iaitu ia boleh tuduh mana-mana pihak dan kemudian ia boleh bekukan apa juga termasuk harta benda, akaun dan sebagainya dan orang ia tuduh tanpa bicara.

Saya setuju dengan rakan saya. Apabila dia ada perusahaan dan perniagaan, kemudian dibekukan perusahaan dia, maka dia kena bayar interest di bank. Bank tidak peduli, “you kena beku, you kena bayar.” Jadi apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya kerajaan merubah akta ini dan dibawa ke Dewan Rakyat seberapa segera yang boleh. Ini kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur penganiayaan berlaku. Akta dibuat untuk menyelamat rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang suka-suka bertindak ikut suka hati mereka. Setuju kah, Yang Berhormat?... [Dewan riuh]

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih rakan-rakan, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya amat bersetuju 100 peratus. Sebenarnya kuasa yang terlalu luas ini kalau kita lihat... Saya bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau tadi mengatakan, kalau ada niat daripada pegawai- pegawai penguat kuasa. Saya tidak mention siapa sebab hal ini terlalu luas, bukan sahaja polis, tetapi siapa juga yang terlibat dalam penguatkuasaan. Sebenarnya kalau mereka tahu, mereka boleh freeze pada mana-mana syarikat atau individu yang dianggap terlibat dalam loan shark, judi haram, Empat Nombor Ekor, pelacuran dan sebagainya yang ada unsur-unsur ini, dia boleh buat.

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Akan tetapi kalau kawan itu, seorang menjalankan perniagaan yang sama, dia dendam kepada rakan dia kerana kedai dia maju dan kedai ini tidak maju. Akan tetapi 10 tahun dan 15 tahun yang lalu, kedai yang di sebelah ini kononnya dia terlibat dalam Empat Nombor Ekor dan sebagainya, ia boleh diungkit kembali. Jadi kalau dia baik dengan agensi penguat kuasa, ini yang kita sebut. Sebagai manusia, kita tidak lepas dari kesilapan. Kalau kita terlampau mempunyai kuasa yang terlalu luas, kadang-kadang kita mudah membuat kesilapan, mudah dipengaruhi dan mungkin tidak kena pada kita, tetapi kena pada rakan- rakan yang lain.

Kita lihat ia merupakan penganiayaan yang terlalu besar apabila tiga bulan, kuasa diberikan kepada agensi penguat kuasa untuk bail out the case, dengan izin, menjalankan proses siasatan. Ia tidak perlu orang pergi buat report, mengatakan ini terlibat dalam ini, dipanggil dan terus boleh keluarkan freezing order kepada insan atau individu yang berkenaan dan syarikat yang berkenaan. Selama 12 bulan lagi baru melibatkan DPP, pendakwaan dan sebagainya. Selama 15 bulan, bayangkan, hendak makan pun tidak ada sebab semua kewangan ada di situ. Walaupun ada sedikit kelonggaran...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Clause yang menyatakan bahawa boleh bagi sedikit bantuan kawasan untuk makan, untuk sara hidup dan sebagainya tetapi perkara ini masih tidak dipraktikkan.

final • 3:30 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan niat di hati untuk mempertikaikan perkara ini tetapi minta ianya ditukar supaya kuasa-kuasa 3 dan 12 bulan ini supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih meluas, diberi kepada mahkamah sekurang-kurangnya untuk mengendalikan kuasa ini kerana kita bimbang kalau seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya tadi. Kalau tidak ada satu safeguard, dengan izin, terhadap pengawalan akta ini, kita bimbang orang sering menyalahgunakannya untuk kepentingan.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Malah Perdana Menteri pun kalau pegawai penguat kuasa berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, dia boleh menggunakan akta ini, AMLA ini boleh digunakan. Siapa sahaja boleh terlibat dalam ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Bagi Yang Berhormat Ledang.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang tidak bangun.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Jasin, Jasin.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Ya, Yang Berhormat Jasin, sila.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Arau, dia terlupakan saya itu. Saya rasa terperanjat betul dan sedih apabila Yang Berhormat Arau menyebut agensi penguatkuasaan. Ini maknanya termasuk LKIM, Imigresen, Kastam, you name it, siapa agensi penguatkuasaan.

Satu lagi Yang Berhormat, apa yang saya hendak sebutkan di sini, akta ini telah diperkenalkan di negara-negara lain terutamanya selepas kejadian 11 September. Akan tetapi negara kita menggunakan akta ini kita lihat bukan sahaja tidak menghalang untuk apa-apa perniagaan bahkan pelabur akan takut kalau orang tahu tentang AMLA ini.

Saya bimbang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan akan terdedah kepada apa juga kritikan kerana kita bimbang mana-mana pegawai yang diberikan kuasa akan boleh menyalahgunakan kuasa mereka. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekali gus..., boleh bagi sekali gus?

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Dalam proses, sekejap bagi saya teruskan sedikit, nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Ledang, insya-Allah.

Semasa proses penyiasatan dilakukan, AG tidak boleh campur tangan, sebab itu kita mesti bagi kepada satu pihak yang lebih adil yang memegang proses undang-undang.

Sebab itu dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, “laundry” itu sendiri pun dipraktikkan perkataan ini, terms ini pun berasal daripada Amerika Syarikat di mana peniaga-peniaga mafia yang menjalankan kegiatan wang haram ini, mereka hendak melindungi dan membersihkan kewangan mereka, mereka buka kedai dobi maka sebab itu disebut “laundry”.

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya kita caj yang terpaksa dilakukan sebelum perbicaraan yang adil. Malah kalau kita ikut, dibaca keseluruhan akta, orang yang meninggal pun masih ada tanggungan terhadap akta ini. Bermakna tidak boleh lari, mati pun kena, maknanya ia tetap diteruskan. Jadi kita mahu untuk menegakkan hak asasi, keadilan individu yang lebih berwibawa, yang tinggal di negara ini yang lebih bermaruah.

Kita mahu biarlah safe guard ini demi keadilan, kita mahu ianya disiasat dan mengikut proses yang dibenarkan undang-undang kerana mereka yang terlibat dalam enforcement agency, mereka adalah kebal, mereka ada imuniti yang dilindungi yang tidak boleh diambil oleh mana-mana tindakan mahkamah dan undang-undang terhadap mereka...

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Saya bagi Yang Berhormat Ledang, semua sekejap-sekejap ya.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Arau tadi tetapi pada masa yang sama saya teringat dengan Rang Undang-undang Integriti Agensi Penguat kuasa yang lepas. Maknanya kita ada rang undang-undang untuk mengatasi, untuk safe guard undang-undang yang disebut tadi.

Ertinya adakah Yang Berhormat Arau bermaksud bahawa kita sudah hilang kepercayaan kepada semua ataupun kita syak wasangka dengan semua agensi penguat kuasa dalam negara Malaysia ini yang boleh menyalahgunakan akta AMLA tersebut bagi tujuan-tujuan yang tertentu. Yang akhirnya menyebabkan kita hilang pelabur tempatan yang baru disebut tadi pelabur tempatan keluar, pelabur negara Malaysia keluar ke negara hampir RM10 bilion nilainya. Apa pandangan Yang Berhormat Arau?

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkara yang sama, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan perkara yang sama, saya rasa pandangan Yang Berhormat Arau tadi memang bernas cuma lanjutan daripada itu, rasanya kita kena pilih ataupun kita tengok prioriti yang terbaik. Sama ada penggunaan akta ini atau kritikan atau pembaikan kepada akta ini untuk memberi keadilan kepada orang yang dikatakan mangsa atau yang disyaki syarikat ataupun individu.

Ataupun kita harus melihat akta ini sebagai satu elemen pencegahan sebab kalau kita tengok laporan audit sendiri pun mengesahkan banyak perkara ini telah pun berlaku.

Laporan pihak berkuasa Bank Negara juga memberitahu perkara yang sama walaupun elemen akta money laundering ini ditadbir barangkali oleh pihak yang sama. Satu perkara yang paling kritikal di sini, di manakah wang-wang ataupun khazanah ini disimpan? Katakan laporan audit mengatakan mungkin ada berbilion-bilion yang tersilap bayar, yang telah pun dibayar dan tidak dapat dikembalikan, dipulihkan semula. Di mana perkara ini disimpan?

Kalau kita lihat berlakunya penurunan secara mendadak dalam rizab emas negara daripada 17 tan kepada 2.9 tan, di mana nilai yang susut sebanyak berbelas-belas tan ini, disimpan di mana?

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sudah tentu ada satu tempat, kalau tidak dalam negara mungkin di luar negara, di dalam kaedah-kaedah tertentu dan akta ini barangkali sebagai salah satu pengubat ataupun pemberi penyelesaian terhadap jumlah-jumlah yang disyaki dan sebagainya. Minta pendapat Yang Berhormat Arau.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Ledang dan sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya tidak mengatakan akta ini tidak baik, di awal tadi saya kata teramat baik. Cuma yang kita inginkan sedikit pindaan, tidak ada syak wasangka malah kita dianggap di antara negara yang terbaik di dunia dalam menangani semua permasalahan yang diwujudkan menerusi akta ini. Cuma kita minta ada beberapa kes yang dianggap penganiayaan.

Kita tahu dan sedar, international trade yang berlaku sekarang ini memang macam-macam ada malah tidak balance pun seperti Yang Berhormat Indera Mahkota bangkitkan, tidak ada syak wasangka dalam ini. Cuma yang kita minta di sini ...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Sekejap, nanti saya bagi Yang Berhormat Kinabatangan, sekejap, tidak sempat saya panjangkan hujah, nanti saya akan bagi insya- Allah.

Ada satu kes di Negeri Sembilan yang melibatkan seorang rakyat British yang menjadikan Malaysia sebagai the second home, rumah kedua. Dia di caj dalam internet trading, 1 juta pusing-pusing jadi 25 juta. Ia sebab apabila dia disiasat, dia tidak tahu, sebenarnya pada hakikat dia tidak bersalah, dia tidak tahu macam mana hendak mempertahankan dirinya apabila klausa-klausa yang terlalu, dalam proses siasatan yang terlalu menekan dan seolah-olah memaksa dia mengaku salah dan akhirnya dia memilih yang terbaik iaitu masuk jail, masuk penjara walaupun pada hakikatnya dia tidak bersalah.

Jadi di sini maksudnya pada individu yang bersalah, jalan, kita sokong kerajaan buat, kita sokong enforcement agency melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab ini...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Sila, sila!

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih. Yang Berhormat, apa juga akta, ianya hendakkan keyakinan untuk negara makmur kerana ada keyakinan daripada masyarakat dan orang luar. Kita menggembar-gemburkan menggalakkan usahawan, peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur datang tetapi dalam masa yang sama ada akta yang rasa saya tidak lagi relevan dan perlu diubahsuai. Akta itu sudah cukup baik sebab ada unsur-unsur pencegahan.

Kita juga tidak bersekongkol dengan mereka yang benar-benar membuat jenayah seperti money laundering, membantu kumpulan-kumpulan pengganas dan sebagainya.

Akan tetapi jangan ada unsur-unsur penganiayaan dan akta di bawah seksyen 50 ini, ia berlandaskan reasonable, seharusnya ia prima facie tetapi reasonable ini boleh buat tanggapan macam-macam. Contohnya kalau enforcement itu ada kuasa tinggi, dia tidak suka orang ini, ada laporan polis dan sebagainya, dia boleh keluarkan satu surat bahawa dia disiasat terlibat dengan money laundering dan sebagainya, itu sahaja. Dap dup-dap dup! Akhirnya, orang ini akan lingkup, tahu? Kalau mental dia tidak begitu teguh, maka dia akan lingkup. Jadi, apakah Yang Berhormat Arau akan meminta kerajaan, akta yang bagus ini minta AG kita ubah suai, jangan ada unsur-unsur jenayah dan penganiayaan.

final • 3:40 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Saya sangat bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

...kerana kalau kita lihat dalam keadaan yang berlaku sekarang, kita sebenarnya perlu bagi kepada kumpulan yang layak untuk mengendalikan sebagai safeguard dalam pelaksanaan akta ini supaya ia lebih berkesan dari segi pelaksanaannya.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tiga bulan kita mungkin boleh cadangkan bagi kepada DPP untuk menjaga.

