Oct222009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tan Sri Ong Ka Ting [Kulai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah MITI sedang berusaha untuk menarik pelaburan asing yang boleh membantu negara kita menjadi sebuah negara yang merupakan outsourcing center dalam bidang penggunaan IT, sebagai contoh dalam proses pemprosesan data dan data entry selain daripada tertumpu pada sektor perkilangan konvensional.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan salam sejahtera.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa berusaha untuk menarik pelaburan dalam sektor-sektor yang berteknologi tinggi, berintensif modal dan R&D dan juga ICT selaras dengan strategi pembangunan industri seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).

Menurut kajian Global Services Location Index 2009 dengan izin, yang diterbitkan oleh A.T. Kearney Malaysia, Malaysia merupakan destinasi ketiga terbaik di dalam dunia untuk aktiviti outsourcing services, dengan izin selepas India dan China.

Sehingga 21 Oktober 2009 sebanyak 2,461 buah syarikat yang telah diberikan status MSC Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang mana sebanyak 176 buah syarikat adalah di bawah kluster Shared Services and Outsourcing

(SSO) dengan izin. Antara bidang utama di bawah kluster ini adalah aktiviti perniagaan seperti IT Outsourcing, Business Process Outsourcing and Knowledge Process Outsourcing, dengan izin.

Dari Januari hingga 1 Oktober 2009 sebanyak 23 buah syarikat asing telah diberi status MSC Malaysia di bawah kluster SSO dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.02 bilion. Adalah dianggarkan bahawa jumlah sebanyak 4,265 peluang pekerjaan diwujudkan untuk tempoh lima tahun melalui pelaburan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menarik kemasukan pelaburan dalam sektor-sektor yang berteknologi tinggi berintensifkan modal dan penglibatan R&D dan juga ICT adalah seperti berikut:

(i) menggunakan pendekatan berfokus ataupun targeted approach, dengan izin untuk menarik syarikat-syarikat terkemuka khususnya dalam sektor-sektor tersebut untuk melabur di Malaysia;

(ii) menganjurkan beberapa persidangan antarabangsa pada tahun 2009 seperti World Chambers Congress 2009 dari 3 hingga 5 Jun 2009 dan Forbes Global CEO Conference 2009 dari 28 hingga 30 September 2009 sebagai landasan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk menjalankan perniagaan di rantau ini dan menarik perhatian CEO asing dan individualis terkemuka untuk melawat Malaysia dan untuk membiasakan mereka dengan persekitaran dan potensi pelaburan yang terdapat di Malaysia; dan

(iii) menggalakkan peniaga yang terdiri daripada syarikat multinasional sedia ada untuk menempatkan kemudahan pengeluaran mereka di Malaysia.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato' Jacob Dungau Sagan

Di samping itu insentif khusus juga terus disediakan bagi menarik pelaburan yang berintensif modal dan berteknologi tinggi seperti berikut:

(i) intensif bagi high technology, dengan izin di mana syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon untuk menikmati intensif berikut:

  • taraf perantis dengan pengecualian cukai sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun; atau - elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam lima tahun. Elaun ini boleh di offset kan dengan 100 peratus pendapatan berkanun bagi setiap tahun tafsiran.

(ii) intensif bagi projek strategik di mana syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon untuk menikmati intensif berikut:

  • taraf perantis dengan pengecualian cukai sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun; atau - elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam lima tahun di offset kan dengan 100 peratus pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tan Sri Ong Ka Ting - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat kerana telah memberikan jawapan yang komprehensif dan ucap tahniah kepada MITI, ada usaha- usaha yang tertentu. Maksud soalan saya ialah mengenai dengan izin, data entry.

final • 10:00 AM

Tan Sri Ong Ka Ting - Kulai

Saya faham kerajaan kita memang ada rancangan untuk industri berteknologi tinggi. Data entry ini adalah penggunaan IT yang asas seperti di negara China telah berjaya menarik begitu ramai pelabur Jepun pergi ke negara China dan data-data yang perlu dimasukkan ke sistem komputernya telah dilakukan di negara China. Begitu juga di India bagi Amerika Syarikat. Ini adalah satu lapisan sebelum sampai ke teknologi tinggi dan dia tidak perlukan modal yang tinggi. Di Malaysia kita mempunyai syarat kerana pemuda-pemudi lepasan sekolah menengah dan kolej memang boleh diberi kerja begitu dan upahnya boleh menjadi lebih tinggi daripada industri konvensional.

Jadi apakah usaha kerajaan. Adakah kita bersedia untuk mewujudkan one-stop centre seperti mana di negara China melayani pelabur Jepun di mana birokrasi dikurangkan dan banyak lagi kemudahan yang lain dibantu oleh kerajaan sehingga berjaya.

Jadi ia akan menjadikan Malaysia lebih menarik. Maksud saya adalah terutamanya penggunaan IT yang secara basic tetapi ada dia punya value added potensinya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

Penjelasan itu tadi memang cukup baiklah dan akan diterima oleh kementerian. Seperti mana yang telah saya jawab tadi, memang MDEC ini berusaha untuk memperluaskan dan meng intensify kan aktiviti supaya usaha kita mengadakan ICT ini dapat diadakan di tempat-tempat yang tertentu lebih-lebih lagi di cyber city dan juga di cyber centres yang ada di kawasan Lembah Klang ataupun di tempat-tempat yang lain seperti di Johor, di Pulai Pinang, Kedah, Perak dan lain-lain lagi. Walaupun demikian, kita ada beberapa syarikat di bawah MSC status itu tadi, mereka ini telah dibahagikan kepada beberapa cluster. Mungkin di bawah cluster ini pelajar-pelajar kita yang ada di universiti boleh menggunakan sistem yang seperti ini. Ini dibahagikan kepada empat cluster berikut:-

final • 10:10 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

(i) Perisian dan e-Penyelesaian (Software and e-Solution) di mana 1,485 syarikat terlibat;

(ii) Perkongsian Khidmat dan Penyumberluaran (Shared Services and Outsourcing - SSO). Saya rasa yang ini amat penting sekali dan kita boleh gunakan. Ini melibatkan 176 syarikat;

(iii) Multimedia Creative, 201 syarikat; dan

(iv) institusi pengajian tinggi dan inkubator, 88 syarikat.

Jadi, di bawah empat cluster ini tadi, saya rasa adalah usaha MDEC ini untuk menggalakkan supaya ICT yang basic ini dapat digunakan oleh negara kita ataupun pelajar-pelajar yang berada di universiti sekarang. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita memang tertarik kepada bilangan 2,461 syarikat dengan status MSC ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Namun begitu kita lebih berminat dengan aktiviti atau pelaburan yang sebenar yang diadakan oleh syarikat-syarikat tersebut. Adakah dalam 2,461 syarikat ini yang benar-benar melabur di Malaysia ini. Berapa sebenarnya dan jumlah pelaburan selain daripada yang disebutkan tadi. Lebih RM1 bilion baru- baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya tadi disebutkan peluang pekerjaan 4,425. Daripada 4,425 ini, berapakah orang Malaysia? Berapa orang Malaysia termasuklah Yang Berhormat Sri Gading. Dia angguk sahaja kerana memang...

[Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Dia tidak faham.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang dia faham.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia faham sedikit sahaja. Tuan Yang di- Pertua, yang penting sekali kita ada banyak industrial masterplan dan juga nanotechnology masterplan. Nanotechnology itu merupakan 1,000 million of a meter.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Soalan, soalan!

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita ada pelaburan juga daripada MITI dan sebagainya. Bolehkah sebutkan daripada syarikat-syarikat ini berapakah yang terlibat dengan synergistic effort untuk nanotechnology ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seperti mana yang telah saya sebutkan dalam jawapan itu tadi, daripada jumlah keseluruhan syarikat berstatus MSC Malaysia ini sebanyak 1,923 syarikat yang masih aktif daripada 2,461 ini. Jadi kurang lebih 20 peratus yang tidak aktiflah, secara dormant. Jadi daripada itu tadi, mereka yang aktif ini memang telah berjaya untuk menjalankan supaya beberapa perkembangan telah diadakan di Lembah Klang dan juga di seluruh negara kita. Jadi setakat ini jumlah pelaburan FDI yang telah masuk yang disebutkan tadi ialah RM5.56 bilion FDI di mana nilai jumlah saham, jumlah nilai revenue yang kita dapat tahun 2008 ialah RM51.8 juta meningkat RM21.5 bilion daripada 2007.

Nilai jumlah eksport ICT kita pula, ini juga meningkat RM7.09 bilion jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan 2007. Saya juga ingin sentuh di sini jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan di bawah ini ialah 92,201 peluang pekerjaan yang diwujudkan. Kita sedar juga bahawa peluang pekerjaan ini kebanyakannya ialah di ambil peluang oleh rakyat Malaysia itu sendiri dan mungkin ada juga expatriate, mungkin the top level management of these companies. Managed by their own expatriates tetapi yang kebanyakannya ialah penduduk-penduduk kita rakyat Malaysia yang dalam 92,201 itu tadi yang diwujudkan dalam 2008.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang kita buatkan di sini ialah kita harus memperkembangkan lagi supaya bidang MSC ini dapat diperkembangkan di seluruh negara kita termasuk Sabah dan Sarawak juga. Jadi apabila tahun 2020 nanti, Multimedia Development Corporation akan terus menjalankan beberapa kajian supaya Sabah dan Sarawak juga tidak tersisih daripada peluang untuk mengadakan multimedia super corridor ini di negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, apakah status kemajuan perluasan perkhidmatan (roll out) Jaringan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dijalankan oleh Telekom Malaysia dan apa pula status peranan Jalur Lebar Nasional Sdn. Bhd. dalam projek ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Machang, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan kumpulan ibu tunggal dari Sarawak... [Tepuk]

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara usaha sama kerajaan dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) merangkumi rangkaian akses (last mile), rangkaian teras (core network) dan rangkaian antarabangsa (international gateway).

Bagi rangkaian teras, sebahagian besar rangkaian teras utama domestik negara telah siap dipasang dan dalam peringkat ujian penerimaan sementara bakinya pula sedang di dalam pelaksanaan. Dari segi rangkaian antarabangsa pula, sistem- sistem kabel dasar laut yang sedia ada dan yang baru seperti sistem kabel dasar laut American-Asia Gateway (AAG) sedang dipertingkatkan dan dijangka siap untuk digunakan pada penghujung tahun ini. Bagi rangkaian akses (last mile) pula sedang di dalam perancangan terperinci dan melibatkan pemasangan dan ujian penerimaan yang dijangka akan siap secara berperingkat. TM telah memulakan kerja-kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastruktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawat TM di seluruh negara. Sebanyak empat ibu sawat di kawasan Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan TTDI dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses.

Rangkaian akses akan menyediakan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi melalui 1.3 juta premis atau (premises passes) di kawasan Lembah Klang, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan zon-zon ekonomi dan industri utama di seluruh negara. Ujian yang menyeluruh dijangka siap pada akhir tahun 2009 dan perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pengguna pada pertengahan tahun 2010.

Merujuk kepada soalan kedua Ahli Yang Berhormat, Syarikat Jalur Lebar Nasional Sdn.

Bhd. tidak terlibat dalam pelaksanaan Projek HSBB. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Jawapan itu meyakinkan kita bahawa Malaysia akan sampai satu tahap nanti penembusan internet akan meningkat, akan lebih ramai rakyat akan boleh access, dengan izin, dengan kemudahan ini. Soalan tambahan saya ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah kementerian Yang Berhormat diberi peranan, dengan izin, to regulate perkara-perkara yang berkaitan aktiviti multimedia dan komunikasi TV swasta, stesen radio dan laman web internet.

Baru-baru ini suruhanjaya ini menyiasat laman portal Malaysiakini ekoran tersiarnya dua video klip yang dinilai provokatif oleh kerajaan yakni demonstrasi kepala lembu dan sidang media Menteri yang menyokong demonstrators. Soalan saya ialah di satu sisi, kerajaan mengeluarkan Multimedia Bill of Guarantees sebagai komitmen kerajaan terhadap kebebasan maklumat dan internet tanpa tapisan. Pada masa yang sama, laman portal Malaysiakini disiasat di bawah seksyen 211,233, Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bagaimana kerajaan menjelaskan keadaan ini dan adakah kerajaan terus komited dengan dasar internet tanpa tapisan supaya kerajaan tidak dilihat ada jurang antara yang dicakap dan yang dibuat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang selalu dan sering diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, memang diakui bahawa negara kita ada Bill of Guarantee berkenaan dengan penapisan internet.

final • 10:20 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Akan tetapi walau bagaimanapun sekiranya ada unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan ketidakstabilan negara dan begitu juga sekiranya ada unsur penyalahgunaan internet, itu pun ada dalam peruntukan undang-undang iaitu Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kedua-duanya tidak bercanggah.

Apa yang dijalankan oleh SKMM adalah mengikut landasan undang-undang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya perlu panggil MP wanita kita. Kita perlu dengar pendapat wanita. Yang Berhormat Tenggara.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Hari- hari dia dapat.

final • 10:20 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah pun diberikan kepada soalan Machang tadi. Kita tahu Pelan Jalur Lebar Negara telah pun diluluskan oleh Kabinet sejak dari tahun 2004 dengan matlamat, antaranya, satu untuk meningkatkan komunikasi dan juga merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar dan juga memperkayakan komuniti dengan maklumat dan menggalakkan integrasi kaum.

Pelan Jalur Lebar Negara telah pun mensasarkan kadar penembusan per 100 seisi rumah iaitu 30 peratus bagi tahun 2009 dan 50 peratus bagi tahun 2010. Soalan tambahan saya, sehingga kini apakah pencapaian indicator yang disasarkan dan nyatakan pencapaian jalur lebar di peringkat negeri. Kalau Yang Berhormat Menteri ada maklumat di peringkat negeri serta setakat manakah pembangunan Portal Jalur Lebar Kebangsaan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat dari Tenggara dan Tuan Yang di-Pertua. Memang betul di dalam Pelan Jalur Lebar Nasional, kita mengharapkan negara kita akan dapat penembusan jalur lebar ke isi rumah sampai ke 50 peratus pada penghujung tahun 2010 dan pada penghujung tahun ini kita akan mencapai penembusan setinggi 30 peratus. Kementerian percaya bahawa target atau sasaran ini akan dapat kita capai pada penghujung tahun ini dan kalau tidak pun, ianya tidak sebegitu jauh.

Berkenaan dengan penembusan jalur lebar mengikut negeri, saya minta menjawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah rasionalnya kita memiliki kapal selam ini dan adakah kapal selam yang kita peroleh ini sama taraf dengan apa yang dimiliki oleh negara jiran kita di Singapura.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, sejak sampainya kapal selam Scorpene pada 3 September yang lepas, peminat-peminat kepada kapal selam ini begitu ramai. Saya minta izin kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jerantut bersama-sama dengan soalan-soalan yang lain oleh kerana soalan tersebut adalah berkaitan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang berkaitan adalah dari Yang Berhormat Sekijang...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan-soalan yang lain yang ada kaitan itu sebut juga soalan-soalan mana.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Baru hendak mula, Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa] Yang Berhormat Sekijang pada 27 Oktober, Yang Berhormat Kuala Kedah pada 9 Oktober, Yang Berhormat Kota Belud pada 5 November, Yang Berhormat Sungai Petani pada 2 Disember.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, perolehan kapal selam jenis Scorpene telah dibuat secara runding terus dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Armaris dari Perancis dan juga syarikat Navantia dari Sepanyol.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Kontrak perolehan kapal selam ini ditandatangani pada 5 Jun 2002 dan nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan adalah Euro 1.084 bilion. Meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan logistik bersepadu dengan izin integrated logistic support. Alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan team project.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba di Malaysia pada 3 September 2009.

Manakala kapal selam kedua KD Tun Abdul Razak masih dalam pembinaan di peringkat 98 peratus dan dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 3 November 2009 dan kapal selam ini akan berlayar balik pada Februari 2010 dan dijangka tiba pada April 2010.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Malaysia sebagai Negara Maritim yang mempunyai kawasan perairan yang luas dan terpisah dengan jarak jauh, merupakan faktor utama untuk diambil kira dalam perolehan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Laut. Oleh itu operasi maritim hendaklah yang berkemampuan untuk mengawasi keseluruhan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan kepentingan kawasan strategik negara.

Sehubungan dengan itu perolehan kapal selam ini akan memberi impak terhadap pertahanan negara. Pertama semasa perang atau konflik. Ia berupaya menyediakan satu angkatan perang yang dapat memberi cegah rintangan atau deterrent dengan izin, akan meningkatkan keupayaan TLDM sebagai angkatan yang lebih seimbang, credible dan juga berwibawa. Dapat menyempurnakan keupayaan peperangan dimensi ketiga iaitu peperangan bawah air.

Sewaktu aman, kapal selam tersebut dapat digunakan untuk mengawasi perairan negara serta mengumpul maklumat perisikan maritim. Latihan bersama kapal- kapal permukaan TLDM sebagai usaha membina kepercayaan iaitu dengan izin confident building majors dan terakhir, latihan bersama tentera laut asing di dalam kerjasama mengekalkan keselamatan dan keamanan serantau.

Kapal selam Scorpene yang kita miliki merupakan kapal selam diesel generasi terbaru, yang direka bentuk mengikut teknologi kapal selam nuklear Tentera Laut Perancis. Ia dilengkapkan dengan peralatan termoden yang ada dalam pasaran semasa. Oleh yang demikian dari segi reka bentuk dan keupayaan tempur, ia lebih baik dari kapal selam yang dimiliki oleh negara-negara jiran malah kapal selam buatan Jerman.

Sementara itu, bilangan pegawai dan anggota yang mengoperasi sebuah kapal selam ada seramai 15 orang pegawai serta 17 anggota lain-lain pangkat. Namun begitu, kapal selam ini masih mampu membawa lapan anggota tambahan untuk latihan atau melaksanakan sesuatu operasi khas.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, anggaran kos penyelenggaraan dan alat ganti bagi dua buah kapal selam ini adalah dianggarkan RM270 juta setahun.

Selenggaraan ini akan dilakukan oleh Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah yang mana kemudahan seperti menaiki galangan dengan izin synchro lift, bengkel serta hanger telah pun beroperasi sepenuhnya. Kemudahan selenggaraan ini juga boleh digunakan oleh kapal-kapal permukaan TLDM. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Berdasarkan aset kapal selam ini yang diperolehi dengan harga atau nilai yang begitu tinggi, pastinya pemilihan untuk menjadi krew kepada kapal selam ini juga dipilih di kalangan pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang terbaik dan berdasarkan tugas sebagai krew kapal selam ini.

Saya percaya suasana persekitaran kerja mereka adalah amat berbeza sekali dari rakan-rakan mereka yang bertugas di atas kapal permukaan TLDM yang lain.

Terutamanya dan segi kekangan pergerakan bekerja di tempat yang terkurung dalam operasi yang lama, serta risiko tinggi yang dihadapi mereka. Justeru itu soalan saya, apakah keistimewaan dan juga kebajikan yang disediakan oleh pihak kementerian bagi menjaga moral anggota krew ini yang mengendalikan aset yang berharga?.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, sejak datangnya aset yang canggih dan termoden ini dalam keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia, aset ini memang sudah ditunggu sekian lama lebih daripada dua dekad.

Ekoran daripada kedatangan Scorpene ini, semangat daya juang, ketahanan dan tahap siap sedia TLDM amat begitu tinggi sekali. Jadi rata-rata mereka tidak begitu tergoda dengan keistimewaan-keistimewaan, sebab kapal itu Tuan Yang di-Pertua, kecil sahaja.

Daripada tempat bersemayamnya Tuan Yang di-Pertua sampai hujung sahaja, lebih kurang 67 meter tetapi dia kecil sebab diameternya hanya enam meter.

Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerantut, kecil, sempit dan lama. Ekoran daripada itu, oleh kerana semangat mereka tinggi dan sifat pertanggungjawaban Kerajaan Barisan Nasional yang tinggi boleh tanggung dan boleh jawab dan apabila dijawab betul, maka kita begitu prihatin tentang insentif-insentif yang patut diberi kepada tentera yang ada dalam kapal selam.

Oleh itu, kita sudah merangka bahawa kalau seorang pegawai atau lain-lain pangkat, dia lulus selepas berkursus antara tiga hingga empat tahun, asas basic sahaja, dari segi kelayakan dia dapat RM1,400 sebulan sementara lain-lain pangkat RM1,100 sebulan. Jika mereka lulus di peringkat kepakaran atau advance seorang pegawai akan dibayar RM1,900 sebulan, sementara lain-lain pangkat dibayar RM1,500 sebulan. Di peringkat eksekutif jika sampai ke tahap Commanding Officer, sudah lulus sebagai pegawai pemerintah, elaun yang dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM3,000 sebulan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Taiping untuk mengemukakan soalan tambahan, saya ingin membuat satu pengumuman di sini iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 24(3). Saya berkuasa untuk membenarkan maksimum tiga soalan tambahan. Jadi mulai daripada hari ini, kalau ada soalan-soalan yang dijawab oleh Menteri serentak seperti hari ini, Menteri menjawab lima soalan yang sama. Selain daripada Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Sekijang ada memberi soalan, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Sungai Petani. Dalam hal seperti ini, saya akan gunakan kuasa untuk membenarkan tiga soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berita gembira Tan Sri.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, saya menyokong Tan Sri.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang dari Sekijang, Kuala Kedah, Kota Belud, Sungai Petani ini bersedialah. Siapa berdiri cepat itu yang saya panggil.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang lain tak boleh tanya Tan Sri?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini keistimewaan untuk mereka yang telah bertanya soalan yang dijawab serentak. Sila Yang Berhormat Taiping.

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mengalu-alukan usaha Tuan Yang di-Pertua memberikan ruang yang lebih kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Rakyat amat prihatin kepada keselamatan negara... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kata prihatin, bagi rosak keamanan lagi.

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Apa salahnya dengan kenyataan ini?

Mengikut jawapan daripada Timbalan Menteri tadi, negara kita telah membelanjakan satu belanja dana awam yang begitu tinggi.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, hendakkan Speaker begitu bermurah hati pula bising sekarang kita dapat dengar. Sila teruskan.

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya, dengar itu. Sabar menanti.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan, statement dia itu tak betul.

final • 10:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pakatan Rakyat tak ada, Pakatan Pembangkang ada.

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengemukakan soalan. Kerajaan telah membelanjakan begitu tinggi nilainya dana awam lebih kurang RM3 bilion untuk satu kapal selam tetapi selepas kapal selam tiba di TLDM Lumut, kapal bekalan terbesar di negara ini, Seri Indera Putra telah terbakar di waktu bukan perang. Ini merupakan satu masalah yang begitu serius kerana ia terbakar selama enam hari sehingga api tidak dapat dipadamkan.

Apakah jaminan ataupun langkah kerajaan kerana kapal Seri Indera Putra ini telah pernah terbakar pada tahun 2002. Mengikut maklumat yang saya terima, kerajaan telah membelanjakan RM60 juta untuk memperbaiki kapal tersebut tetapi lepas enam tahun, terbakar lagi. Sehingga ini tidak ada siapa-siapa dipertanggungjawabkan.

Soalan saya Timbalan Menteri, apakah langkah kerajaan menjamin supaya keselamatan aset Kementerian Pertahanan dijaga? Kita tidak mahu nanti kapal selam juga terbakar di waktu bukan perang.

Soalan kedua saya, mengikut Arahan Perbendaharaan, setiap pembelian lebih daripada RM200 ribu perlu buat sistem tender terbuka. Apakah rasionalnya kerajaan membeli kapal selam bernilai EURO1.08 bilion, lebih kurang RM6 bilion dari syarikat Spain dan Perancis tanpa sistem tender terbuka. Kita hendak tahu rasionalnya apakah keistimewaan Syarikat Maris dari Perancis dan Syarikat Numancia dari Negara Spain.

Ini adalah sangat penting. Sama ada, ada komisen yang diterima oleh mana-mana pihak. Jika tidak, laporan Ketua Audit Negara sudah dedahkan begitu banyak kepincangan pentadbiran kewangan negara. Maka saya pohon supaya ketelusan ditunjukkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Pakatan Rakyat kata dia prihatin tentang pertahanan negara. Tengok pada yang tanya soalan pasal submarine Tuan Yang di-Pertua, tiga Barisan Nasional, dua pembangkang. Kita dah menang dah.

Kalau ramai dia tanya, okeylah dia kata dia boleh prihatin.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa macam budak-budak jawab ini?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dengar jawapan. Itu mukadimah jawapan.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Dengarlah dulu. Tuan Yang di- Pertua, pasal kapal Seri Indera Putra yang terbakar itu tak ada kaitan dengan soalan asal. Jadi saya tak perlu jawab dan laporan sedang kami terima dan untuk kita kaji kenapa kapal yang sudah beroperasi sejak tahun 1973 boleh terbakar. Perkara kedua, mengapa runding terus? Tidak ada dalam negara yang merdeka yang memperolehi aset yang boleh mempertahankan negara melalui tender terbuka kerana kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia-rahsia pertahanan negara kepada... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Betul. Sebab itu, prosedur untuk kita mendapat aset, dengarlah...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengarlah Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Oleh itu tak ada negara, tak ada negara yang buat tender terbuka untuk kapal selam.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Chile? Dia buat kapal selam yang sama dengan kita punya Scorpene. Brazil pun sama. Satu lagi India. Tidak buat tender- tender terbuka. Mereka tidak buat tender terbuka. Apa yang kita buat adalah kita mempunyai kepintaran dan intelligence sendiri di mana kita mengkaji semua sekali kepakaran-kepakaran syarikat yang membuat kapal selam tersebut dan memenuhi specification keperluan keselamatan negara yang kita hendak pertahankan.

Kalau kita buka tender terbuka, bermakna kita menyerahkan sistem pertahanan negara kita kepada pihak luar. Ini yang pembangkang suka. Tuan Yang di- Pertua,

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, kita tanya harga. Dia pakai specification pula.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Duduklah. Tak habis lagi ini.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Razak Baginda, Razak Baginda.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Ekoran daripada itu, sebelum kita memperoleh semua harga, spesifikasi ini, kita sudah pun membuat siasatan awal bagaimana India, bagaimana Pakistan, bagaimana Turki, bagaimana Perancis, bagaimana Jerman, Belanda, Korea yang mempunyai semua kepakaran kapal selam ini kita kaji. Selepas mendapat maklumat-maklumat terperinci dan ia sesuai dengan keperluan keselamatan negara, maka kita mengadakan runding harga.

final • 10:40 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, jika itu rahsia macam mana Timbalan Menteri boleh tahu itu semua?... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Agaknya kalau Pakatan Rakyat memerintah, dia akan tender semua sekali ini. Bermakna negara kitalah negara yang pertama sekali membuka ruang sistem pertahanan kita kepada musuh-musuh negara.

Jadi merekalah yang sebenarnya musuh negara... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Razak Baginda semua itu, Razak Baginda.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Cukup Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Lari, lari.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sekijang.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak ucapkan tahniah kepada kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab tadi. Ini pembangkang ini semua dia tak tahu ini. Dia tahu hu ha, hu ha saja. Kita yang menjaga keselamatan negara kita. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk menjaga perairan negara kita ini, kita ada banyak jabatan yang terlibat sama dalam mengawasi perairan kita ini. Kita ada tentera laut, kita ada jabatan maritim, kita ada jabatan laut dan sebagainya.

Jadi, apakah ada koordinasi? Apabila kita membeli kapal selam ini, adakah kita ada koordinasi bersama-sama dengan jabatan ini untuk mengumpul maklumat- maklumat dan sebagainya untuk pertahanan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Soalan Yang Berhormat Sekijang soalan daripada orang yang begitu mahir dan credible... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Bukan macam soalan Yang Berhormat Taiping. Pertama sekali, sistem pertahanan negara dan segala bentuk pasukan-pasukan yang menjaga sovereignty dengan izin negara, semuanya dikoordinasi di bawah Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau kurang daripada 12 batu nautika, maka itu di bawah kawal selia polis, polis marin ataupun marin maritim (APMM) tetapi selepas 12 batu nautika, itu adalah dalam zon ZEE. Maka dengan adanya kapal selam kita baru satu, negara selatan kita ada 4+2. Thailand ada dua, kita baru ada satu. Kalau ikut keperluan, kita perlu ada tambah lima lagi. Akan tetapi suasana ekonomi tidak mengizinkan, maka kita guna dua.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya cerita sedikit Tuan Yang di-Pertua, kenapa perlu ada koordinasi kerana apabila aset kapal selam yang ada, kapal selam ini agak unik, ia boleh pergi ke merata tempat Tuan Yang di-Pertua tanpa dikesan. Ia boleh duduk di kawasan ZEE, ia boleh pergi ke mana-mana negara dalam lingkungan ZEE dan ia tidak boleh dikesan kerana teknologi kapal selam adalah isyarat dia sonar energy. Ekoran apabila dia tidak boleh dapat dikesan, maka kita boleh kumpul semua maklumat risikan maritim untuk kita kumpul dan kita boleh kemas kini dan bekerjasama dengan semua sekali fleet yang mengawal dan memastikan kedaulatan negara tidak tergugat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, berdasarkan kemungkinan penggunaan sumber tenaga nuklear di Malaysia sebagai sumber baru dalam penjanaan elektrik menjelang 2025:

(a) sudahkah kerajaan meneliti sebab-sebab berlakunya krisis pengurangan sumber tenaga asli termasuk pengurusan sumber tenaga yang tidak efisien; dan

(b) apakah langkah-langkah penyediaan yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan negara bersedia dalam penggunaan tenaga nuklear.

final • 10:50 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat negara kita pada hakikatnya tidak menghadapi sebarang krisis tenaga pada masa ini. Bekalan tenaga masih mencukupi walaupun saya tidak menafikan bahawa sektor elektrik negara sememangnya menghadapi kekangan dalam mendapatkan bekalan sumber bahan api utama bagi penjanaan elektrik iaitu gas dan arang batu. Namun, hasil daripada pengurusan sumber tenaga yang mantap oleh kerajaan, kekangan tersebut dapat diatasi menjejaskan keselamatan pembekalan tenaga negara.

