Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, perancangan yang dilakukan bagi membantu menyediakan peluang kerjaya dalam bidang pertanian terutama kepada graduan atau belia menganggur dan menjelaskan usaha yang dilakukan kementerian bagi kegiatan pertanian berskala kecil yang boleh membantu menambahkan pengeluaran pelbagai bahan makanan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, penglibatan anak-anak muda dalam bidang pertanian termasuklah graduan dan belia menganggur adalah amat penting sekali dalam konteks usaha-usaha kita bagi menambah lagi pelbagai bahan makanan dalam negara kita.
Mengikut kajian yang dibuat oleh MADA, di kawasan MADA cuma 5 peratus sahaja petani-petani yang umurnya di bawah 35 tahun dan umur purata petani di MADA di Kedah dan Perlis ialah 57.7 tahun. Itu umur purata petani di kawasan MADA. Menyedari hal tersebut maka kita bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Lenggong supaya ditingkatkan usaha bagi memastikan lebih ramai graduan dan belia menganggur terlibat dalam pertanian untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.
Sehubungan dengan itu, kementerian telah menjalankan beberapa pendekatan.
Yang pertama ialah latihan. Ini penting termasuklah latihan melalui inkubator. Kedua ialah melalui pembiayaan Agrobank dan yang ketiga ialah sokongan dari segi infrastruktur.
Mengenai latihan, selain daripada latihan yang diberikan di Universiti Putra Malaysia kementerian mempunyai 40 institut latihan yang terlibat dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, salah satu latihan dikendalikan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan melibatkan lapan kolej dan institut. Pada tahun lalu, tahun 2008 seramai 1,072 anak muda telah diambil untuk mengikuti kursus, secara umumnya kursus sijil, tempohnya dua tahun.
Tuan Yang di-Pertua, kita berharap dengan latihan ini lebih ramai lagi belia akan berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Selain itu, Agrobank dulunya dikenali dengan Bank Pertanian juga mengeluarkan pinjaman, ada Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah (SUTKS) yang mana pinjamannya di antara RM50,000 hingga RM100,000. Setakat ini 444 graduan telah pun meminjam daripada skim ini. Jumlah diluluskan ialah RM18.9 juta. Mereka semua merupakan anak muda yang kita harap akan dapat meningkatkan pengeluaran pertanian negara.
FAMA juga telah memperkenalkan satu program baru untuk menggalakkan siswazah terlibat dalam bidang pertanian. Pada bulan Januari yang lalu 30 orang siswazah telah menghadiri kursus di Port Dickson bagi melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh FAMA. Setakat ini 8.5 peratus iaitu 1,270 orang daripada peserta pasar tani berjumlah 14,990 orang merupakan siswazah. Sebanyak 8.5 peratus daripada peserta pasar tani adalah siswazah.
Ini contoh di mana kementerian berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa lebih ramai anak muda, termasuk graduan-graduan dan belia-belia menganggur melibatkan diri dalam bidang pertanian kerana kementerian menyedari bahawa pada masa ini golongan belia kurang berminat dalam bidang pertanian. Terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan yang begitu detail tadi. Soalan tambahan saya, saya menyebut soal pertanian berskala kecil sebab saya melihat bahawa Program Bumi Hijau nampaknya berkesan dalam usaha kita mencapai matlamat walaupun banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan.
Dari itu, adakah kementerian bercadang untuk menambah baik program ini dengan memperbanyakkan pengisian aktivitinya dengan tidak hanya tertumpu kepada usaha untuk membantu keluarga mengurangkan kos sara hidup atau meningkatkan kesedaran di bidang pertanian, tetapi juga memberi tumpuan khusus kepada siswazah dan belia menganggur.
Melaluinya, banyak program berskala kecil ini dapat dilakukan bagi mereka menghadapi cabaran ekonomi yang semakin sukar ini dan juga tentu dapat dalam menambah bilangan penglibatan golongan muda dan siswazah dalam bidang ini. Terima kasih.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini semalam, Program Bumi Hijau yang dirujuk oleh Yang Berhormat Lenggong tadi meliputi tiga komponen. Pertama tanaman sayur-sayuran, kedua ialah ternakan ikan khususnya ikan keli dan ketiga ternakan ayam kampung dan itik. Ini tiga komponen dan peruntukannya sebanyak RM25 juta setahun. Pada masa ini, program ini memberi tumpuan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak ada tumpuan khusus kepada belia menganggur ataupun graduan.
Maka, cadangan Yang Berhormat supaya program bertambah baik lagi dengan memberi perhatian lebih kepada belia menganggur adalah satu cadangan yang baik.
Insya-Allah pada tahun ini kita akan melibatkan lebih banyak lagi belia. Tahun lepas ia melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan umur. Cadangan Yang Berhormat insya-Allah kita akan laksanakan supaya kita dapat libatkan lebih ramai belia termasuklah belia menganggur dalam Program Bumi Hijau di seluruh negara kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah kerana inisiatif mengadakan skim-skim untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian berskala kecil terutamanya melibatkan belia.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya ingin mendapat penjelasan sama ada program pemberian pek-pek percuma yang berbentuk biji benih dan sebagainya, bernilai di antara RM15 ke RM30 untuk satu isi rumah mendapat hasil atau kejayaan setakat ini.
Saya juga ingin tahu apakah perancangan kerajaan setelah pembinaan pusat pameran secara tetap, MAHA yang kita anjurkan dua tahun sekali yang telah dibuat ataupun disempurnakan pada tahun lepas dengan nilai RM230 juta. Apakah kerajaan punya perancangan selain daripada hanya menempatkan dua tahun sekali pameran dan sedangkan hari-hari yang lain tidak digunakan dengan sebaiknya, dalam tempoh keadaan kemelesetan ekonomi sekarang yang agak meruncing. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Indera Mahkota melencong banyak. Soalan kedua tadi berkaitan MAHA. Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan di sini bahawa aktiviti MAHA dua tahun sekali itu merupakan aktiviti kemuncak kepada semua aktiviti kementerian dan sekarang ini sepertimana Indera Mahkota maklumkan, ia menjadi tapak tetap bagi MAHA. Dalam pada itu, tidak bermakna itu sahaja aktiviti yang dijalankan. Banyak program, seminar dan pameran dilaksanakan di tapak MAHA dan ada juga acara mingguan setiap hari Sabtu termasuklah ada pasar tani dianjurkan di tapak MAHA.
Jadi, saya menyerulah Ahli Yang Berhormat untuk melawat pasar tani di tapak MAHA. Setiap minggu ada program dan pada hari ini pada masa ini ada International Furniture Show (MIFS) sedang berlangsung dari 4 Mac hingga 7 Mac di peringkat antarabangsa. Ini merupakan furniture show yang terbesar di Malaysia dan sekarang berlangsung furniture show tersebut di tapak MAHA.
Dato’ Mustapa Mohamed
Jadi MAHA ini kita gunakan untuk mempromosikan bidang pertanian, pada masa yang sama kita gunakan juga untuk tujuan-tujuan lain.
Berkaitan dengan hasil atau kejayaan Bumi Hijau, ia dilaksanakan bermula hujung bulan Jun tahun lepas. Yang dirujuk oleh Yang Berhormat tadi komponen tanaman diberi benih sayuran dan juga baja untuk satu pusingan, pada masa ini ia menunjukkan hasil yang agak baik. Cumanya setelah kita laksanakan hampir lapan bulan, kita buat keputusan supaya digalakkan Projek Bumi Hijau Berkelompok. Kalau individu, kita dapati dari segi pemantauannya sukar dan komitmen peserta kurang. Oleh itu kita galakkan peserta berkelompok.
Di Putrajaya umpamanya, walaupun di ibu kota terdapat enam kelompok, antara yang berjaya ialah di Precint 9 di Putrajaya. Ia berjaya mengurangkan kos dapur bagi keluarga dan di kampung-kampung, ia juga berjaya menjimatkan perbelanjaan. Kalau orang kampung menternak ayam kampung ataupun itik umpamanya, ini mampu untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. Jadi setakat ini kejayaannya agak memuaskan tetapi kita akan pastikan tahun 2009 kejayaannya akan lebih terserlah. Terima kasih.
2. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, tahap pencemaran sungai di seluruh Malaysia. Sila nyatakan 10 batang sungai yang tercemar teruk dan apakah usaha-usaha merawat dan mencegah pencemaran yang berterusan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas
Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjalankan pengawasan kualiti sungai ke atas 143 lembangan sungai di Malaysia yang melibatkan 1,064 stesen pengawasan kualiti air. Pada tahun 2008, berdasarkan keputusan analisis air sungai yang telah dilakukan, didapati bahawa kualiti air bagi 76 ataupun 53 peratus lembangan sungai berada di tahap bersih, 60 ataupun 42 peratus lembangan sungai berada di tahap sederhana tercemar dan 7 ataupun 5 peratus sungai adalah tercemar.
Lembangan-lembangan sungai yang tercemar adalah Sungai Pinang, Sungai Air Baloi, Sungai Rembah, Sungai Segget, Sungai Tebrau, Sungai Danga dan sungai kawasan Pasir Gudang. Pihak kementerian telah dan sedang menjalankan pelbagai program bagi memulihkan sungai-sungai di seluruh negara. Di antara program-program pemulihan yang diadakan:
(i) untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dan punca tetap;
(ii) membina perangkap sampah dengan perangkap kelodak serta memasang pelbagai jenis gross pollution trap, dengan izin, di beberapa sungai; dan
(iii) mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan agar dapat mempertingkatkan penguatkuasaan dan tindakan terhadap punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa masing-masing.
Sebagai tindakan pencegahan, beberapa garis panduan yang berasaskan kawalan dipunca telah diperkenalkan oleh JPS bagi digunakan oleh agensi-agensi yang mempunyai kuasa terhadap pembangunan setempat seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan daerah. Antara garis panduan tersebut adalah;
(i) Manual Saliran Mesra Alam ataupun MASMA; dan
(ii) Garis Panduan Kawalan Hakisan dan Endapan ataupun Erosion and Sediment Control Plan, dengan izin.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas
Akhirnya, kita mempertingkatkan aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar di kalangan masyarakat serta mengadakan sesi dialog bagi memantau membantu mereka menyelesaikan masalah dan mematuhi peruntukan undang-undang. Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kalau menurut kajian seorang pensyarah daripada UPSI, pada tahun 1999 kadar sungai yang tercemar di Malaysia sangat tercemar dan tercemar adalah sebanyak 73.3 peratus. Jadi, sebentar tadi saya mendengar bahawa kadar tercemar lebih kurang 7 peratus. Jadi, saya harap dapat penjelasan sama ada dalam 10 tahun ini kita telah berjaya memulihkan sungai sebanyak, saya ingat hampir 10 kali ganda lebih baik. Jadi, kalau ini yang berlaku, saya awal-awal lagi ucap tahniah tetapi saya harap mendapat penjelasan.
Yang keduanya, saya ingin bertanya, apakah program-program pendidikan yang dibuat di peringkat lebih awal lagi terutama di peringkat sekolah? Misalnya, adakah kementerian mengadakan satu kerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan modul-modul cinta sungai kita katakan, dimasukkan dalam modul-modul kokurikulum daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat IPT? Terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak berpeluang untuk membaca laporan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, tetapi kalau Yang Berhormat boleh memanjangkan kepada saya, saya ingin mengetahui apakah asas- asas bagaimana badan tersebut telah dapat membuat ataupun mencapai keputusan seperti itu.
Bagi kita, seperti yang saya sebut tadi, kita telah pun memantau dan melihat keadaan sungai ini dalam 143 lembangan sungai. Jadi, bagi rekod kita untuk tahun 2006 kita mendapati bahawa keadaan yang memang tercemar adalah hanya 5 peratus, juga ada 7 lembangan sungai dan sederhana tercemar adalah 59 peratus. Jadi, saya ingin tahu mana Yang Berhormat dapat angka yang disebut itu tadi?
Mengenai program pendidikan, memang inilah satu program yang kita akan tekankan. Walaupun kita ada perundangan, walaupun kita ada panduan yang diberi dan penguatkuasaan yang dijalankan, sekiranya masyarakat tidak bekerjasama, inilah satu masalahnya. Masalah besar yang kita hadapi sekarang, kebanyakan masalah adalah apabila sungai dianggap sebagai tong sampah. Oleh yang demikian, kita telah pun memantau. Bagi Sungai Klang, kita telah mendapati daripada rekod kita ada lebih kurang 10 tan satu hari. Sampah dikutip oleh log boom JPS.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, program pendidikan adalah begitu penting sekali. Maka, kita ada beberapa program yang kita jalankan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, pihak berkuasa tempatan dan juga masyarakat umum dengan matlamatnya adalah berkempen bahawa kita sama-sama menjaga sungai kita supaya satu hari nanti semua sungai kita adalah satu sungai yang bersih, di mana kita masih boleh nampak ikan yang banyak dan kehidupan-kehidupan yang sedia kita saksikan di sungai- sungai, dan sungai-sungai itu akan menjadi satu sungai yang boleh menjadi daya penarik pelancong kepada negara kita. Terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan suatu peraturan ataupun suatu galakan agar sungai dijadikan halaman kepada rumah- rumah dan juga halaman kepada bangunan-bangunan, dan bukan sungai yang terletak di belakang rumah yang kemudian dijadikan tong sampah, sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut.
Bagaimanakah jika kawasan rizab sungai kampung-kampung dibenar untuk bercucuk tanam tanaman kontan seperti nanas, ubi, serai, pisang dan keledek sebagai sumber tambahan pendapatan, dan pada ketika yang sama adalah menghargai kewujudan sungai yang ada? Terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan Yang Berhormat itu satu cadangan yang baik. Kita juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk melihat bagaimana kita hendak mengaturkan satu peraturan ataupun garis panduan ke arah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi.
Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk membolehkan penduduk-penduduk untuk bercucuk tanam di rizab-rizab sungai, saya fikir kita tidak dapat membenarkan penduduk-penduduk untuk bercucuk tanam di rizab-rizab sungai. Apa sebab? Ini kerana kadang-kadang kita memerlukan rizab sungai itu masa kita hendak menyelenggara sungai.
Ini juga bertujuan untuk menjaga sungai itu supaya ia tidak dicemari dengan baja-baja.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini kementerian telah membuat keputusan bahawa bagi projek-projek tambatan banjir kita di sungai-sungai di seluruh negara bermula dengan Sungai Damansara. Kita akan menambah nilai projek tersebut dengan memasukkan program pembangunan landscaping and recreational facilities di tebing-tebing sungai tersebut supaya sungai itu akan jadi satu tarikan pelancong. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah kalau boleh saya soal sikit mengenai sungai-sungai di Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, apabila kita cerita berkenaan sungai, kita nampak sungai-sungai di Sabah, Sungai Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan seluruh negeri Sabah tidak ada maintenance sama sekali dan tercemar. Kita tidak nampak usaha kementerian untuk memperbaikinya. Ini mungkin kementerian Yang Berhormat yang ada di sini tidak sampai ke Sabah kerana di sana ada kementerian lain. Saya mahu tahu, adakah program untuk maintenance sungai di seluruh Sabah?
Datuk Douglas Uggah Embas
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah melawat ke Sabah beberapa kali, Yang Berhormat. Saya juga merancang hendak melihat sungai-sungai di Sabah. Sememangnya bukan hanya di Sabah, masalah penyelenggaraan sungai adalah satu masalah di seluruh negara. Maka, kementerian telah pun mencadangkan kepada kerajaan untuk menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyelenggara dan membersih muara sungai. Saya harap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan kementerian. Terima kasih.
3. Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah kejayaan kerajaan melaksanakan Program Pembangunan Tanah-tanah Wakaf seluruh negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan Program Pembangunan Tanah-tanah Wakaf di seluruh negara, Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan telah menyediakan peruntukan RM256.5 juta untuk memajukan tanah-tanah wakaf di seluruh negara.
Sebanyak 23 projek pembangunan sedang dilaksanakan mengandungi 19 projek fizikal dan 4 projek bukan fizikal. Daripada 19 projek fizikal tersebut, 4 projek sedang dalam pembinaan, 7 projek dalam proses tawaran kepada kontraktor, 2 projek dalam proses penyediaan dokumen tender dan 6 projek dalam proses penyediaan reka bentuk oleh JKR.
Daripada 4 projek bukan fizikal pula, satu projek sudah siap dan 3 projek dalam pelaksanaan. Mengikut laporan yang dijana daripada Sistem Pemantauan Projek ke atas seluruh 23 projek JAWHAR, satu projek berstatus sudah siap, lapan projek berstatus dahulu jadual dan 14 berstatus ikut jadual. Terima kasih.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, antara matlamat utama kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah-tanah Wakaf ini ialah untuk membantu membangunkan tanah-tanah wakaf yang banyak terbiar.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Akan tetapi, usaha ini saya tengok terlalu lambat dan peruntukan yang disediakan pun sangat sedikit, cuma RM256 juta dan saya difahamkan jabatan ini juga mengenakan syarat iaitu membuat keuntungan yang agak tinggi. Bolehkah kementerian mendapatkan peruntukan yang lebih besar dan tengok balik dari segi syarat yang telah pun dikenakan pada tanah-tanah wakaf tersebut?
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, apa yang kita buat di pihak Kerajaan Persekutuan ialah kita hendak memastikan bahawa tanah-tanah wakaf ini akan dapat dioptimumkan penggunaannya.
Bagaimanapun, Yang Berhormat, kita kena faham bahawa tanah-tanah wakaf ini sebenarnya adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Jadi, apa yang Kerajaan Persekutuan dapat buat ialah membantu dari segi dana dan sebagainya. Akan tetapi, apa pun cadangan bagaimana hendak membina tanah-tanah wakaf ini mestilah datang daripada Majlis Agama Islam itu sendiri.
Jadi, ini mungkin apa Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa kadang-kadang usaha itu menjadi terlalu lambat sebab kita terpaksa dapatkan persetujuan dan juga cadangan daripada Majlis Agama Islam Negeri itu sendiri. Jadi, proses ini yang kadang menyebabkan Kerajaan Persekutuan terpaksa berbincang dari semasa ke semasa dengan Majlis Agama Islam Negeri. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya hendak mendapat maklumat daripada pihak kementerian, setelah tanah-tanah wakaf ini dimajukan dan terdapat bangunan-bangunan di atas tanah wakaf ini, ada laporan yang kita terima bahawa premis-premis ini disewa dan diberikan kepada bentuk-bentuk perniagaan yang tidak mencerminkan pembangunan itu didirikan di atas tanah wakaf. Contohnya, tidak cermat dari segi memberikan sewaan kepada premis-premis dan perniagaan-perniagaan yang sebagai contohnya ada Sports Toto dan seumpamanya. Jadi, apakah dasar kerajaan terhadap bangunan-bangunan yang didirikan di atas tanah wakaf ini supaya pembangunan tanah wakaf itu menepati matlamat asal adalah untuk memajukan pembangunan hartanah yang menggambarkan atau melambangkan pembangunan Islam dalam negara ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang disebut tadi, apabila kita majukan tanah-tanah wakaf ini, kita akan pastikan bahawa ia menepati kepada matlamat penggunaannya.
Cuma, mungkin yang berlaku ini ialah tanah-tanah wakaf sebelum diserahkan untuk kerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan. Sepertimana yang kita tahu bahawa prosedur ini, sebelum daripada Kerajaan Persekutuan mengambil alih, kadang-kadang tanah wakaf ini diwakafkan tanpa ada dokumen dan begitu juga kadang-kadang secara verbal ataupun mulut sahaja. Jadi, setelah Kerajaan Persekutuan letakkan sejumlah dana ini, prosedur wakaf dia mestilah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Negeri. Besar kemungkinan apa Yang Berhormat sebutkan tadi, saya perlu tahu secara detail dan spesifik bahagian premis mana untuk dibuat siasatan.
Akan tetapi, apa yang berlaku selepas daripada Kerajaan Persekutuan memberi dana untuk membangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan juga yayasan yang kita tubuhkan, kita akan pastikan bahawa ia akan dibangunkan dan digunakan untuk tujuan-tujuan yang menepati syariah. Akan tetapi, yang sebelum ini apa yang di bawah Majlis Agama Islam Negeri memang Kerajaan Persekutuan tidak dapat buat apa-apa Yang Berhormat.
4. Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah anggota polis (pakaian seragam dan tidak seragam, dengan mengecualikan polis trafik) yang bertugas meronda, berjalan atau dengan motosikal atau kereta ronda di luar balai atau bila-bila masa (at anyone time) dalam satu syif kerja, di setiap daerah polis di Selangor dan peratusannya daripada jumlah anggota keseluruhan di PDRM di Selangor.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang berhormat Subang kerana mengemukakan pertanyaan pada pagi ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah anggota polis (pakaian seragam dan tidak seragam dengan mengecualikan polis trafik) yang bertugas meronda dan berjalan kaki, dengan motosikal ataupun dengan kereta peronda di luar balai atau bila-bila masa ataupun at anyone time dengan izin, dalam satu syif kerja ialah seramai 3,000 orang atau 31.6 peratus daripada keseluruhan keanggotaan polis di Selangor. Penugasan ini dibuat mengikut keperluan dan akan ditambah selaras dengan jumlah keanggotaan semasa.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Saya bangkitkan soalan itu sebab kita faham isu kadar jenayah adalah satu isu yang cukup dipandang serius oleh rakyat Malaysia, khususnya di banyak kawasan di Selangor, khususnya di Lembah Klang. Kadar jenayah ini masih meningkat. Berdasarkan jawapan yang diberikan tadi, kita mendapat gambaran 31 peratus adalah peratusan yang ada di luar balai dan dibuat rondaan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, ya akan sampai. Ini sebagai mukadimah sedikit.
Masalah yang kita lihat di Selangor dan boleh diperbetulkan ialah kadar... [Dewan riuh] Nanti dulu. Kita bagi jumlah sedikit. Fakta sedikit.
Beberapa Ahli
Soalan, soalan!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mukadimahlah.
Beberapa Ahli
Soalan, soalan!
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, saya akan sampai ke soalan. Nisbah anggota polis kepada penduduk di Selangor adalah lebih kurang 1:1200 atau 1:1300 orang. Itu lima kali ganda daripada nisbah yang disyorkan oleh Interpol iaitu 1:250. Di beberapa tempat seperti di Kota Damansara, Petaling Jaya dan Puchong sudah sampai kepada 1:2000 atau 1:3000. Jadi, dengan jumlah seperti ini, ini bermaksud anggota polis tidak cukup untuk membuat tugasan atau tanggungjawab mereka. Jadi, saya ingin tahu apakah cadangan atau langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh kementerian supaya jumlah anggota polis di Selangor ini akan sampai kepada tahap yang perlu supaya kita dapat mencegah jenayah. Sekian, terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di- Pertua, tadi Yang Berhormat telah memberikan sedikit perangkaan iaitu nisbah anggota polis dan rakyat di negeri Selangor. Saya ingat kurang tepat sedikit. Walaupun saya setuju bahawa ada beberapa daerah di mana penduduk begitu ramai, maka nisbahnya melebihi 1000. Itu saya setuju.
Akan tetapi, pada keseluruhannya, memandangkan Selangor mempunyai jumlah penduduk dalam lingkungan lima juta orang, nisbah seorang anggota polis ialah pada 546 orang rakyat. Ini memang melebihi apa yang dianggap tidak begitu memuaskan sebab Interpol punya nisbah setiap seorang anggota ialah 250 orang rakyat.
Walaupun demikian, dengan jumlah yang ada yang bertugas di negeri Selangor yang berjumlah 9,510 orang termasuk dengan pegawai-pegawai trafik, saya percaya anggota polis telah pun dengan sedaya upaya menjalankan tugas supaya mencegah penjenayah-penjenayah melakukan bermacam-macam jenayah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, saya ingin memberitahu bahawa oleh sebab kita mendapat pendekatan yang baru, iaitu semua IPD di bawah IPK telah diberi arahan supaya mengenal pasti tempat-tempat mana yang mempunyai masalah yang banyak sekali iaitu dengan berlakunya jenayah-jenayah. Semua anggota akan mempunyai satu integrated approach, dengan izin, melawan jenayah tidak kira kita bertugas di bahagian mana pun. Semua harus mempunyai satu minda untuk mencegah jenayah. Oleh sebab kita mempunyai cara-cara pendekatan yang baru, Rakan Cop juga diguna dengan begitu meluas. Maka, kita dapat melihat pada tahun ini, pada bulan Januari dan bulan Februari, kadar jenayah pada keseluruhan sudah turun sebanyak 7 peratus lebih.
Dato' Chor Chee Heung
Ini adalah satu tanda yang baik dan kita harap dengan kita melibatkan rakyat- rakyat dalam community policing, maka ini akan turun lagi.
Tadi Yang Berhormat juga tanya apakah cadangan. Cadangan yang kita akan tumpukan pada tahun ini dan tahun depan ialah bertambah dengan anggota polis yang baru. Mengikut lima tahun perancangan ini, kita harus merekrut 60,000 orang dalam tahun ini. Tahun depan kalau kita dapat, kita dapatlah yang lebih ramai untuk menjadi anggota polis dengan Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar pembangkang selalu kata tidak jalankan tugas.
Akan tetapi di sini Barisan Nasional kita menjalankan tugas. Satu, paling mustahak kemudahan asas mesti mahu ada. Contohnya seperti di Bintulu. Sudah sepuluh kali kita persoalkan dalam Dewan yang mulia ini mengenai kenderaan. Kita minta four wheel drive.
Sampai hari ini ampu-ampu pun tiada.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa, apa ampung-ampung?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ampulah, minta tolong, tetapi sampai hari ini tidak ada. Bagi Kancil sahaja. Akhir sekali, masuk ladang keluar tinggal stereng saja buat apa?... [Ketawa] Kementerian Keselamatan Dalam Negeri patut lihat kawasan pedalaman.
Bagi lah four- wheel drive. Bagilah Toyota. Kereta elok sedikit. Contohnya di Bintulu minggu lalu, polis guna Wira semasa menjalankan tugas. Di Batu 28 ada jenayah berlaku dalam rumah panjang. Dia pakai siren laju-laju pun tidak ada orang peduli dengan dia. Langgar belakang lori dan mati.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Siapa mati?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Polis sudah mati! Pembangkang mana tahu polis boleh mati... [Ketawa] Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah kementerian buat satu rancangan serius kepada kawasan- kawasan pedalaman balai polis di Sabah dan Sarawak? Sekian, terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Soalan asal ini adalah untuk negeri Selangor sahaja. Akan tetapi, tidak apalah kerana dia seorang Ketua BNBBC, kita jawab jugalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan kerajaan memang sedar salah satu tanggungjawab atas bahu Kerajaan Barisan Nasional...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Hari-hari kata sementara, tetapi polis sudah banyak hilang nyawa.
Dato' Chor Chee Heung
Ialah menjaga keamanan dan ketenteraman.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dia tidur matikah?
Dato' Chor Chee Heung
Yang kedua, kita harus cuba dengan sedaya upaya untuk mencegah berlakunya jenayah di negara ini. Walaupun demikian, setiap tahun Kementerian Dalam Negeri mesti membuat permintaan kepada Kerajaan Pusat untuk menambah anggota-anggota polis selaras dengan pertambahan penduduk di negara ini.
Selain daripada itu juga, alat-alat yang harus digunakan oleh anggota polis juga diminta.
Akan tetapi, pada setiap tahun apabila kita minta, tidak semestinya apa yang kita minta akan diberikan kelulusan. Walaupun demikian, kita akan cuba juga. Seperti di Bintulu ataupun di negeri Sabah dan Sarawak...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, ini four wheel drive. Orang cerita minta kereta yang four wheel drive punya.
Dato' Chor Chee Heung
Saya tahu, saya tahu. Four wheel drive ini di antara alat-alat yang perlu digunakan oleh pihak polis dan permintaan ini juga diminta dan kita hendak tengok bila Kerajaan Pusat setuju. Kalau kita minta 50 buah, mungkin dia setuju ataupun luluskan 30 buah. Selepas itu, kita agih-agihkan. Negeri Sabah dan negeri Sarawak sentiasa dalam rancangan PDRM atau Polis Diraja Malaysia supaya lebih banyak kenderaan-kenderaan yang sesuai diberikan di negeri Sabah dan Sarawak.
Dato' Chor Chee Heung
Oleh sebab Yang Berhormat Bintulu sudah minta, saya akan balik minggu depan dan saya akan beritahu berapa buah kenderaan peronda yang kita ada di Bintulu ataupun di Sarawak. Sekian, terima kasih.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Bukan Bintulu sahaja.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kuala Krai pun minta.
5. Tuan Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, sejauh manakah kerajaan dapat membendung masalah lanun SMS yang semakin berleluasa termasuklah SMS berantai yang sering dihantar terutama bagi pengguna-pengguna Celcom.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom atas pertanyaan yang dikemukakan. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa memantau perkhidmatan SMS sama ada yang dihantar oleh pengguna perseorangan atau yang digunakan oleh syarikat pembekal kandungan sebagai satu cara untuk menyebarkan mesej-mesej atau pesanan berbentuk pemasaran atau iklan.
Bagi penyebaran SMS lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik, sifat dengan niat yang menyakiti hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, ia boleh diambil tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 atau AKM 1998, di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua sumber SMS iaitu daripada syarikat komunikasi dan pembekal kandungan. SMS dari syarikat komunikasi Maxis, Digi dan Celcom adalah dihantar dengan kod ringkas bermula dengan angka ‘2’ atau two series, dengan izin.
Manakala SMS berkod, bermula dengan angka ‘3’ dan ‘6’ adalah dihantar dari pihak pembekal kandungan. SMS yang dihantar dari kod bermula dengan angka ‘3’ dan ‘6’ ini adalah tertakluk kepada garis panduan daripada syarikat telekomunikasi. Ia adalah percuma dan hanya boleh dihantar kepada pelanggan mereka sahaja. Bagi pelanggan yang tidak mahu menerima SMS ini mereka bolehlah menaip ‘KELUAR’ atau ‘OUT’ kepada penghantar SMS tersebut.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh terus menghubungi pemberi perkhidmatan mereka dan mengarahkan agar tidak ada lagi SMS promosi ini dihantar kepada mereka. Pengguna dinasihatkan agar membaca terma dan syarat dengan teliti sebelum melanggan perkhidmatan sebegini untuk memastikan mereka sedar harga atau bayaran yang akan dikenakan sekiranya melanggan perkhidmatan ini. Terima kasih.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebuah syarikat Acision, pemesejan terkemuka di dunia menyatakan bahawa pertama kalinya negara kita, negara Malaysia pesanan SMS telah mencecah lebih kurang 10.75 bilion iaitu 13 peratus berbanding pada tahun lepas. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2007 dan juga tahun lalu, nilai kerugian daripada penipuan sindikit SMS telah mencecah lebih kurang RM11.1 juta.
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya cuma ialah lanun SMS ini boleh kita anggap sebagai satu parasit baru yang boleh menjejaskan seseorang pengguna. Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya ialah kewujudan lanun SMS ini telah mengakibatkan kecurian kredit daripada line telefon seseorang secara tidak disedari. Jadi, soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mengetahui tentang soal itu dan apakah langkah proaktif daripada pengendali telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya di negara kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom. Yang Berhormat Tenom nampaknya faham betul berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi cellular.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Daripada angka-angka Yang Berhormat telah sebutkan berkenaan dengan penghantaran SMS dan kerugian yang telah dialami ini menunjukkan Yang Berhormat sentiasa membaca dan mengetahui apa yang berlaku di dalam perkhidmatan tersebut.
Berkenaan dengan lanun SMS, saya ingat daripada bacaan saya dan di mana yang saya boleh ketahui daripada apa Yang Berhormat sebutkan tadi, ini adalah dikatakan number masking sekiranya ia dihantar dengan nombor orang lain. Akan tetapi, sekiranya ia dihantar dengan nombor yang asalnya dapat dikenali, itu nombor yang biasa.
Sebagaimana yang telah saya katakan dalam jawapan asal saya, iaitu pelanggan boleh mengarahkan pembekal perkhidmatan supaya pelanggan ini tidak lagi dihantui oleh SMS tersebut.
Akan tetapi, ada juga kadang-kala kita kalau lama tidak menerima SMS pun ada macam rindu juga hendak menerima apakah yang akan datang. Itu saya ingat boleh menambahkan kebanyakan SMS yang dihantar dan diterima oleh pelanggan-pelanggan telekomunikasi selular. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenom dan juga soalan tambahan beliau tadi bukan sangat risau akan SMS spam ataupun SMS yang berlambak-lambak sehingga memenuhkan peti kita. Akan tetapi, yang lebih dirisaukan ialah lanun SMS. Di mana SMS ini apabila turut akan mengambil sebahagian daripada kredit dalam akaun-akaun kita. Saya pun tidak pasti sama ada perkara ini boleh berlaku ataupun tidak.
Akan tetapi, kalau ia merupakan satu perkara yang boleh dilakukan oleh mana- mana pihak untuk menyedut wang kita melalui pengambilan airtime ini, ini satu jenayah yang perlu disekat. Jadi, soalan saya, apakah andaian Yang Berhormat Tenom itu suatu perkara yang boleh berlaku dan kalau tengah berlaku apa tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Kalau pencurian airtime yang dikatakan Yang Berhormat Tenom, sama dengan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Airtime sebenarnya payah sangat hendak dicuri oleh seseorang pelanggan daripada pelanggan telefon asal. Jika terdapat dan ada bukti iaitu seorang pelanggan mendapati bahawa airtime beliau ada kemungkinan dicuri oleh pelanggan lain, beliau boleh menghubungi dan saya percaya SKMM akan mencari jalan bagaimana ia dapat dilakukan. Saya percaya setakat ini tidak ramai yang boleh menjadi lanun airtime ini oleh kerana ia sangat teknikal.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Sekiranya ada aduan, aduan ini boleh ditujukan kepada - saya boleh sebutkan laman web SKMM di sini iaitu aduan@skmm.gov.my. Ini boleh kita sama-sama cuba membendung sekiranya ada berlakunya kecurian airtime. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, sekiranya terdapat pemberi perkhidmatan atau pun syarikat telekomunikasi ada terlibat dalam perkara ini, mereka boleh didenda dan ada kemungkinan juga pergantungan perkhidmatan kod ringkas mereka boleh diambil oleh SKMM.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Cukup kuatkah mahu denda sama dia, cukup kuatkah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Cukup.
6. Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) pelaburan-pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) di luar negara selain daripada Arab Saudi; dan
(b) jumlah keseluruhan pelaburan tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, selain dari pelaburan di tanah air dan Arab Saudi, Tabung Haji juga ada membuat pelaburan di Benua Asia Pasifik. Antara negara-negara yang terlibat adalah Australia, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan, Filipina, China dan juga Korea Selatan.
Pelaburan-pelaburan ini melibatkan sektor-sektor seperti komunikasi dan teknologi, industri tenaga dan utiliti yang mana keseluruhan pelaburan ini adalah berjumlah RM193.3 juta. Sebanyak RM155 juta dilaburkan di syarikat-syarikat tersenarai negara tersebut dan baki RM38.3 juta adalah pelaburan di dalam bentuk dana.
Selain daripada itu, Tabung Haji melabur dalam aktiviti perladangan kelapa sawit di Indonesia semenjak tahun 1996 dengan jumlah pelaburan sehingga kini berjumlah RM1.31 bilion. Tabung Haji bermula dengan kawasan seluas 82,148 hektar di Riau, Indonesia dan 93 peratus daripada kawasan bertanam telah mula mengeluarkan hasil.
Seterusnya, Tabung Haji juga telah melibatkan dalam aktiviti hiliran kelapa sawit di Indonesia dengan memiliki kilang penapisan minyak sawit berkapasiti 1,500 dan baru-baru in telah menambah keluasan ladang sebanyak 30,000 hektar dengan pengambilalihan tanah baru di Kalimantan, Indonesia. Terima kasih.
Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan keadaan krisis global masa kini yang mana mengakibatkan penguncupan nilai pelaburan dalam semua aspek pelaburan, jadi, saya hendak tahu berapakah anggaran kerugian yang telah dihadapi dalam masa enam bulan supaya kita dapat mengatasi masalah ini dan langkah-langkah yang diambil untuk menanganinya supaya perbelanjaan dan kos menunaikan haji tidak akan tergugat dan tidak akan membebankan orang ramai apabila menunaikan haji. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Telok Kemang.
Sebenarnya, soalan Yang Berhormat ini meliputi dua seksyen. Pertamanya berkenaan dengan anggaran kerugian dan juga selepas itu tentang anggaran menunaikan kos haji.
Yang Berhormat, sebenarnya kesan daripada krisis global atau pun kegawatan ekonomi, mana-mana pelabur sendiri pun akan mengalami kesan tersebut dan tidak terkecuali bagi pihak Tabung Haji mengalami kesan daripada kegawatan ekonomi. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan ada kerugian tetapi kerugian yang kita alami tidak bersifat berterusan, itu yang pertamanya. Kita akan pastikan juga bahawa pelaburan- pelaburan yang kita ceburi ini sedikit sebanyak akan berisiko terkawal dan juga berdaya saing. Jikalau Yang Berhormat hendak dari segi spesifik sebanyak enam bulan, saya akan dapatkan jawapan itu secara bertulis.
Kedua Yang Berhormat, berkenaan dengan langkah untuk memastikan bahawa kos menunaikan haji ini tidak naik. Sebenarnya kos menunaikan haji ini memang naik tiap- tiap tahun Yang Berhormat. Sebab kos yang naik ini bukan sahaja kos yang kita letakkan, tetapi kos yang terpaksa kita tanggung terutamanya dari segi penginapan dan hotel-hotel yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi sendiri. Pun begitu, pihak Tabung Haji tidak menaikkan kos tersebut dan menanggung bagi pihak mereka yang hendak menunaikan haji ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, nampaknya sebahagian besar daripada pelaburan Tabung Haji adalah dalam sektor perladangan kelapa sawit yang memberi keuntungan yang cukup lumayan, terutama pada tahun lepas. Pada tahun 2008, kenaikan harga minyak kelapa sawit yang tertinggi sekali, RM4,486.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Akan tetapi, apa yang kita dapati Tabung Haji hanya mengumumkan dividen sebanyak 5 peratus sahaja, yang terendah sekali kalau kita bandingkan dengan tahun- tahun yang lalu. Soalan saya, adakah kerana keuntungan Tabung Haji ini merosot? Jika benar, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Tabung Haji bagi memastikan supaya dia dapat mengembalikan semula keyakinan pelabur-pelabur dan dapat memberikan pulangan dividen yang berpatutan? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kita memaklumkan bahawa dividen sebanyak 5 peratus itu sangat berpatutan. Kalau kita perhatikan pada tahun-tahun yang lalu, dia hanya sekadar daripada 3 peratus hingga empat peratus lebih sahaja. Pada tahun ini, dalam keadaan kegawatan pun, kita mampu untuk mengumumkan dividen itu sebanyak 5 peratus. Memang target kita Yang Berhormat, pada tiap-tiap tahun, target nya ialah sebanyak 1 peratus sahaja daripada kadar mudarabah. Jadi, saya kira itu adalah satu keuntungan yang munasabah, kecuali satu ketika dahulu sahaja pada tahun 2007 yang mana itu adalah satu keuntungan luar biasa yang diperoleh daripada pihak Tabung Haji.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu tidak berapa benar itu. Selain daripada dividen, kita juga diberikan bonus tetapi pada tahun ini hanya dividen sahaja 5 peratus, rendah daripada tahun lepas. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Saya kira itu munasabahlah Yang Berhormat sebab seperti yang saya sebutkan tadi memang ada kerugian yang terpaksa kita tanggung juga tetapi 5 peratus itu kalau Yang Berhormat tengok, saya kira satu yang munasabahlah Yang Berhormat...
Seorang Ahli
Mana ada munasabah macam itu.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
ASB lebih tinggi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Munasabah sudah itu.
7. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang menyediakan tapak dan membina struktur bangunan di setiap kawasan rumah panjang di Sarawak bagi menangani masalah sosial. Nyatakan jumlah rumah panjang yang menerima peruntukan itu dan jumlah peruntukan di bawah RMK-9.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tidak ada peruntukan khusus disediakan untuk kerja-kerja menyediakan tapak struktur bangunan rumah panjang.
Bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk kegiatan masyarakat, kementerian membina kemudahan-kemudahan seperti dewan serba guna, balai raya, bilik gerakan, padang atau pun gelanggang permainan dan taman permainan kanak-kanak yang bertujuan untuk aktiviti kemasyarakatan, aktiviti riadah dan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat desa untuk menangkis gejala negatif yang boleh membawa kepada berlakunya masalah sosial termasuk di rumah-rumah panjang.
Sebanyak 164 rumah panjang di Sarawak telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan ameniti sosial seperti di atas yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.9 juta dari tahun 2006 hingga tahun 2008. Terima kasih.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah pihak kerajaan bercadang menambah jumlah peruntukan di bawah RMK-10?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat dari Sarikei sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, persediaan untuk RMK-10 ini boleh dianggap bermula sekarang tetapi belum lagi dibincangkan secara detail dan sebagainya. Akan tetapi, biasanya, peruntukan dari satu rancangan ke satu rancangan bertambah tetapi belum lagi pasti sama ada ini bertambah dan berapakah pertambahan yang diadakan nanti. Sekian, terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan saya agak spesifik tentang bangunan dalam kawasan saya di Bachok.
Keluhan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri, bangunan operasi yang didatangi oleh rakyat untuk membuat urusan dengan jabatan ini tidak kondusif, kerana bangunannya kecil dan menempatkan hampir 30 kakitangan yang berhimpit-himpit dalam sebuah bangunan yang kecil. Selain daripada staf yang ramai dengan rakyat yang juga ramai datang berurusan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan sebuah bangunan baru bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam Parlimen Bachok? Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat dari Bachok.
Saya fikir tadi ada rumah panjang di kawasan Bachok ini, tetapi ini berkenaan dengan rumah kebajikan. Saya akan bawa pandangan Yang Berhormat kepada kementerian saya dan saya akan bagi tahu Yang Berhormat apa jawapannya nanti. Sekian, terima kasih.
8. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, usaha- usaha kementerian untuk memastikan bahawa houseman mendapat latihan yang mencukupi dan doktor-doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan melebihi 12 jam.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih di atas soalan daripada Yang Berhormat Serdang. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan houseman atau doktor latihan siswazah mendapat latihan yang mencukupi, mulai 2008 kita merubah di mana housemanship atau doktor latihan siswazah ini berkhidmat selama dua tahun yang meliputi enam main disciplines, dengan izin, masing- masing empat bulan iaitu perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, surgeri, ortopedik dan perubatan kecemasan. Pegawai perubatan siswazah ini akan dibimbing secara langsung oleh pakar dan kita pun sudah review balik mengenai pengisian buku log yang patut diisi bagi memastikan setiap doktor siswazah ini mendapat latihan secukupnya.
Mengenai saranan Yang Berhormat Serdang bahawa doktor hospital kerajaan tidak bekerja berterusan 12 jam, sebenarnya mereka bekerja macam biasa lapan jam, tetapi seperti biasa orang sakit dia tidak ikut waktu. Pada waktu-waktu tertentu, mereka terpaksa melakukan on call, iaitu 24 jam. Kalau on call 24 jam, esoknya mereka akan dinilai dan bergantung pada pakar jika masa 24 jam itu terlalu berat, ketua jabatan boleh melepaskan beliau selepas tengah hari. Jika tidak, mereka akan bekerja berterusan 24 jam sehingga pukul 4 petang esoknya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, mengenai soalan kedua ataupun bahagian kedua saya, kerana saya telah menerima banyak aduan yang mengatakan bahawa kebanyakan doktor latihan siswazah ini, mereka bekerja berterusan hari pertama hari ini, malam on call dan juga esok kerana kekurangan doktor-doktor ataupun doktor latihan dan saya rasa sampai hujung tahun lepas, bilangan hospital swasta telah meningkat ke 209 buah.
Tambahan pula, kementerian telah menerima 55 permohonan untuk membuka hospital swasta dan kita semua tahu gaji di hospital swasta adalah lebih lumayan. Gaji di hospital kerajaan adalah di antara RM4,000 sampai RM10,000 sebulan, tetapi di hospital swasta gaji adalah di antara RM10,000 sampai RM100,000 sebulan. Sebagai akibatnya, 7 peratus doktor pakar pilih untuk bekerja atau berkhidmat di hospital swasta, di mana mereka hanya berkhidmat untuk 30 peratus pesakit yang mampu untuk membayar harga perubatan yang lebih tinggi.
Jadi, saya risau bahawa sekiranya kementerian terus meluluskan permohonan untuk membuka... [Dewan riuh] Sabar sikit. Untuk membuka hospital swasta, jadi bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita mempunyai kakitangan ataupun doktor- doktor...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagi chance lah, budak- budak.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Yang mencukupi untuk bekerja di hospital kerajaan dan supaya doktor latihan ini ataupun doktor-doktor pakar kita tidak perlu bekerja berterusan lebih daripada 24 jam.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, soalan panjang, tetapi terkeluar daripada soalan asal. Houseman dia tanya, kemudian dia cakap pasal doktor pakar.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Dan doktor-doktor. Itu soalan bahagian kedua saya.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Peraturan 24(3), saya tidak perlu jawab dan saya akan jawab dalam penggulungan nanti. Pasal doktor bekerja berterusan ini, itu memang sebahagian daripada training dan cara bekerja 24 jam kalau on call, kemudian esok dia akan bekerja seperti biasa. Itu memang dah amalan dari azali... [Dewan riuh] Jadi, kalau mereka - sama ada di hospital swasta mahupun di hospital kerajaan, kalau mereka rasa teruk bekerja, saya rasa, dengan izinlah, they are in the wrong profession. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa isu tentang doktor on call tadi yang terpaksa bekerja lebih masa ini ialah faktornya kerana masalah kekurangan doktor. Saya bangkitkan perkara ini kerana kita lihat berdasarkan kepada satu kajian, masalah pesakit-pesakit luar ini untuk mendapatkan rawatan menunggu sampai tiga jam. Ini ialah kerana masalah kekurangan doktor. Ini yang dilaporkan baru-baru ini, sedangkan janji kerajaan ialah 30 minit waktu menunggu untuk pesakit luar dan bertambah masalah lagi ialah mereka yang OKU, orang tua, warga emas dan sebagainya.
Jadi, masalah kekurangan doktor ini, sebenarnya apakah langkah yang lebih konkrit untuk kita mengatasi masalah ini supaya tidak timbullah doktor apabila berlaku bencana dan sebagainya, maka kita terpaksa wajibkan doktor ini melakukan on call. Satu lagi ialah tentang security. Ini terkeluar sikit, minta maaf ya, sebab kita dapat SMS tentang kalau nak tengok gambar orang dibedah yang mengaibkan, yang ini saya rasa kenapa tidak dapat dikawal dan dihantar kepada telefon kita, kalau nak tengok gambar-gambar mungkin wanita sedang diperiksa dan sebagainya.
Saya rasa, ini adalah langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak hospital sebab ini sebenarnya, betul-betul privasi, yang perlu diatasi oleh pihak hospital.
Jangan mengaibkan pesakit termasuklah pembedahan dan pemeriksaan doktor, terutama kepada golongan wanita. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kekurangan doktor, kita adalah service provider sementara yang mengeluarkan doktor adalah universiti-universiti, bukan di bawah kontrol Kementerian Kesihatan. Ekoran daripada itu, kita berhadapan dengan isu kekurangan doktor. Itu realiti. Ekoran daripada itu, Kabinet sudah bersetuju supaya kita ambil pegawai-pegawai perubatan bukan pakar dan pegawai perubatan daripada luar negara. Sekarang perkara ini sedang diperincikan.
Kita nak ambil 1,000 pegawai perubatan. Dengan yang demikian, kita boleh mengurangkan beban menunggu kepada pesakit kita. Mengenai privasi, soalan terkeluar. Saya bincang dengan Yang Berhormat Batu Pahat di luarlah.
9. Tuan Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Kewangan menyatakan, bilakah Projek Hidroelektrik Bakun dijangka siap sepenuhnya dan apakah langkah-langkah keselamatan yang bakal diambil untuk memastikan national interest terjaga dan terjamin.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja civil dalam pembinaan Projek Hidroelektrik Bakun dijangka siap pada bulan Jun 2010 manakala kerja-kerja elektrik dan mekanikal pula dijangka siap keseluruhannya pada bulan Oktober 2011. Mengikut jadual pelaksanaan, pada Disember 2009 ujian kering ataupun dry test ke atas turbine ataupun generator akan dijalankan dan first commissioning dijadualkan pada Ogos 2010 di mana generator pertama yang menjana 300 megawatt elektrik akan mula berfungsi.
Selepas itu, peringkat demi peringkat, satu demi satu generator akan di commission sehingga semua lapan generator yang akan menjana sejumlah 2,400 megawatt elektrik, semua siap dilaksanakan. Dalam melaksanakan projek ini, langkah- langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan national interest terjaga dan terjamin adalah seperti berikut:
(i) Sarawak Hidro Sdn. Bhd. atau SHSB mengambil langkah- langkah proaktif dengan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan ke atas empangan dan struktur-struktur utama sejak mula penakungan empangan dibuat;
(ii) SHSB juga menjalankan penilaian keselamatan empangan atau safety review setiap 10 tahun dengan bantuan pakar perunding empangan;
(iii) pelan tindakan kecemasan yang komprehensif atau emergency respond plan diwujudkan oleh SHSB di semua peringkat pengurusan dan pengawalan bagi menangani sebarang keadaan luar jangka untuk menjamin keselamatan empangan dan penduduk-penduduk di hilir empangan; dan
(iv) unit media atau public relation unit diwujudkan bagi mengendalikan isu-isu yang mungkin dibangkitkan oleh pihak- pihak yang berkepentingan supaya tidak dimanipulasikan atau dieksploitasikan hingga menjejaskan nama baik negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Bakun Hidro merupakan projek penting negara dan berada di tengah-tengah hutan di Sarawak. Soalan, adakah kerajaan bercadang untuk menempatkan satu pasukan tentera darat untuk menjaga keselamatan di sana dan ke manakah ataupun negeri dan negara yang sedia membeli kuasa elektrik yang dijana daripada Projek Hidro Bakun ini. Sekian terima kasih.
