Jun222009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT DEWAN RAKYAT DITAMBAH DUA HARI

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang, ditambah selama dua hari lagi iaitu dari 1 Julai hingga 2 Julai 2009. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, tentang Dasar Automotif Nasional dalam memastikan kewujudan usahawan bumiputera dalam industri automotif termasuk dari segi pemberian AP hanya kepada mereka yang benar-benar layak dan terlibat dalam industri tersebut.

final • 10:00 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Arau bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat dari Gombak, soalan nombor 61 hari ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, salah satu objektif Dasar Automatif Negara ialah untuk menggalakkan penyertaan bumiputera yang komprehensif dan menyeluruh dalam sektor automatif tempatan. Pada masa ini terdapat 411 pengedar kenderaan penumpang bumiputera, terdapat 98 pemegang AP bumiputera, selain itu terdapat juga 83 syarikat vendor bumiputera yang membekalkan komponen kepada Proton dan 65 syarikat vendor bumiputera yang membekalkan komponen kepada Perodua.

Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan penyertaan bumiputera yang lebih berkesan dalam industri automatif termasuklah pemberian geran dan pinjaman mudah, khidmat nasihat pembangunan dan bantuan dari segi pemasaran produk dan latihan. Dari segi pemberian AP, memandangkan terdapat beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh orang ramai dan juga Ahli-ahli Parlimen, MITI telah melaksanakan audit ke atas semua syarikat pemegang AP dari Ogos hingga Disember 2008 dan audit yang kedua mulai Mac hingga Jun 2009.

Hasil audit yang kedua ini sedang dibuat penilaian oleh pihak MITI dan belum lagi muktamad. Audit ini bertujuan memperoleh maklumat mengenai kemampuan syarikat pemegang AP dari segi kewangan dan pengurusan syarikat. Hasil audit telah digunakan sebagai asas bagi MITI menentukan bilangan peruntukan AP terbuka bagi tahun 2009 kepada syarikat-syarikat pemegang AP sebagai input untuk kajian semula Dasar Automatif Negara.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Melalui Laporan Audit tersebut juga, MITI mendapati melalui analisis awal, lima syarikat telah berjaya mempelbagaikan aktiviti dalam sektor automatif yang lain seperti pemasangan kereta dan motosikal secara CKD, dengan izin, aktiviti pemasangan dan bina semula kenderaan perdagangan terpakai dan pengeluaran minyak pelincir. Selain itu beberapa pemegang AP terbuka juga turut menjadi wakil pengedar kenderaan baru seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes Benz, Proton dan juga Perodua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa Dasar Automatif Negara termasuk AP, sekarang ini dalam peringkat akhir kajian dan kerajaan menjangkakan menjelang akhir September, kajian akan dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Gombak, sama ada dasar AP memberi saingan yang sihat kepada penjualan kereta nasional, untuk makluman Yang Berhormat, pengimportan kenderaan melalui pemberian AP tidak bersaing secara langsung dengan kenderaan nasional kerana kenderaan yang diimport adalah kenderaan mewah. Kebanyakannya berkapasiti lebih 2000cc dan harganya adalah lebih mahal memandangkan setiap kenderaan import perlu dibayar cukai yang tinggi.

Selain itu, jumlah kenderaan import adalah kecil memandangkan had bumbung peruntukan AP tahunan, AP terbuka dan AP francais adalah 10 peratus daripada pengeluaran kenderaan tahun sebelumnya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa peranan GLC dalam membangunkan usahawan-usahawan bumiputera ini kita lihat pada masa ini adalah sangat kritikal. Ini kalau tidak ditangani dengan baik oleh pihak kementerian kerana ia bakal menentukan landskap pembangunan usahawan bumiputera dan kita berharap GLC ini akan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memastikan bahawa landskap pembangunan bumiputera ini mempunyai hala tuju dan mendukung hasrat dan mandat kerajaan.

Jadi kita meletakkan pujian kepada Proton setakat ini kerana telah memberi peluang yang begitu baik kepada teknokrat dan usahawan Melayu dan sukar ditandingi oleh GLC yang lain. Cuma di sini kita minta peranan ini diteruskan bagaimana transformasi usahawan bumiputera ini dapat menjadikan ianya lebih berjaya ke arah menjadi entiti korporat yang disenangi.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Soalan tambahan saya, bagaimanakah sokongan dan naungan Proton kepada vendor-vendor mereka dalam usaha membantu syarikat-syarikat ini mengharungi keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini.

final • 10:10 AM

Dato' Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Untuk makluman Yang Berhormat seperti yang saya sebut dalam jawapan, Proton ada 83 vendor bumiputera yang membekalkan pelbagai komponen kepada syarikat tersebut.

Bantuan yang diberikan ada dua jenis, yang pertama oleh kerajaan dan yang kedua ialah oleh syarikat sendiri.

Soalan Yang Berhormat yang berkaitan dengan vendor, saya ingin memaklumkan bahawa untuk pembangunan vendor kerajaan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM270 juta dengan kadar faedah yang rendah. Ini adalah untuk membolehkan vendor-vendor bumiputera khususnya bagi menangani masalah kewangan dan mendapat pembiayaan kewangan pada kadar yang rendah. Ini adalah contoh di mana kerajaan membantu vendor-vendor bumiputera untuk memastikan mereka boleh bersaing.

Itu dari segi kerajaan. Proton juga membantu vendor mereka dengan usaha- usaha meningkatkan kualiti. Yang penting dalam pembangunan vendor ialah kualiti dan kualiti ini sentiasa dipantau oleh pihak Proton. Jika Proton tidak berpuas hati dengan vendor berkenaan dari segi kualiti maka tindakan-tindakan tertentu akan diambil.

Dengan peningkatan kualiti kita dapati bahawa vendor kepada Proton ada di antaranya yang membekalkan juga komponen kepada syarikat-syarikat lain termasuklah Perodua.

final • 10:10 AM

Dato' Mustapa Mohamed

Kerajaan berhasrat apabila kualiti ditingkatkan suatu hari nanti mereka dapat mengeksport komponen yang dibekalkan kepada Proton dan Perodua. Kita berharap akan dapat dieksport dalam kuantiti yang besar ke luar negara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak balik kepada masalah AP tadi. Ingatan saya dalam Dewan yang mulia ini, pada tahun 2004, sama ada di pihak pembangkang ataupun di pihak kerajaan, isu AP ini telah menimbulkan satu public outcry. Pada waktu itu ada individu yang mendapat 5,000 AP, 3,000 AP, 1,000 AP, sedangkan showroom pun mereka tidak ada.

Mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa MITI dalam kajian akhir tentang proses pengauditan itu saya anggap terlalu lembap terlalu perlahan dari segi menggarap isu ini, sedangkan isu AP ini telah disalahgunakan sejak tahun 2004 dibahaskan oleh pihak backbenchers sendiri. Satu perdebatan yang cukup hangat tetapi sampai hari ini isu AP tidak selesai. Jadi, saya hendak jawapan yang pasti pada hari ini, adakah kementerian Yang Berhormat Menteri pada hari ini - Yang Berhormat baru memegang jawatan ini, memastikan bahawa isu AP ini dapat diagihkan kepada mereka yang benar-benar berhak. Kita tidak kisah kalau UMNO pun UMNOlah, tetapi mereka yang benar-benar mendapat suatu yang genuine, yang benar-benar ada showroom.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Kalau tidak nanti kaum bumiputera akan terus dan yang bukan bumiputera akan mempersoalkan tentang isu ini dan kita tidak dapat menjawab sebenarnya bagaimana agihan ekonomi negara ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah dan isu...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang sangatlah, Yang Berhormat. Panjang sangat.

final • 10:10 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tentang isu ini akan menjadi satu perkara yang masih tidak dapat diselesaikan oleh kementerian Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, adalah benar isu AP ini isu yang telah mendapat tempat yang begitu besar dalam Parlimen dan juga di luar Parlimen dari segi perbahasan dan juga kontroversi. Itulah sebabnya pihak MITI telah melaksanakan dua audit. Audit yang pertama telah selesai pada Disember tahun lepas.

Oleh kerana MITI kurang berpuas hati dengan hasil audit pertama itulah sebabnya dibuat audit yang kedua dan insya-Allah akan selesai hujung bulan ini. Analisis awal telah pun kita buat dan matlamatnya tidak lain tidak bukan ialah untuk memastikan mereka yang dikurniakan AP ini benar-benar berhak seperti yang dituntut oleh rakyat Malaysia, bukan sahaja Yang Berhormat Kubang Kerian. Itulah yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia. Kerajaan hendak memastikan bahawa yang mendapat kemudahan ini ialah mereka yang benar-benar berhak dari segi kelayakannya, kewangan dan ada showroom.

Jadi, saya hendak tegaskan di sini bahawa insya-Allah menjelang akhir bulan September kita akan selesaikan isu yang sudah lama menjadi perbahasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan, boleh, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat. Saya melihat Yang Berhormat Bachok tidak hadir untuk soalan kedua.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan mengenai dasar automatif nasional

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Penting, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada AP, cukup penting.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

Semua soalan penting, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Soalan No. 2 - YB Tuan Nasharudin Mat. Isa (Bachok) tidak hadir]

final • 10:10 AM

3. Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, langkah-langkah yang diambil terhadap proses pengambilalihan kepimpinan persatuan belia yang dihadkan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah berdasarkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang terbaru, adakah pihak kementerian telah berpuas hati dengan proses tersebut dan apakah langkah kementerian bagi memastikan persatuan ini dapat dipacu dengan sebaik mungkin.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, sehingga 16 Jun 2009, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah berjaya mendaftarkan sebanyak 5,257 buah pertubuhan sejak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dikuatkuasakan pada 31 Disember 2007. Dari jumlah tersebut sebanyak 2,864 adalah dari pertubuhan sedia ada manakala sebanyak 2,393 adalah diterima daripada pendaftaran pertubuhan-pertubuhan baru. Sejumlah 692 lagi permohonan sedang diproses.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, sejumlah 3,686 buah pertubuhan belia telah direkodkan berdaftar di pejabat pertubuhan sebelum ini. Ia menjadikan jumlah pertubuhan belia yang telah berjaya dipindahkan pendaftarannya ialah sebanyak 77.7 peratus. Justeru itu baki pertubuhan belia yang masih belum berpindah pendaftaran ialah sebanyak 882 buah lagi. Kesemua keahlian dan kepimpinan pertubuhan belia yang didaftarkan ini adalah terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Pihak kementerian akan mempelbagaikan usaha untuk menggalakkan penyertaan belia-belia berpersatuan dengan menyediakan pendedahan latihan, bantuan serta program bimbingan khidmat nasihat secara berterusan. Dalam masa yang sama kementerian akan bersama-sama memantau serta menyelia pertubuhan- pertubuhan yang sudah berdaftar ini dari segi aktiviti dan pengurusan pentadbiran mereka supaya ia dapat dipacu dengan semaksimum mungkin.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya menampakkan bahawa ketidakserasian mengenai peralihan kuasa belia yang berumur 40 tahun ke bawah dan kepimpinannya yang dipegang sekarang oleh mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Adakah kementerian hendak bahawa selaras dengan peraturan bahawa semua belia di seluruh negara, pengerusi ataupun ketua mereka dipegang oleh belia yang berumur 40 tahun dan ke bawah? Setakat ini masih ramai lagi pengerusi-pengerusi belia negeri yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Di samping itu juga selaras dengan konsep 1Malaysia adakah kementerian menggalakkan supaya pertubuhan belia ini semua sekali di campur termasuk satu persatuan meliputi semua bangsa dan bekerja bersungguh-sungguh. Sebenarnya pendaftaran yang telah pun dibuat tidak menunjukkan kekuatan dengan bilangan belia di seluruh negara. Saya difahamkan Jabatan Pendaftaran masih lagi kekurangan kakitangan. Apakah perkara ini betul dan kalau betul langkah kerajaan perlu segera supaya kedudukan belia yang merupakan harapan dan kepimpinan masa depan dapat dilatih dengan segera dan berwibawa.

final • 10:10 AM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, perhatian daripada seluruh kepimpinan amat dialu-alukan dan kita berterima kasih. Sememangnya diakui bahawa dalam tempoh peralihan sudah tentunya kita mempunyai sedikit masalah dari segi kepimpinan kerana belia kita sudah sekian lama dipimpin oleh mereka yang dipimpin oleh mereka yang berada di atas umur 40 tahun. Namun begitu selaras dengan akta yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, kementerian tetap akan meneruskan untuk memastikan setiap pemimpin belia adalah terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Mengenai 1Malaysia, suka saya nyatakan bahawa memang terdapat pertubuhan belia yang diwujudkan berdasarkan kepada kaum tertentu. Namun begitu contoh seperti Belia Bell Tamil, keanggotaan mereka terdiri daripada pelbagai kaum walaupun namanya Belia Bell Tamil dan dapat menjalankan aktiviti dengan begitu bersungguh-sungguh dan aktif. Justeru kementerian akan memberi tumpuan tentang penglibatan belia bukan kepada keahlian semata-mata tetapi lebih kepada program aktiviti yang dianjurkan.

final • 10:10 AM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Mengenai soalan tentang kekurangan kakitangan, saya suka menyatakan bahawa di Kementerian Belia dan Sukan, dalam tempoh peralihan ini apabila ada pertubuhan di bawah ROS yang terpaksa didaftarkan semula di bawah ROY, di peringkat awalnya memanglah kakitangan itu nampak kurang kerana 3,800 lebih persatuan yang hendak didaftarkan semula, didaftarkan di bawah ROY. Akan tetapi sehingga kini, masalah tersebut telah dapat diatasi apabila 77.7 peratus pertubuhan- pertubuhan belia di bawah ROS telah didaftarkan di bawah ROY. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan badminton negara khasnya kepada beregu wanita negara kita kerana mencapai kejayaan yang cemerlang... [Tepuk] Dalam Terbuka Indonesia Super Series pada masa semalam.

Tahniah kepada pasukan badminton negara kita. Soalan tambahan saya ialah, adalah pihak kementerian mempunyai...

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

DAP main ini, tak banyak macam ini.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Jangan kacaulah Yang Berhormat Sri Gading. pagi-pagi ini... [Ketawa] Adakah pihak kementerian mempunyai satu dasar yang jelas ataupun satu blue print supaya persatuan-persatuan belia di negara kita ini memainkan satu peranan yang lebih konstruktif dalam menangani masalah-masalah belia khasnya masalah mat rempit dalam masyarakat kita ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Selepas kementerian mengumumkan, “Satu Belia, Satu Malaysia” di mana kementerian berpandangan bahawa kita tidak dapat membentuk Satu Malaysia jika belia tidak dapat disatukan terlebih dahulu.

Mengenai soalan tersebut, di bawah konsep yang sama, kita sentiasa mengadakan program-program yang bersifat menonjolkan kelebihan anggota belia di dalam negara dan bagi masalah mat rempit secara khusus, kerjasama bersama Kementerian Dalam Negeri telah pun dibentuk bagi kita melihat bagaimana penguatkuasaan dan penglibatan belia dapat kita atasi secara bersama kerana kalau Kementerian Belia dan Sukan sahaja yang mendekati golongan ini, dari segi penguatkuasaan berada di Kementerian Dalam Negeri, maka jalan yang paling baik adalah kita bekerjasama. Kita menyeru kepada belia untuk terus menonjolkan potensi diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan negara.

final • 10:20 AM

4. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, mengapa pengumuman laporan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ditunda- tundakan sungguhpun beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa tidak akan merahsiakan apa-apa kelemahan atau kesalahan yang terlibat dalam skandal yang melibatkan dana awam yang dipercayai sehingga berjumlah RM12 bilion.

final • 10:20 AM

Menteri Pengangkutan - Datuk Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan bercadang menjawab sekali gus pertanyaan-pertanyaan mengenai Port Klang Free Zone (PKFZ) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Ipoh Timur bertarikh 22 Jun, Yang Berhormat dari Jelutong pada 23 Jun, 24 Jun serta 30 Jun serta Yang Berhormat dari Tumpat bertarikh 23 Jun dan Yang Berhormat dari Shah Alam bertarikh 25 Jun.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:20 AM

Datuk Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, laporan semakan kedudukan ataupun position review dengan izin, PKFZ yang disediakan oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Sdn. Berhad telah didedahkan kepada pengetahuan umum pada 28 Mei tahun ini. Laporan PricewaterhouseCoopers tersebut tidak dapat didedahkan lebih awal disebabkan antara lain, keperluan declassification dengan ataupun pembatalan kerahsiaan dokumen-dokumen tertentu serta penyelesaian isu indemniti dengan PricewaterhouseCoopers.

Laporan PricewaterhouseCoopers telah pun didedahkan secara keseluruhannya tanpa apa-apa pindaan ataupun penapisan oleh mana-mana pihak.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, laporan PricewaterhouseCoopers telah pun dibentangkan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Pada masa yang sama, tindakan-tindakan telah dan sedang diambil ke atas penemuan-penemuan yang dibangkitkan dalam laporan PKFZ dan ia adalah seperti berikut:

final • 10:20 AM

Datuk Sri Ong Tee Keat

(i) penubuhan pasukan petugas khas di peringkat Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyemak aspek-aspek perundangan. Di antara lain termasuk mengkaji kemungkinan, mengambil tindakan undang-undang yang wajar terhadap pihak terbabit dan penstrukturan semula kewangan. Pasukan petugas khas ini telah diberi tempoh dua bulan untuk mengemukakan perakuan tindakan bagi pertimbangan kerajaan;

(ii) penubuhan satu jawatankuasa eksekutif di peringkat PKFZ Sdn. Bhd untuk merancang dan memantau pembangunan perniagaan PKFZ, merancang dan membantu dalam pemasaran serta promosi dan memastikan bahawa aktiviti- aktiviti masa hadapan dan pembangunan-pembangunan baru di PKFZ dilaksanakan secara cost effective dan telus.

Oleh yang demikian, soal projek PKFZ terbengkalai tidak berbangkit; dan

(iii) penubuhan jawatankuasa ad hoc tadbir urus ataupun corporate governance di peringkat Lembaga Pelabuhan Klang yang diterajui oleh Presiden Transparency International Malaysia dan Presiden Institut Akauntan Malaysia untuk memastikan kelemahan dalam tadbir urus yang telah dikenal pasti dalam Laporan PricewaterhouseCoopers tidak berulang pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kos pembangunan PKFZ yang turut merangkumi kos faedah bayaran tertangguh kepada kontraktornya iaitu Kuala Dimensi Sdn. Berhad adalah sebanyak RM4.947 bilion menjelang tahun 2017. Bukan tahun ini, ya. Dalam pada itu, Lembaga Pelabuhan Kelang yang tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi untuk memenuhi obligasi kewangannya kepada Kuala Dimensi Sdn. Berhad telah pun mendapat pinjaman mudah sebanyak RM4.382 bilion pada tahun 2007 untuk tempoh 20 tahun dari kerajaan. Jika mengambil kira juga pinjaman mudah kerajaan, kos PKFZ akan menjadi sebanyak RM7.453 bilion menjelang tahun 2036.

Dalam hubungan ini, adalah dimaklumkan bahawa kos Projek PKFZ masih belum lagi dimuktamadkan kerana akaun untuk kerja-kerja pembangunan yang telah siap masih belum lagi ditutup. Justeru itu, kos sebenar masih belum dimuktamadkan dan pasukan petugas khas yang saya maksudkan tadi akan menyemak antara lain, aspek-aspek perundangan serta kemungkinan tindakan undang-undang dan penstrukturan semula kewangan yang mungkin akan memberi impak ke atas kos akhir PKFZ.

Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan ingin menjelaskan bahawa angka ataupun dakwaan angka RM12 bilion yang diuar-uarkan oleh Yang Berhormat dari Ipoh Timur ialah angka anggaran PricewaterhouseCoopers dalam laporannya yang merangkumi kos faedah tambahan sebanyak RM5 bilion yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan sekiranya Lembaga Pelabuhan Klang menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan supaya berpadanan dengan unjuran aliran wang tunai LPK menjelang tahun 2051.

Anggaran tersebut dibuat atas andaian tiadanya sebarang intervensi kerajaan atau tindakan LPK untuk mempromosi bahkan menjadikannya berdaya maju.

Ini jelas tertera di dalam Laporan PricewaterhouseCoopers yang diumumkan tetapi senario semasa sekarang telah memperlihatkan adanya tindakan-tindakan tegas lagi menyeluruh yang digariskan dan diambil oleh Kementerian Pengangkutan dan LPK.

Maka hampalah individu tukang putar belit yang menyebarkan pembohongan kononnya hutang PKFZ telah meningkat kepada RM12 bilion sekarang.

Menyentuh tentang soal sama ada terdapat percanggahan kepentingan yang membabitkan Ahli Parlimen Bintulu, saya suka maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Yang Berhormat dari Bintulu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Berhad... [Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Datuk Sri Ong Tee Keat

Yang merupakan syarikat yang telah menjual tanah kepada Lembaga Pelabuhan Klang dan turut menjadi kontraktor utama bagi pembangunan Port Klang Free Zone yang dilaksanakan secara...

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa masalah? Dia berniaga...

final • 10:20 AM

Datuk Sri Ong Tee Keat

Menurut rekod yang ada pada saya, beliau tidak menyandang sebarang jawatan dalam Jemaah Lembaga Pelabuhan Klang ataupun PKFZ Sdn. Bhd ketika transaksi tanah atau pembangunannya yang dimaksudkan berlangsung. Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Welcome back Yang Berhormat yang sudah abscond kepada Paris Air Show...

[Ketawa] [Tepuk] Yang sepatutnya ada di sini minggu lalu. Soalan saya ialah kenapa mengikut The Star hari ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan ada kata, “However he pointed out exposing the issue is not shameful but for the people who had done it”’.

Siapa yang done it? Siapa yang done it? Sampai sekarang kenapa tidak ada pendedahan, siapa culprit PKFZ skandal? Kenapa takut untuk expose di sini?

Dalam kenyataan dan surat khabar bahawa projek ini sudah sampai satu tahap perlulah... [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Sudah mati! Perlu dihidupkan, sudah mati. Siapa yang mematikan PKFZ skandal ini? Kenapa apabila Yang Berhormat Menteri mula...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan, soalan?

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Jamin akan kill all mengenai skandal ini, tidak buat begitu. Itu tanggungjawab. Bukankah setuju bahawa empat pemimpin MCA, Ling Liong Sik...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berucap Tuan Yang di- Pertua, ini bukan bertanya. Tunggulah bahas. Tanyalah soalan... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ting Chew Peh, Chan Khong Choy Yang Berhormat sekarang...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan bertanya. You shut up.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah, tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Tunggulah.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Empat orang pengerusi...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berucap, ini salah.

Tanyalah soalan... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Empat orang pengerusi, empat orang Pengerusi Port Klang Authority, Ting Chew Peh, Chor Chee Heung...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berucap, tunggulah 11.30 ada ucapan. Tanyalah soalan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yap Pian Hon dan sekarang Lee Hwa Beng.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Perlulah memberi satu penjelasan yang jelas mengenai peranan mereka kenapa satu skandal yang bermula 2002, RM1.1 bilion boleh horrible kepada RM4.6 bilion...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Di bawah Chan Khong Choy 2007 bail out dan sekarang PricewaterhouseCoopers Report ialah RM7.453 bilion dan boleh sampai RM12.453 bilion.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Baik, cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ada orang yang kata ini adalah satu lombong emas (gold mine). Lombong emas kepada siapa?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh berucap Yang Berhormat. Soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan kepada rakyat. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh beritahu sama ada, adakah akan adakan satu kenyataan ministerial nanti?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat, cukup. Baik.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada wakil Yang Berhormat Ipoh Timur atas keprihatinan beliau atas perkara ini walaupun dalam tiga tahun kebelakangan ini tidak nampak sebarang progress pun.

Apa yang dicakapkan sekarang ini pun adalah siaran ulangan kenyataan beliau tiga tahun yang lalu... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan mengganggu Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Sebelum ini, saya juga hendak menyentuh serba sedikit. Apabila saya bertugas di seberang laut, itu pun dipersoalkan dan dipertikaikan.

Saya rasa kalaulah sikap hysteria sebegini, takkanlah menegakkan sebarang kebenaran. Kalaulah betul-betul sayangkan negara ini, kalau betul-betul hendak menyelamatkan projek... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia mana sayang negara.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat Padang Serai, sila diam Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, dari ucapan ataupun pertanyaan tadi jelas bahawa beliau tidak baca report yang diumumkan. Walaupun beliau setahu saya ialah satu-satunya Ahli Parlimen yang keluar awal lagi dan minta report ataupun laporan itu didedahkan kepada orang ramai.

Apabila pihak saya sudah berbuat demikian, ini orang kata, “Rumah sudah, pahat baru berbunyi”. Itu pun, dia juga bersikap hendak shifting the goal post, dengan izin. Berbalik kepada soalan tadi, suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa jangan lupa apa yang dipersoalkan itu sebenarnya adalah tertera dalam laporan itu. Laporan yang dihasilkan oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Sdn. Bhd.

Sama ada kita hendak dedah atau kita hendak bertindak, bagaimana bertindak itu bukanlah di dalam bidang kuasa Pricewaterhouse. Itu, takkanlah seorang Ahli Parlimen yang senior, yang kanan, yang berpengalaman lama... [Dewan riuh] Tidak reti apa bidang kuasa dan bidang tugas satu-satunya independent body, dengan izin...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan mengganggu Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Yang diberi tanggungjawab untuk menyemak ataupun untuk menyiasat perkara ini. Seperti mana yang pernah saya jawab tadi Tuan Yang di-Pertua dalam jawapan saya. Special Task Force ataupun Pasukan Petugas yang saya maksudkan tadi itu, itu pun ditubuhkan pada 10 Jun baru-baru ini dengan niat dan tujuan untuk menyusuli apa yang telah pun dibangkitkan dalam laporan PricewaterhouseCoopers ataupun (PWC) yang saya maksudkan tadi.

Kalaulah itu tidak memadai, saya tidak tahulah wakil daripada Ipoh Timur itu, apa yang terbuku dalam hati dia itu, saya tidak dapat bacalah. Akan tetapi, apa yang saya buat ini bukanlah untuk menyeronokkan mana-mana individu, tetapi untuk kepentingan, ketelusan bagi rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak ada jawab Tuan Yang di-Pertua.

Mana itu lari, mana itu culprit?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, itulah jawapannya Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sudah jawablah, apa lagi?

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mana itu laporan PricewaterhouseCoopers di meja Dewan yang mulia itu, mana itu...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada peraturan macam ini Yang Berhormat. Tidak ada peraturan ini.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma tokoh tambah sedikit. Sebenarnya, seperti mana yang saya nyatakan sebelum hari ini, laporan yang dimaksudkan itu kesemuanya 300 naskhah bersekali dengan apendiksnya, lampirannya telah pun diserahkan kepada sekretariat ataupun Urusetia Parlimen sama ada ianya akan diedarkan hari ini ataupun kemudian, itu tertakluk pada budi bicara Urusetia Parlimen.

Yang Berhormat Ipoh Timur yang bersikap sedemikian rupa saya rasa inilah satu-satunya contoh hysteria yang saya sebutkan tadi... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak ada peraturan macam ini Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia salahkah Setiausaha.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, duduklah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Menteri kata dia tidak ada kuasa.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, kita dalam sesi soal jawab Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Prosedur tidak boleh diubah, kita dalam sesi soal jawab. Baik, saya jemput...[Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Biasalah, ini fakta... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Fakta ...

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk.

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri kasi penjelasan.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri lari dari penjelasan...

[Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, saya minta Yang Berhormat tidak perlu mengganggu sedemikian rupa. Baik.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan telah memberikan persetujuan supaya Laporan PKFZ yang disediakan oleh firma percukaian Pricewaterhouse untuk diumumkan dan boleh diakses oleh public melalui laman web.

Seterusnya, Pengerusi Pelabuhan Klang telah pun membuat laporan kepada SPRM. Berhubung dengan laporan tersebut dan seterusnya ini membuktikan bahawa kerajaan kita adalah sebuah kerajaan... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat dan pendekkan. Terus kepada soalan.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ini membuktikan bahawa kerajaan kita mempunyai satu pendekatan tidak menyembunyikan apa-apa. Kalau boleh kita hendak kerajaan yang baru ini mengamalkan satu dasar ketelusan... [Dewan riuh] Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah sebenarnya keperluan ataupun logiknya yang dikehendaki Yang Berhormat Menteri membuat pengumuman ataupun kenyataan berhubung dengan laporan tersebut sedangkan perkara ini telah pun dilaporkan kepada pihak berwajib. Kita tidak mahu benda ini nanti dipolitikkan, diambil sebagai satu isu, diputarbelitkan oleh pihak pembangkang dan seterusnya boleh memberi kesan kepada pelabur-pelabur yang mahu datang menanam modal di negara kita. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Beliau memang peka dan prihatin. Sebagai tambahan kepada apa yang saya jawab tadi itu sebenarnya, kalaulah hendak menyentuh tentang tindakan-tindakan, itu pun jelaslah bahawa apabila pihak LPK melaporkan kepada pihak SPRM untuk menyiasat lanjut dan tidakkanlah sebelum ianya dimuktamadkan penyiasatannya, kita hendak menuding jari. Itu bukanlah sifat kita.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Sekiranya atau andainya pihak saya, pihak kementerian atau pun pihak LPK berbuat demikian iaitu tuding jari sekarang, itu pun boleh juga dituduh oleh pihak pembangkang bahawa kami ini akan memainkan peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan juga penghukum. Itu pun kadangkala saya dengar yang pihak pembangkang suka hendak samakan dengan tindak tanduk sedemikian.

Berbalik pada Yang Berhormat Jasin tadi, saya suka hendak maklumkan bahawa hari ini saya akan membuat satu kenyataan penerangan Menteri semata-mata untuk membuktikan bahawa kerajaan bersikap telus, kerajaan peka kepada kemahuan rakyat untuk mengetahui secara menyeluruh tentang perkara yang telah pun banyak digembar-gemburkan bahkan diputar belit oleh pihak yang tertentu. Saya setuju juga bahawa dalam proses ini terdapat juga banyak tindak tanduk yang kita nampak tidak wajar ataupun kemungkinan merugikan kita kalaulah ianya memberikan maklumat yang kurang tepat ataupun yang serong kepada bakal-bakal pelabur kita.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini semakin ramai bakal-bakal pelabur yang berpotensi telah pun menghubungi pihak LPK dan juga PKFZ Sdn Bhd untuk menerokai peluang pelaburan. Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, sejauh manakah Ekspo Perdagangan Barang-barang Buatan Malaysia anjuran Kementerian yang dibuat dari negeri-negeri berjaya.

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang di atas soalan ini. Susulan daripada pelancaran

final • 10:40 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari 2009, Kementerian telah melaksanakan siri Ekspo Beli Barangan Malaysia di setiap negeri. Sehingga Jun, 2009 sebanyak 14 ekspo telah dilaksanakan di lapan buah negeri iaitu di Selangor, Johor, Terengganu, Perak, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Sejumlah sepuluh program ekspo lagi dijangka akan diadakan di beberapa negeri yang lain seperti Perlis, Negeri Sembilan dan Kelantan serta beberapa daerah lagi di negeri Sabah dan Sarawak.

Dari segi objektifnya ekspo ini diadakan bertujuan menyediakan platform kepada pengusaha tempatan bagi mempromosi, memasarkan dan juga menambahkan minat rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan Malaysia. Kesan kejayaan jangka pendek dapat dilihat dari segi sambutan yang amat menggalakkan daripada pengusaha tempatan untuk menjadi pempamer di setiap ekspo yang dijalankan. Dari segi kajian, dari rekod yang dibuat oleh pihak Kementerian kita dapati average dengan izin, 100 hingga 120 pempamer tempatan terlibat dalam setiap ekspo yang dijalankan.

Suka juga saya maklumkan bahawa di setiap ekspo pihak Kementerian memastikan bahawa pengusaha tempatan akan dilibatkan. Jika dilihat daripada jumlah pengunjung ianya melihatkan minat yang amat tinggi daripada pengunjung-pengunjung tempatan dan dari rekod yang kita peroleh average dengan izin, 100 ribu pengunjung mengunjungi ekspo dalam jangka masa lima hari ekspo dijalankan.

Jika dilihat daripada segi hasil jualan ianya juga amat menggalakkan dan jumlahnya tertakluk kepada negeri-negeri ataupun kawasan yang terlibat misalnya ekspo di Melaka merekodkan 117 booth dan jumlah jualan sejumlah RM2,777,806. Di Ipoh misalnya, 132 booth dengan jumlah jualan sebanyak RM1,987,985. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi.

Saya ingin bertanya, apakah maklumat tentang promosi sama ada dibuat secara pengiklanan ataupun penghebahan tentang ekspo ini dibuat dengan cara yang bersungguh-sungguh supaya mendapat perhatian daripada orang ramai ataupun daripada peniaga ataupun daripada pelabur ataupun daripada pembeli sama ada daripada tempatan ataupun daripada luar.

