Jun182009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah kerajaan bercadang merombak semula kegiatan kokurikulum di sekolah bagi membolehkan usaha melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan cergas.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, buat masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia belum bercadang untuk merombak semula kegiatan kokurikulum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak KPM masih mengekalkan dasar pemantapan kokurikulum yang telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2005 sebagai asas membangunkan kokurikulum di sekolah. Namun demikian usaha untuk memperkasakan kegiatan ini sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa seperti penambahbaikan kepada pelaksanaan kegiatan kokurikulum dan mempertingkatkan kemahiran guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah. KPM telah menetapkan bahawa hala tuju pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah untuk menyemai kesedaran dan pematuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan sepertimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Di samping itu Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 jelas menekankan kepentingan kokurikulum adalah untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan serta perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Kita juga sedar kegiatan ini dapat melatih pelajar supaya bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari, kreatif dan berkemahiran dalam aspek yang mereka sertai. Kementerian yakin bahawa penglibatan dalam aktiviti ini merupakan usaha dalam melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan cergas.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih di atas jawapan yang bagi saya cukup bernas dan cukup mempunyai wawasan terutama melibatkan generasi kita pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita menilai balik Falsafah Pendidikan Negara kita di mana kita hendak ada empat kecerdasan iaitu antaranya ialah dari segi akademik sendiri, dari segi intelek dan dari segi emosi kerohanian dan sebagainya, saya rasa kerajaan telah dapat melaksanakan yang pertama dari segi inteleknya. Hasil daripada itu kita tengok sekarang ini dalam peperiksaan banyak yang mendapat pelbagai A1 sampai 10 hingga 20.

Itu hasil daripada kecerdasan intelek tetapi dari segi emosinya saya belum tahu. Kita telah lihat dalam Dewan kita pun pada hari pertama bersidang di mana kecerdasan emosi tidak terserlah langsung dan berlakulah perlakuan yang tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan ini. Oleh sebab itu bagi saya kini kecerdasan-kecerdasan lain perlu diambil kira dan kalau boleh 50-50; lima puluh akademik, lima puluh kecerdasan-kecerdasan yang lain yang perlu diambil kira.

Soalan tambahan saya ialah, oleh kerana kita hendak memperkuatkan balik kokurikulum, dan pernah yang saya baca dalam akhbar mengenai dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengatakan bahawa kita perlu melihat kecerdasan dari sukan – kokurikulum sukan akan diperkuatkan.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, sejauh manakah pihak Kementerian Pelajaran menyiapkan guru-guru yang akan terlibat secara langsung dan secara khusus dalam bidang kokurikulum ini kerana kalau kita lihat latihan sekarang juga banyak menekankan kepada pencapaian akademik.

Oleh sebab itulah kalau kita lihat sekarang tuisyen semakin banyak dibuka kerana banyak memikirkan kecergasan akademik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Tuan Yang di- Pertua, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis itu adalah sesuatu yang hangat diperbincangkan. Dari segi kecergasan intelek perlu diimbangi dengan kecergasan emosi. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan telah mengambil keputusan pada dua tahun yang lalu di mana untuk kemasukan ke IPTA ianya mengambil kira markah kokurikulum.

Dalam erti kata yang lain 10 peratus adalah berpandukan kepada pencapaian seseorang dalam aktiviti kokurikulum dan 90 peratus adalah kepada pencapaian akademik.

Ini bermakna sekiranya seorang pelajar itu menyertai apa-apa aktiviti kokurikulum mereka akan diberi markah berdasarkan kepada kehadiran jawatan yang disandang, tahap pencapaian dan juga penglibatan mereka. Jadi, saya rasa ada satu sistem pemarkahan yang cukup transparent dan telah dimaklumkan kepada pelajar.

Mengenai apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat tentang latihan kepada guru, memang kita telah mewujudkan Unit Kokurikulum dan setiap PPD ataupun Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri kita telah mewujudkan jawatan tersebut. Malahan kita juga telah mewujudkan Pusat Aktiviti Kokurikulum di setiap tempat.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Jadi pemantapan dari segi struktur organisasi dengan memberi latihan yang secukup-cukupnya kepada guru sedang atau telah diambil kira dan ianya sedang berlangsung dan kita menggunakan facility yang ada pada kita untuk kita melatih guru supaya mereka juga terlibat bersama dalam aktiviti kokurikulum. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara matlamat kokurikulum adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar. Jadi pernah dicadangkan program integrasi dan program bersama sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Jadi soalan saya, setakat manakah pelaksanaan program integrasi dan bersama antara pelajar-pelajar jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan? Sekian.

final • 10:10 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Satu pertanyaan yang cukup baik kerana di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kita sedang menjalankan program yang dinamakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

Nama singkatannya RIMUP. Program ini agak berjaya dan kita sedang memantapkan semua program di bawah RIMUP. Ini bererti sekiranya sebuah sekolah SJK(C) dan SJK(T) dalam satu tempat yang sama, mereka juga digalakkan menganjurkan aktiviti bersama dengan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan.

Dari segi aktiviti yang dianjurkan, ada merupakan sukaneka, ada merupakan program-program kokurikulum dan kesemuanya telah mencapai sasaran. Ini adalah satu aktiviti yang baik dan kita telah memberi peruntukan malahan kepada sekolah-sekolah tersebut untuk kita mempergiatkan lagi aktiviti seumpama ini dan ianya adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan juga perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, keadaan yang sebenar mengenai hutan di semua negeri yang berkenaan termasuk keluasan hutan yang masih kekal. Setakat mana hutan asli dapat dipelihara dan keluasan yang telah musnah di semua negeri kerana pembalakan yang merupakan pengkhianatan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kepong, kerajaan sememangnya memandang serius dalam menjamin sumber hutan negara yang berkekalan serta memastikan khazanah hutan terpelihara demi kepentingan generasi masa kini dan juga yang akan datang. Hasil daripada usaha-usaha yang telah diambil, Malaysia telah berjaya mencapai keluasan kawasan berhutan sejumlah 19.49 juta hektar atau kira-kira 59.5 peratus kepada keluasan tanahnya.

Jumlah ini meliputi 5.85 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 4.4 juta hektar di negeri Sabah dan 9,24 juta hektar di negeri Sarawak. Daripada jumlah kawasan berhutan tersebut, seluas 14.31 juta hektar atau 73.4 peratus adalah merupakan hutan simpan kekal, manakala bakinya seluas 5.18 juta hektar atau kira-kira 26.6 peratus adalah tanah kerajaan dan tanah bermilik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kawasan-kawasan berhutan yang telah digazetkan sebagai hutan simpanan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 diuruskan secara sistematik dan terkawal.

Selaras dengan amalan pengurusan hutan secara berkekalan atau dengan izinnya, sustainable forest management. Dalam pada itu aktiviti pengusaha hasilan kayu balak di kawasan hutan simpan kekal hanya dijalankan di dalam kawasan hutan yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Manakala dalam kawasan hutan yang dikelaskan sebagai hutan perlindungan, tidak ada sama sekali pengusahaan hasilan kayu balak dibenarkan.

Bagi mengelakkan berlakunya pengusahaan hasilan secara berlebihan atau over exploitation, Catuan Tebangan Tahunan atau CTT ditetapkan di setiap negeri. CTT ini melibatkan penetapan had keluasan kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pengusahaan hasilan kayu balak setiap tahun. Walau bagaimanapun, pembalakan juga berlaku di kawasan tanah kerajaan dan tanah bermilik untuk tujuan pembangunan. Di peringkat pelaksanaan, iaitu di lapangan, peraturan dan prosedur yang berkaitan telah diwujudkan bagi memastikan hanya bilangan pokok-pokok tertentu sahaja dibenarkan ditebang.

Manakala pokok-pokok selebihnya ditinggalkan sebagai stok untuk giliran tebangan yang akan datang.

Dalam pada itu, usaha-usaha pemulihan semula dilaksanakan di kawasan- kawasan yang telah diusaha hasil menerusi aktiviti tanaman meganya. Saya percaya Ahli Yang Berhormat, kawasan-kawasan hutan di negara ini terutamanya hutan simpan kekal akan terus terpelihara dan dapat memberikan sumbangan dan faedah untuk terus dinikmati oleh generasi akan datang.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya tanya soalan ini sudah banyak kali, berulang kali dan tiap-tiap kali pihak kerajaan mengatakan bahawa keluasan hutan simpan kekal itu masih ada 19 juta hektar dan sebagainya, memang saya berharap ini benar. Akan tetapi kalau kita naik kapal terbang sama ada ke Sabah atau Sarawak ataupun Semenanjung termasuklah di hutan simpan di Belum, Gerik, Perak itu, kita nampak yang disebut kekal itu ada botak juga. Membotakkan hutan itu tidak boleh disebutkan sebagai kekal. Kita tahu ada pengkhianat ini.

Adakah kawalan yang berkesan bagi setiap negeri sebelum tanah hutan ini diberi kepada kontraktor dan sebagainya? Tuan Yang di-Pertua, di Sabah pun saya nampak banyak kawasan hutan itu botak. Tidak tahu macam mana yang digazetkan pun botak juga termasuk, adakah Yang Berhormat tahu dekat Kepong ini... [Disampuk] Yang Berhormat Bera itu sekarang sudah jadi Menteri pun, pengetahuannya tidak cukup... [Ketawa] Memang tidak cukup. Ada Forest Research Institute of Malaysia dan ada Bukit Tagong di situ. Bukit Tagong itu sampai 20 hektar dan FRIM itu 1,200 hektar. Itulah Yang Berhormat Bera. Tasik Bera sekarang begitu tercemar sekali. Tercemar sekali.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat sebutkan daripada hutan kekal ini, berapa peratusan sudah dihakis dan apakah keluasan untuk ladang? Ini adalah kerana yang saya nampak itu angka-angka yang diberitahu itu termasuk ladang juga. Adakah ladang itu kekal sampai satu atau dua juta hektar? Banyak lagilah yang saya hendak sebutkan kerana dasar kerajaan, penguatkuasaan itu kurang. Saya berharap ini dapat dipertingkatkan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sememangnya soalan pasal kayu balak ini memang cukup interesting. Saya percaya juga Ahli Yang Berhormat dari Kepong ini nampaknya sudah terbang ke seluruh negara kita untuk melihat sama ada ada kayu balak lagi atau tidak oleh kerana dapat mengetahui di mana kawasan yang botak.

final • 10:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Akan tetapi Yang Berhormat, saya ingin mengatakan di sini bahawa figure yang saya telah sentuh sebentar tadi. Sebanyak 19.49 juta hektar hutan kekal, itulah yang ada di dalam perkiraan kami. Sememangnya kawalan yang rapi diadakan dari masa ke semasa oleh kerajaan negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan supaya kontraktor patuhi syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka.

Soalan yang kedua, adalah berkaitan data. Berapakah keluasan sebenarnya yang telah diusahakan? Ini memerlukan saya membuka buku oleh kerana ini adalah salah satu soalan yang khusus. Jadi saya tidak keberatan untuk memberi jawapan secara bertulis.

final • 10:20 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua tahu bahawa pembalakan yang tidak terkawal ini memberi kesan yang begitu buruk kepada alam sekitar. Terutamanya pembalakan tidak terkawal yang baru-baru ini berlangsung di negeri Kelantan, di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Soalan saya, pembalakan ini dikatakan menyumbang lebih 20 peratus kepada perubahan iklim ataupun climate change.

Soalan saya, apakah pendirian Kerajaan Malaysia tentang masalah pembalakan dan impak pembalakan ini kepada perubahan iklim? Adakah kita menyokong satu cadangan yang dibuat di peringkat antarabangsa di mana negara maju akan bayar negara beriklim tropika supaya memelihara hutan mereka dan mendapat timbal balas dalam bentuk carbon credits sebab saya percaya perkara ini akan dibangkitkan dalam Persidangan Copenhagen pada hujung tahun ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Kita sememangnya mengambil perhatian tentang apa yang diutarakan sebentar tadi dan apa sahaja yang dicadangkan oleh badan-badan yang boleh membawa kebaikan kepada cara kita menjalankan termasuklah impaknya, untuk mengurangkan impak dalam perkara global warming ini. Kita akan ambil perhatian terhadap perkara itu dengan seriusnya.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, di akhir-akhir ini semakin banyak media cetak dan elektronik yang menyebarkan berita-berita fitnah, hasutan dan yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat termasuk melibatkan parti-parti politik. Berapa dan apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah diambil terhadap pengendali media-media tersebut sepanjang tahun 2000 hingga 2008 serta tindakan keras kerajaan di masa depan.

final • 10:20 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, media cetak dan elektronik adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang untuk memastikan kandungan yang disiarkan tidak bercorak fitnah atau hasutan yang bertujuan memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan keturunan.

Sebagai pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau AKM. Kandungan yang disiarkan oleh para penyiar swasta adalah dikawal selia dengan rapi oleh kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau ringkasnya SKMM dan perlu mematuhi syarat-syarat khas lesen mengenai kandungan. Ini termasuk tidak menyiarkan kandungan yang menyinggung sensitiviti agama, bangsa dan budaya mana-mana masyarakat di Malaysia serta tidak menyiarkan apa-apa jua kandungan yang bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia mahupun kandungan yang tidak menyumbang kepada aspirasi negara.

final • 10:20 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Di bawah seksyen 21(1) dan 23(3) AKM 1998, tindakan boleh diambil terhadap individu yang memberi kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau yang jelik. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Dari tahun 2005 sehingga kini, 24 kes melibatkan kompaun bernilai lebih RM380,000 di mana pihak penyiar swasta telah di kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah AKM 1998 termasuk melanggar syarat-syarat lesen penyiaran.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kesalahan penyalahgunaan laman web pula, sebanyak enam kes melibatkan lapan orang tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menghina Seri Paduka Baginda Sultan Perak di mana seorang telah mengaku salah dan di saman RM10,000. Di samping itu kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mengawal selia dan memastikan bahan-bahan media cetak termasuk akhbar tidak mengandungi unsur- unsur tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan dan boleh menggugat kestabilan negara.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang serius tentang perpaduan dan keamanan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Bachok dan saya ingat ada Yang Berhormat yang lain termasuklah Yang Berhormat Kubang Kerian dan mungkin balik yang mementingkan perpaduan dan keselamatan daripada kuasa dan juga peribadi. Ini perpaduan Tuan Yang di-Pertua, perpaduan.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, akibat daripada berita fitnah-fitnah ini, sudah tentulah masalah perpaduan dan perpecahan akan berlaku. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan secara kolektif dan serius yang dijalankan oleh pihak kementerian dalam kita memastikan supaya masyarakat kita, anak-anak muda kita ini ditanamkan semula semangat cintakan negara, cintakan perpaduan dan keamanan termasuklah di peringkat sekolah-sekolah. Apakah langkah yang serius dalam keadaan hari ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu adalah sebenarnya bersarang dalam pemikiran semua individu yang cintakan negaranya. Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain pun. Namun, lantaran keberadaan kita yang berada di dalam dunia yang penuh dengan pengemukaan baru menerusi laman web, Internet dan sebagainya, maka nilai kita telah diubah dan perubahan ini mendadak.

Kadangkala kita tidak memikirkan apa yang akan berlaku kepada diri sendiri, family atau keluarga ataupun kepada masyarakat kita. Kita jarang berfikir tentang masyarakat Malaysia itu secara keseluruhannya.

Dalam konteks itulah Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya undang-undang ini sewajarnya dikuatkuasakan kecuali perangai dan juga tindak balas masyarakat itu tidak berada di tahap yang dipersoalkan dari sudut undang-undang. Oleh yang demikian, pandangan yang banyak dijurus kepada preventif atau langkah-langkah pencegahan ialah menerusi pendidikan, peranan-peranan badan bukan kerajaan malah menerusi bimbingan badan-badan politik sendiri. Seharusnya setiap perjuangan itu ada bab membina negara bangsa walau apa pun pendirian politik kita. Tuan Yang di-Pertua, barangkali rakan-rakan di Dewan Rakyat menyatakan jawapan saya ini adalah terlalu realistik ataupun idealistik.

Walau bagaimanapun, jurusan ini kita harus hadapi bersama. Bukan hanya Barisan Nasional yang perlu memikirkan hal ini tetapi kita di tangga pembangkang sekalipun. Kami di sebelah sini akan sentiasa mempunyai ruang yang cukup untuk kita menghala ke hadapan sebagai satu negara bangsa. Insya-Allah, didikan kempen formal ataupun tidak formal menerusi jurusan-jurusan pendidikan sosial, politik dan juga keteguhan kita sebagai rakyat harus kita teruskan mulai sekarang.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai tingkah laku jenayah, saya berasa sangat kesal bahawa jenayah semakin serius sehingga buat kali yang pertama, tidak ada lagi keselamatan di dalam kawasan Parlimen. Semalam, kereta saya disabotaj. Ada orang punctured tayar kereta CRV saya.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Nasib baik tidak ada apa-apa yang berlaku. Apabila dibawa ke pemeriksaan, ada orang yang cucuk tayar itu dengan jarum, terdapat tanda ia dicucuk. Apa tanda keselamatan? Saya tidak tahu apa yang berlaku. Lebih 40 tahun saya berada di Parlimen tidak pernah perkara macam ini berlaku. Saya balik kepada soalan Tuan Yang di-Pertua. Ini sangat serius. Mengenai...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, dalam soal-soal mengambil kesempatan walaupun tidak berkenaan, cukup hebat.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini lebih penting daripada keselamatan Ahli-ahli Parlimen. Mana boleh berlaku sabotaj dalam premis Parlimen ini?... [Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Apa guna pihak polis, apa guna keselamatan dalam Parlimen?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya balik kepada soalan. Mengenai soalan ini, bukankah Yang Berhormat Menteri sehingga baru-baru ini ada dilihat sebagai a liberal voice dalam kerajaan atau apabila keluar dari Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi nampaknya sekarang dia menjadi satu reactionary voice oleh kerana cadangan-cadangan untuk mendaftarkan bloggers. Bukankah ini satu langkah ke belakang? Bukankah ini pun satu violation, satu jaminan yang dibuat Multimedia Super Corridor, no internet sensation.

Kenapakah Yang Berhormat tidak mengutamakan tanggungjawab beliau untuk empower rakyat dalam zaman maklumat daripada menyekat rakyat Malaysia dalam masa ini seperti mahu mendaftar blogger-blogger khasnya utamakan adakan satu broadband yang sebenar- benar broadband. Bukan macam sekarang. Broadband Malaysia ialah sebenarnya narrow band atau snail band.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur ini dengan saya sudah lama. Kami semenjak tahun 1974, mempunyai sejarah yang panjang. Jadi sementara Yang Berhormat Ipoh Timur tidak berubah sifat perangainya, orang sebelah sini pun tidak berubah banyak juga. Namun, yang benar tetap benar. Walaupun Tuan Yang di-Pertua, soal CRV beliau tadi tidak kena- mengena, kerajaan harus mengambil berat soal ini dan saya sendiri tidak keberatan untuk memaklumkan kepada pihak berkenaan kenapa hal seperti ini berlaku di kawasan Parlimen? Itu sahaja saya fikir sudah memadai bagi Yang Berhormat Ipoh Timur merasai bahawa kita di sebelah sini juga berperasaan mulia untuk menjalankan tugas. Kedua Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya komen tadi itu pedih juga kalau diibaratkan cuka dan lada.

Namun, saya cuba jawab begini. Proses menyampaikan mesej ada pelbagai sekarang. Walau apa pun yang dikenakan oleh pihak berkuasa, laman web masing-masing masih bebas untuk mencatat, menyampai ataupun memaklumkan sesuatu. Setakat ini perlu saya nyatakan kita tidak ada menyenaraikan atau mendaftarkan mana-mana blogger yang beroperasi di internet. Jadi Yang Berhormat haruslah terima itu sebagai hakikat dan tidak ada cadangan untuk berbuat sedemikian. Namun apa yang dijamin oleh perundangan negara kita demi keharmonian kita bersama, undang-undang perlu kita hormati. Itu yang kami pohon dari semua pihak.

Setelah itu dapat kita laksanakan, maka jurusan tentang perubahan nilai tadi boleh kita hadapi bersama. Saya berharap Yang Berhormat Ipoh Timur akan terus mempunyai pandangan yang objektif dalam soal itu dan bagi menjawab tentang jalur lebar tadi, kita berusaha sedaya upaya. Setakat ini pun kerajaan akan membelanjakan sejumlah wang yang besar, lebih dari RM200 juta untuk menjayakan projek jalur lebar.

Perkara berikut ialah mengenai penembusan atau dengan izin, rate of penetration.

Pada masa ini, 23 peratus dari bilangan isi rumah telah menikmatinya. Yang Berhormat harus maklum Tuan Yang di-Pertua, bahawa penyampaian khidmat ini di Lembah Klang sendiri sudah pun begitu meluas. Cuma kami akan meningkatkan tahap pencapaian dan penembusan ini sehingga semua kawasan pedalaman dan juga sekolah-sekolah menerusi SchoolNet, dengan izin, dapat kita khidmati bersama.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Saya yakin pada masa ini tahun hadapan, kita akan mencapai tahap lebih dari 40 peratus dan pada penghujung tahun 2010, 50 peratus kadar penembusan jalur lebar akan dinikmati. Terima kasih.

[Soalan No.4 –Y.B. Tuan Nasharudin Mat. Isa (Bachok) tidak hadir]

final • 10:30 AM

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, usaha-usaha, konsep, dan pendekatan yang dilaksanakan untuk menyemaikan semangat kekitaan di kalangan generasi muda bagi mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya soalan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong yang bertarikh 25 Jun 2009 kerana ianya berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedar bahawa peranan belia sangat penting dalam usaha untuk mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia. Ini kerana golongan belia yakni umur di antara 15 hingga 40 tahun merupakan populasi terbesar, Sebanyak kira-kira 40.56 peratus atau 11.3 juta daripada jumlah di negara ini.

Sehubungan dengan itu, kementerian telah memperkenalkan konsep Satu Belia Satu Malaysia agar golongan belia dapat bersama-sama dalam menjayakan matlamat gagasan Satu Malaysia ini. Konsep tersebut memberi penekanan kepada nilai-nilai patriotik, kekitaan, integrasi dan perpaduan dalam semua program dan aktiviti kementerian tanpa mengira kaum, keturunan dan latar belakang. Untuk makluman Yang Berhormat, halangan dan kekangan yang dihadapi dalam mencapai usaha di atas adalah berkaitan dengan cabaran-cabaran globalisasi, kelembapan ekonomi yang membawa kepada pengangguran di samping ancaman budaya luar yang tidak sihat. Sekian.

final • 10:30 AM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Minda belia dan generasi muda kita lebih tertumpu kepada pembangunan IT yakni teknologi maklumat. Ini menepati hasrat Kerajaan Barisan Nasional dalam kerangka Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh itu, anak-anak kita kadang-kadang lebih advance dan canggih dari kita khasnya dalam bidang-bidang terkini, facebook, Flicker, Twitter, youtube, laman blog dan pelbagai lagi. Persoalannya ialah apakah persiapan kementerian terhadap perisian bidang ini untuk menjayakan Satu Malaysia khasnya dalam bidang perpaduan. Sedangkan perisiannya diambil kesempatan oleh pembangkang memuatkan serta memutarbelitkan isu-isu termasuk pembangunan. Sekali gus juga sebahagian pembangunan tersebut dimomok dengan perkara-perkara yang boleh membawa keruntuhan moral...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

Soalan, soalan.

final • 10:30 AM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Itulah soalannya, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian?

final • 10:30 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju pandangan Yang Berhormat. Memang tidak dapat dinafikan terdapat generasi muda kita yang terpengaruh dengan bahan-bahan mungkin dikatakan negatif yang dimuatkan melalui laman web dan blog. Akhirnya mengakibatkan generasi muda kita berlakunya gejala sosial di kalangan generasi belia. Oleh yang demikian, bagi pihak kementerian, untuk memastikan bahawa tidak mudah terpesong dan mempercayai semua bahan yang dimuatkan dalam laman web dan blog maka Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengaturkan pelbagai program untuk mendekati belia.

final • 10:30 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah mewujudkan 222 Pusat Siber Rakan Muda di seluruh negara, maknanya di semua kawasan Parlimen akan dimuatkan sebanyak sepuluh komputer yang berinternet. Biasanya ditempatkan di kompleks Rakan Muda, di pusat kegiatan Rakan Muda ataupun premis- premis yang bersesuaian. Jadi pada masa kini terdapat 25 pusat siber telah beroperasi dan selebihnya akan beroperasi pada hujung tahun 2009 ini.

final • 10:40 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Jadi saya berharap mungkin dengan wujudnya pusat siber sedemikian dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dan dapat dikawal dengan lebih teratur.

Selain daripada itu, sebenarnya pusat-pusat siber Rakan Muda ini juga merupakan satu one-stop centre, di mana ia boleh digunakan untuk belia-belia kita merancang ataupun menjalankan aktiviti pelbagai kaum di pusat tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan terus berusaha untuk merancang pelbagai aktiviti untuk memastikan generasi belia Malaysia akan berfikir lebih positif dan matang terutama dalam menilai apa juga yang dipaparkan di dalam laman web atau blog. Saya percaya dengan adanya program-program yang diaturkan sedemikian, ia akan membantu Kementerian Belia dan Sukan untuk merealisasikan ke arah semangat satu belia, satu Malaysia. Sekian.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan yang diberi itu agak panjang lebar cuma persoalan yang saya hendak timbul, mohon kementerian terutama Kementerian Belia dan Sukan untuk mengkaji, meneliti semula permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia. Ini kerana saya melihat kementerian seolah-olah sekadar menyediakan prasarana contohnya gelanggang futsal. Kemudian tempat perhimpunan golongan muda, Rakan Muda dan sebagainya, ini seolah-olah sekadar menyediakan prasarana, tetapi tidak mengambil kira permasalahan yang timbul berkaitan dengan generasi muda.

Sehingga baru-baru ini polis Wilayah Persekutuan memohon supaya diadakan undang-undang yang agak lebih berat bagi mat rempit. Jadi isu mat rempit tidak dapat diselesaikan dengan pelbagai isu yang dikemukakan oleh kementerian, one-stop centre dan sebagainya. Jadi saya mohon kepada kementerian, soalan saya supaya mengenal pasti faktor penyakit yang dihadapi oleh golongan belia, remaja. Kemudian tolonglah memastikan keberkesanan yang lebih penting kepada masyarakat, kerana sekarang ini kita melihat golongan belia menjadi ancaman besar kepada sosial, keruntuhan moral dan sebagainya.

Jika sekadar mencadangkan, memberi bajet yang begitu besar kepada Rakan Muda, golongan belia, tetapi tak memberi keberkesanan yang besar kepada masyarakat dan rakyat, saya bimbang pelaburan besar itu tidak memberi apa maksud kepada golongan belia. Minta perhatian Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat, memang itu satu masalah yang kita sedar dan kerajaan sedar. Kementerian Belia dan Sukan memang sentiasa mengambil berat dan mendengar rintihan ataupun mendekati dengan belia untuk mengetahui lebih dekat lagi apakah keperluan mereka. Oleh sebab itulah tadi yang dikatakan oleh Yang Berhormat, memang kita kaji termasuklah mengkaji program-program yang sedia ada supaya mempunyai program-program yang ada kesesuaian semasa.

Selain daripada itu, baru-baru ini kementerian juga mengadakan atau memperkasakan pertubuhan belia. Maksudnya ialah kementerian mahu kalau boleh di satu kawasan atau satu komuniti, satu persatuan supaya semua sudut di seluruh negara ini mempunyai persatuan dan boleh menjalankan aktiviti apa yang telah dirancang oleh kementerian ataupun dirancang oleh persatuan masing-masing. Dengan itulah, kemungkinan kita boleh mengurangkan atau boleh menyalurkan dana kita supaya mereka dapat mempergiatkan lagi aktiviti untuk mengurangkan masalah tersebut. Sekian.

final • 10:40 AM

6. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada dengan tertubuhnya SME Credit Bureau (M) Sdn. Bhd. menerusi Credit Guarantee Corp. (M) Bhd. (CGC) milikan Bank Negara Malaysia telah berjaya membantu Usahawan- usahawan Kecil Sederhana mencapai kemudahan dana secara lebih terus dan telus.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, peranan SME Credit Bureau Sdn.

Bhd. atau Bureau sebagai pusat maklumat kredit yang komprehensif adalah berlandaskan kepada keyakinan bahawa infrastruktur maklumat kredit yang baik dapat membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) memperolehi akses pembiayaan sekali gus mengatasi persepsi negatif terhadap PKS sebagai golongan yang berisiko tinggi. Khususnya Bureau memainkan peranan sebagai rating agensi yang memberi penilaian atau rating terhadap credit worthiness, dengan izin bagi sesebuah PKS. Rating ini berbentuk probability of default atau kebarangkalian PKS ini tidak dapat membiayai ataupun membayar hutang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Rating ini digunakan oleh institusi kewangan dan juga CGC sebagai asas untuk menentukan kelayakan sesebuah PKS untuk mendapat pinjaman dan pembiayaan. Sistem ini membantu usahawan kecil dan sederhana mendapat pinjaman dengan lebih mudah kerana rating ini mengambil kira sejarah pembayaran balik hutang bukan sahaja kepada bank-bank atau institusi kewangan, tetapi juga kepada pembekal, syarikat-syarikat utiliti dan sewaan tempat berniaga.

Sistem ini juga mengutamakan bayaran balik hutang-hutang semasa dan terkini dan memberi tumpuan yang kurang kepada rekod pembayaran yang lama-lama. Bermakna kalau ada masalah pembayaran beberapa tahun yang lepas, tetapi sudah berprestasi baik akhir-akhir ini, maka rating masih juga satu rating yang bagus. Ia pada masa yang sama mengajar PKS untuk membina rekod credit worthiness yang baik dengan mengamalkan disiplin kewangan yang sihat.

Semenjak ditubuhkan pada Jun 2008, belum lagi setahun, 37 institusi kewangan dan 22,992 PKS telah menjadi ahli bureau. Sejumlah 10,195 laporan kredit telah dijana oleh Bureau untuk kegunaan institusi kewangan. Memandangkan Bureau telah beroperasi kurang daripada setahun, adalah masih awal bagi menilai tahap kejayaannya. Walau bagaimanapun, berlandaskan kepada kajian oleh Bank Dunia, PKS di negara-negara yang mempunyai operasi bureau credit, kebarangkalian atau probability PKS memperolehi pembiayaan daripada institusi kewangan meningkat dengan ketara berbanding di negara- negara yang tiada operasi bureau credit. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang agak menyeluruh. Tahniah diucapkan kepada SME Bureau Credit kerana walaupun baru setahun jagung, tetapi PKS yang mendaftar dengan Bureau ini telah mencecah 22,000. Jadi itu adalah satu pencapaian yang cemerlang dan kita difahamkan bahawa tujuan untuk menubuhkan SME Credit Bureau adalah untuk membantu PKS yang tidak mempunyai tawarikh kredit yang boleh ditunjukkan ataupun didukung supaya memperolehi kemudahan dana.

Jadi soalan saya ialah, bagaimana sambutan daripada institusi-institusi kewangan yang terulung di Malaysia seperti Maybank, CIMB dan Public Bank sama ada mereka setelah mencapai credit report yang didukung oleh Dun & Bradstreet itu sama ada kelulusan dan pelepasan kemudahan kewangan itu telah menjadi lebih elok dan menyeluruh untuk membantu PKS dan sebagainya. Kalau boleh, sila berikan kuantitatif report. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam masa yang kurang setahun ini kita dapati bukan sahaja jumlah PKS yang banyak yang mendaftarkan diri tetapi jumlah institusi kewangan juga sudah banyak iaitu 37 buah institusi kewangan yang menjadi ahli Biro dan semua institusi kewangan ini sudah tentu menggunakan laporan-laporan yang dijana oleh Biro ini.

Inilah sebabnya barangkali di antara sebab kalau semalam Yang Berhormat ada di Dewan ini dalam jawapan saya kepada pinjaman PKS, saya sebut bahawa kadar kelulusan pinjaman yang dibuat oleh PKS adalah 80 peratus bermakna di antara sepuluh yang memohon itu lapan yang mendapat kelulusan. Saya yakin bahawa laporan kredit rekod kredit ini adalah penting yang juga membantu institusi kewangan memberi kelulusan yang cukup tinggi. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. PKS sebenarnya adalah amat penting kepada pembangunan negara kerana PKS ini telah berjaya menyumbang sebanyak 32 peratus kepada KDNK Negara. Dalam masa yang sama PKS juga telah memanfaatkan sebanyak 56 peratus daripada tenaga kerja dalam negara kita ini. Pada ketika ini SMIDEC telah menjalankan satu kajian dan mendapati sebanyak 21.6 peratus daripada PKS kita telah terjejas teruk oleh kegawatan ekonomi pada tahun 2009. Sebenarnya ini satu dari peningkatan daripada 10 peratus daripada penggal ke empat tahun 2008. Kita takut dia akan terus meningkat kerana kelembapan ekonomi kita akan terus menerus.

final • 10:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi saya hendak tanya pihak Yang Berhormat Menteri bagi membantu PKS kita terus membangun di dalam masa yang sama kita membantu supaya tidak ada pengangguran. Apakah usaha kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan serta institusi kewangan apatah lagi dengan tertubuhnya CGC ini yang membuat credit rating, adakah kerajaan akan membuat kelonggaran atau memberikan bantuan kepada PKS yang cukup terjejas pada ketika ini. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Memang kalau dilihat sumbangan yang dimainkan oleh sektor PKS kepada ekonomi negara adalah besar. Yang Berhormat ada menyebut tentang sumbangan kepada GDP 32 peratus. Itu sebenarnya dalam tahun 2005 dan dijangka tahun 2010 sumbangannya menjadi 37 peratus.

Begitu juga kepada employment dengan izin, 56 peratus dalam tahun 2005 dijangka 57 peratus dalam tahun 2010. 19 peratus sumbangan PKS terhadap eksport negara dalam tahun 2005 dijangka meningkat 22 peratus sumbangan kepada eksport negara dalam tahun 2010. Memang tidak dapat dinafikan juga seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin bahawa dalam kegawatan ekonomi yang begitu ketara ini yang bermula di luar negara sudah tentu akan memberi kesan yang negatif terhadap setengah-setengah PKS terutama sekali barangkali PKS yang menyumbang kepada eksport negara kerana eksport negara juga turut merudum akibat daripada kegawatan dunia.

