Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah-langkah untuk memudahkan lagi golongan warga emas dan OKU untuk mendapatkan lesen memandu.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang awam, khasnya golongan warga emas dan juga orang kurang upaya atau OKU untuk mendapatkan lesen memandu. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan kepada golongan warga emas adalah Program JPJ Bersama Rakyat. Program ini adalah bertujuan untuk membantu warga emas yang kurang mahir dalam pengendalian komputer dan juga buta huruf menduduki Ujian Undang-undang Bahagian I secara lisan atau bertulis yang dijalankan secara berkelompok.
Walau bagaimanapun, peserta warga emas yang mengikut program ini adalah diwajibkan mengikuti semua elemen latihan dan ujian memandu sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang. Bagi golongan OKU pula, mereka juga perlu menjalani semua elemen latihan dan ujian memandu sebagaimana prosedur biasa. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan. Di antaranya kelonggaran Ujian Undang-undang Bahagian I secara lisan atau bertulis dan membenarkan penggunaan kenderaan sendiri yang telah diubahsuai untuk menjalani latihan dan ujian.
Di samping itu golongan OKU juga diberikan layanan istimewa di mana mereka tidak perlu menunggu giliran dan diberikan keutamaan untuk mengambil ujian memandu.
JPJ juga telah menyediakan kaunter-kaunter khas bagi golongan OKU yang berurusan dengan JPJ serta memberikan khidmat nasihat dan rundingan dari segi pengendalian dan pengubahsuaian kenderaan setelah mendapat lesen memandu.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji, mengambil langkah-langkah penambahbaikan untuk memudahkan lagi golongan warga emas dan OKU mendapat lesen memandu. Pada masa ini JPJ dengan kerjasama Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau MIROS, Jabatan Penyelidikan Khas Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengemaskinikan prosedur-prosedur berkaitan seperti peraturan permohonan, borang dan format pemeriksaan kesihatan kepada golongan warga emas dan juga OKU bagi tujuan mendapatkan lesen memandu.
Walau bagaimanapun, pelbagai kemudahan diberikan kepada warga emas dan OKU. Namun begitu aspek keselamatan jalan raya dan komponen pemandu menjadi elemen utama sebelum lesen memandu dikeluarkan kepada golongan ini. Terima kasih.
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasihlah dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada warga emas dan OKU termasuklah menyediakan program khas yang telah dibentangkan tadi. Program ini amat bermanfaat kerana telah
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
memudahkan warga emas dan OKU memahami undang-undang jalan raya serta memberi peluang mendapat lesen, sekali gus mengurangkan kemalangan.
Soalan tambahan saya ialah berapa ramaikah warga emas dan OKU yang telah mendapat lesen memandu dalam program khas ini dan adakah kerajaan bercadang meluaskan program ini ke seluruh negara dan juga menyediakan stiker khas atau kenderaan untuk kenderaan warga emas dan OKU supaya dia mendapat keistimewaan ataupun privilege dari segi pemanduan, tempat meletak kereta dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak dapat bilangan berapa ramai OKU yang telah mendapat lesen memandu ataupun sebagainya, namun demikian bagi soalan ini saya akan rujuk kepada pihak JPJ dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Bagi soalan yang kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk menyediakan stiker khas bagi golongan OKU, setakat ini kerajaan belum bersedia untuk memberikan stiker khas. Namun demikian mana-mana kereta yang telah diubahsuai, yang diguna pakai oleh OKU ada dibenarkan untuk ditulis untuk kegunaan Orang Kurang Upaya. Itu sudah ada.
Jadi saya percaya dengan adanya tulisan itu, maka pihak polis, JPJ ataupun sesiapa sahaja orang awam akan mengetahui bahawa ini adalah merupakan kenderaan yang diguna pakai oleh OKU. Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri. Pada masa ini apabila kita ke kaunter-kaunter JPJ untuk mengambil lesen, untuk memperbaharui lesen ataupun memperbaharui cukai jalan, ramai OKU, warga emas dan juga orang awam tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan ataupun lesen kerana nama mereka tersabit dengan kesalahan-kesalahan jalan raya. Ada kalanya kesalahan-kesalahan itu kata pegawai-pegawai JPJ adalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan akibat saman-saman yang diberi oleh pihak polis juga.
Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian ke atas perkara ini, di mana ini nampak sebagai Jabatan Pengangkutan Jalan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang disabitkan atau dikaitkan....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini saya sedang bercakap. Tolong!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ringkaskan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini floor saya. Apakah langkah- langkah yang diambil ataupun akan diambil, ataupun perancangan yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa mereka yang didapati tersenarai dalam senarai hitam ini tidak dijatuhkan hukuman di mana tidak dapat diperbaharui. Sekiranya mereka bersalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Bolehkah kerajaan dan kementerian merujuk mereka terus kepada mahkamah...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini mencari publisiti ni!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terus kepada mahkamah di mana mahkamah boleh mengadili mereka dan bukan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan. Bolehkah kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mencegah ketidakadilan yang dilakukan oleh JPJ ini. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Pertamanya mengenai dengan kesesakan di kaunter JPJ memang diakui bahawa
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
berlaku kesesakan. Ini kerana semua orang berpendapat, “Kalau saya pergi pukul 9.00 pagi kurang orang.”, “Saya hendak pergi pukul 11.00 pagi kurang orang”, “Saya hendak pergi jam 2.30 petang kurang orang” . Semua ini menjangka bahawa kurang orang.
Sebenarnya tidak akan berlaku kesesakan sekiranya kita pergi awal dan dapatkan nombor, tidak ada masalah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi permohonan lesen-lesen kita memang ada sistem Kejara. Sistem ini adalah di bawah tanggungjawab saya bahawa mana-mana pemandu yang telah menyalahi peraturan jalan raya, yang meritnya ataupun markahnya lebih daripada 15%, maka ia akan disenaraihitamkan sebagai pemandu yang cuai dan tidak perlu pergi ke mahkamah. Ini di dalam undang-undang pengangkutan jalan raya. Apa yang dibuat oleh pelesen atau pemandu ini dia akan merayu kepada Menteri untuk minta kelonggaran.
Ada tiga keputusan yang akan dibuat oleh Menteri
(i) mengekalkan keputusan yang telah diputuskan oleh Pengarah JPJ yang diputuskan bahawa penama ini telah digantung lesennya ataupun disenaraihitamkan;
(ii) ada keputusan bahawa pihak Menteri berkuasa sama ada memberikan amaran bertulis atau mengurangkan hukuman.
Katakan seseorang pemandu digantung lesennya tiga bulan tetapi menteri berkuasa untuk mengurangkan hukuman atau boleh tidak menghukumnya dengan mengecualikan daripada hukuman. Akan tetapi apabila hukuman ini telah dibuat maka ia masih disenaraihitamkan, tidak boleh memperbaharui selepas hukuman itu selesai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta maaf. Saya merujuk kes- kes...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan berdialog. Duduk. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?
Kalau sudah habis jawapan, habis, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Begitu juga apabila seseorang pemandu ditangkap oleh polis, ada saman, mereka perlu membayar saman dahulu dan barulah dibenarkan untuk memperbaharui lesen. Ini undang-undang. Kalau tidak bayar saman semua orang tidak akan bayar saman. Jadi, mesti bayar saman dahulu dan barulah JPJ akan memperbaharui lesen. JPJ sekarang ini online dengan pihak polis. Dengan hanya menaip nombor IC, nama dan nombor lesen, maka kita akan memperoleh sama ada orang ini disenaraihitamkan, sama ada mereka ada kes mahkamah ataupun ada kes dengan JPJ.
Terima kasih.
2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah kadar pinjaman PTPTN yang diterima oleh mahasiswa IPTA dan IPTS mengikut jurusan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan berkaitan PTPTN yang diajukan dan terima kasih Yang Berhormat kerana berkongsi ilmu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar pinjaman bagi mahasiswa adalah berbeza-beza mengikut institusi pengajian tinggi, peringkat pengajian mereka, jurusan dan tahap pendapatan keluarga. Ahli Yang Berhormat, mahasiswa yang mengikuti jurusan sains diberikan insentif tambahan sebanyak RM500 setiap semester yang dikecualikan daripada kos pentadbiran dan merupakan sebagai galakan kepada mahasiswa untuk memilih jurusan sains. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara perbandingan jumlah pembiayaan pinjaman yang diberikan kepada pelajar IPTS adalah lebih tinggi berbanding IPTA kerana yuran-yuran yang pengajian yang dikenakan oleh pihak IPTS adalah lebih tinggi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Tuan Yang di-Pertua, suka pihak kementerian memberikan contoh di sini.
Mahasiswa IPTA yang mengikuti peringkat pengajian diploma, jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM5,000 setahun, manakala berbanding mahasiswa IPTS yang mengikuti peringkat pengajian yang sama iaitu jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM8,000 setahun. Manakala bagi mahasiswa yang mengikuti peringkat pengajian ijazah pertama, jumlah pembiayaan bagi mahasiswa IPTA adalah sebanyak RM6,500 setahun bagi jurusan sastera dan sebanyak RM7,000 bagi jurusan sains. Ini termasuk insentif RM500.
Ahli Yang Berhormat, manakala bagi mahasiswa IPTS, jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM16,000 bagi jurusan sastera dan RM16,500 setahun bagi jurusan sains.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mewakili bangsa Melayu dan seluruh bumiputera, rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Adakah pihak Kerajaan Barisan Nasional akan menimbangkan pemberian semula pemberian biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan sebagai hak keistimewaan bangsa Melayu dan bumiputera selepas mendapat tamparan yang hebat dalam PRU ke-12 baru-baru ini.
Segmen yang kedua, adakah pihak kerajaan bersedia untuk mengkaji PTPTN yang dilihat seolah-olah satu perniagaan sedangkan pendidikan adalah merupakan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Di atas nama rakyat miskin tanpa mengira bangsa, adakah pihak kerajaan bersedia menghapuskan bayaran balik pinjaman ini bagi pelajar yang miskin ataupun cemerlang sekurang-kurangnya bagi yang mendapat PNGK 3.0 dan ke atas. Bahkan ada maklumat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan berucap, Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, saya hendak beritahu dulu.
Peraturan dan syarat membenarkan Yang Berhormat mengemukakan satu sahaja soalan.
Saya hendak beri ingatan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kalau hendak buat dua atau tiga, buatlah rangkaian elok-elok sikit. Janganlah nombor satu, nombor dua, nombor tiga, saya tidak benarkan. Kalau kata, “Ini soalan saya dan saya juga ingin mengetahui....”, pandai-pandailah kita. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat kerana telah memberikan soalan tambahan yang saya kira menjadi hasrat kepada setiap orang yang ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian telah pun menyediakan pinjaman kepada 1.2 juta pelajar-pelajar yang merangkumi angka RM17.1 bilion yang diberikan dalam bentuk pinjaman kepada semua pelajar universiti tanpa mengira kaum.
Ahli Yang Berhormat, saya kira untuk menjadikan apa yang telah kita lalui dahulu, biasiswa diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Kemudian diperkenalkan pula perbadanan tabung ini yang konteksnya lebih kurang serupa menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar bagi melanjutkan pelajaran.
Hari ini pihak kementerian masih lagi belum bersedia untuk mengembalikan konsep biasiswa ini kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan ke pengajian tinggi. Kedua berkaitan dengan mengkaji skim perbadanan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jawapan Menteri mungkin bersambung juga dengan satu yang kedua...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak kementerian dalam kajian untuk mengubah pinjaman kepada biasiswa jika pelajar-pelajar
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
memperoleh keputusan yang cemerlang. Keputusannya nanti akan kita maklumkan kepada Yang Berhormat, tetapi dari proses yang telah kita lalui, kita dapati bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang tidak mempunyai masalah dalam mendapat pekerjaan dan juga tidak mempunyai maslah untuk membayar balik pinjaman. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih. Minggu lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri telah merasmikan kaunter PTPTN di Kuching, jadi sebagai wakil rakyat dari negeri Sarawak, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas, tahniah dan terima kasih kepada PTPTN... [Tepuk] ...kerana telah membuka kaunter PTPTN di Kuching. Soalan saya, negeri Sarawak amat luas, amat besar, seakan sama besar dengan seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi adakah kementerian bercadang untuk membuka kaunter lagi di bahagian-bahagian yang lain di negeri Sarawak? Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat juga mengalu-alukan kehadiran saya tempoh hari, terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, salah satu daripada kaedah untuk PTPTN menambah baik perkhidmatan dan produk mereka kepada pelanggan-pelanggan ataupun pelajar-pelajar yang meminjam perbadanan ini. Kita telah bersedia mendengar rungutan-rungutan yang diungkit oleh peminjam-peminjam yang rata-rata mempertikaikan tentang keberkesanan sistem penyampaian PTPTN.
Hasil daripada itu Yang Berhormat, kita telah bersedia untuk menyediakan Info- Center, yang pertama kita lancarkan di Bandar Kuching, Tuan Yang di-Pertua, kedua kita akan lancarkan di Kota Kinabalu dan di Bandar Kuching kita lancarkan sebagai headquarters info centre, Pusat Maklumat PTPTN, di mana seluruh cawangan-cawangan BSN di seluruh negeri Sarawak, sebanyak 24 cawangan akan menjadi anak kepada headquarters yang terdapat di Bandar Kuching. Sekali gus saya kira, pusat-pusat maklumat ini akan beroperasi secara cekap dan berkesan dan dapat menyampaikan perkhidmatan PTPTN kepada orang ramai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, boleh merayu satu soalan lagi, tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payahlah Yang Berhormat. Cakap dengan menterilah..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini soal penting, soal masyarakat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Esok hari ada orang minta lagi satu Yang Berhormat, jadi saya tidak boleh, minta maaf Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Nak bagi ke tidak? Kalau tidak bagi tidak payahlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
3. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi dakwaan yang sering dilaungkan oleh persatuan sekerja dan badan-badan NGO bahawa Kerajaan tidak mengambil berat ke atas isu gaji minima. Berapakah gaji purata bulanan buruh di sektor pembinaan, pertanian, penginapan (hotel), pasar raya dan kedai-kedai kopi di bandar-bandar utama di Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di- Pertua, saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit di atas soalan nombor tiga yang diutarakan.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia, sentiasa mengambil berat dan memantau pelaksanaan pembayaran gaji sektor swasta di negara ini, bagi memastikan kebajikan pekerja-pekerja asas terbela dan terpelihara. Pada masa ini terdapat tiga pendekatan dalam penentuan gaji di sektor swasta iaitu melalui kuasa pasaran perjanjian kolektif ataupun collective agreement, dengan izin dan Majlis Penetapan Gaji.
Keadaan pasaran guna tenaga yang semakin terbuka berikutan daripada proses globalisasi, ini menyebabkan kaedah penetapan gaji mengikut kuasa pasaran. Kuasa pasaran adalah kaedah yang paling banyak diguna pakai oleh majikan di Malaysia, ianya berdasarkan proses permintaan dan penawaran di antara majikan dan pekerjaan berdasarkan rate of the job, dengan izin.
Bagi pekerja yang gaji mereka ditetapkan oleh perjanjian kolektif, ianya ditentukan melalui proses rundingan di antara majikan ataupun Persatuan Majikan dengan Kesatuan Sekerja. Kerajaan juga telah menubuhkan 10 Majlis Penetapan Gaji pada tahun 2006 dan 2008 dan 10 MPG ini memberi peluang kepada 1.33 juta pekerja di seluruh negara. Di samping itu, Jemaah Menteri baru saja meluluskan penubuhan MPG bagi sektor tekstil dan elektronik dan kajian sedang dijalankan berhubung perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Kajian Guna Tenaga Kebangsaan pada 2007 yang dijalankan oleh KSM, purata pendapatan pekerja asas di beberapa sektor pekerjaan di Malaysia ini adalah seperti berikut:
| (i) | Pembinaan | - | RM952 |
|---|---|---|---|
| (ii) | Pertanian | - | RM628 |
| (iii) | Penginapan | - | RM697 |
| (iv) | Pasar raya | - | RM853 |
| (v) | Kedai-kedai kopi | - | RM573 |
Kerajaan insya-Allah akan meneruskan pendekatan segala rundingan dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan tiada pihak yang dinafikan haknya dan dari masa ke semasa memelihara keharmonian di tempat kerja. Ia diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik kepada pelabur-pelabur yang mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Terima kasih.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Daripada angka yang disebut tadi, berkenaan dengan gaji purata, kita melihat bahawa di kalangan pekerja itu gaji mereka adalah masih di bawah paras garis kemiskinan. Kita juga ketahui bahawa isu gaji minima ini adalah isu yang sangat hangat yang disebutkan kebelakangan ini.
Kita juga mengetahui bahawa kadar upah di negara ini adalah ditetapkan oleh pengeluaran dan permintaan ataupun supply and demand ataupun demand and acceptance. Akan tetapi kita juga diberitahu bahawa Persekutuan Majikan Malaysia sering tidak bersetuju dengan langkah untuk memberi gaji yang minimum ini oleh sebab beberapa isu seperti kos, peluang kerja dan saingan pelaburan dan kita juga ketahui bahawa disebabkan gaji yang rendah, ramai di antara pekerja kita pergi ke luar negara seperti di Singapura. 300 ribu di Singapura dan beribu-ribu lagi di negara lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Jadi soalan saya, terima kasih. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan majikan supaya dapat memberi gaji yang sempurna kepada pekerja untuk menarik pekerja tempatan dan juga rasional kementerian selama ini di mana gaji minimum ini tidak wajar diperkenalkan pada masa ini dan kadar gaji sektor juga ditentukan oleh kuasa pasaran. Terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah diberikan tadi, ada dua perkara yang ditanyakan iaitu yang pertama adalah mengenai kenapa gaji minimum itu wajar diperkenalkan dan yang keduanya pula adalah bagaimana untuk menarik pekerja-pekerja tempatan untuk bekerja di negara ini.
Memang tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua, bahawa masih ada terdapat lagi gaji yang masih rendah, kerana itulah kementerian sentiasa menubuhkan Majlis Penetapan Gaji bagi sektor-sektor yang tadi telah saya nyatakan terdapat 10 sektor setakat ini. Walau bagaimanapun setengahnya adalah gaji pokok dan kalau kita sebenarnya untuk mereward dengan izin, pekerja-pekerja kita adalah melalui yang pertamanya dari segi kewangan.
Keduanya, dari segi yang bukan kewangan seperti tambahan untuk menyediakan rumah kepada pekerja, yang keduanya pula ada juga tambahan seperti elaun harian yang diberikan.