Kemudian lagi 12 bulan, kita bagi mahkamah yang memutuskan. Baru nampak ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Kedua, saya pohon pihak kerajaan supaya memberi angka-angka berhubung dengan beberapa syarikat yang telah menerima freezing order setakat ini. Berapa harta yang dirampas setakat ini? Berapa kes yang tidak ada kes? Dibuat semua, selepas berbulan-bulan tidak ada kes dan tidak dituduh. Berapa kes yang telah dibawa ke mahkamah yang telah...

final • 3:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

...Mendapat judgment, yang telah mendapat writ.

Saya mahu, saya minta ustaz bagi persepsi agama mungkin. Silakan.

final • 3:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Ketawa] Saya bukan..., saya hendak minta... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dan kagumlah dengan apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Arau, khusus ketika beliau berucap tentang akta ini yang dinafikan, kadang-kadang di salah guna pihak-pihak tertentu, yang menjadi apa orang kata alasan, bukan kerana masalah itu, tetapi kerana benda lain seperti Yang Berhormat Kinabatangan pun sebut juga. Jadi, ini sudah tentu satu penganiayaan. Dia lebih tertumpu kepada soal money laundering untuk counter terrorism dan sebagainya. Saya bersetuju. Itu memang kita di..., pandangan itu cukup menarik.

Cuma saya hendak minta kalau boleh, prinsip ini kalau boleh biar konsisten juga, dengan Akta ISA contohnya, sama juga. Apa bezanya detention without trial? Lebih teruk lagi. Jadi, saya harap, kalau boleh prinsip ini boleh konsisten. Kalau ditanya pandangan agama, sudah tentu saya menyatakan natural justice yang asasnya ialah innocent until proven guilty. Jadi, itulah asas kepada masalah ISA yang kita berucap, yang kita turun di jalan raya kerana dari segi Islam sendiri, seseorang itu kalau hendak sebut dalam kalimah kaedah fikahnya... [Berucap dalam bahasa Arab] maksudnya innocent until proven guilty. Ini yang kita lawan, ini yang kita tentang. Terima kasih Yang Berhormat Arau dan harap konsisten. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Dengan izin, no one is guilty until it is proven by the court, ustaz ya? Saya masukkan ucapan ustaz sebagai sebahagian ucapan utama. Akta yang dibuat pada tahun 2001, yang melalui proses pindaan demi pindaan, sehingga pada tahun 2003, kita lihat dimasukkan dalam akta-akta lain dalam AMLA ini. Kita minta sekali lagi supaya kuasa-kuasa yang sepatutnya diberi kepada pihak yang berwajib seperti DPP dan mahkamah yang menentukan segala-galanya. Jadi, saya beralih kepada tajuk lain Tuan Yang di-Pertua, iaitu berhubung dengan...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, sebelum beralih, saya minta sekejap Yang Berhormat, saya...

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Silakan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akta ini Yang Berhormat, memang begitu penting, sebab kita berkehendakkan kerajaan mendengar dan menghayati akta ini. Akta ini sudah lapuk, kita bukan lagi tinggal pada zaman batu, bukan lagi kita hidup pada zaman purba. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin menekankan supaya kerajaan, pihak AG khususnya, melihat akta ini sebagai satu yang penting dan bawa ke Dewan Rakyat sebelum dewan ini selesai bersidang. Sebab ini perlu, banyak orang teraniaya. Kita tidak mahu, kita menguar-uarkan negara kita, pemimpin kita, rakyat didahulukan dalam masa yang sama ada akta menindas orang, menindas rakyat. Ini tidak boleh, tidak boleh diterima pakai.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Dimasukkan ucapan sahabat saya, sebagai ucapan...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

...Sebagai ucapan saya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Hendak bagi tajuk, bagilah... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Sila-sila. Satu minit ya, jangan lama.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Hendak bagi tajuk... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau. Saya begitu tertarik tadi dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Arau. Sebenarnya, Akta Pengubahan Wang Haram atau AMLA ini memang pada suatu ketika dahulu, memang untuk mengekang sebenarnya dahulu, mengawal pengedaran dadah dan juga hasil jualannya serta terrorist.

Akan tetapi, nampaknya seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi, mungkin ada pihak yang menyalahgunakan akta ini kerana akta ini bukan sahaja pihak polis yang boleh menggunakannya, tetapi semua badan penguatkuasaan, maknanya boleh menggunakan akta ini, takut nanti disalahgunakan. Jadi, saya hendak menyentuh satulah dalam akta ini juga, disebut bahawa sekiranya orang yang ditahan, mati, maka segala wang yang ditahan akan lupus dengan begitu sahaja kerana dianggap orang ini lari. Jadi, ini juga harus diperbetulkan semula. Saya minta daripada Yang Berhormat Arau.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Saya masukkan pencelahan sahabat saya sebagai sebahagian ucapan saya. Ini kerana apabila mendapat kekebalan yang begitu luas, sebagai manusia, tidak boleh dicabar oleh mahkamah. Kita takut senang disalahgunakan, saya bersetuju dan sebelum dibawa ke muka pengadilan pun, jelas menampakkan bahawa individu berkenaan, syarikat berkenaan sudah teraniaya. Ini sebenarnya yang cuba kita bangkitkan. Kita tidak bangkitkan tentang kelemahan akta, tetapi cara pelaksanaannya, itu yang kita buat. Jadi...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat..

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

...undang-undang ini amat baik.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh saya tambah sedikit?

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Amat baik kalau ia tidak disalahgunakan, saya bagi penekanan di sini. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya melihat perkara ini begitu serius sebab dari segi pelaksanaannya, contohnya seseorang yang dituduh, baru dituduh, akaun yang melibatkan satu perusahaannya. Okey, kita setuju dibekukan kalau tiga, tigalah, tetapi akaun-akaun yang lain dengan perusahaan yang lain pun turut dibekukan. Jadi, di mana keadilan? Kita bercakap keadilan untuk sejagat, mana ada keadilan kalau macam ini.

Ini tidak betul. Saya betul-betul serius melihat perkara ini dan mahu Yang Berhormat mencadangkan kepada kerajaan meminda akta ini supaya negara kita lebih aman, makmur dan tidak ada orang yang tidak bersalah dianiaya.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih. Undang-undang ini amat baik kalau tidak disalahgunakan. Amat baik kalau ia dibuat menurut budi bicara yang betul, aturan yang betul, tetapi sebagai manusia dalam enforcement agency, kita sukar mengawal keadaan ini. Kadang-kadang kita terikat dengan emosi dan tindakan-tindakan yang kadang kala didorong oleh pihak-pihak yang lain.

Inilah Tuan Yang di-Pertua, yang menyebabkan kita perlu sedikit pindaan kepada akta ini bagi membolehkan mendapat safeguard supaya pihak yang terpaksa menanggung kalau mereka tidak bersalah, selama 15 bulan daripada keadaan-keadaan yang memungkinkan, yang membawa kesusahan kepada mereka. Daripada seorang yang berjaya dan berkedudukan hebat, tiba-tiba mungkin boleh menjadi penjual goreng pisang, mungkin menjadi driver lori dan sebagainya, boleh menjadi papa, hasil daripada keadaan yang kalau kita lihat tindakan-tindakan yang sebenarnya tidak wajar dilaksanakan, kalau mereka betul-betul tidak terlibat dalam elemen yang tidak baik ini.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik soal perjanjian BERNAS dengan kerajaan. Iaitu article 3(1), Memorandum dan Tataurusan Syarikat. Kita lihat baru-baru ini, apabila Syarikat Wang Tak daripada Hong Kong yang telah berjaya membeli saham BERNAS menerusi pengapungan, telah berjaya memiliki saham BERNAS kepada 31 peratus. Kalau ikut peraturan syarikat, mereka sudah dianggap boleh mengawal, mengambil alih seluruh perjalanan syarikat berkenaan. Sehinggakan baru-baru ini mungkin ada rundingan yang dibuat oleh Syarikat Tradewinds yang mahu membeli keseluruhan...

final • 3:50 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Akan tetapi saya tidak tahu apa perkembangan yang berlaku sebenarnya. Apa pemilikan syarikat asing terhadap industri ataupun syarikat yang sebenarnya yang menjaga staple food, yang menjaga soal makanan negara, yang melibatkan soal keselamatan.

Walaupun dalam hal ini kerajaan ada golden share. Golden share ini kalau mengikut perjanjian dalam artikel 8 dan 9 dalam tata urusan syarikat perjanjian dengan kerajaan sebenarnya dia kena refer kepada golden share bagi setiap keputusan yang melibatkan soal pelantikan pengarah, yang melibatkan soal keputusan yang melibatkan soal dasar pelaksanaan dan lain-lain yang mesti dirujuk dengan perjanjian ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 4:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Silakan, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat.

Isu ini rasa saya memang berat. Kalau benar dakwaan Yang Berhormat bahawa BERNAS telah menjual sahamnya melalui saham diapungkan kepada syarikat daripada luar negara saya rasa ini merupakan satu lagi penipuan dan penganiayaan. Bayangkan BERNAS ini diamanahkan oleh kerajaan untuk menyelia beras seluruh negara, kenapa tidak dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dahulu?

Kalau BERNAS telah melaksanakan sedemikian saya meminta Yang Berhormat mencadangkan supaya dikaji kedudukan BERNAS itu sendiri tidak lagi boleh diamanahkan sebagai pemegang amanah sebab dia telah pecah amanah. Minta Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Untuk membetulkan kenyataan. Ada betulnya celahan daripada sahabat saya tetapi pembelian ini dibuat melalui pembelian terbuka dalam urusan saham seharian. Maknanya mana-mana pun boleh beli asalkan ada duit. Syarikat ini ada duit dan mereka telah banyak terlibat dalam pembelian saham dalam negara kita. Cuma sedikit kawalan. Apabila pembelian dibuat dalam pasaran terbuka bermakna sedikit kawalan perlu dibuat oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat strategik negara, kerajaan dan sebagainya.

Kita takut kalau ia tidak dikawal ia akan terlepas kepada pemilikan asing ataupun ekuiti pemilikan asing sudah tentu ia akan menyebabkan kita berada dalam keadaan yang cukup bahaya kerana semua perkara ini melibatkan soal keselamatan, soal rakyat yang memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan dalam mengendalikan semua permasalahan ini. Saya ingin menyentuh tentang...

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Arau, saya minta Yang Berhormat boleh beri pencelahan tetapi jangan drag panjang sangat.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Saya terus tidak bagi pencelahan lagi selepas ini.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau panjang bukan mencelah itu tumpang hujah.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

PKFZ.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sekejap Yang Berhormat. Saya teruskan kepada tajuk yang lain. Sudah banyak dah. PKFZ, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sikit, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Saya sudah bagi tadi dan sekarang saya akan teruskan. Nanti saya... PKFZ.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan soal PKFZ – Port Klang Free Zone.

Walaupun perkara ini cukup hangat dan sekarang ini menjadi bukan isu lagi. Ada yang mengatakan pelbagai perkataan terhadap Port Klang Free Zone ini. Cuma saya ingin melihat di sini dari segi justifikasi ataupun kebaikan projek yang perlu dilihat dari segi proactive solution dengan izin, yang seharusnya diambil tindakan oleh kerajaan.

Kelemahan kita di sini ialah projek yang cukup besar impaknya ini yang terdiri daripada pelbagai komponen yang melibatkan daripada reclaimed infrastructure assessment dan mengandungi komponen blok yang pelbagai, yang merupakan antara kompleks yang telah menyediakan prasarana yang cukup baik dan pernah diakui oleh beberapa pelabur yang telah melabur di PKFZ ini merupakan di antara yang terbaik di dunia. Malangnya pada awalnya ada syarikat-syarikat yang mempunyai rangkaian ataupun networking yang hebat di seluruh dunia ini seperti Jabel Ali – kita suruh balik kepada Jabel Ali. Mereka menguruskan di sana.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang menjadi masalahnya kita buat sesuatu tidak mencapai sasaran. Saya ambil contoh sebuah badan pemasaran di Thailand. Kalau bukan dibuat oleh kerajaan mereka ada 10–11 syarikat pemasaran yang bertaraf antarabangsa. Mereka tidak perlu bimbingan daripada kerajaan. Mereka sendiri yang mencari networking di serata dunia dan dapat memasarkan barang-barang mereka yang menyebabkan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara Thailand boleh dikatakan....