Seterusnya mengenai langkah-langkah penyediaan untuk memastikan negara bersedia menggunakan nuklear bagi penjanaan elektrik, suka saya memaklumkan bahawa dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi dalam mendapatkan bekalan arang batu dan gas bagi sektor elektrik, kerajaan perlu membekalkan sumber bahan api bagi penjanaan elektrik supaya tidak terlalu bergantung kepada gas dan arang batu kerana ia boleh menjejaskan keselamatan bekalan elektrik negara.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk meneliti option penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik sebagai salah satu penyelesaian jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara pasca 2020 selaras dengan apa yang diputuskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini. Berdasarkan analisis awam yang dijalankan, negara tidak lagi dapat bergantung kepada sumber- sumber penjanaan elektrik sedia ada iaitu gas hidro dan arang batu bagi membekalkan bekalan elektrik yang mencukupi, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.

Oleh itu option penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik tidak dapat diketepikan kerana ia dapat menawarkan option yang menarik untuk memenuhi keperluan elektrik negara.

Sebagai langkah awal kerajaan telah memutuskan supaya kajian dijalankan untuk meneliti keupayaan dan kesediaan negara untuk melaksanakan program pembangunan nuklear bagi penjanaan elektrik untuk memenuhi keperluan bekalan elektrik negara pasca 2020. Pelbagai aspek seperti perundangan, kawal selia, pembangunan sumber manusia dan sebagainya akan dikaji untuk menilai kesediaan negara dalam bidang ini. Hasil kajian tersebut akan menjadikan asas bagi satu keputusan yang terakhir oleh kerajaan untuk menimbangkan opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik pasca 2020 nanti. Sekian.

final • 10:50 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya lihat sekarang kementerian bertukar nama, kini menggunakan terma teknologi hijau dalam nama baru.

Ini menggambarkan bahawa kerajaan mahu serius dalam benar-benar memaksimumkan penggunaan tenaga alternatif dan boleh diperbaharui. Maka sebarang rancangan untuk penggunaan tenaga nuklear wajib ditunda hingga kita benar-benar merealisasikan, memaksimumkan potensi tenaga yang boleh diperbaharui yang sekarang ini memang melihatkan penggunaan yang amat rendah.

Dalam sebuah konvensyen 15 Oktober yang lalu, mengenai tenaga alternatif dan boleh diperbaharui, anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Para pakar di dalam bidang ini memberitahu kami ahli-ahli parlimen yang hadir bahawa antara lain masalah kekurangan penjanaan tenaga boleh diperbaharui menjana elektrik adalah subsidi gas yang terus diberikan kepada penjana bebas atau IPP.

Selagi subsidi ini diberikan maka para pengeluar tenaga tidak akan beralih atau mengambil insentif lain dan mengambil serius penjanaan elektrik menggunakan tenaga alternatif dan boleh diperbaharui.

final • 10:50 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Apabila keuntungan diraih dengan begitu mudah, menggunakan tenaga arang batu dan gas seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Justeru soalan saya adakah pihak kementerian akan merubah dasar yang sedia ada menghapuskan subsidi IPP dan memberi insentif yang serius kepada pengusaha dan penjana tenaga untuk membangunkan tenaga alternatif demi masa hadapan negara. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan itu.

Sebenarnya tenaga alternatif yang boleh diperbaharui ini memang diambil kira dalam dengan izin, energy mix bagi negara kita ini. Sebagai satu saluran atau satu sumber bagi bahan api ini tenaga yang alternatif yang boleh diperbaharui itu ialah solar dan biomas seumpamanya dan hidro.

Saya sudah sebut dalam hidro ini kita tidak ada tanah yang mencukupi di negara ini untuk membuat empangan-empangan yang besar, yang banyak supaya kita dapat bekalan hidro. Mengenai solar ini teknologi ini buat masa sekarang seluruh dunia, jangan kita sebut di Malaysia sahaja, ia amat harga yang tinggi supaya kita tidak boleh menggunakannya walaupun kita hendak menggalakkan penggunaan solar ini, tetapi kalau kita dapat mengurangkan kos untuk penjanaan tenaga daripada solar ini, saya rasa ini satu langkah yang baik yang kita perlu ambil. Pada masa sekarang, kementerian saya sedang untuk meneliti dengan ramai pakar dalam dan luar negara untuk mengurangkan kos penjanaan daripada solar ini.

final • 10:50 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Saya rasa, buat masa sekarang dalam amalan yang saya terima, kos ini sedang diturunkan di dalam dunia. Kita haraplah sampai satu takat yang munasabah, sumber ini akan digunakan dengan besar-besaran di masa akan datang sedangkan kita mempunyai matahari yang cerah dan kuat pada banyak hari di dalam satu tahun. Itulah satu kebolehan yang kita ada tetapi sama ada kita boleh serahkan energy security dengan izin, daripada sumber-sumber ini.

Saya rasa kita tidak boleh, kita kena pelbagaikan sumber-sumber yang kita sedia ada termasuk nuklear. Saya sebut di sini bukan nuklear ini kita akan terus guna sekarang. Kita hanya menyifatkannya sebagai satu opsyen yang kita boleh fikir dengan sedalam-dalamnya supaya apabila kita sedia nanti untuk menggunakannya, kita ada kaedah yang mencukupi terutamanya dari segi keselamatan. Itulah, buat masa sekarang kita hanya menyifatkannya sebagai satu opsyen dan kita menjalankan kajian yang mendalam...

final • 11:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyentuh tentang kekurangan bekalan elektrik negara ini dan juga Yang Berhormat telah menyentuh tentang kekangan sumber penjanaan seperti gas dan arang batu.

Yang Berhormat sedia maklum bahawa masalah bekalan elektrik di Sabah ini begitu teruk di antara negeri di Malaysia. Tadi, Yang Berhormat telah mengatakan bahawa ada kekangan dari segi bekalan gas. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kenapa gas di Sabah ini tidak digunakan untuk menjana elektrik dan dihantar ke Bintulu. Sehingga hari ini, rakyat Malaysia di Sabah ini menderita.

Tidak berapa lama dahulu ada satu maklumat atau pengumuman bahawa satu IPP yang menggunakan gas iaitu berkeupayaan sebanyak 250kW. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada perancangan ini diteruskan? Tidak lama dahulu ada satu rancangan kerajaan yang membina empangan-empangan kecil di Sabah termasuk Liwogu tetapi sekarang ini di KIV kan. Saya ingin bertanya kepada Menteri sama ada ini diteruskan supaya penggunaan arang yang begitu sensitif itu dapat dikaji semula.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Boleh tambah Tuan Yang di- Pertua? Tambahan Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Tuaran.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada tambahan.

final • 11:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ini membantu Yang Berhormat Tuaran Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada tambah-tambah soalan Yang Berhormat.

Sila.

final • 11:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tuaran. Memang kementerian saya sedang buat masa sekarang di Sabah kita menghadapi masalah ketidakseimbangan kapasiti penjanaan dan kapasiti permintaan. Kita tahu dan sebab itu kita sudah mengadakan beberapa langkah untuk memastikan bahawa situasi ini akan dipulihkan dan tidak adan merebak lagi di masa akan datang.

Langkah-langkah yang telah kita ambil sudah kita jelaskan kepada kerajaan negeri untuk makluman kerajaan negeri dan juga meminta kerjasama daripada Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan lagi pelan-pelan yang kita sediakan bagi Sabah supaya kapasiti penjanaan itu akan ditingkatkan secepat mungkin. Ini satu langkah yang kita perlu ambil dan kita sedang ambil.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tuaran, perkara ini saya anggap dan saya yakin dapat diselesaikan pada hujung tahun ini. Apabila kaedah-kaedah yang kita ambil itu akan dilaksanakan kelak terutamanya kita sudah membekalkan generator- generator yang berkapasiti 60kW kepada Sabah dekat-dekat ini dan sekarang sedang dipasang dan digunakan.

Pada hujung tahun ini, kita ada satu jana kuasa yang disifatkan sebagai Powertron 2 di Kota Kinabalu. Itu pun akan disiapkan dan di commission pada awal tahun hadapan iaitu bulan Januari. Kita yakin dengan jumlah yang kita dapat bekalkan tenaga itu, negeri Sabah terutama di West Coast, di Pantai Barat tidak lagi menghadapi brownouts, dengan izin.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Akan tetapi bagi East Coast ini yang hendak saya sebut, kita sedang sediakan satu jana kuasa iaitu di Felda Sahabat di mana janakuasa ini berkapasiti 300MW dari arang batu. Ini akan dibuat dan janakuasa ini, ia menggunakan kaedah-kaedah yang tertinggi dan tidaklah akan mencemarkan udara di kawasan Felda Sahabat apatah lagi di lain-lain tempat di negeri Sabah. Itu saya rasa satu kaedah yang bijak dan saya haraplah Yang Berhormat sekalian akan memberi kerjasama kepada kementerian saya dan juga SESB untuk melaksanakan projek ini dengan segera...

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Penjelasan lebih mendalam Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya mengenai gas itu tidak dijawab oleh Yang Berhormat. Kenapa gas di Sabah ini dihantar tidak digunakan sepenuhnya untuk menjana elektrik?

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan cukup penting Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Masalahkah?

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tengok isu blue print renewable energy cukup penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, salah kerajaan Sabah.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ir Haji Hamim bin Samuri.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sudah terlalu lama.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terlalu lama sangat.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini bidang kuasa kementerian Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadangkan kepada Ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati itu supaya Menteri tunggu mereka di luar legar sana.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sambil minum teh tarik, sembang-sembang dengan isu ini. Sila, sila Yang Berhormat Ledang... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

5. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah kementerian bercadang mengkaji semula hadiah dan insentif untuk penerima Anugerah Sasterawan Negara bagi mengangkat martabat sastera negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, setelah menunggu seperti buah yang tidak gugur maka inilah jawapan sulung pertama saya di Dewan Rakyat... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu tunjukkan tidak popular...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mahu benarkan soalan tambahan juga nanti memandangkan ini ucapan sulung.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-10 yang kali terakhir dianugerahkan ialah pada tahun 2003 kepada S. Osman, Kelantan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana menyampaikan sendiri anugerah sastera yang berprestij tinggi ini.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana sasterawan adalah penulis yang mempunyai conscience ataupun batin sesuatu bangsa, seorang propagandis zamannya, pelukis hidup manusia, pemimpin zamannya, pencetus idea baru, pengkritik masyarakat, pemelihara hak-hak asasi manusia dan pereka bentuk prinsip-prinsip sejagat. Maka kerajaan sememangnya memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada Sasterawan Negara.

Oleh sebab itu mulai daripada tahun ini, antara insentif yang telah diberikan kepada Sasterawan Negara kita ialah warkah penghormatan negara. Yang kedua ialah wang tunai sebanyak RM60,000 iaitu peningkatan 100 peratus daripada RM30,000 yang diberikan pada tahun 2003. Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk penerbitan karya, kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan.

Sebanyak 50,000 naskhah daripada karya penerima anugerah akan dibeli oleh kerajaan dan diedarkan dengan meluas ke sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, perpustakaan dan agensi kerajaan. Kemudahan untuk dipertimbangkan menjadi karyawan tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka dan penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing. Inilah antara insentif-insentif yang diberikan kepada Sasterawan Negara. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada penerima, Datuk Dr. Mohd Anuar Ridhwan, tahniah kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, tahniah kepada Timbalan Menteri Pelajaran… Sudah gugur.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan supaya karya Sasterawan Negara tersebar lebih luas dan berterusan serta menjangkaui masa dan waktu, adakah kerajaan bercadang menjadikan hasil karya Sasterawan Negara sebagai buku teks untuk mata pelajaran sastera di peringkat sekolah dan IPT. Contohnya novel ‘Hari-hari Terakhir Seorang Seniman’ karya Sasterawan Negara Datuk Dr. Mohd Anuar Ridhwan.

Apakah langkah kerajaan bagi menggalakkan sektor swasta terutamanya GLC supaya mengambil bahagian secara aktif dalam penghasilan, penerbitan dan pengedaran karya Sasterawan Negara yang memaparkan patriotisme dan perjuangan menegakkan bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

final • 11:10 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang meningkatkan kemudahan penerbitan daripada 50,000 buah hasil karya atau 10,000 buah bagi lima buah tajuk buku kepada 100,000 buah bagi sepuluh tajuk karya Sasterawan Negara. Sekian terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian Pelajaran memang sedang melakukan persiapan yang terakhir dari segi transformasi kurikulum supaya pelajar-pelajar kita tidak lagi menjadi terlalu obses kepada peperiksaan dan sistem pentafsiran juga sedang dirangka untuk diubahsuai sebenarnya. Oleh kerana itu untuk meningkatkan lagi daya kreativiti pelajar kita, maka kita juga akan menekankan pembelajaran dalam bidang kesusasteraan ini.

Kita akan menimbangkan kesesuaian dan keperluan untuk mengambil karya-karya sasterawan-sasterawan kita yang bermutu tinggi, yang penuh dengan pelbagai idea, kritikan, teguran dan penuh dengan unsur-unsur nilai yang penting untuk merubah membentuk pemikiran mereka untuk dijadikan sebagai bahan rujukan di sekolah.

Mengenai dengan GLC, ada sebenarnya beberapa GLC yang banyak membantu dari segi memartabatkan bidang sastera dan penulisan di negara kita. Saya mengambil contoh seperti ExxonMobil, mereka juga menyediakan hadiah sastera dengan kerjasama Utusan Malaysia. Oleh kerana itu sebenarnya kita memang menggalakkan dan mengharapkan supaya lebih banyak syarikat-syarikat swasta terlibat dalam usaha-usaha murni ini kerana bidang kesusasteraan juga banyak membantu sebenarnya untuk membentuk sebuah negara bangsa. Cadangan untuk menambah daripada 50,000 kepada 100,000 naskhah ini, insya-Allah akan kita pertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya memang bersetuju dengan beberapa cadangan oleh Yang Berhormat Ledang tetapi saya rasa penggunaan sastera untuk pelajaran di sekolah menengah, mungkin taraf itu terlalu tinggi untuk tahap sekolah menengah. Saya ada satu pertanyaan iaitu karya-karya sasterawan sampai sekarang hanya ditulis dalam bahasa Malaysia sahaja.

Saya tidak ada bantahan terhadap itu tetapi bolehkah kita juga ada sasterawan untuk mereka yang menulis di dalam bahasa Tamil, bahasa Cina atau bahasa Kadazan dan bahasa-bahasa yang lain. Bukankah kita sekarang sudah 1Malaysia? Tidak mungkin karya-karya yang dihasilkan dalam bahasa Cina atau Tamil oleh warga Malaysia tidak boleh diiktiraf sebagai sasterawan. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Ya, untuk setakat ini Anugerah Sasterawan Negara memang dikhususkan kepada penulisan dalam Bahasa Melayu kerana sesuai dengan perlembagaan kita iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun kita akan mengambil perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana ini juga penting.

Sebenarnya kita juga mengharapkan minat masyarakat berbilang kaum kepada bidang kesusasteraan, membaca hasil-hasil karya tinggi di kalangan Sasterawan Negara kita juga dapat dipertingkatkan.

Saya mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk menyatakan bahawa kita ada juga perkara yang menjadi kekurangan kita. Contohnya penulis- penulis sastera agama atau sasterawan agama yang menggunakan agama untuk meningkatkan lagi penulisan-penulisan yang bermutu tinggi adalah cukup kurang.

Yang kita dapati kebanyakannya adalah penceramah politik agama yang mempolitikkan agama, itu ramai. Saya minta seperti Yang Berhormat Pokok Sena, berubah daripada menjadi penceramah politik agama kepada sasterawan agama. Terima kasih... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mohon penjelasan.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, beliau kata ini buah yang baru gugur, buah gugur, buah busuk... [Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan, mohon satu soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya benarkan Yang Berhormat, soalan-soalan lain pun terpaksa juga saya benarkan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mengambil nada Timbalan Menteri yang ucapan sulung itu.

final • 11:10 AM

6. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab- sebab terperinci mengapa empat syarikat diberi status monopoli merangkul kontrak pemasangan lampu di jalan dan bangunan semua jabatan serta badan berkanun kerajaan dan apakah nilai kontrak yang telah diberi.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited dengan pelaksanaan dasar pembangunan negara yang di antaranya bertujuan untuk meningkatkan lagi bina upaya pengusaha tempatan termasuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berdaya saing serta berdaya tahan di samping menggalakkan penggunaan bahan dan barangan keluaran tempatan.

Pelantikan empat syarikat perusahaan yang berstatus syarikat pembuat di bawah kontrak pusat sistem panel melalui Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bilangan 1, tahun 2006 adalah merupakan salah satu usaha ke arah merealisasikan objektif pelaksanaan DPN. Pemilihan syarikat berdasarkan kriteria seperti berikut:

(i) berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 200499 (pembuat street lantern berdasarkan spesifikasi TNB menggunakan bahan asas fiber);

(ii) bertaraf pembuat bumiputera; dan

(iii) produk yang dikeluarkan mempunyai sijil perakuan SIRIM dan QAS International Sdn. Bhd. ataupun Ikram Quality Assessment Services Sdn. Bhd.

Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah perolehan bagi pelaksanaan kontrak sistem panel dibuat secara sebut harga oleh setiap agensi mengikut keperluan masing-masing.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Chor Chee Heung

Syarikat panel perlu bersaing sesama mereka dan syarikat yang memenuhi keperluan teknikal, menepati tahap kualiti yang ditetapkan serta menawarkan harga terendah boleh diterima oleh agensi-agensi yang mengeluarkan tender-tender. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Taiping.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pepatah Melayu kata, “siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama menjadi Menteri.”... [Dewan riuh] Saya tidak merujuk kepada Timbalan Menteri kerana belum jadi Menteri. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Surat Pekeliling Arahan 1 0/06, Kementerian Kewangan menyenaraikan hanya empat syarikat sahaja. Empat syarikat sahaja di seluruh Malaysia dianugerahkan kontrak yang dianggarkan lebih kurang nilai RM500 juta satu tahun.

Saya telah membuat carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara syarikat tadi, jawapan Timbalan Menteri adalah syarikat yang dianugerahkan, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai kepakaran. Akan tetapi saya sudah buat siasatan di antara syarikat dianugerahkan, mengikut maklumat yang saya terima ada syarikat paid out capital RM2. Empat syarikat dikhususkan kepada empat zon iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan.

Saya telefon sendiri syarikat tersebut, jawapan yang saya terima adalah “nombor telefon yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan.” Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu penyelewengan yang sangat serius... [Tepuk] Mengapa tidak ada sistem tender terbuka dilaksanakan untuk penganugerahan ini, sedangkan negara tanah air kita ada lebih daripada 300 syarikat pengusaha pengeluaran bahan elektrik tempatan.

Mengapa hanya dikhususkan kepada empat syarikat ini sahaja?

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Kroni.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

“Adakah udang di sebalik batu?”... [Dewan riuh] Saya rasa seluruh rakyat Malaysia khususnya Dewan yang mulia ini mempunyai hak untuk mengetahui hal yang sebenar. Apa keistimewaan empat syarikat ini sehingga nombor telefon pun tidak ada. Bagaimana...

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berucap kah bertanya?

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...Menangani satu kontrak yang begitu besar dengan pemasangan semua lampu jalan di seluruh tanah air kita ini. Adakah ini slogan “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” hanya omong-omong kosong sahaja?

Ataupun angan-angan mat jenin? Sudah tiga tahun perkara ini akhirnya Tuan Yang di- Pertua benarkan soalan ini timbul di Dewan yang mulia ini. Saya juga tanya berpuluh- puluh kali tetapi sehingga ini kerajaan gagal untuk memberikan jawapan. Saya harap Timbalan Menteri jangan pula ikut siakap senohong. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat dari Taiping. Setakat ini memang terdapat empat buah syarikat yang telah pun disenarai, yang dikategorikan sebagai pembuat lampu yang mempunyai bahan-bahan tempatan. Kononnya Yang Berhormat telah membuat ‘check’ terhadap syarikat tersebut dengan cara apa saya kurang pastilah. Akan tetapi mengikut rekod pada kita memang terdapat empat. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa hanya empat sahaja dan tidak boleh ditambah.

Memang terdapat banyak lagi tetapi yang penting sekali syarikat-syarikat yang mempunyai syarat-syarat ataupun mempunyai kelayakan untuk disenaraikan dalam panel ini harus membuat permohonan. Kalau mereka kita tidak membuat permohonan, orang lain buat, orang lain masuk dalam senarai panel lah. Kalau Yang Berhormat kata ada begitu banyak syarikat lagi, minta mereka ini buat permohonan untuk disenaraikan.

Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Menteri tidak cakap benar. Tuan Yang di- Pertua, saya perlu perbetulkan kerana ikut Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh kementerian sendiri hanya empat syarikat ini dibenarkan bukannya terbuka kepada semua untuk membuat permohonan... [Dewan riuh] Itu perbezaannya, Menteri tidak cakap benar. Tarik balik jawapan macam itu.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, maksud I tadi setakat ini empat. Kalau Yang Berhormat ada lagi, panggil mereka ini buat permohonan, masuk dan disenaraikan. Itu senang sahaja, kenapa tidak faham?... [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam berbahas saya benarkan tetapi jangan buat tuduh menuduh. Ini kerana saya duduk di sini saya tidak dapat pastikan siapa yang bohong dan siapa yang bercakap benar. Itu sebabnya dalam peraturan mesyuarat kita tidak dibenarkan buat reflection ataupun soalan itu seolah-olah merendahkan teman kita dalam Dewan.

Terima kasih, ada lagi soalan-soalan tambahan dalam hal ini? Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa untuk kemuliaan Dewan ini, saya rasa apa-apa jawapan dari sebelah Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri dia mesti benar. Sekiranya ada keraguan mungkin kita ataupun Tuan Yang di-Pertua boleh menentukan pada masa esok untuk buat siasatan dahulu. Ini untuk mencegah bahawa Yang Berhormat Menteri dari sana memberi jawapan sewenang-wenangnya. Saya rasa persoalan di sini adalah senang untuk menetapkan bahawa sama ada siapa yang bercakap bohong.

Bolehkan kita untuk maruah ataupun kemuliaan Dewan ini, saya meminta Tuan Yang di-Pertua untuk menetapkan kalau sekarang tidak boleh, mungkin esok boleh. Ini kerana apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah tidak betul. Akan tetapi selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan boleh pohon. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mengatakan bahawa bukan tidak betul, ada empat orang sahaja.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu. Dalam peraturan mesyuarat kita apabila berhujah, setiap hujah yang diluahkan oleh setiap Yang Berhormat mesti penuh dengan tanggungjawab termasuk yang bertanya dan menjawab. Dalam pada itu apabila kita berhujah elakkan perkara-perkara yang seolah-olah membuat tuduhan yang kita juga tidak boleh pertahankan apabila kita bercakap di luar Dewan. Pun demikian berlaku dalam Dewan Rakyat.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua ataupun Timbalan-timbalan saya tidak boleh sama sekali mencampuri hal dan jawapan yang dikeluarkan oleh Menteri.

Malahan kalau Menteri tidak mahu menjawab dengan alasan tertentu, saya tidak boleh paksa. Itu sebabnya ada Peraturan Mesyuarat 36(12). Kalau didapati bahawa ada Ahli Yang Berhormat yang sengaja menyelewengkan Dewan buat usul. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Taiping dan juga Yang Berhormat Bukit Mertajam buat satu penyiasatan yang kamu fikir bahawa ada penyelewengan yang sebenar.

Bawa perkara itu di bawah Peraturan 36(12). Saya tidak boleh menentukan siapa yang cakap bohong dan siapa yang tidak. Ini kerana itu bukan kerja saya. Kerja saya mempengerusikan Mesyuarat sehingga jangan ada perkara-perkara, sehingga sampai berbaling buku ataupun bergelut. Supaya masa yang ditentukan untuk berbahas siap pada waktu yang ditetapkan, itu tugas saya.

Selain itu saya bukan hakim, saya bukan pengerusi untuk bermesyuarat siapa yang pandai berbahas, berhujah dengan begitu passionate ataupun lousy dan sedemikiannya, itu bukan tugas saya. Bagi saya, sudah dijawab itu jawapan dia, saya bukan berkuasa untuk menentukan kebenaran.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan.

Tadi belum keluarkan soalan tambahan... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini juga satu hal. Saya jemput tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam dengan niat bahawa saya minta supaya soalan tambahan ada, kerana daripada Barisan Nasional tiada. Akan tetapi dalam masa soalan tambahan yang saya beri pula dipergunakan untuk perkara lain. Maka saya tidak benarkan lagi soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Ketawa] Itu mukadimah, selalunya dibenarkan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik-baik mood Tuan Yang di-Pertua, jadi berkecamuk lagi. Itulah sampai tersasul soalan 7 terus lompat kepada soalan 8. Sila Menteri.

final • 11:20 AM

7. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, mengapa nelayan-nelayan tidak dibenarkan mengupah pekerja- pekerja asing. Apakah langkah-langkah kementerian untuk membantu meningkatkan pembangunan industri perikanan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang selalu bersabar. Di bawah dasar dan prosedur pelesenan perikanan yang sedia ada vessel Zon A iaitu lima batu nautika dari pantai dan vessel Zon B di antara lima hingga 12 batu nautika dari pantai, yang bermuatan kurang daripada 40GRT. Perlu diusahakan sendiri dan tidak dibenarkan mengupah kru yang bukan warganegara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Namun begitu, dengan mengambil kira senario pekerjaan lautan yang lebih jauh dan ketahanan nelayan tempatan untuk keluar ke laut bagi tempoh masa yang panjang, kelonggaran diberi untuk membenarkan penggunaan krew asing sehingga 80 peratus bagi vessel zon C iaitu di antara 12 hingga 30 batu nautika dari pantai iaitu vessel pengangkutan ikan bermuatan 40GRT hingga 70GRT. Kumpulan yang kedua pula yang kita benarkan menggunakan krew asing 100 peratus iaitu vessel laut dalam dan laut selepas iaitu vessel penangkapan ikan zon C2 bermuatan 70GRT ke atas yang beroperasi di perairan 30 batu nautika ke atas; dan vessel pengangkutan ikan zon C3 iaitu vessel tuna yang beroperasi di perairan Lautan Hindi bagi penangkapan ikan tuna.

Sehingga kini industri perikanan tangkapan marin terutamanya perikanan laut dalam masih lagi bergantung kepada penggunaan krew asing yang kebanyakannya berasal dari negara Thailand dan Indonesia. Manakala krew asing dari negara China, Filipina, Jepun serta Vietnam banyak tertumpu di atas vessel pengangkutan ikan tuna yang beroperasi di perairan antarabangsa khususnya Lautan Hindi. Di antara usaha- usaha yang diambil bagi meningkatkan pembangunan industri perikanan adalah:

(i) menyediakan latihan berkaitan di kalangan golongan sasar bagi melahirkan lebih ramai nakhoda dan nelayan serta pengusaha perikanan khususnya laut dalam;

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

(ii) melaksanakan program konservasi hidupan marin seperti tukun tiruan yang bertujuan memperkayakan sumber serta sebagai penghalang kepada peralatan yang memusnahkan habitat khususnya peralatan pukat tunda; dan

(iii) pemberian kemudahan kredit dan insentif pelaburan seperti pemberian subsidi diesel, elaun sara hidup RM200 tiap-tiap bulan kepada nelayan dan insentif hasil tangkapan kepada nelayan tempatan serta pemotongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk projek pengeluaran bahan makanan, pembangunan teknologi dan lain-lain.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah selesai untuk sesi soal jawab.

final • 11:30 AM

Tuan Teng Boon Soon

Boleh minta satu soalan tambahan yang ringkas?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya buat keputusan Yang Berhormat. Kalau tadi Yang Berhormat berdiri cepat mungkin saya beri.

final • 11:30 AM

Tuan Teng Boon Soon

Ringkas sahaja.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri tentulah untuk menyokong rang undang- undang kerana kecintaan saya kepada pasukan keselamatan yang bukan sahaja menjaga keselamatan negara dan tanah air tetapi menjaga bandar dan desa, rumah dan tangga, keluarga dan diri kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya teringat semasa kanak-kanak dahulu bila cikgu bertanya besar esok hendak jadi apa. Hendak jadi askar, cikgu. Itu dahulu Tuan Yang di-Pertua. Sekarang askar dan polis bukan lagi menjadi pilihan utama. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus membuat sesuatu supaya bidang ketenteraan dan polis menjadi idola, menjadi pilihan kepada anak-anak muda kita ini sebab keselamatan negara merupakan faktor utama untuk menjamin kelangsungan negara kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh yang demikian, dari segi skim gajinya, dari segi kemudahan kenaikan pangkatnya, dari segi tempat kerjanya haruslah menarik sebagaimana jawatan-jawatan lain malah harus ia diberikan yang lebih baik.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Kalau saya lihat di kawasan saya di Hulu Terengganu memang saya berpuas hati dengan kuarters yang disediakan oleh pasukan polis tetapi tempat pekerjaan balai polisnya masya-Allah teruk, teruk sungguh Tuan Yang di-Pertua dan harus diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat kehebatan, kesengsaraan, kesungguhan pasukan tentera kita, pasukan polis kita, pasukan kawalan kampung yang telah bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan negara kita ketika kita menghadapi ancaman komunis sehingga kerajaan kita telah mengisytiharkan darurat untuk mengekang dan mengatasi masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa dalam usaha untuk menentang pihak komunis maka kerajaan telah membuat satu tindakan iaitu penentang-penentang dan pengkhianat-pengkhianat kepada negara kita, kepada orang-orang yang bersubahat dengan mereka, mereka dikumpulkan, mereka ditempatkan dan mereka diberi tanah.

Mereka dibenarkan mendirikan rumah, mereka dibekalkan air, disediakan api, diberikan kemudahan pendidikan, sekolah dan kesihatan kerana untuk menarik mereka supaya tidak lagi menyokong perjuangan komunis.

Akan tetapi apa yang berlaku kepada tentera-tentera kita, apa yang berlaku kepada pasukan polis kita yang berjuang di dalam hutan, yang mati, yang bergelimpangan, yang patah kakinya mereka hanya disuruh pulang ke kampung pandai-pandailah mencari kehidupan sendiri. Inilah yang telah kerajaan kita lakukan ketika kita menghadapi ancaman komunis sehingga timbul rasa tidak puas hati di kalangan tentera dan polis yang mendapat penderitaan akibat daripada ancaman komunis.

