Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ditambah selama tiga hari lagi iaitu dari 23 hingga 25 Mac. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menghantar atau mengutuskan surat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertarikh pada 25 Februari 2009 dan tajuk surat tersebut adalah seperti berikut, “Jawapan Lisan Oleh Yang Berhormat Menteri Terhadap Soalan-Soalan Lisan Serta Soalan-Soalan Tambahan Yang Dikemukakan Semasa Persidangan Dewan Rakyat” dan kandungan surat tersebut antara lain adalah seperti berikut:
“Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan pemerhatian saya semasa mempengerusikan persidangan Parlimen setakat ini, saya mendapati bahawa terlalu banyak masa digunakan oleh Menteri-menteri untuk menjawab soalan-soalan lisan yang dikemukakan. Ini adalah kerana Menteri semasa memberikan jawapan lisan tidak mengkhususkan kepada persoalan yang dibangkitkan. Sebaliknya memberikan jawapan yang panjang lebar sehingga kadangkala menyentuh soal-soal dasar kementerian yang sebenarnya tidak pun dibangkitkan dalam soalan asal.
Di samping itu, saya juga mendapati bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang turut mengambil masa yang terlalu panjang dalam mengemukakan soalan-soalan tambahan. Ada kalanya saya mendapati bahawa soalan tambahan yang dikemukakan tersebut merangkumi pelbagai isu serta menyimpang daripada isu asal yang dibangkitkan sebelumnya.
Oleh yang demikian, saya memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk dari kalangan penyokong parti pemerintah dan juga parti pembangkang agar dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dengan seboleh-bolehnya memendekkan soalan tambahan masing-masing. Di samping itu, saya juga meminta kerjasama daripada semua Menteri agar dapat mengkhususkan jawapan kepada persoalan yang berkaitan dengan persoalan pokok sahaja. Ini penting bagi memastikan agar lebih banyak soalan- soalan lisan dapat dikemukakan dan dijawab semasa sesi soalan lisan. Terima kasih.
1. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang meminda Akta Profesion Perundangan 1976 untuk memperketat lagi bidang dan kuasa Majlis Peguam Malaysia yang kelihatan semakin terlibat dalam politik negara, sambil mengabaikan kebajikan keahliannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Waalaikumussalam, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, mengikut seksyen 42, Akta Profesion Undang-undang 1976, objek dan kuasa Majlis Peguam Malaysia adalah antara lain memberikan pandangannya mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perundangan serta pentadbiran dan pengamalan undang-undang di Malaysia dan juga melindungi serta membantu orang awam dalam semua perkara yang berkaitan atau berhubung dengan undang-undang.
Jika sesetengah perkara politik negara melibatkan soal perundangan, maka Majlis Peguam Malaysia mempunyai kuasa untuk memberi pandangannya mengenai perkara tersebut yang dikira wajar dan sesuai tanpa melibatkan diri secara terus dalam proses politik negara. Oleh kerana itu, buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa cadangan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan hanya yang saya hendak mempertikaikan ialah cara pandangan tersebut diberikan. Tidakkah kerajaan sedar bahawa sesetengah tindakan yang dibuat oleh Majlis Peguam mempertikaikan status agama Islam di negara ini serta penglibatannya dalam politik negara telah menimbulkan perasaan marah serta kesangsian rakyat. Jika tindakan telah diambil oleh kerajaan sebuah negara jiran di selatan untuk membendung campur tangan Majlis Peguam dalam urusan kerajaan mereka, mengapa tidak perkara yang sama dilakukan di sini. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Majlis Peguam Malaysia ini adalah boleh juga dianggap sebagai satu entiti iaitu macam seorang individu.
Jadi kalau apa-apa perkara yang dilakukan yang menyebabkan mereka telah melanggar apa- apa undang-undang, maka dengan izin, remedy yang ada kepada kita ialah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Mereka seperti juga rakyat biasa sudah tentu akan dikawal dengan undang-undang yang wujud di negara kita ini dan mereka tidak terlepas daripada dibolehkan diambil tindakan atau sekiranya dalam perkara yang dibangkit itu telah pun menyentuh dan melanggar undang-undang yang ada dalam negara kita.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu fikiran sempit. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, bukankah peranan Majlis Peguam ini adalah satu proses nation building, di mana kita perlu merangkumi semua aspek penglibatan mereka...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, ini satu tuduhan, fikiran sempit. Sepatutnya Ahli Yang Berhormat tidak boleh bercakap fikiran sempit sebab ini suka-suka orang mahu tanya dalam Dewan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ini menghina sebenarnya, tidak boleh bercakap macam itu.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Betullah dia fikiran sempit.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Itu hak dialah hendak bertanya soalan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Itu tidak boleh, lain kali kalau ada persoalan daripada pembangkang...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu dia punya hak...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, ada lagi perkataan-perkataan yang dilemparkan lebih teruk daripada itu. Jadi makanya jangan tegur perkataan-perkataan yang sebegitu sahaja. Sila teruskan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat hilangkan perkataan- perkataan yang menjemput reaksi seperti demikian... [Disampuk]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Mereka lontar macam-macam terhadap Majlis Peguam.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Dalam proses nation building, kalau kita ingat balik pada tahun 80-an peranan Majlis Peguam di mana semua akta yang dibawa ke Parlimen, sebelum itu mendapat pandangan dari Majlis Peguam. Adakah kerajaan rela untuk memberi lebih accountable dan transparent supaya semua akta sebelum ia dibentangkan mendapat pandangan dari Majlis Peguam, dan juga memberi kuasa kepada Majlis Peguam dalam kes-kes legal aid yang ada sekarang di mana mereka membuat peranan untuk masyarakat.
Beberapa Ahli
Soalan, soalan, soalan...?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
...Masyarakat yang betul-betul miskin di negara ini, tetapi terpaksa membayar yuran semasa memfailkan kes-kes untuk dibawa ke mahkamah. Maka...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, tadi sudah kata soalan janganlah meleret-leret, buang masa.
Seorang Ahli
Buang masa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri pun tahu mengenai perkara ini dan telah mengatakan akan mengambil tindakan untuk exempt mereka agar tidak perlu membayar apa-apa yuran semasa memfailkan kes-kes di mahkamah seperti legal aid kepada kerajaan. Adakah itu satu perkara yang akan diimplementasikan dengan seberapa segera yang boleh, kalau tidak kenapa? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat ini nasib baik saya Menteri. Kalau dia menteri very intolerant mengatakan Yang Berhormat Jerlun tanya fikiran sempitlah, saya tak pernah kata pun apa yang dia tanya itu datang daripada akal yang pendek... [Ketawa] Bukan Yang Berhormat pendek, tidak. Akal yang pendek sahaja.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu iaitu bahawa kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka dalam perkara-perkara yang ada kaitan memberikan kebajikan kepada rakyat jelata. Jadi saya telah mengambil maklum tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan sebenarnya telah pun disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab bagaimana kita boleh melaksanakan cadangan yang telah dibangkitkan itu.
Saya kira kalau kita dapat mencari jalan, sebenarnya memang, bukan sahaja iaitu filing fees tidak perlu dibayar kalau sekiranya kes itu diambil oleh Biro Bantuan Guaman yang didukung oleh kerajaan, tetapi juga kalau Legal Aid Bureau yang dianjurkan oleh Bar Council juga kepada saya, mereka menjalankan tanggungjawab yang baik. Sudah tentu saya rasa layanan yang sama patut diberikan kepada Legal Aid Bureau yang dianjurkan oleh Bar Council untuk membela mereka yang kurang berkemampuan untuk membela diri dengan mengambil peguam-peguam.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Pandangan akta-akta?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kita tidak ada masalah berkenaan dengan menunjukkan rang undang-undang. Akta tidak ada masalah. Sudah jadi akta, kita bagi sahajalah, rang undang-undang. Cakap pun tak betul ini. Jadi rang undang-undang ini cuma masalah satu sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
The first sight, mereka yang mempunyai hak untuk mendapat the first sight of the rang undang-undang ialah Parlimen. Jadi kita tidak boleh beri rang undang-undang sebelum first reading dibuat kepada Bar Council. Itu melanggari peraturan dan menunjukkan kurang hormat saya kepada Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen.
Jadi sebab itu saya hanya boleh memberi rang undang-undang ini apabila first reading dibuat. Kalau sekiranya ada perkara yang mereka hendak bangkit, mereka boleh guna Ahli-ahli Parlimen untuk membangkitkan isu-isu ini, apa-apa isu yang perlu dan kalau kerajaan merasakan pindaan perlu dibuat, kita akan buat di dalam Jawatankuasa seperti saya pernah melayani permintaan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor untuk meminda di peringkat Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan No. 2 tidak dapat dijawab secara lisan pada hari ini oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak dapat hadir.
[Soalan No. 2 – YB Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah (Kota Bharu) tidak hadir]
3. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, KPKWM telah pun melancarkan Program CARI dan apakah tahap kejayaan terkini Program CARI dalam usaha membantu memberikan kemudahan bantuan tanpa kerenah birokrasi kepada mereka yang memerlukan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat semenjak pelancaran Projek CARI pada 17 Julai 2008 sehingga 6 Mac 2009, sebanyak 117,479 kes golongan yang berkeperluan telah berjaya dikesan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 50,560 kes iaitu lebih kurang 43 peratus telah diluluskan, manakala 44,293 kes masih dalam siasatan dan 22,626 kes iaitu 19 peratus tidak dapat diluluskan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaksanaan Projek CARI telah dilaksanakan secara berkesan dan cepat dengan bantuan seramai 870 orang penolong pegawai dan pembantu pembangunan masyarakat sambilan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Projek CARI bukan sahaja untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan pengesanan dan siasatan awal terhadap kes-kes tercicir dan terpinggir di seluruh negara yang memerlukan bantuan, tetapi juga telah berjaya mengenal pasti keperluan dan masalah sosial yang lain, yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah rumah usang, masalah warga emas tanpa penjaga, masalah kanak-kanak tidak bersekolah dan kanak-kanak tiada dokumen yang dirujukkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
Dengan cara ini nasib kanak-kanak dan kumpulan yang memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek lain dapat diberikan bantuan sewajarnya tanpa perlu melalui proses permohonan biasa di mana client perlu berurusan sendiri dengan agensi-agensi berkaitan secara berasingan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jika dilihat daripada statistik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi menunjukkan bahawa begitu ramai yang masih tercicir dan amat memerlukan bantuan kerajaan. Saya hendak tahu apakah antara sebabnya dan daripada jumlah yang memohon itu begitu tinggi peratus yang tidak diluluskan, iaitu hampir 20 peratus dan daripada jumlah permohonan yang dinyatakan dan apakah sebab permohonan mereka ini ditolak? Adakah Program CARI ini akan diteruskan selepas habis tempoh enam bulan yang telah pun ditetapkan? Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih sahabat saya daripada Tenggara. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua kementerian sememangnya menjangkakan bahawa pertambahan penerima bantuan kewangan dan kebajikan akan meningkat lebih kurang sekali ganda daripada jumlah sedia ada.
Puan Noriah Kasnon
Ini kerana satu paras garis kelayakan ataupun paras garis kemiskinan untuk memohon yang telah dinaikkan seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet tahun 2009 tahun lalu, di mana pendapatan isi rumah pada ketika itu sebanyak RM420 telah dinaikkan kepada RM720 di Semenanjung Malaysia, RM830 di Sarawak dan juga RM960 di Sabah.
Bilangan kenaikan yang agak mendadak ini juga Yang Berhormat adalah di antara sebabnya ialah keadaan ekonomi pada hari ini yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia, di mana terdapat sebilangan pemohon adalah daripada kalangan mereka yang telah diberhentikan kerja dan mempunyai tanggungan dan mereka memerlukan bantuan kewangan walaupun bersifat sementara sebelum mereka mendapat kerja baru ataupun dapat berdikari. Ini juga adalah hasil giat melalui pegawai-pegawai khidmat singkat yang telah dilantik yang saya nyatakan sebentar tadi.
Begitu juga kita telah memperluaskan kaedah-kaedah ataupun mekanisme mengesan kumpulan sasar ini seperti melalui Ahli Parlimen, melalui ADUN, melalui JKKP, JKKK dan juga Talian Nur, media dan sebagainya.
Seorang Ahli
Jawab soalan.
Puan Noriah Kasnon
Ini jawapanlah Yang Berhormat. Satu lagi, antara sebab- sebab mengapa agak tinggi bilangan yang ditolak iaitu 19-20 peratus daripada hasil Projek CARI ini adalah satu kerana yang memohon bukan warganegara dan tidak bermastautin di Malaysia. Kemudian pendapatan isi rumah yang melebihi garis paras kelayakan yang saya nyatakan tadi, juga didapati pemohon itu masih produktif dan mampu berdikari. Apabila disiasat semasa lawatan di rumah membuktikan bahawa kemudahan-kemudahan asas seperti rumah yang selesa, kediaman yang besar, perabot-perabot yang moden dan mempunyai kenderaan serta anak-anak ataupun waris yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Jadi kita tidak dapat mempertimbangkan kerana kita juga menggalakkan anak-anak dan waris untuk menunaikan tanggungjawab terhadap warga ataupun ibu bapa mereka. Yang Berhormat sama ada tempoh ini akan dilanjutkan, insya-Allah Yang Berhormat. Permohonan telah kita panjangkan kepada pihak perbendaharaan untuk dilanjutkan Projek CARI ini, insya-Allah sehingga akhir tahun 2009, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, oleh sebab soalan ini daripada wanita dan dijawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, maka saya jemput soalan tambahan kedua daripada wanita juga. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu, saya menyedari niat baik pihak kementerian untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasar dalam masa tersingkat. Akan tetapi apakah pihak kementerian sudi memberi peruntukan terus kepada setiap Ahli Parlimen agar mereka boleh menyampaikan dengan paling cepat kepada kumpulan sasar dan mengurangkan kerenah birokrasi. Tidak boleh dinafikan bahawa banyak kes di mana ada kelewatan permohonan, kelewatan penyaluran kewangan dan kekurangan pegawai khasnya di Jabatan Kebajikan Daerah. Dalam kemelesetan ekonomi, kita sampaikan terus kepada golongan sasar dengan memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen dan boleh mengurangkan ketirisan.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Masuk Barisan Nasional.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah yang sering bangun untuk menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu kebajikan dan juga isu-isu wanita.
Sebenarnya pewujudan Projek CARI ini Yang Berhormat adalah salah satu pendekatan kerajaan untuk memperbaiki sistem penyampaian dengan penambahan Pekerja Khidmat Singkat atau PKS seramai 870 orang itu tadi. Insya-Allah mulai April ini Yang Berhormat, kita kan tambah lagi PKS ini sebanyak 116 orang khusus untuk Sabah dan Sarawak kerana kawasan mereka cukup besar... [Tepuk] Yang Berhormat kalau hendak sampaikan sendiri bantuan, sebagaimana yang kita maklum Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional memang ada peruntukan khas, memang kita boleh bagi Yang Berhormat.
Puan Noriah Kasnon
Kalau Yang Berhormat minat seperti mana kawan-kawan kata bolehlah masuk ke sebelah sini Yang Berhormat... [Tepuk] Satu lagi...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini sudah bukti diskriminasi...
Puan Noriah Kasnon
Yang Berhormat, saya tidak bermaksud berpolitik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Rasuah, rasuah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
…Ini bukti diskriminasi.
Puan Noriah Kasnon
Tidak Yang Berhormat kerana di negeri-negeri Pakatan Rakyat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini main politik. Kata hendak bantu, tetapi sekarang dalam Dewan terbukti diskriminasi.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih kerana menyatakan dengan jelas…
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Rasuah ini.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Pertama kali Menteri menyatakan bahawa peruntukan ada diberikan kepada menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat…
Puan Noriah Kasnon
Yang Berhormat, di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, ADUN juga diberikan peruntukan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak malu betullah rasuah ini...
Puan Noriah Kasnon
Ini bukan rasuah Yang Berhormat! Apa kata di negeri di bawah Pakatan Rakyat, mereka juga mempunyai...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tumpat duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, jemputan tadi itu selamba. Kita semua dengar. Ada lagi perkataan-perkataan yang lebih hebat daripada itu yang melanggar peraturan mesyuarat. Lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak akan jemput Ahli Yang Berhormat yang akan mencetuskan kekecohan... [Tepuk] Sila Menteri.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih, minta maaf Yang Berhormat Batu Gajah kalau terasa. Saya selamba sahaja tadi. Selain daripada penambahan PKS dalam Projek CARI ini, antara penambahbaikan untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah juga perkenalkan sistem e-Bantuan untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan laporan atas keputusan permohonan dan juga kuasa meluluskan bantuan telah kita turunkan. Dahulu Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, sekarang sudah di peringkat Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Itu sudah memendekkan tempoh siasatan. Kalau dahulu dalam dua bulan, tiga bulan. Sekarang empat minggu sahaja Yang Berhormat dan saya kira itu adalah antara pendekatan- pendekatan yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat dan pemohon. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sudah setahun kita bersidang. Soalan tambahan cuma dua.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tambah satu... [Ketawa] Rayu, rayu, rayu.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan keempat tidak dapat dijawab oleh kerana...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Bolehlah itu?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, tidak Yang Berhormat. Soalan keempat tidak dapat dijawab secara lisan oleh kerana penyoal tidak dapat hadir pada hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ponteng lagi pembangkang ini.
[Soalan No.4 – YB Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli (Kuala Krai) tidak hadir]
5. Datuk Tiong Thai King [Lanang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, Sibu merupakan bandar yang kedua terbesar di negeri Sarawak tetapi Lapangan Terbang Sibu jauh ketinggalan berbanding dengan Lapangan Terbang Kuching, Miri dan Bintulu:
(a) bagaimanakah perkembangan projek pemanjangan terminal; dan
(b) bilakah projek ini dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lanang, buat masa ini Kementerian Pengangkutan tidak bercadang untuk melaksanakan projek pembesaran terminal Lapangan terbang Sibu. Ini kerana terminal tersebut masih mampu mengendalikan penumpang yang menggunakannya. Namun begitu, sekiranya timbul keperluan menaikkan taraf pembangunan terminal tersebut, maka kementerian ini akan mohon peruntukan di bawah RMK-10. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lanang tidak ada soalan? Sila Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Soalan berkaitan lapangan terbang…
Datuk Tiong Thai King - Lanang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Eh, ada lagi? Yang Berhormat Bachok dahulu selepas itu Yang Berhormat Lanang. Sila Yang Berhormat Bachok, Bachok dahulu.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan lapangan terbang. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang projek LCCT yang akan dibangunkan yang sudah pun disebut secara umum dua hari lepas bahawa tempat itu sudah dikenal pasti, katanya berhampiran dengan bangunan KLIA yang sedia ada. Akan tetapi kenapa ianya tidak dibentangkan di dalam Parlimen ini untuk kita Ahli-ahli Dewan Rakyat mendapat maklumat lebih awal daripada projek tersebut dan keduanya saya ingin tahu tentang bangunan yang dahulunya Terminal Tiga di Subang. Kalau kita lihat dari segi ubahsuainya sudah begitu hebat, begitu cantik, design nya begitu hebat luar dan dalam. Apakah projek yang ada dalam perancangan kerajaan untuk membangunkan atau untuk menjadikan apa airport ini ataupun lapangan terbang tersebut. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya soalan itu soalan baru kerana pertamanya tidak berkaitan. Soalan itu adalah mengenai lapangan terbang...
Tuan Yang di-Pertua
Saya setuju Yang Berhormat, tidak payah jawab.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Jadi kalau Yang Berhormat Bachok ingin tanya soalan, sila kemukakan soalan di Parlimen ini.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana ini projek menaik taraf terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu sudah diluluskan. Saya bagi pihak warga Sibu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sudah lulus?
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Sudah lulus, menaik taraf lapangan terbang Sibu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Belum lulus.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Belum?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih, untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2003, kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM60.4 juta untuk menaik taraf lapangan terbang ini. Pada pembentangan mini bajet dua hari yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga telah mengumumkan RM75 juta. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian belum dapat mengenal pasti skop kerja yang perlu dibuat sebab pada awalnya kementerian tidak ada perancangan untuk membesarkan ataupun menaik taraf Lapangan Terbang Sibu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Luluslah itu?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Memangnya sudah luluslah.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah lulus Yang Berhormat Lanang.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Sudah lulus, sudah lulus.
Tuan Yang di-Pertua
Ada soalan lain lagi? Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua...
Seorang Ahli
Belum tanya lagi?
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Bolehlah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila, sila, teruskan.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Bagaimanakah kaedah kerajaan akan membina atau menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sibu, menggunakan tender atau bagaimana? Sekian terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab tadi.
Bagi peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, kita belum dapat menentukan skop sebab peruntukan RM75 juta. Jadi, selepas sahaja kita menerima peruntukan tersebut kita akan arahkan Jabatan Kerja Raya ataupun melalui kementerian kita untuk membuat skop bagi menaikkan taraf Lapangan Terbang Sibu.
Terima kasih.
6. Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah pelajar yang berjaya memasuki Maktab Perguruan dan berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2005 hingga 2008.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, bilangan pelajar mengikut tahun yang berjaya memasuki Institut Pendidikan Guru
(IPG) bagi tempoh tahun 2007 dan 2008 adalah seperti berikut:
Tahun 2007 - 20,187 orang Tahun 2008 - 17,678 orang Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah enrolmen tersebut adalah berdasarkan kepada dua kursus adalah Kursus Perguruan Lepasan SPM iaitu lima setengah tahun dan satu lagi adalah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Manakala data yang dipohon oleh Yang Berhormat sebenarnya selepas tahun 2006, satu keputusan telah dibuat oleh kerajaan di mana Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran masing-masing mempunyai pengkhususan di mana IPG hanya melatih guru di peringkat sekolah rendah.
Kerajaan ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mengkhusus ataupun menetapkan sebarang kuota kepada mana-mana kaum tetapi sebaliknya membuka peluang kepada semua calon yang layak untuk memohon ke IPG bagi mengikuti kursus perguruan yang ditawarkan.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Untuk makluman Yang Berhormat oleh kerana sekolah rendah sekarang adalah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina, bermakna ada tiga aliran.
Keperluan guru itu berdasarkan kepada tiga jenis sekolah tersebut. Itulah serba sedikit tentang gambaran di IPG. Terima kasih.
Tuan S. Manikavasagam - Kapar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah keseluruhan pelajar yang memohon untuk memasuki maktab perguruan dan adakah kementerian bercadang untuk menambah lagi tempat bagi menampung keperluan tenaga guru-guru terlatih. Sekian, terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya kalau saya memberikan satu senario jumlah permohonan yang diterima di kalangan calon Melayu untuk KPLI 2009 iaitu permohonan dibuat tahun lalu adalah 48,384 dan yang layak ditawar ialah 6,631 orang. Manakala untuk permohonan daripada calon Cina hanya 2,665 yang mana 838 layak ditawar setelah temu duga. Begitu juga di kalangan calon India seramai 1,910 yang mana 338 orang berjaya ditawarkan tempat.
Itu adalah senario yang terkini dan mengenai tempat yang hendak disediakan sebenarnya IPG sedang mengadakan satu perancangan terperinci untuk kita mempertingkatkan kapasiti di IPG termasuk kita membina kampus induk di Nilai. Ini adalah antara usaha yang kita jalankan termasuk kita mengambil lebih ramai pensyarah untuk menjadi pensyarah di IPG. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kita sering dibangkitkan tentang masalah kekurangan guru terutamanya guru yang berkualiti untuk mengajar anak-anak murid ini. Contoh yang dibangkitkan ialah kemampuan guru kita mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya ingin tahu kemampuan institut perguruan kita ini dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti ini. Saya juga ingin tahu apakah kita membezakan lulusan di institut perguruan dengan yang lepasan ijazah ini yang membangkitkan bahawa mereka sukar mendapat tempat untuk menjadi guru sebenarnya.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Ada dua soalan yang dibangkitkan. Pertamanya dari segi kualiti guru bahasa Inggeris. Sebenarnya kita mempunyai satu kampus khusus iaitu IPG khusus untuk melatih guru dalam bahasa Inggeris. Itu memang kita sedang merancang kaedah yang terbaik untuk kita mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri dan cara pedagogi untuk mengajar yang paling berkesan kepada murid. Itu memang dalam tindakan kita.
Keduanya, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat sebenarnya setelah MOHE mengambil alih latihan untuk guru di peringkat sekolah menengah, itu memang adalah satu masalah yang sering dibangkitkan oleh graduan yang telah menamatkan pengajian di universiti. Mereka menganggap mereka terpaksa melalui temu duga. Sebenarnya ini adalah satu proses yang perlu dilalui oleh kerana ia dilatih di universiti dan ia perlulah melalui proses pengambilan guru ke dalam sistem kita. Maka kalau kita hendak lihat dari segi sistem kita di IPG, kita telah mengadakan latihan amali yang secukup-cukupnya.
Jadi, sebab itulah kita melihat advantage bagi mereka yang memasuki IPG adalah dari segi pendedahan untuk mengajar dan kita mempunyai sekolah dalam maktab itu sendiri untuk mereka diberi pendedahan. Saya rasa dalam konteks ini kita tidak membeza- bezakan kelulusan daripada universiti tetapi sebaliknya dari segi pengambilan kita perlu teliti dan kita kena berdasarkan kepada apa yang telah kita buat dari segi kualiti guru yang kita tekankan. Terima kasih.
[Soalan No. 7 - YB Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) tidak hadir]
8. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah rancangan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk mencegah banjir di sekitar Lembah Kinta.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan pelbagai projek pencegahan banjir di Lembah Kinta dengan peruntukan berjumlah RM9.5 juta iaitu RM6 juta untuk RTB Sungai Kinta, dan RM3.5 juta untuk RTB Sungai Pari. Sehingga kini sebanyak RM6.5 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut. Projek pencegahan banjir yang telah dan akan dijalankan meliputi kerja-kerja mendalamkan sungai, membaiki dan mengukuh tebing sungai dan menempatkan pam-pam di tempat di lokasi-lokasi tertentu. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setahun yang lepas saya sering menerima aduan mengenai banjir di kawasan Lembah Kinta, khususnya di tebing-tebing sungai seperti Kampung Pisang, di tebing Sungai Pinji, Sungai Rokam, sungai di hadapan Ipoh Swimming Club dan sebagainya. Saya mengesyaki mungkin ini adalah kerana PBT yang lebih cekap, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Kinta Selatan dan Kinta Barat yang lebih cekap untuk menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan akibatnya apabila hujan air mengalir lebih cepat ke dalam sungai-sungai tersebut.
Cumanya, soalan saya, apakah sebabnya kawasan-kawasan sedemikian mengalami banjir kebelakangan ini dan apakah jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa keadaan ini tidak berulang lagi walaupun sudah 51 tahun kita menghadapi masalah yang sama. Apakah tindakan-tindakan yang diambil ini akan mengelakkan berlakunya banjir? Saya juga lihat bahawa khususnya tidak ada peruntukan untuk menangani masalah di Sungai Pinji dan saya bimbang kawasan di tebing-tebing Sungai Pinji akan terlibat. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang masalah banjir ini berlaku di beberapa tempat di seluruh negara. Seperti saya selalu sebutkan di sini pada kajian kita 9 peratus daripada kawasan kita adalah kawasan sering dilanda banjir. Jadi, bagi kawasan yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi ia banjir oleh kerana dua sebab. Pertama, adalah limpahan air daripada sungai-sungai dan keduanya adalah disebabkan oleh longkang-longkang yang tersumbat.
Datuk Douglas Uggah Embas
Jadi ini adalah oleh sebab pembangunan yang bertambah pesat, dengan bertambahnya penduduk-penduduk di kawasan bandar, dan inilah sebabnya. Oleh yang demikian maka kementerian telah pun, memajukan satu pelan yang dinamakan Menu Saliran Mesra Alam, yang dimajukan kepada PBT untuk membolehkan mereka merancang, supaya masalah-masalah yang kita alami sekarang, dapat dikurangkan.
Mengenai jaminan supaya masalah-masalah ini diselesaikan, untuk makluman Yang Berhormat, di beberapa tempat khasnya di sepanjang Sungai Pari, kita telah pun mengadakan satu kajian reka bentuk, yang saya percaya akan siap pada bulan depan. Ini adalah untuk melihat bagaimana kita nak mengatasi masalah banjir di tempat tersebut.
Bagi sungai-sungai yang lain, kita juga akan membuat kajian, tetapi bagi projek tebatan banjir ini, itu terpulang kepada kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya, terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar tadi. Banjir bukan sahaja berlaku lebih kerap di Lembah Kinta, tetapi di mana-mana tempat di negara ini kerana disebabkan hujan lebih kerap dan lebih lebat. Disebabkan oleh satu gergasi iaitu climate change. Oleh itu Yang Berhormat Menteri, satu langkah bagi mengatasi ialah adaptasi climate change, seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan sekarang juga, jangan tunggu.
Soalan saya ialah, jika projek-projek menebat dan mencegah banjir ini, dibuat oleh kementerian, adakah reka bentuk mengambil kira situasi cuaca sekarang? Ini kerana volum hujan sudah lebih banyak lagi, menurun ke bumi kita. Jadi inilah satu masalah yang besar dan kerajaan harus melihat projek penebatan banjir daripada structural planning juga.
Terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat ini memang pakar climate change. Tuan Yang di-Pertua walaupun soalan ini agak terkeluar sedikit, boleh saya izin jawab?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat kalau mahu jawab.
Datuk Douglas Uggah Embas
Untuk makluman Dewan ini, kerajaan tidak melengah-lengahkan apa-apa tindakan litigasi dan adaptasi, untuk kita mengatasi masalah climate change, kerana Kerajaan Malaysia telah pun sama-sama menyedari bahawa climate change adalah berlaku, dan ia nya adalah disebabkan anthropogenic cause ataupun kegiatan-kegiatan manusia. Maka kita telah pun menjalankan beberapa program mitigasi dan adaptasi, jawatankuasa juga telah di tubuh yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk menentukan program-program mitigasi dan adaptasi mengenai masalah climate change ini, dapat kita laksanakan, secepat yang mungkin.
Mengenai perancangan projek tebatan banjir, kita juga sedar bahawa baru-baru ini khasnya lepas banjir yang besar di negeri Sarawak, yang mana banyak kawasan-kawasan yang tidak pernah dilanda banjir. Ini juga membuktikan bahawa limpahan air hujan makin bertambah, kerana mungkin fenomena climate change. Oleh yang demikian maka, kementerian telah pun menjalankan satu kajian bukan hanya untuk projek-projek yang baru, tetapi untuk projek-projek tebatan banjir yang sedia ada, takungan-takungan ataupun ban- ban dan sebagainya.
Kita telah membuat kajian mengenai sejauh mana struktur-struktur ini, mampu untuk menghadapi kejadian-kejadian yang diakibatkan oleh climate change ini. Maka bagi projek-projek yang baru, kita memang mengambil kira kemungkinan berlakunya hujan yang lebih lebat dan projek itu diambil kira masalah climate change. Terima kasih.
[Soalan No. 9 – Y.B. Tuan Ago Anak Dagang (Kanowit) tidak hadir]
10. Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Kesihatan menyatakan, setakat manakah usaha kerajaan melengkapi hospital-hospital utama negeri agar setaraf dengan Hospital Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, Hospital Kuala Lumpur atau HKL agak unik kerana mempunyai 3,000 katil antara hospital yang terbesar di Asia yang mempunyai pelbagai kepakaran dan juga sub kepakaran yang berjumlah dekat 30 kepakaran dan subkepakaran. Buat masa ini, hospital- hospital utama iaitu di tiap-tiap negeri yang semuanya termasuk hospital-hospital lain, yang semuanya berjumlah 35 dikategorikan sama taraf dengan HKL, kerana memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya kepada 15 kepakaran dan sub kepakaran.
Pihak kementerian juga bercadang, jika mempunyai bilangan pakar yang cukup, setiap kepakaran dan sub kepakaran akan diwujudkan di setiap negeri. Oleh sebab kekangan pakar dan juga kewangan, buat masa ini kepakaran dan sub kepakaran kita bahagikan mengikut zon, iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak, terima kasih.
Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kelengkapan hospital-hospital ini bukan hanya melengkapkan dengan peralatan sahaja, tetapi termasuk juga dengan kepakaran, seperti yang dibawa oleh Timbalan Menteri tadi. Saya nak tanya, apakah dasar kerajaan untuk bila mereka mengagihkan pakar-pakar ini kepada hospital-hospital negeri, apakah dasar supaya hospital-hospital negeri dapat kepakaran yang sama seimbang dengan Kuala Lumpur. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, memang dasar kita adalah untuk memastikan ada unsur-unsur pendemokrasian dalam penyampaian perubatan dan kesihatan, kalau boleh kita nak letakkan semua pakar, tapi oleh sebab tidak cukup dan pakar kadang-kadang selepas dia berkhidmat di satu tempat, dia dah berumah tangga, dia dah kahwin, anak dia duduk situ, dia naik pangkat kita tukar dia, dia tak nak tukar atau kita tukar juga dia berhenti.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Jadi kita kena berlapang dada dan bertimbang rasa dengan mereka, supaya mereka terus dapat kekal dalam perkhidmatan awam. Terima kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya yakin kementerian telah pun mengaplikasikan e-kesihatan.
Soalan saya setakat ini sejauh mana kementerian telah pun melebarkan e-hospital dalam menagihkan kepakaran, daripada misalnya Hospital Besar Kuala Lumpur ke Ledang dan sebagainya, melalui kemudahan internet yang sekarang saya yakin telah pun diaplikasi, cuma belum sampai lagi di aplikasi merata seluruh negara, sekian terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Ledang, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ledang sudah pasti sudah sampai ke klinik-klinik kesihatan di kawasan beliau, kerana ada dua negeri yang kita secara pilot, kita panggil Tele-Primary Care (TPC) iaitu Sarawak dan juga Johor.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Penggunaan konsultasi melalui teknologi maklumat ini amat bagus dan ia bagus kepada orang kampung kerana orang kampung tidak perlu pergi berjumpa pakar dan boleh buat konsultasi secara online dengan pakar. Tiga tahun sudah program ini berjalan dan kita akan buat roll out ke seluruh negara sedikit masa lagi. Terima kasih.
11. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengangkat kawasan sawah padi di Parlimen Parit dijadikan salah satu jelapang padi yang boleh menyumbang kepada hasil pengeluar tinggi bagi pesawah-pesawah dengan kemudahan infrastruktur yang diberikan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan dalam merealisasikan matlamat dasar jaminan bekalan makanan telah memberikan tumpuan yang seimbang kepada kawasan sawah dalam jelapang dan kawasan berpotensi di luar jelapang sebagai usaha untuk meningkatkan pengeluaran padi dan beras dalam negara. Bagi menjayakan dasar ini, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa bentuk insentif dan subsidi bagi memacu peningkatan pengeluaran padi meliputi aktiviti penyelenggaraan infrastruktur sawah, aktiviti perataan tanah sawah, pembekalan kapur dan baja bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah, pembekalan racun perosak bagi membendung serangan perosak berbahaya, peningkatan perkhidmatan mekanisasi dan pemilikan jentera, pembangunan infrastruktur baru dan pengamalan pakej teknologi berhasil tinggi di bawah program pembangunan dan penyelidikan.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi hasrat kerajaan bagi memastikan kawasan Jelapang dan kawasan luar Jelapang termasuk kawasan seluas 3,160 hektar di Parlimen Parit sebagai kawasan pengeluaran padi negara yang produktif bagi mematuhi sasaran tahap SSL sebanyak 86 peratus menjelang tahun 2010. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang pertama, saya mewakili pengusaha petani di kawasan Parlimen Parit amat berharap supaya jelapang padi khususnya di Parlimen Parit dapat diadakan kerana jarak antara Seberang Perak itu telah pun sedia ada.
Jadi justeru itu saya mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat dimasukkan sekali Parit dan Seberang Perak.
Soalan tambahan saya, bagaimanakah kriteria pemilihan sesuatu tempat itu bagi dipilih sebagai jelapang padi dan apakah jaminan pihak kementerian bagi membantu infrastruktur seperti perparitan, saliran, meratakan tanah dan lain-lain bagi kawasan yang bukan jelapang padi bagi petani dapat meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang amat memahami kehendak Yang Berhormat tadi tetapi saya ingin memaklumkan di sini Yang Berhormat, di bawah dasar jaminan bekalan makanan tidak ada beza sangatlah yang dalam jelapang dan luar jelapang.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Malah di bawah dasar jaminan bekalan makanan, yang kita tekankan adalah meningkatkan produktiviti. Jadi pada masa ini, kawasan Yang Berhormat produktiviti adalah 3.8 metrik tan sehektar.
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun dikatakan tadi di luar jelapang tetapi sebenarnya kita telah mengagihkan sejumlah peruntukan yang juga besar iaitu RM11,342,900 untuk kawasan sawah di Parlimen Parit iaitu di bawah perataan tanah RM631,500; untuk kapur RM482,000; untuk racun RM281,000; untuk baja NPK tambahan RM1,517,400; untuk pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran RM7,150,000; untuk penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran adalah RM1 juta dan untuk upah pembajakan adalah RM281,000.
Jadi untuk makluman kepada Yang Berhormat juga, sebenarnya memandangkan kawasan Yang Berhormat adalah berdekatan dengan Jelapang, jadi kita juga boleh memberi pertimbangan yang mohon Yang Berhormat memohon secara bertulis untuk dimasukkan dalam jelapang, insya-Allah.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Menteri. Sekarang ini petani tak ada jelapang lagi dah, daripada mesin terus naik lori, masuk kilang. Soalan yang saya nak timbulkan adalah di dalam program NCER, salah satu daripada program untuk petani sawah padi ini adalah mengestetkan ladang ataupun sawah-sawah padi. Di kawasan saya berhampiran dengan Pendang ada kawasan Jelai di mana dijadikan kawasan estet padi dan di dalam musim yang lepas, hasilnya agak tinggi.
Saya hendak tahu bagaimanakah respons ataupun penerimaan daripada petani- petani ini terhadap pengubahsuaian daripada sawah milik individu kepada estet padi ini setakat ini yang diterima baik oleh petani-petani di kawasan-kawasan lain selain daripada kawasan Jelai yang dijadikan pioneer project untuk NCER ini. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana kawasan pun telah dimasukkan menjadi satu projek perintis untuk mengadakan estet, penanaman padi secara estet. Ini Yang Berhormat, saya berharap semua yang ada di sini mendengar bahawa kita tidak pernah mendiskriminasikan dari segi kawasan-kawasan. Kita tidak Yang Berhormat sebab bagi kami khasnya...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Peruntukan khas, diskriminasi.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Khasnya pertanian, kita tidak melihat dari segi.. yang penting bagi kami ialah kumpulan sasaran... [Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Jadi Yang Berhormat, sebab bagi kami di bawah dasar jaminan bekalan makanan ini adalah untuk kita semua sebab saya pernah memberitahu di sini semasa kita membentangkan peruntukan untuk dasar jaminan bekalan makanan bahawa makanan atau pertanian tidak kira politik dan kami pun tidak pernah mendiskriminasikan.
Jadi berbalik kepada soalan Yang Berhormat, satu, tahniah sebab itu adalah satu projek perintis dan NCER sebenarnya memang seperti dikatakan telah memulakan projek ini dan insya-Allah kalau ia dapat kejayaan menggunakan tempat Yang Berhormat Jelai itu supaya ini adalah satu usaha untuk kita dapat meningkatkan lagi produktiviti. Walaupun ianya dahulu tanah-tanah individu tetapi mereka adalah shareholder, mereka boleh menjadi shareholder dan juga boleh menjadi pekerja di dalam projek tersebut. Jadi ini adalah satu kaedah yang sebenarnya kami hendak gunakan di bawah dasar jaminan bekalan makanan dan lebih-lebih lagi dengan penglibatan pihak swasta yang telah Yang Berhormat katakan tadi.
Yang Berhormat, sebenarnya saya rasa penerimaan petani pada mulanya memanglah ragu tetapi sebenarnya ini adalah cara yang baik untuk kita meningkatkan SSL kita kepada 86 peratus atau insya-Allah kepada 100 peratus dalam masa yang terdekat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Ahli Yang Berhormat Klang..., you are in time Yang Berhormat Klang, belum lagi saya panggil.
Sila Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Tahniah, tahniah.
Tuan Charles Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan 12.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri, panjang umur Yang Berhormat Klang... [Ketawa]
12. Tuan Charles Santiago [Klang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, keputusan siasatan polis terhadap tujuh kes serangan fizikal terhadap wartawan dan jurugambar sejak tahun 2007 dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menjaga keselamatan pekerja media dan kes-kes sebegini akan disiasat dengan cepat dan adil.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Klang yang mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sebanyak empat kes berhubung serangan fizikal terhadap wartawan dan jurugambar telah dilaporkan pada tahun 2007 dan sebanyak enam kes berhubung perkara yang sama telah dilaporkan pada tahun 2008.
Bagi kontinjen Perlis hanya satu kes dicatatkan pada tahun 2008 dan tiada kes dilaporkan pada tahun 2007. Kes adalah disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan di mana tiga suspek telah pun ditangkap dan telah dituduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kangar pada 6 Disember 2008. Mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 ke atas setiap orang dan kesemua tertuduh telah membayar denda.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Bagi kontinjen Kedah pula sebanyak satu kes telah pun dilaporkan pada tahun 2007 dan satu kes dilaporkan pada tahun 2008. Kedua-dua kes masih dalam siasatan di mana kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Bagi kontinjen Kuala Lumpur pula, tiada kes dilaporkan pada tahun 2007 dan dua dilaporkan pada tahun 2008. Kes melibatkan wartawan media The Edge masih disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan. Manakala kes yang melibatkan wartawan TV3 yang disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan telah pun selesai.
Semua suspek telah dituduh di mahkamah dan kes tersebut masih dalam peringkat perbicaraan. Bagi kontinjen Pulau Pinang sebanyak satu kes dilaporkan pada tahun 2007 dan dua kes dilaporkan pada tahun 2008. Bagi kes yang dilaporkan pada 2007 adalah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek telah pun didakwa di mahkamah dan masih dalam peringkat perbicaraan. Manakala bagi kes yang melibatkan wartawan Guang Ming Daily dan Utusan Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2008, kedua-dua kes masih dalam siasatan. Bagi Negeri Sembilan pula hanya satu kes dilaporkan pada tahun 2007 dan tiada kes dilaporkan pada tahun 2008. Kes yang dilaporkan tersebut melibatkan wartawan akhbar Kosmo yang disiasat di bawah Seksyen 506, seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kedua-dua kes ini masih dalam siasatan pihak polis.
Di Johor hanya satu kes pada 2007 dan tiada kes pada 2008. Kes adalah melibatkan wartawan akhbar Tamil, Malaysia Nanban, kes masih dalam siasatan polis dan siasatan di bawah seksyen 36 Kanun Keseksaan.
Tuan Yang di-Pertua, setiap penyiasatan yang dijalankan oleh pihak polis adalah dijalankan secara profesional telus dan menyeluruh tanpa mengira status profesion ataupun kedudukan pengadu dalam masyarakat. Pihak polis tidak pernah membeza-bezakan status kedudukan bangsa dan profesion seseorang individu. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Charles Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya bahagian kedua itu ialah secara amnya, apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menjaga keselamatan pekerja- pekerja media ini. Minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita melihat pada keseluruhannya serangan fizikal ini berlaku semasa mereka ini membuat liputan untuk berita-berita sama ada surat khabar ataupun channel TV-TV. Pada pendapat kementerian ini, pada setiap tempat apabila wartawan berada untuk membuat liputan juga terdapat anggota-anggota polis berada di situ. Apa yang penting sekali ialah wartawan harus mendengar nasihat dari pihak polis. Jika tidak dibenarkan masuk, janganlah terlalu ghairah hendak masuk untuk mendapatkan dulu gambar-gambar ataupun berita-berita melalui skop-skop.
Ini adalah satu nasihat yang cukup penting daripada pengalaman pihak polis. Jika mereka ini dengar nasihat pihak polis, maka serangan fizikal terhadap mereka ini akan banyak berkurangan. Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mendengar jawapan tadi, pertama siasatan. Kenapa siasatan ini terlalu lama? Kenapa tidak boleh dipercepatkan mempermudah kes ini selesai. Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri dan kementerian berhasrat untuk mencadangkan bahawa wartawan dan jurugambar, syarikat mereka bekerja, tuan punya membekalkan security, bodyguard yang bertaraf profesional.
Ke mana-mana mereka pergi ada diiringi dan ini menjamin keselamatan mereka.
Kita tahu wartawan ini tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat seperti irama dan lagu.
Kalau tidak ada wartawan tidak akan ada berita yang boleh diliputi. Wartawan ini memang kita faham tugas dia, arahan untuk dia, misi dia mendapat berita. Kalau polis sekat tidak adalah berita. Jadi dia kadang-kadang against peraturan itu. Jadi apakah langkah-langkah yang difikirkan perlu sebab rakyat juga berkehendakkan liputan yang terkini daripada wartawan dan membantu untuk pembangunan negara kita, terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dua soalan tambahan ini, pertama sebab apa siasatan begitu lama, lambat diselesaikan. Saya ingin memberi tahu Dewan yang mulia ini bahawa tidak ada sesiapa yang patut memaksa polis untuk menjalankan siasatan dengan secepat mungkin. Kalau siasatan itu tidak complete atau tidak menyeluruh, atau terperinci jika polis hendak mengambil tindakan terhadap orang-orang yang membuat serangan fizikal itu adalah amat susah.
Namun demikian semua siasatan harus mengikut prosedur. Kadang-kadang terdapat satu dua kes di mana begitu ramai yang terlibat dan kita tidak tahu siapa sebenarnya yang melakukan serangan fizikal itu. Kita tidak boleh mendakwa sekelompok ke mahkamah. Kedua mengenai wartawan harus mempunyai security guard sendiri dengan izin. Ini terpulang kepada syarikat-syarikat surat khabar. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya keamanan di negara ini masih terkawal. Saya rasa tidak perlulah mereka ini mempunyai security guard di sisi mereka ini. Dari sejarah negara ini wartawan diserang secara fizikal ini amat kurang sekali. Sekian, terima kasih.
13. Datuk Rosnah bte Abdul Rashid Shirlin [Papar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) program yang akan dilaksanakan oleh kementerian untuk tahun 2009 dan 2010 dan bolehkah pihak kementerian memaklumkan jenis bantuan yang disalurkan kepada penerima di kawasan Parlimen Papar; dan
(b) berapakah peruntukan yang disalurkan oleh kementerian dalam Program Bantuan Rumah (PBR) bagi golongan tidak produktif, OKU dan Ibu Tunggal di kawasan Parlimen Papar dan dinyatakan jumlah dan bilangan serta senarai penerimanya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Papar.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Skim Bantuan Kebajikan Persekutuan di negeri Sabah mulai 1 Januari 2009. Skim-skim bantuan kebajikan yang diperluaskan perlaksanaannya ke Sabah termasuk ke Parlimen Papar adalah Skim Bantuan Kanak- kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.
Ini merupakan tambahan kepada dua Skim Bantuan Kebajikan Persekutuan yang telah dipanjangkan ke Sabah sebelum ini iaitu Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan golongan yang berkeperluan diberikan bantuan kebajikan, kementerian melalui JKM juga akan meneruskan pelaksanaan projek cari yang dimulakan di Sabah pada bulan November 2008 dan akan diteruskan sehingga akhir 2009 bagi memastikan semua golongan yang layak menerima bantuan kebajikan diberikan bantuan. Bantuan-bantuan Persekutuan yang disalurkan kepada penerima bantuan di kawasan Parlimen Papar yang telah diluluskan adalah seramai 951 orang yang merangkumi Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar, Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja. Selain daripada itu Skim Bantuan Negeri yang peruntukannya disediakan oleh Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Sabah turut menyediakan bantuan- bantuan berikut iaitu Bantuan Am antara RM70 hingga RM175 seorang sebulan, Bantuan Anak Yatim daripada RM70 sehingga RM250 dan Bantuan Bencana Alam sebanyak RM150 hingga RM650 kepada mangsa-mangsa bencana.
Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan bahagian (b), bagi tahun 2009 daerah Papar telah diperuntukkan sebanyak RM1.36 juta untuk membina sebanyak 34 buah unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR). Bagi memastikan golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan yang sewajarnya, KKLW memberi keutamaan penerimaan bantuan PBR ini kepada golongan warga emas berumur 65 tahun ke atas, OKU, ibu atau bapa tunggal yang ramai tanggungan dan mangsa bencana alam yang miskin tegar. Bagi makluman Yang Berhormat Program Bantuan Rumah (PBR) ini adalah terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Wilayah dan Wilayah KKLW. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya mudah sahaja, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah birokrasi dan kelewatan memproses kes-kes permohonan baru di Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya bagi negeri-negeri yang mempunyai kawasan yang luas seperti Sabah dan Sarawak? Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar atas soalan yang cukup baik. Tuan Yang di-Pertua, kita amat maklum Yang Berhormat tentang kelewatan memproses khususnya bagi negeri-negeri mempunyai keluasan yang begitu luas yang agak sukar untuk dijangkau oleh pegawai-pegawai cari sementara kita seperti di Sabah mempunyai bilangan kes yang telah dikesan sebanyak 15,788 kes dan di Sarawak 24,540 kes yang mana sebahagian besarnya yang belum selesai adalah dalam 80 peratus yang masih perlu diproses. Bagi tujuan ini untuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan yang begitu luas PKS yang diperuntukkan adalah antara yang paling tinggi.
Buat masa ini 100 di Sarawak, 105 di Sabah dan untuk permohonan tambahan PKS ini mula dari bulan April ini. Kita telah mohon seramai 116 PKS tambahan khusus untuk Sabah dan Sarawak dan untuk Sabah sahaja kita jangka akan bertambah dari 105 kepada 192 orang. Kita amat berharap agar penambahan dan perhatian ini akan dapat menyelesaikan lebih banyak masalah dalam tempoh yang lebih cepat dan singkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, selain daripada bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin ini. Apakah program-program yang telah dilaksanakan untuk memberi motivasi diri ataupun kesedaran agama kepada keluarga-keluarga ini? Ini supaya mereka tidak terus mengharap kepada bantuan kerajaan dan supaya anak-anak mereka tidak mewarisi kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Kita tidak mahu sudahlah mereka ini kemiskinan harta mereka juga kemiskinan iman, kemiskinan jiwa mereka sendiri. Minta penjelasan.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman, kumpulan yang memohon bantuan kebajikan di bawah kementerian saya terdiri daripada dua kumpulan. Satu kumpulan yang masih produktif. Maknanya mereka kalau kita beri kemahiran dan galakan serta sedikit dana melalui geran pelancaran JKM sebanyak RM2,700 memang sedikit. Akan tetapi boleh memulakan perniagaan kecil Yang Berhormat, kita beri supaya menggalakkan mereka berdikari. Kita juga menyediakan khidmat kaunseling melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan juga LPPKN. Justeru itu, kepada kumpulan sasar yang tidak produktif seperti orang sakit terlantar, warga emas yang memang tidak berupaya untuk mendapat pendapatan, berdikari atau tidak ada waris yang boleh menanggung itu yang kita berikan bantuan kewangan bulanan yang secara berpanjangan dan ada sebahagiannya adalah seumur hidup.
Selain daripada JKM, Jabatan Pembangunan Wanita juga menyediakan program- program meningkatkan kemahiran seperti program-program meningkatkan kemahiran seperti melalui program inkubator, kemahiran ibu tunggal, jejari bestari dan juga program- program lain secara usaha sama dengan MECD dan juga Kementerian Sumber Manusia yang insya-Allah akan kita rancang dan laksanakan sedikit masa lagi. Terima kasih.
14. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, apakah pentakrifan kontrak sosial serta bagaimanakah ia dizahirkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan apakah usaha memastikan mana- mana pihak tidak menggunakan isu ini bagi menjelaskan keharmonian hubungan rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tahun 1957, tetapi dari perspektif lain kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Seiring dengan kehendak tersebut kesemua pemimpin yang mewakili kaum-kaum di Malaya pada waktu itu telah berbincang untuk mencapai persetujuan bersama bagi membentuk masyarakat yang bermuafakat dalam negara yang berbilang kaum ini.
Rundingan antara pemimpin ini dilihat sebagai kontrak sosial yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan sebagai asas kepada kemerdekaan Malaya pada waktu tersebut. Hasil rundingan ini telah wujud beberapa perkara yang telah dipersetujui bersama. Perkara- perkara tersebut adalah hal-hal yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa, agama, dan Institusi Raja-Raja.
Kontrak sosial juga dirujuk sebagai racial bargaining ataupun gentlemen agreement dengan izin di mana ia hanyalah bersifat tidak bertulis. Kontrak sosial ini juga tidak dizahirkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini disebabkan kerana ia hanyalah sekadar rundingan dan permuafakatan. Justeru itu, kontrak sosial dapat dilihat sebagai rundingan yang lebih bertujuan untuk mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Dalam usaha mengekalkan perpaduan dan integrasi nasional serta mewujudkan satu negara yang stabil dan harmoni Perlembagaan Persekutuan dan prinsip- prinsip Rukun Negara telah dijadikan dokumen rujukan perbincangan demi perpaduan rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon
Bagi memastikan mana-mana pihak tidak menggunakan isu ini bagi menjejaskan keharmonian hubungan rakyat di negara ini. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui agensinya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah berusaha mewujudkan Pendidikan Perlembagaan melalui Kelab Rukun Negara di mana sasarannya adalah lebih ke arah generasi muda dan ia telah ditubuhkan di IPT dan sekolah-sekolah rendah serta menengah di seluruh Malaysia. Sehingga kini telah wujud 10 Kelab Rukun Negara di IPTA, IPTS dan 1,180 Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Melalui penubuhan Kelab Rukun Negara di IPTA dan IPTS serta sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat menyedarkan generasi muda mengenai prinsip-prinsip Rukun Negara serta dapat mewujudkan keharmonian hubungan rakyat Malaysia. Dapat disimpulkan di sini bahawa tiada takrifan yang khusus mengenai kontrak sosial. Kontrak sosial hanyalah sekadar rundingan dan permuafakatan bagi membentuk masyarakat yang bermuafakat dalam negara yang berbilang kaum di negara ini.
Istilah ini tidak dizahirkan atau ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan tapi padahalnya kandungan sosial kontrak telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Misalnya fasal 152 mengenai bahasa, fasal 153 mengenai kedudukan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, fasal 3 mengenai agama bagi persekutuan, fasal berkaitan Institusi Raja juga termaktub dalam persekutuan dan juga fasal 14, 15, dan 16 mengenai kerakyatan. Sekian, terima kasih.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sudi menjawab soalan dari Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya timbulkan soalan tambahan saya ialah oleh kerana disebut secara terang bahawa kontrak sosial tadi tidak dizahirkan dalam bentuk Perlembagaan kecuali apa yang ada ialah kandungannya. Apa yang saya ingin tambahkan soalan untuk diminta penjelasan ialah oleh kerana keadaan itu tidak dizahirkan, maka berlaku satu persepsi bahawa kontrak sosial itu tidak binding atau tidak diikat. Ia hanyalah satu fakta sejarah yang telah berlaku dan terkandung dalam Perlembagaan.
Saya timbulkan soalan ini sebagai minta penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan istilah ini dengan fahaman yang kabur lalu menjustifikasikan tindakan-tindakan politik perkauman yang sempit, sehingga menimbulkan ketegangan kaum dengan kenyataan-kenyataan dan dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan perpaduan kaum lalu menggunakan istilah kontrak sosial.
Saya pun tidak faham, apakah kontrak sosial itu bermakna boleh justifikasi kita hendak menyerang mana-mana kaum yang lain dengan ucapan-ucapan yang provokasi seperti mana yang pernah ditimbulkan dalam salah satu perhimpunan agung sebuah parti politik Melayu yang besar ini. Mereka telah menyebut kata-kata yang boleh menjejaskan perhubungan kaum dan apa tindakan atau apa stand bagi memastikan bahawa orang- orang ini tidak boleh dengan senang mengucapkan kata-kata perkauman lalu...
Beberapa Ahli
Kita Melayu. Hoi, kita Melayu!
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Apa, apa ini?... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, jangan panjang Ahli Yang Berhormat.
Jangan panjang soalan tambahan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya tidak memanjangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baru pagi tadi saya ingatkan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, mereka mengganggu ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Biasalah itu, Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Soalan saya...
Seorang Ahli
Bodoh! Buat ucapan itu yang orang ganggu.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya dengar ada orang kata “bodoh” tadi. Tolong bangun. Bangun!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya minta bangun, bangun.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tolong, Ahli Yang Berhormat kemukakan soalan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak. Dia mengucapkan “bodoh” kepada saya. Saya minta bangun siapa yang bercakap kalau anak jantan. Berani, sekarang bangun!... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya bukan Melayukah?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Mana ada kuasa dia, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak ada kuasa dia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila teruskan, sila teruskan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Soalan saya senang. Mengapa terasa?
Saya kata parti politik yang bercakap. Saya tidak sebut mana-mana parti politik.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana keadaan ini boleh diselesaikan supaya tidak timbul...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat. Okey, duduk dulu Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Pengecut. Siapa kata “bodoh” tadi jumpa saya dekat luar.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat Parit Buntar, duduk dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!
Beberapa Ahli
Ya!
Tuan Yang di-Pertua
Sudah hampir setahun kita bersidang. Kadang-kadang ada perkataan-perkataan yang langsung tidak diterima oleh akal fikiran saya tetapi saya kena bersabar. Kadang-kadang saya bagi laluan begitu sahaja. Oleh kerana membenarkan perbahasan berjalan dengan licin. Namun, apabila berlaku seperti apa yang berlaku tadi, itu makanya saya kadang-kadang bersikap strict. Akan tetapi saya kadang-kadang dituduh bercakap banyak. Konon Speaker yang paling banyak bercakap, tetapi ingatkan kepada diri sendiri itu bahawa tanggungjawab Speaker bukan sahaja memastikan bahawa perbahasan berjalan dengan lancar, tetapi menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat juga. Jadi janganlah mengeluarkan hujah yang akan mengundang reaksi negatif.