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mencelah.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Cukup hebat dan mendapat pasaran yang begitu baik.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mencelah. Mencelah.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang menyebabkan di sini kita harus mengambil contoh. Kalau ia tidak dapat dibuat secara fresh kita buat dengan packaging menjadikan by product dan sebagainya yang sebenarnya boleh mendatangkan kebaikan dan juga income kepada negara. Silakan, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Isu PKFZ ini. Saya, sudah terlanjur dibangkitkan, saya ingin bertanya Yang Berhormat apakah rasionalnya pihak Menteri yang bertanggungjawab seolah-olah tidak bertanggungjawab melihat kemungkinan bahawa Projek Pembangunan PKFZ ini merupakan satu pelaburan yang menguntungkan.

Akhirnya isu PKFZ ini telah menjadi isu hangat di mana-mana sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan implikasi yang tidak sihat.

Saya melihat bahawa Menteri ini benar-benar tidak tahu apa yang dia buat. Jadi, saya ingin mencadangkan Menteri yang sebegini tidak seharusnya duduk dalam kerajaan.

Dia kena berhenti daripada menjadi Menteri sebab dia sudah mengucar-ngacirkan satu projek pelaburan negara. Seharusnya dia yang bertanggungjawab membela tetapi dia sebaliknya.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Seseorang yang hendak memegang tanggungjawab dia harus tahu apa yang dia hendak laksanakan. Dia kena tahu bidang tugasnya. Kalau dia tidak tahu bidang tugasnya dengan secara berhemah ataupun terhormat dia harus pergi ataupun pergi ke tempat lain.

Ini kerana perkara yang baik ini kalau kita faham, kalau kita pandai menggunakannya kita mendapat ekonomi spillover dengan izin, yang sebenarnya dapat mencetuskan peluang pekerjaan yang begitu banyak. Kita lihat dalam keadaan sekarang pun dalam kadar 15 peratus PKFZ yang telah mendapat peluang-peluang pelaburan daripada luar negara telah mendapat 1,000 peluang pekerjaan. Pada setakat ia telah menjalankan operasi lebih 50 syarikat sekarang ini sedang dijalankan.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan. Ini kalau ia pandai dibuat.

Saya difahamkan pernah suatu ketika, Temasik, yang merupakan investment portfolio Kerajaan Singapura dia hendak beli semua. Dia minta hendak beli semua. Akan tetapi dengan hari-hari kita keluar di dada-dada akhbar, ini skandal, ini penyelewengan, ini over claim, itu dan sebagainya, orang sudah takut hendak tengok. Pernah suatu ketika sebuah syarikat bio-diesel yang merupakan syarikat konglomerat yang besar yang mahu melabur di sini, dia hendak datang, sudah tengok, sudah akses, sudah buat kajian, datang hendak tengok apa yang Malaysia boleh bagi, apa yang kerajaan boleh tawarkan lari ke Indonesia apabila dia lihat perkara-perkara yang berlaku seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat, kepada negara yang boleh bagi ekonomi spillover dan sebagainya ia perlu dibuat dengan berhati- hati. Kita bercakap ini bukan dalam konteks untuk mencari kesalahan sesiapa atau menyalahkan satu pihak. Perkara ini dirancang dengan baik, dibuat dengan baik. Kalau ada di mana-mana kelemahan dan kekurangan ia boleh diperbaiki dan dibetulkan. Kalau sudah dianggap ketidakmampuan wujud kerana projek ini pada asal pembinaannya dia macam PFI. Akan tetapi dalam keadaan sekarang pelbagai perkara malah disebabkan oleh urus tadbir dan ketidakfahaman kepada orang yang tidak tahu subject matter ini, yang tidak faham, malah tidak ada business minded pun sudah dianggap jadi buruk, jadi satu pengkhianatan dan sebagainya. Ini merupakan soal salah tanggapan.

final • 4:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Oleh sebab itulah untuk menjadikan perkara yang baik diurus tadbir dengan baik, perkara-perkara LPK yang sekalipun PKA ia biarlah ditadbirkan oleh orang-orang yang tahu. Kalau dia tak tahu pun support, kita pergi letak di port, dia tak faham apa pun. Dia hanya boleh tengok kapal, tengok besi. Mungkin dia nampak kapal itu besi. Mungkin dia nampak vessel itu macam itu, dia nampak ini macam ini. Jadi biar di sini Tuan Yang di- Pertua, mereka-mereka yang mempunyai keupayaan dalam pengurusan, pemahaman tentang perniagaan, pemahaman dapat merancang strategi pemasaran yang baik dan berkesan, sudah tentu kita akan mendapat feedback kepada industri ataupun players. Di dalam hal ini saya pohon supaya red tape ataupun masalah-masalah yang melibatkan kedatangan pelabur ke PKFZ dan termasuk bagi ke dalam negara kita pun ia dikurangkan.

Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua pun ada di sini, kita minta one-stop agency yang telah ditugaskan, diberi tanggungjawab di satu-satu tempat ini, jangan jadi tukang bawa surat. Biar dia jadi sebenarnya one-stop agency yang betul-betul mempunyai kuasa untuk mengendalikan semua urusan yang dipermudahkan bagi memastikan kehadiran pelabur-pelabur ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan berhubung dengan sukan. Masalah sukan di negara kita, penumpuan kita, fokus kita ialah pada prasarana. Kita harus memikirkan kepada soal-soal selain daripada prasarana yang lebih baik daripada itu.

Soal menyediakan bakat, peluang atlet-atlet.

Di dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita harus bagi fokus kepada di luar bandar.

Fokus kepada bidang yang menyebabkan kita boleh mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Fokus kepada bidang yang boleh menempa nama negara. Jangan bidang- bidang yang kita tidak ada kemampuan, kita hendak pergi buat pelaburan yang besar. Oleh sebab itu di peringkat kampung sekarang ini, saya mohon mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diberi peruntukan, boleh dianjurkan oleh KBS dan boleh dianjurkan oleh persatuan-persatuan belia dan boleh dianjurkan melalui kelab sukan komuniti yang telah diwujudkan. Jangan kita biarkan dia mati begitu sahaja. Kita buat benda yang baik daripada Menteri-menteri yang terdahulu. Jangan tiap-tiap Menteri, bila dia masuk satu kementerian dia set benchmarking kepada kementerian berkenaan, kemudian Menteri baru datang, Menteri baru hapuskan perlahan-perlahan satu-satu.

Jadi tiap-tiap kali kita dapat benda baru, agenda yang sepatutnya menjadi agenda jangka panjang yang boleh mencapai kejayaan, ia tidak mencapai kejayaan. Jadi boleh menyebabkan semua program yang sepatutnya mendatangkan kebaikan kepada negara, ia tidak akan mendatangkan kebaikan.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Kita pohon diberi sedikit peruntukan supaya setiap enam bulan sekali diadakan kejohanan-kejohanan yang melibatkan semua sukan teras, sukan-sukan yang terkenal di peringkat antarabangsa, di peringkat Parlimen, ADUN dan sebagainya dan boleh dibuat di peringkat negeri yang telah pun dilaksanakan dahulu tetapi sekarang ini tidak dapat dilaksanakan.

Selain itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan berhubung dengan soal belia yang mana soal belia ini sebenarnya perlu diberi perhatian pesat pelbagai guna belia di peringkat ADUN ataupun Parlimen mungkin patut kita wujudkan. Khas untuk belia menjalankan aktiviti. Di situ kita mungkin sediakan alat-alat permainan dalaman dan juga beberapa kemudahan sukan yang ringkas tetapi yang penting belia-belia kita ini, pemuda- pemuda kita dapat berkumpul di tempat berkenaan dan mereka boleh menjalankan aktiviti- aktiviti sihat dan sekali gus kita boleh mengelakkan morale crisis ataupun krisis moral dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang program PERMATA yang diperuntukkan lebih RM100 juta...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, lagi panjang Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sedikit sahaja. Saya hendak habiskan ini.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dekat hendak habis ya, Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Ya, terima kasih. Saya akur. Program PERMATA yang diperuntukkan lebih RM100 juta. Dalam kita hendak melahirkan modal insan yang cemerlang, kita perlu mengesan di peringkat pra olahan. Pra olahan ini iaitu mereka yang baru lahir sehingga mereka berumur enam tahun, iaitu sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Jadi program PERMATA yang dalam mengenal pasti potensi dalaman kecemerlangan kanak-kanak di peringkat awal ini, kita harap ia dapat disediakan satu, bukan sahaja kemudahan prasarana pembelajaran dan persekitaran yang baik, tetapi dari segi sukatan pelajaran yang dibuat mestilah kita buat berasaskan kepada kehendak semasa. Ini kerana pra olahan ini adalah peringkat terpenting untuk kita melahirkan insan- insan yang berjaya dan perangkaan terkini jelas menunjukkan 37 peratus daripada kanak- kanak di negara ini tidak mendapat equal opportunity, peluang yang terbaik daripada sepatutnya mereka nikmati sebagai anak-anak dan hak mereka sebagai rakyat di negara ini.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sila.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan program PERMATA. Saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah ini satu program yang tidak termasuk dalam kategori yang menambahkan ataupun menambahkan lagi belanja kerajaan sebab kita sudah ada sebelum ini program KEMAS, program prasekolah yang juga di bawah kerajaan. Kenapa kita tidak berikan perkhidmatan ini supaya lebih baik, lebih kualitinya dan sudah tentulah apabila ada lagi, maknanya menambahkan lagi belanja mengurus kerajaan itu sendiri. Apa pandangan?

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih sahabat saya Rantau Panjang.

Sebenarnya ia tidak. Kepada saya, bukan soal memperbanyakkan sebab PERMATA ini dia tidak wujud di tiap-tiap kampung. Dia hanya satu centre pada satu daerah.Mungkin dia mengumpulkan daripada tadika-tadika. Mungkin daripada PASTI sekali pun kalau kita dapat melihat ini peluang bersama untuk mengenali inner potensi. Di satu tempat sahaja dalam satu kawasan besar dan di situ pengajarannya lebih berkesan. Malah kita lihat ia mempunyai pelbagai kelengkapan moden pada setiap pusat PERMATA yang ada di dalam daerah masing-masing. Ia bukan dibuat di setiap kampung, tidak.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Seperti mana yang dibuat oleh KEMAS dan agensi-agensi yang lain seperti PERPADUAN dan sebagainya. Jadi pada saya, ini tidak membazir kerana dari segi jangka panjang kita perlu menyediakan modal insan yang baik demi untuk negara yang tercinta.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillah hirabbil A’lamin Wabihi Nasta’in. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Perbekalan Tahun 2010. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, pada awal lagi saya hendak memohon maaf daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, rakan-rakan, saya tidak akan memberi peluang mencelah oleh sebab saya hendak menjimatkan masa. Bukan kerana saya tidak mahu berbahas, tetapi dalam perbahasan belanjawan ramai yang hendak bercakap dan kita mesti berlaku adil. Kadang- kadang kita yang bercakap mengenai dengan keadilan tetapi kita sendiri tidak adil.

Menghargai masa kawan-kawan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada banyak perkara untuk disampaikan dalam Dewan yang mulia ini sebab saya merasakan seolah-olah saya ini sudah menjadi tong aduan rakyat. Sepanjang selepas Dewan yang lalu sehinggalah sidang sekarang ini beratus masalah rakyat yang sampai sama ada melalui e-mel, SMS, surat ke pejabat saya untuk saya majukan di dalam Dewan Rakyat ini. Jadi oleh sebab itu saya tidak ada masa untuk berdebat dan kalau hendak mencelah, celah waktu Menteri menjawab. Ucapan saya, saya halakan kepada pihak kerajaan. Soal berbahas sesama sendiri ini lebih merupakan academic exercise. Ada waktu boleh, tidak ada waktu kita tengok waktu yang sesuai tetapi yang penting, jawapan dari pihak kerajaan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, bajet ini secara ringkas saya anggap bajet yang berani.

Boleh disebutkan mesra rakyat dan inovatif. Belanjawan saya kata berani ini kerana kita tahu dalam kegawatan ekonomi dunia sekarang ini, kerajaan mampu mengemukakan belanjawan yang tidak memfokuskan kepada percukaian sebagai sumber utama pendapatan negara sehingga saya lihat rokok pun tidak dinaikkan cukai pada tahun ini. Dua tiga hari sebelum belanjawan sudah ada pihak tertentu menyorok rokok sebab mereka menyangka cukai naik tetapi tidak naik. Akan tetapi saya hendak tanya satu kepada pihak kerajaan. Bukan saya suka kepada duit judi ini tetapi kenapa cukai judi tidak pernah naik?

