Jan122009

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT KHAS DI BAWAH PM 11(3)

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 7 Januari 2009 supaya diadakan satu Mesyuarat Khas pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3).

Inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta kerajaan menunjukkan betapa Kerajaan Malaysia memandang serius pergolakan dan keganasan yang sedang berlaku ke atas Wilayah Palestin di Gaza. Dalam kesempatan ini suka saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk membahaskan usul yang akan dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM
USUL
MENGECAM PENCEROBOHAN ISRAEL KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat sila.

final • 2:30 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang berhormat yang hadir walaupun notis yang dikeluarkan mengenai sidang hari ini adalah secara tergempar.

Saya berterima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Parlimen Malaysia tidak mengira agama, bangsa atau haluan politik yang bersedia membahaskan bersama satu isu yang sangat rapat di hati rakyat Malaysia iaitu penderitaan semasa yang dialami rakyat Palestin dan masa depan keamanan dan keselamatan bagi negara Palestin. Semuanya telah menjadi terancam akibat serangan berterusan ke atas Wilayah Palestin oleh Rejim Zionis Israel. Semuanya tindak tanduk Israel khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda tanpa sebarang timbang rasa yang sedang dilakukan oleh mereka di Wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, kita harus bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan pencerobohan dan kezaliman yang tidak berperikemanusiaan oleh Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin khususnya mereka yang berada di Wilayah Gaza.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini saya ingin mencadangkan bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan- ketetapan berikut:

final • 2:33 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

“BAHAWA Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi ‘Cast Lead’ pada 27 Disember 2008 ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dari udara dan diikuti dengan serangan oleh pasukan tentera darat bermula pada 3 Januari 2009; BAHAWA serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli Undang-undang Antarabangsa, Undang-undang Hak Asasi Manusia, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-orang Awam dalam masa perang; BAHAWA rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan BAHAWA rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan serta-merta keganasan negara Israel yang dilakukan ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

DENGAN INI Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak termasuk bayi dan warga tua dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza.

(2) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.

(3) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ‘Uniting For Peace’ di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal menguatkuasakan ketetapan yang diputuskan pada 8 Januari 2009.

(4) Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab–Israel.

final • 2:33 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

(5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara- negara sependapat untuk mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;

(6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

(7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

(8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta-merta;

(9) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu untuk menubuhkan serta-merta tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin untuk menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat... [Tepuk] Dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin dan sebelum mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima-kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan Dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan Israel ke atas Wilayah Gaza pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, Israel melancarkan serangan yang diberikan nama Cast Lead pada 27 Disember 2008 menggunakan kelengkapan perang yang serba canggih termasuk jet pengebom F16.

Tentera udara Israel telah mengebom lebih 200 rakyat Palestin pada hari pertama itu sahaja. Lapan hari kemudian, pada tanggal 3 Januari 2009, serangan ke atas Gaza telah diperhebat oleh Israel dengan mengguna tentera darat termasuk serangan dan bedilan oleh beratus kereta kebal yang besar.

Pada hari ini, sekurang-kurangnya 800 orang telah mati di Gaza. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran. Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dalam satu laporannya pada tarikh 5 Januari 2008 menyatakan bahawa keadaan himpunan manusia di Gaza sangat membimbangkan kerana makanan, bahan bakar, ubatan, dan keperluan- keperluan asas yang lain terlalu kurang bagi penduduk setempat.

Pada 8 Januari 2009, atas permintaan dari Malaysia dan Brazil, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNGA dengan izin, telah mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang tergempar UNGA untuk bersidang dan mengambil sesuatu keputusan yang sesuai khususnya untuk mendesak Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Security Council dengan izin, supaya bertindak untuk mengisytiharkan gencatan senjata tanpa syarat dan memaksa pihak Israel berundur dari bumi Gaza. Seolah-olah bertujuan menghalang berlakunya Perhimpunan Agong PBB hasil permintaan dari Malaysia dan Brazil itu, Majlis Keselamatan berjaya bersidang dan meluluskan satu ketetapan atau resolusi pada 9 Januari 2009.

final • 2:40 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Harap Ahli Yang Berhormat sekalian ambil perhatian bahawa Majlis Keselamatan hanya bertindak setelah mereka membiarkan serangan Israel berlaku selama dua minggu tanpa sebarang keredaan dan kita semua tahu mengapa Majlis Keselamatan tiada maya untuk bertindak. Israel tidak mahu Majlis Keselamatan bertindak dan dia ada penyokong kuat dalam Majlis Keselamatan yang menghalang Majlis Keselamatan dari mengambil tindakan. Sebenarnya mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973 iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak.

Marilah kita bersama-sama menyeru bakal Presiden Barack Obama melakukan sesuatu yang benar-benar membawa pembaharuan. Amerika Syarikat mengaku negara demokrasi yang terulung di dunia. Mengapa ia menolak keputusan pilihan raya umum di Palestin pada tahun 2006, yang telah memberi kemenangan kepada parti Hamas. Amerika Syarikat mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia. Mengapa ia membiarkan Israel membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita biasa serta orang-orang awam lain. Semuanya tidak berdosa.

Benar pada 9 Januari 2009, Majlis Keselamatan telah meluluskan resolusi bernombor 1860 (2009) yang mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza mendesak supaya semua pihak mematuhi gencatan senjata dan tentera Israel diarah undur keluar daripada wilayah Palestin tetapi resolusi ini senyap sahaja tentang kepungan atau blockade yang dikenakan oleh pihak Israel ke atas Palestin. Ada dua perkara yang sangat tidak memuaskan bersabit resolusi ini:

(i) semua 14 negara anggota Majlis Keselamatan telah mengundi menyokong resolusi tersebut melainkan Amerika Syarikat yang telah mengambil keputusan mengundi berkecuali; dan

(ii) resolusi itu tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk mengadakan satu pasukan antarabangsa sama ada satu kumpulan pengawasan atau satu pasukan tentera peacekeeping dengan izin, untuk menyelia gencatan senjata dan menentukan segala arahan dipatuhi.

Oleh kerana tiadanya kumpulan atau pasukan antarabangsa maka tiada siapa pun untuk menentukan supaya tentera Israel berundur keluar daripada Wilayah Gaza. Tiada siapa untuk menentukan gencatan senjata benar-benar berlaku. Inilah kelemahan resolusi bernombor 9567 itu.

Akibatnya pada ketika ini, iaitu sudah empat hari gencatan senjata diisytiharkan iaitu pada masa Dewan yang mulia ini sedang bersidang serangan hebat Israel ke atas Gaza masih berlaku dan masih berterusan. Orang-orang di Gaza terus mati dan cedera.

Bilangan yang mati terus bertambah hari demi hari. Bilangan yang cedera dan kehilangan rumah tangga serta harta benda bertambah hari demi hari. Bekalan makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan asas terus berkurangan hari demi hari. Bekalan bantuan dari dunia luar tidak dapat sampai kepada mangsa-mangsa peperangan yang memerlukan kerana jalan-jalan ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak bebas.

Barang bantuan juga tidak dapat sampai menerusi Pantai Gaza kerana laluan sekeliling Gaza dikepong atau dengan izin, di blokade oleh Israel.

Serangan ke atas Wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh Rejim Zionis terhadap Palestin untuk penaklukan wilayah itu dalam tahun 1967.

Kanak-kanak Palestin ada yang mati terbunuh kena tembak dengan izin, sniper fire.

Pengeboman dan bedilan kereta kebal Israel secara rambang telah kena tiga buah sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency dan serangan ini mengorbankan berpuluh anak sekolah. Kekejaman tentera Israel ke atas Palestin tiada tolok bandingnya.

Malaysia berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam tentera Israel beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa. Serangan ini telah melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dari serangan kejam yang bertubi-tubi.

final • 2:40 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Sekatan atau dengan izin, blokade yang dilakukan oleh tentera laut Israel menyekat bantuan tiba melalui laut Wilayah Gaza. Malaysia hampa dengan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan menghentikan serangan ini terutamanya kegagalan Majlis Keselamatan PBB. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia di Dewan yang mulia ini Israel telah sering kali dan secara berterusan bersikap angkuh melakukan tindakan-tindakan yang agresif dan kejam ke atas rakyat Palestin sejak sekian lama.

final • 2:40 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Pelbagai resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan tetapi tidak dihiraukan oleh Israel. Namun Israel lebih memilih untuk tidak mengendahkan dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Sebaliknya Israel mengambil langkah yang lebih biadab dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Malaysia pernah menaruh harapan akan usaha pihak Amerika Syarikat untuk membuka jalan menyelesaikan melalui Proses Damai Annapolis yang diadakan pada 27 November 2007. Semasa Persidangan Annapolis tersebut, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak, Palestin dan Israel bagi mengadakan rundingan berterusan agar dapat mewujudkan negara Palestin yang bebas dan berdaulat pada akhir tahun 2008.

Persetujuan semasa persidangan tersebut disaksikan oleh masyarakat antarabangsa termasuk oleh Malaysia yang turut dijemput menyertai. Kita merasa amat kecewa apabila proses damai Annapolis menemui jalan buntu. Masyarakat antarabangsa yang rata-rata mengutuk tindakan Rejim Israel menyerang Gaza. Demonstrasi dan protes bagi mengecam tindakan Israel itu diadakan di beberapa negara. Malangnya ada juga pihak yang bersikap serong dan meletakkan tanggungjawab bulat-bulat ke atas pejuang-pejuang Hamas di Gaza yang melancar roket-roket ke arah Israel tetapi Ahli Yang Berhormat sekalian haruslah sedar bahawa ini adalah tindakan orang-orang yang terkepung, tidak boleh bebas dan merentas sempadan wilayah mereka sendiri.

Pada 27 Disember 2008, Profesor Richard Falk, Pelapor Khas Hak PBB Mengenai Asasi Manusia di wilayah yang diduduki telah menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza supaya pencabulan besar terhadap perundangan kemanusiaan antarabangsa, International Humanitarian Law, dengan izin, seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen Geneva.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun Malaysia tetap tidak berputus asa.

Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri telah mengarahkan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York supaya terus berusaha demi keamanan dan keselamatan bumi Palestin, khususnya beliau telah diarah bekerjasama dan berurusan rapat dengan wakil negara-negara Anggota Organization of Islamic Conference, dengan izin dan Non-Aligned Movement, dengan izin.

Sekiranya gencatan senjata terus tidak berkuat kuasa dan keadaan buruk di Gaza tidak berubah, maka negara-negara yang sependapat dengan Malaysia mestilah berusaha semula untuk meminta Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar perhimpunan agung berlandaskan Resolusi Nombor 377A (V) 1950, Uniting for Peace.

Saya sendiri telah juga mengutus kepada Setiausaha Agung PBB, Presiden Perhimpunan Agung PBB, ketua-ketua kerajaan negara Anggota Majlis Keselamatan, negara-negara OIC, negara-negara NAM serta beberapa tokoh seperti Pope Benedict, Richard, Barack Obama dan Jimmy Carter untuk membantu dalam usaha mencari kedamaian di Timur Tengah amnya dan di Gaza, khasnya.

Kementerian Luar Negeri juga telah secara rasminya mengaktifkan akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kerajaan telah pun menyumbang RM3,500,000 kepada penduduk Gaza melalui MERCY Malaysia. Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk turut membantu usaha-usaha murni ini dengan menggalakkan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat Palestin yang kini berada dalam keadaan yang amat daif akibat serangan tentera Rejim Zionis. Selaku masyarakat Malaysia yang sentiasa prihatin dan simpati kepada kesengsaraan golongan yang tertindas, marilah kita sama-sama menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

final • 2:50 PM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tuan Yang di-Pertua, bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar bencana kemanusiaan dapat dihentikan serta-merta. Malaysia akan terus memantau krisis di wilayah Palestin di Gaza.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan... [Tepuk]

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?... Sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong penuh usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi. Sesungguhnya usul tersebut telah memberi gambaran yang sangat jelas tentang pendirian kita seluruh rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa sekalipun fahaman politik yang berbeza berkaitan isu serangan Rejim Zionis Israel ke atas Wilayah Gaza, Palestin ini.

Marilah kita sama-sama bersatu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengecam dengan sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Rejim Zionis ke atas Wilayah Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua, seraya menggesa pengunduran menyeluruh Rejim Zionis Israel dari wilayah tersebut... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, daripada usul yang dibentangkan tadi, saya tertarik dengan garapan oleh Profesor Richard Falk selaku Pelapor Khas PBB Mengenai Hak Asasi Manusia. Beliau telah menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai pencabulan besar perundangan kemanusiaan antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen Geneva. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa tindakan ganas tersebut merangkumi satu hukuman kolektif yang menyasarkan serangan terhadap orang awam tidak berdosa melalui justifikasi tindakan ketenteraan tanpa perikemanusiaan. Sehubungan itu saya berasa terpanggil untuk menyongsong lipatan sejarah yang barangkali dapat mengingatkan kita kepada kezaliman dan kekejaman pihak Israel serta sekutunya.

Yang pertama, pengeboman dan penyerangan ke atas Sabra dan Shatila iaitu dua kem pelarian Palestin di selatan ibu kota Lebanon yang telah mencatatkan sejarah kekejaman Rejim Zionis Israel membunuh lebih 2,000 pelarian Palestin tanpa belas ihsan.

Memang benar peristiwa meruntun jiwa ini telah berlaku lebih 26 tahun yang lampau, namun kejadian tanggal 20 September 1982 itu merupakan satu kisah pahit kepada sejarah kewujudan manusia di era moden yang sukar untuk dilupakan.

Keduanya pula, tarikh 20 Mac 2003 menjadi satu lagi titik hitam dalam perjalanan tamadun dunia. Pada hari itu Amerika Syarikat dan sekutunya telah melancarkan serangan ke atas Iraq. Ironisnya sejak peperangan meletus, rakyat dari seluruh dunia termasuk warga Amerika Syarikat dan Britain sendiri telah membantah dan mengutuk pencerobohan tersebut. Malah beberapa negara NATO, negara NAM, negara OIC dan kebanyakan negara yang cintakan keamanan dalam dunia telah juga menyanggah sebarang tindakan menggunakan ketenteraan untuk menyelesaikan konflik.

Sayangnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat membuat apa-apa keputusan muktamad. Kendati hal yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pada waktu tersebut Amerika Syarikat dan sekutunya tidak langsung menghiraukan suara antarabangsa kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan yang terbesar di seantero dunia. Pada ketika itu Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat prihatin tentang apa yang berlaku telah menggesa Amerika Syarikat dan sekutunya menamatkan tindakan ketenteraan unilateral ke atas Iraq secara serta-merta.

Bagi maksud tersebut, satu usul mengecam serangan Amerika terhadap Iraq telah turut dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, kita telah secara rasmi merakam dan menuntut semua pihak yang berkenaan supaya segera kembali kepada proses penyelesaian secara aman.

Tuan Yang di-Pertua, rentetan daripada itu, tampaknya sejarah dan situasi yang sama seperti dua peristiwa besar yang saya sebutkan tadi seolah-olah sedang berulang kembali.

final • 2:55 PM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Kali ini juga Rejim Zionis Israel tanpa segan silu terus mengambil tindakan kejam demi kepentingan mereka sendiri sehingga sanggup mengorbankan keamanan dan kestabilan dunia.

final • 2:55 PM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Persoalannya jika ancaman seperti ini tidak dikutuk habis-habisan dan dihentikan, maka kedamaian dan kedaulatan sesebuah negara di dunia ini tidak lagi terjamin. Negara- negara yang lemah dan kecil akan sentiasa ditindas serta dianiaya oleh kuasa-kuasa besar dengan jalan kekerasan dan peperangan. Di pusingan ini sekali lagi Amerika Syarikat dengan sikapnya yang angkuh telah berusaha menggagalkan sebarang ketetapan bagi menghentikan krisis yang sedang terjadi. Manifestasinya seperti yang disebut yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepanjang tempoh 30 tahun sudah 28 kali Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya berhubung isu Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, mutakhir dalam masa kita bersidang di petang ini pada detik ini masuklah hari yang ke-17 serangan yang berterusan dilancarkan oleh tentera Israel terhadap Palestin. Seperti yang ramai maklum minggu lepas, sekeping gambar di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari 2009 telah benar-benar mengusik perasaan dan menyentuh sanubari kita. Bak kata orang gambar tersebut telah melukiskan sejuta perkataan. Ia menunjukkan dengan jelas mayat seorang kanak-kanak perempuan setakat hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumah yang telah musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza malam sebelumnya. Hati mana tidak diruntun hiba, perasaan mana yang tidak dilanda rasa duka melihat wajah comel anak kecil yang tidak berdosa gugur, layu dan kaku sebagai bunga bangsa yang tidak berdaya... [Tepuk] Alangkah malangnya kerana inilah keadaan dunia apabila undang-undang antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak nampak berfungsi dengan sewajarnya. Tidak ada lagi dengan izin, the rule of law atau kedaulatan undang-undang kerana mereka yang mencipta slogan itu sendiri yang mencabulinya. Apa yang pasti peperangan di Gaza ini dengan segala petunjuk indiskriminisasi dan tindakan melampau secara membabi buta telah benar-benar membangkitkan kemarahan masyarakat sejagat.

Israel dengan bongkaknya telah tidak menghiraukan sebarang gesaan usaha rayuan mahupun desakan pelbagai pihak termasuk PBB, Kesatuan Eropah, Liga Arab, OIC untuk mengadakan gencatan senjata.

Hakikat yang nyata, Israel tidak pernah ambil peduli apa kata dunia. Ia secara semberono dan sewenang-wenangnya memakai hukum Zionisnya yang tersendiri. Seperti maklumat yang diterima segala usaha dan bantuan misi bantuan kemanusiaan menemui jalan kesukaran dan dihalang dengan pelbagai alasan serta syarat yang tidak munasabah sehingga kerja-kerja menyelamat tidak lagi bermakna.

Tuan Yang di-Pertua, jika dikaji sejak tertubuhnya menemui jalan yang penuh diragukan, dengan izin, questionable inception pada tahun 1948, Israel terus dikenali dengan sikap bebal dan tidak mesra kepada kehendak aliran masyarakat antarabangsa.

Sebagai contoh, Israel dengan bebasnya menceroboh dan menduduki sempadan- sempadan baru di Tanah Palestin sehingga kini berbanding dengan hampir 60 tahun yang lalu saiz Wilayah Israel telah bertambah lebih daripada 30 peratus dari keluasan asalnya.

Selain daripada itu, dengan izin, Israeli Defense Force atau IDF, terjemahnya Angkatan Bersenjata Israel yang dibentuk daripada askar pertahanan awam tidak dapat dipisahkan dengan taktik pengganas yang diamalkan oleh organisasi Zionis seperti Stern dan Irgun dalam tahun 1940-an. Buktinya di mana ada peluang, Israel secara sesuka hati menggunakan kekerasan dan menghukum tanpa usul periksa tanpa terlebih dahulu melakukan penyiasatan yang adil. Di atas segala-galanya, undang-undang rimba Israel ini terus bermaharajalela. Disebabkan wujudnya sokongan tidak berbelah bahagi daripada sesetengah pihak berpengaruh di Majlis Keselamatan PBB yang telah mendalangi kezaliman selama ini.

final • 3:00 PM

Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Lantaran itu Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pada fakta-fakta sejarah dan apa yang sedang berlaku sekarang tidak keterlaluan jika kita sepakat dalam Dewan yang mulia ini dengan tegasnya menyatakan bahawa cara, kaedah, aksi dan tindakan Israel ini merupakan satu perbuatan pengganas bersiri... [Tepuk] Dengan izin, serial terrorist dalam erti kata yang sebenarnya.

Makanya dengan juga dengan sepakat mengecam sehebat-hebatnya mana-mana pihak pertubuhan, atau negara yang terlibat bersama ataupun bersekongkol dengan tingkah laku pengganas bersiri ini. Harus diingat bahawa ini tidak bererti kita menentang kesemua orang Yahudi. Kita masih menghormati mereka yang tetap percaya dan cintakan kedamaian. Sehubungan dengan itu juga, saya yakin kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira batas bangsa, agama atau kefahaman turut berkongsi rasa simpati, dukacita yang mendalam serta berlangsung kawa kepada mangsa-mangsa keganasan Rejim Zionis di Palestin.

Lantas sekali lagi saya menyeru agar kita berdiri teguh dalam satu barisan bagi menyokong dengan sepenuhnya segala ketetapan yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usul tadi. Ini terutamanya mengambil maklum bahawa sesi tergempar khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uniting for Peace di bawah resolusi 377A(V) boleh diadakan semula sekiranya pelaksanaan, ketetapan Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapannya pada 9 Januari 2009 yang lalu.

Akhir sekali, selain daripada bantuan kewangan rasmi berjumlah USD 1 juta daripada Kerajaan Malaysia seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya juga mengambil kesempatan ini bersama menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk bagi disalurkan melalui dana-dana yang tertentu kepada mangsa-mangsa di Palestin... [Tepuk] Marilah kita berdoa supaya Allah SWT memberi pertolongannya kepada saudara- saudara kita yang teraniaya di Palestin dengan harapan segeralah berakhirnya tragedi yang menyayat hati ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong... [Tepuk]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan kita sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberikan sokongan padu kepada terhadap usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.... [Tepuk] Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan penjelasan yang diberikan sebahagian besarnya menyuarakan consent dan dukungan seluruh rakyat Malaysia dan rakyat yang mencintai pendamaian dan keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, isu Palestin ini bukan isu baru. Ia adalah tragedi yang menimpa umat manusia moden sudah enam dasawarsa. Isu ini dikaitkan dengan apa yang diungkapkan sebagai politics of dispossession; di mana ada Rejim Zionis Israel menjajah, merampas hak milik dan menyebabkan penduduk asal sebahagian besarnya menjadi pelarian dan yang lain dikurung dalam penjara di Tebing Barat dan di Gaza.

Sebab itu alasan yang dikemukakan oleh media antarabangsa yang mengatakan bahawa pertelingkahan mutakhir ini berpunca dari serangan bom oleh Hamas tidak berasas. Pertama Hamas mendapat dukungan majoriti rakyat Gaza. Kedua, Gaza masih dikepong dan ibarat penjara. Mereka berhak mempertahankan wilayah mereka dari diserang dan dijajah, maka sebab itu manakala mendengar penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberikan pengiktirafan kepada Hamas, ini saya anggap suatu keputusan yang bijak... [Tepuk] Sementara kita menghormati hak rakyat Palestin, kita juga tidak boleh menolak hak rakyat memilih wakil dan pimpinan dan negara pilihan mereka.

final • 3:07 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang kedua ialah bahawa isu Palestin ini harus diselesaikan sebagai satu isu politik dan ini diterima semua. Beza kita dengan Rejim Zionis Israel ialah kita mengambil pendekatan bahawa penduduk di Arab dan Israel mempunyai hak dan menerima orang Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai hak yang sama di bumi bertuah itu. Akan tetapi selagi penjajahan diteruskan, kezaliman diteruskan, amat sukar kita terima peranan Majlis Keselamatan dan PBB seperti yang disebut oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi kerana pastinya resolusi termasuk 1860 yang diluluskan pada 8 Januari itu tidak merupakan penyelesaian politik yang menyeluruh.

Kita harus tidak merasa janggal menggunakan Rejim Zionis Israel kerana fahaman Zionisme itu fahaman imperialisme yang didalangi oleh pelampau Yahudi. Seharusnya ada satu suara yang lebih tegas menekan badan antarabangsa mendakwa semua penjenayah yang terlibat berterusan di Gaza dan sebelumnya di Tebing Barat tetapi kita juga tahu seperti mana yang disentuh tadi, tidak ada siapa yang percaya Israel yang dikelilingi oleh ratusan juta umat Arab mampu berbuat demikian tanpa dukungan Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian, kita harus tegas dan Kementerian Luar Negeri harus memulakan dengan memanggil duta Amerika Syarikat dan memberikan sanggahan yang keras... [Tepuk] ...Terhadap tindakan mereka memberi laluan. Presiden Bush yang dianggap presiden yang paling lemah dalam sejarah Presiden Amerika Syarikat pastinya memberi laluan sebagai hadiah terakhir kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk anak-anak kecil dan wanita. Mereka menggunakan USD21 bilion jumlah bantuan ketenteraan Amerika Syarikat, teknologi ketenteraan seperti pesawat F16, helikopter Apache dan peluru berpandu yang diguna untuk membunuh rakyat awam termasuk korban yang terbesar di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sedang dirunding sekarang di antara Israel dengan Amerika Syarikat adalah untuk menambah 75 F35 Joint Strike Fighters, sembilan C130J-30 pesawat pengangkutan, empat kapal perang untuk memperkukuh keupayaan Israel berdepan bukan sahaja dengan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza tetapi dengan seluruh kekuatan Arab. Maka sebab itu kita harus mengambil pendirian yang tegas dalam menyokong usul ini supaya menamakan Rejim Zionis Israel dan dukungan yang diberikan secara langsung oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Memang ada seperti mana kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harapan agar presiden baru Barack Obama mengambil sikap yang lebih adil kepada rakyat Palestin. Walaupun beberapa kenyataan Obama itu memberi sedikit harapan tetapi dalam soal pertelingkahan Timur Tengah, pendirian Obama dari awal terlalu keras dan kuat menyokong Israel dan harapan kita kalau terlalu tinggi akan meleset nantinya. Sebab itu lebih baik kita buat ketetapan dari sekarang sebelum Barack Obama mengambi alih sebagai presiden bahawa rakyat Malaysia semuanya mewakili semua parti tidak senang dengan satu sikap pentadbiran yang memihak kepada penjenayah... [Tepuk] Seperkara lain yang tentunya dimaklumi oleh kerajaan ialah kerana langkah terakhir oleh Israel ini ialah lantaran lesunya pemimpin-pemimpin negara Arab. Pasti tidak kesemua tetapi hampir begitu. Banyak sekali di antara negara-negara Arab yang nampak tidak menunjukkan keberanian dan ketegasan membela nasib rakyat. Hanya setelah demonstrasi besar-besaran ratusan ribu rakyat, setengah juta, di Turki hampir satu juta membanjiri kota-kota besar, barulah ada suara yang lebih tegas di kalangan pemimpin- pemimpin dunia Arab.

Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya Perdana Menteri menimbangkan secara serius agar Malaysia dirantau ini mengambil inisiatif yang lebih ke depan bersama dengan rakan-rakan kita Indonesia atau Brunei di rantau kita, mengepalai pasukan yang menunjukkan sikap rakyat bukan sekadar umat Islam tetapi umat dirantau ini yang benci dengan kezaliman dan membuat sesuatu yang lebih bermakna dan tidak hanya menunggu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun Liga Arab untuk membuat sesuatu... [Tepuk]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya faham isu ini mungkin dianggap sukar dan sensitif kerana menjaga perasaan dunia Arab tetapi puluhan tahun sudah berlalu. Kalau kita mengharapkan semata-mata kekuatan dunia Arab, kita akan menyaksikan satu lagi malapetaka berulang. Oleh yang demikian, saya ingin sekali lagi menyeru Perdana Menteri dan kerajaan untuk mengambil inisiatif ini berunding dengan rakan-rakan kita di Indonesia dan Brunei Darussalam khususnya untuk mengambil satu inisiatif menunjukkan sikap kita yang lebih tegas, yang lebih berani, yang tidak mahu mempertahankan kezaliman Zionis Israel walaupun dengan dukungan yang begitu kuat oleh Amerika Syarikat.

Maka kalau kita mengambil pendirian begini, saya percaya ia akan memberikan dorongan yang kuat kepada dunia Arab dan umat Arab keseluruhannya akan menyaksikan bahawa kita mempunyai pendirian, ketegasan, inisiatif sendiri dan tidak hanya menumpang, meminta belas kasihan pemimpin-pemimpin yang nampaknya begitu lesu tatkala menyaksikan ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan begitu kejam sekali.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini menyokong penuh inisiatif yang dibawa oleh Perdana Menteri sebagai menyahut surat permohonan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 5 Januari 2009 yang lalu...

[Tepuk] Oleh yang demikian menunjukkan... [Dewan riuh seketika] Perdana Menteri pun mengangguk setuju..., yang kamu sibuk apa fasal?... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak ikhlas.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ucap sekali lagi terima kasih kerana keprihatinan Perdana Menteri menerima baik cadangan dan membawa satu usul yang saya kira dapat mewakili sentimen dan hasrat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu... [Ketawa] Akan tetapi kita bersatu di sini...

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan. Berlakunya tindakan- tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya. Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabangsa dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana itu kita lupakan pertelingkahan cabang, pertelingkahan pandangan dalam beberapa isu tetapi dalam perkara naluri kemanusiaan kita wajib bersatu... [Tepuk] Langkah kita ini bukan fanatik kepada kaum walaupun kita menyedari bahawa ada negara yang dipengaruhi oleh Zionis meluluskan undang-undang anti semantik seolah-olah tidak boleh anti terhadap kaum Yahudi. Bermakna anti pada kaum lain tidak mengapa. Alhamdulil lah di negara kita tidak ada undang-undang yang seperti ini. Kita anti terhadap kaum-kaum yang tertentu. Sikap kita pada hari ini bukan benci kepada bangsa Yahudi tetapi benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh golongan pelampau Zionis yang juga ditentang oleh kalangan orang-orang Yahudi sendiri.

Kita penganut agama Islam diwajibkan beriman dengan nabi-nabi Bani Israel, rasul-rasul Bani Israel, pemimpin-pemimpin Yahudi yang baik dalam sejarah yang disebut nama-nama mereka dalam Al-Quran kita wajib beriman dan mempertahankan nama baik mereka. Akan tetapi sikap melampau kaum Zionis yang dicatatkan dalam Al-Quran yang telah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang melarat yang tidak boleh diterima oleh kaum dalam sejarah manusia.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Sehingga dalam sejarah moden rakyat Palestin dipaksa, dirampas tanah air mereka untuk mendirikan sebuah negara yang dinamakan negara Israel. Kita tidak menafikan bahawa Palestin adalah tanah suci daripada kaum Yahudi, tanah suci kepada orang Islam, tanah suci kepada orang Kristian tidak dinafikan.

Akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menghalang hak-hak kaum yang lain untuk hidup dengan cara yang sewajarnya untuk mengecap kenikmatan di bumi tanah air masing-masing. Apa yang menakutkan rakyat Palestin bukan sahaja dihalau dengan pengiktirafan daripada negara-negara besar. Ketika penubuhan negara Israel bahkan tindakan mereka secara demokratik tidak diakui golongan Hamas dan dipantau oleh NGO Barat termasuk Yayasan Jamie Cater daripada Amerika Syarikat yang memantau pilihan raya yang telus dan adil dan memberi kemenangan kepada Hamas. Malangnya kerajaan Hamas telah dikepung, telah disekat, telah dihalang dan telah diperlakukan.

Apabila tidak dapat dijatuhkan dengan cara itu maka diambil tindakan ketenteraan dengan cara yang sangat ganas.

Malangnya keganasan ini disokong oleh kuasa besar dunia yang dianggap paling maju dan paling bertamadun yang paling mendukung demokrasi. Malangnya negara Amerika Syarikat yang dimaksudkan itu menguasai bangsa-bangsa bersatu sehingga undang-undang antarabangsa dikendalikan oleh bangsa-bangsa bersatu laksana sarang labah-labah. Ianya serangga yang kecil yang boleh diambil tindakan yang melekat. Helang- helang yang besar seperti Amerika boleh rempuh begitu sahaja dan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. Dalam hal ini kita tidak menafikan realiti kita berada dalam masyarakat antarabangsa dan menerima kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apa yang penting ialah kita memainkan peranan yang pro aktif dalam pertubuhan antarabangsa ini. Sama ada melalui kita sendiri negara Malaysia ini termasuk secara kolektif melalui rakan-rakan dalam Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk mengambil satu tindakan yang sebaik-baiknya bagi memulihkan bangsa-bangsa bersatu itu sendiri. Sangat malu bagi kita yang berjiran yang hampir dengan Palestin kepada Venezuela yang jauh daripada Palestin dan mengambil tindakan yang berani memutuskan hubungan menghalau duta Israel... [Tepuk] Di sana ada negara-negara yang masih malu-malu kucing terhadap Amerika Syarikat. Apa kita gerun dengan Amerika Syarikat? Dunia telah membuktikan kezaliman tidak akan kekal dan kezaliman tidak mengekalkan sesuatu kuasa besar dalam sejarah dunia.

Keadilan yang baik yang akan kekal. Mereka tidak berjaya menghapuskan perjuangan Palestin kerana perjuangan Palestin adalah perjuangan yang menuntut hak.

Israel telah bertindak membunuh pemimpin-pemimpin Palestin, pemimpin Hamas.

Dibunuhnya Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh yang tidak boleh berjalan bergerak dengan kerusi roda sahaja dibunuh juga. Dibunuhnya Yahya Arshad dibunuhnya Abdul Hadi Rantisi dan lain-lain, dibunuhnya pemimpin-pemimpin Palestin dikutip satu demi satu sebagai satu langkah untuk menghapuskan kepada Ketua Rakyat Palestin.

Apa yang berlaku kepada kita rakyat ini tidak boleh dihapuskan dengan membunuh pemimpin-pemimpin. Satu pemimpin dicantas sepuluh dan seratus tunasnya akan tumbuh... [Tepuk] Bukan cara itu. Caranya ialah mengendali dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya. Kuasa besar dunia Amerika yang memberi perlindungan kepada Israel. Hari ini sudah runtuh imejnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Maka kita tidak perlu segan lagi kepada kuasa besar ini. Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presidennya yang akan berhenti beberapa hari lagi... [Tepuk] Walaupun kita menyedari kasut tidak boleh melawan Toma Hawk. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga...

[Tepuk] Dalam hal ini insya-Allah kami akan bersama-sama dengan kerajaan untuk turun ke padang... [Tepuk] Sama ada untuk menggerakkan rakyat dalam negara kita di kalangan semua kaum untuk tunjuk kepada dunia luar kita boleh bersatu dalam perkara yang menjadi titik persamaan antara kita. Hari ini kita dalam satu barisan dan satu pakatan... [Tepuk]

final • 3:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil satu tindakan yang lebih tegas untuk membolehkan tindakan yang sewajarnya terhadap jenayah yang dilakukan oleh pengganas yang bersifat negara. Bukan lagi pengganas individu pengganas yang bersifat state maka satu tindakan yang perlu diambil.

Dalam usul Perdana Menteri sudah disebut beberapa perkara yang menjadi alasan untuk menyeret Israel dan pemimpin-pemimpin Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa... [Tepuk] Mencabuli undang-undang antarabangsa.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kedua, mencabuli undang-undang hak asasi manusia. Ketiga, mencabuli undang- undang kemanusiaan antarabangsa. Keempat, mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Kelima, melanggar dan memijak Konvensyen Geneva. Ini satu perkara yang jelas, yang nyata, yang tidak boleh di selindung lagi. Apa yang penting, selepas ini kita bergerak bukan saja di Parlimen, kita bergerak mengikut kemampuan kita masing-masing dan terima kasih. Saya menyokong usul ini... [Tepuk]

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk menyokong dengan sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi pihak DAP, kami tidak berbelah bahagi dalam perkara penting yang berkaitan dengan kemanusiaan, hak asasi manusia dan juga hak sesebuah negara untuk menentukan nasibnya sendiri. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini adalah salah satu aspek ekoran daripada permainan real politic peringkat antarabangsa oleh kuasa-kuasa imperialisme. Sejak Israel dengan sendiri mengisytiharkan kemerdekaannya kira-kira 60 tahun yang lalu, Rantau Timur Tengah atau Asia Barat tidak pernah sunyi daripada konflik yang mengorbankan banyak nyawa.

Permulaan peristiwa berdarah pada tahun 1948 berlaku apabila negara-negara Arab cuba membebaskan bumi Palestin daripada taklukan kumpulan Zionis Israel. Ini berterusan pada 1967 dan seterusnya pada 1973. Akan tetapi setiap kali peperangan oleh negara-negara Arab, tidak mencapai kejayaan atas campur tangan kuasa-kuasa besar khususnya daripada Amerika Syarikat. Akhirnya sungguhpun nyawa rakyat yang tidak berdosa bertambah, tidak mendapat apa-apa hasilnya.

Oleh itu adalah natural, adalah memang lumrah bagi mana-mana rakyat untuk menggunakan kuasa atau bergantung kepada diri sendiri untuk mencari kebebasan. Dalam aspek ini, usaha oleh rakyat Palestin adalah sesuatu yang sahih, sesuatu yang sah yang harus direstui oleh undang-undang antarabangsa... [Tepuk] Iaitu membebaskan diri daripada belenggu kuasa imperialisme untuk menentukan nasib mereka sendiri seiring dengan prinsip the right of self determination, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Banyak usaha telah berlangsung termasuk intifadah yang dilakukan oleh rakyat Palestin tetapi semua ini tidak dapat mempengaruhi kuasa-kuasa besar. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita boleh lihat ruang-ruang kebebasan di mana rakyat Palestin sekurang-kurangnya ada kawasan mereka di Tebing Barat ataupun di Gaza. Akan tetapi sekarang pula ia juga terancam.