Di samping itu penekanan kerajaan sekarang ini adalah untuk menggalakkan majikan memperkenalkan atau mengguna pakai sistem upah berdasarkan produktiviti kerana ianya di samping akan menjamin daya saing untuk negara ini. Secara tidak langsungnya juga berdasarkan kepada permintaan dan juga penawaran ini, ianya akan meninggikan lagi atau meningkatkan lagi daya saing dan kualiti hidup kerja kerana pelbagai benefit wajar diberi kepada golongan pekerja ini dan untuk menarik minat pekerja-pekerja tempatan bekerja di negara ini. Kementerian sentiasa menggalakkan setiap syarikat ataupun majikan untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan.
Kerajaan sebenarnya memang mengetatkan syarat untuk pengambilan pekerja asing yang ianya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Dato’ Noraini binti Ahmad
Di samping itu juga ianya diharapkan di bawah Kementerian Sumber Manusia juga kita ada menyediakan peruntukan melalui PSMB dan juga JPK di mana mereka yang telah menyumbang certain percentage dengan izin kepada PSMB akan dapat mempergunakan semula levi ini bagi memberikan kemahiran tambahan dan juga latihan tambahan kepada pekerja-pekerja mereka. Jadinya di samping itu Tuan Yang di-Pertua peraturan kerja separuh masa kerana sekarang ini kerajaan memang menggalakkan supaya setiap pekerja...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak ada asas langsung.
Dato' Noraini binti Ahmad
Tidak sampai?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sebagai rakyat Malaysia yang negara ini dikatakan syurga bagi warga negara asing mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri. Jawapan ini tidak menyelesaikan masalah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik.
Dato' Noraini binti Ahmad
Tetapi okey Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa sebenarnya kerajaan kita hendak memperjuangkan hak...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Bagilah peluang dia jawab dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagi Menteri jawab dulu Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...rakyat negara ini supaya dapat satu tangga gaji yang munasabah lebih tinggi daripada miskin tegar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Rakyat negara ini harus diutamakan. Kenapa kita mesti utamakan pelabur luar tetapi pelabur dari luar hanya hendak lebihkan orang luar datang ke mari tetapi rakyat negara ini sengsara hendak mencari pekerjaan ...[Bercakap tanpa pembesar suara]. Biar kita bertanggungjawab untuk rakyat kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat.
Dato' Noraini binti Ahmad
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu jawapan berjela-jela tetapi tidak memberi kepuasan kepada rakyat negara ini.
Saya wakil rakyat Barisan Nasional bertanggungjawab kepada rakyat!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya saya tahu juga Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.
Dato' Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita tidak mahu penipuan seperti ini berterusan pada rakyat kita! Bela rakyat kita sendiri!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kerajaan tipu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Abaikan kepentingan rakyat kita lebih kepada rakyat luar bandar, luar negara kita.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Wah, wah, wah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan- cadangan tersebut.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua saya tidak mahu berlakon dalam negara ini. Hak rakyat harus diutamakan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat sudah Yang Berhormat!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Bila lubuk hati terpendam...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Shut up you lah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Padang Serai tidak payahlah.
Dato' Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kementerian memang sentiasa. Itu yang dikatakan bahawa kadang-kadang pihak majikan merasakan bahawa kementerian ini terlampau lebih kepada pekerja. Dan pihak pekerja pula kesatuan pekerja merasakan bahawa kementerian kami ini lebih kepada majikan. Jadinya pada kami itu adalah satu petanda yang baik sebab kita mengambil kira kedua-dua pihak dalam usaha kita untuk membantu pekerja dan juga majikan di waktu yang sama. Insya-Allah segala maklum balas daripada Yang Berhormat semua memang kita sentiasa ambil kira dan insya- Allah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Maklum balas sudah bertahun- tahun Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat sudah Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tetapi tindakan tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak boleh buat macam ini Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Orang-orang Melayu bekerja...
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Menteri.
Dato' Noraini binti Ahmad
Segala maklum balas itu kita akan ambil tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat tindakan telah dilakukan oleh kementerian dan telah banyak sejak menteri dan juga saya mengambil alih kementerian ini banyak yang telah dilakukan untuk membaik pulih keadaan pekerja di negara ini. Terima kasih.
Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada aspek gaji minimum yang telah diberikan penjelasan oleh Timbalan Menteri tadi saya ingin mendapat penjelasan tentang hak-hak lain dan juga berkaitan dengan aspek-aspek kebajikan yang telah dirayu diadukan kepada kita yang saya minta supaya kementerian dapat mengambil tindakan yang segera.
Ada dua kes secara khusus yang ingin saya bangkitkan di sini yang berkaitan dengan kebajikan. Pertamanya adalah aduan daripada pekerja-pekerja wanita di sebuah gedung di Kuala Lumpur ini yang punya dua tiga cawangan Isetan secara khususnya yang mengeluarkan arahan tidak membenarkan pekerja-pekerja wanitanya menutup aurat ketika bekerja, yang pertama.
Yang keduanya adalah halangan menunaikan solat Jumaat di banyak kilang-kilang yang beroperasi dalam negara kita yang hanya membenarkan solat Jumaat pada pekerja- pekerja kilangnya dua kali sebulan tidak setiap hari. Jadi ini juga aspek kebajikan...
Seorang Ahli
Setiap minggu.
Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok
Bukan setiap minggu. Ini juga aspek kebajikan yang saya rasa perlu diberikan perhatian selain daripada gaji minimum yang telah disebutkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada jawapan bagi jawapan kalau tidak ada di tangan jangan buat jawapan kerana soalan ini tiada kena mengena.
Dato' Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Kementerian memang sentiasa mengambil maklum hak-hak, kita mengambil kira hak-hak pada pekerja-pekerja ini tetapi kita tidak ada makluman ini di atas tangan saya dan kita ambil maklum dan pihak kami akan memberi jawapan secara bertulis kepada soalan Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Dr. Lo Lo binti Mohamad Ghazali.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Nama saya Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Haji Ghazali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Oh Lo’ Lo’.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan pelajar- pelajar dan pengunjung-pengunjung kita yang hadir bersama-sama dengan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum itu saya minta maaflah bukan Lo Lo, Lo’ Lo’ lah.
4. Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:-
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan mak nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan sosial kepada semua ahli masyarakat yang memerlukan.
Bagi wanita teman sosial dan mak nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan program- program pembangunan kapasiti seperti kursus-kursus kemahiran untuk wanita dan ibu tunggal. Melalui program ini latihan yang diberikan adalah termasuk kemahiran dalam bidang jahitan, kraf tangan, pelancongan, penjagaan kanak-kanak, pemprosesan makanan, bakery, salon dan terapi kecantikan. Menerusi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada program sedemikian golongan tersebut boleh mencebur diri dalam pasaran pekerjaan atau memulakan usaha niaga sendiri.
Bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mereka juga boleh memohon geran pelancaran yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi tidak banyak kecil sebanyak RM2,700 sahaja.
Bagi soalan bahagian kedua bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan pula, untuk kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun yang terdedah kepada bahaya moral atau terlihat secara langsung atau tidak langsung dalam khidmat teman sosial, pelacuran atau aktiviti seks perlindungan dan pemulihan boleh diberikan di lima buah institusi Taman Sri Puteri Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.
Antara program yang dijalankan di sini ialah jagaan, perlindungan, kaunseling dan bimbingan, pendidikan formal dan tidak formal, pendidikan agama dan moral, latihan vokasional dan juga aktiviti riadah. Bagi wanita dan mak nyah terdedah kepada bahaya moral yang telah insaf terdapat juga beberapa buah NGO ataupun PSK iaitu Pertubuhan Sukarela Kebajikan di beberapa buah negeri yang menyediakan rumah perlindungan dengan bantuan geran daripada JKM.
Sehubungan dengan perkara ini juga kementerian melalui Pakatan Bestari dengan NGO pada bulan Ogos 2007 telah mewujudkan sebuah pusat bantuan khidmat sosial ataupun PBKS secara perintis di sebuah kawasan berisiko tinggi di Kota Raya Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan kepada golongan berkenaan. PBKS ini menyediakan tiga bentuk perkhidmatan utama iaitu tempat singgah ataupun dengan izin drop in, jangkauan ataupun dengan izin outreach, kaunseling serta khidmat maklumat. Ketiga-tiga perkhidmatan ini menekankan kepada aspek pendidikan, latihan kemahiran, pencegahan, rawatan kesihatan, sumbangan-sumbangan pil vitamin, penjagaan dan bantuan khidmat sokongan sosial seperti memberi kemahiran, mencarikan pekerjaan, menolong dalam proses mendapatkan dokumen pengenalan diri kepada yang tidak ada pengenalan diri dan juga penempatan di institusi kebajikan sekiranya diperlukan.
Dengan kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga alhamdulillah kelas-kelas agama dan fardu ain juga telah mula dijalankan di pusat ini.
Sekian terima Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hadis Nabi SAW berbunyi [Membaca sepotong hadis] yang membawa maksud “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangan”. Maknanya dengan kuasa yang ada di tangan kita.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sekiranya tidak mampu dengan lidah, maknanya bersuara seperti kita di Parlimen ini dan sekiranya tidak mampu hendaklah membenci dalam hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. Sehubungan dengan pengajaran daripada hadis ini yang menjadi kewajipan kepada kita semua pemimpin-pemimpin Islam terutamanya dan juga pemimpin- pemimpin negara seluruhnya yang cintakan kehidupan yang sejahtera dunia dan akhirat.
Apakah langkah-langkah dan juga perancangan-perancangan strategik daripada pihak kementerian bagi membendung dan mencegah penyakit masyarakat yang kian menular ini. Malah sebuah rumah kebajikan yang ditubuhkan oleh NGO iaitu Rumah Titian Kasih di Titiwangsa sehingga sekarang ini tidak mendapat lesen walaupun pegawai- pegawai kebajikan menghantar mereka ataupun pesalah-pesalah sosial ini ke rumah tersebut. Jadi saya harap mendapat jawapan daripada pihak Timbalan Menteri. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya sangat bersetuju Yang Berhormat dengan hadis yang Yang Berhormat bacakan tapi saya tak boleh nak ulang baliklah ya sebab saya memang tak searif Yang Berhormat. Akan tetapi apa yang kementerian laksanakan pada hari ini juga bertepatan dengan hadis berkenaan sebab tak boleh buat dengan tindakan, tidak boleh dengan teguran, last sekali bencilah dengan hati. Akan tetapi apa yang kementerian telah laksanakan seperti yang saya sebut tadi, kita mewujudkan satu pusat bantuan khidmat sosial di satu kawasan yang sangat berisiko tinggi dan tujuannya bukanlah untuk menggalakkan Yang Berhormat, tetapi mereka ini merupakan kumpulan yang terpinggir yang kalau kita tidak atau siapa pun tidak peduli, kita sudah ada Pakatan Pintar dengan satu NGO atau Yayasan PT dan Yayasan Salam.
Kalau tidak ada siapa peduli Yang Berhormat, tidak mustahil masalah penyakit sosial ini akan merebak dengan jauh lagi sehingga akan menjejaskan imej negara. Di masa akan datang akan lebih menghancurkan lagi norma-norma kemanusiaan. Itu belum lagi dengan masalah yang terkini, homoseksual, pengkid, lesbian dan sebagainya. Kita ambil maklum Yang Berhormat. Kita juga telah memberikan geran-geran kepada tujuh buah NGO di seluruh negara yang turut memberikan perlindungan kepada kumpulan remaja dan wanita yang terdedah kepada bahaya moral ini, yang tak salah saya dalam setiap tahun lebih kurang RM400 - RM500 ribu kita peruntukkan kepada tujuh buah NGO ini.
Cuma tentang Rumah Titian Kasih ini Yang Berhormat, saya tidak mendapat maklum tetapi untuk menerima geran daripada JKM, daripada kerajaan perlulah berdaftar dengan kementerian kita dahulu Yang Berhormat dan mematuhi spesifikasi dan juga syarat dan terma yang diperlukan, bukan sahaja oleh kami tetapi oleh PBT, Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak teknikal lain yang terbabit. Sekian Yang Berhormat, terima kasih.
Datuk Halimah Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada anak-anak daripada Sekolah Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana kita dengar banyak program yang telah dilaksanakan dan sebagainya. Saya hendak tanya dengan kementerian ini, adakah kementerian membuat sebarang kajian tentang apakah faktor sebenar yang menyebabkan lelaki-lelaki lembut ini berubah menjadi mak nyah. Agaknya kenapa mereka ini berubah menjadi mak nyah? Adakah kementerian tahu berapa ramai agaknya yang terlibat dalam kegiatan seperti ini?
Datuk Halimah Mohamed Sadique - Tenggara
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, apabila mereka diambil alih oleh kementerian untuk proses pemulihan, selepas selesai the so-called proses pemulihan, mereka akan kembali kepada kegiatan asal mereka. Adakah program pemulihan yang disediakan oleh kementerian gagal sehingga menyebabkan mereka akhirnya kembali kepada kegiatan asal? Ataupun program yang dianjurkan oleh kementerian tidak ada sokongan selepas mereka selesai program pemulihan untuk mereka kembali kepada masyarakat. Terima kasih banyak.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih sahabat saya, Ahli Parlimen Tenggara, semoga berjaya selepas ini. [Ketawa] Yang Berhormat, saya yakin Yang Berhormat juga merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa dalam Woman Kokus Parlimen Malaysia, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentukan Woman Kokus ini dan inilah agaknya antara peranannya, menampilkan, menonjolkan isu-isu yang menjadi masalah kepada kejayaan wanita juga. Ini kerana kadang-kadang lelaki lembut pun menjadi masalah kepada kita. Tahniahlah kepada Yang Berhormat Puan Hajah Nancy, Batang Sadong selaku Pengerusinya, Yang Berhormat Chong Eng selaku Timbalan Pengerusi dan rakan-rakan. Lelaki lembut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tak boleh guna nama dalam Dewan.
Puan Noriah binti Kasnon
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong. Lelaki lembut, soalan pertama tadi tentang lelaki lembut. Sebenarnya kementerian memang menyedari tentang wujudnya hari ini begitu ramai lelaki lembut khususnya di kalangan remaja, mula daripada sekolah lagi Yang Berhormat. Kementerian minta maaf kerana tidak mempunyai data kerana mereka ini belum lagi menjadi kumpulan sasar kita. Kita memang belum membuat sebarang kajian ke atas mereka ini tetapi insya- Allah di masa akan datang akan kita cuba panjangkan.
Sebenarnya saya kira ianya bermula dari pendidikan di rumah, pergaulan sesama rakan sebaya, pengaruh-pengaruh teknologi tanpa sempadan hari ini yang begitu kuat mempengaruhi mereka ini untuk terikut-ikut. Ataupun mungkin kejadian serik bercinta dengan bertentangan jantina dan sebagainya, mungkinlah sebab tak ada kajian Tuan Yang di-Pertua.
Begitu juga dengan bahagian kedua tadi tentang mak nyah. Mengapa program mak nyah ini dikatakan gagal? Saya tidak mengatakan program mak nyah ini 100% gagal apa yang kita laksanakan Yang Berhormat kerana mendekati kumpulan terpinggir ini yang mana kumpulan ini saya kira merupakan satu kumpulan yang begitu rendah self-esteem nya, dengan izin, rendah diri, takut didekati, sentiasa bimbang, stigma masyarakat yang tidak berubah terhadap mereka. Mereka susah untuk kembali dengan segera ke pangkal jalan walaupun dengan bantuan sokongan khidmat sosial daripada pusat kami.
Kami pun masuk bukannya sebagai kerajaan, kita menyerahkan kepada Yayasan PT untuk mengadakan program-program di kalangan komuniti itu sendiri kerana mereka tidak mahu kita dekati secara langsung. Saya lihat banyak juga walaupun tidak boleh dibanggakan lagi, banyak kumpulan mak nyah ini yang sudah sedar, sekurang-kurangnya tahu apa yang mereka buat itu salah, sudah menimba ilmu kemahiran melalui bengkel jahitan, kraf tangan yang kita adakan dan mereka cuba juga untuk bertukar cara hidup dan bekerja di shopping-shopping kompleks di bahagian-bahagian kosmetik. Walaupun masih ke arah itu tetapi sekurang-kurangnya mereka ini kita jauhkan daripada terlibat dalam aktiviti seksual dengan pelacuran ataupun persundalan dan sebagainya.
Ia juga agak lambat, proses kejayaannya Yang Berhormat. Terus terang saya katakan di sini kita tidak mendapat sokongan langsung daripada sektor korporat. Kita sangat mengalu-alukan supaya sektor korporat mula memberi perhatian kepada kumpulan ini. Walaupun mereka kumpulan yang dikatakan hina, terpinggir dan sebagainya tetapi mereka juga manusia. Sektor korporat boleh memainkan peranan di bawah tanggungjawab CSR, tanggungjawab sosial korporat mereka dan hari ini cuma terdapat beberapa buah NGO sahaja yang membantu kerajaan melalui kementerian ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
5. Tuan Mohd. Nizar bin Zakaria [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan kegiatan-kegiatan pelacuran yang berleluasa sehingga memberi kesan kepada imej negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Parit yang mengemukakan soalan pada pagi ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, di Malaysia masalah kegiatan pelacuran bukanlah satu perkara yang baru di mana ia telah lama wujud di dalam masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia telah pun berjaya mengawal kegiatan ini dari berleluasa. Antara usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan ataupun jika boleh menghapuskan kegiatan pelacuran ialah seperti berikut;
(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
(i) menjalankan pemeriksaan di rumah tumpangan dan hotel-hotel murahan yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dan menjadi tumpuan golongan berpendapatan rendah dan pendatang asing yang bekerja di Malaysia.