Dato’ Kong Cho Ha
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, atas inisiatif sendiri, SHSB telah pun berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara bahawa Bakun mungkin jadi sasaran utama serangan pihak tertentu dan oleh sebab itu perbincangan untuk coverage penuh pembekal Telco dan hotline terus kepada polis dan tentera diadakan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Betulkah ini?
Dato’ Kong Cho Ha
Untuk makluman Dewan yang mulia ini Bakun bukan berada dalam zon bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya.
Pada masa sekarang, SHSB - berkenaan dengan persoalan yang kedua - pada masa sekarang, SHSB dan SEB juga dalam peringkat perbincangan dengan negara Brunei dan Kalimantan untuk jualan tenaga. Sekian.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya ialah berapakah jumlah perbelanjaan yang tersasar daripada yang telah mula dibajetkan dengan perbelanjaan yang akan ditanggung apabila projek ini siap dan berapa peratus variance nya atau perbezaannya? Terima kasih.
Dato’ Kong Cho Ha
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pada masa sekarang jumlah kos Projek Bakun ini dianggarkan sebanyak RM7.5 bilion dan sehingga ke hari ini sejumlah RM5 bilion telah dibelanjakan. Berkenaan dengan variance, saya minta maaf kerana tidak ada figure dan saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih.
10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, pendirian kerajaan dalam kempen memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan usaha-usaha yang telah dibuat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa ia adalah hak individu untuk membuat pilihan sama ada membeli atau tidak barangan keluaran Amerika Syarikat.
Bagi pihak kerajaan, pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia oleh kerajaan pada 16 Januari 2009 merupakan satu usaha yang tepat mengikut keadaan dan suasana ekonomi hari ini, dan merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang-barang dan perkhidmatan buatan Malaysia, yang secara langsung bakal merangsang ekonomi negara.
Pembelian produk keluaran tempatan merupakan satu sokongan kepada penjanaan kepada ekonomi negara dalam keadaan dunia dilanda krisis ekonomi. Sebagai sebuah kementerian yang menjaga perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, adalah menjadi satu tanggungjawab kementerian ini untuk sentiasa bertindak positif demi menjaga suasana dan iklim ekonomi dalam negeri.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya terkejut apabila kementerian memberi jawapan ini adalah pilihan individu sebab kita ingin melihat satu tindakan yang serius daripada pihak kerajaan dalam isu Amerika menggunakan segala kepentingannya untuk mengusai negara-negara umat Islam, contohnya.
Jadi, kita lihat dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza, sudah cukup membuktikan kepada kita. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, kenapakah tidak ada satu senarai yang jelas yang dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk menjelaskan kepada rakyat tentang barangan-barangan yang mempunyai kepentingan Amerika ataupun Israel, sebab kita lihat hasil daripada bantahan-bantahan, sama ada daripada parti politik dan NGO menjelaskan bagaimana rakyat cukup bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perkara ini.
Namun, tidak ada satu kenyataan jelas sehingga kita lihat satu kes berlaku bagaimana Starbucks menyatakan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa sumbangan kepada Israel, sedangkan satu pihak yang lain mendakwa bahawa ia mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Israel. Saya mengharapkan satu kenyataan yang tegas daripada Kerajaan Malaysia, minta penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jangan pakai telefon Nokia.
Dato' Shahrir Abdul Samad
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya terperanjat jugalah kerana Ahli Yang Berhormat ini. Terperanjat kerana cerita ini sudah begitu lama dahulu dan pernah dinyatakan kepada pihak media tentang pendirian kerajaan, tetapi kadang-kadang kita boleh terperanjat mengikut suasana atau pilihan kita sendiri.
Sebenarnya, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah untuk memberi pilihan kepada individu, kumpulan-kumpulan atau pihak-pihak yang berkenaan untuk membuat keputusan dan pilihan sama ada hendak memboikot atau tidak membeli barangan produk keluaran Amerika Syarikat.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Daripada apa yang saya lihat, memang sudah ada pun gerakan ini dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan dan individu yang tertentu dan berkenaan, sehinggakan di peringkat peniaga pun perkara ini dapat dilakukan tanpa begitu heboh, tetapi tentunya berkesan.
Umpamanya, saya bagi contoh di mana di peringkat peniaga di Kuala Terengganu umpamanya, sebuah syarikat pasar raya telah langsung tidak mahu menjual minuman Coca-Cola. Perbuatan dan pilihannya tidak langsung menjejaskan perniagaan kedai berkenaan.
Pada pandangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, tindakan yang lebih berkesan bukan bergantung kepada Kerajaan Pusat, mengeluarkan satu senarai, satu arahan, tetapi di atas kesedaran dan keinsafan pihak pembeli sendiri, lebih berkesan untuk menentukan supaya pilihan mereka itu menepati dan mengikut rasa hati dan selera mereka.
Ini boleh juga dilakukan di peringkat kerajaan negeri, majlis-majlis bandar raya ataupun majlis tempatan. Saya lihat bahawa kalau kita dalam keadaan dan suasana itu, keberkesanannya bukan bergantung kepada kerajaan atau kementerian untuk mengeluarkan senarai.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri di atas jawapan. Saya ingin tanya, memandang kepada keadaan ekonomi yang semakin merunsingkan, dengan kadar eksport yang dijangka menurun lebih 15 peratus dan lebih lagi pada Januari 2009, kalau kita terus memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat, apakah impaknya kepada negara kita jika Amerika Syarikat yang memboikot produk kita? Sekian, terima kasih.
Dato' Shahrir Abdul Samad - Johor Bahru
Tuan Yang di-Pertua, itu soalan yang sebenarnya hanya menjangka atau satu jangkaan kerana keadaan itu tidak berlaku di peringkat urusan perniagaan di antara dua negara. Sebab itulah dari segi pendirian kerajaan ialah bertujuan untuk menyerahkan pilihan itu kepada pengguna, pembeli, beberapa peringkat badan bukan kerajaan dan juga peringkat kerajaan mahupun di majlis daerah, majlis bandar raya ataupun peringkat kerajaan negeri masing-masing.
11. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah strategi atau bantuan kerajaan untuk menolong pekebun- pekebun kecil di negara ini berikutan penurunan teruk harga komoditi seperti getah, sawit dan lada.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian saya mengambil maklum mengenai kejatuhan harga komoditi seperti sawit, getah dan lada hitam di pasaran dunia.
Antara strategi dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu pekebun- pekebun kecil ini adalah seperti berikut. Pertama, untuk komoditi sawit, semenjak bulan Januari 2009, harga minyak sawit mentah telah mula stabil pada paras di antara RM1,800 hingga RM2,000 setan. Ini adalah berikutan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan harga minyak sawit. Strategi-strategi yang telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan harga sawit termasuk:
(i) skim tanaman semula;
(ii) pelaksanaan adunan biodiesel;
(iii) skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti;
(iv) pembiayaan eksport minyak sawit mentah melalui skim Palm Oil Credit Payment Arrangement; dan
(v) mempelbagaikan aplikasi penggunaan minyak sawit.
Di samping usaha-usaha tersebut, Malaysia dan Indonesia yang merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memperkukuhkan harga minyak sawit.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ini termasuk melaksanakan program penanaman semula, pelaksanaan bio bahan api secara mandatori, menggalakkan pelaburan dan dalam industri hiliran serta menangani halangan-halangan bukan takrif bagi eksport bio bahan berasaskan sawit di pasaran- pasaran utama seperti di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM48.5 juta untuk program peningkatan pendapatan pekebun kecil sawit. Bantuan-bantuan yang disediakan di bawah program ini adalah seperti berikut:
(i) bantuan anak benih sawit berkualiti dan baja untuk tempoh satu hingga dua tahun selepas penanaman sawit;
(ii) bantuan integrasi ternakan lembu dan kambing dengan sawit; dan
(iii) bantuan integrasi tanaman dengan sawit.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bantuan yang disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, beberapa langkah lain yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia iaitu MPOB untuk meningkatkan pekebun kecil bebas adalah seperti berikut:
(i) melaksanakan program kelompok baja terselia;
(ii) menubuhkan Kelab 30 Tan;
(iii) menyediakan kemudahan-kemudahan pusat latihan untuk pekebun kecil sawit seperti pusat latihan sumber manusia di Lahad Datu dan Pulau Pes di Keratong, Pahang;
(iv) menganjurkan kursus-kursus berkaitan penanaman dan penyelenggaraan sawit di samping menerbitkan bahan-bahan cetakan untuk rujukan; dan
(v) melaksanakan demo plot sebagai kebun contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Bagi komoditi getah Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum mengenai penurunan harga getah yang mendadak bermula pada bulan Oktober 2008.
Penurunan harga ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu disebabkan masalah kewangan di Amerika Syarikat dan kemerosotan urus niaga pasaran- pasaran saham di seluruh dunia yang merebak dengan cepat. Walau bagaimanapun, pergerakan harga SMR 20 bagi bulan Januari hingga Februari 2009 berada dalam lingkungan RM4.90 hingga RM5.00 sekilogram. Pada paras harga ini, ia masih dapat memberi pendapatan yang baik kepada pekebun-pekebun kecil.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan harga getah berada pada paras yang menguntungkan, baik kepada pekebun-pekebun kecil dan juga pengeluar-pengeluar produk getah, kementerian mengambil beberapa langkah:
(i) untuk membuat ketetapan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Panjang lagikah Yang Berhormat?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya ringkaskan...
(i) untuk ketetapan dengan negara-negara pengeluar getah dunia Indonesia dan Thailand;
(ii) kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan tanaman semula getah tua yang kurang produktif bagi memperlahankan pengeluaran getah.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Bagi komoditi lada Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu para pekebun lada yang terjejas akibat kemerosotan harga lada di pasaran tempatan pada masa sekarang, kementerian saya melalui Lembaga Lada Malaysia telah merangka beberapa strategi seperti berikut:
(i) menggalakkan para pekebun lada mengeluarkan lada tambah nilai di peringkat ladang seperti lada putih krim, lada berkualiti eksport yang berupaya menjana pendapatan premium berbanding harga lada gred biasa;
(ii) menyalurkan bantuan berupa input dan peralatan-peralatan kepada pekebun lada untuk membantu mereka menyelenggara kebun dengan baik selain mengeluarkan beban pembeli input pertanian yang ditanggung akibat kemerosotan harga lada di pasaran; dan
(iii) mempergiatkan aktiviti promosi pasaran dengan memfokuskan kepada pasaran atasan.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang panjang lebar, tetapi saya ingin membawa sedikit isu bantuan ini ataupun isu bantuan kerajaan kepada mereka yang terjejas kerana penurunan harga komoditi. Kepada apa telah kita ketahui, yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana kita diberitahu bahawa nelayan- nelayan di seluruh negara pada dasarnya diberi bantuan kewangan RM200 sebulan disebabkan kenaikan harga diesel selain daripada banyak lagi subsidi-subsidi yang diberi kepada mereka.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Jadi, soalan saya Timbalan Menteri, adakah kementerian ada perancangan untuk berbuat demikian bagi pekebun-pekebun kecil luar bandar yang dilanda oleh penurunan harga komoditi yang disebut tadi? Saya lihat kalau di Sarawak, kebelakangan ini pekebun kecil ini sangat tertekan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi apabila musim tengkujuh dan banjir yang lalu yang amat serius, di mana tanaman padi, ternakan dan lain-lain rosak teruk dan ada yang musnah sama sekali. Minta penjelasan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, bagi komoditi-komoditi di bawah kementerian saya, memang beberapa langkah telah diambil untuk membantu para pekebun, khususnya bagi pekebun kecil getah, saya ambil di mana sehingga 25 Februari 2009 seramai 1,234 orang pekebun kecil telah menerima bantuan anak benih berkualiti untuk pekebun-pekebun kecil, yang melibatkan keluasan kira-kira 3,134 hektar.
Kalau kita lihat di Sabah sahaja, di mana melibatkan 1,617 hektar, di Sarawak ialah 1,404 hektar dan di Semenanjung adalah 120 hektar. Kalau kita lihat, begitu banyak anak benih berkualiti yang telah diserahkan.
Bagi Kinabatangan sahaja, saya boleh ambil angka lebih kurang 200 hektar diberi bantuan anak benih. Begitu juga di Bintulu iaitu 80 hektar. Jadi, kita akan lihat kawasan- kawasan lain juga. Di samping itu, bagi lada juga kita ada beri bantuan iaitu kira-kira RM6 ribu per hektar bagi bantuan baik pulih kebun lada.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya, terima kasih sebab soalan dia berkaitan dengan nelayan dan sebagainya, bukan di bawah...
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Kita mahu kewangan punya - bantuan kewangan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas”. [3 Mac 2009]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya telah kemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang Tuan Yang di-Pertua telah menolak dalam kamar, berdasarkan Dewan telah pun menubuhkan jawatankuasa berkaitan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa usul yang dikemukakan berdasarkan peraturan dan undang-undang yang jelas, ada di bawah peraturan keistimewaan dan kuasa seksyen 9 Akta Majlis Parlimen 1952 dengan izin dengan memperuntukkan seksyen 9, Power of the House to punish for contempt of the House:
“The House may, for or in respect of any of the offences hereinafter mentioned, whether committed by a member of any other person summarily punish for contempt by fine not exceeding one thousand ringgit as provided by the standing orders or by this Act; and if any such fine so imposed be not immediately paid the offender shall be committed...” dan sebagainya.
Kesalahan yang dimaksudkan ini merujuk kepada peruntukan subseksyen (e) seksyen 9 akta tersebut. Iaitu “assaulting, obstructing, or insulting any member coming to or going from the House or on account of his conduct in the House or endeavoring to compel any member by force, insult or menace to declare himself in favour of or against any proposition or matter pending or expected to be brought before the House”.
Selalunya dalam kes jawatankuasa yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua, ini kes-kes yang berkaitan. Akan tetapi kes ini kes yang nyata dan terang dengan bukti yang jelas menghina Parlimen. Sepertimana yang berlaku dalam kes mahkamah, hakim tidak akan memanggil satu sidang khas ataupun panggil saksi kerana kalau kesalahan itu di dalam kamar hakim atau di kawasan perkarangan mahkamah keputusan dibuat dengan serta-merta. Itulah sebabnya mengapa saya pohon Tuan Yang di-Pertua mengambil kira perkara tersebut walaupun telah diputuskan sebaliknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah dinyatakan dalam surat penolakan bahawa usul itu telah pun ditolak di dalam kamar. Berdasarkan kepada perkara yang dibangkitkan itu, ia telah pun diambil tindakan oleh Majlis. Provision yang disebutkan itu adalah provision yang Majlis itu maklum tentang offence yang dilakukan oleh pihak yang terlibat. Akan tetapi, Majlis telah memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa di bawah Peraturan 80A untuk menimbang dan menyiasat terhadap Perkara 9(e) yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dalam usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jadi, saya akan kekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis dan kita maklum bahawa satu tindakan akan diambil, dan seperti yang telah dihebahkan semalam bahawa mesyuarat pertama jawatankuasa akan dibuat pada hari Selasa depan ini. Kita yakin bahawa hari Rabu depan - maaf, kita yakin bahawa jawatankuasa ini akan menjalankan tugas seperti yang termaktub di dalam perkara 9(e), mengikut Houses of Parliament
(Privileges and Powers) 1952 seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Itulah keputusan saya dan keputusan Majlis pada minggu lalu saya kekalkan...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Adakah perkara yang sama, Yang Berhormat?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Perkara yang sama tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Keputusan itu adalah sama, Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, penjelasan. Saya sudah dengar keputusan tadi, tetapi penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Adakah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung Peraturan Mesyuarat 80A kerana pada fikiran polis, khasnya Ketua Polis Negara, iaitu jika satu kesalahan dilakukan dalam precinct Parlimen, tetapi bukan dalam antechamber Parlimen, itu bermakna polis tidak ada hak untuk mengambil apa-apa tindakan. Jika seseorang dibunuh di luar dari chamber ini, polis tidak boleh ambil apa-apa tindakan. Adakah itu satu keputusan oleh Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara? Satu keputusan yang boleh mempertahankan Dewan yang mulia ini. Bolehkah saya dapat penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa ini isu yang berbeza, Yang Berhormat. Isu yang berbeza dan saya tidak dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara itu. Saya cuma menjelaskan tentang satu usul yang telah ditolak. Iaitu usul daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, yang telah ditolak dalam kamar, berhubung dengan rundingan satu isu yang telah dinyatakan. Saya minta maaf, Yang Berhormat. Ya, setiausaha teruskan. Saya jemput Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menyambung perbahasan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Peraturan apa?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Peraturan Mesyuarat atas 26(1)(p) berkenaan hak dan kebebasan semasa kejadian itu berlaku. Saya menganggap ada satu diskriminasi yang dilaksanakan oleh kementerian terhadap Ahli-Ahli Parlimen dari pembangkang. Saya ingin membangkitkan satu perkara yang membuktikan diskriminasi itu.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Pada hari Isnin, saya telah menerima satu surat jemputan daripada Menteri Sumber Manusia Malaysia. Dia menjemput kita untuk menghadiri satu sesi taklimat mengenai inisiatif bagi menangani isu pemberhentian pekerja. Majlis itu akan diadakan di The Legend Hotel pada 10 Mac 2009.
Sebagai seorang Ahli Parlimen yang prihatin dan bertanggungjawab, saya dan Yang Berhormat Batu Gajah telah menjawab bahawa kita akan hadir majlis taklimat itu.
Akan tetapi, pagi ini kita diberitahu oleh Bentara bahawa majlis taklimat ini akan diadakan untuk Barisan Nasional sahaja... [Disorak] Kita sebagai Ahli Parlimen Pembangkang tidak akan dijemput. Kita tidak boleh hadir taklimat itu dan surat kami diminta ambil balik.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mewakili lebih kurang 30 peratus lebih daripada Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini. Takkan Menteri yang berkenaan akan mengecualikan kita daripada menghadiri taklimat ini, daripada menjalankan tugas kita ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya belum habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan, Yang Berhormat.
Cukup, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tiap-tiap pagi sebelum Dewan ini dimulakan kita ada bacaan doa. Dalam perenggan ketiga itu, “Ya Tuhan, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian”... [Tepuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak malukah?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Kenapa Menteri...
Seorang Ahli
Menteri penakutlah!
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Menteri Sumber Manusia Malaysia...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ini taklimat untuk backbenchers sahaja. Apa masalahnya?... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Menghalang kita daripada menjalankan tugas kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Dan ini adalah satu diskriminasi terhadap Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ini bukan diskriminasilah. Ini sudah biasa buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukankah Menteri mahu kerjasama daripada semua pihak.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Siapa hendak diskriminasi. Ini bukan diskriminasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan berucap, Yang Berhormat. Cukuplah. Terima kasih.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya minta Tuan Yang di-Pertua beri amaran kepada Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Kita tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan berucap Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Membenarkan pelaksanaan diskriminasi begitu dilakukan dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kuching, sila duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk, Yang Berhormat. Saya ingin...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya juga diminta untuk serah balik kad jemputan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, itu perkara yang sama.
Cukuplah, Yang Berhormat. Perkara yang sama.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bukankah masa kegawatan kita semua patut bekerjasama. Ini isu pemberhentian pekerja 58,000 dijangka akan diberhentikan tahun ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada penjelasan dalam perkara ini, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, Kuching ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Saya ingin menjawab kepada peraturan mesyuarat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kuching dia tidak faham, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah, Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, cukup Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Yang Berhormat tadi berniat jahat untuk tidak memanggil kawasan yang betul.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kuching.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tengok.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya ingin - peraturan mesyuarat yang dibawa oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat. Cukup.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, suruhlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, suruhlah tarik balik apa yang dia gunakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat mengatakan ketika Speaker – Yang di-Pertua bercakap, Yang Berhormat kena diam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tarik balik, tarik balik apa yang dia guna.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini Yang Berhormat Bukit Mertajam lagi teruklah, Tuan Speaker.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya minta supaya Tuan Speaker...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Dalam Dewan tidak ada seteruk Yang Berhormat Pasir Salak ini. Pasir Salak paling teruk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Saya ingin respons kepada itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sebelum Tuan Yang di-Pertua beri keputusan dan penjelasan, jemputan ini jemputan sah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, saya tahu, Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Datuk Dr. S. Subramaniam PJN, KMN, PJK... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik. Sudah hantar dan niatnya mungkin baik hendak panggil semua. Kemudian, mungkin ada arahan daripada ketua Whip, batal. Kalaupun tarik balik, paling kurang standard decency pohon maaf, cukuplah. Pohon maaf kerana tersilap hantar. Apalah takut sangat hendak bincang... [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia tersilaplah itu, Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi, sekurang-kurangnya minimum. Saya minta Speaker jangan longgar perkara ini. You menghina. Panggil orang, orang jawab. Esok sudah kata tidak jadi, surat silap. Menteri apa ini? Jadi, saya minta sekurang-kurang nasihat Menteri Sumber Manusia, hendak jaga manusia macam mana...
[Ketawa] [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sekurang-kurang minta dia supaya minta maaf atas kesilapan yang dia lakukan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pakatan pun banyak buat silap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil maklum tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh.
Akan tetapi, saya melihat bahawa perkara ini harus diselesaikan dan dijawab oleh kementerian. Usul di bawah perkara 26(1)(p) ini tidak berkaitan dengan isu ini, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukan, bukan. Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ini kerana saya lihat 26(1)(p) tidak terpakai dalam kes ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukan, bukan. Tuan Yang di- Pertua, ini adalah penghinaan ke atas Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tahu Yang Berhormat boleh merujuk kembali kepada...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Penghinaan ke atas Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh merujuk kepada kementerian dan perkara 26(1)(p)...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sekarang Menteri ada di sini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang disebut itu tidak berkenaan, Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Sudah lari dah!
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ini mana ada peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita ada peraturan dalam mesyuarat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Kita sebagai Ahli Parlimen, kita ada hak untuk pergi taklimat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, Yang Berhormat.
You have said. Yang Berhormat telah nyatakan apa yang Yang Berhormat ingin nyatakan dalam Dewan ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu diskriminasi yang dilaksanakan oleh kementerian.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cukuplah.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tidak cukup.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Bandar Kuching, janganlah besar-besarkan perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ketua Pembangkang pun sudah duduk, Yang Berhormat. Cukuplah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Janganlah besar-besarkan, Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ketua Pembangkang pun sudah duduk, Yang Berhormat. Cukuplah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa yang hendak dibesar- besarkan lagi, banyak hal lain lagi
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukan, ini bukan besar-besarkan.
Ini menunjukkan satu sikap yang tidak sihat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak sihat pergilah hospital...
[Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jangan membiarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ada tempat untuk menyatakan perkara ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Diskriminasi macam ini dibiarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dan bukan pada ketika ini.
Cukup.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Semalam dia kunci Dewan, hari ini dia mahu kunci kebebasan Ahli Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Inilah diskriminasi paling teruk, double standard Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Duduk, Yang Berhormat. Duduk. Yang Berhormat Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Jemputan diserahkan dalam Dewan yang mulia ini, bukan diserahkan di luar.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sudah minta maaf, salah hantar.
Tarik balik. Kita minta maaflah. Salah hantar.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Bagaimana boleh sewenang-wenangnya sedemikian, kami dipanggil, kami selesaikan dengan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia di luar, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Batu Pahat salah hantar, yang lain tidak.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Di mana penghormatan diberi dalam Dewan yang mulia ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat. Saya telah buat keputusan kerana perkara ini dibuat di bawah peraturan 26(1)(p) yang saya katakan tidak berkenaan mengikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Jadi, isu ini adalah isu yang harus dijawab oleh kementerian berkenaan dan diangkat oleh Yang Berhormat masing-masing kepada kementerian untuk menjawab. Soal 26(1)(p) tidak berkenaan. Itu sahaja. Cukup, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukan tidak ada, ada. Untuk menjalankan tugas kita sebagai Ahli Parlimen dan bagaimana kita hendak menjalankan tugas kita. Menteri-menteri sentiasa panggil kita bekerjasama dengan kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat duduklah. Cukuplah.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Akan tetapi ada taklimat tidak diberi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jalankan tugas boleh bermesyuarat bawah pokok, tidak ada hal!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat Menteri, silakan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sudah lupakah, Tun Ali, Bendahara pertama Melaka... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Buat mesyuarat bawah pokoklah.
Sejarah pun tidak tahu. Mari Parlimen buat apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya minta Menteri berada dalam Dewan menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia akan datang petang ini ataupun esok, Yang Berhormat.
Cukup, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan. Kalau Tuan Yang di-Pertua memutuskan bahawa 26(1)(p) itu tidak berkenaan, boleh atau tidak Tuan Yang di-Pertua pandu kami peraturan mana yang berkenaan.
Yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Katakan bahawa...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Nanti. Belum, Tuan Yang di-Pertua sebab ini jelas menghina Ahli-ahli Parlimen ini. Jemputan telah pun dibuat, diserahkan dalam Dewan dan Ketua Pembangkang tadi meminta supaya Tuan Yang di-Pertua tegas dalam perkara ini memutuskan.
Akan tetapi, dalam keputusan Tuan Yang di-Pertua bahawa 26(1)(p) tidak berkenaan. Boleh atau tidak Tuan Yang di-Pertua pandu kami mana yang berkenaan supaya kami boleh menggunakan peraturan itu untuk memastikan kementerian lebih bertanggungjawab dalam perkara ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh bertanya kepada Menteri berkenaan ketika kementerian ini menggulung nanti. Untuk merujuk Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terhadap perkara yang berlaku, adalah terlalu kecil, Yang Berhormat. Saya tidak bersetuju bahawa...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya ingat Speaker cadang tadi bawa Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terlalu kecil untuk sampai kepada tahap yang demikian.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Patut Tuan Speaker bagi nasihatlah. Tadi kurang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Sudah banyak yang berucap tentang perkara ini...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya yakin bahawa kementerian mendengar apa yang berlaku. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini menteri semua pun selalu tidak hadir. Lain kali yang hadir macam Yang Berhormat Bintulu itu jadikan menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Kalau dia tidak hadir, buat apa hendak bising.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Ingat mesyuarat bawah pokok kah, Padang Serai?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Batu Pahat selalu hadir. Yang Berhormat Batu Pahat pun boleh dilantik jadi menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai. Cukuplah, cukuplah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk] [Tepuk]
Seorang Ahli
Tidak belajar sejarah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Seorang Ahli
Buta sejarah itu, buta sejarah.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Padang Serai, bertaubatlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah selesai, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Kementerian Sumber Asli itu...
Seorang Ahli
Kementerian Sumber Manusialah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
BBC pun minta batalkan itu. Tidaklah jadi, batal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita tidak jadi juga...
Seorang Ahli
Kementerian Sumber Manusialah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kementerian Sumber Manusialah. Kita batalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, cukuplah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, ya sila.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan jawapan penggulungan sesi perbahasan ini, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak tahu dari segi jemputan ini dan sekiranya jemputan ini hanya ditujukan kepada Ahli-ahli Backbenchers Barisan Nasional dan sekiranya berlaku kesilapan, saya rasa tidak jadi keterlaluan sekiranya saya minta maaf bagi pihak kerajaan berhubung perkara ini... [Tepuk] Sekiranya berlaku kesilapan, tetapi sekiranya adalah pembatalan, maka saya juga minta maaf atas pembatalan itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Muar, Batu Pahat, Kuala Selangor, Kuala Krai, Simpang Renggam, Padang Serai, Serian, Lanang, Gopeng, Shah Alam, Seputeh dan Selayang yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sepanjang sesi Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja 2009.
Pelbagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung daripada 17 hingga 26 Februari 2009 yang lalu, dan pihak kementerian akan memberi perhatian dan tindakan susulan kepada isu-isu yang ditimbulkan atau dibangkitkan. Saya mengambil kesempatan ini, terlebih dahulu memberi penjelasan berhubung perkara-perkara yang telah dibangkitkan mengikut sektor tenaga, air dan disusuli sektor komunikasi.
Secara keseluruhannya, antara isu-isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh saya rumuskan adalah merangkumi isu kegagalan Tenaga Nasional Berhad membekalkan elektrik bagi projek PPRT, penurunan tarif elektrik yang tidak memadai, isu berkaitan reserve margin negara, isu Independent Power Producers atau IPP, dengan izin, isu berkaitan projek pembinaan loji jana kuasa arang batu di Sandakan, Sabah, isu berkaitan penstrukturan air serta pembangunan infrastruktur air dan elektrik di luar bandar. Manakala isu-isu melibatkan telekomunikasi pula adalah mengenai isu kawalan penggunaan Internet dan penulisan blog.
Pertamanya, ingin saya menyentuh tentang isu bekalan elektrik. Kegagalan Tenaga Nasional Berhad membekalkan elektrik bagi Projek PPRT.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan isu mengenai kegagalan Tenaga Nasional Berhad menyebabkan projek PPRT yang sudah siap pembinaan tidak dapat dihuni.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu berhubung projek PPRT timbul bukanlah disebabkan oleh kekurangan meter sepertimana yang didakwa, sebaliknya ianya berpunca daripada kegagalan pengguna tersebut membayar caj sambungan dan bayaran deposit seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, dalam Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen (Pindaan) 2002, di mana pengguna dikehendaki membayar deposit bersamaan anggaran bil untuk tempoh dua bulan penggunaan elektrik.
Sekiranya isu pembayaran caj sambungan pengguna dan deposit tersebut dapat diselesaikan serta tiada sebarang permasalahan lain di tapak projek, pihak TNB menjangkakan segala urusan berkaitan pembekalan elektrik tersebut dapat diselesaikan sebelum pertengahan Mac 2009.
Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan pagi tadi bahawa selepas bulan Disember 2008, semua kos penyambungan dan deposit akan dibayar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Saya dimaklumkan. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon sedikit penjelasan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Silakan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Speaker, itu yang saya kata.
Yang saya baru rasmikan ini ialah selepas bulan Disember. Maksudnya yang itu saya pasti iaitu bahawa masalah yang timbul ialah dia kata memang tidak cukup meter. Bekalan meter tidak cukup. Jadi, ini membawa kesan kepada rumah PPRT di Rengit itu termasuklah beberapa Rumah Mesra Rakyat.
Jadi, sebab itu saya kata bahawa apa yang saya nampak ialah mereka tarik sambungan daripada rumah jiran untuk mendapatkan bekalan elektrik, dan yang merunsingkan saya ialah katanya tiga, empat bulan baru selesai. Jadi, saya rasa ini perlu disiasat dan saya boleh mengemukakan beberapa tempat untuk didatangi oleh TNB, betul atau tidak betul masalah ini.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.
Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat yang prihatin berhubung dengan bekalan elektrik kepada masyarakat yang kurang berada ini.
Saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa saya akan minta Tenaga Nasional Berhad membuat laporan bertulis kepada kementerian ini dalam kadar seminggu, berhubung dengan status milik ataupun stok meter yang ada di tangan mereka pada masa ini, supaya ianya tidak akan menjejaskan sambungan di kawasan-kawasan rumah PPRT, sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Isu mengenai penurunan tarif elektrik dan reserve margin bekalan elektrik negara yang masih kekal serta isu perjanjian IPP...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Penjelasan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Yang Berhormat Kuala Selangor, Simpang Renggam dan Selayang membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan penurunan tarif elektrik, reserve margin, dengan izin, serta perjanjian IPP.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung tarif elektrik pengguna TNB baru-baru ini, kerajaan telah mengkaji penurunan harga gas dan telah membuat keputusan untuk menurunkan tarif tersebut. Keputusan ini telah pun diumumkan dan tarif elektrik pengguna TNB akan diturunkan berkuat kuasa 1 Mac 2009 pada kadar purata sebanyak 3.7 peratus. Penurunan ini mengambil kira pengurangan harga gas sebanyak 25 peratus, iaitu daripada RM14.31 per unit mmbtu. kepada RM10.70 per unit mmbtu, berbanding peningkatan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, harga arang batu yang mewakili 40 peratus daripada kos keseluruhan bahan api terus meningkat dari USD75 per tan kepada USD85 per tan, meskipun penggunaan untuk tujuan penjanaan elektrik di Semenanjung hanyalah sebanyak 28 peratus berbanding gas sebanyak 64 peratus.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Ini menyebabkan kos penjanaan elektrik terus meningkat dengan kadar yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan kerajaan tidak dapat menurunkan kadar purata tarif elektrik pada paras yang lebih rendah.
Merujuk kepada pandangan Yang Berhormat Segambut mengenai tarif elektrik untuk industri perlu diturunkan lebih rendah lagi semasa kerajaan mengumumkan penurunan tarif tersebut, sektor industri juga telah mendapat penurunan tarif elektrik sebanyak 5 peratus berbanding dengan sektor domestik, 2.54 peratus dan sektor komersial 2.7 peratus. Justeru itu, sebarang semakan semula tarif elektrik kepada sektor-sektor ini akan hanya dibuat pada 1 Julai 2009 dengan mengambil kira keadaan ekonomi pada ketika itu.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Kuala Selangor mengenai reserve margin bekalan elektrik negara sebanyak 40 peratus semasa ekonomi kukuh dan masih dikekalkan semasa ekonomi merosot patut dinilai. Izinkan saya memaklumkan bahawa lebihan tenaga elektrik atau reserve margin, dengan izin, adalah bergantung kepada keupayaan kapasiti penjanaan dan permintaan elektrik pada sesuatu masa. Perancangan penjanaan elektrik dibuat bagi menyediakan kapasiti penjanaan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan puncak elektrik dengan lebihan kapasiti sekitar 25 peratus bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku kepada sistem seperti kerosakan kepada loji penjanaan, henti tugas, talian penghantaran dan sebagainya.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Untuk tujuan ini perancangan penjanaan ini dibuat berdasarkan ramalan pertambahan beban untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun kerana pembinaan loji- loji pembinaan baru memerlukan dengan izin, lead time yang panjang...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Biar saya habis, kemudian tanya soalan.
Walau bagaimanapun, memandangkan ramalan permintaan bekalan elektrik adalah berkait rapat dengan ramalan pertumbuhan ekonomi, setiap perubahan dalam situasi ekonomi semasa akan memberi kesan kepada permintaan bekalan elektrik sebenar. Justeru, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kebelakangan ini, pertumbuhan permintaan elektrik adalah jauh lebih rendah daripada apa yang telah diunjurkan sebelum ini. Keadaan ini sudah tentu mewujudkan reserve margin yang tinggi seperti yang dialami pada masa ini.
Bagi menangani keadaan ini, pihak TNB sedang mengkaji untuk persaraan loji-loji penjanaan TNB yang telah berusia dengan menjadikannya sebagai dengan izin, mothball yang akan digunakan hanya apabila keadaan memerlukan. Ini adalah kerana pihak TNB tidak boleh menghentikan sewenang-wenangnya operasi penjana-penjana bebas memandangkan terdapat perjanjian yang perlu dipatuhi, di mana pampasan penuh perlu diberikan jika berbuat demikian.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cukup memahami rasional kementerian membuat penegasan dan perancangan-perancangan tersebut, tetapi paling mutakhir kita dengar TNB diminta bersama dengan Sarawak Energy Berhad mengambil alih ataupun memajak (lease) tenaga yang dijana di Bakun Hydroelectric Dam.
Ini sekali lagi akan memberatkan satu lagi beban kepada TNB yang sudah pun menanggung sebanyak RM994 juta kerugian tahun lalu dengan menanggung RM1.4 bilion kerugian dalam forex. Apakah perkara ini akan diteruskan juga sementara kita sedang menyaksikan Tuan Yang di-Pertua, 50 peratus reserve capacity dalam suasana unjuran krisis dua tahun akan datang, tentunya akan berkurangan terus permintaan.
Jadi ini satu yang tidak sustainable, tambahan pula dengan transmisi kabel dasar laut yang satu aspek, satu perbahasan yang lain yang boleh kita lanjutkan.
Keseluruhannya, kita mempertikaikan kebijaksanaan atau lebih tepat lagi kekurangan kebijaksanaan dalam mengurus tadbir seperti ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi Yang Berhormat Shah Alam sekali? Ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan tadi, maksudnya yang 40 peratus reserve capacity itu adalah hasil daripada keadaan di mana demand itu sudah kurang, oleh sebab unjuran pembangunan tidak seperti mana yang sepatutnya. Maka yang kita dapat 40 peratus itu oleh kerana ada kekurangan demand.
Bererti kalau mengikut perancangan yang asal nombor satu, apakah reserve capacity yang di target kan. Ini yang pertama.
Yang kedua, yang dicadangkan ialah mothball stesen jana kuasa TNB. Oleh sebab perjanjian kita dengan IPP terlalu mengikat sehingga walaupun mereka menjana dengan kadar yang lebih mahal dan kita terpaksa memberi subsidi atas gas yang mereka gunakan, maka kita terpaksa tutup jana kuasa kita yang boleh menjana dengan kadar yang lebih murah, macam mana? Saya tidak faham. Maknanya, kita sudah ada access capacity.
Lepas itu, kita sudah masuk perjanjian dengan IPP yang menjana dengan kadar yang tinggi, yang kita kena subsidi gasnya.
Akan tetapi, kita tak boleh lepaskan diri kita daripada keadaan ini kerana kita mengikat diri kita dahulu dengan satu perjanjian yang tidak sepatutnya dan tidak bijak dalam keadaan yang sebegini. Tidakkah pihak kementerian dan Kerajaan Barisan Nasional memikirkan satu cara hendak lepaskan diri kita daripada perjanjian yang seperti ini?
Kalau sekiranya ekonomi dunia terus merudum dan ekonomi negara pun begitu, dan industri pun banyak kilang ditutup dan sebagainya, adakah kita dalam keadaan seperti itu akan terus memberi syarikat-syarikat IPP ini satu kedudukan yang luar biasa sehingga kita terpaksa membenarkan mereka membangun sedangkan ekonomi negara sendiri pun jatuh. Tidakkah ada satu escape clause yang boleh difikirkan? Kenapa kita tidak cuba satu kaedah seperti mana yang diusahakan oleh negeri Selangor berhubung dengan SYABAS, yang mana ada perjanjian yang tidak adil, lalu kita cuba beli dan kita selesaikan masalah itu. Sehingga bila kita hendak tanggung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab dan kalau saya ada yang tidak puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, maka saya minta Yang Berhormat Menteri beri saya laluan sekali lagi untuk bertanya.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih. Berhubung dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, ingin saya jelaskan bahawa kementerian ini bersama-sama dengan EPU dan juga Kementerian Kewangan, kita mengkaji dengan teliti berhubung dengan bekalan ataupun cadangan untuk menyalurkan tenaga elektrik daripada Bakun ke Semenanjung.
Kita juga menilai berapakah lending cost tenaga elektrik itu apabila sampai ke Semenanjung. Apabila senario ekonomi yang berada seperti sekarang ini, kita mengkaji sama ada berapa kapasiti yang perlu kita bawa ke Semenanjung ataupun adalah lebih baik kalau kita pindahkan power supply ini ke Sarawak dan juga Sabah. Ini perkara-perkara yang sedang dikaji oleh Tenaga Nasional Berhad dengan EPU sebelum satu keputusan yang muktamad berhubung berapa kapasiti yang hendak kita bawa dalam perkara ini.
Berhubung dengan reserve margin yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Shah Alam, suka saya jelaskan bahawa reserve margin yang ada sebenarnya ia bukanlah lahir dalam masa sehari atau dua, tetapi adalah perancangan yang dibuat. Sepertimana yang kita tahu, untuk membuat satu jana kuasa mengambil masa lima enam tahun, tetapi unjuran yang kita ambil pada ketika itu pertumbuhan yang pesat.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Untuk pengetahuan, enam bulan terakhir pada tahun ini dan tahun lepas tidak ada pertumbuhan dalam electricity. Maka reserve margin kita agak tinggi dan kebanyakan daripada IPP Yang Berhormat sebutkan itu adalah IPP first generation yang akan tamat lima tahun, tetapi hari ini, IPP yang ada pada hari ini telah ada demand risk-sharing.
Maknanya, kalau Tenaga Nasional Berhad tidak mengambil ataupun tidak dispatch electricity daripada syarikat jana kuasa itu, Tenaga Nasional Berhad tidak perlu membayar 100 peratus kapasiti caj sebagaimana yang tertera dalam first generation IPP sebagaimana untuk pengetahuan sidang Yang Berhormat. Terima kasih. Okey, saya teruskan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sedikit penjelasan. Sedikit sahaja.
Tentang reserve margin yang berlebihan itu, saya difahamkan ada cadangan hendak dijual ke Sumatera. Jadi saya mohon penjelasan.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Pahat. Berhubung perkara ini, pada tahun lepas pada bulan Disember, saya telah ke Jakarta. Saya berjumpa dengan Menteri Tenaga Jakarta yang mana katanya, permintaan bekalan elektrik di Sumatera adalah tinggi dan mereka juga kekurangan bekalan elektrik.
Jadi, mereka cadangkan supaya kalau boleh reserve margin kita, kita hantar ke Sumatera, Indonesia dan pada masa yang sama mereka juga mencadangkan supaya kita boleh membina jana kuasa kita, coal plant kita di Sumatera kerana di Sumatera itu lebih banyak coal dan tidak perlu kita import arang batu ini. Sebaliknya, kita jana electricity di Sumatera, kita hanya salurkan electricity ini ke Semenanjung apabila ada keperluan pada masa yang akan datang. Berhubung dengan perkara itu, maka kementerian ini telah menubuhkan jawatankuasa bersama dengan kementerian di Indonesia untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Keperluan asas bekalan elektrik di Serian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Serian telah membangkitkan isu mengenai tahap bekalan elektrik...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Duduk dahulu. Di bawah kawasan Serian Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa projek pembekalan elektrik di kawasan Serian telah dikenal pasti dan dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) 2009/2010. Sehubungan itu, dijangka lebih ramai penduduk di kawasan Parlimen Serian akan turut sama menikmati kemudahan yang akan disediakan.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Isu tindakan tatatertib terhadap lima orang kakitangan Tenaga Nasional Berhad
(TNB). Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai telah memaklumkan bahawa terdapat lima orang kakitangan TNB yang akan dikenakan tindakan tatatertib oleh majikan mereka kerana lewat untuk berpindah keluar daripada rumah kuarters dan memohon kepada TNB agar anggota-anggota berkenaan tidak dikenakan tindakan tatatertib.
Bagi maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, TNB hanya menyediakan kemudahan kuarters kepada pekerja-pekerja yang layak sahaja bagi memastikan kelicinan operasi berkaitan dengan pembekalan elektrik. Pengosongan kuarters tersebut adalah memberikan kakitangan-kakitangan lain yang layak untuk menduduki kuarters tersebut kerana keperluan tugas tunggu sedia ataupun standby.
Sehubungan itu, tindakan tatatertib terhadap kakitangan-kakitangan yang terbabit adalah bertepatan dengan prosedur tatatertib TNB. Ini kerana, sebelum ini mereka yang telah dikenakan tindakan tatatertib tersebut telah pun diberikan notis untuk mengosongkan kuarters mereka dalam tempoh yang munasabah iaitu selama 13 bulan semenjak November 2007. Malahan, sebelumnya mereka juga telah diberikan amaran untuk mengosongkan premis kuarters mereka atau tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka atas dasar ingkar perintah. Amaran terakhir ini dikeluarkan pada 16 Disember 2008.
Perkhidmatan bekalan air, masalah bekalan air di kawasan Lanang dan Serian.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang dan Serian turut membangkitkan isu bekalan air yang tidak mencukupi. Bagi maklumat Ahli- ahli Yang Berhormat, kerajaan sebenarnya memang prihatin dengan keperluan untuk menyediakan infrastruktur asas di luar bandar seperti bekalan air untuk kegunaan penduduk.
Masalah kekurangan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Lanang, Sarawak adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah. Bagi mengatasi masalah ini, pihak JKR Sarawak telah merancang untuk membina pam penggalak, buster pump untuk meningkatkan tekanan air di kawasan tersebut. Sehubungan itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang mempertimbangkan pelaksanaan projek tersebut di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB).
Bagi maklumat Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM868,327 bagi projek bekalan air di kawasan Parlimen Serian. Ini termasuklah pelaksanaan projek Serian Regional Water Supply, Mentong Marau, Mongkos...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta laluan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Sebentar ya. Sebentar ya. Relocation of Kuching-Serian Road Pipeline dan Projek Tebedu Extension. Di samping itu, pihak kerajaan negeri Sarawak melalui JKR Sarawak telah menyediakan perancangan untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek sambungan air luar bandar di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Berkenaan air, berkenaan air?...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Berkenaan air, saya sudah sampai air ini.
Kalau...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ya, ya. Saya bangun semasa hujah tentang masalah Padang Serai tadi yang di bawa oleh Padang Serai.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Okey, satu soalan okey.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memohon agar majikan Tenaga Nasional Berhad teliti dan prihatin tentang surat-surat yang telah mereka berikan kepada pekerja- pekerja ini. Pekerja-pekerja ini, menurut dokumen-dokumen yang mereka berikan, mereka juga adalah as a essential staff ataupun standby staff kalau tidak silap saya.
Jadi, elemen diskriminasi memang ada apabila kita meneliti. Apa yang mereka minta adalah satu masa tambahan supaya mereka boleh mencari rumah di persekitaran ini kerana walaupun mereka duduk di Bukit Pantai, mereka tidak dapat rumah di situ sebab sewa rumah yang mereka cari itu adalah terlalu tinggi berbanding gaji yang mereka dapat.
Jadi, apa yang mereka minta ialah untuk memberi satu tempoh supaya mereka boleh selaraskan, pergi cari dan sebagainya. Itu adalah atas dasar perikemanusiaan, permohonan, permintaan mereka. Kalau mereka ada unsur musyawarah bersama majikan, saya rasa kenapa perlu diambil tindakan tatatertib kepada staf-staf yang telah bekerja lebih hampir 30 tahun itu. Jadi, itu sahajalah ulasan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Serai. Berhubung perkara ini Yang Berhormat, apa yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak Tenaga Nasional Berhad, mereka telah memberi notis selama 13 bulan. Akan tetapi, Yang Berhormat katakan bahawa keperluan mereka mungkin kos sewa rumah di kawasan Pantai adalah agak mahal. Sebab itu saya yakin Tenaga Nasional Berhad bagi tempoh yang agak panjang dan saya juga dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Berhad bahawa mereka yang diberikan keutamaan untuk tinggal di kawasan-kawasan kediaman kuarters milik Tenaga Nasional Berhad, pertamanya sebagaimana Yang Berhormat tahu, saya rasa Yang Berhormat pun pernah dengan Tenaga Nasional Berhad mungkin, pernah kan?
Malah, mungkin lebih arif daripada saya kerana pernah dengan Tenaga Nasional Berhad.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Pertamanya, mesti bekerja dalam standby iaitu mungkin dalam jana kuasa, distribution, buat maintenance dan sebagainya. Kedua adalah mereka yang tidak mendapat pinjaman perumahan daripada Tenaga Nasional Berhad untuk membeli rumah. Ini adalah mereka yang diberi keutamaan untuk mendapat keistimewaan, untuk tinggal di rumah- rumah kuarters yang didirikan, dibina oleh Tenaga Nasional Berhad untuk kemudahan kakitangan-kakitangan mereka. Terima kasih, sikit cukuplah untuk penjelasan itu Yang Berhormat. Cukup, cukuplah Yang Berhormat ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sebab apa yang dikatakan Menteri memang tepat.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Ini bukan - Saya tidak bagi Yang Berhormat jalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Memang tepat dan benar.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat, apabila saya tidak bagi Yang Berhormat jalan, Yang Berhormat duduk. Kalau saya bagi jalan, Yang Berhormat berdiri.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sebab saya...
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Yang Berhormat, first Yang Berhormat saya cakap kita ada undang-undang. Kalau Yang Berhormat hendak saya respect Yang Berhormat, bila saya bagi jalan, bangun. Kalau Yang Berhormat hendak cakap, Yang Berhormat minta kebenaran cakap, saya akan bagi. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat macam itu saya tidak akan bagi. Belajar ikut undang-undang dahulu. Duduk. I said sit, sit Yang Berhormat... [Tepuk] You sit, or else saya tidak bagi jalan. Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya akan bagi jalan, duduk dahulu. Kalau Yang Berhormat hendak cakap, saya akan tanya. Kalau saya hendak bagi, saya bagi. Tanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, kemukakan soalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang cukup sabar. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan standby is one of the, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, standby is one of the criteria they’re saying.
Mungkin ada kemungkinan saya tersilap melihat dokumen-dokumen yang mereka berikan.
Akan tetapi, di kalangan mereka itu adalah staf-staf yang bekerja sebagai standby. Itu sahaja sebab saya tidak mahu lain kali Menteri dilihat oleh orang luar sebagai telah mengatakan satu kesalahan dalam Dewan ini. Oleh sebab itu, I stress to you that some of the staff they are standby staff. Itu sahaja. Terima kasih Menteri.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Serai. Kalau seperti yang saya katakan tadi, keutamaan diberi kalau mereka standby dan kedua, sekiranya mereka ini tidak mendapat pinjaman perumahan.
