Mar242009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semalam apabila saya habiskan perbahasan saya, pada masa itu saya telah membawa perhatian kementerian kepada dua perkara yang mustahak, yang perlu tindakan dengan segera. Satu adalah lebih perhatian perlu diberi kepada jurubahasa- jurubahasa di mahkamah, di mana pertamanya berkaitan dengan elaun-elaun dan gaji mereka dan juga incidental yang sudah lama mereka telah tidak diberi perhatian berbanding dengan lain-lain sektor. Harap kementerian akan memberi inisiatif dan insentif yang tertentu kepada mereka.

Kedua adalah mengenai pelantikan majistret-majistret, terutamanya majistret- majistret yang sangat muda, yang tidak ada pengalaman dalam hidup mereka, tetapi lepas keluar mengambil jurusan undang-undang, mereka dilantik dan tidak ada experience langsung.

final • 10:05 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya pohon agar majistret-majistret ini, pegawai undang-undang ini dihantar ke lain-lain department supaya mereka dapat memperoleh pengalaman sebelum mereka dilantik sebagai majistret. Seperti yang dilakukan di UK, Stipendiary Magistrate dan majistret-majistret di Commonwealth yang tidak sedemikian, yang berlaku di negara ini.

Ketiga adalah di mana, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membahaskan mengenai backlog cases di negara ini, terutamanya di Mahkamah Majistret, yang saya juga telah membahas semalam mengatakan bahawa it’s in the first instance, dengan izin, di mana ramai di antara rakyat pergi ke mahkamah jika ada masalah adalah di Mahkamah Majistret dan perhatian yang lebih perlu diberi kepada mahkamah-mahkamah ini di mana first instance, pandangan, impression dan sebagainya.

Kalau kita tengok dalam 20, 30 tahun ini tidak ada perbezaan langsung, tidak ada modernization langsung di Mahkamah Majistret terutamanya dan juga di Mahkamah Sesyen. Apa yang terjadi baru-baru ini dalam 20, 30 tahun adalah severe backlog of cases di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen juga di mahkamah di mana kes-kes rayuan dibuat. Saya tahu kes-kes rayuan dari Mahkamah Sesyen mengambil masa bukan setahun, dua tahun, tiga tahun, ada yang lima tahun, dan tidak dapat didengar dan dihabiskan di Mahkamah Tinggi. Ini kekurangan, di antaranya adalah beberapa faktor – kekurangan hakim, kekurangan pegawai-pegawai yang cekap untuk membuat kes-kes sedemikian dan juga pegawai-pegawai yang ada experience untuk membuat kes-kes sedemikian.

Saya tahu mengenai cadangan pemindaan rang undang-undang ini, ia akan mempercepatkan electronic system yang akan dilangsungkan, tetapi berapa seriuskah, berapakah kes backlog yang sedia ada di negara ini, terutama di Mahkamah Majistret dan di Mahkamah Sesyen? Saya juga ingin kemukakan dan ingin tahu setakat ini berapakah kes-kes yang dibawa oleh pendakwa raya yang telah berjaya di Mahkamah Majistret terutamanya dan di Mahkamah Sesyen?

Saya hendak tahu dengan spesifik, macam kalau dikatakan di Mahkamah Kuala Lumpur, berapa kes di mana yang telah dibawa dan telah disabit? Saya tahu di antaranya figures atau percentages yang diberi oleh kementerian, selalunya mengatakan bahawa kejayaan mereka sangat tinggi, tetapi yang saya hendak bercakap dengan micro level di mana angka-angka perlu diberi mengikut kes-kes yang dijalankan yang telah didengar di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen terutamanya.

Kebanyakan kes yang dijadualkan didengar di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, kerap kali di mana yang kena tuduh itu mengaku salah. Itu perlu dibezakan. Ini bukan suatu kejayaan pendakwa raya. Ini adalah kejadian yang biasa. Yang saya hendak tahu adalah di mana kes-kes jenayah yang telah dibawa ke Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen di mana kes-kes itu telah dijalankan, berapa di antara kes itu telah berjaya sehingga yang kena tuduh itu disabit dan didapati bersalah dan berapa di antaranya adalah kejayaan?

Tuan Yang di-Pertua, di mahkamah kerap kali kompelin, yang terutama adalah mengenai tertunggaknya kes-kes. Kerap kali apabila kita berada di mahkamah, Tuan Yang di-Pertua pun pernah berfungsi atau mengamal sebagai seorang peguam tahu bahawa it is said, dengan izin, lawyers spend more times waiting in court than for actual case to proceed. Ini bermakna, lebih masa dihabiskan oleh peguam dalam menunggu untuk satu kes dijalankan, dari kes dijalankan. Kerap kali di mahkamah-mahkamah, Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, kita ada berpuluh-puluh kes sehingga kes mention, kes sebut dan sebagainya sebelum kes betul-betul dijalankan akan mula hanya pada pukul 10.30 atau 11. Ini semua membuang masa.

final • 10:05 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya telah cadangkan kepada kementerian beberapa kali. Di antaranya, kes-kes reman, kes-kes sebutan boleh diselesaikan oleh pendaftar-pendaftar. Tidak perlu seorang majistret atau seorang Hakim Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes-kes yang biasa dan tidak ada complication of law. Jadi, perkara-perkara ini perlu diberi perhatian supaya kalau kita meluluskan rang undang-undang ini, walaupun niatnya adalah...

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekejap. Adalah untuk mempercepatkan kes-kes, tetapi semua ini akan di defeat, dengan izin, jika kita ada kes-kes sebutan, kes-kes reman di hadapan majistret hari-hari sehingga pukul 11, majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen hanya mendengar kes-kes ini dan ini membuang dan membazir masa mahkamah.

Ya.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, selepas mendengar hujah-hujah daripada sahabat saya, Yang Berhormat Ipoh Barat, seorang peguam yang mungkin terkenal juga, saya hairan. Mula-mula Yang Berhormat menyentuh soal majistret yang baru graduate ini tidak berpengalaman, tidak harus dilantik dan tiba-tiba pula Yang Berhormat menyoal soal backlog, tunggakan kes-kes di mahkamah. Belum saya mendengar cadangan Yang Berhormat bagaimana mengatasinya. Satu daripada cadangan Yang Berhormat saya dengar itu sahaja, yang kes-kes kecil itu didengari oleh pihak pendaftar.

Yang Berhormat, kerajaan sedar dan telah pun membuat beberapa pendekatan soal kes-kes yang minor ini, minor offences. Arbitrary court pun telah diadakan, tetapi kadangkala peguam juga terlibat dengan tunggakan ini kerana kononnya saksi sakit. Kita selalu tertanya-tanya soal kesahihan medical report bahawa seseorang itu tidak dapat menghadiri mahkamah kerana ia tidak sihat ataupun ada medical leave dan sebagainya.

Maka bagaimana pendapat Yang Berhormat sebagai seorang peguam yang terkenal, mungkin terkenal di dalam Malaysia ini? Jadi, tidak menyentuh soal kesahihan-kesahihan yang dikeluarkan, diedarkan oleh peguam sendiri. Kebanyakan kes yang tertunggak ini kerana itu. Boleh minta penjelasan?

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Yang Berhormat Putatan pun hendak menjadi peguam juga. Boleh, boleh cuba. Tuan Yang di-Pertua, satu di antara cadangan. Ada banyak cadangan. Kalau kita tengok di dalam ucapan-ucapan saya di Dewan Rakyat ini, saya telah membuat beberapa cadangan. Di antaranya, saya ada mencadangkan mengenai night court. Iaitu perlu adakan kes-kes diselesaikan sebagai arbitration. Berapa tahun? Sepuluh tahun dahulu telah dicadangkan dan telah berfungsi di negara Barat lebih kurang 50 tahun. Kenapa kita belum lagi mengimplementasikannya dan kerap kali mahkamah tidak langsung bersidang pada sebelah petang. Kita boleh lantik ad hoc magistrate dan ad hoc session court judges untuk mendengar kes-kes.

Kita ada bangunan, tetapi kita tidak ada majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk mendengar kes-kes tersebut. Bukan kerana tertunggak, tetapi ini terjadi kerana peguam-peguam. Kerap kali saya tidak menafikan bahawa ada sebab di antaranya adalah disebabkan oleh peguam mengambil lebih kes-kes daripada yang dapat mereka kendalikan. Apa yang lebih mustahak adalah kesediaan dan bahawa mahkamah bersedia untuk menjalankan kes. Saya sendiri beberapa kali dan Tuan Yang di-Pertua pun semestinya tahu bahawa walaupun kita bersedia, ada beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kes-kes ini ditunda.

Apa yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua, adalah bukan sahaja bangunan-bangunan. Saya ada bangkitkan bahawa satu bangunan untuk berfungsi sebagai Mahkamah Tinggi telah disediakan di Telok Intan. Pada masa itu, saya sebagai Ahli Parlimen Telok Intan pada tahun 1997. Sehingga sekarang it becomes a white elephant.

Sehingga sekarang tidak digunakan langsung. Sepuluh tahun dahulu ia telah dibina, telah disiapkan. Semasa itu saya ingat lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan, “Oh kita, we are farsighted. Kita boleh tahu dalam 10 tahun, berapa kes akan didaftarkan di mahkamah tersebut. Maka itulah kita siapkan mahkamah itu dan akan berfungsi tidak lama lagi”. Sudah 10 tahun Tuan Yang di-Pertua, satu kes Mahkamah Tinggi pun belum didaftarkan. Tidak ada hakim di Mahkamah Tinggi Telok Intan. Tidak ada mahkamah sedemikian langsung walaupun bangunan itu telah disiapkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kes-kes jenayah didaftarkan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen serta juga Mahkamah Tinggi, kerap kalinya ramai di antara yang dituduh ini adalah dari golongan miskin dan tidak ada wang untuk mengambil peguam- peguam. Jadi, dalam hal ini tentang peranan Biro Bantuan Guaman.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hari itu, dalam satu soal jawab, saya telah beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa Majlis Peguam dari dahulu telah rela untuk memberi bantuan peguam kepada yang kena tuduh. Kerajaan pun perlu dan sedang, saya tahu sedang memberi peguam-peguam untuk mewakili yang kena tuduh. Namun begitu, dia ada hak yang terlampau sempit di mana pendapatan mereka tidak melebihi RM2,000 atau RM3,000 baru dia dibenarkan.

Begitu juga kes-kes criminal atau kes-kes jenayah, Biro Bantuan Guaman tidak rela untuk memberi pertolongan mereka. Semua ini perlu diubah supaya kita dapat situasi di mana kes-kes apabila didaftarkan di mahkamah-mahkamah, kes-kes ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh. Ini akan disegerakan jikalau kita ada peguam-peguam yang mewakili yang kena tuduh. Bagi yang kena tuduh, dia hendakkan peguam, tetapi tidak layak atau tidak ada wang untuk mendapat seorang peguam...

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Beri laluan.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Maka ini adalah kewajipan Biro Bantuan Guaman atau Majlis Peguam untuk memberi pertolongan di dalam arena ini. Jika kita tidak memberi sedemikian atau tidak memberi perhatian kepada...

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Beri laluan. Minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peranan peguam itu amat penting kerana peguam-peguam yang praktis di negara ini memanglah part and parcel of the High Court body, dengan izin.

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju ataupun kes yang kena dengan Mahkamah Malaya ini, adalah dipercayai bahawa pengurusan mereka telah pun bermula dengan menggunakan ICT dan saya difahamkan ia gagal. Adakah ini kalau kita terajui sekali lagi ICT ini dapat memperkasakan pengurusan kes-kes di mahkamah, apakah cost effective nya dan sebagainya, mengapakah pihak kerajaan belum cuba membuat satu pendekatan ICT di Mahkamah Borneo? Adakah ini dalam rancangan yang terdekat dan bagaimana pendapat daripada pihak peguam supaya pihak kerajaan dan pihak mahkamah dapat melaksanakan program ICT dalam mahkamah-mahkamah di Malaya dan Borneo?

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan.

Sebenarnya itu adalah reversal, dengan izin. Baru-baru ini, apabila saya menghadiri satu kes mengenai pilihan raya terhadap Yang Berhormat Bandar Kuching, saya hairan dengan state of the art sistem yang ada di Kuching lebih baik daripada yang di sebelah sini. Ia betul-betul bagus pada pandangan saya. Sebenarnya, saya sepatutnya menjadi seorang saksi dalam kes tersebut. Saya nampak di mana apabila hakim mengambil keterangan serta-merta, semuanya boleh nampak di komputer tersebut dan boleh diverify oleh kedua- dua pihak. Mungkin Yang Berhormat Putatan tidak tahu dan tidak ada masa untuk pergi ke mahkamah-mahkamah di Kuala Lumpur. Di sini tidak ada sedemikian.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mungkin salah sikit perkataan itu dalam persoalannya, Yang Berhormat. Mungkin yang berjaya di Sarawak itu kenapa tidak dibuat di Malaya, Yang Berhormat. Itu sahaja.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Okey. Di sini sebenarnya kita ada. Pada pengetahuan saya, kita ada mengimplementasikannya, tetapi nampaknya tidak ada keseriusan dan juga ada terlampau banyak kes di negara ini yang mungkin sekaligus ia menjadi perkara yang tertunggak yang tidak dapat diselesaikan. Akan tetapi, yang menjadi masalahnya bukan setakat tidak berfungsi, tetapi tidak ada inisiatif tertentu.

Pada pengetahuan saya, lebih kurang 10 tahun lalu, ada beberapa hakim Mahkamah Malaya telah pergi ke Singapura, China dan Sweden untuk mempelajari sistem yang terbaru, tetapi nampaknya ia tidak betul-betul diimplementasikan di sini. Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjawab dengan khusus kenapa perkara itu terjadi. Pada pengetahuan saya, peguam-peguam sedia dan rela pada bila-bila masa untuk menjalankan ICT supaya ia akan mempercepatkan kes-kes ini diselesaikan di mahkamah-mahkamah di negara ini.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, di mana kita ada legal and judicial system telah dimasukkan dalam satu sistem, satu commission. Ini tidak membawa impartiality independent dan persepsi di antara masyarakat dan orang-orang adalah kerana kedua-dua legal dan judicial di bawah satu payung. Ini bermakna tidak secara berasingan.

Peranan mereka adalah berasingan, tetapi mereka bercampur antara satu dengan lain. Ini perlu dielakkan.

Oleh itu, selepas kedua-duanya telah difusekan pada beberapa tahun lalu, telah menyebabkan lebih peluang diberikan kepada wakil-wakil ataupun peguam-peguam yang sedang berkhidmat dalam legal system, kerana itu dalam legal system kita ada peningkatan pegawai-pegawai. Saya difahamkan dalam 10 tahun ini, lebih daripada 500 pegawai- pegawai telah diambil dalam jurusan undang-undang seperti DPP, Assistant Legal Advisor, Legal Advisor dan sebagainya. Dalam sistem Foreign Legal Advisor, semua ini memberi lebih peluang kepada ramai orang diserapkan dalam legal service.

Akan tetapi, dalam judicial service nampaknya tidak ada peningkatan langsung.

Kalau ada pun sangatlah kurang. Ini mengakibatkan promotion prospect dalam legal service sangat baik. Dikatakan oleh sebab ada satu department yang ramai keanggotaannya, maka peluang untuk naik pangkat sangat cerah. Saya difahamkan gred JUSA C di legal service kebelakangan ini sangat baik dan ramai di antaranya telah memperoleh full JUSA C.

Namun, berbanding dengan perkhidmatan kehakiman (judicial service) kebanyakan di antara mereka ada yang 23 tahun baru dapat JUSA C. Ada yang berkhidmat sebagai hakim selama 20 tahun baru mendapat half JUSA C. Berbanding dengan legal service, ia nampaknya senang untuk mendapat kenaikan pangkat. Ini adalah kerana sistem yang ada di negara ini, di mana perhatian dan kecenderungan diberi oleh Public Service Department kepada departments yang ada ramai pegawai. Nampaknya, mereka mustahak daripada departments yang ada pegawai yang sangat kurang. Jadi, kita perlu asingkan di antara legal dan judicial service supaya lebih perhatian diberikan kepada department tertentu supaya dalam proses ini, kenaikan pangkat dan keutamaan akan diberi based on merit.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu kebelakangan ini, berapa pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke JUSA C?

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, based on merit.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat JUSA A atau JUSA C?

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

JUSA saya lebih tinggi daripada itu, saya Ahli Parlimen. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa] Soal merit ini, Yang Berhormat, kita harus lihat juga dari segi pandangan orang- orang yang terpelajar, yang muda ini. Ramai di antara graduan-graduan yang muda ini berpengalaman secara moden, dalam ICT dan sebagainya.

Saya lihat dahulu, saya pernah duduk bersama hakim. Apa yang hukuman mati, yang duduk dekat hakim itu? Saya pernah dan saya juga melihat apa yang berlaku. Saya melihat hakim-hakim yang senior selalunya menulis beberapa lembar kes sampai begitu tebal dan sebagainya. Jadi, ini akan mengambil masa – yang saya lihatlah. Saya kesian melihat hakim-hakim ini, dia menulis sendiri. Saya rasa Yang Berhormat pun menulis sendiri kalau menjadi hakim.

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau kita ubah cara pengurusan pendengaran (hearing) ini supaya mungkin kita boleh buat satu pendekatan yang baru, iaitu teleconferencing court yang mungkin menjimatkan kos dan mungkin juga save time dan sebagainya. Saya rasa dalam perkara ini telah pun diadakan di negara- negara yang maju.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Itu cadangan yang baik, tetapi ia telah diimplementasikan di Australia 10 tahun dahulu. Saya pun hairan kenapa...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sarawak buat, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sarawak ada?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sarawak dan Sabah ada buat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sabah dan Sarawak ini maju dalam arena undang-undang nampaknya.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

ICT.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

ICT. Sebab itulah Yang Berhormat Putatan pun lebih aktif dalam hal ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lebih minat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mungkin dapat kontrak?

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Peraturan Mesyuarat 36(6) – Sangkaan jahat.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan mengenai teleconferencing. Ini adalah satu perkara seperti night sitting of the court - perbicaraan pada waktu malam. Kes-kes yang rudimentary, yang biasa, tidak perlu kita adakan dan memberi ruangan kepada orang-orang yang bekerja untuk datang.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sebutlah apa perkara yang rudimentary, yang tidak perlu...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Macam kes-kes di majlis...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mention cases, labour cases...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Labour cases dan sebagainya. Kes-kes yang bukan serius yang tidak perlu didengar pada waktu pagi atau petang. Kes-kes ini dapat dijalankan seperti di Amerika dan negara-negara yang lain.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada JUSA C. Saya dapat tahu daripada beberapa Hakim Mahkamah Sesyen yang telah memberitahu saya bahawa mereka telah menjalankan tugas untuk beberapa tahun – dua dekad, tetapi nampaknya untuk kenaikan pangkat sangatlah susah. Keadilan dan perhatian perlu diberi oleh kementerian supaya semuanya tidak dipinggirkan. Saya rasa kehakiman termasuk hakim-hakim di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sangat perlu diberi perhatian.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada sistem yang akan digunakan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Saya dapat tahu di Mahkamah Tinggi, supporting staff kerap kali Setiausaha-setiausaha Mahkamah Tinggi adalah orang-orang yang dipilih oleh PSD yang tidak ada pengalaman untuk menaikkan kes-kes yang dibuat oleh hakim-hakim. Kerap kali hakim-hakim mengalami kesusahan kerana ada setiausaha-setiausaha yang tidak arif dalam bahasa Inggeris atau mungkin arif dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak arif dalam bahasa Melayu. Ini menyusahkan mereka.

Ada hakim-hakim yang menyatakan saya sudah sediakan dalam tulisan tangan, tetapi setiausaha mengambil banyak masa untuk menolong saya menaip. Ini menyusahkan.

Cadangan oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu adalah pemilihan setiausaha-setiausaha perlu diberi kepada hakim sendiri. Jangan pergi kepada Public Service Department. Mereka tidak tahu langsung dalam kebolehan setiausaha-setiausaha ini macam untuk Ahli Parlimen-Ahli Parlimen, pegawai mereka sendiri dipilih oleh mereka sendiri. Dibayar satu elaun dan Ahli Parlimen ada pilihan untuk membuat sedemikian. Kenapa kita perlu hadkan ini kepada sesuatu dari Public Service Department sahaja?

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya ada bangkitkan macam apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan sebelum ini mengenai stenographers. Sebenarnya, di Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya, saya pun hairan sehingga hari ini kenapa tidak ada mereka yang experienced stenographers untuk menjalankan tugas ini. Ia akan menyelesaikan perkara dan mempercepatkan penghabisan dan pengendalian kes-kes di Mahkamah Tinggi.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah mengenai hakim-hakim sendiri, di mana walaupun dalam rang undang-undang ini selepas ia diluluskan, nampaknya akan mempercepatkan penyelesaian kes-kes ataupun pengambilan rekod-rekod dan penyiapan rekod-rekod. Akan tetapi, yang lebih mustahak juga adalah gaji-gaji mereka.

Saya ada buat cadangan kepada Yang Berhormat Menteri di luar Dewan ini, bahawa semua gaji-gaji Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, semua perlulah tax free dengan permulaan. Kebanyakan peguam-peguam tidak ingin menjadi seorang hakim kerana pendapatannya sangat beza. Bukan hendak kata RM10,000, RM20,000, sangat beza, hingga tidak ada hakim-hakim yang betul-betul ingin – yang layak, tetapi dia tidak ingin menjadi seorang Hakim Mahkamah Tinggi kerana bayaran gajinya sangat kurang...

final • 10:30 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Walaupun saya setuju, gaji bukan satu faktor untuk membuat national service kepada negara, tetapi itu adalah perkara yang perlu diambil kira. Ya.

final • 10:30 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya belum jemput Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta maaf.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya masih pandang kiri kanan. Sila Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih. Banyak prosedur yang kita belum berapa cekap lagi, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kadang-kadang pagi-pagi ini kena strict juga Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya setuju, setuju. Saya agak terperanjat juga dengan cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat supaya gaji-gaji para hakim ini dikecualikan daripada cukai pendapatan. Ini kerana hujahnya tidak ramai yang berminat untuk menjadi hakim kerana gap di antara pendapatan sebagai peguam misalnya, jauh lebih tinggi dan kerana sebahagian pendapatannya pula ditolak untuk cukai pendapatan.

Akan tetapi, tidakkah kita berasa bahawa cukai pendapatan ini adalah suatu tanggungjawab setiap rakyat Malaysia ke atas apa juga kerjaya yang mereka pegang?

Seperti yang disebutkan tadi, berbanding dengan kerjaya yang lain, kerjaya hakim ini amat mudah untuk mendapat kenaikan pangkat dan peluang untuk mendapat tahap JUSA itu lebih baik daripada bidang-bidang yang lain. Jadi, dalam keadaan begitu, saya ingat Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan supaya cukai pendapatan mereka lebih, tetapi dicadangkan dikurangkan. Apakah rasionalnya? Adakah kerana kita hendak lebih ramai orang berminat menjadi hakim? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya. Ada perbezaannya. Apabila saya mencadangkan tax free kepada hakim-hakim ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Bukan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Selalunya, di Mahkamah Sesyen, dia adalah sehingga tahap JUSA A, B dan C. Kebanyakannya adalah C separuh sahaja dan itu tidak mungkin, not practical untuk ada tax exemption kerana ramai di antara mereka, selepas menjadi Hakim Mahkamah Sesyen akan dipindahkan ke lain-lain jurusan.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mereka adalah pegawai-pegawai in service dan mengatakan bahawa mereka mendapat lebih peluang dari sektor-sektor lain, mungkin di perkhidmatan awam. Saya tidak menafikan, tetapi oleh sebab seorang peguam, dia dikatakan sedikit luar biasa kerana dia perlu memberi perhatian yang sangat serius kepada perkara-perkara, bukan sahaja apabila terjadi di mahkamah, tetapi apabila dia balik dari mahkamah, dia perlu duduk dan tulis ground of judgment. Ini mengambil banyak masa. Fikiran mereka ini macam 24 hours on dutylah berbanding dengan jurusan-jurusan lain. Minta maaf. Ini yang dikatakan.

Walaupun saya setuju doktor pun sedemikian juga, tetapi ini hal nyawa dan sebagainya, termasuk medical facilities. Akan tetapi, peguam-peguam ini perlu perhatian.

Baru-baru ini, di negara India, saya difahamkan gaji hakim-hakim telah dinaikkan 300 peratus, standard. Ini kerana untuk mengelakkan korupsi, untuk mereka ada satu standing society dan sebagainya. Ini perlu diberi perhatian kerana dalam separation of power di antara judiciary, executive and legislative sangat mustahak bahawa hakim-hakim diberi perhatian yang penuh.

Dahulu, saya ada kritik kepada kementerian apabila Hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberi arahan untuk menarik balik semua kereta-kereta Mercedes mereka dan diberi kereta-kereta yang lain. Saya katakan walaupun ini mungkin satu praktis yang dibuat oleh kementerian kepada jabatan-jabatan lain. Akan tetapi, kepada hakim-hakim itu luar biasa kerana apabila mereka bekerja sebagai seorang peguam, untuk mendapat satu E280 atau E500 Mercedes bukan luar biasa. Dia menjalankan tugas sebagai hakim, dia perlu mendapat layanan yang sama. Kalau tidak, kita tidak akan dapat hakim-hakim yang betul- betul baik, yang betul-betul dalam based on merit. Satu di antaranya adalah macam Yang Mulia Raja Aziz Adrus yang pernah menjadi Judicial Commissioner. Ya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Macam takut hendak cakap pula.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat. Takut kerana salah, berani kerana benar Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, rakan saya daripada Ipoh Barat tadi mungkin bercakap dalam konteks bagaimana hakim-hakim ini perlu mendapatkan satu pendapatan yang agak sesuai dan mungkin untuk mengelakkan berlakunya rasuah, amalan-amalan yang memungkinkan tercemarnya sistem kehakiman.

Tadi juga Yang Berhormat menyebut tentang hakim-hakim di India telah dinaikkan gaji mereka tiga kali ganda. Saya juga diberitahu oleh seorang rakan dari Kota Singapura gaji Ketua Hakim di Singapura hampir SGD1.2 juta.

Jadi, dengan pendapatan yang sebanyak itu, maknanya mereka hanya menumpukan tugas mereka kepada kerjaya mereka. Ini dikatakan dapat menyumbang kepada berlakunya salah laku ataupun terdedahnya para hakim ini untuk mengambil rasuah. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh berkongsi pengalaman ini adakah perkara ini boleh kita fikirkan, dan adakah ini cara terbaik sebenarnya untuk menjaga integriti sistem kehakiman itu sendiri? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya setuju pandangan Yang Berhormat.

Akan tetapi, untuk hakim-hakim ini macam di Singapuralah pendapatan mereka sangat tinggi, sangat tinggi Tuan Yang di-Pertua, dekat satu juta. Jangan hairan bahawa mereka betul-betul ini dari segi independencelah kepada kes-kes criminal lah, sivil saya tidak berani kata kepada Singapura.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi, yang ini perlu diambil kira di negara ini dan yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua adalah macam di England, di mana hakim-hakim kita ada vacation judges, kita ada circuit judges. Dengan formula circuit judges, baru kita ada Judicial Commissioners di negara ini. Namun, nampaknya tidak ada keseriusan dalam pelantikan Judicial Commissioners ini dan perlu beri perhatian supaya lebih ramai dilantik supaya backlog cases dapat diatasi.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Macam mana dengan - bukan saja supporting staff, tetapi rumah-rumah mereka yang patut diberi – yang diberi kepada katakan Datuk Bandar dan sebagainya, rumah- rumah besar dan lumayan, tetapi untuk hakim-hakim, nampaknya kerap kali tidak ada rumah langsung. Mereka perlu duduk menyewa. Mereka perlu dibezakan di antara pegawai-pegawai yang biasa dengan hakim-hakim.

Peranan mereka adalah lain dan perlu juga mendapat security kepada mereka.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kerap kali kita ada vacation dalam Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sebagainya. Saya pohon pada waktu itu pelantikan dibuat supaya situasi lebih hakim, pada masa itu ada hakim untuk menjalankan kes.

Kerap kali kita ada pada masa vacation, dikatakan hakim cuti. Masa itu tidak ada apa-apa kes dijalankan dan ini adalah macam di Ipoh Tuan Yang di-Pertua. Kita ada lebih kurang bilik Mahkamah Tinggi tujuh, hakim hanya tiga. Walaupun sebelum merdeka di negeri Perak kita ada dua hakim, sekarang di seluruh negeri Perak kita hanya ada empat hakim walaupun business dan rakyatnya telah berlipat ganda. Ya.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat. Selalunya saya bertentangan dengan Yang Berhormat Ipoh Barat ini, tetapi pagi ini saya mengikuti dengan khusyuk. Banyak hujah yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini yang baik-baik, kemudian disokong pula oleh sahabat saya yang juga jarang saya sependapat dengan dia, Yang Berhormat Kubang Kerian, tetapi pagi ini saya menyokong sangat pendapat kedua- dua tokoh ini... [Ketawa] Sudah sewajarnyalah. Jadi, saya juga menyokong Tuan Yang di-Pertua, supaya hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan pun bukan ramai orang ini. Kalau diberikan pendapatan yang lebih untuk mengelak macam apa yang Yang Berhormat Ipoh Barat kata, Yang Berhormat Kubang Kerian kata, kemungkinan- kemungkinan kalau mereka tidak...

Bukan soal itu sebenarnya. Mereka ialah orang-orang yang amanah sebenarnya, yang memang boleh diuji, tetapi pengorbanan mereka yang begitu besar kepada negara harus agaknya diberikan layanan yang lebih istimewa dan yang sewajarnya. Macam rumahlah katakan. Tidak mungkinlah hakim menyewa rumah. Ya, bagi saya, ada sesuatu yang tidak kena, kita semua apabila ada perkara-perkara yang boleh kita perbetulkan, kita perbetulkan.

Macam gaji, kalau India boleh tiga kali ganda, 300 peratus, Singapura SGD1 juta, itu sudah makna macam RM3 juta, RM4 juta kita dan sebenarnya mereka pun tidak ramai.

Jadi, saya setuju sangatlah kalau disemak balik, kemudian diberi layanan yang kalaupun istimewa bukanlah menjadi suatu kehinaan kepada kita, malah kita diberikan pandangan yang tinggi oleh dunia luar kerana kita mengiktiraf individu-individu yang menjalankan tugas yang bukan pula semua orang boleh jalankan tugas mereka, pengalaman, ilmu dan sebagainya.

Jadi, saya bersetuju Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian atas cadangan-cadangan dan saya haraplah cadangan-cadangan ini boleh agaknya disemak dan terus dilaksanakan pada masa akan datang. Mungkin negara kita akan mendapat seorang Perdana Menteri yang baru agaknya, dengan pembaharuan yang hendak dilakukannya termasuklah masalah-masalah seperti ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ya.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat Sri Gading. Saya sangat seronok kerana Yang Berhormat Sri Gading sependapat dengan saya dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian, tetapi ini ikhlas, yang baik dan saya harap Yang Berhormat Padang Rengas akan mengimplementasikannya sebelum dia menjadi menteri senior yang baru.

final • 10:40 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat Tuaran. Tunggu Yang Berhormat Ipoh Barat jawab Yang Berhormat Sri Gading dahulu.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, saya setuju 100 peratus.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seratus peratus?

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Seratus peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi ke satu isu lain sedikit.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tuaran bangun sebelum pindah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Siapa?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu belakang. Jangan lupa orang Sabah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga mengikuti saranan-saranan dan hujah-hujah Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya juga berdiri dan turut bersetuju satu dua perkara dalam sudut yang lain.

Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan mengenai perlunya imbuhan yang berpatutan kepada hakim-hakim, bukan sahaja kerana tugas mereka ini berat, tetapi satu perkara yang saya lihat bagi hakim-hakim ini, mereka dilanda occupational hazard iaitu mereka ini tidak bebas untuk bergaul.

Dia orang ini kena deprive daripada social life mereka. They are very lonely.

Bukan sahaja semasa kerja, oleh sebab kedudukan mereka ini, mereka tidak bebas untuk bergaul, bermain golf pun kena pilih dan sebagainya. Bukan itu sahaja, selepas mereka bersara, oleh sebab sepanjang karier mereka itu mereka tidak bergaul dengan orang ramai, apabila mereka ini bersara, they become very lonely dan saya lihat satu dua hakim, bekas Hakim High Court. Selepas bersara, mereka ini minum kopi seorang, tidak ada kawan dan sebagainya. So aspek ini perlu diambil kira.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Macam mana, ada cadangan Yang Berhormat macam mana to overcome loneliness of the ex- judges ini?

final • 10:40 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Ketawa] Inilah yang harus difikirkan.

Kita tidak tahu bagaimana kehidupan hakim di negara Barat, tetapi di Malaysia ini, our judges are very lonely, dengan izin. So harus diambil kira.

Satu lagi Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang keperluan untuk melantik lebih banyak hakim dan Judicial Commissioner. Kita tahu bahawa ada beberapa kes di mana seorang tertuduh itu meringkuk dalam penjara menunggu perbicaraan bertahun-tahun, selepas itu didapati tidak bersalah. So justice was denied.

Jadi, saya menyokong saranan ini supaya lebih ramai Judicial Commissioner dilantik, hakim dan sebagainya untuk mengatasi perkara-perkara ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Menganggukkan kepala]

final • 10:40 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sudah tentu maklum di mahkamah di United Kingdom, Master of the Rolls, Lord Denning berkhidmat sebagai hakim hingga umur 80-an rasanya umur beliau dan bersara hanya lewat 80-an umurnya. Jadi, mungkinkah konsep persaraan untuk hakim- hakim ini tidak kita ketatkan sangat sehingga mewajibkan mereka itu mesti bersara pada umur 66 tahun dan tidak ada lagi kelonggaran sangat. Mungkin hakim-hakim yang baik ataupun menunjukkan ciri-ciri ingin menjadi baik seperti Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan semalam yang lima orang itu yang telah mula menunjukkan ciri-ciri kebebasan kerasionalan dan sebagainya.

final • 10:40 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Mungkin tak pertimbangan seperti ini kita ambil kira supaya persaraan itu tidak dijadikan sangat sebagai halangan kepada kemungkinan potensi kehebatan mereka untuk merubah sistem kehakiman dan perundangan negara kita ditadbirkan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua pandangan - satu Yang Berhormat Tuaran. Apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Tuaran itu betul Tuan Yang di-Pertua. Saya sendiri tahu beberapa kawan saya, yang sebenarnya tiga di antara kawan saya menjadi Hakim di Mahkamah Tinggi dan ada satu di antaranya yang sangat different life style, sangat menyusahkan beliau dan beliau sendiri tidak tahu bahawa apabila menjadi hakim, dia tidak boleh bercampur dengan orang biasa, tidak boleh pergi ke supermarket dengan sewenang-wenangnya dan ada beberapa limitations. Ini saya rasa adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira seperti yang dikatakan Yang Berhormat Tuaran, occupational hazard. Saya ingat itu adalah perkara yang betul.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kedua adalah Yang Berhormat Tumpat, semalam historic day untuk saya pada pandangan saya, Federal Court membuat satu keputusan yang saya tak sangka akan dibuat oleh Federal Court dan ini adalah satu pandangan yang baik, menunjukkan keikhlasan dan ketulusan. Akan tetapi, yang lebih baik adalah cadangan oleh PAS semalam di mana Menteri Besar kita, Yang Amat Berhormat Nizar sekarang menjadi calon di Bukit Gantang... [Tepuk] Saya sekarang khuatir UMNO mungkin akan hilang deposit. Itu yang saya khuatir. He’s an exceptional man. Ini untuk speed up process hearing.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Baca Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin baca, Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin tolong baca dahulu.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bagilah. Saya hendak tanya penjelasan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tanya Tuan Yang di-Pertua, tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Saya hendak mohon penjelasan. Lailahaillallah. Adakah ini contoh Yang Berhormat, apa itu model demokrasi di Malaysia?

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bagilah, saya baru bangun. Saya nak mohon pandangan Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan, bukan tanya dengan Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Baratlah.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Izin daripada Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Saya minta Tuan Yang di-Pertua. Dia duduk bermakna dia beri izin kepada saya. Yang Berhormat Shah Alam ini, astaghfirullah hal’azim, adik-beradik pun dia tak hendak bersama.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Abang tidak ada.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Abangkah adik sana? Dalam keluarga boleh bercanggah dalam politik.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Biasalah.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Alamak, apa ini?

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat, saya hendak bertanya, dalam kita..., Yang Berhormat Menteri tahu betapa pentingnya peranan Majlis Peguam (Bar Council) ini dalam isu-isu jenayah, isu menegakkan keadilan, amat penting sekali.

Saya tertarik dengan satu pandangan yang juga tokoh Ahli Dewan. Kalau boleh saya mohon baca sedikit. Apakah pandangan Yang Berhormat, “Kerajaan didesak...”, ini saya baca. Lepas saya baca, baru saya beritahu siapa yang cakap. Utusan Malaysia.

“Kerajaan didesak...”

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

Utusan Malaysia.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Ya Allah, astaghfirullah hal’azim.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

Tidak boleh pakai akhbar itu.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Alamak. Dahulu kumpulan ini yang menegakkan supaya ada kebebasan akhbar. Apabila berkuasa, tukar undang-undang. Inilah Pembangkang, Yang Berhormat Menteri. Apabila kita di sini, hendakkan kita adakan kebebasan akhbar. Apabila dia ambil alih, tidak payah kebebasan akhbar...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Gantung Harakah.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bukanlah!...

[Ketawa] Harakah itu... [Dewan riuh] Nantilah dahulu. Saya bagi pandangan sebab kita tidak mahu perbezaan pendapat antara pemimpin PAS. Saya tak mahu sebutlah sebab Yang Berhormat Marang itu tidak hendak sebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rompin...

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Saya hendak bertanya. Saya belum tanya lagi ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Dia sudah kacau.

Macam mana ini?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kacau macam itu biasalah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bagilah saya hendak bertanya.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Adakah Yang Berhormat membaca satu berita dalam akhbar...

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

Utusan Malaysia!

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bagilah. Keluar juga dalam surat khabar Harakah. Baca atau tak baca Harakah pagi ini?... [Dewan riuh] Lailahaillallah. Aku belum baca lagi. Minta maaflah cakap aku. Ini belum baca lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dia belum baca dia rasa pedas. Dengarlah dahulu barulah kita ada sikap demokrasi terbuka, mempraktikkan model parti demokrasi. Apalah model bercakap sedikit sudah bising. “Kerajaan didesak...”

final • 10:50 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Hai, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun masuk juga join PAS... [Ketawa] “Kerajaan didesak mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam yang semakin angkuh dan bongkak seolah-olah mereka kebal dari segi undang-undang apabila mengadakan satu tinjauan...”.

Pokoknya, adakah Yang Berhormat bersetuju pandangan ini mengatakan bahawa dalam banyak apa jua yang Majlis Peguam yang buat bahawa Majlis Peguam ini sudah angkuh dan bongkak dan sebagai langkah jangka panjang, saya ambil daripada atas sampai bawah. Kalau ambil panjang, bising pula sebelah sana.

Sebagai langkah jangka panjang, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya menggesa kerajaan bersama dengan rakan Yang Berhormat supaya kerajaan mengkaji semula akta profesion guaman. Yang Berhormat Menterinya ada. Mengkaji semula akta profesion guaman dengan melakukan pindaan yang jelas bagi memastikan bahawa tindakan Majlis Peguam mengikut skop dan bidang tugas sebagai Majlis Peguam yang sewajarnya sekarang sudah menyimpang. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Ini cadangan Ahli Parlimen ini bukan daripada sebelah kita, belah sana. Apakah pandangan Yang Berhormat bersetuju atau tidak?

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Siapa itu?

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Dia tahu, dia tahu.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan...

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Siapa nama Yang Berhormat daripada saya lupa sudah namanya.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rompin duduk.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Tanya pun marah?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rompin, duduk Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya belum baca surat khabar tersebut, nombor dua, ia tertulis dalam Utusan Malaysia yang saya tidak percaya pengarang dan sebagainya. Utusan Malaysia is an extreme paper yang tidak cakap benar.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya tengok Yang Berhormat Kubang Kerian tiap-tiap hari baca Utusan.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Baca itu tidak salahlah. Tuan Yang di- Pertua, dalam Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah, saya harap kita ada supporting staff untuk mengimplementasikan semua proses yang dicadangkan. Saya khuatir di mahkamah-mahkamah di luar bandar seperti di Gerik, di Keroh dan sebagainya tidak ada supporting staff yang cukup atau yang berkaliber untuk menjalankan tugas.

Hal ini kerana dari apa yang kita tahu bahawa banyak di lain-lain department di mana kakitangan-kakitangan tidak ada yang berkelayakan atau yang betul-betul boleh menjalankan tugasnya. Saya khuatir esok hari, oleh sebab itu kes-kes rayuan dilambat- lambatkan atau tidak dapat disediakan atau kes-kes di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen ditunda atas alasan ada beberapa faktor dan mekanisme-mekanisme yang dicadangkan ini tidak ada dan tidak ada untuk mengambil keterangan-keterangannya.

Saya khuatir pada masa itu jika tidak berfungsi, it is not a problem kerana boleh ditulis. Saya khuatir apabila berfungsi mechanical matters ini, apabila berfungsi dan terhilang atau tidak disiapkan atau tidak disimpan di tempat di mana dapat digunakan lagi.

Itu yang menjadi masalah. Saya...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Silam bangun. Hendak bagi? Yang Berhormat Silam.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Silam.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Oh ya.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat berhubung dengan penambahan kakitangan untuk mahkamah di seluruh negara. Saya ingin merujuk kepada penjelasan yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi iaitu berhubung dengan kakitangan mahkamah terutamanya di kawasan luar bandar.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan supaya di kawasan luar bandar ataupun daerah-daerah yang kalau dari segi capaian kakitangan mahkamah itu terlalu sedikit, saya ingin mencadangkan di sini, minta pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat, bagaimana kalau kita mencadangkan supaya di kawasan pejabat daerah kecil ataupun di kawasan luar bandar diwujudkan kiosk elektronik yang ada hubung kait dengan mahkamah supaya setiap kes-kes yang mungkin dari segi backlognya, dengan izin, banyak yang tertangguh dan untuk memudahkan proses sebab mungkin dari segi pengambilan staff ataupun kakitangan terutamanya di kawasan yang jauh daripada kawasan bandar ini tidak begitu mendapat perhatian.

Kemudian berhubung dengan gaji yang diberikan kepada pihak peguam, saya pun bersetuju dengan pandangan beberapa orang rakan-rakan Yang Berhormat supaya dari segi kadar gaji yang diberikan kepada peguam itu...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hakim Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Hakim itu diberikan pada kadar yang setara dengan rakan sejawat mereka. Kalaupun tidak setara dengan rakan sejawat mereka daripada luar negara ataupun negara jiran kita, biar ia bersesuaian dengan kehendak yang ada pada negara kita. Dengan cara ini, saya pun bersetuju supaya ia dapat membantu dari segi kredibiliti seseorang hakim itu dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan tidak dipengaruhi.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Baru-baru ini, ketika saya menunaikan umrah, saya ada kesempatan bersama dengan Tan Sri Abdul Ghani Patail, memang nampak sangat dari segi hubungan saya dengan dia pun tidak begitu akrab dan sebagainya, sebab mungkin etika-etika yang dia pegang itu. Jadi, kita berharaplah supaya entiti hakim itu mempunyai kelas tersendiri supaya masyarakat kita pun dapat menghormati mereka sebagai satu badan yang betul- betul kita boleh percaya dan yakin untuk mentadbir dan mengurus segala kes dan saya ingin mencadangkan di sini...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat itu...

final • 11:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

...Pandangan Yang Berhormat...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak cadangan Yang Berhormat, bukan berucap.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

...Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau saya bercakap Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sedikit sahaja.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu Yang Berhormat. Kalau saya bercakap, Yang Berhormat duduk. Kalau Yang Berhormat hendak bercakap panjang-panjang masa mencelah, tunggulah berucap. Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Mohon maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya mungkin dari segi intonasi, mungkin perlahan sedikit. Saya hanya mohon tambahan satu lagi. Dari segi Hakim Mahkamah Tinggi dari kawasan Borneo, mungkin rakan-rakan yang lain mencadangkan supaya gaji mereka juga ditambah.

Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat dari segi ini supaya dimasukkan juga Hakim Mahkamah Tinggi di kawasan Borneo, dari segi gaji mereka itu perlu diambil kira sebab dari segi jarak, dari segi mereka berurusan pun mereka mengambil masa yang mungkin banyak. Jadi, perlu supaya cadangan dan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat mengambil kira aspek ini untuk kesamarataan yang ada di kalangan hakim-hakim di seluruh negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ketiga- ketiga cadangan Yang Berhormat Silam itu adalah bernas dan saya harap kerajaan mengambil perhatian kepada cadangan tersebut dan apabila saya membuat cadangan, bahawa Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan sebagainya meningkatkan gaji mereka termasuk hakim-hakim di Borneo, di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya terlupa untuk menjawab satu perkara yang telah dibangkitkan oleh kawan saya dari Tumpat iaitu mengenai Lord Denning. Semasa Tuan Yang di-Pertua ada di London pun dia pernah menjadi Master of the Roles dan saya...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya kenal secara peribadi Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya rasa sedemikian kerana semasa saya seorang pelajar di sana Tuan Yang di-Pertua, Lord Denning pernah datang ke Malaysian Students Law Association. Dia mengambil masa untuk bergaul dengan murid-murid yang menjalankan jurusan undang-undang. Lord Denning adalah seorang hakim yang spectacular, unique dan fantastic yang tidak ada dalam the last 100 years boleh dikatakan.

Akan tetapi, pada masa yang itu Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit perbezaan. Di England tidak ada retirement age dan Lord Denning adalah satu di antara hakim, di mana pilihan adalah untuk retire atau tidak terpulang kepada hakim, tetapi...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

The position must stop the role Yang Berhormat. Tidak ada...

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Retirement age.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Retirement age.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Langsung tidak ada dan beliau retired pada umur 89, kalau tidak silap saya.

final • 11:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekejap Yang Berhormat Kepong.

Cadangan Yang Berhormat Tumpat itu baik, iaitu kita perlu meneliti balik kepada retirement age untuk hakim-hakim di negara ini. Sekarang kalau tidak silap saya pada umur 66 tahun.

Saya ingat itu untuk seorang hakim atau peguam adalah sangat muda. Saya rasa sekurang-kurangnya umur 75 adalah berpatutan. Ya, Yang Berhormat Kepong.

final • 11:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya pun pernah dengar Lord Denning juga dan walaupun saya dengar dia bercakap luar biasa sedikit, tetapi apakah kriteria yang mengatakan bahawa beliaulah peguam yang terunggul di dunia di dalam 100 tahun ini? Apakah bukti-bukti yang menunjukkan orang ini yang paling baik dalam satu abad?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Barat, kalau hendak senaraikan keputusan-keputusan yang dikatakan menyerlah oleh Lord Denning, saya ingat kena buat kuliah dekat luar Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya membaca buku Lord Denning dan peminat Lord Denning, jadi mengetahui apa keputusan-keputusan semenjak selepas Perang Dunia Kedua. Keputusan-keputusan yang amat mengagumkan. Walaupun kehilangannya, kontroversial. Yang Berhormat, sila.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Antara kesnya ialah High Trees.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

High Trees, semua orang tahu Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Inwards vs. Baker, dan sebagainya. The principle of estoppel yang dimulakan oleh Lord Denning yang mengatakan bahawa dalam perceraian hak untuk wanita adalah sama dengan untuk lelaki. Dia...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Married wife dengan common law wife pun dapat hak yang sama.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang sama. Satu di antaranya saya akan ringkaskan di sini. Saya pernah berbual dengan beliau. Beliau pernah mengatakan the best man writes in a very few words. Kalau kita baca buku-buku dia Tuan Yang di-Pertua, very short sentences. Kalau kita baca buku hakim-hakim kita, dari first paragraph sampai the last paragraph dua tiga page, you’ll lose focus.

Akan tetapi untuk Denning, it’s never more than ten words in one sentence. How ever difficult dengan izin, he has to make a judgment, he’s fantastic. You read his book, is all in short sentences. That is one of the thing he always emphasize. Saya lagi ingat semasa tahun kedua di London Tuan Yang di-Pertua, ini ayat yang terakhir. Beliau datang ke Malaysian Law Association dan memberitahu bahawa perlu semua tools of trade for a lawyer is the language and he should be precise and correct. I have finished. Thank you, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi melahirkan rasa dukacita dan saya akan terus melahirkan rasa dukacita tanpa henti selagi mana setiap rang undang-undang yang sepatutnya dalam naskhah bahasa Melayu ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Sekali lagi saya tengok rang undang- undang ini, hanya tajuk ringkas, nombor satu, kemudian nombor dua, bab baru manakala yang lain semua bahasa Inggeris dan kemudian naskhah bahasa Inggeris di belakang memangnya pun penuh dengan bahasa Inggeris. Jadi, memang benarlah Jabatan Peguam Negara ini tidak mengambil berat langsung tentang pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya ingin mencadangkan supaya ditubuhkan segera Unit Penterjemahan di Jabatan Peguam Negara supaya naskhah rang undang-undang dan apa jua bahan yang dibawa ke dalam Dewan Rakyat ini untuk Majlis Mesyuarat mesti dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan memang ada juga bahasa Inggeris sebagai dokumen sokongan, tetapi mesti diutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ini bukan susah untuk diterjemahkan, saya baca. Sebab penterjemahan bahasa- bahasa lain ke bahasa Melayu lebih sukar, pun sudah ada buku-buku yang diterjemahkan sebelum ini. Apa yang sukar sangat? Jadi, sekali lagi saya berasa amat dukacita dan kalau ini tidak diubah dan tidak ada perubahan, saya menganggap memang kerajaan sendiri yang sambil lewa dan leka dalam pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan rang undang-undang ini, iaitu untuk merekodkan prosiding ataupun perjalanan mesyuarat menggunakan cara- cara mekanikal ataupun sebagainya bagi tujuan mempercepatkan kes-kes yang tertangguh di mahkamah. Ini saya menyokong penuh. Memang apa jua usaha yang hendak dibuat, yang harus dibuat dan patut dibuat bagi mempercepatkan kes-kes yang tertangguh di mahkamah, sebab kita tahu orang kata apabila kes itu ditangguhkan, maka tertangguhlah keadilan untuk mana-mana pihak yang terlibat.

Jadi, kes tertangguh ini banyak perkara sebab-sebabnya. Pertama, kita tahu ialah kerana kebanyakannya peguam-peguam yang memohon untuk menangguhkan kes-kes

final • 11:06 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

sebab ada peguam-peguam terlibat dengan banyak kes. Maka mereka tidak ada masa, maka sebab itu mereka memberi berbagai-bagai alasan dan menyebabkan banyak kes yang tertangguh, walaupun ada juga lain-lain sebab, tetapi ini saya tahu. Ya.

final • 11:06 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Apakah Yang Berhormat akan mencadangkan kepada kerajaan iaitu mungkin mengubah satu akta mandatori kepada mana-mana pihak yang melambat-lambatkan kes tersebut. Contoh saya banyak aduan, kes dia tidak berat, tetapi dalam tahanan sampai sembilan tahun tidak selesai. Maka memang betullah tepat pepatah itu, justice delayed mereka justice denied.

Jadi, apakah Yang Berhormat mencadangkan perlu ada peraturan baru dikenakan kepada semua peringkat, sama ada di mahkamah, pendakwa, ataupun peguam bela kalau mereka sambil lewa kes-kes mereka. Maka ada peraturan-peraturan dan mereka juga perlu diberi hukuman untuk memberi keadilan kepada mereka yang dituduh.

final • 11:10 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Kinabatangan, saya amat bersetuju. Apa pun cadangan yang dibuat mewujudkan satu rang undang-undang baru, ataupun apa jua cadangan yang baik, asal mana kes dapat dipercepatkan akan mendapat sokongan saya 101 peratus. Terima kasih Yang Berhormat.

Satu lagi yang saya nak sebut mengenai rang undang-undang ini, saya katakan tadi banyak kes-kes tertangguh sebab banyak sebab, termasuk peguam-peguam sendiri yang meminta supaya kes-kes ini ditangguh. Contoh paling baik Tuan Yang di-Pertua, kes tuntut hutang. Kes tuntut hutang ini apabila ada pihak yang tak membayar hutang, so mereka, dengan izin, nak buy time maka mereka terus memohon untuk ditangguhkan kes- kes, ini dalam soal dalam membayar hutang. Begitu juga kes-kes jenayah dan seumpamanya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada peguam-peguam banyak yang memohon penangguhan yang tidak sepatutnya berlaku dan maka inilah yang sepatutnya menjadi perhatian Majlis Peguam Malaysia, iaitu mengurus sikap disiplin sesetengah ahli- ahlinya supaya lebih profesional dan lebih bertanggungjawab. Jangan sahaja tahu buat bising di sebelah pihak sahaja, tetapi kelemahan sendiri tidak nampak, “Kata dulang paku serpih, kata orang kita yang lebih”. Tuan Yang di-Pertua, itu perkara yang pertama.

Kelewatan kes juga berlaku Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya berapa jumlah penterjemah yang ada di mahkamah? Ini kerana apabila kes-kes dijalankan, perbicaraan dijalankan juga memerlukan penterjemah apabila kes-kes itu melibatkan orang-orang asing, ataupun orang-orang luar di mana memerlukan penterjemah. Apakah usaha kerajaan menambah penterjemah supaya ada penterjemah di tiap-tiap mahkamah, sampai ke peringkat mahkamah majistret cukup penterjemahnya?

Oleh itu juga, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Mahkamah sekarang ini pun masih lagi menjalankan perbicaraan dalam bahasa rojak iaitu bahasa campur Melayu dan Inggeris. Ini pun satu perkara yang memang lama dah diungkit dan dibangkit selama ini, di mana sepatutnya perbicaraannya mesti dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali bahan-bahan rujukan boleh digunakan.

Akan tetapi, kadang-kadang kita lihat seolah-olah di mahkamah di negara Eropah, negara British, sebab itu saya mencadangkan dulu dan mengulangi cadangan supaya semua hakim-hakim yang dilantik termasuk peringkat majistret, mereka mesti fasih menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Begitu juga peguam-peguam. Saya rasa elok diadakan satu peraturan sebelum seseorang itu dipanggil selepas mereka membuat chambering, the call for the Bar, dengan izin, dipanggil untuk menyertai Bar, mereka juga mesti lulus dan fasih dalam bahas Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini banyak lagi kelemahan- kelemahan yang patut dan perlu diatasi dengan segera dan seharusnya pihak kerajaan benar-benar serius dalam perkara ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Selain daripada itu, saya nak tanya pihak kerajaan. Sejauh manakah mahkamah- mahkamah di negara kita ini sudah pun dipasang dengan sistem komputer yang dilink dengan semua jabatan-jabatan penguatkuasaan? Iaitu talian online komputer antara mahkamah-mahkamah dengan pihak kastam, pihak pendaftaran, Lembaga Hasil Dalam Negeri, terutamanya di pintu-pintu masuk ke negara ini.

Hal ini supaya segala setiap penghakiman yang dibuat dalam tempoh yang sama, dalam masa yang sama supaya semua pihak penguatkuasaan tahu, ini seorang penjenayah sudah pun dijatuhkan hukuman ataupun seseorang itu dibuat keputusan tidak boleh keluar dari negara, walaupun mereka diikat jamin, mereka boleh mengambil tindakan- tindakan dengan melarikan diri ataupun seumpamanya. Ini kerana keputusan kehakiman lambat disampaikan, mengambil masa 24 jam ataupun 48 jam untuk sampai ke pintu-pintu masuk di setiap laluan di negara kita. Jadi, saya nak tanya, sejauh mana sistem pengkomputeran di mahkamah-mahkamah, yang dilinkkan dengan semua agensi penguatkuasaan?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang cukup penting yang saya nak bangkitkan di sini ialah bagaimana kerajaan nak menangani persepsi dalam soal urusan menangani jenayah ini? Jenayah makin meningkat dalam semua aspek, rompak, mencuri, membunuh, meragut beg, pecah kereta, curi kereta. Ia bukan macam dulu lagi, cara yang paling pantas seperti yang berlaku dalam televisyen. Tahan pemandu di waktu tempat hentian cabang di mana lampu merah, maka ditarik turunnya pemandu dibawa larinya kereta dan kereta sekarang ini dapat dihancurkan dalam tempoh yang tak sampai pun lima jam. Mereka jual spare part dan macam-macam berlaku sekarang ini.

Kes jenayah makin meningkat, perbicaraan di mahkamah banyak tertangguh.

Saya percaya pihak polis yang bertanggungjawab mengenai dengan urusan menangani jenayah dalam keadaan yang amat tertekan. Ini kerana ada juga kes-kes jenayah sekarang ini sudah pun juga dipolitikkan. Contohnya saya tengok baru ini kes Kugan, begitu juga kes enam, ada warga Malaysia baru ini ditembak oleh polis enam orang, maka ada pihak cuba mempolitikkan kes ini.

Kalau ini berterusan, persepsi dalam negara kita sekarang ini saya tengok, maaflah saya tidak mana-mana, tetapi saya tengok trend, kalau sebelah kerajaan begini, kalau sebelah pembangkang begini. Jadi, sehinggakan orang sukar nak menentukan mana yang baik dan betul, dan sukar untuk polis mengambil tindakan. Ini sebab mereka sudah menjadi takut-takut, dan tidak mudah mendapatkan evidence bagi sesuatu kes apatah lagi kes-kes jenayah yang besar.

Di satu hakikat kita memegang prinsip human rights, prinsip universal human rights, prinsip maknanya dalam soal urusan penyiasatan kena buat dengan cara yang baik, kena menyiasat cara yang baik, orang yang buat jenayah, pihak keselamatan dapat maklumat bukan mudah, bukan senang mereka nak mengaku bahawa “Ya, ini saya yang membunuh, saya yang melakukan, saya yang buat itu, saya buat ini” Mereka tentu mencari jalan untuk menafikan apa yang mereka lakukan. Siapa yang buat salah nak mengaku dia buat salah? Termasuk pemimpin-pemimpin pun sama juga, tak akan mengaku. Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, tugas mahkamah menentukan beyond reasonable doubt, makna tanpa ragu-ragu.

Akan tetapi kes terlalu banyak, anggota tidak cukup, maka mereka begitu pressure. Saya pernah tengok Tuan Yang di-Pertua, waktu dua kali dalam tahanan ISA, saya duduk dalam lokap, saya tengok jumlah penjenayah-penjenayah dan fiil penjenayah- penjenayah ini. Betapa sukarnya pihak keselamatan, pegawai-pegawai CID untuk menguruskan kes jenayah ini dan satu-satu pegawai polis bertanggungjawab bukan satu kes, tiga, empat, lima kes, tujuh, lapan kes, sepuluh kes yang mereka mesti menyiapkan kertas penyiasatan. Kemudian kena menjadi saksi pula di mahkamah Terengganu, tahun ini sudah pula dipindah ke Kuala Lumpur.

final • 11:10 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maka terpaksa mohon cuti. Tinggal lagi kes penyiasatan. Ada time dateline mereka mesti siapkan penyiasatan. Mereka under pressure. Ini yang patutnya naik gaji. Ini yang patut diberi imbuhan yang besar.

final • 11:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sebab itu saya sokong kakitangan polis diberi imbuhan dan diberi elaun yang berganda. Orang besar-besar ini tidak apalah. Walaupun perlu gaji besar, tetapi layanannya pun lebih istimewa. Kereta besar, ada bodyguard dan ada orang jaga rumah. Cuma gaji yang kena lebih sikit.

Namun, ini yang lebih penting. Kalau kita mahu bahawasanya masalah jenayah ini dapat kita tangani dengan berkesan dan kita juga kena bagi motivasi kepada pihak keselamatan supaya mereka jangan teragak-agak dalam keadaan yang serba salah dan dalam keadaan apologetic. Nanti esok-esok hendak tembak jenayah, hendak tembak ataupun tidak. Nanti tembak, saya kena tuduh. Kemudian tertembak pula orang India, tertembak pula orang Cina ataupun polis yang keturunan Cina pula tertembak orang Melayu. Semua boleh jadi perkauman. Kalau dicampuradukkan pula dengan sentimen kepentingan parti-parti politik.

Ini yang menjadi perkara yang paling pokok yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan. Trend sekarang ini memang sukar untuk pihak polis menangani masalah jenayah sebab memang pun sesetengah sudah pun dipolitikkan. Kalau kita buat, tidak salah. Orang lain buat, itu salah. Surat sumpah orang lain, tidak betul. Surat sumpah mengenai dengan diri kita tidak betul. Siapa hendak mengaku? Tidak akan mengaku.

Hanya Allah SWT saja yang tahu. Namun, macam mana hendak tangani masalah itu?

Sebab itu tidak mudah untuk mendapatkan evidence atau pembicaraan di mahkamah sebab saya faham, saya cukup tahu. Sebab itulah tidak mudah juga kes hendak dibawa ke mahkamah. Kalau dibawa, tidak ada evidence memang akan membazirkan wang rakyat.

Evidence kena cukup dan macam mana hendak evidence kalau polis pula mengalami tekanan.

Yalah, saya tidak setujulah cara kekerasan, tapi saya tengok sesetengah penjenayah kalau tidak ditempelengnya, tidak akan bercakap. Tidak dihenyutnya, tidak ada bercakapnya. Siapa hendak mengaku? Kalau henyut, kena satu bangsa pula. Ah, ini satu tindakan yang pilih kasih hendak menganiaya golongan-golongan ini. Susah! Susah! Amat susah! Saya tahu polis betul-betul dalam tekanan.

final • 11:20 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, ramai pegawai-pegawai polis berjumpa saya dan mereka bertanya kepada saya akan kerumitan yang mereka hadapi untuk mendapatkan evidence dalam proses mendapat penyiasatannya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 11:20 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya dapat penjelasan? Tadi dikatakan polis yang tertekan oleh kerana isu-isu dipolitikkan.

Namun, setujukan Yang Berhormat Pasir Mas dengan saya bahawa kadang-kadang pihak polislah yang mempolitikkan diri sendiri hinggakan mereka membuang banyak masa dan tenaga mereka untuk melibatkan diri dalam politik?

Baru-baru ini kami adakan satu opsyen di bawah pokok dengan aman damai.