Penderitaan pasukan polis kita, penderitaan askar kita telah digembar- gemburkan, telah pun diberitakan, telah pun dibuatkan filem seperti peristiwa Bukit Kepong, Leftenan Adnan yang menggambarkan bahawa tentera kita telah berkorban, tentera kita telah menderita. Oleh yang sedemikian, kerajaan seharusnya memberi perhatian yang lebih supaya golongan ini diberi keutamaan, diberi pembelaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian sepanjang perbahasan di Dewan yang mulia ini mana dia rakan-rakan saya daripada PAS, mana dia pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin DAP yang bercakap, yang menyuarakan sokongan kepada pasukan tentera kita, mana dia? Mana dia orang-orang DAP yang bercakap yang mempertahankan, yang memperjuangkan, yang membela pasukan polis dan tentera kita?... [Tepuk]

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Celahan sedikit.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Sedarlah PAS, bukalah mata...

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Celahan sedikit.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

...Lihatlah, pulanglah ke tempat asal kamu.

final • 11:33 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Ketawa]

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Pulang, kalau asal kamu laut, pulanglah ke laut, kalau asal kamu gunung, pulanglah ke gunung. Kami sedia menunggu, kami sedia menanti. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Kepong.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Silakan sahabat saya dari Kepong.

final • 11:33 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Adakah Yang Berhormat menjadi anggota tentera atau polis? Saya pernah menjadi Mejar di dalam angkatan tentera...[Tepuk] Terutamanya core perubatan. Saya berkhidmat di Terendak, di Kinrara. Di mana Yang Berhormat berkhidmat? Sekian, terima kasih...

[Ketawa]

final • 11:33 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya pernah menjadi Major di dalam angkatan tentera... [Tepuk] terutamanya core perubatan. Saya berkhidmat di Terendak, di Kinrara. Di mana Yang Berhormat berkhidmat? Sekian, terima kasih... [Ketawa]

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Kepong kerana terlibat dengan pasukan tentera tetapi sayangnya tidak menyuarakan pun untuk kepentingan tentera...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya amat teruja dengan ucapan dan ungkapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Gombak petang semalam. Tuan Yang di-Pertua, bukan main hebat, bukan main bersungguhnya mereka menyuarakan, mendesak, meminta kerajaan membuat pelbagai kemudahan untuk pasukan tentera, untuk bekas polis. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya sedang menunggu, kami sedang menunggu, rakyat sedang menanti banyak manakah peruntukan yang akan disediakan oleh Kerajaan PAS, oleh Kerajaan Kedah, oleh Kerajaan Selangor untuk bekas tentera di akhir tahun nanti.

Kita sedang menunggu banyak manakah kawasan tanah yang akan direservekan untuk kawasan, untuk dijadikan tempat kediaman bekas tentera dan bekas polis di negeri-negeri yang berkenaan. Kita mahu tahu berapa banyak biasiswakah, berapa banyak sekolahkah, berapa buah klinikkah yang akan disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri ini yang kononnya menjadi jaguh, pembela kepada angkatan tentera, polis dan sebagainya. Kami menunggu sungguh- sungguh, kami mengharapkan...

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta jalankah?

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Hendak jalan lagikah?

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Minta jalan lah.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Silakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka boleh bangun tetapi tidak perlu bargain dengan dia, saya akan notify, akan beri perhatian kepada Yang Berhormat sama ada hendak bagi jalan atau tidak. Sekarang dia bagi jalan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Hulu Terengganu, adakah klinik ini dibina oleh kerajaan negeri? Bidang kuasa kerajaan negeri dan kuasa persekutuan sama kah dalam kes ini? Saya ingin keterangan dari Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. "Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih”...

[Ketawa] Apa salahnya kalau Kerajaan Selangor membina sebuah hospital untuk tentera kononnya. Ada orang marah kah? Kalau hendak buat, kalau tidak hendak buat, sudahlah, cakaplah tidak hendak buat, janganlah bercakap yang bukan-bukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya, kami, rakyat menunggu apa yang telah disuarakan oleh wakil Gombak, oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, apakah ianya akan menjadi realiti atau hanya pandai bermain kata-kata? ”Tanam tebu di bibir mulut, berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. Maka saya...

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Ada hendak tanya?

Silakan.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih sahabat saya daripada Hulu Terengganu. Tadi sahabat saya ada menyebutkan tentang kerajaan telah memberikan pengampunan kepada bekas-bekas komunis yang menjadi lambang keganasan tanah air. Mereka bukan sahaja diberikan penempatan bahkan telah diterima sebagai warganegara kita. Akan tetapi apa yang saya rasa sedih, ada di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak tahu menghargai perjuangan yang telah dibuat oleh anggota tentera dan juga anggota keselamatan.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ada ibu yang kehilangan anak, ada anak yang kehilangan ayah dan anggota tentera kita yang terpaksa hidup melarat kerana kecacatan. Akan tetapi ada kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sanggup membuat cadangan supaya komunis-komunis yang menjadi dalang kepada kekacauan, pembunuhan, kekejaman dalam negara kita supaya diambil balik ke negara kita. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat adakah kerana mileage politic ataupun semata-mata untuk memenangi hati orang-orang lain dan sanggup mengguris hati perajurit-perajurit tanah air yang telah banyak berkorban untuk keselamatan negara. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sebelum menjawab boleh saya celah sedikit dengan izin.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Hulu Terengganu hendak bagi jalan.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Pertama...

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Saya sebagaimana biasa Tuan Yang di-Pertua, akan memberi laluan kepada sahabat-sahabat daripada sebelah mana pun.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Pertama, sama ada Yang Berhormat sedar bahawa dalam seluruh sejarah peruntukan kepada pegawai-pegawai tentera di Kementerian Pertahanan terutama sudut perumahan.

Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, peruntukan untuk perumahan tentera, itu di antara yang besar yang kita luluskan. Itu sekadar hendak rekod supaya Yang Berhormat faham tanggungjawab utama ialah Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi saya terima baik usul Yang Berhormat bahawa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat harus juga menimbangkan dalam keupayaan yang ada untuk menunjukkan kepekaan mereka dan kesungguhan mereka membela.

Kedua, yang dirujuk kepada kes pemimpin komunis yang diolah oleh Yang Berhormat Jasin sebagai seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat ini pro-komunis ataupun hendak mencari untung politik. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa pertamanya dasar memberi dukungan kepada masyarakat di pinggir desa dengan pembinaan perkampungan baru itu adalah dasar untuk memenangkan, hearts and minds of the people. Itu keputusan Kerajaan Perikatan pada ketika itu, lama sebelum kita dalam Barisan Nasional. Itu dasar Kerajaan Perikatan yang dianggap dan diterima umum di dunia sebagai pendekatan yang bijak dan wajar. Kita tidak boleh perang dengan orang yang tidak angkat senjata lawan kita. Kita harus memenangi hati dan jiwa rakyat yang mungkin terpengaruh dengan cara dan taktik komunis.

Merujuk khusus kepada Chin Peng kerana ini yang disebut tanpa menyebut nama. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa kerajaan dan Kabinet mengesahkan perjanjian? Saya masa itu dalam Kabinet di bawah bekas Perdana Menteri masa itu yang memutuskan, mengesahkan perjanjian dan perjanjian itu dengan jelas menyatakan kedua-dua pihak dengan ini memutuskan untuk berdamai dan pihak Parti Komunis Malaya meletakkan senjata. Semangat itu ialah dengan maksud memadamkan rekod yang lalu seperti mana arwah Tun Razak pergi berdamai, salam dengan Mao Tze Tung walaupun Mao Tze Tung dapati komunis Cinalah yang membiayai Parti Komunis Malaya menyerang tentera kita, tetapi kita terima.

Akan tetapi apabila kita buat kenyataan mengatakan kita hanya tunduk kepada perjanjian damai dan perjanjian damai itu dimeterai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Kabinet yang saya turut anggotai dan saya turut sokong keputusan Perdana Menteri ketika itu iaitu mempelawa semua datang dengan syarat mereka datang dengan semangat damai. Itu sahaja Yang Berhormat, yang kita putuskan. Yang sudah, sudahlah. Dia datang berdamai dan kita minta pulang. Janganlah cerca kita sebagai seolah-olah komunis ataupun hendak menyerang tentera. Itu suatu fitnah yang nakal, jahat.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Hendak tanya lagi kah?

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Siapa yang berucap ini?

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukanlah matlamat atau tujuan saya untuk menghina sesiapa. Akan tetapi sebagai bekas anggota tentera saya rasa cukup terhina sekali kerana pemimpin yang kita harapkan supaya mempertahankan diri kita tetapi sebenarnya pemimpin tersebut telah benar-benar mengguris hati kami.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Apa yang saya nak sebut di sini Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi ada sebut, saya nak terangkan satu-persatu. Undang-undang Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, lebih 11 ribu nyawa terkorban termasuk 2500 orang awam. Bagi menangani ancaman komunis, pihak British melaksanakan beberapa dasar iaitu pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam. Seterusnya memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat, terlindung daripada peras ugut pengganas, dalam rancangan yang dikenali sebagai Kampung Baru, iaitu pengenalan sistem kad pengenalan, memperkenalkan ISA, memberi pengampunan kepada pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara dan memperkenalkan sukarelawan kampung, pengawal kampung yang bersenjata.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, semua pengganas komunis ini, walaupun mereka telah banyak membuat pembunuhan. Kerajaan kita yang cukup bertanggungjawab ini, memberikan pengampunan. Ada hadnya tetapi Chin Peng, Ketua Pengganas ini dengan begitu bongkak sekali, tidak mahu mengikut apa yang telah disalurkan oleh kerajaan, bahkan ada daripada kalangan kita yang sanggup mencadangkan kepada kerajaan memberikan pengampunan, konon atas dasar kemanusiaan apabila hari tua.

Kalaulah Chin Peng ini diberikan peluang untuk kembali ke tanah air, saya yakin bukan sahaja rakyat-rakyat kita akan mengutuk kerajaan, bahkan kita takut...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya dah berlaku adil di sini, Ketua Pembangkang mencelah saya bagi dua minit tadi, Yang Berhormat dah mengambil masa dua minit juga, kembali kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, itulah orang yang baik hati, nasib baik Tuan Yang di-Pertua tolong menamatkan pencelahan tadi. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Permatang Pauh kerana saya rasa terujalah dengan apa yang telah disuarakan dengan saya, tapi kita berterima kasih kerana telah menyediakan kemudahan yang banyak, peruntukan yang besar untuk perumahan kakitangan polis dan tentera. Akan tetapi ingatlah bahawa pada masa itu, Ketua Pembangkang boleh melakukannya kerana Ketua Pembangkang dalam kerajaan Barisan Nasional.

Kalau di luar kerajaan Barisan Nasional, belum tentu boleh lakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya pun rasa sudah sampai ke penghujung, cuma saya nak ulang sekali lagi. Kepada rakan-rakan saya dari PAS, pulanglah, pulanglah, pulanglah, dan kepada wakil Gombak, kami menunggu...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pokok Sena tak ada responslah Pokok Sena, duduk Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

...Janji manis kata- kata berhikmah supaya peruntukan yang besar akan diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat supaya, “Buah terus gugur. Cakap tak serupa bikin. Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.” Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih, hendak pulang ke mana Tuan Yang di-Pertua? Takkan nak suruh pulang itu, nak pulang ke UMNO, UMNO pun lelong dah, tong tong chei! Tong tong chei!. “Dua ringgit! Dua ringgit!” Seperti kedai dua ringgit... [Ketawa].

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam ruang yang sedikit ini, kalau tadi disebut semalam untuk pingat gagah berani ini hanya 88 orang yang menerima anugerah pingat ini, dan Pingat Anugerah Perkasa yang semalam juga 11 orang. Ini bermakna seperti yang saya sebut tak sampai 100 orang, iaitu 99 orang sahaja yang memegang pingat ini.

Jadi mereka inilah yang 88 orang ini yang akan mendapat ganjaran RM1500 dan 11 orang itulah yang akan mendapat RM2000 bagi Pingat Gagah Perkasa. Isunya di sini Tuan Yang di-Pertua, ada lagi pemegang-pemegang pingat yang seumpama ini yang kita tidak memberikan apa-apa elaun, yang saya kira bahawa sepatutnya diberikan satu pertimbangan sebab mereka ini juga memegang pingat yang sama iaitu Bravery Award, Gallantry Award iaitu, pingat seperti mana KPKPTU dan ada satu lagi saya tidak ingat, mereka ini kebanyakannya ialah pemegang pingat yang terdiri daripada bekas-bekas pilot Nuri, iaitu daripada kelompok Tentera Udara Diraja Malaysia yang mereka ini juga banyak berjasa kepada negara kita, termasuk mereka yang terlibat dalam kes seperti mana di Gubei, Sikh beberapa tahun dahulu dalam menghadapi komunis pada waktu itu.

Jadi saya lihat bahawa mereka ini pemegang pingat ini tidak pun diberikan ganjaran elaun, sedangkan sebahagian daripada mereka pun bukan berpencen, yang tidak ada pendapatan bulanan yang mereka terima daripada pihak kerajaan.

Keduanya, saya menghargai 99 orang tadi ini, 88 orang untuk Pingat Gagah Berani dan 11 orang untuk Pingat Gagah Perkasa yang saya percaya mereka telah pun memberikan sumbangan dan jasa yang begitu banyak dan begitu besar kepada negara kita,dalam soal masalah keselamatan dan keamanan ini. Akan tetapi, saya kira bahawa masih terdapat ramai lagi seperti yang disebut tadi bahawa isu masalah tentera-tentera yang lain, tetapi isu yang saya nak sebut ini yang saya kira secara spesifik. Saya difahamkan ada lebih kurang 1800 orang bekas-bekas tentera yang cedera semasa menjalankan tugas. Ada mereka yang kena jerangkap samar, ada kena booby trap dan sebagainya terpaksa di potong kaki, ada mereka itu yang saya kenal, kawan-kawan yang jual rojak sahaja. Tanpa ada pencen, tanpa ada menerima wang persaraan, dan mereka hanya diberikan saya tak berapa ingat, ia lebih kurang macam SOCSO.

Ada yang dapat RM125 sebulan, ada yang dapat RM80 sebulan, paling tinggi saya difahamkan daripada 1800 orang ini menerima wang yang dianggap sebagai bayaran bulanan seperti SOCSO yang saya katakan tadi, lebih kurang paling tinggi RM250, sedangkan mereka ini ada yang telah pun dipotong kaki. Maknanya mereka ini cedera sewaktu menjalankan tugas, bukan mengalami kemalangan jalan raya, tetapi mereka ini cedera sewaktu berhadapan dengan pihak musuh negara, pihak komunis pada satu ketika dahulu. Akan tetapi 1800 orang ini, saya difahamkan tidak pun menerima ganjaran yang besar seperti mana yang diterima oleh 88 orang dalam Pingat Gagah Berani dan 11 orang dalam Pingat Gagah Perkasa terima sampai 2000, 88 orang yang akan diputuskan nanti sebanyak 1500 orang. Jadi cadangan saya ialah, tidakkah boleh 1800 orang ini dianugerahkan sama ada Pingat Gagah Berani ataupun Pingat Gagah Perkasa.

Saya percaya bahawa kita semua tidak ada masalah untuk 1800 orang yang tercedera sewaktu menjalankan tugas, apa tah lagi sebahagian besar mereka tidak ada apa-apa ganjaran pencen dan sebagainya, diberikan Anugerah Pingat Pahlawan Gagah Perkasa dan juga Pingat Panglima Gagah Berani ini untuk membolehkan mereka mendapat elaun seperti mana yang telah pun kita putuskan semalam,dan juga insya-Allah kita putuskan pada hari ini. Ini sangat wajar bagi saya bahawa bila saya lihat, macam saya katakan tadi, ada kawan saya dia jual rojak, ada kawan saya potong kaki, kudung kaki, dia jual air tebu sahaja.

Sedangkan mereka ini begitu berjasa, kalau mereka tak berani saya percaya bahawa kaki mereka tidak terkena dengan booby trap di Gubei, di Sikh suatu dulu.

Kalau mereka tak perkasa, sudah tentu mereka tidak ada dalam hutan. Cuma saya tak tahulah sama ada tabung dana negara kita ini perkasa ataupun tidak. Takutnya tabung ataupun dana tidak perkasa menyebabkan kerajaan tak boleh beri sedangkan saya kira bahawa kalau kita lihat laporan audit negara yang terbaru ini, cukup banyak masalah- masalah yang berlaku dalam urus tadbir kewangan dalam negara kita. Kita mengalami kerugian dalam double track untuk Rawang ke Ipoh umpamanya hingga satu bilion lebih.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ketua Audit Negara mengatakan kemungkinan kita mengalami kerugian. Kita telah berhadapan dengan pelbagai isu laporan audit yang lepas dan kini laporan audit sekali lagi mendedahkan bahawa ada unsur-unsur penyelewengan, pembelian harga yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di peringkat kementerian ataupun jabatan. Akan tetapi kita telah membelanjakan satu jumlah kewangan yang lebih besar sedangkan untuk kita hendak berikan kepada yang saya katakan tadi seramai 1800 orang itu khususnya yang telah mengalami kecederaan semasa bertugas serta telah banyak berjasa kepada negara kita tidak boleh hendak fikir untuk berikan sesuatu kepada mereka. Ini termasuk juga seperti yang saya katakan tadi kepada pemegang pingat KPK dan juga PTU iaitu ex-pilot Nuri yang terlibat dalam kes-kes seperti mana di Gubir, Sik suatu ketika dahulu.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan supaya 1800 orang yang saya katakan tadi itu harus diberikan anugerah sama ada Seri Pahlawan Gagah Perkasa ataupun Panglima Gagah Berani.

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang dan selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menyentuh dua perkara sahaja dalam perbahasan Rang Undang- undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 ini. Sebagaimana yang kita tahu bahawasanya pingat ini diberikan kepada mereka yang betul-betul berjuang kerana keberanian mereka mempertahankan negara dan juga nyawa rakyat dalam negara ini. Untuk mendapat ataupun mencapai kegagahan dan keberanian tersebut maka keselesaan di dalam perkhidmatan ataupun suasana kondusif dalam perkhidmatan perlulah diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya hendak menyentuh tentang apa yang berlaku khususnya di kawasan saya iaitu berhubung dengan penempatan pasukan polis dan juga tentera.

Sebagaimana semua sedia maklum, Menteri pun sudah bertukar sekian ramai, sekian kali dan telah melawat di kawasan saya ini dan kebetulan pada hari raya yang lepas saya telah melawat kawasan mereka. Penempatan ataupun tempat kerja yang ada pada pasukan polis untuk menjadikan mereka ini berani dan gagah untuk mempertahankan negara ini cukup sedih. Mereka hanya ditempatkan di dalam kontena.

Ini cukup sedih dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ini sesuatu yang tidak kondusif bagi pasukan keselamatan kita untuk mempertahankan negara kita ini. Tidak wajar jika pasukan polis yang mempertahankan negara ini hanya bertugas dalam kontena dan diletakkan nun di hujung kampung, tempat yang orang Kedah kata ‘jin bertandang’.

Ini maknanya hanya jin sahaja yang duduk di sini dan kita letakkan polis. Tidak mungkin kita hendak meletakkan polis ini menjaga jin-jin bukan menjaga manusia.

Hujah saya ini perlu diberi perhatian oleh pihak terutamanya yang paling atas iaitu Perdana Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini paling sesuai untuk saya rujuk kes ini.

Kedua, tentang apabila kita berhubung dengan pihak keselamatan bertanya kenapa tidak sewa kedai? Kenapa tidak mendapatkan satu premis yang lebih sesuai?

Jawabnya, kalau pergi ke kedai kita kena sewa. Tidak mungkin kita hendak menyewakan kedai untuk pegawai polis kita, tempat yang lebih selesa dan kondusif ini kerajaan terpaksa memberikan jumlah sewa untuk diberikan kepada mereka.

Ketiga adalah tentang kemudahan perubatan kepada anggota-anggota keselamatan kita ini. Banyak kita lihat rungutan daripada isteri mereka, anak-anak mereka dan juga mereka sendiri setelah berpencen dan tidak lagi bertugas sebagai pegawai keselamatan di dalam akhbar-akhbar harian dan TV merayu untuk mendapat misalnya kerusi roda dan alat-alat gantian kaki dan tangan palsu. Sering terdapat di dalam akhbar-akhbar. Tidak wajar jika Tabung Angkatan Tentera terpaksa membuat rayuan setiap tahun untuk minta derma daripada orang ramai.

final • 12:01 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Tidak mungkin kerajaan tidak dapat memperuntukkan sedikit sumbangan dan masukkan ke dalam tabung ini supaya bekas-bekas anggota pasukan keselamatan kita yang bertugas sehingga mendapat anugerah Panglima Gagah Berani ini mendapat sumber kewangan mereka untuk mendapatkan rawatan misalnya kemudahan mesin dialisis di hospital-hospital dan juga pusat-pusat dialisis yang ada di dalam negara kita ini. Ini pun terpaksa membuat rayuan. Jadi, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberi perhatian terutamanya dalam rawatan perubatan kepada bekas-bekas pasukan keselamatan kita ini supaya tidak lagi di dalam akhbar kita penuh dengan rayuan-rayuan daripada bekas anggota tentera.

Baru-baru ini saya ada menerima dua keluhan daripada bekas anggota tentera, ibu tunggal. Suaminya anggota tentera terpaksa merayu di dalam akhbar untuk mendapatkan bantuan. Jadi, saya berharap kepada pihak Yang Berhormat Menteri beri perhatian kepada rayuan saya ini dan rayuan bekas-bekas pasukan keselamatan kita, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:01 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sungai Petani, Tumpat, Kanowit, Machang, Hulu Terengganu, dan juga daripada Pendang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (PGP)

(Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Saya menghargai semua pertanyaan yang dikemukakan tetapi hanya akan memfokuskan jawapan saya kepada pertanyaan yang berkaitan dengan pindaan akta yang dibahaskan hari ini.

Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan mengenai adakah wujud jawatankuasa bagi menimbang penarikan balik pengurniaan PGB sekiranya terdapat penerima melakukan tindakan yang mengancam keselamatan negara dan kriteria pemilihan calon bagi pengurniaan PGB. Ingin saya jelaskan di sini bahawa memang terdapat jawatankuasa khas untuk menimbangkan cadangan pencalonan bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan pingat Persekutuan dan penarikan balik pengurniaan sesuatu anugerah sekiranya penerima disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Seterusnya jawatankuasa khas ini akan mengemukakan perakuan terhadap cadangan tersebut untuk diangkat kepada pertimbangan dan limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kriteria pemilihan calon, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:05 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon penjelasan.

final • 12:05 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, silakan.

final • 12:05 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu jawatankuasa yang menilai ini adakah memikirkan atau mencadangkan bahawa selain daripada dua anugerah ini iaitu Panglima Gagah Berani dan juga Seri Pahlawan Gagah Perkasa memikirkan dan juga mengkaji untuk memberikan elaun juga kepada penerima-penerima pingat yang lain. Contohnya tentera udara iaitu Pingat Tentera Udara yang telah berkhidmat dari segi keperwiraan atau taat setia yang istimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan sama ada semasa operasi ataupun tidak diberikan pertimbangan untuk diberikan elaun kenangan dan juga kepada mereka yang telah berjaya. Terima kasih.

final • 12:05 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk setakat ini jawatankuasa yang telah ditubuhkan hanya untuk pingat penerima PGB dan SP yang saya telah cakapkan tadi.

Yang Berhormat Kanowit juga telah menyentuh keperluan untuk memanjangkan Elaun Kenangan ini kepada waris setelah penerima meninggal dunia dan status keutamaan protokol penerima PGB berbanding penerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat dalam pindaan akta ini kerajaan memberi fokus terhadap kenaikan Elaun Kenangan yang dibayar secara bulanan kepada penerima PGB yang masih hidup sahaja.

final • 12:05 PM

Datuk Liew Vui Keong

Walau bagaimanapun saya amat menghargai cadangan Yang Berhormat yang menujukan keprihatinan yang tinggi sekali terhadap pejuang-pejuang negara kita.

Kepada soalan yang menentukan kecederaan kepada tentera kita semasa menjalankan perkhidmatan ataupun semasa bertugas, ingin saya tegaskan bahawa ini tidak termasuk dalam kategori bidang kuasa...

final • 12:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:05 PM

Datuk Liew Vui Keong

Sebentar ya Yang Berhormat Kepong. ...Yang menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa sewaktu menghadapi musuh sahaja. Jadi perkhidmatan ataupun kecederaan yang dialami pada masa menjalankan tugas adalah tanggungjawab kebajikan mereka masing-masing. Ya, Yang Berhormat Kepong.

final • 12:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya baca daripada fasal 2. Memang saya setuju bahawa menambahkan elaun ini daripada RM300 kepada yang lebih banyak kerana sekarang ini, RM300 ini memang tidak cukup. Memang tidak cukup, kerana hendak sara hidup di dalam dunia moden ini memang susah.

Walau bagaimanapun, apakah formula yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menetapkan RM1,500 sebulan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan kepada Dewan yang mulia ini bilangan anggota yang akan menerima elaun tambahan ini? Bilangan yang sebenar yang masih hidup?

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Mengikut rekod yang saya ada setakat ini, bilangan yang masih hidup ialah 75 orang. Ya, 75 orang, bilangan yang masih hidup pada setakat ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Penjelasan. Pendek sahaja, jawatankuasa.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Jawatankuasa lagi?

final • 12:10 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, tentang jawatankuasa untuk menilai mengenai pengurniaan pingat itu. Saya ingin bertanya, siapakah individu-individu yang menganggotai jawatankuasa itu? Adakah di kalangan anggota tentera sahaja ataupun ada individu-individu yang mungkin tokoh-tokoh negara atau pun bekas-bekas tentera, yang menganggotai jawatankuasa untuk menganugerahkan pingat-pingat ini kepada anggota tentera atau keselamatan yang layak. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Setakat ini, saya belum ada maklumat mengenai jawatankuasa. Saya akan berikan maklumat kepada Yang Berhormat sebentar lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit bangun, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Jasin.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Kanowit lagi? Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya boleh menamatkan dulu.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terserah kepada Yang Berhormat untuk memberi jalan atau tidak.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Sekejap lagi, ya.

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit

Sedikit saja.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Mengenai status, Tuan Yang di-Pertua keutamaan kekananan penerima PGB, ingin saya jelaskan bahawa setiap penerima Darjah Kebesaran Persekutuan mempunyai susunan kekananan yang tersendiri dalam susunan keutamaan persekutuan. Namun begitu, susunan keutamaan ini juga adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Lazimnya, para penerima darjah kepahlawanan akan ditempatkan dalam kelompok darjah kebesaran tersebut mengikut kekananan darjah dan pingat masing- masing. Ya, silakan kepada Yang Berhormat Kanowit.

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Agon Dagang - Kanowit

Ya, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut berkenaan jawatankuasa dan ingin menerangkan apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menilai siapa yang akan mendapat pingat tersebut. Sebab diganggu, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri terlupa untuk menyenaraikan kriteria-kriteria ini. Apakah kriteria yang digunakan dalam penilaiannya. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ada lagi?

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, ada lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita mengucapkan setinggi tahniahlah kerana adalah cukup bertepatan untuk kerajaan memberikan pengiktirafan kepada keperwiraan dan kepahlawanan tentera yang telah diberikan Pingat Panglima Gagah Berani dan juga Seri Pahlawan Gagah Perkasa. Kalau kita kira, di kalangan yang mendapat ini satu dalam seribu sahaja. Jadi memang cukup bertepatan kalau kita naikkan elaun mereka.

Seterusnya, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu mereka-mereka daripada bekas British Army yang telah berkhidmat di tanah air kita juga. Bukan sahaja mereka mendapat pencen, yang cukup sedih sekali di bawah paras kemiskinan. Ada yang dapat RM200 hingga RM300 sebulan pada ketika ini. Ada di kalangan mereka yang mendapat pingat gagah berani yang dipanggil Military Cross ataupun Military Medal.

Elaun yang dia dapat cukup menyedihkan Tuan Yang di-Pertua, iaitu RM25 sahaja. Bolehkah kerajaan mengkaji semula ataupun kalau boleh kita masukkan mereka-mereka yang berkhidmat dalam Tentera British ini kerana mereka sebenarnya berperang dan berjuang serta mempertahankan tanah air kita. Saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Terlebih dahulu Yang Berhormat Kanowit telah pun bertanya sekali lagi mengenai kriteria pemilihan calon. Ingin saya menegaskan di sini, bahawa sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun wanita yang telah pun menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa sewaktu menghadapi musuh tanpa memikirkan keselamatan diri adalah kriteria yang utama.

Biasanya permohonan ini akan dibuat oleh orang yang berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, seperti PDRM ataupun ATM dan pihak berkuasa tersebut akan membuat satu pengesahan terhadap kejadian yang telah pun berlaku, untuk mengesahkan sama ada penerima itu betul-betul telah pun menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa pada masa yang tertentu itu.

Mengenai cadangan daripada Yang Berhormat Jasin, saya rasa itu satu cadangan yang baik dan saya akan mengambil maklum. Akan tetapi ingin saya nyatakan bahawa army yang dibawa British Military ini, mereka bukan di bawah jagaan Persekutuan, ya...

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Selain daripada itu...

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Sikit lagi.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

...Yang Berhormat Pokok Sena telah pun bertanya mengenai elaun pingat... Buat masa ini Kerajaan Persekutuan hanya menimbangkan pembayaran elaun untuk service SP dan PGB sahaja dan belum lagi bercadang untuk mewujudkan elaun bagi penerima pingat PTU, JPP dan KPK. Untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, mengenai sesiapa yang menjawat jawatankuasa yang terlibat dalam pengurniaan PGB.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Jawatankuasa yang menimbangkan pengurniaan PGB ini juga turut melibatkan pihak ATM dan juga PDRM.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Lipis bangun.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Kanowit lagi?

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kanowit dahulu.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Saya serahkan kepada...