Akan tetapi, sekiranya kadang-kadang rumah yang mereka beli berjauhan, maka Tenaga Nasional Berhad ada sikap berkompromi bagi jangka masa yang panjang. Dalam kes ini Tenaga Nasional Berhad beritahu kepada saya, mereka bagi tempoh 13 bulan. Iaitu satu jangka masa yang saya yakin cukup untuk membantu mereka untuk mencari jalan, mencari rumah yang sesuai untuk mereka, ada untuk mereka huni. Itu yang dapat saya maklumkan kepada Yang Berhormat. Akan tetapi, sekiranya ada didapati pihak Tenaga Nasional Berhad tidak ada sikap kemanusiaan kepada kakitangan mereka, Yang Berhormat boleh maklumkan kepada saya dan saya akan berjumpa pihak Tenaga Nasional Berhad untuk membantu mereka, dan sekiranya Yang Berhormat berasa ditindas oleh majikan Tenaga Nasional Berhad. Terima kasih Yang Berhormat.
Penstrukturan industri perkhidmatan air negara. Ahli Yang Berhormat Gopeng dan Shah Alam ada membangkitkan isu berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor. Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa usaha menstrukturkan semula industri di seluruh negara adalah bertujuan melaksanakan satu transformasi di dalam industri itu sendiri supaya ia akan menjadi lebih mampan dan berdaya maju di masa hadapan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Usaha ini dibuat setelah mendapati industri ini secara umumnya telah mengalami kekangan kewangan sehingga tidak mampu menyediakan dan menyelenggara sistem bekalan air mengikut keperluan semasa. Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan dengan dibantu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah memulakan perundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri bersama dengan semua pihak berkuasa air negeri dan syarikat-syarikat operator air masing-masing semenjak tahun 2006 lagi.
Setakat ini, dua negeri telah berjaya distrukturkan semula iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi negeri-negeri lain, rundingan telah berada di pelbagai peringkat. Oleh yang demikian, dasar dan pendekatan yang digunakan untuk merundingkan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air bagi negeri Selangor tiada banyak bezanya dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi negeri-negeri lain. Ia sentiasa menekankan kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang akan melindungi kepentingan rakyat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, ramai yang berdiri Yang Berhormat Menteri. Mana satu hendak bagi?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Boleh?
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Saya boleh bagi Selangor punya so-called Water Panel Review, tetapi kalau saya bagi banyak sangat pun, sebenarnya apabila saya bagi jawapan - Hari itu saya jumpa mereka dalam perbincangan, apabila sudah putus bersetuju dengan saya, apabila balik sebenarnya kita kena tanya MB balik. Jadi tidak ada makna saya beri mereka jawapan yang banyak.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita tidak setuju pun. Kita dengar apa yang Yang Berhormat Menteri kata. Kita tidak setuju pun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri. Parlimen Dewan Rakyat macam itu, Yang Berhormat Menteri.
Seorang Ahli
Saya pun kesian. Kita tidak setuju.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini bukan pasar minggu, Yang Berhormat.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
...Yang Berhormat Klang.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Menteri sudah last ‘kopek’ sudah.
Seorang Ahli
[Ketawa]
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berbangkit dengan licensing yang telah menjadi satu isu hangat pada masa kini di Selangor. Saya hendak bangkitkan cadangan pihak Menteri dan juga yang telah dikemukakan di dalam surat khabar bahawa licensing untuk Selangor akan diberikan kepada pihak Syabas.
Tuan Charles Santiago - Klang
Dan di surat khabar juga telah mengatakan kepada kita di seluruh Selangor bahawa Ketua Audit Negara telah jelas mengatakan bahawa Syabas tidak mematuhi key performance indicators yang ada di dalam concession agreement di antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor dan juga pihak kementerian ataupun Federal Government.
Khususnya, apa yang saya dapat tahu daripada surat khabar dan sebagainya, satu, pihak Syabas telah membayar kepada parent organization mereka iaitu Puncak Niaga sebanyak RM700,000 sebulan sebagai management fees, daripada 2005 hingga sekarang iaitu lebih kurang RM33 million yang dibayar. So, saya baca dalam surat khabar dan dia kata this is lack of transparency and what is the basis, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, what is the basis of the payment of the RM700,000 and amounting to RM33 million yang dibayar oleh SYABAS kepada parent organization mereka iaitu Puncak Niaga.
Kedua, Ketua Audit Negara juga telah mengatakan dan saya baca di dalam surat khabar, dia mengatakan bahawa Syabas semasa memberi tender mereka, 72 peratus daripada tender mereka itu ialah direct negotiation which is in violation kepada concession agreement. Other stories that we can go on dia beli kereta sebanyak RM30 million, dia mencantikkan pejabat mereka sehingga RM51 million dan sebagainya.
So, nampak jelas bahawa Syabas tidak efisien dan ini bukan saya kata. Ketua Audit Negara kata dan ia ditulis di dalam surat khabar. So, I don’t quite understand the logic of why the Federal Government hendak bagi license kepada an inefficient organization to manage water utilities which is a fundamental hak asasi manusia dan fundamental right of people in Selangor. Minta penjelasan. Saya minta juga kalau ada perbincangan, saya akan pulang untuk menjawab soalan.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat Klang.
Perbincangan, kita boleh berbincang dekat luar. Yang Berhormat minta penjelasan, saya bagi penjelasan. Berhubung dengan perkara itu, sebagaimana yang saya jelaskan dan sebagaimana yang kita ingat bahawa kita gubal sebenarnya pindaan Perlembagaan untuk membenarkan supaya pengurusan air di negara ini diletakkan senarai bersama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, yang mana dari segi menjaga air mentah diletakkan di bawah kerajaan negeri manakala dari segi treatment, penghantaran dan billing diletakkan di bawah jagaan Kerajaan Pusat.
Berhubung dengan apa Yang Berhormat kata, Yang Berhormat baca surat khabar komen daripada Auditor-General berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh - sebagaimana Yang Berhormat katakan, kesalahan-kesalahan yang diwartakan dilakukan oleh Syabas semasa mereka menjalankan operasi ini.
Ingin saya jelaskan bahawa untuk kita mengambil tindakan, untuk kementerian ini atau kerajaan mengambil tindakan, kita terpaksa membawa perkara ini ke pandangan AG ataupun Ketua Pendakwa Raya sendiri untuk memberi pandangan sama ada boleh diambil tindakan. Sementara untuk menunggu tindakan sama ada diambil atau tidak diambil, penstrukturan ini perlu dijalankan kerana akibatnya sekiranya tidak dijalankan akan membebankan pengguna...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Sekiranya didapati pihak yang bersalah itu melakukan kesalahan, biarlah undang-undang yang ada di negara ini berlaku dengan adilnya. Bukan kita yang memutuskan sama ada dia bersalah atau tidak kerana dia masih ada di dalam negara ini. Seperkara lagi - duduk, Yang Berhormat. Biar saya terangkan.
Seperkara lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat kata mengapa kalau kita biarkan mereka yang tidak efisien ini berjalan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, apabila kita gubal undang-undang ini, kita buat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ini, lesen yang kita beri bukan seperti concessionaire. Kalau syarikat konsesi, kita beri mereka 30 tahun atau 25 tahun. Yang kita bagi tiga tahun.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Setiap tiga tahun, mereka perlu memperbaharui lesen mereka. Sekiranya sepertimana yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Klang, syarikat ini tidak dapat beroperasi secara efisien, percayalah mereka akan tutup kedai.
Itu pertamanya, kerana untuk mereka mendapatkan kenaikan takrif harga, mereka tidak boleh dapat sesuka hati. Mereka kena melalui water forum. Water forum ada wakil- wakil daripada industri dan wakil-wakil daripada pengguna. Kemudian, mereka kena lalu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, mengapa mereka minta kenaikan ini.
Mereka juga akan di benchmark kan. Kalau selama ini kita kata Pulau Pinang begitu efisien, kita akan bandingkan. Bandingkan Pulau Pinang dengan Selangor dan kalau mereka ini jauh...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pulau Pinang disebut-sebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Akan tetapi, Pulau Pinang efisien bukan sekarang ini. Daripada dulu. Daripada Barisan Nasional. Sekarang ini sudah mula ada masalah. Dia minta PAB masuk dengan segera. Itu saya beritahulah. Ini saya beritahu.
Maknanya, hanya mereka yang boleh beroperasi dengan efisien yang boleh menjalankan operasi air di dalam negara ini pada masa akan datang.
Jadi, Yang Berhormat tidak perlu bimbang. Kalau mereka ini tidak boleh buat, automatically mereka akan tutup dalam masa tiga tahun. Jadi, saya telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat Klang dan saya bagilah seorang lagi wakil water review daripada Kuala Selangor untuk bertanyakan soalan.
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Boleh minta penjelasan sikit.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Speaker dekat sini, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu sikitlah, Yang Berhormat. Kalau kita tua, kita kena di treat ataupun dilayan sebagai orang dewasa. Akan tetapi kalau kita muda, akan dilayan sebagai orang muda. Kalau kanak-kanak, akan dilayan sebagai kanak-kanak. Jadi, berperangailah dan bersikap mengikut umur dan kedudukan kita, Yang Berhormat sebagai Ahli Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ringkasnya, apabila Akta WSIA ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN diluluskan, maka tidak langsung ia adalah satu pengakuan bahawa penswastaan air sudah tidak lagi sustainable. Dengan kata lain gagallah, bahasa mudahnya. Kita memahami perkara itu.
Namun, dalam penstrukturan yang memberikan kuasa kepada Menteri dalam Klausa 191(5) yang cukup besar. Kalau Dewan ini boleh merakamkan kepentingan Yang Berhormat Menteri supaya menggunakan kuasa ini untuk menjamin kepentingan rakyat dan pengguna, khususnya di Selangor ini yang telah pun menyaksikan pemegang konsesi yang telah tidak compliant kepada peraturan ataupun KPI yang telah ditetapkan.
Sahabat saya, Yang Berhormat Klang sebentar tadi menyebut 72 peratus daripada jumlah 600 juta tender-tender tidak dibuka dengan secara terbuka. Begitu juga dengan perkara-perkara lain, sama ada pembelian paip dari Indonesia dan semua yang tidak perlu saya sebutkan sekali lagi.
Tegasnya dan pokoknya Tuan Yang di-Pertua, hari ini ketika rundingan dibuat oleh Kerajaan Selangor dengan empat konsesi air yang telah pun kita tawarkan sejumlah RM5.7 bilion, tiba-tiba Kerajaan Pusat atau SPAN memintas kami dengan satu tawaran yang jumlahnya kita belum tahu secara tepat. Katanya RM9 bilion banded around ataupun yang disebut-sebut. Itu mungkin tidak tepat. Tidak apa.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Persoalannya, izinkan kerajaan negeri untuk dengan segala kebertanggungjawaban kami setelah dibuat evaluation dengan perantaraan dan panel review ini, dengan engagement of consultant dan mereka yang juga pakar dalam bidang industri air.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Namun, hari ini kita berasa cukup tertekan Tuan Yang di-Pertua. Tiba-tiba pengguna itu dipintas. Dalam bahasa yang mudahnya disabotaj oleh Kerajaan Pusat. Jadi, apakah akhirnya nanti, sepertimana kita sedang saksikan tarif di Selangor ini jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang ataupun...
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Biar saya sebut sikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Apakah treatment yang sama yang diberikan kepada Melaka dan Negeri Sembilan tidak akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menghajatkan untuk kami uruskan seluruh industri ini? Pertama, dengan membeli daripada aset-aset concession ini dan consolidate nya.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Consolidate nya dan berikan balik kepada PAAB. Menteri harap berikan dengan segala kebertanggungjawaban.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Saya akan bagi jawapan yang selengkap- lengkapnya. Pertama, ingin saya jelaskan bahawa saya baru terbaca salah satu surat yang dihantar oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Dia minta, dia kata pastikan model yang dibuat kepada Selangor ini sama dengan negeri-negeri lain. Saya hendak jawab di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat rekod model Selangor sama dengan model-model negeri lain.
Model Selangor adalah sama dengan model yang kita buat di Johor kerana Johor juga adalah diswastakan industri perkhidmatan airnya. Tidak ada sebarang perbezaan, saya tekankan sekali lagi! Saya hendak direkodkan bahawa, Kerajaan Persekutuan tidak pernah membeza-bezakan sama ada kerajaan itu ditadbir oleh Barisan Nasional ataupun Parti Pembangkang, itu satu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Duduk. Ini kerana bagi saya, ketika pertama kali saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada negeri Selangor, saya katakan kepada Yang Amat Berhormat berhubung dengan isu air ini, pertama jangan politikkan. Paling penting orang ramai, itu pertama. Boleh tanya dia. Itulah ungkapan pertama mulut saya apabila saya bersua dengannya pada ketika dia menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab itu saya kata dengan kementerian saya, jangan ada perbezaan antara negeri Selangor dengan negeri-negeri lain sebab itu perkiraan yang kita ambil negeri Selangor dan Johor sama sahaja.
Berhubung dengan Yang Berhormat katakan kalau ada sabotaj. Yang Berhormat kalau saya cakap, Yang Berhormat nanti kata Yang Berhormat tidak tahu. Sebab itu kalau saya cakap banyak, nanti saya macam tidak ada rahsia sulit. Sebenarnya, Menteri Besar Yang Berhormat ada tulis surat kepada saya, dia kata biarlah PAB dan SPAN menerajui ini.
Kemudian dia tulis kepada saya, bagi saya peluang pula untuk mulakan dulu. Saya bagi peluang, bagi peluang tujuh bulan tidak dapat selesai-selesai.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Duduk. I’ve already given you chance, let me talk. Saya bagi peluang. Duduk dulu, sit. I say sit! You want me to allow to - You want me to give opportunity or not? You sit first. Sit!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Minta penjelasan sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Termasuk Yang Berhormat Batu Pahatlah, duduk. Yang Berhormat Batu Pahat, duduk.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Jadi, tidak ada perbezaan berhubung dengan cara kita mengendalikan industri air ini.
Bagi negeri Selangor, saya jelaskan apa yang kementerian ini buat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan PAAB. Kita benarkan kalau Yang Berhormat daripada Kuala Selangor nanti hendak ambil ekuiti daripada Syabas, silakan. Silakan, belilah ekuiti itu, tetapi kita tidak boleh piuh telinga orang, paksa. Itu bukan budaya kita, tidak tahulah budaya Yang Berhormat kalau hendak orang kita paksa macam itu. Kita kena bagi, biar willing buyer, willing seller.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Duduk, duduk. Itulah penjelasan saya kepada Dewan yang mulia ini Yang Berhormat. Saya akan teruskan jawapan saya berhubung dengan perkhidmatan telekomunikasi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri tidak bagi Yang Berhormat.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri tidak bagi lagi Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Menteri tidak bagi Yang Berhormat. Ini peraturan Yang Berhormat.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Hendak habis sebelum pukul satu. Isu-isu kawalan penggunaan Internet dan penulisan blog. Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan isu mengenai kawalan penggunaan Internet dan penulisan blog pada masa ini semakin berleluasa dan tidak mempunyai kawalan yang tertentu.
Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti blogging adalah bersifat peribadi, di mana blogger akan memuatkan tulisan-tulisan mengenai apa yang difikirkan dan dirasakan menarik untuk dipaparkan, dibaca dan dinikmati oleh umum. Sekiranya pemilik laman web dikehendaki mendaftar...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
[Bangun]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Ia seolah-olah menyekat kebebasan untuk mereka berkarya atau menulis. Kementerian juga berpandangan undang-undang dan peraturan sedia ada adalah mencukupi untuk mengawal penyalahgunaan Internet walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam menguatkuasakannya. Tindakan mendaftarkan blogger juga sukar dilaksanakan kerana mereka yang berniat untuk melakukan kesalahan dan pelanggaran undang-undang adalah mustahil untuk mendaftarkan identiti mereka secara telus.
Tuan Yang di-Pertua, seperti media-media yang lain, Internet merupakan satu platform komunikasi, di mana kandungannya juga adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang. Oleh yang demikian, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang menyediakan kandungan Internet yang melanggar undang-undang negara.
SKMM boleh menjalankan penyiasatan ke atas laman web dan blog yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 211, 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain SKMM, pihak berkuasa lain juga boleh mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan haram secara online termasuk kesalahan-kesalahan di bawah Akta Hasutan 1945 Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1963, Akta Syarikat 1965, Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989, dan Akta Industri Sekuriti 1983.
Orang perseorangan juga boleh mengambil tindakan persendirian di bawah peruntukan Undang-undang Sivil. Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengemukakan saman kerana fitnah dan malu.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Selain daripada itu, adalah satu tanggapan yang kurang tepat bahawa tidak ada penapisan boleh dilakukan ke atas Internet. Kerajaan boleh menyekat mana-mana laman web yang didapati melanggar undang-undang negara di bawah peruntukan seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai langkah pencegahan. Sehingga kini, sebanyak lebih 200 laman web yang menyalahi undang-undang negara telah disekat atau diambil tindakan yang bersesuaian dengan SKMM. Dengan itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Segambut bangun.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Boleh Batu Pahat.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Bagi Yang Berhormat Batu Pahat dulu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Isu air, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat. Tidak payah tanya lagi Yang Berhormat, dia sudah bagi.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Segambut.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Pasal Selangor tadi itu, sebab saya difahamkan harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri terlampau murah dan dia akan untung atas angin RM4.6 bilion kerana dia hendak beli dengan RM5.1 bilion. Jadi, saya hendak tahu bahawa apakah betul statement yang dinyatakan bahawa isu air ini hanya dipolitikkan sahaja untuk melindungi kerugian RM120 juta setahun bagi air percuma ini. Itu sahaja yang saya hendak tanya... [Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Batu Pahat tidak faham isu ini.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Rugi? Beri air mana ada rugi!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat sudahlah. Kita kena dengar orang lain bercakap juga Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya ada soalan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri yang jawab.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Sekejap. Yang Berhormat Segambut.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya juga isu air, tetapi air yang Pahang, Selangor, raw water transfer, adakah ini...
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Tidak ada dalam ini.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya ada tanya.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Saya akan semak balik. Kalau ada, saya akan bagi jawapan bertulis.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya the second last Speaker.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Saya sudah jawab. Saya akan minta pegawai saya semak Hansard, kalau ada saya akan bagi jawapan khusus untuk Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Okey.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Okey, terima kasih. Yang Berhormat, saya sudah jawab berhubung dengan air tadi. Saya rasa saya hendak terus kepada telekomunikasi. Cuma sekali lagi saya tegaskan tidak ada bezanya bagaimana kita bandingkan Johor dengan negeri Selangor. Kalau kata tadi sabotaj, macam mana hendak kata sabotaj kalau sudah bagi masa tujuh bulan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Kedua, kalau kita hendak bagi rundingan, saya sudah bagi tahu pegawai saya, kalau hendak pergi runding pastikan ajak wakil kerajaan negeri Selangor pergi bersama- sama. Kalau kita hendak sabotaj, kita tidak ajak. Kita ajak sama-sama. Kalau harga itu tidak betul, kita rundingkan sama-sama. Kalau sabotaj, kita buat belakang-belakang.
Perkataan itu tidak betul. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia di depan cakap lain, di belakang buat lain.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Walaupun kerajaan tidak melaksanakan mekanisme...
Tuan Charles Santiago - Klang
Tidak jawab semua soalan, Menteri.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Didaftarkan. Peraturan dan...
Tuan Charles Santiago - Klang
Cakap putar belit ini.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Undang-undang sedia ada adalah memadai untuk mengawal serta memberi garis panduan kepada mereka supaya lebih bertanggungjawab. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Muar bahawa mekanisme kawalan terhadap aktiviti negatif blogging dan Internet boleh dilaksanakan melalui pendidikan agama dan moral yang baik di kalangan anggota masyarakat. Langkah ini boleh dianggap sebagai dengan izin, self censorship di peringkat individu supaya mengguna kemudahan Internet secara lebih bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup setakat inilah penjelasan yang dapat saya beri ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Banyak masa lagi pukul satu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Satu minit lagi.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Biar orang lain tanya soalan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Saya berjanji kementerian ini akan sentiasa mengambil perhatian terhadap sebarang teguran dan pandangan yang membina, dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani semua masalah yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masih ada hendak cerita panjang-panjang macam ini Yang Berhormat?... [Dewan riuh] ekat luarlah Yang Berhormat. Kalau saya jemput Yang Berhormat pergi keluar, jangan masuk dalam. Sebabnya Yang Berhormat nampak gembira, Yang Berhormat Menteri telah sudah beri jawapan itu... [Ketawa] [Dewan riuh] Duduk Yang Berhormat. Saya menjemput Menteri Kesihatan untuk menggulung.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada sepuluh Yang Berhormat membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan sewaktu ucapan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya terus merujuk kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang ingin mengetahui mengenai hospital dan juga klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah merancang membina 26 facilities di negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut, dua buah hospital dan lima buah klinik desa telah siap, tiga buah klinik kesihatan dan sedang dalam pembinaan sementara 16 klinik dalam proses perancangan. Kementerian juga melaksanakan pelbagai projek naik taraf facility kesihatan sedia ada. Kita membekalkan peralatan yang terkini bagi facility kesihatan di Sarawak mengikut kemampuan kewangan.
Bagi negeri Sabah, sebanyak enam buah hospital, tiga buah klinik kesihatan dan lapan buah klinik desa baru telah siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Tiga buah klinik kesihatan dan satu buah klinik desa berada di peringkat pembinaan manakala empat buah klinik kesihatan dan dua buah klinik kesihatan serta dua klinik desa berada dalam peringkat perancangan. Kementerian juga melaksanakan pelbagai projek naik taraf kesihatan sedia ada membekalkan peralatan untuk negeri Sabah juga.
Yang Berhormat Jerai membangkitkan isu naik taraf pusat hemodialisis. Kita maklum bahawa projek tersebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Mambong bangun, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Kawan sayalah.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi saya peluang untuk meminta penjelasan.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut pembinaan dan naik taraf klinik- klinik luar bandar di negeri Sarawak. Saya ingin bertanya mengenai Klinik Kesihatan Tiang Bukap yang terbakar pada bulan Julai tahun lepas. Tiga hari selepas klinik itu terbakar, saya pun menulis surat kepada Menteri Kesihatan. Sehingga hari ini, Menteri Kesihatan tidak menjawab surat saya Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu, saya beri lagi salinan surat dan nota di surat asal saya itu. Sampai hari ini juga tidak ada jawapan.
Jadi, apakah status Klinik Kesihatan Tiang Bukap ini? Ini kerana ianya menyumbangkan perkhidmatan kepada 14 buah kampung di tempat itu. Ini yang paling penting kepada saya kerana klinik yang terdekat ialah di Bandar Raya Kuching yang jauh lebih daripada 50km. Saya pohon kementerian untuk melaksanakan projek ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Mambong.
Yang Berhormat Mambong jarang marah, tetapi kalau dia tinggi suara itu bukan dia marah, dia sayang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Orang Sarawak memang jarang marah Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Akan tetapi kalau dia marah, dia sampai peringkat mengamuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu yang kena...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Itu yang kita hendak elakkan itu. Saya dapat fakta daripada Yang Berhormat Mambong, sebenarnya kita sudah pun sediakan peruntukan, sudah minta dalam peringkat terakhir. Dalam istilah pembinaannya dipanggil pre-bid document. Jadi, projek ini akan diuruskan oleh JKR. Kita hanya sediakan spec., JKR yang akan panggil tender.
Jadi, terbakar satu hari sudah habis, tetapi hendak bina itu memang memakan masa sedikit Tuan Yang di-Pertua. Pasal pusat hemodialisis, kita tahu ia memang lambat.
Kita minta kontraktor tersebut mempercepatkan dan kita jangkakan patutnya akhir bulan ini siap.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Kalau siap bolehlah mereka-mereka yang memerlukan darah mereka dicuci ekoran daripada sakit buah pinggang dapat menikmati rawatan tersebut di hospital terdekat, iaitu Hospital Yan.
Yang Berhormat Sarikei membangkitkan beberapa isu, iaitu mengenai pengisian jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29. Untuk makluman, hanya lima perjawatan telah diperuntukkan untuk jawatan tersebut, iaitu di Pejabat Kesihatan Daerah PKD Bintang.
Kelima-lima jawatan telah diisi. Kementerian mengambil maklum akan terdapat pertambahan beban tugas dan akan mewujudkan jawatan tambahan apabila terdapat pelatih-pelatih yang sudah tamat dan hendak ditempatkan, dia bekerja dengan JPA bagi mewujudkan jawatan tersebut.
Yang Berhormat Sarikei juga meminta kementerian mengenai tempat letak kenderaan di Klinik Kesihatan Bintang. Kita sudah peruntukkan RM200,000 dalam pakej rangsangan kedua yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 10 hari bulan nanti.
Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan beberapa isu yang agak panjang.
Pertama, mengenai Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh atau dengan izin, Full Paying Patient Scheme di Hospital Selayang. Untuk makluman Yang Berhormat, semua pesakit tidak kira sama ada mereka menyertai atau tidak, skim ini didaftarkan sebagai pesakit atau pelanggan Hospital Selayang. Tidak ada pesakit swasta yang dirawat sebagai in-patient.
Yang Berhormat Sungai Siput juga membangkitkan isu pesakit awam dalam senarai pembedahan ditunda memberi ruang kepada kes pesakit swasta dijalankan. Untuk maklumat Yang Berhormat, kadang-kala kes elektif dalam senarai pembedahan iaitu kes- kes bukan kecemasan terpaksa ditunda jika ada kes kecemasan yang perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawa tanpa mengira status sebagai pesakit full paying patient.
Sebarang keutamaan adalah berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit tersebut. Bagi kes elektif, sejauh mana yang boleh, pesakit akan dibedah selepas waktu pejabat atau pada hari Sabtu supaya tidak menjejaskan perkhidmatan elektif, pesakit- pesakit yang tidak dalam skim tersebut. Yang Berhormat Sungai Siput juga telah memohon penjelasan mengenai pakar di Hospital Selayang yang memperoleh pendapatan tambahan daripada skim tersebut sehingga sebanyak RM30,000 sebulan.
Untuk maklumat Yang Berhormat, bagi memastikan pakar terlibat dalam skim ini tidak menumpukan sepenuh masanya pada skim ini, kaedah yang digunakan dalam skim ini adalah keeping kepada pendapatan. Pendapatan pakar yang tidak terlibat dalam skim ini tidak boleh melebihi tiga bulan emolumen pakar berkenaan dalam sebulan dan hendaklah mendapat sokongan serta pengesahan daripada Ketua Jabatan iaitu Pengarah Hospital.
Pengarah Hospital juga memastikan penglibatan pakar tersebut tidak menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit bukan dalam skim tersebut.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Sungai Siput juga menyoal mengenai hasil kajian skim tersebut daripada cadangan kementerian untuk memperluaskan skim ini ke beberapa hospital. Kita masih dalam peringkat awal. Apabila hospital dan kajian tersebut selesai, barulah kita akan pergi kepada fasa kedua, melibatkan beberapa hospital yang mempunyai pakar.
Yang Berhormat Sungai Siput juga telah membangkitkan mengenai isu kelulusan lesen 45 buah hospital swasta yang baru, yang juga dinyatakan oleh Yang Berhormat dari Selayang mengenai kebimbangan mereka sama ada penghijrahan berlaku atau tidak. Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun terdapat penambahan bilangan hospital swasta yang dilesenkan iaitu sebanyak 45 buah sejak Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan dikuatkuasakan melalui regulasinya pada 1 Mei 2006, tetapi itu hanya melibatkan peningkatan sebanyak 758 katil. Lesen banyak, tetapi katil sebenarnya kurang.
Ekoran daripada itu, kementerian tidak berhasrat untuk menghalang peningkatan bilangan hospital swasta di negara ini. Perkhidmatan di hospital swasta ini sebenarnya dapat membantu kerajaan memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada rakyat adalah lebih menyeluruh dan berkualiti...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Minta penjelasan.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya habiskan sikit lagi. Bagi memastikan mutu terus dipertingkatkan dan mengurangkan penghijrahan pakar-pakar, kita mengambil beberapa dasar dan pendekatan beberapa mekanisme seperti meningkatkan pendapatan sampingan pakar melalui Skim Lokum, mengadakan Skim Sakit Bayar Penuh seperti yang saya nyatakan tadi, mengadakan Skim Pembedahan Elektif pada hari Sabtu, di mana mereka dibayar elaun insentif lebih pada hujung minggu, memberi kelonggaran kepada pakar yang telah memilih Skim KWSP untuk bertukar kepada Skim Pencen, meningkatkan pendapatan pakar dengan insentif-insentif yang lain, memberi insentif latihan dalam perkhidmatan iaitu pergi ke luar negara dan mendapat teknologi-teknologi yang terkini dalam perubatan yang mungkin tidak dapat disediakan di sektor swasta. Akhir sekali, memberi peluang kepada pakar-pakar kita pendedahan kepada peralatan yang canggih dan terkini untuk digunakan di hospital-hospital awam. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kerajaan tidak menghalang tumbuhnya hospital- hospital swasta ini. Apa yang saya hendak bangkitkan di sini adalah apakah dasar kementerian? Adakah kementerian Yang Berhormat bertanggungjawab ke atas mengawal selia, memantau tentang harga rawatan yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta ini?
Ini adalah sebab yang akan menjadi mangsa ataupun yang akan terpaksa membayar ini ialah pengguna atau rakyat.
Oleh itu, kos ini... Bagaimanakah mekanisme kementerian...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Sudah faham, sudah faham Yang Berhormat. Tidak mengapa, Yang Berhormat duduklah, saya sudah faham. Tidak payah hendak elaborate lebih panjang.
Pertama sekali, kita hendak ada elemen pendemokrasian, iaitu mereka yang di desa juga accessible kepada perkhidmatan perubatan. Kita perlu berlapang dada jika penyediaan perubatan ini disediakan oleh sektor swasta, maka rakyat ada pilihan. Cuma saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian sama ada kita kontrol harga. Kita tidak boleh macam Amerika di mana terlalu banyak elemen free market sehingga mereka yang mendapatkan perkhidmatan terpaksa membayar kos yang mahal.
Dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan ada regulasi yang dikuatkuasakan pada 2006, memang Menteri ada kuasa untuk menetapkan harga, tetapi kita hanya menetapkan harga caj pakar yang dicadangkan oleh MMA. Kita tidak ada kuasa untuk mengekang kos, umpamanya sewaan OT. Suite di hospital pakar, dia caj - Saya tahu tiga kali ganda daripada suite di hotel. Itu kita tidak boleh kawal. Akan tetapi, kalau ada caj yang dikenakan oleh pakar lebih daripada caj yang dipersetujui oleh rate yang disediakan oleh MMA, itu kita boleh ambil tindakan atau dia menyalahguna. Ini adalah sebab Yang Berhormat, apabila masuk hospital swasta, sekali tekan, pakar datang RM75. Sepuluh kali tekan, satu hari RM750. Dekat hospital awam, sepuluh kali tekan pun percuma dan caj itu dikenakan oleh pakar yang merawat. Ini kita kekang.
Kalau ada kompelin oleh pesakit tentang overcharge, kita ada Jawatankuasa Ethic di bawah MMC. Kita ada jawatankuasa yang boleh mengambil tindakan disiplin kepada pakar-pakar tersebut. Terima kasih. Saya harap saya jawab soalan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Yang Berhormat Bintulu menyatakan kebimbangan beliau mengenai syarat-syarat yang ketat yang disediakan oleh MMC bagi membenarkan doktor-doktor pakar sama ada rakyat atau bukan rakyat untuk bekerja sebagai doktor di negara ini. Untuk pengetahuan Dewan, Jemaah Menteri pada 2004 telah pun bersetuju untuk memberi kelonggaran dan pengecualian khidmat wajib kepada pakar dan pegawai perubatan yang ingin kembali berkhidmat dalam negara.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Untuk yang berumur 45 tahun ke atas tidak perlu ada national service tiga tahun.
Ini sama ada dia pakar atau tidak pakar, kita boleh benarkan. Kalau kepakaran dia tidak ada di Malaya ini.. Eh! Minta maaf, Malaysia... [Ketawa] Seronok guna Malaya ini Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh beri kelonggaran. Kita ada satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kelonggaran Khidmat Wajib di bawah MMC atau jika mereka balik untuk berkhidmat di universiti-universiti sebagai pensyarah, itu kita boleh bagi kelonggaran.
Yang Berhormat Bintulu juga menanyakan tentang doktor pakar yang bertugas secara on-call di unit kecemasan. Biasanya, di unit kecemasan ada dua orang pakar. Satu active call, satu passive call. Active call ini dia berada di hospital, dia dibantu oleh pegawai perubatan dan juga kakitangan sokongan yang lain, tetapi jika keadaan-keadaan tertentu, ada yang passive call ini kalau diperlukan, dia akan datang ke hospital pada bila-bila masa kerana active dan passive ini dibayar elaun lagi. Active dibayar elaun lain dan passive dibayar elaun lain. Jadi, walau bagaimanapun kita faham kerana beban kerja yang tinggi, perkhidmatan mungkin terjejas kerana pakar overwork...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya, Yang Berhormat Bintulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata dalam Kabinet tahun 2004 sudah lulus. Walaupun sudah lulus tetapi MMC belum nampak lagi dia punya syarat-syarat sudah berkurangan. Masalahnya, kita buat keputusan di bawah Council MMC ini belum lagi ikut apa kita buat keputusan. Inilah satu perkara kita mahu lihat. Ada banyak doktor mahu balik, apabila dia orang memohon melalui Internet ataupun dalam web, macam-macam syarat diletakkan.
Juga saya soal perkara mengenai pakar yang berkhidmat dalam hospital ini, saya ada sebut tentang satu mangsa dalam accident. Macam mana kita boleh bagi penjelasan kepada keluarga? Apabila dia masuk, dia boleh cakap - Dia sudah X-ray pun kalau kata MO itu tidak pandai baca, patut dia mintalah patologi baca. Macam mana dia sudah tengok, dia cakap, “Oh you tidak ada apa-apa, you tepi”. Sorong simpan tepi. Akhir sekali sampai pukul 11.30 dia sudah pengsan, sampai pukul 1 lebih, sudah jalan.
So macam mana kita boleh terima? Tidak boleh terima. Apabila kita persoalkan perkara ini, pakar kata, “Oh, saya 11.30 baru terima call daripada hospital!”. So inilah rakyat rasa kerajaan kita tidak ambil prihatin atas nyawa rakyat. Kalau boleh jalan, jalanlah laporan sikit. Rakyat mari hospital kemungkinan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, jam dah pukul 1.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat, kita sambung makan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, kalau Yang Berhormat hendak sambung jawab lepas ini nanti, jawablah.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada sesi pagi ini ditangguhkan hingga jam 2.30 tengah hari nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri ada usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Mac 2009”.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sekarang dijemput Menteri Kesihatan menyambung.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bintulu.
Saya simpati kepada keluarga yang di mana kejadian tersebut berlaku. Sebab itu baru-baru ini Yang Berhormat Menteri melancarkan melawat kembali dan melancarkan program budaya korporat iaitu tiga elemen yang penting:
(i) kerja berpasukan;
(ii) profesionalisme; dan
(iii) penyayang.
Saya amat bersimpati, tetapi ini tidak mencerminkan bahawa perkhidmatan secara keseluruhan boleh terganggu-gugat. Kita merawat dekat 2 juta pesakit dalam 132 hospital dan kita merawat dekat 50 juta kedatangan di semua klinik. Kes yang berlaku adalah kes yang isolated, dengan izin. Jika keluarga rasa tidak puas hati, mereka boleh dengan izin, engage the lawyer dan kita boleh bincang tentang pampasan.
Mengenai saranan Yang Berhormat Bintulu tentang kelewatan MMC, ini juga disuarakan oleh Yang Berhormat Tuaran. Walaupun kita sudah pendekkan proses pengambilan pakar ini kepada dua bulan, tetapi tugas MMC adalah agak berat kerana kita hendak pastikan mereka yang masuk ke negara kita dan berkhidmat itu betul-betul pakar.
Jadi dia perlu ada reference, kita kena rujuk kepada mereka yang tahu mengenai kepakaran permohonan tersebut. Ekoran daripada itu, Kabinet telah buat keputusan tahun 2004 untuk memudahkan. Jadi kalau ada kes-kes yang isolated...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tunggu sekejap Yang Berhormat Bintulu.
Ada kes-kes yang isolated perlukan attention, bolehlah hantar permohonan kepada Yang Berhormat Menteri atau saya untuk kita mudahkan.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini, setakat ini kes sudah berlaku, apa tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ada dua tindakan;
(i) tindakan mengikut jabatan; dan
(ii) tindakan mengikut perundangan.
Jabatan ini maknanya satu jawatankuasa inquiry ditubuhkan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Kalau dia betul-betul negligent, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap kakitangan yang terlibat. Kedua, dari sudut perundangan di bawah Akta Perubatan 1971, kita boleh ambil tindakan menggantung lesen pengamal perubatan tersebut jika didapati betul-betul ada kecuaian. Saya pasti kedua-dua kes ini, dua-dua jalan ini telah pun diambil tindakan oleh pihak kementerian, tetapi yang paling penting tadi ialah masalah perhubungan di antara kakitangan kami dengan keluarga yang terlibat. Itu yang mungkin tidak ada kerana secara fitrahnya, orang yang bersalah ini dia hendak mengaku salah itu amat berat. Akan tetapi, apa pun Yang Berhormat Menteri dan saya akan bertanggungjawab dalam kes-kes yang sebegini rupa.
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu melahirkan rasa kebimbangan tentang isu dan masalah yang berkaitan dengan Hospital Queen E, semalam saya sudah jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Sri gading tidak ada dalam ini tetapi bagi jugalah, dia sudah menang untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tahniah Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Calon Majlis tertinggi yang kita akan sokong dan tentukan dia menang. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak mencelah di sini sedikit yang ada kaitan dengan kepentingan Ahli-ahli Parlimen...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya sudah faham Yang Berhormat, saya sudah faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dan telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Bintulu. Berkaitan dengan doktor di Parlimen ini. Doktor di Parlimen ini seorang doktor yang sangat dedikasi menolong membantu Ahli-ahli Parlimen yang disayangi oleh Ahli-ahli Parlimen seluruhnya tanpa mengira sama ada dia kerajaan atau pun daripada parti-parti pembangkang. Seluruhnya, kerana sifat-sifat seorang doktor yang prihatin yang membantu bagi menyenangkan urusan Ahli-ahli Parlimen yang berkaitan dengan permasalahan masing-masing.
Seorang doktor yang memang patut menjadi contoh teladan kepada doktor-doktor yang lain, namun saya lihat macam ada unsur-unsur penganiayaan di pihak atasannya, bukan Menteri, bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahun lepas, kami telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri, soal kedudukan tempat dia. Kita mahu dia kekal di Parlimen dengan dinaikkan pangkat atau kedudukan dia. Sudah 14 tahun dia menjawat jawatan doktor ini, U44, sedangkan dia dijanjikan untuk duduk di tingkat U54.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri bersetuju dan saya dengar memang ada pihak-pihak yang hendak merekomenkan dia duduk di dalam perkhidmatan U54. Akan tetapi, nampaknya ada permainan di kalangan sesetengah pihak di atas, orang yang lebih junior sudah naik, yang lebih junior dia naik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya dan ramai Ahli Parlimen bersedia untuk bangun sebenarnya, hendak mempertahankan Dr. Sukumar ini supaya dia tidak dianiaya, tidak dizalimi oleh pihak atasan dia. Pihak atasan dia ini ada kalanya orang Melayu. Sedangkan Dr. Sukumar ini orang India ke Ceylon. Seolah-olah macam ada diskriminasi perkauman di sini yang memang kita tentang habis-habisan sifat diskriminasi pihak-pihak tertentu di atasnya.
Sekarang dia hantar specialist. Kita tidak penting specialist, yang penting dia rawat dan periksa kita di sini dan macam biasa kita disenangkan jumpa specialist di hospital kerajaan.
Jadi jangan membazirkan tenaga specialist yang diperlukan oleh hospital. Biarlah dia berkhidmat di hospital, cukuplah dengan doktor yang dedikasi ini dan dia rujuk kita kepada specialist di Hospital Kuala Lumpur. Itu lebih baik. Jadi saya berharap, janganlah singgung Dr. Sukumar ini dengan alasan pihak di atasnya, kerana pihak di atasnya hendak balas dendam kepada Ahli-ahli Parlimen, tidak boleh.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Sri Gading, saya sudah faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, saya mintalah jasa baik Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang prihatin tentang perkara ini supaya perkara ini diselesaikan seberapa segera naikkanlah dia ke jawatan U54 yang memang patut sebab dia sudah 14 tahun. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Sama-sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat Sri Gading minta Menteri secara peribadi campur tanganlah Yang Berhormat hal kenaikan pangkat ini.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya ambil maklum dan saya akan catitlah. Kenaikan pangkat ini mengikut peraturan. Dia kena lulus PTK. Masa 14 tahun itu tidak menjamin dia terus kepada U54. Akan tetapi, kes ini kes spesifik. Saya akan tengok dia punya spesifikasi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya minta tambahan Yang Berhormat. Saya dimaklumkan bahawa promotion dia ini, borang dia sudah dihantar, tetapi...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya, saya faham.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sengaja tidak dilengkapkan.
Disabotajkan.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya faham. Sebab itu kes ini macam Tuan Yang di-Pertua kata, spesifik. Kita akan lihat dan lapor balik kepada Dewan. Terima kasih. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu bercakap tentang Queen E ini saya sudah jawab semalam. Jadi, tidak perlu kita sambung lagi.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Semalam saya tunggu tidak ada jawapan pun. Minta maaf, tetapi...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat tidak hadir waktu saya menjawab soalan lisan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Okey.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Okey?
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan] Ini soalan... Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahma
Jadi, saya tidak bagi. Please sit. Sit down. Kalau saya bagi, saya bagilah. Yang Berhormat Kota Belud melahirkan isu mengenai bekalan oksigen di hospital dan klinik di Sabah, medical gas. Ingin saya nyatakan tatacara perolehan itu dibuat secara tender terbuka dan piawaian oksigen yang dibekalkan ialah sekurang-kurangnya mengikut piawaian BP standard sebelum kontrak pembekalan dimuktamadkan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan] Ini soalan... Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahma
Jika pembekal tidak dapat memenuhi semua syarat ini, kita akan tamatkan bekalan oksigen ini, kerana bekalan oksigen ini penting kepada pesakit. Yang Berhormat Bachok...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan sedikit.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan masalah pembekalan oksigen ini, sebenarnya kementerian telah pun mengeluarkan satu surat kepada Jabatan Kesihatan negeri Sabah untuk disqualified penender yang telah memenangi tender tersebut. Akan tetapi, oleh sebab mungkin ada hubungan yang intim di antara beberapa individu, spesifikasi ataupun piawaian BP standard itu diketepikan dan surat itu adalah datangnya daripada kementerian sendiri.
Saya tahu bahawa Menteri dan Timbalan Menteri prihatin tentang isu ini, dan saya rasa isu ini perlu diangkat ke perhatian Menteri supaya diambil tindakan yang sesuai kerana salah satu masalahnya lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apabila tender itu diberi kepada syarikat Sabah Oksigen ini, saya sebut namanya. Sabah Oksigen ini telah menggunakan kekerasan kerana katanya, kalau tidak diberi kepada mereka, mereka akan memberhentikan bekalan oksigen serta-merta dan kalau ini berlaku, maka bekalan oksigen kepada hospital akan...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Okey, saya faham Yang Berhormat Kota Belud. Itu kira macam ugutlah. Kita kementerian mana boleh kena ugut. Akan tetapi, apa pun keselamatan pesakit jadi prioriti. Kita akan revisit baliklah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Ya, Kota Belud atau Tuaran?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuaran, minta maaf. Duduk belakang tidak berapa nampak. Yang Berhormat Bachok menanyakan perbezaan di antara Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dengan Bahagian Pendidikan Kesihatan. Ia dua yang berbeza.
Satu yang ditubuhkan di bawah Akta 651, Akta Lembaga Promosi Kesihatan, di mana Yang Berhormat Lenggong duduk dalam lembaga ini, sementara Bahagian Pendidikan Kesihatan ialah di bawah kementerian. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Satu membuat dasar, satu lagi satu platform untuk kementerian bekerjasama dengan badan- badan bukan kerajaan, di mana promosi kesihatan harus dilakukan oleh badan NGO, sementara lembaga hanya menyediakan guideline dan memberi peruntukan secukupnya kepada badan-badan bukan kerajaan ini. Lembaga baru sahaja beroperasi tidak sampai enam bulan. Jadi, beri masa untuk mereka beroperasi secara berkesan melalui amalan sistem korporat.
Yang Berhormat Bachok juga menyatakan bahawa adakah Teleprimary Care dan Total Hospital Information System (THIS) ini lebih diutamakan, jika dibandingkan dengan pembelian ubat-ubat dan alat rawatan. Saya hendak tegaskan bahawa dalam apa jua keadaan, ubat-ubat dan alat-alat rawatan tidak pernah di compromise di kementerian. Ubat untuk rakyat sentiasa cukup. Walau bagaimanapun, kita perlu satu sistem di mana kita perlu lebih efektif dalam mengumpul data. Kita hendak mempermudahkan pesakit mendapat rawatan. Dengan itu, kalau kita datang hospital, antara masa yang diambil adalah untuk mencari kad. Kalau kad ini kita dapat seragamkan melalui Total Hospital Information System, ia memudahkan. Maknanya, dengan hanya bawa kad pengenalan, kita klik, kita dapat semua rekod pesakit tersebut. Jadi mudah.
Kalau dari sudut perancangan di masa akan datang pun, mudah dengan mendapat maklumat-maklumat terperinci melalui sistem teknologi maklumat ini.
Umpamanya, TPC rakyat di Sabah dan Sarawak, juga di negeri Johor, pesakit tidak perlu bergerak antara satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan rawatan pakar. Mana- mana penyakit yang boleh dirujuk melalui teleconferencing antara pakar dengan pesakit, umpamanya pesakit di Sarikei, boleh berinteraksi dengan pakar di hospital Sibu umpamanya.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Jadi, pesakit tidak perlu buang masa atau tambang untuk berjumpa dengan pakar.
Ini adalah perkara yang kita hendak permudahkan sistem penyampaian kepada rakyat.
Yang Berhormat Bukit Mertajam ingin mendapat penjelasan mengenai kes-kes HIV di kalangan wanita, terutama yang sudah berkahwin. Trend jangkitan....
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad
Sekejap lagi. Saya hendak habiskan ini.
Trend jangkitan penyakit HIV yang dilaporkan untuk wanita di Malaysia telah menunjukkan penurunan berterusan. Mulai tahun 2006, bilangan kes HIV di kalangan wanita juga menurun ekoran daripada langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian, bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam masing-masing, iaitu memperkenalkan saringan HIV sebelum berkahwin dan juga kita melancarkan kempen- kempen kesedaran kepada mereka yang berisiko tinggi. Ya, Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berundur sedikit dalam meminta Yang Berhormat Menteri memberikan sedikit reaksi terhadap perkara Yang Berhormat Menteri sebut tentang memperkemaskan atau mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian dari segi perkhidmatan doktor pakar kepada pesakit. Saya mohon mendapat sedikit reaksi daripada Yang Berhormat Menteri di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dua jenis penyakit yang semakin menunjukkan trend peningkatan ialah kanser dan juga sakit jantung. Ini sesuai dengan perkembangan kemajuan masyarakat.
Akan tetapi, fakta yang diberikan kepada saya ialah di Kelantan kita cuma ada dua orang sahaja pakar jantung. Pada ketika kes sakit jantung di negeri Kelantan ini, kalau tahun 2000 jumlahnya 4,400 orang, pada tahun 2007 jumlahnya ialah 5,815 orang, peningkatan yang cukup besar. Itu cuma berdasarkan kepada bilangan pesakit discharge di hospital kerajaan sahaja, pada ketika doktor pakar cuma dua orang. Lebih memeranjatkan ialah bagi pesakit kanser Yang Berhormat Menteri, yang memerlukan pakar onkologi. Tidak ada doktor pakar kanser ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang sedangkan kes-kes yang dilaporkan bagi penyakit kanser ini di Pahang, Terengganu, Kelantan juga menyaksikan trend yang semakin meningkat.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri, kalau boleh terangkan apakah langkah segera yang dirangka oleh kementerian. Kementerian sedar hakikat ini, saya percaya. Di satu sisi kita masalah kekurangan pakar, apakah kerajaan bersedia untuk membawa masuk pakar-pakar asing atau doktor asing ini bagi menyelesaikan masalah yang ada sekarang.
Teleconferencing itu tidak apalah, kita terima sebagai satu yang baik, tetapi yang sekarang ini yang penyakit sedang meningkat, doktor pakar tidak ada bersedia, tidak melakukan satu kelainan dari sudut membuka ruang bagi membawa masuk doktor pakar asing. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya, memang sudah jadi amalan. Kita ada 700 pakar asing yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Malangnya, ia sentiasa tidak cukup. Sebab itu untuk Pantai Timur, kita bercadang hendak buat satu pusat onkologi di Pantai Timur. Begitu juga dengan unit radiologi. Orang Kelantan yang ada di HUSM. Di Hospital Sultanah Zainab II tidak ada kemudahan pusat rawatan jantung macam IJN. Akan tetapi, sekurang-kurangnya kita sudah mula. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan baru-baru ini RM10 juta diperuntukkan di Kuala Terengganu untuk buat invasive procedure umpamanya hendak letak stand atau buat cauterization. Pesakit tidak perlu lagi pergi ke IJN atau Hospital Serdang.