Mereka pun hendak buka paper kata ini satu perhimpunan haram. Semua opsyen sudah dijalankan secara baik untuk serpihan tugu demokrasi, tetapi mereka hendak buka fail dan hendak buat siasatan. Kemudian, polis melibatkan diri dalam politik dengan menghindarkan ADUN-ADUN Perak daripada masuk ke Dewan. Itu pun telah melibatkan mereka dalam politik hinggakan ini membuang banyak tenaga dan masa mereka. Setujukah Yang Berhormat Pasir Mas bahawa politik tidak harus dibawa ke dalam pihak polis? Polis hendaklah menjalankan tugas utama mereka iaitu menjaga ketenteraman awam dan memastikan jenayah dibanteras.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, saya bercakap secara profesionallah dan bukannya sentimen politik. Soalan Yang Berhormat tadi memang saya tengok ada sentimen politik, tapi saya hendak jawab dengan cara yang profesional. Kita tidak boleh membuat generalisasi. We cannot generalize Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ia rumit kalau kita hendak sebut secara umum. Mungkin atas dasar kes spesifik, mungkin kita tengok pula atas kes spesifik, tengok faktanya. Ada fact atau tidak. Ada bukti atau tidak. Kalau ini saya bersetuju, tapi kalau secara umum, secara generalisasi saja, saya sukar terima.

Pada saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok proses undang-undang berjalan dengan baik tanpa mengira mana-mana kepentingan waima Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang. Undang-undang mesti dijalankan. Kita mesti teruskan dengan kehidupan ini. Sebab saya menyatakan demikian, yang saya hendak tumpukan tadi betapa sukarnya pihak polis untuk melaksanakan tugas. Mungkin sekarang ini kerajaan pusat ialah Barisan Nasional. Kerajaan negeri, dua tiga negeri ialah pembangkang. Inilah kerumitannya nanti.

Kebetulan polis ialah penguat kuasa. Mereka ada tuan dan mereka perlu menerima arahan dan tugas tanpa memihak kepada parti politik. Mereka melihat dalam skop. Memanglah kalau hendak tengok individu, mungkin ada satu dua individu yang mempunyai kelemahan. Namun, kelemahan satu dua polis individu tidak boleh kita mengatakan seluruh polis tidak baik dan seluruh polis menjadi agen ataupun alat pihak- pihak tertentu. Begitulah sebaliknya juga. Kita tidak boleh umumkan perkara ini. Kita kena lihat dari segi soal case-by-case.

Tinggal lagi kita lihat Tuan Yang di-Pertua, inilah yang berlakunya sekarang ini.

Polis dalam keadaan tertekan. Ramai juga jumpa saya dan beritahu saya “Macam mana kita ini. Buat ini pun tidak kena, buat itu pun tidak kena. Dituduhnya begini”. Jadi, kalaulah anggota keselamatan sudah hilang motivasi dan hilang semangat, saya percaya proses keamanan negara kita akan terus tergugat pada masa akan datang. Ya, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya tertarik dengan hujah daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau semualah ahli politik, masyarakat umum, pemimpin dan sebagainya berfikiran seperti ini, saya ingat tidak ada masalah dari segi undang-undang.

Masalahnya macam tadi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi, ini satu pendekatan politik. Saya nampak. Sebab itulah saya hendak tanya Yang Berhormat, memang ini masalah yang cukup dihadapi. Polis tertekan. Tadi ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuaran, hakim pun timbul masalah. Mungkin silap-silap hakim kalau buat kehakiman kes-kes yang berat, mereka mungkin tersisih dalam masyarakat. Mungkin terancam nyawa mereka.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, apakah sebabnya perkara ini berlaku? Apakah kerana masyarakat di negara kita ini seolah-olah jahil undang-undang ataupun tidak diberikan kesedaran tentang undang-undang dan peraturan? Apatah lagi apabila adanya pelaku-pelaku jenayah ini melakukan jenayah dan ada pula pihak yang membela atas seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Mungkin atas perkauman dan atas berbagai-bagailah. Ini menyebabkan penjenayah-penjenayah ini sanggup melakukan apa saja kerana ada orang akan membela mereka.

Apakah pandangan Yang Berhormat, kalau boleh kita cadangkan supaya kesedaran undang-undang ini kita berikan kepada masyarakat kita, bukan saja di peringkat umum, bahkan pemimpin-pemimpin sendiri termasuk Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya supaya mereka tidak akan membela kalau ada penjenayah yang jelas melakukan jenayah. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya setuju dan saya amat setuju Yang Berhormat. Itulah maksud yang saya katakan tadi dan apa yang Yang Berhormat tanya tadi amat wajar dan tepat sekali. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, inilah dilema yang dihadapi oleh negara kita sekarang ini. Sebab itu cara yang paling baik untuk mengatasi, Yang Berhormat, kita manusia, memang kita ada kelemahan. Setiap orang ada kepentingan, tetapi kena kawallah nafsu itu. Nafsu-nafsi ini hendak kena kawal. Semua pihak semua ada kepentingan. Kita hendak jaga kepentingan semua kaum tetapi jagalah nafsu. Kita secara individu pula hendak mengejar macam-macam, hendak sampai ke matlamat macam- macam.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Namun, janganlah kita merosakkan negara, merosakkan struktur asas negara kita yang sudah 52 tahun kita merdeka. Akan tetapi, kita sekarang ini hidup dalam penuh kebimbangan. Semalam saya tengok televisyen Yang Berhormat, di Johor, polis sudah merempuh dan menangkap satu gudang yang mengandungi satu kilang yang membuat dadah bernilai berpuluh juta dengan mesinnya sekali. Ada pula dibawa daripada Taiwan.

Inilah benda yang dikatakan diguna untuk pasaran, pil-pil ini sampai ke anak-anak muda negara kita. Tidak tahulah apa hendak jadi. Itu satu, Tuan Yang di-Pertua. Mungkin ada lagi. Sebelum ini saya tengok, setiap kali keluar televisyen, saya kata ini mungkin yang terakhir. Ada lagi. Selepas itu ada lagi. Kita tengok anak-anak kita pun sudah ada rakyat Malaysia yang terlibat. Dipergunakan oleh orang asing untuk membawa dadah di negara- negara lain.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi ancaman sampailah ke peringkat kecil. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, pernah duduk tepi jalan, tunggu kereta pegang telefon. Datang motosikal, telefon saya dirampas, disentap oleh mereka yang lalu. Pernah juga depan saya berlaku, lalu sebuah motosikal, dua orang atas motosikal, ragut beg perempuan. Saya yang teruk kejar, tidak terlaratnya perut sudah buncit, umur pun sudah lanjut. Bukan sekali, banyak kali berlaku di mana-mana sahaja jenayah cukup menakutkan. Ini mungkin kerana kedatangan pekerja- pekerja asing yang halal, yang haram dan sesetengah juga tidak ada kerja maka mereka terlibat dalam jenayah. Ini semua menyumbang kepada ketidakstabilan keamanan negara kita termasuklah juga negeri saya, Kelantan. Saya tidak tahu, mengikut maklumat yang saya baca di akhbar, peningkatan jenayah di Kelantan pun makin meningkat sebab kita sebelah dengan Thailand.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, semua pihak kena turut bertanggungjawab. Sebab itu pendidikan dari segi kesedaran untuk undang-undang, memahami undang-undang, tanggungjawab mestilah ditingkatkan daripada pelajar-pelajar sekolah, sudah tidak ada pilihan. Kita ahli-ahli politik saya katakan tadi, kenalah sedar dan insaf supaya jangan politik sampai ke kepala, orang kata, jangan politik sampai lupa daratan, jangan sampai politik boleh menghuru-harakan negara. Satu kumpulan mengatakan mereka betul, ada lagi kumpulan lain yang mengatakan mereka betul. Sekarang ini satu kumpulan turun ke jalan raya, kata mereka betul atas isu sesuatu. Bagaimana mereka berdepan dengan pihak keselamatan? Apabila pihak keselamatan ambil tindakan, mereka mengatakan keselamatan zalim ataupun tidak berperikemanusiaan.

Akan tetapi satu hari nanti saya rasa akan berlaku Tuan Yang di-Pertua, akan berlaku - bukan lagi pihak keselamatan. Satu kumpulan kata mereka betul, tetapi bukan lagi pihak keselamatan, satu kumpulan rakyat lagi akan turun juga ke jalan raya, mereka akan kata juga mereka betul, akan bertembunglah di antara rakyat dengan rakyat. Ini yang saya bimbang akan berlaku di negara kita kalau kita tidak mengambil iktibar dan tidak bertanggungjawab, akan berlaku.

Saya hendak sebut contoh Tuan Yang di-Pertua, sehari lepas, semalam, kita di kalangan kaum peribumi mengadakan perhimpunan di Dewan Serbaguna TNB. Ada resolusi di kalangan kaum peribumi yang juga suara majoriti tidak sedikit, ribu yang hadir membuat keputusan. Juga mungkin akan mengambil tindak balas kalau ada pihak-pihak yang ekstrem menyentuh lagi isu mengenai dengan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu, menyentuh hal bahasa Melayu, mempersendakan Islam dan macam-macam lagi dan tidak juga sedikit jumlah ini. Jadi, kalau jumlah ini turun di tepi jalan raya nanti, bertembung pula dengan kumpulan katalah contoh HINDRAF yang membawa satu isu. Bagaimana keadaan polis masa itu, bertembung sesama rakyat?

Kita bukan nak cari civil war, tetapi pernah berlaku di negara lain.Tengok di Somalia, sampai hari ini mereka tidak stabil kerana civil war. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di negara kita, minta dijauhkan dari Allah SWT, tapi kalau kita tidak berhati-hati, kerajaan tidak tegas, polis tidak tegas, perkara ini boleh berlaku.

final • 11:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kita percaya dan kita harap 13 Mei tidak akan berlaku lagi, insya-Allah. Jenayah- jenayah pun dapat kita kurangkan, insya-Allah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itulah harapan saya dan saya menyokong. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Di luar topik, luar tajuk.

final • 11:30 AM

Datuk Halimah Mohamad Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut serta untuk menyokong rang undang-undang ini dan sudah sampai masanya dan amat sesuai dengan peredaran zaman. Ini kerana mahkamah di negara ini seharusnya dilengkapi dengan kelengkapan moden dan sudah sampai masanya pemfailan, penyerahan penyimpanan, pembukaan dan penghantaran dokumen mahkamah dibuat secara elektronik.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan cara untuk merekodkan keterangan semasa perbicaraan. Amalan mengambil nota keterangan diambil sendiri oleh hakim dan majistret secara tulisan tangan adalah merupakan satu amalan lapuk yang sepatutnya telah lama diganti.Pindaan yang dicadangkan kepada kanun tatacara jenayah untuk membolehkan semuanya dibuat secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal adalah tindakan yang amat tepat yang diambil oleh kerajaan. Inilah yang sebenarnya yang dikatakan reform.

Saya mencadangkan reform seperti ini harus diteruskan. Kita harus mengkaji semula undang-undang yang sedia ada yang mungkin telah lapuk ditelan zaman, yang mungkin melambatkan prosiding di mahkamah dan banyak yang telah pun diperkatakan di Dewan yang mulia ini mengenai kelewatan untuk menyelesaikan sesuatu kes dan betapa banyaknya lagi kes yang tertunggak di mahkamah. Dalam hal ini, kita jangan hanya menyalahkan badan kehakiman semata-mata. Ada kalanya undang-undang yang kita gubal itu menyumbang kepada kelewatan yang berlaku.

Saya ingin memberi contoh, ini adalah kes yang benar. Seorang ibu tunggal telah pun diberhentikan kerja oleh sebuah syarikat yang besar. Ibu tunggal ini mendakwa bahawa beliau telah dibuang kerja tanpa apa-apa sebab. Jadi, beliau merujukkan kes beliau kepada Jabatan Perhubungan Awam pada tahun 2006. Semakan akhir yang beliau buat didapati kes beliau adalah di peringkat Menteri, menunggu Menteri Sumber Manusia membuat keputusan sama ada hendak dirujuk atau tidak ke Mahkamah Perusahaan.

Di sini saya ingin bertanya pertama, mengapa Menteri mengambil masa begitu lama untuk memutuskan sama ada hendak merujuk atau tidak kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan? Kedua, mengapa perlunya kes seperti ini dirujuk kepada Menteri? Tidakkah boleh ia terus dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan? Saya difahamkan prosedur ini adalah merupakan kehendak dalam Industrial Relation Act 1967 (Revised 1976) Act 177.

Saya juga difahamkan bahawa undang-undang membenarkan keputusan Menteri sama ada merujuk atau tidak sesuatu kes ke Mahkamah Perusahaan boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi melalui semakan kehakiman.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh pula dirayu kepada Mahkamah Rayuan dan seterusnya kepada Mahkamah Persekutuan. Mengapa prosedur seperti ini masih lagi kita ikuti? Berbalik kepada kes ibu tunggal tadi, jika Menteri berkeputusan tidak mahu merujuk kes itu ke Mahkamah Perusahaan, beliau perlu membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi dan proses seterusnya ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Hanya jika Mahkamah Persekutuan sahkan bahawa kesnya perlu dibicarakan di Mahkamah Perusahaan, maka barulah kesnya dapat dibicarakan. Ini memakan masa Tuan Yang di- Pertua.

Apabila kes itu sampai ke Mahkamah Perusahaan, ia akan mengambil masa untuk dibicarakan dan keputusan Mahkamah Perusahaan itu tidak semestinya muktamad.

Keputusan Mahkamah Perusahaan sekali lagi boleh dicabar oleh pihak yang kalah melalui semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dan seterusnya dirayu di Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan. Jadi, tidak hairanlah jika kes ibu tunggal ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dimuktamadkan. Adakah ini adil? Sudah tentulah pada pendapat saya tidak. Kes ibu tunggal ini bukanlah satu kes yang terpencil.

final • 11:34 AM

Datuk Halimah Mohamad Sadique - Tenggara

Saya difahamkan oleh pengamal undang-undang, kes-kes perusahaan kelewatan seperti ini memang menjadi satu perkara yang lumrah. Sebabnya kerana undang-undang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya Industrial Relation Act patut dilihat semula dan dipinda sama ada seperti yang kita buat sekarang, seperti apa yang kita akan lakukan kepada kanun tatacara jenayah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, proses reform kepada undang-undang harus diteruskan seiring dengan reform yang dibuat terhadap badan kehakiman. Saya dengan ini menyokong rang undang-undang meminda Kanun Tatacara Jenayah. Sekian, terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang-undang untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Saya bersetuju dan sokong hujah-hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Barat terutamanya tentang gaji kepada hakim dan untuk kakitangan untuk meningkatkan supaya mereka yang layak akan turut mengambil tugas menjadi hakim dan tidak akan mengalami kerugian.

Saya hendak sentuh satu perkara iaitu saya hendak merujuk Yang Berhormat Menteri kepada seksyen 267 Kanun Tatacara Jenayah. Saya akan membaca seksyen ini dengan izin, “Proceedings in prosecution - Mode of taking and recording evidence in inquiries and trials. Section 267. In all other trials before a Magistrate’s Court and in all inquiries under Chapter XI, the evidence of each witness shall be taken down in legible handwriting by the presiding Magistrate and shall form part of the record”.

final • 11:38 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Oleh sebab seksyen ini, majistret dan hakim hendak menulis dengan tangan sendiri keterangan dan ini menyebabkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan bahawa prosiding akan mengambil masa yang panjang. Prosiding menjadi satu dictation class kerana majistret atau hakim hendak tulis dengan tangan. Ini adalah disebabkan seksyen ini, undang-undang ini.

Undang-undang ini juga telah menimbulkan kes di mana tidak ada keadilan terutamanya kes Tan Sri Eric Chia. Kes Tan Sri Eric Chia, keterangan diambil di Hong Kong daripada enam saksi di depan seorang majistret di Hong Kong. Di dalam prosiding, Peguam Negara telah hadir dan telah menjalankan examination in chief dan peguam Tan Sri Eric Chia juga hadir dan diberikan peluang untuk menjalankan cross examination. Keterangan yang telah diambil di Hong Kong sememangnya dengan teknologi sedia ada, dengan audio dan juga transkrip komputer.

Apabila keterangan ini diambil balik kepada Mahkamah Sesyen kita, peguam Tan Sri Eric Chia membantah atas alasan di antaranya keterangan tidak mengikut seksyen 267.

Mahkamah Sesyen menolak keterangan ini dan apabila rayuan dibuat oleh Peguam Negara, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Peguam Negara. Oleh sebab itu, keterangan yang penting tidak dapat dimasukkan ke dalam rekod perbicaraan dan Peguam Negara telah gagal dalam kes itu yang telah mengambil masa yang banyak dan juga perbelanjaan yang banyak.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Dennis Ong, Hakim Mahkamah Rayuan dengan izin, “The words of a statute speak the intention of Parliament. The court must bear in mind that its function must not be overruled by the judges, but reform of the law must be left in the hands of Parliament.” Oleh yang demikian, ini adalah satu peluang yang baik untuk meminda seksyen 267 walaupun saya mengalu-alukan pemindaan dengan satu bab yang baru 25A, tetapi saya meminta Yang Berhormat Menteri juga mengambil kesempatan ini untuk meminda seksyen 267 supaya mereka tidak ada apa-apa pertikaian apa seksyen yang akan digunakan.

final • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kedua ialah tentang langkah-langkah yang hendak diadakan. Walaupun kita meminda undang-undang, tetapi kalau kita tidak ada alat yang sempurna dan juga kakitangan yang cekap yang dapat merakamkan keterangan, pemindaan ini tidak akan berkesan. Seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, di Sabah dan di Sarawak, saya juga telah pergi ke mahkamah di Sabah, Sarawak di sana dan saya melihat sistem yang sedia ada lebih berkesan dengan adanya teknologi yang sedia ada. Kalau boleh kita boleh menjemput mereka yang bertanggungjawab untuk urusan mahkamah, belajar daripada mahkamah yang sedia ada di Sabah dan Sarawak dan juga di tempat- tempat lain, di Singapura, di mana electronic filing berada.

Apa yang penting ialah belanjawan yang cukup diberikan untuk mengadakan alat yang sempurna dan latihan kepada stenographer yang akan menjalankan tugas. Ini sedia ada. Kita tengok Hansard juga kita boleh mendapat prosiding di dalam satu hari, di dalam 24 jam. Kalau ini diberikan kepada kakitangan di mahkamah, maka nota-nota prosiding, keterangan akan keluar di dalam 24 jam dan rekod huraian boleh disediakan dan kes boleh berjalan dengan secepat mungkin. Ini adalah kedua-dua perkara sahaja. Saya menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut bangun bagi merakamkan beberapa perkara yang ada kepentingan bersama selaku seorang legislator, law maker, walaupun bukan daripada bidang guaman, tetapi saya perlu merakamkan rang undang-undang ini atau pun Rang Undang-undang Meminda Kanun Tatacara Jenayah ini yang saya kira sebenarnya sudah lama outstanding, sudah jauh ketinggalan. Ini kerana menyemak sedikit daripada apa yang pernah dirakam, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum tahun 2000 lagi telah menyebutkan tentang Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia untuk mengamalkan cyber court ketika itu, Tuan Yang di-Pertua.

Namun, jelasnya kita sudah dipintas bukan hanya negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia bahkan di Malaysia Timur pun, Semenanjung Malaysia ini, di Kuala Lumpur ini, mahkamah-mahkamah di Kuala Lumpur ini pun jauh ketinggalan. Tuan Yang di-Pertua, ini cukup malang oleh kerana itu tidak ada position ataupun kedudukan lain, tidak ada ketetapan lain dan pendirian lain kecuali untuk menyokong apa yang sudah sebenarnya patut dilaksanakan puluhan tahun yang lalu mungkin.

Kita berdepan ataupun kita meminda banyak kali Tuan Yang di-Pertua. Pindaan- pindaan yang kita buat kalau berbanding dengan negara lain, Malaysia ini ada 650 pindaan individual amendments dengan izin, dan 40 kali kita meminda secara multiple amendments, dengan izin, yang saya kira tidaklah semestinya kita negatif terhadap pindaan-pindaan ini.

Ini kerana ianya bertujuan pada akhirnya untuk menambah baik wibawa dan juga institusi kehakiman kita, tetapi berbanding negara-negara yang nampak lebih matang demokrasinya, amalan sesi kehakimannya tidaklah sebanyak itu pindaan-pindaan yang dibuat.

Oleh sebab itu, pindaan-pindaan yang dibuat ini seharusnya lebih bersifat komprehensif, lebih berlaku pemikiran secara menyeluruh dan tidak pindaan-pindaan yang bersifat seperti ini, seperti mana yang sahabat saya Yang Berhormat Selayang sebutkan tadi. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilihat dari sudut pelaksanaan amalan perundangan itu sendiri seperti kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Selayang sebentar tadi, terlucut ataupun tidak dapat diadili, satu kes yang cukup besar yang membawa kerugian besar kepada negara ini, kes Tan Sri Eric Chia kerana kekurangan yang boleh dibolosi orang-orang yang cerdik menipu rakyat seperti ini.

final • 11:46 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu, pindaan-pindaan janganlah hanya tertumpu kepada perkara- perkara teknikal seperti ini. Walaupun ia adalah penting, walaupun ia adalah baik, bahkan saya sebutkan sebentar tadi, ia harus dibuat satu dekad yang lalu.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Berbanding saya sebutkan begitu dulu Tuan Yang di-Pertua, sebagai merakamkan betapa hal ini perlu dilaksanakan dan saya menyokong pindaan ini kerana seharusnya kita telah melaksanakan electronic court, cyber court kerana itu adalah harapan dan pernah disebutkan oleh menteri.

Saya terus Tuan Yang di-Pertua, mengajak Dewan yang mulia ini melihat kepada apa yang lebih penting daripada pindaan-pindaan seperti ini, khususnya dalam mendepani kegawatan, pelbagai kegawatan dan kemelut negara ini termasuklah kegawatan, kereputan institusi kehakiman yang dilanda akibat daripada urus tadbir yang kurang baik, urus tadbir yang terus-terusan dalam keadaan sentiasa menjejaskan wibawa dan kredibiliti institusi- institusi negara ini.

Apa yang saya maksudkan, khususnya adalah bagaimana kalau pindaan-pindaan perundangan ini ataupun rang undang-undang ini dibuat, tetapi paling utama akhirnya adalah persoalan pelaksanaannya. Undang-undang yang baik yang disusun, dipinda atur, dirancang dan didraf dengan baik pada akhirnya memerlukan pelaksana-pelaksana. Dalam konteks ini, hakim-hakim yang disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi sama ada daripada sudut menjaga kewibawaan mereka, integriti mereka, keperluan remuneration mereka, gaji mereka, segalanya untuk menjaga wibawa hakim ini.

Mutakhir ini berlaku satu seperti mana disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, sedikit suntikan keyakinan kepada rakyat tatkala lima panel hakim membuat keputusan yang dianggap menuruti ataupun yang ditanggapi sebagai satu yang membawa wibawa kepada institusi kehakiman apabila kes dua Menteri Besar Perak diminta untuk dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak dirujuk terus kepada the Apex Court ataupun Mahkamah Persekutuan. Itu memberikan satu kelegaan, keselesaan pada rakyat yang mahukan hakim-hakim ini untuk membuat judgement, membuat keputusan dalam segala pertanggungjawaban, dalam segala apa yang dikatakan sebagai ketelusan dan keadilan.

Saya mungkin menakalkan seorang hakim walaupun berbangsa Yahudi, di mahkamah di Amerika, yang menyebutkannya begini untuk wibawa hakim ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Judges must decide in accordance to the law. When we sit to judge, we are being judged”. Dengan izin, kurang lebih maksudnya, “Hakim perlu membuat penghakiman berdasarkan undang-undang kerana tatkala hakim memutuskan penghakiman, mereka juga dihakimi oleh rakyat”. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, atas perkara ini, akhirnya yang diminta atau yang dituntut oleh rakyat adalah keseluruhan usaha perlu digemblengkan untuk membawa kembali, mengembalikan institusi dan wibawa integriti institusi kehakiman di negara ini.

Hendak saya sebutkan sedikit daripada hal ini Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks, dalam perspektif, daripada sudut pandang dan pelaksanaan dikatakan sebagai miscarriage of justice dengan izin, ataupun apabila penghakiman-penghakiman yang dibuat dengan jelasnya menjejaskan wibawa institusi kehakiman, ia merupakan satu yang meruntuhkan institusi kehakiman itu sendiri. Jadi, saya menyokong pandangan-pandangan sahabat-sahabat Yang Berhormat-Yang Berhormat sebentar tadi untuk memberikan segala apa yang diperlukan untuk hakim diberikan segala sokongan supaya mereka itu independent (bebas), punya integriti, punya wibawa supaya mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak khususnya pihak eksekutif ataupun mana juga kepentingan-kepentingan politik.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, last point saya, noktah saya yang terakhir adalah untuk membawa sedikit daripada apa yang dilihat dan ditanggapi oleh rakyat sebagai cukup mengecewakan yang mana kalau saya boleh sebutkan dulu, pihak polis dan kerajaan sering menafikan bahawa suspek ini mati dalam tahanan Tuan Yang di-Pertua.

Suspek yang ditahan, dipukul dan didera dalam siasatan, kerap pihak-pihak berwajib menafikannya. Dulu, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selalu menjustifikasi kewujudan Kamunting dan Undang-undang ISA dengan kewujudan Guantanamo Bay dan Patriot Act di Amerika Syarikat.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kedua-dua kedudukan ini sering dicabar oleh pelbagai pihak khususnya pihak- pihak NGO dan Badan Peguam atas dasar fakta-fakta dan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan terdapat bersabitan dengan perkara ini, mati dalam tahanan ataupun dengan izin, custodial death. Terdapat banyak kes di mana suspek-suspek telah mengadu bahawa mereka telah diseksa secara fizikal dan mental untuk mengaku salah, bersalah atau untuk memberikan maklumat kepada pihak polis. Ada yang telah mati.

Contohnya, advocacy oleh peguam-peguam seperti P. Utayakumar dan N.

Surandran dan badan-badan seperti The Police Watch & Human Rights Committee dan SUARAM telah mengemukakan bahan bukti yang banyak dan banyak laporan-laporan polis telah dibuat, namun tiada tindakan efektif disusuli dan dilihat oleh rakyat. Dua Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan. Saksi-saksi telah dipanggil, keterangan telah diambil, laporan- laporan suruhanjaya telah dikemukakan, penubuhan IPCMC telah disyorkan. Tiada tindakan efektif disusuli dan rakyat terus kecewa.

Undang-undang Reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah telah dipinda. Bagi kesalahan di mana hukuman penjara adalah kurang daripada 14 tahun, majistret hanya boleh memberikan reman 4 hari atas permintaan pertama polis dan tiga hari atas permintaan kedua polis. Bagi kesalahan di mana hukuman penjara adalah lebih daripada 14 tahun atau hukuman mati, majistret hanya boleh memberikan reman 7 hari atas permintaan pertama dan 7 hari atas permintaan kedua.

Majistret bertanggungjawab memastikan bahawa tempoh reman sebelumnya diambil kira. Amalan perintah reman secara berterusan ataupun chain smoking tidak boleh diteruskan. Suspek mesti diberikan peluang membuat representasi ataupun perwakilan oleh peguam atau secara sendiri. Namun, kalau kita lihat kalau laporan media berkenaan kes A.

Kugan Tuan Yang di-Pertua, ia diteliti, beliau dikatakan telah ditahan reman untuk tempoh dua minggu, tetapi jika kesalahan yang disyaki adalah kesalahan curi kenderaan di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan di mana hukuman maksimum adalah tujuh tahun, bagaimana pihak polis boleh mendapatkan perintah reman untuk dua minggu Tuan Yang di-Pertua?

Di bawah seksyen 28A Kanun Acara Jenayah yang baru, suspek mesti diberikan peluang untuk mendapat nasihat guaman secara secepat mungkin dan untuk memaklumkan saudara mara atau kawan-kawan berkenaan reman beliau. Selanjutnya, suspek mempunyai hak untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada pihak polis apabila ditanya soalan semasa siasatan setelah seksyen 113 Kanun Acara Jenayah dimansuhkan. Ini diketahui umum, bukan hanya di kalangan peguam, pengamal-pengamal undang-undang, tetapi tidak dilaksanakan. Namun, masih ada banyak kes di mana polis dan mahkamah gagal mematuhi spirit ataupun semangat undang-undang baru.

Oleh sebab itu, kita telah menyaksikan kes-kes seperti A. Kugan yang telah mati dan P. Prabakar yang telah dilecur dengan air panas. Jangan lupa juga kes-kes seksaan terhadap mereka yang ditahan di bawah Undang-undang ISA dan Emergency Ordinance

(EO) seperti kes Sanjev Kumar, Krishnan, yang kini dalam kerusi roda dan tidak dapat menggunakan tangan kiri dan kaki. Abdul Malik Hussein, sahabat saya yang telah dipukul dan menang dalam kesnya terhadap pihak polis di mahkamah. Bilakah kerajaan akan benar-benar memandang serius terhadap kes-kes seumpama ini? Iaitu dalam mengangkat rule of law Tuan Yang di-Pertua dan keadilan undang-undang.

Kelihatan cara kes A. Kugan ini diuruskan oleh pihak atasan sememangnya terdapat kekeliruan atau ada pihak yang cuba menyembunyikan sesuatu. Jadi, saya kira saya tidak perlu memanjangkan lagi kes yang telah pun disebut banyak kali dalam Dewan yang mulia ini. Namun, penghujung rumusan, perkara yang saya hendak sebutkan tadi, meskipun rang undang-undang ini adalah baik dan seharusnya telah dilaksanakan 10 tahun yang lalu, namun Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan bahawa dalam pindaan-pindaan rang undang-undang membaik pulih institusi kehakiman ini, perlu ada satu kesungguhan politik, satu iltizam politik, satu political will untuk melaksanakan satu yang lebih bersifat komprehensif dan menyeluruh bagi mengembalikan wibawa institusi kehakiman negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi izin saya mengambil bahagian dalam perbahasan tentang Akta untuk Meminda Kanun Tatacara Jenayah ini. Saya ingin mula dengan tekankan sekali lagi apa yang saya sebut semalam mengenai bahasa yang kita gunakan dalam rang undang-undang ini, dan minta pada masa depan kita pastikan versi bahasa Melayu adalah yang betul dan tidak seperti yang ada di sini. Pada masa yang sama apabila saya melihat versi bahasa Inggeris, saya minta versi bahasa Inggeris pun diteliti dengan baik dan dipastikan bahasa kita adalah betul.

Saya rujuk pada seksyen 272K, di muka surat lima untuk menunjukkan satu kesilapan kecil. Walaupun itu kecil, ini memberi gambaran kita tidak menggunakan bahasa dengan betul. Tajuknya adalah Issuance of Practice Direction dan saya minta Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai kementerian mengambil perhatian. Kita betulkan grammar yang digunakan sebab 272K ini sekarang berbunyi, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, “The Chief Justice may, where necessary, issue Practice Direction relating to the use of mechanical means and any matter related to it.” Kita tidak boleh sebut issue Practice Direction tanpa ‘s’, it has to be plural, dengan izin. So kalau ini ditulis dengan betul harus berbunyi, “The Chief Justice may, where necessary, issue Practice Directions.” Itulah yang patut disebut. Jadi, saya minta kita gunakan bahasa Melayu dengan betul pada bab yang pertama dan apabila kita menggunakan bahasa Inggeris pun ini diteliti dengan baik. Kita pastikan grammar yang digunakan adalah grammar yang betul juga.

Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada kandungan dia. Secara dasar memang saya sokong. Saya rasa semua sokong apa yang kita pinda di sini. Kita sokong kemasukan peruntukan-peruntukan baru ini, tetapi apa juga yang jelas, pindaan ini adalah cukup terlewat dan ini adalah dengan izin, piecemeal reform. Saya sokong apa yang disebut tadi dalam hal-hal penting macam ini kita patut melihat hal macam ini secara lebih menyeluruh, lebih mendalam. Buat pindaan-pindaan untuk menangani isu yang pokok iaitu cara pengurusan untuk mahkamah kita, cara kita mengendalikannya, cara kita merekodkan keterangan dalam mahkamah dan sebagainya. Itulah isu yang dibangkitkan di sini.

