Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Saya difahamkan ada pemakluman daripada seorang Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya pohon untuk menarik balik:
DR 15/2009, Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 2. DR. 18/2009, Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 3. DR. 20/2009, Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir
(Pindaan) 2009; 4. DR. 17/2009, Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 5. DR. 19/2009, Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009; dan 6. DR. 16/2009, Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009; dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut:-
Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008; 2. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008; 3. Akta Mahkamah Haiwan 2008; 4. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008; 5. Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008; 6. Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009; 7. Akta Bank Negara Malaysia 2009;
Tuan Yang di-Pertua
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)
(Pindaan) 2009; 9. Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(Pindaan) 2009.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan Negara kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.
Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan Perutusan] “6 Julai 2009 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:
Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008; 2. Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(Pindaan) 2008; 3. Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008; 4. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008; 5. Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008; 6. Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009; 7. Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009; 8. Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Pindaan) (Pindaan) 2009; dan 9. Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009.
Yang Ikhlas, t.t.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal jawab, saya mahu satu peraturan mesyuarat. Saya mahu tanya kenapa soalan saya mengenai skandal Port Klang Free Zone sudah hilang daripada hari ini yang diberi notis – senarai.
Sungguhpun saya ada mematuhi segala peruntukan di Peraturan Mesyuarat 22, 23 dan 24; dan negara menunggu jawapan khasnya perkara ini sangat penting dan jangan satu cover- up diadakan bagi pihak sesiapa di sini.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita baru mula bersidang. Tolong jangan bising. Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur, boleh saya respons kepada persoalan itu kerana tahun lalu saya telah memberi fatwa bahawa pada waktu sesi soal jawab tidak ada peraturan mesyuarat yang perlu dibangkitkan. Selepas ini baru saya respons.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akhir soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas sesi soal jawab.
1. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia – one people”; dan
(b) jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat di atas.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya ingin memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Putatan pada hari ini secara serentak dengan soalan-soalan yang turut dikemukakan oleh 16 orang Ahli Dewan Rakyat iaitu Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Libaran pada 21 Oktober, Yang Berhormat Lanang pada 26 Oktober, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 27 Oktober, Yang Berhormat Batu Kawan pada 2 November, Yang Berhormat Kuantan pada 3 November, Yang Berhormat Serian pada 10 November, Yang Berhormat Pengerang pada 16 November, Yang Berhormat Tuaran pada 17 November, Yang Berhormat Batang Sadong pada 19 November, Yang Berhormat Silam pada 2 Disember, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Kuala Selangor pada 3 Disember, Yang Berhormat Kota Belud pada 14 Disember, Yang Berhormat Maran pada 8 Disember dan Yang Berhormat Keningau pada 10 Disember.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara lebih daripada 6 bulan yang lalu, saya telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia sebagai teras pentadbiran kerajaan. Seperti yang saya jelaskan di dalam Dewan ini pada 15 Jun 2009, dan juga di beberapa ucapan dan temu ramah, tujuan utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan adanya perpaduan nasional yang lebih mantap, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020, yakni menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dalam semua aspek. Secara ringkas, Gagasan 1Malaysia menekankan aspek utama perpaduan iaitu:
(i) sikap penerimaan dan menghormati kepelbagaian budaya dan keunikan kaum yang sedia ada;
(ii) mengamalkan prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; dan
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(iii) menegakkan keadilan sosial di mana semua rakyat Malaysia akan terbela khasnya golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan tiada mana-mana pihak yang akan terpinggir.
Teras-teras ini dilengkapi dengan penerapan nilai-nilai murni termasuk hormat- menghormati adat resam dan budaya kaum lain serta mengelakkan menyentuh kesensitifan kaum, rendah diri atau tawaduk, yakni perasaan insaf, rasa persaudaraan dan kasih sayang terhadap setiap kaum dan setiap individu di dalam satu keluarga Malaysia yang besar, rendah hati menjadikan kita tidak sombong, bersopan dan tahu menghormati orang lain.
Kesederhanaan yang mengelakkan tindakan atau tutur kata yang bersifat ekstrem serta berbudi bahasa dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku dalam berinteraksi dan berhubung di antara kaum bagi melahirkan rasa kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat. Nilai-nilai murni ini adalah sangat penting di dalam memupuk semangat perpaduan di dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Aspek kedua melibatkan nilai-nilai aspirasi yang dapat menggembleng rakyat bersatu padu ke arah sebuah negara maju. Lapan nilai aspirasi ini adalah:
(i) budaya berprestasi tinggi atau high performance culture untuk mencapai tahap yang terbaik;
(ii) budaya ketepatan;
(iii) budaya ilmu;
(iv) budaya inovasi;
(v) integriti;
(vi) ketabahan;
(vii) kesetiaan sepenuhnya demi negara; dan
(viii) kebijaksanaan.
Walau bagaimanapun, nilai-nilai aspirasi ini tidak terhad kepada lapan, namun semua nilai-nilai yang murni boleh diterima dan diamalkan oleh rakyat Malaysia bagi menjayakan konsep 1Malaysia yang bermatlamatkan negara yang bersatu padu, aman dan maju.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa inisiatif telah dimulakan untuk memperkenalkan konsep dan aspek-aspek utama Gagasan 1Malaysia melalui pelbagai media. Laman web 1Malaysia.com.my yang mengandungi blog peribadi saya di dalam empat bahasa, telah menjadi satu forum siber untuk menggalakkan penyertaan di dalam perbincangan mengenai Gagasan 1Malaysia dan memperkukuhkan identiti negara melalui unity in diversity.
Sesuai dengan tagline “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, banyak pandangan dan cadangan yang bernas, positif dan membina telah disumbangkan oleh mereka yang sudi menyertainya. Komen-komen dan cadangan oleh rakyat yang diterima telah diambil perhatian oleh kerajaan. Di antara aktiviti yang melibatkan rakyat seperti pertandingan lagu 1Malaysia yang dicipta dan dipilih oleh rakyat untuk turut mencerminkan aspirasi rakyat. Saya yakin selepas ini banyak lagi aktiviti yang melibatkan rakyat akan diadakan dari semasa ke semasa bagi mencapai hasrat dan matlamat 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebuah yayasan yang bebas dan bukan berasaskan keuntungan iaitu Yayasan 1Malaysia juga telah dilancarkan pada Julai tahun ini oleh sekumpulan pemimpin masyarakat Malaysia yang terdiri dari tokoh akademik dan korporat dari pelbagai kaum untuk membantu menyokong dan menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia peringkat negeri akan dilakukan seperti di Perak pada malam tadi supaya rakyat akan memahami dan menghayati Gagasan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia juga sedang dizahirkan melalui komitmen kerajaan, melalui tagline “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”.
Komitmen ini adalah tulang belakang utama kerajaan bagi memberikan tumpuan yang lebih serius kepada isu-isu rakyat serta menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat sentiasa diberi keutamaan, maka kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Areas (NKRA) sebagai agen transformasi kerajaan ke arah negara yang lebih aman, selamat dan maju. Enam NKRA yang telah dikenal pasti ini ialah:
(i) mengurangkan kadar jenayah;
(ii) memerangi rasuah;
(iii) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan;
(iv) meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah;
(v) memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman; dan
(vi) menambahbaikkan pengangkutan awam.
Selain dari NKRA diletak di bawah bidang kuasa seorang Menteri peneraju atau lead minister, dikenal pasti juga beberapa sub NKRA masing-masing dengan sasaran petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators. Ini semua menunjukkan kita serius, kita komited kepada kebajikan rakyat dan kerajaan akan mengotakan apa yang kita janjikan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memberikan komitmen yang amat penting di dalam memastikan rakyat memperoleh manfaat besar dengan wujudnya NKRA dan KPI.
Rakyat mempunyai medium untuk mengukur pencapaian kerajaan dan menilai prestasi semasa bagi memastikan segala sistem penyampaian sentiasa efisien dan efektif. Ini langkah murni kita dan inilah juga ketelusan kita di dalam pentadbiran. Insya-Allah kita yakin dengan ini akan memberikan keselesaan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya saya ingin menegaskan bahawa selain daripada isu perpaduan antara kaum, Gagasan 1Malaysia juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah ini, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkatkan.
Pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri yang terbesar ini seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan penambahan lebih banyak peruntukan lagi. Turut diberi perhatian adalah isu taraf kerakyatan yang telah diambil pendekatan serius kerajaan. Kesemua ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak, yang merupakan dua wilayah yang amat penting bagi Malaysia.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Rakyat di Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia sejak tahun 1993, maka adalah wajar sekiranya rakyat di Sabah dan Sarawak dapat menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung. Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka, kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung.
Oleh itu saya dengan sukacita ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Jemaah Menteri baru-baru ini telah membuat keputusan yang bersejarah yakni untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September mulai 2010 sebagai hari cuti awam untuk seluruh Malaysia... [Tepuk] Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah ini. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Sebagai kesimpulan, Gagasan 1Malaysia yang diutarakan sebaik sahaja saya dilantik sebagai Perdana Menteri telah mendapat sambutan yang menggalakkan. 1Malaysia telah menjadi satu gagasan yang menarik dan digemari oleh rakyat khasnya generasi muda. Perbincangan mengenai konsep 1Malaysia melalui media cetak dan elektronik secara serius telah menjadi tajuk yang menarik. Di samping itu tumpuan terhadap pelaksanaan NKRA tertentu telah juga mulai mendatangkan hasil dan impak yang positif kepada rakyat. Oleh itu boleh dikatakan bahawa tahap pertama dalam pelaksanaan Gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci lagi ikhlas kerajaan untuk memupuk perpaduan yang tulen ini akan benar-benar berjaya. Sesungguhnya perpaduan yang telah kita capai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan lebih lima dekad yang lalu dan ingatlah bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit... [Tepuk] Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan, maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih atas penjelasan yang begitu jelas sekali dan saya pasti rakyat telah mendengar dengan rasa feeling good, feeling nice terutama sekali rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Sri. Sebagai satu bangsa Malaysia semestinya ada dituruti dengan perkataan identiti sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi. Yang ketara sekali kita lihat dengan jiran-jiran kita seperti di Indonesia, di Thailand, di Filipina. Mereka ketara ada identiti tersendiri. Kalau kita lihat rakyat Indonesia, namanya Hortono, Dewi Wirayati. Ini kita tahu mereka ini daripada Indonesia. Di Filipina ada Roberto, ada nama Antonio dan mungkin ini daripada Filipina.
Bila kita dengar orang yang dinamakan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
..Sabarlah Yang Berhormat Shah Alam. Kalau tidak saya jelaskan mungkin soalan tidak difahami.
Kalau kita lihat di Thailand, Chulalongkorn, Abisit, kita tahu dia orang daripada Thailand. Kalau kita lihat rakyat kita di Malaysia pula ada Ali, ada Ahmad, ada Mary, ada Mojigoh, ada juga ada Bung... [Ketawa] Ini jadi persoalan. Kita tidak semestinya menjadi copycat. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, kita tidak seharusnya copycat kepada negara jiran kita. Apa yang harus kita minta sharing atau pendapat daripada Yang Amat Berhormat, soal identiti ini tidak semestinya dengan nama tetapi mungkin lebih kepada adat resam kita, budi bahasa kita, keterampilan kita, tingkah laku kita sebagaimana Yang Amat Berhormat sebutkan tadi. Seperti di Jepun, apabila dia memberi hormat dia tunduk lama-lama. Kalau di Thailand dia melutut tetapi minta sedikit sharing ataupun pandangan dari Yang Amat Berhormat bagaimana mungkin ini boleh dilakukan di negara kita.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya setuju dengan pendapat Ahli Yang Berhormat dari Putatan. Sebenarnya kalau kita menyorot kembali asas kita membina negara Malaysia daripada awal lagi, kita memilih jalan integrasi dan bukan asimilasi. Negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, Indonesia, Filipina dan Thailand memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan bahawa pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka dan inclusive... [Tepuk] Kita melihat bahawa itulah jalan yang terbaik sebenarnya apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan kepada unity in diversity. Tidak ada negara lain yang seunik seperti negara Malaysia dan sebab itu jugalah kita boleh katakan bahawa kita sebuah negara yang terasnya jelas, yang berdasarkan pada Perlembagaan, pada permuafakatan antara kaum tetapi kita boleh menerima unsur-unsur lain yang dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya kita dan semuanya ada tempat di bawah bumbung Gagasan 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Marang.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua. Setelah kerajaan memperkenalkan suruhan baru 1Malaysia, adakah bermakna dasar-dasar yang lalu Islam Hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?
Kerajaan telah menerima penubuhan Institut Islam Hadhari dengan peruntukan-peruntukan sebegitu rupa. Adakah ia akan menjadi satu kenangan setelah adanya 1Malaysia jadi slogan?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Dahulu, tetapi kita anggap ini sebagai kesinambungan sebab ini satu perjalanan yang panjang dan lama. Ia tidak mungkin boleh sampai ke penghujung dalam masa satu penggal, dua penggal hatta empat lima penggal pun. Jadi kita lihat ini sebagai satu kesinambungan dan insya-Allah apabila kita melakukan seperti mana yang saya terangkan tadi Gagasan 1Malaysia dan segala nilai- nilai yang mendasari gagasan ini yang juga menyokong kepada usaha kita untuk mencapai Wawasan 2020.
2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kewangan menyatakan pendirian Malaysia dan kesan-kesan Mesyuarat G20 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Adakah ia akan memulihkan kemerosotan ekonomi dan bagaimana Malaysia boleh menyahutnya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Menteri tidak ada... [Ketawa]
Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk jawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Kepong bersama dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Pulai yang dijadualkan pada 18 November kerana ia menyentuh isu yang sama.
Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Untuk makluman Yang Berhormat, Kumpulan G20 adalah kumpulan tidak rasmi beberapa negara yang ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat tahun 90-an untuk membincangkan soal-soal kestabilan ekonomi dan penstrukturan dan isu-isu kewangan global. Sebelumnya isu-isu ekonomi ini hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G7 dan di tujuh negara-negara maju. Malaysia bersetuju dengan pendirian Kumpulan G20 bahawa institusi serta architecture kewangan antarabangsa perlu diperbaharui, malah kita mahukan reformasi yang tersebut dapat dipercepatkan.
Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional. Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 tersebut. Kita telah memperkukuhkan sektor kewangan dan perbankan negara melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal dan Pelan Induk Sektor Kewangan.
Di samping itu kita telah melaksanakan dasar fiskal dan monetary yang accommodative serta menyeluruh dan dianggap radikal pada masa itu. Walaupun menerima kritikan hebat dari negara-negara maju serta Institusi Kewangan Antarabangsa terutamanya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kita telah tabah mengharunginya.
Memandangkan kemajuan yang dicapai di ketiga-tiga Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kumpulan G20 sejak tercetusnya krisis ekonomi global pada September tahun lalu, adalah sejajar dengan pendirian negara Malaysia menyokong usaha tersebut.
Sehubungan itu Malaysia menyeru Sidang Kemuncak G20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera. Malaysia juga turut menyokong matlamat jangka panjangnya untuk memastikan krisis ekonomi dan kewangan global tidak berulang lagi.
Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kumpulan G20 terdiri daripada negara maju dan negara membangun yang penting secara systemic, dengan izin systemically important countries di kalangan ASEAN, Indonesia telah dipersetujui menganggotai Kumpulan G20. Pada Sidang Kemuncak Kumpulan G20 di London, United Kingdom pada bulan April tahun ini, ASEAN yang diwakili oleh Thailand sebagai Pengerusi ASEAN telah dijemput untuk hadir sebagai pemerhati, manakala di Sidang Kemuncak G20 di Pittsburgh, Amerika Syarikat dalam bulan September yang lalu, Indonesia telah mengusulkan agar ASEAN dijemput sebagai pemerhati tetap di persidangan-persidangan akan datang.
Melalui ASEAN sebagai pemerhati tetap, Malaysia akan berpeluang menyuarakan pendirian negara berkaitan isu-isu ekonomi dan kewangan antarabangsa untuk mengembalikan kestabilan ekonomi global dan mengelakkan krisis ini daripada berulang kembali.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dengan izin, one of the thing we have to fear about making Malaysia One is the lip service for 1Malaysia... [Tepuk] Saya memang setuju bahawa pada tahun 1997 dan 1998 kita sudah mengambil langkah-langkah untuk mempertahankan ekonomi kita tetapi bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah pendirian Malaysia mengenai status dolar Amerika sebagai international currency.
Di sini, dalam soalan saya itu, ada termasuk bagaimana kita boleh menggunakan keputusan yang dibuat oleh G20 di Pittsburgh ini untuk membantu negara kita. Misalnya, defisit bajet kita sudah meningkat kepada 7.6 peratus sekarang dan bagaimana kita dapat mengurangkan defisit ini, walaupun kita sudah mengambil langkah-langkah yang tertentu dan mengakibatkan defisit ini menambah. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita, bilakah ekonomi Malaysia akan pulih?
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ini agak melencong sedikit daripada soalan asal... [Ketawa] Akan tetapi tidak apalah, sebab dia orang baik, saya jawab juga.
Berkenaan dengan defisit ini, defisit ini sebenarnya satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan jangka pendek. Semua negara akan mengalami defisit tambahan.
Kalau kita hendak buat suntikan pakej rangsangan yang besar sebagaimana yang kita lakukan, kita kena terima tambahan defisit. Mana yang lebih penting, defisit lebih besarkah atau rakyat kita selamat dan selesa? Jadi kerajaan pilih untuk menyelamatkan rakyat...
[Tepuk] Akan tetapi bila sampai masanya nanti, kita akan bendung, kita akan kurangkan defisit. Jadi tunggulah ucapan belanjawan saya, mudah-mudahan dapat gambaran nanti tentang soal defisit kita.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Menyampuk]
Dato’ Ismail bin Kasim - Arau
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya tidak akan sentuh banyak perkara currency. Ia sensitif dari segi reaksi pada market. Jadi kita akan usulkan perbincangan ini melalui perkembangan di peringkat G20 nanti, tetapi yang penting sekarang ini, apa-apa juga ialah kestabilan, currency stability, itulah yang penting. Dari sudut Malaysia, yang kita pentingkan ialah stability in the financial system.
Dato’ Ismail bin Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Negara kita sebenarnya tidak mengamalkan dasar perlindungan ataupun protectionism walaupun kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan juga kewangan global yang kita lihat begitu mencabar sekarang ini. Jadi, sekatan-sekatan perdagangan dan juga dasar-dasar yang mengganggu dagangan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja, telah menyekat pertumbuhan negara-negara miskin masih lagi digemari oleh negara maju iaitu dalam usaha mereka melindungi kepentingan negara mereka.
Dato’ Ismail bin Kasim - Arau
Jadi soalan tambahan saya, Yang Berhormat Dato’ Sri, sejauh manakah kejayaan kerajaan dalam usaha kita terutamanya bersama-sama dengan negara ASEAN dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk membendung ancaman daripada pelaksanaan dasar perlindungan oleh negara-negara maju kerana dasar ini bukan hanya mengehadkan akses pasaran tetapi akan terus merumitkan kemelesetan ekonomi global.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, semua pimpinan negara sedar bahawa dunia tidak boleh terjebak kepada kesilapan seperti mana yang dilakukan waktu recession or depression tahun 1930 apabila sikap protectionism menular dan oleh kerana itu ekonomi dunia telah merudum pada keadaan yang sangat dahsyat pada masa itu. Jadi semua pemimpin negara dunia sedar bahawa inilah jalan ke arah menghancurkan ekonomi dunia.
Dalam pada itu kita melihat bahawa pada peringkat ASEAN, kita telah berjaya dari segi untuk membawa ASEAN ini kepada sebuah economic community menjelang tahun 2015. WTO, Doha Rounds ini walaupun ada keazaman tetapi belum lagi dapat diselesaikan. Ada juga kekhuatiran tetapi ada juga harapan bahawa dunia tidak akan terjebak kepada kesilapan seperti dahulu. Namun kita masih jauh lagi kepada wujudnya sistem yang adil, free and fair world trade.
3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) sejauh manakah usaha Kementerian dalam mengharungi isu kekurangan kakitangan perubatan di Malaysia termasuk pegawai perubatan, jururawat dan doktor pakar; dan
(b) berapakah klinik kesihatan dan hospital di seluruh negara khasnya negeri Sarawak yang mengalami kekurangan kakitangan perubatan.
Menteri Kesihatan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan sedar akan masalah kekurangan pegawai perubatan dan kakitangan perubatan di Malaysia. Buat masa ini bilangan jawatan pegawai perubatan adalah 24,241 orang dan bilangan yang diisi hanya 15,446 orang iaitu lebih kurang 63.7 peratus. Justeru itu, kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah tersebut.
Antaranya:
Menteri Kesihatan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai
(i) menumpukan usaha untuk menarik pelajar-pelajar perubatan warga negara berkhidmat dengan KKM semasa mereka masih lagi dalam tempoh pengajian;
(ii) menawarkan pelantikan secara kontrak kepada pegawai- pegawai yang telah bersara wajib dengan syarat mereka mempunyai prestasi yang cemerlang dan sihat tubuh badan;
(iii) menggunakan khidmat pegawai perubatan swasta untuk bertugas di hospital-hospital kerajaan secara sectional;
(iv) melaksanakan pengambilan pegawai perubatan dan jururawat bukan warganegara secara kontrak;
(v) menambah baik terma dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai perubatan dan anggota paramedik dengan mewujudkan pelbagai insentif dan peluang kemajuan kerjaya yang baik;
(vi) bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi program menggalakkan warganegara Malaysia yang berkepakaran, yang bekerja di luar negara pulang ke Malaysia; dan
Menteri Kesihatan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai
(vii) memperkenalkan locum atau full paying patient serta elaun- elaun dan insentif-insentif yang lebih menarik kepada pegawai perubatan termasuklah insentif-insentif tertentu kepada anggota paramedik.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini pengisian pegawai perubatan negeri Sarawak adalah sebanyak 874 iaitu lebih kurang 45 peratus daripada 1,921 jawatan. Kementerian sedar akan masalah kekurangan pegawai perubatan yang dihadapi khususnya di negeri Sarawak. Justeru itu, pengisian di negeri Sarawak akan diberi keutamaan. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas jawapan yang telah diberikan. Yang Berhormat Menteri, memang itu jawapan yang kita dengar banyak kali, tetapi masalahnya rakyat kata belum nampak lagi beberapa perubahan di bawah hospital-hospital di seluruh negara, termasuklah Bintulu. Bintulu pun ada kekurangan pegawai perubatan. Sepatutnya kita mahu ada 25 orang sekarang baru ada 14 orang.
Sekarang masalahnya rakyat kata “bilalah masalah ini boleh diselesaikan?”. Tadi saya memang ada dengar kata ada pakar-pakar ataupun doktor berkhidmat di luar negara boleh dipanggil balik ke Malaysia, tetapi masalah itu Yang Berhormat Menteri ada lihat atau tidak. Saya difahamkan ada doktor memberitahu kepada saya, isteri dia bukan warganegara kita tetapi bila dia masuk dia susah untuk mendapatkan permanent resident ataupun bila dia memohon cukup susah dan mahu masa yang panjang. Itulah akhir sekali mereka tidak berminat untuk balik.
Satu lagi masalah ialah mereka punya gaji, especially doktor-doktor pakar, gaji mereka di luar mungkin dua tiga puluh ribu, tapi balik Malaysia, baru berapa. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri adakan satu resolution dan apabila kita umum mestilah kita laksanakan, jangan kita ulang balik-ulang balik, sama saja. So saya minta Yang Berhormat beri sedikit penjelasan.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu yang prihatin kepada masalah bilangan doktor di kawasan Bintulu dan juga di negeri Sarawak. Kerajaan telah pun mengeluarkan ataupun melancarkan pelbagai pakej dan insentif bagi menarik doktor untuk berkhidmat di negeri Sarawak. Antaranya bagi pemanjangan elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan dan elaun balik kampung kepada pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan untuk pergi ke Sarawak, iaitu bagi yang bekerja di kawasan pedalaman akan ditambahkan elaun daripada RM500 hingga ke RM1,500.
Selain daripada itu, pakej untuk menarik warganegara Malaysia bekerja di luar dan juga warga negara asing datang ke Malaysia, kita bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan dengan memberikan pakej yang mudah bagi mereka balik ke negara kita untuk berkhidmat. Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi specialist yang berumur 40 tahun ke atas, mereka balik ke negara kita, kita boleh memberi mereka kelonggaran exemption untuk berkhidmat dengan hospital kerajaan iaitu kita memerlukan lebih banyak pakar untuk balik berkhidmat dalam negara kita, dan kita akan terus mengkaji dan meneliti lebih banyak lagi insentif-insentif untuk memastikan kita mempunyai bilangan doktor pakar yang mencukupi.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Isu di hadapan kita ialah masalah kekurangan doktor berbanding dengan jumlah penduduk di negara kita. Masalah ini semua orang faham, Yang Berhormat Menteri juga tadi memberikan pelbagai strategi untuk kementerian atasi hal ini.
Saya memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan dalam akhbar baru-baru ini bahawa dengan izin, “there were currently a total of 25,000 doctors in the country, but the health sector still lack manpower in every department”.
Saya ambil contoh di Kota Bharu, tidak ada doktor pakar. Zaman berubah, penyakit masyarakat juga berbeza. Kalau dulu penyakit bawaan kerana air kotor dan sebagainya. Hari ini ada barah, jantung tetapi untuk satu negeri yang rakyatnya mempunyai 1.4 juta. Hospital Kota Bharu misalnya, tak ada doktor pakar jantung tetapi Hospital Putrajaya ada, Hospital Sungai Buloh ada.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Jadi isunya ialah ketika doktor kurang, doktor pakar lagi kurang. Polisi kementerian dalam menempatkan doktor-doktor pakar ini bagi memenuhi keperluan rakyat yang sebenarnya, ini persoalan yang saya hendak bangkitkan. Bagi 1Malaysia berjaya ini, rakyat pun kena sihat Yang Berhormat Menteri, jadi mohon penjelasan sedikit.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat. Memang dari segi strategi untuk kita menambahkan bilangan doktor pakar dan juga doktor dalam kerajaan, kita telah menggariskan pelbagai langkah-langkah termasuk insentif. Salah satu masalah yang kita hadapi adalah pengaliran keluar doktor-doktor yang terlatih dalam kerajaan, iaitu setiap tahun lebih kurang 300 hingga 400 doktor akan keluar dari perkhidmatan kerajaan ke hospital swasta.
Pada masa sekarang, Kementerian Kesihatan sedang berusaha melihat bagaimana untuk kita memastikan, kita menggunakan dan menggembleng tenaga semua sektor termasuk sektor swasta dan kerajaan bekerjasama sebagai satu pasukan yang memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada negara kita. Kalau kita lihat dari segi doctor population ratio, negara kita agak baik iaitu satu doktor berkhidmat kepada 1,145 bilangan penduduk. Memang bagi negara maju, lebih kurang satu kepada 800.
Kita akan mencapai sebelum tahun 2020, kita boleh mencapai one is to six hundred doctor population ratio. Akan tetapi dari segi pertaburannya, dari segi jenis perkhidmatan yang diberi di hospital kerajaan dan swasta kerana ada ketidakseimbangan.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan sekarang tengah berusaha untuk memastikan perkhidmatan di swasta dan juga di kerajaan. Kita boleh menjadikannya satu pasukan yang kuat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kita sedang dalam kajian dan selepas kajian ini kiat akan memaklumkan kepada orang ramai. Sekian.
4. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab serentak soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh hari ini bersama- sama dengan soalan nombor 34 daripada Yang Berhormat Tawau pada hari ini juga yang menyentuh tentang penyiasatan dan pendakwaan terpilih melibatkan SPRM dan juga PDRM.
Siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan mengikut prosedur undang- undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Penguatkuasaan undang-undang oleh kedua- dua agensi ini dibuat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang disiasat mahupun fahaman politik mereka. Pegawai-pegawai SPRM dan PDRM sentiasa diingatkan untuk mengikuti lunas undang-undang dan mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula mekanisme tanggungjawab yang diwujudkan semasa SPRM ditubuhkan jelas menunjukkan kesediaan suruhanjaya itu untuk berperanan secara bebas, telus dan profesional dalam menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes rasuah. Saluran-saluran yang telah diwujudkan seperti Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan atau Panel Penilaian Operasi itu wajar digunakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap tindakan dan perilaku siasatan SPRM, memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan orang awam dan masyarakat sivil yang berfungsi secara bebas di luar SPRM.
Berhubung dengan pendakwaan terpilih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan terhadap mana-mana orang tanpa mengambil kira kedudukannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi ataupun sufficient evidence bagi mendapatkan sabitan bagi kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM, semua kes yang diputuskan untuk tidak dituduh perlu dilaporkan kepada Panel Penilaian Operasi yang terdiri daripada individu profesional dalam bidang masing-masing serta bertindak secara bebas.
Untuk makluman Yang Berhormat, tangkapan yang telah pun diambil terhadap ahli-ahli parti politik daripada Januari hingga Ogos tahun ini. Bagi parti Barisan Nasional, tangkapan telah dibuat sebanyak 12 orang dan pertuduhan 7. Bagi pakatan pembangkang, tangkapan hanya seorang sahaja dan pertuduhan belum ada buat setakat ini.
Jadi, bagi pihak Jabatan Peguam Negara Tuan Yang di-Pertua, telah mengambil langkah-langkah dan pendekatan yang berkesan dalam mengendalikan pendakwaan seperti yang berikut:
(i) Peguam Negara selaku pendakwa raya telah mengarahkan timbalan pendakwa raya supaya merujukkan semua kes berkepentingan awam kepada beliau sendiri untuk keputusan sama ada pendakwaan perlu dibuat atau sebaliknya;
(ii) mengadakan perbincangan antara agensi penyiasatan dengan timbalan pendakwa raya sebaik sahaja kes berkepentingan awam dilaporkan bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh;
(iii) pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi bagi mendapatkan sabitan tanpa mengira kedudukan seseorang; dan
(iv) memberi latihan yang berterusan kepada timbalan pendakwa raya terhadap agensi-agensi penyiasatan dengan kerjasama agensi-agensi luar negara dan mengambil langkah melaporkan keputusan kes pergerakan kertas siasatan dan penjelasan berkenaan dengan kes-kes tertentu di laman web rasmi Jabatan Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tawau berhubung dengan Indeks Pencapaian Utama (KPI) SPRM dan PDRM sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, pelaksanaan National Key Result Areas
(NKRA) yang meliputi KPI yang sama adalah merupakan salah satu usaha serius oleh kerajaan untuk mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah.
Inisiatif ini sedang dibincangkan secara mendalam di NKRA Lab yang sedang berjalan dan akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lama lagi.
Pelaksanaan NKRA ini akan dipantau oleh Performance Management Delivery Unit ataupun Pemandu yang diketuai oleh dua orang Menteri bagi meningkatkan lagi keyakinan orang awam terhadap usaha kerajaan dalam mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, soal imej negatif SPRM. Ini kerana setelah peruntukan baru yang kuat dalam undang-undang dan akta, tindakan itu masih dianggap terlalu lemah dan kadar peningkatan rasuah di negara terus meningkat. Kita mengandaikan dengan adanya SPRM, kadar dengan sendiri sekurang-kurangnya akan menurun, tetapi sebaliknya meningkat.
Keduanya, Lembaga Panel Jawatankuasa Khas SPRM itu tidak bersidang. Jadi, maknanya Parlimen diminta mengadakan peruntukan dengan Panel Lembaga Jawatankuasa Khas tetapi tidak bersidang. Maknanya, tidak ada seriousness di pihak SPRM dan kerajaan untuk memastikan pengawasan dan pengawalan terutama tatkala imej SPRM itu tertekan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kemudian Polis Diraja Malaysia, ada suruhanjaya sebelumnya, ada usul-usul dan cadangan yang spesifik yang dikemukakan. Kadar jenayah terus meningkat. Maknanya, dengan segala jaminan diberikan itu tidak memberi keyakinan kepada rakyat kerana kejadian jenayah tidak kenal sama ada wakil itu daripada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional kerana pimpinan Barisan Nasional dan rumah-rumah mereka juga diserang dan keluarga mereka juga diragut.
