Mar232009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan Mesyuarat 18(2).

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat berapa, Yang Berhormat?

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(2). Saya telah membangkitkan satu usul untuk membatalkan keputusan Dewan ini yang menggantung Yang Berhormat Puchong dengan syarat tidak membayar kesemua bayaran elaun dan kemudahannya sebagai seorang Ahli Parlimen. Tuan Yang di- Pertua, hari ini biarkan saya mengemukakan apa yang akan saya bangkitkan. Usul ini telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua dalam kamar tanpa memberi saya satu peluang untuk membangkitkannya di Dewan ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini adalah...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, usul tersebut telah ditolak di dalam kamar.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, tetapi...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Telah ditolak dalam kamar, Yang Berhormat, dan mengikut peraturan...

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini rayuan. Rayuan!

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini kerana alasan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, mengikut peraturan, usul yang telah ditolak dalam kamar tidak boleh dibahas atau dibawa dan dibaca di dalam Dewan.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya tidak membahaskan. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah alasan yang diberi tidak munasabah, kerana ini bukan perkara yang telah diputuskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Bandar Kuching jangan ambil peluang hendak berucaplah!

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang diputuskan adalah melanggar undang-undang, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah perkara yang baru dan ia akan menjatuhkan maruah Dewan ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Diamlah. Sila Tuan Yang di-Pertua arahkan orang itu diam.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya juga mengarahkan Yang Berhormat untuk duduk. Yang Berhormat tidak perlu membahaskan perkara yang ditolak di dalam kamar.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan. Saya tidak bahas. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa alasan ini adalah salah. Alasan yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua adalah salah, kerana apa yang melanggar undang-undang tidak dapat diperbaiki. Oleh itu saya minta usul saya dibaca dan diputuskan dalam Dewan ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sudah tolak tidak boleh baca!

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Pusingkan balik keputusan menolak usul saya dalam kamar itu.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya simpati dengan Yang Berhormat Bandar Kuching, tetapi nasib dia macam nasib saya juga. Saya ingat tidak perlulah dengar!... [Ketawa]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching, seperti Yang Berhormat maklumkan juga kepada Dewan ini bahawa usul Yang Berhormat telah ditolak di dalam Kamar. Seperti yang saya maklumkan tadi bahawa usul telah ditolak dalam kamar tidak perlu dibawa dan dibaca di dalam Dewan. Isu yang dibawa itu telah pun dipertimbangkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua telah memutuskan bahawa ia telah ditolak di dalam kamar.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Boleh dengar saya sekejap, Tuan Yang di-Pertua?

Alasan yang diberi adalah bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching telah diputuskan dan diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua, apa yang dibangkitkan dalam usul Yang Berhormat Bandar Kuching adalah berkenaan, apakah melalui satu usul di dalam Dewan ini boleh menafikan segala elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) itu...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sudah baca usul ini. Sepatutnya tidak perlu dibaca, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah usul ini, apakah ia tidak melanggar akta Persekutuan ini. Tuan Yang di-Pertua, alasan yang diberi oleh Tan Sri adalah bahawa ia telah diputuskan perkara ini dan diberi penerangan. Kalau baca Hansard, langsung tidak ada dibangkitkan berkenaan dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980. Jadi, saya harap precedent 2001 tidak patut diikuti lagi sebab Dewan yang mulia ini tidak mempunyai kuasa melalui satu usul untuk menafikan segala hak dan keistimewaan yang diberi di dalam satu Akta Parlimen.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi, saya pohon Dewan yang mulia ini agar meneliti semula apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

Cukup, cukup. Terima kasih, Yang Berhormat. Sila duduk. Perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat...

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta satu penjelasan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada penjelasan, Yang Berhormat. Kita dalam Peraturan Mesyuarat. Sila duduk.

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, ya. Atas peraturan itu, sebab saya hendak minta adakah bukan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tidak perlukan, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah bukan satu rang undang-undang boleh...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila duduk, Yang Berhormat.

Sila duduk. Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, saya ingin menjelaskan bahawa perkara ini telah ditolak di dalam kamar dan tidak perlu dibaca di dalam Dewan. Saya ingin katakan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua adalah keputusan yang tepat mengikut peraturan-peraturan mesyuarat yang ada. Saya ingin membawa Yang Berhormat untuk membaca Peraturan Mesyuarat 44(8) yang mengatakan...

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak boleh pakai itu – sudah kita baca.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mana boleh tidak boleh pakai, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Ketawa]

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita sudah baca.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini susah. Kalau point of order tidak boleh pakai, susahlah.... [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, telah buat satu keputusan bahawa apa-apa usul yang akan kita bangkit sekurang-kurangnya biarkan kita membacakan notis usul dalam Dewan ini dan bukan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

Yang Berhormat sudah berulang-ulang.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukankah kecenderungan untuk menolak usul dalam kamar Tuan Yang di-Pertua. Kenapa ada perbezaan kali ini?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat. Keputusan untuk menidakkan saraan kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dibuat dalam Dewan ini dan Peraturan Mesyuarat 18...

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Puchong, Puchong.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 18 tidak mengizinkan perkara-perkara yang diputuskan dalam Dewan untuk dibahas semula.

Maka itulah keputusan, itulah pegangan Tuan Yang di-Pertua untuk menolak usul Yang Berhormat di dalam kamar dan saya tidak mahu perkara ini dibahas lebih panjang, setakat ini, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di- Pertua membangkitkan Peraturan 44(8). Saya mempelawa Tuan Yang di-Pertua membuka Perkara 44(8). Dengan izin, saya baca, “Tiada apa-apa jua dalam Peraturan ini boleh dianggap sebagai menyebabkan Majlis Mesyuarat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan...” Apa-apa dalam Peraturan ini. Jadi kuasa terhad dalam Peraturan ini...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebenarnya tidak ada peraturan mesyuarat yang menidakkan Mesyuarat untuk mengambil tindakan kepada mana-mana Ahli yang berada di dalam Dewan.

final • 10:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi apakah ia tidak melebihi...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu bermakna Perkara 44(8), Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi ia tidak memperuntukkan kuasa untuk menafikan apa yang diperuntukkan dalam akta. Dalam peraturan mesyuarat ini tidak memperuntukkan kuasa untuk menafikan elaun dan keistimewaan di bawah akta.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita bercakap mengenai perkara Usul 18(1) yang dibawa oleh Bandar Kuching yang telah ditolak di dalam kamar, Yang Berhormat. Jangan bawa isu elaun dan gaji yang sebenarnya.

final • 10:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu yang tadi kita bangkitkan ada kuasa...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita bercakap tentang 18(1) telah ditolak di dalam kamar dan ia tidak perlu dibahas di dalam Dewan. Itulah keputusan, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, yang perlu diingati adalah penggunaan kuasa menolak dalam kamar itu mestilah digunakan dengan betul. Itu yang kami bangkitkan. Alasan Tuan Yang di-Pertua tidak boleh diterima.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Tuan Yang di-Pertua telah menggunakan kuasanya dengan betul untuk menolak perkara yang telah dibawa, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun atas Usul 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 26. Tuan Yang di-Pertua, seluruh negara sangat kagum dengan satu keputusan yang sangat aneh yang telah dibuat oleh Dewan Rakyat kerana pada hari itu di mana Ahli...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekejap.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita tidak menyoal tentang keputusan yang telah dibuat, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan, kerana di mana...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Isunya sekarang adalah Perkara 18(1) yang ditolak di dalam kamar. Itu sahaja, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Warganegara Malaysia, mereka hendak tahu kenapa Puchong tidak dibenarkan untuk berbahas pada hari itu. Why was it denied?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak berbangkit lagi, Yang Berhormat. Dia sudah jawab, tidak apa.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu yang mustahak sekali. Kalau dia tidak dibenarkan untuk bahas, apa...

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu tidak berbangkitlah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Janganlah, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bangkit.

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak berbangkit, tidaklah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Majlis telah membuat keputusan dengan perkara ini.

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk]

final • 10:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kawasan Yang Berhormat tidak ada banklah.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk][Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sudah salah, salahlah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Sila.

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Rampas Kinabatangan hak yang itu baru tahu.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sila, sila.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 10:10 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon membacakan satu rang undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009. Rang undang- undang ini adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai tujuh fasal seperti berikut.

Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini dan permulaan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Akta ini dikenali sebagai Akta Cukai Pendapatan

(Pindaan) 2009 dan berkuat kuasa seperti berikut:

(i) seksyen 2, 3 dan 4 bagi tahun taksiran 2008, 2009 dan 2010;

(ii) seksyen 5 dan 6 mulai tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya; dan

(iii) seksyen 7 mulai 1 Julai 2008.

Fasal 2, 3 dan 4 bertujuan meminda seksyen 44 dengan memasukkan seksyen baru 44B bagi mewujudkan satu peruntukan baru untuk membenarkan kerugian tahun semasa dibawa ke belakang ke satu tahun taksiran sebelumnya. Kerugian ini adalah kerugian semasa bagi tahun taksiran 2009 dan 2010 dan amaun kerugian yang dibawa ke belakang bagi kedua-dua tahun itu adalah terhad kepada maksimum RM100,000. Walau bagaimanapun baki akaun, seksyen 108 tidak akan dikurangkan.

Fasal 5 bertujuan memasukkan seksyen baru 46B untuk membenarkan potongan cukai kepada individu sehingga RM10,000 setahun bagi faedah yang dibayar ke atas pinjaman perumahan. Potongan ini diberi selama tiga tahun berturut-turut mulai tahun pertama faedah pinjaman perumahan dibayar dan terhad kepada surat cara perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010.

Fasal 6 bertujuan meminda Jadual III dengan memasukkan perenggan baru 8A, 8B, 32A dan 32B untuk membenarkan perbelanjaan ubah suai dan baik pulih premis perniagaan yang dilakukan antara 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010 sebagai elaun modal dipercepatkan. Elaun ini layak dituntut oleh semua perniagaan mulai tahun taksiran 2009. Jumlah perbelanjaan ubah suai dan baik pulih berkenaan adalah dihadkan sehingga RM100,000 bagi setiap pembayar cukai.

final • 10:13 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Fasal 7 bertujuan meminda perenggan 15(i), Jadual VI. Pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan amaun pampasan kehilangan pekerjaan yang dikecualikan cukai dari RM6,000 kepada RM10,000 setiap tahun genap perkhidmatan. Pindaan yang dicadangkan ini terpakai kepada pekerja yang telah diberhentikan mulai 1 Julai 2008.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 10:13 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:13 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:13 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit sahaja perkara. Saya hanya hendak mengulangi sekali lagi saya tengok rang undang-undang.

Dahulu saya sudah cadang, apabila pihak kerajaan membentang rang undang-undang, ada dibuat untuk bahasa naskhah bahasa Melayu dan naskhah bahasa Inggeris yang dicatat sekali tetapi untuk naskhah bahasa Melayu dicampuradukkan, dirojakkan dengan bahasa Inggeris. Kenapa tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seluruhnya.

Kita tengok, contohnya seksyen baru 44B, akta ini dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44A, seksyen yang berikut, “carry-back losses” dan kemudian terus ikut bahasa Inggeris dan dimulakan dengan bahasa Melayu. Ini bukan susah untuk diterjemahkan. Ini yang dikatakan kita hendak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu ini mesti digunakan sebagai bahasa rasmi mengikut peruntukan fasal 152(i), sebarang urusan rasmi mestilah dalam bahasa Malaysia.

Bahasa Inggeris ini hanya sebagai sokongan, tetapi akta yang utama mestilah dalam bahasa Melayu. Jadi ini yang sepatutnya saya harap mendapat perhatian pihak Jabatan Peguam Negara ataupun mereka yang terlibat dalam menyediakan sebarang rang undang-undang. Dalam soal Akta Cukai Pendapatan ini, saya tidak tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada bawa maklumat atau tidak, saya hendak tahu. Dahulu saya sudah tanya tetapi jawapannya begitu umum iaitu cukai pendapatan daripada syarikat- syarikat pengimport kereta yang memiliki AP.

final • 10:18 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak tahu berapa jumlah pungutan cukai daripada syarikat-syarikat dan mereka yang diberi AP sebab kita tahu pemegang-pemegang AP, apabila mereka membawa masuk kereta-kereta daripada luar negara, sebelum ini ada kedengaran bagaimana mereka berpakat dengan pihak-pihak tertentu.

Saya bukan hendak buat tuduhan. Saya hanya dengar dakwaan dengan pihak- pihak kastam terutamanya undervalue the car, kereta ini supaya berbagai-bagai cukai yang murah yang tidak sepatutnya dengan harga kehendak yang sebenarnya. Maka sebab itulah satu AP bernilai RM50,000 atau RM60,000. Mereka yang menjual AP RM50,000 atau RM60,000, saya hendak tanya berapa banyakkah mereka ini bayar cukai? Kalau seseorang pemegang AP mempunyai lima AP satu bulan, kalau kita tengok ke belakanglah. Tiga, empat tahun sebelum ini atau sebelum itu sewaktu ekonominya baik, mereka mendapat pendapatan tidak kurang dari RM250,000 sebulan. Saya percaya ia tidak melibatkan banyak cost overhead sebab jual kertas, jual AP. Tidak perlu ada banyak overhead.

Jadi kalau tidak perlu banyak overhead, apakah kos yang terlibat dan bagaimana mereka menyediakan akaun mereka kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri? Di sini saya percaya, kerajaan telah kehilangan banyak cukai-cukai yang patut dibayar oleh pihak yang berkenaan kepada kerajaan. Manakala rakyat lain termasuklah kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan, mereka ada rekod pendapatan mereka. Kalau ada rebat sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan, mereka tidak boleh lari. Akan tetapi syarikat boleh buat macam-macam laporan kewangan untuk mengelakkan cukai dan ada pemegang AP memegang AP, ribu jumlah APnya.

final • 10:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi kita hendak tahu, kalau boleh Yang Berhormat kalau tak boleh jawab sekarang ini, secara detail kita hendak tahu semua syarikat yang dapat AP. Jumlah mereka bayar cukai lima tahun kebelakangan ini ataupun bermula dari tahun 2000 lagi sehinggalah sekarang ini. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset ataupun masalah krisis kewangan dunia, tetapi saya tahu AP masih lagi berharga lumayan. Jadi kita hendak tahu berapa banyakkah mereka ini membayar cukai sebab saya dapati Tuan Yang di-Pertua, satu AP RM5,000 boleh membiayai satu biasiswa untuk satu anak belajar di universiti selama tiga tahun. Jadi perkara ini perkara yang serius dan pihak kementerian mesti beri tumpuan yang secukupnya bersabit dengan cukai daripada syarikat-syarikat pengimport kereta dan juga pemegang-pemegang AP ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di peringkat dasar ini saya ingin membangkitkan beberapa perkara. Satu, dua perkara berkaitan dengan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan ini yang saya pasti ia dipinda akibat daripada pembentangan mini bajet seminggu yang lalu. Ini sudah tentu memerlukan beberapa penyelarasan yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan. Maka dengan sebab itulah saya telah berucap di peringkat dasar mini bajet yang lepas.

Saya mencadangkan supaya satu majlis rundingan tindakan ataupun krisis ekonomi negara ditubuhkan dan bukan sahaja sekadar kita melihat beberapa aspek.

Memang saya faham bahawa rang undang-undang ini terpaksa dipinda untuk menyelaras beberapa perkara yang telah disebut dalam mini bajet. Akan tetapi secara keseluruhannya melihat dengan izin, at the big picture, ia sudah tentu melibatkan kesan keseluruhan terhadap pendapatan rakyat dalam negara kita. Maka dengan sebab itulah saya ingin mendapat penjelasan pada pagi ini adakah kerajaan bersedia untuk melihat kembali, paling tidak pun dalam jangka masa pendek tentang Dasar Percukaian Negara terhadap rakyat.

Ini kerana sudah tentu apabila kita mengunjurkan bahawa krisis ataupun masalah ekonomi yang berlaku di peringkat global ini akan memakan masa paling tidak pun atau paling pendek pun mungkin lima tahun yang akan datang untuk rakyat keluar sepenuhnya daripada masalah ini. Maka sudah tentu tumpuan ataupun fokus kerajaan terhadap beberapa segmen ataupun percukaian ini akan dilihat hanya berpihak kepada golongan tertentu sahaja.

Sebagai contohnya, kita melihat tentang bagaimana ada negara-negara seperti Korea pada hari ini dan di England sendiri telah pada masa dahulu dan sekarang ini pun dalam mereka menghadapi masalah ekonomi ini, mereka telah mula memberikan kupon sebagai contoh, makanan secara direct atau secara terus kepada rakyat. Ini kerana apabila golongan ini mendapat kupon, mereka akan terus berbelanja dan ini akan menyebabkan ekonomi itu akan bergerak dalam jangka masa pendek.

Adakah kerajaan akan mengkaji mungkin dalam pembentangan bajet akan datang ini pada bulan September, maka kerajaan akan memikirkan secara serius bagaimanakah kaedah sistem percukaian itu akan dapat benar-benar meringankan beban rakyat dalam negara kita? Ini kerana saya rasa kita tidak boleh membuat satu penyelesaian yang secara adhoc semata-mata. Satu pendekatan yang lebih holistik perlu diambil oleh pihak kerajaan dan kita cukup kesal sebenarnya apabila di pihak sini, pihak Pakatan Rakyat mencadangkan supaya kita duduk semeja dan kita boleh memikirkan serta memfokuskan perkara-perkara penting yang kita anggap boleh kita memberikan sumbangan dalam kita menghadapi krisis ekonomi ini, tetapi...

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kubang Kerian...

final • 10:23 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi, sekejap. Dalam masa penggulungan langsung tidak menyentuh tentang satu forum yang boleh diadakan di mana kita boleh turut menyumbang bagaimana kita harus menghadapi masalah ekonomi yang ada pada hari ini. Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat sahabat saya Kubang Kerian. Saya selalu mendengar perkataan ‘Pakatan Rakyat’. Betulkah Pakatan Rakyat ini?

final • 10:23 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tahniah! Tahniah!

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak, ini bukan nama parti.

final • 10:23 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tahniah.

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya ingat, kalau Kubang Kerian katalah PAS kah, tidak payah pakai Pakatan Rakyat. Dia tidak ada, tidak berdaftar dengan Registerer of Society. Jadi cakap Pakatan Rakyat tidak ada, kalau Pakatan Pembangkang, ada... [Ketawa] PAS ini parti yang tertua, antara ketiga-tiga ini. Jadi jangan PAS merendahkan diri daripada parti-parti pembangkang yang lain.

final • 10:23 AM

Beberapa Ahli

Oh!... [Dewan riuh]

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagi saya PAS ini dia parti yang tua. Kalau DAP, kalau lagi Parti KEADILAN, lagilah...

final • 10:23 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

UMNO pun parti tertua bukan?

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yalah, jadi...

final • 10:23 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Jangan rendahkan diri bersama dengan MIC...

final • 10:23 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

PAS jangan merendahkan diri dengan Parti DAP dan Parti KEADILAN. Itu maksud saya supaya PAS seniornya itu dipertahankan. Itu maksud saya. Jangan terikut-ikut dengan orang yang sebenarnya hendak menggunakan kekuatan PAS.

final • 10:23 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Cukai mana dasar pula cakap ini? Sudah lari Tuan Yang di-Pertua, dasar sudah lari Tuan Yang di-Pertua. Ini dasar UMNO kah ini?

final • 10:23 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya, dibenarkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian untuk mencelah, jadi saya mencelahlah. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:23 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:23 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terutama sekali tahniah menang Timbalan Pengerusi Tetap.

final • 10:23 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Ketawa] Tahniah!

final • 10:23 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Sebab itu kalau nak bersyarah pun, tunggulah esok. Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kena-mengena dengan cukai ini.

final • 10:23 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, memang pun tidak ada kena-mengena.

final • 10:23 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Jadi saya teruskan Tuan Yang di- Pertua. Mengenai apa yang saya sebutkan tadi, maknanya saya mengharapkan supaya ada satu forum yang kita boleh berbincang secara serius. Saya ulangi sekali lagi bahawa Pakatan Rakyat bersedia bersama dengan pimpinan kerajaan untuk memberikan pandangan-pandangan kita dan supaya kita dapat untuk melihat tentang perkara ini kerana saya rasa rakyat memerlukan satu...

final • 10:23 AM

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Boleh saya mencelah sikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian, ada masalah sekarang ini di dalam pelaksanaan income tax ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Pertama sekali, anak-anak yang lebih daripada umur 18 tahun, tidak dikira lagi di bawah tanggungan ibu bapa. Dalam keadaan sekarang ini, anak itu masih belajar, mungkin sampai 25 tahun. Dalam keadaan situasi sekarang ini perlu, kerajaan tidak banyak mengeluarkan scholarship, memberi peluang kepada ibu bapa secara private nya untuk menghantar anak-anak di luar negara ataupun di pusat pengajian tinggi dan dimasukkan jumlah perbelanjaan setiap tahun itu di dalam pemotongan income tax, dikecualikan.

Sekarang ini hanya RM1,000 sahaja, bila anak lebih 18 tahun dan berada di pusat pengajian tinggi, dipotong RM1,000 sahaja.

Jadi tidak adil dan memberi satu kezaliman. Kalaulah dikenakan income tax kepada jumlah perbelanjaan pelajar ini kepada ibu bapa yang menghantar itu. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

final • 10:30 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Pengkalan Chepa yang telah memberikan pandangan yang saya rasa perlu untuk diambil berat oleh pihak kementerian. Dalam aspek itu sahabat saya daripada Pengkalan Chepa, semalam saya menekuni dan meneliti dengan cukup minat satu laporan dalam BBC. Saya melihat di United Kingdom sendiri, Menteri Kewangannya dan demikian juga di Jepun, Menteri Kewangannya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak intelektual dalam negara mereka. Siri-siri ini diadakan dengan cukup terbuka di mana banyak pandangan yang telah mereka berikan yang menjurus kepada beberapa review pihak kerajaan terhadap sektor pertanian serta pendidikan dalam negara mereka.

Jadi, saya merasakan memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi adalah satu perkara yang cukup munasabah di mana kita tidak hanya boleh melihat dalam aspek mini bajet ini sahaja sehingga pindaan ini terpaksa diadakan. Akan tetapi bagaimanakah kerajaan melihat yang saya kata tadi dalam jangka masa lima tahun, bagaimanakah sistem pencukaian itu akan benar-benar dapat membantu rakyat dalam negara ini untuk paling tidak pun merasa lega terhadap krisis yang ada pada hari ini? Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, itu contoh yang dihadapi oleh golongan kelas menengah yang saya juga merasakan bahawa adalah mungkin tidak adil kalau hanya RM1,000 yang dipotong sedangkan macam mana kalau dia ada lima atau enam anak yang belajar di peringkat pengajian tinggi. Bila anak-anak ini pula mereka terus begitu dedikasi dalam bidang mereka, melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan PhD.

Saya rasa ini kerajaan perlu lihat, ini kelas menengah, apatah lagi di peringkat kita lihat kalau kerani am, buruh am dan seumpamanya. Saya rasa mereka cukup terjejas dengan apa yang sedang berlaku pada hari ini. Maka dengan sebab itulah saya...

final • 10:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kubang Kerian, minta penjelasan sikit.

final • 10:30 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Ya.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya mohon pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini kerana di dalam penghujahan Yang Berhormat Kubang Kerian tadi saya melihat bahawa terdapat kerisauan bagaimana penggunaan wang kutipan cukai itu untuk kepentingan rakyat. Cuma saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini kerana peruntukan untuk mengutip cukai ini merupakan satu peruntukan berasaskan Perkara 96, Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa cukai atau apa- apa tidak boleh dikenakan melainkan mengikut undang-undang, itu ringkasnya.

Akan tetapi persoalan di sini, sejauh mana Yang Berhormat Kubang Kerian melihat cukai-cukai yang dikutip berdasarkan undang-undang ataupun peruntukan ini sebenarnya sampai kepada rakyat tanpa mengambil kira pertimbangan politik seperti yang digambarkan di dalam perlembagaan. Ini kerana yang kita bicarakan di dalam minggu lepas, bagaimana kewangan negara yang dikutip melalui cukai juga dinafikan di atas sebab politik yang mana melanggari aspek federalisme seperti yang digambarkan di dalam Perlembagaan.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi saya mohon Yang Berhormat Kubang Kerian, sejauh mana Yang Berhormat Kubang Kerian melihat bahawa cukai yang dibenarkan dikutip melalui undang-undang itu sebenarnya juga perlu dipastikan bahawa diberi dan disalurkan kepada rakyat tanpa mengambil kira kepentingan politik? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Ya, saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi itu adalah merupakan perkara yang paling asas dan paling fundamental dalam kita mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang wujud di atas semangat federalisme. Jadi, perkara-perkara yang menjadi State List, current list itu seharusnya dipelihara dengan baik dan cermat oleh pihak kerajaan. Ini supaya keadilan itu dapat kita laksanakan khususnya bila kita bercakap tentang bagaimanakah agihan-agihan kekayaan negara ini dapat sampai kepada semua pihak rakyat dalam negara kita. Terima kasih di atas pandangan itu daripada sahabat saya dari Balik Pulau.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya cuba untuk membentangkan di sini bahawa ada satu lagi golongan yang saya rasa perlu untuk diberikan perhatian iaitu suara-suara pada golongan pekerja ini. Kita telah menyaksikan bahawa hampir 40,000 pekerja-pekerja swasta telah diberhentikan akibat daripada krisis ekonomi ini. Kita melihat bagaimanakah kerajaan menggarap persoalan ini dan bagaimanakah bentuk pendekatan yang perlu dibuat. Saya rasa dalam aspek ini yang paling penting adalah tentang prioriti yang seharusnya dibuat oleh pihak kerajaan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri juga telah membuat satu pengumuman yang dikatakan satu tindakan yang immediate, yang serta-merta untuk merangsang ekonomi ini iaitu untuk menyegerakan pembinaan infrastruktur termasuklah bangunan-bangunan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia dan juga tentang beberapa bangunan yang melibatkan bangunan-bangunan kerajaan. Saya tidak menolak tentang perlunya disegerakan ataupun perlunya bangunan polis, pejabat-pejabat polis ini dibina dengan tahap yang ada pada hari ini tetapi adakah itu yang menjadi prioritinya. Kita bercakap tentang rangsangan ekonomi, kita bercakap tentang bagaimanakah kita hendak stimulate keadaan yang kita perlu fokus pada sektor-sektor tertentu.

Saya rasa itu bukan satu yang perlu diutamakan dahulu, yang kita melihat bahawa yang perlu diberikan fokus dahulu adalah bagaimana golongan yang berpendapatan rendah ini, kerajaan seharusnya memberikan dalam bentuk yang macam mana. Jadi saya rasa itu yang penting yang kita rasa stimulus itu, rangsangan itu mesti dibuat berasaskan kepada matlamat asal pembentangan mini bajet itu. Bukannya kita mendahulukan perkara yang saya rasa boleh kita buat, boleh kita kemudiankan sedikit. Akan tetapi yang lebih penting saya rasa adalah sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara maju yang ada pada hari ini iaitu mereka memfokuskan.

Kalau pertanian, bagaimanakah kita harus melihat bagaimanakah rangsangan itu dapat dirangsang dan hasilnya dapat dituai dalam masa yang singkat. Juga masalah pengangguran yang diakibatkan daripada pemberhentian serta-merta oleh pihak swasta yang kerajaan perlu untuk melihat bagaimanakah sistem pencukaian itu. Paling tidak pun kita mencadangkan dalam bajet yang akan datang, kenapa tidak mungkin yang akan datang ini beberapa peratus mungkin bagi pandangan kami, kerajaan menetapkan pemotongan 50 peratus mungkin dari cukai pendapatan. Ini supaya dengan pemotongan itu, maknanya rakyat semua mendapat bagaimana membelanjakan lebihan itu untuk merangsang ekonomi dalam negara kita dalam jangka waktu pendek ini. Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian untuk membincangkan tentang Rang Undang- undang Cukai Pendapatan 1967 (Pindaan) 2009.

Pertamanya, cukai pendapatan adalah penyumbang terbesar kepada revenue negara. Pada tahun lepas, cukai pendapatan telah menyumbang sebanyak RM60 bilion kepada revenue negara dan pertama terbesar selepas daripada cukai kastam.

final • 10:39 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Setakat ini kita hanya mempunyai seramai satu juta penyumbang kepada pembayar cukai pendapatan, orang-orang perseorangan. Sepatutnya Lembaga Hasil Dalam Negeri, melipatgandakan usaha lagi kerana dianggap seramai dua juta yang layak untuk membayar cukai dan tidak membayar cukai.

Jadi untuk melipatgandakan hasil negara, seharusnyalah Jabatan Hasil Dalam Negeri melipatgandakan usaha bagi memastikan supaya orang yang tidak ataupun mengelak membayar cukai ini, dapat sama-sama menyumbang kepada pendapatan negara. Seterusnya, usaha seharusnya dijalankan kepada mereka yang banyak mengelak pembayaran, pertamanya macam hawkers, restoran-restoran dan juga peniaga-peniaga yang mendapat pendapatan yang cukup banyak, tetapi mengelak untuk membayar cukai.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dianggap satu daripada negara yang tertinggi sekali, terpaksa membayar cukai korporat sebanyak 25 peratus, walaupun satu ketika dulu kita membayar 27 peratus, sekarang telah dikurangkan kepada 25 peratus.

Akan tetapi kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, Singapura telah menurunkan daripada 18 peratus kepada 17 peratus, Hong Kong sekarang tinggal 16.5 peratus, sementara Ireland 12 peratus.

Perkara ini telah saya bangkitkan semasa kita membincangkan tentang belanjawan dan juga pakej rangsangan pertama dan kedua, kerana untuk kita memastikan pihak pelabur akan terus datang menanam modal dalam negara kita, selain daripada insentif-insentif fiskal yang kita tawarkan kepada mereka, seharusnyalah kita memikirkan tentang insentif yang lain, dalam bentuk mengurangkan lagi cukai korporat.

Keduanya, negara Singapura dan Amerika pada ketika ini telah memperkenalkan satu skim, di mana mana-mana syarikat yang mengalami kerugian hasil daripada masalah kelembapan ekonomi yang berlaku ketikan ini syarikat-syarikat tersebut dibolehkan menyemak semula semua pembayaran cukai selama tiga bulan terakhir, dan mana-mana angka yang dikurangkan, boleh syarikat-syarikat ini tuntut semula kepada kerajaan supaya dapat membantu syarikat bagi memastikan supaya mereka terus dapat menggaji pekerja- pekerja.