Bukan saya suka kepada judi ini, saya ulang balik. Akan tetapi kenapa tak naik? Boleh duit itu diasingkan untuk perkara-perkara yang kita kira tidak ada kena-mengena dengan soal- soal urusan yang dilarang oleh Allah SWT.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini saya anggap belanjawan inovatif kerana ia digandingkan dengan beberapa pembaharuan yang kreatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan di hari-hari yang mendatang khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti.

final • 4:16 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini termasuklah aspirasi kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai agenda utama negara sebagai kaedah untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh merangkumi urus tadbir dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa dan juga yang lain-lain.

Perkara yang kedua peruntukan RM6 bilion untuk sektor pertanian. Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM6 bilion yang dikhususkan pada sektor pertanian. Peruntukan ini pastinya akan memberikan manfaat kepada para pesawah, pengusaha akuakultur, pengusaha tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan herba serta para penternak yang membabitkan diri dalam pengeluaran daging, lembu dan kambing.

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pada saya ini satu peruntukan yang akan menaikkan martabat para petani, pesawah dan penternak kalau diuruskan dengan baik kalau sistem delivery nya cekap dan adil. Ini juga merupakan satu strategi yang menyeimbangkan pembangunan industri dengan kemajuan pertanian. Moga-moga peruntukan ini akan merealisasikan misi kerajaan yang berhasrat mentransformasikan pertanian sebagai industri berdaya maju dan menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

Ketiga, pembanterasan rasuah dan Whistleblower Act. Seterusnya, saya mengalu- alukan azam dan cita-cita kerajaan untuk membanteras rasuah secara habis-habisan.

Sesungguhnya, memanglah rasuah adalah satu gejala masyarakat yang boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan, kehancuran kepada negara dan menyebabkan kesusahan kepada rakyat jelata. Ini tidak payah kita ulang banyak kali.

Oleh sebab itulah, terdapat para sarjana yang menyamakan amalan rasuah seperti ketagihan dadah. Yang Berhormat Menteri, lebih serius lagi pada hari ini rasuah sistematik juga mula diamalkan oleh para penjenayah rentas sempadan iaitu yang dinamakan cross border organize criminals dan terrorist antarabangsa. Kelompok penjenayah dan terrorist ini menyasarkan amalan rasuah mereka kepada seluruh jentera kerajaan daripada pembuat dasar kepada pegawai penguat kuasa undang-undang dan juga para hakim di semua peringkat.

Ini memberi mesej bahawa jika rasuah sistematik ini dibiarkan berleluasa di negara kita, tidak mustahil satu hari kelak, Malaysia akan menjadi syurga kepada penjenayah rentas sempadan seperti sindiket pengeluaran dadah dan senjata dan juga kepada rangkaian terrorist antarabangsa yang sedang diperangi secara pre-emptive menerusi Pelan Anti-Keganasan Antarabangsa.

Lantaran itu, saya amat menyokong usaha kerajaan untuk menggubal Whistleblower Act ini sebagai satu kaedah membanteras rasuah sistematik secara berkesan. Langkah kerajaan ini amat tepat kerana pembanterasan rasuah bukan sahaja memerlukan undang-undang anti rasuah yang tegas, bukan sahaja memerlukan minda kakitangan awam yang telus dan bersih, malahan memerlukan satu persekitaran di mana pemberi rasuah dan penerima rasuah berasa amat takut untuk membabitkan diri dalam jenayah ini.

Saya amat yakin Whistleblower Act ini mendorong kewujudan kelompok masyarakat sivil di kalangan masyarakat jelata yang membenci rasuah. Dengan itu juga menerusi Dewan yang mulia ini saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang membenci rasuah untuk bangkit secara bertanggungjawab dan mewujudkan persatuan anti rasuah di kawasan masing-masing. Insya-Allah di Pasir Mas akan saya lakukan.

Persatuan-persatuan sivil ini akan menjadi mata dan telinga kepada kegiatan rasuah dan pembanterasan rasuah. Ahli-ahli Persatuan Sivil Anti Rasuah jugalah yang menjadi whistle-blowers terhadap kegiatan rasuah. Saya yakin, kalau Malaysia mempunyai Persatuan Sivil Anti Rasuah yang bebas daripada ikatan mana-mana parti politik, persatuan seperti ini akan berjaya memainkan peranan mereka dalam membantu kerajaan dalam usaha membanteras rasuah secara habis-habisan.

Sehubungan dengan ini, saya menghargai perancangan kerajaan untuk menubuhkan lebih banyak lagi mahkamah khas mengenai kes-kes rasuah. Bagaimanapun kewujudan mahkamah seperti ini perlulah digandingkan dengan kewujudan kumpulan pegawai penyiasat yang berkaliber dan berintegriti tinggi baik di SPRM ataupun di PDRM.

Ini kerana kewujudan mahkamah khas untuk kes-kes rasuah tidak akan bermakna kerana jika kes-kes rasuah yang dibawa ke mahkamah, sebelum ini kita lihat ada kes-kes yang lemah dan penuh dengan 1001 kecuaian dalam penyiasatan serta penyediaan kes- kes berkenaan akhirnya seseorang yang dituduh itu bebas. Tengok sahajalah kes apa yang berlaku kepada Perwaja sebelum ini. Ini bermakna kerajaan wajar mewujudkan kumpulan pegawai penyiasat yang mahir mengenai selok-belok rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, sistem tadbir urus, good governance. Berkait dengan rasuah, saya juga mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem good governance dalam sektor awam. Ini termasuklah perancangan menaiktarafkan INTAN kepada sebuah institusi ilmu bertaraf dunia.

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Harapan saya semoga semua ini dilaksanakan dengan niat yang baik dan bukannya untuk mewujudkan satu glory atau rasa bongkak mana-mana pihak.

Saya juga berharap semua ini dilaksanakan dengan niat yang fokus dan tidak bercelaru. Contohnya, apa khabar dengan berita Pelan Integriti Negara (PIN) yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Pada waktu yang sama, pengukuran kecekapan adalah sesuatu yang sukar dan kecekapan juga bukannya kriteria utama yang menjamin tiadanya penyelewengan dalam sistem penyampaian awam. Contohnya Antonio dan Tanzy 2003 menyatakan bahawa dalam kertas kerja mereka, bahawa ada kajian mendapati bahawa memang mutakhir ini soal pengukuran kecekapan sektor awam mulai dititikberatkan di negara-negara maju tetapi usaha ini masih terhad.

Keputusan kajian tersebut mendapati bahawa negara yang mempunyai tahap kecekapan yang tinggi di dunia adalah Jepun, Luxembourg, Australia, Amerika Syarikat dan Switzerland. Akan tetapi tahap kecekapan yang tinggi ini tidak menjamin tahap penyelewengan. Hari ini pun kita dapat baca dalam akhbar, seorang bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains kah, apakah didakwa dengan rasuah.

Persoalan ini boleh dipastikan menerusi kajian ringkas terhadap Indeks Persepsi Rasuah (IPR) yang diterbitkan oleh TI pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Menurut IPR pada tahun 2006, daripada 163 negara yang dikaji, Switzerland menduduki tangga ke-7 dengan skor 9.1 mata. Australia di tangga ke lapan dengan skor 8.7 mata. Luxembourg di tangga ke-11 dengan skor 8.6 mata. Jepun di tangga ke-17, dengan 7.6 mata dan Amerika Syarikat di tangga ke-20 dengan skor 7.3 mata.

Daripada 179 negara yang dianalisis pada tahun 2007, Switzerland berada di tangga ke-5 dengan skor 9 mata. Australia di tempat ke-11 dengan skor 8.6 mata.

Luxembourg di tahap ke-12 dengan skor 8.4 mata. Jepun di peringkat ke-17 dengan skor 7.5 mata dan Amerika Syarikat di tangga ke-20 dengan skor 7.2 mata.

Daripada 186 negara yang dikaji pada tahun 2008 Switzerland menduduki tangga ke-5 dengan skor 9 mata. Australia di tangga ke-9 dengan skor 8.7 mata. Luxembourg di tangga ke-11 dengan skor 8.6 mata. Sementara Jepun dan Amerika Syarikat sama-sama menduduki tangga ke-17 dengan skor 7.5 mata. Ironisnya, kedudukan IPR bagi ketiga-tiga tahun ini, di atas didahului oleh Denmark, New Zealand, Australia, Singapura dan Ireland yang kecekapan pentadbiran awamnya belum dikaji secara saintifik.

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Oleh sebab itu adalah tidak salah untuk mengatakan bahawa IPR di atas membuktikan bahawa analogi pentadbiran awam yang cekap adalah bebas dari rasuah adalah meleset sama sekali. Kecekapan tidak bererti tidak akan berlaku rasuah malah mungkin kerana kecekapan akan lebih banyak lagi berlaku rasuah. Jika andaian ini benar pastinya IPR di atas menunjukkan kadar anti rasuah di Switzerland, Australia, Luxembourg, Jepun dan Amerika Syarikat adalah lebih rendah daripada Denmark, New Zealand, Singapura dan Iceland. Bagaimanapun ini juga membuktikan bahawa tahap rasuah dalam pentadbiran awam tidak boleh dipastikan tinggi rendahnya berasaskan kecekapan.

Ini kerana tahap kecekapan perkhidmatan awam tidak memberikan polarisasi positif kepada kadar rasuah dalam organisasi berkenaan. Sebabnya rasuah bukannya dilakukan oleh pentadbiran awam sebaliknya dilakukan oleh kelompok individu dalam perkhidmatan awam ataupun oleh setengah pemimpin dalam kerajaan. Namun begitu indeks, impak jenayah rasuah tetap dibebankan kepada perkhidmatan awam dan kerajaan.

Oleh itu saya mengalu-alukan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan warga perkhidmatan awam. Saya juga berharap semoga usaha memperkayakan rohani ini mereka menerusi bimbingan agama akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Ini kerana minda yang bersih juga akan menyumbang kepada pengurangan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam sektor awam iaitu mengelak daripada tamak, rakus dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua persepsi rakyat. Bercakap mengenai rasuah dan good governance tidak akan sempurna jika tidak diakhiri dengan isu persepsi rakyat terhadap rasuah dan good governance di kalangan penjawat awam, Menteri dan Ahli Parlimen contohnya.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini penting diberikan perhatian serius kerana politik adalah mengenai persepsi.

Persepsi negatif rakyat terhadap penjawat awam boleh meruntuhkan kerajaan. Persepsi positif rakyat terhadap kerajaan boleh mengukuhkan lagi kerajaan.

Dalam konteks ini saya ingin mencadangkan sebagai satu transformasi yang agresif iaitu supaya kerajaan tidak lagi akan melantik penjawat parti, Ahli Parlimen dan Adun sebagai ahli lembaga pengarah ataupun pengerusi mana-mana syarikat kerajaan dan agensi kerajaan. Sebaliknya Ahli Parlimen dan Adun dan penjawat parti perlu mendedikasikan khidmat mereka sepenuhnya kepada rakyat jelata. Mereka wajar diberi kemudahan yang secukupnya dan juga elaun yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.

Mereka juga perlu diberikan kemudahan pejabat, kakitangan, kenderaan dan sebagainya.

Ini bermakna mereka akan berkhidmat sepenuh masa dengan dedikasi, cekap dan seikhlas-ikhlasnya. Ini bermakna kerajaan wajar memberi mereka elaun yang tinggi yang sepadan dan dalam hal ini kita ambil contoh di Singapura. Di Singapura Tuan Yang di- Pertua, Ahli Parlimen tidak silap saya mereka menerima hampir lebih kurang SGD30.

Perdana Menteri tidak silap saya USD1.57 juta tetapi mereka tidak duduk dalam badan- badan kerajaan. Sebab itu saya ingin mencadangkan kalau boleh dapat kita lakukan di negara kita ini.

Cara gantinya Ahli Parlimen-Ahli Parlimen mesti diberi kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan khidmat terhadap tugas kepada rakyat dan juga negara.