Kita maklum, sambil itu kita secara berterusan menambah pakar. Dahulu 400 sekarang 600 setahun, mulai tahun lepas. Kita jangkakan penambahan daripada 400 kepada 600, penambahan 50 peratus daripada ini akan boleh menampung. Cadangan Yang Berhormat untuk bawa balik pakar atau pakar luar negara berkhidmat memang dalam program kerajaan terus menerus. Cuma saya hendak beritahu Dewan yang mulia, secara global, dunia memang kurang doktor. Jadi, sebab itulah kita berhadapan – It’s a global shortage of doctors. Jadi, kalau kita hendak import doktor pun susah juga sebab negara- negara lain pun kekurangan doktor.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Gelang Patah mohon membina sebuah hospital di Nusa Jaya.
Buat masa ini tidak ada perancangan tersebut, tetapi kita sedang membina lebih banyak pusat-pusat kesihatan. Iaitu Pusat Kesihatan Bukit Indah, Pusat Kesihatan Mutiara Rini, Taman Ungku Tun Aminah dalam proses tender di peringkat JKR, sementara di Taman Universiti sedang dalam pembinaan. Mungkin Hospital Nusa Jaya dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Maran menanyakan sama ada dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita sudah kenal pasti projek-projek yang hendak kita bina. Kekangan kita adalah peruntukan.
Yang Berhormat Sibuti juga bertanyakan mengenai perkara pembinaan klinik di Sepupuk dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun, proses untuk mencari tanah di kawasan Niah dekat Sepupuk sedang dijalankan. Apabila sudah beli tanah, kita akan masukkan projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Sekijang menyatakan kebimbangan mereka tentang penyakit denggi dan Chikungunya yang telah dijawab secara terperinci oleh Yang Berhormat Menteri dalam soalan lisan. Jadi, saya tidak perlu menjawab secara detail…
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bintulu bangun lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai tadi, kata membina hospital ataupun klinik. Saya mahu soal. Ini satu masalah yang dalam kawasan Bintulu. Banyak kali kita sudah persoalkan masalah ini. Klinik Laban ini perlu diambil perhatian. Mengenai isu ini, saya cukup sedih. Kita lihat dalam mesyuarat pembangunan di bahagian, langsung pegawai daripada Jabatan Kesihatan tidak soal mengenai masalah tanah. Selalu kita tanya, dia kata peruntukan tidak ada, peruntukan tidak ada. Hari itu saya sudah jumpa Yang Berhormat Menteri. Menteri kata setuju lulus jalan, tetapi sekarang tiba-tiba kata tanah punya masalah tidak selesai. Saya minta...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya sudah faham Yang Berhormat Bintulu. Untuk Klinik Laban ini pertama dia tidak disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita sudah kenal pasti tapak 1.3 ekar. Kita sedang tunggu perolehan tapak yang akan diluluskan oleh Sarawak Land and Survey.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sudah dua kali rancangan. Satu kali Rancangan Malaysia Kesembilan, satu kali Rancangan Malaysia Kelapan. Pinda ke pinda.
Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad
Dia ....
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Lepas itu...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tidak apalah, saya faham Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Daripada negeri, dia ambil keluar Klinik Laban, betul?
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Faham, faham, faham. Tidak apalah itu.
Di atas arahan Yang Berhormat Menterilah maka kita kena masukkan balik projek tersebut.
Dalam peraturan, kita kena dapat tanah dahulu baru boleh kita bina. Kalau tanah tidak ada, kita tidak ada kepala...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak, masalah dia dalam mesyuarat kenapa dia tidak persoalkan tanah punya masalah tidak selesai?
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tidak apalah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini saya mahu soal.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tidak apa, tidak perlu bertengkarlah. Ini arahan Menteri, pegawai akan ikutlah. Jadi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Lawas.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai bangunan Hospital Daerah Lawas yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh yang sehingga hari ini belum dilaksanakan. Apakah perkembangan mengenai bangunan hospital baru daerah Lawas ini.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Lawas ini spesifik, Tuan Yang di-Pertua Tanah yang dicadangkan adalah tidak sesuai kerana kos untuk menambak tanah itu dekat RM40 juta. Jadi, kita kena cari tanah lain. Terima kasih.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ramai yang berminat. Yang Berhormat, ada dua Ahli Yang Berhormat yang bangun.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Jadi, kalau ada apa-apa yang tidak disentuh...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sikit sahaja.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Saya akan sentuh secara bertulis dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu bermakna Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak beri jawab lagi.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak bagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis, Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Hendak puji sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Penerangan.
Menteri Penerangan - Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja bagi tahun 2009 di Dewan yang mulia ini.
Hanya terdapat empat orang Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian di dalam perbahasan yang menyentuh kementerian kami.
Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh tentang cadangan agar satu forum diadakan bagi membahaskan isu Perlembagaan di negeri Perak. Saya menganggap ini satu cadangan dan pihak RTM akan memerhatikan kesesuaian bagi forum ataupun program yang dicadangkan.
Menteri Penerangan - Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat Tuaran menyentuh tentang satu program yang dinamakan Isu @1, di mana ada ahli-ahli panel yang telah membuat komen mengenai agama lain semasa membincangkan penggunaan perkataan “Allah” dalam Bible berbahasa Melayu. Perlu saya ingatkan di sini bahawa sememangnya ingatan perlu diberi kepada mereka yang mengambil bahagian dalam mana-mana program supaya tidak menyentuh atau membuat komen, apatah lagi komen itu komen yang negatif terhadap agama lain. Ini adalah satu pandangan yang insya-Allah, kita akan ingatkan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Serdang menyentuh tentang perilaku seorang pegawai di pusat media Kuala Terengganu semasa Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Perkara ini perlu saya tegaskan, tentang apa yang dikatakan rasuah politik kepada pengamal media, bukanlah satu amalan ataupun satu perkara yang dipersetujui ataupun diamalkan oleh pihak kementerian. Laporan polis telah dibuat dan kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan seterusnya...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terutama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya membawa pembaharuan citra bagi RTM. Saya banyak menonton TV1 dan TV2. Nampak banyak pembaharuan telah dibawa masuk dari segi penyampaian kandungan dan sebagainya. Sejak saya menjadi seorang ahli politik, saya pun banyak juga mengambil masa untuk mengikuti siaran-siaran hal ehwal semasa di RTM seperti Selamat Pagi Malaysia, Apa Kata Wanita, Warta Perdana, Debat Perdana, Bisnes Malaysia dan 50 Minit Bersama Menteri. Saya rasa, itu adalah kandungan yang telah disiarkan dari segi tampaknya, kita nampak banyak perubahan dari segi citra sejajar dengan zaman yang moden ini.
Sayang sekali, saya baru juga terima berita yang mengatakan salah seorang pengacara ataupun hos bagi rancangan-rancangan yang saya sebutkan tadi telah ditangkap dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada empat hari yang lepas dengan seorang Dato’ K. Apakah reaksi daripada Yang Berhormat kerana Dato’ K itu merupakan KSU Kementerian Penerangan dan juga bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Berita ini telah dipratonton dalam akhbar pada tiga hari yang lepas. Apa reaksi Yang Berhormat?
Terima kasih.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta sekali lagi, siapa yang dimaksudkan dengan pengacara wanita tadi?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Dato’ K itu ialah Dato’ Kamaruddin Siaraf.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Pengacara wanita itu siapa?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Wanita itu berumur 34 tahun.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Ya, siapa dia? Ramai orang yang berumur 34 tahun dalam Malaysia ini.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Zamzarina Zamri.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Okey, buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, beliau pada waktu tersebut berada di London, tidak mungkin ada di Kuala Lumpur. Jadi, ini contoh bagaimana parti pembangkang adalah sebuah parti yang membuat fitnah, buat pembohongan dan menyalahgunakan hak dan kebebasan dalam Dewan yang mulia ini untuk membuat satu fitnah yang begitu besar dan kotor. Ini melambangkan bahawa inilah cara mereka daripada parti pembangkang itu...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau seseorang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai, tidak Yang Berhormat. Yang Berhormat mesti akur kepada peraturan. Yang Berhormat mesti akur kepada peraturan dahulu. Berdiri, kalau diberi kebenaran bercakap baru bercakap, Yang Berhormat. Yang Berhormat, sudah setahun kita menjadi Ahli Dewan, apa perkara yang simple tidak boleh tahu? Akurlah sedikit!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya rujuk peraturan 36(6) di mana Menteri itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Apa yang dikatakan oleh Menteri adalah satu kesalahan, satu tuduhan, satu fitnah yang saya tidak boleh terima dalam Dewan ini sebagai seorang Ahli Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu sahaja, Yang Berhormat?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat satu ruling terhadap apa yang dilakukan oleh Menteri... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey.
Duduk, Yang Berhormat.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Sekarang ini siapa yang membuat fitnah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya buat ruling dulu. Yang membuat penjelasan ataupun kenyataan tadi ialah Yang Berhormat Jelutong. Selepas Yang Berhormat Jelutong membuat kenyataan dalam Dewan kita, sebut kenyataan, Yang Berhormat. Jadi, Menteri kata ini tidak betul, ini adalah satu fitnah. Inilah cara dia. Itu kata Menteri. Jadi, janganlah dikatakan ini satu fitnah, Yang Berhormat. Jadi, saya tidak melihat. Ia hanya satu respons sahaja, Yang Berhormat.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada satu kementerian ataupun jabatannya, ia berhak menyebut benda, barang-barang yang kurang tepat dan kurang betul. Itu sahaja keputusan saya dan tidak ada apa-apa daripada 36(6), Yang Berhormat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, Menteri sebut, “Inilah pembangkang, inilah Pakatan Rakyat membawa fitnah dalam Dewan ini”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, biarlah kita realistik, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak pernah buat tuduhan macam itu, jangan apabila orang lain sebut sikit sahaja kita sudah melenting, tetapi Yang Berhormat sendiri lepas, orang biar macam itu sahaja. Jadi, jangan macam ini, Yang Berhormat. Kita kadang-kadang kalau berperangai baik Yang Berhormat boleh melenting, tetapi kalau Yang Berhormat sendiri yang bersifat kurang daripada itu janganlah cepat- cepat melenting sangat!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya sudah beberapa kali diingatkan dalam Dewan ini oleh Tuan Yang di-Pertua, jangan ungkit yang lama. Ungkit yang present, dengan izin. Jadi, sebab itulah, sebab saya percaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau tidak dengar percakapan saya, Yang Berhormat buat usul di bawah 43, Yang Berhormat. Itu sahaja.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya hanya mengatakan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ya, saya sudah sebut, tidak setuju dengan keputusan saya, Usul di bawah 43. Sila. Yang Berhormat Menteri, saya ingat cukup yang tadi itu.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Ya. Saya rasa jelas bahawa Yang Berhormat telah membuat satu fitnah dan saya tidak wajar untuk menggunakan kesempatan dalam Dewan yang mulia, saya cadangkan buat di luar...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Penjelasan, penjelasan.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Bincang perkara yang sama, duduk di luar dan kalau mereka yang dituduh merasakan bahawa ini tidak benar dan saya kira tidak benar, maka tindakan boleh diambil. Maksud saya, jangan menggunakan kesempatan dengan kebebasan yang ada dalam Dewan untuk menuduh secara kategori, orang-orang yang tidak salah dan ini datang daripada seorang pemimpin dari sebuah parti pembangkang dan seolah-olah dipersetujui oleh semua. Sebab itu saya katakan kalau inilah amalan yang menjadi amalan kepada seorang Ahli Yang Berhormat yang sepatutnya secara terhormat mengeluarkan kata-kata yang lebih baik, dan saya rasa ini mencerminkan pemikiran keseluruhan rakan-rakan Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya tadi cuma minta reaksi daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalaulah berita macam itu dapat disalurkan ke dalam handphone saya, maksudnya SMS begitu telah berleluasa dan setahu saya apabila Yang Berhormat Menteri minta nama yang demikian, maksudnya Yang Berhormat pun sudah dalam keadaan ketahuan mengenai perkara ini, kenapa tidak mengaku...
[Tepuk] Saya cuma minta reaksi. Kalau perkara ini fitnah, apakah tindakan dan langkah- langkah yang telah diambil oleh Kementerian Penerangan untuk memberhentikan sama sekali fitnah yang berlayang-layangan begitu... [Disampuk] Itu yang saya minta.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Yang Berhormat, pembuat fitnah ialah Yang Berhormat Jelutong sendiri. Saya rasa orang ramai tidak tahu ini. Saya pun tidak tahu.
Sebab itu saya tanya siapa dia, sebut namanya. Saya tahu dia ini pegawai yang tidak ada dalam negara. Yang membuat fitnah, yang menyebarkan fitnah, mengambil kesempatan waktu kamera sedang ada untuk seolah-olah perkara ini akan disebarkan seluruh negara selepas ini ialah Yang Berhormat sendiri. Yang Berhormat adalah pembuat fitnah dan ini satu amalan.
Misalnya, kalau hendak cerita apa yang tersebar dalam MMS kah, dalam cell phone dan sebagainya, misalnya ada satu kisah, satu peristiwa yang berlaku kepada Ahli Yang Berhormat daripada parti pembangkang yang disebarkan melalui internet dan sebagainya, kemudian dia buat fitnah, dia katakan Barisan Nasional yang buat. Ini sama juga. Kita tidak sebut pun perkara ini yang membuat fitnah datangnya daripada pihak Yang Berhormat dan Yang Berhormat mengatakan tanggungjawab kami untuk menghapuskan fitnah dan fitnah berlaku di mana-mana dan berlaku setiap masa.
Jadi, sebab itulah saya rasakan perkara-perkara yang begini, menyentuh peribadi orang, tidak menyentuh dasar yang dikaitkan dengan soalan awal tadi sepatutnya tidak digunakan kesempatan pada waktu sekarang untuk ditimbulkan. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Saya rasa cukuplah, Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak tanya, tidak ada dalam soalan asal, tidak sewajarnya dipanjang-panjangkan perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tidak bagi, Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Yang cuma saya ingin pertahankan ialah martabat Malaysia. Yang cuba saya ingin pertahankan ialah citra baru yang telah dibawa oleh RTM. Saya pun banyak mengikut siaran-siaran RTM dan saya bangga citra baru itu telah berjaya diutuhkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kenapa kerana siaran SMS yang asal tidak berasal daripada saya, kalau ia sudah datang dan masuk dalam hand phone saya bermaksud SMS ini telah berleluasa.
Jadi, apakah langkah dan tindakan proaktif yang Yang Berhormat Menteri telah ambil untuk memberhentikan dan membanteras fitnah dalam bentuk SMS ini? Itulah yang saya minta daripada bentuk reaksi. Orang yang minta reaksi sekarang dicam sebagai orang yang membawa fitnah. Tidak adillah saya rasa. Itu bukan satu rangkaian saluran yang layak dipercayai. Tanggapan saya, citra saya tentang RTM mungkin rosak sedikitlah mulai saat dan ketika ini. Terima kasih.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak perlu panjanglah perkara ini kerana ia menyentuh perkara yang ternyata yang membuat fitnah dan fitnah itu kemudiannya hendak dikembangkan. Terima kasihlah kerana memuji apa yang disebutkan citra yang telah dipaparkan oleh RTM. Kalau sekali lagi saya katakan bahawa fitnah berjalan setiap masa, setiap waktu dan setiap tempat. Bukan tugas dan tanggungjawab kami. Saya sendiri tidak menerima SMS yang disebutkan tadi. Saya tidak tahu. Saya tanya Yang Berhormat yang di belakang saya, Yang Berhormat tidak ada menerima. Tidak tahu berapa orang terima. Kalau ada seorang terima, maka dia umumkan dalam Dewan, saya rasa dalam soal ini Yang Berhormatlah sebagai penyebar fitnah, yang saya cadangkan pihak...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
You shoot the messenger ya, Yang Berhormat.
Saya ini terkagum sedikit.
Dato’ Ahmad Shabery Cheek
No, saya rasa ini mengenai peribadi orang yang hendak dikembangkan. Dia sebut orang-orang yang berkenaan. Saya rasa apabila saya sebutkan tidak ada, tidak adalah. Jadi, saya rasa tidak wajar. Ini mengaibkan orang, mengaibkan keluarga dia dan saya rasa kalau Yang Berhormat suka untuk membuat sesuatu bagi mengaibkan orang lain, untuk menyebabkan keluarga orang lain menjadi aib, saya doakan mungkin satu masa berlaku pula pada Yang Berhormat atau keluarga Yang Berhormat. Saya rasa perkara ini sepatutnya kita tidak menggunakan saluran ini untuk kita buat demikian.
Saya tidak mahu ini berlaku kepada sesiapa, tetapi ada wajarnya perkara-perkara yang dikaitkan, ada disebutkan tadi ada sedikit decency. Soal maruah orang kalau boleh kita boleh bincang dengan saya di luar, tetapi bukan digunakan Dewan yang mulia ini dengan penonton yang banyak, dengan Hansard nya yang akan dicatat untuk kita mencari, untuk mengembangkan fitnah yang telah diedarkan. Jadi saya rasa baiklah saya tidak memanjangkan tentang perkara ini.
Yang akhir sekali, tentang apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tentang soal kesamarataan liputan TV. Insya-Allah, kita akan pandang perkara ini dan sudah tentulah mana-mana stesen TV dalam dunia, isu kesamarataan adalah satu isu yang paling subjektif, tetapi yang pentingnya ialah nilai berita. Nilai berita juga adalah sesuatu yang subjektif. Saya serahkan kepada RTM untuk menilai apakah bentuk nilai berita yang perlu disiarkan atau tidak.
Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan dan pandangan mereka. Mana-mana perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya, insya-Allah kementerian akan beri perhatian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Menteri Sumber Manusia.... [YB Menteri Sumber Manusia tiada di dalam Dewan]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Mana Menteri?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Okey, saya boleh gulung.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kinabatangan pun boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya jemput Menteri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa Menteri sendiri ada hadir, tetapi mungkin dia tidak sangka Kementerian Sumber Manusia tidak dapat jawab... [Disampuk] [Dewan riuh] Dia akan hadir sekejap lagi.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Macam mana ini, Tuan Yang di- Pertua, macam mana keadaan ini?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tidak hormat institusi perundangan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Macam ini layak bersidang di bawah pokoklah macam ini.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang itu Shah Alam.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Boleh saya dapat penjelasan?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Kita tangguhkan majlis ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kementerian Sumber Manusia...
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail - Machang
Cemerlang, gemilang, terbilang, Menteri hilang... [Ketawa] [Tepuk]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
BN sudah temberang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita bersidang di bawah pokok kayulah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dan terhilang... [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan hilang kerajaan sudah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Gemilang, terbilang, hilang...
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sebenarnya sudah jemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna oleh kerana Menteri Sumber Manusia mungkin memikirkan Menteri Penerangan banyak jawapan. Inilah kadang-kadang tersilap, Yang Berhormat. Timing itu kita yang cadang, tetapi Tuhan sahaja yang menentukan segalanya... [Tepuk] Saya sekarang jemput Menteri Sumber Manusia.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dia dok tunggu bawah pokok dekat luar kot... [Ketawa] Pergi duduk sama rusakah?
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Budaya itu budaya di Perak sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita sudah ada gelak ketawa sekejap Yang Berhormat. Selepas Menteri Penerangan tadi, kita ada gelak- ketawa. Okeylah Yang Berhormat. Kita mula dengan Menteri Sumber Manusia sekarang.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu minta maaf kerana lewat sedikit. Sebenarnya, saya tidak sangka saudara saya akan habis secepat ini, tetapi saya bagi pihak Kementerian Sumber Manusia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan berkenaan isu-isu yang telah...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kertas pun baru dapat itu... [Ketawa]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Akan tetapi, semua di dalam sini... [Menunjuk kepalanya] Saya tak perlukan.... [Ketawa] Tak perlu. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini. Kementerian saya merakamkan penghargaan ke atas Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan yang bernas dan menyambut baik usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian untuk menangani krisis ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Marang, dan Yang Berhormat Arau telah membangkitkan isu mengenai pengangguran dan pembuangan kerja.
Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini, kelembapan ekonomi yang melanda dunia sekarang telah memberi impak kepada banyak mekanisme...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Belum cakap apa-apa, nantilah.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Penjelasan ini adalah mengenai maklumat apa yang akan diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah ia benar atau honest answer? Ini kerana, nampaknya ada sesetengah maklumat yang akan dirahsiakan daripada kita di sini. Satu jemputan yang telah dikeluarkan untuk memberi taklimat kepada kita Ahli Parlimen daripada pembangkang. Jemputan ini sudah dikeluarkan, kita sudah confirm mahu hadir tetapi jemputan ini ditarik balik. Oleh itu, saya ingin tahu apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri ini adakah the whole truth and nothing but the truth, dengan izin. Kalau ya, the whole truth and nothing but the truth, kenapa ada taklimat yang tidak boleh dihadiri oleh Ahli-ahli Pembangkang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sudah Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya ingin penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Daripada Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang kita telah mencadangkan untuk mengadakan satu taklimat. Akan tetapi, pada hari itu juga Menteri Kewangan akan membentangkan mini bajet, dan ada cadangan-cadangan baru yang mungkin akan menukar segala program yang kita ada atau program-program yang kita sepatutnya memberi penerangan pada hari itu. Oleh itu, kita telah membuat keputusan untuk membatalkan taklimat itu. Benarkan saya meneruskan dengan jawapan saya. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Penjelasan. Pembatalan majlis taklimat itu...
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Barisan Nasional pun batal, bukan pembangkang sahaja. Barisan Nasional pun batal. Duduklah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Semua batal, batal! Kita pun batal juga... [Dewan riuh]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Bandar Kuching pun batal juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Semua batal Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Semua batal. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Lepas saya habis tajuk saya akan memberi kebenaran.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, Yang Berhormat Menteri yang saya hormati, saya hari ini oleh kerana ada kejutan oleh Menteri dan kemudian ketidakhadiran Menteri apabila dipanggil sebelum memulakan ulasan-ulasan dan jawapan-jawapan. Saya mahu tanya kepada Menteri sumpah ataupun oath yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri itu adakah Yang Berhormat Menteri patuh kepada oath itu? Ini kerana, saya sangsi apabila ditarik balik jemputan yang diambil itu.
Kalau betul Yang Berhormat Menteri tidak patuh kepada sumpah yang diambil, Yang Berhormat Menteri tidak layak untuk jawab dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah terangkan. Saya tidak akan membazirkan masa saya di dalam isu ini apabila saya ada isu-isu yang lebih baik dan yang lebih mustahak untuk dijawab.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan komited untuk meminimumkan masalah pengangguran dan pemberhentian pekerja akibat kelembapan ekonomi. Di antara langkah- langkah yang telah diambil dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) mewujudkan Jawatankuasa Tripartite, pemantauan pemberhentian pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri yang melibatkan pihak majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk memantau dan mengatasi impak krisis ekonomi terhadap pekerja yang diberhentikan.
Perbincangan dan maklum balas yang diterima amat berfaedah dalam membantu menangani isu-isu yang berkaitan pengangguran dan pemberhentian;
(ii) kementerian telah menyediakan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja yang dilancarkan pada 16 Disember 2008 di mana tindakan pemberhentian pekerja adalah merupakan langkah yang terakhir diambil;
(iii) sebanyak 80 bilik operasi pemantauan pemberhentian pekerja di semua pejabat Jabatan Tenaga Kerja seluruh negara telah ditubuhkan bagi meningkatkan accessibility mekanisme khidmat bantuan kerajaan kepada rakyat dan sebahagian daripada tugas bilik operasi adalah seperti:
(a) untuk memantau insiden dan laporan pemberhentian pekerja;
Datuk Dr. S. Subramaniam
(b) mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan yang ada di dalam negara;
(c) membantu pekerja diberhentikan mendapat pekerjaan baru;
(d) mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian secara sukarela, pemberhentian sementara dan pengurangan gaji; dan
(e) membantu majikan terlibat untuk mengambil langkah opsyen selain daripada pemberhentian dan memantau secara proaktif kekosongan jawatan di sektor awam, swasta dan menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak majikan.
(iv) selain daripada itu, kementerian pun telah mewujudkan community based employment support services di semua 80 pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara dan di 27 buah Institusi Latihan Perindustrian untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerjaya serta menempatkan pencari kerja dalam pekerjaan. Selain itu, kios Community Employment Support Centre akan ditubuhkan di tempat-tempat tumpuan awam di seluruh negara;
(v) untuk menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan atau Jobs Placement Programme dua kali sebulan di 15 lokasi seluruh negara, dengan menyediakan kemudahan bagi majikan mengadakan temu duga terbuka sempena pelancaran serentak program ini di Shah Alam, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Johor Bahru, baru-baru ini iaitu pada hari Sabtu yang lalu.
Seramai 1,747 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan, manakala seramai 902 pencari ditawarkan untuk mengikuti program train and place; dan
(vi) untuk melaksanakan Program Latihan dan Penempatan atau Train and Place bagi pekerja-pekerja yang diberhentikan, belia dan siswazah menganggur untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran kerja...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Mereka yang terlibat... [Disampuk] Lagi satu para, lepas itu saya akan panggil Yang Berhormat Kuala Langat. Yang membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan semasa. Mereka yang terlibat perlu mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia sebelum diberi latihan dan seterusnya dibuat penempatan. Bagi pekerja yang terlibat dengan pemberhentian sementara, pihak kementerian akan melaksanakan Program Train and Retain dalam bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri. Melalui program ini, kerajaan berharap kos operasi majikan dapat dikurangkan dan pekerja dapat bekerja semula dengan majikan asal selepas tamat tempoh latihan. Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri. Daripada penjelasan Menteri tadi, saya nampak tidak menyentuh langsung tentang peranan pekerja asing yang mana di bawah seksyen 60M jelas mengatakan bahawa haram di retrench pekerja tempatan dan pekerja asing dikekalkan, itu yang pertama.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Keduanya, kalau dilihat dari sudut percentage, pengangguran 2008 ialah 3.2 peratus. Sekarang, unjurannya menunjukkan hampir kepada 6 peratus daripada longgokan pekerja pengangguran. Kalau diambil keluar pekerja asing dalam dua sektor, pembuatan dan juga pertanian, dipinggirkan dan dimasukkan pekerja tempatan, saya kira antara 100 ribu hingga 200 ribu penganggur itu akan dapat diselesaikan. Saya agak begitu keliru dengan latihan yang diberikan. Apakah latihan itu memungkinkan mereka yang telah dibuang kerja itu menjurus kepada pengambilan kembali kerja asal mereka atau menambah ilmu dari segi teknikal itu sendiri. Saya mohon penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat bahawa kalau kita boleh menempatkan atau menukarkan peluang-peluang kerja, atau memindahkan peluang-peluang kerja yang baru ada dengan pekerja asing kepada pekerja tempatan, ini akan membantu kita dalam menyelesaikan isu retrenchment yang kita hadapi. Ini salah satu daripada program yang telah dikendalikan oleh kementerian. Iaitu kita telah mengenal pasti seperti yang telah diberitahu Yang Berhormat Kuala Langat tadi, pekerja-pekerja asing yang didapatkan tiap- tiap tahun dan cadangan ialah supaya pas kerja mereka tidak dilanjutkan lagi. Selepas itu, untuk mengambil usaha supaya peluang-peluang di situ dipindahkan kepada pekerja tempatan.
Kita telah mencadangkan, proses ini boleh dicapai iaitu pertama, dengan memberi elaun kepada majikan yang menukar dan mengambil pekerja tempatan untuk kerja-kerja yang sekarang dibuat oleh pekerja asing dan memberi sedikit elaun latihan kepada mereka.
Kedua, membantu majikan untuk menukar suasana dan prasarana kerja supaya ia lebih sesuai dengan harapan dan keperluan pekerja-pekerja tempatan, dan untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja tempatan supaya teruskan kerja dalam bidang-bidang yang sebelum ini, di mana mereka tidak mahu teruskan kerja.
Langkah ini satu daripada program utama kementerian dalam usaha untuk memberi peluang-peluang baru di dalam bidang kerja dan saya setuju bahawa kalau kita berjaya dalam usaha ini, ini akan memberi peluang untuk lebih kurang 150 ribu hingga 200 ribu peluang kerja dalam satu tahun untuk pekerja-pekerja kita. Ini adalah satu usaha.
Ketiga, tentang latihan. Semua latihan ini yang kita luluskan ialah latihan yang telah memberi jaminan bahawa ada peluang kerja. Iaitu kalau seseorang membuat cadangan untuk membuat latihan, mereka akan memberi jaminan kepada pihak kementerian ini berkaitan dengan peluang-peluang kerja yang sedia ada. Majikan-majikan yang memerlukan tenaga kerja itu akan memberi surat bahawa mereka menawarkan peluang-peluang kerja ini dan sebaik sahaja habis latihan ini dibuat, pekerja-pekerja yang sudah mendapat latihan ini mereka akan terus diserap di bawah majikan-majikan tersebut.
Keempat, untuk pekerja yang masih kerja dalam satu-satu industri, tetapi industri ini sekarang mempunyai kerja yang kurang dan mereka tidak boleh berfungsi dengan sepenuhnya dan pekerja-pekerja yang dulu bekerja untuk 8 jam sekarang cuma bekerja untuk 4 jam sahaja. Di dalam keadaan ini, kita telah mencadangkan pekerja-pekerja ini pun boleh mendapat latihan. Latihan ini berkaitan dengan industri asal untuk meninggikan kemahiran mereka dalam bidang-bidang itu dan itu pun akan membantu mereka mendapat sedikit elaun yang akan menambahkan pendapatan mereka. Oleh itu, kita sedang menghadapi isu ini dari pelbagai segi. Salah satu daripada isu berkenaan adalah seperti berikut:
(i) macam mana kita boleh mengambil peluang daripada pekerja- pekerja asing;
(ii) untuk memberi latihan kepada mereka yang buat kerja sementara; dan
(iii) yang sudah di retrench dengan sepenuhnya.
Melalui program-program ini, saya harap kerajaan boleh mencapai tujuannya.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu kerajaan telah memutuskan supaya pengambilan pekerja asing di sektor...
Tuan Charles Santiago - Klang
Minta laluan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Beberapa anggaran telah dilontarkan dalam dua bulan ini mengenai beberapa pekerja yang akan hilang kerja di Malaysia sehingga akhir tahun ini. Satu anggaran mengatakan bahawa 100 ribu orang pekerja akan hilang kerja. Satu anggaran lagi ialah 600 ribu pekerja yang akan hilang kerja dan yang extreme number, anggaran ialah satu juta pekerja akan hilang pekerjaan mereka di Malaysia. Akan tetapi, daripada senarai yang telah diberikan oleh pihak Menteri mengenai cadangan untuk mengatasi masalah ini, saya tidak begitu convince bahawa the solution to the problem has been put forward.
Misalnya, isu pertama yang mesti kita hadapi ialah bagaimana kerajaan boleh menolong khususnya, firma-firma Small and Medium Industries atau Industri Kecil dan Sederhana supaya mereka tidak melepaskan pekerja-pekerja mereka. Inilah cara yang dibuat oleh Eropah dan Australia, bagaimana kerajaan menolong small and medium industries. Dalam kes Malaysia, 65 peratus daripada pekerja-pekerja di Malaysia kerja di Small and Medium Industries.
Di Australia, New Zealand dan juga di England sekarang, kerajaan cuba untuk menolong SMI ini supaya mereka tidak pecat pekerja, retrench pekerja dan juga untuk melepaskan pekerja. I am also not convinced about re-training. Pekerja-pekerja yang selalu dilepaskan bukan pekerja-pekerja yang umur dia 20 tahun, yang dipecat itu 45 tahun hingga 50 tahun. What kind of training are you looking at? I mean it makes no sense and this training has been done already dengan izin, in 1997 apabila 8,000 workers telah hilang kerja mereka dan mereka pun pergi re-training, tetapi re-training apa, Microsoft Word dan sebagainya. Itu bukan re-training. It’s a waste of time. So what is the re-training are you talking about?
Selepas analisa mengatakan bahawa kegawatan ekonomi, the pick-up will take place sometimes in 2007, 2010 or 2011. Pada masa itu, teknologi akan bertukar. So macam mana kita boleh bentuk satu senarai re-training di mana pekerja-pekerja yang akan dikeluarkan iaitu 40 tahun, 50 tahun dan sebagainya dapat pekerjaan selepas itu? This is the challenge. I think the re-training concept that I’ve heard, dengan izin, is a waste of time.
Pardon my bluntness on this matter but that’s the fact. Terima kasih. Minta penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha untuk small and medium industries untuk menambahkan produktiviti dan pengeluaran mereka serta menurunkan kos mereka, ini adalah satu perkara yang akan dijawab oleh Kementerian Kewangan dan kementerian-kementerian yang lain, yang secara langsung berkaitan dengan industri. Usaha yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia ialah cara-cara untuk menangani masalah mereka yang telah menghadapi kesusahan dari segi pemberhentian secara tetap atau secara sementara. Untuk menjawab soalan yang ditanya tentang latihan yang diberi, semua latihan yang diberi ada dua tujuan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Satu, tujuan ialah untuk meninggikan kemahiran mereka di dalam bidang-bidang yang amat diperlukan. Iaitu bidang-bidang yang berkaitan dengan industri itu, yang akan menambah produktiviti pekerja dan produktiviti industri pada masa sekarang dan apabila kelembapan ekonomi kita sudah pulih balik ke keadaan biasa atau sedang jadi lebih baik.
Ia ada mempunyai satu pandangan jangka masa. Pada masa yang sama, melalui latihan- latihan ini kita akan memberi atau menyediakan elaun kepada mereka yang mendapat latihan ini. Ini akan menambah pendapatan mereka dan mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mereka.
Cadangan-cadangan yang lain iaitu untuk memberi mereka seperti gaji tambahan oleh kerajaan dan sebagainya. Kita telah fikir tentang hal ini. Akan tetapi, kita telah menghadapi pelbagai jenis masalah di dalam pelaksanaannya. Kalau kita memberi gaji secara tambahan kepada satu-satu sektor sahaja, maka ada beberapa sektor lain termasuk sektor informal dan mereka yang membuat perniagaan sendiri. Mereka yang ada di dalam dan di luar bandar yang menjadi petani dan sebagainya, yang semuanya telah menghadapi kekurangan pendapatan. Semua pihak, kita akan mewujudkan pembayaran secara langsung.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Oleh itu, kerajaan telah membuat satu keputusan.
Iaitu segala bantuan yang kita beri kepada pihak-pihak yang menghadapi retrenchment ialah melalui bantuan, satu, yang memberi latihan meninggikan kemahiran mereka kerana ini boleh ditumpukan kepada golongan tertentu yang menghadapi retrenchment dan bantuan-bantuan lain untuk SME, pihak pertanian dan golongan-golongan tertentu akan dibuat melalui kementerian-kementerian lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, ada dua orang bangun, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pasir Salak dengan Kuala Langat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan latihan yang disebut sebagai satu kaedah untuk membantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, isu yang berbangkit bukannya persediaan untuk tenaga kerja menghadapi masa apabila ekonomi pulih. That’s not the issue, dengan izin, isu atau persoalannya ialah bagaimana hendak membantu tenaga kerja yang dibuang kerja.
Maknanya, dalam keadaan susah dua tiga tahun ini, apabila berlaku, bagaimana kita hendak membantu mereka. Adakah dengan kursus yang diberikan itu, satu macam pekerjaan, mereka mendapat bantuan kewangan atau elaun. Itu cara membantu mereka.
Kita tidak bercakap soal persediaan untuk produktiviti masa depan. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, apa benda yang kita hendak tingkatkan produktiviti? Increase in productivity bermaksud untuk pengeluaran yang lebih besar. Apa pengeluaran yang lebih besar yang hendak dikeluarkan kalau permintaan tidak ada? Dalam satu keadaan ekonomi yang meleset, demand atau permintaan kepada barangan dan perkhidmatan menurun.
Jadi, dengan sebab itu apabila menurun permintaan, di mana dapat kita gunakan dengan izin, increase in productivity? Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri, saya agak bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Klang. Iaitu pastikan bahawa program dan latihan ini benarkah ia akan memberi pertolongan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita ini. Kalau sekiranya tidak, forget it, dengan izin. Gunakan peruntukan yang beratus juta itu dalam bentuk job creation, iaitu pewujudan peluang pekerjaan sendiri. Contohnya, bertanikah, menternakkah dan berniaga sendirikah. Beri mereka modal. Gunakan duit yang beratus juta untuk training itu kepada mereka sebagai modal untuk mereka berniaga sendiri. Mereka tidak perlu mendapatkan pekerjaan daripada mana-mana pihak. Ini boleh dilakukan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat perspektif yang jelas berhubung dengan perkara ini. Kalau tidak kita membazir sahaja dari segi wang dan kita tidak menyelesaikan masalah untuk membantu mereka ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, sekali, Yang Berhormat Menteri. Boleh? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Saya bersetuju sangat. Kali ini sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak tentang beberapa perkara yang dibangkitkan tadi. Satu, saya melihat daripada sudut undang-undang. Di bawah seksyen 60J ada mengatakan bahawa apabila renti Kerja Sementara dibuat, mereka perlu diberikan pampasan mengikut setahun, dua tahun, dua ke lima tahun dan lima tahun ke atas, dua puluh hari bekerja, kali berapa tahun mereka bekerja. Persoalan saya jelas. Berapa banyak syarikat yang gulung tikar, yang tidak bayar duit itu? Adakah kementerian bersungguh-sungguh untuk mengambil tindakan kepada mereka ini? Sekurang-kurangnya, wang ini dapat digunakan untuk perbelanjaan seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang keduanya, saya melihat apabila kita sudah buang orang ini bekerja, sudikah Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia merayu kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, supaya mereka ini tidak dikenakan cukai? Wang ini boleh dimikroekonomikan, di mana mereka boleh aktifkan duit ini. Buatlah pisang gorengkah atau burgerkah. Ini menambahkan satu modal yang secara tidak langsung mengurangkan beban kerajaan.
Yang ketiganya, saya cukup berminat sekiranya Yang Berhormat Menteri konsisten di bawah retrenchment fund, yang mana kalau setiap majikan dan pekerja dikenakan RM1, sesuai di bawah seksyen 25 Akta Pekerjaan 1955, yang membenarkan kita berbuat begitu dan sekurang-kurangnya beban kerajaan ini dikurangkan dan permainan atau game di antara majikan dengan pekerja itu dapat kita aktifkan melalui tabung ini.
Saya kira ini sudah menyelamatkan apabila pekerja itu dibuang. Saya mohon komitmen daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hendak bagi Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, sekali. Terima kasih. Saya juga hendak puji Yang Berhormat Pasir Salak dengan pendirian yang cukup mantap. Saya hanya ingin...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kalahlah.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Satu observation, dengan izin. Saya lihat tadi apabila Yang Berhormat Menteri sebut, kalau kita hendak kurangkan pekerja-pekerja asing supaya membuka ruang untuk pekerja tempatan. Akan tetapi, ini kita harus ingat, dengan isu latihan tidak wujud kerana pekerja-pekerja asing kebanyakannya dalam low skill, dengan izin, dengan sektor yang kurang kemahiran. Isu kemudian, kita kata kita hendak latih pekerja-pekerja kita untuk mengambil kerja-kerja yang dikosongkan oleh pekerja asing.
Ini adalah satu kontradiksi. Sebenarnya, latihan ini bukan memberi kemahiran. Kalau ada latihan, latihan itu hanya mengubah sikap. Kalau kita kata graduate tidak dapat kerja dan kita hendak dia buat dalam plantation, ini bukan isu latihan. Isunya ubah sikap. So, saya tidak nampak. Kalau kita tidak ada satu evolution, satu sistem mengkaji balik semula latihan-latihan ini, kita tidak dapat mewujudkan lebih banyak pekerja.
Satu isu yang kita konsisten bawa baru-baru ini ialah retrenchment fund, isu bantuan untuk pekerja-pekerja yang menganggur. Masalah dalam kegawatan ekonomi, selain daripada dapat pekerjaan ialah untuk meneruskan hidup, dapat survive. Kalau mereka tidak ada keupayaan untuk spend, ekonomi kita juga akan jatuh. Oleh itu, saya harapkan Menteri memberi tumpuan yang betul dalam isu latihan ini. Jangan selalu kita kata latihan-latihan, tetapi akhirnya latihan tidak membawa ke mana-mana. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang beberapa isu. Saya daripada awalnya mahu memberitahu, kementerian memang sedar bahawa kita tidak mahu membazirkan apa-apa peruntukan yang telah disediakan di dalam mana-mana usaha yang tidak mendatangkan hasil, dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi pada masa sekarang. Oleh itu, apa-apa program yang telah dicadangkan akan dapat mencapai hasratnya. Satu, untuk bantu pekerja-pekerja di masa sekarang dan pada masa sekarang, menggunakan peluang yang ada untuk meninggikan taraf kemahiran di kalangan pekerja kita.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Seperti yang saya bagi tahu tadi, kebanyakan latihan tertumpu kepada kemahiran yang diperlukan oleh industri-industri tertentu yang akan membuka peluang-peluang kerja untuk mereka. Tentang bantuan untuk memberi peluang supaya seseorang pekerja boleh membuat perniagaan sendiri atau membuka pertanian dan sebagainya, perkara ini telah diberi tumpuan oleh kerajaan keseluruhannya. Ada program-program tertentu yang di bawah kementerian-kementerian yang lain untuk memberi bantuan kepada pembangunan keusahawanan dan ...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berhubung dengan kemahiran. Saya melihat dan saya hairan kenapa negara lain, negara Eropah, negara maju boleh melahirkan pekerja dia bukan nampak kolar putih macam biasa juga. Contohnya sekuriti atau keselamatan. Di Eropah, pegawai keselamatan dia segak, rambut dia terurus, baju dia kemas, kasut dia berkilat, bertali leher lagi. Tempat kita keselamatan dia, sekuriti dia kadang-kadang tidak ada gigi, janggut tidak teratur, kumis lintang pukang, rambut huru- hara. Macam mana ada pasaran?
Tidakkah kementerian cuba melatih pemegang-pemegang lesen sekuriti kita melatih pekerja mereka, disiplinkan mereka dengan gaya yang segak, profesional baru ada pasaran. Ini macam mana kita? Sudahlah badan kurus kering, macam penagih dadah jadi sekuriti, curi sana, curi sini. Ini kena ambil perhatianlah. Kita jadikan industri sekuriti kita sebagai satu negara yang boleh memproses pegawai keselamatan yang bertaraf dunia, boleh eksport di mana-mana. Minta pandangan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan.
Saya mempunyai pandangan yang sama seperti Yang Berhormat Kinabatangan di dalam hal ini. Salah satu daripada bidang di mana kita sedang beri tumpuan pada masa sekarang ialah bidang keselamatan, di mana bidang keselamatan ini ialah satu bidang di mana kita mahu re-orientate bidang ini dengan menambahkan kemahiran pegawai-pegawai yang bekerja di situ, dengan memberi mereka kemahiran di dalam pelbagai bidang supaya mereka menjadi multi skill. Melalui ini, mungkin gaji mereka akan naik dan ini akan jadi satu tarikan kepada pekerja-pekerja tempatan. Ini juga akan mewujudkan peluang-peluang kerja kepada pekerja tempatan.
Itulah apa yang dimaksudkan tadi apabila saya sebut bahawa kemahiran akan mewujudkan peluang. Contohnya, kita ambil bidang restoran. Di bidang restoran, sebab mengapa pekerja-pekerja tempatan tidak minat kerana kerja yang pada masa sekarang, suasana di bidang restoran tidak memberi peluang untuk pekerja-pekerja tempatan dari segi jenis, masa dan suasana kerja. Kita mahu tukar sikap itu dengan memastikan bahawa mereka yang akan kerja di situ mempunyai kemahiran yang lebih tinggi, dan pihak majikan pun akan diberi bantuan untuk menukar sikap mereka dan suasana kerja supaya suasana ini akan menjadi lebih sesuai untuk pekerja-pekerja tempatan. Ini akan menarik pekerja- pekerja tempatan untuk bekerja di dalam industri tersebut.
Oleh itu, apabila saya sebut latihan ini mengambil kira semua perkara ini, apabila kita mahu memastikan bahawa bidang-bidang yang terdahulu ini sudah menggunakan pekerja-pekerja asing, sekarang kita mahu pekerja-pekerja tempatan yang bekerja di situ.
Bukan sahaja peluang disediakan, tetapi kerja itu kena ubah, kemudahan kerja itu kena ubah, majikan kena ubah daripada sikap minda mereka dengan penukaran dari segi ini.
Maka beberapa bidang yang sekarang dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing, boleh ditukar supaya pekerja-pekerja tempatan boleh kerja di situ.
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Can I answer all these first? Selain daripada itu, kita pun ada memberi program-program di dalam memberi latihan untuk menjadi entrepreneur iaitu usahawan sendiri dan mewujudkan perniagaan-perniagaan kecil. Mereka yang memerlukan nasihat dan latihan dalam bidang itu akan diberi latihan di dalam bidang usahawan. Ini akan dikaitkan dengan pemberian modal oleh agensi-agensi kerajaan untuk bantu segolongan daripada mereka yang telah menghadapi pemberhentian kerja, supaya mereka boleh mula perniagaan-perniagaan sendiri.
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian kepada masalah ini ialah satu penyelesaian holistik di dalam beberapa sektor. Satu, dari segi pekerja asing, dari segi mewujudkan peluang-peluang kerja baru, membantu SMI untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru, membantu meningkatkan latihan dan memberi modal kepada peniaga- peniaga kecil, mewujudkan peluang-peluang untuk membuat part time work.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Kita sedang menyenaraikan semua peluang-peluang kerja part time yang ada di dalam negara kita, akan mewujudkan satu part time regulation yang akan membenarkan pekerja-pekerja supaya bekerja separa masa. Ini pada keseluruhannya akan membantu untuk menambahkan pendapatan. Oleh itu, perkara ini tidak dihadapi di dalam satu segi sahaja. So saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuka minda dan melihat perkara ini dari semua segi.
Tentang retrenchment fund, saya telah menjawab ini di dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali, bahawa kita sudah minta ILO iaitu International Labour Organization untuk buat kajian. Mereka akan habis kajian mungkin di dalam bulan enam ini. Lepas itu, asas kepada pandangan dan cadangan yang diberi daripada ILO, kita akan lihat secara positif tentang retrenchment fund ini. Akan tetapi, kita tidak boleh wujudkan retrenchment fund pada masa sekarang dan tidak akan bantu pada masa sekarang untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang ada pada masa sekarang.
Begitu itu juga untuk unemployment benefit. Kerajaan mempunyai satu pandangan, kita tidak boleh memberi unemployment benefit. Ini bukan satu daripada dasar kerajaan kerana kita ada memberi bantuan melalui kebajikan. Ada bantuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Program Bandar Sejahtera, di mana mereka yang hilang kerja, tetapi di dalam lingkungan kemiskinan iaitu pendapatan mereka kurang dari RM740, mereka layak untuk mendapat ihsan. Bantuan ini disediakan oleh agensi-agensi tersebut. Akan tetapi, untuk memberi unemployment benefit, ini bukan dasar kerajaan. Segala bantuan yang kita beri ialah dari segi memberi peluang kerja, menambahkan employability, meninggikan keupayaan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Ini adalah rancangan yang telah disediakan oleh kerajaan...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Klang atau Yang Berhormat Indera Mahkota?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Indera Mahkota
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak ke belakang sedikit sebab Yang Berhormat Menteri ada bercakap tentang unemployment benefit ataupun faedah-faedah yang mungkin kita cadangkan sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan kemelesetan dan juga kehilangan pekerjaan.
Saya hendak satu penjelasan yang tepat. Apakah persepsi kita atau apakah langkah untuk melihat sebahagian daripada latihan yang kita beri kepada para belia kita, terutamanya untuk ditempatkan di sektor-sektor yang menjalankan kerja atau tugas sebenar atas nama latihan? Mereka ini tidak dibayar gaji, mereka ditempatkan di tempat- tempat atau sektor yang sebenar. Salah satunya, barangkali di hospital swasta dan sebagainya. Ada sesetengahnya di tempatkan di hospital kerajaan pun, dan ditempatkan di situ atas dasar latihan katanya. Sehingga 75 peratus masanya digunakan untuk kononnya ditempatkan di situ sebagai tujuan latihan, mereka tidak dibayar gaji. Apakah pandangan atau keputusan kerajaan terhadap kes-kes begini untuk tujuan keadaan semasa sekarang?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Saya tertarik hati dengan beberapa cadangan yang telah disenaraikan oleh pihak kementerian dan Menteri tadi. Akan tetapi, saya fikir Yang Berhormat Menteri has missed the point of Yang Berhormat Pasir Salak. Cadangan Yang Berhormat Pasir Salak ataupun pandangan Yang Berhormat Pasir Salak ialah entrepreneur support is bagus, kemahiran pun bagus, tetapi untuk seorang pekerja yang hilang kerja pada hari ini, apakah sokongan kerajaan untuk keluarga dia dan dia esok? Macam manakah pekerja itu akan bayar untuk makanan-makanan beliau dan keluarganya, macam mana dia hendak bayar sewa dia dan sebagainya? This is the question.
Tuan Charles Santiago - Klang
Kalau satu pekerja hilang pekerjaannya, tidak apa. Kita boleh solve problem itu dengan senang, tetapi yang takut sekarang ialah beribu-ribu pekerja akan hilang kerja. So, this is a multitude, this is a very huge problem that the government has to face, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. So therefore, cadangan yang telah dikemukakan, yang telah dilontarkan tadi saya fikir does not hit the mark sebab training is for the future, productivity is also for the masa depan. Akan tetapi, untuk pekerja yang hilang kerja itu, dia punya needs itu hari ini, bukan satu tahun daripada sekarang. This is the issue, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, saya minta bersekali. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan ruang sedikit. Saya ke belakang sedikit daripada Yang Berhormat Menteri cakap tadi atas bagaimana hendak mengangkat martabat atau mengangkat keinginan rakyat Malaysia ini bekerja dalam sektor servis.