Walaupun Yang Berhormat tadi ada mengatakan dalam 100 ribu pengunjung dalam tempoh lima hari tetapi apa yang saya lihat yang berlaku di ekspo yang dibuat di Persada Johor Bahru pada kira-kira satu bulan yang lepas, saya mendapati tidak ada sambutan yang diberikan kepada ekspo ini. Saya juga mendapati bahawa barang- barang yang dipamerkan juga kurang berkualiti ataupun tidak berkualiti yang mana seolah-olah macam pasar malam atau pasar lambak sahaja dan ada sedikit sebanyak barang-barang daripada luar terutama daripada China pun dimasukkan juga dalam ekspo ini padahal saya percaya sekiranya promosi ataupun pengiklanan ini dibuat dengan baik terutamanya apabila dibuat di Johor Bahru ini, saya rasa kita bukan sahaja dapat menarik orang-orang tetapi juga orang-orang daripada Singapura dan sebagainya untuk datang berkunjung ke sini. Akan tetapi semasa ekspo ini dibuat di Johor Bahru saya mendapati saya tidak nampak pengunjung-pengunjung sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya pohon jawapan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya publisiti sentiasa dijalankan iaitu melalui media cetak dan juga media elektronik.

Dari segi pengunjung memang pihak Kementerian tidak mempunyai statistik yang membezakan di antara pengunjung tempatan dan pengunjung daripada luar negara tetapi seperti yang saya maklumkan tadi bahawa jumlah yang besar daripada pengunjung menunjukkan bahawa publisiti yang dijalankan telah sampai kepada pengetahuan daripada penduduk di sekitar dan sebagainya.

Dari segi barangan yang bukan barangan Malaysia seperti barangan daripada negara China dan sebagainya yang kadang-kadang terlepas masuk ke dalam ekspo tersebut, sebenarnya pihak Kementerian sentiasa memantau keadaan ini dan jika didapati ada barangan yang bukan daripada barangan Malaysia pihak Kementerian akan mengarahkan supaya barangan tersebut dikeluarkan daripada tapak ekspo tersebut.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dari segi mutu dan sebagainya, memang kita akui bahawa di dalam waktu ekonomi yang sedang gawat pada hari ini, kita memang memberikan ruang kepada pihak IKS untuk mempamerkan barangan mereka walaupun kita amat sedar bahawa kadang-kadang terdapat barangan daripada pihak IKS yang agak kurang mutunya.

Pihak Kementerian sedang merancang pada minggu hadapan iaitu di KLCC, kita akan mulakan program Ekspo Barangan Malaysia ini dengan menetapkan bahawa barangan yang mempunyai kualiti sahaja yang boleh dipamerkan di ekspo ini dengan temanya iaitu “Barangan Malaysia Mutunya Tinggi, Harganya Berpatutan” Walau mana pun di kawasan-kawasan bandar yang kecil di luar daripada kota- kota besar, kita tidak boleh untuk menyekat hasil daripada keluaran tempatan untuk dipamerkan bersama-sama dengan barangan bermutu yang lain. Jadi setakat ini ada percampuran antara barangan yang bermutu dan juga barangan-barangan IKS tempatan yang terpaksa kita beri ruang dalam keadaan ekonomi hari ini bagi membantu IKS tempatan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, IKS sehingga Mac tahun ini telah merekodkan penurunan jualan dan juga pengeluaran sebanyak 36.3 peratus. Persatuan SMI Association of Malaysia dengan izin, telah menyuarakan pandangan ini dalam satu seminar dan mereka menyatakan kebimbangan sekiranya tidak ada satu langkah drastik daripada pihak kementerian untuk terutamanya mempromosikan barangan-barangan keluaran tempatan seperti yang terkandung dalam industri-industri kecil dan sederhana seperti yang saya sebutkan tadi. Dibimbangi sehingga penghujung tahun ini, jumlah penguncupannya mungkin mencapai hampir lebih 50 peratus seperti yang dijangka oleh pihak kementerian sendiri sebelum daripada ini dinyatakan.

Soalan saya, tahun lepas kementerian Yang Berhormat telah memperuntukkan lebih RM200 juta untuk tujuan mempromosi barangan-barangan tempatan dan pada tahun ini mungkin minggu ini atau minggu depan kita akan dapat saksikan belanjawan tambahan yang diminta oleh kementerian Yang Berhormat.

Sebanyak RM136,913,780 dan sudah tentu termasuk dalam usaha untuk menyelamatkan produk-produk keluaran tempatan sebagaimana yang terkandung antara misi utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat, adakah keyakinan di pihak kementerian sehingga penghujung tahun ini kita dapat membuat satu langkah yang begitu drastik dan kemungkinan juga yang berjaya dan saya doakan supaya perkara ini berjaya. Saya minta kementerian memberikan langkah-langkah, barangkali kita juga boleh bersetuju. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Suka saya nyatakan bahawa selepas berpecahnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bahagian pembangunan usahawan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Luar Negeri iaitu MITI. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bekerjasama dengan pihak MITI untuk mempromosikan barangan tempatan ini. Yang pertamanya iaitu melalui ekspo-ekspo yang saya sebutkan tadi dan yang keduanya, kita juga merancang melalui koperasi, ekspo barangan IKS juga akan diperkenalkan dan pihak kementerian dipertanggungjawab untuk memastikan bahawa pihak hypermarket luar memasarkan barangan-barangan IKS bumiputera kerana daripada segi guideline yang diberikan kepada hypermarket luar iaitu mereka mesti memasarkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah barangan yang ada di dalam hypermarket mereka, daripada 30 peratus itu mestilah daripada barangan IKS bumiputera.

Jadi ini adalah di antara perkara-perkara yang sedang cuba dipastikan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri supaya jika 30 peratus daripada barangan bumiputera boleh memasuki hypermarket-hypermarket yang besar jumlah barangannya, ianya dapat membantu IKS bumiputera di dalam meningkatkan jualan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, apakah kementerian bercadang untuk mengubah dasar berita di RTM dan program-program maklumat supaya penonton melihat ianya lebih berwibawa, merata liputan dan tidak tertumpu pada pihak-pihak tertentu sahaja.

kepakaran siapakah diguna pakai dalam mengendalikan maklumat dan berita di RTM.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan II - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, RTM menyiarkan beritanya mengikut nilai sesuatu berita. Dalam masa yang sama, RTM sentiasa membuat pembaharuan khususnya daripada segi penyampaian berita dan rancangan berbentuk maklumat bagi menyebar luaskan maklumat dan menarik minat orang ramai untuk menonton program siarannya.

Ini selaras dengan fungsi RTM sebagai media rasmi kerajaan yang berperanan menyampaikan mesej dan memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai pelbagai dasar kerajaan kepada rakyat.

Pengisian berita juga disesuaikan dengan perubahan semasa supaya ianya dapat memberi sumbangan dan impak yang kuat kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, RTM juga membuat liputan berita yang berorientasikan aktiviti-aktiviti masyarakat dan nilai kemanusiaan serta perkembangan semasa di serata dunia. Dalam mengendalikan maklumat dan berita, RTM sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dengan menggunakan kepakaran dalaman, di samping kepakaran daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan untuk meningkatkan mutu penyampaian berita dan berusaha mencari personaliti penyampai baru yang lebih berwibawa dan berketerampilan dengan melibatkan pelbagai kaum supaya program RTM lebih menggambarkan Satu Malaysia. Sekian.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.

Apakah Yang Berhormat sedar, oleh kerana banyak saluran TV sekarang ini bahawa RTM ketinggalan ke belakang daripada segi minat penonton-penonton terutamanya kalau dibandingkan dengan saluran Astro Awani, BERNAMA TV malah TV3 dan walaupun RTM menggunakan slogan ‘Saluran Informasi’, adakah lebih mudah daripada segi menangani persepsi rakyat dengan mengatakan bahawa RTM itu saluran kerajaan daripada menyebut saluran informasi tetapi tidak dapat bersaing dengan kompetitif daripada segi minat penonton untuk mengikuti laporan RTM.

Oleh itu soalan saya selanjutnya, siapakah yang menentukan yang dikatakan nilai sesuatu berita ini? Ketuanya ke ataupun ada satu pasukan dan juga menentukan program-program informasi yang berwibawa seperti contohnya tidak banyak program- program yang melibatkan penyertaan semua pihak seperti yang dilakukan oleh Astro Awani dan juga BERNAMA TV. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Sebenarnya, liputan RTM adalah berkait dengan peranan utama RTM sendiri sebagai media rasmi kerajaan. Ia agak berbeza dengan siaran TV swasta tempatan. Jadi, untuk menjawab kepada soalan yang telah dikemukakan tadi iaitu tentang siapa yang menentukan program yang disiarkan, sebenarnya kita mempunyai satu Jawatankuasa Pengurusan Isu Kementerian untuk menangani perkara ini dan dalam menentukan liputan berita RTM itu ataupun program yang diadakan, ia adalah bergantung kepada nilai sesuatu berita di mana nilai ini adalah berasaskan kepada kriteria-kriteria penentu nilai berita iaitu yang pertama sekali ialah kita melihat kepada kepentingan negara, yang kedua ialah kesemasaan dan ketiga ialah kepentingan kemanusiaan iaitu berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Keempat ialah perkara yang menjadi perhatian umum tetapi tidak semestinya menjadi berita utama. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, itu Yang Berhormat Pasir Mas dia lebih kepada Barisan Nasional.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 10:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mengapa? Sebab sekarang Yang Berhormat Pasir Mas sebelah Pembangkang.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudahlah Yang Berhormat. boleh juga.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa Yang Berhormat Batu Gajah?

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa ini?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak salah Yang Berhormat ya, tak salah.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 10:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Kepada Barisan Nasional. Jadi sekarang sepatutnya ...

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh Yang Berhormat Batu Gajah, kita dating sekejap lagi... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Batu Gajah, minta maaflah kepada Yang Berhormat Pasir Mas itu.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Sila.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bukan setuju sangat pun dengan Yang Berhormat Pasir Mas, cuma kadang-kadang kami sekata seirama, kadang-kadang, secara kebetulan.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa yang diperkatakan dalam soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Mas tadi memang ada kebenarannya.

Soal kerajaan menjawab, itu soal lain tapi soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas ada kebenarannya. Soal nilai. Nilai. Soal nilai...

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Ketawa]

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ada nilai berita, Tuan Yang di-Pertua. Ada bagi sesetengah orang, apabila berita itu mengutamakan sukan, dia kata itu nilainya. Ada penonton apabila kita utarakan hiburan, itu nilainya...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sidang Parlimen. Siaran langsung Parlimen, ada nilainya.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Macam siaran di Parlimen.

Ini penting. Terutama apabila...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Akan tetapi sudah tidak ada nilai.

Sudah potong-potong.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tidak boleh ganggu, Yang Berhormat. Dia sudah hendak sampai soalan.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Namun apabila berita, Tuan Yang di-Pertua, diisi dengan cerita pelanggaran, rompakan...

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Percintaan.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi kita yang hendak melihat atau menonton perkara-perkara yang lebih besar lagi.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu sebabnya TV3 dapat perhatian daripada penonton berbanding. Saya bukan hendak membanding-bandingkan TV1, TV kerajaan dengan TV3, tetapi kenapa TV3 boleh mendapat perhatian lebih? Kerana nilai. Saya tidak nafikan nilai. Kemudian penonjolan. Ya lah, soal Perdana Menteri ditonjolkan, setuju. Timbalan Perdana Menteri ditonjolkan, setuju...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak ada nilai itu.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Lepas itu, Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, setakat tiga orang Menteri sajakah?

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kerana tidak ada nilai.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Berita-berita UMNO bukan ada nilai.

final • 11:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Berita Yang Berhormat Sri Gading tidak ada nilailah.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak payah ganggu, Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Naib Presiden PAS.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sesetengah orang hendakkan cerita politik. Macam mana penerimaan kepada Nik Aziz dalam soal Kerajaan Perpaduan. Kenapa PAS boleh berpecah belah. Nilai macam itu yang orang hendakkan.

final • 11:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Soalan, soalan. Yang Berhormat Sri Gading, soalan.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Input dari politik. Kenapa apabila PAS dengan UMNO hendak berpadu, DAP gelabah.

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini ucapan, ini.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

PKR gelabah, marah.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan, Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Inilah yang menjadi perhatian berita hangat yang dikehendaki oleh rakyat.

final • 11:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ceramah politik, ini.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Siapa pun tidak mahu dengan UMNO sekarang ini.

final • 11:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ini ucapan atau soalan tambahan?

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habis. Terus kepada soalan, Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya lah, ini soalanlah, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Ketawa]

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini nilai juga.

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jawapan, jawapan.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua menilai saya punya soalan pun satu macam juga. Soal hendak menilai.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang sangat, Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya memberi pandangan itu. Sebab itu soalanlah.

final • 11:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Cukuplah. Tidak perlu jawablah. Semua pun sudah jawab sendiri.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi itulah.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain sila diam, Yang Berhormat. Tolong diam, ya.

final • 11:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Nilai. Macam orang Sabah dan Sarawak. Dia hendakkan beritanya. Macam semalam. Kita johan badminton di Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia. Patut itu yang menjadi tajuk utama kerana ini membanggakan negara. Misalan. Jadi itulah. Saya tidak tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri, Senator, bagaimana pula hendak menilai saya punya soalan...

[Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas soalan tambahan dan juga beberapa pandangan terhadap nilai yang telah dikemukakan beliau.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam soal liputan RTM, kita mencuba sedaya upaya untuk membuat liputan yang menyeluruh. Namun begitu, dalam soal keutamaan liputan itu, sebenarnya kita harus merujuk kepada nilai sesuatu berita itu seperti mana yang telah saya terangkan. Jadi, apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi kita akan ambil maklum dan...

final • 11:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ditambahnilaikan.

final • 11:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Selain daripada itu, berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tentang liputan terhadap pendapat Yang Berhormat Nik Aziz, sebenarnya laporan RTM meliputi semua pihak sama ada ia daripada Barisan Nasional ataupun bukan...

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 11:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Bergantung kepada sama ada isu itu ada kepentingan dengan rakyat ataupun tidak. Misalnya di Parlimen ini sendiri, kita juga membuat liputan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidaklah. Pagi tadi Yang Berhormat Kubang Kerian punya soalan tambahan tidak ada. Di potong.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tidak ada peraturan mesyuarat sebegini, Yang Berhormat. Duduklah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan tidak ada tadi.

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kenapa tidak ada?

final • 11:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tipu!

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kerana mengelirukan Dewan ini.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Selain itu juga, kita juga telah membuat liputan terhadap Perhimpunan Agung PAS yang baru dilangsungkan awal bulan ini... [Dewan riuh] Jadi semua ini membuktikan bahawa liputan RTM adalah menyeluruh dan dakwaan yang dibangkitkan tadi itu adalah tidak berasas. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 PM

7. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, sejauh manakah sumbangan serta peranan Malaysia dalam penggubalan ASEAN Charter dan adakah kementerian tidak bercadang untuk melibatkan Ahli Parlimen dalam menyumbangkan cadangan mereka.

final • 11:00 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri l - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Piagam ASEAN yang telah ditandatangani oleh semua ketua negara Kerajaan ASEAN pada sidang kemuncak ASEAN ke-13 di Singapura pada 20 November 2007 dan telah berkuat kuasa mulai 15 Disember 2008 apabila semua negara anggota ASEAN meratifikasikan piagam tersebut. Cadangan untuk menggubal piagam ASEAN yang telah diusulkan semasa Malaysia mempengerusikan sidang kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur pada 20 Disember 2005.

Susulan itu, Malaysia telah memainkan peranan yang aktif serta menyumbang dalam proses penggubalan piagam tersebut dari peringkat permulaan sehingga akhir.

Malaysia telah diberikan pengiktirafan di mana Yang Berbahagia Tun Musa Hitam, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Orang Terkemuka bagi mengkaji dan menyediakan cadangan serta saranan yang dijadikan asas dalam proses pendrafan piagam ASEAN.

Di samping itu, Malaysia juga telah memainkan peranan aktif sebagai pasukan petugas peringkat tinggi atau high level task force yang diberi mandat bagi mendraf piagam ASEAN. Dalam proses pendrafan piagam ASEAN, beberapa konsultasi dan perbincangan di peringkat nasional telah diadakan dengan melibatkan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan bagi memastikan kepentingan Malaysia terpelihara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perhimpunan antara Parlimen ASEAN merupakan salah satu entiti penting yang disenaraikan dalam piagam ASEAN.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, perkara berhubung dengan alih keluar ke luar negara termasuk triti perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan persekutuan dengan mana-mana negara lain, pelaksanaan triti dan perjanjian dan konvensyen dengan negara lain, maka pelaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu adalah terletak hak pada kuasa eksekutif persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 80, Fasal I. Sehubungan dengan itu, kuasa eksekutif persekutuan berhubung dengan ratifikasi Piagam ASEAN boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

Kuasa tersebut telah pun dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Berhubung dengan Piagam ASEAN, tidak ada apa-apa undang-undang yang memberi kuasa eksekutif kepada orang lain.

Oleh yang demikian, proses ratifikasi piagam ASEAN telah dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, keputusan untuk meratifikasikan Piagam ASEAN oleh Malaysia merupakan suatu perkara berhubung dengan hal ehwal luar negeri yang boleh dilaksanakan oleh pihak eksekutif dan tidak perlu mendapat kelulusan Parlimen. Sekian.

final • 11:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita memang sedia maklum bahawa di dalam kumpulan ASEAN imminent person’s group ini yang pihak kerajaan telah pun melantik Yang Berbahagia Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri kita dan kita juga sedia maklum bahawa dalam banyak artikel dan juga klausa- klausa menyebut tentang bagaimana masyarakat ataupun ASEAN society ini perlu bertingkah-laku dalam meraih penghormatan daripada kumpulan-kumpulan lain dan antara cita-cita besarnya Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk menjadikan ASEAN Charter ini sebagai lebih kurang European Union satu hari nanti.

Jadi saya hendak tanya soalan, sebenarnya Yang Berhormat kata melibatkan semua pihak tapi tidak melibatkan Ahli Parlimen. Sebenarnya Ahli-ahli Parlimen ini sebagai wakil sahih rakyat di seluruh negara. Adakah Yang Berhormat rasakan yang pihak ASEAN Charter ini ataupun pemimpin-pemimpin sepuluh negara ASEAN ini, cakap sahaja, bikin dia kurang kerana suasana di bawah ini tidak benar-benar berlaku sehingga di Bangkok hari itu, di summit kita pun terpaksa ditangguhkan dan di banyak negara lagi ada kekecohan dan sebagainya. Tidak menampakkan sebenarnya kita menghayati diversity itu, tidak menghayati kepelbagaian seperti mana yang diharapkan dalam charter ini. Dia kata macam cakap tidak serupa bikinlah. Cuba Yang Berhormat ulas perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kalau kita lihat dalam Piagam ASEAN memang ia melibatkan begitu banyak agensi atau badan yang boleh memberi input-input kepada ASEAN itu sendiri dan kalau kita lihat di bawah Piagam ASEAN ini memang terdapat salah satu badan yang tertinggi iaitu perhimpunan antara Parlimen ASEAN dan kalau kita lihat perhimpunan antara Parlimen ASEAN ini, kita boleh lihat yang dahulunya adalah AIPO dan kini digantikan dengan AIPA iaitu ASEAN Inter Parliamentary Assembly, di mana melalui pertubuhan ini yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen negara anggota ASEAN.

Semua negara ini kecuali negara Brunei Darussalam dan Myanmar kerana mereka tidak mempunyai institusi Parlimen. Negara-negara lain yang mempunyai institusi Parlimen memang mereka menjadi ahli kepada AIPA ini dan kalau kita lihat, Tuan Yang di-Pertua iaitu Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin sendiri menjadi Pengerusi kepada AIPA ini dan kalau kita lihat beberapa persidangan dan perhimpunan telah diadakan di beberapa negara dan bakal diadakan satu lagi di Mesyuarat Pertama Kokus ASEAN yang dijangka diadakan di Pattaya pada 2 hingga 8 Ogos.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak perkara yang dibincangkan di dalam ASEAN ini. Jadi ASEAN memang merupakan satu badan yang boleh dikatakan konsisten dari segi tindakan-tindakan yang dilakukan dan perbincangan yang dijalankan adalah secara aman dan memang cemerlang. Sekian.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini memang tidak ada nilai Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Temberanglah.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebab tidak menjurus kepada persoalan. Kita membicarakan soal bagaimana kita hendak gubal ASEAN Charter supaya ianya lebih efektif dan berkesan dan menentukan hala tuju ASEAN di masa yang akan datang. Banyak perkara boleh kita bincangkan kalau kita libatkan Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat termasuk daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, mungkin dasar non interference policy boleh kita teliti semula kerana sesuatu perkara yang melibatkan hak asasi manusia itu ianya tidak ada batasan tetapi sepanjang puluhan tahun kita berpegang kepada dasar yang sudah lapuk dan tidak lagi boleh diguna pakai seperti yang diamalkan sekarang.

Persoalan saya ialah mengapa kementerian enggan melibatkan Ahli-ahli Parlimen dalam menggubal charter yang begitu penting. Kalau di Indonesia Tuan Yang di-Pertua Piagam ASEAN ini dibawa dalam Parlimen untuk dibahas, dibincangkan mendapat pandangan Ahli-ahli Parlimen tetapi Parlimen Malaysia ini cukup unik.

Benda yang sepenting ini tidak pernah dibawa bincang dalam Parlimen. Adakah kementerian tidak yakin dengan Ahli-ahli Parlimen di negara kita? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Soalan ada nilai.

final • 11:10 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok soalan pun tidak mempunyai nilai... [Ketawa] Saya sudah terangkan tadi iaitu kita mempunyai saluran-saluran tertentu di dalam Piagam ASEAN ini untuk kita kemukakan apa jua pandangan-pandangan Ahli Parlimen. Contohnya tadi saya sudah kata melalui AIPA ini kita boleh salurkan pandangan yang berkaitan dengan penyeludupan manusia, dadah dan sebagainya.

Jadi inilah cara kita hendak contribute ataupun memberi idea-idea kita di dalam Piagam ASEAN ini. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat seperti mana termaktub dalam perlembagaan-perlembagaan kita ini Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Kuasa Eksekutif Persekutuan adalah terletak hak pada Yang Dipertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan. Kalau Menteri...

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dia tidak jawab soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ya biarkan...

final • 11:10 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Kalau Menteri...

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya kata...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biarkan dia menjawab Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Ketika menggubal ASEAN Charter ini kenapa tidak melibatkan Ahli Parlimen? Sebelum kita pergi AIPA sekurang- kurangnya kita ambil position, taken by MP’s sebelum kita pergi AIPA. Kalau tidak kita pergi melancong sahaja sebab tidak ada pendirian daripada Dewan Rakyat. Ini dia tidak faham soalan... [Tepuk]

final • 11:10 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya tidak tahu macam ini pun boleh mencelah ya. Sebenarnya kalau kita lihat, saya sudah bagi tahu tadi iaitu AIPA ini dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua kita sendiri iaitu Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin. Jadi melalui mesyuarat-mesyuarat itu bolehlah..., saya rasa saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat ahli atau tidak, tapi saya tengok ada 13 orang ahli di dalam AIPA ini. Jadi saya percaya melalui ini sudah pasti banyak input dapat diberikan melalui AIPA ini.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Bolehkah mengarahkan Yang Berhormat untuk menarik perkataan bahawa Yang Berhormat Gombak soalannya tidak bernilai. Ini menghina Yang Berhormat daripada Gombak... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau tidak keluar daripada Dewan Rakyat!

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah. Tidak ada kena-mengena Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya tidak benarkan, saya tidak benarkan Ahli Dewan Rakyat...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Suruh dia tarik balik dan meminta maaf.

Kalau tidak keluar daripada Dewan!

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak ada kena-mengena!

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bila dia jadi Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tahu soalan itu ada nilai.

final • 11:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sudahlah Yang Berhormat Kinabatangan terjerit-jerit!

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, cukuplah Yang Berhormat. Beberapa Ahli Parlimen sejak soalan nombor lima tadi bercakap tentang nilai, bernilai dan tidak bernilai.

final • 11:10 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tahniahlah Yang Berhormat Ipoh Timur jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi kita biarkan itu untuk kita nilai bersama Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Akan tetapi dia tidak jawab soalan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat tidak mengizinkan saya untuk meminta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri mengikut kehendak Yang Berhormat. Itulah jawapan yang diberi oleh pihak kementerian. Cukup Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Akan tetapi selaku Tuan Yang di- Pertua saya ingin cadangkan...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Dato' Johari bin Abdul.

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita mahu menilai ini.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ha, Yang Berhormat Rompin apa hal?

final • 11:10 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Ini ada nilai.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Banyak lama tak ada sini, pergi Amerika kah?

final • 11:10 AM

8. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapakah jumlah kematian akibat kemalangan yang melibatkan bas ekspres dan bas pelancongan sejak tahun 2000; dan

(b) tidakkah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengenakan syarat bagi mewajibkan semua bas ekspres dan bas pelancongan mengunci mekanisme pedal minyak agar tidak melebihi had laju yang dibenarkan.

final • 11:10 AM

Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspres dari tahun 2000 hingga tahun 2008 adalah sebanyak 661 kes manakala bagi bas pelancongan pula adalah sebanyak 97 kes.

final • 11:10 AM

Menteri Pengangkutan - Dato' Sri Ong Tee Keat

Kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan syarat bagi mewajibkan semua bas ekspres dan bas pelancongan mengunci mekanisme pedal minyak bagi mengawal had kelajuan. Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ataupun LPKP telah mewajibkan semua bas ekspres baru dilengkapi dengan alat Global Processing System ataupun GPS berkuat kuasa mulai 18 Ogos tahun lalu sebelum kenderaan itu dilesenkan oleh agensi tersebut. Alat ini akan membolehkan pengusaha bas ekspres memantau dan mengawal pemanduan pemandu bas termasuk kesalahan had laju secara real time, dengan izin.

final • 11:20 AM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hendak 758 kematian, tidak sampai 10 tahun Tuan Yang di-Pertua. Dua bulan yang lalu enam kematian apabila bas ekspres langgar divider di Rawang. Saya sepatutnya berada di dalam bas itu tetapi miss. Pagi ini alhamdulillah. Pagi ini sebuah bas ekspres Transnasional, nombor bas 8106 bertolak daripada Sungai Petani jam 12.03 malam sampai, soalan sudah hendak mai. Sampai di..., orang balik dari Amerika macam itulah.

Sampai di Jalan Duta pukul 3.45 pagi. Maknanya dari Sungai Petani sampai Jalan Duta dia ambil cuma 3 jam 45 minit. Normal driving dengan CRV, 110, 400 kilometer kita akan ambil 4 jam 30 minit.

Soalannya, kalaulah ini jawapannya saya ingat lagi sepuluh tahun ada 600 lagi kematian sebab kalaulah setiap kali bas ekspres dan bas pelancong ini betul-betul dipantau Tuan Yang di-Pertua saya rasa tidak akan berlaku kecuaian driver dan yang menjadi masalahnya bukan mechanical problem sangat. Semua kita tengok accident disebabkan kecuaian driver.

Tiga jam 45 minit dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur itu laju sangat Yang Berhormat Menteri. Kalau kita letak break, kita adjust break elok-elok supaya dia tidak boleh lari, saya ingat banyak nyawa dapat diselamatkan. Seperti di Thailand buat, sampai dia akan clock in, sampai ke tempat nanti akan clock out dengan sendirinya dia akan tahu Tuan Yang di-Pertua. Harus ada lebih baik daripada GPS sebab saya yakin kalau inilah cara kita pantau, akan banyak lagi berlaku kematian sebab JPJ dan juga polis tidak boleh pantau seluruh jalan daripada Johor Bahru hinggalah ke Perlis. Saya mintalah harus ada keadaan yang lebih praktikal Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya soal kecuaian pemandu itu tetap merupakan satu-satunya punca masalah. Itu semua orang sedia maklum.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi saya kira satu-satunya cadangan yang boleh kita bukan sahaja cambah fikiran bahkan yang penting sekali adalah bagaimana ianya dapat dilaksanakan.

Apa yang saya nampak setakat ini adalah selain daripada pemanduan pemandu-pemandu kita, mungkin perlu juga kita mewajibkan Kod Amalan SHE. SHE ini dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa Malaysia Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (Safety, Health and Environment) untuk semua kenderaan berat seperti ini di mana kita meletakkan tanggungjawab keselamatan bas ekspres dan penumpangnya ke atas tuan punya syarikat sebab sekarang yang kita nampak walaupun pemanduan pemandu itu yang sering kali dituding jari tetapi apalah katanya kalau pihak syarikat pengusaha yang berkenaan juga diletakkan tanggungjawab untuk menguruskan pemandunya secara rapi, secara berkesan supaya mereka ini tidak bersikap cuai.

Itu saya kira satu-satunya cara yang dapat bantu dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya khasnya nahas jalan raya yang melibatkan bas ekspres dan bas pelancongan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang ada nilai tetapi mungkin boleh ditambah nilai lagi Yang Berhormat kalau saya tambah soalan yang bernilai.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, bab nilai-nilai, kita berhenti Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi soal penambahan alat GPS di setiap kenderaan bas pelancong dan bas ekspres ini.

Persoalannya siapa yang memantau dan siapa yang menguatkuasakannya? Adakah pihak syarikat tertentu sahaja yang memantau dan apa tindakan dari pihak kerajaan.

Itu soalan nombor satu. Apa tindakan kerajaan terhadap penguatkuasaan, terhadap kecuaian driver kah, pengusaha kah dan sebagainya.

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Ataupun kerajaan yang mengawalnya?

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya, ataupun kerajaan yang mengawal.

Jadi soalan yang kedua. Ini ada kaitan soalan yang ada nilai. Oleh kerana kita sudah mempunyai teknologi yang terkini, adakah pihak kementerian bersedia kerana masalah kemalangan kenderaan-kenderaan yang tertentu, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memasang alat-alat spidometer di luar kenderaan itu supaya pemandu-pemandu yang lain boleh melihat kelajuan sesuatu kenderaan itu supaya kalau ada telefon macam apa yang kita lihat di belakang bas-bas itu, kalau ada kompelin atau telefon bebas tol. Adakah pihak kementerian bercadang memasang alat spidometer di luar kenderaan itu dan tidak perlu yang soalan ketiga ini tetapi sambung.

Alat-alat GPS itu bukan senang untuk dipantau. Adakah pihak LPKP itu ada alat pengesan, pihak kementerian? Sekian.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih atas soalan yang bernilai dari Yang Berhormat Putatan. Soal siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang sepatutnya memantau, saya sudah sebut tadi. Selain daripada pemandu sendiri yang kena bersikap bertanggungjawab, pihak pengusaha syarikat bas pun kena juga diletakkan tanggungjawab. Itu saya sudah sebut.

Sedangkan pemasangan alat spidometer yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Putatan, saya kira soal pasang alat ini atau alat itu memang banyak dibangkitkan tetapi akhirnya apa yang jadi soal pokok adalah setakat mana kita dapat memantaunya. Kalaulah tidak memantau dengan berkesan, spidometer pun tidak akan membawa sebarang hasil dan Yang Berhormat juga menyentuh tentang penguatkuasaan wajibnya dilengkapi dengan alat GPS tadi. Sebenarnya ini adalah di bawah bidang kuasa LPKP.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat

Saya hendak maklumkan Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini bahawa mulai sekarang dengan adanya JPJ Stakeholders Committee ataupun Jawatankuasa Stakeholders JPJ, setiap amalan baru yang membabitkan industri khasnya industri bas ataupun pengangkutan awam yang lain tetap akan dibincangkan, diperhalusi ataupun diberi peluang untuk bercambah fikiran di peringkat Jawatankuasa Stakeholders JPJ yang dianggotai oleh wakil-wakil dari pelbagai badan pengusaha dan juga NGO dan juga pegawai sekalian. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Tuan. Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, jaminan kerajaan terhadap golongan usahawan bumiputera berikutan langkah pelaksanaan liberalisasi ekonomi secara besar-besaran di negara ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

Alhamdulillah, sempat juga merasa nak menjawab soalan.

Terima kasih Yang Berhormat Parit di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, proses liberalisasi ekonomi sebenarnya dilaksanakan secara beransur-ansur dan bukan secara mengejut dan besar-besaran. Ianya bertujuan untuk merangsang ekonomi negara dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur asing tanpa menjejaskan peluang-peluang perniagaan bagi usahawan tempatan termasuk bumiputera. Sektor pembuatan telah pun di liberalisasikan pada 31 Julai 1998 di mana syarat ekuiti dan beberapa syarat lesen pengilangan bagi beberapa sektor tertentu telah dimansuhkan.

Untuk mempertingkatkan lagi iklim pelaburan di Malaysia, semua syarat ekuiti dalam projek perkilangan telah dimansuhkan sepenuhnya pada 17 Jun 2003. Jemaah Menteri telah bersetuju pada 14 November 2008 untuk mempercepatkan proses liberalisasi sektor perkhidmatan pula supaya potensi sektor ini dapat dipertingkatkan lagi bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan pada KDNK pada 2008 ialah 47.6 peratus, manakala sasaran bagi tahun 2020 ialah 60 peratus. Sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan pada KDNK kebanyakan negara maju ialah melebihi 70 peratus.