Ketiga, penjelasan Yang Berhormat mengenai pendakwaan terpilih Jabatan Peguam Negara itu tidak menjurus kepada pertuduhan dan kecaman yang dibuat terutama oleh badan guaman bahawa dalam beberapa kes besar yang kita punyai maklumat yang cukup jelas tidak berlaku sebarang tindakan. Jadi, saya pohon penjelasan bagi ketiga-tiga isu yang saya bangkitkan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormatnya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, imej negatif ini berbaur seperti satu pertuduhan yang tidak elok, tidak berasas. Ini adalah satu persepsi yang tidak benar. Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa tindakan memang telah pun diambil terhadap orang-orang yang telah pun terlibat dalam satu kes rasuah dan telah pun dilaporkan kepada pihak SPRM.
Statistik telah pun menunjukkan bahawa hanya seorang sahaja daripada pakatan pembangkang telah pun ditangkap dan tidak ada pertuduhan yang telah pun diambil terhadap beliau.
Mengenai dengan pertuduhan terhadap PDRM yang tidak mengadakan siasatan terhadap pegawai yang menjalankan kerja yang tidak baik.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat dari Permatang Pauh sedia maklum bahawa wujudnya satu Suruhanjaya Integrasi Agensi Penguat Kuasa di mana orang ramai yang tidak berpuas hati dengan siasatan yang telah pun diambil oleh pihak-pihak pegawai boleh membawa aduan kepada Suruhanjaya Integrasi Agensi Penguat Kuasa yang dikenali sebagai SIAP ini.
Mengenai tuduhan mengatakan ada prosecution terpilih ataupun selective prosecution, ini tidaklah benar dan juga Yang Berhormat juga membangkit mengenai ada menerima maklumat yang kukuh terhadap seseorang ahli politik yang terkenal ataupun orang besar tetapi Yang Berhormat sedia maklum, maklumat itu kadangkala tidak mencukupi.
Kadangkala maklumat itu dihantar melalui surat layang ataupun disebarkan dalam newspaper but there is no sufficient evidence to charge the person in court dan kadangkala juga apabila seseorang telah pun dituduh di dalam mahkamah, kalah dan menang sesuatu kes itu seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, terpulang kepada keterangan yang akan diberi melalui saksi dan kadangkala pula saksi turn hostile dan memberi keterangan yang lain dan ini boleh menyebabkan sesuatu kes kalah di dalam mahkamah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat pagi, selamat Hari Raya Aidilfitri, selamat Deepavali dan selamat segala-galanya.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, inilah usaha-usaha yang dilakukan oleh parti pembangkang. Di luar terus berusaha bawa masuk di dalam Dewan untuk mewujudkan persepsi negatif kepada kerajaan. Kerajaan kita ialah kerajaan yang baik. Agensi-agensi kerajaan kita menjalankan tugas dengan penuh profesional, adil, telus tetapi perkara-perkara yang baik oleh agensi-agensi ini sengaja diberikan imej yang buruk yang berkaitan dengan fitnah, putar belit fakta, pembohongan agar rakyat dalam negara ini terpengaruh.
Beberapa Ahli
Soalan, soalan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, soalan akan sampai. Ini ialah mukadimah. Jadi, pandangan-pandangan buruk ini, sangkaan-sangkaan buruk yang daripada acuman. Betul bahasa itu? Acuman ini bahasa Johor. Apa itu dalam bahasa...
Maknanya fitnah, yang dibuat oleh parti pembangkang ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Agensi-agensi kita yang berjasa ini, yang telus ini saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita pertingkatkan daya usaha kita. Lawan, jangan putus asa, jangan patah hati, lawan! Kerana sebenarnya apa yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kita ini sangat baik dan sebenarnya bukan semua rakyat beranggapan buruk kepada agensi- agensi ini, kita juga menghargai mereka menjalankan tugas dan berjasa umpamanya Polis Diraja.
Betapa berjasa Polis Diraja tetapi jasa yang begini mulia untuk kepentingan politik, sengaja dinafikan dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab secara politik sikit. You lurus sangatlah. Jadi itu, supaya ditingkatkan profesional jabatan-jabatan ini supaya dapat menafikan atau menidakkan apa yang cuba dijalankan oleh parti pembangkang untuk mewujudkan persepsi buruk kepada agensi-agensi kita yang berjasa.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya nampak ramai Ahli Yang Berhormat yang ambil kesempatan daripada kesabaran saya kali ini. Inikan sesi soal jawab. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Lain kali tanya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa itu soalan. Kalau itu Tuan Yang di-Pertua anggap bukan soalan, saya minta maaflah, saya minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Sila Yang Berhormat Menteri, sila.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading dan saya juga setuju dengan pandangan beliau bahawa pihak pembangkang ini memang sentiasa memberi satu persepsi yang tidak benar mengenai sesuatu kes tetapi saya yakin bahawa rakyat boleh lihat dengan jelas permainan-permainan pembangkang dalam perkara yang tertentu. Jadi, saya tidak dapat menafikan lagi bahawa pegawai-pegawai yang terlibat dalam agensi-agensi SPRM dan juga PDRM telah pun menjalankan kerja mereka dengan profesionalisme dan juga telah pun memberi the best that they can give. Kadangkala mungkin ada sedikit kelemahan tetapi itu tidak menjadi satu masalah kerana kita adalah manusia. Kadangkala kita buat juga kesilapan yang sedikit sebanyak. Terima kasih.
5. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, kedudukan BERNAMA TV dari segi peranan medianya dan tanggungan hutangnya yang besar sehingga menjejaskan operasi harian stesen TV ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon dengan hormatnya untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju bertarikh 10 November 2009 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu perihal BERNAMA TV. Sebagai permulaan Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya menyatakan bahawa BERNAMA terus menjayakan industri maklumat di Asia dan membekalkan berita serta maklumat yang lengkap sesuai dengan piagam dan penubuhannya.
Berkaitan dengan BERNAMA TV, ianya adalah sebuah syarikat swasta di mana BERNAMA Berhad hanya mempunyai saham sebanyak 33 peratus sahaja. Sehingga 9 Oktober 2009, hutang BERNAMA TV adalah berjumlah RM16,845,000. Hutang tersebut wujud daripada aspek-aspek penyewaan ruang pejabat, peralatan dan perjanjian yang mengenakan beberapa syarat mengenai sumber manusia dan tenaga pakar. Bagi mengatasi masalah kewangan ini, BERNAMA TV telah mendapatkan rakan kongsi yang baru dan akan menjelaskan hutang-hutangnya. Rakan kongsi ini sedang melakukan pemeriksaan audit secara pemastian terperinci atau due-diligent. Operasi siaran BERNAMA TV akan berterusan dan ia telah pun memulakan khidmat seperti biasa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Kita maklum bahawa BERNAMA mempunyai misi, wawasan, peranan dan juga tanggungjawab khusus sebagai sebuah agensi media kerajaan apatah lagi BERNAMA tidak mempunyai ruang untuk bersifat sensasi ataupun cuba berlumba-lumba mencari populariti dalam pengurusan beritanya tetapi apa yang berlaku dalam Bernama TV Synergy Sdn.
Bhd. itu sendiri menceritakan keadaan yang sebaliknya.
Jadi soalan tambahan saya ialah, sejauh manakah BERNAMA mempunyai pengaruh dan pegangan syer dalam BERNAMA TV itu sendiri serta sejauh manakah jaminan masa depan kakitangan BERNAMA seramai kira-kira 150 orang termasuk editor, wartawan, jurukamera, pembaca berita, pengarah studio dan sebagainya yang sebelum ini dipinjamkan dan bekerja di bawah BERNAMA TV sejak penubuhan unit tersebut. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak.
(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan.
Oleh kerana sebahagian dari soalan tadi telah sempat saya jawab, hanya memadai bagi saya menambah sedikit berkaitan dengan kedudukan kakitangan ataupun sumber manusia yang dikatakan disumberkan oleh BERNAMA. Perkara inilah yang terkandung di dalam urusan pembentukan semula badan korporat yang saya sebutkan tadi dan kementerian telah diberi pengakuan bahawa pembayaran serta komitmen, tanggungan dan lain-lain tanggungan korporat akan selesai apabila due-diligent yang saya sebutkan tadi selesai dalam tempoh terdekat.
Mengenai dengan peranan BERNAMA sendiri yang menyajikan berita, data, informasi dan hal-hal lain berkaitan dengan industri penerangan, ia tidak berubah. Namun begitu, kementerian akan cuba supaya sesuai dengan tuntutan semasa dalam dunia penyiaran dan juga kelengkapan kita untuk data dan logistik yang lain. Ia menepati perjuangan kita menurut korporat dan badan pembentukan yang telah diutuskan awalnya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan BERNAMA TV, ya. Ia dimiliki seperti disebut tadi 32 peratus oleh BERNAMA dan lebih kurang 27 peratus oleh Silver Ridge Holdings yang dimiliki oleh Datuk Suhaimi, Ketua UMNO Bahagian Jerai. Siapa, Yang Berhormat Sri Gading? Saya kena bagi tahulah kalau tidak orang tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki, yang telah menyebabkan BERNAMA TV menanggung kerugian ataupun hutang yang disebut tadi hampir lebih RM16 juta. Saya ingin mendapat penjelasan bahawa tadi hutang itu adakah dia hutang kepada BERNAMA, RM16 juta itu kerana kelengkapan, sewa line dan sebagainya.
Adakah dia juga termasuk dengan hutang yang masih dibuat oleh BERNAMA ke atas pengacara-pengacara yang saya difahamkan ada pengacara yang masih dihutangi oleh pihak BERNAMA TV ini sebanyak RM25,200 untuk satu orang pengacara dan juga ada yang sampai RM3,000 dan ada juga perunding-perunding yang menjadi perunding kepada BERNAMA TV juga dihutangi oleh Syarikat BERNAMA TV ini.
Jadi saya juga ingin mendapat penjelasan bahawa kenapa sebab-sebab kita mengalami kerugian sehingga menyebabkan tanggungan hutang yang begitu besar. Saya juga hendak mendapatkan juga penjelasan berkaitan kakitangan tadi. Saya difahamkan kakitangan itu ada yang sudah kembali ditempatkan di RTM umpamanya. Ini bermakna bahawa RTM juga mengalami lebihan kakitanganlah. Adakah selepas ini bila syarikat baru, rakan kongsi baru kepada BERNAMA TV ini selesai menjalankan urusan ini, apakah kakitangan yang telah pun diambil balik oleh BERNAMA dan diletakkan di RTM dan juga di bahagian-bahagian ini akan diambil balik untuk BERNAMA TV ini.
Ini kerana saya difahamkan bahawa ada masalah kepada kakitangan-kakitangan ini sebab mereka telah pun membuat satu pelan kehidupan mereka dan sewaktu mereka, khususnya pengacara bila mereka mengacara, pembaca berita dan sebagainya di BERNAMA TV, income mereka agak begitu tinggi tetapi bila mereka balik ke RTM, income mereka sudah pun menurun dan ini sudah tentu menjadi masalah kepada pengurusan kehidupan mereka. Namun begitu isunya bagi saya bahawa ini memalukan UMNOlah.
Ketua UMNO Bahagian Jerai tidak pandai business. Dia tidak pandai business macam Yang Berhormat Bintulu.... [Ketawa]
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, ucap tahniah kepada Yang Berhormat Pokok Sena sebab ada orang yang melentok atas bahunya menangisi keadaan yang telah diceritakan. Akan tetapi sebelum beliau itu melentok, menangis atas bahu Yang Berhormat Pokok Sena, mereka telah melentok di bahu orang yang bercakap ini... [Ketawa] Fakta pertama ialah bahawa bukan 32 peratus saham yang dimiliki oleh BERNAMA Bhd., tetapi 33 peratus seperti yang saya sebutkan tadi. Kedua, syarikat itu bukan BERNAMA Silver Raj. Itu macam bunyi Deepavali sedikit. Syarikat ini adalah Silver Ridge. Sama ada Dato Suhaimi itu terlibat atau tidak, ini orang yang punya badan kena menyelesaikan kemudian penceritaannya.Kita tidak harus berhitung tentang individu, pegangan sahamnya sekiranya tidak tepat. Kalau hendak disebut dalam konteks penentuan fakta, ini Yang Berhormat Pokok Sena kena menjawabnya.
Selain itu, 30 peratus adalah dimiliki oleh Hold Mark Sdn. Bhd. dan 70 peratus oleh Standard Sdn. Bhd. Kesemua ini telah di muafakatkan supaya saham mereka diurusniagakan oleh pihak yang lain. Oleh sebab itu saya katakan tadi urusan pengambilalihan ini sedang berjalan.
Berhubung dengan kakitangan penyiar ataupun jurukamera, juruhebah dan lain- lain, mereka akan kembali bertugas dalam syarikat yang sama dengan semua syarat mereka dengan izin, intact dan tidak ada kehilangan apa-apa. RTM cuma membantu sementara, sementara mereka dapat ditempatkan semula dalam pekerjaan dan profesion masing-masing. Ini adalah perkara yang dapat kita terima. Alhamdulillah dan syarikat ini akan terus menyajikan berita, data dan informasi seperti biasa.
6. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan anggota awam mengikut pecahan kaum dan jantina. Apakah usaha mengurangkan bilangan jumlah yang dipecat dan diambil tindakan dan apakah perubahan yang boleh dilakukan untuk memecat mereka yang kurang prestasi serta bolehkah pekerja kontrak diambil tanpa peroleh kebenaran JPA.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan.
Sehingga 31 September tahun ini, bilangan penjawat awam adalah seramai 1,222,947 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
| Kaum | Bilangan | Peratus (%) |
|---|---|---|
| Melayu | 932225 | 76.2 |
| Cina | 72875 | 6.0 |
| India | 50140 | 4.1 |
| Lain-lain | 167707 | 13.7 |
Pecahan mengikut jantina pula adalah sebanyak 654,909 lelaki iaitu 53.6 peratus dan wanita ialah 568,038 iaitu 46.4 peratus.
Bagi mengurangkan bilangan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja, kerajaan melalui agensi awam dari semasa ke semasa melaksanakan program peringatan peningkatan keutuhan dan integriti misalnya melalui penguatkuasaan peraturan, penerapan nilai murni dan etika serta kursus tatatertib yang bertujuan untuk meningkatkan penghayatan terhadap tata kelakuan dan integriti dan sebagai penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya dari semasa ke semasa meningkatkan penjawat-penjawat awam melalui ketua-ketua jabatan masing-masing mengenai tata kelakuan yang perlu dipatuhi.
Pada masa ini, pengambilan secara kontrak boleh dilaksanakan tanpa memperoleh kebenaran Jabatan Perkhidmatan Awam bagi jawatan gred 52 dan ke bawah yang mana ketua perkhidmatannya bukan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa kakitangan atau penjawat pentadbiran awam boleh mencapai satu prestasi seiras dengan sektor swasta supaya kita boleh menjurus ke arah sebuah pentadbiran awam bertaraf antarabangsa.
Dalam usaha ini, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan hadiah integriti untuk menggalakkan penjawat awam memungkari amalan-amalan yang tidak sihat dan juga menjimatkan wang kepada negara dan pada masa yang sama juga hadiah kreativiti dan inovasi, supaya kita boleh mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam yang menjadi salah satu faktor mengapa daya saing atau competitiveness kita telah menurun daripada 21 ke 24 baru-baru ini.
Yang kedua, adakah di antara usaha kerajaan untuk menambah bilangan penjawat pentadbiran awam daripada pelbagai kaum yang menghadapi masalah kerana peluang kenaikan pangkat adalah amat berkurangan, kerana kalau kita lihat di antara universiti-universiti belum ada lagi sungguhpun ada 16 atau 17 IPTA, tetapi belum ada lagi satu universiti yang datang daripada kaum-kaum lain di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat dari Bagan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, bilangan yang saya sebutkan tadi untuk menjawat jawatan penjawat awam ini adalah mengikut populasi negara. Bilangan yang telah saya berikan tadi ialah mengikut populasi negara sehingga tahun lalu dan target kerajaan untuk mendapatkan kaum-kaum Cina untuk jawatan penjawat awam adalah 24 peratus dan pada setakat ini hanya dalam 6 peratus di mana kaum India targetnya adalah 7 peratus mengikut kedudukan population yang telah pun mencapai setakat ini adalah 4.1 peratus.
Jadi seperti Yang Berhormat sedia maklum, terdapat banyak juga jawatan kosong dan yang penting sekali mesti ada pemohonnya yang membuat permohonan dan lulus kriteria-kriteria yang telah pun diberikan oleh JPA. Sekiranya tidak ada permohonan yang dibangkitkan seperti di universiti-universiti daripada bilangan kaum yang telah pun disebutkan, saya rasa ini juga tidak dapat disalahkan kepada pihak kerajaan sekiranya permohonan tidak lengkap ataupun kurang.
Seperti Yang Berhormat juga sedia maklum bahawa pemilihan calon pada setakat ini masih lagi base on the merit dan kerajaan tidak pernah mengadakan sebarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum pun. Begitu juga dengan program-program yang ada untuk memperkenalkan kekosongan kerja yang ada di dalam jabatan-jabatan kerajaan, kerajaan sentiasa juga menggalakkan parti-parti politik untuk memaklumkan kepada ahli- ahli mereka untuk membuat permohonan. Selain daripada itu, SPA juga mengadakan website online untuk mengiklankan jawatan kosong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanyakan tentang pegawai pengambilan kontrak ini. Adakah kerajaan berhasrat untuk menyerapkan pegawai dan kakitangan kontrak ini ke dalam perkhidmatan tetap bagi meningkatkan prestasi mereka dan menjamin masa depan mereka dan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka, sekiranya mereka ini untuk dilantik secara tetap? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Liew Vui Keong
Seperti saya nyatakan tadi bahawa pengambilan secara kontrak bagi pegawai kontrak ini akan dilaksanakan dan ini tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi jawatan Gred 52 dan ke bawah, yang mana ketua perkhidmatannya bukan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan sekiranya ada sebarang pertanyaan yang lebih lanjut lagi Yang Berhormat dari Sekijang boleh bertanya terus kepada pihak saya. Kerajaan memang akan melantik mereka yang memenuhi semua kriteria yang diperlukan oleh JPA kepada kontrak worker ini. Terima kasih.
7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah gejala sosial telah dapat diatasi hasil daripada Program Kejiranan Lestari terutama di kawasan berisiko seperti Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, program Pembangunan Kejiranan Lestari yang lahir daripada keputusan Mesyuarat Majlis Sosial Negara telah bermula pada bulan Februari 2009.
Program ini bertujuan untuk memulihkan kawasan yang dikenal pasti mempunyai kadar gejala sosial dan jenayah yang tinggi, bagi mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih baik dan selamat untuk penduduk-penduduk di kawasan berkenaan. Sebagai permulaan program Pembangunan Kejiranan Lestari telah dilaksanakan secara perintis di lima kawasan di Johor Bahru iaitu di Kampung Skudai Kiri, Kampung Melayu Pandan, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Taman Tampoi Indah dan Taman Puteri Wangsa.
Secara amnya program Pembangunan Kejiranan Lestari telah menggunakan satu pendekatan yang menggabungkan projek fizikal dan Program Pembangunan Modal Insan.
Projek fizikal yang dilaksanakan bagi membaik pulih kemudahan sedia ada dan membina prasarana baru yang diperlukan oleh penduduk. Usaha ini berupaya mengujudkan persekitaran yang sihat, bersih, selamat dan kondusif serta mempunyai kerukunan untuk didiami.
Persekitaran ini seterusnya memberikan persepsi positif kepada penduduk yang tinggal di kawasan itu untuk mempunyai sikap yang bertanggungjawab yang merupakan faktor dan petunjuk kepada kesejahteraan komuniti setempat. Kerja-kerja membaik pulih kemudahan awam yang sedia ada melibatkan dewan orang ramai, masjid, taman permainan kanak-kanak, tadika, jalan di kawasan berkenaan diperbaiki dan diturap sementara rumah pangsa pula dicat semula.
Pelaksanaan Program Pembangunan Modal Insan pula menjadi pelengkap kepada program fizikal. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai murni di kalangan masyarakat seperti mengukuhkan institusi kekeluargaan, membina jati diri belia, menjalin hubungan erat sesama jiran dan mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Antara Program Pembangunan Modal Insan yang dijalankan ialah pembangunan kapasiti seperti latihan kemahiran, menambah pendapatan, kursus-kursus motivasi, kursus kemahiran keibubapaan, kem jati diri remaja dan community policing dengan izin.
Sehingga kini seramai 1,650 orang penduduk di kawasan-kawasan terbabit telah menyertai program pembangunan kapasiti ini. Program Pembangunan Modal Insan ini diyakini dapat mengekalkan kelestarian pembangunan yang telah dijalankan. Di samping itu, ia dapat memupuk budaya penyelenggaraan dan mempertingkatkan sistem kawalan sosial di kalangan penduduk. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat dan kita dengar tadi Program Pembangunan Kejiranan Lestari ini amat baik kerana ia memberi tumpuan khusus kepada fizikal pembangunan seperti membasmi kemiskinan, membasmi jenayah dan masalah sosial.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, soalan tambahan saya ialah kerana kita di sesuatu tempat itu ada juga badan-badan yang lain atau agensi lain. Jadi, sejauh manakah peranan kejiranan lestari ini, program ini, disatukan dengan Program Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan juga Persatuan Penduduk setempat untuk turut sama diberi manfaat dan dana dalam menjayakan program kejiranan lestari ini untuk mungkin fasa-fasa yang berikutnya. Terima kasih.
Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya program ini dijalankan bukan hanya melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja.
Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil
Agensi-agensi yang terlibat, saya hendak maklumkan ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah tentunyalah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Agensi Antidadah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Pegawai Daerah Johor Bahru, Majlis Bandar Raya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Jabatan Agama Islam Johor dan Yayasan Pembangunan Keluarga Johor.
Jadi, insya-Allah, kalau kita mampu untuk menurunkan program ini di kawasan- kawasan lain seumpamanya di Pulau Pinang mahupun di Selangor, maka saya akan tentukan bahawa agensi-agensi lain terutama seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat itu mengambil bahagian dalam program ini. Terima kasih.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Nampaknya, kalau di atas kertas ia lihat cantik, semua program adalah baik. Akan tetapi dalam pelaksanaan, kalau melibatkan begitu banyak jabatan dan kementerian saya rasa ia akan menjadi satu jawatankuasa yang begitu bagus dan bagaimana ia hendak melaksanakan.
Saya rasa projek seperti ini lebih baik dilaksanakan oleh NGO-NGO di kawasan tempatan. Ia lebih berkesan untuk dilaksanakan kalau berbanding dengan jabatan-jabatan yang begitu banyak. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sekijang bahawa begitu banyak program yang dilaksanakan oleh begitu banyak kementerian. RT, apakah RT buat?
Adakah ini menunjukkan bahawa RT sudah gagal menjalankan tugasnya. Ini memang jiran atau rukun tetangga pun jiran juga.
Jadi, program seperti ini kalau dilaksanakan, saya rasa boleh dilaksanakan di mana-mana. Ini kerana banyak tempat akan memerlukan program seperti ini. Kalau mengadakan di kawasan yang jenayah indeks yang tinggi, ada 50 hot spots di seluruh negara. Jadi macam mana hendak memastikan ini akan berjaya dan tidak membazirkan duit rakyat? Apakah KRA dan KPI nya. Terima kasih.
Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tengok Yang Berhormat mempunyai satu persepsi negatif kepada satu program yang begitu baik sekali. Kementerian kita, kita coordinate dengan izin, semua agensi-agensi termasuk NGO.
Kalau hendak suruh NGO, hendak masuk dalam program ini, hendak turap jalan misal kata, mungkin perkara itu tidak boleh berlaku.
Sebab itu, kita masuk agensi-agensi yang berkenaan, yang mampu untuk menambah baik di kawasan-kawasan itu. Kalau kita bercakap soal jenayah, kalau kita hanya bekerjasama dengan NGO tanpa membabitkan polis, kita tidak boleh menangani masalah ini. Maka, dengan itu Yang Berhormat saya amat memahami bahawa dalam kita menjalankan kerja, kita nanti cut down red tape, kita bawa NGO, kita menentukan ada penyertaan daripada orang ramai di situ, jiran-jiran di situ, insya-Allah kita akan jalankan.
Saya rasa bahawa modul ini adalah satu modul yang cantik di mana kita membawa civil society dan kerajaan, agensi yang berkenaan untuk menambah baik di kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Saya sengaja tadi untuk tambah masa dua tiga minit memandangkan yang bertanya penghabisan adalah daripada kaum wanita. Jadi, kementerian ini kementerian wanita, kita terpaksa prihatin dengan mereka. Terima kasih. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang lain itu, lain kali tidak payahlah minta yang lebih-lebih. Sebelum saya panggil Setiausaha untuk ke agenda seterusnya, saya ingin respons kepada peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan bahawa satu soalan yang penting untuk rakyat negara ini iaitu soalan PKFZ. Yang Berhormat Ipoh Timur kehendaki supaya disenaraikan pada soalan yang pertama untuk pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi, apabila saya menimbang perkara itu daripada lebih awal Yang Berhormat Ipoh Timur, soalan Yang Berhormat tidak ditolak, cuma ia disenaraikan sewaktu nanti pada bulan 12. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur kurang senang dengan ini.
Kalau Yang Berhormat Ipoh Timur saya layan supaya soalan dia pada persidangan pertama saya cepatkan, nanti orang lain akan minta juga. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
(i) soal PKFZ ini telah pun ditimbulkan beberapa kali dalam Dewan ini dan Yang Berhormat Ipoh Timur sendiri telah menimbulkannya beberapa kali;
(ii) Menteri telah memberi satu ministerial statement pada persidangan yang lalu mengenai dengan soal PKFZ. Walaupun penerangan itu tidak memuaskan hati semua. Dalam persidangan memangnya begitu. Apabila kita berbahas tidak semua puas hati dengan jawapan ataupun soalan;
(iii) PAC sekarang ini sedang bermesyuarat untuk menyiasat hal yang sebenarnya tetapi malangnya ada lagi di antara kita yang belum dapat tunggu mengenai dengan jawapan ataupun rumusan daripada PAC;
(iv) perkara ini saya dapat tahu telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM);
(v) Yang Berhormat boleh bangkitkan hal ini nanti sewaktu dalam perbahasan bajet; dan
(vi) saya menimbangkan bahawa mungkin pada Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), ini tidak dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Walaupun demikian, saya bersetuju untuk disenaraikan pada bulan 12 oleh kerana perkara ini saya dapat tahu telah pun pada ketika ini ada lima kes yang telah pun difailkan di mahkamah. Jadi, ianya mungkin bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(g).
Jadi Yang Berhormat Ipoh Timur, saya harap dapat bekerjasama dengan soal ini dan saya ucapkan terima kasih kerana membangkitkan hal ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati sebab-sebab yang telah diberi tetapi kita semua Ahli Dewan Rakyat ini perlu mengikuti peraturan mesyuarat. Sungguhpun Tuan Yang di-Pertua memberi lima sebab, tiada satu yang boleh kata bahawa mengikuti peraturan mesyuarat. Oleh kerana mengikuti peraturan mesyuarat tidak ada kuasa untuk keluarkan satu soalan yang ditetapkan oleh Ahli yang berkenaan untuk satu tarikh kepada tarikh yang kemudian.
Di sebalik ada melanggar peraturan mesyuarat tetapi saya tidak pernah dalam perkara ini melanggar peraturan mesyuarat. Oleh kerana kalau kita mengikut soalan saya yang sudah pun ditetapkan pada 3 Disember yang meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan Kabinet 2007 yang memberi kuasa kepada Ketua Setiausaha Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji perancangan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) termasuk kelulusan empat surat sokongan yang tidak sah, khasnya mengenai arahan kepada KSU dan EPU dan Jabatan Perdana Menteri untuk buat suatu siasatan.
Ini tidak pernah ada jawapan dalam Dewan yang mulia ini sama ada dalam ministerial statement atau mana-mana jawapan pihak kerajaan, ini suatu perkara yang baru, tidak pernah ditimbulkan mengenai satu arahan yang dibuat, keputusan dibuat oleh Kabinet dan apa hasil Kabinet itu? Sebenarnya pada surat khabar bertarikh 16 hari bulan, Nanyang Siang Pau. Kita pun ada satu penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Santubong yang mengatakan bahawa Dewan tidak memihak kepada sesiapa dalam perkara ini, bukan mahu menutup skandal PKFZ.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akan tetapi selain daripada saya ada mendengar peraturan mesyuarat, apa yang berlaku sebenarnya memberi anggapan bahawa adalah usaha untuk menutup perkara ini oleh kerana inilah semua negara menunggu hari yang pertama supaya Parlimen relevan boleh memberi perbahasan atau jawapan mengenai isu yang terpenting di negara ini, yang current tetapi sekarang ini kita lihat ialah ditutup.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua bolehlah terima objection ini bahawa soalan itu patutlah pada hari yang pertama. Sungguhpun tidak ada masa dalam 90 minit untuk menjawab bahawa satu jawapan bertulis perlu diberikan dan diedarkan supaya kita tahu apakah perkembangan terkini mengenai perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, saya juga ada baca peraturan mesyuarat seperti Yang Berhormat timbulkan tadi iaitu kalau sesuatu soalan itu dibukakan oleh Yang Berhormat dan meminta supaya ianya dijawab pada suatu hari. Itu secara konvensyen Yang Berhormat, saya tidak ada spesifik dalam peraturan mesyuarat ini. Jadi saya berpendapat bahawa dalam soal-soal begini, ada kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk buat discretionary...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu, nanti dulu Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini tidak pernah berlaku Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain sabar dahulu.
Saya tahu Yang Berhormat akan bangkitkan itu, ini tidak pernah berlaku. Yang bergilir-gilir ini pun tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi saya benarkan bergilir-gilir. Selepas satu pembangkang dan selepas itu. Yang tidak pernah berlaku kita buat untuk kebaikan tetapi walau bagaimanapun saya ambil maklum kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu.
Yang jelas di sini saya setuju bahawa tidak ada bagi pihak saya untuk membantu kerajaan menyembunyikan perkara seperti begini Yang Berhormat kerana penyiasatan telah dibuat dan yakinlah bahawa soalan Yang Berhormat itu akan terjawab juga. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Untuk hari ini sampai written reply?
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab ianya tidak ada dalam senarai peraturan, maka saya tidak boleh jawab begitulah. Sila teruskan.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Ya sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 10 iaitu mengenai penyata-penyata rasmi mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya ada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Peraturan Mesyuarat 10 itu Yang Berhormat ada 10, satu, dua, tiga, empat, yang mana satu?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Semua sekali. Baru-baru ini atas permintaan saya, saya dibekalkan Penyata Rasmi bertarikh 2 Julai tahun ini untuk kegunaan dalam mahkamah. Apa yang ada dalam muka surat 106 khasnya adalah apa yang saya tidak nyatakan dalam Dewan yang mulia ini iaitu, ”ada laporan polis dibuat terhadap Ahli Yang Berhormat Bintulu, outraging of the modesty of government”.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nyatakan ialah, “outraging the modesty of a women”. Pelik Tuan Yang di-Pertua apa yang ada dalam Penyata Rasmi tidak disuarakan oleh saya dalam Dewan yang mulia ini. Bolehkah ini diperbetulkan Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Respons saya kepada peraturan mesyuarat yang dibangkitkan itu ialah ini, saya perlu siasat Yang Berhormat sebelum saya balik kepada Yang Berhormat untuk memberi penjelasan. Akan tetapi setahu saya Yang Berhormat, setiap habis bersidang, setiap Ahli-ahli Yang Berhormat akan diedarkan dengan copy Penyata Rasmi iaitu Hansard. Ahli-ahli Yang Berhormat diminta supaya buat pembetulan kepada ucapan pada hari itu dan ada masa yang tertentu dibagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat pembetulan.
Apabila tidak ada pembetulan dibuat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, maka Penyata Rasmi itu akan diprint sebegitu rupa. Jadi mungkin Yang Berhormat ada terima salinan tetapi Yang Berhormat tidak mempunyai masa untuk membetulkan.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak terima Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini perlu penyiasatan lanjut lagi kalau tidak ada terima kerana biasanya saya sendiri sebagai Tuan Yang di-Pertua pun, selepas sahaja persidangan ada dihantar di meja saya apa yang saya sebut sewaktu bersidang.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bagaimana Tuan Yang di-Pertua ini boleh wujud ‘outraging the modesty of government’?
Tuan Yang di-Pertua
Ya memang itu, tetapi apabila...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tidakkah ada undang-undang seperti itu?