Seterusnya cukai-cukai pendapatan bagi orang-orang perseorangan.

Pengurangan 1 peratus yang telah dibuat pada ketika ini adalah tidak memadai, kerana kebanyakan daripada mereka sebenarnya membayar satu jumlah yang cukup besar.

Seharusnyalah kerajaan dapat memikirkan bagi memastikan supaya pembayar-pembayar cukai yang cukup setia, seramai satu juta orang ini, satu juta lagi mengelak untuk membayar. Yang membayar satu juta tadi, seharusnyalah kita berikan sedikit insentif kepada mereka dengan memberikan pengurangan terutama dalam keadaan kita menghadapi kegawatan pada ketika ini. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 10:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini, yang bertujuan untuk mengambil langkah-langkah bagi menghadapi kemelut ekonomi sekarang ini. Dengan yang demikian, saya nampak daripada ucapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tidak begitu jelas mengenai apa yang disebutkan sebagai adjusted lost dan juga misalnya define aggregate income.

Misalnya, kerugian larasan yang boleh dibawa ke belakang sebagai potongan untuk mendapatkan jumlah pendapatan seseorang itu, bagi tahun 2008, 2009, 2010. Di sini saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan, ini bukan satu dasar yang besar tapi ekoran daripada mini bajet bulan lepas, kita terpaksa berbuat demikian untuk membolehkan peniaga-peniaga rakyat Malaysia, menghadapi kesusahan dengan kelembapan ekonomi ini. Akan tetapi, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita letakkan tahun-tahun misalnya 2010. Adakah ini bermakna ekonomi akan pulih selepas 2010. Ini memang seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi, maksudnya selepas 2010 semua itu beres, tidak akan menghadapi... [Ketawa] Itulah maksudnya tadi bukan.

final • 10:44 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jadi saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan, apakah kita masih akan menghadapi kesusahan pada tahun 2010, saya berharap tidak. Kalau kita menghadapi kesusahan, apakah langkah yang diambil, adakah ini bermakna kita akan balik ke Dewan yang mulia ini untuk meminda Akta Cukai Pendapatan sekali lagi?

Di sini Tuan Yang di-Pertua, membawa ke belakang kerugian larasan kepada tahun taksiran 2009 atau 2010 ke tahun taksiran sebelumnya yang terdekat. Di sini disebutkan di dalam rang undang-undang bahawa, seseorang itu boleh membuat pilihan yang tak boleh dibatalkan. Ini memang saya bingung juga, “Mana-mana orang boleh membuat pilihan yang tidak boleh dibatalkan, dan membawa ke belakang kerugian larasan dalam borang penyata yang dikemukakan.” Jadi bolehkah Yang Berhormat terangkan, apa yang disebutkan sebagai taksiran yang terdekat dan juga pilihan yang tidak boleh dibatalkan, kerana tidak begitu jelas di dalam rang undang-undang ini. Ini bermakna, bayaran yang akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk maksud kerugian larasan ini, apakah yang dianggarkan oleh pihak kementerian, amaun yang akan dibayar. Ini kerana tuntutan untuk kerugian larasan ini, berapa bilion ataupun berapa juta akan dibayar oleh pihak kementerian kelak, ataupun kerugian yang akan dialami oleh pihak kementerian untuk menguatkuasakan rang undang- undang ini.

Di sini, saya hendak bertanya seperkara lagi, amaun maksimum sebanyak RM100 ribu, dan mengapa kita tetapkan untuk RM100 ribu dan bukan untuk RM200 ribu [Ketawa] ataupun RM300 ribu. Mengapa angka asal ini RM100 ribu, apakah rasionalnya untuk mengadakan satu amaun maksimum RM100 ribu ini.

Di sini... [Disampuk] Tidak banyak juga RM100 ribu sahaja, mengapa kita tak letakkan RM500 ribu, inilah masalah kita. Di sini saya memang tidak begitu fasih dengan apa yang disebutkan sebagai the amount of 108 balance or revise 108 balance of that company, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita semua, apakah yang dimaksudkan oleh perkataan 108 balance, imbangan 108.

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 10:44 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, satu potongan bagi individu berkenaan dengan faedah yang dibelanjakan untuk membiayai pembelian satu unit harta kediaman. Apakah maksud pihak kementerian untuk mengadakan satu pindaan seumpama ini? Adakah ini untuk menggalakkan industri pembinaan atau industri perumahan. Orang sekarang menghadapi masalah ekonomi, masalah kerja dan sebagainya. Mungkin mereka tidak ada kerja langsung dan kita adakan satu pindaan untuk membolehkan seseorang itu membeli satu unit harta kediaman dan potongan peribadi terhad kepada amaun maksimum sebanyak RM10,000 ke atas faedah yang dibelanjakan setahun untuk tiga tahun asas berturut-turut.

Di sini juga saya hendak menyoalkan mengapa kita tetapkan RM10,000 bagi satu tahun untuk tiga tahun berturut-turut dan kita tidak tetapkan RM20,000 atau RM30,000.

Apakah asasnya untuk menetapkan satu angka RM10,000 bagi potongan untuk berbelanja bagi pembelian satu unit harta kediaman. Di sini saya hendak mengulangi bahawa rakyat Malaysia mengalami kesusahan dan apakah tujuan yang sebenarnya untuk mengadakan satu pindaan seumpama ini. Seterusnya mengenai perbelanjaan pengubahsuaian atau pembaharuan yang layak pada atau selepas 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010. Ini bermakna pihak kementerian sudah mengetahui pada 31 Disember 2010, ekonomi akan pulih. Ini memang ditetapkan di sini satu pindaan untuk pengubahsuaian ke atas mana- mana premis yang digunakan bagi maksud perniagaannya. Di sinilah satu had juga yang dikenakan iaitu tidak boleh lebih daripada RM100,000. Memang RM10,000 atau RM100,000.

Ini memang satu angka yang digemari oleh pihak kementerian. Di sini mungkin hendak menggalakkan peniaga-peniaga atau pengilang-pengilang untuk mengubahsuai kilang-kilang atau lojinya. Dengan demikian dibenarkan potongan tidak lebih daripada RM100,000 bagi kilang, kedai, loji ataupun sebagainya. Dengan ini mungkinlah menggalakkan pihak mereka terus berniaga dan sebagainya.

final • 10:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya berharap semua langkah-langkah yang diambil selepas pindaan yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini yang cocok dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang dibentangkan bulan lepas. Maka, kita berharaplah langkah-langkah yang diambil ini adalah benar-benar berkesan dan yang penting sekali kakitangan jabatan cukai mestilah mempertingkatkan keberkesanan untuk bekerja dan mestilah meningkatkan prestasi untuk semua ini. Saya ada menerima aduan bahawa pihak jabatan cukai tidak begitu berkesan di dalam mengurus semua permohonan dan sebagainya.

Di sini saya berharap dengan adanya pindaan ke atas Akta Cukai Pendapatan ini, semua kakitangan kerajaan dan kakitangan di dalam jabatan cukai ini dapat mempertingkatkan prestasinya supaya kita sama-sama boleh menghadapi kemelut ekonomi ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pontian.

Selepas itu Yang Berhormat Kuala Langat. Saya minta maaf Yang Berhormat yang lain.

Saya akan panggil Yang Berhormat Menteri menjawab selepasnya.

final • 10:50 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa perkara ringkas yang ingin saya tanyakan mengenai pindaan Akta Cukai Pendapatan ini. Pertama ialah mengenai carry-back losses dengan izin. Kerugian tahun semasa dibenarkan di bawa ke belakang ini. Dalam Mini Bajet 2009, disebut bahawa cadangan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2009 dan 2010. Namun, dalam fasal rang undang-undang ini, disebut berkuat kuasa untuk tiga tahun iaitu 2008, 2009 dan 2010.

Kelihatan di situ ada perbezaan dari segi kuat kuasanya. Dalam mini bajet cuma dua tahun tetapi rang undang-undang melibatkan tiga tahun.

Kemudian dalam pindaan ini juga ada disebut mengenai untuk menggalakkan pelaburan ke atas loji. Disebut mengenai loji tetapi dalam mini bajet disebut mengenai loji dan juga jentera. Bererti dalam pindaan ini tidak disebut mengenai jentera, jentera berat, kenderaan bermotor, lain-lain peralatan pejabat, perabot dan lengkapan yang ada dinyatakan dalam jadual mini bajet. Seterusnya, dalam fasal 6 pindaan ini ada menyebut tentang galakan bagi mengubahsuai iaitu pengubahsuaian dan membaik pulih premis perniagaan. Saya ingin menyatakan sokongan tentang fasal enam ini kerana ini dapat membantu perniagaan terus berdaya saing dan mengurangkan kos perniagaan dari segi perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih premis perniagaan dan ada disebut bahawa ada 16 item yang layak mengenai hal ini seperti pemasangan elektrik am, lampu, sistem gas, sistem air, lengkapan dapur, lengkapan kebersihan, lantai, penutup dinding, siling, pasu, ciri-ciri hiasan, kanopi dan bilik rekreasi untuk pekerja. Adakah hanya 16 item ini sahaja yang terlibat? Adakah kerajaan bercadang untuk meluaskan lagi senarai itemnya seperti jika syarikat itu ingin mengubahsuai satu bilik biasa kepada surau untuk bersembahyang misalnya. Dalam senarai 16 ini tidak ada disebut tentang perkara itu.

Seterusnya saya juga ingin menyokong fasal 5 iaitu kedudukan semasa sekarang ini faedah ke atas pinjaman perumahan yang dibayar oleh pembayar cukai individu dibenarkan potongan bagi tujuan cukai pendapatan sekiranya pembayar cukai mendapat pendapatan sewa daripada rumah tersebut. Cadangan yang dibuat dalam rang undang- undang ini kelihatannya adalah bagi merangsang sektor perumahan di samping meningkatkan pendapatan boleh guna pembayar cukai individu yang telah juga dicadangkan dalam mini bajet. Potongan sehingga RM10,000 setahun dan saya ingin bertanya sebagaimana pertanyaan Yang Berhormat Kepong, mengapa hanya RM10,000 dan mengapa angka itu tidak ditambah.

Saya juga ingin menyentuh sedikit sahaja secara umum mengenai cukai ini.

Pertama, pendidikan kepada orang ramai tentang pentingnya membayar cukai pendapatan perlu dibuat agar lebih ramai rakyat dengan sukarela membayar cukai sebagai satu tanggungjawab. Kita juga mengalu-alukan kaedah pembayaran secara online yang telah dilakukan oleh LHDN. Cadangan kedua seterusnya ialah kaunter-kaunter cukai pendapatan perlu dibanyakkan lagi di semua kompleks-kompleks perniagaan. Selain itu pejabat LHDN di peringkat daerah yang belum ada hendaklah diadakan. Walaupun kecil, tetapi berkesan untuk memberi penerangan dan membuat pembayaran.

final • 10:55 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Hal yang terakhir iaitu yang ketiga yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Banyak cadangan yang telah dibuat agar cukai syarikat diturunkan lagi daripada 27 peratus sekarang ini kepada 26 peratus.

final • 10:55 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Apakah jawapan pihak kementerian tentang penurunan seterusnya agar lebih membantu syarikat-syarikat swasta dalam menangani masalah ekonomi kini. Pada ketika yang sama, kita juga menyedari kerajaan perlukan dana daripada syarikat-syarikat berkaitan. Saya ingin bertanya berapa banyak pendapatan kerajaan yang berkurang jika penurunan dibuat lagi sekitar 1 peratus misalnya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan

(Pindaan) 2009. Seperti mana yang tercatat dalam pindaan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua saya terpanggil untuk membicarakan fasal 7 dalam perkara atas pindaan ini disifatkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2008.

Seperti mana yang diketahui bahawa pindaan ini terpakai, disifatkan berkuat kuasa pada 2008, 2009, 2010. Jadi persoalannya sekarang ialah peningkatan RM6,000 daripada pemotongan itu pergi kepada RM10,000 ini dikuatkuasakan pada 1 Julai. Maksudnya, sebelum 1 Julai 2008 itu mereka tidak tergolong daripada amaun yang telah pun disebut sebagai RM6,000 kepada RM10,000. Ini saya kira tidak begitu bersifat kepada pembantuan dalam segi pindaan itu sendiri yang mana renti kerja sementara telah bermula daripada tahun 2008. Apabila kita membuat satu laporan terus, kita kena membuat laporan terus pada satu angka tahun, tidak boleh pada separuh tahun. Jadi, ini memberikan kesan apabila kita melaporkan pada hujung tahun, perlakuan atas renti kerja sementara yang berlaku pada pekerja...

final • 11:01 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Minta laluan sedikit.

final • 11:01 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya ... Ya.

final • 11:01 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Hendak habiskan dahulu.

final • 11:01 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Teruskan, teruskan.

final • 11:01 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih sahabat saya. Saya minta untuk minta menyuarakan beberapa perkara tadi tetapi tidak ada peluang. Tidak apa lah.

Saya harap dalam pencelahan ini, boleh kita bangkitkan kalau diizinkan. Terima kasih.

Pertama, saya hendak...

final • 11:01 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh berucap. Kita buka balik. Saya dimaklumkan bahawa perbahasan akan diteruskan.

final • 11:01 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey. Saya hendak tanya berkenaan dengan cadangan kerajaan mewujudkan pampasan kepada pekerja-pekerja yang dibuang yang benda ini diutamakan kepada majikanlah, yang mengutamakan ini. Saya sokong perkara ini, tetapi sekali lagi seperti yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat dari Kuala Langat tadi. Kita hendak melihat bagaimana pelaksanaannya terutama kaedah- kaedah bagaimana kita betul-betul mengutamakan kebajikan pekerja, sebaliknya kita juga hendak tengok setakat mana majikan boleh memanfaatkan skim pindaan yang baru ini.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 11:01 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Okey, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Seperti mana Tuan Yang di-Pertua, apabila Menteri Kewangan melaporkan RM700 juta dana telah diperuntukkan untuk membantu sekitar 163 pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga bagaimana ianya diguna pakai dalam RM700 juta itu. Saya ingin mencadangkan supaya RM700 juta itu digunakan dengan kesesuaian kaedah itu sendiri.

final • 11:01 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Seperti mana yang saya telah memaklumkan dalam perbahasan untuk Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku awal penggal ini menegaskan, bahawa satu tabung harus diberikan dan diberi nama sebagai retrenchment fund, harus diwujudkan untuk memberikan rangsangan terus bantuan kepada pekerja-pekerja yang terlibat. Kesannya amat ketara apabila kita dapat mengangkat hak itu sendiri. Apabila berlaku contohnya syarikat-syarikat yang keluar atau telah bankrupt dan mereka kebanyakannya tidak membayar pampasan yang termaktub dalam Akta Pekerja itu sendiri. Pada pandangan saya, dengan adanya fund ini sendiri, ia sendiri akan membantu dan apply di bawah seksyen 60(j) Akta Pekerja 1955.

Kesan daripada itu, bantuan boleh diberikan, boleh digunakan oleh pekerja itu untuk menaiktarafkan atau mengatur penghidupan masa retrenchment itu berlalu. Untuk disifatkan akta ini diguna pakai hingga 2010, saya tidak begitu setuju Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa kita tidak tahu sampai bila kemelut, kegawatan ekonomi ini akan berakhir. Sebagai pencetus kepada dasar, kita harus menyifatkan ini sebagai terbuka sampailah kemelut ini selesai. Dalam kita menghadapi kemelut yang dahsyat dan kalau kita tidak mengimbanginya dengan serius dan kalau kita tidak menanganinya dengan begitu serius, saya percaya bahawa kemelut ini akan lebih menjurus kepada mala petaka yang besar dan rakyat akan mendapat kesan yang begitu malang, kerana kita tidak memastikan bahawa tabungan-tabungan yang telah disediakan ini memberikan manfaat terus kepada rakyat.

Saya juga mengambil peluang ini untuk mencadangkan bahawa di Singapore Tuan Yang di-Pertua, macam cukai untuk pekerja-pekerja asing di Singapore, mereka lakukan dengan cukup konsisten tanpa mengira dari mana-mana asalnya mereka ini.

Seperti mana yang berlaku di Singapura, EPF contohnya membuat potongan kepada semua pekerja asing di Singapore. Saya telah mencadangkan sebelum ini diwujudkan potongan itu supaya wang yang mereka hendak keluarkan itu, dapat satu sekatan.

Sekurang-kurangnya kerajaan dapat menggunakan wang potongan EPF ini untuk menjana kekuatan ekonomi kita. Dalam proses itu juga, aliran wang keluar itu kita dapat sekat.

Keduanya, kita dapat memantau sejauh mana kedatangan penghijrahan pekerja- pekerja asing ke negara ini, dan kita dapat mengambil keuntungan daripada hasil urus niaga ataupun pekerjaan yang telah mereka lakukan dalam negara kita ini. Saya memohon supaya Kementerian Kewangan memikir semula atau mengkaji semula tentang potongan EPF ini dan juga cukai direct kepada pekerja. Walaupun dia pekerja asing, kalau dia terlibat dalam pembuangan kerja di bawah seksyen 60(j) itu, dia pun wajib membayar sebagaimana pekerja-pekerja yang dikenakan cukai mereka dan tidak boleh dikatakan bahawa untuk mengambil hati negara jiran, kita tidak mengenakan sedemikian. Saya cadangkan supaya pekerja asing itu harus diberikan potongan yang diutamakan. Kemudian barulah pekerja tempatan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:01 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi lebih peluang lagi untuk Ahli Parlimen membahaskan pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya ingin membawa kepada perhatian Kementerian Kewangan bahawa pada tahun lalu, dalam Belanjawan 2009, Menteri Kewangan telah pun mengumumkan dua perkara yang matlamatnya adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia, terutamanya adalah potongan cukai sedikit bagi pendapatan individu. Ada sedikit, walaupun tidak sebanyak yang kita minta ataupun yang rakyat ingin melihat, tetapi ada juga sedikit potongan cukai individu.

Kedua adalah penurunan sumbangan kepada EPF, iaitu daripada 11 peratus sehingga 8 peratus kepada semua pekerja. Kalau tidak hendak, you akan apply separately lah untuk meningkatkan daripada 8 peratus ke 11 peratus. Kedua-dua fasal ini adalah bermatlamat untuk meringankan beban rakyat pada masa di mana inflasi tinggi, ekonomi merosot dan juga ia dapat membawa lebih cash, lebih wang perbelanjaan untuk rakyat jelata supaya mereka dapat merangsang ekonomi secara pembelian domestik, domestik consumption. Akan tetapi, dari segi implementasi agaknya ada polisi-polisi yang bercanggah dengan tujuan yang telah pun diberikan dalam Parlimen ini.

final • 11:07 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Antara satu polisi yang telah pun diimplementasikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah pertukaran, pindaan kepada Schedular Tax Deduction (STD) table ataupun jadual potongan cukai. Di mana jadual potongan cukai ini bagi setiap bulan pekerja-pekerja kena potong cukai terus masuk kepada LHDN daripada pihak majikan.

Potongan ini telah pun ditingkatkan bagi setiap orang bekerja, walaupun sebenarnya cukai yang perlu dibayar oleh pihak pekerja ini telah menurun sebenarnya, tetapi potongan yang diperlukan oleh setiap pekerja, setiap bulan yang perlu dibayar oleh LHDN melalui majikan telah pun meningkat dan bukannya meningkat sedikit. Meningkat sebanyak 15 peratus hingga 20 peratus.

final • 11:07 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya boleh berikan satu contoh. Pekerja yang bergaji sebanyak RM4000 setiap bulan, sumbangan cukai sebelum ini adalah RM77.00 setiap bulan yang kena bayar melalui majikan telah pun meningkat kepada RM93.00, iaitu peningkatan sebanyak 20.8 peratus dan pekerja yang bergaji lebih tinggi seperti RM8000 yang sebelum ini perlu membayar sebanyak RM668.00 setiap bulan telah pun meningkat kepada RM824.00 iaitu peningkatan RM160.00 setiap bulan ataupun 24 peratus setiap bulan. Campur lagi dengan potongan EPF oleh kerana sumbangan cukai adalah dependent on the total tax home pay iaitu gaji yang dibawa balik rumah selepas potongan EPF.

Oleh kerana potongan EPF telah direndahkan daripada 11 peratus sehingga 8 peratus, potongan cukai kena naik lagi kerana percentage yang bawa balik rumah pun kena potong cukai setiap bulan. Bagi seseorang yang katakan bergaji RM4000 setiap bulan, potongannya meningkat kepada RM138.00 setiap bulan daripada apa yang saya katakan iaitu RM77.00 ataupun peningkatan sebanyak 79 peratus. So the compounded effect of potongan EPF dengan peningkatan jadual potongan cukai menyebabkan seseorang yang bergaji RM4000 setiap bulan kena bayar cukai setiap bulan melebihi 79 peratus.

Adakah ini bercanggah dengan prinsip ataupun matlamat sebenarnya yang kerajaan ada untuk meringankan beban bagi rakyat di negara ini dan bagi tax home pay yang sebenarnya adalah untuk meningkatkan tax home pay seseorang pekerja supaya mereka dapat belanja lebih lagi daripada segi perbelanjaan bagi barangan keperluan. Bagi seorang yang bergaji RM4000 pada asalnya dengan polisi penurunan sumbangan EPF, sebenarnya peningkatannya RM88.00 setiap bulan saya dapat bawa balik rumah tetapi selepas kena potong hanya tinggal RM59.00. Bagi yang bergaji RM8000 setiap bulan, sebenarnya boleh bawa balik lebih RM240.00 tapi sekarang tinggal RM80.00 sebab RM160.00 kena bayar kepada pihak LHDN.

Ini merupakan satu polisi yang bercanggah dengan matlamat kerajaan dan saya harap kementerian akan mengambil perhatian supaya perkara ini dapat dibetulkan.

Mengenai satu perkara lagi iaitu cukai bagi pihak SME di negara kita. SME ataupun Small Medium Enterprises merupakan enjin ekonomi negara kita dan merupakan kebanyakan syarikat Malaysia sendiri, bukannya syarikat MSC, syarikat besar yang beruntung besar.

Kita sedang bercakap tentang SME di Malaysia. Mereka tidak mempunyai banyak insentif cukai. Sebenarnya kita perlu memberikan insentif cukai yang lebih baik kepada mereka. Di negara-negara lain seperti Hong Kong, seperti Singapura, SME mempunyai status tax yang istimewa di negara mereka.

Saya harap di Malaysia, kita dapat menurunkan kadar tax bagi pihak SME yang boleh jadi pendapatannya ataupun keuntungannya tidak melebihi katakan RM500,000 setiap tahun. Kita boleh menurunkan kadar tax kepada boleh jadi 18 peratus bagi SME di mana keuntungan RM500,000 dan ke bawah hanya dipotong 18 peratus tax dan kita minta lagi satu partial tax assumption threshold. Boleh jadi tahap RM200,000 di mana keuntungan RM200,000 dan ke bawah bagi really small medium enterprises. Potongan cukai hanya diturunkan kepada RM12,000.

Saya harap bagi cukai-cukai ini di mana pendapatan mereka tidak banyak, keuntungan mereka tidak banyak, potongan cukai ini banyak bermakna untuk pihak SME tapi tidak ada kesan yang besar kepada hasil yang benar-benar dikutip oleh Kerajaan Malaysia.

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Oleh sebab itu keuntungan mereka memang tidak besar daripada segi hasil yang dikutip oleh negara, potongan ini dapat memberikan rangsangan yang besar kepada pihak SME tanpa merugikan ataupun membuat susah bagi Kerajaan Malaysia untuk menimbangkan belanjawan mereka.

Satu lagi cadangan yang perlu difikirkan ataupun diambil kira dalam undang- undang kita adalah satu undang-undang tax untuk merangsang ataupun memberikan galakan kepada new companies, syarikat-syarikat yang baru, syarikat-syarikat yang berkreativiti ataupun syarikat-syarikat yang berinovasi. Terutamanya dalam masa ekonomi merosot pada masa ini, kita perlu menggalakkan lebih ramai pekerja yang telah pun dipecat daripada kerja ataupun yang diretrench, kita perlu menggalakkan mereka supaya membina ataupun mewujudkan satu business yang baru. Akan tetapi untuk mewujudkan satu business yang baru, kita tahu bukan senang. Kita perlu memberikan galakan kepada mereka.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Seperti bagi syarikat-syarikat baru, pertama, dua tahun...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rompin bangun, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sekejap ya. Bagi tax free for the first RM200,000 profit. First RM200,000 give them tax free. Kita memerlukan innovative tax measures to allow our economy to grow again.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Dia ini siang- siang, buah fikirannya baik tapi malam teruk sikitlah berpolitik. Politik pula ini, dia PKR kah apa Yang Berhormat PJ Utara ini?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

DAP.

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akan tetapi sama, sama. Kita semua sehati.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Ini kerana saya dengar cerita PKR ini banyak parti tidak lama dah hendak tutup, semua hendak balik semula DAP.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Niat jahat ini.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Ini sebab dia orang katalah sekarang ini PKR banyak masalah. Dah enam wakil rakyat dah berhenti.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

UMNO lagi besar masalah.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Bagilah. Yang Berhormat Shah Alam ini PAS ini, janganlah campur aduk. Saya bercakap mengenai PKR.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dalam UMNO banyak masalah.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ini dasarlah, dasar mana? Sekarang perbahasan dasar mana?

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Tak, hendak tanya tentang...

final • 11:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sekarang perbahasan dasar mana?

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Adui, geletek sikit pun dah macam begini besar. Makna penyakitnya besarlah Tuan Yang di-Pertua. Usik sikit wah, memang besar betul masalah nampak dalam sini. Betul saya mengatakan, saya baca internet semalam dia kata tukar nama Pakatan Rakyat Malaysia, tukar Parti Skandal Malaysia.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Saya pun tidak baca internet malam tadi tetapi itu mungkin parti PKR hendak tutup, hendak masuk DAP. Itu saya hendak tanya. Ini saya balik pada isu. Tahniah kepada Yang Berhormat PJ Utara.

Saya setuju bahawa dalam suasana sekarang ini kadang-kadang syarikat kita perlu buat satu produk baru. Patut kita beri galakan kepada mereka. Saya nak bertanya juga, produk baru ini apa bentuk, adakah kita juga? Anak muda sekarang ini mahu bukan sahaja produk baru tapi produk yang mesra alam. Ini yang orang kata teknologi hijau tapi bukan hijau PAS ini, green technology. Saya pakai perkataan Orang Putih, green technology bukan hijau. Hijau ini nanti malam-malam dia pakai pula untuk ceramah dia ini, PAS ini. Bukan ada modal dia orang PAS ini kadang.

Itu yang pertama. Kedua, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat bahawa adakah bersetuju Yang Berhormat tax base negara kita ini, 11 juta mereka yang membayar EPF, adakah Yang Berhormat tahu hanya satu juta sahaja yang bayar cukai pendapatan.

Dalam satu negara yang mana tax basenya amat narrow, kemampuan negara daripada segi pendapatannya amatlah terhad. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa tengok balik ini bahawa sistem cukai negara kita ini mungkin diperkenalkan VAT sebab di negara lain dah ada sistem VAT, negara kita tak ada. Adakah Yang Berhormat berpendapat, dengan pendapatan yang bertambah ini nanti boleh lagi perkara-perkara baru, pricing baru seperti Yang Berhormat katakan tadi boleh dilaksanakan oleh kerajaan?

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Pertama sekali bagi bekas Menteri dan juga boleh jadi potensi Menteri yang baru selepas ini ya. Kalau tidak jadi Menteri boleh sila duduk kat sebelah sini juga. Kita terima, kita tidak kisah history.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Isteri ke history?

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

History… [Ketawa] Bagi perkara yang pertama mengenai produk-produk yang baru bagi business yang baru yang menubuhkan katakan produk hijau, kita menggalakkan.

final • 11:10 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kita bukan sahaja perlu memberikan rangsangan dengan secara geran juga dan lebih rangsangan research dan development fund dan lain-lain. Akan tetapi ini bukan perkara yang kita bahaskan pada masa ini so pada masa ini saya menumpukan perhatian kepada syarikat SME, syarikat baru tidak kisah apa industri asalkan syarikat baru kita perlu memberikan galakan kepada mereka untuk menubuhkan syarikat baru ini dan apakah keuntungan yang boleh jadi RM100,000, boleh jadi RM50,000 terpulanglah kepada mereka pada tahun pertama, dapat tahun kedua supaya mereka dapat mengreinvest keuntungan ini untuk membina syarikat mereka.

Kita tidak kisah sama ada dia buka kedai buku, kedai runcit, kedai apa-apa pun pada masa ini di mana ramai orang menganggur dan kita perlu memberikan galakan kepada mereka asalkan mereka dapat menubuhkan syarikat yang betul, mendapat untung, kita berikan tax free incentive kepada dia orang for two years.

Okey, perkara yang terakhir yang saya ingin bawa kepada perbahasan Akta Cukai ini adalah mengenai tax credit system. Kita tahu seperti apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Rompin tadi memang betul tax based kita adalah narrow yang bayar cukai hanya lebih kurang 10 peratus sehingga 15 peratus daripada pekerja-pekerja di Malaysia.

Bagi soalan DAT, boleh jadi bukan soalan bagi sayalah, soalan bagi Menteri untuk menjawab adakah Menteri berhasrat untuk mewujudkan satu sistem DAT di negara kita dan apakah cara dia. Kita tahu bahawa DAT memang adalah dalam rancangan untuk diimplementasikan dua tahun yang lalu tetapi telah di postpone ataupun telah dibatalkan.

final • 11:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tunggu Yang Berhormat Rompin jadi Menteri.

final • 11:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Adakah ia akan balik kepada sistem cukai di Malaysia pada masa yang akan datang, satu tahun, dua tahun, lima tahun kita tidak tahu. Boleh jadi Menteri boleh berikan penjelasan.

final • 11:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tunggu Yang Berhormat Rompinlah yang jadi Menteri.

final • 11:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tunggu Yang Berhormat Rompin jadi ,Menteri mana boleh. Bekas Timbalan Menteri Kewangan. Sepatutnya dia yang tahu, bukan tanya saya. Dia yang implementasikan DAT... [Ketawa] Akan tetapi tax credit saya ingin menimbulkan, keluar pula. Saya ingin menimbulkan perkara tax credit iaitu satu tax system yang telah pun diimplementasikan di negara Amerika Syarikat, di United Kingdom di mana bukan sahaja orang yang kaya dicukaikan tetapi orang yang miskin dapat rebat cukai daripada sistem kewangan.

