Dec172008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali

final • 10:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Tiga dekad pertama selepas kemerdekaan, kehakiman Malaysia tenang dan bebas daripada pengaruh luar. Dua dekad kemudian daripada itu, ia bergelora. Pada tempoh 30 tahun pertama, Tun Suffian, bekas Ketua Hakim Negara dalam syarahan beliau di Institut Pengurusan Malaysia Kuala Lumpur pada tahun 1987 menyatakan, dengan izin:-

“The reputation that [the Malaysian judiciary] enjoys of being able to decide without interference from the executive or the legislature, or indeed from anybody, contributes to the confidence on the part of the members of the public generally, that should they get involved in any dispute with the Executive or with each other, they can be sure of a fair and patient hearing and that their disputes will be determined impartially and honestly in accordance with law and justice.” Orang awam ada keyakinan dalam kehakiman kerana jikalau seorang biasa ada pertikaian dengan Eksekutif atau sesiapa, beliau akan menerima bicara yang adil dan orang itu akan menerima keputusan yang jujur mengikut undang-undang dan keadilan. Untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran kehakiman dengan saksama dan adil, adalah penting untuk menunaikan tugas dan fungsi kehakiman. Kalau keyakinan hilang, sistem kehakiman akan terjejas. Bagaimana keyakinan orang awam terjejas?

Pada tahun 1998, Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung yang lain iaitu Tan Sri Wan Sulaiman bin Pawanteh dan Datuk George Albert Seah telah dipecat daripada jawatan kehakiman tinggi mereka. Tiga hakim yang lain, Tan Sri Mohd. Azmin bin Dato’ Kamarudin, Tan Sri Dato’ Seri Yusof bin Abdul Kadir dan Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd. Salleh juga ditanggung tugas sementara menunggu satu penyiasatan rasmi.

Sebaik sahaja selepas insiden yang mendadak ini berlaku, Tun Haniff Omar telah dilantik sebagai Hakim Negara di mana beliau menjadi subjek kontroversi kerana beliau adalah Pengerusi Panel Tribunal Tun Salleh Abbas. Tempoh pemegangan Ketua Hakim Tun Abdul Hamid bin Omar, Tun Mohd Eusoff Chin dan Tun Ahmad

final • 10:04 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Fairuz telah diselubungi dan diredupkan dengan kontroversi-kontroversi dan akhirnya satu suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Video V.K. Lingam telah ditubuhkan.

Kita harus mengambil perhatian peranan eksekutif dalam peristiwa ini.

Peristiwa ini bermula bila mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir tidak puas hati dengan keputusan hakim dalam kes-kes yang melibatkan kerajaan seperti JP Berthelsen melawan Director General Immigration. Dalam kes itu, pas bekerja wartawan Asian Wall Street Journal, Raphael Pura dan John Berthelsen dibatalkan oleh Pengarah Imigresen. Mahkamah Agung, Supreme Court memutuskan bahawa pembatalan itu salah. Selepas keputusan diberikan, Dr. Mahathir menyerang hakim-hakim di surat khabar dan memberikan ugutan bahawa beliau akan memastikan kehakiman akan mengikut kehendak kerajaan.

Beberapa hakim di Kuala Lumpur meminta Ketua Hakim, Tun Salleh Abbas menulis kepada Duli Yang Maha Mulia mencelah dalam hal ini. Tun Salleh Abbas menulis kepada Duli Yang Maha Mulia dan ini mengakibatkan Dr. Mahathir memanggil Tun Salleh ke pejabat Perdana Menteri dan meminta beliau meletak jawatan. Tun Salleh pada mulanya bersetuju, tetapi pada esoknya menukar fikiran dan enggan membuat demikian. Tun Salleh digantung dan Perdana Menteri menubuhkan tribunal untuk memecat Tun Salleh mengikut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Tun Haniff Omar dilantik untuk menjadi Pengerusi Tribunal.

Ini mencegah prinsip natural justice bahawa Tun Haniff Omar ada kepentingan dalam keputusan tribunal dan sebenarnya tidak boleh terlibat dalam prosiding ini.

Selepas Ketua Hakim yang dilantik, Tun Mohd Eusoff Chin menimbulkan lebih kontroversi. Skandal-skandal oleh mahkamah sudah diketahui oleh orang ramai sehingga seorang hakim N. H. Chan dalam keputusan mengatakan semua tidak sepatutnya di Denmark House; di mana mahkamah berada pada masa itu dengan kehakiman bertulis yang dilaporkan dalam Malayan Law Journal bahawa “Something is rotten in the House of Denmark in case Ayer Molek Rubber Company melawan Insas Berhad.

final • 10:04 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Dari masa Tun Eusoff Chin hingga pelantikan Tun Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim, skandal demi skandal timbul dan salah satu contohnya ialah keputusan Suruhanjaya Video V.K. Lingam di mana suruhanjaya mendapati bahawa V.K. Lingam ada berpengaruh dalam pelantikan Tun Ahmad Fairuz sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim.

Tuan Yang di-Pertua, peristiwa ini menunjukkan bahawa kedudukan kehakiman dalam Perlembagaan Persekutuan adalah begitu rapuh. Perlindungan kehakiman dalam Perlembagaan Persekutuan diabaikan dengan mudahnya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa bagaimana pentingnya kebebasan kehakiman. Tun Mohamad Suffian di dalam bukunya “The Constitution of Malaysia, Its Development” mengatakan dengan izin, “Judicial independence has always been a pillar of the Constitution.

Judges do not take orders from Parliament nor do they take from the Prime Minister or from anybody in government. Judges are not civil servants who quit for politic orders from Ministers and their seniors in the service.” Akan tetapi selepas peristiwa judicial crisis ini persepsi orang awam ialah kenyataan Tun Mohammad Suffian tidak wujud lagi.

Inilah pokok dan asas isu iaitu kebebasan kehakiman yang telah terjejas.

Kesemua ini menunjukkan bahawa orang ramai telah hilang keyakinan dalam kebebasan kehakiman dan orang ramai tidak yakin mereka akan menerima keadilan.

Saya telah memberi sejarah peristiwa pelantikan Ketua Hakim dalam tempoh 20 tahun yang lalu ini dan penjelasan bahawa yang sangat penting kita hendak satu sistem pelantikan dan promosi hakim yang telus dan tidak terpengaruh dari pihak eksekutif. Saya meminta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bahawa bagaimana rang undang-undang ini dapat memberi kembali keyakinan orang ramai bahawa hakim-hakim ini terutamanya Ketua Hakim tidak akan dipengaruhi oleh eksekutif terutamanya Perdana Menteri dan bagaimana keyakinan orang ramai dapat dimenangi kembali bahawa kehakiman adalah bebas.

Mengikut rang undang-undang ini Perdana Menteri memainkan peranan yang besar daripada pelantikan empat orang eminent dalam fasal 5 sehingga membuat keputusan bayaran yuran kepada mereka dalam fasal 7 dan kuasa untuk memecat keahlian suruhanjaya dalam fasal 9 tanpa memberikan penjelasan. Pada pandangan

final • 10:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

saya ini bukan cara untuk memulihkan ketelusan. Apa yang harus dibuat ialah meminda Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip-prinsip yang telah diamalkan di negara-negara yang lain untuk mewujudkan Judicial Services Commission di mana bukan sahaja pelantikan tetapi juga promosi, gaji dan elaun hakim disyorkan oleh suruhanjaya. Kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri di bawah perkara 122B untuk melantik hakim hendaklah dipinda kerana perkara ini bercanggah prinsip dengan izin, separation of powers.

Kita mesti mengambil kira pelajaran dari sejarah kita untuk mengadakan satu suruhanjaya yang dapat melindungi integriti dan kebebasan kehakiman. Hanya dengan demikian sahaja kita akan memulihkan badan kehakiman kita.

Saya mencadangkan pemilihan mengikut prinsip-prinsip seperti berikut:

(i) pembahagian yang jelas hendaklah berada di antara ketiga- tiga bidang kuasa kerajaan. A clear separation of the three organs of government;

(ii) proses pelantikan dan promosi hakim hendaklah telus, dengan izin, a transparent process; dan

(iii) proses hendaklah melibatkan perwakilan badan-badan yang mempunyai kepentingan dalam sistem kehakiman seperti Majlis Peguam dan akademi undang-undang.

Saya merujuk kepada fasal 28 rang undang-undang ini. Fasal ini merumuskan rang undang-undang ini. Fasal 28 menyatakan bahawa apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana orang yang disyorkan oleh suruhanjaya dia bolehlah seterusnya memberi nasihat mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Dalam versi bahasa Inggeris perkataan yang digunakan ialah “May proceed to tender his advice” Ini bermakna Perdana Menteri tidak wajib untuk berbuat sedemikian.

Ini jelas bahawa rang undang-undang ini tidak meminda apa-apa prosedur yang sedia ada di dalam pelantikan kehakiman kita. Oleh sebab itu saya memohon Yang Berhormat Menteri meminda rang undang-undang ini dan mengikut garis panduan dan kajian oleh negara-negara lain yang mengesyorkan bahawa eksekutif tidak harus terlibat dalam pelantikan hakim.

Saya juga merujuk kepada fasal 13 dan 16. Pada pandangan saya prosedur ini tidak cukup telus kerana dengan izin, the appointment of judges should be a transparent process. It should be open to questioning by the general public demanding judicial accountability for judicial appointment. Saya mencadangkan satu Suruhanjaya, Judicial Services Commission dengan ada prosedur pelantikan, kenaikan pangkat dan gaji hendaklah diadakan mengikut garis panduan yang lengkap dan ketara, dan maklumat ini hendaklah diumumkan kepada orang awam.

Saya mencadangkan juga supaya kerajaan mengikut komitmen-komitmen yang telah dibuat kepada pertubuhan antarabangsa untuk mengadakan kehakiman yang bebas dan mengadakan sistem pelantikan yang lebih telus. Pada tahun 1997 Ketua Hakim Malaysia telah bersetuju dalam Persidangan Ketua Hakim-Ketua Hakim Rantau Pasifik dengan pernyataan Beijing untuk mengamalkan sistem pelantikan hakim yang telus dan bebas. Pada tahun 2003, dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Negara-negara Komanwel, Malaysia telah bersetuju dengan prinsip-prinsip terkandung dalam dokumen dipanggil The Latimer House Principles di mana prinsip untuk mengadakan pembahagian jelas di antara ketiga-tiga bidang kuasa kerajaan.

Saya menyentuh perkara promosi. Saya sokong apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Telok Intan bahawa rang undang-undang ini juga hendaklah memberikan peruntukan tentang promotion hakim.

Kes Gopal Sri Ram adalah contoh bahawa garis panduan hendaklah diadakan untuk kenaikan pangkat. Saya mengesahkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa Datuk Gopal Sri Ram adalah seorang hakim yang disanjung tinggi oleh hakim-hakim lain antarabangsa. Di Singapura hakim-hakim di situ enggan mengikut keputusan kehakiman dari mahkamah Malaysia kecuali kehakiman Datuk Gopal Sri Ram.

Walaupun hakim-hakim negara lain memberikan kehormatan kepada Datuk Gopal Sri Ram tetapi pelantik-pelantik di negara kita tidak berbuat demikian. Sehingga hari ini selepas lebih 13 tahun beliau masih di Mahkamah Rayuan dan mereka yang

final • 10:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

dilantik selepas beliau telah dilantik ke Mahkamah Persekutuan. Saya mencadangkan bahawa dalam perkara pelantikan hakim ke Mahkamah Rayuan dan ke Mahkamah Persekutuan, peruntukan kriteria objektif adalah dikehendaki. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan peruntukan untuk promotion hakim.

Saya juga meminta Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan peruntukan memberi suruhanjaya untuk mengadakan kuasa bagi mengesyorkan gaji yang sewajarnya dibayar kepada hakim yang mengikut pendapatan mereka akan mendapat sekiranya mereka melanjutkan kerja-kerja mereka sebagai peguam dan bukan hakim.

Cadangan ini dibuat supaya peguam-peguam yang cukup kecekapan dan berkebolehan dapat menerima jawatan hakim.

Pada masa ini gaji hakim terlalu rendah dan peguam-peguam yang berkebolehan tidak dapat menerima jawatan kerana perbezaan pendapatan terlalu besar dan tidak munasabah untuk tugas yang hendak dijalankan.

Saya menyentuh fasal 5 - keanggotaan suruhanjaya. Peristiwa pemecatan Tun Salleh Abas, pelantikan Tun Hamid Omar dan peristiwa video V.K. Lingam wujud kerana bila kuasa diberikan kepada Ketua Hakim bahawa promotion hakim di bawah mereka digantung kepada keputusan Ketua Hakim.

final • 10:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Mereka didedahkan kepada tekanan membuat keputusan, mengikut arahan dan bukan mengikut undang-undang dan keadilan. Oleh yang demikian, saya bercadang bahawa enam orang luar selain daripada hakim-hakim tertentu di perenggan

(a) ke (e) dilantik. Empat orang dalam fasal 5(1)(f) tidak berkesan kerana fasal 13(1A) memperuntukkan bahawa keputusan masyarakat adalah mengikut majoriti dan empat orang ini adalah minoriti dalam suruhanjaya.

Saya mencadangkan badan-badan yang ada kepentingan seperti Majlis Peguam, Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak diberikan kuasa untuk melantik wakil mereka sebagai ahli pesuruhjaya dan bukan dilantik oleh Perdana Menteri. Oleh sebab rang undang-undang ini sangat penting kepada negara kita, saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jangan tergesa-gesa dengan melepaskan peluang emas ini untuk membuat pindaan yang seharusnya dibuat untuk menangani kembalikan keyakinan orang awam kepada badan kehakiman kita.

Saya bercadang rang undang-undang ini dirujuk kepada Select Committee untuk dikaji semula kerana kelemahan-kelemahan yang tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk bersama membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008.

Tuan Yang di-Pertua, apakah yang mendorong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan rang undang-undang? Saya percaya setelah melihat kemelut terhakisnya badan kehakiman yang dibahaskan selama 20 tahun. Saya percaya sebahagian rakan-rakan saya di dalam Barisan Nasional mempertikaikan ini dan mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjanji sejak 2004. Akan tetapi saya hendak bertanya mengapa bila ada peralihan kuasa, konon- konon timbul satu kesedaran baru, melontarkan idea bahawa soal pembahagian kuasa perlu dan semasa saya menjadi Perdana Menteri kata Dato’ Seri Abdullah Badawi, saya akan laksanakan beberapa langkah ini.

Sebab itu rakan-rakan saya termasuk Yang Berhormat Selayang mengimbau semula pengalaman silam. Apa yang berlaku dalam kes pemecatan hakim-hakim kanan, kemudian dalam beberapa kes-kes tertentu. Saya tidak nafikan bahawa dalam period awal itu saya masih dalam kerajaan.

Saya ingin menyebut di sini Tuan Yang di-Pertua, salah satu sidang Jemaah Menteri, ini bukan rahsia. Setelah melihat keputusan Datuk NH Chan dalam kes Ayer Molek, saya telah mengedarkan, yang ini juga unprecedented dalam sejarah Kabinet Malaysia. Saya mengedarkan keputusan penghakiman Datuk NH Chan dalam kes Insas Berhad & Anor vs. Ayer Molek Rubber Company Berhad & Others 1995. Apa yang mendorong saya keluarkan jugdement itu untuk dibaca oleh Ahli-ahli Jemaah Menteri ialah kerana kenyataan dan kehakiman Datuk NH Chan menunjukkan

final • 10:21 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

kebongokkan yang parah dalam sistem badan kehakiman, rasuah, penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.

Apa katanya dengan izin, ‘this is the case about injustice, ini Hakim Mahkamah Rayuan which has been perpetrated by a court of law. This is also a case about abuse of the process of the High Court’. Maka beliau menyimpulkan dengan meminjam kata- kata Shakespeare, ‘something is rotten in the state of Denmark’ dalam Hamlet playing dari Denmark. Akan tetapi kerana yang dibangkitkan oleh Datuk NH Chan itu ialah Denmark House Yang Berhormat Pasir Salak, Denmark House itu tempat badan kehakiman, hakim-hakim bersidang.

Baik, apa yang berlaku selepas itu, ia tidak menyenangkan. Saya ditanya, saya jawab, kita tidak tahu sangat apa yang berlaku dalam kamar hakim tetapi hakim kanan yang mempunyai kewibawaan pertikaikan rasuah, penyalahgunaan kuasa pada ketika itu. Maka selepas itu, Ketua Hakim Negara mengambil keputusan bukan sahaja kalahkan keputusan dia tetapi menyerang Datuk NH Chan dalam judgement dia.

Kerana apa Tuan Yang di-Pertua? Kerana peguam yang bersidang pada masa itu namanya Datuk V.K. Lingam. Selainnya dah jadi sejarah.

Jadi kalau hendak dikatakan perkara ini baru yang mendorong Perdana Menteri membawa rang undang-undang ini satu yang mengejutkan. Kalau ini masalahnya, rang undang-undang ini bukan jawapannya. Benar, Yang Berhormat Menteri menyebut semalam ini satu permulaan setelah 20 tahun kita maju satu tapak, adalah kemajuannya. Saya akui, sebab itu saya juga alu-alukan hasrat Perdana Menteri mewujudkan reform tetapi reform itu dibahaskan dalam buku Hickling dan kenyataan Ketua Hakim Negara, sebelum itu Tun Salleh Abbas sejak 80-an sudah bicara soal reform of the judicial system mengenai backlog cases, mengenai criticism terhadap perjalanan mahkamah dan juga kos yang tinggi.

Sebab itu saya mengalami kesukaran apakah harus menyokong kerana ini langkah awal yang positif dan baik. Kalau menyokong, apakah ia menjawab kemelut yang dibahaskan oleh kita selama puluhan tahun? Jadi saya akan membuat kenyataan yang ikhlas. Hasrat beliau saya sambut baik, saya tidak pertikaikan kerana saya tidak dapat bayangkan dalam pimpinan yang ada sekarang, ada keinginan hendak buat reform, nak laksanakan reform seperti yang disuarakan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Badawi. Yang lain itu kelu membisu, masih dalam state of denial, keadaan penafian, itu satu.

Pelantikan disebut pelantikan hakim bukan sahaja soal pelantikan yang dilakukan diambil oleh orang-orang yang dianggap membuat keputusan menyokong kerajaan, dia naik pangkat. Maka sebab itu hendak dibetulkan sekarang. Yang Berhormat Selayang sebut Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Kadir Sulaiman diketepikan dalam proses. Yang dinaikkan semua yang berjasa termasuk Augustine Paul walaupun berpaling dunia pada masa itu, tidak apalah nasib dia.

final • 10:21 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:21 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Ketawa] Tetapi Tuan Yang di-Pertua, soal keadilan ini soal hidup kita, soal keyakinan kita, soal agama kita. Ini bukan soal pertimbangan politik dan soal perlembagaan sahaja. Kalau kita yakin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] prinsip keadilan dan ihsan itu tuntutan, dan kalau kita yakin tak boleh ada sandiwara dan sepak terajang politik dalam bidang ini. Ada kupasan yang cukup mendalam oleh Syeikh Yusof Qardhawi dan saya juga mahu mengukirkan pendapat daripada Syeikh Tahajabbar Al-Alwani dalam isu in contemporary report tentang pesanan Sayidina Umar Al-Khattab radiallahuanhu dalam suratnya kepada Qadhi Mual yang kebetulan jarang kita perolehi.

Akan tetapi di sini, bahawa keputusan penghakiman itu harus terlalu penting.

Kaedah kesaksian, pembuktian, itu semua ditentukan masa depan, nasib seorang ... di tangan kadi. Maka menurut Sayidina Umar Al-Khattab radiallahuanhu tidak ada pertimbangan lain dari pertimbangan semata-mata menegakkan keadilan.

final • 10:21 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bukan kerana tekanan, bukan kerana jaminan pangkat atau untuk menyenangkan arahan politik masing-masing. Saya akan nukilkan sepenuhnya dalam kenyataan untuk menjimatkan masa, saya tidak akan baca kesemuanya, tetapi untuk melihat masalah Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu mengambil sikap, ini penilaian

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

kita semasa kerana kenyataan-kenyataan yang cukup penting, bekas-bekas hakim yang amat dihormati.

Ambil Tan Sri Wan Sulaiman apa yang dianggap berlaku di negara kita katanya, “Devastation that hate the judiciary I felt a shame of being in Malaysia", ini Hakim Mahkamah Persekutuan. Apa kata Tun Suffian, satu generasi pun tidak mungkin pulih kerosakan yang berlaku. Judges who joint in downing their boss have been rewarded by promotion. Judges who did not have been caught in to silent. judges at sixes and sevens some they not speak to each other, etc..ect... So dia rumuskan ini yang penting when I am asked, what I fought, my usual reply is, that I would not like to be tried by today’s judges especially if I’m innocent. Tuan Yang di-Pertua, ini kenyataan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak dipertikai kewibawaannya dan rekod penghakimannya.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan sedikit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya menyanjung tinggi hasrat murni Yang Berhormat Permatang Pauh untuk mencari keadilan. Saya menyokong tetapi apabila Yang Berhormat memberikan satu penilaian yang begitu tinggi terhadap para hakim yang diminati. Saya harap Yang Berhormat Permatang Pauh berhati-hati sebab tidak mungkin bagi Yang Berhormat dan kita semua mengetahui segala-galanya yang dilakukan oleh mereka, kerana saya juga pernah melalui pengalaman-pengalaman pahit dalam proses kehakiman ini, oleh nama- nama yang sesetengahnya yang disebut begitu berkaliber, begitu adil, begitu saksama, tetapi ada kes-kes saya sendiri melalui mereka tidak adil.

Kononnya mereka jaguh keadilan. Saya pernah ada satu kes bilion dollar company, I lost kepada perhakiman. Ya, Yang Berhormat mana tahu saya. You don’t know me, dengan izin, you don’t know me, dengan izin don’t try to judge on me, I have founded a billion dollar company. I worked for it and they were brought to the court because certain dispute, but I have lost and I lost is not in small way, by some of the name is mentioned, dengan izin. Jadi sebab itu saya tidak hendak cerita lama because I want to let the past, being let it past. I took, saya ambil itu semua sebagai pengalaman hidup yang pahit. Saya tidak mahu mengungkit kerana dalam kehidupan ini kadang- kadang kita terpaksa melalui proses-proses, di mana kita tidak diadili dengan penuh keadilan. Itu kita terima kerana takdir Allah SWT tidak mengapa dan sekarang kita berjuang dan saya sokong.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak kena minta penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasannya kembali iaitu saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Permatang Pauh saudara saya.

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu bukan penjelasan!

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, patuhilah peraturan mesyuarat. Kita bercerita hal serius pun seriuslah juga semua. Yang Berhormat Padang Serai duduk, sila teruskan.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua iaitu saya ingin, bukan saya tidak bersetuju dengan saranan, dengan perjuangan, dengan iltizam yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, tetapi dalam kita menilai sebagaimana yang saya kata, ulang sekali lagi iaitu berhati-hati. Jangan kita sampai memberikan satu, seolah-olah kita menganggap mereka itu sebagai malaikat.

Semuanya baik belaka termasuk yang disebut tadi. Saya tidak mahulah sebut nama dalam Dewan Rakyat ini nama hakim, saya tidak mahu untuk memburukkan mana-mana hakim, tetapi saya tahu juga ada hakim yang tidak adil, tetapi kononnya pejuang kepada keadilan, mengkritik kerajaan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, saya ingat ini melanggar Peraturan Mesyuarat 30(1).

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, itu sahaja, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Saya tidak pertikai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Mana-mana hakim tanpa kecuali boleh dinilai dan saya sebut nama-nama ini kerana dalam rekod belum pernah terdedah kepada awam. Mungkin Yang Berhormat ada maklumat tetapi setakat ini saya ada maklumat begini dan saya setuju, saya tidak gambarkan orangnya seperti malaikat. Ada perkara yang saya tidak setuju dengan mereka termasuk nama-nama yang saya sebutkan tadi, tetapi saya hendak rujuk pandangan umum, jumhur, peguam dan pakar perundangan di dunia.

Umpamanya kita lihat, bukan perkara baru saya sebut tadi Tun Suffian, Tan Sri Wan Sulaiman kemudian saya sebut juga di sini laporan International Commission of Juries, Justice in Jeopardy Malaysia 2000. Apa yang disebutkan, “the extremely powerful executive in Malaysia has not acted with due regard for the essential elements of a free and democratic society based on the rule of law. Tidak mengapa mereka hendak mempertikaikan pelaksanaan demokrasi kita, tetapi mereka mencatat satu persatu dan ini didukung oleh International Bar Association Centre for the Independent of Judges and Lawyers of the International Commission of Juries, Commonwealth Lawyers Association Union International des Avocats - Perancis.

Jadi sebab itulah Tuanku Sultan Azlan Shah dalam beberapa kenyataan dan penulisan, bekas Ketua Hakim Negara dan Sultan Perak. Baginda menukil laporan atau kajian Bank Dunia 2007 tentang penyelesaian pertikaian perdagangan, resolution of commercial dispute, Malaysia berada dalam kedudukan yang rendah 63 daripada 178 negara yang dikaji. Hong Kong kalau di Asia, Hong Kong nombor satu, Singapura nombor empat, Malaysia nombor 63.

Betul Yang Berhormat Menteri jawab, ada kes yang dipertikai. Saya tidak pertikai, saya bukan hendak pertahankan negara ini ada beberapa keputusan terhadap pembangkang yang saya tidak anggap yang telus, tetapi Baginda Tuanku Sultan Azlan bawa ini kerana resolution commercial dispute banyak rujukan luar negara dan ini kenyataan yang diakui oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah sendiri dalam kenyataan dia baru-baru ini tatkala membincangkan soal suruhanjaya.

Kata dia ada tanggapan, perception bahawa kewibawaan badan kehakiman terjejas dan beliau bertekad menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk memperbaikinya, dalam hasrat itu saya tidak pertikai, tetapi saya pertikai bahawa rang undang-undang ini bukan jawapannya. Ia satu langkah permulaan yang terlalu kecil.

Saya masih hendak merujuk kepada kenyataan Tuanku Sultan Azlan dalam Constitution of Monarchy Rule of Law and Good Governance.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini ditulis sewaktu Sultan?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, ditulis sebagai Sultan.

Baru diterbitkan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau begitu Yang Berhormat, suka saya ingatkan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(7) yang menyatakan bahawa:

“36(7) Nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.”

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, ini bukan maksud hendak mempengaruhi kerana Baginda tulis.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini berbahas Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini mempengaruhi.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuanku pula.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sebagai ingatan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, betul. Terima kasih.

Yang ini Tuanku baginda menulis mengimbau pengalaman baginda sebagai Ketua Hakim Negara. Kata Tuanku Sultan Azlan dalam dua perkara yang sangat relevan dalam perbahasan kita. Pertama, wujudnya mahkamah dan hakim tidak membuktikan apa-apa melainkan mereka bebas, bermutu dan ada kuasa dan baginda menambah, judiciary looses its value and service to the community if there is no public confidence in

final • 10:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

its decision making in this regard, the principle quality a judiciary must possess is impartiality.

Baginda menyambung. Ini prinsipnya. Baginda mengatakan bagaimana kita menilai kebebasan badan kehakiman sekarang. Jawab baginda dengan sedih, ‘sadly I must acknowledge there has been some disquiet about our judiciary over the past few years and in the more recent past. In 2004 I had stated that it grieved me having being the member of the judiciary whenever I heard allegations against the judiciary and the erosion of public confidence in the judiciary.

Ini permasalahan dibangkitkan yang saya percaya mendorong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan dan sekali lagi tidak ada kedengaran suara yang tegas dari pihak pentadbiran selain daripada Perdana Menteri untuk mengemukakan. Sebab itu dalam kenyataan saya kepada menteri yang membentangkan, tentunya ia tidak memperlihatkan suatu yang benar-benar bersungguh-sungguh dari satu pasukan yang hendak bawa perubahan. Ini juga berhubung kait dengan kuasa dan kebebasan hakim-hakim dan menyentuh juga kuasa raja-raja. Dalam rencana yang berkenaan, Tuanku Sultan Azlan membangkitkan kes keputusan Tan Sri Lamin yang telah mempengerusikan Mahkamah Rayuan dan dalam keputusan itu menunjukkan bagaimana seorang hakim kanan dalam kes yang disebut ’Application by Anwar Ibrahim to disqualify a judge of the Court of Appeal.’ Ini jawapan Tuanku Sultan Azlan. Pertimbangan dibuat oleh Tan Sri Lamin itu begitu mengongkong, berat sebelah dan mentafsir peruntukan undang-undang semata- mata ikut arahan politik yang menyebabkan memperlekeh kuasa Raja-raja sehinggakan mengatakan bahawa pelantikan hakim itu dan rujukan kepada Raja-raja Melayu hanya sekadar proses. Tidak ada makna dan kesan lebih daripada itu. Sebab itulah istilah consult and consent or even advise kata Tuanku ‘The role played by the Conference of Rulers cannot be diminished by drawing slight distinction in terminology’. Kalau inilah tafsiran Tan Sri Lamin kata Tuanku, ‘Clearly goes against the grain and spirit of the Constitution’. Hal-hal ini harus ditangani dalam pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua.

Sebab itu saya akan kini merujuk kepada pindaan ini.

Sahabat dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain menyentuh juga laporan video V.K.

Lingam yang masih tinggal laporan tanpa apa-apa tindakan. Walhal terhadap Ketua Hakim Negara and bagaimana negara boleh bangga dengan rule of law, dengan principle separation of powers. Satu demi satu Ketua Hakim Negara dikecam dan terlibat dalam skandal yang berat seperti ini dan dilepaskan begitu saja. Saya ulangi.

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ada. Saya masih menghargai inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri tetapi saya tidak dapat kesan suatu dokongan padu di kalangan pimpinan seperti mana juga dalam Suruhanjaya Anti Rasuah. Sekadarnya sahaja. Itu yang menyebabkan kita mendapat satu rang undang-undang yang begitu lemah. Sekadar hendak memenuhi hasrat tetapi tidak menjawab banyak permasalahan yang ada.

Tidak ada umpamanya masalah kekurangan hakim yang layak dan sebagainya. Kebetulan dua hari yang lalu saya di Sarawak. Dengar tangisan bukannya orang Dayak. Saya pergi Sibuti, Tuan Yang di-Pertua. Orang Melayu dan Kedayan Muslim. Tanah dirampas puluhan ribu ekar. Saya kata bawa ke mahkamah.

Peguam jawab, ‘Kita boleh bawalah, tunggu enam, sepuluh tahun, tidak ada siapa hendak dengar.’ Undang-undang ini bukan untuk orang miskin. Undang-undang ini untuk mempertahankan tauke-tauke kaya. Itu tafsiran orang dan memang puluhan ribu ekar hanya diambil begitu rupa. Kita di sini bincang rule of law. Dengan bangga pertahankan semangat Perlembagaan. Perlembagaan apa? Untuk siapa? Undang- undang untuk siapa? Orang-orang kecil, Orang Dayak ini tidak ada harga hidupnya.

Kamu mahu tanah, rampas tanah. 16,000 ekar tanah sekitar kawasan Islam. Yang selama ini kita bincang NCL, Native Customary Land di kalangan Orang Dayak Iban.

Ini bukan jawapannya juga. Meletakkan hakim begini dan laporan video klip.

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri nampak bersungguh-sungguh [Pembesar suara terpadam] tetapi lepas dengan... besar. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini bawa kepada ringkas beberapa peruntukan. Pertama kerana ada pandangan yang cukup kuat tentang kelemahan ketara dalam rang undang-undang ini dari sudut Perlembagaan. Walaupun Yang Berhormat Menteri boleh mengatakan itu tafsiran Majlis Peguam Sabah dan Sarawak, tetapi saya percaya hal ini harus ditangani dengan baik kerana soal yang kini lebih sensitif dari dulu. Rundingkan hal ini. Pelantikan

final • 10:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

sesuatu pihak dengan Majlis Raja-raja dan keduanya dengan Sabah dan Sarawak.

Baik Badan Kehakiman ataupun ketua menteri dalam kes-kes tertentu.

Oleh yang demikian, ia memerlukan pindaan Perlembagaan menurut tafsiran mereka. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ini pun akan dilakukan tetapi ini harus diperjelaskan. Yang kita pinda ini undang-undang, bukan peraturan. Sebab itu saya minta penjelasan daripada menteri untuk menentukan hal ini diperjelaskan. Yang kedua, tentang pelantikan. Mengapa tidak dapat pelantikan ini atau bidang kuasa ini diberi satu taraf sekurang-kurangnya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Agong pun ada masalah. Inikan pula pelantikan atas budi bicara Perdana Menteri dengan beberapa jawatankuasa. Pelantikan-pelantikan Perdana Menteri jarang dalam negara kita, suruhanjaya ini lantikan setakat Perdana Menteri. Selalunya diangkat supaya dirujuk kepada pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, kemudian balik.

Kalau isunya sekali lagi dibangkitkan tentang keperluan pindaan Perlembagaan, kita telah bagi jaminan. Tidak perlulah kata bahawa tidak ada sepakat.

Hendak runding dengan siapa. Ketiga-tiga pimpinan parti Pakatan Rakyat telah bagi pengakuan. Kalau Perdana Menteri berhasrat untuk meminda sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ataupun Perlembagaan yang memberikan kuasa yang lebih untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan juga pelantikan Badan Kehakiman, kita beri pengakuan akan berikan sokongan.

final • 10:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Akan tetapi ini berlalu tanpa pelantikan maka kita bimbang kerana kuasa pada Perdana Menteri. Perdana Menteri sekarang ada ikrar yang jelas soal anti rasuah, ikrar saya tidak sebut pelaksanaannya, yang jelas dan soal badan kehakiman. Kita perlu tahu, apa akan berlaku sebab itu undang-undang ini tidak boleh terikat dengan budi bicara seorang. Dia harus terikat dengan peraturan undang-undang. Ramai kawan- kawan, Ahli-ahli Yang Berhormat dari BN mengatakan Perdana Menteri mesti ada pengaruh. Tidak ada siapa pertikai bahawa Perdana Menteri tidak harus ada pengaruh tetapi jangan kita berikan ruang bila berubah umpamanya pimpinan, kerosakan parah semula.

Sebab itu diberikan pandangan tentang kuasa melantik dan kuasa melucutkan itu begitu keras sekali, begitu ketat sekali ia diserahkan kepada budi bicara Perdana Menteri. Padahal kalau dalam suruhanjaya lain, dia ada tempoh had jabatan.

Mengapa tidak boleh kita tetapkan tempoh tenure yang tertentu supaya anggota SPK boleh bekerja tanpa intimidasi eksekutif. Hal ini saya rujuk dalam fasal 9(i) dan 5(i)(f).

Now fasal 37 pun begitu kerana memberikan ruang yang agak janggal. Mana- mana pakar undang-undang tahu bahawa kita tidak serah, serah dengan ini selepas kita lulus dalam dua tahun, Perdana Menteri boleh dalam memenuhi syarat, dia rasa hendak pinda rasa hendak tambah.

Ini peruntukan yang diberikan, fasal 37(i) memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membuat apa-apa ubahsuaian kepada mana-mana peruntukan akta ini dalam perenggan 37(iii), ubah suaian termasuk pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan akta ini dan dengan alasan-alasan. Asalkan kata, Perdana Menteri ia masih terikat dengan mendukung kebebasan badan kehakiman. Ini kita bicarakan Perdana Menteri yang sekurang-kurangnya menunjukkan komitmen dia. Saya belum dengar lagi tokoh-tokoh besar lain termasuk Menteri Dalam Negeri yang berikan komitmen yang sama.

Sebab itu prinsip yang kita bincang tadi, saya ulas panjang tentang kenyataan Sheikh Tahar Jebel Alwani iaitu Theory of Justice, John Rawls ataupun kenyataan Tuanku Sultan Azlan Shah, prinsipnya apa? Hendak memulihkan kewibawaan. Apakah terpulih kewibawaan dengan langkah kecil-kecilan ini, ini kita pertikai. Sebab itu pakar- pakar kita termasuk kenyataan bekas UN Special Rapporteur on the Independents of Judges and Lawyers, Datuk Params Cumaraswamy menganggap bahawa rang undang-undang yang begitu lama ditunggu amat mengecewakan tanpa meminda artikel 121, dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memperjelas doktrin pengagihan kuasa, dan juga dalam perkara 2, rang undang-undang yang berkaitan dengan pemecatan atau pengubahsuaian undang-undang.

final • 10:50 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tekankan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, keperluan meminda undang- undang ini kerana tanpa pindaan, kuasa Yang di-Pertuan Agong pun boleh ditafsir mengikut budi bicara hakim yang lembap dan tunduk kepada kenyataan eksekutif yang sebenarnya mengejutkan ramai orang tetapi terus berlaku sehingga menimbulkan kemurkaan Majlis Raja-Raja. Akan tetapi itulah keadaan yang berlaku sekarang dan kita harap perkara ini boleh diperbetulkan, masih belum terlambat. Saya harap kalau pun tidak dalam sesi ini, Perdana Menteri boleh memberikan pertimbangan yang cukup kuat untuk memastikan pindaan-pindaan ini termasuk keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada sesi bulan Februari sekiranya dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Memandangkan hal-hal yang dibangkitkan adalah sukar bagi kami untuk memberikan sokongan kerana pindaan ini terlalu kecil, tidak memenuhi aspirasi rakyat dan malah tidak memenuhi apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri untuk memulihkan integriti atau kewibawaan badan kehakiman. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 10:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana...

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi Ahli Yang Berhormat yang ikut berbahas dalam perbahasan ini? Cuba berdiri...

final • 10:55 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kerana kalau ramai, nanti kita akan hadkan masa.

Tadi kalau Yang Berhormat perhatikan saya bagi masa yang lebih sedikit kepada Ketua Pembangkang kerana itu peranan dia sebagai Ketua Pembangkang. Sila Yang Berhormat Batu Pahat....

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih...

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masa 15 minit boleh?

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya...?

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Rumuskan dalam 10, 15 minit begitu?

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya, insya-Allah 10 minit pun boleh.

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sebenarnya lima minit pun boleh kalau tidak ada bunga-bunga terlampau banyak.

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya saya pun baru balik haji Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:55 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila, sila. Sila saya tidak membantah.

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Cuma saya tidak hendak pakai kopiah putih nanti persepsi orang kata saya PAS sebab itu pakai songkok hendak

final • 10:55 AM

tunjuk UMNO itu... Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, Speaker pun tiap-tiap hari pun pakai songkok.

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sebab Tuan Yang di-Pertua persepsi ini amat bahaya dan masalah kepada sistem kehakiman kita pun yang dikatakan tidak telus, tidak adil ini ialah kerana persepsi. Walaupun kerajaan sudah berusaha untuk membuat banyak pemindaan termasuklah bil ini tetapi kalau persepsinya tetap negatif maka negatiflah sistem kehakiman di negara kita ini. Walau bagaimanapun, saya amat berbangga tentang komitmen kerajaan walaupun disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai satu permulaan kecil tetapi komitmen kerajaan sebenarnya untuk memastikan bahawa keyakinan ramai ataupun rakyat kepada sistem kehakiman ini yang dikatakan semakin merosot perlu dipertingkatkan.

Oleh sebab itulah, bagi saya persoalan yang ditimbulkan di sini iaitu, apakah sistem kehakiman kita ini akan dianggap telus dengan lulusnya bil ini nanti? Sebab itulah apa yang perlu kita fahami iaitu soal untuk kita melantik hakim adalah tugas

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

kerajaan. Cara melantik hakim-hakim adalah juga tugas kerajaan, dan jika sekiranya kerajaan mahu menukar cara melantik hakim ini seperti mana dengan kita membahaskan bil ini, bagi saya itu bukan soal campur tangan kerajaan. Soal campur tangan kerajaan ini hanya berlaku apabila ketika hakim membuat keputusan maka ada sesuatu arahan yang datang untuk memastikan keputusan yang dibuat oleh hakim itu adalah memihak kepada sesuatu pihak yang mahukan keputusan itu mengikut kehendak mereka.

Maka di sinilah yang menjadi persoalan, iaitu apakah kita ada sistem pemantauan iaitu bagaimanakah hakim-hakim ini apabila mereka membuat keputusan nanti maka keputusan itu adalah keputusan yang bebas, berasaskan kepada kemampuan mereka, integriti mereka, kompeten mereka sebagai seorang hakim. Yang Berhormat Permatang Pauh merujuk kepada Sultan Azlan Shah dan dalam ketika beliau merasmikan persidangan perundangan yang ke-14, isu yang dibangkitkan oleh Sultan Azlan Shah ialah soal kompeten dan hakim itu sendiri apakah dia bebas ataupun tidak. Maka persoalan yang timbul ialah hakim itu sendiri. Apakah hakim mahu dia sebagai seorang yang bebas ataupun dia mahu menjadi seorang yang pengampu sehingga akhirnya keputusannya dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Soal pelantikan hakim adalah hak kerajaan, cara kerajaan tetapi hakim itu sendiri sebenarnya yang patut bertanggungjawab untuk memastikan sistem kehakiman kita ini diterima dan dihormati kerana ia adalah bebas dan ia tidak dipengaruhi dan ia memang kompeten dalam melakukan dan menunaikan tanggungjawabnya. Dalam soal ini campur tangan ketika membuat keputusan ia boleh berlaku dalam pelbagai cara sama ada pembangkang suka tuduh kerajaan yang campur tangan ataupun tokoh- tokoh korporat, individu tertentu ataupun saudara-maranya ataupun barangkali dari pihak pembangkang sendiri yang mempunyai hubungan dengan hakim itu sendiri untuk mengubah keputusannya.

final • 10:55 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Kita tidak hairan sekarang ini berlaku di mana banyak rahsia kerajaan bocor kerana ada orang barangkali dia juga memihak kepada pembangkang maka dia membocorkan rahsia tersebut. Maka soal kehakiman ini ialah integriti hakim itu sendiri.

Dia yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan sistem kehakiman di negara kita ini benar-benar dihormati dan berjalan dengan adil dan saksama.

final • 11:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya, sedikit sahaja ya.

final • 11:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Ahlan wa sahlan, selamat kembali. Adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju jika saya katakan saya memilih untuk sependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat dalam soal integriti hakim.

Alasan saya Yang Berhormat Batu Pahat ialah undang-undang yang zalim kalau dilaksanakan oleh hakim yang adil keputusannya adil. Undang-undang yang adil kalau dilaksanakan oleh hakim yang zalim, keputusannya zalim. Sebab itu hujah Yang Berhormat Batu Pahat soal isu di sini ialah isu integriti kehakiman untuk pertama kalinya saya bersetuju. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Itu yang saya katakan tadi ialah hakim itu sendiri mesti berwibawa. Sebab itulah saya masih teringat apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam yang menyebutkan bahawa latar belakang agama ini juga penting kepada seseorang hakim. Oleh sebab hakim itu jika mempunyai latar belakang agama termasuklah anggota kepada ahli suruhanjaya ini, maka mereka akan lebih bertanggungjawab jika sekiranya mereka menunaikan tanggungjawab itu berasaskan kepada prinsip agamanya juga.

Saya tidak tahu ramai orang kata bahawa lawyer antara orang yang akan paling awal - Tuan Yang di-Pertua dengan izin maafkan saya jika terlalu kasar mengatakan lawyer orang yang paling awal akan masuk dalam neraka, kerana mereka akan memastikan yang salah itu tidak bersalah. Betul atau tidak ini soal orang kata.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya hendak betulkan bukan lawyer. Dalam tiga hakim dua akan masuk neraka, itu hadis. Hakim bukan lawyer.

Kadi, kadi.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Namun ini isunya. Sebab itu saya kata bahawa kalau kita ingin membahaskan telus atau transparentnya ataupun tidak telus ataupun tidak transparent pelantikan hakim dengan bill yang kita mahu luluskan ini; maka bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang menjadi persoalan kepada kita ialah persoalan hakim itu sendiri. Oleh kerana itulah apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah sebagai satu bukti komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kehakiman di negara kita ini semakin dihormati berasaskan kepada persepsi yang semakin buruk mengatakan ia sudah tidak adil, ia sudah tidak bebas dan sebagainya.

Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa tanggungjawab ahli suruhanjaya adalah cukup berat iaitu kalau kita melihat kepada seksyen 23 iaitu tentang selection criteria ini iaitu mengkaji latar belakang anggota-anggota ini; terutamanya yang mahu dipilih atau dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk melantik eminent person tadi. Maka latar belakang mereka selection criteria mereka ini adalah cukup penting, tapi kalau kita pilih orang yang sebenarnya kita tidak berhati-hati. Saya lihat dahulu pembangkang tidak setuju dengan Zaid Ibrahim. Macam-macam mereka kata, tapi bila dia sudah tidak jadi Menteri dia disanjung. Dia dianggap sebagai seorang yang bebas, yang liberal, yang terbuka dan sebagainya.

Jadi saya tidak faham sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh pembangkang ini. Walau bagaimanapun saya mengatakan oleh kerana tanggungjawab mereka ini adalah untuk melantik Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan sebagainya; maka criteria selection ini perlulah digunakan dengan penuh bertanggungjawab untuk memastikan yang dikatakan empat eminent person ini adalah orang yang benar-benar bertanggungjawab supaya kita tidak tersalah memilih hakim- hakim di negara kita ini.

final • 11:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sebentar ya. Dalam seksyen 11 mereka bertanggungjawab untuk memastikan untuk disclose hubungan mereka dengan calon-calon. Maka ini juga harus dipastikan iaitu bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa anggota ini akan bertanggungjawab dengan penuh jujur untuk memastikan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan seperti mana yang disebut di dalam akta ini. Iaitu baik dari segi sebagai lembaga pengarah dan sebagainya kepada mana-mana syarikat ataupun hubungan saudara dan sebagainya.

Oleh kerana itu saya mengatakan bahawa ini adalah cukup penting dan jika sekiranya mereka ini menyalahgunakan perkara seksyen 23 dan 11; maka hukumannya hanya RM100,000 ataupun penjara dua tahun ataupun kedua-duanya sekali. Yang saya anggap sebenarnya tidaklah begitu berat sangat berbanding kalau kita hendak denda yang baru dua tiga tahun lepas kita meluluskan satu akta mengenai dengan ulat teksi yang dendanya adalah lebih tinggi berbanding dengan RM100,000 ini.

Jadi oleh kerana itu saya mengharapkan bahawa empat eminent person yang kita mahu lantik ini mestilah kerajaan berhati-hati dalam melihat kriteria pelantikan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara seksyen 92 yang juga disentuh oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ada sedikit persamaan dengan beliau iaitu perlu diperjelaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menggugurkan tanpa sebarang alasan mereka yang dilantik ini jika barangkali didapati mereka tidak memenuhi kriteria dalam seksyen 23 ataupun 11 itu tadi.

Akan tetapi persoalannya ialah apakah pengguguran tanpa memberi penjelasan ini akan memberi jaminan bahawa tidak wujudnya spekulasi, tidak wujudnya nanti rasa tidak puas hati, akan mewujudkan persepsi dan sebagainya dan membuktikan bahawa tidak berlaku transparency ataupun ketelusan apabila mereka digugurkan dan ini yang cukup bahaya sebenarnya. Sebab itu saya rasa yang paling wajar di sini ialah apabila mereka digugurkan maka kita perlu menjelaskan memberitahu kepada public kenapa mereka digugurkan sebagai anggota suruhanjaya pelantikan hakim ini. Maka ini akan mewujudkan confidents rakyat kepada rang undang-undang yang mahu kita luluskan ataupun akta yang mahu kita luluskan.

Dalam hal ini semalam saya mendengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dan saya bersetuju bahawa dalam perkara 51(F) ini apa yang dimaksudkan sebagai eminent person ini juga perlu diberi definisi yang lebih jelas dan ini juga disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu eminent person ini. Saya

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

setuju bahawa kita perlu memberi penjelasan apa yang dimaksudkan sebagai eminent person. Jika tidak maka ini yang saya katakan tadi dianggap perkara ini adalah tidak telus dan kita takut kita nanti melantik orang yang tidak sesuai kerana kita sendiri tidak memberi satu penjelasan yang cukup luas yang komprehensif apa yang dimaksudkan sebagai eminent person.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang consultation.