Selain itu, liberalisasi sektor perkhidmatan dibuat untuk menarik pelaburan asing yang hanya pada tahap 11 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor ini pada tahun 2008. Seelok-eloknya tahap ini perlu dipertingkatkan kepada 40 peratus daripada jumlah pelaburan. FDI ini diperlukan bagi tujuan pemindahan teknologi, mendapatkan kepakaran luar yang tidak wujud di dalam negara, untuk menyediakan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa. Ini juga akan mendedahkan syarikat-syarikat tempatan kepada pasaran luar yang mempunyai potensi yang tidak terhad.

Antara beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan usahawan bumiputera dapat terus berdaya saing ialah seperti berikut:

(i) mempermudahkan produk usahawan bumiputera untuk memasuki gedung perniagaan besar;

(ii) memantapkan keupayaan institusi pembiayaan bagi menjadikan institusi ini lebih mesra pelanggan;

(iii) memberi bantuan kepada usahawan bumiputera bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan;

(iv) mengadakan lebih banyak program promosi dan pemasaran di dalam dan di luar negara;

(v) membuka lebih banyak peluang kepada usahawan bumiputera dalam meningkatkan ilmu keusahawanan dan penguasaan teknologi;

(vi) mewujudkan agen-agen pemasar di luar negara bagi membolehkan produk usahawan bumiputera menembusi pasaran global; dan

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

(vii) menggalakkan jaringan di kalangan usahawan bumiputera untuk membentuk satu pakatan strategik bagi menembusi pasaran yang lebih luas.

Di bawah pakej rangsangan pertama, kerajaan telah menubuhkan dana pembangunan kapasiti sektor perkhidmatan dengan peruntukan permulaan berjumlah RM100 juta bagi membantu industri perkhidmatan domestik menghadapi impak liberalisasi ini. Daripada jumlah tersebut, RM50 juta adalah dalam bentuk pinjaman mudah di bawah MIDF yang dikenali sebagai skim pinjaman peningkatan daya saing sektor perkhidmatan dan RM50 juta lagi dalam bentuk geran yang diuruskan oleh MIDA di bawah program pengiktirafan dan persijilan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah bagi pertanyaan jawapan lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang mana?

final • 11:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Peraturan Mesyuarat 18(7)(b). Tuan Yang di- Pertua, saya ada menghantar satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai dengan isu biasiswa bumiputera dan telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua berasaskan Peraturan Mesyuarat 18(7)(b), kononnya perkara ini sudah pun diberi penjelasan dan jawapan oleh pihak kerajaan. Manakala usul ini dalam skop yang lebih luas kerana jawapannya tertakluk kepada biasiswa tajaan JPA. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan usul ini, dengan saya sekarang ini dalam fail ini berapa banyak pelajar bumiputera yang belum lagi mendapat biasiswa. Sekarang ini diberi gambaran seolah-olah yang tidak puas hati ialah pelajar bukan bumiputera sahaja termasuk pelajar-pelajar yang cemerlang, ini ada dengan saya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang dikumpul oleh pertubuhan NGO yang saya pimpin dan saya nak baca satu persatu, yang di deny hak mereka untuk mendapat biasiswa di bawah asas Perlembagaan Negara 153. Jadi sekian terima kasih, hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu Gajah, saya bukan Barisan Nasional, saya pejuang asas Perlembagaan Negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, perkara ini telah ditolak mengikut peraturan mesyuarat yang dinyatakan dengan alasan yang telah diberikan. Mengikut peraturan mesyuarat, perkara yang telah ditolak di kamar tidak akan dibahas di dalam Dewan, itulah keputusannya Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya hairan ketika ini, usul yang begini baik yang melibatkan kepentingan orang ramai yang digembar-gemburkan oleh pembangkang ini ditolak pula. Seharusnya kita bahas, biar orang ramai tahu bahawa ini perkara yang sebenar. Jangan libatkan tuduhan-tuduhan liar di luar sehingga kita tidak ada ruang untuk menjelaskan. Ini tidak berapa adil.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itulah penjelasan yang telah dibuat Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita harus melihat perkara ditolak mengikut peraturan mesyuarat yang dinyatakan dan Tuan Yang di- Pertua telah berpendapat bahawa perkara ini bukannya tidak penting tetapi tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan mendahului perkara-perkara yang telah disenaraikan sebagai agenda dalam mesyuarat. Dua perkara yang berbeza Yang Berhormat, bukan tidak mengakui bahawa ianya penting tetapi kita harus mengakui bahawa perkara- perkara di dalam urusan mesyuarat juga adalah merupakan perkara penting. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Peraturan Mesyuarat 18, sama. Saya juga bawa satu usul tergempar hari ini...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya terima jawapan daripada Tuan Yang di- Pertua bahawa usul saya ditolak kerana pada hari ini usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir Mas. Jadi kalau usul saya ditolak untuk bahaskan usul Yang Berhormat Pasir Mas, saya setuju tetapi usul saya ditolak, Yang Berhormat Pasir Mas juga ditolak tetapi alasan usul saya ditolak ialah kita nak bahaskan isu Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup.

final • 11:30 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

So saya agak kita harus buat penetapan bahawa adakah usul Yang Berhormat Pasir Mas tidak penting dibahas atau usul saya ditolak kerana alasan yang lain.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Yang Berhormat kena faham tentang peraturan mesyuarat. Hanya satu usul yang boleh diterima oleh pihak Tuan Yang di-Pertua untuk dibincangkan ataupun diambil tindakan. Maknanya usul yang dikemukakan terdahulu adalah usul Yang Berhormat Pasir Mas dan keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk menolak dalam kamar bererti itulah usul yang telah diambil tindakan yang pertama, yang satu-satunya untuk hari ini yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Begitulah penterjemahan terhadap standing order yang kita ada.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, perkara ini telah pun saya jelaskan.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf saya nak bangkitkan, boleh bagi peluang untuk dengar Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon kalau apabila...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya cuma layan atas standing order Yang Berhormat, tiada penjelasan dalam perkara ini.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Peraturan 18, Peraturan 18, penterjemahan, interpretasi 18. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mungkin pihak pejabat kamar Tuan Yang di-Pertua boleh membuat koordinasi sebab apabila seseorang Ahli Yang Berhormat, pihak kamar Tuan Yang di-Pertua telah terima usul di bawah 18(1) dan Ahli Parlimen yang lain yang datang hendak menyerahkan usul yang lain, mungkin pihak kamar boleh memaklumkan telah terima satu usul.

Jadi ini boleh mengelakkan clash dengan izin dan dua usul dikemukakan pada hari yang sama. Mungkin koordinasi ini boleh diadakan oleh kamar Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya pohon dipertimbangkannya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Koordinasi, kita telah menetapkan usul yang diterima awal itu adalah merupakan usul yang akan diterima.

Kita harus melihat pihak pejabat Tuan Yang di-Pertua, tak akanlah selepas menerima usul yang pertama itu, dan mengumumkan kepada semua ahli untuk tidak mengemukakan usul yang lain. It cannot be done that way.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf, itu salah interpretasi saya. Saya hanya pohon, boleh pejabat maklumkan bahawa kami telah terima satu usul yang lebih awal.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pun demikian Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi ini boleh dielakkan ruangan buang masa atau ada ahli yang mengemukakan usul yang lain.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat boleh mengemukakan usul yang sama di hari yang kemudian, it’s allowed. Ada provision dalam peraturan mesyuarat untuk perkara itu. Baik Yang Berhormat Setiausaha, teruskan.

final • 11:30 AM
PENERANGAN OLEH MENTERI PENGANGKUTAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
PENGUMUMAN LAPORAN SEMAKAN KEDUDUKAN PROJEK PORT KLANG FREE ZONE (PKFZ)

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, penerangan Menteri ini bertujuan untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini tentang pengumuman Laporan Semakan Kedudukan atau Position Review, dengan izin projek Port Klang Free Zone atau PKFZ yang diusahakan oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. serta langkah-langkah susulan yang digariskan oleh Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang untuk menjadikan projek itu berdaya maju. Segala ini dibuat semata-mata...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mohon penjelasan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Demi ketelusan dan kebertanggungjawaban seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mohon penjelasan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, biarkan Menteri habis dengan penjelasan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Adalah sikap...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang mahu jelas, dia kacau. Ini masalah...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Minta penjelasan daripada apa Yang Berhormat Menteri ada utarakan. Beliau berkata surat khabar hari ini beliau...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk dahulu dan biarkan Menteri untuk menghabiskan pembacaan beliau.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Terima kasih...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan, mengenai laporan Pricewaterhouse report, bolehkah penjelasan diberikan?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Let him finish. Biarkan dia habis Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan kacaulah Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan, saya mahu minta penjelasan, mengenai Price Waterhouse Report. Dia kata, dia rela...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu ini telah pun dijawab oleh Menteri di dalam soal jawab. Sekarang ini kita dalam sesi penerangan oleh Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Daripada apa yang Yang Berhormat kata, bolehkah Yang Berhormat berikan penjelasan?

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Saya hendak sebut bahawa kalau orang lama seperti Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak reti di bawah peraturan mesyuarat ini tidak sepatutnya ada sebarang gangguan dan bagilah saya....

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Adakah rela ada dibenarkan penjelasan?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur, janganlah bersikap begini Yang Berhormat. Tiada soal. Sekarang Menteri sedang membuat statement terhadap perkara ini.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya tidak izinkan Yang Berhormat Ipoh Timur begini Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat duduk mengenai perkara ini.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Saya hendak penjelasan dibuat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada provision Yang Berhormat untuk mengganggu Menteri membuat statement.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya hendak penjelasan, adakah Yang Berhormat rela?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat teruskan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Luar cakap rela, sekarang ini...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bolehkah saya perlukan penjelasan...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh, tidak boleh.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Okey, saya akur. Untuk makluman...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Bersetuju, mengapa?

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, makhluk seperti ini...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah Yang Berhormat. Teruskan dengan penjelasan Yang Berhormat.

Ahli-ahli Pembangkang: [Riuh]

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Kalau yang tidak reti peraturan mesyuarat saya rasa kasihan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Untuk makluman Dewan ini, oleh kerana...

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Oleh kerana timbulnya kemungkinan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat Yang Berhormat, sebentar mesyuarat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Litigasi...

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Peraturan mesyuarat...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri...

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Duduk, duduk peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat kecewa dan kesal dengan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

36(6) Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri pagi ini telah menggunakan perkataan “histeria” terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur dan menggunakan isyarat tangannya macam ini... [Menunjukkan cara yang dibuat oleh Yang Berhormat Pandan] Terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur dan sekarang mengeluarkan kata “biadab” terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur dengan menggunakan perkataan “makhluk”. Ini Dewan yang mulia. Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri agar memohon maaf dan menarik balik kenyataan terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tarik balik, tarik balik. Beliau adalah seorang Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya pohon satu ruling Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya setuju bahawa perkataan “makhluk” itu tidak harus kita utarakan kepada mana-mana pihak. Saya minta Yang Berhormat tarik balik.

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mohon maaf, mohon maaf dan tarik balik..

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Baik, saya akur kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik perkataan itu. Untuk makluman Dewan ini...

final • 11:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mohon maaf.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

...Oleh kerana timbulnya kemungkinan litigasi, maka semua transaksi dan perangkaan kewangan yang ternyata dalam laporan yang dimaksudkan adalah tertakluk kepada kemungkinan penyemakan perundangan ataupun legal review, dengan izin oleh LPK. Perancangan untuk membangunkan Pelabuhan Klang sebagai Pusat Pemunggahan Nasional telah bermula pada tahun 1993. Projek PKFZ yang mencontohi model Jabel Ali Free Zone di Dubai Emiriah Arab Bersatu itu merupakan satu-satunya daya usaha kerajaan menjurus ke arah itu. Antara isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan, terdapat tiga soal pokok yang perlu saya mengupas dalam kenyataan penerangan saya hari ini, iaitu persoalan pembelian tanah, kedudukan perangkaan hutang dan kos pembangunan projek serta kelemahan urus tadbir LPK dalam pelaksanaan projek PKFZ.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, atas soal pembelian tanah. Tanah seluas 1,000 ekar telah dibeli oleh LPK dengan harga RM1.088 bilion pada kadar RM25 sekaki persegi yang termasuk kerja-kerja infrastruktur asas dan penambakan tanah. Ini berbanding dengan pengambilan tanah yang hanya akan melibatkan RM422 juta pada kadar RM10.16 sen sekaki persegi, di mana separuh sahaja tanah tersebut ditambak dan tiada kerja-kerja infrastruktur dilakukan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Jemaah Menteri pada 2 Oktober tahun 2002, telah membuat keputusan supaya tanah dibeli berdasarkan syor Kerajaan Negeri Selangor bahawa pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1A) Akta Pengambilan Tanah tahun 1960 tidak boleh dilakukan kerana PKFZ bukanlah satu projek untuk kegunaan awam dan juga bahawa tanah berkenaan telah diluluskan permohonan pembangunan dalam tahun 1995.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Soal yang kedua, kedudukan perangkaan...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat mengelirukan Dewan ini. Apa yang dia cakap tidak benar...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Kos pembangunan projek...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat mengelirukan Dewan ini.

Beliau cakap tidak benar. Oleh kerana ada Mesyuarat Kabinet pada 3 Oktober 2002, yang tidak semacam itu.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

He mislead the House. Bolehkah kita.....

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Peraturan Mesyuarat 36(12)

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Peraturan Mesyuarat 36(12) Yang Berhormat. Saya tahu.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya berdiri di atas peraturan mesyuarat.

Kalau tidak boleh beri penjelasan, saya berdiri atas peraturan mesyuarat. Bolehkah Yang Berhormat, 36(12) dengan izin, “Any member who imputes statements that mislead the House is deemed to be in contempt to the House and the member may be referred to the Committee of Privileges...”. Oleh kerana Yang Berhormat sebut mengenai Mesyuarat Kabinet 2 Oktober, tetapi adalah Kabinet Mesyuarat pada 23 Oktober, di mana ada keputusan tanah diperolehi melalui Kementerian Pengangkutan secara pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 31(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 pada nilai harga tanah sebanyak RM10.16 sen sekaki persegi. Kenapa tidak sebut? Sebut keputusan Kabinet 2 Oktober, tidak sebut keputusan 23 Oktober untuk kepentingan keputusan itu. Bukankah ini mengelirukan?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mislead the House yang melanggari Peraturan 36(12)... [Tepuk]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya sudah dengar Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat...

[Tepuk] Saya buat keputusan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, yang pertama penjelasan Menteri yang saya ketahui dahulu tahun 1963 apabila John Profumo dituduh terlibat dengan Christine Keeler Yang Berhormat. Apabila Menteri membuat penjelasan sendiri walaupun penjelasan itu didapati tidak betul pada ketika itu, tidak ada seorang lain pun mencelah. Dia dibenarkan menjalankan penjelasan sampai habis. Selepas itu kalau didapati ada kesalahan, ada penyelewengan dibuat seperti yang berlaku kepada John Profumo baru dibangkitkan selepas itu Yang Berhormat bukan masa Menteri membuat penjelasan...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak faham-fahamlah.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Dia sudah menjadi Profumo mislead the House.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat ikut peraturan kalau hendak orang lain ikut peraturan.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya hendak tanya, bolehkah satu penjelasan diminta dalam kenyataan kementerian dalam satu perkara yang begitu penting. Sebanyak RM2.5 bilion PKFZ skandal di mana dia lari ke Paris satu minggu.

Saya hendak tanya bolehkah penjelasan diminta, bolehkah?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia beri penjelasan sekarang Yang Berhormat. Tunggu dia habis Yang Berhormat. Saya tidak berdialog dengan Yang Berhormat. Ini soalan dan Yang Berhormat memberi penjelasan. Berlandaskan apa Yang Berhormat Menteri cakapkan dan bukan apa yang saya cakap. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang diungkit itu saya sudah jawab tadi dalam sesi soal jawab.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat

Perkara yang kedua, kedudukan perangkaan hutang dan kos pembangunan projek. Masalah pokok projek PKFZ ini adalah pertambahan jumlah kos keseluruhan projek ini. Pada tahun 2002 anggaran kos asal perolehan tanah dan kerja-kerja pembangunan adalah sebanyak RM1.957 bilion. Pada penghujung tahun 2008 kos berkenaan telah meningkat kepada RM3.522 bilion.

Mengambil kira kos faedah berasaskan bayaran tertangguh kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. serta elemen perubahan kerja dan fi profesional, kos pembangunan projek dijangka akan meningkat kepada RM4.947 bilion menjelang tahun 2017. Pada tahun 2007 LPK telah diberikan pinjaman mudah sebanyak RM4.382 bilion oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 20 tahun untuk tujuan pembayaran kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd.

Menurut unjuran semasa jika pinjaman mudah ini dibayar balik dengan kadar faedah 4 peratus selama 20 tahun maka jumlah bayaran faedah sahaja yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan akan mencecah RM2.506 bilion menjelang tahun 2036. Andainya keadaan aliran wang tunai LPK terus tidak berubah sehingga tempoh pembayaran balik dilanjutkan sehingga tahun 2051 maka jumlah faedah yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan dijangka akan melonjak kepada RM5 bilion.

Justeru itu, jumlah kos keseluruhan projek kemungkinan akan meningkat kepada RM12.453 bilion menjelang tahun 2051. Sekiranya tiada sebarang tindakan intervensi dan daya usaha untuk mempromosikan PKFZ. Senario ini adalah sekadar hypothetical dengan izin, atau andaian. Pada hakikatnya kebelakangan ini pelbagai inisiatif promosi PKFZ Sendirian Berhad dan LPK telah memperlihatkan hasilnya.

Khasnya dari segi semakin bertambahnya bakal-bakal penyewa.

Perkara yang ketiga, urus tadbir pelaksanaan projek PKFZ. Sebagai tindakan susulan kepada pengumuman laporan PKFZ pada 10 Jun tahun 2009, pihak kementerian dan LPK telah menubuhkan tiga badan khusus untuk memantapkan lagi daya maju projek PKFZ. Ia mencakupi pasukan petugas khas yang terdiri daripada peguam, akauntan, juruukur bahan dan juru perunding kos binaan untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan PKFZ, serta mencadangkan syor-syor untuk mengatasinya dalam tempoh dua bulan.

Jawatankuasa urus tadbir korporat ad hoc untuk menyediakan satu mekanisme kawalan jangka masa panjang bagi LPK. Ketiganya, jawatankuasa eksekutif di peringkat PKFZ untuk merancang dan memantau perkembangan perniagaan melalui strategi pemasaran yang berkesan dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya segala daya usaha yang telah, sedang dan yang akan diambil oleh kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan LPK untuk memantapkan PKFZ agar ia berdaya maju dan berdaya saing adalah semata-mata demi kepentingan rakyat, dan bukannya untuk menepati agenda kepentingan parti-parti politik ataupun individu yang tertentu. Sekian.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh minta penjelasan? Ini sahaja..., tidak ada lagi, siapa culprit dalam skandal PKFZ?

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Tidak ada orang yang salah.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak ada orang yang salah? Heinous crime without criminals, adakah ini heinous crime without criminals. Satu jenayah jijik tanpa penjenayah. Apakah ini..., di mana Dato' Seri Chan Kong Choy dan Ling Liong Sik? Semua ada menyiasat... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Lombong emas kepada siapa? Kenapa di sini ada kenyataan mysterious in a shameful statement.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak ada Yang Berhormat, ini penjelasan sendiri. Tidak ada soal jawab Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar

final • 11:50 AM

suara]... Power inside. Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Memang tidak ada sistem Yang Berhormat.

Kalau kita hendak ubah sistem yang baru kita boleh buat Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat. Sila Setiausaha Dewan Rakyat.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh minta penjelasan sedikit. Tuan Yang di-Pertua tadi telah memberikan gambaran bahawa setelah selesai penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri, kita boleh bertanyakan soalan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tidak pernah menunjukkan gambaran Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Itu yang Tuan Yang di-Pertua beritahu tadi...

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tadi kata lepas itu...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

No accountability.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Gambaran andaian bahawa selesai kenyataan Yang Berhormat Menteri kita boleh mengemukakan soalan ataupun penjelasan. Kalau tidak, apakah maknanya penjelasan kementerian kalau ianya terlalu ringkas.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.

Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati buat usul kemudian... [Dewan riuh] Yang Berhormat ini satu sistem yang kita kena terima.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat desak saya pun tidak berguna. Yang didesak sistem kita sendiri Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, kalau tidak puas hati Yang Berhormat, ada cara dan mekanisme yang lain. Kita boleh bincang.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Buang masa sahaja kita datang sini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kuala Selangor, minta tolong Yang Berhormat... Saya hanya menegakkan peraturan Yang Berhormat dan tidak lebih daripada itu.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita perlu protes dengan sekeras-kerasnya bagi pihak rakyat Malaysia... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat Kuala Selangor... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Where are the criminals, where are the culprits, mana penjenayah itu?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudahlah, jangan bawa ini sebagai persoalan peribadi Yang Berhormat, saya minta maaflah... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua tarik balik.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Ini bukan soal peribadi.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau tuduhan menyebut nama individu, itu adalah peribadi. Yang Berhormat duduk semua... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Kita keluar!

[Semua Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tidak kisah Yang Berhormat. Persoalannya Yang Berhormat, saya tidak mempunyai kuasa mengubah peraturan. Sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Menteri.

[Beberapa Ahli Yang Berhormat Pembangkang keluar Dewan]

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG MAKANAN HAIWAN 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008.

Seramai 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Kuala Krai.

Serta celahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain iaitu Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pendang Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Kubang Kerian yang telah memberikan pandangan serta sokongan kepada rang undang-undang ini.

final • 11:59 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Segala teguran dan cadangan menambah baik akan diambil perhatian dalam melaksanakan secara yang baik terhadap rang undang-undang ini. Saya amat bersyukur sekali kerana semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun merakamkan persetujuan dengan rang undang-undang ini dan untuk memudahkan penjelasan, saya ingin memaklumkan bahawa daripada pandangan-pandangan yang diberi, pihak kementerian telah merumuskan untuk menjawab dalam enam bahagian iaitu isu-isu yang dibangkitkan:

(i) isu-isu penggunaan dan juga penyalahgunaan drug dan bahan kimia;

(ii) kemudahan dan perkhidmatan makmal;

(iii) daya jejak ataupun pemantauan;

(iv) penguatkuasaan;

(v) keahlian lembaga dan pemberian lesen; dan

(vi) isu-isu umum.

Saya minta mana-mana Ahli Yang Berhormat kalau ingin mencelah dan minta penjelasan perlu mengikut isu-isu yang telah saya sebutkan tadi supaya kita mudah memberikan sokongan kepada akta ini.

Matlamat utama Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008 ini adalah penubuhan Lembaga Makanan Haiwan, persetujuan mengawal selia kualiti makanan haiwan melalui kawalan pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan untuk memastikan makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain.

final • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Walaupun dikatakan lambat dibentangkan, semua bersetuju betapa pentingnya rang undang-undang ini diadakan. Kelewatan menyediakan rang undang- undang ini bukanlah disengajakan oleh kerajaan. Ini kerana mengambil kira kesediaan kerajaan dan industri dari segi keperluan membangunkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang berkesan.

Di samping itu, penelitian juga perlu diberi agar pelaksanaannya selaras dan tidak bertindih dengan undang-undang yang lain seperti Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 (Pindaan) 2003, agar segala perundangan yang dibentuk adalah saling melengkapi selaras dengan konsep keselamatan makanan from farm to table. Ada persoalan dari beberapa orang Ahli Yang Berhormat membangkitkan mengapa rang undang-undang ini tiada diperluaskan pemakaiannya ke Sabah dan Sarawak?

Rang undang-undang ini digubal khas bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja atas rasional yang berikut:

(i) mengikut Perlembagaan Persekutuan, semua perkhidmatan yang berkaitan dengan haiwan ataupun penternakan di Sabah dan Sarawak terletak di bawah Senarai Bersama atau Concurrent List. Ini bermakna negeri masing-masing mempunyai undang-undang tersendiri dan menetapkan pelaksanaannya menerusi peraturan atau kaedah yang dibentuk berasaskan akta induk negeri-negeri yang berkenaan; dan

(ii) Sarawak juga mempunyai peruntukan mengawal selia makanan haiwan di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. Sabah pula kini sedang menggubal peraturan di bawah Ordinan Binatang 1992 Sabah bagi mengawal selia makanan haiwan.

Walau bagaimanapun pelaksanaan undang-undang ini akan diselaraskan bagi memastikan tiada terdapat percanggahan kuasa yang merugikan kerajaan dan memberikan kesan negatif kepada industri. Isu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, iaitu isu pelaksanaan dan peruntukan dalam undang-undang. Jawapan kepada isu-isu penggunaan dan penyalahgunaan drug dan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan haiwan adalah seperti berikut. Kerajaan menyedari terdapat kes-kes penyalahgunaan drug dan bahan kimia terlarang dalam makanan ternakan yang boleh memudaratkan haiwan dan manusia. Di antara bahan-bahan tersebut ialah:

(i) beta-agonist;

(ii) doksin;

(iii) nitrofuran

(iv) chlorophyll- tenicol; and

(v) fluoroquinolones.

Kementerian Pertanian dan juga Industri Asas Tani menerusi kegiatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ataupun JPV telah melaksanakan program jaminan mutu dan juga kepastian kualiti makanan dengan memantau kejadian salah guna beta-agonist pada ternakan terutamanya khinzir. Hasil daripada pemantauan tersebut, JPV telah mendapat keputusan seperti berikut:

(i) pada 2004, lebih 15 peratus ladang khinzir yang berjumlah 695 adalah positif;

(ii) tahun 2005, 15 peratus positif;

(iii) tahun 2006, 5.6 peratus positif; dan

(iv) tahun 2007, 0 peratus.

Ini kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga KKM melaksanakan pengujian mandatori yang dibuat secara pentadbiran. Bagi ternakan lain seperti lembu, kerbau, kambing dan udang, pemeriksaan juga dibuat secara berkala, apabila ada salah guna daripada jumlah 14,673 sampel yang diambil pada tahun 2008, tiada kes positif yang direkodkan. Kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Amalan Ladang Ternakan ataupun SALT pada tahun 2000 dan Program Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia ataupun SPLAM pada tahun 2004.

final • 12:00 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Skim ini bertujuan menggalakkan pengusaha ladang ternakan mengamalkan sistem penternakan yang baik dan mencegah penyalahgunaan drug dan bahan kimia terlarang dalam makanan ternakan. Walau bagaimanapun keberkesanan program ini sangat terhad berikutan penyertaannya adalah secara sukarela. Dengan adanya rang undang-undang ini, semua ladang penternakan diwajibkan menjalani pemeriksaan dan sebarang penyalahgunaan drug dan barang kimia terlarang akan dapat dikesan.

Sehingga kini sebanyak 328 buah ladang ternakan telah menerima Sijil SALT dan 23 buah ladang akuakultur menerima Sijil SPLAM. Jabatan Perkhidmatan Veterinar ataupun JPV turut bekerjasama dengan doktor veterinar swasta dan juga Persatuan Penternak bagi memantau penggunaan antibiotik terlarang ini. Tindakan khas boleh diambil membanteras salah guna drug ini jika diwujudkan Akta Makanan Haiwan ini.

Berkenaan isu pencemaran doksin dalam makanan ternakan. Ianya dipantau melalui kerjasama yang dibuat dengan agensi-agensi lain seperti kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada penggunaan bahan yang saya nyatakan tadi, terdapat pengilang makanan dan penternak yang menggunakan bahan-bahan dari sumber ladang atau kilang pemprosesan termasuk bangkai haiwan, sisa buangan ternakan dan sisa hidangan restoran sebagai ramuan penyediaan makanan haiwan bertujuan mengurangkan kos pengeluaran. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut. Bahan protein haiwan seperti bangkai, organ, darah dan juga tulang, juga terdapat sisa buangan haiwan seperti najis. Risiko jangkitan penyakit kepada manusia dari sumber ternakan yang tercemar dapat dielakkan sekiranya amalan penternakan yang baik diamalkan.

Selain isu kualiti dan keselamatan makanan, penggunaan bahan-bahan seperti ini akan menimbulkan keraguan dari aspek halal atau kesuciannya. Peraturan- peraturan yang akan diwujudkan dari Akta Induk ini akan mengambil kira kandungan bahan makanan yang halal yang sesuai mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu peraturan pelabelan juga akan membantu dalam menyelesaikan isu ini. Umpamanya memproses makanan haiwan akan diwajibkan supaya mengisytiharkan pada label barangan sama ada bahan yang tidak halal digunakan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah isu kemudahan dan perkhidmatan makmal...

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Pohon mencelah sedikit.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Boleh.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tunggu penjelasan daripada Menteri berkaitan dengan perkara yang pertama, berkaitan dengan isu-isu sebelum Menteri masuk kepada tajuk yang lain. Di bawah perkara pertama yang disebut oleh Menteri ialah berkaitan dengan kelewatan yang saya timbulkan iaitu selama 14 tahun akta ini dibawa.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya sebut dua justifikasi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan kepada justifikasi yang kedua. Akan tetapi, perkara pertama yang ingin saya sebutkan ialah kelewatan ini rasionalnya adalah kerana penemuan- penemuan baru di dalam sains pertanian tidak dimasukkan.

Oleh sebab itulah maka kita merasai sedikit kekesalan kerana 14 tahun ini, penemuan-penemuan sains pertanian yang baru ini tidak dimasukkan sebagai contohnya, EM iaitu effective microorganism. Walaupun EM ini sudah lama, tetapi oleh sebab EM ini baru diperkenalkan semula dalam sains, jadi tidak dimasukkan di dalam akta itu.

Oleh sebab itulah, maka kita kesal dengan kelewatan itu. Terima kasih kerana jawapan yang kedua Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pindaan ataupun dengan overlapping, dengan izin, dengan akta-akta yang lain. Itu perkara pertama yang saya timbulkan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana beberapa pandangan daripada pihak yang membahaskan, kita telah terima satu pindaan notis bagi pindaan dan ini satu perkara yang cukup positif. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri boleh memberikan respons terhadap isu ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Mengenai isu Yang Berhormat bangkitkan ini, saya hendak jawab isu yang umum iaitu isu mengenai penggunaan effective microbes, EM. Ia memang termasuk Yang Berhormat, di bawah takrifan mikroorganisma dan akta ini. Kita akan memperincikan ‘speeches’ nya di bawah peraturan yang berkaitan. Apabila Yang Berhormat Menteri ada kuasa, kita akan memperincikan dengan lebih detail di bawah peraturan yang kita akan buat. Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat bangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kemudahan dan perkhidmatan makmal, berkenaan isu yang berkaitan tahap pemberian perkhidmatan dan kemudahan makmal, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi JPV dan Jabatan Perikanan, kini mempunyai 17 makmal di seluruh Malaysia yang berkemampuan memberi perkhidmatan yang mencukupi bagi semua kes yang dirujuk.

Di samping itu, terdapat enam buah makmal swasta yang telah diperakui oleh JPV sejak tahun 2008 bagi menyokong perkhidmatan makmal kerajaan. Selain itu, terdapat kemudahan makmal di bawah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Universiti Sains Malaysia. Dalam menjalankan ujian makmal, kaedah yang digunakan adalah berpandukan kepada Malaysian Standard Laboratory Procedure dan Standard ISO ataupun IEC 17025 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Teknik pengujian drug, bahan kimia dan nutrien terkini seperti Automatic Amino Acid Analysis, High Performance Layer Chromatography (HPLC) dan DCMS telah pun digunakan dengan meluas.

Berkenaan tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan ujian makmal, ia adalah bergantung kepada jenis ujian, kaedah pengujian dan jumlah sampel yang diterima. Tempoh pengambilan sampel hingga keputusan diterima akan disingkatkan dari semasa ke semasa dengan penggunaan teknologi yang terkini dan peralatan yang lebih canggih.

Dalam isu meningkatkan kecekapan kakitangan pula, pihak kementerian mengambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Lebih ramai pegawai akan diberi pendedahan serta latihan di dalam dan di luar negara bagi membentuk kepakaran khusus.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga ialah isu daya jejak. Dalam usaha memantapkan pemantauan dan pelaksanaan...

final • 12:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan sampel yang diambil untuk diuji dan dianalisis di makmal. Sebelum ini, semasa perbahasan saya ada membangkitkan akan menyeru di dalam rang undang-undang ini untuk menetapkan satu tempoh, tempoh di mana hasil keputusan boleh diberi kepada pemiliknya, agar pemilik itu tahu keputusan sampel itu dan bilakah jika beliau pasti bahawa makanan haiwan, contoh tin-tin makanan haiwan itu adalah bebas daripada sebarang bahan larangan, beliau akan tahu dalam tempoh tertentu, mungkin 14 hari akan dikembalikan.