Jadi inilah sebabnya beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu PKS ini. Satunya seperti mana juga yang saya sebut dalam jawapan semalam bahawa penubuhan dana jamin yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan jumlah kesemuanya RM20 bilion yang sebahagian besarnya digunakan untuk membantu PKS supaya umpamanya risiko kredit yang biasanya ditanggung oleh institusi kewangan, melalui dana jamin ini 80 peratus ditanggung oleh kerajaan supaya hanya 20 peratus lagi sahaja yang ditanggung oleh pihak institusi kewangan. Ini penting sekali kerana inilah yang boleh mempercepatkan ataupun boleh memberi keyakinan kembali kepada institusi perbankan dan kewangan untuk memberi pinjaman kepada PKS.

Saya juga menyebut dalam jawapan semalam bahawa terdapat juga ruang untuk penyusunan semula pinjaman yang dibuat oleh PKS ini. Institusi kewangan diminta dalam suasana kewangan pada hari ini untuk memberi kemudahan menyusun semula pembayaran balik dan kita dapati tidak kurang daripada 3,000 PKS telah pun mendapat kemudahan ini. Sekiranya didapati bahawa langkah-langkah ini masih tidak memadai, saya yakin kerajaan akan memperkenalkan langkah-langkah lain untuk membantu PKS ini dari semasa ke semasa memainkan peranan mereka yang begitu penting dalam ekonomi negara. Terima kasih.

[Soalan No. 7 – YB Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Batang Sadong) tidak hadir]

final • 10:50 PM

8. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah pihak kerajaan akan mengkaji secara holistik terhadap keberkesanan sistem peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara ini.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua. Terdapat tiga pertanyaan berkaitan dengan peperiksaan iaitu Yang Berhormat Kubang Kerian pada hari ini, Yang Berhormat Bukit Katil pada 23 Jun, Yang Berhormat Lipis pada 23 Jun, dan izinkan saya menjawab pertanyaan tersebut secara serentak.

final • 10:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:50 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelajaran Malaysia kini sedang melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara untuk memastikan kita dapat menghasilkan modal insan yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan negara khususnya dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam konteks ini KPM akan melaksanakan Sistem Pentafsiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mengambil kira potensi murid dengan tidak bergantung pada sistem peperiksaan semata-mata.

Pentafsiran ini disesuaikan dengan keperluan pendidikan semasa dan masa depan.

final • 10:50 PM

Tuan Yang di-Pertua, lima kaedah pentafsiran akan diperkenalkan iaitu

(i) pentafsiran sekolah;

(ii) pentafsiran pusat;

(iii) pentafsiran psikometrik;

(iv) pentafsiran aktiviti jasmani dan kokurikulum; dan

(v) peperiksaan pusat Sekolah dan guru diberi pengupayaan, empowerment, dengan izin, untuk melaksanakan pentafsiran berterusan di samping bantuan teknologi maklumat dan komunikasi ICT telah, sedang dan akan terus dibangunkan.

Konsep penaksiran holistik yang dicadangkan juga berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan dengan izin, human capital building dalam era globalisasi memberi tumpuan bukan hanya kepada keupayaan kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan educability, kebolehlatihan - trainability, kebolehkerjaan - employability dan kebolehpasaran - marketability yang tinggi pada masa akan datang.

Selain daripada itu sistem Pentafsiran Peringkat Tingkat Enam dirombak sesuai dengan fungsinya sebagai jambatan ilmu ke peringkat pendidikan tinggi. Bagi tujuan ini Majlis Peperiksaan Malaysia akan menukar sistem penaksiran bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada sistem terminal kepada sistem modular mulai tahun 2011.

final • 10:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya banyak kali menerima aduan daripada murid yang mendapat markah ‘B’ dalam beberapa mata pelajaran yang mengadu dengan penuh rasa sedih dan kemurungan bahawa gurunya tidak berapa melayan dia di sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin pada zaman Tuan Yang di-Pertua dan pada zaman saya bersekolah dahulu kita memakai sistem aggregate. Ia mungkin tidak ‘A’ straight tetapi memadai untuk menjadikan generasi kita seperti kita pada hari ini.

final • 10:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Adakah Yang Berhormat sedar dan kementerian sedar bahawa hari ini, ibu bapa dan guru telah dihinggap satu sindrom ‘A’ iaitu guru menjadi prejudis kepada murid yang tidak mendapat ‘A’ dan ibu bapa menjadi murung sekiranya anak mereka tidak mendapat straight ‘A’. Jadi ini satu sindrom yang saya rasa perlu dikaji dengan teliti oleh Kementerian Pelajaran dalam kita menilai keberkesanan sistem peperiksaan kita. Dalam kita nak melahirkan mencapai falsafah pendidikan negara yang disebut tadi bahawa kita mahu melahirkan modal insan yang membina negara ini.

Jadi adakah suatu kajian yang betul-betul holistik akan diadakan atau dilaksanakan supaya murid-murid di sekolah ini tidak menjadi mangsa kepada sindrom yang ada pada hari ini, itu soalan tambahan saya, terima kasih.

final • 11:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat memang merupakan satu pemerhatian yang tepat sekali, di mana sindrom ‘A’ ini bukan semata-mata dilihat di kalangan ibu bapa, malahan masyarakat juga memandang dan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang sangat cemerlang. Sebab itulah dalam sistem pendidikan kita, kita sedang menjalankan satu transformasi kurikulum, yang mana kita telah membuat projek rintis pada tahun lalu, dan kita telah memilih 50 buah sekolah dan merangkumi sekolah bandar, luar bandar, cluster, pendidikan khas dan sebagainya, dan pada tahun ini kita turut mengadakan program rintis di 500 buah sekolah.

Tujuan kita mengadakan program rintis ini sebenarnya, kita nak lihat sistem peperiksaan kita terlalu berpusat, terlalu menumpukan peperiksaan pusat. Maka kita telah seperti mana yang saya jawab tadi, ada lima elemen yang diambil kira, termasuklah pentafsiran pusat.

final • 11:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Bererti daripada pusat kita berikan satu kaedah pentafsiran, dan biarlah sekolah yang menentukan skor. Kita juga mempunyai pentafsiran sekolah dan sekolah yang menentukan bagaimana ianya dibuat. Salah satu matlamat atau objektifnya adalah untuk kita melihat proses pembelajaran itu dinilai dan ditaksir.

Kita tidak semata-mata melihat output berdasarkan satu peperiksaan pusat, dan dari segi wajarannya, kalau kita lihat dahulunya UPSR. Kita berpandukan kepada pencapaian seorang pelajar pada suatu peperiksaan awam, iaitu UPSR, PMR ataupun SPM, tetapi kini kita mempunyai wajaran yang berlainan. Bagi UPSR, cadangan awal mungkin hanya dari segi peperiksaan Pusat 30 peratus adalah berpandukan kepada peperiksaan pusat, dan selebihnya penaksiran sekolah dan komponen lain yang telah saya huraikan tadi.

Kedua, PMR. Ianya mungkin ditingkatkan dari segi wajaran weightage nya kepada 50 peratus dan akhirnya SPM, ianya mungkin sampai ke 70 peratus. Ini adalah cadangan awal dan kita melihat setiap proses itu termasuklah Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 itu diambil kira.

Bukan sahaja bertumpukan kepada aim result, dengan izin, dan ianya patutlah kita beri peluang kepada pelajar itu mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang turut diambil kira dalam sistem ini.

Mengenai apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat dari segi konsistensi guru kita, kita memang mewujudkan satu kaedah. Kalau selama ini peperiksaan yang diambil, ujian kecil yang diambil di sekolah, ianya adalah soalan yang telah ditentukan oleh pihak guru atau sekolah. Ianya tidak diambil kira sekarang manakala dari segi bebanan pada guru, ianya tidak wujud dan ianya sebenarnya adalah satu yang kita ambil kira apa yang telah dibuat selama ini.

Keduanya, dari segi konsistensi itu kita akan beri latihan yang secukup-cukupnya tentang pelaksanaan SPPK, agar kita dapat memberi pengupayaan pada guru kita semasa menilai dan menaksir. Terima kasih.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sistem peperiksaan dan penilaian merupakan salah satu daripada kaedah...

final • 11:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf, mata saya pagi ini nampak orang-orang yang di belakang.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih.

final • 11:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Sistem peperiksaan dan penilaian merupakan salah satu daripada kaedah untuk kita mengukur keupayaan pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kecemerlangan seseorang pelajar itu, bukan semata-mata bergantung kepada pencapaian akademiknya, tetapi juga merangkumi tentang keupayaan dan kebolehannya dari segi aspek jasmaninya, aspek emosi dan rohani, termasuk juga kemahiran-kemahiran lain. Termasuk kemahiran verbal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, dan intrapersonal ataupun kemahiran-kemahiran lain yang perlu dipunyai oleh seseorang pelajar itu, untuk menjadikan ianya sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Adakah cadangan Kementerian Pelajaran untuk memasukkan item-item tersebut dalam sistem penilaian dan peperiksaan nanti? Baru-baru ini kita telah dimaklumkan bahawa pihak kementerian akan mencadangkan supaya mengehadkan pengambilan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Saya ingin tahu apakah rasionalnya mengehadkan pengambilan mata pelajaran tersebut? Pada saya mengehadkan pengambilan tersebut akan menafikan pendemokrasian pendidikan, ataupun kita menafikan bahawa pendidikan sepanjang hayat, ataupun peluasan pembelajaran, sebagaimana yang telah dituntut, ‘belajarlah walaupun sampai ke negara China’.

Ini kerana bila seseorang pelajar itu mengambil mata pelajaran yang banyak bilangannya, ia tidak membebankan kepada guru kerana pihak sekolah tidak memberi ataupun memasukkan mata pelajaran tersebut dalam jadual untuk murid tersebut.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Maksud saya ialah pelajar belajar sendiri mata pelajaran-mata pelajaran yang diambil lebih daripada yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jadi saya ingin jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan dari Yang Berhormat Hulu Terengganu itu ada merangkumi dua aspek, pertama mengenai kemahiran insani, atau soft skill dan kemahiran lain yang telah dihuraikan termasuklah dari segi penilaian penaksiran terhadap aspek jasmani. Sebenarnya dalam jawapan saya, saya telah menyatakan bahawa dari segi kaedah penaksiran, ianya merangkumi penaksiran jasmani dan juga kokurikulum, itu diambil kira.

Di samping itu, kita juga ada kemahiran insaniah, soft skill yang mana kita akan serapkan. Seperti mana yang saya umumkan tadi, sebenarnya kita sedang mengadakan transformasi kurikulum dan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat ini. Ianya akan dirombak semula apa yang perlu kita masukkan, apa yang perlu kita ubah dan ditambah baik dan itu adalah soal pertama. Keduanya pula ialah had pengambilan mata pelajaran dalam SPM. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran semalam.

Sebenarnya sering kali kita mendengar pandangan masyarakat bahawa sama ada perlunya seorang pelajar mengambil mata pelajaran sampai 20 mata pelajaran, dan selama ini kita lihat, kalau dalam sistem terbuka SPM ini, sebelum itu ada 110 mata pelajaran yang ditawarkan, merangkumi semua aliran. Kita melihat pelajar-pelajar ini telah mengambil peperiksaan, dan kebayakannya 85 peratus adalah di bawah sepuluh mata pelajaran ataupun ada yang sembilan mata pelajaran, yang melebihi 12 mata pelajaran, tak sampai pun 1 peratus. Kita sedar bahawa kita tidak menyediakan guru kerana masing-masing mengambil mata pelajaran sebagai contoh, kalau mereka telah mengambil Biologi, Kimia dan Fizik. Ada pelajar demi mendapatkan A1 yang lebih banyak, mereka mahu mengambil standard yang lebih rendah iaitu mata pelajaran atau subjek sains sahaja.

Kita tak mahu mengulangi perkara yang sama dan sebab itulah kita telah mengenakan satu syarat iaitu kita mengehadkan pengambilan mata pelajaran. Apa yang telah didakwa oleh Yang Berhormat dari segi penafian pendemokrasian pendidikan kita, sebenarnya sistem kita masih terbuka dan dalam sesuatu peperiksaan itu, kita hanya mengehadkan sepuluh mata pelajaran.

Ini tidak bermakna peperiksaan yang dijalankan pada bulan Julai, ianya tidak boleh ambil dan perkara yang sama juga kita mengambil kira dalam sepuluh mata pelajaran, bagi pelajar Islam, mereka tetap boleh mengambil Bahasa Arab, dan bagi mereka yang berketurunan India dan Cina, mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil turut boleh diambil kerana, memang diambil kira dalam aspek kita. Sebab itu rasional pada sepuluh adalah semata-mata kita tidak menumpukan kepada peperiksaan semata-mata, ada aspek lain yang perlu kita bangunkan. Terima kasih.

final • 11:00 PM

9. Tuan Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, sejauh manakah jaminan kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan terutama bagi rakyat tempatan apabila kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan seperti pelancongan, pengangkutan, kesihatan dan perniagaan.

final • 11:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ll - Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tuan Raime bin Unggi dari Tenom. Sektor perkhidmatan telah dikenal pasti sebagai peneraju modal ekonomi baru yang akan meningkatkan taraf pendapatan negara dari kumpulan pendapatan negara dari kumpulan pertengahan tinggi atau upper middle income, dengan izin, kepada kumpulan negara yang berpendapatan tinggi atau high income country, dengan izin.

Pada tahun 2008, sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK adalah sebanyak 55 peratus. Berbanding 53.6 peratus pada tahun 2007, di mana sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan atau non-government service, dengan izin, adalah sebanyak 47.6 peratus pada tahun 2008. Berbanding 46.7 peratus pada tahun 2007.

final • 11:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ll - Dato' Jacob Dungau Sagan

Seramai 5.6 juta atau 52 peratus daripada jumlah pekerja di Malaysia bekerja dalam sektor perkhidmatan ini dan untuk Malaysia mencapai status negara maju, sektor perkhidmatan perlu dibangunkan secara lebih agresif. Sumbangan sektor ini kepada KDNK di kebanyakan negara maju adalah melebihi 70 peratus dan sektor ini menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Memandangkan pemberian perkhidmatan adalah berasaskan pengetahuan dan kemahiran yang diberi terus kepada pengguna perkhidmatan, ia mempunyai potensi untuk menjana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya untuk graduan-graduan yang berkelayakan tinggi dan berkemahiran di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kesemua 27 subsektor perkhidmatan yang telah dibuka pasaran telah dibuat setelah kerajaan membuat analisis terperinci, mengenai impak ke atas pelaburan dan potensi untuk menjana peluang pekerjaan yang bernilai tinggi. Sebagai contoh, pelaburan yang tinggi diperlukan untuk membangunkan taman tema dan pusat konvensyen dengan kapasiti 5000 tempat duduk. Untuk mendirikan dan menjalankan pusat sebegini, ramai pekerja tempatan termasuk golongan profesional dan berkemahiran tinggi akan diperlukan.

Projek-projek berkaitan ICT akan menyediakan peluang kerja yang banyak untuk graduan-graduan yang berkemahiran dalam teknologi maklumat. Subsektor-subsektor lain yang telah dibuka pasaran akan menyediakan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dalam perkhidmatan-perkhidmatan seperti pelancongan, pengangkutan, kesihatan dan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan adalah dalam lingkungan 11 peratus sahaja, kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan pada masa ini adalah melalui pelaburan tempatan. Adalah dijangka dengan pembukaan pasaran ini, peratusan pelaburan asing akan bertambah, dan ini akan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan terutamanya bagi golongan profesional dan berkemahiran. Terima kasih.

final • 11:10 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Kita sememangnya mengharapkan apa juga langkah proaktif pihak kerajaan boleh membantu rakyat jelata.

Sememangnya kita mengalu-alukan keadaan sedemikian. Namun begitu Tuan Yang di- Pertua, masih ramai lagi yang tidak mengetahui bagaimana cara untuk terlibat sama dalam menjayakan liberalisasi pada sub-subsektor yang disebutkan, tadi kerana masih terlalu kurang ke arah langkah penjelasan tersebut.

Malah kita juga ingin tahu, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pula dengan SME atau credit group milik Bank Negara, yang mana kita ketahui telah juga menyediakan banyak peluang-peluang geran kepada masyarakat untuk membantu usahawan-usahawan kita terutama kepada usahawan-usahawan tempatan, untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Kementerian menerusi pelbagai organisasi di bawah MITI ini lebih-lebih lagi bagi pihak SMIDEC, MPC dan juga MIDA dan MATRADE mempunyai pelbagai program iaitu outreach program menerusi pejabat-pejabat mereka di setiap bandar, di seluruh Malaysia untuk memberi banyak maklumat menerusi kursus-kursus yang diadakan dan juga menerusi outreach program yang dijalankan di setiap kawasan.

Jadi, seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, langkah-langkah liberalisasi ini memang ada sebahagian daripada perniagaan kita. Usahawan-usahawan kita ini memang kurang mempunyai maklumat-maklumat tertentu. Walaupun demikian, kita akan terus menjalankan beberapa program seperti mana yang disebutkan tadi supaya maklumat- maklumat ini sampai ke setiap usahawan-usahawan kita di seluruh negara. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang di bawah SME, SMIDEC, TEKUN dan yang lain-lain itu tadi.

Kita memang mempunyai banyak program seperti yang disebutkan tadi di bawah stimulus pakej, untuk mengatasi kekhuatiran mereka ini untuk menjalankan projek-projek oleh kerana langkah liberalisasi ini tadi atau pembukaan pasaran ini.

final • 11:10 PM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta supaya dapat membantu semua pihak, usahawan-usahawan SME ini supaya mereka boleh bersaing lebih kompetitif lagi dalam bidang perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya hendak mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang dan juga tetamu-tetamu yang lain... [Tepuk] Tingkatan 6, bakal pengundi, ya... [Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab tadi.

Soalan yang saya ingin timbulkan, adakah liberalisasi yang dicadangkan ataupun yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah untuk mengabsahkan terhadap perundingan FTA yang sedang berjalan sekarang ini, kerana kita bimbang terutamanya di bidang kesihatan.

Saya terlibat dengan bidang kesihatan.

Bahawasanya ramai di antara rakyat kita sendiri..., kita bimbang nanti tidak mendapat peluang-peluang pasaran pekerjaan di dalam negara kita kerana membuka begitu luas pintu kepada mereka yang datang dari luar kerana kita maklum bahawasanya, kepakaran yang dibawa dari luar itu sudah tentulah akan memberi suatu persaingan kepada rakyat kita sendiri. Apakah liberalisasi ini merupakan salah satu daripada tahap awal kepada mengabsahkan perundingan FTA ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Proses pembukaan pasaran kita ini bukan semata- matanya untuk membuka semua bidang dan sektor-sektor yang ada dalam sektor perkhidmatan ini. Kita melihat dari segi kebolehan peniaga-peniaga kita di Malaysia ini.

Apabila mereka tidak mempunyai kepakaran yang cukup dan juga apabila kita melihat perniagaan itu adalah perniagaan berteknologi tinggi, maka kita harus menerima supaya sektor tersebut boleh dibuka untuk pihak pelaburan asing. Jadi kita tidak semata-mata untuk membuka semua sektor ini supaya pelabur asing itu dapat datang ke negara kita dan terus lebih kompetitif bersaingan dengan penduduk-penduduk kita ataupun peniaga- peniaga kita yang sedia ada di negara kita ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah kementerian sudah mengkomersialkan R&D tanaman stevia yang dijalankan oleh MARDI sebagai alternatif pengeluaran gula. Sejauh manakah kejayaan yang dicapai dalam pemasaran gula alternatif ini bagi membantu menjaga kesihatan rakyat.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui MARDI bertanggungjawab untuk menjana, memindahkan dan mengkomersialkan hasil penyelidikan bagi memenuhi keperluan industri pertanian dan makanan di negara ini.

Berkaitan usaha dalam mencari alternatif pengeluaran gula iaitu stevia penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanaman stevia di MARDI belum lagi dapat dikomersialkan oleh kerana ianya masih lagi dalam peringkat ujian di merata lokasi bagi mengkaji lokasi kesesuaian dari segi agronomi, teknologi kejenteraan, pengurusan dan cost benefit dengan izin tanaman ini. Laporan kajian awal dijangka akan siap pada akhir tahun 2009. Steviasid dan rebaudiana ‘A’ bahan pemanis dalam stevia sudah ada di pasaran sebagai pemanis yang boleh mengganti gula. Salah satu pembuat pemanis ini di Malaysia ialah syarikat Pure Circle yang kini menggunakan bahan mentah dari negara China. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya, saya difahamkan stevia ini mempunyai kemanisan yang tinggi iaitu 300 kali ganda daripada gula biasa dan saya juga difahamkan ada pengusaha yang telah pun menanam secara besar-besaran di Janda Baik dan sebagaimana Timbalan Menteri sebutkan tadi ada kilang yang mengeluarkan gula ini di Labu.

final • 11:20 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Soalan saya adakah kementerian bercadang untuk menganjurkan penanam secara berkelompok oleh pekebun-pekebun kecil sebagaimana tanaman tembakau dahulu dan pasarannya diuruskan oleh satu agensi yang berkemahiran ataupun kilang yang sudah mempunyai standard kualiti yang baik? Saya juga ingin meminta adakah pihak kementerian boleh menambah lagi peruntukan R&D untuk meningkatkan kualiti stevia ini? Terima kasih.

Saya ada bawa stevia... [Menunjukkan pokok yang dimaksudkan]

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Sesi-sesi yang lepas saya juga bawa sampel stevia tanaman dia terus di mana Ahli-ahli Parlimen semua makan daun stevia sehingga tinggal batang sahaja. Memang saya ada tapi kali ini saya tidak bawa.

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Cadangan itu semuanya baik belaka dan kami memang suka sangat kalau cadangan positif macam ini tetapi saya tadi mengatakan bahawa sebenarnya kajian ini tengah berjalan dan tahun 2009 akan dikeluarkan insya-Allah, sebab kami mesti pastikan bahawa kalau kita membuat sesuatu kajian ianya betul-betul memberi manfaat. So fully tested, dengan izin Yang Berhormat.

Jadi terima kasih Yang Berhormat. Memang stevia ini 150 hingga 300 kali ganda manisnya daripada gula biasa dan yang lebih menarik lagi ianya tidak ada kalori. Makanlah sebanyak mana tidak akan gemuk... [Ketawa] No calorie, insya-Allah. Jadi Yang Berhormat, memang Yang Berhormat ada tiga ladang...

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Akan tetapi you tak makanlah?

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tak, saya tidak perlu makan. Saya hendak makan yang biasa-biasa dahululah. Yang Berhormat, sebenarnya ada tiga ladang.

Kami tahu ada tiga ladang yang sekarang ini menanam stevia ini secara persendirian iaitu di Muadzam Shah di Pahang, di Ladang Kubu Padang Terap Kedah dan di Muar Johor.

Akan tetapi seperti saya katakan tadi sebab MARDI ini mengkaji dari segi tanaman ini kerana bukan datang daripada negara kita Yang Berhormat. Ianya datang dari Paraguay asalnya dan yang kita dapat benih-benih untuk kita buat kajian ini daripada Rusia.

Jadi masalah tanaman ini bila ditanam di Malaysia ianya masalah yang didapati sebab itu kita tengah mencari variety yang betul-betul sesuai iaitu masa siang kita di Malaysia ini pendek. Ia memerlukan masa siang lebih 13 jam. Jadi oleh yang demikian, jenis-jenis variety yang kita dapat tanam di sini nanti selepas beberapa kajian di beberapa stesen MARDI, kita terpaksa mencari kaedah-kaedah tertentu.

Satunya kalau masa siang itu pendek ia akan cepat mengeluarkan bunga. Jadi bila cepat mengeluarkan bunga jadi banyak kemanisannya itu pergi kepada bunga. Oleh sebab itu kita mesti mencari satu kaedah mungkin terpaksa kita guna lampu malam untuk kita memanjangkan cahaya sebab ia perlukan cahaya. Jadi sebab semua ini bila belum stable Yang Berhormat kita tidak mahu nanti bila kita keluarkan dan mengesyorkan kepada pengusaha jadi banyak perkara yang belum lagi habis dikaji termasuk stevia ini adalah labor intensive. Ia seakan-akan pemetik daun teh. Jadi kita sedang mencari jentera yang sesuai supaya menurunkan labour cost.

Akan tetapi sebenarnya daripada kajian didapati bahawa dari segi tonnage yang ditanam di Malaysia ini boleh mengeluarkan lebih tinggi tonnage daripada negara asal. Kita boleh mengeluarkan dalam 12 tan per hektar dan negara asal mungkin dalam dua hingga 10 tan. Jadi kita dalam satu rumpun pokok itu kita boleh menuai 12 kali tetapi di negara asalnya tiga bulan sekali tuai. Jadi ini adalah perkara yang masih memerlukan supaya diperincikan lagi R&D. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Sebenarnya bangun tadi hendak bertanya soalan tentang research finding sahaja. Banyak pula yang sudah didedahkan. Jadi macam sudah terjawab tetapi ada lagi satu persoalan. Oleh kerana stevia ini bukan benda baru agaknya, tanaman ini ada di Paraguay dikatakan tadi sudah digunakan dan dimanfaatkan di sana. Tentulah banyak kajian yang telah ada dan saya cukup seronok dengar kata tidak ada kalori di dalamnya. Jadi saya mencadangkan Timbalan Menteri yang mendahului makan benda ini...

[Ketawa] Apa pun ada tidak dalam kajian-kajian yang telah dibuat...

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya akan menyusul, jangan takut.

Adakah kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan ada kesan-kesan sampingan ataupun kesan-kesan membawa penyakit. Ini tentunya ada dalam literature dan saya rasa pihak MARDI atau pihak kita tidak bercadang untuk pergi kepada research yang sedemikian tapi lebih kepada agro based research. Jadi saya hendak bertanya kalau ada maklumat elok didedahkan sebelum kita berjalan lebih jauh dengan hasil tanaman ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Satu lagi Yang Berhormat saya tidak ceritakan tadi kalorinya very low calorie dengan izin tapi kalau dimakan dengan berterusan bahayanya I think ramai doktor di sini ia boleh menyebabkan hypo gula dalam badan kita. Itu di antaranya tapi yang hypo gula semakin...

final • 11:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Hypoglycemia - gula turun.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Ya tapi itu nanti satu bidang.

Bidang lain mungkin mereka akan membuat kajian ini tetapi terima kasih Yang Berhormat side effect memang literature banyak tetapi USDA telah mengumumkan telah ada dalam literature bahawa gula dalam stevia ini telah diklasifikasikan atau statusnya GRAS. GRAS ini bermakna pada amnya adalah selamat.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau tidak disebabkan kita kurang gula hari itu dalam tahun 2007 tidak ada orang pun kenal dengan stevia tetapi memandangkan hari itu ada kekurangan gula jadi stevia ini meletup namanya dan kami juga MARDI telah membuat macam-macam kepelbagaian khasnya dalam pemakanan dan didapati kuih-kuih yang dibuat daripada stevia itu kalau tidak diberitahu Tuan Yang di-Pertua kita tidak tahu pun benda itu ada stevia. Manisnya memang proven. Insya-Allah.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Jadi terima kasihlah. Saya berharap bagilah masa sedikit untuk dia finalizekan dan untuk makluman kod-kod nanti kalau dikeluarkan di bawah MARDI, iaitu MSR 007 dan MSR 012, dua jenis di sini yang insya-Allah penghujung tahun ini akan kita betul-betul umumkan sesiapa pengusaha stevia boleh menggunakan jenis MSR 007 dan 012. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Maklumat keracunan iaitu toxicity Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup. Sesi soal jawab telah berakhir. Sila Setiausaha.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1) PEMBUNUHAN PENDUDUK ISLAM DI SELATAN THAILAND

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Bismillahhir Rahmannir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya Mohd. Nasir bin Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan satu isu tentang pergolakan selatan Thailand dibincangkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Jun 2009, dunia dikejutkan dengan pembunuhan penduduk Islam yang sedang mengerjakan solat di Masjid Al-Furqan Kampung Air Tempayan di wilayah Narathiwat. Peristiwa tersebut telah menyebabkan sebelas orang telah terkorban, manakala 13 orang lagi telah cedera.

Dilaporkan bahawa enam lelaki bertopeng telah terbabit di dalam peristiwa tersebut. Seluruh dunia tahu bahawa pergolakan di selatan Thailand sudah berlanjutan mutakhir ini hampir lima tahun yang memakan korban hampir 4,000 nyawa.

final • 11:31 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Namun ini adalah kali pertama tragedi yang melibatkan pembunuhan terhadap orang yang sedang melakukan ibadah. Ajaran Islam mengharamkan membunuh orang- orang yang tidak berdosa. Islam mengharamkan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang yang tidak terlibat di dalam peperangan. Islam melarang melanggar perjanjian serta mengkhianati harta rampasan perang. Islam melarang merosakkan mayat serta melarang membunuh ahli rumah ibadah.

Pada tahun 2004 dahulu berlaku peristiwa Masjid Kerisik dan Tak Bai yang sehingga kini belum selesai sepenuhnya dan tindakan minimum diambil oleh OIC sedangkan ratusan manusia terbunuh. Dalang di sebalik peristiwa tersebut masih dipersoalkan oleh keluarga mangsa yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya ialah krisis yang berlaku di sana telah memberikan kesan kepada migrasi penduduk di antara negara Malaysia dan Thailand.

Seterusnya membabitkan persoalan keselamatan antara kedua-dua buah negara. Ia juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Oleh kerana masalah ini adalah masalah yang besar, saya mencadangkan agar:

(i) Malaysia mengambil inisiatif memanggil satu sidang khas ASEAN dengan kadar segera bagi membincangkan masalah ini;

(ii) Malaysia mengambil inisiatif untuk mendesak OIC memberi perhatian serta mengiktiraf Malaysia sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand;

(iii) mendesak Kerajaan Thailand lebih telus dan cermat menangani isu ini dengan menubuhkan satu badan siasatan bebas bagi mengkaji permasalahan yang berlaku; dan

(iv) meminta Malaysia berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menamatkan segera perintah darurat yang sedang berlangsung di tiga buah wilayah iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani yang bergolak, yang menyebabkan urusan harian menjadi perlahan serta boleh membawa kepada masalah ekonomi penduduk di wilayah-wilayah tersebut.

Oleh kerana itu saya berpandangan bahawa isu ini adalah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Oleh kerana itu saya mencadangkan agar Dewan ini ditangguhkan untuk membincangkan isu ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Padang Terap pada hari Selasa, 16 Jun 2009. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu;

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendakkan disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ianya juga adalah bagi kepentingan orang ramai, tetapi sebagai sebuah negara jiran yang bersempadan dengan negara Thailand, saya percaya Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil langkah yang berterusan untuk membantu menyelesaikan masalah di selatan negara tersebut.

Dengan yang demikian, saya berpuas hati bahawa usul ini tidak perlu untuk disegerakan. Oleh itu saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2). Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

final • 11:31 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2008 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis”. [17 Jun 2009] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 11:31 AM

Fasal-fasal 1 hingga 2 - Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya telah meneliti cadangan Timbalan Menteri untuk membawa satu usul meminda rang undang- undang di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 yang merujuk khas kepada berapa jadual terutama yang disebutkan tadi Jadual Pertama untuk meminda perkara 2, 4 dan 5.

Tuan Pengerusi, kita faham bahawa antara tujuan akta ini diwujudkan adalah untuk memberi kuasa kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai institusi utama negara yang berfungsi sebagai pengutip cukai ataupun sebagai organisasi yang melaksanakan tanggungjawab pematuhan kepada undang-undang percukaian negara secara umumnya.

Walau bagaimanapun kita lihat selain daripada prinsip atau fungsi asas tersebut, kita dapati beberapa seksyen lain di dalam akta yang sama, yang jauh begitu penting dibandingkan dengan akta yang hendak dipinda oleh Dewan kita pada hari ini, iaitu seksyen 10(A) yang menjadikan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agen pengutipan kepada agensi-agensi lain seperti juga Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, yang mana bertanggungjawab untuk memberi pinjaman pendidikan dan mengutip semula pinjaman- pinjaman tersebut daripada pelajar-pelajar yang mendapat perkhidmatan tersebut.

final • 11:31 AM

Fasal-fasal 1 hingga 2 - Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Lembaga Hasil Dalam Negeri, melalui seksyen 10A telah dilantik sebagai pengutip kepada bayaran balik pinjaman-pinjaman tersebut. Ini bukanlah antara fungsi asas atau fungsi tradisi utama kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Begitu juga seksyen 12 memberi kuasa atau memberi ruang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menggunakan sebahagian daripada hasil tersebut untuk kegunaan atau untuk dibayar elaun kepada ahli lembaga, tujuh orang yang dilantik, yang kita bincangkan di bawah rang undang-undang untuk dipinda ini secara spesifik.

final • 11:40 AM

Fasal-fasal 1 hingga 2 - Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh kerana itu, saya mencadangkan, saya berpendapat bahawa tujuan kita membincangkan rang undang-undang ini untuk memberi kelonggaran kepada ahli lembaga pengarah yang dilantik, tujuh orang ini daripada bermesyuarat setiap bulan kepada sekali dua bulan. Ini adalah merupakan satu usaha untuk tidak mengaktifkan keputusan- keputusan yang bakal dibuat apalagi di antara keputusan itu juga akan merujuk atau akan kena mengena dengan keputusan baru berkenaan dengan pengutipan bawah Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan sebagainya. Ada fungsi-fungsi lain daripada fungsi-fungsi asas.

Kita faham bahawa ahli lembaga pengarah ini, yang dilantik seramai tujuh orang ini, yang tidak mewakili Lembaga Hasil secara institusi itu secara langsung adalah terdiri daripada golongan-golongan yang mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara atau wakil. Beberapa orang selain daripada itu juga disebut di dalam akta ini, kehadiran mereka atau wakil. Bermakna, bukannya secara mandatori yang orang yang dinamakan itu mesti hadir.

Jadi, tujuan kita memberi kelonggaran daripada bilangan mesyuarat setiap bulan sekurang-kurangnya kepada dua bulan ini agak tidak munasabah langsung. Alasan Yang Berhormat Timbalan Menteri kemukakan semalam kerana sukarnya kita mendapat kuorum mesyuarat. Rakan saya Yang Berhormat Machang pernah menyebut bilangan dalam mesyuarat itu hanya dihadiri dua orang daripada tujuh. Alasan ini pada pandangan saya adalah tidak munasabah langsung kerana disebut nama orang itu atau wakil. Agak tidak munasabah, wakil pun tidak dapat menghadirkan diri kerana mesyuarat sebulan sekali untuk memutuskan perkara-perkara yang begitu besar.