Ruang-ruang yang kecil ini pula terancam. Bulan lalu sewaktu umat Islam sedunia bersiap sedia menyambut Tahun Baru Maal Hijrah. Israel dengan ganas dan zalim melancarkan serangan udara secara besar-besaran terhadap Gaza dan diikuti pula dengan serangan darat dan sehingga sekarang saya rasa hampir seribu nyawa telah terkorban. Di antara imej-imej yang begitu menyayat hati adalah seperti yang disebut tadi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri muka seorang kanak-kanak comel yang tidak bersalah yang turut terkorban dengan begitu sia-sia sekali. Semalam bila kita lihat gambar- gambar di peti televisyen di mana masjid pun telah dihancurkan sama sekali.

Itu adalah tingkah laku bangsa yang tidak kenal sama agama, kalau boleh menghancurkan tempat beribadat penganut-penganut agama lain. Oleh sebab itu, ini menunjukkan bahawa Israel apabila melancarkan serangan ini, sudah tidak tahu, sudah tidak kenal nilai moral, nilai perikemanusiaan ataupun nilai agama. Oleh itu, usul ini adalah tepat pada masanya untuk memberitahu kepada bukan sahaja Israel yang saya rasa sudah pekak, sudah buta, hati pun sudah mati.

final • 3:32 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Akan tetapi untuk beritahu kuasa-kuasa besar yang sokong sama Israel bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dalam aspek ini iaitu... [Tepuk] Menentang dan mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat. Di sini saya nak tegaskan kerajaan Amerika Syarikat menyokong rejim Tel Aviv.

Saya ingin membaca dengan izin Tuan Yang di-Pertua petikan seorang penulis terkemuka daripada Barat iaitu Robert Fisk tentang apa yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv apabila selalunya melancarkan pembunuhan secara beramai-ramai dengan izin massacre orang-orang yang tidak bersalah. Selalu menyatakan bahawa mereka hanya hendak mempertahankan diri. Saya tidak faham, macam mana untuk mempertahankan diri dengan membuat pembunuhan beramai-ramai.

Bila kita yang lihat, yang mati beramai-ramai bukanlah rakyat Israel tetapi ialah rakyat Palestin dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya rasa gunakan ungkapannya lagi tepat. Apa yang dinyatakan oleh Robert Fisk, “Have we forgotten the 17,500 death, almost all civilians, most of them children and women in Israel’s 1982 invasion of Lebanon? The 1,700 Palestinian civilian’s death in the Sabra and Shatila massacre. The 1996 Kana massacre of 106 Lebanese civilians refugees, more than half of them children at a United Nations based. The massacre of Mawahin refugees were ordered from their host by the Israelis in 2006, and then slaughtered by Israeli helicopter crew, the more than 1,000 death of the same 2006 bombardment in the Lebanese invasion. Almost all of them are civilians.” Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas sekali bahawa setiap kali pembunuhan berlaku, kuasa-kuasa besar menutup mata mereka tetapi saya rasa usul yang dibentangkan dan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita hendak memberitahu kepada rakyat Palestin bahawa kuasa-kuasa besar tidak dapat mengaburi mata rakyat Malaysia. Kita tahu bahawa mereka adalah dimangsakan... [Tepuk] Dalam aspek ini, saya bagi pihak DAP ingin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam dan mendesak supaya tindakan ganas dihentikan serta mencari jalan penyelesaian melalui usaha damai.

Bagi pihak DAP dan saya rasa semua Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini, walau apa pun alasannya atau dasar ketenteraan, tindakan ganas yang mengorbankan orang awam tidak akan dapat menyelesaikan masalah politik. Jalan terbaik ialah menerusi usaha damai melalui rundingan.

Saya ingin meminta kerajaan Malaysia supaya memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap hukuman membuta tuli Amerika kepada Israel... [Tepuk] Jelas tindakan pengeboman yang tidak berperikemanusiaan telah membunuh dan mencederakan orang awam termasuk kanak- kanak yang tidak berdosa. Selain daripada menghentikan sokongan membabi buta kepada Rejim Tel Aviv, Kerajaan Malaysia harus mendesak Amerika Syarikat menggunakan pengaruh mengarahkan Israel menghentikan peperangan dan berundur daripada bumi Gaza.

Keengganan Amerika Syarikat, sebaliknya sikap degil terus bekalkan senjata peperangan kepada Rejim Israel untuk membunuh wanita dan kanak-kanak menjadikan Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan George Bush ini sama-sama bersalah dengan Israel dan tidak bertamadun yang saya rasa perlu dibaling kasut dan lebih daripada itu... [Tepuk] Saya ingin menegaskan bahawa DAP dan semua rakyat Malaysia tidak memusuhi rakyat Amerika Syarikat tetapi hanya kerajaan dan Presidennya, George Bush. Rakyat Amerika Syarikat sendiripun telah menolak parti George Bush apabila memberikan kemenangan besar kepada Obama dan parti demokratnya di dalam pilihan raya presiden tahun lepas. Kita harap sungguh pun mungkin harapan ini tidak akan berhasil tetapi kita masih berharap bahawa Obama akan memenuhi aspirasi dunia untuk suatu dasar luar negara yang seimbang, yang adil dan berperikemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terpinggir, terlupa dan terhanyut oleh dunia antarabangsa selama ini.

Saya juga ingin meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia supaya mendesak Kerajaan Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi mendapatkan penyelesaian yang adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

final • 3:32 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekiranya Amerika Syarikat enggan mendengar permintaan, saya rasa bukan sahaja daripada rakyat Malaysia tetapi semua negara-negara yang bertamadun di dunia, saya rasa saya ingin sokong saranan yang dibuat sebelum ini bahawa Malaysia harus memberanikan diri untuk merujuk Amerika Syarikat kepada International Court of Justice The Hague sebagai sebuah negara yang terlibat dalam jenayah perang kerana bersubahat dengan Rejim Tel Aviv... [Tepuk] Saya ingin menyatakan, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi mengadakan sesi tergempar ini. Pada masa yang sama saya harap Kerajaan Malaysia pun boleh bersikap lebih lembut apabila rakyat Malaysia ingin mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan sokongan... [Tepuk] Untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Saya menimbulkan perkara ini dan saya buat rayuan ini bukan nak berkempen atau berpolitik di mana-mana tetapi hanya satu permintaan ikhlas daripada saya. Saya harap bolehlah berlembut sikit, takkanlah kita rakyat Malaysia yang ingin mengadakan candle light vigil ataupun demonstrasi bukan terhadap Kerajaan Malaysia, bukan terhadap Barisan Nasional, bukan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita sayang ini...

[Tepuk] Akan tetapi ingin menentang kezaliman dan keganasan Israel... [Tepuk] Janganlah tahan sama kita, saya memohon janganlah tangkap sama kita. Kita hanya hendak lawan Israel, kita tak nak lawan polis. Kenapa bila nak lawan dengan Israel, kita pula ditahan? Saya harap sebagai satu tanda ikhlas, saya harap kalau boleh apabila kita mengadakan satu demonstrasi untuk menentang Israel, janganlah membuat tangkapan dan bebaskan, tarik balik kalau boleh, tarik balik sebarang tuduhan ke atas mereka yang ditahan... [Tepuk] Di sini saya ingin menyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Dr. Mohd Nasir, ADUN Selangor, Yang Berhormat Kuala Langat yang ditahan, saya rasa mereka hanya menjalankan kewajipan, kewajipan sebagai seorang insan sahaja menentang perkara zalim yang tidak berperikemanusiaan. Saya rasa itu yang saya hendak minta daripada Kerajaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya rasa kita amat hampa dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Apa gunanya kalau resolusi diluluskan tanpa bantahan oleh Amerika Syarikat tetapi tidak dipedulikan oleh kedua-dua belah pihak. Di sini saya rasa sebagai kuasa yang lebih besar, Israel harus lebih proaktif dan mengambil inisiatif untuk menghentikan serangan dan mengadakan gencatan senjata. Akan tetapi di sini kita tidak lihat apa-apa hasil atau usaha daripada Amerika Syarikat untuk mengadakan gencatan senjata.

Oleh itu, saya sekali lagi mengumumkan kalau boleh bahawa Kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang memainkan peranan penting dalam Bangsa-bangsa Bersatu untuk menjadikan lebih proaktif dalam aspek ini selain daripada meminta Amerika Syarikat tetapi juga mengharapkan bahawa kuartet yang ditubuhkan oleh kuasa-kuasa besar ini benar- benar dan betul-betul adil dan bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa besar ini. Carilah suatu penyelesaian yang adil bukan kepada pemimpin-pemimpin Palestin, pemimpin- pemimpin Israel tetapi kepada rakyat yang tidak bersalah di Palestin ataupun di Israel.

Semua manusia tidak mahu peperangan, semua manusia mahu kedamaian, dan sekiranya kuasa-kuasa besar tidak mahu menjalankan usaha ini, saya harap Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menggerakkan usaha ini sebagai mungkin hadiah terakhir kepada rakyat Malaysia dan dunia. Sekian terima kasih... [Tepuk]

final • 3:32 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak parti MCA turut mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan kezaliman Rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa... [Tepuk] Sesungguhnya ini merupakan satu-satunya perasaan dari hati sanubari setiap orang insan yang waras dan berperikemanusiaan dan ianya tetap melintasi sebarang benteng perkauman, fahaman politik dan fahaman agama.

final • 3:47 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat

Saya mengalu-alukan dan saya menyambut baik sikap parti pembangkang kali ini dalam usaha turut menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Walaupun demikian, saya tetap terkejut bila saya terdengar tadi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan tentang hujahnya yang mewajarkan demonstrasi yang berlangsung sebelum ini. Saya tetapi prihatin tentang perasaan rakyat kita, perlu diberi satu platform dengan izin ataupun satu peluang, satu saluran untuk meluahkannya. Itu memang benar, kita perlu menyatakan pendirian kita dan pendirian itu pun adalah pendirian kita bersama, pendirian yang murni dan pendirian yang saya kira serba sedikit ianya akan dapat memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa itu.

Walaupun demikian, kita tetap tidak berharap platform sedemikian rupa sengaja disalah guna oleh pihak-pihak yang tertentu khasnya mereka yang berniat untuk menangguk dalam air keruh demi kepentingan politik yang sempit... [Dewan riuh]

final • 3:47 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, setiap hari, setiap gambar yang memaparkan kesengsaraan rakyat Palestin hasil kekejaman dan kezaliman rejim Tel Aviv tetap menyayat hati kita semua. Bagi kita ianya bukan sahaja melukis tahap kekejaman rejim Tel Aviv, malahan ianya juga satu-satunya yang memalukan tamadun manusia sejagat. Kita sedia maklum bahawa selama ini, kebelakangan ini, kekejaman yang berlaku itu banyaknya di tempat- tempat orang awam dan sasaran yang diserang oleh tentera rejim Tel Aviv itu kebanyakannya adalah sasaran civilian dan bukannya sasaran ketenteraan. Tuan Yang di- Pertua, pada masa yang sama saya juga melahirkan perasaan kesal dan dukacita atas sikap dingin yang dimanifestasikan oleh internasional komuniti ataupun komuniti masyarakat antarabangsa.

Kita sedia maklum bahawa selama ini kuasa-kuasa besar khasnya negara Amerika Syarikat menonjolkan peranan dirinya sebagai Sheriff global dan negara itu juga serta kuasa-kuasa yang besar sering kali menonjolkan peranannya sebagai penjaga ataupun pemelihara hak asasi manusia sejagat, tetapi bila berlakunya kekejaman sedemikian rupa, mana dia Sheriff yang sering kali diuar-uarkan itu. Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini kita sedia maklum bahawa apa yang sebenarnya menjadi soal pokok tidak lain daripada perhitungan kepentingan politik dalam negara Amerika Syarikat dan juga kuasa-kuasa besar yang dimaksudkan. Ini telah pun diberi keutamaan berbanding dengan keprihatinan mereka terhadap perikemanusiaan dan juga keamanan dunia sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya ingin juga menyeru agar keberkesanan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dinilai semula. Banyak telah pun diperkatakan tentang PBB ini, iaitu satu-satunya pertubuhan ataupun wadah yang dianggotai oleh masyarakat antarabangsa, yang sepatutnya memainkan peranannya sebagai pendamai dan juga satu-satunya wadah untuk mengadili sebarang persengketaan di kalangan anggota-anggotanya. Akan tetapi malangnya setakat ini apa yang kita nampak adalah ketidakberkesanannya dan itu bukan sahaja mendukacitakan kita, mengecewakan kita malahan itu telah secara tidak langsung memberikan rejim Tel Aviv dan juga kuasa- kuasa besar yang menyokongnya satu peluang untuk meneruskan kekejaman dan kezalimannya.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya berbesar hati bahawa parti-parti politik baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang, bila kita sama-sama menjunjung hak asasi manusia, kita hendak memberikan rakyat Palestin sokongan kita yang murni, saya rasa itu bukan sahaja satu pendirian yang murni, satu pendirian yang betul-betul bersifat kemalaysiaan, malahan saya juga berharap ianya dapat menggerakkan ataupun membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat kita yang berbilang kaum dan agama.

Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Penampang.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta panduan sedikit sebab kita belum dimaklumkan tentang Aturan Mesyuarat hari ini sehingga jam berapa, dan bagaimanakah participation daripada Ahli-ahli Parlimen. Sebab kita mula jam 2.30 petang, kita tidak tahu sampai pukul berapa. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya telah buat keputusan untuk memberi peluang kepada ketua-ketua parti dulu untuk berucap. Selepas itu kita tengok kalau ramai lagi hendak bercakap, Menteri di Jabatan Perdana Menteri nanti akan membentangkan usul bahawa Dewan ini kita tangguhkan sehingga selesai semua.

Sila, Yang Berhormat Penampang.

final • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong penuh usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai konflik Timur Tengah yang seolah-olah tidak ada penghujungnya. Masyarakat dunia tentunya sedih melihat pembunuhan dan kematian kerana konflik di antara Israel dan Palestin yang semakin meruncing. Lebih menyedihkan ramai yang terkorban adalah orang awam Palestin. Tuan Yang di-Pertua, gambar-gambar ngeri kanak-kanak yang belum pun mengenal erti hidup, tetapi sudah terkorban begitu sahaja. Menjadi mangsa letupan bom yang dilancarkan ke Semenanjung Gaza mengingatkan kita bahawa manusia belum belajar daripada sejarah.

Keganasan tidak pernah menyumbang kepada penyelesaian konflik politik apa pun dan situasi di Timur Tengah pada hari ini membuktikan perkara ini. Penyelesaian damai kepada suatu konflik tidak akan tercetus daripada bom yang dijatuhkan dari langit ataupun pelancar roket yang ditujukan kepada sasaran di sebelah sempadan. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa bangga diberikan peluang ini sebagai Ahli Jemaah Menteri Persekutuan, seorang Ahli Dewan Rakyat dan Presiden Parti UPKO memberikan sokongan padu kepada pendirian tegas rakyat Malaysia, bahawa terdapat isu-isu yang meminta sokongan daripada setiap kita tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Inilah masanya negara kita mengambil tempat di kalangan pemimpin dunia ataupun the free world mengutuk keganasan dan peperangan serta meminta sokongan daripada komuniti antarabangsa untuk mencetuskan penyelesaian yang adil dan kekal kepada konflik di Timur Tengah.

Konflik ini perlu mencapai penyelesaian dengan kadar segera. Kehilangan nyawa terutama di kalangan kanak-kanak dan rakyat awam mesti dihentikan. Tidak ada negara yang bertindak bersendirian ataupun berasingan yang mampu menyelesaikan perkara seperti ini. Pujian perlu diberikan kepada Malaysia kerana usahanya meminta agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan dunia ataupun antarabangsa yang lain campur tangan secepatnya dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, konflik di Timur Tengah tercetus kerana perebutan tanah dan wilayah. Ini bukanlah konflik agama. Adalah salah kalau masyarakat antarabangsa mengatakan sebaliknya. Justeru, manapun negara termasuk Malaysia agak tidak betul kalau mengaitkan elemen agama dalam konflik ini.

Adalah sangat susah untuk mendapatkan masyarakat antarabangsa menyokong perang agama. Kalau kita lihat dengan teliti, cukup jelas sejak dari awal mula lagi bahawa masalah di antara Israel dan Palestin ini adalah kerana perebutan wilayah. Justeru rakyat Malaysia daripada pelbagai agama boleh berganding bahu menyokong pendirian negara mengutuk peperangan dan keganasan dalam konflik ini dan sekali gus menyokong penyelesaian damai untuk konflik ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru agar pengalaman yang timbul daripada konflik ini terpahat dalam sanubari setiap kita di Malaysia. Perpaduan negara adalah resipi utama kejayaan kita seperti yang ditegaskan dengan begitu jitu sekali oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam surat khabar hari ini.

final • 3:56 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Palestin mungkin akan lebih baik sekiranya Hamas dan Fatah boleh menangani masalah mereka bersama-sama. Tuan Yang di-Pertua, marilah berdoa agar para pemimpin dunia akan benar-benar prihatin dan tulus dalam menghadapi konflik ini dan agar penyelesaian secepatnya akan dapat tercapai. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:00 PM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui

Terima kasih, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap sokongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak iaitu SUPP terhadap usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri petang ini.

final • 4:00 PM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, bagi Parti SUPP dan juga rakyat di dalam kawasan Parlimen saya P.219 Miri, dengan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya terhadap pembunuhan dan tindakan kezaliman oleh tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza dan juga di Tebing Barat Palestin. Nampaknya pihak Israel tidak berpuas hati dengan penganiayaannya dan penyeksaannya ke atas rakyat Palestin selama ini, di mana tanah tempat tinggal rakyat Palestin telah dirampas oleh pihak Israel dalam perang 1984 [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Rakyat Palestin menduduki 22 peratus tanah asal mereka manakala melebihinya 78 peratus dirampas dan diduduki oleh pihak Israel. Pihak Israel tidak sepatutnya melakukan perkara terkutuk itu terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa, perbuatan sebegini menunjukkan pihak Israel tidak berperikemanusiaan, sungguh kejam, angkuh dan rakus, membedil bertali arus menggunakan senjata canggih membunuh rakyat Palestin tidak kira wanita, kanak-kanak, orang dewasa, remaja mahupun tua.

Bukan setakat membedil bertali arus, malah pihak Israel juga menghalang bantuan pihak Palang Merah dan pihak-pihak menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan daripada memasuki kawasan yang diserang itu. Ramai rakyat Palestin maut dan cedera, yang cedera teruk akan mati kerana tidak mendapat rawatan dan perubatan malah makanan pun tidak mencukupi. Ada yang kelaparan dan akan jatuh sakit, malah jika keadaan berterusan, mereka akan mati kelaparan.

Tuan Yang di-Pertua, bekalan air elektrik terputus dan sistem pengangkutan pun lumpuh kerana kena bedil dan tembakan kereta kebal serta pengeboman dari udara yang turut meranapkan kawasan kediaman, sekolah-sekolah, rumah-rumah ibadah, hospital, klinik di Gaza dan di Tebing Barat. Rejim Israel menolak dengan angkuh gencatan senjata yang dicadangkan oleh pihak Perancis dan juga negara-negara Eropah malah pihak Amerika menyokong tindakan Israel itu sebagai hak mempertahankan diri selepas dibedil oleh pihak Hamas dengan bedilan senjata buatan sendiri yang digelar Al-Qassam yang tidak begitu kuat nampaknya jika dibandingkan dengan senjata yang digunakan oleh askar Israel.

Rejim Israel terlalu kejam dan angkuh kerana ada dalang di belakangnya dalam melancarkan serangan yang tidak mengenal siapa, rumah kediaman, hospital, tempat ibadah, sekolah-sekolah turut dibedil dengan alasan bahawa askar Hamas berselindung di situ. Tuan Yang di-Pertua, pihak Rejim Israel menolak Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin pada pilihan raya 2006 untuk menerajui kerajaan negara Palestin. Perbuatan Israel ini menidakkan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh Amerika dan sekutunya, malah pihak Hamas dilabelkan oleh Rejim Israel sebagai pengganas mengikut apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap Al-Qaeda. Selagi Hamas tidak berundur dan selagi itulah Rejim Israel memerangi Palestin dan menolak gencatan senjata yang dicadangkan ke atas mereka.

Pihak Amerika dan sekutunya mahukan demokrasi diwujudkan di Palestin atau di mana sahaja di dunia tetapi sebaliknya mereka bersekongkol menodai dan menidakkan demokrasi di sesebuah negara itu jika pilihan rakyat tempatan tidak menepati kehendak mereka. Mereka akan mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan sesebuah kerajaan yang telah dipilih itu, jika tidak menepati hasrat dan kehendak mereka. Setiap kerajaan yang dipilih hendaklah mengikut kehendak dan hasrat mereka dan akan terus menjadi boneka di bawah cengkaman dan dominasi pihak Amerika demi kepentingannya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya undur, dengan ini saya sekali lagi mengulangi pendirian SUPP bahawasanya kami mengutuk sekeras-kerasnya Rejim Israel serta askar- askarnya di atas perbuatan yang sangat keji, kejam, tidak berperikemanusiaan, membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 4:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak parti MIC, saya menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai kekejaman dan kezaliman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 4:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Persidangan khas Parlimen pada hari ini membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia amat prihatin dan bimbang dengan kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Palestin, Dewan yang mulia ini perlu menghantar satu mesej yang kuat dan berkesan kepada dunia bahawa penindasan, kezaliman dan kehancuran bumi Palestin tidak akan diterima.

Sesungguhnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama telah bersatu dalam mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap rakyat Palestin terutamanya kaum wanita dan anak-anak yang tidak berdosa. Rakyat Malaysia harus terus bersatu dan bekerjasama supaya Malaysia dapat bertindak dengan satu nada dan suara di peringkat antarabangsa. Sokongan rakyat Malaysia terhadap usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin membuktikan bahawa rakyat Malaysia sanggup bersatu dan mengetepikan perbezaan kefahaman politik dan pendapat apabila berlaku sesuatu kekejaman dan tindakan yang tidak adil.

Saya percaya dan yakin bahawa rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan sepenuhnya terhadap semua usaha dan tindakan yang sedang dan bakal diambil oleh Kerajaan Malaysia. Saya ingin menggesa Kerajaan Malaysia supaya terus mendesak pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan negara-negara Arab khususnya supaya Israel mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB supaya diadakan gencatan senjata.

Duta-duta Malaysia perlu digerakkan untuk berjumpa pemimpin-pemimpin dunia dan menyatakan pendirian Malaysia terhadap kezaliman ke atas rakyat Palestin. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia perlu menekankan betapa pentingnya satu penyelesaian tetap diwujudkan bagi Palestin. Penyelesaian tetap yang dimaksudkan ialah kewujudan sebuah negara merdeka dan berdaulat untuk rakyat Palestin. Walaupun pada tahun 2002, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju supaya diwujudkan dengan sebuah negara Palestin yang bebas, namun usaha ke arah ini masih tidak tercapai dengan sepenuhnya. Serangan tentera Israel masih berterusan dan lebih dahsyat lagi.

Jumlah kematian dalam serangan terbaru Israel kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari ke-16 di Semenanjung Gaza. Berapa ramai lagi yang perlu dikorbankan?

Usaha perlu dipertingkatkan lagi untuk meyakinkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat supaya penyelesaian tetap ini dicapai secepat mungkin kerana jika tidak, banyak lagi pertumpahan darah akan berlaku. Rakyat Palestin telah lama menderita dan dunia hanya dapat melihat sahaja. Sudah sampai masanya Malaysia menggunakan segala kekuatan, pengaruh dan sumber-sumbernya untuk membuat sesuatu supaya dunia akan mengambil tindakan yang lebih bermakna dan efektif dan menyelesaikan konflik Asia Barat. Malaysia perlu mencadangkan kepada PBB supaya satu lagi proses rundingan damai diadakan dengan segera berdasarkan kepada Resolusi 242 dan 338 Majlis Keselamatan PBB.

Saya juga menyeru kepada individu-individu dan syarikat-syarikat swasta supaya tampil ke hadapan dan menyokong kerajaan dengan menderma kepada tabung-tabung rakyat Palestin yang diwujudkan oleh pelbagai organisasi. Dengan kata-kata itu, Tuan Yang di-Pertua saya dengan sepenuhnya menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri bagi pihak Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan rakyat dari kawasan Simpang Renggam untuk menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tindakan Serangan Rejim Zionis ke atas Wilayah Palestin di Gaza sehingga hari ke-17 telah mengorbankan 900 orang termasuk 235 kanak-kanak dan 93 wanita. Lebih kurang 3,000 orang cedera. Ini merupakan satu tindakan melampau, biadab, zalim dan tidak berperikemanusiaan kepada sesama umat manusia terutamanya penduduk Palestin.

final • 4:13 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Walaupun telah didesak supaya mengadakan gencatan senjata oleh PBB, namun Rejim Zionis menolak dan tidak membenarkan sama sekali segala Undang-undang Antarabangsa, Undang-undang Hak Asasi Manusia, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan sebagainya. Keangkuhan dan kedegilan Rejim Zionis ini yang mengamalkan undang-undang rimba telah mengundang malapetaka yang besar kepada keamanan dan kesejahteraan bukan sahaja kepada penduduk Palestin, malah seluruh penduduk dunia.

Kenyataan angkuh dan sombong daripada Perdana Menteri Israel Ehud Olmert yang menyatakan Israel tidak pernah bersetuju dengan mana-mana campur tangan luar dan memutuskan untuk terus mempertahankan hak keselamatan penduduknya. Ini menunjukkan beliau tidak akan tunduk terhadap tekanan masyarakat antarabangsa walaupun majoriti anggota Majlis Keselamatan mengundi agar gencatan senjata di laksanakan segera bagi menghentikan kekejaman Zionis.

Justeru, seluruh masyarakat dunia mesti mengambil tindakan tegas dan memberi tekanan sehingga memaksa mereka akhirnya tunduk kepada tuntutan PBB. Sudah tentu sekiranya tindakan bersepadu daripada semua negara di dunia yang cintakan keamanan akan memaksa negara Israel tunduk kepada tuntutan perdamaian muktamad yang dijalankan. Namun, usaha-usaha diplomasi memujuk supaya Rejim Zionis menghentikan serangan boleh dilakukan melalui perundingan atau memujuk rejim melalui negara-negara yang menjadi sekutunya seperti Amerika dan negara-negara Eropah.

Kelantangan dan ketegasan Malaysia dalam memperjuangkan sesuatu isu seperti isu Aparteid, kedaulatan sesebuah negara, alam sekitar dan sebagainya telah menyebabkan Malaysia dikenali oleh banyak negara di dunia ini. Justeru, tidak hairanlah Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai pengaruh tersendiri sama ada dalam OIC, ASEAN, dan PBB sendiri.

Keunikan Malaysia dengan penduduknya yang berbilang agama dan kaum tetapi dapat mengekalkan kehidupan harmoni dalam kalangan rakyatnya sering menjadi rujukan oleh banyak negara lain di dunia. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, atas dasar inilah negara kita Malaysia sebenarnya sedang dicadangkan untuk dijadikan sebuah ibu kota keamanan iaitu Peace Capital in World dengan izin, oleh Universal Peace Federation

(UPF).

Sekiranya hal ini menjadi kenyataan, Malaysia tentunya menjadi penggerak utama kepada perdamaian berkekalan di bumi Palestin dengan mengeksport kepakaran menyatukan penduduknya yang berbilang kaum di bumi Palestin pula. Hal ini tidak mustahil dapat dilakukan sekiranya Israel dan Palestin sedia menerima pendapat dan pandangan orang lain dalam menyelesaikan isu mereka yang sehingga ke hari ini tiada jalan penyelesaiannya. Malaysia perlu bergerak cergas mempengaruhi negara-negara lain bersatu hati, bergabung desakan kepada pihak terlibat ke meja perundingan mengadakan gencatan senjata atau menamatkan peperangan. Komitmen Malaysia jelas. Setiap permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara bukan diselesaikan dengan kekerasan tetapi diselesaikan dengan baik melalui rundingan.

Malaysia juga perlu meyakinkan dunia bahawa peperangan di Palestin perlu ditamatkan bukan kerana faktor agama iaitu penindasan orang Yahudi terhadap sebahagian besarnya umat Islam Palestin tetapi atas faktor kemanusiaan dan keamanan sejagat yang perlu dipertahankan... [Tepuk]

final • 4:13 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Bagi meringankan beban kesedihan, penderitaan rakyat Palestin ini saya meminta Kerajaan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan segera kepada penduduk Palestin dan mengerahkan semua jentera kerajaan, swasta dan 28 juta rakyat Malaysia dengan menyumbangkan segala bentuk bantuan yang termampu oleh setiap orang daripada kita.

Ini kerana menurut Pengarah Operasi UNRWA - John Ging, ratusan ribu penduduk Gaza amat memerlukan bantuan makanan, air minuman, perubatan, tabung darah dan keperluan lain. Sumbangan yang diberi walaupun sedikit tentunya akan mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

final • 4:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya bagi pihak rakyat daripada kawasan Simpang Renggam dan juga bagi pihak Parti Gerakan Rakyat Malaysia dengan ini menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Rejim Zionis ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, anutan agama dan fahaman parti politik, kita bersatu hati bangkit bersama untuk menunjukkan rasa kekecewaan kepada Rejim Zionis dan sekutunya. Semoga dengan tindakan yang kita lakukan sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat dunia bersama mendesak dan memaksa Rejim Zionis menghentikan serangan dan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillahir rabbil alamain, wassalatu wassamu ala asrafil anbiya’iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihiajmain.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang sangat penting. Usul yang dituntut oleh rasa kemanusiaan yang tinggi dalam melahirkan rasa kebencian, rasa kecewa, rasa marah yang amat sangat rakyat negara ini di atas kezaliman, sifat kebinatangan dan tidak berperi kemanusiaan Rejim Zionis Israel di Gaza.

Seluruh warga dunia mengutuk kezaliman Rejim Zionis Israel kepada rakyat Palestin di Gaza. Seluruh warga dunia mengutuk pembunuhan rakyat yang tidak berdosa di Gaza oleh Rejim Zionis Israel. Seluruh warga dunia merasa simpati, belas kasihan, sayu dan sedih serta pilu kepada penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Kita cukup terasa di atas kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat di Gaza. Berat mata memandang, berat lagi penderitaan yang ditanggung.

Tuan Yang di-Pertua, seluruh dunia membantah, membantah dan menyelar perbuatan terkutuk Rejim Zionis Israel ini. Namun dengan bongkak, sombong dan takbur yang tidak bersempadan, Rejim Zionis Israel terus melakukan pembunuhan dan pencerobohan yang tidak berperi kemanusiaan ini. Seluruh dunia seolah-olah tidak berdaya menyekat kebiadaban Rejim Zionis Israel ini, hatta Bangsa-Bangsa Bersatu pun seolah- olah mampu diremehkan oleh Rejim Israel ini.

Kepada Israel, Bangsa-Bangsa Bersatu tidak lebih nilainya daripada satu sen pun.

Bukan menjadi rahsia lagi keangkuhan, kezaliman dan sifat kesombongan yang tidak bertepi Rejim Zionis Israel ini adalah disebabkan rakan sekutunya yang kuat, yang kaya, yang mempunyai senjata dan peralatan yang serba canggih, yang menggalakkan dan memberi rangsangan berterusan supaya pembunuhan di Gaza ini diteruskan.

Ini bermakna jika Rejim Zionis Israel membunuh rakan sekutunya Amerika adalah sama menjadi pembunuh. Ini bermakna kalau Rejim Zionis Israel ini zalim, jadi penceroboh maka rakan sekutunya Amerika adalah sama zalim dan menjadi penceroboh.

Tuan Yang di-Pertua, bukan semua rakyat Amerika itu zalim. Ramai yang baik dan berhati mulia. Bukan semua rakyat Amerika suka membunuh, ramai yang berperi kemanusiaan, tetapi malang bagi rakyat Amerika yang baik-baik dan yang berhati mulia kerana Amerika ada Rumah Putih. Tidak salah ada Rumah Putih tetapi yang malangnya dalam Rumah Putih ini ada anjing yang tidak berhati perut, ada anjing yang tidak berperi kemanusiaan... [Tepuk] Kita berharap selepas 20 Januari ini, selepas anjing ini keluar dari Rumah Putih, Obama yang berhak duduk di Rumah Putih ini akan melakukan sesuatu yang mulia yang boleh membawa keamanan dan penyelesaian di Palestin yang boleh membawa kedamaian yang menyeluruh di Timur Tengah khasnya dan seluruh dunia amnya. Obama, kau menjadi harapan yang ditunggu-tunggu oleh warga dunia yang cinta kepada keadilan dan keamanan. Mudah-mudahan Obama tidak menjadi anjing di Rumah Putih. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya menyokong.

final • 4:22 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita daripada DAP menyokong dengan penuh usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengecam dan mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini.

Serangan Rejim Israel terhadap Hamas di Gaza perlu suatu fahaman sejarah perang baru- baru ini bukanlah untuk mempertahankan keselamatan Rejim Israel tetapi untuk memastikan dominasi dan hegemoni terhadap Palestin, kekejaman dan ketidakperimanusiaan perang didukung oleh malangnya Amerika Syarikat dengan Kesatuan Eropah.

Kewujudan Israel pada bulan Mei 1948 merupakan satu ketidakadilan kepada masyarakat Palestin. Menurut seorang Diplomat British pada masa ketika itu kewujudan gangster state adalah perbuatan Amerika Syarikat. Perang Israel baru-baru ini di Gaza telah membawa kepada soalan awal tentang sebenarnya objektif dan pembentukan negara Israel. Selepas Jun 1967, pencerobohan Israel terhadap Tebing Barat dan Gaza tidak berkaitan dengan soalan keselamatan Israel tetapi mengenai pembentukan Greater Israel.

Pengawalan Israel ke atas Gaza bermakna satu Gaza terlalu mundur. Masyarakat Gaza menjadi sumber manusia yang begitu murah kepada keperluan Israel, pasaran kepada barang-barang daripada Israel. Ini merupakan kes klasik tentang penindasan kolonial pada zaman pasca kolonial, penempatan peneroka-peneroka Israel merupakan alat-alat atau simbol eksploitasi Israel.

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

final • 4:27 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Gaza mempunyai kependudukan 1.5 juta tetapi tanah-tanah yang subur adalah di bawah pengawasan masyarakat peneroka-peneroka Israel. Pada Ogos 2005, Kerajaan Likud Israel telah tarik balik penempatan-penempatan tetapi pada masa yang sama telah menempatkan peneroka-peneroka di Tebing Barat. Walaupun Israel telah mengeluarkan penempatan-penempatan US daripada Gaza, situasi masih kekal dan teruk, tentera Israel masih mengawal dengan ketat Gaza dari segi darat, laut dan udara.

Gaza sudah menjadi open-air prison, dengan izin. Tidak ada demokrasi. Israel bersubahat dengan rejim-rejim corrupt Arab, tidak mahu mengiktiraf Kerajaan Hamas selepas Jun 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tidak mahu menerima Hamas sebagai wakil rakyat Palestinian walaupun Hamas telah cuba membawa program Two-State Solution untuk Timur Tengah. Pada Mac 2007, Hamas dengan Fatah atau PLO telah membentuk National Unity Government, dengan izin, untuk membincang dengan Israel tetapi ditolak oleh pihak Zionis. Kegagalan National Unity Government tidak mengakibatkan Hamas mengambil kuasa di Gaza pada Jun 2007. Apakah maksud perang Israel di Gaza sekarang? Perang yang tercetus pada bulan Disember 2008 merupakan satu kesinambungan ataupun satu kemuncak daripada perang-perang dahulu untuk mempertahankan pembentukan negara Israel.

Secara umumnya, perang masa kini adalah satu konfrontasi antara pihak Zionis Israel dan masyarakat Palestin. Secara khususnya, Israel bertujuan untuk melemahkan Hamas supaya Kerajaan Israel akan meletakkan syarat-syarat baru di dalam perjanjian baru kalau perjanjian baru dapat dilakukan untuk menafikan kemerdekaan kepada rakyat Palestin. Tuan Yang di-Pertua, masa perang ini juga penting. Pilihan raya akan berlaku di Israel pada 10 haribulan, 2009. Panglima-panglima tentera Israel ingin menutup segala kegagalan-kegagalan yang berlaku semasa perang dengan Hizbollah di Lebanon pada Julai 2006. Maka ini memberi satu peluang kepada panglima-panglima untuk menunjukkan kehebatan tentera Israel. Israel juga yakin bahawa mereka dapat sokongan dari kuasa- kuasa dan rejim-rejim Arab dan juga menggagalkan inisiatif-inisiatif PBB.