Ini adalah cara yang baik bukan sahaja untuk meringankan beban orang yang termiskin sekali di masyarakat kita tetapi juga untuk memberikan sekali lagi rangsangan ekonomi, stimulate economy kerana bagi pihak yang miskin sekali apabila dapat wang terus akan belanja di hypermarket, kedai runcit, pasar raya, terus akan belanja dan terus akan merangsang ekonomi kita.

Ini merupakan satu sistem yang perlu diambil kira pada masa yang akan datang supaya negara kita akan dapat maju ke hadapan mengikut step-step yang telah diambil oleh negara-negara yang telah pun maju seperti Singapura, seperti Hong Kong dan juga Thailand yang telah pun mewujudkan satu sistem yang agak similar dengan tax credit system. So saya harap Menteri dapat memberikan penjelasan yang secara wajib dan munasabah dan akan mengambil kiralah perkara-perkara yang telah pun saya timbulkan sebelum ini. Terima kasih.

final • 11:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut berbahas Rang undang-undang D.R 5/2009 iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya ingin menyentuh satu dua perkara sahaja soal cukai bagi yang terkandung dalam jadual tiga di sini iaitu syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk mempercantikkan dan memperbaiki bangunan masing-masing.

Ingin saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada syarikat-syarikat yang berkeinginan untuk membantu dasar CSR kerajaan iaitu corporate social responsibility yang mana apabila kita melihat syarikat-syarikat yang agak besar, yang mengaut keuntungan yang besar kadang-kadang kita terlepas pandang soal perbelanjaan mereka terhadap corporate responsibility iaitu yang mana kita memohon untuk membuat satu projek kemasyarakatan. Ini tidak begitu jelas bahawa ini perbelanjaan serupa macam ini tidak kena dikecualikan daripada cukai dan sebagainya.

Jadi walaupun dasarnya ada tetapi galakan daripada pihak kerajaan ini agak kurang. Jadi saya mengharapkan kementerian untuk membuat satu penjelasan sekali lagi kepada syarikat-syarikat yang besar terutama sekali plantation atau perladangan kita untuk memberi sumbangan kepada projek-projek kemasyarakatan dan kedua sumbangan kepada persatuan-persatuan NGO dan sebagainya.

Perkara seperti kecantikan bandar, sumbangan syarikat-syarikat seperti ini terhadap bangunan-bangunan yang agak uzur tidak kira syarikat itu punya bangunan tetapi atas arahan PBT maka adalah diharapkan supaya syarikat-syarikat ini boleh juga memajukan perbelanjaan telah diajukan kepada projek kemasyarakatan seperti kecantikan bandar, landscaping dan sebagainya.

Kedua, perkara soal cukai pendapatan perseorangan. Pertama sekali individu- individu yang ingin melanjutkan pelajaran terutama sekali mengambil pengajian sarjana ataupun PhD. Jadi perbelanjaan ini agak besar maka saya harap ini dapat dijelaskan oleh pihak kementerian supaya dalam apa yang terkandung dalam ucapan Titah Baginda itu kita menggalakkan rakyat di negara ini untuk lebih penting kepada ilmu pengetahuan. Jadi ini satu daripada galakan daripada pihak kerajaan maka kementerian adalah diminta untuk menjelaskan bahawa perbelanjaan atas melanjutkan pelajaran ini dapat dikecualikan cukai.

final • 11:24 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Dalam Jadual Tiga ini daripada 10 Mac 2009 sampai 2010, semua perbelanjaan ini mungkin dikecualikan mengikut pindaan ini tetapi yang penting bagi orang awam adalah penjelasan dari pihak kementerian.

Ketiga Yang Berhormat Menteri, cukai yang dikenakan kepada persatuan- persatuan NGO iaitu persatuan bukan kerajaan yang di cukai atas daripada hasil interest atau faedah daripada bank simpanan mereka. Satu kes yang baru saya terima surat pagi tadi bahawa persatuan NGO iaitu ’Jasus’ Malaysia mempunyai satu syarikat bernama ’Jasim Berhad’ dan yang sebenarnya ini adalah yayasan untuk mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti leadership organization dan mereka dikenakan cukai atas akaun bank yang memberi faedah dan saya rasa ini tidak seharusnya dikenakan cukai kerana ini memang jelas bahawa persatuan ini memang untuk projek kemasyarakatan iaitu projek-projek latihan kepimpinan kepada belia-belia.

final • 11:24 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi mereka ini akan mengadakan konvensyen pada 16 Oktober tahun ini di Ipoh dan mereka juga telah meminta walaupun berdaftar dalam Kementerian Belia dan Sukan mereka tidak mencukupi wang. Jadi terpaksa untuk mengadakan konvensyen ini mereka minta bantuan daripada pihak kementerian. Jadi, ini pun sedang dilaksanakan dan apa yang saya sentuh tadi memang persatuan seperti ini bukan sahaja di Malaysia banyak lagi persatuan NGO yang bertumpu kepada projek kemasyarakatan. Saya harap kementerian memandang perkara ini dengan serius untuk menggalakkan ramai belia kita untuk menyertai dalam bidang NGO sukarelawan negara yang tidak mementingkan kepada pendapatan ataupun hasil faedah kepada seseorang itu. Akan tetapi membantu kepada masyarakat awam dan ini saya harap kerajaan dapat melihat perkara ini. Ini adalah satu jalan yang dasar kerajaan ini yang disahut oleh pihak-pihak belia negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak membangkitkan beberapa perkara yang tidak disentuh oleh rakan-rakan terdahulu.

Pertama berkenaan peringkat dasar pindaan rang undang-undang pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang meminta kita untuk melihat semula bagaimana peranan boleh dimainkan oleh pihak kerajaan serta kementerian untuk membantu rakyat terutamanya dalam keadaan krisis ekonomi yang dirasai oleh semua peringkat dalam masyarakat kita.

Beberapa hari yang lalu Menteri Kewangan mengumumkan bahawa cukai terkini yang dikutip sepanjang tahun lepas adalah bernilai RM90.972 bilion. Ini adalah pencapaian yang paling tinggi di dalam sejarah kegiatan pengutipan cukai kita selama ini. Jauh sekali lebih tinggi berbanding dengan jumlah-jumlah kutipan cukai setahun ataupun beberapa tahun selepas kita melaksanakan pakej-pakej terutamanya projek-projek yang dilaksanakan di bawah rancangan-rancangan Malaysia seperti yang terdahulu.

Kita mengharapkan prinsip ataupun rejim cukai kita tidaklah sesuatu yang rigid iaitu seluruh negara ataupun seluruh pentadbiran cukai di dalam dunia mengharapkan satu rejim cukai yang fleksibel iaitu bersesuaian dengan keadaan semasa terutamanya ekonomi di dalam sebuah negara. Kita lihat seperti yang disebut oleh rakan kita tadi Yang Berhormat Pengkalan Chepa perkara yang paling banyak diteliti pada masa ini ialah apabila pakej rangsangan yang diumumkan bernilai RM60 bilion serta RM7 bilion yang lalu sama ada ia benar-benar memberi kesan atau faedah secara langsung kepada rakyat yang banyak ataupun tidak.

Rakan saya Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi mempersoalkan kewajaran kita meneruskan pelepasan kepada anak atau kepada tanggungan seperti yang kita amalkan sebelum ini sama ada wajar kita teruskan ataupun kita teliti semula. Berdasarkan kepada kedudukan ini kita telah memberi pelepasan untuk setiap anak dihadkan di bawah umur 18 tahun ke bawah sebanyak RM1,000 telah pun dilaksanakan hampir lima tahun ataupun enam tahun. Kalau diambil kira dengan kewajaran ini perbelanjaan untuk seorang anak kalau diambil kira bilangan harinya dalam setahun pelepasan itu adalah hanya terhad kepada RM3.20 lebih kurang untuk setiap anak.

final • 11:31 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedangkan realiti perbelanjaan keadaan semasa sekarang untuk setiap anak di bawah 18 tahun ibu bapa terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM21 atau RM22 untuk setiap hari kepada setiap anak. Ini menjadikan bahawa pelepasan yang kita timbang atau kita peruntukan kepada pelepasan anak amat terlalu jauh ke belakang daripada memberi gambaran sebenar terhadap tanggungjawab membesarkan atau tanggungjawab terhadap anak ataupun tanggungan di dalam sesuatu keluarga.

Saya bersetuju dengan rakan kita tadi supaya jumlah pelepasan ini ditimbang semula berdasarkan keadaan semasa dan juga keadaan fleksibiliti dalam sistem percukaian yang sepatutnya kita ambil kira. Ini secara langsung akan memberi faedah dan akan memberi gambaran bahawa pakej rangsangan yang diberi atau ditimbang untuk kesejahteraan rakyat benar-benar memberi impak dalam masa yang terdekat atau immediate.

Perkara yang juga disentuh secara langsung tetapi diharapkan pihak Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi tumpuan kepada perkara ini. Perkara tersebut ialah apabila sesi Parlimen minggu lalu kementerian memberi jawapan kepada soalan di mana pada tahun 2008 kerajaan ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan permohonan penghapusan cukai. Menghapus kira cukai bernilai RM398 juta. Ini adalah mengambil kira cukai yang telah di tafsir dan dikira yang sepatutnya menjadi pendapatan atau revenue kepada Kerajaan Malaysia. Namun, sebagaimana jawapan yang diberi kepada soalan yang saya tanyakan kementerian atau Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meluluskan atau melaksanakan penghapus kira cukai sebanyak RM398 juta tadi.

Ini adalah sedikit bercanggah atau bertentangan dengan jawapan yang pernah Yang Berhormat Menteri berikan pada sesi yang lalu iaitu jumlah penghapusan atau menghapus kira cukai sepanjang tahun 2008 dianggarkan bernilai RM1.192 bilion. Pihak kementerian juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa RM312 juta adalah penghapusan kira cukai-cukai tidak langsung dan selebihnya adalah cukai langsung.

Apa yang saya terima jawapan pada minggu yang lalu pada tahun 2008 tidak ada cukai tidak langsung yang dihapus kira. Saya minta pihak Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan ulasan bagaimana terdapatnya percanggahan yang begitu besar tentang jumlah ini. Saya mengambil kira juga klasifikasi sulit seperti yang diberikan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri di bawah seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967. Namun, dalam suasana apabila kita memikirkan bagaimana pakej-pakej rangsangan ataupun tujuan kerajaan untuk membantu memulihkan keadaan ekonomi sekali gus mengaktifkan semula perniagaan-perniagaan yang akhirnya dapat meraih cukai ataupun pendapatan pada pihak kerajaan. Saya rasa classified seksyen 138 tidaklah wajar untuk kita berikan terutama di dalam Dewan yang mulia ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Kita juga rasa perlu untuk kita jawab atau kita terangkan bagaimanakah kaedah atau indicator dengan izin, kita berikan kepada syarikat-syarikat yang telah pun kita pertimbangkan untuk keputusan menghapus kira cukai. Saya pernah bangkitkan bahawa cara atau kaedah untuk menghapus kira cukai di bawah seksyen 129.

final • 11:31 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau kita teliti adalah begitu mudah kerana akta ini memberi kuasa penuh kepada Menteri untuk menilai dan sekiranya berpuas hati atas beberapa aspek termasuk juga aspek poverty dan juga justice maka dianggap berhak. Saya hendak maklumkan kepada pihak Menteri, jawapan yang diberikan kepada saya dalam Dewan yang mulia ini juga, anggapan ataupun persepsi peniaga-peniaga ataupun pembayar-pembayar cukai secara khususnya kepada syarikat-syarikat gergasi ataupun syarikat-syarikat induk yang disifatkan atau diberi persepsi sebagai penjana utama kepada ekonomi negara. Pihak Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga memaklumkan bahawa sebahagian daripada GLC atau non-GLC juga menjadi penyumbang terbesar iaitu 91.8 peratus kepada pendapatan negara dan sebahagian atau bakinya datang daripada pembayar cukai yang ramai...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Namun, dia tidaklah menghasilkan pendapatan yang begitu besar kepada negara.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya dari Indera Mahkota. Saya tertarik apabila Yang Berhormat menyentuh soal penjana utama negara ini, syarikat-syarikat gergasi, syarikat-syarikat yang besar. Sedar atau tidak Yang Berhormat, ada satu dasar kerajaan iaitu CSR yang disebut corporate social responsibility.

Syarikat-syarikat gergasi ini kecuali daripada GLC kerajaan yang banyak kali menyumbang kepada projek-projek kemasyarakatan.

Di Sabah Yang Berhormat, saya tidak tahulah Yang Berhormat di Indera Mahkota di Pahang, masyarakat di luar bandar ini melihat tanah-tanah yang besar, di buka dengan luas, bukan FELDA, Boustead, 101 dan banyak lagi syarikat yang lain. Kita tidak pernah melihat kadang-kadang projek-projek kemasyarakatan oleh syarikat-syarikat ini. Jadi persepsi rakyat jelata di akar umbi bahawa syarikat ini mengaut keuntungan sahaja walaupun dikatakan Yang Berhormat tadi menjana keuntungan negara. Jadi bersetuju atau tidak Yang Berhormat bahawa syarikat-syarikat ini adalah kurang memberi tumpuan kepada dasar kerajaan itu iaitu corporate social responsibility kepada masyarakat ini.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Persepsi pembayar-pembayar cukai terhadap rakyat secara keseluruhan ataupun juga tanggungjawab corporate social responsibility memang ada. Akan tetapi yang penting di peringkat kita ini ialah bagaimana persepsi rakyat keseluruhan terhadap mereka kerana mereka telah diberi sebagai satu blanket keistimewaan yang cukup jelas kepada pihak kerajaan. Saya bagi contoh, satu masa dahulu beberapa tahun kebelakangan yang lalu, syarikat GLC terbesar seperti MAS juga sebenarnya tidak pernah membayar cukai kerana mereka ini tidak pernah mendapat untung. Mereka memberi alasan bahawa kerana mereka terpaksa menanggung tanggungjawab sosial dan sebahagian daripada entiti di dalam syarikat penerbangan ini juga terpaksa menanggung atau diberi kelebihan oleh kerajaan melalui elaun-elaun modal berbentuk seperti jentera dan sebagainya menyebabkan mereka ini tidak langsung dikenakan cukai. Akhirnya mereka menanggung kerugian.

Jadi macam mana kita hendak mengharapkan syarikat-syarikat besar begini menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat terbanyak sedangkan mereka mengisytiharkan mereka ini tidak mendapat keuntungan atau menanggung kerugian. Pada pembentangan kali ini, rang undang-undang yang dicadangkan kali ini, pihak kementerian juga dengan terang dan nyata mencadangkan supaya wujudnya satu elemen membawa ke belakang kerugian yang boleh diserap di dalam tahun-tahun ke belakang.

Perkara ini juga akan menjadi satu persepsi kepada masyarakat terutamanya syarikat-syarikat besar yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial dengan wujudnya reverse ataupun undur ke belakang untuk menyerap kerugian masing-masing.

Sudah tentu kadar penyerapan kerugian ini akan membolehkan mereka menyusun semula cash flow ataupun unjuran kepada keuntungan syarikat itu dan saya yakin rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak juga mengharapkan perkara yang sama.

Kita belum mendapat keyakinan bahawa GLC yang dianakemaskan oleh kerajaan benar-benar setakat ini menjalankan tanggungjawab sosial seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan. Walaupun ada sebahagiannya, namun mereka juga mendapat faedah yang berganda seperti pengecualian cukai di bawah seksyen-seksyen lain iaitu seksyen yang memperuntukkan sebahagian daripada sumbangan kepada entiti ataupun badan-badan yang berhak untuk mengecualikan cukai masih lagi mendapat manfaat secara langsung. Kalau rakan saya dari Putatan ingat, pada sesi yang lalu juga pihak kementerian memaklumkan, di antara alasan bagaimana kerajaan menumpukan kepada corporate social responsbility ini adalah kerana ada kaitannya...

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Minta laluan.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Putatan.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Arau.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Just tambah sedikit. Apa cadangan Yang Berhormat jika syarikat yang mengaut keuntungan ini tidak pernah memenuhi janji untuk membuat program-program sosial. Adakah pihak kementerian membuat sesuatu ruling ataupun peraturan bahawa syarikat ini kena double taxing sekiranya syarikat ini gagal untuk menunaikan peranan yang dikehendaki oleh kerajaan.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Sekali. Terima kasih sahabat saya dari Indera Mahkota. Saya ingin bertanya penjelasan Yang Berhormat berhubung dengan prestasi GLC. Ini kerana keuntungan yang dicapai oleh satu syarikat ini berdasarkan, itulah pendapatan yang boleh dijana menerusi cukai pendapatan. Jadi kita lihat sekarang ini, apabila dahulu satu persepsi telah timbul apabila GLC mula ditubuhkan oleh kerajaan dan kebanyakannya dimanage oleh ataupun diurus tadbir oleh golongan-golongan daripada bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara dan kemudian kita merasakan mereka tidak ada business minded, dengan izin. Maka kita tukar atau kita ambil daripada sektor swasta untuk mengurus GLC. Akan tetapi apabila mereka merasakan di belakang mereka ada orang yang back-up mereka, maknanya di sini KPI mereka saya rasa sentiasa tidak dibuat dengan begitu sungguh-singguh.

Begitu juga dengan pelaburan. Ianya dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kalau cukai pendapatan hendak disasarkan kepada keuntungan syarikat, saya merasakan dalam keadaan sekarang, pemantauan yang lebih telus dan berterusan perlu dibuat oleh kerajaan dalam memastikan GLC ini lebih bertanggungjawab. Bermakna kata kalau dia rugi dia kena cari sumber kewangan sendiri. Tidak boleh semata-mata mengharapkan suntikan yang akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka semata-mata. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Dua rakan saya memberikan cadangan yang baik. Antara isu yang paling besar di sini ialah bukan kerana mereka ini tidak menyumbang, tetapi GLC ini dilihat sebagai aktif atau anak-anak syarikat di bawah GLC ini dilihat sebagai aktif untuk mengambil kesempatan. Saya menggunakan perkataan mengambil kesempatan ke atas rejim cukai sedia ada.

final • 11:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya menggunakan perkataan mengambil kesempatan atau lebih tepat lagi, memanipulasikan peraturan-peraturan cukai sebagai contoh, beberapa GLC yang saya tidak boleh sebut nama di sini, kalau perlu kita sebutkan. Mereka menggunakan kedudukan mereka seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi, oleh kerana di belakang mereka, mereka percaya ada satu sokongan kuat dari pihak pentadbiran kerajaan terutamanya sebagai contoh, mereka merasakan mereka boleh berada di dalam kedudukan yang amat selesa yang pernah disebut sebagai tax heaven, dengan izin.

Mereka menggunakan kedudukan mereka untuk memohon atau membuat permohonan terhadap pengecualian-pengecualian tertentu. Saya sebutkan tadi pihak kementerian pernah memaklumkan bahawa penghapusan kira cukai kita pernah mencapai RM1.12 bilion pada satu-satu masa dan perkara ini dianggap sebagai satu keputusan yang agak tidak wajar kalau mengambil kira suasana ekonomi yang tidak baik dan kalau kita sepakat mengatakan bahawa kerajaan memerlukan revenue, memerlukan pendapatan untuk disuntik semula di dalam ekonomi melalui pakej-pakej rangsangan dan sebagainya.

Jadi keputusan ini adalah dilihat sebagai tidak wajar sama sekali dan orang yang mendapat kemudahan penghapusan cukai dan sebagainya sudah tentu bukan sebahagian besarnya terdiri daripada 90 peratus rakyat terbanyak yang dikatakan sebagai bukan penyumbang utama terhadap pendapatan percukaian negara. Sebanyak 10 peratus yang disebut atau 11 peratus disebut oleh Menteri Kewangan sebagai sumber kepada revenue kerajaan adalah terdiri daripada syarikat-syarikat konglomerat dan sebagainya termasuklah GLC-GLC yang saya sebutkan tadi, satu GLC dan beberapa GLC yang lain yang kita mempunyai persepsi menganggap sebagai merekalah penyumbang terbesar.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi sebenarnya tidak, seperti orang kata “indah khabar daripada rupa”, seperti persepsi yang dinyatakan oleh rakyat. Satu di antara kemudahan yang paling besar atau pun pengiktirafan yang kita beri seolah-olah mereka ini sebagai anak emas kepada kerajaan termasuklah juga stesen-stesen penyiaran TV. Pernah dinyatakan stesen-stesen penyiaran TV swasta memanipulasikan atau mendominasikan hampir 93 peratus daripada akses kepada menyampaikan maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat sedangkan mereka ini hanya membayar cukai sekitar RM24 juta setahun. Bayangkan satu stesen televisyen swasta yang terbesar hanya membayar cukai RM123 juta dalam masa tempoh daripada penubuhannya sampai sekarang. Sudah tentu ini tidak munasabah sama sekali.

Kalau diambil kira juga terhadap mungkin ada sebahagian daripada corporate social responsibility yang dilaksanakan oleh mereka namun kalau digandingkan dengan kemudahan pengecualian ataupun kemudahan-kemudahan disediakan dalam undang- undang percukaian, sudah tentu mereka telah mencapai tahap maksimum.

Mereka mempunyai akses untuk mendapat tahap maksimum terhadap kebaikan- kebaikan yang diraih daripada undang-undang percukaian mereka. Ini memang tidak dapat dinafikan kerana sebahagian daripada cadangan tambahan yang hendak kita bawakan dan luluskan dalam Dewan yang mulia ini juga dilihat kepada memberi kemudahan tambahan kepada syarikat-syarikat besar yang persepsinya selama ini diharapkan oleh rakyat jelata, memberi kemudahan atau menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat dan kepada rakyat secara keseluruhan tetapi hakikatnya tidak begitu. Ini antara perkara yang saya mohon kepada kementerian untuk dilihat semula. Ini bukanlah tempoh di mana syarikat-syarikat yang telah meraih keuntungan ini masih lagi boleh berada di dalam tax heaven seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kalau sekitar tahun 1998 sehingga 2003, 2004, itu adalah tempoh di mana mereka berupaya untuk mengisytiharkan keuntungan korporat masing-masing di dalam keadaan tertinggi tetapi pada kali ini saya lihat perkara ini bukanlah jadi satu yang agak mendesak untuk pihak kerajaan timbangkan untuk mengisytiharkan mereka inilah antara golongan ataupun corporate body, dengan izin, yang boleh dibanggakan kerana mencapai tahap keuntungan yang paling tinggi di dalam ekonomi negara dan menjadi penyumbang besar terhadap bidang percukaian negara.

Saya juga merasa sedikit kehairanan di atas kedudukan yang hendak kita bawa atas pindaan-pindaan ini termasuklah ke atas pengecualian faedah atas pinjaman perumahan yang maksimum atau semaksima RM100 ribu. Pernah juga dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat pada beberapa minggu yang lalu bahawa pertimbangan untuk menghapuskan atau mengecualikan cukai terhadap faedah yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan sehingga RM100 ribu membayangkan bahawa kemudahan ini tersedia atau ditimbangkan kepada golongan-golongan bukan golongan kelas menengah ataupun golongan terbanyak di bawah yang berhajat untuk memiliki rumah asas atau rumah pertama untuk sebagai basic kediaman masing-masing.

RM100 ribu kadar faedah membayangkan bahawa jumlah pinjaman melebihi angka RM280 ataupun RM300 ribu. Jumlah nilai RM300 ribu bukanlah rumah kediaman yang sebenarnya membayangkan satu golongan yang teramai di dalam negara kita atau golongan yang boleh dikatakan memerlukan rumah kediaman asas sebagai tempat perlindungan. Ini adalah menunjukkan bahawa kita juga sekali lagi memikirkan bahawa elemen memberi kemudahan terhadap golongan yang sebenarnya tidak memerlukan sangat kemudahan ini tetapi kita tawarkan kepada mereka untuk mendapat kemudahan ini.

Walau apapun kedudukan ini, saya harap pihak kementerian dapat memberi penerangan yang lebih jelas agar persepsi keutamaan ini boleh dijelaskan dan kita harapkan dapat diterima untuk seluruh peringkat di dalam masyarakat kita.

Bukanlah saya tidak bersetuju atau menentang perkara ini, saya rasa semua orang atau semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini juga merasa kebanyakan daripada kita mendapat faedah daripada rancangan ataupun cadangan pembentangan rang undang- undang ini terutama untuk mengecualikan faedah daripada dikenakan cukai seperti yang kita cadangkan termasuk diri saya sendiri juga namun mengambil kira terhadap kedudukan ramai dalam suasana yang kita ada sekarang saya rasa ini adalah tumpuan yang perlu kita utamakan.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya juga merasa terkilan sekiranya pihak kementerian masih lagi hendak meneruskan tumpuan-tumpuan dan mengharapkan syarikat-syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan, mendatangkan cukai atau pun pendapatan kepada kerajaan dengan memulakan pelaburan-pelaburan yang begitu besar seperti baru-baru ini, Yang Berhormat, Menteri Kewangan Kedua memaklumkan Dewan ini juga bahawa cadangan di bawah pakej rangsangan, kementerian ataupun kerajaan bercadang untuk memberi pinjaman ataupun memberi faedah galakan terhadap beberapa syarikat di bawah MAVCAP ataupun Malaysian Venture Capital Sdn Bhd.

Memang seperti yang dinyatakan kerajaan mempunyai kepentingan tetapi RM200 juta suntikan di dalam MAVCAP dalam suasana ekonomi yang begini memang tidak membayangkan priority ataupun tidak membayangkan hajat kerajaan untuk meraih cukai.

Saya tidak merasakan pelaburan ataupun sumbangan RM200 juta itu boleh mendatangkan apa-apa revenue atau pendapatan pada pihak kerajaan kerana pengalaman yang lalu, lima tahun yang lalu, MAVCAP juga telah diberi suntikan awal bernilai RM200 juta juga oleh pihak kerajaan.

final • 11:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Mereka tidak berjaya meraih apa-apa, malah mereka tidak berjaya mempertingkatkan pelaburan dalam jumlah itu pada tahap yang sepatutnya. Mereka dengan terang mengatakan sepanjang tempoh lima tahun MAVCAP hanya berupaya menjana pelaburan termasuk pelaburan asing berjumlah RM157 juta daripada RM200 juta suntikan yang kita beri kepada mereka. Keputusan kerajaan untuk memberikan tambahan RM200 juta yang baru dalam pembentangan pakej rangsangan yang lalu, memang pada saya dan sebahagian besar daripada rakan-rakan kita adalah keputusan yang tidak wajar sama sekali, mengambil kira kedudukan ekonomi negara pada tahap ini dan begitu penting lagi sama ada mereka ini boleh menghasilkan, menyumbang terhadap revenue kerajaan melalui bidang percukaian.

Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada pihak kementerian di dalam tempoh seperti mana yang digariskan tahun kewangan 2009 serta 2010 secara khusus yang kita hendak timbangkan, sama ada rang undang-undang ini akan memberi kelebihan kepada dua-dua tahun kewangan seperti yang dicadangkan ini. Kalau boleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri terutamanya yang saya merasa pencapaiannya agak advance ataupun ke hadapan, kerana sasaran asalnya saya dimaklumkan juga oleh pihak Yang Berhormat Menteri sasaran asal tahun 2008 hanyalah RM80.1 bilion ataupun RM81 bilion. Namun pihak LHDN telah berjaya mencapai hampir RM91 bilion kutipan.

Saya harap oleh kerana kita berjaya mengutip begitu ke hadapan, bolehlah agaknya kita timbang supaya kita juga advance dalam mengambil kira kes-kes pembayaran balik ataupun kes-kes, di mana kutipan-kutipan cukai terlebih dan perlu dikembalikan kepada pembayar-pembayar cukai, terutamanya di peringkat cukai perseorangan ataupun di peringkat pengajian supaya mereka lebih mempunyai keupayaan untuk sustainable spending, dengan izin, dalam household bidang isi rumah tangga masing-masing.

Saya juga meminta supaya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk semula terhadap persoalan, di mana kes-kes penyiasatan-penyiasatan cukai yang saya yakin akan menjadi di antara bidang tumpuan kepada LHDN di dalam keadaan ekonomi negara untuk sekurang-kurangnya dua tempoh kewangan yang akan datang supaya meneliti. Kalau boleh kita mahu mengelakkan di mana konsesi-konsesi cukai yang keterlaluan, yang selalunya diminta dan kebanyakan daripada permintaan serta permohonan ini adalah berlandaskan kepada kepentingan, di mana mereka mempunyai kaitan dan juga mempunyai sokongan daripada pihak tertentu, terutamanya pihak yang mempunyai kedudukan untuk meluluskan atau memberi kelulusan terhadap permohonan- permohonan tersebut. Ini adalah satu bidang atau satu tempoh masa yang begitu meminta kepada semua pihak agar menjadi teliti dengan lebih, supaya kita tidak dilihat sebagai satu jentera kepada kerajaan yang menyumbang terhadap pembaziran ataupun kerugian terhadap revenue ataupun hasil kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya peringatkan Yang Berhormat ya ini consequential bill. Jadi kalau berhubung dengan perkara yang telah diluluskan, dibangkitkan, dipersoalkan lagi, ini tidak relevan sebenarnya Yang Berhormat. Tidak perlu dibangkit. Kalau mekanisme, soalan teks dan sebagainya itu, saya setujulah. Saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Banyak overlapping benda yang sudah putus dibangkitkan semula. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara sahaja, iaitu dalam satu kenyataan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti bahawa RM10 bilion iaitu RM5 bilion dari Skim Jaminan Modal Kerja dan juga RM5 bilion atas Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri masih belum disalurkan atau diturunkan kepada pasaran. Dewan yang mulia ini pun sedia maklum bahawa mana-mana pakej rangsangan ini untuk membantu sektor ekonomi ini yang paling penting ialah timing dia. Dia ada timingnya. Negara kita telah dikatakan amat perlahan atau ketinggalan untuk memastikan bajet mini ini dapat disalurkan kepada pasaran.

Dalam kenyataan ini saya difahamkan, bahawa mekanisme untuk institusi kewangan atau bank-bank komersial ini masih dalam rundingan dengan cara penghantaran atau syarat-syarat untuk meluluskan permohonan. Sebab itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana dengan pemantauan oleh kementerian atau apakah kewajipan institusi-institusi kewangan ini untuk menjalankan projek sebab ini amat penting. Kalau kita sudah perlahan, tidak dapat membantu IKS ini, maka mereka terpaksa kurangkan pengeluaran mereka atau ini juga akan melibatkan retrenchment dan semestinya cukai pendapatan juga akan dikurangkan. Ini akan menjejaskan industri ini terutama dalam industri pembuatan. Sebab itu saya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau dapat jelaskan cara bagaimana kementerian ini dapat memantau tentang institusi kewangan ini. Apakah syarat-syarat yang telah terikat dengan mereka. Adakah peratusan kira atas jumlah depositnya atau jumlah pinjaman mereka mesti disalurkan melalui skim ini?