Akan tetapi, jawapan Yang Berhormat mengatakan bahawa makmal adalah mencukupi, tetapi ia perlu mengambil masa bergantung pada jumlah sampel yang diambil, saya rasa terlalu longgar untuk memastikan pemilik makanan haiwan tersebut di mana sampelnya telah diambil, bahan itu tidak di dalam tangan pegawai penguat kuasa terlalu lama.

Jadi, mungkin dari aspek itu adalah baik rang undang-undang ini dicatatkan tempoh dan juga memastikan sampel itu tidak dicemari jika ada satu tempoh ditetapkan. Jadi, saya rasa lebih adil lah dalam aspek ini.

final • 12:16 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Batu Gajah. Memang benar kalau tidak ada tempoh takut nanti orang tertunggu-tunggu sampai bila hasil kajian ini dibuat. Namun yang demikian, saya katakan tadi kalau kita letak specific date ataupun tempoh yang tertentu, mungkin nanti timbul pula ketidakadilan kerana ia mesti bergantung pada jenis ujian yang kita hendak buat. Kemudian, kita juga hendak tengok kaedah pengujiannya dan jumlah sampel.

Jadi, kalau sampel yang kita ambil sedikit, adalah tidak adil kalau kita letak misal kata dengan jumlah sampel yang banyak.

final • 12:16 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Namun yang demikian, kita akan memperincikan pandangan Yang Berhormat apabila kita membuat peraturan-peraturan ini. Ini adalah kerana daripada hendak menentukan uji kaji ini, kita akui memang kita sudah banyak tempat-tempat ujian kita, pakar-pakar kita juga ada, tetapi tempoh. Sama jugalah Yang Berhormat macam kita kes-kes jenayah pun sama. Jadi, saya rasa kalau kita tentukan tarikh, memang ada kebaikannya dan keburukannya.

Jadi, dalam kita melaksanakan ini, sebelum ini saya nyatakan tadi, kita akan cuba berusaha untuk mempercepatkan tempoh. Akan tetapi, apabila kita laksanakan nanti, kita dapati tempoh ini menimbulkan masalah kepada pihak industri, mungkin kita akan mempertimbangkan untuk memberikan tempoh-tempoh tertentu kerana ini akta yang baharu. Kita kena cuba dengan apa yang ada dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memantapkan pemantauan dan pelaksanaan rang undang-undang ini, satu sistem daya jejak ataupun traceability akan diwujudkan setelah undang-undang ini dikuatkuasakan. Satu sistem pangkalan data akan dibangunkan bagi membolehkan semua makmal di setiap peringkat rantaian pengeluaran makanan haiwan seperti pengimportan bahan-bahan mentah, pengilangan, penyimpanan, pemasaran dan penggunaan dapat disimpan dan diuruskan.

Melalui pendekatan ini, sebarang isu berbangkit dalam rantaian pengeluaran akan dapat dijejak ke puncanya. Mengenai cadangan mewujudkan penyelarasan dengan pengusaha haiwan, institusi penyelidikan dan badan bukan kerajaan ke arah membantu pelaksanaan rang undang-undang ini, kementerian berpendapat, kementerian akan mewujudkan jawatankuasa di bawah setiap peraturan-peraturan yang sesuai.

Untuk memantapkan lagi langkah pemantauan secara berkala dan tidak berkala, JPV akan meneruskan program pensampelan dari ladang-ladang ternakan, loji pemprosesan dan produk-produk termasuk makanan haiwan yang diimport bagi memastikan keakuran kepada piawaian yang telah ditetapkan. Program ini dibuat secara pentadbiran ataupun secara sukarela.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengesyorkan supaya turut dibentuk program pemantauan secara tidak berkala ataupun spot check di masa hadapan melalui bidang kuasa yang diperuntukkan dari rang undang-undang ini bagi meningkatkan tahap pematuhan yang berterusan.

Isu yang keempat, iaitu penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pengawalseliaan aktiviti di bawah...

final • 12:16 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Okey, Yang Berhormat Menteri, saya terpanggil untuk mencelah apabila Yang Berhormat Menteri menyentuh soal bahan-bahan yang diimport ini. Saya keliru sedikit dengan cara pemantauan dan pelaksanaan penyiasatan bahawa bahan-bahan yang diimport itu diterima pakai oleh pihak kementerian apabila kita ada akta ini.

final • 12:19 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Bagaimana pihak kementerian untuk memantau syarikat-syarikat pengimport ini? Adakah dari pihak kastam ataupun satu agensi atau agensi jabatan di bawah kementerian untuk memantau semua bahan-bahan yang diimport daripada luar negeri.

Ini kerana yang ada sekarang Yang Berhormat Menteri, pengusaha-pengusaha ternakan ini biasanya membeli bahan-bahan ini daripada kedai terus tanpa melalui pihak kementerian. Minta penjelasan sikit.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih pandangan Yang Berhormat.

Bagi melaksanakan undang-undang ini, seperti mana yang telah saya nyatakan ianya bukan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sahaja melalui Jabatan Veterinar. Kita juga ada akta racun, akta makanan dan juga pihak kastam dan juga pihak pegawai Kementerian Kesihatan yang juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk menyiasat barang-barang import.

Akan tetapi bagi kementerian, kita akan buat penyemakan secara berkala ataupun tidak berkala. Kalau kita dapati bahan yang digunakan itu daripada bahan- bahan yang terlarang, maka sudah tentu tindakan yang kita akan ambil bukan kepada pengguna. Tentulah kepada siapa yang mengimport barang-barang tertentu.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Sudah tentu sewaktu dia buat pengisytiharan kepada kastam. Ini memerlukan kerjasama dengan agensi-agensi yang lain. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih dalam kami melaksanakan isu pemantauan apabila rang undang-undang ini diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu penguatkuasaan, mengenai isu pengawal selia - aktiviti di bawah peruntukan bahagian v, fasal 19 dan fasal 20 serta keseluruhan peraturan di bawah rang undang-undang ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani boleh melantik dan memberi kuasa kepada pegawai awam untuk melaksanakan peruntukan rang undang-undang ini. Dalam isu keupayaan, pemantauan dan penguatkuasaan, kementerian akan berusaha menyepadukan semua tindakan pemantauan undang-undang dan peraturan yang wujud di dalam kementerian. Di samping itu kementerian melalui MAQIS - Malaysian Agriculture Quarantine Services akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain seperti Pasukan Gerak Am, polis dan kastam di pintu masuk dan kawasan sempadan.

Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan mengenai memberi segala kuasa di bawah Kanun Tatacara Jenayah di bawah fasal 32, ianya merupakan kuasa-kuasa penyiasatan am seperti mana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Kuasa-kuasa penyiasatan ini akan membantu pegawai untuk menyediakan laporan siasatan yang lengkap dan sah. Cadangan pindaan fasal 25(c) oleh Yang Berhormat Sungai Siput, tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukkan dari fasal ini telah pun wujud dalam fasal 26(c). Tambahan pula fasal 25(a), (b) dan (c) adalah bertujuan memastikan tindakan penguatkuasaan yang berkesan dari tujuan yang berikut:

(i) tindakan segera menghalang tambahan makanan haiwan yang disyaki dan disita terus memasuki ke dalam rantaian makanan haiwan dan seterusnya dijadikan sumber makanan manusia yang boleh membahayakan kesihatan manusia;

(ii) bagi menghalang makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan dan lain-lain bukti di musnah, di lupus, dipindah dan sebagainya;

(iii) makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan dan lain-lain yang disita diperlukan sebagai barang bukti di mahkamah;

(iv) mengenai cadangan pindaan fasal 45 yang mencadangkan memasukkan fasal baru, 45(a) dan 45(b) mengenai penubuhan dan juga fungsi panel aduan dan pemantauan.

Cadangan ini sebenarnya kita telah pun ada saluran-saluran yang berkesan bagi menangani isu ini iaitu seperti aduan- aduan am boleh diajukan kepada biro pengaduan awam.

Bagi salah laku tindakan, boleh diadu kepada polis dan SPRM. Di peringkat jabatan, boleh diadukan kepada Ketua Jabatan masing-masing. Di dalam rang undang-undang ini, di bawah fasal 4, terdapat fungsi dan kuasa Lembaga Makanan Haiwan bagi mentadbir dan memantau pelaksanaan akta ini;

(v) proses pemantauan penguatkuasaan sedia ada adalah mencukupi dan bersistematik. Segala tindakan yang diambil di rekod dan dilaporkan daripada peringkat lapangan sehingga ke peringkat Ketua Jabatan.

final • 12:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Menteri, penjelasan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Bagi saya habis dulu. Bagi tujuan akta ini, proses pemantauan yang sama akan diguna pakai. Aduan terhadap agensi penguatkuasaan boleh juga diambil tindakan di bawah satu rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan 2009 yang telah pun masuk peringkat kedua di Dewan Rakyat ini.

Dengan itu cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Makanan Haiwan ini yang melibatkan pindaan 25(c) dan fasal baru 45(a) dan 45(b) seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput ini telah pun terdapat di dalam akta yang sedia ada ini. Sila Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Actually kerisauan saya Yang Berhormat Menteri, adalah di seksyen 45 ini bagi satu kekebalanlah. Imuniti yang begitu kebal untuk pegawai yang diberi kuasa. Di mana tiada tindakan atau pendakwaan yang boleh dibawa, dimulakan, dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap apa juga langkah dia.

Apa yang saya risau ialah ini akan menimbulkan satu situasi di mana pegawai- pegawai kita boleh dirasuahkan, kerana mereka ada begitu banyak kuasa. Dia boleh masuk mana-mana punya kilang, boleh masuk mana-mana punya stor, sita barang itu, hentikan production di situ, jadi tauke-tauke itu akan bagi dia rasuah. Jadi sama dengan polis, sama dengan kastam, kita akan timbulkan satu suasana, satu culture. Jika tidak ada, kenapa beberapa kereta polis...

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu tuduhan! You buat fitnah!

final • 12:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Bukan tuduhan. Dalam polis, tengok, ”Saya Anti Rasuah”, kenapa di kereta-kereta ada macam itu jika tidak ada satu masalah rasuah. Kenapa polis adakan satu kempen besar-besaran katakan, ”Saya Anti Rasuah”. Jadi saya rasa jika kita bawa rang undang-undang ini, buat secara yang baik, bagi system check and balance di dalamnya. Jangan tunggu sampai satu suasana rasuah timbul lepas itu kita buat kempen Anti Rasuah itulah sebabnya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih pada pandangan Yang Berhormat. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat.

Sebab itu pandangan Yang Berhormat sebenarnya bukan sahaja hari ini kita dengar tapi telah pun menjadi satu isu di dalam negara kita, memberikan persepsi-persepsi yang negatif kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan, polis, imigresen, seolah-olah dikaitkan dengan rasuah. Sebab itu polis letak sahaja, ”Anti Rasuah”.

Kalau nanti letak, ‘saya menerima rasuah’ menjadi isu pula. Ini kerana bila orang tuduh polis, polis kena pertahankan diri dia. Akan tetapi tidak salah kalau polis mengatakan dia memang anti rasuah. Hanya satu persepsi. Oleh itu Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, untuk kita memastikan pihak-pihak penguatkuasaan ini tidak berlaku penyalahgunaan kuasa-kuasa yang ada pada mereka, maka satu Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan 2009 yang telah pun kita bentangkan bacaan kedua di Dewan ini. Ini akan merangkumi semua.

Bukan sahaja pegawai yang akan bertindak untuk menyiasat bahan-bahan makanan ini tapi juga termasuklah polis, JPJ dan sebagainya. Jadi semua ini Yang Berhormat akan merangkumi di bawah Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan 2009.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang kita mohon ini ialah expertise, orang yang pakar dalam bidang itu berada di dalam lembaga ataupun di lembaga yang menguatkuasakan. Adakah itu satu perkara yang sukar untuk pihak kementerian pertimbangkan. Expertise ini dia lebih maklum tentang hal-hal berkaitan dengan soal makanan haiwan.

Kalau kita minta pihak polis yang menyelenggarakan, ini bukan bidangnya ataupun pihak yang ini. Apa yang kita minta, yang kita pohon ialah pakar yang terlibat di dalam pengilangan, pengeluaran makanan haiwan berada di dalam lembaga ataupun dalam pihak Lembaga Aduan dan Penguatkuasaan, itu yang kita pohon. Adakah menjadi satu kesukaran bagi pihak kementerian dengan fungsi itu diambil alih oleh badan yang lain termasuk juga badan integriti yang akan kita bentangkan sebentar lagi.

Jadi pohon ulasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya, terima kasih pada pandangan Yang Berhormat. Saya ingat ada dua isu ini. Satu isu ialah pegawai penyiasat, keduanya ialah pakar. Macam juga polis, kalau ada siasatan jenayah, cap jari, polis ambil sahaja menyiasat tetapi untuk menentukan pengesahan cap jari sebagai contoh, ada pakarnya. Jadi di sini pun isu yang sama sebab kepakaran pegawai penyiasat dengan kepakaran profesionalisme seseorang itu mestilah berbeza.

Namun saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa di dalam lembaga itu kita akan melantik pakar-pakar di dalam bidang makanan, bukan dalam bidang penyiasatan untuk mengesahkan kandungan-kandungan itu. Itu saya amat bersetuju kerana layman. Mungkin dia tidak boleh faham.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya pun kadang-kadang menyebut istilah pun tidak berapa tepat, saya tahu.

Sebab saya bukan dalam bidang kajian makanan ini. Jadi, sebab itu Yang Berhormat, isu yang saya hendak sebut seterusnya ialah isu keahlian, lembaga dan juga pemberian lesen. Jadi mengenai cadangan memasukkan ahli dari MITI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pakar makanan haiwan Yang Berhormat nyatakan tadi, Lembaga Makanan Haiwan boleh melantik mereka menjadi ahli di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di bawah akta ini.

Kalau Yang Berhormat ada nama, bagi kepada saya. Insya-Allah saya lantik. Sebab ini ia tidak kira parti politik. Yang hendak makan ia tidak kira PAS atau UMNO atau PKR. Makanan itulah benda yang kita makan. Jadi untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Tidak ada kaitan dengan politik di sini.

Kekerapan mesyuarat Lembaga Makanan Haiwan akan ditetapkan oleh pihak lembaga sendiri. Mengenai kelayakan untuk mendapatkan lesen pengimportan dan pengeluaran makanan haiwan ianya adalah seperti berikut:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) bukti penglibatan di dalam penyediaan makanan haiwan;

(iii) bukti perolehan bahan daripada punca atau negara yang diluluskan Kerajaan Malaysia;

(iv) mempunyai keupayaan penstoran; dan

(v) syarat-syarat lain yang akan ditetapkan oleh Lembaga Makanan haiwan.

Isu yang akhir Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hendak tanya mengapakah di dalam keahliannya, lembaga tidak boleh secara terus menetapkan wakil-wakil daripada persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan ternakan. Jadi kita boleh memperoleh pandangan daripada mereka di dalam menjalankan fungsi lembaga ini dan bukannya di bawah jawatankuasa. Kita tengok keahlian Ahli Lembaga Makanan Haiwan, 15 orang semua adalah daripada sektor awam. Main player di dalam industri ternakan patut dilibatkan sama, meletakkan mereka di peringkat policy making. Penggubalan dasar ini di mana di dalam Lembaga Makanan Haiwan.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada kata dalam isu makanan adalah tidak berpolitik. Akan tetapi saya menerima maklumat di mana sebelum ini bekas Menteri Pertanian ada mengarahkan agar ditubuhkan jawatankuasa Kementerian Pertanian di peringkat Parlimen.

Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri mengambil alih kementerian ini, Yang Berhormat Menteri, saya menerima khabar kononnya mesyuarat tidak boleh diadakan lagi dengan ahli-ahli dari pembangkang sebab terima arahan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah benar ini? Jika tidak, saya hendak tanya mengapa sehingga hari ini jawatankuasa ini langsung tidak memanggil mesyuarat. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri ambil peluang ini untuk perjelaskan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ini ada dua isu. Isu yang pertama ini Lembaga Makanan Haiwan. Sekarang ini pun Yang Berhormat, walaupun tidak ada akta ini, kita memang bekerja rapat, bekerjasama dengan persatuan-persatuan penternak seperti yang saya nyatakan tadi. Selama kita tidak ada akta ini, kita buat secara pentadbiran, memang kita mendapat kerjasama penuh daripada persatuan-persatuan penternak dan juga syarikat-syarikat swasta. Jadi mengenai cadangan Yang Berhormat, kita boleh melantik wakil-wakil ini. Ini tidak ada masalah, malah kita memang kena minta tolong. Malah saya pun sudah kata tadi kalau kita doktor, bukan sahaja pegawai-pegawai daripada Jabatan Veterinar, malah doktor swasta yang berpengalaman di dalam bahagian veterinar juga akan kita bawa bersama-sama.

Ini ialah isu makan. Ini isu makan, Yang Berhormat pun makan, saya pun makan, semua orang makan. Ini isu lain yang tidak kenal politik. Siapa juga yang hendak makan mesti mendapat makanan yang baik dan makanan haiwan tersebut mestilah daripada barang-barang yang bersih dan suci. Itu lain. Ini isu yang saya cakap.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi isu Yang Berhormat bangkit tadi, yang kedua itu isu Majlis Pembangunan Pertanian kawasan Parlimen. Itu isu pentadbiran di mana kita telah sedia maklum bahawa di dalam kita mentadbir negara ini, hari ini kita ada dua kerajaan.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam kita hendak melaksanakan segala apa manifesto kita, janji kita sebagai Barisan Nasional sewaktu kempen dahulu, kita akan melaksanakan.

Sebegitu juga dengan pihak pembangkang, macam-macam janji sewaktu pilihan raya. Jadi hari ini masing-masing sudah ada kerajaan, pembangkang telah ada kerajaan, Barisan Nasional telah ada kerajaan. Apabila pihak pembangkang menang dalam satu-satu negeri, seperti di negeri Selangor, negeri saya. Dia tukar. JKK di mana terdiri daripada penyokong UMNO semua dia tukar, 100 peratus dia tukar. Ambil yang baru. Dia pakai istilah JKK juga. Kemudian, bukan itu sahaja masjid pun dia tukar ini, imam tukar, nazir tukar. Semua tukar. Dia kata pilih...

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Walaupun orang baik, ditukar juga?

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Mencelah sedikit...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Nanti saya jawab dahulu Yang Berhormat Ampang. Bagi saya jawab dahulu.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Sebab tidak ada kena- mengena dengan isu ini.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya nak cerita sebab, isu yang saya bangkit... Tidak Yang Berhormat Ampang, tunggu dahulu. Bagi saya jawab. Isu ini Yang Berhormat Batu Gajah yang bangkit. Saya tidak mahu masuk politik isu ini. Saya kata ini isu tidak kira politik. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan isu politik, dan isu patut jelas, saya kena jelaskan... [Dewan riuh] Tadi Yang Berhormat juga yang minta saya jelaskan. Saya jelaskan. Yang Berhormat kena faham kita ada dua peruntukan. Jadi di peruntukan Federal, saya bagi contoh. Kementerian saya, saya bagi contoh. Segala duit-duit daripada peruntukan Federal mestilah dibagi melalui Pegawai Pembangunan Negeri, kerana di bawah Pegawai Pembangunan Negeri, Kerajaan Persekutuan pula ada melantik DO-DO kita sendiri. Di bawah DO-DO ini, kita melantik penghulu-penghulu kita sendiri. Di bawah penghulu-penghulu ini sendiri, kita lantik pula JKKP kita, yang dahulunya JKKK yang dipecat oleh Kerajaan Pembangkang di Selangor pada hari ini.

Jadi duit yang kita salurkan daripada persekutuan seperti contoh dekat Selangor. Di Tanjong Karang sahaja, Barat Laut, RM22 juta, hendak buatkan saliran.

Kerajaan negeri saya difahamkan bagi hanya RM15 juta. Akan tetapi adakah adil?

Kerajaan bagi RM15 juta, tetapi Menteri Besar dan Exco dia, seolah-olah dialah yang bertanggungjawab hendak menaikkan padi 10 tan. Segala baja, segala racun, mesti diberi oleh JKK yang disokong oleh pihak pembangkang. Jadi ertinya, dari segi politik, orang akan kata, apa ini? Duit, duit Persekutuan. Akan tetapi yang menyokong, yang berlagak, yang mendapat nama ialah pembangkang. Ini politik bodoh namanya...

[Dewan riuh] Kalau kita tidak bertindak.

Jadi apabila saya tubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen, saya akan lantik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, kerana duit ini...

final • 12:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri, boleh ulang lagi politik apa itu?

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Kerana ini duit Barisan Nasional. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat akan jadi pengerusi untuk memastikan janji kita, yang kita janji kepada rakyat, kita laksanakan. Apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat perubahan kita akan laksanakan. Hanya yang boleh melaksanakan ini ialah Ahli-ahli Barisan Nasional yang memahami perjuangan dan juga hasrat Barisan Nasional. Kalau bagi kepada pembangkang esok, dia pusingnya, dia sabotajnya, akhirnya yang kena marah kita...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Jadi saya hendak jelaskan saya punya alasan...

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya, ya. Minta penjelasan. Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya. Bagi, bagi.

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu penerangan panjang lebar oleh Yang Berhormat Menteri, jelas Yang Berhormat Menteri, dengan sendiri menjelaskan Yang Berhormat menggunakan kementerian untuk berpolitik... [Dewan riuh] Sebab yang jelas adalah, ini ada surat jemputannya sebelum ini untuk penubuhan jawatankuasa MOA & Corporated peringkat Parlimen, daerah Kinta. Kami ahli-ahli pembangkang dijemput bersama, tetapi apabila Yang Berhormat Menteri mengambil alih kementerian ini, Yang Berhormat, saya terima maklumat. Pegawai maklumkan saya. Maaf Yang Berhormat, saya tidak boleh panggil untuk hadir mesyuarat lagi sebab kami telah terima arahan daripada Menteri yang baru... [Dewan riuh] Ini, ini jelas. Jadi Yang Berhormat panjang lebar menjelaskan. Ini jelas Yang Berhormat. Tadi kata isu pemakanan tidak berpolitik, dan ini jelas. Jelas Yang Berhormat sedang berpolitik sekarang memecahbelahkan petani-petani. Memecahbelahkan penduduk-penduduk kawasan saya.

final • 12:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau Yang Berhormat kata itu duit yang hanya Barisan Nasional boleh melaksanakan projek-projek Barisan Nasional, ini cukai dibayar oleh pengundi kawasan saya... [Disorak][Tepuk] Jadi, yang penting saya tekankan adalah bekas Menteri Pertanian menjemput Ahli Parlimen Pembangkang hadir membentuk Jawatankuasa Peringkat Parlimen Daerah Kinta. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri apabila mengambil alih kementerian, Yang Berhormat jelas berpolitik. Inilah masalahnya mengapa Barisan Nasional akan tumbang. Inilah masalahnya selagi ada Menteri sebegini.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Sudah habis? Terima kasih, Yang Berhormat, saya hendak jawab. Pembangkang ini dia tidak faham. Kita sudah jawab, yang kita hendak fikir ini ialah pelaksanaannya tetapi prinsip kita rakyat didahulukan. Apabila rakyat didahulukan tidak kiralah, pembangkang - PAS atau DAP, rakyat mesti dapat.

Hanya yang kita hendak gunakan institusi kita sendiri. Itu Yang Berhormat kena jelas.

Kalau Yang Berhormat kata kalau ada orang DAP - beritahu saya mana orang DAP yang tidak bantuan kalau kita adakan satu-satu bantuan. Beritahu saya, saya akan bagi. Manalah tahu kalau kita bantu dia esok dia sokong kita pula. Prinsip kita untuk memujuk. Dia tahu ini duit Barisan Nasional yang kita janji. Ini maksudnya.

final • 12:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Barisan Nasional? Itu duit Barisan Nasional? Yang Berhormat salah!

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Duit rakyat!

final • 12:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Duit Kerajaan Barisan Nasionallah!

final • 12:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu masalahnya. Tidak boleh campur aduk. Itu duit rakyat bukan duit Barisan Nasional.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Duit Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

final • 12:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan guna duit rakyat untuk berpolitik.

Kalau kawasan Batu Gajah telah menolak calon Barisan Nasional jadi saluran kewangan itu patut disampaikan kepada wakil rakyat kawasan itu untuk libatkan bersama penggubalan dasar pelaksanaan projek yang baik untuk rakyat. Itulah yang dipanggil rakyat didahulukan.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Sudah? Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan berpolitik. Apabila saya kata duit rakyat atau duit Barisan Nasional, kerajaanlah.

Kerajaan Barisan Nasional kerajaan yang sah yang berdaftar bukan kerajaan pakatan pembangkang yang tidak sah, yang tidak berdaftar pun dengan ROS. Itu Yang Berhormat kena faham. Yang Berhormat, ini politik, Yang Berhormat. Yang Berhormat dekat Perak pun sama, Menteri Besar Perak yang sekarang ini jadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, semasa mahkamah kata dia jadi Menteri Besar, dipecatnya.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Semua dipecatnya. Penasihat Undang-undang dia pecat, semua dia pecat.

Dia memerintah semua JKK dia tukar. Yang Berhormat stop lah. Jangan gunakan gelanggang ini Yang Berhormat tahu isu politik. Yang Berhormat pun ada cara politik kita juga ada cara politik. Biar rakyat yang menentukan siapa yang akan dipilih.

Tunggulah kita sama-sama.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rompin bangun, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Setakat ini walaupun kita kurang dua pertiga majoriti kita masih lagi berkuasa. Dengan cara pendekatan kita, dengan cara hendak menyedarkan rakyat kerana selama ini kita tengok pembangkang pun berkuasa lebih daripada kerajaan, begitu, begini. Jadi, rakyat pun boleh fikir, apa guna sokong kerajaan kalau pembangkang boleh bantu semua. Oleh sebab itu saya betulkan supaya rakyat tahu mana duit yang daripada Persekutuan yang kita beri kepada rakyat dan mana duit yang diberi oleh kerajaan pembangkang. Dalam pilihan raya masing-masing ada manifesto. Okey, sekarang laksanakan janji kita kepada rakyat. Terima kasih.

Yang Berhormat Rompin.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Rompin.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Terima kasih.

Saya hendak berbalik kepada isu akta. Namun demikian sebelum saya berbalik kepada isu akta saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri. Semasa pembangkang menjadi kerajaan negeri Perak ini, setakat mana dia sudah bina industri pertanian di Perak, apa yang dia sudah buat? Dia sudah pegang, apa dia buat? Yang Berhormat Batu Gajah pun pada hari itu, semasa pilihan raya saya dengar merajuk juga hari itu tidak hendak bertanding.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Oh, merajuk, ya?

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Merajuk.

Merajuk, tetapi entah siapa yang pujuk masuk balik. Standardlah sebelah sana itu, sama dia pun belum tahu!

Saya hendak berbalik kepada perkara - ini ada juga Batu Gajah yang baiknya, 90 peratus tidak baik, 10 peratus yang baiknya. Ini 3(1) ini, selalunya dalam akta, Yang Berhormat Menteri, dia ada kuasa Menteri untuk melantik tiga atau lima orang tambahan tetapi saya nampak tidak ada kuasa Menteri untuk hendak menambah.

Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang baru melihat isu-isu terkini yang perlu meletak tokoh-tokoh yang ada latar belakang tertentu dalam lembaga tetapi menteri tidak kuasa, semua sudah dinamakan. Ini saya nampak ada kelainan sedikit.

Adakah Yang Berhormat Menteri hendak fikir balik kah? Sepatutnya menteri diberi kuasa melantik tiga atau lima orang dan adakah daripada swasta?

Macam sekarang, saya nampak penubuhan Lembaga Makanan, semua usul- usul regulatory sahaja - menentukan lesen, pembaharuan lesen, pembatalan lesen, spesifikasi makanan. Semua kuasanya on the supply side, tidak ada langsung nampak di sini – sudah semestinya kerajaan bila hendak bina Lembaga Makanan juga hendak membina industri makanan itu sendiri. Kalau Yang Berhormat Menteri merasakan sesuai melantik seorang tokoh yang sudah berkecimpung dalam bidang pertanian – katakanlah dia sudah bela ayam 10 juta, Malaysia amat berjaya sekali. Manakala yang eksport ayam ke Singapura semua rakyat Malaysia. Kita patut bangga kepada mereka.

Ayam ini, Yang Berhormat Menteri mungkin tahu, 70 peratus ialah daripada makanan jagung dan jagung semua diimport. Padahal lembaga ini sepatutnya memikirkan juga bukan sekadar hanya regulatory sahaja tetapi membina industri makanan. Sudah semestinya Yang Berhormat sebagai Menteri bertanggungjawab dan saya Yang Berhormat Menteri daripada luar bandar mahu melihat juga industri makanan ini dari sumber industri yang besar untuk kerajaan. Akan tetapi Menteri tidak ada kuasa hendak melantik orang-orang Yang Berhormat merasakan semasa penting tetapi semunya pegawai kerajaan sahaja, tidak ada kuasa Menteri untuk melantik daripada industri.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Saya nampak itu patut Yang Berhormat Menteri ambil ingatan. Saya nampak akta-akta kerajaan tidaklah sampai semua sekali anggota kerajaan. Sepatutnya Menteri diberi kuasa juga melantik yang luar sebab saya nampak bahawa sekarang dalam suasana ekonomi menghadapi satu cabaran dengan jatuhnya sistem kewangan dunia di Amerika, maknanya industri pertanian ini amat penting sekali. Semenjak Yang Berhormat Menteri ambil alih saya nampak satu perubahan dibuat dan saya mengucapkan syabas. Inilah anjakan perubahan yang patut kerajaan buat dan saya mengucapkan syabas kepada usaha-usaha baru dan arahan baru yang saya nampak Yang Berhormat Menteri bawa sejak memimpin kementerian. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Rompin. Sememang kalau dilihat secara yang tersiratnya tidak ada kuasa Menteri untuk melantik tambahan tetapi di bawah seksyen 5, di bawah lembaga ini, Yang Berhormat, lembaga boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa. Jadi, jawatankuasa- jawatankuasa ini dilantik sudah tentulah ia mesti subjek kepada seksyen 7 iaitu kuasa- kuasa Menteri untuk memberi arahan. Sekiranya pihak Menteri mengenal pasti mereka yang layak maka mereka ini boleh dilantik di bawah jawatankuasa dan juga sudah tentu kita akan boleh - sekarang ini peraturannya Yang Berhormat, mereka juga boleh turut hadir untuk memberikan pandangan-pandangan profesional mereka selain daripada mereka boleh dilantik di bawah mungkin beberapa jawatankuasa-jawatankuasa yang kita akan tubuhkan. Jadi, pandangan Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi, isu yang akhir ini ialah isu umum. Seperti yang telah saya nyatakan tadi mengenai penggunaan AM ia termasuk di bawah takrifan mikroorganisma dalam akta ini dan akan diperincikan spesiesnya di bawah peraturan yang berkaitan.

Kementerian terlibat dalam kerjasama dengan negara luar mengenai penglibatan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Codex Kebangsaan dan di peringkat antarabangsa. Untuk maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah focal point Codex kita.

Contohnya seperti Intergovernmental Task Force on Animal Feed, Intergovernmental Task Force on Antimicrobial Resistance dan Codex Committee on Residues on Veterinary Drug And Food.

Terkini kementerian bekerjasama dengan negara EU, European Union bagi menetap dan mempertingkatkan mutu amalan pengeluaran makanan laut menepati piawaian EU. Mengenai cadangan supaya perkataan “perolehan tempatan” dimasukkan ke dalam rang undang-undang ini, ia telah diambil kira dalam peraturan yang menetapkan spesifikasi dan piawai makanan haiwan sama ada daripada sumber import mahupun tempatan. Kementerian menerusi agensinya telah dan akan melaksanakan kursus dan penerangan awam kepada kakitangan, pengusaha dan orang awam yang berterusan. Kementerian menerusi MARDI, JPV dan juga pertanian akan meneruskan kegiatan penyelidikan dan juga pembangunan makanan haiwan telah menerbitkan buku panduan dan dalam CD JAHP dan juga panduan pemakanan.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terkini, kementerian bekerjasama dengan negara EU, European Union, bagi menetap dan mempertingkatkan mutu amalan pengeluaran makanan laut menepati piawai EU.

Mengenai cadangan supaya perkataan “perolehan tempatan” dimasukkan dalam rang undang-undang ini, ia telah diambil kira dalam peraturan yang menetapkan spesifikasi dan piawai makanan haiwan, sama ada daripada sumber import mahupun tempatan. Kementerian menerusi agensinya telah dan akan melaksanakan kursus dan penerangan awam kepada kakitangan, pengusaha dan orang awam yang berterusan.

Kementerian menerusi MARDI, JPV dan juga pertanian akan meneruskan kegiatan penyelidikan dan juga pembangunan makanan haiwan telah menerbitkan buku panduan dalam CD GAHP dan juga panduan pemakanan.