Jika tidak kita lihat banyak conflict of interest, banyak pertindihan, banyak bercelaru yang kita dengar selama ini. Persepsi sekarang kalau orang politik pegang, sah rasuah. Kalau orang politik pegang kalau ada kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak kakitangan kerajaan, saya minta maaflah juga dituduh, ini orang politik sebab pengerusi agensinya ialah orang politik. Jawatan-jawatan dalam syarikat dan agensi kerajaan pula boleh diberi pada golongan profesional yang berkemahiran di bidang masing-masing.

Dalam pada itu perkhidmatan mereka hendaklah dihadkan tempohnya. Keahlian mereka sebagai ahli lembaga pengarah juga perlu dihadkan jumlahnya. Misalnya seseorang itu hanya boleh menjadi ahli lembaga pengarah atau pengerusi tidak lebih daripada dua buah syarikat ataupun dua agensi sahaja supaya dapat tumpu dan dapat fokus. Ini kita tengok ada tokoh-tokoh tertentu yang sudah bersara ataupun golongan- golongan tertentu memegang jawatan tidak sedikit jumlahnya malah mungkin lebih daripada tujuh.

Satu minggu tujuh hari. Kalau mesyuarat lembaga itu ada tiap-tiap hari satu minggu itu habis mesyuarat lembaga pengarah sahaja. Dengan cara ini tugas Ahli Parlimen dan ADUN tidak terjejas. Kepentingan rakyat akan terjamin dan peluang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat atau agensi kerajaan terbuka luas kepada lebih ramai lagi golongan profesional. Dengan cara ini persepsi rakyat bahawa orang politik adalah perasuah dan menyalah guna kuasa dapat kita hapuskan sama sekali dan orang politik akan dilihat lebih bersih dan dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan bonus kakitangan kerajaan. Maklum balas dari kakitangan awam mengenai Belanjawan 2010 ialah kakitangan kerajaan amat kecewa kerana tiada peruntukan bonus yang seharusnya mereka terima setiap tahun. Kakitangan kerajaan berpendapat bonus adalah hak mereka sebagai ganjaran di atas kegigihan mereka menjalankan tugas dan kesetiaan mereka kepada kerajaan. Sangat kecewanya lagi mereka apabila mengetahui kakitangan dalam GLC mendapat bonus setiap tahun dan dengan jumlah yang amat besar juga. Mengapa ada perbezaan ketara kakitangan kerajaan dengan kakitangan dalam GLC dalam soal bonus.

Kakitangan kerajaan juga berharap lain-lain elaun juga dapat dipertimbangkan kenaikannya terutama elaun kediaman dan rumah. Saya berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sewaktu menggulung ucapan dasar nanti apakah sudi kiranya mempertimbangkan pemberian bonus untuk kakitangan kerajaan dan kenaikan elaun kediaman ataupun rumah. Sebelum ini kerajaan telah memberi sumbangan khas sebanyak RM500 kepada kumpulan khidmat dan sokongan dan golongan pengurusan dan profesional yang melibatkan peruntukan kalau tidak silap saya kurang lebih RM800 juta.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Oleh itu wajar kerajaan menambah kalau tidak hendak beri bonus pun, kalau bonus sebulan gaji paling tidak RM1000 dahulu RM500 ditambah lagi RM500. Oleh itu wajar kerajaan menambah sumbangan khas ini sebanyak RM500 lagi termasuk juga golongan pencen pilihan. Ini bermakna mereka menerima RM1000 sumbangan khas daripada kerajaan. Jika diberi bonus sebulan gaji ini mungkin membebankan lagi kewangan kerajaan yang saya kira tidak kurang daripada RM3 bilion, ini RM1.5 bilion separuh sahaja.

Walau bagaimanapun saya juga berharap kakitangan kerajaan memahami kedudukan ekonomi negara buat masa ini yang menuntut pengorbanan yang tinggi kerana Belanjawan 2010 diumumkan baru-baru ini sudah pun mencatat defisit sebanyak 5.6 peratus. Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan prasarana. Kerajaan memperuntukkan RM9 bilion untuk pembangunan prasarana bagi jalan raya, jambatan, air, pembetungan, rel kereta api dan lapangan terbang. Dalam konteks ini saya merayu semoga Kelantan dipertimbangkan menerima sebahagian daripada peruntukan ini dan tidak sekadar Jalan Gua Musang ke Kuala Krai sahaja.

Kita semua amat maklum bahawa negeri Kelantan memang tidak mampu untuk melaksanakan projek-projek prasarana mega seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua, Bandar Kota Baharu, Kelantan telah menjadi penuh sesak yang mana semua jalan raya perlu dijadikan empat lorong. Begitu juga dinaikkan jalan empat lorong dari Bandar Kota Baharu ke semua daerah-daerah dalam negeri Kelantan yang saya harap dapat dipertimbangkan dalam RMK-10.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya mengalu-alukan tindakan kerajaan mengenai AP iaitu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap unit AP yang dikeluarkan kepada pemegang AP yang baru. Terbuka mulai tahun 2010, saya bergembira dalam hal ini kerana saya pernah mencadangkan perkara yang sama sewaktu membahaskan belanjawan tambahan di Dewan yang mulia ini tidak lama dahulu. Saya berharap wang yang diperolehi dari bayaran AP itu dapat digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

Isu royalti minyak untuk rakyat Kelantan. Sebagai rakyat Kelantan saya ingin dapat penjelasan terperinci menerusi Dewan yang mulia ini mengenai gembar gembur membabitkan soal royalti minyak yang dikatakan Kelantan berhak menerimanya.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Adakah benar perairan Laut China Selatan yang menjadi pesisiran Kelantan ada operasi pengeluaran minyak? Jika benar, di mana dan berapa jumlah pengeluarannya setiap hari? Saya bertanya hal ini kerana saya tahu Laut China Selatan yang menjadi persisiran Malaysia adalah kawasan yang mempunyai simpanan hidrokarbon, minyak dan gas yang besar jumlahnya sehingga ada pihak barat kini menggelarnya Laut China Selatan sebagai Teluk Parsi kedua di rantau ini.

Ini memberikan gambaran bahawa rizab minyak dan gas di Laut China Selatan adalah besar jumlahnya. Oleh itu adakah benar ada operasi pengeluaran minyak dan gas di perairan Laut China Selatan yang menjadi persisiran Kelantan? Jika benar, saya menggesa Kerajaan Persekutuan agar membayar royaltinya kepada Kerajaan Kelantan. Saya cadangkan hal ini supaya kita semua tidak dibebankan dengan dosa kepada rakyat jelata yang patut menerima faedahnya. Jika tidak benar, saya juga menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan penjelasan secara terperinci supaya pihak yang mempolitikkan isu ini akan bebas dari dosa kerana menyatakan hak-hak yang palsu.

Pada waktu yang sama saya harap kerajaan mempertimbangkan pembahagian royalti minyak kepada semua kerajaan negeri walaupun jumlahnya lebih rendah daripada kadar yang diterima oleh negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak. Ini akan menjadikan kesamarataan dalam pembahagian nikmat kekayaan negara kepada rakyat jelata yang selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, ini dimulai dengan insurans third party yang sudah pun dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ledang tadi. Tindakan memansuhkan insurans third party ini juga menjadi isu yang paling besar sekali di kalangan rakyat jelata. Saya hendak beritahu secara terus terang kepada kerajaan.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau isu insurans third party yang dihapuskan ini tidak dikembalikan seperti dahulu, semua penunggang motosikal saya percaya tidak akan memberi sokongan atau pun undi kepada Kerajaan Persekutuan yang memerintah sekarang ini. Sebab secara ringkasnya motosikal yang hendak dijual harga RM100 pun sudah tidak laku, tetapi apabila hendak memperbaharui road-tax terpaksa membeli insurans yang harganya lebih mahal daripada motosikal yang ada sekarang.

Secara ringkas, saya tidak hendak ambil masa yang panjang dalam bab ini, saya hendak rujuk sebelum ini Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan syarikat penanggung risiko tinggi Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP) memberi perlindungan kepada kereta motor dan kenderaan yang tidak diterima oleh mana-mana syarikat insurans dan takaful iaitu melalui Pos Malaysia dan syarikat insurans yang dilantik oleh MMIP sebagai wakil. Usaha ini masih lagi tidak menyelesaikan masalah yang timbul kerana masih terdapat kenderaan yang tidak diterima oleh MMIP ataupun mengenakan bayaran tinggi dan syarat yang lebih ketat dan cukup menyusahkan. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya banyak akan berlaku kenderaan yang bergerak di atas jalan raya yang tidak mempunyai insurans perlindungan dan juga cukai jalan. Sekiranya berlaku kemalangan dan melibatkan kenderaan seperti ini, mangsa kemalangan dan harta benda awam tidak mendapat pampasan yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, MMIP hanya melantik beberapa syarikat insurans sahaja sebagai wakil jualan. Contohnya di Kelantan, dua syarikat insurans sahaja dilantik. Hanya satu yang beroperasi. Wakil kepada individu atau korporat tidak dilantik. Komisen dibayar sehingga 25 peratus kepada syarikat insurans yang dilantik sedangkan Bank Negara hanya meluluskan 10 peratus sahaja kepada wakil individu atau korporat bagi syarikat-syarikat insurans. Apabila wakil-wakil insurans tiada lagi peluang perniagaan melalui komisen jualan insurans dan kenderaan perdagangan maka wakil-wakil perkhidmatan terpaksa mengenakan caj perkhidmatan beliau dari RM50 sehingga RM300 bagi setiap kenderaan.

Dengan ini pemilik-pemilik kenderaan perdagangan semakin terhimpit dan terpaksa menaikkan tambang pengangkutan masing-masing dan ada pula yang bawa cerita di bawah kerajaan sekarang ini sudah tidak ada duit, terpaksa perah duit rakyat melalui insurans ini. Macam-macam persepsi di peringkat bawah.

Saya ingin mencadangkan kerajaan atau Bank Negara perlu mengkaji semula tarif premium insurans kereta motor yang sedia ada bagi mengurangkan risiko kepada syarikat- syarikat insurans dan pemilik-pemilik kenderaan yang tertindas di sebalik tindakan syarikat insurans melepas tangan. Selaraskan kadar extra premium loading yang boleh dikenakan bagi semua syarikat-syarikat insurans mengikut usia, kelas, kegunaan ataupun sebagainya seperti mana yang telah dibuat pada tarif premium sekarang ini bagi mengelakkan pengguna tertindas dengan kadar extra premium yang dikenakan.

Kaji semula, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan komisen insurans bagi wakil-wakil insurans am dan hayat yang telah dipotong semasa 1996 tidak silap saya, 1996, 1995 lama dahulu memandangkan kos sara hidup dan kos pengurusan yang semakin tinggi kerana wakil-wakil insurans terkeluar dari pembelaan kerajaan yang tidak seperti mana kakitangan kerajaan, pekebun kecil, pertanian, peniaga-peniaga kecil dan yang lain-lain yang selalu disebutkan oleh kerajaan sedangkan hampir 200 ribu orang wakil insurans dan takaful di seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kereta nasional Proton. Kereta nasional Proton hendaklah kekal menjadi milik penuh kerajaan sepanjang hayat. Ini kerana ianya merupakan kebanggaan negara dan menjadi pemangkin kepada industri automotif serta pembangunan teknologinya terus berkembang untuk negara Malaysia. Kerajaan hendaklah menentukan apa pun bentuk dasar automotif negara dan ianya perlu lebih kepada melindungi Proton sebagai kereta nasional. Satu-satunya kereta nasional yang patut digilap seperti yang diamalkan oleh negara seperti Korea dan Jepun. Proton hendaklah satu-satunya kereta nasional yang menikmati perlindungan dari kerajaan sehingga Proton benar-benar kukuh dan mampu bersaing dengan pembuat-pembuat kereta yang lain.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ada pihak baru-baru ini saya baca di dalam akhbar sudah mula melontar idea Management Buy Out ataupun MBO untuk menguasai Proton. Pengalaman MBO sebelum ini jelas merugikan kerajaan selepas kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk membangunkan sesuatu industri. Kerajaan jangan jadi lebai malang. Jangan kita susukan kera di hutan sedangkan anak sendiri mati kelaparan.