Outraging the modesty of a woman, yes, outraging the modesty of government tidak ada di mana undang-undang... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan siasat tetapi seperti penjelasan saya tadi, setiap Ahli-ahli Yang Berhormat akan mendapat salinan selepas bersidang dan terpulang kepada Ahli Yang Berhormat untuk membetulkan atau tidak. Akan tetapi saya belum pernah perbetulkan apa yang saya sebut kerana saya mahu biar ia begitu secara verbatim, saya tidak buat pembetulan bagi yang saya punya, saya tandatangani sahaja.
Jadi kalau ada salinan telah dihantar kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat tidak buat pembetulan, mungkin itu sebabnya kerana kadang-kadang yang mendengar ini pun salah dengar, itu yang dia tulis dan sedemikiannya. Jadi itu penjelasan saya tetapi walau bagaimanapun saya akan tengok balik dan selepas itu saya akan balik kepada Yang Berhormat...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Baik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Amanah Luar Pesisir Labuan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Luar Pesisir 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr.
Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pengawalseliaan dan pembubaran yayasan di Labuan dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pengawalseliaan dan pembubaran perkongsian terhad Labuan dan perkongsian liabiliti terhad Labuan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009 untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak berlakunya krisis kewangan global, badan-badan pengawalseliaan di seluruh dunia telah mengkaji semula sistem perundangan masing-masing untuk memastikan mereka mempunyai kuasa yang mencukupi dan dapat bertindak dengan segera untuk menangani krisis kewangan serta memantapkan kestabilan sistem kewangan negara masing-masing.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] United Kingdom telah meluluskan undang-undang yang memberi pihak berkuasa pelbagai kuasa resolusi untuk menangani bank yang bermasalah termasuk kuasa penstabilan kewangan, Financial Stabilization Tools. Di Amerika Syarikat, penginsurans deposit financialnya iaitu Federal Deposit Insurance Corporation pula telah menaikkan had perlindungan insurans deposit daripada USD100,000 kepada USD250,000 untuk tempoh sementara hingga tahun 2013. Di negara Kanada, Canada Deposit Insurance Corporation pula telah meminda undang-undang agar dapat mengambil tindakan tertentu bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan Kanada atau keyakinan orang awam terhadap kestabilan tersebut, termasuk kuasa mengenakan premium khas. Kerajaan Australia pula telah memberi jaminan deposit sementara serta membuat pindaan undang-undang agar dapat melaksanakan jaminan tersebut. Negara lain di rantau Asia seperti Singapura, Brunei, New Zealand, Taiwan dan Hong Kong juga bertindak dengan memberi jaminan deposit untuk suatu tempoh yang sementara.
Di Malaysia, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM) pada tahun 2005 sebagai penginsurans deposit nasional untuk mentadbir sistem insurans deposit negara. Insurans deposit biasa ini tertakluk kepada had perlindungan maksimum sebanyak RM60,000 untuk setiap pendeposit bagi setiap institusi anggota.
Pada 16 Oktober 2008, Kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah mengisytiharkan jaminan deposit kerajaan yang turut ditadbir oleh PIDM. Jaminan deposit kerajaan sementara ini ialah suatu langkah persediaan dan berjaga-jaga untuk terus mengekalkan keyakinan orang awam (public confidence) serta kestabilan sistem kewangan Malaysia dan ia sejajar dengan tindakan negara-negara serantau. Ciri-ciri utama deposit kerajaan ialah seperti berikut:
(i) untuk tempoh sementara iaitu dari 16 Oktober 2008 sehingga 31 Disember 2010; dan
(ii) melindungi amaun penuh deposit tanpa had maksimum sama ada deposit Ringgit Malaysia atau mata wang asing yang dipegang oleh bank komersial dan bank Islam iaitu institusi anggota di bawah sistem urusan deposit tetap dan sedia ada dan bank Islam antarabangsa, bank saudagar dan beberapa institusi kewangan pembangunan (development financial institution) tertentu yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan membuat pindaan ke atas Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, Akta PIDM. Pindaan tersebut amatlah penting dan diperlukan agar PIDM dapat melaksanakan jaminan deposit kerajaan secara berkesan dan efisien. Ianya juga akan membolehkan suatu insurans penstabilan atau jaminan seperti jaminan deposit kerajaan diisytiharkan di bawah Akta PIDM sekiranya keadaan mewajarkan langkah tersebut diambil pada masa-masa hadapan. Bahagian IV, Akta PIDM yang sedia ada hanya menyentuh tentang insurans deposit biasa termasuk penetapan had perlindungan maksimum sebanyak RM60,000. Justeru, rang undang- undang ini akan meminda akta tersebut dengan memasukkan perundangan mengenai insurans penstabilan sebagai suatu bahagian baru, iaitu Bahagian IVA. Jaminan deposit kerajaan ialah satu jenis insurans penstabilan yang boleh dibuat di bawah Bahagian IVA tersebut.
Melalui rang undang-undang ini, perundangan insurans penstabilan atau Bahagian IVA dalam Akta tersebut akan berkuat kuasa secara retrospektif mulai dari 16 Oktober 2008. Perintah retrospektif mengenai jaminan deposit kerajaan akan dimasukkan sebagai jadual kelima dalam akta tersebut. PIDM juga boleh mengenakan fee ke atas bank atau institusi yang dilindungi oleh jaminan deposit kerajaan berdasarkan tempoh kiraan mulai daripada Oktober 2008. Bagi menggalakkan atau mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan keyakinan orang awam, Menteri Kewangan boleh membuat satu perintah dan PIDM akan memperuntukkan insurans penstabilan sementara. Menteri Kewangan boleh mengubah tempoh insurans penstabilan tersebut atau memperuntukkan insurans penstabilan sementara yang lain juga melalui satu perintah selepas berunding dengan PIDM dan Bank Negara Malaysia.
PIDM akan mentadbir insurans penstabilan tersebut dalam cara yang sama dengan insurans deposit biasa di bawah Bahagian IV Akta PIDM yang sedia ada. Melalui insurans penstabilan ini, PIDM boleh menaikkan had perlindungan deposit untuk melebihi RM60,000 ataupun tanpa had maksimum sama sekali. PIDM boleh melindungi liabiliti atau surat cara kewangan institusi anggota yang tidak boleh diinsuranskan di bawah insurans deposit biasa sebelum ini. Contohnya, deposit mata wang asing yang tidak dilindungi sebelum ini dan PIDM juga boleh melindungi liabiliti atau surat cara kewangan perbadanan, iaitu mana-mana badan korporat atau institusi kewangan selain institusi anggota yang ditetapkan dalam perintah yang dibuat oleh Menteri Kewangan. Contohnya, bank saudagar, atau bank pelaburan, atau bank pembangunan. Pindaan Akta PIDM ini juga akan memperuntukkan perkara-perkara seperti berikut:
(i) perbadanan yang dilindungi oleh insurans penstabilan akan dianggap sebagai institusi anggota bagi maksud Akta PIDM.
Oleh itu, PIDM boleh menaksir dan memungut fee daripada perbadanan tersebut, mendapatkan maklumat, serta memantau kekukuhannya dan mengambil tindakan campur tangan dan resolusi awal, early intervention and resolution, dengan izin, sekiranya perbadanan tersebut mengalami masalah;
(ii) PIDM hendaklah membayar satu amaun yang dipersetujui oleh Menteri Kewangan dan PIDM ke dalam dana disatukan;
(iii) Menteri Kewangan hendaklah memperuntukkan pada PIDM apa- apa dana yang dikehendaki oleh PIDM akibat insurans penstabilan termasuklah membayar balik kepada PIDM apa-apa kerugian termasuk kos perbelanjaan yang ditanggungnya;
(iv) jika PIDM melaksanakan mana-mana kuasanya atau membuat bayaran insurans sebelum tamatnya tempoh insurans penstabilan tersebut, Akta PIDM akan terus terpakai terhadap institusi anggota atau perbadanan berkenaan seolah-olah tempoh tersebut belum tamat; dan
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
(v) jika institusi anggota atau perbadanan berkenaan berhutang dengan PIDM atau mengingkari mana-mana peruntukkan di bawah Akta PIDM dan ini berlaku sebelum tamatnya tempoh insurans penstabilan tersebut, Akta PIDM akan terus terpakai terhadap mereka seolah-olah tempoh tersebut belum lagi tamat.
Pindaan ke atas Akta PIDM yang melibatkan insurans penstabilan termasuklah jaminan deposit kerajaan, akan meningkatkan contingent liability, dengan izin, contingent liability kerajaan sekiranya berlaku kegagalan mana-mana institusi di bawah sistem insurans penstabilan ini. Ini termasuklah membayar balik deposit yang dilindungi dan apa- apa kerugian termasuk kos perbelanjaan yang ditanggung oleh PIDM akibat pelaksanaan insurans penstabilan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian fi yang dikenakan ke atas institusi yang dilindungi oleh insurans penstabilan tersebut, iaitu amaun yang dipersetujui oleh Menteri Kewangan dan PIDM adalah merupakan hasil kepada kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Pindaan Akta PIDM adalah perlu dan penting bagi membolehkan PIDM memainkan peranannya dengan lebih cekap dan berkesan dalam menyediakan insurans penstabilan sementara termasuklah Jaminan Deposit Kerajaan bagi memelihara keyakinan orang awam terhadap sistem perbankan, melindungi kepentingan orang awam, mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada siapa menyokong?
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang dan kesempatan untuk saya bangun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Kita faham bahawa akta ini dipinda dengan memasukkan Bahagian IVA iaitu insurans penstabilan.
Daripada penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita faham insurans penstabilan ini ialah satu sistem yang melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan bank sekiranya bank mengalami kegagalan dan sistem ini kerajaan tubuhkan untuk meningkatkan rangka kerja perlindungan pengguna dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan. Satu elemen yang juga disebut tadi ialah sistem ini tidak berhubung kait dengan atau diuruskan oleh syarikat insurans atau nyawa. Umumnya, ini merupakan skim yang disediakan kerajaan meskipun di sesetengah negara sistem ini disediakan oleh pihak bank. Itu kelainan yang boleh saya faham daripada penjelasan Timbalan Menteri tadi.
Saya memetik International Association of Deposit Insurers, sehingga Jun 2008 terdapat 119 buah negara yang mengamalkan sistem insurans deposit ini. Hal yang ingin saya utarakan ialah pertama, kerajaan memperkenalkan insurans penstabilan ini sedangkan kita sekarang mengalami defisit belanjawan. Jadi, belanjawan itu semakin melebar. Dengan cara perbelanjaan fiskal sekarang, keadaan akan menjadi lebih buruk dan defisit berkemungkinan akan mencecah sehingga 7.6 peratus pada 2009. MIER baru-baru ini menjangkakan defisit belanjawan 2010 akan mencecah 8 peratus hingga 9 peratus dan kita sedang membelanjakan mata wang masa hadapan. Pada ketika inilah rang undang- undang ini dikemukakan. Saya mohon sedikit penjelasan dari sudut timing itu, ketika jaminan dan hasrat untuk menjaga wang pendeposit. Saya melihat dari sudut ukuran keupayaan kewangan kerajaan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, menurut Laporan Tahunan PIDM 2008, jumlah deposit yang diinsuranskan yang dipegang dalam bank perdagangan dan bank Islam bagi tahun taksiran 2008, jumlahnya ialah RM191 bilion merangkumi RM169.3 bilion dalam bank konvensional dan RM21.7 bilion dalam bank Islam. Dalam situasi begini Timbalan Menteri, mampu dan wajarkah kerajaan memberikan jaminan dengan memperkenalkan insurans penstabilan?
Saya timbulkan tadi saiz deposit yang diinsuranskan cukup besar dan saya berikan tadi fakta tentang defisit kewangan kerajaan dan saya timbulkan persoalan kemampuan kerajaan memberi jaminan dengan memperkenalkan insurans penstabilan. Apakah kerajaan mengambil kira risiko tersebut dalam memperkenalkan insurans penstabilan itu?
Walaupun PIDM tidak mempunyai pendedahan kewangan di bawah Jaminan Deposit Kerajaan, ini kita rujuk Laporan Tahunan PIDM muka surat 79, tetapi sejauh manakah jaminan ini akan membebankan kewangan negara?
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah baru-baru ini kerajaan memperkenalkan dwi sistem kewangan. Sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam di bawah penguatkuasaan Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 yang diluluskan semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas tempoh hari. Perlukah Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009 dibentangkan tadi oleh Timbalan Menteri dirombak supaya tidak bertindih dengan sistem perbankan terbaru ini? Bagaimana elemen penyesuaiannya ketika kerajaan memperkenalkan dwi sistem kewangan yang diluluskan di bawah Rang Undang-undang Bank Negara yang kita bahaskan bersama tempoh hari?
PIDM juga melaksanakan sistem premium berbeza bagi bank konvensional dan bank Islam secara berasingan. Mengikut Laporan Tahunan PIDM 2008 juga, sistem ini menyediakan insentif kewangan kepada bank-bank bagi mengelak berlakunya pengambilan risiko berlebihan dan meningkatkan keadilan dalam proses penaksiran premium. Hasilnya, bank-bank dengan profil risiko lebih rendah, kini membayar premium yang lebih rendah.
Persoalannya, apakah sistem premium berbeza ini selari dengan Rang Undang-undang Bank Negara baru-baru ini?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kecil sahaja tetapi menarik perhatian untuk saya timbulkan juga ialah mengenai perbelanjaan perhubungan awam dan pengiklanan oleh PIDM. Saya semak Laporan Tahunan PIDM, didapati perbelanjaan perhubungan awam dan pengiklanan itu tiba-tiba meningkat mendadak dari RM1.3 juta pada 2006 kepada RM6.4 juta bagi tahun 2008. Peningkatan mendadak yang cukup besar.
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan kenapa peningkatan ini berlaku? Siapa yang melakukan urusan perhubungan awam dan pengiklanan ini, syarikat mana dan rasional peningkatan yang begitu mendadak?
Walaupun saya faham bahawa proses PR untuk memaklumkan tentang fungsi baru ini dan kepentingannya itu wajar, tetapi apakah boleh dijustifikasikan dengan peningkatan yang begitu besar? Untuk itu, saya mohon mengambil bahagian dalam perbahasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian secara ringkas dalam perbahasan kita berkenaan dengan rang undang-undang untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005. Hanya berbentuk beberapa soalan untuk Yang Berhormat khususnya.
Pertamanya, sebagaimana yang beberapa kali tercatat dalam kertas rang undang- undang ini, pindaan ini adalah berbentuk backdated kepada 16 Oktober 2008. Maknanya, suatu undang-undang negara yang melibatkan wang negara, yang mana jumlahnya sebagaimana kita dengar daripada Yang Berhormat Machang tadi bernilai ratusan bilion ringgit. Ianya dari satu sudut diambil keputusan dan dibuat tindakan pada 16 Oktober 2008.
Akan tetapi, setahun selepas itu, hari ini 18 Oktober 2009 barulah sebenarnya ada undang- undang yang mengesahkan tindakan yang membawa implikasi ratusan bilion ringgit kepada negara.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Sudah tentu ini suatu amalan kerajaan yang membawa risiko yang amat tinggi dari berbagai-bagai sudut. Sudah tentunya dari sudut perundangan, tetapi juga melibatkan implikasi-implikasi kebertanggungjawaban kerajaan, Kementerian Kewangan, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Bank Negara dan keseluruhan sistem kewangan negara kita.
Kalaulah Yang Berhormat Batu Pahat, backbencher lagi, sudah tentu ini isu yang beliau akan laungkan-laungkan berulang-ulang kali, berjam-jam agaknya di Dewan yang mulia ini. Walaupun hati beliau masih begitu saya rasa, tetapi sudah disunyikan dan disenyapkan dengan jawatan dan Peraturan Dewan, sudah tentunya.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya fikir ini soalan yang pertama yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, kenapakah ia memerlukan kerajaan menunggu sehingga setahun untuk membentangkan rang undang-undang yang sudah tentulah mesti disokong oleh semua pihak pada prinsipnya untuk menjamin yang pendeposit-pendeposit yang mendepositkan dalam bank yang saya difahamkan yang jaminan kekal dan berterusan RM60,000 itu pun ialah jumlah simpanan kita dan sebagainya dan bermakna kalau seseorang itu hanya mendepositkan RM59,000 setiap seorang, saya difahamkan RM60,000 juga jumlah penuh yang dijaminkan. Akan tetapi mungkin saya tidak begitu tepat di situ.
Jadi kebimbangan kita dan saya ingin menekankan di sini ialah dasar ataupun sikap kerajaan yang sambil lewa, yang tidak bertanggungjawab, yang sanggup untuk menunggu lebih daripada setahun untuk membentangkan kertas atau rang undang-undang ini adalah suatu yang perlu kita tekankan supaya ini tidak lagi berulang pada masa-masa yang akan datang.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah sebagaimana yang diumumkan dahulu dan kita ingat ia diumumkan sekali oleh pihak Kerajaan Malaysia, Bank Negara kita dan juga pihak Monetary Authority of Singapore dan saya dapat jangkakan tujuan ia dilakukan serentak bersama itu supaya wang Malaysia jangan lari ke Singapura dan wang Singapura jangan lari ke Malaysia.
Soalan saya ialah apabila diumumkan ia sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi tempohnya ialah sehingga Disember 2010. Kenapakah soalan saya ia dihadkan kepada Disember 2010 sahaja? Kenapakah ia tidak berterusan? Akan tetapi sudah tentu sebagaimana Yang Berhormat Machang sebutkan implikasi kewangan terhadap negara adalah amat tinggi.
Oleh sebab itu, soalan dan cadangan saya tidakkah mungkin kerajaan ingin menimbangkan supaya bentuk-bentuk deposit yang tertentu dijamin sepenuhnya, selama- lamanya? Misalnya jika orang-orang menyimpan wang mereka di dalam bentuk akaun simpanan di mana niat mereka ialah betul-betul untuk menyimpan dalam keadaan, Tuan Yang di-Pertua kos perubatan amat tinggi, puluhan ribu untuk sakit-sakit yang biasa, kos pendidikan anak-anak begitu tinggi, puluhan ribu dalam universiti-universiti biasa pun. Jadi, kita perlu simpan wang kalau kita tidak sanggup dan tidak pandai menguruskan kewangan peribadi kita dengan cara-cara yang lebih canggih, kita simpan wang. Jadi, sudah tentu kerajaan ingin kita simpan wang kita dalam Bank Negara. Sudah tentu had biasa, had kekal RM60,000 itu tidak mencukupi untuk kita menyimpan untuk menanggung kemungkinan- kemungkinan tanggungjawab kita untuk anak-anak kita, untuk kesihatan kita dan keluarga kita.
Jadi, apakah tidaknya kerajaan memikirkan bahawa deposit-deposit tertentu selepas Disember 2010 perlu dijamin sepenuhnya oleh sistem kewangan kita supaya ia sesuai dengan keperluan-keperluan kewangan asas yang tertentu seperti contoh yang saya sebutkan tadi; pendidikan anak-anak kita, kesihatan ataupun perubatan kita ada diambil kira dalam jumlah tetap yang masih ada iaitu RM60,000 bagi tiap-tiap seorang pendeposit.
Point ketiga saya Tuan Yang di-Pertua, ialah walaupun kerajaan membuat jaminan penuh akan tetapi maklumat yang saya dengar dan terima masih lagi aliran keluar wang negara berjalan.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Masih lagi dilaporkan dan dimaklumkan bahawa wang negara alirannya keluar, walaupun di dalam istilah yang lebih canggih kadang-kadang dikatakan FDI kita ke luar negara. Mungkin itu betul. Akan tetapi selain daripada FDI kita bermakna rakyat kita, saudagar-saudagar kita dan pelabur-pelabur kita tidak mahu lagi melabur di dalam negara kita, masyarakat pelabur asing pun tidak mahu melabur di dalam negara kita, maka jumlah FDI kita kekal menurun. Akan tetapi pelabur-pelabur kita sama ada dengan ikhlas ingin melabur ke luar negara ataupun agak dengan kurang ikhlas ingin melarikan wang mereka ke luar negara akan tetapi hakikatnya kesan akhirnya kepada negara kita, kepada sistem ekonomi kita masih lagi sama.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapakah kalau itu betul bahawa aliran wang ini lebih banyak yang keluar daripada yang masuk? Adakah salah satu daripadanya yang menyebabkan kita perlu mengadakan jaminan deposit ini atau adakah ia mungkin terpaksa diteruskan selepas Disember 2010 kerana keadaan aliran tunai wang negara itu masih lagi kita tidak dapat kekalkan dalam negara kita? Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua beberapa soalan yang saya ingin ajukan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja melalui Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit ini. Seperti mana Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Tumpat. Saya ingin memerlukan penjelasan kenapakah ia memerlukan perlu di retrospektif iaitu dibelakangkan setahun dari segi penguatkuasaannya?
Yang kedua, saya memerlukan maklumat jika dapat disediakan, jumlah pendeposit yang disebut oleh Yang Berhormat Machang tadi RM161 bilion lebih kurang dalam semua institusi kewangan. Apakah Yang Berhormat mempunyai melalui pegawai ada maklumat yang saya rasa tidak menjadi masalah saya minta dari segi individu? Jumlah pendeposit ini pecahan. Berapakah deposit ini yang dimiliki oleh institusi-institusi ataupun perbadanan- perbadanan dan juga syarikat-syarikat besar termasuklah yang saya perlu sangat, termasuklah jumlah pendeposit dari segi individu? Jumlah sahaja. Berapa bilion? RM20 bilion, RM30 bilion atau RM80 bilion?
Daripada jumlah itu, dari segi pecahan kaum, berapa jumlah pendeposit daripada masyarakat kaum bumiputera dan orang-orang Melayu? Juga daripada kaum Tionghoa dan kaum India? Sebab saya hendak tahu dari segi gambaran kedudukan pembahagian kekayaan ekonomi negara secara spesifik melalui peluang perbahasan rang undang- undang ini. Apabila kita dapat maklumat ini, dapatlah kita membuat analisa yang jelas bersabit dengan kedudukan ekonomi antara kaum-kaum di negara kita kerana inilah maklumat yang paling tepat selain daripada perkara-perkara lain. Akan tetapi milik deposit ini wang tunai yang disimpan di dalam bank-bank.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting sekali, kebimbangan kita semua ialah apabila wang-wang yang disimpan di dalam bank ini tidak ditadbir urus dengan baik maka tanggungjawabnya nanti ialah Perbadanan Insurans Malaysia ini atau pun secara tidak langsung kerajaan. Maka sebab itu, amat penting sekali supaya pengalaman-pengalaman seperti dulu yang membabitkan..., saya boleh sebut contohnya dahulu skandal BMF suatu ketika dahulu dan juga ada lain-lain peristiwa selepas itu yang membabitkan banyak kewangan simpanan bank tersebut menjadi masalah dan akhir sekalinya dengan adanya perbadanan insurans sebelum ini akan menanggung segala kepentingan pendeposit-pendeposit.
Oleh itu, apabila kita mengatakan pengurusan institusi kewangan dengan secara yang telus, profesional, akan tetapi yang lebih penting adalah menentukan bahawa semua pengurus-pengurus ini mempunyai sifat amanah yang tinggi. Profesionalisme sahaja tidak cukup. Ketulusan sahaja tidak cukup, yang lebih penting ialah amanah.
Sebab kita lihat selama ini berlaku banyak penyelewengan, keruntuhan sistem kewangan dan sebagainya juga daripada tangan-tangan orang profesional, orang cerdik pandai.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang menipu besar-besar ini orang yang cerdik pandai yang ada ilmu tinggi tetapi tidak ada akhlak, tidak ada moral yang baik. Imannya kurang. Jadi hendak menentukan ini semua ia bergantung kepada amanah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi bentuk amanah ini dikawal melalui sistem dari segi undang-undang, dari segi hukuman dan seumpamanya tetapi apabila sampai kepada peringkat yang kita lihat dalam dunia teknologi maklumat, ledakan sains dan teknologi. Ilmu yang ada sekarang ini, manusia boleh buat macam-macam untuk menipu. Oleh itu sebelum kerajaan menanggung kerugian kelak, beban yang lebih besar pada masa yang akan datang, daripada skandal- skandal yang kita dengar sebelum ini. Oleh itu saya hendak tahu daripada Yang Berhormat langkah-langkah yang betul-betul konkrit untuk menjamin bahawa segala pendeposit wang tunai yang disimpan oleh rakyat selamat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat walaupun tidak ramai tetapi jelas daripada hujah-hujah yang dikemukakan, Ahli-ahli Yang Berhormat ini betul-betul telah mendalami rang undang- undang dan juga implikasinya serta isu-isu pokok yang telah dibuat. Cuma saya tidak dapat mengelak daripada membuat satu observation, dengan izin, semua ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat ini ialah dari negeri Kelantan, Ahli-ahli Parlimen dari Kelantan. Saya harap mereka bercakap bukan kerana yang menjawabnya juga dari Kelantan.
Soalan-soalannya memang cukup baik dan saya rasa kita sebagai sebuah Parlimen barangkali tidak merasa segan kepada pegawai-pegawai yang merasakan bahawa ini adalah satu rang undang-undang yang teknikal, yang sukar difahami tetapi dengan hujah-hujah bernas yang dibuat itu saya tumpang berbangga. Yang Berhormat dari Machang, menyentuh tiga perkara penting, pertamanya dari segi timing sama ada dalam saat-saat di mana kerajaan perlu mengimbangi perbelanjaannya terutama sekali dalam usaha untuk mengawal defisit yang akan dialami dalam tahun ini dan juga tahun akan datang, maka apakah rang undang-undang ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak selari dan sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mengawal belanjawan dan peruntukan negara.
Kalau sistem yang kita perkenalkan ini merupakan satu perbelanjaan yang wajib dilaksanakan, satu peruntukan yang perlu dipindahkan kepada PIDM atau mana-mana pihak, maka sudah tentu ia akan menjadi satu beban kewangan yang begitu besar kepada kerajaan, tetapi buat masa ini ia hanya merupakan satu gerenti, satu jaminan dan anehnya kadangkala kita perlu mengeluarkan jaminan ini dalam sistem kewangan supaya sistem itu selamat. Kalau tidak ada jaminan yang menyebabkan kita ada contingent liability, dengan izin, barangkali sistem itu tidak selamat dan kalau sistem itu tidak selamat, sama ada, ada jaminan atau tidak ada jaminan kerajaan, apa juga cara pun untuk menyelamatkan sistem kewangan dan ekonomi negara perlu berbelanja. Tidak ada sebuah kerajaan yang boleh mengangkat tangan mengatakan too bad tidak boleh buat apa, apabila berlaku masalah kewangan dalam negara, ia perlu diselamatkan.
Jaminan yang diberikan ini ialah bertujuan untuk mengelakkan kerajaan daripada perlu mengeluarkan wang untuk menyelamatkan keadaan, kerana apabila setiap penyimpan merasakan duitnya sudah selamat, kerajaan sudah memberi jaminan, sama ada RM30,000, RM60,000 ataupun RM100,000 di bawah Skim Jaminan yang baru ini selamat.
Kerajaan berdiri dan mengakui bahawa ia akan menunaikan tanggungjawab sekiranya satu- satu bank itu gagal, maka pendeposit tidak perlu bimbang, apa pun terjadi kepada bank tersebut sudah ada jaminan, pengakuan daripada pihak kerajaan yang ia akan membayar wang mereka. Akan tetapi sebaliknya kalau tidak ada jaminan yang sedemikian dalam suasana ekonomi yang begitu gawat dalam keadaan keruntuhan institusi kewangan yang paling besar, yang mungkin lebih besar daripada semua institusi kewangan di Malaysia digabungkan, kalau dikira dari segi aset liabiliti pun gagal di Amerika Syarikat, apakah perasaan yang kita jangka, yang ada pada sanubari setiap pendeposit, baik keluarkanlah dulu kalau-kalau tidak sempat hendak dikeluarkan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Jadi kalau semua berduyun-duyun, berbaris-baris mahu mengeluarkan wang, maka ini akan mencetuskan satu krisis yang besar. Sebelum itu berlaku pada 16 Oktober 2008, kerajaan telah bersama dengan perundingan negara-negara di rantau, melihat apakah yang sebaiknya dilakukan dalam suasana kegawatan krisis kewangan dunia pada masa tersebut, maka dikeluarkan satu jaminan yang meredakan keadaan. Ini bermakna apa pun yang kita buat, kita tidak perlu keluarkan peruntukan. Bahkan hari ini kalau kita lihat dengan keadaan yang ada sekarang, saya rasa tidak ada suasana yang boleh merasakan sistem kewangan kita semakin teruk, akan mengalami masalah yang lebih besar daripada yang telah dialami sebelum ini.
Jadi oleh itu, maka oleh sebab ia merupakan satu jaminan, satu yang tidak akan dibelanjakan, sesuatu yang perlu untuk menyelamatkan sistem kewangan negara dan ekonomi negara, maka itulah yang telah diambil tindakan oleh kerajaan, maka ia tidak akan meningkatkan defisit, tidak akan menambah defisit dan tidak mengurangkan defisit, jadi soal defisit ini ialah soal lain, selagi sistem kewangan kita tidak runtuh, selagi bank-bank tidak mengalami kegagalan dan kita rasakan hari ini keadaan bank-bank kita semakin kukuh daripada masa yang diumumkan jaminan deposit kerajaan pada tahun 2008.
Yang Berhormat Kubang Kerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mohon sedikit penjelasan, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, memberikan gambaran bahawa yang kerajaan lakukan adalah memberikan jaminan.
Bila saya merujuk kepada komponen utama dalam pindaan ini termasuklah memperuntukkan, bahawa Menteri akan menyediakan apa-apa dana yang diperlukan oleh perbadanan, bukan secara khusus, sekadar jaminan, disebut secara khusus di situ, pindaan ini bertujuan memperuntukkan bahawa Menteri akan menyediakan apa-apa dana yang diperlukan oleh perbadanan untuk mentadbir dan melaksanakan satu insurans penstabilan.
Dari mana dana itu? Dana yang dimaksudkan ialah apa-apa dana atau pembayaran balik yang dibuat hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan, ia semacam ada unsur komitmen kewangan kerajaan bukan sekadar satu jaminan, oleh itu saya mohon Timbalan Menteri membantu memahamkan terutama saya dalam memahami apa Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan sekadar satu jaminan, tidak memberi kesan kepada defisit kewangan kerajaan, tetapi di sana tertera perkataan, “bahawa dana itu dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan”, Consolidated Funds, jadi ada komitmen itu.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Boleh Yang Berhormat, sebenarnya jaminan ini ialah jaminan kepada deposit-deposit yang disimpan oleh penyimpan ataupun pendeposit, jadi kalau deposit mereka tidak hilang bank tidak gagal, maka kerajaan tidak perlu membayar mereka.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Akan tetapi dalam mengendalikan sistem ini, PDIM akan mengutip bayaran atau fi daripada bank-bank yang berlindung di bawah jaminan ini, ia ada ditetapkan satu-satu kadar yang ditetapkan. Maka, yang dikutip ini juga akan dihantar atau pun dimasukkan dalam wang yang disatukan sebagai hasil kerajaan. Ini tidak disimpan juga oleh PDIM.
Akan tetapi pada masa yang sama apabila PDIM perlu menggunakan wang untuk pengurusan bukannya untuk hendak bayar ganti. Pengurusan dia juga perlu belanja tetapi wang perbelanjaan pengurusan ini tidak banyak. Seperti tadilah Yang Berhormat sebut tadi kalau yang perhubungan awam, pengiklanan dahulunya RM1 juta sekarang ini RM6 juta.
Saya kira itu sahajalah. Itu sahaja magnitud...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
... Yang perlu untuk pengurusan pentadbiran dana ini. Tidak berbilion-bilion, tidak beratus juta, itu hanya diperlukan sekiranya berlaku kegagalan dalam sistem.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Dr. Awang Adek Hussin, boleh minta laluan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, terima kasih. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang ini PIDM ini, apakah ianya diurus oleh pihak luar atau pun dalam negeri?
Oleh pihak tempatan atau dalam negeri iaitu setahu saya sekarang ini diurus oleh ‘Jean Pierre Sabourin’ lebih kurang nama begitu. Dan saya hendak tanya juga kuasa dari segi PDIM boleh kah PIDM membuat audit ke atas bank-bank yang menginsuranskan dengan pendeposit ini bagi menentukan bahawa perjalanan bank tersebut telus iaitu ada yang dikatakan prudent management policy kerana peranan PIDM ini sama dengan Bank Negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
PIDM ini sebenarnya syarikat kerajaan yang ditubuhkan melalui akta yang telah dibentuk dalam tahun 2005. Ini kita pindaan kepada akta tersebut. Dia bukannya ditadbirkan dari luar segara tetapi pegawainya adalah. Pegawainya tidak apalah. Kita perlu kepakaran. Akan tetapi ini ialah urusan yang dibuat hasil daripada cadangan Bank Negara dan persetujuan kerajaan supaya wujudnya satu deposit insurance corporation ini yang kita namakan PDIM.