Satu lagi saya ingin juga bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersependapat dengan beberapa rakan di dalam Dewan yang mulia ini. Untuk membantu industri IKS ini, kita sedia maklum bahawa kos pembuatan memang salah satu kos yang selalu kita jadikan satu batu halangan untuk kita bersaing dengan beberapa anggota bantuan dan pengeluaran daripada negara lain. Salah satu mengakibatkan ketinggian kos pembuatan ini ialah tentang cukai jualan. Kita memang telah beberapa kali membangkitkan di Dewan yang mulia tentang cukai jualan ini perlu dihapuskan dalam sektor pembuatan, atau sekurang-kurangnya menaikkan siling untuk pengecualian cukai jualan ini dari RM100 ribu hingga RM3 juta seperti yang berlaku di dalam sektor perkhidmatan.

Saya masih tidak dapat satu jawapan yang jelas atas apakah sebab cukai jualan di sektor pembuatan ini, sudah berpuluh-puluh tahun masih tidak dikaji semula. Ini juga sudah jadi satu ruangan untuk rasuah atau untuk menyalahgunakan kuasa, kerana disengajakan untuk memecahkan produk mereka kepada syarikat-syarikat yang mungkin tidak langsung ada terlibat dengan industri ini. Sebab itu saya harap pihak kementerian dapat memberikan satu keterangan, apakah sebab siling cukai jualan ini tidak dapat dikaji semula dalam sektor pembuatan seperti apa yang telah dibuat dalam sektor perkhidmatan.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya juga ingin tanya tentang kementerian atas levi yang dikenakan dua kali ganda dari sektor pembuatan ini yang dikatakan satu tangan kerajaan katakan hendak bantu industri ini dan juga setengah yang lain memberikan tekanan yang lebih besar kepada mereka sampai mereka terpaksa bukan hanya kurangkan pekerja asing tetapi juga kurangkan pengeluaran mereka tanpa mengurangkan kerja tempatan juga. Ini kerana dalam sektor pembuatan ini bukan dalam satu, dua hari sudah boleh tukarkan pekerja asing dengan pekerja tempatan. Ini kerana ia perlu latih dan pengalaman dalam skill yang tertentu. Oleh sebab itu saya haraplah kementerian dapat mengkaji semula tentang kenaikan levi untuk pekerja asing terutama dalam sektor pembuatan. Ketiga-tiga perkara ini saya ingin bangkit dan harap dapat sedikit penjelasan dari Menteri. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kepada sepuluh orang Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang cukai pendapatan pindaan 2009 ini. Dan mereka adalah termasuk Yang Berhormat dari Pasir Mas, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kerian, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Kota Melaka.

Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini adalah untuk melaksanakan langkah-langkah percukaian yang telah diumumkan semasa pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2009 ataupun disebut Pakej Rangsangan Kedua. Isu–isu percukaian ini telah pun dibahaskan dengan panjang lebar oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan ke atas rang undang-undang tersebut di peringkat dasar dan Jawatankuasa. Juga banyak soalan itu, dan jawapan telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Jadi saya mendengar sebentar tadi lagi banyak perkara yang dibangkit itu adalah berulang dari itu peringkat asalnya.

Jadi untuk menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan berkenaan dengan rang undang-undang ini masih dalam bahasa Inggeris dan untuk bahasa Malaysia itu mungkin bahasanya tidak tepat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat teks sahih cukai pendapatan 1967 adalah di dalam bahasa Inggeris. Menurut Perlembagaan Persekutuan iaitu perkara 152(3) yang memperuntukkan bahawa teks sahih rang undang-undang yang masih belum mempunyai teks sahih Bahasa Kebangsaan dari teks bahasa Inggeris adalah teks yang sahih. Akan tetapi untuk yang dalam bahasa Malaysia itu saya juga bersetuju bahawa teks itu perlu setepat Yang Berhormat boleh dalam bahasa Malaysia juga.

Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat yang mengimport kereta mewah dengan AP. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas bahawa maklumat mengenai pembayaran cukai bagi syarikat-syarikat tertentu tidak dibenarkan diumumkan kerana maklumat itu tertakluk kepada pelindungan kerahsiaan pembayar cukai di bawah seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan. Ini kerana kalau untuk syarikat–syarikat swasta yang bukan syarikat yang disenaraikan dalam BSKL jadi itu adalah menjadi satu rahsia untuk mereka. Berkenaan dengan ada juga mereka yang under value kereta yang dibawa masuk ataupun benda-benda yang lain seperti raw-material untuk sektor pembuatan dan sebagainya. Sebenarnya Jabatan Kastam mempunyai garis panduan berkenaan dengan harga barangan dan juga harga kereta mengikut model, tahun pembuatan dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, berkenaan dengan mengurangkan beban cukai rakyat. Jadi kerajaan dari semasa ke semasa sering mengkaji kadar cukai perlepasan dan rebate cukai untuk meringankan beban pembayar cukai. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bilangan pembayar cukai untuk 11,000,000 orang pekerja di negara kita ini, hanya 1.1 juta pekerja di negara kita sebenar-benarnya membayar cukai pendapatan, yang lebih dari 90 peratus pekerja tidak dikenakan membayar cukai. Untuk sektor korporat, lebih daripada 500,000 syarikat yang didaftar hanya 104,000 syarikat korporat yang membayar cukai pendapatan. Jadi ini adalah angka yang benar, jadi ini bermakna banyak sektor korporat dan juga pekerja tidak dikenakan cukai kerana kerajaan selama ini telah pun banyak memberi pelepasan- pelepasan kepada pembayar cukai di negara kita.

Untuk Yang Berhormat Kubang Kerian yang mencadangkan Majlis Ekonomi untuk membincang tentang bajet negara. Jadi untuk makluman Yang Berhormat sebelum sebarang langkah cukai dilaksanakan, cadangan-cadangan daripada semua pihak termasuk dari kementerian-kementerian yang berkenaan dan juga Kementerian Kewangan juga mengadakan sesi forum bajet dengan NGO, badan-badan perniagaan dan sebagainya supaya kita mendengar maklum balas dari mereka berkenaan dengan apakah pandangan mereka berkenaan dengan bajet untuk tahun hadapan.

final • 12:13 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Kementerian-kementerian yang lain seperti MITI juga mengadakan MITI Industry Dialogue dan sebagainya. Jadi ini juga semua menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan mendengar kepada sektor swasta, NGO dan sebagainya berkenaan dengan pelaksanaan percukaian di negara kita.

final • 12:13 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan adakah cukai korporat dan cukai pendapatan negara kita itu adalah terlalu tinggi atau tidak. Jadi untuk menjawab soalan itu, sebenarnya negara kita pada masa sekarang mempunyai kadar cukai pendapatan yang agak rendah. Hanya Negara Singapura dan Hong Kong yang mempunyai kadar yang lebih rendah dari negara kita dan kita juga jangan lupa bahawa Singapura dan Hong Kong, mereka mempunyai GST iaitu good and services taxes ataupun VAT ataupun value added taxes dan sebagainya.

Walau bagaimanapun di negara kita belum melaksanakan GST dan sebagainya. Jadi GST itu boleh menambah pendapatan kerajaan-kerajaan yang terlibat dan oleh kerana itu mereka boleh menurunkan kadar cukai pendapatan.

Untuk negara-negara yang mempunyai cukai pendapatan yang lebih tinggi daripada negara kita. Mereka juga ada melaksanakan cukai GST dan sebagainya. Jadi ini menunjukkan kadar percukaian negara kita memang tidak setinggi seperti apa yang dianggap oleh ramai orang. Selain daripada itu kerajaan negara kita dari semasa ke semasa beri banyak pelepasan insentif dan sebagainya untuk individu dan juga untuk korporat-korporat untuk meringankan beban mereka dalam sistem percukaian ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Chepa, berkenaan dengan anak berumur lebih daripada 18 tahun yang melanjutkan pelajaran. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bagi mereka yang berumur melebihi 18 tahun pelepasan adalah RM4000 untuk mereka yang mengikuti pengajian di luar negara. Ini juga adalah untuk mengurangkan beban kepada ibu bapa.

Yang Berhormat Jasin mengatakan bahawa negara-negara lain mengurangkan beban cukai kepada syarikat supaya tidak menghentikan pekerja. Jadi Malaysia juga turut mempunyai langkah untuk membayar balik cukai yang telah dibayar semasa syarikat mempunyai keuntungan carryback losses. Yang Berhormat Jasin juga mencadangkan bahawa base untuk membayar cukai kita adalah terlalu rendah. Ini memang betul kerana apa yang saya katakan tadi bahawa hanya 1.1 juta pekerja di negara kita adalah pembayar cukai dan Yang Berhormat Jasin beliau membuat anggaran sepatutnya dua juta jumlah pekerja sebenarnya layak untuk membayar cukai. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jasin bahawa di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri kita ada unit pematuhan.

Jadi unit pematuhan ada tiga peringkat iaitu:

(i) peringkat pertama adalah peringkat banci di mana kita memberi kesedaran betapa kepada mereka yang mungkin ataupun bakal membayar cukai;

(ii) peringkat kedua ialah kita juga membuat audit iaitu field audit ataupun audit secara bertulis kepada syarikat-syarikat ataupun individu-individu supaya mereka lebih mematuhi dengan sistem percukaian negara kita dan akhir sekali adalah;

(iii) untuk sistem penyiasatan ataupun investigation. Ini adalah peringkat di mana kita dapat maklumat bahawa ada penyelewengan yang berlaku terhadap pembayar cukai.

Kita juga berharap bahawa dengan sistem pematuhan yang dilaksanakan oleh LHDNM ini kita akan menambah lagi bilangan pembayar cukai untuk negara kita.

Yang Berhormat Kepong membangkitkan beberapa perkara yang kena dengan permintaan rang undang-undang ini. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong berkenaan dengan carry back losses, sebenarnya ia adalah untuk dua tahun. Itu bermakna kerugian dalam tahun 2009 boleh dihapus kira dengan keuntungan dalam tahun 2008. Untuk tahun 2010 kerugian pada tahun 2010 boleh dihapus kira dengan keuntungan dalam tahun 2009.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha

Dan sebelum ini sistem percukaian adalah hanya untuk carry forward losses dan bukan carry back losses. Jadi untuk meringankan beban oleh kerana krisis ekonomi ini. jadi kerajaan membuat dasar ini untuk dua tahun. Dan hak maksimum adalah seratus ribu setahun iaitu keuntungan yang boleh dihapus kira dan Yang Berhormat juga mengapa tidak lebih dari seratus ribu keuntungan.

final • 12:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kemelut ekonomi bermula pada 2007. dan 2008 saya nampak perniagaan perdagangan sudah turun mungkin ada 15 peratus ada 50 peratus. Ini bermakna sekiranya 2009 misalnya tidak ada keuntungan. Macam mana kita hendak carry back? Itu masalahnya. Macam mana kalau kita tidak untung, how do you do it, dan bagaimana kita dapat melaksanakan pindaan ini?

final • 12:20 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Untuk makluman Yang Berhormat Kepong sebenarnya untuk tahun sebelum tahun 2008, semua sistem percukaian ini sudah beres, that means semua laporan dia sudah settle. Carry back RM100,000 ini juga adalah berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat IKS ataupun small-medium skill industry.

Yang Berhormat Kepong juga membangkitkan berkenaan dengan faedah pelepasan untuk pembeli rumah dan maksimumnya adalah RM10,000 setahun untuk tiga tahun berturut-turut untuk bermulanya pembayaran ansuran ataupun mulai pada masa di mana faedah itu dikenakan. Yang Berhormat juga bertanya kenapa RM10,000 sahaja dan tidak lebih? Jadi untuk menjawab soalan ini, sebenarnya dasar ini juga adalah untuk membantu golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Jadi, untuk mereka yang mampu membayar ansuran RM30,000, RM40,000, RM10,000 sebulan dan RM15,000 sebulan dan sebagainya. Mereka mungkin tidak perlu bantuan yang begitu ketara walaupun mereka juga layak sampai tahap maksima RM10,000 setahun. Ini adalah satu dasar di mana golongan berpendapatan rendah, mereka akan dimanfaatkan dengan sistem ini. Di mana mereka yang membayar ansuran mungkin berapa ratus sebulan atau RM2,000 sebulan dan sebagainya. Jadi faedah ini boleh dihapus kira ataupun atau dapat pelepasan dalam cukai pendapatan mereka. Relief ya.

Dasar ini ialah untuk mereka yang membeli rumah di mana perjanjian jual beli ini ditandatangani mulai dari 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010 tetapi ini adalah untuk tiga tahun. Dalam tiga tahun ini di mana pelepasan faedah itu dihapuskan atau faedah ini dapat pelepasan cukai pendapatan. Ini bermakna faedah ini mungkin akan dikenakan, tidak mungkin dalam tahun 2009 ataupun 2010, mungkin ia boleh carry foward pada tahun 2011, tahun 2012, tahun 2013 dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepong accelerated capital allowance. Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, sebelum ini kita mempunyai capital allowance untuk pelbagai jenis seperti jentera, machinery dan sebagainya. Untuk menambah dan meringankan kepada industri atau sektor korporat khasnya kepada IKS, kerajaan membenarkan pelepasan sebanyak RM100,000 khasnya untuk R&R iaitu bermakna renovation and re-establishment. Itu termasuk apa yang dibacakan tadi oleh Yang Berhormat Jasin tadi 16 kategori di mana mereka boleh.

Untuk menjawab Yang Berhormat Jasin juga ini termasuk dalam renovation and re-establishment untuk surau dan bilik sembahyang dan sebagainya. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Pontian juga sama berkenaan dengan carry back losses dan juga berkenaan dengan accelerated capital allowance ini, saya telah jawab tadi. Yang Berhormat Pontian juga bangkit dengan faedah RM10,000 untuk tiga tahun dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan yang berbangkit daripada Yang Berhormat Kuala Langat iaitu pampasan kehilangan pekerjaan yang bermula dari 1 Julai 2008. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa sebelum ini, kerajaan memberi pelepasan cukai sebanyak RM6,000 untuk tiap-tiap tahun yang bekerja setahun ataupun setahun genap pekerjaan yang dilakukan mulai 1 Julai 2008. Jadi kadar ini telah pun dinaikkan kepada RM10,000 setahun.

final • 12:30 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Ini juga untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat iaitu berkenaan dengan potongan EPF. Sebenarnya potongan EPF melalui pencaruman oleh pekerja atas akaun mereka dan atas gaji mereka. Kerajaan memberi satu pilihan kepada mereka di mana mereka boleh pilih untuk tidak mengurangkan pencaruman mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 54 peratus pencarum EPF ini telah pun mengisi borang untuk memilih bahawa mereka tidak mahu turunkan pencaruman mereka. Jadi ini adalah bagi saya satu berita yang baik, ini bermakna banyak ataupun ramai 54 peratus pekerja, mereka memang mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menjalankan cara kehidupan mereka dan mereka tidak perlu menambah wang tunai dalam take home pay mereka.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PJ Utara. Yang Berhormat PJ Utara juga membangkitkan berkenaan dengan pencaruman EPF, itu juga jawapan yang sama yang saya telah bagi sebentar tadi. Yang Berhormat PJ Utara juga membangkitkan satu kes spesifik berkenaan dengan kes schedule-schedule payment. Bagi saya ini ialah satu kes spesifik dan mungkin kita perlu kaji tentang latar belakang kes ini sebelum satu jawapan yang tepat yang boleh diberi. Mengapa schedule payment itu telah pun dinaikkan dan sebagainya. Untuk itu saya harap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kalau boleh dapat mengemukakan kes spesifik ini jadi kita akan investigate.

final • 12:30 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Macam mana mengemukakan kes spesifik ini sebab ini kes prinsip juga, kes dasar iaitu mengapa kerajaan telah menurunkan kadar tax dan juga telah menurunkan kadar bayaran bagi sumbangan EPF tetapi pada masa yang sama kerajaan memerlukan pihak pembayar meningkatkan pembayaran mereka setipa bulan kepada LHDN. Ini adalah prinsip yang bercanggah dan adakah ia berpatutan sebab kalau hendak wujudkan kes ini dalam cara yang lain, macam mana saya hendak wujudkan kes ini?

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Yang Berhormat, bila Yang Berhormat berbahas sebentar tadi, Yang Berhormat merujuk kepada satu kes yang spesifik. Jadi kes spesifik...

final • 12:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Itu bukan kes spesifik, itu contoh sahaja.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Itu angka-angka yang tertentu, bukan...

final • 12:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Semua orang kena bayar lebih banyak, itu contoh sahaja.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Semua orang perlu bayar lebih banyak, itu satu untuk saya, I don’t know whether satu tuduhan ataupun satu kenyataan yang saya tidak doubt adakah berasas atau tidak

final • 12:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Itu bukan satu tuduhan, itu memang satu fakta, schedule yang saya ada, tahun 2009 memang lebih banyak daripada schedule 2004. Boleh jadi kalau Menteri tidak tahu, kena check dengan officer dahulu, jangan kata saya buat tuduhan.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Okay, anyway saya akan kaji dahulu dan saya akan tengok adakah benar atau tidak berkenaan dengan schedule repayment ataupun schedule payment itu meningkat bila kadar cukai turun. Pada saya it’s not logical.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang lagi jawapan Menteri itu?

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Tidak ada, itu semua lebih kurang sama sahaja. Untuk menjawab Yang Berhormat Putatan, sama juga berkenaan dengan accelerated capital allowance dan juga berkenaan dengan corporate social responsibility. Sebenarnya cooperate social responsibility ini untuk GLC, memang kerajaan mempunyai dasar tentang corporate social responsibility yang perlu dijalankan oleh GLC dan untuk syarikat-syarikat yang lain. Mereka ada program corporate social responsibility mereka sendiri.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Jadi untuk syarikat swasta, semua ini memang dijalankan secara sukarela dan kerajaan juga tidak boleh memaksa mereka menjalankan corporate social responsibility kalau mereka bukanlah syarikat-syarikat GLC. Akan tetapi walau bagaimanapun, kerajaan juga telah pun mengadakan pelepasan cukai untuk menggalakkan sektor swasta untuk menjalankan kerja-kerja corporate social responsibility. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Putatan juga, berkenaan dengan NGO, kes spesifik berkenaan dengan Jaycee, satu pertubuhan Jaycee di mana mereka dikenakan cukai pendapatan dan sebagainya.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, untuk NGO ataupun badan amal yang menjalankan kerja-kerja amal, mereka boleh memohon kepada LHDN untuk mendapatkan pelepasan cukai ataupun tax exemption di bawah seksyen 46 Akta Cukai Pendapatan.

Akan tetapi semua badan NGO itu perlu mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh LHDN untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan atas penderma-penderma mereka. Yang Berhormat Indera Mahkota juga membangkitkan perkara yang sama juga berkenaan dengan CSR, dengan potongan ataupun faedah, pelepasan faedah, installment rumah dan sebagainya. Akhir sekali Yang Berhormat Kota Melaka juga membangkitkan program rangsangan yang diumumkan selama ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, di Kementerian Kewangan kita juga mewujudkan Central Monitoring Unit untuk memantau projek-projek rangsangan yang telah kerajaan umumkan.

Pemantauan ini adalah termasuk progress pelaksanaan kualiti kerja dan pematuhan dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Kota Melaka telah banyak kali saya dengar dalam perbahasan di Dewan yang mulai ini berkenaan dengan sales tax iaitu cukai jualan ke atas sektor pembuatan khasnya SME. Untuk makluman Yang Berhormat, cukai jualan ini adalah sejenis GST kepada kerajaan. Selama ini juga terdapat ramai juga Yang Berhormat yang membangkitkan berkenaan dengan bolehkah kerajaan dapat menaikkan syiling seratus ribu ini ke satu tahap yang lebih tinggi seperti dalam sektor perkhidmatan khasnya dalam sektor restoran dan sebagainya. Jadi, kerajaan akan mengambil maklum berkenaan dengan perkara ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada...

final • 12:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sebelum itu minta penjelasan. Timbalan Menteri, saya prihatin berkenaan kenaikan levi untuk pekerja asing yang tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi saya nak tahu setakat ini apakah tindakan yang akan diambil terhadap bantahan-bantahan yang dikemukakan oleh majikan berkenaan kenaikan levi tersebut. Sebab ada di antara mereka berjumpa dengan saya minggu lalu mengatakan ini sebenarnya amat memudaratkan atau membawa kerugian kepada perniagaan mereka dan juga kepada kerajaan. Ini kerana kalau levi terlalu tinggi mereka tidak ada pilihan, terpaksa mengambil pekerja tanpa izin, you know terbuka untuk rasuah.

Jadi saya pohon setakat ini apa tindakan akan diambil memandangkan ada bantahan terhadap kenaikan levi itu.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya saya tidak lupa bahawa Yang Berhormat Kota Melaka juga membangkitkan berkenaan dengan levi yang dinaikkan dua kali ganda. Sebenarnya saya tidak menjawab kerana ia tidak kena mengena dengan pindaan rang undang-undang ini dan ia juga tidak berada di bawah LHDN. Akan tetapi saya juga bersimpati dengan Yang Berhormat Batu Gajah dalam hal ini.

Saya sendiri juga, terdapat beberapa orang yang datang berjumpa dengan saya berkenaan dengan kes ini, dan dalam Dewan yang mulia ini juga kita telah banyak kali dengar perkara ini dibangkitkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Apa Yang Berhormat kata tadi adalah memang tepat dan Yang Berhormat Kota Melaka juga. Di mana kita mungkin perlu satu masa untuk melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih kerja yang selama ini dijalankan oleh pekerja asing.

final • 12:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Akan tetapi saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah bahawa majikan itu mungkin melanggar undang-undang untuk mengambil pekerja yang tidak mempunyai permit dan sebagainya. Jadi kita semua perlu mematuhi undang-undang yang ada di negara kita. Walau bagaimanapun, perkara ini kerajaan akan ambil maklum.

final • 12:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sedikit penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi tentang jawapan yang diberikan iaitu skim jaminan.

Tadi saya ada tanya, adakah kewajipan setiap bank tentang membantu kerajaan atas usaha ini. Apa kewajipan atau mekanisme untuk permohonan atau kelulusan. Apa syarat- syarat yang terikat?

final • 12:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Berkenaan dengan pakej rangsangan ini, sebenarnya ada dalam pakej rangsangan ini kita mewujudkan iaitu skim jaminan ke atas korporat-korporat ataupun syarikat-syarikat yang mengambil pinjaman dari bank perdagangan di negara kita.

Bagi makluman Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia berada dalam peringkat yang terakhir untuk menandatangani satu perjanjian dengan bank-bank perdagangan dengan cara untuk melaksanakan sistem guarantee ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akhirnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan ada cadangan untuk menangguhkan kenaikan levi ini sementara mempertimbangkan mengambil perhatian terhadap semua bantahan yang dikemukakan oleh majikan berkenaan kenaikan levi. Tangguhkan dulu pelaksanaannya. Apakah kerajaan ada cadangan itu? Yang Berhormat kata juga setuju, prihatin berkenaan masalah dihadapi mereka.

final • 12:50 PM

Dato’ Kong Cho Ha

Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah ini, saya boleh katakan saya tidak ada jawapan untuk soalan itu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli- ahli Majlis yang prihatin, yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Pendapatan (Pindaan) 2009 ini. Semua pandangan, teguran dan sebagainya akan di ambil maklum oleh Kementerian Kewangan. Akhir sekali saya juga mengucap terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang, hendaklah disetujukan.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 12:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN SAKSI 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk mewujudkan satu program bagi perlindungan saksi dan bagi perkara- perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali kedua sekarang. Tuan Yang di- Pertua, undang-undang khas mengenai perlindungan saksi perlu diwujudkan di negara ini sebagai langkah persediaan menangani gejala ugutan dan ancaman yang keterlaluan kepada saksi penting dalam sesuatu kes jenayah berat. Ini berdasarkan kepada maklumat dan laporan bahawa telah wujud unsur ugutan dan ancaman terhadap saksi terutamanya di dalam kes jenayah terancang.

Rang undang-undang ini adalah perlu memandangkan ia boleh membantu pelancaran proses pengadilan yang dijalankan di mahkamah. Ia juga memperlihatkan Malaysia sebagai negara yang menitik beratkan aspek perlindungan terhadap saksi-saksi utama yang bersedia untuk tampil memberikan keterangan di mahkamah. Bagi maksud ini rang undang-undang bernama suatu akta untuk mewujudkan suatu program bagi perlindungan saksi dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya perlulah diadakan. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

Bahagian permulaan. Bahagian ini terdiri daripada fasal 1 dan 2 yang memberi kuasa kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi program perlindungan saksi untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta melalui pemberitahuan dalam Warta dan mentakrifkan perkataan tertentu yang digunakan dalam akta.

Bahagian II - Program Perlindungan Saksi. Program Perlindungan Saksi yang disenggarakan oleh Ketua Pengarah diperuntukkan dalam fasal 3 dan 4, menetapkan bahawa Menteri boleh melantik Ketua Pengarah dan seorang Timbalan Ketua Pengarah daripada kalangan penjawat awam serta pegawai-pegawai lain yang difikirkan sesuai.

Fasal 5 pula mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan tanggungjawab Ketua Pengarah dalam memberikan perlindungan kepada saksi.

Fasal 6 meletakkan tanggungjawab kepada mana-mana orang untuk memberi bantuan kepada Ketua Pengarah dalam menjalankan tugasnya di bawah akta ini seperti membekalkan pernyataan, rekod atau lain-lain dokumen. Sesiapa yang ingkar dengan tanggungjawab ini, telah melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM3,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebih enam bulan atau kedua-duanya.

Fasal 7 membenarkan saksi membuat permohonan untuk dimasukkan di dalam program ini kepada Ketua Pengarah dan Fasal 8 menghendaki saksi mendedahkan semua fakta dan butir-butir mengenai dirinya kepada Ketua Pengarah termasuk harta benda dan juga liabilitinya.

Fasal 9 dan 10 adalah tentang faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah sebelum membuat syor kepada Peguam Negara untuk memasukkan seseorang saksi ke dalam program ini.

Fasal 11 adalah mengenai pelantikan seorang pendaftar perlindungan saksi yang bertanggungjawab untuk menyenggarakan daftar peserta.

Fasal 12 memperuntukkan larangan untuk mengakses data dan dokumen yang disimpan oleh pendaftar melainkan mendapat kebenaran secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

final • 12:57 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Fasal ini juga memperuntukkan bahawa daftar tidak boleh dikemukakan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah tribunal, suruhanjaya atau siasatan dan mana- mana orang yang melanggar peruntukan ini adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum dengan pemenjaraan tidak melebih 20 tahun.

Fasal 13 dinyatakan tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Ketua Pengarah apabila seseorang saksi menyertai program ini.

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, boleh kita berhenti dulu? Sebab sudah jam satu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat sesi pagi ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:57 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:57 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III iaitu Hak, Obligasi, Ketidakdedahan dan Penamatan seseorang peserta.

Fasal 14 mengadakan peruntukan mengenai hak dan obligasi seseorang peserta.

Fasal 15 memperuntukkan tentang tanggungjawab pihak-pihak berkenaan untuk tidak menzahirkan identiti asal peserta melainkan jika Ketua Pengarah telah memberikan perintah secara bertulis kepada peserta untuk berbuat demikian.

Fasal 16 memperuntukkan tentang Ketua Pengarah boleh membuat syor mengenai perkara-perkara yang boleh membawa kepada penamatan dan perlindungan kepada seseorang peserta.

Bahagian IV iaitu Peruntukan Am.

Fasal 17 memperuntukkan tentang prosedur untuk menyimpan rahsia bagi maklumat yang diperolehi melalui akta ini.

Fasal 18 menyatakan Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai tidak boleh mendedahkan maklumat semasa menjalankan tugasnya di bawah akta ini.

Fasal 19 memperuntukkan mengenai tanggungjawab peserta untuk memberitahu kepada Ketua Pengarah sekiranya dia dikehendaki menjadi saksi pada satu prosiding jenayah di bawah identiti baru.

Fasal 20 peruntukan mengenai identiti peserta dalam prosiding mahkamah dan mana-mana orang yang melanggar peruntukan ini telah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Fasal 21 memperuntukkan mengenai apa-apa pembayaran yang dibuat kepada peserta di bawah program ini tidak boleh dirampas, dilucuthakkan atau dibekukan melainkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta ini.

Fasal 22 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk membuat perkiraan khas dengan mana-mana pihak bagi kemudahan peserta.

Fasal 23 memperuntukkan larangan untuk semakan kehakiman dari keputusan yang dibuat oleh Menteri, Peguam Negara dan Ketua Pengarah.

Fasal 24 mengadakan peruntukan untuk melindungi pegawai-pegawai di dalam program ini daripada tindakan undang-undang semasa menjalankan tugas rasmi di bawah akta ini.

final • 12:57 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Fasal 25 memperuntukkan pendakwaan hanya boleh lakukan dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Fasal 26 dan 27 peruntukan mengenai kesalahan mendedahkan identiti kesalahan persubahatan dan percubaan yang boleh dihukum di bawah akta ini.

Fasal 28 menyatakan kewujudan akta ini tidak akan mengurangkan kuasa polis.

Fasal 29 peruntukan tanggungjawab Ketua Pengarah untuk mengemukakan laporan tahunan kepada Menteri pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.

Fasal 30 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan yang sesuai manfaat bagi melaksanakan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:57 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu Akta untuk mewujudkan suatu program bagi perlindungan saksi dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya, dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 ialah antara bahagian pakej perubahan atau reformasi untuk membanteras rasuah yang dibentangkan tahun lalu. Ini yang dikatakan antara tugas yang terakhir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu buat sebelum beliau bersara atau dipaksa untuk bersara. Dan apabila MACC, Rang Undang-undang SPRM dikemukakan kita pun di sini ada memberi sokongan sungguhpun dengan reservation, oleh kerana kita tidak nampak bahawa adalah political will untuk mengadakan satu SPRM atau MACC yang sebenarnya bebas profesional dan berwibawa.

Sungguhpun begitu kita memberi sokongan dan sekarang tidak sampai tiga bulan kita boleh lihat bahawa satu MACC satu, dengan izin, a great disappointment. Oleh kerana begitu apa keberkesanan mengenai rang undang-undang yang di hadapan kita, Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 apabila perundangan ibunya ialah MACC.