Perang yang berlaku boleh disifatkan sebagai perang asymmetrical ataupun perang yang tidak seimbang. Walaupun Hamas telah melalukan serangan roket Kassam tetapi kemusnahan adalah agak minimum. Di dalam tiga tahun, cuma sebelas Israeli dibunuh manakala Israeli telah membunuh 1,290 rakyat Palestin dalam satu tahun pada tahun 2005 termasuk 222 kanak-kanak. Roket Israel di Gaza adalah paling serius. Barang- barang eksport ke luar telah disekat, 50 peratus rakyat Palestin di Gaza tidak ada peluang pekerjaan, barang-barang mereka tidak dapat di eksport atau dihantar ke luar.

final • 4:30 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Lapan bulan sebelum perang baru ini, Israel telah melalui National Information Direct Trade, memberi penerangan bahawa Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Israel cuma mempertahankan keselamatan dalam dan melindungi orang awam.

Realitinya, Israellah yang sebenarnya memecahkan perjanjian dengan Hamas bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat di Gaza dan melakukan blockade economy yang begitu serius sekali. Kesimpulan, perang di Gaza adalah untuk melemahkan Hamas. Kekejaman yang dilakukan oleh Kerajaan Israel boleh menyifatkan Israel sebagai the Rock State, Rock State ini bermakna Kerajaan Israel sudah melanggar undang-undang antarabangsa, menggunakan senjata weapon of mass destruction, mempraktikkan terrorism. Maka, Israel boleh dilabelkan sebagai state terrorism dan keganasan terhadap masyarakat awam. Tujuan Israel bukan untuk memberi demokrasi kepada rakyat Palestin tetapi untuk mencari dan mencipta jalan baru untuk mengekalkan dominasi di Palestin.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengadakan Sidang Khas Parlimen ini. Kita daripada DAP minta Kerajaan Malaysia supaya mengadakan dialog dan perbincangan dengan Amerika Syarikat, EU dan Rusia supaya kita boleh mencari satu penyelesaian politik. Bukan kita selalu minta PBB hentikan perang tetapi kita perlu satu penyelesaian politik. Kita perlukan satu negara baru untuk orang Palestin...

[Tepuk] Dalam konteks ini, walaupun kita mengalu-alukan aktiviti ataupun peranan PBB, saya sangat berdukacita dengan PBB kerana PBB gagal mencari satu penyelesaian. Di samping itu, kita juga minta Kerajaan Malaysia mengadakan sesi atau sidang tergempar untuk masalah-masalah lain. Misalnya pembunuhan masyarakat Tamil di Sri Langka perlukan satu sidang tergempar. Saya harap kerajaan akan membenarkan sidang tergempar ini masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong dengan kuat tindakan Kerajaan Malaysia mengadakan sidang tergempar ini untuk membincangkan masalah lama, bukan masalah baru. Masalah yang berlarutan beberapa dekad tanpa satu penyelesaian dan bahawa sidang ini akan memberi kita satu semangat baru untuk membantu mencari satu penyelesaian kepada masyarakat Palestin nanti. Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong usul ini. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mewakili Pemuda Barisan Nasional dan juga rakyat Rembau ingin turut serta membahaskan usul ini, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Pertamanya saya ingin menyokong sepenuh-penuhnya usul ini yang mengutuk tindakan rejim Tel Aviv terhadap serangan mereka ke atas Genting Gaza selama dua minggu ini.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya melihat usaha Parlimen untuk bersatu padu dalam isu ini sama ada daripada Barisan Nasional ataupun daripada Pakatan Rakyat melambangkan keprihatinan rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap masalah di Palestin... [Tepuk] Dalam hal ini juga kita melihat dan kita buktikan kepada satu dunia bahawa masalah Palestin ini adalah masalah sejagat. Bukannya masalah yang terhad kepada dunia Islam, bukannya masalah orang-orang Islam, bukannya masalah orang Muslim sahaja.

Akan tetapi masalah ini adalah masalah sejagat, masalah keadilan sejagat, masalah penindasan terhadap satu rakyat. Seperti mana ada demonstrasi di negara-negara Islam, ada juga demonstrasi di Amerika Syarikat, ada juga demonstrasi di Eropah, ada juga demonstrasi malah ada juga demonstrasi di Israel itu sendiri kerana rakyat Israel sebahagian daripada mereka mengutuk tindakan kerajaan mereka sendiri. Ini melambangkan bahawa apabila kita berdepan dengan satu masalah sejagat, dunia ini tidak boleh hanya melihat dan menjadi saksi kepada apa yang sedang berlaku di Palestin.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang saya harap akan dapat menjadi satu cadangan, satu gerak kerja bagi kerajaan Malaysia untuk menambah tekanan kita terhadap Israel dan kepada sekutu-sekutunya termasuklah Amerika Syarikat yang menjadi penyokong dan dalang yang paling kuat dan utama rejim Tel Aviv di Israel.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawasanya kita mendesak agar gencatan senjata yang dibawa oleh Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini diperkuat kuasa. Malangnya sampailah ke hari ini kita tidak melihat Israel mematuhi apa yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB iaitu gencatan senjata. Sebab itu saya mencadangkan agar masyarakat dunia menambah tekanan tersebut, bukan sekadar kita meluluskan usul gencatan senjata di Majlis Keselamatan PBB tetapi kita threat ataupun dengan izin ancaman terhadap negara Israel sekiranya mereka tidak menghormati gencatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB. Pertamanya akan ada sekatan ekonomi terhadap Israel ataupun economic sanctions dan jika mereka gagal juga untuk mematuhi gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB .

Akhirnya kita perlu meluluskan satu usul di mana kita hantar pasukan ketenteraan di bawah PBB untuk masuk menjamin keselamatan dan keamanan untuk rakyat Palestin...

[Tepuk] Ini tidak ada satu pilihan yang lain. Kalau Israel tetap dengan pendirian mereka untuk menafikan suara masyarakat antarabangsa yang dizahirkan melalui usul PBB tersebut maka akhirnya masyarakat dunia tidak ada pilihan melainkan kita campur tangan melalui satu pasukan ketenteraan yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan keamanan di Palestin dan juga di kawasan-kawasan yang berhampiran. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kalau kita tengok beberapa tahun yang lepas apabila Amerika Syarikat menyerang negara Iraq dengan tanpa adanya apa-apa ancaman yang terang dan nyata.

Biasanya ancaman perang ini dilakukan apabila ada clear and present danger dengan izin, ancaman yang terang dan nyata. Sampai hari ini tidak pernah dibuktikan bahawa Iraq mempunyai weapon of mass destruction dengan izin, yang telah menyebabkan ataupun menjadi punya ataupun sebab utama serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq pada waktu itu. Pada waktu itu Amerika Syarikat tidak melalui PBB lagi kerana tahu bahawa PBB tidak akan setuju dengan serangan mereka. Mereka membentuk apa yang dipanggil collusion of willing dengan izin iaitu negara-negara yang rela bersama dengan mereka untuk menyerang Iraq pada waktu itu. Pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan Malaysia juga berdiri di hadapan masyarakat dunia dan menawarkan negara kita sebagai negara yang pertama yang ingin membentuk satu collusion of the willing yang akan bantu negara Palestin dan rakyat Palestin dalam masa yang cukup derita ini.

Kalau kita tidak berani membentuk satu pasukan yang boleh menguatkuasakan keamanan yang ada yang kita tuntut di Palestin ini, maka apa sahaja usul yang kita bangkitkan tidak akan bermakna. Ini kerana tidak ada threat of force, tidak ada satu ancaman penguatkuasaan yang boleh dipatuhi oleh Israel. Kalau kita cuma sekadar dengan satu usul yang dibentangkan PBB tanpa ada satu threat sama ada dalam bentuk sekatan ekonomi, dalam bentuk campur tangan military maka saya percaya kita tidak melihat penyelesaian ataupun noktah yang bermakna berlaku di Palestin dan di Ghaza pada waktu ini. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan Malaysia. Bukan kita mengisytiharkan perang, bukan kita menghalalkan perang tetapi kita pasti kita perlu ada satu ancaman threat untuk memastikan bahawa Israel patuh dengan apa yang diluluskan oleh PBB.

Kalau tidak ada maka saya pesimistik, saya tidak beberapa optimistik bahawa perkara ini dapat kita selesaikan. Apa yang kita dapat selepas ini adalah satu penyelesaian yang berat sebelah, yang akhirnya tidak akan dapat melihat kewujudan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat kerana itulah yang menjadi harapan kita selepas penyelesaian masalah di Ghaza ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya melihat banyak masalah yang berlaku pada hari ini dalam kes penyerangan Israel terhadap Palestin.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ini berpunca juga kepada sistem antarabangsa yang berat sebelah. Kalau kita melihat kenapa PBB pada hari ini tidak berkuasa seolah-olah powerless dan toothless dengan izin adalah sebab sistem antarabangsa politik pada hari ini tidak memberi suara kepada majoriti masyarakat dunia.

Saya mencadangkan selain daripada kutukan kita terhadap Israel pada hari ini, kita melihat ataupun kita letakkan sebagai satu objektif, satu matlamat penting bagi kita untuk menghidupkan semula usaha untuk menstrukturkan sistem antarabangsa bermula dengan PBB. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat Israel pada hari ini melanggar 35 daripada usul yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB. Tidak ada penguatkuasaan, dengan sewenang-wenangnya melanggar usul yang diluluskan oleh UN Security Council. Perhimpunan Agung PBB telah mengutuk Israel sebanyak 321 kali tanpa apa-apa tindakan daripada Israel. Usul Anti Israel diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB sebanyak 429 kali.

Akan tetapi oleh kerana tidak pernah ada usaha untuk memperkuatkuasakan usul- usul tersebut iaitu undang-undang antarabangsa. Maka, oleh sebab itu Israel terus dan tindakan mereka untuk menyerang Palestin dan juga rakyat Palestin. Sebab itu saya tuntut, saya minta agar reformasi kepada sistem antarabangsa bermula dengan PBB itu dapat kita perjuangkan. Termasuklah kuasa veto yang selama ini dipegang oleh lima negara yang boleh menggagalkan apa sahaja tindakan untuk menyelamatkan mana-mana negara dan mana-mana rakyat dunia atas isu kemanusiaan dan serangan yang tidak berasas. Kedua adalah sistem antarabangsa ataupun sistem ekonomi antarabangsa. Kalau kita lihat banyak niat yang baik untuk kita boikot barangan Amerika Syarikat, untuk kita boikot ekonomi Amerika Syarikat, Israel dan sebagainya. Akan tetapi hakikatnya pada hari ini boikot itu berkesan ataupun tidak.

Kalau kita teliti dengan detail Tuan Yang di-Pertua, apakah ekonomi dunia hari ini terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat. Kalau kita hendak patahkan Amerika Syarikat ini dengan serangan terhadap ekonomi mereka dengan boikot dan sebagainya, biarlah kita merubah sistem ekonomi dulu. Kalau hari ini kita lihat perdagangan dunia 30% di kuasai oleh Amerika Syarikat. Banyak, ramai negara di dunia ini pegang US Dollar sebagai simpanan rizab mereka. Banyak, ramai dunia simpan bond Treasury Bill Amerika Syarikat. Jadi kalau betul-betul kita ada iltizam untuk pastikan bahawa Amerika Syarikat tidak berpengaruh untuk membantu Israel, kita perlu melaksanakan satu perubahan untuk memastikan bahawa kebergantungan ekonomi dunia terhadap ekonomi Amerika Syarikat dapat kita kurangkan. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja yang kita impikan dari segi tekanan ekonomi terhadap syarikat-syarikat tersebut tidak akan berjaya.

Kita perlu realistik, kita perlu pijak atas bumi yang nyata dan mengaku bahawa selama ini ekonomi dunia termasuk ekonomi negara kita dan jiran-jiran kita terikat dengan ekonomi Amerika Syarikat. Itulah yang menyebabkan kita tidak ada suara dan tidak ada kuasa apabila mereka menyokong Israel untuk menyerang rakyat Palestin.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, ketiga adalah perpaduan dalam dunia Islam. Dalam hal ini saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana apabila memegang jawatan sebagai Pengerusi OIC selalu berprinsip untuk menyatakan perpaduan di kalangan dunia negara-negara Islam. Seperti mana yang saya sebutkan tadi walaupun ini bukanlah isu Islam, ini isu sejagat, tetapi yang pentingnya di sini kita perlu kepada perpaduan di kalangan umat-umat Islam dan negara-negara Islam.

Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi malangnya, kalau kita tengok dari segi bantuan Amerika Syarikat terhadap Israel, saya kira sampai sepuluh juta setiap hari diberi oleh Amerika Syarikat kepada Israel dalam bantuan terus. Apakah dengan negara-negara Arab negara Islam bantuan mereka terhadap Palestin? Tahun lepas apabila harga minyak melambung naik, GCC negara-negara Gulf telah dapat 230 bilion dari segi pendapatan mereka dalam bentuk pendapatan minyak. Akan tetapi sejauh manakah bantuan itu sampai ke Palestin? Sejauh manakah bantuan itu sampai untuk meringankan masalah kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang berhadapan dengan blockade, satu sekatan, daripada Israel pada waktu itu saya tidak melihat.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya melihat dengan cukup sedihnya apabila kita merayu kepada seluruh dunia Islam dan negara Islam untuk bangun bersama dengan Palestin untuk membantah Israel dan Amerika Syarikat pada hari ini, ramai yang tidak berani. Inilah ironi dunia Islam pada hari ini. Inilah boleh dikatakan hipokrasi dunia Islam pada hari ini, kerana apa? Ini kerana tidak kurang daripada tujuh negara Arab ada pangkalan tentera Amerika Syarikat dalam negara mereka. Tuan Yang di-Pertua, ironinya negara-negara ini minta, undang dan jemput oleh Amerika Syarikat untuk berpangkalan di negara mereka bukan untuk melindungi mereka daripada serangan Israel tetapi untuk melindungi mereka daripada negara-negara Islam yang lain.

Contohnya, pangkalan tentera Amerika di Kuwait untuk melindungi mereka daripada negara Islam, Iraq. Pangkalan tentera di Arab Saudi untuk melindungi mereka daripada Iraq dan Iran. Apakah ini masalah kita? Sekarang ini seolah-olah tidak ada logik langsung dalam dunia di mana kita bergantung kepada Amerika Syarikat yang pada waktu yang sama membidas, serang dan juga membunuh rakyat Palestin di depan mata kita pada hari ini. Jadi, saya merayu kepada Kerajaan Malaysia, berdirilah untuk menyuarakan pandangan kita bahawa hipokrasi ini perlu kita hentikan sekarang. Tidak lagi kita bergantung pada Amerika Syarikat untuk ekonomi, untuk tentera atau untuk keselamatan.

Jika tidak kita selama-lamanya tidak ada kuasa membuat sesuatu untuk memastikan bahawa ada perubahan dalam hal ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua cadangan saya di mana saya melihat bahawa ada banyak usaha untuk mengumpul dana bagi Palestin dan ini adalah usaha yang cukup murni yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia pada waktu ini. Akan tetapi ia masih lagi belum cukup, masih lagi hanya cuma individu yang memberi. Dari segi syarikat-syarikat ini kita tidak melihat sangat syarikat-syarikat yang besar memberi kepada dana-dana untuk Palestin. Saya mencadangkan untuk Palestin ini kerajaan meluluskan pelepasan cukai sekali ganda ataupun dua kali ganda bagi syarikat-syarikat yang hendak menyumbang kepada Tabung Palestin, maksudnya double tax exemption. Contohnya, kalau kita hendak menderma RM500,000 kita dapat pengecualian cukai untuk pendapatan kita sebanyak RM1 juta. Ini akan menggalakkan syarikat-syarikat untuk menabung, memberi dan menderma ke arah kita meringankan bebanan rakyat Palestin. Saya rasa ini boleh meningkatkan lagi dana kita untuk membantu rakyat Palestin.

Tuan Yang di-Pertua akhir kata, saya bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini menyokong penuh usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Saya melihat ada ramai daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya, duta-duta daripada kedutaan yang bersama tadi, yang tetap bersama untuk melihat apa yang dibahaskan di sini. Saya cuma ingatkan kepada mereka, sampaikanlah kepada kerajaan mereka dan sampaikanlah kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang saya difahamkan tidak diwakili hari ini, tidak hantar wakil ke persidangan ini. Saya hendak sampaikan kepada mereka tekanan ini perlu diteruskan.

Sehubungan itu, tadi disebutkan bahawa harapan terhadap bakal Presiden Barrack Obama, tetapi malangnya sampai hari ini kita tidak dengar sepatah pun, kita tidak dengar satu perkataan pun daripada bakal Presiden Barack Obama. Seolah-olah Presiden Barack Obama juga telah terikat dengan lobi Yahudi, lobi Zionis yang ada di Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, kita perlu mempertingkatkan tekanan terhadap Amerika Syarikat dan nyatakan kalau tujuan pada hari ini Amerika Syarikat hendak kurangkan perang tamadun ataupun clash of civilizations dengan serangan terhadap Israel, mereka telah berjaya melahirkan berjuta-juta lagi pejuang berani mati (suicide bombers). Saya rasa kalau perkara ini diteruskan selama-lamanya tanpa ada noktah, tanpa ada sebarang usaha pun untuk menyelesaikan masalah ini, orang-orang waras seperti yang ada di sini pun akan rela menjadi suicide bombers kerana kita tidak rela melihat masalah ini diteruskan.

Hari ini saya rasa all of us here are suicide bombers standing in solidarity with Palestine. Itu bukan saya maksudkan saya menggalakkan berani mati tetapi dari segi semangat kita dan dari segi iltizam kita akan tetap bersama dengan rakyat Palestin sampailah mereka dapat negara yang berdaulat, merdeka dan bebas. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat lain duduk dulu. Yang Berhormat Menteri ada usul. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

final • 4:56 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 4:56 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillahir rabbilalamin wabihinastain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut mengecam dan mengutuk Israel dan dalam perbahasan ini saya tidak akan mengulangi retorik-retorik mengenai sejarah kekejaman Israel. Ini kerana Perdana Menteri sudah pun membentang sewaktu membentangkan usul tadi dan sudah ramai Ahli Yang Berhormat bercakap perkara yang sama. Saya cuma ingin menjurus perbahasan saya ini mengenai dengan apa yang kita boleh lakukan bersama dan pengajaran daripada peristiwa yang berlaku ke atas umat Palestin akibat daripada kedurjanaan Zionis laknatullah Israel ini yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

Walau apa, pun hari ini tercatat dalam sejarah kerana Parlimen Malaysia telah mengadakan sidang untuk meluluskan usul khas dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana mengadakan sidang khas ini dan membawa usul tanpa desakan bertubi-tubi oleh mana-mana pihak. Apabila usul ini dibawa, alhamdulillah mendapat sokongan semua pihak kerana isu ini isu yang melibatkan kepentingan keamanan dunia sejagat di mana seluruh dunia mengutuk perbuatan Israel ini. Walaupun kita sebut seluruh dunia tetapi kita tahu ada juga di kalangan negara-negara yang sepatutnya lantang seperti Jepun, Rusia dan sesetengah negara Arab berpeluk tubuh dan berdiam diri. Akan tetapi Kerajaan Malaysia walaupun kecil, hari ini telah membuktikan pendiriannya yang tegas tanpa rasa takut apatah lagi kepada kuasa besar Amerika Syarikat. Sekali lagi bagi pihak rakyat Pasir Mas saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan.

Kedua, langkah-langkah yang patut kita ambil. Walaupun kita meluluskan usul pada hari ini sebagai suatu pernyataan untuk pengetahuan dunia dan dihantar kepada beberapa pertubuhan dan seumpamanya dan kita mengeluarkan retorik-retorik mengecam.

Akan tetapi saya percaya ia tidak akan di endah oleh pihak kuasa-kuasa besar. Mungkin suara kita ini tidak akan ke mana. Saya tengok dari segi perbahasan tadi banyak juga menjurus mendesak kita untuk buat itu dan buat ini. Bagi Amerika Syarikat ini memang kita seperti anjing menyalak bukit, bukannya baru kita mengecam Amerika Syarikat ini.

final • 4:57 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maka sebab itu saya hendak mencadangkan kepada kerajaan, kalau pun hendak disebut di dalam bahasa orang perjuangan ‘mencabar kerajaan’, atas nama usul pada hari ini, saya hendak kerajaan isytihar sewaktu penggulungan nanti, batalkan segera Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat... [Tepuk] Rakyat di luar berduyun-duyun menganjurkan demonstrasi untuk memboikot barang-barang buatan Amerika. Manakala kita tahu perjanjian FTA ini kita sedar tidak akan menguntungkan negara kita yang sememangnya sebelum ini sudah pun dikritik berkali-kali di dalam Dewan Rakyat ini. Masih lagi in place dan tidak ada sesiapa pun menyentuh. Kalau betul kita hendak mengajar Amerika, inilah cara dan masanya. Umum hari ini di dalam Dewan yang mulia ini, batalkan sahaja rundingan dengan pihak Amerika Syarikat sehingga kita melihat Amerika berubah sikap ataupun bumi Palestin dikembalikan kepada orang Palestin. Itu perkara yang pertama.

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin dan mengadakan bermacam-macam demonstrasi, mengadakan kempen boikot barang-barang buatan Amerika dan juga lebih hebat derma-derma yang mereka hulurkan. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, sebab saya mendapat maklumat yang sahih, negara kecil yang tidak begitu semewah rakyat Malaysia iaitu di Djibouti, dalam mereka menyokong penderitaan rakyat Palestin, semua kakitangan kerajaan termasuk kakitangan swasta mereka secara sukarela memotong gaji satu hari untuk didermakan kepada rakyat Palestin.

Oleh itu saya ingin mencadangkan bermula dengan Perdana Menteri, Menteri- menteri Kabinet, kita Ahli-ahli Parlimen, kakitangan kerajaan termasuk swasta potong satu hari gaji, kita dermakan kepada rakyat Palestin. Itu yang dibuat oleh negara Djibouti...

[Tepuk] Negara yang tidak sekaya negara Malaysia. Boleh kita lakukan dan saya juga ingin mencadangkan, derma kepada Palestin ini pun kena beringat-ingat. Banyak dahulu derma yang dipungut tidak sampai kepada sasaran. Maka oleh itu saya mencadangkan derma- derma yang sudah dipungut oleh berbagai-bagai kumpulan sekarang ini pun kalau boleh Kementerian Luar Negeri tolong selaraskan dan wang itu dibeli makanan dan ubat secara terus dan dihantar ke bumi Palestin bukan dalam bentuk wang ringgit.

Ini adalah sebab kita tahu, sebelum ini pun ada sumbangan-sumbangan kepada pihak PLO dan seumpamanya disalahgunakan. Inilah yang menyebabkan kekuatan kepada pihak Zionis Israel ini kerana Hamas dan Fatah pun berkelahi. Kalau kita umat Islam berkelahi sesama sendiri, Allah Taala tidak akan bagi syafaat. Allah Taala tidak akan bagi rahmat Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu iaitu Bani Israel ini, bumi mereka sudah lama diterbalikkan oleh Allah SWT. Bukan perkara baru, ada di dalam kitab. Lama sudah diterbalikkan.

Oleh sebab itu saya hendak bangkitkan nanti pengajaran yang kita boleh belajar daripada peristiwa di Palestin ini. Ini yang berlaku apabila mereka hilang tanah, hilang bumi.

Apabila golongan Zionis Yahudi daripada Barat dahulu dihalau keluar daripada bumi Eropah, dihalau keluar mereka menjadi kaum pendatang di bumi Palestin, mereka diberi kebebasan. Mereka disambut dengan tangan terbuka oleh rakyat Palestin. Mereka boleh berniaga, mereka boleh beli tanah dan apabila mereka menjadi kuat, mereka lupa kepada kaum peribumi, rakyat Palestin. Ini yang berlaku di bumi Palestin. Inilah pengajaran yang boleh kita belajar, yang kita harus ingat apa yang berlaku di bumi Palestin. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam soal derma dan sumbangan ini, saya cadangkan supaya ia digunakan untuk membeli keperluan barangan yang sangat diperlukan oleh rakyat Palestin termasuk ubat-ubatan.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan. Tadi walaupun saya sudah sebut soal FDA, menyambung apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau yang bercakap tadi. Kita jangan bergantung pada Amerika. Jangan kita takut, jangan jadi retorik. Saya hendak cadangkan dalam kempen memboikot barang-barang Malaysia sekarang ini, saya hendak cadangkan supaya melalui kerajaan, batalkan sesetengah permit import. Kalau tidak kesemua pun, dipilih barang-barang khusus sebagai tanda protes kita terhadap Kerajaan Amerika Syarikat. Ini caranya. Jangan tunggu rakyat hendak protes. Jangan rakyat beli barang-barang ini, tetapi kita yang benarkan. Permit kita yang benarkan. Kita yang menghalalkan untuk barang-barang yang dimasukkan.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kenapa tidak kita sendiri mengambil langkah menyekat sesetengah melalui peraturan-peraturan kerajaan kalau pun tidak permit tetapi menyekat masuk sesetengahnya. Kalau dahulu dibenarkannya masuk Coca-Cola sekian banyak, kalau dahulu dibenarkan masuk dan diluluskan berbagai-bagai apa yang dikatakan vendor ini.

Melalui sistem vendor dengan pihak Amerika Syarikat, kalau boleh dikurangkan, dihentikan dahulu buat sementara waktu sehinggakan kita lihat mereka berubah sikap.

Kita tahu bahawa sesetengah produk, sesetengah francais ada juga dipegang oleh rakyat Malaysia termasuklah usahawan bumiputera. Ada orang bertanyakan kepada saya, kalau kita boikot barang-barang Malaysia ini, apa jadi kepada ekonomi Malaysia? Apa jadi kepada mereka yang memegang francais, apa jadi kepada mereka-mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat ini? Memang kita tahu ada terjejas.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri nanti, dari segi konteks ekonomi bila boikot ini berlaku, sejauh manakah ia memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan kita juga meminta supaya walaupun mereka melabur duit, mereka berniaga dan bekerja, tetapi ada waktu kita kena berkorban. Ada waktu sedikit kita menuntut pengorbanan supaya mereka bersabar kerana ini adalah jihad yang dituntut oleh Allah SWT dan dalam jangka panjang kalau kita ikhlas, jihad ini insya-Allah Allah Taala bagi rahmat kepada negara kita dan juga rahmat kepada rakyat dan umatnya, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, dalam kita belajar mengenai apa yang berlaku di Palestin ini, kita memboikot produk-produk Malaysia, saya tahu... [Disampuk] Maaf produk-produk Amerika, kita tahu apabila berlaku keganasan dan kezaliman di Palestin, semua pihak menentang. Tidak kira parti, tidak kira individu. Sesiapa yang tidak menunjukkan sokongan dari segi individu dan parti, bererti mereka tidak akan survive dari segi politik di masa hadapan. Jadi ada juga sokongan yang terpaksa dibuat untuk write the issue mengenai dengan keganasan Palestin. Kalau tidak mereka dituduh berpeluk tubuh.

Saya membangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, negara-negara Arab yang berpeluk tubuh, yang dingin, kenapa? Apakah mereka takut kepada Amerika ataupun mereka menjadi boneka Amerika ataupun pemimpin mereka dihasilkan oleh pengaruh Amerika? Saya hendak menyebut di sini. Saya ada membuat kajian Tuan Yang di-Pertua.

Saya ambil daripada internet, the Jews, Quran, Bush and the USA. America rulers; Are they all Jews? Saya tengok senarai ini, beratus-ratus ini. Nama-nama di dalam senarai ini Tuan Yang di-Pertua, yang kita kira paling jahat. Yahudi paling jahat. Dia kata Yahudi paling jahat. Yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang tadi pun saya menyemak nama-nama ini.

Di antaranya, Richard Perle, one of Bush Foreign Policy Advisor. He is a chairman dengan izin. The Pentagon Defense Policy Board. Banyak lagi ceritanya. Yang kedua, Paul Wolfowitz, ini semua orang tahu. Bekas Managing Director Bank Dunia dahulu yang sebelum itu Deputy Secretary of Defense. Member of Perle Defense Policy. Board in the Pentagon. Orang yang bertanggungjawab terhadap perang di Iraq dan ramai lagi senarai ini yang saya baca.

Oleh itu, saya hendak menyeru kepada rakyat Malaysia secara terbuka. Dalam kita menghala tuju negara menjadi sebuah negara yang bebas merdeka untuk masa hadapan seperti kita merdeka sekarang, supaya kita boleh bercakap dengan penuh bebas dapat menentukan sikap kita dengan gagah dan berani. Kita elakkanlah daripada seperti negara Arab memilih pemimpin-pemimpin yang menjadi tali barut kepada negara Amerika ini.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya bercakap soal akademik, soal prinsip kerana ini hakikat, ada dalam laporan ini yang tidak dapat kita nafikan. Maka sebab itu kalau kita hendak menentukan bahawa masa depan negara betul-betul bebas, kita juga kena pastikan negara kita dalam rakyat kita memilih pemimpin-pemimpin, tidak kira siapa, saya mengingatkan diri saya, dalam Barisan Nasionalkah, dalam Pakatankah, mana-mana supaya elak daripada memilih pemimpin yang menjadi perkakas kepada Amerika Syarikat ini sebab Amerika tidak akan berdiam diri.

Amerika akan meneruskan agenda-agenda mereka yang belum lagi muktamad sehingga mereka menguasai dunia sepenuhnya.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Luar yang akan menggulung jawapan nanti, apakah Yang Berhormat atau pihak kerajaan sudah pun secara senyap-senyap bertemu dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Saudi Arabia? Sebab saya percaya Saudi Arabia boleh memainkan peranan penting kerana negara ini adalah negara yang cukup dihormati oleh dunia Islam dan juga dunia Barat, negara yang menjadi custodian kepada the two holy cities yang kaya dengan minyak, yang boleh memainkan peranan sebab saya tidak tahu sama ada apakah peranan yang dimainkan oleh negara Saudi. Saya percaya Saudi boleh memainkan peranan jika mereka bangkit dengan lebih kuat lagi.

final • 5:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya berapa lama kita boleh berhujah ini?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Pasir Mas, berapa lama lagi hendak cakap?

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dua, tiga minit lagi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagi peluang sedikit, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit, dua, tiga minit lagi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini Presiden BEBAS... [Ketawa] Tidak lama lagi ada beberapa orang akan masuk, termasuk juga Kinabatangan, insya-Allah... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, masalah hendak menggerakkan negara-negara Arab Bersatu ini, bila saya buat cadangan ini nanti, tolonglah jangan ada persepsi yang salah sebab saya bukan hulubalang kepada mana-mana pihak. I always speak my mind, dengan izin. Apabila saya sebut, dia kata saya ini jurucakap orang itu dan orang ini but not to apologetic. Saya hendak cadang kepada kerajaan dengan cara terbuka, negara Arab memang berpecah termasuk, tengok apa yang berlaku di Afghanistan, di Pakistan dan sesetengah negara Arab, ada yang kita boleh buat untuk menggerakkan penyatuan negara Arab ini. Ini satu peranan yang besar.

Saya hendak cadang kepada kerajaan supaya melantik bekas matan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi wakil rasmi Malaysia untuk ke Timur Tengah bagi menggerak dan menyatukan negara-negara Arab ini... [Tepuk] Saya membuat cadangan ini ialah kerana saya tahu negara Arab yang radikal, yang sederhana, yang juga nampak condong kepada kuasa besar, memberi penghormatan yang tinggi kepada Dr. Mahathir. Sudah berpuluh ijazah universiti daripada dunia ini yang diberi kepada Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri dan dijemput bertalu-talu untuk menyampaikan ucapan, tetapi kalau dia ada watikah rasmi daripada kerajaan yang boleh memainkan peranan untuk tujuan menggembleng tenaga negara Arab ini, saya percaya ianya boleh sedikit sebanyak membantu dari segi mencapai cita-cita tadi.

Saya mengatakan demikian sebab hari ini pun matan Perdana Menteri ada Yayasan Anti Perang, mengutip dana juga untuk tabung rakyat Palestin yang mana Menteri Luar Negeri turut hadir dan kita lihat sebelum ini diadakan juga satu konvensyen Criminalize War, jadikan perang sebagai satu jenayah yang dibuat sebelum ini. Maka oleh itu sesuai dengan yayasan yang ada, sesuai dengan keprihatinannya dan sesuai dengan sifat aktivisnya sampai sekarang bahawa berjuang untuk keamanan sejagat, saya percaya amat wajar kalau Tun Dr. Mahathir diutus untuk memainkan peranan, juga untuk membantu bagi menggerakkan perjuangan menentang Zionis Israel laknatullah yang biadab ini.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Saya ucapkan terima kasih dan sekali lagi tahniah kepada pihak kerajaan kerana membawa usul mengutuk keganasan biadab Israel ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:15 PM

Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Saya bangun untuk sama-sama menyertai dalam perbahasan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bagi pihak Parti Bersatu Sabah (PBS) khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat penting mendesak dan menjadi perhatian di seluruh dunia mengenai isu konflik peperangan di Timur Tengah. Peperangan yang sedang berlaku sekarang ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan seperti yang kita semua maklum, konflik yang berlaku merupakan satu rentetan peristiwa lalu yang bermula sejak tahun 1948. Sejak itu, peperangan di negara yang terbabit tidak pernah berakhir.

Seperti yang kita semua ketahui, sudah terdapat banyak usaha dan perundingan yang cuba diwujudkan oleh badan dunia seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat sendiri, namun belum ada yang benar-benar berkesan ataupun yang telah mencapai kejayaan. Jika ada kata sepakat yang dicapai di mana-mana meja perundingan yang pernah diadakan, ianya bersifat rapuh dan sementara. Tidak ada pihak yang benar- benar menghormati semangat rundingan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa Sidang Parlimen Khas yang diadakan pada hari ini membuktikan, bahawa betapa prihatin negara kita Malaysia terhadap situasi perang yang sedang berlangsung di Timur Tengah pada masa ini. Kita berharap agar suara dan pandangan kita dapat diambil kira dalam mencari penyelesaian bagi menghentikan kemusnahan yang sedang berterusan sehingga pada saat ini.

Oleh itu, pada kesempatan ini, Parti Bersatu Sabah (PBS) ingin menyuarakan bantahan terhadap serangan serta mengutuk semua tindakan yang dilakukan oleh pihak Israel kepada Palestin yang setakat ini telah mengorbankan lebih daripada 700 nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Saya tekankan di sini bahawa walau apa pun alasan yang digunakan, peperangan dan keganasan bukanlah penyelesaian kepada masalah atau konflik politik dan sempadan yang menjadi rebutan.

Tuan Yang di-Pertua, pada saat ini kita sedang menyaksikan kemusnahan, kekejaman dan kejahatan yang diakibatkan oleh peperangan. Orang awam yang tidak berdosa terbunuh dan ekonomi menjadi lumpuh. Berat mata memandang tetapi berat lagi bahu memikul. Saya amat bersimpati dengan keadaan malang yang menimpa golongan kanak-kanak dan wanita di Palestin serta juga orang awam. Kekerasan dan kekejaman yang berlaku harus dihentikan. Kedua-dua pihak hendaklah akur dan bersetuju dengan gencatan senjata serta-merta demi mengelakkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang lebih banyak.

Di dalam peperangan, tiada pemenang dalam erti sebenar. Kedua-dua pihak sudah tentu mengalami kemusnahan dan kerugian yang tidak dikehendaki. Apatah lagi kehilangan ratusan atau ribuan jiwa manusia. Majlis Keselamatan dan Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu keseluruhannya harus lebih tegas dalam menangani konflik kali ini sehingga kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan. Negara-negara G7 juga hendaklah campur tangan, kerana kita yakin negara-negara kuasa besar mempunyai keupayaan untuk memujuk Israel ke meja perundingan.

final • 5:15 PM

Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali harapan saya agar kita di Malaysia akan terus hidup aman, harmoni dan bertolak ansur. Dalam masa yang sama marilah kita melakukan bersama apa yang baik dan praktikal untuk membantu mangsa perang di Palestin.

Bersama-samalah kita menghulurkan sumbangan yang termampu. Tuan Yang di-Pertua, kami daripada Parti Bersatu Sabah turut menyokong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Bismillaahi Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen lain ingin mengambil kesempatan untuk menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menyatakan sikap kita secara terbuka kepada rakyat Palestin, kepada dunia bahawa inilah di Malaysia, inilah dia negara kita yang walaupun berbeza pandangan politik, berbeza agama, kaum dan apa sahaja.

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Akan tetapi dalam hal yang berkaitan dengan membela keadilan, kita akan bersama, bersatu untuk menyatakan pendirian, pendapat dan pandangan kita secara bersatu. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita rujuk kepada Al-Quran dengan jelas telah menyebut kepada kita tentang siapa dia yang dikatakan Yahudi. Allah SWT telah menyebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kamu akan dapati orang yang paling keras kebenciannya kepada orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi.” Kebencian mereka itu kepada mereka yang beriman dan juga kepada orang yang tidak beriman. Semua kita faham bagaimana penyelewengan yang telah mereka lakukan di dalam Kitab Taurat yang memberikan keutamaan melalui satu konsep yang disebut sebagai the chosen people of earth, Shaikh Abdullah Al Mukhtar yang melihat manusia yang selain daripada Yahudi sebagai manusia yang kebetulan sahaja berwatak dan berbadan seperti manusia tetapi kita pada pandangan mereka adalah keldai, haiwan yang darahnya halal, boleh diperlakukan apa sahaja kepada mereka dan ini yang sedang dilakukan oleh mereka kepada rakyat Palestin dan inilah juga perancangan yang ada dalam diri dan darah mereka untuk umat dunia ini.