Sekarang kita melihat pindaan yang dibuat ini seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Selayang tadi dengan jelas adalah untuk menjawab masalah yang kita menghadapi dalam kes Eric Chia, itu sahaja. Kita menghadapi masalah mengenai kes Eric Chia, keterangan yang diambil di Hong Kong ditulis dalam komputer, kita balik ke Malaysia kita ada masalah dalam mahkamah sebab itu kita buat pindaan. Pindaan ini hanya untuk kes-kes jenayah. Ini tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita buat reform ini yang baik kita pun harus menimbangnya untuk kes-kes sivil, ribuan kes yang kita jalankan setiap hari di mahkamah-mahkamah sivil, di mana perbicaraan berjalan dan kita perlu cara mendokumentasikan keterangan yang sama.

Kenapa pihak kementerian, pihak kerajaan tidak menimbang membuat reform yang sama untuk kes-kes sivil? Kenapa kita buat piecemeal sahaja untuk kes-kes jenayah?

Ini yang kita tidak faham di sini. Kalau kita hendak buat satu yang baik, buat dan kaji lebih menyeluruh supaya kita boleh melaksanakan untuk sistem secara menyeluruh. Sekarang kita melaksanakan ini hanya untuk kes-kes jenayah. Itu poin yang pertama.

Tuan Yang di-Pertua, memperbaiki taraf dokumentasi dalam mahkamah ini adalah satu cerita yang lama. Tadi rakan saya Kuala Selangor telah membangkitkan cerita. Cerita ini sebenarnya bermula di tahun 1983 disebut oleh Tan Sri Harun Hashim pada masa itu.

Computerization of Court harus dibuat pada waktu itu, tetapi malangnya sekarang kita berbincang pada tahun 2009.

Kita baru melihat undang-undang yang ada pindaan sedikit, tetapi masalah pokoknya ialah sistem pelaksanaan langsung masih tidak ada. Contoh di negara lain cukup banyak. Kita pergi ke Singapura kita boleh lihat, kita pergi ke Kuching, Sarawak dan ini saya boleh sebut sebab kita ada wakil dari Majlis Peguam telah pergi ke sana dan melihat cara mereka menguruskan registry di Kuching, Sarawak.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita nampak mereka dengan duit yang kecil, dengan duit separuh juta ringgit sahaja mereka telah menambah baik cara pengurusan kes-kes di sana. Kita boleh belajar daripada sana, tetapi apa yang kita lihat di Semenanjung malangnya sistem kurang baik dan ada jauh lagi yang kita harus buat untuk memperbaikinya.

Tuan Yang di-Pertua, contoh-contoh kes di mana untuk menunjukkan macam mana kita boleh mendokumentasikan di mahkamah apabila kes berjalan dan macam mana keterangan boleh ditulis dan di dokumentasi serta-merta. Ini boleh dipelajari dengan senang sekarang di banyak negara. Baru sahaja di dalam kes, di mana Malaysia sendiri terlibat di dalam pertikaian di Hamburg di International Tribunal for the Law of the Sea, pertikaian kita dengan Singapura mengenai kes Pulau Batu Puteh.

Itulah satu contoh yang terbaik. Sesiapa yang minat dalam kes itu boleh tahu, kita boleh mengikuti kes itu minit demi minit. Kita boleh baca setiap ayat keterangan diberi dalam kes itu dalam website yang disediakan. Boleh baca apa yang disebut, hujahan yang dibuat oleh peguam dan sebagainya. Jadi, teknologi ada, hanya pelaksanaannya dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1996 Kerajaan Persekutuan telah umumkan the first e-Court Project. Kontrak diberi kepada konsortium tiga syarikat dengan kos RM800 juta tahun 1996. Itu permulaan dia. Tahun 1983 diumumkan oleh Tan Sri Harun Hashim tidak ada apa-apa dibuat, tahun 1996 kita mula. Akan tetapi, lepas itu ada kegawatan ekonomi ditangguhkan dan tahun 2000 kita mula sekali lagi. Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk computerization, dengan izin. Diberi pada satu syarikat bernama Air Molek akhirnya tidak ada apa-apa jadi. Syarikat itu dibatalkan, I mean kontrak dibatalkan dengan syarikat itu. Lepas itu, ada kajian lagi di bawah bekas Ketua Hakim Tun Ahmad Zaidin dan 2003 kita mula lagi dengan empat syarikat baru. Duit dibelanjakan untuk satu tender exercise, kita tidak tahu berapa dibelanjakan, tetapi akhirnya itu pun tidak jadi apa-apa.

Nampaknya semua duit ini sudah dibelanjakan secara sia-sia sahaja. Lepas itu cerita mula sekali lagi pada tahun 2004. Kami difahamkan pada masa itu ada pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim diumumkan ada e-Court Project RM40 juta telah diberikan. Apakah status projek itu? Ini yang saya ingin tanya di sini apa sudah jadi? Sekarang sudah lima tahun dan kita masih belum lihat apakah hasil daripada semua kontrak ini yang diberikan untuk membawa sistem komputer, sistem lebih berkesan untuk mendokumentasikan prosiding-prosiding di mahkamah kita.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi, inilah masalah yang saya ingin bangkitkan di sini pada masa kita menimbang dan meneruskan pindaan ini. Undang-undang ini adalah sedang untuk dibuat di sini. Akan tetapi, apa yang penting adalah perlaksanaan sistem di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil satu, dua minit untuk berkongsi satu pemerhatian pelawat daripada luar negara. Pada tahun 1995 saya terlibat di mahkamah dalam kes pendakwaan Irene Fernandes, di mana dari semasa ke semasa, kita dapat peguam daripada luar negara datang memerhatikan kes itu. Pada tahun itu, saya ingat seorang peguam datang daripada Indonesia dan memerhatikan proses kes itu. Dia melihat hakim, mendengar saksi dan menulis setiap perkataan yang disebut oleh saksi dalam kes.

Selepas kes ditangguhkan setengah hari, dia tanya kepada saya, kenapa hakim itu tulis setiap ayat, setiap keterangan daripada mulut saksi itu semacam satu stenographer?

Dia tanya kepada saya. Macam mana hakim itu boleh membuat tanggungjawab dia sebagai satu hakim? Saya melihat dia buat kerja sebagai stenographer sebab dia tulis setiap perkataan itu. Macam mana hakim ini boleh mendengar, menilai saksi itu, memerhatikan sama ada saksi itu cakap betul ataupun salah, tetapi dia terpaksa fokus kepada menulis satu perkataan demi satu perkataan itu sahaja?

Saya tanya macam mana sistem di Indonesia? Adakah buat macam itu? Tidak.

Dia kata di Indonesia, kita menggajikan stenographer untuk menulis apa yang disebut oleh saksi. Hakim buat kerja hakim, stenographer buat kerja stenographer. Hakim yang menilai sama ada saksi itu betul atau tidak. Stenographer yang tulis apa yang disebutkan oleh saksi. Itu dibuat di Indonesia Tuan Yang di-Pertua pada tahun 1995. Inilah sistem di negara lain. Di sini kita adalah 2009 sekarang. Jadi, itulah point saya.

final • 12:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Apa yang dicadangkan oleh kerajaan ini memang baik, tetapi apa yang kita perlukan adalah satu, dengan izin, complete overhaul dengan cara sistem mahkamah kita dikendalikan. Kes-kes di mahkamah kita sekarang ambil tiga, empat kali ganda masa yang sepatutnya diambil. Kes-kes yang melibatkan saksi yang sama di negara lain boleh dihabiskan dalam masa mungkin separuh sahaja sebab sistem dokumentasi mereka jauh lebih efisien, jauh lebih berkesan.

Jadi, inilah yang saya ingin kemukakan pada Yang Berhormat Menteri dan pihak kerajaan. Inilah yang sepatutnya difikirkan sekarang dengan baik dan mendalam. Bukan sahaja pindaan semacam ini, kita harus memikirkan macam mana sistem-sistem ini boleh dilaksanakan. Kita sudah bincang cerita ini lama sejak 1983, cadangan 1996 sampai sekarang. Inilah yang harus diberikan tumpuan supaya sistem-sistem di mahkamah kita ini difikirkan semula. Pada masa sekarang, teknologi sudah ada. Dulu mungkin ada masalah teknologi, kita tidak ada peralatan dan teknologi yang mudah untuk membantu kita mendokumentasikan apa yang berlaku di mahkamah.

Akan tetapi, hari ini ada. Hanya kita perlu membuat kajian yang betul, kita perlu melihat masalah ini lebih menyeluruh dan kita mesti sedia membuat apa-apa investment atau perbelanjaan yang perlu. Jadi, inilah cadangan saya pada kerajaan untuk pada masa kita meluluskan undang-undang ini. Inilah masalah pokok yang perlu ditangani dengan segera dalam masa yang singkat ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Seng - Segambut

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Segambut. Lepas itu Menteri menjawab.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada keseluruhannya, saya menyokong rang undang-undang ini yang memasuki bab baru kepada Akta Kanun Tatacara Jenayah (CDC). Saya ada dua cadangan. Saya merujuk kepada 272C dalam rang undang-undang ini. Dia mengatakan, “for the recording of any proceedings before the Special Court down to Magistrate Court and the Court for Children…”, untuk mengelakkan apa-apa kekeliruan dan perselisihan faham di antara peguam atau hakim, any proceeding ini saya mencadangkan memasukkan including remand proceedings. Maksudnya selepas suspek ditahan dan dibawa ke majistret untuk melanjutkan reman, prosiding itu dimasukkan.

Cadangan kedua saya ialah bab ini mengatakan untuk rekod sebarang prosiding before, di depan mahkamah, saya cadangkan recording juga dibuat pada saat seseorang ditahan ataupun seseorang suspek dijemput atau dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan. Pada saat itu, apabila dia memberi keterangan atau kenyataan kepada Pegawai Penyiasat atau IO, sebarang prosiding juga direkodkan. Itulah dua cadangan saya.

Sekian, terima kasih.

final • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lembah Pantai. Selepas ini Menteri menjawab. Sudah dua kali Menteri bangun untuk menjawab...

final • 12:14 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

[Bangun]

final • 12:14 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, baik hati hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan rang undang-undang iaitu Akta untuk Meminda Kanun Tatacara Jenayah. Saya tidak panjang, saya hanya mahu menyebut satu poin utama.

final • 12:17 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Pertama sekali, memang saya rasa semua daripada pihak Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri atas usaha yang memberangsangkan ini untuk mempercepatkan proses keadilan yang berlangsung di mahkamah-mahkamah di Malaysia dan memperkenalkan proses yang lebih efisien untuk semua. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa pengenalan rang undang- undang ini berlaku di kala kita berhadapan dengan kepincangan profesionalisme yang serius dalam institusi-institusi demokratik negara termasuklah dan terutama dalam kepincangan dalam sistem kehakiman negara. Walaupun kurang kuat kedengaran kritikannya sekarang, tetapi masih lagi dirasakan oleh bukan sahaja pengamal undang- undang yang prihatin di Malaysia, tetapi rakyat Malaysia secara amnya. Justeru, dari segi pinggiran perubahan atau reform yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara tadi dialu- alukan. Akan tetapi, ia masih bersifat teknikal.

Perubahan lain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi perlu dan lebih substantif dalam usaha memperbaiki sistem perjalanan mahkamah. Kita wajib meneliti inti pati kandungan badan kehakiman itu sendiri. Kalau manusia di dalamnya rosak, tidak beretika, tidak bermoral, akur kepada peras ugut dan sebagainya seperti yang terbukti dalam rakaman video V. K. Lingam. Iaitu wujud kesepakatan jahat antara Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Ketua Hakim Negara. Maka jelas reform atau proses reformasi ini wajib dahulu dijalankan di peringkat dalaman. Dari segi substantifnya, bukan sahaja perubahan teknikal seperti pindaan dalam Kanun Tatacara Jenayah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak sebut di sini bahawa rakaman ini ada dua jenis. Satu, apabila ia digunakan sebagai bahan bukti iaitu dalam kes Suruhanjaya Diraja menyiasat rakam V. K. Lingam. Kedua, rakaman untuk prosiding mahkamah seperti dicadangkan dalam pindaan Kanun Tatacara Jenayah ini. Seperti yang saya faham, ia untuk rakaman prosiding, bukan bukti. Peralatan canggih sahaja pasti gagal untuk menaikkan martabat badan kehakiman.

final • 12:17 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Usaha untuk menaikkan martabat badan kehakiman gagal apabila bukti sahih seperti rakaman video V. K. Lingam ditolak, dibuang begitu sahaja oleh Jabatan Peguam Negara apabila Peguam Negara tidak bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap sesiapa pun. Personaliti yang terkenal terbukti, dengan izin, fixing the highest judicial post in the country. Justeru, walaupun saya sambut dan kami semua sambut keperluan melakukan perubahan kecil-kecilan, ia sesuatu yang dibanggakan, tetapi boleh juga dianggap seperti melepaskan batuk di tangga kalau tidak digandingkan dengan perubahan dasar yang benar-benar dapat memberi makna kepada institusi badan kehakiman. Rakaman untuk prosiding mahkamah pada saya punyai tiga teras utama yang positif:

(i) mengurangkan pembaziran masa seperti yang berlaku di mahkamah apabila proses mengambil nota dan sebagainya mengambil terlalu lama;

(ii) menolong memastikan nota atau prosiding mahkamah lebih jitu dan boleh diguna pakai dengan penuh kepercayaan kerana sebelum ini ramai pengamal undang-undang yang kami temui merasakan kecewa apabila wujud discrepancy ataupun kontradiksi dalam apa yang berjalan dalam mahkamah semasa mereka berada di sana dan selepas meneliti nota oleh hakim; dan

(iii) walaupun pindaan ini tidak mandatori dan para hakim masih lagi diberikan ruang untuk mencatat nota, ia penting dalam membawa sistem kehakiman kita dengan izin, more in line with current times.

Saya hanya mahu bertanya, dalam rakaman digital ini apakah cara yang dapat diwujudkan untuk memastikan ia tidak boleh dipinda atau dengan izin, tampered with kerana kadang kala ia boleh juga bersifat digunakan sebagai bahan bukti di mana nota itu memberikan impak atau kesan kepada keputusan kes. Sekian sahaja untuk Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi pindaan rang undang-undang CPC ini. Saya terlebih awal ingin menjawab dua perkara yang pokok yang mesti diperjelaskan terlebih dahulu iaitu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Subang berkenaan dengan mengapakah tidak terdapat teks bahasa kebangsaan sepenuhnya dalam rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kanun Tatacara Jenayah digubal pada tahun 1935 jauh tarikh daripada kita lahir. Saya ingat Yang Berhormat Ipoh Timur kot lahir pada..., tidak tahulah... [Ketawa] Ya, memang betul saya pun. Saya kata, kita...

final • 12:24 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi..., apa benda ini? Tidak jawab lagi sudah hendak bangun. Bagilah saya peluang menjawab.

final • 12:24 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini satu. Ini fakta kita kena jelaskan.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apalah. Biar saya jawab dulu.

Ini menunjukkan kegelojohan... [Ketawa] Yang Berhormat kena steady. Yang Berhormat peguam kan? Peguam kena banyak sabar. Mendengar hujah-hujah orang dulu barulah kita pintas balik.

final • 12:24 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Menteri, ya kita tunggu.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, Kanun Tatacara Jenayah digubal pada tahun 1935. Maka menurut fasal 3(3), Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, teks sahih bagi undang-undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah dalam bahasa Inggeris selama tempoh sepuluh tahun hari merdeka. Akan tetapi, oleh sebab teks sahih itu Kanun Tatacara Jenayah adalah dalam bahasa Inggeris, maka pindaan jadi harus dibuat dalam bahasa Inggeris. Itu sahaja. Ya, Yang Berhormat Subang. Hendak tanya apa tadi?

final • 12:24 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri terhadap penjelasan itu. Kita semua sedar tentang peruntukan itu di mana teks sahih itu adalah dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi, kita kena ingatkan juga untuk sepuluh tahun selepas kemerdekaan. Sekarang kita sudah sampai ke 2009. Kita juga ada Akta 593. Jadi, apa yang saya bangkitkan ialah apakah susahnya kita sekarang tukar yang asal itu kepada bahasa Malaysia yang sahih. Bukan untuk mempertikaikan mana yang sahih itu. Untuk versi bahasa Malaysia ada di hadapan kita. Apabila kita pergi kepada kedai buku undang- undang, kita boleh beli Kanun Tatacara Jenayah dalam bahasa Malaysia. Jadi, apakah susahnya kita ada versi bahasa Malaysia untuk melihat dan juga versi bahasa Inggeris juga dalam pertimbangan kita di sini. Itulah poin saya. Jadi, hujah yang diberi tidak bermaksud kita terpaksa membekalkan versi bahasa Inggeris sahaja. Itu poin saya.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

.. Dalam Bahasa Malaysia itu sahaja.

Jadi, saya jawab poin Yang Berhormat bangkit waktu perbahasan. Akan tetapi, Yang Berhormat walaupun sepuluh tahun selepas merdeka teks sahih, tetapi teks sahih kerana itulah yang diputuskan pada tahun 1935 dan di dalam Perlembagaan kita. Jadi bermakna, walaupun sepuluh tahun telah berlalu, maka di dalam urusan kita, teks sahih tetap bahasa Inggeris, yang dalam bahasa Inggeris. Itu tidak boleh ditukar. Namun, saya faham Yang Berhormat kata mengapa tidak boleh ada dalam bahasa Malaysia. Itu tidak mengapa, itu boleh. Saya pun boleh bagi tahu kepada pihak Peguam Negara buat satu alih bahasa dalam bahasa Malaysia dan boleh dijual, tetapi teks sahih masih Inggeris ya. Tidak boleh dalam bahasa Malaysia kerana ini tahun 1935 dan Perlembagaan kita pun berkata demikian.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kemudian, Yang Berhormat Subang juga dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah bangkit berkenaan dengan mengapa kita buat secara piecemeal dan tidak membuat satu pindaan yang komprehensif. Yang Berhormat Kuala Selangor pun beritahu bahawa di Malaysia kita sudah ada dekat 600 lebih pindaan. Yang Berhormat, pertamanya saya hendak sebut undang-undang ini hidup. Undang-undang hidup. Living punya, dia hidup.

Kalau satu undang-undang selama sepuluh tahun, 20 tahun tidak dipinda makna dia statik, mati. Jadi, undang-undang ini hidup dan keperluan akan berlaku apabila masa beredar, zaman beredar. Jadi, sebab itu dari segi pindaan, saya kira pindaan dibuat itu bukan satu perkara yang menjadi negatif. Yang Berhormat pun sebut juga tidak semesti negatif, betul.

Akan tetapi, saya kira kalau undang-undang itu dipinda banyak kali, bermakna kita sensitif terhadap perkara semasa yang berlaku yang menyebabkan undang-undang itu sudah menjadi lapuk. Itu pun banyak lagi undang-undang yang perlu direformasikan yang masih lagi belum dilakukan.

Jadi, yang kedua Yang Berhormat, yang ini Yang Berhormat kata kita perlu buat satu pindaan yang komprehensif. Saya rasa itu betul. Tidak ada masalah. Cuma dalam hal- hal tertentu, ia terpaksa dibuat secara piecemeal di atas keperluan. Oleh sebab kalau sesuatu itu macam Yang Berhormat Selayang sebut, ada kes-kes yang disabitkan oleh sebab di Hong Kong dibuat menerusi komputer dan di sini kita menggunakan tangan lagi dan ini menyebabkan kita terpaksa meminda tanpa kita menunggu satu pindaan yang komprehensif dilakukan kerana keperluan dia. Yang Berhormat pun ada sebut, memang saya setuju. Bercakap tahun 1983, kemudian ada bagi duit tahun 1995 dengan komputer, hari ini tidak ada apa-apa lagi. Jadi, kalau hendak mengikut itu, adakah kita hendak tunggu jangan pinda ini dan kita tunggu lagi mungkin sepuluh tahun hendak buat komprehensif punya pindaan. Saya rasa itu satu perkara Yang Berhormat juga tidak boleh terima.

final • 12:24 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oleh sebab itu, saya mempunyai pandangan yang sama ini, tetapi dalam hal ini, kita buat secara piecemeal kerana keperluan dia untuk disegerakan. Jadi, sebab itu kalau Yang Berhormat tanya mengapa tidak dibuat secara komprehensif itu ialah kerana keperluan disegerakan. Kita terpaksa, saya tidak boleh tunggu lagi dah dan fakta-fakta telah disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, bagaimana kita sekarang ini terlambat dibandingkan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyebutkan perkara tadi bukan dengan nada negatif sebenarnya. Walaupun kalau dibandingkan dengan negara seperti Singapura, baru empat kali sahaja mereka pinda.

Negara seperti Amerika yang sudah punya usia selama 230 tahun, mereka baru hanya meminda undang-undang mereka, tidak silap saya sebanyak hanya 27 kali.

Akan tetapi, saya sebutkan tadi bukan dengan nada positif Yang Berhormat Menteri. Jadi, Yang Berhormat kena faham itu. Cumanya yang saya maksudkan pada penghujungnya adalah apakah sudah datang waktunya dalam suasana menghadapi kegawatan, khususnya perundangan institusi kehakiman. Di samping piecemeal itu penting, tetapi adakah sudah datang waktunya dalam menghadapi ataupun lebih tepatnya menambah baik, memulihkan persepsi dan integriti wibawa institusi kehakiman? Ini supaya kementerian menggembleng seluruh tenaga pakar dalam mahupun luaran untuk dilakukan satu overhaul kepada undang-undang keterangan, Evidence Act ataupun Kanun Tatacara Jenayah dan segalanya yang lain khasnya dalam perkara ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dari segi yang lain. Kalau kita banding dengan Singapura yang dilakukan sebanyak 20 kali itu menampakkan kerajaan itu jumud, satu. Keduanya, Ahli-ahli Parlimennya tidak ada idea sehinggakan tidak boleh hendak memberikan idea yang baru untuk membaik pulih undang- undang yang lama. Jadi, pada saya pada benda yang berlaku tambah lagi sekarang ada 82 Ahli Parlimen Pembangkang atau 83 sekarang ini, sudah tentu banyak idea yang ada.

Jadi, kalau ada berlaku selepas ini ada banyak pindaan, itu adalah kerana peranan yang dimainkan oleh pembangkang ini cukup aktif, yang mahu supaya undang-undang kita up-to-date.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, saya pandang dari segi positif peranan yang dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang menyebabkan undang-undang kita terpaksa dipinda banyak kali kerana idea-idea yang baru dan bernas dicadangkan. Saya tidak bangga dengan Singapura 20 kali itu, itu bermakna control, memanglah di sana tidak ada pembangkang pun. Apa yang dicadangkan semua ikut sahaja, itulah sebab mungkin di Singapura 20 kali. Baik...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sedikit penjelasan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat tidak ambil bahagian pun dalam perbahasan. Saya tunggu setengah hari, yang paling banyak bercakap Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, mengenai perkara ini...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada isu Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Isu yang pertinent.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya berdiri, saya tidak bagi jalan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Hendak bagi jalan atau tidak bagi jalan? Ada Law Commision berkenaan perkara ini tidak...

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak bagi jalan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Padam semua apa yang dia cakap itu ya.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Takut tak apalah, itu sikap takut.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu bukan sikap takut, berapa kali sudah kita bertembung. Sebab yang berhormat tidak datang ambil bahagian perbahasan.

Cuma hendak merakamkan kehadiran untuk kutip elaun petang nanti... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Ipoh Barat... [Dewan riuh] Ya, tarik balik.

Okey, tarik balik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sudah rakam kehadiran okey. Tidak apa... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat bertanya berkenaan dengan juru bahasa dan kakitangan mahkamah perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan dengan bidang tugas mereka. Latihan dan kursus yang diberikan kepada para juru bahasa dan juga kakitangan sokongan melalui Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Selain itu, apabila keadaan memerlukan latihan dan kursus turut diadakan oleh badan kehakiman sendiri dilakukan.

Yang Berhormat Ipoh barat juga bertanya mengapa pegawai-pegawai kehakiman yang baru dan tidak berpengalaman dilantik sebagai majistret? Inilah sebenarnya Yang Berhormat, kita terpaksa pisahkan di antara legal dan judicial service. Ini kerana kalau kita letakkan majistret di bawah judicial service, maka inilah masalahnya, orang yang baru masuk terus jadi majistret. Akan tetapi, kalau kita ada legal service, bermakna mereka boleh mendapat pengalaman terlebih dulu di tempat-tempat yang lain sebagai pentadbir dan juga sebagai DPP. Kemudian, selepas tiga atau beberapa tahun, mereka akan menjadi majistret, cukup pengalaman.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, sebab itu pada ketika ini, kalau kita cantumkan judicial service dan meletak majistret dan Session Court di bawahnya, masalah Yang Berhormat bangkit itu tidak dapat diselesaikan. Ini kerana orang yang baru masuk jadi majistret tidak ada pengalaman apa- apa, dia telah diberikan kuasa yang begitu besar, dengan izin, doesn’t know to handle himself dan ini menyebabkan berlaku apa Yang Berhormat bangkit itu.

Jadi, pelantikan pegawai kehakiman adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Perundangan. Di antara syarat yang ditetapkan adalah individu- individu itu haruslah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) yang diiktiraf oleh kerajaan. Itu syarat dia masuk.

Pengisian jawatan majistret dari pegawai-pegawai yang baru adalah bukan satu perkara kita lakukan secara automatik dia boleh, tetapi pegawai yang baru ini adalah disebabkan keperluan untuk mengisi kekosongan-kekosongan yang ada dengan segera, itu sahaja. Kadang-kadang Yang Berhormat tengok orang muda jadi, itu kerana kekosongan itu. Yang Berhormat juga kompelin macam kepada saya di Telok Intan, dia selalu pergi cari makan dekat Telok Intan. Kadang-kadang majistret tidak ada, jadi itulah kita suka atau tidak suka, perlu isi kerana ada kekosongan.

Keutamaan pengisian jawatan ini diberikan kepada pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman hanya apabila bilangan-bilangan pegawai-pegawai berpengalaman tidak mencukupi, maka pegawai-pegawai baru ditempatkan. Walau bagaimanapun, setiap pegawai-pegawai baru yang dilantik sentiasa diberi bimbingan dari segi latihan dan kursus yang berkaitan. Pada masa akan datang, pengisian jawatan majistret ini akan dibuat di kalangan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat selama tiga tahun di dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Ya.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya hendak pergi sedikit belakang mengenai juru bahasa.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak, itu belum lagi. Juru bahasa ada lagi.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Okey. Ini mengenai majistret.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Majistret.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, depan sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini majistret.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, sekarang saya cakap pasal majistret.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oh, Majistret!

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sebenarnya, Yang Berhormat mengelirukan saya. Kita semua tahu bahawa saya menghujah perlu asingkan legal and judicial service, tetapi itu tidak memberi apa-apa. Apabila kita memecah dan mengasingkan, ia akan memberi lebih opportunity kepada pihak-pihak untuk melantik orang-orang yang berkaliber menjadi hakim-hakim.

Jadi, apa yang sedia ada sekarang, masalah yang kita ada yang tidak dijawab Yang Berhormat Menteri adalah orang-orang muda. Ini bukan kali pertama, saya ingat dalam lingkungan 51 tahun ini, kita ada situasi di mana seorang yang berqualification ijazah berumur 23 tahun terus dilantik menjadi majistret, hingga hari ini pun situasi ini terjadi. Akan tetapi, saya rasa jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri mengenai bahawa mereka akan bertugas sekurang-kurangnya tiga tahun. Adakah ini telah diimplementasikan atau ia satu cadangan yang akan diimplementasikan esok hari?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Akan diimplementasikan. Kita juga menerima banyak aduan-aduan yang kurang senang, tetapi saya sudah jawab yang muda- muda ini dilantik sebab pada ketika itu keperluan untuk mengisi kekosongan-kekosongan yang ada. Kita tidak ada pilihan, dengan izin, we cannot leave the post vacant for too long semata-mata hendak mencari orang yang sesuai. So suka atau tidak suka, kita we have to fill up the seat, dengan izin, walaupun dengan orang yang muda, tetapi itu akan berlaku jika perlu.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Ipoh Barat bertanya terhadap kekosongan juru bahasa di mahkamah? Masalah kekurangan juru bahasa ini timbul hanya di kalangan Jurubahasa Cina sahaja dan bukanya bagi jawatan jurubahasa yang lain.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Masalah ini timbul kerana golongan masyarakat Cina kurang berminat untuk menyertai perkhidmatan ini walaupun telah sering kali diiklankan oleh JPA. Ini satu perkara yang dihadapi, memang kurang dari segi Jurubahasa Mandarin ini, tidak ada, dia orang tidak berminat. Melainkan kita sudah bincang banyak kali, mungkin masa-masa yang akan datang kita terpaksa employ interpreter yang mungkin memberikan khidmat swasta jika perlu.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya, apakah yang terjadi kepada stenographers yang dilantik pada ketika dahulu ya...

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sekejap ya, saya habiskan. Jawatan ini masih wujud, stenographers ini masih wujud di mahkamah, cuma semasa SSB, nama jawatan tersebut ditukar kepada Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dan sekarang jawatan tersebut wujud dari Gred N17 hingga Gred N34.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada memohon semasa saya bahas bahawa peningkatan gaji yang special kepada jurubahasa. Ini adalah satu di antara kompelin mereka dan dikatakan mereka telah dipinggirkan dalam proses peningkatan gaji dan juga incidental expenses seperti memberi kot. Dulu saya difahamkan jika mereka fasih lebih daripada dua bahasa, mereka diberi satu elaun yang special, yang itu saya difahamkan tidak ada lagi. Jadi, tidak ada insentif untuk jurubahasa to learn new languages so that they can be proficient and has as many languages as possible.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

[Gangguan sistem pembesar suara] Juga saya akan jawab Yang Berhormat punya soalan secara bertulis, langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan bilangan data atau data yang tidak dapat digunakan tidak berlaku, kita akan reply.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya berapakah jumlah Hakim Mahkamah Sesyen, Gred JUSA C dan gred khas JUSA C yang ada. Buat masa ini jumlah Hakim Mahkamah Sesyen yang memegang Gred JUSA C adalah seramai sepuluh orang manakala jumlah Hakim Mahkamah Sesyen yang memegang gred khas JUSA C adalah seramai 28 orang.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga mencadangkan kes-kes yang kurang serius seharusnya dijalankan pada waktu malam untuk mengatasi masalah backlog. Seperti yang disarankan pada tahun 2007, mahkamah malam telah dijalankan bagi membantu orang- orang yang kena saman yang sukar hadir ke mahkamah pada waktu siang. Akan tetapi, sambutan orang ramai adalah tidak menggalakkan sehinggakan pihak mahkamah pada penghujung 2008, dukacita menamatkan kemudahan ini kerana tidak dapat sambutan.