Khasnya dalam segi untuk membanteras rasuah tidak memuaskan hati. Bukan sahaja kita lihat apa yang berlaku dalam UMNO ada money politic, corruption dan barulah segelintir orang yang dapat tindakan diambil terhadap mereka. Walhal kita semua tahu dan bekas Perdana Menteri pun kata bahawa UMNO sudah menjadi satu parti berasuah... [Disampuk] Tun Dr. Mahathir kata bukan saya kata sahaja.

Satu parti rasuah dan kalau mahu ambil tindakan terhadap mereka yang berasuah bukan sahaja 15 orang, tetapi beratus-ratus orang yang patut dikenakan. Di sini ialah Lembaga Tatatertib, tetapi kenapa MACC sampai sekarang tidak mampu untuk buat apa- apa tindakan. Sungguhpun ada satu masa MACC kata Chief Commissioner Ahmad Said pernah berkata bahawa siasatan MACC tidak terikat kepada tindakan Lembaga Tatatertib.

Ini menunjukkan bahawa tidak ada berkaliber, tidak ada gigi (toothless) badan sungguhpun tujuan kita menubuhkan satu MACC ialah satu badan yang semacam ICAC Hong Kong tetapi nampaknya ini tidak berlaku. Bukankah sahaja ini tidak ditranslate menjadi hakikat, tetapi kita lihat bahawa MACC nampaknya satu badan yang menjadi alat parti-parti pemerintah untuk harass untuk digunakan terhadap parti-parti Pakatan Rakyat.

final • 2:36 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini apa yang berlaku di Perak di mana MACC digunakan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan oleh kerana tindakan dan keputusan mereka yang buat.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, perkara ini patutlah diselesaikan dalam Dewan Undangan Negeri dan bukan ada campur tangan MACC sehingga MACC boleh memanggil Speaker, memanggil anggota Committee of Privileges Dewan Undangan Negeri untuk menyoalkan perangai mereka dalam satu abuse of power.

Apa itu abuse of power? Tidak ada langsung apa-apa korupsi. Akan tetapi kuasa yang kita beri dalam MACC diberi satu interpretasi yang begitu luas sehingga MACC merasa dia ada kuasa untuk campur tangan, untuk mencabuli doctrine separation of powers sehingga MACC boleh campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undang Negeri. Ini adalah sangat memeranjatkan. Korupsi yang bermaharajalela dan melibatkan beratus juta ringgit atau dalam UMNO election ada dikatakan sudah beratus-ratus juta ringgit dibelanjakan dalam money politics tetapi tidak ada apa-apa tindakan bagi pihak MACC. Akan tetapi dalam kes illegal grab for power Dewan Undangan Negeri, hal ehwal Dewan Undangan Negeri, keputusan Speaker dan juga Committee of Privileges menjadi tajuk bahan siasatan MACC.

Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah sebagai contohnya, apabila Yang Berhormat daripada Puchong digantung satu tahun tanpa elaun dan tanpa apa-apa privileges, bolehkah satu laporan dibuat kepada MACC supaya MACC campur tangan memanggil Speaker, memanggil Ahli-ahli Parlimen mengenai abuse of power? Seolah- olahnya ada abuse of power. Ini bukan tanggungjawab MACC! MACC ialah untuk membanteras rasuah dan rasuah ini adalah satu kanser, satu penyakit yang besar di negara kita. Akan tetapi nampaknya MACC tidak nampak. Apa yang dia nampak ialah penyalahgunaan kuasa, apa yang disebut sebagai abuse of power Dewan Undangan Negeri dalam satu illegal grab of power.

Kalau begitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang ada abuse of power oleh kerana dia orchestrate abuse of power, orchestrate the illegal grab of power, perampasan kuasa di negeri Perak yang memberi nasihat yang salah di mana akhirnya ada berlaku satu perampasan kuasa di Perak sehingga untuk dua bulan adalah satu stalemate, satu political crisis di mana ada dua orang Menteri besar. Ini abuse of power! Adakah MACC akan campur tangan untuk memanggil Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk siasat sama ada beliau melakukan kesalahan di bawah MACC Act, abuse of power iaitu corruption? Ini sebenarnya abuse of power MACC Chief Commissioner sendiri.

Siapa yang akan siasat MACC Chief Commissioner mengenai abuse of power, siapa?

Inilah yang timbul masalah.

Saya sangat gembira apabila membaca Malaysiakini pada hari ini di mana Ahli Parlimen Gua Musang, veteran UMNO, ada berkata bahawa sampai sekarang sebenarnya Nizar ialah Menteri Besar yang sah. Apa yang berlaku ialah tidak sah, illegal grab of power.

Sekurang-kurangnya ada Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin UMNO yang menerima kebenaran bahawa tidak patut mengadakan satu krisis politic constitutional di Perak yang disebabkan oleh abuse of power Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan ini timbul oleh kerana kalau kita mahu satu MACC Act yang tidak begitu berkesan, apalah keberkesanan akta yang ada di hadapan kita mengenai Protection of Witness Act.

Kedua, tahun lalu kita dapati ada berita, satu perkembangan yang sangat memeranjatkan apabila ada seorang private investigator, Balasubramaniam boleh hilang selepas buat statutory declaration yang sangat serius iaitu penglibatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Saaribu. Dia buat satu statutory declaration. Selepas itu dia nampaknya dalam keadaan yang dipaksa buat statutory declaration yang kedua dan dia hilang sekarang. Mana Protection of Witness Act?

Bagaimana boleh protect orang-orang seperti private investigator, Balasubramaniam?

Ini menimbulkan keadaan, kalau rang undang-undang ini adalah sebahagian reformasi kerajaan kita, bagaimana kita boleh membenarkan dan membiarkan satu keadaan di mana sehingga sekarang Balasubramaniam hilang? Tentulah kita tahu bahawa dia hilang dalam keadaan di mana statutory declaration yang pertama di mana beliau ada buat tuduhan mengenai penglibatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya Saariibuu tidak boleh terus disiasat dengan jelas. Ini ada consequence yang sangat far reaching.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Semalam London Times, ada satu lagi berita, satu laporan mengenai kemunculan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri tetapi dengan begitu banyak tuduhan, soalan, bukan sahaja mengenai pembunuhan Altantuya Saariibuu, mengenai korupsi, mengenai integriti, mengenai legitimacy. Kita patut lihat masalah ini. London Times semalam, Liberation, Perancis pun ada laporan minggu lalu dan dalam Australia pun ada laporan mengenai perkara ini yang menimbulkan soalan sama ada kita ada political will untuk membanteras rasuah. Kalau begitu apa guna rang undang- undang yang di hadapan kita di mana bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dunia menyoalkan betulkah kita mahu membanteras rasuah supaya sekarang kita dicadangkan bahawa ada satu Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi atau whistle blower.

Oleh sebab itu saya rasa ini adalah mustahak kita back to basic sama ada kita serius atau tidak serius untuk membanteras rasuah. MACC sangatlah jelas bahawa sungguhpun kita memberi sokongan dalam Dewan yang mulia ini, nampaknya satu disappointment dan kita kesal bahawa kita pada masa itu had trusted pihak kerajaan bahawa serius dalam reformasi ini untuk membanteras rasuah. Akan tetapi kita tengok bahawa tidak mampu berbuat apa-apa pun mengenai masalah rasuah yang begitu jauh, yang begitu serius dalam UMNO. Tidak ada sesiapa yang berani untuk menafikan. Ali Rustam, dia sekarang dilarang daripada bertanding di dalam UMNO tetapi dia boleh terus menjadi Ketua Menteri Melaka. Bagaimana ini boleh dibenarkan? Di mana seriusnya untuk melawan rasuah yang pertama?

Kedua, saya boleh bersimpati dengan Ali Rustam oleh kerana dia nampaknya menjadi mangsa, victim of selective action. Ini kerana bukan beliau seorang sahaja berlaku money politics tetapi beratus-ratus calon dan penyokong-penyokong calon pun ada buat kesalahan itu. Akan tetapi mereka tidak ada apa-apa tindakan diambil. Bekas Perdana Menteri ada buat teguran bahawa diharapkan satu Kabinet baru yang akan dilantik ialah dianggotai oleh ahli-ahli yang bersih, tetapi siapa yang bersih? Siapa yang tidak ada terlibat dalam money politics UMNO, dalam political corruption dalam UMNO? Saya percaya kalau mahukan mereka yang semuanya bersih mungkin Kabinet yang kosong. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri sendiri pun tidak boleh menjadi Perdana Menteri oleh kerana soalan bersih atau tidak bersih dia pun tidak boleh selesai oleh kerana dia sendiri menghadapi begitu banyak masalah mengenai kes corruption, commission, pembunuhan Altantuya Saariibuu.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oleh sebab itu saya ada cadangan, saya mahu mengulangi cadangan saya bahawa dia patut berani untuk mengadakan satu royal commission inquiry untuk membersihkan nama baik beliau dan tunjuk bahawa segala tuduhan sama ada mengenai commission submarine Scorpene atau mengenai jet fighter Sukhoi atau mengenai pembunuhan Atlantuya Saaribu atau mengenai illegal power grab di Perak, semua tidak benar dan adakan satu royal commission inquiry. Barulah rang undang-undang di hadapan kita ada bererti. Kalau tidak, ini hanya satu wayang kulit sahaja dan kita menempatkan rang undang-undang atau buat perlindungan tetapi tidak ada political will untuk membanteras rasuah supaya kita dilihat dan dihormati oleh dunia sebagai satu negara di mana public integrity ialah keutamaan tanah air kita. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 ini. Perkara ini adalah penting sebab selain daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa pentingnya kita memberikan perlindungan kepada saksi kerana kes-kes yang berprofil tinggi ataupun yang melibatkan kanak-kanak dan sebagainya tetapi yang penting juga ialah jenayah-jenayah yang terancang.

Sebelum daripada ini kita telah pun meluluskan satu akta mengenai dengan penyeludupan manusia ataupun dengan izin, human trafficking, tetapi kita lihat sebenarnya penyeludupan manusia ataupun human trafficking ini tidak begitu mudah untuk kita banteras jika sekiranya kita tidak ada undang-undang seperti ini iaitu undang-undang untuk melindungi saksi.

final • 2:51 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini kerana kebanyakan saksi ini takut sebenarnya untuk mendedahkan tentang sindiket ini iaitu sindiket yang menyebabkan mereka ini diseludupkan daripada luar negara datang ke negara kita kerana mereka biasanya diancam dari segi keselamatan terutama ancaman kepada diri mereka dan juga keluarga mereka. Sebab itulah kita melihat kesukaran, walaupun sebenarnya di negara kita ini isu penyeludupan manusia sebenarnya tidak boleh dipandang remeh tetapi oleh kerana tidak ada kes orang yang tertangkap, yang begitu besar jumlahnya, maka kita merasakan seolah-olah jenayah penyeludupan manusia ini tidak merupakan satu jenayah yang serius di negara kita, sedangkan sebenarnya ia adalah satu isu yang serius.

Jadi oleh kerana itulah bagi saya, dalam kita menyokong rang undang-undang ini, maka kita mendapati bahawa sudah sampai masanya kita melihat keperluan akta ini iaitu untuk melindungi saksi-saksi kita di bawah satu program yang akan disediakan. Sebab itulah saya sebenarnya hairan dengan Yang Berhormat Ipoh Timur kerana merekalah yang selalu membangkitkan isu-isu tentang usaha untuk kita membanteras jenayah berprofil tinggi termasuk rasuah dan sebagainya, tetapi apabila kita cuba memperkukuhkan sistem perundangan kita untuk memastikan bahawa niat kita untuk membanteras jenayah-jenayah seperti ini dengan kita memperbaiki apa yang ada dalam sistem perundangan kita, termasuklah untuk melindungi saksi ini.

Maka kita lihat seolah-olah beliau tidak begitu positif dengan usaha-usaha seperti ini dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh kita persoalkan yang diulang-ulang hanya tujuannya untuk mewujudkan persepsi sedangkan ini baik. Sebab itu saya kata bahawa mungkin dalam kes di Pulau Pinang itu iaitu bahawa rasuah yang dibangkitkan oleh Exco Pemuda PKR itu yang menyebabkan sampai Timbalan Ketua Menteri pun meletakkan jawatan. Jadi mungkin kalau adanya akta ini memberi perlindungan kepada saksi, maka lebih banyak yang terdedah. Mungkin selama ini bahawa mereka sendiri takut untuk mendedahkan perbuatan-perbuatan rasuah ini kerana baru memerintah dan sebagainya.

Sebab itu kita mengatakan bahawa kita harus positif kepada usaha-usaha seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya bangkitkan tentang rang undang- undang ini ialah dari segi implementasi iaitu kita mesti berhati-hati sebenarnya dalam memilih saksi-saksi yang ingin dibawa masuk dalam program perlindungan saksi ini. Sebab itu saya mengatakan bahawa yang penting ialah keupayaan kita untuk memantau dan memilih saksi ini sebab kita tidak mahu ada mereka yang menyalahgunakan program seperti ini untuk tujuan lain.

Saya ambil contoh, sebagai contohnya kalau dalam kes human trafficking ini, sudah tentulah kebanyakan saksi-saksi ini adalah saksi-saksi warganegara asing kerana mereka ini diseludupkan dari negara luar datang ke negara kita. Jadi kalau mereka ini ingin menjadi saksi dan mereka perlu dilindungi, terutamanya untuk mendedahkan sindiket ini, maka sudah tentulah mereka ini adalah warga asing. Jadi apakah mereka ini terlibat di dalam program ini? Maksudnya mereka ini layak untuk menjadi salah seorang peserta, menjadi saksi yang dilindungi di bawah program perlindungan saksi ini. Maka ini saya perlukan penjelasan sebenarnya. Sebab itu bagi saya soal implementasi ini penting untuk memastikan bahawa kita mempunyai cara yang begitu ketat untuk menentukan siapa yang layak dan terpilih untuk menjadi saksi yang dilindungi ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah kita merasakan bahawa akta ini iaitu Akta Perlindungan Saksi ini sudah tentulah melibatkan kos yang tinggi sebab kita akan menyediakan mereka ini. Dalam program ini pelbagai kemudahan, baik dari segi penginapan kita, pekerjaan mereka, elaun mereka dan yang lain-lain. Apakah sebenarnya di dalam kes perlindungan saksi ini, maka mereka juga diberikan kemudahan untuk berada di luar negara untuk menjaga keselamatan dan kita kena ingat bahawa mereka juga mempunyai keluarga.

Bagaimanakah keluarga mereka ini dilindungi sebab sudah tentulah ada di kalangan sindiket yang terlibat dalam jenayah terancang ini mengetahui latar belakang keluarga saksi ini, tahu di mana keluarga dia, kalau dia ada anak, tahu di mana anaknya dan sebagainya. Jadi katalah mereka ini dilindungi, katalah kita hantar mereka ke luar negara, apakah keluarga mereka ini akan mendapat hak yang sama di bawah perlindungan ini ketika mereka berada di luar negara.

final • 2:51 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya rasa ini adalah amat penting sebenarnya. Sebab itulah pada pandangan saya, apakah kita tidak ada alternatif lain sebenarnya selain daripada Akta Perlindungan Saksi ini supaya saksi-saksi ini adalah saksi-saksi yang terjamin keselamatan mereka dan daripada ancaman-ancaman ini.

Tuan Yang di-Pertua, maka sebab itulah apa yang penting di sini juga, kepada saya ialah apabila mereka ini menukar identiti yang disebut sebagai fictitious identity ini.

Kalau mereka menukar identiti dari segi kelahiran mereka, nama mereka dan mungkin wajah pun diubah, sedangkan kalau mereka ini sebenarnya ialah penjenayah. Mungkin ada di kalangan saksi yang kita ingin lindungi ini mereka juga penjenayah asalnya, background dia. Kemudian dia masuk dalam satu society yang kita tidak kenal dia sebab dia sudah berubah identiti. Apakah dia boleh mengancam keselamatan orang ramai sebenarnya jika dia sudah mengubah identiti ini sedangkan mereka ini pernah terlibat dalam kes-kes jenayah sebelumnya?

Jadi sebab itu bagi saya perkara-perkara seperti ini harus menjadi perhatian kepada kita supaya Akta Perlindungan Saksi ini benar-benar mendatangkan kesan yang efektif kepada usaha kita untuk mengatasi atau membanteras jenayah-jenayah yang berprofil tinggi terutama yang menjadi isu besar kepada kita sekarang ini ialah jenayah yang terancang ini sebab jenayah terancang melibatkan satu rangkaian yang cukup besar yang mempunyai maklumat dan sebagainya yang kita sudah pasti bahawa mereka mempunyai maklumat yang lengkap tentang siapa yang mungkin menjadi saksi yang mereka suspek menjadi saksi ini.

final • 2:51 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Oleh sebab itulah bagi saya, kita harus jelas dalam persoalan pertukaran identiti ini. Maksudnya bagaimanakah kita mengawal dan menentukan tentang pertukaran identiti.

Akhir sekali ingin saya bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang tempoh tersebut. Tempoh untuk menjadi saksi yang dilindungi ini iaitu sampai bilakah mereka ditentukan layak menjadi saksi yang dilindungi. Apakah ada tempoh-tempoh tertentu dan apakah maksudnya hanya setelah kita merasakan bahawa dia bukan lagi memberikan maklumat yang tepat, dia berbohong dalam memberikan maklumat sebagai saksi yang dilindungi ataupun tidak ada lagi manfaat dan sebagainya, maka kita terus tamatkan begitu sahaja. Apakah ada satu cara dalam keadaan kita hendak menentukan secara lebih berhati-hati dalam menentukan tempoh tamatnya sebagai saksi yang dilindungi sebab ini melibatkan satu kos yang cukup tinggi.

Oleh sebab itulah, saya mengharapkan bahawa usaha yang dilakukan oleh kita ini untuk melakukan perubahan iaitu menyediakan satu akta melindungi saksi ini. Maka ia akan dapat membantu kita terutamanya menyelesaikan kes-kes yang berprofil tinggi terutamanya rasuah yang pembangkang sering bangkitkan ini. Oleh sebab itu bagi saya, kita harus positif kepada usaha-usaha ini. Janganlah kita hendak bangkitkan contoh-contoh yang sebenarnya. Yang Berhormat Puchong pun sudah kena gantung selama setahun tetapi hendak bangkitkan juga.

Maksudnya ini yang menjadi masalah dalam keadaan kita tahu bahawa apa juga tuduhan yang dibuat itu sebenarnya tidak berasas, lebih kepada persepsi dan andaian berasaskan kepada hujah-hujah yang kosong. Jadi oleh sebab itu, saya mintalah macam Yang Berhormat Ipoh Timur lebih bertanggungjawab sebenarnya. Bertanggungjawab terhadap usaha kita untuk mengatasi masalah rasuah. Tidak ada sesiapapun yang boleh menafikan bahawa rasuah adalah satu isu yang besar dan sebab itulah sebenarnya rasuah ini ialah apabila kita menyalahgunakan kuasa.

Sebelum memerintah bolehlah kita kata kita tidak melakukan rasuah tetapi bila sudah memerintah, sudah ada kuasa barulah kita tahu beratnya tanggungjawab tersebut.

Oleh sebab itulah, baru setahun jagung memerintah, timbul banyak masalah tentang isu rasuah. Walaupun pendapatan RM43,000 sebulan tetapi hendak beli lembu korban pun guna duit kerajaan juga. Macam mana? Jadi sebab itulah saya kata bahawa kalau hendak dibangkitkan, banyak yang boleh kita bangkitkan. Kita sebagai UMNO parti yang memerintah, kita bertanggungjawab sebab sudah lama memerintah dan kita bertanggungjawab.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Oleh sebab itulah kita berusaha untuk memperbaiki sistem perundangan kita ini supaya gejala-gejala seperti ini kita dapat atasi. Oleh sebab itu bagi saya, kita kena positif dengan usaha ini terutamanya dalam kes-kes yang saya sebutkan seperti human trafficking ini. Sebenarnya ia satu isu yang besar dihadapi oleh negara kita sekarang ini tetapi masalah yang besarnya oleh sebab kebanyakan saksi yang di seludup ini mereka takut. Ini adalah sebab mereka tahu keluarga mereka di Indonesia kah, di Nepal kah dan sebagainya terancam dengan sindiket ini. Sindiket tahu keluarga mereka. Oleh sebab itu saya berharap dengan adanya Akta Perlindungan Saksi ini, maka banyak yang boleh kita baiki dalam usaha kita untuk membanteras jenayah berprofil tinggi di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang ada di hadapan kami hari ini untuk suatu program bagi perlindungan saksi-saksi. Ini adalah rang undang-undang yang harus dialu- alukan. Akan tetapi ada beberapa kecacatan serta kehilangan dalam peruntukan- peruntukan dalam rang undang-undang ini. Khasnya saya rujuk kepada seksyen 23. Saya baca apa yang ada dalam bahasa Inggeris. Exclusion of judicial review, 23(1) There shall be no judicial review in any court of any of any act done or any decision made by the Minister, Attorney General or the Director General under this Act.

Ini adalah suatu kuasa yang luas dan diberikan kepada Menteri, kepada Peguam Negara dan Director General di bawah akta ini. Saya rujuk kepada apa yang dikatakan Tuan Yang di-Pertua oleh Sultan Raja Azlan Shah apabila dia bercakap dalam The 14th Malaysian Law Conference seperti berikut: “No single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the executive, legislative and judicial branches of government, compendiously expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men. Every legal power must have legal limits, otherwise there is dictatorship. In particular, it is a stringent requirement that discretion should be exercised for a proper purpose, and that it should not be exercised unreasonably. In other words, every discretion cannot be free from legal restraint; where it is wrongly exercised, it becomes the duty of the courts to intervene”.

Akan tetapi mana ada peruntukan di dalam seksyen 23? Di mana satu keputusan oleh Menteri atau Peguam Negara atau Director General boleh dirujuk kepada mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, it dangerous drugs preventive Major Zach 1987 Emergency Ordinance number five of 1969 mesti ada peruntukan.

Bagi habeas corpus jika ada kecacatan dalam prosedur untuk satu perintah dikeluarkan, itu boleh dicabar dan mahkamah ada kuasa untuk membuat satu keputusan atas satu keputusan yang dibuat oleh Menteri atau Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di- Pertua, saya berharap pindaan boleh dibuat kepada seksyen 23 untuk memperuntukkan judicial review bagi satu keputusan oleh Menteri atau Peguam Negara. Jika tidak, ini bermakna untuk doctrine separation of power dengan izin adalah dilarang dan itu bukan baik. Tidak baik untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang lain dan ini adalah mengenai perlindungan. Perlindungan yang diberi kepada seorang saksi. P.

Balasubramaniam adalah satu dengan izin, key witness di dalam kes Altantuya. Di dalam statutory declaration beliau bertarikh 1 Julai 2008, beliau ada menyatakan dalam perenggan 25 seperti berikut dan perenggan-perenggan lain yang saya akan rujuk selepas ini:

Dengan izin, “During the discussion and in any attempt to persuade me to continue my employment with him, Abdul Razak Baginda informed me that:

(i) he had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore;

(ii) Datuk Seri Naib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she susceptible to anal intercourse;

final • 3:03 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

(iii) that Abdul Razak Baginda had bought her a house in Mongolia but her brother had refinance it and she needed money to redeem it; That her mother was ill and she needed money to pay for her treatment. That Abdul Razak Baginda had married her in Korea as her mother is Korean whilst her father was a Mongolian/Chinese mix. That if I wouldn’t allow her to see Abdul Razak Baginda, would I be able to arrange for her to see Datuk Seri Najib Tun Razak. I called Abdul Razak Baginda who was at home to inform him of the events taking place at his front gate. He then called DSP Musa Safri and called me back informing me that Musa Safri would be calling hand phone and I was to pass the phone to the Inspector from Dang Wangi Police Station.

I then received a call on my hand phone from Musa Safri and duly handed the phone to the Dang Wangi Inspector. The conversation lasted 3 to 4 minutes after which he told the girls to disperse and to go to see him the next day.

Abdul Razak Baginda informed me that DPS Musa Safri had introduced him to one DSP Idris, the head of the Criminal division, Brickfields police station, and that Idris had referred him to ASP Tonny. I was transported to Bukit Aman where I was interrogated and questioned about an SMS I had received from Abdul Razak Baginda on the 19.10.2006 which read “delay her until my man arrives” They had apparently retrieved this message from Abdul Razak Baginda’s hand phone. They then proceeded to record my statement from 8.30 a.m to 6 p.m…

final • 3:03 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2). Ini adalah kes mahkamah yang saya rasa tidak boleh disebut dalam Dewan ini.

final • 3:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, dia tidak cakap apa- apa berkenaan apa yang jadi dalam mahkamah. He’s only referring to the statutory declaration…

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

They then proceeded to record my statement from 8.30 a.m. to 6 p.m. everyday for 7 consecutives days. I told them all I knew including everything Abdul Razak Baginda and Aminah had told me about their relationships with Datuk Seri Najib Tun Razak but when I came to sign my statement, these details had been left out.

I have given evidence in the trial of Azilah, Sirul and Abdul Razak Baginda at the Shah Alam High Court. The prosecutor did not ask me any question in respect of Aminah’s relationship with Datuk Seri Najib Tun Razak or the phone call I received from the DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC for Datuk Seri Najib Razak and, or his wife.

On the day Abdul Razak Baginda was arrested, I was with him at his lawyer’s office at 6.30 a.m. Abdul Razak Baginda informed us that he had sent Datuk Seri Najib Tun Razak an SMS the evening before as he refused to believe he was to be arrested but had not received a response.

Shortly thereafter, at about 7.30 a.m., Abdul Razak Baginda received an SMS from Datuk Seri Najib Tun Razak and showed, this message to both myself and his lawyer. This message read as follows; “I am seeing IGP at 11.00 a.m. today..., matter will be solved..., be cool.” The purpose of this statutory declaration is to:

(i) state my disappointment at the standard of investigations conducted by the authorities into the circumstances surrounding the murder of Altantuya Shaaribuu;

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

(ii) bring to the notice of the relevant authorities the strong possibility that there are individuals other than the 3 accused who must have played a role in the murder of Altantuya Shaaribuu;

(iii) persuaded the relevant authorities to reopen their investigations into this case immediately so that any fresh evidence maybe presented to the Court prior to submissions at the end of the prosecutions case;

(iv) emphasize the fact that having the member of Royal Malaysian Police Force for 17 years I am absolutely certain no Police Officer would shoot someone in the head and blow up their body without receiving specific instructions from the superiors first; dan

(v) express my concern that should defence not be called in the said murder trial, they accused, Azilah and Sirul will not have to swear on oath and testify as to the instructions they received and from whom they were given.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, terus terang Timbalan Perdana Menteri ada terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dia ada ambil langkah-langkah yang boleh diterima sebagai justification for saying, dengan izin, at the Deputy Prime Minister is involved in the murder of Altantuya Shaariibuu. So apa yang boleh dibuat sekarang untuk menentukan Balasubramaniam boleh kembali dari mana-mana dia ada sekarang untuk member keterangan. Bolehkah dia diberi perlindungan sebagai saksi untuk kembali ke negara ini, memberi keterangan dalam kes Altantuya Shaariibuu yang tidak tamat sampai hari ini.

Keputusan ada dijadualkan untuk diberi Tuan Yang di-Pertua, pada 9 April. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya dapat jaminan daripada kerajaan bahawa Balasubramaniam diberi perlindungan untuk kembali ke negara ini, pergi ke mahkamah untuk memberi keterangan yang boleh menunjukkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi. Akta ini sememangnya penting bagi melindungi saksi yang mungkin diugut oleh rakan-rakan defendan ataupun syndicate of organized crime. Namun, ada beberapa perkara yang saya lihat dalam rang undang-undang ini tidak jelas.

Pertamanya, seksyen 4, Menteri boleh melantik seorang Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Saksi dari kalangan anggota perkhidmatan awam tetapi tidak adakah satu agensi ditubuhkan supaya mereka ini boleh mentadbir program perlindungan saksi. Di Amerika Syarikat, program perlindungan saksi adalah ditadbir oleh Department of Justice. Melindungi saksi yang diancam, sebelum, sedang dan selepas dibicarakan pada kebiasaannya untuk kes-kes bicara organized crime ataupun jenayah terancang adalah amat penting. Jika penguat kuasa undang-undang seperti polis tahu risiko kepada saksi yang diugut oleh rakan-rakan defendan dan ianya dianggap penting bahawa saksi ini seharusnya dilindungi.

Namun, adakah pihak polis tidak akan memberi maklumat kepada sindiket tentang saksi, ini sudah pun berlaku sekarang. Ramai saksi takut dan enggan datang ke mahkamah kerana mereka sudah pun diancam oleh rakan-rakan ataupun syndicate of organized crime.

Apakah tindakan kerajaan di kalangan mereka ini kalau mereka ini memberi maklumat.

Saya tidak lihat di dalam perundangan ini, tindakan yang boleh diambil kepada orang yang memberi maklumat tentang saksi yang dilindungi.

Seterusnya dalam seksyen 13(3)(a) dan (b), ke negeri Sarawak dan Sabah.

Adakah ini memang diarahkan oleh Ketua Pengarah kalau mereka dihantar ke Sabah atau ke Sarawak ataupun adakah ini satu pilihan saksi sendiri.

final • 3:14 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Ini juga saya lihat amat penting kerana jika seseorang saksi itu dilindungi, maka identiti mereka seharusnya juga dilindungi seperti memberi nama baru. Adakah nama baru ini untuk selama-lamanya ataupun hanya untuk program jika mereka menjadi saksi untuk organized crime. Adakah mereka akan diberi kad pengenalan ataupun MyKad jika mereka dilindungi kelak dan sama ada kad pengenalan ini akan ditarik balik jika tamat program perlindungan ini nanti.

Di Amerika Syarikat, saksi digalakkan untuk menggunakan nama asal pertama, first name tetapi nama keluarga boleh ditukar dan jika ianya ditukar, ianya menggunakan huruf yang sama seperti nama keluarga asal. Ini adalah untuk kesenangan seperti Ketua Pengarah untuk mengenal pasti saksi di dalam program perlindungan ini, easier to use instinctively. Namun bagi negara kita, nama pertama mungkin adalah satu identiti yang tidak boleh diguna pakai kerana di dalam negara kita kebiasaannya, nama pertama ini adalah nama yang amat penting. Oleh itu jika nama ditukar, ia seharusnya ditukar keseluruhannya agar saksi ini tidak dapat dan tidak boleh dikenal pasti oleh sesiapa.