Kita tahu ahli lembaga pengarah ini sifatnya adalah sebagai perantara daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri secara keseluruhan organisasi dengan satu kedudukan yang lebih tinggi atau teratas daripada itu iaitu Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penuh terhadap bidang-bidang kuasa yang terkandung dalam akta. Baik Lembaga Hasil Dalam Negeri atau cukai pendapatan atau apa-apa cukai yang terkandung di bawah pentadbiran Lembaga Hasil seperti yang telah disebutkan semalam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, saya dengan ini meminta kepada semua ahli Dewan sekurang-kurangnya kita melihat semula kepada tujuan untuk kita meminda kandungan rang undang-undang di bawah Jadual Pertama, perkara ii dan perkara iv seperti yang disebutkan tadi, keanggotaan mesyuarat dan sebagainya pada pandangan saya adalah tidak munasabah. Saya dengan ini Tuan Pengerusi memohon untuk tidak bersetuju dan saya mohon juga kepada rakan- rakan untuk menggesa kepada pihak kementerian mengkaji semula rasional kepada cadangan meminda rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:40 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung beberapa hujah lagi yang dibawa oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi mengenai perkara ii dalam rang undang-undang ini iaitu menggantikan perkataan sekurang-kurangnya sekali sebulan kepada sekali dalam tiap-tiap dua bulan.

Semalam, saya berasa disturb lah dengan izin, apabila keluar daripada Dewan ini mendengar hujah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa antara punca hendak ditukarkan kekerapan ini adalah kerana kegagalan untuk mendapatkan kuorum mesyuarat sehingga tidak dapat dibuat keputusan. Saya rasa itu diagnosis penyakitnya, tidak dapat hendak buat kuorum. Ertinya, ahli lembaga...

final • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:44 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang dilantik tidak dapat hadir.

Remedy nya tidak betul. Mengurangkan mesyuarat adalah satu remedy yang tidak betul untuk penyakit ini. Masalahnya ialah orang tidak boleh datang. Kalau buat enam bulan sekali pun, kalau dia tidak datang, dia tidak datang juga.

final • 11:44 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sebab itu, saya rasa tidak munasabah dikurangkan mesyuarat semata-mata untuk menanti kuorum. Saya rasa penyakitnya ialah orang ini tidak boleh datang. Jadi, rawatannya tukar orang-orang ini. Orang-orang tidak boleh datang ini, dia mesti ditukar, diganti dengan orang yang mempunyai komitmen untuk hadir. Kalau tidak, bukan dua bulan. Tiga bulan, empat bulan buat pun, dia tidak akan datang juga. Macam lah kalau sekolah, satu kelas itu sampai 60 orang dengan satu guru. Jadi, penyelesaiannya, bukannya buang setengah pelajar itu tetapi tambah kelas, tambah guru. Akan tetapi, kalau hendak buat seperti yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini, saya rasa dia tidak akan menyelesaikan masalah.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa motifnya bukan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi motif-motif yang lain untuk memperkasakan seperti saya sebutkan semalam. Orang-orang tertentu melalui arahan-arahan yang tidak dibincangkan dalam mesyuarat tetapi diminta diluluskan secara sekular yang mana tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh dibahaskan, tidak boleh ditanya sebab-sebabnya. Ini mungkin cara yang paling baik untuk push some resolution, dengan izin, tanpa diperbahaskan dengan panjang lebar. Jadi, saya mohon menyokong Yang Berhormat Indera Mahkota yang menolak pindaan ini. Terima kasih.

final • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 11:44 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dengan tegas ingin membahaskan bahawa cadangan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 seperti yang dicadangkan tidak disokong.

Alasan saya Tuan Pengerusi, apa yang dicadangkan itu merujuk kepada satu perkara dari segi struktur perundangan nya apa yang dikatakan satu dimming provision.

Dimming provision, dengan izin akan membentuk satu situasi, satu keadaan bagaimana apabila berlaku sesuatu perkara, kesalahan-kesalahan seperti yang digambarkan di dalam cadangan pindaan tersebut boleh dimaafkan. Di sini dengan izin Tuan Pengerusi kalau dilihat perkara-perkara yang ingin dipohon supaya Dewan ini memaafkan seperti yang dirujuk dalam perenggan kuasa lembaga itu, antaranya dalam Akta Ibu itu meletakkan banyak perkara yang mengawal kepentingan-kepentingan rakyat.

Antara nya ialah, saya boleh baca di sini, di dalam Jadual Pertama itu sendiri di dalam perenggan dua: (i) seseorang anggota Lembaga dengan apa-apa secara langsung atau tidak langsung berkepentingan dengan apa-apa transaksi atau projek Lembaga hendaklah menzahirkan jenis kepentingan itu pada mesyuarat Lembaga.

Ini satu tuntutan yang amat baik kerana dia membayangkan di dalam situasi yang mana apabila seorang Lembaga tersebut ada dengan izin dipanggil, conflict of interest.

Perkara ini akan berlaku apabila di dalam satu kerangka kerajaan, yang mana secara normatifnya, sistem separation of powers nya itu tidak diamalkan dengan telus, dengan jelas akan berlaku lah perkara-perkara ini. Apabila berlaku menteri diberi kuasa secara berpusat dengan kuat, dia akan melantik.

Perkara ini saya bayangkan, katakan orang yang dilantik sebagai ahli lembaga dahulu nya bekerja dengan jabatan kerajaan. Apabila pencen nya kah, bekerja dengan satu syarikat yang mana beliau sepatutnya di bawah tuntutan statutory nya, tuntutan perundangan nya perlu melakukan tugas-tugas seperti yang diwajibkan di bawah akta, beliau perlu, kalau mengikut keadaan biasa memperjelaskan kepentingan beliau dan tolak perkara ini, jangan terlibat.

Itu seperti yang dituntut. Akan tetapi, sekiranya cadangan-cadangan seperti yang dibayangkan, diluluskan dalam Dewan ini, kita tengok apa yang dikatakan di sini, di dalam jadual tersebut. “Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa” , yang paling teruk itu:

(b) terdapat pelanggaran oleh mana-mana anggota lembaga terhadap peruntukan perenggan 2.

final • 11:47 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Perenggan 2 itu ialah merupakan selain daripada saya mengatakan rakyat hanya mempunyai Perlembagaan, rakyat hanya mengharapkan integriti pegawai kerajaan, rakyat hanya mengharapkan pelaksanaan, rules of law di negara ini. Kalau itu pun di dalam keadaan politik sekarang yang dipertikaikan, saya rasa peruntukan-peruntukan asal itu perlu dikekalkan tanpa dipinda.

Seterusnya, Tuan Pengerusi saya rasa terganggu dengan apa muslihat. Saya kena guna perkataan muslihat di sebalik cadangan tersebut. Ini kerana pada saya secara implikasinya, ia akan memberi satu kelonggaran terhadap satu perkara yang bukannya menteri itu kena cari duit pun, bukan lembaga itu yang cari duit. Ini duit orang kerja, orang susah ini. Sepatutnya, yang dipertunjukkan kepada rakyat, kami lebih berhemah, kami lebih bertanggungjawab. Sekarang ini politik itu berubah, lima negeri itu sudah berpindah kepada pentadbiran lain. Apa yang ditunjukkan di dalam proses kita panggil decision making process itu, mesti berlaku lah proxy abused. Kalau tidak ada wakil daripada Selangor, wakil daripada Pulau Pinang untuk buat keputusan dalam cukai ini, mana mungkin satu keyakinan rakyat akan diterima bahawa dana duit mereka, duit keringat kerja teruk ini, sekarang kerja sampai 12 jam macam di Pulau Pinang di sana, di kawasan kilang dengan sewenang-wenangnya digunakan.

Mengapa saya berkata begini Tuan Pengerusi, kalau kita perhalusi fungsi lembaga ini amat istimewa dan amat kuat. Antara lain dikatakan untuk bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, untuk menasihati kerajaan, untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain. Ini satu lagi pun yang saya tidak bayangkan. Macam mana terlalu longgar untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang kepada lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis. Ini semua kalau saya membayangkan di dalam keadaan krisis ekonomi seperti yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Kota Belud semalam, yang perlu ditunjukkan ialah sikap governance yang lebih ketat.

Ini kerana krisis ekonomi yang berlaku ketika ini ialah dikatakan lebih teruk daripada great depression kira-kira 1900 hujung 20-an dahulu disebabkan permasalahan governance. Apa yang dimaksudkan itu ialah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kerana pada hari ini, saya di sini berterima kasih kepada Perdana Menteri yang lalu kerana mengangkat aspek integriti. Akan tetapi, integriti itu perlukan nyawa dan integriti itu perlukan satu bentuk, bentuknya siapa? Mesti pegawai yang bertanggungjawab dan pegawai beretika. Akan tetapi, kalau yang diangkat hanyalah satu slogan, yang diangkat merupakan satu pindaan perundangan kerana undang-undang, di sini saya ingin berhujah bahawa tidak akan memberi apa-apa makna kalau tidak ada apa yang dipanggil dengan izin, integrity of law itu. Integrity of law itu hanya akan terbukti dengan izin, Tuan Pengerusi melalui pengamalan dan juga orang yang akan melaksanakan, the agent of the integrity tersebut.

Jadi di sini Tuan Pengerusi, di dalam membangkang ataupun tidak menyokong cadangan tersebut, saya risaukan kepentingan rakyat. Di dalam kala ini, saya rasa apabila sistem perniagaan pasaran melalui satu ketidaktentuan, maka dana-dana seperti EPF, dana-dana cukai ini mesti dikawal dengan sebaik-baik mungkin malah diperketatkan.

Jadi, saya menggesa Menteri Kewangan bukan sahaja menunjukkan di sini bahawa apa muslihat di belakang ini, yakinkan kami. Kalau tidak, kami tidak yakin.

Seterusnya membayangkan apa langkah-langkah prudent yang lain untuk mengawal duit cukai rakyat ini. Ini kerana saya katakan semalam, saya mengulangi di sini cukai bukan perkara biasa. Dia perkara perlembagaan. Terima kasih rakyat Malaysia, akur. Gawatlah bagaimanapun, cukai tetap dibayar. Ya, perlukan kutipan lagi tetapi bayar.

Kalau mengikut perkembangan politik di tempat-tempat lain, cukai merupakan perkara yang suci. Tidak ikut, kerajaan ditolak. Sebab itu, saya rasa hari ini sebenarnya pendekatan ekonomi yang baik saya cadangkan ialah pendekatan fiskal oleh kerajaan.

Kalau hendak tolong rakyat, buat pendekatan fiskal, potong bagi tax exemption. Direct assistant daripada pinda undang-undang, lepas itu hendak laksana, lepas itu pemusatan kuasa dan yang melantik lembaga pula berpusat dengan seorang Menteri. Menteri pula mengalami krisis kepimpinan yang mana akan mengelam-kabutkan lagi keyakinan rakyat terhadap pentadbiran.

final • 11:47 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Atas dasar itu, saya membangkang cadangan rang undang-undang seperti yang mahu dipinda. Terima kasih.

final • 11:47 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang.

final • 11:47 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Pengerusi, pindaan kepada sub perenggan 1(1) bertujuan membenarkan lembaga bermesyuarat sekali dalam tiap-tiap dua bulan berbanding sekurang-kurangnya sekali sebulan sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan yang asal menarik perhatian saya dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa.

Saya melihat keanggotaan Lembaga mengikut seksyen 6. Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(i) Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang hendaklah menjadi pengerusi;

(ii) Peguam Negara atau wakilnya;

(iii) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(iv) tidak lebih daripada dua orang lain yang mewakili kerajaan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan

(v) tidak lebih daripada dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Soalannya Tuan Pengerusi ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan ejen kerajaan yang memberi perkhidmatan pungutan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagai mana yang dipersetujui antara kerajaan dengan lembaga. Maknanya lembaga ini penting bagi kerajaan.

Kalau lembaga ini begitu penting kepada kerajaan, kenapakah dari sudut pengurusannya atau urus tadbirnya mesyuarat tidak boleh diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali? Lagipun bagi setiap mesyuarat kuorumnya hanya empat orang anggota sahaja diperlukan. Jadi, saya tidak nampak rasional yang kuat untuk kekerapan mesyuarat itu dijarakkan.

Kedua, saya juga sempat menyemak laporan kehadiran Mesyuarat Lembaga Hasil Dalam Negeri dan telah didapati bahawa kedatangan pada tahun 2006 dan 2007 Tuan Pengerusi, hanyalah lima dan tujuh kali masing-masing bagi setiap anggota lembaga.

Kedatangannya amat tidak memuaskan dan tidak memenuhi ketetapan iaitu sebulan sekali atau setahun 12 kali sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan sedia ada. Jadi, adakah kerajaan cuba membaiki kesilapan tersebut sekarang dengan mengubah peraturan atau dalam bahasa Inggeris, to shift the goal–post, dengan izin.

Perenggan baru Tuan Pengerusi, perenggan baru 4A bertujuan untuk membolehkan lembaga meluluskan ketetapan tanpa bermesyuarat. Soalan yang ingin saya timbulkan untuk mendapat reaksi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi ini ialah apakah tujuan menentukan tempoh mesyuarat jika keputusan boleh dibuat tanpa bertemu?

Memandangkan ahli lembaga boleh terdiri daripada wakil atau pun orang yang dilantik oleh Menteri, siapakah yang berkuasa menandatangani persetujuan jika mesyuarat tidak diadakan?

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan pada peringkat perbahasan jawatankuasa ini pindaan kepada perenggan lima bertujuan untuk menambah hak peruntukan mengenai kesahan prosiding lembaga. Perenggan 5, tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah akta ini boleh dipersoalkan. Tiada perbuatan dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:

(a) ada kekosongan dalam keanggotaan atau kecacatan dalam penubuhan lembaga.

final • 11:56 AM

Soalannya Tuan Pengerusi ialah

(a) apa yang berlaku jika terdapat terlalu banyak kekosongan dalam keanggotaan lembaga?;

(b) adakah ia bermaksud minoriti boleh membuat keputusan yang muktamad sesuka hati? Adakah ia akan mengakibatkan penyalahgunaan kuasa?; dan

(c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu?

final • 11:56 AM

Soalannya Tuan Pengerusi ialah

Ini juga akan menimbulkan persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan tidak menyentuh merit hal itu? Definisinya agak kabur Tuan Pengerusi dan ini akan terdedah kepada penyalahgunaan kuasa. Merujuk kepada laporan kehadiran mesyuarat lembaga yang lepas-lepas juga Tuan Pengerusi, terdapat kes catatan di situ belum dilantik.

Tadi saya bacakan keanggotaan lembaga Menteri boleh melantik, bila kita tengok dalam semakan laporan kehadiran mesyuarat lembaga ada catatan terdapat kes-kes belum dilantik pada mesyuarat kali pertama dan kedua pada tahun 2007. Bolehkah saya minta Timbalan Menteri berkongsi dengan Dewan ini, apakah yang berlaku sehingga calon tidak dapat dilantik selama dua bulan? Sebab catatan kedatangan itu menyatakan belum dilantik, dan ini berlaku dua bulan, apakah masalah yang menyebabkan pelantikan belum dibuat?

Tuan Pengerusi, kuorum yang empat itu pun tidak dapat dipenuhi. Saya dapati ada juga seperti saya sebut semalam soal jawab, perbahasan peringkat dasar, tetapi lebih molek platform ini kita gunakan. Saya merujuk kepada laporan kehadiran mesyuarat lembaga, kedatangan ahli dalam mesyuarat kali pertama 2007 ada tiga orang. Bila kita teliti laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini yang dibekalkan kepada semua Ahli Dewan, empat orang diperlukan untuk membentuk kuorum.

Akan tetapi ada satu mesyuarat yang kehadirannya dua. Saya hendak tanya, apakah keputusan-keputusan yang diambil itu terpakai, apabila kuorum minimum tidak dicapai? Apakah status keputusan yang diambil pada mesyuarat yang membabitkan cuma kehadiran dua orang? Jadi ini, beberapa..., enam atau tujuh persoalan yang ingin saya timbulkan untuk mengharapkan jawapan yang jawapan yang baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Amat Berhormat Titiwangsa.

final • 12:00 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengambil peluang juga untuk berbahas di Peringkat Jawatankuasa ini di mana saya di sini ingin menyokong pandangan yang telah diberi oleh rakan-rakan tadi. Walaupun mungkin pandangan ini lebih kurang sama, tetapi saya kira saya perlu juga memberikan pendapat saya kerana saya lihat di sini seolah-olah satu tindakan yang sorot ke belakang daripada kerajaan untuk memastikan supaya kerajaan lebih telus, maju, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Di sini saya lihat kalau kita semua telah nyatakan tadi iaitu dalam perenggan 2(a) iaitu tentang mesyuarat yang sekurang-kurangnya ditukar kepada sekali sebulan kepada dua bulan. Kalau kita merujuk balik kepada tanggungjawab Lembaga Hasil Dalam Negeri ini menurut website Lembaga Hasil Dalam Negeri. Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan yang kita semua tahu itu. Ada enam Akta di bawah akta ini iaitu:

(i) Akta Cukai Pendapatan 1967;

(ii) Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967;

(iii) Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976;

(iv) Akta Penggalakan Pelaburan 1986;

final • 12:02 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

(v) Akta Setem 1949; dan

(vi) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Persisiran Labuan 1990; Ini semua berada di bawah tanggungjawab Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jadi saya tidak lihat, tidak nampak dan tidak faham, mengapakah seolah-olah..., maknanya tindakan ini, pindaan ini menunjukkan kerajaan meremehkan tanggungjawabnya kepada rakyat. Ini adalah satu perkara yang sangat penting apatah lagi dalam keadaan krisis ekonomi global sekarang ini. Jadi saya mengambil pendekatan yang sama dengan rakan- rakan lain menolak pindaan ini, terima kasih.

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:02 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Chor Chee Heung

Tuan Pengerusi, di Peringkat Jawatankuasa, izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Machang termasuk Yang Berhormat Titiwangsa yang masih lagi berucap walaupun pada semalam sudah banyak kali kita berbincang. Saya pun sudah beri jawapan-jawapan dengan seboleh-bolehnya dalam kemampuan saya mengenai pindaan-pindaan yang akan diadakan terhadap rang undang-undang yang saya bentang di Dewan yang mulia ini.

Saya ingin menyerulah supaya semua Yang Berhormat di sebelah Pakatan jangan sentiasa bila terdapat pindaan-pindaan, kita akan rasa bahawa mesti ada udang di sebalik batu, ataupun ada muslihat yang tidak baik terhadap apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Pindaan cuma melibatkan dua seksyen sahaja. Pertama ialah, mengenai mesyuarat sekurang-kurangnya...

final • 12:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:06 PM

Dato’ Chor Chee Heung

...Dari sebulan sekali dipinda kepada sekurang- kurangnya dua bulan sekali. Ini tidak bermaksud seperti yang saya beri penjelasan semalam di Dewan ini, bahawa semua mesyuarat harus diadakan setiap kali dua bulan, jika terpaksa, maka ianya akan diadakan lebih daripada sekali setiap dua bulan.

Keduanya, usaha ini adalah untuk menambah baik lagi prestasi dan kelicinan, tanggungjawab dan fungsi lembaga supaya mereka semua yang duduk dalam lembaga ini dapat memberi perhatian kepada pekerjaan khusus mereka ini. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini, fungsi utama mesyuarat lembaga hanya membincangkan hal-hal pentadbiran, LHDNM dan tidak melibatkan hal ehwal cukai.

Tadi Yang Berhormat Balik Pulau seolah-olah macam memberitahu kita bahawa ini adalah tugas dan fungsi lembaga untuk mengurus wang kerajaan. Sebenarnya bukan, wang kerajaan diurus oleh Kementerian Kewangan dan lain-lain ya, ini bukan tugas dan fungsi lembaga. Yang keduanya, bagi ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri, tidak semestinya adalah dari satu kelompok.

Kemungkinan mereka ini boleh datang dari negeri-negeri yang lain, mungkin termasuk negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan. Ini tidak menghairankan kita, sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan berhak untuk melantik orang-orang yang mempunyai kewibawaan dan juga mempunyai kelulusan dan benar-benar boleh menyumbang kepada lembaga ini.

Memandangkan isu mesyuarat melibatkan hal pentadbiran LHDNM, anggota lembaga yang merupakan antara lain, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Wakil Jabatan Peguam Negara dan KPPA, supaya mereka ini dapat diberikan masa untuk menumpukan perhatian kepada tugas mereka yang lebih penting. Oleh sebab itulah kita mungkin boleh memberi anggota lembaga ini ruang sedikit supaya jangan terikat semata-mata pada sebulan sekali. Oleh sebab itulah kita pinda kepada dua bulan sekali. Tuan Pengerusi, selain daripada itu..

final • 12:06 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Pengerusi, laluan sedikit.

final • 12:06 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya mungkin Ahli Parlimen yang agak baru dan mungkin agak kurang memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berbanding dengan apa yang ada di sini, di mana dinyatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (1995) untuk memperoleh lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Dalam bidang kewangan ini apa yang dimaksudkan di situ?

Adakah berbeza dengan apa yang dikatakan..., maknanya tidak terlibat secara langsung dengan masalah percukaian. Saya minta penjelasan di sini.

final • 12:06 PM

Dato’ Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Apa maksud saya, ialah lembaga ini harus menjaga, mempunyai peraturan-peraturan terhadap 10,000 pekerja dan staff di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

final • 12:06 PM

Dato’ Chor Chee Heung

Maksudnya tidak dapat dipisahkan dari segi mengurus secara tidak langsung dari segi pungutan cukai-cukai iaitu isu kewangan juga. Lembaga ini akan memastikan supaya semua staf dan kakitangan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Tugas pegawai- pegawai dan staf adalah untuk mengutip cukai di seluruh negara dari rakyat kita ini. Ini adalah fungsi kita, walaupun berbeza-beza tetapi ini tidak dapat dipisahkan, yang penting sekali ialah pentadbiran LHDN terhadap staf dan kakitangan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, jabatan ini sahaja.

Selain daripada itu juga, walaupun terdapat anggota yang belum dilantik tetapi yang penting sekali adalah mengikut rang undang-undang ini yang sedia ada yang tidak dipinda sekurang-kurangnya mencukupi kurang. Kalau kurang daripada empat orang pun tidak jadi juga. Saya tidak tahu Yang Berhormat Machang dapat mana maklumat mengatakan sekali dua mesyuarat dijalankan tanpa mencukupi kuorum dan pendapat saya daripada maklumat yang saya dapat, tidak pernah ada dua orang hadir mesyuarat. Kalau dua orang menghadiri mesyuarat, yang lain tidak dapat hadir maka mesyuarat itu akan ditangguhkan dan apa-apa yang telah dicapai mesyuarat itu tidak pakai langsung.

Selain daripada itu juga, di bawah pindaan kepada perenggan 5 itu, saya ingin memberitahu Dewan yang Mulia ini macam ini, walaupun pindaan 4(a) bermaksud kalau lembaga boleh membuat keputusan tanpa melalui mesyuarat anggota, ini tidak semesti ianya dapat di adopt lagi dengan izin. Ini kerana mengikut 4(a), kalau lembaga pada kesemuanya bersetuju supaya 4(a) ini akan dipakai maka ianya barulah boleh menjalankan mesyuarat tanpa mesyuarat dan dengan persetujuan atas resolusi tetapi kita tidak tahu lagi sama ada lembaga itu bersetuju atau tidak. Kalau tidak bersetuju maksudnya dia tidak boleh melakukan keputusan melalui resolusi sekular yang diperuntukkan dalam pindaan 4(a).

Ini adalah satu saving clause dengan izin, maksudnya kita tidak tahu lagi. Kalau empat atau tiga orang tidak setuju jadi tidak jalan dan ini tidak jalan juga. Jika ada juga katalah Menteri dia lambat membuat pelantikan anggota-anggota, asalkan ada empat orang dia boleh terus menjalankan mesyuarat dan kurang pada itu, tidak boleh juga. Jika kita hendak berbincang mengenai merit kes-kes yang dibawa kepada lembaga, maka lembaga itu kalau ada kes berbincang mengenai merit seseorang ataupun sesuatu kes, maka ianya harus menjalankan mesyuarat dengan lembaga yang penuh.

Saya percaya ini adalah beberapa perkara yang saya ingin beritahu dan saya beri jaminan kepada semua dalam Dewan yang Mulia ini bahawa kerajaan tidak mempunyai apa muslihat yang tidak baik dan kerajaan juga sentiasa hendak menambah baik lagi prestasi perkhidmatan yang diberikan khususnya dari agensi LHDN Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:10 PM

Dato’ Chor Chee Heung

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAKANAN HAIWAN 2008

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang- undang Makanan Haiwan tahun 2008 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti penternakan bertujuan bagi menghasilkan sumber protein seperti daging, susu dan telur untuk manusia. Bahan-bahan yang digunakan sebagai makanan ternakan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kualiti dan tahap keselamatan makanan, produk-produk hasilan ternakan.

Pada tahun 2007, pengilang makanan ternakan menghasilkan kira-kira 4.9 juta tan metrik makanan ternakan untuk haiwan. Bahan-bahan makanan haiwan seperti jagung, bijirin, soya dan fish meal kebanyakan diimport dan digunakan oleh pengilang-pengilang tempatan untuk diadun dengan bahan tempatan bagi mengeluarkan makanan haiwan pelbagai jenis dan kegunaan.

Bagi tujuan itu, sebanyak 3.89 juta tan metrik bahan-bahan makanan bernilai RM3,762.74 juta telah di import pada tahun 2007 dan 3.543 juta tan metrik bahan-bahan makanan bernilai RM4,426.94 juta telah diimport pada tahun 2008.

Kualiti dan keselamatan makanan haiwan serta kesanya ke atas pengeluaran makanan berasaskan ternakan bagi manusia perlu dikawal. Penggunaan antibiotik yang terlarang dan bahan yang merbahaya kepada manusia seperti beta-agonist akan berikan kesan kepada tahap keselamatan makanan. Pembuatan makanan ternakan di Malaysia tidak dikawal melalui undang-undang khas bagi memastikan bahan makanan haiwan mencapai kualiti piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan. Ini menyebabkan berlakunya ketidaktentuan atau inconsistencies, dengan izin, dari segi penjagaan kualiti serta keselamatan semasa pengeluaran, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan produk tersebut. Sehubungan itu, undang-undang bagi menjamin makanan haiwan memenuhi keperluan tidak merbahaya kepada haiwan serta memastikan hasilan ternakan selamat dimakan oleh manusia perlu diwujudkan. Draf Rang Undang-undang Makanan Haiwan tahun 2008 telah digubal untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan bagi memastikan makanan haiwan yang berkualiti bagi haiwan supaya haiwan dan keluaran hasil haiwan selamat bagi makanan atau kegunaan manusia.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Kawalan kualiti makanan haiwan perlu dilaksanakan bermula dari pemilihan bahan mentah, pengeluaran hinggalah ke peringkat penggunaan. Pada masa ini, pemantauan kualiti bahan-bahan mentah sama ada yang diimport atau dari sumber tempatan tidak dilakukan sepenuhnya dan hanya bergantung pada pengisytiharan oleh pihak pembekal. Ini akan menyebabkan berlakunya perbezaan kualiti serta piawaian hasil makanan haiwan.

Tahap kecekapan dalam proses pengilangan, penyimpanan, pengangkutan dan pengendalian turut menyumbang kepada perbezaan kualiti makanan haiwan. Oleh itu, kepastian kualiti makanan haiwan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang perlu mencapai tahap piawaian yang ditentukan supaya tidak memudaratkan haiwan dan pengguna. Walaupun pengilang makanan secara lazimnya mengawal kualiti produk, tetapi tidak ada undang-undang khusus untuk mencegah perkara-perkara yang tidak diingini seperti penggunaan bahan-bahan terlarang, pemalsuan dan kualiti yang tidak mencapai seperti yang dilabelkan. Penyalahgunaan drug dan bahan yang dilarang penggunaannya seperti beta-agonist, nitrofuran dan kloramfenikol perlu dielakkan.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab menentukan spesifikasi serta jenis drug yang dibenarkan dalam memastikan tahap penggunaannya tidak memberi kesan kepada kesihatan haiwan dan manusia. Selain itu, drug dan bahan kimia yang dibenarkan pada tahap residu maksimum turut sentiasa dipantau bagi menjamin kualiti serta keselamatan makanan haiwan terhadap kesihatan pengguna.

Sehingga kini, hanya terdapat program seperti kepastian kualiti makanan ternakan, Analisis Mudarat Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis Critical Control Points) dan Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang diguna pakai oleh pengilang makanan haiwan sebagai panduan bagi menghasilkan makanan ternakan yang berkualiti dan selamat digunakan. Bagaimanapun, program-program tersebut tidak berkesan memandangkan ia bukanlah satu kemestian dan penggunaannya adalah secara sukarela.

Dengan itu, Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008 adalah perlu diwujudkan. Rang undang-undang tersebut mengandungi beberapa bahagian yang merangkumi 54 fasal seperti berikut:

Bahagian I mengandungi perkara permulaan atau preliminary matters, dengan izin, yang merangkumi fasal 1 dan fasal 2 berkenaan tajuk ringkas pemakaian serta takrif yang bertujuan membenarkan Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Bahagian II mengandungi peruntukan berhubung Lembaga Makanan Haiwan, dengan izin, Feed Board dan meliputi fasal 3 hingga fasal 8, berkenaan ahli, fungsi dan kuasa Lembaga bagi membolehkan Lembaga menubuhkan jawatankuasa penasihat dalam membantu melaksanakan fungsinya.

Bahagian III merangkumi peruntukan berhubung pelesenan mengimport makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan. Ia mempunyai fasal 9 hingga fasal 16, meliputi larangan pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan tanpa lesen dan memberi menteri kuasa untuk membuat perintah bagi melarang pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dari mana-mana negara atau wilayah jika makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu mungkin membawa penyakit atau menjejaskan kesihatan haiwan atau manusia.

Bahagian IV memperkatakan tentang spesifikasi dan syarat bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan atau pengangkutan yang wajar bagi makanan haiwan. Ia mengandungi fasal 17 dan fasal 18 yang memperuntukkan peruntukan mengenai kewajipan untuk mematuhi spesifikasi makanan haiwan.

Bahagian V memperkatakan tentang kawalan antibiotik, hormon atau bahan kimia lain dalam makanan haiwan yang melarang sebarang penggunaan bahan-bahan tersebut yang boleh memberi kesan kepada haiwan dan manusia. Ia meliputi fasal 19 dan fasal 20, bertujuan melarang mana-mana orang menggunakan apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan melainkan jika menurut cara dan pada takat yang ditetapkan.

Bahagian VI mengandungi peruntukan undang-undang terhadap penguatkuasaan yang membenarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melantik pegawai yang berkuasa untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan seperti menyiasat, menangkap dan menyita di mana bahagian ini merangkumi fasal 21 hingga 40.

Bahagian VII mengandungi peruntukan am yang mempunyai fasal 41 hingga fasal 54 memperkatakan tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak-pihak terlibat.

Sekiranya tiada penguatkuasaan melalui undang-undang, kualiti dan keselamatan bahan makanan serta makanan haiwan yang diimport dari luar negara tidak dapat dikawal. Selain itu, kualiti makanan ternakan haiwan yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan juga tidak dapat dikawal. Kawalan ke atas penggunaan drug, hormon atau bahan-bahan kimia yang lain sama ada yang diharamkan penggunaannya atau yang boleh digunakan pada tahap residue yang dibenarkan juga tidak dapat dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Penggubalan undang-undang ini akan memberi kuasa yang sah kepada Lembaga Makanan Haiwan untuk mengawal dan mencegah penyalahgunaan bahan-bahan seperti drug, hormon dan bahan kimia ke atas haiwan. Penggubalan undang-undang ini akan mencerminkan bahawa negara begitu prihatin dan mengambil berat mengenai kualiti serta keselamatan makanan haiwan terhadap haiwan dan seterusnya ke atas penggunaan manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada sesiapa menyokong?

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknolohi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Makanan Haiwan, untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan, untuk memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain dan bagi perkara-perkara lain yang bersampingan dengannya, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Tawau.

final • 12:20 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008 adalah perlu sekarang untuk menyelia kualiti makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, antibiotik, hormon dan bahan kimia yang telah digunakan secara berleluasa dan boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Penternak yang semata-mata ingin mengaut lebih banyak keuntungan telah menggunakan bahan-bahan tersebut tanpa mengambil kira kesan toksik terhadap kesihatan manusia. Memang benar bahawa bahan-bahan tersebut bertindak sebagai pemangkin dan juga mengurangkan risiko haiwan daripada dijangkiti penyakit, tetapi terdapat juga kesan-kesan sampingannya yang buruk. Kementerian seharusnya terus menganjurkan program-program kesedaran dan penerangan pendidikan bagi penternak dan pengguna tentang bahaya penyalahgunaan antibiotik, ubat-ubatan, bahan-bahan kimia dan bahan tambahan dalam proses pengeluaran makanan haiwan.

final • 12:28 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kesihatan atas kerja baik, yang dijalankan kementerian berkenaan langkah-langkah pencegahan dan laporan tentang influenza A (H1N1) yang ditegaskan kepada orang-orang awam setiap hari supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dalam memerangi influenza A (H1N1) bersama kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, telah dibawa kepada perhatian beberapa tahun lalu berkaitan penyalahgunaan beta-agonist, sejenis ubat asma sebagai bahan tambahan untuk mempercepatkan pertumbuhan, kecepatan makanan haiwan, penambahan berat dalam proses pengeluaran makanan haiwan.

Penggunaan terlampau selama tempoh masa panjang, boleh menyebabkan penyakit saraf; kadar debatan tinggi jantung; kesan-kesan respiratory; sakit kepala; ketegangan otak dan sebagainya. Oleh kerana beta-agonist boleh dibeli oleh penternak- penternak dari farmasi di mana-mana sahaja. Bagaimanakah kementerian bercadang mengawal dan memantau penggunaannya? Penggunaan antibiotik mesti dikawal secara rapi. Penggunaan antibiotik seperti nitrofuran dalam industri dibenarkan bertujuan mengawal jangkitan kuman bakteria, di samping mempercepatkan tumbesaran ternakan terutamanya ayam. Namun, antibiotik tersebut boleh menyebabkan kanser dan radang otak pada manusia.

final • 12:30 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Sebelum tahun 2005, penternak-penternak juga menggunakan fluoroquinolones dalam makanan ayam untuk pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit respiratory, ayam telah memperolehi rintangan melawan bakteria Campylobacter. Setelah penggunaannya yang berleluasa dan tanpa kawalan dan ia terus berjangkit kepada manusia. Kedua-dua jenis bakteria memperoleh rintangan melawan fluoroquinolones, satu kelas antibiotik penting yang digunakan dalam perubatan manusia. Justeru itu, ia menyebabkan risiko kesihatan manusia yang tidak perlu ada. Bagaimanakah kementerian memantau penggunaan ubat-ubat dan antibiotik dalam proses pengeluaran makanan haiwan dan impaknya terhadap risiko kesihatan manusia?