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Okey. Sedikit lagi yang belum berjawab, sedikit lagi. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menyebut apa yang saya tanya semalam, iaitu status mereka yang telah diberi pingat PGB dibanding dengan pingat Datuk. Adakah mereka ini setaraf dengan pingat-pingat Datuk yang diberi sebagai pingat jasa oleh kerajaan.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya mereka tidak ada gelaran. There is no title diberikan kepada PGB dan juga kepada SP. Namun begitu, daripada protokol istiadat, penerima SP ini memang tinggi daripada Duli Yang Maha Mulia pada masa itu. Namun begitu, apabila dalam kedudukan di istana, akan ada kedudukan yang lebih...

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Jadi kelompok kepada mereka. Just in term of apa sahaja...

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Jadi masalah, sebab pada masa-masa majlis yang besar-besar, mereka ini selalu ditempatkan duduk di belakang. Di belakang pegawai kerajaan pun.

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Tidak.

final • 12:10 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Bukan setaraf dengan mereka yang mendapat Datuk itu. Ini menjadi masalah, memalukan mereka. Protokol mesti mahu melihat perkara seperti ini...

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, ambil maklum. Namun begitu seperti yang saya tegaskan tadi bahawa mengikut kesesuaian majlis yang akan diadakan dan penerima seperti SP ini akan didudukkan dalam kelompok bersebelahan dengan Duli Yang Maha Mulia. Pasal dalam Perlembagaan kita, Duli Yang Maha Mulia yang lebih tinggi, jadi akan ada satu tempat yang special bagi pihak penerima SP ini...

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lipis.

final • 12:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Lipis.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya hendak berbalik pasal pemberian elaun tadi. Jadi sekarang ini ada juga penerima-penerima pingat keberanian di peringkat negeri. Setakat ini sejauh mana kementerian bercadang untuk menganjurkan juga daripada pihak-pihak negeri agar memberi elaun kepada penerima- penerima pingat keberanian di peringkat negeri? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya tegaskan bahawa penerima hanya yang diiktiraf oleh jawatankuasa daripada Persekutuan dan sekiranya ada permohonan mana-mana sahaja yang sebenarnya kepada pihak jawatankuasa, permohonan ini boleh dibuat dan akan disahkan oleh penguat kuasa dan juga autoriti yang berkenaan seperti PDRM ataupun ATM mengenai pemohon dan untuk memastikan sama ada mereka ini telah pun menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa sewaktu menghadapi musuh.

final • 12:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya sempat menjawab dan saya di sini menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan di atas semua cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi menjaga kebajikan dan mengenang jasa pahlawan-pahlawan negara kira. Ini jelas menunjukkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sesungguhnya amat prihatin terhadap mereka ini. Sekian dan terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2008 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana mengizinkan saya...

final • 12:25 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Speaker, boleh saya dapat tahu apa terjadi kepada Menteri berkenaan kerana pada sesi yang dahulu dia ada janji kepada saya sendiri bahawa dia akan...

final • 12:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:25 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Membentangkan rang undang-undang hari ini.

final • 12:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah.

final • 12:25 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh saya dapat tahu?

final • 12:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat. Nanti menggulung dia akan beritahu. Teruskan, Yang Berhormat.

final • 12:25 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Nampak jawapan Timbalan Menteri sebelum ini, dia very specific, dia tidak pergi betul-betul untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Saya khuatir perkara-perkara ini dia tidak arif.

final • 12:25 PM

Datuk Liew Vui Keong

Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang- undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan satu Jawatankuasa Etika Hakim sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal (3A) Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan dibaca kali yang kedua sekarang.

final • 12:25 PM

Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim merupakan lambang keadilan dalam persepsi orang ramai dan mereka dianggap sebagai simbolik dan juga dari segi zahirnya sebagai penjaga kedaulatan undang-undang. Oleh yang demikian adalah sangat penting hakim-hakim mengelakkan dari dilihat melakukan perkara ataupun perbuatan yang tidak elok, dengan izin, impropriety. Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa cabaran terhadap kebebasan kehakiman terutamanya isu kehakiman yang dipolitikkan serta mengenai pelantikan hakim-hakim Tuan Yang di-Pertua, oleh itu adalah penting seseorang hakim menjalankan fungsi kehakimannya dengan bebas berdasarkan penilaiannya tentang fakta dan mengikut pemahamannya tentang undang-undang, bebas daripada apa-apa pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman ataupun gangguan secara langsung ataupun tidak langsung daripada mana-mana pihak atau bagi apa-apa sebab.

Seseorang hakim juga dikehendaki pada setiap masa berkelakuan mengikut cara yang menggalakkan integriti dan kesaksamaan bagi sesuatu badan kehakiman.

Dengan kata lain, tugas-tugas kehakiman seseorang hakim hendaklah diberi keutamaan mengatasi aktiviti yang lain. Sebagai contoh, seseorang hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam penentuan kes yang dalamnya mana-mana anggota keluarga hakim itu mewakili seseorang atau dikaitkan mengikut apa-apa cara dengan kes itu. Seseorang hakim hendaklah melaksanakan tugas-tugas kehakimannya tanpa bersikap berat sebelah ataupun berprasangka.Seseorang hakim hendaklah menyelesaikan segala tugas kehakiman dengan cekap, adil, tekun dan cepat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memenuhi kesemua nilai-nilai murni ini ditanamkan dalam jiwa dan nurani setiap hakim yang dilantik agar kita memperoleh satu badan kehakiman yang dihormati dan disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat, baik di dalam mahupun di luar negara. Maka perlu kita mempunyai satu kod etika hakim. Kod ini menetapkan standard asas yang boleh mengawal tata kelakuan semua hakim dan menjadi bimbingan kepada hakim dalam membentuk dan memelihara budi pekerti dan tata kelakuan kehakiman yang tinggi.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kod Etika Hakim hendaklah dipatuhi dan terpakai kepada semua Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Kod Etika Hakim 1994 telah digubal sebagai panduan kepada hakim-hakim. Walau bagaimanapun, Kod Etika Hakim 1994 tidak menetapkan apa-apa sangsi sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadap Kod Etika Hakim 1994 tersebut kecuali pemecatan oleh tribunal yang ditubuhkan di bawah Perkara 125, Fasal (4) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan itu, Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan fasal (3A) dan (3B) bagi memperuntukkan sekiranya seorang hakim melanggar mana-mana peruntukan kod etika di bawah fasal (3B) tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan kepada tribunal yang dilantik di bawah fasal (4).

final • 12:25 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ketua Hakim Negara boleh merujuk hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Persekutuan untuk mengendalikan penyelenggaraan itu.

Tuan Yang di-Pertua, Kod Etika Hakim 2009 menetapkan garis panduan mengenai tata kelakuan seorang hakim. Tugas-tugas kehakiman seorang hakim hendaklah diberi keutamaan mengatasi aktivitinya yang lain dan menyelesaikan tugas kehakimannya dengan adil, cekap, tekun dan tepat. Kod Etika Hakim 2009 juga memperuntukkan tatacara pelanggaran kod. Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang hakim yang dikatakan telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukkan kod tersebut hendaklah dirujuk kepada Ketua Hakim Negara.

Sekiranya Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa Kod Etika Hakim itu tidak mewajarkan hakim itu dirujuk kepada tribunal yang dilantik di mana di bawah fasal

(4) Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan Ketua Hakim Negara hendaklah merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Etika Hakim.

Bagi memenuhi kehendak fasal (3A) di atas maka dicadangkan supaya digubal suatu undang-undang dinamakan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2008 bagi menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim.

final • 12:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan menguruskan mana-mana hakim yang telah melakukan suatu pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika Hakim 2009 yang dicadangkan tersebut. Jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan kepada suatu tribunal yang dilantik di bawah fasal (4), Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan pemecatannya. Pada dasarnya penggubalan akta ini adalah satu keperluan untuk melicinkan lagi pelaksanaan Kod Etika Hakim yang baru dicadangkan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang dicadangkan ini terbahagi kepada dua bahagian yang mengandungi 15 fasal kesemuanya. Secara umumnya rang undang-undang ini memperuntukkan penubuhan dan bidang kuasa Jawatankuasa Keanggotaan, Jawatankuasa Tatacara Pengadilan, prosiding dan lain-lain perkara yang perlu diambil kira oleh jawatankuasa.

Fasal 3 rang undang-undang memperuntukkan penubuhan suatu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Etika Hakim. Bidang kuasa jawatankuasa ini bertumpu kepada apa-apa perkara berkenaan tingkah laku dan disiplin hakim selain daripada pemecatan hakim di bawah fasal (3), Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan dinyatakan di dalam fasal 4.

Fasal 5 memperuntukkan bahawa keanggotaan jawatankuasa hendaklah dalam bilangan ganjil yang terdiri daripada hakim yang kanan mengikut keutamaan kepada hakim yang menjadikan subjek suatu prosiding tatatertib. Mereka terdiri daripada mereka yang memegang jawatan atau pernah memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa melainkan beliau merupakan pengadu, maka hakim yang paling kanan berikutnya akan menjadi pengerusi. Selain daripada itu dinyatakan di dalam fasal ini bahawa pelantikan anggota jawatankuasa hendaklah dibuat atas dasar ad hoc.

Fasal 6 rang undang-undang ini pula memperuntukkan keadaan bila, mana pengerusi atau anggota jawatankuasa yang telah dilantik tidak berupaya menghadiri prosiding disebabkan telah jatuh sakit atau atas sebab-sebab lain dan dilantik anggota ganti ataupun dengan izin, substitute.

Fasal 7 mengenakan kewajipan ke atas jawatankuasa untuk mematuhi prinsip dan tatacara yang dinyatakan dalam akta yang dicadangkan dalam kod etika.

Fasal 8 menghendaki prosiding dijalankan secara tertunggak dan fasal 9 memperuntukkan bahawa prosiding adalah suatu siasatan atas rujukan Ketua Hakim Negara. Bukan satu perbicaraan dan kaedah-kaedah keterangan yang ketat tidak terpakai bagi prosiding ini.

Fasal 10 rang undang-undang menghendaki mana-mana anggota jawatankuasa menzahirkan kepentingannya dalam mana-mana prosiding tatatertib yang dikendalikan oleh jawatankuasa itu dan dalam hal yang sedemikian, anggota tertentu itu dilarang mengambil bahagian dalam pertimbangantelitian atau keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu.

Sementara fasal 11, 12, 13 dan 14 masing-masing memperkatakan mengenai mesyuarat Jawatankuasa, kuorumnya, penangguhan pendengaran di hadapan jawatankuasa dan penyenggaraan rekod dan minit prosiding jawatankuasa.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, fasal 15 memperuntukkan bahawa jika jawatankuasa tidak sebulat suara dalam apa-apa persoalan atau perkara yang hendak ditentukan, keputusan majoriti hendaklah disifatkan sebagai keputusan jawatankuasa itu. Setiap keputusan yang diambil hendaklah diberitahu secara bertulis kepada hakim yang berkenaan. Keputusan jawatankuasa juga adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dirayu di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan sekalipun dan tiada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan mencadangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 ini jelas membuktikan kesungguhan dan iltizam berterusan kerajaan dengan izin, political will sebagai salah satu langkah pembaharuan dalam institusi kehakiman.

final • 12:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ini agar ia dapat menaikkan imej serta meningkatkan keyakinan orang awam dan masyarakat luar terhadap badan tersebut. Keadilan bukan setakat diamalkan akan tetapi juga hendaklah kelihatan dilakukan.

Rang undang-undang ini juga diharap mampu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan serta meningkatkan tahap profesionalisme badan kehakiman. Kesungguhan badan kehakiman untuk memastikan keadilan dicapai dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang telah dilaksanakan. Usaha ini telah menampakkan pelupusan kes-kes pada kadar yang mengagumkan tanpa menjejaskan keadilan di dalam tempoh yang singkat.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2005, Perkara 125, fasal (3A) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi mewujudkan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Persekutuan untuk mengendalikan kes-kes berkaitan pelanggaran Kod Etika Hakim ini. Sehubungan itu adalah menjadi satu kewajipan pada hari ini untuk ditubuhkan sebuah badan yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Etika Hakim bagi memenuhi pindaan tersebut.

Sekian Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi kuasanya dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 12:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rang undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim Tahun 2008. Ada di bawa di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengadakan satu kod etika mengenai hakim-hakim. Akan tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah kenapa satu keperluan untuk mengadakan satu kod etika bagi hakim-hakim walaupun hakim-hakim adalah personaliti-personaliti yang ada integriti dan boleh melakukan self regulation. Tidak ada apa-apa sebab untuk mengadakan satu jawatankuasa atau undang-undang mengenai disiplin ke atas hakim-hakim.

final • 12:39 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Semenjak penjajahan, sampai tahun 1994 tidak ada apa-apa kod etika hakim- hakim. Sekarang ada satu keperluan untuk mengadakan itu. Adakah ini kerana kelemahan integriti, kelemahan kualiti-kualiti hakim-hakim yang dilantik. Tuan Yang di- Pertua, dalam krisis 1988 Tun Salleh Abbas dipecat sebagai Lord President dan masa itu Perdana Menteri adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed. Dengan izin, Tun Dr. Mahathir Mohamed single-handedly destroyed the judiciary. Dalam satu personaliti yang lain, yang bukan hakim tetapi ada pengaruh lebih daripada hakim. Siapa dia Tuan Yang di- Pertua? V K Lingam. Tuan Yang di-Pertua, kelmarin dahulu dalam Mahkamah Rayuan, mahkamah terbuka, V K Lingam ini menyatakan secara umum “I don’t have to act bona fide”, depan tiga hakim dalam mahkamah terbuka.

Apa makna bona fide? Good faith. Seseorang yang tidak bertindak dengan bona fide, boleh dikatakan bertindak dengan mala fide. Apa mala fide? Mala fide iaitu evil intend. V K Lingam ini adalah seorang makhluk yang berbahaya. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, dalam satu laporan dan ini boleh didapati dalam Malaysiakini.

“Blast from the past: Bowman expose on CJ’s holiday. A UK based private investigation agency has raised a number of fresh allegations regarding the New Zealand holiday of Chief Justice, Eusoff Chin and prominent lawyer...” Apa prominent lawyer? He is a crook... [Ketawa] “...V K Lingam in 1994. According to reports prepared by private eye Bowman Investigations, Eusoff and Lingam flew together with their families for their Christmas holiday in New Zealand in 1994.” Ini adalah satu cerita yang lama.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang terbongkar dalam The Royal Commision of Inquiry, lebih daripada setahun setengah sampai hari ini walaupun rekomendasi ada dibuat iaitu V K Lingam ini terlibat dalam brokerage or brokering of judicial appointment.

final • 12:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kita semua ada lihat isi kandungan video tape V K Lingam itu. Terus terang dia dengan kerjasama dengan satu..., masa itu Menteri dalam Kabinet, saya lupa nama dia, “Tengku Adnan” jika saya tidak silap. Mana dia, adakah dia ada di sini hari ini?

Dua-dua ini dengan kerjasama Ketua Hakim Negara masa itu, melakukan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Kanun Hasutan. Kenapa sampai hari ini Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas V K Lingam?

Adakah ini kerana Tun Dr. Mahathir Mohamed sekarang menerajui semula...

”blue-eyed boy” dia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri. Akan tetapi dia mengambil arahan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamed, itu tidak boleh dinafikan.

Adakah V K Lingam mendapat perlindungan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Seorang Peguam Negara harus berani untuk mengambil tindakan ke atas sesiapapun, tidak kira siapa dia. Sekarang seorang Raja pun boleh dibawa ke mahkamah. V K Lingam. Saya merayu kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sekurang- kurangnya di bawah Akta Hasutan kerana apa yang dilakukan oleh dia dan ini ada di dalam pita video itu. Bringing the judiciary into disrepute using the Chief Justice for the purpose of his own advancement in corrupting the judiciary, dengan izin. Itu sekurang- kurangnya ada beberapa undang-undang lain di mana celaka ini boleh dibawa ke mahkamah untuk disabit, dihukum dan dikurung dalam penjara...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, perkataan “celaka” tidak payah guna di dalam Dewan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tidak gunakan pada Yang Berhormat yang lain. Ini ke atas seorang yang sendirinya membuktikan dia orang celaka...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak apa Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa untuk..., saya menarik balik perkataan itu. We get on.., there are other matters of bigger importance which ought to be addressed, dengan izin. Peruntukan dalam kod etika ini yang ada di atas meja sekarang. Ketua Hakim Negara pengerusi kepada jawatankuasa yang dihakimi oleh hakim-hakim yang lain. Tidak ada peruntukan di mana-mana dalam kod etika ini jika Ketua Hakim Negara melakukan satu kesalahan, bolehkah apa-apa tindakan diambil ke atasnya. Tidak ada apa-apa peruntukan, kenapa? Dengan izin, mustn’t the police be policed?

final • 12:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapa satu... Setakat keistimewaan bagi Ketua Hakim Negara? Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa orang Ketua Hakim Negara yang tidak ada mutu. Khasnya Ketua Hakim Negara terkini, Tun Zaki Tun Azmi. Beliau sendiri mengaku beliau seorang corrupt. Saya membuat satu laporan polis ke atas beliau, lebih daripada satu tahun. Sampai hari ini tidak ada apa-apa statement yang direkodkan daripada saya. Kenapa perlindungan diberikan kepada Ketua Hakim Negara? Kerana beliau berkawan karib dengan Najib bin Tun Razak yang melantik beliau menjadi the ‘hatchet’ boy.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, nama yang disebut itu nama Ahli Parlimen Yang Berhormat, Najib bin Tun Razak.

final • 12:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak, Perdana Menteri... Perdana Menteri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita mesti ada penghormatan sedikit.

final • 12:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau seseorang itu tidak boleh dihormati, apa itu penghormatan?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya perlu remind.

final • 12:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak mengapa, saya tidak mahu membuang masa kerana ada masa lima atau enam minit lagi. Saya ada satu kes yang akan saya kendalikan di Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang dan tidak boleh hadir semula ke sini. Kenapa apa yang saya katakan tadi tidak ada apa-apa untuk melindungi Ketua Hakim Negara yang melakukan kesalahan-kesalahan disiplin di bawah kod etika ini.

final • 12:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, jika tidak silap Ketua Hakim Negara ada menyatakan dua hakim diarahkan untuk meletakkan jawatan walaupun kedua-dua hakim ini masih di dalam perkhidmatan. Di manakah kebebasan kehakiman? Jika seorang Ketua Hakim Negara boleh mengarahkan hakim-hakim yang ada, dengan izin, terjamin security of tenure untuk meletakkan jawatan.

Ada atau tidak peruntukan di dalam Perlembagaan? Di mana seorang hakim jika melakukan apa-apa dengan izin,apa-apa misconduct beliau boleh di tribunalized.

Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk menasihati Perdana Menteri supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengambil tindakan ke atas hakim tersebut dengan tujuan untuk memecat daripada jawatan. Kenapa dua hakim ini dipilih dan diarahkan untuk meletakkan jawatan? Ada dikatakan kedua-dua hakim ini tidak mengambil berat tugas-tugasnya, tidak bekerja. Jika itu sebab-sebabnya Tuan Yang di- Pertua, adakah Ketua Hakim Negara sedar bahawa ada beberapa hakim di dalam Mahkamah Rayuan yang tidak menulis alasan kehakimannya dalam masa yang munasabah.

Ada seorang hakim di dalam Mahkamah Rayuan dalam satu kes pengedaran dadah di Kota Bharu, Kelantan. Selepas beliau mensabitkan tertuduh dan memberi hukuman mati sembilan tahun selepas itu beliau tidak membuat apa-apa alasan kehakiman. Si tertuduh itu berada di dalam penjara di bilik akhir menunggu pelaksanaan hukuman mati. Sembilan tahun Tuan Yang di-Pertua. Adakah hakim tersebut yang menjadi lambang keadilan? Sedar apa satu pengalaman dalam memilih hakim. Bukanlah diberi satu atau dua hari, dua bulan, dua tahun, tetapi sembilan tahun.

Bukan beliau sahaja, dalam Mahkamah Rayuan ada yang lain. Ada lagi seorang hakim yang berada di Mahkamah Persekutuan sekarang, tidak menulis alasan penghakiman di dalam 15 rayuan. Apakah ini Tuan Yang di-Pertua? Kenapa ada hakim-hakim seperti ini di dalam badan kehakiman? Sebabnya amat terang, personality, dengan izin, yang harus dilantik sebagai hakim tetapi tidak dilantik. Kriteria yang digunakan sekarang Tuan Yang di-Pertua ada satu kriteria yang tidak boleh dipertahankan.

Jika ada satu kriteria di mana, dengan izin, high standards are expected, are necessary, tidak boleh ada keadaan di mana ada satu badan kehakiman yang lemah.

Doctrine separation of powers..., the judiciary, dengan izin, is the third arm of the government. The first is the executive, the legislative and then we have the judiciary...

The third arm of the government, but a weak arm, dengan izin.

Tidak susah untuk mengadakan kod etika, jika ada hakim-hakim yang lemah.

Apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, kod etika yang diadakan sekarang dan yang diadakan dalam tahun 1994 kali pertama pada masa itu atas sebab-sebab kehakiman yang lemah. Bagi jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, siapa yang menjadi pengerusi? Pengerusi adalah Tuan Yang di-Pertua, Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara menentukan selepas satu aduan dibuat dengan bertulis kepada beliau ke atas seorang hakim untuk mengadakan satu enquiry. Tuan Yang di-Pertua, Ketua Hakim Negara akan menjadi pengerusi untuk jawatankuasa ini. Bolehkah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang, adakah beliau mempunyai mutu dan standard yang mencukupi untuk mempengerusikan jawatankuasa ini?

Akan tetapi tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua, ada juga beberapa orang hakim yang baik di dalam badan kehakiman. Bukan semuanya tidak bermutu, ada yang baik. Tuan Yang di-Pertua ada menerima dan itu adalah baik untuk badan kehakiman.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh kerana saya ada satu kes. Akan tetapi saya akan berikan kepada Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan..., habiskan!

final • 12:50 PM

Tuan R.Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kalau hendak dua, tiga minit yang lain?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh. Kena tangguh Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan R.Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak boleh? Baik, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah duduk, duduklah dahulu... [Ketawa]

final • 2:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Permatang Pauh pun duduk juga.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh pun duduk. Ya, tadi saya difahamkan Yang Berhormat Bukit Gelugor yang berucap, tetapi beliau tidak ada berucap. Jadi, kalau daripada sebelah kiri, biasanya yang kita buat Yang Berhormat Permatang Pauh tahu, sebelah kananlah. Walaupun hati saya tadi bukan lagi tergamit, terdesak hendak panggil Yang Berhormat Kubang Kerian, tetapi prosedur kita sudah begitu. Jadi, sebelah kanan ada. Okey, Yang Berhormat Batang Sadong. Selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang- undang ini. Saya sebenarnya menyokong pembentangan rang undang-undang ini kerana ini menunjukkan kesungguhan kerajaan.

Kalau kita rujuk pada sesi yang lepas, kita telah meluluskan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang melibatkan ahli- ahli panel untuk melantik para hakim. Dari sini kita nampak usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kekuatan, kewibawaan ataupun sanctity, dengan izin, institusi kehakiman ini.

Jadi, saban hari kita melihat kerajaan membawa perubahan dan penambahbaikan untuk masyarakat, termasuk institusi kehakiman demi kepentingan orang awam dan juga demi kebebasan institusi kehakiman dalam melaksanakan kerja- kerja mereka.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita menampakkan lagi satu usaha kerajaan yang juga ingin memperkuatkan lagi institusi kehakiman ini agar ia menjadi satu institusi yang terhormat, yang memberi kebebasan kepada pihak kehakiman. Jadi, setiap hari kita membawa perubahan agar ia boleh mempengaruhi masyarakat bahawa institusi kehakiman ini memang menjalankan tugas mereka, diberi kebebasan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Inilah tujuan kita pada hari ini dan pada hari-hari yang kita berada di Parlimen ini untuk membincangkan mana yang terbaik, di mana kalau kita hendak membawa pindaan kepada mana-mana undang-undang, kita diberi peluang untuk memperbaiki ataupun memberi komen terhadap apa juga undang-undang yang ada termasuk undang-undang ini. Kalau kita rujuk kepada kes-kes mahkamah misalnya, kalau kita perhatikan, kalau kita baca dari akhbar setiap hari, kita nampak dengan jelas di mana hakim-hakim menjalankan tugas mereka secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak.

Saya merujuk kepada satu kenyataan media SUHAKAM, dalam tajuknya biar saya baca di sini. “Suhakam Welcomes the Release of RPK. The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)…” dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “…welcomes the release of blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) today, whom the court ruled that his detention under the ISA was illegal. SUHAKAM respects the integrity and impartiality of the court in handling this case which also proves the court’s positive view in protecting human rights”.

Di sini, kita melihat sedangkan SUHAKAM juga mengiktiraf tentang kesahihan ataupun integriti institusi kehakiman ini. Jadi, kita berharap agar masyarakat sekeliling ataupun rakan kita di sebelah sana, janganlah kita lagi membuat isu melalui kes-kes mahkamah ini, di mana dinyatakan sering kali kita mendengar di mana pihak kehakiman ini dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tertentu. Jadi, saya berharap dengan adanya...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon laluan.

final • 2:33 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

...Rang undang-undang ini, kita ... Ya, sila.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Tadi disebut bahawa jawatan kehakiman iaitu satu jawatan yang mulia dan penuh dengan integriti. Cuma, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat.

Suruhanjaya Kehakiman bertindak membuka iklan, mengiklankan jawatan- jawatan kosong bagi jawatan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi ini. Biasanya, pelantikan adalah di atas kenaikan pangkat dan juga disemak, diteliti dari segi perkhidmatan dan juga integriti seseorang hakim tersebut. Apakah pandangan Yang Berhormat, apabila jawatan ini diiklankan ia boleh menjejaskan kredibiliti dan juga integriti kehakiman itu sendiri? Terima kasih.

final • 2:33 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau kerana bertanyakan soalan tersebut. Walaupun saya bukanlah authority yang harus menjawab mengenai integriti, tetapi sekurang-kurangnya kita melihat proses yang dipertingkatkan oleh kerajaan pada masa ini. Usaha kerajaan untuk memberi impak kepada institusi kehakiman ini, di mana kalau melalui interview tersebut, kita boleh membuka ruang, kita telah mengamalkan apa yang kita nyatakan transparensi dari segi proses pemilihan ini.

Jadi, saya rasa, ini secara peribadi saya memberi pandangan saya, dari segi integriti kita boleh melihat dari segi kredibilitinya, melalui credential dia dalam permohonan mereka, kita boleh melihat dari segi kelayakan mereka dan juga pengalaman mereka. Cuma, dari segi keperibadian tersebut, itu terpulanglah kepada masing-masing yang telah diberi peluang.

Jadi, sekurang-kurangnya kerajaan telah memberi peluang melalui proses yang secara telus, melibatkan lebih ramai lagi mereka dari graduan undang-undang ini untuk terlibat dalam institusi kehakiman supaya tidak lagi dinyatakan kerajaan kita adalah satu kerajaan yang begitu mengawal ataupun kalau dalam rumah tanggalah dikatakan queen control. Jadi, ini tidak lagi berlaku di peringkat kerajaan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini agar ia memberi lebih semangat lagi kepada mereka dalam golongan kehakiman untuk melibatkan diri dalam dengan izin, position kehakiman ini. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan juga keizinan kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang pada perhitungan dan perkiraan saya sangat penting untuk mengembalikan zaman kecemerlangan dan keagungan sistem kehakiman dalam negara kita yang pernah dikecap suatu waktu dahulu. Untuk sekian kalinya, saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua untuk menegaskan bahawa hakim-hakim ini adalah merupakan individu-individu dalam sistem kehakiman negara yang sangat berperanan untuk menegakkan keadilan khususnya di dalam negara kita.

Sekiranya mereka tersilap ataupun mereka tersalah di dalam membuat perhitungan, maka kesannya amat besar dan implikasinya terhadap orang awam. Apa yang lebih penting daripada itu adalah maruah ataupun integriti negara itu sendiri akan dicemari dan akan menjadi bahan ketawa oleh masyarakat tempatan dan juga masyarakat antarabangsa. Hakim-hakim berperanan untuk menegakkan keadilan, itu tugas dan tanggungjawab mereka dan suka untuk saya mengatakan pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini bahawa bidang kehakiman ini tidak sama dengan bidang- bidang yang lain. Kalau dalam bidang perubatan dan kesihatan contohnya, kalau rakyat tidak berpuas hati dengan seorang doktor pakar ataupun ubat yang diberikan untuk menyembuhkan penyakit mereka, rakyat dalam negara ini masih ada pilihan iaitu mereka boleh memilih doktor pakar daripada syarikat swasta ataupun mereka boleh memberikan ganjaran wang mereka untuk mendapat sistem perubatan yang lebih baik untuk menjamin masa depan kesihatan mereka.

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek perundangan, kehakiman dan mahkamah, rakyat tidak ada pilihan. Itulah dia mahkamahnya, itulah dia hakimnya, tidak ada mahkamah swasta, tidak ada hakim swasta yang rakyat kalau merasakan mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, mereka tidak ada pilihan. Maka itulah yang ada di hadapan mereka.

Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kita akan terus berjuang untuk menegakkan integriti sistem kehakiman dalam negara kita. Kita mahu melihat bahawa hakim-hakim yang dilantik ini benar-benar berperanan dan mereka ada suatu kod etika sebagaimana yang dibaca oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sewaktu membentangkan bacaan kali kedua rang undang-undang ini yang ada menyebut dengan jelas bahawa di antara tujuan Jawatankuasa Kod Etika ini adalah untuk mengawal selia dan memastikan bahawa para hakim kita akan dapat untuk berdiri sebagai seorang individu yang menegakkan keadilan dalam kes-kes yang akan dibawa di hadapan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, satu persoalan yang wujud dalam kotak pemikiran kita di sini bagi mewakili rakyat. Adakah isu yang melibatkan salah laku hakim ini suatu hearsay, dengan izin. Adakah isu-isu yang dibicarakan tentang salah laku hakim ini suatu andaian, hanya satu cerita-cerita yang mungkin retorik sifatnya ataupun dipolitikkan sifatnya, adakah itu sebenarnya?