Tuan Yang di-Pertua, Jambatan Kampung Laut ke Tambatan Diraja Kelantan dan Jambatan Chetok dalam Parlimen Pasir Mas ke Ketereh. Saya memohon pertimbangan Kerajaan Pusat kerana mempertimbangkan Jambatan Kampung Laut ke Tambatan Diraja Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Batu asas untuk jambatan ini telah pun disempurnakan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan beberapa tahun yang lalu tetapi gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jambatan ini sangat-sangat diperlukan dan kritikal. Jumlah pertambahan penduduk dan kenderaan semakin meningkat di Kelantan. Kelewatan membina jambatan ini akan mengakibatkan kos berlipat ganda pada masa akan datang.

Saya juga mencadangkan melalui surat saya kepada Menteri di JPM yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi supaya mempertimbangkan satu lagi Jambatan Sungai Kelantan iaitu dari Chetok dalam Parlimen Pasir Mas ke Ketereh di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh serta menaikkan taraf Jambatan Pasir Mas-Salor menjadi empat lorong. Jika ini dapat dilaksanakan ianya akan menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk dan sudah tentu akan menjana ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan kerana perjalanan pengangkutan akan lebih lancar kalau jambatan yang diperlukan dibinakan dengan segera.

Pelabuhan kecil untuk negeri Kelantan. Sebelum ini dalam Rancangan Malaysia Kelapan atau Kesembilan telah dikenal pasti untuk pelabuhan kecil bagi negeri Kelantan iaitu di Pantai Sabak. Namun sampai hari ini pelabuhan ini tidak dilaksanakan. Saya menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dapat melaksanakan pelabuhan kecil ini di Pantai Sabak ataupun di Pantai Tujuh, Tumpat kerana kedudukan Kelantan begitu strategik di sebelah Pantai Timur Semenanjung. Malaysia yang berhampiran dengan negara-negara Asia Timur ini akan membantu pertumbuhan ekonomi bukan sahaja negeri Kelantan bahkan juga pada negara Malaysia.

Memperkukuhkan industri pelancongan di Kelantan. Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan negeri Kelantan sebagai salah sebuah negeri yang penting bagi menjana ekonomi negara dalam industri pelancongan. Negeri Kelantan dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan keseniannya. Kelantan juga mempunyai alam semula jadi. Ia cantik, indah lagi menarik seperti pantai-pantai, sungai-sungai, air terjun-air terjun, gua-gua dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dengan pelbagai jenis makanan tempatan, dari keramahan penduduknya sudah tentu boleh menarik minat pelancong-pelancong asing untuk ke negeri Kelantan. Ini kerana pelancong-pelancong dari negara Barat datang melancong ke negara kita bukan nak lihat industri berteknologi tinggi, dia datang ke Malaysia ini sebab mereka... Saya tanya sebahagian daripada mereka, mahu close to the nature, kepada alam semula jadi. Maka sebab itu, jika Kerajaan Pusat serius ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesti dilawati, bangunkanlah industri pelancongan di negeri Kelantan dengan lebih agresif.

Jangan terlalu tertumpu pada negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung sahaja, jika membuat promosi melalui pelancong asing ke Malaysia. Saya menggesa Kerajaan Pusat memberi fokus dengan melahirkan satu grouping khas untuk melakukan transformasi di negeri Kelantan, sebagai destinasi pelancongan yang boleh menjadi tersohor di seluruh dunia. Ini kerana negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang strategik seperti yang saya katakan tadi. Dari segi geografinya selain bersempadan dengan Thailand, ia juga tidak jauh dengan negara-negara seperti Vietnam, Laos, Cambodia, Hong Kong, Taiwan dan China.

Sebab itu saya juga pernah mencadangkan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaikkan taraf sebagai lapangan terbang mini antarabangsa. Bagi membolehkan syarikat penerbangan seperti Thai Airways, Garuda, China Airlines, Vietnam paling kurang dapat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dengan pendekatan yang serius ini, akan menjadikan Kelantan sebuah negeri yang mesti dilawati sudah pasti akan menyediakan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri Kelantan. Buat masa ini, ratusan ribu rakyat negeri Kelantan berhijrah keluar ke negeri-negeri lain mencari pekerjaan dan peluang perniagaan kerana kerajaan Kelantan yang ada sekarang ini, gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang lebih banyak kepada rakyat sejak 20 tahun yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, projek tambatan banjir flood mitigation di Kelantan. Saya ingin mengetahui mengenai dengan kemajuan pelaksanaan projek tambatan banjir iaitu flood mitigation negeri Kelantan.

Saya difahamkan fasa pertama projek ini telah pun dianugerahkan kepada sebuah syarikat, saya ingin mengetahui akan kemajuan pelaksanaannya kerana masalah banjir di Kelantan ini merupakan penghalang kepada proses pembangunan secara keseluruhannya.

Setiap kali banjir, Kerajaan Pusat memperuntukkan dana yang besar bagi membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan harta benda. Andainya projek ini disegerakan, Kelantan akan menjadi tarikan pelabur-pelabur asing untuk melabur seperti membuka kilang, kerana Kelantan ada banyak kelebihan seperti tenaga buruh yang mudah diperoleh, bahan-bahan mentah dan tanah yang murah. Akan tetapi banjir menjadi penghalangnya selain jalan raya yang tidak elok seperti yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, halal hab dalam kawasan Pasir Mas, saya belum nampak kemajuan pelaksanaan halal hab Pasir Mas, yang merupakan projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Timur ECER. Saya ingin mengetahui status perancangan dan pelaksanaan setakat ini dan saya berharap ianya disegerakan demi faedah rakyat. Projek ini dilancarkan dah hampir dua tahun yang lalu, wang pelancarannya mungkin lebih daripada projek yang hendak dibuat tetapi sampai sekarang hasilnya belum saya nampak.

Projek baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh di bawah kawasan Parlimen Pasir Mas.

Saya telah mengemukakan sembilan cadangan untuk projek-projek baru dalam kawasan Parlimen Pasir Mas, untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh seperti mana yang terkandung dalam surat saya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Salah satu lagi projek yang saya ingin tambah iaitu membina sebuah hospital baru dalam Parlimen Pasir Mas dan ditempatkan dalam kawasan DUN Tendong. Buat masa ini Hospital Lati yang terletak dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang sudah tidak mampu menampung pesakit yang semakin ramai, disebabkan meningkatnya penduduk di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Pasir Mas adalah sebuah daerah yang mengandungi dua kawasan Parlimen iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang yang mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi di Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2010 juga menetapkan cukai pindah milik harta tanah dan rumah kediaman ditetapkan 5 peratus. Bagi golongan miskin, 5 peratus ini dianggap tinggi dan tidak sepatutnya disamakan dengan golongan berada terutamanya pindah milik urus niaga.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan, jika dapat kerajaan mempertimbangkan kembali iaitu cukai pindah milik bagi harta tanah dan rumah kediaman di bawah satu juta dikurangkan pada 2.5 peratus sahaja dan ke atas satu juta dikekalkan 5 peratus, sebagai mana dicadangkan dalam Belanjawan 2010. Tuan Yang di-Pertua pendapatan eksport, kerajaan harus terus memberi penekanan pada pendapatan eksport dan pendapatan dari syarikat Malaysia yang mempunyai operasi di luar negara. Eksport dan rizab investment masih menjadi tunggak utama bagi mengukuhkan ketahanan ekonomi jangka panjang negara. Kalau boleh kerajaan perlu membentuk satu strategi eksport nasional dan menubuhkan Inter Agency Committee yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyelaraskan insentif. Mengembangkan pasaran bagi pengeksport Malaysia dan syarikat Malaysia yang menjalankan reverse investment ini.

Oleh itu apakah usaha-usaha kerajaan untuk merealisasikan cadangan ini?

Apakah ianya satu langkah yang berkesan untuk ketahanan ekonomi negara pada masa akan datang? Saya meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi jawapan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, bagi pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas pertama tahun 2010.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cuma pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, saya harap dipertimbangkan.

Kalaulah ini merupakan satu insentif dan ganjaran, kenapa ianya tidak bermula sejak PTPTN ditubuhkan?

Jadi saya nak cadangkan, semua pelajar ataupun yang sudah menjadi siswazah yang dapat kelas pertama dulu, semasa PTPTN diperkenalkan, mereka juga layak menerima biasiswa dan bukan setakat pelajar yang baru. Baru dilihat adil sebab ada yang bertanya “Kenapa kita dulu tak dapat? Kenapa sekarang baru dapat?” Ini sudah jadi masalah juga, sebab rakyat suka membandingkan. Kenapa tak dapat? Berapa mereka dapat? Kenapa sekarang dapat? Kenapa dulu tak dapat? Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dibangkit oleh rakan yang lain dalam Dewan yang mulia ini, mereka-mereka yang sudah bekerja tetapi tidak membayar pinjaman PTPTN, saya anggap ini sungguh tidak bertanggungjawab.

Saya nak cadangkan kalau mereka ini ada pinjaman dan bekerja dengan kerajaan dan swasta, kalau perlu pada penggubalan undang-undang, potong gaji sedikit, kalau pun tak banyak secara automatik. Bagi yang belum bekerja, jangan kita hambat dan hantar surat lawyer. Ibu bapa yang sudah tua pun takut tengok surat lawyer dihantar. Ada sesetengah pula disenaraihitamkan dan tidak boleh ke luar negeri. Kalau mereka hendak pergi ke Dubai, dapat bekerja di Dubai, mereka tak boleh keluar sebab hutang tak bayar.

Jadi saya harap yang belum bekerja beri peluang kepada mereka, sesudah mereka dapat kerja, menjadi kewajipan mereka melapur dan membayar hutang. Ini saya minta dipertimbangkan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian hak kerakyatan. Saya mencadangkan supaya semua pemohon-pemohon kerakyatan menduduki peperiksaan lulus bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Menduduki peperiksaan mengenai sejarah negara Malaysia bermula pada tahun 1946, paling tidak sejarah kemerdekaan tahun 1957 dan juga sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Kerajaan hendaklah benar-benar menghalusi dan meneliti dengan tidak mudah memberi kerakyatan dan ianya harus dibuat bukan atas keputusan politik dan desakan politik mana-mana pihak. Bagi menjamin setiap pemohon yang diberi hak kerakyatan, benar-benar dapat menghayati asas Perlembagaan Negara dan menjunjung Prinsip Rukun Negara dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku payung Negara.

Saya percaya sekarang ini pun, kerajaan mungkin ada kaedah-kaedah sebelum meluluskan kerakyatan. Akan tetapi saya mencadangkan bagi yang muda-muda, kalau dah umur 70, 80 tahun dan menulis tak boleh, itu boleh melalui wawancara. Akan tetapi lebih afdal dan lebih baik jika satu peperiksaan dikenakan, macam peperiksaan mendapat lesen memandu sebelum menjadi rakyat. Sebab jika mereka tidak tahu sejarah, mereka mudah dieksploitasi dan melihat kepada perkembangan mutakhir ini, lagi ia menuntut supaya cadangan saya ini dapat dipertimbangkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, subsidi kupon beras. Langkah Kementerian Asas Tani memperkenalkan subsidi kupon beras kepada golongan miskin tegar dan miskin boleh membawa ketidakpuasan hati rakyat. Jika subsidi kupon beras ini tidak diterangkan dengan jelas dan juga cara penyampaiannya boleh berlaku ketidakadilan dan kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Oleh itu saya ingin mengetahui secara jelas bagaimana bentuk pelaksanaan supaya ianya tidak menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat di peringkat bawah yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan. Saya beri contoh, kupon beras ini daripada duit RM60 juta subsidi beras sebelum ini dan hendak diberi subsidi kupon beras ini kepada golongan miskin tegar dan miskin iaitu daripada senarai e-Kasih dan senarai Jabatan Kebajikan dan kalau ada yang tidak dapat, tiada yang berhak terpaksa diupdatedkan senarai e-Kasih ini dan juga Jabatan Kebajikan.

Saya punya pandangan Tuan Yang di-Pertua, akan timbul kekecohan seperti bagi baja dahulu. Orang kampung, mereka tidak tahu miskin tegar atau tidak tegar.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ada juga penduduk kampung yang miskin tetapi tidak dikategorikan sebagai orang miskin, mungkin satu keluarga anak lima, enam tujuh tetapi seorang sahaja baru bekerja.

Pendapatan mungkin RM1000 tetapi keperluan mereka sebulan mungkin RM1500, maka dia menganggap miskin.