PDIM ini perlu menganalisis prestasi bank-bank dengan secara tidak langsung dia mendapat maklumat. Ini kerana bayaran yang dibuat, fi yang dibuat oleh setiap ahli bank itu bergantung kepada profil risikonya. Ini seperti mana Yang Berhormat Kubang Kerian sebut tadilah. Yang mana risiko tinggi dia bayar kadar lebih sedikit. Yang mana risikonya rendah ya Yang Berhormat Machang saya sebut apa tadi?
Oh, Yang Berhormat Kubang Kerian. Minta maaf dua kali saya sebut Yang Berhormat Kubang Kerian, Machang ya. Sahabat saya sebenarnya. Jadi, ini memang ada maklumat information flow memang ada...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Jadi, itu tidak menjadi masalah dan dia adalah badan yang ditubuhkan dalam negara kita dengan peruntukan undang-undang negara dalam Akta PIDM 2005...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, sedikit sahaja Menteri.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Ketika Menteri membuat pembentangan ini, saya mengimbau apa yang sebenarnya menjadi keruntuhan sistem kewangan baru-baru ini di Barat yang seluruhnya dibebankan oleh pelbagai financial product yang hasil daripada itu berlaku lah apa yang dikatakan sebagai over leveraging dan synchronization yang diinsuranskan pula.
Mungkin soalan saya ini agak ke depan sedikit Menteri. Akan tetapi saya ingin Menteri juga memberikan penerangan di Dewan yang mulia ini. Apakah perlindungan ini akan melindungi juga produk-produk derivative? Ini kerana kita mengikut apa yang ada dalam PDIM ini. Kita juga ada produk-produk derivative seperti credit default swaps.
Andainya berlaku pengenalan kecanggihan produk-produk seperti ini which is highly derivative, saya cukup khuatir dengan perlindungan yang ada ini akan membebankan Bank Negara ataupun wang rakyat untuk melindungi produk-produk yang sebenarnya menjadi sebab mengapa runtuhnya kewangan di Barat yang heavily leverage, heavily derivative, dan securities. Saya minta Menteri tolong beri penjelasan sedikit. Sebab kita sudah mula derivative produk seperti ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Okey, terima kasih. Ini tidak dimasukkan di dalam skim jaminan deposit kerana ini tidak merupakan deposit. Ini merupakan alat-alat pelaburan bahkan deposit yang disimpan oleh bank dengan bank yang lain pun tidak dimasuk. Inter bank deposit pun tidak dikira.
Jadi, yang deposit yang betul-betul kita jaga ini adalah deposit kebanyakannya oleh rakyatlah ataupun syarikat yang deposit mereka. Dan saya ingin nyatakan tadi, yang berhubung kait yang disuarakan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi. Soal berterusan ini yang skim jaminan deposit yang sedia ada RM60,000 ini akan berterus tidak timbul soal 2010. Tambahan itu sahaja kita hendak buat sampai 2010 kerana itu jaminan yang dibuat oleh kerajaan dalam suasana ekonomi kewangan yang gawat. Jadi soal derivative tidak timbul, deposit antara bank tidak timbul, dan yang RM60 ribu ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sudah merangkumi 95 peratus pendeposit kita. Pendeposit kita 95 peratus mempunyai simpanan yang kurang daripada RM60,000 dan soal Yang Berhormat Pasir Mas kata tadi PIDM boleh audit bank-bank.
Jadi tidak ada masalah sebab dia perlu maklumat yang perlu untuk PIDM juga memastikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka juga adalah menjamin keutuhan PIDM sebagai satu organisasi bukan hendak jamin, hendak merugikan diri mereka sendiri. Ini sepatutnya merupakan satu skim sustainable, dengan izin, dan juga boleh mengurangkan perbelanjaan jangka masa panjang atau pun kerugian kerajaan sekiranya sistem kewangan itu gagal. Saya hendak kembali kepada Yang Berhormat Machang tadi. Soal dwi sistem. Sistem Islam dan Sistem Konvensional. Dwi sistem ini walaupun baru diperuntukkan dalam Akta Bank Negara Malaysia yang diluluskan dalam sidang yang lepas, sebenarnya dwi sistem ini sudah lama wujud Yang Berhormat bukannya baru timbul sekarang.
Sistem perbankan Islam ini sudah lama tahun berapa lagi dahulu tahun 80-an lagi.
Cuma dahulunya kaedahnya dibuat melalui guidelines. Tidak termaktub dalam Akta Bank Negara Malaysia. Jadi bila kita pinda Akta Bank Negara Malaysia kita masukkanlah. Jadi seolah-olah nampak lengkap. Akan tetapi bukan bererti bahawa sistem dwi sistem ini baru.
Maka apa yang kita lakukan ini tidak perlu dikaji semula oleh sebab adanya sistem dwi sistem yang baru ini, tidak. Ini semua sudah pun diambil kira. Tentang perbelanjaan perhubungan awam, ini agak khusus saya tengok kalau ada pegawai ada bagi maklumat kepada sayalah yang daripada RM1 juta, RM1.6 kepada RM6 juta. Cuma PIDM ini adalah satu organisasi yang baru. Jadi, dalam mereka memasarkan pasaran, saya rasa masih ada lagi bank-bank yang bukan pun menjadi ahli. Jadi tidak semestinya menjadi ahli, jadi dia pun perlu galakkan mereka ini untuk menjadi ahli. Jadi, kalau perbelanjaan RM6 juta itu saya tidak tahulah. Saya rasa tidaklah menjadi satu masalah besar. Kalau perlu mungkin pegawai boleh perjelaskanlah, ya. Mungkin secara maklumat sampingan ataupun jika disampaikan kepada saya boleh saya beritahu. Saya sendiri tidak tahulah dengan terperinci RM1.6 juta naik RM6 juta itu saya minta maaf.
Yang Berhormat Tumpat, ini soal back-dated ini, memang satu soal yang menjadi kebimbangan kepada semua. Sebagai satu prinsip saya rasa kerajaan tidak mahu....
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta laluan sikit. Sikit sahaja.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya hendak tahu sejauh mana dasar konsep yang kita buat, “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Kalau Menteri sendiri tidak memahami macam mana RM1.6 juta kepada RM6 juta tidak tahu. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Saya rasa adalah ini satu perkara yang sangat memalukan. Minta penjelasan.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat, saya bagi tadi ingatkan Yang Berhormat berniat baik. Saya ingat semua orang berniat baik macam saya. Yang Berhormat daripada muslimat PAS, jadi saya elaklah daripada sebut parti-parti ini. Jadi kalau sebab sebuah organisasi di Malaysia yang berbelanja untuk perhubungan awam, RM1.6 juta bertambah kepada RM6 juta, ini memalukan kerana saya tidak tahu.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Saya tidak tahulah Yang Berhormat tahukah kalau ranting PAS di Kelantan berbelanja banyak mana, banyak mana wang ada dalam akaunnya, banyak mana yang tidak ada. Umpamanya ranting di Tumpat atau di Marangkah, jadi tidak payah jawablah.
Terima kasihlah. Ini sebab niat baik dibalas dengan tidak baik, itu yang kita kena banyak sabar.
Back-dating ini sebagai satu prinsipnya memang kita tidak galakkan dan saya rasa kerajaan pun tidak mahu lakukan. Akan tetapi ini soal emergency, soal keruntuhan sistem kewangan yang hampir-hampir berlaku di Amerika Syarikat secara menyeluruh dan juga menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia. Dirasakan pada masa itu yang terbaiknya kita laksanakan dasar untuk memberi jaminan ini. Jadi memanglah, itu saya rasa kita boleh fahami iaitu yang emergency perlu dilakukan. Cuma memang proses hendak melaksanakan undang-undang mengambil masa sedikit. Ini setahun. Mungkin Yang Berhormat kata setahun itu lebih awal, kalau enam bulan lebih baik. Itu saya tidak hendak justify lah. Akan tetapi yang kita tahu mengikut kata pegawainya baru-baru ini banyak sangat bill. Untuk queue bill ini pun satu hal..., bill yang hendak masuk dalam sidang kita ini. Kita tahu sekarang ini pun bill banyak, yang dahulu pun banyak yang tidak habis. Jadi, saya harap kita faham bahawa ini sesuatu yang di luar daripada kebiasaan. Kita tidak memperkenalkan sesuatu yang normal dan perlu di backdate kan setahun atau dua tahun. Ini adalah dalam suasana kecemasan atau emergency.
Keduanya dari segi kenapa sampai 2010 sahaja. Ini juga berhubung kait dengan yang emergency tadi. Ini kerana dirasakan selepas 2010 ini sistem kewangan dunia dan sistem kewangan negara tidak tergugat lagi. Jadi apabila tidak tergugat lagi, tidak perlulah kerajaan bagi jaminan. Kalaupun jaminan ini tidak memberi perbelanjaan yang secara langsung tetapi ia masih lagi merupakan satu jaminan, liability contingent. Jadi, kalau tidak perlu dalam suasana yang tidak emergency, tidak luar biasa, maka kita tidak perlu teruskan.
Cuma yang RM60,000 itu diteruskan dan itu memadai kerana telah merangkumi 95 peratus pendeposit. Inilah golongan yang perlu dijaga, yang ada RM20,000, yang ada RM30,000, yang ada RM40,000 dalam akaun, yang hendak hantar anak ke sekolah, yang menyimpan untuk masa depan, yang ini kita jaga. Jadi, kerajaan masih lagi bertanggungjawab, yang ingin menjaga kepentingan rakyat.
Retrospektif, Yang Berhormat Pasir Mas pun juga ada sebut. Jumlah pendeposit individual bumi atau non-bumi saya tidak ada maklumat pecahan terperinci sedemikian.
Saya pun tidak tahu sama ada pihak-pihak berkenaan terutama sekali berdasarkan kepada kaum...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak ke belakang sedikit kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut berkenaan dengan statistik 95 peratus pendeposit yang mana PIDM ini dipinda kerana mengambil kepentingan golongan 95 peratus iaitu yang mempunyai simpanan di bawah daripada RM60,000, kalau tidak silap disebutkan tadi.
Ini bermakna golongan yang paling ramai yang hendak dilindungi atas pindaan ini ialah golongan yang mempunyai simpanan kritikal bagi keperluan keluarga dan sebagainya untuk perancangan ekonomi masa hadapan dan keluarga. Lebih kurangnya macam itu.
Akan tetapi di sini juga ada timbul persoalan tentang kepentingan untuk menjaga pendeposit yang jatuh dalam lingkungan 5 peratus tadi iaitu sudah tentu yang merupakan golongan yang mempunyai simpanan melebihi RM60,000, malah mungkin RM1 juta, RM10 juta atau mungkin RM1 bilion. Kita tahu ada di kalangan rakyat Malaysia yang merupakan pendeposit persendirian yang mempunyai simpanan melebihi RM100 juta di dalam simpanan persendirian masing-masing. Ini juga tidak termasuk penilaian yang kita letakkan kepada jumlah deposit yang mewakili perbadanan, syarikat atau sebagainya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya membawa kepentingan di mana sekiranya 95 peratus database yang dikumpulkan oleh PIDM ini adalah merupakan pendeposit atau diwakili oleh pendeposit kecil yang kapasiti kewangannya agak tidak signifikan langsung kalau di bawah RM60,000.
Di mana PIDM mempunyai kuasa atau mempunyai peluang untuk mentadbir atau dengan kata lain, kita tidak mahu perkara ini berlaku tetapi mungkin wujud peluang atau ruang untuk memanipulasikan database yang berjumlah 95 peratus tadi berbanding dengan jumlah yang teramai yang mempunyai jumlah deposit yang begitu besar. Adakah jaminan pihak kerajaan terutamanya daripada pihak Kementerian Kewangan tidak ada unsur-unsur memanipulasikan database yang datangnya daripada golongan yang ramai tadi, 95 peratus dengan kapasiti kewangan yang sedikit. Mungkin ada kepentingan lain selain daripada melindungi deposit mereka kerana database ini cukup penting sekarang dalam suasana perkembangan rangkaian ekonomi ataupun usaha ekonomi di negara kita. Database adalah merupakan satu elemen value-economy yang tersendiri. Adakah jaminan ini boleh diberi oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ya, saya mempunyai pengalaman di Bank Negara. Saya rasa ini satu jaminan yang boleh diberi bahawa tidak berlaku penyelewengan atau manipulasi secara besar-besaran secara sengaja. Saya tidak nampak sebab pun kalau ada individu yang hendak mempermainkan statistik dan apa untungnya? Soal deposit yang kurang daripada RM60,000, jangan Yang Berhormat kata ini tidak penting, tidak signifikan.
Kecil hati orang yang simpan RM60,000 atau RM50,000 di luar. Mungkin bagi kita, bagi Yang Berhormat kecillah tetapi yang...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tidak kata. Bukan maksud saya tidak signifikan dari segi kepentingan untuk mengumpulkan 95 peratus data. Bukan maksud saya untuk undermine golongan ini.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ha, saya takut juga kalau Yang Berhormat tersilap itu. Saya tahu Yang Berhormat tidak berniat sedemikian tetapi orang yang dengar dia ingat, wah, Yang Berhormat mentang-mentang dia ada RM200,000 dalam bank, kita yang kurang daripada RM60,000 ini dia anggap tidak signifikan. Saya hendak perbetulkan sebab Yang Berhormat pun kawan saya. Yang ini pun kalau saya boleh baca, jumlah skim yang RM60,000 sahaja, jumlah keseluruhan baik daripada bank biasa ataupun Bank Islam ialah RM201 bilion deposit yang dijamin. RM201 bilion! Jangan anggap ia kecil, RM201 bilion ini besar.
Tadi Yang Berhormat Tumpat ada sebut pasal Islamic deposit. Sebenarnya mengikut statistik yang kita ada 148. Ini yang Bank Islam sahaja. Yang konvensionalnya RM752 bilion. Bank Islam RM148 bilion. Total keseluruhan 900 bilion. Ini jumlah deposit tetapi yang di gerenti ialah RM201 bilion. Yang 95 peratus itu, 95 peratus daripada segi ramai orang, bukan dari segi jumlah depositnya. Ramai orang yang mempunyai RM50,000.
Ada statistik lain tetapi saya rasa itu tidaklah begitu kritikal kepada perbahasan kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Memang, Yang Berhormat sebentar.
Sedikit! Sebenarnya...
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Ya, tidak puas lagi?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Ketawa] Tujuan saya sebenarnya bukan untuk mempertikaikan ketahanan tadi. Cuma saya rasa ada elemen perlu untuk melindungi jumlah ataupun golongan yang terjatuh di dalam 95 peratus tadi. Mereka ini memang tidak juga maksud saya untuk memperkecilkan signifikan jumlah RM60,000 ini, tetapi kita tidak mahu mereka ini dilihat akan datang atau mungkin akan terjerumus menjadi mangsa kepada manipulasi. Sekurang-kurangnya dalam bentuk manipulasi database mereka ini.
Ini adalah sebab walaupun dikatakan simpanan mereka ini kecil seperti RM60,000 ke bawah, ada yang RM20,000 dan sebagainya tetapi database yang dikumpulkan oleh PIDM ini jauh lebih penting kepada saya berbanding daripada jumlah simpanan mereka itu.
Apa yang saya bimbangkan sekarang ini dari sudut kepenggunaannya. Bimbang sekiranya ada elemen yang tidak boleh dikawal di mana database di kalangan mereka ini akan digunakan untuk tujuan lain pada kemudian hari. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat. Cuma satu sahaja saya hendak sebut mengenai itu iaitu dari segi database ini, dari segi ketepatan jumlah simpanan, ini boleh diteliti tiap-tiap bulan pun ada. Kalau disimpan dalam buku, ada di dalam buku. Yang ada akaun semasa, ada pernyataannya setiap bulan. Jadi hendak kata yang PIDM ada satu set statistik yang lain, bank yang lain, Bank Negara yang lain, saya rasa susahlah. Satu kebimbangan okeylah. Boleh diambil sebagai satu kebimbangan tetapi saya rasa tidak boleh berlaku.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Boleh saya soal sedikit?
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Soal, soal, saya hendak habiskan. Sekejap sahaja Yang Berhormat Tumpat, saya hendak habiskan satu sahaja Yang Berhormat Tumpat. Selepas itu boleh... Terima kasih Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Tumpat kata tadi, jaminan ini tetapi wang masih keluar, jaminan deposit ini. Sebenarnya jaminan deposit yang kita buat tidak ada kena-mengena dengan soal aliran tunai yang masuk keluar negara. Itu soal lain. Soal pelaburan, soal imbangan pembayaran, balance of payment, dengan izin, jadi memanglah ada aliran tunai. Ada masuk, ada yang keluar. Yang masuk pun tidak semestinya baik.
Kita menghadapi satu masalah pada tahun 90-an apabila terlalu banyak wang yang mengalir masuk, ‘hot money’. Sebabnya apabila yang masuk cepat ini, dia boleh keluar cepat. Semasa dia masuk, kita seronoklah. Wah, kita berbangga dengan aliran masuk. Akan tetapi yang short-term capital ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dia ini tidak kekal.
Apa yang lebih kekalnya ialah dari segi pelaburan, pelaburan asing. Apa yang lebih kekalnya ialah dari segi kemampuan eksport kita menjana hasil pertukaran asing masuk ke negara. Mereka yang orang masuk melabur, dia melabur, dia masuk saham, kadang-kadang dia hendak keluar pergi ke pasaran lain, yang itu kita tidak boleh kontrol.
Kalau kita kontrol, yang itu akan menimbulkan masalah lain pula. Jangan ada suasana seketika yang kita lihat ada aliran keluar, kita sudah hendak jadi panik. Kita sepatutnya tidak sebegitu. Jadi tambah-tambah lagi jaminan ini tidak ada kena mengena langsung. Jangan kita hendak kaitkan jaminan dengan wang yang keluar ataupun wang masuk. Okey, Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja. Ada satu permintaan yang saya hendak kemukakan lanjutan daripada Yang Berhormat Pasir Mas bangkitkan mengenai angka ataupun statistik deposit penyimpan. Walaupun Yang Berhormat Menteri sebutkan bahawa kalau secara impromptu macam sekarang Yang Berhormat Menteri jawab tidak dapat hendak bagi angka itu, itu tidak mengapa. Kita boleh minta kalau boleh jawapan bertulis dikemukakan mengenai dengan pecahan pendeposit mengikut kaum pun tidak mengapa, individu dan syarikat pun tidak mengapa sebab jumlah deposit yang diinsuranskan sudah ada angkanya, 201. Baik, penting untuk Parlimen mengetahui perkara ini kerana kita hendak kaitkan dengan tabiat menyimpan ini. Kumpulan mana sebenarnya yang paling banyak menyimpan?
Ini kerana apabila jaminan deposit yang dibuat oleh kerajaan sekarang, kita hendak tengok kumpulan manakah yang menerima manfaat terbesar? Di dalam households income survey oleh Jabatan Perangkaan, dia sebut rakyat Malaysia yang bekerja ini lebih kurang 11 juta, workforce kita lebih kurang 11 juta dan yang pendapatan kurang RM3,000 sebulan Yang Berhormat Menteri, besar bilangannya iaitu hampir 57 peratus. Yang pendapatan lebih RM10,000 ini cuma 5 peratus.
Baik, daripada 57 peratus yang pendapatan RM3,000 ke bawah sebulan ini, apakah kelompok ini yang paling banyak menyimpan yang kerajaan beri jaminan untuk kalau apa-apa berlaku kepada wang simpanannya akan diselamatkan, sebab itu pecahan individu mengikut kaum atau syarikat. Ini penting untuk kita mendapat gambaran bahawa apabila pindaan mengenai insurans penstabilan ini dibuat, kita tahu kelompok mana di dalam masyarakat kita yang merupakan penerima faedah dan manfaat daripada jaminan kerajaan. Saya mohon komitmen Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perhatian terhadap permohonan ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya boleh beri komitmen bahawa kita akan kembali dan check apa ada pecahan, macam mana deposit- deposit ini. Ini ada kerana bagi saya, semasa pengalaman saya dahulu pernah ada. Satu masa dahulu kita ada pecahan kaum pun ada, dahulu. Akan tetapi sekarang ini saya bimbang, kita sudah tidak ada. Ini adalah kerana maklumlah sahajalah macam dahulu kita kumpul untuk pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru tahun 1970 hingga 1990. Akan tetapi selepas itu, kita tidak lagi beri penekanan kepada Dasar Ekonomi Baru, pecahan kaum.
Ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu lagilah, Dasar Ekonomi Baru ini tidak relevan. Sesetengah pemimpin pun ada yang tidak mahu. Jadi, saya takutnya semua sudah tidak ada berdasarkan kepada kaum. Akan tetapi kalau ada pecahan-pecahan lain yang boleh, saya akan minta pegawai kaji dan kalau boleh kita akan bagi secara bertulis, Ahli Yang Berhormat. Jadi saya ucapkan terima kasihlah kepada semua Tuan Yang di- Pertua di atas segala persoalan. Saya berharap jawapan saya ini sedikit sebanyak dapat memuaskan hati yang bertanya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Setiausaha, sila.
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Assalamulaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Silakan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau Rubber Industry Smallholders Development Authority dengan izin RISDA selepas ini akan disebut sebagai Akta 85, telah digubal pada 31 Disember 1972 dan berkuat kuasa pada 1 Januari 1973. Secara keseluruhannya rang undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 ini melibatkan 80 pindaan iaitu 6 seksyen yang dipinda, 50 subseksyen dimasukkan baru, dan nama seksyen dimansuhkan manakala Ordinan Lembaga Perusahaan Getah Penanaman Semula 1952 yang sekarang ini dibaca bersama dengan Akta RISDA 1972 turut dimansuhkan. Dengan pindaan ini juga, Akta RISDA terbahagi kepada lapan bahagian seperti berikut:-
(i) Bahagian Pertama - Permulaan yang melibatkan tafsiran;
(ii) Bahagian Kedua - Penubuhan pihak berkuasa;
(iii) Bahagian Ketiga - Ketua Pengarah, peranan pegawai dan perkhidmatan pihak berkuasa;
(iv) Bahagian Keempat - Kewangan;
(v) Bahagian Kelima - Kuasa dan fungsi lain pihak berkuasa;
(vi) Bahagian Keenam, Skim;
(vii) Bahagian Ketujuh - Kuasa berhubungan dengan penguatkuasaan;
(viii) Bahagian Kelapan - Am.
Antara seksyen penting yang dipinda ialah seksyen 2, iaitu berkaitan dengan definisi “pekebun kecil” di mana skopnya diperluaskan untuk merangkumi kumpulan sasar yang lebih besar dan tidak tertakluk kepada pemilikan tanah seperti di mana definisi asal.
Selain seksyen 3 turut dipinda bagi memperluaskan matlamat RISDA supaya ianya tidak terhad kepada pembangunan pekebun kecil sahaja malahan merangkumi pembangunan industri getah secara menyeluruh termasuk dalam industri huluan dan hiliran. Akta sedia ada kuasa Menteri adalah terlalu umum. Pindaan ini akan memperhalusi dan memperjelaskan kuasa-kuasa Menteri dalam membuat peraturan berhubung dengan fungsi dan tanggungjawab RISDA seksyen 9, Akta RISDA 1972.
Manakala akta seksyen penting, antara seksyen penting yang baru dimasukkan pula ialah seksyen 3A dan 3B iaitu berkaitan dengan fungsi dan kuasa RISDA selaras dengan skop matlamat baru yang lebih luas. Selain itu, seksyen 13, 14 turut dimansuhkan baru iaitu berkaitan dengan penubuhan kumpulan wang RISDA disatukan selaras dengan dasar kerajaan mengenai badan-badan berkanun dan tatacara perbelanjaan yang dibenarkan daripadanya. Selaras dengan pemansuhan Ordinan 1952 seksyen 7 dan 8 yang berkaitan dengan ordinan tersebut turut dimansuhkan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Manakala seksyen 5 yang berkaitan dengan perjalanan pihak berkuasa RISDA turut dimansuhkan, di mana ia digantikan dengan kemasukan baru Jadual Pertama yang secara khusus digubal sebagai peraturan berkaitan perjalanan pihak berkuasa RISDA.
Tuan Yang di-Pertua, sejak berkuat kuasa penguatkuasaan Akta 1985 ini, pihak berkuasa pekebun kecil perusahaan getah atau Rubber Industry Smallholder Development Authority (RISDA) dengan izin, selepas ini akan disebut sebagai RISDA telah ditubuhkan dan turut menerima pakai Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah Tanaman Semula 1952 dan dibaca bersama dengan Akta 85. Akta ini diletakkan di bawah tanggungjawab Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Melalui penguatkuasaan Akta 85 ini, mulai pada tahun 1973, Malaysia telah melaksanakan usaha-usaha untuk memajukan pekebun kecil perusahaan getah dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, senario dasar utama negara, perundangan, struktur ekonomi serta sosio pekebun kecil dan negara yang berubah menuntut supaya Akta 85 dipinda supaya ianya selaras dengan dasar kerajaan serta perundangan semasa di samping membolehkan RISDA memainkan peranan yang lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan pekebun kecil, RISDA dan negara di
masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini adalah bertujuan untuk
(i) menyelaras undang-undang sedia ada supaya bersesuaian dengan perubahan senario pembangunan semasa;
(ii) memperjelas undang-undang sedia ada dalam aspek perlaksanaan fungsi dan skop aktiviti RISDA yang memandangkan Akta 85 mempunyai skop yang terbatas iaitu berkisar kepada keperluan tahun 1970-an sahaja;
(iii) keperluan memansuhkan dan mengemaskan beberapa peruntukan dalam Akta 85 yang usang seperti peruntukan pelaburan di bawah trusty act, pewartaan skim tanaman semula dan tanaman baru dan peruntukan tatatertib;
masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini adalah bertujuan untuk
(iv) memansuhkan Ordinan KWPG (PS) 1952 yang sudah lapuk dan memasukkan beberapa peruntukan yang masih relevan di dalamnya ke dalam cadangan pindaan Akta RISDA; dan
(v) menyelaras Akta 85 dengan beberapa undang-undang dasar dan peraturan-peraturan urus tadbir semasa kerajaan berkaitan dengan badan-badan berkanun persekutuan dan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1984/98 (SPA)/3-1985 bagi meningkatkan tadbir urus dan kecekapan sistem penyampaian.
Secara keseluruhannya, cadangan pindaan ini melibatkan pindaan terhadap enam seksyen termasuk Jadual Pertama dan Jadual Kedua kemasukan 57 seksyen baru dan pemansuhan 16 seksyen.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai latar belakang, RISDA telah ditubuhkan dan beroperasi pada Januari 1973 di bawah seksyen 4, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 yang seterusnya dikenali sebagai Akta 85. RISDA beroperasi di bawah peruntukan akta ini yang dibaca bersekali dengan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 sebagai satu akta.
Di bawah Akta 85, RISDA adalah bertanggungjawab ke atas fungsi-fungsi berikut:
(i) mentadbir Kumpulan Perusahaan Getah Penanaman Semula yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952;
(ii) pengurusan dan pengendalian rancangan-rancangan yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952; dan
masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini adalah bertujuan untuk
(iii) perancangan dan pelaksanaan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.
Cadangan pindaan Akta 85 ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-Cara Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri pada 1 Julai 2004. Walau bagaimanapun, cadangan meminda Akta 85 tidak dapat dibentangkan pada ketika itu bagi membolehkan pengubahsuaian dan penambahbaikan lebih teliti dan menyeluruh dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua, perkembangan semasa mengenai sektor pekebun kecil dan industri getah serta pembangunan luar bandar mewujudkan cabaran dan peluang kepada RISDA di dalam membangunkan sektor pekebun kecil. Getah telah dikenal pasti sebagai tanaman strategik sejak dahulu lagi. Selain hasil lateks, masa depan industri berasaskan kayu getah telah menjadikan tanaman ini sebagai salah satu pendapatan eksport negara.
Maka RISDA perlu merangka strategi yang lebih menyeluruh untuk merealisasikan matlamat tersebut tanpa menjejaskan kesejahteraan pekebun kecil getah dan memastikan bahawa sektor pekebun kecil menjadi penyumbang utama kepada industri getah.
Bancian pekebun kecil RISDA pada tahun 2002 mendapati bahawa struktur pekebun kecil adalah lemah di mana purata saiz tanah ialah 2.3 hektar dan 95.4 peratus pekebun mempunyai keluasan kurang daripada 4 hektar. Hanya 518,215 hektar ataupun 43.3 peratus kebun diurus secara berkumpulan, manakala sejumlah 56.8 peratus pekebun kecil berumur lebih daripada 56 tahun. Selain itu, hasil kajian turut mendapati bahawa majoriti pekebun kecil adalah miskin dan bergantung kepada pendapatan daripada getah dengan purata pendapatan kurang daripada RM7,680 setahun ataupun RM640 sebulan.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekebun kecil, aktiviti-aktiviti ekonomi tambahan perlu dilaksanakan oleh RISDA bagi mewujudkan masyarakat pekebun kecil yang profesional dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial menjelang 2010.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini tiada peruntukan bagi RISDA membangunkan tanah kosong yang terbiar, khususnya di kawasan berhampiran tanah pekebun kecil sedangkan pekebun kecil mengharapkan RISDA membantu mereka membangunkan tanah- tanah tersebut. Oleh itu, perlunya suatu peruntukan bagi RISDA mentadbir dan menguruskan tanah-tanah tersebut agar dapat diusahakan sepenuhnya dan secara ekonomik bidangan.
Selain itu, RISDA juga merupakan satu daripada agensi utama pembangunan luar bandar untuk membangunkan pekebun kecil luar bandar. RISDA yang mempunyai pejabat di seluruh Semenanjung Malaysia berhubung rapat dengan masyarakat luar bandar amnya dan pekebun kecil khususnya. Malah mulai Ogos 2008 RISDA sudah mula meluaskan operasinya di Sarawak dengan penubuhan pejabat di Kuching, Betong, Samarahan dan Sibu.
Tugas dan tanggungjawab RISDA dalam membangunkan pekebun kecil di bawah Akta 85 yang sedia ada terlalu umum, yang seterusnya membawa kepada pelbagai tafsiran.
Oleh yang demikian, wujud keperluan untuk mengadakan undang-undang yang lebih jelas bagi memastikan RISDA dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara menyeluruh dalam pembangunan pekebun kecil.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 2 Akta 85 mempunyai takrifan yang terbatas ke atas definisi pemilik dan estet yang tidak mencakupi keperluan kumpulan sasar pada masa ini. Oleh yang demikian, cadangan pindaan ini dilakukan bagi meminda takrifan berkenaan bagi membolehkan ianya meliputi kumpulan sasar yang lebih luas seperti masyarakat Orang Asli. Peruntukan fungsi di bawah seksyen 3 Akta 85 pula dipinda dengan menggantikan subseksyen 2, 3 dan 4 dengan subseksyen baru iaitu:
(i) untuk membangunkan dan menggalakkan industri getah sektor pekebun kecil;
(ii) untuk mengawal selia industri getah sektor pekebun kecil kecuali penyelidikan atas getah; dan
masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini adalah bertujuan untuk
(iii) untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran sektor pekebun kecil yang teratur.
Peruntukan seksyen 4 Akta 85 diganti dengan suatu seksyen baru yang mengandungi peruntukan mengenai keanggotaan pihak berkuasa yang berjumlah seramai 19 orang.
Peruntukan seksyen 9 Akta 85 diganti dengan suatu seksyen baru yang memberikan kuasa kepada Menteri untuk memberikan arahan am kepada pihak berkuasa.
Peruntukan seksyen 11 Akta 85 diganti dengan suatu seksyen baru yang mengandungi peruntukan berkenaan pelantikan ketua pengarah. Peruntukan seksyen 11A Akta 85 digantikan dengan suatu seksyen baru yang mengandungi peruntukan berkenaan kuasa, kewajipan ketua pengarah.