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, apabila rang undang-undang ini dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini, sudah cukup untuk menjadi satu hujah. Perlunya satu kod etika yang paling tidak pun semua pihak berpandangan bahawa mesti ada suatu tatacara, suatu proses penyeliaan akhlak, tingkah laku para hakim ini supaya mereka paling tidak akan dapat diukur prestasinya, performance nya. Sekiranya mereka melakukan salah laku, akan dapat dikendalikan oleh kod etika ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada banyak penulisan-penulisan sama ada yang berbentuk ilmiah ataupun pembicaraan dalam dunia politik sebagai contohnya. Saya suka untuk menyatakan bahawa dalam sejarah wujudnya tamadun manusia ini, kod ataupun perilaku etika hakim ini adalah suatu perbahasan yang telah bermula ratusan tahun lamanya. Kalau kita lihat sendiri dalam perbahasan Parlimen yang selalu kita rujuk, House of Common sebagai contoh. Ia telah melalui satu proses yang cukup panjang, yang lebih panjang masanya daripada Parlimen dalam negara kita.

Maka oleh itu kalau kita membicarakan tentang salah laku hakim ini, ia bukan sekadar berlaku dalam negara kita tetapi ia telah berjalan begitu panjang dan ceritanya telah menjadi sebahagiannya sebagai hujah dan mengapa sesuatu peristiwa itu di atas konsep ataupun yang dikenalkan sebagai dengan izin, the law of cause and effect.

Bagaimana sebab musabab itu terjadi dan maka dengan sebab itulah perbahasan itu dinukilkan ataupun dicatatkan dalam bahan sejarah ataupun dalam perbahasan akademik ataupun dalam pembicaraan seterusnya tentang pembangunan keadilan manusia itu sendiri.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di dalam isu ini, saya suka untuk memetik beberapa pandangan bahawa perbahasan tentang tingkah laku hakim ini bukan sesuatu yang hanya bersifat politik, tidak. Sebagai contoh dalam tulisan Profesor L A Sheridan, pengasas dan dekan pertama fakulti undang-undang di Universiti Malaya Singapura dalam bukunya yang bertajuk, “The Constitution of Malaysia”. Dalam perbahasan ini saya meneliti bahawa adalah satu perkara yang memang sukar dalam kes-kes yang tertentu untuk seseorang hakim itu memisahkan dirinya ataupun dia akan terperangkap ataupun dia akan terjebak dalam mana-mana isu ataupun perkara-perkara yang melibatkan kes-kes yang datang di hadapan mereka.

Maka dengan itu memang perlu kepada satu kod etika, perlu kepada satu pengawalseliaan supaya hakim-hakim ini paling tidak pun mereka akan merasakan ada suatu etika yang akan mengawal mereka. Demikian juga pendapat Lord Hailsham, bekas Lord Canselor di United Kingdom yang juga bersetuju dengan pandangan Dr. L A Sheridan tadi bahawa dalam banyak kes yang khususnya melibatkan hakim-hakim dalam dunia ketiga yang telah menjadi suatu perbicaraan yang begitu panjang di mana keputusan-keputusan di mahkamah-mahkamah negara ini selalunya tidak boleh terlepas daripada unsur-unsur campur tangan politik, unsur-unsur kumpulan masyarakat yang berpengaruh dan demikian juga unsur-unsur politik wang yang akan menyebabkan runtuhnya nilai integriti yang dimiliki oleh para hakim ini.

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Maka dengan sebab itulah kita melihat Tuan Yang di-Pertua, pandangan juga diberikan oleh Profesor Griffith dalam bukunya bertajuk, “The Politics of the Judiciary”.

Juga satu buku ditulis bagaimana terdapat kes-kes tertentu, dalam sistem kehakiman itu juga terdapatnya politik-politik tertentu yang semuanya ini menggambarkan bahawa siapa pun yang akan berbicara tentang kes hakim ini, ianyalah bukan satu perkara yang dibawa-bawa, direka-reka, satu perkara yang andaian semata-mata tetapi telah menjadi satu perbahasan yang cukup panjang dalam sejarah tamadun manusia itu sendiri.

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Maka dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua harus diingat bahawa sistem kehakiman ini ialah satu sistem yang tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa ada sokongan daripada institusi-institusi yang lain, yang mendukung kepada pembangunan sesebuah tamadun ataupun manusia itu sendiri. Sistem kehakiman adalah sebahagian daripada negara dan manusia itu sendiri, tetapi dia mesti juga hidup dalam suatu persekitaran yang membina, yang membantu.

Sekiranya apa yang wujud dalam negara tersebut masyarakatnya, nilai tamadunnya, etikanya, susilanya amat tinggi dan masih terpelihara, maka ia akan melahirkan suatu bentuk atau suatu persepsi umum yang meyakinkan dan terbentuklah integriti di dalam sistem kehakiman dalam mana-mana negara itu. Maka dengan sebab itulah banyak perbicaraan tentang nilai, susila budaya ini dan di antaranya ialah apa pernah disebut dalam suatu tulisan yang saya sebut di sini sebagai apa yang dikatakan, the lost of common decency in human culture.

Apabila runtuhnya nilai susila, apabila runtuhnya etika, apabila sesuatu yang aib itu, yang menjijikkan itu menjadi sanjungan ataupun dalam satu masyarakat dan negara itu yang dianggap suatu kesalahan ataupun mereka yang melakukan kesalahan itu disanjung, dijadikan selebriti. Ini adalah satu petunjuk yang jelas dalam perbicaraan ini, bahawa apa yang penting adalah nilai yang ada dalam suatu masyarakat itu juga turut mendukung.

Sistem politiknya, sistem sosialnya, pengagihan ekonominya dan apa juga yang terkandung sebagai elemen-elemen mendukung dalam sistem itu juga akan mencerminkan ketinggian integriti sistem kehakiman itu. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua apabila kami di pihak yang ada di sini membawa isu-isu ini, ini bukan bermakna kita sentiasa terikat dan terkongkong dalam retorik politik walaupun kita adalah orang politik. Tuan Yang di-Pertua juga pernah hidup dalam dunia politik ini mungkin faham bagaimana sukarnya untuk kita memisahkan diri kita dalam isu yang melibatkan apa juga tentang isu politik dan negara.

Isu pemecatan Tun Salleh Abas. Ini bermulanya yang dikatakan suatu watershed suatu permulaan, di mana kita banyak membaca tentang tesis-tesis yang ditulis, perbicaraan dalam jurnal-jurnal undang-undang sama ada tempatan ataupun luar negara. Ia suatu milestone di mana berlakunya suatu krisis kehakiman yang begitu ketara, yang menjolok mata, yang secara tidak langsung melibatkan integriti negara.

Isu yang terpaksa akhirnya ditubuhkan satu suruhanjaya diraja tentang video Lingam. Ini bukan rekaan daripada pihak sini, ini bukan satu tragedi yang disandiwarakan untuk berlaku dalam tanah air kita, percutian luar negara, para-para peguam dan hakim. Ini real, ini benda yang berlaku. Kenapa ini semua berlaku?

Kenapa ini berlaku disebabkan ia juga tidak boleh berlaku dengan sendirinya melainkan masyarakat dalam negara ini.

Tekanan-tekanan yang pressure group daripada masyarakat tidak lagi begitu kuat yang mungkin akan menganggap apa yang berlaku ini ialah suatu biasa-biasa sahaja. Decency nya telah hilang, pupus, mereput dan akhirnya akan tegaklah individu- individu yang mungkin disanjung pada zahirnya. Akan tetapi tidak memberikan suatu keuntungan kepada negara, bangsa ini dalam jangka masa yang panjang. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil contoh.

Kadang-kadang kalau kita hendak melihat orang lain memilih pemimpin mereka. Baru-baru ini kita membaca suatu tulisan selepas kematian Senator Edward Ted Kennedy. Ia dianggap seorang yang lahir daripada keluarga yang tersohor, abangnya ialah bekas Presiden Amerika Syarikat, seorang senator yang begitu banyak pandangannya, yang menjadi perbahasan-perbahasan penting, dianggap seorang negarawanlah. Beliau telah meninggal dunia, telah mati.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi ada satu tulisan yang saya cukup tertarik bila mengulas kematian beliau ini ialah kenapa begitu hebat Senator Edward Ted Kennedy ini, tetapi dia tidak boleh, dia tidak sampai untuk menjadi seorang Presiden Amerika, kenapa? Bila saya membaca tulisan itu terungkaplah satu cerita yang saya merumuskannya dengan penuh tanggungjawab itulah dia integriti. Pada satu malam sewaktu beliau berada di sebuah pulau peranginan yang indah, Pulau Shafique Deck.

Pada malam itu beliau memandu sebuah kereta dan keretanya masuk terjatuh dalam sebuah parit besar. Dia berjaya menyelamatkan dirinya dan membuat laporan polis. Pada esok hari polis pergi menyiasat dan mengangkat kereta tersebut tiba-tiba ada seorang wanita dalam kereta tersebut. Jadi...

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Hendak bercakap bangunlah.

Hendak debate bangunlah. Tuan Yang di-Pertua isunya ialah bila diangkat kereta tersebut ada teman wanitanya. Bagi masyarakat barat mungkin masalah ada teman wanita atau tidak itu tidak ada masalah bagi mereka, tidak ada halal haram bagi mereka. Akan tetapi perbahasannya, isunya adalah dia tidak bertanggungjawab, kenapa? Semasa dia membuat police report itu, dia tidak mengatakan ada seseorang bersama dengan dia. Itu isunya Tuan Yang di-Pertua.

Itulah integriti. Itulah dia satu nilai yang mungkin masih ada di barat di dalam persimpangan yang begitu besar tentang akhlak dan moral Barat. Akan tetapi itu yang masih wujud. Bermakna rakyat Amerika tidak akan menerima seorang presiden yang ada nilainya begitu. Bill Clinton sebagai contoh dia jatuh kerana dikatakan dengan buku yang telah ditulis tentang skandalnya dengan Monica Lewinsky sebagai contoh. Bukan masalah hubungan itu kerana pada hari pertama dia ditanya oleh para wartawan ada hubungan atau tidak, dia kata tidak ada.

Isunya ialah dia berbohong. Bohong itu dianggap tidak berintegriti. Jadi saya merasakan dalam sistem nilai yang ada pada hari ini perlu kita melihat kepada negara ini sendiri dan tanggungjawab Parlimen ini sendiri supaya kita dapat memberikan suatu sumbangan. Bahawa untuk menegakkan sebuah sistem kehakiman dengan hakim- hakimnya yang berwibawa, yang berintegriti ini adalah suatu perkara yang tidak boleh kita pandang remeh tentang isu-isu integriti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpandangan sebagaimana rakan-rakan yang lain tadi bahawa ada ramai para hakim. Ada ramai para hakim dan ada lagi ramai yang mungkin dilantik menjadi hakim ini yang ingin bekerja, bertanggungjawab dengan penuh ikhlas dan berwibawa kepada negara. Ini kita raikan. Kita mahu kumpulan ini menjadi satu kumpulan yang akan menegakkan kembali integriti dalam sistem kehakiman kita. Akan tetapi bagi mereka yang telah, bagi mereka yang disabitkan atau bagi mereka yang dicemari dengan isu-isu yang boleh meruntuhkan integriti ini kita mengharapkan tindakan akan diambil kepada mereka.

Adakah cukup untuk kod etika ini yang akan kita bahaskan pada hari ini, dan yang akan kita luluskan pada hari ini mampu untuk mengembalikan zaman gemilang ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Saya cukup terkesan Tuan Yang di-Pertua apabila kita melihat bagaimana kita terpaksa berhempas-pulas membuat satu kesilapan dahulu memecat para hakim kemudian berhempas-pulas pula berdebat di sini dalam sesi yang lepas tentang isu pampasan kepada para hakim pula. Kenapa ini mesti berlaku? Berbahas pula berapa jumlahnya. Mula-mula tak hendak beritahu, akhirnya beritahu. Kenapa semua ini boleh berlaku? Masa memecat itu juga memalukan negara, masa hendak beri pampasan itu juga kita melihat ini satu yang memalukan negara. Ini melibatkan para hakim. Hakim- hakim dalam negara kita.

Jadi oleh itu saya mengharapkan supaya di atas beberapa pandangan yang saya telah ajukan sebentar tadi kita harus sama-sama berdiri sebagai satu elemen yang terpenting dalam mengembalikan sistem kehakiman dalam negara kita dan kita mengharapkan apa pun kod etika yang akan dibentangkan, yang akan disediakan, yang akan dikuatkuasakan ke atas para hakim ini ia memerlukan dukungan dan yang penting adalah morale decency. Kembalilah kita kepada kekuatan kita untuk kita mengangkat semua institusi ini supaya ianya akan dapat memberikan keadilan kepada semua pihak dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, beri ketua bangun dahulu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Ini ada kaitan dengan soalan saya hari pertama sidang Parlimen ini menyentuh tentang isu integriti institusi-institusi utama dalam negara kita dan kita dapati dalam jawapan Timbalan Menteri masih dalam sindrom penafian.

Etika ini ada kaitan dengan integriti dan saya juga agak dalam keadaan yang lebih sukar kerana berdiri di sini membahaskan isu hakim dan seperti mana ramai teman saya di Pakatan Rakyat sentiasa terpaksa berdepan dengan hakim. Kita akui tidak semua hakim yang tercemar dengan isu perilaku yang salah menjadi boneka ataupun rasuah dan ramai yang mempunyai integriti tetapi yang kita bicara pada hari ini ialah soal sistem salah satu tunggak utama dalam Perlembagaan Negara kita. Yang kita bicara hari ini etika hakim adalah satu isu yang ada kaitan dengan Perlembagaan Negara.

Saya juga hendak rujuk kepada jawapan bertulis semalam oleh Menteri berkaitan dengan isu yang heboh selama hampir satu dekad atau lebih iaitu jawapan Menteri kepada Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Bagan, tentang tindakan ke atas syor-syor Suruhanjaya Diraja mengenai Pita Lingam. Jawapannya bahawa Peguam Negara dapati tidak ada kes dan tidak ada pendakwaan yang perlu.

Tuan Yang di-Pertua, yang menganggotai suruhanjaya yang diangkat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinet ini bukan bertaraf budak suruhan.

Mereka terdiri dari kalangan pemuka yang mempunyai pengalaman yang besar termasuk pengerusinya Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Pendaftar kemudian Hakim Mahkamah Persekutuan. Mereka dalam laporan suruhanjaya itu menyatakan laporan itu terperinci menemu duga semua yang terlibat tetapi yang ternyata yang terlibat itu semua tokoh besar. Bekas Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan peguam ini.

Apakah mungkin kita hendak bicara soal etika hakim yang dipertahankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat? Serta kewibawaan hakim apabila hakim didapati oleh suruhanjaya termasuk Ketua Hakim Negara bersubahat, bersekongkol menjadi alat perkakas kepada peguam Datuk VK Linggam dengan rekod yang sedemikian dan peguam Datuk VK Linggam untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua bukan perkara baru. Berkait dalam Laporan Perwaja, audited Pricewaterhouse Report, tentang claim dia yang exorbitant, yang berlebih lipat ganda. Kemudian dalam kes Ayer Molek.

Jadi ada yang mengatakan ini kes lama tapi ini saya jelaskan jawapan semalam maknanya bongkarlah, keluarkanlah apa bahan pun, tubuhlah suruhanjaya, gambar video keluar pun masih dalam sindrom penafian. Kata Datuk VK Linggam, looks like me, talkes like me, probably walks like me but that is not me. Ini ingatkan saya lagu P. Ramlee look like an angel, talk like an angel but you are devil in disguise.

final • 3:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Elvis Presley.

final • 3:02 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Elvis Presley, Tuan Yang di- Pertua ingat ya? Jadi kalau begitu apakah dengan wujudnya etika ini akan ada political cloud, political will untuk mengambil tindakan? Serah balik kepada Peguam Negara.

Peguam Negara dengan rekod dan integritinya untuk siasat dan semuanya pass.

Walaupun laporan itu Laporan Suruhanjaya Diraja dengan jumlah anggota ahli-ahli yang dianggap oleh kabinet paling kanan dalam dunia kehakiman dan laporan ahli-ahli yang paling kanan dalam dunia kehakiman dianggap tidak berharga kerana Peguam Negara mengatakan no case, no further action. Ini bukan rules of law. Ini law of the jungle.

Yang Berhormat Bukit Gelugor menyebut tentang Bowman Investigations Report, dengan izin, a UK based private investigation agency has raised a number fresh allegations regarding the New Zealand holiday of Chief Justice, Tun Mohd Eusoff Chin and prominent lawyer Datuk V K Linggam in 1994. Bangkit lagi tahun 2009. Ini tersebar di seluruh dunia. Tanya kerajaan, tanya peguam negara no case, no evidence because ternyata Datuk V K Linggam seorang peguam yang maha berkuasa. Jadi letak etika. Sebab itu orang kata kalau hendak menang kes jangan kira fakta dan jangan kira undang-undang, kira lawyer sahaja, peguam dan hakim.

final • 3:02 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan ini fitnah. Ini pandangan yang serong walaupun tidak disebut dengan begitu nyata tapi Yang Berhormat Batang Sadong pun kata kita harus positif. Janganlah singgung, janganlah pertikaikan dan Yang Berhormat Sri Gading sebut janganlah bohong dan fitnah dan hakis keyakinan dengan sengaja. Sebab itu saya memilih di sini untuk menyebut berdasarkan fakta bukan sahaja kenyataan saya. Bukan soal tadi disebut Yang Berhormat Kubang Kerian pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas tahun 1995, kes Insas Berhad, dan Anor versus Ayer Molek Rubber Company Berhad yang melibatkan peguam Datuk VK Lingam dan rumusan, something is rotten in the House of Denmark. Court in Hamlet kerana bangunan Denmark pada masa itu tempat Mahkamah Sivil bersidang. Oh, tidak mengapa itu lama.

final • 3:02 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kemudian skandal percutian 1995. 1996, Hakim Dato’ Ahmad Aidid pernah datang menemui saya dan membawa surat itu kepada Perdana Menteri kerana tuduhan salah laku dan rasuah. Sebanyak 112 tuduhan terhadap hakim-hakim, 39 tuduhan rasuah, 21 tuduhan salah guna kuasa, 52 tuduhan salah laku misconduct dan amalan tidak bermoral. No further action.

2007, rakaman video klip. Tuan Yang di-Pertua ingat bila saya dedahkan kali pertama, saya diserang dengan begitu kuat oleh Menteri-menteri mengatakan, “Ah! Ini satu lagi penipuan dan fitnah.” Akhirnya suruhanjaya ditubuhkan. Alhamdulillah dengan segala tekanan terhadap suruhanjaya itu disahkan ianya bukan fitnah tetapi nyata dengan bukti dan diusulkan supaya tindakan diambil terhadap tokoh-tokoh yang terlibat.

Sebab itulah jawapannya semalam Yang Berhormat Menteri tidak ada kes.

Akan tetapi yang baru VK Lingam ini, bukan melibatkan hanya Tun Eusoff Chin. Ia melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Haji Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim. Suruhanjaya bagi pengakuan dilepaskan kerana undang-undang negara ini yang sepatutnya satu tetapi ada two sets of laws. Satu untuk orang kaya atasan, satu untuk rakyat dan pengkritik kerajaan. 1Malaysia, dua undang-undang.

Dibangkitkan sekali lagi, ini kenyataan agak bias sebab itu wajar kita teliti kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh orang-orang yang dianggap punyai kewibawaan dalam bidang ini. Tun Suffian, Tuanku Sultan Azlan yang berulang kali menegaskan, Tun Sufian tentunya jauh lebih keras dan juga Tuanku Sultan Azlan.

Tun Suffian pertamanya mengatakan dengan izin, I had predicted that our judiciary would take a whole generation to recover from the assault. Now that more than 12 years have elapsed, I doubt if the judiciary would recover in a generation from today.

Memangnya dua dekad. Judges who joined in downing their bosses or their boss have been rewarded by promotion. Judges who did not have been cowered into silence.

Pidato beliau itu banyak diikuti. Saya tidak bermaksud menambah cuma hendak menyatakan bahawa beliau pernah mengatakan bahawa seandainya begini corak badan penghakiman, beliau tidak sanggup berdepan dalam mahkamah, berdepan mereka apatah lagi sekiranya beliau tidak bersalah.

Tuanku Sultan Azlan Shah tidak sampai dua tahun yang lalu mengatakan di antara lain dengan izin, “the mere existence of court and judges in every ordered society proves nothing. It is their quality, their independence and their powers that matter.” Dia tekankan soal impartiality, dia tekankan soal perception masyarakat tentang terhakisnya kewibawaan dan kewibawaan atau integriti badan kehakiman.

Tuanku Sultan Azlan Shah bukan sahaja sebagai Sultan tetapi juga sebagai bekas Ketua Hakim Negara. Baginda menambah, “It is sad that public confidence in judiciary is based on four evaluating criteria, independent, impartiality, fairness of trial, integrity of the adjudicator”. Ini empat perkara. Bila ditanya bagaimana penilaian? Tuanku Sultan Azlan Shah menjawab, sadly, malangnya I must acknowledge, Beta mengakui, “there has been some disquiet about our judiciary over the past few years and in more recent past. In 2004, I have stated that it grieved me having been a member of the judiciary whenever I had allegation against the judiciary and the erosion of public confidence in judiciary. “ Inilah yang di antara lain menyebabkan kita kata, itulah sebab kita hendak kemukakan etika ini, Jawatankuasa Etika. Ini saya tidak sebut International Bar Association, Centre for the Independent of Judges and Lawyers, International Commission of Juries, Commonwealth Lawyers Association, Union International De Avoca.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi sekarang kata rumusan mereka ialah bahawa powerful executive di negara kita telah mengambil tindakan sehingga mengorbankan ciri-ciri kebebasan demokrasi negara kita. Berikut daripada itu ada beberapa laporan yang dibangkitkan.

Saya tekankan kita boleh tubuh jawatankuasa. Kita boleh sebut dengan nama etika.

Etika itu akhlak. Akhlak ini istilah Quran. Dengan beberapa kekurangan tidak apa kalau kita baiki. Katalah Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri ada kekuatan hari ini, dia boleh bawa pindaan yang bagi satu jawatankuasa etika yang cukup menyeluruh.

Akan tetapi apakah ada keupayaan di pihak jawatankuasa untuk mengambil tindakan yang wajar. Dato’ Param Cumaraswamy dengan track record beliau di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meneliti soal kebebasan hakim, menulis kepada Ketua Hakim Negara Dato’ Mohd Fairuz pada Julai 2007. Laporan kepada Dato’ Abu Kassim, pada ketika itu Timbalan Pengarah BPR. Sampai sekarang tidak ada tindakan.

Saya tidak akan membaca semua rekod-rekod yang saya bawa di sini.

Baru-baru ini timbul krisis Perak. Keputusan hakim dalam isu ini dibahas kerana mempertikai peruntukan Perlembagaan 72(1) yang menyebut dengan jelas, ‘Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana dewan negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Tuan Yang di-Pertua jangan nampak terlalu yakin kerana kalau mahkamah berbuat begini kepada Dewan Negeri Perak, saya bimbang kalau Parlimen juga kebebasan dan integritinya dipertikaikan. Artikel atau Perkara 72(1) Perlembagaan bila dilanggar tidak boleh dipertahankan.

Lord Denning menyebut may not the judges themselves sometime abuse or misuse their power. It is their duty to administer and apply the law of the land. If they should divert it or depart from it and do so knowingly they themselves would be guilty of misuse of power. Maka mengikut Dato’ N.H. Chan umpamanya di antara lain. Dato’ N.H. Chan ini menarik Tuan Yang di-Pertua. Dia yang memutuskan dalam kes Ayer Molek yang memberi satu keputusan yang cukup keras terhadap hakim peringkat rendah dan penyelewengan yang dilakukan atas tindakan peguam VK Lingam yang diselamatkan oleh Peguam Negara dan Kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Jadi kalau ini yang berlaku ke mana kita sekarang? Maka kita berdepan dengan isu kewibawaan sebahagian dari hakim-hakim kanan dan hakim-hakim dan yang diperlukan ialah suatu komitmen yang jelas, yang kita hendak dengar dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Timbalan Menteri uzur sekejap ialah apakah kelulusan Jawatankuasa Etika Hakim ini benar-benar menjamin untuk mengangkat dan menambah keyakinan sistem perundangan dan badan kehakiman yang terhakis?

Sampai bila bukti siapa lagi, hendak tunggu bekas Ketua Hakim Negara berapa orang, Sultan berapa orang dan laporan peringkat antarabangsa berapa banyak untuk meyakinkan kita bahawa something is rotten in the house of Denmark untuk kita ambil tindakan yang sewajarnya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi, ini penegasan yang kita perlukan kerana dalam undang-undang yang kita kemukakan hari ini ada kelemahan yang besar. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bicara soal badan kehakiman dan etika, kita terpaksa melihat beberapa dokumen penting dalam negara-negara yang agak maju, yang mempunyai sistem dan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Maka kita rujuk umpamanya di antara lain, The Bangalore Principles of Judicial Conduct 2002. Ini kerana dipersetujui oleh Ketua-ketua Hakim Negara, dibahaskan dan diterima sekarang sebagai satu dokumen yang cukup penting. Kalau kita ambil daripada sistem perundangan United Kingdom, dia kata mungkin tidak sesuai, ada baiknya disebut Bangalore, kerana sidangnya di Bangalore.

Namun, apa yang ditekankan etika tidak bermakna kalau badan kehakiman itu tidak dapat pertahankan prinsip kebebasan. Etika tidak bermakna kalau kewibawaan hakim-hakim dalam menjalankan tugas itu tidak dapat dijamin. Ini termasuk isu-isu lain yang dirumuskan sebagai propriety, equality, competence and diligence. Ada dokumen yang begini, tetapi apabila kita lihat cadangan, ini cadangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Jangan orang sebut dalam keadaan gawat soal integriti badan kehakiman, jangan tidak ada undang-undang, ada! Maka Menteri pun datang, bagi jaminan dan kita akan tangani dan ada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pun kata, tengok, kita dengar dan kita ambil tindakan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Akan tetapi, ambil ikhtiar sedikit, baca undang-undang kita, fasal-fasalnya berbanding dengan semua peruntukan yang ada di negara-negara yang sudah maju dan pertahankan prinsip kebebasan badan kehakiman ini. Kalau nampak banyak sangat hendak diteliti, termasuk dengan sistem di United Kingdom yang agak terlalu tebal, baca sekurang-kurangnya Bangalore Principles of Judicial Conduct 2002 kerana bagi saya, ia memberikan rumusan yang cukup padat.

Fasal empat dalam peruntukan yang ada sekarang ini, yang memberikan kuasa, bidang kuasa dalam perkara yang berhubung tata kelakuan dan tatatertib semua hakim, selain dari pemecatan. Akan tetapi, jawatankuasa tidak jelas, punyai kuasa menghukum, mengambil tindakan yang wajar kerana sifat jawatankuasa sekadar siasatan dan bukan bentuk perbicaraan. Ini yang disebut di fasal 4 yang agak perlu dijelaskan oleh Menteri.

Apakah jawatankuasa-jawatankuasa terhadap apa-apa salah laku atau pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika Hakim oleh seseorang hakim. Maka penjelasan secara sah menurut undang-undang, saya kira perlu kerana bentuk hukuman, apakah penggantungan tugas, pelucutan keistimewaan, amaran atau denda.

Fasal 8 memaktubkan prosiding jawatankuasa secara tertutup. Apakah dalam semua kes ia harus tertutup? Kalau kesnya itu fitnah atau sengaja mengaibkan atau bukti itu lemah, maka kita tidak mahu menyinggung ia. Apa dalam kes yang cukup nyata, dalam kes sepertimana dalam penghakiman N.H. Chan atau dalam keputusan usul Suruhanjaya Diraja pita rakaman VK Lingam? Apakah prosiding itu juga harus rahsia?

Kita lebih pentingkan keadilan untuk hakim, dan kita persetankan keadilan untuk rakyat. Sistem ini harus telus, saya hanya akui kalau dianggap satu surat layang menyerang hakim, maka kita adakan tribunal secara terbuka. Saya tidak fikir wajar kerana kita harus juga menjaga maruah para hakim, tetapi ia mesti dijelaskan supaya dalam kes-kes yang nyata, tidak ada usaha untuk melindungi.

Fasal 9 adalah mengenai siasatan. Peruntukan dalam rang undang-undang menyebut bahawa prosiding jawatankuasa merupakan satu siasatan mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika yang akan dirujuk kepada Ketua Hakim Negara. Soalnya, mengapa dihadkan secara mutlak kepada seorang Ketua Hakim Negara dalam semua kes? Apakah pula prosedur jika ia membabitkan Ketua Hakim Negara? Walaupun ada disebut tentang tribunal, tetapi tidak dijelaskan.

Fasal 15 tentang keputusan jawatankuasa ini muktamad, tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula atau dibatalkan. Saya kira aneh kerana keputusan jawatankuasa, apatah lagi melibatkan hakim harus memberikan kelonggaran, kebebasan kepada hakim untuk mencabar. Saya tidak fikir wajar untuk kita mengandaikan keputusan itu muktamad kerana tidak boleh berdasarkan pengalaman kita yang banyak dan kenyataan Tun Suffian, Sultan Azlan, puluhan repot bahawa keputusan-keputusan itu masih banyak yang boleh dipertikaikan, apatah lagi dengan bukti-bukti dikemukakan sebelum ini.

Jadi, kebijaksanaan keputusan kita mempertahankan fasal 15 yang menghalang hakim mencabar keputusan, saya fikir tidak wajar dan harus membolehkan mereka mengemukakan rayuan. Mekanisme untuk membetulkan keputusan pincang, penganiayaan atau diskriminatif yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tidak akan ulang. Apakah mekanisme untuk membetulkan kezaliman dan ketidakadilan sedemikian? Menteri boleh tutup mengatakan kita sudah bayar ganti rugi.

Mengapa kita bayar ganti rugi kalau dia tidak salah? Kita bayar kerana pastinya dia sudah diaibkan. Mengapa tidak dipohon maaf dan dibetulkan keputusan itu? Ini yang disebut integriti, bukan sahaja hakim, tetapi melibatkan pemerintah itu sendiri. Tidak bersedia akui bahawa kita telah berlaku curang, membiarkan hakim yang tidak bersalah digugurkan, 15 tahun kemudian datang, bayar ganti rugi sedikit, kes tutup.

Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, selagi asas dan prinsip utama ini tidak dipertahankan, pembahagian kuasa, pengiktirafan hak asasi semua rakyat dan juga suatu peruntukan yang saya minta Menteri memberikan penjelasan. Mengapa kita dalam kerajaan sekarang bimbang sangat untuk mengesahkan ICCPR, International Covenant of Civil and Political Rights? Ini kerana ia juga akan menjamin bukan sahaja integriti para kehakiman, tetapi juga ada kaitan dengan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang berdiri daripada Barisan Nasional?

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Berdiri]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada? Saya bagi laluan kepada BEBAS, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Saya mengingatkan diri saya kepada Artikel 127 Perlembagaan Negara bahawa kita di Dewan Rakyat ini tidak boleh menyentuh batang tubuh hakim kecuali jika ada motion - usul dua pertiga untuk perbahasan yang lebih mendalam sehingga boleh kita menyentuh batang tubuh hakim-hakim.

Tuan Yang di-Pertua, kita bernasib baik sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh kerana di Dewan Rakyat ini sedikit sebanyak kita ada imuniti di mana kita boleh bercakap dan percakapan kita agak menyeronokkan sebab kita nampak kesilapan- kesilapan orang lain dan kita jarang nampak kesilapan kita. Orang yang kita nampak kesilapan itu tidak ada di Dewan ini, lagi seronok kita bercakap. Jadi, inilah kelebihan dan keistimewaan kita menjadi anggota Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun saya juga mengingatkan diri saya, Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan percakapan kita ini dirahmati oleh Allah SWT dan yang benar ataupun yang betul, Allah sahaja yang tahu dan mudah-mudahan Allah Taala akan membantu mereka yang benar, sesungguhnya benar sebab Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim ini saya ada dua perkara penting untuk mendapat perhatian pihak kerajaan.

Dulu, sebelum ini kita sudah wujud satu Akta 695 – Judicial Appointment Commission Act 2009 yang kita harap akta yang diluluskan ini menjadi pemangkin ke arah peningkatan integriti sistem kehakiman negara kita, alhamdulillah. Yang buruk sebelum ini sudah berlaku kita harap keadaan yang lebih baik di hadapan. Jadi, yang buruk berlaku sebelum ini kita tidak dapat buat apa. Cuma kita harap kebaikan di masa hadapan.

Dengan bertambahnya lagi etika hakim ini saya percaya ia akan bertambah baik. Akan tetapi apa pun kita tahu hal kedudukan hakim ini sama juga dengan kita di Parlimen, ada juga keistimewaan. Oleh sebab itu ada Contempt of Court dan macam- macam bila sebut hal kehakiman ini.

Saya hendak tanya pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua, saya bacakan. Saya baca semalam. Sebenarnya tadi saya hendak pergi ke balai polis, hendak buat laporan polis. Ini saya hendak baca. Saya melayari website Majlis Peguam... [Sambil meneliti satu dokumen] Mata pun sudah tidak berapa nampak.

www.malaysianbar.org.my. Saya jumpa dua surat pekeliling. Satu bertarikh 25 Ogos 2009 dan satu lagi bertarikh 28 September 2009, berbentuk circular. Pada 25 Ogos circular 242/2009, 28 September 2009 circular nombor 264/2009 ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Peguam, George Varughese. Surat pekeliling ini bertajuk “Survey Form for Feedback on Judiciary (the form).” iaitu tajuk yang pertama “No Requirement to Provide the Identity of Members Submitting the Form” dengan izin. Yang kedua, “Survey Form for a Feedback on Judiciary. The Form Extension to 30th November 2009,” dengan izin, di mana disertakan sekali satu borang kaji selidik mengenai batang tubuh hakim-hakim. Di mana semua ahli Majlis Peguam boleh mendapat borang kaji selidik ini melalui website dan boleh membuat kaji selidik ini tanpa memberi apa-apa nama sekalipun. Maka, mereka anggap ini satu perkara yang sulit.

Antara kaji selidiknya, saya baca, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, Tuan Yang di-Pertua seorang peguam.

  1. Legal Ability;

(a) General proficiency in the law

(b) Knowledge and proper application of the rules of procedure

(c) Knowledge of the file

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

(d) Analytical skills

(e) Intellectual ability 2. Impartiality.... Ada pula a, b, c, d, e. Yang (c) ini treats parties equally regardless of:

(i) race;

(ii) sex;

(iii) economic status; and

(iv) political affiliations.

Macam-macam lagi. Last sekali komen. Saya mentakrif kaji selidik ini adalah satu perbuatan yang salah. Malah saya boleh sebut tindakan yang agak kurang sopan dan saya anggap ia biadab bertentangan dengan undang-undang. Saya hendak baca, Tuan Yang di-Pertua. Baru undang-undang yang kita lulus di bawah Judicial Appointment Commission Act 2009. Saya hendak tunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua.

2009 Fasal 5, Artikel 34 kalau tidak silap saya iaitu, “Tidak boleh mana-mana pihak cuba mempengaruhi pelantikan hakim-hakim.” Ini ada dalam undang-undang – baru sahaja kita lulus.

Apakah Majlis Peguam? Majlis Peguam yang dipimpin oleh mereka yang dikata “learned council” yang begitu berpengalaman, yang tahu jelas dalam undang- undang ini tetapi mereka sudah membuat survey yang kepada saya cuba mempengaruhi pelantikan hakim-hakim dan borang ini boleh disalahgunakan.

Cuba bayangkan Tuan Yang di-Pertua jadi hakim. Saya peguam. Berapa tahun jagung umur saya? Saya kenalkah latar belakang Tuan Yang di-Pertua, ability, knowledge? Kita peguam. Kalau hendak kaji peguam pula macam-macam kita boleh kaji. Jadi, hendak jadi hakim, hendak soal selidik seseorang hakim, kekayaan, harta, kedudukan, kebolehan dan seumpamanya. Ini tidak betul. Ini amat tidak betul sama sekali. Saya hendak minta pihak kerajaan jawab, apakah ini kerajaan restu? Setuju atau tidak perkara ini ataupun apakah tindakan yang akan diambil? Saya tidak teragak- agak sebagai anggota Dewan Rakyat saya akan buat laporan polis. Saya akan buat.

Ini sebab saya bercakap saya ikut undang-undang dan terpulang kepada mahkamah interpret apakah ini perbuatan yang betul. Ini tidak betul sebab ia amat bertentangan kerana cuba mempengaruhi.

Katakanlah ada kes personal, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini dunia internet. Kita kena ambil kira. Dengan kita tengok bloggers, website kita boleh tulis sikit sahaja, hakim ini begini-begini. Ia belum tentu betul atau tidak kita sudah masuk, kita sudah sebar. Maruah orang kita kena jaga – integriti. Kita sudah tahu sekarang ini sudah ada Judicial Appointment Commission sudah ada. Jawatankuasanya sudah dilantik, ada sistem itu untuk mengkaji seseorang hendak dinaikkan pangkat sebagai hakim daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi, kepada Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kita hormat. Memanglah kita tahu dalam mana-mana sistem pun, akhir sekali yang terlibat manusia. Ada seorang bawa lumpur, satu kandang rosak. Akan tetapi tidak bermakna satu orang ini rosak, semua rosak. Namun begitu umumnya kalau seorang bawa sesuatu yang tidak baik, dia boleh melibatkan semua pihak. Jadi kita lihat dalam kes-kes yang spesifik mungkin saya turut bersetuju dengan pandangan rakan-rakan pada hal satu dua hakimkah secara spesifik. Akan tetapi hendak rumus bahawasanya inilah sistem yang kita tolak tidak boleh dipercayai. Saya tidak boleh terima sama sekali. Ini tidak betul. Saya tidak ada kepentingan. Saya langsung tidak ada kepentingan. Saya hendak merujuk kepada kes penderitaan oleh Saiful Bahari.

Saya hendak rujuk. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Nanti. Selepas ini boleh bercakap. Tidak payahlah. Minta penjelasan pun tidak guna. Saya bukan menteri, saya bukan kerajaan.

Hanya setakat for intellectual debate menghabiskan masa saja. So, allow me to speak my mind. Then you can speak after this. Okay, thank you ya. Okey, ya?

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

So, kita tengok kes ini sudah berapa lama berlaku. Kita juga tengok, tangguh demi tangguh dan apa saja ruang yang ada diperuntukkan oleh undang-undang dilayani oleh hakim-hakim. Sehingga sampai sekarang saya baca dalam website, mereka yang membuat pengaduan ini. Saiful ini menderita. Apakah dia tidak ada hak untuk mendapat keadilan? Bukan saya kata dia betul. Tidak. Biar hakim yang membuat keputusan. Jadi kalau ini berlarutan, ini yang kalau kita menyentuh, orang kata nanti tersentuh. Ini ialah segala-galanya politiklah bagi sesetengah pihak. Kita lihat apa yang berlaku sekarang.

Kalau kita tanya, kalau kita soal apakah ini tidak cukup lagi dengan kebebasan? Kehakiman? Sampai ada juga pihak rakyat yang naif Tuan Yang di- Pertua, di luar bercakap ini kerajaan lembik. Ada juga. Namun begitu kita tidak bersuara. Maka sebab itu saya hendak minta pihak kerajaan supaya melalui Peguam Negara macam mana kes ini dapat dipercepatkan. Namun begitu kalau dipercepatkan nanti, di bawah Peguam Negara yang ada sekarang, nanti dia kata ini konspirasi sebab orang ini tidak ada integriti. Jadi habis, jadi confuse. Keliru sama sekali. Termasuklah apa yang dibuat oleh Majlis Peguam ini. Lagi dahsyat ini. Macam-macam lagi soalan, Tuan Yang di-Pertua ini. Macam-macam soalan lagi ini. Esok kalau ada peguam itu personel dengan satu-satu hakim, dia boleh tulis macam-macam lagi. Apa hendak jadi?

Apa hendak jadi kepada negara kita? Apa hendak jadi kepada sistem negara kita ini?

Ini pandangan saya. Tidak apalah. Boleh komenlah. Hendak komen, komenlah. Esok kita bicara depan Allah SWT di Padang Mahsyar. Belum tentu siapa masuk syurga dahulu. Ini bukan soal undi. Ini bukan soal jawatan. Saya cakap benda yang benar. Demi Allah saya bercakap benda yang benar... [Tepuk] Ini saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak pernah mengambil apa-apa kesempatan. Politik, politik. Namun begitu hendak abuse masa di Dewan Rakyat. Saya tidak mahu bagi kuliah, hendak tunjuk pandai. Tidak ada. Saya bangun selalu, straight to the point. Barisan Nasional tidak betul, tidak betullah. Saya tidak peduli. Apa susahnya? Tidak ada perkara. Kita bukan tongkat lagi. Jadi kita kena terima hakikat jangan kita melebih-lebih sangat. Sebab itu saya kata tadi kita bercakap di sini sedaplah. Orang lain tidak ada di sini. Sebab itu saya minta, saya ulang balik ini.

Saya ulang balik bersabit dengan ini dan masih ada dalam website. Saya berharap sangat supaya diambil tindakan cepat. Diambil tindakan cepat sebab saya punya interpretation Tuan Yang di-Pertua, dia melanggar. Hendak kata contempt of court pun boleh, hendak kata melanggar Judicial Appointment Commission pun boleh, hendak kata contempt of court pun boleh.

Hakim-hakim ini sudah pun dilantik. Daripada siapa? Akhir sekali bottom linenya yang menandatangani pelantikan hakim inilah, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ertinya kita sudah tidak hormat. Bukan kepada sistem tetapi kepada Yang di-Pertuan Agong sampai bawah. Jadi macam mana Tuan Yang di-Pertua? Itulah. Sebab itu bila Allah SWT bagi peluang kita berkuasa, ini Barisan Nasional, pemimpin, jaga. Saya ingatkan diri saya. Kita juga individu. Bila Allah SWT bagi peluang kita jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, jadi Timbalan Perdana Menteri, jadi Perdana Menteri, jaga jawatan itu baik-baik. Jaga peribadi baik-baik. Jaga akhlak baik-baik. Bila orang tahu akhlak kita tidak baik, tindakan buruk kita tidak baik, bila ada laporan, jangan kata orang buat fitnah ataupun orang hendak buat konspirasi sebab memang kita jahat.

Itu saya punya pandangan. Apa yang menjadi masalahnya? Saya bercakap benda yang benar. Saya tidak refer kepada sesiapapun. Saya tidak kata kepada sesiapa pun. Saya hanya melahirkan perasaan saya ini untuk diri saya. Untuk diri saya sendiri. Untuk kesedaran saya sendiri. Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak mengambil masa yang panjang. Dua perkara saya sudah sebut. Saya minta yang saya sebut dalam website ini. Laporan kaji selidik oleh Majlis Peguam ini. Satu.

Yang kedua tadi kes Saiful. Walaupun kes urusan mahkamah, saya hanya hendak minta penjelasan kerajaan supaya kalau hendak adil, adil semua. Maknanya semua kes mesti dipercepatkan tidak kira siapa. Sesiapapun boleh pergi bersihkan diri di mahkamah. Bila bersih, alhamdulillah. Kalau tidak kenalah. Ini yang saya hendak bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua. Saya harap hakim-hakim dengan Judicial Appointment Commission, dengan Jawatankuasa Etika Hakim ini, dua dan kita pun tahu baru-baru ini hakim sudah pun naik gaji. Gaji pun sudah naik, kedudukan pun lebih selesa. Kita berharap para hakim di semua peringkat dapat menjalankan fungsi dan amanah bukan sahaja kepada kerajaan dan undang-undang tetapi kepada Allah SWT.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Suara wanita. Yang Berhormat Tawau. Yang Berhormat Tawau.

final • 3:40 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

I must be very fair. Dari tadi kita dengar semua suara lantang dari kaum lelaki.

final • 3:40 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Janganlah pula Speaker dituduh tidak adil. Itu seadil- adilnya.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Sokong! Sokong penuh-penuh.

final • 3:40 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya untuk berbahas Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Izinkan saya menyentuh beberapa isu yang berkenaan. Isu yang pertama.

Dalam beberapa tahun yang lalu, sudah ada beberapa pemindaan Perlembagaan yang diluluskan di Parlimen, yang telah dan akan terus memberi impak kepada kedudukan Sabah dan Sarawak dari sisi Perlembagaan tanpa merujuk kepada Artikel 161E Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum sesi ini, Parlimen telah meluluskan satu rang undang-undang utama iaitu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.Sekarang pula, Parlimen membentangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang akan disusuli dengan suatu visi kod etika yang dikemaskinikan bertujuan menyelaraskan tingkah laku hakim-hakim. Adalah diperhatikan bahawa kedua-duanya iaitu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim bukan pemindaan-pemindaan Perlembagaan, tetapi hanya akta-akta Parlimen.

Adalah difahamkan bahawa tugas utama Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah untuk membuat rekomendasi kepada Perdana Menteri perihal calon-calon untuk dilantik sebagai hakim-hakim atau perihal kenaikan pangkat hakim- hakim sedang bertugas ke mahkamah-mahkamah lebih tinggi.

final • 3:58 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Justeru Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu merupakan sebuah badan yang rekomendasikan akan diikuti oleh Perdana Menteri sebelum nama seseorang calon boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai seorang hakim. Prosedur baru ini berbeza daripada mod yang sedia ada. Pada masa sekarang seseorang dilantik sebagai seorang hakim oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Mesyuarat Raja- Raja. Sebelum memberi nasihat terhadap pelantikan seseorang hakim di bawah fasal 1, jika pelantikan itu adalah ke salah satu Mahkamah Tinggi, maka Perdana Menteri akan berunding Hakim Besar atau Chief Justice mahkamah itu dengan rujukan Artikel 122B, Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks Sabah dan Sarawak, mod baru itu adalah bercanggah dengan peruntukan Artikel 161E(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Artikel 161E(2)(b) of the Federal Constitution States, dengan izin, 161E(2), “No amendment shall be made to the Constitution without the concurrence of the Yang di-Pertua Negeri of the State of Sabah or Sarawak or each of the State Sabah or Sarawak concerned, if the amendment is such as to affect the operation of the Constitution as regards any of the following matters:

(b) the constitution and jurisdiction of the High Court in Sabah and Sarawak and the appointment, removal and suspension of judges of that court;” Malaysia has two High Court system, High Court Malaya and High Court Borneo. Now the High Court of Sabah and Sarawak and both have separate jurisdiction.

final • 3:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah memberi kesan kepada mod pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Akta berkaitan telah bercanggah secara langsung bukan hanya dengan Artikel 122B tetapi khususnya dengan Artikel 161E(2)(b) dalam sejauh mana ia dikaitkan dengan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabar konflik dengan Artikel 122B.

Bagaimanapun jika keadaan ini dibiarkan berterusan berhubung dengan Sabah dan Sarawak, ia akan bermakna bahawa Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah melangkaui Artikel 161E. Oleh itu, persoalan sekarang ialah patut kah kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak membiarkan semua ini berlaku?

Satu akibat praktikal bagi kedua-dua negeri adalah kehilangan kelebihan di bawah mod pelantikan hakim-hakim sekarang. Pada masa sekarang, hanya Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mencalonkan seseorang calon kepada Mesyuarat Raja-Raja selepas berunding dengan Hakim Besar. Perdana Menteri berpeluang untuk pertimbangan yang lebih sempurna. Oleh itu terdapat pertimbangan istimewa yang baik bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak.

Satu sebab utama bagi perlunya pertimbangan istimewa tersebut adalah hakikatnya bahawa fraternity legal kedua-dua negeri adalah sangat mudah berbanding Semenanjung Malaysia. Sebuah ladang permainan rata mungkin wujud di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu tetapi ia juga bermaksud bahawa calon-calon dari negeri Sabah dan Sarawak tidak lagi menikmati pertimbangan istimewa kerana keputusan akan tentunya berasaskan suara majoriti dalam suruhanjaya. Berasaskan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu, nampaknya dua negeri ini...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat, mohon penjelasan sedikit, Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Boleh? Sedikit sahaja.

final • 3:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Nanti.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, baik.

final • 3:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Tunggu saya habis ini. Dua negeri ini hanya dapat mempunyai dua orang wakil dalam suruhanjaya itu sahaja secara terbaik sekali.

Akibat legal yang serba sama wujud juga sekiranya Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 diluluskan di Parlimen ini. Sebenarnya permintaan dahulu kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjadikannya satu alasan untuk tindakan disiplin diambil apabila berlakunya satu pelanggaran sebarang kod etika terkandung di bawah Fasal (3A), Artikel 125, Perlembagaan Persekutuan dan kemasukan Fasal (3A) sendirinya mungkin tidak mematuhi keperluan Artikel 161E.

Fasal (3A) adalah berkaitan penggubalan kod etika untuk dipatuhi semua hakim. Sebenarnya Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang dicadangkan dan Fasal (3A) Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan mempunyai kesan terhadap penggantungan dan pembuangan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tanpa persetujuan Tuan Yang Terutama (TYT) negeri-negeri itu, pemindaan-pemindaan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan lain di mana Artikel 161E adalah relevan, akan menjadi tidak bersifat Perlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Adalah diragukan sama ada persetujuan TYT kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak didapatkan ketika Artikel 121(1) dipinda untuk memansuhkan kuasa Kehakiman Mahkamah Tinggi. Jika tidak, pemindaan-pemindaan sejauh mana yang berhubung dengan kedua-dua negeri itu adalah tidak bersifat Perlembagaan, terbatal atau tidak sah.

Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan mungkin boleh menyokong argumen ini.

Artikel ini membolehkan rang undang-undang dijadikan akta selepas tempoh 30 hari selepas ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimana pun ia tidak boleh diberi interpretasi bahawa peruntukan ini telah menjadikan Artikel 161E berlebihan atau tidak perlu lagi.

Isu yang kedua, saya mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, mengapa tidak ada Hakim Mahkamah Tinggi dari Sabah dan Sarawak yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau Judicial Commissioner, manakala seramai 13 orang pesuruhjaya dilantik pada bulan Ogos 2009 bagi satu tempoh dua tahun. The last Sabahan judge was appointed was David Wong in year 2005. Ini diperlihatkan satu tindakan yang menyakitkan Sabah. It is really an insult to Sabah.

final • 3:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Seolah-olahnya tidak ada peguam Sabah yang layak atau berminat sebagai calon sedangkan calon-calon hakim dari Sabah adalah layak untuk pelantikan tersebut.

Ini juga diperlihatkan sebagai satu tindakan yang kurang menghormati peguam-peguam Sabah serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, ia tentulah tidak selaras dengan amalan Konsep 1Malaysia and especially Sabah being the fixed deposit for Barisan Nasional... [Disampuk][Tepuk] Saya berharap kerajaan akan membetulkan keadaan ini supaya tidak meminggirkan Sabah sekali lagi.

final • 3:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Isu yang ketiga, Hakim Besar Tun Zaki pernah berkata pada 2 September tahun ini bahawa sebaik sahaja bilangan kes perbicaraan mahkamah dikurangkan, bilangan hakim juga akan dikurangkan. Adalah ini bermakna masa khidmat hakim- hakim di Malaysia terhad sahaja.

Ini amat mengejutkan rakyat terutama sekali hakim-hakim bahawa hakim besar sebagai Ketua Sistem Judiciary telah mengeluarkan satu imej negatif kepada hakim-hakim yang sedang bertugas terutama sekali pesuruhjaya-pesuruhjaya apabila beliau berkata bahawa sebaik sahaja kes-kes yang tertunggak diselesaikan maka bilangan hakim akan dikurangkan. Ia merupakan sistem tugasnya sebagai ketua sistem judiciary untuk mencipta sistem-sistem demi mempercepatkan penyelesaian kes-kes tertunggak.

Ramai orang yang tidak bersalah telah menderita dan terseksa mental kerana kes-kes mahkamah Malaysia yang ditangguh-tangguhkan selama tempoh panjang.

Sekarang suatu pembuatan yang baik perlu dilakukan tetapi bukan secara merugikan hakim-hakim. Itu shouldn’t be done at the expense of the judges. Ini merupakan suatu ancaman tersembunyi kepada hakim-hakim supaya mereka mengikuti arahan sahaja serta terdedah kepada penyalahgunaan, kurang dihormati, kurang berinisiatif dan tidak baik dari segi maruah dan komitmen hakim-hakim terutama sekali apabila hakim besar bercakap-cakap tentang kos pembayaran hakim yang tinggi. Sepatutnya beliau mesti lebih mengambil berat tentang kecekapan mahkamah daripada kos hakim-hakim.

Ini mungkin akan menyebabkan seorang hakim dengan sengajanya menimbulkan kes-kes tertunggak hanya bertujuan hendak mengekalkan relevan jawatannya. Adakah sikap negatif ini ditangani kod etika yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Etika Hakim.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kenyataan beliau itu adalah satu langkah ke belakang bagi judiciary dalam persepsi awam. Itulah mengapa rang undang-undang ini dibentangkan. Mungkin tepat masanya sekarang beliau belajar daripada inisiatif Hakim-hakim Besar Sabah dan Sarawak iaitu Tan Sri Dato’ Sri Panglima Richard Malanjum yang menetapkan dan menjalankan dua sistem di Sabah iaitu pertama mahkamah bergerak yang membantu bumiputera atau Sabah native di kampung-kampung pedalaman mengesahkan pendaftaran lewat sijil-sijil beranak oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Melalui inisiatif beliau beribu-ribu native Sabah sangat berterima kasih kepada beliau kerana membantu mereka memperoleh kewarganegaraan.

Yang kedua, sistem ICT untuk memantau kemajuan kes-kes mahkamah di Sabah supaya mempercepatkan perbicaraan dan mengurangkan kes-kes tertunggak.

Hakim-hakim yang bekerja secara rapat dengan beliau demi kebaikan rakyat patut diberi inisiatif dan bukan diancam dengan kemungkinan dibuang kerja. Saya ingin memperingatkan Tun Zaki bahawa di bawah konsep 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ adalah semata-mata tanggungjawab untuk menyelesaikan kes- kes mahkamah tertunggak yang terlalu lama.

Saya ingin mengetahui bagaimana Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 akan cuba mengenakan hukuman pada pihak-pihak yang bersalah sedang siasatan atau Commission Inquiry into the case of Linggam tidak menghasilkan sebarang keputusan. Mengapakah keadaan seperti ini dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan. Adakah amat kurang bernasib baik terhadap watak-watak jahat tertentu dalam sistem judiciary di Malaysia yang telah merosakkan dan menyakitkan maruah kemerdekaan the independent of judiciary memandangkan majoriti of the hakim-hakim yang menjadikan pelanggaran Rang Undang-undang Etika Hakim satu keperluan yang mendesak. Dengan itu, sekian dan terima kasih.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Oh, oh!...

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Apa, macam dalam sarkas betul.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ramai peminat Yang Berhormat Tenggara.

final • 4:00 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut serta mengambil bahagian dalam membicarakan soal rang undang-undang ini dan kita sedia maklum rang undang- undang ini bertujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim dan kita juga tahu tugas jawatankuasa ini adalah bagi menguruskan mana-mana hakim yang telah melakukan sesuatu pelanggaran ke atas mana-mana Kod Etika Hakim 2008 di mana pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujuk kepada suatu tribunal untuk dilucutkan jawatannya seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Begitu pun tindakan terhadap salah laku hakim boleh diambil oleh Yang di- Pertuan Agong mengikut Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan atau tindakan boleh juga diambil mengikut kepada Kod Etika Hakim 1994. Kod etika ini antaranya telah pun memperuntukkan bahawa setiap hakim tidak boleh menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan mencampuradukkan kepentingan sendiri sehingga menjejaskan tugas sebagai seorang hakim.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 yang dibentangkan ini akan berupaya meningkatkan imej dan integriti hakim kerana bidang jawatankuasa ini adalah sebagaimana Fasal 3, Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin menyentuh Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 Perkara 5(2) berhubung dengan keanggotaan jawatankuasa yang menyatakan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa melainkan beliau merupakan seorang pengadu.

Sehubungan dengan itu jawatan Ketua Hakim Negara hendaklah dilantik dengan penuh teliti dan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan dan integriti tanpa mengira sama ada hakim itu berasal daripada Semenanjung, daripada Sabah ataupun daripada Sarawak. Bukan sahaja Ketua Hakim Negara tetapi pelantikan semua hakim juga seharusnya memenuhi dan mencapai kriteria yang ditetapkan sahaja untuk dilantik ke jawatan hakim.

Perlembagaan Persekutuan telah pun menetapkan bahawa hanya ada satu badan kehakiman iaitu yang terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret. Keperluan mewujudkan Jawatankuasa Etika Hakim adalah wajar bukan sahaja sebagai mengawasi tingkah laku hakim tetapi juga untuk membantu menyelesaikan isu besar badan kehakiman iaitu kes-kes yang tertunggak dan seterusnya memantau prestasi hakim supaya mereka dapat memenuhi kod etika yang ditetapkan bagi memastikan keberkesanan institusi kehakiman itu.

Implikasi Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 ini ialah hakim yang melanggar Kod Etika Hakim 2008 oleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Etika Hakim jika Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa hakim berkenaan tidak wajar dirujuk kepada tribunal yang dilantik mengikut Fasal 4, Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan dan jawatankuasa berkenaan juga mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib semua hakim selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya mengikut Fasal 3 Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:06 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Persoalan pertama yang hendak saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, ialah jika seseorang hakim itu dirujuk kepada Jawatankuasa ini, tidak kepada Tribunal, apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan kepada hakim itu jika pelanggaran kod etika dapat dibuktikan? Nampaknya rang undang-undang ini tidak dapat menyatakan apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan. Saya pun tidak dapat berfikir apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Maka sudah tentulah seseorang hakim itu tidak boleh diturunkan pangkat dan tidak boleh dipotong gajinya sepertinya seorang kakitangan awam.

Seterusnya, dalam rang undang-undang ini juga telah menyatakan bahawa prosiding Jawatankuasa hendaklah dibuat secara tertutup kerana ia bukan suatu perbicaraan sebaliknya ia lebih merupakan kepada suatu siasatan mengenai perlanggaran kepada mana-mana peruntukan Kod Etika yang telah dilakukan oleh seseorang hakim yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Hakim Negara. Saya hendak tahu apakah sebenarnya kewajaran prosiding ini diadakan secara tertutup sedangkan orang awam wajar mengetahuinya?

Persoalan kedua ialah tatacara prosiding di hadapan Jawatankuasa ini. Saya tidak nampak di dalam rang undang-undang ini cara mana, bagaimana seorang hakim harus mengemukakan pembelaan diri atau penjelasan kepada Jawatankuasa terhadap mana-mana aduan mengenai salah laku yang telah pun dilakukan.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan Keputusan Jawatankuasa...

final • 4:10 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Pohon penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh bercakaplah dalam perbahasan Yang Berhormat nanti. Akhirnya, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan keputusan Jawatankuasa ini adalah berdasarkan kepada keputusan majoriti, muktamad dan konklusif, tidak boleh dicabar, tidak boleh dirayu, tidak boleh dikaji semula, tidak boleh dibatalkan atau dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah ke atas mana-mana alasan.

Pada hemat saya, satu mekanisme untuk rayuan atau menyemak mana-mana keputusan Jawatankuasa ini adalah amat penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya kena bagi wakil parti yang belum berucap lagi. Saya bagi Yang Berhormat Kuala Selangor. Sudah berucapkah Yang Berhormat Kuala Selangor?

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak pun lagi Datuk.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada lagi. PAS belum ada berucap lagi.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Berucap? Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Oh, salah tulis ini.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh..., silap? Tidak apa, saya boleh...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa, saya panggil Yang Berhormat Kuala Selangor. Lepas nanti bagi balik.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Baik, terima kasih. Okey, ya?

Kawan-kawan bagi laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi laluan. Baik.

Saya turut mahu berbahas tentang Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 ini Tuan Yang di-Pertua, kerana rasa terpanggil untuk sama-sama dengan Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah pun berucap dan membahaskan perkara ini.