Mereka mulakan dengan Palestin, mereka mulakan dengan umat di Gaza dan tidak pelik kalaulah sempadan mereka itu ditakdirkan boleh keluar dari Palestin dan Gaza, mereka juga akan melakukan perihal yang sama kepada umat lain yang ada di muka bumi ini. Banyak perkara yang telah dibangkitkan tadi oleh rakan-rakan lain tentang sejarahnya, tentang sarananya, tentang cadangannya, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan beberapa perkara sebagai tindakan kerana saya melihat bahawa hari ini bukan sejarah itu yang perlu kita ungkit walaupun sejarah itu penting, hari ini bukannya isu itu yang perlu kita ungkit walaupun isu itu perlu kita fahamkan, tetapi Parlimen kita bersidang pada hari ini untuk melihat apakah tindakan yang boleh kita ambil selepas kita berhimpun pada hari ini.

Perkara pertama yang ingin saya cadangkan selepas hampir semua yang berucap tadi menyebut tentang peranan Hamas sebagai sebuah parti politik, sebagai sebuah organisasi politik yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka di bumi Palestin seharusnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Saya mencadangkan kerajaan supaya mengiktiraf Hamas dan sokongannya yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka. Kita tidak mahu peristiwa yang berlaku setahun ataupun dua tahun lepas di Putrajaya International Conventional Center yang dihadiri oleh pemimpin dari Hamas dalam Persidangan NAM di mana saya turut hadir dalam majlis tersebut, wakil Hamas yang datang sebagai Menteri Luar, Dr. Mahmood Zahar, tidak diberikan peluang untuk berucap bagi mewakili rakyat beliau.

Yang dilantik oleh berucap adalah wakil lain yang tidak dipilih oleh rakyat, yang telah tewas dalam pilihan raya di Palestin. Jadi ini memberikan gambaran yang cukup negatif kepada kita. Sedangkan hari ini kita boleh bersatu untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kita menyatakan secara terbuka semua telah menyebut tentang peranan Hamas tentang sokongan yang telah diberikan oleh Hamas. Maka saya mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf Hamas sebagai sebuah entiti yang legal, yang telah dipilih oleh rakyat, yang telah dipilih oleh mereka di sana. Yang keduanya, saya tertarik juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Datok tentang tentera pengaman OIC.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan penubuhan tentera pengaman OIC ini pernah dicadangkan di dalam Dewan ini oleh Almarhum bekas Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Fadhil Mohd. Nor ketika menjadi Ahli Parlimen di sini dulu pernah mencadangkan supaya ditubuhkan tentera pengaman OIC dan saya rasa sudah high time. Tadi kita telah nyatakan kekecewaan kita dengan PBB, telah kita nyatakan kekecewaan kita dengan negara-negara kuasa besar, telah kita nyatakan kekecewaan kita dengan PBB dan sebagainya, sekaranglah masanya untuk kita membuktikan keupayaan dan kewibawaan kita untuk menjadi pemimpin, untuk menjadi mereka yang mencadangkan dan menggerakkan tentera OIC ini dan kita harus serius dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datok, yang telah dicadangkan peringkat awal dahulu oleh Almarhum Dato’ Fadhil Mohd.

Nor.

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Yang ketiganya, saya ingin mencadangkan walaupun mungkin tidak semudah itu, tetapi saya tahu constrain yang kita hadapi, tetapi kenapa tidak kalau kita lontarkan dahulu kerana rasanya kita boleh malu dengan Venezuela, kita boleh malu dengan negara kecil yang menarik ataupun memecat Duta Israel di negara mereka yang boleh menghantar bantuan pelbagai kepada Palestin. Kenapa tidak kalau saya cadangkan di sini, kita mulakan untuk menghantar ataupun menjemput, menggunakan apa sahaja kaedah yang boleh memberikan rawatan contohnya, kepada mangsa-mangsa yang tenat, mangsa-mangsa peperangan ini, mangsa-mangsa yang parah itu, kita bawa dan kita berikan rawatan di negara kita.

Kita mempunyai track record yang cukup baik dalam hal ini. Kita pernah memberi bantuan yang cukup hebat kepada mangsa peperangan di Bosnia dan sebagainya, kenapa tidak kita lakukan di Palestin. Seterusnya cadangan yang ingin saya berikan di sini adalah selepas daripada persidangan kita pada petang ini, apa tindakan yang kemudiannya akan kita buat? Apa program-program lain yang boleh kita berikan untuk memastikan kesinambungan terus sokongan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat di Palestin? Tuan Yang di-Pertua, divine intervention dengan izin, pertolongan daripada langit ini ialah satu perkara yang tidak boleh kita pandang sepi dalam apa sahaja krisis dan masalah yang kita hadapi.

Saya ingin mencadangkan supaya kita adakan satu program bersama, menghimpunkan rakyat dalam satu solat hajat perdana contohnya, yang mungkin sembahyang Isyaknya di imamkan oleh Presiden PAS, sembahyang hajatnya diimamkan oleh Presiden UMNO dan kita bergabung tenaga berdoa sebagai rakyat dan rakan-rakan lain yang beragama lain juga dengan program mega bersama serentak untuk kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT bagi memudahkan urusan rakyat ataupun mereka yang tertindas di Gaza dan di bumi Palestin. Dan akhirnya...

final • 5:21 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Pencelahan sedikit. Saya tidak ada peluang untuk berucap mungkin sedikit. Tuan Yang di-Pertua, sedikit insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan saranan daripada Yang Berhormat Bachok. Ingin saya menambahkan juga apakah mungkin juga elok dicadangkan supaya Perdana Menteri sendiri melalui Menteri Agama mengarahkan kepada masjid-masjid dan surau-surau mengadakan Qunut Nazilah setiap waktu solat di seluruh negara, insya-Allah.

Terima kasih, bagaimana cadangan tersebut?

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat Titiwangsa, Qunut Nazilah ini telah pun diarahkan dan telah pun dilakukan Jumaat lepas sebab Yang Berhormat Titiwangsa berada di luar negara dan...

final • 5:21 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Setiap hari waktu solat, maksud saya. Waktu-waktu setiap solat.

final • 5:21 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Johor sudah lama buat, setiap hari Jumaat.

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Benda yang saya sebutkan tadi secara praktikal boleh kita lakukan dan macam saya nyatakan tadi solat hajat perdana ini bagi menggambarkan kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidak bersendirian.

final • 5:21 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Di sini rakyat Malaysia tanpa..., seperti mana bom yang turun di Gaza itu tidak mengenal Yahudi, tidak mengenal Arab, tidak mengenal Muslim, Kristian dan sebagainya begitulah juga kita rakyat di Malaysia ini tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan bersama memberikan sokongan dan ini sahaja yang termampu setakat ini untuk kita buat bagi kita insya-Allah bersama dengan rakyat Palestin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:30 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya bagi pihak parti PBB dan rakyat Malaysia di Sarawak amnya kami menyokong penuh usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap rakyat Palestin di semenanjung Gaza.

Di dalam konflik ini apa yang lebih dahsyat dan terkutuk ialah penggunaan senjata yang menyalahkan undang-undang antarabangsa. Senjata-senjata yang diguna pakai oleh Israel ialah senjata yang diperbuat daripada depleted uranium dan bomb white phosphorus.

Enriched uranium melalui proses pengasingan isotope biasanya digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Uranium ialah satu bahan kimia yang amat berbahaya kerana menyebabkan radiasi kepada manusia. Namun depleted uranium ialah uranium yang telah dipakai untuk menjana kuasa nuklear, kini digunakan oleh pembuat senjata peperangan Amerika Syarikat untuk menghasilkan senjata. Senjata-senjata dibuat dengan depleted uranium ialah:

(i) 120 milimeter canon shell diguna pakai dalam tank A1 Abrams;

(ii) peluru 30 milimeter diguna pakai di A10 anti-tank aircraft; dan

(iii) peluru 30 milimeter diguna pakai di A10 Thunderbolt aircraft.

Tuan Yang di-Pertua, kebahayaan depleted uranium apabila bom dan peluru diguna dan telah meletup menghasilkan habuk yang halus iaitu uranium oxide dengan ukuran kurang daripada 10 mikron. Apabila habuk ini disedut ke dalam paru-paru kita ianya menyebabkan kanser dan leukemia dan habuk-habuk ini boleh disebarkan oleh angin.

Apabila ianya boleh disebarkan oleh angin dan bayu ianya boleh disebarkan di tempat- tempat yang lebih jauh daripada tapak peperangan.

Hasil kajian “Dr. Chris Brusmi” daripada Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan 2001 beliau mendapat peningkatan insiden leukemia dan kanser di kalangan kanak-kanak di Iraq, adalah disebabkan oleh peluru dan bom yang diguna pakai oleh Amerika Syarikat.

Birth defect juga bertambah di Iraq. Tambah lagi peperangan penyakit gulf war di kalangan US veteran iaitu tentera yang telah bertugas di Iraq dan kembali ke Amerika Syarikat mereka, oleh kerana exposure kepada senjata-senjata depleted uranium yang telah digunakan menghidapi penyakit aneh ini. Penyakit ini yang mereka hidapi sekarang di Amerika Syarikat dan beribu-ribu bilangan mereka yang terkena ialah penyakit leukemia dan lung cancer dan birth defect kepada anak-anak mereka.

Oleh itu, saya menyarankan kerajaan Malaysia seharusnya membawa satu usul kepada General Assembly PBB untuk mengutuk dan mengharamkan penggunaan senjata depleted uranium dan juga white phosphorus bomb oleh Israel dan Amerika Syarikat.

Bomb white phosphorus pula yang menyebabkan pembakaran kulit lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak kerana kulit mereka masih lembut juga satu senjata yang amat berbahaya.

Di dalam UN Convention on Chemical Weapon, white phosphorus adalah tersenarai. Parlimen ini telah pun meluluskan Akta Senjata Kimia pada tahun 2006 dan white phosphorus disenaraikan di dalam akta kita. Oleh itu adalah wajar jika satu usul dibawa kepada PBB untuk mengharamkan penggunaan white phosphorus kerana ia juga adalah satu bahan kimia yang amat berbahaya. Jika kita menghidu white phosphorus ianya menyebabkan penyakit perut yang kita tidak boleh rasai, tetapi selepas itu pada dua atau tiga hari kemudian baru kita rasai kesannya dan ianya menyebabkan kehancuran perut, kehancuran paru-paru dan kehancuran liver. Ini adalah kebahayaan white phosphorus.

Namun di sebalik apa yang berlaku di semenanjung Gaza adalah satu handshake kepada Presiden George Bush yang akan mengosongkan the White House apabila Encik Barack Obama mengambil alih tugas Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari tahun ini.

final • 5:30 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Kalau kita meneliti rekod George Bush dan apa yang berlaku menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2002, George Bush melancarkan Perang Teluk kedua menyerang Iraq kerana beliau memikirkan beliau akan kalah pilihan raya. Justeru itu ianya satu handshake tetapi beliau menang. Kali ini ia benar-benar satu handshake kerana Bush sememangnya disokong oleh industri pembuat senjata. Oleh itu Malaysia seharusnya mendesak negara-negara lain untuk menghadap Bush ke Mahkamah Dunia untuk dibicarakan atas “atrocity” nya peperangan di Iraq dan di Gaza sekarang.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Silakan.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Mambong.

Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang senjata-senjata bahaya yang digunakan oleh Israel. Yang Berhormat sedar tak bahawa pada ketika ini anggota-anggota darat tentera Israel menggunakan assault rifle iaitu SAR21 assault rifle yang diperbuat oleh teknologi Singapura. Rifle ini sebenarnya adalah merupakan satu rifle yang cukup berbahaya dan Singapura dianggap sebagai Israel third most strategic partner in defense development.

Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Assault rifle kah, tank kah, ini semuanya senjata tapi yang paling berbahaya adalah peluru. Peluru yang digunakan di dalam assault rifle tersebut diperbuat daripada depleted uranium yang menyebabkan radiation kepada kita manusia dan seperti yang saya telah sebut tadi apabila peluru ini diguna pakai, selepas ia meletup, menghasilkan habuk uranium oxide yang amat halus, kurang daripada 2.5 mikron habuk itu dan kita boleh mendapatinya di mana-mana kerana bayu dan angin boleh menyebarkannya jauh daripada tempat peperangan. Itu yang paling berbahaya adalah peluru.

final • 5:30 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Tuan Yang di-Pertua, Israel memang pandai berbohong dan mengabur mata dunia atas perbuatan mereka ini. Israel pandai memanipulasikan media dunia dengan persuasive influence on the power and media centre of the world, dengan izin. Ini mereka boleh buat.

Oleh itu berita yang kita selalu lihat adalah menyebelahi Israel kerana mereka boleh control media dunia. Israel pandai membuat cynical manipulation dengan izin menggunakan metaphor seperti menyelamatkan demokrasi dan membanteras terrorism. Ini memberi perasaan positif dan kepercayaan kepada negara-negara barat lebih-lebih lagi Amerika Syarikat. Justeru mendapat sokongan yang amat padu daripada Amerika Syarikat.

Pembohongan Israel memberi gambaran bahawa negara itu adalah negara kecil.

Kononnya menghadapi ancaman daripada jiran negara-negara besar Arab. Paparan ini menyumbang kepada pembohongan dan cerita dongeng Israel dan seterusnya mendapat sokongan daripada Kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden George Bush. Kita harap bahawa presiden Barack Obama tidak akan menyokong perkara-perkara seperti itu. Israel mengatakan bahawa Hamas broke the ceasefire pada akhir bulan Disember tahun 2008 tetapi ceasefire ini adalah untuk enam bulan dan tamat pada 11 Disember.

Semasa ceasefire tersebut sepatutnya serangan roket ditamatkan dan bantuan bekalan makanan kemanusiaan dibenarkan di Gaza. Namun Israel hanya membenarkan 20% bantuan masuk ke Gaza. Pada masa ceasefire, tentera Israel masuk ke Gaza dan membunuh enam rakyat Palestin kononnya untuk memberhentikan pembinaan terowong yang sememangnya diperlukan untuk membawa barangan keperluan yang amat kurang di Gaza. Tindakan Israel ini yang mengundang serangan roket Hamas dan dibalas pula oleh Israel. Ianya berlaku semasa pilihan raya presiden di Amerika Syarikat dan pada masa itu seluruh dunia memberi tumpuan minat kepada pilihan raya tersebut bukan kepada serangan Israel.

Israel mengatakan apa yang berlaku sekarang adalah self-defense daripada ancaman roket Hamas, tetapi Hamas melakukannya semata-mata untuk menunjuk kebencian dan defiance terhadap Israel kerana kawal ketat di Gaza sehingga timbul kekurangan makanan dan keperluan asas. Menurut The Carter Centre serangan Hamas hanya membunuh tiga rakyat civilian Israel dalam tempoh tiga tahun.

final • 5:40 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Menurut pihak Israel sendiri serangan Hamas telah pun mengorbankan 13 nyawa rakyat Israel dalam tempoh empat tahun yang lepas. Jika dibandingkan dengan lebih daripada 1,000 rakyat Palestin yang terkorban dalam tempoh dua tahun yang lepas sebelum serangan Israel kali ini yang sudah pun membunuh lebih daripada 850 rakyat Palestin. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu ialah kanak-kanak disebabkan kegunaan bom white phosphorus yang menyebabkan kehangusan kulit kanak-kanak membuat mereka tercedera.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa apa yang berlaku di konflik ini sekarang; saya sekali lagi menyarankan kerajaan, yang pertama untuk membawa usul kepada PBB mengharamkan senjata depleted uranium dan bom white phosphorus. Yang kedua, membawa Presiden George Bush kepada Mahkamah Antarabangsa kerana apa yang berlaku adalah satu atrocity yang dilakukan oleh beliau sendiri di belakang tadbir konflik di Israel dan di Gaza. Sekian terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Joseph Entulu anak Belaun - Selangau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya bangun bagi pihak parti saya iaitu Parti Rakyat Sarawak ataupun PRS untuk merakamkan sokongan penuh ke atas usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan ramai orang berpendapat serangan dan keganasan Rejim Israel ke atas Gaza adalah kerana Rejim Israel membalas serangan artillery kepada Israel ataupun tidak patuh kepada ceasefire dahulu gencatan senjata. Namun, yang jarang sekali diketengahkan oleh media masa antarabangsa terutama sekali ialah tindak tanduk Israel untuk menyekat Hamas mentadbir dan membangunkan kawasan Gaza selepas Hamas ini menang pilihan raya dahulu.

Yang kedua, Rejim Israel jelas sekali menganggap nyawa orang Palestin jauh kurang bernilai dari orang Israel. Seorang sahaja orang Israel mati, beratus ataupun beribu- ribu orang Palestin mesti dibunuh. Bayangkanlah apa akan terjadi di seluruh dunia kalaulah semua negara bersifat seperti Rejim Israel. Kita memuji negara India misalnya walaupun beberapa orang rakyatnya mati akibat serangan keganasan terrorist tetapi mereka tidak membalas dendam seperti Rejim Israel.

Ketiga, negara-negara di dunia ini akan semakin maju dari segi teknologi dari segi senjata dan sudut-sudut yang lain. Soalan yang penting yang pemimpin-pemimpin di dunia ini mesti tanya ialah sampai bilakah Rejim Israel dapat membuat sesuka hatinya kepada pihak Palestin semata-mata oleh kerana kelebihan kekuatan senjata mereka.

Pada suatu ketika nanti mesti ada negara-negara atau kumpulan-kumpulan yang tertentu yang bersimpati ke atas perjuangan dan kesengsaraan orang Palestin dapat menghasilkan senjata yang setimpal ataupun yang lebih canggih daripada senjata orang Rejim Israel. Ini bermakna isu yang kita hadapi sekarang bukanlah isu Palestin dan Rejim Israel sahaja tetapi isu keselamatan seluruh dunia.

Yang keempat, oleh yang demikian saya berharap kerajaan-kerajaan di dunia ini termasuklah kerajaan kita jangan cuma bersikap reaktif semasa keganasan atau peperangan berlaku di antara Palestin dan Rejim Israel, tetapi secara sepenuh masa.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana dengan sebulat suara mengutuk sikap Rejim Israel yang begitu angkuh tidak mempedulikan suara majoriti dunia. Dengan itu, sekali lagi saya bagi pihak Parti Rakyat Sarawak merakamkan sokongan penuh kita kepada usul yang telah dibentangkan. Sekian terima kasih.

final • 5:45 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama menyertai debat Parlimen terhadap kekejaman Israel di Gaza.

final • 5:49 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bagi memperlihatkan wujudnya perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia, kita mesti bersatu dalam usaha menentang pencerobohan dan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, Palestin. Tegasnya, rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, kedudukan atau dukungan politik mestilah bersatu menghadapi isu ini dan isu kekejaman Zionis ini.

Pada kesempatan ini, saya berhasrat mengemukakan contoh yang wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan persekutuan, terutamanya: kelmarin, pihak media bertanya kepada saya; adakah kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia melupakan sementara kempen pilihan raya kecil di Kuala Terengganu bagi menghadiri sesi khas Parlimen pada hari ini?

Jawapannya sudah jelas bahawa masyarakat dan Ahli Parlimen kita adalah bersedia dan bersatu dalam usaha kemanusiaan ini. Hari ini kita sedia meninggalkan perbezaan politik demi keprihatinan terhadap hak asasi sejagat kerana tindakan yang sedang berlaku di Gaza merupakan pencerobohan yang amat tidak berperikemanusiaan.

Sehubungan itu, apabila bercakap tentang perpaduan, saya berasa terpanggil untuk bertanya pula kepada pihak media; adakah anda semua bersedia menyertai kami dalam perpaduan ini?

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, pada Rabu minggu lepas, saya selaku Menteri Besar Selangor juga mengumumkan yang Kerajaan Selangor hendak menghantar satu misi kemanusiaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Yayasan Amal Selangor ke sempadan Mesir untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa kekejaman Israel di Gaza. Kita sudah mengeluarkan kenyataan akhbar dengan menyatakan pasukan tersebut merupakan pasukan perubatan dan mempelawa NGO lain untuk menyertai rombongan kami. Malangnya, tiada satu pun media kita melaporkan pengumuman tersebut kecuali akhbar Tionghoa yang menyiarkan kenyataan akhbar berkenaan walhal kami sudah sedia hendak membantu.

Kalangan editor sudah pula awal-awal lagi tidak menyiarkan berita tentang keikhlasan kerajaan negeri untuk membiayai pemergian NGO membantu penduduk Gaza, kerana ia melibatkan parti bukan dalam lingkungan Barisan Nasional. Maka hari ini dan di Parlimen ini, saya berharap agar kalangan wartawan dan editor di Malaysia terutama editor- editor media arus perdana tidak terus dikuasai oleh sentimen politik yang sempit. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan boikot barangan Amerika. Memang terdapat banyak cadangan supaya memboikot barangan buatan Amerika Syarikat. Tindakan ini perlu dilakukan sebagai protes terhadap Israel dan sikap bongkaknya kerana meneruskan serangan kepada penduduk Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri.

Pada dasarnya saya tidak menentang tindakan memboikot tersebut sebaliknya saya mahu supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan garis panduan umum tentang cara hendak memulaukan barangan yang diuar-uarkan itu. Panduan itu perlu supaya tindakan kita nanti tidak mendatangkan kesan pula terhadap ekonomi dan adakah hanya dianggap sebagai main-main sahaja. Dalam usaha ini, saya rasa Pakatan Rakyat mahu pemboikotan barangan Amerika Syarikat dilaksanakan dengan betul dan berkesan. Perkara yang kita mesti ingat sebenarnya kita hendak menghentikan tindakan kekejaman Israel di Gaza bukan melakukan tindakan yang boleh merugikan.

Walau bagaimanapun, saya pernah membuat beberapa kenyataan sebelum ini.

Antaranya, saya mengatakan usaha yang lebih bijak adalah menerusi masyarakat Islam yang menentang kekejaman Israel iaitu sebaik-baiknya ialah tidak menyimpan simpanan wang di dalam bank-bank yang dikuasai oleh masyarakat Yahudi. Dengan cara itu ia lebih berkesan daripada memboikot makanan dan minuman. Cara yang kedua seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan kita, iaitu supaya tidak membeli senjata dan sistem senjata yang dikeluarkan oleh Israel untuk kegunaan masyarakat Islam di dunia ini.

Saya berpendapat kajian perlu dilakukan sama ada kapal terbang yang kita beli itu mempunyai alat-alat sistem yang dikawal ataupun yang dicipta oleh negara Israel. Perkara ini perlu kita kaji kerana sistem itu sudah termasuk sistem kontrol yang mana jika mereka rasakan perkara ini tidak akan merosakkan mereka, maka penggunaan kapal terbang dan senjata kita tidak boleh dilakukan. Perkara yang akhir saya ingin menyatakan di sini, kita hanya membincangkan tentang yang lepas. Apakah yang hendak kita lakukan selepas ini?

final • 5:49 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya mencadangkan supaya kita memberi perhatian tentang cadangan Ketua Pembangkang supaya kita mengadakan beberapa perjumpaan dengan Indonesia, Brunei untuk membentuk satu pasukan ataupun satu kumpulan yang bersama-sama bagi mencari penyelesaian yang lebih bermakna.

Oleh itu, saya cadangan satu kumpulan dari Malaysia yang terdiri daripada, maaf kerana menggunakan konsep eminent person group, yang bermaksud mereka boleh berjumpa dan berbincang dan mencadangkan action plan yang kita boleh laksanakan. Saya cadangkan kita terdiri daripada tiga eminent person iaitu Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan Menteri Luar Negeri supaya mereka dapat berjumpa dengan pemimpin- pemimpin Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam tempoh terdekat bagi mengesyorkan beberapa langkah yang perlu dilakukan supaya dapat menyelesaikan masalah kemanusiaan ini dengan cepat.

Saya berterima kasih kerana diberi peluang dan saya menyokong usul ini. Terima kasih.

final • 5:49 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri di sini bagi mewakili rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah dan rakyat Malaysia yang berada di Sabah menyokong usul yang dibawa oleh kerajaan berhubung dengan penaklukan Israel dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin pada ketika ini.

Hari ini walaupun mungkin negara besar yang mempunyai kuasa beranggapan bahawa apa yang kita lakukan di Dewan yang mulia ini pada hari ini cuma sekadar untuk menyatakan sesuatu tanpa boleh merubah apa-apa.

Seluruh dunia mengetahui bahawa bumi Palestin pada ketika ini bukan sahaja musnah, bukan sahaja ranap, hancur bahkan boleh dikatakan menjadi padang jarak padang tekukur.

final • 5:58 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya melihat bahawa masanya tepat dan kena pada waktunya kerajaan Malaysia pada hari ini bertindak untuk kita menyatakan rasa tidak senang hati kita, rasa tidak kita suka dengan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan, ini bukan peperangan, ini pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku semasa perang Vietnam. Iaitu tentera Amerika telah membunuh rakyat, masyarakat di sana dikenali sebagai My Lai Massacre Ini pembunuhan yang kejam dan tidak adil. Walaupun mereka mempunyai alasan yang kukuh bahawa mempertahankan dan menyerang tetapi peluru yang mereka gunakan tidak mengenal siapa musuh mereka.

Hari ini juga tiga tan peluru hidup dihantar daripada Amerika tiba di bumi Israel, untuk apa peluru ini diimport dari Amerika? Dia kata, pengurusan peluru ini sudah lama dilaksanakan. Di sini, yang ingin saya persoalkan, di mana pendirian Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu? Kenapa pemimpin-pemimpin dunia menjadi bisu, pekak, kenapa hati mereka terkunci mati? Tidak langsung melihat penderitaan masyarakat bangsa yang lain.

Saya mengambil kesempatan ini menyarankan kepada pemimpin-pemimpin liga Arab agar melihat diri mereka kembali ke arah kewujudan bumi dan masyarakat Arab itu sendiri.

Ini disebabkan kerapuhan persaudaraan, kefahaman di kalangan bangsa-bangsa Arab itu maka negara mereka mula dan mudah di manipulasi oleh negara kecil seperti Israel. Sedangkan bumi Arab itu luas, kaya-raya tetapi rupa-rupanya hati mereka beku, mata mereka buta dan mereka tidak boleh berfikir, tidak boleh bertindak ke arah bagaimana menyatupadukan perpaduan di kalangan mereka. Saya meminta Kementerian Luar Negara kita menggunakan ungkapan keramat kita iaitu ‘bersatu teguh, bercerai pasti roboh’.

Perang ini berlarutan bukan baru, dan saya melihat semenjak tahun 1972 di PBB, 42 sehingga hari ini, 42 resolusi di veto oleh mereka sebab resolusi itu tidak memihak kepada Israel. Kenapa negara-negara lain dalam kancah peperangan begitu cepat tindakan negara Amerika, PBB campur tangan. Kenapa isu dua negara ini sehingga ke hari ini tidak ada penemuan, tidak ada jalan penyelesaian. Apakah memang inilah kewujudannya disebabkan mungkin peperangan dua negara ini, maka negara lain mengaut keuntungan?

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kementerian Luar harus bertindak dengan langkah yang lebih jauh. Melihat ke arah mana, kita harus berani, rakan-rakan lain telah memberi cadangan ke arah bagaimana penemuan-penemuan yang baik untuk memastikan bahawa kedua-dua bumi ini menjadi aman seperti kita berjiran dengan jiran-jiran kita yang lain. Saya sudah cukup melihat bagaimana penderitaan tidak boleh digambarkan dengan ungkapan, dengan cerita, dengan sajak dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh masyarakat, disaksikan oleh masyarakat dunia sejagat. Bukan lagi cerita-cerita dongeng, ini adalah realiti.

Justeru itu, saya di samping menyokong usul kerajaan yang dibawa oleh Perdana Menteri, saya meminta kerajaan Malaysia juga memulakan langkah untuk menstrukturkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri. Tidak boleh dibiarkan lima negara menguasai negara-negara lain dalam masa yang sama mereka berat sebelah memihak kepada yang mereka suka dan menindas kepada yang mereka tidak suka. Bila lagi pemimpin-pemimpin dunia lain menyuarakan hasrat mereka, kita berbagai-bagai organisasi, berbagai-bagai badan yang kita ada tetapi nampaknya satu pun tidak berkesan.

Kalau PBB tidak boleh diperbaharui, tidak boleh dibentuk, maka saya tidak melihat ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Saya meminta Kementerian Luar kita gunakanlah kesempatan yang ada ini. Keadaan ekonomi dunia sudah berubah, keadaan segala- galanya berubah tetapi kepimpinan dunia tidak berubah. Kita tidak boleh bergantung pada Amerika Syarikat, kepimpinannya yang laknat, yang tidak melihat kebaikan. Tuhan mungkin memberi rahmat, rakyat Amerika boleh memikirkan, rakyat Amerika baik sebetulnya tetapi kepimpinan Amerika itu sendiri yang zalim, jahil dan tidak boleh melihat akan kebaikan.

Justeru itu, bagi pihak rakan-rakan saya daripada Sabah, sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa kita memang menunggu usul ini, memang telah lama, BNBBC telah mengemukakan sebelum ini pun, sebelum penaklukan baru ura-ura tetapi usul kita ditolak oleh Dewan Rakyat. Hari ini saya amat bersyukur sebab kerajaan melihat betapa ada kepentingannya, ada keperluannya bagaimana usul ini perlu diterjemahkan dan resolusi kita harus kita sampaikan kepada pengetahuan pemimpin-pemimpin seluruh dunia bahawa mereka juga harus mengikuti langkah kita, bukan sahaja mengutuk bahkan mencadangkan sesuatu untuk kebaikan masyarakat sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama berdiri untuk mengucapkan terima kasih ke atas peluang yang diberikan kepada saya bagi pihak parti saya, Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk turut bersama-sama dengan rakan-rakan kita di Dewan yang mulia ini untuk mengutuk sekeras-kerasnya ke atas tindakan ganas Israel kepada rakyat Palestin.

Kami juga dalam PBRS tidak berbelah bagi dalam pendirian kami terhadap perbuatan zalim Israel ke atas rakyat Palestin. Apa yang kita lihat yang sedang berlaku walaupun bagi kami, kami hanya melihat dan membaca dalam surat-surat khabar atau mendapat berita daripada CNN, BBC atau dalam saluran-saluran berita yang lain tetapi perasaan sedih sebagai manusia tidak dapat dinilai dan tidak dapat dikira.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, nampaknya bagi Israel perasaan ini semua tidak ada pada mereka. Perasaan mereka ini ialah hanya mendapat kuasa yang lebih besar lagi.

Nampaknya perbuatan ini sudah kian lama berlarutan. Dalam beberapa tahun yang lalu, ia juga telah berlaku. Oleh yang demikian, orang-orang yang bertanggungjawab hendaklah dibawa ke muka pengadilan. Maka oleh itu kami menyokong penuh agar satu tribunal yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, satu tribunal antarabangsa khas untuk Palestin untuk menyiasat dan seterusnya mendakwa penjenayah-penjenayah perang termasuklah kuasa yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakannya yang didapati ada tangan kekejaman dan keganasan ke atas Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu kami menyarankan supaya gesaan ini diambil tindakan susulan supaya tribunal penyiasatan itu yang kita minta dapat menjadi realiti. Kami berpendapat kalau sekiranya orang-orang yang bertanggungjawab ke atas kezaliman dan keganasan ini tidak dibawa ke muka pengadilan.

final • 6:07 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Seperti mana kita sedia maklum ia juga akan berlaku kepada sesiapa pun.

Undang-undang diketepikan serta diabaikan. Dalam keadaan yang dialami oleh rakyat Palestin marilah kita bersama-sama menghulurkan apa juga bantuan yang boleh. Di samping kita bersatu padu untuk mengutuk tindakan ganas yang dilakukan dan sedang dilakukan oleh Israel. Soalnya bukanlah soal agama tetapi soal seperti mana rakan-rakan kita kata sebentar tadi ialah soal keperimanusiaan. Oleh yang demikian, kita juga menyokong penuh gesaan Yang Amat Berhormat agar tentera-tentera Israel diusir keluar daripada Palestin. Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami sokong dengan sepenuh-penuhnya. Sekian.

final • 6:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, dengan secara ringkas saya hendak menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai keganasan di Gaza. Sebenarnya saya sangat ingat pada 1967 semasa saya jadi pelajar, saya mengikuti perang Israel ke atas Palestin di mana dalam beberapa hari sahaja, satu minggu tentera Arab sudah dikalahkan dengan teruk, tahun 1967. Ketika itu saya pun ada dengar pelbagai tuduhan, pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang bermula pada tahun 1948 dengan wujudnya negara Israel. Hari ini 42 tahun kemudian saya pun dengar perkataan- perkataan berwarna-warni dan penuh dengan perasaan yang serupa seperti 42 tahun yang lampau.

Mungkin 42 tahun akan datang pun kita akan dengar perkataan demi perkataan, tuduhan demi tuduhan yang seperti ini juga dan tidak akan menyelesaikan masalah. Saya setuju kita mesti mencari cara, saluran untuk mewujudkan gencatan senjata dengan serta- merta dan kita mestilah berusaha, berikhtiar untuk mengurangkan ketegangan kemanusiaan. Ini termasuklah sumbangan material iaitu benda-benda untuk orang-orang Palestin, orang-orang di Gaza yang sedang menderita. Akan tetapi saya setuju dengan hujah beberapa Ahli Yang Berhormat bahawa sumbangan ini mestilah dikawal. Yang Berhormat Jelebu, saya berharap kita semua punca sumbangan ini kita mestilah berhati- hati supaya disampaikan ke sasaran. Ini memang penting sekali tetapi yang ketiganya kita mesti wujudkan keamanan dan kesejahteraan di rantau Palestin.

Keempatnya, saya pun setujulah kita hadapkan para penjenayah perang ini kepada The Hague, Mahkamah Antarabangsa. Selain daripada itu, saya hendak Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Jelebu memberi perhatian. Justeru itu, tadi ada cadangan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak supaya kita tubuhkan satu rombongan ataupun satu pasukan khas yang terdiri daripada Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Jelebu. Ada satu cadangan oleh Yang Berhormat Pasir Mas untuk melantik Tun Mahathir sebagai wakil. Akan tetapi bagi saya, saya hendak memberi peringatan di sini, tahun lepas Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah dilantik menjadi envoy untuk menyelesaikan masalah Palestin.

Beliau memang mempunyai pengaruh iaitu pengaruh dengan Amerika Syarikat, pengaruh dengan European Unions, memang ada pengaruh. Akan tetapi sampai sekarang saya ada dengar dua, tiga hari yang lepas kenyataan dia tidak sampai mana-mana, tidak dapat menyelesaikan masalah. Di sini, saya hendak pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Jelebu. Di sini saya nampak sekarang Hamas, Fatah. Hamas ada hubung kait rapat dengan Syria. Memang rapat dengan Syria dan juga dengan Lebanon, Hizbollah. Ini kita nampak pada keseluruhannya ada Iran, Syria, Hizbollah dan Hamas. Di sebelah yang lain ada Mesir, Saudi Arabiah dan Jordan. Jadi dua golonganlah, dua kumpulan yang sebelah situ ada pangkalan Amerika Syarikat.

final • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kepong cakap dengan siapa, Yang Berhormat Shah Alam kah?

final • 6:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak apalah kita ini tidak ada parti tidak ada apa- apalah kita tidak ada berat sebelah pun tidak ada kita semua sokong. Dengan ada sokongan ini tidak timbullah masalah, Yang Berhormat Shah Alam pun boleh semua pun boleh. Sebenarnya saya sebutkan Yang Berhormat Jelebu.

final • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya tetapi pandang Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak apalah kita mempelbagaikan pandangan sekarang. Ada dua golongan ini iaitu golongan Iran dan golongan Saudi Arabiah. Mesir pun ada berusaha untuk mencapai gencatan senjata tetapi setakat ini masih tidak berjaya. Di sini Yang Berhormat Jelebu, bolehkah Yang Berhormat Jelebu berusaha, ini penting. Ini kerana kalau kita ada pasukan khas yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun, saya tidak tahulah boleh kita capai kejayaan ataupun tidak, Tun Mahathir pun. Kalau Tony Blair gagal setakat ini tidak berjaya, siapa lagi akan berjaya?