Walaupun niatnya baik, tetapi mereka tidak berminat, malam ini mungkin ada macam- macam yang boleh menarik perhatian mereka yang menghalang mereka daripada datang ke mahkamah.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya mengapa jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Telok Intan masih tidak diisi walaupun mahkamah telah disediakan. Bagi Telok Intan, tiada jawatan Hakim Mahkamah Tinggi diperuntukkan, sebaliknya hanya Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sahaja.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya gaji dan elaun-elaun para hakim haruslah dikaji semula. Usaha-usaha untuk mengkaji semula gaji serta elaun-elaun hakim- hakim seperti yang termaktub dalam Akta Saraan Hakim sedang dibuat, kita hendak tengok.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah backlog di Mahkamah Majistret? Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah seperti berikut:

(i) menambah bilangan pegawai kehakiman;

(ii) memperbaiki prosedur seperti kaedah sivil yang lebih mudah;

(iii) penggunaan ICT seperti court recording, transcription dan e-Court;

(iv) memperkenalkan sistem tracking;

(v) menggalakkan penggunaan witness statement dalam pengurusan kes;

(vi) melaksanakan Alternative Dispute Resolution atau ADR seperti media asing bagi kes-kes kemalangan jalan raya di mahkamah bawahan atau subordinate court; dan

(vii) memperbaiki sistem pendaftaran kes, mengemas kini serta menyusun semula bilik-bilik fail.

Ini yang menyebabkan backlog banyak. Yang Berhormat Ipoh Barat juga ingin mengetahui mengapa sistem ICT di mahkamah tidak dilaksanakan secara menyeluruh walaupun terdapat hakim-hakim mahkamah yang telah membuat lawatan ke luar negara. Ini saya mohon untuk jawab secara bertulis.

Mencadangkan agar gaji bagi hakim-hakim yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, usaha-usaha yang giat telah diambil untuk mengkaji semula gaji dan elaun para hakim di dalam Akta Saraan Hakim sedang dibuat. Bagi hakim-hakim yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, mereka menikmati elaun wilayah seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua Akta Saraan Hakim.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya berapakah jumlah kenaikan pangkat JUSA C di Jabatan Peguam Negara dan juga mencadangkan Biro Bantuan Guaman perlu memberi perkhidmatan kepada golongan miskin. Soalan pertama itu kita akan jawab bertulis iaitu tentang kenaikan pangkat JUSA C itu, manakala berkenaan dengan Biro Bantuan Guaman, perkara ini diambil maklum dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga meminta statistik kes-kes pendakwaan yang telah berjaya setelah dibicarakan di mahkamah. Telah dibicarakan ya, bukan yang mengaku bersalah, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, Jabatan Peguam Negara akan memberikan statistik tersebut secara bertulis. Yang Berhormat kena ingatlah berapa yang saya dah janji mengenai jawapan bertulis ini...

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak. Kalau menjawab yang Ipoh Barat tidak sakit.

Yang Berhormat Pasir Mas bertanya sejauh manakah sistem pengkomputeran mahkamah dilinkkan dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Kastam dan Imigresen. Sistem rangkaian pengkomputeran di antara mahkamah dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan adalah masih di dalam tempoh percubaan. Setakat ini agensi-agensi yang berkenaan telah dimaklumkan agar merujuk kepada paparan web kehakiman untuk maklumat terkini.

Yang Berhormat Subang bertanyakan apakah status projek e-Court yang dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim pada tahun 2004. Projek e-Kehakiman perintis, pilot project yang selesai pada 2006 hanya dilaksanakan di 11 mahkamah perintis di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Perluasan e-Kehakiman bagi mahkamah seluruh Malaysia sedang dalam proses pelaksanaan.

Yang Berhormat Segambut mencadangkan reman prosiding dimasukkan dalam takrif prosiding. Takrif prosiding termasuk apa-apa permohonan di hadapan mana-mana mahkamah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oleh yang demikian, prosiding reman juga boleh direkodkan secara mekanikal jika perlu. Pindaan dalam rang undang-undang ini tidak terpakai kepada tahanan yang dibuat di balai polis.

Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya diadakan satu Unit Terjemahan diadakan di Jabatan Peguam Negara. Sejak 1998, Unit Terjemahan Semasa dan Pra 1997 telah diwujudkan di Bahagian Gubalan dan kemudiannya pada 26 April 2004, fungsi penterjemahan teks undang-undang pra 1997 telah diserahkan kepada Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang. Oleh itu, Unit Terjemahan sudah wujud di Jabatan Peguam Negara. Jadi, Yang Berhormat Subang punya cadangan itu saya ingat dia orang boleh buat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segambut bangun, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Segambut.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Serupa muka dengan kepala.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya. Saya lebih banyak rambut. Saya minta alasan-alasan diberi kenapa recording tidak diizinkan di dalam tahanan di balai polis?

Kenapa recording tidak diizinkan?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, yang ini berkenaan dengan mahkamah. Jadi, yang kita pinda ini untuk penggunaan di mahkamah lah ya. Jadi, kalau yang kata sebelum dia sampai ke mahkamah itu, mungkin boleh dipinda apabila ada permintaan daripada pihak polis. Berkenaan yang ini, di mahkamah sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Akan tetapi, Akta CPC ini dia mengawal semua prosedur pada saat suspek ditahan di balai polis seperti seksyen 117, dia ditahan di balai polis, dibawa ke majistret. Jadi, saya rasa sepatutnya dari saat dia ditahan, recording harus dimulakan.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya. Saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini saya bertanggungjawab pada mahkamah. Jadi, segala pindaan yang saya bawa - sebab sudah tentu apabila CPC dia banyak kementerian dan banyak agensi yang dia kawal. Jadi, saya cuma membawa perkara yang ada kaitan dengan mahkamah. Tentang yang itu kena datang daripada pihak polis nanti.

Yang Berhormat Selayang mencadangkan supaya seksyen 267 Kanun Tatacara Jenayah dipinda. Seksyen 267 KTJ tidak perlu dipinda kerana perekodan mekanikal yang diperkenalkan melalui rang undang-undang ini adalah sebagai tambahan kepada sistem yang sedia ada iaitu secara tulis tangan. Maka majistret atau hakim mempunyai pilihan sama ada untuk menulis dengan tangan atau merekodkan keterangan secara mekanikal.

Yang Berhormat Subang meminta supaya seksyen 272K dipinda supaya menggunakan tatabahasa yang betul dan dia juga bertanya mengapa pindaan ini dibuat secara piecemeal. Itu saya sudah jawab. Rang undang-undang digubal dengan menggunakan tatabahasa singular kerana Akta Tafsiran 1948 dan 1967 memperuntukkan singular hendaklah termasuk plural. Tambahan pula, ia merupakan amalan penggubalan undang-undang, maka tatabahasa yang digunakan adalah teratur.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan sedikit?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya faham Akta Tafsiran. Interpretation Act memang dia sebut, dengan izin, the singular includes the plural dan sebaliknya.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi dari segi tatacara bahasa, dari segi grammar adalah kalau kita gunakan bahasa Inggeris it should read as practice direction, di mana memang itu akan meliputi the singular kalau perlu. Itu maksud saya. Kalau kita baca ini, mana-mana guru bahasa Inggeris boleh sebut dengan nyata. Apabila dengar itu, tidak dengar betul. Itu maksud saya dengan 272K ini. Kalau boleh dibetulkan itu.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya boleh balik ke isu yang penting yang dibangkit oleh Yang Berhormat Segambut tadi. Itu isu yang penting tentang perekodan. Apa prosiding di dalam balai polis. Jawapan Yang Berhormat Menteri adalah itu tidak ada di dalam mahkamah. Saya faham, tetapi apa poin yang penting ialah prosiding reman itu biasanya, pada lazimnya dilakukan di mahkamah, yang ditangkap, OKS ini semua dibawa oleh pihak polis, prosiding reman di dengar di bangunan mahkamah, perintah diberi sekiranya diluluskan.

Akan tetapi, dari semasa ke semasa ada kes-kes tertentu dan saya sendiri pun ada pengalaman, saya dibawa ke balai polis dan reman dibuat di balai polis, tetapi oleh pegawai kehakiman. Majistret diminta datang ke balai polis dan buat di sana. Jadi, pada masa itu, apa yang berlaku di balai polis adalah prosiding mahkamah. It is a judicial proceeding, bukan lagi prosiding polis itu.

Jadi, apa yang harus kita timbang dan pastikan iaitu apa-apa perlindungan yang hendak kita berikan kepada semua pihak dalam proses ini adalah terpakai bukan sahaja di bangunan mahkamah, tetapi juga di bangunan polis sekiranya prosiding reman itu berlaku di sana. Itu yang saya ingin tekankan dan inilah satu cadangan yang cukup baik. Kita harap pihak Yang Berhormat Menteri boleh memastikan ini berlaku iaitu peraturan yang kita buat untuk bangunan mahkamah diikuti di bangunan polis. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, saya faham kalau dia melibatkan di mana seorang majistret dipanggil ke balai polis di mana prosiding reman itu dilakukan, saya percaya itu sememangnya ia mesti dibuat secara mekanikal kerana yang penting di sini ialah bukan bangunan itu, tetapi orang yang memegang jawatan itu iaitu majistret.

Saya akan check dengan pegawai saya.

Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada lagi Yang Berhormat Lembah Pantai? Ada.

Tidak. Yang Berhormat Lembah Pantai kata Menteri baik hari ini. Menteri baik hari-hari, bukan hari ini sahaja ya... [Ketawa] Bagaimana untuk memastikan supaya keterangan yang dirakamkan secara mekanikal tidak ditamper, tidak dikacau. Majistret atau hakim dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan segala rekod elektronik mengenai apa-apa prosiding seperti yang terdapat dalam seksyen 272G dan apa transkrip yang keluar daripada recording itu, transkrip yang keluar itu hendaklah ditandatangani oleh hakim dan juga semua yang terlibat dalam kes ini.

Jadi, saya rasa itu sahaja jawapan yang boleh saya beri dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 12:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG PELANTAR BENUA (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pelantar Benua telah pun digubal. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kita...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh mulakan petang nanti.

final • 12:50 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Okey.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat sesi pagi ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 12:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelantar Benua 1966 dibaca kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pelantar Benua telah digubal pada tahun 1966 dan dikenali sebagai Akta No. 57 tahun 1966. Mula berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia pada 28 Julai 1966 dan di Sabah dan Sarawak pada 8 November 1969. Sejak penguatkuasaan akta ini, ia telah disemak pada tahun 1972, seterusnya dikenali sebagai Akta 83, bermula pada 1 Ogos 1972.

Akta 83 ini diletak di bawah tanggungjawab Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, sebagaimana yang disenaraikan dalam perintah menteri-menteri. Melalui penguatkuasaan Akta 83, Malaysia telah mengisytiharkan tuntutan hak pelantar benua dan laut wilayahnya dengan menerbitkan peta menunjukkan sempadan pelayaran dan pelantar benua Malaysia pada 24 Disember 1959. Pindaan-pindaan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselarasan dan keharmonian undang-undang domestik agar selaras dengan Konvensyen Undang-undang Laut 1982 selepas ini akan disebut sebagai konvensyen ini.

Di samping itu, cadangan pindaan ini juga adalah untuk menambah baik dan menyelaras aktiviti pelombong pasir laut di Pelantar Benua Negara.

final • 2:31 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Cadangan-cadangan pindaan yang terkandung rang undang-undang Akta Pelantar Benua ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Mac 2009.

Secara keseluruhannya cadangan pindaan yang dikemukakan ini melibatkan sejumlah lapan cadangan pindaan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai latar belakang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal 1970 telah menggubal dan merumuskan konvensyen ini yang lebih menyeluruh, bagi merangkumi pelbagai aspek maritim supaya segala permasalahan berkaitan kelautan dapat ditangani dengan baik tanpa mencetuskan konflik antara negara-negara.

Teks Konvensyen Undang-undang Laut 1982 telah dibuka untuk ditandatangani pada 10 Disember 1982 di Montego Bay, Jamaica dan mula berkuat kuasa pada 16 November 1994. Konvensyen ini disifatkan sebagai Perlembagaan Laut, dengan dianggap sebagai satu konvensyen yang paling komprehensif yang kini diratifikasikan oleh 155 buah negara dan menetapkan had dan region kelautan kepada pelbagai zon maritim termasuk pelantar benua.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menandatangani konvensyen ini dan meratifikasikannya pada 14 Oktober 1996. Setelah menjadi negara pihak kepada konvensyen ini, semua obligasi berbangkit daripada, dengan izin, General Convention on the Continental Shelf 1958, dan Geneva Convention of the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958. Kedua-dua konvensyen tersebut dikenali sebagai, dengan izin, Geneva Conventions on the Law of the Sea 1958 dengan secara sendirinya tidak terpakai, dan obligasi-obligasi baru di bawah konvensyen ini mengatasi semua obligasi sebelum ini berdasar kepada Artikel 311 konvensyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara pihak kepada konvensyen ini, Malaysia mempunyai hak obligasi dan tanggungjawab tertentu yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan.

Pelaksanaan dan pematuhan kepada konvensyen ini dipertanggungjawabkan kepada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa Penyelarasan mengenai tanggungjawab dan liabiliti Malaysia sebagai negara parti Konvensyen Undang-undang Laut 1982 ini telah dibentuk dengan empat jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti tindakan- tindakan susulan termasuk Jawatankuasa Pelantar Benua yang dipengerusikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, konvensyen ini memperjelaskan melalui Artikel 76(1), akan keterangan bahawa Pelantar Benua bagi sesebuah negara berpantai meliputi dasar laut dan tanih, bahawa kawasan laut yang terletak di luar kawasan had laut wilayah sepanjang pemanjangan secara semula jadi, dari tanah daratan sehingga pinggir luar tepi pantai continental shelf margin atau sehingga 200 batu nautika dari garis pangkal laut wilayah, apabila keadaan pinggiran luar tepi pantai P Pelantar tidak mencapai jarak tersebut.

Seterusnya, Artikel 76(4)(a) dan (b) memperjelaskan akan keterangan bahawa negara berpantai boleh menuntut pelantar benua melebihi 200 batu nautika, tetapi tidak melebihi 350 batu nautika berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan penyataan tersebut definisi pelantar benua menurut Artikel 76 konvensyen ini telah diperluaskan definisinya. Justeru, negara berpantai boleh mengemukakan tuntutan had pelantar benua melebihi 200 batu nautika, tetapi tidak melebihi 350 batu nautika kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua, dengan izin, Commission on the Limits of the Continental Shelf atau dengan singkatan CLCS. Iaitu sebuah badan yang ditubuhkan di bawah konvensyen ini melalui, dengan izin, submission yang mengandungi data saintifik dan justifikasi teknikal. Submission ini perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua sebelum 13 Mei 2009.

Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri telah bermesyuarat pada 12 April 2006, telah menimbang dan bersetuju supaya Malaysia mengemukakan submission kepada Suruhanjaya mengenai Had-had Pelantar Benua. Malaysia mempunyai potensi untuk membuat tuntutan pelantar benua melebihi 200 batu nautika, tetapi tidak melebihi 350 batu nautika di perairan Sarawak dan di Pantai Barat Sabah di Laut China Selatan. Tindakan- tindakan susulan kini sedang dijalankan dan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

final • 2:31 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, bagi memenuhi keperluan perundangan Akta 83 yang masih lagi berdasarkan Geneva Conventions on the Continental Shelf 1958, dengan izin perlu dipinda sewajarnya. Walau bagaimanapun, pindaan akta ini masih mengekalkan hak dan kuasa kerajaan negeri.

final • 2:31 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, selain seksyen 2, dalam Akta 83 memperuntukkan bahawa pelantar benua adalah dasar laut dan tanih bawah kawasan laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia, tetapi di luar kawasan had perairan wilayah negeri-negeri yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada 200 meter di bawah permukaan laut atau jika kedalaman air luar sempadan itu membolehkan pengeksploitasian sumber alam di kawasan tersebut.

Definisi ini dipetik berdasarkan Artikel 1, Geneva Conventions on Continental Shelf 1958. Justeru telah timbul keperluan untuk memperkemaskan lagi tafsiran sedia ada, seksyen 2, Akta Pelantar Benua 1966 bagi menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan semasa selaras dengan Artikel 76 konvensyen ini. Sehubungan dengan itu, tafsiran continental shelf, dengan izin, dipinda dalam tafsiran baru sejajar dengan perkembangan perundangan laut antarabangsa dan bersesuaian dengan ratifikasi kerajaan Malaysia sebagai negara anggota konvensyen ini. Tafsiran continental shelf yang baru adalah bagi mengharmonisasikan definisi pelantar benua mengikut peruntukan Artikel 76 konvensyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, melalui tafsiran baru ini, Malaysia mempunyai hak kedaulatan sehingga luar kawasan pinggir pantai yang mengandungi dasar laut dan tanih bawah pelantar, kecerunan dan kenaikan dengan syarat bahawa pelantar wilayah itu berlanjutan secara semula jadi atau sehingga jarak 200 batu nautika dari garis pangkal dan darinya perairan laut wilayah diukur, jika pinggir pelantar tidak berlanjutan sehingga jarak itu. Walau bagaimanapun, definisi baru ini masih mengekalkan hak dan kuasa pihak berkuasa negeri dalam kawasan di dalam perairan wilayah negeri.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 2A yang baru perlu dimasukkan bagi menjelaskan tentang had persempadanan pelantar benua di antara Malaysia dengan negara-negara jiran yang mempunyai pantai bertentangan atau bersebelahan atau bersempadanan. Melalui peruntukan seksyen ini, had pelantar benua telah diubah mengikut kuasa perjanjian mengenai perkara yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan seksyen baru 2B dimasukkan bagi menjelaskan cara perkiraan dan penandaan had pelantar benua negara selaras dengan teknologi dan terma teknikal peruntukan Artikel 76 konvensyen ini. Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan kerajaan Malaysia membuat hujahan mengenai had pelantar benua negara yang diperluaskan. Submission of the Limit of Continental Shelf, dengan izin, kepada Suruhanjaya Mengenai Had Pelantar Benua sebelum 13 Mei 2009.

Kerajaan Malaysia hendaklah mengadaptasikan peruntukan yang ada dalam konvensyen ini kepada undang-undang negara mengenai cara perkiraan, penandaan had pelantar benua yang diperluaskan dengan izin, standard continental shelf. Peruntukan seksyen 2B yang baru ini merupakan penyataan semula Perkara 76(2), (3), (4), (5), (6), (7) dan (10) konvensyen ini, berkenaan dengan ukuran pelantar benua antara Malaysia dengan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ke atas seksyen 3, Akta 83 dilakukan bagi memperjelaskan mengenai peruntukan-peruntukan sedia ada mengenai hak-hak Malaysia berhubung dengan pelantar benua. Seksyen 3 dipinda dengan memasukkan seksyen kecil 2 baru untuk menjelaskan hak kerajaan Malaysia dalam mengeksplorasi pelantar benua negara atau menginterpretasikan sumber-sumber asli yang ada di dalamnya. Sekiranya Malaysia tidak mengusahakan untuk menjalankan hak berkenaan dengan penjelajahan pelantar benua atau pengeksploitasian sumber alamnya, tidak ada negara lain yang boleh menjalankan kecuali dengan kebenaran Malaysia secara nyata.

final • 2:40 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, pasir laut merupakan komoditi yang penting kepada negara.

Kerajaan berpandangan bahawa telah tiba masanya untuk menambah baik urusan pentadbiran pengawasan pelombong pasir di pelantar benua. Ini kerana kementerian mendapati bahawa beberapa aktiviti haram termasuk pengambilan pasir secara haram, penyeludupan pasir laut ke luar negara berlaku. Maka untuk mengatasi masalah ini, adalah perlu untuk meminda seksyen 4 dan seksyen 6.

Subseksyen 5A yang baru dimasukkan dalam seksyen 4 bagi tujuan membolehkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menamatkan dan menarik balik lesen mengorek pasir dasar laut yang telah dikeluarkan di bawah Akta 83 kepada pelesen yang tidak membayar serta mempunyai tunggakan royalti kepada Kerajaan Persekutuan. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menangani keengganan pelesen berhubung kewajipan membayar royalti ke atas pengambilan setiap kuantiti pasir laut.

Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 4(7) dipinda dengan menaikkan jumlah denda daripada RM20 ribu kepada RM500 ribu dan tempoh hukuman penjara tidak lebih dua tahun kepada tidak lebih sepuluh tahun.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 4A yang baru dimasukkan untuk mengadakan peruntukan tentang pembayaran dan sumbangan Kerajaan Malaysia berkenaan dengan eksploitasi pelantar benua melalui 200 batu nautika selaras dengan peruntukan Perkara 83 konvensyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 6(1)(i) adalah turut bertujuan bagi mengelakkan pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan dalam seksyen 6(1) Akta 83.

Oleh yang demikian, perenggan (i) dipinda dengan meningkatkan penalti ke atas ketidakpatuhan dan keingkaran peraturan daripada amaun tidak melebihi RM5 ribu kepada amaun tidak melebihi RM10 ribu.

Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan keputusan Jemaah Menteri pada 12 April 2006 mengenai pelantar benua, pindaan definisi pelantar benua dan perkara-perkara yang berkaitan ke atas Akta 83 perlu dilaksanakan. Projek pelantar benua Malaysia yang sedang dilaksanakan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri adalah berdasarkan kepada interpretasi pelantar benua mengikut Artikel 76 konvensyen ini.

Sekiranya pindaan di atas tidak dibuat sewajarnya, tuntutan had pelantar benua Malaysia tidak mempunyai asas perundangan. Justeru, pindaan kepada Akta 83 merupakan keperluan asas kepada submission Malaysia. Malah pindaan ini masih mengekalkan hak dan tidak menjejaskan kuasa pihak berkuasa negeri dan kawasan di dalam perairan wilayah negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini dalam penyediaan submission kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua yang meliputi pengumpulan data dan data-data saintifik. Pasukan pelantar benua Malaysia perlu hadir dan mempertahankan hujah-hujah yang dikemukakan semasa submission Malaysia diteliti oleh Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya telah membentangkan cadangan- cadangan pindaan yang utama terhadap Akta Pelantar Benua 1966. Saya yakin cadangan pindaan-pindaan yang dikemukakan itu akan dapat mengukuhkan submission Malaysia kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua dan potensi pelantar benua tersebut membolehkan Malaysia melaksanakan eksplorasi minyak dan gas bagi pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 2:40 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelantar Benua 1966 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Mambong.

final • 2:40 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan pindaan Akta Pelantar Benua.

Sememangnya negara kita berhak untuk membuat survey ke atas lautan yang mengelilingi negara kita dan untuk submission kepada Commission on the Limits of the Continental Shelf (CLCS) pada bulan Mei tahun ini.

Namun, ada beberapa perkara yang saya ingin mengutarakan di dalam pindaan akta ini. Pertamanya adalah daripada definisi continental shelf yang sememangnya diambil daripada UN Convention on the Law of the Sea ataupun UNCLOS 1982. Di dalam UNCLOS terdapat 320 artikel kesemuanya dan nine annexes. Memang sesuatu konvensyen yang amat panjang dan menyeluruh yang mengambil kira banyak perkara yang seharusnya juga diambil kira oleh Akta Pelantar Benua di negara kita.

final • 2:48 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Pertamanya, walaupun ia tertera di sini dengan jelas bahawa negeri ada hak kepada “territorial waters of the State and the rights and powers of the State Authorities therein.” Namun, di dalam UNCLOS Artikel 2, ia juga menyatakan bahawa 12 batu nautika daripada pantai adalah hak negeri, tetapi determination ataupun survey untuk continental shelf juga daripada pantai hingga ke jarak 200 batu nautika ataupun tidak melebihi 350 batu nautika.

Di dalam Artikel 76, UNCLOS para 5, ia ada menyatakan dengan izin, “The fixed points comprising the line of the outer limits of the continental shelf shall not exceed 350 nautical miles from the coast from which territorial sea is measured or shall not exceed 100 nautical miles from the 2,500 metre isobath, which is a line connecting the depth of 2,500 metres”.

Ini ada di dalam UNCLOS. Jadi kenapa akta kita ini tidak mengambil kira itu juga?

Sekiranya isobath itu lebih daripada jarak 350 batu nautika, adakah kita tidak berhak untuk claim tempat itu? Di sini ia menyebut 2,500 meter isobath ataupun the depth of 2,500 metres. Ini kita harus mengambil kira juga kerana masih banyak lagi sumber-sumber asli di lautan sana yang seharusnya kita yang punya jika CLCS sudah meluluskan permohonan negara kita.

Perkara seterusnya yang saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah seksyen 2A.

“Where there is an agreement in force relating to the delimitation of the continental shelf between Malaysia and a country with an opposite or adjacent coast”. Dengan perkataan yang lain adalah persetujuan di antara negara-negara lain. Walaupun kita memang berhak ke atas continental shelf yang sudah diluluskan nanti oleh CLCS, namun perjanjian ini di bawah Artikel 83 di UNCLOS haruslah mengambil kira iaitu perjanjian seharusnya berasaskan kepada Artikel 38 on the Statute of the International Court of Justice. Ini adalah penting kerana sudah ada pertelingkahan di antara negara-negara di dalam dunia ini tentang continental shelf iaitu dispute di antara Libya dan Malta pada tahun 1985.

Justeru itu, International Court of Justice membuat keputusan bahawa continental shelf di lautan Mediterranean yang ada di antara Libya dan Malta, bahawa jaraknya harus diperdekat lagi kepada Malta. Ini bermakna, continental shelf Libya, jaraknya lebih jauh lagi daripada apa yang diclaimed oleh Malta dahulu kepada CLCS.

Jadi, perkara seperti ini adalah penting bagi negara kita agar satu perjanjian mengikut The Statute of the International Court of Justice supaya Malaysia dan Singapura mengetahui di manakah batas continental shelf masing-masing. Malaysia dan Thailand, Malaysia dan Vietnam, Malaysia dan Indonesia, Malaysia dan Brunei harus tahu batas dan jarak continental shelf itu.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di Artikel 117, dalam UNCLOS ia ada menyebut bahawa negara-negara seharusnya mengambil kira tentang penjagaan dan pengawalan living resources of the high sea. Ini adalah daripada segi pengawalan kualiti alam sekitar.

final • 2:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Pohon laluan.

final • 2:50 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Ya, silakan.

final • 2:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Mambong. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan soal pelaksanaan Akta Pelantar Benua 1966 ini, soal penguatkuasaan. Saya difahamkan ada lapan akta yang berkaitan dengan laut dan lautan ataupun sains samudera ini yang terletak di bawah kementerian yang berasingan dan termasuklah akta ini.

Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan pelbagai kementerian yang lain lagi.

Jadi di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan Yang Berhormat berhubung dengan soal penguatkuasaan. Saya difahamkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini tidak ada barisan penguat kuasa untuk memastikan bahawa sesiapa yang melanggar peraturan ini tidak boleh untuk diambil tindakan iaitu dari segi enforcement, penguatkuasaan.

Jadi adakah penguatkuasaan ini diletak kepada jabatan-jabatan yang sedia ada ataupun kepada angkatan tentera yang dibenarkan untuk membuat rondaan di kawasan perairan dan kedaulatan kita? Ini kerana kalau kita buat akta pun, tetapi kita tidak boleh hendak menguatkuasakan, sudah tentu ia tidak bererti walaupun kita terpaksa mematuhi konvensyen yang telah ditetapkan oleh United Nations. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?

final • 2:50 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Arau. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi memang betul. Ada lapan akta berkaitan dengan pengawasan dan pengawalan aktiviti-aktiviti di laut. Saya memang bersetuju bahawa di dalam akta kita ini, seharusnya ada membuat reference kepada akta-akta yang lain agar kita tahu tanggungjawab agensi ataupun jabatan-jabatan yang lain yang menguatkuasakan peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan akta. Ini bagi mengelakkan pertindihan tanggungjawab.

final • 2:50 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Oleh itu, saya juga merasa bahawa kementerian seharusnya di dalam pindaan Akta Pelantar Benua ini mengambil kira tentang peruntukan akta-akta lain agar agensi- agensi yang menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang terbabit boleh membuat kerja mereka dengan jelas dan efisien.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya tadi telah menyebut Artikel 117 dan Artikel 119 dalam UNCLOS yang berkaitan dengan pengawalan kualiti alam sekitar dan pengawalan the living resources of the high seas, dengan izin. Di negara-negara lain sememangnya ada banyak peraturan yang dikaitkan dengan Akta Pelantar Benua mereka sendiri.

Sebagai contohnya di Norway ada empat peraturan yang berkaitan dengan penjagaan kualiti alam sekitar di pelantar benua negara itu. Ini adalah bagi memantau continental shelf mereka supaya agar ia tidak tercemar. Ini kerana kapal yang lalu ke sana sini sememangnya kalau penguatkuasaan tidak ada semasa itu, mereka membuang minyak terpakai (waste oil), membuang bails water daripada kapal, membuang tong-tong racun seperti apa yang pihak Rusia telah buat di Adriatic Sea dan membuang beribu-ribu tong bahan-bahan radioaktif ke dalam laut.

Jadi, ini seharusnya dielakkan dan oleh itu peraturan juga seharusnya dibuat agar kualiti alam sekitar selalu dipantau. Oleh itu, sediments ataupun sampel-sampel sediments di bawah laut seharusnya dibuat analisis untuk melihat sama ada ia heavy metals ataupun oil compounds dan juga untuk melihat sama ada Biodiversity Zoobentos masih kekal.

Kalau dasar laut ataupun continental shelf sudah pun tercemar zoobiotic di bawah dasar laut akan lupus. Ini juga penting daripada pengawalan biodiversiti di dalam laut.

Tuan Yang di-Pertua seterusnya, saya ingin menyentuh tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang pengambilan pasir di laut. Satu daripada fungsi akta ini adalah untuk mengawal aktiviti-aktiviti pengambilan pasir di laut.

final • 3:00 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Di dalam Artikel 150 UNCLOS ia ada menyebut tentang polisi ataupun dasar terhadap aktiviti-aktiviti di pelantar benua. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan di laut ataupun di pelantar benua dijalankan dengan baik dan ia harus memberi satu gambaran bahawa aktiviti itu adalah satu aktiviti pembangunan yang healthy ataupun baik. Satu aktiviti pembangunan yang orderly, selamat dan rasional.

Jadi, perkara ini seharusnya diambil kira juga oleh akta ini. Saya tidak melihat peruntukan seperti itu supaya aktiviti ini boleh dikawal oleh kementerian. Kalau tidak cross reference kepada akta lain boleh juga dibuat seperti Environmental Quality Act (EQA). Ini supaya Jabatan Alam Sekitar terus memantau agar aktiviti pengambilan pasir tidak akan mencemar lautan dan tidak merosakkan akan biodiversity bank force community di dalam pelantar benua.

final • 3:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Minta laluan sekali lagi.

final • 3:00 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Oh, ada lagi? [Ketawa]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Arau, kalau ada soalan yang sepatutnya Menteri menjawab...

final • 3:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Sikit saja, berkaitan dengan ini. Pendek sahaja, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

...Jangan tanya dengan Yang Berhormat Mambong. Yang Berhormat Mambong tidak boleh menjawab soalan yang Menteri jawab.

final • 3:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Pasal dia tanya pasal pasir, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau macam ini macam pasar ikanlah kita ini. Saya bercakap dulu, Yang Berhormat dengar.

final • 3:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Okey, terima kasih. Saya akur.

final • 3:00 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga menyarankan di dalam mengawal aktiviti-aktiviti bukan sahaja pengambilan pasir, tetapi juga aktiviti-aktiviti mengambil minyak di dasar laut mesti diwujudkan satu sistem eksplorasi dan eksploitasi. Ini supaya aktiviti-aktiviti ini akan lebih terkawal dan boleh dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada di dalam negara kita. Ini juga memang jelas di dalam Artikel 153 di UNCLOS. Sekian. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang untuk Meminda Satu Akta Pelantar Benua 1966. Perkara pertama yang saya sentuh ialah saya mengucapkan tahniahlah kepada kementerian. Sebelum itu, saya hendak mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin wanita daripada Parlimen Batu Pahat... [Memandang ke arah galeri awam] [Tepuk]

final • 3:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagilah peluang kepada Yang Berhormat Batu Pahat untuk ucap, Yang Berhormat.

final • 3:07 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Penyokong kuat saya, Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini saya tidak ada mood hendak bercakap.

final • 3:07 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah membuat pindaan kepada akta 1966 ini. Pada pendapat saya bahawa kita sebenarnya sudah terlalu lewat untuk membuat pindaan kepada akta ini kerana daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahawa konvensyen yang dibuat oleh United Nations on the Law of The Sea 1982 lagi telah ada.