Saya merasakan juga penting untuk perkara ini benar-benar difahami dan ditekuni supaya setiap kali kita membentangkan rang undang-undang ini Tuan Yang di- Pertua, dan mutakhir ini banyak suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan dan kini jawatankuasa-jawatankuasa yang menyusul, yang kesemuanya saya yakin tentunya memakan banyak dana rakyat, tax payers money, lalu kita perlu mempertikaikan apakah daripada kesemua kegiatan-kegiatan ini negara akan menjadi lebih baik? Will we, dengan izin, be better off ataupun worst off ataupun pada takuk yang sama Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara yang cukup penting untuk kita pertikaikan.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Rang undang-undang ini saya fahami perlu dibaca bersekali dengan apa yang dikatakan sebagai Kod Etika Hakim 2009. Maaf, dalam susunan warta, terbitan Warta Kerajaan 25 Jun 2009 dan segala Kod Etika itu dilaksanakan dan perlu dilaksanakan, perlunya ada jawatankuasa. Itu kita faham. Selain daripada apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan 125...

final • 4:13 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Pohon penjelasan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sila.

final • 4:13 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba memohon penjelasan ini daripada Yang Berhormat Tenggara, tetapi beliau sudah pun bukan sahaja tidak memberi laluan malah tidak ada dalam Dewan ini pada masa ini.

final • 4:13 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya adalah Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ha, duduk tinggi-tinggi. Saya cuba tengok, tetapi tidak nampak. Speaker yang nampak dia, saya tidak nampaklah dia... [Ketawa] Yang dia kata tidak ada hukuman dalam rang undang-undang jawatankuasa ini, Yang Berhormat Kuala Selangor dengan amat tepat sekali mengatakan bahawa kita kena tengoknya bersekali dengan kod ini.

Dalam kod ini Tuan Yang di-Pertua, ada di Bahagian 5, Sangsi, Jenis Sangsi, 16. “Jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa aduan itu telah dibuktikan, jawatankuasa boleh mengenakan mana-mana satu sangsi yang berikut;

(a) Merekodkan teguran terhadap hakim itu; atau

(b) Menggantung hakim itu daripada jawatannya bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi satu tahun.” Jadi, inilah hukuman-hukumannya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tenggara. Soalan saya untuk penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor ialah apa akan berlaku jika dalam perbicaraan yang dia bukan panggil perbicaraan, dalam inquiry atau siasatan Jawatankuasa Etika Hakim ini, akhirnya daripada pertuduhan kepada Jawatankuasa Etika ini, didapati kesalahannya benar-benar tinggi, benar-benar besar yang melebihi tugas Jawatankuasa Etika, tetapi sudah sampai ke tahap ia boleh dikenakan hukuman pecat, turun pangkat ataupun hukuman-hukuman yang lebih tinggi daripada itu. Apa yang Jawatankuasa ini kena lakukan? Terima kasih.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Soalan ini perlukah saya jawab Tuan Yang di- Pertua? Saya pula menjadi pengerusi ini.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tadi pun dia tolong jawab untuk Yang Berhormat Tenggara punya persoalan.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Ketawa] Ya, saya terus terang memandangkan bahawa saya memahami daripada peruntukan-peruntukan ini, di mana bidang kuasa jawatankuasa ini terms of referencenya adalah selain daripada pemecatan seorang hakim daripada jawatannya yang diperuntukkan dalam Fasal 3 Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, tatkala berlaku siasatan, dakwaan dan segala-galanya didapati bahawa akhirnya ia kembali kepada persoalan pemecatan.

Jadi saya kira di sana ada sedikit conundrum, satu lompang yang tidak, satu loophole yang tidak diperuntukkan oleh Jawatankuasa Etika Hakim ini. Maka saya kira perkara itu dalam banyak rang undang-undang pun masih sentiasa ada conundrum ataupun loophole seperti ini yang perlulah ditangani apabila datang waktunya, when you come to cross the bridge, you address it. Saya kira begitu Tuan Yang di-Pertua kalaupun jawapan itu mungkin jawapan yang belum pasti betul, tetapi itu cubaan saya.

final • 4:13 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 4:13 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya baru datang daripada mahkamah tinggi, di mana keputusan ada dibuat mengenai cabaran Yang Berhormat Puchong terhadap penggantungan keahlian beliau dan keputusan hakim yang arif, Mohd Arif ialah bahawa sungguhpun mengholdkan pergantungan Yang Berhormat Gobind daripada Dewan yang mulia ini untuk satu tahun, tetapi buat keputusan bahawa Dewan ini tidak ada kuasa untuk menarik atau memberhentikan remunerations beliau dan semua patutlah dibayar balik.

Adakah Yang Berhormat pun bersetuju bahawa dalam kes Yang Berhormat Batu Gajah, di mana beliau pernah digantung enam bulan bahawa Dewan yang mulia ini, oleh kerana kita dalam perbahasan etika, etika bahawa Parlimen adakah etika untuk membayar balik semua yang dihutang kepada Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bukit Gelugor?

final • 4:13 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Kalau itulah cara kaedah kita mengambil, mengistinbat hukum dalam process of this common law atau law precedent itu saya kira bertepatan sekali cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur itu disokong, Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Apa pun saya terus membahaskan rang undang-undang ini kerana saya pun belum masuk gear lagi sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, negara sangat-sangat berhajatkan kepada penambahbaikan integriti institusi-institusi kritikal negara Tuan Yang di-Pertua. Cukup-cukup berhajatkan sedemikian kerana mutakhir ini khususnya institusi judiciary ataupun kehakiman ini mengalami kereputan, mengalami tanggapan persepsi yang negatif bukan hanya daripada masyarakat setempat bahkan masyarakat antarabangsa dan paling kita khuatiri kalau ia menjejaskan persepsi golongan ataupun kelompok business yang justeru kerana itu menanggapi bahawa ada masalah perception di negara kita ini.

Sewajarnya juga, sayugia juga saya sebutkan betapa dalam penurunan tiga notch, tiga tangga kedudukan competitiveness daripada Laporan World Economic Forum itu kepada kedudukan yang cukup mengaibkan kita hari ini. Antara punca sebab utamanya adalah apa yang dikatakan sebagai masalah dalam intuitional frame work yang tentunya bersangkutan dan tentunya melibatkan institusi-institusi judiciary seperti juga yang lain. Seperti SPRM, seperti MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission), semuanya merupakan institusi-institusi kritikal negara.

Lalu Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perbahasan ini dengan rasa penuh tanggungjawab maka dengan kata lain kita perlu sama-sama memerhatikan daripada kedua-dua Ahli Parlimen di sebelah sana dan di sebelah sini. Persoalan ini bukan persoalan untuk skor any political point Tuan Yang di-Pertua. Setiap kali kami membangkitkan akan apa jua kekurangan dan kelemahan, kepincangan institusi- institusi ini, ia bukan untuk sekadar menjuarai kritikan ataupun untuk menyerang kerajaan. Apa jua kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam mana-mana institusi, kita juga turut merasakan bahawa itu adalah tanggungjawab seluruhnya kita ini untuk menambah baik dan memperbetulkan perkara-perkara tersebut.

Ia bukan satu yang apabila kita lihat kelemahan-kelemahan itu, kita berasa itulah peluang kita untuk skor political advantage dan apa jua yang lain. Jadi saya merakamkan bahawa bukan daripada perspektif sisi pandang itu. Saya bangkit untuk membawa perbincangan, meneruskan perbahasan ini kerana saya rasa terpanggil kerana supaya kita terus akan dapat menambah baik setiap suruhanjaya yang kita tubuhkan, setiap jawatankuasa-jawatankuasa yang kita materaikan dan kita luluskan. Ia perlu menjadikan kita better off dan tidak worst off, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Lalu dengan itu saya ingin juga menyebutkan teguran ataupun kritikan yang dibuat di pihak sebelah sana apabila menyebutkan tentang pembangkang.

Pembangkang ini ada peranannya dalam demokrasi, multi party system itu ala Westminster ini. Kalau di sana ada kerajaan of his majesty, di sini adalah opposition of his majesty. Loyal opposition of his majesty kerana demokrasi itu pada akhirnya adalah managing ataupun mengurus perbezaan dan pertentangan ini. Yang ini yang menjadi cukup penting dalam kita mendewasakan dan mematangkan amalan demokrasi di negara kita ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bukan hanya sekadar melaungkan retorik 1Malaysia dengan kita tidak memahami bahawa yang lebih penting adalah untuk dalam apa jua yang kita lakukan dalam dinamik politik ini adalah pada akhirnya ke kemuncaknya ini the final analysis dengan izin adalah untuk menyejahterakan dan memakmurkan lagi negara ini Tuan Yang di-Pertua.

Inilah perkara yang kita harap kalau-kalaulah MP-MP, Yang Berhormat di sebelah sana apabila kami bangkit dengan kritikan, apabila kami bangkit dengan segala apa jua penghujahan kami, ia bukan hanya sekadar untuk menjatuhkan kerajaan, not to just let down and run down the government dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Justeru kerana itu saya mengulangi sekali lagi, apabila kita semacam dilihat yang menjadi musuh politik, musuh politik ini memang betul dalam keadaan politik multi parti ini tetapi yang membangkang ini bukan musuh negara ya, bukan musuh negara kerana kalau sepatah yang saya ungkapkan apa yang disebutkan oleh seorang pujangga walaupun pujangga Barat, saya sebutkan jugalah kerana kata hikmat itu kata Rasulullah...

[Membaca sepotong hadis] ‘‘Kata hikmat itu adalah barang hilangan orang-orang mukmin barang mana di mana pun dia menjumpainya maka dia berhak untuk mengambil daripadanya” Lalu dengan itu saya menyebutkan apa yang disebutkan oleh Edward Abbey, seorang pujangga, seorang Sasterawan Barat, Amerika yang menyebutkan tentang patriotisme supaya kita faham bahawa kalau kita bangkit untuk membuatkan, melafazkan ataupun menyebutkan tentang kritikan-kritikan terhadap kerajaan, itu bukan bermakna kita musuh negara bahkan disebutkan oleh beliau seorang patriot itu katanya begini “Seseorang patriot itu mestilah bersedia untuk mempertahankan negaranya dalam apa jua keadaan termasuk daripada serangan kerajaannya”. “A patriot must always be ready to defend the country sometimes against his government”.

Tuan Yang di-Pertua, kalau itu tidak mencukupi, saya sebut satu lagi apa maksud patriotisme yang sebenarnya dan apa maksud seorang patriot. Patriotisme ialah kata Mark Twin pula, kita mesti sentiasa mempertahankan negara dan tanah air dalam semua keadaan dan mempertahankan kerajaan apabila kerajaan layak dipertahankan. Begitu jugalah katanya Winston Churchill kalau tidak silap saya, “When the government is wrong, it is dangerous to be a right”. Kalau kerajaan salah, cukup bahaya kalau pembangkang juga turut mahu mempertahankan kerajaan. Justeru kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan perbahasan ini dengan membawa apa yang sudah menjadi pengamatan bukan hanya masyarakat setempat bahkan masyarakat antarabangsa khususnya di sudut apa yang saya sebutkan tadi sebagai kereputan institusi kehakiman.

Lalu dengan itu saya mengangkat satu soalan baru-baru ini dan saya tidak nampak soalan ini berpeluang untuk ditanya di Dewan ini maka hanya dijawab secara bertulis di sini. Soalan saya pada 22 Oktober meminta Perdana Menteri menyatakan langkah konkrit yang telah dilaksanakan bagi memenuhi peruntukan Akta Suruhanjaya Pilihan raya Kehakiman. Apakah kerajaan bersedia membentangkan Kertas Putih untuk menjelaskan pelaksanaan terkini dan kedudukan peruntukan akta tersebut. Justeru kerana memahami dan menekuni satu akta yang telah kita luluskan. Persoalannya sejauh mana akta itu setelah diluluskan dilaksanakan dengan segala pertanggungjawabannya. Begini jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, “Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 Akta 695 berhubungan dengan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan telah dikuatkuasakan pada 2 Februari 2009 dan hakim mahkamah atasan yang dimaksudkan dalam akta tersebut tidak termasuk pun Suruhanjaya Kehakiman atau JAC. Semua anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah dilantik pada 9 Februari 2009 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan empat daripadanya dilantik atas jawatan iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.”

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagi melaksana dan menguatkuasakan peruntukan tersebut, maka suruhanjaya telah pun mengesyorkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat peraturan-peraturan tersebut termasuk peraturan berhubung dengan proses dan kaedah pemilihan pelantikan hakim mahkamah atasan, peraturan-peraturan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Proses Pemilihan dan Kaedah Pelantikan Hakim- hakim Mahkamah Atasan) 2009 telah pun diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2009.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah diperjelaskan terdahulu, proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah proses yang mendahului proses-proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemilihan yang dibuat oleh anggota suruhanjaya adalah secara undi sulit dan nama- nama yang disyorkan hanyalah nama yang mendapat undian tertinggi.

Selepas membuat pemilihan, suruhanjaya akan mengemukakan satu laporan kepada Perdana Menteri dengan mengatakan siapa yang dipilih dengan alasan pemilihan. Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan mengemukakan laporan tersebut bersama surat kepada Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan hakim mahkamah atasan.

Dengan maksud Tuan Yang di-Pertua setelah kita teliti dan setelah kita mahukan ianya menjadi almost watertight, dengan izin atau dengan kata lain ia telah dihalusi supaya pelantikan kehakiman ini dilakukan dengan cara yang paling baik. Lalu kita mengandaikan bahawa integriti kehakiman, integriti peribadi-peribadi hakim kita ini wajarnya ke satu tahap yang boleh kita banggakan. Namun, apakah itu yang kita saksikan sehingga kini Tuan Yang di-Pertua?

Ini yang menjadi pertikaian kerana kod etika hakim boleh disusun.

Suruhanjaya Pelantikan Hakim boleh diluluskan. Hari, ini Jawatankuasa Kod Etika Hakim boleh dibentangkan dan bakal diluluskan. Persoalannya, apakah dan siapakah yang akhirnya akan dilantik? Ini yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian sebentar tadi dan sahabat-sahabat yang lain, bahawa ada di sana yang beyond peraturan. Ada perkara-perkara di sana yang melepasi dan melewati persoalan peraturan dan perundangan, kerana pada akhirnya ia menyinggung dan bersabit dengan persoalan peribadi dan integriti peribadi-peribadi hakim yang bakal dilantik.

Justeru kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya bukannya negatif. Saya tidak negatif dengan apa juga cadangan-cadangan yang boleh menambah baik amalan institusi judiciary dan juga jawatankuasa-jawatankuasa yang bakal ditubuhkan untuk menambahbaikkan amalan judiciary di negara kita ini. Namun, kita perlu bertanggungjawab untuk memerhatikan apakah kita konsisten dengan matlamat dan intention seperti itu.

Kalau kita perhatikan, ini yang menyebabkan terus terusan persepsi dan tanggapan buruk kepada institusi judiciary. Bukan kerana peraturannya, bukan kerana the best of kita boleh melibatkan an engage the best of consultant untuk menambah baik perundangan dan peraturan. Akan tetapi, pada akhirnya yang menjalankan dan yang melaksanakan do the doubt hole judiciary itu pada akhirnya, kalau mereka tidak mempunyai integriti dan boleh membelakangi seumpama membelakangi Suruhanjaya Diraja tentang penambahbaikan kehakiman, maka apa yang tinggal kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan sehingga hari ini tatkala telah diputuskan dengan tajuk dan dengan verdict (NFA) no further action atas Suruhanjaya VK Lingam.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini perlu merakamkan betapa kecewanya rakyat setelah ratusan ribu, kalau tidak pun juta ringgit yang dibelanjakan dan melibatkan tokoh-tokoh besar di negara kita ini. Akan tetapi, kita melihat bagaimana peluang demi peluang untuk dilakukan reformasi dan transformasi institusi- institusi kritikal di negara kita ini dilepaskan ataupun sengaja buat-buat tidak faham bahawa keyakinan persepsi golongan business community sama ada setempat mahupun antarabangsa masih lagi tidak pulih seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi.

Inilah yang menjadi perkara yang cukup menekan jiwa kami. Bukan hanya Yang Berhormat di sebelah sini bahkan juga di sebelah sana juga yang punya thamir, yang punya jiwa, yang masih bersih kerana menyaksikan dan melihat perkara ini terus terusan dicerobohi oleh orang-orang, bukan ramai Tuan Yang di-Pertua hanya segelintir sahaja.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang bangun Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sila.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat. Bagaimana kita melihat keindahan satu undang-undang, bukan sahaja keindahan dalam akta tetapi keindahan dalam pelaksanaan dan keadilannya.

Kita melihat ini tidak berlaku dan kalau kita lihat dalam banyak perkara bagaimana dalam kod etika yang telah dinyatakan seharusnya hakim mendukung satu prinsip yang tegas, yang mana dalam menjalankan fungsinya mestilah berdasarkan fakta dan undang-undang dan bebas daripada sebarang pengaruh sama ada pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman, gangguan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Barulah menjamin satu ketelusan undang-undang yang diputuskan.

Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat dari sudut pilihan raya. Rakyat adalah sebagai hakim yang menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin mereka tetapi rakyat disogok dengan wang, dengan politik wang, apakah ini satu pengkhianatan, satu pencemaran yang sangat kotor terhadap undang-undang itu sendiri? Minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Itu satu pentas lain, forum lain.

Cumanya saya ingin untuk menyokong pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang kerana mahkamah itu mahkamah rakyat. Kita bercakap tentang institusi judiciary.

Mahkamah rakyat itu Tuan Yang di-Pertua adalah pada akhirnya paling besar yang akan menentukan siapa kerajaan dan siapa pembangkang.

Oleh kerana itu, jangan kita perbodohkan rakyat ataupun perlekehkan rakyat.

Oleh kerana itu juga kita mahukan insya-Allah Tuan Yang di-Pertua hari demi hari, tahun demi tahun, pilihan raya demi pilihan raya kita seharusnya menambah baik amalan-amalan kita dalam Demokrasi Berparlimen ini. Jadi, saya mahukan pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang sebahagian daripada ucapan saya kerana ia adalah cukup penting untuk memahami dalam skop yang lebih besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan sedikit. Memandangkan kepada rang undang-undang ini, sebelum memasuki peringkat jawatankuasa. Ini peringkat dasar Tuan Yang di-Pertua saya tidak ada masalah untuk menyokong Jawatankuasa Etika Hakim ini. Cumanya, beberapa peruntukan di sana mungkin boleh menimbulkan sedikit kecurigaan Tuan Yang di-Pertua. Ini kritikannya. Kritikan bersebab, berhujah. Jadi, satu yang saya nampak di sana dalam bahagian dua. Keanggotaan Jawatankuasa seksyen 5(2) itu, saya memerhatikan Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya.

Saya kurang memahami bagaimana Ketua Hakim Negara pula yang dicadangkan supaya menjadi pengerusi jawatankuasa. Apakah boleh kiranya selain daripada Ketua Hakim Negara yang beliau adalah sebahagian daripada institusi itu.

Kecualilah dikatakan di sana melainkan beliau merupakan pengadu dalam hal tersebut, hakim kanannya yang berikut hendaklah menjadi pengerusi. Jadi, ini satu perkara yang policing the police begitulah. Yang telah pun disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain sebentar tadi.

Jadi, saya rasa itu ada sedikit masalah yang juga dengan peruntukan 5(3) pelantikan anggota jawatankuasa hendaklah atas dasar ad hoc juga Tuan Yang di- Pertua. Saya kurang memahami sebegini penting jawatankuasa yang perlu ditubuhkan dengan peribadi-peribadi itu adalah peribadi-peribadi yang merupakan ataupun towering figures of the legal practice dan peribadi-peribadi yang tentunya mempunyai integriti of sterling character, of immaculate personality yang semuanya itu telah disaring dari sedut keupayaan dan kemampuan dan kredibiliti mereka itu, tetapi hanya bertindak sebagai ahli jawatankuasa secara ad hoc sahaja. Ad hoc membawa maksud Tuan Yang di-Pertua tidak ada siapa pun yang rasa terjamin.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Lalu the ad hoc itu juga membawa maksud yang kalau kita tidak toll the line, mungkin sepenggal atau setahun sajalah pelantikan itu. Itu yang menimbulkan rasa tidak puas hati daripada banyak pihak Tuan Yang di-Pertua. Saya menghadapi masalah apabila memerhatikan jawatankuasa yang begini penting dibincang dan digunakan banyak tax payers money, akhirnya hanya sebagai ad hoc sahaja Tuan Yang di-Pertua. Ini satu perkara yang perlu juga kita perhatikan. Saya menekuni beberapa perkara yang lain yang dari sudut amalan baru-baru ini...

final • 4:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan sikit.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 4:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan dengan kod etika yang ditetapkan di bawah fasal (3B) hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap Hakim Mahkamah Persekutuan dan tiap-tiap Suruhanjaya Kehakiman. Jadi di situ ada pelanggaran, ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika. Bagaimana hendak tentukan pelanggaran kod etika ini? Pertama.

Yang kedua, siapa yang akan tentukan pelanggaran sekiranya Ketua Hakim Negara tidak mahu merujuk kes-kes yang diadukan kepada Jawatankuasa Etika Hakim ini sekiranya Ketua Hakim Negara sendiri tidak mahu merujuk aduan-aduan itu kepada jawatankuasa. Kepada badan mana pula pihak yang mengadu hendak mengangkat aduan? Cuba sama-sama kita fikirkan.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Makin lama makin susah ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya jawab secara tidak terus, oleh kerana itulah kita perlu penglibatan pihak-pihak yang lain. Umpama dulu sedikit waktu dahulu, kita katakan tentang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman juga. Kalau kita memandang kepada beberapa negara yang lain yang lebih maju atau matang, penglibatan kalau contohnya di Amerika. The equivalent of Bar Council di sini. Apa istilahnya? American Bar Association (ABA). Maaf, baru saya teringat.

Mereka ada keterlibatan dalam urusan-urusan seperti ini kerana mereka tahu merekalah, di kalangan ahli-ahli mereka itulah manusia-manusia, peribadi-peribadi, the legal, deluge of lawyers, takungan-takungan, pengamal-pengamal undang-undang yang mereka tahu siapa and they have the peer assessment, mereka boleh membuat assessment sesama sendiri dan mereka tahu siapa yang hebat dan siapa yang kurang hebat. Sebab itu keterlibatan Bar Council itu adalah cukup penting tetapi mereka telah dipinggirkan sama ada di dalam SPK mahupun dalam apa jua kegiatan-kegiatan yang lain, mungkin kerana kecenderungan tertentu tetapi kesemua ini akhirnya mengorbankan integriti, amalan-amalan institusi judiciary kita itu Tuan Yang di-Pertua.

Jadi kalau saya tidak diminta untuk menjawab secara lebih spesifik, kita tinggalkan Menteri untuk menjawab. Jadi saya menegur sedikit beberapa amalan tertentu, CJ ataupun Ketua Hakim Negara baru-baru ini yang membuat, ya beliau berhak untuk membuat apa pun tetapi mesti ada lunas-lunasnya juga Tuan Yang di- Pertua. Apabila menegur tentang dua hakim yang secara teguran itu saya kira membawa erti, satu, yang diminta untuk berhenti dan satu lagi dengan ancaman untuk dipecat.

Memang hakim-hakim kita ini, sebab itu saya katakan pada awal tadi, kalau benar-benar hakim berwibawa Tuan Yang di-Pertua, kod etika ini tidak perlu. Kalau benar-benar hakim-hakim yang telah dipilih, dilantik dan disaring itu daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu adalah towering personality of integrity dengan izin, hari ini kita tidak perlu terlalu over managing, kita tidak perlu terlalu mikro sangat mengurus kebanyakan daripada urusan negara ini Tuan Yang di-Pertua. Saya takut negara ini sedikit waktu lagi diurus oleh suruhanjaya-suruhanjaya, diurus oleh jawatankuasa-jawatankuasa. Terlalu banyak Tuan Yang di-Pertua sehinggakan ia melambungkan budget expenditure yang sudah pun melambung-lambung tiga kali ganda berbanding tahun 2004 Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud dengan Yang Berhormat Balik Pulau sudah bangun Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, ya.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Mana satu?

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau dulu kot.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita izinkan kawan dulu.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Beri kawan dulu, okey-okey. Dia orang Balik Pulau juga tu.

final • 4:40 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya sebenarnya tidak mahu berdiri untuk mencelah sebab terlampau banyak sangat retorik dalam ucapan Yang Berhormat itu. Penat mendengar retorik-retorik politik yang tidak sampai ke hujungnya. Cuma apabila dikatakan tadi bahawa apabila Yang Berhormat mengatakan tadi, kod etika ini tidak diperlukan kalau hakim-hakim ini sudah mempunyai towering personality. Bukan begitu Yang Berhormat tadi mengatakan?

Akan tetapi sebenarnya yang meletakkan doubt, keraguan kepada institusi ini bukan kita tetapi pembangkang dan kerajaan terpaksa kerana setiap malam berceramah, siang, malam, pagi dan petang mengatakan hakim tidak betul, hakim tidak mempunyai integriti, rasuah dan sebagainya. Maka itu, kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional ini terpaksa respond kepada satu tuduhan yang cukup melulu daripada pembangkang hari demi hari.

Jadi itu sebabnya saya tidak berapa setuju Yang Berhormat dengan mengatakan bahawa adanya undang-undang ini kerana hakim-hakim ini sudah lari daripada, ini respons daripada kerajaan yang bertanggungjawab, respons kepada retorik politik Yang Berhormat itu...

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekali.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan yang sama?

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebab telahan tadi itu menarik. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya secara peribadi menganggap hakim, buruh, siapa-siapa semua sama sahaja... [Membaca sepotong ayat] Akan tetapi yang dibincangkan di sini ialah satu isu bagaimana kita mengurus persoalan kelemahan-kelemahan manusia yang ingin kita angkat untuk mengurus permasalahan manusia-manusia yang lain yang mempunyai kepentingan atau permasalahan-permasalahan yang tersendiri.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, isu Yang Berhormat Kuala Selangor bangkitkan tadi saya bersetuju tetapi pada pandangan saya perlu diselesaikan di peringkat pelantikan, appointment kerana isu pada pandangan saya, etika hakim ini, ini cerita orang yang sudah dilantik. Persoalan saya, di bidang kuasa yang lain, saya bukan suka sangat dengan Amerika ini pun tetapi ambil contoh, mohon pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Di Amerika itu kalau hendak dilantik seorang Hakim Mahkamah Agung itu mengambil masa berbulan-bulan, ia ada yang dipanggil sebagai Supreme Court Appropriation Committee yang mana ada jawatankuasa khasnya yang akan menyoal sehingga ke perkara se detail-detail yang mungkin. Baru-baru ini kita lihat pelantikan seorang Hakim Mahkamah Agung wanita daripada kelompok Latin, amat susah sekali.

Jadi bagi saya di sini, persoalannya tadi kadang-kadang perkara-perkara macam integriti, dignity, ini kadang-kadang is over exaggerating word, susah hendak dinilai terutama apabila perkara itu telah dilantik. Jadi persoalan saya, mekanisme yang perlu pada pandangan saya di peringkat sebelum dilantik. Mohon komen daripada Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Itu respons yang saya kira cukup baik dan saya tidak mengatakan Yang Berhormat Kota Belud, saya terima, saya ini demokrat Tuan Yang di-Pertua, an Islamic democrat yang boleh mengurus decent dan perbezaan pandangan cukup terbuka. Pada saya itulah demokrasi yang sebenarnya, kalau pun saya berbeza pandangan tetapi saya akan mempertahankan mereka berhak untuk menyatakan dan memperjuangkan perbezaan pandangan itu... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, itu retorik katanya, Yang Berhormat Kota Belud kata retorik lagi Tuan Yang di-Pertua, tidak apa. Apa yang ingin saya tegaskan, sebab itu pada awal-awal saya menyebutkan bahawa saya mengangkat persoalan sebagai persoalan SPK dan persoalan apakah kerajaan bersedia membentangkan kertas putih untuk menjelaskan setelah pelaksanaan Akta SPK yang lalu. Kerana pada saya yang pentingnya adalah dalam proses pemilihan hakim-hakim itu.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kerana apa, saya sebutkan, saya berani menyebutkan dari sudut faktanya.

Yang Berhormat Kota Belud tolong dengar sedikit ya. Kalaulah fakta boleh diukur, kalaulah sejarah boleh jadi ukuran Tuan Yang di-Pertua. Dalam laluan yang agak lama 1994 Kod Etika Hakim ini disebut belum jadi satu yang rupa bentuknya sedemikian yang diluluskan dalam Jun 2009 yang lalu. Ia diperuntukkan dalam Perlembagaan 125 Federal Constitution tentang hak atau apa yang dikatakan sebagai hak atau prerogative right hak Yang di-Pertuan Agong untuk memperturunkan apa yang dikatakan sebagai perkara Fasal 3(b), Perkara 125.

Maksud saya terdahulu daripada ini kita tidak pun ada satu Kod Etika Hakim jauh lagi untuk ada satu Jawatankuasa Etika Hakim. Akan tetapi saya nampak daripada sejarahnya hanya seorang hakim yang diambil tindakan iaitu peribadi Almarhum Hakim Hashim Yeop Sani yang berkebetulan pula diambil tindakan kerana soal kesihatan kerana beliau koma, Allahyarham ini koma. Barulah akhirnya dilucutkan jawatannya tetapi hari ini kalau kita lihat dengan ikon terbesar, dengan lambang terbesar yang cukup mengaibkan ketika Suruhanjaya Diraja atas isu pita rakaman VK Lingam itu.

Kita sudah lihat betapa jatuh dan reputasinya institusi judiciary ini akibat daripada hakim-hakim yang merosak seluruh yang tercalar, yang mencalarkan nama baik institusi kehakiman ini. Justeru itu persoalan yang saya setuju sangat dengan sahabat saya Yang Berhormat Balik Pulau persoalan pelantikan itulah yang pada mula- mulanya mesti diperhatikan. Jangan sampai berlaku seperti mana yang disebutkan hari ini. Hakim yang lebih senior, hakim yang seharusnya ia diangkat, diketepikan dan dipinggirkan kerana apa? Kerana tidak sebulu ataupun tidak mengikuti dan mahu comply kepada the power that be of the day. Kerana tidak bersetuju dengan kerajaan hari ini ataupun menyanggah kepentingan kerajaan ataupun dilihat begitu persepsinya.

Jadi justeru kerana itu saya punya hujah untuk mengatakan satu masa dahulu Jawatankuasa Etika Hakim ini is unknown off. Begitu juga Kod Etika Hakim pun tidak tertulis hitam putihnya seperti hari ini.