Ketua pengarah di dalam tugasnya harus membantu untuk mendapatkan tempat kediaman saksi yang dilindungi yang paling secretive, yang orang tidak tahu dan yang sesuai. Ketua pengarah juga seharusnya membantu mencari pekerjaan jika saksi ini dipindahkan ke tempat lain.

final • 3:14 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Kalau tidak kerajaan akan menanggung ganjaran atau elaun saksi ini. Sampai bilakah kerajaan boleh menanggung ataupun nak menanggung perbelanjaan saksi ini, kerana kadangkalanya saksi ini mereka adalah penjenayah juga. Jadi oleh itu, adalah lebih elok jika mereka diberi peluang pekerjaan kerana elaun ini seharusnya adakah ianya tamat selepas saksi sudah mendapat pekerjaan nanti.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh seksyen 15 yang berkaitan dengan ketidakdedahan identiti asal saksi. Saksi seharusnya tidak boleh mengembara, cannot travel dan tidak boleh berhubung dengan ahli-ahli keluarga dan saudara mara mereka yang tidak di lindung kerana jika mereka membuat demikian, maka identiti mereka boleh terbongkar nanti tetapi di dalam akta ini, tidak ada peruntukan untuk saksi tidak boleh berhubung dengan sesiapa pun.

Ini adalah amat penting juga supaya sindiket tidak boleh tahu di mana mereka di lindung dan setiap hari jika saksi ini perlu berjalan atau perlu pergi kerja, maka arah ataupun direction dia berjalan setiap hari seharusnya ditukar. Jangan ianya berjalan mengikut satu arah saja dan selepas itu dia boleh dikenal pasti oleh sindiket.

Di dalam seksyen 16 yang berkaitan dengan penamatan perlindungan dan bantuan. Di Amerika Syarikat, saksi-saksi yang ada melakukan jenayah. Terdapat 17 peratus di kalangan mereka melakukan jenayah lagi. Oleh itu penamatan perlindungan haruslah diteliti dengan baik bagi mengelakkan mereka melakukan jenayah lagi, kalau tidak memang mereka ini akan melakukan jenayah, they are a loss to society. Ini adalah penting.

Selepas ditamatkan perlindungan, adakah identiti baru mereka dihapuskan ataupun mereka masih lagi menyimpan identiti baru. Sekian, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya kesempatan, untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 ini. Memang saya secara umumnya, rang undang-undang ini adalah sesuatu yang baik dan ianya telah diamalkan di beberapa buah negara seperti Thailand, Afrika Selatan, Kanada dan Amerika Syarikat. Akan tetapi, dari segi keseluruhan rang undang-undang ini, ianya nampak memberi satu kuasa yang amat besar kepada Ketua Pengarah Perlindungan Saksi untuk menentukan siapakah yang berhak dilindungi dan ditarik balik perlindungan tersebut.

final • 3:23 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Di dalam rang undang-undang, tidak dinyatakan siapakah pengadu dan yang berhak untuk mengadu, supaya mereka yang diletakkan sebagai pelindung dalam akta ini, tidak disebut dalam rang undang-undang ini. Kepentingan supaya saksi dilindungi adalah kerana saksi memainkan peranan yang amat penting dalam perbicaraan sesuatu kes untuk mengelakkan berlaku rasuah kepada saksi.

Untuk memastikan saksi tidak menerima sebarang ancaman ataupun intimidasi dan supaya saksi tidak menjadi hostile witness. Tuan Yang di-Pertua, di Australia kuasa diberikan kepada Mahkamah Agung atas permohonan ketua polis, untuk menentukan siapa yang layak dimasukkan ke dalam program perlindungan saksi ini.

Di Thailand, kuasa juga diberikan kepada pihak polis dan pihak NGO telah menggesa supaya kuasa polis untuk menentukan saksi dilindungi patut dihapuskan kerana di sana polis sebenarnya menjadi dalang kepada pelanggaran hak asasi manusia. Di dalam seksyen 2 rang undang-undang ini yang memberikan kuasa yang luas bagi memasukkan mana-mana saksi sama ada saksi dalam kes jenayah, ataupun informer, atau mana-mana kes yang difikirkan wajar untuk dimasukkan sebagai pelindung dalam rang undang-undang ini.

Di Thailand misalnya, saksi yang dilindungi hanyalah dalam kes jenayah berat, yang hukumannya melebihi sepuluh tahun penjara atau kes narkotik, kes kastam, rasuah, pengubahan wang haram, keselamatan negara, sindiket jenayah dan juga kes seksual.

Dalam seksyen sepuluh rang undang-undang ini, memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Perlindungan Saksi untuk mengesyorkan cadangan perlindungan saksi itu, kepada Peguam Negara, dan siapa yang terkilan dengan keputusan Peguam Negara itu, boleh merayu kepada Menteri.

Keputusan Peguam Negara atau Menteri itu tidak boleh disemak oleh mahkamah, ini dalam seksyen 23. Di sini mungkin berlaku salah guna kuasa pada masa akan datang di mana Menteri diberikan kuasa penuh untuk menyemak sebagaimana yang disebutkan oleh Bukit Gelugor tadi.

Dalam seksyen 12, rang ini memberikan kuasa untuk akses kepada daftar saksi yang dilindungi hanya kepada Menteri, Peguam Negara dan juga Ketua Pengarah dan mana-mana orang yang dibenarkan secara bertulis oleh ketua pengarah.

Hal ini adalah mustahak bagi mengelak tujuan akta ini dibuat untuk menjadi sia-sia sahaja. Mungkin ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam meluluskan rang undang-undang ini. Ianya mungkin berlaku salah guna kuasa dalam memberi keputusan.

Siapakah yang patut dilindungi kerana ianya melibatkan soal wang awam seperti mana yang disebutkan oleh Mambong tadi berhubung dengan kita menukar identiti dan perlukan perbelanjaan besar untuk memberi pekerjaan dan tempat tinggal kepada mereka yang dilindungi identiti tersebut.

Ini kerana kos dalam melindungi ataupun memberikan pekerjaan ini, merupakan satu kos yang tinggi, soal yang kedua adalah koordinasi di antara badan-badan kerajaan lain, contohnya seperti yang apabila kita memberikan identiti baru kepada seseorang, ianya mungkin menghadapi masalah dengan badan-badan kerajaan yang lain seperti pejabat nikah-cerai, KWSP, SOCSO, kalau orang Islam dari segi wali, faraid, harta dan juga dari segi data-data biometrik yang tidak boleh diubah seperti iris dalam mata, cap jari dan juga data-data DNA.

Ini memerlukan penelitian daripada rang undang-undang ini. Masalah ketelusan sistem ini juga akan dinilai oleh masyarakat kerana mungkin ada penjenayah yang dilindungi atas alasan mereka menjadi saksi utama, terutama apabila ketua pengarah diberikan kuasa penuh untuk membuat rekomendasi tentang siapakah yang layak diletakkan dalam perlindungan ini.

Kita tidak mahu keadaan yang berlaku di Thailand misalnya, akan berlaku di Malaysia apabila rakyat tidak lagi mempercayai mereka yang memegang tampuk sebagai pelindung saksi ini dan kuasa hakim untuk membuat semakan adalah dikecualikan dalam akta ini perlu juga diberi perhatian oleh pihak yang menggubal rang undang-undang ini.

Sekian terima kasih.

final • 3:23 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan penghargaan kepada kementerian yang memungkinkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008, Witness Protection Act dengan izin, ini dapat dibentangkan. Setakat ini persoalan yang mohon dirungkaikan ialah di bawah kementerian mana Ketua Pengarah program ini akan diletakkan dan apakah nama jabatannya kelak dan berapakah besarnya atau anggaran saiz jabatan yang akan menguruskan program perlindungan saksi ini.

Dalam rang undang-undang ini dalam fasal 10, ceraian enam, mengenai kemasukan ke dalam program, Menteri adalah mempunyai kuasa akhir untuk membuat keputusan sama ada seseorang saksi itu boleh dimasukkan ke dalam program atau tidak.

Adalah dicadangkan agar Menteri merujuk kepada sebuah jawatankuasa, jawatankuasa kecil yang beliau sendiri mempengerusikan dan dianggotai oleh wakil Jabatan Perlindungan Saksi, Jabatan Peguam Negara dan mungkin wakil daripada pihak polis, itu satu cadangan.

(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

final • 3:28 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Dalam fasal 12(3), mengenai akses kepada daftar, fasal 17(2) mengenai obligasi kerahsiaan, fasal 26(3)(a)(b) mengenai kesalahan telah memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, tetapi tiada hukuman pilihan dari segi denda wang ringgit. Adakah kerana kesalahan dalam tiga fasal-fasal itu terlalu besar hinggakan tiada pilihan untuk membayar denda. Dalam fasal 12 pula, akses kepada daftar yang tentunya melibatkan dokumen mengenai maklumat peribadi kepada saksi-saksi berkaitan, adakah OSA sudah memadai untuk melindungi hal ini kerana Akta Rahsia Rasmi juga sewajarnya melindungi segala rahsia seumpamanya.

Dalam fasal 13(2)(j), antara tindakan yang dibuat jika seseorang saksi dimasukkan ke dalam program, ialah apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati perlu oleh ketua pengarah adalah disyorkan agar tindakan-tindakan lain itu disenaraikan pada peringkat jabatan supaya Ketua Pengarah tidak mempunyai kuasa yang terlalu besar. Seperkara lagi ialah apakah ahli-ahli keluarga kepada saksi berkaitan juga diberikan hak dan obligasi kepada peserta program. Jika ini dilakukan, tentunya tanggungjawab dengan kos yang terlibat adalah besar. Adakah kita telah fikirkan juga jika saksi itu terpaksa menukarkan keseluruhan nama, identiti keluarga, harta, akses kepada pendidikan dan seluruh sejarah saudara-mara mereka.

Persoalan juga timbul tentang hal-hal berkaitan waris, harta pusaka terhadap saksi-saksi yang melibatkan orang-orang Islam. Adakah ini telah difikirkan dan adakah jalan penyelesaiannya telah dijumpai terutama jika sekeluarga telah menukar identiti. Bagaimana jika yang pertama seseorang anak ingin berkahwin dan bernikah dan terpaksa menggunakan nama samaran atau identiti lain, dan apakah status pernikahan itu.

Kedua, pembahagian harta pusaka yang kemungkinan terpaksa mengeluarkan nama saksi yang telah mengikuti program ini. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada Ahli Parlimen yang berhujah bahawa akta ini perlu untuk membanteras sindiket jenayah, bahawa adalah perlu kita ada akta ini untuk memberi perlindungan kepada saksi untuk menggalakkan dia datang ke depan dan untuk melindunginya daripada balas dendam. Namun, ramai di Malaysia ragu terhadap ketelusan dan tahap profesionalisme pihak polis dan Peguam Negara. Kuasa yang diberi Tuan Yang di-Pertua, adalah amat luas. Satu identiti baru dengan kad pengenalan baru, dengan nama yang baru, sijil kahwin pun boleh ditukar dan dia diberi satu tempat yang baru untuk berlindung. Akan tetapi, adakah kuasa ini yang harus dipakai untuk membanteras sindiket jenayah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan politik. Itulah persoalannya.

final • 3:32 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Situation sekarang ini, di mana polis dan Peguam Negara tidak begitu bebas, tidak neutral dan sedia diperalatkan oleh pihak eksekutif untuk memberi masalah kepada Ahli- ahli Parlimen daripada pembangkang. Adakah kemungkinan saksi-saksi palsu boleh diwujudkan, dibayar untuk berbohong kemudian diberi perlindungan untuk menyembunyikan diri. Jadi saya rasa pada masa ini, sistem pentadbiran kita iaitu polis dan Peguam Negara belum cukup matang ataupun profesional untuk diberi kuasa yang luas ini.

Oleh itu saya syorkan rang undang-undang ini harus ditangguhkan. Apa yang kita harus buat dahulu ialah untuk melaksanakan reformasi keseluruhan di kalangan polis dan Peguam Negara.

Hanya bila polis kita dan AG’s Chamber kita ini bersih, telus, profesional dan neutral, baru bil ini harus dikemukakan. Terima kasih.

final • 3:32 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008.

Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di- Pertua kepada clause 23 yang dikatakan dalam mahkamah satu austere clause. Saya tidak boleh sokong clause seperti ini sebab mengikut clause 23, langsung Menteri, Attorney General ataupun Deputy Attorney General tidak ada apa-apa judicial review di atas apa-apa tindakan diambil oleh Menteri, AG atau Deputy AG. Saya tidak sokong clause 23 kerana ini ialah against the rules of natural justice dan tidak ikut undang-undang. Jikalau apa-apa kesilapan dibuat oleh Menteri atau Attorney General, macam mana kita boleh ada satu seksyen seperti seksyen 23, di mana tidak boleh bangkitkan isu-isu ini dalam mahkamah.

Clause 23 saya tidak sokong kerana it is subject to a lot of abuse by ministerial powers. Oleh sebab itu, saya tidak sokong clause ini. Melalui clause ini, boleh merampas kuasa mahkamah dan apa-apa yang dibuat oleh Menteri atau director general dalam seksyen ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di atas satu saksi yang penting dalam Malaysia iaitu namanya P. Subramaniam. Ramai orang bertanya di mana P. Sumbramanian menghilang diri pada masa ini. Kenapa kerajaan tidak membawa balik P. Subramaniam yang membuat satu attorney declaration yang penting, tidak dibawa balik ke Malaysia.

Apakah yang kita takutkan dengan P. Subramaniam ini? Why do we want to hide? Kenapa kita simpan P. Subramaniam di negara lain?

Ucapan saya ringkas sahaja. Selain daripada clause 23, saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada clause 44, akta yang sama. Jikalau kita baca seksyen 44 dalam akta ini, pada pandangan saya ada satu dokumen dalam seksyen 44. Jikalau dikatakan director general dan timbalan Director General tidak boleh buat tugasnya, siapakah yang akan menggantikan? Oleh sebab itu, seksyen 44 tidak jelas dan saya harap kerajaan boleh buat pindaan di bawah seksyen ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 3:34 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini, saya ingin menyebut beberapa perkara. Pada masa sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada perlindungan terhadap saksi-saksi kecuali beberapa seksyen di bawah Akta Keterangan 1950, di mana saksi-saksi tidak boleh diancam atau dihina oleh sesiapa pun. Namun, itu khususnya dalam prosiding mahkamah, di mana saksi-saksi tidak boleh ditanya dengan izin, scandalous question. Akan tetapi selain daripada itu, kita tidak ada satu akta yang akan memberi perlindungan kepada saksi-saksi.

Di negara USA atau United States of America dengan izin, ada satu Witness Protection Act pada tahun 1970 yang begitu komprehensif memberi perlindungan kepada saksi. Perlindungan yang diberi di bawah akta itu adalah dua jenis, iaitu untuk mengelakkan seseorang saksi menjadi house style witness, dengan izin, dan perlindungan kedua adalah perlindungan secara fizikal. Saya rasa rang undang-undang yang kita bahaskan sekarang harus menumpukan kepada dua aspek ini juga, iaitu semasa seseorang saksi ataupun bakal saksi dalam penyiasatan pihak polis mesti diberi perlindungan dahulu.

final • 3:38 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apabila kenyataannya diambil iaitu kenyataan seseorang bakal saksi dirakamkan dalam custody pihak polis, ia adalah lebih sesuai jika saksi itu dirakam di hadapan atau pun kenyataan itu dirakam di hadapan seorang majistret di bawah keadaan angkat sumpah. Ini kerana kadang kala ada saksi-saksi ini menjadi hostile semasa perbicaraan. Jika kenyataan yang diambil ini adalah di hadapan seorang majistret, ini akan mengelakkan saksi tersebut menjadi hostile kemudian kelak.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah perlindungan kepada saksi secara fizikal.

Perlindungan ini bukan hanya secara fizikal tetapi memberi kestabilan kewangan. Jika perlu, saksi ini harus dipindahkan ke tempat lain atau pun ke negara lain sebab kadang- kadang kes-kes akan melibatkan pihak-pihak berkuasa, the richer, the powerful. Jadi, perlindungan harus diberi kepada saksi-saksi ini. Saya juga ingin sentuh dan saya percaya rang undang-undang ini lebih menumpukan atau pun hanya kes-kes jenayah. Macam mana kes-kes sivil yang high profile. Ini juga melibatkan saksi-saksi yang mungkin perlu perlindungan daripada orang-orang yang ada kepentingan dalam kes-kes ini.

Jadi, saya rasa bukan sahaja kes-kes jenayah sebab ia mengatakan offenses di beberapa seksyen tetapi kes-kes sivil juga harus diberi perhatian yang secukupnya. Saya percaya di antara negara-negara yang lain, Australia mempunyai satu Witness Protection Act tahun 1991 yang begitu komprehensif. Kita boleh ambil beberapa pandangan daripada akta tersebut. Saya percaya, kita juga harus mengkaji balik di mana ada berkenaan mengikut akta-akta di Amerika Syarikat, Australia dan juga India di mana akta tersebut telah pun diwujudkan.

Di Bangsa-bangsa Bersatu juga, ada satu witness protection deklarasi di bawah basic principal for justice for victims of crime and abuse of power di bawah Resolusi 40/34, nombor 29. Ini tahun 1985. Jadi, kita ada banyak source dan kita boleh tengok untuk menggubal satu akta. Akan tetapi apa yang saya pandang adalah tiap-tiap kali kita ada rang undang-undang, kuasa yang terlebih banyak diberi kepada individu nampaknya mengurangkan atau mencabul sama sekali kuasa-kuasa mahkamah kita.

Jadi, kalau kita mengadakan satu akta di mana mahkamah tidak ada kuasa untuk mengambil tahu secara a bit treated of fact and law. Jadi, orang ramai especially the command man mana mereka akan pergi untuk tuntut keadilan. Saya rasa seksyen 23 harus dikaji balik. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan mengambil tahu perkara ini.

Satu lagi aspek untuk kita mengambil perhatian adalah kos terlibat dalam akta ini.

Di Amerika Syarikat dalam beberapa dekad yang lalu beratus-ratus juta telah dibelanjakan untuk memberi perlindungan kepada saksi-saksi termasuk saksi-saksi di kes-kes high profile. Jadi, bagaimana kerajaan akan melihat aspek ini dari segi kos yang akan melambung tinggi sebab kadang-kadang ia bukan sahaja perlu saksi tetapi keluarga saksi.

Jika seorang keluarga ada lima orang atau termasuk isteri pergi sekolah atau pun kolej, semua harus ditukarkan ke tempat lain. It’s whole sale replacement of family. Jadi, ini akan melambungkan kos untuk kita.

Bukan sahaja bakal saksi, mungkin saudara mara atau kawan rapat saksi juga boleh diancam oleh pihak-pihak yang tertentu. Pada beberapa bulan yang lalu, kita ada satu kes di mana rakan saya Yang Berhormat Seremban pun telah menyentuh mengenai P.

Balasubramaniam. Kita tahu bahawa saksi ini walaupun tidak ada Akta Perlindungan Saksi di Malaysia, dia diberi perlindungan juga. Saya dapat maklumat dari saudara Encik P.

Balasubramaniam bahawa beliau di hantar ke luar negeri oleh pihak-pihak yang tertentu supaya statute deklarasi kanun yang diberi oleh beliau tidak dapat dipersoalkan di mahkamah-mahkamah kita. Kita semua tahu beliau telah memberi dua statutory declaration dengan izin, yang bertentangan. Rakyat ingin tahu yang manakah deklarasi yang berkanun itu benar sebab ia melibatkan pihak-pihak yang tertentu. Ini telah memberi satu pandangan bahawa pihak-pihak yang berkuasa, orang-orang yang sangat berkuasa telah terlibat dalam kehilangan Encik P. Balasubramaniam sampai sehingga ke hari ini beliau tidak kembali kepada tanah air kita. Bukan sahaja beliau, anak-anak beliau pun juga tidak ada di negara kita ini. Semua sekali telah lari dari Malaysia.

final • 3:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi, walau apa pun kita ada sesuatu akta. Jika directed general yang diberi itu luas kuasnya jika beliau adalah seorang dalam kongkongan pihak-pihak politik. Jadi tidak ada apa-apa kesan untuk kita mengadakan satu akta begini. Ini kerana saya rasa, akta begini hanya adalah berkesan jika pihak-pihak yang terlibat seperti DG dan Deputy Director General, dengan izin, adalah orang-orang yang berintegriti, yang boleh tahan paksaan atau pun pressure dengan izin oleh pihak-pihak atasan. Kalau tidak, beliau juga akan menjadi lebih kurang tukang kepada pihak-pihak berkuasa yang atasan. This is double age act dengan izin. Ia boleh benar-benar dengan sah melindungi saksi-saksi dan macam kes Balasubramaniam juga dengan sah menghilangkan saksi-saksi. Tidak tahu mana mereka pergi.

Saya ingin mengatakan bahawa akta ini sangat berkesan di Australia walaupun sekarang saya tidak ada statistik untuk memberi berapa keberkesanannya, tetapi di Australia ia sangat berkesan sejak 20 tahun yang lalu. Di Amerika Syarikat 30 tahun yang lalu dan baru-baru ini di India. Di negara-negara lain, di Afrika pun mereka telah cadangkan untuk mengadakan akta di ini di Rwanda, di Eropah, Yugoslavia dan sebagainya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya harap pihak Yang Berhormat Menteri mengambil pandangan dari kita semua ini. Walaupun Jabatan Peguam Negara saya percaya ada pakar-pakar yang sesuai menggubal rang undang-undang ini. Jika perlu, kita boleh memberi pandangan dalam round table discussion supaya akta ini boleh menjadi lebih berkesan. Seumpamanya, saya rasa mesti mengadakan khususnya seksyen-seksyen mengenai kes-kes sivil juga di mana ia melibatkan high profile civil cases.

Saya juga ingin tahu bagaimana lantikan DG ini dibuat. Cuma Yang Berhormat Menteri yang berkenaan boleh membuat lantikan. Adakah ini melalui konsensus dari pihak- pihak yang berkenaan seperti Majlis Peguam dan lain-lain agensi yang ada kepentingan dan lain-lain NGO yang ada kepentingan dalam akta ini atau pun arena ini. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan saya ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Rang undang-undang Perlindungan Saksi 2008 seperti yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat cadangan rang undang-undang seperti yang tertera di dalam cadangan tersebut, fasal 3, dan fasal 4 yang diperuntukkan bagi perwujudan program perlindungan saksi dan pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai lain di bawah kuasa Menteri boleh dipertikaikan.

final • 3:49 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Hujahnya ialah kerana kalau kita melihat cadangan tersebut, sifat kewujudannya itu membuktikan betapa lemahnya komitmen kerajaan terhadap satu permasalahan yang serius kerana rang undang-undang hanya sekadar mencadangkan diwujudkan program perlindungan saksi yang diselenggarakan oleh Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang dilantik tanpa kriteria yang jelas. Saya tekankan ini ialah tanpa kriteria yang jelas kerana apabila kita membandingkan pendekatan yang diambil contohnya macam di Indonesia, penekanan diberikan untuk memperkukuhkan komitmen melalui pembentukan sebuah Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban ataupun LPSK yang bertanggungjawab terus kepada Presiden.

Pembentukan LPSK mengandungi tujuh anggota yang pelantikan mereka disaring terlebih dahulu melalui proses Pilihan Dewan Permesyuaratan Rakyat ataupun DPR daripada Parlimen Indonesia sebelum pelantikan mereka disahkan oleh Presiden. Ini saya rasa mungkin memberi jawapan kepada isu integriti yang dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat Teluk Intan. Anggota-anggota LPSK harus memiliki visi, misi dan komitmen yang jelas berkaitan tugas dan fungsi termasuk penggarapan mengenai hak-hak asasi manusia.

Pelantikan ketujuh-tujuh orang anggota LPSK tidak diragukan kerana mereka telah mengikuti proses pemilihan yang ketat mulai daripada Panitia Seleksi ataupun Jawatankuasa Pemilihan sampai melalui apa yang dikatakan fit and proper test dalam polisi DPR tersebut.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebenarnya seramai 226 calon telah diajukan kepada peringkat Panitia Seleksi tersebut, di dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut yang kemudian disaring seleksi sehingga akhirnya diputuskan 21 orang untuk dikemukakan kepada presiden. Selanjutnya presiden mengirimkan 14 orang calon anggota ke DPR untuk mengikuti uji kelayakan dan kepatutannya. Di sini Tuan Yang di-Pertua, ia melihatkan satu proses yang amat ketat kerana dia akan mewujudkan satu sistem yang berintegriti. Jadi, pendekatan yang kita ada sekarang ini seperti yang dicadangkan di bawah fasal 3 dan fasal 4 ini tidak dengan jelas memberi ruang kepada kriteria-kriteria kepada keanggotaan jawatankuasa tersebut.

Seterusnya, kita melihat perbezaan ketara melalui rang undang-undang ini ialah perwujudan perlindungan saksi di Malaysia lebih bersifat sebuah unit jabatan kerajaan di bawah penyeliaan Menteri. Perwujudan seumpama ini menunjukkan political will yang hambar untuk melakukan reformasi dan perubahan paradigma yang sejajar dengan tuntutan masyarakat dan kemajuan zaman. Pemikiran kerajaan masih di takuk lama. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa rang undang- undang ini kerana difikirkan bahawa saksi terutama dalam kes-kes yang berprofil tinggi ataupun kes-kes yang berkepentingan tinggi memerlukan perlindungan yang ketat tetapi pendekatan yang ditunjukkan bahawa tidak lebih bersifat dengan izin satu, melepas batuk di tangga kerana aspek integritinya tidak ditekankan, aspek daripada segi penstrukturannya itu tidak ditekankan kerana ia lebih merupakan semacam satu unit jabatan, kementerian.

Seterusnya, dipertikaikan juga ialah fasal 28, dan fasal 24, yang mengecualikan apa-apa semakan kehakiman oleh mahkamah mengenai perbuatan atau keputusan Menteri, Peguam Negara atau ketua pengarah serta memberi perlindungan kepada pegawai secara peribadi terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit daripada pelaksanaan kewajipan mereka. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya sistem ini disalah guna, rakyat ataupun pihak-pihak yang mengatakan mereka telah dizalimi dan tidak diadili perlu diberi ruang agar keputusan itu dapat dicabar dalam bentuk mungkin kita panggil judicial review dan sebagainya tetapi sekiranya diperuntukkan satu peruntukan yang mana tidak boleh dicabar langsung, saya rasa safety guard ataupun dengan izin, dipanggil the tyranny of the majority itu atau the safety net for the minority itu tidak akan wujud dalam kerangka ini.

Jadi dalam hal ini terutama saksi-saksi yang mengatakan diri mereka dizalimi itu tidak akan dicapai. Pada asasnya, rang undang-undang ini dikemukakan untuk mempertegaskan perlindungan terhadap saksi bukannya perlindungan kepada pihak-pihak seperti Peguam Negara atau Ketua Pengarahnya. Mengapa perlu dijamin perlindungan daripada sebarang semakan untuk Menteri dan Peguam Negara? Saya yakin dalam hal ini kita bukan mengatakan seorang Menteri itu tidak adil dan sebagainya. Saya yakin Menteri Undang-undang sekarang mungkin tidak akan melakukan perkara tersebut tetapi kita menjangkakan bahawa sesuatu sistem yang akan diwujudkan ialah lulus ujian.

Siapa Menteri kah, siapa Peguam Negara kah mesti lulus ujian bahawa keputusan itu tidak boleh dipertikaikan. Lebih baik dinamakan rang undang-undang ini Rang Undang- undang Perlindungan Peguam Negara atau Perlindungan Pihak Eksekutif dan bukannya Rang Undang-undang Perlindungan Saksi kerana dalam melindungi saksi ini juga, kita perlu melihat bahawa saksi ini tidak boleh terdedah kepada anasir-anasir lain yang akan mengambil kesempatan terhadap dengan izin, dengan keadaan fragile nya, dengan keadaan lemahnya saksi ketika mana mereka di dalam keadaan tertekan dan seterusnya dipertikaikan juga fasal 29 yang mengadakan peruntukan mengenai pengemukaan laporan oleh Ketua Pengarah kepada Menteri.

Hujahnya Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini melibatkan isu kepentingan orang ramai atas permasalahan serius yang telah menjejaskan keyakinan awam terhadap institusi-institusi kerajaan khasnya polis. Isu integriti lagi. Lantaran, tidak mencukupi laporan hanya sekadar untuk pengetahuan Menteri. Ia harus dikemukakan paling tidak kepada Ahli-ahli Parlimen Dewan ini menerusi pembentangan sebagai kertas kita panggil Status Parlimen seperti Laporan SUHAKAM dan badan-badan berkanun yang lain dan saya rasa dengan pembentangan terhadap Parlimen ini, sekurang-kurangnya ia memberi ruang kepada accountability terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh pak Menteri dan juga Peguam Negara.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dalam hal ini, perkara tersebut akan memberi ruang kepada Ahli-ahli Parlimen di sini memperbahaskan, memperdebatkan perkara-perkara yang akan menimbulkan syak wasangka dan seterusnya akan bukan mewujudkan integriti yang baik kepada institusi tersebut malah akan meranapkan lagi institusi tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya norma antarabangsa ataupun pendekatan yang diambil di peringkat antarabangsa contohnya seperti yang dihujahkan tadi oleh Yang Berhormat Teluk Intan iaitu dengan izin, United Nations Declaration of Basic Principles of Justice For Victims of Crime And Abuse Of Power diguna pakai terutama sekali fasal 6D yang telah digariskan bahawa proses pengadilan harus mengambil tiga langkah asas dalam perlindungan saksi dan mangsa:

(i) mengurangkan ketidakselesaan mangsa;

(ii) melindungi privasi mereka apabila dikehendaki; dan

(iii) memastikan keselamatan mereka dan juga anggota keluarga mereka daripada ugutan dan tindak balas dendam Di sini saya rasa dalam kita memberi perlindungan kepada saksi, pihak-pihak lain yang juga merupakan pihak berkaitan dengan pihak saksi contohnya pihak keluarga juga perlu diberi perhatian.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah memperkukuhkan komitmen jangka panjang perlindungan saksi dan mempertegaskan pendirian yang sejajar dengan pendirian masyarakat antarabangsa dalam kes-kes yang melibatkan perlanggaran hak asasi, Kerajaan Persekutuan digesa supaya meratifikasikan dua perjanjian antarabangsa yang berkaitan. Pertama ialah dengan izin, International Governance on Civil and Political Rights (ICCPR). Kedua, Statute of Rome 1988 bagi mengiktiraf perwujudan International Criminal Court atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Di sini saya berpendapatan dan saya mencadangkan kepada pak Menteri agar peruntukan ini diratifikasi kerana hanya dengan ini satu tahap yang bersifat lulus antarabangsa yang mampu mengangkat kredibiliti sistem kita, mampu diadili dengan sebaiknya oleh masyarakat antarabangsa kerana ini keluh kesah yang dikatakan bahawa kita tidak mahu meratifikasi International Governance on Civil and Political Rights kerana kita ada perkara-perkara yang mahu kita tutup. Jadi saya mencadangkan bahawa tibalah masanya kerajaan bersikap dengan penuh yakin bahawa apa-apa cadangan, apa-apa tahap yang dikatakan bersesuaian dengan pendekatan antarabangsa terutama dalam isu- isu hak asasi manusia perlu kita tunjuk bahawa kita yakin bahawa apa-apa aspek kemanusiaan itu sama di peringkat antarabangsa kah di peringkat Malaysia.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tidak akan timbul kononnya kita ada acuan sendiri, acuan kita berbeza daripada peringkat antarabangsa. Kalau itu pendekatan yang kita ambil saya rasa apa-apa sahaja pendekatan baik dari segi pendekatan ekonomi, baik dari segi pendekatan perundangan tidak akan mendapat pengiktirafan, keyakinan masyarakat global dan sejagat. Dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya menyokong akta tersebut.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Selayang.

final • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kebolehan seorang saksi untuk memberikan keterangan di dalam perbicaraan adalah sangat penting untuk memelihara kedaulatan undang-undang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Juga kebolehan saksi untuk memberikan keterangan tanpa ugutan juga penting dan perlindungan saksi adalah sangat mustahak. Program perlindungan saksi bermula di Amerika Syarikat apabila mereka berada organize crime penjenayah mafia yang begitu besar masalahnya di mana saksi dibunuh, diugut, kidnap dan penjenayah bermaharajalela.