Siapa lagi yang lebih pengaruh daripada Tony Blair? Akan tetapi yang saya khuatirnya mungkin Hamas akan adakan satu meluaskan aktivitinya kepada Lebanon misalnya dan perang itu akan sampai kepada Lebanon pula. Bukan di Gaza sahaja kepada Lebanon. Ini satu besar kemungkinan.

final • 6:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apakah itu boleh Yang Berhormat Jelebu buat untuk berdialog mungkin bertemu dengan Hamas ataupun itu Syria, Iran, kerana ini ada kena mengena dengan Iran supaya kita dapat satu persetujuan perpaduan di kalangan Arab. Kalau tidak silap saya Arab Saudi, kekayaan itu saya ingat, Malaysia terletak di bawah sekali, tiap-tiap hari dia boleh dapat satu bilion atau boleh lebih dolar Amerika, keuntungannya. Itu daripada minyak sahaja, kita tak kira itu logam-logam yang lain itu daripada Arab Saudi, banyak saya ingat daripada itu umat Islam di seluruh dunia, tiap-tiap kali ada musim haji, awal Muharam, musim haji, tiga juta, empat juta dan tiap-tiap hari ada umat dari seluruh dunia yang pergi ke Mekah, tiap- tiap hari dan bukan main, dalam satu musim, tiga-empat bilion dolar Amerika yang diuntungkan oleh Arab Saudi.

Di Malaysia ini tiap-tiap kali ada rakyat Malaysia yang nak menunaikan haji, 27 ribu. Itu Malaysia sahaja dan sampai 30 ribu orang yang pergi, 27 ribu tiap-tiap orang dan Arab Saudi sahaja begitu kaya. Saya pun nampak tadi ada pangkalan Amerika Syarikat, pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab Saudi dan di sini, Saya berharap Yang Berhormat Jelebu datang berbincang dengan Arab Saudi pasal hal demikian, itu kaya sekali di dunia dan begitu kaya bukan sahaja dari segi sumber Batu Pahat, dia memang kaya bukan main, tapi apa masalah di sini, apa masalah dengan Iran sebelah satu dengan Arab Saudi, Jordan dan sebahagian Malaysia di sebelah sini dan kita tak dapat selesaikan masalah.

Saya berharaplah dengan adanya usul ini, sekali lagi bagi saya, 40 tahun sejak 1967, saya pun tidak nampak macam mana kita boleh selesai. Saya berharap kerajaan Malaysia dengan usul ini, kita benar-benar boleh berusaha dengan mengadakan pengaruh ke atas Iran, ke atas Arab Saudi, ke atas Hamas, dan sebagainya, kerana negara Israel ini, walaupun dia ada dapat sokongan daripada Amerika syarikat, dia kecil sahaja, berapa juta orangnya? Enam juta orang dan orang Arab berapa orang, sampai 300 juta orang, enam juta orang.

Jadi tidak ada, nak bandingkan susah, kalau kita hendak salahkan Amerika Syarikat pun susah juga. Bukan sokong, saya tidak sokong kekerasan, tidak sokong nak bunuh kanak-kanak tapi saya pun tahulah Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Arau itu, emosinya cukup. Kalau kita bincang secara waras, susah. Yang Berhormat Batu Pahat itulah masalah dia dan saya berharap dengan keadaan sedemikian, 300 juta orang, berbanding dengan enam juta orang. Mengapa harus seumpama ini berlaku dan begitu kaya negara seperti Arab Saudi dan kita wujud masalah seumpama ini. Ini bermakna, punca-punca itu saya berharap dapat dikaji dengan teliti oleh Yang Berhormat Jelebu, supaya kita sama-samalah dapat menyelesaikan masalah dan di sini, akhir sekalilah mengenai usaha kita untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan dari segi kemalangan, dari segi makanan, kesihatan, tempat berteduh,di ari segi bekalan air, kawalan kesihatan seperti Yang Berhormat Mambong pun ada sebut mengenai itu isu depleted uranium, white phosphorus, bekalan elektrik, bahan api, jalan masuk dan keluar, lintasan dan keperluan utama.

Kita beri sumbangan RM1 juta atau lebih, saya berharaplah sampai ke sasaran kita untuk menyelesaikan masalah keadaan kemanusiaan ini. Sekian terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Akhirnya bergema suara wanita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai seorang wanita Malaysia dan saya yakin boleh mewakili kaum wanita rakyat Malaysia dan rakyat Parlimen Tenggara berdiri untuk menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kerajaan Malaysia dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat mengenai Palestin dan sekali gus menjadi sebagai satu bukti jiwa merdeka Malaysia yang tidak terkongkong dalam mana- mana cengkaman kuasa dunia yang membolehkan kita menyuarakan apa sahaja pendapat kita memperjuangkan segala macam hak kita dan juga bertindak mengikut kewarasan serta kekuatan atas landasan kebenaran baik untuk diri kita mahupun pihak yang lain.

Dalam kenyataan yang lebih ringkas, Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak mungkin berani sekalipun mampu untuk mengadakan sidang khas seperti ini jika pemimpinnya hanya lantang di pentas politik tetapi jiwanya tunduk dan terikat kepada kuasa-kuasa besar yang membuli dan menyembelih manusia yang tidak berdosa. Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang berjiwa merdeka tadi, menjelaskan segala-galanya dan resolusi nya nanti adalah gambaran tulen dan jelas keprihatinan kita terhadap Palestin dan kebencian kita terhadap kekejaman Rejim Zionis itu.

Hari ini adalah hari yang ke-17 serangan Israel ke Genting Gaza, tahniah kepada Malaysia yang telah sama-sama menginisiatifkan permohonan untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas di bawah Resolusi 377 mengenai Palestin. Walaupun Israel dengan angkuh dan berani menolak mentah-mentah resolusi perhimpunan itu, kita kesal dengan sikap-sikap kuasa besar dunia yang berdiam diri terhadap kekejaman ini tetapi tidak seharusnya ia memudarkan semangat kita untuk terus bersuara dan bertindak secara bijak untuk mengumpul kekuatan meraih simpati dan persefahaman ke arah usaha untuk memberikan tekanan kepada Rejim Zionis ini untuk akur dengan resolusi badan dunia yang ada.

Apa yang berlaku di Palestin sekarang ini adalah jelas sebagai satu pencerobohan ke sebuah negara, ia tidak layak dipanggil sebagai peperangan walaupun istilah gencatan senjata mahu digunakan untuk memberhentikan kezaliman Israel kerana penentangan hanyalah terlalu kecil dan berupa tanda mempertahankan diri. Inilah masanya untuk kita Malaysia memainkan peranan kita dalam OIC, NAM, ASEAN, malahan Komanwel untuk mengetengahkan keprihatinan kita terhadap Palestin.

Dalam hal ini, ketegasan bertindak amat diperlukan, kita boleh bertegas tetapi kita pasti berhadapan dengan keadaan di mana negara-negara Arab yang bukan sahaja tidak berani bersuara apalah lagi untuk bertindak. Suara kita, haruslah bukan sahaja lantang tetapi peranan kita seharusnya dirasai dan mesej kita bukan sekadar kebencian kepada kezaliman mereka, tetapi juga mesej keras yang sekurang-kurangnya akan memberikan kekuatan kepada mereka yang masih kurang berkeyakinan dan juga kepada mereka yang kuat tetapi tidak pernah bersatu.

final • 6:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, apakah jenis manusia yang sanggup menyebabkan kemusnahan dan kehancuran kepada manusia lain dengan cara sewenang-wenangnya?

Apakah dasar yang membolehkan mana-mana negara menyerang, mengebom dan mengganas di negara lain tanpa rasa malu dan bersalah? Bagaimanakah sebuah negara boleh dibenarkan bertindak mengetepikan segala peraturan dan hukum antarabangsa serta mengesampingkan hak asasi manusia untuk melaksanakan niat jahat mereka?

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mengutuk dan mengecam tindakan Israel dan Rejim Zionisnya. Kita sudah pun melakukannya sejak tahun 40-an lagi. Kekejaman Israel bukan baru, ia bermula sejak penubuhan negara itu lagi. Atas nama wujudnya sebuah negara Israel, hak asasi dan kepentingan jutaan rakyat Palestin telah pun dinafikan. Apa yang menyedihkan kita ialah rakyat Palestin yang menjadi pelarian di buminya sendiri dan lebih tujuh juta pelarian di dunia pada hari ini lebih separuh merupakan pelarian Palestin.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terfikirkah kita bagaimanakah keadaannya untuk hidup dalam keadaan tertekan, tertindas dan terhimpit selama lebih 60 tahun? Anak-anak membesar di khemah-khemah pelarian, mereka hanya melihat keganasan tentera Yahudi, mereka hanya melihat pembunuhan di hadapan mata mereka. Mereka hanya melihat bagaimana anggota mereka dimangsai.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu Palestin ialah titik tolak kepada semua masalah di dunia hari ini. Dari tidak kestabilan perbalahan budaya, krisis agama, malah keganasan, Palestin menjadi tempat bercambahnya kebencian. Palestin mencorakkan sikap dan nilai anak-anak muda Muslim di seluruh dunia dari The Arab Streets sehinggalah ke tanah air kita. Selagi masalah Palestin tidak diselesaikan, selagi itulah kita akan menghadapi masalah besar dalam konteks keselamatan dan kestabilan dunia.

Tuan Yang di-Pertua, masa untuk kita bercakap dan mengecam sudah pun berakhir. Ini masa untuk bertindak, kita mesti mengerakkan semua usaha untuk memastikan Rejim Zionis menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan ini serta-merta.

Kita mahu mereka yang menyokong rejim ini secara membabi buta mencelikkan mata melihat penanggungan rakyat Palestin yang tidak berdosa ini. Mereka harus disedarkan tentang tindakan mereka.

Israel tahu bahawa apa pun tindakan kejam yang mereka lakukan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kerana mereka akan terus diberikan sokongan oleh Amerika Syarikat. Dasar Amerika Syarikat yang pro Israel dan lobi Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat akan memastikan bahawa semua kecaman dan kemarahan penduduk dunia tidak akan mendatangkan sebarang kudis kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kita kesal, rakyat Malaysia kesal Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu telah pun gagal melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. PBB menjadi badan yang telah pun hilang taring dan kuasanya. Orang tidak lagi menghormati PBB kerana PBB telah gagal menangani isu Palestin. Pada waktu yang sama, veto Amerika Syarikat menyebabkan semua keputusan pada peringkat tertinggi di PBB tidak dapat dilaksanakan.

Kita mahu supaya semua pihak melihat kepada akar umbi masalah ini yang sebenarnya ialah sikap Amerika Syarikat. Dasar luar Amerika Syarikat harus berubah. Kita kesal kerana Presiden Bush telah gagal malah bersekongkol dengan Israel dan Israel pada masa ini mengambil kesempatan daripada peralihan kuasa di Rumah Putih untuk bertindak ke atas Gaza.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak tahu apakah yang boleh dilakukan oleh Barack Obama apabila memegang teraju Presiden, tetapi harapan yang kita letakkan adalah terlalu tinggi kepada Obama. Sekiranya Obama harus bergantung kepada orang-orang yang masih kuat pengaruh Yahudinya, maka Obama juga tidak akan dapat bertindak secara berkesan dan Obama juga akan gagal. Tekanan harus diberikan kepada Amerika Syarikat sebagai naung dan sponsor utama Israel. Mereka hanya tahu satu bahasa sahaja iaitu bahasa kekerasan. Oleh kerana kita tidak mempunyai kekuatan ketenteraan, maka yang ada kepada kita semua ialah kuasa ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak melihat isu ini sebagai isu politik juga bukan isu kaum, apalagi isu agama. Masalah Palestin bagi saya ialah masalah kemanusiaan, masalah sejagat, masalah hidup mati rakyat, masalah kekejaman ke atas kaum wanita dan kanak-kanak selain terkorbannya rakyat yang tidak berdosa. Tuan Yang di-Pertua, kita mahu semua negara di dunia memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat. Kita tahu Amerika Syarikat dalam kedudukan ekonomi yang lemah. Mereka harus disakitkan lagi dengan tindakan bersama daripada semua negara yang bersimpati dengan Palestin.

Kita harus menggerakkan usaha setiap negara baik negara Islam ataupun bukan, mengenakan tindakan sewajarnya bagi memperingatkan kepada Amerika Syarikat bahawa kuasa ketenteraan sahaja tidak mencukupi. Mereka harus menghormati undang-undang sejagat.Undang-undang sejagat bermaksud menggunakan kuasa yang ada untuk mengajar negara-negara yang ganas dan tidak bertimbang rasa. Kita tahu bahawa Amerika Syarikat mempunyai tradisi kononnya membantu banyak negara sewaktu kesusahan. Itu yang menjadikan Amerika Syarikat unik dan kononnya dihormati.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Amerika Syarikat menjadi kuasa besar kerana itu, Amerika Syarikat membantu negara-negara teraniaya sewaktu Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mengambil tindakan ke atas banyak negara lain kerana isu hak asasi. Mengapakah Amerika Syarikat tidak bertindak sama sekali ke atas Israel yang jelas sengaja melanggar hak asasi manusia di bumi Palestin? Kita tahu kekejaman Israel ke atas Palestin tidak boleh digambarkan dengan kata-kata pada hari ini. Segala soal yang membabitkan demokrasi dan hak asasi manusia tidak ada maknanya lagi dengan cara sokongan membabi buta Amerika Syarikat ke atas Israel. Dasar itu mesti diubah oleh Barack Obama selepas kegagalan Bush.

Pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya harap kita akan mengambil tindakan adalah seperti berikut:

(i) untuk menggerakkan lobi antarabangsa untuk mengubah dasar Amerika Syarikat terhadap Israel; dan

(ii) untuk mengajar Amerika Syarikat dengan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kepentingan ekonomi Amerika Syarikat di semua negara yang ada di dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, selagi Amerika Syarikat tidak berubah, Israel juga tidak akan berubah dan bumi Palestin juga tidak akan berubah. Marilah kita rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama bersama-sama memberikan sokongan yang kuat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk bertindak membuat perubahan ke atas nasib rakyat Palestin yang tidak berdosa itu.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Mercy Malaysia dan Aman Malaysia yang telah mewakili Misi Kemanusiaan Malaysia dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan untuk membantu. Saya juga mewakili suara wanita Malaysia dan rakyat Parlimen Tenggara menyokong usul yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

final • 6:30 PM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen Papar dan sebagai sebahagian suara wanita muda yang terpanggil untuk bersama-sama membahaskan usul khas mengenai Palestin di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat bertuah kerana merupakan sebuah negara Islam yang bebas, aman, makmur dan harmoni. Nikmat ini tidak diperolehi oleh mana-mana negara Islam lain di dunia ini, di mana di beberapa negara lain khususnya di Palestin umat Islam disekat dari mendapatkan pendidikan, kehidupan mereka ditekan, ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya.

Kekejaman ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia bukan sahaja melampau, tetapi sebenarnya sesuatu tindakan dan perbuatan yang jauh menyimpang daripada garisan kemanusiaan biasa. Serangan atas nama menghapuskan perjuangan Hamas ternyata menjadi misi membunuh dan mencederakan beribu-ribu bayi, kanak-kanak, para remaja, kaum wanita dan orang awam yang tidak berdosa.

Apakah lesen yang menghalalkan perbuatan terkutuk Israel ini selain daripada restu kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat? Sepatutnya Amerika sebagai sebuah negara maju yang kononnya berpaksikan kepada hak asasi seharusnya membela nasib mereka yang lemah dan bukannya menjadi dalang kepada kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di atas rakyat Palestin memberikan kesedaran dan isyarat paling jelas kepada rakyat di negara ini serta seluruh umat Islam dunia agar bersatu. Hanya dengan bersatu sahaja kita boleh mengajar Israel yang hanya mempunyai kekuatan senjata api, kereta kebal serta persenjataan canggih yang disumbangkan oleh kuasa besar dunia.

final • 6:38 PM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Kita tahu Israel sebenarnya tidak mempunyai jiwa perjuangan setegar pejuang Palestin yang akan sentiasa bangkit membela nasib rakyat mereka sekiranya berterusan ditindas. Seperti kata mantan khatib Masjid Al-Aqsa di Palestin, Syeikh Dr. Mohamad Mahmood yang juga merupakan Presiden Persatuan Ulama Palestin bahawa Palestin tidak pernah kurang pejuang kerana setiap anak Palestin yang dilahirkan sudah bersedia dan sentiasa menanti untuk melakukan jihad menentang apa sahaja tekanan dan juga ancaman musuh-musuh Islam.

Oleh itu hakikat sebenarnya ialah Israel mempunyai persenjataan yang tercanggih di dunia, begitu takut dan bimbang dengan kekuatan jiwa yang ada pada rakyat Palestin.

Kita menyeru rakyat negara ini agar menjaga dan menyayangi kebebasan serta keharmonian yang dinikmati pada hari ini. Pada masa yang sama kita perlu memberikan sokongan kepada rakyat Palestin agar mereka tahu bahawa masyarakat dunia berpihak kepada mereka.

Kita sebagai sebahagian masyarakat dunia turut merasai kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin yang saban hari bermandikan darah.

Kita yakin doa dan sokongan kita mampu menjadi senjata kepada anak-anak Palestin meneruskan perjuangan mempertahankan Islam, Al-Aqsa dan tanah air mereka. Hakikat di mana bumi dipijak langit pasti terbentang untuk dijunjung tidak akan berubah tetapi situasi dan implikasinya sangat berbeza pada ketika ini.

Itulah realiti hidup rakyat dan bangsa Palestin yang dihalau dan dipaksa keluar daripada negara mereka sendiri sejak Rejim Zionis Yahudi Israel mula menduduki dan menakluki bumi Anbia Palestin sejak 1948 sehingga ke hari ini. Amerika Syarikat dan Israel perlu diajar cara-cara menjadi manusia bertamadun dan tidak menggunakan keganasan sebagai jalan penyelesaian.

Tuan Yang di-Pertua, inilah pengajaran yang benar-benar segar untuk ditatapi.

Justeru untuk jangka masa panjang, negara-negara Asean dan negara-negara Islam perlu menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, teknologi dan sosial. Sekiranya negara- negara ini mempunyai keupayaan dan mampu mengeluarkan produk sendiri yang menyamai negara-negara Barat, kita tidak akan lagi bergantung kepada Amerika semata- mata.

Pembunuhan terhadap orang awam termasuk kanak-kanak yang telah mencecah kepada 800 orang jelas menunjukkan Israel tidak pernah mempedulikan sentimen serta perasaan umat Islam. Kekejaman itu juga jelas memperlihatkan betapa negara tersebut langsung tidak mengambil kira soal hak asasi manusia selain kerakusan membunuh mereka yang tidak berdosa. Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang juga dilaknati oleh Allah SWT. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme, mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan memperoleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ini dilakukan sesuai dengan slogan tujuan menghalalkan cara.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini. Begitu juga dengan sikap Amerika Syarikat yang sebelum ini kononnya pejuang dan pembela kepada hak asasi manusia. Begitu juga kita hairan di manakah perginya Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa atau Amnesty yang sekadar melihat darah mengalir di Gaza tanpa apa-apa tindakan.

Negara-negara Arab perlu bersatu di dalam menekan agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan segera gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Masyarakat antarabangsa juga perlu bersatu bagi memastikan kuasa besar dunia sama ada Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain memberikan tekanan kepada Tel Aviv untuk memberhentikan pembunuhan yang tidak berkemanusiaan ini. Tindakan pembunuhan tidak berkemanusiaan terhadap rakyat Palestin oleh Kerajaan Israel jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan juga resolusi PBB.

final • 6:40 PM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Di dalam Dewan yang mulia ini saya meminta dan menggesa rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya menuntut agar Pertubuhan Negara Islam atau OIC mengambil sikap dan pendirian lebih jelas bagi membela nasib rakyat Palestin yang semakin tertindas.

Kita juga meminta PBB mengutuk Israel sekeras-kerasnya dengan tindakan yang menjijikkan itu dan Amerika Syarikat kerana bersubahat dengan tindakan keganasan yang ditaja oleh negara itu. Rakyat di negara ini juga perlu bersatu memboikot secara berterusan produk syarikat berkaitan Yahudi dan Amerika Syarikat yang mendalangi kekejaman Rejim Israel ke atas Palestin. Rakyat mesti membuang sikap mengagung-agungkan produk Amerika yang merupakan sekutu rapat Israel itu. Tindakan pemboikotan itu mesti dijalankan secara berterusan kerana usaha untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak pernah dihentikan.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu takut kepada Amerika. Negara ini sebenarnya lemah. Keberaniannya hanya terletak kepada kemahirannya mengugut negara-negara lain melalui pencapaian-pencapaian teknologi dan ekonomi yang diada-adakan selain bijak menampil dirinya sebagai sebuah negara penguasa. Realitinya Amerika sebenarnya sentiasa berada dalam ketakutan namun ketakutan inilah yang membuat negara ini sentiasa mencari jalan untuk mempertahankan dirinya daripada ancaman bahaya.

Tuan Yang di-Pertua, peranan Malaysia di dalam membantu Palestin perlu dilakukan melalui usaha di dalam dan luar negara. Untuk memainkan peranan itu di peringkat dalam negara, semua barangan Israel atau yang ada berhubung kait dengan Amerika perlu diboikot bagi memberikan tekanan kepada rejim tersebut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan sekatan ekonomi terhadap Israel dan membekukan semua aset negara Yahudi tersebut yang berada di luar negara khususnya di negara-negara Arab.

Media alternatif seperti Al Jazeera perlu berusaha lebih keras untuk menandingi media Barat yang dikuasai oleh Amerika Syarikat di dalam mendedahkan kekejaman Israel yang selama ini dilindungi oleh negara Barat. Negara kita juga perlu melakukan atau mengadakan kempen-kempen anti perang di peringkat antarabangsa yang menghantar mesej yang jelas dan senada iaitu menghentikan keganasan negara Yahudi itu terhadap Palestin dan penindasan Amerika terhadap Iraq dan Afghanistan. Kita juga perlu menggesa pemimpin-pemimpin Islam untuk duduk semeja, mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi konflik Israel Palestin dan perlu bersatu dalam semua keputusan yang dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, negara-negara Islam perlu bersatu. Jika tidak mampu bersatu dari fahaman politik setidak-tidaknya demi menjaga Islam. Negara-negara Islam perlu bertindak lebih berani agar musuh-musuh Islam tidak akan menggugat mereka.

Negara-negara Islam hendaklah mampu mengenal pasti punca negara Barat jauh lebih kuat.

Tuan Yang di-Pertua, negara-negara Arab perlu menarik semua bentuk pelaburan di Amerika Syarikat dan sekutunya bagi menundukkan keangkuhan dan keegoan Israel sekali gus melumpuhkan lagi ekonomi mereka yang sedia tenat. Sebagai umat Islam yang cintakan keamanan, solat hajat di seluruh dunia perlulah diadakan selain kutipan dan sumbangan wajar dikumpulkan bagi meringankan beban rakyat Palestin dan elakkanlah daripada menggunakan hiburan sebagai alternatif untuk memungut derma sebagai menghormati kesengsaraan saudara kita di Palestin.

Malaysia juga perlu menimbangkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan jangka panjang kepada pelarian Palestin seperti mana yang pernah kita lakukan kepada pelarian perang Bosnia. Antara alternatif itu adalah memberikan pendidikan kepada anak- anak Palestin untuk melanjutkan dan meneruskan pendidikan mereka di negara kita.

Pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara juga perlu bekerjasama menyuarakan pandangan dan bantahan secara lebih lantang di pentas antarabangsa dan berterusan mendesak Amerika supaya memberhentikan kekejaman Israel. Kita juga perlu memboikot barangan Amerika dan melakukan cubaan untuk tidak menggunakan dolar Amerika.

final • 6:40 PM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Seharusnya satu hasrat yang perlu disokong. Kita yakin langkah ini adalah langkah yang paling konkrit. Saranan Perdana Menteri untuk menggesa PBB mengadakan sidang tergempar adalah bertepatan kerana ia membolehkan cadangan memboikot barangan dan dolar Amerika ini dapat dikemukakan.

Kerajaan juga digesa mengadakan perbincangan dengan Bank Negara dan bank- bank tempatan serta industri-industri yang menggunakan dolar Amerika sebagai mencari strategi bagaimana cara untuk tidak menggunakan mata wang itu pada masa akan datang terutama dalam industri perdagangan berskala kecil. Industri pelancongan Amerika juga perlu dibatalkan. Ini bukan sahaja dilakukan oleh Malaysia tetapi mengajak negara-negara lain agar memulaukan apa sahaja bentuk kepentingan-kepentingan Amerika yang selama ini memberikan keuntungan serta menyebabkan keangkuhan mereka.

final • 6:40 PM

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Negara-negara ASEAN juga perlu mencadangkan supaya PBB dirombak dan dinamakan semula dan digantikan dengan satu pertubuhan dunia yang baru. Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu mengajak negara-negara dunia yang lain termasuk negara Eropah yang tidak bersetuju dengan Amerika supaya membentuk pasukan pengaman walaupun ia bukan atas tajaan PBB. Negara-negara Islam juga perlu mempertimbangkan menjalinkan hubungan lebih erat dengan Rusia dan China kerana dua negara itu merupakan kuasa besar dalam bidang ekonomi. Malaysia juga perlu mengambil inisiatif menasihati negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah agar memindahkan pelaburan masing-masing daripada Amerika ke China dan Rusia serta negara-negara lain.

Malaysia serta negara Islam lain perlu membatalkan semua bentuk projek ekonomi dan juga pelaburan dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel dengan serta-merta.

Tuan Yang di-Pertua, semua negara Islam juga perlu membatalkan import barangan daripada Amerika serta Israel dan menggantikan barangan buatan negara lain. Semua kontrak dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis mestilah dibatalkan.

Malaysia dan negara Islam lain juga perlu mendesak IMF agar tidak memberikan bantuan kewangan kepada Amerika supaya ekonomi negara itu terus tenat dan tidak berupaya membantu Israel. OIC ataupun Pertubuhan Negara-negara Islam mesti juga mendesak negara-negara Barat untuk menyekat penjualan senjata kepada Israel.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, OIC yang menguasai OPEC atau Pertubuhan Negara Pengeluar dan Pengeksport Minyak mestilah menyekat dan seterusnya memberhentikan eksport minyak ke Amerika. Ini sebagai menghukum negara yang mengakui diri mereka sebagai anggota keselamatan atau polis dunia tetapi tidak lebih daripada pembuli dan juga pencabul kepada hak kemanusiaan yang paling hina di dunia ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Firman Allah yang bermaksud, “Diizinkan berperang kepada orang-orang yang diperangi dan Allah Maha Berkuasa untuk membantu mereka iaitu orang-orang yang diusir keluar daripada tanah air mereka dengan alasan yang tidak benar dan mereka hanya mengatakan Tuhan kami ialah Allah”.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri pada petang ini bersama-sama untuk membahaskan usul yang sangat penting ini. Saya sengaja membacakan ayat perang itu kerana telah lima dekad sejak wujudnya negara haram Israel ini tahun 48. Kita diajak untuk bermain dan berunding untuk menunjukkan kepintaran dan kecekapan kita dalam dunia diplomatik. Islam adalah agama yang sangat mementingkan keamanan. Jika bertembung di antara perdamaian dan peperangan, Islam mengajar supaya perdamaian itu mesti didahului. Akan tetapi oleh kerana telah lima dekad, kita telah menyaksikan bagaimana pentas dunia sama ada ia berwajahkan PBB, berwajahkan OIC, NAM dan seumpamanya, persidangan demi persidangan, konvensyen demi konvensyen dan diskusi demi diskusi.

Oleh itu, dunia telah memperhatikan bahawa telah lima dekad kita diajak untuk berunding dan kita bersedia untuk berunding. Kita menghantar termasuk negara kita Malaysia pada saya telah menghantar para diplomat yang terlatih dan cukup profesional.

final • 6:82 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Palestin, sama ada dulunya ia bernama PLO dan pada Jun 2006 demokrasi telah dibuka di Palestin dan rakyat telah memilih Hamas. Rakyat juga telah memberikan mandat itu kepada Hamas dan Hamas telah melahirkan para diplomat yang cemerlang seperti Khaled Mashaal sebagai contoh. Untuk berada di persada antarabangsa dan untuk menyuarakan hasrat mereka. Malah bersedia untuk mengetepikan isu peperangan tatkala Amerika Syarikat pada hari ini dan sekutunya menggelar Hamas sebagai terrorist, sebagai pengganas, itu adalah satu pelabelan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, di atas fakta-fakta yang saya sebutkan sebentar tadi, pada hari pertama setelah Hamas memenangi pilihan raya dengan mandat rakyat atas nama demokrasi, Perdana Menterinya iaitu Ismail Haniah telah memberikan ucapan bahawa Hamas bersedia untuk tidak lagi berperang dengan Israel. Jikalau Israel mahukan suatu bentuk perdamaian, Hamas bersedia untuk kembali kepada asas sempadan tahun 67. Ini pada saya daripada kita semua. Mana ada sebuah pertubuhan pengganas, mana ada sebuah negara ataupun orang yang menganut ideologi ini yang mengambil tindakan ataupun pendekatan pengganas sanggup untuk melupakan peperangan dan membawa sebuah negara yang pada sejarahnya telah membunuh ribuan manusia, orang tua, kanak- kanak dan wanita untuk tampil ke meja perundingan. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, bahawa Hamas telah menunaikan tanggungjawabnya untuk tidak lagi melakukan peperangan, mengajak Israel yang ada pada hari ini dan tidak sepatah pun ucapan Ismail Haniah yang pada waktu itu berhasrat untuk mengheret pemimpin-pemimpin Israel ke mahkamah The Hague atas nama jenayah perang.

Mereka sanggup melupakan persengketaan yang bukan suatu persengketaan politik tetapi suatu pembunuhan, satu genocide serta massacre yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin. Saya harap Parlimen yang bersidang pada hari ini dalam resolusinya nanti tidak lagi insya-Allah kita mendengar sebagaimana jawapan Yang Berhormat Menteri Luar dan yang sebelum daripada ini. Apabila diajukan adakah Malaysia berhasrat untuk memulakan Rundingan Pakatan Bersenjata Negara-negara OIC. Setiap kali kita mendengar jawapan yang standard. Malaysia masih yakin lagi dengan usaha damai, perundingan dan seumpamanya. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah menyatakan bahawa kita bersetuju dengan perdamaian, kita bersetuju dengan perundingan, kita bersetuju dan kita mengambil sikap yang proaktif dalam dunia diplomatik.

Akan tetapi Amerika dan Israel tidak pernah menghormati. Jadi bahasa apakah yang perlu kita ajar mereka pada hari ini? Rakan saya, Yang Berhormat Rembau tadi mengatakan bahawa sekiranya mereka membunuh pemimpin-pemimpin di Palestin, akan lahir lebih ramai lagi suicide bombers. Mungkin rakan saya tadi agak keberatan untuk menyebut tentang jihad. Saya suka mengatakan di sini bahawa bahasa untuk mengajar mereka pada hari ini adalah kita mesti melangkah a way forward. Islam meraikan kedua- duanya. Dunia diplomatik, yes. Dunia perdamaian ahlan wahsahlan, welcome.

final • 6:82 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi kalau mereka, lima dekad resolusi demi resolusi PBB diperkuda. Suara ini tidak didengar, para-para diplomat kita letih dan penat di meja perundingan. Sekarang bahasa apakah yang perlu mengajar mereka? Sebab itu Persidangan Parlimen Malaysia pada hari ini tidak akan sempurna Tuan Yang di-Pertua. Tidak akan berbeza dengan mana- mana persidangan sebelum daripada ini kecuali saya mencadangkan tiga ataupun empat usul yang mesti dipertimbangkan dengan serius.

Pertama, Malaysia walaupun sebuah negara kecil tetapi saya bangga, kami rakan- rakan daripada Pakatan Rakyat, kami bangga menjadi anak Malaysia walaupun negara kita kecil. Kita mahu supaya Parlimen Malaysia bersama dengan rakan-rakan kita dalam OIC, tidak semua negara OIC ini penakut. Rakan-rakan kita dalam NAM sebagai contoh kita mesti memulakan satu langkah untuk adanya pakatan ketenteraan untuk menghadapi isu ini. Saya rasa ini sangat penting. Perlu ada langkah ini.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Belum lagi kepada tahap berapa banyak senjata yang perlu kita miliki, itu belum lagi. Akan tetapi setidak-tidaknya saya mahu mendengar bahawa Malaysia mencadangkan kepada OIC atau Malaysia mencadangkan kepada NAM.

final • 7:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tidak salah dalam masa yang terdekat, Malaysia mengambil satu langkah untuk mengambil dan berperanan memanggil sidang khas OIC dan NAM di Kuala Lumpur dalam bulan ini juga kalau boleh untuk membincangkan perkara ini. Untuk apa? Untuk kita melihat faktor-faktor yang sudah terlalu banyak disebut oleh rakan-rakan kita sebentar tadi. Kita mengharapkan kepada Obama.

Ya, sebagai manusia biasa, negara kecil melihat kepada negara besar. Saya juga ada reservation walaupun saya tahu dan pembacaan kita, dengan observation kita, dengan penelitian kita, setiap Presiden Amerika itu siapa di belakangnya. Kita faham, kita arif dengan perkara itu. Akan tetapi Barack Obama telah memberikan suatu sinar paling tidak untuk apa? Untuk melihat dasar luar Amerika. Satu kajian yang dibuat oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat di antara faktor kemenangan Obama yang menyebabkan orang-orang kulit putih, the White supremacy ini? Sanggup melupakan Obama ini kulit hitam yang berasal pada benua gelap Amerika daripada novel Roots Kunta Kinte, kerana apa?

Kerana mereka mahukan suatu perubahan yang di slogan oleh Obama “Vote for Change”.

Namun kalau Obama pada bulan hadapan menjadi Presiden Amerika dia bersikap sama macam Bush, dia bersikap sama dengan bapa Bush maka saya tidak hairan kalau rakyat Amerika akan menjatuhkan Obama tidak sampai satu penggal. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itu perkara pertama yang akan lahir daripada Parlimen Malaysia. Kita mesti memulakan inisiatif ini untuk kita bincang tentang sudah sampai masanya negara-negara umat Islam OIC negara-negara dunia ketiga ini kita boleh untuk berbincang tentang pakatan persenjataan kita. Katakan Iran sebagai contoh, jangan kita terperangkap dengan slogan Syiah dan seumpamanya. Kita sudah ada Iran sebagai contoh yang mampu membangunkan kuasa nuklear untuk pembangunan negara bukan untuk persenjataan.

Akan tetapi kita boleh, adakah Amerika tidak boleh dikalahkan. Mereka telah dikalahkan di Vietnam, dimalukan di Vietnam. Kuasa besar dunia, Soviet Union dimalukan di Afghanistan. Adakah Israel tidak pernah dikalahkan? Dia pernah dikalahkan tahun 67, di dikalahkan tahun 2006 di Beirut oleh Hizbollah dan balik dengan penuh rasa malu. Kita boleh mengajar mereka dengan permainan-permainan yang mereka izinkan. Sama ada dalam dunia diplomatik ataupun dalam dunia persenjataan, saya yakin dan percaya kita boleh memilih kedua-duanya. Akan tetapi sikap Islam jelas bahawa kita memilih pendamaian itu mendahului segala bentuk peperangan.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang bagaimana yang disebut tadi. Jelas, mereka mempermainkan kita, mereka memperbodohkan kita. PBB dengan kuasa veto dan seumpamanya, kita letih. Tulisan-tulisan seperti, “The Dare to Speak Out” yang menelanjangkan tentang bagaimana perangai mereka, doktrin mereka, protokol Zionis. Buku sepertimana From Beirut to Jerusalem, bagaimana kita melihat Pipelines War yang paling mutakhir sekali kita boleh membaca mendedahkan tentang konspirasi Amerika Syarikat, Gulf War oleh Kent McClure yang semuanya telah didedahkan oleh bekas-bekas agen perisikan mereka, bekas FBI, bekas CIA dalam tulisan yang mereka tulis ini. Ini membuktikan bahawa dunia diplomatik ini semakin mencemaskan dan kita perlu ada satu alternatif. Malaysia perlu berani menyuarakan perkara ini di persidangan yang di persada antarabangsa.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya sukan mencadangkan di sini bahawa yang lebih penting ialah bagaimana usul kita pada hari ini. Usul kita pada hari ini mestilah kita berani untuk menyatakan kesediaan Malaysia untuk mencadangkan supaya penjenayah- penjenayah perang ini diheret ke mahkamah keadilan The Hague di Belanda. Mungkin ada orang mengatakan siapa yang berani untuk meletakkan loceng. Kumpulan tikus mana yang berani untuk meletakkan loceng di leher kucing? Tuan Yang di-Pertua, kalau kucing mengajar tikus, itu tidak menjadi berita. Akan tetapi kalau kali ini tikus mengajar kucing ia akan menjadi berita. Ia akan menjadi begitu signifikan.

Kalau negara kecil seperti Malaysia ini, Insya-Allah berani untuk mengemukakan satu usul supaya pimpinan-pimpinan Rejim Israel ini diheret ke muka mahkamah kerana jenayah perang. Bukan kerana mereka Yahudi. Ayat yang saya baca tadi itu pun Allah mengatakan dengan spesifik dan mengajar kita berfikiran cukup objektif... [Membaca sepotong ayat al-Quran]

final • 7:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Maknanya “Allah melaknat orang-orang Israel yang kufur di kalangan mereka”.