Pada tahun lepas, satu laporan mendedahkan paras penggunaan dioxin yang meningkat dalam lembu dan khinzir di Ireland. Puncanya adalah makanan haiwan yang tercemar. Paras lebihan penggunaannya boleh menyebabkan kanser. Apakah langkah- langkah pencegahan yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa makanan haiwan yang diimport tidak tercemar?

Tuan Yang di-Pertua, banyak penyakit telah dihadapi oleh penternak udang.

Adakah penternak ini, berkaitan dengan makanan haiwan ataupun sebab yang lain membahayakan kesihatan manusia? Bagaimanakah undang-undang ini akan dapat membantu atau memberi faedah kepada penternak udang dari segi membanteras penyakit dan mempertingkatkan produktiviti mereka? Adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan supaya bekerjasama rapat, rapi dengan negeri dan negara-negara lain untuk memantau dan berkongsi maklumat dalam pengeluaran makanan haiwan dan impaknya terhadap kesihatan manusia.

Oleh kerana rang undang-undang ini, hanya diguna pakai Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, adakah ia bermaksud bahawa pengimportan dan penjualan makanan haiwan adalah dilesenkan oleh kerajaan negeri masing-masing di Sabah dan Sarawak? Adakah kerja-kerja pemantauan, penguatkuasaan dan penyeliaan juga di bawah kuasa negeri-negeri itu masing-masing? Bagaimanakah kementerian memberi jaminan kepada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap keselamatan industri, pengeluaran makanan haiwan dan kesihatan manusia? Adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk memperluaskan liputan rang undang-undang ini ke Sabah dan Sarawak? Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Yang Berhormat Lembah Pantai pula, Allah!

final • 12:30 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini.

Saya memang amat bersetuju dengan objektif utama rang undang-undang ini diperkenalkan iaitu untuk, “mengawal selia kualiti makanan haiwan bagi memastikan makanan haiwan yang berkualiti bagi haiwan supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat bagi makanan manusia atau kegunaan manusia”.

Kebanyakan daripada kita Tuan Yang di-Pertua, merupakan kumpulan pemakan omnivor ya, spesies omnivor, spesies yang memakan tumbuhan dan juga haiwan, justeru menjadikan makanan haiwan sebagai elemen penting dalam kehidupan kita seharian.

Kalau di Parlimen ini contoh terbaik adalah penggemar, di kalangan Ahli Parlimen penggemar ikan keli. Sedang kita makan ikan keli seharian, kita jarang menyoal apakah bentuk makanan yang diberikan kepada ikan-ikan keli ini. Memang banyak perusahaan sebegini di kampung-kampung, kerana perniagaan ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat menguntungkan; penggerak industri kampung. Jadi, selepas kami berbincang dengan beberapa pakar veterinar, saya merasa gerun apabila mendapati makanan seperti perut lembu; perut ayam dan ada kalanya perut khinzir dijadikan makanan untuk ikan-ikan keli, ternakan yang akhirnya berkemungkinan memudaratkan kesihatan manusia tidak termasuk membangkitkan persoalan polemik halal dan haram.

final • 12:36 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tambahan lagi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita imbau sejarah, isu makanan haiwan itu atau animal feed melibatkan kes-kes kematian seluruh dunia, contoh dengan izin, Mad Cow Disease terutamanya di England sahaja yang menyaksikan kematian 164 orang.

Kajian menunjukkan daripada kes Mad Cow Disease, dengan izin, it is believed by most scientists that the disease maybe transmitted to human beings who eat the brain or spinal cord of infected carcasses. Maksudnya, bila wujud kes di mana bangkai-bangkai yang dijangkiti, dapat memberi mudarat yang serius kepada manusia. Jikalau kurang pemantauan apabila dijadikan makanan haiwan. Saya sebut juga dengan izin, British inquiry, inquiry di negeri England, into the Mad Cow Disease concluded that the epidemic was cause by cattle which are normally herbivores being fed the remains of other cattle in the form of meat and bone-meal, dipanggil MBM Tuan Yang di-Pertua, which causes the infectious agent to spread dan di Malaysia contohnya dahulu tidak lama adalah Nipah virus yang akhirnya mengakibatkan 100 lebih kematian di Malaysia.

Jadi, saya memang bersetuju dengan RUU ini. Saya hanya ingin menyebut salah guna yang sentiasa berlaku, tambahan kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Isu kos sering kali dibangkitkan. Pengusaha mencari jalan untuk mengurangkan kos kerana sekurang-kurangnya 60 peratus daripada kos merupakan peratusan kepada kos pengeluaran hasil ternakan masyarakat tempatan. Contoh-contoh salah guna yang sering kali berlaku: penyalahgunaan teknologi. Kadangkala digunakan untuk meningkatkan pengeluaran ternakan, lagi cepat besar, lagi cepat gemuk binatang tersebut sehinggakan ada pengusaha yang menggunakan kaedah yang kontroversial untuk mengurangkan kos makanan seperti memberi haiwan ternakan makanan yang mengandungi bahan dilarang.

final • 12:36 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terdapat juga ruang bagi salah guna antibiotik dan beta-agonist yang disebut tadi kerana tidak ada pemantauan yang berterusan ke atas ladang dan produk yang dijual.

Penggunaan beta-agonist yang diharamkan masih berlaku. Sebab utama kami diberitahu adalah kurang pemantauan sehingga ada juga penternak ayam dan daging baru-baru ini yang menggunakannya. Tambahan lagi, makanan dari sisa makanan manusia dari kantin, juga supermarket, apabila tarikh makanan tersebut melepasi hadnya, dihantar ke kampung- kampung untuk digunakan sebagai bahan makanan ternakan.

Isu-isu lain, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan makanan haiwan adalah apabila bahan-bahan non protein nitrogen yang berlebihan secara tidak bertanggungjawab diletakkan untuk meningkatkan kandungan protein. Akhirnya kadangkala mengakibatkan kematian kepada ternakan.

Seterusnya, isu praktikal di mana kemudahan bilangan makmal amat kurang di Malaysia setakat ini menjadikan keputusan ujian makmal bagi makanan dikeluarkan terlampau lewat. Justeru saya ingin mencadangkan beberapa pindaan untuk mengemaskinikan rang undang-undang ini. Saya rasa penting kerana kami bawakan pindaan yang menjadi hasil perbincangan beberapa pakar veterinar universiti-universiti di Malaysia. Maksudnya bukanlah suka-suka hati kita dengan izin, kita pick from thin air.

Dalam halaman 5, kalau boleh pergi kepada rang undang-undang asal dimasukkan, saya cadangkan pindaan sedikit tambahan ayat, “perolehan tempatan setelah kenyataan” makanan haiwan dengan mengawal pengimportan dimasukkan sekali perolehan tempatan kerana bangkai ternakan diperolehi secara percuma tetapi ada juga yang dibeli untuk dijadikan makanan ternakan akuakultur.

Jadi perkataan, “perolehan tempatan” ini ditempatkan pada ayat-ayat lain juga dalam rang undang-undang ini. Halaman 5, halaman yang sama, nombor 1(2), akta ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Saya tidak lihat kenapa tidak dimasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak. Secara keseluruhan pemantauan penting. Maklumat yang kami perolehi dari sumber yang sahih mendapati ramai di kalangan penternak khinzir di Sabah menggunakan beta-agonist.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Isu ketiga, halaman ke-6, memasukkan organisma mikro efektif, effective microorganism (EM) dalam tafsiran. Effective microorganism ini dijadikan sebagai bahagian sendiri atau komponen bahagian yang sedia ada kerana banyak yang mungkin tidak langsung dirangkumi oleh yang sedia ada tadi. Justifikasinya effective microorganism digunakan dengan meluas oleh penternak bagi setiap spesies ternakan dan boleh meningkatkan produksi secara berkesan hingga lebih 10 peratus daripada biasa. Jadi kalau kita kata mikro organisma pada barisan 12 itu sebagai sejenis hidupan, tidak sesuai dikategorikan sebagai bahan.

Halaman 6, haiwan ertinya saya rasa kita patut tambah merangkumi cacing dan lintah yang produknya sekarang ini dipromosikan oleh kementerian dan memang banyak syarikat-syarikat baru, perusahaan baru yang menggunakan lintah dan juga cacing sebagai bahan nutrisi dan kosmetik. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, halaman 8, nombor 3(1). Ini amat penting. Saya lihat Anggota Lembaga Haiwan tidak ada ahlinya daripada kalangan pakar pemakanan haiwan. Pakar pemakanan haiwan ini penting. Mereka perlu terus menyumbangkan idea bernas kerana mempunyai pengetahuan yang jauh lebih mendalam mengenai bidang pemakanan.

Para profesional kemungkinan disebutkan hanya sebagai ahli jawatankuasa dalam halaman 10, nombor 5 tetapi saya kira kalau sebagai ahli jawatankuasa (AJK) sahaja, pendapat mereka tidak akan diberikan kepentingan yang sepatutnya dan sebagai anggota lembaga, kerenah birokrasi yang melambatkan proses membuat keputusan dapat dikurangkan kerana saya lihat tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa.

Seterusnya halaman 9, nombor 4(1)(a), pelaksanaan akta oleh anggota penguat kuasa adalah lemah secara keseluruhannya. Antara sebab adalah kekurangan kakitangan, ketidakcekapan dan kemungkinan amalan rasuah berleluasa. Akibatnya pelanggaran akta oleh penternak juga berleluasa. Saya fikir baik di sini kalau pihak kementerian mengkaji projek-projek seperti projek khinzir di negeri Selangor yang akan memudahkan pelaksanaan undang-undang serta pemantauan. Saya lihat dengan centralization, dengan izin, projek khinzir di Selangor, semua ladang lain yang kecil-kecilan, yang bersepah di merata tempat yang beroperasi di luar kawasan yang dipilih akan ditutup dan dipindahkan ke tempat utama, menjadikan pusat setempat ternakan khinzir.

Apabila ada projek ternakan sebegini, ia bakal memenuhi piawaian kualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan sebarang bahan buangan dari ladang akan boleh diproses semula kepada bentuk biogas untuk menjana elektrik dan air bagi kegunaan semula ladang dan tidak ada bahan buangan yang akan menjadi sisa yang keluar dari ladang tersebut. Jadi saya rasa perlu diambil secara serius langkah ini. Mungkin boleh diterapkan di peringkat pusat.

Isu yang seterusnya ialah halaman 18, Bahagian VI, penguatkuasaan di mana pegawai diberi kuasa. Saya sebutkan tadi bahawa masalah sekarang ialah kekurangan kakitangan. Justeru saya harapkan bukan sahaja kita lihat daripada kategori pegawai penguat kuasa tetapi pegawai di peringkat atasan iaitu di peringkat pengurusan dan khidmat profesional. Contoh, di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sepatutnya janganlah didominasi hanya mereka yang berkelulusan doktor perubatan veterinar tetapi kita perlu membuka pilihan dan kekosongan jawatan di peringkat ini boleh diisi oleh mereka yang mempunyai kelulusan lain kerana bilangan kelulusan DPV atau dipanggil Doktor Perubatan Veterinar adalah terhad. Lebih kurang 50 orang atau 70 orang graduan setahun dan sebahagian besarnya cenderung kepada menjalankan kerja sebagai doktor haiwan di klinik swasta.

Pengambilan Pegawai Veterinar secara agresif baru-baru ini telah menyebabkan banyak klinik dan syarikat swasta kehilangan doktor haiwan dan banyak klinik haiwan swasta tidak dapat beroperasi dengan baik kerana doktor haiwan sudah hilang dari pandangan. Jadi cadangan saya adalah mewujudkan jawatan Pegawai Produksi Haiwan untuk menggantikan atau sebagai tambahan kepada jawatan Pegawai Veterinar daripada graduan UPM. Sekarang ini yang datang hanya daripada graduan UPM. Jadi graduan atau bakal graduan daripada program bachelor, penyelidik dan sebagainya patut dibuka kepada universiti-universiti lain.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sumber graduan yang mengisi jawatan Pegawai Produksi Haiwan ini saya cadangkan lebih meluas dan program berasaskan produksi haiwan dari UPM, UMT, Universiti Malaysia Sabah dan juga universiti baru di Kelantan. Dengan berbuat demikian, insya-Allah di peringkat daerah juga boleh diletakkan Pegawai-pegawai Produksi Haiwan yang kini hanya diisi oleh pegawai kelulusan diploma dan sijil bagi meningkatkan produksi ternakan di peringkat lapangan dan yang paling utama saya kira, saya harap dapat diambil serius oleh pihak kementerian, halaman 36(i) supaya kemudahan makmal diperbanyakkan untuk mempercepatkan analisis sampel.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kita mahu mencapai taraf sekurang-kurangnya, sesuatu keputusan itu diperoleh dalam tempoh 48 jam. Jadi kerajaan mesti menggalakkan penubuhan makmal swasta yang mempunyai Sijil Akreditasi supaya tempoh analisis sampel dapat disingkatkan. Setiap zon sepatutnya ada beberapa makmal dapat yang memberi perkhidmatan yang cepat.

Ini penting kerana apa-apa pun..., kalau berlaku satu lagi masalah influenza contohnya, kita dapat mengatasinya dengan secepat mungkin. Saya harap pihak kementerian ambil peringkat pelaksanaan. Ini adalah baik dari segi perangkaan, undang- undang, dan sebagainya. Akan tetapi, tanpa pantauan, kita masih lagi akan berhadapan dengan masalah keracunan makanan dan makanan untuk haiwan yang memudaratkan kesihatan manusia. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun saja, Yang Berhormat Kota Melaka usik, tidak apa Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Satu negeri.

final • 12:55 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Satu negeri tetapi lain fahaman. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya berucap. Saya cuba menghabiskan dalam masa sembilan minit apa yang ingin saya bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, saya kira sudah tiba masanya pihak kementerian untuk melihat sedalam-dalamnya, bagaimana yang kita katakan produksi dan reproduksi haiwan ini adalah berkait rapat dengan produksi dan reproduksi manusia.

Jadi apa yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, di mana kita dapati bahawa kaitan kita dengan pemakanan kita ini adalah, bagaimana kita membesar dalam keadaan yang seimbang. Bukan saja perlu dilihat dari aspek fizikal sahaja, tetapi juga perlu dilihat dari segi pembangunan mental dan spiritualnya. Terdapat banyak kepercayaan mengatakan apa yang kita makan itu akan membina kekuatan kita di bahagian jasmani dan juga rohaninya. Bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri, rohani...

[Ketawa] Pembangunan rohani.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teringat satu ketika apabila saya terlihat seorang anak kecil yang berbadan montok dan sihat. Jadi saya bertanya pada ibunya, mengapa anak awak ini sihat? Dia kata, anak saya ini suka makan Kentucky Fried Chicken, saya sebutkan di sini. Tidak mengapa kerana memang itu sebutannya, dan suka makan bahagian kepak. Ada pula rakan-rakan kita kalau pergi ke Kentucky, dia kata saya tak mahu makan kepak kerana di kepak itu..., suntikan dan ubat-ubat untuk menyihatkan ayam-ayam selalu dilakukan di bahagian itu.

Jadi sejauh mana kebenaran ini, yang akhirnya akan memberikan satu masalah obesiti kepada anak tadi, yang juga akan membawa anak itu kepada ketagihan.

Persoalannya ialah sejauh mana pihak kementerian mempunyai mekanisme kawalan kepada industri-industri yang membela ayam-ayam dan haiwan-haiwan yang berkait rapat dengan francais-francais seperti yang saya sebutkan tadi.

final • 12:55 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau ada mekanisme kawalan itu, sejauh manakah keberkesanannya di dalam memastikan kekonsistenan atau pun konsistensi kualiti kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh industri-industri tadi? Kalau ada pun, bagaimanakah pegawai- pegawai kita didedahkan dengan ubat-ubat baru, ataupun vitamin-vitamin baru yang diberikan kepada haiwan-haiwan ini, dalam konteks keterpeliharaan dan kesucian.

Di sini Yang Berhormat Menteri kena lihat ada perbezaan. Kita selalu menyebut tentang... kalau nak menentukan kesucian dan keterpeliharaan itu. Kita hanya menyebut tentang bahan, tetapi prosesnya perlu dilihat juga. Saya khuatir kalau suci bahannya, tetapi prosesnya tidak suci, maka ia tidak suci. Kalau terpelihara prosesnya, tidak terpelihara bahannya, maka kesemuanya tidak suci.

Tanggungjawab dan peranan ini amat besar kerana dalam pembentukan pembangunan insan, apa yang dimakan itu, akan menentukan apa yang dia akan jadi di masa hadapan. Saya difahamkan di sini, sekolah-sekolah tahfiz di negara kita memastikan makanan-makanan yang dimakan oleh anak-anak kita di sekolah mestilah terkawal kesucian dan keterpeliharaannya.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin menyarankan kepada kementerian supaya melihat di sebalik rang undang-undang yang kita pinda ini. Beberapa pengamalan kecemerlangan, good practices ataupun yang telah dilakukan oleh negara- negara Barat di dalam memastikan haiwan memakan makanan yang menyihatkan. Contoh yang terbaik adalah mengambil penggemar-penggemar haiwan kuda, yang terbaik Tuan Yang di-Pertua ialah apabila kita hulurkan makanan, haiwan itu boleh menggelengkan kepada. Wah, saya tak mahu makanan ini, itu yang terbaik kalau pihak kementerian boleh latih semua haiwan kita geleng kepala bila dihulur makanan, itu terbaiklah. Akan tetapi malangnya, haiwan tetap haiwan.

Saya kira pemakanan yang diberikan kepada kuda, makanan itu boleh menentukan sama ada kuda itu diguna untuk dressage, lompatan, perlumbaan, ketahanan endurance, lasak, dan sebagainya. Sampai ke tahap itu, pemilik dan penggemar industri- industri haiwan kuda ini menentukan makanan kuda mereka. Sehingga ke tahap berapa peratus carbohydrate, protein, fibre dan sebagainya. Adakah pusat-pusat penternakan haiwan dan pemeliharaan haiwan, ataupun pejabat-pejabat veterinar kita dibekalkan dengan pengetahuan ini? Ataupun apa saja yang boleh dimakan oleh haiwan dan boleh membesarkan haiwan. Kita mengizinkan penternak-penternak ini untuk melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, di sinilah sebenarnya yang saya nak katakan tadi bagaimana sistem..., disebutkan di dalam pindaan ini. Sistem yang dibina hasil perbincangan daripada Ahli Lembaga, Pegawai-pegawai Penguat kuasa dan sebagainya, boleh memastikan konsistensi ini. Saya khuatir kalau ia hanya berlaku pada ketika lawatan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ketua-ketua Pengarah. Akan tetapi apa yang berlaku di bawah sana adalah..., binatang, bukan dia tahu pun dia makan apa. Inilah yang saya selalu lihat di banyak pusat-pusat penyembelihan dan sebagainya.

Apabila haiwan-haiwan disembelih, penyembelih-penyembelih mengatakan, wah, ini daging ini ada ulat! Lihat saja haiwan itu, dia tahu apa kekurangan dan sebagainya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian supaya menyediakan unit-unit pemantau secara berkala dan tidak berkala. Yang berkala ini, dia turun dan yang pelaksana tunggu, dia tahu pada pukul 10, Pegawai Inspectorate akan datang dan mereka akan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jadi saya minta supaya pihak kementerian mempunyai unit-unit pemantau secara tidak berkala ini, tanpa memberitahu Pegawai-pegawai Penguasa ataupun pelaksana. Mereka datang melawat, melakukan lawatan-lawatan secara mengejut, melihat apakah sebenarnya yang berlaku di tapak-tapak penternakan, pemeliharaan dan juga penyembelihan haiwan-haiwan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya akur kerana Tuan Yang di-Pertua pun dah tengok- tengok jam itu. Tepat pukul satu, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.

final • 12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Baling.

final • 12:55 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Bismillahhir Rahmannir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 1:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat... [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguh hingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.02 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 1:01 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut membahas Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. Pertama sekali saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak kementerian kerana berjaya membentangkan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008 pada sesi Parlimen kali ini.

Bagi saya sebenarnya Rang Undang-undang Makanan Haiwan ini mungkin perlu lebih dahulu ataupun sebelum daripada ini telah pun diselesaikan. Ini kerana pada Islam apa yang dimakan oleh kita umat manusia adalah merupakan salah satu perkara yang utama yang harus diberikan perhatian. Sering kita dengar perbahasan-perbahasan kebanyakannya fokus kepada kesan-kesan terhadap tubuh badan daripada hasil makanan dan pemakanan.

Mungkin itu suatu perkara yang tidak dapat kita nafikan kerana apa yang dimakan itu baik maka membawa kepada tubuh badan kita menjadi sihat dan bertenaga begitulah juga sebaliknya. Di sisi Islam, sebenarnya apa yang kita makan adalah lebih jauh daripada itu. Bukan hanyalah sekadar untuk menjaga keselamatan dan juga kesihatan tubuh badan, tetapi jauh kepada kesejahteraan jiwa, hati nurani dan tindak tanduk manusia sendiri.

Begitu jugalah kesan kepada ibadah seseorang. Ini kerana bagi kita orang Islam selalu kita bincangkan masalah khusyuk. Kita bincang masalah tawaduk, kita bincang masalah ikhlas dan sebagainya. Khusyuk, tawaduk, ikhlas dan sebagainya ini bukan suatu ledakan yang biasa sahaja, tetapi juga berpunca daripada hasil makanan dan pemakanan yang dimakan oleh seseorang.

Oleh itu bagi saya, yang kita bincang sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pihak kementerian pagi tadi, menumpukan kepada makanan haiwan untuk menghasilkan daging untuk menghasilkan susu, telur dan sebagainya. Maka ini adalah penting untuk turut sama kita bahaskan kerana saya bimbang, takut ketidakpekaan kita dalam hal-hal yang seumpama ini langsung atau tidak langsung akan membabitkan masalah-masalah yang bukan sahaja kesihatan tubuh badan, tetapi menjejaskan jiwa, hati nurani yang akan melibatkan kepada reaksi selepas daripada itu ialah tindak tanduk seseorang manusia. Dalam hal ini perlu saya rasa kita lihat balik apa yang telah pernah diingatkan begitu serius oleh Allah SWT dalam surah Yunus ayat ke-59...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya: “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT untuk manfaat kamu itu. Lalu kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan kamu jadikan sebahagiannya pula haram. Katakanlah wahai Muhammad, adakah Allah telah mengizinkan bagi kamu berbuat demikian dan kamu hanya mengadakan pendustaan terhadap Allah”.

Kita boleh faham sepintas lalu ayat ini pun menunjukkan bahawa apa yang telah dihidangkan oleh Allah SWT rezeki ini sendiri ada kaitan dengan tindak tanduk manusia itu sendiri sama ada dia menjadi haram atau menjadi halal. Berhubung dengan haiwan yang mungkin fokus kita dalam Rang Undang-undang Makanan Haiwan ini sudah tentulah yang saya dapat faham daripada rang undang-undang yang dibentangkan di sini ialah haiwan- haiwan yang dimakan atau diguna oleh manusia itu sendiri. Oleh sebab itu tujuan utama kepada rang undang-undang ini sendiri ialah untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan tujuannya supaya haiwan itu selamat dan dia juga selamat untuk dimakan oleh manusia.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Minta mencelah sedikit boleh?...

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Apabila Yang Berhormat Baling selaku orang yang mendapat pendidikan dalam bidang agama ini, bercakap soal halal dan haram ini yang dikaitkan dengan soal makanan haiwan ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Baling berkaitan dengan isu yang berlaku dalam negara kita ialah kerana penternak-penternak haiwan ini khususnya ikan keli dan sebagainya memberikan makanan khinzir. Jadi walaupun saya berada di kafe tadi pun, isu ini dibangkitkan. Bagaimanakah pandangan Islam terhadap isu ini? Saya rasa rakyat perlu tahu dan rakyat ingin mengetahui tentang hukum hakam ini.

Adakah Yang Berhormat Baling bercadang supaya benda itu dibawa ke Jawatankuasa Fatwa ataupun mungkin dalam pengetahuan Yang Berhormat Baling Jawatankuasa Fatwa telah pun ada hukum hakam berkaitan dengan itu supaya rakyat semua jelas.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Kadang-kadang makanan, ikan yang kita makan tetapi sumber asalnya ialah daripada daging khinzir ataupun makanan-makanan yang dilarang dalam Islam. Jadi bolehkah dapat pandangan dari Baling tentang isu ini? Supaya rakyat boleh jelas lagi.

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Berkaitan dengan apa yang ditimbulkan, memanglah jelas dari segi kaedah hukum. Bahawa sesuatu yang berlaku tidak akan berjangkit ke pihak yang ketiga.

Maknanya, kalau boleh kita gunakan bahasa yang ringkas dalam Dewan ini. Ayam makan tahi, kita makan ayam. Bukanlah bermakna kita juga makan tahi... [Ketawa] Sebab, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai sample, contoh sahaja. Jadi, kalau ayam makan tahi dan kita makan ayam, maknanya kita di pihak yang ketiga. Oleh itu, najis tahi yang dimakan oleh ayam tidak terbabit hukum najisnya itu sampai kepada kita yang makan ayam. Kalau itu boleh diringkaskan dan boleh difahami dari segi kaedah hukum.

Cuma persoalan yang kita bincang sekarang ini yang diberi penekanan dalam perbahasan saya mengenai Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008 ini, ialah kerana kita hendak pergi kepada lebih jauh perhatian Islam kepada pembentukan jiwa. Sebab itu kalau tidak silap ingat dan penekanan kita dalam Islam sendiri contohnya macam susu.

Kenapa Islam menekankan seorang bayi ialah dengan meminum susu ibu. Susu ibu lebih baik daripada susu haiwan, susu kambing, lembu dan sebagainya. Ini bukanlah semata- mata dari sudut kesihatan dan sebagainya sahaja, tetapi lebih jauh daripada itu.

Walaupun pakar-pakar yang berkaitan confirm kan bahawa susu ibu mempunyai kemampuan protein yang lebih daripada susu yang lain dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya, ada yang tersirat di sebalik ajaran Islam itu, bagaimana pertumbuhan seorang bayi. Dekatnya dengan ibu, kasihnya dengan ibu dan juga pertumbuhan jiwa dan sebagainya itu dengan ibu adalah dihasilkan oleh susuan yang disusui oleh ibunya itu sendiri.

Begitulah kalau kita ambil dalam konteks ini, pertumbuhan jiwa seseorang adalah berkaitan dengan apa yang dia makan. Sebab itu apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, kalaulah penternak macam penternak ikan keli ataupun sebagainya ini, yang mana ikan keli itu sendiri diberi makan dengan jenis-jenis makanan yang disebutkan tadi seperti khinzir dan sebagainya.

Maka, ini akan menjejaskan daya kekuatan kepada makanan itu sendiri kepada pemakannya, iaitu manusia dalam konteks pencapaian kita, pertumbuhan hati nurani jiwa dan saya rasa telah disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu pagi tadi, ialah kesan kepada rohani itu sendiri. Lebih-lebih lagi yang telah saya sebutkan tadi untuk hendak sampai kepada peringkat khusyuk, untuk hendak sampai kepada peringkat ikhlas dan tawaduk lebih-lebih lagi dalam ibadah. Ini adalah kaitan rapat.

Oleh sebab itu sebagaimana yang telah kita lihat, apa yang pernah ditegaskan oleh Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam. Dalam bukunya, Al-Hikmah fi Makhluqatil Hayawanat yang boleh kita terjemahnya ialah hikmat dalam ciptaan atau kejadian Allah SWT kepada haiwan-haiwan itu sendiri meletakkan bahawa tindak-tanduk haiwan itu sendiri memberi kesan kepada hati nurani dan jiwa raga pihak pemakannya. Ini adalah sesuatu yang mempunyai kaitan rapat.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dibentangkan dalam rang undang-undang untuk dibahaskan pada kali ini.

Pertama sekali, kalau kita lihat dalam Bahagian III, fasal 9, rang undang-undang ini sendiri menekankan bahawa tujuan untuk kawal, tujuan untuk pantau oleh pihak kerajaan. Ini adalah suatu perkara yang bagi saya tidak dapat dinafikan kebaikannya. Cuma, pada hemat saya atau pada pendapat saya, kita bimbang, takut pemantauan ini dan kawalan ini tidak begitu telus. Sebagaimana yang berlaku pada perkara-perkara yang lain ataupun penguatkuasaan - penguatkuasaan yang lain atau enforcement nya ini dengan izin. Ada yang tidak telus kerana berlaku suatu yang tidak amanah di situ. Jadi saya mengharapkan atau meminta pihak kementerian memastikan supaya kawalan dan pemantauan ini benar- benar berlaku secara yang lebih telus.

Lebih-lebih lagi dalam konteks penyediaan makanan haiwan ini akan membabitkan urus niaga, akan membabitkan perusahaan yang sudah tentu akan menghasilkan pulangan keuntungan. Kita bimbang takut nanti, demi kepentingan keuntungan maka akan terabai tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya sebagaimana rang undang-undang ini diwujudkan.

Begitu juga dinyatakan dalam Bahagian IV fasal 17 dalam rang undang-undang ini sendiri yang meletakkan suatu perincian atau spesifikasi. Akan tetapi saya lihat dalam akta ini agak umum. Spesifikasinya atau perinciannya itu tidak begitu jelas. Kita bimbang nanti spesifikasinya itu ataupun perinciannya akan berubah dan akan berlaku perubahan mengikut selera atau mengikut suasana yang tidak boleh menjamin kekuatan pelaksanaan dan pemantauan kepada undang-undang itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, di Bahagian V, fasal 19 satu yang begitu jelas. Peruntukan untuk menghalang salah guna bahan kimia ataupun hormon antibiotik di kalangan penternak. Saya harap dalam masa yang sama, penggunaan bahan ini perlu juga diberi ke pihak yang pakar iaitu doktor veterinar untuk merawat haiwan itu sendiri. Sebab nanti kalau kita lihat dan kita mendapat suara, rungutan dan sebagainya daripada masyarakat di mana ayam misalnya ataupun ikan keli dan sebagainya ini. Ada yang dimasuk hormon-hormon yang dikatakan tadi bahan-bahan yang tidak begitu menjamin kesihatan kepada yang memakan.

Sekarang ini ada ayam yang dimasukkan, walaupun bukan merupakan suatu makanan, tetapi saya rasa tidak salah kalau dalam keadaan ini, termasuk dalam lingkungan ruang rang undang-undang makanan ini juga, kawalan makanan ini juga adalah sesuatu yang digunakan sama ada dengan injection dan sebagainya. Sekarang kita ragu hendak makan ayam kerana di inject dengan hormon ataupun ada juga dikatakan sebagai bahan yang tidak begitu baik untuk dimakan, sehinggakan orang terpaksa mengubah selera untuk mencari ayam yang bersih daripada masalah-masalah ini untuk menjamin kesucian untuk kita makan. Perlu juga kita lihat dalam fasal ini tadi. Bahagian V, fasal 19 ini, saya rasa penggunaan perkataan “haiwan” itu adalah terlalu umum.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Mungkin ada baik kita bezakan antara haiwan yang dimakan daging, telor atau pun susu, diminum susunya dengan haiwan yang kita ternak biasa. Kita ternak tetapi bukan tujuan untuk hendak makan dagingnya, bukan tujuan untuk telornya atau pun sebagainya.

Begitu juga satu lagi ialah haiwan yang dipelihara sebagai yang dipanggil sebagai hanya untuk sebagai ‘pet’ , macam kita pelihara kucing. Bagi saudara-saudara yang lain orang bukan Islam pelihara anjing, hanya sebagai ‘pet’. Mungkin makanan dan pemakanan kepada tiga bentuk haiwan ini boleh lah kita bezakan penumpuan dan penekanannya. Bagi saya dalam rang undang-undang makanan haiwan 2008 ini, kita patut beri keutamaan kepada haiwan atau ternakan yang kita makan daging atau susu dan sebagainya, sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam pembentangan awal tadi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sentuh juga di sini ialah berkaitan dengan fasal 15 perkara 2 iaitu kuasa Menteri atau rayuan kepada Menteri. Kita tidak menafikan bahawa yang bertanggungjawab dalam kementerian itu ialah Menteri tetapi perlu juga dipertimbangkan supaya tidaklah sangat berlaku hanya kuasa Menteri semata-mata untuk menentukan kedudukan dalam masalah ini.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Kerana saya percaya ahli-ahli Lembaga yang dilantik untuk menduduki di dalam hal ini sudah tentu dipilih dari kalangan mereka atau orang yang mempunyai kewibawaan dan kepakaran yang tersendiri.

Oleh itu perlu diberi juga peruntukan supaya pihak Menteri boleh mengarahkan dalam keadaan-keadaan yang tertentu mengarahkan lembaga untuk mengkaji semula keputusan-keputusan yang telah dibuat dan sebagainya, keputusan-keputusan yang telah dilaksanakan. Tidaklah semata-mata terhenti ataupun dalam kata lain hanya semata-mata yang disebut mungkin dengan izin, kuasa veto Menteri sahaja. Apabila ahli-ahli lembaga diberi kepercayaan, tanggungjawab berasaskan kepakaran dan kewibawaan mereka maka saya yakin pelaksanaan terhadap rang undang-undang makanan haiwan 2008 ini dapat kita laksanakan dengan agak lebih telus lagi.

Itulah sahaja kesempatan Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong ayat Al- Quran]

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 2:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan rang undang-undang ini dengan ucapan tahniah kepada kementerian kerana memperkenalkan undang-undang ini bagi kita melihat bahawa sudah tiba masanya iaitu kualiti makanan kita khususnya makanan yang melibatkan haiwan ternakan diberi satu perlindungan undang-undang dan kita membuat ini bukanlah sedar memelihara haiwan itu supaya tidak dicemari akan tetapi yang lebih penting ialah memelihara manusia-manusia yang rakus yang langsung tidak kira tentang aspek pembinaan manusia itu dengan hanya menganggap bahawa yang penting ialah kekayaan dan duit ringgit.