(ii) menjalankan serbuan dan pemeriksaan di hotel-hotel sekitar Chow Kit yang mempunyai spa, memandangkan ada spa-spa yang menjalankan kegiatan pelacuran yang melibatkan perempuan warga asing dan tempatan;
(iii) menjalankan tangkapan terhadap wanita-wanita yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelacuran dan di ambil tindakan di bawah Undang-undang Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen;
(iv) menjalankan tangkapan terhadap orang-orang yang terlibat dalam penganjuran aktiviti pelacuran dan diambil tindakan di bawah Undang-undang Kanun Keseksaan;
(v) menjalankan risikan ke atas subjek-subjek yang menjalankan kegiatan pelacuran bagi tujuan tindakan di bawah Undang- undang Pencegahan iaitu di bawah Ordinan Darurat 1999 dan Akta Kediaman Terhad 1933;
(vi) menjalinkan hubungan antarabangsa bagi mengenal pasti individu ataupun kumpulan-kumpulan yang membawa masuk pelacur dari luar negara. Menangkap dan mengambil tindakan seterusnya di bawah undang-undang sedia ada;
(vii) memberi penerangan kepada orang ramai agar tidak melanggan pelacur yang akan menggalakkan lagi kegiatan ini dan memberi penerangan akan bahaya penyakit kelamin dan penyakit- penyakit berbahaya yang lain yang disebabkan oleh pelacur- pelacur yang tidak ketahui tahap kesihatan mereka; dan
(viii) mengadakan operasi-operasi bersepadu antara semua agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang berkaitan dari semasa ke semasa.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dilihat taktik kegiatan pelacuran pada masa kini tidak hanya tertumpu di lorong gelap saja, yang mana pelacur sendiri melakukan penawaran perkhidmatan. Bahkan mereka sudah mempunyai sindiket ataupun agen untuk menjadi orang tengah kepada perkhidmatan pelacuran serta berkeliaran di tempat tertentu dan pusat hiburan bagi menawarkan perkhidmatan pelacuran. Kadangkala mereka menggunakan kod khas ketika memberi penawaran yang mana susah untuk dikesan kegiatan tersebut.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Soalan tambahan saya, apakah halangan serta kesulitan yang dihadapi oleh pihak polis di dalam membanteras sindiket ataupun agen pelacuran yang mana mereka begitu bebas dan berleluasa? Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelacur atau agen ini yang memayungi kegiatan pelacuran? Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat dari Parit. Memang tidak dapat dinafikan terdapat begitu ramai individu-individu dan termasuk juga sindiket-sindiket yang menjadi penganjur kegiatan pelacuran di negara ini. Walaupun Polis Diraja Malaysia sentiasa membuat serbuan-serbuan dan juga operasi-operasi, kita juga mempunyai masalah kekurangan maklumat. Kadang-kadang sindiket atau penganjur yang sudah tahu tempat di mana polis sentiasa mengadakan operasi. Mereka ini berpindah-pindah ke tempat yang lain.
Akan tetapi pada keseluruhannya saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak penguatkuasaan iaitu pihak Polis Diraja Malaysia termasuk juga Jabatan Agama Islam setiap negeri boleh dianggap berjaya juga. Saya hendak bagi satu contoh dari 2003 hingga 2008 melalui operasi dikenali sebagai Operasi Noda yang berjumlah 8,893 kali operasi dan serbuan-serbuan dibuat. Di mana 6,357 orang pelacur warga asing dan 1,004 orang perempuan tempatan telah pun ditangkap. Di antara orang-orang yang ditangkap ini terdapat juga 112 orang gadis yang belum cukup umur juga terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Dari perangkaan ini, kita dapat melihat Polis Diraja Malaysia dan pihak-pihak penguatkuasaan sentiasa mengadakan operasi ini tidak berhenti-henti. Ini kerana kita tahu Malaysia ini sebagai sebuah masyarakat yang mewah dan progresif di mana begitu ramai pelancong asing sentiasa mengunjungi negara ini, maka masalah ini bukan begitu senang dihapuskan. Sekian, terima kasih.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa mengikut undang-undang dengan izin soliciting for prostitution adalah satu kesalahan. Akan tetapi prostitution itself dengan izin tidak menjadi satu kesalahan walaupun dalam Kanun Keseksaan dengan izin living on the earning of the prostitute is an offence. Adakah kerajaan akan cadang membuat pelacuran sebagai kesalahan?
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Dari undang-undang yang sedia ada ini, memang mencukupi untuk mendakwa seorang pelacur ataupun penganjur dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. Saya percaya buat masa ini kita masih berpegang pada undang-undang yang sedia ada dan setakat ini kita rasa kita masih dapat mengawal kegiatan ini. Jika ini terus menjadi satu masalah yang besar dan kita tidak dapat mengawal, kita akan mengkaji semula sama ada kita hendak mengemas kini akta-akta yang sedia ada; sama ada tambahan peruntukan-peruntukan ke Kanun Keseksaan dan lain-lain.
Sekian, terima kasih.
6. Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah peruntukan undang-undang yang boleh mengawal bayaran pengurusan untuk penghuni rumah-rumah pangsa dan kondominium.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran pengurusan untuk penghuni rumah-rumah pangsa dan kondominium dikenakan untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dapat dijalankan dengan lancar. Mengikut Akta Kemajuan Perumahan 1966 - Akta 118 Jadual H Perkara 19 dan juga seksyen 23 subseksyen 3 Akta Bangunan dan Harta Bersama Penyelenggaraan dan Pengurusan 2007 Notis Bayaran yang dikenakan oleh pemaju terhadap pembeli haruslah disokong oleh penyata khas perkhidmatan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mengawal penetapan kasar caj pengurusan atau maintenance fee dengan izin bagi bangunan-bangunan tersebut;
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew
di mana ia adalah satu persetujuan di antara pemaju dan pembeli melalui perjanjian jual dan beli. Walau bagaimanapun, di bawah seksyen 8 subseksyen 1(b) Akta Bangunan dan Harta Bersama, bayaran cek pengurusan ini boleh dipinda dan disemak semua oleh Joint Management Body atau JMB, jika difikirkan perlu oleh Ahli Jawatankuasa JMB. JMB menyediakan satu mekanisme bagi pemaju dan pembeli tetap bersama bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggarakan bangunan mereka. Sekian.
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum buka mulut saya, Yang Berhormat.
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Oh, minta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bayan Baru.
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.
Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, kita mendapati rumah-rumah pangsa khususnya rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana yang keadaannya sungguh daif sekali di mana bangunannya tidak dicat, persekitarannya kotor, lifnya selalu rosak dan bumbungnya bocor dan nampaknya hal ini kurang diberi perhatian oleh kerajaan. Apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang prosedur dan undang- undang. Akan tetapi pemilik-pemilik rumah-rumah ini menghadapi satu keadaan yang sungguh tidak selesa.
Jadi soalan saya ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengurangkan beban kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah khususnya dan sederhana supaya hal-hal pengurusan dan penyelenggaraan rumah ini tidak begitu beban kepada mereka.
Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Adakah mekanisme yang membolehkan mereka ini dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan sejahtera, terima kasih.
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih Yang Berhormat dari Bayan Baru.
Untuk makluman, saya tidak dapat nafikan atas sebahagian itu rumah kos rendah, itu pengurusan yang kurang tetapi kalau ini sekarang kementerian saya sedang kaji. Kalau kita menguruskan itu tentang PPR atau Program Perumahan Rakyat itu disewa dan dimiliki.
Dahulu kita hanya salurkan ini hal-hal pengurusan kepada kerajaan negeri atau PBT di seluruh negara kita. Sekarang kerana ada kekurangan atau keberkesanan pengurusan khasnya rumah kos rendah kemudian saya sedang mengkaji kemungkinan membawa balik tugas pengurusan. Berhubung tentang penyelenggaraan rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat supaya kita boleh membawa satu management atau satu pengurusan yang unik dan supaya lebih berkesan.
Tentang rumah kos rendah di bina oleh pihak swasta ini, masalah ini pun ada.
Akan tetapi sekarang di bawah ini peruntukan-peruntukan yang baru, pemaju rumah termasuk rumah kos rendah mereka diwajibkan untuk menjalankan tugas penyelenggaraan dan pengurusan rumah selama satu tahun dengan caj yang dipersetujui di antara pemaju dan pemilik.
Selepas itu rujukan itu tadi saya katakan joint management body iaitu didaftar di bawah Conditional of Building (COB), dan saya haraplah peruntukan ini ordinan cukup baik kemudian saya pun ada satu team untuk menjalankan random checking supaya COB boleh jalankan dengan berkesan sekali.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju. Itu ordinan memang tidak baik. Ordinan itu kenapa cuma untuk bagi peluang pemaju kutip wang sahaja tetapi perkhidmatan tiada. Kita contoh macam kira medium cost atau kondominium, perkhidmatan tiada, servis tiada, kalau kita
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
mahu penduduk-penduduk di kondominium mahu minta penyelenggaraan, management kata tiada wang.
Mungkin memang ada orang bayar tetapi sebagai pemaju itu, mesti menjalankan tugas. Kalau kita punya ordinan itu ada peruntukan untuk dia orang kutip kalau tiada ordinan untuk menjaga kepentingan-kepentingan penduduk di kondo itu, kita buat undang- undang ini untuk sebelah pihak sahaja. Jadi penduduk mahu cari siapa? Beberapa kali dia orang mempersoalkan perkara ini, saya difahamkan penduduk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, persatuan langsung daripada kementerian tiada jawapan, tidak peduli. Saya minta penjelasan kenapa ini boleh berlaku? [Tepuk]
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bintulu. Inilah, kalau kata ordinan ini kurang baik, saya tidak setujulah. Akan tetapi saya pun tidak boleh menafikan ia ada sebahagian pengurusan dan penyelenggaraan kondominium termasuk flat dan lain-lainnya kurang, kadang-kadang ada dispute atau pertukaran di antara pemaju dan pemilik.
Saya telah terima aduan dari pemaju pun kerana pembeli dia tidak mahu bayar caj penyelenggaraan atau pengurusan rumah, saya pun terima aduan dari pemilik. Dia kata perkhidmatan kurang. Ini ada dispute dengan izin kerana itu sekarang di bawah ordinan yang baru, kita telah ada peruntukan untuk COB atau Commercional of Building berhak kalau ini misalan dispute di antara pemaju dan pemilik tidak boleh diselesaikan di antara mereka, COB boleh lantik satu management company dengan izin untuk menjalankan tugas penyelenggaraan dan pengurusan.
Itu adalah langkah-langkah yang baru tetapi apakah dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu saya tidak nafikan tetapi itu tidak berlaku untuk semua mungkin sebahagian sahaja.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Banyak berlakulah. Apa tiada, ini macam mahu minta, semua minta Menteri, Timbalan Menteri turun padang tengok.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah.
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu kerana beliau sentiasa prihatin kepentingan rakyat. Akan tetapi saya tahu, ini may be ada aduan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tertentu tetapi saya tahu di kementerian saya, kami cuba kuat untuk mengatasi masalah ini kerana ini masalah bukan untuk semua rumah saya kata hanya ini untuk sebahagian. Kemudian saya respons dengan positifnya. Sekian.
7. Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bolehkah pinjaman musim Agro Bank kepada semua warga tani dinaikkan kepada RM2000/hektar atau RM400/relong supaya mereka tidak perlu berhutang dengan orang tengah untuk pendahuluan membajak, membeli benih padi, racun rumput, racun makhluk perosak, baja tambahan dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tahniah Yang Berhormat!
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Tambah lagi undi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan selamat hari jadi.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Mana hadiah?
Seorang Ahli
Belanja makan.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Hadiah adalah melalui jawapan, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Skim Kredit Padi telah dilaksanakan semenjak penubuhan Bank Pertanian pada tahun 1970. Objektif utama skim ini adalah untuk
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
menyediakan modal pusingan yang mencukupi, mudah, cepat dan kos rendah kepada pesawah individu bagi menjalankan aktiviti penanaman padi. Dengan ini pesawah dapat membeli input pertanian seperti benih, baja dan racun yang mencukupi pada setiap musim dan menjamin aktiviti pengeluaran padi negara terus berkembang dengan lancar.
Pada masa ini, had pinjaman bagi Skim Kredit Padi ialah dalam lingkungan RM2066 sehektar bagi kawasan barat laut Selangor dan RM1362 sehektar bagi kawasan- kawasan lain.
Agro Bank sedang mengambil inisiatif awal membantu petani di mana pada masa sekarang sedang dalam proses mengkaji, meningkatkan nilai pinjaman selaras dengan kenaikan harga input semasa dan peningkatan harga input semasa dan peningkatan kos buruh.
Oleh yang demikian dan selaras dengan hari jadi, pihak Agro Bank bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat agar hak pinjaman adalah pada kadar RM400 serelung dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar ini telah di pakai bagi pesawah-pesawah di kawasan Kokdiang, Jitra, Simpang Empat dan Alor Star, terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih juga di atas keputusan untuk meningkatkan kadar pinjaman tadi kepada RM400 serelung. Boleh saya tanya pihak kementerian, untuk mempertimbangkan agar skim kupon bantuan membajak yang setakat ini kerap kali lambat dikeluarkan diberikan secara tunai kepada warga petani berdasarkan kepada keluasan bendang yang diberi subsidi baja memandangkan pengusaha jentera membajak menghadapi masalah mendapat bayaran. Saya juga mohon pertimbangan kementerian untuk menurunkan harga bahan-bahan sokongan dan dipertingkatkan prasarana di tali air dan jalan ladang terima kasih.
Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Insya-Allah Yang Berhormat. Atas sebab bagi kita di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, industri padi dan beras ini merupakan satu isu yang begitu penting dan seperti kita kategorikan adalah dasar jaminan makanan negara. Jadi seperti yang dikatakan Yang Berhormat tadi iaitu supaya kupon membajak dan sebagainya diberi secara tunai dan pada masa sekarang sebab ini adalah sesuatu yang kita hendak selaraskan juga dengan musim padi.
Jadi saya akan membawa cadangan Yang Berhormat ini kepada pihak tertentu dan insya-Allah sebab banyak kes juga Yang Berhormat segala-galanya ini kita boleh rundingkan bersama dan di mana kita merasakan di mana ianya membebankan kepada pesawah, insya-Allah kita akan membuatkan satu pembetulan dan kita akan ingin sentiasa mendapatkan cadangan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat untuk memastikan bahawa pesawah-pesawah menjadi komponen penting di dalam pengeluaran makanan dan kita sentiasa memberi perhatian, terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Yang Berhormat Jerlun. [Tepuk] Soalan tambahan saya ialah daripada kajian yang dibuat oleh pihak kementerian, berapakah purata pendapatan petani kita tengok dari segi kos pengurusan sawah campur dengan pengurusan buruh dan sebagainya berbanding dengan pendapatan yang diperoleh oleh petani dengan kita lihat peningkatan harga racun, harga baja sekarang ini yang cukup menekan para petani.
Jadi apakah daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian, berapakah sebenarnya keuntungan bersih yang diperoleh oleh petani setiap relung berat padi yang dikerjakan oleh mereka, terima kasih.
Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya Yang Berhormat tidak adalah maklumat seperti yang dikehendaki Yang Berhormat sebab itu spesifik dan insya-Allah saya akan memberi jawapan bertulis tetapi kami Yang Berhormat memang sentiasa membuat kajian untuk memastikan bahawa segala bantuan
Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
yang kita berikan memang lebih daripada mencukupi dari segi untuk menguruskan sesuatu bendang sebab kita tahu kos-kos input dan sebagainya telah meningkat dan walaupun sekarang ini didapati ada penurunan dari segi harga minyak dan sebagainya tetapi kita tidak menurunkan pula dari segi bantuan-bantuan dan insentif yang diberi kepada pesawah.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya pernah memberitahu dalam Dewan yang Mulia ini segala insentif dan bantuan yang kita berikan kepada pesawah dalam lingkungan RM2000 lebih hektar seorang, jadi kita merasakan bahawa ini adalah sesuatu amaun yang mencukupi untuk memastikan bahawa segala yang kita hendak juruskan di bawah dasar jaminan makanan tercapai dan pada masa yang sama kita sentiasa mencari jalan untuk mencari benih yang terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama kita juga mengakui dari segi umur pesawah ini sudah meningkat dan kita cuba hendak membawa segala jenis bantuan dan kaedah pertanian moden dan juga menggunakan mekanisasi untuk membantu pesawah-pesawah ini, terima kasih.
8. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Luar Negeri menyatakan berapakah kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara mengikut bidang tugas serta berapakah kos atau perbelanjaan yang digunakan semenjak tahun 2004 sehingga kini.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, sehingga Oktober tahun 2008 terdapat seramai 440 orang pegawai dan kakitangan luar negeri yang sedang berkhidmat di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Daripada jumlah tersebut, 34 orang pegawai adalah daripada kumpulan pengurusan tertinggi, 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan 270 adalah kakitangan kumpulan sokongan.
Manakala jumlah kakitangan ambilan tempatan adalah seramai 1350 orang.
selain daripada itu juga, terdapat 421 orang pegawai dan pegawai sokongan daripada 19 lain-lain kementerian dan agensi seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jabatan Imigresen turut serta berkhidmat di pejabat perwakilan di luar negara.
Untuk makluman juga, jumlah keseluruhan perwakilan Malaysia di luar negara adalah sebanyak 150 buah di pelbagai lokasi di seluruh dunia dgn 81 pejabat kedutaan dan suruhanjaya tinggi, 18 consulate-general, 2 konsulat, 1 pusat persahabatan dan perdagangan, 2 perutusan tetap PBB di New York dan Geneva dan 1 Liaison Office di Kosovo, masing-masing kesemuanya ini berada di benua Afrika, Amerika, Asia, Eropah dan juga Pasifik Selatan.
Manakala jumlah keseluruhan perbelanjaan atau kos yang digunakan oleh semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara semenjak tahun 2004 hingga kini sehingga 30 Jun 2008 adalah sebanyak RM1,364,554,908.55 iaitu purata RM303.23 juta setahun bagi tempoh empat tahun setengah tersebut, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Tahniah kepada kementerian kerana peruntukan untuk tahun depan juga untuk Pejabat Perwakilan Luar Negara sebanyak RM281 milion dan pada tahun ini lebih kurang sama.
Soalan tambahan saya, peranan Pejabat Perwakilan Luar Negara ini kerana baru- baru ini kita diberitakan bahawa negara kita dikaitkan dengan aktiviti human trafficking di England, United Kingdom. Beberapa hari lepas dikatakan kita menghadapi masalah melindungi pekerja-pekerja Malaysia yang berada di sana secara haram dan juga termasuk aktiviti-aktiviti menjadikan United Kingdom sebagai one stop centre untuk mengagihkan ke seluruh Eropah berbanding dengan jumlah peruntukan yang begitu banyak kepada Pejabat Perwakilan Negeri.
Apakah langkah drastik kementerian untuk mengatasi masalah ini dan saya juga ingin mengetahui oleh kerana tahun depan dikatakan pekerja-pekerja asing yang berada di negara kita mampu menghantar wang ke negara ibunda mereka sebanyak RM18 bilion,
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
apakah pekerja kita yang berada di luar negara seperti di UK ini juga mampu membuat perkara yang sama kepada negara kita, terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Indera Mahkota. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa memang ada kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang tinggal ataupun overstay di United Kingdom dan baru-baru ini telah ada tindakan yang diambil oleh negara tersebut untuk melihat satu penyelesaian terhadap masalah ini dan dilaporkan bahawa terdapat 30,000 rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan oleh pihak United Kingdom yang overstay di negara tersebut.
Akibat daripada itu, maka satu tindakan telah diambil oleh Pejabat Kementerian Luar United Kingdom menghubungi pihak kita di Malaysia khususnya Jabatan Imigresen Malaysia dan telah mengambil beberapa tindakan yang perlu untuk memastikan supaya perkara ini ataupun human trafficking ataupun usaha-usaha mereka yang datang ke negara tersebut untuk tujuan bekerja dan tidak ke negara ini dapat diselesaikan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Dan akibatnya beberapa persetujuan telah dibuat dan ianya akan diselesaikan secepat mungkin. Secara ringkasnya, beberapa permintaan telah pun dibuat oleh pihak United Kingdom dan kita telah pun cuba untuk comply. Dalam soal ini, kita berharap supaya rakyat Malaysia yang pergi ke negara luar haruslah mematuhi undang-undang negara tersebut dan berkaitan dengan sama ada mereka ini memberikan remittances ke negara ini, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat, tetapi saya percaya kebanyakan daripada mereka ini ke United Kingdom adalah untuk bekerja, untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dan saya percaya sebahagiannya juga menghantar remittance balik kepada keluarga mereka.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita ucapkan terima kasih kepada kementerian dan kerajaan kerana menyediakan pegawai yang ramai di luar negeri dan sebagainya dan saya perhatikan masalah kemudahan ini perlulah kita berikan perhatian.
Saya nak tambah sikit soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Kalau kita lihat dengan sebegini ramai pegawai, kita nampak banyak insiden yang berlaku yang memalukan negara kita, yang melibatkan rakyat sama ada bekerja di sana ataupun yang baru datang.
Jadi ini menampakkan seolah-olahnya pegawai kita tidak menjalankan tugas ataupun kurang diberikan kuasa. Apakah sebenarnya kuasa yang diberikan kepada mereka ini secara tegas dan tindakan kerajaan secara tegas sekarang ini bagi memastikan supaya warganegara kita yang pergi ke luar negeri ini sentiasa didampingi mereka ini, agar mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memalukan negara kita. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, apabila rakyat Malaysia pergi ke luar negara, mereka datang ke luar negara tidak semuanya diketahui oleh pejabat-pejabat kedutaan ataupun pejabat suruhanjaya tinggi kita atau consulate general kita di luar negara. Mereka datang sebagai seorang pelancong, pekerja ataupun sebagai pelajar. Apabila berlaku sesuatu masalah terhadap mereka misalnya apabila mereka melanggar undang-undang dan ditangkap di dalam negara tersebut, barulah mereka ini datang ke pejabat kedutaan ataupun ada maklumat yang dihantar kepada pejabat kedutaan dan pejabat kedutaan melalui pegawai-pegawai kaunselor yang ada di pejabat-pejabat kedutaan kita akan mengambil tindakan selanjutnya untuk bukan sahaja mengunjungi pesalah-pesalah rakyat Malaysia itu, tetapi juga memaklumkan kepada Kementerian Luar Negeri kita di Wisma Putra dan seterusnya memaklumkan kepada family ataupun keluarga tersebut.
Jadi dalam soal ini sebenarnya banyak rancangan ataupun aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kedutaan-kedutaan kita di luar negara melalui program-program yang diadakan iaitu, Program Mendampingi Rakyat Malaysia yang diadakan sama ada melalui beberapa perayaan seperti perayaan hari raya dan juga national day yang diadakan, dan ini melibatkan ramai rakyat Malaysia yang menjadi ekspatriat di luar negara.
Jadi saya fikir memang kita telah melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa rakyat
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Malaysia mendapat pembelaan yang sewajarnya semasa mereka berada di luar negara.
Terima kasih.
9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa kes-kes penculikan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan dan belum ada penyelesaian sehingga kini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sepanjang tahun 2006 terdapat 11 kes penculikan kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 7 kes berjaya diselesaikan oleh pihak polis.
Bagi tahun 2007, jumlah kes penculikan kanak-kanak dilaporkan sebanyak 10 dan 6 daripada kes-kes tersebut berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Manakala bagi bulan Januari hingga bulan Julai tahun ini, sebanyak 13 kes telah pun dilaporkan dan jumlah kes yang telah diselesaikan ialah sebanyak 5 kes.
Walau bagaimanapun, kesemua kes yang belum selesai ini masih dalam siasatan pihak polis dan suspek yang telah disabit kesalahan dengan kes ini telah pun dituduh di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak faktor dipercayai menjadi punca berlakunya kes penculikan kanak-kanak. Antaranya ialah sikap masyarakat kota pada hari ini yang semakin luntur dengan semangat kejiranan dan tidak mengambil berat terhadap persekitaran tempat kediaman mahupun tempat kerja. Selain itu, pihak polis juga kurang mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat bahkan ada yang menganggap kejadian sebegini sebagai gurauan dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan. Mereka sanggup menghantar SMS ataupun membuat panggilan palsu dan mendakwa kononnya mereka mempunyai maklumat mengenai kes yang sedang berlaku.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki menyebabkan mereka kurang meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka lebih gemar keluar ataupun bergaul dengan rakan daripada berada di rumah. Akibatnya, kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa ini didapati lebih mudah untuk diperdayakan oleh orang yang tidak dikenali, contohnya dengan hanya memberikan sedikit habuan seperti ais krim, gula-gula ataupun makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Ketiadaan pemantauan daripada orang dewasa telah membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang masih naif.
Tuan Yang di-Pertua, pihak polis telah pun daripada semasa ke semasa mempertingkatkan lagi kehadiran ataupun omnipresent, dengan izin di tempat-tempat yang strategik bagi menjaga keamanan setempat seperti di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah ataupun crime area, dengan izin dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Penempatan anggota-anggota bit di kawasan-kawasan seperti di pusat membeli belah, pasar-pasar malam, taman permainan, kawasan perniagaan, taman hiburan serta tempat-tempat yang sibuk seperti stesen bas dan stesen LRT akan secara tidak langsung menutup peluang penjenayah daripada mendekati mangsa.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi menampung kehadiran ataupun omnipresent dengan izin, pihak polis secara konsisten, pondok polis ataupun balai polis komuniti telah pun diwujudkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Kawasan pengawasan ataupun surveillance area, dengan izin juga perlu diperkecilkan agar kehadiran serta tumpuan pihak polis di kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui konsep sedia ada seperti Rakan Cop, orang ramai mempunyai platform untuk membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dengan cepat dan tepat dengan mengguna pakai kemudahan teknologi masa kini, Sistem Khidmat Pesanan Ringkas dan Sistem Atas Talian (online) dimanfaatkan sebaik mungkin bagi tujuan tersebut.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Walau bagaimanapun, setiap individu masyarakat mestilah memainkan peranan serta bertanggungjawab di atas kemudahan yang disediakan tersebut agar tidak disalah guna, contohnya sebagai tempat untuk melepaskan perasaan ataupun menyebarkan gurauan. Sekian, terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Dato’ Timbalan Menteri. Jadi, kalau kita lihat daripada 34 kes yang dilaporkan itu hanya 18 sahaja yang dapat diselesaikan iaitu lebih daripada separuh sahaja, maknanya 50% atau separuh lagi belum dapat diselesaikan. Jadi kita pun cukup sedihlah bila kita mendengar kes-kes penculikan yang begini apabila dipaparkan dalam akhbar lebih-lebih lagi yang belum dapat dikesanlah atau dapat diselesaikan oleh pihak polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa singkat. Soalan Yang Berhormat, masa cukup.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, soalan tambahan saya di sini ialah, sejauh manakah kerjasama polis Interpol kita dengan polis Interpol di kalangan negara-negara ASEAN dalam menangani kes-kes penculikan kanak-kanak yang berkemungkinan besar dijual ke negara jiran. Mohon jawapan.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Pada keseluruhannya perhubungan Interpol dan Polis Diraja Malaysia amat baik sekali dan kita sentiasa mendedahkan maklumat-maklumat mengenai kanak-kanak yang telah dianggap hilang ataupun diculik ke Interpol untuk membantu. Oleh yang demikian kita sentiasa ada perhubungan yang baik dengan Interpol. Akan tetapi pihak polis percaya pada kemungkinan besarnya, kanak-kanak yang diculik masih berada di dalam negara ini.
Walaupun kita rasa sedih terdapat hanya 50% yang dikatakan selesai dan masih tertunggak begitu banyak lagi, Polis Diraja Malaysia amat mengharapkan supaya orang awam dan rakyat-rakyat kita ini dapat bekerjasama dengan lebih rapat dengan pihak polis supaya kita bukan sahaja dapat berkongsi maklumat, bahkan berjaya membawa penjenayah ke muka keadilan. Melalui cara inilah kerajaan dan rakyat bersama-sama dapat mengurangkan dan membanteras kadar jenayah di negara ini. Sekian terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta Menteri minta dengan polis jangan cuba mencemar penganut-penganut Hindu di Batu Caves malam ini.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Apa ini? Mana boleh tanya lagi soalan?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ... going to Batu Caves tonight.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang ini patut dihadap ke Jawatankuasa.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
HINDRAF, parti haram. Tak berdaftar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudahlah Yang Berhormat, sudah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jangan cemari rumah-rumah ibadat kami.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, sudahlah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jangan cemari rumah ibadat kami.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah Yang Berhormat , sudahlah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Duduklah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Mahu gaduh keluarlah.
[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan telah tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah Yang Berhormat. Semua duduk Yang Berhormat, terima kasih. Pagi ini kita tidak pergi kepada usul-usul sebab saya berjanji pada hari ini untuk membuat keputusan kes-kes yang telah dan masih tertunggak yang perlu saya buat keputusan. Jadi di tangan saya ini ada tiga kes Ahli-ahli Yang Berhormat.
Jadi yang pertama ini bundle kes saya kena tengok. [Sambil menunjukkan fail-fail kes] Kes yang pertama berbangkit daripada point of order. Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 13 November 2008 membangkitkan point of order, saya akan baca ini Yang Berhormat, minta tolong dengar dan jangan mencelah. Siapa yang mencelah...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa point of order pula?
Beberapa Ahli
Apa point of order?
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Kacau sahaja.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Point of order adalah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i). Tuan Yang di-Pertua, pada 6 November Yang Berhormat Padang Rengas ada bercakap bohong dalam Dewan yang mulia ini . Dia menyatakan bahawa tiga hakim dalam krisis kehakiman dalam tahun 1988 tidak dipecat tetapi bersara. Yang Berhormat Member from Padang Rengas was dishonorable apabila menyatakan sedemikian. Ekoran daripada itu Tuan Yang di-Pertua, tidakkah apa-apa dibuat oleh Ahli Yang Berhormat dari Padang Rengas untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i) untuk membuat satu penerangan daripada beliau dalam Dewan yang mulia ini.
Akan tetapi luar daripada Dewan ini, di lobi Parlimen dia menyatakan ada satu kesilapan kerana dia menyatakan dia tidak akan minta maaf. Ini adalah satu penyalahgunaan pendirian dia dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua ada menyatakan untuk reservekan ruling sehingga hari ini, tetapi sebelum ruling ini dibuat dia membuat satu pembelaan di luar dari Dewan ini. Bolehkah itu dibuat oleh Yang Berhormat bagi Padang Rengas sebelum ruling dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai di mana satu mahkamah, the judgment is reserved tetapi seorang tertuduh membuat pembelaan dia sebelum keputusan itu dibuat oleh seseorang hakim.
Bolehkah saya dapat satu ruling ke atas itu? Adakah Yang Berhormat Padang Rengas rela untuk membuat satu ministerial statement mengikut Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dalam Dewan yang mulia ini dan bukan di luar, adakah dia rela? Jika dia rela dia boleh buat satu ministerial statement sekarang. Tidak ada apa-apa untuk Tuan Yang di-Pertua membuat satu ruling jika dia tuju kepada Peraturan Mesyuarat 14(1)(i).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukan Tasek Gelugor...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukit Gelugor, maaf. Keputusan untuk membuat ministerial statement terpulang kepada Menteri bukan terpulang kepada Speaker. Jadi pandangan saya, oleh kerana saya hendak membuat keputusan ini, sebagaimana saya janji dan disetujui oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor sendiri, persoalan yang Menteri membuat satu statement sama ada di bawah peraturan Yang Berhormat sebut tadi ataupun di bawah peraturan-peraturan lain ataupun Peraturan 25, keterangan peribadi tidak dibangkit pada ketika ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi saya buat keputusan ini di bawah Peraturan 43 bahawa keputusan ini muktamad. Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak setuju dengan keputusan ini, ambillah peraturan di bawah 43 buat satu usul peribadi untuk membawa perkara yang sama ke Dewan ini pula. Jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya hendak baca keputusan saya ini. Okey, saya mula semula.
Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 13 November 2008 membangkitkan point of order di bawah Peraturan 36(12) bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri itu telah mengelirukan Dewan.
Mengikut Yang Berhormat Bukit Gelugor, laporan Malayan Law Journal 1988 ataupun ML, tiga hakim-hakim itu sebenarnya telah dipecatkan. Yang Berhormat Menteri pula Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Padang Rengas semasa menggulung perbahasan pada 10 November 2008 dalam Dewan berkata demikian; “Sebenarnya begini apabila panel membuat keputusan dan mendapati mereka ada melakukan kesilapan, jadi apa yang berlaku mereka bukan dipecat, mereka diberhentikan awal. Begitu juga iaitu bahawa kalau kita optional, kalau macam orang pilih optional iaitu bahawa sepatutnya berhenti 56 tahun, tetapi 46 ke atas mereka pilih untuk berhenti Jadi ini bermakna bahawa pencen berjalan tetapi dia minta berhenti awal”.
Inilah statemet yang dianggap salah kata oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya menggunakan kuasa di bahawa Peraturan 44(4), saya minta menangguhkan keputusan atas alasan mendapat butiran lanjut berhubung kes tersebut. Pada 13 November 2008, Yang Berhormat Bukit Gelugor sekali lagi meminta saya agar membuat keputusan. Sekali lagi saya minta penangguhan kerana saya belum lagi mendapat dokumen-dokumen yang relevan dengan kes tersebut. Pada 17 November 2008, Yang Berhormat Bukit Gelugor memaklumkan kepada Dewan saya tidak dapat membuat keputusan Yang Berhormat Menteri di luar negara mengikuti rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke Uzbekistan, Turjikistan dan Kirghizistan. Dalam masa yg sama saya telah membuat penyelidikan dan kajian peraturan di samping urusan mendapat dokumen-dokumen yang berbangkit dengan kes yang berkenaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Akhirnya saya mendapat dan membaca sendiri laporan tribunal yang dilantik sendiri oleh Duli Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 125(3) dan (4) Perlembagaan Malaysia untuk menyelidik tuduhan salah laku hakim-hakim tersebut. Saya juga melihat dan membaca sendiri surat keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja Hakim-hakim tersebut.
Saya dimaklumkan surat-surat ini hanya privy kepada Majlis Raja-raja dan Hakim, tidak siapa pun dapat surat ini. Saya mendapat salinan ini oleh kerana permohonan dari Parlimen kepada saya. Jadi saya telah membaca tiga surat. Satu surat yang terus kepada Tun Dato Haji Mohamad Salleh bin Abas, Ketua Hakim Negara. Satu lagi surat dari Ketua Setiausaha Negara kepada...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Point of order Tuan Yang di- Pertua. 14(1), saya melihat janggal betul persidangan kita pada hari ini. Saya sudah lama juga wakil rakyat seolah-olah kita ada perbicaraan. Menteri seolah-olah disimpan sebagai orang OKT, orang kena tuduh, orang bersalah. Apa sudah jadi ini? Seharusnya tidak berlaku begini. Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan. Tidak perlu baca macam di mahkamah. Saya tidak pernah ada pengalaman macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Saya buat keputusan di sini Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua buat keputusan tapi kita tidak payah baca macam di mahkamah. Ini Dewan Rakyat bukan mahkamah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua memang hendak buat keputusan tapi buatlah keputusan yang wajar. Tidak perlulah baca surat-surat yang tidak kena mengena dengan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta Yang Berhormat duduk dulu. Saya faham Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham kata Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bercakap tanpa pembesar suara][Dewan Riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengar Yang Berhormat. Inilah yang saya tidak hendak tadi. Saya faham kata Yang Berhormat.
Saya hendak bagi landasan macam mana keputusan itu berbangkit supaya tidak ada ragu- ragu. Tidak ada ragu-ragu, siapa pun tidak ada ragu-ragu bila saya buat keputusan.
Jadi saya sudah dapat tiga surat daripada Ketua Setiausaha Negara bagi pihak Majlis Raja-raja kepada hakim-hakim tersebut. Saya juga telah mendapat surat Jabatan Pencen khususnya berhubung dengan pencen hakim tersebut. Saya juga telah membaca Law Journal. Di samping itu saya juga membaca amalan precedence amalan bahan-bahan daripada negara-negara lain khususnya Erskine May 23rd Edition di mana kes John Perfumo sebagai kes bagi satu rujukan breach of privilege for deliberately misleading or contempt ataupun mengelirukan Dewan. Prinsip atau principles bagi kes contempt for intentionally misleading atau mengelirukan Dewan ditetapkan dalam kes ini telah menjadi satu prinsip yang diguna pakai kebanyakan parlimen-parlimen negara Malaysia.
Saya punya laporan ini hanya lima muka Yang Berhormat. Laporan yang saya ada di sini daripada Kanada, New Zealand sampai 30 muka. Joseph Maingot’s work Parliamentary Privilege in Canada 2nd edition yang memutuskan test ialah prima facie case. David McGee Parliamentary Practice in New Zealand pula menetapkan bahawa elemen yang mesti ada dalam breach of privilege or contempt atau mengelirukan Dewan adalah seperti berikut, ini amat penting Yang Berhormat.
“(i) The statement must in fact have been misleading.
(ii) Second, it must be established that the Member making the statement knew at the time the statement was made that it was incorrect, and that in making it the Member intended to mislead the House.” Ini adalah landasan yang diguna pakai di New Zealand, di Kanada, di Australia dan juga di India. Setelah meneliti Speaker of House of Representative of Alberta Canada bekas aplikasi prima facie case dalam menghina Dewan di bawah peraturan Standing Order 15 di Alberta Canada sebagaimana yang kita ada 36(12) Malaysia. Saya juga membaca dengan teliti 50 laporan aplikasi prinsip yang dipelopori oleh David McGee Parliment Practice in New Zealand ke atas kes Honorable Art Eggleton, Minister of National Defence Canada bertarikh 2002 dan kes Carl Scully di New South Wales Australia.
Carl Scully Police Minister New South Wales Australia - 16 Oktober 2006 seperti di bawah. Statement yang sama; “(i) The statement must in fact have been misleading.
(ii) Second, it must be established that the Member making the statement knew at the time the statement was made that it was incorrect, and that in making it the Member intended to mislead the House.” Implikasi seksyen 32 Yang Berhormat, Houses of Parliament
(Privilege and Powers) Act 1952 Malaysia, seksyen 32. Saya dalam
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
mengambil keputusan ini juga mengikut prinsip landasan dan diguna pakai di Parlimen negara Komanwel seperti England, New Zealand, Kanada dan Australia. Saya akan menegaskan secara tidak ragu-ragu prinsip dipelopori negara-negara tersebut yang juga diguna pakai di India adalah betul dan tepat di bawah kes elemen yang di bawah mestilah sebelum seseorang itu dianggap telah melakukan breach of privilege and contempt menghina Dewan.
Dengan itu willfully deliberately annoyingly. Deliberateness dan intention untuk mengelirukan Dewan adalah amat penting. Test ini subjektif kepada yang membuat nyata bukan kepada yang mendengar. Reasonable man test tidak terpakai tetapi kepada yang membuat penyata.
Peraturan Parlimen 36 kalau dibaca, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah bersifat menghina” dua rangka majlis dan katanya, “Ahli tersebut bolehlah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut”.
Ahli-ahli Yang Berhormat perlu saya tegas di sini bahawa kes ini dibangkit di bawah 36(12). Peraturan Parlimen Malaysia dan penyelesaiannya juga seperti kes-kes yang lain. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Di bawah Peraturan 43 dan tafsiran Peraturan 99 adalah muktamad. Dengan itu apa sahaja ketidakpuasan mana-mana pihak hendaklah mengikut peraturan Dewan, merayu menerusi usul peribadi di bawah Peraturan 43 mengikut prosedur di sebut dalam peraturan Parlimen ini juga.
Keputusan saya Yang Berhormat untuk Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 36(12), tiga syarat perlu dipatuhi. Syarat yang pertama, kenyataan dibuat yang konon telah mengelirukan itu hendaklah sebenarnya mengelirukan daripada statement English dia, the statement must in fact have been misleading.
Kedua ahli yang membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu tahu atau sedar bahawa kenyataan yang sedang dihujahkannya itu adalah tidak benar. The member making the statement knew at the time the statement was made that it was incorrect. Ketiga sewaktu membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan sebenarnya berniat untuk mengelirukan majlis atau Dewan. In making the statement the Member must have intended to mislead the house.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat pada 13 November 2008 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Padang Rengas telah membuat kenyataan akhbar, membuat pembetulan kepada kenyataan awalannya iaitu hakim-hakim di bayar ex gratia dan sagu hati sebenarnya telah dipecat. Ahli-ahli Yang Berhormat atas sebab pengakuan terbuka itu maka syarat kedua dan ketiga untuk menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Yang Berhormat Padang Rengas telah melanggar syarat-syarat kedua dan ketiga.
Ekoran dari itu saya memutuskan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan sewaktu membuat kenyataan tersebut.
Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan apa yang telah saya bentang di atas, saya mendapati Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas telah membuat kesilapan fakta sebagaimana yang berlaku kepada Mr. Art Eggleton membuat kesilapan kenyataan. Namun saya juga berpendapat Yang Berhormat Menteri tidak berniat sebagaimana Mr. Art Eggleton didapati juga tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengan itu saya berpendapat bahawa adalah tidak wajar bagi Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. [Tepuk]
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan hormatnya Tuan Yang di- Pertua, apabila membaca alasan kehakiman tadi mengelirukan Dewan. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua ada di rujuk pada kes, khasnya kes John Perfumo tetapi itu adalah mengenai misleading the House. Dalam Dewan ini walaupun Peraturan Mesyuarat 36(12) dalam bahasa Inggeris menggunakan perkataan mislead, bererti apa yang ada dalam versi bahasa Malaysia adalah mengelirukan. Mengelirukan dalam ingatan saya adalah confused the House. Ada perbezaan dari confuse dan mislead? [Dewan riuh]. Kedua...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini buang masa, rakyat punya masalah banyak lagi kita mahu selesai.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, Keputusan sudah dibuat, kenapa mesti layan Yang Berhormat Bukit Gelugor ini? Tidak perlu layanlah.
Seorang Ahli
Keputusan sudah dibuat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kalau bahas, di mahkamah lah, pergi mahkamah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengar dahulu, dengar dahulu. Ini peraturan...[Dewan riuh]
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Semua duduk. [Ketawa] Duduk, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Duduk, duduk dahulu Yang Berhormat yang lain duduk. Saya hendak dengar. Habis, habis dia cerita. Ya, sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Semua duduk.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Peraturan mesyuarat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, duduk dahulu Yang Berhormat. Jangan mengadakan kekecohan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Dia penjelasan sahaja, bukan peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Kalabakan peraturan mesyuarat, dia minta penjelasan sahaja.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat mengatasi penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
43, keputusan muktamad 43.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya habiskan. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak dengar habis dahulu, saya hendak dengar habis dahulu.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Mana boleh, bagi peraturan mesyuarat lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak habis dahulu.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Duduk, duduk semua duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kalabakan nanti. Sila, sila Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Mengapa semua muncul sebagai cendawan? Kenapa ini? [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, sila, sila Yang Berhormat
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya belum habis. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, tidakkah ada apa-apa pembelaan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat dari Padang Rengas dalam Dewan ini? Kesilapan dan sebagainya adalah luar daripada Dewan, di lobi. Itu tidak boleh digunakan oleh Tuan Yang di-Pertua sebagai satu pembelaan yang boleh diterima. Bolehkah saya dapat penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Saya sudah banyak membaca kes-kes yang sama Yang Berhormat. Akan tetapi malangnya sekali kes hal contempt ini Yang Berhormat, di Kanada hanya berlaku satu dalam sejarah Komanwel Kanada. Satu kali sahaja 2002, di New South Wales, hanya berlaku satu kali sahaja 2006. Jadi, landasan untuk mengguna pakai adalah terhad kepada kes-kes yang saya sebutkan tadi bahawa tidak ada keperluan seseorang yang dituduh di bawah peraturan ini, membuat contempt of Parliament, membuat pembelaan sendiri Yang Berhormat.
Kes itu dibangkit di bawah 18(12) dan di bawah peraturan ini saya bacakan di awal tadi dua rangka. Satu, rangka pertama, sama ada Ahli yang dituduh atau yang dibangkit point of order itu telah melakukan, berlandaskan prima facie case dan on the balance of capability. Itu dia punya standard of proof. Jadi, Yang Berhormat itu Tuan Yang di-Pertua kena buat dahulu sebab ada dalam peraturan ini mengatakan bahawa kalau tidak ada prima facie case based on the balance of capability, saya tidak perlu merujuk perkara ini kepada Majlis atau pun kepada Jawatankuasa.
Saya membuat keputusan Yang Berhormat. Jadi, keputusan itu di bawah 18 dan 43.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Di mana Tuan Yang di-Pertua dapat pembelaan dia?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak ada perlu pembelaan.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Di mana?
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Jangan layan dia.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak mengatakan apa-apa di dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak perlu.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Di mana Tuan Yang di-Pertua dapat pembelaan dia? Di mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat,..
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Tuan Yang di-Pertua, point of order please.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh beritahu?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Peraturan 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua tidak perlu memberi penjelasan selanjutnya.
[Tepuk] Penjelasan sudah pun dijelaskan sejelas jelasnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bersetuju. Saya ambil kira Yang Berhormat Bukit Gelugor kalau tidak berpuas hati sebagai mana yang saya sebutkan tadi, Peraturan 43 diguna pakai, buat usul persendirian dan peraturan-peraturan ada pada Dewan kita. Keputusan telah dibuat, itulah sahaja
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan, sedikit penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau berhubung dengan perkara ini lagi, saya tidak hendak lagi Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita sudah hendak buat kerja Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Meeting bersambung semula, meeting is on.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Dengan penuh hormat saya kepada Tuan Yang di-Pertua ...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Sebab saya, Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan hal ini. Baiklah, kalau Peraturan 43 itu dipakai dan Tuan Yang di-Pertua itu muktamad. Isunya adalah menteri menjawab perbahasan itu dalam Dewan dan pada ketika itu dia tidak tahu tentang fakta itu.
Jadi, saya rasa...
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tidak perlu layanlah, Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan. [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Eh, Yang Berhormat Beaufort, diamlah Yang Berhormat Beaufort.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Cukuplah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Dengan penuh hormat saya kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa isunya di sini adalah pada waktu itu Menteri tidak tahu tentang fakta itu dan dia sebagai Menteri. Ini adalah masalah integriti, ini wibawa Parlimen.
Saya merasakan bahawa Menteri perlu minta maaf. Walaupun dia tidak dirujuk pada
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
jawatankuasa khas tetapi pada pandangan saya oleh kerana perbahasan ini ditimbulkan oleh [Disampuk] tetapi saya rasa Menteri perlu minta maaf atas nama integriti Parlimen.
Seorang Ahli
Ini pembelit besar ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tidak ada kes, tidak ada kes.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah saya tidak hendak dengar lagi. Saya akan buat ruling yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kubang Kerian. Yang Berhormat, saya beritahu Yang Berhormat tadi. Saya sudah baca kes, Yang Berhormat tidak baca kes. Saya baca kes-kes macam mana peraturan ini dilaksanakan di negara lain. Jadi, dia tidak ada perlu Yang Berhormat. Saya tidak memerlukan Menteri meminta maaf. Kalau Menteri hendak minta maaf, atas peribadi dia. Keputusan saya berlandaskan peraturan. Peraturan yang diguna pakai di negara Komanwel yang lain. Saya yang tidak mahu Parlimen Malaysia menjadi mockery Parlimen.
[Tepuk] Kalau kita buat satu keputusan yang berlainan daripada apa negara lain buat Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, dalam keadaan sedemikian, saya sudah buat keputusan. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Keputusan Tuan Yang di-Pertua tidak perlulah dibahas.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua is made a mockery of this House.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat,..
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Keputusan itu membuat mockery.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Jangan gantung, gantung dia lagi suka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Repeat lagi, repeat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu mockery.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tarik balik Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua,
Seorang Ahli
Kerana dia tidak meminta maaf.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, dia buat kesilapan, dia tidak mahu minta maaf. [Dewan riuh]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tarik balik lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tarik balik.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Menyampuk]
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf tertinggal. Yang Berhormat Gobind wait. [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Anak-beranak sudah bangun.
Anak-beranak bangun. [Dewan riuh]
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang mengatakan luar daripada Dewan ada kesilapan, dia harus minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, ada membuat satu mockery of this House.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya sebut nama Bukit Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jangan main-main Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Sebut Karpal Singh Tuan Yang di-Pertua, sebut nama dia. Karpal Singh bukan Bukit Gelugor.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tarik baliklah. Ini apa ini? Silap apa?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua adalah seorang lawyer, seorang peguam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Mana boleh dapat keputusan seperti itu daripada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Adakah Yang Berhormat..
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Keputusan itu tidak boleh mempertahankan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Adakah Yang Berhormat pernah...
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Menteri itu harus minta maaf. Minta maaf sekarang.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dengar Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak, keputusan telah di buat. [Dewan riuh] Keputusan telah dibuat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya menteri tidak berani minta maaf. Dia minta maaf di luar tetapi di dalam dia tidak berani hendak minta maaf dan Tuan Yang di-Pertua nampaknya melindungi Menteri ini. Ini tidak boleh, daripada mana Tuan Yang di-Pertua dapati keterangan untuk membebaskan dia. Kita hendak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat..
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Hormat sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bagi keluar Yang Berhormat Puchong. Apa lagi, bentara keluarkan Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak akan keluar. Kenapa, saya tanya soalan!
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Jemput keluar.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Samseng betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dijemput keluar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak akan keluar, saya tidak akan keluar. Mengapa perlu keluar? Saya ... penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Tarik dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Puchong keluar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak hendak keluar. No, don’t touch me. I’m not going anywhere. [Dewan riuh]
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Buat Parlimen sendirilah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Don’t touch me.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua ada, duduklah you orang. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Keluar, keluar. Bentara, jalankan tugas.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
No, tidak ikut prosedur.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Don’t touch me.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Itu prosedur mana? Peraturan mesyuarat mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini menentang keputusan Speaker. Bukan soal di antara Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Disampuk] Keluar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak hendak dengar lagi. Yang Berhormat telah digantung. Saya hendak...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Untuk berapa hari?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya cakap dua hari.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dua hari lagi.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nasib tidak bagi 10 hari, Yang Berhormat. [Disampuk][Tepuk]
Beberapa Ahli
Keluar, keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya minta penjelasan itu. Dia yang buat kesilapan, saya yang kena halau dari Dewan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, betul.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Speaker, bias! Bukan sahaja sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I only asked a question, kenapa?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Keep quiet, quiet! Quiet semua, all cowards! Yang nombor satu cowards sana. Hey, stand up! Stand up and apologize like a man!
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah, sudah. [Dewan riuh] Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Keluar Dewan]
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, saya ada satu kes lagi. Walaupun telah diberi notis, Yang Berhormat Ipoh Timur tidak ada di sini, ini pun saya buat satu ruling bahawa dia sengaja tidak hadir sendiri. Jadi notis telah diberi bahawa saya juga akan membuat keputusan pada hari ini.
Keputusan saya yang berhubung dengan Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu yang dikatakan...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...Yang dikatakan semasa menjawab lisan pada 13 November 2008 telah mengelirukan Dewan.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Saya hendak minta penjelasan. Kenapa Tuan Speaker...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
Peraturan telah dibaca.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bukan, bukan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Peraturan berapa?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Minta penjelasan.
Beberapa Ahli
Peraturan berapa?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya belum buat apa-apa, apa hendak penjelasan?
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Speaker kata Yang Berhormat Ipoh Timur sengaja tidak ada dalam Dewan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dia tidak ada di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, minta maaf. Itu saya tarik balik. [Tepuk] Tidak payah ketuk, saya belum dimaklumkan bahawa beliau tidak ada di sini. Jadi maknanya saya akan tangguhkan keputusan untuk Menteri ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada dua kes yang berhubung dengan Ipoh Timur yang tidak boleh dilaksanakan hari ini. Jadi kes yang satu lagi dengan Pasir Salak. Jadi saya juga hendak buat keputusan tetapi malangnya oleh kerana Yang Berhormat dari Ipoh Timur tidak ada di Dewan, saya tidak boleh membuat keputusan tersebut.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini dia Wakil Rakyat main-main, tidak serius. Dia buat tuduhan, dia tidak datang.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sudah tahu, jangan pergi luar negerilah. Buat apa pergi luar negeri?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia datanglah, buat apa ke luar negeri?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Kenapa panjang-panjangkan lagi?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini main-main.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dia pergi Taiwan, dia pergi Taiwan.
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah, sudah. Sila, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Menyampuk]
Seorang Ahli
Hoi ketam, ketam, duduk, ketam!
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
‘Gilabatangan’, ‘Gilabatangan’!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong duduk, tolong duduk.
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudah, sudah.
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan Riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, Yang Berhormat. Setiausaha. setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keduabelas]
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta Menteri Pengangkutan menjawab.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, saya tengok Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat.
Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya, Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pengangkutan, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Tahun 2009 peringkat Jawatankuasa ini.
Sesungguhnya kementerian tetap menghargai semua pandangan, teguran, saranan dan juga cadangan khasnya yang bertujuan untuk menambah baik lagi kualiti ataupun mutu khidmat pengangkutan di negara kita.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Hulu Langat mengenai stesen Kajang dan stesen UKM yang jauh dari perhentian bas, adalah dimaklumkan bahawa kedudukan dan kemudahan stesen Kajang sesungguhnya telah pun dibincangkan dalam Rancangan Kemajuan Tempatan Bandar Kajang oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Setakat ini pengangkutan awam di kawasan yang berkenaan iaitu bas dan teksi sememangnya ada beroperasi ke stesen Kajang.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang ada membangkitkan isu bahawa terdapat pemandu yang memandu dengan perlahan di lorong laju pada kelajuan 60 kilometer sejam. Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa adalah menjadi kesalahan bagi seseorang pemandu jika beliau memandu di lorong paling kanan iaitu lorong laju. Mengikut Kaedah-kaedah Lalulintas 1959, setiap kenderaan yang dipandu dengan kelajuan perlahan mestilah dipandu sedekat yang boleh dengan bahagian tepi kiri jalan dan hendaklah sepanjang masa dipandu sedemikian rupa supaya tidak menghalang kenderaan yang lain dengan kelajuan tinggi.
Kaedah 4(a) terpakai untuk kenderaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam yang dipandu secara berterusan di lorong paling kanan di mana jalan atau lebuh raya kecuali untuk tujuan memotong kenderaan di hadapan.
Yang Berhormat Ledang turut membangkitkan isu amalan pelajar-pelajar sekolah yang dibenarkan menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan topi keledar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada ketika ini sememangnya terdapat program kemasyarakatan ataupun community based programs, dengan izin, yang telah dilaksanakan di 22 buah daerah luar bandar dan ianya dijangka akan diperluaskan lagi kepada semua daerah di kawasan luar bandar. Untuk membanteras amalan menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak memakai topi keledar, saya kira selain daripada adanya daya usaha yang konsisten, yang berterusan untuk melancarkan program...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Sekejap lagi. Program-program kesedaran khasnya yang ditumpukan kepada kaum remaja, perlu juga kita memperketat lagi untuk penguatkuasaan di kawasan-kawasan yang dikenal pastikan itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Titiwangsa.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sedikit pasal yang sebelum ini iaitu isu berkenaan dengan pemandu-pemandu kenderaan awam. Selaku seorang doktor perubatan, saya biasa mengendalikan pemeriksaan kesihatan terhadap pemandu-pemandu apabila mereka hendak memperbaharui lesen untuk memandu kenderaan awam.
Apa yang saya dapati, dalam dokumen yang perlu diisi oleh doktor itu adalah terlalu ringkas. Maknanya kami mendapati bahawa pemandu ini sihat tubuh badan begitu sahaja.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Jadi, tidak ada di situ keperluan untuk seorang doktor memeriksa secara menyeluruh, misalnya, tekanan darahnya di mana perlu diisikan dalam satu borang. Ini menyebabkan berlaku apa yang dikatakan meringan-ringankan pemeriksaan kesihatan terhadap pemandu-pemandu lori ataupun kenderaan-kenderaan awam. Malah tidak ada langsung keperluan untuk misalnya memeriksa mereka ini sama ada mereka ini menagih dadah atau sebagainya. Jadi, tidakkah pihak kementerian bercadang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kesihatan terhadap pemandu kenderaan- kenderaan awam ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan menerima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sekejap Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Sesungguhnya perkara-perkara yang berbangkit itu tetap merupakan kekangan-kekangan ataupun permasalahan yang dihadapi oleh pihak kementerian, khasnya dalam usaha pihak kementerian memastikan bahawa pemandu- pemandu kenderaan berat khasnya adalah physically fit ataupun sesuai untuk memandu dari segi tahap kesihatannya. Itulah sebabnya format yang dimaksudkan tadi sedang dirombak apabila Program e-Kesihatan itu dirancang dan dikemukakan.
Walau bagaimanapun, suka saya hendak memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, pihak kementerian tetap menyusuli perkara ini. Ini kerana kita hendak memastikan bahawa apa yang dihendaki untuk menjamin tahap kesihatan seseorang pemandu kenderaan berat itu adalah sejajar dengan format pemeriksaan yang dimaksudkan supaya ia tidak terpesong. Itu telah pun diambil kira dan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
[Bangun]
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat minta jalan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Parit Buntar...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Maran.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Ini pasal e-Kesihatan.
Dato' Sri Ong Tee Keat
E-Kesihatan ada dalam perenggan yang tertentu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tadi itu...
Dato' Sri Ong Tee Keat
Nanti, nanti.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri hendak jawab dulu.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Saya jawab itu sebab ada hubung kaitnya dengan tadi.
Selepas itu saya akan beralih kepada e-Kesihatan.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Pengerusi, mengenai pelajar-pelajar itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar lagi, Yang Berhormat. Dia belum bagi jalan lagi Yang Berhormat.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang juga menyentuh tentang Marina Muar; di mana Marina Muar didakwa telah pun siap dua tahun yang lepas. Beliau bertanya bilakah ia akan beroperasi dan apakah kerja-kerja pengorekan Sungai Muar telah siap serta setakat mana kedudukan kes-kes tuntutan nelayan.
Tuan Pengerusi, sesungguhnya Marina Muar telah pun diserahkan kepada Jabatan Laut pada Oktober tahun ini dan pada ketika ini masih lagi menunggu CF daripada pihak berkuasa tempatan, manakala kerja-kerja pengorekan juga telah pun siap. Hanya kes tuntutan nelayan sahaja yang masih lagi diusahakan.
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Sibuti membangkitkan satu isu mengenai khidmat pejabat JPJ. Beliau berharap agar khidmat pejabat JPJ dapat diperluaskan ke pekan-pekan kecil seperti Sibuti bagi tujuan pelesenan dan pendaftaran kenderaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pejabat JPJ sebenarnya tetap ada berpangkalan di setiap bahagian di negeri Sarawak.
Di samping itu juga, perkhidmatan JPJ disediakan melalui rangkaian Pejabat Pos yang saya kira ia dapat membantu orang-orang kampung khasnya untuk memperoleh khidmat yang diharap-harapkan. Oleh yang demikian orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan dengan mudah bagi tujuan membaharui lesen memandu dan membaharui cukai jalan ataupun road tax, dengan izin. Namun demikian kementerian akan mengambil kira cadangan yang dibangkitkan dalam perancangan pembangunan pejabat-pejabat JPJ yang baru nanti.
Yang Berhormat Maran pula membangkitkan isu tentang bas sekolah yang tidak menepati piawaian keselamatan. Untuk makluman Yang Berhormat bas sekolah biasanya dimiliki oleh orang perseorangan yang mempunyai modal yang terhad. Oleh yang demikian, adalah didapati bahawa 90% bas sekolah yang sedia ada terdiri daripada bas persiaran dan bas ekspres yang berusia 10 tahun. Itu pun bergantung pada kemampuan pengusaha-pengusahanya.
Untuk menangani isu sedemikian rupa, kerajaan melalui kementerian ini telah pun mewajibkan agar semua bas baru termasuk bas sekolah supaya badan bas itu dapat dibina mengikut spesifikasi antarabangsa ataupun UNECE - Regulation R-66 yang berhubung kait dengan perlunya struktur superstructure damage. Kaedah ini telah pun diwartakan pada 19 November 2007.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Beri jalan, Yang Berhormat Menteri? Silakan, Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Mengenai dengan bas sekolah ini, kalau kita mahu mengikut standard antarabangsa itu, standard ini juga meletakkan syarat setiap bas sekolah mesti ada seorang pembantu yang mengendalikan pelajar ataupun murid-murid sekolah ini waktu turun dan waktu naik. Kita dapati ada di kalangan pemandu bas ini oleh kerana dia berseorangan, kadang-kadang dia tidak perasan sama ada pelajar itu semuanya sudah turun ataupun tidak; iaitu ketika pelajar itu masih di tangga mereka sudah bergerak ataupun ada juga yang melibatkan pelajar mahu menyeberang jalan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ini amat bahaya sebab kadang-kadang pemandu bas ini mengambil mudah iaitu dia berhentikan pelajar ini di tempat yang agak bahaya kerana dia hendak cepat dan pelajar ini bergerak sendiri. Akan tetapi kalau kita lihat standard antarabangsa pemandu inilah yang akan memastikan pelajar ataupun murid-murid ini baik semasa dalam bas, semasa turun dan semasa menyeberang jalan. Apakah ini juga akan dilaksanakan di Malaysia?
Dato' Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, sesungguhnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi adalah agak berbeza dengan apa yang saya maksudkan.
Walaupun kedua-dua perkara yang kita bangkitkan itu adalah regulation ataupun peraturan piawaian antarabangsa, tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah perlunya kita menempatkan seorang konduktor ataupun seorang yang dapat membantu pemandu.
Ini pun pernah menjadi satu amalan di Malaysia pada masa yang lampau. Jadi, perkara ini agak relevan dan saya harap ia akan dapat disyaratkan. Apa yang saya sebutkan tadi itu adalah struktur bumbung bas khasnya. Itu adalah lebih berkaitan dengan keselamatan kejuruteraan.
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Hulu Terengganu mempersoalkan apakah cadangan mewajibkan pemakaian tali keledar belakang mulai 1 Januari tahun hadapan merupakan satu usaha yang serius, sedangkan kenderaan lama yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan. Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa ini bukan sahaja satu komitmen kementerian terhadap daya usaha kita untuk membangkitkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang perlunya kita memakai tali pinggang keledar baik di hadapan ataupun di tempat duduk bahagian belakang. Itu pun bukanlah sesuatu yang janggal. Pada hakikatnya amalan ini adalah satu amalan antarabangsa yang meluas diterima pakai di kebanyakan negara-negara baik yang maju mahupun yang sedang membangun.
Suka saya hendak tegaskan bahawa mulai 1 Januari 2009 bukan sahaja pemakaian tali pinggang keledar ini akan dikuatkuasakan malahan sebelum ini pun mulai 1 Jun tahun ini satu evokasi yang mengambil masa enam bulan sudah pun bermula.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Tempoh evokasi itu kita sedia maklumlah ia nya adalah semata-mata untuk membimbing dan juga memberi nasihat, peringatan kepada para penumpang kereta persendirian.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti sekejap lagi. Selain daripada itu, suka juga saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa langkah intervensi yang dimaksudkan itu, sesungguhnya berupaya menyelamatkan sebanyak 200 nyawa, mengikut jangkaan pihak MIROS ataupun Malaysian Institue Of Road Safety. Lebih daripada 370 kes cedera parah dan lebih 1000 kes cedera ringan, setiap tahun.
Ini adalah satu-satunya yang saya kira mungkin orang ramai perlu mengambil perhatian.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Selain daripada itu, saya ingin juga menjelaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini bahawa daya usaha ini ataupun intervensi ini adalah semata- mata untuk membantu rakyat ia nya adalah part kiranya disifatkan sebagai Mesra Rakyat.
Ini adalah sebab ia tidak membebankan dan ia hanyalah dikenakan kepada kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari tahun 1995, sebab adalah didapati bahawa majoriti ataupun kebanyakan kereta-kereta persendirian yang ada sekarang banyaknya telah pun dilengkapkan dengan tali keledar belakang. Bagi yang belum ada itu khasnya yang belum ada encourage dengan izin, belum ada pemasangan encourage itu juga saya sendiri berusaha untuk mendapatkan persetujuan...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
...dan kerjasama dari pengilang-pengilang kereta yang berkenaan supaya dapat memasangnya secara percuma. Jadi pihak pembangkang kiranya
Dato’ Sri Ong Tee Keat
nak bangkitkan ataupun nak hubung kaitkan perkara ini dengan kroni. Kroni tidak wujud dan saya pernah cakap di Dewan ini, saya tidak pernah bela kroni, itu bukan sifat saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat? sila Padang Serai
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Menteri sebut tentang membela rakyat, tidak mahu membebankan rakyat, kerja mesra dan pelbagai lagi dan juga penguatkuasaan yang wajar. Akan tapi apa yang berlaku saya percaya Menteri tidak tahu bahawa apabila ramai pergi ke kaunter-kaunter JPJ, mereka tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen mereka.
Malahan sekarang bank-bank juga tidak mahu membenarkan kereta-kereta digunakan untuk pinjaman kerana nama-nama mereka di senarai hitam dalam komputer JPJ.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ini tidak berkaitan Yang Berhormat .
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini berkaitan dengan mesra dan penguatkuasaan ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak boleh berucap.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi saya mahu tanya dengan Menteri...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya tahu Yang Berhormat Batu Pahat biasa minum arak. Dulu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini panggil saya mabuk, jaga sikitlah
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau Yang Berhormat Batu Pahat mahu minum banyak saya boleh bekalkan todi. Mahu tak? [Bercakap tanpa pembesar suara]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat cukup Yang Berhormat ya, tidak boleh bangkit perkara baru dalam pencelahan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Tarik balik tuduhan minum arak itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat pun kata dia mabuk juga.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sama-sama kata mabuk Yang Berhormat
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi, beliau menuduh saya minum arak, mana betul tu, itu kena tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat pun cakap.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi tidak ada, saya tidak ada sebut mabuk.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baiklah Yang Berhormat sama- samalah Yang Berhormat
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Duduk, memang ini Dewan tahu perangai Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, Menteri nak teruskan Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak boleh bangkit perkara-perkara baru dalam pencelahan, itu merupakan peraturan mesyuarat kita Yang Berhormat, perkara baru tidak boleh dibangkit. Masa sekarang ini, semalam Yang Berhormat tidak tunggu, kalau Yang Berhormat tunggu semalam.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara] Sebab Menteri ini pun saya baru jumpa hari ini, lama tidak jumpa dalam Dewan ini, macam mana nak tanya soalan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi saya minta laluan untuk pencelahan kerana semalam diberikan laluan oleh Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, tidak apa Yang Berhormat
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan saya itu..
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat telah diberi peluang, sampai giliran saya jawab, boleh?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak ada soalan, soalan saya belum lagi, saya tahu Menteri terlalu sibuk dengan kempen-kempen dan pelbagai lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat, ya sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat saya ternampak apa relevannya, apa yang beliau bangkitkan itu beliau hanyalah sekadar nak lemparkan tuduhan dan saya balik pada apa yang beliau bangkitkan tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Intan bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Sekejap. Bangkit tentang todi, arak dan sebagainya dan saya tengah menyentuh tentang tali keledar belakang. Lagipun apa yang dibangkitkan oleh beliau itu sebenarnya tadi juga dibangkitkan dalam sesi soal jawab dan rupa-rupanya beliau masih belum lagi, walaupun beliau pernah berpolitik dalam MIC tapi nampaknya dia belum lagi dapat mempelajari apa yang kena buat, apa yang tidak boleh buat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kerana dulu saya dari MIC lah saya tahu perangai Menteri dari Barisan Nasional ini. [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Terengganu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun tadi Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
36(6), Yang Berhormat Padang Serai tadi menyebut, saya minta dia tarik balik, dia menyebut saya minum arak. Ini keterlaluan sebenarnya, ini adalah satu sangkaan jahat, 36(6), saya minta tarik balik.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Pengerusi, saya juga minta Yang Berhormat Batu Pahat tarik balik perkataan yang dilemparkan dahulu sebelum saya lemparkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik, duduk Yang Berhormat, saya Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Lain kali berperangai baik dalam Dewan ini. [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya meneliti insiden yang berlaku ini, memang Yang Berhormat Batu Pahat telah bercakap bahawa Yang Berhormat Padang Serai ini mabuk.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi saya tidak menyebut perkataan mabuk, bukan saya yang menyebut .
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, cukup Yang Berhormat.
Kemudian Yang Berhormat Padang Serai membalas respons terhadap provokasi bahawa Yang Berhormat Batu Pahat minum arak. Saya melihat memang kedua-dua ini tidak harus kita gunakan dalam Dewan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi saya tidak menyebut perkataan mabuk, bukan saya sebenarnya, yang lain boleh menjadi saksi, dan saya tidak pernah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya mungkin datang dari belakang, saya minta maaf Yang Berhormat, mungkin datang daripada belakang, tetapi memang ada disebut...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tapi dengan jelas menyebut saya minum arak, ini keterlaluan, saya orang Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, ini menghina saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat, saya setuju bahawa tuduhan yang dilempar tadi adalah spesifik yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Serai bahawa Yang Berhormat Batu Pahat minum arak, dan saya rasakan, saya bersependapat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat, saya sedang bercakaplah Yang Berhormat. Saya bersependapat bahawa perkara itu tidak harus dilemparkan dan saya setuju bahawa Yang Berhormat harus menarik balik perkara itu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kerana Tuan Pengerusi yang paling mulia minta saya tarik balik, bukan kerana dia minta, kerana Tuan Pengerusi yang mulia minta.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tarik balik Yang Berhormat, Yang Berhormat cakap Tuan Speaker yang mulia sahaja, tapi tidak tarik balik.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya katakan kerana permintaan dan mungkin arahan daripada Tuan Pengerusi, saya tarik balik apa yang saya kata.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dan saya ingin ingatkan bahawa perkataan-perkataan seperti ini, tuduhan bahawa seseorang itu mabuk juga tidak harus kita lemparkan di dalam Dewan dan saya harap agar insiden hari ini akan memberi pengajaran kepada kita semua. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan kepada Telok Intan Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dulu, biar saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Berkaitan dengan tali keledar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya akan bagi peluang ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Menteri akan bagi peluang ya.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, sesungguhnya Yang Berhormat tadi bila beliau melemparkan tuduhan kononnya saya kempen dan sebaginya itu, saya rasa itu pun tidak relevan sama sekali.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Lagi pun selama ini saya jalankan tugas saya mengikut apa yang dikehendaki.
Yang Berhormat Hulu Terengganu ada membangkitkan isu di mana kementerian perlu memantau operasi sekolah-sekolah memandu yang besar iaitu institut memandu yang kononnya telah mengakibatkan kos pelesenan yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya kementerian selalu memantau melalui JPJ agar sekolah memandu yang disatukan menjadi institut memandu ataupun IM dapat mengintegrasikan perkhidmatan dan ujian yang dijalankan menjadi lebih berkualiti. Sedangkan elemen kos untuk mendapatkan lesen itu adalah bergantung kepada pihak pengusaha dan kecekapan seseorang calon serta keberkesanan pengajaran bagi seseorang itu. Yang Berhormat Arau membangkitkan isu kegiatan lanun di Teluk Aden.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Sekolah memandu itu boleh tambah ke Tuan Pengerusi?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya belum lagi ada peluang Yang Berhormat.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Sekolah memandu tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ini tali keledar ini.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya tengok pengusaha-pengusaha yang menjalankan latihan untuk mereka-mereka untuk mendapat lesen ini fokusnya ialah latihan fizikal untuk membolehkan pemandu-pemandu kita dapat lesen cepat. Saya minta supaya pihak kementerian memantau supaya nilai-nilai murni berkaitan dengan undang-undang, budi bahasa, tolak ansur di jalan raya yang melibatkan faktor kemanusiaan yang menjadi faktor besar kemalangan jalan raya sekarang ini supaya tidak diabaikan. Bolehkah pihak kementerian memantau pengusaha-pengusaha ini supaya nilai-nilai yang saya sebut tadi menjadi agenda penting dalam memberikan latihan dan juga lesen kepada pemandu-pemandu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya ingin tambah Tuan Pengerusi mengenai tali keledar.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai tali keledar dan langkah-langkah lain yang telah diambil oleh kementerian, saya mendapati kajian menunjukkan bahawa kadar kemalangan di negara kita ini makin meningkat pada purata 9.7% setahun untuk tiga dekad yang lalu. Ini menunjukkan dari tahun 1974 sehingga tahun 2005 kadar kemalangan telah meningkat dari 24,581 sehingga 328,000 lebih kemalangan. Jadi setiap kali kita dengar langkah-langkah yang diambil oleh kementerian melalui beberapa langkahlah seperti tali keledar dan sebagainya, tidak ada kesan untuk menangani masalah ini. Ini seolah-olah di negara kita
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
ini orang seumpamanya masa perayaan mati seperti katak dan ayam di jalan raya. Apakah langkah-langkah yang serius diambil oleh kementerian? Adakah ini masalah enforcement penguatkuasaan atau langkah-langkah keselamatan? Sila beri penjelasan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi saya jawab Yang Berhormat Jempol dahulu. Sebenarnya apa yang disarankan oleh Yang Berhormat itu memang merupakan satu-satunya yang diikuti ataupun yang diusahakan oleh pihak kementerian melalui JPJ.
Saya juga berharap kiranya terdapat mana-mana pihak yang menyelewengkan modul yang ditetapkan ataupun apa yang telah pun diterapkan dalam learning module dengan izin maka saya berharap orang ramai pun berhak membuat aduan kepada pihak kementerian.
Setakat ini pun ada juga kes-kes sedemikian rupa di mana orang ramai mengadu secara langsung kepada kementerian dan kementerian bertindak. Itulah serba sedikit yang saya dapat jawab Yang Berhormat Jempol.
Sedangkan Yang Berhormat Telok Intan membuat pengamatan ataupun observation beliau saya ucapkan terima kasih. Suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat lazimnya keberkesanan sesuatu program advocacy ataupun intervensi kerajaan khasnya yang berkaitan dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kalaulah kita hanya berpendapat ataupun beranggapan bahawa bila kes kematian itu masih wujud lagi ataupun ada kalanya meningkat maka kita kata program itu tidak berkesan. Itu kurang tepatnya.
Sesungguhnya untuk makluman Yang Berhormat kita sedia maklum juga setiap tahun bilangan kenderaan itu terus meningkat, itu satu.
Yang keduanya saya berharap Yang Berhormat dapat memahami bahawa program-program advocacy dan juga daya usaha intervensi yang selama ini diusahakan oleh JKJR ataupun Jabatan Keselamatan Jalan Raya di bawah kementerian saya adalah satu proses yang berterusan.
Sama ada ianya berkesan atau tidak mungkin Yang Berhormat bila hendak buat bandingan statistik kenalah kita buat bandingan dengan negara-negara yang lain baik yang berupa negara membangun ataupun negara yang sudah maju, ini satu. Yang keduanya bandingan perlu juga dibuat dengan statistik bagi tempoh yang sama pada tahun yang lepas. Itu barulah kita dapat mengesan ataupun kita dapat membuat kesimpulan setakat mana keberkesanannya. Bukannya kita cakap semberono sebab masih lagi ada kes-kes kematian khasnya menjelang hari perayaan maka kita membuat kesimpulan bahawa kononnya semua kempen itu sudah gagal. Saya akan maklumkan Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini secara lanjut lagi. Ada satu perenggan yang saya khususnya untuk topik ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Bagi?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri berhubung Kempen Keselamatan Jalan Raya dan juga sekolah memandu.
Sebelum ini Kementerian Pengangkutan ada melantik Automotive Centre of Excellent Sdn.
Bhd. sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan untuk pemandu-pemandu khususnya pemandu kenderaan berat lori dan juga bas. Dengan harapan pemandu- pemandu ini dapat dilatih menjadi pemandu yang berhemah untuk mencapai matlamat Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kemudian syarikat yang sama juga telah diperuntukkan satu bidang tanah yang cukup luas di negeri Selangor untuk tujuan yang berkenaan tetapi apabila berlaku peralihan kuasa dan bertukar Menteri kementerian yang saya maksudkan ini syarikat berkenaan menghadapi banyak masalah untuk berurusan dengan Kementerian Pengangkutan Jalan.
Sebagai contoh saya ingin mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, setelah dua tahun kes pelatih jumlah trainer yang begitu ramai sehingga hari ini pelatih-
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
pelatih ini belum lagi diberikan sijil untuk mendapatkan sijil daripada Jabatan Pengangkutan Jalan setelah dua tahun. Mereka telah melalui kursus, latihan yang intensif dengan modul yang ditetapkan tetapi sehingga hari ini daripada senarai yang saya peroleh sudah 104 pelatih yang gagal diberikan sijil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi bolehkah saya dapat penjelasan mengapa kementerian mengambil satu tempoh yang cukup panjang untuk memberikan sijil kepada pelatih-pelatih ini supaya mereka dapat menjadi pemandu- pemandu yang berhemah dan dapat mencapai matlamat yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Ini berkaitan dengan apa yang digelar sebagai the refresher course dengan izin, khasnya untuk pemandu-pemandu kenderaan berat, kenderaan-kenderaan pengangkutan awam. Berkaitan dengan kononnya ada lagi 104 orang pelatih yang belum diberi sijil itu, saya akan dapatkan maklum balas dalam masa yang terdekat ini dari pihak pengurusannya.
Sedangkan untuk menjawab soal pokok Yang Berhormat tadi, suka saya nak jelaskan di sini, bahawa tidak pernah menjadi amalan kementerian untuk membebankan atau menyusahpayahkan mana-mana pihak khasnya syarikat konsesi yang terlibat dalam mana-mana projek sebelum ini.
Suka saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa setelah saya mengambil alih jawatan ini sebagai Menteri Pengangkutan, saya telah pun mengkaji semula projek ini yang pada ketika itu sememangnya menghadapi beberapa rintangan. Itu tanggungjawab saya, bila saya kaji balik itu pun, saya kaji balik dengan niat yang baik. Dan saya ambil kira semua dengan izin, input atau cadangan, teguran dan kritikan dari semua pihak. Yang saya hendak pastikan adalah mudah sahaja, mudah difahami iaitu saya tidak mahu sebarang exclusivity ataupun monopoli itu berterusan, satu.
Yang keduanya, saya nak pastikan bahawa walaupun projek itu berniat atau bertujuan baik, tetapi saya nak pastikan ianya tidak membebankan pemandu-pemandu kenderaan berat khasnya mereka yang berpendapatan rendah. Itu niat saya.
Selain daripada itu, Yang Berhormat menyentuh tentang soal tanah. Tanah itu tiada hubung kaitnya dengan kementerian saya, kementerian saya tidak ada kuasa nak bagi tanah. Tanah yang dimaksudkan itu sesungguhnya merupakan sebahagian daripada pakej ataupun daya usaha syarikat itu untuk mendapatkan konsesi itu, maka dia kena dapatkan tapaknya, tapak untuk menjalankan refresher course ataupun kursus yang berkenaan. Itu serba sedikit yang saya boleh maklumkan Yang Berhormat. Setakat ini statusnya adalah pihak kementerian telah pun mengkaji, memperhalus butir-butir yang terkandung dalam perjanjian berkenaan dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi.
Yang Berhormat...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta jalan sikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya nak alih balik kepada tali keledar yang tadi saya tak sempat.
Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya minta alih balik ke tali keledar. Kereta memang kita sedia maklum banyak penumpang di belakang, disediakan tiga sahaja. Akan tetapi kita juga maklum bahawa di Malaysia ini keluarga besar melebihi tiga orang anak, memang terdapat banyak keluarga. Saya ingin tanya, adakah kajian telah dibuat tentang masalah yang akan dihadapi oleh rakyat jika kita pastikan mereka mesti mahu ikat tali pinggang keledar di belakang, jika tidak penguatkuasaan akan diambil.
Jika begini apa yang akan terjadi kepada banyak keluarga yang akan menghadapi masalah ini? Dan juga bayi dan kanak-kanak yang duduk di dalam kereta itu. Sebab macam di Australia, mereka betul menguatkuasakan dan hadkan penumpang yang duduk
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
dan kanak-kanak mesti juga dengan tali pinggang keledar yang disediakan atau kerusi dengan tali pinggang keledar yang disediakan. Apakah pandangan Yang Berhormat, boleh minta penjelasan sikit?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, sesungguhnya bila pihak kementerian memutuskan agar dasar ini dikuatkuasakan, serba-serbi pihak kami ambil kira khasnya apa yang selalunya menjadi amalan hidup di kalangan rakyat kita. Antara lain termasuk bebanan yang perlu dipikul oleh keluarga-keluarga yang mempunyai ramai anak.
Walaupun demikian, suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa pihak kementerian bersimpati dengan mereka. Namun pihak kementerian tidak bercadang untuk memansuhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali keledar belakang yang saya huraikan tadi.
Jadi apa yang sesungguhnya telah dimaklumkan kepada rakyat tempoh hari melalui media adalah kelonggaran yang tertentu diberi. Walaupun kita nak buat, kita nak melaksanakan dasar ini, tetapi tak seketat seperti negara-negara yang tertentu umpamanya Australia dan juga negara-negara yang sudah maju. Jadi di sini, misal kata tempat duduk belakang itu, biasanya kita tahu kalau tiga orang dewasa yang duduk pun, itu kadangkala bergantung pada saiz kita. Kalau saiz yang besar itu, memanglah ruang itu agak sempit.
Dalam hubungan ini, kita beri kelonggaran. Sekiranya ada empat orang, tapi empat orang itu maksud saya termasuk kanak-kanak. Maka seorang itu akan kita beri kelonggaran. Walaupun demikian, saya nak maklumkan juga Dewan yang mulia ini, bahawa walaupun terdapat kelonggaran seperti ini ianya tidak bermaksud bahawa kita mengizinkan semua kenderaan kita khasnya kereta-kereta persendirian kita, boleh kita mengisi dengan seramai mungkin penumpang. Itu tidak patutnya menjadi amalan hidup kita.
Sama juga kadang kala di jalan raya kita nampak terdapat motosikal, motosikal biasanya dua orang, seorang penunggang dan seorang lagi pembonceng motosikal. Akan tetapi ada juga, ada kalanya empat orang, dua orang kanak-kanak. Itu bukan amalan yang patut digalakkan. Walaupun kita faham bahawa itu disebabkan oleh bebanan hidup yang saya kata tadi, kami tetap simpati. Beralih kepada Yang Berhormat Arau ...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Boleh saya nak satu soalan tambahan, penjelasan?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik ketegasan Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian untuk meneliti semula perjanjian dengan ACE ini sama ada timbul masalah penyelewengan ataupun monopoli dan sebagainya. Apakah kementerian bercadang untuk membatalkan perjanjian dengan ACE promoter dalam masa yang terdekat ini?
Yang keduanya, sekiranya itulah keputusan kementerian, apakah tanggungjawab kementerian untuk menjaga kebajikan pelatih-pelatih ini yang telah pun ditamatkan kontraknya yang saya sebut 104 orang pelatih di mana 48 daripada mereka, hilang punca pendapatan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Jadi bagaimana masa depan mereka hari ini? Terumbang-ambing,masalah untuk mendapatkan sijil SIRIM juga memakan masa yang terlalu lama.
Maka latihan yang mereka lalui selama dua tahun itu maknanya tidak ke mana kalau kementerian tidak mengambil peranan untuk menjaga kebajikan mereka yang telah melalui program ini.
Akhirnya yang saya pohon penjelasan, apakah benar kementerian akan membayar pampasan kepada promoter ACE ini akibat pembatalan perjanjian yang mungkin dilakukan oleh kerajaan yang dilaporkan mencecah satu angka RM300 juta. Saya pohon penjelasan daripada kementerian. Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, nampaknya Yang Berhormat Gombak tunjuk minat ke atas perkara ini, ACE. ACE ini mungkin ada banyak pengertiannya, tetapi
Dato’ Sri Ong Tee Keat
dalam hubungan ini ianya adalah berkaitan dengan projek tawaran refresher course, dengan izin bagi pemandu-pemandu kenderaan berat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Seperti mana yang saya sebut tadi, setakat ini kami masih lagi dalam peringkat menghalusi butir-butir yang terkandung dalam perjanjian dengan syarikat yang berkenaan.
Apa yang Yang Berhormat bangkitkan itu sebenarnya telah pun di bawa kepada perhatian saya dan juga perhatian kementerian.
Kami tetap simpati dengan kesan-kesan tempias sedemikian rupa. Walaupun demikian, apabila kami terpaksa membuat satu keputusan berpandukan kepada kepentingan orang ramai dan juga khasnya golongan pemandu yang disasarkan itu, pelbagai faktor perlu diambil kira. Saya rasa belum lagilah sampai ke tahap di mana saya hendak buat pengumuman di Dewan yang mulia ini sebab ada perkara-perkara lagi yang perlu dimuktamadkan.
Yang Berhormat juga menyentuh tentang desas-desus mengenai pampasan.
Pampasan itu pun bukanlah sesuatu yang diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan. Ia mungkin akan berbangkit kemudian. Jadi, buat ketika ini soal itu belum lagi kita hendak bincang.
Yang Berhormat Arau membangkitkan isu kegiatan lanun di Teluk Aden dan juga perlindungan polisi insurans bagi syarikat perkapalan Malaysia. Suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa syarikat insurans biasanya mengenakan premium berdasarkan kajian-kajian yang mereka jalankan terutamanya mengenai tahap risiko yang terlibat. Turut dibangkitkan ialah apakah tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan kapal dari menjadi easy target dengan izin ataupun sasaran mudah bagi lanun dan sejauh manakah kejayaan ISPS Code dan izin serta apakah semua pegawai security pelabuhan telah pun dilatih.
Untuk menjawab soalan ini, semua kapal sesungguhnya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai piawaian yang ditetapkan oleh IMO atau International Marine Organization. ISPS Code memang efektif dalam menangani isu keselamatan di pelabuhan dan di atas kapal. Manakala semua pegawai security pelabuhan juga dilatih dengan sewajarnya. Jadi tidak sepatutnya ada sebarang kesangsian atas perkara ini.
Yang Berhormat Klang membangkitkan isu mengenai bagaimana menjadikan Bandar Klang dan Pelabuhan Klang sebagai The World Renowned Seaport City dengan izin dan mencadangkan satu jawatankuasa kerja yang terdiri daripada pelbagai pihak dapat ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini pihak Lembaga Pelabuhan Klang sememangnya telah pun mengenal pasti tanah-tanah kosong di persekitaran pelabuhan selatan iaitu dalam lingkungan 200 ekar untuk dibangunkan sebagai harbor city ataupun bandar pelabuhan.
Kajian akan dilaksanakan untuk menjadikannya satu kenyataan kelak. Input daripada pihak-pihak yang tertentu khasnya mereka yang terlibat dalam perkara ini akan diambil kira dalam pembangunan yang berkenaan. Yang Berhormat Cheras pula membangkitkan isu mengenai projek e-Kesihatan yang telah pun ditamatkan oleh kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 17 September tahun ini, kerajaan telah pun memutuskan supaya program e-Kesihatan diambil alih pelaksanaannya oleh kerajaan melalui JPJ. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira permintaan dari operator pengangkutan dan juga pemandu sendiri supaya fi perkhidmatan e-Kesihatan itu dapat dikaji semula.
Kementerian Pengangkutan bersama dengan Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi yang lain seperti MIROS sedang giat merancang satu sistem pemeriksaan yang lebih menyeluruh dan lebih baik serta tidak membebankan pemandu tanpa sebarang exclusivity. Dalam hal ini, persatuan-persatuan perubatan seperti MMA turut dijemput untuk memberikan input mengenai pelaksanaan projek e-Kesihatan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat pula membangkitkan isu kemudahan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Cheras bangun, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Keputusan kerajaan untuk membatalkan e- Kesihatan yang ditandatangani antara kerajaan dengan Supreme System itu memang adalah waras dan betul. Akan tetapi apa yang saya persoalkan dan tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri adalah memandangkan kerajaan berkemungkinan akan berdepan dengan membayar pampasan sebanyak RM103 juta kepada syarikat itu jikalau keputusan mahkamah adalah memihak kepada tuntutan oleh Supreme System.
Maka, skim e-Kesihatan itu memang adalah satu skim yang tidak patut dilancarkan pada tahun lepas kerana apa yang tidak dijawab kepada saya seperti mana yang saya tanya ialah mengapakah skim ini kalau bukan bantahan daripada orang-orang umum, memang skim ini telah pun berjalan sejak 1 Oktober tahun lepas. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, mengapakah skim ini boleh ditandatangani oleh kerajaan dengan syarikat ini tanpa kelulusan Kabinet dan bagaimana ia boleh terjadi kalau skim itu tidak mengikut standard operation procedure yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri?
Ini bermakna pegawai-pegawai kanan dalam kementerian telah berbuat sesuatu yang salah dan tidak mengikuti kaedah dan juga prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Panjang, Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Adakah pegawai-pegawai yang melakukan kesalahan itu telah diambil tindakan disiplin? Kalau tidak, mengapa dan saya mendapati penyangak atau culprit yang utama dalam soal ini iaitu Ketua Pengarah sendiri, Datuk Solah Mat Hassan apabila beliau memegang jawatan sebagai Timbalan KP. Dialah yang bertanggungjawab ke atas perkara ini. Dia tidak diambil tindakan disiplin tetapi dinaikkan pangkat lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Apakah keadaan ini boleh berlaku dan siapakah yang sebenarnya memberi kuasa kepada JPJ untuk menandatangani satu perjanjian yang menelan perbelanjaan yang begitu besar dan menelan bebanan kewangan yang begitu besar kepada pemandu-pemandu kenderaan perdagangan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
... yang tidak diluluskan oleh Kabinet? Siapakah yang memberi kuasa?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Ini yang mesti dimaklumkan kepada rakyat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat ya.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, walaupun saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Cheras, tetapi kawan saya ini beliau suka hendak membuat kesimpulan berdasarkan kepada apa yang kita gelar hearsay dengan izin. Itu pun sekali lagi dapat dibuktikan dengan kenyataan beliau tadi.
Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat sesungguhnya adalah tidak tepat sama sekali apabila Yang Berhormat menuduh dan mendakwa bahawa projek ini ataupun pihak konsesi ini diberi tanpa kelulusan Jemaah Menteri. Walaupun ia berlaku sebelum saya menyertai Jemaah Menteri, tetapi saya memang membuat homework. Saya buat persediaan dan menghalusi apa yang telah pun diputuskan. Walaupun demikian, apa
Dato’ Sri Ong Tee Keat
yang diputuskan itu tetap mengikut prosedur, lunas dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Itu tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian.
Saya sebagai Menteri yang baru, saya menyambut baik apa yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Itu pun tidak salah bagi saya sebab kalaulah ada teguran, rintihan dan sebagainya, sebagai seorang Menteri yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan rakyat. Itulah kerja saya. Apabila saya mendengar dan menghalusi input dan teguran dari pelbagai pihak, pelbagai pihak ini banyak. Ini khasnya mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung kecuali Yang Berhormat. Saya tidak pernah terima sebarang surat ataupun cadangan dari Yang Berhormat. Akan tetapi itu tidak penting.
Yang saya maksudkan dan saya hendak tegaskan di sini adalah ia adalah mengikut lunas dan peraturan-peraturan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang ditetapkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Apabila ia ditamatkan pun, ia dibuat mengikut cara yang sama. Yang Berhormat menyentuh tentang pampasan, itu pun khabar angin juga. Kalaulah itu bolehlah dijadikan satu asas hujah Yang Berhormat, saya betul-betul rasa ini bukan caranya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung petang nanti, Yang Berhormat Menteri.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan sehingga pukul 2.30 petang ini.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Usul Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini.
Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Rabu, 26 November 2008.”
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, saya hendak sambung apa yang saya menyentuh sebentar tadi. Untuk mengulas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheras mengenai e-Kesihatan itu, [Batuk] minta maaf. Suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini setakat ini soal pampasan itu sebenarnya belum ada apa-apa yang dimuktamadkan. Jadi Yang Berhormat, saya pun tidak tahu dari mana Yang Berhormat mendapat sumber maklumat itu. Mungkin petikan dari akhbar, itu pun saya hendak menjelaskan bahawa setakat ini pihak kementerian belum menerima sebarang butiran pecahan mengenai pampasan yang dimaksudkan itu.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sememangnya saya tidak akan membuat satu kenyataan yang tidak berasas. Apa yang berlaku pada 3 November yang lepas, apabila saya menyoal tentang pembatalan perjanjian e-Kesihatan itu, saya diberitahu oleh timbalan menteri yang berada dalam Dewan ini yang dikatakan oleh beliau bahawa syarikat itu telah membuat tuntutan secara rasminya kepada kerajaan untuk menuntut pampasan sebanyak jumlah RM103 juta dan timbalan menteri terus berkata bahawa kerajaan sedang menimbang sama ada kes ini harus dirujuk kepada mahkamah.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, itu sebabnya saya kata apa yang dituntut, apa yang dikemukakan itu khasnya melalui surat, surat tuntutan itu biasa berlaku, termasuk juga syarikat konsesi yang berkenaan. Walaupun demikian, apa yang dituntut tidak semestinya pihak kerajaan kena akur sebab seperti mana yang saya jelaskan tadi, setakat ini belum ada lagi sebarang butiran pecahan.