Apabila orang lain terima kupon, dia tidak terima, dia mengatakan kerajaan tidak adil, pilih kasih dan macam-macam berlaku dan akhirnya 2000 katakanlah satu kawasan ke 3000 satu kawasan Parlimen yang terima kupon, pengundi ada 60,000, 70,000 mudah dieksploitasi, tengoklah kerajaan tidak berlaku adil, kamu tidak dapat, kamu tidak dapat manakala dia tahu kupon ini adalah hanya untuk golongan-golongan tertentu.

Perkara yang kedua, kalau hendak bagi subsidi kenapa hendak buat kupon?

Kalaulah dari senarai e-Kasih dengan senarai Jabatan Kebajikan. Senarai Jabatan Kebajikan setiap bulan orang miskin terima duit RM250, RM300, OKU terima sekian banyak, begitu juga golongan e-Kasih, tumpang sahaja bagi wang tunai. Kalau dia terima Tuan Yang di-Pertua dari Jabatan Kebajikan RM250, dia berhak terima 30 kilo sebulan, harganya RM70 subsidi ataupun RM40. RM250 campur RM70 jadi RM320, tidak payahlah ada senarai ini, buat kecoh pening rakyat di peringkat bawah. Macam-macam bercelaru.

Dahulu duit keluar macam itu juga. Ini yang menyebabkan kerajaan berbudi tetapi rakyat tidak boleh menghargai sebab rakyat tidak reti hendak beza antara dia berhak ataupun dia tidak berhak, dia tahu hendak sahaja sebab dia juga golongan yang tertekan.

Sebab itu saya minta perkara ini dikaji balik.

Tuan Yang di-Pertua, ini saya hendak tanya lagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu kerajaan telah membelanjakan duit tidak sedikit iaitu ratusan bilion sebelum ini untuk membuka ladang-ladang bagi tanaman padi, buat tali air, buat jalan. Akhir sekali KADA di Kelantan, sawah padi milik KADA sekarang ini disewakan kepada pihak swasta 600 ekar. Saya dengar syarikat daripada Kedah datang Kelantan sewa 600 ekar.

Sudah bagi sewa, kita tengok subsidi untuk padi kerajaan bagi RM1200, baja dan macam-macam yang diberikan oleh kerajaan. Mereka juga turut menikmati subsidi ini. Akan tetapi sewa kepada pemilik hanya 600. Mana peranan KADA, mana jurutera, mana kepakaran, mana R&D sampai perkara seumpama tanam padi pun terpaksa kita tolak kepada pihak-pihak yang tertentu. Saya hendak minta jawapan daripada pihak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tuan Yang di-Pertua, pekerja kontrak, ini ringkas. Saya hendak bawa perkara ini.

Sebelum ini ramai pekerja-pekerja kontrak telah diberhentikan termasuk tukang kebun sekolah kerana pembersihan kawasan sekolah sudah diswastakan kepada syarikat. Banyak yang hilang pekerjaan, menderita, menangis, anak lima enam orang. Saya hendak minta ini dalam pengetahuan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran supaya mencari tempat kepada mereka yang diberhentikan pekerjaan kerana jawatan ini sudah diswastakan.

Bukan ramai pun termasuklah sebagai kakitangan, anak-anak syarikat GLC, tempatkanlah di mana-mana sebab saya cukup kasihan dan rasa terharu melihat golongan keluarga ini yang dahulu bergantung sesuap nasi sebagai seorang tukang kebun yang tidak tahu apa-apa, hari ini diambil alih oleh pihak swasta dan mereka sudah hilang pekerjaan.

Tolonglah dan saya minta jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.

Tuan Yang di-Pertua, pembantu rumah beragama Islam, ini ringkas sahaja. Saya hendak minta kerajaan adalah saya bangkit selama ini iaitu pembantu rumah asing daripada Indonesia yang beragama Islam saya minta dibuat syarat ataupun undang-undang tidak boleh bekerja di rumah bukan orang Islam. Sebagai orang Islam, kena bekerja di rumah orang bukan Islam, memanglah setiap penganut agama ini, ada peraturan masing- masing. Kita orang Islam tidak boleh makan babi, bekerja di rumah orang bukan Islam yang boleh, contohnya sembahyangnya macam mana, solatnya macam mana, timbul macam- macam yang boleh merosakkan akidah dan pegangan mereka. Walaupun mereka rakyat asing tetapi mereka orang Islam. Jadi sepatutnya orang Islam, pembantu rumahnya mestilah orang Islam dan ke rumah keluarga Islam dan yang bukan Islam tidak ada masalah.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu laporan Ketua Audit Negara, saya juga secara ringkas turut bersama dengan Ahli-ahli Dewan yang lain supaya pihak SPRM, pihak commercial crime, PDRM mengkaji setiap muka hasil laporan audit negara. Saya tidak hendak berceloteh panjang, saya tidak hendak beretorik, ambil tindakan, buktikan dan pegawai kerajaan mesti bertanggungjawab. Kita hendak bela kakitangan kerajaan, kita hendak sokong apa sahaja yang patut diberi ganjaran tetapi buktikan peranan dan tugas mereka bersih. Cukup sudah beban kotor, kononnya orang politik yang bertanggungjawab.

Tadi saya cadang Ahli Parlimen, ADUN tidak payah lagi pegang jawatan, serah kepada kakitangan kita hendak tengok boleh atau tidak mereka menentukan bahawasanya mereka dapat menjadi pentadbir yang bersih, cekap dan amanah untuk rakyat. Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ya sedikit.

final • 5:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pelajar cemerlang akan dipilih untuk dihantar kepada institusi-institusi luar negara. Saya hendak tanya adakah mereka ini akan dipilih berdasarkan kuota 51/49 ataupun terbuka untuk sesiapa. Saya hendak tanya itu dan yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua ringkas-ringkas sebab masa tidak ada.

Hari Malaysia, saya hendak tanya juga hari Malaysia akan menjadi hari cuti. Kita menyambut hari kemerdekaan. Saya hendak tanya kerajaan yang ada sekarang, mana lebih besar perayaan nanti hari menyambut kemerdekaan ataupun hari menyambut Malaysia? Apakah konsepnya, apakah bentuk perayaan ini nanti sebab saya bimbang akan tenggelam sejarah yang boleh menimbulkan semangat patriotik anak Malaysia bagaimana negara Malaysia yang lahir daripada Persekutuan Tanah Melayu datangnya dari mana Persekutuan Tanah Melayu itu ialah dari negeri-negeri Melayu dahulu.

Jadi sebab itu kena jelas. Mungkin perayaan hari kemerdekaan ditumpu kepada menimbulkan semangat patriotik rakyat kepada negara dan Hari Malaysia semangat cintakan Malaysia, perpaduan dan seumpamanya tetapi kena jelas sebab saya hendak tahu ditakuti nanti Hari Malaysia lebih besar dari Hari Merdeka timbul pula macam-macam persepsi rakyat, bertelagah pula polemik antara kaum di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, ringkas kes Linggam. Disebut banyak kali, saya pun sama dan Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri melahirkan rasa dukacita bahawa kes Linggam ditutup. Kenapa dia kata dia dukacita sebab dalam laporan hasil Suruhanjaya Diraja menyiasat kes video ini namanya diseret dan seolah-olah dialah yang menjadi perancangnya dan ada disebut dalam Dewan ini, inilah pemusnah kehakiman.

Mantan Perdana Menteri sudah jawab melalui blognya Che Det, dia merasa kesal dan dia harap ada pendakwaan dan jika ada pendakwaan, ada perbicaraan dia boleh turut sama-sama ke mahkamah boleh memberi keterangan untuk menyatakan apakah yang sebenarnya berlaku. Kalau tidak, ianya tidak adil.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya ingin mencadangkan ringkas-ringkas sedikit Tuan Yang di-Pertua iaitu kepada Kementerian Pelajaran dan Pendidikan iaitu mengadakan revolusi pendidikan yang mana saya hendak mencadangkan adakan kongres pendidikan peringkat kebangsaan yang ditaja oleh kerajaan supaya mencari formula baru mengenai dengan sistem pendidikan kita yang berkecamuk ini. Ini aliran kebangsaan, ini aliran bahasa ibunda, ini bahasa Inggeris, ini bahasa Melayu, ini kursus itu kursus ini, berkecamuk, ini sekolah asrama penuh, ini tidak asrama penuh.

final • 5:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Macam-macam. Jadi dihalakan satu matlamat supaya kita dapat melahirkan satu gagasan dasar pendidikan yang betul-betul boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi matlamatnya, perpaduan baik dan sebagainya.

Sebab itu saya hendak bagi contoh, satu lagi Tuan Yang di-Pertua, sekolah menengah kebangsaan agama. Ini satu sekolah yang cukup baik. Di Kelantan ada Sekolah Falahiah di Pasir Pekan dan Sekolah Naim Lil Banat. Lulus 100 peratus.

final • 5:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Budak-budak keluar dengan cemerlang, tetapi yang lebih penting pintar agama.

Kita dapat lihat wajah akhlaknya yang begitu ceria dan sekolah ini sudah diakui oleh para mufti.

Saya hendak cadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-10, ditambahkan lagi sekolah menengah agama yang saya cadangkan ini seperti saya sebutkan tadi, khususnya di Sabah dan Sarawak. Diadakan kuota untuk pelajar-pelajar keluarga asli yang memeluk agama Islam, mereka ini diberi kuota. Jangan ikut soal mesti 5A kah, mesti sekian-sekian A kah, 2A, 3A, mereka ditempatkan dan dapat bergaul dengan pelajar-pelajar Islam yang belajar di sekolah ini, yang saya lihat cukup pintar dan hebat daripada segi pengamatan keagamaan mereka sehingga ada setengah-setengah itu dah jadi hafiz, belajar sendiri.

Cukup hebat.

Begitu juga dapat dibina di Sabah dan Sarawak dan pelajar-pelajar berkeluarga yang memeluk agama Islam, Iban, Kadazan semua kaum supaya mereka ditempatkan dan diberi kuota dan jangan dikira sangat soal kelulusan itu untuk mendapat tempat. Beri kuota, kata 20 peratus atau 30 peratus dan ini kita akan dapat lain, pelajar yang cerdik, bijak, bagus agama, kuat daripada segi akhlak dan seumpamanya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Tuan Yang di-Pertua, bidang pendidikan kritikal.

Juga harus diberi perhatian kerana kita lihat pencapaian pelajar Melayu dan bumiputera dalam bidang kritikal ini; kejuruteraan, arkitek, engineer dan seumpamanya masih ketinggalan di belakang. Saya harap hendak tanya Menteri Pendidikan Tinggi, apa perancangan, saya hendak tahu secara khusus, untuk meningkatkan jumlah anak-anak dan pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya hendak jelaskan di sini iaitu mengenai PKFZ yang disebut tadi. Saya hendak tanya, oleh kerana isu ini sudah jadi isu nasional, apakah tidak mungkin Kuala Dimensi yang bertanggungjawab terhadap projek ini, yang dituduh macam-macam, itu serah pada polis untuk siasat, serah pada SPRM untuk siasat. Saya tak tahu, wallahualam, saya tak tahu semua ini. Cuma saya hendak tanya, apakah mungkin saya berfikir syarikat ini membeli balik tanah yang mereka beli dahulu dengan harga RM25 dan segala wang yang dibayar oleh Port Klang selama ini, mereka beli balik. Saya tahu syarikat ini dia ada parent company, di mana Kuala Dimensi ini masih lagi syarikat yang asing dan tidak disenaraikan di Bursa Saham.

Oleh kerana dikatakan projek ini bankable, disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi kononnya projek bagus, tentu kalau dia beli balik dia boleh inject dalam parent company nya yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan selesai masalah. Yang bab penyelewengan itu, itu kajilah saya tidak hendak campur. Mana yang bersalah, mesti diambil tindakan. Kalau tidak bersalah, kita jangan aniayai orang. Itu sahaja pendirian saya.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut balik bab katak ini. Katak lompat, katak di bawah tempurung. Katak bawah tempurung kononnya otak tidak berkembang, beku kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang.

Lepas itu, katak lompat. Katak ini Tuan Yang di-Pertua, banyak jenis. Cukup banyak jenis.

Yang saya hairan dulu ada katak puru. Dia berbulu. Katak puru ini bulu pun sudah hilang sekarang ini. Akan tetapi, katak bawah tempurung Tuan Yang di-Pertua, dia lompat daripada bendang ke bendang. Dia tidak lompat sampai Amerika, tidak jauh lompatan dia, dekat sahaja.