Kemudian kita pula rectify pada Oktober 1996 dan 2009 ini baru kita meminda akta kita untuk selari dengan Convention United Nations ini.

final • 3:07 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi, saya kira hampir 30 tahun, lebih tepat 27 ataupun 28 tahun kita daripada tahun 1982 baru sekarang agaknya kita untuk meminda akta kita ini.

final • 3:07 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi, walaupun agak terlewat tetapi saya mengucapkan tahniah kepada kementerian tetapi saya percaya kalau kita sudah 30 tahun itu, kalau orang, anak sudah jadi dewasa dah, sudah besar panjang dah. Jadi, mungkin agaknya apabila kita sudah terhantuk barulah tengadah agaknya. Apabila hendak pakai, baru agaknya kita cari apa yang perlu kita buat dan apa yang perlu kita lakukan. Kalau keadaan yang sebegini berlaku di dalam negara kita, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya banyak mengalami kerugian.

Apabila sudah hendak berlaku, hendak buat sesuatu baru kita hendak pinda itu.

Ini kerana kita tidak bersedia daripada peringkat awal lagi. Kalau kita bersedia daripada peringkat awal, tahun 1982 saya percaya pada masa ini kita sudah ada banyak pindaan ini yang telah pun banyak mendatangkan keuntungan kepada kita. Apabila pindaan ini dibuat misalnya, mungkin tuntutan-tuntutan yang bertindih, yang berlaku di dalam negara kita dan negara-negara yang bersempadan dengan kita, mungkin kita dapat selesaikan apabila adanya akta-akta sebegini.

Akan tetapi, oleh kerana pada ketika itu kita tidak ada inisiatif untuk meminda akta ini selaras dengan United Nations Convention, maka kita mungkin banyak terlepas dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kelemahan-kelemahan ini saya kira perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya kita tidak ketinggalan sebagaimana dengan negara-negara lain misalnya Singapura mungkin telah meminda dan negara jiran kita yang lain telah meminda, kita baru hendak memulakan pindaan. Saya difahamkan kita hendak buat tuntutan kawasan di perairan kita yang mana submit untuk perkara ini perlu dibuat sebelum Mei 2009.

Jadi, maknanya kalau kita tidak bersidang pada ketika ini, tidak dengan sidang Dewan tambahan, maka kita tidak akan dapat membuat tuntutan sebagaimana yang disyaratkan iaitu sebelum Mei 2009 Tuan Yang di-Pertua. Jadi, perkara kedua Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat itu bunyinya marah dengan kementerian tetapi tidak tanya kenapa, penjelasan tidak ditanya.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi mungkin kementerian kadang-kadang dia tidak tahu benda ini, kadang-kadang dia pergi kepada orang lain, maknanya kita tidak ada koordinat. Jadi, kalau kita koordinat Tuan Yang di-Pertua, saya percaya benda-benda yang sebegini, yang begitu penting bagi kita, kita tidak akan tertinggal. Akan tetapi, kalau kita tidak ada koordinasi, maka kita akan tertinggal Tuan Yang di-Pertua dalam apa juga bidang dalam negara kita ini.

Jadi, saya beralih kepada yang kedua Tuan Yang di-Pertua tentang sahabat saya tadi daripada Arau tadi. Sebagaimana yang dia kata, kita ada lapan rang undang-undang yang berkaitan dengan maritim ini. Tuan Yang di-Pertua, kita ada Undang-undang EEZ yang kita telah pun buat. Kemudian, kita ada Ordinan Darurat misalnya yang berkaitan dan kita ada macam-macam seperti Undang-undang Maritim 2006 yang kita buat pada tahun 2006. Saya percaya kalau dikoordinasi perkara ini supaya kita tidak ada percanggahan, apabila ada percanggahan yang berlaku, maka kita kena betulkan. Kalau kita tidak betulkan, nanti undang-undang ini akan tinggal begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Contohnya, saya boleh mengambil Undang-undang Maritim 2006 kita, Undang- undang Garis Pangkal Zon Maritim 2006. Dalam 3(1), saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, “Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan akta ini hendaklah dipakai dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah setakat percanggahan atau tidak keselarasan itu disifatkan, digantikan”.

Maknanya, Undang-undang Maritim ini lebih berkuasa lagi daripada undang- undang yang kita hendak pinda ini. Jadi, kalau ada penyelarasan Tuan Yang di-Pertua, saya percaya perkara-perkara ini tidak berlaku. Esok, apabila sudah masuk, kita hendak pinda lagi. Ada loopholes yang kita kena pinda dan sebagainya. Jadi, kita sebenarnya membuang masa dan kita tidak bersedia dengan sebenar-sebenar persediaan yang sepatutnya kita buat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya sentuh ialah apakah dengan adanya pindaan undang-undang ini, kita akan dapat mempertahankan maruah negara kita atau kawasan kita daripada dicerobohi oleh pihak atau anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, Tuan Yang di-Pertua. Misalnya cari gali, adakah semua pelantar minyak kita yang beroperasi sekarang dan yang telah dikenal pasti ini termasuk dalam pelantar benua kita dalam rang undang-undang ini. Kalau tidak, kita akan rugi Tuan Yang di-Pertua.

Kita buat undang-undang ini selepas itu kita rugi. Jadi, kita kena pastikan juga bahawa segala apa minyak dan sebagainya, pelantar kita Tuan Yang di-Pertua, mestilah masuk dalam rang undang-undang yang kita pinda pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua.

Begitu juga dengan nelayan-nelayan kita. Apakah dibenarkan untuk pergi ke kawasan-kawasan ini? Ini kerana kalau dengan pindaan ini, nampaknya 200 batu nautika ke tengah laut, maknanya lebih luas lagi. Makanya adakah nelayan kita dibenarkan untuk pergi ke sana atau pun kita setakat hendak pinda undang-undang ini, selepas itu kita tinggal begitu, tidak ditandakan dan sebagainya. Akhirnya orang lain yang mengaut keuntungan di situ Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin bertanya apakah ianya selaras dengan negara-negara jiran, telah dibincangkan dengan jiran dan sebagainya supaya akta kita ini tidak dipandang remeh, diputarbelitkan dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Adakah juga tuntutan sebagaimana yang saya katakan lebih awal tadi ialah tuntutan bertindih kita ini akan selesai apabila adanya akta ini. Saya ingin tahu juga apakah sebenarnya cabaran-cabaran yang kita akan hadapi sekiranya akta atau rang undang-undang pindaan ini kita luluskan di dalam Dewan ini? Maka, sebagaimana sahabat saya katakan tadi, kita boleh buatkan akta ini tetapi kita tidak boleh menguatkuasakan. Akhirnya tinggal begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kuasa kerajaan negeri masih lagi dikekalkan di dalam akta ini. Saya hendak tanya tidak ada nampaknya cara mana persempadanan kerajaan negeri yang diperuntukkan di dalam ini? Pada masa ini mungkin tidak timbul, mungkin pada masa akan datang, persempadanan ini adalah penting untuk negara kita. Misal kata dahulu kita dengan Singapura satu negara, tetapi apabila berlaku perpecahan itu, maka banyak menguntungkan Singapura. Jadi, ini yang saya rasa, kita kena selaraskan supaya ianya termaktub di dalam undang-undang kita dan ianya boleh memberikan keuntungan kepada negara kita Tuan Yang di-Pertua. Jadi, dengan itu saya pohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun hendak ambil kesempatan untuk membahaskan Akta Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009. Pertama, seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang, yang pertama saya hendak tahu mengapa kita telah mengambil masa yang begitu lama?

Adakah semenjak 1982? Kita tidak mahu menerima takrif yang ditentukan oleh United Nations Convention on the Law of the Sea atas sebab-sebab yang tertentu.

final • 3:19 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Adakah pada masa itu kita merasakan bahawa negara tidak bersedia untuk mengambil tanggungjawab untuk menjaga kawasan yang begitu luas? Oleh kerana itu, kita sanggup membenarkan tuntutan kita ke atas kawasan yang lebih luas ini diabaikan begitu sahaja atau pun adakah sebab-sebab yang lain?

final • 3:19 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang kedua, implikasi daripada penyelarasan dan penerimaan takrif daripada Bangsa-bangsa Bersatu ini bererti bahawa kita memperluaskan kawasan perairan yang di bawah jagaan kita dan dengan itu juga memperluaskan kawasan daripada mana kita boleh mendapat manfaat dan kita boleh melakukan eksplorasi dan juga eksploitasi ke atas kekayaan semula jadi yang ada di dalam lautan sehinggalah ke penghujung Pelantar Benua ini.

Maka dengan itu, adakah ini akan menambah pertindihan dengan mungkin negara-negara yang lain yang sedang menjalankan operasi ataupun adakah ianya telah pun dibincangkan dan dibahaskan dan tidak akan menimbulkan apa-apa pertindihan dan kes-kes yang perlu di bawa ke Mahkamah Antarabangsa dan sebagainya yang mana sekiranya ada, maka saya rasa bahawa implikasi-implikasi yang seperti ini yang sedia maklum perlu didedahkan ke Dewan ini supaya kita pun akan menyedari dan memahami implikasi itu.

Yang ketiga, dari segi peluasan ataupun apabila kawasan ini sudah menjadi lebih luas maka selain daripada soal eksplorasi dan eksploitasi, maka persoalan tanggungjawab kita untuk menjaga environment ataupun alam sekitar dan kerosakan yang boleh berlaku kepada suasana semula jadi yang sedia ada perlu dirancang dan sejauh mana kesediaan kita dan kemampuan kita.

Yang terakhir dan perkara ini adalah sebenarnya yang saya ingin tumpukan ialah berhubung dengan pindaan seksyen 2 di hujung perenggan yang terakhir bahagian 2 di mana ia menyatakan, “but shall not affect the territory of the States or the limits of the territorial waters of the States and the rights and powers of the State Authorities therein”.

Daripada fahaman saya oleh kerana saya tidak sempat untuk merujuk kepada akta induk yang asal, saya memahami bahawa peluasan persempadanan ataupun kawasan yang baru ini akan mengambil kira hak negeri-negeri dan hakikat bahawa negara kita tetap merupakan satu negara yang ditubuhkan berasaskan dasar federalism bererti bahawa tidak ada kawasan perairan yang dimiliki semata-mata oleh Kerajaan Pusat tetapi kesemuanya bertindih di antara pusat dan juga negeri dan hak negeri perlu diiktiraf.

Dalam persoalan ini saya hendak timbulkan kembali persoalan royalti yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan JDA, kawasan joint development area di mana minyak dan gas telah pun di cari gali dan telah pun dikeluarkan tetapi royalti berhubung dengan bahan-bahan ini yang dikeluarkan daripada perairan yang semestinya merupakan perairan Kelantan kerana tidak ada negeri yang lagi dekat kepada kawasan itu selain daripada Kelantan perlu diiktiraf dan perlu dibayar dan tidak ada guna kita membuat pindaan-pindaan rang undang-undang dan menuntut supaya dunia mengiktiraf dan mengakui hak kita sekiranya kita sendiri tidak sanggup untuk mengakui dan memberikan hak seperti mana yang sepatutnya kepada negeri-negeri di dalam negara kita sendiri... [Tepuk] Saya telah mengajukan persoalan ini berhubung dengan perairan negeri Kelantan dan ianya tidak dijawab. Ianya merupakan satu jawapan yang masih terhutang dan saya harap bahawa persoalan ini dapat dijelaskan. Nombor satu, bagaimana persempadanan yang baru akan mempunyai implikasi terhadap kawasan perairan dan kawasan di bawah negeri-negeri yang semuanya mempunyai sempadan dengan laut dan pantainya sendiri, dan bagaimana persoalan hak ke atas minyak ataupun pasir ataupun apa-apa lagi bahan yang ingin dikeluarkan daripada kawasan-kawasan ini akan diuruskan dan akan dapat dipantau dan diagihkan mengikut apa yang sepatutnya. Lalu ini saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, ada bisingkah sekarang?

Itulah batuk... [Ketawa]

final • 3:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua di sebelah sini Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Ketawa] Yang Berhormat Pokok Sena hendak cadang kita hantar Yang Berhormat Batu Pahat ke Pelantar Benua... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan ke atas rang undang-undang ini kerana ini satu pindaan yang sangat penting bagi negara kita dan saya berharaplah dengan adanya pindaan seumpama ini dan memastikan kawasan-kawasan kita boleh sampai ke 200 batu nautika dan dengan sedemikian memang seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam di kawasan-kawasan ini memang wujudnya banyak potensi untuk galian, untuk petroleum, untuk pelbagai kekayaan di Pelantar Benua.

Akan tetapi saya nampak daripada pengalaman saya mungkin setakat ini pengawasan kita belum begitu sempurna. Mungkin kita perlu mempertingkatkan kemampuan kita untuk memantau, untuk mengawasi kawasan-kawasan ini kerana sebelum ini memang kemampuan itu tidak cukup. Saya bagi satu contoh, baru-baru ini di antara Amerika Syarikat dengan China di mana pihak kapal Amerika Syarikat membuat perisikan di kawasan di dalam 200 batu nautika dan pihak negara China kata ini melanggar undang- undang PBB.

Akan tetapi Amerika kata tidak, dia berhak merisik di kawasan di dalam 200 batu nautika dan itulah bantahan China ke PBB dan sebagainya tetapi kalaulah ada kapal negara asing yang membuat aktiviti, bukan aktiviti galian, aktiviti yang lain di kawasan- kawasan yang disebutkan di dalam rang undang-undang ini, apakah kemampuan kita untuk menghadapi cabaran seumpama ini.

final • 3:27 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Adakah tentera laut kita, tentera udara kita mampu untuk menguatkuasakan undang-undang? Itu saya hendak Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan yang tepat, persis dan jitu di dalam Dewan yang mulia ini, kerana kita boleh ada undang-undang.

Kalau kita tidak berkemampuan untuk mengawasi, untuk memantau, untuk menguatkuasakan maka undang-undang ini tidak bermakna dan...

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kepong.

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Apabila Yang Berhormat Kepong mengatakan kita meluaskan kawasan jagaan kita, ini bermakna kawasan jagaan di atas air, atas laut dan juga di dalam laut sebab ia melibatkan pelantar benua ini. Jadi kita hanya mempunyai dari segi penguatkuasaan adalah TLDM, TUDM dan juga APMM.

Jadi apakah komen daripada Yang Berhormat Kepong supaya kita menjaga yang di dalam laut juga, sebab apabila sudah luas dalam laut juga kita terpaksa jaga. Apakah pendirian ataupun penjelasan yang akan diminta oleh Yang Berhormat Kepong daripada kementerian supaya dapat menjaga yang dalam laut juga, sebab kawasan kita sudah luas sekarang ini. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita mesti mengkaji dengan menyeluruh, apakah kemampuan kita. Saya setujulah dengan Yang Berhormat Pendang. Kita mesti kaji dan setakat ini saya tidak nampak pihak kementerian ada mengambil kira cara-cara untuk menguatkuasakan undang-undang ini, kerana kalau kita memperhatikan sejak 1982 lagi, iaitu United Nations Convention on the Law of the Sea. Ini bermakna 37 tahun sudah, tetapi negara termasuk negara China tidak dapat menguatkuasakan dan kita mesti mengambil perhatian bukan sahaja disebutkan Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (PPPM), walaupun ada memainkan peranan, tetapi bagi saya tidak mencukupi.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang tidak mencukupi kerana kita mempunyai sembilan agensi ini termasuk Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Tentera Udara Diraja dan Unit Udara Polis, Kementerian Dalam Negeri. Sembilan agensi.

Walaupun kita ada PPPM, kita ada Jawatankuasa Bertindak Operasi Maritim

(JBOM) dan juga kita ada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA). Tiga unit ini dan ketiga-tiga ini sekarang itu dia jaga agensi dia sendiri sahaja. Misalnya dengan Jawatankuasa Bertindak Operasi Maritim dia jaga kementeriannya sahaja dan kementerian lain, dia kuranglah itu. Sebab itulah saya berpendapat bahawa untuk menguatkuasakan undang- undang ini kita mestilah mempertingkatkan peranan PPPM. Kalau peranan seperti sekarang tidak gunalah kita ada rang undang-undang ini dan walaupun Yang Berhormat Menteri nampaknya bingung sedikit kerana... [Ketawa] Dia ada PPPM, tetapi PPPM tidak boleh berfungsi dengan berkesan. PPPM itu Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Kapal selam.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kapal selam itu teruk sekali. Komisen... [Ketawa]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong...

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, ya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

...Tidak perlu berdialog dengan mereka Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan dialog. Dia bagi saya maklumat sedikit.

Maklumat sedikit mengenai kapal selam kita. Kita ada dua buah kapal selam. Satu sudah ada di negara ini. Satu lagi akan dihantar ke negara ini. Saya pun kurang faham apa yang disebutkan komisen itu. Apakah jumlah yang dibayar setiap kapal? Mungkin USD400 juta atau lebih kurang macam itu?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak ada kena-mengena Yang Berhormat. Tidak ada kena-mengena.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya pun tak mahu dengar tetapi...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak perlu sebutlah. Kalau tak hendak dengar macam mana sebut tak dengar.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi kapal selam pun memang memainkan peranan. Kita mesti memantau patrol meronda di bawah pelantar benua kita. Kita mesti ada kapal selam. Baik juga kita ada kapal selam, tetapi janganlah komisen itu begitu tinggi. Tak gunalah. Tak ada komisen.

Saya berharap pusat penyelaras kita mesti kaji bagaimana kita boleh memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menyelaraskan di antara sembilan agensi ini supaya undang-undang ini dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan. Maklumlah kita nampak di Selat Melaka sendiri yang merupakan satu perairan yang begitu penting di dalam dunia kita kerana kapal perdagangan, kapal minyak sudah meningkat dan tangki minyak untuk negara China sahaja saya ingat lebih 50 buah setiap hari melalui dan ini akan meningkat lagi. Itu tangki minyak China sahaja. Tidak kira Jepun lagi, Korea Selatan dan sebagainya.

Jadi bermakna undang-undang ini mesti diadakan untuk menjaga kepentingan kita termasuk Selat Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Sistem Pengawasan Laut (SWASLA). Bagi saya maklumat yang saya dapat, SWASLA ini fungsinya memang terhad. Maklumat di SWASLA terbatas kepada penggunaan di PPPM daripada diagihkan terus ke lain-lain agensi. Ini memang tidak betul. SWASLA ini, Sistem Pengawasan Laut ini maklumat-maklumat mesti diagihkan kepada lapan agensi yang lain. Jangan digunakan oleh satu agensi sahaja.

Kalau macam itu tak payahlah kita tubuhkan SWASLA.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang paling mustahaknya ada maklumat yang dikumpulkan untuk kawasan- kawasan pelantar benua kita ini dan kalau maklumat ini tidak disebarkan mungkin secara online kepada agensi-agensi yang berkenaan, maka sia-sia sahajalah kita adakan SWASLA. Maka saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat fikir semula, timbang semula sama ada kita akan kekalkan dengan SWASLA ataupun kita akan tubuhkan satu unit yang lain, yang boleh memberi maklumat kepada semua yang berkenaan.

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Itu untuk membolehkan operasi kita lebih berkesan, pemantauan yang lebih bermakna, itu mengenai SWASLA ini. Di sini saya diberitahu bahawa di negara-negara lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, maklumat seperti dari SWASLA kita ini disebar dengan cepat kepada agensi-agensi yang lain. Saya berharap Yang Berhormat Betong dapat mengkaji mengapa kita boleh berbuat demikian untuk mempertingkatkan fungsi dan keberkesanan SWASLA kita.

Juga mengenai dengan Jawatankuasa Bertindak Operasi. Jawatankuasa Bertindak Operasi memang biasanya bermesyuarat setiap bulan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit selain merancang tindakan bersama. Walau bagaimanapun, kerjasama yang wujud adalah bersifat tidak sempurna. Memang tidak sempurna kerana PPPM tidak ada apa-apa kuasa untuk meletakkan arahan kepada agensi-agensi tertentu untuk bertindak. Jadi apakah gunanya kita ada PPPM? Dan menjadi perlahan-perlahan mati.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak, PPPM itulah.

final • 3:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Perlahan-perlahan?

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Perlahan, tiga perlahan dan matilah... [Ketawa] Itu masalah kerana tidak mempunyai kuasa memberi arahan kepada lapan agensi yang lain untuk menyertai mesyuarat, untuk bertindak dan sebagainya. Jadi ini menjadi satu jawatankuasa tidak bertindak operasi maritim, menjadi JTBOM pula. Jadi sebenarnya kita mesti bertindak, kalau nak bertindak, mesti kita memberi kuasa sedikit untuk mengerah, memanggil orang-orang menyertai satu mesyuarat. Di sinilah saya berharap satu proses boleh diadakan supaya PPPM boleh memanggil semua pihak untuk menyertai mesyuarat.

Supaya semua yang diluluskan di sini dapat dikuatkuasakan dengan lebih bererti.

PPPM yang ditugaskan untuk merangka segala aktiviti tetapi terpulang pula kepada pelaksana untuk menjalankannya. Manakala PPPM pula akan mengeluarkan laporan tahunan yang mencatatkan segala aktiviti dan maklumat perangkaan. Laporan tahunan PPPM ini dikira sebagai rujukan rasmi mengenai segala maklumat aktiviti dan perkembangan kesemua agensi penguat kuasa maritim negara. Kalau tidak ada penyelarasan dan perhubungan yang baik di antara agensi dengan PPPM, bagaimana PPPM boleh mengeluarkan laporan yang lengkap, laporan tahunan yang bermakna untuk semua ini. Dengan penglibatan agensi-agensi penguat kuasa maritim dengan PPPM, dengan begitu terhad adalah perlu bagi agensi terbabit meletakkan mandat utama agensi terlebih dahulu dari lain-lain tugasan. Selain dari itu juga, agensi-agensi terbabit mempunyai perancangan tugasannya sendiri dan memerlukan satu jenis kebebasan dari PPPM.

Dengan inilah saya sekali lagi mencadangkan supaya PPPM dirombak semula dan tugas itu didefinisikan dengan lebih tepat supaya fungsinya...

final • 3:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Ketawa] Yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua, sekarang PPPM diletak di bawah pengurusan Bahagian Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Bahagian Keselamatan Negara merupakan agensi utama membuat segala dasar yang membabitkan kepentingan keselamatan negara dan membabitkan banyak agensi atau kementerian di peringkat pegawai tinggi. Mungkin di sinilah ada kelemahan, Bahagian Keselamatan Negara.

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dalam pada itu, Majlis Maritim Kebangsaan merupakan badan tertinggi dalam penggubalan apa-apa dasar maritim negara telah dipindah ke Kementerian Pengangkutan yang menyebabkan ianya terpaksa menjurus kepada dasar-dasar pembangunan maritim, ekonomi sahaja dan inilah masalahnya.

Masalah Majlis Maritim Kebangsaan telah dipindah kepada Kementerian Pengangkutan. Ia memang mementingkan kerjanya di dalam Kementerian Pengangkutan.

Kalau mahu kirakan Kementerian Alam Sekitar itu, tidak perlulah, ia tidak menghiraukan langsung, itu masalah. Kita di sini Yang Berhormat Pokok Sena, hendak menolong Yang Berhormat Betong juga kerana dia setuju. Masalah yang timbul dengan Bahagian Keselamatan Negara yang menguruskan PPPM itu dan juga dengan Majlis Maritim Kebangsaan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, Majlis Maritim Kebangsaan sebelum ini berada di bawah Bahagian Keselamatan Negara juga. Ianya kelihatan mengkhusus kepada hal ehwal keselamatan maritim sahaja. Oleh itu dengan pemisahan Majlis Maritim Kebangsaan dari Bahagian Keselamatan Negara menyebabkan setiap satu agensi terpaksa membina pengkhususan masing-masing kesan dari pemindahan Majlis Maritim Kebangsaan ke Kementerian Pengangkutan. Bahagian Keselamatan Negara telah mewujudkan Unit Dasar Keselamatan Maritim, ini masalah ini. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2000.

Jadi unit ini saya diberitahu masih belum menerima pengesahan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih tidak memberi pengesahan. Jadi saya hendak Yang Berhormat Betong beritahu kita dengan kewujudan Unit Dasar Keselamatan Maritim ini, apakah fungsinya kerana tidak disahkan oleh JPA. Ini masalah kita sekarang, tidak disahkan oleh JPA, ini bermakna unit itu seolah-olah tidak wujud langsung. Jadi saya sebutkan banyak unit sekarang, ada yang wujud tetapi kuasanya tidak dapat memanggil agensi-agensi yang berkenaan dan juga ada unit yang tidak disahkan oleh JPA. Jadi inilah masalah dan kita sekarang hendak ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan untuk menjaga kepentingan kita di laut, 200 batu nautika. Kita sendiri di dalam negara, jabatan- jabatan, unit-unit tidak berkesan, tidak dapat berfungsi dengan betul. Saya tekankan banyak kali kerana itulah hakikat dan kenyataan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Belum, ada lagi.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Nampak tercari-cari benda tu Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Benda bukan hendak cari. Kita mesti, apabila kita cakap mestilah ada bukti, seperti mana kita ada di mahkamah pun, kalau tidak ada bukti, tidak ada saksi, sia-sia sajalah. Begitu juga dengan Dewan yang mulia ini, apabila kita cakap, kita mesti ada bukti. Lain kali Yang Berhormat Bentong dia boleh menyangkal semua dan hari ini dia tidak dapat sebab saya ada bukti sedikit.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dengan kewujudan sejumlah sembilan buah agensi penguat kuasa maritim serta pengawasan di perairan Malaysia sejak lebih 50 tahun ini, menunjukkan betapa serius negara menetapkan sasaran bagi mengawal, mengawasi dan menjamin kedaulatan, keutuhan dan keselamatan negara dan para pengguna dan sumber-sumber dari dicabuli.

Namun penggunaan aset serta pengurusan yang tidak berkesan telah membantutkan keberkesanan, dan ini mesti saya tekankan satu kali lagi iaitu penggunaan aset serta pengurusan yang tidak berkesan, telah membantutkan keberkesanannya.

Penglibatan sebilangan agensi di dalam satu-satu tindakan lebih membanyakkan khalayak daripada tahap maksimum kecekapan. Oleh itu tindakan untuk membetulkan persekitaran ini akan menyebabkan beberapa agensi yang sedia ada berasa kurang senang kerana persaingan pengurusan.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memandangkan permasalahan yang sedia ada terus menjadi masalah, perlulah kita meletakkan kembali kepercayaan rakyat terhadap institusi penguat kuasa mengenai ancaman semasa yang berkaitan dengan kehidupan mereka di ruang maritim negara.

Perumahan ini mungkin akan memberikan kesan yang besar kepada institusi penguatkuasaan maritim yang sedia ada. Adalah didapati negara sudah tidak mampu untuk membiayai sejumlah bilangan agensi penguat kuasa yang sedia ada selain mewujudkan persaingan kurang sihat mengenai ruang rondaan, bidang kuasa anggota dan juga aset.

Kita tidak mahulah meluluskan rang undang-undang ini dan persaingan antara agensi,perasaan kurang senang di antara agensi masih wujud sehingga penguatkuasaan itu terbantut. Adalah tepat bahawa bilangan agensi yang sedia ada, dikurangkan dan disatukan di bawah satu kaedah perintah kawal yang akan lebih sistematik.

Ini memang satu cadangan yang serius, bagaimana kita dapat kurangkan agensi- agensi ini dan bagaimana kita dapat berjaya mengurangkan kerenah birokrasi, selain menjadikan agensi penguat kuasa maritim negara lebih mantap dan mempunyai tahap penggunaan aset yang lebih cekap. Dengan cara yang demikian, saya berharaplah negara kita dapat benar-benar menguasai, memantau kawasan perairan kita yang 200 batu nautika ini. Saya pun tak mahu dengar lagi sembilan agensi ini yang masih sering bersaing di antara satu sama lain, dan ada syak wasangka di antara satu sama lain sehingga kita tidak dapat mewujudkan unit-unit yang berkesan. Saya ulangi PPPM, JPAM, SWASLA dan Unit Dasar Keselamatan Maritim, empat unit ini tinggal unit sahajalah tapi kesannya tak nampak sangat.

Dengan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah dengan kelulusan rang undang-undang ini, kita dapat mempertingkat dan memperbaiki keadaan supaya kita sama-sama dapat memantau dan menjaga keselamatan kita di laut. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Nanti bagi ubat batuk kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:55 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Batu Gajah benar- benar batuk, bukan untuk menarik perhatian.

final • 3:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Biar dia bagi tahu saya, apa erti batuk itu.

final • 3:55 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang yang dinamakan Akta Pelantar Benua Pindaan 2009.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana ada keinginan untuk memperluaskan kawasan perairan negara kita dengan membentangkan rang undang- undang ini.

Akan tetapi saya juga berasa khuatir dan ada kesangsian atas keberkesanan undang-undang ini, khususnya selepas kita memandang track record kerajaan dalam pertikaian isu sempadan. Isu pertikaian sempadan yang telah membuktikan bahawa sekiranya ada tuntutan daripada negara lain kita biasanya akan kalah dalam tuntutan kawasan negara kita. Contohnya adalah Pulau Batu Putih yang mana International Court of Justice telah memutuskan bahawa ia dimiliki oleh Singapura. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa Limbang dimiliki oleh negara kita, di dalam sempadan kita dan beliau mengumumkan perkara ini selepas beliau berbincang mengikuti apa yang dilaporkan dalam surat khabar. Beliau telah berbincang dengan pihak Brunei dan pihak Brunei telah setuju bahawa Limbang adalah di dalam negara kita.

Akan tetapi, satu hari selepas pengumumannya, pihak Brunei telah menafikan bahawa pihak Brunei telah bersetuju bahawa Limbang akan dimiliki oleh negara kita.

final • 3:55 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu saya berasa sedikit khuatir dan kesangsian atas keberkesanan akta ini, sama ada akta ini akan benar-benar memperluaskan kawasan perairan negara kita sekiranya ada tuntutan yang bercanggah daripada negara lain atau sama ada pembentangan rang undang-undang ini hanya untuk syok sendiri sahaja.

Oleh itu saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, tentang bagaimana kerajaan akan menguatkuasakan atau to reinforce tuntutan kita, ke atas pelantar benua yang dituntut oleh kerajaan kita.

final • 3:55 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai bagaimana kerajaan kalau sekiranya tidak ada tuntutan daripada negara lain. Walaupun tidak ada, bagaimana kita hendak mempertahankan kawasan perairan kita? Saya ingin membangkitkan isu pencerobohan kapal-kapal nelayan asing ke dalam perairan EEZ kita yang menangkap ikan dengan berleluasa. Akhirnya telah mengurangkan hasil laut negara kita dan menyusahkan nelayan-nelayan tempatan kita. Sehingga hasil laut yang diperoleh oleh nelayan-nelayan tempatan semakin hari semakin berkurangan. Walaupun kita telah menubuhkan agensi Maritim yang sepatutnya untuk menjaga sempadan kawasan perairan kita tetapi nampaknya pencerobohan kapal nelayan-nelayan asing ini masih berterusan.