Saya mulakan dengan ucapan tahniah dan seperti biasa kita wakil-wakil rakyat yang diberi amanah untuk memelihara kepentingan awam ini perlu melihat aspek-aspek bagi membaik pulih rang undang-undang yang dicadangkan pada pagi tadi. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini setelah memberi penghargaan kepada kementerian dengan memetik ayat daripada Al-Quran nul Qarim dari surah Al-Baqarah, firman Allah Subhanahuwataala... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksud ayat “Wahai orang-orang makan oleh kamu daripada benda-benda yang baik, yang telah kami berikan rezeki ke atas kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah Subhanahuwataala.” Ini penting untuk kita menggarap persoalan yang kita akan bahas hari ini. Saya setuju dengan rakan-rakan yang telah membahaskan sebelumnya khusus kepada Yang Berhormat Baling bahawa makan ini sahaja bukan sekadar mengisi perut dan dia bukan hanya ada elemen-elemen fizikal tetapi ia juga membawa dan mengandungi aspek spiritual.

Mungkin saya tidak ada satu kajian empirikal terhadap ini, mungkin saya tidak ada kajian.

Saya minta pihak akademik membuat kajian.

Hari ini gejala-gejala mat rempit, hari ini gejala-gejala keganasan yang berlaku, rumah tangga dan sebagainya, apakah mungkin disebabkan oleh aspek pemakanan.

Apabila benda-benda yang kita makan itu kotor, maka mungkin dia menimbulkan hati yang kotor dan daripada hati yang kotor itu mungkin menimbulkan hati yang keras. Saya kira khususnya kepada decision makers kita di sini lebih-lebih lagi lah kena memelihara pemakanan kita supaya kita berbahas dengan hati yang ikhlas.

Mungkin puncanya dari apa yang kita makan. Saya percaya tidak ada alasan kukuh akademik terhadap persoalan ini cuma saya merasakan apabila kita membincangkan isu ini saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh rakan-rakan pembuat dasar bahawa melihat isu ini bukan sekadar akta untuk menubuhkan lembaga makanan haiwan semata-mata akan tetapi bagi memelihara kesejahteraan rohani, spiritual rakyat ini kerana saya memahami dari konsep yang asasnya kita berbincang di sini seperti gunakan konsep iaitu safe from farm to table. Itu isunya iaitu selamat daripada ladang ternakan hinggalah ke table yang kita makan, iaitu selamat daripada ladang hingga ke hidangan.

final • 2:53 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Mungkin itulah apa yang disebut oleh Al-Quran kerana ini aspek yang merupakan perkara pokok dalam kehidupan manusia maka izinkan saya memetik satu lagi ayat...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Kalau di depan tadi disebut, ‘Ya-aiyuhallazi naamanu’ tetapi ini disebut ‘Ya-aiyuhannas’ bahawa soal makanan bersih itu bukan soal orang Islam sahaja tetapi orang bukan Islam pun harus melihat ini dan saya kira itulah yang kita bincangkan. ‘Wahai manusia, kullumimma-filardhi hallalanthoyibbah.’ Makanlah apa yang ada di atas muka bumi ini tetapi syarat dia ‘hallalanthoyiba’. Halal dengan makna yang diikuti dengan syariah thoyibbah yang bersih, yang suci, yang tiada ada pencemaran yang boleh mengakibatkan mudarat kepada kehidupan manusia.

Yang agak menarik ayat ini Allah menutupnya dengan firmanNya... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jangan kamu ikut langkah syaitan sesungguhnya ia adalah musuh kamu. Seolah-olah apa yang kita makan selain yang baik tadi seolah-olah mengikut jejak langkah syaitan dan itulah perangai syaitan yang merosakkan masyarakat. Mungkin antaranya kerana gara-gara kita tidak mengambil berat dalam hal makanan ini.

final • 2:53 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, kita telah melihat bahana daripada ketidakpedulian mereka daripada pengusaha-pengusaha ini terhadap isu ini sehingga telah mengakibatkan pada tahun 2003, apa yang kita namakan sebagai the mad cow disease yang saya tidak tahu hendak sebut di dalam istilah atau term yang betulnya, bovine spongiform encephalopathy.

Itu betul atau tidak saya tidak tahulah, tetapi yang saya faham ialah mad cow disease.

Serupa macam kita sebut H1N1, sebenarnya itu adalah swine flu, yang tidak enak didengar maka diganti dengan H1N1.

Akan tetapi yang penting di sini ialah, mad cow disease ini telah mengakibatkan satu krisis dunia, ya. Ianya gara-gara pemakanan yang tidak melihat aspek kerana dikatakan bahawa apa yang dimakan oleh lembu ini berpunca daripada pemakanan haiwan yang berpenyakit, yang boleh menyerang saraf otak haiwan itu lalu lembu itu menjadi gila.

Siapa yang makan daging lembu itu, dia pun mungkin boleh menjadi gila. Jadi ini, bagi saya satu krisis besar yang telah mengakibatkan huru-hara khususnya di Eropah. Maka mereka telah membuat kajian mengapa ianya berlaku dan saya harap ianya tidak berulang di negara kita yang tercinta ini.

Pertama antara lain sebabnya adalah sumber makanan darah mamalia yang diberi kepada haiwan kerana kemungkinan berjangkit, yang diberi kepada haiwan itu. Keduanya, bahan buangan isi ayam yang diberi makan kepada haiwan ternakan yang berjangkit, maka haiwan yang memakan makanan itu pun turut berjangkit. Ketiga ialah, bahan buangan dari restoran-restoran besar yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. The waste, makanan yang tidak habis itu maka inilah makanan-makanannya dan kita tidak tahu makanan ini sihat atau tidak, apa masalahnya, sudah dijangkiti atau tidak. Maka ini juga boleh menjadi punca.

Saya mencadangkan kepada kementerian untuk diambil catatan oleh Timbalan Menteri, yang saya tengok begitu khusyuk mencatat segala-galanya. Saya harap jangan tidur... [Ketawa] Kerana waktu-waktu begini agak sukar untuk kita menerima idea-idea.

Yang Berhormat Bagan Serai tidak tidur, Yang Berhormat Bagan Serai?

Ada beberapa pendekatan untuk pengguna seperti orang ramai untuk mendapat maklumat supaya mereka diberi hak untuk mengetahui daging yang mereka makan ini. Di antaranya ialah, kita boleh melabelkan daging-daging ini kepada beberapa bahagian:

(i) daging organik yang pada istilahnya tiada modifikasi genetik kepada daging itu. Bahannya daripada sumber yang tidak ada bahan kimia dan sudah tentu tidak ada antibiotik. Jadi orang ramai boleh memilih daging yang begini untuk mereka ambil dan ini yang dikatakan sebagai yang sihat, yang halal dan sihat;

(ii) daging yang dikatakan ragut bebas, iaitu peliharaan daripada lembu contohnya, tidak ada di sana satu legal standard terhadap lembu itu, dan ia bebas makan di mana-mana padang ragut;

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

(iii) daging lembu rumput yang hanya memakan rumput semata- mata, dan ia boleh dilabelkan; dan

(iv) daging yang tiada hormon dari sudut makanan haiwannya.

Semua ini saya kira pihak kementerian perlu ambil sebagai melonjakkan lagi kualiti pemakanan di dalam negara kita supaya kita dapat memberi ruang kepada consumer untuk memilih dan mereka berasa tenang dengan pilihan mereka itu. So, tentu kerja ini besar tetapi saya kira itu sebahagian daripada cabaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan sidang semua, apakah bahan-bahan yang diberi makan kepada haiwan ini. Itu kita perlu tahu. Walaupun saya lihat kita ada beberapa kekurangan kerana hanya menyebut tentang antibiotik, hormon, kimia dan lain. Walhal, bahan-bahan makanan yang digunakan untuk haiwan- haiwan ini terdiri daripada apa yang dinamakan sebagai protein haiwan. Protein haiwan ini adalah daging, tulang dan darah, serta sisa-sisa makanan untuk diberi makan kepada haiwan-haiwan ini.

Saya mahu tahu di Malaysia bagi pihak kementerian, apakah sudah ada satu piawaian terhadap bahan-bahan ini. Apakah boleh diizinkan bahan-bahan ini kepada haiwan-haiwan ini. Keduanya, bahan buangan haiwan. Bahan-bahan buangan haiwan daripada bahan buangan ruminan yang dikeringkan seperti najis khinzir dan lain-lain, dan bahan-bahan buangan yang diberi makan kepada haiwan ternakan. Di Amerika, Food and Drug Agency telah mengharamkan bentuk makanan yang berbentuk buangan haiwan ini.

Saya mahu tahu apakah kementerian telah ada satu standard yang sama atau bagaimana.

Ketiganya, tumbuhan dan lemak haiwan ini dikatakan mempunyai risiko dijangkiti apabila kita makan haiwan yang diberi daripada sumber tumbuhan dan lemak haiwan.

Keempatnya ialah antibiotik, dan saya kira sudah jelas disebut di sini dan antaranya disebut masalah yang timbul daripada antibiotik ini dan juga zat-zat besi yang diberi kepada makanan. Kenapa saya menimbulkan bahan-bahan ini Tuan Yang di-Pertua, supaya kita sedia maklum bahawa para penternak kita, mereka yang di dalam industri pemakanan haiwan ini juga kadang-kala mereka melampaui batas. Sudah tentu kalau ditanya kepada pengusaha-pengusaha, mereka akan memilih the most cheapest cost, dengan izin, yang paling murah kosnya untuk mendapat untung yang lebih besar tanpa mengambil kira kesan yang diberi kepada public khususnya dalam soal pemakanan yang telah dijelaskan pada awal tadi.

Antara kesannya kepada public yang berpotensi menimbulkan bahaya daripada pemakanan haiwan yang tidak terkawal ini ialah, antaranya ialah kesan bakteria, kesan antibiotik, mad cow disease, arsenik, malah kanser sekalipun. Bagi saya ini adalah satu isu besar dan kerajaan harus mengambil kira bahawa pemakanan merupakan asas tertegaknya satu negara bangsa yang sihat dari sudut mental, spiritual dan juga dari sudut fizikal.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya minta penjelasan sedikit boleh?

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Akan tetapi saya tidak... Masa saya...

Tak apalah. Silakan, silakan.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Boleh Tuan Yang di-Pertua? Saya berminat dengan isu Yang Berhormat Parit Buntar tadi berkaitan dengan soal kebersihan dan sebagainya. Saya difahamkan kerajaan negeri Selangor ada mengusahakan projek modern pig farming yang sophisticated, bersih, canggih, bahan makanannya terkawal dan bahan sisanya juga boleh digunakan untuk kegunaan yang lain. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Parit Buntar, adakah Yang Berhormat Parit Buntar bersetuju dengan projek modern pig farming yang sebenarnya, asasnya daripada Kerajaan BN Selangor dahulu, tetapi apabila diluluskan dan akhirnya dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat, menjadi isu pula. Jadi hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Parit Buntar tentang projek modern pig farming yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini, apa komen?

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Okey, terima kasih. Modern pig farming ini, hakikat atau pun isu yang kita hendak bincang itu bukan pig atau chicken atau cow atau cattle. Kita ambil prihatin ialah soal kesihatan. Kalau pun pig farming itu, kita tidak boleh sekat orang yang bukan Islam untuk makan daging khinzir walaupun orang Islam, ia haram.

Akan tetapi yang lebih penting, kalau pun mereka boleh makan tetapi perlu menjaga keadaan persekitaran.

Saya kira tidak ada masalah kalau pig farming itu boleh dibuat bagi menjamin keselamatan, kebersihan yang selalu kita dikaitkan pig farming ini mengeluarkan bau yang busuk, sungai contaminated dan sebagainya. Kalau itu boleh dilaksanakan, saya kira itu tidak ada masalah dan boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain untuk mengikut pig farming ini. Ini kerana soal orang yang bukan Islam, kita tiada halangan untuk mereka makan selagi ia tiada halangan di dalam agama mereka. Itu sahaja komen selari daripada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya hendak masuk kepada...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Mencelah sedikit...

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Masalah di...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Bagaimana kalau...

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ini celah ini, hendak tanya sungguh atau hendak perkenakan?

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Hendak tanya sungguh...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kalau perkenakan, saya tidak mahu jawab. Kalau hendak tanya...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Bagaimana kalau rancangan tersebut dilaksanakan di Parit Buntar, adakah Yang Berhormat Parit Buntar bersetuju? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Itu hendak perkenakanlah itu, bukan hendak tanya... [Ketawa] Ia macam ini. Apa sahaja projek yang kita buat, kita kena tengok tempat itu sesuai atau tidak. Memberi kesan kepada orang awam atau tidak.

final • 3:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kalau tempat itu remote, dia jauh daripada orang dan dia tidak memberi kesan, saya kira this is the issue. Bukan soal Parit Buntar. Kalau di mana, Hulu Terengganukah?

Kalau Hulu Terengganu tidak ramai orang contohnya, dia ada tempat remote, buat dekat sana lagi bagus kerana Parit Buntar dia sudah sesak. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Hai, minat nampaknya.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Di Singapura tidak ada projek khinzir ini. Namun mereka mengimport sehinggalah disebut kerana mereka menjaga kebersihan alam sekitar dan sebagainya. Apa komen? Di Singapura import daging khinzir tapi tidak ada ladang ternak dan ladang sembelih khinzir ini.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya tidak tahu Singapore. Mungkin atas faktor tanah, tempat yang kecil. Mungkin itu faktornyalah. Saya rasa. Yang itu kita kena tanya dekat Singapore mereka buat macam manalah. Saya terus masuk kepada persoalan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Hulu Terengganu yang berminat dengan persoalan ini. Masalah di Malaysia...

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Penjelasan.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya? Yang Berhormat Rasah lagi.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Parit Buntar tadi mengatakan bahawa apabila kita melihat kepada isu ternakan khinzir ini, yang penting ialah kita melihat kepada isu kesihatan. Bukannya kerana khinzir itu.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Namun saya mendapati bahawa di beberapa kerajaan negeri khasnya di negeri- negeri yang ditadbir ataupun dikuasai oleh UMNO Barisan Nasional. Ini seolah-olah menjadi satu isu di Negeri Sembilan baru-baru ini. Di Negeri Sembilan, isu penternakan khinzir ini merupakan satu isu yang besar di Bukit Pelanduk. Namun pada tahun 1998, apabila Nipah Virus melanda, maka ia telah menjadi satu isu yang besar dan kebanyakan ladang-ladang ternakan khinzir ini telah ditutup. Namun tinggal satu sahaja di Air Kuning, di Tampin.

Akan tetapi baru-baru ini, kerajaan negeri di bawah UMNO Barisan Nasional ingin menutup pula ladang ini. Dia seolah-olah menjadikan isu penternakan khinzir ini dilihat dari satu perspektif yang begitu sempit sekali berbanding dengan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Walaupun PAS memerintah Kelantan selama 19 tahun, tidak pernah menjadi isu.

Namun di kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional, ini dijadikan isu. Saya minta pandangan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya lah. Itu saya kata tadi, dalam isu ini kita tengok bukan berkenaan khinzir itu. Khinzir ini pun ciptaan Allah juga. Cuma bagi orang Islam, ia haram dimakan dan dari sudut kebersihan, kita kena tengok pula kesannya kepada alam sekitar. Baunya dan lebih penting saya setuju sensitivitilah. Sensitiviti itu perlu juga diambil kira. Jadi kalau boleh diatasi semua permasalahan itu, saya kira tidak ada apa- apa masalah yang tidak boleh dibincang, Yang Berhormat Rasah ya. Baik.

Saya hendak catat beberapa penemuan di Malaysia tentang masalah yang kita bincangkan ini. Antaranya ialah penggunaan beta-agonis iaitu kesan kepada mereka yang memakan daging yang menggunakan beta-agonis ini akan memberi kesan masalah jantung dan ia didapati berleluasa dipakai dalam pemakanan haiwan bagi menggemukkan haiwan dari segi otot-ototnya tapi bukan dari segi lemak-lemaknya. Yang kedua ialah ikan air tawar yang diberi makan daging khinzir. Ada laporan di Perak, beberapa tempat yang ditemui.

Saya kira isunya ialah kalau daging khinzir ini diberi makan untuk ternakan ikan air tawar khususnya keli, apa kata kalau khinzir ini dijangkiti penyakit contohnya. Maka kita memakannya. Itu isunya saya kira selain daripada apa yang telah diberi pandangan oleh Yang Berhormat Baling tadi.

Kemudian dikatakan enzim babi juga terdapat dalam makanan ayam pun ada juga diutarakan. Kementerian dalam beberapa kenyataannya telah membuat respons. Sudah tentu semua orang sedia maklum krisis Virus Nipah yang telah melanda seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi secara sambil lalu. Saya kira persoalan ini telah tiba masanya rang undang-undang ini menyelesaikan semua permasalahan ini termasuklah dari segi penguatkuasaan. Saya mencadangkan kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membentangkan tajuk ini, antara lainnya ialah perlu kita melihat persoalan penarafan dan piawaian supaya kita melihat rang undang-undang ini bukan hanya rang undang-undang tetapi dia ada satu tindakan.

Pertamanya iaitu sistem maklumat dan laporan tentang bahan makanan yang digunakan yang mempunyai kesan negatif kepada kesihatan manusia. Mesti ada satu data dan report supaya boleh kita mengawal dan kita dapat tengok bagaimana ia digunakan.

Yang kedua ialah sistem penguatkuasaan. Ini penting. Saya kira telah disebut oleh rakan saya tadi kalau rang undang-undang cantik sekalipun, kita bahas cantik dan saya kira dalam hal ini kita tidak akan berbalahan kerana ia soal makanan yang kita makan tiap-tiap hari. Saya kira perlu penguatkuasaan yang lebih serius. Sebab itu saya juga ingin bertanya sebagai sebahagian daripada perbahasan saya, dari segi kawal selia dan penguatkuasaan ini, sejauh manakah kemampuan pihak penguat kuasa di bidang veterinar contohnya, kementerian contohnya untuk menguatkuasakan benda-benda yang begitu memberi kesan yang besar dalam industri kita ini. Industri pemakanan haiwan ini.

Jadi saya minta janganlah kita buat undang-undang yang baik, tetapi apabila di penguatkuasaan, bila kita tanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa jadi macam ini, mereka akan kata tidak cukup kakitangan. Tidak cukup penguatkuasaan. Jadi saya harap benda ini diambil kira juga di dalam bidang penguatkuasaan rang undang-undang yang kita bincangkan. Sebab itu saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi tentang kekurangan makmal, research base. Research, penyelidikan yang mungkin ada masalah-masalah baru yang ditemui yang boleh kita ambil atau kita kawal keadaan ternakan haiwan kita ini.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Sebab itu penyelidikan dan penguatkuasaan mesti memegang satu tema iaitu ‘Selamat Dari Ladang Ke Hidangan’. Itu menjadi kita punya moto. ‘Safe From Farm To Table,’ atau ada yang kata, ‘from farm to fork’. Ketika hendak makan itu, sihat daripada ladang. Itu mesti ada dalam kepala kementerian.

Seterusnya, penyelarasan dan komunikasi dengan pengusaha-pengusaha makanan haiwan. Penyelidik veterinar dan Institut Kesihatan Awam mesti ada satu coordinated effort di kalangan mereka supaya tidak tercicir mana-mana pihak dan saya ingin menyarankan dan mencadangkan NGO-NGO seperti CAP, CAP contohnya. Saya kira dia very advance dalam kajian-kajian mereka terhadap isu yang kita bincangkan di dalam Parlimen ini. Mengapa tidak libatkan mereka sama untuk mereka juga boleh bagi input dan dilihat sebagai partners, dilihat sebagai rakan dalam konsep, ‘safe from farm to table’ yang kita sebutkan tadi termasuklah NGO-NGO lain yang prihatin terhadap isu-isu ini...

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang keempat, saya mencadangkan kepada pihak kementerian iaitu integrasi. Ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit Buntar. Apabila Yang Berhormat Parit Buntar menyentuh tentang penguatkuasaan dan kerjasama dengan NGO ini, saya rasa tertariklah dengan apa yang telah dikeluarkan kenyataan, banyak oleh CAP Penang iaitu tentang wujudnya. Ia bukan hanya khusus kepada makanan haiwan tetapi post makanan haiwan.

Maknanya dari segi pembungkusan, dari segi transport haiwan-haiwan tersebut yang kita hendak makan. Misalnya formalin digunakan untuk rizab ikan misalnya. Banyak didedahkan oleh CAP. Begitu juga dengan beta-agonist yang terdapat dalam daging yang masih wujud dalam daging-daging yang kita import. Begitu juga dengan penggunaan antibiotik dalam telur. Walaupun dalam rang undang-undang ini tidak disebut tentang antibiotik selepas telur itu keluar daripada perut ibunya, namun antibiotik yang digunakan di dalam makanan haiwan yang diberikan kepada ayam. Akan tetapi wujud antibiotik yang dimasukkan ke dalam telur itu sendiri untuk melawan bakteria salmonela misalnya.

Begitu juga dengan telur-telur yang dihasilkan di claim ataupun dikatakan sebagai telur yang rendah lemak iaitu Omega-3 egg. Ini semua perkara yang memerlukan kerjasama daripada kerajaan ataupun penguat kuasa dengan NGO. Saya rasa ini merupakan satu penekanan yang perlu diberi perhatian berat oleh pihak kementerian. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Parit Buntar?

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, saya terima itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Akhirnya, last but not least iaitu semua persoalan yang dari awal tadi kita cakap hingga hari ini, saya kira ada satu agensi yang begitu besar peranannya dalam memastikan apa yang telah kita utarakan itu semua iaitu integrasi konsep halal.

Integrasi konsep halal dalam bidang ini dengan mewajibkan standard halal di kalangan pengusaha-pengusaha pemakanan haiwan.

final • 3:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya kira itu adalah antara yang cabaran besar juga bagi pihak Halal Development Corporation ini untuk integrate di dalam industri ini juga supaya ada di sana satu standard halal terhadap pemakanan haiwan yang akan diberikan kepada haiwan yang kemudian akhirnya akan dimakan oleh pengguna seperti kita. Saya kira ini penting dan saya hendak tahu sejauh mana saya pun difahamkan agensi halal ini tidak cukup tenaga juga. Ya, banyak dia kekurangan tenaga. Sebab itu saya kira, kalau benda yang besar begini cukup baik, mengapa kita tidak memikirkan untuk memperkasakan lagi dari segi sumber manusia untuk memperbanyakkan penguat kuasa-penguat kuasa dan pegawai-pegawai yang akan melihat semua ini.

Akhirnya, yang ini akhir betullah, iaitu saya tertarik juga walaupun saya tidak berapa ambil berat, tetapi disebut di sini, dalam bahagian satu bahawa akta ini terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan dan Labuan. Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

final • 3:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi saya pun tidak tahu, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kekangan-kekangan sehingga menyebabkan akta ini hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Apa kekangan dia, apa problem dia?

Apa lebih penting daripada itu, kita khuatir apa yang kita bincangkan Tuan Yang di-Pertua tentang kepentingan besarnya rang undang-undang ini, tiba-tiba Sabah dan Sarawak tidak comply kepada apa yang kita bincang. Adakah ini bermakna Sabah dan Sarawak does not deserve such a good undang-undang here, or what? Jadi saya minta, supaya saya tahu Sabah dan Sarawak mungkin mereka pun tidak perasan benda ini? Jadi kami dari Semenanjung cuba untuk membantu mereka supaya saya mahu orang Sabah dan Sarawak pun sihat juga seperti orang Semenanjung. Tengok apa masalahnya, apa kekangannya?

Kalaulah ada kekangan kerana mungkin di Sabah dan Sarawak ada dia punya standard sendiri, saya nak tahu standard dia ikut tidak apa yang kita bincang di sini atau kah dia ada standard dia sendiri. Saya kira itu Tuan Yang di-Pertua antara beberapa topik ataupun bahan yang saya ingin kongsi bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tidak syak daripada awal lagi, saya menyokong seratus peratus undang-undang ini disetujui bersama. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya tidak nampak sangat siapa yang bangun tadi.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya daripada Ledang, jauh tidak nampak di belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong rang undang-undang ini. Tidak ada masalah dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang telah pun mengambil inisiatif untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan undang-undang ini untuk kelulusan lebih-lebih lagi dalam suasana negara kita yang sedang berusaha untuk meningkatkan penghasilan produk daripada haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya terutamanya untuk makanan.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat semasa saya belajar dulu, penduduk New Zealand lebih kurang tidak sampai 10 juta tetapi lembunya berjumlah 40 juta. Kata cikgu saya, kalau lembu-lembu di New Zealand diberi hak untuk mengundi, maka Perdana Menterinya adalah lembu kerana bilangannya yang lebih ramai daripada manusia...

[Ketawa] Itu cikgu saya kata dan dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua, tidak mustahil juga satu masa nanti bilangan lembu, kambing dan sebagainya lebih banyak daripada manusia. Tidak mustahil tetapi kita tidak berilah, harap-harap kita tidak beri hak kepada lembu dan sebagainya untuk mengundi.

Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi tentang makanan kepada haiwan ternakan, haiwan peliharaan, tentang isu halal dan haram, berkaitan makanan yang haram pada haiwan dan haiwan itu menjadi makanan kita dan sebagainya yang saya yakin akan dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan. Akan tetapi saya hendak menyentuh Tuan Yang di-Pertua hanya satu perkara iaitu tentang pengeluaran lesen makanan haiwan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana industri haiwan ini akan meningkat dengan jumlah yang berganda-ganda, yang banyak seperti yang saya sebutkan pada awal tadi, sudah pastilah industri haiwan ini menjadi penting. Pengurusannya penting tetapi rumit dan memerlukan makanan yang terbaik. Oleh demikian, lesen makanan haiwan perlu dikeluarkan dan perlu diperundangkan tetapi berhati-hati. Maksud saya Tuan Yang di- Pertua, walaupun namanya adalah lesen makanan haiwan, bunyinya simple, mudah, tetapi ia juga memerlukan kepakaran.

Banyak lesen di negara kita yang telah dikeluarkan, lesen perunding, lesen dalam bidang kedoktoran dan sebagainya. Lesen ini juga penting Tuan Yang di-Pertua, maksudnya tidak semua rakyat negara kita boleh memohon lesen makanan haiwan dengan sewenang-wenangnya.

final • 3:22 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ertinya Tuan Yang di-Pertua, kepada saya ataupun saya ingin bertanya kepada pihak kementerian siapakah sebenarnya, siapakah sebenarnya yang layak menerima lesen makanan haiwan ini? Adakah semua yang berminat untuk mendapat lesen boleh mendapat lesen, atau hanya mereka yang mempunyai kepakaran, kelulusan sahaja yang boleh diberikan lesen? Apakah juga jenis-jenis kelulusan ataupun kepakaran yang tertentu untuk diberikan atau melayakkan mereka mendapat lesen makanan haiwan dan sebagainya.

Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengeluarkan lesen makanan, pemilik lesen mesti ada kelulusan sekurang-kurangnya dalam bidang berkaitan dengan haiwan ataupun lesen teknologi makanan haiwan. Kita ada ramai yang mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi makanan tetapi ini lesen makanan haiwan. Adakah kita mempunyai graduan yang telah pun mendapat kelulusan dalam bidang makanan haiwan dan sebagainya. Saya menyambut baik pandang daripada yang saya dengarlah, sebelum ini saya tidak terdengar, daripada Yang Berhormat Baling, juga daripada Yang Berhormat Parit Buntar, kesemuanya yang berkaitan dengan kesan kepada haiwan yang kita ternak atau kita pelihara dan memberi kesan kepada pihak ketiga. Sebab itulah Tuan Yang di- Pertua, saya suka mengajukan soalan ini supaya pihak kementerian berhati-hati dan yang paling penting pemilik lesen mestilah mempunyai kelulusan, mempunyai kepakaran dalam bidang haiwan ataupun bidang pemakanan haiwan dan lesen-lesen tersebut tidak boleh dikeluarkan ataupun diberikan kepada mereka-mereka yang berkepentingan dengan sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pengeluaran makanan haiwan ini, ataupun lesen- lesen lain yang berkaitan, seperti juga lesen-lesen yang kita keluarkan kepada pengusaha- pengusaha ataupun usahawan-usahawan yang memerlukan kelulusan ataupun kepakaran profesional, hanya individu tertentu sahaja yang layak. Kalau sebuah syarikat perlukan lesen dan dalam syarikat tersebut ada misalnya lima lembaga pengarah. Sekurang- sekurangnya satu daripada mereka ada kelulusan dan kepakaran dalam bidang tersebut ataupun sekurang-kurangnya ada seorang yang digajikan. Misalnya mungkin salah seorang pegawai eksekutif ataupun sekurang-kurangnya mungkin di peringkat pengarah, pengarah yang mengurus lesen tersebut ada kepakaran dan kelulusan supaya urusan dan aktiviti perjalanan penggunaan lesen tersebut yang berkaitan dengan makanan haiwan dapat diurus dengan baik.

final • 3:22 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan demikian kerana saya bimbang, sekiranya perkara ini tidak dilihat daripada awal, matlamat rang undang-undang makanan haiwan yang baik untuk semua ini, akhirnya tinggal rang undang-undang, kerana kesan ataupun impak daripada pemakaian rang undang-undang ini, mungkin tidak akan berhasil pada masa akan datang.

Kita boleh mengadakan rang undang-undang yang baik, kita boleh menjalankan banyak aktiviti yang berkaitan rang undang-undang, tetapi apabila kita tidak berhati-hati dalam pengeluaran lesen dan kita tidak memantau lesen tersebut daripada disalah gunakan, akhirnya, perkara-perkara yang kita bimbang seperti kesan kepada pihak ketiga tadi. Umpamanya yang memakan daging ayam dan daging lembu yang ada bahan-bahan kimia tertentu, yang boleh memberi kesan negatif ataupun kesan buruk kepada pengguna.

Umpamanya Tuan Yang di-Pertua kita sedia maklum ramai juga yang telah pun diberikan satu pendedahan di mana kalau anak kita Tuan Yang di-Pertua, makan ayam yang subur.

Banyak makan ayam, hari-hari ke McDonalds dan KFC akhirnya anak kita menjadi gemuk yang tidak sihat, ramai juga yang telah menerima kesan ini. Banyak pandangan mengatakan kerana makan makanan di KFC, McDonalds dan sebagainya. Ini pandangan- pandangan yang telah pun mereka berikan selama ini, dan ini memerlukan pemerhatian Tuan Yang di-Pertua. Pemerhatian yang serius daripada semua pihak. Jadi rang undang- undang ini pada saya sangat bertepatan, tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi tetapi Tuan Yang di-Pertua biarlah pengeluaran lesen tersebut, saya menjurus kepada lesen sahaja, biarlah berhati-hati. Hanya mereka maksud saya, hanya mereka yang mempunyai kelulusan dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu sahaja, bidang makanan haiwan ataupun bidang haiwan yang layak diberikan lesen. Tidak semua boleh diberikan lesen.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya pun tidak layak mendapat lesen ini kerana saya tidak ada kelulusan langsung, tidak ada kepakaran tentang lesen tersebut. Saya boleh mendapatkan lesen tetapi saya perlu menggaji seseorang yang ada kepakaran dan kelulusan dalam bidang ini.

Inilah Tuan Yang di-Pertua yang perlu saya bangkitkan. Saya harap mendapat penjelasan, sekurang-kurangnya saya boleh memberikan cadangan ini kepada pihak kementerian.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada dasarnya saya bersetuju rang undang-undang ini dibentangkan, kerana dia mempunyai kesan yang sangat baik kepada kehidupan manusia dan rakyat kerana kita memastikan makanan haiwan ini adalah makanan yang berkualiti dan tidak tercemar dan selamat.

Saya bersetuju dengan kandungan utama dalam mukadimah daripada rang undang-undang ini. Kita ingin memberikan pandangan-pandangan yang konstruktif supaya pihak kementerian peka terhadap rang undang-undang ini dalam bentuk perlaksanaan.

Akan tetapi persoalan saya yang pertama, yang ingin saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kenapa lambat sangat? Kerana rang undang-undang ini dirangka tahun 1995. Bermakna setelah 14 tahun, barulah rang undang-undang ini sampai ke Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, ini terlalu lambat dan kesan daripada kelambatan pihak kementerian ini, mungkin waktu itu Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri lagi. Kesan kepada rakyat keseluruhannya. Kita boleh bersetuju sekiranya dirangka pada tahun 1995, tahun 1998 rang undang-undang itu dibentangkan. Tiga tahun pegawai-pegawai ambil masa untuk merangka rang undang- undang ini. Akan tetapi 14 tahun satu tempoh yang terlalu panjang, jadi kenapa lambat sangat? Sehingga ada pegawai-pegawai yang merangka rang undang-undang ini sudah pencen dan retired. Apabila saya bincang balik, dia kata ini waktu saya jadi pegawai di peringkat kementerian dahulu. Rang undang-undang ini terlalu lambat dan terlalu lama.

Jadi persoalan saya kenapa terlalu lama atau mungkin pihak kementerian tidak melihat tentang isu makanan haiwan dan makanan yang kita makan. Haiwan yang kita makan, daging yang kita makan itu penting maka pada ketika inilah barulah rang undang- undang ini dibawa Kesan daripada 14 tahun kelewatan rang undang-undang ini dibawa ke Dewan menyebabkan rang undang-undang ini telah out of date. Saya sebut perkara out of date ini, bukanlah bahasa ini bahasa lama, bahasa baru. Akan tetapi ada teknologi-teknologi moden pemakanan hari ini yang tidak termasuk di dalam rang undang-undang ini. Sebagai contohnya apabila disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tentang EM atau effective microorganism, tidak disebut dalam rang undang-undang ini kerana EM ini baru muncul empat, lima tahun yang lalu.