Consultation ini juga sebenarnya apakah consultation yang dimaksudkan di sini sama seperti apa yang ada di dalam Federal Constitution iaitu beritahu kepada Agong hendak lantik dia sebagai hakim itu sahaja tetapi tidak ada unsur-unsur apa yang disebut sebagai consent ataupun necessary approval dengan izin daripada Yang di-Pertuan Agong ataupun tidak ataupun daripada anggota ini. Maka consultation ini apakah hanya merupakan satu formaliti yang boleh dipertikaikan nanti bahawa akhirnya pelantikan ini juga tidak telus. Maka sebab itulah perkara dalam 51(F) ini perlu diberikan definisi yang jelas iaitu dua isu ini iaitu apa yang dimaksudkan sebagai eminent person dan apa yang kita maksudkan sebagai consultation.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang menarik perhatian saya tadi yang juga dibangkitkan oleh beberapa rakan dalam Dewan ini ialah apakah kita perlu meminda Perkara 122B. Ini supaya apa yang kita luluskan ini diharmonikan di dalam Perlembagaan Persekutuan negara kita ini supaya tidak berlaku contradictory ataupun konflik apabila ia mahu dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Perkara yang sering dibangkitkan juga ialah apakah yang akan berlaku kepada perkara 161B iaitu mengenai dengan pelantikan Ketua Hakim di negeri-negeri Borneo iaitu di Sabah dan Sarawak. Apakah ia tidak akan memberikan sebarang konflik dalam pelantikan hakim-hakim di negeri-negeri berkenaan yang melibatkan Tuan Yang di-Pertua di negeri-negeri berkenaan. Sebab kalau kita melihat kepada perkara ini iaitu keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dalam pelantikan pemecatan dan penggantungan hakim-hakim adalah hak mereka.

Oleh kerana itu maka ini menjadi persoalan apakah Perkara 161B juga perlu dipinda sebenarnya jika sekiranya kita mahu meluluskan akta ini kerana ini adalah persoalan yang cukup besar yang orang semua ingin tahu jawapan.

Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja lagi. Oleh kerana itu bagi saya dalam soal kita hendak memastikan sistem kehakiman di negara kita ini mendapat keyakinan rakyat sebenarnya banyak perkara-perkara lain juga perlu diberi perhatian. Bukan setakat soal untuk melantik cara melantik hakim itu sendiri tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh Sultan Azlan Shah juga soal competent iaitu soal kebolehan, kemampuan, kewibawaan hakim-hakim itu. Sebab itulah timbul persoalan antaranya melambatkan alasan-alasan tersurat iaitu masalah yang sering didedahkan. Ramai hakim, pegawai kehakiman tidak menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh munasabah supaya rayuan dapat diteruskan.

Ini antara persoalan yang menyebabkan sistem judiciary sering dipersoalkan.

Dia juga melibatkan soal tarikh perbicaraan rayuan yang lambat, ini juga satu masalah.

Apatah lagi soal penangguhan dan juga melibatkan soal apa yang disebut dengan hakim tidak mampu untuk memutuskan perkara yang mudah, kes-kes yang mudah yang sepatutnya boleh diputuskan dengan cepat dan kadang-kadang kita berhadapan dengan isu-isu seperti kehilangan fail dan sebagainya.

Maka bagi saya persoalan bail JAC ini hanyalah satu daripada aspek untuk kita memastikan sistem kehakiman di negara kita ini dihormati sebenarnya. Oleh kerana itu kita harus melihat perkara-perkara yang lain seperti mana yang saya bangkit.

Bagaimanapun saya berterima kasih menyanjung tinggi usaha kerajaan seperti mana telah membentangkan juga Kod Etika Hakim yang menjadi isu iaitu bahawa Kod Etika Hakim ini juga cukup penting sebenarnya yang perlu dibersamakan dengan usaha kita untuk meluluskan JAC ini. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor. Saya rasa dia ada dia mahu bercakap.

final • 11:10 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam rang undang-undang

final • 11:13 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

ini yang ada depan kami pagi ini. Tuan Yang di-Pertua ada dikatakan never cross the path of a judge, never cross the path of a referee and never cross the path of the Speaker.

final • 11:13 AM

Tuan Yang di-Pertua

Thank you very much. Particularly the last one.

final • 11:13 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, not the last one. The last is never cross the path of your barber because instead cutting your hair you cut your throat. [Ketawa] Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya rujuk pada fasal 2 dalam rang undang- undang ini. Apa yang dikatakan dan apa jadi kesimpulan fasal 2 ini adalah ini.

Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman. The Prime Minister dengan izin is given the privilege of ensuring the continued independent of the judiciary. Akan tetapi apa kebebasan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini dan dahulu mengenai kebebasan kehakiman.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua pelantikan Tan Sri Zaki, Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Apa kebebasan kehakiman yang ada dalam fikiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Sebelum Tan Sri Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara beliau adalah penasihat kepada UMNO. Bolehkah seorang yang jadi penasihat kepada UMNO dan UMNO jadi tulang belakang Barisan Nasional. Kenapa Tan Sri Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara? Apabila dia ada pertalian dengan eksekutif, pertalian dengan UMNO. Tentu ada satu motif. Dalam fikiran saya motif itu adalah untuk menentukan keputusan-keputusan bagi kes-kes besar dan utama di mana kerajaan atau khasnya UMNO terlibat. Dapat keputusan bagi pihak-pihak tertentu iaitu khasnya kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang harus diteliti dengan baik.

Dalam konteks apa yang terjadi baru-baru ini pada 7 November, Tuan Yang di-Pertua di Kuching dan Kuching jadi kubu kuat bagi DAP. Di sana Ketua Hakim ada menyatakan seperti ini, “Dalam tahun 1987 apabila saya ada seorang peguam, saya ada mengambil bahagian untuk memberi suapan kepada kakitangan dalam registry mahkamah”. Itu adalah satu pengakuan umum oleh Ketua Hakim Negara. Ini bukan satu situasi di mana seorang didapati salah dalam satu mahkamah selepas satu perbicaraan tetapi satu pengakuan umum kepada negara iaitu dia terlibat dalam rasuah.

Bolehkah seorang seperti Tan Sri Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara?

Di mana kebebasan kehakiman? Di mana jaminan oleh kerajaan? Kebebasan kehakiman akan dikekalkan.

final • 11:13 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor.

final • 11:13 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Itulah saya Tuan Yang di-Pertua berucap tadi.

final • 11:13 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:13 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tidak mahu cross the path of the Speaker tetapi if this is necessary I will.

final • 11:13 AM

Tuan Yang di-Pertua

That the reason why I’m not interrupting you because for the past maybe two, three minutes you are already in front of me criss-crossing my path.

final • 11:13 AM

Tuan Yang di-Pertua

So saya rasa apa yang disebut ini melanggar Peraturan Mesyuarat 36(8) dan kalau saya tidak tegur, ini mencerminkan bahawa saya tidak konsisten dengan pendirian saya sebelum ini. Itu satu alasan pertama. Alasan kedua, Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor telah pun menyampaikan hasrat untuk mengemukakan satu usul yang kita telah pun senaraikan dalam peraturan mesyuarat, aturan mesyuarat. Jadi saya rasa tidak eloklah untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor berpanjang lebar mengenai dengan soal ini kerana ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(8).

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Mohon penjelasan sikit Tuan Yang di-Pertua, sekiranya dibenarkan. Saya ingin memohon tunjuk ajar daripada Tuan Yang di-Pertua, sekiranya dalam keadaan begini, satu perkara yang amat meruncing di kala satu isu yang amat penting, isu kehakiman yang akan menentukan ke arah perubahan tetapi isu yang begini tidak dapat dibahaskan, mungkin

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

kalau itu kena constrains dengan izin, aturan mesyuarat, bagaimana? Saya memohon tunjuk ajar Tuan Yang di-Pertua. Isu ini perlu dibincangkan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Itu satu persoalan yang saya juga ingin untuk jawab. Ahli Yang Berhormat, tugas saya sebagai Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker ialah bukan untuk mengambil satu posisi sama ada menyokong hujah daripada pembangkang ataupun menyokong hujah daripada kerajaan. Tugas kita jelas iaitu mempengerusikan mesyuarat selaras dengan peruntukan peraturan mesyuarat. Dalam soal ini, saya tidak nampak bahawa pelantikan yang dibuat kepada mana-mana hakim sekarang ini melanggar peraturan mesyuarat, constitution dan sedemikiannya.

So I’m not going to go into dark, I do not to be drag into dark. Saya cuma mengetahui bahawa Ketua Hakim Negara dilantik menurut perundangan negara, that’s it. Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah Peraturan Mesyuarat 36(8) mengatakan bahawa kelakuan dan sifat seorang hakim tidak boleh dibahaskan kecuali ada usul yang khas. Cuma itu. Jadi itu interpretasi saya, saya punya tafsiran dan saya rasa perlu diikut kerana objektif antara lain Peraturan Mesyuarat 36(8) ini ialah kalau sewenang- wenangnya Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap dengan kelakuan dan sifat hakim, inilah yang kita bahaskan sekarang ini mengenai dengan soal integriti kerana soal integriti itu seperti mana yang saya dengar daripada kedua-dua belah pihak adalah soal persepsi.

Jadi don’t make me as a judge. I’m only presiding your meeting. So that’s the meeting will go smoothly kerana not necessarily the opinion from Yang Berhormat Bukit Gelugor or the opinion from Yang Berhormat Balik Pulau or the opinion of Yang Berhormat Permatang Pauh disambut ramai oleh majoriti juga. Setakat cuma kita berbahas, semuanya masuk dalam rekod. Terpulang kepada masyarakat sebagai pengadilan dalam pilihan raya yang akan datang. Tugas saya ialah jelas iaitu mempengerusikan mesyuarat. Jangan terlalu cross the path of the Speaker because the Speaker have so many baton with him and whistle with him di bawah Peraturan Mesyuarat 42, 43, 44 dan apabila saya mengambil tindakan, kadang-kadang saya sedih. I can’t sleep for two to three days you see.

Jadi masing-masinglah Yang Berhormat tahu peranan masing-masing. Don’t cross the path. If you cross, just a glance like that, don’t cross, criss-cross. Sila teruskan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah ugut saya.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak mengugut, saya cuma mengingatkan. Saya senyum saya kata. Saya tidak mengugut, saya mengingatkan.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, saya terima.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya terima Tuan Yang di-Pertua ada senjata dalam almari Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma mengingatkan senjata saya. Saya tidak pun buat begitu. Sila, sila.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ada tetapi untuk menggunakan senjata itu Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perlu.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua pun diwajibkan untuk mengikut peraturan mesyuarat.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

I have been patiently listening to you but the crossing is to criss-crossing. Sila, sila ubah sikit.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dalam Dewan yang mulia ini semenjak tahun 1978, sudah lama. Saya mengetahui isi kandungan 36(8). 36(8) adalah mengenai Tuan Yang di-Pertua, khasnya apabila tuju kepada seorang hakim. Peranan dia sebagai hakim, itu tidak boleh dipersoalkan tetapi ini bukan peranan dia sebagai hakim tetapi peranan dia apabila ada peguam dalam tahun 1987. Tidak ada kena-mengena dengan syarat 36(8) Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, itu juga sudah saya beri keputusan iaitu saya katakan pada ketika itu apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor menimbulkan soal ini atas point of order. Saya kata it is impossible for me when you request me to split between the sweetness from sugar kerana individu yang kita sedang bangkitkan ini adalah individu yang sama iaitu sewaktu dia peguam, pengamal guam, sebagai pengamal guaman dan apabila dia menjadi hakim. Jadi saya tidak nampak pelantikan dia itu adalah melanggar Perlembagaan. Jadi atas sebab itu saya tidak mempunyai hak pun ataupun kuasa. Cuma apabila sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh tadi membentangkan mengenai dengan kritikan kepada penghakiman seseorang hakim, itu dibolehkan.

If you criticize the judgment of a hakim, boleh but if you are talking about dia punya sifat, kelakuan, I yakin and also appreciate that. So Yang Berhormat Bukit Gelugor, you should appreciate. I appreciate your opinion tetapi appreciate juga saya punya tafsiran kepada Peraturan Mesyuarat 36(8) jadi malangnya bagi Yang Berhormat Bukit Gelugor if I can use that word, you are not sitting here in my position. If you were, then it’s up to you how you interpret the peraturan mesyuarat.

final • 11:20 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

I will one day.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] I hope I will live to see that happen.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha sila, sila. Ini peraturan mesyuarat ataupun apa?

final • 11:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Bolehkah minta bantuan dalam perkara ini, 36(8) di mana saya ada satu pertikaian sama ada jatuh atau tidak jatuh di bawah peruntukan itu oleh kerana Tuan Yang di- Pertua ada buat satu tafsiran tetapi selain daripada itu kita menghadapi satu dilema, Parlimen menghadapi satu dilema mengenai kredibiliti Parlimen. Oleh kerana mengikut Peraturan, kalau mahu menyoalkan conduct atau karakter, perlulah substantive motion dan mengikut Perlembagaan Perkara 27, perlu ¼ dan ini pun ada dibuat di mana ada dalam Peraturan Urusan Mesyuarat bahawa 57 orang Ahli Parlimen yang ada lebih daripada one quarter yang ada memohon mengatakan sesuatu substantive motion untuk berbincang kelakuan ketua hakim dan oleh kerana ini jatuh di bawah dan tentu tidak akan muncul, tidak akan dibahaskan, tidak bererti dan ini kredibiliti bukan planning.

Tentu Tuan Yang di-Pertua bersetuju bahawa kredibiliti tersentuh, apa guna ada satu Parlimen, ada peruntukan-peruntukan, satu perkara yang begitu penting tidak sesiapa yang boleh nafi. Ini penting, ini mustahak dan sebab itu ada peruntukan dalam Perlembagaan Perkara 27. Substantive motion one-quarter of members of Parlimen dan itulah daripada segi semua tafsiran perlu disegerakan. Patutlah menjadi satu business yang utama tetapi tidak dan ini jatuh semacam usul-usul yang lain dan ini kredibiliti, bukan saja Tuan Yang di-Pertua yang tafsirkan 36(8) tetapi kredibiliti Parlimen. Ini nampaknya kita main-mainkan sahaja mengenai isu-isu yang penting, yang mustahak dan di luar Parlimen, semua orang yang bincang oleh kerana itu perkara yang penting, Bar Council tetapi dalam Parlimen, inilah satu benda yang tidak boleh disentuh.

Sungguhpun ada peruntukan, sungguhpun itu bagaimana untuk tafsirkan, bolehkah kita sebagai satu penyelesaian ....

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya mudah-mudahan satu hari nanti kalau bukan Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Timur yang duduk di atas sini kerana bagi saya, peruntukan peraturan mesyuarat yang ada sekarang ini dan cara macam mana menyusun atur aturan mesyuarat setiap hari bermakna dalam hal soal usul yang di bawah usul khusus yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor ini telah pun kita senaraikan dalam peraturan mesyuarat dan ini peraturan mesyuarat ini adalah peraturan mesyuarat daripada dahulu lagi. Ini kalau ada perubahan-perubahan kepada ini, biarlah juga dibuat, dibincang pada ketika-ketika yang tertentu. Bukan sekarang.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, saya masih lagi dalam pendirian saya bahawa soal-soal itu tidak boleh, tetapi apa yang telah jelas bagi saya dan jelas bagi orang ramai, jelas oleh kerana telah pun dihebahkan ialah yang dibincangkan ini telah mendapat liputan luas dan mesej itu

final • 11:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

telah pun diterima, semua orang sudah tahu mengenai dengan soal ini, tetapi apabila saya benarkan suatu perkara yang saya fikir melanggar peraturan mesyuarat, saya tidak menjalankan tugaslah, kerana apa pun saya buat kalau umpamanya secara kebetulan tindakan saya itu adalah secara kebetulan menyebelahi pembangkang, memang persepsi orang sebelah lain.

Begitu juga kalau tindakan saya menyebelahi sebelah persepsi orang lain, lain. Very unfortunate, the position of a Speaker is like that. We will never be ever to fulfill the wishes of everybody. So, that’s part in partial of my job. So, I will continue with that and continue with us. Bukit Gelugor continues with us please. But don’t criss-cross by part all the time. Please! Sila.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baiklah macam ini Tuan Yang di- Pertua. Saya merujuk kepada isi kandungan fasal 5, ACA millionaire. Itu berbunyi, dengan izin:

“5(1) The Commission shall consists of the following members:

(a) that Chief Justice of the Federal Court who shall be the Chairman.” Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua integriti seorang Ketua Commission ini.

Boleh...

final • 11:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Continue sahaja.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Cannot.

final • 11:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Continue, because I got to brief my Timbalan on whether to stop you or not to stop you. [Ketawa]

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya. [Ketawa]

final • 11:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

I said leave him speak. Leave him speak.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No. I won’t leave the chance, then...

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 11:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Sila.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada fasal 5(1) yang memperuntukkan Ketua Hakim Negara jadi Pengerusi kepada Commission ini. Tan Sri Zaki ada dilantik baru-baru ini dan dia empat tahun sebelum dia bersara. Ini bermakna dia menjadi Pengerusi kepada Pesuruhjaya ini untuk empat tahun. Ini bukan satu soalan integriti menjadi satu persepsi, tetapi ini adalah soalan integrity being a reality, dengan izin. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua perlulah saya diberi peluang untuk menyoalkan integriti Tan Sri Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Dalam tahun 1993 apabila pindaan ada dibuat pada Perlembagaan. Itu adalah mengenai kedudukan Raja-raja Melayu dalam negara ini.

Sebelum tahun 1993, ada imuniti dari proses dalam mahkamah. Tidak boleh dituduh dalam mahkamah. Tidak boleh apa-apa kes dibuat terhadap seorang Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apabila pindaan itu ada dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini dan saya ada di Dewan ini pada masa itu. Apa yang jadi adalah ini. Peraturan mesyuarat ada ditepikan dan jaminan ada diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masa itu. Ada kebebasan dalam Dewan ini untuk menyoal kelakuan Raja-raja, yang biasanya menjadi satu kesalahan walaupun dalam Dewan ini.

Seditions, tidak ada perlindungan daripada seditions.

Satu kesalahan serius dalam Dewan, tetapi Tun Dr. Mahathir ada beri jaminan. Ada mengarahkan Peguam Negara untuk tidak ambil apa-apa tindakan ke atas semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini termasuk Kabinet dan Perdana Menteri pada masa itu, kerana itu jadi satu keperluan untuk menyoalkan kelakuan Raja- raja. Sama hari ini oleh sebab dalam peruntukan 5(1) bagi Pesuruhjaya ini Ketua Hakim Negara jadi Pengerusi dan dia ada empat tahun lagi jadi Pengerusi untuk menentukan siapa boleh menjadi hakim-hakim atau Presiden Mahkamah Rayuan dan sebagainya.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua bolehkah saya dapat satu ruling untuk menyoal kelakuan Tan Sri Zaki. Jika Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Memberi satu ruling saya tidak boleh. Bolehkah saya dapat satu jaminan pada Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab dalam order paper ada usul saya disenaraikan sebagai No. 55, bolehkah saya dapat satu jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Itu akan dibahaskan.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bolehkah?

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, perkara ini telah berkali-kali Yang Berhormat bawakan dan telah diputuskan selepas seorang Tuan Yang di-Pertua duduk di sini memutuskan bahawa Yang Berhormat tidak dibolehkan membahas perkara-perkara yang melibatkan sifat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat dan selepas itu apabila Tuan Yang di-Pertua baru duduk, Yang Berhormat membawa balik isu ini untuk dibuat keputusan.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya terima itu.

Tidak payah ulang.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, saya minta...

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bolehkah saya dapat jaminan sekarang?

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh balik perkara yang melanggar 36(8).

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baik, bolehkah saya dapat satu jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua? Usul saya yang disenaraikan sebagai No. 55 dalam order paper akan dibahaskan dalam sesi ini.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya faham keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkara ini. Keputusan untuk mengangkat usul Yang Berhormat ini ke atas adalah dibuat oleh kerajaan dan ini juga termaktub dalam peraturan mesyuarat, kerana itu tidak ada Yang di-Pertua, yang mempengerusikan Mesyuarat ini boleh memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa perkara ini akan berlaku. Dalam peraturan mesyuarat, Mesyuarat ini ditentukan oleh kerajaan dan usul kerajaan itu adalah usul yang diberi keutamaan mengikut peraturan mesyuarat. Sebab itu tidak ada kelonggaran dalam perkara ini dan tidak ada sebab bagi Yang di-Pertua bagi saya untuk memutus dan memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa perkara ini akan dilaksanakan.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baiklah. Jika Tuan Yang di-Pertua tidak boleh memberi.

final • 11:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan mesyuarat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jaminan.

final • 11:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan mesyuarat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Siapa ini?

final • 11:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan mesyuarat.

final • 11:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, sorry. Boleh, boleh. [Ketawa]

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Jangan dengar yang boleh daripada Bukit Gelugor.

final • 11:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Sebab Tuan Yang di-Pertua tadi menyebut bahawa tidak ada kelonggaran untuk menukar pendirian yang dibuat. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua lihat kepada peraturan 99A. Kalau kita baca di situ ada kelonggaran, ada laluan dan ada keterbukaan...

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:40 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Bahawa kalau diizinkan dan kalau Tuan Yang di-Pertua merasakan ianya dalam hati Tuan Yang di-Pertua bercanggah sekalipun tetapi 99A memberi jaminan bahawa dia tidak akan membatalkan perjalanan ini dan sebagainya.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Maka saya fikir kelonggaran itu perlu digunakan dalam saat-saat dan kes-kes yang amat penting seperti ini.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Akan tetapi 99A itu cuma melibatkan prosedur Dewan dan tidak melibatkan urusan Dewan itu. Umpamanya jika ada prosedur yang terlanggar, Cokmar itu tidak diangkat pada suatu ketika mesyuarat dijalankan.

Itu yang tidak membolehkan Tuan Yang di-Pertua untuk meneruskan dan tidak membatalkan Mesyuarat kita. Akan tetapi dari segi Aturan Mesyuarat, prioriti, ianya ditentukan oleh kerajaan. Kita ada peruntukan Mesyuarat yang mengatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan. Kita terikat kepada yang itu Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 11:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 26(d) yang berbunyi, ini adalah mengenai pemberitahu usul. Satu usul Tuan Yang di-Pertua, bahawa Peraturan Mesyuarat 26(1)(d) boleh diberikan keutamaan. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua bertindak di bawah 26(1)(d)?

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kita masih terikat kepada aturan mesyuarat yang ditentukan oleh kerajaan Yang Berhormat.

Saya...

final • 11:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ada budi bicara bahawa Peraturan Mesyuarat 26(1) untuk dahului apa yang jadi dalam order paper Tuan Yang di-Pertua sebagai nombor 55 iaitu usul saya bahawa Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan. Satu budi bicara dan luas.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya masih kekal dengan keputusan ...

final • 11:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tentu ada satu jalan.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya masih kekal dengan keputusan bahawa urusan penentuan sequence dan priority mengikut kehendak kerajaan, Yang Berhormat. Let’s keep it that way Yang Berhormat ya. Saya rasa banyak ruang yang, isu yang boleh Yang Berhormat bahaskan dan Yang Berhormat telah pun mengambil lebih daripada 30 minit Yang Berhormat untuk perkara ini.

final • 11:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada rang undang-undang ini. Tak adakah apa-apa garis panduan Tuan Yang di-Pertua, dalam Rang Undang-undang JAC ini. Bagi menentukan siapa boleh dilantik sebagai hakim, siapa hakim yang boleh dapat naik pangkat dan sebagainya. Walaupun Tuan Yang di-Pertua, ada peruntukan dalam Perlembagaan, khasnya dalam perkara 125, seorang hakim yang ada kelakuan yang tidak baik boleh dirujuk kepada sesuatu tribunal untuk dipecat daripada jawatan.

Akan tetapi ada kesalahan-kesalahan lain yang dilakukan oleh hakim-hakim yang harus dapat satu punishment dengan izin. Saya bagi satu contoh Tuan Yang di- Pertua, ada satu hakim dalam kehakiman yang sentiasa menggunakan sexist remarks ke atas peguam-peguam wanita. Adakah apa-apa garis panduan untuk mengambil tindakan ke atas hakim seperti itu? Lagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, ada satu hakim yang sudah bersara, yang apabila tidak dapat menerima hujah yang dibuat oleh seorang peguam untuk diterima, dalam Chamber dia bangkit mengeluarkan tali pinggang, dia cabar peguam itu lawan dengan dia dalam Chamber itu. Tuan Yang di- Pertua, ini adalah satu insiden yang terjadi dalam Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.

Peguam itu boleh jadi saksi jika perlu untuk mengesahkan apa yang terjadi. So ini adalah hakim-hakim yang tidak layak untuk dilantik in the first place tetapi sudah

final • 11:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

dilantik. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, apabila rang undang-undang ini diluluskan dapat satu garis panduan untuk menentukan tindakan yang harus diambil atas hakim- hakim seperti itu. Akan tetapi apa yang lebih penting dalam penghujahan saya adalah ini. Adakah rang undang-undang ini tentang dengan Perlembagaan. Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika satu undang-undang ada diluluskan oleh Parlimen yang tentang dengan apa-apa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang itu tidak sah. Saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Perkara 122B.

Di mana peruntukan adalah mengenai pelantikan hakim-hakim.

Dengan ringkas adalah ini “the Prime Minister or Yang di-Pertuan Agong acting on the Prime Minister, shall appoint a judge after consultation with the Conference of Rulers” Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, apa yang ada dalam Fasal 5 Rang Undang-undang JAC ini tentang dengan peruntukan Perkara 122B. Ini kerana tidak ada apa-apa mengenai satu badan yang memberi nasihat kepada Perdana Menteri sebelum dia memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini dalam fikiran saya adalah bertentangan dengan Perlembagaan 122B dan oleh itu tidak sah. Bolehkah Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, apabila mengetahui rang undang-undang ini bertentangan dengan Perkara 122B dengan meluluskan rang undang-undang ini.

Ini adalah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, a defiance of the Federal Constitution. DAP Tuan Yang di-Pertua oleh itu tidak akan memberi apa-apa sokongan kepada rang undang-undang ini. Dari prinsip kami menerima apa yang ada dalam rang undang-undang ini adalah baik. Akan tetapi dari segi adakah rang undang-undang ini boleh diterima itu adalah perkara yang lain kerana itu bertentangan dengan perkara 122B. Oleh itu tidak boleh dipertahankan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau.

final • 11:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga turut ingin menyertai perbahasan rang undang-undang yang dinamakan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan turut ingin menyokong usaha kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut. Memandangkan dalam mana-mana negara demokrasi yang bertamadun perlu ada kebebasan kehakiman sebagai satu corner stone, sebagai satu asas kepada pemerintahan negara tersebut.

final • 11:49 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa penggubalan rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini datangnya daripada satu krisis kemerosotan persepsi dan juga realiti kebebasan Badan Kehakiman kita, dan kalau kita lihat dari segi krisis ini, ia mulanya asal usul krisis ini boleh kita cari dan bermula pada pertengahan tahun 80-an. Apa bila kita semua tahu bahawa ada krisis kehakiman pada waktu itu, Lord President ataupun Ketua Hakim dipecat iaitu Tun Salleh Abas dan ini telah menimbulkan satu krisis tanggapan dan krisis realiti yang negara kita tidak pernah recover, ataupun dipulihkan sampai hari ini.

Sehingga Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengistilahkan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai, “the most shocking story in modern legal and judicial history”, dengan izin. Tambah pula krisis ini telah mengakibatkan satu tanggapan bahawa Badan Kehakiman negara kita sudah menjadi subservient ataupun hamba kepada kuasa politik tanah air.

Ini pula telah mengakibatkan seperkara lagi iaitu pindaan kepada perlembagaan pada 1988. Sebelum pindaan tersebut, Perkara 121, Kuasa Kehakiman vested, diletakkan pada mahkamah dalam Persekutuan, tetapi selepas pindaan tersebut, saya petik dengan izin, apabila sebelum pindaan itu, dengan izin, saya petik tulisan daripada Profesor Syad Faruqi daripada UiTM yang mengatakan bahawa, “this was understood to mean that the power Superior Court had an inherent power, to be the final arbiter in a questions of law to enforce rights and duties understand between the citizens and the state.” Akan tetapi selepas pindaan tersebut, di mana hanya pada hari ini, mahkamah tinggi shall have and such jurisdictions empowers as maybe conferred by or under

final • 11:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Federal law. Maksudnya, the exact implication of this change is open to debate but many believe that the amendment implies that there are no inherent powers anymore, court should only do what was required to them by Federal law, dan ini mengizinkan satu encroachment satu campur tangan daripada badan eksekutif dalam badan kehakiman yang sudah tentunya tidak ataupun bertentangan terus dengan prinsip separation of powers ataupun pengagihan kuasa yang perlu dipelihara dalam mana- mana negara demokrasi yang bertamadun.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini atas satu lagi sebab, tadi itu sebab persepsi tanggapan realiti, kebebasan badan kehakiman kita tapi satu lagi sebab iaitu hubungan terus yang wujud antara kebebasan kehakiman dan juga pembangunan ekonomi.

Ramai yang sebut bahawa, kalau badan kehakiman itu tidak bebas, tidak independence, tidak credible dan sebagainya, pelabur tidak akan yakin kepada negara tersebut dan akan minta contohnya satu dispute arbitration diselesaikan di negara- negara yang ketiga ataupun negara jiran kita dan sudah tentunya ini tidak menggambarkan satu reputasi yang baik bagi negara Malaysia yang mana kita cuba menarik pelaburan di mana badan kehakiman kita itu dipertikaikan oleh pelabur-pelabur asing sebagai satu institusi yang tidak berwibawa dan dalam hal ini juga ada banyak kajian.

Contohnya kajian pada tahun 2002, satu kajian yang bernama, Economic Growth and Judicial Independence - Cross Country Evidence Using a New Set of Indicators dengan izin, daripada Lars Feld dan Stefan Voigt yang jelas membuktikan bahawa dalam kajian tersebut dalam sampel 65 negara, bahawa memang ada peningkatan dari segi penumbuhan GDP apabila badan kehakiman itu in reality dan bukan hanya in theory ataupun pada undang-undang sahaja, bebas daripada campur tangan daripada pihak eksekutif.

Saya juga sokong Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini sebab ini menepati piawaian antarabangsa seperti mana yang ada dalam statement of Principal on judiciary and a law Asian region, Beijing statement yang telah diterima oleh Persidangan Ketua Hakim Negara Asia Pasifik Beijing pada tahun 1997, yang secara langsung di endorsed oleh Malaysia melalui Ketua Hakim yang hadir pada persidangan tersebut, dia sebut dalam statement Beijing Statement, ini principal ini bahawasanya saya petik perkara 15, “in some society, the appointment of judges by with the concern of or after consultation with the Judicial Services Commission, has been seen as a means of assurance that the judges appropriate for the purpose, where a Judicial Services Commission is adopted, it should include representatives of the higher judiciary and the independence legal profession as a means of ensuring the judicial competence integrity and independence are maintain.” Jadi dari segi piawaian antarabangsa pun saya rasa Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini tepat dan perlu disokong oleh Dewan ini sebagai satu langkah untuk supaya kita selaras dengan perkembangan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya kembali sedikit kepada perkara pertama, perkara pokok..

final • 11:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya mohon penjelasan sikit boleh tak?

final • 11:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ya, saudara Balik Pulau.

final • 11:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih sahabat. Yang Berhormat Rembau, saya memohon penjelasan sekiranya isu yang dibangkitkan oleh Bukit Gelugor tadi kerana dia merujuk khusus kepada kedudukan Ketua Hakim kita yang akan berlarutan lagi empat tahun, mampukah yang dikatakan analisa tadi tu yang ada nexus di antara kehakiman dan juga pembangunan ekonomi itu dicapai? Itu yang cuba dihujahkan tadi.

final • 11:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya percaya bagi pelantikan Ketua Hakim yang ada pada hari ini, walaupun tidak melalui Suruhanjaya Pelantikan Hakim diterima baik, bukan hanya daripada kerajaan tetapi di terima baik oleh pelbagai pemegang taruh ataupun stakeholders dalam bidang kehakiman, perundangan, undang-undang dan sebagainya, termasuk Majlis Peguam-Peguam ataupun Bar Council.

final • 11:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Jadi saya rasa daripada sekarang apabila Akta ini lulus, kita lantik dan kita promote judges kita, hakim-hakim kita melalui proses tersebut, tetapi yang sudah itu kita bagi peluang dan mana sudah diterima, sudah di endorsed, sudah dikatakan oleh Badan Perundangan dan masyarakat undang-undang bahawa ini pelantikan walaupun Ketua Hakim ini dahulunya ada hubungan dengan sesuatu parti politik tetapi sebenarnya beliau adalah seorang profesional dengan kompetensi yang tinggi, bagi peluang kepada beliau untuk menjalankan tugas.

Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada perkara asas. Perkara asas ini adalah penting dan perlu kita tegaskan sekali lagi sebagai sebab utama ataupun reason utama, mengapa kita perlu menyokong Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini dan ini adalah prinsip asas bagi mana-mana negara demokrasi.

Presiden kelima dan juga pengasas negara Amerika Syarikat yang menulis Federal Papers, Sir James Madison, mengatakan bahawa, the accumulation of all powers, legislative, executive and judiciary, in the same hands, whether of one, a few, or many, and whether hereditary, self-appointed, or elective, may justly be pronounced the very definition of tyranny.

Kita nak mengelak daripada masalah tersebut, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya melihat undang-undang ini, rang undang-undang ini buat kali pertama dalam Perkara 2, mengikat Perdana Menteri untuk mendukung kebebasan secara terus badan kehakiman dan perlu mempertahankan kebebasan itu. Saya rujuk kepada perkara 2(a), di mana Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan, ini adalah satu komitmen legal, legal commitment dalam undang-undang yang mengikat Perdana Menteri untuk mendukung kebebasan badan kehakiman negara dan ini adalah satu pembaharuan yang cukup penting, selaras dengan prinsip yang saya nyatakan tadi, seperti mana yang diungkap dalam tulisan James Madison yang telah menjadi asas kepada separation of powers di Amerika Syarikat.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya melihat...

final • 11:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Rembau bagi laluan untuk minta penjelasan. Tadi saya mendengar Yang Berhormat Rembau menerima Beijing principal yang, Yang Berhormat Rembau ambil peluang untuk baca, Beijing Statement of Principal on the Independence of the Judiciary dan saya mengalu-alukan penerimaan itu sebab kita pun setuju, prinsipal itu adalah yang perlu diterima pakai, digunakan untuk menilai rang undang-undang ini.

Perenggan yang dibaca tadi, perenggan 15 tentang penubuhan judicial Services Commission, izinkan saya baca sekali lagi, in some societies has appointment of judges by with the concern of or after consultation with the Judicial Services Commission, has been seen is a means of ensuring that those chosen judges are appropriate for the purpose.

final • 11:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini ayat yang dibaca tadi. “Where a judicial services commission is adopted it should include representative of the high judiciary dan kita memang ada dalam model kita and the independent legal profession as a mean of ensuring that judicial competence integrity independence are maintain.” Jadi saya ingin bertanya daripada Yang Berhormat Rembau...

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ya saya faham.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Manakah wakil-wakil daripada independent legal profession...

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ya, saya faham.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

... sebab kita tidak lihat ya...

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya faham.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

... dalam model yang kita ada. So, saya setuju kita harus gunakan prinsip ini dan bagi pihak kami di sini kita ingin melihat satu komposisi yang menghormati panduan dan nasihat daripada Beijing principles ini.

Minta penjelasan.

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya mengambil perhatian tentang kerisauan ataupun apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang tadi.

Cuma dalam hal ini, saya rasa kerajaan pun telah mempertimbangkan soal conflict of interest, percanggahan dari segi kepentingan. Kalau ada seorang aktif member dari profesion, dari BAR, yang duduk dalam Suruhanjaya pelantikan hakim ini di mana mungkin itu boleh menimbulkan percanggahan conflict of interest yang saya sebutkan tadi di mana Peguam Negara pun tidak dijemput dalam setengah jurisdiction ataupun negara, Peguam Negara ataupun public prosecutor dijemput untuk turut menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

Tetapi di model kita ini sama ada public prosecutor dalam bentuk AG ataupun wakil daripada peguam Bar Council pun tidak dijemput. Walau bagaimanapun saya rasa dalam eminent person; empat orang eminent person yang bakal dilantik oleh Perdana Menteri untuk menganggotai badan ataupun suruhanjaya ini bolehlah dipilih.

Contohnya seorang bekas peguam ataupun distinguish lawyer yang tidak lagi practice yang masih lagi boleh mewakili legal profesion dan sebagainya yang selari dan selaras dengan perkara 15 seperti mana yang dibangkitkan tadi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Sedikit lagi. Saya juga ingin tarik perhatian dalam perkara 23 dalam hal ini iaitu buat kali pertama sudah ada kriteria jelas yang tidak pernah speak out sebelum ini tentang pelantikan hakim iaitu integrity, competency, pengalaman, objektif kerjasama dan penghakiman condition, syarat bahawa jika ada tiga kehakiman atau lebih yang belum diselesaikan, tidak boleh dilantik dan ini adalah satu menjawab kepada kerisauan kepada Yang Berhormat Batu Pahat tadi. Jelas dinyatakan bahawa ada kewibawaan yang tersurat dari segi pelantikan hakim tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ada satu soalan yang saya hendak tanya kepada kerajaan. Yang pertamanya, keanggotaan suruhanjaya ini seperti mana perkara 5(1)(f) empat orang yang terkemuka. Saya harap dan saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah jaminan bahawa empat orang yang terkemuka ini betul-betul bebas daripada tekanan lobi. Mereka ini bukan hanya perlu bebas daripada hubungan peribadi dengan mana-mana anggota kehakiman, tetapi bebas daripada hubungan korporat yang mungkin kesnya boleh terheret dalam mahkamah, bebas secara hubungan peribadi tidak bercuti dengan hakim dan sebagainya, tidak ada gambar bercuti dan sebagainya.

Kita betul-betul kena ada satu search tapisan yang menyeluruh untuk memastikan bahawa empat orang yang terkemuka ini tidak ada hubungan langsung dengan kehakiman dan tidak bakal hubungan langsung dengan kehakiman. Saya ambil contoh, kadang-kadang eminent person ini chairman kepada syarikat swasta corporate dan kalau syarikat itu terheret ke mahkamah apakah beliau akan menjadi seorang arbiter atau pun ahli suruhanjaya yang bebas yang bebas daripada tekanan hal ini.

Yang kedua, rundingan dengan Majlis Peguam untuk anggota ini. Saya hendak tanya apakah bentuk rundingan tersebut. Adakah ini lip service? Adakah kita akan mendapat jaminan daripada kerajaan bahawa Perdana Menteri betul-betul akan berunding dalam bentuk dalam makna bahawa Bar Council akan dipanggil, betul-betul akan ada rundingan tentang keanggotaan ini, tapisan akan berlaku di situ supaya ada keraguan tentang kredibiliti keanggotaan suruhanjaya ini.

Yang ketiga, apakah bentuk laporan ke Parlimen seperti mana yang terkandung dalam rang undang-undang ini. Adakah laporan ini cuma laporan yang superficial yang menceritakan tentang perbelanjaan, berapa kali bermesyuarat dan sebagainya ataupun adakah lebih substantif dari segi keputusan, dari segi berapa ramai hakim yang telah disyorkan kepada badan eksekutif yang ditolak dan sebagainya. Adakah ini akan menjadi satu laporan yang menyeluruh kepada eksekutif?

Yang keempat, adalah mengenai keanggotaan perkara 51(e) - seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri. Saya melihat Hakim Mahkamah Persekutuan ini dia ada conflict of interest sedikit. Dia boleh menyertai perbahasan ataupun perbincangan tentang lantikan judicial commissioner dan juga peguam-peguam ke High Court. Namun, bagi jawatan Chief Justice,

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

President of the Court of Appeal, Chief Judge Malaya dan Chief Judge Sabah Sarawak anggota Federal Court ini perlu keluarkan diri, perlu berkecuali, perlu recluse daripada perbincangan. Saya hendak tanya sama ada perlu ada seorang yang sudah tentunya dalam pelantikan yang besar ini perlu recluse dirinya daripada perbincangan.

Yang kelima adalah dari segi skim gaji. Kiat tidak sebut di sini kita hendak wujudkan satu badan kehakiman yang profesional yang telus yang wibawa tetapi saya ingin tambah, saya minta pendapat dan pandangan daripada kerajaan daripada Menteri nanti tentang skim gaji. Sebab hari ini kalau kita lihat struktur ataupun profil hakim- hakim yang ada, majoriti kalau tidak silap saya, 70% atau 80% datang daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan ataupun judicial and legal services dan bukannya daripada profesional. Jadi kita hendak tarik lebih ramai lagi. Kita hendak ada better mix, satu perseimbangan yang lebih baik lagi daripada swasta dan juga daripada perkhidmatan kehakiman kerajaan untuk memastikan bahawa kewibawaan kualiti kita, competence, kehakiman kita dapat meningkat.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha untuk menubuhkan suruhanjaya ini. Akan tetapi saya secara peribadi juga ingin meminta kerajaan untuk selepas ini mungkin bukan hari ini bukan dalam penggal ini, tetapi dengan adanya suruhanjaya pelantikan hakim, adanya iltizam politik untuk kembalikan kebebasan badan kehakiman ini; saya minta supaya kita kembalikan kuasa kehakiman seperti mana Perlembagaan Persekutuan sebelum pindaan tahun 1988. Bagilah kita peluang untuk codify untuk kita masukkan semula dalam Perlembagaan Persekutuan satu kebebasan badan kehakiman untuk memperlengkapkan lagi reformasi yang mula dengan usaha atau rang undang-undang yang murni ini. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lagi dua minggu kita akan mengakhiri tahun 2008. Saya ingat lagi bahawa dalam Utusan tahun 2008 pada 31 Disember 2007, saya pernah sifatkan 2007 sebagai satu annoys horribly, a horrible year. Oleh kerana tahun lalu sungguhpun bermula dengan begitu great promise, ulang tahun ke-50 kemerdekaan. Sungguhpun kerajaan belanja RM100 juta wang rakyat, tetapi tahun lalu adalah satu tahun yang begitu horrible bukan sahaja kita melihatkan polarisasi rakyat.

Ini bukan sahaja oleh kerana kaum dan agama, tetapi jaminan-jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan reformasi-reformasi dan dominan itu bahawa dia satu kemenangan yang begitu besar dalam pilihan raya besar 2004 di mana lebih daripada 91% kerusi Parlimen dimenangi, tidak dikotakan. Akhirnya ialah political tsunami Mac tahun ini sembilan bulan dahulu dan diikuti oleh jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sekurang-kurangnya ada tiga reformasi dan beliau akan melaksanakan sebelum beliau bersara di bulan Mac.

Semalam Ahli-ahli Parlimen DAP dan Pakatan Rakyat kita menyokong Rang Undang-undang SPRM. Sungguhpun kita ada banyak reservation, sungguhpun kita considerable unhappiness, kita ada menyokong kelulusan SPRM oleh kerana tidak ada sesiapa yang yakin. Tidak ada seorang dalam kerajaan sama ada Perdana Menteri atau menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang ini yakin bahawa selepas SPRM MSCC diluluskan, Malaysia akan MACC yang ditubuhkan boleh lawan dengan ICAC Hong Kong atau CPIB - Corruption Practices Investigations Bureau Singapura atau Malaysia boleh menjadi di dalam dunia antara 10 atau 20 list corrupt nation.

final • 12:07 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Daripada kedudukan yang begitu rendah sekarang, nombor 47 dalam Transparency Corruption Perception Index 2008. Hari ini kita membahaskan mengenai Rang Undang-undang JAC yang menjanjikan pakej reformasi yang kedua, tetapi sungguhpun kita mahu memberi sokongan untuk semua usaha reformasi supaya negara kita bolehlah ubah menjadi satu negara yang moden, progresif, transparent, accountable dan demokratik tetapi nampaknya sangat susah, sukar untuk kita menyokong rang undang-undang di hadapan kita. Oleh kerana rang undang-undang ini sudah gagal untuk menangani sebab musabab tokoh kenapa ada berlaku dalam dua dekad ini.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Satu, siri krisis dan skandal kehakiman dan reformasi ketiga yang akan dibentangkan dalam Parlimen di bulan Februari tahun depan untuk mengotakan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk menunjukkan satu pasukan polis yang cekap, yang tidak korup, yang profesional dan kelas bertaraf dunia dan sebab itulah ada satu Suruhanjaya Diraja di bawah Tun Dzaiddin ditubuhkan dan perakuan yang utama ialah menubuhkan satu Independent Police Complaints and Misconduct Commission. Kalau rang undang-undang ini yang akan dibentangkan dalam Februari sama dengan Special Complaints Commission (SCC) yang ada dibentangkan dalam Parlimen pada Disember lalu dan masa itu ada ditarik balik.

Kalau rang undang-undang ini sama dengan Special Complaints Commission yang tidak ada satu IPCMC, dengan izin, by instead of IPCMC “lion” with teeth and claws, here is instead a toothless and clawless Special Complaints Commission. Saya perlu beri notis di sini bahawa kita akan tolak rang undang-undang itu di bulan Februari.

JAC Bill di hadapan kita tidak memuaskan dan tidak boleh menjalankan tugas untuk membolehkan keyakinan dalam negara kita atau di antarabangsa mengenai kebebasan, impartiality dan integriti kehakiman. Sungguhpun untuk sebelum 1988, kita ada international standing mengenai perkara ini.

Saya tidak mahu mengulangi sebab yang ada dikemukakan oleh rakan-rakan saya DAP, semalam dan hari ini dan juga dalam Pakatan Rakyat tetapi apa yang mustahak ialah sebagai contohnya, sebelum perbahasan saya ada dapat satu SMS daripada seorang hakim mengenai kenapa betapa tidak memuaskan rang undang- undang ini dan SMS ini dengan izin, berbunyi, “Whole of KL, Shah Alam, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Johor, not even one Chinese magistrate and Session Courts Judge. Chinese officers are all put in AG’s Chambers in law reform or drafting division. Why like this?” Itu SMS.

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab mengenai teguran SMS ini sungguhpun saya perlu untuk buat catatan bahawa dalam dua tahun setengah ini tidak ada seorang Tionghoa dilantik sebagai Federal Court Judge dan tidak membayangkan multiracial komposisi Federal Court. Sungguhpun saya ada bangkit perkara ini sebelum pilihan raya besar dan selepas pilihan raya besar dalam Parlimen ini, perkara ini belum dibetulkan. JAC Bill yang di hadapan kita adalah menimbulkan banyak soalan-soalan dan kekhuatiran dan antaranya ialah bahawa Perdana Menteri boleh ketepikan perakuan-perakuan yang dibuat oleh JAC.

Kedua, mengenai prosedur pelantikan hakim-hakim melanggari, mencabuli Perlembagaan Persekutuan, khasnya mengenai pelantikan hakim-hakim daripada Sabah dan Sarawak yang tidak selaras dengan Perkara 122B dan 161E(2) lagi.

Kenapa? Kewujudan JAC tidaklah mengikut satu pindaan Perlembagaan yang boleh memberi status dan betapa pentingnya dari segi Perlembagaan.

Sebenarnya kalau JAC Bill ini diluluskan, ia mungkin akan dicabar di mahkamah mengenai sah atau tidak sah dari segi Perlembagaan. Akan tetapi apa yang lebih penting mengenai objection kepada JAC Bill ialah kegagalannya untuk menggunakan peluang keemasan ini untuk menangani root cause kenapa ada kehilangan keyakinan nasional dan internasional mengenai independent impartiality dan integriti kehakiman dua dekad ini. Saya berkongsi disappointment bekas UN Special Rapporteur on the Independence of Judges and Lawyers, Dato’ Param Cumarawamy ialah bahawa mengenai JAC Bill ini, khasnya mengenai dua perkara.

Perkara pertama bahawa tidak ada pindaan untuk kembalikan Perkara 121 yang asal untuk kembalikan doctrine separation of powers dan memberikan judicial power balik kepada mahkamah, kepada sistem kehakiman di mana judicial independence, oleh kerana judicial independence tidak boleh dijamin kalau bergantung kepada Chief Executive, Perdana Menteri dan kedua, bahawa kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melucutkan pelantikan eminent persons di JAC tanpa memberi apa-apa alasan.

Tadi kita ada dengar ada pengakuan bahawa krisis kehakiman 20 tahun ini ialah apa yang berlaku pada tahun 1988 tetapi ini bukan satu perkara sahaja. Untuk 20 tahun kita ada satu siri judicial crisis dan judicial scandal demi satu krisis dan skandal.

Dalam 20 tahun ini kita ada enam orang Ketua Hakim. Semua sudah menjadi Tun, tetapi daripada enam hakim ini, tiga hakim yang lepas, bukan sekarang, mereka dengan izin, they are blot, mereka membawa skandal kepada nama baik Malaysia di dunia.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Selepas Tun Salleh Abbas yang dipecat, Tun Hamid Omar, selepas itu Tun Eusoff Chin, selepas itu Tun Dzaiddin yang berhentikan route dalam kedua-dua judiciary tetapi untuk dua tahun sahaja. Selepas itu Tun Ahmad Fairuz lebih rotten.

Selepas itu Tun Abdul Hamid tetapi untuk 10 bulan sahaja dan sekarang Tan Sri Zaki dan akan menjadi Tun juga. Empat daripada enam Chief Justice disgrace to Malaysia, disgrace to the nation. Bagaimana?

Tujuan rang undang-undang ini antara lain adalah untuk kembalikan autoriti, kewibawaan institusi-institusi Malaysia sama ada kehakiman, sama ada mengenai anti corruption, polis, Attorney General, election, supaya kita boleh menjadi lebih kompetitif, lebih progresif dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi, tetapi rang undang- undang ini tidak berjaya mencapai matlamat ini. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ada sebut mengenai apa Tun Suffian kata bahawa dia tidak mahu dibawa ke mahkamah yang tidak ada sekarang.

Sebenarnya saya ada personal experience. Pada Disember 1999, masa itu selepas pilihan raya besar yang selepas itu ada konvensyen Parlimen ada dipanggil yang selaras dengan mengikut Perlembagaan.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh dikatakan bahawa Mesyuarat Pertama Parlimen Kesepuluh tidak mengikut Perlembagaan, unconstitutional, oleh kerana melanggar peruntukan atau Perlembagaan. Saya ada berbincang semasa itu dengan Tun Mohamad Suffian dan Tun Salleh Abas, dua orang bekas Chief Justice. Mereka setuju unconstitutional.

Bekas Perdana Menteri, cara beliau memanggil mesyuarat Parlimen kali yang pertama dengan masanya begitu singkat sebelum Kabinet di tubuh itu adalah unconstitutional.

Sungguhpun mereka setuju tetapi mereka berpendapat jangan pergi mahkamah oleh kerana tidak ada harapan. Ini kerana mahkamah tidak boleh dipercayai oleh kerana mereka pun sebagai the two highest judicial officers of the land! Mereka pun tidak percaya mengenai independence, impartiality and integrity mahkamah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah boleh gulung, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sekarang bagaimana boleh kita menentukan apa yang berlaku dalam pelantikan Tan Sri Zaki tidak boleh berlaku sungguhpun kita meluluskan rang undang-undang ini. What is that to avoid those?

Tidak. Apabila Tun Abdul Hamid dilantik sebagai chief justice, apa dia kata? Dia kata, “Must house cleaning judiciary”. Dengan izin dia kata, “I’m aware that this appointment is a heavy burden on me. It is more so when it happened at a very challenging time, that is when public perception of the judiciary are disturbing when the integrity of the court in the administration of justice is doubted, when the appointments and the behavior of judges and their commitments in the charge of their duties are all being question and he urged judges to support his pledge of house cleaning. He said that the independence of the judges in the charge of duties come from within themselves and they are firm, honest and clean no one would dare to approach them to influence or to buy them out. The question is, is our character strong enough? Adakah semua ketua hakim termasuk ketua hakim sekarang, are their characters strong and honest enough.

Apabila Tan Sri Zaki dilantik ini tidak mengikut semangat dan spirit accountability and transparency. Kalau begitu bagaimana kita boleh mempercayai bahawa JAC Bill boleh digunakan untuk mengelak pelantikan Tan Sri Zaki seperti sekarang. Kalau tidak boleh tentulah kita tidak boleh memulihkan kepercayaan orang ramai dan internasional kepada sistem ini. Oleh kerana kita juga tidak nampak ia mengembalikan institutional independence semua yang ada di sini. Polis - IGP dituduh “chief lobbies” yang tidak berminat mengenai turunnya kadar jenayah tetapi untuk lobi mega deals, sampai sekarang tidak ada apa-apa hasil siasatan. AG dituduh fabrication evidence terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh 10 tahun ini, enam bulan sudah lepas. Apa sudah berlaku?

So, there is no seriousness untuk memulihkan keyakinan mengenai institutional independence and the institutional authority. Kalau begitu kita tidak tahu bagaimana kita boleh menyokong JAC Bill sungguhpun kita mahu tetapi nampaknya tidak boleh. Kita terpaksa untuk menyokong MACC Bill. Ini kita tidak boleh menyokong dan saya harap untuk bulan Februari SSB Bill dikemukakan kita harap kita tidak dipaksa untuk menolak dan reject bill itu. Saya harap untuk JAC Bill, Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju untuk rujuk kepada satu Select Committee supaya kita boleh

final • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

buat pindaan, faham mengenai menangani isu-isu kenapa ada loss of confidence dalam judiciary dalam tempoh 20 tahun ini. Ini boleh diambil kira dalam satu rang undang-undang yang lebih menyeluruh termasuk untuk kembalikan (restore) perkara 121, yang satu masa bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai perkara ini ada bersetuju. Kenapa Kabinet tidak setuju?

Saya harap ini boleh menjadikan kita mahu memberi sokongan yang sepatutnya tetapi semalam kita tidak boleh satu blind check. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:20 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha gigih dan komitmen beliau untuk membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) walaupun dianggap pada akhir-akhir saat.

Saya pasti rang undang-undang ini sudah lama dinanti-nantikan oleh ramai pihak walaupun pihak pembangkang tadi menyatakan bahawa mereka tidak memberi sokongan memandangkan perkembangan terbaru yang telah meluntur martabat dan kewibawaan kehakiman negara kita. Apabila tahap keyakinan ataupun level of confidence terhadap kehakiman terjejas maka rakyat merasakan kehilangan benteng terakhir dalam soal keadilan dan kesaksamaan. Kehakiman yang adil adalah mercu yang terulung bagi mempertahankan dan mendukung perasaan kekitaan iaitu sense of belonging kepada negara kita. Kita mengisytiharkan kepada dunia bahawa kita mendukung sistem separation of power dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.

Ini harus kita pertahankan kalau kita mahu Malaysia tetap diterima sebagai sebuah negara demokrasi di kalangan masyarakat dunia. Saya percaya pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini adalah semata-mata menjurus kepada matlamat untuk mewujudkan satu badan kehakiman yang bebas walaupun tahap kebebasan kehakiman di negara-negara dunia adalah relatif tertakluk kepada keadaan masing-masing. Namun apa pun rang undang-undang ini akan memperkasakan sistem hak luar negara berbanding dengan masa-masa yang lepas.

Kita berharap dengan adanya undang-undang ini maka pihak mahkamah akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan bebas, telus dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa badan kehakiman kita bergantung pada sejauh mana bebasnya suruhanjaya tersebut yang mana berlandaskan kepada beberapa perkara.

Pertama, ialah karakter dan conduct mereka yang menganggotai suruhanjaya tersebut. Selain daripada empat orang ahli tetap yang terdiri daripada kalangan para hakim terkanan di negara seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Perdana Menteri berserta dengan empat lagi tokoh yang juga dilantik oleh Perdana Menteri mengikut fasal 5(f). Sebelum rang undang-undang ini di bawah Perlembagaan Malaysia Fasal 122(b) Perdana Menteri secara tersendiri adalah bebas untuk mengemukakan mana-mana calon para hakim. Dengan adanya barisan tokoh yang terkemuka menganggotai suruhanjaya, maka kepentingan awam dapat diwakili dengan sepatutnya seperti yang dijelaskan dalam perkara 2 sebagai matlamat utama rang undang-undang ini. Tambahan pula suruhanjaya dalam proses pemilihan para hakim di semua peringkat juga tertakluk kepada syarat pemilihan calon hakim di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan dan juga perkara 23(b) rang undang-undang ini.

Kedua, perkara 5(1) memperuntukkan bahawa Perdana Menteri harus berunding dengan badan guaman di negara dan negeri-negeri dan juga peguam besar negeri-negeri dan sudah tentu input daripada pihak-pihak ini akan membantu mengelakkan pelantikan diberikan kepada mereka yang diragui atau dipertikaikan.

Sudah tentulah bakal hakim itu nanti mempunyai kewibawaan yang kuat dan tinggi apabila ia menjalankan tugasnya nanti.

final • 12:25 PM

Datuk Anifah bin Aman - Kimanis

[Bangun]

final • 12:25 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, Yang Berhormat Kimanis.

final • 12:25 PM

Datuk Anifah bin Aman - Kimanis

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Tuaran. Adakah mencukupi untuk Perdana

final • 12:25 PM

Datuk Anifah bin Aman - Kimanis

Menteri memainkan peranan dan mempertimbangkan syor-syor oleh suruhanjaya ini di bawah seksyen 26 dan merujuk atau bertanya dengan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak selaras dengan peruntukan Perkara 122(b)(i), (ii), (iii), dan (iv) sebelum mengemukakan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Persoalan yang timbul ialah bilakah Perdana Menteri sepatutnya bertanya atau consult dengan Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak tentang calon yang bersesuaian untuk dilantik sebagai Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

final • 12:25 PM

Datuk Anifah bin Aman - Kimanis

Adakah ianya dibuat sebelum senarai nama-nama calon dibuat dan dirujukkan kepada suruhanjaya untuk dibuat penilaian atau selaras dengan seksyen 21 dan 22 rang undang-undang ini. Saya minta Yang Berhormat jelaskan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat dari Kimanis. Sebenarnya ucapan saya ini menjurus kepada perkara Yang Berhormat sebut, kalau boleh izinkan saya teruskan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang ini ingin menyentuh perkara yang khusus dan seterusnya saya ingin menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Kimanis. Apa yang saya sampaikan di sini sebenarnya adalah mewakili suara-suara dan perasaan daripada rakyat Malaysia di Sabah. Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan dan Dewan yang mulia ini mengenai dengan anomali atau kelemahan yang saya lihat dalam rang undang-undang ini. Sejauh mana ianya berkaitan dengan perlindungan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini telah menarik perhatian semua pihak di Sabah dan saya yakin di Sarawak dan telah pun dibahas dalam media tempatan. Oleh sebab ini adalah perkara yang sangat penting, saya mohon agar kerajaan dapat melakukan sedikit pindaan ataupun tambahan kepada rang undang-undang ini supaya peruntukan Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi ataupun dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang supreme dan mana-mana undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka yang tidak konsisten dengan Perlembagaan, maka ianya tidak sah sejauh mana ia tidak konsisten dengan Perlembagaan. Perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebelum Perdana Menteri menawarkan nasihat mengenai dengan pelantikan hakim, kalau ianya berkaitan dengan pelantikan kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri ‘harus’ dan dalam perkataan Inggeris, ‘shall’ berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Perkara 26 dalam rang undang-undang ini juga memperuntukkan proses bagi suruhanjaya untuk mengemukakan laporan pemilihan kepada Perdana Menteri. Saya perhatikan bahawa suruhanjaya tidak diperlukan untuk berunding dengan pihak-pihak yang berkenaan di luar suruhanjaya termasuk Ketua Menteri Sabah dan Sarawak jika ianya berkaitan dengan pelantikan ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam fasal ataupun Perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 28 dalam rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa Perdana Menteri memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut perkara 122B.

Walau bagaimanapun susulan daripada proses yang diperuntukkan dalam perkara 26 dan 27 rang undang-undang ini, Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan lagi ataupun kelonggaran bagi beliau ke atas calon-calon kerana beliau terpaksa akur dengan nama- nama yang telah pun dicadangkan oleh suruhanjaya.

Semangat perkara 122B(3) Tuan Yang di-Pertua ialah apabila ianya berkaitan dengan pelantikan ke mahkamah Sabah dan Sarawak, persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak harus diperolehi. Ini adalah semangat dan maksud perkara 122B semasa pembentukan Malaysia dan ianya harus dihormati dan dipertahankan.

final • 12:30 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Ya, terima kasih Yang Berhormat, sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat daripada Tuaran. Adakah Yang Berhormat Tuaran bersetuju bahawa consultation yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri dengan Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak di bawah perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan untuk pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dibuat sebelum senarai calon-calon disediakan, dan dikemukakan kepada suruhanjaya itu untuk penilaian oleh suruhanjaya dan bukan selepas daripadanya. Consultation is done before senarai itu, not after. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat dari Kimanis. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan tadi mengikut perkara 122B Perlembagaan, Perdana Menteri harus, it is as far as concern the appointment of judges to the High Court Borneo, Sabah and Sarawak, the Prime Minister has to consult the government of Sabah and Sarawak. Dalam rang undang-undang ini, dalam perkara 28 dinyatakan bahawa Perdana Menteri selepas menerima semua calon. Dan dalam peruntukan perkara 27 mengatakan, Perdana Menteri boleh meminta dua nama lagi daripada suruhanjaya.

Selepas itu apabila senarai itu sudah lengkap dalam tangan Perdana Menteri, barulah ianya memenuhi dikatakan di sini, ini peruntukan 28: “Apabila Perdana Menteri telah menerima nama-nama orang yang disyorkan oleh suruhanjaya, dia bolehlah seterusnya memberikan nasihat”. Jadi consultation itu mengikut perkara 28, dibuat selepas semua senarai itu selesai. Saya berpendapat respons to the question daripada Yang Berhormat Kimanis, semangat Perlembagaan itu sebelum.

Jadi apa yang saya katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, masalah akan timbul apabila berlaku keadaan di mana kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai cadangan lain berkaitan dengan calon Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Yang tidak tersenarai dalam barisan calon-calon yang disampaikan oleh suruhanjaya kepada Perdana Menteri. Apakah Perdana Menteri terpaksa kembali kepada suruhanjaya untuk pertimbangan semula? Masalah pokok ialah soal peringkat manakah, ini soalan daripada Yang Berhormat Kimanis, peringkat manakah kedua-dua Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak itu di bawah perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya merayu kepada kerajaan dan khasnya kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan saya agar membuat satu tambahan perubahan kepada rang undang-undang ini seperti berikut, ada dua pilihan yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua.

Pertama ialah perkara 26(1) dipinda supaya ianya berbunyi seperti berikut:

“Selepas membuat pemilihannya dan selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan, kalau ianya berkaitan dengan pelantikan ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Perdana Menteri yang membawa dan seterusnya”.

Atau; perkara ataupun fasal 27 boleh dipinda, ditambah supaya ianya berbunyi sedemikian:

“Perdana Menteri boleh selepas menerima laporan di bawah seksyen 26 dan selepas berunding dengan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengikut fasal 122B(3), meminta dua nama lagi” Ini memberi kelonggaran kepada Perdana Menteri selepas berunding dengan Sabah dan Sarawak, boleh meminta dua nama lagi untuk dipilih dan disyorkan bagi pertimbangannya berkenaan dengan apa-apa kekosongan ke jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seterus. Ini 27 boleh ditambah.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak Perdana Menteri dan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini supaya rang undang-undang ini tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kerana kalau tidak diperhalusi seperti yang dikatakan oleh pihak dari pembangkang juga, saya bersetuju.

Kalau ada mana-mana peruntukan dalam rang undang-undang ini, Constitution, then it tenders the bill ... dengan izin. Ini adalah sangat penting kerana Perkara 161E(2)(b)

final • 12:30 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Perlembagaan Persekutuan pun tidak membenarkan apa-apa pindaan Perlembagaan yang melibatkan antara lain Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Walaupun dalam fasal 37, ia memberi satu peruntukan di mana pihak Perdana Menteri boleh membuat pindaan dalam tempoh dua tahun tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita harus menawarkan dan meluluskan satu undang-undang yang diterima oleh ramai dan dilihat saksama. Saya tidak bercadang untuk menyentuh perkara-perkara lain lagi dalam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, hanya saya berharap dalam hal pelantikan hakim-hakim, semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama sama-sama mempunyai hak dan peluang untuk dilantik.

final • 12:30 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Kalau kita mahu memberi keyakinan kepada kehakiman, maka kita juga harus memberi keyakinan kepada rakyat. Tanggungjawab..

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit. Terima kasih. Yang Berhormat telah mengatakan bahawa 161E(2)(b) ini bercanggah dengan rang undang-undang yang dicadangkan sekarang, memandangkan perkara ini saya rasa ramai di antara Ahli Parlimen semua setuju bahawa ini adalah betul bahawa rang undang-undang ini sebenarnya bercanggah dengan Federal Constitution. Bukankah kita membuat satu pendirian yang tegas bahawa lebih baik kita jangan menyokong rang undang-undang ini, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, pendirian saya ialah pada keseluruhannya matlamat dan rang undang-undang ini baik. Hanya saya melihat ada satu seksyen atau perkara yang menyebabkan mungkin bill ini contradict dengan Perlembagaan. Cadangan saya, saya menyokong pada keseluruhan hanya dalam perkara 26, 27, 28 ini, ianya harus diperhalusi dan mungkin diubah.

Kita boleh buat juga dalam Jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua dan pada keseluruhan saya menerima baik kerana ini adalah satu titik tolak kepada kita untuk memperbaiki dan memperkasakan martabat kehakiman kita.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya gulung. Tuan Yang di- Pertua saya mengakhiri hujah saya ini dengan mengatakan bahawa tanggungjawab badan kehakiman ialah mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan sebagai the supreme law of the country dan kita harus dapat mempertahankan hak-hak dan keadilan semua rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan.

Kita mahu melihat bahawa dalam keputusan-keputusan badan kehakiman di masa akan datang, the supremacy of the Constitution of our country must be upheld, no matter what it is dan yang penting ialah Tuan Yang di-Pertua, keadilan dan kesaksamaan, peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk dilantik dalam badan kehakiman negara. Tuan Yang di-Pertua, hanya sekian dan saya harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya tadi, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak akan memasuki secara detail dalam rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini kerana saya rasa ramai yang telah memberikan teguran berhubung dengan isi kandungannya dan secara umum saya bersetujulah dengan teguran-teguran yang mana pada dasarnya menyatakan bahawa rang undang-undang ini tidak sebenarnya menyelesaikan masalah campur tangan pihak eksekutif dalam institusi kehakiman.

Pada mulanya saya juga ingin menegaskan bahawa masalah kehakisan kebebasan institusi kehakiman adalah merupakan satu realiti dan saya mendengar dengan agak cuak wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang masih mengistilahkan ianya sebagai satu persepsi.

final • 12:42 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sekiranya kita menganggap ianya satu persepsi semata-mata maka rang undang-undang yang dikemukakan adalah satu rang undang-undang yang bertujuan untuk memberi persepsi bahawa persepsi yang negatif sedang ditangani. Ianya tidak merupakan satu usaha yang serius dan yang bersungguh-sungguh tetapi sekiranya kita mengakui dan kita berani untuk mengakui bahawa sebenarnya institusi kehakiman telah dicabuli dan kebebasannya telah terhakis sehingga begitu sekali. Maka paling kurang we start dengan izin, we start off on a sound basis di mana kita mengakui bahawa masalah itu wujud dan masalah ini perlu ditangani, itu yang pertama.

Yang kedua, merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Teluk Intan semalam.

Beliau telah menyatakan bagaimana istilah Perdana Menteri telah disebut sebanyak 21 kali dalam rang undang-undang yang mempunyai 37 bahagian ataupun 37 clausenya.

21 kali disebut nama Perdana Menteri dalam 37 clause dan ini kalau tidak silap saya apa yang disebut Yang Berhormat Teluk Intan ataupun 21 clause dalam pada 37 clause.

Lalu ini menunjukkan betapa prominentnya dan dominannya peranan Perdana Menteri dan saya rasa pihak yang menggubal undang-undang ini menyedari dan memahami akan betapa penting peranannya Perdana Menteri untuk menjamin kebebasan institusi kehakiman itu dan itulah sebabnya mengapa ada klausa nombor dua ini yang mana disebut, seperti mana yang telah dihighlightkan oleh Yang Berhormat Rembau bahawa Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman.

So, peranan Perdana Menteri dalam soal ini adalah begitu pivotal sehingga terpaksa disebut bahawa dia mesti mendukung kebebasan institusi kehakiman, sekiranya dia merupakan seorang peribadi yang tidak mendukung prinsip ini maka rang undang-undang ini akan gagal. Saya pun sebenarnya tidak boleh hendak bercakap panjang sangat kerana hendak reservekan suara saya untuk Kuala Terengganu.

Lalu 14 minit, 13 minit ini, insya-Allah cukuplah. Yang pentingnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa peribadi Perdana Menteri itu cukup penting dan saya khuatir sekiranya ada calon-calon bakal Perdana Menteri yang mempunyai isu-isu yang akan menjejaskan kemampuan dia dan keinginan dia untuk menentukan bahawa institusi kehakiman ini akan bebas kalau sekiranya sebagai contoh dia merupakan seorang yang dituduh terlibat dalam skandal sekian-sekian dan sebagainya.

Maka individu yang seperti itu sepatutnya tidak layak untuk dicalonkan sebagai calon untuk Perdana Menteri kerana kalau orang yang macam itu jadi Perdana Menteri maka institusi kehakiman pasti akan dinodai kerana dia memainkan peranan yang begitu penting dalam menjamin kebebasan institusi kehakiman itu.

Maka dalam soal ini saya ingin menyeru kepada wakil-wakil daripada Barisan Nasional kerana merekalah yang akan melantik dan memilih calon Perdana Menteri.

Sekiranya mereka mengambil kira tuntutan ini yang kalau mengikut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau itu legally binding, maka wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat jelata, terhadap negara Malaysia, terhadap kebebasan institusi kehakiman kalau mereka memilih seorang calon Perdana Menteri yang diketahui ada kepentingan dan akan campur tangan dalam kebebasan institusi kehakiman ini.

Saya menyeru kepada wakil rakyat-wakil rakyat daripada Barisan Nasional untuk mengambil berat dan memandang serius tentang persoalan ini. It is dengan izin, a pivotal requirement that the Prime Minister must defend the independence of the judiciary, kalau tidak ianya akan gagal dan hakikatnya Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, karang kata tidak betul pula, Yang Berhormat sekalian walaupun tidak disebutlah secara direct oleh rakan-rakan bijaksana saya seperti Yang Berhormat Permatang Pauh dan sebagainya tetapi saya ini kurang bijaksana, maka saya akan sebut.

final • 12:42 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Hakikatnya, institusi kehakiman telah dicabuli oleh kerana wakil rakyat-wakil rakyat dari Barisan Nasional dahulunya pada tahun 1980-an, tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat apabila institusi kehakiman dicabuli oleh Perdana Menteri, mereka mendiamkan diri. Boleh tidak saya mendapat persetujuan dan jaminan daripada tuan-tuan, seperti mana saya yakin rakan-rakan saya daripada

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pakatan Rakyat pasti bersetuju bahawa sekiranya satu lagi peristiwa yang seperti tahun 1980an berlaku kembali, maka apabila kami membentang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri kerana dia mencabuli kebebasan institusi kehakiman, maka wakil rakyat-wakil rakyat daripada Barisan Nasional khususnya, Backbenches Club akan bangun dan menyokong. Boleh saya dapat jaminan itu?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Jangan haraplah.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau tidak jangan cakaplah fasal kebebasan institusi kehakiman. Don’t give us dengan izin, all this nice words. Kata-kata yang berbunga, cakap betapa pentingnya dan adanya separation of powers...

final • 12:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Belum berlaku. Belum ada.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

... akan tetapi tidak sanggup memberikan jaminan dan memberikan satu perakuan... [Tepuk] Bahawa sekiranya Perdana Menteri, sama ada yang baru ataupun yang akan datang, sekiranya dia mencabuli kebebasan institusi kehakiman, maka tuan-tuan sebagai tanggungjawab kepada rakyat jelata, sebagai satu institusi yang akan mempertahankan sistem check and balance ini, akan bersama dengan Pakatan Rakyat, dan menolak Perdana Menteri yang bersifat sedemikian rupa. Saya harap tuan-tuan boleh fikirkan dan boleh setuju kerana ini merupakan klausa nombor 2. Belum lagi nombor 10, atau nombor 12. Ini nombor 2. It is a pivotal requirement. Bagi pihak kami..

final • 12:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Pencelahan, pencelahan.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, sila. Suara pun sudah hendak habis ini… [Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hujah yang dibangkitkan, apakah Yang Berhormat Shah Alam sedar bahawa dari segi Islam sebenarnya, pemerintah yang zalim kalau melantik hakim, pelantikan itu sah sebenarnya asal saja selama mana pemerintah yang zalim itu setelah melantik hakim, dia tidak menyekat pelaksanaan hukuman dan tidak campur tangan dalam proses itu. Sebab itu dalam sejarah itu, kita menemui watak Yazid bin Muawwiyah yang terkenal zalim. Dia melantik hakim dan sah. Akan tetapi Yazid tidak sampai campur tangan dalam keputusan hakim. Di situ dan setakat itu, boleh.

Jadi kalau setakat Perdana Menteri melantik hakim, itu boleh. Sah sebenarnya selama mana Perdana Menteri jangan sampai encroach dengan izin, tugasan dan wilayah tanggungjawab hakim dalam melaksanakan tugasnya. Dalam sejarah Islam itu banyak. Nabi Yusoff A.S pernah dilantik oleh Firaun sekalipun. Muawwiyah yang menentang Ali pernah melantik hakim. Jadi kedudukan pemerintah yang zalim sekalipun, melantik hakim boleh selama mana pemerintah zalim itu jangan sampai menghalang pelaksanaan hukuman yang hak, yang dilaksanakan oleh hakim. Tolong komen.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Machang. Itu sebenarnya saya akan sampai kepada persoalan itu. Secara dasarnya memang kita setuju tetapi sebaik-baiknya kita tidak mahulah ada pemerintah yang zalim, yang dilantik. Lalu kita minta Barisan Nasional, wakil rakyat-wakil rakyat mereka kerana merekalah majoriti, merekalah yang akan lantik Perdana Menteri.

Tentukan bahawa Perdana Menteri yang mereka hendak lantik memenuhi sifat yang seperti mana yang terkandung di dalam klausa ini. Bagi kami dalam Pakatan Rakyat….

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Pada peringkat ini saya ingin cautionkan Yang Berhormat pada perkara 36(9). Tidak boleh sentuh sifat-sifat mana-mana Ahli Parlimen yang lain, ya Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak sentuh sifat- sifatnya. Secara umum. Peringatan. Peringatan bersama. Bagi kami pun daripada Pakatan Rakyat untuk menjamin bahawa akan berlakunya satu check and balance, kita akan berusaha sedaya upaya untuk menafikan majoriti 2/3 yang pernah dialami dan dinikmati oleh Barisan Nasional. Kalau kita lihat pada tahun 1980-an, keadaan yang berlaku di mana kedudukan hakim, kebebasan institusi hakim terhakis dan sebagainya ialah oleh kerana wujudnya satu keadaan di mana Barisan Nasional dan Perdana Menteri pada masa itu menikmati kekuasaan yang hampir-hampir mutlak. Seperti mana

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

yang dia sendiri sebut power corrupts, absolute power corrupts absolutely. Inilah apa yang telah dia buktikan. Kebenaran kata-katanya dan bagi pihak kami, kami akan berusaha untuk menentukan bahawa keadaan di mana Parlimen dikuasai dengan keadaan majoriti 2/3 itu, insya-Allah tidak akan berulang lagi.

Point yang ketiga yang saya hendak sebut ialah selain daripada watak Perdana Menteri, yang penting untuk menjamin kebebasan institusi kehakiman, ada watak yang kedua yang juga sama penting. Ini membawa saya kepada hujah yang telah disebut oleh Yang Berhormat daripada Machang di mana mengikut tradisi keilmuan dan kebebasan para fuqaha’ dalam tradisi keilmuan Islam, mereka memahami apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda yang berbunyi… [Membacakan sepotong Hadis Nabi] Yang bererti, jihad yang terbesar adalah mengatakan yang benar di hadapan seorang sultan yang zalim.

Maka hakim-hakim ini mesti mempunyai satu kewibawaan yang seperti ini.

Apabila mereka dilantik menjadi hakim, walaupun oleh seorang pemerintah yang jahil, yang jahat, tetapi mereka memahami bahawa tugas mereka sebagai hakim, mereka mesti mempertahankan kebebasan institusi kehakiman itu dan itulah di antara sebabnya mengapa, imam-imam besar di dalam sejarah umat Islam seperti Imam Abu Hanifah dipenjarakan, Imam Ahmad Ibnu Hambal dibelasah dan disebat oleh kerana raja inginkan satu penghakiman dan satu hukum yang memenuhi kehendak raja itu.

Akan tetapi hakim-hakim pada zaman itu tidak sanggup tunduk kepada tuntutan dan kehendak pemerintah.

Lalu kita kena tanya pada diri kita, sejauh mana institusi kehakiman yang sedia ada pada hari ini mendidik individu-individu hakim untuk menghayati semangat kebebasan yang seperti ini ataupun, adakah institusi kehakiman yang sedia ada selepas institusi itu dicabuli pada tahun 80-an, tidak lagi mampu untuk mengeluarkan individu-individu hakim yang berani mengeluarkan satu keputusan dan satu pendirian yang bercanggah dengan kehendak pemerintah. Sekiranya begitu...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, ya. Sekiranya begitu maka tindakan mesti diambil untuk membudayakan semangat kebebasan, the spirit of independence in the institution of the judiciary sebelum rang undang-undang ini akan dapat berjaya. Lalu ada dua watak yang terpenting…

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Watak Perdana Menteri dan watak hakim-hakim itu sendiri. Dalam soal pelantikan hakim, saya hendak cadangkanlah. Ini cadangan peribadi daripada Shah Alam, bukan daripada Pakatan Rakyat kerana tidak sempat hendak bincang. Mungkin boleh difikirkan, calon-calon yang hendak dikemukakan ataupun yang hendak dilantik, diiklankan dan sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat yang menunjukkan bahawa individu-individu itu tidak memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan oleh hakim sebagai seorang benar, sebagai seorang yang amanah, sebagai seorang berani dan sebagai seorang yang tidak akan tunduk kepada tuntutan pemerintah yang jahat itu, maka dia boleh kemukakan kepada satu jawatankuasa…

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Seminit saja lagi. Satu jawatankuasa khas supaya jawatankuasa khas itu dapat menilai. Orang macam ini boleh terima ataupun tidak, dia punya character of the judge must be impeccable. Inilah satu keperluan. Maka saya ucapkan terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Menteri ada usul.

final • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 18 Disember 2008.”

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Silam.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan memang sudah sewajarnya dan pada kebiasaannya serta lumrahnya kita dari semasa ke semasa akan memperkenalkan satu rang undang-undang yang bertujuan untuk kebaikan rakyat dalam sesebuah negara itu.

Merujuk kepada pewujudan ataupun Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa sebarang kekurangan yang terdapat dalam sistem dan peraturan yang ada di negara kita ini maka kita akan berusaha untuk memperbaikinya. Suka saya di sini memetik bagaimana komitmen dan kesedaran serta apa yang teklah dilihat sendiri oleh

final • 2:34 PM

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu dalam ucapan beliau saya memetik

“Sesebuah negara tidak boleh diiktiraf sebagai adil dan saksama tanpa kewujudan institusi perundangan yang efisien serta mempunyai keyakinan dan kepercayaan rakyat. Kepercayaan yang saya maksudkan dalam konteks ini merujuk kepada sebuah sistem kehakiman yang bukan sahaja menegakkan keadilan malah dilihat sebagai menegakkan keadilan dan mencetuskan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang.

Apa yang nyata kita tidak boleh membiarkan institusi begitu kritikal peranannya kepada cuma harapan dan kebetulan semata- mata. Institusi ini perlu mempunyai sebuah sistem yang telus dan kukuh bagi mencecah sebarang manipulasi serta eksploitasi. Sistem tersebut perlu dilengkapi dengan proses yang mampu mengenal pasti serta mendorong individu-individu yang terbaik bagi menyertai serta menerajui badan kehakiman.

Oleh itu, kerajaan mengusulkan perubahan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi hakim lebih terus mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.

final • 2:34 PM

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu dalam ucapan beliau saya memetik

Seterusnya terdapat keperluan bagi memberikan perhatian yang lebih serius terhadap cara pelantikan hakim bagi jawatan-jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman serta kriteria pemilihan yang dijadikan panduan. Keterangan yang diberikan kepada suruhanjaya ini telah secara spesifik mengenal pasti kepincangan serta kelemahan dalam proses pemilihan serta kenaikan pangkat bukan hanya bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi malah jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan juga Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

Setelah mendengar keterangan yang diberikan kepada suruhanjaya ini berkaitan klip video tersebut, adalah jelas bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim bagi jawatan-jawatan tertinggi, terdedah kepada campur tangan dan manipulasi badan eksekutif serta pihak luar termasuk individu awam. Kelemahan serta kepincangan dalam memproses pelantikan hakim serta keadaannya yang terdedah kepada campur tangan dan manipulasi boleh memberi impak negatif yang serius terhadap integriti badan kehakiman sebagai sebuah badan bebas khususnya dan terhadap negara amnya”.

Ini adalah petikan ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mengenai rang undang-undang ini. Jelaslah kalau kita lihat bagaimana pewujudan suruhanjaya ini adalah bertujuan untuk fungsi suruhanjaya itu mendukung kebebasan berterusan bagi kehakiman untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Iaitu apabila kita rujuk fasal yang kedua, Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman dan mestilah mengambil kira.

Sudah tentu kita lihat bagaimana peranan eksekutif yang dimainkan oleh Perdana Menteri selaku orang yang mentadbir yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Kita tidak boleh lari dari segi peranan ini sebagai orang yang bertanggungjawab dari segi pada satu-satu masa ketika...

final • 2:34 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Silam, beri laluan.

final • 2:34 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Jangan terlampau banyak sebab banyak lagi pointnya, sikit?

final • 2:34 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Silam. Apabila Yang Berhormat sentuh soal Perdana Menteri mestilah. Jadi ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada seksyen 28 yang mana menyatakan, “Apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana nama-nama orang yang disyorkan oleh suruhanjaya, dia ‘bolehlah’ seterusnya memberikan nasihat mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan”. Apakah pengertian Yang Berhormat soal perkataan ‘bolehlah’ di dalam perenggan seksyen ini? Minta penjelasan.

final • 2:34 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Yang Berhormat Putatan sahabat saya. Merujuk fasal 28 yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Putatan tadi iaitu dengan sendirinya jelas terbukti bahawa keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu diambil kira setelah beliau menerima cadangan jawatankuasa yang apabila kita bentuk melalui suruhanjaya ini dan...

final • 2:34 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat pengertian Yang Berhormat soal...

final • 2:34 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Pengertiannya ialah ertinya setelah dia mendapat feedback ataupun diluluskan.

final • 2:34 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Jadi adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau satu ketika masa dia boleh tidak membolehkan. Adakah ini bercanggah kalaulah ini terdapat di kemudian hari. Bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan, berhubung dengan ini kita selalu mengambil kepada persepsi. Apabila kita membuat satu persepsi bahawa jangan ianya melanggar ataupun menyalahi perlembagaan negara ini. Apabila ia

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

menyalahi ataupun supersede dengan izin, maka seharusnya Perdana Menteri itu sendiri apabila telah sampai maklumat ini kepada dia maka keputusan itu menggambarkan bahawa telah pun diambil kira dari semua sudut. Sebab itu apabila Perdana Menteri itu telah menerima maklumat daripada jawatankuasa ini persepsi yang kita ada...

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Maaf ya Yang Berhormat Putatan.

Persepsi yang ada itu perlulah kita anggapkan bahawa itulah yang terbaik sebab sekarang ini saya nampak dari segi perdebatan sahabat-sahabat dalam Dewan yang mulia ini semuanya kita ada pandangan masing-masing. Saya ingin mencadangkan supaya kita membuat satu persepsi yang positif yang baik bahawa apa yang diperkenalkan oleh kerajaan ini...

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, soal persepsi ini lain kira.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Adalah satu yang subjektif.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat sentuhkan tadi mestilah. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau perenggan ini digantikan dengan mestilah dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini maksud saya.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sebenarnya saya rasa sebelum rang undang-undang ini diperkenalkan semua telah pun diambil kira untuk menjadi satu peraturan yang sebenarnya mungkin ia tidak akan menyentuh perlembagaan negara kita itu sendiri dan saya rasa kita sebagai penggubal dasar di dalam Dewan yang mulia ini akan sama-sama bertanggungjawab untuk memberi teguran dan pandangan dan sebagainya. Itu sebabnya saya melihat apa yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam memperkenalkan rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk sesuatu yang terdapat kekurangan dan kelemahan itu sendiri dalam perlembagaan kita ini dan kita perlu sesuaikan dengan kehendak negara kita sendiri.

Sebab itu dari segi huraian ataupun apa yang kita debatkan itu kita tidak boleh terpengaruh. Kalau kita bandingkan mungkin satu persaingan yang sihat itu kalau kita bandingkan dari segi prestasi negara kita dalam orang yang mengamalkan rasuah dan sebagainya mungkin negara lain sistem yang dari segi geografinya, dari segi demografi penduduknya itu berkurangan atau tidak seramai penduduk kita.

Kemudian kita perlu mengambil kira juga dari segi kepelbagaian masyarakat Malaysia itu sendiri yang mempunyai identiti latar belakang yang berbeza. Sebagai contohnya dalam musim-musim perayaan hari raya ataupun perayaan-perayaan yang lain pada kebiasaannya kalau kita hubung kait dengan rasuah dan sebagainya memang tidak betul tidak boleh diiktiraf. Mungkin suatu yang tidak baik. Jadi begitu juga bagaimana dari segi suruhanjaya ini kita melihat satu badan yang bebas yang kebebasannya itu adalah dalam perspektif rakyat Malaysia itu sendiri dari segi kaca mata Perlembagaan negara kita dan kita kena sesuaikan perkara ini dengan apa yang diperkenalkan ini.

Di sini saya bersetuju dengan rang undang-undang ini iaitu kita melihat supaya Perdana Menteri itu seolah-olah seorang yang akan memantau dari segi suruhanjaya ini. Kalau kita anggap bahawa dia powerful ataupun berkuasa sepenuhnya untuk mengurus dari segi apa-apa pun yang terdapat dalam suruhanjaya ini mungkin saya pun sendiri tidak akan bersetuju tapi di sini dia mendukung. Mendukung ini ertinya suatu yang pada perspektif kerajaan dan rakyat negara kita ini satu yang telus, yang baik yang tidak akan menganiaya rakyat itu sendiri maka akan dipastikan bahawa kita akan mempertahankan kebebasan ini sendiri.

Kemudian kehakiman yang mempunyai sokongan perlu membolehkan menjalankan fungsinya sebab dalam kenyataan yang awal tadi saya petik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerisauan. Kesan daripada kerisauan dia apabila melihat kita dari segi bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh sahabat-sahabat dalam Dewan yang mulia ini jelas kita sendiri pun merasa rendah diri dan terasing melihatkan satu perundangan yang mempunyai identiti yang menjadi lambang kebanggaan bagi sesebuah negara dan kita tahu juga kehakiman ini perlu satu yang dipandang tinggi supaya kepercayaan rakyat dan masyarakat sebab dalam pilihan raya umum yang lepas jelas membuktikan kepada kita kalaulah peraturan yang akan

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

diwujudkan yang akan diperkenalkan ini akan menyebabkan sesuatu yang tidak adil tidak telus jika kita dipihak kerajaan ataupun dalam kerajaan kita ini sudah tentu kita akan menerima padahnya.

Tetapi apa yang saya ingin sarankan di sini supaya kita mengamalkan budaya positif dalam melaksanakan ini sebab belum lagi kita melaksanakan ataupun meluluskan rang undang-undang sudah pelbagai. Kita mengakui sebagai sebuah negara demokrasi dari segi perdebatan, perbincangan itu memang baik sebab ini brainstorming dengan izin yang akan melahirkan suatu rang undang-undang yang terbaik kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dari segi suruhanjaya ini kalau misalnya kita tahu apabila terbentuknya Malaysia itu pada tahun 1963 dan telah dipersetujui juga dalam Suruhanjaya Cobbold dan perjanjian lama di negara kita ini apabila kepentingan semua negeri yang ada di negara Malaysia ini akan dijaga akan dihormati dan kita harap jugalah dengan suruhanjaya ini supaya tidak membelakangkan atau menghiraukan kepentingan negeri-negeri terutamanya yang berbilang kaum sebab bagaimana kita melihat bagaimana peraturan di Sabah dan Sarawak terutamanya Sabah iaitu fasal 161E(2B) ini jelas terbukti supaya jangan kita berharap dengan memperkenalkan suruhanjaya ini ia akan membelakangkan ataupun tidak memaklumkan sebab kalau ini berlaku sudah tentu ia akan melebihi akta dan peraturan negara kita. Saya menyokong jika ianya mengambil kira apa pun yang akan dilaksanakan ini untuk kepentingan warganegara kita yang berada di bumi bertuah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh keistimewaan dalam rang undang- undang yang diperkenalkan ini iaitu fasal 6 anggota suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(e) dan (f) iaitu jawatan selama dua tahun adalah layak dilantik semula tetapi tiada anggota memegang jawatan selama daripada dua penggal.

Ertinya orang yang akan dipilih ataupun diberi peranan untuk sama-sama menyumbang ke arah kebaikan sistem kehakiman di negara kita dalam perlembagaan kita ini dengan adanya suruhanjaya ini ianya dihadkan dari segi masa mereka memegang jawatan itu. Ini penting sebab kalau sudah lama kita pegang jawatan itu kita akan terheret dengan suatu budaya yang akan menjadi kebiasaan kepada kita dan apabila rasa comfort, rasa selesa itu ini akan mengundang satu perkara yang baru yang tidak baik.

Kalau ia hanya dihadkan begini maka memberi peluang kepada yang lain yang difikirkan oleh suruhanjaya ini dengan perbincangan yang melibatkan beberapa orang jawatankuasa yang terdapat ini sudah tentu kita akan dapat pelihara. Sebab mungkin ini ialah satu permulaan tapi lebih baik daripada kita tidak memulakan. Ingat tindakan lebih baik daripada retorik. Kalau kita beretorik di sini kita belum tahu hasilnya. Kita sudah jump into conclusion dengan izin. Kita sudah pergi buat kesimpulan sesuatu yang tidak baik berlaku hasil daripada suruhanjaya yang akan diperkenalkan ini kita sudah menghukum diri kita sendiri. Bagaimana kalau kita perkenalkan dahulu sistem ini lepas itu saya ingin selalu menyebut dan mencadangkan di Dewan yang mulia ini kalau terdapat kekurangan dari segi suruhanjaya yang telah kita perkenalkan dalam sedikit masa ini kita akan perbaiki. Ini caranya sebab ini undang-undang yang dicipta oleh manusia itu sendiri.

Kalau peraturan dan undang-undang ini kita tidak menghormatinya dan kita tidak mengikutnya dan kita tidak ingin mencubanya maka bagaimana kita boleh mengetahui result dengan izin ataupun keputusannya. Itu sebabnya saya menyokong rang undang-undang sebab sesuatu yang baru itu kita perlu lihat bagaimana.

Pada satu ketika dahulu kalau negara kita ini mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang industri berat ramai rakyat Malaysia yang tidak bersetuju ketika itu. Dia kata rakyat Malaysia tidak akan mampu untuk membuat kerja yang lebih berat, ceburkan dalam bidang industri. Why not this time on dengan izin kita memperkenalkan rang undang-undang ini untuk kejuruteraan kita. Saya rasa tidak ada sebuah negara pun atau kerajaan yang ingin melihat rakyat kerajaannya musnah.

Maka peraturan yang kita akan perkenalkan melalui kerajaan ini saya berharap sangat supaya ia menjadi satu titik tolak permulaan.

Sebab apa pun kita kena ambil kira latar belakang kita yang berbeza ini, dipengaruhi oleh kebudayaan yang berbeza, kita lahir daripada keluarga mungkin masyarakat Cina, masyarakat India etnik yang berbeza kalau di negeri Sabah kita ada 35 hingga 40 etnik yang berbeza ini kita perlu pada proses yang berbeza.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Mungkin dari segi nenek moyang kita yang mengajar kita dengan kepelbagaian ini menyebabkan kita timbul dengan idea yang sedemikian rupa. Jadi rang undang-undang ini....

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat ya.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua kita perlu suatu jalan yang terbaik kita perkenalkan dahulu sebab saya ingin memetik di sini iaitu teks ucapan yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Nazrin Shah hendak berhubung dengan iktibar yang kita ambil daripada Perlembagaan kita ini supaya kita sama-sama dapat menegakkan dan menghormatinya iaitu sekarang ini kita berada di saat kritikal dalam sejarah negara kita di mana institusi negara kita yakni asas bagi demokrasi yang telah kita bina sejak merdeka kini di bawah pemerhatian serta pemantauan yang serius. Pilihan Raya Umum yang Ke-12 yang baru sahaja tamat telah membawa...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat panjang tidak tempoh?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Tidak, it’s about one minute Tuan Yang di-Pertua. Yang paling penting di sini ialah kemukakan iaitu dari segi legislatif dan apa pun yang diperkenalkan berhubung kait terutamanya dari segi undang-undang kita perlu melihat satu badan yang ada kebebasan dan tidak ada favorism dengan izin.

Kita tidak mahu lagi pelantikan kenaikan pangkat hakim serta komitmen hakim yang memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini tidak dihormati. Kita berharap dengan adanya suruhanjaya ini maka sistem yang ada segi kehakiman ini akan sentiasa menjadi relevan dan dipandang tinggi di kalangan masyarakat kita.

Kita berharap apa pun yang ada dari segi rangking kita sebagai negara yang dari segi rasuah mungkin tidak begitu baik sekarang ini. Masa akan menentukan segala-galanya apabila rang undang-undang mungkin selepas tiga ataupun empat tahun barulah kita dapat hasilnya. Mudah-mudahan dengan pewujudan suruhanjaya ini kita sama-sama akan melihat sendiri bagaimana proses yang akan dalam sedikit masa kalau kita yakin dengan sistem yang kita ada saya yakin dan pasti maka ini adalah yang terbaik bagi negara kita.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat sudah satu minit Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Saya mohon menyokong dan mencadang. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Puchong.

final • 2:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya peluang untuk sama-sama membahaskan rang undang-undang yang penting ini. Tuan Yang di-Pertua sebagai merujuk kepada rang undang-undang ini khususnya di seksyen 28. Seksyen 28 dengan jelas menyatakan dan saya bacakan daripada versi bahasa Inggeris. Whether the Prime Minister has accepted any of the person recommended by the commission he may proceed to tender his advice in according to the article 122B of the federal constitution. Perkataan yang digunakan yang penting di situ adalah whether the prime minister has accepted. Soalan yang timbul di sini adalah pertamanya apa berlaku di mana Perdana Menteri membuat keputusan supaya tidak menerima ataupun whether Prime Minister says he does not accept.

Adakah ini bermaksud bahawa sekiranya Perdana Menteri membuat keputusan supaya tidak menerima beliau tidak boleh proceed di bawah artikel 122B untuk federal constitution. Di dalam keadaan ini saya membuat rujukan kepada artikel 122B di mana jelas dengan mengatakan dalam bahasa Inggeris Now the appointment of judges of Federal Court , Court of Appeal and the High Court, the Chief Justice of Federal Court, President of Court of Appeal and the Chief Judges at High Court and our judges at Federal Court and so forth, ni penting, shall be appointed by the Yang di-

final • 2:52 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Pertuan Agong now acting Tuan Yang di-Pertua on the advice of the Prime Minister after consultant the conference of rules.

Maksud dia menurut Perlembagaan Persekutuan Perdana Menteri hanya perlu untuk menerima nasihat ataupun consult the conference of rules. Tidak ada mana- mana di sini menyatakan berkenaan Perdana Menteri terpaksa menerima recommendation daripada apa-apa commission. Keduanya 122B di mana menyatakan before tendering appointment under clause 1 a judge other under the Federal Court, the Prime Minister shall consult the Chief Justice. Jadi apa yang penting di sini adalah jelas ternampak bahawa ada satu a conflict between section 28 dan artikel 122B.

Artikel 122B dengan jelas menyatakan seorang Perdana Menteri itu hanya menerima advise the consult the conference of rules and the Chief Justice. Tidak ada sebarang peruntukan di mana dinyatakan bahawa satu commission perlu membuat rekomendasi dan di mana Prime Minister tidak menerima rekomendasi tersebut beliau tidak ada pilihan lain. Itu membawa kepada satu keadaan di mana kuasa yang sebenarnya terletak dalam tangan Perdana Menteri menurut seksyen 28 ini sekarang diberikan kepada commission suruhanjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa yang patutnya diberikan kepada Perdana Menteri menurut Perlembagaan Persekutuan sekarang dikeluarkan. Dikeluarkan melalui akta ini di mana ianya terletak dalam suruhanjaya.

Isu yang timbul adalah ini. Adakah ini menyebabkan wujudnya satu inconsistency di dalam seksyen 28 atau di antara seksyen 28 dan artikel 122B. Saya berpendapat bahawa ini merupakan satu clear in consistency di mana perlembagaan jelas menyatakan ataupun memperuntukkan bahawa hanya satu pihak iaitu conference of rules perlu diconsult ataupun perlu diambil kira pandangannya. Keduanya Chief Justice that the constitutional stand tetapi bail ini dengan jelas tidak sama sekali menghiraukan itu. Menyatakan bahawa the Prime Minister must accept. When the Prime Minister has accepted only them he may proceed to tender his advice in according with article 122B in the federal constitution. It’s a clear cut in consistency.

So bill ini memang menjadi satu bail yang tidak berasas. Isu yang patut pertamanya dilihat oleh penggubal rang undang-undang ini adalah sama ada kita boleh menyatakan bahawa ianya selaras konsisten dengan perlembagaan clear cut.

Constitution says you must consult only conference of rules Chief Justice. Tetapi akta ini jelas must accept recommendation for the commission then only can proceed to advise. So di mana kesahan undang-undang ini. Two issues. One, sekiranya seorang Perdana Menteri tegas tidak menerima. Bagaimana keadaan dia what was he do?

Beliau tidak boleh bertindak di bawah seksyen 122B kerana jelas di bawah seksyen 28 tidak boleh.

So ini membawa kepada satu keadaan di mana kita harus melihat kita harus melihat dengan teliti. Kita di sini saya setuju dengan semua Ahli Yang Berhormat di sini. Bail ini penting bill ini penting oleh kerana tujuan dia. Tujuan dia adalah mengembalikan independence of the judiciary. So jadi soal yang ditimbulkan adalah sama ada kita boleh secara melulu menyatakan ya kita sokong bill sedemikian di mana jelas ditunjukkan satu inconsistency. Sebagaimana dihujahkan oleh ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat pagi tadi jelas kalau satu akta itu inconsistent dengan Federal Constitution maka ianya it is void. So jadi kita membahaskan satu yang jelas very-very clearly avoid as being against to constitution di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar pihak penggubal rang undang- undang ini melihatlah dengan jelas implikasi-implikasi peruntukan ini. Saya bukan cakap tidak berasas. Saya buat rujukan kepada kes ‘Ratco Holdings’ yang saya baca semalam. Di dalam kes itu juga isu yang sama timbul di mana Suruhanjaya Sekuriti ingin mengambil tindakan undang-undang. They want to prosecute. Apa berlaku?

Mahkamah membuat keputusan di mana mahkamah kata artikel 145(3) jelas hanya AG diberikan kuasa untuk membawa a prosecution to prosecute in a shade. So sebarang percubaan any attempt to accept that power from the AG is void because unconstitutional. It applies in 145.

Jelas keadaan dia ini sama juga di sini di mana satu 122B kata hanya conference of rulers Chief Justice perlu diconsult tetapi 28 ini membawa ke hadapan satu commission yang tidak sama sekali diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. So ini menjadi satu isu yang penting dan saya rasa pihak penggubal undang-undang patut mengkaji semula sebelum meminta Dewan ini meluluskan satu bill yang jelas bertentangan dengan perlembagaan. It is clear anyone can.

final • 2:52 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dan keduanya kita tanya berkenaan dengan Constitution of the Commission kalau boleh dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seksyen 5 membuat rujukan kepada the constitution and anggota-anggota commission tersebut dan kita lihat seksyen 5(1)(f), dinyatakan:

“(f) four eminent persons, who are not members of the executive of other public service…..” Apakah maksud ini?

What do you mean by “four eminent persons, who are not members of the executive…” appointed by the Prime Minister. Very-very general blinked as a post to kalau dibandingkan dengan penggubal Perlembagaan di mana spesifik it only the chief judge, chief justice and honorable person. Well, we hope honorable but that was the spirit and conference of rulers. So specific there but here general diberikan kepada empat orang. Siapa dia eminent persons?

Soal yang timbul juga, are we prepared now? Adakah kita sekarang ini mengatakan bahawa kita sedia untuk meletakkan keseluruhan perkara ini di dalam tangan kesembilan mereka ini. Persoalan timbul sebagaimana dihujahkan semalam, apakah berlaku sekiranya empat orang ini didapati orang-orang yang tidak layak? Tidak layak untuk memegang jawatan di dalam commission ini. Misalnya seperti mana dinyatakan semalam oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, kalau kita kata Tan Sri Vincent Tan. Is he an eminent person? Boleh juga. Yang Berhormat daripada Putrajaya boleh juga, V.K. Lingam boleh juga. So, adakah ini satu keadaan di mana kita boleh lihat dan kita boleh berhujah bahawa, this maybe an attempt to legalize what was earlier embargo. Dari segi dulu memang mungkin, and the word use by Yang Berhormat Wangsa Maju is “unlovely” lah, I mean not “unlovely”, but behind the scenes, we have people already advising.

Ini menjadi satu undang-undang di mana peluang diberikan secara luas kepada seorang Perdana Menteri untuk melantik empat orang yang akan memang mempunyai kuasa mutlak, di mana recommendation tersebut is concerned. Adakah ini apa yang dikatakan satu undang-undang di mana kita boleh wujudkan satu sistem yang independent? Apakah maksud independent? Kita tak perlu pergi jauh. Yang Berhormat- Yang Berhormat, kita tengok Perdana Menteri yang terdahulu, Tun Dr. Mahathir, pilihan-pilihan sebagai chief justice, Tun Ahmad Fairus. Kita lihat dengan suruhanjaya ataupun kes V.K. Lingam, di mana jelas apa yang berlaku. Saya nak tanya juga kenapa dulu di mana dalam zaman Tun Dr. Mahathir kita lihat penama-penama seperti Tun Ahmad Fairus diberi keutamaan, dijadikan Ketua Hakim Negara walhal terdapat ramai lagi hakim yang lebih layak daripada dia, dari segi seniority, dari segi kewibawaan, dari segi buat kerja. Itu moto yang digunakan.

Kenapa orang tersebut dilantik? Isu ialah ini. Can we trust the Prime Minister dalam isu pelantikan ini? Tak perlu pergi jauh, sekarang kita lihat Perdana Menteri sekarang di mana lantikan dibuat oleh Perdana Menteri sekarang Tun Zaki Azmi juga jelas seorang yang dulunya menjadi seorang penasihat kepada UMNO, independent.

Jadi ini soal yang kita kena kaji di sini ialah apakah tujuan, apakah tujuan kita membawa satu rang undang-undang sedemikian? Apakah perubahan yang ingin kita mencapai daripada segi undang-undang ini. Macam saya kata tadi, kepada saya pelik juga. Kita lihat bill ini, bill ini hanya terpakai kepada Hakim Mahkamah Tinggi, JC, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim tertinggi tapi bagaimana dengan hakim-hakim mahkamah yang lebih rendah? Apakah yang berlaku kepada mereka?

Bukankah di situ tempatnya kita bermula di mana kita menanam semangat inspirasi supaya mereka itu menjadi independent dan membuat kerja secara telus, di mana selepas beberapa tahun mereka ini dipromotekan kepada High Court Judges dan sebagainya. Bagaimana dengan mereka? The whole system must change kerana ada undang-undang yang membuat peruntukan untuk semua. Dari Mahkamah Majistret, dari Mahkamah Seksyen. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Persoalan yang timbul, bagaimana dan kenapa tidak ada ramai hakim berbangsa Cina? Bukan setakat itu saja. Saya tanya lebih. Bagaimana dengan hakim-hakim India? Kenapa tidak ada lantikan hakim-hakim India? What happen to the Indian in this country? Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai semangat ataupun tidak mempunyai confident dengan orang India di Malaysia untuk menjadi hakim di negara ini? Selain daripada itu saya hendak tanya, kenapa sampai hari ini tidak ada seorang hakim berbangsa Singh? Tidak ada hakim

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

berbangsa Singh di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan, di Mahkamah Persekutuan. Kenapa? Walhal dulu kita mempunyai seorang hakim berbangsa Singh yang menjadi Ketua Hakim Malaysia. Justice Gill.

So, di sini kita tanya, apa berlaku? Siapa yang bertanggungjawab untuk ini semua? Adakah kita hendak wujudkan satu sistem di mana semua orang dalam sistem kehakiman ini dikaji, dilihat sebagai keseluruhan, bukan saja setakat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, kita perlu mempunyai satu rang undang- undang yang melihat secara keseluruhan. Membuat perbaikan untuk semua. Lantikan di bahagian Mahkamah Seksyen juga. Kita lihat banyak kes di mana keputusan- keputusan dibuat oleh majistret selepas keputusan dibuat. Keputusan bertentangan dengan kepentingan kerajaan. Apa berlaku? Beliau dipindah, transferred. Adakah itu baik? Yang Berhormat Gombak, kes beliau dituduh di Mahkamah Seksyen. Selepas kes pendakwaan, beliau dibebaskan. Dilepaskan dan dibebaskan. Hakim yang membebaskan beliau itu transferred. Transfer to the Court Marshal, Mahkamah Tentera. Kenapa?

Isu sebegini kita perlu lihat. Bagaimana dengan kes-kes di Mahkamah Seksyen di mana hakim-hakim tersebut 20 tahun Tuan Yang di-Pertua, terdapat Hakim- hakim Mahkamah Seksyen berbangsa India yang telah pun di situ 20 tahun lebih.

Terdapat juga seorang Hakim Mahkamah Seksyen berbangsa Singh, I think about 20 years as well. Kenapa tidak ada lantikan? Kenapa tidak ada promotion? Mana undang- undang yang membenarkan, memberikan mereka jaminan bahawa sekiranya kita hendak joint sistem kehakiman di Malaysia, kita ini tidak akan teraniaya. Kita akan diberikan semua peluang, kita akan dilayan dengan keadilan. Di manakah undang- undang yang digubal oleh Parlimen untuk memastikan ini? Memberi pengesyoran kepada semua. Jadi kita kena lihat, kita kena lihat adakah bil ini cukup, mencukupi?

Satu bil berkenaan dengan satu commission. Kita lihat, look at how badly drafted it is.

Saya buat rujukan. Rujukan dibuat kepada seksyen 23, selection criteria. Tak perlu pergi jauh, kita lihat basic. Basic thing. What is selection criteria? Dengan izin saya baca:

“23(1) A candidate is qualified for selection if he fulfills the requirement under Article 123 in Federal Constitution.” Okey kita tahu. That’s fair, that’s there. 123.

(2) The Commission in selecting candidates shall take into account amongst others, the following criteria:

(a) integrity, competency and experience;

(b) objective, impartial, fair and good moral character;

(c) decisiveness, ability to make timely judgments and good legal writing skills;

(d) industriousness and ability to manage cases well; and

(e) physical and mental health.” Isu dia ini bagaimana dengan senioriti? Kenapa senioriti itu tidak dimasukkan? Why is there no mention of seniority? Walhal itu harusnya menjadi isu pertama. Kalau seorang hakim itu layak dia jadi hakim selama 20 tahun, kalau kerajaan mempunyai confident untuk membenarkan dia menjadi hakim 20 tahun, yang menjadikan dia senior, kenapa pula itu tidak dijadikan satu aspek?

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah itu menjadi satu kaedah di mana hakim-hakim yang sekarang yang senior itu tidak dapat dinilaikan. Misalnya Dato’ Gopal Sri Ram. Mungkin hanya seorang hakim dalam negara ini yang tidak pernah, he has never been promoted. Appointed straight to the Court of Appeal, till today still judge to the Court of Appeal. Kenapa?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, saya hendak gulung sekejap sahaja. What about Justice Hishamuddin, berapa tahun Mahkamah Tinggi? So, ini menjadi aspek-aspek yang kita kena lihat. Independence, adakah ini satu rang undang- undang di mana kita akan memberikan seorang Perdana Menteri segala kuasa untuk

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

melantik satu badan untuk membuat lantikan untuk beliau. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh, dalam kes Suruhanjaya V.K. Lingam dan ini satu jawapan yang saya dapat dari Jabatan Perdana Menteri. Kos untuk keseluruhan kes tersebut adalah RM780,207 dan saya hendak tanya di sini. Di situ satu commission diwujudkan dengan mempunyai arahan-arahan tertentu. Kerja dibuat tetapi tidak ada sebarang tindakan. Kita lihat bagaimana wang rakyat dibazirkan dan juga masa. Soal di sini adalah ini, kalau kita mempunyai satu rang undang-undang sebegini di mana kuasa mutlak masih lagi dalam tangan Perdana Menteri, why to go through all these difficulty?

Kenapa kita ada satu commission di mana rakyat kena bayar wang, kena buat commission-commission boleh mempertimbangkan dan sebagainya tetapi end of the day, Prime Minister can still veto, he say ’No, I don’t agree’. Kenapa buang wang rakyat dan masa?

Di sini saya minta agar semua Ahli Yang Berhormat di sini mengkaji dengan teliti. Kami semua di sini saya rasa tidak ada sebarang... kita tidak pertikaikan sebarang usaha untuk memastikan bahawa sistem perundangan lebih berintegriti kita semua sokong. Tetapi persoalan, adakah bill ini seperti mana digubal, jelas di mana ianya bertentangan Perlembagaan Persekutuan, jelas di mana seniority dan sebagainya tidak di ambil kira. Jelas di mana keseluruhan Mahkamah Majistret dan Sesyen tidak diambil kira. Adakah bill sebegini mencukupi untuk tujuan itu?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat mengatakan saya menyokong bill ini dan saya pohon agar kerajaan menarik balik bill ini dan mengkaji semula dan membuat semula satu bill yang akan meliputi semua aspek yang diperlukan, yang clear untuk memastikan bahawa satu sistem perundangan yang lebih baik, sistem kehakiman yang lebih baik dapat kita capai dalam masa akan datang. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. Saya hendak ambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan di atas keberanian kerajaan, terutamanya sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas inisiatif dan komitmen untuk membawa satu kemajuan kepada institusi kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasa sudah tiba masanya kerajaan menunjukkan kepada rakyat tentang keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan hasrat kerajaan ini dan sama-samalah kita menyokong hasrat murni kerajaan ini kerana ini adalah satu peluang kepada kita untuk membuat satu penambahbaikan terhadap institusi kehakiman kerana kalau kita dengar dari rakan di sebelah sana ada yang menyokong secara prinsip. Walaupun tidak menyokong secara sepenuhnya dari segi isi kandungan rang undang-undang tersebut, tetapi secara prinsip mengalu-alukan pengenalan rang undang-undang ini. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Pahat pagi tadi mengatakan mengenai kelakuan atau pun dengan izin, conduct seseorang hakim bukan bererti sistem yang tidak baik.

Keduanya, mesti go hand in hand dengan izin. Dengan ini saya ingin quote dari satu kes di Amerika:

“Truth and honesty lie at the heart of the judicial system and judges who conduct themselves in an untruthful manner contradict this most basic ideal. Consequently a judge who misrepresents the truth tarnishes the dignity in honor of his or her office”.

Jadi itulah mengenai conduct seseorang itu bukan sahaja dari segi sistem tetapi ia memerlukan perlakuan seseorang hakim ini ataupun seseorang yang telah dilantik menjadi hakim. Hasrat kerajaan diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam fasal 2 untuk mendukung kebebasan Badan Kehakiman memang perlu disanjung. Saya juga ingin merujuk kepada fasal 5(1)(f)

final • 3:14 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

berhubung dengan empat orang yang terkemuka. Saya juga mempunyai rasa tanggungjawab apabila berbahas dalam Dewan yang mulia ini terhadap keanggotaan suruhanjaya kerana kita bercakap mengenai personaliti-personaliti yang bertanggungjawab menentukan kehidupan seseorang di dalam mahkamah. Integriti dan kredibiliti menjadi nilai-nilai murni yang dimestikan ada dalam seseorang yang menjadi anggota suruhanjaya ini. Kenapa saya berani katakan demikian kerana pernah satu masa dahulu saya bertugas dalam satu, salah sebuah Majlis Dewan Bandar Raya dan saya salah seorang daripada pendakwa untuk pejabat kami dan pada satu ketika memang saya selalu membawa kes ke mahkamah dan selalu mendakwa di mahkamah.

Pada satu hari saya dipanggil oleh seorang Majistret, bukan pada waktu mendakwa tetapi dipanggil di Chambers beliau dan beliau menikam beberapa pieces of compound notices dengan izin, kepada saya dan menyatakan kepada saya ‘what are you going to do about these things?’ Ia tebal, banyak, bermakna dia telah banyak melanggar undang-undang trafik dan beliau mengatakan di negeri saya tidak ada dasar, peraturan seperti ini. Tidak ada undang-undang seperti ini. Tetapi ini adalah orang yang menentukan keputusan kes-kes yang kita bawa ke mahkamah. Padahal beliau membuat keputusan dan beliau sendiri tidak mahu mematuhi peraturan ini.

Jadi saya amat mementingkan dari segi integriti dan kredibiliti seseorang yang memegang jawatan yang amat penting ini. Saya juga ingin merujuk kepada fasal 23 iaitu mengenai kriteria pemilihan yang telah disebut oleh beberapa rakan tadi. Apa yang menjadi kesangsian para pengamal undang-undang mengenai pemilihan selaras dengan Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan ini iaitu dalam melaksanakan perkara 123 ini hendaklah memastikan agar pemilihan bukan sahaja mengambil kira tempoh seseorang itu menjadi advocate, tadi Yang Berhormat Puchong juga menyebutkan perkara ini. Diharap agar pelantikan mengambil kira sumbangan seseorang itu dalam perkara berkaitan dengan undang-undang. Kita bukan hanya menyentuh mengenai senioriti tetapi senioriti itu perlulah disokong dengan sumbangan beliau dalam institusi kehakiman tersebut.

Jadi satu lagi perkara yang menjadi kerisauan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak ialah tentang pelantikan anggota suruhanjaya untuk Sabah dan Sarawak.

Saya memohon kepada kerajaan untuk memberi penjelasan serta memberi keyakinan kepada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan ketinggalan dalam proses pelantikan dan proses kenaikan pangkat tertakluk kepada perkara 122(b). Tadi kita mendengar fasal 28 yang disoal oleh Putatan dan juga disentuh oleh Puchong mengenai fasal 28 iaitu izinkan saya membaca di sini:

“Apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana orang yang disyorkan oleh suruhanjaya, dia bolehlah seterusnya memberikan nasihatnya mengikut Perkara 122(b) Perlembagaan Persekutuan”.

Saya mohon kalau boleh dikajikan lagi iaitu terutama sekali perkataan “bolehlah” itu kalau boleh diubahkan kepada “hendaklah” kerana ianya tidak konsisten dengan perkara 122(b). Nampaknya ia lebih mild daripada perkara 122(b) padahal ia menyatakan “bolehlah’, selepas itu mestilah dalam yang di dalam perkara 122(b) itu “hendaklah”. Perkataan yang dipakai ialah “hendaklah”. Jadi diharap kerajaan..

final • 3:14 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Penjelasan.

final • 3:14 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

...merujuk kepada...

terima kasih.

final • 3:14 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya merujuk balik soal tentang terminologi “boleh” dan “hendaklah” sebab kalau rang undang-undang ini dimaksudkan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan, Perkara 122B(3) dalam hal Sabah dan Sarawak ini perkataan “boleh” itu harus diganti dalam bil ini dengan perkataan “hendaklah”. Sebab dalam perlembagaan perkataan ialah “hendaklah”, “shall kepada “hendaklah”. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Puan Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih, sebenarnya point kita sama Yang Berhormat dari Tuaran. Sebab ini adalah peluang kita untuk memajukan kepada pihak kerajaan untuk mengkaji perkataan ini supaya kalau..., gunakan peluang ini untuk meminda kerana nampak ketidakkonsistensiannya. Saya

final • 3:20 PM

Puan Nancy binti Shukri - Batang Sadong

berharap juga Perkara 161B khususnya untuk Sabah dan Sarawak tidak diabaikan juga.

Saya hendak menyentuh mengenai elaun iaitu fasal 7. Kalau kita mahu menempatkan institusi kehakiman ini di tempat yang tinggi, maka saya menyeru di sini agar elaun yang bertepatan dan bersesuaian dengan komitmen dan juga tanggungjawab serta risiko yang dipikul oleh anggota suruhanjaya dibayar kepada anggota suruhanjaya ini. Supaya kita sama-sama memberi dorongan dan ia juga menjadi satu ganjaran kepada anggota suruhanjaya dalam menjalankan tugas mereka dan itu juga merupakan satu acknowledgment, dengan izin, acknowledgment kerajaan terhadap mereka yang menjalankan tugas-tugas berhubung kait dengan Suruhanjaya Kehakiman ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tawau.

final • 3:20 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua, ribuan terima kasih diucapkan atas peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 atau SPK. Rang Undang- undang SPK 2008 dengan prosedur baru, berkaitan pelantikan dan kenaikan pangkat- pangkat hakim-hakim bertujuan untuk menunjukkan komitmennya ke arah membela kewibawaan judiciary dan untuk membaik pulihkan keyakinan orang awam dan pelabur- pelabur dalam sistem judiciary negara kita.

Ini memang adalah satu langkah yang betul di hadapan. Di sini saya ingin membangkitkan beberapa seksyen rang undang-undang yang menampakkan bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Perkara yang pertama, di bawah SPK 2008, SPK membuat rekomendasi kepada Perdana Menteri yang kemudian menasihati Yang di-Pertuan Agong terhadap pelantikan hakim-hakim. Mengikut seksyen 28, rang undang-undang ini, sebaik rekomendasi dibuat, Perdana Menteri boleh terus memberi nasihatnya mengikut Artikel 122B, Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi syarat tambahan ini tidak terkandung dalam Artikel 122(B) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa “Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal., and Chief Justice of the High Court and other Judges of Federal Court, Court of Appeal and the High Court shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong acting on the advise of the Prime Minister after consulting the conference of rulers.” Jika SPK 2008 iaitu suatu akta Parlimen yang merupakan sebuah badan legislative untuk menambah atau melengkapkan peruntukan- peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, maka akta ini akan nampak sebagai tidak sah di sisi perlembagaan atau unconstitutional atau dalam kata lain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada undang-undang Persekutuan yang tinggi.

Perkara yang kedua, saya ingin mengetahui sama ada SPK 2008 masih memerlukan persetujuan daripada Tuan Yang Terutama, Yang di Pertua Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 161E(2) yang menyatakan bahawa, “No amendment shall be made to the Constitution without the concurrence of the Tuan Yang Terutama, Tuan di Pertua Negeri of the State of Sabah or Sarawak or each of the State of Sabah and Sarawak concerned, if the amendment is such as to affect the operation of the Constitution as regards any of following matters within Article 161E(2)(b) the Constitution and jurisdiction of the High Court in Sabah and Sarawak and the Appointment, removal and suspension of judges of that court”.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksana SPK 2008 dan penubuhan SPK tentulah akan mempengaruhi cara pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 122B(3). Datuk Lawrence Thien, Setiausaha Majlis Jaksa Pendamai Sabah telah melaporkan bahawa walaupun beberapa pindaan telah diluluskan oleh Parlimen yang mempunyai impak secara langsung terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dari segi perlembagaan, sama sekali tiada rujukan dibuat setakat ini kepada Artikel 161E, Perlembagaan Persekutuan. Adakah ini bermaksud SPK 2008 tidak akan melindungi hak-hak perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 161E Perlembagaan Persekutuan.

final • 3:22 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Supaya menjadikan SPK lebih telus dan bertanggungjawab dalam memperlindungkan kepentingan-kepentingan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara, saya bercadang membuat pindaan kepada Artikel 122B dan Artikel 122AB terhadap Suruhanjaya Judiciary dan juga memperoleh persetujuan Sabah dan Sarawak sepertimana diperlukan di bawah Artikel 161E(2)(b) supaya tiada siapa akan mengadu bahawa terdapat suatu cara pintu belakang untuk mengubah fungsi dan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, I agree that is bill dengan izin, is the step forward to institutionalize the judiciary. So that, it be comes a truly transparent and independent body in separation of power.

Maka dengan kerisauan-kerisauan di atas dan menggesa kerajaan dan Menteri agar dapat memastikan bahawa hak-hak yang khas di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi penghormatan di bawah SPK 2008 dan tidak akan sekali pun tidak menghormati pelindung-pelindung perlembagaan yang diberi kepada Sabah dan Sarawak. Dengan itu, sekian dan terima kasih.

final • 3:22 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun.

final • 3:22 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Disember yang lepas. Saya sebenarnya mengalu-alukan penubuhan suruhanjaya ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia mahukan yang terbaik bagi negara dan sebarang penambahbaikan kepada sistem kehakiman yang kita amalkan mestilah diterima dengan hati dan minda yang terbuka.

final • 3:29 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Masalah utama yang dikatakan punca perlunya suruhanjaya ini adalah andaian bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa yang terlalu besar dalam memilih hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim, Residen Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Sabah dan Sarawak.

Munculnya masalah apabila satu kes salah guna kuasa yang melibatkan bekas pemimpin tinggi kerajaan dipolitikkan oleh pihak pembangkang dan usaha dimulakan untuk mempertikaikan dan memperlekehkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati tertuduh salah seperti yang dituduh dan dijatuhkan hukuman penjara.

Agenda politik pembangkang dizahirkan melalui kempen memburuk-burukkan kerajaan dengan menggambarkan bahawa kononnya kehakiman negara tidak telus dan tidak berintegriti tinggi. Nampaknya pembangkang berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap kehakiman negara. Dengan berjayanya usaha mereka ini, maka mungkin fasa keduanya pula agar kes salah guna kuasa bekas Timbalan Perdana Menteri akan boleh dianggap sebagai tidak adil dan bermotif politik seperti yang diuar-uarkan di media- media antarabangsa.

Kalau ini pula berjaya pembangkang lakukan, maka pada mereka inilah yang akan membantu membuka jalan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas penjenayah tetapi kini Ketua Pembangkang; menjadi Perdana Menteri seperti yang banyak kali beliau janjikan. Maka agaknya dari situlah mulanya usaha untuk menggunakan Rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini untuk merealisasikan agenda politik pembangkang.

Berbalik kepada soal pelantikan hakim-hakim oleh Perdana Menteri seperti yang diamalkan sebelum ini; pembangkang menggembar-gemburkan bahawa setiap hakim yang dilantik atau dinaikkan pangkat akan ikut telunjuk orang yang melantik beliau ke jawatan itu. Walhal kita tahu bahawa tidak ada sebarang peraturan bertulis mahupun amalan di mana Ketua Hakim Negara contohnya mesti menghantar laporan kepada Perdana Menteri atau mendapat kebenaran Perdana Menteri sebelum

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

membuat sebarang keputusan. Andaian seperti yang dibuat pembangkang ini juga bermaksud bahawa hakim yang dilantik tidak mungkin bebas dari rasa terhutang budi kepada sesiapa yang terlibat dalam proses pelantikannya.

Kalau Majlis Raja-raja di mana duli-duli sultan kini tiada kekebalan dari tindakan undang-undang, terlibat dalam pelantikan hakim-hakim; adakah ini bermakna hakim-hakim tidak dapat membicarakan dengan adil kes yang melibatkan ahli-ahli kerabat diraja. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, andaian pembangkang bahawa hakim-hakim kita sentiasa terikat kepada orang yang melantik mereka dan tidak dapat menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil, adalah satu penghinaan kepada institusi kehakiman negara.

Hakim mesti dilantik untuk memegang satu-satu jawatan, hakim tidak boleh melantik dirinya. Oleh itu tidak kira siapa pun yang melantik hakim, kita bergantung kepada hakim untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan profesionalisme yang tinggi dan impartiality yang tinggi, dengan izin.

Oleh itu saya berpendirian bahawa Perdana Menteri boleh terlibat dengan pelantikan hakim-hakim seperti yang telah diamalkan sebelum ini dengan juga mengambil kira pandangan daripada pihak-pihak tertentu yang mana pandangan mereka ini boleh membantu Perdana Menteri buat keputusan yang terbaik. Di sini saya ingin menyentuh mengenai cadangan - ya, silakan.

final • 3:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun, mengenai bekas Perdana Menteri yang dikatakan tadi. Tidakkah Yang Berhormat Jerlun tahu bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan melantik Tun Fairuz menjadi CJ.

Tun Fairuz adalah seorang Hakim Mahkamah Tinggi dahulu yang telah mendengar kes pilihan raya di kawasan Bukit Bintang pada masa itu dan apabila kes datang ke mahkamah beliau telah mengatakan pemenang sebagai kalah dan calon yang kalah menjadi wakil rakyat dan Tun Fairuz itu dijadikan CJ oleh Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir adalah juga bertanggungjawab untuk kes Ketua Pembangkang dahulu membawa seorang junior judge dari Melaka iaitu Augustine Paul ke Mahkamah Kuala Lumpur tiba-tiba dua hari, tiba-tiba tak pernah berlaku di Malaysia ataupun di Komanwel.

Itu bukan salah gunakan kuasa, macam mana kita boleh terima macam ini?

Jangan bela dia, jangan bela.

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya cuma membela Perlembagaan Persekutuan, kalau ikut artikel 122 itu pun hak Perdana Menteri dan kita tidak boleh mempertikaikan hak yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan ini.

[Tepuk] Di sini saya ingin menyentuh mengenai cadangan dalam fasal lima (1)(f)...

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Perlembagaan kan sudah pinda.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya mintalah, jangan tarik microphone tu cakap kat bawah.

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Fasal 5(1)(f) yang melibatkan Majlis Peguam dalam proses pelantikan empat orang terkemuka untuk menganggotai suruhanjaya ini. Rakan-rakan saya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas telah membangkitkan soal masalah pertembungan kepentingan apabila seorang peguam yang mewakili Majlis Peguam dalam proses pelantikan tersebut kemudiannya mewakili seorang anak guam yang kesnya di bicara oleh hakim yang dilantik.

Selain itu persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah, adakah Majlis Peguam itu juga impartial, dengan izin. Sebenarnya saya difahamkan bahawa sebelum ini juga Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Peguam, pada satu ketika dahulu juga terlibat dalam kerja-kerja melobi untuk hakim-hakim pilihan mereka untuk menjadi Ketua Hakim.

Malah Setiausaha Politik Perdana Menteri pada waktu itu dijemput ke majlis makan malam di Kediaman Duta Besar British. Di mana beliau terkejut melihat hampir kesemua Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Peguam juga hadir dan setiap satu di antara mereka melobi beliau untuk mempengaruhi Perdana Menteri supaya melantik hakim pilihan mereka. [Tepuk] Kita faham bahawa sekiranya peguam berjaya dalam usaha melobi supaya hakim pilihan mereka dinaikkan pangkat sudah tentu mereka fikir mereka akan dapat mempengaruhi hakim tersebut untuk memihak kepada anak guam

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

mereka sekiranya hakim tersebut membicarakan kes yang melibatkan anak guam peguam tersebut.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa andaian bahawa hakim tidak mampu bersifat impartial dengan izin, datang daripada sikap sesetengah Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam sendiri yang tidak ragu-ragu untuk mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri sambil menuduh orang lain yang salah gunakan kuasa.

Ini hypocrisy of the highest order, dengan izin.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun tadi Yang Berhormat Jerlun berkata berkenaan dengan interference dan saya nak tanya berkenaan dengan apa yang dinyatakan oleh Hakim Ian Chin, di mana beliau berkata bahawa beliau secara direct telah pun diugut oleh Tun Dr. Mahathir. Diugut untuk memberi keputusan dalam satu kes seperti mana yang dikehendaki oleh Tun Dr.

Mahathir dan apabila tidak diikuti, beliau dikenakan hukuman, boot camp dan sebagainya. Bukan sekali sahaja, banyak kali perkara sebegini berlaku dan apakah pandangan Yang Berhormat Jerlun berkenaan dengan hal ini?

Keduanya, Yang Berhormat Jerlun kata bahawa sebelum daripada ini sistem kehakiman dan sebagainya tidak ada masalah, everything is fine. Saya nak tanya, kalau semua okey, everything is fine; kenapa kerajaan sekarang hendak menyatakan di dalam bil ini bahawa Perdana Menteri mesti mendukung kebebasan berterusan Badan Kehakiman dan sebagainya. Why, change it now? If everything is hanky dory, why is now? Why is the government putting in this bill now? Is it recognition there something wrong? Sila jelaskan. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Yang pertamanya soal Hakim Ian Chin itu tadi, itu his word against Tun, dengan izin. Sebenarnya apa yang beliau nyatakan sewaktu bicarakan satu kes yang tidak berkait langsung dalam soal ini pun satu salah guna kuasa bagi saya.

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya lihat selalu Yang Berhormat bangkitkan isu boot camp ini. Boot camp ini sebagaimana yang kita tahu adalah dalam bahasa Inggeris mungkin digunakan istilah boot camp, tetapi bagi kita kem bina semangat, kem motivasi ini satu perkara biasa.

Tidak menjadi satu hal. Kalau hendak suruh cuci pinggan sendiri pun tidak boleh, itu dianggap boot camp saya tidak tahulah apa semangat yang boleh kita tanamkan kepada hakim-hakim ini.

Soal sistem kehakiman yang dianggap fine. Saya tidak menyatakan bahawa sistem kehakiman kita ini tidak ada ruang untuk diperbaiki ataupun ditambahbaikkan.

Malah saya daripada awal-awal lagi menyatakan di sini bahawa saya mengalu-alukan sebarang usaha untuk menambah baik sistem kehakiman yang sedia wujud.

Oleh sebab itu saya membahaskan saya tidak menolak, malah saya menerima tetapi dengan, dan saya dengar juga pandangan-pandangan Yang Berhormat yang lain mengenai cara terbaik kita boleh laksanakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini.

Saya juga menyelar kegiatan lobi melobi yang dibuat oleh Majlis Peguam ini yang terang-terang dianjurkan oleh kuasa asing iaitu Kerajaan United Kingdom melalui Majlis Makan Malam di Kedutaan Besar British seperti yang saya nyatakan tadi. Mana mungkin kita benarkan suatu perkara yang begitu penting dapat pelantikan Ketua Hakim di campur tangan oleh kuasa asing dan lebih teruk lagi dengan kerjasama Majlis Peguam. Tidakkah ini satu pencabulan kedaulatan negara dan inilah juga orang yang mempertikaikan proses pelantikan hakim dan kebebasan institusi kehakiman kita.

Seperti yang saya nyatakan tadi pihak pembangkang mempunyai agenda politik di mana Ketua Pembangkang begitu beria-ria dan tidak sabar-sabar hendak menjadi Perdana Menteri walaupun tanpa melalui proses demokrasi. Kini kita lihat Majlis Peguam pula berjinak-jinak dengan pembangkang. Sentiasa menghadiri majlis- majlis anjuran pembangkang dan kini mahu campur tangan dalam urusan pelantikan hakim-hakim. Adakah ini satu persubahatan antara Majlis Peguam pihak pembangkang dan kuasa-kuasa asing, ini yang hendak kita persoalkan.

Saya Tuan Yang di-Pertua, setuju bahawa...

final • 3:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ada peraturan mesyuarat...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun, saya hendak dengar point of order.

final • 3:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

36(8). Dalam ini kita tidak boleh menyentuh issues yang melibatkan foreign sovereignty. Apa Yang Berhormat Jerlun telah sebut tadi ada yang memberi gambaran seolah-olahnya negara lain yang mempunyai kedaulatan sendiri bercampur tangan dengan isu ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah faham.

final • 3:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

So, ini akan mencetuskan isu ....

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Semasa Yang Berhormat sebut nombor peraturan, saya sudah faham apa Yang Berhormat sebut. Saya dari pagi tadi dengar. Kadang-kadang saya rasa sesak nafas dengar. Jadi, saya ingat apa yang Jerlun cakap itu mungkin kurang teruk daripada apa yang saya dengar pagi tadi. Jadi saya berharap jangan begitu sensitif Yang Berhormat ya. Apabila orang lain baling batu, kita kena baling batu balik. Jadi jangan sensitif sangat. Saya menerima hakikat bahawa apa Yang Berhormat sebut itu ada sedikit kebenarannya. Akan tetapi pagi tadi yang saya dengar itu pun ada kebenarannya.

Tidak boleh buat, jangan sensitif sangat. Dengarlah, kalau berani baling batu, berani terima batu dibaling balik. [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, bukankah ruling itu harus dibuat berasaskan kepada kes atau kenyataan semasa?

Kalau hendak ungkitkan yang semalam, yang kelmarin dahulu, yang bulan lepas, susahlah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Banyak double standard, saya fikir.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak ada double standard.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tidak boleh generalize Tuan Yang di- Pertua? We cannot generalize.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya sudah sebut Yang Berhormat. Memang ada kebenaran. Ada tidak saya sebut?

Ada tidak saya sebut? Saya sebut ada kebenarannya. Jadi saya buat keputusan Yang Berhormat ada landasan-landasan tertentu Yang Berhormat. Takkan kita blind ourselves dengan surrounding dengan apa yang berlaku telah berlaku akan berlaku.

final • 3:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya cuma menyatakan apa yang hakikatnya, apa yang faktanya. Kemudian saya bangkitkan persoalan apakah kaitannya di antara ketiga-tiga pihak ini. Yang pertamanya pihak pembangkang, yang keduanya Majlis Peguam dan ketiganya kuasa-kuasa asing. Jadi itu sahaja yang saya hendak bangkitkan dan saya harap saya doakan bahawa segala usaha kita ini mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT supaya sistem kehakiman kita ini dapat kita perbaiki, terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya peringatkan lagilah, kalau kita tidak hendak dengar benda yang orang lain sebut, saya berharap dengan menggunakan perkataan ataupun larikan daripada membuat tuduhan-tuduhan yang mungkin akan bercanggah dengan peraturan Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut bangun untuk membicarakan perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, sudah terlalu nyata keperluan untuk kewibawaan, integriti, kredibiliti dan maruah institusi kehakiman dikembalikan dan di baik pulih. Sudah terlalu nyata keperluan itu.

Keperluan ini mungkin mengikut sejarahnya ia bertitik mula dari sejarah hitam May Day of Justice 1988, krisis di mana menyaksikan orang nombor satu institusi kehakiman disingkir, dipecat bersama dua rakannya. Terkini dengan pembongkaran penemuan

final • 3:45 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Suruhanjaya Diraja pita V.K. Lingam yang keseluruhan perkara ini sebenar-benarnya tidak hanya bercakap tentang membaik pulih persepsi negatif rakyat, bahkan masyarakat antarabangsa terhadap institusi kehakiman kita, bahkan perlu kepada benar-benar membaik pulih apa jua perkara yang dianggap sebagai substantif floors discrepancy ataupun defect dengan izin mengatasi kepincangan lompang-lompang yang perlu ditangani segera.

Di situlah lebih kurangnya yang berlatar belakangi keperluan rang undang- undang ini seperti mana yang diakui oleh huraian dalam rang undang-undang ini di mana disebutkan di sini rang undang-undang ini bertujuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk menyatakan kuasa dan fungsi suruhanjaya itu dan segala yang tersebut di situ.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan benar-benar ia bukan hanya isu pelantikan bahkan seluruhnya institusi kehakiman ini perlu diangkat semula martabat, maruah dan integritinya. Namun perbahasan saya mungkin ringkas sedikit Tuan Yang di-Pertua pada kali ini. Kerana kalau kuncinya adalah persoalan pelantikan seperti rang undang-undang ini disebutkan sebagai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman maka awal- awal lagi ditegaskan dalam seksyen 2 itu; “Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman dan mestilah mengambil kira – (a), (b) dan

(c)”, seperti mana yang dinyatakan di situ.

Saya ingin terus membawa kepada the bone of contention di sini dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sahabat-sahabat saya dari Puchong dan Ipoh Timur dan beberapa kawan-kawan yang lain menegaskan seolah-olah wujud percanggahan dan pertentangan seluruhnya rang undang-undang ini dengan apa yang termaktub dalam Perkara 122B dan seterusnya dengan menyatakan bahawa ia adalah ultra via Federal Constitution kerana peruntukan itu menyebutkan tentang pelantikan hakim ini yang dibuat, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding selepas mendapat rundingan daripada Majlis Raja-raja.

Saya dengan segala ketegasan dan segala keprihatinan Tuan Yang di-Pertua, ingin menyebutkan bahawa setelah saya tekuni seluruhnya dan cuba untuk memahami di sebalik the frame or the canon of the construction ataupun di sebalik rasional falsafah menyusun seluruh rang undang-undang ini.

final • 3:45 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tidak nampak sebenarnya ia adalah bercanggahan dengan Federal Constitution, dengan 122B ini. Mungkin dengan pendekatan yang lebih kritis, ironis ataupun cynical kerana saya dapat lihat bahawa di sebalik semua peruntukan yang diberikan, pada saya pada akhirnya ia termaktub dalam perkara huraian, kalau boleh saya bacakan bahawa dengan izin, saya bacakan dalam bahasa Inggerisnya, “This bill will complement the existing provisions of the Federal Constitution making the process more collective and transparent while preserving the Prime Minister’s prerogative in judicial appointment.” Maksudnya, ia tidak berganjak daripada meletakkan kuasa prerogatif pelantikan ini kembali, kalau boleh saya sebutkan, reinforcing, menegaskan kuasa prerogatif, kuasa kewenangan itu kepada Perdana Menteri. Lalu tidaklah pada saya, pelik, begini constructionnya walaupun seksyen 2 pada awal-awal menegaskan mestilah mendukung kebebasan dan seterusnya tetapi what subsection 2 gives, saya kira seksyen lain takes it back. What the big prince give, dengan izin, the small prince takes it away. Ini saya kira merupakan satu mockery kepada Dewan yang mulia ini.

Kalau benar-benar itu hujahnya, kalau benar-benar itu penghujahannya, don’t put wing the whole rakyat, jangan menipu rakyat. Katakan dengan benar bahawa itu adalah ketetapan yang mereka mahu teruskan tetapi apabila kita baca sebahagiannya, kalau boleh saya sebutkan, seksyen 28. Kalau membaca seksyen 28 dalam bahasa Melayunya, kita baca begini, “Apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana orang yang disyorkan oleh suruhanjaya, dia bolehlah seterusnya memberikan nasihat mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.” Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sadong dan kawan-kawan yang lain yang di sana yang punya conscience, the pre-conscience dan intellectual integrity yang masih ada sedikit pun mempertikaikan peruntukan ini, tetapi yang jelasnya kalau kita baca, kalau saya bacakan dengan izin juga, dalam bahasa Inggerisnya apabila disebutkan begini, “where the Prime Minister accepted any of other persons

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

recommended by the commission, he may proceed to tender his advice in accordance with Article 122B of the Federal Constitution.” What if he rejects? Apa maksudnya?

Apa implikasinya?

Di sana, pada saya jelas menunjukkan bahawa seluruhnya rang undang- undang, this bill bagi ada sahaja, jangan tidak. Sebab itu pada saya, there must be, perlu ada komitmen yang lebih jelas daripada ini. Kawan-kawan saya bercakap tentang contradiction, tentang contravention, tentang ultra vires, saya menganggap kesemuanya itu konsisten pada the draftees, mereka yang frame this, memang tidak ada sedikit pun niat untuk berganjak daripada memberi kuasa. Maka dengan kata lain, segala apa yang kita sebut-sebutkan sebentar tadi tentang ianya adalah bersesuaian dengan tuntutan the Beijing Declaration, Penyataan Beijing ataupun yang kita sebutkan sebentar tadi juga, perkara-perkara yang bersangkutan dengan separation of powers yang kononnya adalah anjuran The Latimer House Guideline for the Commonwealth.

Kesemuanya itu adalah kata-kata manis ataupun sudah menjadi satu yang lip-service semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap pada keseluruhan exercise ini satu yang mockery seperti mana yang kita saksikan pada penghujahan ataupun kepada perbahasan dan debat SPRM semalam. Kita lihat negara jiran kita, contohnya Indonesia, dengan izin, kalau boleh kita banding-bandingkan sedikit. Contohnya, kuasa BPR mereka, pembuat dakwaan diserahkan dan diberikan kuasa itu kepada mereka tetapi semalam kita lihat pindaan-pindaan yang dibuat satu demi satu runtuh kerana di sana tidak ada satu kesungguhan dan political will daripada pihak sebelah sana untuk melakukan sesuatu yang baik, partisan untuk kepentingan rakyat dan kepentingan negara ini dan kepentingan anak cucu kita. [Tepuk] Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya menjadi keliru dan cukup kusut kerana kita berdepan dengan satu keadaan di mana andainya berterusan institusi kehakiman seperti ini, kita dapat lihat bagaimana Hong Kong, contohnya, kerana institusi kehakiman menjejaskan semuanya, termasuk ekonomi dan finance. Kalau kita lihat bagaimana Hong Kong secara bangga berdiri, stand tall untuk mengatakan Hong Kong is an ideal place for foreign investment, menggunakan kewibawaan institusi kehakiman mereka, khususnya dari segi anti-graft ataupun over side bodies seperti ini, mereka menyebutkan the competitive advantage of Hong Kong is the ICAC.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya minta laluan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak bagi, Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak perlulah. Tidak ada, tidak apa, tidak apa.

final • 3:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bagilah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi kalau saya boleh teruskan sedikit, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh minta laluan?

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita lihat kepada seksyen....

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia tidak bagi, Yang Berhormat, dia hendak terus dahulu.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebentar, sebentar, saya boleh bagi. Kita lihat kepada seksyen 37, contohnya, di mana Perdana Menteri, “The Prime Minister may whenever it appears to him necessary or expedient to do so where for the purpose of removing difficulties of preventive animalized in consequence of the enactment of this act by order, publication and gazette make such notification to any provisions of this act as it thinks and deems fit.” Ini diberikan dua tahun lamanya.

Parlimen membelakangkan apa jua yang telah kita putuskan bersama.

Apa maknanya semua ini kalau pada akhirnya ia terpahat dan terpaku dan masih lagi dalam kuasa Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri itu sebagaimana yang kita mahu, mungkin, tetapi ini bukan isu persoalan peribadi. Ini adalah isu yang kita sebutkan semalam, the systemic rock, keruntuhan sistem yang mahu kita kembalikan dan mahu kita baik pulih dan berikan maruah sebenarnya, tetapi cara seperti ini, Tuan Yang di-Pertua, sukar untuk rakyat di luar sana. Bagaimana saya

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

hendak berhadapan dengan rakyat, khususnya Parlimen Kuala Selangor juga kalaupun rakyat kampung dia faham isu ini kerana dia tengok video V.K. Lingam, runtuhnya institusi kehakiman dengan hanya gandingan tiga peribadi.

Seorang korporat berbangsa Cina, seorang ahli politik berbangsa Melayu dan seorang lawyer berbangsa India. Cukup muhibah, tetapi untuk meruntuhkan sistem institusi kehakiman negara ini. [Tepuk] Ini bukan caranya untuk terus merosakkan sistem kehakiman negara ini. Saya banyak lagi point yang lain tetapi cukup sekadar itu, Tuan Yang di-Pertua, untuk beri laluan kepada sahabat-sahabat yang lain. Sekian, saya mohon dipertikaikan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Kimanis.

final • 3:50 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh di sini bahawa satu daripadanya ialah keanggotaan suruhanjaya di mana di bawah seksyen 5(1), antara lain di perenggan (e) dan (f) mengatakan bahawa keanggotaan suruhanjaya ialah satu, (e) Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri. (f) Empat orang yang terkemuka yang bukanlah merupakan anggota eksekutif atau perkhidmatan awam yang lain yang dilantik oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Peguam Malaysia Persekutuan Undang-undang Sabah serta Peguam Bela Sabah, Peguam Negara Persekutuan, Peguam Besar Perkhidmatan Perundangan Negeri atau mana-mana badan berkaitan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, cuma saya ada sedikit kemusykilan. Perenggan (f), seksyen 5(1) itu hanya melarang anggota eksekutif atau perkhidmatan awam lain daripada menganggotai suruhanjaya ini. Peruntukan ini juga sepatutnya dimasukkan antara lain, melarang Ahli-ahli Parlimen daripada menganggotai suruhanjaya ini supaya ianya benar-benar menggambarkan keempat-empat orang yang dipilih ini daripada kalangan orang yang bukan terlibat dengan mana-mana kerajaan termasuklah badan eksekutif dan juga perundangan.

final • 3:58 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Ia tidak disebut secara terang. Cuma dikatakan eksekutif, dan pegawai- pegawai tetapi tidak mengatakan Ahli-ahli Parlimen atau legislature. Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan ini di bawah perenggan (e) dan keempat-empat anggota lain ini di bawah perenggan (f) sewajarnya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri. Ini adalah bagi menggambarkan bahawa pelantikan mereka dibuat secara bebas tanpa menimbulkan apa-apa persoalan bahawa mereka adalah pilihan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Penubuhan suruhanjaya ini juga adalah memastikan bahawa pelantikan hakim-hakim yang dinyatakan dalam seksyen 1(3) dan seksyen 3 rang undang-undang ini dibuat secara telus dan bebas dan Perdana Menteri hendaklah sentiasa mendukung kebebasan badan kehakiman ini. Oleh itu pelantikan ahli suruhanjaya ini sepatutnya menggambarkan ketelusan dan kebebasan itu.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah pun kita dengar oleh beberapa Ahli Parlimen terutama sekali pembangkang bahawa siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung melibatkan pita video V.K. Lingam ini yang telah pun menggemparkan seluruh negara dan juga menjadi sebab utama supaya ditubuhkan suruhanjaya ini telah mendedahkan banyak kelemahan dalam proses pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan ke atas. Oleh itu sewajarnya mereka yang dipilih menganggotai suruhanjaya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Saya tidak nampak kenapa ahli-ahli pembangkang begitu lantang bersuara menyuarakan akta ini dan inilah satu-satunya keistimewaan Kerajaan Barisan Nasional apabila kita lihat dan mendapati ada kelemahan-kelemahan yang kita dapati dalam kes pita video V.K Lingam itu. Maka kita sedia untuk membuat satu perubahan yang baik dan menepati cita rasa rakyat di negara kita. Jadi, saya tidak nampak kenapa kalau

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

dalam apa-apa juga undang-undang yang direka oleh manusia, maka saya percaya dari semasa ke semasa bukan sahaja oleh sebab keperluan masa, tetapi juga kita akan sedia berubah jika ada keperluan-keperluan. Itu adalah antara tanggungjawab kita sebagai Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.

Adalah mencukupi juga untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memainkan peranan dengan mempertimbangkan syor oleh suruhanjaya ini di bawah seksyen 26 dan merujuk atau bertanya (consult) dengan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak selaras dengan peruntukan perkara 122B(1), (2), (3) dan (4) sebelum mengemukakan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah juga selaras dengan seksyen 28 rang undang-undang ini.

Perkara ini juga telah pun dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak oleh kerana kita, ingin saya jelaskan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, Sabah dan Sarawak - kita bukan joint Malaysia tetapi kita adalah antara yang formation of Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah di antara dua negeri responsible the formation of Malaysia. We did not joint Malaysia. That is for the information of Yang Berhormat Kuala Selangor. Dia telah membacakan seksyen 28 dalam rang undang-undang, dengan izin:

“28. Where the Prime Minister has accepted any of the persons recommended by the Commission, he may proceed to tender his advice in accordance with Article 122B of the Federal Constitution.” May I inform the learned Yang Berhormat Kuala Selangor, the Federal Constitution state that 122B(3), “Before tendering his advice as to the appointment under clause (1) of the Chief Judge of a High Court, the Prime Minister shall consult....” Now, if you understand English as I do.. “..shall consult he may proceed…

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

I have no contention with that, Yang Berhormat Kimanis..

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Sit down. Sit Down.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tidak ada contention itu.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, bukan begitu caranya, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

No, no. Sit down, please. You have your floor, now this is my floor.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengar dulu apa dia cakap.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

I just want to remind you the sensitivity of the case. Now we are responsible Members of Parliament. There is no politic here but we are responsible Members of Parliament.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya bersetuju. Saya tidak kata saya tidak bersetuju.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

But..

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Kimanis, duduk dulu Yang Berhormat. Biar Speaker bercakap dahulu. Dengar dulu Speaker sesekali walaupun dituduh sebagai “speaking Speaker”. [Dewan riuh] [Ketawa] Ikutlah peraturan mesyuarat. Sebelum bercakap berdiri dulu. Kalau diberi laluan baru bercakap.

Speaker panggil baru bercakap. Kalau tidak kita bertengkar tidak ada penghabisannya.

Masing-masing betul. Itulah makanya saya pasang telinga sahaja. Kalaulah saya sebagai seorang hakim... hmm. [Dewan riuh] [Ketawa] Apa boleh buat, itulah kesengsaraan saya duduk di sini, mendengar saban hari pendapat yang tidak semestinya pendapat betul, tetapi dalam berbahas semuanya betul. Teruskan Yang Berhormat Kimanis.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingat bagi pihak Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ingat boleh memohon maaf kerana dia baru penggal pertama. Jadi, barangkali dia tidak faham dengan ..

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan hujahnya.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagi saya jemput. Belum lagi saya jemput.

Tidak faham lagi saya cakap. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, itulah maksud saya.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Pertamanya..

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Maksud saya dia tidak faham, Tuan Yang di-Pertua. Dia orang baru.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Penghujahannya itu tersasar, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mengatakan apa pun yang dia hujahkan sekarang. Tidak sama sekali. Tolonglah sikit.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak betul yang dia cakap itu, senyum sahajalah. Betul pun senyum sahajalah. Begitulah sebagai Ahli Parlimen. Saya senyum sahaja. Kadang-kadang nampak...

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dia bersetuju dengan saya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak ada perkara yang lain.

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu minum sama-sama di luar Yang Berhormat.

Teruskan.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang timbul ialah tentang consultation “may and shall”. Persoalan yang timbul ialah bilakah Perdana Menteri sepatutnya bertanya atau consult dengan Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak tentang calon yang bersesuaian untuk dilantik sebagai Hakim- hakim Mahkamah Tinggi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Adakah ia dibuat sebelum senarai nama calon-calon dibuat dan dirujukkan kepada suruhanjaya untuk dibuat penilaian selaras dengan seksyen 21 dan 22 rang undang-undang ini.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan minta, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silalah, Yang Berhormat Putatan.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Silalah, Yang Berhormat Putatan.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Kimanis. Saya terpanggil kerana pihak pembangkang telah mempolitikkan. Apabila kita duduk diam dianggapkan kita tidak faham, memperkecil-kecilkan Ahli-ahli Parlimen dari semalam lagi. Ini mengecilkan hati kami. Jadi, bagaimana dengan pendapat penyokong kita sekarang.

Kita menyuarakan ini. Terbukti apa yang kepentingan yang telah ...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, Shah Alam, duduk dulu. Biarlah saya habiskan dulu. Apa yang kita lihat dalam surat khabar perasaan rakyat negeri Sabah tentang soal yang mungkin akan dilihat bercanggah dengan apa yang dilihat dalam rang undang-undang ini dengan Perlembagaan.

Terbukti sekali ada perkataan yang mungkin tidak disengajakan tetapi dipoliticizekan oleh pihak pembangkang. Ini hendaklah dan bolehlah - mungkin penggubal undang- undang itu tersilap sikit. Apa pendapat Yang Berhormat? Ini bukan disengajakan.

Jadi, kita ini memperbetulkan apa yang tercatat dan tertulis di dalam rang undang- undang ini. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kimanis.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Sebenarnya saya tidak hairan dengan gelagat daripada pembangkang oleh kerana itu memanglah tanggungjawab mereka untuk membangkang apa juga yang kita sarankan dan juga kemungkinan mereka juga hendak melihat secara dekat Sabah dan Sarawak. Tidak mengapalah, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak juga yang kita telah dengar, insya-Allah kita dapat mampu untuk mempertahankan hak- hak kita rakyat di kedua-dua negeri itu.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Walau bagaimanapun kembali kepada...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor berdiri lagi, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tidak mengapalah, dia sudah ada floor dia. Kuala Selangor dengan Sabah saya ingat...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

30 saat sahaja. Satu soalan sahaja.

30 saat, saya jamin.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Okey, boleh.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Perbahasan saya tadi menumpu kepada persoalan 122B. Sementara saya cukup insaf, cukup sedar dengan kedudukan bagaimana 161E dan semua yang lain itu, yang meletak Sabah dan Sarawak juga terjejas andainya... Itu saya cukup faham tetapi saya mengatakan pembentangan saya tadi, Tuan Yang di-Pertua, menumpu kepada kontradiksi ataupun yang dikata ultra virus constitution, hanya kepada 122B. Saya minta maaf kalau Yang Berhormat Kimanis silap faham saya di situ. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Saya terima permintaan maaf oleh Yang Berhormat

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Syukur.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Bukankah itu cara yang terbaik, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah yang terbaik, Yang Berhormat. Bahagia saya, kalau begitu selalu.

final • 4:00 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kita harus bermaaf-maafan sekiranya ada salah dan silap di antara satu dengan lain.

Jadi, saya maafkan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam berdiri Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Yang Berhormat Shah Alam saya tak maafkan Tuan Yang di-Pertua kerana mengganggu saya. [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk dulu Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:10 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Yang Berhormat Shah Alam ini dia cerdik sangat, jadi saya ingat untuk mencelah tidak cukup. Bagi dia ruang untuk berucap, sampai kita dah balik pun biar dia berucap seorang dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, itulah apa yang saya tanya adakah yang dibuat oleh Perdana Menteri selepas dia menerima syor dari suruhanjaya di bawah Seksyen 26 rang undang-undang ini sama ada dari senarai asal ataupun permintaan tambahan oleh Perdana Menteri di bawah seksyen 27 rang undang-undang ini. Sekiranya ianya dibuat selepas dia menerima syor daripada suruhanjaya ini di bawah seksyen 26 daripada senarai asal ataupun permintaan tambahan oleh Perdana Menteri di bawah seksyen 27 rang undang-undang ini.

Prosedur ini akan menafikan hak Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan calon-calon atau kriteria yang mereka fikirkan bersesuaian bagi kedua- dua negeri tersebut di bawah Perkara 122B(3) itu iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Prosedur sedemikian akan mengikat ke atas kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk mempertimbangkan calon-calon yang telah dinilai dan disyorkan oleh suruhanjaya.

Saya sesungguhnya percaya bahawa dengan izin, consultation yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri dengan kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan untuk pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak hendaklah dibuat sebelum senarai calon- calon disediakan dan dikemukakan kepada suruhanjaya untuk penilaian oleh suruhanjaya dan bukan selepas daripadanya. Perlu diingatkan bahawa suruhanjaya ini

final • 4:10 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

bukanlah satu entiti yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu suruhanjaya ini tidak boleh menjalankan atau mengambil alih kuasa-kuasa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, sekiranya dengan izin, consultation hanya dibuat selepas suruhanjaya mengemukakan syornya di bawah seksyen 26 atau permintaan tambahan oleh Perdana Menteri di bawah seksyen 27 rang undang-undang ini, ia mempunyai bahaya bertentangan dengan peruntukan perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan kerana hak Ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan dan calon-calon mereka telah dinafikan atau diketepikan dan sebaliknya mereka menjadi tertakluk untuk memberi pandangan ke atas senarai- senarai nama yang disyorkan oleh suruhanjaya ini. Keadaan begini bukanlah tujuan asal perkara 122B(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jadi perkara yang akhir Tuan Yang di-Pertua, cuma sedikit sahaja tentang Seksyen 10 – Pengosongan Jawatan, seksyen 10(1) memperuntukkan keadaan di mana jawatan seseorang anggota suruhanjaya boleh menjadi kosong. Dan perenggan

(D) memperuntukkan dia tidak sempurna akal dan selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya. Jadi saya mencadangkan supaya ditambah Tuan Yang di- Pertua, iaitu peruntukan yang mengatakan bahawa mereka tidak berupaya menunaikan kewajipannya sebagaimana yang disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau profesional seperti doktor atau pakar perubatan. Jadi itu ditambah oleh sebab profesionalisme itu. Jadi di sini tidak begitu menegaskan siapa yang untuk menetapkan bahawa dia tidak siuman atau sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang telah diberi oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sekian.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setakat ini sudah 24 orang turut berbahas, 10 termasuk Yang Berhormat Kimanis tadi daripada Barisan Nasional dan 13 daripada pembangkang. Jadi saya benarkan seorang lagi bercakap selepas itu saya akan jemput menteri menjawab pada jam 4.30 begitu. Jadi ekoran daripada itu, biarlah saya memilih siapa yang saya jemput. Yang Berhormat Padang Serai, lama tidak dengar suara, jangan lebih sangat. Yang lain saya mohon maaf.

final • 4:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Putrajaya jangan tidur ya.

final • 4:14 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini awal lagi sudah provokasi, Yang Berhormat Padang Serai, teruskan.

final • 4:14 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk bahas dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. Banyak yang telah saya dengar dalam Dewan yang mulia ini, banyak, banyak yang saya dengar. Saya dengar daripada Yang Berhormat Jerlun, saya dengar daripada Yang Berhormat Kimanis. Yang Berhormat Kimanis memang layak menjadi hakim.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun membangkitkan perihal kuasa yang perlu ada pada Perdana Menteri. Akan tetapi saya ragu-ragu dengannya dan apa yang dikatakannya kerana ini mungkin satu cara mahu mengembalikan satu sistem feudal ke apa. Di mana beliau adalah calon untuk ketua pemuda, calon sebagai calon ketua pemuda beliau tidak berani debat dengan ketua pemuda yang lain. Jadi kalau perlu bolehlah dia ajak saya untuk debat, saya sangguplah kerana dalam UMNO sendiri dia sudah tidak berani.

Berkenaan dengan kehakiman ini, pada tahun 2001, satu kehakiman telah berlaku di Mahkamah Shah Alam iaitu lebih kurang pada 30, 31 Mei 2001.

Penghakiman itu diberikan oleh Datuk Hishammudin Yunus, beliau memberikan penghakiman dan membebaskan dua orang tahanan ISA pada hari itu. Dua orang yang dikaitkan dengan pelancar roket, dengan senjata-senjata yang akan dibeli oleh mereka kononnya cerita yang direka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Semua surat khabar mengesahkan bahawa pengumuman telah dibuat oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tetapi hakim bernama seorang hakim paling mulia bernama Datuk Hishammudin Yunus membebaskan kedua-dua orang itu. Akan tetapi apa berlaku kepada hakim? Hakim itu dalam tiga, empat hari berikutnya daripada Shah

final • 4:14 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Alam Criminal Court ditukarkan ke Commercial Court di Kuala Lumpur, dengan izin Mahkamah Komersial.

Ini berlaku kerana ada seorang Perdana Menteri yang saya percaya telinga dia tidak dengar, tidak mahu rujuk kepada Parlimen ataupun kepada sistem yang telah wujud begitu lama. Dan ini berlaku kerana mahu dizalimi rakyat negara ini. Saya cukup sedih bila hakim itu, Datuk Hishammudin Yunus, seorang hakim yang memerlukan penghormatan paling tinggi. Dan selepas itu, satu lagi penghakiman dilakukan oleh Datuk Ahmad Maarof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas penghakiman itu, saya tengok beberapa ketika kemudian, hakim itu juga ditukarkan ke Terengganu.

Ini berlaku di negara ini dan inilah masanya, masa sudah tiba di mana hakim- hakim sebegini perlu dihormati. Apabila ada hakim-hakim seperti Datuk Hishammudin Yunus, Datuk Ahmad Maaruf, Tun Salleh Abbas, Gopal Sri Ram, tetapi sebaliknya ada juga segolongan hakim-hakim seperti yang saya malu mahu sebut. Saya betul-betul malu mahu sebut nama-nama seperti Augustine Paul, Tan Sri Zaki Azmi, Tun Fairuz, saya malu. Ada di kalangan mereka mengatakan, “I had to bribe all the way”, dia kata dia kena suap all the way tetapi tengok-tengok dia boleh jadi Ketua Hakim Negara pula.

Inilah sistem yang kita ada di bawah Perdana Menteri. Siapa Perdana Menteri? Seorang yang pengecut. Hari ini kita ada seorang Perdana Menteri yang berani, Pak Lah berani membentangkan ini, penghormatan saya kepada Perdana Menteri yang membentangkan ini. Walaupun ada rakan-rakan yang tidak begitu...

final • 4:14 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau Tuan Yang di-Pertua kata saya ada lebih masa, boleh.

final • 4:20 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Yang Berhormat Padang Serai, boleh awak punya opinion sebab di bawah seksyen 5, subseksyen 1, subseksyen A, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi pengerusi JAC ini tetapi apabila kita tengok under seksyen 23, the criteria for the Chief Justice adalah experience integrity, and everything lah.

So, jikalau with the, kita boleh kata, kita sekarang punya Chief Justice Tan Sri Zaki langsung tidak ada pengalaman sebab dia berapa lama dia jadi hakim, satu tahun selepas itu dinaikkan ke Chief Justice punya position. So jika dia jadi chairman of the JAC, apa hasil chairmanship ini?

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini hasilnya kalau kepala sudah rosak Tuan Yang di-Pertua, rosaknya orang Cina kata, rosaknya ikan dari kepala. Jadi kalau kepala sudah busuk, ikan itu akan semua busuklah. Jadi inilah akan berlaku kalau Ketua Hakim Negara dia mempengerusikan. Saya tidak tahu apa akan berlaku dan ini Yang Berhormat Jerlun mahu, Yang Berhormat Jerlun mahu ini kerana dia tidak berani berdebat dalam ini tetapi dia, saya percaya, dia akan menang juga. Jadi inilah dia akan jadi satu kepala yang lagi busuk. Jadi, saya betul what do you said, dengan izin.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu lagi golongan hakim-hakim seperti yang saya sebut tadi, dan ini cukup-cukup memalukan bahawa mereka wujud dalam sistem kita dan kami adalah sebahagian dari mereka yang telah merasakan kezaliman daripada mereka dan ini semua perlu dihentikan dan satu kebebasan institusi kehakiman ini perlu ada satu institusi yang lebih berwibawa seperti kata Yang Berhormat Batu Pahat tadi.

Yang Berhormat Batu Pahat kata, semua pembangkang tidak setuju, siapa kata. Bukan semua, ada yang kita setuju apabila kita melihat itu ada kebenarannya, ada kebaikannya. Kalau tidak betul, mana ada manusia yang waras akan setuju juga.

Kalau tidak betul, tidak betullah. Yang Berhormat Putrajaya jangan tidur... [Melihat kepada Yang Berhormat Putrajaya] [Ketawa] Jadi saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini tentang wujudnya political hegemony Barisan Nasional ini di mana saya sendiri berada di satu tempat di mana bekas..., kini masih lagi Presiden MIC, bekas menteri kabinet, kawan baik saya Samy vellu, abang sayalah tetapi kerana kebenaran, saya kena I got to stick with my principal.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Samy Vellu mengatakan dengan izin, “I will talk to the PM for Datuk R. K.

Nathan to be appointed as a High Court Judge”. Inikah yang diperjuangkan, inikah yang mahu oleh rakan-rakan Barisan Nasional kita, ini kah yang kamu mahu. Jadi sungguh memalukan satu sistem yang dikongkong, yang didalangi sebegini. Saya merasa malu tetapi nasib baik saya duduk sebelah sini dan saya gembira saya duduk sebelah sini. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak bangun tadi, siapa itu...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau mahu cakap tolong bangun, Tuan Yang di-Pertua ada, kena hormati Tuan Yang di-Pertua seperti yang saya hormati... [Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sekarang boleh duduk. Saya sudah tengok... [Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Yang Berhormat Padang Serai, minta penjelasan sedikit...

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak kasi laluan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Apa ini, tidak kasi?

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya cuma mahu kenal Yang Berhormat Hulu Rajang. Tolong balik jalan raya daripada Kapit ke Sungai Soot itu tolong perbaiki. Tolong pastikan jalan itu kembali sebab itu dalam kawasan Hulu Rajang, tolong.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, teruskan dengan hujah mengenai dengan...

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini ada celahan.

final • 4:20 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Yang Berhormat Padang Serai janji mahu bikin jalan sama dia orang.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mahu kenal sahaja, sudah kenal sekarang boleh duduk.

final • 4:20 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Apa janji kosong sama orang.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak mahu hormat dengan Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu apa mahu buat. Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan. Empat minit lagi. Yang Berhormat selepas empat minit terus berdiri, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Empat minit. Jadi apa yang berlaku sebelum ini kesemuanya Tuan Yang di-Pertua adalah mainan politik Ahli-ahli Parlimen kerana Ahli-ahli Parlimen inilah yang bertanggungjawab membawa dasar- dasar ini. Menteri ada duduk di sini. Apabila kita cakap, menteri ini akan dengar semuanya tetapi apabila dia bangun dan dia cakap, “Saya terpaksa ikut semua orang kalau tidak saya akan jadi seperti Zaid Ibrahim.” What happens to Zaid Ibrahim? He chooses to be righter, dengan izin. Zaid Ibrahim memilih untuk berdiri tegak dengan kebenaran. Zaid Ibrahim hari ini mendapat penghormatan bukan sahaja Dewan yang mulia ini tetapi mendapat penghormatan dunia hari ini... [Beberapa Ahli menyampuk] Tolong bangun dan cakap, I want to see...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mereka langsung tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua. Jadi Zaid Ibrahim bukan meletak jawatan kerana kehendak kami atau kehendak mereka. Kerana kehendak beliau di mana beliau nampak bahawa kemungkaran sedang berlaku di negara ini. Untuk mengelakkan kemungkaran itulah, kita berada dalam Dewan ini tetapi rakan-rakan di sebelah sana mereka tidak sedar diri termasuk menteri-menteri juga.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya... [Disampuk] Kalau mahu cakap mintalah.

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh bagi peluang kepada Yang Berhormat Putrajaya untuk bercakap. Saya dengar dia banyak celahan.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, institusi kehakiman ini tidak dihormati. Rakyat takut, rakyat tidak menghormati kerana apa yang wujud sebelum ini. Jadi saya berharap dengan tertubuhnya suruhanjaya yang berwibawa ini akan kembali satu kepercayaan daripada rakyat, di mana rakyat pada hari ini sudah tidak percaya di mana mereka boleh sebut pada bila-bila masa sahaja, the system is corrupted. Judiciary in this country has gone to the dogs. Itu pun sudah dikata, gone to the dog. Mahukah kita ini, mahukah kita dengar ungkapan-ungkapan seperti ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tidak berapa setuju tetapi menghormati Perdana Menteri yang membawa usul ini, dan juga menteri yang telah membentangkan perlu mengucapkan terima kasih kepada menteri ini.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Oleh kerana ini juga saya percaya kalau ada nomination for the best minister.

Di pembangkang tidak ada minister, kalau ada nomination, saya ingat perlu nominate Dato' Seri Mohamed Nazri, Yang Berhormat Padang Rengas kerana membawa ini.

Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Perdana Menteri dan saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang mendapat cucu keenam. [Dewan riuh] Saya ucapkan tahniah kepada cucu yang keenam, di mana Yang Berhormat Rembau mendapat anak lelaki. Tahniah kepada Yang Berhormat Rembau sekali dan juga penghormatan saya kepada Ketua Pembangkang yang telah melalui satu proses di mana kezaliman telah membawa beliau ke penjara. Bukan saja membawa ke penjara tetapi dipukul dan diaibkan. Sedarlah. Tidak perlu bising-bising. Sedar what happen to the Former Deputy Prime Minister can happen to you and your children dengan izin. Nobody is bad. Jadi terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 4:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Terima kasih. Saya merujuk kepada 54(2) iaitu untuk saya pohon agar rang undang- undang ini dirujuk kepada satu committee. Mengikut 54(2) dan alasan saya ialah bahawa rang undang-undang ini dibawa dengan tergesa-gesa dan telah dibacakan di Parlimen dan pihak-pihak stakeholders perlu masa.

Kita sebagai Ahli Parlimen pun perlu masa untuk mendapat maklumat dan arahan dari pihak-pihak yang berkenaan. Maka saya pohon jasa baik semua Ahli Parlimen meneliti keperluan rang undang-undang ini yang satu rang undang-undang yang sangat mustahak dan saya ikuti Standing Order 54(2) dan mohon agar ia di refer kepada satu select committee.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya sokong.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih atas pendapat itu tetapi saya tidak nampak kewajaran seperti sedemikian. Sila, teruskan.

final • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Putatan dan beberapa Yang Berhormat yang lain termasuk yang terakhir daripada Padang Serai yang telah mencalonkan saya sebagai Menteri of The Year; telah membangkitkan kekhuatiran mereka tentang kesahan rang undang-undang ini.

Iaitu sama ada rang undang-undang ini bercanggah dengan Perkara 122B dan 161E - Perlembagaan Persekutuan. Mengenai isu ini, ingin saya memaklumkan bahawa rang undang-undang ini dibuat setelah mengambil kira kedua-dua peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu.

final • 4:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini mengadakan peruntukan mengenai pemilihan calon-calon untuk dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk dilantik ke jawatan hakim-hakim mahkamah atasan. Rang undang-undang ini tidak menyentuh prerogatif Perdana Menteri berhubung dengan pelantikan hakim-hakim. Ahli-ahli Dewan perlulah memahami perbezaan antara proses pemilihan calon yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini dengan pelantikan hakim di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Proses yang diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini ialah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B - Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak sekali-kali menyentuh atau menjejaskan proses pelantikan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu pelantikan yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas membuat rundingan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Perkara 122B itu. Mengikut Perkara 122B(1), pelantikan semua hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Mengikut Perkara 122B(2), sebelum Perdana Menteri menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan pelantikan hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara. Mengikut Perkara 122B(3), Perdana Menteri juga hendaklah berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak masing- masing bagi pelantikan kedua-dua hakim besar tersebut. Mengikut Perkara 122B(4), Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan.

Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak mengikut mana-mana yang berkenaan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi. Pada peringkat inilah Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menilai sendiri bahawa tiada apa-apa dalam rang undang-undang ini yang menyentuh secara langsung atau tidak langsung proses pelantikan yang saya huraikan dengan panjang lebar sebentar tadi.

Rang undang-undang ini telah digubal dan dibentuk dengan sedemikian rupa supaya ia tidak menyentuh sama sekali proses pelantikan dan kuasa prerogatif yang diperuntukkan di bawah Perkara 122B - Perlembagaan Persekutuan.

final • 4:33 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta penjelasan.

final • 4:33 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oleh sebab itu, rang undang- undang ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan tanpa peruntukannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka kerana itu juga pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat.

final • 4:33 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih. Bolehkah saya dapat tahu daripada Yang Berhormat Menteri, prerogatif satu di bawah peruntukan 122B(1) untuk melantik hakim. Prerogatif Yang di-Pertuan Agong selepas rundingan dengan Conference of Rulers atau Perdana Menteri sendiri. Bolehkah saya dapat tahu apa tafsiran Yang Berhormat Menteri bagi 122B - Bahagian (1)?

final • 4:33 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, kita semua jelas tahu iaitu bahawa dalam apa-apa sekalipun pelantikan, dia mestilah di atas nasihat Perdana Menteri. Itulah yang dikatakan bahawa prerogatif Perdana Menteri. Ini kerana di mana-mana sekalipun kalau sekalipun di United Kingdom dan juga di negara-negara yang mana sistemnya ialah Raja Berperlembagaan, umum semua tahu iaitu sebenarnya apa juga pelantikan dibuat ialah atas dasar nasihat daripada Perdana Menteri.

Nasihat itu boleh dibaca di sesetengah pihak sebagai sebenarnya arahan walaupun kita tidak menggunakanlah perkataan itu. Ini kerana kita menghormati raja- raja kita. Kita menggunakan perkataan on the advice. Ini pun diajar kepada kita oleh orang-orang putih juga. British. Jadi sebab itu dalam hal ini prerogatifnya ialah Perdana Menteri.

final • 4:33 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan. Bagi tafsiran artikel ini, apa yang boleh dilihat terus terang adalah ini. Shall be appointed by Yang di-Pertuan Agong after consulting the Conference of Rulers. Apa jadi kepada after Consulting the

final • 4:33 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Conference of Rulers. Tidak ada bermakna jika apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah tafsiran yang benar.

final • 4:33 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Apa jadi kepada after consulting the conference of rules, tidakkah bermakna jika apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah tafsiran yang benar.

Bagaimana bagi after consulting the conference of rules? Tidakkah apa-apa bermakna?

Boleh saya dapat penjelasan?

final • 4:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, amalan dan konvensyen selama 50 tahun lebih yang telah kita lakukan. Sememangnya kita mengadakan consultation dengan Raja-raja Melayu, maka oleh sebab itulah kalau kita lihat tidak ada pindaan kepada Perlembagaan. Ini kerana soal pelantikan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, telah berunding dengan Raja-raja Melayu, itu boleh dilakukan. Jadi sebab itu, proses dalam rang undang-undang ini tidak menyentuh langsung soal kita mengetepikan rundingan dengan Raja-raja Melayu, itu kekal dan tidak ada pindaan. Jadi kalau tidak ada pindaan kepada Perlembagaan bermakna tidak ada sesuatu perkara di bawah rang undang-undang ini akan menjejas iaitu merunding dengan Raja-raja Melayu.

Itu dilakukan dan sememangnya dilakukan oleh kerana Raja-raja Melayu, council perjumpaannya diadakan dua tahun sekali. Sebab itulah kadangkala kita lihat satu pelantikan itu dilewatkan kerana Raja-raja Melayu belum bersidang. Apabila mereka bersidang barulah kita boleh membawa nama ini berunding dengan mereka dan mereka bersetuju dan kita teruskan pelantikan. Jadi tidak ada masalah di sini.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan mengenai perkara ini.

Bagaimana Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya bagi Ketua Pembangkang.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oh ya, okey.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak rujuk kepada penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang rujuk merujuk untuk pertimbangan dan perkenan Raja-raja Melayu. Sememangnya benar dalam tafsiran undang-undang kita harus rujuk dan advice untuk mendapatkan consent itu setelah diberi waktu pada mana raja-raja untuk menimbangkan. Akan tetapi yang saya rujuk tadi dalam ucapan ialah cara keterlaluan perkara ini dilakukan dan tafsiran yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Tan Sri Lamin sehingga boleh ditafsirkan menghina raja-raja. Ini kerana kuasa mutlak Perdana Menteri hantar sahaja kepada raja-raja, it is of no consequence, seolah-olah inconsequential now.

Oleh sebab itu, Tuanku Raja Azlan mempertikaikan ini bahawa kalau kita sebut constitutional monarki, sekurang-kurangnya merujuk dan memberi ruang kepada Raja-raja Melayu memberi pandangan. Ini perkara yang pertama, tetapi merujuk kepada kes yang dibangkitkan dengan Tan Sri Lamin itu ialah bagaimana penyalahgunaan kuasa yang berlaku pada ketika itu. Ini kerana Tan Sri Lamin mengikut arahan politik mutlak sehingga berani buat kenyataan menyatakan it does not matter, keputusannya muktamad dan tidak ada kuasa lain. Dia konteks ini saya hendak jelaskan Tuan Yang di-Pertua, konteks ini apa? Saya pohon Tan Sri Lamin accuse himself, bukan Tan Sri Lamin, salah seorang hakim Mahkamah Rayuan.

Alasan saya kerana bila namanya diminta dibentangkan saya kebetulan mewakili Perdana Menteri bawa ke Majlis Raja-raja. Sebelum nama itu dipertimbangkan raja-raja titah saya menghadap dan minta saya tanggungkan nama berkenaan. Saya kata saya sukar hendak tangguh kerana Perdana Menteri sudah buat arahan dan keputusan. Kemudian mereka keluarkan fail dua raja-raja, keluarkan fail dia kata “Dato’ Seri kami tidak mahu campur tapi ini kes rasuah, ini dia fail”. Saya pun semak. Tuduhan itu agak serius. Jadi saya ambil keputusan, saya kata tidak apalah kita tangguhkan, okey. Ini bermakna bila menangguhkan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan di mana consultation dengan raja-raja itu sangat munasabah kerana raja-raja buat perimbangan bukan kepentingan diri, bukan kepentingan syarikat. Akan tetapi kepentingan menjaga kewibawaan integriti badan kehakiman.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Maka atas pertimbangan itu saya setuju. Baik selepas itu bila mesyuarat itu Perdana Menteri overrule itu keputusan dialah kita tahulah macam mana dia perintah.

Akan tetapi soalnya bila kita rujuk ke Mahkamah Rayuan maknanya kes sekarang ini di prejudice. Saya tolak nama seorang hakim dia naik pangkat kemudian dia hendak buat keputusan penghakiman terhadap saya. Jadi in any legal system, the judge would accuse himself. Akan tetapi keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Lamin senang, no it doesn’t matter you have no powers, the Agong has no powers just the Prime Minister, you have nothing to do with this, dengan izin. Jadi maknanya tafsiran itu rude, tidak menghormati semangat constitution dan keterlaluan.

Jadi dalam konteks ini bila kita sebut tentang keperluan menyentuh hal perkenan raja-raja saya maksudkan konteks ini. Saya tidak pertikai mengatakan memang advice itu patut diberikan pertimbangan tetapi jangan kita anggap perkenan raja-raja itu sebagai satu rubber stand yang tidak memberikan penghormatan dan kemuliaan kepada satu institusi. Saya pohon maaf, saya sentuh kerana isu bila kita bangkit kekebalan itu dia bangkit begitu. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada negara di dunia yang mana tidak ada kekebalan? Perancis? Queen of England? Presiden Perancis, Presiden Amerika? Gabenor Jeneral Singapura, Presiden Filipina?

Semua ada prosedur untuk gugurkan mereka maknanya ada kekebalan dalam konteks itu. Akan tetapi di sini yang kita minta supaya Menteri beri pertimbangan dan penjelasan ini ialah kerana tanpa mengikat dengan peruntukan yang lebih jelas, sikap keterlaluan bila ada Perdana Menteri kuku besi, dia boleh tafsir sewenang-wenangnya, tidak berikan penghormatan kepada kedudukan raja-raja. Ini yang menyebabkan saya menekan dengan begitu kuat bahawa penjelasan dalam peruntukan ini harus ada.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama Tun Lamin. Tun Lamin ini dia bukan Perdana Menteri Malaysia, dia bukan Timbalan Perdana Menteri tetapi dia Lamin, dia orang nombor dua dulu. Jadi apa yang dilakukan itu bukan bermakna mencerminkan apa yang kami fikirkan tentang hak raja- raja, itu pandangan dia. Akan tetapi Yang Berhormat saya boleh jamin apa yang berlaku kepada Yang Berhormat tidak akan berlakulah sekarang kan kalau sekiranya Yang Berhormat juga sokong supaya kita adakan akta ini kerana nama yang akan naik semua ini nanti ialah nama-nama yang telah pun ditapis oleh the commissioners. Jadi kalau soal kata ada dua fail raja tunjuk, dengan adanya akta ini raja sudah tidak bawa fail sebab bawa fail ke commissioner sahaja. Ini kerana selepas ini nama yang akan dicadangkan oleh Perdana Menteri itu nama yang telah ditapis.

Jadi saya percaya tidak akan berbangkit lagi masalah bahawa pihak raja-raja akan meragui nama yang diberi oleh Perdana Menteri kerana sudah di tapis. Jadi tidak berbangkitlah kerana pengalaman Yang Berhormat itulah kami ambil kira supaya Yang Berhormat juga sokong rang undang-undang ini dijadikan akta supaya pengalaman Yang Berhormat itu tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Jadi saya harap sokonglah.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh kata bahawa fasal 28 di bawah rang undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perkara 122B dalam Perlembagaan. Oleh sebab apa yang disuarakan oleh ramai Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Oleh sebab di bawah fasal 28 sangat jelas bahawa ditentukan, diperuntukkan bahawa dengan izin, ‘When The Prime Minister has accepted any of the persons recommended by the Commission, he may proceed to tender his advice in accordance with Article 122B of the Federal Constitution. Walhal 122B(3) Constitution yang berbunyi, ‘Before tendering his advice as to the appointment under Clause (1) of the Chief Judge of a High Court, the Prime Minister shall consult the Chief Judge of each of the High Court and, if the appointment is to the High Court in Sabah and Sarawak, the Chief Minister of each of the States of Sabah and Sarawak.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Akan tetapi mengikut fasal 28 apabila senarai tiga orang yang di recommended atau ditapis oleh JAC dikemukakan kepada Perdana Menteri dan senarai ini dibincangkan dengan sama ada kerajaan atau Ketua Menteri Sabah dan Sarawak ia bukan satu senarai yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tetapi senarai yang dibincangkan dengan Perdana Menteri sebelum ditapis oleh JAC.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ada dua senarai. Satu yang ditapis oleh JAC dan senarai itu bukan dierti di bawah Perlembagaan 122B dan tentulah dua peruntukan ini tidak konsisten dan tanpa ada pindaan untuk harmonize dua-dua keadaan ini tentulah timbul konflik contradiction.

Satu senarai yang ditapis oleh commission yang bukan satu asal yang diertikan di dalam Perlembagaan sebab itu ada Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak yang berhujah nama-nama yang akan ditapis oleh JAC perlulah dibincang dahulu dengan Perdana Menteri. Tentu ini bercanggah dengan peruntukan JAC tapi kedua- dua keadaan wujud. Bagaimana ia akan diconcile tapi kita tidak boleh kata tidak ada contradiction, ada contradiction.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita tidak ada contradiction di sini. Sebagaimana kita melayani Raja-raja Melayu dalam soal perundingan begitu jugalah kita melayani kehendak rakyat negeri Sabah dan Sarawak. Jadi dalam soal perundingan ini apabila dikatakan kita merundingi Raja-raja Melayu dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak bersama dengan Yang Dipertua Gabenor Sabah dan Sarawak turut hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.

Jadi mekanismenya 122 ini menyatakan kita perlu berunding. Jadi mekanismenya bagaimana? Mekanismenya samalah seperti mana kita melayani Raja- raja Melayu. Sama tinggi sebenarnya iaitu masa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu mesyuarat itu bermesyuarat dengan kehadiran Gabenor Sabah, Gabenor Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak. Jadi kalau cara perundingan ini baik untuk Raja-raja Melayu saya percaya cara ini juga baik untuk orang Sabah dan Sarawak menerusi Gabenor-gabenor dia.

Jadi sebab itu kita yakin bahawa kita tidak mengetepikan kepentingan orang Sabah dan Sarawak seperti mana kita tidak mengetepikan juga Raja-raja Melayu.

Tinggi penghormatan diberi itu. Faham sahajalah rakyat Malaysia dengan raja-rajanya macam mana tapi begitulah juga kita letak kehendak rakyat Sabah dan Sarawak.

Sebab itu pada saya tidak berbangkit pun kontradiksi kerana mekanismenya tidak perlu langsung diubah kerana kita tidak meminta untuk dipinda Perlembagaan menggugurkan rundingan dengan Raja-raja Melayu itu.

final • 4:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bermakna kita tidak ada melakukan apa-apa untuk tidak berunding dengan Sabah dan Sarawak dalam hal ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan dalam perkara ini. Ini mustahak.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, ini soal tidak akan kehabisan. Kita ada pendirian kita. Kalau Yang Berhormat tidak puas hati Yang Berhormat boleh mengadakan satu permintaan kepada mahkamah untuk soal constitution sama ada yang kita buat ini ada bias atau tidak. Ia terbuka kepada Yang Berhormat sebab daripada pihak kerajaan kita yakin iaitu tidak berlaku di mana kita mengetepikan hak orang Sabah dan Sarawak di bawah Perlembagaan ini kerana kita memberikan penghormatan kepada Sabah dan Sarawak sama dengan mana kita meletak dan menghormati raja-raja Melayu.

Sebab itu saya rasa tidak perlu berpanjangan dalam hal ini. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju yang terbuka kepada Yang Berhormat ialah untuk minta...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak, saya telah memperjelaskan...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kita mesti tahu apa yang kita mahu luluskan. Tak boleh kata tak suka pergi mahkamah.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Soalnya walau...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tapi ini timbul daripada apa Yang Berhormat kata.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Memahami cara Yang Berhormat sudah tentu saya tahu iaitu bahawa ia akan bangkit perkara yang sama yang telah ditanya tadi. Jadi kalau dia tidak berpuas hati dengan saya punya jawapan saya tidak boleh buat apa-apa kerana kita berpendirian bahawa apa yang kita lakukan ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Jangan paksa kepada saya.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Perkara yang baru yang timbul...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Baik, sebutlah perkara baru.

Perkara baru okey.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Perkara baru yang timbul daripada penjelasan oleh kerana penjelasan itu nampaknya tidak selaras dengan Perlembagaan dan Yang Berhormat Menteri ada kata ini adalah seperti peringkat consultation dengan Majlis Raja-raja Melayu tapi bukan kerana 122B(3) ialah di peringkat before tendering has advise consultation dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak yang berkenaan ini berlaku before tendering advice dan consultation dengan Majlis Raja-raja Melayu dan conference of rules ialah di mana Yang di-Pertuan Agong acting on the advice. Itu di peringkat terakhir. Until end of the process tetapi untuk 122B(3) ialah at the beginning end of the process. Tak boleh disamakan. Sebab itu dua peringkat tak boleh timbul ada anomaly.

Saya bukan kata niat jahat atau tidak itu anomaly yang tentu ada wujud oleh kerana Perlembagaan dan rang undang-undang ini dan tanggungjawab Parlimen ialah apabila kita lihat ada anomaly untuk mengatasi dan bukan kata siapa boleh bawa ke mahkamah. Ini sikap yang tidak bertanggungjawab.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu kata dialah.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Buat respons kepada ini lepas itu mohon teruskan.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey, okey. Konvensyen sejak tahun 1963 apa yang berlaku mekanismenya ialah Perdana Menteri akan menulis surat kepada Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak dan juga kepada gabenor sekali.

Jadi konvensyennya ialah memberitahu bahawa ini bagi melaksanakan 122 yang tadi iaitu rundingan dengan Sabah dan Sarawak.

Jadi amalannya sejak tahun 1963 ialah Perdana Menteri menulis surat dan bertanya. Ini namanya, ini namanya adakah bersetuju ataupun tidak. Jadi ini perkara dilakukan tanpa ada peraturan tetapi dilaksanakan tahun demi tahun. Kalau sekiranya Ketua Menteri kata tidak ada apa masalah maka itu habislah perundingannya.

Dianggap sudah pun berunding tetapi kalau Ketua Menteri katalah mencadangkan ataupun Gabenor mencadangkan nama yang lain jadi dibawa balik.

Jadi ini proses untuk melaksanakan 122B dan proses ini tidak perlu pindaan dan proses ini akan terus juga berjalan kalau sekiranya nama yang telah diberikan kepada Perdana Menteri yang ada kaitan dengan Sabah dan Sarawak sudah tentu amalannya Perdana Menteri sebelum tender advice kepada Agong tulis surat kepada gabenor. Jadi tidak terjejas dalam soal ini. Prosesnya akan terus juga.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak apalah saya sudah jawab kalau Yang Berhormat tak setuju tak apalah. Tak apalah tak setuju saya tak boleh buat apa tapi saya kena faham Yang Berhormat tak setuju kerana Yang Berhormat tak pernah memerintah. Ini masalahnya tapi sejak 1963 inilah amalan yang dilakukan.

Consultation can be anything mekanismenya. Jadi kita tak tentukan apakah mekanisme dalam melaksanakan 122B ini tadi.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan ini selepas mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perjalanan suruhanjaya ini dan penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa tidak ada percanggahan dengan peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Adakah benar sekarang suruhanjaya yang kita akan tubuhkan selepas rang undang-undang ini diluluskan, yang kita uar-uarkan sebagai satu perubahan besar

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

dalam proses pelantikan hakim. Sebagai satu perubahan besar di mana pelantikan akan jadi lebih bebas, tetapi sebenarnya selepas mendengar penjelasan tadi nampaknya sekarang kita hanya menubuhkan macam seolah-olah satu jawatankuasa yang akan memberi beberapa cadangan kepada Perdana Menteri yang Perdana Menteri tidak terikat. Lepas itu ditolak oleh Ketua Hakim yang mungkin boleh juga ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah yang kita buat sekarang. Akhirnyalah selepas mendengar dan faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri akhirnya inilah sahaja yang kita buat.

Bukan satu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman seperti kita lihat di negara- negara lain, contoh-contoh yang kita sudah dengar di mana benar-benar ada satu pertubuhan bebas untuk pelantikan hakim. Akhirnya inilah yang kita dapat, akhirnya selepas semua perbahasan inilah yang kita buat. Satu, macam dengan izin, advisory committee bagi nama, nama itu tidak perlu diikut, nama itu selepas dirunding secara sulit dengan mengikut perkara 122B dan lepas itu proses perlembagaan diikut. Jadi apakah perubahan besar yang kita lakukan? Inilah persoalan saya sekarang dan saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua ada perbezaan. Dahulu waktu saya jumpa dengan Bar Council, saya tanya kepada mereka apa yang menyebabkan mereka merasa tidak puas hati dengan pelantikan hakim ini?

Saya rasa Presiden Datuk Ambiga, ada di sini atau tidak ada tidak tahulah. Satu perkara yang dia kata macam mana Perdana Menteri dalam pelantikan jawatan- jawatan yang penting bergantung kepada satu orang sahaja untuk memberi nama.

Memang betullah Perdana Menteri mana hendak kenal hakim-hakim, lawyer-lawyer yang baik yang boleh jadi hakim, Perdana Menteri tidak kenal. Jadi dia bergantung kepada satu orang iaitu Ketua Hakim.

Saya kata okey, betul, jadi perbezaan pertama kalau dahulu satu orang bagi nama sekarang sembilan orang bagi nama. Itu dahululah untuk mengatasi masalah dahululah untuk mengatasi. Sebab itu kita buat. Saya suka, saya sokong juga celahan seperti begini kerana untuk mengatasi masalah V.K Lingam lah kita buat ini. Jadi perbezaan pertama kalau dahulu satu orang bagi nama sekarang sembilan orang. Ada perbezaan tidak itu? Ada tidak? Nombor dua, kalau dahulu kita tidak tahu, dahulu kita tidak tahu macam mana ini pelantikan ini, consultation ini, nama. Dahulu kita tidak tahu, sekarang kita sudah tahu. Itu perbezaan kedua, takkanlah Yang Berhormat tidak nampak baiknya rang undang-undang ini hendak kita lakukan.

Sebab Yang Berhormat tanya kepada saya tidak ada perbezaan, sekarang ada perbezaan. Dahulu tidak tahu sekarang kita tahu. Nombor tiga Yang Berhormat, dahulu Perdana Menteri dia lantik satu orang, orang tidak tahu sama ada dicalonkan daripada CJ ataupun tidak, tetapi sekarang orang tahu nama diberi oleh JAC. Kalau Perdana Menteri tidak terima juga bermakna bahawa Perdana Menteri itu ada masalahlah. Orang akan tahulah unreasonable.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti dahulu relaks, nanti.

Nampak macam geram sahaja tidak bagi saya jawab ini janganlah. Jadi orang akan nampak. Dahulu orang tidak tahu, dahulu orang hendak kata, hendak salah siapa ha?

Perdana Menterikah CJkah? Tetapi sekarang perbezaan orang tahu sebab commission bagi nama. Katalah empat nama Perdana Menteri daripada empat nama satu pun tidak setuju. Perdana Menteri apa itu? Unreasonable. Public opinion kata very unreasonable.

Hendakkah Perdana Menteri dianggap sebagai unreasonable. Saya percaya dia punya kewibawaan juga akan terjejas kalau dia tidak terima nama yang diberi oleh commission, yang mana commissioner itu dilantik oleh dia. Tigalah itu.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey saya bagi Sivarasa dahulu.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh menambah sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya tidak berkata tidak ada apa perubahan. Yang Berhormat Menteri dengan respek....

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Perbezaan tidak ada perbezaan.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Perbezaan. Saya bukan kata tidak ada perbezaan langsung. You are doing, dengan izin the usual debate strict. You buat, you tukar hujah saya supaya menjawab. Hujah saya sebenarnya adalah, ini bukan satu perubahan besar seperti yang diuar-uarkan pada asalnya, ini bukan. Memang ada perbezaan of course that is some different, dengan izin itu bukan hujah saya. Apakah maksud saya ialah apakah significant berapa besar perubahan ini? Dan adakah ini merupakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang kita nampak di negara-negara lain, itu maksud saya.

Selepas mendengar hujah Yang Berhormat Menteri, saya nampak jauh beza daripada sebenarnya apa yang dilakukan di negara-negara lain. Sekarang Yang Berhormat Menteri kata sembilan orang akan tahu. Sebenarnya Ketua Hakim ada sekarang yang sudah tahu actually ada empat lima extra, tetapi proses dia mengikut seksyen 32 semua adalah sulit. Kita takkan tahu rakyat tidak akan tahu. Baru tengah hari kita ada perjumpaan dengan mantan Menteri iaitu Yusril Mahendra daripada Indonesia, the Minister for Justice. Dia menerangkan kepada kita Tuan Yang di-Pertua cara proses pelantikan hakim di Indonesia sekarang selepas reformasi 1998.

Judicial commission mereka, cara pelantikan hakim semua terbuka. Nama dibawa ke Parlimen, perbincangan terbuka, penolakan kepada semua. Ini kita tidak akan tahu jadi itulah maksud saya. Maksud saya adalah akhirnya itulah kesal sebab kita mengharapkan satu perubahan yang lebih bermakna, lebih besar, lebih perlu untuk memajukan isu kebebasan kehakiman. Akan tetapi malangnya kita melihat ada beza, saya tidak kata tidak ada beza, mesti ada beza sedikit. Perbezaan itu bukan satu yang cukup bermakna, itulah point saya. Sekian terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua apa kita buat pun kita tidak mengisah negeri orang, kita bukan hendak buat perbandingan. Kita hendak selesai masalah yang kita ada pada hari ini. Dan sememangnya tidak perlu kita hendak banding dengan orang lain. Kita fikir dan saya hendak beritahu, iaitu dalam kita menggubal undang-undang ini kita langsung tidak membuat atau mahu menarik prerogatif Perdana Menteri - no. Jangan silap iaitu hak prerogatif Perdana Menteri itu none negotiable. Jadi oleh kerana itu kita sekarang ini mahu melihat sistem orang kata, proses itu kalau dahulunya satu orang yang menamakan hari ini, sembilan orang.

Jadi ada perbezaan di situ dan tidak perlu kita hendak banding dengan Indonesia, kerana mungkin mereka mempunyai masalah mereka sendiri sudah tidak ada kepercayaan dan macam-macam lagi.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi sebab itu saya ingin...

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya ingin menjelaskan menjawab soalan Yang Berhormat Subang kita tidak janji sesuatu yang Yang Berhormat fikirkan. Itu Yang Berhormat harap dan Yang Berhormat dengar daripada apa yang ditulis dalam akhbar, yang telah dibincang begitu luas dan harapan ada pada segolongan masyarakat begitu. Akan tetapi apa yang janji ialah supaya sistem itu lebih terbuka dan kalau masalahnya dahulu ialah kerana satu orang sahaja yang beri nama, hari ini kita sudah perbetulkan sembilan orang. Kalau dahulu dilakukan secara sulit, hari ini sistemnya terbuka kepada sembilan itu untuk berbincang.

Kalau dulunya kita tidak tahu siapa sebenarnya yang jadi masalah CJkah Perdana Menterikah, tetapi hari ini kita tahu. Kalau menjadi masalah itu ialah kerana seorang individu Perdana Menteri itu unreasonable. Empat nama yang diberikan oleh jawatankuasa yang dia lantik sendiri dia tidak terima, siapa unreasonable sekarang?

Mudah sahaja itu yang hendak kita tentukan. Tuan Yang di-Pertua saya hendak terus dahulu.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Menteri minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya ingin...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam soal begini soal penjelasan ini...

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya ingin mengulangi di sini bahawa apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...terpulang kepada Yang Berhormat Menteri. Bagi dahulu dia peluang Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

... ialah proses pemilihan yang mendahului proses pelantikan hakim-hakim.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada fasal 28 rang undang-undang yang memperuntukkan mengenai pemberian nasihat oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan mana-mana orang yang disyorkan oleh suruhanjaya yang diterima oleh Perdana Menteri.

final • 5:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Fasal 28 ini ialah titik pemisah antara proses pemilihan dengan proses pelantikan yang menggambarkan bahawa hakim-hakim dibuat menurut perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan bahawa proses yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini tidak menggantikan proses yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kenyataan Yang Berhormat Puchong bahawa peruntukan rang undang-undang ini usurp kuasa Perdana Menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar.

final • 5:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Puchong pula mempertahankan hak Perdana Menteri. Jadi ini ada berbeza pendapat yang jelas menunjukkan bahawa di kalangan pembangkang sendiri tidak bersatu tentang perkara ini kerana Yang Berhormat Puchong mempertahankan hak Perdana Menteri yang dia kata usurp the power.

final • 5:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi saya minta Yang Berhormat dari Wangsa Maju.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, jangan lupa saya.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat Wangsa Maju, dalam soal minta penjelasan ini di bawah peraturan 37(1)(b), yang berkuasa dalam soal ini ialah Ahli Yang Berhormat yang berucap. Kalau dia kasi laluan, boleh. Saya tidak boleh memaksa Ahli Yang Berhormat demikian. Maka itu apabila ramai yang berdiri, biarkan dia dulu untuk berhujah sampai di mana dia rasa selesa untuk beri penjelasan, minta penjelasan. Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa proses di bawah rang undang- undang ini untuk tidak berganti dengan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan tetapi Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa di bawah perkara 122(B) ini adalah dengan jelas menggariskan satu, pencalonan iaitu nomination dan kedua ialah pelantikan, appointment. Sudah jelas di bawah 122B ini dan di bawah JAC ini, rang undang-undang ini adalah prosedur tambahan.

Kalaulah kita nak ada satu prosedur tambahan melalui 10 orang ke, 30 orang ke atau semua parti Pembangkang di sini pun tidak boleh, oleh kerana ia telah bercanggah dengan 122B. 122B mengatakan bahawa sesiapa yang dicalonkan sebagai Chief Justice dan sebagainya untuk pelantikan, mesti dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Itu saja prosedurnya, 122B. Dua orang sahaja, Perdana Menteri dengan Yang di-Pertuan Agong tapi sekarang rang undang- undang di hadapan kita ini, Yang Berhormat sudah kata tidak berganti tapi kita ada sembilan orang. Itu telah bercanggah dah. Yang Berhormat Menteri mesti sedar perkara ini. Bukannya mencabar kita supaya pergi ke mahkamah dan sebagainya.

Kalaulah ini satu perkara yang kita akan buat ini telah unconstitutional dari segi sembilan orang kesepuluh orang, janganlah kita nak cabar rakyat negara kita

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

untuk membawa kerajaan ke mahkamah dan kerajaan kena bayar kos bila kerajaan kalah, kos itu daripada siapa? Kos itu bukan daripada Yang Berhormat Menteri, daripada kerajaan dan wang kerajaan daripada siapa? Daripada rakyat juga. So janganlah kita teruskan ini. Telah bercanggah daripada 122B. Kita belum touch on 161E lagi, mengenai dengan Sabah, Sarawak. So please dengan izin, it’s very clear.

Janganlah putar belit di sini kata sini ada sembilan orang, dulu ada satu orang.

Walaupun ada satu orang, itulah dalam Perlembagaan dalam negara kita. Kita mesti turut. Kita jangan kata kita nak melalui pintu belakang.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sudahlah itu Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya dah faham.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti dulu. Pertamanya, dia mari lambat. Banyak dah, dekat 15 minit saya berucap dia baru sampai. Dia tak tahu apa yang kita bahas sebelum ini. Lain kali datang awal sikit. Jangan ponteng next time ya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita cakap sekalipun, macam Yang Berhormat Wangsa Maju kata 122 juga bercakap tentang pencalonan. Saya nak tanya, di Sabah dan Sarawak ada ke jawatankuasa untuk mencalon dan menapis ini? Tidak ada. Jadi, tidak ada satu struktur apa yang dimaksudkan dengan pencalonan. Mana Yang Berhormat tahu kot Sabah, Sarawak bila ada kita punya commission ini, tidak perlu tunggu ada vacancy baru nak antar nama. Pada bila-bila masa Tuan Yang di-Pertua Gabenor Sabah dan Sarawak boleh hantar nama lebih awal supaya apabila berlaku kekosongan, nama sudah ada. Itu pencalonan juga.

Dia tidak ada satu mekanisme yang sebelum ini, tidak ada. Apa yang dimaksudkan dengan pencalonan? Adakah mesti isi satu borang, ha ini yang dimaksudkan pencalonan iaitu gabenor kena isi borang, hantar, ha itu pencalonan. Dia tidak ada. Pencalonan boleh berlaku pada bila-bila masa. Apa yang penting kita runding. Jadi sebab itu tidak berbangkit soal ini. Jadi Yang Berhormat, saya tidak boleh setuju dengan apa Yang Berhormat cakap. Jadi kalau saya jawab lain, Yang Berhormat tidak terima. Itu bukan masalah saya.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya sudah menjawab.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sedang menjawab.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Iaitu bahawa pencalonan ini, kalau nak dikatakan pencalonan dari Sabah, Sarawak, how do you calon? Kita tidak ada struktur. Mungkin kita boleh anggap pencalonan itu merupakan kalau Gabenor Sarawak awal-awal sudah hantar nama. Kalau tahu ada kekosongan, tolong lihat tiga, empat nama ini. Jadi yang menapisnya ialah commission ini dan apabila dilihat iaitu bahawa orang ini baik, layak, maka apabila dia serah kepada Perdana Menteri, nama yang sama akan diberikan kepada Gabenor, nama yang terlebih awal diberi oleh Gabenor kepada panel ini tadi ditapis dan didapati baik dan inilah juga nama yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan inilah Perdana Menteri akan beritahu setuju tak setuju.

Dia dah awal-awal dah tapis dah. Sebab itu rang undang-undang ini penting kerana dia akan bersidang setiap masa. Jangan fikir iaitu bahawa ada kosong, baru proses itu berjalan. Dia punya SOP itu terpulang kepada mereka. Dia nak mesyuarat dua kali sebulan, dia boleh mesyuarat dan jangan tunggu ada vacancy baru hendak dibincang nama. Ia proses terus berjalan. Jadi, sebenarnya kita tidak boleh tunjuk apakah mekanisme yang sebenarnya yang dimaksud oleh Perlembagaan. Mekanisme itu macam-macam mekanisme boleh berlaku. Saya hendak Yang Berhormat Pokok Sena. Dia jambu daripada...

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Menteri, saya sudah bangun lima kali dah Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tadi bangun? Saya ingat, saya ingat Yang Berhormat bangun tadi. Saya bagi masa, bagi semua peluang.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, ya. Baik, baik.

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

Saya pun sudah bangunlah.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun hairanlah dah dua tiga hari ini, menteri ini agak keras hati ini payah.

Satu pun cadangan pindaan kita tak mahu nak terima. Padahal kalau terima satu pun apa salahnya. Apa punya kedekut punya menteri ini? [Ketawa] Tak tahulah kot dia berkelahi dengan bini di rumah ke, dia mai sini, dia nak macam-macam. Baik, soal kuasa Perdana Menteri dan sebab itu tadi saya melihat bahawa apa pun yang diperhujahkan oleh rakan-rakan tadi bahawa masih lagi sama seperti dahulu walaupun Yang Berhormat hanya mengatakan bahawa ada bilangan suruhanjaya dan sebagainya untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri, sebab itu semalam saya cadangkan bahawa sepatutnya nama ini bukan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tetapi sepatutnya Suruhanjaya Pencalonan Kehakiman sebab bukan suruhanjaya ini yang bertanggungjawab, yang berkuasa untuk melantikkan hakim tapi saya nak kata di sini bahawa satu hujah saya ialah Perdana Menteri masih lagi mempunyai satu kuasa untuk nak menentukan siapa yang dia mahu, mesti dipilih oleh suruhanjaya ini. Ini saya rasa satu benda yang tidak wajar. Umpamanya kuasa itu sampai kepada peringkat bermula daripada seksyen 5(1) berkaitan dengan pelantikan lima orang selain daripada yang dinamakan daripada jawatan-jawatan Ketua Hakim, Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan dan sebagainya.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kuasa itu ada kepada Perdana Menteri dan juga sampai kepada peringkat Perdana Menteri juga diperuntukkan untuk boleh memecat mereka tanpa memberikan apa-apa alasan. Padahal kalau kita hendak buang pekerja pun kita kena tunjuk surat tunjuk sebab. Apa alasan, apa tindakan disiplin. Ini hendak buang antaranya ialah Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan yang dipilih oleh Perdana Menteri pun hendak buang daripada Pesuruhjaya ini pun dia boleh buang tanpa menunjukkan apa sebab, kesalahan apa yang dilakukan oleh mereka.

Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa yang kuat untuk pastikan lima daripada sembilan ini mesti ikut kehendak dia. Siapa yang dia hendak, maka kamu kena ikut aku. Ini saya katakan bahawa rang undang-undang kedudukan ini lebih buruk daripada apa yang ada selama ini. Maknanya kita bukan, saya pun bersetuju tidaklah hendak minta sampai hendak kurang kuasa Perdana Menteri jadi kuasa JKK sahaja. Akan tetapi sekurang-kurangnya jangan menambahkan kuasa Perdana Menteri untuk melakukan satu perbuatan yang lebih memburukkan keadaan, kepada institusi kehakiman dalam negara kita.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri ini dia Chief Executive yang mendapat mandat daripada rakyat menerusi jumlah wakil rakyat yang ramai dalam Dewan ini yang ada keyakinan dengan dia. Jadi safeguardnya itulah Perdana Menteri dan zaman sekarang dengan internet, kita tidak boleh buat silap sikit. Kalau saya berdiri di sini terkentut pun sekejap lagi tahu sudah orang keluar dalam internet, Menteri terkentut apabila ditanya oleh minta maaflah oleh Pokok Sena.

Jadi dia punya safeguard dia, dia mendapat mandat daripada rakyat. Jadi ini satu rang undang-undang dahulu tidak ada, diadakan untuk kebaikan. Kebaikan supaya dilihat dengan jelas lagi bahawa nama yang hendak dilantik itu tidaklah tergantung kepada satu orang. Ini kita buat dan tidak lagi sulit daripada mana datang nama ini?

Daripada langit? Tiba-tiba orang ini, tidak boleh berlaku sudah yang akan datang sebab nama itu akan datang daripada commission ini tadi. Jadi sebab itu saya lebih awal bercakap, kita tidak berniat untuk mengetepikan prerogatif Perdana Menteri dalam kita membentangkan rang undang-undang ini.

final • 5:20 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Silap Yang Berhormat kalau fikir iaitu kita hendak tarik prerogatif. Tidak langsung. Ya, sebab itu isu prerogatif Perdana Menteri tidak berbangkit di sini kerana yang dibincangkan ini ialah menstrukturkan satu

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

proses memberikan nama kepada Perdana Menteri untuk melantik hakim-hakim yang disebut tadi.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kuala Krai.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak minta laluan.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Walaupun Menteri cuba merasionalkan bahawa dengan satu kumpulan sembilan orang yang mencalonkan nama lebih baik daripada seorang Ketua Hakim sahaja yang berbisik kepada beliau.

Cuba kita ambil satu situation di mana kita hendak melantik seorang Ketua Hakim yang baru. Antara calon-calonnya yang menjadi kelaziman ialah Presiden Mahkamah Rayuan yang juga boleh dipertimbangkan ialah Hakim Besar Malaya dan juga Hakim Besar Borneo ataupun Sabah dan Sarawak. Tiga orang dan tiga orang ini terdiri daripada adalah duduk dalam jawatankuasa ini. Jadi, tolak tiga tinggal enam.

Kuorumnya lima ya.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tujuh.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tujuh. Tetapi kalau mereka ini direcluse ataupun menarik diri kerana mereka dicalonkan kuorum boleh tinggal lima.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Enam.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Enam, dalam ini lima.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Enamlah, sembilan tolak tiga, enam lah.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yalah kuorum orangnya enam tetapi kuorumnya lima.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kuorum tujuh.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuorum tujuh asal, kalau penuh. Ikut dalam ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, kalau penuh.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau penuh.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau penuh tujuhlah.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau penuh kuorumnya tujuh tetapi kalau ada di antara ahli-ahlinya dipertimbangkan, maka kuorum untuk itu lima.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau tiga orang tinggal enamlah.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Orangnya enam tetapi kuorumnya lima, maksudnya minimum boleh mesyuarat lima.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini peraturan mesyuarat sudah tidak diikut ini. Ini sudah berdialog ini. [Ketawa]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak, betul.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Menteri pun cakap sambil duduk sahaja.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Okey, enam. Jadi yang ada ialah Ketua Hakim Negara kerana dilantik kerana jawatan. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik oleh Perdana Menteri dan empat orang daripada yang dilantik oleh Perdana Menteri. Lima daripada enam orang adalah lantikan Perdana Menteri dan sentuh sikit sahaja. Lima orang kalau tidak ikut line, tidak payah bagi sebab out. Jadi lebih teruk daripada berbisik dengan seorang Ketua Hakim Negara, kira ada lima daripada enam orang yang mesti pada pandangan saya mengikut pandangan, kehendak Perdana Menteri. Apa hujah Menteri?

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, minta.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada kalau mengikut kehendak Yang Berhormat tidak ada orang yang layak, yang betul-betul dikatakan sebagai bebas kerana Yang Berhormat sebut di sini bebas daripada Perdana Menteri yang dimahukan. Namun kalau diserahkan kuasa melantik itu kepada Parlimen, dia tidak bebas daripada Parlimen pula. Kalau dia, soal kebebasan ini bukan sahaja bebas daripada Perdana Menteri; mesti bebas, bebas.

Maknanya kalau serah kepada Ahli Parlimen dia tidak bebas kepada Ahli Parlimen pula. Kalau serah kepada Agong, dia tidak bebas daripada Agong melainkan kalau dia turun daripada langit, dia kata aku dilantik oleh Tuhan. Aku bebas, boleh berlaku macam itu. Maksud saya dalam apa sekalipun cara pelantikan, dia tidak akan bebas. Ini maksud saya. Jadi sebab itu dalam pelantikan ini sistemnya mesti ada sesuatu yang akan melantik.

final • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi kalau Yang Berhormat cakap tentang bebas, itu satu orang kata idealismelah yang tidak mungkin boleh berlaku. Yang Berhormat saya tahu hendak cadang suruh Parlimen, tetapi orang itu tidak bebas daripada Parlimen pula. Katalah sebagai contoh. Jadi sebab itu sukar Yang Berhormat untuk kita bincang tentang kebebasan ini kerana sebenarnya kebebasan yang sebenarnya tidak mungkin berlaku. Bebas daripada Perdana Menteri, tidak bebas daripada Parlimen. Bebas daripada Parlimen, tidak bebas daripada Agong. Jadi soal kebebasan itu satu benda yang sukar untuk diatasi.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Isu yang saya hendak bangkit sebenarnya berkait dengan cara pelantikan dan kuasa Perdana Menteri. Di Amerika Syarikat di mana Presiden mencalonkan nominee beliau kepada Senat dan and The House of Representatives. So cara dia Presiden itu Presiden Bushkah, Presiden Obamakah akan mencalon, itu first step.

Second steps itu ada proses vetting. Vetting itu dibuat oleh dua badan. Dua badan macam kita Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat dan rating itu adalah perbincangan terbuka. So, di mana kita dapat calon itu depan Senate Committee on judiciary on the both Houses; di mana ada soalan, ada feedback, dialog dan dipanggil pakar-pakar dan sebagainya. So, dengan cara itu, dengan cara vetting macam itu kita nampak proses pelantikan hakim itu adalah open, telus dan juga boleh nampak dalam televisyen, live telecast on television.

So, this definitely ensures that the appointment ataupun pelantikan hakim- hakim kita itu is transparent and independent. I completely agree with you there is no full freedom or full independent; but at least it’s perceived as independent and it’s gone through a very stringent and very strict process. Saya ingat ini tidak ada dalam JAC yang dibentangkan oleh kerajaan.

Oleh kerana itu, orang ramai tengok apakah perbezaan JAC sekarang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga proses yang berlaku sekarang. So there is no independent, di mana kita dapati kuasa Perdana Menteri excessive. So, therefore nampak itu macam eyewash. Ini tidak akan meyakinkan rakyat negara kita ini untuk percaya dalam sistem kehakiman.

Apa yang kita bincang dan apa yang kita menyuarakan sekarang ialah untuk pulang balik integriti kehakiman negara kita. Jikalau kita tidak ada proses, yang fair proses di mana ada rating proses maka saya fikir, orang ramai tidak akan percaya dan ini tidak ada bagus untuk negara kita Yang Berhormat Menteri. Saya fikir kita mesti ada sistem proses yang open macam Amerika Syarikat dan lain-lain negara termasuk Indonesia dan sebagainya, even Thailand pun juga macam itu ada proses dia. Namun, we don’t have the process and excessive power pihak Perdana Menteri, as I think doesn’t sure independent of the judicious system. Minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya kalau hendak kiralah kalau diikut betul-betul Perdana Menteri ini dengan proses yang kita ada saya duduk tengok bila Yang Berhormat cadang macam di United State, rasa kita lebih baik. Macam di United State, president mencadangkan vetting dibuat oleh senate. Bila

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

president mencadangkan itu sudah nampak iaitu bahawa ia tidak bebas sudah sebab president suka dekat dia. Macam Gonzales dulu Bush kata. Makna sudah ada perhubungan itu. Kalau tidak akan hendak calon orang ini.

Jadi dia sudah suka orang ini. Ini Gonzales tolong vet. Tapi dengan sistem kita sebenarnya kalau ikut butir-butir ini Perdana Menteri tidak calon pun tidak tahu pun.

Tapi Perdana Menteri tidak tahu nama diberikan pada dia. Makna di vetting terlebih dahulu oleh commission ini barulah Perdana Menteri akan buat kali pertamanya kenal nama ini. Tidak ada kesempatan untuk ada perhubungan di situ.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apalah Yang Berhormat tidak setuju tidak apalah. Ini saya punya pandangan. Jadi Yang Berhormat kata dulu tidak proses, inilah proses yang kita hendak buat. Dulu memang tidak ada proses, orang tidak tahu pun. Tengok Yang Berhormat Kuala Krai lebih tahu daripada saya pasal prosesnya berbisik. Saya pun tidak tahu ada bisik tapi Yang Berhormat Kuala Krai tahu. Tidak ada proses, tapi sekarang ini ada proses. Jadi sokonglah dulu sebab lepas ini saya dengar banyak pelantikan hendak buat ini.

Jadi kalau kita delay, lambat, boleh bincang, tidak ada masalah. Tapi kalau boleh kita bincang, kita ambil pandangan ini perkara baru sudah tentu dalam perjalanannya try and error. Mungkin ada kebaikan boleh dilakukan. Saya tidak mengatakan bahawa ini yang terbaik. Sudah tentu dalam apa-apa hal pun mesti ada kekurangannya. Sebab itu amendment ini dibuat tiap-tiap kali. Tidak ada satu akta yang digubal langsung tidak ada amendment.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebab itu pada saya, kalau Yang Berhormat kata itu saya rasa sistem kita lebih baik kerana tidak ada hubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang dicalonkan itu melainkan kali pertama dia tahu namanya apabila commission memberi nama itu. Boleh saya jalan sikit paragraph, saya nampak. Saya kena bagi kebenaran kepada yang lain yang belum bercakap dulu.

Jadi biar saya lalu dulu.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Satu paragraph, satu page.

Sekarang saya ingin beralih kepada isu Perlembagaan yang melibatkan 161E. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak khususnya dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain secara amnya tidaklah perlu gundah gulana tentang kemungkinan rang undang-undang ini bercanggah dan peruntukan perkara 161E itu. Saya telah dengan jelas menghuraikan mengenai bagaimana rang undang-undang ini boleh berdiri sendiri tanpa perlu bergantung kepada pindaan dibuat kepada perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Bahawa rang undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam aspek apa sekali pun.

Dengan yang demikian maka turut tidak terbabit ialah perkara 161E, kerana perkara 161E(2)(b) menyentuh tentang keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak dan pelantikan, pemecatan, dan penggantungan hakim- hakim mahkamah itu. Seperti yang dijelaskan tadi, rang undang-undang ini memperkatakan pemilihan calon-calon untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi jawatan hakim dan tidak sama sekali menyentuh apa yang terkandung dalam perkara 161E(2)(b) itu.

Keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak tentang perlunya dikekalkan ruang untuk Ketua Menteri Sabah dan Sarawak memang telah diambil kira oleh kerajaan. Ruang rundingan yang dimaksudkan itu tidak langsung terjejas oleh rang undang-undang ini kerana proses pemilihan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini tidak melibatkan keperluan rundingan di bawah Perkara 161E(2)(b). Rundingan diperlukan jika Perlembagaan Persekutuan dipinda yang

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

melibatkan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang dijelaskan tadi apa yang diperuntukkan rang undang-undang tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi perkara-perkara yang dimaksudkan dalam perkara 161E(2)(b). Oleh itu tidak terdapat keperluan untuk mendapatkan persetujuan Tuan Yang di-Pertua Negeri bagi Sabah dan Sarawak.

Oleh itu juga rang undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak berbangkit pemakaian Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan mengenai ke perlembagaan ataupun constitutionality.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Machang.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Machang.

final • 5:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Biar pun berulang kali Yang Berhormat Menteri dalam memberikan jawapan cuba meyakinkan kita bahawa proses pemilihan oleh jawatankuasa akan berlaku dengan baik. Kalau dulu seorang, sekarang sembilan. Kalau sesekali kita bangkitkan pandangan dan pengalaman negara jiran misalnya, Yang Berhormat Menteri mengatakan tidak perlulah tengok itu, kita ada cara kita.

Tapi tidak apalah, sudi apa kiranya kita beri sedikit ruang misal kata untuk mengambil satu dua contoh ambilan daripada pengalaman negara jiran. Di Indonesia Yang Berhormat Menteri, apabila jawatankuasa ini mengenal pasti calon, ada satu ruang di mana rakyat ataupun khalayak boleh memberikan pandangan. Boleh membuat apa-apa aduan, boleh memberikan apa-apa bukti tentangnya. Kepada siapa rakyat boleh mengadu? Kepada jawatankuasa ini berkaitan dengan maklumat yang mereka ada katakanlah tentang salah laku atau sejarah lampau calon hakim ini. Itu dibenarkan melalui proses ini. Demikianlah cermatnya proses tapisan itu. Namun itu tidak ada dalam rang undang-undang ini.

Jadi apa sangatlah kalau pengalaman yang elok itu diambil. Kalau berlaku misalnya calon hakim kita hendak dilantik menjadi hakim ini, watak yang penting hendak menentukan keadilan tertegak. Kalau sejarah lampaunya pernah misal kata berkahwin di luar negara kemudian bila bukti itu terbongkar dia musnahkan evident, sijil nikah. Seorang ketua hakim yang hendak dilantik secara faktanya pernah misalnya memusnahkan evident dan rakyat ada maklumat tentangnya. Rakyat boleh kemudiannya membawa kes ini kepada jawatankuasa ini. Hari ini kita tidak ada saluran itu.

Kita juga timbulkan bahawa kuasa yang berlebihan kepada Perdana Menteri.

Ada baik dan lemahnya. Misal kata Yang Berhormat Menteri, perkara 37 ini menyebut Perdana Menteri boleh menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali. Berikutan dengan membuat akta ini melalui perintah yang disiarkan dalam warta membuat apa- apa ubahsuaian. Ubahsuaian itu maksudnya apa? Pinda, tambah, potong, ganti, ubah dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan akta ini. Kita berbahas hendak melahirkan akta tiba-tiba bila meluluskan akta ini perkara 37 itu menyebut Perdana Menteri boleh sebenarnya ubah, pinda, potong, tidak pakai. Katalah dalam masa dua tahun, lepas dua tahun tidak boleh. Tidak boleh gunakan kuasa ini. Dalam tempoh dua tahun, dalam tempoh 24 bulan kalaulah Perdana Menteri terfikir bahawa misal kata seksyen ...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan.

final • 5:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Berkaitan, misal kata seksyen 2, Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan Badan Kehakiman, semua ini. Dalam tempoh dua tahun Yang Berhormat Menteri, 37 ini kata jika sekiranyalah dia kata fasal ini tidak mahu. Dia boleh ubah dengan mengeluarkan perintah dan diwartakan, di sini ya. Bahkan 37(2) menyebut Perdana Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini, seksyen untuk ubahsuai dan segala macam ini, selepas habis dua tahun. 37(2) ini pun dalam tempoh 24 bulan Perdana Menteri boleh ubah.

Kita bahas berhari-hari, berjam-jam pecah kepala cari bahan tiba-tiba lulus sahaja yang akan ada ini, suara setuju lebih. Siapa setuju kata setuju, “setuju” sebelah sana. Siapa tidak kata tidak “tidak” termasuk meluluskan 37. 37 ini kata Perdana Menteri boleh ubah, potong, ganti, tidak pakai. Ini yang kita maksudkan kuasa

final • 5:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

berlebihan di sini. Satu perkara tapisan dan perolehan dan kedua ialah berkaitan kuasa.

Mohon respons Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Seksyen 37 saya hendak lanjut.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tolonglah saya sebab saya hendak menjawab. Jadi kalau orang itu bertanya saya fokus kepada soalan dia. Jadi kalau Yang Berhormat bangun pula nanti terganggu. Mungkin saya tidak boleh hendak jawab.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi sila bagi ruang kepada saya, sebab benda ini serius sebab saya cuba untuk nak mendengar pertanyaan dan pandangan, minta bantu saya, jadi pertama Yang Berhormat soal kalau rakyat nak bagi maklumat, itu terserahlah kepada commision itu. Tidak perlu kita perkatakan di sini bahawa Commision mesti mendengar, mesti mendengar apa rintihan rakyat.

Tak perlu standard operating procedure, itu terpulang kepada dia, sebab kita sebut sini cara mana yang dia nak menjalankan commission itu, terpulang kepada dialah dan saya percaya macam kata commission-commission yang lain yang bukan macam inilah, macam kita buat commission sementara menyiasat, dia dibenarkan untuk membuat dia punya apa dia punya cara bekerja macam mana.

Dia mendengar pandangan daripada rakyat, saya percaya commission ini juga akan berbuat demikian jadi kita serah kepada dia, bagaimana dia nak operate, itu terpulang kepada dia, dan kita tidak menghalang mereka dari menerima feedback daripada rakyat kerana menerima feedback daripada rakyat itu adalah satu proses penyiasatan, tapisan kepada nama-nama calon, tidak mungkin tapisan boleh dibuat tanpa menerima pandangan daripada rakyat.

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kedua Yang Berhormat, saya faham 37 ini merupakan satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tapi kalau Yang Berhormat terbuka hati sedikit, tidak melihat Perdana Menteri itu sebagai seorang yang wujud sesuatu, lahirkan anak, rosakkan anak itu.

Jadi kalau Perdana Menteri memang dia akan lahirkan anak, dia akan rosaklah, sebab ini rang undang-undang Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang didokong oleh Jemaah Menteri dia. Jadi bermakna Perdana Menteri dia buat keputusan bukan seorang, kita orang juga Jemaah Menteri sokong dan kalau yang di kalangan Jemaah Menteri jadi Perdana Menteri dia juga terikat dengan apa yang telah dipersetujui oleh kita.

Jadi sebab itu cuba buka hati sikit dan menyatakan mungkin 37 ini diwujudkan kerana apa yang kita nak adakan ini adalah satu perkara yang baru, perkara yang baru, dan kita tidak tahu apakah kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang yang akan boleh menyebabkan tergendala perjalanan baik undang-undang ini.

Jadi kita lihat yang sebelah positif, takkanlah kita nak kembali balik kepada ke Parlimen dan membuat emolumen ini setiap kali kita dapati ada anomaly dan perkara- perkara yang boleh menggagalkan perjalanan licin rang undang-undang ini, sebab itu jangka masa yang kita jangka apabila boleh diagakkanlah kalau budak-budak ini lepas katalah lepas dia merangkak dia berjalan itu maknanya dia punya gestation period itu dah lepas.

Jadi kita jangka dalam dua tahun mungkin sistem itu telah pun berjalan, diuji dan dalam dua tahun itu, kalau ada rosak sikit Perdana Menteri perbetulkan dan kemudian selepas dua tahun tak perlu lagi kuasa ini dia gubal begitu sahaja. Jadi saya minta Yang Berhormat bukalah hati sedikit untuk memikirkan apa

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat...

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita lakukan ini yang positif..

final • 5:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita tidak tahu apakah anomali akan berlaku,

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Minta Pasir Mas.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia tergugat, sebab itulah kita berikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk membuat pembetulan anomali dan tidak perlu kita bawa ke sini kerana kalau kita bawa ke sini dia akan makan masa lagi, emolumen dibuat, bersidang, kadang-kadang tak bersidang lagi, lepas itu Dewan Rakyat, Dewan Negara, makan masa, kerja kena berjalan.

Itu sahaja permintaan..

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Minta maaf Pasir Mas.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Seksyen 37.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya hendak bagi Yang Berhormat Pasir Mas, selepas Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh dapat laluan.

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta penjelasan, dan kalau penjelasan saya tidak intelligence, minta maaflah, sebab saya tidak belajar undang- undang, di Temple Inn kah, Lincoln’s Inn. Saya hanya belajar setakat Holiday Inn saja.

[Ketawa] Saya nak tanya Yang Berhormat, semua JAC ini adalah hendak proses bakal- bakal calon hakim untuk Perdana Menteri berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, itu saja, mudah kita faham dan nak cari calon yang terbaik adalah macam disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi, nak vetting itu nak vetting ini, bagus.

Saya nak tanya soalannya kita ni manusia, bakal hakim ini pun manusia macam kita, manusia macam kita, hari yang kita beting tu dia bagus, bagus perfect, maka dia dilantik itu dia jadi tidak bagus, sebab manusia boleh berubah dengan adanya jawatan, jadi ini semua bukan jaminan sebab dalam aspek agama pun kita lihat ada manusia, dia baik maka kita lantik, dia baik, dekat nak mati dia dulu masuk neraka, tapi ada yang karut, dia mengucap dua kalimah syahadah, akhirnya masuk syurga.

Ini persoalannya, sebab itu pada saya itu satu soalan, soalan yang kedua dari segi ultra vires, saya nak tanya, ini proses untuk nak bantu Perdana Menteri mengangkat nama kepada Yang di-Pertuan Agong, akhirnya pelantikan tidak bercanggah dengan 122B, tak ada sebab, hanya sekadar proses nak dapat calon yang terbaik daripada bawah daripada seorang dari Jawatankuasa.

Jadi kalau itu yang diyakini, tidak ultravirus maka saya tidak ada masalah sebab daripada dulu pelantikan seorang ini, ramai-ramai alhamdulillahlah, sekarang ini dapat betis, paha itu kita minta kemudian. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Terima kasih Pasir Mas kerana menyokong saya, saya pun tidak dapat nak menjamin 100% apa yang ditapis oleh Commission ini akan 100% menjaminkan bahawa mereka apabila menjadi hakim tidak akan berkelakuan tidak baik, terima kasih Yang Berhormat.

Jadi apa sekali sistem kita adapun bukan full prove 100%, sila Bukit Gelugor.

final • 5:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri, berhati- hatilah, bos awak ada dalam Dewan ini. How could you have lived so long and learn so little?

Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bolehkah semua Yang Berhormat di sini meneliti huraian kepada rang undang-undang ini. Definetely not a `statement, saya baca apa yang relevan.

“This bill will complement the existing provision of the Federal Constitution. I repeat dengan izin, this bill will complement the existing provision of the Federal Constitution . What is this the meaning of complement?

Adakah sedar apa makna complement? Complement means to make perfect, to complete. Bolehkah satu rang undang-undang make perfect dan complete undang- undang utama dalam negara ini, the supreme law the land is being completed being perfected by (a) Act of Parliament. Bolehkah itu dipertahankan, bolehkah saya dapat penjelasan.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya nak mengingatkan Yang Berhormat Bukit Gelugor, walaupun Perdana Menteri ada di sini kita tidak ada suasana fear terhadap pemimpin, sebab itu kita bebas, tidak macam DAPlah takut, sebab itu dia merasakan sama ada saya beranikah tak berani, kami tidak ada masalah, ya?

Berkenaan dengan complement, bagi saya complement undang-undang tubuh menyatakan apa undang-undang itu, complementnya ialah kita mengadakan akta untuk menyediakan pelaksanaan dia, kerana dalam perlembagaan dia tidak sebut apakah caranya untuk kita melaksanakan kehendak Perlembagaan, melainkan kita mengadakan undang-undang.

Jadi kalau kata macam berkenaan dengan hak istimewa orang Melayu, dia menyatakan situ hak istimewa orang Melayu, ya? Akan tetapi apa mekanismenya? Akta itu akan berikan penguat kuasa kepada pernyataan dalam Perlembagaan, begitulah juga di sini, pernyataan itu menyatakan bahawa hendaklah Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik di atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Raja- raja Melayu, tapi dia tidak sebut bagaimana Perdana Menteri itu dapat nama-nama.

Sebab itu selama hari ini ada cara berbisik, ada cara itu..

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi sebab kita adakan undang-undang ini untuk compliment pernyataan di dalam undang-undang Malaysia - Persekutuan. Jadi kita complimentlah kerana tidak kesampaian ke bawah kalau kita tidak ada akta-akta. Jadi akta ini memang compliment Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pokok Sena, 37.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya nampak Yang Berhormat Puchong...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, kalau kita rujuk kepada Perkara 122B, Perlembagaan Persekutuan, di situ jelas mengatakan bahawa Perdana Menteri akan pertamanya consult the conference of rulers itu satu. Keduanya Chief Justice. Hanya dua yang disebutkan. Maknanya setakat sejauh mana, as far as the constitution is concerned, hanya dua pihak yang akan diconsult. Itu jelas, tidak payah penjelasan dari Menteri.

Tidak ada sebarang kenyataan di situ berkenaan dengan commission. Jadi tidakkah bersetuju Yang Berhormat Menteri bahawa di sini jelas, bahawa peruntukan untuk commission itu tidak compliment Federal Constitution, kerana Federal Constitution itu jelas mengatakan consultation hanya daripada conference of rulers dan Chief Justice.

Ini tidak ada sebarang sebut dibuat berkenaan dengan commission.

Dalam kata itu, tidakkah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa perkara atau seksyen 28 atau keseluruhan rang undang-undang ini, yang memerlukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendapatkan rekomendasi atau consult dengan commission ini di luar jangkaan artikel 122B dan dengan sedemikian bertentangan dengan kehendak-kehendak dan semangat artikel 122B. Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada nama, hendak consult apa? Kalau tidak ada nama. Pasal Yang Berhormat kata hendak lantik hakim ini, namanya itu sudah ada dan kita kena consult dengan Agong, kita kena consult Raja-Raja Melayu, council dengan Chief Justice kita kena consult.

Apa yang hendak kita consult, kalau namanya tidak ada. Kita akan cakap angin sahaja, tetapi apa yang berlaku...

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta maaf, bagi saya jelaskan soalan saya. Apa yang saya tanya adalah sangat mudah. In article 122B, jelas berkaitan dengan lantikan hakim, the PM only consults conference of rules, and Chief Justice is there, only two persons. Nothing stated what so ever but commission. Jadi yang saya tanya bukankah rang undang-undang ini di mana perlunya sekarang Perdana Menteri consult commission dapat recommendation itu di luar. Oleh kerana 122B doesn’t talk about commission, bukankah ini di luar 122B dan dengan sedemikian ia bertentangan dengan 122B, that’s the question. Semudah itu sahaja.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, tidak.

Maksud saya, ini berlaku sebelum ia consult kerana sebelum ia consult perlu ada nama. Apabila tidak ada procedures, struktur untuk dapat nama, ini yang Vincent Tan, V.K. Lingam kena consult. Sebab ini yang menjadi isu sekarang ini. Bila tidak ada prosedur, kerana Perdana Menteri akan minta nama. Jadi ini yang dikatakan V.K.

Lingam punya tape...

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bagi saya jawab dahulu. Sebab itu orang kata yang diconsultnya V.K. Lingam, Vincent Tan dan lain-lain lagi. Jadi jangan lagi berlaku perkara ini. Oleh sebab itu kita hendak nama, nama sahaja.

Apabila kita sudah dapat nama kita consult. Itu kita...

final • 5:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Consult Putrajaya?

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukankah ianya jelas bahawa commission ini tidak disebut dalam Federal Constitution, so tidak boleh diconsulted. Its a prerogative for the Prime Minister.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, betullah.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, kalau macam itu sekarang kalau kita hendak masukkan cadangan daripada commission tidakkah kita perlu masukkan commission dalam Perlembagaan Persekutuan? Kalau tidak its outside the ending of the scope of the requirement of Federal Constitution. You cannot ask or consult the commission because the constitution leads it to conference of rules and Chief Justice.

So, this bill is unconstitutional.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak kerajaan di sini consult, maknanya berunding dengan Chief Justice. Jadi dia tidak memerlukan kita untuk menyediakan satu process yang mesti dibuat dalam constitution itu juga, tidak perlu. Kita buat commission, macam-macam commission kita buat yang dibenarkan. Dalam hal ini juga saya faham apa maksud Yang Berhormat.

Ini cuma before kita merujuk kepada - ini susah, sebelum kita menggunakan kuasa consulting, jadi kita hendak dapat nama-nama ini. Sebab soal di sini boleh, tidak perlu ada commission ini ikut suka hati Perdana Menteri sahaja. Ambil nama daripada mana sekalipun, tetapi kita hendak perbetulkan supaya proses untuk beri nama. Serupa juga dengan rating system. Apa salah sebenarnya, kalau tanpa ada rang undang-undang ini Perdana Menteri boleh buat. Kata buat ad hoc sahaja, ini temporary punya jawatankuasa, besok kalau Yang Berhormat Kepala Batas tidak jadi Perdana Menteri bubar jawatankuasa ini, dia boleh buat. Makna...

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tidak lama lagi!

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat, saya ingat kalau Yang Berhormat tidak serius mahu berbahas boleh keluarlah, sebab kita berbincang benda serius. Ini Ketua Hakim akan datang, akan dilantik menerusi proses ini. Kalau rasa tidak mahu bincang, boleh keluar. Sebab sekurang-kurangnya mesti hormat Perdana Menteri. Mana boleh cakap tidak lama lagi, tidak baik. Dia ada di sini, saya harap jangan bangkit perkara ini. [Tepuk] Yang Berhormat orang timur, orang timur tidak buat macam itu. Jadi saya cuba hendak terangkan Yang Berhormat, ini cuma hendak dapatkan nama. I understand, saya faham. Akan tetapi macam inilah, memang tidak boleh diselesaikan di sini. Saya berpandangan pendapat saya betul....

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukankah lebih mudah untuk kita untuk mengelakkan kekeliruan, buat pindaan sahaja kepada Perlembagaan.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa, apakah masalah dia?

final • 5:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh bukan, boleh bukan?

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

2/3 lah.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

We can consider.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini saya cakap terus terang.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Di sini Yang Berhormat Menteri kata bahawa tidak ada cadangan pindaan kepada Perlembagaan kerana kerajaan bimbang tidak akan dapat 2/3.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Banyak benda yang kita hendak buat sebagai contoh semalam pun, kita hendak buat commission anti-corruption supaya kita boleh lantik orang tentukan gaji, tetapi apabila kita hendak buat, kita terpaksa buat pinda Perlembagaan. Yang Berhormat, ini tidak payahlah kita berpura-pura.

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita tidak mahu membuat sesuatu berdasarkan kemungkinan. Kalau Yang Berhormat Perdana Menteri kata, “Nazri, kita amendment Constitution, you boleh cakap dengan pembangkangkah?” Saya tidak berani hendak jamin. Kita tidak ada 2/3. Eight sort itu realiti dan Yang Berhormat in politics we cannot take the risks.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Realitinya Yang Berhormat Menteri, kalau kita bentangkan di sini...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

... yang kita boleh bahas dan convince oppositions, kita bersetuju, tetapi buat apa...

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Hendak convince macam mana?

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terpulang dan...

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Hendak convince macam mana?

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You kena ada semangat can convince us. We are prepared to listen.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita buat yang baik pun bangkang.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong tidak perlu berdialoglah.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Semalam kita hendak buat perkara yang baik...

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita sedia hendak dengar.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

ICAC, bangkang juga. Jadi kita tidak...

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

ICAC kita sokong.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong...

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

... hendak tengok sama ada boleh dapat tidak. Saya tidak mahu bekerja berdasarkan...

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada harapanlah sedikit. Kita boleh dengar kalau beri cadangan baik, kita boleh dengar, kita boleh sokong, tidak ada masalah.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita tidak boleh menyelami...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

... hati Yang Berhormat belah sana. Akan tetapi kita boleh buat kesimpulan daripada cara bagaimana bangkangan dibuat terhadap kerajaan di dalam Dewan. Kita sudah tahu.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

So, kita tidak mahu mengambil risiko ini ya. Kita mahu supaya yang lebih penting supaya we put in place satu sistem yang boleh mengatasi masalah yang telah dihadapi dahulu dan sebagai janji kita, kalau semuanya kita di sini bekerja ke arah untuk be positive, dengan izin, dan cari jalan bantu saya. Kita hendak mengembalikan keyakinan. Itu semua kita punya kehendak. Jadi walaupun this is a small step, but it is a first step.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That’s true.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

It’s a first step. So kita minta sokonglah.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, saya boleh bagi jaminan sekarang...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...lapan orang di sini, sepuluh orang boleh sokong.

final • 6:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak boleh. Yang Berhormat bukan Ketua Pembangkang.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bersediakah terima? Kita boleh sokong.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ketua Pembangkang ada di depan itu. Sudah, sudah.

final • 6:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak boleh pakai kenyataan daripada mana-mana Yang Berhormat. Saya hendak dengar cakap WHIP ini, Ketua Pembangkang. Kita pun...

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh, boleh, tanya dia.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu Yang Berhormat kata.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tanyalah. Kenapa takut sangat ini?

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Lagipun ada tiga parti.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tahu Yang Berhormat hendak tarik kami supaya pinda, selepas itu macam-macam boleh berlaku nanti. Dua pertiga bukan senang hendak dapat, Yang Berhormat. Jangan, jangan, jangan. Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Partisan politik yang dimainkan oleh pembangkang tidak meyakinkan kami bahawa Yang Berhormat honorable untuk menyokong kami. [Tepuk] Ya?

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih menteri. Saya telah menunggu dengan sabar kerana nampaknya sebelah sana sahaja yang bercakap, seolah-olah bahagian Backbenchers ini jadi tunggul kayu sahaja. What do you think?

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Memang betul.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah dengar begitu ramai bercakap daripada Ketua Pembangkang sehingga yang lain-lain, semua serupa sahaja iaitu mereka hendak lihat apa yang mereka hendak lihat. They want to see what they want to see.

Mereka hendak dengar apa yang mereka hendak dengar. Mereka tidak mahu dengar yang lain daripada itu. Dengan sebab itu, apa juga alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tidak akan diterima. Padahal telah diterangkan berulang kali, apakah komitmen yang dibuat oleh kerajaan dan penambahbaikan yang dibuat daripada masa dahulu hingga ke hari ini.

final • 6:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Pasir Salak minta penjelasankah apa? Saya tidak mahu dengar ceramah di sini.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan ganggu, Yang Berhormat. Biarkan dia, Yang Berhormat. Tidak payah respons, Yang Berhormat Pasir Salak, teruskan.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau mahu berkempen, carilah tempat lain.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih di atas teguran itu. Saya cuba memperbaikinya. Oleh itu sudah jelas tetapi rakan-rakan kita di sebelah sana ingin melihat Yang Berhormat Menteri, sistem daripada negara lain, negara asing, seolah-olahnya sistem kita ini mesti ikut sistem pelantikan hakim mengikut tatacara, prosedur orang luar. Saya hendak mengingatkan atau ingin mendapat penjelasan dan komen daripada Yang Berhormat Menteri, ini soal sistem kehakiman, pelantikan hakim. Sistem tidak menentukan keberkesanan. Bagaimana dengan sistem ekonomi juga yang diguna pakai.

Dahulunya negeri China satu sistem, berubah sekarang. Rusia satu sistem yang mereka anggap baik, apa jadi kepada sistem itu? Dan juga Amerika sendiri pun, kita dapati keruntuhan sistem yang diamalkan oleh mereka itu dapatkah kita menjamin bahawa sistem-sistem yang diamalkan di merata tempat yang disanjung tinggi oleh rakan-rakan kita daripada pembangkang itu terjamin masa depannya, tidak. Kita tidak boleh mengatakan ada jaminan.

Jadi dengan sebab itu, Yang Berhormat Menteri, saya rasa eloklah kita meneruskan agenda kita ini yang jelas dan nyata berniat untuk memperbaiki sistem kehakiman yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan yang sudah berlalu itu biar ia berlalu. Mari kita lihat ke hadapan. Ini dia, melihat ke hadapan. Be positive, kata Yang Berhormat Menteri. Kenapa selalu negatif? Bagaimana kita hendak maju kalau kita sentiasa berfikiran negatif? Bagaimana, Ketua Pembangkang? Setuju tidak?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Menganggukkan kepala]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ha, setuju. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Saya harapkan dia bercakap panjang sedikit, saya hendak pergi bilik air tetapi tidak apalah. Orang Barisan Nasional berucap pun dia cakap panjang sedikit ya, hendak buang air sekejap.

Walau bagaimanapun, saya hendak terus dengan satu muka sebelum kalau ada pencelahan. Saya nampak pun Puchong pun ada consult apa-apa, saya pun tidak tahulah. Jadi sudah tentu ada, jadi biar. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas bertanya...

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...sama ada bolehkah Yang Dipertuan Agong menolak nama yang dicadangkan...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan, Yang Berhormat. Selepas ini.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...oleh suruhanjaya... Apa dia?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak. Saya suruh Teluk Intan untuk duduk dahulu.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Duduk dahulu, ya, duduk dahulu. Okey? Ha, okey. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas bertanya sama ada bolehkah Yang di-Pertuan Agong menolak nama yang dicadangkan oleh suruhanjaya kepada Perdana Menteri dan melantik orang lain. Seperti yang dijelaskan tadi, rang undang-undang ini memperkatakan perkara-perkara yang mendahului pelantikan hakim-hakim. Berhubung dengan persoalan sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh menolak nama yang dicadangkan oleh suruhanjaya kepada Perdana Menteri dan melantik orang lain, Yang Berhormat sedia maklum bahawa dalam keadaan sedia ada pun, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan tidak mempunyai budi bicara untuk menolak nasihat itu. Ini telah pun diputuskan dalam kes mahkamah. Keadaan yang sama tidak berubah walaupun dengan adanya rang undang-undang ini.

Ahli Yang Berhormat dari Kuala Krau bertanya sama ada adakah boleh Perdana Menteri menolak nama seberapa kali yang dimahukan atau ada hadnya.

Fasal 27 memperuntukkan bahawa Perdana Menteri boleh meminta dua nama lagi untuk dipilih dan disyorkan bagi pertimbangan berkenaan dengan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Ini bermakna bagi pemilihan hakim-hakim yang disebut dalam fasal 27, Perdana Menteri boleh meminta sekali lagi dua nama bagi setiap jawatan yang kosong. Ini juga bermakna bahawa bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman tiada sekatan yang serupa diperuntukkan.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, kami telah hampir dua hari berbahas, semalam pun larut malam. Jadi kalau sekarang Yang Berhormat Menteri mengatakan this is just to collect names, jadi apa pula ada akta untuk tujuan tersebut? Iklan sahajalah sebab apabila kita menggubal satu akta, mesti Perlembagaan Persekutuan terpakai dan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, saya tahulah Yang Berhormat amat arif tentang fasal 4.

Anything that is inconsistent with the Federal Constitution will be voide to that extent.

Jadi tidak perlulah mengadakan satu akta. Kita carilah nama sahaja seperti Yang Berhormat Menteri katakan, cari nama sahaja. Padahal rang undang-undang ini betul-betul digubal untuk kebebasan badan kehakiman. Semalam saya sudah sebut, dari 37 seksyen, 21 seksyen menyebutkan nama Perdana Menteri. Jadi mana ada kebebasan. Sampai elaun pun Perdana Menteri hendak tetapkan. Jadi saya rasa kita kena serius lagi. If you have the will to just push through, we can’t stop you. Let’s be serious, put through the amendments we want. We cannot accept this rang undang- undang in its present form. Just advertise only, just to collect the name, you just advertise. So it will not be against the Federal Constitution. Why have a bill and then it is definitely going be in conflict. Sila jelaskan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Same issue, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oh, Ketua Pembangkang.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Ini soalan Yang Berhormat Menteri tanya saya berulang kali, Tuan Yang di-Pertua. Saya telah berunding dengan semua pemimpin Parti Pakatan Rakyat. Semalam saya sebut, di bawah Perdana Menteri sekarang ada komitmen. Jadi, kita juga mahu memanfaatkan waktu dengan sebaiknya supaya komitmen terlaksana. Kami tidak yakin komitmen

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

yang sama ada di kalangan ramai pimpinan lain. Yang Berhormat Menteri sebut ini langkah awal. Saya setuju.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Langkah apa?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Langkah awal untuk pindaan ini. Saya setuju tetapi saya kata, mengapa tidak manfaatkan supaya ada dan lakukan pindaan Perlembagaan. Yang Berhormat Menteri kata tidak dapat jamin, mana tahu kalau-kalau pembangkang ini sandiwara politik untuk menyinggung dan sebagainya.

Saya hendak bagi pengakuan ulangan di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Usul ini, pindaan ini, dengan peruntukan-peruntukan tertentu yang kita lihat untuk memperkemas bukan sahaja Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini, bahkan semalam tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, sama pendiriannya.

Jadi, saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa untuk kepentingan separation of powers yang telah disebut sejak tahun 2004 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita tidak akan berdolak-dalik. Kita akan bagi sokongan yang penuh. Tiada sesiapa yang meminta kebebasan mutlak. Yang Berhormat Menteri pun tahu, seorang peguam yang terlatih, kita hanya tahu check and balance, imbangan kekuatan institusi masing-masing. Oleh yang demikian saya hendak ulangi bagi pihak semua teman bahawa kita akan tetap menyokong peruntukan manakala pindaan Perlembagaan dirujuk dan dibahaskan dan saya minta rakan-rakan saya berdiri untuk tunjukkan kesediaan kita menyokong pindaan Perlembagaan.

[Semua Ahli Pembangkang bangun berdiri] Yang Berhormat Perdana Menteri hanya perlukan lapan orang. Kita ada jumlah yang lebih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

No, this is a serious matter sebab kita bimbang langkah awal ini tidak akan dapat jawapan kalau Perdana Menteri tidak gunakan kesempatan yang ada sekarang. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat tuduh saya ini bersandiwara, saya ingat bukan saya dengan Perdana Menteri yang banyak. Tidak main sandiwara. Takut yang tadi berdiri semua sandiwara sahaja. [Tepuk] Yang Berhormat, saya cuma boleh membuat kesimpulan partisan politik pihak pembangkang daripada fiil dan tindakan mereka. Kalau kerajaan hari yang ada 140 kerusi, itu pun cuba untuk dirampas dengan cara yang tidak baik. Macam mana saya hendak percaya bahawa kita boleh mendapat sokongan daripada pihak sebelah sana. [Tepuk]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat, bagi peluang saya jelaskan. Ini saya ingat kenyataan kurang adil. Yang Berhormat Menteri tahu proses demokrasi. Parliamentary democracy di mana di dunia yang tidak mengizinkan vote of non-confidence terhadap pemerintahan yang ada. Thailand, baru berlaku. Percubaan di India masih berlaku sekarang, gagal. Akan tetapi soalnya bagi kita di Malaysia ada sahaja persoalan seolah-olah satu dosa besar, bertentangan Perlembagaan, hendak rampas. Saya hendak sebutkan Yang Berhormat Menteri, kerana sebutnya dengan cara sopan dan hormat saya tidak keberatan untuk ulas kerana ada juga yang sebutnya cara ganas hendak mempertahankan sistem kuku besi yang ganas. Kalau nama demokrasi, campak hakim, humban orang ke penjara, mempermainkan polis, demokrasi apa yang kita bicarakan?

Di sini saya hendak jelaskan kita guna constitutional legal process. Itu yang saya bicarakan tidak lain daripada apa yang berlaku dalam semua negara demokrasi.

Ada rasa ada kekuatan kita bawa usul. Masa yang sesuai kita beritahu tetapi janganlah pula oleh kerana begitu hendak sebut soal rampas, rompak, apa Yang Berhormat?

Jangan begitu! Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya peminat politik dan saya juga banyak baca politik. Apa yang berlaku di India, apa yang berlaku di Thailand, tidak ada satu parti atas satu lambang yang menguasai 50% kerusi dalam Parlimennya. Dia coalition, merupakan waktu pilihan raya bertanding berbeza.

Selepas pilihan raya barulah hendak bergabung, tidak ada satu parti. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Barisan Nasional ada 140 lebih daripada 50%. [Tepuk]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Thailand ada satu parti dipimpin oleh Thaksin, satu parti. Yang Berhormat, check your facts.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat, check tadi...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

With due respect, check your facts. The majority party...

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, baik. I think you check your facts...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Perdana Menteri, [Memandang ke arah tempat duduk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri]

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

No, no..

final • 6:10 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

You better tell your Minister, please, sebagai... [Ketawa] Factually, I’m sorry to say. Minta maaf, dari segi fakta Yang Berhormat sahabat saya salah dalam soal Thailand. Thailand parti yang memerintah sebelum ini mempunyai majoriti - simple majority dalam Parlimen. One party. Yes.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Simple majority, bermakna dia menubuh kerajaan bukan dia seorang. Dia menubuh kerajaan dengan parti-parti yang lain, tambah dengan parti-parti...

Yang Berhormat, jangan. Saya pun orang Patani, Yang Berhormat. Saya tahu, saya ikut Thailand punya. [Disorak] Saya setuju dia ada simple majority tetapi dia tidak tubuh kerajaan dia seorang. Dia bersama-sama dengan parti-parti lain. Bila parti-parti lain cabut lari, yang itu dia goyang. Saya tidak tahu Matematik saya tidaklah bagus sangat, tetapi bagi saya 82 itu jauh, cukup kurang daripada 140. [Disampuk] Mana demokrasi? Kalau demokrasi yang besar menguasai, tetapi ini tidak tahu demokrasi apa, yang 82 hendak ugut 140! Pergi ikut mana sekali pun kita majoriti hendak ugut apa? Jadi, dengan sebab itulah Yang Berhormat, Yang Berhormat sabar.

Sebenarnya saya malas, kalau Yang Berhormat Ipoh Timur ini lainlah sikit. Tidak mengapalah, kita pergi kepada yang lain pula.

Saya anjak sedikit. Ahli Yang Berhormat Telok Intan membangkitkan huraian rang undang-undang ini yang menyebut bahawa objektif rang undang-undang ini adalah untuk memelihara prerogatif Perdana Menteri dan menyoal bagaimana kebebasan kehakiman boleh wujud jika Perdana Menteri mempunyai peranan sebagaimana yang disebutkan dalam fasal 21 dalam rang undang-undang ini. Huraian kepada rang undang-undang ini menyebut tentang pemeliharaan prerogatif Perdana Menteri kerana memang tujuan rang undang-undang ini adalah untuk memelihara prerogatif Perdana Menteri. Malah banyak juga yang ditanyakan oleh sebahagian besar masyarakat kita, apakah prerogatif Perdana Menteri itu terjejas. Kalau terjejas perlu kepada pindaan Perlembagaan. Oleh kerana kita memelihara prerogatif Perdana Menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan supaya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang membangkit tentang isu kesahan rang undang-undang ini dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Itulah Yang Berhormat, lain kali Yang Berhormat ingatkan saya kalau suruh saya serius dalam hal ini. Akan tetapi Yang Berhormat, kalau serius lain bila menteri menjawab awal-awal datang sebab saya repetitious. [Bercakap kepada Yang Berhormat Teluk Intan] Menjawab soalan Yang Berhormat tadi yang telah saya jawab terlebih awal daripada Ahli Yang Berhormat yang lain. Kalau hendak serius maknanya Yang Berhormat kena datang, macam saya serius. Awal lagi.

Yang Berhormat Wangsa Maju yang bertanya apakah sebenarnya tujuan fasal 2. Apakah fasal ini diperlukan kerana sebelum ini tidak ada kebebasan kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 2 mengukuhkan amalan kerajaan dalam mendukung kebebasan kehakiman. Sejak sekian lama kebebasan kehakiman telah bertapak di negara ini. Ia bukan sesuatu yang baru untuk diperkenalkan melalui fasal 2 rang undang-undang ini. Fasal 2 mencerminkan kepada rakyat jelata apa yang selama ini di dokong dan dipertahankan oleh kerajaan apabila kita memperkatakan tentang badan kehakiman.

Yang Berhormat Pokok Sena mempersoalkan kenapa hanya pesuruhjaya kehakiman sahaja yang perlu memohon menjadi hakim Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntukkan dalam fasal 29. Mengenai persoalan ini ingin saya maklumkan di sini

final • 6:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

bahawa fasal 29 ini bertujuan untuk memperjelaskan kedudukan pesuruhjaya kehakiman yang dilantik sebelum permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan oleh rang undang-undang ini iaitu mereka juga dibolehkan untuk memohon menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya kelmarin, saya juga ada timbulkan masalah penggubalan rang undang-undang dan Yang Berhormat Menteri tidak jawab langsung. Seperti subfasal 6(1) di mana bahasa Inggerisnya mengatakan di sini, “Members of the Commission appointed under paragraphs 5(1)(e) and (f) shall hold office for a period of two years and is eligible for reappointment but no member shall hold office for more than two terms”.

Dalam bahasa Inggeris ini, memang ‘members’ ini, ‘is’ ini memang salah.

Sama ada Yang Berhormat Menteri hendak buat apa-apa pindaan tak? Oleh sebab ini menunjukkan bahasa standard penggubalan kita ini amat teruk. Ini Parliamentary draftsmen di bawah Jabatan Peguam Negara ini memang salah. Ada banyak lagi yang saya sebutkan pada kelmarin, ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dan lapan semua, sembilan semua.

Sama ada hendak buat apa-apa pindaan atau tidak? Ini amat penting, kalaulah kita membenarkan standard penggubalan ini dimasukkan dalam statut kita, memanglah ini akan memalukan negara kita. Saya harap Menteri berkenaan beri penjelasan, janganlah kita luluskan ini akan reflect kedudukan Menteri sendiri dan juga Perdana Menteri. Saya tidak mahu nampak keadaan yang sedemikian berlaku. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak sebutlah bahawa naskhah saya adalah naskhah dalam bahasa Malaysia dan kalau sekiranya ada masalah tenses ataupun spelling dan editorial, kalau ianya tidak membawa makna yang lain maka ia tidak perlu diadakan pindaan. Apa juga kita akan rujuk kembali kepada dalam bahasa Malaysia dan saya akan perbetulkan yang mana yang boleh diperbetulkan melalui pembetulan setiausaha di bawah Peraturan Mesyuarat 96(2). Saya ambil maklumlah teguran Yang Berhormat berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris ini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat, sekejap, sekejap.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Fasal 2 tadi, mohon penjelasan.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sekejaplah, nanti. Yang Berhormat Ipoh Barat mengusulkan bahawa peguam boleh juga dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman sebagai satu cara untuk mengurangkan kekosongan jawatan Hakim di Mahkamah Tinggi. Kalau Yang Berhormat minat pun boleh minta ya. Tidak ada sebab mengapa peguam tidak boleh dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman.

Sekiranya mereka didapati layak dan sesuai untuk dilantik sedemikian oleh pihak-pihak yang berwibawa. Jadi tidak ada masalah Yang Berhormat. Sebenarnya masalah ialah saya hendak beritahu bahawa mereka tidak minat untuk menjadi hakim. Ini satu masalah yang kita hadapi.

Kita cubalah selepas ini sebenarnya kita ada bincang dengan Jemaah Menteri untuk memikirkan tentang pertamanya kenaikan gaji, keduanya tenure yang lama.

Mungkin kita sedang memikir untuk melanjutkan umur persaraan, mungkin daripada 66 pergi ke 71 tahun dan macam-macam lagi kita sedang lakukan. Jadi ini mungkin boleh menarik perhatian orang-orang swasta kerana dia rasa dia tak larat dah nak jadi ambulance chaser, dia boleh jadi hakim sekurang-kurangnya sampai 68, 69, 70 tahun boleh jadi hakim. Kerja yang dia suka, gaji yang lumayan dan masa tua dia terjamin.

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Semalam bila saya bangkitkan mengenai pelantikan peguam-peguam. Saya fokus kepada bila permulaan tahun 80-an di mana beberapa peguam-peguam dilantik sebagai Judicial Commissioner. Untuk tidak sampai tiga bulan ke enam bulan, mereka berkhidmat

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

sebagai like ‘circuit judges’. Itu pandangan saya, sekarang saya tidak tahu kenapa ia tidak digunakan lagi sementara as a short gap matter, kita lantik mereka untuk tiga bulan, enam bulan, mereka berkhidmat dan selepas itu mereka balik sebagai peguam.

Ini macam saya bagi satu nama iaitu Yang Mulia Raja Aziz Adruse, dia pernah menjadi Judicial Commissioner, itu nombor satu.

Nombor dua, saya juga ada bangkitkan mengenai rang undang-undang ini hanya berkaitan dengan pelantikan tetapi tidak ada apa-apa yang dinyatakan mengenai kenaikan pangkat iaitu promotion exercise yang menjadi satu perkara yang sangat mustahak di dalam kehakiman di negara ini. Kita semua tahu bahawa justice Gopal Sri Ram dari tahun 1992 hingga sekarang, tempat yang sama. Kenapa walaupun dia yang satu-satu hakim yang very fast in return judgment, landmark judgment dikeluarkan oleh beliau, kenapa hingga sekarang tidak ada kenaikan pangkat untuk beliau dan lain-lain hakim di negara ini?

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, soal elevation ke jawatan-jawatan hakim ini dilaksanakan pencalonannya seperti dalam perlembagaan dan nama-namanya itu sudah tentulah ditapis juga oleh pihak commission ini. Jadi sebab itu kalau kita tengok, kalau Yang Berhormat sebut promotion, kita kata samalah elevation ke ketua hakim. Maknanya dibincangkan juga, ke jawatan presiden Mahkamah Rayuan, dibincangkan juga, ke jawatan CJM dibincangkan juga. Jadi semuanya itu nama-nama yang di bincang oleh commission.

Kemudian berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh, oleh sebab Yang Berhormat sebut secara spesifik nama Gopal Sri Ram, saya memahami bahawa beliau juga di antara hakim yang dianggap sebagai amat dihormati dengan keputusan- keputusan yang dibuat. Jadi untuk mengatasi masalah inilah yang kita adakan commission ini. Sebab itu Yang Berhormat, saya nampak bersimpati dengan beliau, jadi jangan kita lambatkan what was due to him earlier.

Jadi kalau kita buat rang undang-undang hendak amend constitution lambat lagi, kasihan kat dia. Mungkin bulan dua, bulan tiga baru dia... Jadi sekarang kita put in place dan kita harap, kita berdoa. Sebenarnya saya pun baik dengan beliau, saya rasa beliau seorang hakim yang baik dan saya amat harap sangat supaya kalau dilihat sebagai penganiayaan terhadap beliau di masa yang lepas, tidak akan berlaku dengan wujudnya commission ini. Saya pun mengharapkan begitu sebab saya kenal dia tetapi not fair saya cakap macam ini. Yang Berhormat bangkit dulu ya, bukan saya ada apa- apa dengan dia ya.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Banyak kali saya bangkitkan.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Banyak kali betul.

final • 6:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti saya baca sikit, saya janji.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Janji?

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya duduk dulu Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dengan ‘jambu’ saya janjilah.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dua-dua ya. Yang Berhormat Menteri sini juga.

final • 6:20 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey, okey. Kang saya tak bagi kang tak ‘jambu’ pula dia rasa. [Ketawa] Duduklah, langsung tak boleh ambil kira.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju menyatakan fasal 29 dikatakan menjatuhkan maruah hakim kerana ianya bukan satu dignified appointment.

Terpulanglah kepada persepsi dan interpretasi Ahli Yang Berhormat dalam menilai maksud yang terungkap dalam fasal 29 ini. Saya telah menjelaskan tadi rasional penggubalan fasal 29 iaitu Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dilantik tidak terkecuali daripada pemakaian rang undang-undang ini. Jadi untuk tidak mengecualikan mereka, maka perlulah kita membuat pemilihan sama ada melalui permohonan yang

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

dikemukakan atau kaedah lain yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peraturan ini.

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya faham Yang Berhormat bangkitkan tetapi kalau Yang Berhormat lihat kita minta dia mohon kembali. Ini Yang Berhormat kata, janganlah suruh dia mohon tetapi sebenarnya Yang Berhormat kena lihat dari segi positifnya kerana seseorang itu yang dilantik sebagai Judicial Commissioner selalunya katalah private practitioner, dia mahu cuba menjadi seorang hakim. Jadi kita memang hendak menggalakkan daripada pihak swasta, tidak ada masalah. Sebenarnya Yang Berhormat Ipoh Barat cakap tadi, circuit tadi I’m sorry saya pun tak tahu.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi benda ini berbangkit saya akan bangkit perkara ini dengan pihak kehakiman mengapa ianya tidak diteruskan yang Judicial Commissioner yang buat circuit ini. Tidak habis lagi, jadi apabila katan Yang Berhormat Wangsa Maju seorang practitioner 30 tahun jadi katalah Ketua Hakim sesiapa kata you trylah jadi judge, jadi Yang Berhormat kata ishhh but persuaded dengan izin ikut.

Jadi apabila dia jadi Judicial Commissioner jangan kita ingat kita lihat daripada segi negatif kita ini hendak bagi dia profesion, tidak tetapi sebenarnya kita hendak beri peluang kepada dia kalau setelah tiga empat bulan dia jadi hakim, dia rasa tidak sesuai jadi di bawah peruntukan ini tidak perlulah memohon.

Kita bagi ruang kepada dia bukan hendak insult dia tetapi kita hendak bagi ruang kepada dia supaya kalau dia tidak merasakan bahawa dia tidak sesuai menjadi seorang hakim maka dengan izin dia boleh opt out. Jadi kerana untuk menjadi hakim ini Yang Berhormat tahulah bukan senang kehidupannya, tidak boleh bergaul. Seorang peguam yang kata 30 tahun dia dengan geng-geng dia di Selangor Club dia enjoy tiba- tiba jadi hakim tidak boleh, jadi mungkin dia tidak sesuai. Jadi sebab itu kita kena bagi ruang kepada mereka yang ada second thought untuk keluar sebab itu kita ada sistem Judicial Commissioner dan inilah yang menyebabkan juga iaitu kita bagi kepada mereka untuk op out, untuk memohon ataupun tidak.

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini dalam fasal 29 ini ia mengenai dengan seorang Judicial Commissioner yang telah dilantik sebelum akta ini dilaksanakan ataupun diluluskan. Kalaulah kita seorang Judicial Commissioner sama ada beliau dilantik jadi Hakim Mahkamah Tinggi bukan atas permohonan sebab masa beliau jadi Judicial Commissioner ini sebagai seperti probational period ataupun masa untuk Ketua Hakim Negara boleh tengok sama ada beliau ini sesuai jadi seorang confirm sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

Bukannya untuk beliau membuat permohonan. Kalaulah beliau membuat satu permohonan itu akan tidak berapa sesuai dan tidak baik Yang Berhormat. Saya rasa ini tidak sesuai dan kalau ini bukan satu pekerjaan seperti saya kata kelmarin jawatan kerani, jawatan manager bukan begitu sebab kita hendak jadi seorang Hakim Mahkamah Tinggi ini untuk Ketua Hakim Negara yang nampak kita ada tulis judgment, ada kelakuan kita baik atau tidak, sifat kita ini sesuai atau tidak atau track fragment kita ini sesuai atau tidak. Bukannya kita buat satu permohonan. Saya rasa 29 ini tidak payah dimasukkan di sini langsung, terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya telah sebut sebentar tadi bahawa kita telah beri peluang kepada mereka yang dilantik sebagai Judicial Commissioner untuk opt out atas kerelaan diri mereka sendiri. Jadi manalah kita tahu ada mungkin setengah tidak suka ditapis, dapat tahu ada cerita lain kah, saya tidak tahu, ini human punya problem.

Jadi Yang Berhormat bukan menghina, mana kita buat undang-undang hendak hina orang, tidak ada melainkan untuk tujuan yang baik. Jadi saya hendak maintain di sini bahawa ini memberi peluang untuk mereka sama ada mahu terus. Jadi kita akan tahu terus kalau dia buat permohonan. Kalau dia tidak mahu terus maka dia tidak perlu buatlah. Jadi to give him chance to opt out.

Yang Berhormat Shah Alam mencadangkan jawatan Pesuruhjaya Kehakiman dimansuhkan. Setakat ini belumlah ada cadangan dari pihak kerajaan untuk memansuhkan jawatan Pesuruhjaya Kehakiman ini. Jadi kita tidak boleh mansuhkan kerana kalau tidak sukar untuk kita merujuk private practitioner untuk bersama-sama menjadi hakim kerana tidak memberi peluang kepada mereka sama ada satu masa

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

yang sesuai, dia rasa hendak keluar dia tidak boleh keluar, mungkin mereka tidak akan berminat langsung.

Jadi sudah masuk, sukar hendak keluarlah menjadi hakim ini. Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan suruhanjaya ini hanya terlibat dengan pelantikan hakim tetapi tidak mengambil kira kenaikan pangkat. Sekiranya Yang Berhormat teliti proses pemilihan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, proses ini juga turut melibatkan kenaikan pangkat pada setiap peringkat.

Begitu juga bagi pemilihan perjawatan mahkamah yang lebih tinggi seperti apabila perlu membuat pemilihan bagi pelantikan ke jawatan Hakim Mahkamah Rayuan secara tidak langsung akan melibatkan proses kenaikan pangkat hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Begitulah juga Mahkamah Persekutuan dan empat jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.

Yang Berhormat Kuala Krau mencadangkan supaya mencadangkan supaya peruntukan dalam fasal 32 dipanjangkan supaya obligasi kerahsiaan terpakai bagi sepanjang hayat ahli suruhanjaya. Yang Berhormat Kuala Krau menyatakan terlalu banyak isu yang timbul apabila bekas hakim membuka cerita selepas mereka bersara.

Fasal 32(1) memperuntukkan bahawa tiada anggota suruhanjaya, pegawai dan pekhidmat suruhanjaya boleh sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaan mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperolehnya semasa menjalankan tugasnya. Perkataan selepas tempoh jawatan atau pekerjaan menunjukkan bahawa obligasi kerahsiaan yang dikenakan ke atas anggota, pegawai dan perkhidmatan itu tiada had masanya.

Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Kuala Krau membangkit isu pelantikan empat orang terkemuka anggota suruhanjaya di bawah fasal 5(1)(f) rang undang-undang yang dikatakan tidak wajar dipilih daripada kalangan anggota Majlis Peguam atau peguam yang aktif menjalankan amalan.

Mengenai isu ini saya ingin menyatakan bahawa sebelum pelantikan empat orang yang terkemuka dibuat, Perdana Menteri tentunya akan mengambil isu konflik kepentingan. Saya yakin bahawa Perdana Menteri tidak akan melantik mana-mana orang yang dianggap sebagai mempunyai konflik kepentingan supaya tidak menjejaskan matlamat memperbaiki proses pelantikan hakim.

Yang Berhormat Kuala Selangor menyoal kenapa peruntukan pencegahan anomali diperlukan. Peruntukan ini cukup jelas, ia menerangkan maksudnya sendiri iaitu ia digubal bagi membolehkan Perdana Menteri menghapuskan apa-apa kesulitan yang mungkin berbangkit jika ada dengan membuat ubah suai yang perlu kepada mana-mana peruntukan akta yang dicadangkan.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa perubahan atau pindaan substantif boleh dibuat terhadap akta itu atau peranan Ahli-ahli Parlimen sebagai pembuat undang-undang diketepikan. Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Berkaitan dengan seksyen 37 ini, walaupun diberi satu peruntukan untuk Perdana Menteri membuat pindaan tetapi telah pun disebut tadi oleh Yang Berhormat Machang dan secara jelas dalam 37(3) ini iaitu ubah suai termasuk pindaan tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan akta iaitu akta induk ini yang kita sedang perbahasan dan digulung oleh Yang Berhormat Menteri.

Sebab itu bagi saya bahawa apa masalahnya kalau kita kembalikan dalam tempoh dua tahun ini kepada Parlimen. Apakah dalam dua tahun ini Parlimen tidak bersidang sedangkan pada setiap awal tahun bulan tiga kita ada persidangan pertengahan tahun kita ada persidangan. Kemudian belanjawan pada bulan sembilan atau bulan 10 sehingga Disember kita ada persidangan.

Begitulah pada taun yang kedau, jadi apa masalahnya seperti Yang Berhormat kata tadi bahawa kerana hendak tunggu persidangan Parlimen itu lambat sedangkan kita ada persidangan setiap boleh dikatakan tiga atau empat bulan sekali ada persidangan.

Jadi janganlah kita yang kita diberikan kuasa pada hari ini untuk menggubal dan meluluskan ini tiba-tiba hak kita itu diambil hanya diberikan kepada Perdana Menteri sedangkan saya katakan tadi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Machang bahawa bagaimana kalau Perdana Menteri merasakan fasal 2 itu tidak begitu

final • 6:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

baik untuk seorang Perdana Menteri dan dia boleh menghapuskan dalam tempoh dua tahun ini.

Jadi sebab itu saya katakan bahawa kembalikan hak itu kerana tanggungjawab untuk membuat undang-undang itu ialah di sini, bukan tanggungjawab buat untuk itu kepada Perdana Menteri. Lebih baik tidak payah bentang di sini, Perdana Menteri gubal sorang-sorang. Jadi saya minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Isu yang sama.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Selepas ini saya bagi. Saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena dahulu. Yang Berhormat, kalau contoh yang diberi fasal 2, selepas ini Perdana Menteri fikirkan tidak mahu, baik tidak usah tubuh sekarang.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau sesuatu yang telah kita benarkan wujud dalam akta ini, substantiflah.

Lepas itu kita hendak buang. Lebih baik kita jangan letak terus. Jadi bermakna bahawa tidak berbangkit soal substantif. Seksyen-seksyen ini akan ditukar kerana dia dipersetujui. Cuma yang kita sebut anomali. Betul Yang Berhormat kata kita bersidang.

Akan tetapi kalau di antara Perdana Menteri yang diberi kuasa 37 anomali ini, dimaklumkan kepada dia hari ini, lusa dia perbetulkan, mana lebih awal dengan hendak tunggu bersidang. Selepas itu amendment itu diquestion, dengan izin. Dia kena pergi ke Kabinet. Kabinet lulus. Lepas itu bawa ke AG’s Chambers semula and then ke Parlimen. Jadi ia memakan masa.

Jadi sebab itu, yakinlah. Tidak akan disalah guna kuasa ini.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tujuan kita mengadakan ini ialah kerana untuk memberikan efficiency kepada rang undang-undang ini supaya kita dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin. Ini amalan yang dilakukan di beberapa rang undang-undang. Bukan satu perkara yang khusus untuk akta ini sahaja. Pada masa-masa yang lepas juga apabila akta diwujudkan untuk satu-satu perkara yang baru, memerlukan kepada perkara ini dan ia bukan satu perkara yang luar biasa. Ia merupakan amalan. Amalan biasa yang digunakan bagi sebuah akta mewujudkan satu perkara yang baru.

Sebab itu dalam dua tahun kita rasa judge station period, majority periodnya dua tahun kalau berjalan tidak ada apa-apa, gugurlah kuasa itu. Jadi sebab, tidak payahlah Yang Berhormat bangun mencelah. Bagi sikit orang lainlah.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, begini. Bagi saya bahawa Yang Berhormat Menteri minta kami percayalah Perdana Menteri. Yang Berhormat Menteri sendiri tidak percaya kepada janji yang dibuat oleh kami semua bahawa kami sedia, bahawa kami sedia untuk menyokong pindaan Perlembagaan Artikel 122B.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Memang saya tidak boleh hendak percaya. Kalau saya percaya sebelah sana, saya duduk sanalah. Sebab saya tidak percayalah itu.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekarang ini kita minta hak kita sebagai Ahli Parlimen iaitu daripada majlisnya.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang itu Yang Berhormat cakap.

Akan tetapi yang sini kata apa? Kita undilah dahulu.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, begini dalam hal ini.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat dari Pokok Sena merasakan bahawa Yang Berhormat tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sebab itu suruh buang. Akan tetapi tanyalah kami dahulu. Belum undi lagi.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak. Sekarang ini kita minta seksyen ini dikembalikan kepada Parlimen - 37. Parlimen yang harus membuat...

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yalah, Yang Berhormat minta dikembalikan. Tahukah Yang Berhormat sebelah sini kata apa?

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Maknanya kalau begitu yang sebelah sana tidak menghormati Parlimenlah.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bukan tidak menghormati Parlimen.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hendak mencerobohi Parlimen.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sudah berdialog pula.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bukan tidak menghormati Parlimen. Itu tidak betul. Pokoknya mereka percaya kepada Perdana Menteri tetapi tidak percaya kepada sebelah sana. Itu saja.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Percaya kepada.. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada. Itu bukan soal tidak percaya. Itu proses succession yang berlaku dalam UMNO, yang tidak pernah berlaku beberapa tahun dalam PAS.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Siapa kata tidak percaya?

final • 6:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Siapa kata tidak percaya?

Okey.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau ya.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Minta maaf. Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini kes Yang Berhormat Menteri berkelahi dengan bini, mai tengok sini saja, semua “jambu” dia kata. Ini bahaya.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah sebut dua kali saja tadi, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa wujudnya kehakiman, wujudnya pihak eksekutif dan wujudnya pihak yang ketiga ialah atas sebab sistem tidak mempercayai manusia. Saya rasa itu asasnya. Sebab itulah diperlukan sistem dan saya sudah yakin demokrasi juga mungkin Yang Berhormat Menteri lebih arif juga bukan saja bersifat majoriti. Undang-undang itu juga bersifat protection kepada minority. Itu asasnya. Saya yakin. Sebab itu saya rasa apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Rembau pagi tadi mengenai the accumulation of all powers kepada eksekutif itu akan mewujudkan ironic. Saya rasa itu yang kita bincangkan di sini. Kita cuba mengelakkan ironic yang mana kita yakin tanpa adanya suruhanjaya ini akan mewujudkan ironic.

Saya ingin menanyakan soalan atau penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam fasal 2 ini, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana di sini terutama sekali 2(c) dengan jelas mengatakan bahawa

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

perlunya kepentingan awam diwakili dengan sepatutnya. Ini bukan saja diwakili, tetapi dengan sepatutnya mesti diwakili sehinggalah kepada berikutnya. Bagi saya, di mana kepentingan awam itu dapat diwakili dengan sepatutnya sekiranya daripada peringkat awal yang terlibat di dalam perundingan individu iaitu di dalam fasal 5. Saya yakin mungkin fasal 5(f) itu merujuk kepada satu kelompok yang mungkin akan mewakili kepentingan awam.

Akan tetapi persoalannya di situ, kelompok yang diaspirasikan untuk kepentingan awam itu juga dilantik oleh seorang eksekutif yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebagai CEO. Jadi saya khuatir. Persoalan saya, bagaimana aspirasi yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam fasal 2(c) tadi itu tadi, berkenaan kepentingan awam itu diwakili sepatutnya dapat diterjemahkan di dalam proses itu tadi supaya kepentingan awam itu terjamin. Akan tetapi di sini pelantikan semua kembali merujuk kepada CEO. Jadi saya takut apa yang dikata John Medicine yang dibaca pagi tadi oleh Yang Berhormat Rembau. Saya rasa Yang Berhormat Rembau lebih tahu aspirasi Perdana Menteri. Takut tidak dicapai tetapi yang timbul ialah ironic. Itulah yang dikatakan oleh John Medicine. Mohon penjelasan.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya sudah cakap awal-awal tadi, macam mana sekalipun apabila mari tentang pelantikan, mesti ada sesuatu yang melantik. Sesuatu yang melantik. Kalau kita kata bukan Perdana Menteri lantik, tetapi orang lain lantik, apakah dia juga mewakili aspirasi masyarakat umum atau rakyat? Jadi di antara orang-orang tertentu yang boleh dilihat bahawa dia sebenarnya mewakili aspirasi rakyat, Perdana Menterilah sebab dia bukan duduk di sini kerana dia dilantik oleh dirinya sendiri. Dia duduk di sini kerana mendapat sokongan daripada majoriti Ahli Parlimen di dalam Dewan rakyat ini yang mewakili rakyat.

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi sebab itu dalam hal ini saya sudah lebih awal sudah kata. Tidak mungkin kita boleh melihatkan satu perkara yang sebebas-bebasnya - tidak mungkin. Sebab itu saya. Tidak payah Yang Berhormat.

Tidak payahlah. Cukuplah. Ini bukan dialog antara Yang Berhormat dengan saya.

Akan tetapi saya ceritakan iaitu bahawa dalam hal ini, pelantikan seperti yang dikata di bawah 2 itu mestilah perlunya kepentingan. Ini semua merupakan syarat yang perlu dibuat oleh seorang individu yang telah pun mendapat tempat untuk melantik.

final • 6:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, mana-mana individu pun masing-masing akan ikut dia punya penilaian terhadap apa yang dikatakan seseorang yang dilantik itu mewakili masyarakat. Jadi kalau orang itu pun tidak kena juga, orang ini pun tidak kena. Tidak ada kebebasan yang mutlak ini. Jadi kita bincang sampai orang putih kata until the cows come home pun tidak selesailah. Bagi saya berjalan sedikit.

Yang Berhormat daripada Ipoh Barat mengatakan hakim-hakim yang ditukar perlu diberikan notis pertukaran sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh pertukaran yang juga pelantikan Setiausaha Hakim yang tidak fasih bahasa Inggeris, kekurangan jurubahasa dan termasuklah jurubahasa asing. Untuk makluman Yang Berhormat, Badan Kehakiman mengambil maklum akan isu-isu yang telah ditimbulkan dan segala faktor telah diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat atau dilaksanakan. Namun begitu, isu-isu yang telah ditimbulkan akan dipertimbangkan yang mana sesuai untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

Yang Berhormat Wangsa Maju, bertanya mengapakan taraf Hakim Mahkamah Seksyen adalah lebih rendah daripada pegawai-pegawai dari Peguam Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, tidak semua pegawai dari Gred JUSA C di Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen.

Tidak timbul masalah apabila seorang pegawai daripada Jabatan Peguam Negara yang bergred lebih tinggi untuk hadir di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen memandangkan

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Hakim Mahkamah Seksyen adalah hakim yang membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang dan bukannya taraf orang yang hadir di hadapannya.

Yang Berhormat Wangsa Maju juga membangkitkan berkenaan perkhidmatan kehakiman dan perundangan perlu dipisahkan. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini tiada cadangan perkhidmatan kehakiman dan perundangan dipisahkan. Yang Berhormat Wangsa Maju juga membangkitkan berkenaan mengapa hanya ada dua orang Hakim Mahkamah Seksyen dan majistret berbangsa Cina di seluruh Malaysia.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini tiada cadangan perkhidmatan kehakiman dan perundangan dipisahkan. Yang Berhormat Wangsa Maju juga bangkit berkenaan mengapa hanya ada dua orang Hakim Mahkamah Seksyen dan Majistret berbangsa Cina di seluruh Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini terdapat lapan orang pegawai kehakiman yang berbangsa Cina dari Gred L41 hingga Gred L54. Jumlah yang kecil ini adalah disebabkan kurangnya minat kaum bangsa Cina untuk menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Saya Yang Berhormat di antara orang yang kerap mahu melihat supaya perkhidmatan awam termasuk kehakiman ini mesti terdiri daripada berbilang kaum.

Selama saya percaya saya jadi Menteri saya akan sentiasa mengingatkan kepada Ketua Hakim supaya membuat tindakan yang proaktif untuk memastikan berbilang kaum ini mesti dilihatkan di dalam perkhidmatan kehakiman tanpa kita kompromi standardlah. Jadi ini Yang Berhormat jangan bimbang, insya-Allah saya akan sentiasa memantau perkara ini. Yang Berhormat Puchong, mengapakah bilangan pegawai kehakiman dan...

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta laluan.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sekejap, saya punya floor, okey? Duduk dulu. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak fahamkah duduk.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak, kalau saya hendak bercakap.. Yang Berhormat Puchong, mengapakah bilangan pegawai kehakiman berketurunan India dan Sikh tidak ramai berbanding dengan kaum yang lain? Yang Berhormat hendak jadi? Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini terdapat 20 orang pegawai kehakiman yang berbangsa India dari Gred L41 hingga gred JUSA C manakala seramai lima orang pegawai kehakiman berbangsa Sikh dari Gred L41 sehingga gred JUSA C. Jumlah yang kecil ini adalah disebabkan kurangnya bilangan pemohon dari keturunan India dan Sikh yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan berbanding yang memilih untuk menyertai sektor swasta yang pendapatannya adalah jauh lebih lumayan.

Akan tetapi Yang Berhormat saya boleh membantu kalau ada nama-nama yang layak kita bagi kepada commission untuk di... Yang Berhormat pun boleh juga kalau mahu tetapi Yang Berhormat tidak mahulah. Yang Berhormat Kuala Selangor, Wangsa Maju...

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sudah tunggu lama di sini.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Allah, minta maaf sorry saya tidak nampak. Bagi Yang Berhormat Puchong dulu selepas itu baru Yang Berhormat Subang.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri saya terpaksa reverse gear balik jauh.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apa, tidak apa reverse boleh.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya dalam perbahasan tadi membangkitkan seksyen 37 dalam konteks, the bigger context of separation of power yang antara lain adalah punca dikatakan sebagai persepsi negatif yang terbit di kalangan rakyat bahkan rakyat antarabangsa di mana isunya bukan berkenaan individu peribadi Perdana Menteri tetapi adalah isu sistem. It’s a systemic rod, yang digunakan

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

istilah itu. Jadi kalau kita benar-benar mahu mengembalikan wibawa, integriti dan kebebasan sistem judiciary ataupun kehakiman ini, Rang Undang-undang Suruhanjaya ini seharusnya sedapat mungkin membawa mesej dan spirit dan semangat itu. Oleh sebab itu saya katakan lebih awal-awal tadi apa yang seolah-olah diberikan dalam penegasan Seksyen 2 diambil kembali oleh banyak seksyen-seksyen seterusnya.

What Section 2 gives, other section’s pull its back. Itu istilah yang saya gunakan tadi dan 37 itu adalah seolah-olah Parliament delegates authority kepada Perdana Menteri yang tidak wajar dan tidak diperlukan, it is even unsolicited ataupun tidak diperlukan pun. Andainya kalau diberikan kembali kepada Parlimen itu lebih baik.

Jadi isu ini tidak dapat ditangani oleh rang undang-undang ini, menteri. Jadi saya masih terkilan dan tidak berpuas hati mungkin menteri sengaja tidak mahu memahami.

Kalau persepsi rakyat mahu dikembalikan terhadap persepsi yang lebih positif untuk dikembalikan kepada institusi kehakiman ini, saya ingat ini bukan hanya isu pelantikan semata-mata. Isu pelantikan semata-mata tidak dapat mengembalikan apa yang telah tergores dan tercemar selama kini. Termasuk jugalah dalam hal untuk mengembalikan integriti kehakiman ini kalau boleh kalau berani...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan berucap Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, ini pertama kali saya mencelah dalam penggulungan. Keberanian itu perlu juga untuk kes-kes dan keputusan- keputusan yang kontroversi dahulu direvisited ataupun di revisit ataupun dikembali keputusan-keputusan seperti Ayer Molek, penghukuman Yang Berhormat Bagan dan umpamanya, termasuk Ketua Pembangkang. Keberanian itu perlu dibawa kembali. Di situ akan lahir, akan dapat kita kembalikan kewibawaan dan integriti serta sekali gus persepsi positif rakyat dan juga masyarakat antarabangsa kepada institusi kehakiman kita.

Jadi atas nada itu saya sebutkan juga dalam konteks itu juga saya sebutkan kenapa tiba-tiba ada peruntukan seperti 37 yang very unsolicited ataupun satu authority yang didelegate oleh Parlimen kepada Perdana Menteri. Sekali lagi saya sebutkan ini bukan isu peribadi Perdana Menteri tetapi bagaimana kita melaksanakan dan mengurus separation of power. Lord Acton ketika dia menyebutkan tentang separation of power inilah yang dikatakan power tends to corrupt, absolute power tends to corrupt absolutely. Jadi ini perkaranya Menteri saya ingat tolong Menteri beri penjelasan sedikit, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apalah Yang Berhormat, kehadiran Yang Berhormat sebelah petang di Dewan ini telah pun didaftar dalam Hansard. Saya pun telah jawab panjang lebar perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa Hakim Mahkamah Seksyen ini adalah dianaktirikan dari segi penggredan iaitu seperti yang saya sebut kelmarin bahawa kita terdapat hanya sembilan pegawai kehakiman iaitu Hakim Mahkamah Seksyen yang dapat gred JUSA C, manakala terdapat lebih kurang 78 pegawai perundangan gred JUSA C. So bagaimana kita dapat satu keadaan di mana katalah dia jadi seorang Hakim Mahkamah Seksyen dan Pegawai Perundangan iaitu DPP yang berhadapan dengan beliau adalah gred JUSA C.

Dari segi pangkat, Pegawai Perundangan, DPP ini lebih tinggi daripada Hakim Mahkamah Seksyen.

So bagaimana Hakim Mahkamah Seksyen ini boleh dapat penghormatan, respect daripada segi kedudukan mereka. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak di Singapura, District Court Judge nya sama dengan Mahkamah Seksyen kita di sini di mana kedudukan mereka lebih tinggi daripada Pegawai Perundangan, DPP dan juga gaji mereka pun lebih tinggi tetapi di negara kita Mahkamah Seksyen ini gaji lebih rendah daripada DPP dan DPP gred JUSA C ini datang dengan kereta Perdana mungkin dengan driver dan Hakim Mahkamah Seksyen ini datang dengan kereta Kancil kemungkinan datang dengan bas pun saya tidak tahu juga.

Sekarang ini Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak yang saya dapat maklumat di Jalan Duta sekarang ini sebab kita sudah bangkitkan perkara ini di dalam

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Parlimen mereka sudah dapat separa JUSA C, half JUSA C. Daripada experience saya...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah ulang ucapan Yang Berhormat semalam.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak saya hendak tanya penjelasan sebab Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak tahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada kita ada separa JUSA C atau tidak, sebab yang saya tahunya pegawai saya tidak ada separa JUSA C. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebenar saya tidak sedar dan saya tidak fikirkan itu bahawa sengaja dianaktirikan. Namun Yang Berhormat bangkit ini selepas ini saya akan bertanya kepada perkhidmatan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong dulu Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Puchong.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya terima apa Yang Berhormat Menteri kata tadi berkenaan dengan lantikan hakim berbangsa India dan Sikh. Akan tetapi untuk soalan saya menjurus kepada hakim ataupun pegawai-pegawai yang sedang bertugas dalam jabatan kehakiman. So tidak timbulnya berkenaan soal orang itu tidak berminat dan sebagainya, itu merujuk kepada orang daripada luar yang kita hendak lantik, mungkin mereka ada alasan ataupun pandangan tertentu. Akan tetapi soalan saya menjurus kepada kenapa misalnya Hakim-hakim Mahkamah Seksyen yang senior sangat yang berbangsa Sikh dan juga berbangsa India tidak diberi peluang untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan setahun dua Yang Berhormat Menteri. Ada dekat 15 tahun, 20 tahun pun ada tapi sehingga sekarang tidak diberi peluang. Itu yang menjadi aspek yang saya ingin tahu kerana menurut information yang saya ada terdapat sekurang- kurangnya dua hakim berbangsa Singh di Mahkamah Sesyen, tetapi tidak ada langsung hakim berbangsa Singh di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan. Jauh berbeza daripada masa dahulu di mana kita mempunyai pada setiap masa wakil daripada bangsa Singh di mahkamah-mahkamah tersebut.

Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat saya juga sedar tentang perkara ini dan saya percaya Perdana Menteri dan Jemaah Menteri semua tidak berpuas hati tentang perkara ini. Sebab itulah kita adakan rang undang- undang ini untuk diluluskan cepat dan disokong oleh Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Dengan adanya commission ini maka kalau sekiranya di masa lepas ada semacam suatu penganaktirian saya percaya dengan adanya sembilan dan empatnya datang daripada bukan hakim-hakim perkara ini tidak akan dapat disembunyikan lagi dan kita berharap supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu diselesaikan dengan wujudnya commission ini.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ingat hendak keluar tadi. Tidak?

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Semalam Yang Berhormat saya ada bangkitkan perkara mengenai bila seorang hakim ditukar dari satu

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mahkamah Tinggi ke satu Mahkamah Tinggi yang lain tapi tidak ada replacement dengan segera. Nampaknya macam beberapa tempat satu di antaranya di Ipoh sekarang di mana Hakim V.T. Singam telah diarahkan untuk melapor diri di Shah Alam tetapi no replacement. Lebih kurang empat lima bulan lepas itu baru ada replacement.

Ini bukan sahaja di Ipoh tapi di merata-rata tempat. Bukankah satu perkara ini yang bukan luar biasa, yang boleh diatasi. Kenapa kita tidak mencari satu jalan supaya mengisi tempat itu sebelum mereka ditukar dari tempat tersebut dan bukan backlog.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat saya faham. Mungkin CJ waktu ini terganggu pasal ada usul hendak bincang tentang dia.

Jadi mungkin dia tak fokus sekejap tapi Yang Berhormat benda ini lepas ini keluar bagi tahu saya. Saya akan sampaikan kepada pihak kehakiman. Ini serius, saya tahu.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Subang.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa semua di dalam Dewan akan menerima hakikat bahawa kita tidak akan ada perbahasan ini kalau Ketua Pembangkang tidak mendedahkan rakaman video klip V.K Lingam itu pada bulan September. Perbahasan ini tidak akan jadi. Kita tahu itulah event yang mencetuskan proses yang akhirnya kita sampai di sini.

Lepas itu kita ada Suruhanjaya Diraja di mana ada syor-syor yang penting, pendapatan juga finding yang penting. Salah satu daripada syor adalah penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan cadangan mereka adalah jelas dalam laporan mereka di sini membuat pindaan Perlembagaan dan buat satu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti dalam proses Suruhanjaya Diraja itu.

Jadi seterusnya kita dapat cadangan daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri daripada mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dahulu Datuk Mohd.

Zaid bin Ibrahim. Jadi Yang Berhormat Menteri apa yang saya lihat pada waktu itu hasrat mulia daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ikut pindaan Perlembagaan dan itu dicermin dalam cadangan bertulis. Tadi Yang Berhormat Menteri kata hasrat saya untuk melihat satu yang lebih besar dan bermakna datang daripada surat khabar. Tak betul. Datang daripada cadangan bertulis menteri dahulu, Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim dan bentuk dan kandungan jelas. Kita buat melalui pindaan Perlembagaan.

Bukan saya bermaksud sekarang hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan mulia lagi. Terjemahannya sekarang dalam rang undang-undang sudah ubah. Itu yang saya masih hendak minta penjelasan kenapa sikap kita sudah berubah daripada dahulu. Ada syor yang jelas daripada Suruhanjaya Diraja diikuti oleh cadangan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri tapi sekarang kita melihat satu di dalam bentuk yang jauh beza. Itu soalan pertama.

Kalau diizinkan boleh saya bangkitkan soalan yang kedua. Ini saya berbalik kepada yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kuala Krai tentang isu kuorum. Kuorum ini penting dan saya nampak ada exchange tadi, ada jumlah 5 dan 7 yang disebut Tuan Yang di-Pertua. Saya telah teliti balik seksyen yang berkaitan dan apa yang kita lihat ini memang satu masalah. Saya harap kita boleh dapat penjelasan.

Keanggotaan suruhanjaya ini adalah sembilan. Lima hakim, empatnya bukan hakim. Kita melihat kuorum ada dua jenis mesyuarat. Ini penting kita kena faham.

Seksyen 13 ada satu jenis mesyuarat di mana kuorumnya ada 7, 13(4) dan kalau ada disqualification under seksyen 11 atau 25(5) itu kuorum itu boleh dikurangkan kepada lima. So, dua keadaan iaitu di seksyen 13 tetapi ada satu jenis mesyuarat yang lain iaitu 24. Ini mesyuarat penting sebab ini ialah selection meeting. Di sini kuorumnya adalah mandatori. Ini adalah mesyuarat di mana pilihan calon untuk hakim ini akan dibuat. Di sana kita peruntukan dengan izin, “the quorum for every selection meeting shall be seven”. Tak ada pilihan, tujuh.

Jadi saya ambil satu keadaan sebagai contoh kita akan pilih calon untuk Ketua Hakim, the Chief Justice. So, siapa akan duduk dalam mesyuarat? Kita tahu ini obvious dengan izin kepada semua siapa akan jadi bakal calon untuk jawatan kosong itu. Presiden Mahkamah Rayuan tentu. Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak tentu prospective calon. Senior Federal Court Judge dalam ini mungkin prospective calon. Ini semua jelas ada conflict of interest. Tadi Yang Berhormat

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Menteri kata kita mahu cuba elakkan mana-mana conflict of interest daripada peguam kita tak mahu peguam masuk sebab ada konflik. So, sini pun kita kena jaga.

Jadi dalam mesyuarat itu sembilan orang. Ketua hakim yang akan bersara dia boleh duduk. Kita ambil tanggapan dia tak ada konflik, tapi mungkin dia ada pun konflik tapi kita biar dia duduk. Presiden Court of Appeal cannot sit. Dua-dua hakim besar tidak boleh duduk. Federal Court Judge tak boleh duduk. Mesti keluar. Walaupun ada dua nama sahaja saya tahu tapi nama lain pun ada konflik. Kita tak boleh biarkan mereka duduk. Jadi bila mereka keluar berapa tinggal? Lima, ketua hakim dengan empat orang. Jadi lima sahaja dan mereka tidak boleh berfungsi.

Jadi siapa yang menulis rang undang-undang ini ialah bagi saya satu kesilapan yang mungkin kita harus betulkan. Jadi skema sekarang dalam seksyen 13 dibaca bersama dengan seksyen 24 Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya nampak kita adalah menubuhkan satu proses di mana suruhanjaya tidak boleh berfungsi dan ini mungkin akan jadi satu embarrassment kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu melihat suruhanjaya ini berfungsi. So, pendapat yang dikeluarkan oleh ketua hakim yang telah bersara Tun Abdul Hamid Mohamad itu betul.

Walaupun saya faham Yang Berhormat Menteri ada pandangan yang berbeza tapi kita mesti menerima logik yang dia sebut dan hujah yang saya telah berikan tadi. It’s quite clear. Itu untuk ketua hakim.

Saya ambil contoh yang kedua jawatan President Court of Appeal sekiranya ada kekosongan sama juga. Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak mesti keluar. Federal Court Judge mesti keluar. Tiga orang keluar tinggal enam. Bila tinggal enam tak ada kuorum yang sah. Jadi mesyuarat tak sah. Kita tak boleh pilih untuk ketua hakim kita tidak pilih untuk presiden Mahkamah Rayuan. Bermaksud kita telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dari segi undang-undang tidak boleh berfungsi. Ini kena diambil berat saya minta dan menimbang dan kita harus membuat apa-apa pindaan kalau boleh untuk memastikan masalah ini tidak menjadi. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan di-Pertua, saya telah pun sebenarnya menjelaskan kepada yang berhormat, iaitu kalau kita membincangkan nama kita bukan bincang dalam satu mesyuarat semua nama. Kalau berbangkit nama itu adalah orang yang sepatutnya dia tidak boleh duduk di situ, jadi nama orang itu keluarlah, yang namanya dibincangkan itu dia keluarlah.

Kemudian lepas itu buat mesyuarat lain pula ini kalau ada orang kata apa perkara yang berbangkit seperti Yang Berhormat lah. Maksud saya bukan satu mesyuarat kita bincang tiga nama, tiga-tiga orang itu yang ada kepentingan yang berhubung dengan commissioner. Kita akan ada separate meetinglah yang membolehkan orang lain duduk bersama. Jadi saya percaya walaupun Yang Berhormat bangkit saya percaya pihak commission akan tahu bagaimana untuk apa melakukan sesuatu yang boleh mengelak daripada berlakunya conflict of interest dan berlakunya di mana yang akan bersidang itu kurang daripada tujuh.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri boleh saya mencelah sedikit sebelum Pokok Sena masuk ya.

Saya faham ada dua nama sahaja yang di bincang di setiap mesyuarat, itu saya faham saya sudah buat ungkapan itu tadi dalam saya sudah masuk premis itu dalam hujah saya. Akan tetapi dua nama itu mesti keluar, memang mungkin Presiden Court of Appeal, mungkin salah satu daripada Hakim Besar Malaya atau Sabah, Sarawak tetapi yang lain yang masih ada dalam mesyuarat are conflicted sama ada nama dia ada dalam senarai untuk mesyuarat itu atau mesyuarat lain. Dia mesti keluar ataupun kita bagi mereka hak untuk sebab dia ada conflict of interest tetapi kita benarkan dia masuk duduk dalam mesyuarat dan menolak calon lain. Itu tidak adil pada yang diminta keluar. Jadi kita ada satu problem di sini, kita tak boleh lari dari masalah ini dengan jawapan itu.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan di-Pertua kalau sekalipun, saya percayalah kalau katalah kita berdua. Jadi sekarang ni nama Yang Berhormat naik jadi, sekarang ni saya pun in the race juga tapi oleh kerana bukan nama saya yang naik, saya boleh duduk, ya saya duduk.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

You have an interest, so you can’t sit.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

I know. Bukan nama saya, nanti sekejap bukan nama saya. Pertamanya saya nak tanya, kalau sekalipun saya sebagai seorang yang ada interest Yang Berhormat fikir dari segi integriti saya macam mana?

Kalau saya buat keputusan yang menolak saya rasa saya punya pressure untuk bersetuju dengan nama rival saya tu jauh lebih kuat.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Duduk, duduk. Ya jauh lebih kuat. Bermakna kemungkinan besar saya akan menyokong nama rival saya daripada saya tolak sebab pressure dia. Kalau saya tolak bermakna bahawa orang akan pandang serong. Kalau sekali pun saya tolak kalau majoriti menerima apa saya boleh buat? Apa boleh saya buat, kalau majoriti daripada tujuh korum itu, saya duduk membincang nama rival saya, saya satu orang yang tak bersetuju, enam orang bersetuju, saya kalah juga. Jadi tidak ada apa-apa.

Apa yang tak bolehnya kalau kita duduk bincang nama kita, itu memang tak boleh. Sebab itu yang berhormat, kita dah fikir ini semua dan saya percaya kepada kreativiti pihak commissioners untuk membuat mesyuarat mengelak, mengelak daripada perkara sedemikian berlaku. Akan tetapi katalah kalau kita kata kot mana pun tak boleh juga, sebab itu kita kena bagi kuasa pada Perdana Menteri bawah 37 untuk pinda lah secara pentadbiran yang kita benarkan itu. Sebab kita nak kita nak menjayakan proses ini bukan menggagalkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk...

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta maaf saya, saya dengar saya...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya, saya pun ada nak tanya Yang Berhormat. Saya pun ada nak tanya juga ini.

Sebab saya nampak kita macam dalam perbincangan komiti stage yang ini.

Jadi saya nak tanya berapa lama lagi boleh habis ni?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dua hingga tiga jam lagi.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nak saya pendek? Okey, boleh saya pendekkan.

Yang Berhormat Telok Intan menyatakan bahawa Perdana Menteri menentukan elaun suruhanjaya seperti mana yang di sebut dalam fasal 7, anggota Suruhanjaya akan beholden kepada Perdana Menteri. Ini kita telah jawab banyak kalilah. Isu penetapan elaun ini bukanlah satu isu yang perlu di besar-besarkan, ia adalah satu perkara pentadbiran dan sudah tentunya perkara sebegini ini tidak mungkin akan mengongkong anggota suruhanjaya kepada Perdana Menteri. Kalau setakat kalau 5,000 kah buat beholden, saya tak tahu lah apa mutu kualiti commissioner itu.

Kita perlulah menjadi lebih realistik dalam perkara-perkara tertentu, tidak mungkin hakim atau individu terkemuka terpaksa bergantung khusus kepada elaun ini sehingga dilihat sebagai beholden kepada Perdana Menteri yang menentukan elaun mereka.

Yang Berhormat Teluk Intan juga mengatakan bahawa keanggotaan perlu di tambah dan bahawa Peguam Negara perlu menjadi anggota suruhanjaya. Beliau juga mahu lebihkan orang terkemuka hingga 6-7 orang dan mahukan lebih ramai anggota dari luar fraternity guaman. Keanggotaan Peguam Negara akan menimbulkan isu konflik kepentingan oleh yang demikian beliau dan beberapa institusi lain tidak dipertimbangkan menjadi anggota suruhannya.

Mengenai syor supaya dilebihkan bilangan orang terkemuka dalam suruhanjaya saya tidak bercadang mengupaskan perkara ini dengan lebih lanjut. Saya hanya sekadar ingin mengulangi apa yang saya sebut tadi dan menjawab soalan ahli daripada Pokok Sena berkenaan dengan perkara keanggotaan ini.

Yang Berhormat Teluk Intan juga bangkit berkenaan dengan Perdana Menteri lantik orang tertentu itu jika Bar Council tidak setuju, selepas dirunding apa akan jadi.

Fasal (1)(f) menghendaki Perdana Menteri merundingi antara lain Majlis Peguam Malaysia dalam beliau membuat pelantikan empat orang terkemuka sebagai anggota

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

suruhanjaya. Dalam rundingan ini Perdana Menteri tidak terikat dengan pandangan Majlis Peguam Malaysia tetapi beliau sewajarnya mengambil kira pandangan tersebut dalam membuat pelantikan yang dimaksudkan.

Yang Berhormat Pokok Sena menyatakan bahawa...

final • 7:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti kejap ya saya habis kejap.

Yang Berhormat Pokok Sena menyatakan bahawa keanggotaan suruhanjaya adalah terlalu besar dan terlalu ramai hakim di dalamnya beliau mencadangkan suruhanjaya harus terdiri daripada bekas hakim. Ada yang mengatakan keanggotaan begitu besar, ada yang mengatakan keanggotaan begitu kecil. Keanggotaan telah ditetapkan sedemikian berdasarkan kepada fungsi yang perlu di laksanakan.

Bilangan keanggotaan suruhanjaya ini adalah didapati paling sesuai dengan empat jawatan tertinggi Badan Kehakiman menjadi peneraju utama suruhanjaya.

Hakim-hakim ini merupakan orang yang paling arif dalam hal menilai kesesuaian seseorang untuk dipilih ke jawatan yang dimaksudkan. Bekas hakim juga boleh dipertimbangkan sebagai salah satu anggota di bawah fasal 5(1)(f) jika didapati sesuai dilantik oleh orang Perdana Menteri.

Saya habis saya bagi. Yang berhormat Pokok Sena bertanya mengapa Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suruhanjaya tanpa memberi apa-apa sebab. Tidak tepat jika dikatakan Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suruhanjaya. Perdana Menteri hanya boleh membatalkan pelantikan anggota yang di lantik di bawah fasal 5(1)(f), tanpa memberi sebab mengenai pembatalan itu, ini adalah kuasa budi bicara yang diberikan kepada yang orang yang melantik. Walaupun beliau tidak perlu menzahirkan kepada umum tentang sebabnya tetapi adalah penting di fahami mesti mewujud kewajaran dalam membuat pembatalan tersebut kerana kuasa budi bicara membatalkan itu mestilah dijalankan judiciaries.

Yang Berhormat Kuala Krau berpendapat bahawa pensyarah harus boleh menjadi ahli suruhanjaya kerana punya kepakaran dan tiada kepentingan tetapi adakah peruntukan bukan anggota perkhidmatan awam di fasal 5(1)(f) meliputi pensyarah di ITTAR juga. Pensyarah ITTAR bukan anggota perkhidmatan awam di bawah Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan, dengan itu mereka layak dipertimbangkan untuk menjadi anggota suruhanjaya.

Yang Berhormat Ipoh Timur, menyatakan pegawai-pegawai berbangsa Cina di tempatkan di Bahagian Penyemakan dan Penggubalan di Jabatan Peguam Negara, dia nak tahu berapa. Kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan benda ini kecik ke apa tak betul Yang Berhormat. Ini kerana pegawai-pegawai yang berbangsa Cina Jabatan Perdana Menteri ditempatkan di semua bahagian di Jabatan Peguam Negara seperti yang berikut mereka semua adalah berjawatan pegawai:

BilBahagianCinaIndiaLain-lain
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)Bahagian Guaman Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Bahagian Gubalan Bahagian Penasihat Bahagian Semakan Bahagian Perbicaraan & Rayuan Bahagian Pendakwaan7 2 2 2 2 2 247 4 2 3 - 3 112 - 1 - - - 5

Yang Berhormat Serdang.

final • 7:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya tentang mengenai fasal 5(1)(f). Tadi Yang Berhormat Menteri telah mengatakan mengenai bahawa memanglah itu bukan satu kewajipan bagi Perdana Menteri untuk mengambil nasihat daripada Majlis Peguam Malaysia. Jadi soalan saya kenapakah kita mesti kasi semua, beri semua kuasa untuk melantik anggota suruhanjaya kepada Perdana Menteri kenapa tidak boleh kita memberi sedikit kuasa untuk melantik anggota pada NGO-NGO lain seperti majlis Peguam Malaysia. Kerana di sini kita mesti harus memastikan bahawa kebebasan kehakiman dan apabila kita cakap siapa yang akan menjejaskan kebebasan kehakiman, pada kebanyakan masa pihak yang menjejaskan kebebasan kehakiman adalah pihak eksekutif.

final • 7:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi lebih baik sekiranya kita memberikan NGO-NGO lain, NGO-NGO yang berdikari yang bukan daripada pihak Eksekutif untuk melantik beberapa anggota dalam suruhanjaya ini.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apasal pendek sangat? Tanya panjang-panjang sikit. Jadi saya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat macam ini tanya banyak kali pun tidak apalah. Oh, minta maaf. Perdana Menteri ada, tidak sedar dia ada. Yang Berhormat, kita hendak melantik sesuatu yang dilantik di bawah akta ya, bermakna pelantikan di bawah akta merupakan pelantikan daripada kerajaan. Sebab itu pelantikan itu kena dibuat daripada Perdana Menteri sebagai Chief Executive Officer kerajaan ini. Kalau dikatakan dilantik oleh NGO, nanti karang saya kira mungkin akan berbangkit soal conflict of interest dan juga siapa yang sebenarnya memberi mandat kepada mereka untuk menjadi badan yang melantik ini semua. Jadi tak boleh. Dia mesti seseorang yang melantik itu merupakan orang yang mempunyai mandat. Jadi itulah Perdana Menteri.

final • 7:20 PM

Tuan Teo Nie Ching - Serdang

Ya, saya setuju. Jadi pada pendapat saya, lebih baik kita membuatkan dalam rang undang-undang ini kita empower ambil contoh Majlis Peguam Negara untuk melantik satu orang. Betul tak? Kerana dalam rang undang-undang ini kita mengempower Perdana Menteri kita untuk melantik anggota.

Jadi mestilah boleh Perdana Menteri kita mengempower pihak yang lain untuk melantik anggota-anggota yang lain. Dia akan bangkit soal pula mengapa Majlis Peguam.

Mengapa tidak daripada pihak-pihak persatuan bekas-bekas hakimkah?

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Mengapa tidak pula daripada bekas pegawai kerajaan ke. Jadi, dia akan berpanjangan kerana justifikasi yang diberi oleh Yang Berhormat supaya empower Bar Council untuk melantik. Justifikasi itu juga akan diguna oleh NGO-NGO lain. Wanita sebagai contoh, katalah wanita orang yang selalu menjadi mangsa kepada jenayah. Jadi mereka pun ada hak juga, jadi tidak ada kehabisan. Maka oleh kerana itulah kita serahkan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri sahaja untuk membuat pelantikan ini supaya tidak ada tuntutan-tuntutan yang tidak berputus untuk mendapat empowerment bagi mereka melantik pegawai-pegawai ini.

final • 7:20 PM

Tuan Teo Nie Ching - Serdang

Ya, sekiranya itu jawapan daripada Menteri, soalan persoalan saya, kenapa dalam rang undang-undang ini kita memastikan bahawa Perdana Menteri mesti berunding dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang dan sebagainya dan bukan dengan NGO-NGO yang lain. Jadi, pada pendapat saya sekiranya kita dalam rang undang-undang ini, kita boleh cakap menyatakan bahawa Perdana Menteri mesti, harus berunding dengan NGO-NGO ini, mestilah kita boleh mengempower NGO-NGO ini untuk melantik orang, melantik anggota-anggota. Kenapa jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri tadi tidak akan berlaku kerana orang NGO-NGO lain juga akan bertanya kenapa hanya berunding dengan NGO-NGO di sini sahaja. Bagaimana dengan NGO-NGO lain.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Setakat runding kita bolehlah sebut Majlis Peguam Negara bukan empowerment, setakat runding kerana Bar Council merupakan player di dalam soal kehakiman. Jadi adalah munasabah untuk kita runding, berunding. Runding tak apa, kalau nak bagi power tak boleh Yang Berhormat. Runding tak apa kerana mereka, Bar Council juga mempunyai participation di dalam mahkamah.

Jadi mereka juga tahu kerana kita runding dengan dia kerana kita juga akan lantik. Kita terbuka untuk melantik hakim-hakim ini daripada peguam-peguam. Kita tidak boleh lantik hakim daripada doktor. Sebab itu kita tidak runding dengan doktor.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh saya tanya sikit?

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi kita boleh lantik hakim- hakim daripada peguam. Sebab itu kita runding dengan peguamlah. Mungkin di kalangan mereka dia kenal. Ha, saya kenal orang ini, lawyer ini bagus. Itu yang kita maksudkan. Sebab itu dalam soal rundingan ini kita tak boleh sebut NGO lain, tidak boleh. Tak mungkin kita lantik hakim daripada NGO-NGO lain.

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ha, duduk kejap. Saya hendak jawab Yang Berhormat, selepas itu boleh tanya yang ini.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini benda yang sama.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Di sini ada satu. Yang Berhormat boleh tanya yang ini juga pun tak apa.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Wangsa Maju bertanya mengapa tidak ada kriteria ditetapkan untuk melantik orang terkemuka. Rang undang-undang ini memang tidak menggariskan kriteria dalam Perdana Menteri membuat pelantikan orang terkemuka di fasal 5(1)(f). Apa maksud terkemuka seharusnya diberi pentafsiran yang lazim dan terpulanglah kepada Perdana Menteri menggunakan budi bicara beliau dalam mengukur ketokohan seseorang bagi maksud pelantikan di bawah peruntukan itu.

Jadi, terdapat safeguard dalam memastikan Perdana Menteri tidak terkeluar daripada matlamat pelantikan yang dibuat di bawah fasal itu di mana beliau dikehendaki berunding dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Undang-undang Sarawak dan lain-lain. Kita tidak mengkriteriakan apa yang dimaksudkan terkemuka kerana kita tidak mahu narrow calon-calon yang dimahukan itu tapi kita buat terbuka. Sebab itu kita tidak mendefinisikan apakah yang dimaksudkan terkemuka itu supaya kita jangan diikat dengan dinarrowkan mereka yang layak untuk dilantik sebagai mereka yang terkemuka ini. Ya.

final • 7:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi 5(1)(f) ini, bukannya maksud saya kalau kita buat satu tafsiran seperti di fasal 3 mulai dengan empat orang terkemuka ataupun four eminent person dengan izin, ini bermakna kita bukan memberikan semua kuasa kepada Perdana Menteri untuk memilih sesiapa yang dengan suka hati dia. Kita mesti ada satu kriteria yang sekurang-kurangnya orang terkemuka ini mesti di bawah kriteria yang tertentu. Bukannya memberi hak kepada Perdana Menteri, satu blank check supaya beliau boleh melantik sesiapa sahaja daripada atas anggapan beliau seperti yang sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor sudah mengatakan tadi bahawa power corrupts, absolute power corrupt absolutely.

Ini yang kita nak menyekat supaya Perdana Menteri pun tak boleh menyalahgunakan kuasa. Kalau kita menumpukan satu kuasa kepada seorang, lightly hook dengan izin of abuse of power. Sebab itulah kita mesti ada satu kriteria dalam akta ini seperti di tafsiran fasal 3 di mana bermaksud seperti ini, “Dalam akta ini melainkan jika kontraknya mengehendaki makna yang lain iaitu anggota suruhanjaya” dan berikan ertinya apa maksudnya hakim-hakim mahkamah atasan. So sama juga, kita eminent orang yang terkemuka. Kita mesti ada satu kriteria yang sekurang- kurangnya orang ini yang terkemuka ini adalah apa maksudnya. Kita tak boleh memberi kepada Perdana Menteri 100% kuasa supaya beliau boleh ada discretion boleh nak lantik orang ini. Seperti VK Linggam, dia boleh kata terkemuka juga dan beliau juga ada pengalaman untuk pelantikan hakim. Vincent Tan pun sama juga, ada pengalaman.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab itu kita tak mahu Perdana Menteri siapa juga ada kuasa untuk melantik seperti VK Linggam, Datuk V.K. Lingam atau Tan Sri Vincent Tan. Ini kita mahu satu perubahan. Rang undang-undang ini juga dinantikan oleh negara kita tetapi kita tak mahu yang itu eminent person tak ada kriteria langsung. Atas budi bicara Perdana Menteri sahaja. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji semula dan di peringkat jawatankuasa buat satu pindaan ya. Apa itu eminent person ini.

final • 7:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalau tidak nanti satu hari kita perlu, yang saya bangkitkan kelmarin kita perlu pula satu kod etika mengenai dengan Ahli-ahli Suruhanjaya ini. Pelantikan hakim pula seperti yang kita perlu satu kod etika untuk hakim-hakim di negara kita. Sedangkan seorang hakim itu yang bila dilantik mestinya dia punya karakter being questioned.

Akan tetapi di negara kita, kita perlu ada kod etika. Itu yang hendak kita elakkan. Saya harap dan saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri janganlah terlampau angkuh oleh kerana ada majoriti di sini.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kami ada 82 sahaja.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju sudah berapa kali sudah ulang.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no saya hendak minta.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Argument yang sama sahaja itu Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya hendak Yang Berhormat Menteri itu merayu kepada beliau jangan menggunakan kuasa yang lebih di sini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya tanya perkara yang sama. Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya perkara yang sama di bawah 5(f) ini mengenai dengan mekanisme rundingan ini. Adakah Perdana Menteri akan menghantar nama-nama kepada mereka ini, Majlis Peguam, Persatuan Undang- undang ini untuk mereka buat ulasan ataupun mereka akan diminta menghantar calon- calon yang dicadangkan empat ini.

Pada pandangan saya, saya hendak minta reaksi Yang Berhormat oleh kerana ada peruntukan dalam tempoh dua tahun akta ini boleh dipinda melalui anomaly tertentu, kenapa tidak ditentukan terus supaya mempercepatkan masa iaitu dengan cara contohnya, seorang daripada empat ini seorang wakil daripada pensyarah kanan daripada fakulti undang-undang dalam universiti negara kita yang mempunyai memiliki Ijazah PhD, Dekan Fakulti Perundangan seorang. Tokoh dari segi bidang agama, tetapi ada kena-mengena dengan undang-undang seperti bidang syariah seorang, yang boleh dinamakan terus atas nama jawatan mereka yang tidak perlu dipertikaikan lagi, cepat.

Kalau hendak berunding macam ini, bila Majlis Peguam ini nanti Perdana Menteri hantar nama, dia komen. Selepas itu calon yang dia cadang, dia tidak puas hati. Maka dia cakap pula surat khabar, dia komen lagi. Dua tahun tidak selesai, sebab itu pada saya, dalam hal ini empat orang lagi, kerana lima sudah ada daripada establishment badan kehakiman. Jadi ini lebih mudah menamakan mereka ini daripada berlarut perbincangan ini. Saya percaya hendak lantik empat orang ini akan ambil masa dan dengan penglibatan rundingan termasuklah Majlis Peguam ini tentu jadi masalah nanti.

Sekian, terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Menyatakan sebentar tadi, iaitu mengapa kita tidak mendefinisikan terkemuka ini ialah untuk memberi ruang yang luas kepada Perdana Menteri. Apabila kita mendefinisikan terkemuka bermakna ruangnya kecil dan itulah sebabnya mengapa kita tidak mendefinisikan terkemuka ini. Mesti lihat secara positif bukan bertujuan untuk - saya tidak tahulah mungkin daripada standard Yang Berhormat Wangsa Maju V.K. Lingam itu terkemuka. Itu dia punya standardlah kan. Jadi pada saya, saya yakin dan saya berani mengatakan daripada segi penilaian Perdana Menteri yang ada sekarang V.K. Lingam bukan terkemuka. Akan tetapi Yang Berhormat saya tidak tahulah, mungkinlah Yang Berhormat sebut di dalam Dewan yang besar ini.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan kita telah pun bahas lebih daripada lima jam, dan saya kira bahawa semua perkara yang dibangkit telah pun dijawab sama ada berpuas hati ataupun tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Namun apa yang tidak dijawab boleh saya insya-Allah jumpa di luar kita cuba mendapatkan jawapan. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat tiga jam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta belah bahagian, point of order. Minta belah bahagian.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya belum habis proses Yang Berhormat. Yang Berhormat kena belajar peraturan ini juga. Lebih suara yang bersetuju, rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita minta itu belah bahagianlah.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belah bahagian kena semua 15 orang berdiri Yang Berhormat. Saya nampak dari Ketua Pembangkang dia kata tidak payahlah. Bisik dengan saya sudah capai sudah.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 7:30 PM

Fasal-fasal 1 hingga 37 - Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tuan Pengerusi, saya minta sedikit masa.

Tentang fasal 2, saya menghargai usaha Menteri untuk meletakkan fasal 2 di sini, tetapi saya ingin meminta sedikit penjelasan. Apa yang akan berlaku sekiranya Perdana Menteri sekarang ataupun Perdana Menteri yang akan datang tidak mematuhi seksyen ini ataupun melanggari seksyen ini, apa yang akan berlaku? Adakah ini satu kesalahan undang-undang? Apakah tindakan ataupun penalti? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat. Saya belum menjemput Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggulah saya jemput sebelum bercakap.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, ya.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh seksyen 9 yang saya tidak berkesempatan tadi untuk mendapat penjelasan berkaitan dengan pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan ini, iaitu seksyen 9(1) bahawa diberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk pada bila-bila masa sekalipun untuk memecat empat orang itu tanpa memberikan apa-apa sebab pembatalan pemecatan tersebut. Walaupun tadi disebut di peringkat dasar Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa dia percaya, dia yakin bahawa proses itu akan mengikut satu proses yang teratur, yang mengikut satu peraturan dan sebagainya,

final • 7:37 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

tetapi kenapa tidak diletakkan, mengatakan bahawa satu mekanisme pembatalan mereka itu sebab diletakkan di sini bahawa “bila-bila masa”. Tidak disebut, itu jaminan Menteri sahaja tadi tetapi bagaimana kalau seseorang yang menjadi Perdana Menteri yang menggunakan peruntukan ini pada bila-bila masa untuk membuat pemecatan dan saya lihat bahawa peruntukan ini mengikat dan menjadikan empat orang itu tadi dalam keadaan yang takut, kerana mereka nanti akan menghadapi pemecatan yang dianggap sebagai memalukan mereka.

final • 7:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas. Tunggu Yang Berhormat.

final • 7:37 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya ada bangun tanya dan saya bawa balik di peringkat Jawatankuasa ini fasal 5(f) sebab Yang Berhormat Menteri tidak menjawab. Saya hendak tanya mekanisme yang dikatakan bentuk mekanisme perundingan tadi.

Saya hendak dapat cara penjelasan yang jelas daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, macam mana bentuk perundingan ini? Nama-nama dihantar oleh badan-badan inikah ataupun Perdana Menteri menghantar untuk diulas? Saya hendak tahu itu dan saya berharap sangat supaya empat orang yang dilantik nanti betul-betul mereka yang ada kewibawaan dan dia tidak conflict of interest. Kita mempunyai banyak calon Yang Berhormat Menteri, kalau saya tengok dalam di dalam negara kita eminent person dalam bidang perundangan.

Pensyarah-pensyarah, dekan-dekan daripada fakulti undang-undang daripada universiti-universiti. Contohnya seperti Profesor Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, itu Dekan Kuliah dalam bidang Syariah yang terkemuka, yang selalu tersiar namanya dalam Forum Hal Ehwal Perdana yang tentu ada kredibiliti. Saya tidak mahu masuk campur cuma hendak throw beberapa pandangan. Kemudian mereka seperti Tan Sri Aziz Abdul Rahman, mereka seperti tokoh Profesor Dr. Aziz Bahari. Jadi orang-orang ini yang ada ini, jadi saya tanya mekanisme tadi ialah saya bimbang nanti kalau dia minta nama-nama nanti daripada Majlis Peguam dihantar satu calon, macam-macam yang berlarutan nanti. Sebab itu ianya patut diperjelas lagi, yang lebih baik pada saya tentukan nama mengikut mewakili badan terus atas nama jawatan lagi baik. Sekian, terima kasih.

final • 7:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Pengerusi, Tuaran berdiri minta laluan sikit.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mana?

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Terutamanya perkara 2, Yang Berhormat, ini undang-undang yang dijadikan sebagai undang-undang di bawah akta.

Jadi pernyataan yang dibuat di dalam akta ini berkenaan dengan mendukung kebebasan Badan Kehakiman ini ada menyebut perkara 2 mestilah mendukung kebebasan berterusan. Yang Berhormat, apabila menjadi Perdana Menteri sudah tentu mandatnya ialah daripada rakyat.

Sudah tentu juga menjadi Perdana Menteri ini dia merupakan orang yang paling mempunyai highest profile sekali. Jadi sudah tentu kalau sekiranya apa tindakan yang diambil oleh beliau merupakan satu perkara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat, kalau hilang keyakinan rakyat ini, pertamanya sudah tentu pilihan raya akan dihukum. Keduanya, kita tidak akan boleh lari. 20 tahun kemudian pun orang akan ungkit lagi. Jadi dia punya kesannya kepada seorang Perdana Menteri ini tidak sama dengan seorang yang tidak langsung bertanggungjawab. Orang yang tidak bertanggungjawab, tidak akur ini tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu kita bagi kuasa kepada Perdana Menteri dan bukan kepada semua orang. Tapi untuk Yang Berhormat pula hendak fikirkan ada pula satu seksyen mengatakan kalau sekiranya Perdana Menteri tidak melakukan apa yang dikatakan di bawah perkara 2 ini maka dia harus dihukum lima tahun. Ini tidak munasabah Yang Berhormat ya. Jadi kita tidak boleh ada satu-satu seksyen yang mahu menghukum Perdana Menteri kalau dia tidak mengikut persepsi Yang Berhormat, perkara 2 ini. Ini satu perkara yang tidak mungkin kita boleh pantau. Melainkan orang yang sampai pada

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

tahap Perdana Menteri ini sudah tentulah dia tahu tentang tanggungjawab dia. Jadi lebih daripada itu kita tidak boleh hendak buat. Kemudian Yang Berhormat daripada Pokok Sena juga.....

final • 7:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya minta penjelasan sikit sahaja.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya ingat tidak apalah. Benda ini bukan boleh pinda pun. Hendak tanya pandangan saya bagilah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Pokok Sena, perkara 9 ini. Pembatalan, pelantikan dan peletakan jawatan ini. Yang Berhormat ingat senangkah? Waktu kita diturunkan al-Quran suruh kita sembahyang, puasa, ada diturunkan dengan satu pasukan pula yang untuk memastikan kita kena puasa? Tidak boleh.

Maknanya ini merupakan amanah. Amanah ini kita buat tanpa pemantauan oleh sesiapa. Jadi sebab itu dalam hal ini juga Perdana Menteri kalau dia diberikan kuasa di bawah perkara 9 ini, Yang Berhormat mempunyai negatif punya sikaplah.

Kalau tidak sekali pun, kalau Yang Berhormat jadi Perdana Menteri mungkin Yang Berhormat akan buat benda itu. Sangkaan jahat datang daripada niat yang jahat. Pada kami di sini, kami melihat kalau sekali pun sana menjadi Perdana Menteri, kita tidak pertikaikan benda ini. Itu terpulanglah, dia Perdana Menteri. Dia telah dipilih oleh rakyat. Dia akan tahu bagaimana dia akan bersikap dalam perkara seperti ini.

Sebab itu untuk hendak lebih ketat, pastikan tidak mungkin boleh dilakukan.

Melainkan kalau Yang Berhormat ada cadangan-cadangan yang baik, yang boleh pastikan perkara ini berlaku, cadangkan dan kita akan guna 37 Yang Berhormat tidak setuju tadi untuk melaksanakan apa cadangan yang baru daripada Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, kan dalam General Order untuk pegawai kerajaan pun untuk hendak buang, hendak pecat pun ada prosedur dia, ada peraturan dia. Jadi kenapa kita tidak boleh letakkan satu peraturan...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tahu, yang itu General Order untuk pegawai kerajaan, ini Perdana Menteri.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya begitulah. Kita hendak buang mereka-mereka yang bertaraf, ada kedudukan. Jagalah maruah depa.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini Perdana Menteri. Ada bezalah.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Eh! Kan sejarah negara kita kan ada Perdana Menteri yang pernah melanggar, menceroboh dan apa yang berlaku tanya Yang Berhormat Jerlun. Tidakkan Yang Berhormat Jerlun tidak tahu.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Walaupun ada yang...

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat sendiri marah kepada bekas Perdana Menteri dulu.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak ...

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sebab benda-benda yang melanggari prinsip-prinsip asas demokrasi dalam negara kita.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak pernah marah dia ...

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tegur menegur itu biasa. Macam mana saya tegur Yang Berhormat juga. Maksud saya di sini, kita tidak perlulah. Kita dipilih oleh rakyat dan Perdana Menteri ini mendapat sokongan dalam Dewan daripada majoriti Ahli Parlimen yang boleh menjadi Perdana Menteri. Jadi Yang Berhormat tidak perlulah kata. Tapi kalau ada cadangan baru kita guna 37 tadi, Yang Berhormat bangkang itu. Kalau terdesak, baik. Tuan Pengerusi ...

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas tadi...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Pasir Mas, ini soal tentang kehakiman. Jadi sudah tentulah kita tidak boleh ambil satu-satu orang dari

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

pada profesion yang lain, dinamakan di atas jawatan yang dipegang, duduk sebagai commission tetap berdasarkan jawatan dia pegang, tidak boleh. Mana boleh seorang akademik atas jawatan dia sebagai academician, dia duduk untuk memilih pula kumpulan daripada profesion yang berbeza daripada dia, mana boleh. Jadi tidak bolehlah. Kalau doktor, takkan kita kata Presiden Majlis Doktor-doktor Malaysia adalah anggota kepada commission ini.

Tidak boleh sebab dia doktor, tidak bolehlah, satu orang yang daripada profesion yang lain atas nama jawatan kedoktoran iaitu duduk sebagai commission tetap. Sebab itu kita tukar. Waktu ini Yang Berhormat melihat academician ini bagus.

Tapi lepas itu Perdana Menteri fikirkan ada orang lain bagus. Sebab itu biar buka bagi ruang seluas-luasnya. Jangan kita narrow choice kita. Jadi sebab itu pandangan Yang Berhormat itu kita tidak boleh terimalah kerana yang empat kosong itu tidak boleh ianya diisi secara tertera menyatakan diisi oleh pemegang jawatan.

final • 7:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau Majlis Peguam atas nama jawatan pun kita tidak beri inikan pula academician pula, jadi tidak boleh Yang Berhormat. Saya ingat kita tidak payah ...

final • 7:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau saya tidak bagi pandangan nampak bodoh sangat saya ini pula. Cara Yang Berhormat jawab tadi. Saya pun cerdik juga.

Sikit-sikit kalau tidak belajar pun, saya belajar Holiday Inn, saya katakan. Saya terima penjelasan Yang Berhormat tadi, mungkin saya tidak nampak aspek itu. Akan tetapi pada masa yang sama saya kemukakan nama tadi sebagai nak emphasize, tidak semestinya dia. Bertapa pentingnya dilantik orang-orang yang ada kredibiliti. Orang- orang ini kalau disebut dalam bidang profesion, tidak lari daripada bidang profesion undang-undang. Bukan saya suruh lantik doktor gigi. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, kalau Yang Berhormat hendak fikir sebenarnya hendak calon nama orang, pergi jumpa Perdana Menteri. Bagi nama terus, tidak ada masalah. Tidak perlu kita ada satu.. ya jumpa, lepas ni keluar, sat lagi bagitau, “Sir, saya hendak calonkan...” tidak ada masalah.

Perlu apa peraturankah, hendak tulis suratkah, apakah. Jadi rundingan ini pun janganlah kita ikatkan sehinggakan “...cara-caranya ialah mestilah menulis surat kepada..”, tidak payahlah. Rundingan bagi tahu Perdana Menteri ini pun, jalan dekat situ pun boleh beritahu, “Sir boleh tidak?”, kalau Yang Berhormat segan hendak sebut, saya boleh sebut, “Boleh tidak cadangkan Yang Berhormat Pasir Mas jadi?” Itu pun sudah kira telah pun berunding dengan Perdana Menteri.

final • 7:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, sebab amat layak, terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Pengerusi ...

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, satu lagi yang saya terlepas pandang tadi. Yang Berhormat Tuaran.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Tuaran.

final • 7:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada perkara 26, 27, dan 28 lagi. Terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah mengambil kira pandangan-pandangan daripada Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Dalam jawapan tadi, dalam perbahasannya Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi.. ini soal consultationnya. Contention kami di sini Yang Berhormat ialah the stage consultation. Yang Berhormat katakan tadi bahawa apabila Perdana Menteri membawa ini ke Conference of Rulers, itu merupakan satu consultation.

final • 7:40 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat mengatakan tadi bahawa apabila Perdana Menteri ini ke Conference Of Rulers itu merupakan satu consultation. Bagi pendapat saya berbeza sedikit, sebab apa yang kita maksudkan soal consultation ini adalah dalam proses pemilihan calon. Apabila nama-nama itu dibawa kepada Conference Of Rulers, itu adalah final stage. Jadi kita masih merasakan bahawa persoalan what stage is the consultation itu perlu diaddress dan dalam ucapan perbahasan tadi saya telah mencadangkan sedikit tambahan.

final • 7:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Jadi oleh kerana saya lihat bahawa Yang Berhormat Menteri telah memberi kan satu general answer. Jadi dalam peringkat jawatankuasa ini saya ingin mencadangkan dan tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri telah menawarkan kepada rakan-rakan di pihak pembangkang kalau ada cadangan baik, boleh sampaikan. Dalam hal ini oleh kerana ada seksyen fasal 37, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi ruang kalau sekiranya ada cadangan bukan sahaja dari kalangan MP daripada Sabah, tapi dari kalangan legal fraternity memberi cadangan kepada kerajaan, bolehkah kerajaan mempertimbangkan apa-apa cadangan untuk lebih menjelaskan perkara consultation ini. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya nak bagi tahu iaitu consultation ini berjalan sepanjang masa ya. Bermakna tidak perlu tunggu ada kekosongan baru, baru Perdana Menteri tanya kepada Governor, sapa nama yang nak beri ataupun tolong bolehkah terima nama ini. Consultation ini berlaku sepanjang masa apabila ada commission, dulu tidak ada commission jadi Perdana Menteri tidak ada masa nak fikir sepajang masa nama-nama ini.

Namun bila sekarang sudah ada commission bermakna consultation itu boleh berjalan sepanjang di mana pihak dari Sabah, Sarawak boleh hantar nama kepada commission ini untuk lihat kewajaran pelantikan mereka. Kemudian, apabila ada kekosongan maka nama itu juga yang lah akan di calonkan bahawa tidak ada bantahan, tidak ada skandal, nama itu juga di calonkan kepada negeri. Jadi tidak bangkit soal ini. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kalau apa Yang Berhormat cadangkan itu kita boleh pertimbangkan dan kalau kita lihat kalau itu wajar boleh kita masukan.

final • 7:50 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat, penjelasan bukan maksud calon tetapi cadangan untuk dalam soal perenggan, bukan calon. Calon itu kita mengertilah kalau kita ada cadangkan.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya

final • 7:50 PM

Tuan Lim Hock Seng - Bagan

Penjelasan.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat, dah habis Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Tuan Lim Hock Seng - Bagan

Penjelasan.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat,

final • 7:50 PM

Tuan Lim Hock Seng - Bagan

Satu Sahaja.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak apalah tak apa Tuan Pengerusi, oleh kerana dia nak mendaftar kehadiran di dalam Hansard saya benarkanlah.

final • 7:50 PM

Tuan Lim Hock Seng - Bagan

Ini ialah ekoran daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi tentang itu keraguan yang diutarakan oleh para peguam-peguam daripada Sabah dan Sarawak tentang kemungkinan dan juga perkara-perkara berkaitan dengan 122B dan juga 161E. Di mana pelantikan hakim- hakim untuk negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya di putuskan oleh Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Sama ada, dengan adanya JAC ini ia akan mengakibatkan apa ni dilution dengan izin, dilution kuasa, limitation of power kuasa-kuasa yang diletakan kepada Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

Oleh sebab itu sekiranya ini harus di utarakan kerana sekiranya nak menubuhkan itu commission juga bolehkah ada satu commission yang berasingan untuk hakim-hakim bagi pihak Sabah, Sarawak, itu sahaja.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya perkara ini telah pun saya jawab begitu panjang lebar, Yang Berhormat tidak ada tadi. Cuma saya nak kata apa juga amalan yang telah berjalan sebelum ini.

Kalau sekiranya tidak ada pindaan terhadap Perlembagaan tentang seksyen ataupun artikel-artikel itu, bermakna seperti biasalah, tidak ada yang terjejas.

Oleh sebab itu kita kata tidak terjejas artikel ini kerana tidak ada pindaan pada artikel itu. Jadi macam mana yang dikatakan counted downlah, hak Sabah Sarawak telah pun di kompromi kerana tidak ada pindaan, tapi kalau ada pindaan, ia mungkin.

Jadi bermakna apa yang berlaku sebelum ini terus akan berlaku tanpa ada orang kata

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

apa menjejas keadaan kedudukan Sabah Sarawak sebelum ini di bawah Perlembagaan sebab tidak ada pindaan Perlembagaan.

Kedua Yang Berhormat, kita nak lantik hakim, Yang Berhormat mengatakan seolah-olah iaitu bahawa ada separate ini maknanya Sabah dan Sarawak tak layak untuk nak jadi satu hari Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi jangan ada asing orang kata apa commission ini, ada satu commission. Kita sebuah negara, kita cuba untuk menyatupadukan dan jangan memisahkan kita. Walaupun mungkin itu hasrat Yang Berhormatlah untuk memecah belah Sarawak supaya dapat menang dalam pilihan raya yang akan datang nanti.

Fasal-fasal 1 hingga 37 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang di maklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan ketetapan terdahulu saya mohon mencadangkan; “Bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan pada jam 10 pagi hari Khamis 18 Disember 2008.”

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum, belum habis kerja lagi Yang Berhormat, belum habis kerja lagi Yang Berhormat, belum lagi Yang Berhormat, belum habis Yang Berhormat, saya..itu sebahagian dari..

final • 7:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa ni, lama duduk dalam Parlimen negara ini.

final • 7:50 PM

Dato’ Liow Tiong Lai - Menteri Kesihatan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi hari Khamis, 18 Disember 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.

final • 7:50 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026