Jadual-jadual telah dipinda dengan memasukkan jadual-jadual baru seperti berikut:
(i) Jadual Pertama berkenaan dengan peraturan-peraturan mesyuarat pihak berkuasa; dan
(ii) Jadual Kedua berkenaan dengan peraturan-peraturan berhubung penubuhan pertubuhan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi peruntukan baru pula
(i) seksyen 3A dan 3B dimasukkan ke dalam Akta 85 berkenaan 16 fungsi dan 15 kuasa pihak berkuasa;
(ii) peruntukan baru seksyen 4A hingga 4G berhubung keanggotaan pihak berkuasa dimasukkan ke dalam Akta 85 berkenaan dengan tempoh jawatan anggota pihak berkuasa, anggota silih ganti bagi anggota tertentu pihak berkuasa;
(iii) pelantikan anggota pihak berkuasa untuk menjalankan fungsi sementara pengerusi oleh Menteri;
(iv) pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota-anggota pihak berkuasa;
(v) kekosongan keanggotaan pihak berkuasa;
(vi) perwakilan fungsi dan kuasa pihak berkuasa;
(vii) penubuhan jawatankuasa untuk membantu pihak berkuasa dalam melaksanakan fungsinya.
Peruntukan baru seksyen 11AA dan 11AB 11AC dan 11AD dimasukkan ke dalam Akta 85 berkenaan urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangannya seperti:
(i) pelantikan;
(ii) pendahuluan pinjaman;
(iii) perwakilan kewajipan ketua pengarah; dan
(iv) tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Tuan Yang di-Pertua, bahagian baru keempat dimansuhkan yang mengandungi peruntukan-peruntukan kewangan seperti penubuhan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil, Perusahaan Getah, Perbelanjaan dan Pemeliharaan, Pengenaan dan Pengutipan Ses atau Getah yang dikeluarkan ataupun dieksport dari Malaysia, pelaporan kepada Menteri atau mana-mana pihak berkuasa awam yang lain sepertimana yang diarahkan Menteri dan pemakaian Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 kepada RISDA dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta 85.
Tuan Yang di-Pertua, bagi peruntukan baru pula
Bahagian baru kelima yang pula dimansuhkan dimasukkan ke dalam Akta 85 memperkatakan tentang kuasa dan fungsi lain pihak berkuasa seperti:
(i) membuat dan memberi pinjaman;
(ii) urusan pelaburan;
(iii) penubuhan perbadanan; dan
(iv) kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil khidmat dan membayar ejen atau penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank dan broker saham.
Tuan Yang di-Pertua, bagi peruntukan baru pula
Bahagian baru keenam, dimasukkan ke dalam Akta 85, berhubung dengan penyediaan Skim Pekebun Kecil atau Estet seperti:
(i) pengisytiharan mana-mana orang sebagai pekebun kecil atau pemilik estet tertakluk kepada syarat pihak berkuasa dengan kelulusan Menteri;
(ii) penetapan skim untuk faedah pekebun kecil atau estet;
(iii) arahan pemberhentian bantuan; dan
(iv) arahan untuk mendapatkan balik bayaran atau memohon bantuan yang telah diberikan kepada peserta sesuatu skim oleh Menteri.
Bahagian baru ketujuh, berkenaan dengan penguatkuasaan turut dimansuhkan di dalam Akta 85 bagi membolehkan kerja-kerja penguatkuasaan dan siasatan ke atas getah, buku, dokumen dan segala harta yang disita, dilaksanakan.
Bahagian baru kelapan, dimasukkan ke dalam Akta 85 mengandungi peruntukan- peruntukan am RISDA. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan dalam Akta 85 yang tidak lagi relevan akan dimansuhkan seperti berikut:
(i) peruntukkan seksyen 5, 6 7 dan 8 berkaitan prosiding mesyuarat pihak berkuasa, perluasan dan pindaan ordinan KWPGPS serta peletakan harta dan pemindahan hak dan tanggungan- tanggungan pihak berkuasa;
(ii) peruntukkan seksyen 10, berkaitan kuasa meminjam pihak berkuasa;
(iii) peruntukan seksyen 11B, 11C,11D, 11E, 11F, 11G, 11H, 11I, 11J, dan 11K kerana semua perkara dalam seksyen-seksyen tersebut telah diperuntukkan dalam Akta Badan-Badan Berkanun, Tatatertib dan Surcaj 2000; dan,
(iv) peruntukan seksyen 12, dimansuhkan berkaitan pengecualian terhadap peruntukan dalam ordinan KWPGPS 1952.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ditekankan bahawa keperluan pindaan ini adalah kesan daripada perubahan senario dasar utama negara, perundangan, struktur ekonomi serta sosial pekebun kecil dan negara. Pindaan dan peruntukan baru yang dicadangkan ini adalah menjurus ke arah tadbir urus yang lebih efisien dalam melancarkan urusan pembangunan pekebun kecil, perusahaan getah yang dilaksanakan oleh RISDA. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya mencadangkan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) (Pindaan) 2009, dibahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin turut serta untuk membahas Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah iaitu, saya melihat bahawa RISDA merupakan satu agensi kerajaan yang telah memainkan peranan yang begitu luas ke arah membantu mempertingkatkan ekonomi negara melalui skim bantuan kepada pekebun-pekebun kecil.
Saya ingin berbicara dalam konteks Sabah itu sendiri, iaitu di Sabah kita ada Lembaga Industri Getah dan saya bersetuju dengan Menteri komoditi iaitu menyatakan bahawa terdapat satu monopoli ataupun penguasaan daripada LIG itu sendiri, membeli getah pekebun-pekebun kecil, sehingga pekebun-pekebun kecil ini kadang-kadang getah mereka tidak mendatangkan keuntungan sebab harga itu ditekan dan dalam masa yang sama, getah-getah pekebun kecil ini tidak dapat dipasarkan secara luas dan terbuka, sebab ada unsur-unsur monopoli tersebut.
Oleh sebab itu, saya rasa RISDA perlu mengubah hala tuju apabila ia boleh masuk ke Sarawak, kenapa tidak akta RISDA ini diubah sedikit, untuk masuk ke Sabah pula, iaitu dengan ini saya merasakan, pekebun-pekebun kecil khususnya getah, boleh menerima limpahan ekoran daripada keberkesanan RISDA itu sendiri telah terbukti iaitu boleh membantu mempertingkatkan ekonomi pekebun-pekebun kecil. Dengan kemasukan RISDA ke Sabah, bukan sahaja kita bersaing secara terbuka. Bahkan boleh membantu pekebun- pekebun kecil kita di Sabah, khususnya di Kinabatangan sebab masih terdapat tanah-tanah terbiar yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan, lebih-lebih lagi RISDA ini ke arah bagaimana memberi peruntukan yang sewajarnya. Dengan ini, saya rasa ekonomi masyarakat di luar bandar itu lebih terjamin, jika kita tinggalkan sebuah agensi yang bernaung di negeri Sabah sendiri. Bukan tidak ada kemampuan, ia ada kemampuan tetapi kemampuan ia begitu terhad.
Jadi dengan adanya agensi seperti RISDA ini seperti yang dimaklumkan oleh Menteri, tujuan dan matlamatnya iaitu untuk memberi, membantu mempertingkatkan hasil ekonomi masyarakat luar bandar, dengan ini boleh menyumbang ke arah pendapatan ekonomi negara. Akan tetapi, adalah malang sekiranya... Ya silakan Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak panggil pun Yang Berhormat. Terima kasih, sila Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Kinabatangan soal peranan RISDA yang akan mungkin satu hari masuk ke negeri Sabah dan Sarawak. Saya rasa Sarawak ia sudah masuk, tetapi apa yang saya dengar peranan RISDA setakat ini, kurang memuaskan Yang Berhormat.
Apabila subsidiari RISDA ini ada membuka tanah-tanah Orang Asli di negeri Perak dan sebagainya. Permasalahan itu saya rasa FELDA pun ada juga permasalahan yang serupa macam ini. Di Perak, kononnya kelompok-kelompok tanah ini dibangunkan dari subsidiari RISDA ini, diusahakan oleh pengusaha-pengusaha yang terdiri daripada Orang Asli. Jadi saya tidak mahu perkara ini berlaku dan berulang sekiranya RISDA ini masuk ke negeri. Apa pendapat Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Putatan iaitu, di samping kita menggalakkan agensi kerajaan persekutuan seperti RISDA mengembangkan sayapnya ke Sarawak dan Sabah.
Kita juga ingin melihat agar perkembangan ini diurus secara saksama.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita tidak mahu, bahkan kehadiran ini dilihat sebagai satu ancaman. Kita mahu bahawa kehadiran RISDA itu sendiri membawa satu rahmat, membawa satu ruang lingkup yang luas kepada pengusaha-pengusaha, pekebun-pekebun kecil getah ini khususnya yang ada lima ekar, sepuluh ekar di mana mereka berkehendakkan, hati mereka hendak membuka kebun getah itu tetapi apabila mereka pergi ke bank dan sebagainya, sukar untuk mendapat bantuan.
Jadi rasa saya dengan adanya RISDA ini, akan memudahkan dan memberi skim bantuan pekebun kecil kepada pengusaha-pengusaha getah ini dan dengan itu maka getah yang kecil ini, kalau disatukan gayanya akan menjadi besar. Contohnya, kita lihat bagaimana Filipina mengeksport buah mangga, dan saya mendapat maklum bahawa mangga-mangga itu kebanyakannya ditanam di hadapan rumah kediaman mereka, tetapi mereka mewujudkan satu koperasi apabila setiap rumah ada empat pokok atau lima pokok mangga, kalau ada sepuluh ribu rumah, bermakna dia sudah empat puluh ribu pokok buah mangga dan boleh menghasilkan mangga-mangga yang baik dan boleh dieksport termasuk ke negara kita.
Jadi kenapa kita tidak menggunakan konsep sedemikian walaupun mungkin orang kampung yang mempunyai dua tiga ekar, tetapi kalau ada lima ribu orang kampung yang ada tiga ekar, ia sudah memperlihatkan keluasan yang begitu luas. Jadi inilah konsep rasa saya yang perlu kita terapkan dan dengan ini kerajaan boleh membantu mengeluarkan mereka yang dulu mungkin sukar untuk hidup, seperti kais pagi makan pagi, tetapi dengan adanya pelebaran seumpama ini rasa saya, kita telah membantu mengeluarkan mereka ini daripada belenggu kemiskinan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi ini harus dilihat oleh Yang Berhormat Menteri bukan pula seolah-olah Menteri datang ke Sabah, kita meminta sesuka hati tetapi ini demi untuk 1Malaysia dan 1Malaysia ini bermakna rakyat Malaysia di Sabah pun kena diambil kira sebagai satu warganegara Malaysia yang perlu dilihat ke arah bagaimana kita membantu secara lebih teratur dan lebih tersusun sebab kalau tidak, maka Sabah ini akan terus ketinggalan dalam apa juga arus pembangunan, ekonomi dan sebagainya.
Jadi saya meminta Yang Berhormat Menteri bersikap lebih terbuka dalam soal- soal sebegini membawa isu RISDA ini, kalau boleh dikembangkan dengan apa jalan sekalipun untuk memastikan bahawa pengusaha-pengusaha kebun kecil getah di Sabah juga tidak akan terbiar, tidak akan bersendirian berhadapan dengan masalah-masalah yang selama ini mereka telah hadapi, iaitu kadang-kadang getah mereka tidak ada yang membeli, tidak ada kesempatan bagi LIG membeli getah mereka.
Orang kampung ini kalau rugi RM10 satu hari maka alamat dia tidak boleh makan untuk hari itu. Jadi harus dilihat secara lebih positif ke arah bagaimana RISDA ini boleh memainkan peranan untuk membantu pekebun kecil getah di negeri Sabah khususnya.
Terima kasih saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberikan saya peluang juga untuk bersama-sama membahaskan akta untuk meminda Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah, di mana seperti mana dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi falsafah dan matlamat daripada pindaan ini ialah untuk ke arah a way forward, ke arah untuk memajukan sektor pekebun kecil ini, penanam-penanam getah ini supaya mampu untuk lebih berdaya saing dalam menempatkan diri mereka dalam arus perkembangan ekonomi dalam negara kita.
Saya juga boleh bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan yang terus mengharapkan supaya Sabah dan Sarawak juga akan mendapat kesan daripada pindaan kepada akta ini.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri tadi telah pun membentangkan dengan panjang lebar dan telah menyatakan, bahawa Akta 85 itu perlu dipinda kerana hujahnya terdapat terlalu banyak halangan yang dikenal pasti menjadi penghalang atau menjadi halangan kepada usaha memajukan sektor pekebun kecil yang menanam getah ini.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat, bahawa suatu waktu dahulu saya juga pernah menceburi bidang ini dan juga sebelum akta ini iaitu Akta 85 ini dipinda, pihak berkuasa RISDA telah berjaya untuk menubuhkan apa yang dikatakan mini estet, suatu perancangan yang bagi saya, saya boleh memberikan kredit, penghargaan kepada RISDA pada waktu itu yang setidak-tidaknya telah berjaya mewujudkan satu kumpulan atau kelompok petani yang tanah mereka diurus tadbir oleh pihak RISDA dan mereka mendapat habuan walaupun tidaklah menjadikan mereka golongan yang kaya raya, tetapi setidak-tidaknya model mini estet itu telah berjaya untuk menyelesaikan sebahagian daripada pengurusan tanah-tanah yang dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil ini.
Sebagaimana statistik yang diperolehi dan dibentangkan sebentar tadi, bahawa 95.4 peratus pekebun kecil dalam negara ini yang keluasan tanah mereka kurang daripada 2.5 hektar dan sudah tentu dengan keluasan tanah yang sebegini kecil, pihak kementerian Yang Berhormat perlulah melihat, apakah cabaran-cabaran masa depan bagi kelas ataupun bagi kumpulan yang kecil ini bagi mereka bertahan ataupun mereka akan mengambil sikap untuk mengubah ataupun mencari tanaman-tanaman alternatif selain daripada getah ini.
Saya rasa sejak negara mengalami sejarah ataupun perkembangan turun naiknya harga getah ini di peringkat pasaran dunia semenjak perang Korea lagi dan sehingga kita menghadapi masalah harga getah sebagai bahan komoditi utama negara, saya melihat tidaklah semua yang terkandung dalam Akta 85 itu boleh menjadi hujah mengapa kerajaan tidak boleh berbuat satu tindakan yang proaktif terhadap masa depan pekebun-pekebun kecil ini.
Di sini saya ingin menyatakan kepada pihak Yang Berhormat kalau boleh dinyatakan secara fakta, fact and figures dalam jawapan nanti, apa telah jadi kepada kebanyakan koperasi-koperasi pekebun kecil getah yang berfungsi sebelum daripada ini sebelum akta ini, Akta 85 itu dipinda, yang diminta dipinda pada hari ini, apakah performance ataupun status koperasi-koperasi pekebun kecil getah ini. Adakah mereka benar-benar telah berfungsi untuk membantu sektor pekebun kecil ini ataupun mereka juga terpaksa gulung tikar ataupun menutup business mereka ataupun perniagaan mereka diakibatkan oleh masalah turun naik harga getah, yang pada hari ini kita melihat masih lagi tidak menjamin masa depan pekebun-pekebun kecil dalam negara kita.
Jika saya boleh berkongsi sedikit pengalaman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita membentangkan akta ini dalam Parlimen pada hari ini, akta yang kita katakan halangan-halangan Akta 85 ini, kita sebenarnya terlalu jauh jika dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand. Kalau kita melihat secara perbandingannya bukan sekadar pengusaha ladang-ladang buah-buahan mereka, kita melihat kepada hasil-hasil komoditi mereka yang lain, yang walaupun telah bermula lebih lewat daripada kita, tetapi telah mampu untuk memasarkan produk-produk mereka di peringkat antarabangsa, packagingnya, brandingnya yang kita lihat jauh lebih efisien daripada apa yang terdapat dalam negara kita pada hari ini.
Di Thailand kita melihat sebagai perbandingan bahawa sektor pekebun kecil ini telah menjadikan industri ini begitu kompetitif sehinggakan ada bank yang khusus tentang industri getah ini, yang boleh fokus dan boleh memberikan pinjaman kecil-kecilan kepada sektor ini dan ini kita melihat suatu perkembangan yang cukup membanggakan dan mungkin kita boleh belajar daripada pengalaman mereka ini, supaya sektor ini akan mendapat lebih perhatian dan juga kerajaan akan menjadi lebih fokus terhadap bagaimana mampu untuk menjadikan industri ini lebih kompetitif pada masa yang akan datang.
Kalau selepas Perang Dunia Kedua kita melihat harga getah dalam keadaan begitu tinggi dan jatuh selepas Perang Dunia Kedua. Jadi ancaman besar bagi industri getah ini adalah getah tiruan yang diperkenalkan oleh Jepun.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Akan tetapi apabila teknologi semakin berkembang dan kita melihat pada hari ini industri-industri pembinaan, construction pula mula memperlihatkan bahawa getah asli telah mula mendapat tempat, di mana bahan-bahan daripada getah asli ini begitu diperlukan dalam negara kita, dalam pasaran tempatan dan juga dalam pasaran antarabangsa. Maka dengan saiz keluasan tanah yang lebih mengecil dalam negara kita ini, saya rasa lebih senang untuk diurus.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Adakah nanti dengan benar-benar Akta 1985 ini dipinda dan semua halangan itu tidak ada lagi, maka saya ingin mendapat satu kepastian bahawa adakah kerajaan akan lebih serius dan fokus dalam melihat secara terperinci elemen-elemen terpenting yang mesti diberikan perhatian dan bantuan oleh pihak kerajaan kepada industri pekebun kecil getah ini.
Yang keduanya, saya ingin menyatakan bahawa tentang penyelidikan klon getah ini di mana satu unit dalam RISDA yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan terhadap klon-klon baru ini. Adakah klon yang ditanam di ladang-ladang ataupun yang dibekalkan kepada pekebun-pekebun kecil ini adalah standard, adakah selari ataupun mutu dan kualitinya dengan paling tidak pun kita mengambil mutu getah ataupun lateks, susu getah yang terdapat di Thailand.
Saya merasakan dalam memandang ke hadapan, maka ada dua pilihan bagi petani. Sama ada mereka menanam getah dan menoreh hasilnya dalam bentuk jangka panjang dan hari ini kita juga melihat kayu getah itu sendiri boleh menjadi satu bahan komoditi yang mungkin boleh menguntungkan, tapi ini juga bergantung pada saiz tanah yang dimiliki oleh pihak pekebun kecil ini. Maka dengan adanya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah akta-akta yang disebut nanti, saya ingin melihat adakah benar-benar sektor ini diberikan pembelaan yang sepenuhnya, diberikan panduan bagaimana mereka mengurus tadbir tanah-tanah mereka yang kecil ini dalam menentukan sama ada dalam jangka panjang petani terus menoreh pohon-pohon getah ini ataupun mereka boleh menjual kayu getah itu bila sampai tempoh matangnya.
Akhir sekali, saya ingin sebagaimana trend yang kita lihat dalam mana-mana pindaan akta sekarang ini tidak hanya RISDA ini, tentang perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang. Perkara 52 juga menyebut tiada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap menteri, pihak berkuasa, mana-mana anggota pihak berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa atau mana-mana pegawai perkhidmatan atau ejen pihak berkuasa atau mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keaiban, keingkaran, kecuaian yang dibuat yang dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atau sifat yang sedemikian.
Jadi istilah suci hati ini telah menjadi suatu malaikat. Telah menjadi suatu, saya takut satu istilah yang disalahgunakan untuk menghalalkan ataupun untuk menjustifikasikan setiap tindakan-tindakan yang saya rasa oleh kerana kita ini adalah dengan izin human being, manusia biasa yang tidak mungkin terlepas daripada dosa dan kesalahan, jadi saya tidak fikir ada relevannya perkataan suci hati ini yang membolehkan mereka ini dilepaskan ataupun disebut dengan jelas perlindungan daripada tindakan guaman ataupun prosiding undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri yang telah membentangkan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah pada kali ini dan juga menyedari terhadap masalah masyarakat luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Krau ini, lebih daripada 70 peratus penduduknya adalah penoreh getah dan hasil pendapatannya memanglah daripada kebun getah.
Sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa 95 peratus pekebun kecil adalah yang mempunyai tanah yang kurang daripada 2.3 hektar dan ini juga berlaku di dalam kawasan Kuala Krau dan begitu pendapatan bagi pekebun-pekebun kecil memanglah di bawah paras RM640 sebulan, di bawah pendapatan miskin. Walaupun begitu, apabila keadaan harga getah sekarang ini meningkat iaitu RM3.45 sekilo bagi getah sekerap dan ini menggembirakan penduduk luar bandar. Cuma apakah langkah kerajaan untuk mengekalkan paling tidak sekurang-kurangnya dikekalkan harga getah ini RM3.00 sekilo bagi dalam keadaan sesuatu masa walaupun keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Satu lagi perkara yang menjadi masalah selain daripada segi pembajaan dan juga daripada segi bantuan baja dan juga subsidi-subsidi lain bagi penanaman getah yang kita lihat sekarang adalah baja masih lagi dalam keadaan harga yang tinggi. Begitu juga untuk pembersihan, racun juga dalam keadaan yang tinggi. Saya dah beberapa kali juga dengan rakan-rakan yang lain supaya di bawah kementerian ini bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat kepada harga-harga baja dan juga harga bagi racun dapat dikawal.
Tentang satu perkara lagi, yang ketiganya tentang perkara yang menarik.
Bantuan-bantuan selama ini diberikan kepada tanah-tanah yang telah ditanam getah untuk tanaman semula kelapa sawit kepada getah atau getah kepada kelapa sawit. Sekarang Alhamdulillah nampaknya Menteri menyedari bahawa tanah-tanah di kampung ini banyak tanah-tanah terbiar, lot-lot kosong. Ini juga diberikan perhatian khusus oleh kementerian ini supaya tanah-tanah kosong ini dapat diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil kita dengan bantuan sebagaimana bantuan penanaman semula tanah-tanah getah yang sedia ada.
Satu perkara lagi tentang tanah-tanah getah sekarang ini orang-orang Melayu di luar bandar ini masalah daripada segi waris atau harta pusaka tanah-tanah yang kadang- kadang pertelingkahan waris untuk diwarisi, siapakah yang berhak dan sebagainya.
Akhirnya akibat daripada perselisihan tersebut, tanah-tanah dah banyak yang jadi tanah terbiar yang tidak diusahakan, yang tidak dikomersialkan. Apakah langkah RISDA untuk mengatasi supaya tanah-tanah ini dapat kita kekalkan supaya hasil getah di dalam negara kita terus meningkat.
Yang keempatnya tentang baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah membuat syor supaya FELDA, RISDA dan juga FELCRA ini bergabung. Sejauh manakah tindakan daripada kementerian bersama dengan FELDA kerana RISDA dan FELCRA ini di bawah kementerian yang sama dan apakah RISDA dan FELCRA telah berbincang dengan FELDA mengenai pergabungan supaya pendapatan bagi penduduk atau bagi pekebun-pekebun kecil ini dapat ditingkatkan.
Yang kelimanya tentang bayaran ses. Ada juga masalah yang berlaku di dalam kawasan saya di mana dahulunya di tanam dengan kelapa sawit dan RISDA dah masuk ke kawasan FELDA dan telah memujuk supaya peneroka ini menanam getah dan ramai juga yang telah bersetuju dengan tanaman getah. Cuma bayaran ses ini. Bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada RISDA diberikan terus kepada FELDA untuk pengurusan, tetapi telah dituntut oleh peneroka-peneroka supaya bayaran ini dibayar terus kepada individu tersebut iaitu peneroka-peneroka sendiri. Ini juga berlaku di FELDA Jengka 14, di FELDA Jengka 16, Jengka 22 di kawasan Parlimen Kuala Krau.
Perkara yang seterusnya tentang pengurusan secara berkelompok. Saya minta supaya RISDA, ditambah lagi juruteknik-juruteknik di kawasan-kawasan luar bandar dapat membantu pekebun-pekebun kecil ini, memberi taklimat, memberikan segala penerangan tentang kelebihan untuk kita menanam getah secara berkelompok, mini estet dan sebagainya, kerana anak-anak muda sekarang ini dah tak berapa minat nak kerja mengotorkan badan, pakaian berbau busuk dan sebagainya, dia dah tak minat.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Jadi tinggal lagi orang-orang tua yang berada di luar bandar ini dan sudah tidak cukup tenaga. Ramai juga pekerja-pekerja atau penoreh-penoreh getah ini bukan di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang pekerja asing datang daripada Indonesia dan daripada Thailand terutamanya dia datang dan hasilnya, pekerja itu mendapat 50 peratus daripada hasil pendapatan dan tinggal lagi 50 peratus kepada tuan punya atau pekebun kecil. Jadi ini boleh menambah kurangkan lagi pendapatan kepada pekebun kecil. Apakah skim-skim galakan yang kita hendak galakan supaya orang-orang muda ini yang berada di luar bandar berminat balik berkebun dan sebagainya.
Seterusnya tentang tanaman-tanaman secara sulaman iaitu sistem berpagar dan sebagainya. Dahulu tanaman getah ini secara sistem berpagar dan disulami dengan pokok- pokok buah-buahan. Nampak gayanya di kawasan saya, sistem ini tidak berjaya. Getahnya getah yang kurus, tidak mengeluarkan hasil yang baik, pokok-pokok buah-buahan juga tidak mengeluarkan hasil. Ini perlu dikaji balik supaya tanaman getah ini mestilah balik kepada sistem yang asal. Seperti mana juga Yang Berhormat Kubang Kerian berkata tentang benih-benih atau klon-klon yang terbaik. Apakah peranan LGM atau Lembaga Getah Malaysia ini, pandangan-pandangan LGM ini diambil kira oleh RISDA. Apakah klon yang terbaik untuk pekebun-pekebun kecil bagi penanaman getah yang sekarang ini supaya getah hasilnya hasil yang baik dan pokok-pokok getahnya boleh kita jadikan pokok kayu balak untuk industri perkayuan, kraf tangan dan sebagainya. Itu sajalah Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menumpu kepada satu, dua perkara yang saya harap apa yang saya bawa ini sebagai suatu pendekatan fokus mengenai dengan hal-hal yang berkaitan dengan pekebun-pekebun kecil getah. Apa pun rang undang-undang yang kita buat, yang kita bawa di Dewan Rakyat ataupun dasar yang diolah, matlamat akhirnya ialah hendak meningkatkan pendapatan kumpulan sasar. Baik pekebun kecil, baik petani yang menanam padi ataupun nelayan dan seumpamanya.
Jadi dalam soal pekebun kecil getah ini, saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Menteri sebagai rujukan. Di kawasan saya di Parlimen Pasir Mas, dalam DUN Chetok, terdapat lebih kurang 350 hingga 400 orang penoreh getah dan terdapat segolongan mereka yang terlibat dengan program ataupun aktiviti pekebun kecil getah.
Selalunya, persoalan yang timbul di kalangan mereka ini ialah masalah harga getah. Harga getah sentiasa tidak stabil macam harga minyak juga, Tuan Yang di-Pertua. Naik turun, naik turun, naik turun. Jadi tidak menentu.
Jadi macam manakah kaedah pihak RISDA khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab untuk hendak mencari mekanisme bagi menentukan pekebun-pekebun kecil ini dapat menjual hasil getah mereka di satu tahap harga yang munasabah. Harga yang munasabah maksud saya ada dia punya siling. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, pada tahun sekarang ini harga getah tidak silap saya sekilogram RM3.50 sen.
Pada awal Januari tahun 2009, harga getah jatuh ke RM1.50 sen sekilogram.
Dulu melonjak naik, jatuh RM1.50 sen. Yang menjadi masalah lagi ialah pekebun-pekebun kecil ada menjual getah kepada peraih-peraih kampung yang membeli getah ini. Dia panggil ‘pok getah’ ini yang kadang-kadang harganya mereka tetapkan sendiri. Ada pekebun kecil yang mengambil wang pendahuluan dengan tauke-tauke ataupun peraih-peraih sama seperti ah longlah.
Apabila mereka menjual getah mereka, walaupun harga getah naik tetapi dia sudah tetapkan sudah awal sekian-sekian harga. Ini kedudukan masalah pekebun-pekebun kecil yang memiliki kebun-kebun getah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Belum lagi kita menceritakan bagaimana kedudukan penoreh-penoreh getah.
Penoreh getah ini maknanya mereka yang mengambil upah menoreh pokok-pokok getah daripada pekebun-pekebun kecil.
Jadi, inilah persoalan yang menghantui mereka ini. Jadi, mahu tidak mahu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, kalau bolehlah iaitu kenapa tidak kerajaan melalui RISDA menentukan harga siling getah ini. Sebab ada kalanya harga getah naik melambung mengikut permintaan di peringkat global. Jadi, ada kalanya turun saya katakan tadi. Namun begitu kita tahu getah ini bukan dengan izin Tuan Yang di-Pertua bukan perishable item iaitu bukan barang yang mudah rosak. Getah yang ditoreh dan dibekukan boleh disimpan bertahun-tahun lamanya.
Jadi, kenapa tidak ada satu peruntukan apabila harga getah jatuh, ditetapkan harga siling. Saya cadangkan RM3.00 sekilogram. Kalau naik RM3.50 sen pun pihak RISDA ataupun badan yang bertanggungjawab ini mendapat untung. RM3.00 satu kilogram dan kalau harga pasaran antarabangsa jatuh ke RM2.00 atau RM1.50 sen, simpan dulu getah itu. Jadikan stockpile. Stockpile getah. Jadi apabila kita simpan getah ini, tetapi kita bayar kepada penoreh-penoreh atau pekebun-pekebun kecil dengan harga RM3.00 sekilogram. Apabila harga meningkat, maka kita boleh release stockpile, getah ini kepada mereka yang hendak beli. Jadi bererti kita dapat menampung kehidupan pekebun-pekebun kecil ini. Saya harap kita mempunyai approach, pendekatan di mana apabila kita menyebut golongan sasar miskin tegar, golongan miskin bererti kita gunakan kaedah pendapatan seseorang itu.
Pada saya, yang pentingnya ialah bukan soal jumlah pendapatan. Yang pentingnya ialah bagaimana sesebuah keluarga sama ada dia penoreh getah ataupun pekebun-pekebun kecil, petani-petani, pemandu teksi ataupun nelayan dapat menampung kehidupan dengan keperluan kos harian yang ada sekarang ini yang semakin meningkat.
Kalau pendapatan RM2,000 atau RM3,000 sebulan tetapi anaknya sepuluh orang, dua di universiti ataupun di sekolah-sekolah dengan kos buku teks, kos makanan keperluan, dia juga boleh dikategorikan sebagai golongan miskin. Ini pendekatan yang patut kita fikir.
Bukan masalah tegar kah tidak tegar kah atau miskin tidak miskin. Jadi kumpulan penoreh getah ini salah satu kumpulan yang kadang-kadang kita terlepas pandang.
Kita ukur dari segi kejayaan estet-estet. Kita ukur kejayaan dari segi peningkatan harga getah waktu global. Kita tidak tahu sama ada pekebun kecil ini berubah atau tidak hidup mereka. Maju atau tidak kehidupan mereka dan mereka juga ditindas oleh peraih- peraih kampung ini dengan sesuka hati. Jadi sebab itu, saya minta pihak kementerian tolong fokus masalah ini. Saya tidak ada menyentuh soal detail rang undang-undang ini.
Saya tidak mahu bercakap bab besar-besar. Saya kisah soal pendapatan rakyat meningkat.
Kalau pendapatan golongan sasar ini tidak meningkat, cakaplah apa pun semuanya tidak berjaya. Ada bangunan tinggikah, ada kereta, ada apa pun kita buat kalau pendapatan tidak meningkat, tidak jadi. Sama juga dengan klon. Klon getah ini. Benih-benih klon ini.
Memang kita dengar macam-macam klon. Yang Berhormat tahu atau tidak berapa banyak klon-klon getah ini yang sampai kepada pekebun-pekebun kecil di bawah?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Mereka pun tidak tahu dan tidak sampai pun. Jadi ada benih-benih klon baik ini siapa yang mendapat faedah? Kerajaan guna duit bukan sedikit untuk menyelidik bagi melahirkan klon-klon baru. Apakah faedah yang diperolehi oleh pekebun-pekebun kecil di peringkat bawah? Sebab itu saya hendak mencadangkan supaya program kesedaran untuk pekebun kecil ini mengenai dengan klon-klon ini sama ada melalui program dokumentari TV, dalam akhbar ataupun ceramah-ceramah yang dibuat oleh kakitangan RISDA dari semasa ke semasa, demonstrasi, memberi penerangan tentang klon-klon baru ini biarlah sampai ke akar umbi. Biar sampai! Ini yang saya percaya KPI nanti yang hendak diukur kejayaan sesuatu kementerian nanti, Menteri-menteri turun...