Akhirnya rang undang-undang ini..., oleh kerana kelewatan rang undang-undang ini menyebabkan teknologi moden yang terbaru tidak dimasukkan. Jadi boleh saya sokong dari sudut inti pati daripada kandungan rang undang-undang ini, tetapi dari sudut keseluruhannya, boleh-boleh, saya bagi Yang Berhormat Menteri Besar.

final • 3:33 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya juga ingin mengesyorkan supaya rang undang-undang ini ditambah dengan satu cara baharu yang biasanya dimasukkan dalam rang undang-undang untuk mengesan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan haiwan ini. Ini termasuklah dalam konsep yang sekarang digunakan di Eropah, dalam European Community sebagai concept traceability atau ‘konsep kebolehkesanan’, iaitu suatu kaedah yang kita gunakan untuk mengesan jenis bahan yang dicampur dalam makanan tertentu. Cuma, agak malang kerana rang undang- undang berkaitan makanan di negara kita tidak menyelitkan konsep traceability. Walhal jika konsep traceability digunakan, bererti setiap pengusaha yang menggunakan jenis makanan ini boleh menyimpan sampel bahan yang diberi makan.

final • 3:33 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Dan kalau ada perkara-perkara yang hendak dikaji ataupun dilihat dan disiasat sudah tentu konsep traceability boleh membantu. Dengan yang demikian, saya berpendapat antara kekurangan dalam rang undang-undang ini adalah kerana konsep traceability atau konsep kebolehkesanan tidak dimasukkan dalam rang undang-undang ini.

Terima kasih.

final • 3:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Saya rasa ucapan Yang Berhormat itu, masuk di dalam saya punya ucapan supaya memberikan kesan yang lebih baik.

Saya ingin sentuh tentang kelewatan rang undang-undang ini. Bukan sekadar soal teknologi moden yang tidak dimasukkan, istilah-istilah baru dan penemuan-penemuan baru juga tidak dimasukkan.

Akhirnya sekiranya kita terima rang undang-undang ini setahun, dua tahun, akhirnya kita kena buat pindaan, kena bahas balik, kena bincang balik kerana ada terma tertentu yang tidak dimasukkan di dalam rang undang-undang ini. Itu yang pertama.

Keduanya kelewatan kita bawa ke Dewan Rakyat ini menyebabkan sebahagian terma-terma yang sudah ada di dalam rang undang-undang yang lain iaitu termasuk di dalam Rang Undang-undang Antidadah, Rang Undang-undang Akta Dadah Berbahaya, Akta Kawalan Penyakit, Akta Makanan sudah masuk dalam istilah-istilah yang kita bincangkan ini. Telah masuk ke dalam akta-akta yang lain.

Jadi ia akan memberikan implikasi kepada hukuman kerana apabila kes itu di bawa ke mahkamah di bawah akta manakah yang hendak dibincangkan? Kerana kalau kita membincangkan antibiotik ia sudah ada di bawah Akta Racun. Yang Berhormat Pendang boleh mengesahkan di bawah Akta Racun, antibiotik dibincangkan.

Jadi, ini di antara perkara-perkara yang menyebabkan kelewatan kita membawa rang undang-undang ini ke Dewan Rakyat dan memberikan kesan. Itu perkara yang pertama iaitu akta ini atau rang undang-undang ini bertindih ataupun overlapping dengan izin dengan rang undang-undang yang lain dan ini memberikan kesan. Jadi saya mohon sama ada pihak kementerian menarik balik rang undang-undang ini, dikaji dan disusun balik dan kerana ada lagi usul-usul yang hendak dikemukakan dipihak Barisan Pakatan Rakyat supaya terma-terma tertentu dimasukkan, termasuklah pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi supaya kesan daripada rang undang-undang ini memberikan kebaikan kepada keseluruhan.

final • 3:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Keduanya, isu yang kedua saya ingin sentuh sepuluh perkara Tuan Yang di- Pertua. Baru yang pertama tadi, yang kedua berkaitan dengan soal kualiti bahan makanan.

Mungkin yang lain lebih ringkas, kerana kualiti bahan makanan haiwan sangat penting, sebab itu kita menguatkuasakan rang undang-undang ini dalam masa yang sama kerana kita dapati pihak pengilang, selalunya mencampurkan najis dalam makanan-makanan haiwan mereka dan di dapati dari setengah-setengah najis itu masih lagi mengandungi kandungan-kandungan nutrien yang berfaedah, dan akhirnya dijadikan makanan haiwan. Ini memberikan kesan secara tidak langsung kepada makanan haiwan itu...

final • 3:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ya sila Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 3:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima Kasih, Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Kuala Kedah, peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu iaitu kejadian mad cow ya lembu gila terutama di negara-negara Eropah, yang antara sebabnya berlaku adalah kerana lembu ini diberi makanan daripada internal organ nya sendiri. Jadi kerana mereka nak menambahkan nilai protein itu. Internal organ misalnya di negara Europe tak macam kitalah, kita makan semualah. Negara Europe, internal organ ini dibagi untuk makanan haiwan. Jadi internal organ ini untuk meningkatkan nilai protein kepada makanan lembu ini, maka dimasukkan balik dalam makanan sehinggakan lembu yang dalam kategori herbivor menjadi, seolah-olah orang kata, apa ya istilah terlupalah, omnivore alright..., karnivor ya, kalau mix ia ada omnivore lah, ya omnivore.

final • 3:40 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Jadi ini menyebabkan lahirnya penyakit, iaitu apa dia lembu gila. Ya, yang kedua, jadi saya ingin tahu, apakah pandangan daripada Yang Berhormat sendiri. Adakah saya mencari-cari di sini. Saya tidak lihat daripada apa ini rang undang-undang ini ada satu clause yang orang kata boleh mencegah perkara ini daripada berlaku. Keduanya, seperti yang dikata, Yang Berhormat katakan tadi, najis bagaimana baru ini kita dikejutkan di Perak, di mana apa ini ikan keli, ikan apa diberi makan najis daripada khinzir, ikan patin diberi makanan daripada najis khinzir. Juga adakah di sini satu larangan yang khusus berkaitan dengan tindakan-tindakan, ataupun amalan-amalan yang diambil oleh pengusaha-pengusaha penternakan haiwan ini. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima Kasih Yang Berhormat Titiwangsa, mungkin Titiwangsa masuk lewat, jadi isu itu telah dibincangkan dengan panjang lebar, daripada Yang Berhormat Lembah Pantai tadi tentang mad cow dan saya bersetuju bahawa kita kena memastikan tentang gejala ini tidak berulang di dalam Negara kita. Selepas rang undang-undang ini dibentangkan, saya harap perkara ini tidak berlaku Yang Berhormat Timbalan Menteri. Begitu juga dengan isu daging, ikan patin dibagi makan daging khinzir. Pihak Yang Berhormat Baling telah memberikan jawapan yang begitu baik sekali. Iaitu dari sudut hukum Islam nya, pihak ketiga makan disebut contoh tadi, ayam makan najis, ayam makan tahi, kita makan ayam. Bukan bermakna kita makan tahi. Jadi kita pihak yang ketiga, dari sudut hukum itu jelas. Pihak Yang Berhormat Baling telah memberikan penjelasan...

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan sikit.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Daripada ucapan panjang saya, sila Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Tadi disebutkan bahawa ada masalah mad cow, sebab dia makan apa benda salah. Jadi dalam Dewan ini pun ada juga, yang tak betul perangai. Jadi apa agak makanan yang salah... [Dewan riuh]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hah, Yang Berhormat Pasir Salak dia ada makan benda yang tak betul, yang tidak elok tu. Sebab itu, dia perangai macam tu Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Are you referring to yourself ?... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia mahu tunjuk dia punya perasaan, gila-gila semua itu... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Dia tadi panjang lebar, Yang Berhormat Baling, Parit Besar sebut tadi, tentang pemakanan kita ni ada kesan kepada akhlak kita.

Makan halal kita, ada kesan kepada akhlak kita. Kadang-kadang saya setuju pandangan Tuan Yang di-Pertua tadi, supaya kita mengawal peribadi kita. Ini kerana ada kaitannya dengan soal pemakanan kita. Jadi kita boleh rujuk kepada Hansard panjang lebar daripada Yang Berhormat Baling tadi. Ya pemakanan memberikan kesan. Kalau tidak bercakap lucah, duduk huru-hara di dalam, dalam tempat-tempat tertentu, jadi nak kira ambil baliklah, kita punya pemakanan kita, saya tidak ingin merujuk kepada mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, yang ketiganya, isu yang ingin saya sentuh kerana ia kesan sampingan kepada kesihatan manusia.

Walaupun banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tetapi, ini sangat-sangat penting. Kalau daging khinzir tadi, apabila dia makan dia berubah dia punya kandungan itu, boleh makan tetapi kalau kita makan benda-benda yang beracun seperti mana yang disebut antagonist, antibiotik yang beta-agonist, antibiotik yang mempunyai kesan-kesan jangka panjang. Jadi ini antara perkara-perkara yang memerlukan penjelasan dan penguatkuasaan yang lebih terperinci.

Saya setuju kerana kesan daripada bahan makanan yang kita makan dan akan memberikan implikasi, bukan sekadar itu, banyak lagi kandungan-kandungan dadah yang kita masukkan dalam makanan haiwan terutamanya dia akan memberikan kesan tumbuhan kepada haiwan tersebut.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Dan dalam tempoh itu, tempoh residu di dalam makanan haiwan ini, saya telah ambil kira. Ini kerana tempoh residu bagi makan ayam, minimumnya adalah tujuh hari, bermakna selepas berlaku suntikan kita tidak boleh makan makanan ayam itu kalau disembelih dalam tempoh kurang daripada tujuh hari, ia akan memberikan kesan kepada sampingan. Kesan sampingan kepada manusia, begitu juga daging dia memerlukan 28 hari.

Oleh sebab itu, tempoh daripada suntikan itu, kita perlu ambil kira. Saya bercakap soal suntikan ini, kerana bagi orang belajar di UPM seperti saya, seperti Timbalan Menteri, seperti Yang Berhormat Machang, ini semua orang pertanian kami, terpaksa buat benda itu.

Cucuk ayam ini, diajar begitu. Cuma sekarang ini tidak upaya kena makan juga, makanan ayam cucuk ini sebab itulah. Walaupun tak boleh cucuk sendiri tapi bermakna kita buat perkara itu, kita buat. Ada kesan sampingannya, sebab itu kita minta, akta rang undang- undang ini, betul-betul mengawal bahan. Saya difahamkan oleh pihak-pihak penternak ayam khususnya, mereka mendapat secara haram, masalahnya secara illegal. Bahan- bahan kandungan, bahan antibiotik yang dilarang ini mereka dapat daripada negara-negara jiran., khususnya daripada Thailand, daripada negara-negara yang lain yang jadi tempat buangan bahan-bahan tersebut dijadikan sebagai tempat percubaan untuk nak menghasilkan ayam yang lebih besar, daging yang lebih besar, cepat besar dia dan sebagainya.

Ini di antara perkara yang ketiga yang ingin saya sentuh. Keempatnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang ingin saya sebutkan ini soal kekurangan pegawai- pegawai dalam bidang pemakanan haiwan. Seingat saya tidak ada khusus pemakanan haiwan, saya tidak tahu kalau di UPM, dulu kami ada food technology, Fakulti Teknologi Makanan tetapi tidak dimasukkan teknologi pemakanan haiwan. Jadi adakah dengan rang undang-undang ini kita memerlukan ramai tenaga profesional dalam bidang pemakanan haiwan, boleh dilaksanakan secara lebih efisien lagi pelaksanaan dan juga penguatkuasaan. Kalau tidak kita terpaksa melatih, pihak kementerian terpaksa melatih golongan-golongan separa mahir agar menjadi pegawai yang boleh memantau tentang aktiviti-aktiviti pemakanan, khususnya kilang-kilang yang mengeluarkan makanan.

Kadang-kadang kilang-kilang yang mengeluarkan makanan mencampurkan bahan-bahan, sisa-sisa yang tidak diperlukan di dalam makanan haiwan tersebut.

Kelimanya ialah yang berkaitan dengan isu soal harga daging, dan mungkin inilah yang disentuh ucapan oleh Timbalan Menteri tadi bagi pihak kementerian, bahawa penggunaan bahan yang terlarang ini, kerana nak bagi cepat proses, cepat proses sebab itu, kalau boleh kita adakan kempen kembali kepada makanan tradisional, herba, berasaskan kepada ayam organik, ayam herba, daging yang memakan makanan yang bukan makanan palet, yang mempunyai kesan jangka panjang kepada makanan-makanan yang lebih tradisional.

Antara ayam kampung dan ayam bandar, Tuan yang di-Pertua, sedap ayam kampung lagi walaupun tempohnya panjang. Jadi sebab itulah, disuntik bahan-bahan yang terlarang ini kerana nak bagi cepat tempoh pembesaran daging tersebut dan kos pengurusan dapat dijimatkan. Saya difahamkan sekarang sampai 30 hari ayam daging ada yang kurang daripada itu. Jadi ini bermakna satu pemerhatian yang memerlukan tindakan yang lebih khusus daripada pihak kementerian. Keenamnya adalah soal proses pendidikan rang undang-undang ini kepada para pengilang, penternak dan pengguna supaya masing- masing faham. Masing-masing alert dengan izin, peka dengan persoalan undang-undang ini. Ini kerana mungkin kita lebih tertumpu rang undang-undang ini kepada enforcement, dengan izin maksudnya hendak mengawal selia di kilang-kilang tersebut tetapi bagaimana dengan soal penternak? Dia juga kena peka, dia juga kena ada ilmu, dia kena juga ada maklumat tentang pemakanan haiwan, begitu juga dengan pengguna.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ketujuh, mungkin denda yang dikenakan maksimum sebanyak RM100,000 dan dua tahun penjara itu mungkin bagi pengilang-pengilang besar merasai benda itu terlalu kecil dan kita merasai benda itu terlalu kecil, mereka rasa enteng. Mungkin kalau dibawa ke mahkamah pun akibat daripada isu ini, mungkin kita rasa isu remeh. Mungkin dia kena denda RM2,000 hingga RM3,000 sahaja, sedangkan hakikatnya mereka mengaut keuntungan yang banyak.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ia juga memberi kesan implikasi yang besar kepada masyarakat dan kepada rakyat akibat daripada kecuaian mereka untuk melaksanakan pemakanan yang sihat kepada haiwan yang mereka pelihara.

Kelapan, soal yang disentuh oleh ramai Ahli Yang Berhormat, soal keanggotaan Lembaga Makanan Haiwan. Sekali lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri kita minta supaya berilah ruang Ahli Lembaga ini di kalangan orang-orang yang profesional, orang- orang mempunyai keahlian dalam bidang itu supaya mereka boleh menjadi rujukan utama.

Mungkin Timbalan Menteri apabila menggulung jawapan tadi beritahu, kita akan libatkan mereka. Akan tetapi kita hendak dalam rang undang-undang mereka itu dimasukkan. Pakar dalam bidang pemakanan khususnya daripada pengilang-pengilang.

Wakil pengilang-pengilang itu berada di dalam Ahli Lembaga Makanan Haiwan supaya mereka lebih tahu dengan urusan ini. Saya setuju dengan soal pegawai-pegawai. Akan tetapi mungkin sebahagian daripada pegawai-pegawai bukan ahli ataupun mereka bertukar jabatan dan sebagainya. Apa yang kita hendak, yang kita desak ialah soal pakar dan khususnya wakil daripada pengilang-pengilang makanan haiwan itu berada di dalam keanggotaan Lembaga Makanan Haiwan.

Kesembilan, isu penguatkuasaan dan kakitangan apabila rang undang-undang ini diluluskan. Saya setuju dengan ramai rakan-rakan supaya mencontohi negara-negara yang tertentu. Kadang-kadang rang undang-undang itu cantik atas kertas, cantik atas meja, tetapi bila turun ke peringkat pelaksanaan ia tidak nampak indah. Jadi saya minta supaya apabila rang undang-undang ini diluluskan dan diterima, penguatkuasaan adalah perkara yang cukup penting untuk kita jadikan kesan rang undang-undang dibentangkan ke dalam Dewan.

Akhir sekali, rakan-rakan saya khususnya Yang Berhormat Parit Buntar sebut kenapakah berlaku diskriminasi rang undang-undang ini kepada negeri Sabah dan Sarawak? Kenapa tidak dimasukkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri yang terlibat di dalam rang undang-undang ini? Ada dua perkara sahaja, pertama mungkin sudah ada enakmen di peringkat negeri Sabah dan Sarawak tentang makanan haiwan, saya difahamkan begitu. Akan tetapi bolehkah rang undang-undang ini digubal mengatasi daripada enakmen ini, kerana yang saya khuatir ialah apabila rang undang-undang ini yang begitu cantik tidak dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak, tetapi negeri Sabah dan Sarawak menjadi pengeluar utama kepada daging-daging tertentu yang menyalahi daripada rang undang-undang. Bermakna penggunaan antibiotik yang salah berleluasa di Labuan dan sebagainya.

Akhirnya dieksport ke Wilayah Persekutuan, dieksport ke Semenanjung, jadi ini kesannya. Oleh sebab itu kita minta supaya pihak kementerian berikan alasan mengapakah rang undang-undang ini hanya terbabit di negeri Semenanjung sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Kita rasa Sabah dan Sarawak juga perlu merangkumi rang undang- undang ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya rasa itulah sepuluh perkara yang ingin saya sentuh di dalam rang undang-undang ini. Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang dan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. Rang undang-undang ini penting kerana bagi saya ia akan berkisar juga soal keselamatan makanan negara. Dalam keadaan dunia sekarang soal keselamatan makanan pun boleh dijadikan elemen bagi menjejaskan kestabilan sesebuah negara. Lihat sahaja virus Influenza ‘A’ H1N1 yang punca utamanya daripada khinzir.

Kita nampak porak-peranda juga dunia dibuatnya, walaupun bukan tujuan yang disebut. Akan tetapi adalah menjurus kepada elemen keselamatan itu sendiri. Kalau kita lihat pada akhir tahun 2000, Eropah dilanda kebimbangan kerana penyakit lembu gila berikutan pencemaran BSE. Ini banyak disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi tersebar ke seluruh benua Eropah.

final • 3:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Ketika itu dilaporkan lebih 80 penduduk Britain mati selepas menderita penyakit yang menyerupai BSE yang dikenali sebagai penyakit Varian VCID. Kalau haiwan ternakan boleh menjejaskan soal keselamatan Tuan Yang di-Pertua, dan mengancam nyawa manusia, apakah bentuk-bentuk akan datang untuk membendung dengan lebih serius perkara ini? Jadi saya melihat bertapa perlunya rang undang-undang ini dilaksanakan dan kesan daripada kemahiran teknologi sekarang mungkin akan banyak lagi perkara-perkara baru yang akan dibuat. Kalau kita tidak kawal ia boleh menyebabkan sesebuah negara itu lumpuh.

Pernah juga dalam laporan media tempatan Tuan Yang di-Pertua, melaporkan bahawa dakwaan daging import daripada Brazil dan Argentina dibawa masuk secara haram ke negara ini. Malah lebih mengejutkan, orang ramai mendakwa bahagian lain haiwan itu seperti ekor, tulang, hati dan lampung yang diimport tidak ada pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam atau JAKIM.

Saya melihat fasal 17 yang menyebut soal pematuhan spesifikasi dan fasal 18 mengenai pematuhan syarat-syarat bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan yang sepatutnya boleh membantu negara dalam memantau dari segi soal pengimportan makanan haiwan. Akan tetapi apa yang menggusarkan saya ialah cara pelaksanaan dan perancangan untuk menguatkuasakan fasal 17 dan fasal 18 ini.

Sebagai contohnya, adakah nanti pengambilan kakitangan atau penguat kuasa itu bakal mencukupi kelak atau menggunakan tenaga guna sama yang sedia ada.

Akhirnya memperlihatkan kepada peringkat awal pelaksanaan atau objektif Lembaga Makanan Haiwan tidak akan berfungsi. Ini bukan perkara yang boleh main-main dalam soal hasilan makan seperti daripada haiwan. Pernah terjadi di Johor di mana ramai penternak ayam secara kecil-kecilan masih menggunakan sejenis antibiotik yang dipercayai mempunyai kesan carcinogenic atau menyebabkan penyakit barah dan boleh merosakkan sistem saraf pusat manusia. Ini berlaku dalam negara dan mungkin boleh dikawal. Akan tetapi sekiranya haiwan itu adalah diimport bagaimana? Bagaimana dengan ubat-ubatan seperti antibiotik, penisilin yang digunakan kepada haiwan yang sudah tentu kita tidak mengetahuinya. Lebih-lebih lagi bagi haiwan yang diimport.

Jadi saya hendak tahu sejauh mana benar-benar dalam akta ini khususnya di bawah Bahagian V, iaitu kawalan penggunaan antibiotik, hormon dan bahan kimia lain yakni fasal 19 dan fasal 20 boleh membantu dengan lebih berkesan. Siapa nanti yang akan mengawal selia atau memantau perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa ubatan-ubatan yang digunakan untuk haiwan boleh memberi kesan sampingan terhadap manusia. Contohnya ketika menyediakan atau memberi ubatan-ubatan seperti antibiotik, penisilin atau hormon prostaglandin kepada haiwan penternak mungkin mengalami alergi atau alahan.

Penggunaan racun serangga, organofosforus bagi membunuh kutu haiwan boleh menyebabkan penternak terdedah kepada keracunan sebatian tersebut melalui pernafasan.

Lebih membimbangkan lagi ialah kemungkinan ubat-ubatan seperti agen perangsang pertumbuhan dari jenis antibiotik menceroboh masuk ke kitar makanan manusia, sekiranya penggunaannya tidak dikawal atau dipantau dengan berkesan. Bakteria yang sekian lama menjadi musuh manusia juga mampu menyerang haiwan ternakan. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan besar, maka serangan bakteria boleh menyebabkan keseluruhan kelompok terdedah kepada bahaya penyakit ini.

Jadi situasi sebeginilah yang kita hendak pantau dengan lebih serius lagi. Kita pun tidak mahu semata-mata bergantung dengan haiwan yang diimport sahaja. Malahan haiwan ternakannya mesti juga lebih banyak dan mampu memenuhi keperluan rakyat jelata negeri ini.

final • 3:54 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi apa yang kita harap apabila industri ini makin berkembang di negara ini kerana kita nampak banyak ataupun ramai penternak dan peladang-peladang yang mula memikirkan ataupun pengusaha yang mula memikirkan ke arah ini, pemantauan daripada Jabatan Haiwan atau Lembaga Makanan haiwan ini sangat perlu. Jadi, dengan kata itu, saya menyokong Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya mahu memanggil Menteri tadi untuk menjawab. Sila Yang Berhormat Selayang.

final • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Makanan Haiwan (2008). Saya mengalu-alukan undang-undang ini sebab amalan oleh penternak dan oleh mereka yang terlibat dalam industri makanan ketika ini kurang bertanggungjawab dan amat tidak memuaskan. Makanan haiwan adalah elemen sangat penting dalam usaha penternakan khususnya yang dijalankan secara komersial. Kos makanan sahaja menyumbang sekurang-kurangnya 60 peratus kepada kos pengeluaran hasil ternakan. Perkembangan teknologi turut membuka jalan kepada penggunaan makanan secara lebih efisien. Walau bagaimanapun, teknologi juga turut memberi ruang kepada pengusaha untuk menyalahgunakan kaedah tertentu bagi tujuan meningkatkan pengeluaran ternakan dengan cepat membesar, lebih gemuk.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Terdapat pengusaha yang menggunakan kaedah yang kontroversial demi untuk kurangkan kos makanan. Praktis yang tidak bertanggungjawab ini, membawa impak buruk seperti mengganggu kesihatan manusia apabila makan produk ternakan yang diberi makanan mengandungi makanan yang dilarang dan mengakibatkan kanser, barah, dan sebagainya. Makanan kepada haiwan produknya dimakan oleh manusia, makanan poultry commercial untuk ayam, itik, puyuh, burung 90 peratus bahan mentah bagi campuran komersial adalah diimport. Ini mengakibatkan harga menjadi lebih tinggi dan mengakibatkan amalan yang buruk. Penggunaan bahan tambahan makanan yang dibenarkan bagi mempercepatkan pembesaran dan pengeluaran telur adalah praktis yang dibenarkan.

Terdapat ruang bagi salah guna antibiotik dan beta-agonist yang diharamkan kerana tidak ada pemantauan yang berterusan ke atas ladang dan produk yang dijual.

Makanan khinzir pemberian komersial bagi pengusaha berkapasiti besar makanan dari sisa makanan manusia masih digunakan. Penyalahgunaan bahan alat pembesaran yang diharamkan seperti beta-agonist dalam makanan masih berlaku dan kurang dipantau.

Makanan ruminan, makanan asas ialah bahan hijau, makanan tambahan adalah bagi meningkatkan produktiviti juga makanan ternakan akuatik. Makanan ternakan akuatik komersial pada lazimnya ialah makanan berbentuk pallete. Kaedah mengurangkan kos merangkumi pemberian makanan berasas ikan baja.

Terdapat pengusaha memberi makan dalam bentuk bangkai ternakan dan bahan sampingan penyembelihan di kalangan pengusaha ini ada yang menggunakan bahan dari sisa sembelihan babi seperti perut babi. Isu-isu semasa, pengilang makanan dari semasa ke semasa membancuh makanan tidak mengikut kandungan nutrien yang tercatat pada label, akibatnya makanan yang dibeli penternak mempunyai kadar nutrien lebih rendah.

Meletak bahan NPN (non protein nitrogen) berlebihan secara tidak bertanggungjawab bagi meningkatkan kandungan protein.

Terdapat kes urea diletak berlebihan dalam makanan ruminan adalah telah menyebabkan kematian kepada ternakan. Juga isu halal timbul apabila ikan akuatik timbul apabila ikan narkotik diberikan makanan berasas bangkai mati tanpa sembelih dari spesies ternakan yang bukan haram seperti bangkai ayam dan bangkai lembu. Ikan narkotik diberikan makanan berasas produk babi. Kemudahan makmal amat kurang menjadikan keputusan ujian makmal bagi makanan terlampau lewat sangat. Penggunaan beta-agonis yang diharamkan masih berlaku akibat kurang pemantauan dan kini ada penternak masih berlaku akibat kurang pemantauan dan kini ada penternak ayam daging telah menggunakannya.

Oleh yang demikian, rang undang-undang ini sangat penting dan hendak dilaksanakan tetapi rang undang-undang ini juga ada beberapa kelemahan. Saya hendak sentuh beberapa sahaja. Yang pertama, ialah dengan definisi tentang makanan haiwan dengan mengawal pengimport, saya mencadangkan definisi perolehan tempatan diadakan.

final • 4:01 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Juga tentang pegawai, kita harus ada pegawai yang ada kecekapan dan kebolehan yang cukup supaya kita dapat mengawalkan perkara-perkara yang hendak dipantau dengan akta ini. Sebagai penutup, apa-apa rang undang-undang yang diluluskan perlu mengambil kira tahap kecekapan yang boleh diberi oleh kakitangan kerajaan yang menjalankan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan berkaitan dengan rang undang-undang ini. Ketidakcekapan dan terlampau banyak birokrasi lambat akan menjejaskan industri ternakan. Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:01 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Alhamdulillah.

Bismillahhir Rahmannir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Terlebih dulu saya ucapkan setinggi tahniah kepada kementerian dan menyediakan rang undang-undang ini walaupun ia telah didrafkan sejak tahun 1995 yang lalu sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam penyediaan dan penggubalan rang undang- undang ini telah melibatkan beberapa akta seperti:

(i) Animal Act;

(ii) Poison Act;

(iii) A Sale of Drug Act;

(iv) Dangerous Acts are dangerous drug act;

(v) Pesticide Act;and

(vi) Food Act.

Oleh yang demikian, perlulah diambil kira pertindihan dan keterlibatan akta-akta tersebut dalam merangkanya nanti. Tuan Yang di-Pertua, makan haiwan adalah merupakan elemen yang penting dalam usaha penternakan khususnya yang dijalankan secara komersial. Amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab telah memberi impak yang buruk seperti mengganggu kelihatan manusia apabila makan produk makanan ternakan yang diberi makanan mengandungi bahan-bahan yang terlarang sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi iaitu from farm to table. Jika sekiranya from farm to table kita dapati bahawa makanan itu disediakan dengan baik maka kita akan dapati masyarakat akan sejahtera dengan makanan yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan tiga isu utama, itu yang pertamanya tentang isu penggunaan bahan kimia manakala isu kedua tentang kehalalan bahan yang digunakan, dan yang ketiga tentang penguatkuasaan. Kita perhatikan sejak tahun1992, kerajaan melalui akta racun telah mengharamkan penggunaan beta-agonist sebagaimana yang telah pun disebutkan oleh rakan-rakan terdahulu dan makanan ternakan. Langkah kawalan yang telah diberikan, yang telah diambil untuk mencegah penggunaan beta-agonist adalah melalui skim amalan ternakan yang baik untuk tujuan mengujudkan perladangan yang bersih bebas penyakit dan menghasilkan produk bermutu tinggi.

final • 4:01 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Penggunaan beta-agonist dalam makanan adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan 37 dan 40 - Peraturan Makanan 1985 iaitu mana-mana pihak yang didapati dalam rangkaian makanan mengandungi beta-agonist, jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. Pada September 2005 pula beta-agonist dari jenis ractopamine dibenarkan penggunaannya dalam penternakan khinzir pada kadar maksima yang telah ditetapkan. Daripada kajian iaitu daripada 768 sampel yang diambil iaitu sampel daging, organ, dan hasil dari khinzir serta sampel daging lembu, daging kambing, ayam dan itik telah mendapati lima sampel iaitu 0.65 peratus, manakala pada tahun 2006 pula dari 900 sampel, didapati 15 sampel mengandungi bahan tersebut.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Mengikut laporan Dewan Negara pada 6 Disember 2006, hasil pemantauan mendapati bahawa daripada 356 sampel ternakan ayam dan 321 sampel lembu dan kerbau yang diuji, didapati kedua-duanya adalah bebas daripada penggunaan beta-agonist. Walau bagaimanapun, bagi ternakan babi, didapati bahawa 188 sampel daripada 534 sampel yang diuji didapati positif dengan penggunaan beta-agonist. Dari contoh di atas untuk dua tahun iaitu kita telah menampakkan kecenderungan untuk peningkatan dan penggunaan beta- agonist. Maka dengan ini satu langkah awal perlu diadakan suatu kawalan dengan suatu akta.

Tuan Yang di-Pertua, di Amerika larangan telah pun dikeluarkan di bawah kelolaan FDA Centre for Veterinary Medicine iaitu CVM seperti berikut:

(i) melarang sebarang darah mamalia dan hasil darah digunakan untuk makanan lembu;

(ii) melarang penggunaan chicken waste digunakan sebagai bahan makanan ternakan; dan

(iii) melarang dari menggunakan bahan-bahan sisa makanan untuk dikitar semula bertujuan untuk makanan ternakan lembu.

Untuk pengetahuan, apa yang saya telah perhatikan, di antara penternak- penternak udang ini, mereka membuatkan iaitu integrated farming, di atas dia bela ayam, di bahagian bawah pula dia bela dengan kolam udang. Alangkah kita makan udang itu sedap, rupanya kita makan daripada bahan yang terlaranglah. Jadi kalau diikutkan begitu, di Malaysia persoalannya, apakah standard yang kita gunakan? Yang mana hendak kita pilih?

Jadi saya haraplah supaya satu formula yang seragam untuk pengeluaran makanan ternakan haiwan amat penting bagi memastikan kualiti dan memenuhi permintaan dan penawaran di pasaran sekali gus akan menyediakan penetapan harga yang berdaya saing.

Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, halal dan thoyibbah adalah satu perkara yang dituntut oleh Allah kepada semua manusia terutama di kalangan umat Islam. Ini adalah satu perkara yang sensitif dan perlu dipelihara demi perpaduan ummah. Isu halal timbul apabila ikan akuatik diberi makan makanan berasaskan bangkai-bangkai seperti bangkai ayam, kambing dan seterusnya. Ianya juga diberi dengan makanan yang berasaskan produk babi. Patut kita ingatkan bahawa makanan akan mempengaruhi bukan sahaja perkembangan fizikal tetapi juga perkembangan rohani sebagaimana yang telah dikemukakan Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.

Bagi penganut Islam, kalaulah sumber makanan itu tidak halal maka rohani akan tergugat dan menjadi bebal. Allah SWT telah memerintahkan umatnya supaya memakan makanan yang baik-baik sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, masyarakat Malaysia baru-baru ini telah pun digemparkan dengan ikan patin di Temerloh iaitu dengan kata lain, siapa yang lalu di Temerloh tidak makan ikan patin sangatlah rugi. Tidak tahulah betul atau tidak betul tetapi apa yang saya tahu memang sedaplah ikan-ikan patinnya di Temerloh ini.

Kalau tanya pada orang Temerlohlah. Pada 13 Januari 2008, satu laporan di Pejabat Agama Islam Perak telah melakukan serbuan ke sebuah ladang ternakan ikan air tawar di Batu Gajah dan mendapati khinzir dan perut ayam telah dijadikan sebagai bahan makanan ikan. Ikan-ikan tersebut akan dihantar ke Pahang dan dipelihara di sana selama satu bulan sebelum digunakan.

Oleh yang demikian, kita sebagai umat mestilah berusaha serta berikhtiar bagi memastikan makanan yang di makan benar-benar baik dan bersih atau bebas daripada sebarang pencemaran serta najis. Jadi, satu peraturan dan undang-udang perlulah digubal bagi menjamin tentang bekalan makanan di negara ini benar-benar halal dan terjamin. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah kekesanan bahan makanan tersebut, apa yang kita perlukan iaitu makmal perlu diperbanyakkan bagi mempercepatkan analisis sampel agar suatu keputusan dapat diperoleh dalam tempoh 48 jam. Kita dapati bahawa pada masa kini, masalahnya iaitu kita dapati kajian sampel-sampel yang dihantar adalah terlalu lambat diberikan hasilnya iaitu keputusannya dan ini akan merugikan kepada pengguna dan juga pengusaha yang ada.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Oleh yang demikian, apa yang saya harapkan bahawa kita mestilah dalam akta ini dipertimbangkan supaya diperbanyakkan makmal-makmal dengan memberi akreditasi supaya tempoh analisis sampel dapat disingkatkan. Jadi oleh yang demikian, adalah saya cadangkan supaya setiap zon mempunyai beberapa buah makmal supaya dapat memberi perkhidmatan yang cepat.

Sebagai penutup, apa-apa rang undang-undang yang diluluskan perlu mengambil kira tahap kecekapan yang boleh diberi oleh kakitangan kerajaan yang menjalankan tanggungjawab berkaitan undang-undang. Ketidakcekapan dan terlampau banyak birokrasi sebenarnya akan menjejaskan industri ternakan negara kerana penternak sebagai pelanggan akan menjadi mangsa dan kita pengguna juga akan menerima musibah dengan pelbagai penyakit.