Kini, kementerian melalui MARDI telah giat berusaha mencari sumber gantian bahan makanan haiwan tempatan bagi menggantikan bahan makanan haiwan yang diimport. Di mesyuarat D8, Malaysia telah diberi mandat membangunkan keupayaan pengeluaran makanan haiwan dengan bekerjasama dengan negara-negara yang mempunyai sumber menjana bahan makanan haiwan seperti jagung. Syarikat Malaysia akan dipelawa melabur di Indonesia dalam penanaman jagung dan pengilangan makanan haiwan menggunakan sumber tempatan. Kementerian juga telah bekerjasama dengan beberapa buah universiti tempatan seperti UPM, Universiti Malaysia Kelantan, dan Universiti Darul Iman Terengganu bagi memenuhi keperluan perjawatan doktor perubatan veterinar dan juga pegawai produksi ternakan.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Di peringkat antarabangsa, kementerian menerusi JPV telah memeterai kerjasama dengan University of Murdoch Western Australia bagi melahirkan graduan di bidang penyelidikan veterinar dengan pengkhususan termasuk teknologi pemakanan haiwan. Malah, jabatan dan juga agensi di bawah kementerian juga mempunyai satu kategori perjawatan, pegawai penyelidik yang boleh diisi oleh pemegang ijazah penternakan atau produksi haiwan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan ke arah memantapkan lagi keberkesanan pelaksanaan rang undang-undang ini.

Saya berharap dengan keterlaksanaannya rang undang-undang ini, negara kita akan dapat menjamin pengeluaran produk-produk hasil haiwan dan lain-lain produk berasaskan ternakan sentiasa terjamin kualiti dan keselamatannya untuk kegunaan manusia. Jika terdapat mana-mana soalan yang tertinggal untuk dijawab, bolehlah dikemukakan secara bertulis untuk dijawab oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 24 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 12:50 PM

Fasal 25 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:50 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tujuan saya mencadangkan pindaan ini ialah untuk menyekat ruang untuk rasuah oleh pegawai yang diberi tugas.

Seperti yang saya hujah pada hari Khamis, rang undang-undang ini memberi kuasa yang keterlaluan untuk pegawai yang berkuasa, di mana di seksyen 23 akta ini, dia kata, “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran...”, sesiapa tanpa waran. Ini bersama dengan..., kita belum ke situ, tetapi seksyen 45 yang memberi kekebalan, imuniti, memberi terlalu banyak kuasa kepada pegawai dan ini mungkin akan menimbulkan suasana di mana pengilang, pengimport, dan sesiapa yang mengendalikan makanan haiwan terpaksa membayar kepada pegawai-pegawai yang berkuasa itu supaya tidak diganggu. Ini berkaitan dengan seksyen 25, di mana dia ada kuasa tanpa waran untuk menyita mana-mana makanan haiwan masuk search dan seize.

Ini seksyen 25, tak sampai ke situ. Tetapi itulah sebabnya diberi begitu banyak kuasa dan juga diberi kekebalan, jadi ada kemungkinan fasal ini boleh dipakai untuk seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk mendapat sewa setiap bulan supaya dia tidak ganggu. Ini akan menambahkan harga makanan dan akhirnya rakyat Malaysia yang kena bayar harga yang lebih tinggi. Itulah sebabnya saya rasa penting kita buat satu mekanisme di mana kita ada check and balance dalaman dalam akta ini, supaya ini tidak menjadi satu kebiasaan dalam akta ini. Terima kasih.

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 12:53 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membahas pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Kalau kita meneliti seksyen 25 atau fasal 25, ia memperuntukkan kuasa seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang terlalu luas kepada pegawai yang diberi kuasa, sebab dalam fasal 25, yang jelas menyatakan apabila seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah, apa yang dimaksudkan sebab yang munasabah? Terlalu luas interpretasinya, sebab di bawah fasal 24, ia telah diperuntukkan di mana pegawai yang diberi kuasa boleh menggeladah dan menyita dengan waran ke majistret. Tetapi dengan ada fasal 25, nampaknya pegawai boleh untuk menyenangkan kerjanya, untuk membolehkannya bertindak cepat menggunakan fasal 25 ini dengan sewenang-wenang walaupun dalam keadaan tanpa sebab yang munasabah.

Jadi saya juga rasa prihatinnya dengan kuasa yang begitu luas diberi kepada pegawai penguat kuasa ini. Saya risau ada penyalahgunaan kuasa, Tuan Pengerusi, dalam aspek ini. Apa yang dimaksudkan dengan sebab yang munasabah? Dan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, fasal 25(c), saya rasa perlu Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan kalau membenarkan pegawai masuk untuk menggeladah dan menyita tanpa waran, adalah perlu hanya sekadar untuk mengambil sampel dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil barangan yang disita untuk menjadi keterangan dengan seterusnya. Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan dan meneliti semula cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput ini.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, silakan Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:54 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Mengenai pindaan yang dicadangkan ini, saya juga sokong dan juga ingin menyentuh kepada seksyen 25 dan 26 di sini, dan juga seksyen 30(2), di mana seksyen 30(2) telah memberi kuasa yang luas kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan izin saya membaca:

“30(2) Bagi maksud subseksyen 1, Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai dan seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah”.

Seksyen 30(2) ini memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa sama dengan pegawai-pegawai yang dimaksudkan di Kanun Tatacara Jenayah dan saya rasa ini tidaklah sesuai atau wajar diberi kepada pegawai di bawah akta ini.

Jadi saya pohon, jika boleh, seksyen 30(2) dibatalkan. Cuma seksyen 30 dikekalkan dan (2) dibatalkan. Dan juga seksyen 23 kuasa penangkapan, seksyen 25 untuk penyitaan dan seksyen 26 kuasa untuk memasuki premis, pegawai diberi kuasa untuk memasuki premis pada bila-bila masa. Saya rasa ini haruslah dapat satu waran dari Mahkamah Majistret sebelum memasuki. Sekian, itu sahaja, terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa telah cukup pukul 1 petang, Yang Berhormat. Jadi, saya minta Majlis bersidang semula dan Yang Berhormat Menteri menjawab pada pukul 2.30 petang nanti.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:55 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat pada sesi pagi ini kita tangguhkan dahulu hingga pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

final • 12:55 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi

Siapa yang berucap tadi? Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:55 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan pindaan terutamanya Yang Berhormat Sungai Siput. Seksyen 25(c) yang dicadangkan dipinda. Setelah kita lihat keseluruhan akta, bahawa apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput sebenarnya telah pun ada dalam akta ini di bawah seksyen 26(c) iaitu kuasa memasuki premis untuk mengambil sampel.

Di bawah seksyen 32 itu, ada kuasa untuk kuasa-kuasa bagaimana sampel itu akan diambil. Jadi, mengenai pegawai ada imuniti, saya ingat itu tidak tepat. Ini kerana di bawah seksyen 24, memang semua pendedahan, sita dan sebagainya mesti mendapat waran. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja seksyen 25 ini boleh digunakan iaitu apabila pegawai penguasa mendapati ada alasan munasabah untuk menyita tanpa waran.

Juga tindakan ini diambil ialah kerana kita bimbang kalau kita tidak sita dengan serta-merta, bahan-bahan ini akan dibawa keluar dan kita bimbang kalau ada virus sebagai contoh. Maka, katalah satu kontena, dia bawa barang-barang yang kita dapati memang ada virus yang bahaya jadi, kalau kita hendak ambil waran mengikut seksyen 24, maka tentunya nanti lori ini atau pun kontena ini akan terlepas. Yang kita bimbang ialah virus-virus yang mungkin terkandung dalam bahan-bahan yang dibawa oleh lori sebagai contoh yang kita syak ada melanggar akta ini.

Jadi, kerana itu cadangan Yang Berhormat Sungai Siput Tuan Pengerusi tidak perlu dipinda kerana telah pun ada di dalam akta ini. Pindaan yang kedua iaitu seksyen 45. Bercadang tambah satu fasal yang baru 45(a), penubuhan panel aduan dan juga pemantauan. Begitu juga cadangan 45(b)...

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Cadangan yang ke 45 itu belum lagi kita sentuh.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Oh, sorry. Tadi, seksyen 30 yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat, saya tidak pasti Yang Berhormat daripada pihak pembangkang mengenai seksyen 30 iaitu kuasa-kuasa penyiasatan ...

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, begitu juga mungkin fasal 30, kita belum sampai di situ. Selepas 25, 26, sampai 44, kita sampai di situ Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan.

Fasal 25 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 26 hingga 44 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 2:33 PM

Fasal 45 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Sila.

final • 2:33 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin cadangkan satu fasal baru iaitu 45A dan tujuan dia adalah untuk mewujudkan satu sistem check and balances dalaman dalam lembaga ini. Dalam seksyen 45A ini, tujuan dia adalah untuk wujudkan satu sistem pemantauan dalaman supaya mengawal satu tendensi yang boleh membuka ruang untuk rasuah.

Jadi, panel ini dicadangkan untuk menerima aduan-aduan daripada orang- orang awam, dari pekilang dan pengimport terhadap tindakan-tindakan oleh pegawai yang diberi kuasa yang keterlaluan dan mungkin mempunyai unsur mahu dapat rasuah.

final • 2:37 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Panel ini terdiri dari tiga orang pegawai kerajaan. Dua orang wakil daripada industri, dan diketuai oleh pengerusi dengan latar belakang kehakiman. Tujuannya ialah untuk memantapkan lembaga ini untuk menjadikan rang undang-undang ini lebih seimbang supaya tidak disalah guna oleh pihak-pihak untuk mencari rent atau sewa.

Saya rasa, apabila kita membahaskan pindaan ini, saya mohon Ahli-ahli Parlimen lah supaya jangan lupa. Jika kita benarkan satu ruang undang-undang yang boleh membawa rasuah, akhirnya kos makanan untuk rakyat kita akan meningkat. Akhirnya, rakyat kita yang kena bayar. Saya haraplah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga boleh ikut contoh yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri di mana Akta DNA itu ada banyak ubah suai selepas kita bincang.

Saya harap lah kita boleh tengok ini kerana ini bukan isu politik sahaja. Ini kita buat untuk kebaikan rakyat kita. Jika kita boleh wujudkan sistem check and balance di dalam undang-undang ini, ini baik untuk semua. Terima kasih.

final • 2:37 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Sila.

final • 2:37 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya ingin cuba memahami cadangan seksyen 45 ini iaitu di sini dipohon satu perlindungan terhadap prosiding undang-undang. Ini kerana, saya juga difahamkan bahawa kalau kesalahan penjawat awam yang kita risaukan, saya rasa terdapat undang-undang lain seperti Public Authority Protection Act (PAPA) dengan khusus memberi jaminan, macam mempertahankan kesalahan-kesalahan pegawai penjawat awam yang tidak terlibat di dalam kecuaian dan sebagainya.

final • 2:38 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dalam hal ini, saya rasa kalau seksyen 45 ini dibenarkan, ia akan memberi satu yang dipanggil dengan izin, double protection pada pegawai awam. Saya rasa perlindungan di bawah seksyen 45 ini seolah-olah macam absolute.

Ini kerana ruang yang dikatakan tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah. Jadi saya mengandaikan kalau begini, di manakah ruang sekiranya terdapat pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan kesalahan? Bukan sahaja orang awam perlu melangkaui Akta PAPA, Public Authority Protection Act, dengan izin, malah terdapat juga seksyen 45 ini yang membentuk satu lapisan baru sebagai aspek kekebalan kepada pegawai penjawat awam.

Di dalam hal ini, saya lebih berminat sekiranya akta ini bukan saja tidak memberi ruang kepada penjawat awam yang kemungkinan disebabkan seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi, kerana industri makanan ini, walaupun makanan haiwan, juga merupakan industri yang mewah ataupun lucrative.

Jadi saya rasa dalam hal ini, saya mencadangkan supaya peruntukan seksyen 45 ini dibatalkan. Kalau pun perlu, sekiranya perkembangan industri makanan haiwan ini perlu atas sebab-sebab tertentu yang disebabkan yang lebih merujuk kepada insiden- insiden yang empirikal sifatnya, yang mana pegawai awam itu perlu perlindungan sebegini, seperti yang dicadangkan saya rasa mungkin di masa akan datang seksyen ini boleh dipertimbangkan.

Dalam hal ini, saya menggesa Menteri yang memohon seksyen ini untuk dipertimbangkan di Dewan ini, memberi satu alasan-alasan yang lebih bersifat objektif dan empirikal, dengan mengambil andaian industri makanan itu, yang mana peruntukan tersebut diperlukan. Itu sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Menteri. Saya sehaluan dengan rakan-rakan, iaitu di mana seksyen 45 ini menampakkan seolah-olah kita tidak langsung mengambil berat tentang kepentingan awam, iaitu apabila kita harus melihat bahawa penjawat ini juga manusia biasa dan mungkin boleh melakukan apa-apa yang mereka fikir perlu, sebab mereka dilindungi oleh satu akta yang tidak boleh mensabitkan mereka di mana-mana mahkamah.

final • 2:41 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Di sinilah letaknya iaitu salah guna kuasa, sebab apabila dia manusia biasa, dia ada perasaan ego, dia rasa authority di tangan dia, maka unsur-unsur salah guna kuasa itu akan wujud.

Jadi saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya membuat satu kajian mungkin tidak terlalu spesifik begini di mana tidak boleh dilakukan apa-apa.

Kalau pun dia salah, bermakna tidak boleh ditegur, tidak boleh dilakukan apa-apa.

Cuma Menteri saja yang boleh melihat. Jadi ini memerlukan satu penelitian yang wajar supaya kita menerima satu akta ini dengan memberi kemudahan kepada semua masyarakat. Bukan hanya penjawat awam kita lindungi, tetapi mereka yang berurusan dengan bahan-bahan seumpama ini juga dilindungi, supaya tidak boleh dianiaya oleh mana-mana pihak. Ini perlu untuk kita melihat bahawa, kita benar-benar menyediakan satu undang-undang yang boleh diguna pakai dalam negara kita. Terima kasih.

final • 2:41 PM

Tuan Pengerusi

Ada lagi? Sila Menteri.

final • 2:41 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Tuan Pengerusi, mengenai cadangan Pindaan 45 ini, kita dapati bahawa kalau hendak ditubuhkan Jawatankuasa Aduan, ataupun Panel Aduan dan Pemantauan, ianya tidak diperlukan kerana telah pun terdapat saluran untuk menangani isu-isu mengenai penyelewengan. Kalau disyaki rasuah dan sebagainya institusi yang ada hari ini seperti Biro Pengaduan Awam juga boleh digunakan, dan juga boleh membuat laporan kepada pihak polis, dan juga kepada SPRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Ertinya, nobody above the law, tidak ada kekebalan langsung, dan juga di peringkat jabatan juga boleh diadukan kepada ketua jabatan masing-masing, dan juga di bawah fasal 4, Kuasa-kuasa Lembaga juga memberi ruang untuk orang ramai membuat aduan dan juga laporan.

Jadi mengenai kekebalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa tidak timbul, kerana ia tidak boleh didakwa jika dilakukan dengan suci hati. Kalau baca sampai habis...

[Ketawa] Suci hati ini very subjective, very subjective. Ini terpulang kepada...

final • 2:42 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tanya Yang Berhormat Menteri, macam mana kita boleh trace dia suci hati?... [Ketawa] Bagaimana kita boleh terjemahkan yang bahawa pegawai ini benar-benar suci hatinya. Tidak ada niat.

final • 2:42 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ia serupa juga kalau kata ini penguat kuasa sama. Kalau macam polis, polis tangkap satu orang, tangkap orang dituduh mencuri dan sebagainya, tetapi kalau misal kata orang itu tidak bersalah, pihak penguat kuasa polis itu tidak boleh kita tangkap dan tidak boleh pula kita dakwa dia? Melainkan dia buat unlawful arrest. Akan tetapi kalau dia mengikut peraturan-peraturan, kalau didapati yang tertuduh itu lepas, yang tertuduh tidak boleh saman pula ataupun ambil tindakan.

Jadi saya ingat, dia punya prinsipnya sama, melainkan...

final • 2:42 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 2:42 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ada bukti-bukti yang menunjukkan ada mala fide di dalam satu-satu proses. Jadi ini ada niat jahat.

final • 2:42 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya.

final • 2:42 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Jadi kalau ini boleh dibawa dan boleh dibawa kepada mahkamah, dan saya percaya, sama ada bona fide kah, mala fide, the generable test ini semuanya subjective test, yang akan ditentukan oleh mahkamah.

final • 2:42 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, okey. Mahu sedikit penjelasan Menteri ya. Kalau Menteri melihat apa yang dikatakan di akhir cadangan pindaan itu, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya. Di sini saya mengandaikan, dia menggambarkan keadaan yang mana orang itu sendiri yang akan menentukan.

final • 2:42 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya yakin pada masa yang sama, mana mungkin dibuktikan kalau imuniti diberikan. Mana mungkin dibuktikan ketelusan kalau kerahsiaan yang dituntut dan saya rasa dalam hal ini dengan mengambil kira industri makanan haiwan ini, industri yang lucrative saya rasa lebih baik pada peringkat ini, tidak diberikan perlindungan terlebih dahulu, pada pandangan saya dan kerahsiaan pun tidak perlu kerana saya rasa adalah lebih baik perkara itu lebih bersifat telus kerana saya rasa di sini bukan merujuk kepada industri beli kapal selam ke yang perlukan kerahsiaan yang saya rasa itu perlu dipertimbangkan kalau melibatkan aspek-aspek kerahsiaan tetapi ini ialah aspek yang saya rasa perlu ada aspek pendidikan kepada masyarakat.

Apabila hendak berlaku aspek political education ini mesti ada ketelusan daripada segi fakta. Jadi dalam hal ini, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa perlindungan tidak perlu setakat ini melainkan Yang Berhormat Menteri dalam tahap ini ada satu kes contoh bahawa memang perlu. Sebelum ini pegawai susah hendak buat kerja sebab tidak ada perlindungan, memang perlu sebab pegawai sebelum ini tidak ada kerahsiaan. Setakat ini benda itu belum diketengahkan di Dewan ini untuk memujuk saya bersetuju. Setakat ini saya rasa benda itu tidak ada sebab untuk saya bersetuju. Itu pada pandangan saya.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey Yang Berhormat. Sebenarnya, bila pihak kementerian membuat undang-undang ini, kita berdasarkan kepada pengalaman, kes- kes kita. Saya bagi tahu Yang Berhormat, ada dua kes yang akan timbul pada 13 Julai dan juga 23 Julai. Satu melibatkan lima kontena, satu lagi melibatkan sembilan kontena. Apabila kita mengambil tindakan untuk kita menghalang kontena ini, maka pihak kontena ini dia tidak puas hati kerana kita percaya bahawa kandungan yang dibuat di dalam kontena-kontena ini kalau kita tidak ambil tindakan yang cepat, maka dipercayai ada mengandungi virus.

Jadi sebab itu walaupun akta ini ada tetapi saya kata tadi bahawa Yang Berhormat juga peguam, bahawa walaupun akta ini ada seperti yang saya kata yang dua syarikat ini saman kerajaan kerana mengambil tindakan kepada lima dan juga sembilan kontena, maka masih lagi boleh ada ruang untuk dibawa ke mahkamah.

Yang kerahsiaan itu ialah kerahsiaan diwartakan. Ertinya, kalau pegawai penyiasat bawa ke mahkamah, tidak ada yang rahsia. Yang tidak boleh dibagi itu yang hendak disiarkan di dalam mana-mana warta. Jadi, saya ingat Tuan Pengerusi, rang undang-undang ini dibuat bukan sahaja berdasarkan kepada rang undang-undang ini sahaja tetapi telah pun dirujuk, disemak dengan undang-undang yang sedia ada daripada segi menguatkuasakan undang-undang.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan sekali lagi?

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Ya, silakan.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, saya masih belum diyakinkan lagi iaitu saya meneliti walaupun saya ini bukan peguam tetapi saya melihat inspirasi rakyat.Saya percaya akta ini kita kemukakan untuk kepentingan rakyat, untuk kepentingan awam. Jadi, melindungi secara total penjawat- penjawat awam ini bukan satu masalah tetapi bagaimana pula melindungi orang teraniaya? Apabila penjawat awam itu ada, hati dia tidak betul. Ada unsur-unsur penjenayahan. Bagaimana boleh memperbetulkan keadaan itu? Ini yang perlu kita lihat secara saksama sebab akta ini, undang-undang ini memberi kesaksamaan, memberi keadilan. Kalau tidak adil, berat sebelah, bagaimana kita boleh terima, meyakinkan kepada rakyat kita bahawa ia merupakan suatu akta yang dikawal selia oleh kerajaan untuk kepentingan orang awam itu sendiri.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Pengerusi, seperti yang saya nyatakan tadi bahawa walaupun Akta 545 ini ada tetapi ianya seperti akta-akta lain, ianya tidak menghalang untuk mereka-mereka yang teraniaya untuk mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai malah kepada pihak kerajaan jika tindakan yang diambil tidak mengikut undang-undang dan juga peraturan. Ini memang terpakai dalam pelbagai undang-undang dan sebagaimana yang saya nyatakan tadi yang kita sedang menghadapi dua kes mengenai tindakan yang dituduh kita mengambil tindakan dengan ada niat jahat dan juga mala fide.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Jadi ini akan memberikan tafsiran kes-kes ini kepada pihak mahkamah. Ia tidak menghalang untuk orang awam untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai sekalipun.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sikit saja sebelum kita tamatkan ini. Saya bukan apa, sebab pengalaman mengajar kita. Baru-baru ini apabila berlaku di dalam aspek yang lain contohnya kes Highland Tower. Akhir sekali, public interest itu ataupun hak awam itu terpaksa akur kerana terdapat satu undang-undang yang memberi kekebalan kepada public authority.

Itu hakikatnya dan telah mengecewakan ramai orang awam terutamanya yang terlibat secara langsung. Itu satu kes pengajaran yang kita belajar kerana ketika itu kita tidak boleh buat apa-apa sudah sebab undang-undang sudah lulus sehinggakan kes itu ditolak bukan daripada segi aspek substantifnya, saya bercakap begitu tetapi daripada segi aspek teknikalnya.

Maksudnya tidak boleh disaman kerana kekebalan di situ tetapi ini saya membayangkan ini kita merujuk kepada aspek satu industri makanan yang mana saya rasa saya nak membayangkan kenapa di sini kerana daripada segi manfaatnya ataupun andaiannya, kerajaan mahu industri ini diregulasasikan dengan baik untuk kepentingan awam tetapi kerana kenapa dilihat ruangnya itu lebih ke arah mempertahankan kerajaan di sini yang hanya bersifat bagi saya tidak lebih daripada pemudah cara. Cuma dalam kes-kes yang tertentu memerlukan penguatkuasaan ataupun enforcement tetapi secara umumnya, lebih merujuk kepada peranan dan tanggungjawab kerajaan menyediakan dan memastikan industri makanan haiwan ini diurus dengan baik.

Akan tetapi kalau yang diangkat, di sini ialah satu perlindungan terhadap penjawat awam ini, saya mengatakan penjawat awam ini kalau secara umumnya di dalam undang-undang yang saya katakan PAPA tadi itu, Public Authority Protection Act itu memang sudah cukup. Cuma di sini bukan sahaja nanti dikatakan tiada tindakan boleh dibuat tetapi kita hendak buktikan bahawa perkara itu dibuat dengan suci hati.

Saya tidak tahu, mungkin Yang Berhormat Menteri dapat memberi contoh- contoh dalam keadaan yang macam mana reverse nya iaitu keadaan yang mana pegawai tidak suci hati ataupun kepercayaan munasabah tidak ada ataupun kerajaan munasabah ada. Kita ambil contoh, contohnya satu kes seorang pengusaha mengatakan bahawa pegawai tersebut telah salah guna kuasa. Macam mana dia hendak buktikan benda itu?

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Saya tahu di sini ...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Ya.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Tidak payahlah jawab itu, hypothetical case. Yang Berhormat sendiri bukan hakim. Tidak payah jawab yang itu.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Minta maaf Tuan Pengerusi kerana ...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat tidak membenarkan begitu Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey, saya merujuk kepada kes ...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Tidak boleh kita bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai soal hypothetical…

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey, saya rujuk kepada kes kontena yang dikaitkan itu. Sebab itu saya tanya.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana beri satu kes spesifik, kes kontena itu.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, nanti dahulu Yang Berhormat. Yang hal kontena itu pun, kalau sekarang dalam mahkamah, tidak payah disebutlah kerana itu subjudice. Waktu berbahas pun Ahli Yang Berhormat harus prihatin dengan peraturan mesyuarat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey Tuan Pengerusi, kalau saya boleh lebih sebab saya membaca Erskine di sini. Dalam keadaan apabila kita membayangkan satu peruntukan undang-undang, dia mesti menjurus kepada satu factual metric, matriks fakta yang jelas...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat-Yang Berhormat, yang saya menegur ini pun oleh kerana saya mendengar perbahasan. Saya tidak berniat untuk campur hal tetapi dalam mana-mana provision seperti begini, tidak ada seorang penjawat awam yang akan sanggup memegang jawatan dalam Lembaga kalau tidak ada protection.

Kalau dia menjalankan tugas semata-mata atas arahan akta ini, dan dalam menjalankan tugas itu pula memudaratkan kepada mereka, itulah perlunya ada perlindungan seperti begini. Biasalah Yang Berhormat dalam mana-mana enakmen.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey, kalau saya boleh bantu ...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Bermakna kalau ada bad intention, barangkali ada mens rea Ini kalau dia in good faith, ikut arahan akta yang sebelum itu tidak dinampak oleh penggubal akta.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Itulah makanya ada perlindungan, kalau tidak, tidak ada penjawat awam yang akan buat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Okey, saya berhujah begini Yang Berhormat Menteri. Di dalam dunia perundangan, terdapat dua rejim yang perlu dipilih oleh kerajaan pada hari ini. Rejim yang mengambil rejim kerahsiaan.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Itu juga Yang Berhormat hypothetical.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Bukan.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Jangan soal perkara yang membuat andaian terpaksa Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Bukan, saya belum tanya habis. Maksud saya itu, kita boleh memilih dan mengambil pendekatan transparensi. Sebab itu terwujudnya perundangan Freedom of Information Act dan sebagainya ataupun kita ambil pendekatan yang bersifat secrecy, kerahsiaan. Di sini saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri supaya mengambil pilihan yang lebih telus. Bukan kepada rejim perundangan yang menjurus kepada kerahsiaan sebagai asasnya.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Jadi di sini, sebelum akta ini diluluskan, saya sebenarnya cuba merayu kepada Menteri bahawa jangan mengambil pendekatan kerahsiaan, sebaliknya mengambil seperti yang dikatakan dalam slogan kerajaan pada hari ini, telus dan sebagainya. Lebih memihak kepada rejim ketelusan yang mana akan lebih memberi ruang kepada kepentingan awam dapat diketengahkan, itu saja pada pandangan saya.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang kerahsiaan ini pun kalau kita baca, tiada pegawai diberi kuasa boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubung dengan apa-apa perkara yang diperolehinya semasa menjalankan tugasnya. Semasa dia dalam menjalankan tugas. Dia belum lagi siasat. Kita tidak mahu, bila sudah dapat satu kes. Katalah kes satu kontena bawa virus, dia pergi buat heboh, kata ada virus mengenai satu-satu makanan. Ini mungkin akan menyebabkan kerisauan kepada public. Sebab itu kita kata tidak boleh untuk membuat warta ataupun apa-apa juga kenyataan sewaktu kes ini sedang disiasat. Jadi saya bersetuju dengan Tuan Pengerusi, clause-clause macam ini sebenarnya ada dalam beberapa enakmen dan bukan ini satu enakmen yang terasing yang memberikan perlindungan kepada public service ataupun pemegang-pemegang jawatan.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya juga telah nyatakan tadi kalau ada motif, dia ada penyelewengan, ada niat jahat, kita ada platform kita. Kita ada SPRM dan kita juga sudah pun membentang satu lagi rang undang-undang yang baru. Semua terlibat, melibatkan pihak penguatkuasaan, Suruhanjaya Integriti ini. Jadi semuanya akan merangkumi di situ, jadi saya ingat benda yang tertakluk kepada undang-undang ini bagi saya tidak menghalang untuk diambil tindakan kepada mana-mana pegawai awam yang melakukan niat jahat, penyelewengan dan sebagainya.

Ini kita berikan kepada pegawai yang mempunyai in good faith, yang tindakan- tindakan yang diambil. Jadi kalau nak bagi teori-teori ini, Yang Berhormat, macam- macam kita boleh buat andaian. Ini semuanya terpulang kepada mahkamah untuk menentukan, sama ada orang itu ada good faith kah, mala fide kah, apa juga yang diambil.

final • 3:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya tidak nafikan satu pegawai awam ini perlu perlindungan bila jalankan tugasnya dan kita ini tidak gugurkan seksyen 45. Apa yang kita hendak minta ialah kita juga beri perlindungan pada industri dan juga pada orang awam. Jadi ini satu tambahan, 45(a) itu adalah panel untuk kenal pasti, untuk siasat jika sesiapa rasa pegawai berkenaan salah guna kuasanya. It’s not taking away seksyen 45, perlindungan itu memang ada.

Akan tetapi kita wujudkan satu mekanisme untuk lindung juga hak orang awam. Saya rasa 45(a) ini kena dibaca bersama dengan 23(a) di mana kuasa penangkapan. Kuasa penangkapan tanpa waran, ya. 25 juga ini penggeledahan tanpa waran. Ya. 27 saya ingat, 26 - kuasa masuk premis dan juga menggeledah apa-apa pun benda, termasuk komputer, buku rekod. Jadi ini kuasa-kuasa macam ini di dalam 23, 25, 26 bersama dengan 45 yang beri kekebalan. Tiada boleh ambil apa-apa akta undang-undang. Saya rasa ini yang wujudkan satu situasi, di mana pegawai yang diberi kuasa itu begitu kuat dan dia boleh, bukan semua oranglah.

Akan tetapi boleh. Dia boleh tekan kepada pengilang, para peniaga untuk bayar dia. Jika you tidak mahu saya pakai kuasa saya, you bayar saya setiap bulan. Ini ada kemungkinannya, jadi kita minta, kita tidak buang 45, simpan ia untuk bagi perlindungan. Akan tetapi kita juga memberi perlindungan kepada orang awam, untuk pengilang, orang lain dalam industri, itu sahaja. Saya rasa ini akan jadikan akta ini lebih seimbang, lebih sempurna, lebih mantap. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Pengerusi, kalau kita baca keseluruhan akta ini, sebab itu pada mula tadi. Kalau kita tengok ahli-ahli lembaga sebagai contoh.

Mengapa kita tidak letak wakil-wakil daripada industri terlibat. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin tadi. Tidak ada. Ini adalah kerana daripada pengalaman kalau kita meletak sebagai contoh, player ini yang terlibat dalam industri-industri makanan.

Ada banyak persatuan. Mereka ini semua ada kepentingan-kepentingan perniagaan mereka. Jadi sebab itu kita kata jangan libatkan industri ini.

Akan tetapi kita ada tubuh beberapa jawatankuasa, yang akan melibatkan mereka-mereka yang terlibat di dalam industri ini. Dan juga Yang Berhormat, dari segi undang-undang Yang Berhormat menekankan daripada seksyen 24 dan seksyen 25.

Akan tetapi seksyen 24 ada sebut bahawa penggeledahan dan juga penyitaan ada dengan waran. Ada dengan waran ada dengan tanpa waran. Seperti yang saya telah nyatakan tadi. Soal kalau kita nak kata kepentingan umum, mungkin lah. Mungkin kalau kata Yang Berhormat ada hipotesis seperti itu, saya sudah kata ruangan untuk buat aduan ada. SPRM pun ada, tapi kita kena percaya. Masalah pembangkang mungkin tidak percaya dengan institusi yang ada. Mungkin tidak percaya dengan polis, tidak percaya dengan SPRM, tidak payah. Semua sahaja enforcement, penguat kuasa, semua tidak diberikan kepercayaan.

Jadi kerana itu Tuan Pengerusi, untuk pegawai ini menjalankan tugas, yang ini melibatkan juga keselamatan, keselamatan makanan kerana kalau seperti yang saya nyatakan tadi, kalau kita dapati ada usaha-usaha itu yang melibatkan industri ataupun perkara yang mungkin bahaya. Pada masa itu, pegawai-pegawai kena bertindak dengan serta-merta. Kita tidak mampu nak pergi ambil waran, sebagai contoh. Jadi yang saya nyatakan bahawa bila kita berikan kuasa ini, kalau kita tengok mereka yang melakukan kesalahan ini boleh menyebabkan bahaya kepada public. Maka kita kena ambil tindakan dengan serta-merta.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi soalnya apabila pegawai ini mengambil tindakan dengan serta- merta. Ini soalnya, seperti Yang Berhormat bangkit. Sama ada pegawai ini mengambil tindakan dengan tindakan munasabah ataupun tidak. Ini semuanya soalan subjektif yang saya kata hanya boleh diputuskan oleh mahkamah. Jadi kita di sini, kalau kita nak ambil tugas hakim, nak bincang, bicara sampai esok.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sikit saja.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

We make the law, let the court intepret the law.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit saja Menteri, mungkin Menteri boleh meyakinkan kita lagi. Pengalaman di negeri mana ini? Yang telah membuktikan bahawa.. negara manakah, sebab saya yakin apabila satu akta ini, terutama akta yang baru-baru macam ini kita mesti mengambil pengalaman- pengalaman daripada negeri-negeri berkaitan. Terutama yang lebih maju di dalam mengurus hal ehwal makanan haiwan. Mungkin Menteri boleh meyakinkan Dewan ini lagi bahawa perkara tersebut memang merupakan perkara yang perlu, amat perlu. Di mana tidak terdapat orang kata public outcry ataupun dengan izin, orang awam yang mengatakan akta itu berat sebelah. Sebab ini penting sebelum kita meluluskannya di Dewan ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Pengerusi, yang mana lebih penting.