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya mengalu-alukan rang undang-undang ini tetapi sebelum saya boleh membuat keputusan untuk menyokong rang undang-undang ini, beberapa soalan timbul.

Pertama ialah dari siapa kita melindungkan saksi? Adakah kita di Malaysia menghadapi masalah seperti yang ada di Amerika Syarikat? Kita ada mafia kah di sini? Adakah di sini ada organize crime atau ada seperti di Hong Kong Triad Society, ada pengaruh di negara kita? Adakah kes-kes kita di mana pendakwa tidak berjaya oleh sebab saksi telah dibunuh atau telah diugut?

Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan kita maklumat statistik bahawa bagaimana besar masalah ini. Di mana kita tidak dapat mengawal perkara ini atau kita ada masalah keselamatan oleh sebab kita kurang ada polis. Di mana anggota polis kita kebanyakannya digunakan untuk perkara yang lain dan bukan untuk menjaga dan mengelakkan penjenayah atau pendakwa kita yang lemah dan cuai. Polis-polis yang membuat siasatan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya dan oleh sebab itu pendakwa tidak berjaya.

Kita hendak tahu apa masalah sebenarnya sebelum kita dapat membuat keputusan. Adakah kita hendak rang undang-undang ini sebab program perlindungan saksi antaranya ialah memberikan satu pengenalan baru juga relocation ke tempat yang baru.

Selalunya di negara yang lain, kerajaan hendak membayar gaji atau wang atau maintenance kepada saksi-saksi ini untuk satu tempoh yang lama.

Oleh itu, kos tinggi dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan maklumat kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini apa kos yang akan diadakan untuk menjayakan program ini. Di samping itu, berapa yang akan diberi kepada saksi dan kepada keluarga. Kalau kita mengambil satu nisbah daripada bajet gaji polis apakah nisbah ini banding dengan belanjawan kepada polis.

Kalau belanjawan ini besar tetapi masalah tidak begitu besar. Saya bertanya mengapa kita tidak boleh menggunakan wang ini untuk membuat balai polis yang lebih, anggota polis yang lebih, memberikan latihan untuk mengadakan lebih polis, alat-alat, kereta polis dan sebagainya. Adakah hanya cara ini untuk mengatasi masalah keselamatan, kerana kewangan adalah satu perkara yang besar yang kita hendak ambil kira. Kalau kita tidak cukup wang untuk mengadakan balai polis, tidak cukup wang untuk membayar polis kita, bagaimana kita dapat wang untuk membela saksi-saksi ini.

Ketiga ialah saksi-saksi ini juga. Selalu mereka diberikan perlindungan oleh sebab mereka boleh memberikan keterangan yang kritikal dan penting di dalam perbicaraan, selalunya mereka juga telah terlibat di dalam jenayah itu. Mereka mengikut pengalaman yang ada di Amerika Syarikat tentang mafia ialah saksi-saksi ini mereka juga ahli di dalam mafia. Mereka juga penjenayah dan mendapat satu persefahaman, satu perjanjian di mana mereka tidak didakwa dan diberikan satu kehidupan baru dengan gaji yang baru.

Ini menimbulkan persoalan moral dan etika. Adakah kita dengan mengadakan rang undang-undang ini menjadi di mana crime does pay di mana mereka telah melibatkan diri dalam jenayah dan masuk ke dalam program di mana mereka akan dibayar. Adakah ini satu perkara yang betul dan seharusnya kita hendak membuat.

Selain daripada itu, oleh sebab mereka ialah penjenayah ada juga mengikut pengalaman di Amerika Syarikat, di Australia serta di negara yang lain yang telah mengamalkan program ini. Negara-negara ini mendapat saksi-saksi selepas memberikan keterangan dan diberikan identiti yang baru di dalam kehidupan mereka yang baru, mereka pulang kepada kehidupan jenayah. Adakah ini adil kepada jiran di tempat itu untuk tidak sampai ke pengetahuan mereka ada di kalangan di situ ada seorang penjenayah. Ini adalah isu-isu yang patut kita kaji dengan teliti supaya kita dapat membuat keputusan.

Selain daripada itu ialah jenayah. Di Malaysia bukan sahaja jenayah tidak mengikut kanun criminal procedure code tetapi selain daripada itu masalah kita tentang rasuah. Masalah rasuah ialah satu perkara yang besar dan biasanya mereka yang terlibat ialah pegawai di dalam kerajaan, di dalam anggota penguatkuasaan dan memegang jawatan tinggi.

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ini jadi masalah. Bagaimana kita dapat menjaga rahsia tentang program ini dan bagaimana kita boleh mengesahkan bahawa mereka yang akan mengurus program ini bebas daripada pegawai-pegawai yang terlibat. Selain daripada itu, kita kena ada cukup maklumat tentang kos. Kos bukan sahaja satu kali tetapi untuk keseluruhannya kerana mereka yang telah masuk dalam program ini bukan akan tamat selepas memberikan keterangan tetapi sepanjang umur mereka dan kita kena banding kos ini dengan masalah yang sedia ada. Oleh itu, saya meminta maklumat diberikan supaya kita boleh mengkaji apakah justifikasi ada untuk mengadakan akta undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pada dasarnya melihat bahawa sememangnya undang-undang perlindungan saksi ini memang merupakan satu perkara yang diperlukan dan banyak yang telah dinyatakan. Tak banyak lagilah yang saya hendak sebut dan saya tidak mahu mengulangi apa yang telah disebut oleh rakan-rakan saya seperti Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Selayang dan sebagainya.

Hanya yang saya hendak tegaskan ialah bahawa perkara ini ataupun perundangan ini akan hanya berkesan dan hanya berjaya sekiranya mereka yang diamanahkan untuk melaksanakannya benar-benar amanah dan boleh menyimpan rahsia kerana kejayaan program ini adalah bergantung kepada kerahsiaan yang disimpan oleh mereka yang terlibat yang mana bukan sahaja Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah tetapi juga mana-mana pihak ataupun pegawai-pegawai yang lain yang akan semestinya terlibat.

Seperti mana yang disebutkan tadi, saksi-saksi yang mungkin terlibat dalam kes ini adalah mereka yang merupakan saksi terhadap organized crime, ataupun jenayah yang begitu besar dan tersusun. Oleh kerana itu pihak-pihak penjenayah ini mempunyai kemampuan sama ada melalui ugutan ataupun melalui sogokan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kedudukan saksi ini di mana dia telah dipindahkan dan sebagainya. Maka mereka yang diamanahkan untuk menguruskan dan menjalankan program ini mesti merupakan orang-orang yang cukup credible, tidak boleh dibeli dan tidak makan ugutan.

Ini merupakan satu characteristic ataupun sifat yang di dalam masyarakat kita sekarang ini nampak gaya semakin pupus dan semakin sukar untuk kita lihat dan untuk kita meyakini dan ke arah pembinaan satu budaya yang bebas rasuah maka peranan-peranan badan-badan seperti pihak polis, seperti pihak SPRM dan sebagainya perlu ditingkatkan dan dipantau dengan sebaik-baiknya. Malangnya, berdasarkan kepada apa yang dapat kita lihat sekarang ini ianya masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan. Maka ini menimbulkan tanda tanya sejauh mana program yang ingin dilaksanakan walaupun ianya merupakan satu program yang baik, sejauh mana ianya akan dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan baik dan dengan berkesan.

Kedua, yang saya hendak sampaikan ialah juga penegasan tentang apa yang telah disebutkan tadi oleh sahabat saya daripada Telok Intan di mana disebut bahawa saksi ini boleh dikatakan ada dua jenis. Satu, jenis yang memberikan persaksiannya berhubung dengan kes-kes jenayah yang melibatkan organized crime dan ada juga saksi-saksi yang merupakan saksi-saksi berhubung dengan salah guna kuasa seperti mana yang disebutkan berhubung dengan saudara Balasubramaniam dan sebagainya.

Maka saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa keterlibatan seseorang di dalam Program Perlindungan Saksi ini adakah ianya merupakan satu perkara yang diputuskan oleh pihak Ketua Pengarah dan Peguam Negara ataupun juga bergantung kepada kesanggupan saksi itu sendiri. Dalam kes-kes di mana saksi itu merupakan saksi kepada salah guna kuasa oleh pihak establishment sebagai contoh sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara itu sendiri dan sebagainya, ada kemungkinan bahawa saksi-saksi yang seperti ini tidak akan sanggup untuk meletakkan dirinya di bawah jagaan program perlindungan saksi yang akan dikendalikan dan dipantau oleh mereka yang dia ingin tuduh.

final • 4:11 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Lalu dalam keadaan yang seperti ini, adakah dia masih terpaksa berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah dan juga Peguam Negara ataupun setelah dia membuat aduan, dia bebas dan boleh membuat pilihan supaya mendapat perlindungan daripada pihak-pihak yang lain. Itu merupakan satu persoalan yang perlu juga dijelaskan di sini kerana di negara kita saya rasa kes-kes yang seperti ini memang banyak dan sekiranya ianya tidak diberikan kebebasan kepada pihak yang merupakan saksi ke atas salah guna kuasa oleh pihak kerajaan itu sendiri, maka ianya akan menjadi satu program bukan melindungi saksi tetapi menghilangkan saksi seperti mana dalam kes Balasubramaniam.

Lalu saya rasa bahawa seperti mana juga disebut oleh sahabat-sahabat saya yang merupakan peguam-peguam di mana clause nombor 23 yang berhubung dengan kebebasan ataupun exclusion of judicial review, dengan izin, ianya merupakan satu perkara yang juga perlu dikaji balik kerana seperti mana yang ditegaskan, walau macam mana sekalipun, ia mesti ada kebertanggungjawaban ke atas Menteri dan ke atas Ketua Pengarah dan juga Peguam Negara dalam apa-apa keputusan yang dibuat berhubung dengan saksi-saksi yang terlibat sama ada ianya merupakan satu perbelanjaan dan satu keputusan yang munasabah ataupun sebaliknya. Klausa berhubung dengan pengecualian semakan kehakiman ini memang tidak wajar untuk diadakan di mana kes-kes yang seperti ini perlu juga dikaji selidik ataupun dibawa kepada judicial review sekiranya ada aduan dan ada keperluan berhubung dengan perkara ini. Lalu saya ucapkan terima kasih.

final • 4:11 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ringkasnya ingin membangkitkan satu dua perkara berkenaan dengan Rang Undang- undang Perlindungan Saksi ini. Rang undang-undang seksyen 3 memperuntukkan perwujudan Program Perlindungan Saksi dan fungsi yang perlu dimainkan oleh Ketua Pengarah di bawah program ini di bawah seksyen 5 dan seksyen 13. Apabila saya membaca seksyen 13 dengan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Pengarah apabila memasukkan seorang saksi ke dalam program ini, terlintas di dalam fikiran saya berkenaan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Di mana di bawah Akta tersebut ada diperuntukkan di bawah seksyen 5 peruntukan, perintah perlindungan kepada isteri atau kanak-kanak yang menerima keganasan rumah tangga, di mana mahkamah boleh dalam dua keadaan sementara menunggu penyiasatan kes boleh memberikan satu interim perintah perlindungan atau selepas keputusan kes memberikan satu perintah perlindungan

final • 4:19 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi dalam banyak keadaan dan saya sendiri pernah mengalami menerima aduan di mana walaupun telah diberikan perintah perlindungan oleh pihak mahkamah, pengadu yang mengadu berkenaan dengan keganasan rumah tangga tersebut, kebiasaannya tidak mendapat sebarang perlindungan. Sebaliknya pengadu terpaksa bersembunyi di dalam rumah shelter, shelter home. Tidak berani untuk keluar sebab kalau beliau mengadu tersebut adalah suaminya, lebih ganas walaupun ada satu perintah perlindungan terhadapnya. Melarang di mana orang yang diadu itu mendekati pengadu.

Akan tetapi nampaknya perintah perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga kurang efisien, gagal untuk melindungi pengadu apabila mereka mengadu keganasan terhadap mereka di bawah akta tersebut.

Jadi apabila saya melihat Akta Keganasan Rumah Tangga yang sedia ada yang ada perintah perlindungan itu dan melihat kembali kepada rang undang-undang tengah hari ini, saya ingin tahu apakah pihak kementerian, kerajaan telah bersedia untuk memastikan apabila saksi-saksi dimasukkan di dalam program ini benar-benar dapat dilindungi. Tadi saya bagi contoh kes di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga ini terhadap isteri-isteri yang telah didera, begitu lekanya, kurang kakitangan atau minat terhadap perlindungan yang telah diberi oleh pihak agensi penguatkuasaan. Dalam rang undang-undang ini sejauh manakah pihak kerajaan dapat memastikan agensi-agensi pihak penguasaan dapat memberi kerjasama atau diberi latihan yang mencukupi, kakitangan yang mencukupi untuk memastikan program ini adalah berjaya.

final • 4:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau kita lihat fungsi-fungsi atau tindakan yang perlu diambil oleh ketua pengarah ini begitu luasnya tanggungjawab yang perlu diambil, seksyen 13(2)A hingga J. Jadi itu yang menjadi kerisauan pihak saya.

Jadi saya mohon penjelas berkenaan dengan perkara ini dan akhirnya berkenaan seksyen 23, berkenaan judicial review, telah ramai Ahli Parlimen membangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat menteri tadi juga ada mendengar briefing taklimat berkenaan NGO- NGO berkenaan dengan National Report yang telah dikemukakan kepada Human Rights Council di bawah Universal Periodic Review di mana perenggan 10 menyatakan, ini adalah laporan yang dikemukakan oleh kerajaan bahawa, saya membaca perenggan 10 bahawa wujudnya di bawah kerajaan ini ada, protection by way of judicial review against governmental actions on constitutional grounds is accorded under Article 128 of the Federal Constitution. Akan tetapi dalam masa yang sama kita ada rang undang-undang di hadapan kita yang mengecualikan judicial review ini. Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri yang juga berlatarbelakangkan undang-undang kita perlu ada check and balance dalam aspek ini. Terima pandangan Ahli-ahli Dewan ini agar membuat pindaan kepada seksyen 3 ini.

Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya secara prinsipnya bersetuju bahawa rang undang-undang ini adalah tepat pada masa dan ini adalah menepati dengan trend global atau global trend di mana negara-negara lain telah pun lama mengadakan Akta Perlindungan Saksi ini. Umpamanya Hong Kong telah mengadakan rang undang-undang ini pada tahun 2000. Jadi adalah baik kita juga mengadakan rang undang-undang ini. Akan tetapi yang saya berpendapat bahawa untuk melaksanakan rang undang-undang ini kita memerlukan satu pasukan polis yang berkesan.

Akan tetapi pada pendapat saya, sejak tahun 2003 kadar jenayah telah semakin meningkat dan nampaknya PDRM ini dan juga Menteri yang berkenaan tidak berdaya untuk membendung jenayah dalam negara ini dan di bawah keadaan seperti ini saya mengesyaki walaupun mengadakan rang undang-undang ini, ia tidak akan dilaksanakan dengan efektif.

Jadi yang lebih penting saya rasa kita perlu meningkatkan keberkesanan PDRM barulah rang undang-undang ini akan berkesan dilaksanakan. Selain daripada peningkatan kadar jenayah pada tahun kebelakangan ini, ada banyak lagi kes yang telah menjadi tanggungjawab polis. Umpamanya masalah-masalah disiplin sekolah pun telah menjadi tanggungjawab polis. Polis perlu pergi ke sekolah untuk menjaga masalah disiplin di sekolah juga masalah-masalah sosial seperti domestic violence, keganasan rumah tangga pun telah menjadi tanggungjawab pihak polis. Jadi dengan pendek kata bahawa tanggungjawab polis telah semakin meningkat dan pada masa yang sama, kadar jenayah pun semakin meningkat.

Akan tetapi pihak polis selalu mengatakan bahawa mereka kekurangan anggota, mereka kekurangan kelengkapan. Jadi saya rasa di bawah keadaan seperti ini walaupun ada Rang Undang-undang Perlindungan Saksi, saya rasa dia tidak akan membantu banyak kerana pada waktu sekarang walaupun ada kes-kes seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, di dalam kes Altantuya, private detective Bala, memang dia perlukan rang undang-undang ini untuk membolehkan beliau kembali ke negara kita untuk memberikan keterangan. Akan tetapi banyak kes lain yang kita tidak memerlukan rang undang-undang ini. Akan tetapi tidak selesai juga. Umpamanya kes ragut di merata-rata bandar, di kampung, di tempat perniagaan, di tempat kediaman, merata tempat pada waktu sekarang ada kes ragut.

Ada inspektor wanita yang sendiri diragut di hadapan rumah sendiri bersama-sama dengan suaminya dan dicederakan, sampai keadaan seperti ini. Adakah kes seperti ini memerlukan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi? Saya rasa tidak. Jadi walaupun saya bersetuju bahawa kita perlukan rang undang-undang ini untuk kes-kes yang besar walaupun mungkin seperti kes Altantuya, mungkin kes human trafficking, tetapi saya rasa adalah lebih penting kita meningkatkan keberkesanan pasukan polis PDRM. Barulah kita dapat kembalikan keselamatan kepada rakyat dan juga saya rasa pihak polis perlu faham dan juga menteri yang berkenaan kena faham dynamics jenayah pada hari ini. Saya lihat dalam surat khabar, pihak polis hanya concern dengan bilangan penagih dadah atau mereka yang menggunakan, menyalahgunakan dadah.

final • 4:24 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi mereka saya rasa tidak faham dadah ini walaupun disalahgunakan, kalau pengguna dadah itu tidak melakukan kesalahan dan melanggar apa-apa undang- undang, saya rasa adalah lebih baik. Mereka tidak terlibat dengan jenayah, supaya mereka boleh terus membela diri sendiri, bekerja dan menampung kehidupan diri sendiri dan keluarga mereka.

final • 4:24 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini adalah terletak ataupun depend on kita, sama ada kita mahu menjadikan ia satu perlakuan jenayah atau tidak kerana nampaknya polis hanya menumpukan tenaga mereka untuk membuat serbuan di tempat-tempat seperti disco, nite club atau di mana- mana tempat hiburan untuk mengenal pasti siapa yang menggunakan dadah. Adakah ini akan membantu untuk mengurangkan kadar jenayah di dalam negara? Saya rasa tidak, kerana sudah lama mereka berbuat demikian, tetapi kadar jenayah terus meningkat. Jadi kita menggunakan tenaga ke atas operasi yang tidak mengurangkan kadar jenayah, ataupun kita menggunakan tenaga tidak untuk mengurangkan kadar jenayah.

Saya menyeru supaya Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dan juga kerajaan untuk mengkaji semula cara untuk memerangi jenayah dan cara untuk mengatasi masalah penggunaan dadah dan jenayah. Itu sahaja, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua. Saya minta izin kalau dibenarkan sepuluh minit, sebab tadi saya sangkut di mahkamah dan tidak berpeluang untuk hadir.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak suka untuk ubah pendirian, tetapi saya akan buat untuk Yang Berhormat.

final • 4:31 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi ruang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain secara dasar, saya rasa kita tidak ada masalah tentang penggubalan satu akta seperti ini, tetapi ada beberapa soalan yang penting:

(i) seperti yang telah dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Selayang adalah isu kosnya. Bagi saya adalah wajar Dewan ini diberi gambaran, apakah kosnya yang kita akan tanggung jika skim ini dilaksanakan, sebab itu adalah satu faktor yang cukup penting apabila kita memikirkan untuk meluluskan undang-undang ini; dan

(ii) kewibawaan skim ini atau kebebasannya yang bermaksud skim seperti ini hanya boleh berkesan kalau yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya adalah bebas daripada pengaruh agensi- agensi lain. Skim ini adalah untuk memberi perlindungan kepada saksi-saksi yang mempunyai maklumat yang penting mungkin tentang jenayah yang besar, jenayah yang mungkin melibatkan orang-orang yang berpengaruh, orang-orang yang mungkin terlibat dalam rasuah, terlibat dalam dadah, ataupun jenayah-jenayah yang serius dan mereka meminta perlindungan. Inilah satu ciri yang cukup penting dalam pelaksanaan skim ini. Apakah jaminan dalam skim undang-undang ini bahawa kita boleh pastikan itu akan berlaku.

Saya pun ingin berkongsi pengalaman saya secara langsung ini tentang PI Balasubramaniam yang namanya telah pun disebut beberapa kali oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Saya sendiri telah berjumpa P. Balasubramaniam dan diberitahu sedikit apa pengalaman beliau, maklumat yang beliau ada. Saya suruh dia jumpa lawyer buat satu statement, dapatkan nasihat undang-undang dan buat statement anda.

final • 4:31 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu dibuat oleh beliau dan itulah yang telah dihasilkan dalam apa yang dikatakan Surat Akuan yang pertama itu, yang didedahkan. Tiba-tiba sehari selepas itu dibuat Surat Akuan yang kedua yang berbeza. Inilah satu kejadian yang cukup jelas, di mana kita melihat saksi yang penting, yang mempunyai maklumat yang cukup serius dengan tuduhan yang cukup serius tentang perlakuan orang yang ada kedudukan tinggi dalam negara kita didedahkan. Selepas itu kita tahu beliau telah menghilangkan diri. Kita faham skim ini perlu, tetapi apakah jaminan dan cara skim ini di mana saksi-saksi seperti PI Balasubramaniam boleh mendapat perlindungan yang perlu untuk saksi.

Saya telah meneliti apa yang ada dalam rang undang-undang ini, tetapi isunya bukan peruntukan dalam undang-undang. Isunya adalah memandangkan keadaan yang kita ada, apakah jaminan itu dan itulah bagi saya persoalan yang lebih pokok daripada peruntukan-peruntukan yang kita cadang untuk luluskan dalam perbahasan ini.

Saya ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, secara prinsip memang kita menerima satu undang-undang ini macam perlu, tetapi ada beberapa isu pokok yang perlu diperjelaskan. Satu ialah kos. Kedua seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi, keberkesanan ini pun ada berkaitan dengan peranan polis.

Ketiga dan yang penting siapa, bagaimana kita akan jadikan skim ini diuruskan dengan bebas tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain, supaya kita boleh pastikan bahawa yang meminta perlindungan di bawah skim ini akan betul-betul mendapat perlindungan yang diminta. Sekian, terima kasih.

final • 4:31 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Ada yang sokong penuh, ada yang sokong bersyarat. Ada juga yang macam rakan saya Yang Berhormat Sungai Siput minta ditangguhkan, ada juga yang langsung tidak faham tentang isi rang undang-undang ini seperti Yang Berhormat Ipoh Timur, cakap benda-benda yang tiada kaitan dengan rang undang-undang.

Pertamanya, saya ingin menjawab berkenaan dengan pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebenarnya kes Subramaniam ini kita pun tidak tahu, dia lari dari siapa, dia lari dari kerajaan kah atau dia lari dari pembangkang sebab dia punya austere question itu dua kali. Sebenarnya apa juga yang kita sebut tentang perkara ini adalah merupakan spekulasi sahaja dan saya tidak berhajat untuk memberi jawapan mengenai penglibatan yang didakwa Timbalan Perdana Menteri dalam kes ini, kerana seperti mana Yang Berhormat Bukit Gelugor sebut, pada 9 April nanti akan dibuat keputusan berkenaan dengan kes ini.

Cuma saya boleh menjawab di sini Yang Berhormat Bukit Gelugor bertanya iaitu sama ada Balasubramaniam, iaitu penyiasat persendirian boleh mendapat perlindungan di bawah rang undang-undang ini, maka saya ingin menyatakan itu bahawa dalam kes Balasubramaniam, penyiasat persendirian itu boleh diberi perlindungan di bawah rang undang-undang ini jika takrif saksi yang diperuntukkan di bawah fasal 2 terpakai terhadap beliau. Jadi cepat-cepatlah kita luluskan rang undang-undang ini supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor akan rasa selesa kerana Balasubramaniam ini boleh mendapat perlindungan di bawah rang undang-undang ini.

final • 4:37 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terima jawapan rasmi dari Menteri Dalam Negeri, bahawa pihak polis sudah dapat bertemu dengan private investigator, dengan izin, Balasubramaniam di Bangkok, di mana saya juga dapat jawapan rasmi bahawa siasatan sudah selesai dan diserah kepada pendakwa raya untuk membuat tindakan selanjutnya.

final • 4:37 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya ingin dapat sedikit perkembangan terkini. Akan tetapi dalam jawapan yang sama juga saya dapat jawapannya bahawa polis pada tahap ini tidak tahu di mana kedudukan Bala. Ini merupakan ada kontradiksi kalau polis mendapat lokasinya untuk membuat temu duga dan selesaikan siasatan, selepas itu tidak tahu di mana dia pergi.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ini adakah kita mencerminkan kurang kecekapan polis atau ini sengaja dicuaikan?

Kalau kita telah luluskan undang-undang ini, adakah kerajaan akan berusaha untuk menyampaikan jaminan kita bahawa Bala dan keluarganya boleh pulang ke Malaysia supaya beliau akan dilindungi dengan undang-undang yang kita luluskan petang ini.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kalau saya boleh sambung sedikit. Dua minit sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata tidak mahu menyentuh tentang surat akuan itu sebab ada keputusan pada 9 April. Saya rasa kita boleh asingkan dua-dua isu. Ini bukan isu subjudice. Pada 9 April mahkamah akan putuskan sama ada dua tertuduh yang masih dalam kes itu adalah disabitkan atau tidak. Itu keputusan lain. Isu yang kita bincang sekarang adalah apakah yang dibangkitkan oleh private investigator, dengan izin, Balasubramaniam ini dalam surat akuan pertama, macam mana dia dedahkan itu, apa yang dia kata. Sehari selepas itu dia keluarkan surat akuan di mana dia tarik balik. Itu isu dia dan apa yang dikatakan di sana itu cukup penting dan bagi saya, saya juga ingin cadangkan dan ini bukan terlewat, harus jadi satu siasatan bebas, siasatan terbuka di mana kita boleh dapat tahu apakah yang benar.

Surat akuan yang pertama itu benar atau surat akuan yang kedua itu benar dan sampai sekarang negara kita belum tahu itu...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuduhan itu tuduhan yang cukup berat.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita berbincang tentang bill ini Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya faham tetapi itulah dia. Itulah saksi terhadap satu jenayah yang cukup serius.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bill ini tidak dibuat untuk kes yang di bawah itu Yang Berhormat. Bill ini adalah untuk...

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kes itu lain. Oleh sebab itu saya hendak bezakan apa yang akan diputuskan pada 9 April. Kita tidak hujah di sini sama ada dua tertuduh itu, salah, tidak salah. Itu saya tidak mahu masuk campur. Saya hanya tumpu pada apa yang dibangkitkan oleh peranan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam surat akuan beliau dan itulah isu yang cukup penting bagi negara kita, yang mana benar. Surat akuan pertama atau surat akuan kedua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu yang isu.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia out of topic lah Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak perlu jawab Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebab kes yang kita hendak tentukan 9 April ini ialah pembunuhan Altantuya itu. Kalau 9 April didapati bahawa dua orang itu bersalah tetapi dalam SD kata Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang bersalah jadi tidak boleh lah kita bincang benda ini. Mahkamah betul kah SD yang betul.

Jadi kita tidak boleh bincang benda ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Nanti sekejap. Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak payah lah hendak tanya soalan. Saya hendak menjawab. Sudah bagi peluang tadi jangan ambil second bite pula nanti saya jawab saudara punya boleh tanya soalan tambahan ya.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi jawapan tadi itu pun menarik juga Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apa dia?

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jawapan tadi itu, berhubung dengan kes Altantuya itu pun menarik juga. Hendak tanya juga itu.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apalah. Bukan Yang Berhormat punya. Tidak payah.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak payah?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya. Saya hendak jawab Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bagi lah. Hormatlah Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jangan ingat dia duduk atas kerusi tidak mahu hormat saya hendak jawab soalan dia.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia yang tidak hormat yang 26 Pemuda.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini pohon Yang Berhormat Bukit Gelugor memohon supaya dibuat pindaan kepada fasal 23 iaitu berkenaan dengan semakan kehakiman supaya dia tidak dimasukkan. Jawapannya, program perlindungan saksi di bawah rang undang-undang ini adalah untuk melindungi saksi daripada apa-apa ancaman yang membahayakan keselamatannya. Oleh itu kerahsiaan identiti adalah penting untuk tidak didedahkan jika semakan kehakiman dibenarkan kerahsiaan dan keberkesanan program perlindungan saksi ini akan terjejas. Oleh sebab itu kita tidak mahu dibenarkan semakan kerana untuk merahsiakan identiti orang yang berkenaan.