Bukan semuanya, tetapi sebahagian daripada mereka yang merosakkan muka bumi Allah SWT ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting ialah supaya Parlimen Malaysia juga pada hari ini mengusulkan, kalau boleh, kalau diizinkan saya merasakan ramai di kalangan pemuda-pemuda Islam ini rela menjadikan mereka ini sebagai sukarelawan yang bersedia mempertaruhkan nyawa dan darah mereka demi umat Islam di Palestin. Akan tetapi jangan pula Tuan Yang di-Pertua, diizinkan pergi balik ke sini di ISA kan pula.

Saya rasa ramai atas nama pembelaan kita kepada kezaliman, atas nama pembelaan kita kepada orang-orang yang dizalimi yang disebut dengan jelas dalam ayat tadi... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Mereka yang dihalau keluar daripada negeri mereka, kampung halaman mereka dengan sebab yang tidak benar.

final • 7:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Merampas hak dan tanah air orang lain. Hanya kepada golongan ini yang diizinkan untuk mereka bertindak balas ke atas perbuatan yang diajukan kepada mereka. Kalau tidak saya merasakan Parlimen kita tidak berbuat apa-apa. Kita mesti lebih berani. Kita mesti lebih ke hadapan dan insya-Allah apa yang kita bahaskan bersama pada petang ini akan sedikit sebanyak membantu perjuangan umat Islam di Palestin.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar tadi sumbangan yang diberikan oleh kerajaan ialah USD1 juta. Saya rasa perlu ditambah lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa banyak program yang telah kita buat. Di Shah Alam sahaja saya diberitahu pada malam tadi hampir RM100,000. Itu duit rakyat Malaysia. Atas nama negara, saya cadangkan tingkatkan lagi lebih daripada itu. Kita ada minyak. Atas nama kemanusiaan, saya rasa tidak ada orang akan mempertikai yang sebahagian besar duit hasil bumi ini kita belanjakan untuk keprihatinan kita kepada umat Islam di Palestin. Saya menyokong usul ini dan terima kasih. Mudah-mudahan Parlimen Malaysia atas nama kebaikan kepada negara, kebaikan kepada rakyat lebih banyak lagi sidang khas seperti ini akan diadakan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi yang hendak bercakap ini? Kalau ramai lagi terpaksa kita hadkan masa. Disiplinkan diri sikit. Saya tahu bahawa isu ini adalah isu yang dekat di hati setiap rakyat Malaysia tetapi kita tidak ada masa yang panjang. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Insya-Allah saya ringkas sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana dapat mengadakan sidang khas ini dan saya sebenarnya pada hari ini juga diminta untuk turut mewakili parti SPDP iaitu Sarawak Progressive Democratic Party untuk menyatakan pendirian yang sama yang wakilnya tidak ada di sini.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita ini kutuk pun sudah, bakar bendera pun sudah, baling kasut pun sudah. Kalau wartawan Iraq itu baling kasut ke muka Bush tidak kena tetapi di Batu Pahat dua hari lalu, semua yang baling itu, semua kena. Termasuklah perempuan tua yang turut baling dan turut kena. Ini hebatnya Batu Pahat.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam usul yang dibawa tadi pertamanya ialah bagaimanakah gencatan senjata ini boleh dilaksanakan.

Keduanya ialah bagaimanakah pasukan pengaman PBB ini dapat masuk ke Gaza. Ketiga ialah bagaimanakah Tribunal Jenayah Perang seperti mana yang pernah wujud di Bosnia dulu dapat dilaksanakan dan yang keempat ialah bagaimanakah Gaza ini boleh kita bangunkan semula setelah menjadi padang jarak padang tekukur sepertimana kita membantu di Aceh ketika Aceh berhadapan dengan tsunami.

Oleh kerana usul ini di bawa di Parlimen, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Luar Negeri khususnya mengambil daya inisiatif supaya di Parlimen ini kita dapat mewujudkan satu caucus Parliament on Palestine. Kita sudah ada Caucus Parliament mengenai dengan Myanmar, kita ada Caucus Parliament mengenai dengan buruh, kita ada Caucus Parliament mengenai dengan wanita.

final • 7:12 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Untuk kita menyatakan keprihatinan kita pada hari ini daripada sidang khas ini, maka sudah tentulah yang paling sesuai kita laksanakan dan persetujukan ialah satu Caucus Parliament mengenai dengan Palestin supaya Ahli-ahli Parlimen di Malaysia ini dapat bekerja sepanjang masa bukan bila berlaku serangan kita bawa usul dan sebagainya tetapi kita melobi sepanjang masa dalam memperjuangkan sebuah negara yang berdaulat untuk rakyat Palestin.

Dengan adanya Caucus ini, maka kita mengharapkan Kementerian Luar Negeri ini dapat menyediakan satu geran yang lebih besar untuk kita bekerja sampai ke luar sebenarnya, bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen di tempat-tempat lain untuk kita bersatu bagaimanakah tekanan daripada Ahli-ahli Parlimen seluruh dunia ini dapat memberi kesan dan impak yang besar juga dalam usaha kita untuk memastikan apa yang berlaku di Gaza ini akan berhenti. Kita memang dukacita bahawa Gaza adalah merupakan satu penjara terbuka yang mana mereka tidak ada kebebasan dan sebenarnya Gaza sudah pun dikepung sejak 5 November lagi. Kita tahu bahawa antara tempoh 5 November hingga 30 November tahun lalu, hanya 231 lori bekalan makanan sahaja yang boleh masuk ke Gaza berbanding 3,000 lori setiap bulan.

Oleh sebab itulah kita berusaha untuk membawa usul ini di Parlimen dalam sidang yang lalu kerana kita tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Israel ini ialah sebagai satu permulaan sebelum mereka melakukan serangan dan ternyata pada hari ini Gaza yang panjangnya hanya 27 batu ini dihancurkan dengan sebegitu rupa yang akan menyedihkan kita. Oleh sebab itu saya fikir bahawa Caucus Parliament mengenai Palestin ini mesti diwujudkan di Parlimen kita supaya suara kita di Parlimen Malaysia ini, yang bersatu hati ini, dapat diteruskan dalam memberikan bantuan kepada perjuangan orang-orang Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah saya mengamati pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tentang memotong gaji tadi. Saya fikir yang lebih wajar melakukan pemotongan gaji ini ialah di kalangan Ahli Parlimen kita yang mengadakan sidang khas pada hari ini. Bagi saya setakat memotong gaji sehari tidak mencukupi. Apa salahnya pada bulan ini sekurang-kurangnya RM2,000 gaji kita itu dipotong untuk diberi sumbangan kepada perjuangan orang Palestin ataupun untuk membangunkan Palestin di Gaza yang sedang dihancurkan dan dimusnahkan oleh tentera Rejim Zionis ini. Saya yakin bahawa di kalangan Ahli-ahli Parlimen ini mereka bersetuju setakat RM2,000 ini dipotong daripada gaji mereka untuk bulan ini kerana ini adalah penting bahawa inilah keputusan dalam Sidang Khas Parlimen kita mengenai isu Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, berbangkit tentang apa yang disebut tribunal perang tadi, ataupun yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tentang tentera OIC. Saya fikir bahawa di sinilah kita melihat peranan Kerajaan Malaysia kita ini cukup penting iaitu Kerajaan Malaysia kita mestilah bertindak dengan lebih berani sebenarnya dalam memperjuangkan perkara-perkara seperti ini. Saya fikir sudah wajar dan sampai masanya kerajaan mewujudkan pelobi-pelobinya sendiri yang bergerak dan bekerja bersama-sama dengan negara-negara yang lain khususnya di kalangan negara OIC supaya mereka ini bersatu hati. Ini cukup penting sebenarnya supaya apabila adanya pelobi-pelobi ini, dengan menggabungkan seluruh negara-negara OIC, maka kita yakin sebenarnya ini boleh dilaksanakan sebagai satu tekanan kepada negara Amerika ataupun PBB sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan boikot ini, saya fikir bahawa boikot ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika kerajaan kita sendiri tidak mengepalai ataupun menjadi pimpinan kepada usaha untuk melakukan boikot ini. Betul, bahawa kita mendengar setiap kali ada isu mengenai dengan apa yang berlaku di Palestin ini, maka kita mahu mengadakan boikot. Akan tetapi jika kerajaan tidak terlibat sama untuk melakukan boikot ini saya fikir kesannya adalah tidak cukup besar. Oleh kerana itu saya berharap kerajaan memberikan pandangan, kempen dan sebagainya menjelaskan apakah barang-barang yang boleh kita jadikan sebagai fokus utama untuk diboikot. Jika ini dilakukan, saya rasa rakyat tahu di mana keutamaan barang-barang yang perlu kita boikot.

Kalau tidak ada macam-macam disebut, ada yang kata telefon Nokia pun kena boikot dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya kerajaan sendiri membantu kita, memberikan kesedaran dan menggalakkan boikot ini saya yakin mesti ada kesan kepada ekonomi Amerika itu sendiri, khususnya yang menjadi pendukung kuat kepada Rejim Zionis ini.

final • 7:12 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan hasil kutipan. Saya melihat pandangan daripada ramai kawan-kawan tadi yang cukup prihatin bagaimanakah kita mengurus kutipan derma kita ini dan bagaimanakah ia disalurkan?. Saya ingin beritahu di Dewan yang mulia ini bahawa apabila di Batu Pahat kita melakukan demonstrasi dalam masa satu hari jumlah yang dikumpul ialah sebanyak RM34,000. Ini orang-orang biasa.

Orang-orang yang cukup prihatin kepada apa yang berlaku di Palestin dan mereka menderma itu dengan jumlah yang sebegitu besar menandakan bahawa tidak kira apa kaum pun bahawa mereka sama-sama merasa prihatin dengan apa yang berlaku di Ghaza.

Oleh sebab itu, saya fikir bahawa cara kita mengurus dana ini juga cukup penting sebenarnya iaitu kesannya mestilah sampai kepada rakyat Palestin yang ada di Ghaza ataupun di Tebing Barat ini. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa kalau boleh wang derma kita ini dipastikan dapat membina lebih banyak sekolah di sempadan di Rafah itu, membina hospital ataupun membina asrama anak yatim yang kehilangan ibu bapa dan ataupun seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Papar tadi iaitu bahawa wang yang kita kumpul ini juga kita gunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestin dan belajar di mana-mana sama ada di negara kita ataupun di tempat lain supaya wang itu dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Palestin sendiri.

Oleh kerana itulah saya yakin bahawa jika ini dapat dilakukan maka sudah tentulah rakyat Malaysia akan lebih yakin untuk memberikan derma dan sumbangan yang lebih besar sebenarnya dan supaya manfaatnya sampai kepada rakyat Palestin, maka sebab itu saya kata bahawa wang derma ini lebih baik kita gunakan untuk membangun Ghaza yang sudah diranapkan itu. Kalau boleh pun saya fikir wang itu juga boleh membantu kerajaan Hamas yang bermasalah sebenarnya dari segi pembayaran gaji dan sebagainya ini. Oleh kerana itulah Tan Sri Yang di-Pertua, saya yakin bahawa jika sekiranya kita dapat imbangkan apa yang ingin kita persetujukan di Parlimen ini dari segi melobi PBB dalam soal untuk melakukan gencatan senjata ataupun dalam soal untuk memberi tekanan kepada Amerika supaya tentera pengaman dapat masuk maka kita juga dapat mengimbangkannya dengan tindakan kita sendiri dalam soal boikot ataupun derma yang kita kumpulkan itu memberikan kesan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin sendiri. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Batu, selepas Batu, Jerlun, dan Rantau Panjang. Selepas itu Pasir Salak.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana dibenarkan untuk menyertai perbahasan untuk menyokong satu usul yang disetujui oleh kedua-dua pihak malah semua Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini. Pada saya perbahasan petang ini bukan sahaja kita ingin menjelaskan pendirian yang tegas terhadap kutukan atau condemnation kita terhadap keganasan yang dilakukan oleh Zionis, tetapi kita juga harus menyedari bahawa resolusi dan perbahasan dalam sidang Parlimen atau PBB atau pelbagai forum antarabangsa selama ini tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah. Resolusi setelah resolusi. Banyak lagi statement telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin dunia dan sehingga sekarang kita tidak dapat menghentikan satu negara satu bangsa yang kecil di dunia yang sepatutnya yang telah menunjukkan begitu banyak solidarity terhadap rakyat Palestin. Apa yang saya lebih prihatin ialah kita harus membahaskan dan juga memutuskan tindakan yang lebih berkesan dan mencari punca dan cara serta saluran yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah.

Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya menyokong penuh pendirian selama ini oleh kerajaan Malaysia bahawa Zionis Israel ini bukan kerajaan yang legitimate.

Sebuah negara yang ditubuhkan atas rampasan tanah rakyat lain dan menafikan hak peribumi, yang didirikan dengan asas perkauman atau dengan asas bahawa mereka adalah manusia yang direstui dan dipilih oleh Tuhan.

final • 7:23 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Mereka sahaja yang berhak untuk memerintah. Ini bukan sebuah negara yang sepatutnya diiktiraf dan diakui oleh masyarakat antarabangsa. Akan tetapi selama ini, kita tidak dapat sungguhpun banyak negara tidak mengiktiraf dan tidak mempunyai hubungan yang langsung dengan Israel tetapi kita masih tidak dapat menewaskan atau mengurangkan keganasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin yang telah dijajah selama beberapa dekad ini. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga menganggap bahawa saya setuju dengan teman-teman di dalam Dewan ini bahawa kita tidak boleh memisahkan kuasa Zionis ini dengan sokongan daripada Amerika Syarikat. Itulah sebab saya percaya bukan isu retorik bersatu atau perpaduan, kutukan dan pelbagai bahasa yang digunakan akan mengatasi penindasan dan keganasan yang dilakukan oleh golongan tentera Zionis ini.

Punca penderitaan bagi rakyat Palestin juga kita harus memandang kepada berkali-kali dan berterusan pengkhianatan rakyat Palestin oleh pemimpin-pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin dunia ketiga dan juga pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Saya menyokong secara simbolik kita potong gaji, kita bagi derma dan kita tunjuk bahawa rakyat Malaysia menyokong perjuangan Palestin. Saya anggap jumlah wang yang kita dermakan bukan isunya. Kita boleh potong RM2,000 tapi lebih penting kalau 25 juta rakyat Malaysia, seorang yang contribute RM1 untuk mengumpul RM25 juta itu lebih bermakna daripada kita kumpul RM200 juta daripada beberapa syarikat atau orang-orang yang mampu. Isu yang berdepan dengan kita dan juga di Palestin bukan isu dana. Selama ini banyak negara-negara Arab tidak berani atau negara-negara dunia ketiga tidak berani untuk memberi sokongan yang padu kepada perjuangan dan termasuk perjuangan bersenjata rakyat Palestin tetapi dana yang berjuta-juta dituang kepada pemimpin- pemimpin yang korup, yang rasuah, yang tidak menyalurkan dana itu kepada perjuangan yang sepatutnya harus digunakan untuk membebaskan rakyat Palestin daripada kongkongan penjajah.

Oleh itu, bagi saya penyelesaian bagi masalah ini bukan sahaja setakat retorik atau resolusi tetapi kita harus memandang serius bagaimana kita dapat memobilisasikan kekuatan rakyat seluruh dunia khususnya dunia ketiga dan lebih khusus lagi negara-negara Arab dan jiran yang betul-betul akan menyalurkan sokongan mereka atas prinsip setia kawan.

final • 7:23 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Justeru, atas prinsip perikemanusiaan tanpa batasan kaum, agama atau kewarganegaraan. Sokongan kita terhadap rakyat Palestin juga adalah perjuangan kita sendiri. Perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penjajah tidak berbeza dengan rakyat Malaysia untuk membebaskan diri dari segala penjajahan dan eksploitasi manusia.

Kita juga harus mengetepikan atau menghapuskan dasar yang hypocratic. Di samping itu, banyak negara jiran di sekitar Palestin sendiri tidak berani untuk membantu rakyat Palestin.

Saya baca dengan sedih banyak negara sebenarnya pada waktu ini menyekat bantuan sukarelawan yang masuk ke dalam Gaza Straits. Ini adalah negara-negara yang sama mengeluarkan kutukan dan juga mendesak supaya PBB mengambil tindakan. Saya tidak ingin melihat kita di Malaysia ini melakukan perkara yang sama. Kalau kita ingin membantu atau menunjukkan sokongan kita terhadap rakyat Palestin, kita sendiri harus membenarkan pelbagai suara di dalam negara. Itu sebab saya juga menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan sebelum ini bahawa kita harus memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia, baik pun melalui demonstrasi, perhimpunan atau pelbagai panggilan. Ini adalah untuk boikot barangan dari Amerika Syarikat dan juga Israel, sungguhpun kita tidak banyak perhubungan perdagangan dengan Israel tetapi kita harus mengambil satu tindakan yang strategik.

Bagi saya mungkin tidak berkesan kalau kita hanya melakukan secara boikot melalui panggilan. Lebih baik kita bekerjasama, bukan sahaja dengan kerajaan tetapi dengan rakyat bahawa kita mengambil satu tindakan yang tegas untuk menyatakan pendirian kita terhadap Amerika Syarikat. Mungkin kita tidak dapat menghentikan rakyat Malaysia minum coke tetapi lebih penting kalau kita boleh menyemak semula atau review semua perjanjian-perjanjian senjata dan juga defense agreement dengan Amerika Syarikat.

final • 7:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya merasa kesal sekali pelabuhan kita masih digunakan oleh angkatan laut Amerika Syarikat dalam supplying, pembekalan kepada tentera Amerika Syarikat. Kita tahu di rantau ini bukan dan kita tidak ingin menjadikan rantau ini sebagai zon pengaruh Amerika Syarikat dan tidak ada alasan tentera Amerika Syarikat hadir di rantau ini atau di sebarang tempat di luar sempadan Amerika Syarikat. Kerjasama kita dalam semua perjanjian pertahanan Amerika Syarikat secara tidak langsung membantu Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang imperialis. Di samping mengembangkan pengaruh dan memperbesarkan jaringan penindasannya terhadap Negara-Negara Dunia Ketiga termasuk rakyat Palestin.

Oleh itu, saya menyeru kepada bukan sahaja kepada Menteri Luar Negeri tetapi juga Menteri Pertahanan yang petang ini kemukakan usul yang begitu penting disetujui oleh semua pihak. Ini adalah untuk mengambil satu tindakan yang tegas supaya menunjukkan rakyat Malaysia tidak ingin bekerjsama dengan Amerika Syarikat dalam semua projek atau semua kerjasama yang berunsur military state in nature, dengan izin.

Saya juga ingin menyatakan bahawa solidarity kita atau setia kawan kita yang kita nyatakan adalah melintasi batasan kaum dan agama. Itu juga bermaksud kita harus memandang semula kalau kita ingin melihat tindakan tegas oleh negara-negara dunia ketiga, kita harus mengambil satu pendekatan yang tegas, pendekatan yang lebih efektif, yang lebih keras dalam dasar diplomatik kita, satu dasar yang pro atau yang berorientasikan hak asasi manusia. Nilai sejagat kemanusiaan harus dilakukan. Ini juga bermaksud kita harus prihatin bukan sahaja di Palestin tetapi juga di Burma, juga di Sri Lanka dan negara-negara yang menghadapi masalah yang sama.

Hanya melalui mobilisasi begitu, kita dapat berjaya mengatasi aggression atau keganasan yang dilakukan oleh beberapa negara-negara pengganas yang tertentu. Saya juga ingin menyambut baik dalam satu inisiatif ini untuk menunjukkan sekali lagi pembangkang dan juga kerajaan boleh bekerjasama. Saya ingin menyatakan persetujuan saya terhadap apa yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang bahawa di dalam isu ini, rantau kita atau Asia Tenggara juga boleh memainkan satu peranan yang penting.

Kita masih ingat Presiden Sukarno dari Indonesia telah memanggil satu persidangan, satu kemuncak iaitu penuh dengan erti sejarah dan membawa impak yang besar dengan memanggil seluruh dunia berhimpun di Bandung. Akhirnya melahirkan satu pergerakan Non-Aligned Movement yang telah selama 20 hingga 30 tahun telah memainkan satu peranan yang membawa perdamaian di seluruh dunia. Kita juga dalam negara kita boleh mengambil inisiatif ini. Pemimpin-pemimpin dari kalangan pemimpin kerajaan dan juga bukan kerajaan boleh bersama-sama mengambil inisiatif ini supaya Asia Tenggara, mungkin lebih khususnya Brunei dan Indonesia boleh mengambil inisiatif ini dan menunjukkan bahawa sokongan kita serta tindakan kita boleh membawa perdamaian kepada dunia.

Akhir sekali, saya juga ingin mencadangkan bahawa kerajaan juga harus memberi sokongan kepada individu-individu yang ingin mengambil tindakan setia kawan terhadap membantu kesengsaraan Palestin. Saya merasa kesal bahawa banyak negara jiran di negara Arab yang seperti saya sebut tadi, mereka bawa usul ke PBB, Liga Arab. Akan tetapi tidak membenarkan rakyat mereka melintasi sempadan masuk ke kawasan Gaza atau Tebing Barat untuk menunjukkan kehadiran individu-individu dari seluruh dunia yang memberi sokongan kepada rakyat Palestin.

Bagi saya semangat setia kawan itu sangat penting. Oleh itu, saya harap Kerajaan Malaysia mungkin dengan penyelarasan dari Kementerian Luar Negeri juga menyelaraskan dan juga memberi galakan kepada sukarelawan yang datang dari Malaysia. Sukarelawan yang terdiri daripada semua kaum, semua agama, yang boleh menyalurkan bantuan kita secara fizikal, berada di Gaza Straits untuk menunjukkan kita bersama rakyat di Palestin menentang segala penjajahan, penindasan dan penderitaan mereka dikongsi oleh kita.

Dengan itu saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap usul ini. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya ingin ingatkan kembali nampaknya daripada dahulu apabila diingatkan singkatkan perbahasan, tidak juga mahu juga ada ruling bahawa lima minit, lima minit, lima minit. Kalau begitu gayanya, setiap kali kita hadkan masa kepada lima minit. Yang Berhormat Jerlun, selepas Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Rantau Panjang, tidak payah saya hadkan masa, disiplinkan diri, sila Yang Berhormat Jerlun.

final • 7:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul ini. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah membuat keputusan memanggil sidang khas ini untuk membincangkan satu perkara yang saya anggap amat-amat penting sekali. Lebih- lebih lagi kebelakangan ini kita lihat kezaliman dan kekejaman yang telah dibuat oleh pihak Rejim Zionis Israel ini terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Saya juga rasa begitu senang hati apabila melihat bahawa Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bersatu hati dalam hal ini dan saya harap selepas ini banyak lagilah perkara-perkara yang boleh kita berpadu sama untuk membincangkan semata-mata untuk kebaikan rakyat Malaysia dan juga sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Gaza itu kalau kita lihat di muka akhbar dipanggil sebagai peperangan. Akan tetapi apa yang berlaku sebenarnya bukan peperangan kerana kita lihat pada satu pihak satu kuasa tentera yang begitu canggih sebenarnya mempunyai peralatan ketenteraan yang keempat tercanggih di dunia dan satu pihak lagi iaitu kumpulan Hamas yang setakat dapat melontar bom yang kecil-kecilan.

Malah hasil daripada lontaran bom itu pun tidak seberapa sangat. Kadang-kadang kita lihat gambar-gambar anak-anak kecil melontar batu ke arah kereta-kereta kebal. Itu bagi saya bukan peperangan, dan seperti yang kita sedia maklum, peperangan ini berlaku di medan perang di antara dua pihak yang lebih kurang sama kuasa ketenteraannya.

Namun apa yang berlaku di Gaza, serangan yang dibuat oleh pihak tentera Israel ini di Bandar Gaza itu sendiri dan yang menjadi mangsanya bukan anggota-anggota tentera, tetapi rakyat awam yang biasa termasuk juga anak-anak kecil. Persoalannya ialah dengan resolusi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, baru-baru ini di mana dituntut supaya ada gencatan senjata di antara kedua-dua pihak, sebenarnya saya lebih mengharapkan Israel yang tidak lagi menyerang Palestin, tetapi kita rasa tidak sempurna resolusi tersebut kerana ia tidak menuntut seperti Israel mengundur tenteranya daripada Gaza dan sekitar Palestin sebenarnya dan juga menghentikan blockade ataupun sekatan yang dianjurkan oleh Israel terhadap Gaza.

Saya rasa begitu cemas mengenai keadaan di Gaza kerana usaha-usaha untuk menghantar misi kemanusiaan ataupun pasukan penyelamat ke dalam kawasan itu begitu rumit sekali kerana kita menghadapi banyak masalah untuk masuk ke kawasan Gaza tersebut dan menghantar bekalan-bekalan ubat-ubatan susu, selimut dan sebagainya.

Yang diperlukan sekarang ini ialah satu ketetapan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memaksa Israel membuka sempadan Gaza dengan Rafah di Mesir supaya pasukan-pasukan penyelamat, pasukan-pasukan relief ini dengan izin dapat masuk ke Gaza dan membantu hospital-hospital dan klinik-klinik kecil di sekitar Gaza.

Selagi ini tidak berlaku Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir bekalan-bekalan sekarang ini yang timbun banyaknya di Cairo, di Rafa dan juga di belah Jordan dan juga di Selatan Lubnan tidak akan dapat masuk ke Gaza atau di sekitar Palestin dan sekali gus membantu rakyat Palestin yang memerlukan. Pada waktu yang sama saya lihat bahawa tiga hari yang lepas konvoi PBB telah dibedil dan ditembak oleh tentera IDF ataupun Israel Defense Force dengan izin, dan ini juga satu jenayah perang di mana telah diperakukan oleh undang-undang dunia bahawa misi kemanusiaan tidak boleh dianiya atau tidak boleh diserang tetapi itu jugalah yang dibuat oleh rejim ganas Israel ini.

final • 7:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya kira selagi PBB tidak dapat memaksa pihak Israel untuk membuka sempadan, tidak membenarkan pasukan dan konvoi keselamatan ini masuk ke kawasan tersebut maka misi kemanusiaan ataupun usaha untuk membantu mangsa di Gaza ini tidak akan dijayakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri petang tadi mengenai perwujudan satu tribunal jenayah perang. Tahun lepas dengan izin the KL Foundation to Criminalize War ataupun Yayasan Penjenayah Perang Kuala Lumpur telah diwujudkan oleh Organisasi Keamanan Sejagat Perdana ataupun Perdana Global Peace Organization dengan izin, yang pernah menganjurkan satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur ini yang dihadiri begitu ramai tokoh-tokoh yang cintakan keamanan dari seluruh dunia.

Antara resolusi persidangan tersebut adalah untuk mengujudkan atau menubuhkan satu mahkamah antarabangsa untuk membicarakan jenayah-jenayah perang seperti George W. Bush, Tony Blair, John Howard dan juga pemimpin-pemimpin dari Israel.

Saya harap yayasan ini juga boleh dipertimbangkan untuk kita ketengahkan idea ataupun cadangan untuk membicarakan pemimpin-pemimpin Israel ini di dalam tribunal tersebut.

Walaupun saya sendiri juga sayang kepada keamanan dan kerap kali saya mempromosi keamanan sebagai cara untuk menyelesaikan konflik di antara negara-negara yang berkonflik, tetapi sebenarnya siapa yang boleh menahan rasa marah terhadap Rejim Zionis Israel ini apabila kita lihat gambar-gambar yang begitu menyayat hati yang terpapar dalam dada-dada akhbar dan juga apabila kita menonton berita di kaca TV.

Oleh sebab itu kadang-kadang rasa juga macam kita hendak minta supaya kerajaan terus mengisytiharkan perang terus terhadap Israel iaitu perang military. Akan tetapi saya kira lebih sesuailah kalau kita buat masa ini mengisytiharkan perang ekonomi terhadap Israel dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat dengan memboikot produk- produk mereka dengan cara yang tersusun. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita tidak mempunyai hubungan diplomatik mahupun hubungan perdagangan dengan Israel, tetapi barangan-barangan buatan Israel khususnya barang-barang pertanian.

Memang masuk ke pasaran kita melalui negara jiran iaitu Singapura. Barang-barang mereka saya kira dipakej semula di Singapura dan masuk melalui tambak Johor dan dijual di negara kita ini.

Saya harap pihak berkuasa akan melihat perkara ini dan memastikan bahawa barang-barang buatan Israel ini tidak dapat dijual di pasaran kita kerana kita tidak mahu menyumbang kepada tingkah-laku yang begitu kejam dan ganas Israel terhadap rakyat Palestin. Saya juga setuju dengan saranan oleh beberapa Yang Berhormat tadi untuk membatalkan rundingan kerajaan kita dengan Amerika Syarikat di dalam Free Trade Agreement atau FTA. Saya juga berharap bawah syarikat-syarikat GLC khususnya Petronas yang banyak berdagang dengan negara-negara di sekitar dunia ini supaya henti menggunakan mata wang US Dollar dan kita juga mungkin elok bincang semula kegunaan ataupun perwujudan dinar emas seperti yang kerap kali disebut dalam Dewan yang mulia ini.

final • 7:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya tidak perlu bincang dengan lebih lanjut mengenai dinar emas, tapi saya kira semua orang sudah tahu apa tujuannya dan saya kira inilah masanya untuk kita menghidupkan semula perbincangan mengenai dinar emas ini. Ini point yang terakhir. Saya juga rasa begitu kesal sebenarnya Tuan Yang di-Pertua mengenai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, OIC dan juga Liga Arab yang kelihatan tidak bertaring, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan sesuatu terhadap Rejim Zionis Israel ini khususnya PBB, seperti yang kita sedia maklum diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua dengan Majlis Keselamatan yang sebenarnya sudah tidak relevan lagi.

Dengan kuasa veto yang wujud di tangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar yang lain, sebenarnya ada juga di kalangan mereka yang tidak lagi boleh dianggap sebagai kuasa besar, tetapi keadilan yang dituntut serata dunia ini tidak dapat dijalankan dengan baik oleh PBB dan saya harap apa yang berlaku di Palestin ini diambil sebagai satu pendorong supaya PBB itu disusun semula.

final • 7:50 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Inilah masanya untuk kita melakukan perkara ini, kerana kalau tidak kezaliman seperti yang berlaku di Palestin oleh negara-negara road state seperti Israel ini dengan izin, akan sentiasa berlaku lagi dan kita sampai bila pun tidak akan mencapai keamanan sejagat seperti yang diidam-idamkan. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga mohon menyokong.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Rantau Panjang selepas itu Yang Berhormat Pasir Salak bersedia. Selepas Yang Berhormat Pasir Salak Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Arau. Selepas Yang Berhormat Arau Yang Berhormat Gombak dan saya mohon maaf kepada nama yang tidak dipanggil.

Penghabisan sebelum saya panggil menteri untuk menggulung Yang Berhormat Pontian.

final • 7:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul kezaliman dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Saya dahului perbahasan dengan membaca satu maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 78 yang bermaksud, “Orang-orang kafir Yahudi daripada Bani Israel telah dilaknat dalam kitab Zabur dan Injil melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibnu Mariam yang demikian mereka selalu menderhaka dan selalu menceroboh”.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mewakili Muslimat seluruh Malaysia dan rakyat negara kita seluruhnya mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman terhadap kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Ribuan nyawa yang tidak berdosa dibunuh begitu juga bagaimana ribuan rakyat yang cedera akibat daripada peluru yang telah dikenakan kepada umat rakyat di Palestin. Diharapkan hasil daripada Persidangan Parlimen pada hari ini melahirkan satu pelan tindakan yang tegas daripada Kerajaan Malaysia terhadap isu keganasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, seruan jihad dan perjuangan Hamas menentang keganasan dianggap seruan pengganas oleh Amerika, Israel dan konco-konconya. Walaupun Hamas menang dalam pilihan raya perundangan Palestin, kerajaan Hamas tidak diiktiraf oleh Amerika dan konco-konconya malah mereka mengadakan sekatan ekonomi terhadap rakyat Palestin untuk memulaukan kerajaan Hamas.

Saya juga mencadangkan supaya Malaysia mengusulkan kepada negara umat Islam khususnya OIC, NAM dan PBB supaya memboikot hubungan ekonomi dengan Amerika dan Israel dan hendaklah kita umat Islam memboikot hubungan dagang terutama yang melibatkan penjualan minyak kepada negara Amerika dan konco-konconya, dan kita mengharapkan supaya kajian balik dibuat terhadap perjanjian FTA sebagaimana yang disarankan oleh ramai Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan dalam menghadapi isu keganasan ini yang pertama diadakan solat hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah. Hendaklah dikeluarkan arahan kepada seluruh surau dan masjid di seluruh negara dan hendaklah diarahkan supaya bacaan doa ini dibacakan setiap hari khusus untuk menghancurkan tentera Israel, Amerika serta konco-konconya dan diharapkan pihak kerajaan, pihak kementerian supaya mengedarkan doa-doa kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yang kedua, saya mencadangkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan produk Amerika dan Israel sebagai tanda protes dan boikot umat Islam rakyat Malaysia terhadap keganasan di Palestin dan kita mengharapkan dihentikan sebarang iklan barangan Amerika sama ada melalui TV, akhbar dan sebagainya yang kita lihat sekarang ini iklan barangan Amerika masih lagi diiklankan di TV kita termasuklah McDonald, Coca-Cola dan sebagainya.

Kita juga mengharapkan supaya filem-filem Amerika diboikot supaya tidak ditayangkan melalui media kita dan kita menyeru rakyat Malaysia supaya tidak membeli minyak di semua stesen minyak yang ada kepentingan Amerika dan konco-konconya seperti stesen minyak Shell, Esso, BP dan sebagainya. Kita hendaklah menyeru rakyat kita supaya menggunakan minyak daripada stesen Petronas.

final • 7:52 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya juga mencadangkan supaya disebarkan melalui akhbar perdana senarai terperinci barangan produk Amerika dan Israel supaya rakyat mendapat pendedahan yang sebenar barangan yang dikeluarkan ataupun yang dibawa masuk ke dalam negara kita, supaya rakyat mudah untuk tidak berurus niaga dengan barangan daripada negara-negara tersebut.

Saya juga menggesa supaya dihentikan penggunaan dolar Amerika dalam urusan perdagangan luar negara dan peringkat antarabangsa. Sudah sampai masanya kita menggunakan penggunaan dinar emas sebagaimana yang disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Saya juga mencadangkan supaya kita memberi kemudahan kepada sukarelawan kita yang ingin pergi membantu umat Islam di Palestin terutama memberi tambang murah ataupun penerbangan percuma kepada semua sukarelawan yang ingin memberi sumbangan tenaga mereka untuk membantu umat Islam di Palestin dan saya mengharapkan insya-Allah semua apa yang kita bincangkan dalam sidang ini diberi perhatian dan tindakan tegas oleh Kerajaan Malaysia sebagai membuktikan kesungguhan kita sebagai kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menyekat dan mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Jadi dengan kata-kata itu saya turut menyokong. Terima kasih.

final • 7:52 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak mahu menyentuh perkara-perkara yang telah pun disebutkan oleh rakan-rakan dalam membahaskan usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma saya ingin berikan pandangan iaitu kebanyakan daripada cadangan yang dibuat dalam usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah merupakan cadangan yang menyeluruh, yang boleh disimpulkan sebagai pendirian kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap isu apa yang berlaku di Palestin ataupun di Gaza.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama kita memberi sokongan, kita juga ingin bersikap realistik dalam hal ini, iaitu mengecam Israel semua orang kecam.

Mendesak Security Council untuk mengadakan persidangan membuat keputusan sudah pun bersidang, tetapi Israel tidak patuh dan kita perlu mendesak lagi, itu kena sokong dan juga kita mendesak supaya PBB mengadakan perhimpunan dan membuat ketetapan mengutuk dan juga mengambil tindakan terhadap Israel pun boleh kita lakukan. Kita menyeru kepada proses damai secara perundingan kemudian kita hendak bekerjasama dengan OIC, NAM, Arab League dan sebagainya. Pun ini usul-usul yang biasa kita buat di tempoh waktu yang lalu. Malaysia akan menyokong perjuangan Palestin. Memang selama ini pun kita sokong. Menghulurkan bantuan setiap kali berlaku tragedi dan kejadian kita juga hulurkan bantuan dan kita minta supaya United Nations menubuhkan tribunal jenayah.

final • 7:57 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini satu usaha yang mungkin dapat diusahakan tetapi walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, Yahudi kita tahu semua terutama orang Islamlah. Yahudi ini satu bangsa yang ingin menguasai dunia ini. Dan kuasa dalam bidang ekonomi dalam politik, ketenteraan dan mereka merasakan mereka berhak untuk melakukan apa sahaja. Dan siapa-siapa yang menentang ataupun menghalang kepada matlamat mereka, mereka akan perangi. Ini satu yang kita semua tahu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya berpendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh rakan-rakan berdasarkan kepada sejarah, saya rasa kita hanya dapat mengatasi buat sementara sahaja apa yang berlaku sekarang. Manakala Israel akan terus dengan sikap keangkuhan dan sikap yang tidak kira kepada perikemanusiaan dan sedia untuk berperang untuk berapa ratus tahun ataupun untuk sehingga hari kiamat. Selagi mereka merasakan mereka kuat.