Akan tetapi hanya satu kes sahaja seorang hakim diturunkan itu pun atas sebab kesihatan dan bukan sebab salah laku seperti mana yang kita dengar Eusof Chin yang bersama seorang lawyer yang sudah cukup masyhur namanya itu. Berada di satu peranginan yang hari ini sudah pun dunia sedia maklum.

Inilah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara seperti inilah yang akan terus menekan jiwa rakyat, menekan keupayaan kita untuk mentransformasikan institusi-institusi kritikal di negara kita ini khususnya institusi judiciary. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya sebutkan tadi hakim khususnya yang saya sebutkan sebelum dicelah sebentar tadi. Fiil laku hakim, tabiat hakim, stature hakim, posturing hakim perlu melambangkan dan membayangkan kedudukan yang begitu mulia yang diberikan oleh seluruh rakyat dan negara ini. Saya minta perkara ini dihalusi dan banyak perkara lagi yang mungkin boleh saya sebutkan dan cukuplah sekadar itu, Saya lihat ada kawan-kawan yang mahu berucap dan berbahas. Saya rasa begitu sahaja dan saya pohon diperhatikan cadangan-cadangan itu Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang.

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, ‘asante’ Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

‘Asante’ itu apa itu Yang Berhormat?

final • 4:54 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dengan izin, terima kasih.

final • 4:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bahasa dari mana itu?

final • 4:54 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tanzania. Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 ini.

final • 4:54 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Mudah-mudahan adalah sesuatu yang boleh saya sumbang bersama kerana kita tahu rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan Jawatankuasa Etika Hakim ditubuhkan bagi bertindak terhadap hakim yang melanggar Kod Etika Hakim 2008. Sebab seboleh-bolehnya Tuan Yang di-Pertua biarlah institusi kehakiman dalam negara kita berada pada tahap yang tertinggi, yang dihormati, dimuliakan dan yang paling penting sekali ialah dipercayai atau mempunyai kepercayaan tinggi di kalangan ataupun daripada rakyat keseluruhannya.

Ertinya sekiranya hakim itu dipertikai siapa lagi yang boleh kita percaya untuk mengadili sesuatu penghakiman. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua mantan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairus Abdul Halim pernah mencadangkan kerana hendak memberi kepercayaan, kerana hendak meyakinkan, mencadangkan agar panel tiga orang hakim ditetapkan untuk mengendalikan kes jenayah di Mahkamah Tinggi walhal dahulu pun kita ada juri sebelum ianya dimansuhkan. Ini semua adalah proses demi proses untuk meletakkan sistem penghakiman di tahap yang tinggi terutamanya dari segi kepercayaan.

Tuan Yang di-Pertua cadangan pelaksanaan seperti ini penting seperti mana yang diamalkan di Mahkamah Tinggi iaitu di negara-negara lain termasuklah di Indonesia bagi mengelakkan sebarang unsur rasuah dan salah laku di kalangan hakim seperti yang banyak di gembar gemburkan. Kalau kita lihat dalam peraturan yang diamalkan sekarang hanya kes-kes yang dibawa kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja didengar lebih daripada seorang hakim. Kes-kes dikendalikan oleh tiga hakim manakala di Mahkamah Rayuan tiga hakim di Mahkamah Persekutuan. Panelnya terdiri tiga hingga lima hakim.

Kerana itu saya berpendapat bahawa usaha-usaha pengurangan ke atas penyalahgunaan kuasa, rasuah, salah laku dan sebagainya seperti ini seperti mana yang ditegaskan dalam rang undang-undang yang kita bahaskan sekarang perlu dilihat secara positif. Ertinya yang lebih penting ialah persepsi supaya persepsi masyarakat lebih positif kepada percaya terhadap sistem kehakiman di dalam negara kita. Usaha kerajaan seperti ini penting dalam usaha memastikan ketelusan juga dalam memastikan ketelusan dan accountability institusi kehakiman itu sendiri.

Dari segi positifnya ia menggambarkan kesungguhan dan keikhlasan pihak berkuasa kehakiman dalam bermuhasabah untuk mencari kebaikan dan sekali gus menepis sebarang syak wasangka. Menepis sebarang syak wasangka tentang integriti sistem kehakiman negara khususnya tingkah laku walaupun hanya segelintir hakim yang mungkin pernah dipertikaikan.

Tuan Yang di-Pertua saya yakin sikap berterus terang inilah sebenarnya selaras dengan dasar keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan sekarang di samping menyuntik semangat baru dalam usaha memerangi rasuah dan lain-lain seperti yang kita pertikaikan dan diperbahaskan sebelum ini. Cuma dari segi negatifnya Tuan Yang di-Pertua rang undang-undang ini seolah-olah melihat bahawa hakim ada yang corrupt dan sifat-sifat lain yang negatif sehinggakan perlu ada rang undang-undang ini. Akan tetapi kita adalah insan yang bernama manusia mesti ada kesilapan di mana-mana dan kita tidak sempurna.

final • 4:54 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Maka dengan sebab itulah saya amat berharap pengamal undang-undang wajib mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman negara dan menjadikan mereka teladan ataupun contoh yang terbaik kepada orang ramai. Pengamal undang-undang wajib meletakkan tanda aras yang tinggi kepada orang awam dari segi amalan menghormati undang-undang dan mempertahankan kesucian serta tidak mempersendakan mahkamah Tuan Yang di-Pertua.

Mahkamah jangan sama sekali dibenar hingga sampai ke peringkat dianggap masyarakat sebagai satu teater melakonkan bangsawan yang skripnya ditulis oleh pengarah tertentu, malahan mahkamah harus dikawal dari dijadikan gelanggang pihak- pihak yang tertentu, terutamanya orang-orang politik.

final • 5:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Atas faktor itulah para hakim perlu meletakkan nilai undang-undang kepada tahap kemuliaan, pelaksanaan oleh mereka yang diamanahkan, diberi kepercayaan dan penghormatan mengendalikan undang- undang.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud bangun.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Silakan.

final • 5:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Ledang. Tadi sementara Yang Berhormat Kuala Selangor memberi ucapan, Yang Berhormat Ipoh Timur mencelah dan mengatakan bahawa beliau baru balik daripada mahkamah, di mana hakim telah membuat keputusan bahawa keputusan Parlimen menggantung elaun Yang Berhormat Puchong dan disambut dengan keghairahan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor mengatakan hakim itu betul, adil dan saksama. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita juga mendengar Yang Berhormat Batu mempertikaikan kehakiman kerana telah dihakimi dan telah...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya...

final • 5:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Dikenakan hukuman bahawa...

final • 5:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya minta tarik balik sebab saya tidak pernah mempertikaikan...

final • 5:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Sub judice, this matter is subjudice.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Kehakiman. Ini satu tuduhan yang serius dan berniat jahat.

final • 5:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Ledang, saya baca sedikit apa Yang Berhormat Batu cakap dalam official mouth piece pembangkang Malaysia Kini ini. Chua, ini Chua ya. “Chua also believes that the sentence was “designed” to disqualify him as a Parliamentarian”. Ini kata-kata daripada Yang Berhormat Batu. Minta pandangan. Sekejap kata hakim adil, sekejap kata tidak adil.

Ini apa ini? Minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Ledang.

final • 5:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sub judice sebab satu notice of appeal sudah difailkan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Kita tidak boleh bangkitkan perkara ini.

final • 5:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Janganlah takut.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia cuma merujuk kepada satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu. Saya rasa dia tidak menyentuh tentang keputusan hakim pun di sini Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Ledang.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah tadi saya tegaskan iaitu pengamal undang-undang termasuklah kita kerana kita juga yang menggubal undang-undang wajib mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman negara dan menjadi teladan. Ertinya kita pun kena jadi teladan yang baik. Sudah terang lagi bersuluh.

Rumusannya Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim ini perlu meletakkan nilai undang-undang pada kemuliaan, pelaksanaan oleh mereka yang diamanahkan, kepercayaan dan penghormatan mengendalikan undang-undang. Saya menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mula dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas petang ini, di mana beliau telah mengatakan bahawa pandangan yang ingin diperoleh oleh Bar Council itu adalah bertentangan dengan undang-undang. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan sedemikian.

final • 5:04 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sebelum ini saya ingat lagi sepuluh tahun dahulu dia adalah Timbalan Menteri untuk undang-undang. Dia patut tahu apa hak dan keistimewaan untuk sesuatu badan.

Pada apa yang saya tahu dari segi undang-undang tidak ada kesalahan langsung, tetapi sebenarnya ia memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan apakah hasrat mereka, apakah mereka ingat mengenai satu-satu isu di negara ini. Adakah ini satu kesalahan? Sebenarnya kita patut ikhlas dan lebih transparent. Ini adalah satu sistem yang bagus.

Kalau kita tengok dalam pelantikan hakim-hakim di luar negara seperti di UK, Amerika dan lain-lain negara, di mana semua masyarakat tahu macam mana seseorang hakim dipilih, adakah dia layak, kriteria-kriteria yang digunakan bukan seperti di negara ini, di mana macam ada private club...

final • 5:04 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:04 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dia melantik hakim dengan cara yang tidak boleh diterima oleh masyarakat dan lebih-lebih lagi oleh peguam-peguam di negara ini. Ini adalah di mana kita mahu transparensi dalam hal ini.

final • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

final • 5:04 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit, pasal Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih. Mungkin saya berpandangan Yang Berhormat tersalah anggap apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan Malaysian Bar. Kalau yang mengadakan poll atau survey tadi itu adalah NGO ataupun persatuan-persatuan yang mungkin tidak ada kaitan dengan sistem kehakiman negara kerana Malaysian Bar ini adalah sebahagian daripada komponennya, mungkin kita boleh terima. Katalah contoh surat khabar ataupun blog.

Akan tetapi, untuk Malaysian Bar ini mengadakan survey ini dalam website rasminya dan membiarkan mungkin anak mungkin yang lima tahun, sepuluh tahun atau 20 tahun yang tidak tahu tentang latar belakang hakim-hakim tersebut dan memberi komen-komen itu. Itu mungkin yang dianggap oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu tidak begitu tepat. Terima kasih.

final • 5:04 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasihlah kerana saya rasa Yang Berhormat Kota Belud ini he can read in the mind of Yang Berhormat Pasir Mas.

Nampaknya ada konspirasi di antara Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Pasir Mas. I didn’t know you got power attorney and power to speak on his behalf.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang ada di depan kita sebenarnya telah dimulakan semasa Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Perdana Menteri.

Masa itu saya ingat lagi ini adalah satu di antara change yang beliau ingin bawa di negara ini. Akan tetapi, semasa dia menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, dia tidak dapat mencapainya. Ada beberapa tentangan, ada beberapa perkara yang lebih mustahak dan tumpuan untuk membawa rang undang- undang ini telah tergendala. Nampaknya, tidak ada keseriusan oleh Kerajaan Barisan Nasional, maka ini telah dilambatkan.

Akan tetapi, yang lebih mustahak adalah kita hendak tahu kenapa lebih dari satu tahun? Dari first reading ini saya difahamkan pada 15 Disember 2008. Lebih kurang sepuluh bulan sudah lepas. Walaupun rang undang-undang ini ada di Parlimen ini, tetapi tidak dibahaskan langsung. Adakah ia telah dilambatkan? Sehingga hari ini, Menteri pun tidak ada di sini. Kita semua tahu kenapa beliau tidak ada di sini, tetapi itu bukan menjadi perkara untuk sepuluh bulan. Saya rasa di antara rang undang-undang yang unik pada pengetahuan saya, di mana ada di Parlimen untuk lebih dari sepuluh tahun, mungkin ini adalah creating history dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, di antara perkara-perkara yang ada kecacatan di dalam rang undang-undang ini adalah mengenai kekurangan kepastian mengenai rang undang-undang dan klausa-klausa di sana. Saya hendak tahu kenapa kerajaan tidak ada inisiatif-inisiatif yang tertentu untuk membuat perbincangan dengan stakeholders mengenai rang undang-undang ini, terutama adakah perbincangan telah dibuat dengan hakim-hakim, peguam-peguam, Majlis Peguam Negara ini dan juga rakyat di negara ini?

final • 5:04 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya difahamkan tidak ada perbincangan langsung. This is taking a very aloof attitude. Membuat satu keputusan dalam AG Chambers dan saya telah beberapa kali memberitahu Dewan ini bahawa kita perlu ber transparent. Dahulu saya masih ingat ramai di antara kita Ahli Parlimen dari Pembangkang. Masa itu mereka selalu kata kita ada majoriti 90 peratus. Kita ada majoriti 92 peratus. Kita tidak perlu mendapat mandat yang baru dari masyarakat mengenai isu-isu atau rang undang-undang untuk mendapat pandangan mereka. Akan tetapi ini adalah satu konsep yang salah, stakeholders dan stake players adalah pihak-pihak yang ada kena mengena dengan rang undang- undang ini. Lebih-lebih lagi Majlis Peguam. Kenapa perkara ini tidak dibuat? Kenapa ini boleh dibuat di lain-lain negara? Kenapa mereka lebih transparent? Kenapa mereka lebih berintegriti? Kenapa kita tidak boleh sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, pre-requisite rang undang-undang ini adalah mengenai code of ethics di klausa 2 rang undang-undang ini. Saya hendak bertanya, sebenarnya walaupun ramai di antara Ahli Parlimen telah berdebat hari ini, tetapi yang mustahaknya adalah apa itu code of ethics? Tidak ada code of ethics Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya ini adalah satu rang undang-undang yang defective. Kita membincangkan ada code of ethics di mana kesalahan-kesalahan tertentu dikatakan Judges Code of Ethics tahun 2008. Mana ada? Mana ada diluluskan pada 2008?

Bukan, di clause 2. Itu clause 9 kita tahu. Clause 2, dia kata dengan the meaning of code of ethics. Dia pre-requisite kerana dia perlu dibaca dengan klausa 7. Dengan izin, “In the exercise of his functions under this act, the committee shall abide by the principles and procedures set out in this act and the code of ethics.” Mana code of ethics itu?

Kita membuat perbincangan hari ini, membahaskan perkara ini tanpa mengetahui apakah kandungan yang terkandung di code of ethics. Saya tahu ada code of ethics mengenai hakim-hakim. Itu cerita lain. Di sini dengan spesifik mengatakan Code of Ethics 2008. Di mana? Patut diberi dan telah diluluskan. Pre-requisite. Oh, saya tidak nampak.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah masuk dalam warta kerajaan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sorry?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Warta Kerajaan.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mungkin saya tidak dapat. Kalau ada sedemikian tidak apa. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah ini...[Ketawa] Kita mengetahui. Mungkin Ahli Parlimen Barisan Nasional boleh gelak. Saya masih ingat tiga tahun dahulu, masa itu ada rang undang-undang mengenai Majlis Peguam di mana kita telah memberitahu kepada kerajaan ada kesalahan-kesalahan tertentu. Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan kita dan menarik balik perkara tersebut. Saya tidak mahu perkara tersebut juga terjadi. Mungkin itu tidak ada di meja saya, saya overlook perkara tersebut akan tetapi yang lebih mustahak adalah bolehkah...This is a very minor matter tetapi pre-requisite perlu diambil kira... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin... [Beberapa Ahli menyampuk] Suruh Minister berada di sini lah. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga kita dapat tahu apakah prosedur yang akan digunakan atau apakah faktor-faktor yang akan diambil kira untuk membuat satu laporan terhadap hakim-hakim? Di sini tidak ada apa-apa yang spesifik.

Saya hendak katakan satu kes yang telah terjadi di negara ini lebih kurang lima tahun dahulu. Semasa itu Ketua Hakim Negara adalah Tun Ahmad Fairuz. Masa itu ada satu laporan telah dibuat kepada beliau oleh seorang peguam yang senior yang telah mengatakan bahawa ada seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah menggunakan perkataan-perkataan lucah di hadapan peguam-peguam wanita dan juga international students di kamar beliau. Semasa perkara itu diberitahu kepada Hakim Tun Ahmad Fairuz, beliau telah mengatakan memohon agar orang yang mengatakan sedemikian membuat satu laporan. Seorang wanita di antaranya, seorang peguam telah membuat satu statutory declaration dan dengan teliti telah memberitahu apa yang terjadi dan perkataan-perkataan lucah yang telah digunakan oleh hakim tersebut.

Walaupun itu dibuat sehingga hari ini saya difahamkan tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap hakim tersebut malah hakim tersebut telah dinaikkan pangkat. Bagaimana ini terjadi? Jadi ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya khuatir bahawa mungkin kita boleh membuat laporan kepada Jawatankuasa Etika ini tetapi tindakan tidak akan diambil. Di antaranya adalah tidak ada masa yang sesuai di mana limitation of masa supaya laporan-laporan dibuat. Tidak ada prosedur di sini walaupun kalau kita tengok di UK dan di lain-lain negara, ada prosedur yang tertentu. Saya khuatir kalau tidak ada prosedur-prosedur yang dinyatakan, ini akan menyusahkan bukan sahaja kepada pihak-pihak yang akan membuat laporan tetapi juga dalam penyiasatan tersebut.

Perkara yang kedua adalah mengenai hakim besar negara ini. Bagaimana kita hendak buat laporan terhadap beliau? He is the most senior judge in the country. Kita perlu dalam rang undang-undang ini, tidak ada apa-apa yang menunjukkan cara macam mana jika seseorang ingin membuat laporan atau kompelin terhadap Ketua Hakim Negara.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat tahu bahawa dalam rang undang-undang ini tidak ada apa-apa yang boleh diberitahu kepada Dewan Rakyat ini bahawa setiap tahun ada beberapa kes yang telah diambil tindakan terhadap hakim- hakim. There is no place or nothing mentioned for the annual report. Tidak ada ruangan supaya satu annual report untuk tiap-tiap tahun dibuat untuk di tablekan di Dewan Rakyat supaya Ahli-ahli Parlimen dapat mengambil bahagian. Juga dalam proses ini memberitahu apakah kesalahan-kesalahan dan siapakah yang terlibat? Sekiranya tidak ada nama-nama peguam sekurang-kurangnya siapakah hakim-hakim yang terlibat dan apakah tindakan yang telah diambil tanpa mengadakan satu annual report untuk ditablekan di Parlimen atau meniadakan repot tersebut.

Ini menunjukkan satu perbuatan seperti di private club di mana mereka boleh mengambil tindakan dan disembunyikan di kelab-kelab tersebut. Untuk hakim-hakim, kita perlu tahu bahawa ini bukan private club. Hakim-hakim adalah public officers.

Mereka patut akui dan ikut standard yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita kata Article 125 of the Federal Constitution tetapi itu hanya bertumpu kepada removal of the High Court Judge. Akan tetapi di dalam rang undang-undang ini tidak dinyatakan bahawa apakah tindakan- tindakan selain dari the removal of the judge. Tidak ada dinyatakan di sini. Saya pun tidak faham kenapa, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu dan ini memberi satu gambaran bahawa tidak ada keseriusan dalam rang undang-undang ini.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada mekanisme yang ada di rang undang-undang ini yang memberitahu apakah tindakan yang telah diambil terhadap hakim-hakim dan adakah tindakan-tindakan yang telah diambil akan diberitahu kepada pihak-pihak yang membuat kompelin tersebut. Tidak ada apa-apa yang menunjukkan dan tidak ada masa yang ditetapkan untuk mereka menyiasat atau mengambil tindakan. Ini bermakna satu kompelin boleh dibuat pada tahun 2009 dan mungkin dalam sepuluh tahun baru kes itu dapat diselesaikan atau tidak akan diselesaikan langsung.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Pihak-pihak complainant tidak akan diberitahu mengenai perkara tersebut.

Saya fikir ada beberapa kecacatan yang tertentu. Selain daripada itu adalah di mana bill tersebut tidak ada had masa untuk membuat kompelin terhadap hakim-hakim jika mereka membuat kesalahan pada tahun ini, dari masa sekarang hingga bila satu kompelin patut dibuat. Itu pun tidak dinyatakan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin mengatakan mengenai hakim-hakim di negara ini. Kekurangan hakim-hakim di negara ini, kekurangan hakim-hakim di Mahkamah Tinggi, juga saya tahu tidak ada kena- mengena, tetapi di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret perlu diberi perhatian yang serius.

Baru-baru ini di surat khabar dilaporkan ada kekosongan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Saya harap kerajaan mengambil tindakan untuk mengisi semua jawatan ini supaya pertama, tidak ada backlog. Kedua, supaya ada fair trial. Saya sendiri tahu beberapa kes ditunda atas alasan tidak ada hakim. Kita tahu peguam-peguam tidak senang, itu menjadi satu perkara. Akan tetapi, yang lebih mustahak ialah ketiadaan kekosongan hakim-hakim di negara ini.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan, ini saya telah membuat laporan beberapa kali. Setiausaha untuk hakim-hakim, pemilihan mereka sepatutnya tidak dibuat oleh PSD, tetapi patut dibuat oleh hakim-hakim sendiri. Ini kerana saya telah diberitahu oleh hakim-hakim sendiri di mana ramai di antara typists tidak tahu menaip dalam bahasa Inggeris, mereka tidak fasih. Akan tetapi, PSD melantik mereka sebagai setiausaha, sebagai kerani kepada hakim-hakim ini melambatkan, dan ini menyusahkan kepada hakim-hakim, juga melambatkan hakim-hakim untuk memberi satu decision dalam kes-kes mereka.

Kerap kali hakim-hakim terpaksa mengambil kerani-kerani di luar dari mahkamah-mahkamah untuk menaipnya kerana kebanyakan kerani-kerani yang dilantik oleh kerajaan adalah fasih dalam bahasa Melayu tetapi tidak fasih dalam bahasa Inggeris, walaupun buku-buku dan semua institusi yang mustahak di negara ini adalah dalam bahasa Inggeris. Ini sangat menyusahkan hakim-hakim, hakim-hakim perlu pertolongan dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, walaupun kita mahu hakim-hakim yang bebas, ikhlas dan sebagainya, kita juga perlu memberi ganjaran dan gaji yang lumayan kepada mereka. Saya berterima kasihlah, saya difahamkan baru-baru ini dalam lingkungan tiga bulan, mereka telah mendapat kenaikan gaji RM6,000 setiap hakim Mahkamah Tinggi dan adakah ini dibuat berbeza dengan Ian Chin, di mana beliau telah dihantar kepada boot camp, di mana semasa beliau menjadi hakim sepuluh tahun dahulu, dia ada masalah dengan Perdana Menteri kita yang dulu iaitu Tun Dr. Mahathir, di mana ada salah faham dan Ian Chin telah dihantar ke satu boot camp, di mana ini adalah kaitan dengan satu kes, di mana dia telah membuat satu keputusan kes defamation and..., pada tahun 1997 dan boot camp itu telah diadakan di antara 26 Mei - 30 Mei 1997 dan di boot camp itu diadakan sesi untuk indoctrinate polisi-polisi kerajaan supaya mereka dapat mengikut apa kehendak kerajaan pada masa sekarang, dan ini adalah yang dibuat kepada Ian Chin dan dia terpaksa meletak jawatan selepas itu.

Saya juga ingin compare dengan Perdana Menteri sekarang, mungkin ada perbezaan. Dulu hakim-hakim yang tidak bersependapat dengan kerajaan, dihantar ke boot camp, sekarang fesyen yang lain, dia menggunakan satu ganjaran, kenaikan gaji adalah satu di antara perkara itu, di mana Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dinaikkan gaji, dan indirectly diberitahu bahawa jangan lupa, ini jasa baik kepada kita, tetapi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu masalah di antara hakim-hakim di negara ini. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah bahawa saya pohon agar gaji-gaji mereka ini bukan kali pertama saya ada bahas mengenai perkara ini, gaji-gaji mereka perlu mendapat tax free, kebanyakan gaji-gaji mereka sebenarnya terpaksa dibayar sebagai cukai, ini sepatutnya dielakkan.

Ini pula mengenai basic amenities kepada hakim-hakim, saya difahamkan SPANCO, iaitu sebuah syarikat yang dibenarkan oleh kerajaan untuk memberi kereta- kereta kepada semua kakitangan kerajaan di negara ini. Saya difahamkan untuk hakim- hakim dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mereka semua akan diberi Mercedes Benz, pada pandangan saya ini adalah baik kerana kebanyakan daripada hakim-hakim ini, jika mereka bekerja di swasta, untuk mereka mendapat pendapatan RM30,000, RM50,000 satu bulan no problem, tetapi menjadi seorang hakim, pendapatan lumayan mereka ini semua hilang dan ini adalah faktor yang perlu diambil kira.

Saya ingat lagi sepuluh tahun dahulu saya ada menyuarakan mengenai perkara ini, masa itu semua hakim diberi Mercedes Benz yang terkini, tetapi dengan nationalization policy dan perkara-perkara tersebut, semua mereka diberi Perdana Eksekutif dan saya harap kerajaan akan mengimplementasikan semua perkara mengenai apa yang diperlukan oleh hakim-hakim di negara ini.

Selain dari itu, Tuan Yang di-Pertua ini adalah mengenai bila hakim-hakim bertugas di Mahkamah Tinggi dan sebagainya, kerap kali mereka diarahkan untuk berpindah ke pekan lain untuk menjalankan tugas, tetapi ini dibuat secara tergesa-gesa pada masa yang sangat singkat, dan oleh yang demikian kebanyakan kes-kes yang mereka kendalikan menjadi part heard cases yang tidak dapat dihabiskan oleh mereka dan kes itu ditunda dan ditunda. Saya sendiri tahu ada beberapa kes yang ada di Mahkamah Tinggi untuk sepuluh tahun, lima tahun dan sebagainya, ini adalah kerana bila seseorang hakim dipindahkan, katakan dari Ipoh ke Kuantan, dia menunggu arahan dari Ketua Hakim Negara, adakah dia dibenarkan untuk menjalankan kes tersebut.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi dalam hal ini, apa yang disusahkan ordinary people, ini adalah perkara yang kita patut elak. Di England ia ada formula di mana hakim-hakim diberi masa, diberi notis yang cukup, diberi tiga bulan, empat bulan dikatakan kamu akan dipindahkan ke lain mahkamah, sila ambil tindakan supaya menghabiskan semua kes dan ini adalah satu praktis yang perlu diambil kira, dan jika ini diimplementasikan, ia akan membawa hasil yang baik kepada kes-kes yang tertunggak di mahkamah di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tahu, saya ada buat satu pemindaan kepada rang undang-undang ini, akan tetapi notis itu tidak diberi kepada sesi ini, apa akan terjadi kepada notis tersebut kerana kalau rang undang-undang itu yang saya cadangkan akan ada dan boleh dibenarkan, saya telah baca standing orders, nampaknya ia boleh diguna pakai, kalau sedemikian saya tidak perlu bahas mengenai perkara-perkara tersebut, kerana saya telah membawa beberapa cadangan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tak pasti Yang Berhormat, tapi kalau ada pindaan, ianya akan dikemukakan dalam peringkat Jawatankuasa.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Pada sesi yang dulu Tuan Yang di- Pertua, ia telah diberi notis kepada semua Ahli Parlimen, tetapi saya nampak kali ini tidak ada. Jika ia akan ada saya tidak perlu berbahas mengenai perkara-perkara tersebut.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak nampak. Saya rujuk dengan bahagian pentadbiran nanti.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh saya pohon agar... Mungkin hari ini ia tidak akan habis di sesi yang akan datang di Jawatankuasa.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Jawatankuasa...

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Because I already gave a notice and the notice is still valid.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Mencari-cari dokumen] Saya tidak nampak dalam nota saya ada pindaan daripada Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi, boleh... Saya perlu bahas mengenai perkara-perkara tersebut kerana ia akan mengambil...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tetapi Yang Berhormat masih boleh...

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau itu ada saya tidak perlu bahas kerana saya boleh bahas mengenai perkara itu dalam Jawatankuasa.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

It should be there because I have given a notice. Dalam sesi yang dulu ada di semua meja. Di meja saya pun ada.

Memandangkan that was from first reading saya ada beri notis untuk first reading maka ia digunakan pada masa sekarang juga.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam nota saya sekarang ini saya tidak nampak ada cadangan pindaan.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Maybe that can be looked into.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Sudah habis, Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Belum habis tetapi soalan saya belum dijawab. Kalau ia ada...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah beri jawapan saya tadi. Dalam nota sekarang ini saya tidak nampak ada catatan pindaan daripada Yang Berhormat. Saya cuma melihat ada catatan pindaan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya ada buat. Boleh saya beritahu sekarang dengan formal bahawa di sesi yang lalu saya telah memberitahu bahawa notis dan...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya faham, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ia telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen termasuk saya. Memandangkan ini adalah untuk second reading pada hari ini dan pada first reading saya telah memberi notis maka ia diguna pakai.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya faham tetapi dalam catatan saya ini saya tidak nampak sebarang pindaan.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh semak perkara itu, kalau tidak saya boleh beri notis.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh kemukakan. Saya kurang pasti mengenai perkara ini, Yang Berhormat, tetapi nota yang ada pada saya, saya tidak melihat ada sebarang cadangan pindaan daripada Yang Berhormat kecuali cadangan pindaan daripada Yang Berhormat Menteri sahaja.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Okey. Boleh saya...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi, kalau Yang Berhormat berhenti sekarang ini, Yang Berhormat tidak akan diberi peluang lagi kecuali pada peringkat Jawatankuasa nanti.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan. Saya boleh teruskan tetapi saya perlukan masa lebih kurang setengah jam mengenai perkara tersebut.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya cuma boleh extend sehingga 15 minit sahaja, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya tidak cukup masa kerana itu spesifik dalam Jawatankuasa. Mungkin dalam Jawatankuasa saya boleh berucap.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh, boleh. Dalam Jawatankuasa boleh.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, alright.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis, Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang pukul 5.30 petang. Kita sudah habis.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 akan berlangsung pada hari esok, hari Jumaat, 23 Oktober 2009 pukul 4 petang.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Rang Undang-undang Etika Hakim 2008 seperti yang tertera di nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini akan dibawa dan akan disambung perbahasannya selepas Rang Undang-undang Perbekalan 2010 serta usul-usul yang berkaitan dengannya diputuskan dan diluluskan pada 14 Disember 2009.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 4 petang, hari Jumaat, 23 Oktober 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang.

final • 5:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026