Saya hendak ingat kepada Tuan Yang di-Pertua, katak puru ataupun katak lompat tidak membawa penyakit. Yang membawa penyakit ialah lalat hijau. Lalat hijau ini nampak cantik, mata biru, cantik. Dia ada bunyi pula apabila dia berjalan itu. Namun, apabila dia hinggap di mana-mana, dia bawa penyakit. Sama ada denggi, taun dan sebagainya sebab dia bawa penyakit. Ha, ini lalat hijau. So jangan jadi lalat hijau. Sekarang ini memang kita ada masalah dengan lalat hijau, tetapi insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, katak lompat boleh makan lalat hijau. Terima kasih, saya menyokong.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 5:10 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk turut sama serta dalam membahas Bajet 2010 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada Jumaat yang lepas.

Sebagai pembuka kata, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah melahirkan gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Ternyata Gagasan 1Malaysia ini telah mula diterima oleh semua lapisan rakyat di negara ini, di mana penerimaan yang diterjemahkan kepada sokongan rakyat yang dahulunya pudar kini mula bercahaya semula.

Pengumuman 16 September sebagai Hari Malaysia dan mengisytiharkan sebagai cuti umum juga merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan kepada kehendak rakyat Malaysia, khususnya kepada rakyat Malaysia dari Negeri Sabah dan Sarawak, ke atas sumbangan kedua-dua negeri ini dalam pembentukan Negara Malaysia sejak tahun 1963.

Usaha yang begitu ketara memberi feeling good factor kepada semua lapisan rakyat di negara ini. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Perdana Menteri, Bapa Perpaduan dan Penyatuan Malaysia. Bajet 1Malaysia, Kemakmuran Bersama merupakan satu bajet yang begitu menyeluruh, bajet yang mesra rakyat. Bajet yang begitu mesra alam, bajet yang mendahulukan rakyat dalam semua aspek.

Izinkan saya memulakan hujah saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang kita sanjungi, yang kita sayangi kerana membentang satu pakej bajet yang begitu menyeluruh dan bukan sahaja mementingkan pembangunan fizikal, tetapi juga mementingkan pembangunan perpaduan dan penyatuan semua lapisan rakyat negara yang bertuah ini.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menyedihkan setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan, ada sahaja laporan mengenai ketirisan dan ketidaktelusan.

Nampaknya, setiap kali pencegahan dan penguatkuasaan ditambah baik, maka setiap kalilah pelaku-pelaku rasuah bergiat dengan lebih berani dan canggih.

Memang satu budaya kita yang mana terdapat penjawat awam yang berkhidmat begitu cemerlang, kita bagi ganjaran atau recognition yang sepatutnya, tetapi kalau mereka yang salah urus dana kerajaan haruslah dihukum seberat-beratnya, sepertimana Perdana Menteri telah pun membuat kenyataan baru-baru ini bahawa beliau akan tidak teragak-agak menghukum individu yang menjadi pembelot negara, lintah dan Yang Berhormat Permatang Pauh mengistilahkan sebagai parasit yang boleh menghancurkan ekonomi negara. Perbuatan ini lebih teruk daripada perbuatan pembangkang sebab mereka inilah musuh dalam selimut yang boleh menghancurkan agenda-agenda kerajaan yang murni terhadap rakyat.

final • 5:15 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Pengarah Audit. Berani terang membuat laporan yang sungguh memberangsangkan walaupun saya fikir ada kemungkinan. Ini hanya isolated case. Mungkin juga kesilapan teknikal yang belum diperjelaskan. Seperti mana Menteri di negeri Sarawak yang menimbulkan satu kenyataan bahawa, walaupun Pengarah Jabatan Hutan di negeri Sarawak telah memperjelaskan kepada para audit ini, maka penjelasan ini tidak termasuk dalam laporan. Ini mungkin ada satu kesilapan daripada segi penyediaan laporan ini. Ini kemungkinan juga terdapat seperti laporan yang harus diambil kira sebab-sebab penjelasan sebelum penyediaan laporan itu dikemaskan.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Putatan, mohon laluan.

Jiran belakang rumah. Boleh?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Parit Buntar, aku baru hendak mukadimah.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tidak, ada sedikit saya mahu betulkan.

Ada yang tidak jelas, boleh? Dengan izin.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sila.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya minta sedikit sahaja. Tadi dia sebut tentang Sarawak. Saya juga ada membaca bahawa beberapa pihak mengatakan maklumat yang diberikan itu tidak sampai ataupun tidak perjelaskan. Akan tetapi saya ingin memahamkan Yang Berhormat Putatan bahawa yang dikatakan audit ini dia bebas, dia tidak terikat. Orang boleh bagi maklumat, tetapi dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menulis laporan-laporan. Jadi saya rasa lebih baik kita jangan pertikaikan laporan audit itu, lebih baik kita melihat apa masalah yang mungkin dari laporan audit yang berstruktur itu memang ada betul masalah yang disebut tadi. Saya cuma hendak betulkan bahawa audit ini dia ada dia punya cara dia tersendiri. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar. Saya tidak berani menentukan setuju atau tidak tetapi ini pendapat saya Yang Berhormat bahawa kadang-kadang manusia ini semua bukan malaikat. Walau bagaimanapun penyediaan laporan ini memang saya setuju bahawa audit ini secara independent, tersendiri. Akan tetapi apa yang kita timbulkan di sini bukan soal keraguan laporan ini, tetapi soal penyediaan mungkin tidak begitu mendapat penjelasan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Saya bagi misal, contoh bagaimana yang telah ditimbulkan soal harga-harga komputer dan sebagainya. Mungkin komputer Acer 5052 mungkin dalam setiap benda saya juga pegawai pentadbir kerajaan dahulu.

Mungkin satu masalah yang terlupa termasuk walaupun salah dari segi perakaunan tetapi apabila kita memberi set komputer, mungkin ada terlupa seperti printer dan sebagainya. Perisian dalam komputer seperti mana Yang Berhormat Kota Belud sebutkan tadi. Ini dalam pengalaman. Jadi kita terpaksa masuk dalam item komputer walaupun harga begitu. Tetapi ini salah satu salah dalam perakaunan. Saya akui ini salah.

Perisian dan banyak lagi mungkin inilah yang berlaku. Tidak. Saya rasa dalam penyediaan laporan ini tidak begitu logik kalau seorang pegawai itu tidak bertanggungjawab membetulkan harga komputer yang tahu sebenar harganya dalam pasaran dan meletakkan komputer dengan harga RM40,000, itu tidak masuk akal. Sesiapa sahaja pegawai kerajaan pun tidak masuk akal. Harga petrol seliter RM300 tidak masuk akal. Memang tidak logik.

Memang ada sebab-sebab yang tertentu.

Jadi ini kita jangan ambil bahawa laporan ini betul. Banyak yang mempertikaikan bahawa laporan ini belum mendapat penjelasan daripada pejabat-pejabat yang berkenaan.

Mungkin ada sebab. Terlebih dahulu saya juga untuk satu kebimbangan. Dalam jabatan, Yang Berhormat Kubang Kerian dalam kerajaan ada juga yang tidak menyokong kerajaan.

Ada kemungkinan pegawai-pegawai ini mungkin, sebab laporan ini kita belum dapat terima begitu jelas. Mungkin ada yang penyokong, yang bersimpati dengan pembangkang menyediakan peluru kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan, jadi mungkin dalam kerajaan, Tan Sri Ambrin ini hanya membuat laporan. Ini bukan sangkaan, ini kemungkinan.

final • 5:20 PM

Datuk Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Audit pembangkang kah?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi ini kemungkinan ya.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Penjelasan apa lagi?

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mungkin, berkenaan mungkin, mungkin.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya bilang mungkin apa yang disebut mungkin.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mungkin, mungkin. Saya berasa Yang Berhormat di dalam Dewan ini kalau hendak berbahas...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tidak semestinya betul.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

....Biarlah bertanggungjawab sedikit.

Janganlah bagi fakta semua fakta kemungkinan, mungkin, mungkin.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pinda topik lainlah.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita kena tahu Yang Berhormat telah mencabar integriti dan kredibiliti Laporan Ketua Audit.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tidak salah pakai perkataan mungkin.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi jangan buat tuduhan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Duduklah, duduklah. Biarlah saya alih kepada tajuk yang lain.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Putatan...

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau hendak berbahas, bersiap sedia dahulu.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sudah jelas kemungkinan itu tidak semestinya betul.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan buat kenyataan mungkin, mungkin.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jika begini, kita telah menyoalkan standard auditor kita, janganlah.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan buat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini Yang Berhormat Batu...

final • 5:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Hendak dapat penjelasan.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Cerita dengan orang yang kelaparan ini pun susah juga, kadang-kadang polis pun dia gigit.

final • 5:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Hendak dapat penjelasan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia tidak bagi Yang Berhormat Batu.

final • 5:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Sedikit sahaja, saya hanya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Putatan bahawa sama ada...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya baru mulai.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu, dia tidak bagi laluan.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Riuh]

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya belum mulai, saya tidak bagi chance. [Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Putatan.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya. Saya balik kepada tajuk yang lain... [Ketawa]

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Beralih.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Ketawa] Beralih. Apabila kita...

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan patut tarik balik kenyataan mungkin itu. Bahawa laporan Ketua Audit itu mempunyai pegawai yang sengaja bagi peluru untuk kami pembangkang untuk menuduh kerajaan.

Saya rasa tidak bertanggungjawab. Tarik balik kenyataan itu.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tarik balik sangkaan itu Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa amat tidak bertanggungjawab.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk semua Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Putatan, termasuk Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kota Melaka minta tolong duduk, Yang Berhormat Batu Gajah.

Baik juga sekali sekala Yang Berhormat sebab ada mungkin kita hari ini dia begitu teratur sekali. Tidak apalah Yang Berhormat, kalau saya minta Yang Berhormat Putatan soalan yang dibangkitkan tadi tarik balik, saya ingat semua tidak boleh cakap selepas inilah. Sila Yang Berhormat Putatan.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi tidak perlu tarik baliklah ya.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payahlah, jalan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila kita melihat di dalam Laporan Ketua Audit Negara – saya balik, saya balik kepada audit.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya terfikir agaknya kerugian kerajaan secara keseluruhan. Kita juga setuju bahawa ini tidak patut dibuat. Apa langkah- langkah atau tindakan-tindakan yang patut dibuat segelintir pegawai kerajaan ini harus diambil tindakan, kami setuju. Jadi kita juga minta pihak kementerian, pihak yang berkuasa untuk melihat berapa agaknya kerugian atas ketirisan daripada tindakan-tindakan pegawai seperti ini yang akan merugikan rakyat keseluruhan. Kalau misalnya contoh, landasan berkembar Ipoh-Rawang ini, saya amat kecewa mendengar kerugian kerajaan berjumlah RM14 bilion. Siapa yang tidak bersetuju, saya setuju.

final • 5:20 PM

Datuk Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

PKFZ macam mana? PKFZ.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Pokok Sena, kita alih kepada PKFZ kemudian. Kita pergi Rawang dahulu. Jadi apabila Rawang ini, saya teringat pula landasan kereta api di Sabah. Pada awal tahun yang lepas, kita membawa Timbalan Menteri ke kawasan tersebut. Katanya dalam Dewan ini, projek-projek itu sudah siap. Kecewa, Tuan Yang di-Pertua. Landasan kereta api dari Tanjung Aru ke Tenom itu masih terbengkalai. Jadi rakyat tertanya-tanya tentang ini. Rakyat tertanya-tanya bagaimana? Apa yang dijanjikan itu hanya janji, sepanjang bulan.

Jadi masalah-masalah landasan atau laluan-laluan kepada jalan kampung ditutup, landasan itu dinaikkan tingkat sampai ada kereta yang tersangkut, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi ini tidak dipedulikan oleh pihak kontraktor. Jadi saya mencadangkan kepada pihak kementerian yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang segera. Kalau kontraktor berkenaan tidak dapat menyambung dan menyiapkan projek tersebut, saya cadangkan, lucutkan sahaja.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak habiskah?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Belum lagi.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum lagi, Yang Berhormat ya? Duduk, Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Baru mukadimah.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat boleh sambung besok ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 29 Oktober 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.

final • 5:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026