Saya fikir gaji minimum itu satu tajuk yang cukup relevan untuk mengangkat keinginan pekerja-pekerja tempatan ini untuk bekerja dalam sektor itu. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju sekiranya dijadikan gaji minimum itu prasyarat kepada saudagar-saudagar ini untuk memberikan gaji yang minimum? Sekurang-kurangnya, di atas sikap itu akan menarik minat rakyat Malaysia ini bekerja dalam sektor itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Keduanya, saya masih lagi keliru dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu retrenchment fund ini. Yang susah sangat itu fasal apa? Kita tidak perlulah ikut pattern barat kah apa. Kita sudah ada seksyen 25 yang mengatakan boleh kita buat retrenchment fund. Why do you want to drag it so long? Sudah enam bulan berlalu, bergelanggang, bersilat lamanya kita untuk mencari penyelesaian, tidak bolehkah kita buat satu usul ambilkan RM1 pekerja, RM1 majikan? Kerajaan pam setengah bilion kah satu bilion untuk melangkah ke arah retrenchment fund yang wajib. Sekurang-kurangnya, apabila kena buang sepuluh tahun akan datang, empat bilion itu boleh kita atur dan agihkan kepada kaum pekerja yang terlibat, yang mana Yang Berhormat Pasir Salak cakap tadi.
Bagi mereka berdagang sendiri.
Saya tidak nampak kenapa sukar sangat, Yang Berhormat Menteri. Tolonglah, ini melibatkan 11.3 juta kaum pekerja yang kita hendak tanggung ini nanti. Esok masalah lain yang timbul nanti. Saya minta mesti seriuslah. Jangan hendak tunggu bulan enam, bulan apa, sekarang boleh buat. Kuatkuasakan di bawah seksyen 25 Akta Kerja 1995. Buat, tidak buat kena tangkap, saman RM20,000 habis cerita. Jadi, benda itu disegerakan kerana keadaan mendesak. Yang Berhormat Menteri, saya minta sangatlah Yang Berhormat Menteri, komited benda ini betul-betul. Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, minta sedikit laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong cadangan Yang Berhormat Kuala Langat iaitu penubuhan satu tabung retrenchment ataupun pembuangan pekerja ini, daripada duit yang beratus juta itu digunakan untuk latihan yang hanya menguntungkan training providers.
Training providers, dengan izin, merekalah yang mengaut keuntungan daripada tabung ini. Ini berlaku dalam tahun 1998 dahulu. A few hundred million ringgit, dengan izin, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, waktu itu training providers tumbuh macam cendawan tumbuh. Buat pusat latihan di merata atas kedai di Kuala Lumpur ini. Kita tahu ada pihak-pihak di dalam Kementerian Sumber Manusia yang bersekongkol, bersepakat dengan mereka untuk mendapatkan, memberikan mereka ini keuntungan yang begitu besar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya rasa yang lebih tepat dan lebih direct, lebih terus memberikan pertolongan ialah dengan sebagaimana yang dicadangkan tadi. Iaitu salah satunya, mengadakan retrenchment fund ini. Mungkin satu bilion, dua bilion tidak ada apa salahnya.
Mungkin untuk tempoh atau tiga tahun sahaja. Selepas itu, mereka akan bekerja semula.
Mereka boleh bayar balik, boleh bayar balik! Apa ada masalahnya? Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan tentang benefit, iaitu bantuan yang akan sampai kepada pekerja. Di dalam semua skim latihan yang kita cadangkan, pekerja akan mendapat allowance. Contohnya, pekerja yang hilang kerja iaitu yang sudah retrenched, semasa mereka mengikuti satu latihan, mereka akan diberi allowance yang daripada RM500 sampai RM800 satu bulan berasaskan kepada saiz keluarga mereka.
Ini adalah salah satu daripada bantuan yang akan pergi secara langsung kepada pihak pekerja. Tentang pemberian secara direct, perkara ini kita sudah bincang sepanjang luas di dalam pihak kementerian dan dengan pihak-pihak kementerian yang lain. Walaupun nampaknya senang pada masa sekarang, kalau kita memberi kepada satu-satu sektor, ada banyak sektor di dalam negara kita, di mana ada semua yang menghadapi kekurangan pendapatan. Apa-apa cadangan yang kita buat, mesti mendapat penyelesaian kepada semua sektor mereka termasuk formal, informal, self employed, businessman dan sebagainya. Semua orang sudah menurun pendapatan mereka.
Kalau satu-satu sektor sahaja yang diberi bantuan ini, manakala ini akan mewujudkan persoalan di dalam kalangan yang lain, mengapa satu pihak diberi bantuan manakala pihak yang lain tidak diberi bantuan? Jadi, ini menjadi isu kepada kerajaan dan kita kena mengkaji cara yang betul dan membuat satu pendirian supaya perkara ini boleh ditangani secara baik.
Tentang retrenchment fund, apabila kita membuat satu keputusan untuk mula dan bergerak dengan satu retrenchment plan, kerajaan mesti memastikan perkara ini kukuh dan boleh diteruskan sepanjang masa. Itulah sebabnya ia memerlukan kajian. Bukan ini satu perkara untuk dibuat satu penyelesaian kepada satu masalah untuk satu masa yang pendek. Ini untuk satu jangka masa.
Oleh itu, ini memerlukan kajian dari segi actuarial service, untuk tengok bilangan kerja, bilangan kemungkinan pengangguran, kemungkinan retrenchment, berapa ratus yang kena dibayar dan adakah sistem yang kita wujudkan sesuai. Itu sebab kita memerlukan kajian. Oleh itu, mengapa kita telah memilih ILO untuk buat adalah kerana mereka mempunyai kepakaran di dalamnya. Mereka akan membuat cadangan asas kepada keperluan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kerajaan telah memutuskan supaya pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan terutama di subsektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan. Sebagai galakan kepada majikan, kerajaan telah membuat keputusan supaya baki levi pekerja asing yang diberhentikan sebelum tamat tempoh kontrak akan dikembalikan kepada majikan, manakala sebagai insentif, jaminan bank akan dipulangkan secepat mungkin kepada mereka. Kita berharap ini akan menggalakkan lebih banyak majikan supaya sudi memberhentikan pekerja-pekerja asing yang kerja dengan mereka...
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan? Baik, Yang Berhormat.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan pekerja asing dan kaitannya juga dengan latihan, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang laporan media baru-baru ini, yang semua media menggunakan perkataan majlis graduasi beberapa orang tenaga kerja daripada luar, yang semuanya dari negara India yang terdiri daripada golongan artis, golongan-golongan agama yang telah diberikan satu pendedahan semacam orientasi induksi, pendedahan terhadap budaya dan keadaan di Malaysia sebelum mereka masuk ke dalam pasaran. Ini yang saya baca dalam media.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Saya ingin tahu, sudah tentulah program yang sebegini melibatkan kos latihan kepada pekerja luar yang tadi. Kalau untuk anak tempatannya, retrenchment fund masih lagi sedang didebatkan. Unemployment benefit kalau dilihat daripada jawapan Menteri tadi tidak akan diadakan, tetapi kenapa kos yang sebegini boleh dibuat kepada tenaga pekerja luar? Diberikan kepada mereka pendedahan tentang budaya negara sebelum mereka masuk ke dalam pasaran kerja, dan persoalan saya satu lagi adalah adakah program begini akan diperpanjangkan kepada semua pekerja luar yang hendak masuk bekerja di pasaran tempatan supaya mereka dapat didedahkan dahulu tentang budaya dan sebagainya supaya tidak timbul macam di Johor baru-baru ini, pekerja makan anjing, makan kucing.
Kepala anjing dibiarkan di taman perumahan hingga menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan. Minta penjelasan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Menteri, saya minta sekali. Isu pekerja asing. Saya terkejut apabila paparan akhbar..., minta maaf Tuan Yang di-Pertua, minta izin dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya merujuk kepada dua minggu yang lalu, akhbar daripada Kosmo mengatakan bahawa hampir 140 pekerja asing berlonggok di Sri Damansara. Apabila lawatan dibuat dan sebagainya, siasatan diperincikan, maka syarikat itu telah tampil dan menerangkan penjelasan dalam bentuk daripada perdagangan yang dimaksudkan itu. Soalan saya ialah, Menteri bicaranya tadi macam seolah-olah pekerja-pekerja asing yang kita hendak ambil ini telah diberhentikan dalam sektor pembuatan dan pelbagai sektor.
Namun, apa yang saya lihat ialah masih ramai lagi yang dilaporkan hadir ke negara ini untuk mencari pekerjaan. Saya khuatir dan keliru, berapa, tahap mana percentage nya Kementerian Sumber Manusia bersungguh-sungguh untuk mengatakan kepada pekerja asing, “Kamu diharamkan masuk ke negara ini”, ataupun mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang durjana ini, yang masih lagi mengimport atau mengambil orang asing ini. Apa peranan dia ini?
Saya minta komitmen yang begitu serius, kerana saya melihat tadi banyak kita bicarakan soal kita nak menyekat kemasukan orang asing, lagi banyak orang order pekerja asing ini. Jadi, setakat mana peranan yang telah dimainkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan Menteri Dalam Negeri, sah tidak boleh lagi masuk pekerja asing, tetapi daripada enforcement itu, bagaimana tindakan, percentage yang kita dapat tangkap, ha itu penting dan apa laporan untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat ini pasti kita akan, kalau boleh blacklist atau hukum owner dia. Ha, itu yang penting.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, one second, two sentences sahaja iaitu...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Klang, dengan izin.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ha dengan izin, dengan izin.
Pandangan saya ialah bahawa direct assistance itu adalah penting, dan saya harap kerajaan, khususnya kementerian dapat ulang kaji, review dasar kerajaan mengenai direct assistance, sebab satu cara untuk stimulate atau mengembangkan ekonomi dengan cepat sekali ialah menerusi direct assistance. Ini telah menjadikan experience di seluruh negara dan Malaysia can learn the experience of other countries. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih di atas pandangan itu. Menjawab tentang kos induksi yang diberi ini, kos induksi memang di dalam sektor-sektor tertentu kos induksi diberi contoh di perladangan, diberi oleh majikan tentang induksi, dan ini mengikut kursus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri mempunyai modul untuk kursus-kursus induksi untuk sektor-sektor tertentu termasuk di pembinaan dan sebagainya.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Semasa isu sami daripada India yang diperlukan di kuil-kuil di negara ini, pada satu masa ini mereka diberhentikan, dan ini menjadi satu isu kerana sampai masa sekarang banyak kuil di dalam negara kita masih bergantung kepada sami yang datang daripada India. So masa kita telah bincang untuk membenarkan mereka masuk balik, masa itu Kementerian Dalam Negeri telah membuat satu cadangan untuk menangani beberapa isu yang wujud kerana mereka tidak terdedah kepada undang-undang di dalam negara kita dan budaya di sini, kementerian telah mewajibkan bahawa mereka menghadiri satu kursus yang mereka bayar sedikit.
Satu hari sahaja, tidak ada perbelanjaan tinggi kepada kos induksi ini kerana semua latihan dan taklimat diberi oleh pegawai-pegawai daripada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan mereka memahami tentang undang-undang dalam negara kita, apa yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tidak boleh buat, apa kewajipan mereka dan untuk bantu supaya mereka tahu tanggungjawab mereka semasa mereka ada di dalam negara ini. Itulah sebab kita mengadakannya. Saya mengambil secara baik pandangan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan sikit lagi Yang Berhormat Menteri. Okeylah Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, tentang sami- sami semua mengisi kekosongan yang ada di kuil-kuil India ini, elok juga daripada kita bergantung kepada sami-sami yang lain. Saya rasa, tetapi...
Seorang Ahli
Samy Vellu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Samy Vellu pun perlu juga.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pekerja asing yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan juga bagaimana nak membantu, dengan izin, the local retrenched workers atau pekerja-pekerja tempatan yang dibuang kerja. Saya ambil contoh sektor keselamatan. Kita menggaji lebih kurang saya rasa 300,000, almost I think about 300,000 securities from Nepal. Kenapa tidak kita gantikan dengan sekuriti tempatan?
Orang-orang tempatan digantikan. Mereka ini gunakan orang-orang tempatan sebagaimana janji Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu dengan pakaian yang smart, penampilan yang hebat, gaji yang lebih lumayan dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang hendak bekerja sebagai security officer, security assistant, sekuriti itu dan sekuriti ini.
Kita boleh menyelesaikan 300,000 pekerja tempatan yang dibuang kerja. Solve the problem. One sector alone, dengan izin, can absorb hundreds or thousands of retrenched workers. Orientasikan mereka ini bahawa sebagai security officer, sebagai kakitangan sekuriti, ia adalah satu kerja yang baik, lumayan dan menyeronokkan. Satu sektor, saya nak bagi lagi satu sektor. Walaupun kita menghadapi retrenched workers sampai 600,000 lah katakan, sebab ada disebut kemungkinan 10 peratus daripada tenaga kerja akan diberhentikan. Ini bermakna 600,000. Satu sektor boleh absorb 300,000. Jumlah 300,000 lagi daripada sektor perkilangan. Perkilangan dalam negara kita ini menggunakan tenaga kerja luar, saya rasa hampir 400,000, almost 400,000. Send them back. Jumlah 200,000, send them back, dengan izin dan isikan dengan pekerja tempatan dan bekerja dalam kilang-kilang ini gajinya lumayan, tempat kerjanya cantik, indah, selesa dan sebagainya.
Tidak ada sebab pekerja tempatan tidak boleh bekerja dalam kilang-kilang ini.
Sudah 500,000, lain-lain sektor lagi. Mana sektor perkhidmatan yang lain? Shop assistant, dengan izin, dalam supermarket, dalam kedai-kedai juga di hotel-hotel. Apa ini? Ratusan ribu. I think it is about 100,000 or 200,000 foreign workers are working in this sector, service sector yang boleh digantikan dengan pekerja tempatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, bagi sedikit saja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh macam berucap Yang Berhormat, ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak, kalau tidak berucap, dia tidak jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Selepas ini bangun balik Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh bangun dua tiga kali ya? Okey, saya nak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kalau panjang sangat macam berucap pula.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ha, ya lah. Minta maaf, minta ampun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya rasa masalah untuk membantu secara direct pekerja-pekerja yang dibuang kerja ini boleh dilakukan dengan mudah, iaitu gantikan pekerja itu dengan pekerja tempatan. Tamatkan sahaja permit kerja mereka dan hantar mereka balik. Dengan itu, juga kita menyelamatkan billions of foreign exchange duit daripada keluar. Takkan Menteri tidak pandai buat kira ini?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Menteri faham atau tidak?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu jangan ambil serius, saya bergurau sahaja. Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi Yang Berhormat.
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya telah membangkitkan ini beberapa kali di mana sahaja saya pergi dalam kawasan saya, kawasan Kedah Selatan dan juga di Perak di mana ada ladang-ladang kelapa sawit dan sebagainya. Sudah menjadi satu, lebih kurang macam budaya kalau bekerja dalam ladang kelapa sawit itu, mestilah foreign workers, dengan izin.
Jadi, apa yang saya perhatikan, masalah ini timbul kerana gaji yang dibayar kepada mereka adalah satu gaji yang terlalu rendah, kadang-kadang sehingga RM12, RM13 dan sebagainya. Sehinggakan rakan saya, Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan kawasan beliau hanya RM8 sahaja. Jadi, apa yang berlaku adalah rakyat tempatan yang ada di persekitaran kawasan itu, mereka tidak mahu bekerja dalam sektor itu. Ini kerana gaji terlalu rendah dan ini mengakibatkan pengangguran kepada mereka kerana taraf kehidupan pada hari ini lebih kurang RM30, RM40 dan RM50 bagi satu keluarga, kos penghidupan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kos kehidupan Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kos kehidupan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya pun tidak tahu. Ini adalah satu perkara yang berlarutan begitu lama dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil daripada Kementerian Sumber Manusia.
Di samping itu, budak-budak ini dalam lingkungan umur 15, atas 18 ke 30-an, mereka hanya..., satu kerja yang mereka boleh buat adalah duduk diam, menganggur ataupun main bola. Ini sahaja sebab mereka pun tidak dapat lain kerja. Ini adalah sebab kerja-kerja di kawasan mereka semua sudah diambil alih oleh pendatang asing ataupun imported labour dengan izin, yang ada permit dan juga yang tidak ada permit pun diberi.
Jadi, apakah langkah-langkah, kenapa kerajaan tidak mahu mengadakan satu kawalan, satu dasar di mana menetapkan satu siling gaji supaya mereka ini mahu dan dengan rela mahu pergi bekerja? Sebab saya percaya ini adalah kelemahan dalam Kementerian Sumber Manusia, ini saya minta dan satu lagi tadi rakan saya, Yang Berhormat Pasir Salak katakan untuk kerja di tokong, Samy Vellu pun mahu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta jangan. Kalau perlu, simpan Samy Vellu di MIC sahaja. Jangan bawa untuk bekerja di tokong.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak sebut itu tadi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Pandangan Menteri, setuju?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju penuh dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Bukan pandangan you lah, pandangan Yang Berhormat Pasir Salak tadi tentang kegunaan pekerja-pekerja asing di dalam negara kita...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Samy Vellu?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ini ialah pandangan kementerian dan kita di dalam usaha yang sama, ke arah yang sama untuk memastikan beberapa bidang yang sekarang diisi oleh pekerja-pekerja asing. Dengan masa dan penyesuaian yang dibuat, kita boleh lebih menawarkan dan mewujudkan penarikan supaya pekerja-pekerja tempatan boleh mengambil alih peluang-peluang kerja yang ada pada masa sekarang di beberapa bidang.
Berkenaan isu pekerja ladang, gaji mereka ditentukan oleh collective agreement yang telah dipersetujui between kesatuan sekerja iaitu NUPW dan pihak majikan. Mereka bincang tiap-tiap tiga tahun sekali dan tiap-tiap isu tentang gaji asas, gaji price bonus, gaji productivity link, semua dibincangkan dan selepas itu mereka membuat keputusan. Apa yang dibayar oleh majikan ialah berasaskan kepada keputusan yang dibuat, asas kepada perbincangan.
Sekarang mereka di dalam perbincangan iaitu NUPW dan MAPA untuk lihat balik kerana tempoh dahulu sudah habis. Saya berharap selepas itu perbincangan ini akan berhasil di dalam satu keadaan di mana gaji ini lebih sesuai dengan keadaan yang ada pada masa sekarang...
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta maaf sebab menyambung daripada itu. Saya...
Dato' Ismail Kasim - Arau
Potong line itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Baratlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Ipoh Barat dalam Dewan, bukan di bawah pokok.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dari Arau...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita semua tahu bahawa masalah bayaran gaji kepada pekerja-pekerja ladang sangat kurang dan itu adalah sebab di mana kita membenarkan pengambilan pekerja dari luar negara. Akan tetapi, yang rasionalnya adalah kerajaan tidak memberi pertolongan kepada warganegara kita sendiri dengan memberi satu standard, sekurang-kurangnya ada bayaran minimum gaji. Itu akan menyelesaikan perkara ini.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
We cannot run away from the reality, tetapi yang apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa NUPW dan sebagainya, kita semua tahu bahawa berapa peratus yang menjadi ahli, tidak sampai 12 peratus pekerja-pekerja negara ini menjadi ahli kepada NUPW dan sebagainya. Gaji yang telah dan sedang dipersetujui dengan national finance dan sebagainya adalah sebanyak, tidak sampai RM350, not practical dan itulah yang diperlukan. Masalah ini dapat diselesaikan jika ada satu standard formula oleh kerajaan iaitu pembayaran gaji minimum. Kenapa kerajaan enggan mengimplementasikan program ini?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Menteri, saya hendak menyokong sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih yang dikasihi Yang Berhormat Menteri. Lebih kurang dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berhubung dengan soal pengawal- pengawal keselamatan ini. Kenapa ada diskriminasi antara pengawal keselamatan daripada rakyat tempatan dengan pengawal keselamatan yang kita ambil daripada Nepal?
Kononnya, Nepal ini atas dasar mereka ini pernah ada kaitan dengan askar Gurkha yang pernah terlibat dan berkhidmat di negara kita pada satu masa dahulu.
Saya tidak nampak seolah-olah macam kerajaan sudah tidak memberi peluang langsung, malah menganaktirikan pekerja-pekerja tempatan sehinggakan bidang sekuriti ini, bidang kawalan keselamatan ini menjadi pilihan orang-orang yang berumur, orang- orang tua yang memang tidak mampu lagi. Malahan untuk menjaga keselamatan, hanya menjadi tunggul di tempat berkenaan.
Jadi, kenapakah perkara ini tidak diatasi oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kadar yang segera? Tidak perlu tunjuk wajah-wajah kacak di hadapan bank, di hadapan hotel five star, di premis-premis tertentu, cukup dengan rakyat tempatan yang sepatutnya merebut peluang pekerjaan yang banyak lagi yang masih miskin.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, sedikit Menteri, atas membantu Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya, sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, mengimbau kembali sejarah silam 1974, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak ingin mengangkat kaum pekerja dengan menjatuhkan hukum warta, iaitu semua syarikat diwajibkan membayar Cola. Saya kira dengan adanya Cola itu, sekurang-kurangnya membantu sedikit kaum pekerja perladangan yang gaji minimumnya cukup memudaratkan kehidupan. Jadi, saya cadangkan supaya Cola ini Menteri cadangkan balik supaya menjadikan warta wajib, sekurang-kurangnya ia akan membantu dalam pendapatan pekerja itu sendiri. Itu saya minta penjelasan Menteri.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya bangkitkan ini sebelum ini, Menteri. Isu kebajikan perundingan industrial relation discussion ini harus diadakan dalam satu konteks yang kedua-dua pihak harus seimbang kuasanya. Sekarang dengan keadaan tanpa gaji minimum, tanpa kebajikan, menjadikan sektor perladangan ini memang kurang pekerja- pekerja tempatan. Akibat daripada itu, NUPW tidak mempunyai kekuatan seperti yang disebut tadi, tidak sampai 10 peratus daripada pekerja-pekerja ladang ini yang menjadi ahli kepada kesatuan.
Ini adalah satu masalah yang besar, kalau kerajaan tidak mahu mengambil satu sikap yang proaktif untuk membantu. Kita tidak akan harap kesatuan sekerja mempunyai kekuatan yang cukup untuk berunding mendapatkan satu gaji yang munasabah.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini juga kalau kita kata tidak dapat kita tentukan gaji minimum, sekurang- kurangnya kita boleh meminda undang-undang supaya kita membolehkan kesatuan sekerja mempunyai kekuatan yang lebih besar untuk berunding, tolong jelaskan. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, saya kena jawab perkara- perkara yang dibangkitkan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Boleh saya mencelah sedikit?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Saya mahu menjawab. Banyak, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kemudian Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tidak bergerak langsung.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak sampai setengah minit, tidak sampai. Thirty seconds pun tidak sampai.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ada 20 seconds.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Masa 15 saat saya ambil... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan perbincangan di antara MAPA dan juga mereka ini semua, NUPW dan kesatuan-kesatuan ini, tetapi apakah sumbangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, 20 saat sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Habis masa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Injury time. Apakah sumbangan kerajaan? Seharusnya kerajaan menjadi badan yang bertanggungjawab atas pantauan dan sebagainya, dan mereka mesti menyumbang kepada rakyat kerana rakyat itu yang memberi peluang kepada kerajaan ini. Jadi, sumber manusia adalah kementerian yang seharusnya meneliti ini dan memastikan, sebab hari ini kadar kehidupan satu keluarga tidak kurang daripada RM1,000.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Habis masa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau ini tidak boleh, bermakna kita gagal dalam sistem.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, saya faham soalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, banyak lagikah isu yang...
Datuk Dr. S. Subramaniam
Banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Telah dibahas dan perlu dijawab?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Belum, banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya rasa habiskan dahulu isu-isu yang telah dibahaskan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya, ya. Sekarang tentang minimum wage. Kerajaan sedang revisit the issue of minimum wage. Kita berharap agar kita boleh membuat satu keputusan, tetapi sebelum kita boleh kaji itu, ada isu yang lebih besar tentang krisis ekonomi. Oleh itu, pada masa sekarang, memang saya faham segala hujah-hujah yang telah dipanjangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang minimum wage, tentang kebaikan dan sebagainya.
Kerajaan pun sedar dan kita mahu tengok daripada minimum wage sebagai satu langkah yang menyumbang untuk menambahkan peluang kerja. Satu, ia tidak menjadi satu penghalang kepada pelaburan yang datang daripada luar negara. Kalau perkara ini boleh diselesaikan, kita memang sudi minimum wage mungkin akan membantu di dalam meningkatkan lagi taraf pekerja-pekerja di dalam negara kita.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ini supaya kita boleh naik daripada satu negara yang menggunakan tenaga kerja yang mendapat pendapatan yang kurang, kepada satu negara yang menggunakan tenaga kerja yang mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Ini adalah harapan kerajaan dan kita akan terus ke arah itu. Akan tetapi, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tentang pegawai keselamatan...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Saya telah terangkan tadi, salah satu daripada program di dalam kementerian ialah untuk menukar skop dan wajah bidang kerja keselamatan ini supaya dia lebih minat kepada pekerja-pekerja tempatan dari segi outlook, kemahiran dan pendapatan yang diberi. Kerajaan telah mewujudkan Majlis Penetapan Gaji untuk sektor pegawai-pegawai di dalam industri keselamatan supaya gaji mereka pun akan dinaikkan. Saya setuju bahawa ini adalah satu industri di mana kita boleh mewujudkan lebih peluang kerja untuk pekerja-pekerja tempatan.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sedikit Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tentang isu yang dibangkitkan oleh...
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sebelum Yang Berhormat melangkau ke tajuk yang lain. Sedikit sahaja. Boleh atau tidak kerajaan mewujudkan institut latihan untuk pegawai- pegawai keselamatan? Saya kata ini lebih baik dengan syllabus yang kita boleh ikut sama ada Thailand ataupun Indonesia, merupakan antara modul yang terbaik.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ada beberapa pihak yang sudah memulakan latihan di dalam ini berasaskan kepada modul yang telah disediakan dengan kerjasama kementerian saya, dan kita telah menyesuaikan modul ini kepada keperluan di dalam negara kita. Dengan itu, kita sedang menuju ke satu arah untuk memastikan segala pegawai yang bekerja di dalam bidang ini akan mendapat akreditasi supaya mereka mendapat latihan di dalam bidang-bidang yang berkenaan dengan sektor keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa prihatin kepada isu pengangguran, namun fokus masa kini adalah lebih kepada isu pemberhentian dan penempatan kerja kepada penganggur dan pekerja yang diberhentikan kerja.
Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia dari 1 Oktober 2008 sehingga 3 Mac 2009, seramai 11,996 pekerja tempatan telah diberhentikan. Manakala seramai 7,228 pekerja telah diberhentikan secara sukarela atau VSS yang melibatkan seramai 692 majikan. Bilangan mereka yang diberhentikan mengikut gender adalah terdiri daripada 6,249 orang lelaki dan 5,747 orang perempuan. Manakala profil syarikat dan pekerja yang diberhentikan telah pun disediakan bagi urusan penempatan atau job placement. Usaha- usaha bagi menangani kesan kelembapan ekonomi memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sehubungan dengan ini, kementerian saya sentiasa terbuka dan mengalu- alukan sebarang pandangan bernas dan konstruktif untuk menangani cabaran ini, seperti yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan isu tentang Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh kerajaan. Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama yang sedang dilaksanakan, Kementerian Sumber Manusia memberi tumpuan dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di Malaysia.
Untuk program, Train and Place di bawah pakej ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk pekerja yang diberhentikan...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
RM50 juta untuk belia, dan RM70 juta untuk Skim Siswazah Menganggur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Telok Intan, ya.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai kegawatan ekonomi sekarang yang mungkin akan melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu pekerja yang akan kehilangan kerja, adakah kementerian bercadang untuk berunding dengan Kementerian Kewangan untuk satu moratorium atas usaha-usaha pelaksanaan terhadap orang-orang yang tidak dapat membayar balik hutang seperti hutang kereta dan hutang bayar ansuran rumah ataupun tindakan bankruptcy terhadap penghutang.
Oleh sebab beribu-ribu pekerja akan kehilangan kerja, mereka akan terdedah kepada tindakan pelaksanaan oleh bank-bank. Jadi, jika Kementerian Kewangan boleh mengambil satu langkah untuk sementara waktu, menggantung tindakan pelaksanaan atau satu moratorium, ini akan membantu pekerja-pekerja dalam lingkungan masa satu tahun dari sekarang. Sila beri pandangan atau penjelasan. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara ini telah dicadangkan kepada pihak kementerian oleh pihak pekerja di dalam perbincangan kita dan pandangan mereka telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat untuk pertimbangan dan mengambil langkah-langkah. Saya ingat Ahli Yang Berhormat mungkin kena menunggu penjelasan daripada Kementerian Kewangan yang mungkin boleh memberikan keterangan yang lebih lanjut tentang apa yang telah dibuat.
Pekerja yang diberhentikan, siswazah dan belia menganggur akan diberikan latihan kemahiran mengikut keperluan majikan selama tiga hingga enam bulan oleh pusat bertauliah. Setiap peserta akan diberi elaun sara diri iaitu RM500 hingga RM800 sebulan untuk mereka yang sudah berkeluarga dan RM500 bagi siswazah menganggur dan RM300 sebulan bagi belia menganggur. Kerajaan telah merancang beberapa bentuk latihan dalam sektor perkhidmatan. Antaranya, kursus asas perhotelan, tukang masak, juru teknik elektrik, mekanik kenderaan bermotor, penggredan kelapa sawit, penyelia ladang dan lain-lain lagi.
Penyedia latihan yang berdaftar dengan kementerian dan dapat menyediakan peluang kerja akan diberi sokongan untuk turut sama melaksanakan latihan di bawah program, Train and Place. Latihan akan diberi penekanan dalam sektor yang dikenal pasti ada kekosongan dan calon pekerja tempatan sedia menerimanya. Seramai 30,000 orang dijangka akan mendapat manfaat daripada pakej ini dan peserta kursus yang menamatkan latihan akan terus ditempatkan sebagai tenaga kerja.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Bagi membantu syarikat yang bermasalah, kementerian telah memberi pengecualian daripada bayaran levi pembangunan sumber manusia selama tempoh enam bulan, mulai daripada Februari 2009 bagi sub sektor perkilangan iaitu elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian. Pengecualian levi ini melibatkan seramai 1,233 majikan dan dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM40 juta. Ya, Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya minta Menteri masukkan cadangan awal saya, iaitu retrenchment yang dikenakan kepada pekerja itu di waive kan cukai mereka. Keduanya, turun padang di mana syarikat yang bermasalah boleh bagi pinjam ke atas syarikat-syarikat direct kepada syarikat akar umbi itu sendiri. Diminta cadangan itu dipanjangkan kepada Menteri Kewangan dalam bajet suntingan yang akan dibuat pada 10 Mac ini.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat.
Dr. S. Subramaniam
Ha, ya, ya.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi tentang bantuan kewangan dalam bentuk kewangan. Saya hendak mencadangkan dalam usaha kita untuk menjana pertumbuhan ekonomi dalam keadaan sekarang, adalah lebih molek kalau kita gantikan dengan cash voucher. Sekurang-kurangnya, voucher ini ditukarkan dengan barang makanan perlu. Kalau mereka yang berkeluarga, untuk barang makanan. Kalau yang belum berkeluarga, untuk barang keperluan mereka supaya kita dapat tahu mereka ini benar- benar dapat merancakkan lagi pertumbuhan.
Yang keduanya, dalam usaha kita, fokus utama untuk menghadapi kegawatan ekonomi ini, kita hendak merangsang entiti ekonomi dalam masa yang sama kita juga hendak menjana peluang pertumbuhan pekerjaan. Jadi, tidak semestinya kita mewujudkan peluang pekerjaan ini yang banyak, jika kita hanya menumpukan kepada capital intensive industries. Kita hendak tengok kalau boleh yang ada labour intensive. Dalam masa yang sama, ada multiply effect supaya kita dapat wujudkan banyak peluang pekerjaan, dan dalam masa yang sama kita juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Terima kasih.
Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Langat tentang cukai dan pinjaman, dan akan panjangkan perkara itu kepada kementerian bersesuaian. Tentang cadangan Yang Berhormat daripada Jasin tentang menggunakan cash voucher, perkara ini kita sedang kaji. Kalau kita berpendapat perkara ini boleh dilaksanakan secara berjaya ada kemungkinan kita boleh melaksanakan itu.
Saya setuju dengan Yang Berhormat daripada Jasin bahawa dalam usaha kita untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, lebih banyak kerja yang memerlukan ramai tenaga pekerja. Jadi, salah satu daripada langkah-langkah yang telah dicadangkan ialah supaya di dalam sektor awam, kita wujudkan peluang-peluang kerja baharu.
Kerajaan sedang berusaha secara direct untuk memberi peluang kepada lebih daripada 20,000 orang supaya boleh bekerja di dalam sektor awam secara cepat melalui satu fast track mechanism. Oleh itu, inilah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menambahkan peluang kerja di dalam masalah ini. Tentang retrenchment fund, Yang Berhormat Kuala Langat telah bangkitkan, saya pun sudah jawab perkara ini, dan saya ingat saya akan pergi ke topik yang lain. Yang lain ialah tentang pekerja asing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, Ledang, Ipoh Barat, Arau, Putatan dan Kota Kinabalu.
Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian saya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha ini. Kita mewujudkan satu jawatankuasa teknikal antara agensi bagi mengkoordinasi pengurusan kemasukan dan penggajian pekerja asing di Malaysia. Pada masa sekarang, pekerja asing dibenarkan bekerja dalam enam sektor pekerjaan. Iaitu pembinaan, perladangan, pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Kebanyakan pekerja yang dibenarkan bekerja dalam sektor ini ialah daripada pekerja am dan pekerja tidak mahir. Bagi maklumat Yang Berhormat kementerian ini telah mengetuai Jawatankuasa Peningkatan Mekanisasi di sektor perladangan di bawah...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dr. S. Subramaniam
Tunggu sekejap. Di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Tujuan jawatankuasa ialah untuk mewujudkan mekanisme yang terbaik untuk meningkatkan kegunaan teknologi di dalam bidang perladangan.
Kementerian saya pun telah merancang untuk melatih pekerja tempatan untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh pekerja asing apabila permit penggajian mereka tamat dan pekerja tempatan akan diberikan latihan kemahiran yang diperlukan.
Di samping itu, seperti yang saya telah sebut itu, program untuk mengubah minda bagi majikan dan pekerja akan dilaksanakan. Lagi satu langkah ialah kita telah memperkenalkan peraturan kerja separuh masa, iaitu part time work regulations untuk menambahkan lagi sumber tenaga kerja yang ada di dalam negara kita. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya tadi berharap isu berkenaan dengan pekerja asing ini dibawa lebih ke depan sedikit. Akan tetapi, walau bagaimanapun oleh kerana perkara ini telah ditimbulkan, saya mengambil peluang di sini untuk membawa semula isu yang sepatutnya dahulu diharap disebut oleh Kementerian Kewangan, malangnya beberapa hari lepas tidak disentuh langsung berkenaan dengan isu di mana pekerja asing di dalam negara kita sudah beberapa kali diberi peringatan, termasuk oleh Yang Amat Berhormat Menteri kewangan sendiri, bahawa ada satu faktor menunjukkan seolah-olah ekonomi kita under threat, dengan izin, diancam apabila kegiatan pekerja-pekerja asing yang berada di Malaysia ini bukan hanya mencari makan di negara kita, tetapi mereka actively, dengan izin menghantar keluar wang-wang yang sepatutnya kita gunakan untuk rakyat Malaysia, sehingga satu jumlah yang baru dikatakan, sehingga RM19.3 bilion untuk tahun 2009.
Setakat ini, kami tidak mendengar apa-apa langkah drastik ataupun konkrit yang dibentangkan oleh pihak kerajaan, terutamanya pihak kementerian Yang Berhormat, bagaimana kaedah ataupun mekanisme kita hendak wujudkan. Ada satu cadangan yang pernah dibawa dahulu untuk mengenakan sekatan di bawah kadar apungan bulanan. Iaitu mengehadkan jumlah dalam masa satu bulan hanya beberapa jumlah tertentu sahaja boleh dibenarkan di remit keluar.
Namun, ada yang mengatakan bahawa itu adalah hak kepada pekerja itu sendiri kerana wang yang dihantar itu adalah menjadi hak legal atau yang sah kepada pekerja itu untuk dihantar keluar. Namun, sekiranya kementerian Yang Berhormat mempunyai satu pandangan yang jelas dan konkrit, kita harus mengambil tindakan segera memandangkan ekonomi kita under threat juga terhadap jumlah wang yang dihantar keluar ini. Maka kita bolehlah mencapai kata sepakat untuk laksanakan segera perkara ini. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, minta saya bersekata dengan Indera Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua, saya teringat apabila Yang Berhormat Indera Mahkota membicarakan soal bagaimana kita hendak mengawal wang asing ini. Saya teringat seperti mana di Singapura, Menteri dikenakan EPF contribution. Saya rasa, dengan potongan EPF itu dapat sedikit mengawal wang itu keluar daripada negara kita, yang saya lihat ialah dari segi bentuk kawalan apabila usia 50 tahun, baru kita layakkan dia mendapatkan duit dia balik dalam EPF itu sendiri. Kalau itu boleh dibuat, kerana dalam undang-undang negara, EPF ini adalah wajib dipotong. Kalau tidak dipotong, kena denda RM20,000.
Kalau ini dikenakan kepada rakyat tempatan, saya kira kita ambil acuan ini dan kita kenakan EPF kepada semua pekerja asing. Sekurang-kurangnya duit keluar daripada negara tidak berlaku sewenang-wenangnya. Di situ juga kita dapat sekurang-kurangnya mengawal daripada prospek dan hak dia juga dari segi Employment Act yang mengatakan bahawa, pekerja asing ini pun layak menjadi Ahli Kesatuan, the silent on the issue of the legality. Begitu juga dengan hak-hak dia sebagai yang ada dalam Employment Act itu sendiri. Kalau itu yang dibuat, saya bersetuju sangat kalau seksyen 24, Akta Pekerjaan 1955 diterima pakai, iaitu mereka pun dikenakan EPF. Cadangan saya ini kalau boleh dipanjangkan kepada Menteri Kewangan. Tahniah, Menteri Sumber Manusia.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada keseluruhannya, kerajaan mempunyai satu dasar untuk mengurangkan pekerja-pekerja asing yang ada lebih daripada keperluan di dalam bidang-bidang tertentu, di mana perkara ini tidak boleh dielakkan. Itu adalah prinsip yang dipegang oleh kerajaan.
Contohnya pada masa sekarang, kerajaan nampak ada dua bidang. Satu di perladangan dan satu di sektor pembinaan di mana pekerja asing, kita diberitahu oleh majikan dan daripada pihak daripada industri-industri tersebut maka mereka bergantung besar kepada pekerja-pekerja asing.
Di bidang-bidang yang lain, kerajaan tahu dan sedar bahawa dengan usaha, kita boleh mengurangkan bilangan pekerja asing di dalam bidang-bidang itu, dan itulah arah ke mana kita sedang bergerak pada masa sekarang dengan mewujudkan dasar dan mengusahakan cara macam mana kita boleh menukar kerja-kerja ini.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ini supaya mengurangkan mereka daripada 2.32 juta yang ada secara rasmi untuk 1.5 juta mungkin di dalam dua tahun ini. Ini harapan kerajaan. Itulah arah ke mana kita sedang bergerak tentang cadangan yang diberi oleh kedua-dua pihak. Iaitu pertamanya, untuk mengehadkan jumlah wang yang di remit keluar daripada negara kita. Ini adalah satu perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. So, saya serah kepada Kementerian Kewangan untuk menjawab perkara ini.
Tentang cadangan supaya pegawai pekerja-pekerja asing dikenakan untuk dibayar EPF seperti yang dibuat oleh Singapura, perkara ini kita boleh mengambil kira...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat tidak hendak terima ini sebagai threat kepada ekonomi kita.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya, ya. Pandangan Yang Berhormat itu memang wajar, tetapi saya tidak boleh membuat keputusan. Saya cuma boleh panjangkan itu kepada...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Dua hari yang lepas, Kementerian Kewangan juga berkata perkara yang sama. Perkara yang sama juga diajukan, tidak ada.
Sebab itu saya mengharapkan cuma perkara yang ringkas sahaja sama ada kementerian sanggup untuk mengajukan perkara ini dan diambil satu tindakan segera. Sudahlah kita ambil masa lebih daripada tujuh bulan hendak mengakui kita ada masalah kemelesetan ekonomi. Ini pula masalah yang segera kita boleh buat pun hendak bertangguh juga.
Oleh sebab itu, saya kata saya tidak berhajat untuk bercakap dalam nada sebegini. Akan tetapi, semua orang mengakui kita under threat. Ekonomi kita under threat.
Ini soal yang paling ringkas sekali, remit out, remittance keluar. Wang ini adalah kebocoran yang sangat jelas berlaku di hadapan mata. Kalau kita tidak mahu mengambil tindakan, kementerian mana lagi yang kita boleh bergantung harap dalam keadaan segera sebegini?
Terima kasih.
Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang pekerja datang ke negara kita untuk kerja, apabila kita sudah membenarkan dia kerja dan ada satu kontrak di mana mereka layak untuk mendapat gaji dan gaji ini sudah ditetapkan. Gaji yang dibayar adalah duit dia dan mereka mempunyai hak untuk menetapkan secara macam mana untuk menggunakannya.
Kalau kita membuat apa-apa undang-undang dari segi pelaksanaan untuk itu, dari segi remittance bawa masuk dan keluar, ini adalah di dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Bank Negara, bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.
Oleh itu, saya tidak boleh menjawab atau memberi satu jawapan yang tepat tentang pandangan yang telah diberi oleh Ahli Yang Berhormat. Cuma saya boleh memanjangkan pandangan ini kepada Kementerian Kewangan untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Yang Berhormat daripada Gopeng telah membangkitkan isu mengenai kutipan balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK. Saya bersetuju bahawa kutipan ini tidak memuaskan dan sebelum perbadanan ini diperbadankan, iaitu pada 1 Jun 2006, jumlah kutipan bayaran balik pinjaman latihan adalah cuma 18.9 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhannya. Selepas ia diperbadankan, jumlah ini telah meningkat kepada 26 peratus dan kita dalam usaha untuk mengambil tindakan bagi meninggikan lagi jumlah kutipan yang masih tertangguh di dalam tabung PTPK ini. Di antara langkah baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan kutipan ialah:
(i) mengesan alamat peminjam melalui rekod PERKESO, JobsMalaysia dan JPJ;
(ii) menyediakan kaunter kutipan luar semasa karnival pekerjaan, majlis konvokesyen dan mengadakan kemudahan kutipan melalui kaunter Pos Malaysia, CIMBclicks; dan
Dr. S. Subramaniam
(iii) untuk mewajibkan mereka yang membuat latihan iaitu institusi latihan untuk membantu dalam usaha kutip balik duit yang diberi kepada pelatih-pelatih di dalam untuk memastikan bahawa kita akan terus memberi peluang untuk ke institusi ini untuk mendapat pinjaman daripada tabung.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua perkara. Satu, saya ada membangkitkan mengenai perkara ini, iaitu dalam dasar mengambil pekerja-pekerja asing. Sekarang nampaknya Kementerian Sumber Manusia tidak ada kawal selia mengenai perkara tersebut. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dasar dan pengimplementasian dasar itu patut sebenarnya berada di bidang kuasa Yang Berhormat supaya ia lebih efektif dan bukan dengan Home Ministry. Itu satu.
Keduanya, iaitu baru-baru ini Yang Berhormat telah mengatakan bahawa ada penyelewengan di SOCSO, di mana ratusan orang tidak dibayar ganjaran atau pampasan.
Saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, dua tahun dahulu semasa PAC Meeting, di mana pengarah-pengarah dari SOCSO telah datang dan kita telah memberi pandangan- pandangan kepada mereka, tetapi nampaknya tidak diambil serius oleh mereka. Dalam hal ini, apakah yang telah dibuat supaya semua yang layak untuk mendapat pampasan ini akan diberi dan tindakan yang sedang diambil supaya yang layak itu jangan kita tidak memberi pampasan kepada mereka...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin dahulu, Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam menghadapi keadaan yang sukar ini, tugas kerajaan pada ketika ini mesti bekerjasama dengan pihak swasta yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Kita seharusnyalah memikirkan langkah-langkah perlu. Terutamanya menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat atau kilang-kilang supaya mereka terus menggaji pekerja dengan tidak memberhentikan mereka. Ini kerana banyak daripada kilang-kilang, syarikat- syarikat perniagaan pada ketika ini, tindakan mereka yang terakhirnya ialah akan memberhentikan pekerja sekiranya mereka menghadapi masalah.
Akan tetapi, saya hendak kerajaan pada ketika ini, selain daripada insentif yang lain, adakah kerajaan memikirkan, yang pertamanya saya telah cadang kalau boleh, kita berikan mereka potongan cukai supaya mengurangkan beban mereka. Keduanya, negara Singapura dan juga Amerika sekarang telah memperkenalkan satu skim kepada semua syarikat yang menghadapi kerugian. Daripada pengurangan cukai, corporate tax yang dikurangkan itu dia boleh compute semula tiga tahun yang terakhir cukai yang telah dibayar dan mereka boleh menuntut. Dengan wang tersebut mereka boleh sustain, dengan izin, pekerja-pekerja dan tidak membuangkan pekerja. Ini kerana apabila ada pembuangan pekerjaan, selain daripada ia menyebabkan masalah sosial, ia juga akan memberikan beban kepada kita.
Seterusnya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kita menjangka sekarang 1.1 juta pekerjaan yang kita mesti sediakan. Ini termasuk daripada 600,000 anak-anak kita yang akan memasuki pasaran pekerjaan. Adakah kita sekarang dalam keadaan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan tersebut? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Yang Berhormat Menteri, boleh sekali?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Lebih kurang sama. Soalan sama. Okey, terima kasih. Satu soalan spesifik ialah apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian sekiranya ada pengusaha kilang yang memberhentikan pekerja tempatan, tetapi terus menggaji pekerja asing? Ini kerana di Seremban semalam ada sebuah kilang perabot memberhentikan lebih kurang 50 orang pekerja tempatan, tetapi mereka terus menggaji pekerja-pekerja asing. So, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Saya jawab...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya minta Yang Berhormat Menteri jelas through the point by law. Seksyen 60M, buat! Hukum majikan yang buat begitu... [Ketawa] Jangan mendengar cakap, kemudian tidak mengambil tindakan.
Ambil tindakan!
Datuk Dr. S. Subramaniam
Yang Berhormat Kuala Langat sudah jawab untuk saya, Yang Berhormat dan saya tidak perlu jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Seksyen 60M.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bekerjasama melalui Jawatankuasa Bersama di dalam usaha untuk menyelaraskan segala proses berkenaan dengan kemasukan pekerja-pekerja asing dan pengambilan pekerja-pekerja asing, pihak kita daripada segi isu-isu berkenaan dengan pemburuhan dan isu-isu daripada keperluan. Juga pihak Kementerian Dalam Negeri dari segi imigrasi, visa dan permit pekerja asing dan sebagainya. Ini adalah proses yang dibuat dari semasa ke semasa apabila kita menghadapi apa-apa kesulitan di dalam apa yang telah ditetapkan. Kita mencadangkan pembaikan kepada perkara ini untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih baik, supaya perkara ini dibuat lebih licin supaya kita boleh mencapai hasrat dan tujuan kerajaan dalam usaha ini.
Tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tentang penyelewengan di SOCSO, memang tidak ada penyelewengan. Apa yang saya telah umumkan ialah, bahawa ada satu golongan pekerja yang mungkin menghidap penyakit daripada bidang kerja mereka iaitu occupational disease. Mereka tidak mendapat bayaran kerana pihak doktor yang memberi rawatan kepada mereka tidak dapat kenal pasti bahawa penyakit ini berpunca daripada kerja. Ini adalah kerana pengetahuan di dalam bidang, di dalam golongan doktor, separuh daripada mereka tidak cukup untuk memastikan bahawa sesuatu penyakit ini adakah berpunca daripada diri mereka sendiri atau ada berkaitan dengan pekerjaan mereka.
So, itu yang saya ada bangkitkan, kerana kelemahan ini, maka pekerja-pekerja yang sebenarnya wajib untuk mendapat bantuan dari segi PERKESO tidak layak untuk mendapat bantuan kerana doktor itu tidak berjaya untuk membuat perkaitan tentang hal ini.
Ya, Yang Berhormat Machang
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah dan kagum kerana Yang Berhormat Menteri mempunyai sifat yang sangat murah hati memberikan masa yang lumayan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalipun terpaksa berdepan dengan perkara- perkara baru. Cuma saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada perkara khusus yang saya bahaskan pada peringkat perbahasan Titah Diraja. Iaitu berkenaan dengan PERKESO seperti Yang Berhormat Menteri telah sentuh. Saya merujuk khusus kepada projek ICT core dalam PERKESO. Adakah Yang Berhormat Menteri akan memberikan reaksi sekarang ataupun selepas ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Menteri, doktor yang tidak dapat mengenali penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan. Ini kerana kita tahu PERKESO ada klinik-klinik panel dan juga hospital panel dan juga doktor panel dia.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Apakah mereka-mereka ini, apabila dapat sesuatu penyakit itu tidak dapat merujuk kepada klinik panel ataupun hospital panel? Ini kerana mereka ini dilantik sebagai panel PERKESO, khusus untuk melakukan diagnose penyakit-penyakit yang ada hubung kait dengan bidang pekerjaan. Saya rasa ini sesuatu yang malanglah kalau tidak dapat diselesaikan. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Kementerian..