Sebagai kesimpulan, saya menyokong rang undang-undang ini untuk dikuatkuasakan namun semakan, pindaan dan penyelarasan perlu dilakukan bagi memastikan ianya sesuai diguna pakai pada masa kini walaupun kalau kita perhatikan bahawa sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi menyatakan undang-undang ini dah lama tetapi walau bagaimanapun alhamdulillahlah, sekurang- kurangnya ada dibuatkan. Jadi dengan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi tahniah kepada kementerian kerana dapat menyediakan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 4:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada saya, saya rasa adalah wajar kita adakan satu rang undang-undang untuk kawalan selia kualiti makanan haiwan. Bahan-bahan seperti ubat, antibiotik, kimia, hormon bila dimasukkan dalam makanan haiwan boleh membawa kesan buruk kepada manusia. Akan tetapi undang-undang ini pada masa ini, ada beberapa kelemahan umpamanya dalam fasal 9 di mana dikatakan, ini berkenaan dengan license, dia kata, “Tiada seorang pun boleh mengimport apa-apa makanan haiwan ataupun bahan tambahan makanan haiwan melainkan jika dia memiliki lesen yang sah” di bawah akta.

Kerisauan saya ialah adakah ini akan mewujudkan suatu monopoli terhadap kemasukan, importation makanan haiwan? Apakah kesan dia atas harga makanan haiwan?

Akhirnya jika kos makanan haiwan ini meningkat, pengguna iaitu orang yang membeli daging ataupun telur atau susu akan bayar kos yang lebih.

final • 4:19 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jadi sistem persaingan yang sedia ada sekarang memastikan kos makanan haiwan ini dikawal oleh kerana persaingan antara beberapa orang pengimport. Akan tetapi jika sekarang kita ada kaedah bagi lesen ini yang diberi hanya kepada beberapa syarikat yang tertentu mereka boleh meningkatkan harganya. Saya ingat itulah satu kelemahan yang harus dikendalikan sebelum kita luluskan ini. Saya akan syorkan sistem persaingan dalam bidang pembekalan makanan haiwan dikekalkan dan mungkin semua pihak yang sekarang sedang mengimport dan menyediakan makanan haiwan terus didaftarkan, diberi lesen dan dipantau untuk memastikan kualiti makanan yang dibawa oleh mereka adalah baik. Akan tetapi untuk sekali sahaja kita cancel semua mereka dan adakan beberapa company crony yang mengendalikan ini. Ini akan membawa satu kesan yang buruk untuk rakyat kita. Ini bukan satu khayalan sahaja. Umpamanya pada hari ini dalam soalan nombor 56 daripada Yang Berhormat Parit Buntar ada disentuh isu import gula dan tepung (flour) yang dikawal. Oleh itu ada satu sistem kronisme dan harga barang-barang ini telah dinaikkan. Semua ini kita patut tengok.

Satu lagi kelemahan dalam rang undang-undang ini ialah pegawai diberi kuasa

(authorized officer), dengan izin, nampaknya diberi banyak kuasa. Jika kita tengok dalam fasal 23 akta ini dikatakan seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang melakukan, atau cuba melakukan ataupun seorang yang munasabahnya disyaki oleh pegawai ini - on suspicion dia boleh tangkap. Ini Fasal 23.

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Fasal 25, di mana pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan etc. etc. boleh masuk atau menggeledah tempat atau premis (search), boleh memeriksa orang dan boleh menyita apa-apa makanan haiwan dan bahan tambahan - boleh seize atas disyaki. Apa yang ditakuti ialah kuasa yang luas begini akan membuka ruang untuk rasuah. Jika seseorang itu yang ada kuasa ini dia boleh meminta bayaran rasuah. Jika dia tidak mahu saya datang dan seize barangnya dan menangkap orang bayarlah sikit.

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Itu salah.

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Itu salah tetapi itu berlaku, bukan?

Apa yang kita tengok dalam fasal 45, ia memberi perlindungan terhadap prosiding undang- undang. Dikatakan di sini, “Tiada tindakan atau pendakwaan yang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap pegawai yang diberi kuasa jika perbuatannya itu dilakukan dengan suci hati dan kepercayaan munasabah”. Akan tetapi siapakah yang menentukan suci hati seseorang ataupun adakah itu munasabah?

Jadi, saya ingat ini adalah satu isu yang penting. Kita kena kendalikan ini kerana bila menggubal satu rang undang-undang yang baru seperti ini kita mesti ambil kira situasi yang sedia wujud di negara kita pada masa ini. Pada masa ini banyak agensi yang membuat kerja kawalan; kawalan aktiviti manusia, kawalan aktiviti ekonomi umpamanya JPJ, kastam ataupun polis. Masalah rasuah adalah satu masalah yang besar dan susah bagi kita mengendalikannya. Itulah sebabnya kita adakan kempen-kempen anti rasuah dalam polis dan kastam kerana ini satu isu yang besar. Di sini sekarang kita wujudkan satu lagi situasi di mana kita membuka ruang yang besar untuk rasuah lagi sekali.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Hendak tanya sikit.

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Boleh.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sungai Siput. Saya terpanggil untuk mohon penjelasan sebab sekali lagi selain yang kita bahaskan pagi tadi seolah-olah setiap kali pindaan perundangan dipinta di sini yang dipinta antara lain ialah imuniti undang-undang. Saya tidak faham kenapa hari ini bukan sahaja Public Authority Protection Act dan pelbagai lagi yang sudah diadakan dengan andaian bahawa pegawai kerajaan tidak boleh didakwa sekiranya selepas masa sekian, sekian, andaiannya kerana pegawai kerajaan melakukan kerja yang baik. Akan tetapi apabila indeks rasuah meningkat saya ingin mohon penjelasan kerana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi mengambil kira keadaan di sini - perundangan tersebut tetapi kalau keadaan menunjukkan bahawa integriti pegawai ataupun integriti governance system itu amat teruk tahapnya perlukah kita setiap kali perundangan yang di minta ialah imuniti terhadap prosiding undang-undang.

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya rasa, ya, saya agree. Saya rasa ini satu isu, ini satu perkara yang boleh menjadikan rasuah dan ketidaktelusan jadi lebih besar. Saya rasa kita perlukan satu fasal baru, satu jawatankuasa ataupun satu panel dalaman untuk memantau aktiviti tindakan pegawai-pegawai yang diberi kuasa. Jika berlakunya penangkapan, penyitaan ataupun yang dikatakan atas sebab munasabah, disyaki dan sebagainya, saya ingat panel ini mesti ada dan bebas untuk mengawal selia. Jika pegawai-pegawai itu membuat perkara-perkara ini atas sebab-sebab yang telus ataupun untuk mencari rasuah, kita mesti ada satu sistem mekanisme check and balance dalam akta ini juga. Jika tidak, jika kita kekalkan fasal 45 ini di mana dia berikan complete imuniti, apa-apa yang dia buat pun tidak boleh dihadapkan dia ke mahkamah. Jadi, orang berniaga apa yang mereka hendak buat? Dia bayar rasuahlah. Dia lebih senang bayar rasuah daripada diseksa oleh pegawai-pegawai ini.

Jadi, saya rasa kita mesti mewujudkan mekanisme dalaman yang berkesan.

Pertama ialah satu panel dalaman untuk memantau aktiviti pegawai-pegawai dan satu lagi ialah mengadakan satu panel lagi - satu jawatankuasa di mana peniaga dan pengilang dalam bidang makanan haiwan ini jika mereka rasa diberi tekanan oleh pegawai yang diberi kuasa ini mereka boleh mengadu. Katakan, “Pegawai you datang ke sini, dia selalu harass saya, saya rasa dia mahu minta rasuah”. Mesti ada mekanisme macam itu.

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jika kita tidak buat begini maka apa yang kita akan buat ialah akan wujudkan satu lagi ruang untuk rank seating behavior, untuk rasuah. Kita tidak cukupkah? Kita ada polis, kita ada JPJ dan kastam. Sekarang kita ada satu lagi lembaga baru yang juga akan pergi dan “cari rasuah”...

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

So, saya rasa kita perlukan satu rang undang-undang yang seperti ini tetapi saya rasa kita kena ada mekanisme yang tertentu untuk mengawal bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang saya untuk terus membahas Rang Undang-undang Akta Makanan Haiwan ini.

Tuan Yang di-Pertua, setiap rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan ini kita mahu penguatkuasaan dan pelaksanaannya akan mencapai tujuan rang undang-undang ini. Oleh itu perlulah semua pihak yang terlibat dalam kes ini, dalam penyediaan, pengeluaran dan pengimportan makanan memastikan makanan di pasaran adalah selamat di mana mereka yang dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan patutlah dilibatkan sama.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meluahkan kekesalan saya Tuan Yang di-Pertua kerana sebelum ini bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menubuhkan satu jawatankuasa pertanian di peringkat daerah dan Ahli-ahli Parlimen termasuk saya dan Yang Berhormat Ipoh Barat turut menerima surat jemputan untuk bersama di dalam jawatankuasa pertanian peringkat daerah tersebut. Kami telah menghadiri mesyuarat yang telah diadakan pada bulan April yang lalu. Akan tetapi apabila kita mempunyai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru saya telah menerima khabar bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru telah memberi arahan agar Ahli Parlimen daripada pembangkang tidak boleh dijemput untuk bersama dalam mesyuarat jawatankuasa ini lagi.

final • 4:28 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya ingin pihak kementerian untuk mengesahkan perkara ini dan saya rasa kecewa jika benar khabar yang saya terima ini sebab sehingga kini, dua bulan telah berlalu.

Saya tidak terima sebarang surat langsung daripada jawatankuasa ini untuk memanggil untuk menghadiri mesyuarat ini. Saya berharap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru ini dapat memberi kerjasama. Biar kita bersama-sama untuk menjalankan tanggungjawab untuk kepentingan orang ramai dan negara dan bukannya untuk berpolitik.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya kata adalah penting semua sektor terlibat dalam pengimportan, pengeluaran, penyediaan makanan dilibatkan bersama. Tadi Yang Berhormat kita telah mendengar banyak ucapan oleh Ahli-ahli dalam Dewan ini berkenaan komposisi ahli-ahli Lembaga dalam Lembaga Makanan Haiwan. Dalam seksyen 3, 15 orang boleh dilantik oleh Menteri yang saya rasa sangat kesal mengapakah pihak kementerian tidak melibatkan players, dengan izin, orang awam yang mereka di dalam bidang-bidang penternakan dan pertanian ini bersama?

Mengapa hanya melibatkan kakitangan sektor awam sahaja? Bagaimana pula dengan penternak-penternak, petani-petani, nelayan-nelayan kita dan persatuan- persatuan? Mengapa tidak melibatkan mereka bersama? Jadi inilah masalahnya apabila kerajaan hanya sentiasa membuat keputusan dengan mendengar satu pihak sahaja tetapi tidak melibatkan players di padang untuk memberi pandangan dan melibatkan mereka di dalam sebarang pembuatan atau penggubalan dasar atau peraturan. Itulah sebabnya kita selalu mendengar perasaan tidak puas hati.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya harap pihak kementerian akan mendengar dan mengambil kira pandangan Ahli-ahli dalam Dewan yang sebelum ini telah bangkitkan mengenai isu komposisi ahli dalam Lembaga Makanan Haiwan ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan Akta Makanan 1983. Kita telah menguatkuasakan Akta Makanan 1983 yang bertujuan untuk memastikan pengawalan kualiti makanan di mana ia secara terusnya untuk consumer dan hari ini kita diminta untuk membahaskan kemudian meluluskan Akta Makanan Haiwan yang secara tidak langsung juga melibatkan consumer. Kami sebagai manusia yang akan menerima, end user kepada makanan ini di mana lebih luas merangkumi makanan haiwan.

Persoalan yang sentiasa timbul Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Makanan 1983 yang saya juga risau di bawah Akta Makanan Haiwan ini juga akan timbul masalah yang sama ialah bidang kuasa di mana sebelum ini Akta Makanan 1983 apabila sesuatu makanan, saya bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua. Contohnya daging yang dijumpai mengandungi bahan larangan yang dijual di pasar. Apabila isu ini dibangkitkan atau timbul, akan timbul persoalan jika chicken and egg Tuan Yang di-Pertua. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab? Kementerian Kesihatan kata ini adalah kerana masalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang tidak menjalankan penguatkuasaan di ladang-ladang ternakan.

Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mula mengatakan, “Oh, ini makanan sekarang dijual di pasar. Penguatkuasaan sepatutnya dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.” Chicken and egg isu ini pernah timbul. Dalam isu ini, Akta Makanan Haiwan, saya rasa adalah untuk menjayakan dan juga memastikan makanan haiwan ini selamat adalah perlu, adalah wajib di mana Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seharusnya bekerjasama, bekerja dengan rapat untuk memastikan persoalan berkenaan siapa yang patut bertanggungjawab apabila isu terjumpanya makanan haiwan atau makanan di pasaran yang mengandungi bahan- bahan larangan ini yang melanggari Akta Makanan dan Akta Makanan Haiwan. Kedua-dua pihak haruslah bertanggungjawab untuk menjayakan tujuan Akta Makanan Haiwan ini.

Kedua-dua pihak mestilah sentiasa bekerja dengan rapat dan bukannya memperlekehkan isu yang sebelum ini, siapakah yang sebaliknya bertanggungjawab apabila isunya berbangkit di mana makanan dijumpai. Sebagai contoh tadi saya kata daging. Daging ternakan dijumpai di pasaran mengandungi bahan larangan, Tuan Yang di-Pertua.

Perkara yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah di mana Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Sungai Siput meluahkan kerisauannya berkenaan isu rasuah. Begitu juga dengan pihak saya, Tuan Yang di-Pertua. Jika kita rujuk kepada seksyen 21(1), pelantikan pegawai yang diberikan kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan adalah perlu pihak kementerian untuk memastikan pegawai yang dilantik untuk menjalankan penguatkuasaan di bawah akta ini adalah pegawai yang jujur dan pegawai yang ikhlas dan juga daripada pelbagai kaum.

Kita tahu dominasi dalam sektor awam, pejabat-pejabat, jabatan-jabatan biasanya komposisi satu kaum sahaja. Jadi untuk memastikan dan menjayakan agar semua makanan di pasaran atau makanan haiwan yang halal dan haram untuk kaum tertentu. Kita juga mempunyai pegawai dari pelbagai kaum dilibatkan bersama untuk menjalankan penguatkuasaan. Ini juga boleh...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tunggu kejap. Minta tolong sedikit. Di atas kerisauan rasuah tadi itu, mungkin Batu Gajah boleh menyusuri peruntukan seksyen 50 di mana yang dipinta ialah satu kerahsiaan. Saya khuatir ini apa perlu kerahsiaan mengenai maklumat makanan ini. Tidak cukupkah dengan Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Ini bagi saya ini sekali lagi akan memberi ruang kepada yang dikhuatiri aspek gejala rasuah itu. Minta penjelasan, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Memang benar Yang Berhormat Balik Pulau.

Sebab itulah saya bangkitkan di mana kita perlu ada pegawai yang jujur dan ikhlas. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri pernah terima satu aduan di mana ada pegawai penguatkuasaan pergi mengambil sampel dari seorang penjual daging khinzir.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Selepas itu sampel telah diambil dan pegawai penguat kuasa menghubungi melalui telefon menghubungi penjual daging itu, memaklumkan bahawa, “Saya dapat keputusan bahawa sampel yang saya ambil tersebut telah melanggari akta. Ia adalah satu kesalahan”. Kita faham niatnya. Jadi saya, pada pendapat tetapi penjual daging khinzir itu akhirnya enggan compromise dia punya pendirian, beliau telah dihadapkan ke mahkamah.

Itu persoalannya, Tuan Yang di-Pertua.

Itulah pentingnya kita mesti memastikan pegawai yang diberi kuasa menjalankan penguatkuasaan adalah seseorang yang jujur dan ikhlas, yang passionate, dengan izin, dengan tanggungjawabnya memastikan makanan di pasaran adalah selamat untuk semua kaum. Mungkin ada sesetengah pegawai akan berpendapat bahawa makanan ini tidak akan menjejaskan kaum saya kerana kaum saya tidak memakannya, jadi tidak apalah, boleh tutup matalah. Kita tidak hendak perkara ini berlaku. Jadi adalah elok kalau boleh, saya harap dan saya percaya pihak kementerian mampu memastikan pegawai yang diberikan kuasa menjalankan penguatkuasaan adalah meliputi pelbagai kaum.

Perkara yang seterusnya, pengambil sampel, Tuan Yang di-Pertua. Seksyen 32 jelas menyatakan di mana pegawai diberi kuasa boleh mengambil sampel makanan haiwan untuk dianalisis di mahkamah. Ramai Ahli dalam Dewan membangkitkan keperluan untuk mengadakan lebih makmal. Pada pendapat saya, adalah perlu ketelusannya dalam proses menganalisis sampel ini dalam Akta Makanan Haiwan dan juga dalam Akta Makanan 1983 adalah jelas di mana tidak membuat peruntukan peraturan-peraturan dalam akta itu sendiri dalam proses menganalisis sampel tersebut.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau kita baca Akta Makanan Haiwan ini, ia adalah senyap. Ia hanya menyatakan di bawah seksyen 53 di mana Yang Berhormat Menteri selepas akta ini diluluskan. Rang undang-undang diluluskan, Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk menetapkan semua perkara berkenaan tugas juruanalisis, permohonan, pembaharuan, penggantungan, pembatalan lesen dan lain-lain di bawah seksyen 53. Jadi saya rasa adalah perlu untuk memastikan ketelusan.

Biar proses-proses ini dinyatakan dengan jelas di bawah rang undang-undang ini dan bukannya selepas diluluskan, baru Yang Berhormat Menteri diberi kuasanya untuk menetapkan perkara-perkara yang penting. Di bawah rang undang-undang ini juga senyap Tuan Yang di-Pertua, di mana ia tidak menetapkan satu tempoh. Apabila sampel telah diambil oleh pegawai yang diberi kuasa itu, ia tidak menetapkan satu tempoh masa, di mana satu keputusan harus diberi kepada empunya sampel, di mana ia telah diambil.

Dalam rang undang-undang ini hanya menyatakan di mana keputusan tidak akan mendakwa dan diberi 30 hari notis untuk dapat datang menuntut barang-barang yang telah disita. Akan ia tetapi tidak menyatakan dengan senyap, Tuan Yang di-Pertua, dari tarikh di mana sampel itu diambil atau barangan yang telah disita. Keputusan juruanalisis dari makmal patut diberi dalam tempoh tertentu. Jadi saya rasa untuk memastikan dan mengelakkan sebarang kelewatan dan juga ruang untuk rasuah, perlu ditetapkan satu tempoh. Mungkin dalam masa 14 hari daripada barangan telah disita atau sampel telah diambil. Laporan keputusan Juruanalisis makmal haruslah disampaikan kepada pemilik atau empunya barangan yang telah disita atau sampel yang telah diambil dalam masa mungkin 14 hari. Ini adalah untuk mengelakkan seperti saya kata tadi, ruang untuk rasuah atau mungkin backlog cases atau tergantungnya barang-barangan yang telah disita, dan yang akan menjejaskan perniagaan seseorang yang mengimport bahan makanan haiwan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahan-bahan makanan haiwan, contohnya untuk anjing. Saya mempunyai seorang kawan yang mengimport barangan tersebut. Dia kata sangat mahal. Jika tidak diberikan satu tempoh, perniagaannya akan terjejas sebab barangan itu di bawah simpanan pihak pegawai penguatkuasaan. So the delay akan membawa kerugian kepada perniagaannya. Jadi saya harap perkara ini boleh diberi perhatian.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Seksyen 35 memperuntukkan bahawa perakuan analisis yang dikeluarkan daripada makmal adalah satu keterangan yang mencukupi mengenai fakta. Prima facie evidence jadi adalah perlu..., tadi saya katakan, di bawah akta ini perlu dengan jelas proses penganalisaan diterangkan.

Bukannya selepas ini di bawah peraturan, di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri untuk menentukan peraturan tanpa check and balance dari pihak Dewan yang mulia ini. Jadi, disebabkan inilah saya bangkitkan kerisauan dan juga seksyen 20. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Makanan juga terdapat seksyen seperti seksyen 20 ini di mana ia menjadi satu kesalahan. Seksyen 20 ini menjelaskan satu kesalahan apabila memiliki makanan haiwan yang tidak dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, kebiasaannya yang lemah menjadi sasaran pihak pegawai penguat kuasa. Saya harap apabila rang undang-undang ini telah diluluskan dan dikuatkuasakan, pihak berkuasa memang benar mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawabnya di bawah seksyen 20, di mana mengambil sampel makanan atau menghadapkan sesiapa yang didapati memiliki makanan haiwan yang melanggar akta ini.

Akan tetapi tidak berhenti di peringkat itu sahaja.

Seseorang yang memiliki makanan haiwan yang melanggar akta ini, pihak yang diberi kuasa menjalankan penguatkuasaan. Saya harap ia juga akan trace back dengan izin, siapakah pengedar dan pengimportnya. Bukan sahaja menangkap atau menjadikan mereka yang memilikinya mungkin di sebuah kedai kecil atau di pasar yang menjual beberapa makanan tin itu sahaja yang menjadi sasaran pegawai penguat kuasa. Akan tetapi mengambil inisiatif trace dengan izin, trace back pengimport dan pengedarnya.

Jadi, kita boleh memastikan mereka yang telah gagal mematuhi akta ini juga diambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu ini kerana sebelum ini ada satu kes di bawah Akta Makanan, saya bagi contoh Akta Makanan. Seorang nenek dia menjual sayur, Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Menjual sayur di pasar pegawai penguat kuasa menggunakan Akta Makanan bagi menyita sayurannya. Hantar sampel ke makmal dan menangkap seorang nenek menjual sayur.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Sayur liat.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Selepas itu dihadapkan ke mahkamah kerana kononnya sayur-sayurannya mempunyai bahan-bahan larangan. Akan tetapi bagaimana pula bila, nenek ini kata Tuan Yang di-Pertua, “Ini saya punya sayur-sayur, saya beli dari pemborong”. Akan tetapi pihak penguat kuasa hanya berhenti di peringkat sana sahaja.

Jadi itulah kerisauan saya di bawah seksyen 20. Don’t go for the small price dengan izin kalau memang berniat untuk memastikan bahawa makanan haiwan adalah selamat di pasaran, mestilah meneruskan penguatkuasaannya. Trace back siapakah pengedar dan pengimportnya? Jadi kita boleh memastikan makanan di pasaran adalah selamat. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya ingin bangkitkan buat masa ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. Apabila menyebut tentang makanan, apa yang tergambar di fikiran adalah persembahan menarik dari segi pembungkusan, sehingga tidak dapat dinafikan persembahan sesuatu makanan itu memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembeliannya. Bagi orang Islam sebenarnya ada satu faktor yang jauh lebih penting iaitu halal dan haram sesuatu makanan. Ini adalah jelas selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Makanlah sesuatu yang direzekikan oleh Allah SWT kepada kamu dari yang halal lagi baik”. Al-Quran dan sunnah adalah dijadikan panduan di dalam menentukan sesuatu makanan itu halal ataupun haram.

final • 4:47 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Apa yang perlu ditekankan adalah Islam mengajar umatnya memakan makanan yang bersih dan selamat. Islam mengambil berat tentang punca, sumber dan kebersihan makanan, cara memasak, menghidangkan dan memakan makanan dan akhir sekali cara membuang sisa makanan.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini pelbagai usaha dijalankan untuk membangunkan keupayaan pemeriksaan pemantauan kawalan piawaian dan Pensijilan Standard Halal serta menggalakkan industri halal termasuklah soal import makanan haiwan.

Sebelum ini media tempatan pernah melaporkan tentang arahan kerajaan negeri mengarahkan sebuah kilang penyembelihan tanpa lesen ditutup serta-merta, kerana mencampuradukkan daging ayam dan itik yang dibungkus di dalam plastik berlogo ‘halal’.

Diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan anak khinzir.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang menyedihkan ialah ia dipasarkan di pasar raya besar dan terkemuka. Ayam dan itik juga dikatakan disembelih menggunakan kaedah sembelih cucuk yang menyalahi hukum Islam. Sembelihan itu hanyalah dilakukan dengan cara melipat leher ayam dan dipotong menggunakan gunting sebelum ayam itu mati kerana direndam air panas. Terdahulu sebelum itu pun umat Islam di Malaysia juga digemparkan dengan Laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mengesan lemak dan daging khinzir dalam produk makanan pada bungkusannya.

Tuan Yang di-Pertua, pendedahan-pendedahan seumpama itu turut menggemparkan pengguna di dalam negara ini. Apabila sesuatu kes telah pun terdedah, bermakna pengguna sudah tidak boleh menolak yang mana sebenarnya, banyak lagi kegiatan yang seumpama dengannya yang masih bebas beroperasi dan kita sebagai pengguna menjadi mangsanya.

final • 4:47 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Tindakan segelintir golongan mencampuradukkan makanan halal dengan makanan yang tidak halal adalah satu tindakan yang mempunyai unsur sabotaj yang bukan sahaja akan mencemar nama imej negara serta boleh mencetuskan provokasi ke atas sentimen keagamaan. Malah ia juga boleh menjejaskan kestabilan ekonomi di dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, atas faktor itu saya berharap fasal 17 iaitu pematuhan spesifikasi dan fasal 18 iaitu pematuhan syarat-syarat bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan, dan pengangkutan yang sepatutnya perlu dikuatkuasakan sebaik mungkin selepas ianya diluluskan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu perkara yang boleh kita katakan main-main kerana ini adalah soal makanan, kebersihan dan keselamatan terhadap makanan itu. Oleh sebab itu fasal 16 ada menyentuh soal kuasa mahkamah untuk memerintah pembatalan lesen.

Jadi saya amat berharap kerajaan perlu bertegas tanpa perlu ada rasa takut ataupun kerisauan. Tuan Yang di-Pertua, bagi makanan setiap Muslim adalah perlu untuk memastikan bahawa apa yang dimakan adalah dari sumber yang halal. Malah mereka juga perlu memeriksa beberapa perkara iaitu sama ada bahan yang digunakan adalah halal.

Mereka juga perlu memeriksa cara yang digunakan dalam penghasilan makanan tersebut serta proses-proses yang dilakukan di dalam penghasilannya adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga air yang digunakan di dalam proses hendaklah diketahui kebersihan dan kesuciannya dan sebaiknya tidak menggunakan air yang telah pun digunakan. Seterusnya di peringkat penyediaan bekas- bekas yang digunakan premis, stor, tempat penyimpanan juga tidak boleh diketepikan.

Tuan Yang di-Pertua, boleh dikatakan kebanyakan Muslim sudah maklum berkenaan dengan perkara yang disebutkan. Sesungguh pun begitu tidak ramai yang mengetahui tentang pemprosesan makanan. Dalam pemprosesan makanan, kebanyakan pengguna tidak dapat lari dari menggunakan bahan-bahan tambah dalam makanan dan kebanyakannya adalah import. Bahan tambah ini pula mestilah dibuat daripada pelbagai sumber sama ada dari haiwan ataupun tumbuhan. Jika sumbernya adalah datang daripada tumbuhan, maka jarang status halalnya diragui yang menjadi permasalahan utamanya adalah jika bahan tersebut sumbernya adalah dari haiwan. Tuan Yang di-Pertua, yang pasti adalah jika sumbernya adalah dari haiwan yang diharamkan, maka ia adalah jelas haram.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Begitu juga jika haiwan tersebut adalah haiwan yang halal dimakan, tetapi cara penyembelihannya adalah tidak mengikut syarak, maka ia tetap menjadi haram dimakan.

Disebabkan kepayahan menyiasat dan mengusul serta memeriksa sumber makanan inilah yang menyebabkan pengguna Muslim terpaksa bergantung kepada suatu pihak yang berautoriti yang boleh melakukan pemeriksaan bagi pihak Muslim itu sendiri. Apabila pihak ini memutuskan kehalalan sesuatu makanan maka seharusnya Muslim tidak perlu mempertikaikannya lagi. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya turut amat berharap fasal 31 hingga fasal 40 merujuk akta ibu dapat membantu ke arah apa yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini, sekian terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. Pertama sekali saya ingin menyentuh pada bahagian tiga iaitu bahagian pelesenan.

Saya rasa jika kementerian boleh mengambil berat tentang proses isu lesen-lesen ini.

Selagi pemegang lesen ini mempunyai kelayakan untuk mengimport bahan makanan haiwan. Mereka haruslah diberi lesen itu. Kalau tidak kita memberi ruang kepada segelintir pengimport yang akan memonopoli isu pengimportan bahan-bahan makanan ini. Seperti rakan-rakan saya yang telah mengatakan tadi, kita tidak boleh memberi ruang kepada agensi-agensi seperti ini untuk lebih memberi ruang kepada rasuah di negara kita.

Seperti yang kita tahu terdapat banyak penyelewengan dan rasuah di jabatan- jabatan lain. Seperti biasa saya ingin menegaskan di sini bahawa bukan semua jabatan kerajaan terlibat dalam rasuah. Ada pegawai polis yang saya tahu penuh berhemah dan baik kelakuannya dalam menjalankan tanggungjawab secara profesional. Dan juga di jabatan-jabatan lain ada kumpulan pegawai-pegawai yang tidak mengambil rasuah, tetapi nama mereka juga turut tercemar oleh sebab kelakuan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam rasuah. Jadi sebarang rang undang-undang yang dibawakan melalui Dewan ini haruslah ketat dan tidak beri ruang untuk rasuah terus menguasai hidup kita seperti sekarang. Saya juga ingin sentuh mengenai seksyen 45 di rang undang-undang ini di mana saya amat khuatir dan prihatin sebab kuasa yang diberikan kepada pegawai ini adalah terlalu luas.

Ini kerana imuniti yang diberikan kepada pegawai ini saya khuatir akan disalahgunakan. Rang undang-undang ini juga tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana kita tahu dalam Perlembagaan Persekutuan all men are equal before the law. Jadi sesiapa yang menjalankan tugas mereka tidak boleh dikategorikan sebagai kategori istimewa yang tidak boleh dihadapkan ke mahkamah.

Mungkin apabila seseorang tu membuat serbuan, ataupun dengan paksa mengambil sampel untuk analisa dan mungkin mereka menyalahgunakan kuasa mereka. Ini tidak bermakna mereka adalah above the law, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita kena kaji balik seksyen 45. Misalnya ahli kimia yang membuat analisa di makmal. Jika mereka tahu mereka akan terdedah kepada satu dakwaan di mahkamah dengan izin profesional negligence, mereka akan lebih prihatin dan serius dalam menjalankan tugas mereka.

Seseorang pegawai yang tahu apa juga mereka buat mengenai penganalisa bahan-bahan itu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah sebab ada kekebalan dari segi undang-undang. Mereka tidak akan begitu serius dengan menjalankan tugas mereka.

Saya juga ingin menyentuh kepada seksyen 30 di sini yang juga nampaknya memberi kuasa yang berlebihan kepada pegawai yang diberi kuasa iaitu kuasa penyiasatan. Di sini seksyen 30(2) yang lagi menakutkan Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya baca bagi maksud subseksyen 1, Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dipakai dan seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Jadi adakah pegawai ini ada semua kuasa yang terdapat di kanun Tatacara Jenayah kita. Ini tidak boleh dibenarkan, sebab di Kanan Tatacara Jenayah kita, pihak polis ada kuasa-kuasa tertentu.

final • 4:54 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Adakah pegawai-pegawai ini juga di bawah akta ini yang diberi kuasa ada diberi kuasa untuk menjalankan tugas-tugas mereka mengikut Kanun Tatacara Jenayah dari segi membuat tanggapan ataupun membuat serbuan dan mengambil sampel-sampel atau search dan sebagainya. Saya khuatir ini akan disalahgunakan sebab pihak polis mereka ada latihan yang tertentu untuk tugas-tugas tertentu.

final • 4:54 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Akan tetapi bagaimana dengan pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 21 di sini. Kita kena kaji, saya harap kementerian akan mengambil berat tentang perkara ini. Walaupun rakan-rakan saya yang lain telah pun sentuh, saya percaya kita kena menekankan isu ini supaya kementerian mengambil tahu. Saya juga rasa rang undang-undang ini banyak memberi kekebalan kepada pegawai-pegawai. Umpamanya saya rasa ada pegawai di Jabatan Peguam Negara, AG’s office yang sama membuat semua rang undang-undang ini tanpa mengambil kira keadaan, dengan izin, we cannot give absolute powers to officers to carry out their duties, I think that will be abuse of power.

Kita kena shift, pindah, alih daripada rang undang-undang sebegini kepada apa yang lebih liberal. Example, seseorang pegawai yang ingin mengambil sample di bahagian di versi Inggeris di sini, dengan izin, an officer is authorized to demand and take all measures under the act, I think it’s giving too much powers to the officers dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sokong segala yang dikatakan oleh rakan-rakan saya. Akan tetapi ada satu lagi bahagian di mana saya rasa semua rakan saya di Dewan ini tidak akan setuju. Saya rasa terharu dengar beberapa Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Kuala Kedah katakan tadi dan lain-lain juga, bahawa ikan air tawar itu diberi makanan najis khinzir. Kalau begitu kita tahu ada kemungkinan berlaku, kenapa orang kita hendak makan ikan itu juga, saya tidak faham. Jika kita tengok kehidupan kita hari ini, kanak-kanak tanya apa dia nak makan, terus kata KFC, McDonalds.

Saya cadangkan kepada kementerian dan kerajaan, bolehkah kita menumpukan perhatian kita kepada kurangkan makan daging dan lebihkan makan makanan sayuran.

Kalau begitu, kita tidak ada masalah di sini. Penyakit food and mouth disease itu adalah akibat daripada lembu-lembu diberi makanan yang bukan berasaskan kepada sayur- sayuran seperti rumput. Ia berasas kepada bukan sayur-sayuran, sebab itu lembu-lembu itu macam jadi gila.

Jadi di manakah arah kita sekarang ini. Kita menubuhkan abattoirs yang canggih dan besar. Di manakah kita akan berhenti sebab selagi kita ada demand, selagi orang tak mahu berhenti, hari-hari nak makan ayam, hari-hari nak makan daging. Jadi kita perlukan lebih ayam, lebih ternakan ayam, lembu dan lain-lain haiwan untuk makanan seharian kita.