Adakah satu, dua individu? Kalau kita tidak bertindak tegas kepada satu, dua syarikat sebagai contoh. Yang mungkin akan melibatkan beratus rakyat yang akan menderita.

Kalau kita tidak mengambil tindakan yang tegas. Jadi saya Yang Berhormat, meletakkan satu tindakan yang mana lebih penting. Public kah atau industri? Walaupun satu industry, players juga adalah rakyat tetapi di dalam kita hendak menjaga keselamatan makanan untuk seluruh rakyat, maka tindakan-tindakan yang tegas mesti diambil. Perlindungan mesti juga diberi kepada pegawai-pegawai untuk menjalankan tugas mereka mengikut akta-akta, mengikut peraturan yang ada di dalam akta. Bukan itu sahaja, kita juga lihat ada beberapa perkara lagi seperti yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat.

Kita juga akan mewujudkan standard operasi prosedur kita, ada SOP. SOP yang kita ada ini pun sudah diberi pengiktirafan oleh pihak antarabangsa. Jadi, kalau Yang Berhormat nak persoalkan perlindungan yang diberikan kepada penjawat awam dan tindakan yang diambil oleh penjawat awam ini very subjective. Jadi saya ingat Tuan Pengerusi, sampai besok pun tidak habis kalau nak contoh-contoh macam ini.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Itulah Ahli-ahli Yang Berhormat. saya suka ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) yang bermaksud bahawa tiap-tiap pertanyaan itu hendaklah menepati peraturan-peraturan yang tersebut di bawah ini (h), sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat jawab dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja.

Jadi apabila saya perhatikan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang mengatakan kalau ini kita perbahaskan sampai berhari-hari pun tidak dapat kesimpulan. Itu makanya saya fikir ada Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) ini. Jadi itulah makanya saya tekan awal-awal tadi supaya jangan lagi lanjutkan dalam soal itu. Sila, ada lagi yang ingin membahas pindaan kepada perkara 45 tadi? Tiada?

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.

Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan.

Fasal 45 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 46 hingga 54 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 3:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu satu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali kedua sekarang.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333 ini telah berkuat kuasa sejak tahun 1987 dan telah beberapa kali dipinda bagi kesesuaian dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kali terakhir akta ini dipinda adalah pada tahun 2007.

Cadangan untuk meminda Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kali ini adalah untuk memastikan akta ini konsisten dengan Akta 536, Akta Perbadanan Putrajaya 1995 khususnya berkaitan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Perbadanan Putrajaya yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas penguatkuasaan beberapa kesalahan lalu lintas tertentu di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Adalah dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya merupakan pihak berkuasa tempatan kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bertanggungjawab melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas beberapa kesalahan lalu lintas tertentu di wilayah tersebut.

Selama ini tindakan mereka amat terbatas kepada peruntukan kuasa di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 [Akta 133] yang nampaknya kurang berkesan.

Oleh itu, dengan pindaan ini mereka akan diberikan kuasa undang-undang yang lebih berkesan melalui Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk menjalankan penguatkuasaan undang-undang tersebut beberapa kesalahan lalu lintas tertentu di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seperti mana juga telah diberikan kepada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap beberapa kesalahan lalu lintas tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seperti yang kita sedia maklum pada tahun 2001 Putrajaya telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seperti mana terkandung dalam Akta Perlembagaan Pindaan 2001 dan perwujudan Akta Perbadanan Putrajaya 1995 atau Akta 536 yang telah pun diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sebelum ini Putrajaya adalah sebahagian daripada negeri Selangor seperti mana yang terkandung dalam seksyen 13, Kanun Tanah Negara 1965. Selain daripada itu, pindaan juga perlu dibuat terhadap beberapa seksyen dan subseksyen tertentu [Akta 333] Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu:

(i) seksyen 2 (tafsiran) iaitu menggantikan takrif kawasan Perbadanan Putrajaya kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya selaras dengan Akta Perbadanan Putrajaya 1995.

Seksyen 2 ini juga terus memasukkan takrif baru iaitu Presiden yang membawa erti Presiden Perbadanan Putrajaya; dan

(ii) manakala seksyen 4 subseksyen 65(7), subseksyen 67(e) dan subseksyen 113(2) dipinda bagi menggantikan perkataan kawasan Perbadanan Putrajaya kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya selaras dengan status Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan melalui kewujudan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001.

Kesemua pindaan di atas adalah penting bagi menjadikan akta ini konsisten dengan kedudukan Putrajaya yang telah menjadi Wilayah Persekutuan. Seterusnya pindaan Akta 333 (APJ 1987) juga perlu dibuat terhadap subseksyen 120(1)(cc) bagi memberi kuasa kepada Presiden Perbadanan Putrajaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Presiden untuk mengkompaun beberapa kesalahan-kesalahan lalu lintas tertentu di bawah Akta 333 (APJ 1987).

final • 3:13 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Ini adalah kerana kuasa mengkompaun berada di bawah kuasa Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya (Pihak Penguasaan Tempatan Putrajaya) dan didapati kuasa ini sukar dan rigid dilaksanakan kerana Ahli Lembaga Perbadanan Putrajaya terpaksa bersidang untuk melaksanakan tanggungjawab mengkompaun pesalah trafik. Dengan kuasa yang diberikan kepada presiden dan wakil-wakilnya maka tugas penguasaan akan menjadi lebih praktikal, efektif, dan efisien. Pindaan dan selanjutnya ialah menggantikan kandungan pendudukan dalam subseksyen 120(3) Akta 333 APJ 1987 dan menggantikannya dengan kandungan peruntukan baru iaitu pihak penguasa berkenaan adalah membawa masuk pihak penguasa Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pindaan ini selaras dengan pindaan subseksyen 67(e) tafsiran terhadap pihak penguasa yang berkenaan yang juga di pindah kepada kawasan Perbadanan Putrajaya kepada pihak penguasa Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, perkara- perkara yang telah saya sebutkan tadi adalah perkara-perkara yang perlu dipinda dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi maksud penyelarasan Akta APJ 1987 dan Akta Perbadanan Putrajaya 1995 dan dengan pindaan-pindaan ini diharap akan membolehkan penguasaan ke atas beberapa kesalahan lalu lintas tertentu oleh pegawai penguat kuasa Perbadanan Putrajaya dilaksanakan dengan lebih berkesan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bebanan kerja polis lalu lintas, PDRM dan penguat kuasa JPJ, dapat dimanfaatkan untuk tugas-tugas penguatkuasaan di tempat lain.

Saya juga ingin memerlukan bahawa pindaan rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang menyokong?

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang berkenaan suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Selayang sila.

final • 3:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Pindaan Akta Pengangkutan. Seperti yang telah dikatakan tujuan pindaan adalah untuk mengganti nama kawasan Perbadanan Putrajaya kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya berikutan pindaan Akta Perbadanan Putrajaya 1995.

Salah satu pindaan yang lain ialah memberikan kuasa kepada Presiden atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Presiden untuk mengkompaun kesalahan tertentu terhadap Akta 333.

Tuan Yang di-Pertua, Putrajaya adalah satu rancangan pengangkutan. Saya dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya adakan rancangan pengangkutan di mana matlamatnya ialah menghendaki 7 peratus kenderaan awam dan 30 peratus kenderaan swasta. Pengurusan Wilayah Persekutuan Putrajaya bercadang melaksanakan rancangan ini dengan mengadakan dua cara. Satu dengan menggunakan denda menaikkan harga tempat letak kereta dan juga cara menaikkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya.

Oleh yang demikian, rancangan untuk memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengkompaun kesalahan merupakan salah daripada rancangan untuk mencapai matlamat sistem pengangkutan awam Putrajaya. Saya meminta Menteri Pengangkutan mengkaji semula rancangan ini kerana sistem pengangkutan ada kelemahan bukan sahaja di Putrajaya tetapi di Lembah Klang dan seluruh negara. Dan dengan cara untuk mendenda pengguna, cara ini tidak akan berkesan untuk mencapai matlamat jikalau kelemahan tidak dibetulkan. Rancangan untuk mengadakan nisbah 70:30 iaitu kenderaan awam 70 dan kenderaan swasta 30 di Putrajaya tidak mungkin dijayakan memandangkan bahawa pada ketika ini hanya 15 pengguna menggunakan kenderaan awam dan 85 peratus menggunakan kenderaan swasta. Rakyat Malaysia terutama mereka yang ada urusan di Putrajaya mahu menggunakan kenderaan awam dan tidak mahu memakai kereta jika boleh.

final • 3:25 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Walau pun orang awam berhasrat menggunakan kenderaan awam, mereka terpaksa menggunakan kenderaan swasta kerana mereka tidak ada pilihan yang lain.

Ini ialah kerana kelemahan sistem pengangkutan awam di negara kita. Orang awam tidak ada keyakinan menggunakan kenderaan awam di Putrajaya kerana sistem yang tidak boleh dipercayai atau dengan izinnya not reliable dan juga banyak masalah yang lain. Tiga syarikat bas membawa penumpang dari luar ke Putrajaya. Satu syarikat bas mengendali perkhidmatan dalam Putrajaya. Hanya 14 buah bas yang berkhidmat dalam Putrajaya dan dalam jadual waktu bas ini ialah dua sejam tidak kira sibuk atau masa pergi dan balik dari pejabat. Bas yang digunakan ini juga reka bentuknya tidak boleh digunakan oleh orang yang kurang upaya dan orang tua. Jarak di antara satu bangunan kementerian kepada satu bangunan yang lain adalah jarak yang jauh. Tapak tempat letak kereta juga tidak mencukupi.

Ketua Pegawai Putrajaya Holding Sdn Bhd, yang mengurus Putrajaya mengatakan rancangan infrastruktur di Putrajaya menghendaki satu sistem pengangkutan berintegrasi dengan mengadakannya monorel di dalam Putrajaya dan sistem LRT dari Lembah Klang Putrajaya. Apa yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Putrajaya Holding Sdn Bhd adalah satu masalah yang dialami di seluruh Lembah Klang, di Penang dan seluruh negara kita. Bahawa kita tidak boleh ada satu rancangan pengangkutan berasingan kerana kita hendak ada satu sistem berintegrasi dan satu cadangan yang holistik.

final • 3:25 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Sistem pengangkutan awam pada masa ini banyak kelemahan. Penduduk- penduduk tidak boleh bergantung dan tidak boleh mengharapkan kepada perkhidmatan bas awam dan sistem pengangkutan awam. Bas yang tidak mengikuti jadual waktu, bas yang selalu rosak dan sistem LRT kita yang hanya ada empat carriage yang tidak mencukupi untuk permintaan penduduk-penduduk di Lembah Klang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Kalau kita membandingkan dengan negara-negara yang lain, di Kuala Lumpur hanya 11 peratus menggunakan kenderaan awam. Di Seoul, Korea – 60 peratus; Singapura – 56 peratus; Manila – 54 peratus; Tokyo – 49 peratus; dan Bangkok – 30 peratus. Kerajaan dengan menggalakkan penjualan kereta Proton dan Perodua tidak ada keazaman untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang berkesan.

Walaupun beberapa kenyataan telah diumumkan, sehingga hari ini kerajaan masih tidak memaklumkan dasar pengangkutan negara. Bilakah dasar ini akan diumumkan?

Bekas Perdana Menteri telah memaklumkan mewujudkan sebuah tabung pengangkutan sebanyak RM4.4 bilion dengan wang daripada kenaikan harga minyak pada tahun 2006, tetapi sehingga hari ini kita tidak nampak apa yang telah dibuat daripada tabung ini. Kerajaan telah mengadakan satu persepsi bahawa pengangkutan ialah sebuah perniagaan dan bukan sesuatu infrastruktur. Sehingga kerajaan tidak menukar pandangan dan persepsi bahawa pengangkutan adalah salah satu infrastruktur dan perkhidmatan dan masih menganggap ianya sebagai sesuatu perniagaan. Masalah sistem pengangkutan kita tidak akan dapat ditangani.

Ini ditunjuk dengan adanya LPKN diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya diletak di bawah Kementerian Pengangkutan. Apakah penjelasan bahawa LPKN tidak ada di bawah Kementerian Pengangkutan? Tentang LPKN, kita rakyat Malaysia...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa LPKN Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Iaitu ialah Lembaga Pelesenan Kenderaan Negara yang seharusnya berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita cukup malu tiap-tiap hari kita berada di Lapangan Terbang KLIA yang ada satu bangunan yang kita boleh katakan bertaraf dunia utama, first world building tetapi kita ada pemandu teksi haram, wakil-wakil mereka memperkosa pelawat-pelawat asing. Ini hanya berlaku di dunia yang ketiga dan LPKN telah mengaku menyerah kalah dan tidak dapat menangani masalah ini. Ini tidak boleh diterima dan kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya demi maruah negara kita.

final • 3:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Beberapa pengumuman telah diberikan untuk mengadakan tabung, untuk mengadakan sistem pengangkutan. Pada tahun 2006, Jemaah Menteri berkata ada satu dana RM4.4 bilion. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan diadakan bajet RM1.6 bilion bersama juga di dalam Bajet 2009, di mana bajet ialah untuk RM35 bilion.

Baru-baru ini juga, rangsangan ekonomi yang pertama di mana ada RM0.5 bilion.

Walaupun janji telah dibuat sehingga hari ini langsung tidak ada apa-apa tindakan yang diadakan untuk membetulkan sistem pengangkutan awam.

Saya memandang bahawa ini adalah satu kekurangan keazaman politik, kerana kalau kerajaan hendak membuat sesuatu, kerajaan boleh membuat dengan secepat mungkin yang kita telah lihat dengan episod PKFZ, di mana kerajaan telah memberikan pinjaman RM4.6 bilion dan kerugian akan naik sehingga RM12 bilion.

Masalah PKMF bukan sesuatu peristiwa yang baru, Ketua Audit Negara di dalam laporan tahun 2004, 2005 dan 2007 telah memaklumkan bahawa PKA tidak mampu melaksanakan projek dengan sumber kewangan sendiri.

Mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan pada masa ketika. Pada ketika ini kerajaan seharusnya mengambil keputusan sama ada melanjutkan projek PKFZ atau menamatkannya. Saya meminta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan yang lebih dan tambah daripada kenyataan yang telah diberi pada pagi ini. Mengapa projek yang tidak ada harapan untuk dipulihkan harus dijalankan? Wang sejumlah RM4.6 bilion yang PKFZ hendak membayar balik kepada pemegang bon-bon bukan dana untuk projek PKFZ, tetapi untuk menyelamatkan Kuala Dimensi yang telah mungkir pinjaman banknya terutama Dana Harta.

Saya meminta penjelasan bagaimana kementerian dapat meluluskan surat sokongan oleh Menteri-menteri yang berkenaan. Apa yang kita hendak pada masa ini tentang PKFZ ialah satu kebertanggungjawaban dan hukuman balasan atau dengan izinnya, accountability and restitution. Apa yang penting, mereka yang terlibat tidak akan mendapat manfaat dan tindakan hendak diambil, tindakan yang keras untuk menuntut kerugian dan untuk memberikan satu indication kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan melepaskan mereka dengan begitu sahaja.

Sebagai rumusan, rakyat telah menunggu lama untuk mengadakan sistem pengangkutan awam yang berintegrasi dan yang berkesan. Penduduk-penduduk Malaysia dan khususnya mereka di kawasan Pulau Pinang dan Lembah Klang mengalami kesusahan tiap-tiap hari. Mereka juga mengalami kerugian besar dari segi produktiviti, masa dan kewangan dengan kesesakan trafik setiap hari. Pembinaan lebuh raya dan jejambat bukan jawapan dan tidak akan menangani masalah ini. Saya berharap kerajaan akan menunjukkan keazaman politik yang sungguh untuk membetulkan perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Selayang dan point-point yang disebutkan oleh Yang Berhormat kerana amat prihatin dengan masalah lalu lintas di Putrajaya.

Tuan Yang di-Pertua, memang ini ada satu perancangan iaitu seperti dikatakan oleh Yang Berhormat, 70 peratus akan digunakan pengangkutan awam dan 30 peratus menggunakan kenderaan sendiri. Ini tujuan dan sampai sekarang kita belum mencapai, tetapi berdasarkan Pelan Induk Pengangkutan Putrajaya (PIPP), Transport Master Plan dengan izin, Putrajaya dibangunkan sebagai sebuah bandar yang bergantung pada sistem pengangkutan awam seperti di mana polisi 70 peratus dan 30 peratus telah diperkenalkan, iaitu 70 peratus perjalanan trip ke core area ialah menggunakan pengangkutan awam dan hanya 30 peratus sahaja yang menggunakan kenderaan persendirian.

final • 3:38 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Di samping itu, pusat pentadbiran ini juga dibangunkan untuk menyediakan suasana yang bebas daripada kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar yang minima. Bagi mencapai matlamat tersebut, cadangan PIPP yang telah dilaksanakan ialah:

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Datuk Robert Lau Hoi Chew

(i) pembinaan Putrajaya Sentral sebagai terminal utama pengangkutan awam di Putrajaya;

(ii) membuat park & ride dengan izin, dengan kapasiti 2500 tiket. Tempat letak kereta ada TLK di Presint 1 dan Presint 7; dan

(iii) penyediaan perkhidmatan bas dari Putra dan mengehadkan bilangan TLK bagi setiap kawasan pembangunan.

Ini adalah langkah-langkah sedang diambil dan akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan mengatasi masalah-masalah lalu lintas, kesesakan di Putrajaya.

Tentang...

final • 3:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Satu penjelasan. Apakah masa, tempoh masa semua kemudahan ini dapat dilaksanakan?

final • 3:40 PM

Datuk Robert Lau Hoi Chew

Minta maaf. Sampai sekarang saya tidak dapat ya, tidak dapat menjawab bilakah ini akan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Akan tetapi saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat, kerajaan akan mencuba kuat, secepat mungkin kita akan laksanakan ini. Okey?

Tentang bas-bas, syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Putrajaya tanpa kemudahan untuk OKU itu - cadangan yang sememangnya baik. Saya akan bawa balik untuk maklumat syarikat bas tertentu. Saya memang setuju yang dikatakan oleh Yang Berhormat Selayang iaitu negara kita masih kurang rakyat menggunakan facilities, pengangkutan awam.

Inilah, saya harap semua rakyat termasuk Yang Berhormat-Yang Berhormat wakil rakyat dari pembangkang dan Barisan Nasional. Kita percaya bekerja bersama rakyat untuk mewujudkan atau meningkatkan kesedaran sivik kepada rakyat kerana masa telah tiba untuk rakyat Malaysia kita menggunakan kemudahan pengangkutan awam sebanyak mungkin supaya kita akan menjaga alam sekitar dan lain-lain. Itulah, saya harap kita semua pihak bekerjasama. Itu sahaja saya mahu jelaskan di sini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 3:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undan-undang ini dipertimbangkan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [28 Ogos 2008]

final • 3:40 PM

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 3:40 PM

Fasal 2 dan 3 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Menteri, sila.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Menteri, Timbalan pun tiada?

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pindaan saya tolong jawab...

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Menteri, Timbalan. Kedua-dua pun tiada.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Bekas Menteri boleh jawabkah?

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Kepiai, Kepiai, Kepiai, Kepiai ada.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, boleh saya jawab?...

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ha, ini Menteri KPI boleh tunjuk?

KP... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Mana Menteri?... [Dewan sunyi]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada Menteri?

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya cadang kita tangguh dulu Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tiada Menteri? Menteri Dalam Negeri. DNA. Ha... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Minta Menteri KPI. Minta...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey, baik Yang Berhormat. Baik.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ha, potong-potong, potong bakar... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik. Sila, sila Yang Berhormat Menteri. Fasal 2 dan 3.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan beberapa pindaan terhadap peruntukan dalam Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. Pindaan-pindaan ini diadakan berasaskan kepada pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pandangan daripada pihak luar termasuk daripada badan bukan kerajaan.

Pandangan-pandangan ini juga diambil kira berdasarkan sesi perbahasan yang telah berlangsung pada 26 dan 28 Ogos tahun 2008 yang lepas, iaitu semasa rang undang-undang ini dibaca pada kali yang kedua. Tuan Pengerusi, sehubungan dengan fasal 2, saya mohon mencadangkan pindaan fasal 2 seperti yang tertera di dalam kertas pindaan iaitu takrif ‘orang tahanan’ dengan menggantikan perkataan “mana-mana undang-undang, yang dibuat menurut Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan”, dengan perkataan “Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegah Jenayah) 1969 atau Ordinan 5/1969 atau Akta Dadah Berbahaya

(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atau Akta 316”.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Pindaan yang dicadangkan ini bertujuan untuk mengehadkan skop takrif ”orang tahanan” kepada “mana-mana orang tahanan” yang ditangkap dan ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegah Jenayah) 1969 atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Ini tidaklah termasuk mana-mana orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tahun 1960.

Berkenaan dengan fasal 3, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan fasal 3 pula, saya mohon mencadangkan fasal 3(3) perenggan (g), rang undang-undang dipinda seperti yang tertera dalam kertas pindaan iaitu dengan menggantikan nombor ”16” kepada nombor ”15”. Pindaan yang dicadangkan dalam 3(3) perenggan (g) rang undang-undang bertujuan membetulkan kesalahan tipografi setakat itu sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini dibuka untuk dibahaskan.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Segambut.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Pengerusi, pindaan yang dicadangkan dalam fasal 2 iaitu definisi untuk ”orang tahanan”. Saya minta penjelasan kenapa ia diganti oleh Ordinan Darurat dan Akta Dadah? Adakah Menteri bermaksud Akta DNA ini tidak terlibat langsung dengan kanun keseksaan. Umpamanya kalau seorang perogol, penjenayah dan yang lain-lain, adakah mereka dikawal dalam Akta DNA?

Saya rasa definisi ‘orang tahanan’ tidak patut langsung diletakkan dengan izin Tuan Pengerusi, it is not necessary to define what is ”orang tahanan”. Akta DNA ini sepatutnya melibatkan semua aspek, sesiapa yang kalau DNA sampelnya diambil oleh pihak berkuasa, ia akan dikawal oleh DNA ini. Saya juga telah submit dua cadangan pindaan kepada Dewan ini.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Nanti dahulu, tidak mahu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Itu nanti ya? Sekian terima kasih... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Selayang.

final • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Pengerusi, tentang takrif ‘orang tahanan’, kita tahu dengan jelas apa tujuan Akta ini, kerana di negara-negara lain yang menggunakan DNA, hanya sampel perogol, pembunuh dan serial killer yang terlibat di dalam violent crime. Hanya DNA mereka yang dikawal.

Kalau kita menggunakan tujuan ini, mengapa ada sampel penagih dadah dan juga orang politik kerana pada hari ini kita tidak ada darurat, komunis dan yang terakhir Chin Peng pun tidak dibenarkan balik. Hanya akta-akta digunakan untuk menahan orang politik, orang politik bukan perogol dan pembunuh. Saya kurang pasti mengapa takrif orang tahanan ini hendak melibatkan kedua-dua lapisan masyarakat?

final • 3:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya rasa mungkin daripada segi Yang Berhormat yang berhujah tadi tidak melihat apakah tujuan Data Bank DNA ini ditubuhkan. Kalau kita lihat di bawah fasal 3(3), bahawa Bank Data DNA adalah terdiri daripada index yang meliputi index tempat kejadian jenayah dan juga index orang disyaki, index pesalah yang disabitkan kesalahan dan index orang tahanan oleh sebab ada keperluan untuk memberi takrifan kepada orang tahanan ini.

Seterusnya index penagih dadah dan juga index orang yang hilang. Jadi, ”orang tahanan” ini biasanya yang ditahan di bawah Akta Anti Dadah dan juga Prevention Of Crime Act, mereka kebanyakannya adalah penjenayah-penjenayah yang ditahan.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Begitu juga dengan pihak penagih-penagih dadah ini, yang mana penagih dadah ini adalah prone kepada melakukan jenayah-jenayah. Melihat kepada data-data yang ada daripada kejadian-kejadian jenayah adalah melibatkan penagih-penagih dadah.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Selayang bangun, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Timbalan Menteri telah berkata dalam hujahnya bahawa penagih dadah selalunya akan menjadi penjenayah. Ini adalah masalah DNA, kalau kita menggunakan anggapan, bermakna semua penagih dadah dianggap sudah menjadi penjenayah. Mengikut akta ini mereka akan menjadi sasaran yang utama di dalam sesuatu siasatan.

Oleh itu, keadaan ini adalah tidak adil kepada mereka yang tidak melakukan jenayah walaupun mereka adalah penagih dadah. Oleh sebab itu kita membantah takrif yang dirancangkan.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Data-data yang diambil ini adalah merupakan data index yang disimpan dalam Bank Data DNA ini. Ia hanya digunakan bila sesuatu jenayah berlaku baru sampel daripada suspek ataupun penjenayah diambil dan dibandingkan dengan maklumat-maklumat index yang ada di dalam data DNA ini.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, saya langsung tidak fahamlah apa yang dijawab oleh Menteri. Saya minta Yang Berhormat Menteri...

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, saya rasa dua- dua yang Ahli Yang Berhormat ini tidak faham dengan penjelasan kementerian. Dia hanya mengambil intimate sample itu yang disyaki. Itu pun tidak faham? Yang Berhormat Menteri sudah jelas.

final • 4:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Bila sudah jadi Yang Berhormat Menteri...

final • 4:00 PM

Tuan pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak menjawab soalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi.

final • 4:00 PM

Tuan pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya hendak minta penjelasan sedikit lah dalam pentakrifan tentang tahanan ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah tampil memberikan jawapan bahawa definisi tahanan juga yang menimbulkan kebimbangan kita Ahli-ahli Parlimen sebab kalau disebut sebagai tahanan, orang-orang tahanan dan tidak diperjelaskan. Nantilah Yang Berhormat Putatan. Tidak mengapa.

Tidak mengapa, duduk. Selepas ini boleh...

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

...Perkara 149, 150 Perlembagaan.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Kalau tahanan-tahanan politik...

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ada dalam definisi sini.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebagai contoh Tuan Pengerusi, saya sendiri telah ditahan berulang kali. Kalau klausa ini dibenarkan maknanya pihak polis boleh mengambil sampel daripada saya walaupun saya bukan penjenayah. Atas nama tahanan, maka sampel boleh diambil daripada mana-mana tahanan termasuk tahanan politik. Ini yang membimbangkan kita. Kecuali, kementerian boleh memberi jaminan bahawa sampel ini akan hanya diambil daripada penjenayah yang telah mempunyai terbukti daripada bukti-bukti yang lain dan dalam proses mengukuhkan pendakwaan terhadap individu seperti ini maka, beberapa bukti tambahan diperlukan.

Kita bimbang ia akan disalah gunakan sampel-sampel ini. Sebab ini sudah berlaku.

Pengalaman kita selama sepuluh tahun yang lalu telah membuktikan. Saya sendiri sudah menjadi mangsanya Tuan Pengerusi.

Pada tahun 1998, apabila pihak polis memaksa sampel darah saya diambil tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Ini yang membimbangkan kita Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh memberikan jaminan ianya tidak disalahgunakan dan ia lebih baik kalau terjemahan definisi tahanan itu dapat diperjelaskan dalam Dewan Rakyat ini.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang ditakrifkan di bawah ‘orang tahanan’ yang mana ertinya; seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Ordinan Darurat

(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) tahun 1969 dan juga atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Pindaan ini dibuat apabila kita membatalkan berkaitan dengan tahanan yang dibuat pada asalnya “menurut Perkara 149 dan 150 Perlembagaan Persekutuan” yang mana itu adalah melibatkan tahanan politik. Jadi perkara ini telah dibangkitkan semasa di dalam perbahasan pada peringkat dasar, yang mana di buat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini.

Jadi itu sebabnya kita membuat pindaan yang mana sebagaimana Yang Berhormat Gombak cakap tadi bahawa ada jaminan bahawa tidak ada orang politik yang ditahan akan diambil di bawah takrif ”orang tahanan” ini.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, pindaan yang dibuat masih belum diperjelaskan sekarang dikeluarkan tahanan politik. Akan tetapi kalau sekadar penagih dadah seperti Yang Berhormat Selayang katakan tadi.

Kita tidak perlu ambil sampel daripada DNA daripada penagih dadah. Cukup sekadar dengan mengambil ujian air kencing bagi membuktikan seseorang itu mengambil dadah atau tidak. Mengapa klausa ini membenarkan sehingga tahap itu?

Oleh sebab, kementerian membuat andaian umum bahawa penagih dadah semuanya akan terlibat dengan jenayah. Saya kira ini kurang adil. Ada penagih dadah yang tidak terlibat dengan jenayah, tetapi dengan klausa yang hendak kita luluskan ini menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap individu yang berkenaan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:00 PM

Tuan pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada lagi yang bangun Yang Berhormat. Hendak beri?

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Saya jawab dahulu.

final • 4:00 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Pengerusi,

final • 4:00 PM

Tuan pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dia kata jawab Yang Berhormat Gombak dahulu.

final • 4:00 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Okey.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Sehubungan dengan sampel yang kita ambil yang hendak disimpan di dalam indeks DNA di bank data DNA ini yang mana melibatkan penagih dadah. Oleh sebab daripada data-data yang kita ada. Di mana penagih-penagih dadah ini banyaknya terlibat di dalam jenayah-jenayah. Jadi, makna kalau mereka tidak melakukan jenayah pada masa akan datang, jadi makna mereka tidak perlulah bersusah hati kerana kita tidak ada membuat comparison di antara apa sampel yang disimpan di dalam bank data DNA dengan sampel yang diambil daripada penjenayah itu yang mungkin daripada penagih dadah. Ini kementerian berpandangan bahawa ia perlu diambil daripada penagih dadah ini untuk disimpan di dalam bank data DNA ini.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya. Silakan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Pengerusi, saya pun kurang bersetuju dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi dan juga mengenai Fasal II berkenaan dengan tahanan politik, bukan ”orang tahanan”. Cuma ini tahanan politik ini ditinggalkan dengan Akta ISA. Akan tetapi dalam pengalaman saya ini, Ordinan Darurat merupakan juga undang-undang yang telah menahan orang politik. Tahanan Kesatuan Ahli-ahli Pekerja 60-an, 70-an, 80-an, juga termasuk juga dalam Ordinan Darurat. So, bila diberitahu bahawa ini tidak ada kena-mengena dengan tahanan politik, saya pun kurang bersetuju.

final • 4:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa Yang Berhormat Subang kena baca Akta Ordinan Darurat (Ketenteraman dan Pencegah Jenayah). Ia tidak melibatkan sama sekali berkaitan dengan tahanan orang politik.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi. Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau gunakan Ordinan Darurat ini pengalaman saya di Hulu Klang dan Ampang. Apabila kerajaan lama negeri Selangor merobohkan peneroka-peneroka bandar secara paksaan, mereka menggunakan Ordinan Darurat.

Jadi kalau peneroka bandar itu tidak berganjak daripada tempat pemindahan itu dan kerajaan dan pihak berkuasa masuk menggunakan Ordinan Darurat, setinggan dan peneroka bandar ini akan ditangkap. Apakah pihak polis dibenarkan untuk mengambil sampel peneroka-peneroka bandar seperti ini? Sebab mereka juga menggunakan Ordinan Darurat untuk merobohkan peneroka-peneroka bandar yang banyak di merata tempat.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Gombak ini merupakan spekulatif bahawa...

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

...Kalau kita lihat daripada segi Akta Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah, ia menjurus kepada penjenayah- penjenayah bukan orang-orang politik.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, ini bukan spekulatif. Saya mengalaminya di mana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menggunakan Ordinan Darurat melalui kerajaan tempatan PBT. Jelas, saya boleh buktikan di dalam Dewan Rakyat ini, beberapa notis untuk merobohkan peneroka bandar tetapi menggunakan Ordinan Darurat. Ini bukan spekulatif, sudah berlaku.

Mungkin Masjid Tanah tidak ada peneroka bandar tetapi di Selangor, di Wilayah, ramai peneroka bandar yang dimusnahkan rumah mereka atas notis Ordinan Darurat untuk membolehkan PBT masuk dan merobohkan rumah mereka

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Banyak tangkapan dibuat oleh pihak polis. Oleh sebab PBT, kerjasama dengan polis, memastikan peneroka bandar ini tidak menghalang usaha merobohkan rumah tersebut. Apakah tahanan-tahanan seperti ini juga membolehkan pihak polis mengambil sampel mereka? Kalau klausa ini tidak memberikan definisi yang begitu jelas tentang siapakah yang akan diambil sampel mereka.

Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita juga kena tahu bahawa DNA ini tidak ada tarikh. Ini juga membahayakan. Kalau berlaku sesuatu jenayah pada sesuatu ketika dan sampel itu diambil pada sesuatu masa, kemudian ada orang lain yang datang berkunjung ke tempat itu dan tertinggal beberapa sampelnya, maka orang yang kedua itu akan menjadi mangsa kalau peruntukan ini dibenarkan. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Soalan yang...

final • 4:10 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Sekejap, sekejap. Dalam kita mengambil tindakan di bawah Akta Ketenteraman Awam dan Pencegah Jenayah ini, ianya ada saksi-saksi yang mana kita mengumpulkan maklumat-maklumat, evidence yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah melakukan kesalahan. Akan tetapi, dari segi pembuktiannya kalau di mahkamah mungkin kita tahu mereka telah melakukan kesalahan, tetapi untuk pembuktiannya mungkin dari segi kes ada kelemahan secara overall. Jadi, itu sebabnya akta di bawah Ketenteraman Awam dan Pencegah Jenayah ini diguna pakai.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dengan izin Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin membangkitkan satu isu berkaitan definisi “orang tahanan”. Kita nampak sekarang ini ia dipinda daripada versi asal. Versi asal adalah definisi yang merujuk kepada perkara 149 dan 150 termasuk tahanan ISA. Pada peringkat perbahasan dasar, bantahan yang kuat telah dibuat terhadap definisi yang luas.

final • 4:13 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dan sekarang kita nampak kerajaan telah buat pindaan dan secara khusus telah sebut, dengan izin, the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 and the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985.

Akan tetapi, bagi saya ini tidak menjawab isu yang prinsip yang dibawa di dalam perbahasan dasar iaitu ini di mana kita kena faham apakah tujuan satu DNA database, dengan izin. Apabila kita lihat amalan di negara-negara lain yang lebih maju yang telah ada undang-undang yang sama dan telah membina satu databank. DNA databank, mereka hanya tumpu kepada orang-orang yang terlibat di dalam jenayah yang melibatkan keganasan. Jadi, kategori yang mereka tumpukan adalah serial killers dengan izin. Pembunuh yang kerap membuat pembunuhan. Serial rapists, yang melakukan dengan keganasan. Itulah kategori di mana mereka masuk untuk buat database DNA ini. Jadi, itulah bantahan yang kita buat. Isu dasar itu tidak dapat dijawab dengan pindaan ini. Pindaan ini tidak menangani apa bantahan itu. Jadi, kita masih membangkitkan persoalan itu sekarang.

Kita lihat siapa yang ditangkap dan ditahan di bawah Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance. Ada macam-macam orang ditangkap. Orang yang memalsukan duit dimasukkan ke dalam kem tahanan. Macam-macam jenayah, yang disyaki melakukan jenayah, tidak dapat bukti namun dibawa ke mahkamah.

Itu pun salah, tidak apa, tetapi mereka yang akan dimasukkan dalam DNA database ini. Itu salah, dari segi prinsip. Melanggar prinsip-prinsip data protection yang diamalkan di negara-negara lain yang telah ada menggubal undang-undang yang sama dan membina database yang sama. Jadi, itulah yang kita ragu sekarang. Ini merupakan satu isu yang serius, di mana kita perluas kategori begitu besar.

Sama juga dengan Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act, kita tahu beribu-ribu orang dimasukkan ke dalam kem-kem tahanan. Orang yang disyaki penagih dadah, ini bukan penjenayah yang serial killers, yang serial rapist, yang seharusnya kategori itu sahaja yang dimasukkan dalam DNA database ini. Jadi, itulah bantahan yang dibangkitkan semasa perbahasan. Pindaan ini, walaupun telah menjawab bantahan terhadap kemasukan tahanan ISA, tetapi tidak dapat tangani isu ini.

Jadi, kita minta supaya ini dikaji semula sekali lagi. Kementerian kena faham apakah tujuan database ini, apakah the mischief, dengan izin, ini akan menangani dan kandungan yang akan disesuaikan untuk tujuan itu dan bukan untuk tujuan yang lebih luas sekarang. Kita nampak sekarang, itu sudah lari daripada tujuan yang sewajarnya.

Terima kasih.

final • 4:13 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 4:13 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Ya, Yang Berhormat boleh sambung sedikit.

final • 4:13 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tambah.

final • 4:13 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tambah sedikit.

final • 4:13 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, saya memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang. Saya rasa kerajaan juga perlu mempertimbangkan dari segi kos. Ia bukan murah untuk menjalankan satu DNA test.

Kalau kita hendak jalankan begitu banyak DNA test kepada semua penagih dadah, berapa orang penagih dadah yang kita ada? Ini bukan sahaja tidak adil kepada penagih dadah, tetapi juga dari segi kos. Ia juga tidak praktikal.

Saya rasa sekurang-kurangnya, seseorang itu mesti dibuktikan telah melakukan kesalahan, selain daripada kesalahan yang serius. Bukan mereka yang disyaki sahaja. Sebelum mereka dibuktikan salah, seperti penagih dadah. Penagihan ini dilihat salah adalah kerana undang-undang kita. Ada di negara-negara yang tertentu, dia tidak lagi memandang penggunaan dadah ini sebagai satu kesalahan. Ia merupakan satu kelemahan dari segi kesihatan dan bukan kesalahan. Jadi, kita harus mengikut langkah dunia ini. Bukan kita diskriminasi terhadap drug dependence ini.

Terima kasih.

final • 4:13 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:13 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini macam perbahasan semula Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itulah. Saya menyokong fasal ini Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kalau parti pembangkang menjadi kerajaan, porak- peranda negara ini kalau tidak mengikut tafsiran mereka. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil rekod rakyat, ini perkara biasa. Ambil cap jari, IC dan sebagainya.

Saya melihat databank DNA ini adalah salah satu cara untuk kerajaan menyimpan rekod penjenayah-penjenayah ataupun suspek-suspek dalam sesuatu kes.

Saya faham apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan dari parti pembangkang tadi.

Soalnya sekarang ini yang patut kita persoalkan dan mungkin perlu diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri ialah bukan hak mengambil DNA sample itu, tetapi bagaimana nanti mekanisme untuk menggunakan DNA itu dalam proses penghukuman ataupun pertuduhan. Itu yang lebih penting. Soal mengambil sampel ini, tidak menjadi soal, pada saya lah sebab...

final • 4:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta penjelasan.

final • 4:13 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini kerana cap jari pun kita ambil.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Segambut, tiada penjelasan di sini kerana dia mencelah juga ini.

final • 4:13 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, cap jari pun kita ambil...

final • 4:13 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta mencelah.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Segambut, tanya dengan Timbalan Menteri.

final • 4:13 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Bukit Mertajam kata tadi kita mesti berlaku adil kepada penagih dadah. Itu saya tidak faham. Terima kasih.

final • 4:13 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak bagi Yang Berhormat Batu, ya? Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 4:13 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya hendak tambah sedikit sebab saya anggap pengambilan data ini adalah permulaan. Saya percaya Yang Berhormat Kota Belud juga tidak mahu sampel DNA nya disimpan oleh sebarang orang.

final • 4:13 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Isu simpanan itu kemudian. Akan tetapi kalau kita lihat dalam kategori ini, orang tahanan adalah orang yang sudah disabit salah tetapi ordinan darurat dengan Dangerous Drug Act, dengan izin adalah kebanyakan orang yang belum disabit. Kita membenarkan kedua-dua akta, undang-undang ini untuk memudahkan kerja polis supaya mereka boleh tahan suspek, so itu isu lainlah sama ada kita setuju atau tidak.

Akan tetapi dengan persetujuan ini jangan pula mereka terpaksa bagi data DNA mereka untuk disimpan di tangan yang mereka rasa tidak selamat. Prejudis yang ada tadi juga telah didedahkan oleh Timbalan Menteri bahawa penagih dadah ini adalah berpotensi melakukan kesalahan. Kalau Menteri juga ada prejudis seperti ini, apatah lagi pegawai polis biasa, orang-orang awam?

final • 4:20 PM

Tuan Lim Lip Seng - Segambut

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini akan menjadi masalah, ini tidak boleh celah... [Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini tidak boleh celah Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kena tunggu chance.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Celah dekat sebelah sana Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Itulah sebab saya harap Menteri pertimbangkan isu ini. Apakah tujuan kita hendak simpan rekod-rekod orang yang tidak bersalah. Kalau kita rasa mereka disyaki sesuatu, undang-undang ini wajibkan seseorang itu untuk diberi sample. So tidak perlulah kita ambil sample dan mewujudkan satu keadaan sample mereka boleh disalah gunakan ataupun hak mereka boleh dicerobohi. Itulah tujuan kita mempertikaikan kenapa orang yang belum disabit kesalahan ini, yang ditahan terpaksa juga mengorbankan hak mereka dari segi privasi data. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sehubungan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang tadi bahawa dia memberi contoh sesetengah negara bahawa sample hanya diambil kepada serial killer dan sebagainya. Akan tetapi di tempat negara yang tersebut mungkin banyak kesalahan-kesalahan yang membabitkan serial killer. Bagi kita di Malaysia ini, banyak daripada segi data yang kita ada bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan umpama yang baru-baru ini di mana murder case di Ipoh, ragut di Batu Pahat dan lain-lain lagilah yang mana melibatkan penagih dadah.

Jadi dengan adanya sample-sample yang kita simpan dalam data DNA ini, maka ianya kalau ada penjenayah-penjenayah maka bolehlah dalam proses penyiasatan, di mana ianya boleh dibuat bandingan di antara sample yang diambil daripada penjenayah dengan sample yang disimpan di dalam data bank DNA ini. Jadi kalau tidak terlibat maka tidak adalah akan melibatkan kepada mereka itu.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat hendak bagi jawapan lagi?

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Ya. Kementerian berpandangan bahawa ada keperluan untuk memasukkan orang tahanan ini termasuk penagih dadah.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak bagi peluang dengan...

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tidak payahlah. Sudah banyak tanyakan?

Kalau tidak kita tidak bergerak daripada sini ini.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya hendak perkemaskan sedikit sahaja. Saya tidak nampak keperluan peragut perlu diambil sample DNA? Ini mengejutkan saya. Kedua, Yang Berhormat Kota Belud ini mungkin dia tidak berapa jelas lagi sebab beberapa masalah yang dihadapi. Bukan soal isu kerajaan berhak ambil sample dan simpan sample. Soalnya Tuan Pengerusi, bila kita membentangkan pindaan ini, akta ini kita tidak seperti negara-negara maju yang lain. Kita belum ada lagi Data Protection Act yang memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tentang sample yang diambil oleh kerajaan.

Data protection act ini sudah bertahun-tahun dijanjikan oleh kerajaan tapi sampai hari ini belum dibentangkan. Sepatutnya Data Protection Act didahulukan sebelum DNA ini dibentangkan. Mengapa kerajaan terburu-buru hendak bentangkan DNA bill ini sebelum data protection act? Ini persoalannya.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, Data Protection Act ini tidak ada kena mengena dengan kes ini. Ianya melibatkan berkaitan dengan kes-kes komersial...

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri, ini Parlimen bukan Mesyuarat UMNO Bahagian di Masjid Tanah. Jadi saya minta jawapan jangan memalukan pegawai KDN di belakang. Jawapan kena kemas betul-betul.

Adakah Data Protection Act tidak ada kaitan dengan pindaan yang sedang kita bincangkan. Ini soal mempertahankan hak kerahsiaan rakyat Malaysia dalam memberikan sample.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebab itu negara-negara lain dia buat sekali supaya Data Protection Act diluluskan bersama dengan pindaan seumpama ini. Akan tetapi kalau Timbalan Menteri datang dalam Dewan Rakyat memberi tahu tidak ada kena mengena dengan, ini soal komersial. Ini satu jawapan yang saya kira amat memalukan Dewan Rakyat ini Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, saya rasa Data Protection Act tidak perlu dibentangkan sebelum kita membentangkan data DNA ini...

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Berkaitan dengan apa pandangan kementerian bahawa apa yang telah ditakrifkan di dalam deraf ini merupakan takrifan yang seharusnya dibuat.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak bagi lagi atau tidak bagi lagi?

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Celahan.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tidak ada. Sudah cukup.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cukup?

final • 4:20 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Saya ingat cukuplah Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Pengerusi sedikit untuk minta penjelasan lebih...

final • 4:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini hal-hal yang penting. Biar kita bagi pandangan.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Pengerusi, isu di hadapan kita ialah isu besar. Hari ini kita tidak nampak masalah itu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi ke depan nanti sudah pasti akan terpaksa mencari jawapan pada masalah ini. Isunya ialah yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Gombak. Di negara kita belum ada Data Protection Act. Kenapa isu ini ada kaitan dengan isu DNA ini? Tuan Pengerusi, isunya mudah.

Saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Menteri, beberapa bulan lepas di European Court of Human Rights membuat keputusan mengenai kes dua orang warga British. Mereka ditangkap, DNA mereka diambil tentang satu kes kemudian dibicarakan.

Akhirnya mahkamah mendapati mereka tidak bersalah. Baik, mereka kemudian meminta kepada mahkamah supaya data bank mereka mengenai DNA dipadamkan.

Enam tahun mereka bertarung, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa mereka menang kerana walaupun mereka ditangkap, DNA mereka diambil disimpan dalam data bank tapi kerana mereka tidak sabit kesalahan.

Mereka meminta agar nama mereka dipadamkan. Tidak ada lagi dalam rekod data bank. Ini maksudnya, kita belum lagi ada sistem ini. Jadi untuk itu saya fikir pada peringkat ini untuk suatu swiping statement dengan izin dibuat oleh Timbalan Menteri bahawa Data Protection Act ini tidak perlu untuk diadakan pada tahap ini. Sedangkan yang kita musykilkan ialah perlindungan terhadap maklumat DNA. Ini soal keturunan kita ini.

Apa lagi kalau nanti kita bahas sampai kepada klausa di mana pihak yang bertanggungjawab menjaga DNA data bank ini Tuan Pengerusi, dia juga kena comply dengan pihak berkuasa agensi antarabangsa seperti CIA dan FBI. Kalau mereka minta kita kena bagi. Akhirnya pihak asing nanti akan mempunyai banyak maklumat tentang rakyat negara kita. Dia boleh bina satu database dia pula. Jadi saya fikir perkara- perkara seperti ini harus dibaca bersekali dengan keperluan mewujudkan akta ini.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya fikir persoalan pokok ini harus dilihat. Ketepikan dahulu soal sentimen politik atau prasangka lain. Fokuskan dahulu bahawa kita hendak segerakan mengenai akta ini sedang peringkat Jawatankuasa sekarang tetapi tidak ada jaminan bahawa maklumat mengenai DNA penduduk ini, ada satu jaminan keselamatan seperti mana yang boleh dijamin dalam Data Protection Act.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kalau boleh saya atas sambung topik yang sama, Timbalan Menteri - Subang. Then, lepas itu boleh jawab bersama.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tadi saya pun terkejut apabila dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri kata Data Protection Act tidak ada kena mengena dengan DNA hanya untuk kes komersial sahaja. Bagi saya itu satu kenyataan yang cukup merunsingkan. Macam mana pembentang rang undang-undang ini boleh berhujah macam itu dalam Dewan yang mulia ini sebab ini menunjukkan bahawa ini asas satu DNA bank, asas undang-undang ini mungkin kurang difahami. Kaitan dengan data protection dengan DNA memang cukup jelas difahami di negara-negara lain.

Saya ada dokumen di sini di mana kita boleh belajar daripada pengalaman European Union. Mereka ada apa yang dikatakan EU Directive 1996 dengan izin, dan dihuraikan secara terperinci, dengan jelas, prinsip-prinsip data protection yang harus terpakai kepada undang-undang DNA dan database DNA. Sebab ini hal yang penting.

Tadi Kota Belud bangkit, kita boleh ambil fingerprint, kita ada data dalam smart card.

Memang betul. Oleh sebab itu negara kita perlu satu Data Protection Bill. Kita faham, kerajaan pun sudah faham itu dan sekarang memang kita sudah tunggu sepuluh tahun lebih tetapi kami difahamkan pada bulan Oktober, kerajaan bercadang membentang satu rang undang-undang data protection. Kenapa kita tidak boleh tunggu?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Sebab data DNA ini jauh lebih serius daripada implikasinya. When we store, dengan izin, such data, implikasinya jauh lebih serius daripada simpan fingerprint atau simpan personal data tentang bank account dan sebagainya dalam IC kita. Apakah salah guna yang boleh dibuat oleh DNA jauh lebih besar. Sebab itu kita mendesak jangan tergesa-gesa meluluskan undang-undang ini. Tunggu, kita buat bersama. Bring the Data Protection Bill pada bulan Oktober dan selepas itu kita boleh luluskan bersama. Di sana kita tangani isu yang menjadi kerisauan besar yang sekarang kita ada tentang kelulusan rang undang-undang ini dan saya harap Timbalan Menteri boleh faham. Kaitan ini rapat. Prinsip data protection mesti terpakai kepada satu bank DNA.

Kita boleh kata, “Oh, itu adalah hanya untuk kes-kes komersial sahaja.“ Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Minta penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan atau membetulkan atau tarik balik kenyataan Data Protection Act tidak ada langsung bersangkut-paut dengan DNA legislation. Ini adalah oleh kerana ini sangat memeranjatkan. Kita ada senior minister, monitor minister di sini mengenai KPI. Kalau tidak, bolehkah beliau ambil catatan oleh kerana ini sudah tentulah adverse report mengenai KPI Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau kita lihat daripada matlamat rang undang-undang ini bahawa Rang Undang-undang DNA ini adalah merupakan undang-undang untuk memperuntukkan kaedah, prosedur, pengambilan dan penyimpanan yang selamat dan teratur berkaitan dengan profil DNA ini. Boleh saya teruskan?

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, dia cakap...

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang ini fasal 2 dan fasal 3 kan?

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dia tidak jawab, Tuan Pengerusi.

Sebelum Tuan Pengerusi masuk tadi, banyak isu yang kita bangkitkan tetapi tidak jawab.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, kita berbincang seolah-olah pada fasa dasar, itu yang masalahnya.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak, secara spesifik itu.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini peringkat Jawatankuasa, Tuan Pengerusi. Jadi tadi persoalannya sama ada definisi tahanan, fasal 2 ini, ordinan yang telah diganti daripada perkara 149 dan perkara150, be specific. Yang lain itu mungkin kita boleh bincangkan pada fasal-fasal yang lain. Kalau tidak, kita pergi sampai satu dunia.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Siapa?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Tidak apa, Yang Berhormat, yang itu saya tidak akan ikut ke mana-mana... [Ketawa] Saya akan duduk di sini pertahankan peraturan mesyuarat.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Setahu saya yang sedang dibahaskan di sini iaitu cadangan oleh Menteri berhubung dengan fasal 2 dan fasal 3 dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai juga yang mengambil bahagian itu dan Menteri menjawab. Sudah habis menjawab itu semua?

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Pengerusi, masih ada isu berbangkit dengan seksyen 2 dan seksyen 3... boleh kita teruskan?... [Disampuk] Ya, memang spesifik, tetapi malangnya isu yang kita bangkit, isu pokok, isu prinsip tidak dijawab.

Kita kata rang undang-undang ini mesti dibentangkan bersama dengan rang undang- undang data protection. Kita bagi hujah yang cukup munasabahlah dengan pengalaman negara-negara lain...

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, saya bagi dia.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dan kita bagi hujah kita untuk menerangkan kenapa adalah bahaya kita meluluskan ini tanpa satu Data Protection Act dengan jelas.

Inilah amalan di negara lain. Ini bukan kita buat secara isu politik, bukan. Kita melihat di Kanada, di US, di European Union memang ada contoh Rang Undang-undang DNA.

Memang ada contoh DNA database. Cara mereka menubuhkan, cara mereka menguruskan dan sebagainya. Kita sudah teliti itu semua. Kita dapat maklumat tentang itu semua dan kita bawa ke sini supaya kita boleh belajar daripada itu.

Itulah kita minta Timbalan Menteri faham dan memikirkan itu. Cara yang kita buat ini tidak wajar untuk kebaikan rakyat kita. Kalau kita luluskan rang undang-undang macam ini tanpa buat bersama dengan satu Data Protection Bill. Itulah yang saya minta, tetapi kita masih belum dapat satu jawapan yang memuaskan. Saya teruskan dengan seksyen 2, ada satu isu lagi dalam definisi non-intimate sample, dengan izin.

Kita nampak di sini, non-intimate sample itu meliputi air liur juga. Ini bagi saya tidak selaras dengan amalan yang baik ataupun fahaman non-intimate sample yang digunakan di negara-negara lain yang telah meluluskan undang-undang sedemikian dan telah menubuhkan data bank DNA.

Saliva tidak boleh dianggap sebagai non-intimate sample dan harus, perlu, wajib dimasukkan dalam definisi intimate sample dengan izin, Tuan Pengerusi. So itulah yang kita minta. Kita lihat kesilapan ini masih ada dalam rang undang-undang ini walaupun saya rasa telah dibangkit dalam perbahasan dasar pada peringkat itu dan kita minta ini dibetulkan dan pembetulan ini pun mesti dibuat sebelum kita meluluskan.

So, kita tidak mahu Timbalan Menteri nampak macam kita tidak mahu satu rang undang-undang macam ini. Memang negara kita perlu. Ini satu rang undang-undang yang penting untuk pengurusan, dengan izin, all criminal justice system dengan menyeluruh. Kita perlu. Akan tetapi biar kita buat dengan cara yang terbaik, secara berfikirlah, secara mendalam. Belajar daripada pengalaman daripada tempat-tempat lain dan meluluskan sesuatu yang cukup baik bagi kita semua. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bahawa berkaitan dengan sampel bukan intim ini seperti mana yang telah ditakrifkan di bawah ini yang mana air liur atau pun saliva adalah dikategorikan sebagai sampel bukan intim.

Itu yang diputuskan oleh kementerian ini.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, memang kita tahu dalam pindaan ini, saliva, air liur masuk dalam non intimate sample. Sebab itu kita bantah, kita hujah. Akan tetapi kalau jawapan Menteri begitu, saya kira..., saya kurang jelas, Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Gombak. Ahli-ahli Yang Berhormat, tugas kami sebagai Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua cuma mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. “Malangnya” kami bukanlah pihak yang mengadili siapa yang betul, siapa yang tidak. Setiap hujah yang dilontarkan itu semestinya termasuk dalam Hansard. Satu lagi iaitu jawapan daripada Menteri ataupun Timbalan Menteri, kalau itulah jawapannya, pihak kami juga sebagai Yang di- Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua tidak boleh mengarah Menteri untuk menjawab sedemikian; ataupun begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh memaksa Menteri untuk menjawab kepada persoalan yang dikehendaki oleh pihak yang mahu sedemikian rupa. Cuma selepas ini tugas saya ialah untuk mengemukakan masalah ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada menerima pindaan itu ataupun tidak. Cuma setakat itu yang saya boleh nyatakan di sini...

final • 4:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila. Apa ini, minta penjelasan atau apa? Pasal Menteri kata, dia sudah habis untuk menjawab kepada persoalan fasal 2 dan 3.

final • 4:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pandangan kepada fasal-fasal 3 ini, pasal air liur. Saya tidak melihat kategori air liur ini patut dimasukkan dalam sampel

final • 4:40 PM

intim. Tuan Pengerusi, kalau kita baca di sini

“Sampel intim ertinya -

(a) suatu sampel darah, air mani atau apa-apa tisu atau bendalir lain yang diambil daripada tubuh, air kencing atau bulu ari-ari seseorang; atau

(b) suatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian genital seseorang (termasuk bulu ari-ari) atau dari lubang badan seseorang selain mulut.” Soal tentang hendak meletakkan air liur ini sebagai satu sampel intim bukanlah satu perkara yang begitu berat. Saya rasa tidak ada masalah untuk kerajaan meletakkan air liur ini sebagai satu sampel yang bukan intim, tidak menjadi satu masalah yang besar.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya sambung sedikit sebelum menjawab sebab Yang Berhormat Kota Belud membangkitkan isu ini.

Tuan Pengerusi, mungkin Yang Berhormat Kota Belud tidak faham beza di antara..., Yang pentingnya di sini adalah cara mengambil sampel. Apabila kita masukkan air liur dalam kategori non-intimate sample dengan izin, itu membuka ruang yang terlalu luas kepada pihak penguasa untuk mengambil sampel itu. Ini kerana kita nampak di sini apabila enggan memberi sampel yang bukan intim itu merupakan kesalahan di bawah undang-undang dan pegawai polis boleh paksa seseorang memberi sampel itu. Saliva atau air liur itu kita tahu kena diambil daripada tubuh badan.

Walaupun daripada tempat-tempat yang ditutup di bawah pakaian tetapi memang serius kita ambil daripada badan.

Itulah sebabnya amalan di negara lain yang telah memikirkan isu ini lebih mendalam, yang telah menggunakan pengalaman mereka telah mengklasifikasikan sampel air liur di bawah kategori sampel intim dan diliputi dengan peruntukan yang berbeza daripada sampel-sampel non-intim. Kita kena faham itu. Kalau kita mahu macam, oh, kita tidak kisah, kita ambil. Itu macam kita tidak mahu faham apa bezanya dan apa implikasinya apabila kita kategorikan secara ini. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kerajaan ambil kira ini dan kalau boleh kita ubahkan, kita alihkan kepada sampel intim dengan perlindungan yang diberi di sana, yang berbeza daripada pengambilan sampel non-intim. Sekian.

final • 4:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Saya beri Yang Berhormat Kota Belud dulu, selepas itu baru Menteri respons.

final • 4:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Hari-hari kita mendengar di dalam Dewan ini pihak pembangkang mengatakan jenayah

(crime) berlaku setiap hari; dadah, bunuh, ragut dan sebagainya. Setiap hari pihak pembangkang mengkritik polis dalam menangani isu-isu jenayah yang berlaku di negara kita ini. Datang satu rang undang-undang yang memberi sedikit kelebihan kepada polis, air liur menjadi satu isu besar kepada rakan-rakan saya daripada pembangkang. Bagaimana pihak polis untuk mahu menyelesaikan masalah jenayah di negara ini kalau tangan mereka diikat di belakang? Air liur pun tidak boleh diambil, dianggap intim? Saya percaya air mani, darah, itu bolehlah kita anggap sebagai intim.

Kalau air liur pun diminta menyusahkan kepada pihak polis untuk mendapatkan bukti, saya tidak tahulah apa jenis saranan daripada pihak pembangkang ini.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Berkaitan dengan sampel bukan intim - air liur dikaitkan juga dengan bahagian sampel intim di bahagian (b) selain mulut, ertinya apa sahaja yang diambil daripada mulut dianggap sebagai sampel bukan intim. Boleh ambillah, gigi ambil, scraping lidah ambil - buccal mucosa.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sedangkan untuk makluman Tuan Pengerusi, tempat yang paling common orang ambil untuk pemeriksaan DNA ini adalah swab daripada buccal mucosa dalam mulut...

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

...Which kita hendak masukkan sebagai intim. Bukan hanya air liur yang kita hendak masukkan dalam intim, buccal mucosa itu, kerana ia quite invasive juga. Ini kepada sayalah, walaupun tidak melibatkan suntikan tetapi di sini nampaknya apa sahaja yang daripada mulut tidak intim. Saya rasa ini perlu dipertimbangkan.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Daripada apa yang dikategorikan sebagai sampel bukan intim, kalau kita lihat daripada sampel yang dikategorikan sebagai intimate adalah sampel yang jenis intrusive dan mengambilnya perlu invade badan seperti darah dan sebagainya. Ini tidak. Air liur ini boleh diambil secara...

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Air kencing macam mana, air kencing?

final • 4:40 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Bukan daripada dalaman. Itu bezanya di antara sampel intim dengan sampel bukan intim.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Agaknya air liur itu ditunggu sehingga ia keluar sendiri...

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Meleleh.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Silakan, Yang Berhormat Batu. Ia tidak intrusive dengan cara begitu.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Pengerusi, kalau itu disebut secara...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Gombak duduk dulu. Yang Berhormat Subang duduk dulu. Silakan, Yang Berhormat Batu.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita nampak perbahasan ini menunjukkan semasa kita hendak luluskan undang-undang ini kementerian belum sedia dan belum faham implikasi masalah-masalah ini. Kalau intim dengan bukan intim kita tidak boleh bezakan, bahayalah kita luluskan satu undang-undang yang kita sendiri tidak faham.

Kalau air liur ini boleh didapati dengan cara bukan intim, maksudnya sesiapa - saya boleh ambil daripada gelas yang saya minum teh tarik di tepi jalan di kedai mamak.

Boleh ambil air liur dari sana. Boleh ambil air liur di mana-mana.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Itu air ludah, Yang Berhormat, bukan air liur... [Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

So, ini satu masalah yang jelas kita cerminkan dalam perbahasan ini.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dengan izin Tuan Pengerusi. Apa yang disebut tadi adalah cukup tepat dan mungkin saya menggunakan contoh itu untuk fahaman Yang Berhormat Timbalan Menteri. Katakan, ini bezanya, air liur mungkin ada di atas lantai yang, dengan izin diludahkan (spit out) tetapi itu beza daripada sampel yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi bila diambil secara paksa daripada mulut tertuduh, yang disuspek itu. Itu bezanya tetapi definisi di sini tidak bezakan itu. Itu dia.

So, kalau kita tidak bezakan, kita open the door, dengan izin untuk penyelewengan yang besar, salah guna kuasa yang besar. Itu yang kita menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi nampaknya itu masih belum ditangkap lagi. Jadi, definisi ini mesti dihalusi. Kita faham, contoh tadi yang diberi oleh Tuan Pengerusi. Dia faham bezanya dan ini kita tidak dapat tangkap dalam definisi, dalam rang undang- undang...

final • 4:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sila.

final • 4:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya masih tidak faham rakan-rakan pihak pembangkang soal air liur ini. Banyak lagi fakta-fakta, fasal- fasal dalam rang undang-undang ini yang memerlukan.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Kita tengah bincang ini...

final • 4:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, no, saya nak bagi tahu, kalau saya baca sampel intim ini, intim bermakna “personal”. Personal... [Disampuk] No, no, no, personal yang melibatkan genital, yang melibatkan kehormatan seseorang.

Air liur ini satu perkara yang biasa. Satu perkara yang biasa. You do it also in clinic.

Tidak terpaksa melondehkan seluar dan sebagainya. Jangan bagi pihak berkuasa suatu perkara yang terlalu susah untuk menjalankan tugasnya. Let’s move on. Ada perkara-perkara lain lagi yang kita perlu bincang di dalam rang undang-undang ini Tuan Pengerusi... [Disampuk]

final • 4:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Itulah sebabnya kalau kita lihat apa yang ditakrifkan di sini, kalau kategori sampel intim ini iaitu sesuatu sampel darah, air mani atau apa-apa tisu atau apa-apa bendalir lain yang diambil dari tubuh atau air kencing atau bulu ari seseorang.

Ataupun sesuatu bahan uji yang diambil dari mana-mana bahagian genital seseorang termasuk bulu ari dan dari lubang badan seseorang selain daripada mulut.

Ia seperti saliva yang mana kita ambil daripada mulut yang merupakan tidak dalam kategori yang telah ditakrifkan di bawah sampel intim ini. Itulah sebabnya kita masukkan ditakrifan “sampel bukan intim” ini...

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, izinkan saya.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya ingin, dan bila saya melihat kepada terjemahan bahasa Inggerisnya, sebagai seorang yang biasa jadi seorang doktor, saliva nya, air liur tidak dikira sebagai intimate. Dia memang non-intimate. Akan tetapi kalau kita tengok kepada intimate sample, dia kata di sini, “Apabila kita mengambil swab daripada kemaluan ataupun daripada mana-mana lubang kecuali daripada mulut. Jadi buccal mucosa swab itu sebenarnya yang itu sepatutnya dijadikan intimate. Akan tetapi dengan membuat (b) ini, maka dia borong. Jadi kita kena dengan secara spesifik mengatakan bahawa buccal mucosa ini sebenarnya adalah intimate, bukan non-intimate. Di dalam ini disebut buccal mucosa non-intimate secara exclusion.

Oleh sebab tidak disebut di dalam non-intimate sample, tetapi disebut di bawah intimate sample, a swab taken from any part of a person genitals including pubic hair or from a person body orifice other than the mouth.

Makna dia, sekiranya ambil dari tempat lain adalah intimate tetapi kalau daripada mulut, dia jadi non-intimate. Kami hendak buccal mucosa itu adalah intimate sebenarnya kerana dia adalah satu prosedur. Satu proses untuk mengambil buccal mucosa. Air liur tidak ada masalah, masuk sahaja dalam bekas sampel itu, process is okay. Adalah cara ambil dia tetapi buccal mucosa, ya. It is intimate sebab dia satu proses, dia kena ambil swab.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Ada lagi sambung pendapat lain daripada doktor-doktor?...

[Ketawa] Sebelum saya panggil Yang Berhormat Menteri. Okey, sila.

final • 4:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi, bahawa saliva ini telah dinyatakan bukan diambil secara intrusive. Jadi, saya yakinlah bahawa ia dikategorikan sebagai non- intimate sample seperti mana yang termaktub di dalam rang undang-undang ini, Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, saya tidak bersetuju sekiranya buccal mucosa iaitu swab daripada mulut itu dimasukkan di bawah sampel bukan intim. Ia tidak disebut dengan secara spesifik bahawa dia sampel intim.

Jadi dengan adanya daripada fasal 2, di bawah sampel intim ini suatu bahan ujian diambil daripada mana-mana bahagian genital seorang atau dari lubang badan seseorang selain daripada mulut. Maknanya swab daripada mulut ini dikira sebagai sampel bukan intim. Kita hendak ia dimasukkan di bawah sampel intim. Maknanya kita kena buang ”...selain mulut”...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Jadi ertinya Yang Berhormat, kalau mulut itu dikorek pun sehingga muntah untuk mengeluarkan air liur, masih lagi dianggap tidak intim.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak, tidak air liur...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Itu pengertiannya Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya hendak tambah ini dari segi layman kalau kita masuk ke dalam lokap atau balai polis, apabila polis kata ludah ambil sampel, itu bukan intim. Okey, kita setuju. Akan tetapi kalau polis akan ambil test-tube masuk ke mulut kita, extract saliva atau mukus dari mulut kita, sekarang mengikut undang-undang ini dibenarkan kerana extraction of samples ini dengan izin melalui mulut, is allowed.

Ini akan membolehkan polis atau sesiapa untuk extract dari mulut. Ini adalah masalah yang kita bincang di sini supaya kita haruskan spesifik, supaya tidak ada bil.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, lagi satu perkara.

Sampel intim ‘A’, air kencing. Sebenarnya, air kencing biasanya adalah sampel bukan intim. Kecuali kita hendak masuk tiub di dalam uretra dia atau masukkan ke dalam pundi kencingnya. Jadi, air kencing adalah sampel bukan intim. Kita beri kepada dia bekas sampel untuk dia buang air sahaja. Jadi, air kencing sepatutnya dimasukkan di bawah sampel bukan intim. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, saya rasa kalau kita hendak memanjangkan perbahasan ini mungkin tidak selesai. Masing-masing ada pandangan dan ini merupakan pandangan yang dibuat oleh pihak kementerian dan takrifan ini yang saya memohon supaya dikekalkan... [Disampuk]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, terima kasih. Perkara ini terpaksa saya kemukakan.

Memandangkan yang ini ada ramai, kena ada belah bahagianlah.

Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.

[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Sila duduk, duduk semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi adalah seperti berikut

Ahli-ahli yang bersetuju 48 undi.

Ahli-ahli yang tidak bersetuju 47 undi... [Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, jadi berdasarkan kepada undi ini, saya isytiharkan bahawa pindaan itu dipersetujui... [Tepuk] Diputuskan, [Sebagaimana dicadangkan dalam Kertas Pindaan] Fasal 2 dan 3 sebagaimana dipinda diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang

final • 5:00 PM
Fasal 4 dan 5 [Pindaan] -

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan saya untuk meminda klausa 4(1), ditambah perkataan, “only” setelah ayat itu. Tujuan cadangan saya ini ialah untuk memberi sekatan dalam klausa ini supaya dengan izin Tuan Pengerusi seperti dalam akta 4(1), dia kata, “The primary objective of DNA Data Bank”. Saya hendak sekatkan dia hanya untuk forensic investigation only. Ya, sahaja.

final • 5:07 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Klausa 5, saya cadangkan untuk memotong ayat dalam perenggan yang kedua. Ayat, “any”. Selepas “any, in relation thereto…”, dan menggantikan ayat-ayat tersebut dengan selepas perkataan, “information…”, dengan, “to accurately identify the provider of the sample.” Tujuan kedua-dua cadangan saya ini ialah untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan DNA sampel daripada DNA Data Bank oleh pihak sesiapa.

Sebagai contoh, saya memang tidak setuju apa yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat dari Kota Belud. Dia membandingkan DNA sampel dengan salinan IC dan cap jari. Saya hendak menjelaskan salinan IC atau cap jari, dia hanya untuk tujuan rekod sahaja.

final • 5:07 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Akan tetapi sampel DNA pada masa yang akan datang mungkin boleh mencipta lagi satu Yang Berhormat Kota Belud yang baru, klon, Yang Berhormat Kota Belud junior... [Ketawa] Jadi kami mesti memberi halangan atau sekatan dalam akta DNA ini tujuan hanya satu iaitu semata-mata untuk mengecam, menangkap atau trace the culprit, penjenayah.

Dengan izin Tuan Pengerusi dalam klausa 5 dia kata, “The function of the DNA Databank is to store DNA profiles and any information…”. Dia tidak kata, “any information…” ialah apa. Dia pun tidak kata, “any information…”, untuk kegunaan apa.

Ya, for what purpose dia tidak katakan. Jadi cadangan saya dalam klausa 5 ialah menggantikan perkataan itu, “to accurately identify the provider of the sample.” Untuk tujuan itu sahaja, tujuan yang lain tidak boleh. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Segambut adalah Yang Berhormat saya tetapi dia tidak faham apa maksud saya. Saya tinggal di Segambut, rumah saya di sini.

Yang Berhormat, di Segambut banyak masalah jenayah dan sebagainya. Jadi kita hendak memperkasakan polis untuk menyelesaikan masalah untuk membantu Yang Berhormat menang lagi nanti.

Tuan Pengerusi, pindaan yang diminta oleh Yang Berhormat Segambut ini saya rasa tidak setuju. Pertama sekalinya ialah tujuan kita mengambil sampel DNA ini Yang Berhormat Segambut mahukan supaya hanya digunakan untuk penyiasatan forensik tetapi seperti mana yang kita debatkan dalam peringkat dasar tahun lepas, kita juga katakan bahawa Databank DNA ini boleh digunakan untuk mengenal pasti mayat- mayat, apa yang terlibat dalam bencana alam, kematian dan sebagainya. Kalau ianya hanya digunakan terhad kepada forensik seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Segambut saya tidak begitu setuju kerana ia mengecilkan lagi fungsi-fungsi Databank DNA ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, setahu saya untuk mengecam satu mayat adalah forensic investigation. Jadi saya memang tidak faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Kota Belud...

final • 5:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, forensik tidak semestinya bermakna jenayah... [Dewan riuh]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Siapa lagi yang minat untuk bahas ini?

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, kalau, mohon ya Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau itulah definisi daripada pembangkang tidak payahlah tambah yang “only” itu. Terima sahajalah “forensic itu sebagai yang merangkumi semua investigation atau pun penyiasatan. Apa hendak ubah lagi? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Perkataan, “only” atau “sahaja”, itu adalah untuk mengelakkan kesalah fahaman di antara sesiapa seperti Yang Berhormat daripada Kota Belud. Terima kasih... [Ketawa]

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jalan Segambut banyak lubang lagi ya.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Ada lagi sebelum saya panggil Yang Berhormat Menteri....

Sila.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dalam fasal 4 ini kita tidak boleh baca fasal 4(1) in isolation. Kerana apa yang kita perlu melihat bahawa di bawah subfasal (2) ini ada hubung kaitnya kerana selain sebagai tambahan kepada subseksyen (1), profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan disenggarakan di dalam Bank Data DNA boleh digunakan untuk membantu:

(a) dalam penemuan atau pengenalpastian jasad manusia daripada suatu bencana atau bagi maksud kemanusiaan; dan

(b) dalam pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati.

Jadi kalau kita menambah perkataan “sahaja”, ataupun “only” selepas “penyiasatan forensik”, makna seksyen sub (2), fasal sub 2 become irrelevant. So dia ada hubung kait Tuan Pengerusi.

Saya memohon apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Segambut itu ditolak.

final • 5:16 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, klausa 4 adalah kena mengena dengan objectives of DNA Databank, 4(1) mengatakan, “the primary objective”, dan 4(2) adalah tambah lagi dua objektif.

Apa yang saya cadangkan adalah satu perkataan, “only” atau “sahaja”. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata, kalau selepas ditambahkan perkataan sahaja, (2) tidak relevan. Itu saya tidak setuju. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum masuk ke Dewan Rakyat ada baca Akta DNA ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri akan faham (2)(a) dan (b) juga adalah satu proses, forensic investigation. Jadi apa salahnya saya cadangkan menambah perkataan, “only”?

final • 5:16 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak ada makna... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 5:16 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tidak ada makna? Ini adalah untuk mengelak kegunaan yang lebih luas daripada forensic investigation. Kalau tidak ada makna, kalau tidak salah kenapa tidak boleh diterima? Terima kasih.

final • 5:16 PM

Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Pengerusi, jelas sedikit Tuan Pengerusi.

final • 5:16 PM

Tuan Pengerusi

Ya sila.

final • 5:16 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya memandang berat perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut Tuan Pengerusi, kerana kalau kita betul-betul menekuni the human genome project ini Tuan Pengerusi, kita sebenarnya menghimpun satu genetic information yang cukup besar dan saya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam rang undang-undang ini yang telah pun menyebutkan bahawa objektif utama Bank Data DNA ialah menyimpan atau dengan kata lain kegunaannya adalah forensik. Maaf, ya forensik ya. Jadi oleh kerana itu perlu ditegaskan keterbatasan penggunaannya.

Apa yang berlaku dalam genetic DNA testing ini adalah beberapa genes yang spesifik untuk dikenal pasti tetapi di sana wujud pelbagai lagi maklumat yang merupakan non-coding DNA regions. Inilah yang merupakan unjuran penyalahgunaan terutama di bidang insurans open to abuse yang telah pun menjadi pertikaian di Barat.

Jadi oleh kerana itu saya memandang bahawa kalau kita bataskan penggunaan itu hanya kepada persoalan identification khusus untuk perkara ini kerana forensik sahaja kerana juga perkara-perkara seperti Data Protection Act tidak di sekalikan.

Maka saya kira perkara ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kurang menekuni dan kurang faham kerana, minta maaf kerana saya terpaksa sebut perkara ini kerana dalam isu apa pun intimate atau pun non-intimate, sampel yang telah kita ambil itu pelbagai lagi maklumat akan terdedah kepada penyalahgunaan.

final • 5:16 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Maka dalam DNA Identification Act ini kita bataskan ia menjadi hanya untuk kegunaan forensik dan tidak dalam perkara-perkara lain termasuk lah penyalahgunaannya dalam apa yang disebutkan hari ini sebagai profiling.

Mereka yang punya genetic diseases yang mungkin akan dihalang atau dikenakan premium yang lebih tinggi kerana genetik mereka itu ada dalam simpanan DNA Database ini. Begitu Tuan Pengerusi ini dia perkara di sebalik pertikaian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut dan saya cukup memahami perkara ini.

Terima kasih.

final • 5:16 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 5:16 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Saya juga bersetuju dengan Segambut tadi kerana sekiranya tidak dimasukkan perkataan ”sahaja” atau ”only”, makna dia sampel DNA itu juga boleh diguna untuk kita lakukan kajian-kajian lain. Jadi, satu extension sebab sampel itu sudah ada untuk buat kajian-kajian lain seperti misalnya kita nak buat profiling untuk bangsa, penyakit dan sebagainya. Jadi, harus kita hadkan penggunaan maklumat DNA ini hanya untuk tujuan forensik supaya tidak timbul kemudian ada orang yang menggunakan data-data ini untuk tujuan-tujuan lain dengan tanpa izin tuan badan atau tuan punya DNA ini. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 5:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Memang daripada Segambut dan juga Kuala Selangor, saya rasa ini merupakan satu maklumat yang penting. DNA menyimpan maklumat mungkin sampai berpuluh-puluh tahun boleh disimpan dan maklumat-maklumat ini boleh disalahgunakan. Kalau kita kata misalnya kalau haiwan dia boleh gunakan untuk buat cloning. Jadi, maklumat- maklumat genetik inilah yang disimpan sebagai maklumat profil DNA. Jadi jika sekiranya tidak dimasukkan perkataan ”sahaja” itu, mungkin penyalahgunaan seperti yang dibimbangkan oleh Segambut ini merupakan sesuatu yang tidak dapat kita halang. Jadi saya menyokong apa yang disuarakan oleh Segambut. Terima kasih.

final • 5:21 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 5:21 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Kota Belud kata kita harus mempertingkatkan usaha untuk memerangi jenayah. Amendment ini, pindaan ini cukup spesifik.

Ini untuk membantu pihak polis atau pihak penguat kuasa menumpukan segala-gala usahanya untuk memerangi jenayah. Inilah tujuan kita kemukakan pindaan ini. Terima kasih.

final • 5:21 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sikit saja. Sangat jelas bahawa beberapa pindaan yang dikemukakan oleh kita di pihak sini profesional, sangat fasih, tahu mengenai isu tetapi nampaknya tak ada jawapan. Jawapan tidak profesional dan tidak ada apa-apa input dari pihak sana. Kita ada Minister monitor key performance index.

Adakah beliau setuju patut tarik balik rang undang-undang ini supaya boleh dapatlah satu kajian yang profesional. Apa ini? Half baked debate dari sebelah sana. Sangat malu.

final • 5:22 PM

Tuan Pengerusi

Ada lagi Yang Berhormat, ada lagi? Sila Yang Berhormat.

final • 5:22 PM

Timbalan Menteri dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sebab kalau kita meneliti secara terperinci bahawa objektif bank data DNA ini kalau kita mengehadkan perkataan ”only”.

final • 5:23 PM

Timbalan Menteri dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Jadi ianya tidak akan boleh bertentangan dengan apa yang termaktub dalam fasal 4(2) yang mana, “Bukan sahaja data DNA ini digunakan untuk pengenalpastian manusia berhubungan dengan penyiasatan forensik tetapi ianya boleh digunakan untuk mengenal pasti jasad manusia dan juga mengenalpastikan orang yang masih hidup”.

Jadi ada dua fungsi dalam forensik ini.

final • 5:23 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, itulah forensik maksudnya. Orang yang hilang, plane crash dan sebagainya, itulah yang termasuk dalam fasal 4(2). Itu forensik.

final • 5:23 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Betul Tuan Pengerusi. Forensik 2(a) dan 2(b) sebenarnya adalah penyiasatan forensik. Kalau ada perkataan ”sahaja” di sini, tidak bermakna ia bercanggah dengan 2(a) dan 2(b). Yang kita bimbang ini ialah kegunaan data DNA untuk tujuan-tujuan lain dan bukan tujuan forensik.

final • 5:23 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa tujuan yang lain itu? Boleh terangkan?

final • 5:23 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tadi sudah kita sebut. Tujuan yang lain untuk misalnya profiling, penyakit-penyakit, racial profiling, kita boleh buat kajian.

final • 5:23 PM

Seorang Ahli

Cloning!

final • 5:23 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kita boleh buat cloning, kita boleh buat kajian. Misalnya kita ada satu database yang besar. Kita buat okey, yang Cina punya macam mana, yang India punya macam mana, yang Melayu punya dan kemudian kita takut kita akan keluar dengan satu conclusion, bangsa Melayu begini, bangsa India macam ini, bangsa Cina begini. Jadi, perkara-perkara ini adalah dengan menggunakan database yang besar ini. Jadi kita takut ia disalahgunakan, ia akan menyebabkan dan juga pihak-pihak insurans juga boleh menggunakannya.

Jadi kalau kita kata forensik, forensik bukan mesti jenayah sahaja. Apa-apa sahaja pengenalan DNA untuk mengenal pasti itu termasuk forensik. Saya ingat istilah forensik itu telah disalah anggap sebagai hanya untuk tujuan jenayah, untuk criminal. It is not so. Forensik covers semua pemeriksaan apabila diambil sampel itu daripada kita sama ada kita masih hidup ataupun kita sudah tak ada lagi, masih forensik.

final • 5:23 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Tan Sri Pengerusi, untuk memahamkan lagi tentang apakah penyalahgunaan profiling ini, saya ambil satu contoh macam genetic modifying lah. Dia hendak modifiy kan gen-gen yang ada misalnya dikumpulkan gen-gen... [Ketawa] Minta maaf, bukan “jin” yang dimaksudkan. Gene - G.E.N.E manusia ini dikumpulkan, diubah misalnya kalau kita misalnya kalau kita biasanya normal ada cukup gene, dibuang satu gene, kita menjadi down syndrome misalnya. Membentuk manusia atau fetus yang akan hidup itu akan menjadi bayi yang mempunyai down syndrome.

Inilah perkara-perkara yang kita bimbang kalau sekiranya tidak dimasukkan dalam akta “sahaja” tadi ini. Maknanya penyalahgunaan itu boleh dilakukan, digunakan.

Misalnya untuk menjahanamkan kita semasa peperangan misalnya, diubah gen.

Gen yang dimodified ini boleh menyebabkan berlaku kemalangan kepada manusia di negara kita ini. Terima kasih.

final • 5:23 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, bila mendengar perbahasan daripada pihak pembangkang ini seolah-olah mereka dah makan steroid ini.

final • 5:23 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Jangan buang masa lah, jangan buang masa.

final • 5:23 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Imaginasi, imaginasi, betul tak?

Imagination running wild. Seolah-olah kalau data ini disimpan, genetic modification. Kita dalam kerajaan ini, kita perlu memberi sedikit kepercayaan. Saya tahu pihak pembangkang tidak ada kepercayaan kepada kerajaan tetapi itu bukan asasnya. Dalam kita berkerajaan ini, kita kena ada minimum amount of trust. Kalau semuanya dipertikaikan, tidak ada satu pun undang-undang yang kebal daripada semua jenis permasalahan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang itu, Tuan Pengerusi.

final • 5:23 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi, kalau genetic modification itu dijadikan asas untuk menambah perkataan ”sahaja” dalam klausa ini, ini sudah imaginasi yang terlalu luar biasa. Saya tidak tahulah apa yang dia orang makan ini Tan Sri.

final • 5:23 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingat kita ini hendak bincang tentang...

final • 5:23 PM

Tuan Pengerusi

Ini mencelah ini kah, penjelasan atau mahu berbahas?

final • 5:23 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Penjelasan, penjelasan.

final • 5:23 PM

Tuan Pengerusi

Penjelasan ya.

final • 5:23 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita bincang tentang penggubalan rang undang-undang dan bila kita nak gubal rang undang-undang, kita nak tentukan supaya dia punya wording itu memenuhi matlamat dan tujuan di sebalik rang undang-undang ini diluluskan. Soal percaya tak percaya, kalau kata nak percaya tak payah buatlah rang undang-undang. Kita ikut percaya sajalah ya? Lalu saya rasa dengan apa yang dicadangkan, dengan meletakkan perkataan ”sahaja” itu, ianya memenuhi kehendak di sebalik rang undang-undang itu dan ianya akan menghalang apa-apa salah guna maklumat dan sampel yang ada di dalam bank DNA itu dan inilah saya rasa sifat profesionalisme yang ada pada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Kita nak tentukan undang-undang ini tepat, tak lari dan tak boleh disalahtafsirkan dan saya rasa cukup anehlah bantahan-bantahan yang datang daripada pihak Barisan Nasional yang mana nombor satu mengakui bahawa salah tafsiran itu boleh berlaku tetapi hanya memohon supaya kita meluluskannya atas dasar percaya. Kalau nak buat macam itu, tak payah kita bahas.

final • 5:23 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita hendak dapatkan satu rang undang-undang yang tepat, tidak ada ruang untuk disalah guna dan matlamat di sebalik rang undang-undang ini tubuhkan Data Bank DNA untuk tujuan forensik. Itu sahaja. Maka kita hendak jelaskan itu dalam klausa yang berkenaan. Saya tidak faham kenapa perlu adanya bantahan seperti mana yang dikemukakan oleh pihak Barisan Nasional. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Sikit sahaja. Tambahan daripada Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat Kota Belud. Selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 5:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, kita hendak menggubah sesuatu klausa itu apabila kita tidak faham. Saya baca klausa 4(1) ini sebenarnya matlamatnya pun sama. Dikatakan di sini, bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan forensik kecualilah Yang Berhormat Shah Alam ini tidak lulus bahasa Malaysia di dalam SPM. Kenyataan ini begitu tepat.

Yang Berhormat Segambut saya tidak tahulah bahasa Malaysia dia lulus atau tidak. Maka saya bagi ruang untuk dia bagi cadangan.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya lulus ya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau dibaca ini, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Menteri, very clear. Itu juga yang dikehendaki oleh pembangkang ini pun. Tidak perlu diubah kecualilah tidak faham. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam sekarang 5.31 petang, Yang Berhormat. Saya terikat dengan peraturan mesyuarat. Majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Maximus Johnity

Ongkili]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Negara Sedang Menuju Ke Arah Negara Maju - Adakah Benar?

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah ucapan penangguhan saya pada petang ini. Kerajaan Barisan Nasional sering membanggakan bahawa proses pembangunan negara sedang menuju ke arah negara maju. Akan tetapi, timbulnya persoalan sejauh manakah perkara ini adalah benar dan adakah kemajuan ini dapat dicapai oleh rakyat sebenarnya. Salah satu kriteria penting bagi negara maju ialah sistem jalan raya yang baik dan sistematik. Namun begitu, persoalan di sini ialah adakah Malaysia ini memenuhi kriteria tersebut? Jawapan ketara ialah tidak.

Kalau dibandingkan dengan negara jiran kita sahaja iaitu Singapura dan Thailand, rangkaian jalan raya di Malaysia masih tidak di standard yang setaraf dengan negara maju. Contoh paling ketara ialah rangkaian jalan raya di kawasan Parlimen saya sendiri. Jalan raya di kawasan Parlimen saya tidaklah sebaik seperti yang dibanggakan oleh Kerajaan Persekutuan. Jalan-jalan raya di Kawasan Perindustrian Perai mengalami kerosakan teruk di mana semasa musim hujan, jalan-jalan raya ini selalu dibanjiri air dan perkara ini sering menyebabkan kemalangan jalan raya.

Terdapat sebatang jalan raya yang menghala ke Kawasan Perindustrian Perai yang telah mengalami kerosakan teruk dengan terlalu banyak lubang di atasnya. Pihak JKR hanya membaiki jalan raya ini setelah saya minta mereka untuk membaiki jalan tersebut beberapa kali.

Keadaan sama wujud di jalan raya dari kawasan Bukit Tengah yang menghala ke Bukit Mertajam, jalan raya di Taman Chai Leng dan kawasan Perai, jalan raya dari Juru ke Perai, jalan raya di kawasan Simpang Ampat yang masih tidak ada satu standard seperti mana yang telah ditetapkan. Jalannya berlubang dan tidak selamat.

Walaupun pihak JKR memberikan pelbagai alasan, tetapi inisiatif harus diambil oleh JKR untuk membaiki kerosakan di jalan-jalan raya tersebut memandangkan kawasan- kawasan ini adalah merupakan kawasan perindustrian yang penting di Pulau Pinang dan juga di Malaysia.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan JKR harus memahami bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk memandu dengan selamat di jalan raya. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, jalan-jalan raya mestilah selamat untuk digunakan.

Sistem jalan raya yang tidak sempurna tidak harus menjadi punca kemalangan jalan raya di negara kita yang sedang pesat membangun. Saya berharap bahawa kerajaan khususnya JKR akan mengambil ikhtiar untuk menaik taraf sistem jalan raya di kawasan Parlimen saya tanpa bersikap menganaktirikan penduduk di kawasan saya kerana telah memilih Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka yang tidak terbela selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional.

final • 5:32 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Kerajaan Barisan Nasional harus memahami kemajuan ini tidak harus di canang-canangkan tanpa memenuhi keperluan asas rakyat. Sistem jalan raya yang sempurna adalah asas kemajuan sesebuah negara. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan berusaha untuk menaik taraf sistem jalan raya di seluruh negara supaya kemajuan yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin memang menjadi satu kenyataan bagi rakyat biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:32 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Batu Kawan atas ucapan penangguhan yang menyentuh mengenai pembangunan negara dari aspek perancangan dan pembangunan rangkaian jalan raya, pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan dan program keselamatan jalan raya khususnya di Pulau Pinang.

Keprihatinan Ahli Yang Berhormat mengenai perkara ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, strategi perancangan dan pembangunan jalan raya yang diamalkan oleh Kementerian Kerja Raya bagi mewujudkan sistem rangkaian jalan raya yang baik dan sistematik adalah berdasarkan kepada kajian terperinci yang telah pun dijalankan seperti kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya, pada tahun 1993 dan kajian semula Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Fasa 1 pada tahun 2007.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini digunakan untuk mengenal pasti projek-projek yang perlu diberi keutamaan dan untuk dilaksanakan bagi menambah baik rangkaian jalan raya di Malaysia. Dari segi kualiti pembangunan jalan raya di Malaysia pula dapat dilihat bahawa berlaku peningkatan ketara setiap tahun dalam indeks pembangunan jalan atau dengan izin, Road Development Index atau RDI. RDI ini digunakan untuk memberikan gambaran mengenai tahap pembangunan jalan raya di Malaysia dengan mengambil kira panjang rangkaian jalan, keluasan dan jumlah penduduk negara. RDI bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 adalah 0.75 dan telah pun meningkat kepada 0.94 pada tahun 2005.

Tahap pembangunan rangkaian jalan raya di Malaysia boleh dibandingkan dengan pencapaian negara-negara maju dan kurang maju terpilih. Menerusi indeks kepadatan infrastruktur mengikut penduduk atau dengan izin, Road Service Level atau RSL yang relevan. RSL dikira dengan membandingkan panjang jalan keseluruhan berbanding dengan bilangan penduduk sesebuah negara. Data dari Central Intelligence Agency World Factbook 2005 menunjukkan RSL bagi Malaysia adalah 27.5 yang lebih tinggi berbanding Singapura sebanyak 7.07, Korea Selatan sebanyak 17.96, Taiwan sebanyak 16.29 dan India 23.38. Akan tetapi kurang berbanding dengan negara maju seperti United Kingdom sebanyak 65.01.

final • 5:36 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tahap pembangunan rangkaian jalan raya Malaysia secara keseluruhannya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara yang sedang meningkat maju.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sememangnya terdapat satu kawasan yang mengalami masalah banjir pada jalan raya di kawasan perusahaan Perai ini sekiranya berlaku hujan yang lebat. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja Raya telah menaik taraf jalan tersebut pada tahun 2008. Kerja-kerja naik taraf telah pun dimulakan pada Oktober 2008 dan disiapkan pada Disember 2008 sepanjang 500 meter. Antara kerja-kerja yang telah pun dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) meninggikan aras jalan;

(ii) melebarkan jalan;dan

(iii) memperbaharui muka jalan.

Pada masa sekarang masalah banjir ini telah pun berjaya diatasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga jalan-jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Batu Kawan seperti Jalan Bukit Tengah ke Bukit Mertajam, jalan di Taman Chai Ling, jalan kawasan Perai, Jalan Juru ke Perai, dan Jalan Simpang Empat merupakan jalan negeri.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

JKR daerah sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas jalan yang dimaksudkan di atas tadi dan dalam masa yang sama mengambil tindakan untuk menampal porthole, dengan izin. Walau bagaimanapun, sebahagian jalan tersebut memerlukan kerja-kerja pembaikan besar seperti membaharui muka jalan. Pada masa ini semua jurutera daerah telah pun memanggil tender terbuka atau sebut harga bagi tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat setiap jalan yang direka bentuk oleh JKR perlu mengikut sistem piawaian bagi memastikan reka bentuk jalan yang selamat disediakan. Di samping itu JKR juga menjalankan audit keselamatan jalan bagi memastikan semua projek jalan ataupun jalan sedia ada dapat memberi tahap keselamatan jalan yang baik dan praktikal kepada semua pengguna jalan. Audit ini dilaksanakan oleh juruaudit bebas yang bertauliah serta berdaftar dengan JKR.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan sememangnya prihatin dan peka dengan keselamatan pengguna jalan raya serta sentiasa berusaha bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia.

Antara program-program yang dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya di jalan-jalan persekutuan adalah program memperelokkan kawasan bahaya di jalan-jalan Persekutuan, program keselamatan jalan raya, program membina lorong motosikal di jalan-jalan persekutuan dan program membina jejantas untuk pejalan kaki.

Akhir sekali, ingin dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kerja Raya tidak pernah bersikap menganaktirikan mana-mana negeri atau daerah dalam aspek pembangunan jalan raya di mana segala perancangan jalan di peringkat justifikasi oleh kementerian ini dirujuk kepada pihak berkuasa negeri supaya tidak ada perbezaan jajaran dan jurang spatial di antara rakyat atau negeri.

Konsep yang diamalkan ini adalah lebih menjurus kepada merakyatkan pembangunan jalan raya di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Peranan PERHEBAT Perlu Diperluaskan

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Ada Menteri, ya Timbalan Menteri. Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) ditubuhkan melalui perintah Lembaga Angkatan Tentera tahun 1994 yang diperbuat di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen 23, Akta Angkatan Tentera 1973 bertujuan menjayakan visinya menjadi sebuah pusat latihan yang cemerlang dalam pembangunan sumber manusia kepada bakal pesara dan bekas anggota tentera setelah bergelar orang awam.

Dalam memastikan pelatih-pelatih ini mendapat asas latihan yang sempurna PERHEBAT harus diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi kemudahan kepada pelatih yang berada di segenap pelosok negara yang sebelum ini hanya menjalani latihan peralihan di agensi-agensi lain di bawah pantauan PERHEBAT. Kebanyakan pelatih hanya sekadar mendapat pengesahan latihan dari agensi yang dipilih dan bukannya dilengkapi dan dibekalkan dengan latihan seperti yang digariskan oleh PERHEBAT.

PERHEBAT disarankan untuk menitikberatkan kelengkapan latihan yang sempurna dan bukannya membiarkan pelatih-pelatihnya hanya sekadar menghabiskan masa beralih mereka tanpa latihan yang mencukupi untuk mereka mengharungi kehidupan selepas bergelar pesara dan orang awam. Rungutan pelatih-pelatih PERHEBAT kebelakangan ini tentang kekurangan bahan mentah dan material untuk tujuan latihan di PERHEBAT adalah amat tidak munasabah kerana peruntukan kerajaan kepada pembangunan sumber manusia adalah tidak terhad. Kementerian yang bertanggungjawab diminta untuk mempertimbangkan dan memberi perhatian terhadap cadangan dan rungutan ini sekiranya mahu melihat kejayaan dan keberkesanan PERHEBAT dalam mengurus tadbir hal ehwal bekas angkatan tentera yang berjasa kepada negara. Sekian, terima kasih.

final • 5:44 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Jerai yang memberikan pandangan dan saranan. Kami di Kementerian Pertahanan melakukan penambahbaikan bagi memastikan kebajikan bakal-bakal pesara tentera dapat ditambah nilai mereka. Justeru itu kita telah mengadakan perbincangan baru-baru ini di Genting Highland selama tiga hari dua malam untuk memikirkan pelan strategik ke hadapan.

Elok saya perkatakan bahawa PERHEBAT sudah pun mewujudkan cawangan-cawangan latihan di zon iaitu zon selatan, zon utara, zon timur, Sabah dan Sarawak. Maka ia tidak hanya tertumpu kepada kampus atau kompleks PERHEBAT di Sungai Buloh. Ekoran daripada pelan strategik tersebut perkara-perkara yang difokuskan adalah menjurus kepada tujuh iaitu:

(i) pelaksanaan latihan, mengkaji, membangun, melaksana dan menilai setiap kursus yang ditawarkan;

(ii) pemantauan iaitu memantau pelaksanaan latihan peralihan sama ada di bawah PERHEBAT mahupun oleh institusi latihan lain termasuk juga pemantauan susulan atas bekas tentera yang telah menerima latihan;

(iii) promosi iaitu menggalakkan bakal pesara menjalani latihan peralihan di PERHEBAT di samping mempromosikan graduan PERHEBAT kepada industri;

(iv) pengurusan dan pembangunan sumber manusia iaitu memastikan tenaga kerja khususnya tenaga pengajar PERHEBAT adalah kompeten untuk melaksanakan tugas mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada bakal pesara dan juga pesara tentera;

(v) pengurusan kewangan iaitu memastikan peruntukan yang mencukupi serta perbelanjaan yang berhemah dalam menjalankan aktiviti dan operasi harian;

(vi) pengurusan logistik dan kemudahan iaitu memastikan kemudahan prasarana latihan yang kondusif dan selesa seperti asrama dan bilik kuliah;

(vii) pengurusan dan penggunaan ICT iaitu memastikan peningkatan penggunaan ICT dan infra bagi bukan sahaja untuk pelatih tapi juga pada semua pelanggan termasuk pihak industri.

Diharapkan dengan pelaksanaan pelan strategik ini kerajaan melalui Kementerian Pertahanan percaya PERHEBAT akan dapat mengatasi isu cabaran yang kita hadapi sekarang. Terima kasih.

final • 5:47 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada pukul 10 pagi pada hari Selasa 23 Jun 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.50 petang.

final • 5:47 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026