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, minta bersekali Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Sila, sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Minta bersekali ya, Tuan Yang di-Pertua. Pengalaman-pengalaman saya sebagai panel Mahkamah PERKESO. Ingin saya memberikan sedikit penjelasan, iaitu Yang Berhormat Menteri kalau boleh panel doktor itu satu, dia wajib.
Keduanya, hospital-hospital besar yang dijadikan panel. Saya nak tolong cadangkan Yang Berhormat Menteri masukkan satu spesialis supaya kita dapat terus mengenal pasti penyakitnya. Ini kerana rata-rata yang saya conduct dalam Mahkamah PERKESO kebanyakannya tergantung atas laporan pegawai-pegawai perubatan kerajaan dan ini tidak memberikan khusus kepada penyakit yang tersingkap kepada mereka yang terlibat. Saya cadangkan supaya spesialis itu dimasukkan, bukan sebagai overrule, membantu daripada laporan doktor yang di dalam kategori pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya setuju.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, semasa membangkitkan masalah ini saya pun telah mencadangkan bahawa, satu ialah kita sedang memberi kursus kepada doktor-doktor ini. Kita akan menambahkan usaha ini dan lagi satu cadangan yang diberi, seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Kuala Langat, kalau seseorang doktor biasa, kalau mereka tidak mempunyai kepakaran untuk membuat keputusan ini ataupun diagnose ini, mereka boleh merujuk pesakit ini kepada seseorang yang mempunyai kepakaran yang lebih tinggi, yang boleh memutuskan bahawa penyakit ini adalah punca daripada suasana kerja. So, keputusan ini akan membantu pekerja itu untuk mendapat bantuan daripada pihak PERKESO. Saya akan teruskan Tuan Yang di-Pertua, ada banyak yang belum habis...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Sedikit, sedikit Yang Berhormat Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam
Nantilah, lepas isu ini. Yang Berhormat Ledang telah mencadangkan supaya kementerian membuka lebih peluang pekerjaan kepada kaum wanita. Bagi maklumat Yang Berhormat, kerajaan menggalakkan kaum wanita untuk menyertai pasaran pekerjaan dan pada masa sekarang pun lebih dari 5 peratus daripada pekerja-pekerja kita terdiri daripada kaum wanita. Sebagai usaha untuk meningkatkan kaum wanita dalam pekerjaan, kementerian pun telah memperkenalkan program bekerja dari rumah ataupun kawasan rumah, iaitu home working. Sampai sekarang, seramai 1,899 orang wanita telah memperoleh pekerjaan melalui 56 syarikat yang telah terlibat dalam projek ini.
Berhubung dengan penjelasan yang dipohon oleh Yang Berhormat Sungai Siput mengenai pendaftaran pekerjaan di Jabatan Tenaga Kerja untuk semua pencari kerja warganegara, boleh mendaftar di semua di semua 80 Pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara atau melalui portal JobsMalaysia. Selain daripada itu, semua pencari kerja boleh memperoleh bimbingan kerjaya di semua pejabat tersebut sebagai satu langkah untuk membantu pekerja-pekerja di dalam suasana ini. Kementerian akan membuka lebih kurang 131 pusat bantuan mendapat pekerjaan di seluruh negara yang akan ditempatkan daripada Jabatan Tenaga Kerja di dalam pejabat-pejabat PERKESO, daripada institusi- institusi latihan perindustrian, di tempat-tempat lain seperti pusat membeli belah, stesen bas yang terkemuka dan sebagainya.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ini untuk membantu mereka yang cari kerja atau maklumat tentang peluang- peluang kerja dan nasihat tentang peluang-peluang yang lain, boleh mendapat nasihat itu daripada pusat-pusat ini.
Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang itu tadi tentang projek ICT PERKESO, saya mahu beritahu Yang Berhormat bahawa kementerian sebenarnya belum membuat sebarang...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Okey.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan kemudahan pekerjaan yang diberikan kepada pekerja-pekerja wanita. Cuma saya ingin minta penerangan daripada pihak kementeria,n apakah telah diletakkan syarat supaya pekerja- pekerja Islam, contohnya wanita-wanita Islam, tidak diletakkan kepada pekerjaan-pekerjaan yang bercanggah dengan syarak? Sebagai contohnya, kita lihat dalam negara kita ada wanita-wanita Islam yang bekerja sebagai pembancuh-pembancuh arak ataupun pelayan- pelayan di bar-bar yang bercanggah dengan nilai agama Islam itu sendiri.
Begitu juga terdapat pembantu rumah Islam yang bekerja dengan majikan yang bukan Islam. Ini mungkin ada perkara-perkara yang mungkin menyentuh isu-isu agama.
Jadi, minta penjelasan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Pada masa sekarang Ahli Yang Berhormat, tidak ada apa-apa halangan untuk menghalang seseorang daripada bekerja di mana-mana sektor, tetapi sebenarnya saya ingat wanita yang beragama Islam memang tidak dibenarkan untuk bekerja di dalam beberapa sektor macam pub dan sebagainya yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi, sebagai satu dasar di kementerian, kita tidak mempunyai satu undang-undang yang menghalang sesiapa untuk bekerja dalam satu-satu bidang.
Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri mana kerja yang mereka pilih. Kalau mereka tahu itu adalah satu tempat yang haram, satu bidang yang mereka tidak sepatutnya kerja, mereka boleh membuat keputusan untuk tidak bekerja dalam bidang-bidang tersebut.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Untuk menjawab isu tentang PERKESO, sebenarnya Kementerian belum membuat sebarang keputusan tentang vendor untuk melaksanakan projek ICT ini, tetapi kita telah menerima banyak cadangan dan pada masa sekarang semua cadangan ini di peringkat perancangan sahaja. Oleh itu, kalau ada sesiapa memberitahu bahawa kita ada membuat keputusan atau kerja sudah mula, itu semua bukan kenyataan yang betul.
Sebenarnya, tiada keputusan dibuat. Walaupun ada banyak pihak membuat pelbagai cadangan, tetapi kita cuma dalam stage pertimbangan sahaja.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Cuma berdasarkan pada maklumat yang saya terima Yang Berhormat Menteri, dan saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat berterus terang dan saya percaya itu bukan satu masalah besar. Jelas pada tahun 2007, tender dikeluarkan oleh PERKESO. Jelas juga bahawa 21 syarikat telah masuk dan ambil bahagian. Jelas juga bahawa Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan telah membuat tapisan. Jelas juga bahawa satu memorandum telah pun disiapkan oleh Lembaga Perolehan A PERKESO. Sebuah syarikat telah pun dikenal pasti.
Apa yang berlaku juga ialah pihak Lembaga PERKESO kemudiannya telah membatalkan tender tersebut yang ditandingi secara terbuka, setelah melalui segala macam tapisan teknikal dan kewangan. Isu yang saya timbulkan ialah, kalau demikian prosedur yang telah dilalui, apa yang menyebabkan kementerian tidak boleh membuat satu keputusan? Sebaliknya, Yang Berhormat Menteri beritahu masih lagi membuka kepada cadangan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat Menteri, apakah betul ada surat daripada Kementerian Kewangan yang memetik bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju memilih syarikat-syarikat tertentu untuk diberikan projek ini dengan nilai RM150 juta secara runding terus? Apakah wujud surat ini daripada Kementerian Kewangan kepada PERKESO? Kalau wujud, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa ini bercanggah dengan garis panduan permohonan secara runding terus yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada badan-badan berkanun melalui Pekeliling 17 April 2002?
Kalau Yang Berhormat Menteri memberi jawapan bahawa belum ada keputusan tentangnya, saya hendak tahu apa jadi pada status berkenaan. Sudah ada syarikat? Wujud atau tidak surat daripada Kementerian Kewangan yang meminta PERKESO memilih syarikat-syarikat tertentu? Apa peranan perunding IT PERKESO dalam memberi nasihat?
Saya sebut ini dari kaca mata bahawa PERKESO, badan berkanun yang memegang amanah daripada caruman majikan dan pekerja. Saya mohon jawapan jujur, berterus terang daripada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Pada awalnya, saya mahu beritahu kepada Ahli Yang Berhormat, saya tidak akan menyokong, menahan atau mengawal apa-apa penyelewengan dalam sistem pemberian projek ini kepada mana-mana pihak. Apa yang Ahli Yang Berhormat beritahu tentang proses penenderan pada masa dahulu, itu memang betul. Akan tetapi, apa yang berlaku di dalam tender itu ialah ada kesilapan dari segi teknikal, kerana maklumat tentang satu-satu syarikat yang ada dalam membuat keputusan telah terdedah di dalam proses. Mereka telah menyampaikan maklumat mereka.
Oleh itu, Kementerian Kewangan telah memberi satu keputusan bahawa projek ini sebenarnya ditender balik dan dibatalkan tender asal. Itu keputusan untuk tender yang terdahulu. Selepas itu, memang ada banyak cadangan yang diberi apabila perkara itu sudah dibatalkan, termasuk apa yang sudah diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat ada cadangan daripada Kementerian Kewangan. Akan tetapi, itu tidak bermakna kita telah menerima cadangan yang telah diberitahu oleh mereka.
Oleh itu, apa yang kita sedang buat ialah untuk tengok daripada semua segi, daripada keperluan PERKESO pada masa sekarang dan masa yang akan datang di dalam sistem ICT mereka dan lepas itu membuat satu keputusan macam mana kita akan menangani dan memberi projek ini secara tender terbuka. Itu ialah jawapan saya untuk Ahli Yang Berhormat. Oleh itu, isu-isu yang Ahli Yang Berhormat sudah dengar, itulah penjelasan saya dan apa pendirian kita di dalam kementerian pada masa sekarang. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab sebahagian daripada perkara-perkara yang saya timbulkan.
Terima kasih banyak. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi bahawa berlaku technical error atau kesilapan teknikal di peringkat tender. Apa yang saya hendak timbulkan ialah apabila satu keputusan tender itu hendak dibuat, ditawarkan, atau dibuka, sudah tentulah spesifikasinya itu ditentukan dan badan mana sebenarnya di PERKESO yang meluluskan spesifikasi teknikal dan kewangan ini. Bagaimana boleh berlaku selepas tender dibuat dan dinilai oleh teknikal dan kewangan tiba-tiba berlaku technical error? Kemudian membuat keputusan ditender semula.
Saya difahamkan buat tender semula itu sepatutnya keluar pada 27 November 2007 dan datang surat Kementerian Kewangan pada 26 November 2007. Perkara itu jelas, Yang Berhormat Menteri kata tidak ada berlaku apa-apa. Apakah benar beberapa minggu lepas, pelan yang disebut sebagai proof of concept telah pun dilakukan oleh syarikat berkenaan, melibatkan PERKESO sebagai pelanggan? Kalau belum ada keputusan, bagaimana boleh syarikat berkenaan telah pun bekerjasama dengan PERKESO untuk melengkapkan proof of concept? Kalau belum ada keputusan, kenapa syarikat itu boleh masuk ke PERKESO dan melakukan semua operasi ini? Bukankah itu menzahirkan niat bahawa PERKESO telah pun mengenal pasti syarikat ini untuk melakukan projek ini?
Kalau itu berlaku, apakah ini di atas surat Kementerian Kewangan...
Seorang Ahli
Kroni-kroni.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang memetik dengan jelas arahan atau persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memilih syarikat- syarikat yang berkenaan? Saya faham situasi sukar Yang Berhormat Menteri sebab ini Yang Berhormat warisi daripada Menteri lama, tetapi biarlah kita tengok kalau kita bercakap soal good governance dan transparensi. Yang Berhormat Menteri, kita tahu secara fakta sudah ada syarikat yang dikenal pasti, yang telah pun bekerjasama dengan PERKESO bagi melengkapkan POC, proof of concept. Apa sebenarnya status projek ini sekarang? Apakah masih menunggu cadangan luar ataupun sudah ada? Kalau sudah ada, syarikat mana sebenarnya?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, tentang isu teknikal bukan wujud daripada spesifikasi. Itu adalah dalam proses penenderan, di mana semasa proses itu dibuat, masa itu ada beberapa maklumat yang sepatutnya kita tidak ketahui tetapi sudah dikeluarkan. Itu yang wujud bukan dari segi teknikal. Nombor dua ialah proof of concept ini bukan kerana kita telah mengenal pasti siapa yang akan dapat, tetapi sebagai satu langkah untuk kaji kebolehan siapa yang membuat cadangan. Bukan sahaja seorang yang membuat cadangan, ada banyak orang yang membuat cadangan. Cuma untuk membuat kajian daripada segi teknikal, adakah orang ini mempunyai keupayaan untuk menjalankan kerja ini kerana keputusan ini kita akan buat. Cuma selepas buka balik proses penenderan, selepas itu siapa yang masuk akan juga kena.
Sebenarnya, pada awal proses buat tender di dalam PERKESO termasuk pegawai-pegawai daripada kementerian-kementerian yang lain dan mereka semasa tengok proses ini, ia tidak ikut apa yang telah dipersetujui. Mereka telah menasihati bahawa perkara ini dibuat balik lagi sekali. Itu sebab mengapa apa yang dibuat pada masa dahulu itu tidak boleh diterima dan kena dibuat balik. Itulah cara yang akan ditangani oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tahu bahawa perkara ini sudah didedahkan dan sudah nampak di beberapa majalah dan sebagainya. Pihak PERKESO memang sedar tentang menangani secara baik supaya tidak mewujudkan atau memberi gambaran yang negatif kepada kerajaan di dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya mahu teruskan Ahli Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sedikit sahaja lagi.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Okey.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sedikit sahaja lagi. Kalau tidak saya terkilan sedikit, terbuku...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah dua jam Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya faham daripada jawapan Yang Berhormat Menteri belum ada keputusan dibuat, tetapi saya tegaskan tadi bahawa saya memiliki maklumat syarikat berkenaan, syarikat tunggal, bukan beberapa syarikat yang telah melakukan POC dengan PERKESO.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Bukan beberapa syarikat tetapi syarikat tunggal. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah syarikat tunggal ini adalah syarikat yang dinamakan di dalam surat kewangan kepada PERKESO supaya syarikat ini dipilih? POC melibatkan kos, mana mungkin syarikat ini sanggup berbelanja kalau tidak ada satu jaminan bahawa dia menerima sokongan yang kuat secara runding terus begini.
Saya hendak sebut Yang Berhormat Menteri, melengah-lengahkan keputusan bermakna peningkatan kos. Waktu tender dibuat mula-mula, tawarannya adalah 100 juta, tempoh siap 18 bulan, tahun 2007. Sekarang tahun 2009. Silingnya sudah naik 150 juta.
PERKESO terpaksa membiayai, semakin lambat keputusan yang dibuat semakin panjang masa diambil, semakin membebankan kewangan PERKESO dan semakin compromise janji memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan PERKESO. Ini isu yang saya bangkitkan, sebab itu saya ingin mendapat jawapan yang lebih precise, dengan izin, daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Kalau Yang Berhormat Menteri kata belum ada keputusan dibuat, bila time frame nya itu, time line nya bila? Enam bulan lagi, satu tahun lagi, bila? Itu lebih memberikan kepuasan dari segi jawapan di pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Pada masa dulu, apabila ini dimulakan seperti yang diterangkan oleh Ahli Yang Berhormat, asas kepada keperluan yang telah ditetapkan pada masa itu. Pada masa sekarang, kita sedang tengok daripada keperluan kepada masa sekarang dan lepas itu, apa-apa langkah dan keputusan yang akan dibuat oleh pihak PERKESO di dalam melaksanakan projek ini akan berasaskan kepada keperluan yang ada pada masa sekarang. Ini supaya kita ada satu sistem yang akan bantu kita di dalam memberi perkhidmatan kepada pihak pencarum-pencarum PERKESO supaya mereka mendapat satu perkhidmatan yang lebih baik.
Sebenarnya bahawa mungkin syarikat yang diberi surat itu ialah syarikat yang telah terima surat daripada Kementerian Kewangan, itu bukan bermaksud kita bincang dengan satu syarikat sahaja. Perbincangan dibuat dengan semua syarikat yang membuat cadangan dan kita berusaha untuk membuat keputusan secara terbuka dalam satu masa yang pendek.
Dengan itu Ahli Yang Berhormat, saya akan pindah kepada soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tentang pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan. Perkara yang telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini di dalam sesi yang dahulu. Iaitu tentang pemindaan Akta 177 yang dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008, di mana jadual kedua telah dimansuhkan dan wajib dipatuhi oleh Mahkamah Perusahaan semasa mengeluarkan sesuatu awat. Pindaan kepada seksyen ini menjadikan awat-awat yang diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan lebih konsisten, realistik dan teratur. Usaha kementerian untuk menyelesaikan semua kes yang didaftarkan dalam masa 20 bulan adalah munasabah. Kementerian saya berusaha menyelesaikan kes-kes pembuangan kerja melalui kaedah rundingan damai di peringkat jabatan supaya bilangan kes yang di bawa ke Mahkamah Pengurusan dapat dikurangkan.
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Batu Pahat untuk meminda Akta Kerja 1955 supaya pekerja tempatan mendapat perlindungan sewajarnya, sukacita dinyatakan bahawa terdapat peruntukan di bawah seksyen 60M yang menjamin security of tenure employment untuk pekerja tempatan. Seksyen berkenaan melarang majikan-majikan daripada menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tempatan bertujuan untuk menggajikan pekerja asing. Di samping itu, seksyen 60M, memperuntukkan mana-mana majikan yang ingin memberhentikan pekerja dilarang menamatkan perkhidmatan pekerja- pekerja tempatan melainkan menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja asing terlebih dahulu.
Yang Berhormat Lipis, telah mencadangkan supaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat mohon Yang Berhormat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Nanti sekejap, saya habiskan cadangan supaya memansuhkan Skim Kontrak Pekerja. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengambilan pekerja kontrak biasanya dibuat untuk memenuhi permintaan kepada satu produk yang tinggi pada musim-musim tertentu. Semua pekerja kontrak dilindungi oleh Undang-undang Perburuhan. Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian saya sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan pekerja ini dilindungi dengan undang-undang yang sedia ada. Kementerian saya menggalakkan majikan menyerap pekerja kontrak mereka sebagai pekerja tetap.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri sedar ada beberapa keputusan di Mahkamah Perusahaan yang telah dibuat oleh pengerusi yang mereka sendiri mengatakan bahawa di mana kes-kes yang sedia ada di mahkamah tersebut, semasa rayuan dibuat, tiba-tiba perayu itu meninggal dunia, the claim itu laps, itu bukan biasa macam civil claim di mana ada benefit kepada waris-waris. Adakah tindakan akan diambil oleh kementerian supaya mereka akan ada manfaat-manfaat seperti yang sedia ada dalam kes-kes sivil yang sedia ada?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kedua adalah dalam pelantikan Pengerusi-pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Adakah lebih orang akan dilantik dan apakah pandangan terbaru mengenai Security of Tenure kepada pihak yang membuat kepada Security of Tenure iaitu pengerusi sendiri?
Pengerusi Mahkamah Perusahaan membuat keputusan mengenai Security of Tenure kepada semua negara ini, tetapi Security of Tenure beliau sendiri tidak ada secure nya.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya bersetuju bahawa isu ini memang benar, tetapi saya boleh mengambil cadangan untuk tengok macam mana kita boleh menghadapi isu yang dibangkitkan. Akan tetapi, tidak boleh membuat satu keputusan pada masa sekarang tentang apa kelayakan keluarga seseorang yang sudah meninggal selepas seseorang pekerja yang telah membuat rayuan. Seperti yang Ahli Yang Berhormat tahu di dalam kes Mahkamah Perusahaan, prinsip ialah untuk menempatkan balik iaitu reinstatement. Oleh itu, kalau seseorang memohon untuk reinstatement itu sudah meninggal, maka beliau tidak boleh di reinstate. Itu ialah prinsip ke atas mana keputusan di buat di dalam Mahkamah Perusahaan.
Kalau ada kita mahu lihat perkara ini daripada bentuk yang lain, dari segi yang lain, ini memerlukan pandangan semula kepada akta kita. Oleh itu, ia memerlukan satu kajian yang lebih mendalam dan tentang keadaan Pengerusi-pengerusi Mahkamah Perusahaan dengan insecurity kalau mereka ada pada masa sekarang, saya ingat perkara ini tidak wujud kerana semua mereka actually sebenarnya kerja sampai satu masa yang tetap. Cuma kalau ada sebab tertentu sahaja kontrak mereka dipendekkan dan kebanyakan yang dapat naik jawatan macam baru-baru ini, tiga orang dari Mahkamah Perusahaan telah dinaikkan pangkat untuk jadi Judicial Commissioner. Ini yang sebenarnya berlaku kepada kebanyakan daripada mereka.
Biar saya teruskan dengan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Belud. Ia merupakan satu cadangan yang baik agar pekerjaan pembantu rumah yang memberikan khidmat satu hingga dua jam seminggu sepatutnya dijadikan sebagai satu bidang kerjaya di kalangan pekerja tempatan. Berdasarkan pengalaman beliau, perkhidmatan yang diberi di kalangan pekerja tempatan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pembantu rumah sepenuh masa oleh pekerja asing. Cadangan untuk melaksanakan perancangan bagi melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah merupakan langkah yang baik bagi menggantikan pekerja asing, di samping boleh menyumbang kepada peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh. Berhubung cadangan pembantu rumah yang bekerja separuh masa yang dicadangkan, ia boleh dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, mereka ini tidak akan mendapat perlindungan di bawah Undang-undang Buruh sedia ada kerana mereka memberikan perkhidmatan kepada banyak majikan dalam tempoh tersebut. Akan tetapi, kita ada wujudkan part-time workers regulations. Mungkin mereka boleh diberi perlindungan melalui part-time workers regulations yang kita telah cadangkan kerana kerja-kerja ini ialah kerja part-time dan akta ini akan memberi tumpuan kepada isu dari segi perundangan kepada mereka.
Selain daripada ini, Yang Berhormat Ipoh barat telah membangkitkan tentang isu gaji minimum. Saya ingat tadi saya sudah bincangkan dan memberi pandangan. Jadi, tidak perlu beri jawapan. Ya, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Chang - Batu
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu yang tadi disebut pembantu rumah ini dia ada service banyak majikan, tetapi dalam undang-undang kesatuan juga menganggap mereka yang bekerja dalam satu similar trade sebagai satu bidang yang sama. Adakah ini boleh di apply sebagai pekerja tetap?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Untuk menjadi ahli di dalam Kesatuan Sekerja lain daripada memberi, mendapat faedah PERKESO. Contohnya, pembayaran EPF dan isu-isu berkenaan itu. Itu yang saya maksudkan di mana di dalam part-time regulations, kita akan menjelaskan isu-isu ini supaya perlindungan diberi kepada mereka dan macam mana perkara ini boleh diselesaikan, berapa banyak majikan akan bayar dan bila satu kemalangan berlaku di dalam satu majikan, apa kewajipan mereka untuk mendapat pembayaran balik dan sebagainya. So memang ada beberapa isu yang kita memberi penelitian dalam hal ini sebelum kita boleh membuat satu keputusan.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Itu yang saya maksudkan perkara ini kena ditengok dari beberapa segi untuk memastikan bahawa mereka mendapat perlindungan di bawah akta.
Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan satu isu khusus iaitu berkenaan dengan lima orang pekerja Tenaga Nasional yang menghuni di flat Pantai Baharu yang akan diambil tindakan tatatertib kerana lambat keluar daripada kuarters tersebut. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, lima orang pekerja TNB ini telah diberi pinjaman untuk membeli rumah daripada tabung pinjaman TNB. Mereka ini sepatutnya telah berpindah ke rumah sendiri seperti yang ditetapkan oleh peraturan TNB sendiri.
Kesemua mereka telah diberikan satu tahun notis untuk mengosongkan kuarters dan berpindah ke rumah sendiri, tetapi mereka enggan berpindah. Ini menyukarkan pihak TNB untuk menempatkan pekerja-pekerja standby dan yang sedang menunggu untuk mendiami kuarters tersebut seramai 50 orang. Keengganan lima orang pekerja ini mengosongkan kuarters bercanggah dengan peraturan syarikat dan di bawah peraturan tersebut, pihak TNB dibenarkan mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka ini. Isu ini tidak pernah dilaporkan kepada kementerian saya dan jika dilaporkan kelak, tindakan yang sewajarnya akan diambil.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan yang lain yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulai ini, saya ingin memaklumkan bahawa kementerian saya amat menghargai teguran, komen, cadangan dan pandangan yang membina dan akan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya terhadap isu, cadangan yang mereka telah dikemukakan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun baru duduk dan saya baru hendak tanya dengan Yang Berhormat pukul berapa, kerana kita sudah 2 jam 12 minit Yang Berhormat.
Saya tahu ini soalan yang amat penting dalam keadaan yang ada sekarang ini Yang Berhormat. Nampaknya Menteri tunggu 2 jam 15 minit, mungkin dekat luar sekejap Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Mungkin kita boleh tanya soalan kepada Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
[Ketawa] Saya beri kelonggaran Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Sedikit, ada satu perkara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya sedikit. Sila Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, ini mengenai SOCSO, yang mana saya difahamkan pencen–pencen mereka, kuantum itu tidak dinaikkan beberapa dekad ini. Juga mengenai pampasan yang diberi sekarang pun nampaknya adalah suatu yang dibuat kuantumnya lebih dari satu dekad dahulu. Adakah kerajaan sedar mengenai perkara tersebut dan adakah tindakan akan diambil supaya meningkatkan perkara itu? Kuantum.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua boleh dinaikkan, cuma kena menaikkan caruman juga. Kalau caruman tidak dinaikkan, bantuan terlalu banyak naik, susah. Contohnya, di dalam pencen ilat. Pencen ilat pada masa sekarang, SOCSO membelanjakan lebih daripada 80 peratus daripada duit yang dipungut untuk bayar pencen ilat kerana pada masa sekarang, umur sudah jadi lebih panjang. Oleh itu, kalau pencen sudah diberi pada 50 tahun, kadang-kadang 75 tahun kena diberi, lepas itu isteri diberi, kalau isteri meninggal dunia anak diberi.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Oleh itu, kalau satu keputusan untuk memberi pencen ilat ini sudah dibuat, ini ialah satu keputusan yang kerajaan kena tanggung dan jamin untuk satu jangka masa yang begitu panjang. Oleh itu, kalau kita mahu menambahkan apa-apa bayaran pada di peringkat PERKESO pada masa sekarang, khasnya pada mangsa pencen ilat, ini tidak boleh dibuat tanpa meninggikan dan menambahkan caruman yang dibuat mana-mana pihak, boleh jadi majikan atau pekerja. Oleh itu, sekarang kena kaji macam mana mahu menaikkan caruman ini? Siapa mungkin kita boleh menaikkan dari segi majikan? Kalau ini dibuat, mungkin jumlah yang diberi boleh ditambah, ratio itu boleh dinaikkan dan formula baru boleh diwujudkan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ada cadangan sedemikian dari kerajaan?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Kita sedang kaji itu, ya. Terima kasih.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Oh, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu Yang Berhormat, satu. Yang Berhormat buat pengumuman baru-baru ini tentang PERKESO, orang buat tuntutan yang...
Datuk Dr. S. Subramaniam
Sudah jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah jawab tadi?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Ya, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau sudah jawab, saya akan baca Hansard esoklah. Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak jemput Menteri, Yang Berhormat. Sudah ada dekat luar? Saya bagi sedikit Yang Berhormat oleh kerana kita tunggu sekejap bagi saya 30 seconds tadi.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya hendak tanya, adakah kementerian telah buat kajian sekiranya pada waktu sekarang seorang pekerja di Malaysia ini, dia menganggur, telah hilang kerja, berapa lama agaknya dia boleh dapat kerja lagi? Adakah kita ada studi macam ini? Sekiranya tidak, kerana saya ada bertemu seorang...
Datuk Dr. S. Subramaniam
[Menyampuk]
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Dia sudah menganggur masuk bulan ketiga dan tidak dapat sebarang kerja lagi. Dia kata, he has to sell the car first, and he has to sell the rumah already, so what can we do?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Seperti yang kita sudah bincang dalam 2 jam setengah ini, perkara ini kita sudah kaji dari beberapa segi. Memang ada lebih kurang dua juta pekerja asing di dalam negara kita yang ada peluang kerja. Akan tetapi, ada pekerja- pekerja tempatan, apabila mohon sesuatu kerja, mereka tidak boleh mendapat peluang, apakah sebabnya? Itu yang isu. Salah satu daripada isu ialah kadang-kadang pekerja- pekerja kita pilih sangat tentang peluang-peluang kerja yang ada, itu satu isu. Kedua, pada masa sekarang di dalam pendaftaran kita, di dalam JobsMalaysia, ada lebih kurang 21,000 peluang kerja yang ada, jawatan-jawatan yang tersedia ada yang boleh dimohon.
Akan tetapi, semasa tawaran yang dibuat, ada pelbagai jenis sebab yang diberi mengapa seseorang tidak boleh menerima satu-satu tawaran ini. Ini ialah beberapa daripada punca-punca mengapa walaupun ada peluang kerja, ada orang yang tidak berjaya di dalam mendapat peluang kerja. Oleh itu, seperti yang saya sudah beritahu dan memberi keterangan dan penjelasan, kita mewujudkan satu pemindaan di dalam minda, iaitu dari segi attitude, di dalam semua pihak termasuk majikan dan pekerja supaya isu ini boleh diselesaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. Sebenarnya, hanya enam sahaja Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian. Pada awalnya, saya rasa tidak banyak yang hendak saya perjelaskan kerana banyak yang diberikan pandangan itu pun adanya secara sambil lalu. Namun demikian, biarlah saya memberi penerangan tentang apa yang telah disentuh oleh empat Ahli Parlimen, iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Ranau, Jasin, Rantau Panjang dan Ledang, mengenai soal atau masalah harga barang-barang dan meminta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna untuk melihat atau merangka strategi bagi membawa kepada penurunan harga barang-barang ini secara yang lebih berkesan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad
Sepertimana biasa ataupun sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal harga dan bekalan bagi lapan barang-barang perlu dan termasuk juga satu lagi, iaitu beras yang di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Di dalam keadaan ini, kawalan ataupun penguasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terhad kepada barang-barang perlu yang saya sebutkan itu. Oleh sebab itu, apa yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk cuba berikhtiar bagi membawakan satu kaedah atau keadaan, di mana berlakunya penurunan harga barang-barang, kementerian telah melaksanakan Kempen Penurunan Harga Barang yang telah bermula daripada akhir tahun lepas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato' Shahrir Abdul Samad
Ini telah dapat kita jayakan terutamanya di peringkat peruncitan di kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar serta di pekan-pekan. Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang ada perkara yang sama hendak dibangkitkan sewaktu perbahasan Titah, tetapi saya tertinggal dan Yang Berhormat Menteri jawab pun memang saya menunggu, mengenai dengan perkara pengawalan harga barang-barang. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana sebelum ini, kita tahu semenjak kenaikan harga petrol tempoh hari, maka kementerian ini menjadi fokus dan begitu kontroversi. Akan tetapi, sekarang hasil daripada tindakan-tindakan kementerian, saya nampak menjadi kementerian yang paling tenang dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, selain daripada jawapan Yang Berhormat tadi, masalah kawalan harga barang ini saya nampak kementerian Yang Berhormat mempunyai masalah. Oleh kerana kita tahu naik turun harga ini berasaskan kepada supply and demand, dan Yang Berhormat pun ada menyebut tadi, ada sesetengah permit import itu dikawal oleh kementerian yang berlainan, di mana seperti beras dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kereta di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, contohnya. Maka di sinilah timbulnya tidak selarasnya mengenai dengan keperluan yang juga menyebabkan masalah harga turun naik.
Oleh itu adakah Yang Berhormat bersedia ataupun boleh menerima pandangan kalau dicadangkan supaya kerajaan mewujudkan Lembaga Pelesenan Import? Lembaga Pelesenan Import, saya ulang, di mana lembaga ini diwakili oleh semua kementerian di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, supaya semua import sama ada dalam bentuk import makanan, jentera, kereta dan seumpamanya diselaraskan di bawah Lembaga ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kalau tidak, saya dapati ada import-import permit dikeluarkan mungkin ikut sesuka hati ataupun kerana kawan-kawan tertentu memerlukan permit atas pertimbangan politik ataupun seumpamanya, maka dikeluarkan sewenang-wenangnya. Oleh sebab itulah ia ada kesan kepada kenaikan harga barang.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedia membawa cadangan ini supaya diadakan kawalan dengan mewujudkan Lembaga Pelesenan Import? Ini kerana bukan sahaja masalah permit, masalah penguat kuasa pun problem. Walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ada penguat kuasa, macam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dia ada penguat kuasa kawal selia, apabila beras masuk gudang, maka tidak boleh apa-apa lagi kerana itu di bawah kawal selia. Jadi, di sini banyak kekeliruan di kalangan rakyat bersabit dengan masalah kawalan kenaikan harga. Sekian, terima kasih.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, itu satu pandangan yang saya terima baik, walaupun sebenarnya kalaulah kita bukakan perbahasan kita ini semula saya rasa tentu akan timbul lagi perkara-perkara yang baru sedangkan pada peringkat awalnya saya pun sendiri rasa tidak perlu untuk memanjangkan ucapan saya yang hanya tertumpu pada pandangan-pandangan yang telah sebenarnya dibawa dalam perbahasan yang terdahulu.
Sepertimana Yang Berhormat Pasir Mas sendiri menyatakan bahawa tidak kesempatan untuk membawa pandangan itu, tetapi mungkin memadailah bagi saya menjawab secara umum bahawa apa sahaja yang baik bagi mengubah keadaan dan struktur kerajaan dalam menguruskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan diterima dengan baik dan akan disampaikan. Akan tetapi, tidak semestinya ia di dalam bentuk sepertimana yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya sedar bahawa memang dari segi struktur ekonomi dalam negeri ini merupakan satu struktur yang telah dilaksanakan begitu lama dan sebab itu berlakunya masalah yang tidak seimbang dan tidak dapat dikawal dengan begitu baik, kerana adanya kaedah-kaedah yang masih terus dipakai. Oleh sebab itu, di dalam soal import permit ini merupakan satu-satunya yang mungkin akan menjadi satu perkara yang tidak dapat kita laksanakan lagi apabila negara kita sendiri akan beralih kepada kaedah di bawah Perjanjian WTO dan sebagainya, kerana di dalam konteks AFTA itu sendiri atau perdagangan dalam ASEAN itu sendiri, sememangnya dikehendaki agar tidak ada kawalan yang bukan berbentuk tarif dalam mengehadkan perdagangan di dalam rantau ASEAN itu sendiri.
Jadi, dalam jangka masa yang panjang, saya percaya bahawa kaedah lesen import umpamanya, dengan sendirinya akan dimansuhkan. Namun demikian, kementerian mengambil tindakan bagi membentuk satu ruang rejim perdagangan dalam negeri yang lebih terbuka dan lebih kompetitif dengan pertamanya, mengurangkan barang-barang kawalan umpamanya. Satu langkah yang telah kita ambil pada awal pertengahan tahun lepas ialah untuk menarik keluar bahan binaan seperti simen dan besi keluli daripada senarai barang kawalan, dan juga untuk mengambil tindakan bagi menentukan supaya persaingan yang lebih terbuka dan lebih sihat dapat diwujudkan di dalam perdagangan dalam negeri.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pandangan itu, tetapi izinkan saya menerangkan sedikit tentang apa yang telah kementerian saya lakukan bagi meredakan keadaan, di mana harga barang-barang berhadapan dengan masalah untuk turun kepada paras yang munasabah, sepertimana yang banyak kali saya katakan bahawa masalah kita ialah apabila dalam negara ini, kita lihat bahawa sektor peruncitan itu sendiri telah dapat kita modenkan dengan wujudnya pasar raya, hypermarket, kedai-kedai rangkaian dan sebagainya.
Di samping itu juga, pihak pembekal dan pembuat juga turut menambahkan cara atau menukarkan dan menambah baik cara pembuatan mereka dengan memodenkan proses pembuatan, tetapi di antara pembuat dan pembekal kepada peringkat peruncitan, masih terdapat masalah dari segi pengedaran dan pemborongan yang pada pendapat kementerian berada di tahap yang lama dan perlu perhatian untuk dimodenkan juga.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Di peringkat pengedaran dan pemborongan ini, dapat dilihat bahawa ia juga menjadi antara sebab mengapa harga barang-barang perlu itu sendiri, walaupun harganya di kawal, harganya berbeza pula daripada kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
Ke arah menyelesaikan masalah ini yang terbitnya daripada masalah pengedaran barang- barang, di mana sehingga rakyat negara kita yang duduk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak mendapat manfaat yang sama seperti rakyat yang duduk di dalam kawasan bandar. Di kawasan bandar, kerana adanya permintaan yang kuat, adanya kuasa pembelian yang kuat, adanya persaingan yang hebat, ia membawa kepada keadaan yang boleh memberikan harga yang munasabah bagi barang-barang kawalan itu sendiri, bagi penduduk dan pengguna.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Bagi kawasan luar bandar, saya lihat dari segi tinjauan pihak kementerian, harganya kalaupun ada kawalan, harganya kadang-kadang lebih tinggi daripada di kawasan bandar dan sebab itu kementerian telah melaksanakan projek perintis bagi kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung untuk selama sebulan, iaitu di Seberang Prai Utara dan di daerah Pekan. Sebagai contoh, di daerah Pekan, ketika kita melaksanakan projek perintis itu selama sebulan, kita membayar kepada pihak pengedar dan pemborong sebanyak RM8,000 untuk menentukan supaya dapat barang-barang perlu itu diedarkan terus ke kedai paling jauh sekali di dalam daerah Pekan dan akhirnya apabila kementerian ingin memberhentikan projek itu, pengedar dan pemborong yang berkenaan telah minta untuk terus mengedarkan barang-barang ini tanpa bayaran tambahan.
Jadi, bermakna bahawa sebenarnya satu masalah pengedar dan pemborong ialah, bahawa mereka mungkin berada dalam zon selesa dan tidak mahu melakukan tanggungjawab mereka yang baik, dan ke arah itu kementerian akan mengkaji balik semua mereka yang memegang lesen-lesen pemborong dan membuat pengauditan kepada mereka supaya mereka memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemborong.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya sedikit sahaja lagi. Apakah itu termasuk yang membawa Yang Berhormat ke Kapit? Ini kerana saya tengok dalam TV, ini masalah pengedaran minyak diesel. Jadi, penjelasan daripada warta berita yang saya tengok itu kurang jelas. Boleh Yang Berhormat perjelaskan supaya saya turut dapat memahami mengenai dengan pengedaran minyak diesel dari segi kawalan harga dan manfaatnya kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun hendak masuk ke peringkat itu, tetapi kerana selepas diadakan projek perintis bagi dua daerah di Semenanjung, kementerian telah beralih kepada Sabah dan Sarawak dan melaksanakan projek perintis yang sama bagi kawasan Sipitang dan Pensiangan di Sabah dan juga kawasan Saratok di Sarawak.
Berbeza dengan projek yang telah kita laksanakan di Semenanjung, projek perintis bagi Saratok, Sipitang dan juga Pensiangan akan berjalan selama setahun dan ini dapat membolehkan kita dalam masa setahun itu juga untuk memanjangkan projek ini bukan lagi sebagai projek perintis, tetapi sebagai projek atau program pengedaran barang-barang perlu ke kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau Majlis Harga Barang-barang Negara.
Di antara barang-barang yang perlu ditentukan, diedarkan kepada semua pihak, bukan sahaja dari segi bekalan, tetapi yang lebih penting ialah dari segi harganya yang patut dinikmati oleh penduduk di luar bandar dan di kawasan pedalaman. Contoh di Kapit, yang telah kita laksanakan ialah sebenarnya sebahagian daripada apa yang dirancang bagi negeri Sarawak itu sendiri dan juga akan, insya-Allah dipanjangkan ke negeri Sabah.
Pertamanya, telah kita putuskan supaya mereka yang memiliki bot-bot yang menggunakan enjin sangkut, yang menggunakan sungai sebagai lebuh raya, mereka turut juga diberikan pengiktirafan yang membolehkan mereka menerima rebat untuk tahun 2008, sepertimana yang telah dipanjangkan dan dilaksanakan kepada pemilik motosikal dan kenderaan bermotor di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Bermakna bahawa kita harus mengambil kira penggunaan bot itu yang menggunakan enjin sangkut sama sebagaimana kita mengambil kira pemilik motosikal dan juga kenderaan bermotor.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin minta penjelasan, adakah multi-level marketing atau direct sells ini di bawah kawalan kementerian Yang Berhormat? Bagaimana kita dapat buat kawalan tentang e-trading iaitu penjualan melalui website, e-commerce.
Bagaimana kawalannya sebab sekarang macam trend pembelian melalui website dan lain- lain. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri sedikit penjelasan?
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya setiap kali ada sesi atau sidang Parlimen, saya berada di Parlimen dan pejabat saya ialah di luar daripada lobi untuk Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat sangat dipersilakan untuk berbual dengan saya dan mendapatkan penjelasan tentang perkara-perkara ini, kerana perkara yang Yang Berhormat timbulkan tadi tidak ditimbulkan dalam perbahasan tempoh hari, tetapi oleh kerana saya pun belum habis lagi tentang cerita Kapit dan juga untuk Sarawak dan saya percaya bahawa cerita Sarawak ini...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Memang dalam perbahasan saya, saya ada sentuh tentang multi-level marketing yang memang tidak ada barang yang dijual, tetapi ialah kepada ahli yang mereka keluarkan.
Sebab itu saya tanya, adakah ini dalam kawalan kementerian Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Ya. Kalau sudah dibawa, saya akan jawab kemudian. Tentang Kapit dan khususnya bagi Sarawak, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati di negeri Sarawak kerana sungai itu menjadi lebuh raya bagi sebahagian daripada penduduk negeri Sarawak, umpamanya Sungai Rajang yang menjadi lebuh raya hubungan yang penting bagi penduduk di pedalaman, maka kita melihat bahawa adanya perbezaan harga, umpamanya, bagi stesen yang terapung dengan stesen yang di atas darat.
Sebab itu pada 1 Mac telah diisytiharkan ataupun dilaksanakan pengiktirafan stesen yang terapung itu sama seperti stesen di atas darat. Ini bermakna bahawa harga daripada RM2.20 bagi satu liter petrol yang digunakan oleh pemilik bot yang menggunakan enjin sangkut dapat kita turunkan kepada paras yang sama seperti stesen-stesen di atas darat. Daripada RM2.20 diturunkan kepada RM1.80, iaitu penurunan sebanyak 40 sen yang diakibatkan oleh satu kaedah, bahawa stesen yang terapung itu tidak sama seperti stesen di atas darat, sedangkan fungsinya, tanggungjawab, dan manfaatnya adalah sebenarnya sangat-sangat diperlukan oleh penduduk di kawasan pedalaman. Itu hanya langkah kedua selepas diberikan rebat kepada pemilik-pemilik bot yang menggunakan enjin sangkut di negeri Sarawak dan bakal dipanjangkan juga ke negeri Sabah, yang akan disampaikan melalui sistem yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri yang berkenaan.
Kaedah yang ketiga yang akan kita laksanakan untuk menentukan supaya penduduk pedalaman mendapat faedah yang sama...
Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya tertarik dengan Menteri dan rasa Menteri yang prihatin tentang masyarakat luar bandar khususnya. Tahniah. Ada cadangan untuk memberikan rebat kepada pemilik-pemilik bot sangkut ini khusus di Sarawak dan juga mungkin di Sabah. Ini adalah ekoran daripada lawatan Yang Berhormat ke Kapit baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, saya minta pandangan Yang Berhormat, kita ada juga di kawasan Semenanjung ini yang juga pemilik-pemilik bot ini menggunakan bot mereka sebagai bot penumpang seperti di Kuantan, Pahang dan sebagainya. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang supaya faedah ini dipanjangkan kepada pemilik-pemilik bot ini?
Sebahagian daripada mereka ini sebenarnya berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga bertugas, digunakan sebagai petani dan dalam masa yang sama mereka gunakan bot mereka ini sebagai bot penumpang. Apakah ini akan juga dilibatkan? Terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Sebenarnya, kaedah yang digunakan bukanlah kepada penumpang ataupun bot penumpang seperti bas dan yang setaraf dengan bas dan teksi dan sebagainya.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Ini merupakan bot yang digunakan sebagai kenderaan persendirian di dalam kawasan-kawasan di mana tidak ada jalan, tetapi menggunakan sungai sebagai lebuh raya mereka. Jadi, keadaan ini mungkin lebih terkena kepada kawasan di pedalaman negeri Pahang, di Ulu Tembeling mungkin, di mana mereka yang menggunakan bot sebagai kenderaan mereka dan bukan untuk perniagaan sebagai pengangkutan bot tambang dan sebagainya. Jadi, ini agak berbeza daripada apa yang berlaku di Sarawak di mana sememangnya bot itu menjadi kenderaan kepada seseorang individu atau keluarga dalam perjalanan mereka atau dalam usaha mereka untuk pergi ke kedai, ke bandar dan sebagainya. Jadi, itu kaedahnya.
Akan tetapi, bagi Semenanjung, kaedah yang ketiga yang bakal saya sebutkan ini juga boleh dipakai. Iaitu pewujudan stesen-stesen mini di negeri Sabah dan Sarawak bagi memberikan kemudahan petrol dan bahan api pada harga yang sama seperti di kawasan- kawasan bandar. Kementerian sedang berusaha, insya-Allah dalam bulan ini untuk melaksanakan skim untuk mengiktiraf stesen-stesen mini di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penduduk di kawasan pedalaman ini mendapat faedah daripada dasar kerajaan, menetapkan satu harga yang seragam bagi satu negara Malaysia kita yang tercinta ini.
Selain daripada stesen mini yang dicadangkan ini, kerajaan juga sedang menimbang dan akan merancang untuk mewujudkan konsep community drumming, iaitu petrol yang dijual atau dikuasai oleh jawatankuasa rumah panjang itu sendiri dan mereka menguruskan penjualan petrol itu sebagai satu usaha membantu penduduk-penduduk pedalaman, dan ini kaedah yang keempat yang bakal digunakan bagi kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak dan juga di Sabah.
Dato’ Haji Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat, saya hendak kembali kepada perkara tadi. Pandangan Yang Berhormat tadi tentang bot yang digunakan persendirian sebagai pengangkutan. Saya tengok macam di Pekan, kawasan Timbalan Perdana Menteri umpamanya, di kawasan Kuala Tahan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, memanglah kebanyakan mereka menggunakan bot ini dan dalam masa yang sama mereka menggunakannya untuk mengangkut penumpang-penumpang. Saya rasa oleh kerana matlamat ini baik Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencadangkan kalau boleh libatkan semua kerana kalau kita tengok dari segi kenderaan kereta, semua kereta kita berikan rebet.
Walaupun saya ada kereta, tapi saya gunakan kereta saya untuk mengangkut penumpang-penumpang. Bukan tujuan saya untuk pengangkutan biasa, tetapi untuk mencari pendapatan tambahan saya. Jadi, saya ada kereta bukan kerana semata-mata untuk kegunaan saya sendiri, tetapi saya gunakan untuk mengangkut penumpang- penumpang di sekitar kawasan saya. Oleh kerana faedah ini dapat kepada saya, maka saya hendak cadangkan kalau boleh, oleh kerana faedah ini baik kepada masyarakat luar bandar kerana bot-bot panjang, bot-bot sangkut ini digunakan di luar bandar, apa salahnya kalau berikan kepada semua. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Yang Berhormat sudah pun menyatakan bahawa ia satu usaha untuk memudahkan dari segi sama bentuk dengan carpooling, tetapi saya berharap Yang Berhormat apabila gunakan kereta itu ada lesenlah. Jangan tidak ada lesen pula. Nanti menjadi masalah dari segi lembaga pelesenan.
Namun demikian, cadangan Yang Berhormat kita boleh ambil kira sebab saya ingin memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan pedalaman. Ia menjadi satu keadaan yang tidak munasabah kerana mereka yang susah atau berpendapatan rendah tidak pula mendapat manfaat daripada harga yang rendah yang dikawal oleh kerajaan dan itulah prinsipnya. Jadi, kalau ada di kawasan Yang Berhormat ataupun di negeri-negeri lain kawasan-kawasan pedalaman sepertimana yang disebutkan, saya rasa walaupun mereka mungkin agak terdesak.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Akan tetapi tidak sama terdesak saya rasa dengan apa yang telah berlaku dan sedang dialami mereka oleh penduduk di negeri Sabah dan negeri Sarawak, khususnya kawasan-kawasan pedalaman kedua-dua buah negeri itu...
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Shahrir Abdul Samad
Umpamanya sebagai contoh, saya ingin memberi contoh bahawa kalau kita lihat satu tong LPG di Sibu umpamanya berada pada harga kawalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tetapi apabila sampai ke Kapit iaitu tiga jam jauhnya mengikut bot, harganya boleh naik sampai RM7 tambahan bagi setiap tong dan selepas daripada Kapit, kalau dibawa kepada kawasan-kawasan lain, ia boleh mencecah sehingga RM58 satu tong, sedangkan mereka juga merupakan golongan yang berpendapatan rendah, tetapi perlu membayar harga yang lebih tinggi daripada kawasan bandar seperti Sibu ataupun Miri dan sebagainya.