Jadi dengan sebab itu kekuatan Israel itu hendaklah dilihat bagaimana kita boleh mengurangkannya, bagaimana mereka itu boleh dilemahkan. Hanya apabila mereka lemah maka keamanan akan tercapai, mereka tidak berupaya untuk melakukan jenayah seperti mana yang telah mereka lakukan dalam sejarah kehidupan mereka beribu tahun, beratus tahun yang lalu.

final • 8:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya berpendapat di samping kita untuk melemahkan mereka dari segi ekonominya, dari segi ketenteraannya, kita juga perlu memperkuatkan diri kita sendiri.

Kalau kita kuat, dia akan jadi lemah; kalau kita lemah, dia jadi kuat. Ini perkara yang perlu dilihat. Saya ingin menyeru kepada ataupun mencadangkan satu dua practical action ataupun tindakan yang praktikal iaitu negara-negara Arab yang berjiran dengan Israel, mereka mempunyai kekayaan sebagaimana yang disebutkan tadi. Dan kenapa tidak digunakan kekayaan ini untuk membina satu kekuatan pertahanan yang hebat, yang mana digeruni dan ditakuti oleh pihak musuh iaitu Israel. Kenapa segala kekuatan ini, segala khazanah ini tidak digunakan? Malah kekayaan ini diletakkan di dalam satu tempat atau beberapa tempat yang membantu kepada kekuatan Israel.

Bank-bank dipenuhi dengan wang-wang daripada kekayaan dunia Arab. Kenapa tidak dikeluarkan wang-wang ini daripada bank-bank Yahudi yang dikuasai oleh Yahudi di negara Arab itu? Itu akan melemahkan satu cara dan gunakan wang ini dengan cara yang betul untuk membina kekuatan. Kekuatan bangsa Arab, kekuatan orang Islam, kekuatan masyarakat dunia yang anti kepada keganasan. Ini kita tidak lakukan, jadi dengan sebab itu saya rasa Malaysia sebuah negara yang sekarang ini menjuarai kedamaian dunia, menjuarai suatu gagasan yang akan membela mereka yang dizalimi tidak kira agama dan sebagainya. Ini perlu melihat dalam skop yang lebih luas lagi membawa satu perubahan dari segi pemikiran, anjakan paradigma di kalangan masyarakat Arab, masyarakat Islam dunia ketiga.

Tidak cukup dengan bantuan hanya beberapa juta ringgit, tidak cukup dengan makanan, tidak cukup dengan perubatan. Dia tidak menyelesaikan masalah ketidakstabilan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel ini. Mereka akan terus melakukan apabila ada peluang, apabila terusik sedikit. Jadi perjuangan ini adalah perjuangan yang menuntut kepada kesungguhan dan saya rasa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Menteri- Menteri, Perdana Menteri dan juga disokong oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum yang cinta kepada kedamaian kita dapat. Saya rasa kita dapat melakukannya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon menyokong terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat Wangsa Maju tidak hendak cakap. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini dan saya menyokong dengan sepenuhnya apa yang dicadangkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, tindakan biadab terbaru Zionis terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk sekeras-kerasnya oleh bukannya Malaysia sahaja, sedunia. Serangan terbaru ini adalah rintangan dari pelbagai bentuk pencerobohan dan perlanggaran hak asasi rakyat Palestin. Sejak rejim ini mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakba, malapetaka dan menceroboh Baitul Maqdis dan menguasai Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1967.

Rakyat di Semenanjung Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubatan, bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih daripada 800 orang dan lebih beribu-ribu mengalami kecederaan. Sebilangan besar dari bangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian di kalangan rakyat Palestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.

Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian di kalangan penduduk-penduduk di Gaza. Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri mereka mesti ditolak. Ini adalah satu pembohongan yang nyata.

final • 8:05 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pada hakikatnya Israel telah melancarkan serangan ini sejak enam bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata terakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel.

Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang merupakan serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuk tindakan menceroboh dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa. Serangan ini juga dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini jelas menunjukkan bahawa Rejim Zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

final • 8:05 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media Barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US iaitu Amerika Syarikat, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak daripada membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Pada hakikatnya, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang makanan ubat, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa makan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan mereka. Dengan ini, tindak tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan asing dan juga pendudukan haram oleh mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa amat sedih yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Maal Hijrah 1430H dan dunia menyambut tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh itu saya menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan ke atas kebiadaban dan juga keangkuhan Rejim Zionis era, bahkan Argentina Tuan Yang di-Pertua yang mana merupakan negara yang sebilangan besar rakyatnya beragama Kristian juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Argentina telah halau keluar Duta Israel dari negaranya kerana sikap Israel yang biadab ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga cadangkan Kerajaan Malaysia perlu menurut Argentina dan menghalau keluar Duta Amerika Syarikat untuk menunjukkan Malaysia adalah berdiri bersama-sama dengan Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini bahawa saya difahamkan bahawa Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menghantar wakil ke Parlimen hari ini. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara ini tidak memberi penghormatan kepada negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat, janganlah kita memberi peluang kepada kedua-dua negara ini menghina negara kita with impunity, dengan izin.

Daripada fakta ini saya ingin mencadangkan bahawa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri Ahli Parlimen Jelebu perlu memanggil balik kedua-dua duta kita di kedua-dua negara untuk memprotes terhadap sikap mereka yang tidak bertanggungjawab yang menghina negara kita. Kita jangan berikan peluang kepada mereka lagi. Saya harap Yang Berhormat Jelebu akan ambil tindakan dengan segera... [Tepuk] Saya menyokong Kerajaan Malaysia untuk mengemukakan usul kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menubuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat, mendakwa dan menghukum penjenayah perang Israel Zionis ini yang terlibat dengan kekejaman dan keganasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa khasnya kanak-kanak, warga tua dan wanita.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia seharusnya mengutuk Kerajaan Amerika Syarikat yang telah menyokong tindakan Israel ke atas serangan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat di Gaza yang mana Israel telah membunuh lebih daripada 800 penduduk awam Palestin yang saya kata tidak berdosa terutamanya kanak-kanak dan wanita.

final • 8:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya juga mencadangkan Kerajaan Malaysia seharusnya perlu melancarkan satu kempen untuk memboikot barangan-barangan daripada Amerika Syarikat dan Israel seperti McDonalds, Starbuck, Cola-Cola, kereta Chevrolet, Ford dan lain-lain... [Tepuk] Apa yang penting sekarang, saya harap Ahli Yang Berhormat dari Jelebu yang juga Menteri Luar Negeri dengan segera memanggil balik duta kita dari Amerika Syarikat dan United Kingdom kerana kerajaan mereka yang saya kata tadi tidak menghormati negara kita, tidak menghantar wakil ke sini sedangkan semua negara yang ada duta di Malaysia hantar wakil mereka ke sini. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

final • 8:16 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Waalaikumussalam.

final • 8:16 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Pertama sekali sebelum saya menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebelum itu saya ingin menarik perhatian Dewan apabila cukup bersetuju apabila dibangkitkan oleh rakan dari Wangsa Maju tadi berhubung dengan ketidakhadiran wakil dari Kerajaan Amerika dan juga United Kingdom yang sepatutnya berada bersama-sama dengan perwakilan lain di Dewan yang mulia ini atas usul yang dibuat oleh pihak kerajaan dan juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kejadian ataupun tragedi yang telah menimpa rakan-rakan kita di Tebing Gaza pada masa sekarang ini.

Jadi kita tidak hairan perkara ini boleh berlaku kerana kedua-dua kerajaan ini adalah merupakan dalang dalam penubuhan negara Israel itu sendiri dan sementara yang satu lagi merupakan tenaga yang membantu sepanjang masa sedangkan dalam keadaan mendapat kutukan, kritikan dan juga bermacam-macam tohmahan dari seluruh negara di dunia ini, Amerika sedang berusaha untuk menawarkan tender lebih daripada 3,000 tan peluru kepada kapal-kapal dagang yang akan dihantar kepada negara Israel untuk tujuan apa yang mereka pamerkan pada hari ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah lebih 12 hari operasi cast lead ini berlaku dan kita lihat ianya berterusan sepanjang masa walaupun ada di kalangan termasuk PBB sendiri iaitu wakil Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Kemanusiaan, Navi Pillay yang telah membangkitkan bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah merupakan yang boleh diketengahkan ataupun dikategorikan bahawa jenayah peperangan yang boleh dibawa untuk dibicarakan. Namun apa saja kenyataan yang dibuat berdasarkan kepada perbuatan- perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang berterusan sekarang ini yang melibatkan kematian, penindasan dan sebagainya kerana sepanjang yang berlaku selama beberapa hari ini, ini merupakan yang dibuat secara formal sedangkan sebelum ini, sebelum daripada 27 Disember ini bangsa ini, Hamas telah pun dikepung seolah-olah mereka berada di dalam sebuah penjara di mana seluruh bantuan perhubungan, komunikasi dan sebagainya adalah tidak diletakkan ataupun dihubungkan dengan dunia luar. Sekarang ini secara rasmi perbuatan untuk memusnahkan ataupun menguasai tanah di Gaza ini dibuat dengan begitu terus terang dan tanpa belas kasihan dan sebagainya.

Malah kita lihat seperti yang dibangkitkan oleh rakan-rakan, penggunaan senjata- senjata kimia, serpihan daripada uranium dan lain-lain, ianya dibuat seolah-olah tatacara peperangan tidak dipatuhi oleh Israel. Bermakna kata dalam hal ini bukan saja mereka sanggup menembak kepala kanak-kanak tanpa perasaan belas kasihan tetapi mereka juga sanggup tidak membantu mangsa-mangsa yang dilanda kecederaan yang mana kalau mengikut tatacara peperangan, mangsa-mangsa yang dilanda kecederaan ini wajib dibantu oleh pihak yang menyerang ataupun sesiapa yang masih berada di situ dalam keadaan selepas berlakunya satu kejadian itu. Akan tetapi tatacara ini tidak diikuti malah mereka membiarkan segala-galanya berlaku dalam keadaan yang cukup menyedihkan.

final • 8:16 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi dalam keadaan dunia yang moden, kita banyak kajian yang kita harus lakukan. Kita berharap Presiden Obama yang merupakan orang kulit hitam pertama diberi tanggungjawab, walaupun dia sedar atau tidak sedar hak mengundi bagi orang-orang kulit hitam yang dibuat di USA ini, baru dibenarkan pada tahun 1968. Sedangkan kemerdekaan dicapai oleh US ini sudah beratus tahun tetapi hak mereka untuk mengundi sebagai pemilih hanya diberi pada tahun 1968 dan pada tahun 2008 barulah rakyat keturunan kulit hitam ini pertama kali mereka memenangi pilihan raya ini.

Jadi kita minta di sini ketidakadilan yang berlaku dengan jumlah penduduk mengikut ratio sekitar 30 peratus telah diberi hak menduduki kawasan lebih daripada 60 peratus; sedangkan rakyat Palestin jumlahnya lebih daripada 70 peratus tetapi hanya menguasai 40 peratus sahaja kawasan. Kita melihat gerakan-gerakan berterusan telah memusnahkan kebanyakan tamadun-tamadun Islam yang begitu tinggi, yang menyebabkan kita haruslah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Iraq. Yang mana keseluruhan serangan yang dibuat telah memusnahkan semua tamadun-tamadun dunia hasil yang kita sepatutnya pertahankan demi budaya dan adab yang sudah dibuat begitu lama tetapi dimusnahkan dengan sekelip mata hasil daripada peperangan yang sememangnya tidak diingini di seluruh dunia.

Kita sedar ada pandangan yang menyatakan bahawa usaha untuk menawan Gaza ini ada kaitan untuk menutup masalah dalaman parti iaitu parti yang sedang memerintah di Israel menghadapi masalah kemelut yang hilang kepercayaan. Jadi sebab itu setiap kali mereka membuat serangan merupakan political mileage dengan izin kepada mereka. Kita lihat rakyat Israel seolah-olahnya diajar supaya setiap serangan yang dibuat, kejayaan mereka menghantar bom, roket, membuat serangan udara dan sebagainya, mereka sambut dengan perasaan gembira, dengan perasaan seronok malah mereka berpesta menaiki motosikal berkuasa tinggi mengelilingi bandar raya mereka tanda meraikan bahawa mereka telah berjaya melakukan serangan yang begitu besar.

Begitulah bangsa yang telah diajar untuk membunuh orang. Lima askar mati disamakan dengan 900 orang umat Palestin yang mengalami kematian yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Dalam hal ini kita minta Liga Arab, OIC lebih bersatu. Walaupun kita sedar di kalangan ahli mereka, ada yang terlibat dan bersekongkol dengan Amerika Syarikat. Akan tetapi dalam hal ini demi kemanusiaan sejagat, kita harus melihat bahawa perpaduan dan iktibar ini harus kita ambil, perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati ini harus kita jaga. Jika kita lihat kalau kita bersatu dan mengharapkan bantuan orang lain, maka sudah tentu pada satu-satu ketika untuk kita mengharapkan bantuan bagi menyelesaikan satu masalah, ianya tidak akan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Kita berharap Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan perkara ini. Sampai sekarang masalah ini, rundingan demi rundingan, konvensyen demi konvensyen tetapi semuanya tidak mencapai kejayaan. Jadi haruslah dalam keadaan begini biarlah semua kita rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa; marilah kita menunjukkan tanda desakan, sokongan yang tidak berbelah bagi untuk kita memberikan supaya rakyat Palestin yang sekarang ini berada dalam keadaan kebuluran disekat dan mungkin diambang penyakit dan sebagainya. Ini supaya mereka dapat dibantu untuk memastikan mereka sekurang- kurangnya mendapat simpati yang membolehkan mereka bergerak di masa hadapan.

Kita lihat bangsa ini sebenarnya satu bangsa yang cukup pintar dan cerdik.

Walaupun mereka dalam kelompok yang kecil, dari segi ratio mereka di antarabangsa yang mendapat PhD yang tertinggi di dunia mengikut kadar penduduknya. Itu pun mereka diambang peperangan. Jadi Israel melihat ini, mereka akan membuat satu kemusnahan kepada bangsa yang cukup bijak ini supaya tidak meningkat maju yang boleh menandingi kemajuan yang mereka nikmati selama ini. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah bersetuju untuk mengadakan sesi khas pada hari ini bagi membincangkan isu khusus tentang nasib dan masa depan rakyat Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, sementara kita menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin berkongsi beberapa maklumat tambahan.

Mungkin dengan maklumat ini kita dapat memperkemaskan lagi usul dan cadangan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sedikit keliru dan mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Luar kerana pada lewat pagi ini apabila saya merujuk kepada laman web Dewan Rakyat, usul yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hampir keseluruhan para yang digunakan ialah dengan menggunakan istilah Rejim Zionis Israel. Ini lewat pagi istilah yang digunakan masih lagi Rejim Zionis Israel. Namun pada sebelah petang apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan usul ini di dalam Parlimen, istilah-istilah ini telah digugurkan sama sekali di sepanjang teks yang telah dipamerkan dalam laman web Parlimen.

Istilah yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membentangkan usul ini hanyalah istilah Israel sahaja. Persoalan ini ingin saya mendapatkan penjelasan, mengapakah kerajaan dalam membentangkan usul ini masih lagi bimbang dan merasa janggal seperti istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menggunakan istilah yang lebih keras dan tegas bagi mengutuk kezaliman Rejim Zionis Israel.

Sedangkan ini adalah faktor sejarah Tuan Yang di-Pertua, kerana gagasan penubuhan Israel itu diasaskan kepada perjuangan Zionis iaitu satu gerakan nasionalis orang-orang Yahudi yang berasaskan ras dan ideologi perkauman Yahudi. Yang mana, sehingga mereka sanggup berpegang kepada ideologi perkauman ini dan tidak mengiktiraf masyarakat Arab termasuk orang-orang Palestin di dalam Israel itu sendiri. Ini kenyataan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Sebab itu saya rasa sedikit gusar apabila kerajaan tidak begitu selesa ataupun tidak berani menggunakan istilah yang lebih keras dan tegas dalam membawa usul ini. Walaupun kita setuju...

final • 8:25 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Gombak, mohon penjelasan sikit.

final • 8:25 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tidak ada masa ini, saya diberi lima minit sahaja.

final • 8:25 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sikit sahaja. Adakah yang dipohon penjelasan itu menggesa supaya kerajaan membuat pendirian yang lebih tegas kerana dalam hal ini saya rasa tadi yang didebatkan tadi menggesa kerajaan terutama Menteri Luar membuat satu pendirian yang tegas sama ada Israel ini yang dikatakan Kerajaan Zionis Israel itu dan Kerajaan Israel mempunyai beza. Jadi adakah itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Gombak, memohon penjelasan dan pendirian yang tegas daripada kerajaan?

final • 8:25 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau supaya kita tidak lagi berdolak-dalik dalam isu yang telah menghambat rakyat Palestin selama 60 tahun. Ini kerana jelas kalau kita dengar perbahasan daripada teman-teman saya dalam Pakatan Rakyat mahupun dalam Barisan Nasional, kita bukan menentang orang Yahudi kerana bukan semua orang Yahudi itu berpegang teguh kepada amalan perkauman Zionis.

final • 8:25 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya merujuk sebagai contoh Profesor Abi Shelain daripada Oxford yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel yang memahami ideologi Zionis ini. Dia orang Yahudi tetapi menentang habis-habisan pentadbiran Israel hari ini.

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Hari ini kita lihat tokoh-tokoh sarjana akademik termasuk di kalangan orang-orang Yahudi sendiri sedang membicarakan soal pasca Zionis Israel. Ini orang Yahudi sendiri tetapi apabila saya meneliti usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada petang ini saya rasa sedikit terkejut. Istilah yang telah pun digunakan dalam laman web Parlimen secara tergesa-gesa digugurkan seolah-olah ada arahan daripada Washington untuk tidak menggunakan istilah-istilah seperti ini. Saya ingin bertanya, saya tidak menuduh sebab Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua-dua teks di depan kita.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Kota Belud, saya tidak tuduh. Apakah perkara ini berlaku di saat-saat akhir usul yang begini penting, kami terpaksa meninggalkan medan perang di Kuala Terengganu semata-mata untuk memberikan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usul yang dibentangkan pada hari ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menggariskan 10 ketetapan dalam usul yang dibentangkan. Saya, atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Rakyat memberikan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang tegas, yang bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu untuk membawa usul ini dan bila saya teliti...

final • 8:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Astaghfirullah hal’azim, apa Yang Berhormat Sri Gading? Ini kenyataan, surat itu ada dengan Perdana Menteri. Akan tetapi bila saya teliti 10 ketetapan yang dibawa oleh Perdana Menteri, saya rasa ketetapan ini cukup baik tetapi boleh diperkemas sedikit kerana di antara 10 ketetapan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri ini, wahai Yang Berhormat Sri Gading, tidak ada satu pun kritikan terhadap pentadbiran Amerika Syarikat, tidak ada. Sedangkan teman-teman saya dalam UMNO, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat secara terang-terangan bersatu hati Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita bertempur di Kuala Terengganu, di sini kita bersatu hati.

Bukan sahaja kita mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis Israel, kita juga, Yang Berhormat Sri Gading juga menyerang dan mengutuk pentadbiran Bush di Washington DC kerana kita tahu Bush dan pentadbiran di rumah putih tidak boleh membaling batu dan sembunyi tangan. Ini kerana terang-terangan telah kita dedahkan tentang sikap pentadbiran Bush dan Amerika Syarikat yang merestui pembunuhan beramai- ramai melalui kuasa veto yang disebut oleh Perdana Menteri dalam tempoh 30 tahun, 28 kuasa veto yang digunakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat. Kita juga telah didedahkan bagaimana pentadbiran Bush khususnya menggunakan senjata-senjata yang cukup canggih untuk membunuh rakyat Palestin tetapi saya lihat di antara 10 ketetapan yang diambil, yang dibentangkan, tidak ada satu pun kritikan terhadap Presiden Bush dan juga pentadbiran Amerika Syarikat.

Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, kalau boleh walaupun pandangan ini datang daripada saya tetapi ramai teman-teman saya di dalam UMNO dan Barisan Nasional yang bersetuju dengan pendirian ini bahawa pentadbiran Bush dan rumah putih mesti dikutuk habis-habisan kerana menjadi dalang dalam kes yang berlaku di Gaza ini. Kalau boleh masukkanlah satu lagi perenggan untuk mengkritik pentadbiran Bush dan Amerika Syarikat kerana kalau usul ini diluluskan dan saya yakin akan diluluskan sebulat suara pada malam ini, maka bolehlah kita dengan segera memanggil duta besar Amerika Syarikat seawal pagi besok memberikan amaran yang cukup keras. Inilah suara dan isi hati rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama untuk menentang kerajaan dan Rejim Zionis Israel.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin merujuk kepada salah satu ketetapan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada petang ini iaitu perkara yang kedua, menggesa untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Saya kira kita bersetuju sebulat suara tetapi persoalannya Tuan Yang di-Pertua, Tebing Barat dan di Gaza ini seperti yang disebut oleh teman-teman sebentar tadi termasuk Yang Berhormat Arau, rakyat Palestin di Gaza dan juga Tebing Barat ini masih lagi berada dalam suasana penjara yang terbuka. Mereka dikepong, mereka tidak ada akses untuk mendapatkan pembelaan. Lebih malang lagi, tentera-tentera Rejim Zionis Israel ini masih lagi menguasai kedua-dua kawasan ini.

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Bagaimana mungkin kita dapat menempatkan pasukan pengaman di kawasan ini kalau tentera-tentera Israel tidak dihalau terlebih dahulu keluar daripada Gaza untuk memastikan rakyat Palestin mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya dalam memperkukuhkan ketetapan kedua yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, kita juga harus menuntut supaya tentera-tentera Rejim Zionis Israel ini meninggalkan segera Wilayah Gaza dan dapat kita tempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dengan keterangan-keterangan tambahan yang saya berikan sebentar tadi, saya ingin menyatakan sokongan sebulat suara saya kepada usul yang dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terlebih dahulu marilah kita mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Duta Palestin yang sekarang berada di Dewan yang mulia ini. Rejim Zionis Israel adalah penjajah zalim bumi Palestin sejak tahun 1948. Mereka adalah penjajah sejak 60 tahun dahulu, dibantu dan dilindungi Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain. Gaza yang dikuasai Hamas adalah sebuah kawasan 360 kilometer persegi telah dikepong oleh tentera Israel sejak tiga tahun menjadikan 1.5 juta rakyat Palestin yang majoritinya miskin terpenjara dalam sebuah apa yang disifatkan sebagai penjara terbesar dalam dunia. Adalah menjadi sifat semula jadi sebagai bangsa untuk hidup bebas dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sama ada Hamas atau Fatah, perjuangan akhir mereka adalah untuk memperjuangkan sebuah negara Palestin merdeka. Kaedah mungkin berlainan tetapi matlamat tetap satu. Mari kita cuba merasai keperitan kehidupan dalam jajahan dan kepungan. Ikhtiar membina ratusan terowong bawah tanah telah dibuat, roket dilancar untuk melawan penjajah walau hampir tiada sebarang kesan kepada rakyat Israel. Siapa yang memulakan? Tentulah jika dicari punca awal utamanya ialah Rejim Zionis Yahudi yang menjajah dan mengepung, yang memenjarakan kemerdekaan sebuah bangsa. Dunia dan Malaysia perlu mencari dan mencadangkan formula jangka panjang. Apakah pelan damai yang boleh diterima oleh Israel dan Palestin.

Sudah hampir pasti Yahudi tidak akan berpindah daripada Israel ke Amerika atau Eropah lagi. Mereka sudah menjadi seakan-akan negara ke-51 Amerika Syarikat di tengah- tengah negara Arab. Mesir, Jordan dan Arab Saudi pula dikatakan banyak kali mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Persoalan utama di hadapan kita ialah apakah penyelesaian jangka panjang untuk sebuah negara merdeka Palestin baru yang selamat dan berdaulat.

Inilah yang perlu kita fikirkan, pelan kedamaian, kemakmuran dan kemajuan. Saya pernah melintasi Jordan, melihat Palestin dan Israel dari jauh satu ketika dahulu, teringat satu fakta sejarah bahawa Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya menguasai kembali Baitul Maqdis dan semua tanah Palestin dalam tahun 1192 setelah 88 tahun Perang Salib bertapak menguasai Gaza dan sekitarnya. Pemimpin PLO dahulu Yasir Arafat serta pemimpin Fatah dan Hamas kini adalah pejuang kemerdekaan Palestin yang masih terus berjihad siang malam, pagi petang, subuh dan senja.

final • 8:38 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Formula pertama, antara penyelesaian jangka panjang termasuk kerangka perpaduan sesama rakyat Palestin. Perpaduan negara Arab, perpaduan OIC untuk bersama bersatu bersuara menentang kezaliman Israel dan sekutunya. Tanpa perpaduan, sukar untuk mencapai kemenangan. Oleh sebab kejayaan formula divide and rule dengan izin, pecah dan perintah penjajah barat, kita sedang berpecah dan perpecahan hanya berakhir dengan kekalahan. Formula kedua, melalui pendidikan rakyat Palestin, kerajaan Malaysia wajar melipatgandakan pengambilan sejumlah pelajar Palestin di negara ini, sama ada di universiti seperti UIA, dan KUIM.

Jadikan mereka profesional dan graduan mahir dalam pelbagai bidang. Petronas wajar memberi biasiswa tertentu, mereka yang kaya perlu mengambil anak angkat, yatim piatu anak Palestin untuk dididik di negara ini.

final • 8:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Saya kira langkah ini dalam masa 5-10 tahun akan dapat menghantar pulang ramai anak Palestin kembali membangunkan negara dan melaksana strategi untuk berdikari di negara berdaulat sendiri.

Formula ketiga, menggunakan kuasa ekonomi negara OIC dan OPEC, terutama pengeluaran minyak untuk dijadikan bahan tawar menawar kepada masyarakat antarabangsa dan negara barat. Ini bertujuan agar memberikan tekanan kepada Israel bagi menghentikan segala bentuk jajahan baru dan menghentikan serangan. Pakatan tidak menggunakan Dolar Amerika juga akan memberikan kesan serius kepada kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat, hinggakan satu ketika mereka tidak lagi menjadikan keutamaan untuk sentiasa menjaga dan menyokong Rejim Zionis Israel.

Formula keempat, menanamkan keazaman, tekad, ikhtiar umat Islam dalam masyarakat antarabangsa tentang kewujudan negara Palestin baru yang berdaulat dan merdeka. Palestin dengan garis bersempadan yang diiktiraf dengan perancangan politik, ekonomi dan sosial dan pendidikan, pembasmian kemiskinan dan berusaha untuk kemakmuran. Negara Arab yang kaya, ada yang sedang membina menara tertinggi di dunia perlu memberikan bantuan kewangan kepada Palestin baru bagi membina prasarana dan segala keperluan negara termasuk hak untuk memiliki tentera dan senjata canggih pertahanan.

Formula kelima, kita sebagai rakyat di negara ini perlu meneruskan usaha 7B:

(i) boikot yang berkesan;

(ii) bersuara yang lantang;

(iii) bersatu dalam tindakan;

(iv) berhimpun secara aman;

(v) berderma untuk kemanusiaan;

(vi) berzakat untuk perjuangan; dan

(vii) berdoa penuh tawaduk kepada Tuhan.

Boikot, bersuara, bersatu, berhimpun, berderma, berzakat dan berdoa.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sebuah sajak Perjuangan Palestin Baru

Anak perempuan kecil itu, mati tampak hanya kepala, Dalam runtuhan timbunan rumah bedilan Israel penjenayah perang tanpa perikemanusiaan, Bahasa apa lagi, marah bagaimana lagi, Demonstrasi di mana, boikot apa lagi, Derma banyak mana, Untuk mengajar makhluk Israel yang memamah rakus darah, Membaham hancur insan kerdil, Tanpa dosa, Hendak rasanya dilontar segala batu, dibedil segala peluru, dikumpul semua kudrat, dipadu segala hasrat, agar Israel laknat, hancur umpama kiamat, PBB semacam mati, OIC sentiasa sepi, Amerika Syarikat bersubahat, Kita hanya berbicara meluat melihat, Di paparan media depan mata, Kekejaman, keserakahan, kerakusan, kebinatangan, Mereka tertawa menghitung kematian, Mencatur politik kemenangan,

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sebuah sajak Perjuangan Palestin Baru

Atas timbunan korban banjiran darah, Air mata jeritan bumi Gaza, Dikepung bertahun dalam perang yang haram, Mana rancangan jangka panjang?

Mana peta jalan keamanan?

Mana perpaduan umat Islam?

Mana bangsa negara yang cinta kedamaian?

Mana perikemanusiaan?

Mana jalan penyelesaian?

Mana bait-bait kata” Ke mana resolusi dimeterai?

Yang ada hanya pura-pura, Yang ada hanya pekak dan tuli, Yang ada hanya mati bila di Gaza Zionis menjadi Nazi, Di Dewan mulia rakyat Malaysia ini, Di lafaz hasrat, Dilontar segala hajat, Agar PBB hidup kembal,i OIC bangkit berdiri, Amerika berhenti berdusta, Israel berhenti maharajalela, Kuasa besar jangan angkuh, Negara Islam bersatu teguh, Palestin merdeka, kembali kukuh, Palestin baru yang aman makmur, Yang selamat tidak hancur, Yang hidup tidak berkubur, Agar anak kecil yang mati itu, Nyawanya tidak dipersia, Agar kita terus boikot, Bersatu bersuara, Berhimpun berderma, Berzakat dan berdoa.

Sekian, saya mohon menyokong... [Tepuk]

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat, dengan sajak tadi saya memohon, Menteri menjawab.

final • 8:40 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Bismillaahir Rahmaani Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Tuan Yang di-Pertua, rakan Ahli- ahli Yang Berhormat, hari ini adalah hari sejarah, bukan lantaran bersejarah, oleh kerana kita mengalah tetapi hari ini adalah sejarah sebab buat pertama kali Dewan Rakyat Malaysia berani mengemukakan sesuatu yang belum lagi dapat kita ketengahkan... [Tepuk] Dengan pembukaan itulah saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, jauh lagi dan dalam lagi penghargaan Kementerian Luar kerajaan Malaysia terhadap setiap Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil peranan membahaskan dan sebelum itu memikirkan dan akhirnya mencadangkan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan sejagat, berkaitan dengan kemanusiaan, keadilan dan seterusnya mencapai jauh daripada itu .

Di mana peranan negara, khususnya negara-negara Islam dan lebih jauh daripada itu Malaysia sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya menggulung perbahasan yang telah diadakan pada petang ini. Kita telah berbahas tujuh jam lebih, dan dalam tujuh jam itulah kebernasan pemikiran Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini telah terserlah, tetapi yang paling menggembirakan kita ialah, buat pertama kali juga antara pembangkang dan kerajaan mempunyai satu neksus atau satu jalinan yang menterjemahkan degupan jantung perjuangan kita.

final • 8:46 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Bagaimana kita harus survive hidup sebagai satu kerajaan dan negara. Bukan mudah bagi kita untuk mewujudkan situasi seperti ini. justeru saya harus menyampaikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang dengan inspirasi beliau membisikkan kepada saya bahawa usul ini katanya harus kita bawa ke Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, di atas saranan itu sahaja, saya berharap setiap anggota Dewan Rakyat memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau lantaran pandangan jauh beliau itu memberi selimut kepada yang dingin, memberi makanan kepada yang lapar, dan memberi pengertian kepada perjuangan kita sebagai sebuah negara yang demokratik dan mempunyai kewibawaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pandangan-pandangan seperti yang sempat saya serlahkan sedikit sebanyak tadi, 31 orang telah memainkan peranan aktif petang ini dan di atas pandangan-pandangan serta syor yang dikemukakan oleh kerajaan menerusi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerusi ucapan sokongan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta sekian ramai para pemimpin dari kerajaan dan pemimpin dari pembangkang, khususnya Ketua Pembangkang.

Sekarang kita telah mempunyai satu pemusatan pemikiran. Memang diakui sepuluh resolusi yang hendak kita luluskan ini tidak mencukupi, bagaimana kita harus dapat membilang perasaan dalam hati masing-masing sebelum Yang Amat Berhormat membawa usul ini, tentulah tidak terkira. Jadi jangan berasa gundah gulana misalnya Yang Berhormat dari Gombak, kalau bahasa yang hendak dinukilkan itu tidak tercatat hitam putih dalam surat yang berkenaan.

final • 8:46 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Kita mengambil iktibar bahawa Israel yang Zionis itu memang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau dan kita boleh melihat di dalam teks beliau mengatakan Israel Rejim Zionis. Tinggal lagi dalam pemaparan internet keluar perkataan yang tidak mempunyai kesemua ungkapan tadi dan hanya Israel pada satu tajuk. Saya berharap Yang Berhormat dari Gombak terima perjuangan kita bersama.

Mana-mana yang kurang kita tambah, mana-mana yang pendek kita sambung.

Tuan Yang di-Pertua, setelah menyatakan sedemikian perbahasan ini adalah perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berjaya mengetepikan politik kepartian masing-masing. Perbahasan ini mencerminkan kesatuan kita untuk menjurus kepada satu masa yang lebih cemerlang yakni apa yang baik untuk Malaysia kita ketengahkan, apa yang menguntungkan kepada bangsa Malaysia kita sokong. Justeru, dengan keberanian itu kita telah dapat menyisipkan beberapa prinsip perjuangan yang baru iaitu yang benar kita sokong dan yang batil kita ketepikan. Kita memberi pengertian kepada yang mati di Palestin. Ada yang mengatakan 750 orang, ada yang mengatakan 560 orang tetapi angka yang kita terima pada petang semalam ialah 890 orang yang mati. Lebih dari 3,000 orang cedera parah dan kemasukan angka-angka ini sebenarnya kita tidak dapat menapis siapa yang tidak melaporkan, berapa nyawa yang terkubur, berapa jasad yang telah tenggelam dalam debris ataupun simen konkrit dan keberatan yang lain-lain.

Setelah kita kutip data-data ini kemudian, tentu sekali dunia yang dikatakan sebagai dunia Gaza itu merupakan satu dunia yang perlu ditumpukan oleh manusia atas segala jenis bantuan yang mungkin boleh kita beri dari semasa ke semasa. Israel dan sekutunya mesti dipertanggungjawabkan termasuk juga Amerika yang mencabul kedamaian Timur Tengah dan dunia serta bala tentera mereka telah mengaibkan masyarakat di Palestin, mengetepikan Undang-undang Antarabangsa kita kata dan menjalankan pelbagai pencabulan yang diuruskan dengan kepentingan Israel sendiri.

Apa yang perlu kita lihat sekarang ialah gambaran menyayat hati yang ada pada kita. Gambar-gambar ini kita sudah lihat sama ada di kaca TV atau pun di akhbar. Matinya berbungkus kanak-kanak di tangan saya, matinya kanak-kanak yang tidak dikapankan, celiknya mata anak-anak di samping pembunuhan, penggunaan rifle buatan Amerika Syarikat terhadap kumpulan kanak-kanak dan wanita, menghunuskan senjata rifle terhadap seorang kanak-kanak, dan akhirnya mayat seorang kanak-kanak yang ternganga tidak sempat mengatupkan mulutnya kembali.... [Menunjukkan gambar berkaitan]

final • 8:50 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Foto ini adalah testimoni kekejaman manusia. Foto ini ditentukan oleh pihak-pihak tertentu supaya diedarkan kepada dunia tetapi adakah orang Amerika melihat foto-foto ini?

Adakah Yahudi sendiri melihat foto-foto ini? Saya curigai mereka tidak melihat sebab CNN atau pun badan-badan korporat media besar di Amerika tentu memberi imbangan antara dasar Amerika Syarikat dengan Palestin, dasar Yahudi dengan Palestin dan akhirnya tenggelam dalam sorak sorai politik mereka masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus berbangga iaitu Malaysia merupakan negara pertama yang Dewan Legislative nya seperti Dewan Rakyat ini mengadakan sidang seperti ini. Insya-Allah atas nasihat Perdana Menteri dan juga Kabinet, kita akan minta rakan-rakan kita di Non-Aligned Movement, di OIC dan di ASEAN mengemukakan usul-usul yang sama di badan-badan legislative mereka sendiri. Oleh itu, tentu sekali ini merupakan inisiatif atau pun tindakan masing-masing tetapi kita akan mengeluarkan hujah sekiranya rakan-rakan sekutu kita dalam pertubuhan-pertubuhan itu dapat kita laksanakan. Maka, mata dunia akan lebih terbuka dan meyakinkan perjuangan sejagat kita.