Kedua Yang Berhormat, program ini sukarela. Tidak ada paksaan. Bermakna ia dalam rang undang-undang ini semua menyebut memohon, orang itu memohon. Jadi kalau dia nya merupakan sukarela, penyertaan program ini bermula atas premis sukarela. Jadi di mana kita akan membuat keputusan yang akan merugikan penyerta sebab dia memohon, sukarela. Tidak ada paksaan dalam rang undang-undang ini.

final • 4:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan. Kenapa yang diperuntukkan dalam seksyen 23(2) khasnya ini, dengan izin, in the section judicial review includes proceedings instituted by the way of (c) any writ of habeas corpus. Ini tidak boleh dikecualikan oleh kerana ini jika dikecualikan ia langgar dengan artikel 5(2) Perlembagaan yang berbunyi, where complaint is made to a High Court, or any judge thereof that a person that is being unlawfully detained the court shall enquire into the complaint and unless satisfied that the detention is lawful shall order him to be produced before the court and release him”. Jika apa yang ada dalam Peruntukan 23(2)(c) itu bermakna ini langgar dengan Peruntukan 5, Perkara 5(2) Perlembagaan. Oleh itu ini jadi undang-undang yang unconstitutional. Boleh kah saya dapatkan penjelasan?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, standard operating procedure bagi Attorney General punya Chambers. Pertama sekali mereka akan pastikan iaitu bahawa peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini janganlah bertentangan dengan perlembagaan. Itu SOP. Bermakna kalau kita hendak buat apa undang-undang sekali pun jangan ada perkara-perkara yang dijadikan sebagai seksyen- seksyen itu yang akan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Jadi saya percaya perkara ini telah pun diambil kira oleh pihak kamar Peguam Negara dan saya kita ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Kalau sekiranya Yang Berhormat merasakan ini bertentangan, saya rasa kita boleh buat minta kepada mahkamah untuk mendapat interpretasi. Akan tetapi daripada segi kamar Peguam Negara mereka merasakan itu bahawa ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Kita tidak pun hendak menahan sesiapa di dalam rang undang-undang ini.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dan saya telah pun sebut iaitu bahawa apa juga keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri atau pun Peguam Negara ataupun Ketua Pengarah sudah tentulah keputusan itu berdasarkan di atas premis penyertaan orang itu adalah sukarela. Jadi kalau dia tidak mahu kita tidak boleh paksa. Oleh sebab itu tidak berbangkit soal seseorang itu akan ditahan secara paksa, tidak berlaku sebab ini di atas permohonan daripada peserta untuk memasuki program ini. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta penjelasan sedikit?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Jika semakan kehakiman ini juga ada satu peranan seperti fungsi check and balance untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan dan juga mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Dalam rang undang-undang ini bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu tanpa semakan kehakiman ini mana peruntukan atau badan mana yang boleh memainkan peranan yang sama, check and balance?

final • 4:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi bahawa ini skim untuk membantu saksi. Jadi ia sukarela. Pada kita kalau dia tidak mahu mendapatkan perlindungan, dia berani menghadapi tidak mengapalah. Akan tetapi kalau dia merasakan bahawa dia mahu, jadi memohonlah. Jadi kita hendak melindungi dia, dan dia meminta perlindungan ini atas sukarela. Jadi apakah keputusan yang dibuat oleh kita yang boleh menganiayai dia, tidak ada. Jadi sebab itu pada saya yang penting kerahsiaan, bermakna itu bahawa kalau kita bersetuju untuk menerima dia masuk dalam program ini dan kita tidak boleh lari daripada memastikan bahawa kerahsiaan itu mesti dipertahankan.

Kalau tidak apa yang kita hendak buat ini tidak akan berjaya, dengan wang yang kita belanja sebagai contoh kalau sudah tukar identiti, kemudian tukar identiti pun atas kehendak dia. Kepada kita kalau dia tidak hendak tidaklah kita belanja wang yang banyak, tetapi kalau dia hendak, kita kena belanja wang banyak. Selepas sudah kita belanja wang yang banyak, tempatkan dia dengan baik, bagi dia elaun bulanan, kemudian rahsia dibuka dalam mahkamah. Jadi semua bermakna bahawa kalau ada semakan edition review ini, ia akan menggagalkan apa yang dikatakan kerahsiaan yang mesti kita pelihara kerana hendak melindungi saksi itu. Jadi tidak ada check an balance sebab kita hendak buat kerja atas permintaan dia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi warga asing, saya kira dalam rang undang-undang ini tidak sebut untuk kita hendak lawan jenayah. Kita tidak kiralah sama ada dia ini adalah warganegara ataupun tidak, tetapi kalau dia merupakan satu saksi yang penting, kita kena ambil kira bahawa perlindungan itu mesti diberi kepada dia walaupun dia warga asing kerana yang kita hendak lawan ini satu jenayah yang berat yang besar dan tanpa kita memberi jaminan, melindungi dia, maka sudah tentu kita tidak akan dapat melawan jenayah besar seperti human trafficking dan lain-lain lagi. Mana-mana saksi adalah layak untuk dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam program perlindungan saksi. Selagi saksi ini termasuk dalam takrif saksi di bawah fasal 2 dan sebelum dipertimbangkan ke program ini, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah, sebelum seseorang saksi itu dimasukkan ke dalam program ini, jadi kalau jawapannya warga asing pun kita beri perlindungan.

Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya, sampai bila saksi akan dilindungi?

Selagi terdapat ancaman terhadap saksi yang dimasukkan dalam program, beliau akan dilindungi, dan perlindungan boleh ditamatkan jika hal keadaan yang menimbulkan keperluan bagi perlindungan tidak wujud lagi. Jadi dia akan diberi perlindungan selagi ada ancaman terhadap keselamatan saksi itu.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya, adakah penempatan saksi boleh dibuat di luar negara? Perkiraan penempatan saksi adalah menurut budi bicara Ketua Pengarah, setelah mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan dalam fasal 9, jika saksi itu perlu ditempatkan di luar negeri, maka kerajaan boleh membuat perkiraan dengan kerajaan negara yang berkenaan itu. Boleh maknanya tetapi dengan kerjasama kerajaan itu. Tidak boleh kalau kita runding dengan kerajaan berkenaan. Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya apa perlu jelas dalam cara penukaran identiti, di mana kita mengamalkan pertukaran identiti. Atas arahan Ketua Pengarah, perlindungan saksi, saksi akan dikeluarkan diberikan dokumen pengenalan baru terhadap identiti baru tersebut. Boleh.

Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya jika saksi menukar identiti dan bekas penjenayah dan melakukan jenayah, jika saksi ini dimasukkan ke dalam program, saksi hendaklah mengikut undang-undang, jika beliau melanggar undang-undang, tindakan undang-undang boleh diambil terhadapnya. Ia bukan bermakna, dia sudah tukar identiti, selepas itu dia boleh langgar undang-undang, itu tidak boleh. Tiada siapa yang avoid the law. Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya, adakah keluarga dan anak-anak peserta program ini akan dilindungi? Peserta dan keluarganya akan diberi perlindungan sewajarnya oleh Ketua Pengarah.

Yang Berhormat Mambong, adakah MyKad diberikan kepada saksi? Mykad akan diberikan kepada saksi atas arahan ketua pengarah, apabila saksi masuk dalam program ini. Adakah MyKad ini akan ditarik balik. MyKad akan dikekalkan sebagai identiti baru saksi tersebut, dan akan terus kekal. Adakah nama saksi atau nama keluarga akan ditukar?

Nama saksi akan ditukarkan termasuk nama keluarga agar identitinya dilindungi. MyKad akan menggunakan nama baru orang yang layak dalam program perlindungan saksi.

Yang Berhormat Mambong, penempatan saksi di Sabah atau Sarawak?

Penempatan semula saksi tidak akan dibuat dari luar Sabah dan Sarawak kerana kemasukan saksi ke negeri tersebut memerlukan permit atau pas dikeluarkan menurut peruntukkan Akta Imigresen 59 dan 63. Dalam proses mendapatkan pas atau permit, identiti sebenar saksi mungkin akan terdedah. Oleh itu jika ini berlaku, maka kerahsiaan identiti tersebut tidak akan terjamin. Ini seterusnya akan menggagalkan program perlindungan saksi tersebut. Adakah suatu agensi akan ditubuhkan untuk program perlindungan saksi. Suatu agensi akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi penubuhan program perlindungan saksi. Adakah elaun tamat bila saksi dapat kerja. Saksi akan dipastikan dapat menanggung dirinya semasa perlindungan diberi kepada saksi ini.

Jika pendapatan saksi tidak mencukupi, elaun bolehlah diberikan untuk saksi tersebut.

Yang Berhormat Mambong, adakah nama baru saksi yang diubah akan digunakan selama-lamanya? Pertukaran identiti boleh dibuat jika mendapat kebenaran saksi tersebut seperti dalam fasal 13(5). Jika saksi itu menukar identitinya, maka identiti baru itu akan kekal selama-lamanya. Minum air sekejap. Batuk.

Yang Berhormat Mambong, di dalam akta tiada peruntukkan saksi boleh berhubung dengan keluarganya, ditanya. Perkara ini akan diuruskan oleh ketua pengarah mengikut budi bicaranya jika keselamatan saksi terjamin. Tidak ada syarat-syarat berkenaan dengan perkara ini…

final • 4:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Pontian, mengapa tiada hukuman denda bagi kesalahan di bawah seksyen 12(3) dan seksyen 2(6)(3).

Kesalahan di bawah rang undang-undang ini adalah amat serius kerana melibatkan keselamatan dan nyawa saksi. Oleh itu hukuman penjara sahaja diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ipoh Barat bangun.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Terima kasih, bagi peluang saya minum air.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya khuatir dengan pemberian MyKad yang baru kepada saksi-saksi ini, mengakibatkan tempering of material dalam pengenalan seseorang from the start, kerana kita satu situasi di mana beribu-ribu MyKad telah dikeluarkan di Sabah hingga dikatakan the foreigners have overtaken the local people di Sabah sekarang. Keadaan macam itu boleh berlaku di satu situasi di mana tidak ada undang-undang untuk memberi hak-hak sedemikian. Saya khuatir dengan rang undang-undang ini macam kita beri free hand kepada mereka. Apakah prosedur atau sistem yang ada supaya perkara ini tidak dapat disalahgunakan? Ini kerana saya rasa dengan senang, kalau perkara ini telah terjadi di Sabah di sini dengan legalize fraud boleh berlaku.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya kira kalau hendak dikeluarkan kad pengenalan palsu kalau tidak ada rang undang-undang ini pun orang buat. Tidak ada rang undang-undang kena buat, tetapi saya percaya jabatan yang baru ini sudah tentulah tidak sewenang-wenang dan mudahnya untuk membuat perkara yang sama. Sebab dia tidak ada hak untuk mengeluarkan identiti kad. Yang ada hak ialah imigresen.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oleh sebab itu, walaupun Yang Berhormat bangkit itu valid lah juga, tapi saya rasa keperluan untuk melindungi saksi ini jauh mengatasi kebimbangan berkenaan dengan apa yang berlaku kerana perkara itu berlaku walaupun tidak ada jabatan ini. Dia punya keperluan ini paramount mengatasi. Yang Berhormat Pontian, bagaimana salah guna kuasa Ketua Pengarah boleh ditangani dalam rang undang-undang ini? Ketua Pengarah bukanlah satu-satunya orang yang membuat KPS. Ketua Pengarah akan membuat syor kepada Peguam Negara untuk dipertimbangkan kemasukan ke dalam program ini. Jika mana-mana pihak terkilan dengan keputusan itu rayuan boleh dibuat kepada Menteri.

Oleh itu, ada tiga proses yang terlibat iaitu Ketua Pengarah, Peguam Negara dan Menteri. Oleh yang demikian, salah guna kuasa boleh ditangani. Yang Berhormat Pontian, di bawah Kementerian mana agensi ini akan ditubuhkan dan apakah nama agensi ini apabila ditubuhkan? Sebuah agensi pelaksana akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menguruskan perlindungan saksi. Jabatan Perdana Menteri sedang dalam kajian untuk menamakan agensi ini kelak. Kalau Yang Berhormat ada cadangan baik bolehlah bagi untuk dipertimbangkan nama agensi ini. Yang Berhormat Pontian bertanya berapa besar kah jabatan agensi yang dipertanggungjawab bagi program perlindungan saksi. Ia akan bergantung kepada kompleksiti dan beban tugas agensi berkenaan. Kita belum tahu lagi.

Yang Berhormat Telok Intan mahu tahu sama ada rang undang-undang terpakai bagi kes-kes sivil yang berprofil tinggi. Perlindungan boleh diberikan di bawah perenggan

(d) takrif saksi. Rang undang-undang ini terpakai bagi kes sivil selagi takrif saksi di bawah fasal 2 rang undang-undang ini terpakai. Yang Berhormat Telok Intan okey ya. Boleh pakai fasal dalam perenggan (d) ia kata and others bermakna boleh pakai untuk kes-kes sivil.

Yang Berhormat Seremban ini berkenaan kes PI. Balasubramaniam yang juga dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Batu sebentar tadi. Berhubung dengan kes PI.

Balasubramaniam ini beliau sehingga sekarang masih berada di luar negara dan tidak boleh dikesan. Kertas siasatan masih belum lengkap kerana terdapat beberapa perkara fakta yang perlu dijelaskan oleh beliau. Akan tetapi tindakan ini tidak boleh diambil kerana beliau masih berada di luar negara. Yang Berhormat Seremban bertanya seksyen 4(4) adalah tidak jelas, terdapat lakuna. Di bawah seksyen ini jika Ketua Pengarah tidak berupaya untuk bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain Timbalan Ketua Pengarah akan menjalankan tugasnya. Oleh itu, pada setiap masa akan ada seseorang untuk menjalankan tugas Ketua Pengarah.

Yang Berhormat Selayang, bagaimana kerahsiaan program ini dijaga...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Menteri...

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Adalah menjadi satu kesalahan jika dokumen, identiti atau apa-apa juga maklumat berkaitan. Peserta program ini didedahkan seperti yang termaktub di bawah seksyen 15 dan seksyen 26. Itulah salah satu cara yang kita hendak jaga kerahsian.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya terima jawapan bertulis pada 25 Februari 2009 di mana saya bacakan “untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini siasatan pihak polis ke atas kes ini merujuk kepada soalan saya terhadap siasatan terhadap PI. Balasubramaniam telah selesai. Hasil siasatan tersebut telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak mempunyai maklumat berhubung lokasi sebenar PI. Balasubramaniam berada”. Bagaimana kita boleh berkata siasatan belum selesai? Ini jawapan dari Menteri Dalam Negeri secara bertulis. Saya terima pada...

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Cuba Yang Berhormat baca ayat yang last sekali itu. Apa dia kata?

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Last sekali walau bagaimanapun setakat ini “pihak polis tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung lokasi sebenar PI.

Balasubramaniam berada”

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang itu yang saya jawab.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi sebelum ini...

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Yang itu tanyalah kepada...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Kata Menteri

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Yang awal itu saya harap Yang Berhormat tanya kepada Kementerian yang berkenaan.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ya.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya kata yang ayat terakhir itu makna dia tidak dapat. Walau bagaimanapun, tidak tahu di mana dia berada.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ya. Betul.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Akhir, yang itu yang saya jawab kerana kita tidak dapat dia.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi sebelum ini.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau yang asal itu...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ya.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jawapan asal tanya kepada Menteri berkenaan... [Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

So, siapa yang betul ini?... [ketawa]

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya kata, saya kata saya sudah jawab.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Baca semula. Baca semula.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya jawab tadi saya kata Yang Berhormat Seremban saya kata PI. Balasubramaniam. Saya kata berhubung dengan kes PI. Balasubramaniam ini beliau sehingga sekarang masih berada di luar negara dan tidak boleh dikesan. Ini telah pun disahkan dengan ayat terakhir itu kan? Jadi kalau ayat yang pertama awal itu bercanggah Yang Berhormat tanya kepada Menteri berkenaanlah. Saya cuma dapat menjawab dari segi apa yang jawab di sini. Saya rasa saya betullah tetapi tolong minta tanya kepada Menteri berkenaan kerana mungkin ada sesuatu yang mereka tahu yang saya tidak tahu.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Berapakah kes yang terlibat dalam kes perlindungan saksi ini, berapakah kos? Kos pembiayaan program ini boleh dapat ditentukan sekarang sebab program ini belum berjalan lagi. Setelah program ini berjalan barulah anggaran kos boleh kita tentukan. Yang Berhormat Selayang kata dari siapa kita melindungi saksi ini. Saksi ini akan dilindungi daripada apa-apa ancaman jenayah yang boleh membuat nyawanya terancam dan keselamatannya tidak terjamin.

Yang Berhormat Pendang bertanya tentang keterlibatan seseorang untuk program ini melibatkan keputusan Ketua Pengarah atau Peguam Negara. Bagaimana jika saksi bagi kes salah guna tidak sanggup meletakkan dirinya dalam program ini? Kemasukan seseorang saksi di bawah Perdana Menteri ini diperuntukkan di bawah fasal 7. Oleh itu, mana-mana saksi atau agensi penguat kuasa dengan kebenaran bertulis daripada saksi itu boleh memohon untuk dimasukkan dalam program ini. Kesimpulannya, kemasukan ke program ini adalah secara suka rela. Saksi hendaklah memohon untuk diberikan perlindungan. Dia tidak ada paksaanlah. Tidak hendak tidak apalah.

Yang Berhormat Pendang bertanya penukaran identiti saksi akan menyebabkan beberapa isu yang timbul terutamanya terhadap saksi Muslim contohnya pembahagian harta pusaka, pewarisan dan perwalian. Dalam subseksyen 13(1) Ketua Pengarah bertanggungjawab mengambil apa-apa tindakan yang didapatinya perlu dan munasabah untuk melindungi keselamatan dan kebajikan saksi yang terlibat. Berdasarkan peruntukan ini Ketua Pengarah diberi kuasa mengguna budi bicaranya dalam mengambil apa-apa tindakan dan memastikan supaya tindakan tersebut adalah selaras dengan hukum syarak apabila saksi yang terlibat adalah seorang yang beragama Islam.

Yang Berhormat Balik Pulau, balik sudah? Bapa Ahli Parlimen Balik Pulau bertanya tiada peruntukan jelas dalam fasal 3 dan 4 mengenai pelantikan Ketua Pengarah dan Pegawai Program Perlindungan Saksi. Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai- pegawai lain akan dibuat mengikut kriteria-kriteria tertentu yang akan ditentukan oleh kerajaan kelak. Menurut fasal 4(2) pula Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut. Menurut fasal 4(1) juga Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah boleh dilantik dari kalangan anggota perkhidmatan awam. Sebagai anggota perkhidmatan awam terdapat garis-garis panduan yang harus dipatuhi sebelum seseorang itu dilantik misalnya tapisan keselamatan dan sebagainya.

Yang Berhormat Balik Pulau juga bertanya berkenaan seksyen 29 laporan harus dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen. Jika laporan dibentangkan Parlimen kerahsiaan program tidak akan tercapai. Identiti saksi tidak lagi menjadi rahsia dan akan menggagalkan program ini. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa Fasal-fasal 1 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda kanun tatacara jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 5:13 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:13 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memperkatakan perkara-perkara yang berhubung dengan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), izinkan saya terlebih dahulu menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang perkara- perkara yang membawa kepada pembentangan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah hari ini.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sistem perekodan prosiding di mahkamah jenayah pada masa sekarang, menurut peruntukan KTJ iaitu Kanun Tatacara Jenayah adalah secara konvensional iaitu melalui penulisan tangan oleh Hakim atau Majistret yang membicarakan sistem tersebut. Sistem perekodan prosiding secara konvensional itu tidak membantu mengurangkan bilangan kes tertunggak yang meruncing bagi mengatasi kes-kes jenayah yang tertunggak dan mempercepatkan perbicaraan kes supaya lebih banyak kes dapat ditetapkan untuk perbicaraan. Maka dalam hal ini akan membantut lancaran prosiding di mahkamah sekiranya kaedah mekanikal mengalami kerosakan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan yang sedia ada dalam Kanun Tatacara Jenayah hanya memperuntukkan perekodan prosiding secara bertulis oleh Majistret atau Hakim Mahkamah Tinggi sahaja sebagaimana diperuntukkan dalam Bab 25 Kanun Tatacara Jenayah. Peruntukan ini tidak terpakai bagi perekodan prosiding di Mahkamah Khas, Mahkamah Persekutuan, dan Mahkamah Rayuan. Oleh itu adalah dicadangkan supaya dimasukkan di dalam Kanun Tatacara Jenayah, satu bab baru iaitu Bab 25(A). Bab baru ini memperkatakan perkara- perkara yang berkaitan dengan perekodan prosiding secara mekanikal yang terpakai bagi prosiding jenayah di semua mahkamah iaitu Mahkamah Khas, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah mempunyai dua fasal. Fasal 2, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah mengandungi sembilan peruntukan iaitu dari seksyen baru 272(c) hingga 272(k). Secara ringkasnya Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan perkara yang berikut:

(i) E - seksyen 272(g) memperuntukkan tatacara simpan, selamat rekod elektronik dan transkrip dan juga tempoh masa untuk menyimpan elektronik rekod elektronik itu;

(ii) F - seksyen 272(h) memperuntukkan bahawa jika dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang supaya mana-mana penyertaan, keterangan atau deposisi saksi dicatat secara bertulis dibacakan semula dan ditandatangani oleh saksi adalah memadai bagi maksud memenuhi kehendak itu jika mana-mana penyertaan, keterangan atau deposisi saksi itu direkodkan secara mekanikal dan transkripsikan dengan sewajarnya mengikut bab ini;

final • 5:13 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

(iii) G - seksyen 272(i) memperuntukkan bahawa sebutan mengenai mana-mana undang-undang mengenai rekod prosiding atau keterangan hendaklah termasuk sebutan mengenai salinan sah transkrip. Mana-mana rekod elektronik dan transkrip hendaklah dijadikan sebahagian daripada rekod prosiding atau keterangan; dan

(iv) H - seksyen 272(j) membenarkan pemfailan, penyerahsimpanan, pengemukaan, dan penghantaran secara elektronik dokumen yang berkaitan dengan mana-mana prosiding mengikut kaedah yang ditentukan oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:13 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:13 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengenai Kanun Tatacara Jenayah, CPC adalah satu direction yang bagus yang dikehendaki pada masa yang sekarang. Akan tetapi ulasan Yang Berhormat Menteri nampaknya adalah satu perkara yang perlu diteliti dengan baik.

Nombor satu mengatakan bahawa rekod konvensional yang dulu digunakan sekarang perlu diadakan satu sistem yang baru, automatik dan yang elektronik.

Akan tetapi yang lebih yang mustahak Tuan Yang di-Pertua, bukan zaman komputer tetapi yang siapa meng operate kan mereka. Itu yang menjadi satu masalah. Kalu kita analisa di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, kerap kali pegawai-pegawai yang di hantar untuk menjalankan tugas-tugas di mahkamah-mahkamah tersebut adalah pegawai-pegawai yang tidak ada latihan yang penuh.

Kalau kita lihat balik dari pelantikan jurubahasa-jurubahasa, jurubahasa- jurubahasa dilantik untuk menterjemahkan dalam satu bahasa akan ke suatu bahasa. Akan tetapi fungsi mereka sekarang, multiple fungsi yang diperlukan setiap hari, walhal perkara seperti memberi bail, dokumentasi mengenai bail, statuary declaration dan sebagainya.

Kerja-kerja administrative sekiranya dibuat oleh jurubahasa. Ini sangat mengaburkan fungsi yang dimainkan oleh seorang jurubahasa.

final • 5:18 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya khuatir walaupun rang undang-undang ini akhirnya mungkin akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, pegawai-pegawai yang dilantik akan juga dikenakan untuk memainkan peranan yang lebih daripada apa yang mereka dilantik. Ini akan menyusahkan dan tidak ada speciality dalam pelantikan pegawai-pegawai tersebut. Saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, pada permulaan tahun 80-an kita ada stenographers di Mahkamah Tinggi.

Apa terjadi kepada semua stenographers itu? Saya masih ingat lagi hakim-hakim di Mahkamah Tinggi hanya mendengar kes-kes dan semua stenographers akan menaipkan semua nota-nota evidence seperti yang kita nampak di televisyen dan di negara-negara Barat akan tetapi...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 5:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta penjelasan, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan rakan saya. Apabila mendengar Yang Berhormat Ipoh Barat menyentuh tentang jurubahasa beberapa kali Tuan Yang di-Pertua, saya juga perhatikan satu masalah dalam rang undang-undang ini. Mungkin saya boleh bangkitkan dengan izin, sebagai Peraturan Mesyuarat 8 untuk pertimbangan Menteri juga. Saya melihat walaupun bahasa rasmi kita adalah bahasa Malaysia, saya ingin persoalkan kenapa rang undang-undang ini, yang salinannya saya ada di sini dalam bahasa Malaysia pun kita bentangkan dalam bahasa Inggeris.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Because CPC is in English.

final • 5:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Betul, sebab sekarang CPC Akta 593 mesti ada dalam bahasa Malaysia.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Official.

final • 5:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tidak, mungkin akta kita yang cukup penting, Kanun Acara Jenayah 593 ini tidak wujud dalam bahasa Malaysia. Kita ada cukup jurubahasa, sebab itu saya teringat apabila rakan saya yang bijaksana menyebut tentang jurubahasa.

Mesti ada versi bahasa Malaysia Kanun Acara Jenayah yang selalu dihujahkan setiap hari di mahkamah dan versi itulah yang kita perlu ada di sini, versi bahasa Malaysia dan selepas itu versi bahasa Inggeris. Jadi boleh saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat kalau perlu dan juga daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapa kita diberi versi macam ini di mana dua-dua adalah dalam bahasa Inggeris. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Nampaknya ada preliminary objection Menteri, kepada apa yang saya hendak bahas dan kepada Yang Berhormat Menteri.

Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjawab serta-merta supaya kita tidak dikelirukan.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan dulu Yang Berhormat, habiskan.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri tidak mahu dengar.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tidak apa.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Sudah jam.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mungkin sudah jam, he is wearing glasses today so, seperti yang saya kata sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, stenographers ini pada tahun 80-an saya masih ingat mereka dilantik dan semua ini ada mempunyai qualifications dan telah ditugaskan untuk bertugas di Mahkamah Tinggi tetapi dalam tempoh tidak sampai lima tahun sebelum tahun 1986 semua stenographers di Mahkamah Tinggi di Peninsular Malaya tidak lagi wujud. Apa yang terjadi kepada mereka? Pada masa itu saya masih ingat Ketua Hakim Negara mengatakan bahawa stenographers ini yang ada qualifications tertentu diperlukan kerana dapat melicinkan proses pendengaran kes-kes di mahkamah.

Saya membawa perkara ini kerana ada kaitan dengan rang undang-undang di depan kita kerana electronic record, mechanical means dan proceedings, semua ini adalah perkara-perkara yang sama yang esok hari bila di implementasikan, masalah yang sama akan will come in existance. Soalan saya berkaitan dengan perkara ini adalah bagaimana kita hendak mengatasinya. Beberapa kali saya telah berhujah di Dewan yang mulia ini bahawa perhatian yang lebih perlu diberi kepada support staff di Mahkamah-mahkamah Rendah terutama sekali di Mahkamah Majistret kerana mereka adalah mahkamah yang terdekat kepada orang ramai. Di mana ramai di antara rakyat di negara ini yang perlukan apa-apa perkara dirujuk kepada mahkamah atau kehakiman atau keadilan mereka pergi ke Mahkamah Majistret. Boleh dikatakan lebih kurang 70 peratus kes di negara ini semua di mulakan di Mahkamah Majistret. Akan tetapi jika kita tengok proses di Mahkamah Rendah termasuk Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, semua prosesnya sangat teruk dan semua archive in nature. Kalau kita tengok dalam proses 50 tahun ini tidak ada apa-apa perubahan yang drastik.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Walaupun beberapa study tour telah dijalankan oleh pegawai-pegawai atasan mahkamah di negara ini ke Sweden, China dan beberapa negara. Apa yang telah dipelajari dan apa yang sehingga kini telah di implementasikan di mahkamah-mahkamah ini, itulah yang menjadi persoalan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya tahu bahawa rang undang-undang ini ingin memodenkan semua yang sedia berlaku di kes-kes criminal kerana kes-kes criminal adalah kes dimana permulaan seperti kes di Mahkamah Majistret. Akan tetapi yang saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, adalah kekurangan perhatian yang diberikan kepada jurubahasa, perhatian perlu diberi kepada kenaikan pangkat mereka, gaji, elaun-elaun, ancillary pakaian mereka yang tidak diberi perhatian yang penuh oleh kementerian. Dalam hal ini kita ada juga beberapa kes di mana jurubahasa-jurubahasa yang telah mempunyai qualifications sebagai pengamal undang- undang tetapi masih menjadi jurubahasa bukan untuk satu atau dua tahun.

Ada yang seseorang saya kenali menjadi jurubahasa untuk 20 tahun walaupun dia mempunyai qualifications sebagai seorang pengamal undang-undang. Tidak ada ruang untuk meningkatkan pangkat atau meningkatkan dalam judicial system yang sedia ada dalam negara ini. Dan juga dengan elektronik sistem yang kita ada, yang lebih mustahak adalah majistret-majistret, the first tempat di mana rakyat akan pergi ke mahkamah- mahkamah ini. Ramai antara majistret yang dilantik ini adalah sangat muda, yang tidak ada pengalaman langsung, saya tahu ada majistret yang berumur hanya 23 tahun. Mengambil tugas sebagai seorang majistret dan dibenarkan membuat keputusan-keputusan yang sangat serius.

Ada seorang kawan saya lebih kurang 20 tahun dahulu memberitahu kepada saya bahawa semasa dia dilantik sebagai seorang majistret, kerana curi barang, tertuduh yang disabit kesalahan itu dikenakan hukuman lima tahun. Dan dia rasa ini adalah satu perkara yang selepas beberapa tahun dia telah menjadi majistret, Session Court Judge dan sebagainya rasa oleh sebab kekurangan experience dia dan kekurangan kematangan dia, Menteri saya suruh saya tengok jam dulu.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya pun tengok jam di depan.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hendak sambung esok?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dua minit lagi, satu minit lagi Yang Berhormat, ya.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Satu jam seorang ya, Tuan Yang di-Pertua hal ini mengenai kekurangan apa yang terjadi di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen perlu diberi perhatian oleh Menteri yang bukan baru. Saya masih ingat lagi pada tahun 1997 kalau tengok dalam Hansard saya telah bangkitkan perkara-perkara yang serupa. Yang Berhormat Menteri telah memberi janji bahawa perhatian akan diberi untuk mengatasi masalah-masalah yang serupa ini, yang tidak beberapa complicated tetapi tidak ada action yang cukup diambil untuk mengatasi masalah-masalah ini.

Kepada sistem yang sedia ada sekarang, adakah kita akan mengambil sistem elektronik yang baru di semua mahkamah-mahkamah di negara ini. Kekurangan majistret di mana setiap kali kita nampak ada situasi di mahkamah kekurangan majistret bukan sahaja...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sambung esok Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Ketawa] ...Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Selasa 24 Mac 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

final • 5:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026