Jadi, usaha kementerian ialah untuk cuba mengurangkan harga ini dan menentukan bekalannya supaya dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Saya sedar bahawa adanya kawasan-kawasan di negeri Pahang yang mengalami masalah yang sama dan juga kawasan-kawasan di negeri Kedah dan Kelantan juga yang mungkin berhadapan dengan masalah yang sama. Jadi, insya-Allah kita akan memberi perhatian kepada masalah seperti ini dan akan mengambil kira pandangan daripada Ahli Yang Berhormat, dan tidak tahulah kalau di Perlis pula ada masalah yang sama, silakan.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun Perlis kecil, tetapi saya tidak mahu Yang Berhormat, “kera di hutan disusukan”. Ini kerana tiap-tiap kali apabila harga minyak kita rendah daripada negara jiran, stesen minyak yang berdekatan, yang saya difahamkan kalau di Perlis ada tiga. Di Padang Besar ada dua. Kemudian satu di Wang Kelian, yang sememangnya bukan 90 peratus diisi oleh orang-orang tempatan, tetapi sebaliknya digunakan untuk orang-orang luar daripada negara kita iaitu daripada Thailand.
Jadi, tiap-tiap kali berlaku harga minyak yang rendah di negara kita, harga diesel terutamanya, kalau dibandingkan dengan negara jiran, dan setiap kali itulah kereta akan beratur berbatu-batu panjangnya, yang pada saya menimbulkan kerugian yang besar kepada kerajaan. Walaupun perkara ini berlaku sudah agak lama, walaupun kita membuat had hanya dalam tempoh jumlah kuantiti tertentu dijual kepada rakyat asing dan sebagainya, tetapi rakyat tempatan pula akan pergi beli akan pergi isi bawah pokok getah dan penjualan masih berterusan.
Kemudian, saya hendak timbulkan satu lagi tentang nelayan C1 dan C2, iaitu laut dalam. Mereka ada satu bot yang dipanggil pukat tuas ataupun pukat spotlight. Pukat tuas ini akan membawa balik kalau minyak kehabisan di tengah laut. Ia akan balik ke daratan ataupun ke jeti-jeti ini untuk mengambil minyak semula, tetapi saya difahamkan ada berlaku lagi transaksi-transaksi penjualan di tengah laut, terutamanya di kawasan sempadan. Ini memang kerap kali berlaku walaupun Jabatan Perikanan mengatakan kita sudah bagi syarat untuk pendaratan ikan dan sebagainya, tetapi saya rasa masih lagi dalam peringkat yang belum memuaskan. Jadi, apa tindakan Yang Berhormat berhubung dengan semua permasalahan ini?
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap sangat bahawa perkara-perkara ini sepatutnya boleh dijuruskan kepada kementerian yang berkenaan kerana bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebenarnya soal sektor perikanan sebenarnya tidak di bawah kawalan kementerian, tetapi kalau ditanya dari segi pendirian peribadi saya dan pandangan saya seperti sama taraf dengan Yang Berhormat itu, boleh kita lakukan di dalam perbincangan di luar.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sempadan, yang sempadan itu di bawah kementerian Yang Berhormat.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Nanti, nanti. Itu bahagian yang terakhir. Bahagian yang pertama yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tentang soal penjualan di peringkat sempadan. Kita sedia maklum bahawa memang ini menjadi masalah apabila kerajaan mensubsidikan harganya supaya ia terlalu rendah dan akhirnya subsidi itu dinikmati oleh golongan “kera di hutan”... [Membuat isyarat tangan]
Dato' Shahrir Abdul Samad
Sebenarnya, buat masa ini saya difahamkan masalah itu tidaklah begitu ketara kerana minyak diesel tidak disubsidikan, dan sebenarnya berada di paras harga yang lebih kurang 20, 30 sen lebih murah daripada di sebelah sempadan di Utara.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Selain daripada itu, ia berlaku kerana diesel yang dijual di negara kita berbeza dengan diesel yang dijual di negara Thailand, kerana diesel yang dijual di negara Thailand berasaskan diesel campuran minyak sawit biofuel, merupakan satu kaedah diesel yang bukan sepertimana dijual atau yang dibekalkan di negara ini.
Namun demikian, perbezaan harganya tidaklah macam dahulu. Kalau dahulu, ia beza sampai seringgit, tetapi kali ini perbezaannya tidaklah begitu banyak, dan daripada laporan yang saya terima, penjualan diesel di sempadan pun tidaklah sehebat mana macam dahulu. Ini bermakna, ia berada pada peringkat terkawal. Saya rasa itu sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, orang Sarawak bangun. Yang Berhormat Sibuti.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Ya, silakan.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kawasan saya, apabila saya melihat Yang Berhormat Menteri pergi ke Kapit, saya berasa cemburu sebab kawasan saya pun jauh di pedalaman, terutama sekali di Niah dan juga di Ulu Sibuti. Harga minyak di sini untuk 1 liter tidak kurang daripada RM5.80.
Jadi, kalau kawasan Kapit boleh buat apa yang kita lihat dalam TV dan surat-surat khabar kawasan saya, kerana di kawasan saya belum ada jalan raya yang begitu baik, masih menggunakan batu kerikil dan tanah-tanah kuning untuk mengangkat minyak dari bandar Miri ke kawasan saya. Dari pekan kecil Bekenu, minyak sudah mahal apatah lagi pergi ke kawasan Bekenu, Niah, Ulu Suai, Ulu Sibuti, dan Ulu Niah. Harga minyak terlampau tinggi dan kebanyakan kawasan-kawasan ini, mereka adalah petani-petani dan juga pekebun-pekebun kecil. Oleh itu, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri agar kawasan saya diberi perhatian juga.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi hasrat saya cuba memperluaskannya kepada semua kawasan, dan ini merupakan dasar dan satu strategi kerajaan agar dapat kita seragamkan seberapa dekat yang boleh di antara harga di bandar dan luar bandar. Jadi, insya-Allah saya uruskan kawasan Sibuti dan juga kawasan- kawasan yang lain termasuk kawasan Limbang, di sebelah Sibuti itu.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Yang Utara, ya?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Nanti saya panggillah mesyuarat perbincangan.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pulau, pulau. Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tidak payah bagi jalanlah. Saya sebenarnya ada satu perkara terakhir untuk menjawab berkenaan perdagangan daripada Yang Berhormat Kota Melaka berhubung dengan multi-level marketing. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka mengenai multi-level marketing ini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Fasal multi-level marketing?
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tidak. Ini...
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Ha, Berhormat Rantau Panjang! Fasal multi-level marketing kah fasal lain?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Masih lagi berkaitan dengan isu sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan tadi mengenai penjualan minyak ke negara asing, termasuk juga dalam kawasan Parlimen saya yang saya minta supaya kementerian memberi perhatian yang serius di mana penjualan minyak ini menggunakan plat kereta tempatan. Dipunggah minyak dan diisi menggunakan kereta tempatan, diangkut ke sempadan dan diulang balik. Inilah yang berlaku, menyebabkan kita lihat perkara ini diambil kesempatan bersungguh-sungguh oleh rakyat di sempadan di luar negara kita. Jadi, minta pemantauan dibuat.
Saya ingin penjelasan tentang barang-barang yang dijual di dalam kawasan bebas cukai yang mana rungutan yang kita dapat lihat bahawa tidak ada beza yang banyak apabila barang yang dijual di dalam kawasan bebas cukai itu. Maknanya, dari segi harganya tidak dipantau dengan rapi menyebabkan mereka merasakan bahawa tidak ada keistimewaannya mereka berada di dalam kawasan bebas cukai itu.
Saya ingin penjelasan juga mengenai banyak rungutan daripada pihak penjual- penjual dan pemborong-pemborong di luar kawasan pagar bebas cukai, bagaimana barangan yang mereka jual dirampas dengan alasan disyaki untuk diseludup. Jadi, ini merupakan satu penganiayaan kepada peniaga-peniaga tempatan yang sebenarnya barangan ini adalah untuk pasaran tempatan, tetapi perkara ini diambil tindakan oleh pihak tertentu di dalam kedai itu, dalam keadaan masih berbungkus, tetapi telah dianggap perkara ini untuk diseludup, sedangkan ia berada di luar kawasan yang telah digariskan.
Jadi, saya ingin penjelasan mengenai sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian supaya pembelaan kepada peruncit-peruncit atau peniaga-peniaga kecil ini akan terus terbela. Sekian. Terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Sebelum saya pergi kepada perdagangan secara peringkat multi-level, saya cuba menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang. Apa yang menjadi masalah di kawasan sempadan Tuan Yang di-Pertua ialah kerana pertamanya, kita sebenarnya harus mengakui bahawa adanya pertalian persaudaraan di antara yang duduk di sebelah Kelantan dan juga di Selatan Siam. Kedua, oleh kerana ada pertalian persaudaraan itu juga, maka adanya juga persamaan selera di dalam barang-barang keperluan, makanan dan sebagainya. Sukar untuk dibezakan sebenarnya di antara apa yang digemari oleh mereka yang menginap dan menjadi penduduk di Selatan Thailand dengan penduduk di Utara Kelantan.
Biasanya juga, sebelum berlaku masalah-masalah kekerasan dan kekejaman yang berlaku di Selatan Thailand, soal rakyat Kelantan makan tengah hari di seberang merupakan satu perkara dan amalan yang biasa. Jadi, dari segi hubungan keluarga dan persamaan selera ini, saya mengambil contoh, umpamanya gula kasar atau gula biasa.
Kalau dilihat kepada gula pasir yang dijual di sebelah Thailand, ia dihasilkan daripada tanaman mereka. Sebenarnya, ia bukanlah jenis yang sama seperti gula putih, begitu putih melepak, begitu bersinar bagai kristal yang dijual di negara kita. Akan tetapi, oleh kerana sudah menjadi kebiasaan, ia sudah menjadi satu bahan yang turut diseludup, dibawa ataupun dijual, dan satu amalan perniagaan pula bagi mereka yang duduk di sebelah sempadan. Samalah seperti bahan api diesel juga, menjadi satu bahan yang dibawa ke seberang, ke sebelah sempadan untuk menjadi satu perniagaan bagi pihak-pihak yang tertentu.
Jadi, dari segi itu tentulah kawalan terhadap kawasan sempadan perlu kepada tumpuan yang lebih daripada agensi-agensi yang berkaitan. Bagaimana hebat pun kawalan, saya rasa sukar untuk membendungnya 100 peratus, dan tentunya ia akan menimbulkan masalah-masalah yang lain.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Dari segi barang-barang tanpa cukai yang dijual di kawasan bebas cukai, saya rasa sebenarnya negara kita ini sudah hampir semua barang pun tidak dikenakan cukai.
Sebab itu apabila kita lihat kepada barang-barang yang tidak dikenakan cukai, kalau keadaan biasa dulu kamera, jam tangan dan barang-barang lain yang dikenakan cukai yang telah menjadi penjualan, yang boleh menjadi peluang perniagaan bagi mereka yang terlibat dalam kawasan-kawasan perdagangan bebas cukai ini. Sekarang sudah berkurangan, barang-barang di mana harganya boleh didapati pada paras yang lebih rendah daripada kawasan perniagaan di luar daripada kawasan bebas cukai.
Namun, yang kena cukai banyak sangat sebenarnya yang tinggal, yang dikenakan cukai yang tinggi ialah hanya barang-barang yang memang kita pun tidak suka, sama ada Ahli Yang Berhormat daripada Rantau Panjang ataupun saya sendiri, iaitu terutamanya yang dikenakan cukai yang tinggi ialah minuman alkohol. Oleh sebab itu, kalau dilihat kepada kawasan-kawasan perniagaan bebas cukai yang sebenarnya barang yang boleh dijual dengan laris, tinggalnya ialah hanya barang-barang alkohol ataupun rokok.
Sebab itu kalau kita lihat kepada kedai-kedai bebas cukai sama ada di lapangan terbang di Malaysia ataupun di tempat-tempat yang telah diberikan pengiktirafan dan kedudukan yang sama, ia agak terhad. Sebab itu tidak banyak barang sebenarnya yang boleh dikatakan sebagai istimewa dari segi harganya tanpa cukai itu, kerana sudah banyak barang yang tidak pun dicukai. Sebab itu mungkin tidak ada minat kepada minuman alkohol yang dikenakan cukai yang tinggi ataupun rokok yang dikenakan cukai yang tinggi, maka pilihan kepada pengunjung kepada kawasan-kawasan bebas cukai ini agak terhad.
Tentang soal tindakan kepada mereka yang berniaga berdekatan, saya tidak bolehlah memberi jawapan di sini kerana saya tidak berapa tahu tentang keadaan yang sebenar. Akan tetapi, insya-Allah dalam masa yang ada pada saya, saya akan cuba membuat lawatan, melihat kalau ia sesuatu yang boleh saya lakukan sebagai Menteri untuk membantu, insya-Allah. Itu memang tanggungjawab kerajaan kalau boleh membantu menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Memanglah ia menjadi hasrat kita untuk melakukannya. Okey?
Bagi soal perdagangan pemasaran secara berperingkat ini, yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kota Melaka, memang ini merupakan satu jenis perniagaan yang di bawah kawalan kementerian. Memang kita menerima pelbagai laporan dan aduan terhadap salah guna atau pelanggaran kepada peraturan, sehingga adanya skim-skim penjualan secara langsung, akhirnya menjadi sebagai penjualan secara piramid. Bukan produk yang dijual, tetapi jawatan yang dijual. Dalam keadaan ini, saya sedang memikirkan setiap kali menerima rayuan daripada syarikat MLM seperti ini, mereka sentiasa menyatakan mereka ada 10 ribu, 20 ribu atau 50 ribu peniaga ataupun dealer yang terlibat di dalam perniagaan itu dan kalau lesen ditarik balik, maka akhirnya 50 ribu atau 30 ribu ahli-ahli mereka akan terjejas pendapatan mereka.
Saya sedang memikirkan sama ada sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah kalau syarikat jualan langsung begitu berminat untuk membela dan mempertahankan ahli-ahli mereka, harus diberikan satu tempoh di mana mereka tidak dibenarkan untuk mencari ahli-ahli, pengedar atau peniaga yang baru. Dengan cara ini, bermakna mereka mestilah fokus kepada soal penjualan produk-produk mereka yang tidak mereka lakukan kerana penjualan produk tidak mudah dan tidak begitu untung sepertimana penjualan jawatan yang dilakukan oleh sesetengah MLM yang telah pun ditarik lesen mereka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, memang saya setuju dikatakan multi-level marketing ini ialah salah satu cara untuk mereka menjalankan perniagaan. Akan tetapi, terdapat juga syarikat- syarikat ini yang memang niatnya bukan untuk perniagaan. Niatnya, digunakan ini sebagai satu cara untuk mereka mengaut keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Apa yang lebih teruk ialah syarikat-syarikat ini selalu mempergunakan anak syarikat kerajaan atau pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk Menteri dan Ketua Menteri untuk digunakan sebagai satu tarikan meyakinkan orang untuk masuk.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Pada mulanya ia katakan ini ialah satu cara perniagaan multi-level marketing.
Akan tetapi, apabila ahlinya masuk, dia dapat keyakinan mendahului dia punya promosi, dia tukarkan ini sebagai satu skim atau satu skandal memberitahu mereka tanpa sebarang perniagaan. Mereka rekrut member dan dapatkan point kemudian tukarkan kepada wang tunai.
Saya pernah bangkitkan dua contoh. Satu iaitu Mobile Wallet, yang saya percaya Yang Berhormat Menteri pun tahu tentang perkara ini. Dalam Mobile Wallet ini, satu anak syarikat iaitu MAVCAP Biotech Sdn. Bhd, mempunyai RM2.5 juta, iaitu pemegang saham yang paling besar dalam syarikat ini. Pada mulanya ini adalah secara bayaran melalui telefon bimbit. Itu memang tiada satu persoalan. Dikatakan juga ada status MSC dan disokong oleh Kementerian Kewangan. Selepas ini Mobile Wallet ini menandatangani satu perjanjian dengan satu CWW World Wide. Ini satu modul multi-level marketing. Dia gunakan sebagai syarat, dia tukarkan semua ahli-ahli Mobile Wallet ini supaya semua jadi ahli CWW dan untuk merekrut members menjadi ahli dan dapatkan point untuk tukarkan wang. Oleh kerana ini dalam dia punya promotion, gunakan agensi kerajaan sebagai satu tarikan. Tengok, ini disokong oleh kementerian. Sebab itu senang mereka dapat rekrut member.
Satu lagi tentang Sunshine Empire. Dia gunakan Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka sebagai satu advertisement melalui semua magazines atau newspapers dan ground-breakings. Dia jualkan unit-unit kondominium melalui multi-level marketing. Dalam satu hari, 1,000 unit dijual dan pembeli banyak datang dari negara jiran kerana dikatakan projek ini disokong oleh kerajaan negeri. Soalan saya, iaitu bagaimana kawalan ke atas multi-level marketing ini yang tidak betul-betul membuat perniagaan?
Kita pernah dengar Sanctuary Diamond. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun tahu tentang perkara ini. Jualkan diamond bernilai RM200 lebih, boleh jual RM2,000 lebih atau RM5,000 lebih, sebab bukan betul-betul membuat perniagaan. Tujuan mereka ialah merekrut member dan dalam masa yang pendek, yang upline itu dia akan mengaut wang yang banyak dan dia biarkan syarikat itu gulung tikar.
Sebab itu jika berlaku ini, beribu dan beratus juta akan terlibat dan ramai orang jadi mangsa. Apa yang saya khuatir, mengapa pemimpin kita semasa dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek-projek ini tidak membuat siasatan ke atas latar belakang syarikat ini. Pada masa ground-breaking ceremony diadakan di Singapura, Malaysia Securities Commission sudah buat siasatan atas syarikat ini. Akan tetapi, pemimpin atasan kita masih dipergunakan oleh syarikat ini. Sebab itu tadi saya ada buat satu pertanyaan tentang bagaimana dengan kawalan tentang kegiatan multi-level marketing ini. Terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya sentiasa ada kawalan. Kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sama ada secara penyiasatan yang kita lakukan ataupun secara aduan yang kita terima daripada mereka yang teraniaya, dua bentuk. Kadang-kadang apabila sudah menerima aduan umpamanya, dilakukan pemeriksaan ataupun penyiasatan. Penyiasatan ini dilakukan secara sulit, dengan pegawai-pegawai saya sendiri menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan. Saya ingin memberi jaminan sebenarnya memang ada syarikat-syarikat multi-level marketing yang sudah pun dibatalkan lesen.
Memang kita memandang serius kalaulah bukan menjadi tujuan mereka untuk menjual produk, tetapi untuk mencari downline bagi tujuan untuk digalakkan menyertai skim itu dengan penjualan jawatan. Sebab itu beberapa syarikat telah dikenakan tindakan. Ada juga yang telah dikenakan tindakan dan telah juga dibenarkan berniaga semula dengan syarat-syarat yang tertentu. Dari segi pendaftaran yang baru, pelan pemasaran itu merupakan satu perkara yang mustahak.
Saya ingin memberi jaminan bahawa kalaupun Yang Berhormat, mana-mana tokoh politik atau orang besar yang terlibat atau digunakan sebagai gambar ataupun brochure mereka, malah surat mereka juga atau surat rayuan yang disokong oleh mana- mana pihak, pertimbangan saya mungkin lebih sikit sahaja.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Akan tetapi kalau salah itu tetap salah dan tindakan akan diambil. Kecualilah adanya usaha benar-benar untuk membetulkan kesilapan yang tidak disengajakan. Ini kerana ada juga keadaan apabila disiasat, didapati bahawa apabila sudah diwujudkan syarikat perdagangan berperingkat ini atau direct selling, ada juga peniaga atau ahli dalam kumpulan itu yang memulakan pula business mereka sendiri dengan mewujudkan skim secara primer tanpa diketahui oleh pihak yang berkenaan.
Jadi, memang pengurusan atau kawalan kepada syarikat jualan langsung ini merupakan satu perkara yang sukar. Ini kerana ia dilakukan dalam suasana yang mula- mulanya ceria dan gembira. Setelah beberapa bulan, apabila akhirnya ada pihak yang menjadi mangsa, barulah perkara itu terbongkar. Pada peringkat awalnya, memanglah ada pihak yang begitu gembira mendapat keuntungan dari segi menjadi ahli dalam syarikat jualan langsung, tetapi akhirnya apabila terkena kerana perbuatannya, secara piramid umpamanya, akhirnya ada mangsa mereka yang terkilan. Maka keceriaan itu berubah menjadi aduan dan rungutan kerana mereka telah tertipu. Ini memang merupakan satu bidang perniagaan yang menarik kerana jaminan cepat kaya itu memang ada. Malangnya, memang adanya sebahagian daripada rakyat kita yang tergerak untuk menjadi cepat kaya.
Jadi, dalam keadaan ini, nafsu manusia ini bukan satu perkara yang mudah kita kawal, kecualilah adanya pendedahan dari segi pendidikan dan kefahaman semua pihak yang lebih meluas, dan rakyat serta mereka yang berminat dengan hal ini membuat siasatan yang lebih teliti lagi sebelum membuat keputusan.
Saya tidak boleh menjamin bahawa semua masalah boleh kita selesaikan selepas kita berbahas dalam Dewan ini akan tetapi insya-Allah, akan kami usahakan untuk mendapatkan satu keadaan yang lebih terkawal.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya amat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, panjang cerita Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya faham, saya amat terima penjelasan dan keterangan oleh Yang Berhormat Menteri. Hanya yang akhir saya hendak tanya.
Kedua-dua contoh yang saya bawa ini, saya difahamkan banyak laporan polis telah dibuat.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah pihak polis Commercial Crime Department ada berhubung dengan kementerian atas kedua-dua aduan yang saya buat ini.
Itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri, suka saya nyatakan bahawa, kalau perkara itu sudah diuruskan melalui pihak polis dan kementerian, buat masa ini saya tidak ada maklumat seperti itu. Akan tetapi, saya percaya bahawa saya akan lihat dan bertanya kepada syarikat-syarikat yang terlibat, Sunshine Empire dengan CWW Marketing ya? Kedua-dua itu saya akan...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
CWW Worldwide. Ya, Terima kasih.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
CWW Worldwide. Ini nama-nama yang pelik juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Canggih namanya.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Canggih namanya. Saya rasa Yang Berhormat, itu sahaja yang saya hendak jelaskan. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Dato’ Ismail bin Kasim - Arau
[Bangun]
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Mohon laluan sebelum Yang Berhormat duduk.
Boleh?
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Kedua-dua Yang Berhormat tidak mengambil bahagian, tidak menyentuh kementerian saya semasa berbahas itu. Saya kasihankan kepada...
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Tidak boleh, tidak apa.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
Tidak boleh tidak apa. Kasihan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat sudah daftar juga kehadiran itu.
Dato’ Shahrir Abdul Samad
[Ketawa] Dari pagi tadi, Yang Berhormat Pontian.
Saya percaya bahawa memang ada idea dan pandangan yang hendak disampaikan. Akan tetapi, sebab masa tidak mengizinkan, kaedah dan cara kita pun tidak mengizinkan, saya minta maaf. Saya sudahi dengan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai kementerian saya. Insya-Allah, pandangan dan teguran itu menjadi perangsang juga kepada kami warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk melakukan tugas dan tanggungjawab kita dengan lebih baik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Betul-betul tepat satu jam Yang Berhormat. Jadi, kesian saya tengok Yang Berhormat daripada Selangau tunggu satu jam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Perbahasan Titah Diraja yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, khususnya isu-isu pembasmian kemiskinan, pembangunan Wilayah, projek prasarana, utiliti dan ameniti sosial, ekonomi desa dan pembangunan masyarakat di luar bandar.
Seramai 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Tanjung Manis, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pontian mengenai matlamat untuk mensifarkan miskin tegar menjelang 2010, kerajaan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar luar bandar ke tahap 1.4 peratus pada penghujung tahun 2007. Bagi mencapai matlamat tersebut, iaitu mensifarkan kemiskinan tegar, kementerian akan memberikan tumpuan kepada tiga program utama. Iaitu Program Peningkatan Penempatan atau PPP, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, dan Program Bantuan Rumah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Selain daripada itu, bagi mempercepatkan lagi penyampaian sasaran yang telah ditetapkan, kementerian telah melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang berkonsep agropolitan. Melalui program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan, kita yakin akan dapat mencapai target ke arah sifar miskin tegar menjelang 2010.
Yang Berhormat Dungun mencadangkan supaya kementerian ini menggembleng projek berskala besar dengan NGO dalam menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.
Bagi makluman Yang Berhormat, kementerian telah pun menjalinkan usaha sama dengan pelbagai NGO untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan kepada kumpulan sasar.
Sebagai contoh, pada tahun 2008 beberapa NGO telah dilantik sebagai pelaksana kepada beberapa Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau pun SPKR seperti Program Kecemerlangan Pendidikan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, dan Program Pembangunan Minda Insan. Di antara NGO yang terlibat ialah Yayasan Harapan, Yayasan Rakyat Miskin Perak, Yayasan Sungai Siput dan Yayasan Basmi Kemiskinan.
Yang Berhormat Pontian.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan keyakinan akan menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010, iaitu kira-kira beberapa bulan lagi. Sekarang ini bulan tiga. Beberapa bulan sahaja lagi, bererti Disember 2009 hapus sudah miskin tegar di negara ini atau Disember 2010. Yang mana satu, Disember 2009 menjelang 2010 atau Disember 2010? Kalau Disember 2010, maksudnya menjelang 2011. Yang mana satu sebenarnya target?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat dari Pontian hendak istilah yang tepat sekali. Sebenarnya, pada penghujung dalam jangka masa sepanjang tahun 2010 itu target kita.
Yang Berhormat Kuala Krau memohon supaya diadakan semula peruntukan untuk membangunkan kampung tradisi sepanjang Sungai Pahang melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka telah dibubarkan mulai 2 Oktober 2000 dan fungsi perancangan penyelarasan dan pelaksanaan pembangunan kawasan bekas lembaga ini telah diserahkan dan diambil alih Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab untuk merancang, memaju, membantu, mengusahakan, mengawal dan menyelaras pelaksanaan pembangunan di kawasan bekas Wilayah Jengka.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Tanah dan Daerah Maran perlu mengemukakan permohonan peruntukan untuk membangunkan kampung tradisi di kawasan bekas lembaga ini termasuk kampung tradisi sepanjang Sungai Pahang kepada kementerian untuk dipertimbangkan.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Tanjung Manis, Yang Berhormat Serian dan Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan mengenai pembangunan prasarana di kawasan masing-masing.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah menjadi hasrat kementerian untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang lengkap kepada penduduk di kawasan luar bandar.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM3.8 bilion telah disediakan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri Sabah dan Sarawak. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan ia perlu dibuat secara berperingkat-peringkat, tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan. Dalam hubungan ini, kementerian ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan supaya penyediaan kemudahan asas di kawasan luar bandar, khususnya dalam lingkungan 30 kilometer radius dari bandar dan pekan di seluruh negara termasuk negeri Sabah dan Sarawak dilengkapkan dengan kemudahan infrastruktur sepenuhnya menjelang 2016.
Mengenai permohonan Yang Berhormat Lanang agar peruntukan sebanyak RM60 juta disalurkan untuk menaiktaraf jalan luar bandar, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar yang rosak akibat banjir, kementerian ini sentiasa memperbaiki dan menaiktaraf jalan, menyediakan bekalan air dan elektrik yang rosak akibat banjir. Sehingga kini, bagi negeri Sarawak, kementerian masih menunggu senarai projek jalan dan bekalan air yang rosak akibat banjir daripada pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, satu Yang Berhormat. Yang kita gunakan lingkungan 30 kilometer untuk Semenanjung ini, oleh kerana Sarawak itu begitu besar, lingkungan itu tidak boleh bertindih Yang Berhormat. Jadi, banyak yang keluar daripada lingkungan itu.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah permulaan.
Sekarang, kita gunakan konsep 30 kilometer ini dan 30 kilometer ini disukat dari pekan- pekan utama di kawasan-kawasan yang tertentu, misalnya di kawasan saya di Selangau kita gunakan pekan Selangau. Jarak 30 kilometer dari pekan Selangau itu kalau dapat disiapkan dengan prasarana yang lengkap, ia agak memuaskan dan selepas di seluruh negara, dapat dibekalkan atau dilaksanakan prasarana ini.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Besar kemungkinan kita akan meluaskan ini kepada jarak yang lebih jauh lagi.
Begitulah konsep yang kita sedang guna pakai sekarang Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Perkara ini selesai 2016.
Astaghfirullah al-Azim, ada akalkah tidak yang mengatur perancangan ini? Bukan kasar, Shah Alam. Saya cuma bertanya. Tuan Yang di-Pertua, orang kampung dan orang luar bandar sudah lama mengidamkan pembangunan-pembangunan asas ini. Saya ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, kemudahan asas. Sekali lagi, kemudahan asas.
Astaghfirullahlah al-Azim, bagaimana sebenarnya kita memberikan keutamaan kepada orang luar bandar yang juga rakyat Malaysia yang selama ini mendengar, melihat kawasan orang lain, lengkap, hebat, berganda. Dia hendak terima ini dengan ukuran 30 kilometer lingkungan itu agaknya 15. Sarawak ini sama besar dengan Semenanjung ini.
Sabah sama besar dengan Semenanjung ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itulah saya soal tadi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya hendak beritahu kerajaan.
Terus terang saya katakan, kalau tidak kerana wakil rakyat Sarawak dan Sabah, Kerajaan Barisan Nasional tidak wujud... [Tepuk] Saya UMNO, saya punya kawasan memang hebat pasal saya punya kawasan pernah diwakili oleh Perdana Menteri dan daripada pusat bandar cuma 10 kilometer. Alhamdulillah, hebat Yang Berhormat Sri Gading.
Akan tetapi, saya juga seperti kepada rakyat kita yang berada di Sabah, di Sarawak, kalau mentaliti orang yang merancang ini tidak memberi keutamaan kepada orang luar bandar, siapa yang hendak memperjuangkan dia Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak kita di Dewan Parlimen yang mulia ini...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, saya pernah bercakap, berpidato di perhimpunan agung tahun 1983 Tuan Yang di-Pertua.
Tahun 1983 di Hilton waktu itu perhimpunan agung. PWTC belum ada. Saya bercakap tentang bagaimana ketempangan kerajaan mengatur projek-projek lima tahun dan kalau projek itu sebegitu rupa, saya kata, untuk sampai ke kampung-kampung memerlukan 50 tahun baru selesai, apa sebenarnya? Yang merancang ini Tuan Yang di-Pertua, jangan temberanglah. Dia pun manusia juga, kadang-kadang ada rasa pilih kasih. Kalau yang merancang ini pegawai-pegawai daripada kalangan orang-orang bandar, dia apa rasa keperitan, kepayahan, kesusahan orang-orang luar bandar. Dia tidak pernah rasa.
Ini saya minta maaflah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, you jangan jawab untuk menjawab. Kita bertanggungjawab kepada rakyat dan kalau Kementerian Luar Bandar, itu sebab dinamakan Kementerian Luar Bandar, khusus untuk luar bandar, kalau kementerian ini tidak memperjuangkan orang luar bandar, kepada siapa? Kepada siapa hendak kita bebankan tugas yang mulia ini? Saya berharap perancang-perancang yang mengatur pembangunan dalam negara ini harus bersifat bertanggungjawab. Sekali lagi saya nyatakan, kalau tidak kerana rakan-rakan BN daripada Sabah dan Sarawak, Kerajaan BN ini tidak akan dapat kita tegakkan... [Tepuk] Bukan saya nak mengugut, jauh sekali saya nak menggertak sesiapa, tetapi orang kata kalau orang sudah berbudi, bila masanya kita hendak membalas budi baik seperti ini?
Penduduk-penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak sama dengan Semenanjung. Orang- orang yang berjiwa mulia yang akur, akur, akur tidak pernah membantah. Apakah sifat mereka yang tidak mahu membantah ini kita ambil remeh?... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, orang di mana-mana yang di Sarawak, di Sabah tidak mungkin dia bercakap di dalam Dewan yang mulia ini, kecuali kita Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, sampai menyampuk ini maknanya Tuan Yang di-Pertua punya keprihatinan itu memberikan jawapan kepada apa yang dikehendaki oleh orang luar bandar dalam kawasan Tuan Yang di-Pertua. Inilah, saya harap you hendak jawab boleh, tidak jawab pun boleh cuma ambil perhatian pegawai-pegawai yang merancang ubah, yang tidak boleh diubahnya al-Quran dan juga Hadis. Yang lain jangan nak temberang, jangan nak temberang. Jangan nak temberang benda-benda yang boleh kita ubah. Kita ubah demi kebaikan rakyat dan demi kebaikan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya, bagi orang Sarawak, Yang Berhormat, berterima kasih dan saya bagi ruang banyak dengan Yang Berhormat tadi. Sila Timbalan Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Sri Gading, saya akan jawab fasal saya ini begitu gembira mendengar Yang Berhormat berbesar suara dan mewakili kita orang-orang dari Sarawak supaya pembangunan luar bandar ini dibuat secara lebih agresif. Saya tadi nak komen juga, saya yakin Tuan Yang di-Pertua pun happy dengan penangan Yang Berhormat dari Sri Gading.
Di dalam sesi Parlimen yang lepas, pernah saya terangkan secara agak teliti kenapa kita membuat target 2016 sebagai tahun kita nak menyiapkan prasarana asas untuk luar bandar di seluruh negara.
Kalau mengikut maklumat yang dimajukan oleh negeri Sarawak, misalnya kepada kementerian kita, untuk menyediakan prasarana secara lengkap di Sarawak memerlukan lebih kurang RM60 bilion. Tidak mungkin Yang Berhormat, kita dapat memohon ataupun diluluskan peruntukan yang sebegitu tinggi daripada Kementerian Kewangan. Kalau daripada sekarang hingga misalnya 2000 entah, 2010-2011 ada orang pada masa itu mencadangkan supaya kita selesaikan hal prasarana asas ini menjelang tahun 2012, maknanya sekarang 2009, 2010, 2012, ada empat tahun lagi.
Empat tahun lagi RM60 bilion untuk negeri Sarawak barangkali RM50 bilion untuk Sabah, barangkali RM100 bilion untuk Semenanjung, maknanya lebih kurang RM210 bilion dalam masa empat tahun. Maknanya, setahun kita memerlukan RM55 bilion, sedangkan bajet untuk seluruh pembangunan di Malaysia ini hanya RM200 lebih bilion setahun. Jadi, tanpa menjejaskan kepentingan di bidang-bidang yang lain, keselamatan, pelajaran, pembangunan insan, pertanian dan sebagainya, yang kita cadangkan di sini adalah mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Itulah sebabnya kita mencadangkan supaya rancangan ini untuk menyiapkan prasarana asas di negara ini, siap pada tahun 2016 dan yang penting bagi orang-orang Malaysia ialah target itu ada. Kalau mengikut bukti-bukti yang telah kita tunjukkan selama ini, kita memang agresif hendak memajukan, hendak membangunkan luar bandar ini.
Saya sambung semula Tuan Yang di-Pertua. Bagi projek bekalan elektrik di luar bandar, kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh SESCO Berhad, iaitu berkenaan dengan projek luar bandar di Sarawak ini, projek elektrik luar bandar. Memandangkan projek-projek berkenaan telah diserahkan kepada SESCO Berhad untuk pengoperasian.
Yang Berhormat Tanjong Manis memohon agar pembinaan jalan luar bandar, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar dilaksanakan di Pulau Beruit.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pelaksanaan projek bekalan air luar bandar sedang dibina dari Tanjong Manis ke Kampung Sa’e, Pulau Beruit iaitu pronunciation orang Melanau ini, “S-a-’-e”. Apabila projek ini siap, penyambungan dan pemasangan paip air akan diperluaskan di Kampung Kod, Kampung Na’e dan Kampung Beruit.Bagi pelaksanaan jalan luar bandar dan bekalan elektrik di Pulau Beruit, kementerian ini sedia memberi pertimbangan sekiranya cadangan pembinaan jalan dan bekalan elektrik ini diterima daripada pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sarawak serta peruntukan yang mencukupi disediakan.
Yang Berhormat dari Serian pula memohon supaya diberi perhatian kepada pembangunan prasarana asas yang masih belum mencapai tahap 30 peratus di daerah Serian dan memohon supaya sebahagian peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti diberikan bagi pembinaan lima batang jalan di daerah Serian.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2009, sejumlah RM68.24 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek jalan kampung di daerah Serian. Iaitu projek jalan kampung untuk lapan buah batang jalan, RM2.4 juta; jalan luar bandar, RM49.3 juta untuk tiga batang jalan; RM7.664 juta untuk tiga projek bekalan air luar bandar; dan RM8.9 juta untuk tujuh buah projek bekalan elektrik luar bandar.
Mengenai permohonan Yang Berhormat untuk membina lima jalan di daerah Serian, Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan tersebut ke kementerian ini untuk dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kelak.
Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu mengenai kawasan Limbang yang kurang mendapat nikmat pembangunan kerajaan pusat terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan memohon supaya pihak kementerian menyenaraikan kawasan Limbang dalam projek pakej rangsangan bagi projek jalan luar bandar, bekalan air dan bekalan elektrik.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada peruntukan yang khusus untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar di bawah pakej rangsangan ekonomi. Peruntukan yang diluluskan adalah bagi pelaksanaan projek jalan kampung dan jalan luar bandar. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat juga mengambil perhatian di kementerian kita projek di bawah rangsangan ekonomi ini adalah projek yang mesti disiapkan pada tahun ini pelaksanaannya. Senarai projek yang diluluskan di kawasan Limbang adalah seperti berikut:
(i) projek jalan kampung untuk 12 batang jalan, RM1 juta
(ii) projek jalan luar bandar untuk sebatang jalan, RM1.2 juta Yang Berhormat Ampang mencadangkan supaya kementerian ini menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar dan melaksanakan pembangunan yang seimbang supaya kadar golongan luar bandar yang berhijrah ke bandar tidak terus meningkat. Untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi hasrat kementerian ini untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang sempurna di semua kawasan luar bandar, khususnya bagi mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar-bandar.
Namun begitu, penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Yang Berhormat Pontian membangkitkan mengenai isu perbelanjaan yang terbazir boleh digunakan untuk diagihkan kepada projek-projek kecil dan penyelenggaraan jalan- jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek jalan kampung melibatkan pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada yang melibatkan anggaran kos di antara RM100,000 hingga RM200,000 bagi setiap projek.
Pembinaan jalan baru ini menjadi keutamaan kerana ia akan menambahkan jaringan jalan kampung dan seterusnya memberi faedah kepada penduduk luar bandar.
Kementerian ini mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat supaya peruntukan yang diberi kepada setiap kawasan Parlimen diagihkan kepada projek-projek kecil, seperti menampal lubang jalan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah memperuntukkan sehingga 15 peratus daripada peruntukan keseluruhan projek jalan kampung untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan kampung. Di samping itu juga, mulai tahun 2006, pelaksanaan jalan-jalan kampung ini telah di naik taraf di bawah MARIS dengan tujuan bagi mendapatkan geran penyelenggaraan tahunan daripada Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya kerajaan memberi tumpuan kepada pembuatan makanan segera secara mass production dengan melibatkan agensi- agensi kerajaan seperti RISDA dan FELCRA dalam mengurangkan kos pembuatan dan harga barang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pembangunan luar bandar. Minta maaf sebab saya tunggu jawapan Yang Berhormat, iaitu berkaitan dengan pembangunan di luar bandar.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Walaupun saya tidak sempat sentuh dalam ucapan saya, tetapi ini berlaku juga dalam semua tempat, terutama di Kelantan, kebanyakannya melibatkan kawasan kampung.
Jadi, apa yang kita kesali ialah sejauh mana kerjasama yang telah diberi oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri, sebab kita dapati bagaimana apabila dijemput untuk bermesyuarat bersama antara pegawai kerajaan negeri, pihak JPP tidak memberi kerjasama. Ini kita ada bukti di negeri Kelantan sejak mutakhir ini dan apa yang menyedihkan kita ialah projek-projek pembangunan untuk disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terpencil luar bandar seperti kawasan saya.
Jadi, kita lihat banyak kawasan-kawasan ini yang memerlukan pembelaan.
Terutamanya jalan-jalan luar bandar, tetapi apabila kita rujuk kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, kita dapati makluman yang diberi kepada kami, peruntukan ini adalah hanya untuk kawasan Parlimen yang diwakili oleh Barisan Nasional.
Jadi, kenapa perkara ini berlaku? Sekiranya betul-betul sebagaimana yang dirayu oleh rakyat kita di Sabah dan Sarawak, sebenarnya seluruh Malaysia kita mengharapkan kerajaan memberi keadilan yang sebenarnya untuk rakyat. Sebenarnya, rakyat di luar bandar menunggu bagaimana mereka hendak merasai nikmat kehidupan sebagaimana orang-orang di bandar, yang mereka ramai lagi yang berhadapan dengan jalan-jalan yang berselut, berlopak dan sebagainya, terutama di musim tengkujuh. Jadi, minta supaya perhatian diberi oleh kerajaan dengan sebenar-benarnya. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memilih kawasan yang dibangunkan hanya kawasan yang di bawah Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kita cuma melihat keutamaan kawasan itu dari segi ia betul-betul memerlukan bantuan segera, diutamakan ataupun ia patut dikemudiankan kalau dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain.
Dari segi kerjasama, Kerajaan Pusat ada salurannya sendiri, ada juga saluran bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyalurkan dan membuat pelaksanaan projek di seluruh negeri-negeri, tidak kira sama ada ia di bawah kerajaan pembangkang atau Kerajaan Barisan Nasional.
Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga 2008, kementerian telah membantu 25,300 pengusaha- pengusaha luar bandar dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan perniagaan mereka melalui bantuan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa ataupun SPED, menyediakan latihan keusahawanan, menyediakan premis perniagaan dan mempromosi produk-produk termasuk produk-produk makanan.
Kementerian telah dan sedang melaksanakan Program Satu Daerah Satu Industri yang memberi penekanan kepada pembangunan produk dan rantaian nilai, termasuk produk makanan secara besar-besaran dengan dibimbing oleh agensi pelaksana seperti RISDA dan FELCRA. Sebagai contoh, industri makanan di Simpang Renggam, Johor yang telah berjaya mengeluarkan produk kerepek pisang, ubi keledek hingga ke pasaran negara Singapura.
Yang Berhormat Batang Sadong menyarankan supaya latihan serta kemahiran diberikan kepada masyarakat luar bandar. Adalah dimaklumkan bahawa latihan kemahiran kepada usahawan desa diberikan melalui Program Kemajuan Ekonomi Luar Bandar di mana RM24.7 juta diperuntukkan untuk melaksanakan kira-kira 800 siri kursus sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, dengan mensasarkan seramai 22,500 usahawan-usahawan desa yang akan mendapat manfaat ini. Terdapat empat bidang latihan kemahiran yang ditumpukan iaitu:
(i) latihan keusahawanan dan perniagaan;
(ii) latihan kemahiran teknologi makanan dan pertanian;
(iii) latihan penyediaan dan penyajian makanan;
(iv) latihan bimbingan teknologi dan peningkatan kualiti.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat Seremban menyarankan supaya kementerian mempergiatkan program-program pembangunan supaya masyarakat Orang Asli keluar daripada garis kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ataupun JHEOA komited dan telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli dan membasmi kemiskinan.
Melalui pelaksanaan projek pembangunan tanah sehingga kini, sejumlah 167 buah ladang dengan keluasan 24,104.03 hektar telah berjaya dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit, iaitu 117 buah ladang RISDA dan 50 buah ladang lagi oleh FELCRA. Sejumlah 96 ladang telah berjaya mengeluarkan hasil dan memberi faedah kepada 6,947 peserta masyarakat Orang Asli. Selain menerima dividen sekurang- kurangnya RM400 sebulan, kepada setiap ketua isi keluarga...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Minta laluan.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
...Ketua isi rumah tangga.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Rompin. Terima kasih. Saya tertarik dengan hujah-hujah Yang Berhormat tadi. Syabas, kerajaan luar bandar bukan sahaja membela semua kaum dan di sini jelas bahawa di luar bandar Barisan Nasional juga membela Orang Asli. Tertarik dengan dua isu, saya hendak tanya Yang Berhormat.
Pertama, dari segi usaha FELCRA dan RISDA. Adakah benar kita dengar ada peruntukan untuk membangunkan kawasan-kawasan untuk masyarakat Orang Asli? Di Rompin, kedua tertinggi di Malaysia dari segi jumlah rakyat masyarakat Orang Asli, tetapi peruntukan ini tidak dapat digunakan kerana kelewatan dari segi keluasan tanah. Adakah ini benar? Itu yang pertama.
Kedua, ada juga keluhan daripada masyarakat Orang Asli, sama ada harga itu 1,800 tan kah, 2,500 kah, 3,000 hingga 4,000 kah, RM400 sebulan juga dapat. Ini saya takut nanti geng-geng sebelah sini, apa jua nanti yang baik diusahakan oleh kerajaan, batu api ramai di sebelah kanan ini. Dia kata kerajaan tidak buat.
Ini Yang Berhormat Shah Alam memanglah, yang lurus dia kata bengkok, yang bengkok dia kata lurus, biasalah. Kalau tidak, dia tidak menang Shah Alam ini. Bermakna saya minta bahawa kita takut nanti usaha-usaha yang baik ini nanti, tetapi apabila pelaksanaan itu tidak diuruskan dengan sepatutnya, pertama yang dapat manfaat, tidak dapat manfaat, yang sepatutnya 100 peratus dapat manfaat mungkin 50 peratus sahaja.
RM400, saya hendak tanya adakah kita tukar lima tahun yang lalu RM500 sebulan ini?
Ada masyarakat Orang Asli tunjuk saya, anak dia ke sekolah. Dia tunjuk saya ibunya mendapat RM400 sebulan, lima tahun yang lalu. Sampai lima tahun RM400 tiap-tiap bulan. Harganya mungkin RM1,500 RM2,000 RM3,000 tetapi tetap RM400 sebulan juga.
Ini hendak bawa dari Rompin. Kita takut nanti apa jua hasrat murni kerajaan, tetapi apabila pelaksanaan itu tidak diawasi dengan baik, nanti apa jua harapan dan inti sari kerajaan untuk membela mereka sama ada tidak sampai atau hanya separuh sahaja. Saya minta penjelasan Timbalan Menteri.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Kita memang ada menghadapi masalah pelaksanaan projek FELCRA atau FELDA sekali-sekala kerana betul seperti kata Yang Berhormat dari segi kelewatan kelulusan tanah. Akan tetapi, kita sedang berusaha dan sekarang kementerian ini cuba membuat secara proaktif.
Apabila sudah dirancang, kita cuba berunding dengan kerajaan negeri atau land surveyor kalau di Sarawak, yang berkenan supaya apabila peruntukan itu dibuat, projek itu dapat dilaksanakan dengan segera. Kita tidak mahu seperti yang berlaku kadang-kadang di masa lepas di mana duit itu ada, tetapi tidak dapat digunakan sebab kelewatan kelulusan ini.
Dari segi dividen RM400 seunit ketua isi rumah, setakat ini kita memberi ini sebagai yang terendah RM400 sebulan. Selain daripada ini, mereka dapat bekerja. Ini saya akan jawab nanti.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Akan tetapi Yang Berhormat, kalaulah mereka ini menghadapi kesulitan dari segi, misalnya baru-baru ini harga barang naik dan sebagainya, kita beri bantuan dari segi menambahkan wang saku anak-anak mereka yang pergi sekolah dan membayar kos pengangkutan anak mereka pergi ke sekolah.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Sebab apa Yang Berhormat, masyarakat Orang Asli duduk di kawasan FELDA. Mungkin dahulu kita boleh mengatakan masyarakat Orang Asli ini tidak sekolah, kadang-kadang kita very condescending, dengan izin, minta maaf.
Akan tetapi, anak dia ini dapat sekolah. Dia balik universiti, macam saya di Rompin, sebab dahulu sebelum saya menjadi Ahli Parlimen 20 tahun lalu, tidak mungkin ada satu graduate pun dalam masyarakat Orang Asli. Sekarang ini, dua tiga orang sudah ada. Dia kata, dia tanya saya, dia kata macam mana ini, harga - peneroka yang duduk sebelah kampung dia, dia masuk ke kampung dia pun jalan FELDA. Peneroka pendapatannya bergantung kepada harga kelapa sawit. Harga sawit tinggi, dia dapatlah duit dia tinggi, rendah dapat rendah. Akan tetapi, dia kata mendatar. Saya kata macam mana ini, dia sudah pandai bercakap, saya lupa anak dia pergi universiti.
Bermakna kita ini kena buat perubahan. Mana yang baik kita terima, tetapi kita mesti terima hakikat, kalau perlu buat perubahan kita buat perubahan. Ini nanti saya nampak bahawa kita boleh menyalah sebelah sana, tetapi hakikatnya kita dalaman kena buat perubahan juga.
Mengapa saya tanya FELDA, RISDA, mengapa tidak membuat bayaran mengikut harga pasaran kelapa sawit? Saya rasa mereka boleh terima, seperti juga masyarakat peneroka boleh terima. Kita jangan beri ulasan. Saya tidak rasa, saya don’t think, dengan izin, defensible harga yang kita bayar kepada masyarakat Orang Asli yang RM400 sama ada harga kelapa sawit itu RM2000 kah, RM3000, I don’t think, dengan izin, saya boleh mempertahankan lagilah. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat.
RM400 sebulan ini adalah yang dianggap bukan safety net, tetapi ia bottom line.
Sebenarnya, income dia orang ini jauh lebih dari ini. Bantuan yang lain begitu banyak.