Nampaknya agensi Maritim ini tidak berkesan untuk mencegah pencerobohan ini.

Mungkin ini adalah satu akibat daripada polisi-polisi kerajaan yang membenarkan penyewaan lesen menangkap ikan di laut dalam kepada kapal nelayan asing. Soalan kedua yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah sekiranya tidak ada apa-apa tuntutan yang bercanggah dari negara asing atau negara lain atas kawasan pelantar benua ini. Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mempertahankan kawasan perairan itu?

Isu ketiga yang saya akan bangkitkan adalah mengenai royalti minyak. Di Sarawak, kita tahu pembangunan di Sarawak adalah mundur dan tidak setanding dengan pembangunan infrastruktur di Semenanjung sini. Kita dari Pakatan Rakyat telah mencadangkan supaya 20 peratus royalti minyak diberikan kepada negeri Sarawak. Ini supaya kita dapat mempercepatkan pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Akan tetapi cadangan kita ini tidak diterima oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Sarawak masih diabaikan, dilupakan serta pembangunannya masih begitu mundur. Oleh itu, saya ingin mencadangkan sekali lagi bahawa untuk mempercepatkan atau memesatkan pembangunan infrastruktur negeri Sarawak. Saya menyeru sekali lagi supaya kerajaan meningkatkan royalti minyak yang dicari gali daripada pelantar benua di perairan Sarawak.

Saya harap Yang Berhormat Menteri yang juga dari negeri Sarawak akan bersetuju dengan cadangan saya. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk sama-sama mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Pelantar Benua Pindaan 2009. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membentangkan rang undang-undang ini kerana walaupun terlambat, tetapi ia juga dapat membantu kita seluruh Malaysia untuk menentukan sempadan kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara mempersempadankan kawasan laut kita adalah satu perkara yang mesti dibuat kerana kita hendak tahu sempadan kita. Walau bagaimanapun, saya khuatir apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kepong tadi dan juga Bandar Kuching mengatakan kemampuan kita. Ini kerana kalaulah diadakan undang-undang tetapi tidak dijaga dengan betul akan memalukan kita.

Sekarang ini kawasan Exclusive Economic Zone (EEZ) dicerobohi oleh nelayan- nelayan asing. Kita ada macam-macam agensi iaitu APMM, Jabatan Perikanan, Tentera Laut dan polis tetapi kita masih bocor ataupun bolos dalam menjagakan ini. Tuan Yang di- Pertua, saya juga berkenaan dengan kawasan sempadan kita. Kita hendak tahu berapa pulau yang tidak diduduki oleh orang.

final • 4:05 PM

Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Akan tetapi tidak ada sekurang-kurangnya pacak flag ataupun pacak bendera cukuplah kerana itu menandakan hak Malaysia. Saya dapati di kawasan Sabah saya perhatikan ada pulau-pulau yang hanya pasir tetapi tidak ada kawalan tertentu. Kalaulah orang lain masuk, tentulah akan berlaku perkara yang tidak baik.

Satu perkara lagi ialah saya berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah mengadakan di Pulau Tukun, Perak dan Langkawi di Kedah. Walaupun dulu pulau ini difahamkan hak Malaysia tetapi tidak ada satu tanda yang menunjukkan kepunyaan kita.

Alhamdulillah, kerajaan telah memberi satu peruntukan untuk membuat kawasan helikopter dan juga jeti untuk menandakan pulau itu hak kita. Alhamdulillah sekarang ini walaupun tidak ada penduduk tetapi ia sebagai satu pusat untuk memantau EEZ kita. Sudah tentulah dulunya jadi tempat pihak orang Siam dan juga orang Indonesia memancing dan memukat.

Akan tetapi sekarang ini mereka tidak ada lagi di kawasan itu.

Tuan Yang di-Pertua, inilah perkara-perkara yang saya bangkitkan. Saya berharap kemampuan kita hendaklah dibuat sesuatu untuk menentukan pulau-pulau kita yang terdapat di luar kawasan ini dapat dijadikan seperti Pulau Layang-layang. Di mana pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dulu telah mengadakan satu baj, diletakkan pasir dan dijadikan sebagai satu tempat pelancongan. Saya percaya dengan perbuatan demikian, tidak ada lain yang akan adakan claim ke atas pulau itu. Insya-Allah kita akan terus menjadi satu negara yang tahu sempadannya dan terus menjaga sempadannya.

Dengan itu saya menyokong di atas rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 4:05 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas tentang pindaan kepada Akta Pelantar Benua 1996.

final • 4:09 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Pindaan ini antara lain menyentuh fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi takrifan baru kepada apa itu pelantar benua dan termasuk juga isu hak kedaulatan di mana perairan ini telah diluaskan. Fasal 3 ada peruntukan untuk mengubah batasan terhadap pelantar baru, fasal 3 bagi kebenaran pergi ke negara-negara lain untuk mengeksploitasi sumber-sumber asli dan fasal 5 memberi kuasa untuk menteri untuk menamatkan lesen.

Inilah pindaan-pindaan yang saya rasa penting pada Akta Pelantar Benua 1996.

Secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa komen. Satu ialah isu pelaksanaan, ini memang sudah ditimbulkan oleh rakan-rakan saya di dua-dua side tentang sama ada Malaysia ini mampu untuk melaksanakan ataupun mendapat satu kawalan terhadap perairan yang begitu luas memandangkan ada beberapa tuntutan terhadap pulau- pulau dan sebagainya. Contoh ialah seperti mana yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tentang peristiwa kes Batu Puteh di mana Malaysia kalah kepada Singapura.

Di dalam isu tersebut memang timbul isu, adakah Malaysia mempunyai satu kawalan walaupun mungkin perairan itu memang masuk dalam pelantar benua, tetapi kita memang hilang satu pulau yang saya rasa strategik. Kemudian isu tentang kedaulatan.

Saya rasa apa yang disebut dalam pindaan ialah kedaulatan negara Malaysia. Akan tetapi di sebut juga bagaimana dengan negeri-negeri. Malaysia dianggap sebagai satu negara federal. Kalau Malaysia dianggap sebagai unitary, tidak timbul. Satu kedaulatan sahaja.

Akan tetapi timbul sistem federal di mana apakah sebenarnya hak negeri-negeri seperti mana rakan saya tadi Yang Berhormat Shah Alam menimbulkan isu contohnya kes Kelantan. Apakah hak negeri dalam konsep kedaulatan ini sama ada hak ini termasuk dalam itu atau tidak?

Kemudian isu peruntukan untuk mengubah pelantar benua. Saya nampak ini agak kabur dalam pindaan-pindaan sebab bagi keadaan tertentu, bagaimana untuk mengubah batasan-batasan pelantar baru dalam situasi yang berbeza. Ini saya perlukan penjelasan daripada Menteri dalam pindaan kepada Akta Pelantar Benua ini.

final • 4:10 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Kemudian kebenaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber asli di mana Malaysia ini dalam satu perjanjian memberi negara jiran untuk mengeksploitasi bersama dengan Malaysia atau mana-mana perjanjian itu. Apakah perjanjian ini memberi kesan buruk kepada Malaysia dari segi hasilnya?

Ini saya rasa memang satu yang serius dalam situasi di mana kita ada batasan- batasan tertentu tentang bahan asli. Saya rasa kita perlu fikirkan. Kemudian timbul isu kuasa Menteri memberi lesen, menamatkan lesen. Saya tidak tahu ada sebaliknya pada pindaan akta ini. Lesen ini untuk apa dan apakah kuasa penamatan lesen Menteri, bukankah ini satu prosedur administratif, bukan prosedur dasar.

Ini perlu saya rasa satu penjelasan dan kemudian isu kawalan terhadap perairan yang begitu luas, ini isu apa yang disebut sebagai piracy. Memang ada agensi-agensi tertentu, tetapi kita juga faham bahawa masalah ini sudah meningkat dalam dekad yang lepas. So, apakah kesediaan kementerian-kementerian tertentu dalam kita mengawal situasi ini supaya menjamin dan memastikan keadaan ekonomi ini tidak terjejas. Tuan Yang di-Pertua, itulah komen-komen yang saya mahu bangkitkan terhadap pindaan kepada Akta Pelantar Benua 1996. Saya harap kita akan mendapat satu penjelasan, dengan itu saya mohon menyokong pindaan-pindaan kepada Akta Pelantar Benua 1996. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan turut sama untuk membahaskan satu akta untuk meminda Akta Pelantar Benua tahun 1996. Sesungguhnya akta yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sebab ini menunjukkan dan membuktikan bagaimana kerajaan kita bertanggungjawab di atas mungkin segala kelemahan atau kekurangan yang kita lihat bagi memastikan kedaulatan negara kita di mata dunia.

Apabila kita merujuk peristiwa Sipadan-Ligitan kita bersyukur sebab negara kita diberi kemenangan oleh Jawatankuasa Antarabangsa yang telah memutuskan bahawa Sipadan itu terus berada di bawah naungan Malaysia. Dari segi aspek inilah apabila kita lihat kisah Batu Puteh iaitu pertelingkahan antara Malaysia dan Singapura yang akhirnya memihak kepada Singapura, jadi akta ini sesungguhnya sangat berperanan penting bagi memastikan sesuatu yang ada dari segi sempadan negara kita ini akan dapat kita pertahankan. Dari segi keluasan, jarak, ataupun perairan yang dirangkumi hasil daripada akta ini akan memberi garis panduan yang terbaik kepada setiap rakyat di negara ini.

Ini sangat penting kalau kita lihat Akta Pelantar Benua ini kerana dari segi mengemaskinikan dari segi takrifnya kemudian disesuaikan dengan tuntutan semasa, bagaimana ianya supaya sentiasa relevan dan kesilapan-kesilapan yang kita nampak di pihak kerajaan sendiri. Ini secara tidak langsung bagaimana apabila rakyat itu sendiri jelas melihat akan kewibawaan kerajaan dalam mengurus perairan negara kita terutamanya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan negara-negara jiran yang dari segi kalau aktiviti ekonomi banyak kepentingannya kepada negara kita.

Oleh sebab faktor-faktor keadaan, kita belum lagi berusaha sepenuhnya untuk memajukan kawasan perairan kita. Kalau kita lihat sekarang ini, mudah-mudahan dengan perubahan dan memperbaiki lagi akta ini, sebagai contohnya, kalau kita tahu negeri Sabah itu walaupun kita sudah merdeka menerusi Malaysia selama 45 tahun, tetapi pengalaman saya setelah melawat negara jiran kita dalam satu rombongan belia, sebenarnya in principle dengan izin, negara kita ini mereka hanya silent ataupun senyap dalam hal ini dan mereka secara totalnya belum lagi menggugurkan tuntutan itu.

Jadi kita berharap dengan wujudnya Akta Pelantar Benua ini, pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa kedaulatan negara kita ini akan terus terpelihara. Kalau adapun kekurangan ataupun kelemahan dari segi tafsiran yang ada di dalam akta ini, kita berharap supaya pihak kerajaan akan terus mengambil satu inisiatif yang terbaik dari segi pembentukan jawatankuasa dengan memberi kuasa kepada Menteri untuk memastikan perundangan ataupun peraturan yang melibatkan maritim ini akan terus terpelihara dan dikenali oleh rakyat kita.

final • 4:15 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sebab kita melihat pentingnya peraturan ini. Baru-baru ini kita dapati bagaimana warga asing yang telah ditangkap oleh penguat kuasa maritim di perairan yang melibatkan dekat muara Tanjung Selat Lumut di Pelabuhan Klang awal pagi ini. Ini membuktikan pentingnya akta ini untuk diperkemaskan bagi memastikan kita tahu dari segi garis sempadan yang akan melibatkan antara perairan negara kita atau pun sempadan negara kita dengan negara jiran kita sebab ini akan memberi keuntungan juga kepada para nelayan kita terutamanya nelayan laut dalam yang mungkin akan sampai ke garis sempadan.

Dengan adanya akta seumpama ini setidak-tidaknya mereka pun tahu dari segi hadnya dan kita boleh melindungi rakyat kita yang terlibat dari segi apa pun kegiatan yang melibatkan sama ada dari segi hubungan sosial atau aktiviti ekonomi. Negara jiran kita pun pada hakikatnya mereka perlu menghormati segala peraturan ataupun sempadan yang telah kita persetujui ini dan kita berharap, saya berharap supaya akta ini akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi suatu enforcement dengan izin, yang akan memastikan segala yang melibatkan hal-hal maritim ini perlu diambil perhatian dan diambil berat dengan rasa kesedaran bahawa kita tidak mahu perkara ini akan berada dalam keadaan statik yang kita tahu akan melihatkan segala kelemahan yang ada pada pihak pentadbiran terutamanya pihak kerajaan.

Saya berharap dengan pelaksanaan Rang Undang-undang Pelantar Benua

(Pindaan) 2009 ini akan dapat merangkumi banyak aspek yang selama ini banyak kekurangannya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil peluang membahaskan Rang Undang-undang Akta Pelantar Benua (1966). Saya hanya ingin menyampaikan aspirasi terutama sekali penduduk-penduduk di kawasan Balik Pulau yang terlibat secara langsung di dalam penggunaan laut sebagai sumber hasil makanan atau pencarian utama. Keluh kesah mereka ialah saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri sebenarnya kerana dalam dialog saya bersama dengan penduduk dan terutama para nelayan mengatakan bahawa permasalahan penguatkuasaan, membanteras, keselamatan, terutama pendatang asing, penggunaan pukat-pukat tunda oleh pihak maritim amat lemah.

Di dalam dialog tersebut, antara isu yang dibangkitkan oleh pihak maritim ialah sumber mereka tidak cukup. Ada yang dilaporkan bahawa untuk menjaga kawasan maritim dari Kuala Muda sampai ke Telok Bahang, Balik Pulau hanyalah dua bot dan pegawai perisik hanyalah seorang. Saya dalam hal ini walaupun kita di dalam keghairahan meminda akta, saya rasa yang akan menentukan keberkesanannya itu ialah dua aspek iaitu aspek integriti undang-undang tersebut kerana nyawa undang-undang itu ialah integritinya dan keberkesanan undang-undang itu ialah aspek enforcement nya ataupun penguatkuasaannya.

Jadi atas dasar itu saya memohon pihak Menteri bukan sahaja di dalam memastikan peruntukan undang-undang itu ketat, kemas tetapi juga mengambil kira aspek sumber, dana, aspek institusi di dalam melaksanakan aspirasi kandungan perundangan seperti yang kita sama-sama bahaskan pada hari ini. Terima kasih.

final • 4:22 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin membuat sedikit pembahasan dalam pembentangan rang undang-undang untuk meminda Akta Pelantar Benua (1966). Saya rasa hasrat untuk meminda ini dan memberikan takrifan terutamanya kepada saiz atau pun jarak daripada pantai kita adalah suatu yang baik, suatu yang tepat bagi memastikan kita mempunyai kedaulatan ke atas satu kawasan walaupun sub-merged atau di bawah air tetapi ianya adalah bersambung dengan bumi kita.

final • 4:25 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita merasa bahawa merubah takrifan ini penting kerana kalau ianya bersambung dengan land mass kita dengan izin, maka sewajarnya kita juga menganggap ianya sebahagian daripada bumi kita dan tanggungjawab kita untuk memeliharanya. Kalaulah saya mengandaikan bahawa takrifan ini akan menambah luaskan kawasan di bawah kuat kuasa negara kita, maka ini memerlukan suatu pengawasan, pengawalan sempadan yang lebih luas.

Kalau dahulu kita ambil 200 batu nautika tetapi ini sepanjang-panjang pelantar benua itu sampailah ia jatuh ke lautan dalam, ertinya mungkin lebih jauh daripada 300 batu nautika misalnya. Soalan saya, apakah Malaysia atau negara kita sudah mempunyai suatu keupayaan untuk melaksanakan penguatkuasaan supaya apabila akta ini dipinda dan negara–negara lain menghormati undang-undang kita ini, apakah kita sudah bersedia untuk memastikan kawasan perairan ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya kerana pada hari ini dengan pentakrifan lama pun kita tidak mampu untuk benar-benar memastikan wilayah kita ini berdaulat dalam erti kata tidak ada mana-mana pihak berani masuk?

Ini memang. Mereka sekarang ini berani masuk. Malah jika kita tengok dalam gambar-gambar di televisyen apabila nelayan-nelayan luar ini ditahan kerana memasuki perairan kita, tidak nampak takut, tidak nampak sedih malah ditahan di dalam lokap-lokap kita, dijamu dengan baik. Ini tidak langsung menggerunkan dan menakutkan. Apabila kita mempunyai keluasan yang baru apakah kita sebenarnya bersedia. Saya menyokong penuh kalau agensi penguat kuasa maritim kita yang telah dibentuk ini diperkasakan untuk memelihara dan menjaga kedaulatan perairan kita ini, itu adalah langkah yang terbaik.

Saya nampak pembentukan agensi ini beberapa ketika yang lalu suatu langkah yang cukup tepat, mendahului daripada usaha untuk meminda kawasan pelantar benua kita ini. Cuma persoalannya, apakah ianya sudah diberikan cukup kuasa, cukup tenaga dan cukup sumber? Kapalnya mungkin ataupun disokong oleh unit udaranya untuk memantau dan apakah kita juga telah memasukkan rangka pengawasan melalui satelit dalam Razak Sat yang kita telah hantar untuk dilancarkan tidak berapa lama lagi.

Adakah hal ini telah dimasukkan dalam usaha-usaha kita supaya kita dapat memantau kawasan kita bebas daripada sebarang pencerobohan? Saya juga selanjutnya ingin bertanya apakah kesan daripada rang undang-undang ini apabila diluluskan terhadap tuntutan kita pada beberapa kepulauan yang sedang mengalami tuntutan bertindih contohnya Kepulauan Spratly yang tidak silap saya dituntut oleh enam negara yang lain.

Apakah dengan kita meminda akta ataupun undang-undang ini, kita akan mempunyai suatu kedudukan yang lebih kuat dalam tuntutan kita, begitu juga kepada Kepulauan Ambalat di sebelah Pantai Timur sana? Apakah ini juga akan dapat membantu kita membuat tuntutan yang lebih kukuh, jelas dan selepas daripada itu kita harap kita bersedia untuk membawa tuntutan ini ke ICJ misalnya?

final • 4:25 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ertinya kalau ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah pengukuhan tuntutan kita, saya menyokong penuh kerana kita rasa peristiwa yang berlaku di Pulau Batu Puteh sudah cukup pahit dan tidak ada suatu kelonggaran seperti mendapat tuntutan terhadap South Ledge itu boleh meredakan rasa dukacita kita, atas kehilangan sebuah pulau yang terlalu hampir dengan kita dalam jangkauan dan sentuhan kita, tetapi boleh hilang daripada kawalan kita. Jadi, saya berharap kalau boleh rang undang-undang ini apabila diluluskan, diterjemahkan sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan tuntutan kita.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh perkara yang terakhir iaitu perkara yang mengatakan, bahawa kita berhak melakukan exploration, dengan izin, ke atas pelantar benua kita ini dan no one or no other country may exercise such rights except with the express consent of Malaysia. Bunyinya memang baiklah, ertinya kita ada control kepada kawasan perairan kita dan tidak ada mana-mana pihak boleh melakukan penyelidikan ataupun exploration untuk mencari apa-apa hasil bawah bumi di pelantar laut tersebut.

Cuma saya agak ragu apabila diberikan suatu ayat di sini, “except with the express consent of Malaysia". Saya rasa ini boleh disalahgunakan pada masa akan datang.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya yakin apabila kita memberikan hak untuk Singapura misalnya mengendalikan Pulau Batu Puteh, saya yakin sesiapa juga pada ketika itu memberikan haknya, niatnya baik. Kita bagi consent, buatlah sehingga bila kami hendak, kami akan dapatkan balik, tetapi apabila ratusan tahun, lebih daripada 100 tahun berlalu, ianya hilang daripada tangan kita kerana adanya kelonggaran-kelonggaran seperti yang tersebut di sini, except with the express consent of Malaysia. Jadi saya hendak mencadangkan kalau boleh pihak Menteri menggugurkan “except with the express consent of Malaysia" ini. Ertinya no other people, no other country can exploit our land, dengan izin. Hanya kita sahaja, ertinya kalau kita tidak ada kemampuan pada masa itu, tidak payahlah. Tunggulah, mungkin generasi yang ini tidak mampu, jauh, tidak ada duit, tetapi apabila tiba masa kemampuan ada, kita akan exploit.

Jadi jangan berikan ruang untuk membuat sesuatu kelonggaran sampai apabila orang itu sudah dapat betis, dia hendak paha. Lama-lama “Bagaikan Belanda minta tanah”, kita akan kehilangan hak kita. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:30 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Penjelasan.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Hah? Penjelasan. Allah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis.

final • 4:30 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian berbincang mengenai suatu akta untuk meminda Akta Pelantar Benua 1966. Nampaknya ianya telah menarik minat ramai Ahli Yang Berhormat dan pada petang ini, saya ingin memaklumkan bahawa kerana banyak perkara yang disentuh adalah di luar bidang kuasa kementerian, maka perkara-perkara tersebut kita akan sampaikan kepada kementerian-kementerian berkenaan supaya tindakan dan perhatian akan diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum tujuan utama pindaan ini adalah yang pertama, untuk menyelaras dan mengharmonikan rang undang-undang kita dengan UNCLOS 1982 khususnya supaya kita dapat mengemukakan tuntutan untuk membesarkan lagi pelantar benua kita daripada 200 nautical miles kepada 350 nautical miles. Tujuan yang kedua adalah untuk menentukan bahawa pentadbiran mengenai pengurusan lombong pasir di luar pantai di pelantar benua kita diurus dengan lebih mantap dan lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Mambong dan beberapa Yang Berhormat telah pun menyentuh mengenai isu penguatkuasaan. Kerajaan memang setuju, bahawa perkara penguatkuasaan ini adalah satu isu yang penting sekali dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat dari Kepong tadi, beliau telah pun menggariskan dengan cukup terperinci beberapa agensi yang telah wujud untuk menjalankan pengawal selia dalam kawasan-kawasan maritim kita. Semua itu adalah satu bukti bahawa kerajaan memang mengambil berat usaha-usaha menentukan kawasan-kawasan di pelantar benua kita telah selamat untuk semua termasuk untuk para nelayan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mambong mempersoalkan mengenai definisi Continental Shelf article 76(5). Saya ingin memaklumkan bahawa Artikel 76, UNCLOS 1982 telah pun diperuntukkan dalam akta melalui seksyen 2(b). Yang Berhormat dari Mambong menyentuh mengenai seksyen 2 – Pelantar Benua. Untuk makluman Yang Berhormat, Seksyen 2, Rang Undang-undang Pelantar Benua bertujuan memperuntukkan sekiranya ada perjanjian di antara Malaysia dan negara lain berkenaan dengan pembatasan pelantar benua dengan izin, the limitation of the continental shelf kedua-dua negara tersebut. Maka perjanjian itu perlu dipatuhi dan diikuti. Malaysia pada masa ini mempunyai perjanjian pelantar benua dengan Indonesia.

final • 4:33 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat Mambong juga menyentuh mengenai pengawalan kualiti alam sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sedia ada untuk kawalan pencemaran di perairan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar untuk makluman Yang Berhormat, telah dibantu oleh Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia untuk mengawasi dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan baru-baru ini kita telah pun menyaksikan APMM telah pun mengambil tindakan untuk menangkap sebuah kapal di perairan Selat Melaka, yang telah menyalahi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Mengenai aktiviti mengorek pasir, Yang Berhormat menyeru bahawa seharusnya ada satu garis panduan untuk menentukan bahawa ianya tidak akan mencemarkan kawasan pelantar benua kita. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Akta Pelantar Benua 1966 memang telah pun digariskan dalam seksyen 4 dan seksyen 6, bagaimana pihak berkenaan haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengawasi kerja-kerja pengorekan pasir. Sebab itu kita juga meminda beberapa bahagian untuk memperkuatkan lagi kuasa dan untuk memberi signal bahawa kita memang begitu serius untuk melaksanakan beberapa bahagian rang undang-undang ini dengan meningkatkan hukuman supaya ia lebih deterrent. Dengan hukuman yang lebih deterrent itu, kita mengharapkan sesiapa yang mendapat lesen pasir ini haruslah berhati-hati.

Beberapa Yang Berhormat telah pun menyentuh mengenai apa yang disebut di sini, bahawa “But shall not affect the territory of the States or the limits of the territorial waters of the States and the rights and powers of the State Authorities therein.” Saya percaya semua Yang Berhormat memahami apa maksud ini dan kita tidak ada maksud yang lain, matlamat kita bahawa bahagian ini dimasukkan ke dalam rang undang-undang ini untuk menentukan bahawa tidak ada mana-mana negeri yang merasakan pindaan kepada rang undang-undang continental shelf ini akan menjejaskan hak bagi negeri-negeri di seluruh negara Malaysia.

final • 4:33 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Jadi perkara-perkara yang disentuh oleh Bandar Kuching, oleh Shah Alam tadi itu adalah di bawah tanggungjawab kementerian yang lain jadi saya tidak mampu untuk menjawab pada petang ini. Kita akan sampaikannya kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih. Yang Berhormat dari Sekijang dan Yang Berhormat dari Shah Alam...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri. Saya berbesar hati kerana Yang Berhormat Menteri akan sampaikan cadangan kita kepada kementerian yang berkenaan. Akan tetapi saya fikir hanya sampaikan itu cadangan tidak cukuplah. Sebagai rakyat Sarawak saya harap Yang Berhormat boleh memperjuangkan peningkatan royalti daripada 5 peratus sekarang kepada 20 peratus diberi kepada Sarawak.

Kita pun faham keadaan di Sarawak begitu mundur...

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Ya, okey Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu, saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh memperjuangkan cadangan itu. Tidak hanya sampaikan cadangan itu sahaja. Bolehkah Yang Berhormat Menteri?

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak perlu kempen untuk Batang Ai di sini jangan ambil peluanglah Yang Berhormat. Yang Berhormat dari Sekijang telah pun bertanya, Yang Berhormat dari Shah Alam pun...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan Territorial Waters tadi itu...

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan persoalan saya iaitu tentang perairan yang merupakan perairan negeri Kelantan dan pembayaran royalti kepada negeri Kelantan. Saya menerima jawapan Yang Berhormat Menteri sebagai pengakuan dan pengiktirafan bahawa sememangnya negeri Kelantan walaupun bukan di bawah Barisan Nasional mempunyai hak dan kuasa ke atas perairannya.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bahawa memang sepatutnya dan wajib bagi kerajaan pusat untuk menentukan bahawa royalti daripada gas dan minyak yang diperoleh daripada Joint Development Area yang diusahakan bersama dengan Thailand, memang perlu dan patut dibayar kepada negeri Kelantan.

Ini kerana takrifnya tidak ada perairan yang dimiliki secara mutlak oleh kerajaan pusat semata-mata. Apa sahaja perolehan ataupun pendapatan daripada perairan oleh kerajaan pusat semestinya adalah daripada perairan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Saya boleh terima saya harap Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan kesimpulan yang saya buat itu. Dengan itu menasihati pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negeri Kelantan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Ya, Yang Berhormat ini memang bijak sekali. Dia hendak put the words in my mouth. Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua bahagian yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi. Pertama mengenai recognition territory of the state in the limit of the territory waters of the state and right and powers state authority. Memang inilah yang diakui oleh Parti Barisan Nasional. Kalau itulah territory dalam territory Kelantan ianya adalah territory Kelantan. Jadi saya fikir ini jelas sekali. Akan tetapi mengenai tuntutan bayaran royalti ini dia perkara yang lain. So, itu yang saya tidak jawab tadi Yang Berhormat.

Yang Berhormat dari Sekijang dan Yang Berhormat dari Shah Alam mengadu mengapa begitu lama untuk Malaysia menandatangani dan meratifikasikan kemudian membentangkan pindaan kepada Parlimen ini. Untuk maklumat Yang Berhormat seperti saya telah sebut tadi kita telah menandatangani UNCLOS 1982 dan ratifikasi 1996.

UNCLOS ini adalah terdiri daripada 323 articles, dan nine annexes. Maka penelitian dan pengajian peruntukan-peruntukan UNCLOS 1982 perlulah dibuat dengan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang percanggahan dengan Undang-undang Domestik dan Perlembagaan, undang-undang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Dan juga di mana Malaysia menjadi negara ataupun state party. Kita juga memerlukan perbincangan-perbincangan dengan agensi-agensi, dengan negeri-negeri supaya ianya tidak bercanggah dengan pendirian negeri-negeri. Proses ini memakan masa yang panjang. Maka ianya belum terlambat kerana saya percaya pindaan ini akan diluluskan pada petang ini. Yang Berhormat Sekijang juga menyentuh mengenai seksyen 31, Akta Garis Pangkal 2006 yang diperuntukkan dalam peruntukan akta ini mengenai kewujudan akta-akta lain.

Untuk makluman Yang Berhormat Akta Garis Pangkal 2006 adalah satu undang- undang yang memperuntukkan mengenai pangkal yang mana garis pangkal ini digunakan sebagai garis yang mana sesuatu zon maritim itu bermula dan tidak berkaitan dengan pelantar. Akta Garis Pangkal hanyalah prevail dalam hal pengiraan garis pangkal. Yang Berhormat dari Sekijang juga isu bersempadan negeri dan negara saya telah perjelaskan.

Yang Berhormat Shah Alam, satu mengenai..., saya telah jawab tanggungjawab menjaga alam sekitar perlu terancang. Terima kasih Yang Berhormat, saya terlupa hendak jawab ini.

Yang Berhormat Sekijang mempersoalkan sama ada isu pertindihan tuntutan akan diselesaikan selepas submission ini. Untuk maklumat Yang Berhormat, dengan kelulusan rang undang-undang ini, kita boleh menggunakan hak kita di bawah UNCLOS ini untuk mengemukakan tuntutan untuk menuntut kawasan lebih to the maximum 350 nautical miles.

Jadi di antara syarat-syaratnya adalah untuk menentukan bahawa tuntutan-tuntutan kita ini tidak ada pertindihan tuntutan-tuntutan dengan negara-negara lain. Hanya dalam syarat itulah ianya dapat diterima oleh pihak yang berkenaan.

Jadi bagi kita untuk berbincang dengan our neighbors untuk berunding dan sekarang kita sedang berunding dengan Vietnam. Mungkin kita dapat mengemukakan satu tuntutan as a joint submission. Jadi isu yang disebutkan ini tidaklah berbangkit. Yang Berhormat Kepong bagi lecture mengenai keselamatan tadi begitu panjang. Saya pun hairan mana Yang Berhormat dapat maklumat-maklumat yang terperinci tadi. Terima kasih Yang Berhormat tetapi kebanyakan isu-isu yang disentuh adalah di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya mengenai isu keselamatan. Perjanjian Batu Kawan menyentuh mengenai 2A perjanjian berkongsi untuk mengusaha sumber asli.

Saya fikir Yang Berhormat mungkin silap baca. Sebenarnya kita tidak membenarkan the third party to exploit resources dalam kawasan ini. Oleh sebab itu nombor dua disebutkan tadi bahawa “If Malaysia does not undertake to exercise the rights with respect to the exploration of the continental shelf or the exploitation of its natural resources, no one or no other country may exercise such rights except with the express consent of Malaysia.” Ini bukan memberi kebenaran untuk mengeksploitasikan.