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya mendengar Yang Berhormat tadi menyebut tentang harga getah diminimumkan kepada RM3 sekilo. Dengan menggunakan perkhidmatan komputer yang disediakan oleh Parlimen ini saya membaca di sini The Star melaporkan Yang Berhormat, bahawa pada bulan Ogos baru-baru ini ada laporan bahawa harga getah gred SMR20 sepatutnya berada pada tahap RM7 satu kilo dan katanya paling kurang pada masa ini pun turun kepada RM6.47 sen satu kilo. Satu lagi fakta mungkin Yang Berhormat ingin gunakan untuk memperjuangkan pekebun-pekebun dan penoreh-penoreh getah ini ialah sebagaimana Yang Berhormat Pasir Mas bandingkan dengan harga minyak sebenarnya lagi naik harga minyak, maka seharusnya harga getah juga turut naik, kerana harga getah tiruan ataupun bahan getah tiruan adalah sama seperti harga minyak.
Jadi kalau harga minyak naik, kalau harga getah tiruan naik maka harga getah asli pun sepatutnya naik juga. Sebenarnya banyak lagi Yang Berhormat yang kerajaan saya fikir patut lakukan untuk kebajikan penoreh-penoreh dan pekebun-pekebun kecil getah. Itu pandangan dari saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu betullah sebab itu yang terbaru melalui internet yang dilaporkan oleh Ahli Parlimen Tumpat tapi rakyat di Cetok, orang Cetok Pasir Mas dia tidak celik internet... [Ketawa] Dia tidak tahu internet, dia belum lagi tengok hal-hal teknologi maklumat. Waktu harga getah naik RM7 dahulu pun peraih kampung pergi beli paling tinggi RM3.50 sen sekilo. Ini yang saya katakan cekik darah. Tahu atau tidak pihak berkuasa tempatan seperti RISDA ataupun pihak kementerian? Dia tidak tahu. Mana dia tahu sekarang jarang dia tengok. Kalau dia tengok pun dia tidak faham. Kalau petani-petani menonton TV, orang kampung Yang Berhormat Menteri dia tonton skrin TV, harga saham hari ini jatuh 00.24 mata. Oleh itu harga jatuh sedikit dan bercampur-campur. Dia tidak tahu apa benda ini... [Ketawa] Dia tidak tahu apa pun.
Jadi sebab itu orang kampung jadi mangsa, tetapi merekalah yang menghasilkan barangan seperti getah dan seumpamanya macam-macam yang dihasilkan oleh petani- petani, malangnya mereka tidak dapat faedah yang semaksimum mungkin. Mereka yang dapat faedah adalah orang tengah, syarikat-syarikat besar yang berdagang dalam komoditi ini, sebaliknya mereka yang di bawah tidak mendapat hasil apa-apa. Contoh mereka yang menoreh getah. Bila kita katakan anak-anak muda kita tidak mahu menoreh getah, tidak mahu menjolok buah kelapa sawit, kita terpaksa bawa pekerja-pekerja asing daripada Indonesia dan Bangladesh. Tengok sahaja yang menoreh getah di kampung pendapatan memang tidak tetap dan getah ini pula bermusim. Bila hujan lebat datang banjir, hujan lebat dan ribut mereka tidak boleh menoreh. Maka tidak ada kerja pula tujuh hingga lapan hari. Jadi hidup mereka kais pagi makan pagi. Ada waktu kadangkala bukan sahaja kais pagi makan petang, malah berkais-kais. Tujuh hingga lapan hari tak boleh hendak kais.
Hendak makan macam mana kalau dua, tiga hari tak boleh kais hasil daripada menoreh getah.
Jadi sebab itu saya menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah fokus perkara-perkara ini. Fokus bagaimana cara.
Kalau terpaksa kena tetapkan harga siling yang mungkin harga getah. Saya tanya orang kampung pekebun kecil saya kata contoh Pakcik Mat, Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya dia, katakan harga naik sampai RM10 sekilogram, tapi awal-awal lagi kerajaan sudah menetapkan RM3 sekilogram, maka Pak Mat sudah boleh untung sedikit. Dia lebih suka terima yang RM3 sepanjang masa daripada tunggu. Saya tanya kenapa? Dia kata kalau tunggu RM7 hingga RM8 pun, dia kata ada waktu jatuh maka mereka tidak dapat faedah untuk menampung kos kehidupan mereka.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Baik, boleh? Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas.
Saya hendak tanya pandangan Ahli Parlimen Pasir Mas, semasa pilihan raya Manek Urai baru-baru ini harga di kampung RM2.50 sen satu kilo, tetapi yang berlesen itu RM5 sekilo.
Jadi orang kampung menjadi korban orang tengah atau peraih ini. Adakah Yang Berhormat setuju cara mengatasinya pihak kementerian kena perbanyakkan lesen. Di setiap mukim ada satu lesen dikeluarkan untuk membeli getah supaya harga itu dapat dibeli dengan harga lesen itu RM5 bukan RM2.50 sen. Adakah Yang Berhormat setuju?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya setuju Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa dan kalau buat macam itu mungkin pilihan raya akan datang Manek Urai boleh jadi milik Barisan Nasional... [Ketawa] Sebab ia bukan soal siapa menang siapa kalah. Soalnya hendak meningkatkan pendapatan hidup rakyat. Saya berpaksi kepada prinsip itu.
Jadi sebab itu kita buat bagi rakyat suka. Kita buat benda-benda apa sahaja yang nampak elok tapi bottom linenya, kumpulan sasarnya dari segi realiti tidak berubah tidak ada apa-apa makna. Itu yang saya cadangkan supaya kaji betul-betul. Fikir habis-habis.
Sebagai perbandingan tidak lama lagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan laksana sistem kupon subsidi beli beras. Ini pun kalau tidak dibuat dengan betul-betul, tunggulah nanti.
Saya tahu pembahagian di peringkat bawah. Kumpulan miskin tegar saya katakan tadi mungkin satu kawasan Parlimen 1,000 hingga 1,200 orang, yang berdaftar dengan e- Kasih, yang menerima kebajikan. Sebaliknya mereka yang mempunyai anak enam tujuh orang pendapatan mereka hanya RM2,000 juga susah. Mereka ini tidak layak mendapat kupon beli beras tadi. Tunggulah nanti, tunggulah penyakit nanti.
Sebab itu sesuatu perkara yang hendak dibuat mesti dikaji dengan teliti. Ambil masa lama tak apa. Sebab itu dalam hal ini saya sangat berharap fokus saya ialah tadi pendapatan pekebun-pekebun kecil dengan penoreh-penoreh getah. Penoreh getah ini pun macam mana kita hendak tolong pun saya tahu. Saya sendiri pun tak tahu macam mana hendak cadang sebab mereka ini dibayar upah bergantung kepada hari mereka menoreh.
Bila tidak menoreh mereka tidak ada pendapatan.
Jadi saya sudah masuk ke kampung-kampung. Tempat saya Cetok pun ada penoreh getah. Tuan Yang di-Pertua, dahulu pun hal getah juga tahun 1974 ini cerita 30 tahun dahulu, bila rakyat Baling berdemonstrasi 30 tahun dahulu. Saya masih ingat lagi ialah kerana harga getah jatuh. Jadi di kampung-kampung cerita orang kampung miskin ini sebatilah dengan Ahli Parlimen Pasir Mas. Sebab saya memang kampung, tidur di kampung, bergaul dengan orang kampung, bergelumang dengan orang kampung dan inilah fokus saya. Fokus kita hendak melihat pendapatan mereka ini meningkat sebaik mungkin.
Jadi saya harap pihak kementerian melalui RISDA fikir ini sahaja. Fikir macam mana waktu harga getah jatuh tapi pekebun kecil dan penoreh getah boleh hidup selesa seperti masyarakat lain. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan satu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah tahun 1972 (Pindaan) 2009.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Bila kita melihat tentang peranan getah dan hubung kaitnya dengan masyarakat luar bandar. Satu ketika dahulu salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Silam itu merupakan Pengerusi kepada Lembaga Tabung Getah Negeri Sabah. Ketika itu saya nampak peranan penanaman getah di kampung-kampung di kawasan Parlimen Silam secara khusus sebagai contoh untuk kita hubung kait bagaimana perusahaan getah ini juga boleh menyumbang dan ianya suatu industri ataupun bidang pekerjaan yang biasa dibuat oleh masyarakat luar bandar.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan dan pihak Menteri yang berusaha untuk memastikan bagaimana pihak kerajaan dapat membantu meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar khususnya yang terlibat dalam perusahaan getah ini sendiri.
Kita berharap juga dengan pindaan ini, saya melihat beberapa pindaan dan clause yang terdapat ianya memang sangat penting dan baik diambil kira iaitu apabila kita melihat penduduk yang mempunyai tanah kurang daripada 40 hektar itu dan dimasukkan sebagai kategori pekebun kecil dan mana-mana individu yang dapat surat secara bertulis daripada pihak menteri yang ditakrifkan sebagai yang boleh dimasukkan dalam pekebun kecil juga tidak boleh menjalankan aktiviti untuk bergiat dalam penanaman getah ini.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Ini adalah kerana saya melihat bagaimana bukan mungkin pihak tertentu beranggapan mungkin perusahaan kecil getah ini hanya terdapat di tanah Semenanjung tetapi juga sebenarnya di negeri Sabah terdapat perusahaan pekebun kecil ini. Saya melihat tiada hala tuju yang jelas terutamanya kepada penanam-penanam getah yang terdapat di kawasan negeri Sabah.
Memang molek dan baik sekali pihak kementerian mengambil inisiatif untuk melebarkan atau meluaskan dengan mengambil kira bahawa pekebun-pekebun getah bukan hanya tertentu kepada negara kita ini tetapi ianya menyeluruh. Di sini, saya ingin mencadangkan kepada Menteri dan kementerian supaya mengambil inisiatif bagi memastikan dan melihat akan sustainability atau dengan izin iaitu ketahanan perusahaan getah ini akan berterusan sebab suatu masa dahulu kita tahu bahawa negara kita ini adalah pengeluar getah yang terbesar di dunia.
Jadi, kita juga sama-sama mahu mengambil inisiatif bagi memastikan dengan adanya pindaan rang undang-undang ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian membolehkan bahawa apabila rang undang-undang ini datang daripada pihak atasan dan ia juga perlu mewujudkan suatu badan ataupun pusat penyelidikan.
Kalau boleh saya ingin mencadangkan supaya pusat penyelidikan itu dibuat di negeri Sabah sebab dari segi keluasan tanah dan banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang perlu diambil kira dan keserasian dan bagaimana teknologi getah ini dapat kita majukan dan ia akan menjadi suatu bahan komersial, bukan hanya ianya dianggap sebagai industri kecil yang hanya kepada pekebun-pekebun kecil. Kita mahu melihat bagaimana industri getah itu sendiri boleh mengangkat masyarakat luar bandar itu sendiri untuk menjadikan bidang ini bukan hanya ialah sebab kita melihat kalau era sekarang ini generasi yang lebih tua pun tidak begitu proaktif untuk mengusahakannya. Oleh sebab peluang pekerjaan yang ada sekarang ini memang terhad maka memang baiklah pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk re engineer dengan izin...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Silam, mohon sedikit penjelasan Yang Berhormat Silam. Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sila.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Silam, saya tertarik apabila Yang Berhormat Silam memberi lontaran mengenai pengalaman di Sabah. Saya ingin memohon pandangan Yang Berhormat Silam kerana pada pandangan saya, permasalahan pembangunan di luar bandar berpunca daripada pendekatan yang diambil daripada awal pemikirannya itu ialah adanya tempat yang berbeza. Maksudnya ada kawasan urban, ada kawasan rural. Itu dari segi kaedah perancangan bandar sebab itu sekarang ini ada yang berfikir perlu dipecahkan ini, perlu dilihat sebagai satu ruang yang sama kerana luar bandar sentiasa dilihat sebagai baggage sebab tadi Yang Berhormat Silam ada berbincang mengenai sustainability. Sebab itu saya agak terkilan apabila seolah- olah development philosophy atau falsafah pembangunan yang masih lagi ada di negara ini tidak berkembang seiringan dengan gaya berfikir yang mana melihat luar bandar bukan lagi beban.
Maksud saya ialah begini. Mohon pandangan kerana saya rasa Sabah mungkin mempunyai pengalaman sebegini. Bagi saya Sabah itu bukan sahaja Kota Kinabalu, maksudnya banyak lagi di luar bandar. Jadi, persoalan saya kalau sehingga hari ini, permasalahan membangunkan semua petani kecil dikaitkan dengan permasalahan luar bandar, saya rasa itu sendiri sebenarnya adalah permasalahannya. Ini kerana, yang dikatakan oleh, kalau saya boleh kongsi. Bill Gates mengatakan “...pro farmers are not a problem to be solved, there are the solution” dan ini membawa satu gaya berfikir yang baru yang mengatakan kalau saya katakan saya tidak mahu RISDA ini di bawah Kementerian Luar Bandar, itu sendiri akan memberi beban di dalam paradigma pemikiran yang lama.
Terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sebenarnya pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengubah rang undang- undang ini ialah memikirkan kerajaan itu sendiri telah melihat bagaimana mungkin yang rang undang-undang sekarang ini sudah tidak sesuai untuk diaplikasikan pada zaman kita ataupun era kita sekarang ini.
Oleh sebab itulah apabila kerajaan ini sendiri telah melihat bahawa masyarakat luar bandar sama ada yang ada di bandar itu bukannya satu bebanan. Jadi, apabila dilihat bukan lagi satu bebanan maka rang undang-undang ini supaya ianya digubal sebenarnya dia punya end product dengan izin ialah untuk memastikan bahawa keterlibatan semua pihak itu dari segi pembangunan yang akan dirancang oleh kerajaan ini adalah lebih holistik dengan izin, iaitu menyeluruh.
Jadi, sebab itu sebabnya sebenarnya dari segi memang betullah Bill Gates bahawa mengatakan sebenarnya petani dan sebagainya bukan satu masalah untuk diselesaikan. Sebenarnya kerajaan kita telah mengambil inisiatif dalam perkara ini.
Kebetulan mungkin coincidence dengan izin bersesuaian dengan pandangan Bill Gates tadi maka sebab itulah kerajaan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rang undang- undang ini. Saya mengucapkan syabas, tahniah kepada kerajaan dan kepada Yang Berhormat Menteri yang mengambil inisiatif untuk sama-sama memasukkan bahawa beberapa orang anggota dalam jawatankuasa ini mesti datang daripada Sabah dan Sarawak.
Ertinya, kita ini tidak lagi akan mengasingkan atau secara menyeluruhnya bahawa kita tidak melibatkan semua pihak supaya pembangunan itu kita tidak lagi bersendirian.
Kalau mungkin sekarang ini tabung getah di negeri Sabah dia hanya dikhususkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Akan tetapi, apabila RISDA dengan perubahan rang undang- undang ini mengambil kira untuk melibatkan rakyat daripada negeri Sabah dan Sarawak itu menjadi ahli jawatankuasa secara keseluruhannya semua pihak telah terlibat. Memang sesuai dengan konsep 1Malaysia yang kita sama-sama cuba fahami.
Sebab pada saya untuk kita memahami konsep 1Malaysia ini ialah kita semua dalam negara ini terlibat untuk memastikan segala pembangunan ini dan bagaimana inisiatif kerajaan untuk memastikan pekebun kecil bukannya suatu yang ditinggalkan oleh pihak kerajaan. Ini suatu perkara yang memang sangat kita puji, inisiatif kerajaan kita yang mengambil kira untuk memastikan supaya pekebun kecil getah yang masih terikat dan memang dari segi kemahiran mereka masih berminat dalam bidang tersebut.
Kita melihat juga bagaimana industri getah ini sebenarnya dalam keadaan serba moden ini, kita boleh pelbagaikan. Mungkin daripada batang kayu getah itu boleh menjadi perabot dan sebagainya yang boleh kita jual ke negara luar. Terutamanya kalau macam pengalaman beberapa bulan yang lepas apabila kita melihat industri perabot yang ada di Kenya itu datangnya daripada negara kita. Kemudian, kayu yang dibuat perabot itu adalah daripada bahan getah.
Jadi, ini suatu bukti dan contoh yang terbaik kepada kita semua supaya adalah dengan inisiatif ini dan tambahan cadangan yang telah saya sebutkan di awal perbahasan saya tadi iaitu supaya pihak kementerian mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa penyelidikan yang dibuat nanti apabila rang undang-undang ini diperkenalkan juga mengambil kira iaitu maklumat daripada bawahan itu lebih penting supaya segala perancangan yang dibuat berhubung kait dengan pekebun kecil dan rang undang-undang ini lebih tepat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sebab kalau kita ambil secara random dari segi contoh ataupun ambil anggaran dan kepelbagaian, mungkin industri ini sesuai di negara lain dari segi pendekatan masing- masing. Akan tetapi di negara kita ini, kita kena hidupkan semula bagaimana getah itu boleh meletakkan pada suatu ketika dahulu negara kita ini dikenali oleh masyarakat dunia oleh sebab pengeluar getah. Jadi, dengan pindaan rang undang-undang ini, saya rasa segala kekurangan yang terdapat dari segi rang undang-undang sebelum ini dapat kita perbaiki. Marilah kita sama-sama untuk memastikannya.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Saya bersetuju juga dengan beberapa pandangan Yang Berhormat yang telah turut sama berbahas iaitu yang paling penting di sini ialah kita cuba memikirkan sesuatu yang boleh mengangkat dari segi pendapatan yang diperoleh oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar, sebab apa pun yang paling penting ialah kehidupan mereka, bagaimana mereka meneruskan kehidupan.
Kita tidak mahu bagaimana kalau World Health bahagian food production PBB yang menyatakan bahawa lebih kurang 20 hingga 30 ribu juta manusia akan berada dalam kelaparan dan kemiskinan. Jadi, apabila kemiskinan menjadi musuh utama kita sekarang ini, kita perlu mengambil inisiatif. Dengan rakyat itu kita memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka, termasuklah supaya industri getah ini tidak diabandoned, dengan izin, tidak dibiarkan atau tidak ditinggalkan oleh masyarakat luar bandar dengan mengambil kira mungkin dia kata ini sudah tidak produktif pada masa sekarang ini.
Jadi, apabila kita ada multi level aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar, sudah tentu kebergantungan masyarakat luar bandar itu bukan hanya mungkin menanam kelapa sawit ataupun getah dan sebagainya. Inilah juga caranya untuk kita membawa perubahan minda kepada masyarakat luar bandar dengan memperkenalkan supaya mereka sama- sama menghargai dan memastikan industri getah ini adalah suatu industri yang sangat baik dan dekat kepada mereka.
Dari segi kekuatan, kekuatan bagaimana kalau kita letakkan - katakan masyarakat luar bandar ini dengan suatu sistem tanaman yang baru ataupun perkara-perkara yang baru, mereka kurang arif ataupun kurang mahir yang akhirnya sebenarnya dari segi produktiviti ataupun punca pendapatan...
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Minta penjelasan sikit Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sorry.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Oh Yang Berhormat Tuaran, sila sahabat saya.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih. Saya tertarik dengan satu, dua perkara Yang Berhormat sentuh tadi. Pertama sekali, Yang Berhormat telah menyentuh tentang kedudukan petani-petani ataupun pengusaha getah kecil-kecilan di Sabah. Saya berpendapat Yang Berhormat, pekebun kecil kita di Sabah dengan izin, dia comfortable. Mereka merasakan bahawa perusahaan getah itu boleh menjamin kehidupan, tetapi rata-rata mereka ini, pekebun kecil ini merasakan bahawa mereka ini tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan sepenuhnya.
Pertama sekali, masalah di Sabah ini ialah harga getah. Pengusaha getah di Sabah ini merasakan bahawa mereka ini ditinggalkan begitu sahaja, tidak ada pembelaan sebab hari ini harga getah di Sabah ialah RM4.20. Saya lihat dalam internet tadi harga SMR 10 ialah RM7.73, begitu jauh perbezaannya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, suara-suara pekebun kecil ini begitu lantang untuk memohon pembelaan daripada kerajaan. Sehinggakan di Sabah ini mereka telah menubuhkan persatuan. Mereka sekarang ini meletakkan harapan mereka kepada persatuan untuk memperjuangkan nasib mereka sebab sehingga hari ini, soal harga ini tidak ada penyelesaian dan jawapan daripada kerajaan tidak begitu meyakinkan. Kenapa harga getah di Sabah lain daripada Sarawak dengan Semenanjung?
Kedua Yang Berhormat, maaf. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan telah mengatakan satu sebab harga ini tertekan di Sabah adalah kerana unsur-unsur monopoli.
Saya percaya bahawa pihak RISDA ingin masuk ke Sabah, tetapi nampaknya ada resistance sedikit daripada pihak tertentu di Sabah. Terutama sekali mungkin Lembaga Kebun Getah Sabah dan juga ada di kalangan petani-petani ini merasakan bahawa dengan izin dan mohon maaf Tuan Yang di-Pertua, dilihat bahawa RISDA ini adalah entiti daripada Semenanjung.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Keterangan yang tidak betul mengatakan bahawa RISDA apabila ia membangunkan sesebuah tanah itu, mereka akan mengambil tanah ini dan menakut- nakutkan orang-orang di Sabah. Ini tidak betul. Kejayaan RISDA di Semenanjung begitu baik sekali, tetapi saya kira perlu mendapat satu holistic approach antara kerajaan negeri dan persekutuan. Oleh sebab harga ini berkaitan bukan sahaja dengan perkara pokok, tetapi pada keseluruhannya yang melibatkan industri getah ini.
Kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, panjang sangat pencelahan ini Yang Berhormat.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Sebab ada dua perkara. Satu masalah, yang ini saya tujukan kepada Menterilah. Satu masalah yang akhir di Sabah ini adalah soal bibit getah, Yang Berhormat tadi sentuh. Jadi mohonlah Yang Berhormat ambil perhatian tentang perkara ini.
Berbalik kepada poin Yang Berhormat tadi, saya kira pekebun kecil di Sabah ini, dia comfortable, dengan izin, tetapi dengan pembelaan yang betul daripada kerajaan.
Terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih di atas celahan, tambahan dan cadangan daripada Yang Berhormat Tuaran. Sebenarnya, yalah walaupun mereka dalam zon selesa dari segi aktiviti perusahaan pekebun kecil di negeri Sabah, di sini sebenarnya saya bersetuju supaya - kebetulan juga dalam rang undang-undang pindaan ini terdapat cadangan bahawa ahli daripada negeri Sabah dan Sarawak akan terlibat menjadi jawatankuasa dalam pengurusan.
Saya berharap dengan poin yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi supaya diambil kira sama oleh Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian dari segi penyelarasan harga. Kalau boleh sebab di Sabah ini dari segi kemudahan infrastruktur belum begitu baik dan sebagainya, maka sebenarnya lebih baik juga supaya kadar harga getah itu dapat diselaraskan ataupun kalau boleh biar lebih tinggi sebab ini mungkin boleh menutup segala kerugian-kerugian yang dihadapi oleh pekebun-pekebun getah, khususnya daripada negeri Sabah.
Kita berharap juga dengan kerisauan yang telah dikemukakan oleh sahabat kita daripada Sabah tadi supaya sama-sama diambil kira sebab ini sebenarnya yang penting iaitu penjelasan daripada pihak kementerian itu sendiri. Kita nampak juga agensi sebagai FELCRA, FELDA yang memang saya akui sendiri ada sesetengah masyarakat kita di negeri Sabah fobia dari segi pemilikan dan sebagainya. Saya berharap juga dengan pindaan rang undang-undang ini akan mengambil kira dari segi kerisauan-kerisauan yang telah ditimbulkan oleh penduduk kita daripada negeri Sabah.
Yang paling penting di sini kita berharap supaya dengan terlaksananya rang undang-undang ini, kita akan dapat melihat bagaimana industri getah ini akan menjadi satu perusahaan yang menjadi kebanggaan negara kita. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan berkaitan dengan pindaan akta ini disebabkan saya begitu rapatlah, daripada Padang Terap ini, 60 peratus ke 70 peratus penduduk adalah merupakan penoreh getah.
Saya hendak memberikan sedikit kredit kepada pihak kementerian, awal 1980-an dulu yang telah mewujudkan mini-mini estet yang membantu pekebun-pekebun kecil mewujudkan ataupun mempunyai kebun-kebun mereka sendiri, terutama bagi mereka yang mempunyai tanah yang kecil ataupun tanah yang sedikit.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Untuk pengetahuan pihak kementerian, usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian dahulu yang memberikan galakan kepada pemilik-pemilik tanah memberikan kesan yang cukup baik kepada rakyat dan juga kepada penduduk-penduduk, terutama sekali di Padang Terap. Satu masalah timbul ialah bukan semua pekebun kecil ini mempunyai tanah yang bergeran.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya memohon pihak kementerian untuk memberikan perhatian khusus kepada perkara ini iaitu mungkin pihak kementerian melalui RISDA dan seumpamanya memberikan satu galakan kepada pekebun-pekebun kecil yang tanah mereka tidak bergeran ini mungkin memajukan permohonan ke pejabat tanah manakala bayaran premiumnya disediakan oleh pihak kementerian. Ini satu perkara yang boleh membantu pihak pekebun kecil untuk mereka menanam getah dan akhirnya memberikan pulangan yang baik kepada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, banyak tanah yang bergeran yang ditanam getah ini tidak diberikan bantuan tanam semula, tetapi pada masa yang sama cukai ses tetap dikenakan. Jadi sudah tentulah ia membebankan kerana kebanyakan mereka ini adalah merupakan pekebun-pekebun kecil yang miskin. Cukup miskin. Kalau kita turun ke bawah - Padang Terap, Sik dan Baling ini kebanyakannya merupakan penoreh getah yang miskin.
Ada sebahagian daripada mereka yang mengambil upah dengan menoreh di kebun-kebun yang dimiliki oleh orang lain, dibahagi dua dan sudah tentulah pendapatannya tidak seberapa.
Ketika saya di institusi pengajian tinggi saya buat kajian, turun ke Baling, Sik dan Padang Terap ini. Ada sebahagian daripada mereka ketika harga getah menjunam, ada yang terpaksa makan ubi kayu, ada yang terpaksa mencampurkan di antara hampas kelapa dengan garam hendak makan nasi. Ini bukan berlaku pada tahun-tahun 70-an, ia berlaku ketika saya berada di universiti di akhir 1990-an. Ini memberi tekanan.
Oleh kerana itulah saya menyeru pihak kerajaan untuk memikirkan mungkin satu bentuk insentif kepada pekebun-pekebun kecil apabila mereka berdepan dengan keadaan harga yang cukup minimum. Bagaimana pihak kerajaan boleh memberikan insentif kepada nelayan-nelayan, kepada pekerja-pekerja yang lain, sudah tentulah saya mengambil kesempatan untuk memohon kepada kerajaan untuk memberikan juga, memikirkan satu bentuk insentif yang boleh diberikan kepada pekebun-pekebun kecil ini. Bukan sepanjang tahun mereka boleh menoreh, sebahagian daripadanya mungkin satu perempat daripada keseluruhan tahun itu, mereka berdepan dengan hari hujan dan sebagainya. Macam sekarang ini hari hujan mereka tidak boleh menoreh. Jadi, bagaimana kita boleh memberikan kepada mereka insentif-insentif untuk mereka berhadapan dengan hari-hari sukar mereka.
Yang terakhir yang ingin saya sebut ialah berkaitan dengan...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Padang Terap menyebut tentang insentif kepada pekebun-pekebun kecil saya teringat di kawasan MADA. Misalnya petani-petani kita yang menjual setiap 100 kilogram padi diberikan subsidi harga padi.
Apakah pandangan ini boleh dibawa masuk juga kepada pekebun-pekebun kecil ini supaya mereka juga mendapat sedikit sebanyak hasil daripada yang disebut kemakmuran negara kita ini. Ini kerana pada bulan puasa yang lepas kawasan saya, pekebun kecil hanya dapat menoreh tiga hari sahaja dalam masa sebulan. Ini parahnya kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pendang. Dalam pengalaman saya ketika saya turun bersama dengan kawan- kawan daripada universiti dulu, berdepan dan juga menemu bual penoreh-penoreh ini ada di kalangan mereka yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Saya yakin di Sabah dan Sarawak begitu sukar tetapi berlaku di Kedah, sebuah negeri yang melahirkan dua orang Perdana Menteri.
Ini cukup sukar, ada yang tidak mampu untuk membeli ubat, ada yang terpaksa berhutang dan sebahagian daripada mereka yang pergi berjumpa dengan peraih-peraih, berhutang terlebih dahulu. Ketika musim hujan mereka berjumpa dengan peraih-peraih, mereka berjumpa dengan pembeli-pembeli getah ini dan mereka berhutang. Apabila musim yang mereka boleh menoreh mereka akan bayar balik melalui jualan yang mereka buat kepada peraih-peraih. Ini yang berlaku di peringkat bawah. Minta perhatian kepada kementerian.
Tuan Mohd. Firdaus Ja'afar - Jerai
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap yang memberi laluan. Dalam untuk memulihkan dan memberi keyakinan kepada pekebun-pekebun kecil ini apakah sahabat saya Yang Berhormat Padang Terap bersetuju untuk kita beri subsidi mengikut 10 kilogram ke atas jualan harga getah sebab padi ada subsidinya, nelayan juga ada subsidinya. Jadi, kita melihat terutamanya pekebun- pekebun kecil getah kalau pada musim hujan mereka terpaksa menanggung beban yang cukup tinggi kerana jualan mereka tidak dapat subsidi dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan pendapat saya.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jerai. Satu subsidi ataupun insentif perlu diberikan kepada penoreh-penoreh ini. Saya percaya pihak kementerian memberikan subsidi melalui baja, racun dan sebagainya walaupun harga racun masih lagi berada dalam keadaan yang tinggi.
Akan tetapi subsidi setakat ini, setakat kefahaman saya dan juga temu bual saya dengan kawan-kawan dan rakyat di kawasan saya, subsidi hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai tanah yang bergeran. Akan tetapi tanah yang tidak bergeran ini bukan mereka tidak mahu memohon daripada kerajaan negeri ataupun pejabat tanah untuk mendapatkan geran tetapi mereka tidak mampu. Persoalannya mereka tidak mampu untuk membayar premium tanah. Ada sebahagiannya pihak daripada pejabat tanah kerajaan negeri turun mengukur tanah mereka yang mereka telah usahakan mungkin puluhan tahun – 40 tahun, 50 tahun mereka usahakan. Akan tetapi apabila dikeluarkan bayaran untuk dibayar oleh penoreh-penoreh, pekebun-pekebun kecil, dan petani-petani mereka tidak mampu hendak bayar. Hendak bayar macam mana kalau duit tidak ada?
Saya pernah sekali dalam satu forum ketika saya menjadi pemimpin mahasiswa dahulu saya berdepan dan satu khalayak. Selepas kita turun kita interviu rakyat yang berdepan dengan kesusahan akibat daripada harga getah yang menjunam teruk pada ketika itu sehingga 70 sen satu kilogram, saya bertanya kepada dia dan kita menyebut kepada anak-anak dia supaya belajar rajin, masuk universiti, jangan lupa ulang kaji pelajaran, beli buku-buku latihan untuk tingkatkan kemahiran untuk menjawab. Seorang ibu bangun. Saya masih ingat, kami yang jadi ahli panel menangis di depan itu.
Katanya, “Antara makan dengan belajar yang mana lebih penting,Y.B?” – Ustaz pada ketika itu. Mana lebih penting makan dengan belajar? Sampai situ sahaja. Saya ingat masa itu di Sik iaitu Yang Berhormat Tan Sri Hamid Osman pada ketika itu, kami tidak boleh jawab. Antara makan dan juga belajar yang mana lebih penting? Jawapannya sudah tentulah makan lebih penting, selepas itu baru belajar. Jadi, saya tidak mahu perkara ini berulang dalam negara kita.
Yang terakhir yang saya hendak sebut ialah berkaitan dengan tanah-tanah yang dibangunkan dan diberikan bantuan oleh pihak kerajaan, pihak RISDA terutamanya, bagaimana sebelum daripada getah ini boleh ditoreh. Getah tidak macam kelapa sawit.