Dalam perbahasan tadi misalnya yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bachok, ada satu perkataan yang berbunyi ‘Goyim’. Ini kita harus fikir dan terima sebagai satu hakikat. Zionis di Israel memandang lain-lain manusia sebagai alat yang darjatnya tidak sama dengan orang Yahudi. Mereka telah menyatakan ‘Goyim’ ini boleh dihapuskan dan boleh digunakan untuk tujuan masing-masing. Lantaran itulah kemungkinan Yahudi menggunakan segala inisiatifnya untuk menakluki jirannya dan juga mereka yang dianggap sebagai tidak memberi manfaat kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, gambaran keganasan ini adalah gambaran yang kita telah ketahui. Cuma sekarang kita perlu melihat kembali apa yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bentuk usul yang telah dikemukakan. Sebelum itu perlu dinyatakan dan diterangkan iaitu Security Council Draft Resolution atau Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah menentukan pelbagai keadaan dan kedudukan itu telah dikecualikan oleh Amerika Syarikat dari segi penyertaan dan kelulusannya. Sehubungan itu, dengan lain perkataan apabila Amerika Syarikat berkecuali ertinya ialah signal atau isyarat kepada Israel supaya mereka boleh bertindak mengikut hati masing-masing, apa yang diputuskan? Pertama ialah pemberhentian tembak menembak atau serangan. Kedua di bawah tajuk Withdrawal of Israel Forces menarik bala tentera Israel. Ketiga, untuk menghentikan kepungan di sekitar Gaza menerusi jalan masuk dan jalan keluar. Keempat, bantuan humanitarian atau bantuan kemanusiaan. Akhirnya mengenai mekanisme monitoring atau pun pemantauan.

Tuan Yang di-Pertua, semua ini memerlukan penguatkuasaan. Akan tetapi, dengan berkecualinya Amerika Syarikat, satu pun daripada usul itu tidak dapat dilaksanakan. Adalah dalam rekod Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa sekali Amerika menentukan jenis tindakan, sama ada di jalankan atau tidak, masa itulah sesuatu berlaku atau tidak berlaku. Jadi, dengan keadaan sedemikian di Dewan Rakyat yang mulia ini kita bolehlah merumuskan dari Resolusi 1860 itu tidak akan ada apa-apa tindakan berlaku.

final • 8:50 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Jadi lebih banyak dewan legislatif bertindak seperti yang kita lakukan pada petang ini lebih baik kepada masyarakat dunia tetapi pada masa yang sama kita perlu memberi pengukuhan kepada rakan-rakan kita di bawah Non-Aligned Movement atau Negara-negara Berkecuali di bawah OIC, di bawah ASEAN dan juga di bawah Liga Arab supaya tindakan- tindakan dapat diambil menerusi kesepakatan dan juga tindakan-tindakan yang memberi ketegasan kepada umah. Tuan Yang di-Pertua...

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 9:00 PM

Mesyuarat] Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya menghargai penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Resolusi 1860 itu dengan tegas menggariskan beberapa tindakan yang harus diambil yang telahpun dicadangkan oleh Majlis Keselamatan PBB.

final • 9:00 PM

Mesyuarat] Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dan lagi Yang Berhormat Menteri sendiri mengaku bahawa kesemua resolusi yang dicadangkan oleh 1860 ini tidak dapat dilaksanakan kerana tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto dan tidak mahu bersama-sama dalam meluluskan resolusi itu.

Sebab itulah saya cadangkan tadi usul dan ketetapan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu cukup baik dan kalau boleh diperkemas sedikit dengan tambahan satu kritikan yang tegas dan keras terhadap pentadbiran Amerika Syarikat yang saya rasa agak sedikit ketinggalan di dalam resolusi itu. Yang Berhormat Menteri sendiri mengaku bahawa peranan yang jahat dan biadab oleh Amerika Syarikat menyebabkan Resolusi 1860 ini tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pagi tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memanggil 12 orang duta ke Kementerian Pertahanan bagi beliau menyampaikan sendiri surat-surat gesaan, surat-surat cadangan supaya duta-duta tersebut dengan tangkas dan efektif menyalurkan kepada ketua masing-masing dan mereka yang 12 orang ini seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah yang mewakili Majlis Keselamatan Bangsa- bangsa Bersatu.

Hal ini tadi tidak dapat disebutkan, mungkin dalam ucapan sebab ini merupakan tindakan kita yang begitu segera dan jam 10 pagi tadi urusan ini telah dibereskan oleh Yang Amat Berhormat dan saya sendiri hadir, penasihat-penasihat beliau hadir dan setiap yang hadir itu termasuk Duta Amerika Syarikat dan Pesuruhjaya United Kingdom hadir menerima surat tersebut.

Saya rasa apa yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat pada pagi tadi sesuai dengan sentimen yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Gombak dan sebahagian besar kita di sini. Tinggal lagi jika apa yang diperlukan supaya kita tampak lebih tegas, kami akan mengambil langkah-langkah yang setimpal bak kata orang tua-tua, “pandangan tidak sesaujana, pemikiran tidak datang sekali.” Jadi kita akan cuba bertindak mengikut lunas kewarasan. Kita tidak boleh bertindak mengikut keadaan semasa seperti cadangan-cadangan yang melibatkan supaya kita boikot itu, boikot barangan ini, boikot pengeluaran sesuatu, boikot restoran yang selama ini kita telah makan, yang telah kita minum. Kita perlu fikir lebih jauh apa strategi dari segi perekonomian negara dan antarabangsa yang perlu kita ambil tindakan sebelum kita putuskan begitu sahaja di Dewan ini.

Ini langkah-langkah mikro yang saya rasa bagi pihak kerajaan kita perlu kita dalami sebelum kita mengambilnya secara yang tergesa-gesa pada ketika yang sama. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Arau misalnya telah menyarankan supaya sokongan rakyat terhadap Palestin diteruskan, kita tidak ketinggalan dalam soal tersebut juga kita akan memberitahu kepada rakan-rakan kita di OIC betapa pentingnya masyarakat Arab bersatu tetapi hendak memberitahu orang supaya mereka bersatu bukan satu perkara yang mudah untuk kita laksanakan begitu sahaja.

Ianya memerlukan suasana, ia memerlukan tact dan diplomasi. Jadi kami seboleh- boleh menerusi Kementerian Luar Negeri dan dengan tunjuk ajar pimpinan kita akan kita laksanakan langkah-langkah yang terbaik supaya rakan-rakan kita di Timur Tengah akan memperoleh persahabatan dan juga galakan positif bagi kita untuk menjayakan masa depan demi keamanan, keadilan dan kesejagatan.

Berkaitan dengan pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju mengenai media barat yang berpengaruh, ini kita setujui oleh kerana media yang wujud pada hari ini tidak banyak yang mencerminkan keadaan sebenar ataupun situasi yang perlu kita imbaskan agar memperoleh sesuatu yang boleh kita jamin kejayaannya. Memang tahun ini adalah tahun muram bagi kita oleh kerana tahun baru yang dimulakan dengan pembunuhan seperti ini tetapi kita perlu juga mewujudkan sistem ketahanan diri kita agar menerusi langkah yang diambil oleh Malaysia ini maka negara-negara Islam yang lain diharapkan dapat sama- sama untuk mendaki gunung yang tinggi itu dan menuruni lurah yang curam tersebut.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pandangan Yang Berhormat Pasir Salak amat kita hargai iaitu supaya pandangan objektif melihat suasana ekonomi di dunia dan juga dalam sektor pencapaian negara- negara Islam dikaji dahulu sebelum kita menentukan tindakan yang harus kita ambil. Suara Malaysia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua adalah suara salah satu yang berbunyi ketika dan masa yang diperlukan tetapi rakan-rakan kita dalam pertubuhan-pertubuhan yang saya sebutkan tadi perlu juga bangun dan bangkit untuk bersama-sama.

Tentang soal tidak lagi menggunakan beberapa penyaluran kewangan seperti US dolar menggantikan dengan beberapa mata wang yang lain, ini bukan sesuatu yang boleh kita putuskan begitu sahaja di sini. Saya yakin bahagian ekonomi kerajaan kita khususnya EPU Menteri Kewangan dan lain-lain pihak mendalaminya satu persatu, melihatnya dari konteks sebenar bagaimana kita harus menjana idea-idea ini sehingga ia tidak merupakan sesuatu yang merugikan mana-mana pihak tetapi kita mesti berprinsipkan keberanian dan juga keberkesanan.

Tentang pandangan dari Yang Berhormat Jerlun bahawa kita harus membuka laluan dari Rafah, ini sebenarnya telah dibincangkan di perjumpaan dan mesyuarat khas OIC seminggu yang lalu dan kita telah bersetuju dengan langkah-langkah supaya laluan di Rafah ini dibantu oleh Mesir dan Jordan dan di samping itu menggunakan keistimewaan yang ada pada negara tersebut memberi laluan kepada beberapa pertubuhan amal termasuklah Malaysian Mercy ataupun Yayasan Salam dan lain-lain dari Malaysia dan kita akan cuba menentukan supaya urusan mereka itu dapat berjalan dengan lancar dan berkesan hendaknya di kalangan kebajikan masyarakat kita di Gaza.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perasaan dukacita terhadap Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga kuasa veto yang dipunyai oleh kelima-lima negara khususnya Amerika.

Malaysia sebenarnya telah menzahirkan pandangan tiga kali berturut-turut tentang keadaan tersebut. Akan tetapi sebagaimana Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat maklum, suara dari Malaysia sahaja satu ketika tidak cukup. Jadi apa yang harus kita lakukan ialah pandangan keseluruhan, yang menyeluruh. Bagaimana PBB harus distrukturkan semula bukan sahaja dari sudut veto, tetapi dari sudut pentadbirannya dan sudut pemberiannya atau pelunasannya ke arah pembangunan manusia sejagat. Wisma Putra setakat ini memang telah menyediakan beberapa bahan untuk kita gunakan pada masa-masa akan datang supaya kuasa-kuasa tertentu, yang melampau ini tidak digunakan oleh mereka berterusan sehingga kita berasa kita tidak mempunyai apa-apa jalan keluar.

Pada hari ini, 192 anggota PBB dan kita merupakan salah satu daripada anggota yang aktif memperjuangkan hal ini. Insya-Allah dalam sidang yang akan datang kita akan bawa balik usul ini dan kita akan cuba buat pakatan menerusi rakan-rakan kita supaya beberapa pengubahsuaian yang logik dan objektif dapat dilaksanakan menerusi pandangan Malaysia. Dari Yang Berhormat Batu, sukacita saya memberi sedikit reaksi mengenai dana.

Beliau berkata dasar hipokratik harus dihentikan oleh pihak-pihak yang berdekatan dengan Gaza dan Palestin. Kita menerima baik pandangan ini dan kita juga mempunyai perasaan yang sama, iaitu dana yang disumbang oleh mana-mana pihak dari Malaysia harus kita sekutukan di bawah satu payung supaya ianya lebih berkesan dan dari segi logistik serta keberkesanannya dapat kita jamin buat masa akan datang.

Satu perkara yang timbul di sini ialah sama ada pihak yang bakal menerima dana ini benar-benar dapat manfaatnya seperti yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan rakan-rakan yang lain. Setelah kita kumpulkan dana sumbangan derma ini, kita akan cuba mengambil langkah-langkah positif. Satu daripadanya ialah sama ada lebih baik dana ini kita belikan barang makanan atau kita sumbang dalam bentuk wang. Insya-Allah pandangan yang positif ini akan kita dapati dalam tempoh yang terdekat. Mungkin sebahagian kecil derma itu kita sampaikan kepada badan-badan yang memerlukan sangat pada ketika tertentu, tetapi dalam hal-hal yang lain, kita gunakan untuk pembelian barangan makanan, perubatan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan kokus Parlimen yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Ini pandangan yang sangat baik. Lantaran itu, ia harus disamatarakan dengan kokus-kokus yang lain seperti terhadap Myanmar dan juga terhadap isu-isu yang lain.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Insya-Allah menerusi rakan saya di Kabinet, akan dikemukakan pandangan ini supaya disusul sebaik mungkin dan diisi tuntutan yang murni yang mungkin lahir daripadanya. Mengenai potongan gaji. Dana ini harus dapat kita gunakan, tetapi tidak kena pada tempatnya agaknya. Jika menerusi usaha ini, lantas dipotong RM2,000. Kemudian esok Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya bagaimana ia dipotong RM2,000 tanpa satu usul yang berasingan.

Jadi elok kita rundingkan dahulu sebagai satu kesan positif. Sebagai pemimpin- pemimpin. Ahli-ahli Yang Berhormat, berapa patut kita terakan atau kemukakan jumlah yang meyakinkan, yang menunjukkan kemurnian dan kesatuan kita terhadap pengisian dana ini. Tentu sekali ini penting dan kita akan usahakan sebaik mungkin dengan pihak berkuasa Parlimen. Saya yakin juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan bersetuju satu amaun yang munasabah untuk dikenakan kepada anggota-anggota pentadbiran atau pihak-pihak lain asalkan kesan kesekutuan dan perpaduan kita itu dapat dilihat dan diyakini.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu buku yang bernama iaitu, “The Audacity Of Hope” oleh Barack Obama. Dalam buku itu, beliau menyatakan bahawa, “The dynamic of change has come to America we shall try to change”. Ini kata beliau sebelum beliau menjadi Presiden Amerika. Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat dari Kubang Kerian, Batu Pahat, Papar, Tenggara dan lain-lain menyatakan sama ada ini berlaku atau tidak tentu kita tidak dapat meramalkan asalkan Amerika selepas ini mempunyai satu jendela atau beberapa jendela yang boleh kita teruskan pandangan dan pancaran kepada kerajaan mereka, saya rasa kita boleh membawa beberapa pandangan yang nanti boleh membantu kita dalam perjuangan memelihara kepentingan rakan-rakan kita di Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara berkaitan dengan pandangan beliau berhubung dengan masa depan Amerika di bawah Barack Obama dan juga terhadap kemungkinan Mercy Malaysia untuk diberi tempat dan bantuan.

Hal ini sedia berada dalam pengetahuan Kabinet atau Jemaah Menteri dan kita akan susun lagi tentang beban tugas dan kemampuan yang dipikul oleh Mercy. Mengenai dengan media, Yang Berhormat daripada Papar. Pandangan Yang Berhormat itu akan kami ambil secara serius dan Yang Berhormat meminta kami supaya jangan takut kepada Amerika.

Sebenarnya kita tidak pernah takut dengan Amerika. Cuma kita tidak ada masalah kebelakangan ini yang membolehkan kita bersuara. Hendak bertembung dengan Amerika secara bersenjata tentu sesuatu yang kita pun tahu jawapannya. Akan tetapi bertembung dengan Amerika secara kita berdebat dan mengeluarkan pandangan, ini mesti kita lakukan.

Misalnya, apabila pemimpin-pemimpin kita ke Amerika nanti, kita akan minta supaya mereka berdialog dengan rakan sejawatannya. Kita akan atur beberapa perbincangan yang berkaitan dengan kepentingan bersama. Akan tetapi kita faham di bawah pemikiran Amerika itu, Israel adalah anak dakapannya. Walaupun sedemikian, kita harus jangan takut pula menyatakan kepada Amerika anda telah membekalkan senjata, anda membekalkan tidak kurang dari USD21 bilion dalam satu tahun misalnya kepada Israel. Oleh yang demikian, anda juga mempunyai tanggungjawab terhadap Bangsa- Bangsa Bersatu, kepada negara-negara membangun, kepada hak-hak negara di Timur Tengah dan lain-lain. Insya-Allah kita akan uruskan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong iaitu bantuan kemanusiaan. Di sini beliau telah meminta supaya kerajaan berhati-hati dan supaya penyampaian ini adalah penyampaian yang khusus dan menepati sasaran.

Dicadangkan supaya EPG atau Eminent Persons Group ini memainkan peranan.

Saya harus menyatakan sedemikian iaitu hubungan kita dalam ASEAN adalah amat akrab.

Malah sekarang sudah pun ada satu kumpulan EPG ataupun Eminent Persons Group yang sentiasa berunding di antara Indonesia dengan Malaysia misalnya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan EPG ini di Kuala Lumpur baru-baru ini dan kita telah dapat menjayakan beberapa pertemuan dan perbincangan. Jangankan perkara- perkara berkaitan dengan Palestin, malah perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi, dengan ekonomi Islam dan juga dengan pembangunan serantau juga akan dapat kita laksanakan insya-Allah menerusi kumpulan orang-orang kenamaan tersebut.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, pandangan-pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Bandar Tun Razak diucapkan terima kasih. Khususnya kepada Yang Berhormat Mambong yang memberikan satu taklimat ataupun satu penjurusan yang saya rasa buat pertama kali kita dengar yakni penggunaan serbuk uranium dalam peluru.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ini tentulah para chemist kita akan mengambil tindakan dan penyusulan kemudian.

Namun kita akan boleh nanti menggunakan hujah seperti ini untuk menyatakan kepada rakan-rakan kita dalam pertubuhan-pertubuhan tertentu apa yang seharusnya kita ketahui dari tindakan Israel yang menggunakan peralatan tersebut. Tentang pandangan Yang Berhormat Selangau supaya kita jangan reaktif, saya bolehlah cuba memberi jawapannya sebegini. Ada perkara kita kena reaktif, ada perkara kita kena proaktif. Jadi dalam soal yang kita hadapi di Dewan yang mulia ini pada petang ini sebenarnya ialah ia adalah perkara yang proaktif.

Tidak boleh dikatakan kita reaktif dalam soal ini. Buat pertama kali Perdana Menteri mengemukakan usul seperti ini. Ini adalah proaktif, bukan reaktif tetapi bagi kita untuk menyatakan perasaan barang kali logiknya ada sebab telah banyak peristiwa berlaku di mana kita menyahut setelah dipanggil. Ini adalah kebiasaan biasa tetapi sekiranya dalam konteks kita memerangi dan juga menangani soal Palestin dan Gaza ini saya menyatakan Kerajaan Malaysia adalah kerajaan proaktif dalam soal tersebut. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas, Yang Berhormat Keningau diucapkan terima kasih di atas pandangan yang mengajak kita supaya lebih berwaspada terhadap apa yang dibawa dalam pembaharuan Amerika Syarikat.

Yang Berhormat Bachok menerusi pandangan beliau menjurus kepada beberapa sudut dan aspek rawatan kepada pesakit-pesakit. Pandangan beliau mengenai divine intervention dan cadangan supaya kita membuat solat hajat bersama. Saya fikir ini cadangan yang sangat baik. Tentu sekali bahagian agama Jabatan Perdana Menteri akan dapat menyahutnya dalam cara yang positif. Begitu juga Qunut Nazilah yang disebutkan itu yang kita semua tahu telah dijalankan oleh kerajaan kita. Insya-Allah pandangan ini akan dapat sambutan dan kita akan menekankan tentang apa yang penting bersama kita harus terima walaupun kita telah ketinggalan sedikit dalam apa-apa jurusan yang terkandung di dalamnya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan Yang Berhormat Pasir Mas membatalkan FTA, sebenarnya FTA belum kita tandatangan lagi. Jadi soal membatalkan itu tidak timbullah. Cuma Free Trade Agreement ini kita harus teliti dari segi kepentingan kita dan sekiranya menguntungkan, kita tandatangan dan Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa telah memegang prinsip ini setelah dipertuakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekian lama. Jadi saya tidak ada perasaan gundah dalam soal ini sebab ianya belum lagi ditandatangani. Akan tetapi kalau Yang Berhormat itu menyatakan WTO adalah sesuatu peralatan yang sangat tajam, yang akan mengenakan pelbagai pihak, saya boleh terima.

Oleh kerana dalam bab 21 WTO itu, kepentingan pertanian di Amerika Syarikat, di Eropah di utamakan. Akan tetapi kepentingan pertanian kita di Asia tidak begitu mendapat sebutan yang khusus ataupun percaturan yang boleh dianggap sebagai equitable. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau di atas reaksi beliau yang dikemukakan secara lantang. Satunya beliau mengakui bahawa PBB katanya adalah sebuah badan yang dengan izin, toothless. Saya cuma secara seloroh suka menyatakan ‘gigi ada, gigit tidak’.

Toothless itu barangkali beliau menjurus kepada kuasa-kuasa yang sudah dibuat tetapi tidak dapat dilaksanakan.

Samalah seperti lima perkara yang saya sebutkan tadi yang tidak dapat dilaksanakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu lantaran kuasa veto yang ada pada Amerika dan rakan-rakan sekutunya. Berkaitan dengan pandangan bahawa Israel mesti takut terlebih dahulu terhadap sesuatu. Ini pada satu lembaran berupa abstrak. Jadi agak sukar barangkali bagi semua pihak mengetahuinya dan mengenal pentingnya statement ataupun kenyataan seperti itu.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Mungkin apa yang dimengertikan ialah, yang sakit kepada Israel kita harus ketahui. Misalnya soal ekonomi atau soal sanction ataupun soal yang boleh memberi keadaan sudut atau corner kepada Israel.

Ini perlu kita tentukan bersama dalam sidang-sidang antarabangsa dan juga dalam sidang ekonomi kita di sini supaya kita dapat melihat secara jelas apa yang perlu kita lakukan agar Israel takut terhadap situasi yang tertentu. Pada hemat Kementerian Luar khususnya, Israel akan takut jika negara-negara Arab bersatu. Israel akan takut kalau minyak atau produk minyak di Timur Tengah dapat dikendalikan oleh kuasa politik Arab secara keseluruhan mengikut satu nada dan satu suara. Saya juga jangka Israel akan takut jika beberapa negara Timur Tengah mempunyai keupayaan nuklear seperti yang ada di India dan di Pakistan. Akan tetapi bukan bagi kita menyatakan semuanya boleh menakutkan Israel sebab Israel dengan Amerika, picit paha kiri terasa paha kanan. Oleh kerana Amerikalah sumber yang sempat kita sebutkan di sini sebagai pembekal utamanya.

Kita telah bersetuju nampaknya apabila dikatakan seolah-olah Israel merupakan negara ke-51 dalam Persekutuan Amerika Syarikat tersebut. Mengenai the coalition of the wiling dengan izin, tentu sekali hal ini juga kita fikirkan bersama. Kami akan meneliti pandangan tersebut dalam jangka panjang supaya dapat kita tentukan satu persatu langkah-langkah positif dan juga langkah-langkah bersekutu yang dapat kita ambil, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam tidak banyak memberi cadangan tetapi beliau telah menyatakan bahawa bantuan makanan yang hendak diberikan ini mesti mempunyai satu saluran yang jelas kerana ini dapat kita terima tentu sekali apabila rangkaian penyampaian bantuan-bantuan kebajikan ini sampai pada masanya kita akan berbuat sedemikian.

Pandangan Yang Berhormat Segamat supaya terus mendesak masyarakat antarabangsa dan juga duta-duta Malaysia disusul dan diberikan pengetahuan serta kemas kini pengetahuan mereka tentang keadaan masa kini, insya-Allah kita akan lakukan sedemikian. Pandangan dari Yang Berhormat Miri juga membangun bersama untuk menzahirkan sesuatu yang nyata supaya Malaysia jangan takut. Kami akan berbuat demikian malah kami telah melakukan perkara-perkara seperti itu. Dalam penyampaian di Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa yang terakhir dalam sidang ke-63 yang mana wakil- wakil dari beberapa kawasan Parlimen pun turut hadir kita telah sempat menyatakan perkara itu dan mendapat sambutan.

Isu Hamas dan Fatah, kita bersetuju selagi Palestin tidak mempunyai satu suara yang legitimate, selama itulah maka mereka akan dipecah-pecahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa di Amerika dan juga di Israel sendiri. Sukar bagi kita hanya menyatakan “Wahai Muhamad Abbas bersatulah engkau”, “Wahai Hamas dan Fatah bersatulah engkau”.

Walaupun masing-masing tahu... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Hari-hari dibaca oleh mereka.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Yang pentingnya sekarang ialah sekiranya Hamas merasakan bahawa mereka menjadi pentadbir yang legitimate di Gaza proses undang-undang itu mesti jelas kepada semua pihak. Jadi, bagi kita sekarang hendak menyampaikan bantuan. Kalau hendak diberikan kepada Hamas sahaja tentu kita bermasalah dengan Fatah, bermasalah kita dengan Presiden Mahmoud Abbas. Justeru pandangan negara-negara Arab pun harus kita ambil dalam soal tersebut. Malangnya pandangan negara-negara Arab setakat ini belum dapat banyak membantu kita dalam perkara tersebut. Jadi, setelah menyatakan perkara itu di tahap seperti mana yang sempat saya sebutkan ini, walaupun keadaan Hamas, Fatah dan Presiden Palestin yang ada pada masa ini sedemikian rupa kita jangan merasa patah hati untuk membantu Palestin dalam keadaannya yang ada sekarang.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang di atas pandangan beliau berkaitan dengan keganasan yang tidak boleh mendamaikan konflik, katanya.

final • 9:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 9:30 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pandangan Yang Berhormat itu akan diterjemahkan dalam bentuk yang boleh kita perakukan kepada mesyuarat-mesyuarat rasmi.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 9:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit penjelasan sahaja tentang bantuan tadi, kepada Hamas dan Fatah. Apakah kita sudah ada pendirian. Maksudnya kedua-dua pihak ini akan menerima hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia yang dikumpulkan. Saya tahu memang orang Palestin di Tebing Barat juga menghadapi banyak tekanan dan masalah. Jadi, apakah kedua-dua pihak ini akan diberi bantuan dan apakah bantuan itu disalurkan melalui dua kerajaan yang tidak bersatu hati ini.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pertanyaan Yang Berhormat. Pada masa ini kita tidak ada mempunyai masalah tentang pemberian bantuan kemanusiaan tetapi setelah diberi beberapa fakta baru kita telah memutuskan supaya apa yang diperakukan oleh Mercy misalnya, kita ikutlah dahulu iaitu kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan kemanusiaan. Kita tidak ada memberi bantuan kewangan sekarang kecuali pada masa dahulu kita pernah memberi pelbagai bantuan dalam bentuk-bentuk yang tertentu.

Misalnya pada tahun-tahun yang lalu kita pernah menyampaikan bantuan sebanyak RM180,000 setahun kepada Embassy Palestin di sini tetapi itu tidak menjadi masalah sebab kerajaan kita berpendapat embassy tersebut berfungsi sebagai unit yang mewakili Palestin sebagai satu negara. Kemudian kita telah memberi sebanyak USD2 juta kepada Palestinian National Authority. Bantuan ini adalah bantuan yang pada ketika itu di bawah Yasser Arafat merupakan entiti yang seharusnya dibantu.

Dalam perkiraan kami di Wisma Putra lebih daripada RM60 juta telah disalurkan pada masa-masa yang lampau dan yang terakhir kita telah membantu untuk penyelenggaraan dua F-50 Fokker atau aircraft, pesawat penerbangan yang dimiliki oleh Palestinian Airlines. Ini pun diberikan secara pembiayaan kos sebenar. Dengan lain perkataan kita tidak ada muslihat dalam perkara ini. Cuma akhir-akhir ini setelah legitimasi Hamas di apung dan diketengahkan barulah ada beberapa pihak yang mengatakan anda harus bantu pihak-pihak lain yang memerlukan bantuan. Jadinya sekarang sebelum menyampaikan sebarang bantuan satu kerja rumah kita lakukan sebaik mungkin supaya kita tidak ketinggalan dan pada masa yang sama berkat dan keberkesanannya dapat kita perakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang juga menyatakan bahawa pandangan Malaysia terhadap badan-badan dalam Palestin perlulah objektif dan tidak tertarik kepada tarikan mana-mana pihak secara politik, pandangan ini kami akan ingat sentiasa dan apa-apa bantuan yang akan kita sampaikan tentulah berasaskan kepada objectivity dan juga tujuan dan matlamat yang diperakukan.

Akhirnya, izinkan saya bagi menyatakan bahawa cadangan-cadangan yang berkaitan untuk merujukkan pihak-pihak tertentu kepada Mahkamah Antarabangsa di Hague dan satu lagi ialah kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kita tidak boleh merujukkan sesuatu kes yang melibatkan sesuatu negara kepada ICJ. ICJ hanya memusatkan jurisdiction atau bidang kuasanya setelah dua parti atau dua pihak bersetuju merujukkan kes mereka kepada ICJ.

Begitu juga ICC tidak harus bagi kita dan tidak boleh menyarankan tindakan diambil begitu sahaja kecuali yang menyarankan itu adalah parti ataupun sebahagian daripada keanggotaan ICC. Ini bermakna kita terpaksa menandatangani sebahagian daripada ICC itu melambangkan kepentingan kita. Setakat ini Malaysia belum lagi berada dalam kategori tersebut tetapi prosecutor ICC itu boleh di petitionkan oleh mana-mana anggota yang menjadi anggota kepada ICC supaya membawa kes itu untuk dirujuk dan diselidik. Jadi, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyarankan supaya di bawa kes tersebut ke perenggan ICC kita harus mengikut lunasnya dan kita akan bantu dari segi prosedur bagaimana ini boleh dilaksanakan.

Seharusnya kita setuju iaitu Israel sudah mengenakan serangan secara perang.

Kita setuju bahawa Israel pada permukaannya telah menyalahi undang-undang antarabangsa, menyalahi Konvensyen Geneva, menyalahi tuntutan perundangan human rights atau hak asasi manusia.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Oleh yang demikian sekiranya kes tersebut berada dalam tahap yang memerlukan tindakan, Malaysia boleh mencadangkan kepada rakan-rakan kita sama ada di bawah No- Aligned Movement (NAM) atau di bawah OIC ataupun di bawah mana-mana jurisdiction atau bidang kuasa yang boleh menggerakkan tenaga tersebut.

Cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mewujudkan tribunal tersebut adalah satu cadangan yang sangat kena pada tempat dan masanya. Kita harap dapat diketahui umum dan apabila resolusi ini kita sebarkan ke seluruh dunia terutama kepada parlimen-parlimen di Eropah, Britain, kongres di Amerika, di India termasuk negara- negara yang lain kesannya nanti amatlah besar dan akan memberi satu gambaran yang memberi pentakrifan positif kepada usaha kita di negara yang kecil ini.

final • 9:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mohon penjelasan sikit, Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja. Ketika mana Yang Berhormat Menteri ingin mencadangkan pihak Malaysia mengenai isu-isu hak asasi manusia, bagaimana sekiranya persoalan ditimbulkan kerana kita di peringkat ASEAN masih lagi dengan izin struggle, untuk mewujudkan satu mekanisme untuk penyelesaian permasalahan hak asasi manusia.

Jadi, persoalan kredibiliti itu akan ditimbulkan. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri mungkin ada satu pandangan supaya perkara itu lebih bersifat efektif dan praktikal.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat. Di bawah Charter ASEAN atau piagam ASEAN yang baru satu bab memang diperuntukkan bagi hak asasi manusia. Cuma mekanismenya belum siap. Apabila mekanismenya siap saya yakin bahawa sebarang pencerobohan atau sebarang pelanggarannya akan dihadapi dengan tindakan yang setimpal, Indonesia dan Filipina telah pun menerima baru-baru ini penubuhan charter dan pewujudannya dan Malaysia telah dipelawa untuk menjadi high level committee for legal rights dan sebagainya.

final • 9:30 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Kita akan menyusullah dari situ. Pengalaman kita itu akan kita cuba gunakan sebaik mungkin. Akan tetapi untuk meminta sebuah negara yang menjadi anggota kepada ICC supaya mengemukakan cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Kita boleh lakukannya dan insya-Allah setelah diputuskan hal ini, kita akan buat kerja rumah kita dan kita akan cari pihak-pihak yang boleh membantu kita untuk mengisi tuntutan kepada sepuluh resolusi yang kita bakal luluskan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab masa sudah agak larut bagi sesi yang khas seperti ini, saya hanya mempunyai satu perenggan yang akhir iaitu memohon restu Allah SWT supaya negara kita terus teguh, kuat dan dapat menjalankan perjuangan kita di arena antarabangsa dengan berkesan dan dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat, insya-Allah kami di Wisma Putra khususnya dan Kerajaan Malaysia amnya akan mengambil amanah ini sebagai dorongan yang positif.

final • 9:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Sedikit, sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan satu noktah kepada dunia diplomatik. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap tadi termasuk saya rasa daripada Yang Berhormat Batu Pahat mengesyorkan supaya untuk memulakan. Bukan memulakan peperangan, memulakan suatu era perbincangan mengenai pakatan ketenteraan khususnya dalam negara OIC. Ini langsung tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri tadi sewaktu menggulung. Saya memohon suatu penjelasan dan penegasan dapat diambil di akhir penggulungan ini. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Di bawah instrumen persetujuan pewujudan OIC, memang sudah jelas iaitu ia merupakan satu pakatan organisasi kepada anggota negara-negara Islam yang menandatangani instrumen keahliannya. Di bawah itu memang tidak ada peruntukan berkaitan dengan pakatan ketenteraan. Malah ia juga tidak ada mempunyai beberapa konvensyen seperti yang ada pada Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh sebab itulah saya katakan tadi, jika ada kuasa eksekutif, ia adalah di bawah Perkara 22 Charter UN ataupun Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang boleh mewujudkan sesuatu council ataupun badan yang boleh bertindak selain daripada pewujudan Security Council, Majlis Keselamatan di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Jika kita hendak buat macam Bangsa-Bangsa Bersatu Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh kita lakukan. Akan tetapi saya rasanya boleh menyuarakan bagi pihak pandangan kita di Dewan ini kepada forum yang tertentu, kenapa tidak boleh kita fikirkan tentang survival kita bersama buat masa akan datang.

Yang kedua, misalnya adakah kita hendak berpuas hati sahaja dengan satu majlis organisasi negara-negara Islam seperti yang kita lihat pada hari ini? Tidak bolehkah kita graduate dengan izin, kepada tahap yang lebih maju? Ini semua kita boleh kemukakan dan tadi saya ada sebut pandangan-pandangan Yang Berhormat yang tidak dapat saya ulas secara mendalam atau panjang lebar, akan saya lunaskan menerusi mesyuarat kita pada sesi-sesi dan juga forum yang berkenaan.

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bangun]

final • 9:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Sedikit Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri...

final • 9:40 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ya.

final • 9:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Iaitu mengenai pandangan kerjasama pendidikan yang mana anak-anak Palestin kita diberikan biasiswa untuk belajar di UIA ataupun KUIM bagi seterusnya mereka pulang dan membina negara Palestin.

final • 9:40 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Ada satu persoalan yang dibangkitkan tadi yang saya pohon dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri akan sikap kerajaan bagi cadangan untuk sukarelawan daripada Malaysia yang berhasrat untuk pergi ke Gaza.

Apakah sikap yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia terhadap sukarelawan seperti ini yang kita dapat maklumat ada beberapa kumpulan yang bercadang hendak pergi. Adakah tindakan akan dikenakan terhadap mereka sebagaimana sukarelawan yang pergi ke Afghanistan yang balik dikenakan tindakan ISA. Sehingga hari ini sudah 8 tahun meringkuk di Kamunting. Jadi adakah sukarelawan yang bercadang hendak pergi ke Gaza akan dikenakan tindakan yang sama? Itulah yang saya pohonkan penjelasan.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Mengenai sukarelawan, sukarelawan yang diteraskan pada masa ini ialah MERCY. Ada juga Wisma Putra mendapat surat berkaitan dengan permohonan pertubuhan Yayasan Salam Malaysia.

Jadi sekiranya sesuatu pertubuhan itu hendak mewujudkan kumpulan sukarelawannya sendiri, sebenarnya Kerajaan Malaysia tidak ada membuat apa-apa halangan kecuali syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak yang berkuasa di sana diisi sama. Akan tetapi tentulah Imigresen Malaysia akan cuba meneliti kesesuaian untuk memberi pasport dan juga visa yang berkenaan terserah kepada negara yang akan menerima sama ada atas jasa baik Mesir atau Jordan untuk menentukannya. Jadi sekiranya Yang Berhormat mempunyai badan sukarelawan, lunas-lunas itu haruslah diisi dan disempurnakan.

Tentang pandangan Yang Berhormat Pontian, tahniah di atas sajak tadi. Utusan Malaysia akan mengadakan Malam Sajak, barangkali Yang Berhormat boleh mengambil bahagian pada 23 hari bulan... [Ketawa] Biasiswa ini sebenarnya kita sudah beri. Kerajaan kita sudah beri banyak biasiswa kepada Palestin dalam tahun-tahun yang lalu. Akan tetapi dalam gelombang baru ini, saya kira kita perlu buat penelitian yang halus dan sekiranya anak-anak yatim ataupun kanak-kanak yang memerlukan pendidikan tambahan ataupun bimbingan di Malaysia seperti yang pernah kita beri khidmat ini kepada rakan-rakan kita di Indonesia tidak beberapa lama dahulu, memang boleh kita laksanakan.

Jika mereka yang mempunyai kemahuan ini, perlu kita timbang. Wisma Putra boleh bantu untuk menelitinya dan memberi pandangan kemudian dengan syarat saya bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Kabinet, untuk menyerahkan apa yang Malaysia boleh buat dalam tempoh dan dalam keadaan seperti ini. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.50 malam.

final • 9:40 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026