Seperti rakan saya beritahu tadi, KFC sekarang ada ternakan ayam tanpa bulu, secara genetik. Kita ada ternakan ayam di negara kita termasuk di mana ayam tak pernah tengok malam, 24 jam ada pasang lampu yang special. Jadi ayam ini bukan semula jadi, 64 hari ia terus dikeluarkan untuk disembelih untuk kegunaan kita semua.

Jadi di mana letak salahnya, di atas tangan kita. Kita tak berhenti-henti mahu juga, tahu ikan tawar ini ada diberi makanan yang begitu teruk, nak makan juga, tak boleh dapat kawal. Hari-hari nak makan daging, ayam, saya tengok di sini pun sama juga. Jadi where are we going to stop? Sebab itu kita ada, selagi manusia ini kita buat abattoirs yang besar untuk membunuh, menyakitkan haiwan-haiwan ini untuk makanan kita, walaupun kita ada makanan pilihan lain, sayur-sayuran kita tak mahu, nak juga makan daging. Sebab itulah IJN, Institut Jantung Negara ada satu wing yang besar sekarang. You bagi pisau atas haiwan ini, pisau itu akan kekal atas kamu satu hari nanti. You go under the scalpel one day because everyday you are killing animals, there is no animal rights.

Jadi perlukah ini, untuk saya tidak perlu. Kalau tak ada sayur-sayuran, saya faham tetapi di sini kita ada banyak pilihan. We have plenty of choices, the demand is increasing everyday dengan izin, uncontrolled demand, unlimited demand. Everyday KFC, McDonalds, kerajaan pun galakkan KFC dan McDonalds sebab ada orang-orang yang tertentu terikat dengan syarikat-syarikat ini. Saya telah beritahu kerajaan bawa satu program holistik untuk mengurangkan penggunaan makanan daging dan ayam tetapi tidak pula. Ini tidak perlu jika kita betul-betul kaji.

final • 5:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi saya harap kita slow down dengan makanan daging dan ayam, sebab kita tengok cara ternakan ayam dan daging di negara kita dan negara lain lebih menggunakan proses genetic engineering. Genetic engineering ada punya kesan, side effect yang kita tahu adalah tidak baik. Jadi lebih baik kita alih kepada asalnya, dari segi logik, dari segi animal rights. Bukan human being sahaja ada rights, animal juga ada rights. Kita tahu apabila ayam atau lembu atau kambing dibunuh, disembelih, dia pun rasa sakit.

Jadi saya tak rasa logik, kita macam buli sekarang, human being, manusia ini kita buli, we are actually bullies, we are leading a shameless existence, we kill to eat. I do not know whether we live to eat or we eat to live. Untuk saya, I eat to live, tetapi we see all over around us people are living in this world to eat. Macam kita tengok kenduri-kenduri kita, ayam, daging, lembu, kambing, saya tengok tak ada sayur pun. Kita ada pilihan, kita boleh berubah arah di mana dunia dari segi makanan ini kita pergi sekarang. Jadi saya minta sangat semua pihak ambil perhatian. Let us slow down, let us slow down on eating meats and look at vegetables more and fruits. Dengan itu saya pohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tambah seorang pula. Yang Berhormat Batu.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah menyumbangkan dalam perbahasan ini. Saya percaya rang undang-undang ini tujuannya adalah untuk menyokong industri penternakan tempatan, penternakan haiwan. Kawan kita tadi sudah sebut, lebih baik kita switch makan sayur lebih, tetapi selagi rakyat Malaysia mempunyai budaya ingin makan daging atau protein dari haiwan, kita terpaksa menghadapi masalah ini dan saya percaya undang- undang ini bertujuan untuk memastikan protein dari daging ini adalah sihat dan baik untuk kegunaan masyarakat awam.

Akan tetapi, selain daripada kita memastikan production protein ini adalah sihat, saya percaya undang-undang ini telah dikemukakan kerana kita ingin mengurangkan pergantungan kita atau dependency, dengan izin terhadap eksport daging-daging dan bahan protein yang lain melalui eksport. Memang betul di New Zealand atau Australia, biri- biri dan lembu lebih banyak dari manusia, tetapi selagi konsumer di negara kita pilih makan makanan segar, daging yang segar, kita perlukan production dari secara local, secara tempatan.

Malangnya bila kita ingin mewujudkan satu bidang, satu industri penternakan yang berkembang, makanan haiwan ini kita bergantung pada import. Kita terpaksa import kebanyakan bahan-bahan mentah yang menjadikan makanan haiwan ini, untuk supply dari local hanya lebih kurang 30 peratus sahaja, saya percaya. Untuk memastikan perkara ini berlaku supaya kita kurangkan pergantungan kepada import.

final • 5:07 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kita pada hari ini sebenarnya telah terperangkap dalam satu masalah yang lebih serius kerana setiap tahun kita import lebih daripada RM10 bilion yang kita gunakan untuk mengimport bahan mentah untuk dimakan oleh haiwan. Jadi kita menjadi satu vicious circle dengan izin, dan saya nampak undang-undang ini tidak mencukupi kalau kita tidak ada mekanisme untuk menangani masalah ini.

Saya percaya selain daripada kita mempunyai pengawasan yang baik terhadap makanan haiwan, kita juga perlukan kerajaan memikir lebih mendalam lagi apakah cara yang lebih efektif, alternatif yang kita boleh lakukan supaya production bahan-bahan makanan haiwan ini dapat diperbanyakkan dari tempatan. Pada setakat ini kita dapati kebanyakan bahan baik pun jagung atau bahan-bahan yang lain kita terpaksa import tetapi ada setengah-setengah bahan belum lagi kita majukan supaya kita boleh mengurangkan penggantungan kita.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Salah satu yang kita boleh dapat dari local adalah beras. Saya dapati dari kawan- kawan dari industri penternakan bahawa beras ini masalahnya kerana dimonopoli oleh BERNAS. Kebanyakan raw material untuk bahan mentah untuk animal feed atau makanan haiwan ini datang daripada beras hancur tetapi dalam pasaran kita beras hancur juga digunakan untuk makanan manusia. Setakat ini kita tidak bezakan beras hancur yang digunakan oleh manusia dan beras hancur yang boleh digunakan untuk bahan makanan haiwan. Kita dapati kerana kita tidak ada sistem untuk membezakan kedua-duanya harga beras hancur yang sesuai untuk manusia lebih kurang RM1,300 satu tan tetapi harga untuk yang lower grade, ini hanya RM900 - RM1,000 satu tan sahaja.

Akan tetapi dalam pasaran hari ini kita tidak boleh bezakan. Bila kita tidak boleh bezakan, ini menjadikan masalah kerana beras hancur yang sesuai untuk haiwan akhirnya dimasukkan dalam makanan manusia. Ini adalah sebahagian daripada side effect yang kita bagi monopoli kepada BERNAS, yang tamat monopolinya tahun 2010. Kita harap di Dewan ini kita dapat bahaskan supaya monopoli ini tidak diteruskan. Kekurangan dalam akta ini juga termasuk dalam, kita tidak mempunyai satu sistem yang baik selain daripada menggalakkan production local. Kita juga tidak ada satu sistem yang baik, yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi. Tracing of the source; kita tidak tahu dari mana datangnya bahan-bahan ini. Pelesenan untuk import dan pelesenan untuk mengilang bahan-bahan makanan haiwan ini sepatutnya juga diikatkan dengan sistem yang ketat dalam tracing source di mana bahan-bahan ini didapati.

Satu bahan yang kita sering gunakan untuk makanan haiwan adalah soya bean.

Soya ini dalam pasaran dunia banyak yang termasuk genetic modification atau GM soya.

Setakat ini kita tidak ada dasar atau polisi jelas terhadap bahan-bahan GM ini. Bila kita tidak boleh trace dalam makanan haiwan ini, satu kesan yang negatif dalam jangka panjang mungkin akan wujud dan pada waktu itu kita tidak dapat mengawasinya. Oleh itu saya cadangkan penguat kuasa yang diadakan pada akta ini bukan hanya beri kuasa untuk menangkap, merampas untuk masuk premis dan kerana kesan-kesan melanggar hak asasi dan juga menyebabkan rasuah ini akan menjadi lebih tinggi risikonya.

Akan tetapi kita harus melihat, melibatkan, mewujudkan satu sistem yang ketara dalam monitoring setiap kilang-kilang ini dalam pembuatan makanan. Di negara-negara yang maju dalam pertanian bukan sahaja pengilang ini diwajibkan untuk mempunyai catatan yang jelas tentang punca atau source yang mereka dapatkan bahan mentah ini, dalam rekod penternak mereka harus mencatatkan setiap badge makanan ini harus dicatatkan. Bila ada masalah, jika ada wabak tertentu, benda-benda ini dapat dikesan supaya kita boleh menangani masalah dengan cepat. Kita dapati dalam banyak kes termasuk baru-baru ini dalam tepung, susu dari negara China. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya dalam zaman moden satu sourcing yang penting.

Isu-isu kimia dan juga hormon yang telah disuntik kepada haiwan ini sebenarnya adalah isu pasaran. Sepatutnya jika kita lihat kebanyakan bahan-bahan mentah yang kita gunakan untuk makanan haiwan ini, sebenarnya bahan yang lebih murah daripada kimia.

Hormon atau beta organik sebenarnya kos untuk mengilang, untuk produce bahan-bahan kimia ini lebih tinggi daripada soya bean, beras hancur dan lain-lain. Akan tetapi penternak kita menggunakan bahan-bahan kimia ini adalah kerana kelemahan dalam pasaran daging atau pasaran kita. Salah satunya ayam. Bila ayam kita letakkan kos siling yang ketat, bila penternak dapati mereka tidak dapat untung yang mencukupi, mereka terpaksa menggunakan bahan- bahan kimia ini.

Kita tidak boleh hanya melaksanakan pengawasan tanpa melakukan penyesuaian semula, penstrukturan semula pasaran yang ada di domestik ini. Saya juga cadangkan supaya kita mempunyai di samping undang-undang ini, kita memperkenalkan satu sistem yang lebih sistematik, satu cara yang kita boleh monitor segala bahan-bahan kimia, hormon dan makanan yang kita bagi kepada haiwan-haiwan ternakan kita. Ini adalah untuk kebaikan semua.

Seterusnya saya juga rasa kekurangan dalam akta ini adalah kerana lembaga yang diwakili ini kebanyakannya terdiri daripada birokrat, kekurangan pakar-pakar yang dimasukkan secara wajib dalam lembaga ini. Itu sebab saya percaya perkara ini tidak boleh, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Perkara ini kita hanya meluluskan undang-undang ini tidak cukup tetapi kita perlukan kepakaran dan kita perlukan lebih banyak R&D yang ketara bukan sahaja dari bahan-bahan makanan haiwan yang boleh kita produce secara domestik tetapi juga pakar- pakar yang boleh mengkaji bagaimana pasaran kita dapat di struktur semula.

Akhir sekali dalam isu Sabah dan Sarawak saya juga setuju kita sekarang dengan cogan kata Satu Malaysia ini tidak harus lagi meluluskan undang-undang yang hanya terhad penguatkuasaannya dalam Semenanjung dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi mungkin dalam Perlembagaan Malaysia yang kita peruntukkan, Sabah Sarawak lebih banyak kuasa untuk menguruskan hal ehwal mereka sendiri. Saya juga mencadangkan bahawa undang-undang yang sama kita serahkan kepada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak untuk diluluskan serentak supaya kita tidak ada perbezaan atau jurang di antara kedua-dua pihak di Sabah dan Sarawak. Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini, tetapi saya juga cadangkan supaya satu undang-undang yang lebih sistematik dan lebih berkesan dapat diperkenalkan dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Menteri menjawab.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya mengambil masa yang singkat sahaja bagi akhirnya menyokong rang undang- undang ini kerana kepentingannya pada masa kini memang bertepatan. Kita bercakap mengenai makanan haiwan dan makanan ini dalam konteks perbincangan kita ialah makanan untuk haiwan yang akhirnya berada di depan meja kita, sebagai makanan kita.

Bukan makanan haiwan untuk harimau agaknya di zoo, wallahualam, mungkin masuk juga.

Ini kita minta penjelasan.

Apa yang saya nak sebutkan pada segi etikanya, walaupun akhirnya haiwan- haiwan ini, daging-dagingnya berada di depan kita, haiwan ini juga adalah makhluk Allah Subhanahuwataala. Ertinya kalau kita menyayangi diri kita dengan memberikan diri kita makanan-makanan yang baik, yang bersih, yang sihat, yang halal, halal dan thoyibbah kata tadi ya. Saya rasa dalam konteks haiwan yang dijadikan oleh Allah SWT juga, kita sebagai manusia iaitu haiwan yang level tinggi ini, harus berfikir sama bagi pihak haiwan-haiwan ini.

Mereka tak boleh berfikir, terutamanya haiwan-haiwan dalam kandang kah, kalau mereka bebas di hutan ,mereka pandailah memilih makanan-makanan mereka, mana yang sesuai mana yang tidak. Akan tetapi bagi haiwan yang kita jaga, saya rasa kalau kita nak memikirkan satu standard makanan yang baik, kita fikirkan bagaimana kita nak beri makan diri kita. Ertinya kita bercakap mengenai piawaian yang tinggi, good manufacturing practices

(GMP), dengan izin, supaya yang akan menjadi makanan kita itu betul-betul baik dan terpelihara daripada sebarang bentuk bahaya, terutamanya yang boleh menyebabkan kanser misalnya, ataupun keracunan makanan. Jadi kalau kita boleh berfikir sedikit untuk haiwan yang kita jaga ini, tentulah kita akan mempunyai etika yang tinggi, tidak memberikan makanan yang bukan-bukan, tidak mencipta sesuatu yang bagi manusia kita kata bahaya, tapi bagi haiwan, lantak dialah kerana akhirnya akan disembelih.

Kalau itu ada dalam diri kita saya rasa, kita akan dapat suatu keadaan pembuatan dan pengimportan makanan yang lebih baik dan beretika. Saya rasa saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu tadi bahawa ahli-ahli lembaga ini seharusnya diambil dari kepakaran-kepakaran tertentu yang berkaitan dengan haiwan dan juga pembuatan makanan. Saya juga nak mencadangkan supaya oleh sebab ini melibatkan pengimportan, penjualan di pasaran-pasaran tempatan, kemungkinan kita memerlukan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna misalnya, ataupun dari MITI dalam urusan pengimportan supaya lembaga ini jadi lengkap dan tidak perlu kita pinda-pinda pada masa akan datang.

final • 5:21 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya juga meneliti dari segi lembaga ini, mesyuaratnya tidak disebut berapa kerap, dua bulan sekali kah, ataupun sebulan sekali. Semalam kita berbincang panjang mengenai LHDN ya, takut Lembaga Makanan Haiwan ini pula nanti, esok kata kurang mesyuarat, dia tak sebut berapa kali mesyuarat. Kuorumnya ada tetapi kekerapan tidak ada. Jadi saya harap ditetapkan juga, kerana walaupun tidak sepenting LHDN, kaitannya dalam pengumpulan duit, tetapi ianya penting kerana ianya melibatkan makanan kita.

Import control nya kena penting sama macam kita menjaga import makanan untuk manusia seperti kualiti beras, daging daripada luar, makanan untuk haiwan ini juga mesti setanding dengan kualiti atau standard yang kita letakkan untuk diri kita. Ini disebabkan akhirnya masuk kepada kita juga makanan-makanan ini. Jadi ini memerlukan satu penelitian yang lebih baik termasuk juga proses-proses penyimpanannya tadi. Jangan kita ingat oleh sebab ianya diberi makan kepada ayam ataupun kambing, bagi nasi basi, simpan dalam tempat-tempat yang tidak kiralah ada tidak tikus misalnya yang boleh menjejaskan makanan tersebut.

Apabila dimakan kita pun tak tahu, sebab haiwan ini tidak boleh kompelin dia sakit perut kah ataupun diarrhoea, tetapi kita boleh nampak kalau kambing yang kita bagi makan ini diarrhoea kita boleh nampak diarrhoea itu, ataupun cirit biritnya. Ini mungkin berpunca daripada makanannya. Dia tidak boleh kompelin. Atas kitalah untuk membuat suatu pencegahan. Ertinya lembaga ini juga harus memberikan pertimbangan yang tinggi ke dalam aspek pencegahan, dan saya menyokong wakil daripada Kementerian Kesihatan itu yang berada kalau boleh dari bahagian yang berkaitan dengan Kawalan Penyakit Berjangkit, ditambah pada pegawai farmasi dan juga pegawai kualiti. Jadi...

final • 5:21 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Penjelasan sedikit. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Oleh kerana berkembangnya apa yang dikatakan food technology industry ini, adakah rakan saya daripada Kuala Krai boleh memberitahu Dewan yang mulia ini, ada perbezaan atau tidak, kiranya haiwan itu dia makan makanan daripada chemical yang dicampur seperti dedak dan seumpamanya dengan haiwan yang memakan makanan yang berasaskan herba. Di pasaran ada telur yang dikatakan akan hanya herba mungkin lebih baik dari segi kesihatan.

Ada perbezaan atau adakah satu kajian yang saintifik yang bertanggungjawab yang boleh benar-benar kita membezakan haiwan yang makan makanan berasaskan chemical biasa ini dengan haiwan yang memakan makanan yang berasas kepada herba ini, ada perbezaan untuk dari segi kesihatan manusia, boleh diperjelaskan. Terima kasih.

final • 5:21 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya rasa ini topik favourite Timbalan Menteri Pertanian kita, memang dia akan jawab panjang lebarlah. Saya yakin perbezaan makanan yang berbentuk kimia dan organik misalnya, kalau baik untuk manusia, tentulah baik untuk haiwan-haiwan yang kita bela. Oleh kerana tadi saya berjanji masa terhad kepada Tuan Yang di-Pertua, saya hormati. Terima kasih atas peluang ini dan kita mohon menyokong.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:21 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu dari Tawau, Lembah Pantai, Tangga Batu, Baling, Parit Buntar, Ledang, Kuala Kedah, Lipis, Selayang, Bagan Serai, Sungai Siput, Batu Gajah, Parit, Telok Intan, Batu dan Kuala Krai dan juga celahan-celahan daripada Hulu Terengganu, Rasah, Pendang, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Pasir Salak, Balik Pulau dan juga Kubang Kerian yang rata-rata menyokong.

Ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih betul kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebenarnya makanan ini, Akta Makanan Haiwan ini, sebenarnya ia akan pergi kepada kita manusia yang memakan daging dan sebagainya. Jadi memang saya cukup gembira sekali dan terharu atas beberapa cadangan balas, dari segi teguran pun ada, dari segi caution dgn izin, dengan beberapa langkah untuk menambah baik dari segi pelaksanaan dan sebagainya rang undang-undang ini.

final • 5:28 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Seperti Yang Berhormat betul katakan tadi, ini tak kira politik, tidak kira bangsa, tidak kira agama, tak kira darjat kecuali ada seorang kawan tadi, katakan less or go vegetarian lah pun ada juga tadi... [Ketawa] Dia ajak kita pergi vegetarian, tetapi itu satu nilai yang kami rasa...

final • 5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita sambung hari Isnin.

final • 5:30 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Ya, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

final • 5:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Saya mohon

mencadangkan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Broadband Pasca 2010

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang supaya dapat saya membentang dan membuat ucapan penangguhan mengenai Broadband Pasca 2010...

final • 5:31 PM

Seorang Ahli

Hendak balik sudah.

final • 5:31 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Hendak balik sudah?... Kerajaan Malaysia harus memastikan pegawai-pegawai eksekutif utama dalam semua GLC mendalami serta mematuhi kuasa-kuasa pasaran bebas demi untuk menjamin daya saing Malaysia berbanding negara serantau dan sedunia. Atas prinsip ini, tulisan Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa, CEO Kumpulan Telekom Malaysia Berhad dalam akhbar The Edge bertarikh 18 Mei 2009 adalah bersifat anti kepentingan nasional dan juga anti nasional.

Beliau seorang pemaju yang mempromosikan monopoli satu-satunya perilaku anti daya saing dalam pasaran global yang kian bebas dan kebas daripada cengkaman protectionism dengan izin. Hakikatnya ialah kadar penembusan broadband kini hanya pada 21 peratus walaupun pagi tadi Yang Berhormat Menteri Penerangan mengatakan 25 peratus, tetapi berdasarkan apa yang dipaparkan dalam ucapan Dato’ Zamzamzairani tadi, ia menyebut tentang penembusan broadband kini hanya pada 21 peratus bagi semua keluarga Malaysia. Mengikut perancangan National Broadband Plan dengan izin yang asal, sasaran penembusan broadband ialah 70 peratus menjelang Disember 2010.

final • 5:31 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Namun begitu, sasaran tersebut telah dirombak dan diturunkan kepada penembusan 50 peratus keluarga Malaysia menjelang akhir 2010. Kita harus imbas kembali bahawa broadband sepantas 128kbps dan 286kbps bermula pada tahun 2001. Biarpun dengan sokongan wireless broadband, kita mengambil selama lebih lapan tahun untuk mencecah penembusan 21 peratus. Jadi bolehkah kita melompat sebanyak 29 peratus dalam tempoh hanya 18 bulan dari sekarang supaya kita capai penembusan broadband 50 peratus menjelang tahun depan.

Jawapannya, kita tidak boleh sekiranya prinsip monopoli Telekom Malaysia diberhentikan serta-merta. Sudah terbukti penyebaran broadband terbelenggu di Malaysia kerana Telekom Malaysia mengamalkan prinsip anti-competitive conduct dengan izin dalam penentuan takrif bagi rangkaian kuprum ataupun copper network dengan izin yang menjanakan fixed line broadband secara teknologi DSL. Meskipun arahan unbunding the local loop dengan izin, telah dikeluarkan beberapa tahun yang lepas, namun Telekom Malaysia mengendalikan predictive pricing dengan izin sehingga pemain-pemain industri seperti Jaring, satu lagi GLC disekat daripada bersaing dalam satu persekitaran industri yang dengan izin, level playing field.

Dengan menggunakan modul operasi yang sama, Telekom Malaysia kini menjual ubat lama dalam pembungkusan baru. Telekom Malaysia kata ia harus diberi kuasa utama dengan monopolistic untuk mengendalikan projek high speed broadband ataupun HSBB yang akan menelan modal hampir RM12 bilion dalam tempoh sepuluh tahun. Muslihatnya, setelah Telekom Malaysia mencengkam dalam rangkaian kuprum, kini ia tamak hendak menjadi pengmonopoli rangkaian fiber optic. Buktinya ketara. Sampai sekarang, fiil dan perilaku Telekom Malaysia masih begitu tidak berubah. Ia tidak pernah memaparkan secara telus takrif dan juga terma dan condition yang akan dikenakan ke atas pemain-pemain industri lain yang telah diberi lesen untuk mengendalikan perkhidmatan broadband.

Jika Telekom Malaysia terus dengan mindset monopolinya sebegini, saya cadang Telekom Malaysia diberkas menerusi satu Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) yang mengharamkan perilaku anti kompetitif ini. Jika Telekom Malaysia terus keras kepala, saya cadangkan Telekom Malaysia dipecah-pecahkan seperti Mother Bell di USA, dibahagi- bahagikan menjadi Baby Bell. Biar Telekom Malaysia menjadi pembekal borong sahaja dan aktif aktiviti pasaran runcit diberi kepada pelesen-pelesen SKMM yang kental yang lain.

Guna pakai sajalah modal bekalan air yang KTAK ataupun Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang telah merancang tidak lama dahulu bahawa infrastruktur akan diawamkan oleh GLC dan pengedaran ataupun dari segi distribution biarlah diberi kepada pasaran bebas. Akhirnya, saya meramalkan Malaysia akan gagal mencapai penembusan 50 peratus broadband...

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, baca yang tercatat seperti yang dihantar oleh Yang Berhormat. Tidak perlu tambah-tambah.

final • 5:31 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Okey, erti kata cabaran terbesar semakin dekat bagi Telekom Malaysia selagi ia masih kekal dengan sifat monopolinya. Sekian.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:31 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ll - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan penangguhan oleh Ahli Yang Berhormat Jelutong yang menyentuh mengenai pelaksanaan jalur lebar di negara ini. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan melalui kementerian ini telah menyediakan strategi pelaksanaan bagi mempertingkatkan penembusan jalur lebar di Malaysia melalui pendekatan secara menyeluruh yang merangkumi strategi penawaran ataupun pembekalan dan permintaan jalur lebar. Dengan pelaksanaan strategi-strategi tersebut, petunjuk prestasi utama iaitu KPI yang telah ditetapkan ialah untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus mengikut isi rumah pada akhir tahun 2010.

final • 5:36 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ll - Puan Heng Seai Kie

Sehingga kini, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah di negara ini ialah sebanyak 24 peratus dan kadar penembusan jalur lebar ini disasarkan sebanyak 30 peratus pada akhir tahun 2009.

Seterusnya, kementerian yakin sasaran kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus pada akhir tahun 2010 dapat dicapai dengan kerjasama dan peranan yang turut dimainkan oleh semua pihak dalam sektor awam dan swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, sehingga akhir tahun 2008, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu SKMM telah mengeluarkan sebanyak 80 lesen individu untuk pemberi kemudahan rangkaian, 87 lesen individu untuk pemberi perkhidmatan rangkaian dan 401 lesen kelas untuk pemberi perkhidmatan aplikasi.

Kesemua pemegang lesen ini boleh menawarkan perkhidmatan jalur lebar dengan pelbagai teknologi. Walau bagaimanapun, Telekom Malaysia Berhad masih merupakan pemberi perkhidmatan jalur lebar berwayar yang terbesar di Malaysia. Ini adalah kerana kebanyakan pemberi perkhidmatan yang lain menumpukan perhatian kepada perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar. Sehubungan itu, kenyataan yang menyatakan Telekom Malaysia adalah merupakan monopoli adalah tidak berasas. Di samping itu, AKM juga mengandungi peruntukan mengenai amalan persaingan am di mana SKMM selaku badan kawal selia boleh mengambil tindakan ke atas tingkah laku anti persaingan. Berhubung dengan isu local loop unbunding dengan izin, pada tahun 2005, kajian telah dijalankan mengenai senarai capaian dan empat kadar LLU telah ditetapkan.

final • 5:36 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ll - Puan Heng Seai Kie

Capaian kepada big stream, dengan izin telah dikuatkuasakan pada tahun 2005.

Manakala tiga kaedah lagi iaitu dengan izin full access, sub loop dan line sharing telah dikuatkuasakan baru-baru ini untuk menggiatkan lagi persaingan dalam pasaran jalur lebar.

Berasaskan kaedah-kaedah tersebut pihak Telekom Malaysia telah pun memberikan laluan kepada pelesen yang sah untuk mendapatkan perkhidmatan LLU berasaskan kepada tarif yang ditentukan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah melabur sebanyak RM2.4 bilion dalam projek rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi ataupun HSBB. Antara syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan ialah supaya Telekom Malaysia mengamalkan akses terbuka dan menawarkan akses kepada rangkaian tersebut kepada pemberi perkhidmatan yang lain.

Dalam hubungan ini Telekom Malaysia akan menawarkan tiga perkhidmatan secara komersial kepada pemberi perkhidmatan iaitu dengan izin HSBB transmission, HSBB access dan HSBB connection. Setakat ini Telekom Malaysia telah menyediakan terma dan syarat termasuk juga harga capaian untuk HSBB transmission, dengan izin.

Telekom Malaysia dijangka akan menyediakan terma dan syarat untuk HSBB access dengan izin, dan HSBB connection pada bulan September 2009 ini.

Kementerian ini bersama SKMM akan terus memantau pelaksanaan projek HSBB bagi memastikan access adalah adil dan saksama kepada semua pemegang lesen dan peminta akses yang berkelayakan. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya beri ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong mengenai pelaksanaan jalur lebar di negara ini. Kementerian ini akan sentiasa mengambil perhatian terhadap sebarang teguran dan pandangan yang membina dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani semua masalah yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila, Yang Berhormat.

Struktur Kualiti Pembinaan Laluan Pintas Muar

final • 5:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk memberi ucapan penangguhan di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 5:44 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sebagai wakil rakyat kawasan Bakri, saya ingin menyuarakan kekecewaan atas struktur kualiti pembinaan jalan pintas Muar. Rakyat Muar pernah bermegah dengan projek laluan pintas ini yang pernah disifatkan sebagai lebuh raya dalam bandar pertama yang dibina di Johor. Ditambah pula Laporan Ketua Audit Negara 2007 melaporkan Jabatan Tanah Negeri Johor telah terlebih bayar pampasan lapan lot tanah yang diambil alih.

Antaranya RM11,680 sehingga RM651,140 berpandukan laporan Valuation and Property Services Dept. dengan izin.

Kita pernah bermimpi laluan pintas akan selamat dan selesa digunakan umum, akan tetapi keadaan struktur kualiti laluan pintas ini amat tidak memuaskan. Seperti pepatah Melayu, “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”....

[Tepuk]

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang itu tidak termasuk dalam teks Yang Berhormat. Dalam teks yang dihantar sebelum ini. Baca yang dalam teks.

final • 5:44 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey, baik. Tambah sedikit. Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Masalah yang timbul adalah seperti berikut:

(i) keadaan struktur jalan yang tidak rata dan berbonggol seakan laluan roller coaster. Terdapat tujuh tempat cembung dan 11 tempat cekung sepanjang laluan ini;

(ii) banjir atau air bertakung sehingga separa roda kereta selepas hujan terutamanya di persimpangan Jalan Bakri. Kesesakan berlaku dan keselamatan terjejas bila pemandu cuba mengelak daripada takungan air yang menjadi-jadi di sepanjang laluan ini;dan

(iii) tiga pagar pemisah yang rosak telah dilintasi oleh pengguna yang tidak menggunakan jejantas yang sedia ada amat membahayakan keselamatan pengguna.

Menurut pakar jurutera awam, tanah lembut seperti tanah gambut perlu adakan kerja tambakan tanah yang lebih konkrit terutamanya untuk pembinaan jalan raya ditambah pula lapisan bawah tanah perlu ditambakkan batu atau keluli konkrit sebelum penurapan lapisan tar yang lebih tebal. Ingin saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya apakah piawaian yang digunakan dan adakah laluan ini telah memenuhi segala piawaian serta apakah langkah-langkah segera untuk mengatasi masalah-masalah di atas untuk menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat. Rakyat Muar mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya turun padang ke tapak projek ini untuk meneliti, memantau dan menilai kesempurnaannya. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh nyatakan tarikh dan bilakah ke tapak ini. Rakyat akan bersama-sama mengenal pasti masalah yang timbul.

Akhir sekali, saya menyeru kepada Kerajaan Barisan Nasional bahawa tugas pemerintah yang direstui rakyat yang diperintah untuk memastikan rakyat dilindungi dan keselamatan dan kesejahteraan dijamin. Tugas menteri ialah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat. Saya bukan mencari siapa benar siapa salah, tetapi sekadar mengenal pasti punca-punca masalah. Akhir kata saya, seperti pepatah Melayu, “Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali” dan jangan menganiaya orang lain sebagaimana kita tidak mahu orang lain menganiaya kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:44 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Bakri atas ucapan penangguhan yang menyentuh bidang kuasa kementerian ini. Keprihatinan Ahli Yang Berhormat mengenai perkara ini adalah amat dialu-alukan.

final • 5:48 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek jalan pintas Muar merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang telah disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Skop projek ini ialah membina jalan pintas dua lorong berkembar daripada Jalan Sabak Aur ke Jalan Abdul Rahman dengan persimpangan searas dan persimpangan berlampu isyarat bagi persimpangan-persimpangan utama. Kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek ini ialah Ranhill Corporation Sdn. Bhd. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dakwaan bahawa Pejabat Tanah dan Galian Johor terlebih bayar pampasan bagi projek laluan pintas Muar adalah tidak benar.

final • 5:48 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Laporan Ketua Audit Negara 2007 tersebut sebenarnya merujuk kepada bayaran balik tanah bagi beberapa projek lain di Muar yang melebihi daripada harga pasaran dan bukan terlebih bayar. Berhubung dengan keadaan struktur jalan yang tidak rata dan berbonggol, adalah dimaklumkan bahawa kajian terhadap kerosakan jalan tersebut telah mula dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya sejak bulan Januari 2008 setelah didapati berlakunya mendapan pada permukaan jalan di beberapa kawasan terutamanya di Jambatan Parit Tiram.

Mendapan ini telah menyebabkan berlakunya kerosakan turapan permukaan jalan atau pavement dan permukaan tanah yang tidak sekata. Susulan daripada kajian kerosakan yang telah dijalankan pihak Jabatan Kerja Raya telah mengarahkan kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja melaraskan permukaan jalan atau regulating bagi mengurangkan kesan beralun terutamanya di kawasan pembetung jalan.

Kerja-kerja pembaikan telah mula dijalankan pada bulan Ogos 2008 dan bagi masalah mendapan di kawasan pembetung dan Jambatan Parit Tiram telah siap dibaiki pada bulan September 2008. Kerja-kerja pembaikan mendapan di kawasan persimpangan dan di sepanjang jajaran jalan sedang dalam proses pelaksanaan. Memandangkan tempoh pemantauan bagi kerja-kerja pembaikan tersebut akan mengambil masa. Bon pelaksanaan projek ini telah dilanjutkan selama setahun iaitu sehingga bulan September 2009. Perakuan siap membaiki kecacatan juga tidak akan dikeluarkan kepada kontraktor sekiranya semua kecacatan dan mendapan di semua bahagian jalan dan jambatan dalam skop kerja kontraktor tidak dibaiki dengan sempurna mengikut spesifikasi dan disahkan oleh JKR.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Jabatan Kerja Raya tidak dapat mengarahkan kontraktor untuk membaiki kerosakan bagi memisahkan jalan sejenis Briffen wire rope kerana kerosakan tersebut berlaku akibat kemalangan jalan raya dan tidak termasuk dalam skop tanggungan kecacatan kontraktor. Walau bagaimanapun, kerosakan tersebut akan dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya menggunakan peruntukan penyelenggaraan sedia ada bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Akhir sekali ingin dimaklumkan bahawa piawaian yang digunakan oleh Jabatan Kerja Raya dalam melaksanakan projek kerja reka bentuk geotechnical adalah berdasarkan kepada Nota Teknik Jalan 20/98. Pemakaian Nota Teknik ini adalah tertakluk kepada geotechnical manual first loop dengan izin 1984 dari geo Hong Kong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, negara Hong Kong merupakan negara yang maju dari segi pembangunan pengetahuan geo-technical dan menjadi rujukan oleh negara ini dan lain juga. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Isnin, 22 Jun 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.54 petang.

final • 5:50 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026