Kelapa sawit dua tahun sudah boleh dapat hasil, dapat jualan yang pertama. Akan tetapi getah ini paling kurang, kecuali yang baru ini, satu klon baru yang diperkenalkan oleh kementerian yang memakan masa lima tahun iaitu dinamakan getah balak, yang ada insentif daripada pihak kerajaan untuk menjadikan tanaman getah ini akhirnya boleh ditebang sebagai balak.
Akan tetapi sebelum daripada ini, tujuh tahun iaitu bagi pekebun-pekebun kecil adalah merupakan suatu masa yang cukup panjang. Mereka biasa pergi ke bukit-bukit cari rotan, cari petai hendak dijual. Saya melalui semua perkara ini. Saya pernah menjadi penoreh sampai saya masuk universiti. Jadi perkara ini sangat berkesan kepada diri saya sendiri.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya berharap pihak kementerian memikirkan. Mungkin sepanjang tempoh lima tahun ataupun tujuh tahun itu bagaimana pihak kementerian boleh memberikan insentif galakan dalam bentuk yang lain. Contohnya macam tanaman kontan, diberikan galakan, diberikan baja per hektar sebagai misalnya. Bukan sekadar kepada mereka yang mempunyai geran, tanah yang bergeran mereka diluluskan permohonan oleh pejabat tanah ataupun kerajaan negeri. Diminta supaya pihak kementerian beri perhatian kepada apa yang saya bangkitkan ini kerana ini cukup penting bagi kami terutamanya yang berada di luar-luar bandar bagaimana untuk kita sama-sama hidup dalam Malaysia yang juga aman dan makmur.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian yang telah pun membuat pindaan seksyen 3 dengan memasukkan pihak berkuasa dan juga objektifnya, di mana sebelum ini tidak disebutkan soal objektif dan di antara objektifnya ialah menggalakkan penanaman semula getah.
Dengan adanya pindaan seksyen ini sudah tentulah akan dapat menggalakkan lagi tanaman-tanaman getah baru kepada pekebun-pekebun kecil kita yang begitu banyak sekali yang tidak menanam semula. Akan tetapi lebih jauh dari itu kalau boleh pihak kementerian memasukkan juga perkataan pemantauan kerana terdapat banyak projek tanaman semula ini yang gagal. Apabila gagal, ini merupakan bebanan kepada pekebun- pekebun kecil. Menimbulkan kerugian misalnya lambat. Apabila lambat melibatkan kos ataupun dirian pokok yang tidak cukup. Sepatutnya satu ekar 200 batang tetapi tanaman ini tidak cukup.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Jempol, minta penjelasan sedikit. Sedikit..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalankah Yang Berhormat?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit boleh?
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tadi Yang Berhormat Jempol mengatakan mengenai pindaan memasukkan fungsi. Saya ingin pandangan Yang Berhormat Jempol sebab saya melihat terdapat sedikit macam pertindihan tugas di antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian. Ini adalah kerana di sini memang khususnya berbicara mengenai industri getah. Pada pandangan saya, agak molek kalau yang ditekankan ialah ke arah pembasmian kemiskinan.
Saya melihat di sini, RISDA itu digunakan sebagai wadah ke arah mengeluarkan masyarakat di luar bandar ke arah membasmi kemiskinan. Akan tetapi memandangkan ia diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini, saya berpandangan alangkah molek.
Saya lihat di sini ada unsur-unsur tersebut di dalam (n), (o) dan (p) tetapi tidak secara komitednya, secara jelasnya bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Itu pada pandangan saya. Ia lebih kepada arah aspek-aspek pertanian yang merupakan lebih kepada bidang kuasa Kementerian Pertanian. Itu sahaja. Mohon pandangan.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih. Kalau sekiranya gagal tanam semula dijalankan secara baik, ia akan menambahkan kemiskinan petani. Satu tadi dirian pokok yang saya sebutkan dan melibatkan juga kegagalan. Ini juga akan melibatkan kos yang sangat besar. Betul, dan selepas itu kerajaan akan bantu pulihkan semula. Apabila kerajaan bantu pulihkan semula, ia juga akan melibatkan kos yang akhirnya akan ditanggung oleh petani kita dan ini sudah tentulah akan melibatkan kemiskinan yang terus kepada petani-petani kita.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Oleh yang demikian, satu perlindungan harus diberikan kepada petani-petani kita untuk memastikan dan juga membuat pemantauan terutama sekali kepada syarikat-syarikat yang ditawarkan untuk melaksanakan projek tanaman semula getah ini dapat melaksanakan projek ini mengikut jadual, mengikut masa yang telah ditetapkan dan juga memilih benih-benih yang betul-betul berkualiti dengan klon-klon yang ditawarkan oleh kerajaan dan memberikan jaminan supaya hasil dan pulangan yang sangat baik kepada petani-petani kita.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat soal kemiskinan petani-petani terutama sekali pekebun-pekebun kecil getah ini, ia ada hubung kaitnya dengan soal teknologi memproses getah. Sekarang ini petani-petani kita ambil jalan mudah.
Dia toreh kemudian dia jual getah cair ataupun getah lantun. Akan tetapi saya fikir melalui pindaan ini, adalah lebih baik kita memasukkan bagaimana kita meningkatkan teknologi memproses getah dengan memindahkan pengetahuan dan juga teknologi ini kepada pekebun-pekebun kecil kita. Dengan pemindahan teknologi dengan menggalakkan mereka memproses getah melalui teknologi yang tinggi, mereka boleh menghasilkan getah yang berkualiti dan sudah tentulah akan menambah pendapatan petani-petani kita dan juga pekebun-pekebun kecil kita pada masa yang akan datang.
Satu lagi dalam pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat juga bagaimana syarikat-syarikat yang ditawarkan oleh kerajaan menjalankan proses tanaman semula getah ini merosakkan harta benda terutama sekali jalan-jalan kampung yang mereka lalui. Kita tahu kos untuk membangunkan jalan-jalan kampung ini sangat tinggi.
Akan tetapi oleh sebab sebahagiannya menggunakan jentera yang berat dan juga pembawa lori-lori berat untuk membawa kayu-kayu getah ini, akhirnya jalan-jalan kampung ini musnah dan mereka tidak membayar pampasan. Mereka tidak membetulkan balik dan ini menimbulkan bebanan kepada rakyat kita yang tinggal di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya memandang apabila proses tanaman semula getah ini dijalankan, ia melibatkan sumber pendapatan rakyat, sumber pendapatan para petani kita, sumber pendapatan pekebun-pekebun kecil kita. Saya juga amat bersetuju supaya pihak kerajaan menimbang agar apabila berlaku proses tanaman semula getah ini di mana pekebun-pekebun kecil kita agak tertekan kehidupannya supaya kita membayar ataupun memberikan pinjaman kos sara hidup yang agak munasabah.
Sekarang ini ada, tetapi tidak munasabah. Dengan harga barang yang tinggi, bebanan kehidupan kepada keluarga yang terus meningkat saya mencadangkan supaya kerajaan melalui RISDA mengkaji semula supaya kos sara hidup ini akan dapat ditingkatkan, dan ini akan dapat membantu petani-petani kita untuk menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk turut berbahas tentang pindaan kepada Akta Pihak Berkuasa RISDA atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada empat perkara sahaja Yang Berhormat Menteri untuk dibincangkan dan diberikan pandangan.
Yang pertamanya, saya bersetuju dengan rakan-rakan termasuk juga daripada kalangan komponen kerajaan, bahawa tidak ada maknanya pindaan ini sekiranya pindaan ini tidak membawa erti kepada pengguna akhirnya ataupun di kalangan pekebun-pekebun kecilnya. Kita berasa amat malang kerana sebelum ini beberapa pindaan terhadap akta- akta - sebagai contohnya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Kita memberikan pindaan, kita memberikan kuasa yang lebih, kita mengharapkan satu jaminan daripada pihak kerajaan, tetapi malangnya rasuah itu masih lagi berleluasa. Bermakna pindaan itu tidak menyelesaikan masalah.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Apa yang kita hendak ialah selepas satu pindaan, satu keadaan yang lebih baik berlaku. Begitu juga dengan harapan kita pada kali ini, supaya dengan pindaan kepada Akta RISDA ini, akhirnya pegawai RISDA, kakitangan RISDA, anak-anak penoreh getah, anak-anak peneroka, peneroka itu sendiri mendapat hasil yang baik ataupun yang bermanfaat daripada objektif pindaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Yang keduanya ialah berkaitan dengan soal harga getah. Sekali lagi saya difahamkan sudah ada cadangan daripada Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Getah yang telah mengemukakan cadangan supaya ditetapkan harga siling, harga minimum bagi harga getah.
Bolehkah pihak Yang Berhormat Menteri memberikan kedudukan sehingga terkini, adakah permohonan daripada Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Getah Malaysia ini telah pun dipertimbangkan ataupun telah dilaksanakan? Ini adalah kerana kita bimbang sekiranya tidak ada harga siling, harga minimum, maka keadaan ekonomi negara akan membuatkan harga itu jatuh ke paras yang akan menyebabkan petani ataupun peneroka dan penoreh getah kita makin menderita. Itu perkara yang kedua.
Perkara ketiganya ialah berkaitan soal isu kemiskinan yang saya rasa cukup dekat dengan pekebun-pekebun kecil. Saya bersetuju dengan rakan-rakan kita bahawa Pihak Berkuasa RISDA seharusnya melaksanakan banyak lagi program ekonomi hiliran kerana seperti mana yang kita ketahui bahawa hasil getah sangat sedikit, sangat lambat dan memakan masa yang cukup panjang, tetapi kita memerlukan industri-industri sampingan untuk membina ekonomi pekebun-pekebun kecil khususnya. Kita mengharapkan bukan sekadar subsidi, tetapi pelbagai lagi insentif-insentif di dalam bidang-bidang yang lain. Ini kerana kalau kita teroka dan dari pengalaman saya dalam kawasan MADA, walaupun industri padi itu menjadi industri yang utama, tetapi ia ada industri-industri sokongan yang akan menyebabkan peladang-peladang kita mendapat hasil sampingan.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Akan tetapi yang akhir sekali Yang Berhormat Menteri menjadi satu kebimbangan saya terhadap pindaan ini. Kalau boleh Ahli Parlimen merujuk kepada muka surat 28, berkaitan dengan soal kuasa Menteri di bawah skim untuk pekebun kecil atau estet. Di bawah perkara 28 kuasa Menteri untuk mengarahkan pemberhentian bantuan atau mendapat balik nilai bantuan.
Saya mengharapkan, merayu supaya Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan, membuat kajian semula terhadap pindaan berkaitan dengan klausa ini kerana pada saya klausa ini menunjukkan bahawa pihak kementerian begitu autokratik.
Bermakna boleh memberi bantuan kepada sesiapa yang dia suka dan amat malang kerana kita sudah ada contoh, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hanya memberikan ruang untuk mendapat subsidi ini di kalangan penyokong-penyokong kerajaan.
Jadi bolehkah dengan pindaan ini satu jaminan daripada pihak Menteri bahawa tidak akan berlaku diskriminasi, bermakna siapa sahaja pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA yang berhak untuk mendapat, maka dia berhak untuk mendapat. Akan tetapi apabila dalam klausa ini Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk memberhentikan ataupun untuk mengarahkan pemberian. Di bawah perkara 29 amat malang lagi Yang Berhormat Menteri apabila tidak boleh dicabar di mahkamah.
Bermakna kalaulah saya sebagai orang yang berhak untuk menerima bantuan, tiba-tiba saya membawa kes ini ke mahkamah di bawah perkara 29(3) tiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini. Kalaulah rakyat hendak didahulukan kenapakah klausa ini dimasukkan dan akhirnya akan menganiaya pekebun-pekebun kecil.
Saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri atas kebijaksanaan, atas keikhlasan, atas 1Malaysia, Rakyat Didahulukan mengapakah klausa ini dimasukkan?
Supaya kita memberikan hak kepada pekebun-pekebun kecil kita yang berhak untuk menerima apa-apa skim subsidi bantuan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Kota Belud juga kita mempunyai banyak kawasan yang ditanami dengan getah. Tadi saya ingin mengimbau semula perkara yang telah disebut oleh Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Tuaran berkenaan dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Satu agensi yang serupa dengan RISDA yang diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah ini mempromosi pasaran mereka dan juga membesarkan tanaman mereka dan juga membantu pekebun-pekebun kecil.
Saya cuma ingin bertanya kepada Menteri kerana saya rasa uniknya kedudukan Menteri sekarang ini ialah Yang Berhormat sendiri adalah datang daripada Sabah dan mengetahui permasalahan sedikit sebanyak tentang kenapa RISDA ini tidak boleh dibawa ke negeri Sabah? Saya faham tadi Yang Berhormat Tuaran mengatakan tentang persepsi ini. Persepsi di mana rakyat seolah-olah melihat RISDA ini datang ke Sabah mengambil fungsi kerajaan negeri dan oleh kerana itu perlu ditolak.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya kementerian untuk memberi penjelasan secara teratur dan jelas kepada rakyat dan juga Kerajaan Negeri Sabah kalau inilah permasalahan yang menyebabkan RISDA mungkin tidak dapat datang ke Sabah secepat yang boleh?
Saya tahu banyak masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya harga yang berbeza. Saya difahamkan negeri Sabah mengeluarkan lebih banyak getah daripada Sarawak, tetapi oleh kerana monopoli sesetengah pihak di negeri Sabah dan juga perbezaan harga getah di antara Sarawak dan Sabah saya diberitahu bahawa eksport hasil getah daripada Sarawak lebih tinggi daripada negeri Sabah. Maknanya, pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah itu sanggup menyeludup getah mereka ke Sarawak untuk dibeli oleh pembeli-pembeli di negeri Sarawak dan dieksport keluar melalui pelabuhan-pelabuhan negeri Sarawak. Sampai begitu sekali permasalahan ini berlaku di negeri Sabah.
Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan terutamanya kementerian dan lebih-lebih lagi Menterinya pun mungkin faham kedua-dua belah pihak, untuk betul-betul mencari jalan yang sebaik mungkin membawa RISDA ini ke negeri Sabah.
Kalau ada masalah-masalah yang tertentu duduk, bincang dan cuba selesaikan untuk kebaikan kita bersama. Sementara itu Tuan Yang di-Pertua, kalau penyelesaiannya itu mungkin memakan masa sedikit, saya rasa kerajaan ataupun pihak kementerian boleh menimbangkan untuk technology transfer, knowledge transfer daripada RISDA kepada LIGS ini supaya Lembaga Industri Getah Sabah ini dapat mempelajari perkara-perkara yang telah dibuat oleh RISDA demi untuk kebaikan negeri Sabah.
Keduanya, saya juga ingin bertanya kepada Menteri ialah sama ada berapa banyakkah jumlah peruntukan yang diberikan oleh RISDA kepada LIGS dalam usaha untuk membantu pekebun-pekebun kecil negeri Sabah ini dalam industri getah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir pindaan rang undang-undang sepatutnya menumpukan peningkatan taraf hidup kumpulan sasar hanya mengawal pendapatan mereka supaya tidak diperas oleh orang tengah, di mana akhirnya faedah daripada pindaan rang undang-undang hanya menguntungkan segelintir orang kaya yang akan bertambah kaya.
Di samping itu, harga getah yang tidak menentu perlu mewujudkan satu mekanisme untuk menjamin pendapatan minimum pekebun kecil getah, sungguhpun harga pasaran dunia mungkin menurun. Ini semata-mata untuk menjamin taraf hidup minimum mereka.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Manakala harga baja dan racun perosak perlu dikawal bagi tidak memudaratkan beban hidup mereka, kerana kebelakangan ini kos untuk bidang ini makin meningkat tetapi pendapatan kumpulan sasar makin mendesak. Mungkin kementerian boleh memikirkan satu skim kawalan harga atau subsidi baru untuk memanfaatkan kumpulan sasar.
Tambahan pula proses kelulusan penanaman semula getah perlu disegerakan dan dipermudahkan kerana:
(i) kebanyakan pekebun kecil adalah bertaraf pendidikan rendah;
(ii) mereka adalah merupakan kumpulan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika selalu diminta untuk ke pejabat menguruskan proses dokumentasi pasti pendapatan harian akan terjejas; dan
(iii) tempat kediaman mereka adalah di desa yang jauh daripada pejabat RISDA terdekat. Kerja berulang alik akan memenatkan dan membebankan mereka kerana kos pengangkutan makin meningkat.
Yang penting kesampaian perlu cepat dan tepat kepada kumpulan sasar ataupun pindaan digubal. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya peluang ini untuk membahaskan pindaan Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah tahun 1972. Bagi saya ini adalah satu rang undang- undang yang baik, namun kepada setiap rang undang-undang yang baik yang ada objektifnya sememangnya ada strategi.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Walaupun tadi Yang Berhormat Balik Pulau menyatakan bahawa kalau ianya untuk program membasmi kemiskinan, tidak adakah tanaman yang lain yang lebih bernilai lagi, yang boleh tumbuh lebih cepat lagi untuk membasmi kemiskinan selain daripada getah. Walaupun getah klon baru yang sudah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 2009 dan klon ini juga sudah diberi nama klon 1 Malaysia.
Mengikut RRI, Rubber Research Institute Malaysia, klon ini boleh matang dengan lebih pantas dan lebih cepat lagi tetapi walaupun kita melihat klon ini sebegitu, ini adalah satu hasil daripada penyelidikan untuk mendapatkan klon ini. Namun apa yang berlaku kepada kita sekarang yang dilanda oleh perubahan iklim, adakah ianya benar-benar boleh tumbuh dengan cepat, boleh matang dengan cepat?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Yang pertama adalah keluaran susu getah. Waktu kemarau berpanjangan, adakah susu getah ini akan lebih banyak ataupun lebih kurang? Yang saya tahu daripada fisiologi pokok-pokok, sememangnya kalau kemarau berpanjangan, susu getah memang akan berkurang kerana tidak ada air di dalam tanah untuk menyuburkan getah itu tetapi kalau hujan turun setiap hari, penoreh getah sememangnya tidak boleh menoreh getah.
Oleh itu semuanya perkara seperti ini kalau penyelidikan untuk mendapatkan klon yang terbaik sekali mesti mengambil kira apa yang berlaku kepada cuaca kita. Memang tidak boleh dinafikan bahawa negara kita ataupun hasil daripada eksport getah kita untuk foreign exchange earnings, dengan izin, sememangnya besar. Sebagai contoh, pada tahun 2008 daripada getah asli, nilai eksport kita ialah RM7.91 bilion. Daripada produk-produk yang dihasilkan daripada kayu getah ialah RM10.58 bilion. Daripada hanya kayu getah, hasilnya ialah RM7.97 bilion dan lain-lain produk ialah RM2.68 bilion.
Kalau kita lihat nilai ini, ianya adalah nilai yang tinggi yang boleh menjanakan ekonomi kita, tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang siapakah yang akan membeli getah asli ataupun natural rubber, siapakah yang akan membeli produk-produk daripada getah seperti sarung tangan dan lain-lain.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Jadi ini adalah satu perkara yang mungkin mengganggu-gugat ekonomi kita kalau kita terus menanam getah, tidak melihat dari segi penanaman yang lain. Walaupun demikian, saya sememangnya menyokong usaha kerajaan untuk meminda akta ini kerana strateginya mesti yang betul iaitu strategi untuk membasmi kemiskinan dan untuk pembangunan luar bandar.
Namun sekarang saya ingin sebut di Sarawak, 80 peratus kawasan tanah di Sarawak ialah tanah di bawah hak adat bumiputera ataupun NCR – tanah yang tidak bergeran. Adakah pihak kementerian, pihak kerajaan akan mengiktiraf tanah seperti ini untuk menanam getah? Kalau tidak, strategi kita untuk membasmi kemiskinan tidak boleh berlaku sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf tanah seperti ini. Tanah hak adat bumiputera kerana walaupun ianya tanah hak adat bumiputera...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mambong, saya mohon penjelasan sedikit, Mambong. Sedikit.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Sekejap, saya ingin menjelaskan tanah hak adat bumiputera ini. Walaupun ianya tanah hak adat bumiputera tetapi untuk projek-projek yang lain yang biasa kita laksanakan, kalau ada surat akuan daripada pegawai daerah, daripada penghulu, kerajaan negeri boleh mengiktiraf tanah itu untuk skim-skim tanaman yang lain ataupun skim-skim pertanian. Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mohon pandangan Mambong kerana permasalahan yang sama telah wujud di Peru satu ketika di mana tanah- tanah yang tidak bergeran yang tidak diiktiraf, tetapi ada satu pendekatan yang dibuat oleh kerajaan ketika itu yang mengiktiraf di bawah Program Legal Empowerment for the Poor, pemerkasaan di mana perkara-perkara seperti hak kepada tanah, property rights, dengan izin, business rights yang tidak diiktiraf, diiktiraf dan perkara tersebut telah berjaya meningkatkan KDNK dan secara mudahnya mengurangkan tahap kemiskinan.
Itu telah mewujudkan satu revolusi, bukan lagi reformasi, pendekatan pembangunan ekonomi di Peru sehingga digunakan oleh UNDP. Jadi saya memohon, memandangkan perkara yang sama seperti yang digambarkan wujud di Sarawak, adakah perkara itu perlu diselesaikan terlebih dahulu ke arah memberi hak tanah kepada penduduk di luar bandar tersebut.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tetapi sememangnya sudah ada contoh-contoh, lebih-lebih lagi projek Persekutuan yang dilaksanakan di Sarawak. Apabila tanah itu tanah hak adat bumiputera, maka projek seperti itu tidak dapat dilaksanakan kerana tanah tidak ada geran. Jadi, balik-balik kita ke situ juga.
Oleh yang demikian, adakah kerajaan – itulah yang saya cadangkan dari mula lagi – kerajaan untuk mengiktiraf tanah hak adat bumiputera ini kerana strategi kita sekarang adalah untuk membasmi kemiskinan dan kalau hak adat bumiputera tidak diguna pakai untuk projek yang bernilai tinggi seperti penanaman getah, maka pembasmian kemiskinan di luar bandar di Sarawak mungkin tidak dapat dicapai...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Okey, boleh.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sedikit. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih.
Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan berkenaan dengan hak pemilikan geran dan masalah tanah. Saya minta pandangan Yang Berhormat. Di sini saya kira perlunya keanggotaan pihak berkuasa, terutama dalam pindaan fasal seksyen yang keempat itu supaya dimasukkan keanggotaan daripada kerajaan negeri. Insya-Allah kalau sekiranya adanya keanggotaan daripada kerajaan negeri, maka isu geran ini mungkin boleh diselesaikan dengan mudah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Akan tetapi kita lihat daripada akta yang disebutkan di sini tidak disebutkan langsung ruang yang diberi kepada kerajaan negeri. Jadi saya minta pandangan Ahli Yang Berhormat kita dalam isu ini.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan itu. Kalaulah Kerajaan Persekutuan atau kementerian boleh mencadangkan atau bawa masuk kerajaan negeri di dalam pihak berkuasa, itu adalah satu langkah yang lebih baik lagi supaya penanaman getah pekebun kecil ini boleh berjaya di negeri Sarawak.
Yang terakhir, Yang Berhormat Speaker, saya melihat di sini ada Bahagian IV dan juga Bahagian V. Yang saya tertarik dengan Bahagian IV ialah tentang kewangan, tentang kumpulan wang yang akan diwujudkan, lebih-lebih lagi kepada seksyen 14(d), (g), (j) dan
(m).
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Ini adalah semuanya bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Untuk Bahagian VI, tentang skim. Ini adalah harapan saya agar Menteri boleh menimbangkan seorang atau segolongan orang sebagai pekebun kecil dengan sebaik-baiknya. Dan juga untuk seksyen 27 iaitu yang berkaitan dengan skim untuk pekebun kecil atau estate. Ini juga satu seksyen yang baik dan saya sememangnya menyokong agar ianya dilaksanakan kelak dengan sebaik-baiknya yang mungkin supaya kemiskinan di negeri Sarawak boleh ditangani dan dibasmi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan cadangan atau pindaan Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.
Dalam masa yang terbatas ini saya ingin memfokuskan kepada tiga isu. Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, isu yang pertama sekali selain daripada isu permasalahan perundangan ialah perlu juga difikirkan, ialah bagaimana pembangunan itu sendiri cuba hendak dibuat oleh kerajaan pada hari ini. Maksud saya itu ialah seperti dalam celahan tadi mengatakan ada yang berhujah bahawa pendekatan memisahkan di antara bandar dan luar bandar iaitu rural dan urban itu sendiri merupakan permasalahan dan tidak cost effective kerana ia akan mewujudkan dua ruang yang berbeza. Maksudnya dari segi aspek pengurusan perlu difikirkan bagaimana mahu diurusnya bandar, bagaimana mahu diuruskan luar bandar.
Contoh yang saya ingin diberikan di sini macam Balik Pulau. Balik Pulau pembangunannya tidak seiringan dengan apa yang berlaku di Georgetown ataupun di Tanjung, kata orang Balik Pulau. Mungkin setelah sekian lama Balik Pulau tidak pun diangkat sebagai sub-urban. Hanya diangkat sebagai rural. Georgetown itu urban. Sebab itu mutakhir ini pandangan-pandangan yang telah berjaya membawa model baru dalam pembangunan melihat bahawa orang yang bertanggungjawab di dalam membangunkan, merancang pembangunan ataupun pendekatan pembangunan yang konvensional iaitu dengan izin, urban planning yang konvensional iaitu rural dan urban ini perlu direformasikan.
Pandangan yang mendapat tempat sekarang ini apa yang dipanggil sebagai kalau ingin saya kongsikan dengan izin untuk rujukan Menteri dan pegawai-pegawai berkaitan apa yang dipanggil sebagai urbanization. Dan di sini saya ingin dengan penuh ikhlas mengatakan walaupun saya tidak bersetuju dengan 1Malaysia secara keseluruhannya.
Urbanization ini seperti yang dikatakan dengan izin, it is neither the urban or the rural, it is both. New architecture cannot come out of old planning. Cities of Asia behold the countryside and imagine the infinite possibility. See one space not two.
Maksud saya di sini ialah, ia akan menjadi permasalahan untuk kementerian sehingga hari ini kerana ia akan memfokuskan permasalahan luar bandar adalah masalah luar bandar. Masalah bandar, bandar. Sehinggakan luar bandar, countryside ini dengan izin, menjadi beban.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sebab itu tempat-tempat seperti Balik Pulau perlu diusahakan dengan satu pemikiran baru, saya yakin dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, memberi satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, cerita getah atau cerita pembangunan bandar, yang mana satu?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi, yang ini permasalahan sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya menjelaskan di sini. Sebab itu saya daripada awal lagi mengatakan apabila aspek yang pada asasnya ialah ingin membasmi kemiskinan, saya yakin itulah salah satu tujuan utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dibuat dan pada masa yang sama kita ada Kementerian Pertanian.
Pada pandangan saya, dalam era sekarang ini apa yang dikatakan kepakaran, apa yang dikatakan sebagai governance, apa yang dikatakan credibility. Selain daripada apa yang dikatakan connectivity akan membangkitkan produktiviti itu perlu dilihat secara dengan pendekatan baru. Itu yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju.
Inilah permasalahannya kerana saya memikirkan kementerian ini, saya mahu mengurangkan sebenarnya bebanan Menteri yang saya tahu bekerja keras untuk membangunkan, memperkasakan masyarakat. Alangkah baiknya di sini kita ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar. Beliau hari-hari berfikir A, B, C sampai Z cerita pertanian. Berilah beliau buat mengenai getah ini. Ini cerita benih, cerita teknologi baru. Kasihan Yang Berhormat Semporna, Menteri kita kena fikir. Saya tengok JKK hendak kena fikir, apa lagi KEMAS, itu macam-macam lagi. Jadi, pada pandangan saya itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Seterusnya saya juga melihat bahawa aspek governance perlu difikirkan kerana saya beri contoh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi kalau kekebalan yang diutamakan bukan rakyat atau dengan izin pemerkasaan rakyat diutamakan, kita akan lihat contoh baru-baru ini ada kes orang FELDA kena bawa kes sampai ke Mahkamah Rayuan untuk membuktikan penipuan melibatkan di dalam kes...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya minta balik kepada getahlah. Pada 26 hari bulan boleh cakap macam itulah.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak, itulah masalahnya.
Ini bukan masalah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham peraturan dan saya mengetahui Dewan Yang Berhormat. Saya baca Hansard...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya serahkan kepada pegawai untuk menyelesaikan masalah ini. Isu yang seterusnya dan ini bukan diruang ini, di ruang-ruang yang lain iaitu di dalam perangkaan. Orang kata, we need new urban planning not conventional lagi. Itu yang pertama.
Seterusnya, yang juga ingin saya tegaskan lagi saya berkongsi dengan Menteri bertanggungjawab. Tadi dikatakan bahawa aspek pertanian ini tidak mendapat sambutan anak muda dan sebagainya. Mungkin seperti yang dikatakan oleh Mambong tadi, mungkin dari aspek strateginya perlu kita perhalusi kerana saya melihat dalam ruang-ruang yang lain di kawasan-kawasan yang lain apatah lagi sekarang dalam bulan Oktober yang lalu, Bill Gates sendiri sudah hendak terlibat dalam aspek pertanian. Akan tetapi pendekatannya bukan pendekatan yang kita bincangkan di sini. Pendekatannya contohnya mewujudkan satu green revolution, revolusi perkara-perkara yang lebih radikal sifatnya.
Saya juga ingin tegaskan di sini mungkin strategi yang kalau saya boleh kongsikan di sini. Pada asasnya mungkin memerlukan satu permuafakatan yang baru kerana aspek pemerkasaan masyarakat luar bandar ini melibatkan sekurang-kurangnya pelbagai sektor dan saya akui bukan perkara yang mudah dan memerlukan satu kolaborasi yang menyeluruh.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Seterusnya, saya juga tadi ingin membangkitkan di sini mungkin model-model baru model-model subsidi, model-model insentif itu perlu kita lihat sebagai satu model yang telah dicuba tetapi jikalau kita mahu mendapatkan keputusan yang lain ataupun yang luar biasa, mungkin perkataan luar biasa digunakan. Sebab itu saya berkongsi lagi sekali di dalam strategi yang dibuat oleh AGRA @ green revolution itu mengangkat pendekatan- pendekatan dengan izin social entrepreneur pendekatan-pendekatan lebih bersifat keusahawanan. Bukan pendekatan-pendekatan welfare ataupun inisiatif, tanpa membiarkan aspek-aspek yang dibantu perlu dibantu.
Mungkin pendekatan-pendekatan yang berjaya seperti micro credit dan sebagainya perlu ditekankan kerana saya melihat di Balik Pulau contohnya masyarakat itu memang rajin bekerja dan kuat usahanya, tetapi mungkin dengan perkembangan teknologi baru ini dapat meningkatkan lagi perusahaan tersebut. Saya beri contoh kejayaan Garmin Bank pada asalnya bukan mahu mewujudkan industri perbankan sebaliknya mereka mahu membasmi kemiskinan ibu tunggal dan diwujudkan micro credit. Itu fasa pertamanya dan alhamdulillah, tetapi fasa keduanya difikirkan pula ibu tunggal ini mungkin tidak cukup ilmunya daripada segi teknologinya. Maka wujudlah Garmin phone yang memberi satu penekanan bahawa connectivity itu produktiviti.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Maksud saya di sini ialah di dalam keghairahan kita melihat bahawa mungkin tidak berlakunya pembasmian kemiskinan melalui RISDA ini secara keseluruhan mungkin disebabkan strategi yang mungkin perlu dikemaskinikan mengikut perkembangan terkini.
Akhir sekali, saya ingin memohon Menteri berkenaan mungkin di dalam Dewan ini memberi kepada kita satu data ataupun peratusan yang tepat ataupun yang lebih telus sejauh mana projek RISDA ini sehingga ke tahap mana telah mampu mengurangkan peratusan kemiskinan kerana saya rasa itulah tujuan kementerian tersebut, bukan untuk tujuan-tujuan lain.
Akhir sekali seperti yang saya telah katakan tadi ingin mencadangkan di peringkat ini kalau difikirkan sesuai bahawa agenda yang diangkat ialah pembasmian kemiskinan kalau dikatakan kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil itu tidak menggambarkan komitmen yang tinggi kerana saya tengok di sini katakan kesejahteraan sosial, di dalam web site nya kesejahteraan rakyat. Banyak perkara yang sebenarnya tidak berapa fokus dari segi pendekatan kementerian.