Selain menerima dividen - saya teruskan dan sambil itu menjawab pandangan ataupun komen Yang Berhormat tadi. Selain menerima dividen sekurang-kurangnya RM400 sebulan kepada setiap ketua isi rumah ini, peserta juga berpeluang menambahkan lagi pendapatan tambahan mereka dengan bekerja sebagai buruh ladang, mandur atau pengawal keselamatan ladang. Orang Asli juga turut diberi peluang menjadi kontraktor atau subkontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang, penyelenggaraan dan penuaian hasil.
Sebelum itu Yang Berhormat, dari segi dividen RM400 ini, kalau kita betul-betul ikut harga di pasaran apabila harga dia turun nanti, macam mana kita hendak terangkan kepada Orang Asli ini, dividen tahun ini tidak ada, fasal dia punya cost of production sudah begitu rendah dan tidak ada untung. Jadi, untuk selamat bagi pihak kerajaan ialah kita - okey. Apabila kita fikir cukup rizab, keuntungan FELDA ataupun FELCRA nanti, besar kemungkinan kita akan tambahkan dividen ini. Akan tetapi, buat masa sekarang, inilah apa yang dibuat oleh kementerian ini. Saya percaya, memandangkan kos barang meningkat dan sebagainya, kita akan semak dividen bulanan ini.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Itu saya minta Yang Berhormat, kalau boleh saya tidak hendak berbahas secara mendalam. Apa yang Yang Berhormat hujah saya boleh hujah balik. Di FELDA begitu juga. Peneroka FELDA pun mereka boleh bekerja, tetapi dia punya bayaran pun ikut harga juga. Saya rasa it is not defensible.
Saya tidak hendak bahas lebih panjang. Saya minta, bolehkah kementerian buat satu pertimbangan dan kaji, saya minta ia. Mengapa tidak boleh pakai model FELDA? Itu saya minta. Guna, tengok model FELDA semenjak Dato’ Sri Mohd. Najib menjadi Menteri FELDA, banyak, perubahan telah dibuat. FELDA sudah banyak buat perubahan. Kita hendak juga perubahan yang sama dibuat di RISDA. Saya tidak mahu menekan sangat macam pengurusan RISDA dan FELDA tidak buat.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Dia baik, kerja-kerja mereka bagus. Akan tetapi, kita jangan puas hati apa yang kita ada. Kita sanggup buat perubahan. Buat anjakan lagi. Dia orang bertanya kepada saya, mengapa dia kata bahawa kita tidak boleh bayarkah ibu bapa dia apabila harga tinggi?
Saya tidak boleh jawab.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Ini hendak menumpang sekakilah ini. Itu saya bagi kepada kawan saya untuk menambah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini hendak bagikah Menteri?
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Ya, ya.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya cuma hendak sambung daripada Yang Berhormat Rompin kata. Sebenarnya, saya tidak mahu tanya, tetapi kerana Yang Berhormat Rompin tanya, saya juga terpanggil.
Dengan apa yang sedang dilakukan oleh kementerian, bolehkah saya dapat jawapan seolah-olah kementerian merasakan bahawa Orang Asli ini kelas kedua yang tidak tahu menguruskan pendapatan mereka, tidak boleh mengurus seperti orang-orang FELDA mentadbir urusan pendapatan ladang mereka? Seolah-olah macam Orang Asli mesti kita didik sampai 100 tahun akan datang.
Jadi, saya rasa masanya telah tiba. Kita harus tidak mempunyai dikotomi dalam negara ini. Rakyat Malaysia sudah sampai satu tahap yang cerdik, semua cuma mereka perlukan bantuan dan ketelusan. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat dari Rompin, saya akan bawa pandangan Yang Berhormat ke kementerian saya.
Untuk menjawab Yang Berhormat dari Sungai Petani bahawa kita ini seolah-olah menganggap Orang Asli ini adalah second class, itu tidak sekali-kali di dalam istilah kita.
Itulah sebabnya saya kata tadi, kita dedahkan Orang Asli ini apabila membantu mereka sehinggalah mereka menjadi kontraktor, subkontraktor dan sebagainya. Ini bukan langkahnya kalau kita menganggap Orang Asli ini second class. Kalau kita menganggap Orang Asli ini second class, kita akan bagi dia ikan sahaja, tidak akan bagi dia kail. Akan tetapi, ini untuk yang betul-betul menghadapi keadaan yang mendesak, kita bagi dia ikan.
Di samping itu, kita mengajar mereka dan membimbing mereka supaya dia juga pandai menggunakan kail. Itu yang kita buat. Manakala menerusi Program Bantuan Ruang Niaga, seramai...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sebelum pindah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Same topic, tajuk yang sama?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tajuk yang sama yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya tempoh hari.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Okey.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Walaupun tidak ramai Orang Asli di Kuala Lumpur, tetapi ada juga berdekatan dengan Wilayah Persekutuan. Apa yang penting di sini, apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tentang memberi kail kepada mereka, ada dalam laman web, saya melihat fokus kepada pembangunan ameniti sosial, contohnya yang dilakukan oleh kementerian, kita hargai usaha ini. Akan tetapi, ia lebih bersifat kepada kemudahan seperti dewan orang ramai, balai raya, bangunan bilik gerakan, pusat sumber komputer dan juga kemudahan rekreasi padang permainan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya ada beri cadangan untuk kita mungkin mengambil kira model yang telah dilakukan atau dibuat di Thailand, di mana kawasan luar bandar lebih kurang 450 kilometer daripada Kota Bangkok itu penekanannya. Memang ameniti sosial itu penting, tetapi penekanannya adalah kepada primary school iaitu sekolah rendah. Maksudnya, wujud sekolah rendah yang begitu berkualiti, diambil oleh mereka kurikulum Montessori, Walldoff yang termasuk juga pengajaran Buddha. Ini kerana mereka ramai yang beragama Buddha.
Penekanannya bukan lebih kepada isu-isu lain, tetapi pendidikan. Maksudnya, kalau Orang Asli ini kita hendak beri mereka peluang, kita mulakan daripada peringkat awal.
Sekolah yang diwujudkan bukan di tempat lain, tetapi di kampung mereka sendiri.
Saya tahu mungkin ini keputusan Kementerian Pelajaran, tetapi adakah ini merupakan satu ruang yang dapat diambil kira oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya tidak lihat jawapan yang diberikan menyentuh tentang hal ini. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Yang Berhormat Lembah Pantai tidak betul mengatakan kementerian ini tidak memberi tumpuan kepada persekolahan. Tadi saya ada sebut sedikit tentang apabila mereka menghadapi masalah, misalnya hendak pergi ke sekolah sebab miskin, kita bagi dia wang saku atau pocket money. Apabila harga barang naik, kita tambahkan wang saku. Kalau dia memerlukan bantuan dari segi pengangkutan, kita sama ada bagi dia duit ataupun kita sediakan bas. Dari segi kurikulum atau syllabus dan sebagainya, kita kena ikut syllabus yang wujud, yang ada di seluruh negara. Kita tidak boleh disebabkan dia ini Orang Asli, maka syllabus nya berlainan dari suku kaum ataupun bangsa-bangsa yang lain.
Juga kita berpendapat pendidikan ini mestilah dari segi menyeluruh holistik. Kita tidak boleh memberi penekanan kepada akademik sahaja tanpa diberi kemudahan ameniti, kemudahan asas yang lain. Kita percaya, pembangunan seorang insan itu mestilah secara menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sekali lagi, manakala program...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sedikit lagi Yang Berhormat, hendak bagi penjelasan, takut tersalah faham. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju tentang penekanan terhadap kemudahan asas. Hanya cadangan di sini, apabila kita mengambil kira sekolah-sekolah, tumpuan pendidikan ini kurikulumnya bukan bersifat akademik, tetapi menyeluruh.
Kita sebutkan Montessori, apa yang terpaksa kalau di Kuala Lumpur ini hendak pergi ke sekolah-sekolah sebegitu, kita bayar dengan harga yang begitu mahal. Akan tetapi, penekanan ini memberi kita, kita memberi peluang kepada mereka untuk menikmati satu suasana, satu kualiti pendidikan yang berlainan daripada sebelumnya. Jadi, ia bermula di sini.
Ini satu pemikiran yang baru, saya akui, tetapi saya hanya cadangkan kerana sudah lama usaha bertahun-tahun Yang Berhormat dan juga kementerian membangunkan kemudahan asas dan sebagainya. Mungkin ada cara lain mungkin perlu usaha lain untuk memastikan mereka ini dapat terus naik ke tangga sosial dan sebagainya daripada melakukan apa yang sedia ada, bagi wang saku. Itu pun kita tidak dapat memastikan RM400 yang diberikan itu macam mana dibelanjakan. Jadi, ini kesukarannya, pantauan.
Jadi, mungkin berbalik kepada usaha awal untuk memberikan pendidikan yang berkualiti.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Satu daripada usaha awal Yang Berhormat, yang kita tetapkan, mesti wujud di kalangan Orang Asli ini ialah Tabika KEMAS. Itu satu daripadanya. Ini bermakna, kita mengambil kira pendidikan awal mereka juga, tetapi tidak apalah. Kalau ada masa, saya hendak melawat sekolah yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Lembah Pantai. Barangkali bukan sahaja Orang Asli yang dapat mencontohi sekolah tersebut, kemungkinan semua sistem persekolahan di Malaysia dapat mengikut itu.
Tuan Yang di-Pertua Program Bantuan Ruang Niaga. Seramai 197 orang usahawan Orang Asli telah mendapat peluang berniaga di gerai-gerai perniagaan yang disediakan oleh jabatan dan menerusi Program Bimbingan Usahawan. Seramai 250 orang peserta Orang Asli telah menerima kemudahan untuk menjalankan perniagaan.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Pontian mengenai pelaksanaan Pelan Tindakan Desa ataupun PTD di kesemua 14,537 buah kampung di negara ini, termasuklah di Pontian yang sebanyak 267 buah kampung. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2007 dan 2008 kementerian telah melaksanakan Projek Perintis Pelan Tindakan Desa di 17 buah kampung dan baki daripada 14,537 buah kampung ini yang mempunyai JKKK atau JKKKP di seluruh negara dijangka akan diselesaikan pada tahun 2011. Sebagai permulaan, pada tahun 2009 kementerian telah merancang untuk melaksanakan di 200 buah kampung.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada peruntukan yang banyak ini untuk kemajuan luar bandar, berapa peratus daripada peruntukan ini digunakan untuk pembayaran gaji dan elaun JKKKP dan JKKK? Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Angka teliti saya tidak ada Yang Berhormat tetapi very-very small. Itu saya boleh jawab. Sedikit sahaja. Akan tetapi saya juga difahamkan bukan Kerajaan Persekutuan yang membayar elaun JKKK ini dan sebagainya kerana kerajaan negeri pun ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan dalam Perbahasan Titah Diraja isu-isu yang menyentuh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Perkara-perkara yang telah disentuh dan dibangkitkan akan diambil perhatian serius oleh kementerian ini.
Saya yakin kementerian akan terus memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya terus maju, menarik dan menguntungkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh fungsi dan peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa mengambil bahagian di dalam Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan prihatin dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dimiliki atau disewa oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditugaskan untuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat atau PPR untuk memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan pembinaan sebanyak 105,000 unit PPR disewa dan 3,552 unit PPR dimiliki. Sehingga 31 Januari 2009, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membina sebanyak 51,320 unit rumah PPR disewa dan 2,668 unit PPR dimiliki.
Berhubung dengan isu perancangan dan pembangunan perumahan untuk golongan miskin yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Setiu, Limbang dan Bandar Tun Razak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin memaklumkan bahawa penentuan tapak satu lokasi projek PPR dibuat melalui kerjasama di antara pihak kementerian dengan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan berkaitan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Penentuan sesuatu lokasi dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan dan di antara kriteria yang diambil kira dalam merancang sesuatu projek PPR ialah tapak cadangan terletak berhampiran dengan kemudahan-kemudahan awam seperti jalan utama, taman permainan, sekolah, surau, tempat ibadat dan sebagainya bagi memastikan kos pembinaan sesuatu projek PPR tidak terlalu tinggi atau menjadi tidak berdaya maju...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, di Bandaraya Kuala Lumpur ini, bagaimanakah pembahagian di antara kementerian dengan DBKL dari segi pembinaan PPR ini? Siapa yang akan membina, di mana dan sebagainya? Adakah satu bentuk kerjasama dibuat antara DBKL dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih. Sememangnya kementerian saya ini cuma adalah satu agensi pelaksana. Kita akan meminta peruntukan, kemudian kita akan memberi kepakaran untuk membina rumah-rumah PPR ini. Sedangkan, tapak akan dikenal pasti dan juga senarai bakal-bakal penduduk juga dikenal pasti oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sentiasanya, dia ada maksud yang tertentu. Kadangkala, untuk menempatkan semula, katakan setinggan dan juga untuk golongan miskin dan sebagainya, maka pihak Dewan Bandaraya mereka akan kenal pasti tapak-tapak yang tertentu dan kementerian ini kita akan masuk untuk membina rumah-rumah PPR. Kemudiannya, Dewan Bandaraya akan bertanggungjawab untuk mengagih-agihkan unit-unit rumah ini. Ini satu bentuk kerjasama...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Kalau boleh saya bertanya lebih lagi penjelasan. Dari segi dana peruntukan itu, adakah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ini peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk membina rumah-rumah tersebut paling hampir dengan kumpulan sasar sesuatu projek berkenaan.
Namun, kesukaran mendapatkan tanah-tanah kerajaan yang benar-benar sesuai menyebabkan sesuatu projek terpaksa dibina di lokasi yang lebih jauh dan keadaan tersebut tidak dapat dielakkan. Dalam melaksanakan projek-projek baru PPR, kemudahan- kemudahan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan. Selain daripada pembinaan rumah PPRT di tanah-tanah kerajaan, apakah peruntukan disediakan kepada golongan keluarga miskin yang mempunyai tanah sendiri, tetapi yang tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah ataupun adakah kementerian mencadangkan juga peruntukan untuk pembaikan rumah golongan-golongan miskin yang amat daif ini? Minta penjelasan.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Di kementerian saya ada satu skim pinjaman, di mana kita akan meminjamkan wang kepada golongan mereka yang mempunyai tapak rumah, tetapi mereka tidak mampu membina rumah atau rumah mereka dalam keadaan yang daif.
Maka, jumlah pinjaman sehingga RM20,000 boleh dipinjamkan kepada mereka, tetapi syaratnya mereka mesti memiliki tapak itu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Maksudnya, dia kena bayar balik pinjaman ini?
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ya, kena bayar balik.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Tuan Yang di-Pertua, di dalam melaksanakan projek- projek baru PPR, kemudahan-kemudahan awam seperti taman...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Sekejap lagi, saya habiskan. Kemudahan-kemudahan awam seperti taman permainan, surau atau tempat ibadat telah turut dibina atau sekurang- kurangnya tapak kemudahan tersebut disediakan bagi memudahkan agensi-agensi lain yang berkenaan untuk menyediakan atau membina kemudahan awam yang diperlukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Dipersilakan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya menyambung apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tentang pembangunan perumahan.
Daripada jawapan Yang Berhormat di dalam sidang Parlimen semalam, sesi soal jawab, Yang Berhormat gariskan tiga kementerian yang in charge ataupun mengawal selia isu perumahan. Di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kalau tidak silap saya, tentang pelaksanaan rumah PPR. Beberapa minggu lalu, saya diberitahu dalam perbincangan dengan DBKL untuk mendapatkan perumahan bagi setinggan di kawasan saya bahawa dasar Kerajaan Pusat sekarang hanyalah untuk memindahkan mereka yang duduk di tanah kerajaan. Maksudnya, setinggan yang membina kediaman mereka di tanah persendirian, bukan tanah mereka, tetapi tanah yang dimiliki oleh orang lain tidak akan mendapat ruang untuk berpindah ataupun pertolongan bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Saya mahu bertanya, adakah mampu atau wujudkah ruang untuk menukar dasar ini, di mana di kawasan-kawasan tanah persendirian yang dimiliki oleh syarikat atau korporat besar, bolehkah kerajaan atau kementerian memberi tekanan agar mereka ini kalau mahu mengusir setinggan, beri ruang, peluang untuk mereka ini memiliki rumah PPR.
Mungkin melalui kerjasama dengan kerajaan ataupun kadangkala berdasarkan konsep corporate social responsibility kerana mereka ini sesetengahnya duduk di situ sudah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun dan dinafikan hak untuk berpindah ke rumah baru semata-mata kerana tanah itu dimiliki oleh orang lain atau syarikat yang mahu membangunkan kawasan tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Memang ini satu inspirasilah, boleh dikatakan satu kaedah yang saya cuba laksanakan kerana memang betul dikatakan ada tanah-tanah yang dimiliki oleh korporat, badan-badan korporat. Oleh kerana kita hadkan untuk rumah harga kos rendah di bandar raya adalah RM42 ribu, dan oleh sebab harga barang binaan sekarang, kalau harga RM42 ribu, memang mereka akan menghadapi kerugian.
Jadi, saya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perumahan kementerian saya dan juga pihak pemaju, sama ada kita boleh wujudkan satu bentuk kerjasama di mana kerajaan tampungkan kekurangan itu supaya kos untuk pembinaan ini tidak merugikan pihak pemaju.
Ini tidak bermaksud kita hendak membendung kepentingan pemaju, bukan. Ini kerana kalau kita biarkan keadaan sebegitu, mereka tidak akan membina. Kalau katakan dalam kos pembinaan sekarang RM60 ribu, kos kerajaan untuk membina satu unit PPR RM60 ribu. Maka, kalau kita tekan mereka, paksa mereka untuk jual RM42 ribu memang tidak boleh.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Maka, kita runding dengan mereka, sama ada kerajaan jana tanah, katakan RM28 ribu, tetapi dengan syarat kerajaan miliki tanah itu. Kemudian calon itu, senarai penduduk itu kena ditentukan oleh kerajaan supaya orang-orang yang miskin itu betul-betul boleh mendapat manfaat. Ini dalam peringkat rundingan, dan saya harap kalau ini boleh berjaya, memang ia satu kaedah untuk menyelesaikan masalah kekurangan rumah.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh berikan tarikh akhir rundingan itu dan beritahulah kepada kami Ahli Parlimen Kuala Lumpur secepat mungkin. Kami akan menyokong, kerana pada kami isu setinggan ini penting dan kalau ada inisiatif sebegini daripada Yang Berhormat, kami amat alu-alukan.
Terima kasih
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ini kerana ada isu-isu perundangan kita kena ambil kira, tetapi baru-baru ini dalam cadangan untuk stimulus package, saya ada kemukakan kepada Kementerian Kewangan supaya ini juga satu kaedah yang boleh kita pertimbangkan. Jadi, saya haraplah kalau tidak ada rintangan dari segi perundangan, maka saya rasa mungkin kita boleh laksanakan projek. Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan lagi sekali berhubung dengan perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf, tadi saya tersilap sebut Timbalan Menteri. Berhubung dengan rumah PPR ini juga mungkin dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri. Di Selangor juga sebelum ini tidak wujud rumah PPR seperti yang ada di dalam Wilayah Persekutuan.
Akan tetapi, apa yang berlaku ialah kerajaan negeri telah negotiate, berunding dengan pemaju-pemaju rumah pangsa sederhana. Mereka ini dipindahkan dari kawasan- kawasan setinggan, masuk ke rumah-rumah pangsa sederhana yang disubsidi oleh kerajaan. Misalnya, kalau rumah itu berharga RM42 ribu atau pun RM45 ribu, mereka dapat dalam harga RM 35 ribu.
Jadi, masalahnya beberapa tahun selepas mereka ini dipindahkan ke rumah- rumah ini, maknanya rumah kawasan perumahan ini bercampur. Ada yang membayar harga penuh, ada yang membayar seperti harga rumah PPR. Mereka sepatutnya tidak layak menerima pinjaman bank pun kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang cukup. Akan tetapi, oleh kerana political will pada ketika itu, dengan izin, maka mereka ini dibenarkan masuk ke rumah-rumah pangsa ini.
Jadi, sekarang ini timbul Yang Berhormat Menteri ialah apabila mereka ini tidak mampu membayar. Kalau dulu, pendapatan RM500 tinggal di kawasan setinggan, mereka mampu menyara hidup, tetapi apabila mereka berpindah kepada rumah-rumah yang sekarang ini, dalam rumah pangsa ini dengan maintenance fee, dengan izin, ataupun yuran penyelenggaraan itu, menyebabkan mereka tidak mampu membayar. Mereka juga tidak mampu untuk membayar cukai-cukai pintu kepada PBT dan mereka juga tidak mampu untuk membayar kepada bank-bank.
Jadi, sekarang ini banyak kes di mana rumah-rumah mereka ini disita dan dilelong.
Banyak kes juga dalam pengetahuan kami, saya sendiri mendapat aduan-aduan yang rumah mereka kadang-kadang dilelong sampai sepuluh kali dan harga lelongan ini jatuh hingga bawah daripada RM20 ribu.
Jadi, saya ingin meminta, mencadangkan kepada KPKT, sama ada kementerian boleh mengkaji untuk golongan jenis ini, rumah-rumah ini dibeli oleh pihak kerajaan ataupun badan-badan tertentu supaya rumah-rumah ini tidak terlepas kepada orang yang tidak sepatutnya beli. Ini kerana selepas dilelong beberapa kali dan tidak ada pembeli yang layak di bawah pendapatan tertentu, maka pihak bank akan berurusan dengan Suruhanjaya Perumahan Negara untuk memberi keizinan mereka untuk jual kepada siapa sahaja kerana mereka tidak mahu menanggung kerugian yang lama.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi, oleh kerana kosnya adalah rendah, lebih rendah daripada kalau kita nak bina satu rumah PPR yang lain, adakah mungkin kementerian mengkaji ataupun mendapatkan maklumat daripada bank-bank berapa banyak rumah-rumah jenis ini, yang boleh dibeli ataupun diperbadankankan dan sebagainya, akhirnya mungkin disewa balik ataupun disewa beli balik kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Kalau tinggal di Selangor RM500 hingga RM750 pendapatan isi keluarga, mereka tidak mampu membayar RM300 lebih sebulan kepada bank. Jadi, saya minta sangat- sangat kepada kementerian untuk mengkaji ini kerana data yang ada pada saya, fakta yang ada pada saya hanya berdasarkan beberapa aduan. Jadi, tidaklah begitu menyeluruh, tidak komprehensif dan mungkin pihak kementerian boleh mengkaji dan membuat dasar seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Dalam perancangan KPKT ini, jenis PPR sebenarnya kita tidak jual pada masa yang lepas. Kita sewa kepada mereka dengan RM124, itu sahaja. Kalaupun ada golongan, katakan ibu tunggal dan sebagainya, mereka tidak mampu membayar RM124, kita masih ada satu mekanisme di kementerian saya iaitu Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
Kita akan bayar bagi pihak mereka. Ini di bawah kementerian saya, projek PPR, memang disewa. Akan tetapi, mungkin projek-projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja mungkin adalah projek yang bukan di bawah Kementerian saya.
Maka, ini mungkin kita akan tengok apa caranya untuk mengatasi.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan Yang Berhormat Menteri
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Sila.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan dari segi dasar bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian, terutamanya dari segi bantuan perumahan untuk masyarakat yang dikatakan tidak mampu membayar seperti ibu-ibu tunggal. Adakah dasar- dasar ini juga dilaksanakan ataupun diselaraskan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di negeri Sabah? Kedua, saya juga ingin mohon dari segi dasar kementerian ini dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sabah dari segi syarat-syarat pemaju perumahan di Negeri Sabah. Dari segi pelaksanaan pembinaan perumahan itu, saya melihat kemudahan-kemudahan social amenities seperti surau dan masjid ataupun kemudahan sosial yang lain tidak begitu ditekankan.
Jadi, adakah pihak kementerian akan memberi garis panduan kepada pemaju- pemaju perumahan di negeri Sabah yang diselaraskan dengan pihak kementerian di peringkat negeri untuk pelaksanaan kemudahan ameniti yang diperlukan oleh masyarakat setempat, terutamanya kawasan-kawasan yang kalau dari segi penduduk taman perumahan itu ramai daripada kalangan masyarakat Muslim.
Mereka ada juga memberi kompelin kepada saya bahawa kenapa tidak ada perancangan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan pembinaan surau atau masjid bagi kawasan-kawasan perumahan yang ramai penduduknya Melayu ataupun Muslim. Sebagai contohnya, di kawasan saya di Taman Aman Jaya dan di Seri Perdana yang di perumahan itu ada lebih kurang 3,500 penduduk. Jadi, dari segi population majoriti memang masyarakat Melayu. Minta penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, hendak sambung sedikit. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Silam. Pada masa yang sama juga, setelah beberapa kali telah saya bangkitkan juga. PPR ini pelbagai kaum dan kadang-kadang dalam satu kompleks itu beribu-ribu.
Bloknya mungkin 12 sampai 15 blok. Jadi, beribu-ribu penduduk yang duduk di PPR. Di samping orang Islam, ada juga orang bukan Islam.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Antara masalah utama mereka adalah kerana tidak ada tempat, misalnya dikatakan hendak mengurus mayat, bilik mayat tidak ada ataupun rumah mayat tidak ada.
Yang Berhormat Menteri juga orang Cina, jadi tahu maknanya orang Cina adat resamnya apabila meninggal tidak terus dikebumikan, tetapi ada beberapa upacara sembahyang dan sebagainya. Tidak ada tempat yang sesuai. Jadi, mereka terpaksa membina khemah, kemudian dengan upacara-upacara yang mungkin agak bising, tidak disukai oleh orang lain. Jadi ini semua pihak tidak selesa. Pihak yang kematian pun tidak selesa, pihak yang lain yang tidak ada kena mengena pun tidak selesa.
Jadi, saya kira kena ada satu dasar dan polisi. Tiap-tiap kompleks PPR ini mesti ada surau atau masjid dan sebagainya. Pada masa yang sama juga ada bilik mayat yang boleh dikongsi oleh pelbagai agama selain daripada agama Islam untuk menguruskan jenazah-jenazah saudara mereka dan juga mungkin rumah-rumah ibadat itu yang mudah diakses. Jadi kalau tidak ini menimbulkan satu masalah masyarakat, masalah sosial.
Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Silam dan Ahli Yang Berhormat Titiwangsa. Untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Silam, Sabah dan Sarawak kerana juga ada Kementerian Perumahan mereka masing-masing. Saya juga pernah berunding dengan Menteri Perumahan di Sarawak kerana ada sedikit perbezaan, mereka juga akan melaksanakan projek PPR ini. Jadi, saya rasa cadangan Yang Berhormat itu memang betul. Kita perlu selaraskan.
Saya cadangkan supaya piawai perlaksanaan dan kemudahan-kemudahan itu harus diselaraskan dan harus mencapai satu kepiawaian yang memuaskan. Ambil contoh, pada masa yang dahulu kita ada rumah PPR 600 kaki persegi, dua bilik. Sebenarnya tidak sesuai. Saya cadangkan PPR yang akan dibina sekurang-kurangnya 700 kaki persegi dan sekurang-kurangnya tiga bilik dan dua bilik air. Ini penyelarasan yang akan kita kemaskinikan dalam projek-projek PPR yang baru.
Tentang cadangan Ahli Yang Berhormat Titiwangsa memang betul kerana PPR yang lama dari segi reka bentuk pada masa itu mungkin tidak begitu dapat memenuhi keperluan kepada penduduk pada masa sekarang. Maka, untuk PPR yang baru memang semua kemudahan yang sedemikian, surau, tempat ibadat ini perlu disediakan. Ini memang akan dimasukkan dalam projek PPR yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan sedikit sahaja.
Saya difahamkan banyak rumah PPRT yang dibuat, tetapi tidak ada bekalan elektrik.
Maknanya berasingan. Adakah benar ataupun memang tidak dimasukkan?
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Kementerian saya cuma bertanggungjawab ke atas PPR. PPRT adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sungai Siput telah membangkitkan masalah rumah pangsa di Taman Pertama, Ipoh. Oleh sebab ini adalah satu perkara yang khusus, maka saya merujuk perkara ini kepada Pesuruhjaya Bangunan Bandar Raya Ipoh iaitu Datuk Bandar Ipoh untuk menyelesaikannya. Maka, saya tidak menjawab panjang lebar di sini.
Ahli Yang Berhormat dari Ampang membangkitkan isu mengenai gated and guarded community, dengan izin atau komuniti berpagar. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat melalui pindaan kepada Akta Hak Milik Strata 1985 iaitu Akta 318, pembangunan gated community diperuntukkan di mana unit-unit bangunan atau tanah di dalam sesuatu kawasan kemajuan pada akhirnya akan di pecah bahagi dan dikeluarkan Hak Milik Strata ke atas setiap petak. Peruntukan ini juga meletakkan tanggungjawab penyelenggara dan mengurus bangunan-bangunan harta bersama ke atas pembeli dan pemaju bagi pembangunan tersebut.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Kaedah pemakaian dan pemanjangan deed of mutual covenant pula adalah tertakluk kepada persetujuan pemaju dan pembeli, asalkan ia tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang yang berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak berkuasa seperti polis dan jabatan bomba tidak boleh dihalang daripada memasuki kawasan komuniti berpagar sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang tertentu seperti Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu Akta 341.
Dalam pada itu, KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sedang menyediakan satu garis panduan baru mengenai perancangan gated and guarded community supaya perlaksanaan konsep perumahan komuniti berpagar dapat diperkemaskan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan dari Ahli Yang Berhormat Batu Pahat supaya kelulusan permit dan lesen oleh pihak berkuasa tempatan...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak berbalik kepada isu gated community. Yang Berhormat Menteri, banyak kawasan sekarang saya rasa kawasan-kawasan perumahan yang asalnya bukan gated community Semasa ia dibina, ini bukan gated community, tetapi oleh sebab faktor-faktor keselamatan banyak kes-kes kecurian dan sebagainya, ada penduduk yang membuat inisiatif untuk menjadikan satu gated community. Iaitu mereka meletakkan pondok kawalan keselamatan di kawasan perumahan mereka. Apabila ada persatuan penduduk yang membuat inisiatif ini, mereka meletakkan pengawal keselamatan di pintu pagar kawasan masuk perumahan tersebut. Akan tetapi, ini juga kadangkala menyebabkan masalah, ada banyak pertelagahan dengan penduduk kerana mungkin ada penduduk yang tidak setuju dan tidak mahu membayar yuran-yuran tersebut, yuran-yuran keselamatan kepada pengawal tersebut.
Jadi, ini banyak menyebabkan masalah di kalangan penduduk. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Jadi saya hendak tanya, apakah dasar ataupun langkah-langkah oleh pihak KPKT untuk membuat satu garis panduan kepada perkara-perkara ini. Apakah syarat kepada mereka untuk meletakkan pengawal keselamatan di kawasan-kawasan mereka. Kalau ada yang tidak setuju, apakah mekanisme untuk menyelesaikan masalah seumpama ini? Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Sedikit ya. Tentang gated community yang sedia ada itu, kita menghadapi kadang-kadang selain polis dan juga bomba, banyak agensi kerajaan PBT tidak dapat masuk ke gated community. Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kementerian supaya memastikan pegawai-pegawai dapat memasuki gated community ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Rasah dan Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Memang tadi saya sebutkan gated community ini perlu ditetapkan masa perjanjian jual beli ditandatangani. Maka itu adalah gated community yang sebenarnya. Jadi, kalau macam sesetengah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Rasah, dalam pertengahan baru sahaja hendak mendirikan pondok maka masalah kerana dalam perjanjian jual beli tidak ada masuk kemudahan gated. Jika ada penduduk yang tidak setuju, maka memang mereka berhak untuk tidak menyertai dalam kawalan keselamatan ini. Memang ini satu masalah, saya tahu.
Jadi seperti mana yang saya katakan, melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa kita sedang menyediakan satu garis panduan yang lebih kemas seupaya semua PBT boleh mematuhi. Buat masa sekarang, jenis ini memang mewujudkan masalah. Tentang...,
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Penjelasan. Minta laluan Ahli Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Berhubung dengan gated community tadi dari segi dasar dan saya mohon penjelasan jika ada penyelarasan dengan Kementerian Kerajaan Tempatan di negeri Sabah, sebab kita melihat keadaan vandalisme ini semakin meningkat terutamanya macam di kawasan-kawasan bandar-bandar utama di mana-mana tempat pun. Jadi, adakah sistem ini diperkenalkan sebab vandalisme ini?
Kalau kawasan-kawasan Pantai Timur Sabah itu memang banyak berlaku, sebab maklumlah aktiviti pendatang tanpa izin pun banyak yang terlibat. So, adakah penyelarasan? Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih. Untuk menjawab soalan dari Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, dalam Akta Tatacara Jenayah dan Akta Perkhidmatan Bomba, memang gated community harus membenarkan pihak polis atau pihak bomba masuk. Ini mandatori dalam undang-undang, memang telah dirangkumi dalam undang- undang. Akan tetapi, apabila Jabatan Perancang Bandar dan Desa menyediakan garis panduan baru yang lebih kemas kini, maka kita akan memberi tekanan dalam aspek ini supaya pihak Polis dan Jabatan Bomba akan dapat masuk.
Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Silam, memang kita akan...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Menteri, lagi sedikit. Tentang gated community ini, adakah kerajaan akan mengkaji supaya penduduk- penduduk di komuniti dikurangkan pembayaran cukai pintu sebab kawasan gated ini, kebersihan dan landskap juga dijaga oleh gated community. So, kalau boleh cukai pintu atau apa-apa dikurangkan kerana mereka juga bayar maintenance. So, kalau boleh cukai pintu mereka dikurangkan, saya rasa kementerian boleh kaji semula tentang ini.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kalau memang gated community, dalam undang-undang mereka perlu mewujudkan satu management corporation dan dalam management corporation, mereka runding yuran dan sebagainya, sebagai contoh berapakah harus dibayar. Kalau mereka tidak puas hati, boleh mengadu kepada COB iaitu Commissioner of Building, di mana Yang di-Pertua Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya, atau Majlis Tempatan. Semua Yang di- Pertua adalah Commissioner of Building, maka kalau mereka tidak puas hati dengan bayaran, mereka boleh mengadu. Akan tetapi, selalunya mereka akan berunding supaya satu yuran yang munasabah dapat dicapai.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta sedikit penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi dikatakan tentang assessment untuk cukai pintu ini, saya ingin minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Iaitu saya pernah baca dalam satu judgment dikatakan local authority, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Local authority cannot impose penalty on paid assessment payment”, dan satu judgment yang telah dikatakan. Saya hendak meminta Yang Berhormat Menteri tentang penalti atau denda yang dikenakan oleh pembayar yang lewat atas cukai taksiran harta ini, mengikut undang-undang mana yang atau kiraan bagaimana kiraan itu untuk mendenda pembayar?
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak kena mengena sebab kita bincang isu gated community, bukan cukai pintu. Memang ada satu judgment, Yang Berhormat, tetapi saya rasa saya tidak boleh menyeleweng sebab banyak isu
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, saya minta maaf sebab saya tidak sempat bahaskan semasa Titah Diraja, sebab tentang tadi dibangkitkan cukai pintu, saya harap dapat satu penjelasan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Adakah Kementerian akan mengkaji semula tentang konsep gated community ini? Ini sebab kita tengok dalam keadaan sekarang ini, banyak gated community sekarang ini kebanyakannya diduduki oleh golongan kaum tertentu sahaja, middle and high class. So kebanyakan golongan ini, mereka ini golongan daripada Tionghoa.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Akan tetapi, adakah kementerian akan kaji semula supaya gated community perlu diduduki oleh golongan kaum lain seperti kaum Melayu ini, memastikan kaum lain tidak boleh masuk ke gated ini. So masalah dari segi perpaduan, saya rasa kementerian perlu kaji semula tentang dasar konsep ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Kita akan ambil kira dalam garis panduan yang baru yang akan datang ini.
Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat mencadangkan supaya kelulusan lesen dan permit oleh pihak berkuasa tempatan dipermudahkan bagi membolehkan usahawan kecil untuk berniaga, sedang dalam perhatian dan tindakan kementerian saya ini. KPKT telah mengeluarkan pekeliling bertarikh 30 Jun 2008 kepada seluruh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung langkah-langkah untuk menambah baik proses pengeluaran lesen dan permit perniagaan kecil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat ada usul. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membawakan usul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan Usul yang terdahulu, saya mohon Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab ke atas Perbahasan Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Mac 2009”.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.
[Perbahasan penggulungan disambung semula]
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, panjang lagikah?... [Ketawa]
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Tidak panjang. Kalau tidak ganggu, tidak panjang.
Melaksanakan pekeliling ini dan mempercepat dan mempermudahkan urusan pengeluaran permit-permit kecil, memberikan kelonggaran kepada syarat-syarat sedia ada. Kelulusan diberi serta merta tanpa mengecualikan bayaran fee process. Selain daripada itu, bagi lain- lain kategori perniagaan iaitu tidak berisiko tinggi,
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
KPKT juga telah mengeluarkan pekeliling bertarikh 30 Mei 2008 berhubung penambahbaikan pengeluaran lesen perniagaan, di mana peniaga boleh terus memulakan perniagaan sebaik sahaja membuat permohonan lesen dan akuan penerima pemohon lesen perniagaan dikeluarkan oleh PBT. Sebelum ini, peniaga hanya boleh memulakan perniagaan mereka selepas lesen mereka diluluskan oleh PBT. Tempoh kelulusan lesen pula adalah antara 14 hingga 21 hari, malah dalam setengah kes, tempoh tersebut boleh menjangkau satu bulan ataupun lebih. Oleh itu, pelaksanaan kedua-dua pekeliling ini membolehkan peniaga kecil dan lain-lain perniagaan yang tidak berisiko tinggi diberi kelulusan serta merta oleh pihak PBT.
Ahli Yang Berhormat Rasah membangkitkan kemudahan peruntukan untuk kampung-kampung baru di kawasan Parlimen Rasah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah bahawa tahun yang lepas kementerian melalui Majlis Perbandaran Seremban telah melaksanakan RM7,060,514 projek di seluruh Majlis Perbandaran Seremban, ini termasuk di kawasan Parlimen Rasah. Memang saya akui bahawa kita masih kekurangan peruntukan maka projek-projek yang mungkin tidak dilaksanakan akan dilaksanakan pada tahun ini.
Berkenaan dengan Ahli Yang Berhormat Jerai..
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, apakah mekanisme untuk peruntukan yang disalurkan kepada kampung-kampung baru kerana di kawasan Parlimen saya ada empat kampung baru dan kampung baru ini sebab dia terus di bawah KPKT dan kadang-kadang apabila kita sebagai wakil rakyat, kita hendak meminta, memberi cadangan untuk menaikkan taraf seperti jalan-jalan di kampung baru, longkang-longkang dan sebagainya.
Kalau kita menyalurkan cadangan itu kepada pihak berkuasa tempatan, mereka tidak boleh membuat apa-apa kerana mereka bergantung kepada peruntukan daripada KPKT untuk melaksanakan sebarang projek.
Jadi saya nak tanya, apakah mekanisme yang kita ada untuk menyalurkan peruntukan dan pembangunan kepada kampung-kampung baru ini? Bagi saya, saya juga pernah dalam tahun lepas, saya juga pernah menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan penaiktarafan satu jalan di Jalan Temiang, tetapi setakat ini belum ada lagi maklum balas daripada pihak Menteri.
Saya nak tahu, apakah mekanisme yang kita perhalusi lagi, kerana takkan kalau kita hendak melaksanakan projek di kampung baru, setiap kali kita perlu menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa itu bukan mekanisme yang sepatutnya dan tidak cukup selesa ataupun sempurna. Jadi saya harap ada satu mekanisme yang lebih telus supaya sebarang projek ataupun peruntukan itu boleh disalurkan untuk pembangunan di kawasan-kawasan kampung baru. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Memang mekanisme kita perlu bergantung kepada pihak berkuasa tempatan. Maka peruntukan saya ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan dan keutamaan kita ialah tertumpu kepada apa yang dikatakan people centric seperti jalan, longkang dan projek-projek untuk mengatasi banjir dan sebagainya.
Akan tetapi, maklumlah peruntukan ini memang di mana-mana pun tidak mencukupi pada setiap masa. Saya telah dimaklumkan bahawa pada tahun yang lepas kementerian saya kerana PBT mereka juga ada peruntukan sendiri, peruntukan dari kementerian pada tahun yang lepas telah mencapai RM7 juta untuk melaksanakan projek- projek yang kecil. Maka mereka ada mekanisme, mereka ada kajian ada perancangan dan sebagainya. Memang ada mekanisme yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perbandaran Seremban dan sebagainya. Memang saya rasa itu mekanisme yang pada saya harus boleh dipercayai. Kementerian saya, tugas kita adalah memberi peruntukan supaya projek-projek ini dapat dilaksanakan...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Mohon laluan, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Yang Berhormat, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan bahawa bajet ataupun peruntukan ini disalurkan melalui mekanisme dalam pihak berkuasa tempatan.
Akan tetapi, saya perhatikan ada di antara kampung-kampung baru ini ia tidak masuk dalam kawasan operasi pihak berkuasa tempatan. Ada yang duduk dalam kawasan kawalan pihak berkuasa tempatan dan ada juga kampung-kampung baru tidak masuk sama ada kawasan operasi ataupun kawasan kawalan pihak berkuasa tempatan.
Jadi macam mana agaknya Yang Berhormat Menteri menyelesaikan masalah ini kerana saya fikir di semua tempat kita ada kampung-kampung baru untuk kita menyelesaikan masalah berkaitan terutama dari segi prasarana kampung yang tersebut.
Terima kasih banyak.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tenggara.
Memang ini di bawah kementerian saya. Buat masa sekarang, ada 450 kampung baru yang diiktiraf sebagai kampung baru sedangkan ada kampung-kampung tersusun, kampung baru atau juga kampung bagan di luar pihak berkuasa tempatan. Baru-baru ini saya telah mendapat kelulusan daripada Kabinet di mana 157 kampung demikian dimasukkan dalam senarai jagaan kementerian saya ini. Maka mereka akan dapat juga menikmati peruntukkan daripada kementerian saya ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan senarai 150 itulah, sebab kita tidak tahu ini kampung mana yang masuk dalam senarai terbaru bawah Menteri punya ini. Terima kasih banyak.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya sokong Yang Berhormat Tenggara.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Minta maaf saya tidak ada senarai sekarang. Saya akan jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan peruntukan tong-tong sampah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai. Ini juga masalah yang khusus. Saya akan hubungi pihak PBT yang berkenaan untuk bekalan tong-tong sampah yang mencukupi dapat diadakan di PBT yang disebutkan.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Saya ingin mencelah sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Tentang tong-tong sampah ini, kita ucap terima kasihlah di atas tindakan yang akan diambil oleh pihak Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan-kawasan pembayar cukai ini bukan saja isu tong sampah yang tidak ada, yang paling penting ialah kawasan tempat pembuangan sampah.
Jadi, saya harap mudah-mudahan syarikat-syarikat konsesi yang ada ini kalau di selatan itu SWM dan sebagainya. Tempat pengumpulan sampah, kadang-kadang dia orang tidak buang dalam tong sampah di rumah, dia buang di tong-tong, row dan sebagainya yang disediakan compactor dan sebagainya, yang ada terutama di kawasan kampung-kampung, yang masuk dalam kawasan operasi bayar cukai tetapi tidak menggunakan kemudahan tong-tong sampah.
Jadi, saya harap tong sampah yang besar, bin besar itu diletakkan sesuailah dengan keadaan berapa banyak rumah yang ada di situ dan berapa ramai penghuni.
Kadang-kadang row yang diletakkan itu kecil, sampahnya melimpah-limpah menyebabkan terlalu banyak masalah yang berlaku kepada pembayar cukai yang berada dalam kawasan- kawasan penempatan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Datuk.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Yang Berhormat Tenggara kerana ia berlaku juga di Pontian. Itu sahaja.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Memang ini adalah satu masalah yang dihadapi PBT.
Ada PBT-PBT yang berkenaan kerana kekurangan peruntukan. Bagi tahun 2009, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membuat pengagihan bantuan kewangan kepada PBT yang amat memerlukan dan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk memberi kemudahan tong-tong sampah yang besar, kecil. Yang besar ini dinamakan tong sampah communal. Kita akan beri sokongan kepada PBT yang berkenaan.
Berkenaan dengan isu kedudukan...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan. Adakah bantuan yang akan diberikan, tong sampah ini juga meliputi kawasan negeri Sabah dan Sarawak? Sebab saya melihat, penjelasan sedikit, sebab keadaan ini cara juga saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dari segi sistem penjadualan kutipan sampah di setiap PBT di seluruh negara ini, adakah ia menyeluruh sampai ke kawasan Negeri Sabah dan Sarawak?
Kita melihat bagaimana konsep ini nampak kalau misalnya di negeri Sabah itu, ia longgar sedikit dan kita berharap supaya kementerian sendiri dapat menggubal satu dasar yang kalau boleh walaupun mungkin dari segi Sabah dan Sarawak itu mempunyai kerajaan tempatan sendiri yang mempunyai identiti dan entiti sendiri, tetapi kalau untuk kebaikan negara kita supaya nampak keseragaman sebab kita melihat bagaimana kalau salah satu produk pelancongan atau orang suka kepada tempat itu, keindahan itu mendapat perhatian.
Saya melihat bagaimana kejayaan ini diperoleh di bandar-bandar utama, terutamanya di negeri Sarawak. Jadi, kita berharap kalau ada penyelarasan dari segi susun peraturan, kemudian saiz macam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi itu, dari segi saiz tong sampah, sebab kita melihat keadaan yang tidak sesuai. Jadi, kalau boleh ia dari segi law ataupun enforcement untuk menguatkuasakan dari segi saiz tong sampah ataupun sampah-sampah, atau tong-tong yang diletakkan di tempat yang strategik itu perlu diambil kira oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya, boleh sekali? Saya hendak tanya berkenaan dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap pembelian tong sampah beroda kerana ada PBT seperti Majlis Perbandaran Seremban pernah cadangkan supaya setiap penduduk kena membeli tong sampah beroda. Di kawasan rumah mereka ataupun di kedai, mereka mewajibkan. Ada cadangan begitu. Saya hendak tanya, apakah dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama ada ini diseragamkan di seluruh negara atau macam mana? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh jawab perkara-perkara yang dibangkitkan dahulu Yang Berhormat.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Silam. Baru- baru ini saya telah mengadakan mesyuarat dengan Menteri Kerajaan Tempatan dari Sabah dan Sarawak. Memang kita rasa sudah sampai masanya penyeragaman harus dibuat untuk semua piawai sistem pelaksanaan di kedua-dua negeri ini. Maka apa yang dinikmati oleh rakyat di Semenanjung harus juga dinikmati oleh penduduk di Sabah dan Sarawak. Ini adalah satu perbincangan yang kita telah capai.
Yang Berhormat Jerai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin memaklumkan bahawa penyerapan para pekerja PBT ke dalam syarikat konsesi adalal melibatkan sebahagian besarnya kumpulan sokongan dua. Dalam hal ini, syarikat konsesi akan menyerap semua pekerja tetap dengan memberi opsyen untuk menerima sama ada tangga gaji iaitu kerajaan ataupun skim gaji syarikat.
Walau bagaimanapun, adalah menjadi dasar bahawa mereka tidak akan menerima gaji dan kemudahan lebih rendah daripada apa yang mereka terima sekarang. Para pekerja tidak akan diberhentikan kerja dalam tempoh lima tahun. Bagaimanapun, selepas tempoh tersebut mereka tidak akan sewenang-wenangnya diberhentikan kerja kecuali mereka tidak memberi khidmat yang memuaskan dan menghadapi masalah seperti disiplin. Ini adalah selaras dengan prosedur yang diterima pakai bagi mana-mana projek penswastaan yang lain.
Yang Berhormat Padang Serai bangkitkan kekurangan padang bola di taman perumahan di kawasan Parlimen Padang Serai.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ini juga perkara yang khusus. Maka saya akan salurkan masalah ini kepada PBT yang berkenaan supaya masalah kekurangan padang bola ini akan dapat diatasi.
Ahli Yang Berhormat dari Bakri membangkitkan tentang kilang perabot tanpa lesen di Muar. Ini juga masalah yang khusus. Maka, kementerian saya juga telah berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Muar untuk menyelesaikan masalah kilang perabot yang tidak ada lesen ini.
Ahli Yang Berhormat dari Sibuti menyebut mengenai balai bomba penyelamat di Sibuti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sibuti bahawa satu tapak 2.1 ekar telah dikenal pasti di Daerah Niah. Cuma peruntukannya tidak mencukupi untuk Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun, saya akan usahakan supaya peruntukannya mencukupi untuk melaksanakan balai bomba di kawasan Sibuti ini.
Buat masa sekarang kita galakkan pasukan bomba sukarela ditubuhkan di kawasan Sibuti ini kerana balai bomba yang paling hampir pun 20 kilometer jauhnya. Maka kita perlukan pasukan bomba sukarela dan satu kenderaan yang berbentuk Proton Arena yang dilengkapi dengan kelengkapan untuk memadam api juga dibekalkan kepada pasukan sukarela di Sibuti ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pasukan bomba sukarela dalam mengawal dan mencegah kebakaran.
Pelbagai panduan seperti latihan jentera bomba dan peralatan kebombaan telah diberi kepada pasukan bomba sukarela supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan. Isu berkenaan dengan insentif kepada anggota pasukan bomba sukarela yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerai sedang dalam perhatian KPKT.
Justeru, KPKT sedang mengkaji untuk memperkemas dan menambah baik perkhidmatan bomba sukarela supaya kebajikan mereka dapat dititikberatkan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi memberikan pandangan dan cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Segala teguran, cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 5 Mac 2009.
Dewan ditangguhkan pada pukul 8.22 malam.