Jangan! Lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tegaskan di sini saya tidak bagi warning lagi satu, dua atau tiga. Siapa yang mengeluarkan hujah yang melanggar peraturan mesyuarat, terus, lantas saya akan arah untuk keluar. Ingat?... [Tepuk]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Ngamlah itu, Tuan Yang di-Pertua. Ngam.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ranau, saya mahu Yang Berhormat Ranau keluar sekarang ini sampai pukul 2.30 petang Yang Berhormat Ranau, keluar.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Boleh mohon maafkah, Tuan Yang di-Pertua?...
[Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ranau, keluar sampai pukul 2.30 petang.
Terima kasih. Terima kasih. Keluar. Balik pukul 2.30 petang.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasihlah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Keluar meninggalkan Dewan]
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu berehat sekejap?... [Ketawa] Cukup, Yang Berhormat Parit Buntar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Tuan Teng Boon Soon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, itulah sebabnya kerajaan banyak membelanjakan wang dan kementerian banyak berusaha mengadakan pelbagai program termasuk Kempen Berbudi Bahasa dan kita akan teruskan.
Nampaknya kempen ini perlu diteruskan dengan peringkat yang lebih kuat lagi.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Parit Buntar, sebenarnya kementerian merasa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak yang tertentu termasuk ahli-ahli politik yang mempermainkan isu kontrak sosial kerana agenda politik tertentu.
Akan tetapi padahalnya, kontrak sosial itu memang wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pemimpin-pemimpin dari Parti Perikatan pada masa itu termasuk UMNO, MCA dan MIC telah duduk bersama membincangkan tentang kontrak sosial ini dan ini adalah dalam sejarah negara. Ia juga telah menjadi asas kita menggubal Perlembagaan Persekutuan yang kita sama-sama mengamalkan pada hari ini. Untuk memastikan pemimpin-pemimpin akar umbi dan rakyat jelata benar-benar memahami kontrak sosial ataupun prinsip Perlembagaan Persekutuan, kementerian ini sudah mengadakan Program Ceramah Kenegaraan mengenai Perlembagaan Persekutuan mulai tahun ini. Tiga tempat program ini telah diadakan iaitu di Perlis, Kedah dan Penang. Perlis pada 6 Mac, Kedah pada 7 Mac dan Penang pada 8 Mac. Penceramahnya ialah seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan yang paling berpengalaman iaitu Yang Berbahagia Datuk Mohd. Nor Abdullah.
Kumpulan sasaran untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, iaitu termasuk semua ketua jabatan kerajaan di peringkat negeri dan juga pemimpin-pemimpin NGO termasuk pemimpin-pemimpin belia dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk rukun tetangga, JKKK, persatuan-persatuan penduduk, pemimpin-pemimpin agama dan akhir sekali pemimpin-pemimpin pelajar sekolah menengah. Jadi, kementerian ini berharap dengan usaha tambahan ini untuk menjelaskan konsep kontrak sosial akan membantu rakyat kita memahami tentang latar belakang sejarah kontrak sosial itu dan juga prinsip- prinsip Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merasa dukacita kerana ada orang yang mengatakan bahawa apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan itu tidak binding. Tidak binding. Ini Yang Berhormat mengatakan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan itu. Kita bercakap peruntukan dalam Perlembagaan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita tidak bercakap apa itu kontrak sosial sebenarnya, tidak ada Tuan Yang di- Pertua. Istilah kontrak sosial ini siapa yang bawa. Yang ada adalah peruntukan di dalam Perlembagaan di mana ianya ada hak-hak tertentu, hak untuk orang Melayu, untuk orang bukan Melayu. Ini yang diperkatakan dan diperuntukkan di dalam Perlembagaan.
Bagaimana yang dikatakan tidak binding. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya minta apakah pihak Menteri boleh mempertimbangkan supaya apa yang diberi contoh oleh Yang Berhormat Parit Buntar ini melambangkan bahawa banyak orang tidak faham.
Apa dia peruntukan di dalam Perlembagaan yang memelihara dan juga sebagai satu yang memberi hak kepada semua kaum di dalam negara kita ini yang sepatutnya tidak dipertikaikan dan ianya adalah berlatarbelakangkan sejarah. Sejarah negeri ini, sejarah bangsa kita di dalam negara kita ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan sebab itu, saya minta penjelasan daripada Menteri, perlu kita mengadakan pelajaran Sejarah dan Kenegaraan ini sebagai pelajaran yang wajib kepada anak-anak kita, generasi muda yang akan datang supaya tidak ada lagi contoh-contoh yang kita merasa hairan, tidak faham lagi apa yang ada di dalam Perlembagaan.
Saya minta. Sampai hari pernah diperkatakan bahawa sejarah itu penting tetapi kita tidak memberikannya atau pun meletakkannya sebagai satu perkara yang diwajibkan untuk anak-anak kita memahami sejarah negara kita ini. Sekian, terima kasih. Minta penjelasan.
Tuan Teng Boon Soon
Tuan Yang di-Pertua, setahu saya dalam kurikulum bagi mata pelajaran Sejarah sekolah menengah pada masa ini secara lalu ada menyentuh tentang prinsip-prinsip Rukun Negara dan juga prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Adakah perlu memberi pendidikan secara lebih mendalam, itu akan difikirkan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya wajib, sebagai mata pelajaran yang wajib.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Teng Boon Soon
Ya, ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, Menteri sedang menjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 41. Apabila seseorang Ahli sedang berhujah, tidak boleh diganggu. Teruskan.
Tuan Teng Boon Soon
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ia perlu difikirkan mungkin oleh Kementerian Pelajaran. Lebih direct, relevan kepada kementerian itu. Dalam hal pendidikan murid-murid atau anak-anak kita, itu di bidang kuasa, bidang tanggungjawab Kementerian Pelajaran. Jadi, bagi kementerian ini, kami sudah mengambil segala usaha termasuk program ceramah untuk kenegaraan bagi pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi dan juga kegiatan-kegiatan yang lain supaya rakyat kita memahami semangat dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.
Selain daripada itu, apa yang boleh dibuat melalui saluran pelajaran atau pendidikan sekolah, itu adalah lingkungan tanggungjawab Kementerian Pelajaran. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah berakhir.
[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang
kesebelas dan keduabelas penyata tersebut.” - 11 Mac 2009] Tuan Yang di-Pertu
Terima kasih. Sebelum saya menjemput pembahas seterusnya, saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 16 Mac 2009.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Menteri Kewangan akan menjawab pada 2.30 petang. Setakat ini ada 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dari kelmarin. Jadi, untuk itu, selepas saya memanggil pembahas Yang Berhormat Pendang, untuk 10 minit sahaja, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain cuma boleh dibenarkan berucap dalam 10 minit. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat berucap dalam peringkat dasar ini akan boleh turut serta dalam perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa nanti.
Jadi, kelmarin, sehingga jam 10.30, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang setia bersama kami dalam Dewan ini sehingga di suatu ketika loceng terpaksa dibunyikan oleh kerana tidak cukup kuorum. Jadi, saya panggil nama-nama ini untuk bersedia untuk membahaskan dalam peringkat dasar dan kalau nama tidak juga sempat dipanggil saya mohon maaf. Nama-nama ini adalah daripada BN. Yang Berhormat Labuan, Sibuti, Mambong, Paya Besar, Simpang Renggam dan Lipis. Daripada Pembangkang Batu Gajah, Serdang, Pendang, Indera Mahkota. Yang masuk pada 10.29 malam yang menunjukkan minat Yang Berhormat Maran, Hulu Terengganu, Lenggong, Sekijang dan nama-nama ini bersedia apabila nanti saya keluar, kalau saya diganti nama-nama ini akan dipanggil.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, Balik Pulau ada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang untuk bercakap 10 minit.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, yang...
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau ada sampai malam.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan dan Klang sila duduk.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, nama saya tidak disebut.
Saya ada.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Arau, Arau. Saya pun ada.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak saya sebut tadi itu bermakna tidak saya nampak.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya di Dewan...
Tuan Yang di-Pertua
Begitu juga Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Klang juga tidak nampak. Sila Yang Berhormat Pendang teruskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu bahaya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan. Yang saya sebutkan itu ada.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua. Saya di Dewan ini semalam sampai 10.15 dan nama saya telah diberikan oleh DAP untuk saya sebagai seseorang yang akan berucap. Saya ingat ada satu problem, miss communication.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun Tuan Yang di-Pertua, jangan begitu Tuan Yang di-Pertua. Merayu lah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak buat-buat apa yang saya sebut kerana setiap apa yang ada di sini semua tercatat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tercatat salah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat ada masa untuk keluar masuk.
Pada ketika itu, itu yang dia nampak. Sila Yang Berhormat Pendang, sila Yang Berhormat Pendang, teruskan. Selama 10 minit Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nampak, saya terpaksa serius dan timbalan-timbalan saya terpaksa serius. Kalau Ahli- ahli Yang Berhormat ada masa untuk main, main di luar legar sana... [Disampuk] Sila Yang Berhormat Pendang, sila Yang Berhormat Pendang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya dekat Dewan ini sampai 10.15 malam.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah Yang Berhormat Klang, sudah Yang Berhormat Klang, sudah Yang Berhormat Klang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan main-main. Terus terang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun berminat juga hendak bahas ini sebab ini melibatkan wang rakyat. Tolonglah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan, sudah saya sebut tadi bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang nama tidak disebut boleh mengambil bahagian sewaktu peringkat Jawatankuasa. Sila Yang Berhormat Pendang 10 minit.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya orang setia menunggu sehingga 10.31 semalam, diberi peluang insya-Allah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Balik Pulau Tuan Yang di-Pertua, kami tunggu sampai 10.31.
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk bersama-sama dalam perbahasan bajet mini ini. Seperti mana yang kita tahu sejumlah RM60 bilion diperuntukkan dalam empat teras di mana sebanyak RM12 bilion digunakan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan iaitu RM2 bilion, meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas sebanyak RM10 bilion dan RM48 bilion lagi adalah untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis RM29 bilion dan juga membina keupayaan masa depan sebanyak RM19 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Nampaknya kalau dilihat daripada jumlah di atas, hasil langsung daripada kadar segera yang dapat diperolehi oleh rakyat yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi ini hanyalah RM12 bilion. Walaupun kita tidak dapat menafikan peruntukan bantuan kepada pihak swasta dan meningkatkan keupayaan untuk masa depan juga merupakan sesuatu yang boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita tetapi ia tidak memberi kesan secara langsung dan segera kepada rakyat yang terjejas ini. Mungkin dalam jangka masa sederhana dan panjang, ia memberikan kesan melalui perkembangan semula syarikat berkenaan dalam mengambil semula pekerja yang diberhentikan apabila mereka pulih melalui rangsangan ekonomi yang dibentangkan ini.
Daripada inti pati bajet untuk merangsang ekonomi ini, kita dapati RM15 bilion adalah merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion adalah sebagai dana jaminan, RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti khususnya untuk Khazanah Nasional, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta dan off-budget dan RM3 bilion lagi adalah untuk insentif cukai. Tuan Yang di-Pertua, hasrat rakyat dalam pakej rangsangan ini adalah mereka akan mendapat kemudahan untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang selesa dan dapat mengurangkan bebanan akibat terpaksa berhenti kerja bagi yang berada di sektor swasta dan dapat terus memberikan keperluan harian kepada keluarga bagi yang bekerja sendiri seperti pekebun getah dan juga sawit dan petani di kampung-kampung.
Ia akibat daripada kejatuhan harga komoditi yang agak teruk sekarang ini.
Daripada berita dan maklumat yang kita perolehi, jumlah mereka yang terpaksa menganggur akibat pemberhentian kerja ini mengikut Presiden MEF iaitu Malaysian Employers Federation adalah 400,000 orang. Maka ini sudah pasti akan menimbulkan masalah yang cukup besar dalam masa yang terdekat seandainya kita tidak menangani isu pengangguran kadar segera ini dengan begitu baik. Oleh itu, bantuan kepada pengusaha terutama syarikat yang terlibat dengan barangan eksport perlu diberikan perhatian yang serius. Khabarnya syarikat elektronik yang akan terjejas teruk kerana kebanyakan hasil eksport kita adalah ke Amerika Syarikat dan negara Eropah, akibat daripada kejatuhan ekonomi mereka seterusnya memberikan kesan yang besar kepada eksport kita.
Dalam perkara ini, salah satu daripada pakej di dalam rangsangan ini adalah untuk mengadakan latihan kepada pekerja terutamanya kepada siswazah yang menganggur dan saya berharap agar mereka yang hendak diberikan latihan ini biarlah di dalam kilang perusahaan itu sendiri ataupun lebih baik disebut dengan in-house training dan konsep trained and retain yang telah dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia saya rasa ini merupakan sesuatu yang perlu diperkasakan kerana sejumlah RM29 bilion dalam bantuan kepada sektor swasta ini dapat dimainkan peranan untuk latihan ini dan saya ingin bertanya apakah insentif yang diberikan kepada pengusaha ini sebelum mereka diberhentikan daripada kilang mereka itu kerana jumlah 400,000 yang disebut itu merupakan satu angka yang amat menakutkan kita semua dan ini mungkin daripada 400,000 ini akan menimbulkan masalah di dalam sosial kita jika tidak diberikan perhatian yang serius.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pekerja di sektor swasta, pihak yang terkesan akibat kegawatan ekonomi ini adalah mereka yang bekerja sendiri di kampung terutamanya petani, pekebun dan nelayan yang juga menerima akibat daripada kesan tempias masalah ekonomi ini. Sudahlah barangan komoditi mereka jatuh, terutamanya kepada pekebun sekarang ini tidak dapat menoreh kerana hujan yang turun mungkin pada setiap hari terutama sekali di kawasan Utara. Saya dapati ramai di antara pekebun ini yang sentiasa terpaksa kalau masa getah naik harga dulu mereka membeli Proton Kancil tetapi sekarang ini mereka terpaksa menjual semula kereta-kereta mereka itu kerana hasil yang amat berkurangan.
Saya menyokong subsidi untuk makanan iaitu sebanyak RM764 juta tetapi biarlah ianya lebih tertumpu kepada mereka yang menerima sasaran sebenarnya iaitu saya rasa lebih baik kita, kalau daripada kita memberi subsidi kepada syarikat-syarikat tepung, gula dan juga roti, lebih baik kita menggunakan kaedah yang digunakan di Taiwan dan Hong Kong iaitu memberi kupon makanan kepada mereka yang terjejas secara direct ini. Juga tidak dapat dinafikan keselesaan hidup dapat dipenuhi kalau sekiranya mereka mendapat tempat tinggal yang selesa iaitu perumahan juga perlu diberi perhatian.
Semalam saya dengar Yang Berhormat Rompin ada menyebut tentang perumahan rakyat di dalam bandar. Saya ingin juga menyeru kepada pihak kerajaan supaya beri juga perhatian kepada mereka di kawasan kampung, kawasan luar bandar kerana mereka ini juga menerima akibat yang teruk hasil daripada kejatuhan ekonomi ini.
Salah satu yang saya rasa perlu kita beri perhatian adalah tentang Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT. Saya merasa agak sedih kerana keluhan-keluhan yang diterima daripada masyarakat yang membuat permohonan kerana borang Rumah Mesra Rakyat, saya baru- baru ini mendapat empat borang daripada EPU tapi apabila hendak dapat borang semula, mereka kata kena pergi ke Pejabat UMNO.
Ini merupakan sesuatu yang saya rasa cukup tak patutlah. Saya harap perkara ini dapat diperbetulkan jika sekiranya perkara ini benar-benar berlaku kerana rakyat miskin dia tidak mengira apa parti politik dan juga apa fahaman agama mereka. Bantuan perlu diberikan kerana hasil daripada bajet ini adalah merupakan hasil daripada kutipan duit rakyat. Institusi-institusi yang memberi pinjaman mikro kredit seperti AIM, TEKUN dan juga MARA serta Agrobank. Saya rasa perlu memainkan peranan yang lebih serius dalam menghadapi kegawatan ini kerana daripada mereka diberhentikan kerja, ramai di antara ahli masyarakat sekarang ini memilih untuk menjadi peniaga kecil, peruncit dan juga menjadi peniaga-peniaga di kaki lima.
Jadi diharap pihak-pihak PBT ataupun majlis perbandaran memberi ruang kepada mereka yang tertindas ataupun terkena kegawatan ini. Satu kaedah yang lebih anjal seperti saman yang dikenakan sebelum ini kurangkanlah sedikit saman oleh PBT dan juga kemudahan tempat perniagaan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ini. Satu lagi, apa yang perlu difikirkan oleh kerajaan adalah tentang bantuan untuk mereka untuk mendapat rawatan kerana kesihatan ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk rakyat. Jika sekiranya badan tak sihat maka mereka tidak akan dapat bekerja untuk mencari rezeki. Jadi, Tabung Bantuan Perubatan saya rasa perlu diperkasakan. Sedikit wang daripada stimulus package ini dimasukkan dalam Tabung Bantuan Perubatan untuk memberikan kepada mereka yang ingin mendapat rawatan untuk penyakit kronik dan juga penyakit kritikal.
Saya rasa inilah sedikit sebanyak perkara-perkara yang dapat saya sumbangkan dalam masa 10 minit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua? Saya kecil hatilah apabila nama saya tidak tersenarai sebagai pembahas sedangkan pada bajet dibentangkan, pembangkang boikot tetapi diberi peluang pula bahas.
Buat apa dia bahas kalau dia boikot?
Seorang Ahli
Siapa boikot?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia tak tahu apa-apa. Kalau DAP saya percaya tidak ada sini tapi PKR dan PAS satu, yang itu hari PKR tiga. Kenapa dibagi? Kita sudah mati-matian tunggu tidak pula tersenarai. Ini saya kecil hatilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya minta maaflah. Keputusan dah dibuat oleh Speaker, jadi saya bukanlah boleh membuat satu keputusan untuk mengatasi keputusan yang telah dibuat. Seperti mana keputusan saya Tan Sri pun tidak juga mengatasi apa yang telah saya buat. Jadi begitu cara kita bekerja di sini, jadi itulah keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri tadi. Jadi saya tidak ada kuasa Yang Berhormat. Jadi saya mengetahui saya yang akhir sekali duduk di sini semalam, saya memang biasanya membuat catatan tiap-tiap siapa yang hadir bukan untuk malam semalam sahaja, tiap-tiap masa, every half an hour.
Minta maaf, saya mencatat siapa yang hadir, siapa yang tidak hadir dalam Dewan.
Memang sudah jadi kelaziman dan kebiasaan saya daripada dulu lagi tahun 1990-an.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang memboikot tak dicatat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ha itu lain cerita Yang Berhormat. Ini pasal kehadiran. Jadi Yang Berhormat Simpang Renggam, sila. Sepuluh minit.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali izinkan saya merakamkan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana mencadangkan mini bajet ini untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi Malaysia pada masa yang agak genting ini. Memandangkan keadaan ekonomi global yang agak membimbangkan saya percaya bahawa ia adalah wajar untuk semua negara mengambil tindakan preventif untuk memastikan bahawa krisis ekonomi global tidak melanda negara masing-masing.
Walau bagaimanapun, jikalau tindakan preventif diambil, kita mesti memastikan bahawa ia adalah ubat yang betul untuk menangani penyakit ekonomi yang kita alami.
Kalau kita mengambil tindakan yang kurang khusus dan melulu pastinya kita tidak akan dapat memberhentikan penguncupan dalam pertumbuhan ekonomi. Oleh itu saya lega sedikit bahawa Program Rangsangan Ekonomi Kedua bukan sahaja satu inisiatif yang menyeluruh tetapi ia juga mempunyai berbagai-bagai program untuk memastikan bahawa rakyat terlindung daripada kegawatan ekonomi yang kian melanda.
Tuan Yang di-Pertua, adalah penting untuk kita meneliti program-program perbelanjaan yang diutarakan oleh kerajaan dan sebagai Ahli-ahli Parlimen kita mesti membahaskan isu-isu ini. Kita juga mesti faham bahawa kesan kegawatan ekonomi ini begitu ketara dan ada kemungkinan besar ekonomi kita akan menguncup sebanyak 1 peratus. Dengan itu kerajaan telah pun menitikberatkan empat teras utama untuk memastikan bahawa ekonomi kita tegar dalam tempoh krisis ekonomi ini.
Walaupun program rangsangan ini berjumlah RM60 bilion, impak terus akan dapat dirasai melalui suntikan fiskal RM15 bilion dan juga RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.
Oleh itu adalah wajar untuk kerajaan memastikan bahawa semua program ini dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya pertama sekali untuk memastikan rakyat jelata tidak terlalu bersusah-payah menangani kegawatan ekonomi ini.
Lagipun seperti mana Program Rangsangan Pertama sebanyak RM7 bilion tidak mendapat impak yang sepatutnya kerana masalah-masalah birokratik dan retorik. Rakyat tidak akan dapat menerima sebarang penghuraian oleh kerajaan jika program kedua ini tidak berjaya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita harus meneliti semula sistem penyampaian sedia ada. Kerajaan memang sentiasa menggalakkan penggunaan elektronik di semua agensi kerajaan. Kementerian Kewangan pula sudah berjaya melaksanakan e-Perolehan untuk mempertingkatkan accountability dan ketelusan dalam semua proses.
Oleh itu saya mencadangkan bahawa kerajaan menubuhkan satu laman web seperti mana yang dilakukan oleh Presiden Obama di Amerika Syarikat supaya rakyat dapat meneliti segala pelaksanaan pakej rangsangan kedua ini dan mengikuti perkembangannya. Ini tentunya dapat memulangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan membantu memperbetulkan persepsi rakyat bahawa penyelewengan sebenarnya tidak wujud dan pembangkang tidak dapat mempermainkan isu ini lagi.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini juga akan memastikan bahawa tiada sebarang kecundang atau kebocoran wang ringgit berlaku dalam pakej ini dan akan memastikan bahawa kita semua termasuk rakyat jelata dapat meneruskan kehidupan mereka dalam masa yang agak mencabar ini.
Jika sesiapa yang ingin mengambil faedah yang berat sebelah daripada pakej ini maka mereka patut disiasat dan didakwa oleh pihak-pihak tertentu termasuk polis dan MACC.
Saya yakin program dana jaminan akan menolong syarikat-syarikat SME yang sedang tenat akibat kejatuhan permintaan global dapat bantuan kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka. Lagipun syarikat-syarikat akan bertambah yakin dan terus mempercayai sistem perbankan Malaysia kerana kerajaan sedia memberi jaminan sebegini.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pemantauan harus diperketat lagi kepada bank-bank kerana saya memang menerima banyak aduan daripada pemaju-pemaju perumahan baru-baru ini bahawa rumah mereka tidak dapat dijual kerana bank mengambil sikap konservatif apabila meluluskan jaminan. Ini menyebabkan pembeli terpaksa membatalkan pembeliannya kerana tidak mampu menyediakan deposit yang tinggi. Saya juga menerima aduan daripada syarikat SME bahawa bank mula memberi tekanan dan berturut-turut ingin mengurangkan amaun facilities yang telah pun diluluskan kepada syarikat SME. Ini menyusahkan dan menyekat syarikat SME yang telah dilanda teruk oleh kejatuhan permintaan global.
Tuan Yang di-Pertua, pengurangan nilai eksport akibat permintaan dunia yang meleset amat ketara. Pada bulan Januari sahaja eksport negara sudah jatuh sebanyak 27.8 peratus. Kita boleh merasai tekanan yang dihadapi oleh pengeksport. Jadi adalah penting untuk kita memberi bantuan kepada mereka yang bergantung kepada business eksport ini.
Golongan terutamanya yang bertempat di negeri Johor atau Selatan Johor tidak harus dilupakan.
Golongan seperti pekebun-pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran, penternak- penternak ayam itik, penternak-penternak ikan hiasan, pengilang-pengilang tempatan dan sebagainya, golongan yang mengeksport hasil tanaman atau barang-barang melalui Kastam Johor ini tidak harus dilupakan dan patut dibela nasibnya. Saya mencadangkan levi sebanyak RM200 yang sekarang dikenakan kepada setiap lori atau setiap pengeksportan itu dimansuhkan dengan kadar segera demi meringankan beban golongan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap bahawa kerajaan akan dapat merangsang sektor swasta dan memastikan peluang pekerjaan yang sepatutnya. Kita tidak boleh melupakan bahawa seramai 200,000 pelajar IPTA dan IPTS yang sedang belajar ini ada yang akan menceburi bidang pekerjaan mulai bulan depan dan adalah penting untuk memastikan peluang pekerjaan memadai. Lagipun bagi mengelakkan pelbagai masalah sosial dan sebagainya, program rangsangan ini hendaklah dijayakan untuk menambahkan lagi peluang pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya gembira kerana kerajaan rela menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan yang masing-masing berjumlah sebanyak RM200,000 dan RM10,000 untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran dan sarjana di dalam negara. Kerajaan juga berhasrat mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan bagi pekerja yang diberhentikan dan siswazah yang menganggur.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, not only quantity but also the quality. Program-program seperti meningkatkan produktiviti pekerja juga tidak boleh diabaikan. Masa ini adalah masa yang unik sekali untuk memastikan bahawa pekerja- pekerja kita mempelajari skill yang baru serta meningkatkan lagi pengetahuan mereka terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang pembuatan yang kian dicekik oleh kejatuhan permintaan global dan juga persaingan daripada China, India dan Vietnam. Kita mesti retain the workforce, dengan izin, untuk memastikan bahawa mereka dapat bekerja dalam bidang-bidang baru yang lebih kompetitif dan sofistikated.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif kerajaan dengan mengutarakan program-program mesra rakyat mesti dihargai. Program seperti meningkatkan lagi subsidi makanan dan minyak adalah penting terutamanya kepada golongan kurang upaya.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Oleh itu saya yakin bahawa kita dapat menghasilkan satu jaringan keselamatan sosial untuk memastikan bahawa golongan muda tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi ini. Saya juga gembira bahawa program rangsangan ini juga digiatkan untuk memastikan masa depan negara terjamin walaupun kesusahan dialami sekarang.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, projek seperti Terminal LCCT baru ini memang wajar memandangkan pertumbuhan AirAsia dan penerbangan bajet yang begitu merangsang sekali pun dengan meluaskan lagi akses kepada telekomunikasi melalui peningkatan infrastruktur Jalur Lebar juga akan merapatkan lagi jurang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dua perenggan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita bagi sepuluh minit, Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ada 30 saat. Terima kasih. Akhir sekali mengenai isu-isu lebuh raya ini, saya ingin menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya dan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini. Rintihan-rintihan telah banyak kita dengar, pandangan-pandangan dan syor-syor pun banyak kita utarakan sama ada dari sebelah sini dan pihak pembangkang. Jadi sebagai penyelesaian jangka panjang untuk membela nasib rakyat dan memperjuangkan manfaat dan kebajikan rakyat, penubuhan jawatankuasa khas ini harus disegerakan.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, tidak ada mana-mana pelan yang dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini tetapi mini budget ini memang akan dapat memastikan bahawa kita terus tegar dan teguh menghadapi kegawatan ekonomi dan Kerajaan Barisan Nasional akan sekali lagi menunjukkan kebolehan dan kemampuan kita demi menangani krisis dan seterusnya membawa negara kita keluar daripada kelembapan dan menuju ke arah yang cemerlang lagi. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
[Memandang ke arah tempat duduk Pembangkang] Tidak ada orang bangun hendak cakap?... Sila Sibuti.
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat, saya nampak tadi tiada orang bangun. Jadi itu saya tanya.
Seorang Ahli
Terus, terus.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berjumlah RM60 bilion.
Kita semua tahu bahawa kemerosotan ekonomi dunia yang teruk di mana komoditi yang penting seperti minyak, minyak kelapa sawit, gas telah pun turun mendadak harganya menyebabkan ekonomi negara kita juga turut merudum. Dengan ada rangsangan yang baru oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini sedikit sebanyak dapat mengukuhkan ekonomi negara kita untuk membantu rakyat kita dari berbilang kaum dan keturunan.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri, Menteri Kewangan kerana mengambil berat tentang negeri Sarawak dan negeri Sabah. Kami wakil rakyat di kawasan luar bandar sangat mengharapkan daripada rangsangan ini yang berjumlah besar boleh benar-benar sampai kepada rakyat yang disasarkan. Kami di luar bandar di Sarawak selalunya hanya mendengar sahaja pembangunan-pembangunan yang besar-besar tetapi kadangkala hanya mendengar begitu sahaja.
Negeri Sarawak sepatutnyalah bersama dengan negeri Sabah diberi peruntukan yang berlebih sedikit daripada apa yang patut diterima mana-mana kawasan yang lain disebabkan bahawa negeri Sarawak dan Sabah telah mengeluarkan hasil minyak yang lebih awal di mana bersama-sama membantu pembangunan negara Malaysia daripada minyak, minyak kelapa sawit, balak dan lain-lain termasuk gas. Dengan sedemikian, memang tepatlah bahawa rangsangan peruntukan perbelanjaan tahun ini diberi lebih kepada negeri Sarawak.
Kemudahan asas diperlukan di luar bandar, kawasan saya, Sibuti, seperti yang selalu diuar-uarkan kepada saya, jalan-jalan kampung, jalan-jalan rumah panjang dan jalan- jalan kebun daripada bandar ke kampung-kampung itu perlu diambil berat dan disiapkan dalam jangka masa dua tahun yang kita mempunyai peruntukan yang begitu besar. Kita mendapati bahawa keperluan di kawasan saya seperti elektrik dan air di mana tidak kurang daripada beratusan juta diperuntukkan yang boleh digunakan dalam masa dua tahun ini supaya rakyat di luar bandar merasa juga apa yang orang di bandar kecapi pada masa ini.
Begitu juga diperuntukkan RM500 juta untuk projek PIA dan PIAS. Kita mengharapkan pegawai-pegawai yang diarahkan untuk melaksanakan projek ini tidak mempunyai karenah-karenah yang begitu susah untuk mereka menjalankan tugas, menjalankan projek ini dengan baik dan betul demi untuk rakyat. Rakyat di kawasan saya tidak lari daripada menyokong kerajaan. Mereka menyokong dengan penuh harapan kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak, Sarawak maju dan terus maju... [Tepuk] [Disampuk] Oleh yang demikian, kita mengharapkan dengan ada rangsangan ini untuk penyokong di luar bandar akan menjadi satu pendorong kepada mana-mana yang belum menyokong Kerajaan Barisan Nasional kembali kepada Barisan Nasional... [Tepuk] [Disampuk] [Ketawa] Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan disebabkan beliau sangat prihatin kepada rakyat di luar bandar yang mempunyai kebun-kebun kecil di dalam pertanian dan ternakan kerana memberi peruntukan yang begitu besar untuk mendapatkan micro credit ditawarkan dalam TEKUN. Ini akan dapat meneruskan penghidupan mereka yang mempunyai pendapatan yang di bawah paras kemiskinan.
Begitu juga dengan peruntukan kepada nelayan-nelayan di bawah LKIM. Tabung LKIM ini dapat membantu nelayan-nelayan kecil yang mempunyai kapasiti perahu yang kecil yang sangat memerlukan bantuan di mana pada masa ini pendapatan mereka terjejas oleh kerana bot-bot kelas ‘A’ dan kelas ‘B’ juga mengambil hasil daripada daratan, daripada kawasan mereka sendiri di laut dalam.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Kerajaan kita Tuan Yang di-Pertua, patut diberi pujian kerana tidak lupa golongan- golongan kurang upaya, warga negara emas, ibu-ibu tunggal tetapi saya mohon jangan lupa juga kepada ibu-ibu tertinggal... [Ketawa] Dan ibu-ibu yang ditinggal kerana mereka mempunyai tanggungan anak-anak yang telah dibiarkan oleh bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab yang meninggalkan mereka. Maka dengan itu saya mengharapkan mereka juga adalah penyokong-penyokong kita. Mereka juga perlu untuk hidup dan membantu anak-anak mereka terus menjadi warga negara yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada satu minit. Jangan tertinggal Yang Berhormat ya... [Ketawa]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Ya, satu lagi adalah modal insan.
Apabila pendidikan begitu banyak diperuntukkan untuk ini, maka apabila kita hendak mendapatkan modal insan yang begitu baik, canggih inilah keperluan rakyat di luar bandar apabila jalan raya, elektrik, air bersih mesti disampaikan barulah dapat kita benar-benar mencapai modal insan yang berjaya.
Akhir kata saya, oleh sebab masa cemburu sangat kepada saya... [Ketawa] Harapan-harapan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan kerana membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat Sibuti bercakap tadi, tidak ada seorang pun bangun daripada kawasan pembangkang. Hanya Yang Berhormat Klang sahaja yang bangun dan kini giliran DAP. Tiga orang Ahli Parlimen DAP beri masa tidak akan berucap dan saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dahsyat Tuan Yang di-Pertua ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili seperti yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Boleh sebut nama Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Mewakili tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang hadir semalam Yang Berhormat?
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang hadir semalam, dan saya berharap mempergunakan masa mereka iaitu sebanyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sepuluh minit Yang Berhormat... [Ketawa]
Tuan Charles Santiago - Klang
Masa 20 hingga 30 minit Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sepuluh minit sahaja Yang Berhormat. Sepuluh minit sahaja Yang Berhormat ya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, laporan ekonomi penggal akhir 2008 jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia di dalam keadaan kecemasan, intensive care unit. Data ekonomi yang keluar pada Oktober 2008 hingga sekarang menunjukkan angka-angka ini dengan izin, adalah unprecedented. Misalnya Pertubuhan Ekonomi Malaysia pada penggal keempat 2008 hanya 0.1 peratus dan interim bulan Januari 2009 menunjukkan bahawa data interim bulan Januari 2009 menunjukkan bahawa eksport turun sebanyak 28 peratus.
Ini merupakan kejatuhan terbesar sekali semenjak tahun 1981. Penurunan ini berlaku di semua dimensi ekonomi negara kita. Keuntungan syarikat-syarikat Malaysia yang selalu untung telah jatuh. Nett earning dari sektor minyak dan gas jatuh sebanyak 127 peratus pada akhir 2008. Semua ini menunjukkan an accelerating decline untuk ekonomi Malaysia yang menyebabkan Malaysian Institute for Economic Research menganggarkan Malaysia menghadapi probability 50 peratus untuk mengalami recession pada tahun ini.
Jika ini benar, maka pada saat ini negara kita dalam resesi secara teknikal atau real.
Tuan Yang di-Pertua, jelas apa yang kita hadapi belum pernah terjadi di sejarah moden negara ini. Para penganalisis menyatakan bahawa kita perlukan lebih daripada dua atau tiga tahun sebelum tanda-tanda pemulihan dapat dilihat dalam ekonomi global. Apa yang bermula sebagai krisis kewangan di Amerika Syarikat telah jadi resesi global. Krisis ini disebabkan oleh sifat-sifat kerakusan manusia, penipuan, kegagalan pengurusan dan kurang pengawasan oleh pihak-pihak regulators.
Tuan Charles Santiago - Klang
Selain itu institusi-institusi kewangan dan perbankan telah menjual instrumen kewangan yang sangat berisiko tinggi sebagai high yielding financial instruments, termasuk ponzi financing. Bank Dunia menyatakan bahawa ekonomi global akan menyusut untuk kali pertama sejak perang dunia kedua pada tahun ini. Perdagangan dikatakan akan jatuh pada paras terendah dalam 80 tahun. At the heart of the crisis Tuan Yang di-Pertua ialah kepercayaan-kepercayaan dogma ekonomi yang mempengaruhi pemimpin-pemimpin kerajaan, institusi multilateral dan polisi mereka yang dipaparkan sebagai kebenaran mutlak, absolute truth. Pada masa ini supremasi ideologi pasaran bebas atau free market ideology has been completely undermined.
Kita dapati bahawa kerajaan-kerajaan sedang menyelamatkan dan ambil alih institusi kewangan di Eropah, Amerika Syarikat. Pada masa kini lima daripada institusi- institusi kewangan yang terbesar di Amerika Syarikat adalah di bawah tangan kerajaan.
Sebenarnya jaguh-jaguh pasaran bebas berharap dan merayu kepada pihak kerajaan supaya memainkan peranan yang lebih besar dalam pengurusan ekonomi. Jelas menunjukkan bahawa paradigma new liberal has come to the end.
Tuan Yang di-Pertua, untuk kita di Malaysia pendapatan ataupun revenue dari minyak kelapa sawit, LNG tidak lagi akan mendapatkan harga yang tinggi. Perusahaan dan pelancongan serta pertubuhan permintaan domestik akan melihat penurunan yang drastik.
Krisis ekonomi ini sekali lagi mempersoalkan sifat ekonomi, dasar ekonomi yang tidak sustainable dan sangat bergantung pada low wages dengan izin, dan export dependent with low value added manufacturing. Jelas impak tsunami global kepada Malaysia adalah jauh lebih luas dan lebih mendalam dari apa yang dijangka dan lebih rumit dari apa yang telah dilihat selama ini.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, we are not sure whether we have bottomed out or not. It is shocking bagaimana pihak kerajaan mengambil sikap yang begitu dingin dalam menangani situasi yang mengerikan ketika ia muncul dengan secara terbuka pada Oktober 2008. Soalan untuk Malaysia dan negara-negara membangun ialah bagaimana untuk mengurangi impak dan tempoh krisis ini. Bagaimanakah kita cushion ekonomi dan rakyat khususnya orang-orang miskin dan pekerja daripada krisis global serta melakukan perubahan jangka panjang pada struktur ekonomi kita?
Tindakan kerajaan dalam menguruskan pakej rangsangan pertama tidak meyakinkan and is rather disappointing. Ternyata pihak kerajaan tidak memiliki political will untuk melaksanakan pakej rangsangan RM7 bilion itu. Oleh sebab kelembapan dalam pelaksanaan pakej perangsang pertama, negara kita telah hilang kesempatan emas untuk cushion ekonomi daripada kegawatan yang lebih teruk. In fact, in not moving fast, we would have worsened the crisis, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, timing dan targeting is of essence dalam pelaksanaan pakej perangsangan. Adakah kerajaan boleh menjamin bahawa nasib yang sama tidak akan melanda pelaksanaan kedua pakej rangsangan ini? Dua hari lalu Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengemukakan stimulus package kedua sebanyak RM60 bilion. Volum kewangan sebanyak RM60 bilion ini menunjukkan bahawa kerajaan peka dengan krisis yang meruncing ini dan merupakan pengiktirafan security of the crisis. Oleh sebab lambat dan lembap dalam menangani kemelesetan krisis ekonomi maka orang ramai termasuk pihak swasta dan pekerja hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, jelas krisis ekonomi sedang melanda di negara kita pada masa kini. Pekerja telah mula hilang kerja dalam ribuan dan pihak swasta khususnya small and medium industries sedang mengalami masalah kewangan dan takut kalau mereka akan hilang kontrak atau order mereka. Soal di hadapan kita ialah bagaimanakah pakej rangsangan kedua ini menolong dan melindungi keluarga pekerja. Dalam kata lain adakah pakej rangsangan kedua ini menyediakan jaringan social safety yang menyeluruh untuk pekerja-pekerja yang hilang kerja. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menolong pekerja dan keluarga mereka apabila pekerja itu hilang kerja? Soalan ini adalah penting sebab dianggarkan bahawa sebanyak 600,000 hingga satu juta pekerja Malaysia akan menganggur. Apakah yang akan dilakukan oleh mereka?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada sepuluh minit ya. The time run currently Yang Berhormat, macam di mahkamah jugalah.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Thank you Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Klang. Adakah Yang Berhormat Klang berpendapat bahawa adalah penting untuk kerajaan tahu siapakah yang hilang kerja? Sama ada umur mereka dan juga gender mereka kerana juga terdapat ramai wanita yang hilang kerja dan mereka perlukan ganti kerja yang berlainan. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Klang?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Jawapannya ada dalam ucapan saya dan tunggu dua minit lagi akan ada jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, boleh Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Pada pandangan saya kerajaan harus mengemukakan satu mekanisme jaringan keselamatan sosial bagi pekerja, ibu tunggal, ribuan lulusan universiti dalam masa yang terdekat. Ini adalah kerana pekerja-pekerja akan menjadi mangsa pertama krisis ini. Pertanyaan lain yang mungkin timbul adalah apakah bijak untuk membangkitkan bantuan secara langsung ataupun direct assistance seperti cash handout, vouchers dan sebagainya. Penyelidikan menunjukkan bahawa bantuan langsung memiliki kecenderungan untuk menimbulkan multiplier effect dan cepat menghasilkan tambahan belanja atau increase income. Meningkatkan pendapatan keluaran dan employment dan create demand permintaan kalau dibandingkan cara-cara tidak langsung seperti tax cut, dengan izin. Fiscal policy yang memberikan lebih pendapatan secara berlangsung kepada pekerja-pekerja tidak mahir di bandar-bandar dan luar bandar akan lebih efektif dalam meningkatkan pendapatan aggregate jika dibandingkan bentuk- bentuk lain perbelanjaan publik oleh kerana higher value of the multiplier in the such expenditure, dengan izin.
Penyelidikan menunjukkan bahawa direct assistance adalah sesuai dan efektif untuk merangsang ekonomi pada masa yang singkat. Tuan Yang di-Pertua, beberapa syarikat di Malaysia sedang mengalami masalah untuk bayar gaji pekerja. Katakan syarikat- syarikat ini dapat bayar hanya dua atau tiga minggu gaji pekerja. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan harus mengadakan work fair program untuk absorb dua minggu yang remainder atau baki ini. Oleh itu, dengan cara ini kerajaan dapat melindungi pekerja, kedua pendapatan pekerja dan secara tidak langsung business yang bergantung daripada permintaan pekerja-pekerja ini. Kedua terdapat ketidaksesuaian ataupun mismatch antara pekerjaan yang akan diwujudkan melalui pakej rangsangan kedua dan pekerja yang akan menganggur. Sebahagian besar yang akan kehilangan pekerjaan ialah pekerja kilang.
Kategori pekerja ini tidak ada kelulusan akademik, kemahiran, atau kemampuan untuk mengajar di sekolah atau bekerja sebagai pegawai kontrak dalam kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, sudah habis. Satu minit lebih Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Okey. Pakej rangsangan kedua menganggarkan bahawa 163,000 pekerjaan akan diwujudkan dalam waktu dua tahun ini.
Pada masa ini 55.9 ribu pekerja telah hilang pekerjaan dan 23,900 telah mengalami pay cut sedangkan 100,000 lain tidak dibenarkan over time. Pihak Kesatuan Sekerja yang saya bincang semalam ini tidak percaya dengan angka-angka ini. Mereka percaya realiti sebenarnya adalah lebih teruk. Walau bagaimanapun, kalau kita anggarkan bahawa dua kategori pekerja iaitu yang mengambil pay cut dan tidak ada over time kehilangan pekerjaan dalam masa kedua ke empat akan datang oleh kerana syarikat mereka mengalami kesulitan dalam kontrak ataupun pembayaran.
Jelas sekali dalam beberapa bulan berikut kita akan ada lebih ramai penganggur dari pekerjaan yang akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun ini. Oleh yang demikian, pakej rangsangan kedua ini adalah senyap dalam hal ini iaitu mengenai job creation khususnya untuk pekerja-pekerja yang tidak mahir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua sebagai kata akhir...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat berterusan orang lain tidak bercakap Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya wakil tiga orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Satu minit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya sudah minta daripada 23. Maknanya tiga minit sudah lebih Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Satu minit sahaja, saya ada dua cadangan iaitu meminta pihak Kementerian Kewangan untuk pamerkan semua informasi yang diperlukan kepada website sehingga rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur dapat scrutinize perbelanjaan, pelaksanaan open tender, untuk memastikan transparency dan good governance dan mencadangkan supaya satu Select Committee Parlimen dibentuk untuk memantau pelaksanaan pakej rangsangan kedua ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelumnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang dapat membentangkan mini bajet rangsangan yang bernilai RM60 bilion demi untuk mengimbangi ekonomi negara dalam keadaan krisis global yang turut kita hadapi pada masa ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan Pakej Rangsangan Teras Kedua iaitu sebanyak RM674 juta subsidi yang diberikan untuk mengurangkan harga barangan makanan seluruh negara. Apa yang saya harapkan seperti mana yang kita tahu, Labuan adalah sebuah pulau bebas cukai. Akan tetapi malangnya, semua barangan yang ada di pulau tersebut terlalu mahal, jauh lebih mahal berbanding dengan Kota Kinabalu dan juga di kawasan Sarawak.
Apa yang murah adalah minuman keras, dan rokok serta kereta. Saya rasa tidak setiap hari kita akan minum minuman keras, tidak setiap hari kita akan beli kereta dan sebagainya. Jadi apa yang diharapkan semoga pihak kerajaan dapat mengimbangi ataupun memberikan satu keadaan yang lebih baik di pulau tersebut supaya harga barangan makanan terutamanya dapat diimbangi demi untuk kepentingan orang-orang Labuan itu sendiri. Kerana seperti mana yang kita maklum, walaupun Labuan itu sebuah pulau yang telah pun diisytiharkan sebagai wilayah, tetapi kalau dikatakan pendapatan penduduk di pulau tersebut juga jauh lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri yang maju di Malaysia ini. Kedua adalah apa yang kita lihat RM1.9 bilion telah pun diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak iaitu untuk menambah baik 752 sekolah luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya juga memohon dengan peruntukan tambahan ini, supaya sekolah-sekolah di Labuan di mana kedudukannya antara Sabah dan Sarawak dapat diperhatikan. Contohnya dua buah sekolah rendah yang telah pun di tender pada tahun 2008 tetapi di saat ini masih belum dilaksanakan iaitu sekolah rendah kerajaan. Seterusnya adalah ada dua buah lagi sekolah jenis kebangsaan cina yang mana seperti mana yang dinyatakan dalam pakej rangsangan tersebut, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan juga sekolah mission dapat diperhatikan. Jadi saya mengharapkan kedua-dua buah sekolah tersebut yang mana kedudukannya di Labuan dapat diberikan peruntukan tambahan. Semoga kedua-dua buah sekolah kebangsaan cina ini dapat keadaan yang seimbang dengan sekolah-sekolah yang ada di Pulau Labuan.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Begitu juga dengan kedua buah sekolah mission di Labuan yang mana salah sebuah masih terlalu usang dan daif sehinggakan dinding sekolah itu masih berdindingkan papan. Bayangkan Labuan sudah pun menjadi wilayah selama 25 tahun pada tahun ini.
Jadi diharapkan keadaan dan sekolah tersebut juga dapat diperbaiki secepatnya dengan adanya pakej rangsangan yang diberikan pada tahun ini. Insya-Allah dengan pakej-pakej tersebut kita sebagai wakil Barisan Nasional di pulau yang indah itu dapat memberikan khidmat yang terbaik dan dapat memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional di masa yang akan datang, insya-Allah... [Tepuk]
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Manakala yang seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong peruntukan-peruntukan sebanyak RM500 juta untuk PIA dan PIAS. Diharapkan Labuan juga akan dapat menikmati peruntukan ini demi untuk penduduk rakyat Labuan dan juga diharapkan tidak ketinggalan kalau ada peruntukan-peruntukan tersebut kita harapkan pihak kerajaan lihat-lihatlah Pulau Labuan. Walaupun jauh daripada Kuala Lumpur janganlah kita tidur sebantal, tetapi kita mimpi berlainan. Kita harapkan biarlah kita tidur sebantal tetapi mimpi sama-sama, yang indah tetap indah, yang tidak indah sama-sama kita selesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, Sabah dan Sarawak telah pun diperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion untuk meningkatkan infrastruktur di kedua buah negeri tersebut.
Apa halnya dengan Labuan yang kedudukannya di antara kedua negeri ini seolah-olah Wilayah Persekutuan Labuan yang kecil ini tidak kelihatan. Memang betul, baru-baru ini Perdana Menteri kita telah pun menyuarakan dalam ucapan sewaktu merasmikan halal hab di Labuan. Jambatan antara Labuan dan tanah besar Sabah kemungkinan besar akan dibangunkan yang mana sekarang ini masih dalam kajian bersepadu. Kalaulah jadi kenyataan, alhamdulillah, tetapi kalaulah masih mengambil waktu yang terlalu lama saya mencadangkan agar satu laluan feri kenderaan yang dapat dibuat daripada Labuan dan tanah besar Sabah iaitu Menumbuk agar perjalanan feri yang ada sekarang daripada dua setengah jam dapat dipercepatkan kepada 30 minit ataupun 45 minit. Ini bergantung pada kerajaan. Kalaulah bajet ini dapat ditempiaskan sedikit ke Labuan, saya rasa perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Begitu juga dengan jalan raya yang ada di Labuan. Sebuah jalan raya yang telah pun ditenderkan pada tahun 2007 kalau saya tidak salah seharusnya siap akhir tahun 2008, tetapi sampai saat ini jalan tersebut iaitu jalan antara Tamu sehingga menuju ke Kampung Pohon Batu belum lagi dilaksanakan. Saya juga kurang pasti apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan sehinggakan jalan yang cuma kurang daripada 10km, tetapi sampai saat ini masih kita lihat cuma side clearing sahaja. Takkanlah side clearing sampai dua tahun, seharusnya sudah selesai tetapi belum dilaksanakan penerusannya.
Satu lagi ialah mengenai pembuangan kerja. Di Labuan juga tidak ketinggalan dengan masalah pembuangan kerja. Jadi, ada satu perusahaan iaitu Guocera yang membuat tile di Labuan yang berkemungkinan besar akan menutup operasi mereka.
Alasannya adalah disebabkan oleh gas yang mereka pakai melalui Sabah L&G Corporation iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah telah pun dinaikkan lebih 100 peratus daripada harga asal. Sebenarnya Guocera adalah pembuat tile yang menggunakan gas melalui Petronas. Petronas adalah pembekal gas tersebut melalui Sabah L&G Corporation iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah. Malangnya kita lihat dengan kenaikan gas yang 100 peratus daripada harga asal sehinggakan kilang tersebut tidak mampu untuk meneruskan operasinya, sehinggakan kemungkinan besar antara 150 hingga 200 orang akan diberhentikan kerja. Bagi Labuan yang kecil ini amat bermakna kerana job opportunity di Labuan begitu sikit sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa pun sudah habis.
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyuarakan agar dengan pakej perangsangan sebanyak RM60 bilion ini dapat diimplementasikan dengan baik dan cepat sesuai dengan waktu yang ditetapkan.
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Tidak guna kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit tetapi agensi-agensi kerajaan yang duduk di kerusi empuk dan berhawa dingin leka dengan kedudukan mereka sehinggalah lupa yang mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas yang harus diselesaikan demi untuk kepentingan rakyat seluruh Malaysia. Sekian, terima kasih. Saya turut menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya pegang janji lapan minit, Yang Berhormat ya? Yang Berhormat, saya biasanya berbuat demikian, Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tahun lepas rakyat Malaysia telah membayar cukai melebihi RM81 bilion. Pakej rangsangan yang diumumkan dua hari lepas memang ada memberi faedah kepada pembayar-pembayar cukai secara langsung, tetapi nampaknya lebih banyak menyebelahi kepada majikan syarikat ataupun pengusaha-pengusaha berbanding kepada pekerja ataupun individu- individu yang makan gaji ataupun memperoleh pendapatan daripada pengajian. Cadangan yang diberi kepada dua kali potongan nilai terhadap dua kali ganda potongan terhadap gaji yang diberi kepada pekerja-pekerja yang dibuang, sekiranya satu majikan mengambil pekerja ini dilihat sebagai memanipulasikan pekerja itu.
Sebagai contohnya, kalau gaji dibayar RM1,000 masakan majikan boleh menuntut pelepasan RM2,000 sedangkan hakikatnya membayar gaji kepada pekerja itu cuma RM1,000. Jadi, perkara ini dilihat sebagai satu manipulasi secara langsung dibuat terhadap pekerja itu dan majikan memang mendapat manfaat secara tidak langsung juga atas perkara ini.
Perkara kedua yang disebut secara terang, iaitu pengecualian cukai terhadap pampasan kepada pekerja yang bernilai had maksimum sebanyak RM10,000, perkara ini memanglah baik dan ini bersesuaian dengan tidak ada penurunan cukai secara langsung diumumkan untuk cukai korporat seperti yang diminta oleh banyak pihak di dalam pasaran, market. Kerugian yang boleh dibawa ke belakang juga adalah satu perkara yang paling mengejutkan kerana tidak pernah ada peraturan atau amalan yang kerugian sesuatu syarikat boleh di bawa ke belakang. Biasanya ia dibawa ke hadapan, brought forward untuk mengurangkan cukai ke hadapan.
Akan tetapi saya sebagai Ahli Parlimen mewakili kawasan saya di mana ramai juga pengusaha-pengusaha yang meminta sebelum pada ini agar dipertimbangkan bahawa kerugian-kerugian terbelakang itu diambil kira. Saya menyokong dan saya mengucapkan syabas kepada kementerian kerana memikirkan satu langkah mengambil kira cukai terbelakang yang lama. Kalau boleh kita ambil sehingga tempoh lima tahun kewangan ke belakang, bukan sahaja dua tahun seperti yang diumumkan.
Perkara yang seterusnya berkenaan dengan kebolehan untuk menolak keuntungan melalui pemberian elaun-elaun modal yang diumumkan berkenaan dengan loji dan jentera berat, kenderaan bermotor, lain-lain peralatan pejabat, perabot dan kelengkapan diberikan tempoh yang berlain iaitu tempoh tuntutan lapan tahun, empat tahun dan enam tahun.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu dalam suasana kegawatan syarikat ataupun pengusaha memang menghadapi kesukaran terutama dari segi mempertingkatkan, memperkukuhkan cash flow ataupun aliran tunai sesebuah syarikat. Sudah tentu mereka mempunyai kesukaran untuk membeli atau memperoleh peralatan-peralatan seperti loji dan jentera, jentera berat, kenderaan motor dan sebagainya.
Saya juga mencadangkan sekiranya boleh kita juga mengecualikan cukai terhadap faedah-faedah pinjaman terhadap pembelian loji dan jentera, jentera berat, kenderaan motor sebagainya yang sudah tentu memerlukan satu sumber kewangan yang besar kerana investment ataupun pelaburan terhadap loji dan jentera memakan belanja yang begitu besar. Salah satu kelemahan pengusaha-pengusaha adalah apabila mereka tidak berupaya untuk melunaskan pinjaman-pinjaman mereka. Sudah tentu lagi akibat tambahan yang diwujudkan oleh kerana service interest, dengan izin, yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengusaha ataupun pihak peniaga.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Oleh kerana tidak ada satu faedah secara langsung yang diberi kepada pembayar- pembayar cukai individu ataupun pekerja saya mencadangkan, memandangkan kepada jumlah ini ramai dari segi bilangannya namun penyumbangan atau contribution mereka terhadap nilai cukai tersebut tidaklah begitu besar, kerana kita lihat kurang daripada 10 peratus jumlah cukai disumbangkan oleh individu-individu ataupun orang perseorangan.
Maka saya rasa untuk mengambil kira kesusahan mereka pada tahun kewangan atau tahun taksiran 2009 atau 2010 yang akan datang, saya mencadangkan barangkali boleh kementerian mengambil kira dan menimbangkan supaya kedua-dua tahun kewangan ini dikecualikan terus cukai pendapatan individu sehingga satu tempoh yang kita fikir mereka mempunyai kekukuhan dalam aspek kewangan dan membolehkan mereka membayar semula perkara itu apabila kita melaksanakan semula, mengubah dasar yang sedia ada.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, lima perkara disebut secara terang berkenaan dengan kedudukan pengeluaran bon, ataupun memperkenalkan pakej berkenaan dengan pengisytiharan atau pengeluaran bon, pada tahun ini. Pertama berkaitan dengan RM5 bilion bon, simpanan kerajaan yang berasaskan syariah, kedua iaitu satu bon yang diwujudkan sebagai permulaan untuk meraih atau mengangkat nilai sehingga RM15 bilion yang diwujudkan menerusi penambahan kredit kepada syarikat yang dicadangkan, melalui penilai-penilai yang akan diperincikan kemudian.
Satu perkara yang agak memerlukan perincian di sini iaitu, syarat mengatakan hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan, mengenai terma dan syarat penerbitan bon dan suku, maksudnya kita beri satu kelonggaran yang agak tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana hanya dimaklumkan sahaja kepada Suruhanjaya Sekuriti, dan satu perkara lain yang berkaitan dengan pengeluaran ini, bon yang boleh ditukar, dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori.
Saya minta kalau boleh hari ini, pada Menteri yang menjawab, insya-Allah kemudian supaya menerangkan dengan lebih jelas perkara ini, sebab kita tidak mahu wujud aspek manipulasi kerana kebimbangan kita adalah terhadap kebocoran dan ketirisan yang sebelum ini kita sebut, saya terang kepada kedua-dua pihak di antara kita. Satu perkara yang terakhir yang hendak sebut di sini ialah, berkenaan dengan tawaran kita kepada warga asing yang dikatakan sekiranya mereka boleh membuktikan, mereka mempunyai nilai aset di dalam negara, yang diklasifikasikan sebagai aset bersih tinggi, terutama yang dibawa masuk ke dalam negara yang bernilai USD2 juta ataupun lebih kurang RM7 juta, dan dianggap sebagai pelaburan atau penabungan. Maka mereka ini layak diberi status penduduk tetap.
Saya ingin menegaskan di sini, walaupun kita ada program Malaysia My Second Home Program, dengan izin, memang tujuan kita untuk menarik warga-warga luar, warga- warga asing untuk datang ke Malaysia dengan membawa masuk sejumlah wang atau simpanan mereka. Akan tetapi perkara yang disebut berkenaan dengan penawaran atau tawaran kepada warga asing untuk diberi taraf penduduk tetap, hanya dengan membawa masuk dan membuktikan mereka mempunyai tabungan atau menabung simpanan mereka di dalam negara, bernilai USD2 juta. Dengan syarat ini, kita seolah-olah menunjukkan nilai status penduduk tetap yang kita hendak tawarkan, hendak iklankan kepada mereka hanya bernilai begini, dan ini hanya boleh dibuktikan dengan mudah iaitu mereka mempunyai minat untuk melabur ataupun menabung...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, habis Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Dua perkara bergabung dan simpanan ini perkara yang agak berbeza, dan saya harap bajet yang dikatakan bajet luar biasa untuk orang biasa, benar-benar dapat kita praktikkan kali ini.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, yang merupakan satu pakej rangsangan yang berjumlah RM60 bilion.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Menerusi pakej rangsangan yang cukup komprehensif yang berlandaskan kepada empat teras utama ini, saya percaya kerajaan telah melakukan sebaik mungkin dalam memastikan ekonomi negara, tidaklah terjerumus dengan teruk akibat kegawatan ekonomi yang melanda sekarang. Malah saya cukup yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, yang mempunyai naluri bagi memastikan rakyat jelata terbela, tidak ada kerajaan pun dalam dunia ini Tuan Yang di-Pertua, yang akan membiarkan rakyat jelatanya hidup melarat, ataupun terumbang ambing.
Dia atas kestabilan dan kepimpinan kerajaan sekarang yang konsisten sejak 51 tahun lalu, cukup menggambarkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang sayangkan rakyat jelata, walaupun masih ada rakyat yang memilih parti-parti pembangkang yang lain. Ini bermakna Kerajaan Barisan Nasional masih sebuah kerajaan yang sayangkan rakyat tanpa memilih bulu.
Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat sekarang, pakej rangsangan ekonomi adalah menjadi strategi menangani krisis kewangan global yang semakin dirasakan di serata dunia, dari negara pengamal kapitalisme, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun, sehinggalah negara sosial demokrat seperti Perancis dan Jerman, pakej rangsangan diolah pelbagai cara, untuk mempergiatkan perkembangan dan kegiatan ekonomi.
Tumpuan diberi kepada pengurangan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi, paling besar ialah pakej rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat sebanyak USD838 bilion yang sudah mendapat persetujuan kongres, dan ditandatangani oleh Presiden Barrack Obama di Denver baru-baru ini. Kalau di negara kita, November tahun lalu, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan telah pun mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion, dan sekarang ini pakej rangsangan kedua berjumlah RM60 bilion.
Seperti yang diumumkan, selain projek pembinaan, kemudahan awam dan infrastruktur baru serta pengurangan kadar pengangguran, pakej rangsangan ini turut mengambil kira soal meningkatkan tahap penyelenggaraan aset, membangunkan prasarana mesra alam, meningkat keupayaan modal insan, dan membina jenama kepakaran tempatan.
Saya melihat kerajaan cukup memandang jauh, walaupun ekonomi beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, atau lebih dekat lagi negara jiran kita Singapura sudah meleset. Secara teknikal Malaysia belum lagi ke tahap kelembapan yang kritikal.
Lebih penting rakyat harus diberitahu mengenai keadaan sebenar masalah ekonomi, supaya mereka bersedia dengan sebarang kesan lebih buruk yang bakal dihadapi.
Pada masa yang sama, semua pihak perlu diberi keyakinan, bahawa kerajaan mampu menangani situasi politik dan masalah ekonomi sekarang, kerana tanpa keyakinan terutama daripada pelabur, agak sukar untuk kita memulihkan ekonomi dalam jangka masa singkat. Saya amat berharap peruntukan dalam bajet mini ini digunakan sebaik mungkin untuk projek yang bukan sahaja memberi kesan positif terhadap ekonomi negara, malah membantu menggerakkan aktiviti ekonomi rakyat supaya tempias kegawatan ekonomi, kurang dirasai.
Kepada pihak kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, hendaklah responsif apabila meluluskan, mengagih dan melaksanakan setiap projek di bawah pakej ini bagi mengelakkan kelewatan yang mungkin dihambat oleh kerenah-kerenah birokrasi yang kita sedia maklum. Tindakan secara segera pada semua peringkat amat perlu, bagi memastikan pakej itu dilaksanakan mengikut jadual di tengah-tengah rakyat tersepit dengan tekanan ekonomi, selain peningkatan kadar pengangguran kesan dari pemberhentian kerja.
Saya juga ingin mengesyorkan supaya penggunaan kad kredit dikaji semula iaitu, caj faedah boleh dikurangkan lagi. Ini bagi membolehkan pemilik kad kredit mampu membayar dengan caj bulanan yang minimum seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini. Apatah lagi kebanyakan pemegang kad kredit juga adalah daripada golongan belia, di mana mereka ini golongan modal insan yang berpotensi untuk masa depan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi, apabila mereka ini dibelenggu dengan masalah kadar kredit, dan lebih parah lagi apabila diisytiharkan muflis di usia muda, oleh kerana mereka tiada kerja, ini rasa saya boleh merugikan negara, kerana mereka ini adalah dari kumpulan yang produktif dan aktif. Kalau mereka tak boleh buat apa-apa untuk menangani masalah ekonomi mereka sendiri, jadi itu bagi saya satu kerugian besar.
Jadi saya juga berharap amaun bankruptcy juga dapat dinaikkan, kalau sekarang 30 ribu, kita naikkan kepada 50 ribu, supaya kelak terutama golongan belia tidak lagi ramai yang bergelar muflis sehingga mengganggu proses harian kehidupan mereka. Statistik yang ada, oleh sebab masa yang singkat, saya tak dapat nak terangkan berapa golongan yang dianggap belia, yang jadi muflis kesan daripada kad kredit ini. Siapa yang rugi kalau tidak negara, cuma mungkin ada tempoh-tempoh tertentu sahaja. Seperkara lagi yang saya minta dalam tempoh kegawatan ini, pihak bank terus menurunkan BLR atau BFR ke paras bawah 5 peratus.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kalau sekarang kebanyakan bank telah menurunkan paras BLR atau BFR sekitar 5.52 peratus atau 5.55 peratus. Langkah itu dipuji tetapi saya amat berharap pihak bank juga membantu pihak kerajaan supaya rakyat boleh membayar dengan kadar bersesuaian dalam musim kegawatan ini. Secara rasionalnya lebihan duit hasil daripada penurunan BLR atau BFR itu, rakyat juga boleh berbelanja untuk perkara-perkara lain. Secara tidak langsung dapat menggerakkan aliran tunai di peringkat ekonomi domestik.
Selain itu penyediaan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan juga amat dialu- alukan kerana ini juga adalah masalah utama yang melanda negara sekarang. Kalau kita lihat kadar pengangguran pada tahun 2009 meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus pada tahun 2008. Saya percaya dan yakin kerajaan melakukan sesuatu untuk mencipta pekerjaan. Pengisian 63,000 kakitangan walaupun secara tetap atau kontrak dalam sektor awam juga perlu diisi dengan segera. Malahan jumlah 52,000 kakitangan kontrak sedia ada juga perlu diserapkan secara tetap supaya jaminan masa depan mereka terpelihara. Malahan peruntukan RM700 juta amat-amat diharapkan untuk mencapai sehingga ke kawasan desa atau luar bandar dan bukan setakat bandar sahaja. Orang kampung perlu merasa nikmat pakej rangsangan tersebut kerana golongan ini juga adalah yang benar-benar terkena tempias kegawatan ekonomi sekarang kesan daripada penurunan harga komoditi.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya sentuh ialah sektor automatif di mana saya berharap kereta-kereta nasional hendaklah juga dijual dengan murah. Bila dijual dengan murah, orang ramai juga dapat menikmati jualan harga runtuh malah pada masa yang sama sektor itu juga boleh berkembang. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut membahaskan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Krisis ekonomi global sekarang memang amat berbahaya. Kesemua negara barat termasuk Jepun mengalami pertumbuhan negatif, seperti juga Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. What a gloomy picture? Apa yang boleh kita buat di dalam kegelapan? Semua negara di dunia ini mengambil langkah yang sama iaitu suntikan jumlah wang besar kononnya pakej rangsangan untuk merangsang atau stimulate kesan kegawatan ekonomi.
Akan tetapi sebenarnya ianya hanya mengurangkan gegaran kegawatan ekonomi.
Pakej-pakej rangsangan negara-negara di seluruh dunia diagihkan untuk aktiviti yang seharusnya disegerakan. Amerika Syarikat dan kawasan Eropah dan Jepun yang telah menyuntikkan USD3 trilion untuk menyelamatkan institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka. Namun masih belum dapat memulihkan ekonomi mereka masing-masing.
Oleh itu, langkah yang sama ini dikatakan stimulates package sudah menjadi economics of nationalism iaitu perbelanjaan di dalam negara dengan tujuan untuk memulihkan gegaran ekonomi global. Kesannya ialah permintaan ataupun demand dalam pasaran global berkurangan.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Sistem pasaran global menjadi huru-hara, akibatnya kalau tidak ada permintaan dalam sistem pasaran global, maka negara-negara yang berdagang seperti negara kita tidak dapat menjual barangan kita di pasaran global yang sememangnya sekarang tidak kukuh. Saya mengalu-alukan suntikan rangsangan kita kali ini dengan jumlah begitu besar untuk empat teras iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan dengan suntikan RM2 bilion.
Kedua, meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas, RM10 bilion. Ketiga, membantu sektor swasta menghadapi krisis, RM29 bilion. Keempat, membina keupayaan masa depan, RM19 bilion. Semua teras telah pun ditumpu untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat akibat kegawatan ekonomi global tetapi kalau tidak ada structural adjustment kepada sistem ekonomi negara, maka ianya mungkin tidak berkesan walaupun RM100 bilion, mungkin tidak berkesan untuk menangani masalah kegawatan ekonomi sekarang.
Oleh itu, bolehkah jumlah wang yang begitu besar dapat memulihkan ekonomi negara dengan cepat? Mungkin tidak kerana kegawatan ekonomi global. Saya melihat detail di dalam perbelanjaan tambahan kedua pada tahun 2009. RM12 bilion lebih ialah untuk perbelanjaan mengurus dan RM12 bilion lebih adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah keseluruhan adalah RM15 bilion lebih. Tambah lagi suntikan pertama, RM7 bilion maka jumlah keseluruhan pakej rangsangan adalah lebih RM22 bilion.
Dengan bajet asal, RM206 bilion campur RM22 bilion, mampukah jumlah yang sebesar ini mengurangkan penguncupan ekonomi negara kita supaya impak yang minimum boleh dilakukan. Oleh itu, jika sekiranya ekonomi negara pulih pada tahun ini, apa akan terjadi pada baki yang RM48 bilion yang seharusnya dibelanjakan pada tahun 2010.
Kita lihat pertumbuhan ekonomi hanya pada satu tahun, oleh itu unjuran pertumbuhan KDNK untuk tahun ini bukannya mengambil kira jumlah RM60 bilion tetapi seharusnya mengambil kira RM22 bilion. Tahun ini sepatutnya suntikan kedua lebih tinggi kerana penambahbaikan ekonomi seharusnya berlaku dengan secepat mungkin. Oleh itu sekiranya suntikan lebih besar pada tahun ini, maka kita boleh lihat apa yang terjadi kepada ekonomi kita. Namun apa sahaja jumlah yang akan dibelanjakan pada tahun ini, the most challenging is to spend the money within the timeframe, dengan izin.
Seharusnya sistem shortcut and fast track mesti wujud untuk pelaksanaan projek- projek yang telah pun dirancang. Langkah ini seharusnya bergantung pada sistem penyampaian yang baik namun selama ini sistem penyampaian tidak memuaskan. Saya bertanya satu soalan di dalam Dewan ini tentang pelaksanaan bekalan elektrik luar bandar di kawasan saya. Jawapan yang saya dapat bertulis ialah seolah-olahnya, putting the blame kepada kerajaan negeri. Beginilah sistem penyampaian yang saya katakan keadaan rift rough Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila gulung Yang Berhormat.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Kesimpulan saya ialah jika sistem penyampaian tidak berkesan, pakej rangsangan tidak akan berkesan untuk tujuan sebenar iaitu untuk membantu empat teras yang saya telah sebut tadi. Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Seramai 27 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dasar ini, 14 daripada Barisan Nasional dan 13 daripada Pakatan Rakyat. Semua yang hadir pada malam semalam daripada pukul 10 yang duduk dalam Dewan dapat berucap selain daripada Yang Berhormat Paya Besar dan daripada Barisan Nasional dan Yang Berhormat Serdang. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat yang dapat berucap, yang lain itu bagilah peluang pada malam ini untuk menyambung dalam Jawatankuasa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan sesi pagi ini ditangguhkan dahulu hingga jam 2.30 petang.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta memberi cadangan dan pandangan terhadap beberapa perkara yang telah saya bentangkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada 10 Mac yang lalu.
Saya akan menjawab soalan-soalan dan memberi penjelasan pada perkara-perkara yang dibangkitkan dan bagi mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab maka kerajaan akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan jawapan dengan memberi penjelasan bahawa Pakej Rangsang Ekonomi Kedua ini bukan merupakan satu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, silver bullet yang dapat memulihkan keadaan ekonomi dunia yang membawa kesan dan impak yang sangat serius kepada ekonomi negara Malaysia kita ini.
Tujuan kita membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua ini ialah untuk berusaha dengan sedaya upaya mengelakkan ekonomi negara kita daripada terjerumus dalam lembah kemelesetan. Di samping itu pelaksanaan rangsangan ekonomi kedua ini pakejnya ialah dengan bertujuan untuk memberi pelindungan yang sebaik-baiknya kepada rakyat negara kita terutama sekali dari segi kesan pengangguran dan juga untuk menentukan bahawa kegiatan-kegiatan ekonomi dapat berjalan dan berfungsi dalam keadaan yang hampir sepertimana keadaan biasa meskipun menerima tekanan yang hebat daripada keadaan ekonomi dunia.
Tuan Yang di-Pertua, banyak tumpuan yang diberikan kepada pakej rangsangan yang pertama dan kini kepada pakej rangsangan kedua. Namun saya ingin mengingatkan kepada kita semua bahawa pakej pertama dan pakej kedua merupakan tambahan dan supplement kepada perbelanjaan tahunan yang jauh lebih besar daripada pakej pertama dan pakej kedua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sungguhpun Yang Amat Berhormat kata bahawa ini ialah bukan satu silver bullet untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Masalahnya ialah mengapa begitu lewat, begitu lambat dalam mengadakan economic stimulus package atau mini bajet yang kedua.
Sebenarnya di bulan November kita pun sudah mencadangkan daripada pihak sini adalah patut pada masa itu. Bagi menyesuaikan dunia economic down ini dan sekarang ada disifatkan sebagai the great recession.
Kenapa respons Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selaku Timbalan Perdana Menteri begitu lewat dalam perkara ini sehingga dalam 31 Januari Yang Amat Berhormat pun berpendirian bahawa GDP kita masih boleh mencapai 3.5 peratus walaupun semua analyst-analyst kata ini tidak mungkin oleh kerana economic crisis ini bermula 2007, sub crime yang paling serius dalam tahun 2008. Bukankah masa itu sepatutnya menumpukan tenaga, usaha untuk menghadapi krisis ini. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sangat fokus perkara-perkara yang tidak ada bersangkut paut dengan economic crisis, orchestrate illegal power grab di Perak sehingga mengabaikan masalah- masalah yang patut menjadi tumpuan dan...
Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Buang masa lah, buang masa... [Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Ini boleh disamakan dengan apa yang dikatakan ...
Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Buang masa sahajalah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...A narrow plying the fiddle while...
Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Pergi tanam pokok lagilah.
Pergi tanam pokok.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini mustahak. Kenapa tidak tumpukan dalam perkara ini.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan bahawa pakej rangsangan kedua ini bukan terlambat. Apa yang penting kita lakukan ialah untuk melihat perkembangan ekonomi dunia berasaskan kepada fakta- fakta yang nyata. Kita mengambil keputusan ini setelah IMF mengkaji semula perkembangan ekonomi dunia. Di mana IMF telah mengurangkan unjurannya daripada 2.2 peratus kepada 0.5 peratus.
Kedua, kita juga ingin melihat kesan daripada pakej rangsangan, stimulus package yang telah dibentangkan oleh pentadbiran Bush dan juga oleh pentadbiran Obama di Amerika Syarikat. Terutama sekali kepada usaha mereka memulihkan the banking sector ataupun financial sector di Amerika Syarikat. Telah kita melihat keadaan sedemikian maka amat jelas kepada kerajaan bahawa krisis ini merupakan krisis yang akan lebih berpanjangan daripada apa yang dianggarkan pada peringkat awalnya. Sebab itulah kerajaan telah mencadangkan pakej yang kedua dan yang lebih penting daripada itu ialah...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
...Bagaimana kita mengolah pakej ini supaya lebih fokus kepada perkara-perkara dan matlamat yang hendak diperjuangkan dari segi aspek-aspek tertentu daripada kita melaksanakan sembarangan pakej tetapi tidak bawa kesan. Yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah kesan kepada pakej yang hendak kita laksanakan. Soal Kerajaan Perak ini merupakan satu lagi red herring yang selalu dibangkitkan oleh parti Pembangkang...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sedikit sahaja.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya tidak akan jelaskan sebab ini bukan forumnya sebab saya hendak beri tumpuan kepada soal ekonomi bukan soal politik... [Tepuk]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya bertumpu kepada soalan berkaitan dengan ekonomi. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi ada perkiraan yang diambil oleh kerajaan sebelum memutuskan mengumumkan bagaimana gawatnya ekonomi kita.
Saya ingin bertanya, ada satu kenyataan, yang dipetik daripada seorang pegawai tinggi kerajaan yang menyatakan sebab kenapa dilengahkan pengumuman tentang kemelesetan ekonomi Malaysia adalah kerana lumrahnya rakyat Malaysia merupakan golongan pesimis, mudah panik dan sikap mereka itu akan mewujudkan krisis ekonomi dengan izin, making the recession a self fulfilling prophecy. Adakah ini merupakan sebab kenapa kerajaan tidak mengumumkan seawal mungkin bagaimana parahnya krisis yang kita hadapi kerana kerajaan tidak yakin bahawa rakyat Malaysia dapat menangani dan menerima kebenaran dan daripada situ bertolak kepada satu arah yang lebih positif. Terima kasih.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pandangan Ahli Yang Berhormat dari Lembah Pantai itu lebih bernas daripada Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur... [Tepuk] Walaupun baru dalam Dewan tapi tunjuk kematangan. Saya hendak jelaskan bahawa memang kita...[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa kita tidak mengizinkan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
...Memang ada kebenaran...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Akan tetapi Yang Berhormat punya perkataan betul.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
..Kalau kita memberi satu gambaran yang terlalu negatif pada peringkat awal, jadi pengguna-pengguna tidak akan berbelanja dan pihak pelabur domestik tempatan tidak akan buat pelaburan dan kalau mereka merasakan bahawa ekonomi kita akan merudum, maka dengan sendirinya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Lembah Pantai itu sebagai self fulfilling prophecy boleh menjadi kenyataan. Oleh itu, terima kasih Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai kerana menyokong tindakan kerajaan dari segi timing nya.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
[Bangun]
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan lagi ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Boleh penjelasan, penjelasan..?
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Banyak gangguan ini nanti.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya sedikit, sedikit.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya hendak teruskan lagi.
Sekejap, saya bagi nanti.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Boleh sambung sedikit, sambung sedikit sahaja?
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Biar saya habis.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Awak buang masa Yang Berhormat Ipoh Timur!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Pasal the style of leadership...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Semalam tak masuk pun!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Kompetensi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Buang masa lah! Buang masa lah! Tak payahlah!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Semalam siapa suruh tidak masuk!... [Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Nanti, nanti! Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Sabar, sabar.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, biarkan dahulu Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan...
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ya beri peluang. Masa suntuk.
Tuan Yang di-Pertua
...Beri penjelasan menjawab. Lepas itu pada ketika di mana patut mencelah, celahlah dengan cara yang baik. Sila.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Sekejap lagi ya. Sekejap lagi saya bagi. Sabar, sabar. Banyak sabar. Umur 40 tahun sudah. Sabar!
Tuan Yang di-Pertua, ramai juga Ahli Yang Berhormat yang berucap telah menyentuh tentang soal pelaksanaan, delivery dan pada saya memang amat wajar sekali dan amat tepat bahawasanya pakej rangsangan yang kita bentangkan ini mestilah disokong dan didukung dengan satu bentuk mekanisme pelaksanaan dan delivery yang berkesan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ini supaya segala peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan itu akan dibelanjakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan bagi kita pakej rangsangan pertama itu perlulah dibelanjakan sepanjang tahun ini dan pakej rangsangan kedua hendaklah dibelanjakan dalam tempoh dua tahun.
Oleh kerana perkara ini amat penting maka kerajaan akan bentuk satu struktur baru, mekanisme baru untuk bukan sahaja mengawasi, monitor pelaksanaan pakej rangsangan pertama dan kedua tetapi untuk membuat intervensi di mana perlu dan membuat apa juga penambahbaikan yang mungkin dapat dipertimbangkan oleh kerajaan supaya pelaksanaannya lebih berkesan lagi. Salah satu daripada penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah dari segi had bumbung sebut harga. Kalau dahulu had bumbung sebut harga ialah pada tahap RM200,000; sekarang ini kita telah tingkatkan kepada RM500,000... [Tepuk] Jadi projek-projek perlu hanya dibuat sebut harga. Tidak perlu dikelolakan tender, asalkan dibuat sebut harga pada had RM500,000 boleh terus dilaksanakan oleh pihak agensi berkenaan.
Struktur baru yang hendak saya umumkan ini ialah kita akan wujudkan satu jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan akan dianggotai oleh unit Project Management Unit, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan pihak ICU dan juga oleh beberapa pegawai yang lain yang akan bermesyuarat pada tiap- tiap minggu untuk meneliti perkembangan dari segi pelaksanaan projek-projek.
Jawatankuasa teknikal ini akan melaporkan pada sebuah Jawatankuasa Steering Committee yang mana saya sendiri akan mempengerusikan Steering Committee ini bersama-sama dengan Menteri Kewangan II, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab pada Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Setiausaha Negara di mana jawatankuasa ini akan menjemput kementerian-kementerian berkenaan dari semasa ke semasa untuk mengadakan perbincangan untuk membantu kementerian dan agensi menyegerakan lagi pelaksanaan projek-projek di bawah pakej yang pertama dan kedua...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mohon penjelasan.
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Inilah untuk mekanisme baru yang saya harap Tuan Yang di-Pertua akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pakej pertama akan kita laksanakan dan sebahagian besar daripada peruntukan itu akan dapat kita belanjakan pada tahun ini dan pakej kedua juga akan dilaksanakan...
Tuan Charles Santiago - Klang
Minta laluan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau mahu penjelasan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
...Untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau mahu penjelasan.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Nanti kejap. Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira Yang Berhormat Menteri membawa satu pendekatan yang baru tapi dalam pendekatan yang dilakukan ini apabila kita bercakap tentang pemantauan projek-projek menerusi unit pengurusan projek perlulah mengambil kira kelemahan yang telah wujud dalam pakej stimulus pertama. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi adalah pendapat dan juga pandangan daripada bukan sahaja Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tetapi keseluruhan besar rakyat Malaysia.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi ini perlu diambil secara terbuka. Bila saya sebutkan tentang self fulfilling prophecy dalam mana-mana usaha untuk menjana kembali ekonomi, kita perlu beri kepercayaan kepada rakyat untuk mereka mendapat tahu kebenaran dan kemudiannya menolong, membantu kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi. Satu kelemahan utama dalam pakej stimulus yang pertama dahulu ialah apabila Unit Pengurusan Projek yang diwujudkan oleh kerajaan ini mereka sendiri mengakui wujud birokrasi yang serius dalam semua kementerian hingga lima bulan selepas diumumkan sehingga ke hari ini belum 100 peratus disbursement itu sampai. Akhirnya rakyat tidak menerima, tidak merasai kesannya.
Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri Kewangan mengambil serius cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, janganlah cuba mewujudkan perbalahan kerana waktu ini bukan untuk berbalah. Waktu ini untuk kita melaksanakan janji kita, mencari penyelesaian. Terima kasih... [Tepuk]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan. Tambahan sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencadangkan dan mohon penjelasan kerana yang dibangkitkan tadi ialah keberkesanan dalam pelaksanaan.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencadangkan dan memohon penjelasan kerana yang dibangkitkan tadi ialah keberkesanan di dalam pelaksanaan. Saya ingin memohon penjelasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bagaimana ketelusan itu dapat dicapai sekiranya yang digunakan masih lagi mekanisme lama iaitu jawatankuasa. Saya mencadangkan kalau boleh dipertimbangkan penggunaan teknologi di dalam aspek transparency yang mana perkara itu dapat dibentuk sekiranya perlu satu website khas khusus bagaimana ketelusan perbelanjaan aliran stimulus pakej itu dapat dilihat oleh rakyat supaya kita boleh terima walaupun pakej itu the end of day, dengan izin, tidak berkesan tetapi rakyat boleh terima sekiranya ketelusan itu ditunjukkan oleh kerajaan dengan lebih bertanggungjawab. Mohon penjelasan sekiranya cadangan itu dapat dipertimbangkan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Minta laluan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah mencadangkan supaya kerajaan khususnya pihak Kementerian Kewangan membentuk Parlimen ini untuk membentuk satu Select Committee untuk memantau implementasi pakej rangsangan kedua ini. Itu satu.
Kedua, Presiden Obama telah melancarkan satu website untuk memberi... [Dewan riuh] Dengarlah! Dengar dululah sebelum bercakap. Tadi Yang Berhormat Menteri menggunakan Presiden Obama. Saya pun menggunakannya kerana good example untuk memaparkan dan memberitahu rakyat mereka bagaimana kerajaan di Amerika Syarikat membelanjakan wang pakej rangsangan mereka. So, adakah kerajaan khususnya kementerian mencadangkan supaya mengadakan satu website untuk memberitahu semua orang termasuk pengusaha-pengusaha pihak swasta bagaimana kerajaan membelanjakan wang yang telah di allocate sekarang. Minta penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta tambahan sedikit. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sungguh baik hati memberi laluan kepada semua, begitu banyak persoalan. Saya sendiri bingung. Jawab dulu yang mana satu, kedua dan lepas itu yang lain.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ia seiring. Terima kasih Yang Amat Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jangan bingung Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, mini budget ini penting dan saya melihat reaksi pembangkang bertanya soalan bertubi-tubi. Dalam masa yang sama mereka sabotaj.
Mana yang betul ini?... [Beberapa Ahli riuh] Jadi pada saya, tidak perlu dilayanlah.
Teruskanlah. Apa yang penting untuk rakyat kita jalankan. Dia minta kita telus. Namun dia di sebaliknya tingkah laku tidak ada ketelusan... [Beberapa Ahli riuh]
Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi hasrat kerajaan untuk memaklumkan dari semasa ke semasa prestasi perbelanjaan Pakej Rangsangan Pertama dan Pakej Rangsangan Kedua. Jangan bimbang dan jangan risau. Segala-gala maklumat ini kita akan berikan secara telus. Perbelanjaan pun kita akan beritahu dari semasa ke semasa.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Umpamanya saya hendak beritahu, Pakej Rangsangan Pertama umpamanya dari segi jumlah yang telah pun dilaksanakan, nilainya ialah sebanyak RM1.584 bilion. Ini Pakej Rangsangan Pertama. Bila sampai pada akhir bulan ini, insya-Allah RM2.8 bilion nilai projek akan dalam peringkat pelaksanaan. Mungkin dari segi perbelanjaannya, wang sikit oleh kerana kita melibatkan progress payment tetapi progress payment pun akan berjalan lebih rancak lagi. Insya-Allah dalam bulan depan dan seterusnya kita akan melihat kesan daripada pakej yang pertama dilaksanakan dan juga pakej yang kedua yang akan kita mulakan pelaksanaannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak jelaskan satu lagi perkara yakni ada juga Ahli Yang Berhormat yang melahirkan kesangsian tentang RM60 bilion yang telah diumumkan oleh kerajaan. RM60 bilion ini bukanlah satu angka yang kita petik dan kita sebut sebagai satu angka rekaan kita. RM60 bilion ini merupakan satu jumlah yang akan menjadi kenyataan. Ia satu realiti kerana daripada RM60 bilion ini, RM15 bilion merupakan peruntukan kerajaan. RM10 bilion tahun ini, RM5 bilion tahun depan dan daripada RM60 bilion ini, RM25 bilion merupakan suntikan dalam bentuk tambahan pinjaman dan kredit yang tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa Pakej Rangsangan Kedua ini. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, kita wujudkan satu skim baru di mana kerajaan menjamin 80 peratus daripada jumlah pinjaman working capital kepada syarikat-syarikat yang boleh meminjam melalui skim ini dan 80 peratus itu merupakan kontinjen liabiliti kepada kerajaan.
Peruntukan ini ataupun skim ini akan membolehkan bank-bank dan institusi kewangan yang sebelum ini barangkali rasa khuatir sebab dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini untuk membuat ataupun memberikan pinjaman. Soalnya ialah untuk mewujudkan satu skim di mana pinjaman boleh diberikan oleh institusi kewangan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan pinjaman. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa RM60 bilion ini merupakan satu jumlah yang sebenarnya yang akan menjadi kenyataan sebagai suntikan kepada ekonomi negara kita...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan!
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Mohon penjelasan!
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Berbalik kepada pelaksanaan. Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat oleh kerana kita dapat satu laporan mengenai kedudukan pelaksanaan pakej yang pertama. Akan tetapi kenapa kita perlu tunggu sehingga Yang Amat Berhormat datang ke Dewan yang mulia ini barulah kita dapat angka. Soalan yang ada dikemukakan tadi ialah kalau kita mahu satu mekanisme di mana inilah wang rakyat dan kita dalam satu zaman di mana kerajaan sekurang-kurangnya di bawah Perdana Menteri sekarang, dia kata komited kepada reformasi, akauntabiliti, transparency.
Saya harap ini pun menjadi slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila memegang jawatan Perdana Menteri dan kalau begitu, kenapa kita tidak boleh ada satu mekanisme seperti satu website seperti yang ada di Amerika Syarikat di mana ada akauntabiliti, transparency supaya setiap masa rakyat tahu wang pergi mana dan di mana dibelanjakan sama ada tulus dan sama ada betul seperti website di sini, dengan izin.
Transparency, ini Obama punya website…, “This is your money…” Dia ada USD800 bilion.
“This is your money. You have the right to know where it is going and how it is being spent” Kita mahu sekarang dan bila-bila. Rakyat bukan Ahli Parlimen. Apabila ada Dewan yang mulia ini dan tujuan ialah bahawa recovery fund ialah USD800 billion:
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
(i) recovery funds are awarded and distributed in a prompt, fair, and reasonable manner;
(ii) the recipients and uses of all recovery funds are transparent to the public and the public benefits of these funds are reported clearly, accurately, and in a timely manner;
(iii) recovery funds are used for authorized purposes and every step is taken to prevent instances of fraud, waste, error and abuse;
(iv) project funded under the recovery legislation avoid unnecessary delays and cost overrun; and
(v) program meet specific goals and targets and contribute to improved performance on broad economy indicators.
Ini prinsip-prinsip akauntabiliti, transparency dan saya harap ini boleh digunakan supaya tunjuk zaman baru, Perdana Menteri yang baru dan akauntabiliti yang baru dan bukan macam hulubalang di sini yang mahu tunjuk supaya boleh menjadi Menteri atau Timbalan Menteri sahaja.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kerajaan Pulau Pinang ada bikinkah?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Rompin duduk dulu. Apabila Menteri-menteri tiada dalam Dewan untuk menjawab, sering kali ditanya mana Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Apabila Menteri datang untuk menjawab, memberi penjelasan secara serius, timbullah gelagat yang kekacauan tidak boleh dibendung. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pun mahu mendengar juga pakej ini. Belum ada apa-apa. Kalau saya pun Ahli Yang Berhormat, belum ada percelahan yang perlu saya hujah. Belum pun kita dengar apa sebenarnya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebab Yang Berhormat Ipoh Timur ini double standard Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak cadangan yang baik, saya katakan bahawa kita akan bersikap telus dari segi perbelanjaan kerajaan sama ada kita buat pengumuman dalam akhbar dari semasa ke semasa kah atau pun dalam Dewan ini hatta kita wujudkan website pun. Saya tidak menolak kemungkinan kita boleh fikirkan perkara ini tetapi saya beri jaminan bahawa kerajaan akan bersikap telus dan penuh tanggungjawab dalam ini... [Tepuk] Jangan bimbang Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kita melaksanakan projek ini, kita akan memberikan tumpuan kepada projek-projek yang boleh mendatangkan hasil dan manfaat dalam jangka waktu yang pendek dan bukan jangka waktu yang panjang...
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat, Rompin.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Untuk ini, untuk menyokong apa yang saya sebutkan tadi selain daripada struktur Tuan Yang di-Pertua yang saya sebutkan dari segi pelaksanaan. Sebagai tambahan kita akan menggubal Key Performance Indicators Tuan Yang di-Pertua kepada setiap kementerian dan agensi. Ini supaya mereka tahu ketua-ketua jabatan akan tahu akan apa yang mereka patut lakukan dan juga dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Ini pendekatan menggunakan KPI ini Tuan Yang di-Pertua saya percaya akan dapat menentukan pelaksanaannya menepati jadual insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Mohon penjelasan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Mohon penjelasan.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Mohon penjelasan Yang Berhormat, Pontian.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Boleh saya habis sedikit. Telah banyak ganggu yang telah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya hendak refer balik
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya hendak teruskan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kita melaksanakan projek-projek ini, Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyatakan pandangannya supaya kerajaan memilih projek-projek utama yang memberikan faedah dan manfaat kepada rakyat dan tidak menangguhkan pelaksanaan projek sehingga meningkatkan kos.
Saya hendak nyatakan bahawa memanglah projek-projek yang dipilih ialah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, people centric project. Maknanya, projek-projek yang melibatkan kesan dan manfaat kepada rakyat secara langsung seperti projek perumahan termasuk Projek Mesra Rakyat, Projek PPRT dan projek-projek yang boleh memberi kesan kepada rakyat secara langsung dan secara tidak langsung. Justeru, ia adalah merupakan timbangan utama dalam Pakej Rangsangan Pertama dan juga Pakej Rangsangan Kedua.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pokok Sena juga telah menyatakan tentang...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya..., jauh sangat Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya hendak teruskan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tidak, tidak. Saya hendak teruskan. Masa terhad. Tidak, tidak, nanti. Saya hendak teruskan. Ahli Yang Berhormat dari Pokok Sena meminta penjelasan mengenai RM5 bilion sebagai jaminan modal kerja yang terlalu kecil dikatakan dan perlu mempertingkatkan jumlah ini bagi membolehkan pihak swasta meningkat dan mengembangkan perniagaan mereka.
Sebenarnya, Skim Jaminan Modal Kerja ini adalah tambahan kepada pelbagai dana yang telah pun disediakan oleh kerajaan. Di antaranya melalui SMIDEC umpamanya, melalui Bank Negara Malaysia, satu dana berjumlah RM2 bilion di bawah Credit Guarantee Corporation telah pun diwujudkan. Jadi, dari segi akses pada kredit utama sekali untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana SME sendiri Tuan Yang di-Pertua sepatutnya mereka tidak mempunyai masalah untuk memperoleh pinjaman dan kredit daripada institusi-institusi kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga memberi penjelasan bahawa kita tidak ada pilihan melainkan untuk menjana agregat demand dalam negeri kerana inilah pendekatan yang telah diterima sebagai dasar yang paling sesuai untuk memulihkan ekonomi dunia yang dilakukan oleh setiap negara. Oleh itu, usaha untuk menjana pertumbuhan melalui aggregate demand ini merupakan teras kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Sebagai tambahan, kita juga melihat kepada usaha-usaha yang lebih kreatif umpamanya kita akan melancarkan bon simpanan kerajaan sebanyak RM5 bilion dengan kadar faedah sebanyak 5 peratus.
Ini menggambarkan bahawa liquidity dalam sistem kita ini masih berada di tahap yang amat memuaskan. Pada masa sekarang ini jumlah liquidity yang berada dalam sistem kewangan kita berjumlah lebih kurang RM250 bilion. Oleh itu, tidak ada maslah bagi kita untuk mendapatkan pinjaman daripada pasaran dan kerajaan akan memulakan usaha ini melalui pelancaran bon simpanan kerajaan yang akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini. Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat telah...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tentang bon Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Bertanya, ...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tentang bon, boleh? Terima kasih
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Bon sahaja ya. Jangan melarat kepada perkara lain.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Dalam nafas yang sama, Menteri Kewangan menyebutkan kepentingan untuk menjana total aggregate demand. Saya mendengar sebentar tadi Yang Berhormat menerangkan persoalan kemampuan kerajaan mengeluarkan mengenai isu bon. Mungkin MGS dan juga Cagarmas atau pun Malaysian Government Bond/Malaysian Government Securities (MGS).
Saya tidak nampak persoalan aggregate demand, permintaan itu Yang Amat Berhormat perlu perjelaskan. Kalaulah aggregate demand itu ringkaskan adalah faktor consumption (c) plus I, plus (g) government spending itu, apa ada hubung kaitnya dengan persoalan bon kerana bon hanya menambahkan hutang. Debt yang sekali gus akan menjadikan parah lagi kedudukan sovereign rating penarafan negara. Saya minta maaf Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebutkan tentang RM60 bilion. Kami di Pakatan Rakyat meragui jumlah itu. Kalaulah... [Dewan riuh] Nanti dahulu, bagi faham. Tidak faham ekonomi susah sedikit. Saya minta Yang Berhormat...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jangan retorik lah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya hendak tanya Yang Berhormat ini.
Dengar, saya hendak bertanya. Kalaulah Yang Berhormat menyebutkan RM15 bilion, yang lebih munasabah dengan semua negara di dunia ini yang membuat suntikan kurang lebih 4 peratus hingga 5 peratus daripada KDNK mereka atau GDP mereka.
Akan tetapi kalau pada paras RM60 bilion, it is almost 10 percent of our GDP dan tentunya akan meletakkan persoalan sovereign rating, persoalan nilai wang Malaysia dan seluruhnya akan menjadikan lebih parah untuk menggamit apa juga future of FDI dan cost of funding di negara ini. Tolong Yang Berhormat perjelaskan sedikit.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, pendapat Yang Berhormat dari Kuala Selangor ini tidak tepat sama sekali. Kita perlu melakukan perkara ini ialah kerana kalau jumlahnya terlalu kecil, ia tidak akan merupakan satu suntikan kepada ekonomi dan ekonomi negara kita mungkin terjerumus dalam lembah kemelesetan. Oleh sebab itu, kita menganggarkan angka dalam 9 peratus pada KDNK kita ini adalah jumlah yang amat sesuai.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Sebenarnya, parti pembangkang ini pun tidak senada Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat dari Bagan minta RM100 bilion! Bukan RM60 bilion, RM100 bilion. Jadi inilah masalah... [Dewan riuh] Parti pembangkang ini, dia tidak boleh berpakat hendak menentukan pakej rangsangan pun tidak boleh berpakat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, masalahnya duit itu, duit itu tidak ada. Bukan persoalan sebutan kepada rakyat.
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Jangan hendak cakap tentang pentadbiran kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tidak ada!... [Dewan riuh]
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya hendak sebut di sini, Ahli Yang Berhormat dari Bagan minta RM100 bilion, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor minta yang lebih jauh lebih kecil daripada itu. Jadi maknanya tidak senadalah pembangkang ini.
Seorang Ahli
Where is the money?
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Money ada, jangan bimbang.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, di mana duitnya?
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya sudah terangkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat kalau soal politik ada kekecohan, semua excited? Saya tidak faham, yang ingin rakyat dengar ini penjelasan yang sejelas-jelas mengenai dengan ekonomi. Bukan dengan huh hah, huh hah! Sila, Yang Amat Berhormat.
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Inilah Menteri Kewangan bayangan.
Hah, itulah kualiti dia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Batu Pahat, kita tidak ada masa Yang Berhormat Batu Pahat.
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat, kebetulan ya, telah membuat cadangan untuk mewujudkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negara atau MTEN. Suka saya jelaskan bahawa kerajaan telah pun mewujudkan satu Majlis Perundingan Ekonomi Negara, di mana majlis ini bermesyuarat pada tiap-tiap minggu dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh itu, mekanisme MTEN belum ataupun tidak perlu diwujudkan, kerana sudah pun dibentuk oleh kerajaan yakni majlis apa yang dikatakan sebagai Majlis Perundingan Ekonomi Negara, yang dianggotai oleh selain daripada pegawai-pegawai kerajaan, tokoh-tokoh korporat juga, pakar-pakar ekonomi yang bersidang untuk memberi pandangan, nasihat dan juga cadangan yang amat konkrit bagi pertimbangan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan fiskal ataupun defisit fiskal kerajaan, saya hendak jelaskan, bahawa melalui langkah yang diambil oleh kerajaan ini, fiskal defisit kerajaan tentu akan meningkat dan ini saya telah umumkan, kita menjangkakan bahawa defisit Kerajaan Persekutuan akan berada pada paras 7.6 peratus pada KDNK. Ini adalah pada tahap pakej rangsangan kita yang bernilai RM60 bilion. Sebab itulah cadangan Ahli Yang Berhormat dari Bagan tidak mungkin dapat dilakukan kerana itu adalah luar daripada kemampuan kerajaan sama sekali dan akan membawa kepada defisit kita melebihi 10 peratus dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, defisit 7.6 peratus ini dijangka tidak akan memberi kesan kepada penarafan negara kita oleh Agensi Penarafan kerana defisit yang meningkat dalam keadaan krisis ekonomi dunia ini adalah satu yang sudah dijangkakan dan boleh diterima.
Apa yang penting, dalam masa jangka pendek dan sederhana, kita mengambil langkah untuk mengurangkan defisit ini dan kerajaan mempunyai track record yang amat baik. Umpamanya fiskal defisit kita pada tahun 2002 pada paras 5.3 peratus telah dapat dikurangkan kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Oleh itu, apabila keadaan ekonomi bertambah baik, kerajaan akan melakukan dasar fiskal yang berhemah, di mana defisit fiskal ini kita akan kurangkan daripada paras tersebut kepada paras yang lebih rendah lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka jelaskan juga berkenaan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh yang meminta supaya kadar cukai korporat dikurangkan lagi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kadar cukai korporat pada tahun 2006 ditetapkan pada kadar 28 peratus dan telah dikurangkan 1 peratus pada setiap tahun. Bagi tahun 2009 ini, kadar cukai korporat ialah sebanyak 25 peratus dan bagi kadar cukai bagi syarikat SME pula ialah hanya 20 peratus bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000.
Kerajaan berpendapat bahawa jumlah ini adalah jumlah yang munasabah dan kompetitif berbanding dengan kadar cukai korporat di kalangan negara-negara jiran kita.
Umpamanya di Thailand, kadar cukai korporatnya ialah pada tahap 30 peratus, Indonesia pun 30 peratus, negara Vietnam 28 peratus, negara China 25 peratus, negara Taiwan 25 peratus. Hanya di Singapura sahaja dan Hong Kong yang mana kadar cukai korporat mereka itu adalah pada tahap lebih kurang 17 peratus ataupun 16.5 peratus.
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Seyogia saya nyatakan bahawa bagi negara-negara tersebut, mereka telah memperkenalkan cukai GST. Jadi mereka mempunyai tax base yang lebih luas, sebab itulah mereka boleh mengurangkan kadar cukai korporat. Di samping itu, pada masa ini juga kita lihat banyak elaun pelaburan semula telah pun diberikan, telah dipertimbangkan oleh kerajaan dalam bentuk pelbagai jenis insentif dan ini menyebabkan bagi setengah- setengah syarikat, efective tax rate mereka adalah antara 3 peratus hingga 7 peratus sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pontian telah bertanya dan minta penjelasan kerajaan mengenai projek off-budget. Sukacita saya jelaskan bahawa projek off- budget ini adalah merupakan projek-projek yang akan dilaksanakan, cuma tidak menggunakan peruntukan kerajaan secara langsung. Ia tetap dijalankan oleh entiti kerajaan sama ada oleh GLC’s ataupun syarikat-syarikat kerajaan dengan dana mereka sendiri.
Umpamanya Malaysia Airport Holdings Berhad akan menggunakan dana mereka sendiri bagi melaksanakan projek Low Cost Terminal yang baru di KLIA dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan walaupun Pulau Pinang ditadbir oleh parti pembangkang, kita akan laksanakan projek pembesaran lapangan terbang di Pulau Pinang juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan juga akan memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk menentukan bahawa perbelanjaan kerajaan ini berjalan dengan cara untuk menentukan pendapatan ataupun value for money, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Untuk ini, kaedah tender terbuka ataupun tender terhad merupakan langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan, di mana jumlah perbelanjaan kerajaan yang dibelanjakan menggunakan kaedah sama ada tender terbuka ataupun tender terhad. Pelaksanaan perolehan secara rundingan terus tidak digalakkan oleh kerajaan melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri. Pohon penjelasan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Kerajaan percaya bahawa langkah ini akan dapat menambahkan pendapatan kerajaan untuk melaksanakan projek- projek dengan jumlah pendapatan yang lebih baik lagi ataupun menggunakan prinsip value for money.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sri Gading telah mencadangkan supaya bantuan tanam semula getah dinaikkan dari RM7,000 sehektar kepada RM10,000 sehektar. Perlulah saya jelaskan bahawa jumlah bantuan tanam semula getah pada tanaman lain adalah pada kadar RM6,000 setiap hektar dan kerajaan sedang memikirkan bagaimana input pertanian yang kosnya meningkat dapat ditampung melalui usaha-usaha kerajaan seperti langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengecualikan cukai import untuk baja. Kerajaan akan memantau perkara ini supaya pekebun-pekebun kecil dapat faedah daripada usaha kita untuk menggalakkan usaha tanaman semula. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ahli Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh tentang 163,000 pekerja yang dikatakan dapat diberi latihan dan pekerjaan yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua. Program ini tetap akan dilaksanakan oleh kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia akan mengambil langkah untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang telah dicadangkan dalam pakej rangsangan yang kedua ini seperti mengadakan program-program latihan dan sebagainya dan di samping itu lebih banyak lagi Jobs Centre Malaysia akan diwujudkan di tempat- tempat awam...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Kerajaan juga akan memastikan komitmen kita kepada mereka yang boleh ditawar pekerjaan oleh kerajaan maka langkah susulan akan diambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memberi kuasa kepada jabatan dan agensi bagi mereka mengambil tindakan untuk memberi peluang pekerjaan kerajaan sama ada secara tetap ataupun secara kontrak.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Pohon penjelasan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Pohon penjelasan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bagan telah mencadangkan supaya kerajaan memberi wang tunai secara langsung kepada rakyat untuk dibelanjakan dan tambahan insentif bulanan kepada pekerja- pekerja yang diberhentikan seperti mana yang dilakukan oleh negara Taiwan...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Saya ingin menjelaskan bahawa kita telah pun melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat yang tergolong dalam kumpulan yang mudah terjejas ataupun dengan izin, kumpulan yang vulnerable.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Pohon penjelasan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Langkah yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperluaskan jaringan sosial keselamatan di mana rakyat yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu bawah daripada RM720 di Semenanjung dan lebih tinggi lagi di Sabah dan Sarawak akan diberi bantuan bulanan dalam bentuk wang tunai...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Untuk ini kerajaan telah pun memperuntukkan sejumlah RM830 juta untuk melaksanakan program ini. Bagi mereka yang boleh bekerja Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengamalkan prinsip lebih baik kita bagi mata kail daripada kita beri ikan kepada mereka...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Pohon penjelasan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Kalau kita beri ikan kepada mereka, ini adalah untuk tempoh yang terhad sahaja tetapi kalau kita beri kemahiran kepada mereka maka mereka akan dapat jaminan masa depan dalam bentuk pekerjaan yang tetap selepas latihan mereka itu selesai...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Mohon laluan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Inilah cara yang terbaik daripada kita beri wang tunai secara langsung kerana kalau kita bagi wang tunai secara langsung, dia adalah untuk tempoh yang terlalu pendek dan selepas itu mereka akan bertanya apakah kita akan tambah lagi dan kalau kita tambah lagi, tentu ini akan melibatkan lagi wang tunai atau peruntukan yang besar dan tidak akan memberi penyelesaian yang tuntas kerana apa yang diperlukan oleh mereka sebenarnya ialah pekerjaan yang tetap sama ada dalam swasta ataupun dengan kerajaan...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Mohon laluan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga akan memberi perhatian kepada program-program yang boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat dalam pelbagai usaha yang akan kita lakukan. Saya ingin menyatakan di sini...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, pohon penjelasan.
Sedikit sahaja berkaitan dengan jawapan dari Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri, saya tidak payah ingatkan Yang Berhormat mengenai dengan soal Peraturan Mesyuarat 37. Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri, Menteri yang berkenaan nampak dia tidak respons bermakna dia tidak kasi laluanlah itu. Tidak payahlah diingatkan Ahli Yang Berhormat. Kita faham semua ini.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Ketawa]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Mukah mencadangkan supaya pembinaan homestay dan hotel bajet di kawasan luar bandar dapat diperluaskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak RM37.3 juta telah diluluskan bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan homestay. Antara komponen yang dilaksanakan adalah seperti menaik taraf jalan masuk, dewan, balai raya, landskap dan tandas awam.
Sehingga Disember 2008, sebanyak 146 perkampungan homestay telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan yang merangkumi 3,034 peserta. Jumlah pendapatan yang diperoleh dari program ini bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM6.39 juta. Di bawah pakej rangsangan ekonomi, kementerian telah meluluskan sejumlah RM10 juta untuk kerja- kerja menaik taraf kemudahan asas di kawasan homestay di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pontian memohon penjelasan kerajaan berkenaan dengan program pembasmian kemiskinan yang dikatakan komitmen kerajaan menjelang 2010 untuk menghapuskan kemiskinan tegar. Untuk tujuan ini Program Jaringan Keselamatan Sosial telah pun dilancarkan dan kita akan tambah lagi pekerja-pekerja untuk melakukan kerja-kerja pengesanan dan penentuan mereka yang layak dipertimbangkan bantuan melalui perluasan Skim Jaringan Keselamatan Sosial ini. Kerajaan masih tetap dengan matlamat untuk menghapuskan kadar kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa program yang telah dibentangkan oleh kerajaan ini merupakan usaha yang amat baik untuk mengelakkan negara kita daripada menghadapi kemungkinan kita akan jatuh ke lembah kemelesetan. Kerajaan percaya bahawa kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dari segi politik tetapi dalam usaha kita untuk memulihkan ekonomi negara, kita patut boleh bekerjasama di mana yang mungkin kita lakukan kerana inilah yang diharapkan oleh kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional tidak akan lari daripada mengalas amanah dan tanggungjawab bahawasanya yang kita pentingkan ialah kesejahteraan rakyat...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Melalui Pakej Rangsangan Kedua ini pembelaan rakyat tetap akan kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Tuan Yang di-Pertua sekiranya keadaan memerlukan kerajaan memikir langkah-langkah tambahan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Mohon penjelasan
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Insya-Allah kita akan berbuat demikian. Dari semasa ke semasa kita tidak perlu menunggu kepada ucapan Belanjawan bulan Oktober. Kalau keadaan berubah, kerajaan bersedia untuk mengambil langkah tambahan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Apa benda ini?... [Dewan Riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua banyak lagi perkara-perkara lain sebenarnya, perkara-perkara lain itu ialah perkara-perkara ulangan yang telah pun diulang dalam Dewan ini. Penjelasan telah pun diberikan beberapa kali dan masih lagi diulang.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Akan tetapi itulah kerja yang kita telah jangkakan Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu untuk menjimatkan masa saya tidak akan menyentuh perkara-perkara yang sudah pun diberikan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan berharap bahawa perbahasan ini akan membawa kepada natijah yang diharapkan oleh kerajaan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh... [Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor... [Dewan Riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam mana-mana mesyuarat pun yang kita kendalikan mengikut peraturan mesyuarat. Jadi saya tidak nampaklah bahawa ada perlanggaran peraturan mesyuarat. Pada setiap persidangan pun sememangnya kita semua tidak puas hati. Ada lagi dua puluh lebih kementerian yang akan menjawab kepada persoalan- persoalan yang akan dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa. Kita cuma ada masa hari ini sampai pukul 10.30 malam sama hari Isnin, itu pun saya tidak tahu sampai pukul berapa? Jadi siapa yang tidak berpuas hati itu bersabarlah kerana dalam Demokrasi Berparlimen begitulah, tidak semua berpuas hati.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.
Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan. Di dalam aturan urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”
Tuan Yang di-Pertua
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada lima bilion yang diperuntukkan dalam anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2009 bagi maksud bekalan B.11 untuk kementerian yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada lima bilion yang diperuntukkan dalam anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2009 bagi maksud-maksud pembangunan.
Maksud P.6, P.10, P.20, P. 21, P.22, P.23, P.24, P.26,P.27, P.28,P.29, P.30, P.31, P.32, P.41, P.42, P.44, P.45, P.48, P.49, P.60, P.62 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2009 dan Kertas Perintah 5 Tahun 2009, masing-masing dijadikan anggaran perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan- peruntukan dalam anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2009 dan juga anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2009 telah pun dibentangkan terdahulu.
Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran tersebut, anggaran Peruntukan Tambahan ini adalah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 2009 bagi anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2009 dan Kertas Perintah 5A Tahun 2009 bagi anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama Tahun 2009. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan.
Maksud P.6 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bilangan.1) 2009] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mengambil sedikit kesempatan iaitu dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Di sini saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan efficiency. Di mana saya mendapat maklumat daripada pelbagai pihak dalam Jabatan Perkhidmatan Awam ini terdapat satu-satunya perbuatan yang berunsurkan diskriminasi. Iaitu mereka yang sebenarnya layak untuk dinaikkan pangkat dan sebagainya tetapi tidak diberi peluang. Mereka yang tidak seharusnya duduk di situ pula dapat.
Jadi kalau benar perkara ini berlaku saya meminta kerajaan menyiasat perkara ini supaya tidak berlaku. Ini kerana kerajaan dalam satu proses transparent untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Dalam masa yang sama di pihak yang pelaksana pula melakukan sesuatu yang bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Jadi apakah ini tidak merupakan satu halangan ke arah bagaimana kita melihat peruntukan berbilion- bilion kita terapkan untuk memastikan efficiency di setiap agensi tetapi pelaksananya pula melaksanakan sebaliknya. Jadi seolah-olah apa yang kerajaan buat itu tidak tercapai.
Berbilion-bilion pun kita curahkan tetapi akibat perbuatan pelaksananya tidak begitu efisien maka semua nya tidak menjadi. Jadi kita harus melihat di semua sektor kalau kita ingin perubahan secara menyeluruh maka kita harus melihat di semua sudut. Ke arah bagaimana mempertingkatkan prestasi efficiency di semua peringkat, di semua department.
Supaya rakyat ada keyakinan kepada kerajaan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini adalah sebab kita tidak mahu pihak pembangkang menggunakan sedikit kekurangan ini untuk mengatakan bermacam-macam kepada kerajaan yang sedia ada sehingga ada yang bermesyuarat di bawah pokok dan sebagainya. Ini pada saya tidak seharusnya berlaku dalam dunia zaman ini. Kita seharusnya melihat secara lebih positif tetapi di pihak yang lain mereka melihat di sudut yang lain.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi pada saya kesempatan ini saya guna pakai supaya pihak kerajaan yang menguatkuasakan Jabatan Perkhidmatan Awam di seluruh negara melihat secara positif dan ke arah bagaimana mereka harus berubah. Jangan di peringkat kerajaan berubah, peringkat mereka masih di tampuk lama. Masih ada diskriminasi, masih ada unsur-unsur negatif yang orang ramai ada kebimbangan. Kalau ini berterusan maka usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan berhasil. Bermakna tindakan tegas perlu diambil untuk memastikan bahawa semua peringkat daripada atas hingga ke bawah ada perubahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, minta sedikit penjelasan, sepatutnya Tuan Pengerusi menyebut kepada kepala berapa, P berapa, sebagai rujukan kami. Saya rasa Tuan Pengerusi perlu memberi panduan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya sudah sebut P.6, di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan, jadi saya ingatkan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berbahas, Ahli Yang Berhormat semua sedia maklum bahawa pada Peringkat Jawatankuasa haruslah berbahas secara spesifik. Mana yang perlu ditegur.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, kadang-kadang saya malas lah untuk mengingatkan, jadi maka saya biarkan begitu sahaja. Jadi saya ingatkan sekarang ini supaya harus spesifik kepada mana-mana kepala yang dibahaskan. Silakan.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, mengikut fahaman saya maksud P.6 Jabatan Perdana Menteri merujuk kepada enam butiran. Kalau saya faham dan kalau Yang Berhormat Kinabatangan faham iaitu kita merujuk kepada 1.1 Butiran projek 01200, Taman Teknologi Sarawak. Itu mengikut fahaman saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak semestinya duit itu yang dikira. Kita ada Jabatan Perkhidmatan Awam sana. Mungkin mata Yang Berhormat Tumpat...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Kinabatangan sudah jawab mungkin dia sudah duduk di tempat Menteri dahulu.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya yakin Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Yang sedang berucap sekarang Yang Berhormat Tumpat, yang lain-lain itu saya tidak kasi kebenaran untuk berucap.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
...Saya yakin Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen pun mengetahui bahawa Jabatan Perdana Menteri pada peringkat Jawatankuasa ini hanya merujuk kepada enam butiran yang ada dalam buku yang diedarkan ini. Walaupun saya amat bersetuju dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, kecuali yang berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri Perak itu, yang mana ia seharusnya dilaksanakan dengan lebih terhormat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Tumpat, bukunya bukan yang itu, yang ini… [Ketawa]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tidak, tidak, tidak. Yang ini. Ini kekeliruan yang timbul. Saya kira Setiausaha Dewan patut jelaskan. Yang kita rujukkan ialah buku yang berwarna putih. Biarlah saya ambil tempat Yang Berhormat Menteri sekejap. Bukan buku yang berwarna kuning. Walaupun ianya agak songsang Tuan Pengerusi, sebab yang kuning ini ialah Belanjawan 2008 yang sudah pun dibelanjakan. Yang ini belum dibelanjakan tetapi kita kena bahas ini dahulu sebab kami ikut peraturan mesyuarat. Di mana bersidang pun kami bersidang...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
...Di bawah pokok pun bersidang, di dalam Dewan pun bersidang Tuan Pengerusi… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tumpat, saya panggil Yang Berhormat Tumpat tadi untuk membenarkan berbahas. Sila bahas.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin merujuk khusus kepada butiran 09000, bangunan-bangunan mahkamah. Ini dicadangkan untuk Kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan. Sebagaimana kita maklum Tuan Pengerusi, sambutan masyarakat terhadap sidang-sidang mahkamah dan juga sidang-sidang Dewan Undangan Negeri dan Parlimen adalah amat tinggi. Jadi kadang-kadang misalnya di sesi-sesi, sidang- sidang tertentu mahkamah, orang-orang yang ingin menyaksikan perjalanan mahkamah jauh lebih ramai daripada tempat duduk yang ada di mahkamah-mahkamah tersebut.
Oleh kerana kita percaya dan berpegang kepada prinsip iaitu keadilan ini bukan sahaja dilaksanakan tetapi mesti dilihat dilaksanakan maka saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk memikirkan, jika ianya terlalu mahal belanjanya untuk membesarkan lagi bilik-bilik mahkamah. Maka boleh tidak mahkamah-mahkamah mengadakan close circuit TV atau pun sebagaimana Parlimen, di Dewan kita yang hebat ini ada yang membolehkan orang ramai yang ingin mengikuti perjalanan mahkamah.
Namun oleh sebab tempat duduk yang terhad, tidak dapat masuk ke bilik mahkamah, ada siaran di luar bangunan atau bilik mahkamah itu yang membolehkan orang ramai mengikuti dan memahami perjalanan mahkamah dan mengetahui bagaimana mahkamah itu berjalan dan keputusan yang berlaku dan sebagainya. Ini untuk memastikan bahawa institusi-institusi negara kita difahami dengan sepenuhnya, diikuti dengan sepenuhnya oleh seluruh rakyat, sebab kita semua mahu supaya sama ada mahkamah atau pun Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berjalan dengan sebaik-baiknya yang boleh diikuti dan difahami oleh rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sebut sahaja mengenai 09000 - Bangunan-bangunan Mahkamah. Akan tetapi sebelum itu saya mahu melahirkan rasa tidak puas hati dengan jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dalam jawapan beliau oleh sebab dia tidak jawab banyak perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan dua hari ini. Saya rasa ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab, tidak patut diadakan di negara kita.
Khasnya tujuan pakej ini ialah untuk merangsang ekonomi dan mahu merangsang ekonomi, perlulah dapat command, kepercayaan rakyat jelata di negara ini dan perlulah benchmark yang lebih tinggi prestasi Menteri-menteri khasnya pucuk pimpinan kerajaan dalam perkara ini. Ini pun menimbulkan satu masalah yang kita hadapi. Bagaimana kita boleh menjayakan pakej ekonomi ini sungguhpun RM60 bilion kalau kita telah hilang kepercayaan kepada institusi-institusi yang kita ada termasuk mahkamah.
Baru-baru ini, dua bulan ini, kita melihat kemerosotan kepercayaan orang ramai terhadap institusi-institusi negara kita. Mahkamah ini yang penting, pihak polis, pihak MACC, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, semua dan pucuk pimpinan di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bolehlah merampas kuasa dalam negeri Perak dengan apa yang berlaku. Apa yang berlaku di Perak, mahkamah-mahkamah di mana percanggahan doctrine separation of powers, ketepikan lebih teruk apabila dibandingkan dengan pentadbiran Tun Dr. Mahathir tahun 1988. Sekarang lebih dahsyat, Yang Amat Berhormat belum menjadi Perdana Menteri sudah begitu teruk, kalau menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih teruk… [Dewan riuh] Sebab itu kalau kita mahu peruntukan-peruntukan di sini seperti bangunan- bangunan mahkamah, RM60 bilion berjaya, mustahaklah bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kebolehan, kesanggupan untuk command confidence semua lapisan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak guna cakap kita mahu bekerjasama dengan pembangkang tetapi mahu sabotaj demokrasi di negeri Perak. Sebenarnya inilah perkara-perkara yang sedang berbangkit dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi tetapi beliau takut, dia lari, dia berhenti ucapan beliau sungguhpun saya nampak ucapan beliau sangat tebal, dia lari, tetapi saya rasa ini tidak bertanggungjawab.
Saya harap bahawa sama ada bangunan-bangunan mahkamah atau enam-enam perkara ini kita boleh belanja dengan ketulusan, dengan accountability dan pelaksanaan.
Tidak guna cakap bahawa Yang Amat Berhormat rela bila untuk transparence tetapi kita mahu satu mekanisme, siapa belanja, siapa bertanggungjawab, siapa kontraktor dan lain- lain. Akan tetapi mustahak akhirnya ialah tunjukkan layak menjadi Perdana Menteri yang baru dengan kepercayaan dan perpaduan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi
Ini Ipoh Timur, pandai betul Ipoh Timur kaitkan perkara yang tidak ada kaitan… [Ketawa] Ini...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak ada pilihan. I have no choice.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia hantam kromo sahaja.
Tuan Pengerusi
Itulah makanya saya tidak berhentikan Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akan tetapi ini mustahak. Oleh kerana inilah concern of future Malaysia. We want our Prime Minister...
Seorang Ahli
Tanya Permatang Pauh dahulu lah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Bukan sebaliknya.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran 16500, Program Perumahan Generasi Kedua FELDA. Pertama saya ingin penjelasan di sini ialah sekarang ini FELDA bukan hanya wujud generasi kedua tetapi sudah menjangkau kepada generasi ketiga malahan juga generasi keempat, mungkin terminologi yang lebih tepat yang patut digunakan ialah Perumahan Generasi Baru FELDA.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Kita ada 317 kawasan FELDA di seluruh negara dengan 121,000 peneroka, lebih kurang 1 juta warga FELDA dan oleh kerana mereka sekarang ini berada dalam satu rumah yang lama, yang usang walaupun pelbagai kaedah telah kita laksanakan untuk kita memperbaharui rumah mereka dari segi peruntukan-peruntukan. Pada saya, di kawasan suku ekar tanah FELDA itu boleh dibina lebih daripada sebuah rumah. Tanah suku ekar itu boleh menjadi empat buah rumah yang boleh dipecahkan di hadapan, belakang dan juga di kiri dan kanan. Satu lagi ialah oleh kerana kita kekurangan tanah saya ingin mencadangkan bahawa rumah berupa pangsapuri boleh dibina di kawasan-kawasan FELDA dan pada pandangan saya peruntukan daripada RM100 juta diturunkan kepada RM50,134,000 ini tidak memadai kerana pada pandangan saya pakej rangsangan kita yang kedua ini RM60 bilion boleh menambah kepada peruntukan itu.
Pakej pertama RM7 bilion, dan pada ketika yang sama kita ada RM206 bilion dalam Bajet 2009 dan pada tahun 2010 nanti mungkin kita ada RM200 bilion lagi.
Keseluruhannya ialah RM473 bilion pakej keseluruhan, empat pakej kurang-kurangnya dalam masa dua tahun dan pada pandangan saya RM50 juta yang diberikan untuk Program Perumahan Generasi Baru FELDA ini adalah tidak memadai. Itu sahaja pandangan saya setakat ini. Terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada P.6 Butiran 16500 Program Perumahan Generasi Kedua FELDA dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menjaga FELDA.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Ini kerana telah mengumumkan Perumahan Generasi Kedua di Jengka 19 dan juga Jengka 11 di kawasan saya di Parlimen Kuala Krau yang mempunyai 14 rancangan FELDA dan saya mohon supaya butiran ini dimasukkan untuk pembinaan perumahan bagi Jengka 11 dan Jengka 19. Perkara yang kedua tentang pinjaman perumahan yang juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Pontian. Begitu lama sekali prosesnya. Saya mohon disegerakan dan juga tentang membaiki rumah-rumah usang di FELDA supaya disegerakan menyalurkan kewangan kerana terlalu lama peneroka-peneroka FELDA menunggu pembinaan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik kepada Butiran 16500 bagi Maksud 1.6 Jabatan Perdana Menteri, Program Perumahan Generasi Kedua FELDA. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana dapat memasukkan Program Perumahan Generasi Kedua FELDA ini dan sebenarnya perkara ini telah pun saya bangkitkan dalam soalan Dewan saya yang lalu tetapi tidak dapat jawapan yang sebaik mungkin seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam ucapan mini bajet beliau semalam.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat, Kerajaan Negeri Johor telah pun mengurniakan tapak rumah kediaman kepada generasi kedua di negeri Johor dan saya mengharapkan mudah-mudahan peruntukan RM50 juta yang dinyatakan ini dapat diagihkan terus kepada anak-anak generasi kedua yang telah pun dikurniakan tapak tanah ini.
Saya mengharapkan mudah-mudahan tidak berlaku ketirisan dari segi untuk menurunkan peruntukan ini supaya dapat membantu generasi kedua membina rumah mereka. Kerana apa Yang Amat Berhormat, generasi kedua buat masa ini telah pun menyatakan keresahan mereka. Tanah sudah ada, premium sudah bayar tetapi hendak buat rumah tidak ada duit. Selain daripada itu, saya juga seperti Yang Berhormat Kuala Krau mengharapkan mudah-mudahan kawasan saya FELDA Bukit Besar, FELDA Sungai Sayong, FELDA Bukit Ramon dan FELDA Pasir Raja. Keempat-empat rancangan FELDA ini telah pun dikurniakan tanah kepada generasi kedua dan mudah-mudahan peruntukan RM50 juta ini akan dapat disampaikan kepada mereka, terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 16500 iaitu Program Perumahan Generasi Kedua FELDA. Apabila kita rujuk dari segi peruntukan tambahan yang berjumlah RM50 juta lebih ini, saya melihat bagaimana Rancangan FELDA Sahabat 16 di kawasan saya sebenarnya memerlukan peruntukan yang lebih dan dari segi jumlah perumahan oleh sebab dari segi saiznya antara rancangan FELDA yang terbesar di negara ini, saya berharap kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan supaya dapat memberikan peruntukan yang lebih kepada kawasan Rancangan FELDA Sahabat 16 sebab dari segi aktiviti ekonomi kawasan tersebut boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik kepada negara kita.
Mudah-mudahan juga dari segi rangsangan pakej kedua ini akan dapat diberikan peruntukan tambahan yang banyak ke kawasan Parlimen Silam sebab merupakan kawasan yang banyak ketinggalan dari segi infrastruktur. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Butiran 01200 - Taman Teknologi Sarawak. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan wang sebanyak RM54 juta lebih untuk membiayai projek Estet Perindustrian Kota Samarahan dan juga Estet Perindustrian Tebedu Sarawak.
Jadi sebelum itu pembetulan Tuan Pengerusi, perkataan atau nama Tebedu, ejaan salah.
Ia sepatutnya ‘T-e-b-e-d-u’., bukan ”Tepedu”, iaitu di kawasan saya.
Tuan Pengerusi, melalui kerajaan negeri sebenarnya tapak tanah untuk membina projek atau Estet Perindustrian Tebedu ini telah pun disediakan. Jadi yang saya ingin tahu dari sejumlah wang RM54 juta ini berapa akan diperuntukkan untuk Estet Perindustrian Tebedu yang terletak di kawasan saya.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Saya tahu Tuan Pengerusi, dengan terbinanya Estet Perindustrian Tebedu yang terletak di kawasan saya, saya percaya ia akan dapat menaikkan taraf sosioekonomi rakyat di kawasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran Projek 08100 iaitu Pusat Latihan Islam/Dakwah.
Saya ingin mencadangkan daripada peruntukan RM49.578 juta tersebut, kita melihat hari ini Yang Berhormat Menteri, banyak badan ditubuhkan oleh kerajaan seperti YADIM, IKIM dan lain-lain yang kelihatannya tidak berfungsi ataupun langsung tidak berkesan dalam menangani masalah atau kegiatan dakwah ini. Jadi saya cadangkan daripada penglibatan saya dengan NGO-NGO yang berkaitan, adalah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan kepada NGO-NGO yang terbabit, contohnya seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, MACMA iaitu Malaysian Association For Chinese Muslim, Persatuan Hunafa yang memberi tumpuan kepada mereka yang berketurunan India. Jadi tumpuan lebih khusus kepada golongan-golongan sasaran termasuk juga dijadikan golongan sasaran, mereka yang telah murtad atau terkeluar dari Islam seperti kita dapati berapa kes yang berlaku baru-baru ini seperti kes Azlina Jailani, Hartina Kamarudin dan lain-lain.
Mereka ini masih duduk dengan kita, sudah pun murtad, keluar dari Islam, mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam, tetapi tidak ada langsung tindakan diambil.
Saya lihat kelemahan jabatan kerajaan untuk menangani masalah mereka ini kerana terlalu banyak birokrasi berbanding dengan pendekatan oleh NGO. Jadi saya lebih cadangkan supaya peruntukan seperti ini disalurkan kepada NGO-NGO. Saya juga mencadangkan supaya peruntukan ini digunakan untuk kita menggunakan kaedah dakwah yang moden seperti kegiatan dakwah melalui televisyen, media elektronik dan lain-lain. Kemungkinan ditubuhkan sebuah televisyen yang khusus berkaitan dengan dakwah ini.
Saya juga ingin mencadangkan supaya daripada peruntukan ini pernah saya bangkitkan isu berkaitan penubuhan Masjid Tionghoa di kawasan bekas Penjara Pudu.
Saya sarankan supaya dapat peruntukan diambil daripada bajet ini untuk menyegerakan penubuhan Masjid Tionghoa ini seperti yang telah pun dipersetujui oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang bertanggungjawab atas tanah Pudu tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Lepas Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Puchong, selepas Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Gelang Patah.
Tuan Pengerusi
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya hendak menyentuh Butiran 16500 - Program Perumahan Generasi Kedua FELDA dan masalah FELDA. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan Perumahan Generasi Kedua FELDA. Cuma saya hendak timbulkan sedikit di sini Tuan Pengerusi, kita mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Tun Razak kerana dengan idea Allahyarhamah FELDA diwujudkan di mana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak seluas 853,313 hektar untuk penempatan FELDA ini. Beratus ribu peneroka FELDA telah pun di tempatkan di kawasan ini.
Tuan Pengerusi susulan jasa Allahyarham Tun Razak diambil pula oleh anak beliau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang ada sekarang. Masyarakat luar bandar merasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku baru- baru ini di Pahang di mana ada sebahagian daripada masyarakat mengaku mereka anak FELDA, memprotes, memburuk-burukkan FELDA dan memburuk-burukkan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada masyarakat FELDA dan malangnya ini semua dipelopori oleh pembangkang.
Jawatankuasa] Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya mohon Tuan Pengerusi, Barisan Nasional atau pembangkang dan sebagainya hargailah jasa kerajaan. Ini tidak boleh dinafikan. Kita hendak ajar supaya anak-anak muda ini berterima kasih kepada kerajaan dan mencari jalan bagaimana kita boleh membina membantu kerajaan. Jadi saya harap kepada kerajaan melalui peruntukan yang ada ini kalau boleh diberi penambahan supaya pembangunan di kawasan-kawasan FELDA ini dapat dipertingkatkan lagi dan generasi FELDA ini akan dapat kita ajar berterima kasih kepada kerajaan. Jadi saya mohon bersama dengan pembangkang dan sebagainya supaya dengan cara ini kita dapat memastikan masa depan negara kita masa depan agama kita masa depan bangsa kita dapat dipertahankan. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menjawab berkenaan dengan P.06 Butiran 09000 - Bangunan-bangunan Mahkamah di mana sebanyak RM95 juta diperlukan lebih kurang untuk bangunan mahkamah di Kuantan. Tuan Pengerusi ingin saya menyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak perlu kita membiayai wang sebanyak ini kepada mahkamah. Apakah yang ingin dicapai dengan menggunakan wang sebanyak ini untuk bangunan mahkamah di mana sistem di sekeliling keadilan itu tidak langsung dibangunkan.
Kita ada bangunan-bangunan yang cantik, tetapi polis dalam negara ini tidak cukup anggota, tidak cukup siasatan dibawa dalam kes-kes misalnya kes Kugan. Sampai hari ini walaupun laporan bedah siasat diberikan dua minggu lalu, sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Akan tetapi wang kita berikan untuk binakan bangunan mahkamah. Bukan sahaja itu, kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya di mana Ahli Parlimen Pekan yang keluar sekarang...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Point of order Tuan Pengerusi, point of order.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Come back...! [Disampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh Yang Berhormat macam itu. Yang Berhormat Puchong. Dua perkara, sila duduk dulu Yang Berhormat Puchong.
Dua perkara yang membantah Yang Berhormat daripada meneruskan ucapan terhadap kes yang disebut, pertama kes ini dalam mahkamah. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat ditegah oleh peraturan mesyuarat untuk menunjukkan mana-mana Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Saya minta Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat beri amaran kepada diri...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi menipu... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dengarlah Yang Berhormat! Dengar, dengar Yang Berhormat. Okey saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh perkara ini seperti yang saya katakan tadi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapa tidak boleh?... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya ada jelaskan sebab itu, Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan perkara ini dalam mahkamah. Kedua, Yang Berhormat, perkara ini menyentuh tentang peribadi seseorang di dalam Dewan. Tidak boleh Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi kena dengar saya dulu.
Dengar saya dulu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat menyentuh perkara ini. Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan, bukan isu yang dibangkitkan kali ini.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
[Bangun].
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dengar dulu.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Tidak boleh dengar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, kalau boleh isu yang dibangkitkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Dua perkara itu bercanggah dengan isu yang Yang Berhormat kemukakan. Perkara yang lain Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan. Sila dengar saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan negara kita membelanjakan banyak wang. We spend lots of money, dengan izin. Beautiful building there but the system...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Mahkamah teruk pun...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Sistem. Saksi-saksi dalam kes-kes tertentu walaupun polis tahu mereka saksi penting tetapi tidak disiasat. Banyak kes masih belum dibawa ke mahkamah tetapi bangunan mahkamah ada. Macam kes Altantuya....
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Yang Berhormat ini apa ini, Tuan Pengerusi, apa kena mengena dengan bangunan ini?... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sabarlah Yang Berhormat. Ya memang betul Yang Berhormat, tidak berkenaan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tiada kaitan, tiada kaitan.
Buang masa sahajalah.
Seorang Ahli
Bagaimana sensitif sangat.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Hak dia…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Buang masa sahajalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dengar dulu. Pegawai penyiasat dalam kes itu sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Perkara satu, Ahli Parlimen...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapa kita kena bawa wang sebanyak ini... [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat terlalu degil, saya perintah Yang Berhormat keluar hingga petang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Hantar dia keluar. Hantar dia keluarlah. Tiada kaitan, mengganggu… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jemputlah…., Bentara!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You stand up and answer! You are there, isn’t?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Bentara!
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Tuan Pengerusi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, keterlaluan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Involved in a murder case. Deputy Prime Minister!
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin
Apa ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Stand up and answer me! I want an answer now.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Arahan Tuan Pengerusi keluar. Tuan Pengerusi sudah arahkan, keluarlah... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tanya soalan biasa tidak boleh? Tidak mahu pergi, guna kekerasan…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Bentara, sila jalankan tugas.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak akan keluar. No need, no need to fight, huh?.... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya perintah Yang Berhormat keluar, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
No, no. no...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya perintah Yang Berhormat keluar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya perintah Yang Berhormat keluar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bila?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sekarang, sehingga habis mesyuarat petang ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bila?
Beberapa Ahli
One day, and for today... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, you should be ashamed of yourself. Hey!... [Sambil berdiri] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat lain saya minta duduk Yang Berhormat… [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Hei cukuplah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Membunuh!
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Perangai itu.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Bagi peluang untuk...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Pembunuh!
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jawablah. Deputy Prime Minister jawab soalan ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Apa itu semua berdiri? Tidak ada peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong… [YB Puchong bangun berjalan keluar dewan] [Tepuk]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Semua sensitif. Yang Berhormat hanya sebut nama itu sahaja. Jawab soalan lah… [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Usir keluar, keluar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, diam Yang Berhormat… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah. Point of order Yang Berhormat, point of order...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Untuk dapatkan penjelasan. Bolehkah Tuan Pengerusi terangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan, supaya kita... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya duduk Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan Yang Berhormat, mana-mana Ahli Yang Berhormat berdegil tidak mahu ikut arahan Tuan Yang di-Pertua, dan berdegil untuk mengikut arahan Tuan Yang di-Pertua adalah satu kesalahan. Bukan soal isu yang dibangkitkan tetapi isu melanggar tidak mengikut perintah yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Boleh saya dapat penjelasan. Adakah?... [Dewan riuh] Dengarlah. Saya hanya dapat…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini pun kalau berdegil-degil.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya hanya ingin dapatkan penjelasan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Ini kalau degil keluar.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Adakah...
Seorang Ahli
Nampaknya Yang Berhormat Batu pun hantar dia keluarlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak payahlah Tuan Pengerusi sudah buat keputusan.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, saya hendak tanya soalan. Adakah ini bermaksud perkataan Altantuya tidak boleh dibangkitkan dalam Dewan ini?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dalam mahkamah. Dalam mahkamah… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Saya tidak perlu menerangkan kepada Yang Berhormat lagi. Cukuplah Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Gelang Patah.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Ya, Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkatakan perkara tentang masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana iaitu SME terutamanya di Johor Selatan. Mengikut kajian SME mempunyai jumlah sebanyak 540,000 meliputi seluruh Malaysia dan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 56 peratus daripada...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Butiran berapa?
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Keseluruhan pekerja kelulusan skim pinjaman sebanyak RM1.3 million yang diumumkan pada tahun 2008.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Apa...
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Adalah amat lambat dan ketat Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) adalah satu-satunya menyelia Skim Jaminan Kredit...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
...Serta perkhidmatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gelang Patah.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Untuk PKS.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Butiran mana Yang Berhormat?
Termasuk dalam P.6, B.6?
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Ya, B.6 sana… [Dewan riuh] Tuan Pengerusi, perkara ini penting, saya ingin sampaikan kepada...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya tahu penting. Semua perkara penting Yang Berhormat...
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Akan tetapi kita dalam Perkara P.6 dan B.6… [Beberapa Ahli bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Minta maaf, saya terlupa nombor rujukan.
Akan tetapi izinkan saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Sebab perkara ini penting.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Ya. Terus ya? Terima kasih. Tuan Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) adalah satu-satunya penyelia Skim Jaminan Kredit serta perkhidmatan tambahan untuk PKS. Sepatutnya ia ditubuhkan untuk menolong PKS yang kurang cagaran atau tiada cagaran untuk mendapatkan pinjaman dari institusi- institusi kewangan. Akan tetapi dalam realitinya syarat pinjaman yang ditetapkan oleh CGC amatlah ketat dan kurang transparent. Di samping itu, CGC seharusnya lebih pro SME iaitu menolong SME dengan mempercepatkan proses pinjaman. Sementara bagi membantu pengusaha SME kerajaan seharusnya memberikan pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman sebelumnya selama beberapa bulan supaya mereka dapat meringankan beban mereka dan dapat mengharungi krisis ekonomi.
Tuan Pengerusi, terdapat PKS di Johor Selatan mengadukan bahawa penyaluran kemudahan tersebut terlalu lambat. Kebanyakan PKS sehingga sekarang belum dapat bantuan tersebut. Ketidakpastian ekonomi dunia ini semakin...
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tuan Pengerusi ini Jawatankuasa.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Menjejas perniagaan mereka.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tuan Pengerusi...
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Sekiranya keadaan ini berterusan…
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ini apa dia ini, ucapan apa ini?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah tegur tetapi saya telah beri kebenaran untuk meneruskan.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Mereka akan menghadapi masalah kewangan dan dalam pengurusan. Mereka amat memerlukan bantuan untuk memodenkan operasi mereka terutama memberi atau menaik taraf perkakasan atau machine…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tajuk lain Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Serta peralatan tenaga...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Alih tajuk Yang Berhormat.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Alih tajuk.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Dengan ini saya menyokong… [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ledang.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Ledang pun dapat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
Sudahlah lewat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Pertama saya hendak nyatakan di sini saya tidak kecil hati pun sekiranya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi tidak menjawab ataupun menyatakan apa yang telah saya bangkit dalam Dewan ini. Akan tetapi saya yakin tindakan akan diambil oleh kerajaan begitu juga dengan cadangan daripada pihak lain. Cuma Tuan Pengerusi, saya hendak tanya dan saya hendak minta penjelasan tentang Butiran P.6 72000 - Kluster Automatif-Pembelian Peralatan. Apakah butirannya?
Apakah maksud ini? Ini kerana saya juga menyentuh tentang banyak peralatan atau pun alat ganti iaitu spare part automatif yang sangat mahal masa ini jauh lebih mahal daripada harga sebenar. Saya juga ingin menyatakan di sini banyak spare part atau pun alat ganti kenderaan yang rendah kualitinya seperti yang saya sendiri alami iaitu alat ganti kenderaan seperti Chevrolet dan lain-lain. Sekian terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang. Selepas itu Menteri menggulung.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepada Kepala P.6, 16500 iaitu Program Perumahan Generasi Kedua FELDA. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah dapat menyediakan peruntukan sebanyak lebih RM50 juta untuk program ini. Saya berharap kalau boleh kerana FELDA di dalam negara ini banyak. Saya fikir elok juga kalau ditambah lebih daripada RM50 juta ini kerana kalau RM50 juta ini saya percaya ianya sudah tentu jauh daripada sepatutnya untuk pembinaan rumah kepada generasi kedua FELDA ini.
Keduanya, saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Pontian tadi bahawa kita tidak seharusnya memanggil generasi kedua FELDA lagi. Ini kerana di kawasan saya misalnya bukan generasi yang kedua tetapi telah berada di generasi yang keempat FELDA sebenarnya. Jadi elok kita ubah nama generasi baru FELDA atau sebagainya.
Jadi Tuan Pengerusi, saya cukup khuatir juga pelaksanaan yang diperuntukkan kepada generasi kedua FELDA ini mungkin tidak dapat diagihkan dengan begitu licin. Ini kerana saya lihat di peringkat FELDA atau di peringkat rancangan itu sendiri banyak perkara atau pelaksanaan-pelaksanaan yang berlaku dengan izin hanky-panky ataupun yang tidak dapat diuruskan dengan baik dan cekap. Akhirnya tidak memberi pulangan ataupun keuntungan kepada peneroka itu sendiri. Saya cukup khuatir peruntukan yang disediakan ini tidak sampai kepada matlamat sebagai mana yang kita kehendaki. Jadi saya dengan itu mengucapkan ribuan terima kasih dan menyokong. Terima kasih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian Tuan Pengerusi dalam peringkat Jawatankuasa bagi maksud P.6 Jabatan Perdana Menteri. Saya cuma akan menjawab tentang perkara yang telah dibangkitkan yang ada kaitan dengan butiran-butiran yang enam yang ada di sini. Jadi, Yang Berhormat Ipoh Timur saya tidak perlu jawablah. Tidak apa pun dia berucap tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Cuma ambil kesempatan untuk ambil second bite. Banyak daripada perkara yang telah dibangkitkan Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan FELDA iaitu peruntukan sebanyak RM50,134,000 bagi program perumahan generasi kedua FELDA. Jadi, semuanya nampaknya bersetuju dengan peruntukan yang telah diberi dan mengucap terima kasih kepada pihak kerajaan. Ada perkara-perkara yang telah dibangkitkan serta cadangan dan saya percaya bahawa itu pegawai akan mengambil maklum tentang permintaan-permintaan itu. Yang Berhormat Pontian khususnya telah bangkit berkenaan dengan perumahan generasi kedua ini kawasan suku ekar diminta supaya dibina lebih daripada satu rumah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Betul seperti Yang Berhormat sebut iaitu di atas tanah satu ekar kita boleh bina empat buah rumah, tetapi syarat yang telah ditetapkan di dalam hak milik hanya membenarkan pembinaan sebuah rumah sahaja di atas kawasan suku ekar itu. Jadi saya kira kalau sekiranya Yang Berhormat memikirkan bahawa boleh diwujudkan lebih daripada satu rumah di atas tanah suku ekar itu, maka saya harap supaya Yang Berhormat akan initiate, dengan izin, memulakan usaha untuk mengubahkan syarat yang telah ditetapkan dan ini terpulanglah kepada pihak pengurusan FELDA untuk menimbang dan kalau didapati ianya sesuai, saya percaya tidak ada perkara yang boleh kita pinda asalkan ia boleh menguntungkan rakyat.
Kemudian Pontian, Kuala Krau, Tenggara, Silam dan Maran menyatakan bahawa peruntukan RM50 juta ini tidak cukup dan mohon supaya ditambah lagi. Kerajaan sedar bahawa permintaan rumah untuk generasi baru FELDA ini tentang keperluannya, sehingga kini kerajaan telah membina sebanyak 2,125 unit rumah di enam buah rancangan FELDA di Pahang dan Johor. Bagi tahun 2009, sebanyak 906 unit rumah akan dibina lagi di tiga buah rancangan dengan peruntukan RM50 juta dari sumber FELDA sendiri. Jadi peruntukan RM50 juta yang diluluskan pada kali ini akan digunakan sebaik mungkin dan diagih dengan adil. Insya-Allah, kalau selepas ini ada lagi keperluan untuk kita membina, saya percaya kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.
Tuan Pengerusi, itulah perkara yang dibangkit dalam perbahasan ini, cuma Puchong mengatakan bahawa tidak guna kita membina mahkamah kalau sistemnya tidak mencukupi. Tuan Pengerusi, walau apa perkara sekalipun, ia dinamik. Jadi Yang Berhormat Puchong sepatutnya perlu pergi ke Kuantan sendiri melihat keadaan mahkamah negeri di negeri Pahang di Kuantan itu dan melihat sendiri. Kalau dia pergi, dia akan tahu betapa perlunya kita perlu satu bangunan yang baru dengan ruang parking yang luas, dan sebab itu kita terpaksa membelanjakan wang RM95 juta untuk membangun kerana kalau sistemnya kemas, tidak ada tempat untuk dilaksanakan sistem itu pun tidak guna.
Jadi sebab itu kerajaan akan sentiasa memberi perhatian berat tentang pembangunan bangunan-bangunan mahkamah ini dan kita akan terus dengan rancangan yang kita rancang pada ketika ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, saya ada soalan berkaitan dengan TV di luar bilik mahkamah, bila mahkamah terlalu ramai dan tidak dapat mengambil tempat mereka di bilik mahkamah itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Sebenarnya ada satu fasal mahkamah oleh Tumpat dan satu lagi apa yang dibangkit oleh Kulim Bandar Baharu, saya pun ada catat di sini. Pertamanya, Kulim Bandar Baharu minta supaya dalam soal pembinaan pusat latihan Islam, dia merasakan bahawa ada NGO-NGO yang memainkan peranan ini, khususnya bagi mereka yang telah memasuki Islam daripada komuniti-komuniti yang kecil di negara kita ini.
Saya nampak ada dia punya hujahnya itu boleh diterima dan saya harap supaya cadangan beliau untuk memberikan peruntukan kepada NGO yang juga memainkan peranan secara sukarela untuk membantu mereka yang baru memeluk Islam ini patut diberikan pengiktirafan, dan membantu mereka dengan memberi sedikit peruntukan supaya mereka dapat menjalankan peranan mereka. Saya ingat itu satu cadangan yang baik dan saya harap supaya pihak Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Agama akan mencatat dan mempertimbangkan cadangan beliau.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat Tumpat ada bangkit berkenaan dengan membesarkan dewan untuk membolehkan lebih ramai lagi orang datang untuk menghadiri dan menyaksikan perbicaraan yang sedang berlaku. Tuan Pengerusi, satu masalah yang kita hadapi tentulah bukan semua kes yang dibangkitkan dalam mahkamah itu menarik perhatian orang ramai.
Sekali sekala sahaja sensasi, ada kes-kes tertentu yang melibatkan film star kah, aktres kah, mungkin ramai ataupun ahli-ahli politik, tetapi dia bukan selalu. Jadi untuk kita membina satu ruang yang luas untuk memuatkan kehadiran orang sampai 100 atau 200 orang, saya kira itu sudah tentu akan mengambil ruang yang lebih luas dan ianya tidak digunakan pada setiap waktu.
Sekarang ini constraint of space memang ada. Jadi kita lebih mengutamakan the player iaitu tempat untuk hakim, tempat untuk defense council, Federal Council, tempat saksi, saya rasa itu lebih diutamakan daripada untuk kita menyedia satu ruang yang luas untuk mereka hadir menyaksikan perbicaraan yang kadangkala tempat itu kosong sahaja kerana orang tidak begitu berminat. Jadi saya kira cadangan Yang Berhormat itu agak sukar untuk kita laksanakan memandangkan kita mempunyai constraint of space dalam setiap bangunan, Yang Berhormat.
Keduanya sudah tentulah tentang keselamatan. Kita tidak menggalak unnecessary attendance, dengan izin, kerana berbangkit soal keselamatan juga di mana kalau sekiranya tempat ruang terlalu luas, lebih ramai orang yang datang maka agak sukar untuk kita membuat kawalan dan satu daripada perkara yang harus kita lakukan ialah untuk menjaga keselamatan hakim-hakim, saksi-saksi supaya jangan diganggu oleh pihak-pihak yang datang untuk mendengar dan menyaksikan perbicaraan itu. Jadi keselamatan juga adalah satu perkara yang diberikan pertimbangan yang berat sebelum kita boleh membuat keputusan untuk membenarkan ramai orang hadir dalam perbicaraan. Jadi keselamatan, Tuan Pengerusi, adalah penting.
Ketiga, Yang Berhormat, untuk kamera short circuit ini, kalau Yang Berhormat lihat..., saya pun hendak tentukan juga, sebenarnya tidak boleh disiarkan gambar, photographers are not allowed, dengan izin, masuk dalam mahkamah. Sebab itu kalau Yang Berhormat ingat kalau kes-kes besar yang dilakukan di dalam mahkamah, selalunya dia draw, dia melukis walhal apa perlu melukis. Lebih baik kita panggil orang, bawa photographer tangkap gambar terus, tetapi dia melukis. Bermakna ada satu peraturan yang tidak membenarkan secara langsung kita mengambil gambar-gambar di dalam mahkamah ketika perbicaraan sedang berjalan. Mungkin atas alasan-alasan ia boleh memudaratkan kes seseorang itu kah dari segi akan diguna nanti sebagai bukti pula, kalau ada counter claim atau sebagainya.
Sebab itu photographer, dengan izin, dan photographs are not allowed to be taken.
Jadi kalau siaran langsung circuit TV, maka samalah seperti macam ambil gambar di dalam mahkamah itu. Jadi sebab itu saya tidak dapat hendak menyebut peraturan tetapi lazimnya, amalannya di mana-mana pun tidak dibenarkan untuk menyiarkan secara langsung, ambil gambar kah atau siar secara langsung perjalanan perbicaraan itu. Sebab itu kalau Yang Berhormat tengok pun mereka melukis, dia draw. Mungkin ada sesuatu yang tidak mengizinkan, tetapi saya akan cari sebab itu dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Anggaran Tambahan Pertama 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri dengan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan JAKIM.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu telah membangkitkan agar peruntukan untuk aktiviti dakwah disalurkan terus kepada NGO-NGO Islam untuk menjalankan aktiviti dakwah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Tuan Pengerusi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM sememangnya menjalankan aktiviti dakwah dalam usaha meningkatkan pengetahuan Islam di kalangan masyarakat dan di antara aktiviti yang dianjurkan adalah kursus, seminar, ceramah yang melibatkan pelbagai peringkat masyarakat Islam di mana JAKIM dan YADIM sentiasa menganjurkan program bersama-sama dengan NGO-NGO Islam di mana aktiviti ini dibiayai sepenuhnya oleh agensi JAKIM. Berhubung dengan pembiayaan masjid Cina, masjid itu sebenarnya adalah di Selayang dan bukannya di Pudu seperti mana Yang Berhormat katakan. Untuk makluman Dewan, peruntukannya telah pun diluluskan. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja isu-isu yang berkaitan. Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mendepan soalan mengenai Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Serian telah pun menanyakan mengenai butiran mengenai Taman Teknologi Sarawak. Saya memohon maaf kerana ejaan bagi ”Tebedu” telah tersalah eja kepada ”Tepudu”. Kami akan betulkan dan seterusnya untuk makluman Yang Berhormat Serian, bagi tahun ini jumlah yang akan dibelanjakan untuk taman ini bagi Tebedu sahaja adalah RM11.8 juta dan dijangkakan akan siap projek ini pada Ogos 2010.
Seterusnya, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ledang mengenai cluster automotive. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini adalah projek yang begitu penting untuk membantu negara bersaing dalam industri automotif. Bagi makluman Yang Berhormat, industri ini adalah merupakan satu industri yang begitu niche dengan izin, di mana kita perlukan pembangunan new vehicle development, dengan izin. Contohnya daripada tool, die dan juga mould yang sedia ada untuk kereta. Sebanyak katakan RM1 bilion value atau nilai untuk production automotive ini, 40 peratus daripada kandungannya adalah TDM atau tool, die and mould dan daripadanya 90 peratus sekarang diimport daripada negara luar.
Ini kerana industri ini adalah terlalu niche. Ia memerlukan teknologi yang begitu tinggi dari segi reka bentuk dan dari segi craftsmanship, dengan izin. Memerlukan pelaburan yang tinggi dalam jentera-jentera dan juga kemudahan-kemudahan tertentu.
Oleh sebab itu, peruntukan tambahan ini diperlukan untuk membolehkan SIRIM memperoleh segala machinery ini untuk membantu industri ini. Ini kerana kita tidak mahu negara kerugian wang yang mengalir keluar sebanyak hampir RM540 juta kerana kita terpaksa beli bahan-bahan tool, die dan mould ini untuk industri automobil. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Cuma hendak tanya sedikit. Cuma hendak tanya, minta maaf hendak tanya. Peruntukan tadi disebutkan tentang membina acuan peralatan. Siapa yang menerima peruntukan, siapa yang diberi tanggungjawab, adakah Proton dan lain-lain?
Tuan S. K. Devamany
Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ledang, jentera-jentera ini akan ditempatkan di SIRIM dan SIRIM akan memberi kemudahan itu kepada semua vendor yang melibatkan diri di dalam TDM. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM257,187,600 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Jabatan Perdana Menteri hendaklah diluluskan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM257,187,600 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1)2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.11 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Maksud P.10 perbendaharaan di bawah butiran projek 00400 - Program Projek Khas yang memperuntukkan tambahan sebanyak RM50,134,000 untuk membiayai projek membina rumah-rumah kos rendah di pelbagai negeri.
Walaupun pada dasarnya kita mengalu-alukan projek membina rumah-rumah kos rendah untuk kebajikan dan kebaikan rakyat yang berpendapatan rendah, tetapi apa yang mendukacitakan walaupun kita meminta peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta, tetapi butiran hanya satu ayat. Kita tidak tahu di pelbagai negeri ini di negeri mana? Di Negeri Sembilan kah, di negeri Kelantan kah, di negeri Sabah, yang mana satu negeri? Kita hendakkan butiran projek-projek tersebut. Semua butiran projek-projek rumah kos rendah yang akan dibina. Berapa unit dibina, tapak di mana, setiap unit itu berapa bilik dan sebagainya? Supaya sebagai wakil rakyat kita tahu untuk memberitahu kepada rakyat kita yang ingin memohon untuk mendiami rumah-rumah kos rendah ini supaya mereka tahu di mana tapaknya. Supaya mereka tahu di mana untuk dipohonnya.
Kita mahukan ada satu mekanisme pelaksanaan yang lebih jelas kerana walaupun ini secara dasarnya kita meluluskan peruntukan ini, tetapi senarai projek itu sama ada ia telah dirancang atau belum atau sama ada ia masih di dalam peringkat perancangan. Kita hendak tahu kerana kita tahu bahawa setiap projek pembinaan rumah kos rendah ini memakan masa yang agak panjang kerana ada juga isu-isu tanah dan sebagainya sama ada isu-isu tanah itu telah diselesaikan dengan pihak kerajaan negeri. Kita juga hendak tahu bahawa satu proses yang lebih telus dilakukan. Ini kerana kita bimbang kalau kita meluluskan peruntukan ini tanpa satu perancangan yang lebih sistematik, kita takut ia akan seperti apa yang berlaku dalam perbelanjaan untuk pakej rangsangan yang pertama.
Ini adalah kerana tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa hanya RM1.5 bilion yang telah dibelanjakan walaupun sudah empat, lima bulan sehingga kini. Daripada RM7 bilion, hanya RM1.5 bilion yang telah dibelanjakan.
Kita tidak mahu supaya rangsangan kedua ini yang telah kita luluskan di sini akan mengalami nasib yang sama. Walaupun kita sudah luluskan tetapi tidak ada satu perancangan yang baik untuk kita laksanakan.
Yang keduanya Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai B.10, minta maaf, B.11 - Perkhidmatan dan Perbendaharaan. Sebanyak RM1.64 bilion untuk membina keupayaan masa hadapan. Antara lain merangsang aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan, penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai ditambah.
Begitu juga dengan ini. Kita mahu satu mekanisme yang lebih sistematik.
Saya rasa dalam Dewan yang mulia ini ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan cadangan supaya ada satu mekanisme kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tahu apakah projek-projek yang dilakukan di kawasan masing-masing. Bukan sahaja di sebelah sini, kita membuat aduan. Di sebelah sana juga membuat aduan, di Sabah dan Sarawak.
Peruntukan diluluskan tetapi projek tidak tahu di mana. Kita hendak tahu kerana ini satu jumlah yang begitu besar sekali RM1.64 bilion.
Banyak projek infrastruktur awam, PIAS dan sebagainya akan dilaksanakan di pelbagai kawasan di pelbagai negeri. Kita tidak tahu di setiap negeri dan di setiap kawasan, apakah projek-projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing, kita berhak untuk mengetahui di setiap kawasan itu apakah projek-projek yang akan dilaksanakan supaya kita boleh memantau. Kita membantu kerajaan. Kerajaan mengatakan bahawa hendak bekerjasama.
Kita hendak memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan. Kita boleh memantau.
Kalau kita ada senarai projek itu, kita balik kawasan kita, tengok kalau projek itu sudah diluluskan. Sama ada ia telah dilaksanakan, bagaimana ia dilaksanakan dan kita boleh pantau nilai pelaksanaan itu. Kita tidak mahu ada kejadian seperti projek RM100,000 menjadi nilai RM10,000 berulang lagi. Jadi, kita sebagai wakil rakyat ini memainkan satu peranan yang lebih konstruktif untuk membantu kerajaan. Namun begitu kerajaan tidak memberikan mekanisme itu kepada kita untuk memainkan peranan itu secara konstruktif.
Saya harap itu dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Yang keduanya, sebanyak RM1.6 bilion untuk mengurangkan pengangguran dan menambahkan peluang pekerjaan termasuk latihan kemahiran. Ini juga saya hendak persoalkan. Berkenaan dengan latihan kemahiran, kita hendak tahu, apakah kursus-kursus yang akan ditawarkan?
Apakah bentuk latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelatih-pelatih ini, di mana?
Di mana kolej-kolej dan berapa pekerja yang akan dilatih? Apakah syarat-syarat mereka untuk layak dilatih dan sebagainya? Kita tidak mahu nanti peruntukan yang besar ini bukan menguntungkan pekerja-pekerja kita. Yang untung hanya syarikat-syarikat pengusaha yang memberikan latihan kemahiran itu. Jadi saya hendak tahu satu ketelusan dan butiran yang lebih supaya rakyat di luar sana tahu apakah latihan-latihan yang bakal diberikan kepada mereka?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Berkenaan dengan peruntukan RM360 juta untuk meringankan beban rakyat golongan muda terjejas. Itu juga saya rasa satu butiran yang lebih terperinci diberikan supaya kita tahu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, berapa bantuan yang boleh dipohon dan sebagainya di setiap negeri dan setiap daerah. Berapa mereka pohon dan sebagainya dan apakah jenis bentuk bantuan yang diberi kepada mereka supaya rakyat berpendapatan rendah apabila mereka mencari wakil rakyat mereka, kita tahu kita ada maklumat yang tepat supaya kita boleh berikan kepada rakyat. Kita membawa mereka kepada jabatan yang spesifik dan memberikan secara terus kepada mereka.
Berkenaan dengan RM1.4 bilion, bantuan PKS, micro credit dan sebagainya.
Saya hendak tahu bahawa apakah jenis bantuan bentuk micro credit kerana kita ada banyak bantuan micro credit, tetapi selalu masalahnya sektor-sektor IKS ini tidak tahu bagaimana untuk memohon terutamanya sektor IKS masyarakat Cina. Mereka langsung tidak ada maklumat. Kadang-kadang mereka hendak tahu sama ada mereka layak atau tidak kerana banyak bantuan-bantuan IKS kecil dan sederhana ini tidak memberikan kelayakan kepada bukan bumiputera.
Jadi saya hendak tahu supaya pihak Menteri memberi satu jawapan yang terus di mana agensi-agensi perlaksanaannya kerana kita rasa kadang-kadang ada banyak kekeliruan di kalangan masyarakat orang ramai, di masyarakat PKS dan sebagainya.
Mereka hendak minta dan pohon bantuan kewangan ini tetapi tidak tahu di mana agensi mana satu untuk mereka pohon. Saya harap ini satu penjelasan yang lebih jelas dan satu mekanisme yang lebih teratur supaya diberikan kepada rakyat supaya yang memerlukan bantuan ini benar-benar dapat memohonnya serta mencapai objektif yang kita hendak luluskan di sini. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan Butiran 19000 Penyelidikan dan Pembangunan, iaitu peruntukan tambahan.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah jumlah dari segi penyelidikan dan pembangunan ini diberikan ataupun diperuntukkan kepada negeri Sabah dan juga secara khususnya kepada kawasan Parlimen Silam. Saya ingin mencadangkan di sini sebab dalam bajet tambahan RM60 bilion ini iaitu mini bajet ini disebutkan bahawa program akuakultur akan di beri bantuan dan secara khususnya di kawasan negeri Terengganu yang ditujukan kepada aktiviti penternakan udang.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Saya ingin memaklumkan di sini, kawasan saya di Parlimen Silam yang telah diwujudkan sebagai pusat akuakultur negara tidak disebutkan dalam mini bajet baru-baru ini dan saya berharap supaya pihak kementerian dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan ini dapat memberi peruntukan khusus dan khas kepada program akuakultur yang telah diwujudkan dalam kawasan Parlimen Silam.
Saya juga ingin menyentuh butiran 92000, Projek Infrastruktur Sabah iaitu Projek Pertanian dan Jalan. Saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan infrastruktur pertanian dan jalan yang dibina di Sabah ini yang dikhususkan di kawasan Parlimen Silam sebab saya melihat banyak lagi jalan-jalan di kawasan luar bandar terutamanya yang belum mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Jadi saya sangat berharap dalam mini bajet yang telah dibentangkan baru-baru ini dapat diambil kira dan diberi perhatian sebab dari segi jumlah yang diperuntukkan iaitu peruntukan tambahan berjumlah RM75 juta untuk negeri Sabah ini. Sebenarnya dari segi saiznya seperti yang kita tahu keluasan negeri Sabah ini kedua yang terbesar selepas negeri Sarawak memang tidak mencukupi dari segi jumlah tersebut. Saya mohon pihak kementerian agar dapat menambah dari segi peruntukan projek infrastruktur bagi negeri Sabah, membolehkan lagi kawasan-kawasan mendapat bantuan dan limpahan dari segi perancangan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan.
Kemudian Butiran 00400 Program Projek Khas, saya ingin menyentuh dari segi program bantuan micro credit, kita lihat bagaimana tekun ini bagaimana dari segi bantuan yang mereka berikan kepada penduduk yang terutamanya di kawasan luar bandar, pinjaman yang mereka berikan lambat di proses. Jadi untuk memudahkan supaya pihak rakyat dapat memohon dengan senang. Saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian yang berkaitan dapat memperbanyakkan aktiviti pencapaian untuk kawasan luar bandar. Ini akan membolehkan mereka akan dapat mengikuti perkembangan dan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan. Secara spesifiknya saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu dari segi pembiayaan projek untuk membina rumah-rumah kos rendah di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sabah ini khususnya di kawasan Parlimen Silam.
Saya minta supaya dapat ditambah dari segi jumlah yang diperuntukkan agar ianya dapat kita mencapai hasrat kerajaan untuk menghapuskan miskin tegar menjelang 2010 dan kalau boleh kerajaan dapat mengemas kini mekanisme dari segi perlaksanaan bagi membolehkan kerajaan dapat melaksanakan dan mencapai rancangan yang telah diperuntukkan atau di rancang oleh pihak kerajaan.
Kemudian dari segi bajet RM60 bilion yang telah dibentangkan baru-baru ini iaitu untuk Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan berjumlah RM1.2 bilion. Walau pun kita nampak dari segi sebutan jumlah itu agak besar tetapi memandangkan negeri Sabah dan Sarawak begitu besar saiznya kalau kita bahagi 1.2 itu lebih kurang ada 600 juta bagi setiap negeri tersebut. Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat menambah dari segi jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak ini untuk membolehkan dari segi perancangan itu lebih menyeluruh dan banyak lagi kita dapat bantu untuk membolehkan dari segi kemudahan-kemudahan yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas keizinan untuk memberikan saya turut berbahas dalam peringkat jawatankuasa di bawah Maksud P.10 Perbendaharaan. Saya ingin menyentuh satu butiran sahaja iaitu 00400 Program Projek Khas yang menelan peruntukan sebanyak RM50,134,00.
Tuan Pengerusi di bawah butiran ini tiga perkara ingin saya minta penjelasan iaitu yang pertamanya seperti mana Yang Berhormat Rasah sebut tadi. Bolehkah kita dapat satu jumlah yang lebih terperinci berkaitan dengan pengagihan mengikut negeri-negeri kerana kita mengharapkan projek yang hendak dilaksanakan di bawah bajet rangsangan ini benar- benar memberikan impak yang berkesan kepada negeri-negeri terutama negeri yang di kategorikan negeri-negeri kurang membangun seperti Sabah, Sarawak, Kedah, Perlis dan sebagainya.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ini kerana pengagihan ini cukup penting bagi rakyat Pengagihan dengan mengikut jumlah yang lebih terperinci serta projek-projek yang telah diklasifikasikan atau telah diputuskan.
Keduanya, memandangkan beberapa rakan di pihak Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangan mekanisme untuk memastikan bajet ini benar-benar turun sampai ke akar umbi sehinggalah mencadangkan beberapa pendekatan supaya pihak pentadbiran negeri diberi authority untuk memastikan jumlah yang hendak di sampai di peringkat akar umbi ini dikenal pasti. Berapakah jumlah yang projek-projek tersebut boleh di monitor dan boleh dipantau oleh pihak kerajaan negeri.
Oleh sebab itu sekarang ini terdapat satu kecenderungan di mana syarat-syarat untuk memiliki rumah kos rendah ini memerlukan sokongan daripada pihak pemerintah sahaja ataupun dalam erti kata yang lain kerana saya sendiri mengalami satu situasi yang tidak begitu menyenangkan kerana apabila Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat yang turut menyokong permohonan daripada rakyat dalam kawasan yang tidak kita merentasi persoalan parti. Akan tetapi, akhirnya permohonan kita diketepikan begitu sahaja. Jadi inilah di antara perkara yang cukup membimbangkan.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Saya setuju bahawa memang tidak ada dinyatakan secara jelas tentang syarat- syarat tersebut tetapi perkara ini telah dimanipulasikan. Ada unsur yang boleh kita sebut bahawa sebahagian daripada jabatan ini menyebut secara jelas bahawa hanyalah ahli-ahli yang menyokong Barisan Nasional sahajalah yang layak untuk mendapat rumah. Jadi, inilah satu sistem yang paling tidak telus yang kalau kita amalkan sangat mendukacitakan.
Apalah makna bajet rangsangan tetapi tidak mendapat pengagihan yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itulah sekiranya syarat ini walaupun tidak disebutkan dengan hitam putih tetapi cubalah kita melihat persoalan kemiskinan rakyat ini mengatasi daripada persoalan- persoalan politik dan sebagainya.
Ketiga dan terakhir yang ingin saya sentuh di dalam perkara butiran ini ialah soal pelaksanaan projek ini memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri. Oleh sebab itu bolehkah pihak kementerian yang hendak melaksanakan projek ini mengikut struktur organisasi pentadbiran di peringkat kerajaan negeri kerana untuk membina rumah sudah barang pasti Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri memerlukan tanah untuk membuat rumah tersebut kerana di bawah Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan, tanah ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Oleh sebab itu kalau berlaku pelaksanaan struktur projek baru, projek khas ini tidak mengambil kira struktur sedia ada di peringkat kerajaan negeri. Sebagai contohnya menggunakan jabatan yang baru diwujudkan selepas daripada 8 Mac, Jabatan Pembangunan Persekutuan di peringkat negeri, Jabatan Pembangunan Negeri di peringkat yang dilaksanakan, yang hanya menjadi rakan di peringkat Putrajaya. Ini satu perkara yang saya rasa sangat mendukacitakan.
Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan supaya menggunakan struktur kerajaan negeri yang sedia ada kerana kerjasama untuk memberikan tanah dan sebagainya dapat dijayakan dengan lebih baik lagi. Janganlah menggunakan struktur Kerajaan Persekutuan kerana ini akan menyebabkan pihak kerajaan negeri akan menghalang dan sebagainya.
Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Pada peringkat Jawatankuasa saya mohon mengambil bahagian dalam perbahasan Butiran 19000 – Pendidikan dan Pembangunan dengan dana sebesar RM125 juta. Saya bangun untuk menyokong dana ini yang berupa dana baru kalau mengikut Kertas Perintah 5A 2009 ini. Alasan kenapa ia patut kita adakan peruntukan ini ialah sudah sampai masanya soal penyelidikan, soal kajian ini diberikan tumpuan oleh Perbendaharaan terutamanya kalau bercakap tentang Kementerian Kewangan ini ia ada demikian banyak syarikat-syarikat kepentingan kerajaan seperti Menteri Kewangan Diperbadankan, ratusan jumlahnya.
Prestasi mereka ini harus diteliti dan hanya melalui satu kajian yang terperinci yang dilakukan oleh kumpulan penyelidikan yang berwibawa sahaja mampu menentukannya.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Misalnya saya terbaca sebuah kertas kerja yang di bentang oleh sekumpulan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang dibentangkan dalam conference antarabangsa di London beberapa bulan lepas yang mendapat dana sebesar RM50,000 waktu itu daripada EPU untuk mengkaji prestasi syarikat-syarikat GLCs dan non GLCs di Malaysia. Dibandingkan MAS dengan AirAsia, dibandingkan Maybank dengan Public Bank, dalam bidang yang serupa tetapi kategori syarikat itu berbeza, satu kepentingan kerajaan dan satu lagi sepenuhnya swasta. Didapati bahawa dari aspek untung rugi iaitu profit and loss, dengan izin, dari sudut pengurusan syarikat ternyata syarikat-syarikat GLCs ini agak jauh ketinggalan dengan semua kayu ukur yang telah dinilai oleh kumpulan penyelidik ini.
Begitu juga di dalam syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.
Sekumpulan pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa ini yang sempat saya temui kemudiannya menyuarakan bahawa kesukaran untuk mendapatkan dana penyelidikan ini.
Mereka sangat terasa sedangkan hasil daripada kajian itu saya kira mampu membantu kementerian khususnya dalam aspek kawalan terhadap bajet yang diletakkan, kawalan terhadap disbursement dengan izin, bajet itu dan juga pemantauan terhadap bajet penyelidikan itu dan hasilnya boleh dimanfaatkan. Kalau kita biarkan syarikat-syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan tim pengurusannya sendiri menilai prestasi tentulah tidak berapa tepat sebab mereka menilai prestasi mereka sendiri, walaupun perniagaan ini istilahnya untung rugi.
Begitu juga dengan kumpulan yang ada kepentingan kerajaan atau GLCs. Saya berikan contoh kenapa pentingnya penyelidikan ini dilaksanakan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dari Tasik Gelugor kerana sudah tentu saya berpeluang untuk menerima jawapan yang lebih berautoriti. Saya ambil contoh, misalnya pentingnya aspek penyelidikan diberi tumpuan supaya kita tidak mengulangi kesilapan- kesilapan dalam melaksanakan projek-projek yang berskala besar. Ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang banyak ataupun kalau ia projek berskala besar yang memerlukan pinjaman dari luar negara kadang-kadang tim perunding itu..., kalaulah mereka ini dibekalkan dengan maklumat penyelidikan yang lebih tepat, misalnya dalam Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ada bahagian yang diperolehi oleh China Harbour Engineering Corporation dan Exim Bank dari China menjanjikan pembiayaan yang cukup besar RM2.2 ataupun RM2.3 bilion begitu. Akan tetapi mereka mengenakan beberapa syarat atau conditions iaitu dana mereka ini hanya boleh mereka berikan jika sekiranya:
(i) 85 peratus daripada kerja-kerja pembinaan jambatan itu hendaklah diberikan kepada syarikat-syarikat yang berdaftar di negara China; dan
(ii) akaun syarikat juga hendaklah dibuka di China dan borrower nya ialah syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Jambatan Kedua Sdn. Bhd.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat kita di dalam peringkat jawatankuasa.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Jadi, kalaulah ada unsur panduan ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat kita di dalam peringkat jawatankuasa, Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Ya, saya bagi contoh tadi, Tuan Pengerusi. Saya bagi contoh, kalaulah bajet penyelidikan ini dapat ditumpukan kepada menentukan apakah critical success stories terhadap pelaksanaan satu projek besar. Saya sebutkan ini perkara yang belum lagi berlaku tetapi sudah pun dihidu masalahnya. Saya percaya Menteri Kewangan tahu apa yang saya maksudkan. Walaupun ia merupakan dana pinjaman daripada bank asing tetapi duit tidak mengalir ke negara kita, tidak ada kesan yang disebut trickle down benefits kepada syarikat-syarikat tempatan.
Kalaulah dana yang begitu besar diperuntukkan, sekumpulan penyelidik daripada universiti tempatan yang arif tentangnya boleh kita salurkan peruntukan ini bagi memastikan bahawa kesilapan lampau kalau berlaku yang tidak memungkinkan projek berskala besar itu berjalan dengan licin kesilapan itu jangan kita ulangi.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Ia tidak sekadar mengharapkan kepada sekumpulan pegawai kerajaan pencen kemudian ditempatkan dan diberikan amanah untuk menjaga kepentingan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan ini.
Macam yang berlaku di sinilah, ya? Dia bagi Letter of Acceptance, kontrak tidak sain, kerja jalan. Ini penting... [Ketawa] Letter of Acceptance bagi, Tan Sri Menteri. Bagi.
Ada pada saya pun. Kontrak tak sain tetapi kerja buat. Siapa yang hendak bayar? Apakah kerajaan terpaksa end up bayar? Ini penyelidikan, kalaulah Perbendaharaan boleh memberikan saluran ini. Kumpulan penyelidikan, pakar-pakar ekonomi daripada fakulti- fakulti universiti tempatan boleh sahaja kita berikan satu garis panduan tentang perjalanan program-program ini.
Saya percaya bahawa aspek ini boleh kita berikan tumpuan sebab ia bukanlah satu perkara yang sulit saya kira. Tuan Pengerusi, dana penyelidikan ini bersepah. Saya semak. Berulang kali saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini. Dalam buku bajet yang lepas lebih daripada 600 juta. Bersepah-sepah. Setiap jabatan, Bomba pun ada dana research, Perikanan pun ada, KEMAS pun ada. Perbendaharaan, EPU, MOSTI pun ada, bersepah-sepah dananya. Bila dana ini bersepah aspek kawalan kecekapan perbelanjaan dana itu tidak dapat kita pastikan. Hasilnya tidak ke mana. Akan tetapi kalaulah dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini tertera dalam buku Kertas Perintah ini, RM125 juta untuk maksud Perbendaharaan guna pakai, saya cadangkan supaya dana ini dapat dimanfaatkan dengan menyalurkan kepada sekumpulan pakar-pakar penyelidik dari universiti tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti yang saya contohkan dalam kajian mereka terhadap prestasi syarikat GLCs berbanding non GLCs. Kita terbalik.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Kalau di Singapura prestasi GLC’s Singapura jauh lebih baik dari prestasi syarikat none GLC’s di Singapura. Malaysia terbalik, di sebalik segala macam bimbingan, asuhan, peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat GLC’s, kita masih lagi ketinggalan, biarpun buku transformasi, buku hijau, buku merah, buku kuning segala-galanya, 10 perkara itu diberikan tetapi kajian oleh pihak universiti ini mendapati bahawa prestasi syarikat-syarikat kita masih lagi kurang.
Ini merupakan satu maklum balas yang cukup baik jika sekiranya kementerian atau Perbendaharaan dapat memberikan tumpuan, di samping saya syorkan agar tidak mengulangi kesilapan dalam pembiayaan projek-projek berskala besar. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Dapat, dapat cari. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga ingin turut serta bagi maksud B.11, Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Perkara 3. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi tentang RM360 juta untuk meringankan beban rakyat golongan mudah terjejas melalui subsidi perumahan dan program kebajikan. Kita nak tahu bagaimanakah kerajaan nak pastikan supaya pakej RM360 juta ini terus sampai kepada sasaran dan tidak tenggelam oleh kerenah birokrasi dan juga ketirisan yang akan berlaku di mana-mana.
Apakah bentuk mekanisme pelaksanaan dan mekanisme pemantauan yang akan diwujudkan oleh kerajaan, supaya benar-benar tidak berlaku masalah dan ketirisan supaya pembelaan kepada rakyat ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, dan bagi maksud P.10 Perbendaharaan; Butiran 00400 - Projek-projek Khas; RM50,134,000 untuk membiayai projek membina rumah-rumah kos rendah di pelbagai negeri.
Saya berharap mudah-mudahan perancangan pembinaan projek rumah-rumah kos rendah ini, bukan sahaja akan memberikan tumpuan kepada menyelesaikan isu yang berkaitan dengan isu-isu setinggan dan juga mereka yang tidak berkemampuan memiliki rumah-rumah di kawasan bandar-bandar sahaja, tetapi saya juga mengharapkan supaya kerajaan juga memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan di pinggir bandar kerana keperluan itu ada. Sebagai contoh di kawasan saya, daerah Kota Tinggi Parlimen Tenggara, di Batu 4, kampung berjiran, terdapat lebih kurang enam kampung.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Ada keperluan untuk pembinaan rumah kos rendah bagi mengelakkan penghijrahan anak-anak muda ke bandar-bandar besar dan juga bagi membantu memberikan kemudahan kepada keluarga-keluarga muda yang ada, yang terpaksa menyewa kerana tidak berkemampuan untuk memiliki rumah walaupun mereka sudah berkeluarga. Jadi saya harap mudah-mudahan Menteri dan juga kerajaan akan memberikan pertimbangan ini, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang. Eh, Yang Berhormat Ledang, maaf.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sebelah Sekijang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya menyentuh Butiran B.11, dua perkara sahaja, satu tentang peruntukan yang dinyatakan khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan, penstrukturan semula industri serta menggiatkan nilai tambah ini. Bagi kerja-kerja binaan termasuk kerja- kerja kecil, saya setuju sangat supaya kerja-kerja ini diserahkan kepada kontraktor secara sebut harga daripada nilai RM200 ribu kepada RM500 ribu tetapi saya harap pihak kerajaan juga memberi peluang bukan sahaja kepada kontraktor Kelas ‘F’ tetapi satu golongan kontraktor yang kecil bilangannya iaitu Kelas E kerana selama ini kerja-kerja antara RM150 ribu dan RM300 ribu adalah milik ataupun selama ini dilaksanakan oleh Kelas ‘E’.
Sekiranya Kelas ‘F’ sahaja dibenarkan mengambil kerja-kerja sebut harga untuk kerja melebihi ataupun hingga ke tahap RM500 ribu, Kelas ‘E’ akan hilang peluang. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan juga memberi peluang kepada kontraktor Kelas ‘E’ di seluruh negara bagi kerja-kerja tersebut yang golongan ini sedikit bilangannya.
Kedua Tuan Pengerusi, malam ini, ini di luar sedikit. Malam ini kita akan bersidang seperti biasalah seperti dulu, sehingga pukul 10.30 malam dan saya ulangi sekali lagi kalau boleh diadakan satu peruntukan tempat rehat kepada pemandu-pemandu kita ini, pemandu pegawai kanan, pemandu Menteri, semua sekali, kita Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, niat baik tetapi tidak kena tempat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
...Kerana di luar tidak ada tempat, mereka adalah pemandu kita, bahaya jika sekiranya mereka tidak cukup rehat. Sekian terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyambut perkara-perkara yang dibahaskan oleh kawan-kawan sebentar tadi. Dalam Perbelanjaan Bekalan, Maksud P.11. Apabila kita bercakap di peringkat dasar Tuan Pengerusi, kita menerangkan bahawa keseluruhan stimulus, suntikan stimulus pakej kedua ini adalah untuk mengangkat agregat demand, permintaan keseluruhan tetapi bila kita perhatikan peruntukan-peruntukan ini, saya merujuk kepada P.11, P.10, P.11, ya dua-dua sekali. Jadi P.11 ini Tuan Pengerusi, bagi jumlah yang diberikan atau diperuntukkan RM360 juta untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan yang mudah terjejas, mengelakkan pengangguran, mengurangkan pengangguran.
Saya kira peruntukan-peruntukan seperti ini perlu kita bukan hanya perhatikan pelaksanaannya, the evaluation of the details, dengan izin, tetapi jumlah itu pun dalam rangsangan ini, rangsangan fiskal ini perlu kita tambahkan. Saya mempertikaikan pula pada waktu yang sama peruntukan P.10, dan Menteri Kewangan kedua ada, saya cukup selesa Yang Berhormat Menteri Kewangan berada di sini, sebab saya telah bangkitkan sebentar tadi, apabila Menteri Kewangan tidak menjawab perkara-perkara ini.
Kalaulah peruntukan-peruntukan seperti yang disebutkan di sana, di bawah kepala 02900. Kita buat perbelanjaan ini, peruntukan ini mengapa perlu sampai RM200 juta, walaupun kita tahu ia merupakan new economic growth tetapi dalam suasana krisis ini peruntukannya mesti menjurus untuk menjana total agregate demand. Jadi ini semacam satu perangkaan bajet yang seharusnya telah difikirkan lebih awal, tidaklah dalam keadaan krisis ini RM200 juta meskipun saya tahu kepentingan itu tetapi ia tidak membayangkan bagaimana apabila perkara yang kita sebut sebagai objektifnya tidak dizahirkan dengan perancangannya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Di sini saya mempertikaikan dan saya dalam perbahasan peringkat dasar, saya menyebutkan tentang pentingnya to do the things right and to do the..., membuat perkara yang betul dan dengan betul, efisien dan efektif.
Ini saya mempertikaikan Tuan Pengerusi, sementara di bawah kepala 92000 itu penting dan kita tahu juga 93000 itu juga penting tetapi meletakkan RM200 juta peruntukan dan juga saya kira R&D, sahabat saya dari Machang menyebutkan tadi. Dalam konteks ini saya rasa, dalam konteks untuk menangani kesan kemelesetan, kesan kelembapan, saya tidak nampak sebenarnya keseluruhan perkara ini, sementara pada awal tadi, saya mempertikaikan dana itu sendiri.
Jadi saya minta juga kalau boleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II menyebutkan kembali kalaulah contribution cash itu tidak datang dalam bentuk mendapat sokongan, ataupun mendapat suntikan lebih daripada Petronas mahupun daripada to unlock or monetize government asset ataupun dengan sumber-sumber yang lain, saya tidak nampak mengapa dalam pakej stimulus kedua ini diberikan perkara-perkara yang tidak wajarnya sebagai priority, di mana letak perancangan dan objektif, sebab saya nampak ada mismatch, ia tidak aligned, dan di sini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan refer kepada P.10 00400 di mana RM50.1 juta diperuntukkan untuk rumah-rumah kos rendah. Jika kita katakan kos pembinaan rumah kos rendah ialah lebih kurang RM25,000, RM50 juta ini hanya boleh buat dua ribu rumah sahaja. Jadi ini satu angka yang begitu rendah, begitu kecil. Di Malaysia kita ada lebih kurang 4.5 juta keluarga dan setiap tahun kita dapat 150,000 keluarga baru yang memerlukan rumah. Jadi dua ribu rumah ini, mana akan cukup. Jadi saya fikir ini kena kaji semula dan juga kena banding dalam bajet asalnya apakah peruntukan untuk rumah-rumah kos rendah.
Kita juga kena tengok konsep yang dipakai di negara-negara Eropah di mana mereka ada council flats untuk disewa pada golongan miskin. Adakah perlu isu itu, pendekatan itu diguna pakai di Malaysia kerana ada ramai keluarga miskin yang pada masa ini tidak sanggup beli rumah kos rendah. Jika ada pun, mereka tidak sanggup beli pada masa ini. Mungkin mereka perlu rumah-rumah yang boleh disewa dengan kos rendah pada masa ini. Kita tidak ada program macam itu, saya ingat hasrat kita mengadakan setinggan sifar itu tidak boleh dicapai.
Satu lagi butiran ialah 19000 berkenaan dengan penyelidikan di mana RM125 juta diperuntukkan. Saya rasa adalah amat penting kita dapatkan kepakaran ekonomi untuk menganalisis masalah ekonomi yang kita hadapi sekarang. Kita perlu pelan-pelan kontingensi yang lebih tepat. Saya rasa kefahaman kerajaan kita termasuk kementerian- kementerian tak begitu tepat. Umpamanya di sini kita ada satu jawapan pada 4 Mac, nombor 30 di mana dikatakan dalam tahun 2009 dianggarkan seramai lebih 40,000 orang warga Malaysia akan kehilangan pekerjaan.
Tuan Pengerusi, kita di Malaysia ada tujuh juta pekerja yang dapat gaji. Katakan lima peratus daripada mereka hilang kerja oleh sebab kegawatan ini, lima peratus itu ertinya 350,000 pekerja, bukan 40,000. Jadi saya rasa kefahaman kementerian- kementerian yang kendalikan isu kegawatan ini tidak begitu tepat. Kita perlu ada satu analisis yang lebih dalam, kita perlu pakar-pakar ekonomi yang faham konsep-konsep seperti dengan izin, under consumption ataupun over capacity. Pakar ekonomi yang tahu tulisan-tulisan seperti Paul Baran, Paul Sweezy berkenaan isu-isu macam ini dalam monopoly capital. Kita perlu group macam ini supaya kita dapat buat pelan-pelan kontingensi yang tepat, yang realistik.
Saya rasa kita mesti ada pelan-pelan yang kendalikan worst-case scenario.
Katakan pengangguran meningkat ke 10 peratus, katakan kegawatan ini berterusan selama tiga tahun. Jika begitu, apakah cara kita kendalikan? Untuk mengadakan pelan kontingensi seperti itu kita mesti kepakaran yang boleh bagi kita satu gambaran yang betul.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Untuk hanya kita buat confidence building, kita katakan all is okay, don’t worry, jika macam itu, itu mungkin untuk public untuk buat confidence building. Akan tetapi untuk kita sendiri buat planning, kita mesti ada satu analisis, satu kefahaman yang berdasarkan realiti.
Sekarang saya hendak pergi ke B.11 di mana RM5 bilion diperuntukkan. Satu ialah aktiviti-aktiviti pembinaan di mana RM1.64 bilion diberi. Saya mahu tahu adakah aktiviti pembinaan ini melalui agensi kerajaan ataupun akan dibuat melalui syarikat-syarikat swasta kerana jika kita mahu aktiviti ini untuk menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia, memberikan kontrak kepada syarikat swasta mungkin tidak akan sampai ke sasarannya. Ini kerana ada kemungkinan syarikat-syarikat swasta yang dapat projek-projek pembinaan infrastruktur itu akan mendapat pekerja migran, pekerja asing kerana gaji mereka jauh lebih rendah especially jika mereka ambil pekerja asing yang hilang kerja di sektor lain dan sekarang sudah jadi tanpa dokumen, mereka boleh dibuli dan diberi gaji yang begitu rendah.
Jadi RM1.64 bilion ini untuk menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia, mungkin tak sampai sasarannya. Saya rasa jauh lebih baik jika projek-projek ini dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan seperti JKR dan pejabat daerah. Jika dikendalikan, jika diswastakan mesti ada mekanisme yang bagus untuk memastikan pekerja Malaysia ditawarkan kerja dan ini bukan semua disalurkan kepada pekerja migran yang dibuli dengan gaji yang rendah.
Dalam peruntukan yang sama, B.11, RM1.6 bilion diberi untuk kurangkan pengangguran dan untuk latihan kemahiran. Kami juga difahamkan bahawa daripada ini, RM500 sebulan akan diberi kepada pekerja yang hilang kerja yang ikut kursus-kursus kemahiran ini. Jika RM500 sebulan ini untuk pekerja, tetapi saya mahu tahu apakah bayaran yuran untuk kolej latihan kemahiran itu, RM500 kah, RM1,000 kah RM1,500 kah dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan kursus yang ditawarkan oleh kolej-kolej latihan ini betul-betul beri kemahiran yang boleh dipakai dalam work force, dalam ekonomi kita kepada pekerja-pekerja yang berdaftar di situ. Jika pekerja mendapat RM500 jika mereka mendaftar, mereka akan pergi mendaftar dalam kursus ini tetapi jika kursus itu tidak begitu baik dalam melatih mereka dalam kemahiran, itu satu pembaziran yang besar. Mereka pergi kursus hanya untuk dapat elaun, mereka tidak dapat kemahiran dan syarikat-syarikat yang adakan kursus itu menjadi kaya-raya.
Jadi Malaysia ini adalah sebuah negara yang kaya jika kita bandingkan dengan negara-negara lain tetapi kita mesti berjimat kerana krisis ini jauh lebih serius daripada apa yang berlaku pada 1987 dan 1997 dan mungkin akan berterusan selama lima tahun. Kita mesti ada perancangan yang tepat, pelaksanaan yang telus dan kita mesti memastikan reserve kita tidak disalahgunakan untuk kepentingan syarikat-syarikat tertentu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud P.10 Butiran 93000 iaitu Projek Baik Pulih Infrastruktur Akibat Banjir di Sarawak. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan wang sebanyak RM100.268 juta untuk membiayai projek baik pulih infrastruktur akibat banjir di Sarawak. Ini terang menunjukkan dan membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat yang ditimpa masalah atau bencana.
Tuan Pengerusi, banjir yang berlaku pada bulan Januari yang lepas di negeri Sarawak iaitu sebanyak dua kali merupakan banjir yang paling dahsyat, banjir yang paling besar yang pernah berlaku at least since I was born.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Jadi dalam mana hampir seluruh negeri Sarawak was effected by the flood. Jadi Tuan Pengerusi, dalam saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan wang RM100.28 juta untuk membiayai projek baik pulih infrastruktur akibat banjir ini. Saya nampak wang RM100 juta lebih ini tidak mencukupi. Ini kerana kalau kita tengok di negeri Sarawak kita mempunyai 31 daerah.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Jadi RM100 juta kalau dibahagi kepada 31 buah daerah, ini bererti sebuah daerah hanya diperuntukkan lebih kurang RM3 juta. Sedangkan Tuan Pengerusi, kawasan saya sendiri iaitu kawasan Parlimen Serian kerosakan yang telah dianggarkan oleh pihak JKR adalah tidak kurang dari RM16 juta. Oleh yang demikian saya minta kementerian, saya minta kerajaan supaya mengkaji perkara ini agar peruntukan ini dapat ditambah. Tuan Pengerusi, saya telah menyebutkan tadi sekurang-kurangnya RM16 juta untuk kawasan Parlimen Serian.
Jadi untuk menggunakan RM16 juta ini tiga batang jalan yang perlu atau terdesak sekali perlu diturap. Batang-batang jalan ini ialah batang Jalan Pohon Kahad, Jalan Mentong Sengai, Jalan Terbat, Muara Ahi dan Makpuk. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin tanya walaupun saya telah menyatakan bahawa wang sebanyak RM100.26 juta ini tidak mencukupi dan kita minta ia akan ditambah. Jadi akan yang saya ingin tahu sekarang ialah dari peruntukan yang hanya RM100.28 juta ini, berapakah akan diagihkan atau diperuntukkan untuk kawasan Parlimen saya Serian? Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya saya ingin menyentuh perkara 00400 iaitu berkaitan dengan Pembinaan Rumah-rumah Kos Rendah. Tanpa mengulangi apa yang telah dikatakan oleh rakan-rakan yang lain dengan perkara ini. Saya hanya ingin menyentuh satu perkara Tuan Pengerusi iaitu perkara mengenai dengan proses penilaian bakal-bakal penerima ataupun mereka yang disenaraikan sebagai penerima rumah kos rendah ini. Oleh kerana saya perhatikan bahawa senarai ini berasaskan kepada senarai dalam KIRT, Kes Isi Rumah Tangga yang termiskin.
Sementara senarai ini bagi khidmat saya perlu disemak semula kerana ada di antara mereka yang tersenarai itu sepatutnya tidak ada dalam senarai. Kedua, saya lihat dalam pelaksanaan pembinaan rumah kos rendah ini tidak ada indeks prioriti yang telah dibuat. Maksud saya Tuan Pengerusi, ada mereka yang sepatutnya menerima terlebih dahulu tetapi terkemudian. Contohnya di kawasan saya Tuan Pengerusi ada kes-kes di mana isi rumah tangga satu keluarga itu adalah semestinya apabila hujan mereka berteduh di rumah.
Akan tetapi bagi keluarga ini, apabila hujan mereka keluar daripada rumah berteduh di rumah yang lain dan mereka belum mendapat rumah murah. Saya ada gambar, saya ada bukti. Satu lagi bagi kes di mana isi rumah tangga itu jatuh sama sekali ke tanah oleh kerana lantai itu roboh. Pertanyaan saya kenapa keluarga seperti ini tidak termasuk dalam senarai penerima? Sedangkan mereka yang menerima itu lebih baik penghidupan mereka serta bentuk rumah lebih baik. Jadi saya kira persoalan ini Tuan Pengerusi ialah asas penilaian keluarga. Saya percaya bahawa tidak ada lawatan yang sebenarnya kepada keluarga yang dikaji.
Jadi, saya minta kementerian untuk mengambil perhatian tentang perkara ini. Saya juga ingin menyentuh tentang kes 9200 iaitu Projek Infrastruktur Sabah. Terima kasih oleh kerana ini merupakan satu peruntukan yang baru sebanyak RM75 million. Akan tetapi seperti yang dikatakan oleh rakan daripada Silam bahawa jumlah ini jauh kurang daripada apa yang diperlukan. Tuan Pengerusi, pecahan dalam projek ini iaitu infrastruktur untuk pertanian dan juga jalan. Menyentuh tentang perkara pertanian ini, peruntukan ini juga adalah diagihkan untuk membina jalan-jalan raya ataupun perparitan kepada kawasan- kawasan pertanian. Di Sabah ini dua sumber pendapatan bagi orang-orang kampung ialah penanaman padi dan juga getah.
Dalam soal pengeluaran padi di Sabah setakat ini mengikut yang telah dilaporkan oleh kerajaan negeri ialah hanya setakat 36 peratus. Bererti kita perlu untuk menggembleng tenaga untuk mempertingkatkan. Kenapa peratusan itu turun? Oleh kerana kita mempunyai rakan-rakan PTI yang banyak iaitu turut serta duduk di Sabah dan sudah tentunya pengeluaran ini turun dari segi peratusan. Kedua kalau kita berbicara tentang membantu bagi penanam-penanam getah kecilan di Sabah ini.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Pengerusi masih banyak mereka ini yang berladang di kawasan yang mana tidak mempunyai jalan sampai ke tempat mereka. Sekarang ini masih ada kes peladang getah di Sabah ini yang mengangkut hasil getah mereka ke pekan melalui sungai dengan iaitu mereka hanyutkan kepingan getah itu dan di sambut di hilir barulah dihantar ke pekan.
Jadi, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya kes-kes seperti ini diambil perhatian, dibuat tinjauan supaya peruntukan ini dapat sampai ke sasaran yang sebenarnya. Dalam soal penanaman padi ini kerajaan telah mengumumkan bahawa satu peruntukan yang besar diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak untuk memperkembangkan penanaman padi.
Di Sabah ini kita mempunyai lebih kurang tiga tempat di mana kita boleh bangun penanaman padi iaitu di Kota Belud, di Kinabatangan dan di Papar mungkin. Akan tetapi saya lihat Tuan Pengerusi, kawasan-kawasan seperti Kota Belud ini perlu suntikan peruntukan yang cepat dan besar untuk mempercepatkan pembangunan.
Saya juga ini menyentuh 9300 walaupun ianya khas untuk Sarawak, kita gembiralah oleh kerana ada peruntukan untuk negeri Sarawak kerana telah dilanda banjir yang begitu teruk. Akan tetapi di Sabah juga tidak kurang akibat banjir baru-baru ini kalau pun bukan di kawasan Pantai Barat tetapi di Kalabakan dan juga di Kudat iaitu tempat yang termiskin di Sabah. Saya sendiri telah melawat kawasan itu semasa banjir terpaksa menggunakan helikopter kerana dua daerah itu terputus hubungan daripada cable line.
Saya lihat penduduk sana kebuluran semasa banjir dan kita terpaksa mengangkut bantuan beras dan sebagainya.
Apa yang saya lihat Tuan Pengerusi, kawasan-kawasan tersebut dari segi infrastrukturnya walaupun jalan raya itu tidak putus tetapi infrastruktur ladang padi dan pertanian juga musnah. Jadi, saya mohon dalam perkara ini bagilah juga perhatian sedikit kepada Sabah. Walaupun bagi tafsiran kalau banjir itu hanya melibatkan satu dua daerah, maka ini diiktiraf sebagai tanggungjawab negeri. Akan tetapi apa salahnya kalau Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri dalam hal ini.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya menyentuh B.11 iaitu mengenai dengan mengurangkan pengangguran dan juga peluang pekerjaan. Kerajaan Malaysia telah mencetuskan satu program iaitu Program Pakar. Di mana kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia yang telah dilatih di luar negara yang profesional supaya kembali ke Malaysia untuk berkhidmat.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia saya ingat dan program ini telah mendapat sambutan yang baik. Ramai daripada mereka telah memperoleh kepakaran termasuklah dalam perubatan telah kembali ke negara kita. Saya sendiri mengetahui satu kes Tuan Pengerusi. Doktor ini mempunyai dua kepakaran. Dia terbaca tentang program ini. Beliau kembali ke Sabah dan Malaysia bersedia untuk berkhidmat di mana telah memohon diproses oleh Kementerian Sumber Manusia sejak bulan Oktober tahun yang lalu dan kes beliau ini telah direfer kepada Kementerian Kesihatan dan juga JPA. Sehingga hari ini beliau masih menganggur. Ini soal pengangguran. Alangkah malangnya kerana beliau ini mempunyai dua kepakaran internal medicine dan juga ‘tumor’ management yang kita perlu, dan saya telah melihat semua dokumen ianya telah tersangkut di JPA.
Saya ingin bertanya kenapakah ini memerlukan berbulan-bulan. Kita panggil mereka balik ke Malaysia tapi mereka hari ini menganggur. Mereka tidak boleh praktis sama ada dalam hospital kerajaan ataupun sebagai private practitioner, kerana tidak mendapat lesen daripada kerajaan. Jadi dengan izin, its a wasted manpower sedangkan sekarang ini kita memperuntukkan banyak wang untuk melatih, tapi mereka yang sudah terlatih dengan belanja mereka sendiri mahu bekerja di Malaysia tetapi proses regularize permohonan itu memakan masa berbulan-bulan. Jadi inilah saya harapkan kerajaan ambil perhatian terutama sekali JPA. Saya lihat ia selesai di Kementerian Sumber Manusia, selesai dalam Kementerian Kesihatan tetapi JPA mengambil masa.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Ada juga perasaan oleh kerana beliau ini telah dilatih di Taiwan dan sebagainya maka kertas beliau ini lambat diproses. Jadi saya mohonlah kerajaan mengambil perhatian tentang perkara ini. Terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Bandar Kuching dan jangan kasi sakit kepala saya.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tidak, tidak, tidak... [Ketawa] Tak akan kasi sakit kepala kepada Tuan Pengerusi. Saya akan merujuk kepada Maksud B.11 mengenai RM360 juta adalah untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas antara lain melalui pemberian subsidi perumahan dan program kebajikan.
Saya ingin bertanya dari manakah kerajaan berniat untuk mendapatkan dana untuk membiayai butiran ini. Saya bertanya soalan ini kerana daripada satu soalan jawapan yang diberi kepada Yang Berhormat Rasah, kerajaan berkata bahawa mereka memberi kebenaran kepada syarikat empat nombor ekor untuk mengadakan special draw supaya dapat mendapatkan lebih banyak revenue untuk membiayai program kebajikan.
Saya berasa ini tidak berpatutan kerana special draw ini telah membebankan ramai orang khususnya mereka yang ada tabiat membeli nombor empat ekor dan kebelakangan ini kerajaan telah memberi banyak kebenaran kepada Syarikat Empat Nombor Ekor untuk mengadakan special draw dan kita telah terima banyak aduan daripada orang ramai, bahawa untuk menyeru kerajaan supaya menghentikan special draw ini. Untuk mereka membeli, pemikiran mereka adalah kalau mereka tidak beli dan nombor yang biasanya mereka beli itu keluar mereka berasa sedih. Oleh itu, bukanlah alasan yang diberi oleh kerajaan bahawa tidak ada paksaan untuk mereka beli special draw ini. Ini tak dapat diterima.
Satu lagi argument adalah bahawa walaupun kerajaan dapat mengutip revenue daripada special draw ini, tetapi syarikat empat nombor ekor itu yang menjadi the biggest winner kerana keuntungan yang lebih itu. Semasa perbahasan minggu lalu saya ada tanya Yang Berhormat Menteri, apakah pendirian kerajaan atas special draw ini, tetapi malangnya nampaknya Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak mahu jawab dan tidak mahu menjelaskan apakah pendirian kerajaan atas special draw ini. Oleh itu, saya sekali lagi menyeru kerajaan supaya menghentikan special draw ini supaya ia tidak membebankan rakyat jelata.
Perkara kedua yang ingin dibangkitkan adalah mengenai P.10, Butiran 93000 mengenai Projek Baik Pulih Infrastruktur Akibat Banjir di Sarawak. Kita semua tahu dalam bulan Januari yang lalu tahun ini Sarawak dilanda dua kali banjir besar. Tadi Yang Berhormat dari Serian pun ada sebut kejadian banjir ini dan saya amatlah bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Serian bahawa peruntukan RM100,268,000 tidaklah mencukupi dan saya ingin menyeru kepada kerajaan juga supaya memberikan satu maklumat lebih terperinci mengenai di mana-mana kawasan jumlah RM100 juta ini akan digunakan, kerana di Sarawak keluasan Sarawak adalah sebesar seluruh Semenanjung Malaysia dan kita hendak tahu sama ada berapa juta, berapa peratus daripada RM100 juta ini akan diberi kepada kawasan Kuching, diberi kepada kawasan Sri Aman, Sibu, Miri, Bintulu kerana selalunya semasa banjir berlaku wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional akan melaung-laungkan ada beberapa ribu, beberapa juta akan diperuntukkan dan selalunya rakyat tidak berasa dan tidak nampak duit-duit atau peruntukan-peruntukan yang telah dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Saya juga ingin memberi satu contoh. Selepas banjir ini berlaku Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat dari Pekan ada melawat Sarawak dan di Kuching dia berjanji bahawa akan memberikan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir itu dan untuk keluarga yang tidak berpindah ke pusat pemindahan akan diberi wang ihsan RM300 sekeluarga.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Akan tetapi hari ini baru sahaja saya telah terima satu panggilan telefon daripada penduduk di tempat yang telah dilanda banjir di Bandar Kuching, mereka kata mereka telah dipanggil pergi ke cawangan SUPP Batu Lintang untuk mendaftar supaya dapat wang ihsan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sudah satu hingga dua bulan selepas pendaftaran, sehingga hari ini tidak nampak apa-apa duit. Oleh itu saya ingin tahu juga maklumat terperinci mengenai peruntukan RM100 juta ini bagi kawasan-kawasan mana, bilakah projek-projek baik pulih itu akan dimulakan dan bilakah projek-projek ini akan disiapkan. Hanya dengan adanya maklumat yang terperinci ini, barulah kita boleh memantau progress projek-projek ini dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila daripada BN. Ya. Saya rasa selepas ini saya terpaksa tutup perbahasan. Sudah dua belas orang berucap. Enam daripada BN dan enam daripada pembangkang. Saya mohon maaf. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri Kewangan II, sila bersedia untuk menjawab. Sila, Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak mengatakan pasal P.10, 93000. Walaupun ia telah disebut oleh Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Bandar Kuching, tetapi oleh kerana kawasan saya jauh di pedalaman, saya takut bahawa kawasan saya dilupakan sebab pada masa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengagih-agihkan wang ihsan itu, kebanyakan yang betul-betul terlibat dengan banjir belum lagi menerima bantuan itu. Jadi, walaupun sedemikian, saya hendak mengatakan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah turun padang seperti Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mengagih-agih dan memberi kepercayaan serta keyakinan kepada rakyat.
Jadi, dengan adanya duit RM100,268,000 ini, saya berharap sebahagian besar juga diberi kepada kawasan saya, Sibuti. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Kewangan, sila.
Menteri Kewangan ll - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Sibuti.
Banyak soalan telah ditanya dan banyak komen telah diberi. Satu isu yang penting yang disebut oleh dua tiga orang Yang Berhormat ialah tentang mikro kredit. Kerajaan memang menganggap mikro kredit sebagai satu aspek yang begitu penting. Baru-baru ini kerajaan telah mengambil satu langkah untuk memperluaskan Sistem Amanah Ikhtiar yang telah berjalan dengan begitu jayanya dalam tempoh dua puluh tahun dan telah banyak menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan di luar bandar. Kerajaan telah mengambil satu langkah untuk memperluaskan Skim Amanah Ikhtiar kepada bandar khas untuk semua kaum.
Kini sudah 17 cawangan dibuka di bandar-bandar untuk memberi bantuan kepada semua kaum kerana banyak juga kita lihat kemiskinan di bandar oleh semua kaum.
Sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk tujuan ini. Selain dari Amanah Ikhtiar, bank- bank termasuk Bank Simpanan Nasional, Agrobank dan TEKUN telah mengambil tindakan untuk memberi fokus juga kepada mikro kredit. Seperti yang kita sedia maklum, dalam pakej rangsangan kedua ini, sebanyak RM300 juta diberi kepada Agrobank untuk memberi kemudahan kepada petani dan peniaga luar bandar dan RM50 juta juga diberi untuk TEKUN. Banyak juga Ahli-ahli Yang Berhormat telah minta penjelasan tentang B.11 tentang butiran-butiran...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
...Dalam pakej sebanyak RM1.64 bilion untuk membina keupayaan masa hadapan, antara lain merangsang aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan, penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai tambah. Ini termasuk...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada skim mikro kredit. Saya hanya ingin mendapatkan kepastian sama ada semua skim mikro kredit ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana saya rasa ada banyak kekeliruan. Contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM kerana sebelum ini ia hanya terbuka untuk bumiputera. Apabila ada bukan bumiputera hendak memohon, dia kata tidak mencapai syarat tersebut. Saya rasa satu kepastian perlu diberikan. Kalau skim ini terbuka kepada orang ramai, saya harap kementerian memberikan satu penerangan yang lebih sistematik kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa skim ini dibuka untuk semua kaum. Sebab itulah kita membuat satu extension, kita memperluaskan skim ini untuk tempat-tempat di bandar pun.
Kalau persepsi masa ini ia sebagai satu skim hanya untuk membantu kaum bumiputera, kita akan mengambil tindakan. Itu satu cadangan yang baik dan Kementerian Kewangan akan mengambil tindakan untuk memberi penjelasan dan untuk menyebarkan maklumat ini bahawa AIM adalah untuk semua kaum.
Sebanyak RM1.64 bilion ini dibahagikan kepada banyak projek termasuk PIA dan PIAS sebanyak RM500 juta, Rumah Mesra Rakyat sebanyak RM200 juta dan penurapan jalan sebanyak RM200 juta. Kita juga mengambil tindakan untuk membina monsoon drain, jalan porthole, penyelenggaraan projek-projek kecil dalam kawasan PBT, RM100 juta diberi untuk river cleaning, pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan. Kita juga mengambil kesempatan ini untuk memberi RM50 juta untuk extra curricular activity. Ini penting sebab kita lihat banyak sekolah tidak cukup wang untuk extra curricular activity dan untuk membawa murid-murid pergi ke zoo dan tempat-tempat lain.
Ini penting dalam kita memberi pelajaran dan kita memberi pendidikan. Adalah penting juga sekolah-sekolah mempunyai cukup peruntukan untuk extra curricular activity.
Saya juga merujuk tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tentang rumah kos rendah. Kita sedar bahawa pada masa ini Ahli-ahli yang lain seperti Yang Berhormat Kuala Selangor juga yang telah menyebut tentang isu ini. Rumah kos rendah dibahagikan kepada semua dan tidak ada satu niat yang buruk untuk hanya memberi peruntukan rumah kos rendah hanya kepada penyokong atau Ahli Barisan Nasional. Kalau wujud masalah-masalah di pihak akar umbi, kita akan memaklumkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat bahawa rumah kos rendah adalah untuk semua rakyat dan tidak bergantung kepada pendirian politik masing-masing.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya sedikit penjelasan daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi berkaitan dengan pelaksanaan di peringkat akar umbi dasar membantu rakyat untuk rumah kos rendah ini termasuk program terbaru yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat.
Baru-baru ini, saya balik sendiri ke kawasan saya di Kulim. Beberapa tempat yang memerlukan bantuan perumahan. Pada dasar baru dipanggil rumah mesra rakyat, kalau ada geran tanah just apply. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa untuk rakyat di bawah mendapatkan borang itu, perlu mendapatkan borang tersebut di Pejabat UMNO cawangan. Kemudian, bukan itu sahaja. Ini, saya pergi sendiri, dia pula tidak kenal saya Ahli Parlimen.
Jadi, saya pergi sendiri, saya kata Encik, saya orang miskin, saya hendak ini. Dia kata kad UMNO mana? Saya kata, saya bukan Ahli UMNO, saya rakyat Malaysia, orang kampung. Minta maaf, ini pergi isi borang dahulu, selepas itu datang balik. Saya kata macam itu saya hendak jumpa Yang Berhormat Menteri lah, saya hendak minta borang dengan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Dia kata, hang pergi lah jumpa dia tetapi yang hendak cop kami dia kata. Kami yang cop. Minta maaflah Yang Berhormat Menteri, kita cakap Penang sedikit. Kalau hang tidak dapat cop kami, hang tidak dapat. Kalau kami cop hang bukan Ahli UMNO, dia kata kami cop kalih dia panggil. Dia panggil dasar cop kalih. Rupanya, orang UMNO ini dia akan cop dengan cop nama dia terbalik.
Apabila borang yang kita hantar itu ada tandatangan dia, ada cop dia tetapi cop dia terbalik, rupanya jabatan kerajaan ini pun faham yang orang ini orang kalih, jangan bagi.
Jadi, saya akan berasa sangat sedih kalau Yang Berhormat Menteri nafikan perkara ini.
This is happening on the ground minta maaf dengan izin. Jadi, minta sangatlah Yang Berhormat Menteri supaya perhatikan perkara ini. Ianya berlaku di kalangan rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan ini.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya memang tidak nafikan mungkin isu ini berlaku tetapi itu bukan dasar kerajaan. Kalau berlaku dan kita tahu misalan di tempat Yang Berhormat di Kulim, kita akan mengambil tindakan untuk menyiasat tentang isu ini sebab isu ini patut tidak berlaku.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta penjelasan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Okey.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan RM1.64 bilion tadi, apa yang disebutkan tadi saya tidak nampak yang aspek penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai tambah. Contoh-contoh yang disebutkan tadi merupakan lebih dari segi penyelenggaraan, dari segi pembinaan, dari segi mungkinlah bila sebut soal extra curriculum activities untuk sekolah itu, masa depan keupayaan mungkin membina keupayaan masa depan itu yang dimaksudkan.
Akan tetap dari segi penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai tambah, jenis aktiviti yang macam mana dan penstrukturan industri yang macam mana dan berapa yang dibajetkan untuk aktiviti-aktiviti ini dan bagaimana ianya akan menjadi sebagai satu tindakan yang merangsang ekonomi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Boleh sekali, boleh sekali? Ya, berbalik pada PIAS tadi kita tidak menafikan bahawa memang banyak peruntukan. Kita tidak tahu bahawa banyak wang untuk peruntukan projek-projek PIAS ini. Akan tetapi berbalik kepada persoalan kita ialah bukti. Kita hendak tahu di mana projek-projek itu, senarai projek itu mengikut setiap kawasan Parlimen supaya Ahli Parlimen ada satu senarai, kita tahu di kawasan Parlimen ini, tahun ini ada berapa projek PIAS yang akan dilakukan, di mana tempatnya dan kita boleh pergi pantau. Saya harap cadangan ini boleh diambil kira oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Satu cadangan yang baik dan Kementerian Kewangan akan berbincang dengan EPU untuk memastikan bahawa kita dapat butiran- butiran yang detail, yang lengkap tentang projek-projek mengikut kawasan Parlimen masing-masing. Saya akan berbalik kepada isu tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Namun, saya ingin menjawab beberapa isu lain yang dibangkitkan. Satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi ialah tentang aggregate demand dan sama ada kita harus memberi tumpuan kepada aggregate demand atau pun memberi tumpuan dalam kita cuba memulihkan ekonomi kepada aspek-aspek lain dari aggregate demand.
Ini satu isu yang harus difikirkan seelok-eloknya. Tidak ada satu jawapan yang boleh kita gunakan untuk menyelesaikan isu ini, sebab ada dua perkara yang penting dalam kita menghadapi krisis ini:
(i) untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh rakyat sebab seperti yang disebutkan tadi di Dewan ini mungkin 5 peratus dari jumlah pekerja dan kita tahu jumlah pekerja hampir 10 juta sebenarnya mungkin akan kehilangan kerja tetapi kita harap tidak; dan
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
(ii) kita harus mengambil tindakan untuk memastikan bahawa mereka yang mampu kerja dapat kerja.
Jadi, oleh kerana itulah kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa wujud sebanyak 163,000 jawatan dalam masa yang singkat dan 63,000 dari 163,000 jawatan itu adalah di public sector. Pada masa yang sama, kita juga mengambil kesempatan ini untuk memberi latihan supaya mereka yang mungkin pada suatu masa dahulu, mereka kerja dari pukul 9 pagi sampai malam kini tidak dapat kerja, tidak dapat buat overtime dan ada masa sedikit, mereka juga akan diberikan latihan di dalam bidang-bidang khusus.
Kita memberi latihan untuk mereka yang retrench untuk mereka yang buat part time, untuk mereka yang keluar dari universiti, graduan-graduan supaya mereka dapat latihan, pengetahuan dalam bidang-bidang khusus. Supaya apabila ekonomi kembali pulih, kita sudah wujud satu golongan pekerja di Malaysia yang mempunyai kemahiran yang lebih dari sebelum. Itu mungkin sebagai satu hikmah. Hikmah dari krisis ini, sekiranya kita ikhtiar, kita dapat menggunakan masa ini untuk memberi latihan yang lebih.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Pada masa yang sama, kita harus juga memastikan bahawa bank-bank terus memberi pinjaman. Oleh kerana itulah, seperti yang diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi, oleh sebab itulah dari RM60 bilion itu, RM25 bilion merupakan tabung jaminan. RM15 bilion untuk bon, RM5 bilion untuk working capital, RM5 bilion lagi untuk penstrukturan semula industri.
Sama ada ini boleh dianggap sebagai aggregate demand, saya fikir bahawa ini adalah untuk meningkatkan aggregate demand sebab kalau kerajaan tidak membuat apa- apa, tidak mewujudkan satu dana jaminan yang dapat wujudkan satu jumlah peminjaman, membolehkan peminjaman dibuat sehingga RM25 juta. Dengan RM25 juta yang dipinjam dan dibelanjakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia memang aggregate demand akan meningkat. Selain daripada aggregate demand, kita juga telah mengkaji sama ada kita harus memberi sedikit tumpuan juga untuk supply side sebab ada dua aspek aggregate demand. Satu demand side, satu lagi supply side.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Supply side termasuklah yang memberi pemotongan cukai dan lain-lain. Kita fikir pada masa ini, memang kerajaan bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bahawa kita memberi tumpuan yang lebih kepada aggregate demand sebab aggregate demand adalah policy yang akan memberi impak yang lebih optimum dalam keadaan ini dan sungguhpun demikian, kita memberi juga sedikit pemotongan cukai, sedikit aspek cukai tapi secara fokus yang berjumlah RM3 bilion. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Tan Sri Menteri. Saya tidak ada masalah dengan huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya kita berdepan dengan krisis dan krisis ini mungkin memakan masa dua tahun atau lebih parah lagi lebih lama daripada itu. Persoalannya, setelah tiga bulan yang lalu kita membentangkan satu bajet, hari ini kita membentangkan lagi satu mini bajet. Sepatut kita telah define our problem. Kita menjelaskan sungguh-sungguh permasalahan krisis ini, kemudian meletakkan strategi objektifnya mungkin lima, mungkin sepuluh, mungkin 15.
Kemudian meletakkan kerangka pelan tindakan stimulus package untuk menggarap cabaran itu. Bukan satu lagi bajet yang hampir sempurna dan lengkap walaupun namanya mini. Ini perbezaan antara stimulus package dan mini bajet. Ketika kita membentangkan mini bajet ini ia semacam mengulangi satu cerita lama tentang semua kementerian perlu. Kita perlu menegaskan Tan Sri Pengerusi apa permasalahannya. Saya cukup senang dengan mendepani demand side economic, the aggregate demands dan juga the supply side economic.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu kita sepakati tetapi bukan untuk membentangkan satu bajet baru yang jumlahnya disebut RM60 bilion tetapi yang jelasnya hanya merupakan RM15 bilion suntikan fiskal atau kewangan.
Yang jelasnya RM15 bilion yang ada, kecuali yang lain itu masih dalam alam khayalan lagi di mana datangnya esok kita tidak tahu. Kita tidak bercakap tentang secara jelasnya mana datangnya. Jadi Tan Sri Yang Berhormat Menteri, ini dia permasalahan yang kami cukup tertekan dan ini juga akan mencetuskan satu yang paling besar dalam psikologi rakyat. Isunya sekarang adalah merangsang rakyat berbelanja. Dalam suasana krisis, rakyat lebih selesa untuk menabung. Bagaimana kita mahu pecahkan ini kalau kepercayaan rakyat itu tidak dianggap dengan satu stimulus yang benar-benar fokus, ini permasalahannya.
Kalau begini caranya Menteri Kewangan sebentar tadi tidak dapat mendepani persoalan-persoalan kami, alhamdulillah kita selesa dengan Menteri Kewangan Kedua yang memberikan banyak penjelasan dalam perkara ini tetapi masih persoalan krisis negara ini dengan mini bajet ini kita takuti akan menjadikan kita lebih parah dalam waktu yang terdekat. Minta maaf Yang Berhormat Tan Sri Menteri.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh sekali?
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya jawab dulu soalan itu. Yang Berhormat, percayalah yang RM60 bilion ini tidak dan bukan satu angka khayalan, bukan sebab tadi Tuan Pengerusi, Yang Berhormat telah sebut tentang angka RM15 bilion. Itu satu angka yang memang wujud sebab akan dibelanjakan daripada bajet. Dari perbezaan RM60 bilion dengan RM15 bilion ini ialah RM45 bilion. Daripada RM45 bilion cukai yang kita terkorban ialah RM3 bilion. Itu memang satu angka yang wujud. PFI Fund yang RM2 bilion, kerajaan akan ambil RM2 bilion dan letak PFI Fund, siapa-siapa yang hendak buat projek yang strategik dan memerlukan sedikit bantuan daripada kerajaan untuk memastikan projek itu viable, kita akan beri.
Itu juga yang real. Yang off budget RM5 juta, LCCT akan dibina di KLIA RM2 bilion. Itu memang real. LCCT akan dibina dengan peruntukan RM2 bilion. Penang Airport RM250 juta akan dibelanjakan oleh Malaysia Airport untuk membina extension di Penang Airport. Itu pun real, itu bukan satu khayalan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya? Tidak, itu dia menggunakan dana Malaysia Airport. MCMC akan menggunakan RM2.4 bilion daripada tabung MCMC untuk belanjakan, itu pun real dan Khazanah akan buat investment di dalam bidang telecommunication, Iskandar, bidang-bidang kreatif, bidang-bidang pertanian, itu pun real. Mungkin yang boleh disoal ialah guarantee scheme yang kerajaan bagi jaminan sebanyak RM20 bilion.
Memanglah kerajaan tidak keluarkan duit, pihak lain pun tidak keluarkan duit. Adakah itu satu khayalan? Bukan, sebab sungguh pun kerajaan tidak mengeluarkan duit, dengan memberi jaminan 80 peratus ini, kerajaan mempunyai satu contingent liability sebab kalau, tapi kita yakinlah ini tidak akan berlaku.
Kalau mereka yang meminjam tak bayar balik, itulah jadi satu contingent liability tapi kita yakin bahawa dalam keadaan di mana bank-bank tidak mempunyai keyakinan untuk memberi pinjaman, skim jaminan ini adalah satu skim yang akan membantu dalam membolehkan banyak projek-projek yang tidak dapat diwujudkan, tidak dapat dilaksanakan, dapat dilaksanakan. Satu aspek yang hilang dalam krisis yang the first casualty dalam mana-mana ekonomi krisis dan memang dalam krisis ini krisis yang terburuk dalam tempoh 80 tahun.
Satu aspek yang jadi victim ialah trust confidence, confident hilang dengan cepat dan banker tidak mempunyai confidence dengan peminjam, syarikat-syarikat tidak mempunyai confidence untuk meminjam dan memperluaskan perniagaan, developer tidak mempunyai keyakinan untuk develop projek hartanah. Dia tak yakin rakyat akan beli rumah yang disiapkan nanti. Jadi, tujuan kerajaan dalam membentuk ini... ya?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Exactly. Itulah kerajaan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa daripada satu kemungkinan kita dapat kitaran ganas (vicious cycle), kita cuba mewujudkan satu virtual cycle dengan mengembalikan keyakinan.
Guarantee skim ini adalah satu skim yang saya tahu, saya yakin akan mengembalikan keyakinan sebab bank yang tidak begitu berminat untuk pinjam dengan mengambil 100 peratus akan meminjam sebab 80 peratus kita ambil risiko. Jadi RM60 bilion ini adalah satu angka yang bukan khayalan, satu angka yang real. Saya pernah baca satu artikel oleh Paul Krugman dan dia kata dalam keadaan begini, dia pun kritik juga, kritik Obama sebab dia kata Obama sungguhpun nampak komprehensif tapi tak komprehensif sangat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Dia kata, dalam kita melaksanakan pakej-pakej rangsangan, kita calculate berapa banyak kita perlu untuk memulihkan ekonomi dan lepas itu kita tambah 50 peratus. Itu pendapat Paul Krugman. Jadi saya berpendapat adalah lebih bijaksana untuk kita membelanja lebih sedikit dari belanja kurang tetapi kalau kita hendak belanja sejumlah RM60 bilion dari bajet kerajaan, deficit will go through the roof, itu pun tidak boleh nanti seperti Yang Berhormat sebut kita kena jaga rating agency tetapi rating agency tidak penting sangat sebab rating agency pun dahulu structured bond dia bagi triple ‘A’, selepas itu jadi junk bond. Dia punya kredibiliti tidak boleh percaya sangat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya, currency itu determined by market. Yang penting kita tidak boleh meminjam terlalu banyak juga sebab kalau kita meminjam terlalu banyak, anak cucu kita kena bayar balik. Itu lebih penting dari rating agency. Jadi kita kena fikir satu bentuk untuk belanja yang banyak tetapi pada masa yang sama untuk memastikan bahawa defisit kita tidak terlalu tinggi.
Jadi inilah kita cuba lakukan. Mungkin bukan sempurna tetapi kita fikir that on balance kita mempunyai satu cara, satu pakej yang dapat menjana ekonomi dalam keadaan yang susah begini supaya kita dapat mengurangkan impak dari luar negara dan impak dari luar negara mungkin kita tidak begitu sedar sejak pertengahan tahun 2007 sampai hari ini jumlah kerugian aset di seluruh negara ialah RM50 trilion. Satu angka yang begitu besar, RM50 trilion. Angka ini dengan wealth effect, melalui wealth effect akan mengurangkan KDNK di seluruh negara sebanyak 3 peratus.
Dengan kehilangan kerugian RM50 trilion ini, pertumbuhan ekonomi dunia akan kekurangan 3 peratus. Oleh kerana itulah World Bank dua tiga hari kemudian telah mengumumkan, telah membuat unjuran bahawa pada tahun ini, pada kali pertama sejak Perang Dunia Kedua, seluruh negara-negara secara purata akan menghadapi kegawatan, akan menghadapi satu keadaan yang melibatkan penguncupan ekonomi. Jadi dalam krisis..
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Pendek sahaja Tan Sri. So do we need a stimulus package or do we need a mini budget. Ini bukan akademik Tan Sri tetapi jelas bahawa daripada penjelasan Tan Sri tadi kita memerlukan a stimulus package and not a mini budget as comprehensive as this.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Daripada penjelasan tadi, rumusan saya ialah kita memerlukan mini bajet. Itu yang saya cuba merumuskan bahawa kalau stimulus package yang hanya bergantung kepada bajet kerajaan sebanyak RM15 bilion itu tidak cukup. Jadi kita harus fikir tentang satu pakej yang menyeluruh. Itu sebenarnya yang disarankan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat pada 4 November apabila kita datang ke sini ke Dewan yang mulia ini dengan RM7 bilion pakej rangsangan pertama, Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak setuju. Pendapat Yang Berhormat ialah ini tidak cukup sebab ini bukan secara menyeluruh, kita kena fikir secara menyeluruh.
Kita menerima cadangan-cadangan itu dan kini kita fikir secara menyeluruh tetapi pada kali ini kita diminta untuk membuat balik seperti yang kita buat pada 4 November.
Jadi susah juga jadi kerajaan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tan Sri...
Tuan Charles Santiago - Klang
Satu lagi soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Indera Mahkota?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tengok dan perhatikan memang Tan Sri concern kepada perkara ini cuma bawah maksud P.10 ini saya tengok peruntukan yang paling besar sekali seperti yang diberitahu dan disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi RM200 juta ini diberi pinjaman kepada venture capital untuk tujuan outsourcing.
Saya hendak tanya pendapat Tan Sri, venture capital ini sudah dimulakan daripada sejak tahun 2006 dengan peruntukan pertama sebanyak RM200 juta juga dan kita beri hak ini kepada tujuh syarikat, DTA Ventures Management Sdn Bhd, Atos Capital, Ice Spring Capital dan ada empat lagi. Mereka ini sendiri menyatakan atas RM200 juta yang telah kita peruntukkan untuk tujuan venture capital outsourcing ini, mereka cuma berjaya untuk menghasilkan minat pelaburan berjumlah RM100 juta sahaja dari tahun 2006 dan sekarang kita hendak beri peruntukan sebagai bentuk pinjaman kepada venture capital ini sebanyak RM200 juta lagi.
Sebab itu saya kata kewajaran, di sini bukan kita bantah tetapi kita hendak lihat kewajaran kita mengeluarkan perbelanjaan sebanyak itu dan dalam keadaan semasa sekarang. Mungkin dalam ekonomi yang pulih dan sihat ataupun yang berkembang barangkali RM200 juta untuk tujuan outsourcing venture capital tidaklah menjadi masalah.
Persoalannya sekarang kewajaran kita memperuntukkan sejumlah itu, terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Tan Sri. Kalau boleh Tan Sri, can we reduce the fats out of this. Itu soalan sama dengan.. apakah boleh kita reduce the fats out of this mini budget and to get the real action.
Tuan Charles Santiago - Klang
Menteri, I have a very simple question.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Terima kasih Yang Berhormat. Isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Indera Mahkota tentang RM200 juta itu, okey kalau itu pendapat bahawa dalam keadaan seperti ini mungkin tidak elok kita memberi RM200 juta untuk venture capital, okey itu satu pendapat dan kita akan tengok dan kaji. Akan tetapi kerajaan juga berpendapat bahawa dalam keadaan yang kurang selesa pada masa ini, pada masa kita mengurangkan kesan negatif ke atas rakyat, kita juga harus mengambil tindakan untuk menstructure semula ekonomi dan venture capital merupakan satu aspek penyelidikan, satu aspek pembangunan yang sudah banyak memberi impak dan pulangan yang munasabah di negara-negara Barat.
Di sini saya setuju, criticism itu valid. Di sini venture capital industry tidak begitu maju dan perlu juga mungkin kita kena kaji sama ada ini adalah sebab cara kita menguruskan venture capital itu betul ataupun salah ataupun...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini OSP Tan Sri, outsourcing program.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Mungkin cara outsourcing program itu tidak begitu kena. Kita akan kaji, kita ambil ini dahulu tetapi kita received, we get your criticism then kita akan...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri bagi peluang kepada Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Terima kasih Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya tiga tetapi short dan fokus. Soalan pertama saya ialah, pakej rangsangan kedua ini yang dikemukakan dua hari lalu mengatakan akan mewujudkan pekerjaan sebanyak 163,000 pekerjaan baru dalam dua tahun ini tetapi kesatuan sekerja mengatakan bahawa dalam empat hingga enam bulan yang akan datang kemungkinannya lebih kurang 200,000 pekerja akan hilang kerja.
So ini merupakan bahawa stimulus package ini tidak... is not designed to address an immediate problem yang kita akan mengalami dalam empat hingga enam bulan ini, satu.
Kedua ialah mengenai direct assistance ataupun bantuan langsung.
Tuan Charles Santiago - Klang
Hari itu Menteri Human Resources mengatakan bahawa dasar kerajaan ialah untuk tidak memberi direct assistance kepada mana-mana pihak.
Tuan Charles Santiago - Klang
Akan tetapi kita tahu menerusi Michael Kalecki dan juga ahli ekonomi seperti John Maynard Keynes dan juga termasuk Paul Krugman yang mengatakan bahawa direct assistance adalah satu-satu cara strategi yang penting untuk mengembalikan ekonomi dalam masa kegawatan. Sebab bantuan langsung ataupun direct assistance memiliki kecenderungan untuk menimbulkan effect pengganda yang tinggi through direct assistance.
So, mungkin masa sudah sampai untuk kerajaan review policy direct assistance yang saya bincangkan tadi.
Ketiga, ialah isu mengenai ketidaksesuaian ataupun mismatch. Mismatch itu antara jenis pekerjaan yang akan diwujudkan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua ini.
Di samping itu juga, kemahiran pekerja yang akan hilang kerja daripada sekarang hingga empat bulan, lima bulan atau tujuh bulan akan datang. Kebanyakan pekerja yang akan hilang kerja adalah pekerja-pekerja kilang yang selalunya tidak ada kemahiran (skills), kemampuan akademik dan sebagainya.
Saya tidak fikir bahawa kerajaan sebenarnya telah have thought through this employment possibilities of workers khususnya pekerja-pekerja yang akan kehilangan kerja dan selalunya adalah unskilled workers. Jadi saya fikir masa sudah sampai untuk kerajaan mengatakan bahawa there is a need to rethink the social safety net. Ada anggaran Tuan Pengerusi yang mengatakan bahawa worst case scenario ialah satu juta pekerja akan kehilangan kerja, worst case scenario and the other scenario is six hundred and sixty thousand pekerja akan hilang kerja. Minta penjelasan Tuan Pengerusi.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya sambung sedikit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jasin asking.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, yang pertamanya saya hendak sentuh tentang B.11 ini. Di mana kita peruntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan juga program bantuan PKS, mikro kredit dan juga pembangunan aktiviti pelancongan. Ini sebenarnya selaras dengan apa yang kita bincangkan dalam mini bajet kita. Di mana kita memperuntukkan sebanyak RM25 bilion untuk memberikan bantuan kepada semua kredit untuk pihak swasta.
Ini memang cukup bertepatan sekali kerana kalau kita lihat daripada B.11 ini kita terima hakikat bahawa kita kena adakan peruntukan RM1.4 bilion untuk membantu PKS yang sebenarnya menggaji sebanyak 57 peratus daripada jumlah tenaga sumber manusia.
Jadi dalam masa yang sama bank tidak membantu mereka. Ini kita terima hakikat kerana banyak kes sekarang bank tidak membantu kepada usahawan-usahawan dan juga PKS dan mereka sebenarnya telah pun menarik banyak credit facilities yang telah diberi. Akan tetapi sekurang-kurangnya mini bajet yang kita perkenalkan ini satu bantuan kepada mereka.
Apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri sekarang ialah kalau kerajaan memperuntukkan RM25 bilion di mana kerajaan akan memberi jaminan sebanyak 80 peratus daripada semua pinjaman mereka. Kita hendak kalau boleh kita ada satu mekanisme yang benar-benar lengkap. Supaya kita hanya dapat memilih syarikat- syarikat swasta yang benar-benar berkemampuan dan kita berikan tumpuan sekarang.
Sebentar tadi Yang Berhormat Klang ada sebut tentang masalah pengangguran yang kita akan hadapi.
Jadi kita hendak kalau boleh hanya syarikat yang mempunyai labour intensive sahaja, bukan syarikat yang kapital intensif. Ini kerana syarikat yang labour intensive ini selain dari kita membantu mereka, kita membantu pekerja-pekerja ini supaya dapat terus diambil bekerja. Kita tidak mahu kalau kerajaan sekarang membantu syarikat yang kapital intensif nanti kita akan dituduh seolah-olah kita bail out.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Ini memang amat penting Yang Berhormat Menteri kerana kemungkinan ini akan terjadi kerana syarikat-syarikat yang kapital intensif ini selain daripada memerlukan banyak modal dia tidak membantu banyak kepada mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
Oleh sebab itu dalam kita menghadapi keadaan kegawatan ini saya bercadang kalau boleh apa juga tumpuan kita mestilah berlandaskan kepada high value added cum labour intensive industries yang ada high multiplier effect. Ini kerana seperti automotif, pelancongan ataupun pembangunan infrastruktur. Ini perlu Yang Berhormat Menteri kerana kalau kita membuat kesilapan nanti kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang mereka pinjam. Terima kasih
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Menteri?
Tuan Pengerusi
Biar Menteri menjawab dahulu, sudah banyak tadi itu.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan satu isu yang begitu interesting sebab dalam keadaan seperti ini seperti juga yang disebut oleh Yang Berhormat Klang kita ingin memastikan bahawa mereka yang kehilangan kerja kemudian mendapat latihan dan dapat kerja. Kalau mereka yang diberhentikan adalah mereka yang pernah bekerja di kilang sebagai buruh di kilang.
Di masa hadapan keperluan pekerjaan adalah berlainan sama ada pasti kita mewujudkan satu kaedah latihan untuk memberi latihan yang diperlukan oleh industri.
Saya yakin bahawa Kementerian Sumber Manusia telah memikirkan. Saya tidak dapat jawab soalan ini sebab ini di bawah bidang Kementerian Sumber Manusia. Saya tahu bahawa Kementerian Sumber Manusia dalam perkara ini telah juga mengkaji perkara ini supaya kita dapat memberi latihan dan kemahiran yang tinggi kepada mereka yang kehilangan kerja.
Seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat, kita harus memastikan bahawa ini juga tidak menjadi vendor projek. Justeru, harus kerajaan akan memastikan bahawa wujud satu KPI di mana kita tahu bila kita hantar seseorang itu untuk latihan dan juga bayar dia sedikit duit untuk tempoh itu. Ini juga boleh dianggap sebagai direct payment sebab kita bagi duit untuk tempoh latihan. Kita harus mewujudkan satu mekanisme supaya kita dapat tahu tentang impak latihan itu ke atas pelatih.
Sebab kalau dia pergi buat latihan dan tidak belajar apa-apa serta kemahiran dia pada setakat dahulu kita memang kerugian duit. Tentang isu high value added Yang Berhormat Jasin sebut dan labor intensive. Ini satu perkara yang kita kena fikir untuk jangka masa panjang. Sebab selalunya high value added itu kapital intensif jadi kalau kita sebut high value added and labour intensive jadi di mana wujud industri high value added yang merupakan labour intensive. Akan tetapi disebabkan kebanyakan industri yang high value added adalah kapital intensif, itu merupakan satu isu. Akan tetapi saya tahu niat Yang Berhormat Jasin sebab dalam keadaan seperti sekarang kita harus memberikan tumpuan kepada bidang-bidang di mana kita boleh mewujudkan pekerjaan.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, high value added come labour intensive.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Akan tetapi selalunya this is opposite. Itu yang saya tidak dapat tangkap mana wujud. Sebab high value added dalam dia punya curve high value added. Itu bukan selalu labour intensive dalam curve nya. Akan tetapi mungkin ada juga assumption. Kebiasaannya high value added itu kapital intensif dan ada satu pendapat bahawa kita harus menstrukturkan industri intensif kita untuk beralih kepada satu industri yang lebih kapital intensif, lebih produktif, lebih efficient dan mengurangkan pergantungan kita kepada foreign labour.
Itu satu pendapat dari jangka masa tetapi saya tahu Yang Berhormat Jasin, bahawa dalam keadaan ini kita juga harus memberikan penumpuan kepada aspek-apek mewujudkan lebih banyak kerja untuk rakyat Malaysia.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tuan Pengerusi, mungkin saya boleh menjawab soalan-soalan yang lain.
Tuan Pengerusi
Ya, sila, sila. Jangan terlampau Ahli-ahli Yang Berhormat menyoal sebegitu.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Bandar Kunching.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan tidak?
Tuan Pengerusi
Okey penghabisan Yang Berhormat Labis.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan. Tadi mengenai program-program mikro kredit di Butiran B.11. Masalahnya saya terus terang ialah tentang kadar faedah untuk pinjaman mikro kredit harus diturunkan pada paras yang lebih munasabah, kerana pada masa ini kemudahan-kemudahan mikro kredit yang diberikan tiada bezanya dengan kadar komersial yang mengenakan paras antara 18 peratus - 24 peratus. Pada masa yang amat membebankan, harap-harap kerajaan boleh menimbangkan kadar yang lebih rendah supaya ia memberi lebih ruang untuk perniagaan. Selain itu, saya harap mikro kredit ini berdasarkan kepada merit dan tidak berdasarkan sebarang kuota kerana pada masa ini banyak yang memerlukan pinjaman ini.
Selain itu, dari segi Skim Jaminan Modal Kerja adalah langkah baik dan wajar, akan tetapi saya ingin penjelasan mengenai masalah yang saya mendengar banyak aduan daripada syarikat SME, bahawa bank mula memberi tekanan dan berturut-turut ingin mengurangkan amount facility yang sudah diluluskan kepada syarikat SME. Alasan mereka ialah yearly process review, dengan izin. Masalahnya, semasa menghadapi kemelut ekonomi biasanya permintaan akan turun seperti manufacturing, textile dan sebagainya.
Oleh itu, ia memang tidak wajar dan tidak munasabah bahawa syarikat itu akan mengaut keuntungan pada masa ini. Oleh itu, saya harap kerajaan dapat menimbang sama ada pada masa ini facilities tidak patut ditarik sekiranya syarikat-syarikat ini semua dapat membayar kadar faedah mereka. Sekian, terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, turutan daripada Yang Berhormat Labis Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin bertanya tentang dana jaminan kerajaan RM25 bilion seperti mana sahabat saya daripada Labis tadi mengatakan bahawa dana ini sepatutnya diberikan kepada SME dan sebagainya.
Saya hendak tahu keyakinan kerajaan tentang wujudnya dana RM25 bilion ini dalam keadaan permintaan drying up. Permintaan ini. Di luar negara, di dalam negara dan sebagainya. Apakah kerajaan begitu yakin bahawa ada SME atau pun syarikat-syarikat yang akan pergi ke bank-bank ini untuk meminta pinjaman? Jadi kalau kita tidak ada keyakinan sebegitu, apakah RM25 bilion ini dapat kita salurkan dalam ekonomi kita?
Keyakinan kerajaan terhadap ini, sebab saya rasakan Yang Berhormat Menteri, kalau saya mempunyai syarikat dan saya mempunyai masalah dari segi permintaan walaupun ada dana yang dijamin oleh kerajaan sebanyak 80 peratus ini, mungkin saya tidak akan mengambil ataupun meminjam kerana tidak ada permintaan.
Jadi saya minta kalau boleh, kementerian alihkan sedikit pandangan. Mungkin kita terpaksa create aggregate demand seperti mana yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat Menteri.
Mungkin kita boleh gunakan dana ini dalam sektor perkhidmatan. Sekarang ini kita lihat bagaimana syarikat-syarikat penerbangan contohnya. KLM, AirAsia, MAS dan sebagainya menawarkan tambang murah ke Eropah, ke Timur Tengah dan sebagainya. Bayangkan kalau 100,000 orang Malaysia pergi ke Eropah hanya kalau berbelanja RM1,000 pun duit kita akan mengalir keluar sebanyak RM100 juta. Jadi kalau boleh, dana ini kita fokuskan kepada industri-industri service, perkhidmatan. Tingkatkan syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan pelancongan contohnya. Jadi ini akan memberi sedikit kelebihan kerana demand itu masih ada lagi. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Kota Belud. Saya bersetuju bahawa 18 peratus itu adalah terlalu tinggi untuk mikro kredit dan kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan. Kalau ada pun kebanyakan mikro kredit adalah pada kadar yang lebih rendah dan kita akan gunakan merit dan tidak memerlukan kuota. Isu tentang syarikat-syarikat SME yang kerap juga mereka menyuarakan kesulitan yang dihadapi oleh mereka tentang mendapatkan pinjaman dan pembiayaan. Kerajaan telah beberapa kali berbincang dengan bank-bank dan telah meminta bank-bank jangan mengetatkan syarat-syarat untuk pinjaman kepada syarikat- syarikat dan harus mengambil satu aspek yang proaktif.
Akan tetapi inilah biasa yang berlaku dalam tiap-tiap krisis. Apa yang disebut Tuan Pengerusi, pendulum swing. Dalam masa selesa, bank memberi pinjaman, datang ke rumah, buat tawaran dan bagi payung, tetapi bila hujan mereka tarik balik payung yang diberi dalam suasana yang selesa. Jadi kerajaan telah beberapa kali minta bank jangan berbuat demikian.
Isu yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kota Belud, memang mungkin ada syarikat-syarikat yang sungguhpun kita menawarkan macam-macam skim, jaminan, pembiayaan, mereka tidak berani, tidak yakin untuk membuat pinjaman untuk memperluaskan kegiatan mereka. Akan tetapi masih ada syarikat-syarikat yang sudah ada pelan, sudah ada rancangan untuk memperluaskan syarikat-syarikat, tetapi tidak dapat meyakinkan bank-bank untuk memberi pinjaman. Merekalah yang akan dapat faedah dari skim yang kita wujudkan RM25 bilion ini dan memang syarikat-syarikat dalam bidang perkhidmatan juga layak untuk mendapat pinjaman dan pembiayaan dari skim jaminan ini.
Ahli Yang Berhormat Ledang telah mencadangkan agar projek yang bernilai RM200,000-RM500,000 dipelawa secara sebut harga di kalangan kontraktor Kelas ‘E’.
Yang Berhormat Ledang telah menyatakan bahawa adalah tidak adil jika kita hanya memberi kontrak-kontrak ini kepada kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’.
Sukacita saya memaklumkan bahawa kerajaan telah pun membuat dasar melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2009 bertarikh 24 Februari untuk membenarkan, melayakkan syarikat-syarikat Kelas ‘E’ untuk mengambil bahagian dalam sebut harga dari RM200,000-RM500,000. Ini telah dilaksanakan.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Yang Berhormat Machang telah bertanya mengapa prestasi syarikat MKD kurang memuaskan berbanding dengan syarikat swasta.
Pada amnya, syarikat MKD boleh juga dianggap sebagai setanding dengan syarikat- syarikat swasta. MAS dengan AirAsia, Telekom dengan Digi dan juga dalam pengangkutan.
Rapid KL, Rapid Penang telah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kualiti pengangkutan di kawasan masing-masing. Kerajaan memang pada setiap masa berhati-hati dan mengambil kira beberapa faktor termasuk viability sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam mana-mana projek pun.
Yang Berhormat Sungai Siput telah bertanya, apakah aktiviti pembinaan akan dilaksanakan melalui agensi kerajaan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
...Atau syarikat swasta. Jika melalui syarikat swasta ini akan melibatkan banyak pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Siput, projek-projek kerajaan memang dilaksanakan melalui jabatan-jabatan teknik termasuk Jabatan Kerja Raya ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran. Bagi projek-projek yang melebihi RM5 juta, ia boleh dilaksanakan sendiri oleh agensi berkenaan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Akan tetapi kebanyakan projek-projek akan dijalankan, akan diuruskan, seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan secara telus, secara tender dan satu mekanisme akan diwujudkan dalam dua tiga hari ini untuk memastikan bahawa projek-projek dilaksanakan bukan sahaja secara telus, efektif tetapi juga ada satu mekanisme untuk menjadi troubleshooter.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Kalau ada masalah, masalah itu harus diatasi dengan cepat dan seperti yang disebut Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi, satu Technical Committee akan diwujudkan yang dipengerusikan oleh KSP dan juga Steering Committee akan diwujudkan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat sendiri.
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan, sebarang kelambatan atau kelewatan dalam melaksanakan projek-projek ini.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Minta laluan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Sememangnya di peringkat penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi dari Pekan, dia menyebut bahawa dari segi procurement kerajaan, sistem perolehan kerajaan akan diberikan keutamaan kepada tender terbuka dan juga tender terhad. Akan tetapi Tuan Pengerusi, seperti mana saya cuba meyakinkan diri tentang kesungguhan kerajaan tetapi bukti-bukti besar yang ada dalam simpanan saya menunjukkan sebaliknya. Ada projek ICT di sebuah badan berkanun, tender terbuka dibuat melibatkan 21 syarikat Yang Berhormat Menteri, tetapi kemudian datang surat daripada Perbendaharaan meminta badan berkanun itu memilih syarikat ABC ini. So, tidak seperti mana yang digambarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor, itu pertama.
Yang kedua ialah kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan secara tender terbuka atau tender terhad sekalipun. Misalnya, saya kemukakan dalam perbahasan walaupun tidak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan balas.
Akan tetapi kita akan terus pursue isu ini, misalnya dalam projek Government Integrated Radio Network, sebab perkara ini kita timbulkan khusus di peringkat dasar tidak disentuh tetapi kerana Yang Berhormat Menteri menyinggung tadi soal tender terbuka sebagai komitmen kerajaan, juga tidak begitu. Angkanya besar RM7 bilion tetapi hanya satu syarikat dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan menulis kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju lebih awal sebelum Jemaah Menteri bermesyuarat dan memutuskannya.
Sekali lagi bukan tender terbuka tidak seperti mana komitmen kerajaan. Saya boleh kemukakan beberapa contoh lagi. Sebab itu Yang Berhormat Menteri, sebenarnya tidak sulit, tidak susah pun berlaku jujur antara cakap dan buat. Jangan ada jurang kerana terlalu banyak surat-surat yang kita dapat itu menyebut dengan jelas. Ketua Setiausaha Perbendaharaan menyebut “Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju, Yang Amat Berhormat telah mengarahkan, Yang Amat Berhormat Menteri kewangan mengarahkan” tidak begitu. Jadi tolonglah beri satu jawapan yang lebih meyakinkan kita bahawa kalau ada kesungguhan itu laksanakan dengan baik. Jangan kita sebut satu tapi hakikatnya tidak begitu.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Minta maaflah, saya kena menggulung. Yang Berhormat Machang tadi. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah memberi satu jaminan bahawa sudah pun mewujud satu komiti, satu mekanisme untuk memastikan bahawa terdapat ketelusan. We have to take his word for it dan dari sini kita tengok sama ada kita melaksanakan berpegang kepada janji kita atau tidak. Dari sini, Yang Amat Berhormat telah menyebut dan dari sini kita tengok sama ada kita pegang kepada janji yang telah diutarakan di sini.
Ahli Yang Berhormat Serian telah...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan, penjelasan, sebelum Yang Berhormat teruskan. Oleh kerana kalau tidak silap dalam RM5 bilion ini yang diperuntukkan di bawah Perbendaharaan, lebih separuh terbesar dalam supplementary budget ini adalah disembunyikan pun, ganti rugi kepada tol RM440 juta ringgit. Oleh kerana ada satu cadangan untuk mengelakkan beban ini bahawa buy out PLUS supaya Northport Expressway tidak perlu lagi ada bayar ganti rugi atau rakyat tidak perlu menghadapi masalah kenaikan tol. Dengan satu skim, DAP ada buat satu memorandum bahawa dalam enam tahun buy out minority shareholder, dalam enam tahun, negara boleh jimat RM14 bilion.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Selepas tahun 2015, tidak perlu bayar tol kerana highway ini sudah dimiliki oleh kerajaan. Adakah ini dikaji sedalam-dalamnya perkara ini oleh sebab saya dapati bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan pun ada kata ini dalam kajian. Adakah ini benar?
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Yang...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri. I’ll be very more focus. Yang Berhormat Menteri tadi, kita ada sebut tentang bantuan kerajaan untuk menjamin pinjaman. Semasa kita menghadapi kegawatan tahun 1997 dan 1999 dulu, kita ada menyediakan satu kemudahan kepada usahawan-usahawan bumiputera sebanyak RM500 juta dan kita dapati semua pinjaman yang dibuat oleh usahawan-usahawan bumiputera ini telah dibayar dengan penuh sekali dan Bank Negara telah memaklumkan bahawa mereka mendapat keuntungan daripada interest sebanyak RM200 juta.
Pada kali ini, kita nampak tidak ada pun allocation dibuat untuk usahawan bumiputera. Kita minta kalau boleh kerajaan memikirkan perkara tersebut dengan memperuntukkan RM2 bilion bagi tujuan ini. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tabung usahawan yang diwujudkan pada tahun 1990-an, dana disalurkan oleh Bank Negara dan kita akan bincang dengan Bank Negara.
Kita akan tanya sama ada Bank Negara sedia mewujudkan satu tabung yang serupa.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, kita peruntukkan sebanyak RM2 bilion untuk bantu usahawan bumiputera. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, tentang isu tol sebab memang rakyat tidak setuju dengan kenaikan tol. Kerajaan terpaksa membayar lebih kurang RM480 juta untuk memastikan bahawa tidak ada kenaikan tol. Ada juga cadangan termasuk dari pihak Yang Berhormat tentang viability sama ada kerajaan patut membeli balik saham pada masa kini tidak dimiliki oleh kerajaan. Kita beli balik dan kalau kita beli balik, kemudian mungkin kita boleh kurangkan ataupun menghapuskan tol.
Jadi kerajaan kini membuat satu kajian yang menyeluruh dan mendalam untuk melihat viability sebab kos yang terlibat memang satu kos yang tinggi melebihi RM10 bilion atau mungkin lebih banyak. Ini adalah memang wang rakyat dan kerajaan akan terpaksa menggunakan bajet, consolidated fund, mengambil duit itu atau meminjam duit itu untuk mengambil alih dan dari sumber manakah kita dapat pulangan untuk membayar balik pinjaman itu. Perkara ini harus dikaji dengan mendalam dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengkaji perkara itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sedikit sahaja, bukankah benar bahawa sungguhpun kita beli balik boleh dapat revenue daripada collection untuk lima tahun, enam tahun, mungkin lebih kurang RM20 bilion ringgit. Lepas itu berhenti kutip tol, tidak semacam sekarang rakyat perlu bayar tol sehingga tahun 2015 hingga 2023, lebih 10 tahun, 15 tahun, akhirnya lebih berfaedah kepada rakyat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Itu yang dikaji Yang Berhormat, itu yang kita kaji sebab dari hasil yang kita terima melalui tol, sebahagian digunakan untuk road maintenance, perbelanjaan biasa, dan gaji.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Sebahagian yang lebih yang kita kutip dari hasil, kita perlu membayar balik kita pinjaman yang kita meminjam untuk membeli syarikat dan sama ada jumlah yang kita yang baki selepas membayar bil-bil maintenance dan juga gaji cukup untuk membayar balik pinjaman dan dalam tempoh berapa lama kita dapat membayar balik dan adakah kita kerugian atau dan ini yang sedang dikaji.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bila itu kajian boleh dihabiskan dan akan kah semua yang minat boleh dijumpai untuk bahagian dalam kajian itu.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya, saya akan memberitahu pihak yang berkenaan mendapat maklum balas dari semua pihak.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Menteri.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya.
Tuan Pengerusi
Banyak lagi yang dijawab?
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya, ada dua, tiga. Tuan Pengerusi. Minta maaf.
Peruntukan tidak.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Menteri boleh saya celah. Satu penjelasan sahaja.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Tidak. Tidak. Minta maaflah sebab saya dimarahi oleh Tuan Pengerusi... [Ketawa].
Tuan Pengerusi
Saya tidak marah Menteri. Saya cuma mengingatkan kerana ada lagi 22.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Ya, dua, tiga. Saya ingat.
Tuan Pengerusi
Dua puluh kementerian yang belum bahas. Sila.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Yang Berhormat Serian telah bertanya tentang peruntukan sama ada kita boleh memberi peruntukan yang lebih untuk Sarawak yang mempunyai 31 daerah. Kerosakan yang dianggarkan di setiap daerah tidak kurang dari RM16 juta dan kita akan kaji. Manakala dalam tahun 2009, kita memberikan peruntukan RM100 juta untuk tujuan ini dan bagi tahun 2010, RM100 juta lagi akan ditambahkan. Yang Berhormat Machang memohon dana penyelidikan disalurkan kepada universiti-universiti tempatan, kita akan mengkaji perkara ini dan pada masa ini pun banyak dana-dana diwujudkan dan SciencesFund, TechnoFund, InoFund yang disalurkan kepada penyelidik di universiti di bawah peruntukan pembangunan dan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak dalam pakej ini juga RM300 juta disediakan untuk tujuan ini.
Ahli Yang Berhormat Sungai Siput telah bertanya tentang aktiviti pembinaan di sektor utama dan selain daripada peruntukan RM1.64 bilion dalam pakej ini, peruntukan off budget seperti yang saya terangkan tadi sebanyak RM5 bilion juga akan membantu dalam menjana ekonomi seperti juga perbelanjaan Khazanah sebanyak RM10 bilion juga akan dapat bantu dalam penjanaan semula ekonomi. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya kita bahawa wang sejumlah RM5 bilion untuk kepala B.11 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi , tadi saya ingat Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya. Dia kata dia hendak jawab.
Tuan Pengerusi
Menteri sudah duduk Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ye kah. Ini sudah dua kali sudah Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ingat Menteri, kali yang ketiga tolong jawab.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hari itu yang peta fasal perairan Kelantan itu pun dia tidak jawab. Sekarang ini yang ini pun dia tidak jawab.
Tuan Pengerusi
Itulah kadang-kadang apabila Menteri diasak terlampau kadang- kadang dia pun manusia juga biasa terlupalah itu. Lain kali Menteri jawablah Shah Alam punya persoalan. Saya ulang balik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,000,000,000 untuk Maksud B.11 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM5,000,000,000 untuk Maksud B.11 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM550,603,000 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM550,603,000 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.
Sebelum saya memanggil untuk Kementerian Perusahaan Perladangan, saya ingin buat pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dijadualkan di Nombor 5 dibelakangkan ke nombor terakhir selepas Kementerian Dalam Negeri dalam susunan giliran kementerian-kementerian menjawab ke atas perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2009.
Maksud P. 20 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terbuka untuk dibahas.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di peringkat jawatankuasa ini di bawah kepala B.20. Saya ingin untuk mendapat beberapa penjelasan tentang kepala 00100 tentang Lembaga Koko Malaysia. Di bawah tajuk ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sejauh manakah industri koko Malaysia ini masih relevan dan berapakah jumlah sebenarnya kalau boleh dalam hektar kawasan–kawasan yang masih ditanam dengan tanaman koko ini. Adakah klon-klon yang ditanam oleh petani-petani khususnya pekebun-pekebun kecil di negara kita ini masih menggunakan klon-klon yang lama. Ini adalah sebab saya dulu pun punya pengalaman dalam berkhidmat industri koko ini.
Kalau tidak silap saya di awal tahun 70-an dahulu klon-klon seperti KKM1 hingga KKM25/KKM26 masih diperkenalkan pada waktu itu. Adakah R&D masih lagi berterusan dalam bidang industri ini dan kemungkinan kalau boleh Yang Berhormat dapat memberitahu Dewan yang mulia ini adakah kita telah mempunyai atau memperolehi klon- klon yang baru bagi mempertingkatkan keluasan ataupun mutu koko yang kita hasilkan dalam negara kita ini?.
Kemudian di bawah Lembaga Tembakau Negara, Kepala 00401, kita juga ingin mendapat penjelasan daripada kementerian Yang Berhormat. Berapa peratuskah kejayaan bagi khususnya petani-petani yang terlibat dalam tanaman koko ini khususnya di negeri Kelantan di mana tanaman-tanaman gantian seperti kenaf, ataupun cili ataupun tanaman- tanaman yang lain telah berjaya untuk mengganti tanaman-tanaman tembakau ini. Saya juga ingin tahu progress bagaimanakah seriusnya kementerian Yang Berhormat dalam kita kalau boleh maknanya dalam masa lima tahun akan datang petani-petani yang menanam koko di Kelantan ini benar-benar dapat mencari tembakau di Kelantan ini telah mendapat suatu tanaman yang benar-benar boleh mengganti tanaman tembakau yang mereka perolehi pada hari ini. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membincangkan perkara Maksud P.20 iaitu Butiran projek 11101 Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Iaitu peruntukan tambahan sebanyak 53, 142,000 untuk membiayai bantuan menebang menanam semula kelapa sawit yang berusia 25 tahun yang tidak produktif kepada pekebun-pekebun kecil dan juga bantuan bahan tanaman getah.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Tuan Pengerusi, pada ketika ini kita telah menjadi pengeluar terbesar kelapa sawit dalam dunia selepas Indonesia. Walaupun dalam keadaan kegawatan dengan harga yang menurun di bawah 2000 ini yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Dalam masa yang sama juga kita menghadapi masalah tentang stock over hang yang kita banyak Indonesia pun banyak. Jadi seharusnyalah peruntukan sebanyak RM53 juta ini diberikan sokongan kerana sekurang-kurangnya ada sejumlah daripada tanah-tanah kelapa sawit ditebang dan ditanam semula. Maknanya dalam masa tiga tahun ia tidak mengeluarkan hasil.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan pengeluaran daripada daerah tersebut. Apa yang saya hendak bincang di sini adakah kita jangka dalam masa tiga tahun akan datang selepas tanah-tanah ini ditebang dan ditanam semula. Harga kita akan pulih semula dan permintaan untuk pasaran sawit akan terus meningkat. Ini kerana seperti Yang Berhormat Menteri maklum, pasaran hadapan sekarang kita tidak kuasai, dikuasai oleh negara-negara lain dan permintaan sebenarnya daripada negara-negara yang kebanyakannya menghadapi masalah ekonomi pada ketika ini.
Keduanya tentang apa yang dibincangkan oleh butiran 00100 iaitu Lembaga Koko Malaysia, yang memberikan peruntukan sebanyak RM2.692 juta secara pinjaman untuk membiayai pembekalan peralatan membuat blok coklat dan kompaun. Yang Berhormat Tan Sri satu ketika dahulu tahun 80-an kita menjadi pengeluar koko yang terkemuka di Asia.
Selepas itu apabila kita dilanda satu penyakit iaitu dipanggil dengan izin ‘Cocoa Pod Borer’.
Kebanyakan ladang-ladang yang tanam koko, semuanya ditanam semula dengan kelapa sawit ataupun getah bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, bahkan termasuk Sabah dan Sarawak.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Pada ketika ini kita menjadi pengeluar koko yang terkecil dan dalam masa yang sama, kualiti koko kita dibandingkan dengan kualiti koko yang dikeluarkan oleh negara- negara lain terutamanya daripada Afrika, kita sebenarnya adalah gred yang di bawah. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada koko yang dikeluarkan di Malaysia ini yang tidak setanding dengan negara-negara lain berkeupayaan mengeluarkan finish product ataupun semi finish product. Misalannya kita keluarkan coklat untuk dipasarkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan bahkan pasaran antarabangsa sama ada ia viable atau sebaliknya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh perkara 11200 mengenai Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta untuk membiayai pusat promosi perkayuan Malaysia dan sokongan bahan mentah kepada usahawan kayu bumiputera. Jadi adakah sebahagian besar daripada peruntukkan tambahan ini untuk promosi. Sedangkan mungkin saya lebih setuju kalau peruntukkan ini diberi benih kayu untuk dijadikan balak pada masa akan datang. Bagaimanakah status kayu balak sekarang umpamanya meranti, sentang atau mahogani yang digalakkan ditanam suatu masa dahulu.
Kemudian seterusnya dari segi polisi adakah kita meletakkan satu peraturan sekiranya berlaku penebangan balak maka mesti ditanam balik balak itu sebagaimana di setengah negeri yang saya tahu di Thailand, kalau ditebang kayu bakau atau kayu balak mesti ditanam balik. Jadi adakah perkara itu dibuat di Malaysia? Saya minta penjelasan.
Terima kasih.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Hulu Langat yang berbincang di peringkat jawatankuasa ini tentang butiran-butiran yang di bawah maksud P.20 ini. Saya ingin jawab mengenai koko dahululah.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Koko ini memang satu tanaman yang memang betul yang suatu ketika dahulu Malaysia memang menjadi satu pengeluar yang terbuka di dunia ini sebagai satu negara yang mengeluarkan biji koko ini dengan banyak. Pada masa sekarang kita hanya tinggal kurang lebih 30,000 hektar di dalam negara ini yang banyaknya dimiliki oleh pekebun kecil.
Pada masa sekarang Yang Berhormat harga koko ini masih agak lumayan lagi maksud saya ialah dalam lingkungan RM6,000 hingga RM8,000. Oleh sebab itu kita ada skim-skim untuk kita menolong pihak pekebun kecil terutamanya kepada mereka yang masih menggunakan klon-klon yang lama. Sebab kita tahu klon-klon yang lama ini perlu kita tukar kepada klon-klon yang lebih berhasil, berproduktiviti dari segi kualiti dan juga dari segi mengelakkan penyakit Pod Borer yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi.
Walaupun kita tidak dapat mengelakkan serangan daripada Pod Borer ini secara keseluruhannya tetapi kalau kita gunakan klon yang baru itu dan juga menggunakan beg plastik untuk melindungi buah koko itu maka buah yang kita keluarkan akan selamat daripada serangan Pod Borer ini. Maka sekarang ini, kepada pekebun-pekebun kecil yang menggunakan klon yang baru dan kaedah melindungi buah koko itu produktiviti daripada pekebun kecil ini adalah baik dan sebab baik mereka masih sangat berminat untuk menanam koko untuk memelihara koko di kebun mereka. Adalah juga hasrat kementerian saya untuk menambahkan keluasan ini, meninggikan lagi keluasan koko ini kerana kita tidak terdapat di dalam banyak kawasan di negara kita masih ada banyak pekebun kecil yang minat tanaman koko ini. Kita akan menggalakkanlah mereka yang ingin menanamnya dengan memberikan subsidi dan juga bantuan-bantuan yang kita ada dalam skim kita ini.
Minta maaf saya dapat maklumat yang terkini daripada pegawai saya, pada masa sekarang keluasan kawasan tanaman koko ialah 28,000 hektar. Kita gunakan hybrid, klon hybrid seperti MCBC1 sehingga MCBC5 yang dianggapkan sebagai klon yang baik. Bagi industri negara sekarang ini keluaran industri koko di negara kita ialah berhasil pendapatan sebanyak RM3.25 bilion pada tahun 2008. Ini satu angka yang agak masih baik lah kalau kita katakan ini sebagai sunset industri memang kita tidak yakin ini sebagai sunset industri.
Ini sebagai satu industri yang kita boleh melanjutkannya dengan baik dan pihak pekebun kecil yang terlibat dengan tanaman ini masih boleh mendapatkan pendapatan yang agak lumayan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Bagi mini bajet ini yang kita diberikan sejumlah RM2.6 juta untuk melaksanakan skim pinjaman kepada pengusaha membuat blok coklat dan kompaunnya dan ini adalah semi-finished product. Memang kita perhatikan bahawa PKS yang berada di negara kita ini dia kurang mampu untuk mendapatkan blok-blok atau peralatan ini. Kita rasa itulah satu cara yang kita boleh membantu mereka. Ini adalah sebab dalam negara kita ini pengusaha koko, terutamanya PKS ini adalah agak banyak juga dan mereka memerlukan pertolongan daripada Lembaga. Itulah satu cara yang kita rasa kita boleh wujudkan industri koko, khususnya dalam downstream ini dengan lebih teratur dengan adanya peruntukan yang diberikan dalam mini bajet ini.
Yang Berhormat dari Kubang Kerian pun menyentuh tentang tembakau ini.
Sebenarnya Yang Berhormat, berkaitan dengan berapa peratusnya kita sudah berjaya menggantikan tanaman tembakau. Kita memang hendak beritahu juga bahawa kalau lima tahun atau enam tahun yang dahulu jumlah pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman tembakau di Kelantan dan Terengganu ini memang banyak, tetapi pada hari ini bilangannya hanya dalam lingkungan 6,000 orang. Seramai 6,000 orang ini memang boleh disifatkan sebagai pekebun kecil yang produktif, yang mampu bekerjasama dengan pihak syarikat tembakau untuk menanam tembakau dan melalui tanaman ini mereka dapat hasilan yang agak memuaskan. Walaupun tidak boleh disebut sebagai kaya tetapi memuaskan dan mereka ingin teruskan dalam tanaman ini.
Oleh sebab mereka ingin teruskan, kita tidak boleh menghampakan usaha-usaha mereka tetapi kepada golongan yang tidak berminat lagi. Kita perlulah ada tanaman gantian dan kita pada hari ini kalau kita sebut dapat berjaya untuk mencari satu tanaman gantian bagi golongan ini memang itu pun tidak betul, tidak terang dan tidak mencerminkan apa yang berlaku di kawasan tersebut.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Oleh sebab itu, saya ingin berterus terang tidak dapat memberikan berapa peratusan yang masih dianggap berjaya, tetapi Yang Berhormat, ada juga mereka yang berjaya apabila mereka beralih kepada tanaman seperti jagung, tembikai dan cili.
Sebab itu kita minta dalam mini bajet ini satu peruntukan supaya kita boleh menolong mereka beralih kepada tanaman yang diganti itu atau sekurang-kurangnya kepada mereka yang tidak berapa produktif, mereka boleh tanam cili, tembikai dan jagung sebagai tanaman integrasi. Saya rasa peruntukan RM5 juta ini memang akan banyak menolong juga pekebun kecil dan petani di dua negeri ini untuk mereka mengadakan pendapatan yang memuaskan, yang di atas paras kemiskinan. Ini sekali gus saya rasa akan menolong rakyat kita di sana dan apabila mereka menggunakan kaedah sistem fertigasi ini, mereka juga dapat mengeluarkan tanaman ini dengan sistematik dan juga kualitinya akan jadi baik.
Sebab itu maka harga di pasaran juga baik bagi cili dan tembikai yang ditanam oleh mereka termasuk juga rock melon yang pada hari ini memang mendapat satu harga yang baik. Itulah cara-cara yang kita gunakan untuk menolong golongan yang sudah keluar daripada industri tembakau.
Yang Berhormat dari Jasin sebut MPOB ini memang hasrat kita ialah supaya kita boleh manage, saya gunakan perkataan ini, supaya kita boleh manage harga kelapa sawit itu dalam satu paras yang stabil. Ini sangat important, sangat penting, Yang Berhormat kerana kalau harga sawit ini turun naik, turun naik, kita memang menghadapi masalah untuk menjualnya di pasaran dunia. Akhirnya, kita kena terima risiko yang buruk dengan kita kena manage stok itu. Oleh sebab stok ini memang mahal kalau kita ada stok yang tinggi, maka kenalah ada tankage yang banyak dan juga stok ini kita tidak dapat jual di pasaran, maka kualitinya akan turun dan banyak risiko yang akan berlaku dalam industri ini.
Sebab itu kita kena ada satu harga yang stabil di mana pembeli pun tahu dan penjual pun tahu bahawa harga itu tidak berbeza banyak sangat. Sebab itulah kita melakukan penebangan pokok-pokok yang sudah tua, pokok-pokok yang tidak dapat menghasilkan banyak. Sebab itu dalam pengumuman saya pada akhir tahun yang lepas, kita gunakan duit yang kita kumpul daripada industri, khususnya daripada ses yang kita kutip untuk melaksanakan Program Penanaman Semula ini. Akan tetapi kepada pekebun kecil yang tidak dibela oleh FELDA, FELCRA, SALCRA dan sebagainya, kita kena tolong mereka juga.
Apa yang disebutkan ini ialah Independent Smallholders, Yang Berhormat. Sebab Independent Smallholders ini tidak ada orang membelanya dan kita gunakanlah peluang ini untuk mendapatkan sedikit wang daripada mini bajet ini supaya kita boleh menolong pekebun-pekebun kecil ini untuk laksanakan tanaman semula. Sila.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya tanaman kelapa sawit ini menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil di kampung-kampung. Saya hendak bertanyakan Yang Berhormat Menteri sekarang, pada ketika ini harga adalah di bawah paras RM2,000.
Apakah harga yang manageable price, yang kita dapat untung? Maknanya yang manageable price untuk kelapa sawit? Itu yang pertama. Yang kedua, adakah langkah- langkah lain yang kerajaan patut ambil pada ketika ini bagi menentukan harga kelapa sawit supaya kita dapat meningkatkan lagi pasaran serta permintaan dan juga supaya ia dapat menjamin masa hadapan pekebun-pekebun kecil ini? Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat. Maaflah saya tidak dapat jawab soalan ini. Kalau saya dapat jawab, saya rasa saya tidak akan jadi Menteri, saya akan jadi traders dan kita boleh buat keuntungan yang banyak. Akan tetapi memang kita tidak dapat sebab pasaran di dunia ini, orang yang beli, orang yang jual dan ini bukan sahaja di Malaysia. Di Indonesia pun keluarannya banyak. Oleh sebab itu kita kena pakai kaedah-kaedah yang kita tahu boleh mengurangkan stok itu dan sebab itu kita laksanakan program ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat bertanya apakah manageable price? Hari ini di Kuala Lumpur ada suatu Persidangan Low Rate Oil And Fats International Conference di KLCC. Saya baru pergi ke sana pada pagi ini. Namun begitu dengan kepakaran yang banyak dan sebagainya, kita pun tidak boleh sebut pada satu ketika apakah price yang agak lumayan dan mencukupi sebagai manageable price. Pada harga sekarang ini di bawah RM2,000 iaitu lingkungan RM1,900 setan, ada juga yang mengatakan kalau kita boleh teruskan dalam tahun ini dengan harga ini agak baik jugalah. Namun begitu kalau turun yang terlalu rendah seperti turun dari RM1,700 maka mereka ada sebahagian besar akan menghadapi masalah sebab kos sekarang adalah tinggi.
Untuk keseluruhannya Yang Berhormat, saya rasa kita cubalah dengan sedaya upaya, dengan langkah-langkah yang kita ambil dan kita harap harga sawit di dunia ini agak stabil sedikit, tidak turun banyak atau naik banyak. Kalau begitu, maka kita boleh managekan kos kita. Kalau tidak, kos itu agak susah kita hendak manage. Oleh sebab itu ia akan mempengaruhi harga atau keuntungan kita dalam usaha kita. Akhirnya saya hendak jawab sedikit tentang apa yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Hulu Langat mengenai promosi kayu yang kita lakukan oleh pihak MTIB, iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Memang benar Yang Berhormat, pada masa sekarang ini yang terlibat dalam industri perabot ini kalau kita sebutkan syarikat-syarikat bumiputera ini memang masih rendahlah peratusannya.
Oleh sebab itu kita ada skim untuk menolong menggalakkan lebih syarikat-syarikat bumiputera dalam industri ini dan oleh sebab itu kita ada skim-skim atau cara-cara yang kita menolong syarikat-syarikat bumiputera untuk berkembang dengan lebih baik di dalam industri ini. Oleh sebab itu kita mempunyai pusat promosi perkayuan Malaysia khususnya kita membantu golongan syarikat bumiputera untuk mendapatkan bahan mentah seperti kayu-kayu yang kita keluarkan di dalam negara kita ini seperti cengal, meranti dan sebagainya sebab harga dalam pasaran untuk kayu seperti itu adalah agak mahal.
Oleh sebab itu kadangkala mereka tidak ada modal untuk mendapatkan pembekalan bahan mentah supaya mereka boleh melanjutkan industri perabot mereka.
Walaupun dia dapat order daripada pasaran tetapi tidak ada modal untuk membeli bahan mentah. Oleh sebab itulah kita kena ada skim-skim untuk menolong syarikat bumiputera ini.
Saya rasa itulah sahaja yang saya boleh jawab Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM75,888,200 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM75,888,200 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1)2009.
Maksud P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 12500 iaitu Pembangunan Industri Tanaman Makanan yang mengkhususkan bagi memajukan tanah terbiar di pelbagai negeri.
Kementerian banyak kali menyatakan beberapa ribu hektar atau ekar yang melibatkan tanah-tanah terbiar di seluruh negara. Saya ingin mengetahui, apakah langkah-langkah drastik supaya tanah-tanah terbiar ini dapat dimajukan?
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Sebagai contoh, sejak daripada tahun 2004 saya bersama-sama dengan Ahli Parlimen Maran, Ahli Parlimen Lipis, mencadangkan supaya diwujudkan semula IADP yang telah dibubarkan di kawasan Projek Pembangunan Pertanian Pahang Barat bagi memajukan tanah-tanah terbiar termasuk juga sistem-sistem saliran dan sebagainya tetapi sehingga kini tidak ada jawapan daripada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Perkara yang kedua tentang hendak memajukan tanah terbiar, hendak memberikan kemudahan-kemudahan kepada masyarakat petani, penternak dan sebagainya. Namun begitu saya agak hairan, kenapakah selepas Bank Pertanian Malaysia ini dijenamakan semula sebagai Agrobank atau dikorporatkan, begitu susah sekali untuk menolong masyarakat petani, penternak dan orang luar bandar ini. Syarat-syarat begitu ketat sekali. Adakah Lembaga Pengarah Agrobank ini sudah tidak dapat membaca lagi hasrat kerajaan untuk membantu orang-orang kampung dan orang-orang susah sehinggakan contohnya kalau petani ini hendak meminjam RM10,000 daripada Agrobank, diwajibkan ada di dalam akaun peminjam mestilah ada RM2,000 atau akaun pemohon itu mesti ada RM2,000 terlebih dahulu. Macam mana hendak dicarikan RM2,000?
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kalau sudah ada RM2,000, ada RM3,000 dalam akaun tidak perlu lagi pinjam daripada Agrobank dan dia boleh memajukan. Ini 80 peratus bagi pinjaman, 20 peratus mesti ada di dalam akaun. Saya ada contoh-contohnya, seperti rakan saya ini Prof. Datuk Zainal, pakar buah-buahan Malaysia ini. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri kenal siapa dia Prof. Datuk Zainal daripada Universiti Sains Malaysia ini, ada mengusahakan tanah terbiar, tanah yang belum diusik - tanah daralah. Hendak membesarkan pokok, hendak menguatkan pokok, hendak membesarkan buah tetapi tidak mendapat bantuan daripada Agrobank. Perlu RM1.4 juta kewangan, tanah ada 100 ekar tetapi syarat bagi Agrobank mesti ada RM400,000 dalam akaun. Syarat hendak luluskan RM1.4 juta ini mesti ada RM400,000 dulu dalam akaun. Ini bukan hendak membantu ini!
Kalau bolehlah Yang Berhormat Timbalan Menteri tengoklah balik pemikiran Lembaga Pengarah Agrobank ini, janganlah teruk sangat tidak hendak membantu masyarakat luar bandar.
Yang kedua ini, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri ini orang Sarawak, dia kenal ada satu syarikat namanya Galdasa. Kena check lah pegawai ini, Galdasa ini.
Dapat pinjaman RM22 juta daripada Agrobank, tetapi oleh kerana suami ataupun Lembaga Pengarah syarikat ini dilantik sebagai pegawai kerajaan, tukar semua aset-asetnya kepada isterinya. Akan tetapi apabila ditukar semua nama aset kepada isterinya, Agrobank sudah tidak berminat. Sudah satu tahun lebih tergendala. Ini bukan senang ada pengusaha yang hendak membeli sebuah kapal laut dalam untuk menangkap ikan lebih setahun tergendala ini. Ini bukanlah hendak membantu masyarakat kita dalam negara kita.
Saya mintalah, dalam dasar baru, dalam hendak mengkorporatkan Bank Pertanian tetapi mesti tidak lari daripada asas untuk membantu masyarakat kampung khususnya bagi petani, penternak dan nelayan apatah lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri fokuskan kepada kita supaya kita fokus kepada pertanian. Dalam masa yang sama Bank Pertanian dikorporatkan tetapi apabila dikorporatkan tidak membantu masyarakat. Lari daripada fokus dan kempen-kempen yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak enam tahun lepas menjawat jawatan, memberikan tumpuan kepada sektor pertanian. Saya harap ini mendapat perhatian yang serius daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam perkara ini.
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sentuh dalam Maksud Butiran P.21 ini tiga perkara.
Pertama, Butiran 00700 – Lembaga Pertubuhan Peladang. Kita lihat bahawa akhir- akhir ini banyak LPP kawasan yang ada duit. LPP ini walaupun pengurus-pengurus, pegawainya datang daripada kementerian tetapi lembaganya itu agak powerful.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang membimbangkan kita ialah tentang pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Pengurusan. Oleh yang demikian saya meminta supaya kementerian melihat balik prosedur bagaimanakah Lembaga Pengurus menggunakan duit LPP kawasan yang hasilnya datang daripada kutipan ahli-ahli, bagaimanakah mereka berbelanja dan invest dalam projek-projek tertentu, siapa yang dapat, prosedur kewangan; dan akhirnya ketelusan dalam memberi atau meluluskan projek-projek.
Saya tahu ada satu LPP kawasan yang meluluskan projek yang besar jumlahnya tetapi akhirnya hancur, bukan kerana projek itu tidak baik tetapi pengurusan dalam projek tersebut yang tidak dikendalikan oleh orang-orang yang profesional, yang rugi ialah ahli- ahli. Jadi, saya minta di sini agar kementerian fokus, melihat mesti ada satu base line.
Kalau sekiranya mungkin pelaburan itu mencecah lebih daripada 50,000 contohnya dan kementerian kena tengok, pantau betul-betul. Akhirnya supaya wang yang dikeluarkan oleh ahli-ahli ini tidak disalahgunakan. Mereka ini petani-petani.
Kedua, ialah tentang 02500 - Kemudahan Pembangunan Komoditi khususnya dalam membangunkan industri kelapa. Saya setuju sangat. Negara kita ini mempunyai tanah yang banyak dan hasil kelapa ini memang sekarang ini pun kalau kita pergi ke kampung-kampung kelapa pun tidak ada khususnya di musim-musim perayaan. Malah kelapa sekarang ini diimport dari Indonesia. Kelapa untuk Thaipusam pun tidak ada. Jadi, saya cadangkan bukan sahaja peruntukan RM10 juta ini tetapi saya cadangkan kementerian di samping memberikan fokus kepada tanaman-tanaman lain seperti koko dan kelapa sawit, tetapi kelapa ini juga mesti diberikan perhatian. Kita bukan sahaja mempunyai tanah di pesisiran pantai yang luas tetapi tanah kita yang cukup subur dan kita mesti memberikan perhatian yang lebih kepada tanaman kelapa bukan sahaja dalam bentuk tanaman yang kecil-kecilan tetapi juga kalau boleh estet.
Ini kerana permintaan kelapa dan barang-barang yang datang dengan kelapa, saya ingat adalah banyak. Oleh sebab itu haruslah diberikan perhatian kerana tanah-tanah yang terbiar itu, seperti yang dikatakan oleh sahabat saya daripada Kuala Krau bahawa tanah kita banyak. Kalau kita betul-betul organise saya rasa orang kampung yang tahu bahawa ada peruntukan daripada kerajaan untuk tanam semula kelapa, saya rasa kelapalah yang paling mudah untuk ditanam, merosakkan alam pun kurang dan perkara- perkara yang lain amat susah untuk menjahanamkan kelapa kita. Jadi, saya rasa fokus khusus - research khusus diberikan kepada tanaman ini.
Akhir sekali ialah tentang Butiran 23702 - Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu semasa menteri - saya ingat 10 atau 15 tahun dahulu, tayar-tayar kereta ini berebut-rebut, Menteri dan Timbalan Menteri berkempen untuk digunakan sebagai tukun tiruan. Selepas itu saya tengok di hadapan kementerian, pada masa itu dekat dengan Parlimen kita penuh dengan tayar-tayar lori yang besar-besar. Selepas itu tidak tahu sama ada tayar-tayar ini masih lagi digunakan sebagai tukun tiruan tetapi kalau diberhentikan saya cadangkan supaya tayar-tayar ini digunakan semula sebagai tukun tiruan kerana tayar-tayar ini pun banyak masalahnya. Depa dok bakar penuh dalam pekan sekarang ini.Saya ingat itu sahaja yang hendak saya cadangkan, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh satu sahaja iaitu Butiran 23702, seperti juga disentuh oleh rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani iaitu Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta saya merasakan peruntukan tambahan ini terlalu kecil memandangkan pengalaman yang saya ketahui bahawa tukun tiruan ini biasanya memerlukan belanja yang agak besar.
Setakat ini saya memberi contoh di Terengganu, sebanyak 175 lokasi telah pun dibenamkan dengan tukun tiruan sehingga tahun 2007. Sebanyak 174 lokasi ini telah pun menelan belanja berpuluh juta. Cuma adakah kerajaan yang telah melabuhkan tukun-tukun tiruan ini yang setiap tempoh tertentu melihat balik sama ada tukun-tukun tiruan ini dibersihkan ataupun diteliti sama ada ia rosak ataupun tidak ataupun pihak kementerian mengkaji kepentingan tukun-tukun pelbagai jenis yang telah pun dilabuhkan itu mendatangkan keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Masalah yang agak besar mengenai tukun tiruan ialah, sebahagian daripada tukun tiruan ini dilabuh melebihi kawasan dua batu nautika, di mana nelayan-nelayan kecil yang kita bantu sama ada bot, enjin dan pukat biasanya mempunyai kesukaran, apatah lagi apabila datangnya musim monsun, empat bulan hingga enam bulan yang mereka ini tidak dapat pergi jauh, tambahan pula kenaikan harga minyak satu masa dahulu.
Walaupun nelayan-nelayan kecil ini, sama ada nelayan pantai dan juga pemilik bot ABC, ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan perebutan kepada tukun-tukun tiruan. Jadi timbul penanda kepada tukun-tukun ini telah dirosakkan, dan sukar dikesan.
Jadi adakah pihak kementerian telah melihat kembali bahawa, sejumlah 174 lokasi yang telah dibenamkan dengan tukun-tukun tiruan ini, adakah pihak kerajaan telah meneliti sama ada tukun-tukun ini habis hilang, ataupun dirosakkan oleh bot-bot pukat tunda yang besar, ataupun bot-bot daripada luar yang biasanya datang ke kawasan ini di musim-musim tengkujuh, di mana bot-bot nelayan kawasan negeri Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan, biasanya tidak dapat keluar untuk menangkap ikan.
Jadi belanja yang besar ini merupakan satu bimbingan ataupun satu bantuan kepada sumber ikan masa yang panjang, kerana kita ketahui bahawa di laut, terutamanya di Laut China Selatan di kawasan lima batu nautika, kita dapati begitu kekurangan sumber laut, tetapi dengan adanya tukun tiruan ini, para nelayan dapat dibantu dan kerajaan telah pun berusaha dengan berbagai-bagai kaedah.
Daripada awal lagi tukun yang disebut oleh Sungai Petani, tukun tayar, tukun seramik dan sebagainya. Walaupun tukun tayar tidak lagi digunakan, kerana difahamkan telah mendatangkan racun kepada benih-benih ikan, tetapi sistem seramik dan sistem- sistem yang baru, juga perlu dilihat kembali supaya perbelanjaan kerajaan dan juga keuntungannya kepada nelayan, akan memberi kesan yang baik.
Jadi dengan peruntukan ini, tambahan sebanyak RM7.5 juta ini, saya merasakan terlalu sedikit. Bahkan kalau diletakkan tukun-tukun ini di tiga negeri di sepanjang pantai, Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Saya rasa ini jauh daripada mencukupi, tetapi dengan alat-alat penangkapan yang canggih dan sumber yang ada makin berkurangan, maka kerajaan perlu memberi penekanan yang besar dan kajian yang lebih saintifik, serta kawasan-kawasan larangan yang perlu dikuatkuasakan, umpamanya kawasan dua batu nautika, yang dahulunya tidak dibenarkan untuk memukat tunda ataupun bagi bot ‘B’ dan ‘C’, tidak dibenarkan untuk menangkap ikan di kawasan dua batu nautika daripada bulan November hingga bulan Februari.
Walaupun perkara ini mendapat bantahan daripada nelayan-nelayan kerana difahamkan, masa inilah masa yang paling banyak sekali hasil terutamanya tangkapan udang, di mana kata mereka pada masa ini biasanya mereka mendapat pendapatan yang lumayan. Walaupun demikian, saya mendapat fahaman bahawa, di negara Thai lebih 15 tahun dahulu telah pun diharamkan untuk menangkap sumber laut di kawasan dua batu nautika ini, pada bulan November hingga bulan Februari.
Jadi kerajaan perlu memberi penekanan yang baik, untuk mengimbangkan sumber serta untuk membantu nelayan. Jadi dengan sebab itu, beberapa kaedah perlu difikirkan, sumber hendaklah bertambah, para nelayan tidak akan menjadi miskin. Oleh yang demikian, tambahan kepada sumber ini perlu dipertingkatkan, dan juga peraturan-peraturan untuk menentukan kehidupan sumber ini juga perlu dibuat kajian, dan kalau dikenakan peraturan, mesti diperketat.
Selain daripada itu, kemasukan bot-bot nelayan daripada Vietnam, Thailand dan juga di sekitarnya yang dikatakan menggunakan pukat tunda, yang boleh memusnahkan tukun-tukun kecil, tukun-tukun yang tidak berangkai. Jadi dengan demikian penguatkuasaan juga perlu untuk diselenggarakan dengan terbaik, supaya program-program kerajaan ini tidak musnah begitu sahaja, dan juga memberi keuntungan kepada semua nelayan dan juga untuk menentukan sumber makanan, masa depan akan terjamin...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Lagi panjang cerita Yang Berhormat ini, sebenarnya berucap masa Jawatankuasa ini Yang Berhormat, banyak bertanya, sedikit mencadangkan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu
Satu tajuk, tidak apalah kalau sudah masa tidak ada, saya rasa itu sahajalah Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Arau ini memang sudah experience ini, berucaplah dan bertanya dalam Jawatankuasa. Sila, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa maksud butiran iaitu Projek 00500 - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, peruntukan sejumlah RM50,134,000 ini, adakah mencukupi untuk projek membaik dan menaikkan taraf Kompleks Daratan Ikan dan Jeti Nelayan ini, dan cuma kita minta pihak kerajaan di sini, menumpukan kepada kawasan-kawasan yang dianggap dapat digunakan sepenuhnya bagi urusan pendaratan ikan, terutama di kawasan-kawasan yang ramai nelayan dan juga yang kita boleh kenakan syarat wajib pendaratan berdasarkan kepada subsidi minyak dan sebagainya, kerana kita mahu dalam keadaan sekarang ini kementerian harus lebih berhati- hati dan berjimat dalam berbelanja, kerana banyak perkara yang kita lihat di kawasan- kawasan tertentu, kompleks-kompleks pendaratan ikan ini, kebanyakan tidak digunakan sepenuhnya kecuali yang kita lihat seperti di Bukit Kayu Hitam yang agak lebih berdaya saing, terutamanya dari segi kemasukan ikan dan juga daripada luar negara yang menjadi laluan lori-lori komersial yang lain.
Jadi diminta di sini, peruntukan RM50 juta ini dapat digunakan sepenuhnya dan kompleks-kompleks mana yang menjadi pilihan, dalam usaha membaik pulih dan menaikkan taraf projek yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bagi maksud butiran seterusnya iaitu agrotourism RM5 juta diperuntukkan. Saya rasa peruntukan ini tidak mencukupi kalau kita hendak memperkasakan agrotourism negara, dan berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh kebanyakan negara seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya dalam bidang agrotourism ini. Kita lihat mereka telah dapat menarik minat pelancong-pelancong yang begitu banyak untuk melihat kemajuan yang mereka capai, dan bagaimana agrotourism ini dapat diurus tadbir sama level dengan hotel-hotel yang bertaraf, kalau kita ada hotel ditempatkan di kawasan yang berkenaan, yang bertaraf lima bintang, enam bintang, dan sama taraf antarabangsa yang sekali gus dapat menarik minat ramai orang untuk datang ke negara kita.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Jadi pada masa-masa yang akan datang mungkin kita boleh mendapat peruntukan tambahan dalam memastikan kelancaran projek agrotourism negara ini.
Kemudian butiran yang terakhir, 23702 – Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Saya bersetuju dengan rakan-rakan bahawa perubahan ekosistem yang berlaku di laut akibat tsunami yang berlaku begitu dahsyat yang mengorbankan ratusan ribu orang ini telah menyebabkan banyak hasil laut yang telah musnah. Maka sudah tentu projek tukun tiruan dan pameran sumber ikan ini perlu dibuat untuk membantu pihak nelayan dan mendapat sumber perikanan yang lebih banyak kerana kalau berdasarkan kepada kemampuan nelayan kecil yang setengahnya masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak dibenarkan oleh undang-undang seperti pukat rawa sulung dan sebagainya.
Ini boleh menyebabkan hasil laut juga berkurangan dan apa juga program yang dibuat oleh kerajaan untuk kita mengatasi masalah ini tidak akan tercapai. Kecuali kalaulah penguatkuasaan yang telah dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada, kita rasa kita dapat mengatasi masalah ini. Begitu juga pencerobohan yang dibuat oleh nelayan asing, bukan sahaja berlaku di negeri-negeri di Pantai Timur tetapi juga berlaku di negeri di Pantai Barat. Jadi saya rasa RM7 juta ini tidaklah mencukupi kalau kita nak menguruskan semua projek tukun tiruan berdasarkan kedudukan negara kita yang dikelilingi oleh laut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Eh, maaf Yang Berhormat, ada lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kerana izinkan saya untuk turut sama. Saya ingin menyentuh Butiran 0050. Saya mohon daripada pihak kementerian supaya dari segi membaik dan menaik taraf kompleks pendaratan ikan ini supaya di kawasan saya juga diberi perhatian sebab banyak nelayan terutamanya di kawasan Lahad Datu dan daerah Kunak. Daripada peruntukan ini, saya mohon supaya pihak kementerian juga dapat mempertimbangkan supaya membina kompleks pendaratan ikan dan jeti nelayan di kawasan Lahad Datu terutamanya.
Seterusnya dalam butiran 00900 – Projek Pertanian yang lain iaitu peruntukan tambahan. Saya melihat dari segi kegawatan ekonomi sekarang ini, memang sesuai kalau pihak kementerian dan kerajaan menumpukan perhatian dalam bidang agrotourism. Saya mohon juga supaya pihak kementerian mengambil kira agar aktiviti agrotourism di negeri Sabah khususnya di kawasan Parlimen Silam supaya dapat dimajukan sebab kita lihat dari segi aktiviti ini memang boleh dimajukan di kawasan saya. Dari segi kemudahan infrastruktur pun kita melihat memang ada kesesuaian. Kalau sebelum ini saya dapati kita tidak begitu memberi tumpuan dan perhatian dalam aktiviti agrotourism ini terutamanya di kawasan-kawasan negeri Sabah.
Jadi satu benda yang baik bagi mempelbagaikan aktiviti ekonomi supaya ia dapat merangsang aktiviti penglibatan seluruh masyarakat sebab kita tahu bahawa aktiviti pertanian ini memang pada dasarnya majoriti masyarakat Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar terlibat dalam aktiviti ini. Jadi saya berharap supaya dapat diperuntukkan juga dalam aktiviti agro tourism ini khususnya di kawasan Parlimen Silam.
Kemudian butiran projek 23702 – Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Sudah sekian lama sebenarnya aktiviti perikanan ini, kita lihat di negeri Sabah dan khususnya di Pantai Timur negeri Sabah yang merangkumi sekitar kawasan Parlimen Silam sampai ke kawasan Parlimen Semporna. Aktiviti perikanan ini memang yang terbesar terutamanya di negeri Sabah. Jadi saya berharap supaya membiayai projek tukun tiruan dan seterusnya sumber-sumber yang lain yang ada hubung kait dengan sumber perikanan ini, ia dapat diberikan perhatian juga.
Saya berharap supaya daripada peruntukan tambahan sebanyak lebih kurang RM7 juta ini dapat diagihkan juga ke negeri Sabah dan khususnya kawasan-kawasan yang terlibat dari segi sumber pemuliharaan ikan. Saya ingin mencadangkan juga di sini dalam mini bajet yang dibentangkan beberapa hari yang lepas menyebutkan tentang aktiviti pusat akuakultur. Oleh sebab kawasan Parlimen Silam telah pun dicadangkan untuk sebagai pusat akuakultur negara dan saya berharap supaya Kementerian Pertanian dapat memberikan peruntukan yang secukupnya untuk program tersebut. Ini kerana saya melihat ia memang melibatkan masyarakat yang ramai yang memang menjadi dasar dan hasrat kerajaan untuk memastikan kita dapat menghapuskan miskin tegar terutamanya.
Jadi saya berharap dalam butiran projek 23702 - Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan ini dapat diambil kira kawasan-kawasan tertentu. Saya berharap juga supaya pegawai-pegawai daripada kementerian supaya turun ke bawah dari semasa ke semasa dan saya menyokong dasar kementerian yang mengarahkan pegawai-pegawai kementerian untuk turun padang agar dapat memastikan segala program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dapat dilaksanakan secara berkesan. Cara ini saya rasa adalah amat baik dan kalau boleh saya ingin mencadangkan juga supaya apabila pegawai itu turun ke setiap kawasan yang mereka lawat, maka perlulah dilibatkan kepimpinan di peringkat daerah terutamanya Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat di peringkat kawasan tersebut. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya sila Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat ya.
Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 23702 - Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Seperti mana yang kita tahu, peruntukan itu agak begitu kecil cuma mungkin jabatan harus memikirkan dan memberi tumpuan kepada pendedahan kepada nelayan- nelayan berkenaan dengan pengurusan dan perlindungan sumber perikanan kerana mereka saya kira tidak faham. Tidak faham kenapa mereka tidak boleh memukat atau mencari rezeki dalam persekitaran 2km dari pantai. Jadi memandangkan mereka ini dari dulu keturunan mereka boleh mencari sumber rezeki di situ dan kenapa mereka kini tidak boleh. Jadi saya ingat mungkin jabatan harus memikirkan bagaimana memberi pendedahan atau kursus kepada nelayan-nelayan sebegini.
Yang kedua saya hendak menyentuh butiran 00500. Walaupun tidak disentuh di sini, hanya peruntukan RM50,134,000 diberi kepada projek membaik dan menaik taraf kompleks pendaratan ikan dan jeti nelayan. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan bantuan-bantuan khusus kepada nelayan-nelayan pantai. Saya kira masa kini perlu.
Mereka ini sebagai nelayan-nelayan pantai, nelayan-nelayan kecil, mereka memerlukan bantuan kerajaan.
Jadi saya tengok tidak ada bantuan tambahan peruntukan untuk memberi bantuan bot, enjin, pukat dan sebagainya kepada nelayan-nelayan ini. Kalau dulu ada bantuan tetapi bantuan itu tidak sepenuhnya, hanya diberi bot dan enjin, tidak diberi pukat dan juga tong ikan. Jadi apabila saya tanya kenapa tidak ke laut, bot dan enjin sudah dapat, dia kata tunggu nak beli pukat dan juga nak beli tong. Saya kira mungkin LKIM boleh memikirkan bagaimana, hendak beri atau hendak bantu mereka ini, bantulah sepenuhnya agar mereka dapat bantuan dan boleh turun ke laut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Sikit lagi Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya sila.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Saya ingin mendapat penjelasan 00700 - Pengeluaran Benih Padi Sah, apa yang dimaksudkan dengan itu dan peladang baru, apakah itu merujuk kepada estet ataupun ada kaedah baru.
Kemudian kepada Butiran 02500 - Industri Kelapa. Saya dapati sekarang ini, kebanyakan kelapa ini sudah banyak yang tua-tua yang memerlukan tanaman semula macam kelapa sawit juga. Jadi saya agak peruntukan RM10 juta ini dapat digunakan untuk tanaman semula. Yang penting juga saya perhatikan dari segi pasaran, banyak kelapa- kelapa kalau kita lihat di Kuala Selangor dan sebagainya, kelapa banyak berguguran tetapi seolah-olah tidak ada pasaran. Jadi tentu ada kaedah atau mekanisme supaya kelapa ini dapat dipasarkan dengan baik supaya peladang-peladang kelapa ini dapat memasarkan hasil mereka dengan lumayan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru bolehlah bertanya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Hulu Langat. Jadi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sebab boleh kata rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan di sini bahawa kalau ikut peruntukan ini tidak mencukupi.
Jadi memanglah ini adalah sesuatu yang hakikat yang sebenarnya Yang Berhormat-Yang Berhormat peruntukan ini adalah untuk tahun 2009, tahun ini sebanyak RM104,278,800 dan insya-Allah untuk tahun 2010 amount yang sama juga bermakna kali dualah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Jadi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan mengikut butiran yang tercatat di dalam buku. Di mana peruntukan di bawah Butiran Projek 00500 iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Peruntukan tambahan yang berjumlah RM50,134,000 adalah diperlukan untuk membiayai projek membaik dan menaik taraf kompleks pendaratan ikan dan jeti nelayan.
Sebanyak 24 kemudahan pendaratan ikan baru dan 59 buah jeti akan dinaiktarafkan dan diselenggarakan Selain dari membina kemudahan jeti LKIM juga akan melengkapkan penyediaan mesin flat ais dan juga tapak untuk projek minyak diesel bagi memudahkan nelayan setempat mendapatkan bekalan input selain dari memudahkan mereka menjual hasil tangkapan. Jadi LKIM juga akan mempertimbangkan pembinaan jeti- jeti bagi perikanan darat termasuk ikan air tawar seperti di tasik dan juga di lombong- lombong.
Jadi dijangkakan daripada jumlah tersebut seramai 12,291 orang nelayan dan 5,827 buah bot di seluruh negara akan mendapat faedah dari projek menaik taraf dan penyelenggaraan jeti tersebut. Bilangan projek menaik taraf dan penyelenggaraan jeti bagi setiap negeri adalah seperti berikut:
| Negeri | Bil. Jeti |
|---|---|
| Perlis | 4 |
| Kedah | 11 |
| Pulau Pinang | 18 |
| Perak | 8 |
| Selangor | 8 |
| Melaka & Negeri Sembilan | 3 |
| Johor | 8 |
| Pahang | 3 |
| Terengganu | 2 |
| Kelantan | 5 |
| Sarawak | 4 |
| Sabah | 11 |
| JUMLAH | 85 |
Di bawah Butiran 00700 iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang, peruntukan tambahan sebanyak RM16,544,300 diperlukan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut iaitu untuk pengeluaran sayur-sayuran iaitu RM3,265,500, pengeluaran buah- buahan iaitu RM2,734,500 dan untuk pengeluaran benih padi sah iaitu RM2,000,000 dan untuk pembangunan usahawan peladang iaitu RM8,544,300. Jadi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang ini adalah satu daripada cara kita untuk menambahkan pengeluaran makanan untuk kita menangani masalah-masalah seperti krisis makanan atau krisis ekonomi.
Di bawah Butiran 00900 iaitu di bawah Agro Tourism, jadi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengatakan bahawa ini adalah satu usaha yang insya- Allah boleh menambahkan pendapatan kepada kumpulan sasar. Jadi peruntukan sebanyak RM5,013,400 adalah diperlukan untuk membiayai pembangunan Projek Agrotourism di mana sebanyak 30 buah projek kecil akan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di seluruh negara. Jadi nanti ada beberapa contoh berbagai jabatan dan agensi untuk saya maklumkan iaitu seperti di bawah Jabatan Perikanan contohnya pemuliharaan penyu di pantai Telok Intan di Pulau Tioman untuk kita memulihara penyu tersebut.
Di bawah Jabatan Pertanian Sabah iaitu untuk kita menambahbaikkan lagi Taman Pertanian Sabah di Tenom seperti di Jabatan Pertanian pula sebagai contoh di Kampung Budaya Kuala Pilah iaitu untuk tanaman padi. Juga homestay di Jempol. Bagi Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu untuk kita membuat pembaikan seperti pembinaan jeti, wakaf menunggu dan sebagainya bagi chalet terapung PKK Merbok. MARDI untuk kita menambahbaikkan lagi Tanam Agro Teknologi MARDI di Langkawi. Di MADA iaitu untuk ladang mempelam MOA Incorporated iaitu untuk beberapa penambahbaikan tempat-tempat tersebut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Juga beberapa homestay LKIM dan juga FAMA. Bermakna semua ada dimasukkan sekali di dalam peruntukan ini yang kecil-kecilan tetapi untuk menambahbaikkan. Jadi di bawah Butiran 02500 iaitu atas tajuk Kemudahan Pembangunan komoditi iaitu peruntukan tambahan RM10,026,800 adalah diperlukan untuk membiayai program pembangunan industri kelapa bagi meningkatkan pengeluaran dan hasil kelapa bagi tahun ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat, jadi sebenarnya sekarang ini memang kita memberi fokus kepada kelapa dan setiap kali perayaan dan sebagainya kita terpaksa mengimport sehingga perayaan yang terbaru, hari raya yang lepas setegah juta biji kelapa daripada Indonesia.
Jadi oleh yang demikian kita menggunakan kelapa jenis matang di mana hasil produktivitinya begitu tinggi dan pada masa yang sama juga kita hendak supaya pekebun- pekebun juga menanam kelapa pandan untuk diminum air kelapa pandan. Jadi untuk penanaman semula kelapa kita menggunakan di bawah pembangunan secara kelompok iaitu RM2.5 juta di bawah pembangunan pengurusan berpusat RM1.14 juta. Kita juga ada satu lagi skim dinamakan pemulihan kelapa kita memperuntukkan RM0.3 juta dan pada yang masa untuk pengeluaran benih kelapa sebab itu adalah sesuatu yang penting ya.
Pengeluaran benih kelapa RM2.66 juta.
Jadi terima kasih Yang Berhormat sebab memang kita merasakan bahawa dari segi industri penanaman kelapa ini begitu penting. Kita juga telah mengenal pasti beberapa negeri-negeri yang mempunyai potensi besar untuk penanaman kelapa. Di bawah Butiran 12500 iaitu Pembangunan Industri Tanaman Makanan khasnya bagi tanah terbiar.
Peruntukan RM15,040,200.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Boleh mohon penjelasan sikit? Kuala Krai, depan. Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak berpatah balik sikit mengenai pemulihan kelapa ini. Salah satu perkara baru dalam industri kelapa ini ialah pengeluaran virgin coconut oil yang dikatakan merupakan minyak kelapa dara yang tinggi nilainya dan banyak nilai-nilai kesihatannya dan menjadi satu industri baru di dalam industri kelapa ini.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Apakah tidak ada sedikit peruntukan untuk membuat satu program galakan supaya industri ini dipertingkatkan supaya nilai yang diperolehi daripada industri ini lebih tinggi daripada hanya menjual santan ataupun perkara-perkara lain yang biasa kita dengar.
Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah peruntukan untuk kita memastikan bahawa kita ada cukup jumlah kelapa kita bermula sebab virgin coconut oil dan macam-macam di sini sebenarnya keperluan kelapa Yang Berhormat untuk kita mengeluarkan santan segar kita memerlukan 54,000 metrik tan.
Untuk virgin coconut oil kita memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 metrik tan dan untuk lain-lain produk 1,000.
Jadi bermakna langkah pertama adalah kita pastikan pengeluaran kuantiti yang mencukupi. Yang Berhormat, memang VCO ini memberi nilai yang begitu tinggi kepada kesihatan dan juga sebenarnya pendapatan yang nilai tambahan yang begitu tinggi.
Memang Yang Berhormat. Akan tetapi kadang-kadang kelapa yang kita ada itu tidak kesampaian ke situ. Kadang-kadang untuk makan, untuk keperluan saya katakan tadi masa perayaan kita terpaksa mengimport setengah juta biji hari raya yang lepas. Itu satu.
Jadi Yang Berhormat itu adalah satunya. Jadi dengan kita membuat penggalakan seperti ini kita mendapat satu kuantiti yang boleh kita membuat bermacam-macam.
Sebenarnya kalau kita hendak eksport Yang Berhormat, kita perlu serbuk santan kering, santan kelapa, serbuk kelapa parut, serbuk kelapa parut rendah lemak, ada macam- macam, VCO dan juga kelapa segar. Memang ada pasaran tetapi langkah pertama kita harus tentukan ada kuantiti yang begitu banyak.
Berbalik kepada tanah terbiar iaitu kita memerlukan RM15,040,200 untuk kita membiayai program kawasan pembangunan pertanian dan sebenarnya adalah untuk memajukan tanah terbiar di pelbagai negeri.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Secara keseluruhannya projek pembangunan pertanian bagi tahun ini dijangka akan memberi faedah kepada 493 orang peserta dengan keluasan dibangunkan seluas 750 hektar dan nilai pengeluaran kita jangkakan dalam RM3,285,191. Jadi ini adalah satu unjuran. Nanti yang lain-lain Yang Berhormat saya akan masuk selepas saya habis tajuk ini.
Tadi Yang Berhormat ada menyebutkan beberapa perkara. Jadi tanah terbiar ini memang sesuatu yang baik tapi Yang Berhormat kaitkan dengan Agrobank. Biar saya habis dahulu di bawah tajuk ini. Saya akan kembali kepada kaitan Yang Berhormat Kuala Krau tadi kepada Agrobank. Jadi di bawah butiran...
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan. Di Pahang Barat dahulu ada satu agensi yang dipanggil IADP yang menangani masalah tanah terbiar ini tetapi telah dimansuhkan. Adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan semula agensi tersebut?
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, mengenai cadangan Yang Berhormat untuk kita mewujudkan semula IADP Pahang Barat sebenarnya Yang Berhormat penutupan IADP Pahang Barat telah diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Negara. Walau bagaimanapun, kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan bekas IADP Pahang Barat bagi tahun ini dan tahun 2010 insya-Allah. Jadi kadang-kadang Yang Berhormat ini adalah sesuatu yang sama juga ceritanya dengan Agrobank. Kalau saya hendak cerita alang-alang sudah dengan Yang Berhormat Kuala Krau.
Jadi sebenarnya Yang Berhormat Agrobank saya rasa hari ini telah diadakan satu sidang media di mana telah cuba memaklumkan dari segi beberapa complaint yang dikatakan kenapa Agrobank bersikap sedemikian. Jadi untuk makluman sehingga 28 Februari sebanyak 492 pinjaman bernilai RM13.6 juta telah diluluskan oleh cawangan Agrobank di seluruh Malaysia khasnya bagi skim di bawah MUSTMEF iaitu mikro kredit di bawah Bank Negara Malaysia. Untuk makluman Agrobank ada 197 buah cawangan kecil dan besar di seluruh negara. Seperti saya jawab di atas soalan Parlimen sebenarnya memang kita juga mendapati satu kemusykilan sebab satu-satunya bank yang sepatutnya memberi bantuan khasnya kepada industri pertanian adalah Agrobank tapi oleh kerana telah dicorporatizekan jadi Agrobank telah diletak di bawah Bank Negara di bawah BAFIA.
Jadi di bawah BAFIA itu ada beberapa syarat.
Namun demikian Yang Berhormat dengan adanya sekarang ini senario dengan krisis ekonomi dan sebagainya Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Presidennya yang pagi tadi telah mengadakan sidang media iaitu Datuk Martini mereka cuba hendak mencari satu jalan penyelesaian supaya dapat dipermudahkan dan kalau dapat ini adalah satu-satunya bank yang membantu dalam industri pertanian. Jadi saya juga berharap bahawa perkara ini dapat memberi keputusan yang akan menjadi satu harapan kepada kumpulan sasaran di dalam industri pertanian.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Pengerusi, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua RM300 juta telah diberikan di bawah program mikro kredit kepada Agrobank dan Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tahu RM13.6 juta diluluskan dan kalau hanya RM13.6 juta diluluskan selepas RM200 juta pada tahun lepas diluluskan saya ingat tak sampai sasaran untuk membantu masyarakat petani, penternak dan juga usahawan-usahawan yang ingin membangunkan usahawan masing-masing.
Jadi tak tercapai matlamat kita untuk dasar pembangunan industri pertanian dan makanan serta buah-buahan di dalam negara kita. Saya minta setelah kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua ini RM300 juta diberikan kepada Agrobank minta tolong sangatlah Agrobank ini membantu masyarakat petani dan juga masyarakat luar bandar termasuk usahawan di dalam negara kita.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Itulah saya katakan tadi bermakna setelah diumumkan bahawa Agrobank diberi satu suntikan dana RM300 juta.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Jadi bermakna adalah dari segi perbincangan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Menteri bersama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga lembaga Agrobank jadi mungkin yang itu tercetus untuk kita mendapat satu suntikan.
Sebab itulah saya katakan tadi Yang Berhormat kita memang memikirkan ada satu harapan bagi kumpulan sasar di dalam industri pertanian ini dari segi suntikan yang baru kita dapat yang diumumkan pada beberapa hari yang lepas.
Jadi satu lagi iaitu di bawah Butiran 23702, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan. Terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai satu awareness dengan izin yang perlu kita semai kepada semua nelayan bukan sahaja nelayan yang aktif ke laut tetapi kepada semua rakyat di Malaysia betapa pentingnya kita harus menjaga dan mengurus sumber perikanan yang ada di negara kita.
Jadi peruntukan seperti dikatakan rata-rata ramai mengatakan tidak mencukupi tetapi dari RM7,520,100 ini pada tahun ini dan juga pada tahun 2010 amaun yang sama.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Kita berharap dapat membiayai beberapa projek tukun tiruan dan juga pemuliharaan sumber ikan untuk nelayan seperti berikut. Jadi beberapa komponen di bawah projek ini:
(i) mereka bentuk, membina dan melancar tukun tiruan untuk tujuan menambah sumber perikanan;
(ii) menjalankan kajian untuk menentukan bentuk dan bahan yang sesuai untuk dijadikan tukun bagi spesies-spesies;
(iii) menyelenggara dan menambahkan tukun-tukun di lokasi yang sedia ada termasuk boya penanda;
(iv) membina dan melancarkan tukun tiruan yang direka khas bagi tujuan menghalang pencerobohan bot yang menjalankan aktiviti perikanan dan tangkapan daripada memasuki kawasan atau zon larangan perikanan; dan
(v) pelaksanaan projek tukun tiruan melalui penenggelaman vessel- vessel yang dirampas.
Maknanya ini adalah beberapa kaedah yang ditanya tadi. Satu, ditenggelamkan vessel-vessel yang dirampas, menggunakan konkrit dan bahan-bahan lain yang bersesuaian iaitu sebanyak 11 tapak projek tukun tiruan akan dibina di seluruh negara iaitu di Terengganu, di Pahang, di Johor, di Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, di Kedah, Sarawak, Labuan, di Sabah dan juga di Kelantan. Memanglah jumlah itu tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya kita ada program-program yang khusus termasuk yang dicadangkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat supaya diadakan pendedahan atau ceramah-ceramah di mana memang selalu diadakan dialog dengan nelayan untuk memberi penerangan seperti mengadakan beberapa majlis interaksi dan sebagainya.
Jadi Yang Berhormat, saya berharap kebanyakannya saya telah jawab termasuk industri kelapa. Mengenai LPP tadi, ada saranan mengenai pengurusan LPP dan Pertubuhan Peladang. Jadi untuk makluman kepada khasnya Yang Berhormat Sungai Petani yang tanya tadi, Pertubuhan Peladang Kawasan melabur dalam projek-projek yang melibatkan kewangan yang besar dan kadangkala rugi di mana LPP sebagai pendaftar kepada PPK sentiasa mengawal, menyelia dan memantau projek-projek yang dilabur oleh PPK tersebut. Sebelum projek-projek diluluskan, kajian daya maju projek dibuat dan surat kuasa pelaburan dikeluarkan oleh pendaftar. Jika mendapati projek yang dilaburkan memberi faedah kepada Pertubuhan Peladang dan ahli-ahlinya, bermakna Yang Berhormat, memang ada di dalam LPP itu satu mekanisme untuk kita memastikan bahawa apa-apa pelaburan mestilah memberi pulangan kepada ahli-ahli PPK.
Kelapa sudah. Yang Berhormat kebanyakan yang bertanya tadi, sukacita saya maklumkan bahawa kebanyakan yang berdiri dan berucap tadi semua projek-projek di bawah mini bajet ini ada didapati di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM104,278,800 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM104,278,800 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.
Maksud P.23 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya tiga soalan pendek berkenaan dengan P.23, Butiran Projek 15300, Mengorek Kuala-kuala Sungai dan juga Butiran Projek 16700, Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Kedua-dua butiran ini seperti biasa tidak menyenaraikan semua projek ini dan kita sebagai wakil rakyat ingin mengetahui bahawa apakah senarai projek-projek yang dimaksudkan ini khasnya untuk Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM76 juta dan projek-projek ini adakah ia merangkumi semua negeri dan saya berharap pihak Menteri boleh memberikan satu senarai mengikut negeri dan setiap negeri biar kita tahu di mana satu sungai yang diadakan projek untuk mengorek kuala-kuala sungai tersebut dan juga apakah projek-projek tebatan banjir yang dimaksudkan.
Secara khususnya di kawasan Parlimen saya juga terdapat dua batang sungai yang sering menyebabkan banjir kilat berlaku. Secara khususnya satunya Sungai Linggi dan keduanya Sungai Temiang. Kedua-dua sungai ini merupakan sungai yang utama dalam bandar Seremban sering mengakibatkan banjir-banjir kilat di bandar Seremban.
Dalam setahun, beberapa kali berlaku banjir kilat ini. Saya harap pihak menteri boleh memberikan secara butiran apakah projek-projek ini dan sama ada di daerah Seremban dan di Negeri Sembilan khususnya adakah projek tebatan banjir ini juga dilakukan di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak bercakap tentang Butiran Projek 15300, Mengorek Kuala-kuala Sungai dan juga Rancangan Tebatan Banjir atau RTB dan Saliran Bandar. Bagi saya, kuala atau muara sungai bukan sahaja yang terus menghala ke laut tetapi juga kuala-kuala sungai yang pergi pula ke sungai yang lebih besar. Jadi, ada kalanya kesan daripada penebangan hutan dan sebagai menyebabkan tanah-tanah sudah tidak lagi dapat ditahan dan mereka ini telah memenuhi sungai-sungai kecil ini. Jadi, saya berharap dengan adanya projek ini, bukan sahaja sungai-sungai atau muara sungai yang ke laut yang dikorek tetapi juga sungai- sungai yang saya kata tadi. Itu yang pertama.
Yang keduanya dari segi tebatan banjir ini, apa yang saya lihat longkang-longkang terutamanya. Ini kerana saya kesan daripada kadang-kadang majlis daerah yang telah mengabaikan. Selain daripada JPS yang telah mengabaikan longkang-longkang tanah dan sebagainya. Jadi kita berharap longkang-longkang ini terutamanya macam saya seperti contohnya di kawasan Lipis, tempat-tempatnya yang dulunya tidak pernah banjir dan kita tidak terfikir tempat-tempat yang sebegitu akan banjir tiba-tiba banjir. Bila kita teliti rupanya ada proses pembangunan yang pesat di kawasan itu seperti perumahan dan sebagainya.
Akan tetapi sistem saliran tidak dibetulkan atau tidak dilebarkan. Jadi kesannya kawasan- kawasan yang rendah di sekelilingnya telah dinaiki air dan berlaku banjir kilat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Bagi banjir di Pahang pula saya lihat, kadang-kadang pada musim tengkujuh bukanlah sangat kerana pasir dan sebagainya tetapi kerana kadang-kadang air laut pasang lebih tinggi daripada air sungai yang hendak mengalir keluar dan dia menolak ke dalam kesan daripada angin timur laut rasa saya. Jadi, kalau projek ini tidak diteliti dengan betul dan sebagainya boleh menyebabkan projek ini menjadi terbengkalai begitu sahaja. Jadi apa yang penting bagi saya ialah penelitian terhadap projek-projek yang dibuat ini hendaklah diberi perhatian. Sekian, terima kasih.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan perkara berkaitan dengan P.23 ini iaitu 15300 berkaitan dengan masalah banjir di kawasan Kulim Bandar Baharu. Di kawasan Bandar Baharu iaitu di kawasan Kampung Parit Besar. Masalah berkaitan dengan sungai yang tidak dikorek begitu lama menyebabkan lumut dan tumbuh-tumbuhan lain yang tumbuh menyebabkan banjir boleh dikatakan setiap kali hujan lebat turun di kawasan itu. Di kawasan Sungai Buluh juga dan Kampung Lindungan Raja di kawasan Sungai Sedim di Kulim yang juga menghadapi masalah banjir akibat daripada longkang yang tidak diganti semula setelah penurapan atau pembaikan pulih jalan di buat di kawasan tersebut.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi, kalau dapat perkara ini diberi perhatian kerana telah menyebabkan banjir yang teruk baru-baru ini di kawasan tersebut termasuk satu lagi kawasan di perkampungan atau kawasan Junjung. Masalah banjir di situ berlaku kerana walaupun longkang di kawasan tersebut boleh menampung air hujan yang turun tetapi apabila air tersebut memasuki di kawasan sebelah Seberang Perai, Pulau Pinang longkang tersebut menjadi kecil, menjadikan sekatan air di situ dan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan laju dan menyebabkan banjir besar di kawasan Junjung sekarang. Jadi, saya pohon agar pihak kementerian melihat masalah banjir di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran P.15300 - Mengorek Kuala-kuala Sungai ini.
Saya ucap terima kasih lah kepada pihak kementerian selepas kejadian banjir di Parlimen Kuala Krau, banyak kuala-kuala sungai yang telah dikorek dan didalamkan. Cuma ada satu masalah apabila kuala-kuala sungai ini dikorek, semestinya lah ada pelebaran dan sebagainya.
Saya mohon juga empangan-empangan atau kekunci hari ini diganti, dibaik pulih dan sebagainya. Ada satu projek di Empangan Paya Cantik Gunung Senyum iaitu ternakan ikan air tawar. Apabila kerja-kerja mengorek sungai ini telah didalamkan, empangan ini tidak dibaiki dan sebagainya maka projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengalami kerugian. Kementerian Pertanian kata ia tidak cukup duit. Jadi, mohonlah supaya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini bantu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Keduanya tentang Kempen Mesra Alam, peruntukan RM200,000 yang telah diberikan pada tahun lepas. Jadi, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri bayarlah duit RM200,000 ini kepada kontraktor-kontraktor yang telah melakukan kerja-kerja.
Sehingga sekarang pada bulan 10 tahun lepas, sampai sekarang dan diberitakan bulan Julai baru hendak dibayar kerja-kerja yang melibatkan Kempen Mesra Alam RM200,000 ini.
Ketiganya, saya ingin tahu berapakah sungai yang telah tercemar dan saya minta adakah cadangan kementerian untuk menguatkuasakan undang-undang supaya penggunaan bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna mengharamkan penggunaan plastik barangan yang begitu banyak sekali yang menyebabkan sungai kita tercemar dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.
Daripada jumlah ini, berapakah peruntukan yang telah disalurkan untuk tujuan maksud mencegah banjir kilat di Kuala Lumpur? Selepas siapnya SMART Tunnel dan juga projek- projek sistem saliran di beberapa tempat di Kuala Lumpur, banyak yang menganggap masalah banjir di KL dapat diatasi dengan sepenuhnya.
Akan tetapi, banjir kilat yang berlaku di minggu lepas di Jalan Ipoh dan sekitarnya nyata memberi gambaran bahawa sistem saliran di Kuala Lumpur masih lemah walaupun kerajaan telah berbelanja sebanyak RM2.2 bilion untuk menyiapkan SMART Tunnel. Saya ingin tahu setakat ini apakah fungsi atau peranan yang dimainkan oleh SMART Tunnel dalam mencegah banjir di Kuala Lumpur.
Sebabnya saya tidak nampak ada kelebihan SMART Tunnel ini sebagai satu sistem saliran banjir. Saya hanya nampak SMART Tunnel ini hanya berfungsi sebagai jalan raya kutipan tol sahaja. Saya juga ingin tahu, setakat manakah SMART Tunnel ini dapat berfungsi dengan berkesan di mana ianya terpaksa ditutup untuk dikosongkan supaya memberi laluan kepada air banjir untuk disalurkan keluar dari Kuala Lumpur ini.
Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 153000 - Mengorek Kuala-kuala Sungai.
Berapakah wang yang telah diperuntukkan untuk mengorek dan mendalamkan Kuala Sungai Klang? Banyak banjir yang berlaku di sekitar Petaling Jaya kerana air tidak dapat disalurkan dengan segera ke Sungai Klang kerana Sungai Klang penuh dibanjiri air dari Kuala Lumpur. Sungai Klang perlu dikorek lebih dalam lagi terutama di kuala Sungai Klang supaya ianya dapat menampung jumlah air dari Kuala Lumpur. Kalau jumlah peruntukan ini tidak dalam butiran yang dinyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambahkannya pada tahun yang akan datang? Sekian, terima kasih.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik maksud Butiran Projek 16700 iaitu - Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.
Memang umum mengetahui pada minggu lepas tentang banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur walaupun kita telah ada SMART Tunnel tetapi saya difahamkan pada masa banjir berlaku SMART Tunnel tidak dapat dibuka lebih awal kerana terdapat kenderaan di dalam tunnel berkenaan. Kalau mungkin kita boleh selamatkan banyak lagi kerugian kalau ada keselarasan kemungkinan dari segi sistem pengurusan yang lebih efisien saya rasa perkara ini tidak harus berlaku dan diulangi. Saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh betulkan kalau fakta ini tidak tepat.
Kemudian menyentuh tentang RTB yang telah kita laksanakan selama ini dengan reka. Ini kerana kita lihat banyak tempat yang telah pun berjaya diatasi perkara ini dan kemungkinan ada sesetengah tempat kita lihat perkara ini masih lagi berterusan. Adakah disebabkan oleh sistem atau pun teknologi yang kita guna pakai terutama dari segi teknikal yang kita buat secara standard di seluruh negara ini boleh menyebabkan perkara ini dapat diatasi sepenuhnya.
Ini kerana ada di sesetengah tempat walaupun RTB ini telah kita buat dalam bentuk yang lebih besar, kita lihat masalah banjir masih lagi berlaku terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap rendah daripada kawasan downstream atau pun di kawasan hiliran, di kawasan hilir. Jadi, makna kata apabila berlaku hujan yang lebat yang lebih daripada had yang sepatutnya air berkenaan akan lambat surut dan menyebabkan akan berlaku banjir dalam tempoh yang agak lama seperti yang berlaku di Pendang, Kedah dan sebagainya.
Jadi, di sini kita berharap supaya kalai sekiranya teknologi yang kita guna pakai sekarang ini masih dianggap tidak bersesuaian kecuali ianya berjaya di beberapa negeri di Selangor dan sebagainya. Kementerian boleh mempertimbangkan kemungkinan kita mendapat khidmat nasihat daripada beberapa syarikat-syarikat yang mempunyai kemampuan teknikal dalam mengatasi masalah banjir yang berlaku di negara kita ini yang boleh dikatakan di antara masalah yang cukup besar. Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai Maksud 23 iaitu Butiran15300 - Mengorek Sungai-sungai. Saya harap kementerian juga ada peruntukan di dalam ini untuk mengorek sungai-sungai dan kuala-kuala sungai di kawasan Telok Intan yang dan sering kali dibanjiri seumpamanya Sungai Bidor di mana Kampung Air Hitam telah dilanda banjir yang amat teruk baru-baru ini.
Mengenai Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir. Sekali lagi saya ingin tahu berapakah peruntukan untuk mengatasi banjir di kawasan Telok Intan sebab sering kali di Telok Intan ada banjir, banjir biasa atau pun banjir kilat. Berdekatan Sekolah Sun Min ada berlaku banjir kilat di mana longkang itu tidak dapat menampung air akibat dari sungai yang tidak dapat dikawal. Paras air sungai sering kali lebih daripada paras air di sungai dan ini mengakibatkan banjir di seluruh kawasan Telok Intan pada masa biasa pun. Jadi saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri berapakah peruntukan daripada sini untuk kawasan Teluk Intan? Sekian, terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Nasib baik bunga saya ini memancar, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berkata tentang butiran projek 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya mengharapkan mudah- mudahan kepada kementerian supaya bukan sahaja melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir daripada sungai-sungai yang sedia ada. Akan tetapi juga mengambil kira kepada masalah anak-anak sungai yang tidak di selenggara selama ini dengan baik. Ini kerana saya perhatikan di kawasan saya, ada sebahagian besar daripada anak-anak sungai yang sudah tidak masuk lagi dalam senarai kerja-kerja untuk membaik pulih dan sebagainya.
Anak-anak sungai ini yang tidak diselenggara dengan baik ini telah menyebabkan masalah pengaliran air yang akhirnya menyebabkan banjir kilat berlaku. Jadi saya harap mudah- mudahan Menteri dapat memberikan tumpuan kepada masalah yang saya bangkitkan ini terutama dalam kawasan saya. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 16700 mengenai Tebatan Banjir iaitu satu daripada langkah mengurangkan banjir dengan mengadakan kolam tadahan atau catch pond. Jadi, adakah peruntukan RM76 juta ini memasuki penyediaan kolam tadahan ini? Ini kerana pengalaman saya, satu daripada usaha mengurangkan banjir iaitu dengan menyediakan catch pond ataupun kolam tadahan di hulu sungai. Itu yang saya minta penjelasan. Terima kasih.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 15300 - Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah kawasan-kawasan sungai yang terdapat di kawasan saya seperti Sungai Sekama. Sungai yang selalu mendatangkan punca banjir ketika musim hujan, dari segi memperdalamkan muara-muaranya. Di samping itu, juga saya ingin merujuk kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar terutamanya di kawasan Tabanak dan Pancuran di Bandar Lahad Datu. Saya nampak daripada segi tebatan banjir sekarang ini terutamanya di kawasan bandar telah rosak dan kalau boleh saya mohon supaya dalam peruntukan tambahan sebanyak RM76 juta ini ia dimasukkan untuk memperbaiki tebatan banjir yang telah rosak ketika banjir baru- baru ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada maksud P.23 Butiran projek 16700. Saya ingin tahu sama ada peruntukan tambahan sebanyak RM76.7 juta itu akan digunakan untuk menyempurnakan fasa kedua rancangan tebatan banjir di kawasan Sungai Pinang di sekitar Perkampungan Melayu, Jalan P.Ramlee di Pulau Pinang.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Buat makluman Menteri dan juga Tuan Pengerusi, fasa satu telah tamat disiapkan pada tahun 2005 dan terdapat ramai penduduk di tebing-tebing Sungai Jelutong dan juga Sungai Pinang itu telah dipindahkan dan bermastautin di rumah panjang dan antara mereka itu yang ramai telah melebihi daripada tempoh janjinya. Mereka telah dijanjikan akan dipindahkan ke tempat kediaman yang tetap selepas dua tahun tetapi mereka telah melebihi tempoh yang demikian. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak membahaskan P.23 Butiran 6 15300 - Kuala-kuala Sungai. Di kawasan Miri-Kuala Beram di mana sebuah port diadakan di sana. Miri Port Authority tidak dapat beroperasi dengan sepenuhnya oleh kerana muara Kuala Beram itu tohor dan tidak dapat membawa kapal-kapal besar masuk ke dalam. Adakah peruntukan ini juga termasuk dalam untuk mengorek Sungai Kuala Beram agar port itu beroperasi dengan sepenuhnya? Terima kasih.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar[Datuk Douglas Uggah Embas]
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan telah pun mengajukan beberapa soalan kepada kementerian mengenai perbelanjaan tambahan yang di hadapan kita pada petang ini. Yang Berhormat dari Rasah dan beberapa Yang Berhormat telah pun bertanya dan ingin tahu apakah projek-projek yang telah ditimbangkan untuk masuk dalam perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang kita bincang pada petang ini. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, untuk tajuk 15300 iaitu Mengorek Kuala-kuala Sungai, projek yang masuk dalam list ini adalah:
(i) projek mendalam muara Sungai Kemasin sehingga ke Pengkalan Petak, Bachok di Kelantan yang diperuntukkan RM15 juta; dan
(ii) mendalam Sungai Langat Sejingkang dengan peruntukan RM20 juta.
Bagi Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar, Butiran 16700, projek- projeknya adalah:
(i) Projek Tebatan Muar yang diperuntukkan RM5 juta;
(ii) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Isap, Kuantan, Pahang yang diperuntukkan RM7.5 juta;
(iii) Rancangan Tebatan Banjir Sibu yang diperuntukkan RM39 juta; dan
(iv) Rancangan Tebatan Banjir Bandar Kuching yang diperuntukkan RM25 juta.
Inilah senarai-senarai projek yang telah diluluskan dalam stimulus package yang telah dirancangkan. Untuk makluman Yang Berhormat semua, kita telah pun mengemukakan beberapa senarai dengan jumlah hampir RM1 bilion kepada Kementerian Kewangan. Akan tetapi oleh kerana keutamaan-keutamaan yang telah dibuat, maka senarai yang telah diluluskan seperti yang saya bacakan tadi. Ini kerana satu syarat adalah peruntukan ini haruslah digunakan pada tahun ini dan itulah beberapa kekangan di mana keputusan telah pun dibuat untuk memberi peruntukan yang saya sebutkan tadi. Bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengemukakan beberapa cadangan tadi...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Minta penjelasan, Menteri.
Datuk Douglas Uggah Embas
Untuk makluman Yang Berhormat semua. Saya hendak selesaikan. Kita sekarang sedang merancang untuk melihat dan mengkaji apakah projek yang kita akan cadangkan kepada kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Saya akan mengambil kira semua permohonan-permohonan yang telah diberi tadi supaya ia akan ditimbangkan dalam program Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang.
Sila.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Saya hanya meminta supaya pihak kementerian memberikan pertimbangan kepada Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Linggi kerana ini merupakan satu sungai yang utama dalam Bandar Seremban dan sering kali menyebabkan banjir kilat berlaku di Bandar Seremban dalam beberapa tahun ini. Terima kasih.
Datuk Douglas Unggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi pengetahuan Yang Berhormat, peruntukan telah pun dibuat, maka saya tidak dapat menimbang untuk menambah, memasukkan senarai yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat, tetapi seperti yang saya sebut tadi kita boleh timbang dalam kita merancang untuk projek Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang.
Yang Berhormat Lipis telah pun bertanya tentang muara sungai terus mara ke laut tetapi sungai kecil. Untuk makluman Yang Berhormat yang ada menyentuh mengenai masalah sungai termasuk Yang Berhormat Tenggara tadi, kita memang telah pun mengetahui bahawa satu masalah yang kita hadapi adalah banyak sungai termasuk anak- anak sungai ini tidak dapat diselenggarakan dengan sepenuhnya, kerana mengikut persefahaman di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bahawa penyelenggaraan sungai ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi kementerian telah menyedari bahawa banyak kerajaan negeri tidak mampu untuk mengeluarkan peruntukan untuk menyelenggarakan sungai, maka kita telah pun mencadangkan kepada kerajaan bahawa tajuk penyelenggaraan sungai ini akan ditimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, malah dalam cadangan kita untuk stimulus package ini kita juga memasukkan isu yang mengenai penyelenggaraan sungai tadi.
Mengenai longkang-longkang yang tidak dibersihkan, tidak dijaga ini memang menjadi masalah dan kita berharap ianya bukan hanya kementerian saya sahaja yang bertanggungjawab, tetapi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama-sama juga bertanggungjawab dengan masalah ini.
Yang Berhormat Lipis juga telah pun menyentuh mengenai air laut yang menyebabkan banjir. Memang kementerian sedar maka dalam apa-apa projek RTB kita akan mengambil kira pintu-pintu supaya pintu air dapat menghalang air banjir dari laut akan membanjiri tempat masing-masing.
Mengenai Yang Berhormat Kulim menyentuh perkara yang disebut tadi dan saya fikir tidak payah jawab kerana masuk dalam jawapan saya di awal tadi. Yang Berhormat Kuala Krau telah pun membangkitkan beberapa perkara, yang pertama masalah apabila muara dikorek, empangan diganti, projek cetek ini memang masalah yang kita selalu hadapi.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah pun menyentuh mengenai kejadian banjir di Kuala Lumpur pada 3 Mac yang lalu, begitu juga Yang Berhormat Arau. Maka saya mengambil peluang ini memberitahu pada Yang Berhormat iaitu ramai masyarakat Kuala Lumpur masih tidak memahami peranan yang dimainkan oleh SMART Tunnel yang telah membantu menyelesaikan masalah banjir di beberapa tempat di Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Masjid Jamek kerana untuk makluman Yang Berhormat, SMART Tunnel ini adalah satu sistem yang akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan tadahan Sungai Klang sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat juga semenjak ianya dibuka kita telah menggunakannya lebih 53 kali dan kalau kita menyaksikan pada 3 hari bulan yang lepas kawasan di Masjid Jamek tidak mengalami banjir. Jadi inilah satu bukti bahawa SMART Tunnel adalah berkesan. Adalah tidak benar bahawa banjir yang berlaku pada 3 hari bulan adalah disebabkan SMART Tunnel tidak sempat ditutup oleh kerana ada kereta di situ.
Sebenarnya pada waktu itu SMART Tunnel dalam mode two dan tidak perlu ditutup, kerana air akan dapat dilencongkan dengan tunnel yang di bawah. Jadi saya harap khabar angin itu tidak perlu disebarkan lagi, tetapi mengapa kawasan-kawasan di PWTC dan sebagainya...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Minta penjelasan.
Datuk Douglas Unggah Embas
Boleh saya selesaikan? Mengapa kawasan di PWTC dan sebagainya mengalami banjir pada 3 hari bulan. Ini kerana kita ada beberapa projek di kawasan tadahan Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang dan Sungai Keroh dan juga projek-projek ini antara Projek Kolam Takungan Batu, kolam takungan Jinjang, lencongan Keroh dan lencongan Gombak dan juga kolam Genting.
Jadi untuk maklumat semua, projek ini belum siap dan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Ianya hanya kira-kira 95 peratus siap dan oleh demikian maka itulah sebabnya dia belum dapat memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan tadahan Sungai Gombak dan Sungai Batu. Walau bagaimanapun baru- baru ini...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
[Bangun]
Datuk Douglas Unggah Embas
Boleh saya habiskan jawapan saya sekejap lagi.
Walau bagaimanapun baru-baru ini ada satu mesyuarat telah pun diadakan dipanggil oleh...
[Disampuk] Tunggu sekejap. Dipanggil oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengkaji, apakah masalah yang dihadapi dan mereka telah pun mengambil beberapa keputusan di antaranya adalah untuk menentukan bahawa projek Jinjang, Batu pond itu harus disegerakan siap. Untuk makluman Dewan, kementerian telah pun mengambil tindakan yang kita harap dapat menyelesaikan masalah dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan, saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dia dahulu?
Datuk Douglas Unggah Embah
Dia dahulu.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan semasa Projek SMART Tunnel dijalankan fungsi atau peranan yang dimainkan dikatakan akan mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur dan bukannya setakat di Masjid Jamek sahaja dan kalau kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.2 bilion untuk menyiapkan Projek SMART Tunnel hanya untuk mengatasi banjir bagi satu kawasan sahaja, saya rasa ini satu pembaziran yang banyak, satu pembaziran yang sangat banyak.
So, saya harap kalau RM2.2 bilion digunakan untuk buat saliran baru di tempat- tempat lain, mungkin berfungsi lebih bagus daripada SMART Tunnel ini. So, saya rasa Yang Berhormat Menteri memberi satu keterangan yang palsu di mana SMART Tunnel ini bukan hanya untuk selesai masalah banjir di satu tempat sahaja. SMART Tunnel ini untuk mengatasi masalah banjir di hampir ¾ kawasan di Kuala Lumpur yang saya difahamkan semasa projek dimulakan saya hendak keterangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Berhubung perkara yang sama boleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Douglas Unggah Embas
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi penjelasan. Walaupun Yang Berhormat Betong tadi ada mengatakan bahawa rundingan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah diadakan dan sebagainya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa beberapa hari yang lepas, Kuala Lumpur ditimpa banjir pula walaupun itu terowong bestari, tetapi tidak begitu bestari.
Mengenai projek untuk takungan air Batu dan Sungai Jinjang serta Sungai Keroh ini, adakah Yang Berhormat sedar bahawa kelewatan itu hampir dua tahun dan projek ini menelan belanja RM805 juta dan lewat dua tahun, dan bolehkah Yang Berhormat memastikan bahawa projek ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya sebenarnya ingin mendapat penjelasan berhubung dengan SMART Tunnel ini, kerana semasa ia dilancarkan dahulu saya telah melihat dia punya kempen dan penjelasan rencana yang disiarkan di televisyen, di mana walaupun di antara peranan yang besar adalah soal banjir, tetapi ianya juga dibina dengan tujuan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas ataupun trafik dan digambarkan bahawa air drainage itu ataupun sistem perparitan itu wujud di satu level yang di bawah level jalan dan kereta di atas dan saluran air di bawah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itulah di antara sebab mengapa ia dinyatakan sebagai SMART Tunnel dan bukan flood tunnel, kalau ia hanya sekadar untuk menangani masalah banjir maka there is nothing fantastic about it, dengan izin. Akan tetapi oleh kerana ia mampu untuk menangani traffic dan itulah sebab mengapa ia ada tol kerana kalau sekadar untuk menangani banjir saya rasa air itu dia tidak bayar tol kan. Oleh kerana ada sistem tol, ada sistem saluran traffic yang akan mengurangkan kesesakan dan sebagainya dan itulah yang diheboh-hebohkan.
Bahawa inilah kehebatan dan kecemerlangan kejuruteraan tempatan yang mampu mengemukakan kaedah yang tidak wujud atau pun di antara yang terbaru, yang mampu bukan sahaja menyelesaikan masalah banjir tetapi juga menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas. Terima kasih
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih ketiga-tiga Yang Berhormat, yang pertama Yang Berhormat dari...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Datuk Douglas Uggah Embas
Yang Berhormat PJ Selatan, saya fikir Yang Berhormat tidak memahami segala apa yang saya perjelaskan tadi dan menuduh saya memberikan penjelasan palsu. Saya tidak faham mengapa Yang Berhormat begitu cepat menggunakan perkataan palsu oleh kerana Yang Berhormat sendiri tidak memahami kegunaan SMART Tunnel ini. Akan tetapi saya tidak hairan kerana kadang-kadang pihak pembangkang dengan cepat menggunakan perkataan yang biadab macam itu. Tuan Pengerusi...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi, tarik balik biadab Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bersetuju, dia menggunakan perkataan biadab tidak menujukan kepada sesiapa...
Datuk Douglas Uggah Embas
Ya, tidak menujukan kepada sesiapa, perkataan palsu itu patut tarik balik. Untuk makluman Yang Berhormat, saya fikir kerana saya pun baru satu tahun di kementerian tetapi mengikut apa yang diperjelaskan, memang dari awal pembinaan ini, tidak ada satu kenyataan yang telah dibuat oleh sesiapa yang mengatakan apabila pembinaan ini siap, seluruh Kuala Lumpur tidak akan banjir. Saya tidak ada dapat bukti kerana yang merancang SMART Tunnel memang sedar bahawa ia hanya dapat mengawal keadaan banjir dalam tadahan air di Sungai Klang.
Kalau Yang Berhormat tidak tahu peta Sungai Klang, Sungai Gombak, Sungai Batu saya akan bagikan, boleh bagi, ada di sini. Menunjukkan kawasan mana yang dapat diselesaikan masalah banjir oleh SMART Tunnel ini. Seperti yang saya sebut tadi telah pun digunakan lebih 50, 55 kali untuk membantu beberapa kawasan yang tidak kena banjir seperti yang saya sebut tadi. Memang SMART Tunnel ini, kerana Yang Berhormat Shah Alam pun bertanya, kalau ia perlu ditutup dan tidak dapat menggunakan jalan maka ia tidak smart.
Untuk makluman Yang Berhormat SMART Tunnel ini adalah satu tunnel yang smart juga kerana dia dapat digunakan dual purpose, dengan izin. Kalau tidak digunakan pada musim tidak ada banjir, kedua-dua keadaan dapat digunakan. Sistem yang ada pada kita ada empat mod, mod satu dan mod dua maknanya air dapat mengalir di bawah tunnel itu dan kereta masih dapat berjalan di tempat jalan lalu lintas. Itu adalah tujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas.
Datuk Douglas Uggah Embas
Akan tetapi apabila ia sampai kepada mod ketiga, kerana pada mod tiga ini jumlah air pada tadahan Sungai Klang adalah cukup banyak. Misalnya pada satu ketika dulu ada sampai 1.2 juta cubic meter dan pada waktu itu tunnel itu digunakan untuk melencongkan semua air. Oleh sebab ia digunakan untuk melencongkan semua air, maka lalu-lintas jalan raya itu perlu ditutup dan kita telah menutup ia beberapa kali tidak kurang dari sepuluh kali saya fikir untuk menutup semua.
Oleh itu, mula-mula dulu ramai masyarakat yang tidak senang hati, mengadu di surat khabar mengapa SMART Tunnel itu ditutup kerana ia telah mengakibatkan kesesakan lalu-lintas di kawasan itu. Itulah sebabnya kerana apabila ia sampai ke mod ketiga dan keempat, jumlah air cukup banyak maka ia diperlukan untuk melencongkan air.
Yang Berhormat Kepong bertanya mengenai projek Batu dan Jenjang. Saya mengakui bahawa projek itu memang lewat, dan beberapa hari yang lepas kita telah membuat satu keputusan untuk mendapatkan satu kontraktor baru untuk menyiapkan kerja- kerja yang belum siap untuk tersebut. Ini kerana kita juga sedar bahawa projek ini perlu untuk disiapkan dengan segera. Kita juga bersimpati melihat bagaimana kereta ditenggelami air dan bagaimana Yang Berhormat Kepong tidak dapat hadiri appointment kerana sesak di tengah jalan raya. Ada ya? Ada... Dia pun angguk-angguk dan itulah langkah yang akan kita ambil terima kasih.
Yang Berhormat Arau, saya telah jawab tadi, Yang Berhormat Teluk Intan fasal projek, kita akan pertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Tenggara saya pun sudah jawab, Yang Berhormat Hulu Langat, kolam tadah pun adalah termasuk dalam kolam tadahan.
Memang sekarang kita telah pun melaksanakan program yang kita namakan Manual Saliran Mesra Alam di mana kita melihat seluruh tadahan air di lembangan sungai kerana telah pun di pamer sekarang, sungai sekarang pun semakin hari semakin cetek dan banyak masalah. Satu pendekatan yang kita dapat gunakan adalah untuk menentukan bahawa air-air tu kita dapat tahan sementara, kita absorb. Itulah kolam-kolam yang akan kita bina seperti kolam Batu, Kolam Jinjang dan sebagainya. Itulah satu pendekatan yang kita telah pun bina dalam projek RTB Sungai Damansara yang di rasmikan baru-baru ini.
Yang Berhormat Silam bertanyakan tentang projek di kawasan beliau, saya mohon maaf kerana ini tidak termasuk dalam stimulus pakej. Yang Berhormat Jelutong juga mengemukakan perkara yang sama tentang fasa dua. Kita pun sedar tentang masalah ini dan kita akan pertimbangkan. Bagi Yang Berhormat dari Sibuti, keburukan muara Kuala Beram adalah di bawah tanggungjawab Kementerian pengangkutan dan kita difahamkan bahawa ada peruntukan disediakan di dalam stimulus pakej ini. Tuan Pengerusi, itulah beberapa perkara yang sempat saya jawab pada petang ini dan kalau ada beberapa perkara yang tidak sempat saya jawab, pegawai-pegawai saya akan mengambil perhatian semuanya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM111,798,900 untuk Maksud bawah kepala P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hendaklah diluluskan.
Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan Wang sebanyak RM111,798,900 untuk Maksud P.23 diluluskan dan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.
Maksud P.24 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak mengambil bahagian dalam perbahasan untuk maksud P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, butiran projek 00201 - Dana Pembangunan Automotif yang memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta adalah dikehendaki untuk membiayai Dana Pembangunan Automotif. Terlebih dahulu saya ingin mengemukakan soalan, apakah strategi pihak kementerian yang menggunakan RM200 juta ini untuk membangunkan sektor automotif negara dan saya harap pihak Yang Berhormat Menteri boleh memberikan strategi-strategi yang boleh diguna pakai oleh pihak Kementerian untuk membangunkan sektor automotif negara kita supaya sebelum kita meneruskan peruntukan tambahan ini kita tahu apakah strategi yang digunakan oleh pihak Kementerian. Saya juga ingin mengambil perhatian tentang usaha kerajaan, usaha kementerian untuk menjanakan sektor automotif khasnya aktiviti penjualan kereta dalam pasaran kita.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya merujuk kepada beberapa feedback yang telah dilontarkan oleh beberapa pihak dalam akhbar hari ini. Khasnya daripada persatuan pengedar-pengedar kereta, persatuan-persatuan penjual kereta second hand dan sebagainya. Ia mengatakan bahawa walaupun berbagai insentif telah diumumkan oleh pihak kementerian dalam pakej rangsangan ini untuk merangsang sektor automotif negara. Akan tetapi ada beberapa isu dan beberapa persoalan yang mungkin menyebabkan ini tidak membawa kesan yang ingin dicapai.
Pertama mengatakan bahawa walaupun kita hendak menjana sektor automotif ini tetapi yang paling penting ialah apabila ada pembeli-pembeli kereta yang hendak membeli kereta. Walaupun mereka ada niat, ada hasrat untuk membeli kereta baru tetapi apabila mereka hendak membuat pinjaman daripada bank. Saya rasa bank sekarang, memang betul feedback daripada mereka ini bahawa terlalu rigid proses permohonan mereka terutamanya kepada pembeli-pembeli kereta. Apabila mereka hendak membuat pinjaman daripada bank ramai yang sukar untuk lulus dalam ini Credit Scoring System atau CCRIS ini.
Apabila mereka memberi butir-butir mereka kepada CCRIS, kadang-kadang ditolak permohonan pinjaman mereka. Mungkin ada pinjaman yang lain yang mereka lambat bayar dan sebagainya. Saya berharap kepada pihak kementerian, kalau kita hendak menjayakan sesuatu usaha itu. Saya harap ada lebih banyak perundingan di antara pihak kementerian dan juga pihak Kementerian Kewangan dan juga pihak Bank Negara Malaysia. Ini supaya jangan kita ada satu dasar di sini, satu usaha di sini, tetapi pihak yang lain tidak memberikan kerjasama dan menggagalkan usaha itu. Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian oleh pihak kementerian supaya isu kredit ini, isu pinjaman kereta ini dapat diselesaikan. Kalau walaupun tidak ada usaha tetapi saya rasa memang sukar untuk pembeli-pembeli untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kereta baru.
Kedua daripada feedback mereka ialah bahawa nilai kereta second hand. Apabila mereka hendak membeli sebuah kereta baru, mereka perlu menjual kereta lama mereka second hand. Akan tetapi nilai second hand car atau pun kereta second hand ini agak rendah dan tidak munasabah pada hari ini. Saya rasa ini juga perlu satu mekanisme, satu kajian perlu dilakukan supaya tengok bagaimana kita dapat memastikan pasaran second hand car ini lebih munasabah. Ini supaya mereka ada satu aktiviti jual beli second hand yang lebih aktif dalam pasaran kita supaya pengusaha-pengusaha kereta second hand ini juga dapat hidup dan juga dapat meneruskan perniagaan mereka.
Terakhir sekali, saya juga hendak tanya mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian. Ini kerana saya lihat dalam laporan akhbar, ada sedikit kekeliruan berkenaan dengan scrap policy iaitu apabila menjual semula kereta lama mereka, mereka, mereka boleh mendapat diskaun atau pun voucher tunai bernilai sebanyak RM5,000. Adakah ini hanya untuk kereta Proton atau Perodua sahaja atau pun untuk semua kereta? Ini kerana saya ingat di sini ada sedikit kekeliruan walaupun ada akhbar yang melaporkan untuk semua kereta lama.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Akan tetapi ada pihak ini daripada Kuala Lumpur and Selangor Car Dealers Association menyatakan bahawa kerajaan hanya memberikan polisi ini kepada Proton dan Perodua iaitu hanya pembeli-pembeli Proton dan Perodua atau yang mempunyai kereta- kereta Proton dan Perodua boleh menjual balik kepada dealers mereka, menjual balik kepada Proton dan mendapat rebate RM5,000.
Saya berharap polisi ini dapat dibesarkan kepada semua kereta lama kerana saya juga memiliki sebuah kereta lama, pakai four wheel drive, Ssanyong Buso tetapi nilainya tidak sampai RM5,000. Jadi saya hendak beli kereta baru pun susah. Ini melambangkan bahawa kalau kita ada satu polisi yang menyeluruh kepada semua jenis kereta mungkin ini dapat membantu pengusaha atau pun pemilik-pemilik kereta lama yang lain. Ini untuk memberikan galakkan kepada mereka untuk menjual kereta lama mereka dan membeli sebuah kereta yang baru. Saya harap persoalan ini dapat diberikan kepastian. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik Butiran 00201 tentang Pembangunan Automotif yang peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM200 juta seperti yang dikehendaki oleh Dana Pembangunan Automotif. Di sini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu perhubungan dengan pembangunan vendor, kerana kita lihat sekarang ini negara kita seolah-olah tanpa kawalan.
Kemasukan spare part tiruan begitu banyak yang menyebabkan di antara kajian yang saya dimaklumkan kajian rasmi kita tidak dapat. Akan tetapi saya dimaklumkan oleh pemilik- pemilik kedai-kedai mekanik dan kejuruteraan mereka menyatakan bahawa di antara sebab-sebab kemalangan yang berlaku di negara kita adalah berpunca daripada spare part yang palsu atau pun yang tidak original ini yang digunakan oleh sesetengah kenderaan. Ini kerana harga yang didapati daripada spare part-spare part atau alat ganti berkenaan adalah boleh didapati dengan kadar harga yang begitu murah.
Jadi di sini, adakah pemantauan dibuat oleh pihak MITI bagi memastikan bahawa kita hanya mendapat alat ganti yang benar-benar original? Seperti mana yang berlaku di Singapura walaupun ada sebuah kereta sahaja yang ada di negara berkenaan. Akan tetapi kita boleh dapati spare part di negara berkenaan dengan jaminan yang atau pun pelindungan yang di buat dan untuk memastikan bahawa setiap kereta di negara republik berkenaan dapat menjalankan proses baik pulih seperti mana yang berlaku. Akan tetapi tidak di negara kita.
Kita beralih ke negara-negara jiran bagaimana mereka mengendalikan pembangunan alat ganti ini dengan begitu baik. Ini kerana peruntukan begitu besar ini dapat kita bangunkan selain kita dapat bangunkan vendor-vendor bumiputera dengan lebih banyak kerana mungkin dasar automotif nasional kita akan dikaji semula. Justeru, berdasarkan kepada beberapa keadaan terutamanya keadaan kemelesetan yang berlaku sekarang ini juga berpunca daripada faktor-faktor lain seperti mungkin kita berhadapan dengan AFTA yang menyebabkan dasar perlindungan yang kita buat terhadap sektor automotif kita. Ini kemungkinan lama-kelamaan ia tidak boleh lagi dilaksanakan atau pun boleh dilakukan.
Jadi, saya minta di sini pihak kerajaan dengan dana yang besar dan suntikan yang sering diberi oleh kerajaan. Selain kita membantu vendor-vendor bumiputera yang sedia ada dengan memperkasakan dan juga tidak banyak kerenah birokrasi yang berlaku. Ini kerana kalau saya difahamkan kalau urusan terus daripada pihak manufacturer kepada pihak vendor ini dibuat secara terus bermakna kata ia tidak perlu mendapat dengan harga yang mahal. Sudah tentu kereta yang kita hasilkan juga tidak dalam harga yang mahal disebabkan parts atau pun alat ganti yang kita peroleh dengan kadar harga yang murah.
Tidak payah melalui pihak kedua ketiga dan sebagainya. Jadi di antara kelemahan-kelemahan yang perlu dikaji semula dalam membangunkan sektor automotif negara, kerana kita tidak boleh mengharapkan perlindungan yang berterusan, yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan. Kalau ini dianggap bermakna kata kita melihat sektor ini atau pun kereta kita telah berjaya dijual di beberapa buah negara di dunia ini.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Akan tetapi dilihat masih lagi mencapai tahap kegagalan kerana masih di bawah perlindungan dan juga suntikan yang sering diberikan oleh pihak kerajaan. Jadi, semoga Dana Pembangunan Automotif ini kita harus juga memperbanyakkan vendor-vendor bumiputera dalam bidang auto parts yang lebih besar atau pun inisiatif ini boleh diambil oleh kerajaan sendiri melalui anak-anak syarikat atau pun agensi yang ditubuhkan. Ini bagi kita mengendalikan satu urusan pengendalian spare parts yang betul-betul berkesan kerana mungkin saya tidak tahu tujuan sebenar RM200 juta tadi, mungkin bukan setakat untuk ini, mungkin untuk pembangunan kereta dari sudut yang lain. Bukan setakat marketing, design dan lain-lain.
Sudah tentu kajian semula cuma di masa akan datang biarlah apa yang kita lakukan kita jangan buat dengan tergesa-gesa. Untuk kita bekerjasama dengan syarikat- syarikat luar negara yang telah mencapai tahap teknologi yang begitu tinggi, biarlah dilakukan dengan berhati-hati dan kemungkinan kalau sekadar dilakukan dengan hanya untuk kita mendapat teknologi semata-mata bukan dengan membeli dengan harga begitu mahal dan terpaksa dijual dengan harga yang murah. Pada satu ketika boleh menyebabkan kerugian yang kita hadapi dari semasa ke semasa.
Jadi sikap berhati-hati ini amat diperlukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan bahawa sektor automotif negara yang kita telah bangunkan ini biarlah berdaya saing. Kalau kita gagal, biar kita menjadi sebagai kita tidak payah libatkan strength kepada sektor yang sedia ada, kita hanya tumpu pada manufacturer. Hanya tukar nama. Toyota jadi Kijang atau jadi Rusa atau jadi Pelanduk atau jadi apa sahaja, cukup untuk dipasarkan kepada negara kita dengan kita import teknologi seperti mana yang dibuat Kijang di Indonesia, di Thailand.
Saya tidak ingat nama kereta yang mereka ambil 100 peratus daripada kereta Toyota cuma ditukar nama sahaja. Akan tetapi kalau kita hendak bersaing biarlah usaha bersungguh- sungguh, polisi yang sedia ada harus dibuat kajian. Pemantauan daripada pihak-pihak yang terlibat harus dibuat dengan begitu berhati-hati.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Pengurusan harus lebih cekap yang kadang kita tidak mahu orang pertikai soal pengurusan kita yang rendah tarafnya levelnya, yang menyebabkan kalau diuruskan oleh orang asing ianya lebih mencapai kejayaan yang begitu besar tapi kalau diuruskan oleh anak tempatan tidak kiralah orang Melayu, orang Cina, orang India, apa bangsa sekali pun tapi kita mencapai kegagalan. Orang menganggap bahawa bangsa ini, bangsa kita bangsa Malaysia tidak ada kemampuan bila kita diberi kepercayaan untuk mengendalikan sektor- sektor yang seperti ini yang hi-tech yang berteknologi tinggi yang perlu diberi pemantauan yang berterusan agar kita terus mencapai kejayaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud Perbekalan 24 di bawah butiran 00201 dana pembangunan automatif. Saya menyokong apa yang disebut oleh teman daripada Rasah tentang peruntukan RM200 juta untuk dana ini. Saya merasakan isu pertama, ramai ahli ekonomi merasakan industri automatif negara ini lebih terkesan daripada kejatuhan aggregate demand bukan sangat daripada contraction in exports dengan izin. Justeru, kenapakah penumpuan ke arah ini, kalau kerana ribuan pekerja yang terkesan mungkin itu salah satu sebab tapi pada masa yang sama saya berpendapat ianya tidak menyelesaikan masalah pokok. Kalau kita ambil kenyataan daripada PEDA sendiri Proton Edar Dealers Association Malaysia, mereka merasakan stimulus ataupun RM200 juta ini tidak akan membantu masalah yang mereka hadapi. Saya sebut tadi mereka bukan berhadapan dengan masalah kekurangan eksport kereta nasional tetapi kerana kekurangan aggregate demand kurangnya orang mahu membeli kereta.
Mereka merasakan bahawa 90 peratus pemilik kereta baru mungkin mahu menukar in terms of dengan izin, to trade in their existing car dan masalahnya harga untuk kereta-kereta yang telah diguna pakai ini amat rendah. Jadi akhirnya dana ini sendiri tidak akan memberi insentif kepada industri automatif negara untuk diperbaiki. Jadi isunya apabila high loan rejection rate dengan izin, digandingkan dengan harga secondhand kereta yang begitu rendah ianya tidak dapat diselesaikan menerusi stimulus RM200 juta ini.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi saya mungkin mahukan perincian daripada pihak kementerian bagaimana ianya akan dibelanjakan? Kalau ia tidak memenuhi masalah pokok seperti yang telah diberitahu oleh PEDA dan bolehkah kita diberikan target utama seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Adakah hanya Proton dan Perodua sahaja yang akan dibantu dan bagaimana ia akan mengatasi masalah low secondhand valuation for cars dengan izin, dan juga high loan rejection rate. Terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tentang butiran 00201, saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Lembah Pantai kerana sektor industri automatik bukan sahaja Proton dan Perodua tetapi juga jenis kereta yang lain. Apa yang penting ialah kita hendak bela dan melindungi pekerja-pekerja dan pekerja di kilang untuk menjual dan membina kereta-kereta jenis yang lain mereka juga pekerja rakyat kita dan mereka harus dibela dan dilindungi.
Tentang butiran 00525, dana projek berimpak tinggi di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan. Saya hendak sentuh tentang dasar. Dalam krisis ekonomi 1986, kementerian telah menggantungkan pelaksanaan NEP untuk menggalakkan pembuatan-pembuatan, manufacturing tempatan dan asing untuk eksport produk-produk.
Polisi ini telah berjaya dan pada hari ini manufacturing dan eksport telah merangkumi lebih daripada 30 peratus KDNK Malaysia. Pada hari ini krisis ekonomi lebih teruk daripada 1986 dan saya mencadangkan bahawa kementerian harus menggantikan perlaksanaan DEB dengan pelaksanaan Agenda Ekonomi Baru yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat untuk menggalakkan sektor pembuatan, untuk menumpukan perhatian kepada pasaran domestik dan meningkatkan daya saing syarikat-syarikat kita di pasaran antarabangsa.
Cadangan ini juga telah disokong oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Bumiputra- Commerce Holdings Bhd. Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Timbalan Perdana Menteri.
Mengikut Ketua Eksekutif tersebut kerajaan harus mengkaji semula DEB sebab dasar ini telah menjejaskan pelaburan dan ekonomi. Beliau juga menyatakan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi hanya dapat memberikan kelegaan sementara dan bukan satu cara menyelesaikan yang strategik dan proaktif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia. Beliau juga menyatakan Malaysia seharusnya menggunakan kebolehan kesemua rakyat tanpa mengira kaum supaya meningkatkan daya saing negara.
Perkara kedua yang saya hendak sentuh ialah tentang aliran masuk FDI. Terdapat dua masalah yang sedia ada dalam ekonomi kita. Pertamanya pada hari ini kita bergantung terlampau kepada pelaburan asing dan kedua adalah outward FDI yang telah menjadikan lebih besar tiap-tiap suku tahun. Jikalau kita tidak mengatasi kedua-dua masalah ini, kita tidak akan mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang serius ini. Apa yang penting ialah kita hendaklah melihat apanya alasan dan sebab di mana modal telah keluar daripada negara kita yang pada hari ini kita panggil outward FDI. Namun kita juga boleh kata capital flight. Ini bermakna pelabur-pelabur tempatan tidak ada cukup keyakinan melabur di Malaysia. Oleh sebab itu kita hendaklah membuat kajian apa sebab dan di antaranya saya bercadang ialah tentang DEB dan oleh sebab itu saya juga sokong apa yang telah dikata oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Bumiputra-Commerce untuk mengkaji semula dasar DEB.
Ketiganya adalah tentang kos. Pada hari ini kos untuk air, elektrik, dan gas telah naik dan ini menjadi satu beban kepada industri-industri kita dan kita harus menurunkan kos ini supaya industri-industri kita dapat menjalankan operasinya dan juga memberikan peluang kepada pekerja-pekerja kita untuk mengatasi kegawatan ekonomi.
Keempat adalah tentang bekalan gas. Saya telah sentuh perkara ini di dalam hujah-hujah saya sebelum ini tentang pada masa ini tidak cukup bekalan gas kepada industri-industri kita. Hanya 5 peratus produksi gas kita disalurkan kepada industri dan yang lain disalurkan kepada IPP dan untuk eksport. Pada hari ini, kalau FDI masuk kita juga tidak dapat menjalankan production kerana mereka tidak dapat bekalan gas. Terima kasih. Itu sahaja.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 00201 iaitu Dana Pembangunan Automotif. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Berapakah jumlah vendor-vendor yang telah beroperasi di negeri Sabah secara khusus? Saya melihat dari segi pembangunan automotif di negara kita ini kalau kita lihat dari segi sebagai contohnya kereta, daripada negara Jepun, Isuzu ada membuka kilang pada masa sekarang ini untuk membina, pemasangan kereta Isuzu seperti DMax. Bagi memudahkan lagi terutamanya rakyat di kawasan Sabah dari segi penggunaan kereta.
Negara kita ini, saya ingin memberi cadangan kepada pihak kementerian supaya mengambil inisiatif untuk membina pembangunan untuk membangunkan automotif negara ini di negeri Sabah sebab kita melihat ramai di kalangan masyarakat kita di sana lebih berminat membeli kereta daripada luar negara daripada negara kita sendiri. Sebab dari segi perbandingan harga yang mereka perolehi berdasarkan kualiti kenderaan automotif negara kita ramai berpandangan bahawa lebih baik kita beli kereta daripada luar negara kerana dari segi spare part yang mereka dapati dan ketahanan kenderaan yang mereka guna itu pun juga lebih baik dan bertahan lama. Dari segi kenderaan itu mahu dijual semula pun dari segi penjualannya balik berbanding dengan kereta tempatan memang jelas sekali kereta yang diimport itu lebih baik dari segi pasarannya.
Jadi saya mencadangkan di sini pihak kementerian supaya memikirkan untuk jangka masa panjang untuk pembangunan automotif negara kita ini dengan mengambil kira dari segi keseragaman harga sebab apabila kita melihat kadar harga kenderaan yang dijual di Semenanjung dengan negeri Sabah memang jauh berbeza. Jadi kalau sekiranya pihak kerajaan ada cadangan untuk membangunkan perusahaan automotif negara ini di negeri Sabah ataupun Sarawak sudah tentu mungkin dari segi minat penduduk tempatan untuk membeli kenderaan ataupun automotif negara ini lebih baik dari segi pasarannya dan sekurang-kurangnya juga dari segi kegiatan ekonomi yang lain jika sekiranya pembangunan ini dapat dipanjangkan ke negeri Sabah sudah tentu banyak lagi pengusaha-pengusaha tempatan yang boleh terlibat dalam bidang perusahaan automotif ini.
Ini juga sekurang-kurangnya dapat memperluaskan lagi dari segi aktiviti ekonomi yang akan disertai sama oleh rakyat dan ada baiknya sebab kita mahu melihat kalau katakanlah Isuzu itu sendiri, syarikat tersebut bertahan lama untuk meneruskan dari segi pembangunan automotif kerana mereka melihat barangkali kalau kita lihat dari segi struktur geografi keadaan negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang luas dan berbukit-bukau dan mungkin kajian seterusnya untuk pembangunan automotif negara ini akan dapat kita pelbagaikan. Sebab saya melihat sekarang ini ia lebih tertumpu kepada kenderaan ringan sahaja dan tidak melibatkan kenderaan yang besar yang mungkin dapat kita pelbagaikan untuk memperluaskan lagi aktiviti pembangunan automotif negara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Maksud P.24 Butiran 00201 terhadap Pembangunan Automotif dan juga 00525 Dana Projek Berimpak Tinggi di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan.
Tuan Pengerusi, mengenai suntikan dana RM200 juta kepada industri kereta kita sebenarnya saya memang ingin tanya satu soalan mengenai satu jawapan yang saya terima daripada soalan lisan saya pada 5 Mac yang lau di mana dalam jawapan ini, saya tanya tentang keuntungan atau kerugian syarikat Proton dan jawapan yang saya terima ialah dalam tahun 2007, kerugian syarikat Proton adalah RM618.1 juta, manakala 2008 ia mendapat keuntungan sebanyak RM162.2 juta. Satu perbezaan yang begitu drastik dalam tempoh satu tahun iaitu RM456 juta. Jadi saya sebenarnya hendak tanya macam manakah syarikat Proton ini boleh rugi begitu banyak RM600 lebih juta lepas itu buat keuntungan RM162 juta? Apakah ia juga menerima apa-apa suntikan dana daripada pihak kerajaan dan campur sekali jadi keuntungannya. Ini soalan yang saya tanya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya juga difahamkan kerajaan juga pada tahun lepas kerajaan telah pun menyuntikkan untuk R&D bagi Proton lebih RM150 juta. Adakah ini ditambah masuk dan menjadikan syarikat Proton ini buat untung? Ini soalan saya. Jadi saya hendak tanya, kita rakyat Malaysia sejak ada kilang pembuatan Proton, kita semua terpaksa menyokong kenderaan Proton dan terpaksa membeli Proton kerana kita tidak mampu membeli kereta import kerana duti import itu adalah begitu tinggi. Apa kita akan terus dengan keadaan ini ataupun kerajaan ada apa-apa perancangan yang baru untuk menyelamatkan Proton?
Kita lihat sudah ada beberapa syarikat pembuat kereta antarabangsa itu telah pun bankrap. Jadi saya tidak faham kenapakah syarikat Proton yang hanya pasarannya begitu kecil di Malaysia sahaja ia boleh buat untung? Adakah ini kita terus menyuntik dana dalam Proton dan jadikannya ada keuntungan untuk paperlah, ini semua syok sendirilah. Ini kereta nasional kita ini masih ada untung. Tuan Pengerusi, mengenai Dana Projek Berimpak Tinggi di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan, sebenarnya di banyak kawasan pelaburan, saya hendak rujuk khususnya di Selangor sebagai contoh macam di kawasan Klang, kawasan Teluk Gong, kawasan Kuala Kubu Baru, Selayang dan sebagainya. Ini semua kawasan perindustrian yang mana terdapat banyak pelabur syarikat pengilang dan juga pelaburan asing yang menubuhkan kilang di situ.
Akan tetapi kita lihat yang kalau kita pergi ke tempat itu dan lihat di sesetengah tempat memang jalan teruk sangat dan juga infrastruktur di kawasan itu teruk sangat. Kita juga tahu di kawasan-kawasan macam KKP Selayang, yang PBT di kawasan itu kutipan cukai pun sebenarnya tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan PBT di sesuatu kawasan itu. Jadi kawasan itu memang cukai pintu yang dikutip daripada para pengilang dan pemilik rumah itu memang tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan dan tempat-tempat yang mempunyai pelabur asing ini memang perlu suntikan dana daripada MITI dan juga Kerajaan Pusat.
Saya juga diberitahu oleh majlis daerah dan juga PBT di kawasan-kawasan tersebut bahawa mereka sudah lama apply kepada EPU, kepada ICU, kepada MITI dan selalunya dana-dana yang dijanjikan itu tidak disalurkan ke tempat-tempat kawasan perindustrian di tempat-tempat tersebut. Ini juga termasuk Pulau Indah. Yang sudah lama kita dengar kerajaan kata hendak membina elevated highway pergi ke Pulau Indah. Kita tahu di Pulau Indah ada terdapatnya banyak pelabur asing, kilang-kilang pelaburan asing tetapi sudah lama kita dengar tetapi semua ini kepentingan pelabur asing kita ini tidak dijaga oleh pihak MITI dan juga Kerajaan Pusat.
Kalau kita terus dengan keadaan ini memang lebih ramai lagi pelabur asing akan tarik diri dari Malaysia. Ini akan menjejaskan ekonomi kita lagi. Jadi saya berharaplah dengan pihak MITI juga akan mengambil beratlah juga tentang rayuan daripada kesemua PBT, walaupun ia di bawah negeri Pakatan tetapi kita harus lihat KDNK yang mana disumbangkan oleh negeri-negeri Pakatan ini kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pusat haruslah juga mengambil kira sumbangan daripada negeri-negeri Pakatan ini dan juga tolong menjaga kepentingan para pelabur asing khususnya di kawasan–kawasan perindustrian tersebut. Sekian, terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus menjurus dengan Butiran 020021. Sama juga, saya ingin menuntut apakah sebenarnya strategi RM200 juta yang besar ini dan usaha untuk merangsang ekonomi. Adakah ini semata-mata untuk membangunkan industri kereta tempatan seperti Proton dan Perodua atau juga membangunkan sekali kereta-kereta yang diimport sama ada yang dipasang dalam negara ataupun terus diimport Saya juga ingin menegaskan di sini supaya kementerian berhati-hati apabila mengimport kereta sama ada dipasang di sini atau dibuat terus. Kebanyakan kereta-kereta yang diimport ini terpaksa juga akhirnya mengimport alat ganti yang saya terima aduan kebanyakan alat-alat ganti yang dibawa ke mari mudah rosak.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Kalau kereta ada guarantee, alat ganti tidak ada guarantee dan apabila rosak selepas enam bulan tidak ada guarantee. Ini kita perlu berhati-hati. Contohnya Chevrolet adalah pada saya satu jenama yang menyusahkan, banyak aduan, alat gantinya tidak berkualiti, banyak orang mengadu kepada pihak kita.
Saya juga mencadangkan supaya mungkin peruntukan RM200 juta ini boleh juga dibangunkan digunakan untuk tujuan merangsang ekonomi. Sekarang Tuan Pengerusi ada alat-alat yang boleh menjimatkan penggunaan petrol dan diesel sama ada menggunakan alat magnet yang boleh menstrukturkan semula aliran minyak petrol dan diesel sebelum proses pembakaran yang saya sendiri merasai ramai yang telah berjaya boleh menjimatkan hingga ke tahap antara 20 peratus hingga 30 peratus. Kalau ini boleh digunakan, minyak jimat dan pada masa sama boleh merangsang ekonomi.
Saya juga mencadangkan supaya kalau, sekarang sudah menjadi satu trend orang nak bertukar kepada NGV, mungkin juga boleh digunakan untuk membangunkan pemasangan peralatan NGV kit untuk kenderaan dan kereta-kereta ini. Saya yakin ini boleh sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara kita. Saya menyokong.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ingin menyentuh Butiran 00201 - Dana Pembangunan Automatif. Sebagaimana Yang Berhormat Rasah dan juga Yang Berhormat Ledang sebut tadi, saya ingin juga mendapat penjelasan adakah peruntukan RM200 juta ini untuk pengeluar kereta nasional sahaja iaitu Proton dan Perodua ataupun kereta-kereta lain seperti Naza, KIA, Hyundai, Toyota, Honda dan lain-lain.
Kalau untuk semua, saya kira peruntukan ini sangat kecil kerana ia melibatkan dengan izin tool, die, mould yang berkos agak tinggi. umpamanya bagi Proton untuk mengeluarkan model yang baru kerana model katalah Wira agak lama yang perlu kita upgrade menjadi model baru yang boleh diterima oleh masyarakat atau menarik masyarakat memerlukan kos yang besar, atau RM200 juta ini untuk hanya membangunkan vendor yang sekarang ini banyak mengeluarkan part kereta-kereta nasional ataupun kereta Naza atau Kia yang menghadapi masalah kerana volume atau bilangan kereta yang dikeluarkan itu agak kecil, mereka menanggung kos yang tinggi termasuklah kos manpower. Mungkin untuk membantu mereka, dana ini digunakan bagi menstabilkan pengeluaran part kereta dan kita harap juga mereka dapat menjual hanya part untuk alat ganti di samping untuk pemasangan kereta yang baru. Sekian, terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, semalam saya ada sebutkan mengenai dana RM200 juta untuk industri automatif dan vendor automatif. Di sini saya hendak menyatakan bahawa pihak kerajaan mestilah mengkaji semula sistem vendor kita ini sebab kita pun tahu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau, iaitu pihak syarikat-syarikat vendor ini mengenakan caj dan harga yang begitu tinggi bagi Proton dan kalau kita berbanding dengan itu komponen-komponen ini yang dibeli misalnya di negara China. Memang kualiti tinggi dan harga rendah, tetapi vendor-vendor kita membekalkan kepada komponen-komponen ini dengan harga yang begitu tinggi dan kualiti pun kurang. Ini pun memang tepat pada masa pihak kementerian mengkaji sistem vendor ini sama ada wujudnya kecurangan atau penyelewengan yang besar. Saya tidak nampak mengapa lebih 20 tahun kita masih tidak nampak, tidak mengenal pasti bagaimana vendor-vendor ini dapat menipu Proton. Kita hendak vendor-vendor yang tulen bukan vendor yang palsu terutamanya ketika negara kita menghadapi cabaran yang begitu besar...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Ledang jangan sokong itu vendor- vendor yang palsu. Seorang engineer tetapi kita khuatir peranan dia dalam sistem vendor industri automatif sekarang. Saya berharap pihak Kementerian dapat memberikan jawapan yang tepat, persis dan jitu kepada dewan yang mulia ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kemudian mengenai itu sama ada Proton boleh hidup lagi, bolehkah kereta ini hidup? Persaingan antara Proton dengan Perodua memanglah hangat sekali dan nampaknya Perodua itu lebih aktif sekarang, pasaran itu lebih besar kepada Proton. Proton itu disokong oleh Mazda dan sebagainya dan sekarang Mazda menghadapi kesukaran tsunami kewangan ini, begitu juga pihak Toyota, Honda, Mazda. Sekarang sepertimana yang saya sebutkan semalam, menjadi peminta sedekah daripada kerajaan Jepun sama seperti General Motors, Ford dan Chrysler yang minta sedekah dari Kerajaan Amerika Syarikat, terpaksa berbuat demikian kerana keadaan dunia, keadaan kemelesetan ekonomi.
Di sini saya nampak RM200 juta bagi dana industri automatif ini memang sangat kecil, kalau berbanding dalam berpuluh bilion dolar Amerika yang dihulurkan oleh pihak Kerajaan Amerika Syarikat bagi General Motors, Ford dan Chrysler dan RM200 juta.
Walaupun kita da sistem percukaian yang itu menguntungkan Proton tapi saya percaya ia tidak mencukupi dan saya berharap pihak kementerian dapat memberitahu kepada kita apakah formula dan strategi yang sudah pun diwujudkan oleh pihak Kementerian dan juga pihak Proton dan Perodua untuk menghidupkan industri automatif dan vendor kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Rasah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kepong bagi soalan-soalan yang berkaitan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat dari Rasah, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kepong yang telah pun menyentuh mengenai Dana Pembangunan Automotif termasuk juga Yang Berhormat dari Seputeh. Saya ingin membawa Yang Berhormat kepada latar belakang sedikit sebanyak mengenai Dana Pembangunan Automotif ini.
Tuan Pengerusi, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Projek Dana Pembangunan Automotif telah pun diperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi tujuan meningkatkan daya saing vendor komponen automotif tempatan. Di mana melalui pemberian skim pinjaman mudah dan geran untuk pembelian perkakasan, peralatan, acuan dan dai, peningkatan eksport, penambahbaikan produktiviti, proses rasionalisasi menerusi pembelian dan pembangunan serta penubuhan Malaysia Automotive Institute (MAI). Di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukan Dana Pembangunan Automotif telah pun dikurangkan sebanyak 50 peratus kepada RM200 juta.
Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat, status semasa bagi Dana Pembangunan Automotif seperti Yang Berhormat telah pun sedia maklum menerusi bajet mini yang dibentangkan kelmarin telah pun memperuntukkan dengan dana tambahan bernilai RM200 juta bagi menyokong pembangunan industri dan vendor automotif. Peruntukan ini mengambil kira secara keseluruhan rantaian automotif yang meliputi penubuhan dan pelaksanaan program-program pembangunan di bawah Malaysia Automotive Institute.
Pecahan peruntukan adalah seperti berikut iaitu Program Konsolidasi Pengedar dan Rasionalisasi Vendor Proton – RM60 juta dan Skim Pinjaman Mudah Pembangunan Automotif (SAD) adalah RM125 juta dan penubuhan Malaysia Automotive Institute (MAI) sebanyak RM15 juta.
Yang Berhormat dari Rasah dan juga Lembah Pantai telah pun menyoalkan bahawa ramai merasakan bahawa industri automotif lebih berjaya jika aggregate demand berbanding eksport tetapi permintaan kurang kerana harga trade-in adalah rendah. Seperti yang saya telah pun nyatakan tadi, yang terdahulu, Dana Pembangunan Automotif, pecahan adalah seperti yang telah saya nyatakan RM60 juta bagi Program Konsolidasi Pengedar dan Rasionalisasi Vendor Proton.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Datuk Liew Vui Keong
Di samping itu juga, RM125 juta bagi Skim Pinjaman Mudah Pembangunan Automotif dan RM15 juta bagi penubuhan Malaysia Automotive Institute.
Yang Berhormat Rasah juga bertanya tentang apakah strategi kementerian untuk membangunkan industri automotif? Di bawah Dana Pembangunan Automotif ini, jumlah RM200 juta bagi tujuan meningkatkan daya saing vendor komponen automotif tempatan melalui pemberian skim pinjaman mudah. Untuk yang saya katakan tadi, pembelian perkakasan, peralatan, acuan dan juga meningkatkan eksport, penambahbaikan produktiviti, proses rasionalisasi menerusi pembelian dan penggabungan serta penubuhan Malaysia Automotive Institute (MAI).
Mengenai isu yang dibangkitkan iaitu Skim Pelupusan Kereta Proton dan Perodua.
Skim ini bertujuan bagi merangsang penjualan kereta semasa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Skim ini adalah bagi menyokong Skim Pelupusan yang telah dijalankan oleh pengeluar kereta nasional melalui pembiayaan sebahagian daripada diskaun RM5,000 yang diberikan pada masa ini. Di bawah skim ini, pemilik kereta yang berusia 10 tahun atau lebih yang berminat hanya perlu ke Proton dan juga Perodua bagi mendapatkan maklumat berkenaan syarat-syarat di bawah skim ini termasuklah dari segi kereta yang layak dilupuskan dan sebagainya. Isu juga disentuh mengenai...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Ya. Saya habiskan ini, Yang Berhormat. Yang mengatakan bahawa hanya kereta-kereta Proton ataupun Perodua sahaja yang akan diberi diskaun. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, kini perkara ini dalam peringkat di mana pihak EPU, MOF dan MITI sedang membentuk satu mekanisme untuk menentukan bagaimanakah skim ini dapat dilancarkan. Mungkin kita dapat nafikan bahawa kemungkinan ada melanggar regulasi WTO dengan skim ini di mana hanya terhad kepada kereta-kereta tertentu dan pihak kerajaan akan meninjau perkara ini dan akan memaklumkan kemudian. Silakan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya harap skim pelupusan kereta ini dapat diperluaskan kepada kereta- kereta lain dan tidak hanya hadkan kepada kereta-kereta Proton dan Perodua kerana ini saya rasa akan memberikan satu suntikan yang lebih positif kepada industri automotif secara keseluruhannya.
Keduanya, saya hendak berbalik sedikit kepada pinjaman Dana Pembangunan Automotif tadi yang telah dikatakan RM125 juta. Saya ingin tahu sama ada pinjaman itu membeli kereta atau macam mana? Ini kerana tadi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri belum menjawab persoalan bagaimana menyelesaikan masalah kerana ramai pembeli-pembeli kereta ada niat membeli tetapi masalah mendapatkan pinjaman daripada bank. Saya rasa kalau dana pinjaman itu boleh diperluaskan kepada pembelian kereta, mungkin itu satu cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat dari Rasah. Bagi meningkatkan jualan kenderaan, kerajaan telah pun memperkenalkan Skim Pelupusan Kereta yang saya maksudkan tadi. Akan tetapi kerajaan akan sentiasa juga mengadakan perbincangan antara agensi-agensi kerajaan dan juga pihak bank bagi memudahkan kelulusan dan syarat-syarat pinjaman ini. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa pihak MOF dan EPU setakat ini masih lagi dalam proses untuk membentuk satu mekanisme dalam pinjaman ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Rasah.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau telah pun menyentuh pembangunan vendor, kemasukan spare parts yang boleh menyebabkan kemalangan dan harganya lebih murah. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, MITI sentiasa memantau dari semasa ke semasa terhadap jualan alat ganti di pasaran tempatan termasuklah mengadakan perbincangan dengan pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam dan juga SIRIM.
Ini bagi mewujudkan satu standard mandatori ke atas produk-produk automotif dan alat-alat ganti. MITI juga tidak ingin mengadakan sebarang kemalangan yang boleh disebabkan oleh alat-alat yang tidak berkualiti ini.
Datuk Liew Vui Keong
Di bawah dana pembangunan automotif, bantuan telah pun disediakan bagi memastikan vendor bumiputera terus berjaya dan berdaya saing melalui program-program berikut iaitu program konsolidasi, pengedar dan rasionalisasi vendor proton dan skim pinjaman mudah pembangunan automotif. Ini adalah untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Arau bagaimanakah memastikan pinjaman vendor tidak dihalang oleh kenderaan pembangunan vendor ini.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Selayang telah pun mempersoalkan tentang pembelaan nasib pekerja di kilang kereta dalam negara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Selayang, sehingga hari ini industri automotif negara tidak terjejas teruk sangat berbanding dengan negara-negara yang lain. Ini adalah kerana industri automotif negara banyak bergantung pada jualan di pasaran tempatan. Suntikan RM200 juta dan skim pelupusan kereta di bawah Bajet Mini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memastikan pembuatan vendor-vendor automotif terus beroperasi.
Yang Berhormat Selayang Tuan Pengerusi, juga menyoal tentang dasar DEB yang kurang berkesan dan harus dikaji semula. Untuk maklumat Yang Berhormat Selayang, sejak Jun 2003, polisi pegangan ekuiti dalam sektor perkilangan telah diliberalisasikan sepenuhnya. Ini bermakna syarikat asing dibenarkan memiliki 100 peratus ekuiti tanpa mengira had eksport.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Silam, yang bertanya tentang bilangan vendor yang berada di Sabah, ini untuk maklumat Yang Berhormat Silam.
Sehingga kini tiada vendor yang beroperasi di Sabah memandangkan tiada aktiviti pemasangan kereta dijalankan di Sabah. Yang Berhormat Silam juga bertanya mengenai cadangan supaya membangunkan sektor automotif di Sabah yang lebih berminat, di mana beliau mengatakan ramai orang yang lebih berminat membeli kereta-kereta import selain daripada kereta tempatan.
Untuk maklumat Yang Berhormat Silam, kerajaan sentiasa menggalakkan pembangunan industri automotif setiap negeri termasuklah Sabah dan juga negeri-negeri yang di bawah kerajaan pakatan pembangkang. Walau bagaimanapun keputusan akhir adalah bergantung kepada syarikat-syarikat yang akan melabur di situ, kerana ini terpulang kepada pelabur untuk membuat satu keputusan business ataupun business decision, dengan izin....
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu pada tahun 2003 DEB telah digantung untuk pelabur asing. Soalan saya ialah pada hari ini, adakah DEB digantung untuk syarikat- syarikat tempatan untuk menggalakkan mereka menjadi lebih berdaya saing?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih. Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa polisi pegangan ekuiti ini telah pun diliberalisasikan sepenuhnya sejak Jun 2003.
Jadi soalan yang ditanyakan tadi itu self servinglah dijawab dengan pernyataan sebegini.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Selayang juga menyentuh mengenai aliran keluar FDI dengan mengatakan FDI outflow telah pun lebih daripada FDI inflow ke negara ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Selayang, adalah menjadi polisi kerajaan untuk menggalakkan pelabur domestik untuk melabur di luar negara bagi memperluaskan pasaran, mencari peluang pelaburan baru, mengurangkan kos dan mengambil alih teknologi baru. Ini juga akan membantu syarikat tempatan terlibat dalam rantaian bekalan global ataupun global supply chain.
Yang Berhormat Selayang juga faham bahawa terdapat sebilangan golongan yang tidak faham dengan terminologi FDI outflow ini yang juga diketahui sebagai cross border investment yang telah pun dilaporkan di United Nations UNCTAD Report tahun lalu.
Datuk Liew Vui Keong
Cross border investment, dengan izin Tuan Pengerusi merujuk kepada FDI outflow di mana syarikat-syarikat tempatan di Malaysia ini mengambil kesempatan untuk melabur di luar negara. Ini termasuk syarikat-syarikat seperti Petronas, Telekom, TV3, di mana TV3 juga melabur di negara seperti Ghana dan juga YTL dan ini tidaklah menjejaskan kedudukan FDI inflow di negara ini. Apabila syarikat-syarikat tersebut membuat keputusan untuk melabur di luar negara, ini tidak bermakna mereka akan memberhentikan operasi mereka di negara ini. Jadi saya rasa terdapat sedikit sebanyak kekeliruan tentang terminologi yang telah pun digunakan oleh sebahagian ekonomis mengenai terminologi FDI outflow ataupun capital outflow ataupun FDI per se, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat daripada Seputeh juga bertanya tentang keuntungan atau kerugian Proton sejak tahun 2007 dan mengatakan Proton telah pun mendapat keuntungan pada tahun 2008 dan bertanya, kenapakah perkara ini boleh berlaku. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, berkenaan dengan untung ataupun rugi Proton, ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan saya tidaklah dapat memberi jawapan yang jelas di sini mengenai soalan ini. Yang Berhormat Seputeh saya akan merujukkan soalan ini kepada Kementerian Kewangan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Pengerusi, jadi saya hendak tanya kenapakah suntikan RM200 juta ini diletakkan di bawah MITI, kalau syarikat Proton sama ada dia untung atau rugikah bukan hal di bawah MITI. Jadi kenapa bukan yang RM200 juta ini tidak diletakkan di bawah Kementerian Kewangan?
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seperti yang saya telah pun nyatakan tadi, dana pembangunan automotif ini adalah diperuntukkan dengan dana tambahan untuk menyokong pembangunan industri dan vendor automotif, the car industry. Mengenai untung dan rugi, kiraan ini semua dibuat oleh Kementerian Kewangan. MITI hanya menjalankan tugasan sebagai satu regulatory body untuk menentukan sama ada pihak-pihak berkenaan akan mendapat lesen-lesen yang perlu diberikan kepada vendor-vendor yang berkenaan.
Yang Berhormat Seputeh juga menyentuh tentang kemudahan infrastruktur bagi kawasan perindustrian yang kurang memuaskan. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, kerajaan telah menyediakan dana khas bagi memperbaiki dan menambahbaikkan infrastruktur kawasan perindustrian. Dana ini sedang diselenggarakan oleh MIDA. Yang Berhormat Ledang...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Tuan Pengerusi, masalahnya ialah dana yang dijanjikan kalau kita lihat rekod yang lepas, memang sangat susah bagi wang itu masuk ke kawasan-kawasan perindustrian yang saya sebutkan tadi dan kebanyakannya adalah pelabur asing. Itulah sebabnya saya bangkitkan ini. Masalah gas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang juga tidak dijawab. Sudah banyak kali kita bangkitkan tetapi selalunya jawapan yang kita terima itu pusing-pusing, tidak tahu apa dia hendak maksudkan. Kadang-kadang kata kerajaan hendak timbangkan, hendak import gas daripada luar negeri untuk menyelesaikan kita ini.
Untuk makluman Dewan ini, saya diberitahu bahawa lebih kurang 200 pelabur asing tidak dapat masuk untuk melabur di Malaysia ataupun tidak dapat mengembangkan pelaburannya di Malaysia kerana masalah kekurangan gas. Apakah langkah yang diambil pihak kerajaan termasuk juga MITI untuk menyelesaikan masalah ini? Jangan beritahu saya, ini masalah Petronas, ini masalah Gas Malaysia. Jadi, kita boleh tolak bola ini ke sana dan sini tetapi kita kena address isu yang lebih penting yang menjejaskan kemasukan pelaburan asing kita.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, mungkin ada perkara yang tidak dijawab kerana perkara itu menyentuh perkara dasar. Kita di peringkat Jawatankuasa. Saya melihat Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pun menjawab perkara-perkara yang sepatutnya tidak dijawab. Umpamanya...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Pengerusi, saya orang sabarlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Umpamanya perkara yang melibatkan Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya sepatutnya tidak dijawab tadi tetapi telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ya, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Ledang juga bertanya tentang apakah usaha bagi membangunkan industri vendor Proton dan Perodua serta model-model yang lain. Seperti yang saya telah pun maklumkan tadi, Yang Berhormat Ledang, di bawah dana yang saya maksudkan tadi itu, Automative Development Fund. Skim pinjaman mudah pembangunan automatif adalah diberikan kepada semua vendor tempatan termasuklah vendor bukan kereta nasional.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat telah pun bertanya mengenai adakah nama untuk Proton sahaja atau peruntukan ini adakah untuk kereta yang lain. Saya telah pun menjawab tadi bahawa pihak EPU dan juga MOF sedang dalam proses menentukan satu mekanisme sama ada ini akan terbuka kepada kereta-kereta yang lain.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merasa cukup pelik dalam keadaan di mana kita tentukan satu angka lepas itu kita fikir macam mana kita hendak pakai. Saya rasa cara buat kerja ini memang satu cara buat kerja yang terbalik. Patutnya kita tentukan apa yang kita hendak buat dan berdasarkan kepada itu kita tentukan angka. Saya nampak pagi tadi pun dalam soal Sibu Airport dia diberitahu RM70 juta diluluskan. Selepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita belum fikir macam mana hendak pakai lagi.
Saya tidak tahu adakah ini memang kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Adakah ini budaya kerja yang dianggap sebagai cara yang paling baik ataupun tidakkah sepatutnya... [Disampuk] [Ketawa] Ini semua baru bangun tidur tadi.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Shah Alam hendak register sahaja nama ini malam-malam - pegawai bertugas.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] ...Tidakkah sepatutnya kita fikir apa yang perlu kita buat dan lepas itu kita tentukan angkanya, bukan macam ini.
Tentukan angka lepas itu fikir macam mana hendak buat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong minta jawablah.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasihlah Yang Berhormat Shah Alam. Seperti yang saya nyatakan tadi, ada kemungkinan akan melanggar regulasi WTO mengenai pembelian diskaun kepada sebahagian daripada jenama kereta. Jadi, itu sahaja yang dapat saya cakap. Itu yang sebenarnya, Tuan Pengerusi di mana saya dapat memberi penjelasan ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan yang saya sempat menjawab. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM650,000,000 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM650,000,000 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.
Maksud P.26 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009]- Tuan Pengerus
Kepala P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM238,262,000 untuk Maksud P.26 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM238,262,000 untuk Maksud P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.
Maksud P.27 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009]- Tuan Pengerus
Kepala P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Silakan, Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya berminat untuk membangkitkan berkenaan Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan di mana RM7.5 juta diperuntukkan untuk membiayai projek membina jejambat. Sudah beberapa kali saya di dalam Dewan ini merayu dan membangkitkan isu ini dan saya ingin mengambil kesempatan ini merayu sekali lagi berkenaan jalan Ipoh-Lumut. Di mana ada sebuah sekolah, kalau dari Ipoh menghala ke Lumut ada sebuah sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing, di mana setiap orang pelajar yang menetap di Pusing mereka kena melalui, melintasi jalan Ipoh-Lumut yang begitu sibuk sebab di sebelah kiri dari Ipoh menghala ke Lumut hanya sebuah sekolah di sebelah sana tiada taman perumahan.
Kecuali sekarang ada pembinaan kedai-kedai yang sekarang ini dalam proses pembinaan sahaja.
Jadi, pelajar amat-amat memerlukan satu jejambat untuk membolehkan pelajar ini mengayuh basikal, melintas jalan dan juga membawa motosikal untuk melintasi jalan Ipoh- Lumut ini. Saya setiap kali kalau di awal pagi pukul enam lebih, sesi pagi atau selepas sekolah pukul dua lebih, saya kasihan melihat pelajar-pelajar ini terpaksa melintasi jalan yang begitu berbahaya sekali. Kalau awal pagi, waktu subuh lampu tidak cukup terang dan kita tahu laluan Ipoh-Lumut laluan itu kenderaan amatlah laju. Walaupun ada tanda berhati- hati tetapi setiap kali saya melintasi jalan itu melihat pelajar melintasinya, saya juga berdoa tidak akan berlaku kemalangan jalan raya.
Itu adalah satu situasi di mana bila-bila masa kemalangan akan menimpa pelajar ataupun salah seorang pelajar yang menggunakan jalan Ipoh-Lumut itu untuk melintas.
Jadi, saya amat merayu pihak Kerja Raya turun padang. Saya boleh bawa Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi tengok dengan mata sendiri begitu bahayanya apabila pelajar menggunakan jalan itu.
Kementerian boleh kata oh, di sana ada lampu isyarat di mana pelajar boleh melintasinya tetapi ini akan mengambil masa begitu panjang kerana mereka terpaksa mengambil laluan yang lebih panjang untuk menyeberang kalau menggunakan lampu isyarat. Jadi, di masa kita mahu membangunkan, melebarkan jalan, tetapi perlulah mengambil perhatian dan mengambil langkah-langkah meneliti dengan terperinci setiap perancangan, apakah impak ke atas peniaga-peniaga di sana. Perniagaan mereka amat terjejas dengan pelebaran jalan Ipoh-Lumut. Ada kedai yang langsung dia tidak boleh menjalankan perniagaan kerana tidak boleh melintas ke sebelah kecuali melalui satu dua kilometer di depan untuk buat satu U-turn.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi perniagaan terjejas. Akan tetapi yang saya memohon adalah pembinaan satu jejambat membolehkan pelajar melintasinya untuk kegunaan basikal atau motosikal. Itu sahaja saya rayu. Saya tidak mahu apabila berlaku kemalangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri baru sibuk pergi sana tengok atau Menteri Pelajaran sibuk pergi sana tangkap gambar kata, “Oh, ini kami akan ambil tindakan”. Itu sudah terlambat apabila nyawa telah diambil. Biarlah kita apabila kita tahu itu kawasan bahaya, berisiko tinggi, biar kita bekerjasama.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya wakil rakyat sana saya sampaikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh kita tetapkan diari kah? Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri ada masa saya boleh bawa. Selepas itu saya belanja makan kuih pusing di sana, okey? Agar janji satu jejambat diberi kepada pelajar dan penduduk untuk keselamatan pelajar di sana.
Sekian, terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada rujuk kepada Maksud P.27 Butiran 08280 dan juga 09260. Tuan Pengerusi, saya ada empat isu yang saya ingin bentangkan. Pertama adalah Jalan Puchong. Jalan Puchong dari Batu 6 sehingga lebih kurang Batu 10 dekat Puchong Jaya sana. Saya hendak minta pihak JKR boleh menaik taraf jalan tersebut khususnya di bahagian Batu 6 hingga Batu 8 di mana kawasan itu sangat gelap dan sesetengah jalan adalah terlalu sempit di tempat itu. Setiap pagi jalan Puchong ini kereta penuh sesak dan adalah amat perlu bagi pihak JKR menaik taraf yang Jalan Puchong ini dan juga saya telah pun tulis surat, ambil gambar beberapa, dua kali sekurang-kurangnya kepada pihak JKR Selangor untuk minta mereka letak itu cat eyes di semua divider, pembahagian jalan di sana. Akan tetapi sudah minta lebih kurang setahun sampai sekarang yang cat eyes yang begitu murah sekali pun tidak diletakkan dan saya juga pernah meminta ahli majlis di kawasan saya untuk membangkitkan dalam mesyuarat mereka di antara MPSJ dengan pihak JKR Selangor.
Selalunya pihak JKR Selangor kata tiada duit dan mereka pun sudah bosan dengan pegawai yang selalu hanya kata tidak ada bajet, tidak ada duit. Jadi, saya memintalah sekarang kita ada nya mini bajet bahawa pihak kementerian boleh memandang berat tentang keperluan di jalan situ kerana ia adalah jalan JKR.
Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah isu yang pernah dibangkitkan oleh calon Barisan Nasional di setiap pilihan raya pada sepuluh tahun yang lepas. Setiap bila pilihan raya mereka akan kata mereka akan sambung jalan dari Taman Kinrara sehingga ke Taman Sentosa di bawah MPPJ. Akan tetapi selepas mereka menang pilihan raya semua tidak dibuat dan sekarang kerana pembangunan pesat yang diadakan di kawasan Puchong menyebabkan Jalan Puchong ini kita tidak boleh untuk menampung kenderaan volume kenderaan itu lagi. Jadi amat perlulah bagi kerajaan untuk menyambung dari Taman Kinrara ke bahagian Taman Sentosa. Jadi melalui dan merentasi Lebuh Raya KESAS. Jadi mengharapkan kali ini akan janji Barisan Nasional boleh ditunaikan. Bagi saya tidak apa kalau Menteri datang ke kawasan saya membuat pengumuman ini, saya mengalu-alukan.
Akan tetapi, saya memang mengharapkan ini dilakukan, ditunaikan pada akhirnya.
Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah di Jalan Batu 6, Jalan Klang Lama.
Ini juga isu yang saya telah banyak kali cakap di Dewan ini, sudah tiga, empat tahun sampai sekarang belum dibuat. Saya pernah bangkit kepada DBKL sekarang DBKL kata bukan masalahnya adalah masalah LLM dan saya sudah pergi jumpa pegawai kanan LLM dan mereka kata pembesaran pembahagian Batu 6 Jalan Klang Lama ini akan makan perbelanjaan RM1 juta. Akan tetapi RM1 juta bagi New Pantai Expressway atau LLM, ini bukan perkara yang besar. Jadi yang saya berharaplah yang pihak LLM akan memandang serius tentang bad flow of traffic yang kerana jalan daripada empat laluan dikurangkan kepada dua laluan yang berlaku di Batu 6 Jalan Klang Lama ini di mana Jalan Klang Lama ini yang bahagian ini boleh dibesarkan.
Akhir sekali adalah tentang jalan yang menuju ke Pulau Indah. Kita tahu Pulau Indah, West Port dan juga yang berada di sana terdapat banyak kilang pelaburan asing.
Akan tetapi jalan untuk masuk ke Pulau Indah sekarang hanya satu sahaja dan jalan itu lebih teruk daripada, kadang-kadang lebih teruk daripada jalan di Sabah. Di Sabah kita kata macam masuk di sekolah macam menunggang kuda. Di situ, ini adalah kita kata ini untuk kita cater keperluan pelabur asing kita ini. Akan tetapi macam mana kita membawa pelabur asing kita pergi tengok PKF set dan juga Pulau Indah hendak mengintroduce, recommend mereka untuk letak pelaburan mereka di sana. Jalan begitu teruk, begitu kecil, begitu sesak, begitu sempit, sudah banyak kali ia dibangkitkan oleh pihak banyak pelabur di Pulau Indah dan juga kerajaan negeri Selangor. Akan tetapi jalan ini masih begitu teruk. Jadi, saya berharap sebelum itu main road ke Pulau Indah dari KESAS itu dibina, saya harap pihak kerajaan, pihak JKR akan membesarkan lagi menambahbaikkan, menaik taraf yang jalan ke arah Pulau Indah. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun].
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Seorang sahaja bangun tadi. Yang Berhormat Maran.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada satu perkara iaitu.
Seorang Ahli
Satu sahaja.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Butiran 31000 Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya hendak minta Kementerian Kerja Raya memberi perhatian kepada menaikkan taraf jalan daripada Kuala Bera, Chenor dan juga Paloh Inai. Jalan ini telah saya timbulkan pada penggal lepas lagi. Jalan ini merupakan jalan ringkas dari Temerloh, Bera dan juga Pekan. Jadi kedudukan jalan ini di seberang sungai Pahang dan terdapat banyak kampung tradisional dan juga FELDA di sekitarnya yang boleh menghubungkan, meringkaskan penggunaan masyarakat luar bandar untuk pergi ke Pekan dan juga Kuantan.
Saya mohon melalui bajet tambahan ini supaya Kementerian Kerja Raya memberikan perhatian kepada menaikkan taraf jalan ini. Dahulu jalan ini disenggarakan oleh DARA. Akan tetapi selepas DARA ditutup perhatian agak kurang diberikan kepada jalan ini sedangkan penggunaan jalan ini amat perlu pada masyarakat terutama luar bandar.
Seorang Ahli
Satu sahajalah.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Kedua ialah tentang Pewartaan Jambatan Chenor yang telah dibina disiapkan dalam dua, tiga tahun yang lepas.
Saya difahamkan jambatan ini masih belum digazet, diwartakan alasan ialah kerana kedua- dua seberang jalan yang ada menyeberangi jambatan ini ialah jalan luar bandar. Itu alasan yang diberikan oleh kementerian. Saya harap pewartaan jambatan ini dapat disegerakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku kepada pengguna-pengguna jambatan ini kerana sering kali anak-anak muda melalui jambatan ini. Jadi saya harap minta kementerian berikan perhatian kepada perkara ini dan saya kira ini akan dapat memberikan sumbangan yang baik kepada masyarakat luar bandar. Terma kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih. Butiran Projek 10001 - Projek Penswastaan Jalan Raya PBT. Peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta dikehendaki untuk membiayai pengambilan balik tanah, saya hendak tahu di mana? Berapa ekar dan yang dibayarnya, berapa kadar yang berapa ringgit bagi setiap kaki persegi dan dibeli kalau ada, adakah dari pemilik peribadi ataupun daripada syarikat-syarikat?
Butiran Projek 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan. Projek baru RM7.5 juta.
Ini berapa jambatan? Satu sahajakah ataupun lebih daripada itu di mana dan berapa kilometer? Butiran Projek 61000 - Naik Taraf Jalan. RM66 juta Jalan Tangkak-Jasin, ini berapa kilometer, berapa lebar? Adakah dua carriageway atau pun sebaliknya dan terakhir Butiran Projek 8100 - Membina Jalan-jalan Baru, yakni SKVE RM53 juta. Laluan ini saya rasa sudah memang satu projek penswastaan maka kenapa kita perlu belanja sebanyak RM53 juta, untuk apa? Penjelasan ataupun butiran dia. Terima kasih.
Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 16 Mac 2009.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.