So saya dalam mengkritik secara membina ini, saya menyokong cadangan pindaan ini cuma saya tadi secara khususnya membahaskan aspek strategi yang perlu diangkat dan saya katakan di sini dengan jelas permasalahan bukan orang muda tidak minat pertanian, permasalahan bukan tidak cukup wang kerana seperti yang dikatakan tadi, poor farmers is not a problems but their solution dengan izin saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana izinkan saya terlibat dalam perbahasan ini. Saya begitu dekat dengan pekebun-pekebun kecil getah kerana lahir di dalam keluarga penoreh getah yang saya kira persepsi tentang pekebun-pekebun kecil getah oleh masyarakat umum pada hari ini masih lagi tidak berubah. Pertama peringkat pekebun getah sendiri Tuan Yang di-Pertua bau busuk getah itu membayangkan duit, fulus, pendapatan tetapi di peringkat masyarakat umum melihat mereka yang menoreh getah ini sebagai masih lagi di dalam golongan berpendapatan rendah dan masih lagi dipandang mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Itu hanya berkaitan dengan pengurusan persepsi Tuan Yang di-Pertua.
Oleh kerana itu saya dapat melihat apabila getah ini, perjalanan hidup seorang penoreh getah itu dilihat sebagai satu perjalanan hidup yang agak sukar. Bangun pagi seawal 4 pagi kemudian pergi menoreh mengikut masanya kemudian bergantung kepada keluasan kawasan torehan, berapa ratus batang pokok terpaksa kembali untuk mengangkat getah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Di kampung saya rasanya mengangkat susu cair kemudian untuk dibawa ke stor- stor sendiri ataupun kepunyaan orang tengah untuk diuruskan pemprosesan getah tersebut.
Jadualnya agak padat Tuan Yang di-Pertua kerana mereka terpaksa menyucikan badan dan pada petangnya terpaksa mengasah pisau yang mengambil masa yang agak lama antara satu jam ke satu jam setengah bagi kepakaran yang sederhana dan pada malamnya terpaksa menjalankan kerja-kerja lain seperti mengatur tembakau dan sebagainya untuk menambah pendapatan.
Jadi peranan pertubuhan ini sebenarnya untuk mengangkat kedudukan ekonomi pekebun-pekebun kecil sehingga hari ini masih lagi di peringkat boleh dipersoalkan.
Pertama ialah sistem kawalan yang ada pada pertubuhan ini, bagaimana mereka hari ini orang-orang kampung, penoreh-penoreh getah masih lagi meletakkan mereka sebagai kumpulan orang yang terpaksa bersusah payah untuk meraih pendapatan. Hari ini apabila bercakap cuba melepaskan diri mereka daripada kumpulan penoreh getah, menyesallah tidak belajar pandai-pandai masa kecil, kalau tidak saya tidak jadi penoreh getah hari ini dan sebagainya.
Jadi pemikiran ini masih lagi berlaku kepada masyarakat penoreh getah dan pembelaannya daripada pihak berkuasa kemajuan pekebun-pekebun kecil ini masih lagi kita perlukan Tuan Yang di-Pertua dan kita lihat banyak kebun kecil getah hari ini yang mana umurnya telah terlalu dewasa kemudiannya ditebaskan, ditebang dan dibersihkan dan tidak lagi ditanam dengan getah.
Di kampung saya di Melaka, di Kampung Relau Asahan kebanyakan kebun-kebun getah ini telah ditukar dan diganti dengan kelapa sawit dan sebagainya. Jadi di manakah sebenarnya peranan pihak berkuasa ini untuk peranan RISDA ini untuk menggalakkan pekebun-pekebun kecil ini supaya terus berada di dalam kedudukannya boleh sentiasa memperbaiki diri mereka. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat.
Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
You sudah sihat? Sudah boleh cakap? Silakan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, mendengar Yang Berhormat Tangga Batu terusik hati saya, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Begitulah gelagat pegawai-pegawai dalam RISDA yang di kalangannya beberapa pegawai tertinggi.Kita harapkan mereka dapat membangunkan satu industri yang maksud RISDA itu Rubber Industry Small Holders Development Authority of Malaysia itu RISDA, tetapi apa yang kita lihat pemimpin-pemimpin dan juga kita melihat bahawa kerja sebagai penoreh getah dan juga mereka yang melibatkan diri dalam asas perniagaan getah ini tidak dihormati.
Saya terbaca dalam beberapa bulan yang lalu dalam surat khabar di mana RISDA berhutang sampai RM20 juta dan juga ada arahan-arahan mahkamah juga diambil oleh peniaga-peniaga yang terlibat dalam perniagaan getah ini dan walaupun ada arahan mahkamah hingga lima, enam tahun tetapi tidak ada penyelesaiannya sehinggakan mereka yang terlibat membantu perniagaan pengusaha-pengusaha getah kecil ini, mereka pula yang hampir-hampir bankrap kerana RISDA tidak bertanggungjawab.
Ini khususnya saya dalam laman web baru yang disediakan yang canggih, terima kasih kepada Parlimen kerana membekalkan satu komputer tetapi saya tidak boleh baca...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Padang Serai sudah berucapkah?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Belum lagi. Saya hendak ini.
Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Minta maaflah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan saya, jadi RISDA memberikan satu surat mengatakan bahawa mereka akan bertanggungjawab untuk pembelian getah oleh NASCO iaitu anak syarikat RISDA.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Akan tetapi mereka tidak halalkan walaupun sudah hampir sepuluh tahun, RM4.3 juta yang seharusnya mereka bayar. Rakan-rakan Islam saya mereka kata sebelum saya mati, saya mahu halalkan hidup ini dengan bayar balik semua hutang tetapi pengarah RISDA dan juga Menteri mengatakan dalam satu dua bulan akan selesai tetapi kita ada Menteri yang baru mungkin selepas lima enam Menteri yang tidak dapat selesaikan, Menteri yang baru ini mungkin akan selesaikan. Saya harap Menteri akan ambil perhatian syarikat-syarikat seperti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sudah hendak habis ini. Mungkin 30 saat lagi.
Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Padang Serai hendak berucap, selepas inilah. Tuan Yang di-Pertua boleh bagi insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Boleh berucap Yang Berhormat tetapi jangan tanya banyak-banyak Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya habiskan yang ini boleh?
Mungkin lima perkataan lagi.
Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Sudah lebih lima perkataan tadi. Mungkin lima perkataan. Lima dah, boleh duduklah Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Pandai. Patut Yang Berhormat Tangga Batu jadi Menteri penuh. Okey ya? Jadi saya harap Menteri ambil perhatian tentang ini, latex rubber dan juga syarikat-syarikat yang membantu sektor industri getah ini. Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasihlah Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Padang, Padang Serai.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Harapkan pagar, pagar makan padi. Saya kira rakyat Padang Serai menganggap Yang Berhormat Padang Serai sebagai pagar dan nampak gayanya macam hendak makan padi saja itu kerana tidak faham. Sebenarnya, pencelahan ini untuk meminta penjelasan daripada hujah-hujah saya yang tidak jelas pada Yang Berhormat, tetapi semuanya dituju kepada Yang Berhormat Menteri. Saya kira Yang Berhormat Menteri memang bertanggungjawab dan boleh menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai dan kalau boleh Tuan Yang di-Pertua tidak payah bagi Yang Berhormat Padang Serai berucap lepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ialah tentang ejen perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, dalam apa juga konteks urusan, ejen perkhidmatan ini adalah menjadi orang tengah. Tidak kira sama ada ianya berkaitan dengan RISDA, berkaitan dengan agensi kerajaan yang lain, jabatan, kementerian dan sebagainya. Sebut saja ejen ini Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pengurusan, pentadbiran dan sebagainya, lazimnya ejen ini akan bertanya what is it in for me? Apa keuntungan yang ada untuk mereka?
Jadi, di sini saya minta supaya pihak kementerian supaya menjelaskan sejelas- jelasnya terma-terma dan syarat-syarat bagi sebarang ejen untuk menguruskan sama ada bagi pihak pekebun-pekebun kecil ataupun bagi pihak organisasi. Kita tidak mahu ejen-ejen ini mengambil kesempatan menahan lukah di pergentingan ataupun menangguk di air keruh. Kita sudahlah berurusan dengan kumpulan orang-orang yang ingin sentiasa kita bantu meningkatkan taraf hidup mereka dan ejen-ejen ini pula kelihatan lebih mewah hidupnya, lebih bergaya gayanya daripada pegawai agensi dan juga penoreh-penoreh getah yang kita terpaksa bela.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jadi, terma-terma dan syarat-syarat menjadi ejen perkhidmatan kepada sama ada agensi ini ataupun pihak pekebun kecil, saya kira elok diperincikan dan dibukakan seluas- luasnya bagi pengetahuan pekebun-pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka ingin mengambil peluang ini untuk bertanya, fasal banyak berucap di Bagan Pinang hari itu... [Disampuk] Tidak, di Bagan Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, jalan Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, definisi kebun kecil dan juga estet. Kalau dulu kita mungkin mengambil kira keluasan sebagai faktor utama di dalam pendefinisian ini, tetapi hari ini dengan hadirnya kaedah-kaedah sains dan teknologi baru yang boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti lateks, susu getah dengan kerja-kerja yang amat minima, saya kira definisi ini boleh dilihat semula.
Ia tidak lagi boleh bergantung kepada keluasan dan jumlah pokok getah dan perkara-perkara fizikal seperti parameter dan sebagainya. Saya ingat elok juga kalau dilihat daripada segi definisi estet ataupun kebun kecil ini, boleh dilihat daripada kadar pengeluarannya (the rate of productivity) sesebuah kebun ataupun sesebuah ladang itu sama ada ia boleh dikategorikan sebagai estet ataupun kebun kecil.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian pihak kementerian di sini tentang sejauh manakah pekebun-pekebun kecil yang berada di kampung-kampung dan hujung-hujung negeri ini didedahkan dengan suai kenalan dengan pegawai-pegawai yang diberi kuasa. Saya khuatir ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan, yang mengetahui lazimnya penoreh-penoreh getah, pekebun-pekebun kecil ini memang sukar mendapat pendedahan tentang perkara-perkara baru ataupun promosi-promosi yang terdapat di dalam agensi, dihadiri oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
Kad kuasa yang ditunjukkan pun kad kuasa tiruan dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini menyamar, mengambil kesempatan dan saya suka memberi satu contoh kepada Yang Berhormat Menteri, sehingga satu kebun ditebang, dijual balaknya dan akhirnya pekebun itu merana kerana menyangka pegawai-pegawai yang telah menunjukkan kad kuasa tadi itu datangnya daripada agensi ini, yang memberikan pelbagai bentuk rekomendasi dan sebagainya. Jadi di sini juga saya kira pihak kementerian perlu lihat bagaimana peserta-peserta, pekebun-pekebun kecil ini diberikan seluas-luasnya pendedahan dalam kaedah pencapaian diutamakan ini, Perdana Menteri selalu menyebut outreach ataupun reaching out pekebun-pekebun supaya mereka sentiasa dikemas kini dengan maklumat-maklumat yang mutakhir berkaitan dengan kementerian dan juga agensi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Walaupun saya daripada Kota Raja tidak ada estet getah, tetapi saya biasa membesar di kawasan kebun getah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada beberapa perkara dalam akta ini. Pertama, saya sebenarnya agak terkilan kerana saya melihat bahawa pindaan ini lebih kepada pemerkasaan pihak berkuasa iaitu RISDA itu sendiri. Saya tidak nampak begitu jelas manfaat yang akan dituai oleh penoreh-penoreh getah.
Saya juga melihat di sini, kumpulan wang yang disebutkan di dalam akta ini lebih memanfaatkan pekerja-pekerja RISDA itu sendiri dan hanya sedikit sahaja yang disebut mengenai kemungkinan pinjaman biasiswa kepada anak-anak pekebun kecil ataupun keluarga pekebun kecil. Saya juga melihat bahawa ada peruntukan kebajikan pegawai dan perkhidmatan pihak berkuasa dan juga perkhidmatan perlindungan insurans, tetapi perkara yang sama tidak diberikan kepada penoreh. Walaupun kita tahu bahawa ini adalah untuk RISDA sahaja, tetapi matlamat ditubuhkan RISDA adalah untuk seperti yang dikatakan oleh sahabat-sahabat saya tadi bahawa akhirnya untuk meningkatkan taraf hidup penoreh- penoreh getah ataupun pekebun-pekebun kecil, tetapi di dalam akta ini, perkara ini tidak diberi perhatian.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Apabila kita melihat kepada sepatutnya kumpulan sasaran yang mendapat faedah daripada sini, saya bersetuju dengan pendapat daripada Yang Berhormat Kuala Kedah tadi mengatakan bahawa apabila pemilik tanah, penoreh getah, pekerja mengutip getah dan sebagainya, asalkan mereka ini terlibat di dalam industri getah, maka mereka mestilah dimasukkan dalam kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat daripada perubahan di dalam akta ini. Jadi, saya mengharapkan sangat Menteri dapat memperbaiki mungkin akta ini, di mana kita dapat melihat dengan jelas manfaat perubahan akta ini kepada penoreh getah.
Kemudian, saya juga melihat bahawa di dalam tujuan-tujuan penubuhan ataupun objektif matlamat akta ini adalah untuk secara umum untuk meningkatkan produktiviti, untuk menjamin produktiviti getah untuk negara, tetapi tidak ada di dalam tujuan objektif penubuhannya bahawa di antara fungsi RISDA ini adalah untuk memastikan harga getah itu sendiri. Kita boleh menggalakkan penanaman semula, memberi klon, mereka cipta ataupun mengkaji kepada klon baru, menghasilkan getah yang banyak, tetapi akhirnya harga getah itu sendiri tidak dapat distabilkan pada satu kadar yang munasabah. Bukanlah kita minta harga yang tinggi, tetapi pada satu kadar yang munasabah.
(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mungkin pihak RISDA boleh membuat kajian bagaimana harga getah ini boleh distabilkan dan penoreh-penoreh getah ini masih diberi insentif pada hari-hari mereka tidak boleh menoreh bukan atas kehendak mereka atau kemalasan mereka tetapi oleh kerana hari hujan dan sebagainya. Kalau sesiapa yang semuanya tahu bahawa hari hujan, mereka tidak dapat menoreh dan pada hari ini mereka tidak ada pendapatan. Ada masanya bila harga getah naik, maka masa itu seperti durian runtuh seperti beberapa tahun lepas di mana orang yang bekerja di bandar pun balik menoreh getah keluarga mereka kerana harganya naik. Kalau boleh kita stabilkan harga. Apabila harga meningkat, mungkin dijual pada kadar yang munasabah tetapi kita ada rizab ataupun keuntungan itu disimpankan, ditabungkan untuk pihak penoreh getah ini. Apabila harga getah turun, maka mereka boleh memanfaatkan tabung ini.
Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah saya merasakan bahawa serupa juga dengan Yang Berhormat Kuala Kedah tadi merasakan bahawa kuasa yang diberikan kepada Menteri adalah terlalu luas. Boleh memberhentikan apa-apa pemberian bantuan yang mungkin boleh diterima atau tidak boleh diterima dengan tanpa memberi apa-apa sebab. Saya khuatir bahawa perkara ini akan disalahgunakan untuk tujuan politik kerana RISDA ini juga menjadi satu badan yang digunakan oleh UMNO baru-baru ini semasa pilihan raya di Bagan Pinang.
Dalam surat khabar dilaporkan pada 8 Oktober, Pengerusi RISDA dalam satu program pemberian kunci rumah kepada program bantuan rumah, turut hadirnya adalah calon Barisan Nasional juga dalam program tersebut. Apabila kuasa ini diberi, maka apakah yang akan menghalang daripada disalahgunakan misalnya sekiranya tidak diberi sokongan kepada parti pemerintah, maka bantuan itu ditarik balik. Kita sudah dengar banyak. Bukan lagi satu omong-omongan kosong tetapi rintihan-rintihan daripada pekebun-pekebun kecil bagaimana orang-orang yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional, subsidi bajanya ditarik balik dan pelbagai subsidi ditarik balik.
Maka ini adalah satu akta bagi saya untuk memastikan bahawa kerajaan yang sekarang ini diterajui oleh Barisan Nasional ada satu stronghold, satu kuasa yang boleh dictate ataupun boleh memaksa pekebun-pekebun kecil ini tidak beralih sokongan kepada pihak kerajaan. Saya tidak mengatakan bahawa apa yang dilakukan ini tidak, bantuan ataupun subsidi ini. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kerajaan mana pun yang naik, siapa pun memerintah menjadi tanggungjawab mereka menjaga kebajikan rakyat. Bukan duit itu atau duit yang digunakan atau kewangan yang digunakan untuk develop, untuk membangunkan RISDA, untuk memberi bantuan kepada rakyat bukanlah duit daripada poket BN atau UMNO. Ia adalah duit hasil cukai dan hasil pendapatan negara dan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana parti politik pun... [Tepuk] Jadi saya harap perkara ini dapat dibetulkan kerana ini adalah satu lagi sistem penindasan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Walaupun kita mengaku kita sebuah negara demokrasi, kita memberi hak kepada rakyat untuk memilih tetapi kita mengguna kuasa yang ada pada kita untuk menanam satu rasa takut ataupun fear mentality di dalam rakyat bawahan terutamanya pekebun kecil.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Lipis. Yang Berhormat, saya memperingatkan tadi saya dengar ada ucapan yang terkeluarlah yang sebenarnya, Yang Berhormat. Kalau amalan Parlimen biasa, Yang Berhormat, walaupun di Malaysia dan di Malaya dulu, kalau ucapan sedemikian, memang tidak dibolehkan. Tumpulah kepada undang-undang yang di hadapan kita ini, Yang Berhormat. Tidak perlulah soalan politik. Dekat luar kita bincangkan. Sila, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009. Saya percaya pindaan ini merupakan satu langkah yang tepat yang dibuat oleh kerajaan ataupun yang dibuat oleh kementerian kerana undang-undang yang sedia ada termasuk Akta RISDA pada tahun 1972, Lembaga Perusahaan Getah, Penanaman Semula pada tahun 1952 itu sudah terlalu lama. Kalau kita lihat memang banyak perubahan besar yang dibuat kepada rang undang-undang ini termasuklah pindaan yang paling penting rasa saya ialah tentang memberi definisi semula kepada perusahaan getah itu sendiri. Perkataan perusahaan getah di mana kalau kita lihat ia termasuk penanaman tumbuhan getah.
Kalau dulu kita kata menanam getah sahaja. Sekarang ini kita lihat ada mengatakan bahawa penanaman tumbuhan getah, pengeluaran getah dan kayu, memproses getah dan kesemuanya termasuk apa saja yang berkait dengan getah termasuklah industri hiliran dan perkhidmatan yang berkait dengannya. Jadi ini telah memberi satu definisi yang sangat luas kepada perusahaan getah ini kerana kalau dulu memang satu definisi yang sempit dan tumpuan pihak berkuasa pekebun kecil perusahaan getah ini atau RISDA hanyalah kepada menanam semula dan sebagainya. Bila yang lain- lain itu ia tidak termasuk dalam skop Akta RISDA 1972 dan juga Lembaga Perusahaan Getah Penanaman Semula Ordinan Lembaga Perusahaan Getah 1952.
Sudah berapa kali... dua kali itu. Banyak, ya. Sudah lebih daripada 50 tahun. Jadi, lagi satu yang saya lihat yang paling pentingnya, dari segi definisi juga iaitu keluaran getah itu sendiri di mana keluaran getah itu diberi definisi semula kepada apa-apa sahaja keluaran yang diperoleh secara langsung daripada tumbuhan getah. Ia boleh apa saja yang didapati. Ini termasuklah apa sahaja pokok, ranting, daun, akar, batang, kulit dan sebagainya kerana getah ini merupakan satu tumbuhan hijrah yang istimewa kepada kita kerana semua bahagian daripada getah itu dapat digunakan untuk menjana kewangan kepada mereka yang mengusahakannya. Sebagai contoh, daun boleh dibuat bunga, dibuat untuk membungkus tapai yang sedap. Dari segi batangnya pula boleh dibuat perabot dan sebagainya. Begitu juga kulit. Biji getah juga boleh dibuat makanan. Di tempat saya, atau di kampung saya dipanggil sebagai sambal ‘rong’. Bukan ‘rum’ ya, bukan ‘sharum’ tetapi ‘rong’. Sambal ‘rong’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, boleh habiskan dalam masa 10 minit, Yang Berhormat?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kalau dapat dianjakkan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau cerita daun getah, pokok getah, buah getah dan biji getah itu panjang sangat, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Okey, okey insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, di sini kalau kita lihat elemen penting pada keluaran getah ini merupakan sangat mustahak kerana...
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Kalau dulu kita terikat...
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Boleh mencelah, Yang Berhormat?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Dengan pengeluaran yang berkait dengan...
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Pengeluar yang berkait dengan getah sangat sahaja. Okey, boleh benarkan Tuan Yang di-Pertua ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Asalkan tidak panjang sangat.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tidak. Saya tidak panjang, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lipis. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Lipis tadi. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Lipis mungkin boleh tanya kepada pihak kerajaan, pihak bertanggungjawab. Di samping pekebun kecil yang mendapat perolehan daripada getah, susu getah yang disebutkan tadi, banyak lagi sebenarnya hasil-hasil yang boleh dikeluarkan oleh getah ini seperti daun getah, buah getah, kulit getah dan sebagainya. Jadi setakat ini, mungkin Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa kerajaan sejauh mana pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan terutama RISDA sendiri yang boleh dijadikan sumber kepada pertambahan pendapatan, kepada pekebun kecil di samping susu getah yang mereka peroleh melalui getah. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah rasa saya kalau dulu RISDA ini mereka takut-takut untuk membuat industri hiliran yang berkait dengan getah ini kerana mungkin tidak ada dalam akta dan sebagainya, menyalahi akta dan sebagainya. Akan tetapi kini rasa saya dengan adanya pengertian yang luas mengenai dengan keluaran getah ini sendiri, saya percaya RISDA akan membawa taraf hidup atau pendapatan mereka yang bekerja yang berkait dengan getah ini ke satu tahap yang lebih tinggi sesuai dengan harapan mereka.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya percaya kerana ini merupakan satu daripada industri yang sangat berkait dengan penduduk-penduduk di luar bandar terutamanya penduduk-penduduk kampung.
Begitu juga kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua pekebun kecil itu sendiri. Kalau dahulu kita lihat pekebun kecil hanyalah tuan punya tanah yang berkait dengan getah ini ataupun penanam-penanam getah, tapi sekarang ini kita perluaskan pekebun kecil ini termasuklah juga mereka yang menoreh getah, yang menanam dan menoreh getah. Yang menoreh getah orang lain. Mungkin yang hanya kerjanya hanya mengutip getah sahaja dan sebagainya.
Jadi dengan cara ini pihak RISDA boleh nanti memperluaskan bantuan dan sebagainya kepada golongan-golongan yang memang terlibat dalam industri getah ini, kerana getah ini merupakan satu daripada industri negara. Saya rasa yang diterima sebagai satu daripada industri strategik di dalam negara, mungkin Timbalan Menteri Kewangan boleh betulkan kerana kalau kita tengok hingga tahun ini melebihi RM20 bilion setahun yang dikeluarkan oleh hasil daripada getah ini. Kalau getah SMR anggarannya dalam RM6 bilion, rubber glove anggarannya dalam RM10 bilion, dan kalau kita lihat perabot kayu getah anggarannya dalam RM7 bilion.
Jadi ini merupakan satu perusahaan yang sangat strategik dan ia juga merupakan perusahaan yang sangat berkait dengan hidup matinya penduduk-penduduk di luar bandar.
Sebab itu kita mestilah memastikan rang undang-undang ini diluluskan kerana ia dapat memberi sumbangan yang besar kepada pihak pekebun-pekebun dan mereka yang terlibat dengan industri ini. Sebab itulah bagi saya kalau ada tohmahan-tohmahan lain yang mengatakan bahawa niatnya serong dan sebagainya itu tohmahan. Andaian yang tidak sepatutnya kita ambil pusing sangat, kerana memang niat kerajaan untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri getah.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi walau bagaimanapun saya rasa agak malang kerana keluasan kawasan getah ini sendiri Tuan Yang di-Pertua sudah mengecut. Dahulu daripada dua juta hektar kini tinggal satu juta hektar sahaja. Satu juta hektar sudah lepas kepada tanaman lain seperti kelapa sawit dan sebagainya. Walaupun kita mengatakan ia satu industri yang strategik pada negara tapi keluasannya mengecut. Mungkin juga dengan teknologi baru yang didapati oleh penyelidik-penyelidik seperti di Lembaga Getah Malaysia mungkin hasilnya berlipat ganda. Produktiviti daripada kawasan yang satu juta hektar ini mungkin bertambah, tapi walau bagaimanapun kalau kita kekalkan kepada dua juta hektar itu mungkin ia akan bertambah-tambah dan bercambah lagi...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Boleh saya benarkan Yang Berhormat Sekijang Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ringkas Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi saya tertarik dengan Yang Berhormat Lipis yang menyatakan bahawa penanaman getah ini makin mengecil ataupun mengecut. Sebenarnya, dahulu penanaman getah ini, negara kita adalah merupakan pengeluar utama di dunia tapi pada kebelakangan ini negara kita telah jatuh tempat ketiga atau keempat.Jadi saya hendak minta pendapat daripada Yang Berhormat Lipis ini, adakah sebenarnya kualiti kita telah menurun yang kita tidak perbaiki ataupun pekerjaan berkaitan dengan getah ini telah mula tidak diminati oleh generasi baru. Saya minta pandangan. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat soalan itu biarlah Menteri jawab Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ha, saya pun hendak cakap begitu juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak pulangkan kepada menteri tapi bagi saya memanglah industri getah ini sedia maklum. Saya sendiri pun anak penoreh getah. Arwah ayah saya sendiri pun kata lepas ini tak usahlah jadi ayah, penoreh getah. Buatlah kerja lain. Jadi menunjukkan sedihlah. Akan tetapi walau bagaimanapun saya rasa RISDA dengan keadaan dia ada million dollar, round table dan sebagainya saya pun tak ingat apalah kemungkinan lepas ini orang akan balik kepada industri getah. Jadi betul kata Yang Berhormat Sekijang tadi memang ia meleset kepada tempat ketiga saya rasa yang saya baca dalam buletin-buletin getah. Jadi kita sekarang sudah jadi pengeluar nombor tiga.
Kalau dahulu kita pengeluar nombor satu, sekarang pengeluar nombor tiga.
Jadi kalau kita lihat yang menghairankan saya juga Tuan Yang di-Pertua ialah Malaysia merupakan pengeluar rubber glove dunia. Maknanya tempat pertama. Kita ingatkan getah itu daripada negeri kita. Rupanya 90 peratus daripada bahan mentah itu atau lateks diimport daripada Thailand bukan getah yang datang daripada negara kita.
Maknanya pengilang-pengilang glove ini import daripada Thailand. Jadi saya pun tak faham. Mungkin harga getah di Thailand atau lateks di Thailand lebih murah daripada tempat kita saya tak pasti tapi mengapa. Ini persoalan saya, mengapa pengilang-pengilang rubber glove ini tidak membeli lateks daripada Malaysia. Jadi kalau mereka beli daripada Malaysia mungkin harga getah ini akan menjadi lebih stabil dan pendapatan pekerja- pekerja yang berkaitan dengan industri getah ini akan menjadi lebih terjamin kehidupannya.
Itu persoalan yang saya fikirkan.
Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua bagi mengembalikan prestasi industri getah ini supaya ia juga mendapat tempat yang pertama dan supaya tanah-tanah yang terbiar yang ada, yang kelapa sawit itu kita tak payah usiklah. Yang sudah jadi daripada getah yang telah berpindah ke kelapa sawit kita tak payah usik, tapi mungkin ada tanah- tanah yang tidak digunakan yang terbiar, yang sesuai untuk ditanam dengan getah kita boleh jadikan balik getah dan saya rasa ini satu langkah yang baik kerana kalau dahulu kita dengar RISDA hanya bermain di Semenanjung sahaja, tapi kini RISDA telah sampai ke Sarawak dan juga saya dengar khabar mungkin hendak sampai ke Sabah.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mungkin berpakat dengan Lembaga Getah Sabah dan sebagainya begitu juga dengan Sarawak. Ini juga untuk menjamin kehidupan di Sarawak dan sebagainya.
Jadi saya suka hendak mencadangkan kepada kerajaan, yang pertama sekali kerajaan melalui RISDA ini memberi bantuan tanam semula kepada semua penduduk luar bandar yang mempunyai tanah kosong. Itu penting sebab kalau kita lihat sekarang ini bagi mendapat bantuan tanam semula, kerana sekarang ini kalau kita lihat RISDA hanya memberi bantuan kepada pekebun getah yang mempunyai getah tua sahaja. Saya pernah bertanya, saya ada kebun getah sedikit di kampung, tebang dek orang, habis semua batang dicuri oleh orang. Saya tanya pada RISDA macam mana boleh tak saya tanam semula. Dia kata boleh asalkan ada tunggul tapi agaknya oleh kerana akar-akar itu pun sangat berguna getah ini habis disodoknya. Akar tunggul pun tidak tinggal. Jadi kalau dapat syarat ini dilonggarkan. Jadi peruntukan tahunan RISDA yang berjumlah lebih kurang yang saya baca dalam akhbar sebanyak RM400 juta setahun itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa kita sudah suntuk Yang Berhormat. Tak payah baca Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tak, tak baca. Saja tengok.
Daripada dana Kerajaan Persekutuan RM80 juta yang dikutip daripada ses tanam semula ini kalau boleh dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh mereka yang ada getah tanam semula, tapi mereka yang ada tanah-tanah kosong yang hendak menanam mula getah ini mungkin kerana dengan industrinya yang baik dengan prospeknya yang baik mungkin ada yang berminat tapi kadang-kadang mereka tidak mampu. Hendak pinjam daripada AgroBank pun bila hendak tanam semula getah ini pun mungkin berat.
Jadi kalau ada bantuan begini untuk semua jenis tanah yang sesuai untuk ditanam getah saya rasa kita mungkin dapat meluaskan semula jumlah hektar yang ada pada getah ini dan mungkin kita boleh meletakkan balik kedudukan getah ini sebagai industri yang paling utama negara kerana getah ini stabil harganya dan juga kedudukan yang utama di dunia ini identiti kita. Jadi selanjutnya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jam pukul 5.30 Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Boleh tambah sedikit besok dalam lima, enam minit Tuan Yang di-Pertua? Ada sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak Menteri menjawab sekarang Yang Berhormat. Selepas Yang Berhormat saya minta Menteri menjawab.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kalau begitu, tak ada peluanglah ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebab kita sudah 16 orang berucap Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Okey. Kalau begitu tak ada peluanglah besok ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kalau tak ada peluang saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Boleh bertanya dengan Menteri semula besok.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya tamatkan ucapan saya.
Nanti saya sambung balik masa belanjawan dan saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagus.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak apa Yang Berhormat. Saya sudah bagi. Saya faham Yang Berhormat. Tak ada Dewan dalam dunia boleh beri semua orang berucap Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hampir lebih daripada 23 orang Ahli Parlimen yang telah menunjukkan minat di dalam perbahasan rang undang-undang yang telah saya kemukakan daripada awal petang ini, dan ia berkisar pertama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kinabatangan iaitu berhubung kait dengan sama ada RISDA masuk ke Sabah ataupun tidak masuk.
Akan tetapi sebelum itu saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan minat yang begitu baik sekali.
Malahan bukan hanya teguran, pandangan-pandangan yang begitu bernas untuk memastikan supaya hala tuju RISDA ini akan dapat kita mantapkan.
Seperti yang saya sebutkan tujuan pindaan akta ini adalah merupakan, pertama dari segi memperjelaskan fungsi matlamat dan tujuan ke arah mana kita hendak bawa dan mengemas kini dari segi pengurusan pentadbiran. Di samping itu kita hendak memastikan kuasa yang ada dahulu di peringkat menteri tak begitu jelas. Dia boleh menggunakan kuasa di sini dengan izin, the sky is the limit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, kalau sudah habis kata terima kasih itu boleh saya...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya gunakan kuasa saya di bawah peraturan 12(3) memanjangkan tiga minit ucapan Menteri tadi dan besok saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menyambung semula dan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 20 Oktober 2009. Terima kasih Yang Berhormat.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang.