Nov272008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah JPA akan melaksanakan cadangan untuk menyiarkan dalam akhbar tempatan, nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman dan tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau kesalahan tatatertib. Nyatakan kaedah yang diguna pakai sekarang ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, JPA tidak bercadang untuk menyiarkan di dalam akhbar tempatan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman dan tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa ataupun kesalahan tatatertib. Walau bagaimanapun, sebagai kaedah alternatif, JPA telah pun dan akan menyiarkan dari semasa ke semasa statistik mengenai bilangan pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib, jenis-jenis kesalahan tatatertib dan bentuk hukuman tatatertib yang dikenakan.

Selain dari itu, laporan tahunan bilangan pegawai awam yang dikenakan tindakan tatatertib dikemukakan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada setiap tahun. Sehingga kini, JPA telah menyiarkan statistik berkenaan bagi tahun 2006 dan 2007. Manakala mulai tahun 2008, JPA mengeluarkan statistik tersebut bagi setiap suku tahun. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Laporan Ketua Audit Negara yang dilaporkan sepanjang tahun membuktikan bahawa penyelewengan dana awam semakin meningkat. Jadi apakah kerajaan bercadang menerima pandangan daripada KSN iaitu Ketua Setiausaha Negara yang menyatakan bahawa mereka yang melakukan penyelewengan dana awam ini akan dikenakan tindakan selain daripada buang kerja, mereka juga perlu membayar balik kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada penyelewengan dana awam ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membidas Ahli Parlimen Batu Kawan yang menyatakan bahawa JPA mengoyak permohonan kaum India, borang mereka untuk masuk ke sektor awam. Ini adalah pembohongan yang nyata dan beliau gagal pun membuktikannya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan jenayah politik sebenarnya.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, akhir-akhir ini bilangan pegawai kerajaan yang terlibat di dalam kes-kes

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

tatatertib ini telah menurun dengan begitu jelas sekali. Pada tahun 2006, jumlah pegawai- pegawai yang terlibat dan telah diambil tindakan sebenarnya telah menurun sebanyak 16%.

Daripada apa yang didapati bahawa kebanyakannya adalah daripada jabatan- jabatan yang tertentu. Umpamanya, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menurun daripada 714 kes kepada 590 kes iaitu penurunan sebanyak 17%. Perkhidmatan Awam Negeri daripada 304 kes telah menurun kepada 139 kes iaitu 54%. Badan Berkanun Persekutuan, ada peningkatan sedikit iaitu daripada 353 kes kepada 467 kes iaitu peningkatan sebanyak 32%. Pihak Berkuasa Tempatan juga menurun iaitu daripada 271 kes kepada 209 kes iaitu penurunan sebanyak 22%. PDRM agak meningkat sedikit daripada 340 kes kepada 450 kes iaitu peningkatan sebanyak 4.6% dan Angkatan Tentera daripada 523 kes turun kepada 300 kes iaitu penurunan sebanyak 41.87%. Pada keseluruhannya ialah 16.8% penurunan.

Jadi, ini adalah satu perkembangan yang agak sihat.

Mengenai tuduhan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang baru- baru ini berkenaan dengan pengambilan pegawai-pegawai kerajaan. Sebenarnya mengenai pengambilan pegawai-pegawai kerajaan, kita telah menyerahkan pelantikan itu kepada bidang kuasa masing-masing. Umpamanya perkhidmatan awam, ia di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan membuat pengambilan pegawai-pegawai. Bagi Jabatan Pendidikan adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Bagi Kehakiman adalah di bawah Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan.

■1010 Jadi tidak timbul soal kita atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab seperti mana ada yang dakwaan bahawa UMNO telah mengoyakkan borang itu tidak timbul. Selain daripada itu juga borang-borang atau permohonan boleh dibuat secara online.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Maknanya Yang Berhormat Batu Kawan itu bohonglah.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Ya, memanglah saya pun hairan sebagai seorang bekas...

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Profesor.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Ahli akademik, seorang pensyarah di sebuah pengajian tinggi hanya apabila masuk politik dia jadi seperti yang lain-lain lagi.

Menggunakan isu-isu murahan seperti yang disebutkan tadilah iaitu isu-isu...

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Seperti lain-lain itu parti pembangkang, BN tidak.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Ya. Jadi, itulah saja dan saya sampai hari ini sedang menunggu sama ada beliau boleh membuktikan bahawa ada perkara-perkara yang dituduhkan itu berlaku. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hairan pagi ini pembangkang tidak ada datang. Ada strategi di sebaliknya ini yang hendak dilaksanakan. [Ketawa] Ada sebilangan PAS saya puji, PAS memang PAS tulen. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

PAS tulen bagus.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mutakhir ini kita melihat bahawa kebimbangan di kalangan rakyat di atas perkara-perkara yang berlaku seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan yang dilakukan oleh penjawat-penjawat awam.

Soalan saya apakah faktor yang mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sopan ini sehingga boleh mengakibatkan maruah agensi kerajaan dan negara dipertikai oleh orang awam? Apakah mungkin disebabkan elaun atau gaji pendapatan itu tidak mencukupi yang diupah oleh kerajaan jika dibandingkan kalau kita lihat negara Hong Kong contohnya pegawai-pegawai dia jarang sekali kita lihat melakukan perkara-perkara menyalahgunakan kuasa sama ada di polis, penguatkuasaan kastam, imigresennya dan sebagainya sebab mereka ini dijaga dan kebajikan mereka terpelihara, terjamin sehingga

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

tidak mendorong mereka untuk menjadi orang yang menyalahgunakan kuasa. Minta penjelasan.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat, jadi soalan Yang Berhormat itu begitu luas sekalilah untuk saya jawab. Berkenaan dengan pegawai- pegawai kerajaan ini ialah saya rasa ini ialah human factor lah, atas diri sendiri lah. Kadang- kadang mereka ini kalau kita tengok daripada kesalahan-kesalahan yang ada di dalam yang telah dikaitkan dengan pegawai-pegawai kerajaan, kita lihat bahawa tindakan-tindakan yang kita ambil kebanyakan adalah sebab satunya ialah tidak hadir bertugas. Sebanyak 979 orang tidak hadir bertugas ini saya pun tidak tahu kenapa tidak hadirlah sama ada atas sebab-sebab lain, berbagai-bagai sebab.

Kedua, pelanggaran tata kelakuan 938 orang, kes kesalahan dadah 137 orang, kes-kes mahkamah 85 kes. Jadi, maknanya bahawa kes-kes ini adalah berbagai-bagai kes dan untuk menentukan bahawa pegawai-pegawai ini melakukan kesalahan atas sebab- sebab kerana elaun dan sebagainya kita tidak dapat hendak menentukan kerana kalau kita tengok kes tidak datang kerja, saya rasa itu tidak terlibat dengan elaun atau imbuhan gaji dan sebagainya. Kalau kita rasa kes-kes mahkamah mungkin mereka ini terlibat dengan rasuah, kemungkinannya berlaku penyelewengan dari segi dan salah guna kuasa untuk mendapat imbuhan yang lebih. Jadi, pada oleh kerana itu saya dapati bahawa kes-kes ini berbagai-bagai-bagai kes Yang Berhormat dan tidak dapat memastikan satu spesifik kes yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan.

[Soalan No.2 – Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat) tidak hadir]

final • 10:00 AM

3. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) pelbagai program dikenal pasti untuk mempergiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk nuklear berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9), apakah usaha-usaha Kerajaan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, biogas, tenaga suria, angin, hidro dan gas hidrogen; dan

(b) status Dasar Baru Tenaga Negara yang diuar-uarkan sebelum ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tenaga boleh diperbaharui atau tenaga alternatif boleh ditambah sebagai salah satu bahan api selain minyak, gas, hidro dan juga arang batu dalam dasar kepelbagaian lima bahan api ataupun five fuel diversifications policy. Penghasilan tenaga diperbaharui ada daripada sumber-sumber seperti tenaga solar, biomass, angin, mini-hidro, geothermal dan ombak. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan R&D, tenaga boleh diperbaharui dan alternatif sejak Rancangan Malaysia Ketujuh melalui geran- geran penyelidikan seperti Intensifications of Research in Priority Areas (IRPA), ScienceFund, TechnoFund, Commercialization of R&D Fund (CRDF) dan Technology Acquisitions Fund.

Sehingga kini MOSTI telah membiayai sebanyak 132 projek berkaitan tenaga automotif yang dijalankan oleh universiti dan institusi pendidikan tempatan melibatkan pembiayaan sebanyak RM126,998,318 juta, untuk itu potensi sumber tenaga alternatif lain seperti tenaga solar, angin dan biomass yang termasuk juga biodiesel, biothanol, bio-gas dan bio-hidrogen sedang dikaji dengan giatnya. Buat masa ini juga kementerian ini bersama Kementerian Tenaga, air dan Komunikasi dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan kertas cadangan untuk memajukan tenaga nuklear sebagai salah satu option sumber tenaga di negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, untuk menerajui R&D tenaga alternatif ini kementerian telah menubuhkan pasukan petugas tenaga boleh diperbaharui yang antara lainnya akan mengenal pasti projek-projek R&D berpotensi yang telah dibiayai oleh MOSTI supaya teknologi tersebut boleh diroll out secara projek perintis terutamanya kepada komuniti akar umbi.

Kedua, mengenal pasti, memupuk dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan kecil dan sederhana untuk memajukan aplikasi teknologi sedia ada sehingga ke peringkat perintis atau pun pilot scale terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman dan ketiganya mempertingkatkan sistem pengurusan dan perkongsian maklumat R&D teknologi tenaga diperbaharui. SIRIM sebagai sebuah agensi di bawah MOSTI juga sedang mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dengan menandatangani perjanjian persefahaman dan kerjasama dengan institusi penyelidikan luar negara. Sebagai contoh pihak SIRIM sedang mengenal pasti teknologi kincir angin yang sesuai untuk digunakan di Malaysia seperti teknologi kincir angin daripada Arter Technology Rusia dan juga Suzlon Technology daripada India serta kemungkinan kincir angin dihibridkan dengan teknologi solar, bateri dan diesel.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan B, kajian bagi merangka dasar dan strategi tenaga yang baru termasuk jaminan bekalan bahan api sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Laporan akhir kajian dijangka disiapkan pada Oktober 2009. Di samping itu pelan tindakan bagi pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelan tindakan mengenai kecekapan tenaga sedang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Terima kasih kepada Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua di mana-mana negara kita melihat sekarang ini ada dua tekanan ataupun permintaan rakyat. Pertama, dalam suasana kos harga yang tinggi, lepas itu kesedaran pula generasi yang muda mahu tenaga yang hijau tetapi hijau tulenlah, hijau bukan hijau klon PKR. Hijau tulen kita setuju, presiden, timbalan PAS kita setuju, pembersihan yang dibuat di Selangor, syabas kepada Timbalan Presiden, dah tengok bagaimana dihijaukan di negeri-negeri yang lain di bawahnya PAS sebab apa Yang Berhormat Ipoh Barat kacau. Tekanan harga tenaga yang tinggi, kesedaran rakyat seperti yang kita lihat di Amerika, di Malaysia anak muda mahukan satu tenaga alam semula jadi ini, the green energy ini dan rakyat mahu sekarang. Di mana-mana ada permintaan yang besar dan juga dari segi kos, banyak rakyat yang mengatakan bahawa kos yang diletak dalam R&D ini kos duit rakyat. Mereka selalu tidak berpuas hati kerana kalau kita kata masih peringkat kajian, mereka mahu lihat di hadapan mereka, mahu menggunakan esok hari, mahu membina rumah yang baru boleh gunakan tenaga solar tidak. Kalau mereka menggunakan tekanan hidup mereka dari kenaikan tarif yang tinggi Tenaga Nasional ada kah juga tenaga punca baru punca yang lebih murah daripada nuklear.

■1020 Mana-mana kehendak rakyat, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana pandangan kerajaan dengan keadaan yang ada sekarang ini, dan kehendak rakyat yang mahukan perubahan dari segi dasar tenaga di negara kita.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seperti mana yang kita sedia maklum, dalam bidang research and development dan juga commercialization ini akan melibatkan beberapa perkara.

Pertamanya, bahagian kajian melibatkan pakar-pakar. Keduanya ialah bagaimana kita hendak bawakan kajian itu tadi ke pasaran. Jadi, di sini kita melihat mungkin cabaran yang perlu kita atasi. Akan tetapi untuk makluman kita semua, hasil kajian awal beberapa perkara dapat digunakan sebenarnya terutamanya di peringkat industri. Sebagai contoh dalam bidang R&D, dalam bidang alternatif tadi ialah THS EFB Fired Cogeneration plant di Kunak yang menggunakan tandan kosong, sabut dan kulit buah kelapa sawit yang digunakan oleh Sime Darby Palm Fiber & Shell Fired Cogeneration plant di Kulim, Kedah.

Rice Husk Fired Cogeneration plant di Parit Buntar, Perak. Ini adalah kajian awal daripada universiti yang diambil oleh industri untuk digunakan. Akan tetapi cabaran kita

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

sekarang bagaimana hendak membawa kepada peringkat rakyat keseluruhannya. Di sinilah cabarannya sebab untuk memasarkan melibatkan kos yang besar. Oleh sebab itu, langkah kita ialah untuk membawa hala projek ini, di mana kita menyediakan peruntukan supaya pilot scale ini dapat kita jalankan dan diambil oleh peringkat pasaran.

Kita sudah mengenal pasti sebanyak tujuh yang boleh kita bawa iaitu:

(i) solar assisted hot water heating system for modern hospital, ini kajian daripada UKM; dan

(ii) development of evacuated tube solar collector and absorption chiller for solar, solar assisted air conditioning system dan banyak lagi sebenarnya.

Ada tujuh yang kita kenal pasti dan boleh kita bawakan ke pasaran dan yang pentingnya sekarang bagaimana kita hendak mengenal pasti industri player yang boleh membawa. Ini adalah sebab di peringkat awal ini ia masih mahal dan untuk solar kita mengkaji serta memberi pengkhususan bagaimana kita dapat membuat solar panel yang lebih murah supaya ia dapat diserahkan kepada masyarakat kita untuk digunakan di rumah- rumah misalnya. Kajian ini kita jalankan bersama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dasar-dasar yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah dasar-dasar yang dimulakan oleh Menteri, iaitu Yang Berhormat Rompin dulu, Menteri yang berkenaan. Saya kurang faham kerana saya percaya, saya tahu sebelum ini beliau duduk di sebelah sana juga cakap yang sama. Kenapa pula dia tanya soalan-soalan yang tidak ada kaitan...

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Apa point of order ini? Apa soalan?

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Point of order apa?

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Balik kampunglah.

Malulah kepada orang belakang tu.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Siapa yang makan cili dia rasa pedaslah.

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Kalau ini KPI pembangkang...

final • 10:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pasal Yang Berhormat Menteri tak buat.

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Kita tak akan sokonglah. Jawab pertanyaan soalanlah.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita semua tahu, kita semua tahu...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat semua ada dalam televisyen ini.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...bahawa kerajaan ada macam-macam dasar.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Macam-macam dasar tetapi jangan kita ikut dasar-dasar yang lama. Ini kerana semua sudah reput, semua sudah tak guna punya dasar, itu yang nombor satu. Kita perlu ada satu dasar yang baru sebab itu kerajaan kerap kali menukar Menteri-Menteri. Ini salah satu antara dasar-dasar yang baik tetapi mengenai soalan ini, saya hendak tanya apakah pendirian kerajaan dalam mempromosi...

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat jangan pandang sana Yang Berhormat. Pandang sini sahaja. Saya tak ganggu Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi dasar itu dimulakan oleh Yang Berhormat Rompin dulu...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa pandang saya dan saya tak ganggu.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Semua tak guna punya dasar.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Mana soalan?

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tapi tak apalah kesian sama dia. Jadi, apakah dasar-dasar kerajaan mengenai solar energy? Baru-baru ini kerajaan telah memberitahu bahawa tarif-tarif untuk membeli barang-barang, alat-alat berkaitan dengan solar-solar akan diturunkan. Akan tetapi saya difahamkan sebenarnya di pasaran harga- harga berkaitan dengan solar tidak turun. Ini kerana pada pandangan saya dan orang ramai kita perlukan satu dasar di mana R&D perlu ada berkaitan dengan solar. Ini kerana solar adalah satu perkara yang unik kerana ia environmentally friendly, free di negara ini.

Jadi apakah kerajaan sedang membuat supaya lebih orang di seluruh negara, lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang pedalaman seperti di Rompin di mana Orang-orang Asli tidak mendapat solar energy. Yang Berhormat Rompin tak...

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Soalan berputar-putar ni.

[Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya tahu sebab saya pernah pergi ke sana. Dia tidak mengutamakan hak-hak Orang Asli.

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Soalan berputar-putar ni.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi oleh kerana...

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Dia ini tak pernah pergi kampung Orang Asli.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - Rompin

Mana tahu Orang Asli, dia tak pernah pergi kampung Orang Asli. Apa lah.

final • 10:00 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Saudara dia ramai dekat situ.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jangan marahlah. Ini betul Yang Berhormat tak pernah pergi ke kawasan tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi apakah yang sedang dibuat...

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Soalan berbelit-belit ini.

Berbelit-belit soalan ini. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Untuk mempromosi solar energy dan sebagainya supaya lebih masyarakat yang di pedalaman in the interior can benefit from these sources. Thank you.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lain kali saya minta RTM tumpu saya sahajalah dan jangan dengar dia orang tu kalau bising.

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri dengan saya boleh tunjuklah, baik.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Soalan itu berpusing tetapi saya akan letakkan di landasan yang betul.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Rompin, dulu menjadi Menteri di kementerian ini. Sebenarnya banyak yang telah dilaksanakan dari segi dasar. Sekarang ini sebab kita hanya melihat dari segi kajian. Kajian akan memakan masa untuk dihasilkan. Jadi insya-Allah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita akan dapat melihat hasil yang lebih banyak. Contohnya semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh sehingga sekarang kita ada 132 bilangan projek melibatkan keseluruhan sektor tenaga alternatif.

Solar dan angin sahaja 38 kajian. Sebagaimana yang saya katakan tadi walaupun kajian dah ada, tetapi untuk commercializekan adalah satu isu yang lain. Ini adalah sebab industri hendak mengambil hasil kajian ini untuk dipasarkan memakan belanja yang besar.

Sebab itu, saya katakan tadi apa yang kita lakukan biar kita tunjukkan bahawa ini ada potensi. Oleh sebab itu, dari segi solar panel sekarang ini kosnya mahal. Average untuk kita meletak sebuah rumah yang secara average akan memakan belanja lebih kurang RM25,000 ke RM30,000 jadi mahal.

Jadi, fokus sekarang ini bagaimana kita hendak menurunkan ini. Oleh sebab itu kos kajian, hasil juga daripada perancangan Yang Berhormat Rompin dulu yang kita bawa sekarang ini ialah tumpuan kepada tiga perkara, iaitu untuk:

(i) low cost efficiency;

(ii) cadmium telluride ultra thin film solar model fabrication; dan

(iii) low cost cottage industry manufacturing of high quality solar panel.

Ini diharapkan kalau kita dapat muktamadkan benda ini kita roll out, kita akan buat bersama oleh UKM, UIA, Saintage Sdn. Bhd., UM dan juga Solar Tape Sdn. Bhd.

Kalau ini dapat dibawa, kalau kita dapat buat dengan kos yang lebih murah maka ini akan dapat kita roll out. Jadi, industri players akan dapat ambil dan solar ini memang salah satu fokus kita. Selain daripada solar banyak lagi perkara yang lain for example, dengan izin contohnya municipal solid waste yang sekarang sudah berjalan pun melalui Agensi Nuklear Malaysia di kawasan Kajang dan Ampang. Untuk sampah-sampah diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

Ini pun sudah berjalan juga di kawasan Kajang dan Ampang. Kita jemputlah, kita boleh pergi ke sana melihat bagaimana mereka memproseskan sampah daripada municipal council diproses untuk menghasilkan tenaga.

Sebenarnya hasil-hasil itu sudah ada tetapi belum banyak dan sekarang ini kita hendak perbanyakan lagi. Jadi, inilah komitmen kita dan saya mengambil kesempatan sebenarnya salah satu lagi ialah dalam bidang tenaga nuklear yang kita memberi fokus dan beberapa orang Ahli-ahli Parlimen susah pun melawat Agensi Nuklear Malaysia untuk melihat sendiri apakah perancangan kita. Mereka ialah Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Mereka amat-amat memahami apa yang kita lakukan untuk memastikan. Yang Berhormat Ipoh Barat sudah dijemput tetapi dia tak hendak itu hari. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

■1030

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tidak dijemput, tidak dijemput. Pernah kah saya dijemput?

final • 10:00 AM

4. Puan Hajah Fuziah Saleh [Kuantan] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan:-

(a) berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB; dan

(b) berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar kepada pembekal-pembekal jana kuasa terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun yang sama di atas.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak membuat sebarang bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Jumlah pembayaran yang telah dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad kepada pembekal-pembekal jana kuasa bebas bagi tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan sehingga Mei 2008 adalah sebanyak RM42,919 juta. Jumlah ini melibatkan sebanyak 13 penjana bebas di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut pula, jumlah bayaran yang telah dikeluarkan kepada YTL adalah sebanyak RM5,358 juta dan kepada Malakoff sebanyak RM14,934 juta. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut kontrak PPA atau pun Power Purchase Agreement, IPP diminta menyediakan standby capacity sebanyak 40% sedangkan kita tahu juga bahawa tanda aras antarabangsa hanyalah 15-20%. Maksudnya, TNB dikehendaki membayar IPP sejumlah yang agak besar, saya dimaklumkan lebih kurang RM3 bilion setahun untuk kapasiti yang lebih ini yang tidak pun kita gunakan. Ini jelas membebankan rakyat kerana rakyatlah yang membayar tarif yang tinggi, kenaikan tarif yang dikenakan oleh TNB.

Soalan saya, adakah pihak kerajaan merancang untuk menilai semula perjanjian PPA ini dan sekiranya ya, bila? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tak dapat pastikan bahawa PPA itu ada mengatakan bahawa setiap IPP terpaksa menyediakan standby capacity 40%. Namun, memang wujud di Semenanjung Malaysia kapasiti yang berlebihan. Ini bukan disebabkan yang diperuntukkan dalam PPA. Oleh yang demikian, kementerian ini memang mengharapkan excess capacity atau pun kapasiti yang berlebihan ini akan dapat diturunkan apabila ada peningkatan dalam permintaan penggunaan tenaga.

Ini akan berlaku sekiranya pembangunan ekonomi kita lebih rancak lagi dan pembangunan-pembangunan yang disediakan di Regional Development Area itu berjalan kelak. Di harapkan oleh kementerian standby capacity ataupun excess capacity akan menurun ke dalam lingkungan 20-25%. Diharapkan oleh kementerian ini bahawa kapasiti yang berlebihan pada masa ini akan dapat dikurangkan bila permintaan tenaga naik nanti.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pontian.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri tak jawab soalan saya berkenaan sama ada akan dinilai semula perjanjian itu.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Saya ingin membuat soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Menteri tidak jawab.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebab tak ada Yang Berhormat. Tak ada jawapan.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Hari ini TNB membuat satu pengumuman bahawa separuh Semenanjung Malaysia akan bergelap dalam masa 4-5 bulan dari sekarang ini jika projek pengukuhan bekalan elektrik kawasan tengah di Rawang gagal disiapkan. Saya mohon penjelasan dari Timbalan Menteri tentang hal ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Pontian dan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang ditanyakan oleh yang Yang Berhormat Pontian berkenaan kegelapan yang mungkin berlaku di kawasan tengah iaitu disebabkan sekiranya projek di Sungai Terentang yang berada di negeri Selangor tidak selesai dan sekiranya elektrik tidak dapat disalurkan dan ditetapkan pada tahap yang dikehendaki, maka ada kemungkinan besar. Oleh yang demikian, kementerian kita dan Tenaga Nasional Berhad juga sedang berusaha dan mencari jalan macam mana masalah ini dapat diatasi.

Pada masa ini, kementerian ini juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk mencari jalan bagaimana masalah yang dihadapi di kawasan Sungai Terentang itu dapat kita atasi sebelum apa-apa berlaku berkenaan dengan yang dikatakan Yang Berhormat, kemungkinan kegelapan akan berlaku di Semenanjung Malaysia.

Sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Kuantan tadi iaitu oleh sebab tak ada standby capacity yang diperuntukkan dalam sesuatu PPA iaitu tak payah saya jawab, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini tadi masalahnya kerana Kerajaan Selangor tak bagi kerjasama ataupun tidak? Ini DAP buli Kerajaan Negeri Selangorlah ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Kita nak tunggu, saya yakin, Kerajaan Selangor bawah Kerajaan PAS, akan selesai, kalau bawah DAP dan PKR, tak boleh selesai.

final • 10:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau tak faham isu, jangan cakap.

Minta negeri Selangor perjelaskan. Jangan buat tuduhan macam itu.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu pahat, Yang Berhormat Rompin, sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dengar Yang Berhormat Batu Pahat hendak pergi haji, jadi saya berdoalah dapat haji yang mabrur Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hendak pergi haji, buat perangai elok-elok sedikit.

final • 10:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang pentingnya lepas balik haji, buat perangai elok-elok sedikit.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf dan saya tak akan buat lagi. [Ketawa]

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Hendak pergi haji, buat perangai tak elok ini, macam mana. Apalah. Kita harap dia balik haji, dia berubah perangai sedikit.

[Ketawa]

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Yang dah pergi itu pun.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Yang dalam Dewan pun lebih teruk.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya saya hanya mendoakan supaya mendapat haji yang mabrur sahaja Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

5. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar] minta Menteri Luar Negeri menyatakan kedudukan dan perancangan Malaysia dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau memandangkan beberapa perkembangan di negara-negara jiran yang mungkin akan menjejaskan hasrat mencapai matlamat-matlamat Wawasan ASEAN 2020.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Muar di atas soalan yang telah dikemukakan. Sejak penubuhannya pada tahun 1967, ASEAN telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan konflik atau pertelingkahan di rantau ini dapat diselesaikan secara aman. Malaysia selaku pengasas negara-negara ASEAN sentiasa mendukung prinsip-prinsip utama ASEAN iaitu saling menghormati, kemerdekaan, kedaulatan, keutuhan wilayah serta identiti nasional semua negara dan sentiasa menekankan bahawa setiap negara berhak untuk wujud tanpa campur tangan dalam urusan dalaman masing-masing.

Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia dan Treaty of the Southeast Asia Nuclear Weapon Free Zone merupakan instrumen diplomatik yang mentadbir hubungan antara negara-negara di rantau ini bagi mengelak sebarang konflik.

■1040 Semua anggota negara ASEAN misalnya telah menandatangani Triti Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara ini yang menjelaskan sebarang konflik perlu diselesaikan secara aman melalui mekanisme rundingan. ASEAN kini sedang juga di dalam proses pembentukan komuniti ASEAN menjelang tahun 2015. Ianya adalah lanjutan daripada penandatanganan piagam ASEAN yang telah dibuat pada 20 November 2007 di Singapura yang telah pun diratifikasi oleh sepuluh negara anggota.

Artikel 22 Bab 8 Piagam ASEAN contohnya menyatakan dengan jelas bahawa semua negara anggota ASEAN perlu menyelesaikan perbalahan melalui proses dialog dan perundingan serta mengekalkan dan menubuhkan mekanisme-mekanisme penyelesaian perbalahan di dalam semua bidang melalui saluran kerjasama ASEAN. Menjelang ASEAN Summit yang akan diadakan di Cheng Mai. Thailand pada 15 Disember 2008 yang akan datang antara lain akan menerima pakai blueprint kerjasama politik dan keselamatan yang pastinya akan menjadi asas kukuh menjamin keamanan dan kestabilan di rantau ASEAN, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita menerima baik peranan yang dimainkan oleh negara dan kita juga memahami bahawa di kalangan anggota ASEAN bersetuju untuk tidak mencampuri dasar dalaman ataupun masalah dalaman sesebuah negara. Namun begitu sejak akhir-akhir ini saya rasa kita amat bimbang dengan apa yang berlaku terutamanya di Thailand, pengumuman kerajaan Singapura untuk tidak menandatangani penggunaan bom berangkai.

Walaupun kita menghormati pendirian negara-negara yang berjiran tetapi ASEAN yang mempunyai hampir 575 juta penduduk dengan hampir nilai dagangan USD720 bilion.

Perkara-perkara seumpama ini sebenarnya boleh menjejaskan dan kestabilan keselamatan rantau ASEAN juga banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi. Bukan setakat keselamatan semata-mata.

Saya ingin bertanya, sekali saya ulangi walaupun kita menghormati dasar dalaman sesebuah negara. Apakah Malaysia dan negara ASEAN berpuas hati dengan apa yang berlaku di Myanmar dalam proses pendemokrasian kerana pada peringkat awal dalam tahun 1997 wujud bantahan sebelum Myanmar diterima masuk dalam ASEAN. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Muar tadi sebenarnya memanglah menjadi, saya bersetuju dan memang pun kita berfikiran sedemikian. Di dalam soal pendemokrasian di Myanmar ini seperti mana yang kita ketahui bahawa apabila kita menerima Myanmar pada tahun 1997, banyak tekanan yang telah diterima oleh kerajaan-kerajaan di ASEAN untuk tidak menerima masuk Myanmar di dalam Pertubuhan Serantau ASEAN ini.

Namun sepertimana yang kita tahu bahawa ASEAN adalah merupakan pertubuhan serantau yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara dan melalui pertubuhan ini kita dapat menjamin kestabilan, keselamatan dan juga pembangunan ekonomi di rantau ini. Apa yang kita lihat selepas Myanmar di bawa masuk ke dalam ASEAN pada tahun 1997 sehingga ke hari ini kita telah dapat melihat bahawa terdapat perkembangan-perkembangan positif yang berlaku di dalam negara tersebut dan menjadi harapan kepada ASEAN untuk melihat satu proses pendemokrasian dapat dilaksanakan dan satu proses pendamaian nasional dapat diadakan di Myanmar dan yang penting ialah untuk melihat Aung San Suu Kyi selaku dan juga political prisoners yang lain dapat dibebaskan dan menyertai di dalam pendamaian nasional dan juga proses politik di Myanmar.

Apa yang kita dapat lihat pada bulan Mei yang lalu satu referendum telah diadakan, telah dilakukan oleh Junta Myanmar, daripada referendum itu mereka telah dapat meluluskan satu constitution ataupun perlembagaan baru yang telah diluluskan pada 30 Mei 2008. Daripada kemajuan-kemajuan itu ianya akan membawa kepada satu pilihan raya yang akan diadakan. Mereka berharap pada tahun 2010 suatu kerajaan civilian akan dapat diwujudkan di Myanmar.

Dalam soal ini walaupun kita masih belum dapat melihat keadaan yang sebenar tetapi kita berharap bahawa dengan proses-proses yang sedang dilaksanakan ini ianya akan memberikan satu light at the end of the tunnel di dalam proses pendemokrasian Myanmar dan kita sebagai negara anggota ASEAN yang sentiasa mengadakan proses constructive engagement dengan negara tersebut, kita berharap bahawa satu penyelesaian politik yang aman dan bebas dapat dilakukan di Myanmar.

final • 10:00 AM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Prinsip asas dalam undang-undang antarabangsa, principle of self determination sepertimana yang kita sedia maklum dengan izin menghormati hak-hak sesuatu negeri itu untuk mempertahankan negerinya untuk melakukan apa sahaja dalam sempadan mereka. Tapi isu yang saya hendak bangkitkan adalah keselamatan negeri kita sendiri.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri tentang satu ataupun bila di bawa sebuah negara asing beroperasi di dalam perairan kita untuk mengawasi perjalanan kapal-kapal melalui sistem sensor yang saya rasa Timbalan Menteri pun sedia maklum. Tapi saya ingin tahu apakah rasional dan apakah ini tidak akan memberi kesan negatif kepada keselamatan kita sendiri dan juga keselamatan rantau sebab negara asing ini sebuah kuasa besar yang beroperasi dan memantau, memerhati dan mungkin sahaja melakukan apa yang mereka ingin lakukan terhadap khasnya kapal-kapal yang melalui perairan kita, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepertimana yang sering dijelaskan bahawa Pertubuhan Negara ASEAN adalah berasaskan kepada prinsip zon aman bebas dan berkecuali. Walau bagaimanapun sebagai sebuah negara yang juga adalah anggota masyarakat antarabangsa kita tidak terlepas daripada bekerjasama dengan semua pihak untuk menjamin keselamatan di dunia ini dan khususnya di rantau ini.

Tentang apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa sekiranya kerjasama itu adalah bersifat keselamatan dan bertujuan untuk menjamin kepentingan rakyat di negara ini dan ianya adalah bertujuan baik, saya percaya ianya bukanlah menjadi satu kesalahan. Namun yang penting di sini saya ingin jelaskan bahawa negara-negara Asia Tenggara memang sepakat untuk melihat misalnya melalui ASEAN Charter yang telah ditandatangani di Singapura baru-baru ini, ingin melihat negara Asia Tenggara ini seperti disebutkan di sini dengan izin “To preserve

final • 10:00 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

South Asia as a nuclear weapon free zone and free for all other weapons of mass destruction”.

Jadi ini adalah antara matlamat yang kita kehendaki di dalam negara ASEAN ini dan bagaimanapun sepertimana yang saya jelaskan tadi bahawa isu keselamatan adalah merupakan isu global yang patut kita perbincangan bersama dengan semua pihak, terima kasih.

final • 10:00 AM

6. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan baru-baru ini terjadi kebakaran di Taman Medan dan didapati salah satu punca kebakaran itu merebak dengan cepat ialah akibat sistem pili bomba yang tidak berfungsi. Apakah rancangan Kementerian untuk memastikan pili-pili bomba yang sudah usang ini dapat diganti dan memastikan ianya diselenggarakan dengan baik agar masalah yang sama tidak berulang.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Terima kasih Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan dan Tuan Yang di-Pertua.

Kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Medan pada 16 Julai 2008 adalah melibatkan dua buah rumah teres dua tingkat.

■1050 Pemadaman kebakaran telah dijalankan dengan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba dan sumber air terbuka yang berhampiran tempat kejadian dan memandangkan pili bomba yang terletak di tempat kejadian tidak berfungsi dengan baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat penyelenggaraan secara berjadual bagi memastikan pili bomba sentiasa berada dalam keadaan baik. Di samping itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga mewujudkan program ‘taman pili bomba’ dengan melibatkan penduduk tempatan atau badan-badan bukan kerajaan untuk memastikan setiap pili bomba dijaga dan diselia dengan baik. Sekian.

final • 10:00 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar di kawasan DUN Taman Medan, usia pili bomba sudah melebihi 30 tahun. Untuk makluman, enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002 pihak bomba datang untuk membuat siasatan terhadap pili bomba dan selepas itu setiap pili bomba ditandakan maknanya ada masalah dan perlu dibaik pulih segera tapi sampai sekarang tiada sebarang usaha dibuat.

Soalan saya, adakah kementerian mempunyai satu dasar atau garis panduan yang mana suatu sistem pili bomba di sesebuah kawasan akan diperiksa secara terperinci, dibaik pulih atau diganti secara automatik mengikut tarikh lupus yang ditetapkan. Misalnya kalau 30 tahun setelah ianya dibina atau kementerian hanya akan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pembaik pulih hanya apabila terdapatnya aduan kerosakan yang mana ianya selalunya disedari hanya apabila berlakunya kebakaran. Pohon Timbalan Menteri jawab.

final • 10:00 AM

Datuk Robert Lau Hoi Chew

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Cadangan dari Yang Berhormat memang baik. Jadi untuk makluman Yang Berhormat kementerian saya di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan beberapa langkah untuk memastikan membaiki dan penyelenggaraan pili bomba tetapi sampai sekarang saya tidak boleh nafikan ialah bukan semua pili bomba seluruh negara kita rosak atau sebab-sebab yang tertentu seperti vandalisme dan lain-lain sudah diperbaiki. Itu adalah fakta.

Antara langkah-langkah yang sedang dijalankan termasuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi membaiki pili bomba yang rosak. Untuk makluman Yang Berhormat contohnya bagi tahun ini membaiki pili bomba kita telah salurkan peruntukan RM10 juta untuk maintenance atau penyelenggaraan dan membaikinya setengah juga. Kita pindah atau bina balik memasang pili bomba yang baru RM4 juta. Ini untuk seluruh negara kita. Kementerian saya telah memberi arahan kepada semua 260 lebih balai bomba seluruh negara kita memantau dan menjalankan satu pemeriksaan berjadual supaya

final • 10:00 AM

Datuk Robert Lau Hoi Chew

kondisi pili bomba itu kalau rosak atau tidak berfungsi ada dilaporkan kepada pengarah negeri bomba iaitu dia kumpul semua maklumat dan hantar ke pusat Kuala Lumpur di Putrajaya untuk kita kaji dan menjalankan program perbaiki.

Tetapi untuk Taman Medan saya akan membawa cadangan Yang Berhormat ini pada kementerian saya untuk kaji dan timbang dan laksanakan. Sekian.

final • 10:00 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi itu tidaklah begitu memuaskan. Ada beberapa soalan. Satunya dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pili- pili bomba itu kalau ada rosak perlu diberitahu oleh publik, Jabatan Bomba. Manalah kita tahu sama ada pili bomba ini berfungsi atau tidak.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua di Kota Belud sendiri pernah berlaku kebakaran lebih kurang 100 meter daripada balai bomba dan antara lain masalahnya ialah pili bomba ini tidak berfungsi. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sementara tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa pili-pili bomba ini dianakangkatkan oleh orang awam ataupun taman-taman perumahan yang saya pasti tidak begitu efektif. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada terdapat cadangan untuk menubuhkan sukarelawan bomba yang dilatih oleh kementerian atau Jabatan Bomba sendiri untuk memantau dan menyelia pili-pili bomba yang berada di negara kita ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Robert Lau Hoi Chew

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Memang cadangan ini baik. Tadi seperti saya katakan kementerian saya tidak boleh nafikan program pembaikan pili bomba memastikan berfungsi dengan berkesan, ini belum sampai satu tahap yang terbaik tetapi untuk makluman Yang Berhormat salah satu program untuk memastikan fungsi pili bomba ialah kementerian saya melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan pemeriksaan berkala pili bomba setiap enam bulan sekali bagi tujuan penyelenggaraan. Inilah saya pun telah tanya Jabatan Bomba dan Penyelamat ini kita perlu ada satu sistem laporan seperti saya katakan supaya pusat negeri boleh memantau keberkesanan program ini.

Tentang program ‘taman pili bomba’, sampai sekarang saya terima laporan memang ini belum sampai tahap yang baik kerana kesedaran sivik rakyat di negara kita belum cukup tinggi untuk memainkan satu peranan untuk menjaga pili bomba bersama untuk kepentingan mereka tapi berkenaan hal ini kementerian saya akan jalankan program promosi supaya kesedaran sivik rakyat akan ditingkatkan tentang mengatasi masalah ini.

■1100 Memang benar tadi dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Kota Belud, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mewujudkan pasukan bomba sukarela, juga telah diberi tanggungjawab dan latihan untuk menyelenggarakan pili bomba di kawasan mereka. Inilah, kami akan meningkatkan program itu supaya bomba sukarela boleh memainkan peranan yang baik. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Kementerian Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah pelarian yang menerima suaka politik di Malaysia dan berapakah jumlah wang yang digunakan untuk membiayai perlindungan mereka di kem tahanan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Sibuti di atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak mempunyai sebarang perangkaan bagi jumlah pelarian yang menerima suaka politik di Malaysia mahupun jumlah wang yang digunakan untuk membiayai perlindungan mereka di kem tahanan. Ini kerana Malaysia tidak pernah memberi status suaka politik kepada mana- mana pihak. Sekiranya kerajaan berhasrat untuk memberi status tersebut, ia dikhuatiri akan dijadikan alasan bagi mereka yang ingin dapatkan keuntungan-keuntungan ekonomi atas alasan politik untuk berhijrah beramai-ramai ke Malaysia.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung

Selain itu kerajaan juga perlu menimbangkan faktor-faktor lain seperti memberikan pekerjaan, perlindungan dan tempat-tempat tinggal kepada mereka sekiranya kerajaan memberi suaka politik kepada mereka. Oleh yang demikian kerajaan tidak bercadang untuk mengubah dasar sedia ada dengan memberi suaka politik kepada mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya awal-awal tadi Tuan Yang di- Pertua, mengharapkan kamera TV dapat menunggu saya, malangnya tidak sempatlah.

Orang kampung saya tidak dapatlah melihat saya berdiri di sini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dapat memberi jawapan yang jelas dan berinformasi.

Soalan tambahan saya ialah, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang ada memohon suaka di luar negara dan apakah tindakan kerajaan untuk membantu mereka untuk membawa balik ke negeri asal Malaysia? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat dari Sibuti, sebenarnya saya tidak mempunyai perangkaan berapa ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang sedang memohon suaka politik di negara-negara asing. Walau bagaimanapun ini adalah satu soalan yang perlu ditujukan kepada Kementerian Luar Negara ataupun Wisma Putra. Sekian.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan bersedia untuk menerima permohonan suaka politik daripada rakyat di Selatan Thailand; terutamanya di empat kawasan wilayah yang masih lagi menjadi masalah dan setengah-setengah berada dalam keadaan yang tidak selamat. Ini bukan bererti bahawa kita mencampuri urusan dalaman politik Thailand ataupun seolah-olah kita menyokong perjuangan rakyat di empat wilayah tetapi atas dasar perikemanusiaan, paling tidak bagi golongan-golongan yang merasakan keadaan tempat mereka tidak selamat, maka mereka diberi perlindungan atas dasar kerjasama dengan Kerajaan Thailand. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, seperti saya katakan dalam jawapan asal, buat masa ini Malaysia masih bukan signatory dengan izin terhadap convention menerima pelarian di bawah naungan UNHCR, Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu. Walau bagaimanapun, saya percaya soalan ini harus dikaji dengan secara mendalam oleh Wisma Putra termasuk juga dengan MKN iaitu Majlis Keselamatan Negara. Wisma Putra dan MKN ini lebih sesuai untuk mengkaji sebab tugas-tugasan kementerian saya adalah mengenai keselamatan dan ketenteraman negeri. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

8. Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) statistik perbandingan kes-kes bayi yang kekurangan gizi di bandar dan luar bandar; dan

(b) perancangan dan tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kepada Yang Berhormat Telok Kemang kerana data yang saya peroleh ini tidak memberikan secara spesifik perbezaan di antara luar bandar mahupun bandar mengenai isu, kes-kes bayi yang kurang gizi atau zat makanan. Mengikut data daripada sistem pengurusan maklumat Kementerian Kesihatan, bayi yang kurang gizi itu berat badannya yang rendah berbanding dengan umur mutakhirnya 9.7%.

Untuk jawapan (b), kekurangan gizi makanan ini adalah disebabkan dua perkara.

Satu, kurang amalan pemberian susu ibu terutamanya penyusuan susu ibu secara eksklusif, enam bulan pertama selepas kelahiran ataupun pemberian makanan pelengkap, makanan pepejal yang salah. Ekoran daripada itu tindakan kementerian adalah bagi memastikan memberi promosi dan penekanan kepada penyusuan susu ibu dan juga

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

memberi maklumat secara terperinci dan lengkap mengenai makanan pelengkap di seluruh klinik-klinik kesihatan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Kita akui kes kekurangan gizi memang masalah besar khususnya di kawasan luar bandar. Seharusnya kita ada program jangka panjang yang berkesan, selaras dengan program pembangunan negara yang peruntukannya begitu besar. Ini kerana bayi-bayi ini akan menjadi tenaga kerja kita dalam masa 20 ke 30 tahun setelah mereka dilahirkan.

Apakah ini tidak dipandang serius oleh kementerian untuk membantu kerana masalah gizi ini berpunca daripada tekanan ekonomi yang tidak memberi peluang kepada keluarga yang berkenaan untuk menyediakan bekalan susu ataupun makanan untuk bayi- bayi. Jadi apakah ada rancangan atau hajat kerajaan untuk mengadakan skim seperti perbekalan susu percuma; seperti mana kita adakan skim bekalan makan ke sekolah- sekolah untuk mengatasi masalah yang saya sebutkan ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Telok Kemang. Jelas daripada penerangan yang saya dengar yang diberikan oleh Yang Berhormat Telok Kemang memberikan gambaran seolah-olah negara kita ini kurang gizi atau zat ini meletakkan negara kita macam negara-negara Afrika. Tidak betul sebenarnya Yang Berhormat.

Sebenarnya kurang gizi ini di Malaysia tidak sama dengan di negara-negara membangun yang lain. Malah dia bukan kerana kemiskinan, dengan memberi susu selain daripada susu manusia kepada bayi-bayi ini, susu ibulah. Susu lembu ini bagus untuk anak lembu, susu ibu bagus untuk kitalah, manusia.

■1110 Jadi ekoran daripada itu kita kena beri penekanan pada enam bulan pertama.

Susu ibu adalah susu yang paling terbaik dan percuma. Sebab itu kita adakan kelas, bengkel di klinik-klinik kesihatan untuk memastikan ibu-ibu yang mengandung menerima maklumat yang betul dan memberi rangsangan kepada mereka untuk memberi susu ibu.

Malah di hospital kita 118 hospital semua hospital rakan bayi. Kita tidak benarkan langsung syarikat-syarikat pembekal susu artificial ini diberikan kepada bakal-bakal ibu. Dengan memberi penekanan cara yang betul menyusukan bayi saya pasti kita punya masalah dari sudut kekurangan zat dapat kita atasi dengan cara yang berkesan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, adakah kementerian menyedari bahawa di klinik-klinik swasta masih berleluasa lagi aktiviti-aktiviti mempromosi susu formula kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anaknya di sana. Yang keduanya adalah berkenaan dengan kempen yang dijalankan di hospital-hospital kerajaan itu saya akui dan saya ucapkan tahniah tetapi mungkin follow up itu kurang ada. Maksudnya apabila ibu-ibu ini telah bekerja mereka tidak ada kemudahan untuk melakukan ataupun mendapat bekalan EBM atau Express Breast Milk maknanya dia hendak memastikan ada bekalan susu untuk dia tinggalkan kepada anak apabila mereka tidak ada.

Jadi apakah di sini kerajaan ataupun kementerian ada memainkan peranan untuk memberi pendidikan kepada majikan-majikan memberi kemudahan kepada ibu-ibu. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memberi cuti bersalin 90 hari kepada ibu-ibu dengan ini mereka dapat menyusukan anak-anak mereka dengan lebih lama. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Ini bukan masa hendak puji negeri Selangor.

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini. Kita memang rasa kecewalah dengan peranan yang dimainkan oleh hospital-hospital swasta ataupun pusat- pusat bersalin yang berselerak di seluruh negara yang memang bukan hospital rakan bayi.

Saya tidak tahulah Titiwangsa dia ada pusat bersalin, dia punya pusat bersalin itu rakan bayi friendly atau tidak. Di mana...

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Mempromosi susu ibu.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Di mana setakat ini hanya enam hospital di sektor swasta yang mengamalkan kriteria hospital rakan bayi dan kita menggalakkan mereka untuk mencapai kriteria ini dengan mengadakan pelbagai kursus kerana hendak capai hospital rakan bayi ini mudah, tetapi hendak memastikan maintain dan menyelenggara supaya mereka terus menggalakkan penyusuan bayi selepas lahir sampai enam bulan kemudian berterusan itu adalah satu cabaran yang di luar kemampuan hospital atau Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

9. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan untuk menambah baik fasiliti rumah panjang di luar bandar negeri Sarawak yang hidup daif dan serba kekurangan. Jika ada, nyatakan jenis-jenis peruntukan yang diberikan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Sarikei. Tuan Yang di-Pertua terdapat beberapa program di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang melaksanakan projek-projek berbentuk kemudahan fasiliti di luar bandar termasuk juga untuk rumah-rumah panjang di Sarawak. Antara program- program yang terlibat ialah projek jalan kampung, projek jalan luar bandar, projek bekalan air luar bandar, projek bekalan elektrik luar bandar dan program amenity sosial. Untuk makluman mulai tahun 2006 hingga 2008 bilangan projek dan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan infra, utiliti dan amenity di rumah-rumah panjang ialah:-

BilProjekJumlah ProjekPeruntukan (RM)
1Jalan Kampung71835970000
2Bekalan air luar bandar1517,783,032 .85
3Bekalan elektrik luar bandar210206645400
4Amenity Sosial1642894000
Jumlah263292432

Sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bercadang menambah program sosial seperti bina sahsiah atau spiritual building dengan izin dan sebagainya untuk meningkatkan minda supaya berdikari dan berdaya maju selain program peningkatan fizikal.

final • 10:00 AM

Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Yang di-Pertua memang ada. KEMAS yang banyak menjalankan projek-projek ini sama ada untuk meningkatkan sahsiah ataupun meningkatkan semangat gotong-royong ataupun berdikari. Sebenarnya Yang Berhormat, sekali sekala ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memohon supaya projek-projek yang bentuk fizikal ini dilaksanakan secara bergotong-royong. Ini adalah satu daripada caranya kita menggalakkan ataupun memupuk semangat berdikari di kalangan rakyat kita. Sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Labuan.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuaran

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa itu? Tuaran sila Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini soalan Sarawak Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ini berkaitan dengan perkara yang disebut oleh Menteri tadi iaitu program KEMAS iaitu program untuk meningkatkan kesedaran berdikari di kalangan masyarakat luar bandar ini. Apa yang saya perhatikan Yang Berhormat kita telah merdeka 50 tahun tetapi apabila kita masuk kampung minda kebergantungan di kalangan masyarakat luar bandar masih tinggi. Ini terbukti apabila kita melawat kampung maka ramai daripada rakyat kita di kawasan-kawasan datang ke wakil- wakil rakyat minta hands-out. Jadi kita lihat tidak ada aktiviti yang menjurus kepada pembangunan diri di kalangan kampung. Jadi saya tanya kepada Menteri sama ada kajian telah dibuat ke atas keberkesanan segala program yang telah dijalankan sebelum ini kerana dependency syndrome dengan izin di kalangan masyarakat kampung ini masih tinggi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Yang di-Pertua kepada Ahli Yang Berhormat dari Tuaran kerana begitu prihatin terhadap memupuk semangat berdikari ini.

Sebenarnya kita memperkenalkan berbagai-bagai program untuk memupuk semangat ini.

Tetapi bukan KEMAS sahaja ataupun kementerian ini sahaja yang bertanggungjawab untuk menyemaikan semangat berdikari kepada rakyat. Saya rasa yang paling berkesan untuk berbuat demikian sebenarnya ialah Ahli-ahli Yang Berhormat yang dianggap sebagai pemimpin di kawasan-kawasan masing-masing.

■1120 Dari segi sama ada kita pernah membuat research dengan izin sama ada berkesan ke tidak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KEMAS, kita ada buat, kita banyak menggunakan tenaga-tenaga seperti bekas pengarah-pengarah KEMAS dan bekas-bekas pegawai kita supaya masih menyumbang terhadap memberi pendapat tentang apa yang patut dibuat untuk membangunkan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga daripada segi minda dan sebagainya penduduk-penduduk kita di luar bandar.

Namun, kadangkala kita Ahli-ahli Yang Berhormat ini juga kadang-kadang memainkan peranan yang menggalakkan dependency syndrome ini dan kerana kita takut kalah undi dan sebagainya dan saya haraplah jangan harapkan KEMAS sahaja dan jangan harapkan kementerian ini sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya serukan supaya bersama-sama berani sedikit dan menggalakkan mereka misalnya MRP yang disalurkan biarlah banyak dibuat sebagai projek gotong-royong. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

10. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan sekolah, nisbah guru dan murid, nisbah bilik dan murid dan jumlah peruntukan pembangunan bagi setiap aliran sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2008 dan senaraikan sekolah rendah baru di setiap aliran yang telah dibina atau dirancang di bawah RMK-9 di Kuala Lumpur.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Jun 2008, jumlah bilangan sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah sebanyak 198 buah sekolah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 139 buah adalah sekolah kebangsaan, 41 SJK(C), 15 buah SJK(T) dan tiga buah sekolah kebangsaan khas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan murid di sekolah kebangsaan adalah seramai 93,610 orang dan bilangan guru ialah 7,046 orang.

Oleh yang demikian, nisbah guru dan murid bagi sekolah aliran tersebut ialah1:13 manakala nisbah bilik darjah dan murid ialah 1:31. Bagi SJK(C) pula, jumlah murid di SJK(C) ialah sebanyak 52, 181 dan jumlah guru ialah sebanyak 2509 orang. Nisbah guru dan murid bagi sekolah aliran ini ialah 1:21 manakala nisbah bilik darjah dan murid ialah 1:43. Bagi SJK(T), jumlah murid ialah 3861 orang dengan bilangan guru seramai 431 orang.

Nisbah guru dan murid bagi sekolah aliran ini ialah 1:11 dan nisbah bilik darjah dan murid ialah 1:27.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KPM telah merancang sebanyak 12 buah sekolah rendah baru dan 17 projek gantian dan senarainya boleh saya kemukakan secara bertulis.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri khasnya mengenai nisbah darjah dan murid, sememangnya sekolah kebangsaan dan SJK(T) ada menepati kaedah-kaedah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan di mana satu bilik darjah sepatutnya adalah baik kalau bilangan murid tidak melebih 30 orang iaitu nisbah 1:30 tetapi saya juga mendapati sekolah SJK(C) yang disebut itu alah 43 orang murid sebuah darjah.

Ini memang merupakan satu kesesakan yang serius dan pada fahaman saya, kebanyakan sekolah di mana kesesakannya begitu teruk, yang menyebabkan bilik-bilik darjah melebih 50 orang macam tin sardin. Ini satu masalah yang telah wujud begitu lama dan masih tidak dapat penyelesaian yang wajar. Saya ingin tanya Yang Berhormat, macam mana masalah ini dapat diselesaikan dengan sempurnanya dan saya ingin tanya Yang Berhormat, berapakah bilangan tapak-tapak reserve sekolah rendah sedia ada di ibu kota ini yang belum dirancang untuk dibina sekolah rendah dan berapakah daripada itu akan di earmark untuk sekolah-sekolah bahasa ibunda seperti SJK(C) dan SJK(T). Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Cheras. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, ini adalah satu fenomena yang berlaku di Kuala Lumpur.

Memang benar di mana daripada segi kepadatan murid-murid dalam satu bilik darjah itu memang padat dan perkara ini juga berlaku seperti mana yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kepong. Untuk SMK pun berlakunya perkara yang sama kerana kita melihat di Kuala Lumpur ada beberapa kekangan. Nombor satu daripada segi atau tapak.

Keduanya saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, semalam semasa menjawab, saya telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya enam buah SJK(C) yang dirancang seperti mana yang dijanjikan pada Januari ini, salah satunya adalah di kawasan Wangsa Maju dan ianya sedang kita kenal pasti tapaknya salah satu tapaknya di Parcel 2, Taman Danau Kota di mana kesesuaian itu kita tengah tinjau lagi dua tempat dan saya rasa ini adalah salah satu perkara yang sedang dirancang dan sedang diteliti oleh pihak kementerian. Berbalik kepada apa yang Yang Berhormat kata reserve sekolah rendah sebenarnya, secara umumnya di Kuala Lumpur sebenarnya kita menghadapi masalah reserve tanah adalah satu dan untuk kita nak menyempurnakan projek.

Macam kita nak buat memperluaskan sekolah. Kapasiti kelas itu dalam sekolah menengah kadangkala lebih daripada 45-48. Terpaksa kita lakukan dengan kaedah bilik darjah kabin. Itu sebagai salah satu langkah untuk mengatasi secara jangka pendek dan perkara ini sedang kita cari satu kaedah yang baik dan saya lihat di Kuala Lumpur juga bagi SJK(C), berapa sekolah di mana yang berdekatan dengan kawasan pusat bandar seperti SJK(C) Nam Kai, SJK(C) Jalan Imbi, enrolmen nya menurun secara mendadak. Orang tidak datang ke bandar lagi. Maka kita kena fikirkan satu kaedah. Mungkin kawasan-kawasan bersempadan dengan Selangor ataupun kawasan-kawasan yang sesuai untuk dibina sekolah, itu boleh difikirkan.

Sebab itulah daripada enam sekolah baru itu berdekatan dengan kawasan- kawasan kepadatan penduduk, ianya terdapat empat buah sekolah yang baru akan dibina seperti mana yang dijanjikan pada Januari. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Gelang Patah. Ini Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Gelang Patah. Kuala Lumpur.

final • 10:00 AM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Tak apalah, mengenai sekolah juga Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, soalan ini tertumpu pada Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Ya.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagaimana juga di Sarawak itu tadi tapi atas Menterilah kalau nak jawab.

final • 10:00 AM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Ya, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, di kawasan saya dua buah SJK(C) terpaksa membina bilik darjah baru untuk menampung pelajar yang makin meningkat. Saya percaya keadaan berlaku di bandar lain juga. Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah kekurangan meja dan kerusi setelah bilik darjah dibina. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apakah langkah-langkah dan usaha kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, sebenarnya di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kita telah mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penggal Persekolahan Untuk Tahun Akan Datang dan perkara-perkara seperti perabot yang tidak mencukupi itu sedang dipantau dan kita dapatkan laporan daripada semua, setiap JPN dan PPD dan dalam soal ini, kita mengambil langkah proaktif dan termasuk juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sebenarnya ia boleh disalurkan melalui JPN dan untuk mengatasi masalah ini, ianya boleh apabila kita mendapat tambahan peruntukan daripada pihak Treasury ataupun Perbendaharaan.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

11. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) mengikut kaedah serta sistem yang digunakan sekarang, apa kaedah diguna dan tempoh masa diperlukan bagi sesuatu masalah dapat diselesaikan, misalnya kes membantu mangsa rumah terbakar; dan

(b) apakah Kementerian bercadang menambahkan bilangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin dalam membantu golongan yang memerlukan termasuk membantu mangsa bencana seperti kebakaran yang tertakluk di dalam Amalan MKN ataupun Majlis Keselamatan Negara nombor 20 bagi mangsa bencana alam.

■1130 Kaedah yang digunakan bagi membantu golongan ini Yang Berhormat adalah sebaik saja pegawai kebajikan masyarakat mengetahui ataupun mendapat makluman tentang sesuatu bencana itu, pegawai tersebut akan terus turun secepat mungkin sebaik saja mendapat makluman dan membawa bantuan yang sesuai secepat mungkin dan jika perlu pusat pemindahan dibuka segera dan bilik gerakan bencana dibuka 24 jam ketika bencana berlaku mengikut keseriusan tahap bencana tersebut.

Semua mangsa bencana terutama mereka yang menumpang di pusat pemindahan hendaklah didaftar bagi memudahkan tindakan susulan apabila diperlukan dan bekalan makanan bagi tempoh antara 3 hingga 7 hari akan diberikan kepada setiap keluarga yang keluar dari pusat pemindahan dan kembali ke tempat kediaman masing- masing dan selepas itu akan disusul pula dengan menyiasat kategori bantuan yang sesuai sekiranya diperlukan. Bagi kes-kes bencana yang lain Yang Berhormat, siasatan juga akan dijalankan bagi mengesahkan kelayakan permohonan sebelum bantuan dipertimbangkan.

Laporan siasatan yang lengkap akan disediakan untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dalam tempoh dua ke empat minggu.

Bagi kes yang memerlukan bantuan segera seperti Yang Berhormat nyatakan iaitu rumah terbakar, bantuan awal yang saya nyatakan tadi yang terus dibawa ialah seperti

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

tikar, selimut, kain sarung dan juga tilam ataupun comforter dengan izin sekiranya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Bantuan segera berbentuk wang tunai tidak melebihi RM500 sekeluarga juga dipertimbangkan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam selepas siasatan awal dijalankan. Bantuan tambahan dipertimbangkan selepas JKM selesai menjalankan siasatan menyeluruh dua minggu selepas kejadian. Untuk bahagian

(b) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan memenuhi kehendak dan keperluan klien hingga ke peringkat akar umbi.

Dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan, JKM pada tahun 2007 telah diluluskan sebanyak 1,886 perjawatan pelbagai gred di semua peringkat di seluruh negara untuk menjadikan pengisian perjawatan sebanyak 86%. Pengisian jawatan tersebut telah pun dibuat oleh pihak berkuasa melantik secara berperingkat. Sehubungan itu, bilangan pegawai dan kakitangan JKM di peringkat daerah telah ditambah dan dapat menambah baik penyampaian dan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka walaupun nisbah antara pekerja dan klien masih lagi mempunyai jurang yang jauh daripada nisbah yang ideal.

Kementerian sentiasa meneliti dan mengkaji keperluan dan bebanan tugas pegawai dan kakitangan di semua peringkat termasuk di daerah-daerah dan akan menambah sekiranya diperlukan. Umpamanya berikutan daripada keputusan kerajaan menaikkan had kelayakan pemberian penerima bantuan di bawah jaringan keselamatan sosial baru-baru ini pada 29 Ogos 2008 daripada RM400 kepada RM720 di Semenanjung dan RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah dan Labuan. Kementerian telah melantik seramai 870 orang pegawai secara sambilan dengan Gred S17 dan S27 untuk melaksanakan tugas ini dengan izin secara project base bagi meningkatkan kecekapan dan liputan urusan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di peringkat daerah dan untuk makluman, di negeri Perak sahaja menerima seramai 80 orang pegawai secara sambilan ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa soalan jawab lisan telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) dan dengan izin saya membacanya.

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab)”.

Tuan Yang di-Pertua, semalam semasa Yang Berhormat Parit Buntar sedang berucap, Yang Berhormat Pasir Salak telah meminta laluan dan dengan izin saya membaca draf penyata rasmi tersebut di mana beliau, Yang Berhormat Pasir Salak telah mengeluarkan kata-kata berikut:

“Dia tidak masuk lagi. Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja”. Diikuti pula “Bila hendak keluar lagi air dia?”.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kata-kata yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tersebut telah mencemarkan nama baik Parlimen Malaysia. Sebelum ini Yang Berhormat Pasir Salak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli. Semalam mengeluarkan kata-kata menyakiti kaum yang lain dan semalam mengikut rakaman mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah ini. Apakah Dewan yang mulia ini membenarkan Yang Berhormat Pasir Salak berulang-ulang kali mencemarkan nama baik Dewan ini.

Oleh itu, saya memohon Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan mengambil tindakan yang tegas terhadap Yang Berhormat Pasir Salak sebab orang ramai

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

juga mempersoalkan mengapa Yang Berhormat Pasir Salak sering kali walaupun telah melanggar peraturan mesyuarat, menghina Dewan dan menghina Ahli-ahli tetapi beliau telah terlepas dengan begitu mudah. Oleh itu saya pohon Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan. Biar kita memelihara nama baik Dewan dan mengambil tindakan tegas terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, saya ingin juga merujuk Yang Berhormat kepada 26(1)(h) untuk menggantung kerja seorang Ahli. Tuan Yang di-Pertua, semalam selain dari apa yang dia keluarkan perkataan-perkataan hasut dan sangat berniat jahat, dia juga telah menggunakan satu perkataan di mana telah mengatakan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa Tuan Yang di-Pertua ini berat sebelah, bias. Semalam dulu apabila Yang Berhormat Puchong membuat kata-kata yang sedemikian, Tuan Yang di-Pertua telah menggantung dia dua hari untuk tidak masuk ke dalam Parlimen.

Macam mana kita boleh lepaskan Yang Berhormat Pasir Salak apabila menggunakan satu perkataan yang sama. Ini seperti menampakkan kita ada double standard dalam Parlimen dan ini saya khuatir akan mencemarkan kerusi Tuan Yang di- Pertua dan orang ramai dan Ahli-ahli Parlimen mungkin tidak akan hormat kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya harap tindakan yang tegas diambil terhadap beliau.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, ada lagi Yang Berhormat? Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya mahu menyokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya juga ada dengar perkataan ini dan saya juga nampak Timbalan Yang di-Pertua yang duduk di sana semalam...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bukan sayalah ya.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, bukan Tuan Yang di- Pertua. He was shacking his head in disgust. Oleh itu saya berasa ini satu perkara yang amat memalukan dan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua harus mengambil tindakan yang tegas.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak ada dalam Dewan pada ketika itu dan bukan mempengerusikan Dewan. Saya sebenarnya berada di luar, Yang Berhormat. Minta maaf.

Tidak dengar. Saya tidak tengok monitor saya dan tidak tengok apa benda pun. Jadi saya dimaklumkan perkara ini. Maklumkan perkara ini telah berlaku semalam dan saya juga berasa sedih. Perkara-perkara yang telah dikeluarkan oleh seseorang Ahli Parlimen kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain. Sepatutnya kata-kata kesat dan kata-kata yang kurang sopan dan tidak baik sepatutnya tidak keluar daripada mulut mana-mana Ahli Parlimen kepada Ahli Parlimen yang lain dalam Dewan yang mulia ini sepatutnya.

Ini saya setuju, Yang Berhormat. Akan tetapi malang sekali saya tidak ada dalam Dewan.

■1140 Saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa keputusan telah dibuat semalam.

Jadi atas keputusan itu saya tidak boleh menjadi court of appeal, Yang Berhormat sendiri sedar.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu Yang Berhormat, saya belum habis. Sebagai “mahkamah rayuan” kepada permohonan Yang Berhormat walaupun saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat sebut.

Apa-apa sahaja perkataan termasuk apa yang dimaklumkan sebab saya juga dimaklumkan

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

bahawa ada imbasan yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi mengatakan keputusan saya itu berat sebelah. Saya dimaklumkan juga...

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi dalam keadaan sedemikian, saya merasa sedih. Perkara ini telah dibuat oleh Ahli Parlimen.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, keputusan yang diambil bukan terhadap perkataan “keluar air” itu. Keputusan yang diambil semalam ini adalah mengenai perkataan “keling” yang ditujukan terhadap Yang Berhormat Ipoh Barat. Akan tetapi mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu adalah berunsur lucah. Hal ini, keputusan belum diambil.

Kita merasa ini satu perkataan yang begitu serius, oleh itu kita mahu tengoklah, mengesahkan dengan rakaman Hansard supaya perkara ini boleh dibangkitkan. Oleh itu, hari ini kita bangkitkan perkara ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beginilah Yang Berhormat, kerana saya tidak dengar, jadi saya tidak tahu.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Rakaman, rakaman.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, saya tahu. Kalau ada rakaman, saya tengok sendiri rakaman Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bolehkah saya menyerahkan kepada Tuan Yang di-Pertua sehelai rakaman Hansard. Mengenai hal ini, keputusan belum diambil dan saya haraplah Tuan Yang di-Pertua boleh mengambil keputusan yang tegas.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beginilah Yang Berhormat, saya juga tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan. Jadi saya akan bincang dengan Tuan Pengerusi yang mempengerusikan Dewan semalam dan mungkin saya akan minta beliau membuat satu keputusan. Beliaulah yang melihat kerana the tone and intonation itu Yang Berhormat akan menunjukkan perkara sebenar yang berlaku semalam.

Mengikut makluman yang saya terima daripada pegawai saya, memang saya rasa kecewa atas perkataan-perkataan kesat dikeluarkan oleh Ahli Parlimen. Jadi Yang Berhormat, saya akan bincang dan saya akan minta Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee iaitu Timbalan Yang di-Pertua akan buat satu keputusan dan sebagainya.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat, apa lagi Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri ini di sebelah Barisan Nasional. Saya berdiri di sini untuk merakamkan hakikat bahawa perkara seperti ini jangan dilihat oleh rakyat hanya pihak pembangkang yang mengambil berat. Saya berdiri di sini menyokong bahawa perkataan-perkataan seperti itu seharusnya tidak timbul.

Tuan Yang di-Pertua, saya berada di dalam Dewan Undangan Negeri selama suku abad, 25 tahun. Ini pertama kali saya berada di dalam Parlimen. Saya menyangka bahawa Parlimen ini di peringkat nasional dan cara dan budi bahasa perkataan yang digunakan lebih tinggi martabatnya dari Dewan Undangan Negeri. Jadi saya melihat dalam beberapa bulan ini, perkataan seperti “minum todi” dan sebagainya. Kalau ianya ditujukan kepada saudara-saudara kita dari kaum India, ia juga ada kesan kepada kami dari Sabah.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kerana “minum todi” juga Yang Berhormat?

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Kita juga ada. Ini adalah sebahagian daripada kebudayaan di Sabah. Jadi jari itu ditunjukkan kepada satu pihak tetapi ini juga kena sebelah kita, Sabah dan Sarawak.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menunjuk kepada sendiri Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya setuju itu Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Orang Sarawak pun minum tuak Yang Berhormat, kalau dituduh minum benda-benda sebegini, memang kita semua terasa Yang Berhormat. Saya terasa oleh sebab Dewan ini dicemuh, itu sahaja. Jadi saya pasti akan buat keputusan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan Mesyuarat 18.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Oh, belum lagi Yang Berhormat ya.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, pada hari Isnin saya telah membentangkan satu notis mengenai satu notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Mengenai satu mogok seluruh negara yang akan diadakan oleh nelayan atas dasar-dasar kerajaan yang tidak prihatin terhadap nelayan-nelayan di seluruh negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan berucap Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, saya tidak berucap. Hari ini saya terima satu surat daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara ini adalah bukan perkara tertentu kerana merangkumi beberapa isu yang berlainan dan ianya tidak perlu disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan humble nya submit bahawa keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah salah kerana penolakan usul-usul 18(1) di kamar Tuan Yang di- Pertua adalah diperuntukkan di bawah 18(7). Saya akan bacakan 18(7); “Tuan Yang di-Pertua boleh menolak dalam kamar mana-mana usul yang dikemukakan kepadanya jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa –

(a) pencadangnya hanya berniat hendak mengambil peluang berucap di dalam Majlis Mesyuarat; atau

(b) jika sesuatu perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat yang sedang berlangsung dan telah diberi penerangan oleh pihak Kerajaan dalam perkara itu; dan

(c) apa-apa usul melanggar mana-mana syarat dalam Peraturan- peraturan Mesyuarat”.

Apa yang ditulis dalam surat ini, dalam surat daripada Tuan Yang di-Pertua, tidak menunjukkan notis saya telah melanggari syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah 18(7).

Oleh itu saya beranggapan bahawa ia tidak haruslah ditolak dalam kamar Tuan Yang di- Pertua, ini yang pertama.

Kedua, mengenai apa yang diputuskan bahawa ini bukan satu perkara yang tertentu kerana ia merangkumi beberapa isu. Ini adalah salah, keputusan ini adalah salah kerana usul saya adalah mengenai satu mogok yang akan dilancarkan oleh nelayan- nelayan di seluruh negara. Mogok ini akan dilancarkan pada 12 Disember 2008 dan sebab- sebab ...

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, mogok ini belum berlaku, baru ura-ura.

final • 10:00 AM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tunggu berlaku dululah? Biar dia habiskanlah.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kerajaan dah isytihar, buat apa nak heboh-heboh, dia nak api-apikan.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau sudah berlaku, baru kita boleh bincang. Cukuplah, dia sudah berucap Tuan Yang di-Pertua, dia berhujah sudah.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Tuan Yang di-Pertua suruh orang liar ini duduk.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia bukan atas dasar peraturan mesyuarat.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Boleh Tuan Yang di-Pertua suruh orang liar ini duduk?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik- baik, sudah Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu yang spesifik kerana ia adalah mengenai satu mogok. Mogok yang akan dilancarkan pada 12 Disember dan apa yang perlu disegerakan adalah supaya kerajaan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan ini sebelum mogok ini dilancarkan.

Siapa yang akan menanggung kerugian?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah- sudahlah Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ia akan diselesaikan oleh kerajaan, jangan susah.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Parliament is a forum untuk discussion, the highest forum.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dengar penjelasan dulu Yang Berhormat, Yang Berhormat mengatakan tidak ada penjelasan, dengar penjelasan saya dulu.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan telah diberi. Tuan Yang di-Pertua, diberi dalam surat ini. Apa yang saya kata adalah saya merayu kerana penjelasan yang diberi Tuan Yang di-Pertua dalam surat ini adalah salah.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini berucap sudah Tuan Yang di-Pertua, mana boleh berucap.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat membangkitkan peraturan.

final • 10:00 AM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Penjelasan telah dibuat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat membangkitkan peraturan, tak payah berucap.

final • 10:00 AM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Dah faham, dah faham dah.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang saya kata adalah surat menolak usul saya ini adalah sebab-sebab, alasan yang ditulis dalam surat ini adalah salah.

■1150

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dengar alasan saya dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, itu pendapat Yang Berhormat.

Pendapat saya begini, di negara ini mempunyai 64,000 permohonan Yang Berhormat adalah pencerobohan nelayan asing tiga perkara. Pencerobohan nelayan asing di kawasan perairan negara kita dan aktiviti penangkapan ikan mereka yang haram dan terlampau itu

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

telah merosakkan ekologi marin dan mengurangkan hasil lautan daripada perairan kita. Itu yang pertama Yang Berhormat bangkitkan.

Yang keduanya, ramai nelayan masih belum terima insentif cara hidup RM200 sebulan dan subsidi 10 sen sekilo hasil tangkapan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk mereka, kedua. Ketiga, di Sarawak pengupahan nelayan asing di kapal nelayan kelas A dan B telah menjejaskan operasi penangkapan ikan. Tiga perkara Yang Berhormat bangkitkan.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dengar, tunggu dahulu Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak ada sebut pun pasal mogok! Apa macamlah!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, alasan Yang Berhormat kalau ini tidak diambil tindakan, mogok akan berlaku.

Itu kata Yang Berhormat. Saya faham sebab Yang Berhormat ini. Jadi, sebabnya kenapa saya menolak ialah semenjak bulan Jun apabila dasar ini diperkenalkan oleh kerajaan, 64,787 nelayan telah dikenal pasti dan di antara itu, 37,000 dalam masa bulan Jun, Julai, Ogos, September, Oktober sampai November, 37,069 orang telah didaftar dan 33,869 orang telah dibayar, Yang Berhormat. Jadi penyelesaiannya, jangan kata tidak ada penyelesaian. Maknanya kalau orang hendak mogok, mogoklah. Apa hendak buat?

Belum berlaku lagi.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat. Dengar saya dahulu bercakap, Yang Berhormat. Jangan Yang Berhormat fikir, betul sahaja.

Jadi kalau Yang Berhormat lihat di Sarawak, ini nasional. Di Sarawak, ada 2,514 jumlah nelayan yang lesen masih sah. Permohonan kad nelayan baru adalah 6,000 dan kerajaan telah menerima kad baru adalah 6,296. Maknanya kerajaan tidak di belakang soalan ini. Baru lima bulan, Yang Berhormat. Ini puluh-puluhan ribu.

Proses pengeluaran sumber kewangan kerajaan, Yang Berhormat sendiri pun tahu. 10 sen pun salah, kena salah juga Yang Berhormat. Jadi kita kena melihat seberapa cepat kerajaan boleh mengeluarkan sumber kewangan kepada nelayan-nelayan di seluruh negara. Jadi, itu satu proses yang pertama.

Yang keduanya, Yang Berhormat mengatakan mengenai pencerobohan laut dalam ini. Pencerobohan laut dalam ini, kita juga ada jawapan. Enforcement adalah on

final • 10:00 AM

going, Yang Berhormat. Penangkapan Nelayan Asing

Tahun/ NegeriSabahSarawak
20063910
20077310
2008 (Sehingga November)306

Ini soalan kapal, bukan soalan berapa nelayan ditangkap, Yang Berhormat.

Maknanya, enforcement banyak.

Yang ketiganya yang kita hairankan itu Yang Berhormat, saya hairan sendiri.

Bercanggah dengan yang pertama. Yang Berhormat yang pertama mengatakan jangan suruh orang [Dewan riuh][Disampuk] Dengar saya punya dahulu Yang Berhormat, dengar

final • 10:00 AM

going, Yang Berhormat. Penangkapan Nelayan Asing

saya punya dahulu. Yang pertama itu Yang Berhormat melarangkan orang laut asing bekerja di dalam kapal nelayan. Akan tetapi di dalam yang ketiga itu, Yang Berhormat mengatakan, “Pengupahan nelayan di kapal laut dalam A dan B. Telah jelas operasi penangkapan ikan ini akan terjejas”. Itu Yang Berhormat minta supaya orang akan mengambil keputusan di dalam A dan B.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, saya akan jelaskan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi, saya rasa tak perlu penjelasan.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tak payah bahaslah. Sudah tolak, tolaklah. Buang masa kita!!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan. Saya tidak berganjak ini.

Kalau Yang Berhormat tidak puas hati...

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau tidak puas hati, Yang Berhormat boleh buat dalam Peraturan 43.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tetapi ini bukan peribadi. Ada satu lagi yang saya sebutkan di dalam notis usul saya iaitu mengenai subsidi diesel yang dibekalkan untuk nelayan. Ada empat alasan. Apa-apa penerangan seharusnya datang daripada Kementerian Asas Tani dan bukan daripada Tuan Yang di-Pertua. Bukankah ini satu keperluan untuk kementerian memberikan satu alasan, satu penerangan supaya mogok ini tidak akan diadakan dan dilancarkan. Siapakah hendak menanggung kerugian seluruh negara sekiranya mogok ini dilancarkan, kerana ini berlaku. Kenyataan dalam surat khabar..

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Sudahlah, sudahlah, saya faham Yang Berhormat. Jangan anggap sendiri sahaja yang betul Yang Berhormat. Tidak payahlah macam ini.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sekurang-kurangnya usul ini haruslah dibacakan di sini. [Disampuk] Bahas, tetapi... [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah yang lain duduklah, yang lain duduklah. Yang Berhormat Bandar Kuching, sudahlah, sudahlah. Keputusan saya hanya cara dia ialah peraturan 43, buat rayuan sendiri dan beri notis sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 43. Itu sahaja Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati. Kita berpuas hati Yang Berhormat.

Tindakan kerajaan mencukupi dan apa tindakan kerajaan, sudah lebih daripada cemerlang pada saya Yang Berhormat. Sejumlah 33,000 telah dibuat di antara yang 67,000 yang didaftar.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau sesiapa yang mogok itu, mungkin Yang Berhormat yang organiselah. [Dewan riuh] Saya tak tahu.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua ini tidak baik.

Saya kira, sayalah yang... [Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Janganlah cakap macam itu. Okey, okey, okey, saya minta maaf. Saya akan tarik balik.

Yang Berhormat tarik balik, Yang Berhormat kata saya salah tadi, tarik balik juga. Saya bersedia Yang Berhormat. Saya ini gentlemanlah.

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini pandangan saya. Adakah salah untuk saya berpandangan bahawa keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah salah? Ini

final • 10:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

pandangan saya. Saya sudah kata, ini pandangan saya. Takkan saya tak berhak berpendapat bahawa perkara ini salah.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Suah, duduklah!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah. Yang Berhormat Ipoh Barat, apa lagi?

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kerap kali perkara 18(1) dibangkitkan di Dewan ini, saya harap seruan Yang Berhormat-Yang Berhormat di Parlimen ini diambil kira oleh Tuan Yang di-Pertua. Kerap kali ia, saya banding dan semestinya Tuan Yang di-Pertua pun tahu sebelum Parlimen yang kesebelas, kerap kali perkara 18(1) dibenarkan. Bukan atas asas bahawa ia perlu didebate tetapi sekurang- kurangnya ia dibacakan kerana rakyat Malaysia terutamanya bila menghantar Ahli Parlimen, adalah mengetahui bahawa ini adalah the highest forum. Supaya mereka ada ruang untuk membahaskan perkara tersebut. Saya tidak faham, selepas 8 Mac lagi tidak ada perubahan. Apakah perubahan lagi yang perlu di negara ini?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu saya harap Tuan Yang di-Pertua. Bukan saya, I am just pada pandangan saya kita mungkin defer opinion tetapi sekurang-kurang ruang diberi supaya semua yang ingin membawa 18(1), sekurang-kurangnya ada kriteria- kriteria yang telah diikuti, sila dibenarkan. Saya harap ini diambil kira.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ingin menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya melihat trend Dewan Rakyat kita pada sesi tahun ini, berbeza dengan yang lain-lain. Banyak isu-isu di bawah Peraturan 18(1) melibatkan kemanusiaan, kesengsaraan, penganiayaan dan sebagainya ditolak.

Kenapa? Apa masalah kita bahas? Untuk memperlihatkan bahawa kita bertanggungjawab, untuk membicarakan soal-soal kemanusiaan.

Kita berbicara soal dunia sejagat tetapi soal-soal penting, kita tolak dengan begitu sahaja. Lainlah Yang Berhormat Bandar Kuching. Dia buat usul 18(1) bermacam-macam perkara. Tidak ada mogok pun dinyatakan. Itu boleh tolaklah. Akan tetapi, Yang Berhormat Ipoh Barat selalu bawa yang bagus-bagus pun kena tolak, tidak boleh.

[Disampuk] Kita kena tengok usul yang baik-baik, usul Yang Berhormat Batu Gajah baik- baik, kita terima. [Ketawa] Begitu! Saya menyokong usul ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik. Ya, baik Yang Berhormat. Saya berjanji Yang Berhormat, saya berjanji akan berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua supaya sekurang-kurangnya isu-isu yang betul-betul berkepentingan orang ramai, yang memenuhi tiga kriteria tadi dipenuhi, dibawa sekurang-kurangnya dibaca oleh Ahli Parlimen dalam Dewan dan sepatutnya sekali-sekala kita kena bahas.

Isu-isu menunjukkan kita kalau perkara internasional dan sebagainya, isu Palestin dan sebagainya itu sepatutnya diluluskan untuk dibahaskan. Itu supaya menunjukkan Parlimen kita juga yakin dan prihatin dengan apa yang berlaku di persekitaran kita.

■1200 Akan tetapi, keputusan yang telah dibuat saya tidak boleh reverse Yang Berhormat. Itu sahaja jaminan saya Yang Berhormat. Saya bersimpati Yang Berhormat, semalam pun saya bersimpati tetapi malangnya bukan saya yang membuat keputusan Yang Berhormat. Jadi isu ini saya berasa memang tidak perlu. Kalau isu macam dahulu,

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

beras dan sebagainya saya yang minta. Saya minta menteri, saya bagi tahu dengan menteri beri peluang dengan orang berbahas. Kita hendak berbincang dengan menteri kadang-kadang satu jam menteri cari kita dekat function dekat sana sini kerana saya buat keputusan saya mahu benda ini dibahas. Jadi, Yang Berhormat saya janji bahawa apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, dari semalam pun Yang Berhormat daripada Batu Pahat juga menyebut bahawa isu-isu yang tertentu sepatutnya diserah kepada Ahli Parlimen untuk dibahaskan untuk menunjukkan Parlimen kita juga peka dengan apa yang berlaku di luar sana sama ada dalam negara ataupun di luar negara. Terima kasih Yang Berhormat. Ya. Sila.

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 10:00 AM
Maksud B.41 [Jadual] – Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan 2009] –

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh soal B.41 – Kementerian Pelajaran. Pertama saya ingin menyentuh 020400 – Lembaga Peperiksaan serta bersekali dengan 020200 – Pembangunan Kurikulum. Baru-baru ini keputusan UPSR telah pun dikeluarkan dan kerajaan memberikan gambaran bahawa 31% yang telah berjaya menjawab soalan dalam sains dan 47% dalam matematik dalam bahasa Inggeris. Digambarkan bahawa seolah-olah ini menjadi satu pengukuran dan penentuan dalam hendak menentukan sama ada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diteruskan ataupun tidak. Ini berdasarkan kepada kenyataan Ketua Pengarah sendiri menyatakan bahawa ia penentu dan Timbalan Menteri Pelajaran sendiri pun tidak menafikan. Cuma dia mengatakan bahawa itu bukan pengukur utama tapi tidak menafikan bahawa itu akan menjadi salah satu daripada pengukur untuk kerajaan mengambil penentuan bagi kerajaan meneruskan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Akan tetapi bagi saya, saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah pengukuran untuk mengatakan bahawa kejayaan bagi pelajar-pelajar, saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya ini. Akan tetapi apakah pengukuran yang dibuat oleh kementerian dalam hendak melihat bahawa pencapaian mereka boleh menjawab soalan matematik dalam bahasa Inggeris ini sedangkan dia ada dua kertas. Salah satu daripada kertas tersebut bersifat objektif, soalan itu bersifat objektif.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi, macam mana kita hendak katakan satu pengukuran bahawa jawapan yang diberi dalam bentuk objektif itu menunjukkan kebolehan mereka dapat menjawab dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya tidak dapat hendak melihat bahawa penilaian ukuran yang boleh dibuat. Malah kalau kita lihat balik dalam kertas sains umpamanya, hanya 31% sahaja apabila mereka terpaksa menjawab dalam kertas yang berkaitan dengan sains yang memerlukan kepada membina ayat yang lengkap, menunjukkan bahawa keupayaan mereka itu hanya pada sekitar 31% sahaja. Jadi, ini yang saya minta sedikit penjelasan daripada pihak kerajaan.

Namun begitu saya juga ingin meminta profil pelajar-pelajar yang dikatakan 47%, 31% ini. Berapa pelajar dari sekolah luar bandar dan juga pelajar sekolah dalam bandar?

Kemudian, berapa pula mengikut pecahan dari sudut kaum, Melayunya, Cina, India dan juga masyarakat bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang boleh menjawab dalam Bahasa Inggeris ini? Profil mereka itu, berapa persen? Berapa jumlah dan berapa persen? Berapa pula di kalangan mereka yang boleh menjawab dalam bahasa Inggeris itu yang pendapatan keluarga mereka tinggi dan berapa daripada golongan yang berpendapatan rendah ini yang boleh menjawab dalam bahasa Inggeris? Ini sangat penting untuk kita membuat satu pengukuran supaya kami di peringkat Ahli-ahli Parlimen ini boleh memberikan pendapat dan pandangan.

Bagi saya itu juga merupakan satu pengukuran yang harus dilihat. Bagaimana kalau orang di luar bandar yang tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang cukup, kemudahan-kemudahan yang cukup, sudah tentu mereka tidak dapat hendak menjawab dalam bahasa Inggeris.

Apatah lagi kita melihat, kalau mengikut kajian yang dibuat oleh Profesor Dr.

Hashimah dan juga Profesor Ishak Harun dari universiti tempatan menunjukkan bahawa bukan sahaja murid-murid kurang berminat tetapi keupayaan guru-guru juga di kebanyakan sekolah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris itu keupayaan mereka sangat terhad. Jadi, harus dilihat dalam semua aspek untuk melihat bagaimana kemampuan dan keupayaan ini sebelum kita membuat satu-satu keputusan untuk meneruskan atau tidak pelaksanaan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris ini.

Kemudian, persoalan untuk hendak meneruskan atau tidak ini dia bukan sekadar untuk kita melihat berapa pencapaian dalam peperiksaan UPSR ini tetapi bagi saya soal yang pentingnya ialah untuk kita balik kepada menggunakan bahasa Malaysia ini kerana hendak menjadikan bahasa Malaysia ini bahasa ilmu. Bahasa ilmu yang berupaya sama ada dalam sains, teknologi, matematik dan sebagainya. Ini yang sangat penting sebab saya kira sudah banyak penghujahan yang telah dibuat bahawa bagaimana negara-negara maju yang lain di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka dan mereka berjaya lahir sebagai negara yang maju, negara yang mempunyai teknologi yang sangat tinggi.

Jadi, sebab itu bagi saya penting untuk kita melihat di sini bukan hanya pencapaian dalam peperiksaan UPSR itu tetapi yang penting untuk kita lihat ialah bahasa Malaysia mampu untuk menjadi bahasa yang boleh menguasai semua ilmu yang dipelajari di sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Jadi, saya minta pihak kerajaan perlu mempertimbangkan perkara ini sebab ini soal political will, soal kemahuan politik, mahu ataupun tidak daripada pihak kerajaan.

Tidak perlu hendak buat sidang meja bulat sebab saya persoalkan dahulu waktu hendak laksana tidak panggil pun sidang meja bulat. Meja bujur pun tidak panggil. [Ketawa] Sekarang bila hendak teruskan ataupun tidak baru hendak panggil sidang meja bulat.

Waktu hendak buat, hendak laksana perkara ini tidak panggil, tidak minta pun pendapat dan pandangan daripada berbagai-bagai pihak. Sekarang baru hendak minta pandangan daripada berbagai-bagai pihak untuk teruskan atau pun tidak. Ini soal-soal political will dan saya harap kerajaan harus lebih kepada untuk melihat, memperkasakan soal bahasa Melayu ini.

Saya tunjuk contoh bagaimana Republic Czech, saya baru sempat melawat ke Republik Czech, ramai pelajar kita yang belajar di Republic Czech,untuk mengambil perubatan tetapi mereka belajar dalam bahasa Inggeris. Republic Czech menawarkan kepada pelajar-pelajar luar daripada Republic Czech, siapa-siapa yang datang hendak belajar perubatan dalam bahasa Republic Czech, dia akan diberikan yuran percuma dan

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

potongan separuh harga untuk hostel. Ramai pelajar-pelajar daripada Timur Tengah termasuk daripada Lubnan dan daripada negara-negara Timur Tengah yang lain yang datang mengambil kursus bahasa Czech selama setahun kemudian mereka belajar perubatan dalam bahasa Czech dan mereka mendapat yuran percuma.

Maknanya dia panggil pelajar luar, beri insentif, kamu belajar bahasa aku, kamu dapat percuma, aku tanggung kamu belajar. Akan tetapi kita sekarang kita menggalakkan, kita suruh pula orang kita belajar dalam bahasa yang bukan daripada bahasa asal kita. Jadi saya kira nampak kita tidak berusaha ke arah untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita ini. Jadi sebab itu saya minta profil-profil tadi ini dan juga saya mohon kepada pihak kerajaan untuk pertimbangkan bahawa isunya ialah isu untuk kita memperkasakan bahasa Malaysia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

Kemudian, berkaitan dengan soal 06000 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan, apa masalah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka?

■1210 Sudah tujuh bulan tidak ada ketua pengarah, apa masalah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka? Tidak boleh kita hendak isi jawatan ketua pengarah. Sehingga sekarang kita melihat bahawa masalah yang sungguh memalukan apabila pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Seolah-olah macam Kementerian Pelajaran tidak peduli pun kepada masalah apa hendak jadi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya cukup bimbang bahawa apabila kerajaan sendiri tidak begitu peka terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka yang kita tubuh melalui satu akta. Ia bukan sebagai satu jabatan biasa sepertimana JPS dan sebagainya tetapi ia ditubuhkan melalui satu akta.

Ini merupakan satu perkara yang sangat penting dan sebagai sebuah badan berkanun yang sepatutnya diperkasakan untuk memperkasakan bahasa kita ini seharusnya kerajaan harus memberikan penumpuan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya telah difahamkan bahawa banyak keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dibuat secara teliti sehingga kepada peringkat untuk menswastakan beberapa perkara yang dulu mendatangkan keuntungan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekarang saya difahamkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka mengalami masalah pengurangan pendapatan akibat daripada penswastaan kepada beberapa syarikat, antaranya ialah Dawama dan sebagainya. Ini bagi saya adalah satu benda yang tidak sepatutnya kerana ia boleh memberikan satu kerugian.

Satu perkara lagi saya hendak sentuh ialah berkaitan dengan 010300 - Pembangunan. Saya hendak tanya kepada kerajaan, kenapa kerajaan memberikan kepada satu syarikat sahaja untuk pembinaan 42 blok tambahan sekolah dan lima sekolah baru di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan yang bernilai lebih kurang RM850 juta buat secara runding terus kepada Syarikat IBUZAWA Corporation Sdn. Bhd.

Kenapa hanya diberikan kepada satu syarikat untuk 42 buah bangunan tambahan dan lima buah sekolah? Sedangkan dari segi jumlahnya, dari segi harganya sangat tinggi bagi saya dan keduanya ialah soal kenapa diberikan kepada satu syarikat. Apakah tidak ada syarikat kontraktor-kontraktor yang lain yang juga berkelayakan yang boleh diagihkan kepada mereka secara yang adil. Bagi saya bahawa kalaulah diagihkan kepada 10, 15 ataupun 20 syarikat umpamanya saya percaya bahawa ramai orang akan mendapat faedah daripada projek ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan soal pembangunan kurikulum tadi.

Saya hendak minta pihak kerajaan, sejauh mana kerajaan memberikan tumpuan kepada pembinaan kurikulum ini untuk membangunkan kesedaran, kepentingan persoalan integriti di kalangan pelajar-pelajar dari sekolah rendah sampai ke sekolah menegah sampai ke peringkat universiti dan sebagainya. Universiti tidak termasuk di dalam Kementerian Pelajaran.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Namun, saya hendak katakan bahawa ini sangat penting fenomena-fenomena yang berlaku akhir-akhir ini seolah-olah kita sudah hilang integriti. Lahir masyarakat, pegawai sampi kepada peringkat ahli politik yang tidak ada integriti yang terlibat dengan amalan rasuah, terlibat dengan politik wang dan sebagainya. Saya cukup bimbang dengan hal-hal yang sebegini rupa. Akhirnya menjadi satu budaya yang berakar umbi dalam masyarakat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh sebab itu saya hendak tahu sejauh mana penumpuan kita memberikan kepada persoalan integriti. Sebab saya cukup takut bahawa apa yang berlaku dalam pemilihan UMNO ini. Berlakunya politik wang bagi saya bahawa...

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Satu keadaan yang cukup memalukan...

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tuan Pengerusi…

final • 12:01 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang PAS tidak perlu bimbang...

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Orang PAS tidak perlu bimbang... [Dewan riuh]

final • 12:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang PAS jaga PAS, orang UMNO jaga UMNO.

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Menyampuk]

final • 12:01 PM

Dato’ Abdul Manan bin Ismail - Paya Besar

[Menyampuk]

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Politik wang dalam UMNO ini bukan masalah UMNO...

final • 12:01 PM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

Yang sudah kena pecat itu masuk UMNO.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tapi masalahnya...

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu tidak masuk butiran Yang Berhormat. Tidak masuk ya.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, saya hendak katakan bahawa ini ada kaitan. Ada kaitan, supaya jangan pelajar-pelajar kita melihat bahawa ini amalan yang baik, politik wang yang berlaku dalam UMNO.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Habiskan Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Supaya menjadi sempadan kepada mereka. Sebab saya kata kalau ini masalah UMNO sahaja lantaklah. Akan tetapi oleh kerana UMNO...

final • 12:01 PM

Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

[Bangun]

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tuan Pengerusi ucapan Yang Berhormat Pokok Sena tadi sudah menarik dah.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat .

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tadi touchdown sudah jadi, tayar sudah keluar.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat. Tidak ada masa Yang Berhormat.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya saya hendak habiskan. Sebab UMNO hendak jadi kerajaan, hendak jadi pemimpin tidak...

final • 12:01 PM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

Masa sudah habis, masa sudah habis.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...politik wang. Sebab itu saya hendak supaya penekanan ini harus diberi supaya mereka melihat bahawa pentingnya, benci kepada politik wang walaupun Pemuda UMNO cinta kepada politik wang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:01 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Itu tidak betul itu.

final • 12:01 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:01 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pokok Sena tadi dia bermula dengan baik, saya mengikuti ucapan beliau dengan penuh berhemah, seronok. Akan tetapi bila touchdown jadi tidak elok dah. Ini cadang menikah awal-awal elok, lepas itu mai dia bercerai di hujung usia jadi macam inilah. Bagi Butiran 05000 - Majlis Peperiksaan Malaysia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Satu pembaharuan perlu dibuat dalam memperluaskan peranan Majlis Peperiksaan Malaysia atau MPM yang kini hanya terikat mengendalikan beberapa peperiksaan sahaja iaitu STPM, MUET dan juga PTK.

Saya ingin mencadangkan MPM ini walaupun di bawah Kementerian Pelajaran dia seharusnya diperkasakan ataupun sekurang-kurangnya dijadikan agensi setempat untuk menyelaras, mengendali dan mengurus semua kursus am dan juga wajib seperti Pengajian Malaysia dan lain-lain di IPTS. Ini kerana penjelasan yang amat penting; kerana kursus- kursus ini kalau ia dikendalikan oleh satu badan seperti MPM ini ia akan lebih bersifat nasional. Juga akan lebih dapat diberi kawalan, tumpuan yang dapat diiktiraf oleh pihak kerajaan. Jadi Majlis Peperiksaan Malaysia ini sebenarnya kita boleh berbincang dengan IPTS dalam kita melaksanakan pembaharuan ini kerana kita mahu MPM ini menjadi sebuah majlis yang juga boleh diperkasakan dari segi bebas dan integritinya.

Keduanya Tuan Pengerusi, prestasi calon bumiputera STPM aliran sains sangat menyedihkan. Ianya memerlukan tindakan segera daripada pihak kementerian. Walaupun pelbagai alasan telah diberikan, kemungkinan selepas SPM tidak ramai pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dalam aliran Sains di peringkat SPM untuk meneruskan pelajaran di tingkatan enam. Akan tetapi yang masih tinggal ini perlu diperkukuhkan ataupun dicari cara yang terbaik.

Saya difahamkan kalau kita daripada pelajar-pelajar lepasan STPM ini kalau mereka masuk ke universiti mereka menjadi pelajar-pelajar yang lebih matang. Terutama yang dilihat dari segi prestasi dan tahap pencapaiannya dalam peringkat pengajian di universiti ini. Mereka telah dapat menunjukkan tahap kematangan dan mencapai aliran kecemerlangan dalam setiap peperiksaan ataupun dalam setiap semester.

Jadi dalam hal ini kita minta supaya pihak kementerian pastikan bahawa pelajar- pelajar yang berada tingkatan ini diperkasakan. Ini termasuk biasiswa yang diberikan kepada mereka juga harus dipertingkatkan dalam usaha mereka dapat membeli barang- barang bacaan yang boleh menjuruskan, meningkatkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan sebagainya. Jadi apakah tindakan pihak kementerian dalam mengatasi masalah ini kerana masalah ini sudah lama dan kita perlu atasi dengan kadar yang segera.

Sejauh manakah kejayaan usaha Majlis Peperiksaan setakat ini untuk mengantarabangsakan STPM ini supaya ia lebih nampak tinggi tahap pencapaian sepertimana Cambridge dan A-Level yang telah dicadangkan oleh MPM tidak lama dulu.

Kalau pun sedang dilaksanakan, sejauh mana ianya mencapai kejayaan setakat ini.

Bagi Butiran 031000 iaitu Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. Saya ingin bertanya pihak kementerian sejauh mana pencapaian sekolah cluster dalam mempertingkatkan pencapaian akademik di kalangan para pelajar? Ini sejajar dengan hasrat kementerian untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam cluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam teras strategik yang keenam yang melonjak kecemerlangan bagi institusi pendidikan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:14 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:14 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 060000 - Dewan Bahasa dan Pustaka sekali gus dengan Butiran 02200 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya dengan secara sukarela menyerahkan Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekali gus juga saya ingin mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Iaitu Suruhanjaya Perlaksanaan Bahasa Kebangsaan.

Saya mengatakan demikian dan mencadangkan perkara ini Tuan Pengerusi ialah kerana saya dapati bahawa tanggungjawab Menteri Pelajaran begitu mempunyai banyak beban tanggungjawabnya. Sehingga dan tengok dan saya dapati mungkin ada pengabaian dari segi hands on seorang Menteri terhadap satu agensi yang begini penting terutamanya berkaitan dengan soal bahasa.

final • 12:18 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maka sebab itu saya mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya Perdana Menteri sendiri bertanggungjawab dalam soal-soal mengenai dengan pelaksanaan bahasa kebangsaan ini kerana ianya sebahagian daripada Perlembagaan yang penting yang terletak di bawah 152 dan 153. Manakala kita dapati Tuan Pengerusi sekarang ini sudah banyak pencabulan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di bawah peraturan 152(1) di mana segala urusan rasmi kerajaan hendaklah mengguna pakai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini kita dapati banyak penyelewengan berlaku...

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Tun Razak minta jalan Yang Berhormat. Hendak bagi? Sila.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mencelah tentang perkara Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh kerana kita berbincang terlalu lama tetapi tidak dapat menyelesaikan perkara ini saya ingin cadangkan kita jadikan Dewan Bahasa dan Pustaka satu institusi yang bebas dan mempunyai tanggungjawab memartabatkan bahasa. Akan tetapi kita peruntukan sejumlah sekurang-kurangnya RM500 juta untuk usaha meningkatkan penggunaan bahasa dan juga mempertingkatkan pemikiran mengenai bahasa Melayu. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Pengerusi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak saya bersetuju apa sahaja asalkan ianya memberi kebaikan dan faedah terhadap pelaksanaan bahasa kebangsaan ini. Peruntukan pada saya walaupun penting tetapi lebih penting lagi ialah peruntukan undang-undang. Sebab itu saya juga ingin bertanya bilakah Akta Bahasa 1967 akan dipinda? Saya dapati dalam akta ini tidak ada kuasa penguatkuasaan.

Di sinilah saya lihat juga kelemahan Dewan Bahasa dan Pustaka bukan kerana mereka tidak bertindak mungkin kerana mereka tidak mempunyai peruntukan undang- undang yang cukup dalam soal pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutamanya hendak menentukan dalam segala bentuk urusan rasmi kerajaan ianya hendak mengguna pakai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita lihat...

final • 12:20 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak ada masa. Sebab kalau 10 minit ini masuk dalam mencelah saya rugi masa. Sebab saya banyak lagi hendak bercakap.

final • 12:20 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sebab itu saya tak ganggu orang bercakap.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ,ya.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Pengerusi, sehingga kita lihat, saya bukan hendak mengungkit iaitu penggunaan pelbagai bahasa yang diluluskan oleh Kerajaan Pulau Pinang di Majlis Perbandaran Pulau Pinang belum lagi selesai. Walaupun ini tanggungjawab di bawah sesuatu negeri dan kerajaan negeri boleh meluluskan apa sahaja yang mereka mahu tetapi kita kena ingat kita ada Perlembagaan Persekutuan. Dengan izin ianya over right dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu Fasal 152 dan 153. Maknanya melanggar ini ialah melanggar undang-undang. Melanggar Perlembagaan negara dan apa tindakannya? Apa kesudahannya? Apakah cukup dengan setakat dengan mengeluh sahaja maka perkara ini sudah selesai? Ini tidak selesai. Apa tindakannya?

Ini saya hendak tanya pihak kerajaan mengenai dengan ketegasan dalam melaksanakan perkara ini. Maka sebab itu saya mencadangkan akta bahasa dipinda.

Dahulu pun ada ura-ura hendak dipinda. Bukan sahaja dipinda tetapi sekali gus juga sudah sampai ke tahap untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya pelaksanaan kepada dasar bahasa kebangsaan ini.

final • 12:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kerana kita tahu selain daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, suruhanjaya hendak mencegah rasuah pelaksanaan bahasa kebangsaan ini juga sama penting dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Selagi perkara ini tidak selesai maka saya beranggapan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab dalam hendak menjaga kedudukan bukan sahaja asas Perlembagaan negara tetapi juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang saya sebutkan tadi.

final • 12:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya minta laluan sedikit sahaja Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Setengah minit.

final • 12:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya setengah minit. Saya hanya ingin bertanya adakah cadangan Yang Berhormat ini juga termasuk kepada penggunaan- penggunaan bahasa lain daripada bahasa Malaysia iaitu bahasa Inggeris seperti perkataan presint, avenue, nama-nama taman yang sekarang semuanya keinggerisan.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Setuju. Malah di Putrajaya pun presint ini pun patut ditukar kepada bahasa Melayu semua sekali malah termasuk papan-papan tanda di kedai-kedai juga yang berkecamuk dengan macam-macam bahasa. Ini pun patut juga digunakan bahasa Melayu supaya di standardize kan dengan izin supaya kita dapat mengenal identiti negara kita ini. Sains dan Matematik pun samalah. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Nama UMNO macam mana UMNO? United Malayan National Organisation.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Itu pun kita tukar juga jadi pertubuhan. [Tepuk] Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

Setuju! Setuju!

final • 12:20 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Yang sejarah PAS, PAS bunyi apa PAS itu?

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Pengerusi, akhir sekali...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pa alif sin.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Nama orang?

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sebab nama Mohamad pun ramai juga dalam pusat serenti. Jadi tak ada makna. Yang pentingnya ialah pengisian. Sokonglah tadi tak sokong. [Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang

Memang sokong 100%.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Masalah pelaksanaan bahasa Melayu ini saya minta kita serius. Selepas 51 tahun merdeka kita kena serius sebab itu saya harap ianya menjadi agenda utama kerajaan dan saya bukan kata hendak merendah-rendahkan Dewan Bahasa dan Pustaka cuma mereka tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

cukup. Sebab itu saya katakan tadi pindah ke Jabatan Perdana Menteri dan juga tubuh suruhanjaya tetapi tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menerbitkan buku- buku teks kita menghargai. Saya tengok kemajuan yang dicapai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga kita kena hargai.

Saya juga hendak cadangkan sekali gus di bawah Butiran 020100 - Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan di mana Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan banyak buku baru-baru ini ada satu buku yang diterbitkan. Ini Tuan Pengerusi kena baca iaitu buku yang diterbitkan oleh seorang bekas jeneral yang bernama Ibrahim Salleh iaitu Tun Jeneral (B) Ibrahim Salleh yang bukunya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajuknya Ibrahim Pahlawan Melayu. Bukan saya, Ibrahim Salleh.

Buku ini saya minta supaya Kementerian Pelajaran membeli buku-buku ini daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengedar di semua sekolah paling tidak sekolah-sekolah menengah sebab saya sudah baca buku ini. Sejarah yang ditulis oleh Tun Jeneral Ibrahim Salleh ini sebab beliau melalui zaman sebelum merdeka. Kemudian perjuangan menuntut kemerdekaan. Kemudian datangnya masalah komunis dan paling besar sekali ialah peristiwa 13 Mei. Ini supaya ada golongan-golongan yang tak faham, yang beku otak ini, yang masih belum dapat menghargai keamanan dan kemakmuran negara ini supaya reti dan faham supaya otak mereka ini cair sedikit Tuan Pengerusi!

Saya sudah baca buku ini dan banyak fakta-fakta sejarah yang patutnya kita isi kepada golongan generasi muda, sekolah-sekolah menengah termasuk juga di universiti.

Buku-buku ini ditabur seberapa banyak yang boleh dan dijadikan bahan rujukan untuk latihan-latihan, modul kursus-kursus sebagai sebahagian daripada kokurikulum supaya memberi kesedaran dari segi sejarah untuk anak bangsa. Jadi ini...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa habis Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit lagi Tuan Pengerusi. Tadi gangguan sedikit tadi. Saya hendak menyentuh sedikit Tuan Pengerusi masalah 04600 - Sistem Pengkomputeran Sekolah. Dahulu ada dibangkitkan di Dewan yang mulia ini cadangan supaya setiap murid diberi laptop percuma. Memang peruntukan begitu besar tetapi sekolah-sekolah luar bandar program celik komputer kita dapati sekolah-sekolah masih lagi kekurangan komputer termasuklah anak-anak miskin dan anak-anak ibu tunggal.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya mana-mana golongan keluarga yang termasuk di bawah golongan keluarga termiskin yang menerima peruntukan PPRT seumpamanya mereka dengan secara automatik sepatutnya diberi juga kemudahan komputer ataupun laptop untuk pelajar-pelajar ini bagi membantu mereka supaya sama dengan pelajar-pelajar lain di bandar-bandar ataupun daripada keluarga yang kaya yang mempunyai komputer.

■1230 Sebab saya tengok berlaku rasa rendah diri-diri pelajar, pelajar, anak-anak ibu tunggal, pelajar-pelajar miskin, bila rakan-rakan mereka membawa laptop, bila rakan-rakan mereka pandai mengguna komputer, mereka rasa rendah diri duduk jauh sebab mereka tidak mempunyai komputer dan mereka masih lagi buta komputer. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, walaupun saya ada beberapa perkara lagi tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya berharap berakhirnya masalah Dewan Bahasa dan Pustaka tadi dijawab dan diberi pertimbangan yang serius. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Pengerusi, bagi saya peluang ambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada Butiran 02000, Butiran 04600 atas faktor dasar dan pembangunan pendidikan sistem pengkomputeran sekolah. Tuan Pengerusi, dalam anggaran ini sudah disediakan yang ada dalam belanjawan, kemungkinan belanjawan itu tidak mencukupi. Saya meminta kementerian kalau boleh tolong tambahkan, berbincang dengan Kementerian Kewangan

final • 12:31 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

tambahkan lagi peruntukan. Pasal butiran ini yang mustahak untuk pendidikan di negara kita. Contoh macam baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah mengumumkan pada bulan Mei 2008 di Dewan ini untuk menggunakan semula bangunan asal SJK(C) Damansara untuk memindahkan sebuah sekolah kurang murid, SKM ke sana.

Ini memang disambut baik oleh masyarakat di seluruh negara terutama masyarakat Cina. Baru-baru ini beliau juga meluluskan kerja-kerja membaiki sekolah dan beberapa pegawai kementerian telah dihantar ke sekolah untuk memeriksa keadaan pembangunan sekolah tetapi saya dengar peruntukan tidak berapa cukup untuk membaiki satu sekolah. Sebab itulah saya persoalkan perkara ini, janganlah kita sampai bulan Januari ini sudah janji akan buka balik semula saya dengar mungkin tidak dapat apa yang sudah dijadualkan. So saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil perkara ini serius, kalau boleh bagi satu tarikh yang tetap akan membuka balik sekolah ini, SJK(C) Damansara, bila tarikhnya?

Kalau mana-mana bangunan tidak boleh siapkan sekali gus, siaplah beberapa kelas, kita bukalah beberapa kelas. Tidak payahlah tunggu semua kata peruntukan nanti tidak ada kita tidak boleh buka tunggu lagi, tunggu lagi sampai bila? Kita minta Kementerian Pelajaran mesti tunaikan apa yang sudah dijanjikan kepada rakyat. Tadi saya kata bila beroperasi balik saya mahu tahu tarikhnya bila. Tadi Tuan Pengerusi mengenai komputer ini, minta kementerian kaji balik semula dalam kawasan pedalaman, sekolah- sekolah tidak ada komputer, selalu minta daripada wakil rakyat. Kalau dia minta 10 kita bagi dua. PIBG sekolah pun fikir sedih kenapa wakil rakyat tidak boleh bantu semua tetapi begitu banyak sekolah.

Jadi saya mahu tanya soalan ini kenapa sampai hari ini Kementerian Pelajaran belum lagi edarkan semua komputer kepada sekolah-sekolah pedalaman di seluruh negara bukan Sabah, Sarawak, Semenanjung juga saya difahamkan banyak lagi sekolah belum dapat komputer itu, apa masalahnya?

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, di kawasan saya ada lima sekolah menengah belum dibina Yang Berhormat.

final • 12:31 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Pengerusi inilah masalah kita, mahu persoalkan masalah. Saya itulah tadi saya cadangkan kalau peruntukan yang ada dalam belanjawan ini tidak cukup, berbincang dengan Kementerian Kewangan, ini mustahak untuk semua rakyat di seluruh negara untuk kita generasi-generasi yang akan datang. Jadi akhir sekali...

final • 12:31 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ayo, sudah akhirkah?

final • 12:31 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sudah akhir, kita pendek sahaja. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri saya harap boleh ambil serius dengan perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:31 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 04600 dan juga Butiran 030400 dan Butiran 030300. Kita telah mendengar banyak perbahasan daripada teman-teman tentang betapa pentingnya peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mendidik anak bangsa kita supaya kita dapat meningkatkan produktiviti dalam negara kita. Namun kita juga mendengar banyak masalah yang telah dibangkitkan dan kita ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran, apakah peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk memastikan prinsip pendemokrasian untuk mendapat pendidikan yang berkualiti itu dapat terus dipertahankan.

Ataupun dengan izin Tuan Pengerusi, democratization of access to quality education.

Sekarang ini gap nya terlalu besar Tuan Pengerusi iaitu di antara sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar dari segi training dan juga buku-buku teks menyebabkan masalah anak-anak di luar bandar tidak dapat bersaing dengan baik dan pada tahap persaingan yang adil.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dalam konteks ini Yang Berhormat Menteri telah menyatakan pada satu ketika dahulu bahawa terdapat 794 sekolah yang belum mendapat bekalan elektrik, sementara 3,549 sekolah yang belum mendapat bekalan komputer. Ini satu jumlah yang cukup besar dan 1,555 sekolah yang belum ada tandas. Yang Berhormat Sri Gading dok ‘huh’, ‘huh’ sahajalah tetapi tidak dapat apa pun.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sedih samalah.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Kita juga mendengar banyak perbahasan tentang konsep ataupun pelaksanaan PPSMI ini yang telah banyak menimbulkan masalah. Satu kajian telah dibuat baru-baru ini bahawa pelaksanaan dasar PPSMI ini telah menyebabkan 30% kumpulan pertama murid- murid Darjah 4 Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang wajib mengambil peperiksaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, hanya 30% daripada mereka yang lulus dalam peperiksaan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelaksanaan dasar PPSMI ini Tuan Pengerusi perlu dikaji semula.

■1240 Kita telah banyak membahaskan bahawa bahasa Melayu itu haruslah diperkasakan sebagai bahasa kebangsaan tetapi malangnya UMNO telah mengambil keputusan untuk mengkhianati bahasa itu sendiri.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya terpanggil kalau Gombak bagi saya.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya belum beri laluan.

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau Gombak bagi saya laluan.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya berilah peluang pada Sri Gading.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih sahabatku Gombak. Kita UMNO khususnya negeri Johor dari sejak Yang Amat Berhormat bekas Perdana Menteri apabila mengumumkan bahawa Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, UMNO Johorlah berdialog pertama kali dengan beliau melahirkan rasa penentangan kepada pucuk pimpinan ketika itu sebagai Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO. Kita berhujah antara lain saya masih ingat rakan-rakan termasuk Batu Pahat mana ada dalam sejarah orang belajar bahasa Matematik atau Sains menjadi alatnya, tidak ada.

Kalau hendak belajar bahasa Inggeris belajarlah dalam subjek bahasanya. Dan kita pun memang suka kita mahu anak-anak kita fasih berbahasa Inggeris. Kita tidak menafikan bahasa Inggeris itu penting tetapi cara pendekatan hendak belajar bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik salah dan bertentangan dengan cara-cara orang hendak belajar bahasa. Jadi saya hendak betulkan Gombak.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini perbahasan siapa?

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Perbahasan Gombak.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya bukan berbahas tetapi hendak membetulkan fakta yang Gombak cuba tonjolkan bahawa UMNO tidak bersubahat dalam perkara ini. Walaupun mungkin dibuat oleh... [Sorak] Sebab itu saya rasa keputusan belum dimuktamadkan.

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukup.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya suka mendengar tadi macam Pokok Sena cukup baik. Saya tengok semalam sahabat saya daripada, daripada apa ini...

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Parit Buntar.

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Parit Buntar cukup cantik.

Walaupun mereka daripada Parti PAS tetapi sebagai orang yang cinta kepada bahasanya saya menyokong kedua-dua sahabat saya punya ucapan. Yang Berhormat Gombak pun saya fikir akan memberikan ucapan tambahan untuk mempertahankan bahasa Melayu saya ucapkan tahniah kepada semua sahabat tanpa memikirkan parti politik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gombak ada empat minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih sahabat saya daripada Sri Gading yang mengambil penegasan tentang mempertahankan soal bahasa. Tetapi malang seribu kali malang UMNO pusat tidak mendengar langsung suara UMNO negeri Johor. Jadi ayuhlah untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya setuju seperti yang disebut oleh sahabat saya daripada Sri Gading. Kita tidak menafikan bahawa bahasa Inggeris itu penting tetapi dalam konteks ini untuk memajukan masyarakat kita kononnya melalui pengajaran bahasa Inggeris tidaklah sampai kita mengorbankan bahasa kita sendiri. Ini khianat namanya. Hari ini kita fokus masalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menukar nama-nama jalan...

final • 12:37 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Baiklah biar kerajaan jawablah.

[Keluar Dewan]

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Okey pergi minum, pergi minum.

Mengapa itu menjadi isu besar yang dimainkan oleh akhbar cetak dan juga media elektronik sedangkan pengkhianat bahasa sebenarnya ialah siapa? Yang mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu adalah keputusan yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ini lebih parah lagi kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan dalam negara kita. Apakah kita tidak ada ruang untuk memastikan anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik bukan melalui Matematik dan Sains tetapi sewajarnya ianya diajar melalui sastera Inggeris Shakespearenya, Hamletnya. Ini semua boleh membuatkan anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik Tuan Pengerusi.

Dan yang memeranjatkan saya sebab saya pernah bertanya dalam Dewan yang mulia ini pada bulan Mei 2008 kerana peruntukan untuk pelaksanaan PPSMI ini RM3.1 bilion tetapi apa hasilnya setelah lima tahun dilaksanakan? Tidak ke mana juga. Siapa yang mendapat kontrak membekalkan sistem pengkomputeran semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah pemimpin-pemimpin elit UMNO ini. RM3.1 bilion bukan kecil.

Siapa vendorsnya? Siapa syarikatnya yang Menteri kena memberi jawapan yang terperinci dalam Dewan yang mulia ini sebab angka yang saya sebut tadi Tuan Pengerusi. Ini yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan sendiri pada 24 April bahawa 3,549 sekolah belum mendapat bekalan komputer. Di mana komputer ini? RM3.1 bilion telah dibelanjakan tetapi masih ada 3,549 sekolah yang belum mendapat bekalan elektrik. Itu yang pertama.

Yang kedua kalau pun hendak dibekalkan elektrik bagaimana sekolah-sekolah di Sarawak dan juga di Sabah di mana 794 sekolah belum ada bekalan elektrik. Ini kenyataan Menteri Pelajaran sendiri pada 2007. Kalau sekolah tidak ada bekalan elektrik mana mungkin kita hendak bekalkan komputer. Kalau komputer tidak dibekalkan mana mungkin sistem pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini dapat dilaksanakan.

Pada peringkat awal pada tahun 2003 Tuan Pengerusi dasar ini dibuat secara tergesa-gesa. Tidak ada perancangan langsung, tidak ada perundingan dengan pakar- pakar bahasa, tidak ada prasarana yang baik, tidak ada latihan untuk guru-guru. Saya telah nyatakan dahulu bukan anak-anak murid sahaja tidak mampu menguasai bahasa Inggeris tetapi guru yang hendak mengajar pun belum dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana tidak ada latihan, tidak ada prasarana, tidak ada buku teks. Semua ini diketepikan semata-mata untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kepentingan satu dua individu dalam UMNO dan Barisan Nasional.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Akhirnya yang menjadi mangsa Tuan Pengerusi ialah anak-anak kita di sekolah.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah bahasa Melayu itu yang diperkasakan oleh bapak- bapak kita, ibu-ibu kita 50 tahun dahulu. Bukan sahaja sudah menjadi bahasa rasmi tetapi menjadi bahasa kebangsaan dan hari ini menjadi bahasa dunia. Sepatutnya bahasa Melayu ini terus diperkasakan menjadi bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan ini bukan hanya milik orang Melayu, bahasa kebangsaan ini juga adalah milik orang Cina, orang India, Iban dan Kadazan. Saya sebut semalam bahawa orang Cina, India, Iban dan Kadazan tidak pernah mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka tanggungjawab kita juga untuk membenarkan orang-orang Cina, India juga mengamalkan bahasa ibunda mereka supaya kita dapat wujudkan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa habis.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Justeru itu Tuan Pengerusi saya hendak merumuskan yang terakhir mengharapkan Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan Menteri dan Timbalan Menteri yang ada hari ini supaya memastikan prinsip pendemokrasian untuk pendidikan yang berkualiti ini bukan sahaja dipertahankan tetapi diperkasa dan diperkembangkan. Digital divide di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar itu harus diselesaikan dengan segera sebab kita sedia maklum level of penetration di peringkat nasional pun hanya15% sahaja Tuan Pengerusi. Apatah lagi kalau kita bandingkan, saya ada statistik di sini kalau di Kuala Lumpur tahap penetrasi jalur lebar 45% sahaja, di Sabah jauh ketinggalan hanya 11.9%. Jadi kalau mekanisme PPSMI ini ialah melalui sistem pengkomputeran bagaimana mungkin anak-anak kita dapat bersaing di bandar dan di luar bandar.

■1250 Akhirnya hasrat kerajaan untuk mewujudkan dan melahirkan anak bangsa yang mempunyai ilmu dan keterampilan ini tidak dapat dihasilkan kalau tidak ada perancangan yang cukup teratur dan baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:37 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelajaran pada tengah hari ini. Pendidikan adalah merupakan penyamarataan yang hebat. Maksud penyamarataan yang hebat itu ialah anak desa disamaratakan tarafnya dengan anak kota. Anak penoreh getah duduk sama dalam office yang sama dengan anak jutawan dan ini adalah merupakan satu usaha yang berterusan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Pada tahun 2009, RM31.4 bilion diperuntukkan untuk kementerian ini dan merupakan kementerian yang kedua tertinggi selepas Kementerian Kewangan daripada segi peruntukan yang dibekalkan.

Butiran 040100 - Profesionalisme Keguruan. Saya menerima banyak rungutan tentang kenaikan pangkat guru-guru. Saya ingin mencadangkan agar dibaiki tempoh dan disegerakan ataupun dilajukan masa kenaikan pangkat guru-guru sebagaimana sistem PTD. Jika kaedah PTD itu adalah suatu sistem yang baik, maka dicadangkan agar kerajaan PTD kan pengurusan pendidikan di semua peringkat dengan mengadakan kursus-kursus seumpama perkhidmatan PTD.

Perkara kedua, butiran tentang bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

(KWAMP) di muka surat 446. Disebut prestasi tahun 2007 ialah 621,108 orang tetapi angkanya menurun mendadak pada tahun 2008 kepada 48 sahaja dan tahun depan 58 sahaja. Saya ingin penjelasan daripada kementerian apakah maksud program ini dimansuhkan daripada 621,108 kepada 58 orang. Jika benar, mengapakah program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini ditiadakan dalam laporan buku kita ini.

Perkara ketiga ialah butiran 030300 – Pendidikan Rendah dan 030400 – Pendidikan Menengah. Saya ingin membangkitkan tentang 19 projek bangunan sekolah gantian di daerah Pontian. Daerah Pontian ini ada dua Parlimen. Satu Parlimen Pontian, satu lagi ialah Parlimen Tanjung Piai.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Difahamkan bahawa projek-projek ini telah ditangguhkan pelaksanaannya yang melibatkan satu bangunan lama sekolah menengah, satu bangunan tambahan PPD yang amat sempit, yang tak cukup ruang pejabat dan 17 bangunan sekolah rendah. Sebagai contoh, sebuah bangunan sejak merdeka di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian juga bangunan sejak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Lubuk Sifat, Benut awal tahun 70-an. Bangunan lama, usang, tidak selamat. Semuanya ditangguhkan pelaksanaan gantiannya dan saya berpendapat ini berbahaya kepada keselamatan murid- murid dan mohonlah pertimbangkan, tolonglah teruskan pelaksanaan gantian bangunan- bangunan itu.

Perkara keempat ialah butiran 030900 – Pendidikan Khas. Difahamkan guru-guru pendidikan khas diberi elaun tambahan sebanyak RM200 sebulan sedangkan guru besar yang mengawasi, mentadbir seluruh sekolah termasuk pendidikan khas itu cuma mendapat elaun RM100 sebulan. Ini mungkin kelihatan kecil tetapi perkara yang sedikit seumpama ini menimbulkan rasa kurang puas hati dan harap pihak kementerian dapat melihat tentang perkara ini.

Perkara kelima, butiran 080600 – Sumbangan Kepada Badan-badan Lain. Dalam bajet ini diperuntukkan hanya RM100,000. Saya ingin membangkitkan tentang ura-ura sebelum ini tentang bantuan kepada PIBG dalam bentuk geran tahunan.

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung pada lima perkara:-

(i) murid-murid;

(ii) guru;

(iii) ibu bapa;

(iv) prasarana sekolah; dan

(v) peranan PIBG.

Justeru ingin dicadangkan supaya kerajaan menimbangkan untuk memberi geran tahunan yang berpatutan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Perkara yang keenam butiran 080700 - Sekolah dan Asrama, 030100 - Sekolah Berasrama Penuh. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka sekolah-sekolah berasrama penuh yang khusus untuk pelajar lelaki sahaja seperti MCKK, STAR dan SDAR kepada sekolah campuran dengan pelajar-pelajar perempuan ada sekali dan begitu juga sekolah-sekolah yang hanya perempuan seperti Sri Puteri, STF, TKC diambil juga pelajar- pelajar lelaki agar hubungan masyarakat sebenar lelaki wanita itu dapat dirasai sejak di bangku sekolah lagi. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.

Seterusnya Butiran 011200 - Dasar dan 020200 – Pembangunan Kurikulum. Saya juga ini terlibat tentang perbahasan PPSMI yang sedang dibincangkan sekarang ini oleh kementerian dengan sesi meja bulatnya. Ada cadangan yang perlu untuk ditimbangkan.

Yang pertama, PPSMI dilaksanakan hanya di peringkat sekolah menengah. Di sekolah rendah, kekalkan dalam bahasa Malaysia sama ada di SJK(C) dan SJK(T) kekalkan dalam bahasa ibunda. Namun perlu dilihat kepada pelajar jurusan sains di tingkatan empat dan lima. Jika mengambil sepuluh subjek, ada banyak kes pelajar terpaksa mengambil tujuh subjek dalam bahasa Inggeris iaitu matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, english for science and technology (EST) dan bahasa Inggeris sendiri. Cuma tiga subjek dalam bahasa Malaysia iaitu sejarah, pengetahuan agama Islam dan bahasa Malaysia.

Ini tidak membantu untuk menggalakkan pelajar mengambil jurusan sains khasnya di luar bandar dan di kampung-kampung. Saya difahamkan terdapat lapan kajian pelbagai pihak yang merumuskan bahawa PPSMI ini wajar disemak semula dan diperbaiki pelaksanaannya. Cadangan kedua ialah bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan melalui pengajaran literature, tambahan masa, mengguna pelbagai teknologi terkini. Cadangan ketiga agar satu mata pelajaran baru iaitu hal-hal keusahawanan (entrepreneurship) dapat dimulakan di sekolah menengah dan jika dipersetujui, diajar dalam bahasa Inggeris. Kita mengakui bahasa Inggeris adalah penting tetapi kepentingannya hanya untuk komunikasi di peringkat antarabangsa terutama dalam bidang perniagaan global. Adalah diharapkan agar

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

PPSMI dihalusi dengan teliti agar akhirnya Bahasa Malaysia tetap unggul dan bahasa Inggeris dapat dikuasai. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Beberapa ahli

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ramai lagi yang masih ingin berucap untuk kementerian ini dan saya maklum bahawa kementerian ini antara yang terbesar mendapat peruntukan untuk tahun 2009. Kita akan lanjutkan satu jam lagi perbahasan sampai petang dan selepas itu Menteri akan menggulung petang ini selama satu jam. Saya bagi Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi peluang saya untuk berbahas pada peringkat Jawatankuasa. Saya ingin menyentuh mengenai butiran 020200 - Pembangunan Kurikulum. Pada masa ini Tuan Pengerusi, banyak debat dan perbahasan telah dilakukan oleh kita semua mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar subjek sains dan matematik di sekolah rendah. Pada pendapat saya Tuan Pengerusi, apa yang penting adalah pada peringkat sekolah rendah pada tahun satu atau tiga, bahasa apa yang kita gunakan kita kena kaji adakah murid-murid atau anak-anak kita di bangku sekolah rendah faham apa yang mereka diajar.

Kebanyakan murid-murid kita di desa-desa dan ladang-ladang harus faham apa yang guru ajar mengenai sains dan matematik kerana perkara-perkara subjek seperti sains dan matematik adalah subjek abstrak di mana mereka perlu tahu apa yang diajar oleh guru mereka. Misalnya seseorang murid yang pada biasanya, amalannya di rumah menggunakan bahasa Tamil atau bahasa Cina atau bahasa Melayu, apabila beliau diajar subjek abstrak sains di bangku sekolah, mungkin budak itu amat tak faham. Misalnya apabila seorang guru mengajar tentang fotosintesis iaitu proses pembuatan makanan oleh tumbuhan-tumbuhan, apabila budak ini langsung tak faham bahasa Inggeris, tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumah ataupun tidak ada peluang untuk pergi ke kelas- kelas tuisyen dalam bahasa Inggeris, beliau akan salah faham bahawa guru itu cakap tentang foto, kamera dan bukan fotosintesis. Kita kena faham.

Itulah matlamat kita yang kita selalu mengatakan pengajaran bahasa Inggeris dan sains dan matematik tidak boleh dipolitikkan tetapi malangnya tiba-tiba pada tahun 2003, bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir tiba-tiba sedar bahawa bahasa Inggeris penting selepas 20 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

final • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 12:57 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Panjang lagi, ini pelajaran.

final • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sambung petang nanti.

final • 12:57 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih.

final • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:57 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditempohkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.36 petang.**

final • 12:57 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:57 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

final • 12:57 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam ini.

Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 1 Disember 2008.”

final • 2:36 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:36 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Telok Intan untuk menyambung.

final • 2:36 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sambung perbahasan saya dalam Majlis Peringkat Jawatankuasa.

Seperti apa yang saya sebutkan tadi Tuan Pengerusi, there is nothing magical about English dengan izin. Apa yang penting adalah di bangku sekolah rendah murid-murid kita, anak-anak kita mesti memahami apa yang diajarkan oleh guru-guru mata pelajaran- mata pelajaran abstrak, conceptual. Jadi untuk memberi sokongan kepada ulasan saya, kita ambil contoh dari negara India. Bekas Presiden India Abdul Khalam mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Tamil di India dahulu. Selepas itu beliau telah menjadi ketua kepada Institute of Space Research di India dan kita tahu hari ini negara India akan menghantarkan pesawat ke bulan dan roket sains negara India adalah setanding dengan negara-negara maju barat. Beliau juga ada menulis satu buku on rocket science dengan izin dalam bahasa Tamil.

Kita boleh juga ambil contoh dari negara Jepun dan Germany. Murid-murid mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka di peringkat sekolah rendah. Namun kita tahu semua saintis dari Jepun, Korea Selatan, India dan Eropah seperti France dan Germany mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka. Jadi apa yang penting ialah kita kena meningkatkan pengajaran taraf bahasa Inggeris dan menumpukan perhatian kepada pengajaran bahasa Inggeris untuk

final • 2:37 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris bukan mengajar Sains dan Matematik untuk meningkatkan bahasa Inggeris. Itu seperti kaki kita luka kepala dibalutkan.

■1440 Jadi saya mohonlah kepada Menteri untuk membuat kajian yang dalam dan menumpukan macam pada satu masa dahulu saya ingat di bangku sekolah kita ada kelas di mana kita perlu baca bahasa Inggeris, reading tiap-tiap hari tetapi itu tidak dilakukan sekarang. Mana pergi buku-buku cerita kita macam Adventures of Tom Sawyer, Great Expectations oleh Charles Dickens. Tidak ada lagi. Apa yang mereka baca di sekolah kita tidak tahu sekarang. Cerita-cerita seperti oleh Mark Twain dan sebagainya apa telah terjadi? Sebab itu kanak-kanak kita tidak dapat mengatasi masalah belajar bahasa Inggeris ini dan murid-murid Melayu dan India yang paling terkebelakang ini disadvantage di desa- desa di mana mereka tidak dapat memahami mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di desa-desa, ladang-ladang dan kampung-kampung.

Keputusan peperiksaan UPSR menunjukkan bahawa ada peningkatan dalam markah-markah yang diperolehi tapi saya ada syak wasangka terhadap keputusan baru- baru ini. Adakah markah-markah itu diadjust untuk menunjukkan bahawa pengajaran itu sudah meningkat untuk bahasa Inggeris.

Jadi saya syorkan bahawa pihak kementerian membawa balik mata pelajaran English Literature untuk meningkatkan kegunaan bahasa Inggeris dan sekali lagi saya menegaskan kita tidak boleh kompromi keutamaan dan kelebihan penggunaan bahasa Malaysia di negara kita ini. No compromise on that. English itu lain, bahasa Malaysia itu lain. Itu status atau stand kita sekarang.

Saya ingin teruskan dengan Butiran 020500 - Bantuan Buku Teks. Saya dapat tahu Tuan Pengerusi bahawa untuk sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah Tamil, kriteria untuk pemberian bantuan buku teks tidak sama. Umpamanya untuk sekolah Tamil, pendapatan ibu bapa mestilah RM2,000 dan ke bawah untuk dapat bantuan buku teks tapi di sekolah kebangsaan adalah RM1,000 lebih kurang. Jadi ini saya perlu pengesahan dari Menteri. Adakah ini benar saya dapat berita. Kalau tidak benar saya harap ini diperbetulkan. Kita jangan diskriminasi murid-murid dan anak-anak kita yang masih di bangku sekolah.

final • 2:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa sudah hendak habis. Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.

final • 2:37 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya gulung. Seterusnya, 030200 - Prasekolah iaitu KEMAS dan taska. Baru-baru ini kita dengar ada satu lagi sistem tadika iaitu Permata.

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan sejumlah RM200 juta itu diperuntukkan untuk program ini. Saya ingin tahu siapa yang mengendalikan program Permata ini? Who is behind this company dan mengapa tiba-tiba satu peruntukan special diberikan sebanyak RM200 juta?

Seterusnya saya juga meminta Butiran 030500 dan 03100 - Asrama Penuh dan Asrama Penuh Pendidikan. Asrama penuh dibuka untuk semua kaum. Selaras dengan pendirian kita bahawa pendidikan di negara kita ini adalah untuk semua kaum, semua rakyat Malaysia dan mengenai 04100 - Pembangunan Profesionalisme Guru-guru. Saya pohon bahawa kementerian meningkatkan taraf guru-guru kita kepada satu taraf seperti dahulu di mana semua lapisan masyarakat akan menghormati guru. Itu sangat penting.

final • 2:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 2:37 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang last sekali, ini bantuan modal mengenai akta pendidikan. Semalam menteri kata akta pendidikan adalah menjadi batasan kepada pemberian bantuan penuh kepada sekolah- sekolah Tamil. Saya cadang pindalah akta pendidikan tersebut. Jika Perlembagaan Persekutuan kita dalam masa 30 tahun boleh dipinda 200 kali, akta pendidikan boleh dipinda bila-bila masa. Dengan itu saya pohon menyokong untuk cadangan saya diambil kira. Sekian, terima kasih.

final • 2:37 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B.40 dan P.41. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 - Perkhidmatan dan Bekalan untuk Negeri Sabah. Saya dapati dari segi terutamanya bekalan kerusi, meja ataupun kemudahan asas di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan luar bandar, kita dapati dari segi bekalannya itu lambat sampai ke sekolah-sekolah yang telah mengemukakan permohonan. Kita juga dapati dari segi pembekal kontrak yang telah ditawarkan ini dia berpusat di Semenanjung.

Maka saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil inisiatif untuk Sabah dan Sarawak juga supaya bekalan ini dapat disegerakan dihantar ke negeri Sabah.

Alangkah baiknya kalau kontraktor yang membekal peralatan seperti meja, kerusi dan sebagainya ini juga diambil dari negeri Sabah bagi memudahkan ianya sampai ke sekolah- sekolah berkaitan untuk mendapat bekalan itu.

Seterusnya saya juga merujuk kepada Butiran 040000 - Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan dan 040100 - Pengurusan Pembangunan Profesionalisme Keguruan, 040200-Latihan dan Perkhidmatan dibanyakkan. Jadi saya mencadangkan kepada pihak kementerian sebab saya melihat dari segi pembangunan profesionalisme terutamanya guru-guru, memang kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana mengambil inisiatif untuk menghantar ataupun mengambil guru-guru itu untuk terus belajar tetapi sejak akhir-akhir ini terutamanya di kawasan negeri Sabah, di pantai timur banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan guru-guru kita.

Jadi saya mencadangkan alangkah baiknya selain daripada berpusat di Kota Kinabalu, di kawasan Pantai Timur Sabah seperti di kawasan Sandakan dan di kawasan Tawau serta di kawasan Silam juga diwujudkan kelas-kelas untuk peningkatan profesionalisme keguruan ini supaya mereka ini tidak terlibat dalam kemalangan. Sebagai contohnya, baru-baru ini saya nampak ada satu di Jalan Kinabatangan-Lahad Datu berlaku kemalangan di mana guru itu kasihan, dia terpaksa bergegas untuk pergi awal bagi mengikuti kelas OUM nya di satu tempat yang jaraknya itu memang jauh di kawasan Tawau sehinggakan guru itu terkorban. Jadi itu sebabnya saya mencadangkan kepada kementerian supaya pusat-pusat untuk peningkatan profesionalisme keguruan ini diperbanyakkan di negeri Sabah.

Seterusnya dari segi yang lain itu peningkatan kenaikan pangkat. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya diberi perhatian yang utama terutamanya kepada guru-guru di kawasan luar bandar yang kita dapati mereka ini walaupun dari segi akademiknya telah pun layak tetapi nampaknya dari segi peluang mereka untuk kenaikan pangkat itu masih terlalu terhad dan masih lagi ada konsep siapa yang dikenali oleh pengarah ataupun yang ada hubungan kekeluargaan itu nampaknya lebih diutamakan.

Jadi kita minta sesuai dengan dasar kementerian ini yang mahu menyamaratakan bahawa semua hak dan peluang rakyat yang memberi perkhidmatan kepada negara ini akan dilayan dengan sama rata.

Kemudian dari segi latihan dan perkhidmatan ini juga saya mencadangkan di kawasan Parlimen Silam supaya diwujudkan satu cawangan universiti sebab kita melihat banyak kawasan yang lain itu kalau di negeri Sabah mungkin kita dapati hanya di Kota Kinabalu dan di Sandakan diwujudkan sebagai hab. Oleh sebab jarak yang terlalu jauh maka kita mencadangkan juga supaya pihak kementerian ini mengambil inisiatif untuk mewujudkan cawangan universiti di kawasan pantai timur seperti di kawasan Silam sebab kita melihat dari segi guna tenaga manusia dan kita lebih menjurus kepada pembangunan kawasan luar bandar itu juga diberi perhatian.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 - Pembangunan Kokurikulum. Saya melihat di mana sekolah-sekolah di negeri Sabah sama ada menengah ataupun rendah kemudahan seperti mereka menjalankan aktiviti itu terlalu terhad oleh sebab jarak. Maka saya mencadangkan supaya kenderaan bas perlu diperbanyakkan di negeri Sabah bagi membolehkan mereka terlibat secara langsung.

final • 2:45 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

■1450 Kemudian penekanan kepada pembentukan disiplin untuk kegiatan kokurikulum ini di peringkat sekolah rendah, terutamanya perlu ditekankan dan lebih dikhususkan dan memperbanyakkan lagi jurulatih-jurulatih. Ini bagi membolehkan mereka mahir dalam bidang kokurikulum yang diajar di peringkat sekolah.

031100 iaitu Sukan, Seni dan Kokurikulum juga, saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya saya difahamkan bahawa kementerian sekarang ini membuka sekolah sukan di negeri Sabah yang pertama di kawasan Penampang. Jadi kalau boleh sebab Penampang itu dekat dengan kawasan bandar raya Kota Kinabalu di mana dari segi kemudahan asas memang telah banyak. Jadi kita mencadangkan kawasan-kawasan terpencil di negeri Sabah diberi perhatian oleh pihak kementerian terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya diwujudkan di kawasan Parlimen Silam terutamanya sebab kita melihat ramai golongan belia yang muda...

final • 2:45 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

final • 2:45 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

...Yang terlibat dari segi pembangunan ini dan saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian dengan sewajarnya. Akhirnya Butiran 010500 iaitu B.40, Naik Pangkat dan Tatatertib ini, saya berharap supaya kementerian mengambil inisiatif untuk meramaikan lagi dari segi guru-guru untuk mereka ini naik pangkat bagi membolehkan mereka juga mendapat peluang yang sama. Sekian terima kasih.

final • 2:45 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya turut mengambil bahagian dalam bahas bagi Kementerian Pelajaran - Butiran 020000 dan 020100 adalah dirujuk berkenaan dengan Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan.

Tuan Pengerusi, objektif sektor dasar dan pembangunan pendidikan ialah menentukan bahawa semua rakyat Malaysia layak menerima pendidikan terbaik selaras dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan. Ini supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin, dan bertanggungjawab.

Tuan Pengerusi, pembentukan nilai murni dan pembentukan nilai sahsiah di dalam diri seseorang berlaku di peringkat awal di dalam kehidupan seseorang insan, malah tatkala seseorang pelajar itu meninggalkan alam persekolahan rendah, sudah pun terbentuk sebahagian besar daripada sistem nilai, tabiat dan keperibadian di dalam dirinya. Lebih kurang 70% sudah pun terbentuk.

Dari segi penggunaan masa harian pula, lebih kurang 30% dari masa dalam sehari dihabiskan di sekolah; lagi 30% dengan persekitaran dan keluarga dan lagi 30% untuk berehat dan tidur. Ini bermaksud prime time ataupun masa puncak yang dihabiskan seseorang pelajar ialah di sekolah berbanding dengan di luar waktu persekolahan. Di mana para pelajar di luar waktu sekolah selalunya menghabiskan masa membuat kerja sekolah, kelas tuisyen dan aktiviti riadah.

Maka jelas sistem pendidikan kita merupakan penyumbang terbesar terhadap kualiti pembentukan generasi akan datang. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan kualiti pelajar yang dihasilkan sistem dari hasil sistem pendidikan kita. Sebagai pemimpin negara, tanggungjawab kita terhadap individu yang bakal mengambil alih tugas-tugas kepimpinan negara amat besar sekali.

Sistem pendidikan negara mesti mampu melahirkan individu yang seimbang, sihat jasmaninya, stabil emosinya, kuat semangat dan rohaninya, berpegang teguh kepada nilai- nilai murni dan mampu pula menterjemahkan nilai tersebut di dalam bentuk tingkah laku, punyai ciri kepimpinan yang kukuh, di samping kemampuan berfikir secara kritikal, kreatifdan konstruktif. Saya yakin pihak kementerian memang mempunyai matlamat yang

final • 2:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

digariskan ini, namun apabila kita bandingkan output produk atau hasil daripada sistem pendidikan kita, ianya tidak dapat diukur daripada kesemua aspek-aspek di atas.

Output sistem pendidikan kita terlalu berat memberi penekanan kepada ukuran aspek akademik. Kementerian sering mengukur kejayaan dengan kejayaan akademik sahaja dan kurang atau tiada penekanan kepada mengukur aspek yang lain-lain lagi. Saya tidak dengar pihak Menteri bercakap tentang pencapaian pelajar daripada aspek-aspek yang lain seperti yang saya sebutkan tadi. Saya yakin bahawa proses untuk melahirkan individu yang cemerlang ini sedang dilalui di dalam sistem pendidikan kita dan saya juga tak nafikan bahawa aspek-aspek lain ini susah untuk diukur. Akan tetapi ianya tidak seharusnya menjadi alasan.

Untuk bergerak ke tahap negara maju, kita mesti mampu berganjak daripada aspek pencapaian akademik semata kepada aspek pembangunan insan. Pihak kementerian mesti mampu mewartakan kepada umum berkenaan pencapaian aspek-aspek lain. Tidak cukup bermakna dengan kementerian mengumumkan berkenaan dengan peratus pelajar yang dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR, dan juga deretan A dalam SPM, sekiranya pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tidak menghormati orang dewasa.

Tidak ada gunanya juga peningkatan bilangan pelajar yang dapat 9A PMR, sekiranya kita juga mendapati bahawa delinquency juvenile meningkat.

Kita dapati pelajar menumbuk guru, pelajar merogol dan terlibat dalam aktiviti maksiat. Ada pelajar sekolah menengah yang ditangkap dalam bilik hotel dalam aktiviti yang mencurigakan. Bagaimanakah kita mengukur pencapaian tahap tanggungjawab, tahap disiplin dan tahap kepimpinan, pihak kementerian mesti..

final • 2:52 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Minta laluan.

final • 2:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya tak banyak masa.

final • 2:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ada empat minit.

final • 2:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya tak banyak masa. Saya nak kalau boleh saya nak habiskan ya? Bagaimana kita mengukur ya pencapaian ini semua, pihak kementerian mesti kenal pasti deliverable dalam diri pelajar di samping menggariskan agenda pelaksanaan. Begitu juga deliverable pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apa dia deliverablenya?

Adakah kayu ukur pihak kementerian, setakat pelajar boleh menjawab soalan UPSR dalam bahasa Inggeris, ataupun adakah kayu ukur sebenarnya adalah pelajar mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris? Adakah pihak kementerian berpuas hati dengan pelajar yang dapat bertutur 1+1=2 dalam bahasa Inggeris? One plus one equal to two ataupun boleh menyebut punca kuasa dua a+2b=4c dalam bahasa Inggeris iaitu square root of a plus 2b equal 4c, adakah itu yang pihak kementerian inginkan?

Mungkinkah pelajar yang boleh bertutur bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tadi mampu pula berbicara dalam konteks membina hubungan sesama insan yang melibatkan resolusi konflik dan etika menangani perbezaan pendapat.

Pengajaran bahasa Inggeris seharusnya mempunyai kayu ukur penguasaan bahasa tersebut sebagai alat komunikasi. Ini kerana kecemerlangan di bidang Sains dan Teknikal selalunya tidak diukur melalui kemampuan bahasa akan tetapi kemampuan menggarap konsep.

Sebab itulah negara Taiwan, Korea dan China mampu mengeluarkan jurnal saintifik bertaraf dunia dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, mereka boleh maju ke tahap dunia. Apabila dapat diimbangi pencapaian tahap akademik dan juga pencapaian lain seperti disiplin, tanggungjawab dan tahap kepimpinan; barulah boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan kita mencapai matlamat seperti yang digariskan.

Apabila dikenal pasti deliverablenya dari segala sudut dan kemudian boleh kita ukur dan kemudian boleh kita katakan kita telah capai, maka baru boleh kata kita berjaya.

Pendemokrasian pendidikan akan memastikan minda tidak terbelenggu dan ianya mestilah diterjemahkan dengan sungguh-sungguh tanpa alasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:52 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk turut serta membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran, B.21. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 - Pembangunan Kurikulum. Saya ingin menimbulkan tentang kurikulum yang diguna pakai sekarang, apakah kurikulum yang diguna pakai sekarang sesuai dengan perkembangan masa kini dan adakah kementerian berhasrat untuk menggubal kurikulum baru memandangkan kurikulum sedia ada sudah lama diguna pakai.

■1500 Ini kerana apa yang saya lihat kurikulum sekarang lebih berasaskan kepada peperiksaan yang mana dilihat fokus pelajar-pelajar adalah untuk lulus periksa sahaja.

Selain daripada itu, adakah benar kurikulum sekarang menjadi punca kepada penguasaan kurang memuaskan pelajar lelaki di sekolah.

Seterusnya Butiran 020600 - Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Apakah peranan urus setia ini dalam menyemarakkan industri buku di negara kita? Kenapa pesta buku yang dianjurkan hanya boleh dibilang berapa kali diadakan? Apakah usaha urus setia memperkasakan industri buku di negara kita dan menggalakkan masyarakat membaca buku sebagai satu budaya?

Seterusnya, Butiran 030100 - Pengurusan Koperasi Pendidikan Sekolah. Saya ingin menimbulkan isu tentang penempatan guru. Saya ingin tahu apakah kriteria yang diguna pakai oleh pihak kementerian di dalam menentukan kawasan penempatan seseorang guru. Berapakah bilangan guru yang diperlukan lagi oleh kementerian untuk memenuhi keperluan sekarang serta usaha kementerian bagi memastikan bilangan guru sentiasa mencukupi.

Seterusnya, Butiran 030300 - Pendidikan Rendah sekali gus Butiran 030400 - Pendidikan Menengah, kerajaan telah memperkenalkan subjek j-QAF di sekolah rendah.

Jadi saya ingin tahu sejauh mana kejayaan program j-QAF ini dan adakah terdapat masalah dalam bentuk pelaksanaannya dan adakah kementerian bercadang memperluaskannya di peringkat menengah pula. Saya juga ingin memohon kepada pihak kementerian agar dapat menyegerakan pembinaan sekolah baru di kawasan Parlimen saya iaitu Parit. Ini adalah kerana di Parlimen Parit ada sekolah iaitu Sekolah Rendah Seri Iskandar dan Sekolah Menengah Seri Iskandar serta Sekolah Rendah Titi Gantung, Bota, dan Sekolah Menengah Titi Gantung yang mana bilangan murid serta bilangan pelajar telah dan bakal meningkat.

Jadi, saya ingin tahu apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan masalah ini? Adakah kerajaan ada memasukkan permohonan pembinaan sekolah baru ini dalam Belanjawan 2009? Selain daripada itu, apa yang kerap saya lihat di sekolah ialah masalah kerosakan barangan peralatan, alat bantu mengajar yang diberi oleh pihak kementerian seperti contoh LCD dan komputer. Pakai tidak lama kemudian sudah rosak seolah-olah kementerian beri barangan ini dan lepas tangan tanpa ada penyelenggaraan susulan dan barangan yang rosak ini terbiar begitu sahaja dan akhirnya duduk di stor. Situasi ini boleh mengganggu proses P&P juga merupakan satu kerugian kepada aset sekolah serta kementerian. Jadi, saya mahu tahu kenapakah terjadi perkara ini. Selain itu apakah usaha kementerian bagi memastikan alatan ABM ini dapat dinikmati oleh sekolah-sekolah khususnya di luar bandar?

Selain daripada itu, saya lihat juga banyak sekolah yang tidak mempunyai dewan serba guna. Jadi, mereka terpaksa menggunakan kelas untuk dijadikan dewan. Ini akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan guru untuk melaksanakan serta menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan sekolah. Jadi, mohon kementerian mengambil kira aspek pembinaan dewan ini dalam rancangan pembinaan sekolah yang bakal dibina.

Seterusnya, Butiran 030500 - Asrama dan sekali gus 031000 - Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. Dilihat ada peningkatan dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Jadi saya cadangkan agar kerajaan membina lebih banyak lagi sekolah berasrama penuh khususnya di luar bandar. Ini kerana anak-anak di luar bandar ini memerlukan pembelajaran yang kondusif agar mereka boleh meneruskan kejayaan mereka di peringkat

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

menengah pula. Selain itu, kementerian juga diminta memperbanyakkan sekolah kluster di luar bandar agar liberalisasi pendidikan akan dapat tercapai. Sebagai contoh di Parlimen Parit saya cadangkan Sekolah Menengah Layang-layang Kiri serta Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah di Lambor Kanan yang sedia ada dapat dibina asrama yang lengkap bagi memberi peluang pembelajaran yang kondusif kepada pelajar khususnya yang berada di luar bandar.

Seterusnya, 030700 - Pendidikan Islam. Saya ingin bertanya berapakah bilangan sekolah agama yang telah menjadi sekolah agama bantuan kerajaan yang terkini dan apakah perancangan kementerian untuk memperkasakan SABK ini? Satu lagi saya lihat masyarakat sudah berminat untuk mempelajari bahasa Arab. Akan tetapi ada sekolah tertentu yang menawarkannya. Jadi, apakah kementerian bercadang untuk meluaskan subjek ini di sekolah-sekolah seluruh negara dan bagaimana persediaan yang diambil oleh pihak kementerian?

Selain daripada itu, peranan subjek Pendidikan Islam boleh diperluaskan dalam membendung gejala negatif di kalangan pelajar. Saya cadangkan agar Program Bacaan Yassin setiap hari Jumaat yang ada dilaksanakan di beberapa buah sekolah masa kini dijadikan acara wajib di setiap sekolah yang ada pelajar Muslim, kerana saya lihat ada kesannya juga kepada diri pelajar serta dapat memperkuatkan lagi rohani serta spiritual diri mereka.

Seterusnya, Butiran 031100 - Sukan, Seni dan Kokurikulum. Saya lihat ada sekolah yang tidak mempunyai sekolah sendiri. Jadi, saya hairan bagaimana mereka ini hendak bersukan mahupun melakukan kegiatan kokurikulum sehingga hari sukan pun pihak sekolah terpaksa menyewa padang lain. Jadi, apakah inisiatif serta usaha kementerian untuk menyelesaikan isu ini?

Selain daripada itu, ada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan aktif di dalam kokurikulum tetapi gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan adakah kementerian menyediakan peluang khas kepada mereka yang aktif dalam kokurikulum untuk ke sekolah asrama penuh?

Akhirnya, saya ingin menyentuh butiran 06000 - Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertamanya saya lihat peranan DBP dalam mendaulatkan bahasa Melayu amat kita hargai serta kena dipergiatkan. Selain daripada itu, pihak DBP disarankan mempelbagaikan program untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana peranan DBP seakan-akan sudah tenggelam dan program yang dianjurkan pun kurang mendapat sambutan.

Saya juga mencadangkan agar DBP mengadakan satu sambutan khas bagi bahasa kebangsaan kita yang mungkin kita boleh menamakan Hari Bahasa Kebangsaan agar semangat bahasa kebangsaan dapat didedahkan serta dihayati kepada pelajar serta masyarakat kita. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi beberapa pandangan berkaitan Maksud Bekalan 41. Pertamanya, saya ingin merujuk kepada 030100 iaitu Pengurusan Koperasi Pendidikan. Yang saya hendak rujuknya ialah kepada PIBG-PIBG. Saya nampak kecuali saya tidak dapat menemuinya, tidak ada satu kepala khusus tentang PIBG ini. Jadi, saya mengambil kesempatan dan saya anggap ia termasuk di bawah kepala yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, PIBG adalah amat penting dalam struktur pendidikan di mana- mana negara dan di mana-mana sistem pendidikan sekalipun. Kita dengar sudah bertahun-tahun rungutan berkaitan dengan soal disiplin, berkaitan dengan prinsip bahawa keluarga dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak kita.

Oleh sebab itu, saya rasa sudah sampai masanya yang kementerian memberikan tumpuan yang lebih khusus kepada PIBG-PIBG ini. Mungkin sebagai contohnya kementerian boleh memberikan garis panduan kepada seluruh PIBG. Mungkin puluhan ribu jumlah ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah-sekolah yang ada ini - panduan apa peranan mereka, apa

final • 3:07 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

yang mereka patut bawa ke mesyuarat, agenda apa, tajuk apa yang mereka perlu bangkitkan. KPI apa yang mereka patut tekankan kepada pengetua-pengetua dan guru- guru besar sekolah ini.

Saya fikir kalau ini dilakukan, kalau diberi panduan oleh kementerian kepada seluruh anggota PIBG dan tidak diserahkan bulat-bulat PIBG itu seperti NGO-NGO yang lain yang mana terpulang kepada kebijaksanaan, kemampuan atau kepentingan orang- orang yang berminat untuk menjadi anggota PIBG ini sahaja diberikan kebebasan yang sebegitu besar kepada mereka untuk memainkan peranan mereka.

final • 3:07 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan sikit, boleh? Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Bolehkah kita cadangkan sebab PIBG ini masalah yang paling besar sekali ialah masalah kewangan. Setiap PIBG dilihat sebagai bergantung kepada sumber kewangan ahli-ahli ataupun jawatankuasa PIBG. Bolehkah kita cadangkan kepada kementerian, Menteri atau Timbalan Menteri, semua PIBG yang berdaftar di sekolah diberi satu kelonggaran untuk dipertimbangkan pengecualian cukai penuh di bawah seksyen 44 sekiranya kita bersungguh-sungguh untuk membangunkan fungsi PIBG di peringkat sekolah. Terima kasih.

■1510

final • 3:07 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Saya amat setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu, malah saya ingin mencadangkan kementerian memberi insentif kepada PIBG-PIBG ini. Misalnya jika PIBG itu benar-benar aktif, PIBG itu benar-benar mengendalikan program yang bermanfaat kepada sekolah dan anak-anak murid, maka kementerian sendiri memberikan insentif kewangan, bantuan kepada PIBG-PIBG tersebut.

Yang negatifnya, Tuan Pengerusi, seperti contoh saya di Tumpat atau di Kelantan, PIBG-PIBG ini akhirnya menjadi alat medan politik semata-mata. Ini yang kita bimbang , ceramahnya, perasmiannya...

final • 3:07 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Medan politik kah?

final • 3:07 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Ya, saya. Mungkin kalau Yang Berhormat Lipis, tetapi banjir sekarang ini, balik jaga Lipislah dulu sebelum cakap pasal pendidikan dan politik dan bertanding di bahagian pun tidak berapa menang itu, balik-balik dahululah.

final • 3:07 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Ini kita di Dewan Rakyat.

Yang utama di Dewan Rakyat. Yang banjir itu sudah ada jawatankuasa bencana yang menjaga.

final • 3:07 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat juga bekas ahli pendidikan, maka dengan sebab itu berilah sedikit penghormatan kepada PIBG ini dan pengalaman kita di Kelantan itu terlalu banyak unsur politik yang dimasukkan dan oleh itu pendidikan anak-anak kita terabai.

Saya berpindah kepada 030300 – Pendidikan Islam. Ini saya ingin mengulangi hasrat saya supaya kementerian menukar balik sikapnya menarik geran kepada sekolah- sekolah agama rakyat dan menawarkan semula dengan pelbagai syarat. Saya tidak menentang SAR-SAR yang menerima syarat-syarat tersebut tetapi saya juga ingin merayu sekali lagi kepada kementerian supaya jangan menafikan bantuan dan hak sebab pendidikan ini hak asasi, hak asasi rakyat, hak asasi anak-anak kita.

Jadi jika mereka menggunakan hak asasi mereka untuk mengikuti pendidikan di sekolah-sekolah agama rakyat, janganlah kita nafikan hak mereka untuk sedikit biaya, sedikit bantuan daripada kerajaan. Jadi saya menyeru kepada kementerian supaya memulihkan semula geran kepada semua sekolah agama rakyat sama ada mereka menerima cadangan-cadangan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh kementerian ataupun sebaliknya.

Dengan laju saya pergi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada 060000 ataupun 02200. Pertamanya seperti Yang Berhormat Parit yang bercakap sebelum saya tadi, saya menganggap Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penting dan saya ingin

final • 3:07 PM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

menyeru kepada kementerian supaya memberi tumpuan memastikan Dewan Bahasa dan Pustaka lebih aktif. Saya pernah bertanya di Parlimen-Parlimen sebelum ini, berapa judul buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, judul-judul buku yang diterbitkan itu bertaraf bagaimana, adakah buku prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah ataupun peringkat universiti dan bacaan umum, bacaan dewasa, bidang sains dan sebagainya, saya harap kementerian jangan sekali-kali mengabaikan, memberikan tumpuan yang setinggi-tingginya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya soal bahasa tidak direndahkan dan berkaitan dengan itu, soal sekali lagi bahasa untuk Sains dan Matematik.

Malam tadi,Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di CNN BBC, saya melihat Breaking News bagaimana Presiden Barack Obama mengumumkan pewujudan jawatankuasa baru membantu beliau dalam bidang ekonomi dan dalam ucapan beliau, beliau menyebut juga ada banyak masalah lagi di Amerika Syarikat termasuklah bidang pendidikan Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di Amerika. Saya yakin Obama tidak akan menganjurkan oleh kerana masalah Sains dan Matematik dan sebagainya, ajar Sains dan Matematik mereka dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak fikir begitulah.

Begitu juga saya yakin bahawa jika kita ada masalah dalam Sains dan Matematik atau dalam bahasa, kita tidak ingin menukar Sains dan Matematik diajar ke bahasa Inggeris sahaja. Jadi saya ingin merayu kepada kementerian supaya kalau sebegitu mudah membuat dasar untuk menukar Sains dan Matematik diajar ke bahasa Inggeris dan sebagainya, saya ingin merayu bahawa kita telah buat kajian dan mendapati ianya tidak memberi manfaat yang begitu hebat dan istimewa kepada anak-anak kita dengan cara itu, maka tukarlah balik kepada dasar yang sebelum ini iaitu baliklah ke bahasa ibunda, bahasa Melayu dan sebagainya untuk pengajaran Sains dan Matematik.

Berkaitan dengan itu, dalam belanjawan-belanjawan sebelumnya di bawah 02000 ada Institut Terjemahan Negara dan sebagainya tetapi kali ini butiran berkenaan dengan terjemahan itu tidak dimasukkan langsung. Adakah ini bererti kementerian tidak lagi berminat atau tidak memberikan tumpuan atau tidak mahu memperuntukkan sedikit bajet kita kepada aktiviti penterjemahan daripada bahasa-bahasa asing kepada Bahasa Malaysia.

Kalau buku-buku belanjawan tahun lepas ada butiran tersebut. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian adakah ini bermaksud sudah berubah dasar kita, kita tidak lagi berminat untuk membantu menterjemahkan buku-buku ke bahasa Malaysia atau apa atau ia entah diletakkan di bawah peruntukan lain kecuali itu berlaku, saya tidak tahulah tetapi kalau ianya begitu, maka saya ingin terus menyeru kepada kementerian supaya sekali lagi tidak mengabaikan usaha menterjemahkan buku-buku bahasa asing ke bahasa kita melalui peruntukan yang sewajarnya untuk aktiviti penterjemahan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:07 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas Maksud Pembangunan P.41 di bawah Butiran 03501 – Ubahsuai Naik Taraf Rendah.

Tuan Pengerusi, di bawah butiran ini saya juga ingin menyentuh soal banjir yang mana kita tahu tiap hujung tahun seperti di kawasan saya sering dilanda banjir di mana ianya melibatkan beberapa sekolah rendah yang dilanda banjir seperti di sekolah rendah yang dilanda banjir seperti di sekolah SK Inubai, SK Gumisi, SK Kalang, SK Kapung dan juga SRJK(C) Pada yang saya kira apabila berlakunya banjir, sekolah-sekolah ini terlibat dan sering diberi peruntukan oleh kerajaan untuk membaiki.

Tuan Pengerusi, jadi di sini saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian sama ada pihak kementerian mempunyai perancangan di bawah butiran ini untuk mengenal pasti bagi kawasan-kawasan baru, bagi kawasan-kawasan sekolah yang terlibat dan sering dilanda banjir. Tuan Pengerusi, kita tidak mahu soal banji ini akan memberi kesan yang negatif kepada pihak sekolah terutama guru-guru dan juga para pelajar yang terbabit disebabkan masalah ini, kita telah ketahui dan kenal pasti setiap hujung tahun berlakunya banjir.

final • 4:16 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Tuan Pengerusi, jadi saya berharap pihak kementerian memandang serius untuk mengambil langkah-langkah yang drastik dalam memastikan masalah ini tidak akan berulang pada setiap tahun.

Tuan Pengerusi, begitu juga dengan Butiran 03900 - Pembelian Tanah Pendidikan Pelbagai Negeri. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh perkara ini kerana seperti kawasan saya, di sekolah SK St. Anthony dan juga sekolah SK St. Pius adalah sekolah yang sudah lama bertapak di kawasan saya. Cuma pada akhir-akhir ini saya telah mendapat makluman bahawa tanah sekolah-sekolah ini pihak tuan punya tanahnya adalah dipunyai oleh pihak mission. Jadi saya telah diberitahu melalui Pengerusi PIBG, Sekolah St. Anthony bahawa pihak mission ini akan mengambil tanah-tanah sekolah ini.

Jadi saya ingin melihat, ingin bertanya kepada pihak kementerian, tidakkah kementerian melihat soal sekolah kebangsaan yang ditempatkan di tanah-tanah bukan milik kementerian dan tidakkah kementerian juga mempunyai perancangan untuk bercadang untuk membeli tanah-tanah tersebut bagi memastikan sekolah-sekolah sedia ada itu dapat terus beroperasi tanpa ada gangguan seperti pengambilalihan semula tanah dan juga pembinaan semula sekolah-sekolah serta penempatan sekolah ke kawasan yang baru seperti mana juga yang saya sebutkan tadi Tuan Pengerusi, sekolah-sekolah yang dilanda banjir.

Saya kira pihak kementerian perlu melihat perkara ini supaya sekolah-sekolah yang dilanda banjir itu juga diberi tempat atau tanah yang sesuai kerana setiap tahun sekolah-sekolah ini juga sering bila dilanda banjir dan menyukarkan pihak sekolah dan juga guru-guru untuk ke sekolah. Jadi, Tuan Pengerusi, saya berharap pihak kementerian perlu melihat dan menilai pembelian tanah tadi termasuklah soal strategik penempatan sekolah kepada penduduk-penduduk setempat. Jadi itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

■1520

final • 4:16 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Kod 40000 iaitu Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Di dalam detail yang diberikan kepada perbelanjaan anggaran kita di bawah Butiran 011000, itu berkenaan dengan pemberian dan kenaan juga dan termasuk di bawah Pengurusan Tajaan dan Latihan. Saya lihat butiran sebagaimana yang dicatatkan pada tahun 2008 dan 2007 iaitu berkenaan dengan bantuan pakaian seragam yang kita telah laksanakan pada tahun 2007.

Akan tetapi malangnya pada tahun 2008 dan sekali lagi pada tahun 2009, perkara ini nampaknya telah hilang sama sekali walaupun dicatatkan sebagai one off. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah pertimbangan untuk mewujudkan bantuan pakaian seragam ini hanya mengambil kira keperluan semasa pada ketika itu. Kalau dikira pada tahun 2007, memanglah kita mengalu-alukan bantuan tersebut kerana para pelajar kita terutama di kawasan luar bandar yang tergolong daripada keluarga miskin memang mengalu-alukan perkara ini. Kalau kita lihat tahun 2009, masalah kewangan ataupun masalah ekonomi dijangka memberi kesan kepada seluruh masyarakat terutama di luar bandar, dan saya rasa adalah menjadi kemunasabahan kalau kita wujudkan semula Skim Bantuan Pakaian Seragam.

Kita tidak mahu masyarakat membuat andaian oleh kerana tahun 2007 adalah tahun beberapa bulan sebelum tahun pilihan raya, maka kita mengambil satu inisiatif untuk mewujudkan Skim Bantuan Pakaian Seragam hanya untuk mengambil hati atau memenangi hati masyarakat terutama di luar bandar, kerana tahun itu adalah tahun sebelum pilihan raya. Jadi untuk melenyapkan tohmahan ini, saya rasa ada baiknya kalau kita timbang semula untuk mengambil kira membantu para pelajar terutama di luar bandar, kita wujudkan semula Skim Bantuan Pakaian Seragam sebagaimana yang telah kita buat pada tahun 2007 yang lalu.

Perkara kedua Tuan Pengerusi secara ringkasnya saya hendak menyentuh berkenaan dengan Butiran 020000 iaitu Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan.

Rakan-rakan yang lain terutama yang baru menyentuh berkenaan dengan memperkasakan

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

bahasa Melayu di peringkat sekolah, seperti mana juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat sebentar tadi. Selain daripada merujuk kepada peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, saya juga meminta kepada pihak kementerian secara khusus untuk melihat langkah-langkah yang lebih drastik dan spesifik untuk memperkasakan dan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu terutama dalam sektor pembelajaran Matematik dan Sains yang selama ini telah bertahun-tahun diajar dalam bahasa Inggeris.

Saya ingin memetik pandangan ataupun peristiwa yang telah dibawa oleh seorang warganegara Malaysia di peringkat atau arena antarabangsa yang pernah dipilih menduduki kerusi tertinggi di arena antarabangsa itu sebagai Pengerusi United Nations General Assembly yang telah terpilih pada tahun 1990-an, 1997 kalau tidak silap saya, iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Razali Ismail. Beliau telah memulakan satu inisiatif besar untuk memartabatkan dan mengagungkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dengan memulakan ucapan beliau di dalam bahasa Melayu, di dalam Dewan yang begitu berprestij di UNGA atau United Nations General Assembly dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada dunia di peringkat antarabangsa, dan beliau menekankan bahawa keyakinan beliau, iaitu bahasa Melayu boleh dimartabatkan dan akhirnya barangkali boleh diterima sebagai salah satu bahasa yang patut juga digunakan, walaupun di peringkat antarabangsa atau dalam arena komersial sekalipun.

Beliau juga seterusnya memberi dengan izin, portrayal atau memberi gambaran yang bahasa Melayu ini juga membawa satu budaya. Beliau kalau kita ingat memakai baju Melayu yang lengkap dengan pertuturan yang jelas dalam bahasa Melayu bertujuan untuk memberi penekanan pada perkara ini. Beliau juga melahirkan rasa agak kecewa kerana sebaik saja frasa itu berlalu, kita terus membangkitkan cadangan kita untuk menukar pembelajaran dalam sekurang-kurangnya mata pelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris, dan seterusnya tahun-tahun selepas daripada itu kita lihat satu perubahan drastik di dalam peringkat dasar dan sehinggalah pada hari ini kita lihat, kita masih lagi begitu mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris dalam beberapa mata pelajaran.

Saya tidak nafikan memang ada peningkatan dari segi pencapaian terutama dari segi cara kita mengukur penguasaan ini dalam bentuk peperiksaan dan sebagainya. Akan tetapi yang hendak ditekankan di sini adalah usaha untuk mengangkat dan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu terutama sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan kita ingin melihat, kita mempunyai satu jiwa yang jelas di dalam masyarakat kita berkenaan kedudukan bahasa iaitu bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahaskan dalam Jawatankuasa ini.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Selepas Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Ya, saya hendak merujuk kepada Butiran 01300 mengenai Pendidikan Khas. Tuan Pengerusi, kalau kita nampak pada hari ini ramai ibu bapa sedar mengenai...

final • 3:27 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, boleh saya pohon - minta maaf. Dari parti DAP saya pohon agar Yang Berhormat Petaling Jaya diberi sedikit peluang kerana beliau specifically in charge bagi pelajaran dan saya harap sedikit kelonggaran diberi.

final • 3:27 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Kalau begitu saya minta diberi peluang kerana saya pengerusi bidang pelajaran dalam BNBBC.

final • 3:27 PM

Seorang Ahli

Saya setuju.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya mengira bahawa ada lima Ahli Parlimen DAP sudah berucap untuk kementerian ini. Kalau kita

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

perhatikan semasa Usul Penangguhan semalam, ada tiga Ahli Yang Berhormat DAP juga berucap untuk kementerian ini. Jadi cukuplah, Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya specialist dalam hal ini. Pakar dalam bidang pelajaran. Dia macam...

final • 3:27 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

UMNO kurangkah?

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia boleh mencelah Yang Berhormat.

Kalau itu dijadikan alasan, UMNO pun ada specialist dalam pendidikan.

final • 3:27 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu saya tahu tapi saya harap ini diambil kira.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

PKR pun ada specialist Yang Berhormat ya.

final • 3:27 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi saya harap diambil kiralah kerana dia pakar. Kita ada sembang sama dia dan dia ada perkara-perkara yang berbangkit. Itu sebab ramai di antara kita pun tidak mahu berbahas dalam perkara ini.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, teruskan.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Saya sambungkan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ulang lagi iaitu saya merujuk kepada Butiran 01300 iaitu mengenai Pendidikan Khas. Seperti yang saya nyatakan tadi ramai ibu bapa pada masa kini menyedari mengenai memberi anak-anak mereka pelajaran, dan kalau dulu ramai anak-anak yang memerlukan pendidikan khas tidak berpeluang untuk pergi ke sekolah.

Kalau kita saksikan pada hari ini terutama sekali kanak-kanak yang menghadapi masalah autistik, ramai ibu bapa yang hendak menghantar anak mereka ke sekolah terutama sekali di kawasan luar bandar seperti kawasan saya, di mana kalau ada anak yang hendak dihantar ke sekolah iaitu anak yang memerlukan pendidikan khas ini dicampurkan dengan mereka yang di sekolah biasa.

Saya rasa ini satu perkara yang tidak begitu sihat untuk anak tersebut, kerana mereka mungkin akan terlalu lambat untuk menerima pelajaran yang diajar di sekolah dengan anak-anak yang normal lain. Begitu juga dengan anak-anak lain, kadang-kadang anak-anak yang normal ini mungkin terasa terganggu oleh anak-anak yang menghadapi masalah yang memerlukan pendidikan khas ini.

■1530 Maka saya di sini merayu agar kelas pendidikan khas disediakan khas untuk anak- anak yang memerlukan pendidikan khas ini atau perlu ditambahkan. Saya tidak tahu kalau ada masa.

final • 3:27 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Mohon celahan.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Batang Sadong. Sebab mungkin saya tidak berpeluang selepas ini untuk bercakap. [Ketawa]

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, beri peluang Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Jadi saya amat tertarik dengan pendidikan khas ini. Rasa saya sekarang ini memang kesedaran ibu bapa sudah ada, hanya masalah dari segi kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas ini tahapnya berbeza-beza. Ada yang dari segi pendengaran, ada dari segi mungkin matanya, mungkin dari segi kelembamannya dan sebagainya. Bagaimana kita hendak memastikan setiap pelajar ini mendapat peluang terutamanya di luar bandar dan sebagainya.

Kita faham kalau di bandar mereka yang berada, mungkin mereka boleh pergi ke tempat-tempat laini tetapi di luar bandar rasa saya macam Batang Sadong, Lipis dan

final • 3:27 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

sebagainya ini menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa duduk di sekolah dan sebagainya.

Apa pandangan Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya tadi saya pun baru hendak sampai ke situ juga. Kalau di bandar, memang mungkin kemudahan dia ada lebih sedikit daripada mereka yang di luar bandar.

Jadi saya hendak masukkan pendapat dari Yang Berhormat Lipis untuk dimasukkan dalam perbincangan dan perbahasan ini juga.

Saya hendak menyambung kepada Butiran 080700 mengenai Penyelenggaraan Sekolah dan Asrama. Saya hendak menekankan di sini mengenai budaya penyelenggaraan sekolah ataupun mana-mana bangunan kerajaan tetapi oleh kerana di sini kita khusus membincangkan mengenai penyelenggaraan sekolah dan asrama, saya hendak memberi penekanan di sini supaya difokuskan kepada budaya penyelenggaraan.

Ini kerana terdapat banyak pembaziran kalau tidak dilakukan penyelenggaraan sekolah- sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang nampak cantik dari luar, dari jauh tetapi kadang- kadang lantainya tidak boleh dipijak dan dinding juga tidak boleh dipegang, kalau kita sentuh dikata nanti takut terjatuh ataupun terkena orang lain. Jadi ini adalah di antara budaya penyelenggaraan yang perlu kita amalkan. Seterusnya ialah Butiran 06000.

final • 3:27 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Bagi laluan.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Saya teruskan sekejap boleh tak, kalau saya ada masa nanti saya beri.

final • 3:27 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Boleh bincang? Saya tertarik.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tolonglah Yang Berhormat, dia tiada masa lagi Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Bagi chance saya hendak habiskan Dewan Bahasa sekejap.

final • 3:27 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Okey.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Minta maaf. Mengenai Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkara ini saya dengar ramai dari rakan kita yang lain membincangkan perkara ini dan persoalan ini telah banyak diperbincangkan di mana-mana forum, persidangan kalau ia menyentuh mengenai bahasa. Kalau di Kuching, Dewan Bandar Raya Kuching Utara, amalan mereka kalau hendak melaksanakan penggunaan bahasa di tanda-tanda perniagaan, nama-nama perniagaan ataupun tanda-tanda jalan, apa yang diamalkan pada masa kini ialah orang yang menghantar, mengemukakan pelan diminta untuk menghantarkan tanda nama itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dahulu.

Akan tetapi saya rasa ini tidak mencukupi kerana itu bukan merupakan satu penguatkuasaan yang boleh digunakan di bawah undang-undang oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jadi saya menyarankan kalau boleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengetatkan lagi dengan berbincang bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam mendaftar misalnya pendaftar syarikat, pendaftar pertubuhan dan juga pendaftar- pendaftar perniagaan.

Jadi kalau dengan cara begini sekurang-kurangnya dari awal lagi pendaftar- pendaftar syarikat akan menguatkuasakan dari segi nama-nama perniagaan supaya ianya tidak bercampur aduk seperti apa yang terdapat pada masa kini.

Akhirnya, saya hendak menyentuh mengenai Program Pembangunan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak. Saya mohon agar kementerian meninjau keadaan sekolah-sekolah di luar bandar. Terlalu banyak sekolah di luar bandar di Sarawak misalnya dan saya percaya di Sabah juga yang mana sekolah-sekolah ini masih dalam keadaan yang begitu daif, begitu teruk sekali. Saya pernah berbincang dengan pihak kementerian supaya melihat lagi di kawasan saya kerana masih banyak lagi sekolah yang memerlukan bantuan dari segi peningkatan tarafnya ataupun dibina semula.

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Akhir sekali mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. Terdapat juga kita nampak di sekolah-sekolah ada diberi komputer tetapi masih tidak ada electricity atau bekalan elektrik. Jadi saya berharap perkara ini diambil perhatian oleh pihak kementerian dan saya hendak beri peluang yang tadi kalau masih sempat Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batang Sadong. Terlebih dahulu ucap tahniah kerana menjadi Pengerusi Kokus Wanita. Saya ingin juga menjadi ahli jawatankuasanya. [Ketawa] Ini gender equality Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kita bincang tentang butiran pelajaran Yang Berhormat, ini boleh buat di luar.

final • 3:27 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi soal butiran yang menyentuh sekolah-sekolah di luar bandar Sabah dan Sarawak ini. Saya mahu minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat. Kadang-kadang pengurusan sekolah ini terlalu takut untuk mengetahui sekolahnya dikatakan daif dan dia mempertahankan nama sekolah itu bahawa sekolah itu memang baik pada setiap masa.

Jadi dia sweep the problem under the carpet. Jadi setuju kah Yang Berhormat sekiranya juga ini dipantau oleh pihak kementerian, turun ke padang. Jangan harap daripada laporan daripada guru besar, laporan daripada pegawai pendidikan daerah dan sebagainya. Saya harap pihak kementerian daripada Kuala Lumpur ini, daripada Putrajaya ini turun ke padang, tengok sendiri bersetuju atau tidak Yang Berhormat?

final • 3:27 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Sebenarnya memang ini adalah apa yang saya alami sendiri sebelum saya mendapatkan laporan mengenai sekolah-sekolah di kawasan saya kerana apabila saya minta laporan, begitu lambat untuk saya mendapatkan laporan bagi saya membincangkan perkara ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan kerana ini adalah satu perkara yang berlaku di mana kita sukar untuk membantu pihak sekolah kalau mereka tidak terbuka pemikiran mereka dari segi keadaan yang sebenar yang berlaku di sekolah mereka. Terima kasih.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, saya pohon untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 98. Saya mengambil maklum bahawa definisi menteri di dalam peraturan mesyuarat ini termasuk juga timbalan menteri. Cuma Tuan Pengerusi, apa yang membezakan peraturan mesyuarat ini dengan suasana pada petang ini ialah Yang Berhormat Menteri sedang berada di dalam bangunan ini.

Jadi persoalan saya, mengapa Yang Berhormat Menteri tidak turun untuk menggulung perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Saya cukup senang dengan kenyataan Tuan Pengerusi pagi tadi bahawa Kementerian Pelajaran merupakan kementerian yang paling besar mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sudah tentulah Yang Berhormat Menteri sepatutnya memberikan perhatian yang secara serius, perbahasan yang dilangsungkan. Bukan saya tidak yakin dengan Timbalan Menteri, dua-dua pun ada di sini tetapi Menteri mesti memberikan perhatian secara serius terhadap perbahasan dalam Dewan Rakyat. Itu yang pertama Tuan Pengerusi.

Yang kedua, saya dimaklumkan juga bahawa Jemaah Menteri Kabinet telah membuat keputusan bahawa sekiranya menteri berada di dalam bangunan, dia mesti datang menjawab perbahasan. Ini keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebab itulah kerajaan memberikan peruntukan yang besar untuk buat pejabat Menteri dalam Parlimen. Belum pernah berlaku.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

■1540

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sudah cukup Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jadi, Menteri ada. Jadi, saya secara hormat undang Menteri turun segera untuk berdepan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Terima kasih

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Saya...

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, tambahan sedikit.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya tidak boleh macam ini. Ada peraturan mesyuarat. Saya deal dahulu peraturan mesyuarat. Tidak apalah kalau sama juga masalahnya.

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, saya mahu menjelaskan sedikit Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Menteri ...

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau isu yang sama yang saya dengar dari Yang Berhormat Gombak, saya akan buat keputusan dari sana Yang Berhormat. Saya tidak perlu pencadang dan penyokong untuk peraturan mesyuarat ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Gombak tahu Menteri ada dalam bangunan atau tidak?

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ia tidak berbangkit Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Seperti mana yang saya tahu, Menteri tidak ada dalam bangunan.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Okey. Yang Berhormat Gombak, saya memang ada membuat kenyataan bahawa kementerian ini penting dan antara kementerian yang mempunyai peruntukan terbesar tetapi tidaklah dengan kenyataan itu saya harus memastikan bahawa Menteri datang untuk menjawab bagi Kementerian Pelajaran pada petang ini.

Seperti Yang Berhormat sendiri nyatakan melalui peraturan 98 bahawa Menteri itu adalah juga Timbalan Menteri. Satu ketika dahulu juga adalah setiausaha Parlimen. Jadi, kita akan kekalkan sedemikian. Seperti juga yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gombak bahawa Yang Berhormat memang yakin dan tidak sangsi akan keupayaan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mewakili Yang Berhormat Menteri untuk kementerian ini. Jadi, soal sama ada Yang Berhormat Menteri berada di dalam bangunan ini tidak berbangkit pada ketika ini Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Cuma Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Pelajaran tidak patuhi arahan Kabinet dan dia tidak patuh kepada arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya Yang Berhormat Menteri kena turun.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini isu yang besar, okey Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri datang jadi nampak kesungguhan dan komitmen beliau. Jadi, sekarang dia ada tengok di monitor televisyen sahaja. Saya kira kurang adil sebab itu semalam kita bawa usul...

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Macam mana Yang Berhormat Gombak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri ada atau tidak?

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebab itu kita bawa usul untuk potong gaji RM10 semalam, elaun dia.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sudah berlalu.

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini fitnah, Yang Berhormat Menteri tidak ada dalam bangunan.

final • 3:27 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini satu perkara yang serius Tuan Pengerusi. Bukan keputusan saya, ini keputusan Kabinet. Perdana Menteri buat keputusan dan memberi jaminan kepada rakyat bahawa kalau Yang Berhormat Menteri ada, dia akan turun dan jawab kecuali ada urusan rasmi yang lebih penting daripada Dewan Rakyat. Persoalannya, apakah perbahasan hari ini tidak penting bagi Menteri Pelajaran, ada lebih penting daripada itu.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak melihat keperluan untuk berkehendakkan menteri. Seperti juga lain-lain kementerian, kementerian ini boleh diwakili oleh timbalan menteri. Jadi, isu ini saya hentikan di sini. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab bagi kementerian.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh saya tahu di mana Yang Berhormat Menteri? Apa urusan yang lebih penting daripada urusan Parlimen?

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak berbangkit Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

You tidak perlu tahu.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Menteri semalam gaji dipotong, dia tidak datang bela diri. Hari ini ponteng lagi.

final • 3:27 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Timbalan Menteri terus jawablah.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ponteng lagi. Yang Berhormat Menteri ini ponteng kehadiran Parlimen.

final • 3:27 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bagaimana menjadi teladan yang baik bagi anak-anak muda kita, pelajar-pelajar kita.

final • 3:27 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Ini semua buang masa, Yang Berhormat Timbalan Menteri terus jawab.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa urusan lebih penting daripada urusan di Parlimen, peruntukan untuk Kementerian Pelajaran.

final • 3:27 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Pengerusi.

final • 3:27 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah. Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah berkehendakkan Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan di mana dia berada ketika ini juga tidak berbangkit di dalam Parlimen ini. Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi pihak seluruh warga pendidik, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya menganggap yang hadir pada hari ini bukanlah calang-calang.

Semua adalah arif dalam pendidikan sama ada diiktiraf dan diiktiraf oleh siapa, itu soal lain.

Jadi, bagi pihak kementerian, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan

final • 3:44 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

yang terus memberikan peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan dan latihan iaitu sebanyak RM47.7 bilion yang merupakan 23% daripada jumlah Bajet 2009.

Daripada jumlah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperoleh tambahan peruntukan sebanyak 6% berbanding tahun sebelumnya iaitu RM31.4 bilion bagi Bajet 2009 berbanding RM29.53 bilion peruntukan Bajet 2008. Selaras dengan tema Bajet 2009 iaitu kerajaan prihatin, tumpuan utama peruntukan yang diberikan kepada KPM adalah merangkumi usaha berterusan menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP yang secara langsung memberi penekanan terhadap kebajikan murid, guru melalui penumpuan pembangunan infrastruktur bantuan pendidikan, insentif-insentif khas memartabatkan profesionalisme keguruan dan menjayakan program pendidikan yang dirancang.

Peruntukan yang besar ini juga merupakan amanah daripada kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memastikan Malaysia terus berada dalam kalangan negara-negara maju di dunia ini.

Saya amat menghargai keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, saranan malahan ada yang telah memberi teguran membina demi menambah baik sistem pendidikan negara. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan memberi fokus kepada empat aspek utama iaitu:-

(i) pembangunan infrastruktur;

(ii) pembentukan modal insan;

(iii) kurikulum pendidikan; dan

(iv) memartabatkan profesion perguruan.

Terdapat juga isu-isu yang dibangkitkan telah pun dijawab semasa penggulungan peringkat dasar yang telah dibincangkan secara panjang lebar di dalam Dewan yang mulia ini.

Saya terus kepada aspek pembangunan. Yang Berhormat Gombak bertanya RM3.1 bilion dibelanjakan untuk menyediakan peralatan PPSMI tetapi hasilnya tiada kononnya. Siapakah kontraktor, mengapa masih terdapat 3,549 sekolah yang tidak mempunyai komputer dan tiada perancangan yang baik.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kontraktor yang telah dilantik untuk tujuan pembekalan peralatan bagi Program PPSMI yang berjumlah keseluruhannya peralatan dan perisian sahaja adalah RM2.738 bilion. Ianya adalah seperti berikut.

12 kontraktor yang telah membekalkan peralatan dan perisian.

(i) IGIV Technology Sdn. Bhd;

(ii) Stake Integrator Sdn. Bhd;

(iii) SJA Trade and Services;

(iv) Prima Bumi Sdn. Bhd;

(v) MIMOS Smart Computing;

(vi) Apex Communication Sdn. Bhd;

(vii) New Infra Consolidated Sdn. Bhd;

(viii) Metronic Engineering;

(ix) MHS Resources Sdn. Bhd;

(x) Sauran Fajar Sdn. Bhd;

(xi) Time System Integrator Sdn. Bhd; dan

(xii) KUB Telekomunikasi Sdn. Bhd.

final • 3:44 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tanggapan bahawa terdapat 3,549 sekolah tidak mempunyai makluman adalah antara maklumat lama dan tidak tepat kerana semua sekolah telah mempunyai pembekalan komputer kecuali sekolah-sekolah yang belum menerima bekalan elektrik. Sekolah-sekolah dibekalkan komputer melalui Program Pengkomputeran KPM, Program PPSMI dan Program Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat.

Selaras dengan pembekalan ini, guru-guru terlibat adalah guru-guru terlatih.

Antara program-program latihan yang dihadiri oleh guru-guru adalah seperti:-

(i) latihan teknologi maklumat dan komunikasi;

(ii) latihan PPSMI;

(iii) latihan literasi komputer dalam program pengkomputeran KPM; dan

(iv) latihan-latihan ICT yang berkaitan oleh JPN.

Yang Berhormat Gombak juga bertanya tentang tahap persaingan antara bandar dan luar bandar adalah tinggi dan di seluruh negara masih terdapat 794 sekolah yang tiada bekalan elektrik, 3,549 sekolah tiada komputer dan 1,555 sekolah yang tiada tandas.

Kementerian sentiasa mengambil berat dalam merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar.

Bagi bekalan elektrik, 80 buah sekolah luar bandar di Semenanjung Malaysia akan dibekalkan elektrik, kaedah penyambungan talian grid dan solar hibrid.

final • 3:44 PM

Dr. Lo' Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekolah di Sarawak dibekalkan talian jana kuasa kepada 429 buah sekolah dengan kos RM1.05 bilion.

final • 3:44 PM

Dr. Lo' Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 3:44 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ketiga, sekolah di Sabah dibangunkan solar hibrid kepada 78 sekolah dengan kos RM300 juta bagi fasa pertama dan akan diteruskan di bawah fasa kedua di mana fasa ini masih dalam perancangan dan sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti sedang diambil tindakan oleh pihak kementerian.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, biar saya habiskan mukadimah. Belum habis lagi.

■1550 Tanggapan bahawa terdapat 3,549 sekolah tidak mempunyai komputer ini sebenarnya tidak tepat seperti mana yang telah saya katakan. Okey, silakan Yang Berhormat Gombak.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jumlah yang dinyatakan RM2.783 bilion itu membekalkan peralatan dan perisian kepada 12 kontraktor, masih satu jumlah yang cukup besar jika dibandingkan dengan kesan positif semenjak lima tahun yang lepas. Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Laporan Audit Negara tahun 2008. Selama dua tahun daripada tahun 2005 hingga 2007, sebanyak RM9.56 juta alat komputer telah hilang dalam tempoh yang berkenaan. Ini bermakna alat yang bernilai RM265,000 hilang setiap bulan di sepanjang tempoh tersebut.

Apa peranan Kementerian Pelajaran? RM265,000 sebulan berterusan dari tempoh 2005 hingga 2007 sebanyak hampir 10 juta hilang dan tiris begitu sahaja. Itu yang pertama. Yang keduanya, angka-angka yang saya berikan tadi adalah angka-angka yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran sendiri. Saya sebut Menteri Pelajaran tahun 2007 menyatakan 794 sekolah belum mendapat bekalan elektrik. Apakah Yang Berhormat

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Timbalan Menteri ingin menyatakan bahawa dalam tempoh setahun ini kesemua 794 sekolah ini sudah dibekalkan bekalan elektrik?

Yang kedua, soal pembekalan jana kuasa sebanyak 400 unit lebih di Sarawak.

Saya dimaklumkan bahawa setiap jana kuasa ini nilainya RM8 juta. Inilah yang menyebabkan kos untuk membekalkan jana kuasa ini sudah melonjak kepada RM1.5 bilion.

Jadi kita hendak tahu mengapa semudah itu jumlah yang besar disalurkan tetapi tidak memberikan kesan yang positif kepada masalah pembelajaran dan pengajaran di sekolah- sekolah? Terima kasih.

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kepong bangun, Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Biar saya menjawab. Saya rasa mungkin jawapan saya sudah menjawab kepada apa yang bakal ditanyakan oleh Yang Berhormat Kepong.

[Ketawa] Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebenarnya kementerian tidak menafikan, setelah kita mengambil kira Laporan Ketua Audit Negara dan perkara-perkara yang telah dikenal pasti oleh auditor seperti mana yang termaktub di dalam laporan.

Pihak kami juga mengambil tindakan seperti mana yang saya pernah jawab di dalam Dewan yang mulia ini pada dua bulan yang lalu. Ingin saya mengatakan bahawa untuk komputer laptop, ia mempunyai hayat penggunaannya. Kalau kita membandingkan dengan enam tahun komputer itu dan saya ingin memberi satu gambaran kepada Yang Berhormat, melalui PPSMI laptop yang dibekalkan kepada sekolah kadangkala ia juga digunakan untuk tujuan pentadbiran secara berkongsi. Itu hakikatnya. Jadi ada di mana keadaannya kadangkala ia telah diletakkan di pejabat dan ada yang seperti mana Yang Berhormat kata, memang ada berlakunya ketirisan. Apabila kita mengambil tindakan secara dalaman mencari dan ada guru-guru yang telah menghilangkan komputer ini telah dikenakan tindakan untuk membayar balik kepada pihak JPN.

Itu sebenarnya berlaku dari semasa ke semasa. Kita tidak sewenang-wenangnya melepaskan apa juga gejala yang dikatakan ketirisan ini. Kita juga akan sedaya upaya mencuba supaya perkara ini tidak berulang. Itu yang pertama. Yang keduanya Yang Berhormat, Yang Berhormat mengatakan bahawa bekalan elektrik, memang dalam tempoh 12 bulan yang lalu banyak perkara telah berlaku. Termasuklah kita membekalkan solar hibrid kepada Sabah seperti mana Yang Berhormat katakan itu. Untuk fasa pertama, kita membuat secara fast track, 78 telah kita siapkan dan 71 sudah boleh digunakan serta tujuh lagi perlu sedikit masa lagi ia boleh dimulakan. Untuk fasa kedua, 104 buah sekolah lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat, sama ada jana kuasa ataupun gen set ataupun solar hibrid, untuk kawasan-kawasan pedalaman untuk makluman Yang Berhormat, kadangkala kita kena gunakan helikopter untuk hantar ke sana. Mungkin ada yang tidak terbayang macam mana kosnya begitu tinggi sekali? Saya bagi contoh, kalau kita membina sebuah sekolah di Bario, kos simen itu airlifted. Ia kena sampai ke RM50 satu paket kerana mengambil kira kos pengangkutan dan sebagainya.

Jadi kadangkala dalam aspek ini, kita kena berhati-hati dan kalau kita buat secara relatif dengan Semenanjung Malaysia, mungkin andaian kita itu seolah-olah satu persepsi, ada sesuatu yang tidak kena.

Itu yang saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat. Mengenai kesan yang disebut-sebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita sedar sejak dilaksanakan PPSMI. Saya akan sentuh perkara ini dan kementerian sehingga hari ini, kita tidak ada mengatakan kita akan terus tanpa mendengar pandangan daripada Ahli Yang Berhormat.

Itu ingin kita tegaskan. Ia tidak sepatutnya dibuat sebarang andaian bahawa kita sudah ada kata putus dan kita tidak rela mendengar apa juga teguran dan pandangan.

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, setelah mendengar hujah Yang Berhormat tadi memang saya setuju. Keadaan ini berbeza. PPSMI hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengambil masa. Akan tetapi adakah Yang Berhormat sedar masalah bekalan elektrik ini disebutkan di dalam Dewan ini entah lima tahun, enam tahun atau tujuh tahun di sini.

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Pihak Yang Berhormat Menteri Pelajaran sudah pun memberi jaminan bahawa beliau akan membekalkan elektrik kepada semua sekolah di negara ini. Saya hendak tahu, yang pertamanya mengapa begitu lewat? Di Sabah dan Sarawak itu saya faham. Dari segi faktor geografinya itu susah sedikit. Saya bersetuju dengan itu. Akan tetapi, entahlah sudah tujuh tahun, lapan tahun, ini bukan satu perkara yang baru. Ia sering kali berulang.

Sebab apa, kalau bolehlah Yang Berhormat, kita membentangkan satu laporan kepada Dewan ini, yang pertamanya mengenai bekalan elektrik kepada semua sekolah di negara ini, jumlah hampir RM10,000 itu bukan main-main.

Yang kedua mengenai komputer kita dan semalam pun saya sebutkan sedikit sebanyak mengenai komputer. Bolehkah kita mengemukakan satu laporan mengenai penggunaan komputer sama ada wujudnya ketirisan dan sebagainya supaya kita sama- sama boleh tahulah. Ini kerana semua Ahli iaitu 222 Ahli di sini peka kepada penggunaan komputer dan bekalan elektrik di Kementerian Pelajaran.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya belum hendak sampai lagi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kepong. Saya akan menjawab nanti dan apa Yang Berhormat sebutkan itu saya minta. Kadangkala peruntukan yang dibekalkan kepada Sabah dan Sarawak memang banyak. Akan tetapi dari segi kesannya secara perbandingan ia tidak boleh dikira daripada jumlah sekolah dan enrolmennya.

Dengan itu saya minta Dewan yang mulia ini supaya mempertimbangkan keunikan di Sabah dan Sarawak. Saya rasa rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak, mereka turut memperjuangkan soal ini. Oleh sebab itulah, untuk 12 bulan yang lalu, kita bertungkus- lumus untuk menyelesaikan masalah.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat, biarlah..

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit Tuan Pengerusi.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Pengerusi, biar saya teruskan. Sekarang baru sampai ke muka surat kedua. Banyak lagi.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ini cerita obselete...

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Boleh bangun kemudian nanti Yang Berhormat. Bangun kemudian.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit penjelasan.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap. Saya habiskan dahulu. Banyak lagi.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, bangun kemudian.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Banyak lagi, banyak lagi perkara yang ingin saya sebutkan. Yang Berhormat Bintulu menyebut tentang pembekalan komputer yang masih tidak mencukupi di sekolah-sekolah pedalaman sama ada di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar pemberian komputer bagi sekolah-sekolah pedalaman khususnya sekolah kurang murid adalah seperti berikut:-

(i) pelajar-pelajar sekolah di pedalaman, kurang daripada 50 orang murid – jumlah komputer yang dibekalkan adalah 3 buah komputer;

(ii) untuk kurang daripada 100 murid - 5 komputer; dan

(iii) kurang daripada 150 murid, ia dibekalkan 8 buah komputer.

Jumlah keseluruhan sekolah-sekolah pedalaman iaitu sekolah kurang murid adalah 2,639 di mana 1,086 sekolah telah dibekalkan dengan komputer. Baki 1,553 adalah dalam proses pembekalan. Prasarana ini dapat dibekalkan dengan adanya pembekalan rangkaian Schoolnet Technology (VSAT) prasarana solar hibrid dan gen set seperti mana yang telah saya huraikan tadi.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

■1600 Adalah menjadi hasrat KPM di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk membekalkan kesemua sekolah dengan facility komputer. Yang Berhormat Putatan ada menyebut tentang bangunan SKJ(C) Hwa Siong di Putatan yang telah di makan oleh anai-anai. Mohon KPM menyalurkan bantuan penyelenggaraan.

Pihak kementerian akan mempertimbangkan dan tiada halangan sekiranya permohonan daripada sekolah dikemukakan bagi mengatasi masalah anai-anai di bawah peruntukkan bantuan modal dan peruntukan disalurkan berdasarkan keperluan dan keutamaan keselamatan. Yang Berhormat Lenggong pula menyebut tentang apakah status...

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat sudah ambil tindakan Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya sudah menulis surat tetapi jawapan pun tidak ada.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Untuk makluman Yang Berhormat...

final • 3:44 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini akan, akan, akan sahaja. Bila akan ini.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat jangan begitu Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Bersabar Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan modal ini kita tengah memikirkan satu mekanismenya terbaik untuk diturunkan, senarai pun sedang disediakan dalam awal Disember ini untuk di hantar kepada sekolah berkenaan. Jadi, bersabar Yang Berhormat, kita akan mengambil tindakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Lenggong, beliau bertanya tentang status pembinaan sekolah baru dengan berlakunya kenaikan barang. Akibat daripada kenaikan harga barang, kemungkinan sebahagian projek perlu ditangguhkan itu satu hakikat.

Dapatan di peringkat awal ini sebanyak 265 projek baru akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun senarai muktamad masih belum diputuskan sehingga proses menyelaras peruntukan RMK-9 selesai. Yang Berhormat Putatan juga menyebut tentang SMK Putatan, SMK Sanzac, SMK Tansau perlukan peruntukan untuk membaiki pagar dan juga bilik darjah rosak dan kualiti perabot di SMK(C) Tansau akibat daripada banjir yang melanda.

final • 3:44 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Untuk makluman Yang Berhormat, sekolah-sekolah tersebut dipohon mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelajaran seperti mana yang telah saya huraikan dan JPM akan menghantar borang tersebut pada pihak kementerian dan akan dipantau di peringkat pusat.

JPM dalam proses membuat pembekalan perabot kepada sekolah-sekolah baru serta proses penggantian perabot yang usang di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak proses tersebut adalah di bawah perbendaharaan masing-masing.

Ingin saya menghuraikan beberapa perkara yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat dari Sabah dan ada dari Sarawak. Sebenarnya apabila disebut perabot di sekolah, sering kementerian ini dikritik kerana perabot tidak sampai, lambat sampai, kononnya orang Semenanjung yang membekalkan. Itu tidak benar.

Ini kerana perbendaharaan negeri masing-masing merupakan satu badan atau agensi pusat yang akan mengambil alih tugas ini termasuk melantik kontraktor. Maka, perabot di sekolah pun ia nya adalah ditentukan, kontraktornya ditentukan oleh Perbendaharaan masing-masing. Jadi, itu untuk ingatan dan juga untuk pengetahuan Ahli- ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

final • 3:44 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya apakah dasar distribusi ataupun agihan peruntukkan pembangunan kepada antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kalau saya lihat di sini Butiran 03700 ini, di mana 6% ataupun RM280 juta berbanding RM4 bilion yang diperuntukkan kepada peruntukan di Sabah dan Sarawak.

Jadi saya kira oleh sebab kita lihat kadang-kadang sekolah di Semenanjung ini bukanlah makna saya kata tidak perlu bagi peruntukan lagi, tetapi kadang-kadang buat pagarnya selepas tiga bulan runtuh, buat pagar lebih hebat dan besar lagi. Sedangkan yang kita dengar tadi daripada Yang Berhormat Putatan dan lain-lain, lantainya tanah, bumbungnya pun tidak ada jadi bagaimana agaknya dasar distribusi ataupun agihan peruntukan ini. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit pencelahan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah Timbalan Menteri kerana berucap dalam bahasa Melayu yang amat baik. Saya hendak tanya mengenai pembekalan komputer tadi kerana dibangkitkan bahawa laptop yang disediakan itu akan mudah dipanggil apa tadi obsolete.

Akan tetapi saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri di kampung-kampung contohnya di Balik Pulau. Saya melihat pengusaha-pengusaha cybercafe ini seolah-olah lebih ke hadapan di dalam melakukan proses literasi digital terhadap masyarakat. Namun permasalahan di sini tidak berlakunya aspek pendidikan.

Jadi saya mencadangkan kalau kementerian gagal untuk menyediakan benda ini saya cadangkan buat kerjasamalah dengan pembekal cybercafe ini tetapi memasukkan elemen pendidikan. Ini kerana di situ tidak berlaku kawalan kerana apa yang anak-anak dan teman-teman saya di kampung dan sebagainya; saya tengok dia orang banyak melihat perkara-perkara yang tidak menyumbang ke arah pendidikan. Saya tidak mahu kadang bersifat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Saya rasakan kalau masalah sangat untuk kementerian sediakan buat kerjasama dengan cybercafe. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tambahan sikit.

Isu yang berkaitan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang diterangkan tentang pembangunan untuk infrastruktur di sekolah.

Kita lihat bagaimana ketidakseimbangan berlaku.

Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian sejauh mana pemantauan di buat contohnya sekolah-sekolah pendalaman di kawasan Orang Asli. Ada yang dibina sampai empat tingkat tetapi pelajar tidak sampai 50 orang. Jadi kenapa sekolah-sekolah ini sedangkan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi di kawasan pedalaman ini kos satu beg simen sahaja menjangkau RM50.

Jadi kenapa perkara ini berlaku, di mana pertimbangannya sedangkan sekolah- sekolah yang didedahkan kepada kita tadi 794 buah sekolah yang masih tidak ada elektrik dan 1,500 buah masih tidak ada tandas. Macam mana sekolah ini pelajar ini boleh diurus dengan tidak ada tandas. Di mana mereka membuang hajat mereka?

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Cikgu pun pakai pampers. [Ketawa].

final • 3:44 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya rasa setelah 50 tahun kita merdeka dengan suasana ini sangat memalukan. Jadi saya ingin penjelasan mengapa perkara ini berlaku dan sejauh mana pegawai-pegawai kementerian buat pemantauan terhadap projek yang dibuat oleh kementerian. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat, mengenai tidak ada tandas ini, itu hujah daripada Yang Berhormat Gombak. Jadi kebenaran itu tanya pada Yang Berhormat Gombak. Untuk pengetahuan di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat, saya ingin. Belum. Belum lagi.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tandas. Tandas.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap. Sekejap. Biar saya beri respons pada soalan ini. Yang Berhormat Balik Pulau, saya mengatakan bahawa komputer itu ada hayat penggunaannya. Saya tidak kata kita buang macam itu. Lagi satu apabila kita sebut tentang komputer ini ianya kalau dibekalkan kadangkala selalu kita menyebut tentang kontrak pembekalan. Kadang-kala penyelenggaraan juga satu aspek yang perlu dijaga. Jadi, apabila ada masalah penyelenggaraan siapa yang akan menyelenggarakan, itu juga sesuatu perkara yang lazimnya berlaku.

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya kita telah mengadakan memperkenalkan mata pelajaran vokasional untuk kita hendak upgradekan hard disk ataupun CPU dalam komputer, itu tidak ada masalah. Kalau kementerian kita memang ada yang inovatif sampai kita boleh upgrade sendiri dan kalau ada peluang kalau ada jodohnya kita bolehlah berbincang dengan pemilik cybercafe. Akan tetapi untuk makluman ada bahagian teknologi pendidikan bahagian tertentu dalam kementerian mereka memang arif dalam perkara ini. Ingin saya mengatakan, apabila kontrak itu secara pembekalan penyenggaraan, budaya penyelenggaraan itu juga sesuatu perkara yang perlu di ambil kira.

Itu.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit tambahan boleh?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya kira saya terus, banyak lagi.

final • 3:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat saya hendak masuk sedikit sebab saya tidak menyangkakan Menteri Pelajaran akan menjawab sebegitu kerana apa yang saya sampaikan lain tafsirannya. Maksud saya ialah kalau jangka hayat itu permasalahannya, perkara itu merupakan satu upgrading exercise, betul? Pada pendapat saya, saya orang muda, saya menggunakan komputer. Dia tidak akan memerlukan satu birokrasi yang tinggi kerana apa yang diperlukan di kampung-kampung ialah apa yang dipanggil literasi, digital literasi.

Ini kerana pada hari ini kita tengok tanggungjawab itu dibuat oleh banyak korporat- korporat. Saya tahu Microsoft banyak buat melalui program Social Entrepreneur dan sebagainya. Persoalan yang saya timbulkan di sini ada cara lain tetapi mengapa memerlukan sehingga bertahun-tahun perkara ini tidak boleh selesai. Ini belum lagi kita berbahas mengenai isu contain ataupun pengisian di dalam teknologi itu. Ini baru konsep infrastruktur iaitu mesin, menyediakan mesin.

Namun kalau ini kita tidak boleh selesaikan, mana mungkin cadangan Yang Berhormat Menteri hendak membangunkan modal insan, saya tidak faham benda itu boleh berlaku. Lagi sepuluh tahun, lagi sepuluh tahun saya tidak faham macam mana boleh berlaku. Saya cadangkan tadi untuk cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri MIT mengeluarkan laptop bernilai 100 dolar. Ini bukan benda baru cuma saya rasa benda ini boleh buat. Cuma kalau hendak buat, buat kalau tidak boleh bagi jawapan yang betul-betul meyakinkan kita. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Satu.

■1610

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Boleh saya selesaikan perkara yang sama? Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Kenyataan tentang 1,555 sekolah kebangsaan luar bandar tanpa tandas dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. Angka ini bukan angka saya. Ini angka kementerian.

Sebanyak 1,555 sekolah tidak ada tandas. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri datang petang ini hendak bagi tahu dalam tempoh 12 bulan sebanyak 1,555 tandas sudah dibina? Sebab itu kita minta Menteri datang.

Sebab isunya besar, itu yang pertama. Jadi saya hendak jelas ini bukan angka saya. Ini adalah angka Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibuat melalui Timbalan Menteri pada 24 April 2007, itu yang pertama. Kedua Tuan Pengerusi, tentang tempoh pelupusan laptop yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi, kita dapati tempoh pelupusan itu terlalu pendek. Kurang daripada lima tahun. Sedangkan Yang Berhormat Balik Pulau telah berhujah tadi. Banyak tempat lain di cyber cafe di mana tempoh pelupusan itu lebih daripada lima tahun. Jadi kalau Kementerian Pelajaran merasakan bahawa mekanisme

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

untuk membekalkan sistem pengkomputeran ini kepada sepuluh ribu sekolah sudah tentulah kementerian mengambil kira kos untuk menyelenggarakan komputer-komputer ini.

Ia bukan sekadar beri kontrak RM3 bilion, okey ambil komputer serah begitu sahaja. Kalau kementerian serius, kalau Menteri Pelajaran serius satu peruntukan yang besar ini mestilah merangkumi pakej penyelenggaraan komputer-komputer tersebut. Tidak mungkin dalam satu tahun komputer ini dilupuskan. Ini akan membebankan tax payers dalam negara kita. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Setelah kita menerima teguran daripada Jabatan Audit Negara saya rasa perkara itu telah diterap dalam pemberian kontrak termasuk juga budaya penyelenggaraan itu perlu ada bagi pembekalan komputer pada sekolah. Jadi terus kepada beberapa isu, banyak lagi isu Yang Berhormat.

Untuk tandas itu Yang Berhormat, saya yakin sejak tahun lalu sampai sekarang sudah setahun setengah memang ada pelbagai usaha telah diambil oleh kementerian ini. Saya nampak kalau Yang Berhormat boleh beri tahu sekolah mana dekat Gombak yang tidak ada tandas ataupun tandas rosak, itu berlainan dengan kalau tidak ada tandas. Saya minta Yang Berhormat untuk bekalkan dan pihak kementerian juga akan mengambil langkah proaktif memaklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis tentang kedudukan terkini Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Timbalan Menteri, saya bukan jaga Gombak sahaja. Saya bertanggungjawab pada seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya prihatin masalah rakyat Sabah, masalah rakyat Sarawak.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini tanggungjawab saya.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat ....

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Itu yang pertama. Okey kalau Yang Berhormat Menteri kata dalam tempoh setahun ini sudah ada kemajuan, saya hendak kementerian beritahu berapa banyak sekolah yang belum ada tandas. Secara details, secara bertulis kepada saya.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat saya sudah katakan kita secara proaktif akan bekalkan maklumat kepada Yang Berhormat secara bertulis, itu yang saya katakan Yang Berhormat. Kalau ada di Gombak, maklumkan kepada kita. Kita akan selesaikan. Saya tidak kata Yang Berhormat cuma jaga satu kawasan sahaja Yang Berhormat. Kita juga memperjuangkan nasib orang Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Tuaran juga menyebut tentang Sekolah Kebangsaan Bandar 2, sebuah Sekolah Pendidikan Khas berada dalam keadaan yang amat ketinggalan iaitu kurang bilik darjah, peralatan, padang permainan serta kurang guru. Mohon bantuan segera.

KPM sememangnya menyedari masalah yang dihadapi oleh SK Bandar 2 Tawau khususnya pertambahan murid yang telah menyebabkan kesesakan dalam kelas bagi program pendidikan integrasi. Bagi mengatasi masalah ini KPM telah mengambil beberapa langkah berikut. Pertama, menempatkan sementara lebihan murid-murid ini ke kelas pra sekolah integrasi yang belum menerima kemasukan murid. Bagi perluasan 2009 membuka program baru mulai Ogos 2008 di Sekolah Kebangsaan Kukusan, Tawau. Peruntukan sebanyak RM25 ribu telah diberikan ke sekolah ini bagi tujuan ubah suai naik taraf kelas baru. Lokasi kedua-dua sekolah adalah berdekatan dengan satu sama lain.

Setakat ini SK Kukusan telah menerima lima orang murid bagi program ini dan bilangan murid dijangkakan bertambah untuk tahun 2009. Yang Berhormat Kuala Krau memohon KPM membuat pemantauan terhadap projek-projek pembangunan kerana ada projek yang lambat disiapkan, contoh di SK Kerdau. KPM sentiasa memantau projek supaya dapat disiapkan dalam jadual yang ditetapkan. Bagi projek sekolah contohnya mesyuarat tapak perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memantau projek tersebut untuk membolehkan isu-isu diselesaikan sekiranya ada. Sekiranya projek lewat 10% hingga 29%, KPM akan memantau lebih serius dan akan dipantau oleh Jawatankuasa Khas di peringkat KPM sebelum masuk ke Jawatankuasa Projek Sakit, sekiranya kelewatan melebihi 30%.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ini adalah mengikut surat Pekeliling Perbendaharaan. Yang Berhormat Hulu Terengganu juga ingin bertanya tentang status pembinaan SMK Kuala Berang. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Terengganu, SMK Kuala Berang telah dianugerahkan surat setuju terima kepada kontraktor Reda Budis Sendiri Berhad. Pada 15 September 2008 kos perlaksanaannya adalah sebanyak RM21.2 juta. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 104 minggu dan dijangkakan siap pada Ogos 2010. Yang Berhormat Bintulu membangkitkan tentang penggunaan semula SJK(C) Damansara tapak asalnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini perkara ini telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada 14 Mei di Dewan yang mulia ini.

Sepertimana yang telah dimaklumkan komitmen Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada Februari tahun ini dengan mendiang Encik Yong Yoke Son iaitu seorang yang sentiasa memperjuangkan agar tapak sekolah ini boleh digunakan untuk kegunaan SJK(C). Keputusan telah dibuat iaitu sebuah sekolah akan berpindah ke sini dan ianya beroperasi sebagai SJK(C). Untuk makluman setakat ini sebuah sekolah iaitu SJK(C) Chung Hwa Ladang Serapuk, di Parit Perak telah dibenarkan untuk berpindah menggunakan tapak asal SJK(C). Sebelum itu, beberapa perkara yang ingin saya nyatakan di Yang Berhormat, sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu memang kalau kita melihat mungkin ada pihak yang mengatakan sekolah ini ditutup.

Sebenarnya saya ingin memberitahu Yang Berhormat, penutupan sekolah ini sebenarnya adalah satu perkataan yang digunakan sampai orang awam pun rasa keliru kononnya sekolah itu telah ditutup.

Pada ketika itu, LPS dan PIBG meminta supaya sekolah itu dapat berpindah ke satu kawasan Tropicana supaya dibina satu sekolah yang lebih besar. Pada masa itu 95% ibu bapa berpendapat bahawa mereka memerlukan satu ruang yang lebih besar. Maka atas beberapa faktor keselamatan, keselesaan dan juga beberapa isu yang lain ianya telah dipersetujui oleh PIBG dan LPS untuk berpindah ke Tropicana untuk membina SJK(C) Damansara. Untuk makluman Yang Berhormat SJK(C) Damansara tetap ada di Tripicana.

Jadi soal penutupan SJK(C) Damansara tidak wujud.

Apa yang perlu dilakukan ialah memandangkan tapak sekolah ini masih diselenggarakan oleh pihak kementerian dan dijaga. Ada beberapa perkara yang telah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan komitmen Kerajaan Barisan Nasional tetap akan ditunaikan. Untuk makluman pada 2 Mei yang lalu saya telah diminta oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk meninjau bagaimana kita boleh memulakan kerja-kerja untuk mengguna semula bangunan ini kerana ianya untuk kegunaan komuniti setempat.

Saya selepas mendapat arahan daripada Yang Berhormat Menteri telah membawa pakar- pakar runding ke sana termasuklah road safety auditor yang diiktiraf oleh JKR untuk melihat keadaan lalu lintas di sana dan juga membawa pakar-pakar untuk menguji tahap kebisingan bilik darjah tersebut.

Beberapa perkara yang telah disebutkan dalam laporan tersebut termasuklah bagaimana kita hendak mengurus keadaan trafik di sana. Jadi sebelum sekolah itu berpindah ke Tropicana ianya mempunyai enrolmen lebih kurang 1,400. Maka masalah lalu lintas pada waktu petang ianya sama dengan waktu apabila sesi petang itu selesai, masa itulah berlakunya kemuncak lalu lintas di situ.

■1620 Maka berdasarkan laporan yang telah disediakan itu, perkara ini boleh diatasi.

Dari segi enrolmen, ianya telah kita bincangkan dengan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin setempat. Beberapa perjumpaan ataupun mesyuarat telah kita adakan. Kini, kementerian kita juga telah meluluskan peruntukan yang dianggarkan RM150 ribu untuk memperbaiki bangunan khususnya dari segi pendawaian dan juga dari segi sistem pembetungan.

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Minta penjelasan.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Biar saya cerita habis dulu ya. Apa yang digembar- gemburkan dewasa ini, adakah sekolah ini akan di baik pulih dan kononnya macam kementerian tidak ada wang untuk kita menyelesaikan masalah.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kita mengambil kira faktor keselamatan. Keselamatan murid- murid sebelum kita buka. Jawatankuasa itu juga telah mendaftar lebih kurang 110 orang pelajar yang ingin belajar di situ. Maka saya rasa untuk kegunaan komuniti setempat, kita akan baik pulihkan bangunan ini dalam tempoh terdekat. Kalau ianya dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, saya rasa apa yang ada selepas ini adalah kita melalui BM dan membekalkan guru dan pelantikan guru besar.

Seperti mana yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat Bintulu, sekiranya kesemua ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan secara lancar, saya yakin ianya boleh diguna semula pada sesi akan datang iaitu Januari. Jadi saya rasa komitmen Kerajaan Barisan Nasional tetap dan saya rasa soal perkara ini tidak akan ditunaikan oleh kementerian, ianya adalah satu tanggapan yang salah. Itu saya ingin beri jaminan dan saya sendiri pun dah dua kali menerangkan perkara ini di Dewan yang mulia ini. Silakan.

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita memang mengalu-alukan tentang pembukaan semula SRJK(C) Damansara tetapi kita minta supaya diadakan satu surat rasmi yang kita minta selama ini.

Sampai sekarang kita tidak dapat surat rasmi itu, saya rasa kalau ada announcement untuk pembukaan semula SRJK(C) ini, kena bagi surat rasmi supaya kita dapat memujuk ibu bapa sekitar PJS dan PJU ini hantar anak-anak murid ke sekolah ini kerana sekarang ibu bapa ragu-ragu. Adakah sekolah ini akan dibuka semula sebab tak ada surat rasmi.

Apakah sebab utama kenapa surat rasmi tidak dapat dikeluarkan? Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat mungkin tidak faham dari segi prosedur. Siapa yang memohon dalam soal ini? Adakah borang itu dihantar? Tidak, Yang Berhormat, inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia menganggap ianya ada keperluan. Kalau dihantar kepada SJK(C) Chong Hwa, maknanya SJK(C) Chong Hwa lembaga pengurus sekolah. Saya juga membawa pengerusi lembaga pengurus sekolah itu datang berjumpa dengan ahli jawatankuasa tersebut.

Mungkin Yang Berhormat tidak sedar.

Maka kalau kita hendak memulakan pengoperasian yang sama ada pemimpin DAP ataupun Keadilan akan dapat surat, itu bukan urusan kita ya. Saya telah didesak oleh pemimpin-pemimpin tempatan, mungkin bukan dari Yang Berhormat sendiri, ada dari parti yang berlainan hendakkan surat. Saya pun tak tahu kenapa kementerian hendak tulis surat kepada pihak tertentu. Jadi apa yang penting, kita akan mulakan kerja-kerja pembaikan, kita akan teruskan dan segala pengambilan pelajar dan urusan akan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ya.

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekolah SRJK(C) Damansara memang sedia ada pengurusannya tetapi mengapa tidak beri surat inform mereka tentang...

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Bukan Yang Berhormat, Yang Berhormat mungkin silap. SRJK(C) Damansara yang ada adalah SRJK(C) Damansara di Tropicana. Maknanya sekarang kalau kita nak pindah sebuah sekolah, adalah SKM yang telah dipersetujui adalah SRJK(C) Chong Hwa. Bermakna soal kita tulis surat kepada SRJK(C) Damansara tidak wujud. Jadi saya rasa mungkin Yang Berhormat kena faham dan saya rasa apa yang penting kerajaan yang bertanggungjawab kita tetap akan demi menjaga keselamatan anak- anak kita, kita siapkan kerja-kerja ini.

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri kata pengurus yang sedia ada tidak recognize by Menteri Pendidikan. Kenapa tidak beri surat memberitahu mereka?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan mengeruhkan air yang jernih. Saya dah kata dah lima kali...

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya hanya minta pengurusan yang sedia ada ...

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat mengatakan...

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Adakah Menteri, Timbalan Menteri recognize mereka?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat kata saya recognize atau tidak? Senang saya menjawab. Kalau orang-orang atau pemimpin komuniti saya tidak memberi penghormatan pada mereka, kenapa saya mengundang mereka datang ke pejabat untuk berbincang? Kenapa kita bawa pegawai-pegawai penyelia SRJK(C)...

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kenapa nak tunggu lapan tahun?

Lapan tahun, bukan satu tahun, dua tahun, lapan tahun!

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Inilah perangai Yang Berhormat, saya bila cakap dengan baik...

final • 3:44 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Pengerusi, ini dah berbahas macam ini tak eloklah.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, biar saya terangkan Yang Berhormat, ini floor saya. Mungkin Yang Berhormat tadi tak sempat hendak berbahas dan nak lepaskan geram. Saya cuma terangkan apa yang sebenarnya berlaku dan perjuangannya tidak datang daripada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat orang baru.

Sebelum itu sudah diperjuangkan dan telah dipersetujui pun perkara ini sebelum Yang Berhormat menjadi Ahli Dewan Rakyat. Saya rasa itu adalah penting, itu adalah fakta dan tidak sepatutnya kita nak kata tidak beri pengiktirafan.

Apa yang perlu dilakukan dari segi struktur LPS itu, mereka akan menjadi ahli kepada lembaga pengarah tidak lama lagi. Jadi saya rasa perkara ini sedang diurus oleh kita, itu saya rasa tidak akan menjadi satu masalah Yang Berhormat dan ia sedang dalam tindakan kita Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap besar, cakap banyak tentang komitmen Kerajaan Barisan Nasional terhadap perkara SJK(C) Damansara ini. Akan tetapi satu hakikat yang tak dapat lari adalah hakikat bahawa sekolah ini telah ditutup selama lapan tahun. Kalau tidak ada sekumpulan masyarakat tempatan yang berkomitmen membuka semula SJK(C) Damansara, sekolah ini akan ditutup.

Kini kerajaan berniat untuk membuka semula SJK(C) Damansara adalah kerana politik tsunami yang berlaku pada 8 Mac. Kalau tidak SJK(C) Damansara akan terus ditutup. Saya sekarang, satu penjelasan yang saya ingin dapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah bilakah SJK(C) Damansara akan dibuka semula lagi? Jangan kita tunggu-tunggu sehingga pilihan raya ke-13 datang kelak barulah SJK(C) Damansara dibuka sekali.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya ingin memberi kenyataan di sini bahawa di sini adalah Dewan Rakyat. Apa yang kita katakan itu bukan cakap-cakap kosong. Sebab itulah saya mengatakan selepas kerja-kerja pembaikan ini siap, pelantikan guru dan guru besar, kita akan mula operasi Januari 2009. Itulah yang saya beritahu Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tahun 2009 kah? Januari?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 3:44 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat mengatakan, jangan menyulitkan fakta sekali lagi Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya memperingatkanlah. Kita bermula kementerian ini pada jam 4.56 petang semalam. Jadi malam tadi sampai 9.30 malam, sekarang dah hampir pukul 4.30 petang. Jadi saya ingin ketepikanlah soal politik, argument itu. Kalau ada benda nak diulas, sekolah dibuat, semua sekali. Jadi saya mintalah beritahu yang itu dan tak payah

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

dispute Yang Berhormat. Kalau soalan-soalan politik itu bawalah keluar, ini soalan Parlimen, kita nak jawab persoalan.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya akur dengan keputusan Tuan Pengerusi.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau tidak kita tidak boleh habis sampai 7.30 malam ini Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya kena akur dengan keputusan Tuan Pengerusi. Apa yang saya hendakkan katakan di sini memperbetulkan fakta yang salah iaitu penutupan SJK(C) Damansara itu sesuatu yang dipolitikkan. Saya kata kita telah membenarkan perpindahan dari satu kawasan yang sempit ke kawasan yang besar. Pada waktu yang sama kita benarkan penggunaan semula tapak sekolah ini sebagai kegunaan SJK(C), itu faktanya.

Saya terus kepada Yang Berhormat Tawau ...

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Minta penjelasan. Tentang renovation sekolah SJK(C) Damansara ini?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya dah kata Yang Berhormat, RM150 ribu, kita akan mulakan dalam minggu depan dan saya yakin ianya dapat diatasi. Jadi tidak jadi masalah...

final • 3:44 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Akan tetapi kenapa belum start lagi? Memandangkan sekolah akan buka pada satu bulan lagi tapi kerja-kerjanya belum start.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kalau boleh saya sebutkan apa skop kerjanya...

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat PJ Selatan, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat PJ Selatan, minta duduklah Yang Berhormat. Ini bukan caranya Yang Berhormat. Kerajaan pun tidak buat macam itu juga Yang Berhormat, ini duit kerajaan.

■1630

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat tetap hakikat itu, okey saya hendak terangkan. Terus kepada Yang Berhormat Tawau, kriteria diguna pakai untuk meluluskan projek di bawah peruntukan RM200 juta. Ini Yang Berhormat kaedah pemberian peruntukan berdasarkan kepada agihan RM50 juta masing-masing untuk SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sedang dibincangkan antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran. Oleh sebab kita melihat Akta Pendidikan kita ini untuk SJK(C) ada satu struktur yang agak luar biasa iaitu LPS, tetapi untuk sekolah lain ianya agak berlainan. Maka kaedah pemberian itu kena kita seragamkan dan satu mesyuarat akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk kita memuktamadkan.

Apa yang penting kita kena melihat keutamaan projek-projek itu dan dalam kita menentukan projek mana yang patut dilaksanakan dulu. Itu adalah pertanyaan daripada Yang Berhormat Tawau. Seterusnya Yang Berhormat Putatan...

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Peraturan mesyuarat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat Tawau Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Peraturan mesyuarat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Peraturan mesyuarat?

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, 26(h) Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi pagi ini satu usul telah dicadangkan oleh saya untuk mensuspendkan Ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak dan alasan-alasan telah diberi dan menggantungkan. Alasan-alasan telah diberi oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan saya dan Tuan Pengerusi telah mendengar

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

perkara itu dan Tuan Pengerusi telah mengata akan ambil untuk discuss dengan Tuan Yang di-Pertua dan membuat satu keputusan. Boleh saya dapatkan...

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ini tidak berlaku pada masa saya menjadi Tuan Pengerusi. Kalau masa saya mempengerusi saya janji dengan Yang Berhormat, mengadili apa sahaja yang dibangkit Yang Berhormat, tetapi apa yang berlaku kepada Tuan Pengerusi semalam, tidak boleh jadi Mahkamah Rayuan. Saya hendak masuk sini hendak bincang dengan Datuk Ronald pun tidak boleh Yang Berhormat, sebab saya jumpa dengan dia, saya duduk di sini. Jadi saya belum berjumpa dengan Datuk Ronald mengenai dengan ini. Jadi saya minta maaflah Yang Berhormat jangan buat macam ini, jangan mendesak sayalah Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan mendesak Tuan Pengerusi.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham, kalau saya ini bukan mendesak macam mana saya hendak buat keputusan, saya tidak dengar saya sudah beritahu. Saya tidak dengar saya mendapat makluman sahaja. Ini peraturan, ini Perlembagaan, ini kertas yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi satu keputusan belum lagi dibuat?

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belumlah Yang Berhormat, belum dibuat Yang Berhormat. Mintalah Yang Berhormat, belum lagi dibuat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Putatan ada menyebut tentang banyak projek pembangunan yang dipohon tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada tapak yang sesuai. Mohon KPM mengkaji semula peruntukan yang diberikan supaya projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan. Peruntukan RM84 juta untuk pembangunan tidak mencukupi untuk perolehan tanah. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, KPM telah diperuntukkan sebanyak RM350 juta. Bagi negeri Sabah, KPM memperuntukkan RM68 juta bagi perolehan tanah di Sabah. Pada masa ini perbelanjaan bagi perolehan tanah tersebut telah habis digunakan untuk perolehan tanah bagi projek-projek di Putatan.

Dukacita KPM tidak dapat mempunyai peruntukan untuk membayar kos tersebut.

Sebagai langkah penyelesaian, KPM diberi peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk perolehan tanah. Dijangkakan peruntukan itu akan disalurkan bagi membayar tanah- tanah projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduklah Yang Berhormat belum lagi Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Kuala Krau telah memohon Sekolah Kebangsaan Gunung Senyum dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai yang telah pun dikenal pasti dan bila akan dibina? Projek ini tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi melaksanakan projek gantian enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan.

Walau bagaimanapun kenaikan harga barangan telah menyebabkan KPM menghadapi masalah peruntukan, kerana peruntukan sedia ada terpaksa digunakan untuk menampung kos kenaikan harga. Perkara ini menyebabkan sebahagian projek termasuklah SK Gunung Senyum terpaksa ditangguhkan. Namun SK ini akan dipertimbangkan jika ada lebihan peruntukan kelak.

Yang Berhormat Bukit Katil ada memohon KPM memberi perhatian permohonan SMK Teknik Melaka di Bukit Piatu untuk mendapatkan peruntukan untuk mengecat semula bangunan dan kemudahan bas yang telah diiktiraf tidak selamat oleh JKR. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, SMK Teknik di Bukit Piatu telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pembinaan bangunan tambahan 14 bilik darjah, 4 makmal, 6 bengkel, 3 blok asrama dan lain-lain kemudahan. Walau bagaimanapun adalah dijangkakan kos pelaksanaan projek ini akan meningkat kepada RM20 juta berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti besi dan simen. Pelaksanaan bagi projek ini dijangkakan akan mula pada pertengahan 2009 dan dilaksanakan secara tender.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Tawau juga bertanya tentang sebuah sekolah mubaligh di Tawau telah dimakan anai-anai, mohon bantuan segera. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Shamson. Peruntukan sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk mengatasi masalah anai-anai di semua sekolah bantuan kerajaan dan bantuan modal di negeri Sabah untuk makluman. Yang Berhormat Tawau juga bertanya tentang SK Balong Kampung Pupus, bangunan kayu dan lapan bilik darjah dimakan anai-anai. Beliau menyebut tidak ada tindakan JPN. Bagi sekolah ini, permohonan yang dibuat oleh pihak JPN untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah melibatkan dua skop iaitu prasekolah dan juga UNST.

Bagi skop prasekolah, tiga bilik darjah yang dipohon telah siap dibina manakala bagi kerja-kerja di bawah Butiran 03501 juga telah siap. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat isu anai-anai merupakan isu baru. Perkara ini akan dirujuk dengan PPD Tawau dan JPN Sabah. Yang Berhormat Putatan juga menyebut tentang SMK Pulau Gaya, satu kawasan atas paras laut, sekolah tidak ada padang permainan untuk aktiviti pembangunan sukan. Sekolah juga kerap dilanda banjir, ada tanah yang boleh diperoleh bagi pembinaan sekolah ini. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, SMK Pulau Gaya telah diperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi UNST. Bagi isu yang diutarakan, KPM mengambil maklum akan perkara ini dan KPM akan memohon bantuan JPN Sabah untuk melihat keadaan tersebut dan mengemukakan cadangan penyelesaian yang sesuai memandangkan kawasan di Pulau Gaya agak berbukit.

Yang Berhormat Hulu Terengganu ingin bertanya apakah status pembinaan SM...

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon laluan, penjelasan.

Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap terima kasih di atas jawapan bagi SK Gunung Senyum yang telah disediakan tapak dan soalan saya telah juga ditimbulkan bagi SMK Kuala Krau 2, yang mana pihak pimpinan telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Pelajaran sendiri dan memaklumkan bahawa projek SMK Kuala Krau yang telah disediakan tapak, yang telah diwartakan hak milik KPM akan dibina. Soalan saya bilakah akan mula dibina? Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, akan sampai itu Yang Berhormat, sekejap lagi ya? Yang Berhormat Hulu Terengganu tanya apa status pembinaan SM Teknik di Terengganu sama ada teruskan pembinaan atau ditangguhkan? Status pelaksanaan projek adalah di peringkat reka bentuk, akan ditender pada pertengahan tahun 2009 dengan anggaran kos RM80 juta dan skop projek adalah 40 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Status tanah telah diselesaikan, tanah adalah milik KPM. Yang Berhormat Tawau ingin bertanya dan minta perhatian khusus kepada sekolah bantuan kerajaan dan sekolah mubaligh di Sabah dan KPM sedang meneliti permohonan yang telah dikemukakan oleh semua JPN di bawah pakej peruntukan khas RM200 juta bagi sekolah-sekolah bantuan modal.

Yang Berhormat Tawau juga bertanya tentang sekolah luar bandar di Sabah tiada bekalan elektrik, apakah tempoh masa perkara ini akan diselesaikan. Seperti mana yang telah saya huraikan sebentar tadi, pada masa ini sekolah luar bandar di negeri Sabah dibangunkan dengan projek solar hibrid untuk pembekalan projek. Untuk fasa pertama 78 buah sekolah terlibat di seluruh Sabah. Status 71 buah telah dibekalkan elektrik, baki tujuh sekolah akan dibekalkan dan ianya dalam peringkat pembinaan. Kos keseluruhannya RM300 juta. Untuk fasa kedua sebanyak 103 buah sekolah telah dikenal pasti ianya di peringkat perancangan dan sedang dalam proses pelantikan perunding.

Yang Berhormat Sungai Petani bertanya mengapa peruntukan pengurusan melonjak dengan tinggi daripada RM22 juta pada tahun 2008 meningkat kepada RM148 juta pada tahun 2009? Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani, setelah kita menyemak anggaran belanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan, nampaknya apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat itu jauh sekali daripada jumlah peruntukan yang ada.

■1640 Peruntukan sebenarnya belanja mengurus pada tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

TahunPeruntukan (Bilion)
2008 2009RM26.03 RM27.35

Bukannya RM22 juta melonjak kepada RM148 juta. Mungkin soalan itu tidak spesifik sangat, maka tidak dapat kami tangkap apa Yang Berhormat hendak.

Yang Berhormat Sungai Petani juga tanya apakah pembinaan rumah guru termasuk kuarters institusi pendidikan di kawasan kampung benar-benar perlu. Sebagai contoh banyak kuarters institusi pendidikan di Sungai Petani tidak dihuni. Pada umumnya kuarters institusi pendidikan dibina setelah ada permohonan daripada pengguna. Bila ada insentif elaun rumah dan COLA, kebanyakan staf tidak mahu menghuni KIP kerana tidak lagi layak menerima COLA ataupun elaun rumah. Sebagai penyelesaian, KPM menawarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menghuni unit yang kosong.

KPM juga akan membuat sedikit pengubahsuaian bagi keperluan pusat latihan kegiatan guru bagi menampung keperluan tempat kursus bagi profesion ini. Bagi melihat masalah di Sungai Petani KPM bercadang menjadikan kuarters guru tersebut sebagai tempat latihan. Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 3:44 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Penjelasan, tentang rumah guru.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak sekejap ya saya jawab Yang Berhormat Kuala Krau dahulu. Yang Berhormat Kuala Krau bertanya tentang SMK Kuala Krau II, bila akan dibina. Walaupun ianya tidak disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan memandangkan keperluan itu juga agak mendesak, KPM akan meminta Jabatan Perdana Menteri Pahang untuk menyenaraikan projek tersebut untuk pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Dimaklumkan pada masa ini KPM sedang menghadapi masalah kekangan siling peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Kuala Krau juga bertanya tentang sekolah berasrama penuh integrasi di Kuala Krau tidak ada PA sistem. Mohon KPM beri perhatian.

Pihak sekolah boleh mengeluarkan peruntukan bagi pembekalan PA sistem bagi kos di bawah RM50,000 jika ianya di bawah PTJ atau kalau bukan di bawah PTJ, permohonan boleh dimajukan kepada Jabatan Perdana Menteri. Ini makluman Yang Berhormat mungkin disampaikan pada pihak yang berkenaan. Yang Berhormat Kuala Krau juga bertanya tentang Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh kekurangan guru akademik. Untuk makluman, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh bukan sekolah kerajaan. Sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, sudah ada precedent di mana terdapat pelepasan dan bantuan daripada guru-guru sekolah kita dan perkara ini boleh dirunding dengan pihak Jabatan Perdana Menteri Pahang. Yang Berhormat Kepong pula bertanya...

final • 3:44 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Penjelasan tadi tentang rumah guru. Terima kasih Menteri, Tuan Pengerusi. Tempat saya ada tiga perumahan guru ini.

Satu di Jelai, yang kedua di Tokai dan ketiga di Kubur Panjang. Dalam sesi lepas, saya tanya timbalan menteri di Sungai Petani juga mengatakan 70% ratenya tetapi saya lihat sekarang ini kalau di Kubur Panjang itu dalam 20% di Tokai dalam 40% dan di Jelai mungkin dalam 30%, 40%.

Masalah diberitahu oleh guru-guru adalah rumah ini empat tingkat. Meter air semua itu dia guna satu meter begitu juga dengan elektrik. Kemudian dia empat tingkat tetapi tidak ada lif, jadi apabila mereka ditempatkan di tingkat atas, ini menjadi masalah.

Kalau yang ajar sekolah menengah, yang sudah tua itu, dia sakit lutut. Jadi hendak naik tidak boleh. Kadang-kadang yang ada anak kena dukung anak naik turun naik turun, jadi itu masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang tinggal di perumahan guru ini. Saya minta kementerian tolong lihat perkara inilah. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Ini satu input yang sangat baik kerana dari segi practicalitynya bangunan yang direka bentuk itu kita kena mengambil kira. Kadang kala guru itu mungkin duduk bersama dengan orang tua, maka ianya patut diambil kira semasa reka bentuk. Saya rasa saya yakin pihak kementerian juga sedar tentang perkara ini dan dalam mereka bentuk yang baru bagi KIP ini ianya akan mengambil kira aspek-aspek tersebut.

Yang Berhormat Kepong pula bertanya tentang bagaimana KPM melaksanakan penempatan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah kerana terdapat sekolah menengah menghadapi kepadatan murid yang tinggi. Untuk makluman, penempatan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah adalah berasaskan kepada:

(i) sekolah rendah yang berhampiran dengan sekolah menengah iaitu melalui feeder school;

(ii) jarak kediaman murid dengan sekolah; dan

(iii) keupayaan sekolah menengah untuk menampung bilangan murid.

Faktor-faktor ini menjadi penyumbang kepada kepadatan sesebuah sekolah.

Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, seperti mana pernah dibincangkan dengan Yang Berhormat Kepong sendiri, kadang kala hasrat ataupun kehendak ibu bapa yang menjadi satu masalah besar kerana mereka mahu anaknya di hantar walaupun jarak lebih jauh. Ataupun kadang kala oleh kerana sekolah itu sudah padat, mereka membuat anggapan sekolah itu adalah sekolah yang baik kerana mendapat sambutan yang baik. Itu juga satu persepsi di kalangan masyarakat. Sebenarnya ada beberapa perkara lagi Yang Berhormat Simpang Renggam ada sebut tentang sistem pencegahan kebakaran yang disediakan oleh sekolah-sekolah tidak berfungsi. Mohon KPM menyiasat perkara ini.

Peruntukan bagi penyenggaraan alat pemadam api sememangnya disediakan. Peruntukan tersebut disalurkan kepada sekolah oleh Jabatan Pelajaran mengikut keperluan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Simpang Renggam, sebenarnya ada usaha sama di antara KPM atau pihak sekolah dengan bomba dan tanggungjawab bomba adalah memastikan alat pemadam api itu sentiasa berfungsi demi mencegah kebakaran. Di samping itu, ingin saya menyatakan bahawa kadang kala alat pemadam api itu bukanlah segala-galanya apabila berlakunya kebakaran. Dalam reka bentuk bangunan sekolah kita pun kita ada unsur-unsur pencegahan dari segi lif, dari segi tangga yang direka bentuk, ianya telah mengambil kira aspek-aspek keselamatan.

Seterusnya saya ingin terus kepada aspek kedua tentang kewangan. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya apakah pecahan peruntukan kepada murid sekolah setiap aliran diberikan...

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kelmarin saya ada bangkitkan satu perkara mengenai bangunan di bilik darjah di SMK Bandar Kuching I yang telah terbakar. Sehingga kini belum ada apa-apa projek yang baru untuk membaik pulih bangunan yang terbakar. Apakah pendirian dan kedudukan kementerian?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

Setelah mendengar hujah Yang Berhormat pihak kami telah meminta JPN Sarawak untuk menyiasat perkara ini dalam tempoh terdekat dan kami ingin mendapatkan laporan terkini tentang status pelaksanaan seperti mana Yang Berhormat katakan kerana telah dibekalkan bilik darjah, tetapi nampaknya makmal itu tidak ada. Maka secara spesifiknya, ingin saya dapatkan perkembangan lanjut tentang perkara ini.

Saya terus kepada soalan Yang Berhormat Lembah Pantai. Pecahan peruntukan kepada murid dan sekolah setiap aliran diberikan secara saksama. Adakah itu yang berlaku? Pecahan peruntukan yang tidak saksama akan menjarakkan lagi jurang pelajaran antara sekolah seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan kepada pelajar dan sekolah diberikan di bawah peruntukan geran per kapita PCG iaitu berdasarkan kepada enrolment murid di sesebuah

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

sekolah. Ini bermaksud sekolah yang mempunyai bilangan murid yang banyak dan memperoleh peruntukan PCG yang lebih dan begitu juga sebaliknya.

Yang Berhormat Kuala Krau memohon SJK(T) ladang Sungai Tekal dipindahkan ke kawasan baru kerana bilangan penduduk setempat semakin berkurangan. Proses perpindahan sekolah perlu mengikut prosedur dasar perpindahan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

(i) mendapatkan persetujuan 100% ibu bapa murid sekolah yang dicadangkan untuk dipindahkan;

(ii) telah mengenal pasti tapak di tempat baru;

(iii) tapak yang dikenal pasti adalah bukan rizab pendidikan; dan

(iv) sekolah sedia ada ditutup beroperasi serta-merta selepas tapak baru beroperasi.

Yang Berhormat Sungai Petani juga menyebut tentang pembinaan sekolah...

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tuan Pengerusi mohon penjelasan.

Sedikit sahaja.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ya.

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam program geran per kapita ini, mungkin boleh dijelaskan kalau wujud, kenapakah masih lagi ada perbezaan antara enrolment murid, jumlah murid di sekolah dan peratusan peruntukan. Seperti yang saya sebut semalam, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan SJK(C) hanya mendapat 3.6% walaupun bilangan pelajar mencapai 20.96%. Ini contohlah, boleh jelaskan. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Lembah Pantai, apabila kita membincangkan tentang bajet yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat, ada dua aspek yang patut dilihat. Yang pertama adalah belanja mengurus, operating budget dengan izin.

Yang kedua adalah belanja pembangunan. Jadi ada dua aspek. Seperti mana yang saya katakan PCG itu tidak kita lihat jenis aliran sekolah.

■1650 Semua aliran sekolah akan terima PCG yang sama dan oleh kerana ini yang berlaku bagi operating budget, ianya merupakan satu angka yang amat besar tak kira SJK(T) atau SJK(C).

Untuk dana pembangunan disebabkan oleh faktor sejarah dahulu dan seperti mana yang pernah saya huraikan daripada segi peruntukan yang didahagakan oleh sekolah bantuan kerajaan iaitu sekolah bantuan modal, ianya mencakupi semua kaum dan agama.

Ianya tidak semata-mata pada SJK(C), SJK(T) pun ada, sekolah mubaligh pun ada dan sekolah agama bantuan kerajaan. Maka, tugas dan cabaran sekarang ialah bagaimana kita merapatkan jurang perbezaan antara sekolah, peruntukan yang diagihkan kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Itu pun sedang diteliti di bawah mini PIPP.

Untuk makluman seterusnya Yang Berhormat Simpang Renggam menyebut tentang...

final • 3:44 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

...empat buah sekolah menengah yang enrolmennya melebihi 1,000 orang. Apakah garis panduan KPM dan pembinaan sekolah menengah, apakah status pembinaan tiga buah sekolah berikut dan difahamkan telah diluluskan pembinaannya iaitu SMK Ibrahim Majid, SMK Seri Machap dan Renggam Jaya.

Untuk makluman, SMK Ibrahim Majid telah dilaksanakan secara sistem bangunan industri iaitu IBS oleh Syarikat Apex’s Communication dengan kos pelaksanaan RM24 juta.

Skop projek adalah 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Tempoh pelaksanaan adalah 15 bulan daripada 6 Jun 2008 hingga 5 September 2009. Bagi SK Sri Machap dan SK Renggam Jaya - SK Sri Machap sedang dilaksanakan oleh JKR dengan kos sebanyak

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

RM1.283 juta dan SK Renggam Jaya tidak dapat dilaksanakan berikutan dengan masalah kekangan peruntukan RMK-9 dan dicadangkan pelaksanaan dalam RMK-10.

Yang Berhormat Tawau pula bertanya tentang terdapat permohonan supaya didirikan sekolah Kadazan di Sabah. Sehingga hari ini permohonan tersebut masih tidak dapat maklum balas daripada KPM. Walaupun KPM belum menyediakan sekolah bagi kaum Kadazan, KPM telah melaksanakan pengajaran mata pelajaran Kadazan Dusun bermula daripada tahap dua sekolah rendah sehingga sekolah menengah di Sabah. Kohort pertama murid yang mengambil mata pelajaran ini baru selesai menduduki peperiksaan PMR 2008.

Yang Berhormat Kepong bertanya setakat mana KPM berjaya melengkapkan kemudahan ICT di sekolah bagi merapatkan jaringan komunikasi dan ICT di sekolah- sekolah negara ini. Bagi menjayakan kemudahan ICT, KPM telah melaksanakan nombor satu, projek SchoolNet di 97% buah sekolah seluruh negara dan makmal komputer dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 60% daripada 760 buah sekolah telah siap. Baki 40% dijangka siap sebelum akhir 2009.

Yang Berhormat Putatan bertanya tentang dua buah sekolah mubaligh iaitu SM La Salle dan SM Stella Marie, dipohon supaya dilengkapi dengan perabot komputer dan penghawa dingin di bilik guru.

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

KPM telah memberi pertimbangan berdasarkan permohonan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan seperti mana yang saya jawab sebelum ini, ianya boleh dikemukakan. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada permohonan keperluan perabot dan peralatan yang telah dilakukan oleh sekolah berkenaan.

Yang Berhormat Bandar Kuching pula bertanya tentang SMK Bandar Kuching (I) yang telah terbakar telah saya jawab tadi kerana Yang Berhormat mencelah. Yang Berhormat Tuaran pula bertanya tentang SMK Tinggilan di Tuaran memerlukan bangunan asrama yang baru dengan kadar segera kerana bangunan sedia ada telah rosak teruk dan tidak boleh diperbaiki lagi. KPM akan menyemak dan mengkaji keperluan asrama ini dengan sewajarnya. Ini juga tertakluk kepada baki peruntukan yang ada. Walau bagaimanapun, KPM pada dasarnya tidak kompromi dalam isu keselamatan dan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sekiranya ia berkaitan dengan isu keselamatan.

Yang Berhormat Lenggong mohon tambah 26 bilik darjah di SMK Sultan Idris Shah, Grik supaya sekolah ini dapat beroperasi sebagai sekolah satu sesi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan,

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri tak bagi ya? Dua orang berdiri.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak. Saya ada banyak lagi. Kalau saya nak habiskan, banyak lagi. Saya rasa demi tidak menghampakan Ahli Parlimen, saya cuba sedaya upaya saya. Kalau apa kita boleh bincang lepas ini, tak apa, bisa diatur. Kita boleh bincang apa yang nak. Okey?

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, SMK Sultan Idris Shah telah mendapat projek bangunan tambahan dengan skop lapan bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Siling yang diperuntukkan adalah sebanyak RM1.8 juta. Adalah dijangkakan pelaksanaan akan bermula pada pertengahan tahun 2009 dengan anggaran kos pelaksanaan sebanyak RM6 juta oleh JKR.

Yang Berhormat Pokok Sena tanya tentang blok tambahan bagi ...

final • 3:44 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Menteri minta laluan menteri.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sikit saja, sikit saja.

final • 3:44 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Berkaitan dengan Sekolah Menengah Sultan Idris Shah (II) Grik. Saya bangkitkan berkaitan dengan pembinaan dewan besar yang memang amat memerlukan memandangkan sekolah ini hanya menggunakan kantin di asrama. Jadi itu telah pun diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ucap terima kasih kerana menteri hadir ke Parlimen Lenggong dan meluluskannya tapi sehingga ini belum lagi pembinaannya dapat dilakukan. Saya minta berkaitan itu.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.

Sebenarnya, kementerian kita sedang memuktamadkan projek-projek mana yang boleh didahulukan memandangkan kadar yang tidak menentu sebelum ini. Bahan binaan meningkat sampai 40%. Maka sekarang keadaan dah reda, harga minyak dah turun.

Nampaknya mungkin ada ruang untuk kita tambah dan kita akan beri keutamaan sekiranya mampu kita laksanakan, Yang Berhormat.

Jadi saya teruskan kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Blok tambahan bangunan sekolah dan pembangunan lima buah sekolah baru di Selangor dan Wilayah Persekutuan hanya diberikan kepada satu syarikat kontraktor sahaja iaitu Ibuzawa, mohon penjelasan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kos pelaksanaan sebenarnya adalah RM345 juta dan skopnya ada 32 blok tambahan dan lima sekolah baru dan KUB Ibuzawa Sdn. Bhd.

merupakan kontraktornya dan tarikh kontraknya adalah dua tahun. KPM memerlukan sekolah dengan segera dan mengatasi kesesakan pelajar yang berlaku di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Konsep pelaksanaannya secara sistem bangunan industri iaitu IBS.

Saya yakin sebelum ini telah saya terangkan di Dewan yang mulia ini dan daripada segi Yang Berhormat mungkin akan bertanya kenapa diberikan secara nego dan saya rasa perkara ini telah pun saya menjawab serba sedikit iaitu kalau kita melihat keseluruhan tender, pada mulanya IBS ini merupakan satu konsep yang agak baru dan apabila kita mencuba konsep baru ini, kita kena cari orang yang betul-betul atau syarikat supaya dia buat secara economical.

Jadi saya rasa pada mulanya ianya telah ditentukan dalam sebegitu rupa dan selepas itu apabila kita telah yakin bahawa dalam industri ini telah banyak, ianya boleh dibuka secara luas. Jadi kementerian ini sebenarnya untuk nego tender sebegini, cuma rundingan terus ini cuma 11% daripada keseluruhan. 89% masih lagi secara tender terbuka untuk makluman Yang Berhormat.

Jadi saya teruskan kepada isu tentang perjawatan yang dibangkitkan. Yang Berhormat Sik ...

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Mohon penjelasan. Saya kira bahawa kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri tadi satu kenyataan yang sukar untuk diterima kerana nak pilih kontraktor yang betul-betul boleh buat laksana mengikut sistem IBS. Ini seolah-olah macam menafikan bahawa lain daripada Ibuzawa KUB ini tak boleh buat, tak tahu tentang masalah menggunakan sistem IBS ini. Ini seolah-olah menafikan tentang kebolehan mereka. Sebab itu bagi saya bahawa walaupun disebut tadi kos itu telah berkurangan, saya tahu memang sudah berkurangan selepas saya timbulkan sebelum ini, saya difahamkan bahawa memang kementerian telah mengurangkan jumlah daripada 42 itu kepada 32 dan kosnya telah dikurangkan daripada RM850 juta kepada RM350 juta tadi yang disebut oleh Timbalan Menteri tetapi asalnya sememangnya RM850 juta. Namun saya nak sebut di sini bahawa keputusan itu seolah-olah menafikan kebolehan kontraktor- kontraktor yang lain.

Seolah-olah macam KUB sahaja yang tahu untuk buat sistem IBS ini dan tidak ada pun di sini, tiada maklumat tentang skim payung untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil. Bagi saya ini satu yang bersifat monopoli yang mungkin kerana ada kepentingan UMNO di sana kerana KUB yang menguasai 60% dalam Ibuzawa.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat untuk konsep IBS ini pada mulanya dilaksanakan oleh tiga syarikat dan seterusnya telah dibuka kepada syarikat-syarikat lain. Jadi itu sekadar peringkat kita nak mulakan konsep

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

IBS sahaja. Jadi sekarang isu itu telah reda kerana kita buat secara tender terbuka. Jadi saya terus kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik.

■1700 Mohon KPM kaji perjawatan di semua peringkat pendidikan. Terdapat guru-guru biasa mendapat pangkat JUSA C sedangkan gred pengetua lebih rendah. Hal ini menyukarkan pengetua membuat teguran dan bimbingan. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sik yang telah memberikan pengiktirafan dan sanjungan kepada kerajaan khususnya KPM yang telah menjaga kawasan beliau walaupun dimiliki oleh pembangkang. Akan tetapi nampaknya keadaan sentiasa baik. Ini membuktikan bahawa kita tidak melihat fahaman politik. Kita menjaga semua sekolah tanpa melihat siapakah wakil rakyatnya.

Jadi bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kenaikan pangkat ke JUSA C adalah untuk guru cemerlang. Kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada profesionalisme dan tidak melibatkan struktur tinggi rendah dalam urusan pentadbiran sekolah. Pengetua selaku ketua jabatan berhak membuat teguran atau memberi bimbingan kepada pegawai bawahannya walaupun berada pada gred yang lebih rendah. Kenaikan pangkat berdasarkan profesionalisme tidak berlaku di KPM saja tetapi di kementerian lain khususnya di Kementerian Kesihatan.

Sebagai satu contoh, pakar bedah jantung. Dia mungkin berpangkat JUSA C dan kadangkala dalam hospital itu mungkin pengarahnya tidak sampai ke tahap itu. Akan tetapi dia adalah tetap sebagai ketua jabatan dan segala arahan patut dipatuhi. Saya rasa mereka adalah golongan profesional. Sama dengan guru juga. Kita dapat mematuhi apa juga arahan daripada pihak pentadbir.

Yang Berhormat Gelang Patah sebut tentang kekurangan guru di sekolah-sekolah Gelang Patah masih lagi belum diselesaikan dan beberapa contoh telah diberikan. SKJ(C) Pu Tze, SJK(C) Kuo Kuang 1 dan SJK(C) Kuo Kuang 2. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM telah meluluskan sebanyak 858 jawatan untuk diisi oleh GSTT memandangkan terdapat kekurangan bekalan guru terlatih. Masalah di Johor Bahru ialah kalau hendak dapatkan warga tempatan atau anak watan di sana untuk menjadi guru, kadangkala kita bersaing dengan Singapura. Mereka terus pergi ke sana dan menerima gaji yang lebih tinggi. Sebab itulah lazimnya ia dapat daripada GSTT daripada tempat lain.

Jadi itulah hakikatnya. Walau bagaimanapun, kita telah mengambil langkah- langkah yang lebih proaktif untuk mengatasi masalah ini dan memang dari segi kekurangan guru seperti mana yang saya terangkan melalui tiga mod iaitu latihan perguruan yang kita akan buat melalui KPLI, KPLSPM dan juga KDC. Ia memang secara sistematiknya akan mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di SJK(C). Jadi Yang Berhormat Sik juga...

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta penjelasan. Tadi ada sedikit saya tertinggal tadi. Saya hendak minta jawapan kalau tidak boleh secara direct hari ini, diberi secara bertulis daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang projek yang sama seperti mana di zon Selangor dengan Wilayah ini, untuk zon Selatan, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak. Syarikat mana yang mendapat projek ini dan setiap syarikat itu berapa jumlah projek, bangunan tambahan dan juga berapa jumlah bangunan sekolah baru. Saya difahamkan bahawa macam di zon selatan diberikan kepada APEX Construction dan saya hendak minta pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri secara bertulis.

Saya juga hendak sebut bahawa dalam Ibuzawa Construction bersama dengan Gabungan Strategik Sdn. Bhd. ini, Ibuzawa ini tidak ada pengalaman dalam lBS.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, pihak kementerian sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan dan apa-apa maklumat yang diperoleh akan saya cuba memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sik bertanya dan meminta supaya mengkaji semula kemasukan PTD ke dalam JPN dan juga PPD. Kemasukan kumpulan PTD telah dilihat menyekat peluang kenaikan pangkat di kalangan guru. Untuk makluman Yang Berhormat,

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

kemasukan PTD ke JPN tidak menghalang laluan kenaikan pangkat bagi guru tetapi bagi membantu memantapkan lagi pengurusan pentadbiran dan kewangan JPN. Pertambahan jawatan bagi guru masih diwujudkan dari semasa ke semasa. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya perwujudan jawatan yang ditambah untuk golongan profesional atau golongan guru ini memang banyak dilakukan sejak dua tiga tahun ini.

Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya tentang memohon KPM semak semula scale gaji guru lepasan HSC Gred DGA32, T1 hingga T11 kepada T1 kepada T17. Gaji mereka akan terhenti agak lama sementara menanti kenaikan jawatan ke Gred DGA34.

Saya ingin saya nyatakan bahawa mungkin apa yang maklumat Yang Berhormat terima itu mungkin tidak tepat.

Penetapan tangga gaji sedia ada adalah berdasarkan kepada kelulusan agensi setempat. Pindaan atau semakan gaji itu di bawah bidang kuasa agensi pusat. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat mengatakan untuk mereka yang telah mencapai T11 untuk kelayakan STPM atau HSC, tidak silap saya Yang Berhormat sebut RM3,399 berbanding dengan RM3,055 kalau dia berada di P1T1 di DGA34. Sebenarnya kami telah menyemak dengan Bahagian Sumber Manusia, bagi mana-mana individu yang telah naik pangkat daripada DGA32 ke DGA34, kita akan membandingkan gaji penyandang.

Bermakna sebelum jawatan hendak sampai ke DGA34, berapa gajinya, akan tambah dengan satu pergerakan gaji di gred di pangkuan tersebut.

Ini bermakna ia tidaklah berkurangan. Akan tetapi secara teori atau secara kalau kita memaparkan T1, mungkin kita akan dapat tanggapan ia kurang. Akan tetapi memang dari segi pentadbiran, gaji penyandang campur dengan satu pergerakan gaji pada peringkat dia dinaikkan pangkat itu. Jadi itu untuk makluman Yang Berhormat. Permohonan...

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Mengenai DGA32, sekarang apa yang terdapat di dalam scalenya adalah T1 iaitu tahun perkhidmatan satu ke tahun perkhidmatan sebelas. Untuk guru yang dalam DGA32, selepas mereka berkhidmat sebelas tahun, tidak ada lagi T12, T13 dan T14. Gaji mereka akan tersangkut di tahap T11 saja kecuali mereka mungkin dianugerahkan guru cemerlang atau mereka dinaikkan pangkat kepada guru besar.

Now, masalah sekarang adalah ramai daripada guru itu, mereka tersangkut di tahap-tahap T11. Oleh itu, adalah seruan kita bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia boleh memanjangkan skala gaji di tahap DGA32 yang kini adalah pada T11 memanjangkan dan menambah kepada T12, T13, T14 dan T15 sehingga T17. Ini juga applicable to DGA34 kerana DGA34 sekarang maksimumnya adalah T7.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey Yang Berhormat. Saya faham soalan Yang Berhormat sebab saya sudah banyak kali mengadakan dialog dengan kesatuan. Isunya sebegini Yang Berhormat. Ramai Ahli Parlimen tadi membincangkan tentang kualiti.

Hendak kita mempertingkatkan profesionalisme guru kita. Dalam konteks ini, di bawah PIPP, kita mensyaratkan dan menyasarkan guru kita yang berijazah ini kita hendak dapatkan 50% untuk sekolah rendah tanpa mengira aliran. Untuk sekolah menengah kita mahu 100% adalah siswazah.

Sebab itu di bawah kementerian ini kita telah memperuntukkan peruntukan yang banyak untuk pensiswazahan guru di sekolah rendah termasuk mereka yang memiliki kelayakan HSC. Dalam konteks ini, sebenarnya kita menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran sampai ke universiti ataupun baru-baru ini kita telah meminda Akta Pendidikan kita membenarkan IPG untuk kita menganjurkan program-program untuk ijazah ini. Jadi saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk mereka menaikkan sekurang- kurangnya dari segi kualitinya dapat dipertingkatkan sampai ke ijazah. Sebab itu Yang Berhormat, kita tidak boleh melihat 34 sampai dia bersara.

Untuk makluman, bagi sesiapa di bawah 45 tahun, dia berhajat untuk meneruskan pengajian, bila dia sudah mendapat ijazah daripada universiti, seterusnya guru besar di sekolah rendah dia berpotensi dari DGA41 dia boleh bersara pada DGA44. Ini lebih menguntungkan guru atau guru besar tersebut.

■1710

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Jadi kita kena melihat secara holistik dalam perkara ini, bukan sekadar kita nak wujudkan tangga gaji itu semata-mata ada yang stagnant di situ Yang Berhormat ya.

Jadi Yang Berhormat Gelang Patah, seperti mana yang saya katakan, pemilihan guru KDC, Kursus Diploma Perguruan, modnya ialah kursus dalam cuti, jadi ada syarat- syaratnya, lima kepujian di SPM. Perkara ini telah saya banyak kali menerangkan di Dewan ini, apa yang penting pemilihan itu pada kali ini kita telah memikirkan cara terbaik memaksimumkan pengambilan.

Untuk sekolah jenis kebangsaan, pada mulanya mungkin hanya sekadar 300 kerana pensyarah kita ada yang berhijrah ke universiti. Jadi untuk kita secara meminta, merayu kepada pensyarah untuk ambil lebih banyak beban kerja, mereka bermurah hati supaya dapat ditambah lagi. Jadi jumlah pengambilan untuk KDC adalah 6%. Bermakna kita ada 3,000 lebih, kita perlukan masa tetapi bukan hanya bergantung pada KDC semata- mata untuk kita membekalkan guru-guru yang berkualiti kepada sekolah. Jadi saya rasa kita jangan ada tanggapan yang salah tentang perkara ini dan apa-apa kekurangan kita telah atasi secara pentadbiran dari segi pemilihan calon yang untuk memasuki KDC.

Seterusnya mengenai guru sekolah rendah akan dinaikkan pangkat kepada 41 apabila telah mengikuti program pensiswazahan. Ingin saya maklumkan bahawa kalau guru-guru di sekolah dilantik kepada DG41, dia perlu melalui satu program pensiswazahan dan diluluskan pelantikan ke gred 41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik.

Ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyebut tentang kenaikan pangkat DG41 ke DG44 bagi guru terlalu lambat, khuatir jika terdapat keciciran. Urusan kenaikan pangkat DG41 ke DG44 bagi tahun 2007 telah dikemukakan kepada JPA melalui tiga fasa.

Fasa satu dan dua telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat, JPA dan surat kenaikan pangkat telah diedarkan kepada pegawai atau guru melalui ketua jabatan masing- masing. Manakala urusan kenaikan pangkat fasa tiga masih lagi dalam pertimbangan JPA.

Untuk makluman, walaupun ada rintihan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengatakan kononnya guru-guru ini sukar untuk mendapatkan kenaikan pangkat secara perbandingan dengan PTD. Sebenarnya ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat, kita telah melakukan banyak perubahan. Dari segi kalau guru yang mengajar tingkatan enam, grednya boleh sampai ke 48, DG48, 52 dan sebagainya. Ini secara perbandingan dengan dahulu, ia jauh berbeza. Itulah hakikatnya.

Yang Berhormat Lenggong tadi ada menyebut tentang guru yang ...

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon laluan ya. Tentang dinaikkan gred 41 dan 44 ini dah saya bawa dalam perbahasan. Dalam urusan untuk mendapatkan jawatan juga, saya ada mengutarakan tentang lantikan timbalan pegawai pelajaran daerah, DG44. Adakah akan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, sikit lagi sampai. Guru-guru yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak diberi kenaikan gaji. Ini secara khusus bagi guru yang mempunyai PhD dan masters. Pemberian hadiah pergerakan gaji, HPG kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang mempunyai kelayakan sarjana dan doktor falsafah tidak dapat dilaksanakan kerana ia akan turut memberi implikasi kepada skim perkhidmatan yang lain. Namun guru-guru yang memiliki ijazah sarjana dan juga PhD boleh memohon kenaikan pangkat secara fast track sebagai pensyarah cemerlang di IPG, IAB dan matrikulasi. Itu adalah laluan yang telah kita direka bentuk sedemikian supaya mereka boleh terus diserapkan ke kolej-kolej berkenaan.

Yang Berhormat menyebut tentang penolong PPD yang dinafikan hak untuk kenaikan pangkat dan gred DG48 dengan dihantar semula ke sekolah setelah jawatan tersebut di naik taraf. Untuk makluman, jawatan timbalan PPD DG48 adalah jawatan baru dan bukannya jawatan yang di naik taraf. Oleh itu, hanya calon yang telah diluluskan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang telah berada di jawatan DG48 layak mengisi jawatan tersebut. Penolong PPD dilantik secara dalaman dan jika mereka tidak termasuk dalam senarai pemangkuan yang

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

diluluskan oleh LKP, mereka akan ditempatkan semula di jawatan gred DG44 di sekolah ataupun JPM.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada 16 Mei pada tahun ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan, kenaikan pangkat itu tidak semata-mata berlaku di sekolah sahaja. Kali ini 10% akan dirizabkan kepada pegawai-pegawai pendidik yang berkhidmat di JPM dan PPD. Ini sebagai langkah supaya kita tidak menafikan peluang kenaikan pangkat mereka yang berkhidmat di JPM dan PPD.

final • 3:44 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Laluan ya? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah menyebut perkara ini di mana di daerah Kuantan, Raub, Bentong, Maran, Temerloh, Jerantut; di mana timbalan pegawai PPD ini telah memangku sejak sekian lama, enam tahun, tujuh tahun dan telah disahkan jawatannya DG44 tetapi akan diambil alih dengan perjawatan baru DG44 yang telah disahkan hanya tahun 2005.

Ini bercanggah dengan pekeliling kementerian ini sendiri di mana DG44 disahkan pada tahun 2004 telah dinafikan haknya tetapi dilantik DG44 yang hanya disahkan perjawatannya tahun 2005. Saya minta kementerian tengok perkara ini iaitu Kuantan, Raub, Bentong, Maran, Temerloh dan Jerantut. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Perkara yang sama Yang Berhormat?

final • 3:44 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hampir sama. Berkaitan dengan apa yang saya sebut dalam ucapan perbahasan tempoh hari, saya hanya ingin mendapat kepastian kementerian berkaitan dengan guru-guru. Jika dia lulusan diploma maktab perguruan, dalam tempoh dia berkhidmat dia melanjutkan pelajaran selama empat tahun di universiti. Dalam tempoh empat tahun, habis tamat universiti, dia kembali balik bertugas. Adakah gred gajinya naik atau kembali pada tahap yang sama? Itu isu yang saya nak sebut kepada Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, ada dua perkara dalam soal ini.

Yang pertama saya jawab dulu Yang Berhormat Kuala Krau. Pihak kementerian akan menyiasat perkara ini kerana kalaulah kedua-duanya adalah calon yang telah pangkat DG44 dan disahkan mungkin dari segi seniority, seorang yang lebih senior diganti dengan orang baru. Maka saya rasa perkara itu ada asasnya untuk kita melihat dan meninjau perkara ini. Sama ada tak sesuatu yang tidak kena. Jadi saya rasa kita akan menyiasat tentang perkara ini.

Akan tetapi secara umumnya, kalau kita membuat perbandingan jawatan itu kita tambahkan, bukan kita nak guling ataupun kita memang sengaja hantar dia balik untuk memalukan, tidak. Itu memang kalau ada kekosongan, kalau ditambah nampaknya jawatan itu memang ada di JPM atau di PPD.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka ini telah memangku sekian lama, enam hingga tujuh tahun memangku jawatan timbalan pegawai pelajaran daerah. Akan tetapi ada perjawatan baru, hak mereka ini telah dinafikan dan dilantik pula pegawai DG44 tahun 2005 sedangkan mereka ini telah disahkan jawatan tahun 2004. Minta sekali lagi disemak.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ya Yang Berhormat, saya akan semak. Ini mungkin ada dari segi PTD, kemudian daripada golongan guru. Kalau daripada guru itu, akan kita semak secara mendalam dan saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat perkara ini akan diteliti oleh kita.

Seperti mana Yang Berhormat Lenggong bangkitkan tadi, tentang guru kalau melanjutkan pendidikan, adakah mereka balik kepada tangga gaji ataupun akan dapat pergerakan gaji? Untuk makluman Yang Berhormat, kalau seseorang itu mendapat diploma, DG29, DGA32, akhirnya dia akan melalui satu proses menjadi guru siswazah selagi diperakui oleh SPP. Maka dia kena memohon untuk menjadi DG41, jadi guru siswazah.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya rasa proses itu telah kita seragamkan, sebelum itu ada ura-ura kononnya ada yang dapat gaji yang kurang apabila menjadi siswazah. Perkara ini telah dibetulkan pada 16 Mei dengan perjuangan kementerian itu bersama dengan kesatuan. Di mana kita mengambil kira tempoh khidmat bagi mereka yang memiliki diploma, tiga tahun bersamaan dengan satu tahun perkhidmatan di peringkat siswazah. Saya rasa itu adalah satu perkara yang adil pada tempoh maksimum tiga kali pergerakan gaji. Saya rasa itulah adalah sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh kementerian.

■1720 Saya masuk kepada aspek sekolah berasrama penuh ataupun sekolah kluster.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tanya lagi sekalilah Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya akan cuba. Saya akan cuba habiskan, ya.

Tidak banyak lagi saya ingat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Hulu Terengganu menyebut tentang kekhuatiran beliau wujudkan sekolah kluster dengan peruntukan kewangan yang besar tetapi sekolah lain di pedalaman dipinggirkan. Ingin saya katakan di sini Yang Berhormat, Teras Keenam PIPP melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Antaranya untuk meletakkan sekolah kluster sebagai sekolah contoh kepada sekolah- sekolah dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Oleh itu, peruntukan yang diberikan berasaskan objektif untuk memperkasakan aspek kebitaraan atau niche area masing-masing.

Walau bagaimanapun, ini tidak sama sekali meminggirkan sekolah-sekolah lain khususnya di kawasan pedalaman sesuai dengan strategi merapatkan jurang pendidikan yang juga menjadi teras dalam PIPP. Saya memberi satu contoh di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di Limbang. Kawasan ini jauh daripada pedalaman. Kalau hendak menaiki bot perlu dua jam setengah baru sampai sekolah tersebut. Akan tetapi sekolah itu tetap sekolah kluster disebabkan ada niche area atau bidang kebitaraannya. Jadi itu sebagai contoh. Kalau kita lihat sekolah-sekolah yang digelar sebagai sekolah kluster, tidak semuanya datang daripada bandar. Jadi saya rasa itu mungkin satu persepsi yang tidak tepat.

Yang Berhormat Sik bertanya konsep pemilihan sekolah kluster harus diubah dengan memilih sekolah kluster di setiap daerah dan bukan tertumpu kepada kawasan tertentu terutama di kawasan bandar. Pemilihan sekolah kluster adalah berasakan kepada sekolah yang cemerlang dan kelompoknya iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah menengah harian, sekolah teknik, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama dan sebagainya.

Oleh itu, pemilihan berasaskan daerah adalah kurang wajar dengan objektif sekolah kluster ini. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya tentang pelaksanaan sekolah kluster akan mewujudkan jurang pendidikan atau kasta dalam kalangan sekolah-sekolah di negara ini. Mohon KPM kaji semula. KPM telah meneliti secara mendalam hala tuju pendidikan negara dan mendapati keperluan sekolah kluster untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Pelaksanaan sekolah kluster tidak akan mewujudkan kasta di kalangan sekolah kerana sekolah yang dipilih sebagai sekolah kluster akan menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah dalam kelompoknya. Pemimpin sekolah kluster dikehendaki memimpin sekolah lain dalam kelompoknya.

Yang Berhormat Lenggong bertanya untuk memohon Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Lenggong dijadikan sebagai sekolah kluster. Sekolah-sekolah ini boleh memohon menjadi sekolah kluster. PPD dan JPN boleh mencalonkan mana-mana sekolah panel penilai akan membuat satu penilaian berasakan instrument yang sedia ada dan sekolah yang diberi pertimbangan mengikut kelayakan masing-masing. Saya terus kepada aspek kurikulum. Beberapa perkara telah ditanya mengenai PPSMI. Ingin saya

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

mengatakan di sini bahawa ramai Ahli Yang Berhormat bertanya tentang isu-isu PPSMI dan beberapa andaian telah dibuat oleh Yang Berhormat tentang perkara ini.

Ingin sekali lagi saya menerangkan di sini bahawa PPSMI adalah satu dasar yang akan dicapai kata putusnya dalam tempoh terdekat. Sebelum ini pada 14 Julai tahun ini telah mula satu rundingan meja bulat kali pertama. Kali kedua, ketiga dan kali keempat kami telah mengundang parti-parti politik termasuk dari pembangkang untuk menyertai bersama dan hujah-hujah yang didengar itu sebenarnya telah banyak kedengaran dalam forum yang telah kami sediakan untuk semua pihak berkepentingan dalam PPSMI ini mengutarakan kebimbangan mereka dan juga pendapat mereka dan kajian mereka juga turut dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Maka ingin saya menyatakan di sini, bagi isu PPSMI ini akan kita adakan rundingan meja bulat kali kelima dalam bulan depan. Saya berharap parti pembangkang yang di undang boleh turut sama dan kita sentiasa terbuka dengan apa-apa pandangan dan teguran. Kalau ada pihak yang membuat andaian bahawa kerajaan tidak akan ubah, saya rasa itu satu tanggapan yang salah dan terlalu awal untuk kita membuat rumusan tersebut.

Maka saya meminta supaya apabila kita membincangkan tentang PPSMI ini, ia wajarlah dilihat daripada perspektif kadangkala bandar dan luar bandar ada persepsi yang berlainan.

Kami juga mendengar pandangan daripada orang-orang bandar tentang PPSMI.

Jadi ia adalah reaksi yang bercampur. Ia tidak sesuatu yang difikirkan formula yang cuma satu untuk menyelesaikan semua sekolah. Jadi saya rasa untuk sekolah jenis aliran, dia ada masalahnya yang tersendiri dan kita semasa rundingan meja bulat ini, kita mengambil kira pandangan daripada semua pihak. Jadi saya ingin mengatakan di sini bahawa keputusan akan dibuat selepas kita mengadakan rundingan meja bulat. Secara musyawarah kita bincang dan saya yakin itulah cara terbaik kita mendengar dan itulah pendekatan yang paling praktikal sebelum sesuatu keputusan muktamad dapat dibuat.

Itu saya ingat telah saya terangkan. Ini perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tentang kononnya ada satu pekeliling ataupun arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor yang melarang kehadiran guru besar SJK(T) baru-baru ini. Ingin saya terangkan di Dewan yang mulia ini bahawa perkara itu tidak benar. Apa yang berlaku ialah sepucuk surat yang dihantar oleh seorang Exco Kerajaan Selangor yang meminta Pengarah Pelajaran Selangor untuk mengarahkan semua guru besar sekolah Tamil untuk hadir satu perjumpaan dan untuk membincangkan masalah sosial dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil.

Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini setelah surat ini diterima oleh pengarah, ingin saya menyatakan bahawa saya ataupun Yang Berhormat Menteri saya sendiri kalau kita turun ke mana-mana tempat dan janggal sekali atau memang luar biasa sekali kalau kita mensyaratkan dan mewajibkan kehadiran semua guru besar. Dalam soal ini telah dinyatakan bahawa ia akan melibatkan pemimpin-pemimpin PIBG juga. Maka setelah meneliti kandungan surat ini, beberapa perkara yang ingin saya nyatakan di sini.

Yang pertama, JPN tidak pernah mengeluarkan sebarang sekular yang melarang kehadiran guru besar. Itu pertama. Kedua, ada dakwaan yang mengatakan bahawa kononnya sikap Pengarah JPN Selangor tidak mahu bekerjasama dengan kepimpinan baru Selangor. Saya rasa itu adalah sesuatu yang tidak tepat kerana dakwaan ini memang tidak berasas. Kalau kita hendak mewajibkan kehadiran itu adalah sesuatu yang berat. Seperti mana yang saya katakan, kalaulah pemimpin-pemimpin PIBG hadir dan membincangkan tentang masalah sosial, kita alu-alukan. Begitu juga apabila Kerajaan Selangor hendak bagi bantuan kepada PIBG atau mana-mana sekolah, kita tidak akan melarang dan kita juga tidak akan menolak apabila peruntukan atau bantuan itu hendak disampaikan. Akan tetapi tidak sampailah kita hendak mewajibkan dan mengarahkan dalam musim cuti ini guru besar kena hadir.

Itu saya rasa mungkin tidak kena. Saya rasa dari segi komunikasi itu perlu kita mantapkan supaya saya terangkan kepada Dewan ini tidak ada sekular yang mengharamkan ataupun tidak mahu guru besar ini hadir ke mesyuarat tersebut. Saya rasa ini dapat mengatasi kekusutan yang telah berlaku sebelum ini. Banyak lagi perkara Yang Berhormat yang telah dihuraikan dan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat secara panjang lebar.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Mengenai pendidikan khas, banyak perkara yang telah disebut tentang pendidikan khas. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan. Cuma satu perkara yang ingin saya perbetulkan. Sebenarnya kita memberi elaun khas kepada guru yang mengajar pendidikan khas. Sebanyak RM250 sebulan berbanding dengan elaun guru besar RM100.

Ini tidak bermakna kita menganaktirikan guru besar kerana bagi guru-guru yang mengajar pendidikan khas ini, mereka perlu dilatih dan dari segi kesabaran, dari segi rasa sayangnya terhadap anak-anaknya dan kadangkala usaha yang perlu dicurahkan kepada anak-anak berpendidikan khas ini luar daripada jangkaan kita.

Jadi, itu sebagai insentif untuk kita galakkan lebih ramai pendidik untuk berkecimpung dalam bidang ini. Saya rasa soal kita tidak adil untuk memberi elaun yang lebih kepada guru besar tidak wujud dalam soal ini. Beberapa perkara lagi yang telah disebutkan saya rasa mungkin wajarlah saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan banyak lagi perkara yang saya yakin ia telah dicatatkan oleh pihak kementerian.

■1730

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Pengerusi, saya minta jalan sikit sebab saya dengar Yang Berhormat jawab tadi macam sudah hendak habis. Saya hendak tanya mengenai dengan apa yang saya bangkitkan, Yang Berhormat Pasir Mas. Isu Dewan Bahasa dan Pustaka, cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, cadangan pindah DBP ke Jabatan Perdana Menteri, tindakan kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana melanggar 153 - ada beberapa perkara.

Walaupun begitu saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kefasihannya menggunakan bahasa Melayu cukup baik, cukup teratur dan ada kejelasan dari segi fikiran dan saya yakin Yang Berhormat adalah anak jati Malaysia... [Tepuk] dan akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada orang-orang Melayu dan kaum peribumi. Sekian, terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas di atas pengiktirafan. Yang Berhormat Pasir Mas, bahasa itu jiwa bangsa. Saya tidak lupa dengan apa Yang Berhormat bawa itu. Sebenarnya sebagai penghujung saya rasa itu adalah kemuncak apa yang saya hendak gulung.

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang memperkasakan bahasa kebangsaan, pandangan Yang Berhormat untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Pelaksana Bahasa Kebangsaan dan juga Yang Berhormat telah menyebut tentang buku terbitan DBP, penulisnya Jeneral Tun Ismail Salleh bertajuk ‘Ibrahim Pahlawan Melayu’ yang dicadang dibeli oleh KPM untuk diletakkan dan dibaca oleh murid sekolah menengah dan IPT itu satu cadangan yang baik.

Untuk makluman Yang Berhormat kita memberi geran peruntukan kepada pihak sekolah. Sekolah bebas untuk membeli buku-buku yang dianggap baik dari segi bahasa dan nilai murni untuk diletakkan di Pusat Sumber sebagai bahan bacaan. Saya yakin dengan kita memperkenalkan terbitan ini ia mungkin menjadi satu bahan bacaan yang dicari-cari oleh penuntut.

Mengenai perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat tentang penubuhan Suruhanjaya Pelaksana Bahasa Kebangsaan bagi menjaga martabat bahasa Melayu, ingin saya nyatakan bahawa Dewan Bahasa Pustaka yang ada sekarang selagi ia di bawah jagaan Kementerian Pelajaran Malaysia, kita memang komited. DBP diberi peranan untuk kita memartabatkan lagi bahasa kebangsaan.

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya tanya? Walaupun Yang Berhormat sebut komited, saya juga difahamkan Akta Bahasa yang sudah lama patut dipinda sampai sekarang belum selesai. Bilakah akta ini akan dipinda untuk memasukkan kuasa tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan di bawah perkara 152(1) iaitu segala urusan rasmi kerajaan mesti dibuat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mewujudkan penguatkuasaan seperti dalam Kementerian Pertanian ada kawal selia, ada tindakan-tindakan yang boleh diambil tindakan dan ada hukumannya.

Ini yang saya bangkitkan. Itu mengenai pindaan Akta Bahasa 163, 167.

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya sudah bertanya kepada beberapa kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka dan mereka mengatakan perkara ini belum lagi selesai pi mai pi mai tang tu. Jawab semua itu, sebab itulah saya cadangkan suruhanjaya ini. Soal komited, itu jawapan saya. Saya hendak tengok tindakan pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, sampailah perenggan yang berikutnya. Cadangan Yang Berhormat untuk meminda Akta Bahasa itu, sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengkaji cara yang terbaik untuk memberi kuasa yang lebih kepada DBP bagi menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bila dijangka akta ini akan dibentangkan?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ia masih lagi di peringkat penasihat undang-undang kementerian. Ini bukan sahaja tindakan kementerian kita tetapi melibatkan banyak pihak dan ini ada sangkut paut dengan beberapa perkara yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi mengenai pelantikan Ketua Pengarah DBP. Kita hendak memantapkan lagi pentadbiran Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun Yang Berhormat Pokok Sena mendakwa KPM seolah-olah tidak mempedulikan pergolakan yang sedang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, calon Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah pun dikenal pasti dan pelantikan akan diuruskan dalam tempoh terdekat. Kita memang prihatin dan kita mahu perkara ini dapat kita selesaikan dengan cepat.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun disebut tadi bahawa sudah ada calon tetapi saya rasa sudah melebihi tujuh bulan ia dibiarkan berada dalam kekosongan.

Isunya sekarang ini bukan sahaja isu ketua pengarah tetapi pergolakan yang berlaku dalam Dewan Bahasa dan Pustaka yang saya difahamkan selama 50 tahun sebelum ini tidak pernah berlaku pergolakan yang sedemikian rupa sehingga membabitkan timbul rasa ketidakselesaan hubungan antara Pengerusi Jemaah Pengelola dengan pihak kesatuan sehingga kes pelantikan timbalan ketua pengarah dibawa ke mahkamah.

Pergolakan yang berlaku dalam Dewan Bahasa dan Pustaka juga pernah dibawa kepada Jawatankuasa Integriti di peringkat Parlimen pada sesi yang lalu. Sehingga sekarang kita lihat bahawa tidak ada sebarang penyelesaian dan saya rasa ia perlu kepada satu rombakan dalam Jemaah Lembaga Pengelola untuk mengembalikan hubungan yang lebih baik dan mesra antara Pengerusi dan Jemaah Lembaga Pengelola dengan pihak pekerja dan juga pihak kesatuan. Kalau tidak nanti bahawa akan berlaku masalah-masalah yang sedemikian rupa seperti mana yang telah pun berlaku.

Kedua, soal ketua pengarah ini. Saya difahamkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini telah pun bersetuju untuk menyambung tugas ketua pengarah yang ada sebelum ini tetapi saya difahamkan bahawa ia tidak diendahkan oleh Jemaah Lembaga Pengelola. Kita pun hairan siapa yang lebih berkuasa, sama ada Perdana Menteri mempunyai kuasa ke atas Dewan Bahasa dan Pustaka, ke atas Jemaah Lembaga Pengelola ataupun Pengerusi Jemaah Lembaga Pengelola mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Perdana Menteri dan juga daripada Menteri Pelajaran sendiri. Minta penjelasan.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat kata kononnya ada pergolakan dan saya rasa mungkin ada pandangan yang berlainan antara pihak Lembaga dan juga pihak pentadbir. Namun apa yang penting kini kita memang hendak dapatkan seorang calon yang sesuai supaya mereka boleh berbincang, sentiasa bermuafakat dalam soal ini dan saya yakin ia adalah untuk kebaikan bersama untuk kita gerakkan DBP sebagai satu tunjang kepada memperkasa dan memartabatkan bahasa kebangsaan.

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bersetuju atau tidak kalau saya cadangkan di mana kementerian meminta nama yang dicalonkan oleh pertubuhan seperti GAPENA di antara pertubuhan yang memperjuangkan isu bahasa ini dengan begitu gigih dan lantang dan ramai di kalangan tokoh-tokoh ilmuwan cendekiawan Melayu yang mampu dan minta mereka mengemukakan calon. Apakah Yang Berhormat bersetuju?

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.

Sebenarnya ada beberapa cadangan sebelum itu. Saya rasa daripada cendekiawan juga mereka telah mencadangkan tetapi masing-masing ada selera yang berlainan. Mereka ada calon ini, ada calon itu tetapi apa yang penting semasa kita memuktamadkan perkara ini kita kena lihat kesesuaian calon itu melaksanakan tanggungjawab ini. Saya yakin calon yang akan dilantik ini akan memikul tanggungjawab ini dan faham dengan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai satu tunjang untuk mengerakkan bahasa kebangsaan.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, saya lihat di sini, isu ini sama ada isu ketua pengarah ataupun isu pengerusi dan juga Ahli Majlis Pengelola.

Ini masalahnya kalau kita lantik seorang pegawai, seorang ketua pengarah yang boleh melaksanakan tugas tetapi mempunyai hubungan yang tidak baik dengan pengerusi dan Jemaah Lembaga Pengelola dan di sana ada hubungan yang tidak baik, saya percaya sudah tentulah bahawa dia tidak dapat bergerak dengan lebih baik. Saya difahamkan sekarang ini bahawa pendapatan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sudah berkurangan.

Adalah dibimbangkan bahawa menjelang tahun 2015 maknanya simpanan yang ada pada Dewan Bahasa dan Pustaka itu akan kehabisan sebab ekoran daripada penswastaan beberapa bahagian tertentu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka itu dibuat kepada Dawama dan juga beberapa syarikat yang lain. Saya difahamkan antara RM20 hingga RM30 juta pengurangan pendapatan Dewan Bahasa dan Pustaka ini.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih, Yang Berhormat. Ada pepatah berkata bahawa ‘muafakat itu membawa berkat’. Saya yakin apabila bakal calon ini apabila ditentukan, dimuktamadkan pastikan calon ini boleh bekerjasama dengan Lembaga.

■1740 Saya yakin kalaulah kedua-dua pihak dapat berbincang dan bersemuka, saya yakin banyak masalah dari segi komunikasi dapat kita atasi. Sebab itulah kita tidak mahu perkara ini bergolak lagi dan kita mahu penyelesaian...

final • 3:44 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya cadang Yang Berhormat sendiri jadi Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berhormat Timbalan Menteri, pasal fasih bahasa Melayu.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya mengakhiri, menggulung penggulungan saya pada hari ini, ada dua perkara yang saya rasa sangat penting yang perlu saya betulkan. Yang pertama, dari segi kriteria pemberian bukut teks yang dikatakan tidak sama rata antara sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, khususnya. Ingin saya menyatakan bahawa ini adalah perkara yang tidak benar, kerana sejak tahun lalu kita telah melaksanakan dasar 100% Skim Bantuan Buku Teks.

Maka tidak kira pendapatan, tidak kira siapa, tidak kira aliran mana, mereka tetap akan mendapat pinjaman buku teks. Maka soal siapa yang dapat pendapatan RM1,000 atau RM2,000 itu tidak laku. Jadi saya rasa ini yang terkini dan perlu kita maklumkan kepada Yang Berhormat, perkara ini adalah perkara yang lapuk dan tidak menjadi isu, walhal ianya telah diperjuangkan oleh Menteri Pelajaran sendiri. Pada mulanya kita mencari satu penyelesaian, bagaimanakah kita hendak kurangkan tanggungan kita dari segi kita hendak beri pinjaman buku teks.

Akhirnya bukan kita mencari satu garis panduan untuk kita hendak bagi siapa ibu bapanya berpendapatan rendah, akhirnya kita bagi semua kerana saya rasa itu adalah sesuatu kehendak warga-warga pendidik pun mereka rasa pun mungkin gaji beribu-ribu, mereka mahukan kementerian memberi pinjaman buku teks kepada anak-anak mereka.

Kita sedar dan sentiasa peka dengan kehendak mereka. Maka itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Akhir sekali, seperkara yang...

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, dua perkara sebelum Yang Berhormat mengakhiri penggulungan. Yang pertama mengenai SchoolNet, bilakah kita boleh sampaikan SchoolNet itu kepada 10 ribu buah sekolah kerana nampaknya sangat

final • 3:44 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

kecil bilangan itu yang ada SchoolNet, yang pertama. Yang kedua mengenai sekolah swasta yang gagal.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, SchoolNet ini sebenarnya kita sudah mencapai hampir 98% sekolah telah terima SchoolNet. Mereka memang boleh di gunakan kemudahan ini oleh pelajar-pelajar ataupun guru. Jadi saya rasa kita telah membelanjakan RM94 juta untuk perkara ini. Memang kalau kita lihat ada kawasan- kawasan yang masih lagi tidak terima, itu kita akan atasi dengan kaedah yang berasingan dan sasaran kita dalam tempoh terdekat, kita hendak rendahkan 100%, Yang Berhormat.

Yang Berhormat, pada mulanya saya hendak bagi secara bertulis tetapi eloklah saya beritahu Yang Berhormat, tindakan yang diambil untuk sekolah swasta Sri Inai.

Mereka telah memaklumkan kepada ibu bapa tentang penutupan sekolah swasta ini kerana enrolmennya hanya 100 orang. Selepas itu, saya juga perolehi satu kenyataan juga bahawa pihak pengusaha sekolah swasta tidak boleh sewenang-wenangnya tutup dan mengisytiharkan begitu. Ia kena melakukan beberapa perkara.

Yang pertama dia kena beroperasi di tadikanya sampai ke bulan April kerana peperiksaan yang diambil, keputusannya, siapa hendak uruskan, kesemuanya perlulah dipantau dan dikelolakan oleh pihak sekolah swasta ini walaupun sudah ditutup, pentadbiran mesti ada.

Kedua, ia diberi tanggungjawab untuk memastikan pertukaran pelajar ini daripada sekolah swasta kepada sekolah kerajaan ataupun sekolah swasta yang diingini oleh ibu bapa mengikut kehendak ibu bapa. Itu adalah satu prosiding yang wajib dilakukan dan ianya patut menjadi tanggungjawab kepada Sekolah Sri Inai ini. Jadi saya rasa dua perkara ini dipantau oleh kita dan pembayaran sekuriti deposit akan mula dibayar pada 1 Disember 2008 sehingga penghujung April 2009. Kalau mereka ingkar, kita akan gunakan, kita akan forfeitkan deposit itu dan kita akan gunakan deposit itu untuk kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Beberapa perkara yang Yang Berhormat tanya juga tentang bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah swasta. Sekolah rendah swasta 58 buah dan sekolah menengah swasta 74 buah dan bilangan sekolah yang berada dalam keadaan sama dengan Sri Inai setakat ini kita berasa bersyukurlah tidak ada sekolah lain yang memaklumkan kepada kementerian, “Tidak lama lagi sekolah saya hendak muflis”. Tidak ada setakat ini. Belum dapat maklumat sebegini, tetapi kita sentiasa memantau dari segi enrolmen dan kita, untuk makluman Yang Berhormat, anggaran sekolah swasta ini, populasinya di Malaysia lebih kurang 110 ribu pelajar sekolah swasta. Itu untuk makluman Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, tentang apa ini?

final • 3:44 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Satu penjelasan mengenai pembekalan buku pinjaman, saya ada satu permintaan supaya kementerian boleh membekalkan buku-buku itu lebih awal kerana pada tahun lalu saya ada terima aduan bahawa sekolah sudah hendak buka tetapi buku belum dibekalkan, khususnya buku-buku Matematik dalam bahasa Cina. Oleh itu saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memastikan bahawa pembekalan buku ini akan diadakan dan dibekalkan kepada murid-murid beberapa minggu lebih awal daripada tarikh sekolah dibuka. Terima kasih.

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, terima kasih di atas info tersebut.

Sebenarnya untuk buku teks yang lain, kalau tahun lalu kita baru hendak mulakan, bermakna dari segi jumlah yang perlu dicetak kena tambah. Mungkin ada berlakunya sedikit kekusutan. Itu kita faham dan sedang diatasi dan saya yakin tahun depan buku teks yang telah dikira mantap tidak jadi masalah, tetapi untuk apa yang kita huraikan di sini, PPSMI. Kalau saya hendak beritahu Yang Berhormat kita sempat cetak itu, mungkin satu perkara yang di luar jaminan saya kerana ini masih tertakluk kepada rundingan meja bulat, kita akan cuba sedaya upaya dan apa yang kita perlu reka bentuk dari segi kurikulumnya, PPSMI diteruskan atau tidak, kesemuanya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat, tetapi percayalah Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran tidak akan membenarkan

final • 3:44 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tidak buat apa-apa. Ada musim peralihan, apa yang perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

Jadi satu perkara yang saya rasa pokok juga tentang pelaksanaan KWAPM yang menunjukkan penurunan, okey. Pada tahun ini, kita ada 743,000 orang dan dengan jumlah peruntukan RM40.6 juta. Kadar pendapatan yang digunakan sebagai penanda aras ialah RM530 bagi Semenanjung, RM685 di Sabah dan RM585 di Sarawak. Pada tahun 2009, dengan pelaksanaan e-Kasih, kadar tersebut telah diubah kepada RM720 sebulan di Semenanjung, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. Walau bagaimanapun, jumlah pelajar yang didaftarkan melalui e-Kasih seramai 126,886 orang sahaja dan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Jumlah pelajar menurun kerana status keluarga yang dibanci oleh Jabatan Perangkaan dan disahkan layak berbanding dengan amalan sebelum ini semata-mata bergantung kepada pengisytiharan ibu bapa sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum itu kita benarkan ibu bapa atau siapa-siapa membuat pengesahan. Jadi berlakunya banyak ketirisan. Atas dasar kita hendak mengawal ketirisan, mencegah ketirisan, maka jumlah daripada 743,000, kita buat secara perbandingan, secara tally dengan e-Kasih, data yang kita perolehi hanya 126.

Kita akan pastikan mereka yang layak mengikut pendapatan isi rumah yang dikatakan miskin, mereka pasti akan diberi bantuan KWAPM. Jadi saya rasa ini adalah penerangan yang ingin saya berikan dan bagi banyak lagi isu secara spesifik yang merupakan isu-isu sekolah, saya berjanji perkara ini akan dipantau oleh kementerian satu persatu dan kita akan bekalkan maklumat ini kepada JPN dan PPD berkenaan untuk siasatan lanjut. Saya yakin dengan adanya hubungan mesra di antara wakil rakyat dengan pihak kementerian ini, kita dapat sama-sama mengatasi masalah yang berlaku di peringkat bawahan.

Saya dengan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan sekali lagi bagi pihak kementerian, saya ucapkan terima kasih.

■1750

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM27,350,295,000 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM27,350,295,000 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,053,600,000 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM4,053,600,000 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita semua boleh setujulah Yang Berhormat, kalau tidak gaji guru tidak keluar, anak murid tidak dapat sekolah. Kita kena buat setujulah.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kita tidak setuju pasal sedikit sangat.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau tidak setuju, anak-anak kita tidak boleh pergi sekolah, bangunan tidak boleh buat. Terima kasihlah Yang Berhormat.

final • 3:44 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

[Menyampuk]

final • 3:44 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita timbang.

final • 3:44 PM
Maksud B.42 [Jadual] – Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2009] - Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Kepala

Bekalan B.42 dan Kepala pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Machang.

final • 3:44 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

B.42 Kementerian Kesihatan, saya mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Menteri. Tahniah menang Naib Presiden MCA juga. Di bawah kepala, banyak kepala sebenarnya, tetapi saya ikut kepala saya dahulu. 031600 - Pembedahan Neuro. Baru-baru ini yang juga sebut dalam kenyataan media tentang negara mengalami kekurangan yang ketara pakar kanser oncologist. Tuan Pengerusi, di Kelantan sebuah negeri di pantai timur, di Terengganu...

final • 5:51 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak memperingatkan lagi semalam kita buka atas persetujuan saya dengan Datuk Ronald Kiandee memberi pendedahan yang begitu besar kepada Kementerian Pelajaran. Oleh kerana keadaan Kementerian Pelajaran, tetapi untuk ini kita kembali kepada 14 orang yang berucap Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:51 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Negeri-negeri di pantai timur iaitu Kelantan. Terengganu, Pahang. Saya Ahli Parlimen dari Kelantan. Yang Berhormat Menteri, tidak ada seorang pun oncologist di pantai timur. Saya mohon bagi perhatian sungguh-sungguh. Di Hospital USM ada, tetapi pakar asing expatriate, tetapi itu di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di Pahang, Hospital Kuantan katanya visiting oncologist dari Hospital Kuala Lumpur setiap dua tiga bulan.

Kita sedang menuju ke arah negara maju, juga pattern penyakit rakyat pun bergerak ke situ. Kalau dahulu kita bercakap pasal penyakit berjangkit, penyakit untut ke, tetapi sekarang pattern penyakit negara maju ini ialah sakit jantung, kanser. Bukan negara kita sahaja, kita pun ke situ.

Saya yakin Yang Berhormat Menteri arif tentang perkara dan trend itu meningkat, tetapi itu tidak diikuti dengan pakar-pakar yang dalam bidang ini yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, ini isu pokok. Kadang-kadang orang kampung, pusat khidmat saya kalau terima surat minta bantuan kewangan dan sebagainya Yang Berhormat Menteri, setelah diberitahu pada tahap yang terakhir stage 3, stage 4. Maknanya pada peringkat awal bawahan penyakit ini, mereka jumpa doktor perubatan biasa yang dengan ilmu perubatan dia tidak dapat bantu mengesan penyakit orang kampung ini dan pada tahap yang sudah berat, barulah dirujuk kepada pakar dan saat itu sering kali membabitkan kematian kerana tidak dapat menyelamatkan.

Puncanya apa, kerana kes-kes yang awal itu tidak dapat dirujuk kepada doktor- doktor pakar. Jadi ini antara perkara yang saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Menteri. Serius ini kalau di sebelah pantai timur. Di bawah topik yang sama juga Yang Berhormat Menteri, kita juga dapati kekurangan yang ketara pakar bedah jantung, di Kelantan pun tidak juga. Yang ada pun dekat USM, Terengganu pun tidak ada. Kalau ada kes, kena rujuk kepada USM dan sudah tentu kena tunggu giliran, tunggu queue, neurosurgeon pun tidak ada juga.

Jadi bayangkan dalam kekurangan yang begitu ketara, sedangkan populasi di negeri pantai timur ini adalah tinggi. Saya fikir isunya di sini ialah distribution of specialist,

final • 5:51 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

ini isu pokok saya fikir sebab kenapa kalau di pantai barat di Lembah Kelang, bahkan di Putrajaya itu semuanya mesti disempurnakan dahulu kalau dimulakan operasi hospital.

Akan tetapi di negeri pantai timur termasuklah Kelantan hal ini ketara sangat Yang Berhormat Menteri. Saya fikir imbangan terhadap agihan doktor-doktor pakar ini harus diberikan perhatian serius. Apabila bercakap tentang topik kesihatan ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, satu lagi komponen penting yang saya perhatikan ialah komponen dewan bedah. Saya perhatikan di Kelantan setelah tinjauan rambang saya buat, OT ini, dewan bedah ini contohnya di Hospital Kuala Krai, ada satu sahaja. Kes kecil kah, kes besar kah, kes payah hendak bersalin kah, kes pembedahan tulang terkeluar sedikit, situlah tempatnya.

Dalam kes-kes biasa yang kadang-kadang memerlukan pembedahan mudah pesakit diberi nun di Gua Musang, dua jam perjalanan. Tunggu OT, sudah ambil giliran, doktor pun sudah bagi tahu. Tiba-tiba ada satu pesakit lain yang mengalami kesulitan bersalin, keutamaan dewan bedah adalah kepada pesakit bersalin. Pakcik yang datang dua jam dengan keluarga dan sudah buat doa selamat dah travel tadi itu sudah kena ke belakang balik sebab ada satu sahaja dan dua sahaja katil ICU. Pada tanggapan saya, apakah keterlaluan Yang Berhormat Menteri kalau kita anjurkan dan kita cadangkan hospital daerah terutamanya dilengkapkan dengan dewan bedah dengan pakej yang munasabah. Walaupun tidak menjadi keperluan utama sangat, dewan bedah mesti diikuti dengan katil ICU, tetapi lebih cantik kalau ianya dipakejkan sebegitu. Dewan bedah ini, di Machang ada dewan bedah ada, tetapi tidak ada katil ICU.

Jadi kes-kesnya itu biasanya dirujuk pula satu jam perjalanan ke Kota Bharu dan yang ini Tuan Pengerusi, betul-betul menimbulkan kesusahan kepada rakyat terbanyak yang tidak mampu pergi ke hospital Ampang Puteri. Hendak buat temu janji dengan doktor pakarnya sahaja RM5,000. Itu baru temu janji, belum consultancy, belum ubat, belum masuk hospital lagi. Pakcik di Kampung Berangan Mek Nab tempat saya di Kampung Pek, di Kampung Temangan Chekok, di Kampung Pak Rahman tidak terbayang hendak sampai ke hospital-hospital berbayar yang begitu Yang Berhormat Menteri. Sakitnya sakit manusia juga, penyakit yang sama iaitu kanser, jantung. Kenapa harus berlaku di negara kita yang tercinta ini?

Saya tidak mahu cari dan menuding siapa yang silap, sebab itu saya beranggapan tidaklah keterlaluan atau tidak berat sangat untuk kita yang menjadi wakil untuk menyuarakan agar kemudahan yang munasabah mesti diadakan untuk keperluan pembedahan jantung, kanser yang memerlukan doktor pakar yang khusus. Yang saya mohon tadi ialah kemudahan dewan bedah. Saya cakap dalam konteks Kelantan ini hospital daerahnya ada, terima kasih bab itu Kementerian Kesihatan saya ucapkan terima kasih banyak. Akan tetapi saya mohon ditambah kemudahan pada tahap yang membolehkan rakyat juga menikmati mutu perkhidmatan kesihatan yang baik. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan dalam mengambil bahagian di peringkat Jawatankuasa kementerian. Terima kasih.

final • 5:51 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. B.42 Kementerian Kesihatan di bawah Butiran 020400 - Pendidikan Kesihatan. Tahun lalu RM54,543, 000.

Manakala tahun 2009; RM53,083,000.

■1800 Saya ingin tahu, apakah bentuk pendidikan kesihatan yang dijalankan oleh kementerian setakat ini. Apakah peruntukan ini banyak dihabiskan dalam bentuk iklan- iklan. Sebagai contoh sebab saya kira melalui iklan, brosur ataupun risalah yang diedarkan mengenai dengan berbagai-bagai kesedaran untuk pendidikan kesihatan walaupun ianya baik tetapi saya ingin tahu apakah tumpuan kepada kanak-kanak di peringkat sekolah mengenai dengan pendidikan kesihatan. Ini kerana masalah penyakit Tuan Pengerusi di Malaysia sekarang ini semakin kronik, makin kritikal dengan macam-macam penyakit yang kita tahu penyakit ini bermula daripada masalah pemakanan.

final • 5:59 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Negara kita ini adalah negara yang kaya dengan berbagai-bagai-bagai makanan terutama termasuk di Kelantan. Makanan-makanannya manis kemudian bersantan, makanan-makanan masakan India, kari-kari pun banyak bersantan yang akhirnya menyebabkan penyakit bermula dengan kencing manis berjangkit kepada buah pinggang, jantung, paru-paru dan macam-macam.

Jadi saya berharap program ceramah-ceramah yang dianjurkan di sekolah-sekolah dengan menghantar doktor-doktor memberi penerangan yang secara bersemuka dengan tayangan-tayangan CD supaya mereka memahami daripada kecil lagi betapa pentingnya menjaga pemakanan. Ini dalam bentuk prevention maknanya mencegah sebelum menjadi teruk sebab apabila menjadi teruk apabila dewasa.

Kita tengok sekarang ini di peringkat umur 40 hingga ke 60 banyak diserang penyakit jantung, strok yang kita dapati kos perbelanjaan sekarang ini cukup mahal dan pasti tidak mampu oleh golongan yang berpendapatan rendah hendak pergi ke IJN, ke hospital-hospital swasta, apatah lagi hospital kerajaan sendiri yang penuh sesak.

Maka cara yang terbaik ialah memperbanyakkan lagi peruntukan untuk kempen kesedaran kesihatan ini. Saya menyokong penuh sebab pendidikan ini penting dari segi pencegahan. Samalah dengan ISA sebab itu untuk keselamatan. Saya cadang dipinda tetapi penting. Ianya pencegahan, analoginya sama, prinsipnya sama iaitu pencegahan lebih baik daripada segala-galanya apabila ianya menjadi lebih teruk.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang kedua saya hendak sebut mengenai dengan perubatan 03000 termasuk perubatan am. Pertamanya saya hendak tanya istilah- istilah ini yang diguna pakai di hospital-hospital. Saya tidak tahulah tadi kita bahas mengenai dengan Kementerian Pelajaran merujuk kepada peranan Dewan Bahasa oleh kerana masa tidak mengizinkan tetapi istilah-istilah pediatrik, ortopedik, urologi, macam- macam perkataan ini, tidak adakah bahasa-bahasa yang lebih mudah.

Kalau sakit buah pinggang, sakit buah pinggang. Ini saya hendak sebut Tuan Pengerusi, ini 031200 - Otorinolaringologi apa benda entah. Berbelit lidah, sakit lidah selepas itu ayat-ayat ini dipasang dipapan-papan tanda di hospital. Dia tanya saya, ini makna apa ini urologi, saya kata urut kot sebab ialah saya dalam keadaan orang kata bergurau senda tetapi sebenarnya tidak bolehkah ada bracket di bawah diperjelaskan dengan bahasa Melayu kita yang boleh orang faham. Tengok ini berderet-deret, orang pun tidak faham ini. Saya percaya sesetengah Yang Berhormat pun hendak rujuk hendak bahas pun tidak berani sebab takut tersilap sebut.

Yang ketiga, 030500 perubatan am bersabit dengan ubat-ubat ini. Kita tahu sekarang ini ubat-ubat ini amat diperlukan oleh rakyat dan mereka membeli di sana sini dan kita tahu banyak ubat-ubat ini ubat-ubat tiruan. Banyak ubat-ubat tiruan tambah-tambah lagi ubat menguatkan tenaga. Ada orang tanya saya, saya beli ubat viagra tetapi dia kata tidak menjadi, jadi dia tanya saya apa hendak buat. Saya kata kalau sudah tidak menjadi macam ini baik mati daripada hidup dalam keadaan bergurau tetapi sebenarnya walaupun saya kemukakan perkara ini sebagai satu gurauan tetapi ianya serius.

Banyak ubat-ubat yang masuk termasuklah daripada Indonesia macam-macam jamu, melalui Thailand yang campur aduk yang juga saya rasa di antara penyebab kepada penyakit-penyakit ini oleh kerana rakyat tidak memahami soal perubatan, mereka hanya diberitahu ini ubat bagus, dijual di kedai-kedai kopi, di jaja merata tempat maka dengan penyampaian yang baik dengan penuh semangat dan orang laki-laki yang umur 50 dan 60 ke atas, sebut sahaja Kopi Pak Ali, sebut sahaja viagra, semua terbeliak mata. Ianya mahal tetapi ianya tidak menjadi, kalau jadi okey juga tetapi tidak menjadi.

Jadi saya minta pemantauan dari segi ubat-ubat ini sejauh manakah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan seterusnya saya hendak merujuk kepada 00201 perkhidmatan kesihatan luar bandar. Saya minta sejauh manakah klinik-klinik desa dalam menangani masalah memberi kesihatan kepada penduduk luar bandar melalui klinik-klinik desa.

final • 5:59 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tengok sudah jarang kempen-kempen program kesihatan bukan sahaja setakat kempen tetapi mengadakan program kesihatan di mana satu desa paling tidak dua bulan sekali diadakan program khidmat kesihatan percuma. Paling tidak untuk mereka membuat ujian kesihatan terutamanya ujian darah sebab ada di kalangan penduduk- penduduk di desa dengan hospitalnya jauh ataupun klinik desa yang jauh kemudian kena bayar pula untuk buat test kesihatan, ujian kesihatan kena bayar RM10.

Kita tahulah satu batang stick untuk test darah itu RM2 atau RM3, ianya begitu agak mahal dan mustahil orang-orang kampung mampu apatah lagi hendak ke klinik kena naik teksi, kena naik bas, apatah lagi ke hospital. Jadi saya haraplah banyakkan kemudahan perubatan percuma ini untuk luar bandar atau pun mengeluarkan kad-kad khusus iaitu untuk golongan termiskin, ibu tunggal, orang-orang daif, OKU, mereka ada kad khas di mana mereka pergi ke mana-mana hospital mereka diberi perubatan percuma oleh klinik-klinik desa.

Selain daripada itu 00300 kemudahan hospital. Saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat, Hospital Lati di kawasan Pasir Mas tetapi dalam Rantau Panjang di Pasir Mas ada dua Parlimen di bawah satu majlis daerah. Yang saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat kawasan ini penduduknya begitu ramai sekali. Sudah sampai masanya Hospital Lati dijadikan hospital untuk penduduk-penduduk dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang dan dibina lagi satu hospital dalam kawasan Parlimen Pasir Mas, yang saya cadangkan dalam kawasan Tendong iaitu di pertengahan sebab di Tumpat ada, di Pengkalan Kubur. Penduduk di kawasan Tendong jauh hendak ke Hospital Lati.

Apabila timbul masalah pesakit-pesakit, rakyat sakit hendak sampai ke tempat pun satu hal manakala kemudahan-kemudahan pula tidak mencukupi, itu saya masuk 00400 termasuk hospital baru. Jadi saya merayulah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh paling tidak, kalaupun tidak sekarang supaya dibina satu hospital baru di Pasir Mas dan kalau hendak memudahkan rakyat kenal, boleh taruk nama Hospital Ibrahim Ali, itu mudah lagi rakyat kenal pasal dalam kawasan Parlimen Pasir Mas.

Saya murah hati, saya tawar itu sebab saya prihatin. Kita perlu hospital ini cepat sebab penduduk dalam kawasan in cukup ramai dan Hospital Lati sekarang ini kemudahan- kemudahannya tidak mencukupi, jauh sekali doktor-doktor pakar langsung tidak ada dan...

final • 5:59 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 5:59 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Mesin-mesin dialisis ini walaupun ada juga tidak cukup. Jadi saya haraplah kawasan Pasir Mas ini kawasan orang baik-baik sepertilah wakil dia, jadi tolonglah bagi perhatian, minta sangat. Saya minta Yang Berhormat Menteri, timbalan menteri keraplah melawat ke Pasir Mas walaupun dekat dengan Golok tetapi setakat Pasir Mas sahaja... [Ketawa] Lebih tidak boleh, saya tidak izinkan. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:59 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana hadir bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tahniah kerana Yang Berhormat Menteri faham istilah- istilah walaupun bukan doktor.

■1810 Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Saya hendak sebut pun janggal, takut salah sebut tentang istilah-istilah yang diberikan di bawah perubatan dan juga kesihatan ini. Saya ingin merujuk kepada 020400 - Pendidikan Kesihatan. Yang Berhormat Pasir Mas tadi sudah bercakap panjang lebar tentang pendidikan kesihatan. Cuma, saya hendak tahu sejauh manakah berjayanya pendidikan kesihatan ini terutama sekali terhadap Kempen Tak Nak Merokok. Berapakah jumlahnya yang telah dibelanjakan dan kadar pengurangan apabila penagih-penagih rokok atau perokok-perokok ini sama ada yang telah merokok lama ada kesannya berhenti apabila diadakan siri-siri pendidikan, kaunseling dan sebagainya.

final • 6:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Berapakah jumlah anggaran yang dapat mencegah perokok-perokok muda ini sama ada pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga lepasan sekolah. Ini kerana kita lihat sekarang ini guru-guru sudah tidak dapat kawal lagi masalah yang dihadapi oleh pelajar- pelajar yang merokok sama ada merokok di dalam kawasan sekolah terutama sekali di dalam tandas dan sebagainya. Apabila dimarahi atau ditegur oleh guru-guru yang berkenaan, dia kata, “Bukan duit cikgu, duit mak bapa atau ibu bapa saya, cikgu peduli apa.” Jadi, saya hendak tahu berapakah anggaran atau perbelanjaan yang telah kita belanjakan untuk kempen tak nak merokok bukan sahaja kepada pelajar sekolah, orang awam, dan termasuk juga bangunan-bangunan yang telah ditetapkan dilarang merokok seperti mana juga di kawasan Parlimen kita.

Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Machang mengenai kekurangan pakar yang disebut tadi di Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Saya hairan juga apabila kita diberi taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri mengatakan pakar-pakar kita ini cukup, doktor-doktor biasa, pegawai-pegawai perubatan biasa pun cukup. Akan tetapi, apabila kita bawa waris atau keluarga kita datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan atau daripada pesakit luar terpaksa tunggu begitu lama sekali atas alasannya pakar tidak ada atau doktor yang sepatutnya ditugaskan terpaksa berada di wad-wad, lawatan ke wad- wad.

Pesakit ini kadang-kadang dirawat oleh pembantu-pembantu perubatan terutama sekali kes-kes accident, kemalangan jalan raya. Kadang-kadang tidak sedar patah sana, patah sini hanya dirawat atau di layan untuk mendapatkan rawatan kecemasan awal oleh pembantu-pembantu perubatan dan tidak ada doktor yang sepatutnya bertugas di wad-wad kecemasan. Itu satu perkara.

Perkara kedua tentang pakar juga. Saya bersetuju, saya rujuk kepada Yang Berhormat Kuala Krai tadi, apakah nama pakar yang hendak melihat sama ada paru-paru kita ini berair, bengkak, ada kanser dan sebagainya terpaksa mengambil masa dua minggu hingga tiga minggu untuk mendapatkan rawatan pakar. Dimasukkan ke hospital dua minggu, tiga minggu baru dapat tarikh. Kadang-kadang terus tidak dapat tarikh, dinasihatkan balik semula ke rumah masing-masing sehinggalah satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Apabila datang sahaja ke hospital semula untuk mendapatkan rawatan pakar, doktor kata “Pakcik, ada kanser di paru-paru, sudah tahap empat”. Ini yang berlaku.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Machang supaya pakar-pakar ini kita dapat tempatkan segera dan apakah masalah yang sebenarnya yang pakar kita ini kurang di dalam negara terutama di hospital kerajaan tetapi di hospital swasta mungkin kita dapat rawatan yang cepat. Akan tetapi orang kampung, pendapatan rendah, tidak akan mampu pergi ke Subang Jaya Medical Centre, Ampang Puteri dan sebagainya. Satu perkara lagi yang sering dihadapi, satu penyakit, saya hendak sebut penuh pun saya tidak pandai.

SSPE, iaitu satu serangan kuman pada otak yang menyebabkan yang kena sama ada kanak-kanak, dewasa itu akan jadi hilang upaya. Saya hendak sebut perkara sebenar ini, Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE).

final • 6:09 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau, doktor itu ada di belakang, dia tahu.

final • 6:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Doktor-doktor pakar ada. Ini saya cakap satu perkara yang benar. Saya pernah rujuk kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berlaku pada arwah anak saya. Yang satu tahun disahkan dijangkiti penyakit ini pada 21 Mac pada tahun lepas dan doktor biasa di HKL. Di Hospital Temerloh tidak dapat mengesan. Dia kata, dia tidak tahu apa penyakitnya. Dia hilang upaya daripada boleh berjalan, tidak boleh berjalan, boleh bercakap, tidak boleh bercakap, sehinggalah dia tidak boleh makan. Cukup setahun 21 Mac pada tahun ini, meninggal setelah mendapat rawatan di Ampang Puteri gagal juga. Rawatan di Subang Jaya Medical Centre dan satu tahun cukup, meninggal kerana kita kekurangan pakar.

Satu perkara pakar kurang, satu perkara lagi ubat untuk menahan atau mencegah virus daripada merosakkan otak anak kita dan menyebabkan kehilangan keupayaan.

Terpaksa mencari merata-rata, di Singapura, di Jepun, di Australia dan dikatakan negara

final • 6:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

kita sepatutnya tidak jadi penyakit ini kerana kita ada suntikan vaksin untuk mencegah daripada penyakit ini tetapi terlepas juga.

Dikatakan dalam internet itu, dalam 100,000, satu orang akan kena penyakit ini.

Saya mohon supaya hospital-hospital di dalam negara kita dapat membekalkan, menyediakan pakar-pakar dan ubat-ubatan yang secukupnya bagi sebarang penyakit yang dihadapi oleh rakyat di dalam negara kita. Mungkin soal gaji. Saya bertanya kepada pakar yang ada di hospital. Baru-baru ini di Selayang, Yang Berhormat Machang ya, bukan sahaja di Kelantan, Terengganu, Pahang tetapi Hospital Besar Selayang tidak ada pakar juga.

Saya bertanya kenapa tidak ada pakar. Macam mana kita hendak duduk kekal berkhidmat di hospital kerajaan kerana apabila kita bandingkan dengan pakar dari luar negara yang ditugaskan di hospital tempatan kita begitu jauh sekali tangga gaji dan juga elaun. Ini doktor pakar berkenaan yang bercakap. Apabila kita bercakap di Dewan, itu adalah sama, dia dapat elaun sedikit sahaja. Kalau kata RM10,000 doktor pakar tempatan dapat, dia hanya dapat beza RM1,000 atau RM2,000 sahaja. Akan tetapi sebenarnya begitu tinggi perbezaannya. Kita minta supaya kerajaan mengkaji balik tentang skim-skim tangga gaji sama ada pegawai perubatan biasa dan juga doktor-doktor pakar ini.

Satu perkara lagi, 030300 - Kecemasan dan Pesakit Luar. Saya sudah sentuh tadi. Saya ingin tanya di pejabat kesihatan luar bandar, adakah perkhidmatan- perkhidmatan pesakit luar ini akan diteruskan sehingga waktu malam? Saya ucap tahniahlah kepada kementerian yang telah mewujudkan beberapa klinik-klinik kesihatan di luar bandar yang akan dibuka sehingga malam. Saya mohon diperluaskan terutama sekali di kawasan luar bandar seperti Kuala Krau, Kuala Krai dan juga kawasan-kawasan Parlimen yang lain seluruh negara.

Satu lagi perkara 020200 - Pembangunan Kesihatan Keluarga. Saya ingin tahu apakah kedudukan bagi Poliklinik Kuala Krau yang sepatutnya dinaiktarafkan kerana sejak daripada 20 tahun yang lepas keadaannya tidak berubah, kalau dahulu penduduknya 5,000 sekarang penduduknya sudah hampir 30,000. Tidak berubah, ramai, maknanya produktif orang Kuala Krau ini.

■1820 Kalau Yang Berhormat Tumpat ingin bersama di Kuala Krau, jemputlah. Akan tetapi, masuk Barisan Nasionallah. Saya ingin juga tahu perkembangan poliklinik di Jengka 22. Terima kasih terlebih dahulu kerana ada Poliklinik Jengka 22, satu poliklinik yang baru tetapi malangnya ada poliklinik, ada doktor, tidak ada laluan jalan yang selesa. Terpaksa mengikuti jalan-jalan kampung iaitu menerusi jalan-jalan FELDA yang semestinya jalan itu jalan sempit, kawasan perumahan dan begitu sibuk dengan anak-anak. Kadang-kadang bermain di sana-sini, membahayakan kepada penduduk apabila sesuatu kecemasan ataupun ambulans hendak berkejar ke hospital tersebut. Saya juga ingin bertanya tentang kesihatan mental.

Selain daripada 032700, selain daripada orang ramai, orang awam yang terlibat dengan sakit-sakit mental ini. Saya kira mungkin juga ada doktor-doktor kita, pegawai perubatan biasa akibat daripada tekanan kerja, yang terpaksa mendapatkan kaunseling, pendidikan, masalah-masalah tertentu dan yang terpaksa meninggalkan lapangan kedoktoran jadi wakil rakyat Parlimen. Ramai doktor di sini. Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Saya ingin tahu berapakah bilangan pegawai perubatan yang terpaksa diberikan kaunseling kerana tekanan beban tugas. Saya dengan itu mengucapkan ribuan terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:09 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di General Hospital Kuching. Kalau saya tidak salah, kementerian telah memaklumkan kepada Dewan ini bahawa projek ini akan dimulakan pada hujung tahun ini ataupun tahun hadapan.

final • 6:21 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu saya ingin mendapat satu penjelasan mengenai sama ada projek ini akan dilanjutkan. Ini kerana masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Umum Kuching amatlah serius sehinggakan pekerja-pekerja di hospital pun menghadapi masalah untuk hendak mencari tempat letak kereta. Ini adalah perkara yang pertama.

Perkara yang kedua, saya ingin menyeru kementerian supaya membuat satu siasatan terhadap doktor-doktor yang bertugas di Poliklinik Sri Aman, Sarawak. Ini kerana saya ada menerima banyak aduan bahawa sikap doktor yang bertugas di Poliklinik Sri Aman yang tidak bertanggungjawab dan cuai sehinggakan ada satu patient atau pesakit yang mati kerana kecuaian doktor ini. Ini adalah satu aduan daripada seorang bernama Lim Tiong Hui Mui. Bapanya menerima rawatan untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis di Poliklinik Sri Aman sejak tahun 2005. Pada Januari 2005, bapanya diberi ubat perindopril, 4 miligram sehari. Akan tetapi dihentikan sebulan kemudiannya kerana kesan sampingannya.

Pada bulan Julai 2007, Doktor Ghazali di poliklinik ini beri lagi ubat perindopril, 2 miligram sehari kepada bapanya semula. Ubat itu diberhentikan sekali lagi sebulan kemudian kerana didapati ia merosakkan buah pinggangnya. Semua ini ada dalam rekod pesakit itu. Selepas itu enam bulan lagi, seorang doktor lain di Poliklinik Sri Aman beri juga lagi ubat perindopril kepada pesakit itu. Akibatnya buah pinggangnya rosak dan akhirnya dia mati. Di Oxford Handbook mengenai practical drug therapy ada jelas mengatakan ubat perindopril ini akan ada kesan-kesan sampingan yang akan merosakkan buah pinggang. Ia telah dicetak dalam history record pesakit itu bahawa ubat perindopril ini tidak sesuai untuk pesakit itu.

Akan tetapi kenapa doktor-doktor yang bertugas tidak merujuk kepada rekod pesakit itu semasa memberi ubat perindopril kepada pesakit ini. Dua kali ubat ini telah diberikan dan kali ketiga tidak ada apa-apa peperiksaan susulan dijalankan selepas ubat ini diberi. Di dalam handbook itu juga ada menyatakan bahawa kalau sekiranya doktor hendak memberi prescribe ubat perindopril kepada seseorang pesakit, pemeriksaan susulan haruslah dijalankan untuk mengesan sama ada ubat ini akan menimbulkan kesan sampingan terhadap buah pinggang pesakit itu.

Kali ketiga ubat perindopril ini diberi kepada pesakit itu tidak ada pemeriksaan susulan dijalankan. Akhirnya pesakit itu mati. Ini bukan satu sahaja kes yang telah dilaporkan tetapi ada banyak kes yang kematian pesakit boleh dielakkan kalau doktor yang bertugas lebih berhati-hati dan lebih mengambil berat kebajikan pesakit-pesakit itu.

Akan tetapi kebanyakan daripada mereka yang mati kerana tahap pendidikan mereka lebih rendah. Oleh itu mereka tidak sedar akan hak-hak mereka sebagai pesakit.

Mereka just biarkan sahaja kematian berlaku. Apa boleh buat? Mereka hanya menerima fakta-fakta ini. Oleh itu saya berharapkan pihak kementerian menjalankan satu siasatan terhadap Poliklinik Sri Aman untuk memastikan bahawa doktor-doktor yang bertugas di sana benar-benar prihatin terhadap kebajikan pesakit-pesakit yang menerima rawatan di sana. Sekian, terima kasih.

final • 6:21 PM

Datuk Halimah Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya ingin turut serta mengambil bahagian dalam menyatakan beberapa perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Yang pertama adalah di bawah B.42, Butiran 020200 – Pembangunan Kesihatan Awam. Saya ingin memohon kepada pihak kementerian supaya melengkapkanlah segala keperluan yang diperlukan di klinik-klinik desa ini Yang Berhormat Menteri. Ini kerana dengan kemudahan yang akan dilengkapkan ini akan menjadikan klinik-klinik desa ini lebih kondusif kepada pelanggan-pelanggan kita. Ini kerana saya perhatikan semasa saya baru round klinik-klinik desa di kawasan saya, ada yang kelengkapan seperti bilik penyusuan ibu untuk bayi dan sebagainya tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan. Begitu juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan klinik-klinik desa ini.

final • 6:28 PM

Datuk Halimah Mohamed Sadique - Tenggara

Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya klinik-klinik yang ada ini terutamanya di kawasan-kawasan desa ini bukan sahaja tertumpu pada soal untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan kita.

Klinik bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka yang perlu mendapatkan rawatan, tidak sihat, sakit dan sebagainya tetapi kita juga telah melancarkan klinik untuk “Klinik Kita Sihat”.

■1830 Saya harap konsep klinik kita sihat ini Yang Berhormat Menteri akan dapat terus dikembangkan supaya dapat digunakan bersama dengan klinik-klinik yang ada di kawasan luar bandar. Ini kerana kita ketahui bahawa segala kemudahan-kemudahan kesihatan ini dapat dinikmati oleh mereka yang dalam kawasan bandar dengan adanya hospital swasta, klinik swasta dan sebagainya. Akan tetapi bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, pendekatan seperti ini seharusnya kita galakkan lagi.

Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya klinik-klinik desa yang ada ini dapat juga diwujudkan kemudahan klinik warga usia emas. Bukan sahaja dari segi memberikan perkhidmatan pada mereka tetapi juga dapat diadakan kemudahan seperti beriadah dan juga sebagainya. Ini kerana klinik warga usia emas ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan rawatan tetapi juga supaya klinik ini dapat menjadi satu tempat untuk mereka terus mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam usia mereka yang menjangkau usia emas ini.

Selain daripada itu, bawah Aktiviti 4 – Pendidikan Kesihatan iaitu menyebarkan maklumat kesihatan, meningkatkan pengetahuan kefahaman untuk membentuk sikap positif ke arah amalan gaya hidup sihat. Saya hendak tahu ini, setakat mana peranan panel penasihat ini? Kita sudah tubuhkan, kita sudah wujudkan panel-panel penasihat di semua klinik-klinik kita. Saya hendak tahu setakat mana fungsi panel-panel penasihat ini? Adakah mereka telah berjaya melaksanakan tugas yang telah pun kita peruntukan kepada mereka?

Adakah peranan mereka itu dapat dirasai oleh pelanggan-pelanggan kita yang berada dalam kawasan-kawasan penempatan dan sebagainya.

Satu lagi Yang Berhormat Menteri, saya harap mudah-mudahan ini yang saya ceritakan ini ialah di kawasan luar bandar ya, dengan kemudahan premis klinik desa yang ada itu. Saya harap Program Dapur Sihat ini dapat diteruskanlah kerana saya ingat lagi, Program Dapur Sihat ini mula dilancar di peringkat negara di negeri Johor dan kita ada lebih kurang tiga buah dapur sihat ini. Program Dapur Sihat ini adalah satu program yang baik dan seharusnya program ini dapat diteruskan supaya amalan gaya hidup sihat itu yang bermula daripada rumah itu dapat disampaikan kepada masyarakat melalui Program Dapur Sihat ini.

Selain daripada itu, saya juga hendak tahu tentang program mengurangkan kemudaratan kesihatan kepada penagih yang melibatkan lebih kurang 1200 penagih sukarela ini. Saya hendak dapat maklumat adakah program ini telah berjaya dilaksanakan?

Itu juga bermula daripada Johor diambil sebagai projek perintis dan adakah projek perintis ini berjaya dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan adakah kita akan tambahkan lagi kepada lebih daripada 1200 penagih sukarela dan bagaimana kementerian menilai kejayaan program ini?

Seterusnya, ialah Program Saringan HIV sebelum berkahwin ini. Saya juga hendak dapatkan maklumat bagaimana kedudukan program ini yang telah pun dilancarkan?

Adakah program ini akan diteruskan di peringkat seluruh negara dan bagaimana sokongan yang diberikan oleh mereka yang menjayakan program ini?

Selain daripada ialah bawah tajuk 010000 – Pengurusan Kewangan, 010300 – Tabung Bantuan Perubatan (TBP). Adakah rakyat benar-benar faham dengan adanya kemudahan tabung bantuan perubatan ini untuk membantu mereka yang memerlukan. Di samping itu, apakah sebenarnya fungsi dan peranan tabung kebajikan pesakit kronik?

Ini kerana kita perhatikan seolah-olah rakyat macam tidak faham adanya kemudahan-kemudahan seperti ini dan kalau rakyat faham maka mungkin proses birokrasi dalam proses permohonannya menyulitkan permohonan-permohonan mereka. Namun begitu, kalau mudah prosesnya, saya pun tidak faham kenapa rakyat terpaksa

final • 6:28 PM

Datuk Halimah Mohamed Sadique - Tenggara

menggunakan perkhidmatan daripada media, televisyen dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan mereka. Saya ucapkanlah terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana pada sidang yang lepas melalui Timbalan Menteri Kesihatan kita telah pun mengedarkan borang-borang ini. Akan tetapi tidak cukup dengan kami sahaja di peringkat Ahli Parlimen dan saya fikir maklumat ini perlu mengguna pakai semua pihak supaya rakyat tahu kemudahan ini telah disediakan oleh kerajaan.

Selain daripada itu, Tuan Pengerusi saya juga mengharapkan supaya kekurangan pegawai-pegawai perubatan yang ada di peringkat hospital Kota Tinggi dapat ditambahkan lagi supaya dapat memberikan kemudahan kesihatan yang lebih kepada pelanggan- pelanggan kita. Ini kerana untuk makluman Yang Berhormat Menteri, daerah Kota Tinggi adalah merupakan daerah terbesar dalam negeri Johor dengan 13 buah klinik kesihatan, 30 buah klinik desa dan sehingga November 2008 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi hanya mempunyai lima orang Pegawai Perubatan dan kesihatan. Walaupun post yang telah pun diluluskan ialah sebanyak 40 post.

Ini bermakna bahawa seorang Pegawai Perubatan terpaksa menjaga lebih kurang dua hingga tiga buah klinik kesihatan dan ditambah pula dengan lawatan Pegawai Perubatan ke PLKN yang ada di Kem Gerak Khas di Desaru setiap minggu. Saya juga ingin memohon dengan Yang Berhormat Menteri supaya dapat tambah ambulan di klinik- klinik kesihatan dalam daerah Kota Tinggi. Ini kerana seperti mana saya nyatakan daerah Kota Tinggi ada 13 buah klinik kesihatan dan kami cuma ada enam buah ambulan sahaja yang masih boleh digunakan Yang Berhormat Menteri. Di mana dua buah ambulan sudah rosak akibat kemalangan iaitu ambulan di KK Bandar Tenggara dan sebuah lagi masih lagi rosak di KK Bandar Mas, empat buah ambulan yang ada itu tidak begitu economical untuk dibaiki. Jadi saya harap mudah-mudahan Menteri akan dapat membantu.

Terakhir, saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dalam bajet yang sedang kita bincangkan ini dapat di ambil perhatian untuk membina KK 3 baru Bandar Penawar, KK 3 baru di Bandar Kota Tinggi. Di samping itu, untuk mempertingkatkan lagi kemudahan yang ada di Jabatan Pesakit Luar di hospital yang semakin sesak dan juga unit kecemasan dan trauma supaya dapat memberikan suasana yang lebih kondusif kepada pesakit-pesakit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi, saya dengan ini menyokong.

final • 6:28 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Pertama sekali 030200 – Pengurusan Hospital, saya hendak sentuh tentang Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Ia dibuka pada Julai 2004 tetapi ditutup setelah dua bulan dibuka kerana infeksi aspergillus dan panesilium, fungus dua jenis fungus. Ditutup selama 17 bulan, kos untuk merawat fungus ini RM14 juta. Kemudian sekarang ini ia dijangkiti semula oleh fungus aspergillus dan khabarnya kos untuk merawat dianggarkan sebanyak RM3 juta, baru empat tahun dibuka.

Jadi saya hendak tahu di manakah punca sebenarnya masalah ini terjadi?

Apakah disebabkan oleh masalah dalam pembinaan hospital tersebut kerana kita tahu pada tahun lepas di Mahkamah Jalan Duta kegunaan paip-paip yang standard di dalam bekalan air menjadi masalah. Adakah Hospital Sultan Ismail ini juga ditimbulkan masalah begini?

final • 6:37 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun].

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kepong, saya ada banyak perkara.

final • 6:37 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jadi, yang kedua.

final • 6:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat. Tidak bagi.

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Kedua, Hospital Queen Elizabeth. Saya sudah bawa usul 18(1) tetapi ditolak oleh Tuan Pengerusi, saya dengar khabar bahawasanya hospital ini akan dirobohkan. Hospital ini sebenarnya dibina pada tahun 1981 dengan 589 katil dan ia didapati retak pada lebih kurang setahun yang lalu, lapan tingkat. Unit-unit yang terlibat yang saya rasa penting adalah ICU dan juga VIP ward dan pesakit khabarnya telah dipindahkan ke dan menyewa Sabah Medical Centre (SMC).

Jadi saya hendak tahu banyak manakah sewa yang terpaksa dibayar ke Sabah Medical Centre ini? Bagaimana doktor-doktor pakar yang bertugas adakah mereka ini share pesakit dengan SMC ataupun dengan Hospital Queen Elizabeth? Apakah punca keretakan tersebut kerana kita tahu di Sabah, perairan Sabah dan Filipina dan juga Indonesia sering berlaku gegaran gempa bumi. Apakah ini penyebab kepada bangunan yang baru 20 tahun retak dan terpaksa dirobohkan? Di manakah tempat hospital baru yang akan dibina menggantikan Queen Elizabeth hospital ini?

■1840 Saya juga lalu dekat Hospital Queen Elizabeth ini saya tengok kuarters dia terutamanya hospital kuarters terlalu teruk. Tidak bercat mungkin sudah 10 tahun, lima tahun saya tidak tahulah. Dengan kain bergayutan, jemuran-jemuran di tingkap-tingkap dan tidak sesuai untuk dihuni oleh houseman ataupun doktor di situlah. Saya harap pihak kementerian tolong ambil perhatian terhadap kuarters kerana kalau sudah duduk di kuarters macam itu terpaksa kerja dengan bebanan kerja sebagai houseman saya rasa memang tidak sesuai kita hendak duduk di situ. Kemudian 010200 - Sumber Manusia.

Kita tahu housemanship sekarang sudah dipanjangkan ke dua tahun. Tujuan berpanjangan ini adalah untuk mereka melakukan rotation supaya banyak unit-unit yang dapat mereka ikuti dan juga menambah pengalaman untuk housemanship ini. Akan tetapi apa yang menyedihkan kita, penambahan ini bukan kita dapati untuk menambahkan ilmu ataupun pengalaman kepada mereka tetapi lebih kepada membebankan ataupun kalau kita sebut dengan bahasa kasar membulilah. Saya kata tidak sampai membulilah tetapi memang teruk sehinggakan mereka tidak ada ruang atau masa untuk melakukan study.

Bayangkan kalau daripada ambil darah hendak trace result dan juga kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh attendant dan juga nurse terpaksa juga mereka lakukan.

Kalau sekali sekala ini tidak ada masalah. Macam kami dulu kerja sebagai houseman pun kena set drip, ambil darah itu tidak ada masalah tetapi kalau sering kali dilakukan mungkin kita punya hasrat untuk menambahkan masa daripada dua tahun ke tiga tahun untuk mereka menambah pengelaman ini tidak akan tercapai. Butiran 030300 - Kecemasan, saya sudah sentuh tentang bot ambulan pada tahun 2006 apabila berlaku kecemasan ataupun kematian di Pulau Langkawi. Ini masalah kepada mereka-mereka yang duduk di pulau- pulau seperti Langkawi, Pangkor dan juga Labuan.

Mereka hendak membawa pesakit daripada pulau-pulau ke tanah besar memang sukar. Apabila terjadi accident pada tahun 2006 di Langkawi timbul hasrat pihak kementerian untuk mengadakan bot ambulans dan Timbalan Menteri sudah mengatakan pada jawapan beliau kita sekarang berada di unit engineering untuk mencari satu kaedah untuk membina bot. Jadi saya hendak tanyalah pada hari ini setakat manakah progress kepada bot ambulan ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, tentang radioterapi.

Saya pernah bekerja di unit radioterapi dan perubatan nuklear dua tahun dan saya dapati ramai pesakit-pesakit yang datang di unit radioterapi ini daripada tempat yang jauh- jauh. Misalnya dari utara, dari selatan kerana tidak ada pusat-pusat radioterapi di sebelah utara. Hanya yang ada adalah Mount Miriam Hospital merawat penyakit kanser dan mereka ini yang jauh-jauh ini terpaksa menghuni di masjid kalau orang Islam, kalau bukan Islam terpaksa menginap di rumah kawan-kawan yang memerlukan masa yang terlalu lama. Kadang-kadang sampai enam minggu mereka terpaksa menginap. Jadi tidak tempat untuk mereka landing untuk berehat.

Jadi saya rasa perlu ada satu unit di sebelah utara ataupun selatan, tambah unitlah. Kalau di Mount Miriam Hospital, di swasta ini saya rasa mungkin ia membebankan kerajaan dan juga pesakit itu sendiri. Kemudian seterusnya tentang 031100 - Oftalmologi.

Saya hendak sentuh tentang cataract operation. Banyak rungutan daripada pesakit-pesakit

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

yang datang mengatakan mereka terpaksa kena bayar kos lens ataupun kanta untuk melakukan cataract operation dan ada setengah mengatakan RM600 dan ada setengah mengatakan RM400 dan ada setengah mengatakan RM200. Jadi sebenarnya saya hendak tahu apakah kategori kanta yang digunakan di dalam cataract operation ini.

Adakah ianya mempunyai brands macam kita ada jam Pierre Cardin, Rolex.

Adakah macam itu yang dibekalkan kepada pesakit kerana dia hendak masuk dalam mata, hendak letakkan dalam mata kerana kos-kosnya berlainan ataupun ada orang tengah yang mengaut keuntungan daripada kos-kos untuk lens ataupun kanta yang dimasukkan di dalam mata untuk cataract operation ini. Kemudian Butiran 030900 - Ortopedik. Saya rasa sudah sampai masanya kementerian menukar strategi kita menggunakan plaster of Paris untuk patah ini kerana ia terlalu berat kalau sekiranya Menteri Kesihatan pun dapat full length POP daripada kaki sampai ke paha saya rasa, ‘crutches’ yang kita gunakan pun boleh patah. Sekarang orang ini guna fiber glass.

Jadi saya rasa kita bertukarlah kepada yang lebih ringan untuk pesakit bawa. Saya ada anak dua orang yang biasa patah dan terpaksa menggunakan POP yang cukup, memang susah. Kita hendak angkat dia walaupun umur dia baru empat tahun, lima tahun cukup berat untuk kita menggunakan ini. Carilah satu kaedah untuk kita menukar daripada POP atau plaster of Paris ini kepada fiber glass. Satu lagi Butiran 030300 - Kecemasan untuk dressing di pusat-pusat kesihatan.

Saya ada klinik menghadapi banyak masalah daripada pesakit-pesakit yang terpaksa melakukan dressing terutamanya apabila cuti Jumaat dan Sabtu di sebelah utara.

Mereka terpaksa datang ke klinik kita dan sudah semestinyalah klinik swasta ini chargelah.

Bukan saya yang run, isteri saya yang run. Kita kena caj, bergantung kepada kebesaran atau keluasan dressing yang kita kena buatlah. Sebab gauge kita beri, solution kita beri, plaster ataupun micropore kita beli terpaksa charge. Jadi saya rasa ini membebankan.

Kalau sekiranya kita ada di pusat kesihatan sekurang-kurangnya mereka yang bertugas untuk misalnya hospital assistant, nurse berada di situ khas untuk mereka yang terpaksa menghadapi dressing terutama daily dressing ataupun hari-hari untuk mereka melakukan dressing ini boleh mengurangkan bebanan kewangan kepada mereka.

Seterusnya 30600 - Surgeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, HUKM telah mengambil Profesor Tan rakyat Malaysia di Australia melakukan pediatric surgery menggunakan kaedah ‘key hole’ surgery. Jadi saya hendak tanya beliau di bayar RM8 juta untuk empat tahun, maknanya RM168 ribu untuk satu bulan. Apakah khidmat beliau ini telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan untuk melatih pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan untuk melakukan prosedur ataupun mendapat faedah daripada ‘key hole’ surgery ini. Jika sekiranya tidak saya rasa ini tidak patutlah kepada Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini beliau telah pun renovate satu dewan bedah kalau tidak silap saya harga berjutalah, saya tidak ingat berapa angkanya. Berjuta ringgit juga yang telah digunakan untuk renovation dewan bedah untuk melakukan ‘key hole’ surgery untuk pediatrik untuk pesakit kanak-kanak.

Seterusnya TCM, saya sudah sentuh dalam perbahasan dalam sesi lepas tapi apabila saya tengok dalam buku bajet tidak ada diletakkan di mana-mana traditional and complimentary medicine ini. Di manakah diletakkan dan siapakah yang berhad untuk mempraktikkan TCM ini dalam hospital. Di hospital Kepala Batas dan juga Hospital Putrajaya telah dijadikan sebagai pioneer untuk TCM ini. Bagaimanakah sambutan daripada masyarakat terhadap traditional dan complimentary medicine ini. Adakah mereka yang hendak praktis ini dia mesti mempunyai kelulusan sijil ataupun anugerah daripada mana-mana. Kita tidak mahu jadi macam yang ditunjukkan oleh televisyen Korea tentang Pusat Perubatan Cakera Alam.

final • 6:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Masa habis?

final • 6:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habis masa.

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Banyak lagi ini. Okeylah last tentang makmal menteri tidak menafikan ia akan diswastakan. Saya maklum bahawasanya makmal pesakit-pesakit sekarang ini digalakkan untuk menjalankan ujian di makmal. Kalau

final • 6:37 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

di Alor Setar itu di Path Lab dan Gribble. Jadi saya hendak pastikan sama ada ianya betul- betul akan diswastakan ataupun tidak kerana kita dapati di makmal, di hospital ini dia punya mesin dibekalkan oleh syarikat tetapi reagent terpaksa dibeli oleh kementerian.

Akan tetapi reagent ini kalau kita beli dua kali, tiga kali harganya lebih daripada harga mesin. Ini yang menjadi masalah kepada mereka yang mengendalikan di hospital awam ataupun hospital kerajaan ini.

■1850 Last sekali Tuan Pengerusi, ini betul-betul last ini Akta Peralatan Perubatan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang lalu mengatakan akan, the propose medical devise act expected to come into effect 2007. Saya hendak tanya setakat ini setakat mana progress akta peralatan perubatan ini. Saya tengok brosur-brosur yang datang memang cukup banyak mengatakan alat ini boleh menyembuhkan penyakit itu, alat ini boleh menyembuhkan penyakit ini sehingga kita pun pening. Kalau macam ini orang yang duduk tepi jalan pun boleh beli alat ini duduk bawah pokok boleh rawat semua jenis penyakit.

Kencing manis boleh, darah tinggi boleh, ulser boleh, gastrik boleh, migrain boleh, mata buta pun dia boleh rawat. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:37 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Semua pun dapat cakap ini.

final • 6:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya ingin menyentuh Butiran 03000 bersekali 032900. Tuan Pengerusi, bekalan darah dan komponen- komponen darah yang mencukupi penting kepada kita. Sebab itu saya ingin bertanya bagaimana usaha kementerian bagi menambah bekalan darah untuk negara. Alhamdulillah kita belum menghadapi keadaan bencana besar melainkan bencana tsunami yang berlaku beberapa tahun lalu. Bagaimana persediaan bagi bekalan darah jika berlaku satu bencana besar dalam negara ini? Apakah ianya mencukupi dan apakah usaha-usaha kerajaan lakukan bagi kementerian untuk menggalakkan dan mengajak rakyat bagi menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Negara.

Selain daripada itu tentulah berkaitan kualiti darah yang disimpan dan didermakan oleh orang ramai kepada Tabung Darah Negara. Jadi saya ingin bertanya berkaitan dengan kualiti darah yang disimpan dan didermakan oleh orang ramai kepada Tabung Darah Negara ini di Kuala Lumpur atau di mana-mana hospital di seluruh negara. Ia amat penting bagi memastikan darah yang diderma itu bebas dari sebarang virus apatah lagi virus HIV. Sehingga kini semua hospital kerajaan saya difahamkan menggunakan pelbagai kaedah termasuk rapid test bagi mengesan kandungan darah yang diderma di pelbagai pusat kecuali di Pusat Tabung Darah Negara di Kuala Lumpur sahaja yang menggunakan kaedah nucleic acid testing atau NAT test. Kaedah NAT test ini amat berkesan difahamkan kerana ia begitu dengan cepat dapat mengesan status darah bukan sahaja virus HIV/AIDS, tetapi juga Hepatitis B dan C.

Jadi walaupun ujian kepada setiap individu yang ingin menderma darah melibatkan kos sehingga RM70 bagi sekali ujian, tetapi saya fikir oleh kerana ianya penting kepada penerima darah supaya ia bebas daripada virus itu apatah lagi virus HIV/AIDS.

Maka saya minta seperti kaedah ini dicadangkan untuk diguna pakai di semua dan diperluaskan di hospital-hospital seluruh negara dan tidak hanya diguna pakai di Pusat Tabung Darah Negara.

Selain daripada itu saya ingin menyentuh Butiran 040400 - Perancangan dan Pembangunan. Daerah kecil Lenggong ini dihuni oleh lebih daripada 32,000 orang. Tentu masalah kesihatan ini menjadi masalah utama apatah lagi ia juga terletak di kawasan luar bandar dan kita hanya ada pusat kesihatan Lenggong yang kelengkapannya amat tidak mencukupi apatah lagi kekurangan pakar dan tidak ada banyak ambulan. Hanya ada sebuah sahaja. Kalau berlaku kes-kes misalnya yang terbaru berlaku kemalangan yang

final • 6:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

melibatkan kecederaan parah enam orang serentak terpaksa panggil ambulan dari Hospital Gerik dan Pusat Kesihatan di Sauk, di Lawin dan sebagainya dan ia sesungguhnya menyebabkan keadaan sukar berlaku dan sudah tentu ia menjadi rungutan dan permintaan yang amat sangat oleh rakyat di kawasan Parlimen Lenggong ini supaya perlunya sebuah poliklinik kesihatan besar yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas juga ambulan dan sebagainya. Sebab itu saya harap perkara ini diambil perhatian berat oleh kementerian. Kalau tanya Yang Berhormat Tanjung Malim pun tentu dia kata bahawa perlunya pusat kesihatan di Lenggong ini sebab Yang Berhormat Tanjung Malim orang Lenggong.

Jadi saya ingin tahu status rancangan pembinaan poliklinik daerah Lenggong ini.

Kalau peruntukan telah ada minta mohon dipercepatkan. Selain daripada itu berkaitan juga pusat kesihatan di Lawin. Juga saya mohon ia dipertingkatkan terutama sekali berkaitan dengan kemudahan ambulan kerana ia juga perlu apatah lagi kes-kes yang sama juga berlaku di kawasan berkenaan.

Jadi Tuan Pengerusi, saya harap supaya tumpuan kementerian diberi kepada usaha untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar. Walaupun apa juga keadaan berlaku kenaikan harga barang dan sebagainya tetapi oleh kerana kesihatan ini cukup penting, maka saya harap benar-benar tumpuan diberi oleh kementerian untuk meningkatkan kemudahan asas kesihatan keseluruhannya di kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk berbahas Butiran 010000 - Pengurusan dan juga Butiran 030000 -Perubatan, Butiran 030200 - Pengurusan Hospital dan Butiran 070000 - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

Yang pertama Tuan Pengerusi saya ingin merujuk kepada klinik di Parlimen. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu masalah di klinik Parlimen ini telah dibangkitkan pada sesi Parlimen pada tahun 2007, di mana satu klinik di Parlimen pun ada politik di mana Pengarah Hospital Besar main politik di dalam Parlimen ini. Saya harap perkara ini dihentikan. Saya tahu Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur ini masih menganggapkan klinik di Parlimen ini untuk kecemasan sahaja, untuk emergency sahaja. Ini saya rasa tak betul. Klinik di Parlimen ini untuk menjaga kesihatan Ahli Parlimen. Bukan dihadkan kepada emergency seperti orang kena heart attackkah ataupun jatuh kaki patahkah.

Bukannya begitu. Klinik di Parlimen untuk menjaga dan memberi rawatan kepada semua Ahli Parlimen, pegawai Parlimen dan juga kakitangan kerajaan.

Saya rasa hairan kenapa bila kita jumpa doktor di Parlimen, kita hendak minta satu referral kepada IJN katalah kita hendak buat satu pemeriksaan jantung. Doktor di Parlimen kata tak boleh sebab beliau bukanlah seorang pakar. Ya, saya faham. Itu untuk kita kurangkan atau tak mahu ada abuse di klinik biasa, tetapi di Parlimen kebanyakannya yang pergi ke klinik itu semua Ahli Parlimen. Tak akan kita tak percaya kepada Ahli Parlimen?

Kalau Ahli Parlimen pun kita tak percaya takut menyalahgunakan kuasa saya rasa badan yang mana, yang kita boleh percaya. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh buat satu exemption di mana doktor di Parlimen ada hak untuk membuat referral atau rujukan kepada seorang Ahli Parlimen ke IJN atau di mana-mana pakar di hospital kerajaan untuk rawatan.

Sebab kita Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan tak ada masa. Hendak pergi lagi, hendak minta ubat ataupun ubat yang khas kena pergi ke klinik di Hospital Besar.

Saya rasa ini tak baik dan juga akan memberikan inconvenient. Saya harap Yang Berhormat Menteri pun tahu sejarah klinik di Parlimen, di mana pelbagai politik telah berlaku pada tahun 2007. Saya harap Yang Berhormat Menteri memberi satu jaminan di sini bahawa Pengarah Hospital Besar, Doktor Zaininah jangan campur tangan di Parlimen.

Sebab di Parlimen kita mahukan rawatan. Kita tak mahu politik. Kemungkinan mereka tak suka pegawai-pegawai di klinik Parlimen tapi jangan beri masalah kepada Ahli Parlimen.

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri satu amaran kepada Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur supaya beliau jangan campur tangan di klinik Parlimen dan juga kita

final • 6:55 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

mahu satu akses kepada medical care. Masalah ini ialah kita mahu senang akses kepada rawatan medical dalam negara kita untuk Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan dan buat kesusahan kita kena pergi ke klinik yang lain.

■1900 Bila kita pergi ke IJN untuk rawatan, saya amat hairan. IJN ini adalah Institut Jantung Negara, kepakaran jantung tetapi saya nampak adanya prescription nya atau ubat, cough syrup pun ada, lozenges pun ada untuk cough, sakit tekak. Saya tanya doktor pakar jantung di IJN, kenapa begini? Dia kata inilah masalah di IJN. IJN bukanlah satu Institut Jantung Negara, sudah jadi “institut rojak negara”. Semua ada, berbagai-bagai penyakit sudah datang ke IJN. Saya harap Yang Berhormat Menteri Kesihatan ambil berat perkara ini oleh sebab di mana-mana negara, IJN ini adalah satu institut untuk kepakaran jantung sahaja. Jangan termasuk cough syrup, penyakit yang lain.

Penyakit yang lain boleh pergi ke hospital besar, hospital universiti. Doktor pakar sendiri memberitahu saya, IJN ini bukan pakar lagi sedangkan IJN ini ditubuhkan pada beberapa tahun dahulu untuk sakit jantung sahaja, penyakit jantung. Saya harap Menteri ambil berat perkara ini. Saya nampak Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, pelbagai kempen saya tengok seperti kempen “Tak Nak” mengenai rokok. Tengoknya banners disembunyikan di sana sahaja. Kempen apa? Kita mahu buat satu kempen ini taruklah di tempat-tempat yang orang boleh nampak, bukannya disembunyikan di situ. Betul tidak? Itu menunjukkan Kementerian Kesihatan ini dia main-main sahaja.

Ambil seriuslah. Tuan Pengerusi, saya tahun Yang Berhormat Menteri yang dulu mungkin dia ada hubungan baik dengan syarikat tobacco. Saya harap Menteri yang baru ini janganlah... telah menang ya. Tahniahlah menang Naib Presiden. Sekarang jadi Menteri, ambil tindakan dengan tegas. Jangan fikir dulu hendak jadi pakar video juga, jangan. Video tidak baik, saya harap jangan turut teladan yang dulu jadi pakar videolah.

Apa pula? Saya harap Yang Berhormat Menteri beri arahan kepada pegawai Kementerian Kesihatan. Kalau hendak buat apa-apa kempen di Parlimen, jangan sembunyi di tepi sana sahaja. Besok bawa banners itu di depan Parlimen supaya orang boleh nampak, Ahli Parlimen boleh nampak. Janganlah memberikan beban kepada Ahli Parlimen daripada Titiwangsa, jadi headmistress, jaga semua ruang rokok di sana, Yang Berhormat marah.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kempen seolah-olah untuk Timbalan Yang di-Pertua kerana Pejabat Timbalan Yang di-Pertua di sebelah sana.

final • 6:55 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Oh terima kasih. Saya harap Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil berat, bila-bila ada apa-apa kempen, jangan melepas batuk di tangga sahaja. Gunakan wang rakyat, buat kempen untuk apa?

Sembunyi di sebelah sana, Tuan Pengerusi pun nampak. Saya baru hari ini nampak.

Tengok oh, kempen di sana.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tiap-tiap hari nampak Yang Berhormat.

final • 6:55 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya harap jangan main-mainlah Yang Berhormat Menteri. So, saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil berat. Yang pertama, memberi arahan kepada Pengarah Hospital Besar di Kuala Lumpur, jangan campur tangan di dalam klinik, di sini main politik di Parlimen. Kedua, memberikan hak kepada doktor di Parlimen untuk merujuk atau buat referral kepada sesiapa Ahli Parlimen hendak pergi ke IJN buat apa-apa pemeriksaan, boleh terus dapat surat referral di sini, terus ke IJN ataupun pakar-pakar di hospital lain. Ketiga, kalau hendak buat apa-apa kempen, jangan sembunyi di belakang Parlimen kah, di tepi Parlimen. Buat di depan Parlimen di mana Ahli Parlimen masuk ke Dewan ini.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, masa habis Yang Berhormat.

final • 6:55 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya bagi Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:55 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada dua, tiga perkara dalam butiran di bawah Kementerian Kesihatan ini. Walaupun ringkas mungkin ada kepentingan untuk saya sebutkan.

final • 7:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ahli BN semua tercengang kenapa dua diberi kepada pembangkang.

final • 7:06 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 7:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tetapi selepas ini saya beri dua kepada Barisan Nasional.

final • 7:06 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sebelum pada itu saya bangkitkan tentang kajian yang dibuat setiap 10 tahun. 1986, 1996, 2006. Menteri Kesihatan, yang 2006 itu Tuan Pengerusi, sehingga hari ini belum lagi sejah yang saya tahu, mungkin saya silap, tidak dilaporkan ataupun dilaporkan secara rasmi, National Health and Morbidity Survey III. Sekali gus meletakkan kajian itu tidak dapat dimanfaatkan ataupun tidak dapat dilihat kerana kajian semestinya bukanlah untuk kajian semata-mata. Research not for the research sake tetapi seharusnya ia menjurus ataupun dimanfaatkan khususnya dalam merangka bajet supaya approach kesihatan ataupun medicine itu must be a research based medicine.

Justeru itu, saya mengingatkan Menteri dan kementerian supaya perkara ini perlu disegerakan kerana kajian itu antara lainnya akan memaparkan sama ada dari segi sudut kajian kesan morbidity ke atas populasi penduduk, kegunaan perkhidmatan kesihatan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan keperluan, prevalence diseases dan sebagainya. Jadi itu perkara pertama yang saya ingin sebutkan dan dapatan-dapatan ataupun the findings itu tentunya akan membawa kesan yang besar ataupun manfaat yang besar kalau dalam perangkaan bajet ini. Jadi di situ juga kalau saya boleh teruskan sikit lantas akan memberikan tindakan yang perlu distrategikan oleh Kementerian Kesihatan berdasarkan findings, yang menentukan sama ada penekanan kepada program kesihatan lebih bersifat curative, reactive. Kita sudah banyak hospital betul, tetapi masih banyak kurangnya lagi, pakar-pakarnya kurang ataukah ia perlu mengambil pendekatan preventive medicines.

Ini yang menjadi pertikaiannya kalau kajian-kajian yang sebaik itu tidak dapat, tidak dilaporkan dan dimanfaatkan sepenuhnya. Lalu kalau kita mahu membuat pendidikan kesihatan juga dalam Butiran 0204000 bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan sikap rakyat terhadap penyakit-penyakit. Maka ia akan seterusnya ditentukan oleh findings dan dari sudut trends penyakit, incidences, occurrence dan semua perkara yang telah pun disebut mungkin oleh beberapa Ahli Yang Berhormat lain tadi seperi Machang. Termasuk juga kalau penekanan kepada kesedaran kesihatan. Kalau keperluannya kepada preventif medicines, lalu program-program kesedaran seperti diet, life style, kesemuanya itu akan menjadi penting untuk diperhatikan.

■1910 Butiran 020500 – Keselamatan Kualiti Pemakanan peruntukan sebanyak RM54 juta. Ia bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan akibat daripada penipuan dalam persediaan penyimpanan, penyediaan pemprosesan penjualan dan penggunaan makanan melalui penyelidikan juga pemantauan dan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan juga Peraturan-peraturan Makanan 1985. Kesemua ini khususnya berlatar belakangkan apa yang berlaku baru-baru ini dalam gejala penggunaan melamine yang tentunya sudah mengancam puluhan ribu ya. Kalau di China itu 54,000 bayi-bayi kerana melamine pada sifatnya yang organik, sebatian organik dan organik kompaun yang sudah pun kita sedia maklumi mengapa telah dimasukkan ke dalam pemakanan khususnya susu dan pelbagai dairy produk termasuk yogurt, coklat, candy dan seumpamanya.

Maka di sana satu sebatian yang pada sifatnya adalah toxicitynya rendah ia a low toxic compound dari sudut a cube toxicity nya. Samalah seperti sodium chloride, garam dimeja makan kita sahaja. A cube toxicity about 3 gram per kilogram body weight tetapi apabila dimasukkan dalam makanan pada paras, above the permissible limit of three ppm

final • 7:06 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

ataupun miligram per kilogram body weight ia telah menjadi satu yang membawa kepada toxicity khususnya kepada vulnerable age group. Contoh di sini bayi kerana metabolik sistem mereka yang tidak dapat metabolize toxic ataupun foreign chemical insult seperti itu.

Maka persoalannya di sini ialah kita sudah lihat pada isu melamine yang akhirnya membawa kepada toxicitynya khususnya kidney ataupun renal failures. Maut adalah kerana itu. Persoalannya dari sudut keselamatan bagaimanakah perkara ini dapat dielakkan kerana ini adalah satu jenayah sebenarnya. Penggunaan satu inert kompaun yang dimasukkan khusus kerana ia merupakan satu kompaun yang mempunyai content nitrogen yang tinggi sekali gus apabila berlaku determination protein itu kerana protein determination adalah mengikut gugusan nitrogen.

Melamine ini pada sifatnya adalah C3N6H6 jadi persoalan besarnya adalah penipuan seperti ini sejauh mana akan dapat dielakkan ataupun apakah strategi dan pelaksanaan kementerian dalam memberikan keselamatan pada penggunaannya. What would be, apakah program, apakah langkah-langkah, apakah KPI, apakah amalan dan yang dikatakan tadi sebagai usaha untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara ini sekali lagi recast. Saya kira ini adalah kerana kita tidak lama-kelamaan banyak perkara- perkara ini sudah menjadi rutin. Apabila ia merupakan rutin the quality control menjadi rutin dia tidak dapat mengesan gejala-gejala seperti ini hinggalah berlaku satu emotif ataupun toxicity yang pada peringkat ini.

Jadi itu perkara yang perlu ditegaskan oleh kementerian apakah langkah-langkah ke depan nanti. Secara pro aktif secara lebih terancang secara lebih bertanggungjawab.

Sama ada dari sudut kebolehan teknikal kita kerana dalam melamine determination pun kita agak terkial-kial juga kepada part vermilion ini sehinggakan kita hantar ke Singapura menggunakan liquid chromatography-quadrupole mass spectrometer

(LC-MS/MS). Jadi bagaimanakah jaminan itu dapat kita berikan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi Butiran 060200. Saya fokus ini kepada perkara yang menyinggung persoalan penguatkuasaan farmasi yang ada kurang lebih bidang saya untuk psikologi dan pharmaceutical ini. Jadi saya ingin sebutkan di sini dalam memberikan penguatkuasaan ini memang kita diizinkan mengguna generic drugs as suppose to drugs yang dalam return periodnya. Persoalan yang besar yang menjamin keselamatan dan kesihatan kepada rakyat kepada pesakit adalah dalam penggunaan generic drugs ini.

Contohnya seperti losec - anti ulcer drugs, losec - Omeprazole adalah paten drugs dan selepas paten periodnya bercambah Omizec, Omitec, Omipredec dan segala-galanya.

Namun persoalannya apakah kementerian menjalankan penguatkuasaan farmasi dalam menentukan keberkesanan drug ini. Ataupun apa yang dikatakan sebagai dengan izin bioequivalent studiesnya, violability studiesnya.

Apakah dilakukan untuk keselamatan. Itu kalau anti cancer drug maaf anti ulser tetapi kalau juga drug dalam group yang lain cardiovascular drug, anti cancer drug yang menggunakan generik drugs ini apakah kajian-kajian secara rutin. Bukan secara rutin secara periodical dilakukan bioequivalent studies itu kerana ini dipertikaikan oleh pengamal- pengamal ...

final • 7:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya masa habis Yang Berhormat.

final • 7:06 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi akhir sekali kalau yang boleh saya sebutkan apa jaminan dan sejauh mana dilakukan perkara ini supaya dapat dielakkan toxicity ataupun ketidakberkesanan ubat-ubatan ini sementara drug generik ini memang murah. Lozac RM7.00 yang lain itu tidak lebih daripada RM2.00 tetapi penggunaan itu jangan sampai menjejaskan ketidakberkesanannya. Mungkin sekali gus aspek-aspek keracunan ataupun toxicity dan toksikologinya. Sekian Tuan Pengerusi terima kasih banyak. Saya pohon penjelasan.

final • 7:06 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak bercakap dalam B.42 dan P.42 ini ada beberapa perkara sahaja. Yang

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

pertama Butiran 30400 – Rawatan Pesakit Dalam, 030200 – Pengurusan Hospital. P dalam P.42 ini 00400 – Hospital Baru, 00300 – Kemudahan Hospital.

Jadi dalam rawatan pesakit dalam ini saya mengucapkan tahniah kepada doktor dan sebagainya memang mereka bersungguh-sungguh dalam merawat pesakit dan sebagainya. Akan tetapi hari ini kadang-kadang saya tengok ada kerenah birokrasi yang berlaku di mana sebagai contohnya rakan kita atau Ahli Parlimen, khususnya seorang senator yang telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur rasa saya yang diberitahu pada saya.

Dia ini berak berdarah banyak darah keluar dan masuk ke hospital HKL bawa kad Ahli Parlimen ini kad dia bila tunjuk dia diletakkan di kelas tiga sepanjang dia duduk hospital.

Makna dia hendak tunggu surat daripada pengesahan sedangkan di belakang kad kita ini sudah ditulis rawatan perubatan dan bayaran kelas satu bilik perseorangan di hospital atau klinik kerajaan. Kemudahan ini juga untuk keluarganya iaitu isteri-isteri - kalau ramailah, suami dan anak-anak di bawah umur 21 tahun kecuali anak daif kerana kelemahan otak atau jasmani yang mana had umurnya tidak dihadkan. Jadi mungkin ada hospital yang menerima kad ini yang tahu tetapi mungkin ada yang tidak tahu.

■1920 Jadi kita mintalah pihak kementerian memaklumkan kepada seluruh hospital yang ada di Malaysia ini terutama hospital kerajaan, klinik kerajaan dan sebagainya menerima kad ini. Saya sendiri sebenarnya pernah pergi ke hospital di Kuala Lumpur. Kebetulan saya sendirilah, pengalaman saya. Saya tunjuk kad ini, mula-mula dia kata “Encik kena bayar RM1 untuk pendaftaran”. Dia tengok kad ini lepas itu saya kata “Di belakang ini ada tulis percuma dan sebagainya. Saya nak masukkan ke bahagian mana encik pesara kerajaan ke?”. Saya pun diam saya senyum saja. Saya kata “Tak apalah, saya bayarlah RM1.00.” Jadi, perkara-perkara yang macam ini bukan saja untuk Ahli-ahli Parlimen. Ini untuk Ahli- ahli Parlimen, sama ada Senator dan sebagainya tapi kalau untuk orang luar lagi tak tahulah macam mana. Jadi ini yang saya hendak. Ini kerenah birokrasi yang ada lah.

Jadi rakan kita Ahli Parlimen seorang Senator duduklah di hospital itu di kelas tiga rasa saya selama beberapa hari. Jadi, dalam rawatan pesakit ini, saya tengok juga di hospital mungkin ada di hospital-hospital yang lama, doktornya berdedikasi, jururawatnya berdedikasi tapi kadang-kadang peralatan yang ada di hospital ini nampaknya dah usang sikitlah. Usang, perlu diperbaharui dan sebagainya. Saya bimbang bukan apa, kalau alat- alat yang ada itu dah usang, dah lama dan dia tak memberi fakta yang tepat, maklumat yang tepat. Mungkin tersilap dan sebagainya dan kita mungkin buat silap diagnosis terhadap pesakit. Ini jadi kacaulah. Jadi sebab itulah bagi saya kalau boleh Kementerian Kesihatan ini selain daripada membuat hospital baru dan sebagainya perlu juga melihat alat-alat, peralatan yang ada di hospital ini. Memang kita ada kekurangan doktor dan sebagainya.

Bagi saya doktor-doktor yang kita bawa dari luar ini yang paling penting sekali bagi saya, kita kena bagi dia kelas. Kelas bahasa. Itu satu, oleh sebab kita kekurangan pakar dan sebagainya, kita bawa pakar daripada Myanmar yang antaranyalah yang saya tahu, kita kena bagi dia dari segi kelas bahasa dululah sebab kadang-kadang dia datang, dia berkomunikasi dengan kita itu kadang-kadang kita tak faham apa yang dimaksudkan. Dia sendiri pun mungkin tak faham. Jadi kadang-kadang timbul salah komunikasi. Jadi ini kesannya pun bahaya juga.

Yang ketiga, 0302200 - Pengurusan Hospital. Saya lihat kadang-kadang ada hospital yang lama contohnya Hospital Lipislah. Hospital Lipis ini hospital lama dan sebagainya, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahulah Hospital Lipis ini macam mana rupa dia. Ada wad dia tak ada lif, lif tak ada. Bila lif tak ada, saya bayangkan macam mana nak bawa pesakit ini naik. Dia ada dua tingkat, nak naik ke tingkat atas. Saya tanya pada atendan, macam mana bawa. Dia kata “Usunglah”. Usung, naik tangga itu, usung, usunglah bawa atas. Kalau dok dalam wheelchair itu usung dengan wheelchair dan sebagainya.

Kadang-kadang kita kena usung. Lepas itu nak bawa mayat kalau ada yang meninggal di atas itu ha, usunglah ke bawah.

Jadi saya rasa perlulah, bukan sahaja di Lipis. Yang ada di Lipis itu contohlah pasal dekat dengan saya. Saya tengok Yang Berhormat Indera Mahkota senyum saja

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

depan itu ya. Mana-mana hospital yang tak ada lif ini kita kena buat lif untuk pesakit, untuk membawa pesakit ke atas. Memang rasa saya banyak, bukan saja di Lipis. Saya tak tahulah di Beluran itu macam mana. Mungkin Beluran dah ada hospital baru.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Beluran okey. Ground floor saja Yang Berhormat, tak bertingkat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Oh ground floor, tak ada yang double storey? Tak ada ya?

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tak bertingkat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Ha bernasib baiklah.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Beluran tak ada pagar hospital. Banyak kambing masuk.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

[Ketawa] Ya jadi begitu ya.

Jadi di Kuala Krau langsung tak ada hospital. Yang ada di Temerloh saja kan, itulah.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Minta laluan.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Baik, sila.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Lipis kerana sebut Parlimen Kuala Krau tak ada hospital. Datanglah ke Parlimen Kuala Krau, Hospital Jengka itu hospital Parlimen Kuala Krau lah itu. Cuma tentang pengurusan hospital ini saya bersetuju. Saya nak minta persoalan ini ditumpang dengan ucapan daripada Yang Berhormat Lipis. Saya nak tanya tentang apakah tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh Lembaga Pelawat Hospital. Jadi, hospital-hospital kerajaan dan saya agak berdukacita kerana sejak daripada kawasan Parlimen Kuala Krau, Parlimen yang baru, di Hospital Jengka ini, hospital dalam kawasan Parlimen Kuala Krau tidak ada pemimpin daripada bahagian Kuala Krau ini menjadi ahli Lembaga Pelawat. Borang dah dihantar tapi jawatannya masih lagi kekal dengan orang lama. Sepatutnya dah tiga, empat tahun ini bagilah peluang kepada pemimpin tempatan di Parlimen Kuala Krau. Minta tolonglah Yang Berhormat Menteri.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Menteri daripada Pahang Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Minta melalui dalam ucapan Yang Berhormat Lipis.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, menteri pun dari Pahang Yang Berhormat. Dia pun faham.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Jadi oleh kerana ada permohonan itu, saya masukkanlah ucapan Yang Berhormat Kuala Krau itu ke dalam ucapan saya.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Kadang-kadang Pahang tertinggal orang Pahang ini.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

[Ketawa] Yang seterusnya 00400 - Hospital Baru. Jadi saya berharaplah Lipis ini dah dijanjikan. Ya lah, banyak tahun dah, banyak tahun dan berapa orang menteri pun dah bertukar. Nak adakan satu hospital baru di Lipis tapi sampai sekarang belum ada lagi. Jadi kita harapkan dengan menteri kita yang ada baru yang rasa saya lebih dekat hatinya ke Kuala Lipis dan Pahang ini dapatlah.

Kalau tak dapat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, kita bawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tak apa, asalkan benda itu berhasil dan selanjutnya bila mencari tapak itu biarlah tapak yang agak sesuai sikit kerana kadang-kadang mungkin terlalu jauh sangat ataupun ada yang suka dekat sangat. Akan tetapi saya tak pastilah sama ada pengarah hospital ataupun pegawai kesihatan daerah yang dapat menentukan tapak ini sebab kadang-kadang ada argument antara berdua.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Bila jumpa pengarah, dia kata “Saya tak kisah kalau hospital itu jauh sikit daripada bandar.’’ Akan tetapi bila berjumpa pegawai kesihatan daerah, dia kata “Kalau boleh hospital itu dalam bandar”. Jadi siapa sebenarnya yang dapat menentukan kedudukan hospital. Jadi di situ kadang-kadang ada argument juga.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dah habis Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Ha, satu lagilah yang saya nak cakap. Satu lagi dari segi Pengurusan Hospital ini juga, sebab apa, macam di Lipis, Hospital Lipis. Tempat dia jauh tapi bila kita nak refer, kita kena refer ke Hospital Temerloh.

Kadang-kadang lepas Hospital Temerloh, dia bawa ke Kuantan. Sedangkan rasa saya, Lipis ini ke Kuantan dan ke Temerloh, dia lebih dekat ke Kuala Lumpur. Jadi, menjadi satu masalah bukan pada ini tapi pada keluarga pesakit untuk pergi ke Temerloh itu lebih susah kadang-kadang daripada nak pergi ke Kuala Lumpur, kemudahannya. Jadi itu saya berharap kalau dapat. [Disampuk] Ha, Bentong pun sama ya? Hospital Bentong dia hantar ke Kuantan ke Temerloh? Kuantan? Dia tak bawa ke Kuala Lumpur. Itu saya ingat. Tak apalah, saya bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Bentong sekali dan Lipis untuk kita bawa.

Kalau dapat kita refer ke Kuala Lumpur bukan kerana kita tak suka ke Temerloh atau ke Kuantan tapi kemudahan perubatan saya rasa lebih ke Kuala Lumpur. Begitu juga bila...

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habis dah Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Ini daripada segi ini, satu lagilah. Satu campur satu.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Okey. Masa pun dah nak dekat dah. Okey, di Merapoh, sempadan antara Gua Musang - Merapoh. Selalunya oleh kerana tak ada doktor di Pusat Kesihatan Merapoh ataupun Poliklinik Merapoh, dibawa ke Gua Musang, lahir anak di Gua Musang. Bila lahir di Gua Musang, daftar di Gua Musang, rakyat Pahang ini dah jadi 0-0 berapa saya tak tahu di Kelantan.

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Dia jadi sokong PAS lah.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Ha?

final • 7:17 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

So dia sokong PAS lah.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Saya pun tak tahulah mungkin tapi biasanya Barisan Nasional lah sebab saya menang di situ. Akan tetapi kemudian, masalah dia, anak ini bila dia nak minta Yayasan Pahang dan sebagainya bila tengok itu dia kata ini bukan rakyat negeri Pahang. Ada benda-benda, perkara-perkara yang jadi kadang- kadang. Jadi ini masalah. Jadi kalau adalah, mungkin doktor di situ yang boleh menyambut bayi ini mungkin lebih baik di situ. Sebab ini kadang-kadang masalah sempadan ini pun, dia dekat saja tapi masalah tadi saya kata birokrasi dan sebagainya, mereka tak dapat mendaftar.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Jadi oleh kerana berapa kali dah Tuan Pengerusi bercakap suruh berhenti, saya berhentilah setakat ini. Dengan ini saya menyokong bil ini. Terima kasih.

■1930

final • 7:17 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Serdang, Serdang...

final • 7:17 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Bagilah peluang Tuan Pengerusi.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sekejap. Saya nak bereskan pasal tadi saya ambil dua daripada pembangkang, saya kena panggil dua daripada Barisan Nasional. Jadi selepas itu saya akan minta Menteri untuk menjawab.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita akan perhatikan nama-nama yang belum berucap nanti untuk diberi keutamaan untuk kementerian seterusnya. Saya jemput...

final • 7:17 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tuan Pengerusi hanya satu wakil daripada DAP.

final • 7:17 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan dalam masa 10 minit Yang Berhormat.

final • 7:17 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 20000

final • 7:35 PM

Seorang Ahli

Minta maaf, kita sampai jam berapa?

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

7.30 malam Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tuan Pengerusi tadi Tuan Pengerusi cakap akan...[Dewan riuh]

final • 7:35 PM

Seorang Ahli

Apa ni baru masuk.

final • 7:35 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dahulu Yang Berhormat, boleh dibincangkan. Tadi pun kalau kita ikut 14 orang, tadi Kementerian Pelajaran, 30 orang Yang Berhormat. Jadi kita tak boleh terlampau rigid dalam perkara ini ya. Yang Berhormat dari Ledang teruskan.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 20000 sekali gus dengan Butiran 80200 iaitu saya nak menyokong beberapa hujah tentang rokok tadi. Akan tetapi saya lebih kepada satu aspek iaitu dari bentuk pertanyaan, berapa banyak setakat tiga ke empat tahun ini Program Kempen Anti Merokok di seluruh negara dan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan setakat ini?

Setakat ini, sejak kempen itu dianjurkan dahulu dan sama dengan pertanyaan- pertanyaan daripada Kuala Krau tadi, apakah kesannya. Sebab Tuan Pengerusi, sekiranya kesannya hanya kecil ataupun seolah-olah tidak dikesan, saya beranggapan kempen kita gagal. Sekiranya kempen kita gagal, tak ada maknanya selama ini kita melarang iklan-iklan yang boleh menyumbang pendapatan kepada negara, kepada NGO dan sebagainya.

final • 7:35 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya sokong, saya sokong.

final • 7:35 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Sikit saja Tuan Pengerusi, boleh mencelah?

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sekejap sahaja.

final • 7:35 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Kempen Tak Nak Merokok ni. Saya nak bertanya dengan Ledang, saya ingat kumpulan sasar ini pun nak kena tengok balik la ni, beri fokus kepada kumpulan remajalah. Yang dah tua-tua bangka macam kita ni, yang tak nak berubah ini, Yang Berhormat Titiwangsa menjerit-jerit hari-hari bercerita, kita rasa kesallah. Saya ingat kita bagi tumpuan kumpulan remaja sebagai kumpulan sasar baru, apa pandangan Yang Berhormat dari kawasan Ledang?

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Minta laluan Yang Berhormat Ledang.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau minta laluan Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Saya bukan, kempen merokok, kempen merokok, saya bukan niat untuk menghiris perasaan Yang Berhormat Titiwangsa, tapi saya ingin melihat dari konteks pembangunan sukan. Kita sedar di negara kita ini, soal pembangunan sukan nampak kekurangan bajet sejak kita menghentikan larangan syarikat-syarikat tembakau.

final • 7:35 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Inilah jenayah, Menteri Kesihatan.

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Dengar dulu Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tak boleh mencelah dalam...

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tak boleh mencelah macam ni. Yang Berhormat Titiwangsa dengar dulu, dengar dulu saya cakap, belum habis lagi. Saya tahu sebelum tidak membenarkan syarikat-syarikat tembakau menaja sebarang aktiviti sukan, walaupun ia nya dibuat tidak ditunjukkan secara langsung dengan menghisap rokok dan sebagainya, ditunjuk barang-barang luxury seperti tie, jam, pakaian dan sebagainya. Hasil kerana kita telah menandai perjanjian dengan WTO.

final • 7:35 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Pengerusi saya ingat lebih baik...

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Titiwangsa rasional sikitlah, dengar dulu saya cakap.

Saya pun faham, bukan saya tak faham. Saya pun mengaji sekolah tinggi juga. Amboi, dengar dulu saya cakap, ini dalam konteks pembangunan sukanlah.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat, jangan marah Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Malaslah, saya malas nak cakap, bergaduh dekat nak habis ini.

final • 7:35 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan sikit.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh, setengah minit sahaja. [Ketawa]

final • 7:35 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Ledang, minta laluan sikit. Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Ledang. Berhubung dengan kempen ini, Yang Berhormat Ledang mempertikaikan keberkesanan kempen itu. Saya ingin memberi sikit input iaitu mungkin lebih baik kempen kepada kesedaran tentang bahayanya merokok.

Saya mengalami sendiri keberkesanan dari segi approach kesedaran ini, saya telah berhenti merokok tanpa ada kempen-kempen kesedaran.

final • 7:35 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Ledang, sikit lagi.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Masa dah tidak ada ni Tuan Pengerusi.

final • 7:35 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sikit saja. Kita berhenti tadi. Saya cuma nak nyatakan sini dari segi aspek pembangunan sukan tadi, pengalaman saya menyemak akaun audit terutama syarikat-syarikat yang berkaitan dengan tembakau dan juga hasil- hasil yang berkaitan dengan rokok. Saya dapati sejak Kempen Tak Nak! dan juga kempen- kempen yang berkaitan dengan termasuk yang disarankan WHO mengatakan penajaan untuk apa-apa sahaja yang berkaitan dengan industri tembakau ini dilarang sama sekali.

Walau bagaimanapun, hasil daripada semakan audit ini terdapat satu vakum ataupun satu unutilized fund yang cukup besar, yang dulunya memang di allocate, atau disediakan untuk disalur sebagai penajaan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan terutamanya kepada sukan, pembangunan sukan. Dalam konteks ini, saya nak tanya kepada Ledang, apa pandangan Yang Berhormat Ledang, vakum.

final • 7:35 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Cantik, Indera Mahkota

final • 7:35 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang tidak digunakan begitu banyak, sedangkan mereka juga meraih keuntungan seperti biasa. Daripada kita biarkan benda ini tidak di utilize begitu saja, sedangkan dalam pembangunan sukan kita mempunyai masalah dari segi penajaan dan kewangan. Terima kasih.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi saya nak jawab dulu yang pandangan daripada Yang Berhormat Tenggara tadi, kalu begitu mungkin kajian perlu dibuat yang bahagian dua menjurus kepada golongan remaja mengikut umur tertentu.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kalau ada kesan saya ucapkan syabaslah, tetapi kalau tidak ada kesan mungkin satu pendekatan lain yang boleh kita buat.

Seterusnya, pandangan daripada rakan-rakan lain seperti Arau dan juga Indera Mahkota..

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong minta penjelasan Yang Berhormat..

final • 7:35 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh bagi saya peluang?

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya cadangkan ia boleh difikirkan dan dijalankan kajian. Kadang-kadang kita harus berfikir secara praktikal, yang penting matlamat kita tercapai, negara kita bebas daripada rokok daripada kempen yang berkesan.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Titiwangsa bangun Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya nak merakamkan kekesalan saya di atas sahabat-sahabat saya dari Arau dan Indera Mahkota juga. Ini kerana saya rasa apa yang mereka sarankan itu adalah satu jenayah kepada kesihatan seluruh penduduk- penduduk Malaysia. Doktor-doktor kita, pakar-pakar kita bertungkus-lumus memastikan insiden merokok di negara kita ini turun, sedangkan ini cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen yang bijak pandai.

Jadi saya ingin merakamkan kekesalan saya di sini. Cuba lihat ini, malah di kaki- kaki lima juga telah diharamkan untuk merokok, dilarang merokok. Akan tetapi di Parlimen ini tidak ada langsung penguatkuasaan. Tolong Menteri, tolong. Kalau ini pun Menteri tidak berjaya melakukan penguatkuasaan di kawasan Parlimen sendiri, saya rasa itu satu kegagalan kepada Menteri

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Pasir Salak kerana Yang Berhormat Pasir Salak dah berjaya, Titiwangsa sangat serius memperjuangkan isu ini.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Last sekali, masih atas tajuk sama, isu senaman.

final • 7:35 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya mohon laluan satu saja lagi Tuan Pengerusi.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya nak mencadangkan Tuan Pengerusi.

final • 7:35 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Satu saja lagi Yang Berhormat Ledang, satu saja. Kesianlah saya, kesianlah saya.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya.

final • 7:35 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Ledang ini, saya tak fahamlah Tuan Pengerusi. Tempat sarang rokok yang dekat luar sana tu, sarang merokok yang kat luar tu yang kat lobi tu. Mula-mula dengan cermin yang terang. Maknanya kalau saya nampak Yang Berhormat Paya Besar duduk merokok, bila saya berdiri kat situ, macam segan silu saja. Akan tetapi sekarang dah tutup habis, kita pun tak tahu sapa kat dalam tu. Agaknya kenapa ditutup habis sampai tak tahu siapa ada di dalam, tidakkah itu menggalakkan mereka supaya lebih senang lagi merokok?

Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Ledang.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Setujulah tu, setuju, setuju sangat.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Setuju apa Yang Berhormat? Setuju digelapkan tempat itu?

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Gelap atau terang setuju, tapi itu tempat dia. Cuma satu saja, akhir sekali saya berhenti bab rokok, isu senaman.

final • 7:35 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya berpendapat bahawa bab senaman ini, Kementerian Kesihatan harus mencadangkan kepada kita, jenis senaman yang bagaimana terbaik sekali dalam Malaysia ini. Ada aerobik, ada aikido, ada yoga, ada macam-macam, tapi dari segi kesihatan kita nak bertanya, rakyat Malaysia dah mula, senam ini boleh, senam ini tak boleh dan sebagainya.

Namun dari segi sudut kesihatan kita nak tanya, supaya sekurang-kurangnya ada panduan ada pilihan dan sebagainya. Kita nak juga tengok sejauh mana Kementerian Kesihatan telah pun mengkaji bab-bab yang berkaitan dengan kesihatan dan cara gaya hidup sihat. Paling akhir sekali, Yang Berhormat Menteri tengok-tengoklah Hospital Tangkak. Sekian, terima kasih.

final • 7:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 7:35 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Isnin 1 Disember 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.41 malam.

final • 7:35 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026