Yang Berhormat dari Kuala Krai tadi telah mencadangkan bahawa with express concern of Malaysia harus dikeluarkan. Kita perlu menyatakan dengan begitu jelas, mesti diberi dengan express concern sebagai satu bukti kerana kita takut ada pihak yang ketiga menggunakan bukti-bukti yang lain.

Itu kita menentukan ini masuk dalam pindaan kita ini. Yang Berhormat Batu Kawan menyentuh mengenai perkara kuasa Menteri dalam pengeluaran lesen. Adakah berbentuk pentadbiran atau polisi.

final • 4:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Bagi makluman Yang Berhormat seksyen 4, akta asal telah pun menggariskan bahawa bila seseorang melombong pasir di Pelantar Benua dia perlu mendapatkan lesen dari Menteri. Menteri boleh mengeluarkan lesen selepas dinasihatkan oleh jawatankuasa tertentu. Dalam itu kita mengenakan beberapa syarat. Kita masukkan syarat baru ini kerana kita merasakan hingga sekarang kita tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada companies yang tidak membayar royalti, yang menyeludup, yang menyalahkan syarat- syarat yang telah dikenakan.

Maka kita rasa telah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang lebih tegas, yang lebih tertentu kerana kita mengharapkan syarikat-syarikat tersebut lebih bertanggungjawab. Saya fikir itu sahaja perkara-perkara yang saya dapat jawab pada petang ini. Sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan menyokong pindaan akta ini, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dibaca kali kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan Rang undang-undang dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis Bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 4:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, fasal 2B. (5) The fixed points comprising the line of the outer limits of the continental shelf on the sea-bed, drawn in accordance with subsection (3), either shall not exceed three hundred and fifty nautical miles from the baselines from which the breadth of the territorial sea is measure or shall not exceed one hundred nautical miles from the two thousand and five hundred metre isobaths, which is a line connecting the depth of two thousand and five hundred metres

(6) Notwithstanding subsection (5), on submarine ridges, the outer limit of the continental shelf shall not exceed three hundred and fifty nautical miles from the baseline from which the breadth of the territorial sea is measured but does not include submarine elevations that are natural components of the continental margin such as its plateaux, rises, caps, banks, and spurs.

final • 4:52 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Now, ini bermakna rang undang-undang untuk 200 batu nautika. Di sini disebutkan 350 batu nautika. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan apa sebenarnya yang disebutkan di dalam fasal ini? Walaupun ada disebutkan kuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri tadi, tidak ada di jawab soalan-soalan saya. Walau bagaimanapun fasal 4 di sini bertujuan untuk meminda seksyen 3 bagi mengadakan peruntukan bahawa jika Malaysia tidak mengusahakan untuk menjalankan hak berkenaan dan Perjanjian Pelantar Benua atau deklamasikan sumber alamnya tidak ada negara lain yang boleh menjalankan hak itu kecuali dengan kebenaran Malaysia secara nyata. Inilah maksud kita dengan kebenaran Malaysia secara nyata.

Kalau mereka tidak menghiraukan langsung, apa yang kita boleh buat kalau kita tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang mereka daripada melakukan apa sahaja yang tidak dipersetujui oleh pihak Malaysia. Dia tidak boleh rujuk kepada Jabatan Perdana Menteri dengan begitu sahaja.Apakah kuasa kementerian untuk melaksanakan, memperkasakan rang undang-undang ini? Itu maksud saya dan mesti dijawab.

final • 4:52 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:52 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk balik kepada perkara 4 tadi iaitu tentang hak untuk kita mengeksploitasi Pelantar Benua ini. Saya rasa seluruh tujuan rang undang-undang ini untuk menunjukkan hak kita ke atas Pelantar benua untuk eksploitasi apa yang ada di dalam ataupun di bawah laun sana.

Saya masih lagi hendak menekankan kepada Yang Berhormat Menteri Tuan Pengerusi, bahawa kita mesti menghalang apa juga cara bagi kuasa lain untuk melaksanakan eksploitasi di atas Pelantar Benua ini. Kalau kita izinkan juga dengan dalam translation bahasa Melayunya dengan kebenaran Malaysia secara nyata, express consent of Malaysia ertinya kita tidak mampu melaksanakan tetapi kita benarkan kuasa asing datang. Jadi bila tiba ini berlaku seperti yang dibangkitkan Yang Berhormat Kepong, apa kuasa kita untuk menghalang mereka untuk membuat eksploitasi luar daripada kawasan, lebih dalam dari mana yang sepatutnya dan lebih daripada masa yang dibenarkan.

Apakah tidak boleh untuk ketika itu apabila kita tidak mampu, tidak ada teknologi misalnya kita reframe dengan izin, daripada membenarkan mana-mana pihak melaksanakannya. Saya yakin negara kita akan sampai satu masa dengan keupayaan teknologinya akan berupaya membuat sendiri. Jadi saya masih lagi meminta kepada pihak kerajaan supaya kita berhenti sekadar no other country may exercise such rights. Tidak ada except lagi demi untuk masa depan negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:55 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:55 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada fasal 2 dan juga fasal 4 sebagaimana yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga sebentar tadi Yang Berhormat Kepong. Saya hendak kaitkan juga dengan fasal 4 yang berakhir dengan “tiada negara lain yang boleh menjalankan hak itu kecuali dengan kebenaran Malaysia secara nyata” dan juga fasal 2 itu dalam bahasa Inggerisnya dengan izin “...But shall not affect the territory of the State or the limits of the territory water of the State and the right and powers of the State Authorities therein...” Maknanya sebagaimana saya yakin Yang Berhormat Shah Alam telah dengan jelas suarakan ialah bahawa jika dalam pindaan ini menegas bahawa kita mestilah diberikan kuasa dan hendaklah ada kuasa untuk menyatakan secara nyata sama ada kita hendak membenarkan pihak lain mengusahakan Pelantar Benua ini dan sebagainya Implikasinya negara Malaysia dengan negeri-negerinya juga saya yakin seharusnya mempunyai prinsip yang sama iaitu Kerajaan Pusat iaitu seharusnya mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri secara nyata untuk menggunakan harta Kerajaan Negeri yang disahkan sekali lagi dalam fasal 2 ini supaya jangan ada kekeliruan di situ.

final • 4:57 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Walaupun bukan secara langsung di bawah tanggungjawab kementerian Yang Berhormat, tetapi saya fikir prinsip tidak silapnya kalau ianya dimaklumkan kepada pihak- pihak yang bertanggungjawab secara khusus seperti Petronas bahawa prinsip menyatakan kebenaran secara nyata itu dengan izin, work both ways, work at both levels, dengan izin, bukannya kalau kita dengan Vietnam sahaja kita hendaklah mempertahankan hak kita untuk menyatakan kebenaran kita secara nyata.

final • 4:57 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Kita Kerajaan Pusat pun dengan negeri-negeri, oleh kerana kita iktirafnya di fasal dua ini mestilah juga memperoleh dan mempunyai persetujuan yang nyata dengan peringkat negeri. Implikasinya amatlah besar kerana akhir-akhir ini nampaknya Kerajaan Pusat amatlah cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya dari segi hak-hak negeri. Bukan sahaja dalam kes Negeri Kelantan tidak pernah diberikan royalti. Walaupun dari segi akaun tahunan kita melihat ada perolehan yang besar di peringkat pelantar benua yang dipunyai mengikut pengiktirafan fasal 2 ini oleh negeri Kelantan tetapi tidak ada royalti diberikan.

Dalam kes-kes tertentu seperti selepas pilihan raya 1999, royalti yang sudah pun diberikan dalam negeri Terengganu ditarik balik sebegitu sahaja.

Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri menganggap bahawa tanggungjawab penting dalam kita menegaskan hak kita di peringkat antarabangsa menerusi prinsip undang-undang yang kita luluskan ini. Di samping itu juga. memastikan ia dihormati dan diamalkan juga di peringkat dalam negeri kerana akta ini nanti akan meliputi dua peringkat iaitu peringkat kita di peringkat antarabangsa dan peringkat kita Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran selepas itu Menteri yang menjawab.

final • 5:00 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Seksyen 2B(1) dan (2) dengan izin, seksyen 2 mengatakan, the continental margin comprises the submerged prolongation the land mass of Malaysia and consist the sea-bed of the subsoil of the shelf. Kalau kita lihat pertanyaan saya ini Tuan Pengerusi bagaimana akta ini khasnya seksyen ini dapat dikuatkuasakan. Kalau kita merujuk kepada keadaan di Sabah khasnya di pantai timur di mana jarak kepulauan yang dimiliki oleh Filipina daripada pulau-pulau Sabah iaitu begitu dekat sekali. Misalnya kalau kita pergi ke Pulau Selingan. Pulau Selingan ini dimiliki oleh Malaysia tapi pulau di sebelah yang begitu dekat sekali adalah...

final • 5:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Bakungan.

final • 5:03 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Apa dia?

final • 5:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Pulau Bakungan!

final • 5:03 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Pulau Bakungan sudah kepunyaan Filipina. Kalau segi geografinya sudah tentu juga pulau ini masih lagi sub merge prologation of the land mass of Malaysia. Okey, kalau dari segi sejarah politiknya pulau-pulau ini dibahagikan selepas peperangan dunia kedua. Di mana pada perundingan di antara tentera British dan Amerika sebahagian daripada pulau itu dibahagi kepada Filipina dibuat taklukan Amerika pada masa itu. Separuh juga kepada British. Jadi inilah sejarah dia. Jadi bagaimana kita dapat menguatkuasakan?

Pertanyaan saya adalah sama ada Malaysia telah pun mempunyai satu perjanjian ataupun persefahaman dengan kerajaan Filipina dalam soal mentadbir resouces sumber- sumber dalam? Berkaitan dengan itu saya ingin bertanya kepada Menteri bagaimana kedudukan kita dari segi penguasaan ataupun kontrol kepada kawasan antara Spratly Island sekurang-kurangnya pulau yang kita meletakkan tuntutan dengan Sabah. Justeru, sama ada kita mempunyai hak kuasa untuk melaksanakan hak kita kawasan perairan perantaraan Spratly Island yang kita tuntut itu dengan Sabah. Bagaimana keadaan sekarang?

final • 5:03 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Kalau kita lihat baru-baru ini negara China pun telah membuat satu bantahan apabila kapal perang Amerika telah menjelajah kawasan tersebut Ini kerana negara China menuntut Spratly Island juga daripada negara China sampailah kepulauan. Jadi persoalan sekarang ini apakah kedudukan kita dalam kawasan-kawasan ini? Terima kasih.

final • 5:03 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Emba

]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat yang telah membangkit isu mengenai dalam peringkat jawatankuasa dan oleh kerana Yang Berhormat Kepong tidur saya tidak perlu jawab soalan tidur dia...

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia pejam saja.

final • 5:06 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Dia pejam mata tidak tidur. Yang Berhormat dari Kepong dan Yang Berhormat dari Tuaran telah pun bertanya mengenai Seksyen 2B pindaan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, inilah semua a very technical issue kerana ini adalah satu cara bagaimana kita membuat perkiraan untuk mengemukakan tuntutan. Ini ialah diambil diadopted dari UNCLOS 1982 di mana ia telah pun menggariskan bagaimana satu negara dapat mengemukakan tuntutan pada kawasan lebih dari 200 nautical miles.

Jadi inilah disebutkan tadi nombor dua, tiga, empat, lima dan enam. Bagaimana dia hendak buat? Kalau Yang Berhormat hendak tahu dengan terperinci kita boleh memberi taklimat kepada Yang Berhormat supaya Yang Berhormat memahami betapa rumitnya cara kita hendak membuat tuntutan ini. Mengenai kemampuan mengawal kawasan pelantar benua, kerajaan yakin ada kemampuan untuk menjaga kawasan pelantar benua kita.

Kita telah pun ada beberapa agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa jabatan-jabatan yang lain sama membantu untuk mengawal selia kawasan-kawasan itu. Kerajaan dari semasa ke semasa memang sentiasa mempertingkatkan kemampuan dan kebolehan agensi-agensi tersebut. Justeru, dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai mengenai seksyen 4 tadi, beliau belum berpuas hati dengan penjelasan saya. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa kerajaan kita memang sedaya upayanya menentukan bahawa kita menjaga kawasan ini dan seberapa yang boleh. Kita hendak mengeksploitasi sumber-sumber asli yang ada dalam kawasan- kawasan itu. Itulah matlamat utama tujuan kita mengapa kita hendak menuntut supaya continental shelf kita lebih luas, dari 200 nautical miles sekarang kepada 350 nautical miles.

Kita berharap kekayaan dalam kawasan tersebut akan dieksploitasi oleh negara kita. Akan tetapi UNCLOS ini perlu kerana ini adalah satu peruntukan yang kita kena adopt mengikut cadangan UNCLOS 1982...

final • 5:06 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 5:06 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat dari Tumpat begitu sentimental sekali mengenai hak negeri. Saya juga sentimental. Saya juga ada negeri dan bagi kita itulah sebabnya kita ada melambatkan membentangkan rang undang-undang ini kerana kita hendak membincang dengan negeri-negeri untuk menentukan bahawa negeri tidak khuatir bahawa dengan lulusnya rang undang-undang ini hak negeri akan hilang. Inilah menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak ada niat, tidak akan berniat dan tidak hasrat untuk menghakiskan hak-hak kerajaan negeri termasuk negeri-negeri yang di bawah Pakatan. Jadi saya harap ini jelas kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kepong, apa hendak tanya lagi? Yang Berhormat dari Tuaran perkara Spratly Island ini saya akan kemukakan kepada Kementerian Luar Negeri. Saya harap Kementerian Luar Negeri akan memberitahu Yang Berhormat. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak bagi jalan. Sudah cukup.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:06 PM
RANG UNDANG-UNDANG FI
(MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN) (PENGESAHAN) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga.

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:06 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi memperakukan kemahiran pekerja asing oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan semasa tempoh dari 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Akta Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan)

(Pengesahan) 2009 ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengesahkan semua fi berjumlah RM1,220,685 yang dikutip sepanjang tempoh daripada 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007. Ini merupakan langkah proaktif dan preventif bagi mengelakkan sebarang tindakan atau prosiding undang-undang yang boleh dibawa, dimulakan atau diselenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya atau mana-mana antara mereka berkenaan dengan apa-pa fi yang dikenakan dan dipungut masa tempoh yang tersebut.

Di bawah Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan, semua kutipan fi dan cukai perlulah disokong oleh satu undang-undang Persekutuan. Manakala dalam hal ini, kutipan ini dilaksanakan sebaik sahaja menerima arahan daripada Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing bertarikh pada 5 Julai 2005 yang telah mengambil keputusan supaya semua pekerja asing yang sah dalam sektor pertanian yang ingin melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka selepas 5 tahun berkhidmat di negara ini perlu menjalani ujian kemahiran dan mesti diiktiraf sebagai pekerja mahir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Sebelum ini, tugas ini dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia. Di samping itu pihak Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ataupun NATC telah pun mengambil langkah-langkah pentadbiran untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk meneruskan kadar fi sebanyak RM370 yang dikenakan ke atas setiap pekerja asing yang dinilai yang telah pun diamalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sejak tahun 2003. Sehubungan dengan itu, NATC menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Peguam Negara telah mengambil tindakan untuk mewartakan suatu Perintah Fi Perkhidmatan Perakuan Pekerja Asing di bawah Majlis Pertanian Kebangsaan tahun 2007 bertarikh 8 Mac 2007 selaras dengan seksyen tiga dan seksyen 10 Akta Fi 1951. Jumlah fi yang dikutip dimasukkan ke dalam akaun Amanah Majlis Pertanian Kebangsaan yang disatukan di bawah subseksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan 1957.

Sebahagian daripada amaun yang dikutip tersebut telah pun dibelanjakan bagi tujuan bayaran imbuhan kepada pegawai penilai sebanyak RM50 bagi setiap pekerja dinilai.

Elaun perjalanan, makanan, dan penginapan, mesyuarat Jawatankuasa Perakuan Kemahiran Pekerja Asing, pakaian seragam untuk pegawai penilai, perolehan peralatan, percetakan sijil dan lain-lain. Dalam tempoh tersebut, seramai 3,299 orang pekerja asing telah dinilai dari tujuh buah negara yang melibatkan 10 bidang kemahiran dalam sektor pertanian.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan atau NATC diwujudkan dalam tahun 2002 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengendalikan latihan-latihan bercorak kompetensi dalam sektor pertanian yang terdiri daripada tanaman, ruminan dan perikanan. Pegawai dan anggota Pertanian Majlis Kebangsaan adalah dilantik daripada agensi-agensi utama di bawah kementerian iaitu daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta pegawai IKIM, LPP, FAMA dan MARDI.

Tugas ini diberikan kepada Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan memandangkan ianya mempunyai sumber kepakaran yang mencukupi dalam semua subsektor pertanian.

Bagi tujuan perlaksanaan tugas ini, seramai 38 orang pegawai penilai terdiri daripada pesara-pesara dari agensi-agensi utama di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilantik serta satu Jawatankuasa Perakuan Kemahiran Pekerja Asing yang diwakili oleh NATC, ITTP, Ketua Akauntan, Penasihat Undang-Undang dan agensi-agensi utama di bawah Kementerian diwujudkan untuk meneliti laporan pegawai penilai dan mengeluarkan sijil perakuan kemahiran kepada pekerja-pekerja yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tugas penilaian mula dijalankan pada 25 Januari 2006 dengan kadar bayaran sebanyak RM370 bagi setiap pekerja asing yang dinilai berdasarkan kepada kadar yang dikenakan oleh Kementerian Sumber Manusia sejak tahun 2003 lagi.

Sehingga kini tiada bantahan daripada golongan sasaran ke atas amaun yang dikenakan tersebut. Sekian, Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi pemerakuan kemahiran pekerja asing oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan semasa tempoh 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Sila Yang Berhormat Tumpat.

final • 5:10 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja. Pertamanya, saya kagum juga dengan kementerian kerana mengambil berat akan kecuaian perundangan untuk suatu masa yang lalu iaitu lebih kurang 13 bulan begitu, dikutip fi daripada pekerja-pekerja asing tanpa apa-apa landasan undang-undang. Itu saya fikir adalah satu pengakuan yang ikhlas dan satu langkah sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, preventif, kalau-kalau pekerja-pekerja asing atau pun orang-orang yang berminat menyaman kementerian dan kerajaan.

Ini kes kecil yang melibatkan puluhan ribu ringgit saya rasa yang dikutip, tetapi ianya pelik untuk kita menilai. Dalam kes yang melibatkan ratus-ratus juta ringgit, bilion- bilion ringgit seperti hak Kerajaan Negeri Kelantan terhadap royalti minyak tidak diperbetulkan melalui proses undang-undang ini.

Seperti kes di Terengganu, apabila diperbetulkan, ianya diberikan dalam bentuk wang ihsan yang diberikan kuasa pada Jabatan Perdana Menteri dan orang-orang tertentu.

Pembaziran berlaku seperti Masjid Kristal, Monsoon Cup, dan sebagainya untuk menghabiskan wang tersebut. Jadi, prinsip kebertanggungjawaban, prinsip bahawa kalau sekecil ini jumlah wang ringgit pun kita ambil dengan izin, the trouble comes to the Parliament and get it rectified, prinsip itu.

final • 5:18 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Kenapa tidak ianya digunakan sama untuk kes yang lebih besar? Yang mempunyai kesan bukan kepada pekerja asing sahaja dan pesara-pesara yang diberikan elaun RM50 satu jam, tetapi melibatkan jutaan rakyat dan bilion-bilion ringgit Malaysia.

Kenapa prinsip tersebut tidak diamalkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin turut sama berbahas di peringkat dasar ini atas rang undang-undang yang dibentangkan di depan kita. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat yang memuji kesedaran kerajaan untuk membuat pembetulan-pembetulan supaya apa juga yang telah dilaksanakan dapat diperbetulkan.

Saya rasa jumlah yang terlibat, yang dikutip, tidaklah banyak. Cuma apabila kita mendengar penjelasan daripada Timbalan Menteri tadi, ada lebih kurang 3000 lebih pekerja asing yang dinilai oleh lebih kurang 38 orang penilai. Ertinya, seorang penilai menilai lebih kurang 100 orang. Setiap pekerja asing yang dinilai membayar RM300 lebih, RM370.

Ertinya, seorang penilai menilai 100 orang, dia sendiri mendapat RM37 ribu seorang. Betul ya? Seorang itu RM370, kalau 100 orang dia nilai, RM37 ribu. Saya harap matematik saya betul. Betul ya? Kali 10 - 3 ribu, kali 100, betul ya?

final • 5:21 PM

Beberapa Ahli

Betul.

final • 5:21 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Seorang penilai dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah mendapat RM37 ribu. Jadi, ini satu jumlah yang besar bagi seorang penilai. Kenapa saya miss peluang ini saya pun tidak perasaan.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah wajar dalam keadaan begini, ada pihak yang mendapat sejumlah wang yang begitu banyak, kemudian kita buat satu rang undang- undang untuk melindungi supaya apa yang dia dapat itu tidak boleh dipertikaikan, tidak boleh dituntut balik oleh pekerja asing. Jadi, saya minta komen daripada pihak kementerian, terima kasih.

final • 5:21 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga turut sama untuk membahaskan peringkat dasar mengenai rang undang-undang ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan kementerian yang mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rang undang-undang ini, bagi membolehkan kita terus dapat memperbaiki dari segi perkhidmatan kita, bagi memastikan setiap urus tadbir yang kita perkenalkan ataupun yang dibuat oleh pihak kerajaan itu ada peraturan dan sistemnya.

Jadi, saya rasa ini sesuatu yang baik bagi pihak kementerian Tuan Yang di-Pertua.

Ini adalah kerana setidak-tidaknya ia boleh menyebabkan pihak kementerian dapat menyimpan data ataupun rekod maklumat yang berkaitan, para pekerja yang terlibat dalam bidang pertanian.

Kita tahu sekurang-kurangnya, kalau ada rang undang-undang seperti ini, sebagai satu garis panduan yang akan menjadi petunjuk ataupun asas kepada kerajaan untuk mengkaji dari segi kemasukan pekerja-pekerja asing yang masuk dalam sektor pertanian yang berasaskan makanan.

Dari segi kualiti, kita harus juga melihat tentang memperkenalkan rang undang- undang ini yang akan memudahkan kita untuk menggubal suatu dasar ataupun cara bagi membolehkan sektor buruh yang juga terlibat dalam industri pertanian ini yang kerajaan memang berusaha juga untuk menjadikan sektor ini menjadi suatu profesion yang diminati.

Jadi, mungkin pada masa akan datang, bukan hanya kita akan menilai pekerja asing dari segi nilai dan peranan mereka, dari segi kualiti dan kecekapan mereka dalam menjalankan kerja mereka yang terlibat dalam sektor pertanian.

Di samping itu juga, sekurang-kurangnya, pihak kementerian mungkin melalui rang undang-undang ini akan dapat mengkhususkan lagi bidang kerja itu supaya pada masa akan datang, mungkin nampak pandangan daripada sahabat-sahabat kita Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa benda ini kecil, pada masa akan datang mungkin boleh melibatkan lagi perkara yang lebih besar untuk membolehkan kerajaan meningkatkan lagi dari segi mutu pengutipan, kewangan dan sebagainya.

final • 5:23 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Ini seboleh-bolehnya juga dihubungkaitkan dalam kegawatan ekonomi ini.

Sekiranya kita dapat melihat dari sudut aktiviti kerajaan ataupun kementerian itu yang mana boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan, maka kita akan beri jalan yang terbaik untuk memastikan segala transaksi ataupun urusan.

Sebelum ini kita pun telah tahu bahawa kementerian telah pun sebenarnya mengutip fi ini. Jadi, apa yang pernah dikutip sebelum ini, kalau ada pihak-pihak tertentu yang ada niat tidak baik kepada kerajaan kita, sekurang-kurangnya kita dapat melindungi kerajaan kita daripada diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Saya menyokong rang undang-undang ini untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:23 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 5:23 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebenarnya keliru dengan tindakan Majlis Latihan Pertanian. Kita diberitahu oleh Timbalan Menteri bahawa ada satu ujian, ada satu pengesahan berkenaan dengan kemahiran mereka selepas 5 tahun mereka bekerja sebagai pekerja ladang. Selepas itu, mereka kembali semula bekerja sebagai pekerja ladang.

Jadi, jika mereka perlu latihan kemahiran, ini harus dibuat sebelum mereka mula kerja, tetapi beri mereka kerja 5 tahun, mereka apply untuk lanjutkan pekerjaan mereka, lagi buat pengesahan, bagi mereka balik kerja di tempat yang sama. Jadi, ini nampaknya satu cara untuk menjana pendapatan bagi pegawai-pegawai yang terlibat. Merupakan satu penderaan kepada pekerja asing yang datang ke sini, jadi saya tidak faham. Mungkin saya salah faham, tolong beritahu saya.

Lima tahun dah bekerja, beri pengesahan dan balik kerja yang sama. Tidak masuk akal saya, maybe I’m missing something here. Jadi, saya ingin tahu berapa ramai pekerja asing didera dalam program ini? Adakah syarikat-syarikat swasta juga yang dapat bayaran untuk projek ini? Terima kasih.

final • 5:26 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh Rang Undang-undang Akta Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan)(Pengesahan) 2009.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat, sebab Yang Berhormat kami rasakan walaupun sekecil mana dengan izin, it is best to be accountable and be responsible. Oleh yang demikian, kami merasakan RM1,220,685 sebenarnya berat bagi kita sekiranya ada kedapatan pada masa-masa akan datang dan sebagainya. Jadi, kita membawa untuk disahkan dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat, untuk sedikit pembetulan, bukan RM50 sejam. Kalau dapat RM50 sejam, alhamdulillah Yang Berhormat. Ini RM50 untuk seorang pekerja asing yang dinilai, bayangkan... [Ketawa] Jadi, itu berkait dengan Yang Berhormat Kuala Krai yang mengatakan bahawa banyaklah Pegawai Penilai ini dapat.

Yang Berhormat, saya ingin maklumkan di sini bahawa Pegawai Penilai yang kita dapat ini, 38 orang adalah pesara-pesara daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Expert, pakar-pakar yang kita ambil dan mereka akan pergi ke mana-mana lokasi untuk menilai pekerja-pekerja asing ini dan juga 38 orang ini akan ada roster.

final • 5:28 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Kita tidak mahu seorang ini yang pergi dan sebagainya, ada dipastikan supaya mereka fairlah kepada 38 orang ini untuk pergi ke setiap majikan yang memohon. Ini bukan automatik kita pergi, tidak. Majikan yang mempunyai pekerja ini mesti memohon kepada kementerian melalui NATC bahawa dia minta kita membuat penilaian, di mana kita perlu empat bulan notis.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh habis dalam sepuluh minit Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Boleh.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh.

final • 5:30 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Kita perlu notis empat bulan dan kerja-kerja penilaian ini kira-kira satu bulan supaya sijil penilaian ini kita beri kepada syarikat itu tadi untuk menjadi satu daripada dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Imigresen.

Untuk meluluskan atau tidak permit pekerja asing ini, bukan seperti Yang Berhormat Sungai Siput kata, bukanlah kami hendak memberi latihan, bukan. It is untuk dengan izin, validate sama ada pekerja asing ini betul-betul ada di situ dan bekerja seperti kemahiran mereka. Bercucuk tanam, dia pandai bercucuk tanam. Dia pandai, expert dalam akuakultur. Ini adalah agro makanan sahaja ya Yang Berhormat, bukan plantation dan sebagainya.

Jadi, apabila Yang Berhormat Sungai Siput kata penderaan itu, janganlah Yang Berhormat. Bukan, kami menilai pekerja ini sebab mereka memerlukan certification tersebut untuk mereka. Ini kehendak imigresen. Yang Berhormat jangan lupa tahu, kami membuat semua ini untuk Kementerian Sumber Manusia dan imigresen memerlukan mereka ada sijil ini Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Kenapa selepas lima tahun?

final • 5:30 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tidak. Lima tahun mereka bekerja dikehendaki ada dibuat penilaian untuk mendapat permit hendak...

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Macam periksalah soalan ini.

final • 5:30 PM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Ya, macam periksa. Untuk memanjangkan, sama ada imigresen hendak memanjangkan tempoh pekerja ini boleh bekerja di Malaysia atau tidak. Satu yang bagus Yang Berhormat, ini adalah satu pengauditanlah sedikit sebanyak. Kadang-kadang, bukan kami melihat dari segi kemahiran, tetapi check betul-betul orang yang sama ini. Kadang-kadang, orang tidak sama dan kadang-kadang kesihatan, sebab ada yang sakit dan sebagainya. Jadi, ini adalah part of pengauditanlah. Itu sedikit sebanyak kami membantu.

Untuk makluman pecahan tadi, Yang Berhormat Kuala Krai, pecahan duit tadi sebab dia RM50 setiap penilai dan pecahan dia adalah tidak sampai RM37,000 satu.

Adalah untuk bayar elaun RM50 satu pekerja. Selepas itu, tengok tempat dia kena ada TNT, kena tambang dan sebagainya. Lepas itu, kadang-kadang, dia ada buat lebih masa, tuntutan perjalanan, accommodation dan untuk mesyuarat.

Untuk makluman, untuk kita cost saving lagi, kita pilih penilai ini sebab penilai ini ada di serata Malaysia. Jadi, kalau yang di Sabah, kita bagi penilai dari Sabah pergi, kalau dari Sarawak dan sebagainya. Jadi, kepada Yang Berhormat semua dan termasuk Yang Berhormat Silam, kami menghargailah sebab ini kami rasa adalah satu tindakan yang saya rasa harus kita semua sokong, sebab ini adalah sesuatu yang baik seperti Yang Berhormat Tumpat kata, ini sedikit, yang besar-besar dan sebagainya itu Yang Berhormat, minta maaflah saya tidak dapat ini, tetapi setakat untuk kementerian saya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan dan membenarkan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk mendahulukan perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009 dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat esok, Rabu 25 Mac 2009. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat, Dewan hari ini...

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu apa sebab ia didahulukan sebab ini hanya diberi bacaan kali pertama.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, keputusan...

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Baru diberi hari ini dan bills yang lain kita telah tunggu dan bersedia untuk bahas.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi, saya hendak tahu apa sebabnya. Such a short notice been given, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang pertama, ia tidak ada peraturan untuk menyatakan sebab kepada mana-mana pihak.

Kedua, ini adalah urusan kerajaan yang difikirkan perlu didahulukan.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi, tidak boleh sesuka hati tanpa notis yang sewajarnya yang munasabah.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini adalah notis yang saya baca Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terlalu singkat sampai mahu tamat. Esok pukul 10.00 pagi sudah rang undang-undang ini, yang baru diberi pagi ini Tuan Yang di- Pertua. There are so many research we want to do berkenaan dengan pindaan ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya...

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ada bill yang kami sedang tunggu untuk bahas yang telah diberi lagi awal seperti Akta Latihan Khidmat Negara, Institusi Pengajian Tinggi yang telah diberi begitu lama Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ianya tidak salah dari segi peraturan mesyuarat.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya faham, tetapi mestilah adil dan munasabah.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Waktu saya baca, saya bagi tempoh...

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan sesuka hati eksekutif mahu tukar aturan sesuka hatinya tanpa notis yang sewajarnya. Itu yang saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kita pun kasihan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa kali kena duduk sini tidak boleh keluar.

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan kerana mereka malas untuk tunggu sini they want to come earlier tomorrow.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 25 Mac 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.39 petang.

final • 5:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026