Katakanlah kalau RM103 juta yang dituntut, tak kanlah tiada sebarang butiran asas apa dan sebagainya dan oleh yang demikian saya kenalah bagi tahu Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa kalaulah tiada sebarang butiran itu masakan kita dapat mempertimbangkan lagi pun, pihak kerajaan ada juga format ataupun cara dia untuk menangani isu-isu sedemikian rupa.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Penjelasan lagi.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ada lagi?
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Persoalan saya tidak dijawab. Selain daripada itu bukan khabar angin, itu memang satu jawapan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tidak, saya tidak kata khabar angin. Nanti dahulu
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tetapi Yang Berhormat Menteri kata jangan beranggapan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dahulu Yang Berhormat. Sebab yang saya kata Yang Berhormat cuba hendak beralih apabila saya kata punca mana Yang Berhormat sudah sebut tadi, itu berteraskan kepada apa yang dituntut, apa yang pernah timbalan menteri cakap, betul dia cakap tetapi cakap tentang apa, tentang apa yang diterima, tuntutan yang diterima.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya juga boleh hantar surat tuntutan kalaulah saya syarikat konsesi, saya boleh tuntut sekian banyak tanpa butirannya tetapi sama ada ianya dilayan atau tidak, itu lain cerita.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Apa yang saya minta penjelasan ialah ada tuntutan itu. In adalah satu kebenaran yang boleh dinafikan tuntutan. Saya tidak kata tuntutan akan dilayan oleh kerajaan, pampasan akan dibayar atau tidak.
Dato' Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat jangan shifting the goal posts, ini saya ...
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Bukan, jangan memutar-belitkan kenyataan saya Yang Berhormat Menteri, jangan memutarbelitkan. Itu jawapan rasmi oleh timbalan pengarah. Dia yang membuat keputusan di sini, ada tuntutan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, this is my floor.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Ada tuntutan kerajaan akan menimbang dan tidak bersetuju dengan tuntutan itu akan dihadapkan ke mahkamah.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, this is my floor please.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tidak bagi floor Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Juga persoalan saya siapa sepatutnya ada skim kesihatan itu memang ada satu fakta, memang sudah ditetapkan untuk pelancarannya pada 1 Oktober tahun lepas.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Betul tetapi saya sekurang-kurangnya berani mengkaji semula dan saya berani mengambil kira apa yang dibangkitkan oleh rakyat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Kalau scheme itu telah diluluskan oleh Kabinet.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, mana boleh berdialog macam ini, cakap macam pasar ikan Yang Berhormat. Ini Dewan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Kenyataan Yang Berhormat Menteri paling mengelirukan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat, ini Yang Berhormat kata.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Dia sendiri yang keliru, dia hentam kromo ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan isu kemudahan pengangkutan yang tidak berintegrasi atau tidak bersepadu antara bas dan kereta api. Suka saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa itu memang merupakan satu-satunya kekangan dan permasalahan yang kita hadapi sekian lama dan kita sedia maklum bahawa selama ini pengangkutan awam darat mempunyai satu fenomena di mana bidang kuasa dan bidang tugasnya dipecahkan di antara 13 agensi kerajaan dan kementerian, itu memang satu fakta.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Oleh yang demikian, memandangkan adanya kekangan dan permasalahan sedemikian maka kementerian telah pun berusaha untuk menggabungkan, untuk menggemblengkan tenaga kita dengan kerjasama agensi-agensi dan kementerian yang lain, yang berkaitan supaya kita dapat mengatasi masalah-masalah yang sedia ada.
Di samping itu terdapat juga satu daya usaha untuk menggabungkan agensi- agensi dan juga kementerian-kementerian yang bertanggungjawab atas pengangkutan awam darat itu menjadi satu apa yang digelar sebagai single commission ataupun dalam bahasa Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD dan ianya akan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Di samping itu Tuan Pengerusi, saya ingin juga memaklumkan Yang Berhormat Hulu Langat bahawa pihak kementerian dengan mengambil kira kelemahan ataupun permasalahan yang disebutkan tadi, maka kementerian telah pun melaksanakan Projek Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasek Selatan yang berharga RM570 juta, itu sebagai satu titik tolak, sebagai satu pilot project di mana mode-mode pengangkutan awam yang berbeza iaitu teksi, bas, kereta api dapat kita gabungkan atau dapat kita sambungkan connectivity nya di satu tempat, di satu lokasi yang berintegrasi.
Projek itu telah pun bermula pada November tahun 2007 dan dijangka siap pada Disember tahun 2010.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti sekejap. Terminal ini dijangka dapat menampung bilangan penumpang yang kian meningkat melalui integrasi perkhidmatan LRT, komuter KTM, ERL, bas dan teksi ke sektor selatan iaitu negeri-negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh perkara mengenai kereta api, saya ingin merujuk kepada satu laporan dalam Mail Malay pada 10 Oktober yang lepas yang mengatakan bahawa RM200 juta digunakan oleh pihak KTMB untuk membeli 20 lokomotif dan mengikut tajuk utama dalam apa yang tersebut, “Destination - graveyard”, kepada 15 lokomotif ini iaitu 15 lokomotif yang dibeli daripada China ataupun dikenali sebagai Dalian Loco, 15 lokomotif ini dan tidak boleh dipakai selepas tiga tahun, tidak dapat digunakan.
Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri dalam laporan ini ada mengatakan bahawa KTMB perlu dipertanggungjawabkan. Saya hendak tahu apakah status mengenai kes ini dan adakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab itu dikenakan tindakan, saya hendak minta penjelasan, terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, sebelum saya beralih kepada perenggan yang khusus atas perkara perkeretapian itu saya hendak jawab satu soal pokok di sini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Sesungguhnya apa yang dilaporkan dalam liputan akhbar yang berkenaan sebenarnya hanya menyentuh sebahagian sahaja daripada fakta itu dan saya selaku menteri yang berkenaan, apabila saya ambil alih jawatan ini, itulah satu-satunya isu ataupun perkara yang saya perhalusi.
Itu sebabnya saya berani berdepan dan lokomotif itu saya berharap Yang Berhormat jangan campur aduk dengan EMU dan sebagainya, itu lain. Kita khususkan kepada lokomotif. Lokomotif itu sebenarnya, Dalian Locomotive itu, apa yang sebenarnya berlaku adalah ianya didapati kerja commissioning. Commissioning itu tidak dibuat secara lengkap dan itulah sebabnya saya mengarahkan supaya pihak pengurusan KTMB bukan sahaja menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga pembaharuan yang dikehendaki bagi kesemua 20 biji lokomotif Dalian yang berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, adalah dijangka menjelang hujung Disember ini kesemuanya 20 biji lokomotif yang disebutkan itu akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya dan setakat ini bagi makluman Yang Berhormat, saya sendiri yang tengah memantau progress nya setiap minggu.
Itu sebabnya saya tahu, 20 biji, berapa sekarang ini sudah berjaya diperbaharui dan seterusnya functional, ianya dapat memberi khidmat kepada rakyat. Jadi sekarang ini tinggal mungkin sedikit masa lagi. Moga-moga semuanya 20 biji itu akan berfungsi semula.
Dalam pada itu, apa Yang Berhormat tunjuk minat itu ialah siapa yang bertanggungjawab. Itu tetap saya akan ambil tindakan susulan apabila semua ini sudah selesai maka tindakan yang sewajarnya akan diambil, itu memang sebahagian daripada tugasan KTMB di bawah pantauan kementerian saya.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil minat mengenai perkara Projek Integrasi
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
di antara LRT, komuter dan lain-lain perkhidmatan pengangkutan dan projek pilot di Bandar Tasek Selatan.
Saya merujuk kepada Butiran 01300 di mana projek integrasi stesen-stesen LRT, STAR, PUTRA dan lain-lain hanya diperuntukkan satu bajet pada tahun ini RM100 ribu sahaja, saya pun tidak tahu macam mana projek in boleh dijalankan dengan bajet yang begitu kecil dan tidak nampak ada di butiran lain yang dapat digunakan untuk menjalankan projek ini.
Yang kedua mengenai perkhidmatan LRT di kawasan Lembah Klang. Kerajaan telah mengumumkan secara besar-besaran di dalam surat khabar dan lain-lain untuk mempertingkatkan perkhidmatan rail LRT di Lembah Klang untuk menurunkan beban rakyat terutamanya dengan menggunakan kenderaan swasta dan bukannya kenderaan awam seperti LRT dan juga teksi, bas dan lain-lain tetapi dalam butiran-butiran yang ada di hadapan saya dalam bajet ini tidak nampak langsung ada apa-apa peruntukan yang diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan LRT terutamanya yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan iaitu menyambung stesen LRT dari Kelana Jaya ke Subang Jaya dan Puchong dan juga mengadakan satu landasan rail yang baru daripada Cheras ke Kota Damansara kalau tidak salah.
Oleh itu saya ingin memohon Menteri untuk menjelaskan adakah projek ini akan bermula pada tahun depan sebab dalam bajet yang ada di hadapan saya ini tidak ada langsung nampak peruntukan untuk projek ini, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini perkara baru Yang Berhormat Menteri. Kalau...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya Tuan Pengerusi, ini memang perkara baru dan sebenarnya saya akan juga sampai ke perkara berkenaan jadi saya minta Yang Berhormat sabarlah dan butiran mana mungkin Yang Berhormat masih lagi keliru tetapi saya hendak bagi jaminan di sini bahawa apa yang kita sebut di sini, kita bahas, kita jelaskan di sini itu tetap adalah sesuatu yang telah dirancang dan akan dilaksanakan. Itu memanglah komitmen saya Tuan Pengerusi.
Biar saya sambung Tuan Pengerusi, selain daripada itu bagi integrasi pengangkutan awam dalam negara kita, kementerian ini turut bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang lain untuk pembaikan sistem rel, bas dan teksi dan sebagai contoh perkhidmatan bas di bawah LPKP.
Ramai di kalangan kita ini mungkin samar-samar tentang bezanya bidang tugas dan bidang kuasa Kementerian Pengangkutan daripada kementerian-kementerian yang lain ataupun agensi yang lain umpamanya LPKP.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Permit bas adalah dalam bidang kuasa LPKP sedangkan kiranya terdapat sebarang nahas jalan raya yang membabitkan bas, maka pegawai saya dari JKJR dan MIROS akan tergesa-gesa ke tapak ataupun lokasi kemalangan. Itu memang bidang kuasa kementerian saya yang biasanya mungkin orang ramai agak keliru. Namun dengan tertubuhnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang saya sebutkan awal sebelum ini iaitu SPAD kelak adalah dijangka lebih banyak perancangan dan pelaksanaan untuk pengintegrasian dan kesepaduan sistem pengangkutan awam dapat kita laksanakan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Silam membangkitkan isu mengenai apakah tindakan yang diambil dalam mengemaskinikan perkhidmatan Jabatan Laut di kawasan Parlimen Silam dan adalah didakwa bahawa walaupun Jabatan Laut wujud di Silam tetapi pengurusannya adalah tidak teratur. Dicadangkan supaya diwujudkan satu jeti untuk memantau segala aktiviti Jabatan Laut itu sendiri di kawasan tersebut dan beliau juga memohon agar aids to navigation dengan izin di kawasan Parlimen Silam dapat dipertingkatkan. Untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam, suka saya maklumkan bahawa kementerian ini tengah dalam proses memperkemaskan dan memperkasakan organisasi Jabatan Laut di seluruh negara dengan penggabungan Jabatan Laut Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Cadangan perwujudan jeti ini akan diteliti dengan sewajarnya untuk pelaksanaan.
Bagi aids to navigation dengan izin, lazimnya dipasang mengikut keperluan pelayaran dan menandakan kawasan yang berbahaya. Ia akan dipasang bila terdapat keperluan dan permintaan tersebut sudah tentu diteliti sewajarnya. Seterusnya Yang Berhormat Silam juga membangkitkan isu cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Beliau juga mencadangkan supaya penerbangan terus dari Lahad Datu ke Kuala Lumpur dapat disediakan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian setakat ini tidak disediakan, tidak diberikan peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Walau bagaimanapun, kementerian akan memohon peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain daripada itu, pihak syarikat MAS kini beroperasi empat kali sehari bagi laluan Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Laluan Kuala Lumpur-Lahad Datu boleh dihubungi buat ketika ini melalui Kota Kinabalu yang mana MAS beroperasi tiga kali sehari bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu. Buat masa ini, MAS dan AirAsia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk beroperasi secara terus ke laluan Lahad Datu-Kuala Lumpur. Ini semata-mata berpandukan kepada pertimbangan pengurusannya. Tuan Pengerusi...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berpanjangan kepada soalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Silam, saya ada tertarik soal jawapan kepada soalan Yang Berhormat Silam tentang penaiktaraf Lapangan Terbang Lahad Datu. Ini saya rasa Yang Berhormat patut kaji semula jawapan tadi itu kerana ini amatlah diperlukan bagi penaik taraf ke Lapangan Terbang Lahad Datu. Selain daripada itu, saya rasa kalau kita nak menaikkan air transport ini di bahagian Sabah dan Sarawak, saya rasa ini kita harus pertingkatkanlah.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Silam.
Jadi persoalan saya yang seterusnya Yang Berhormat Menteri, apakah cadangan pihak kementerian tentang lapangan terbang-lapangan terbang yang tidak diguna pakai setakat ini di seluruh negara termasuk lapangan terbang di Keningau, di Kudat yang jarang sekali dipakai dan Semporna dan banyak lagi tanah-tanah kepunyaan Civilization Department, dengan izin, yang selalu menjadi pertanyaan kepada orang-orang tempatan.
Kalau tidak dipakai, gunakan dengan berfaedah terutama sekali pengangkutan jalan untuk institusi memandu dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang dikhaskan airstrip ini dibangunkan ataupun sekurang-kurangnya membaik pulih lapangan terbang-lapangan terbang yang kecil ini dan kalau boleh yang Lahad Datu itu mintalah pihak kementerian untuk kaji semula.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Putatan. Sebenarnya yang saya jawab tadi itu bukanlah kita tak bagi sokongan.
Sebenarnya pihak kementerian memberi sokongan kepada projek yang berkenaan. Itulah sebabnya saya kata perancangan memang ada, bukan tak ada. Rancangan secara details secara terperinci memang ada tapi yang jadi masalah ataupun kekangan sekarang ini adalah peruntukannya tidak disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan maka terpaksalah pihak kementerian saya bawa cadangan yang sama untuk pertimbangan EPU dan juga agensi yang berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Beralih kepada cadangan Yang Berhormat tadi, saya rasa itu adalah cadangan yang bernas sebab airstrip yang kadangkala kita nampak baik di negeri Sabah, negeri Sarawak ataupun di Semenanjung, ada yang mungkin under-utilize, dengan izin, ataupun tidak digunakan dengan sepenuhnya. Itu satu fakta dan oleh yang demikian, saya telah mengarahkan kementerian saya khasnya jabatan yang berkenaan untuk mengkaji semula semua airstrip ataupun lapangan terbang yang berkenaan, semua secara menyeluruh.
Adalah didapati juga ada sesetengah airstrip itu tidak semestinya di bawah bidang kuasa MAB ataupun kementerian saya dan bidang kuasa itu pun kadangkala kena juga kita teliti.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, saya balik kepada...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
...Nanti Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat nak soal itu saya tahu. Saya akan sampai ke situ.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Boleh baca hati saya ya? Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat biasanya berulang kali ungkitkan sesuatu, takkanlah saya tak tahu... [Ketawa] Yang Berhormat Jerlun membangkitkan isu pembelian rolling stock ataupun dalam Bahasa Malaysia, stok kereta sebanyak RM31,300 juta, pengukuhan landasan sebanyak RM100 juta dan pembaikan stesen serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa pembelian lima set ETS ataupun Electric Train Set sesungguhnya telah pun dilaksanakan mengikut kontrak yang mula berkuat kuasa pada 18 Januari 2007 dan dijangka ianya akan tamat sah lakunya pada 17 Februari 2010 sedangkan bagi kerja overhaul 50 set EMU ataupun Electric Multiple Units setakat ini sebelas set telah pun disiapkan dan kontrak dijangka tamat pada 11 Oktober 2009.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Di samping itu Tuan Pengerusi, kerja overhaul 200 coach penumpang ini sedang berjalan di mana 15 unit coach telah pun disiapkan setakat ini dan kerja masih lagi berjalan.
Bagi overhaul 10 unit lokomotif langsir ianya telah disiapkan sepenuhnya pada 21 Ogos tahun ini. Selain daripada itu juga terdapat lima pakej pengukuhan landasan di sektor Utara iaitu di antara di sektor Ipoh-Bukit Mertajam di mana empat telah pun siap. Empat pakej di sektor Selatan iaitu di antara Seremban-Gemas di mana empat pakej juga telah disiapkan.
Manakala projek peningkatan taraf lima stesen di Pantai Timur dijangka akan disiapkan pada Disember tahun ini dan pembinaan kemudahan di tiga stesen di Lembah Klang juga akan siap dibina menjelang hujung November tahun 2008. Beliau turut mempersoalkan apakah rancangan KTMB di bawah projek meningkatkan keupayaan KTMB yang diperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion pada tahun 2009 akan dapat membawa manfaat kepada rakyat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sedang dalam peringkat pelaksanaan projek-projek infrastruktur kereta api.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti sebentar Yang Berhormat. Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai projek seperti projek menyediakan kemudahan bagi warga OKU di stesen kereta api di sekitar Lembah Klang serta untuk membiayai landasan berkembar elektrik di antara Sentul dengan Batu Caves, projek landasan berkembar di antara Seremban dengan Gemas dan projek landasan berkembar di antara Ipoh dengan Padang Besar. Kemudahan infrastruktur ini adalah bagi kesejahteraan dan keselesaan rakyat khasnya bagi mereka yang memilih kereta api sebagai mode pengangkutannya pada masa hadapan. Yang Berhormat Jerlun juga menyentuh tentang peruntukan sebanyak RM116...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti, saya akan bagi peluang ya. Sebanyak RM116 juta bagi membaik pulih landasan ERL, LRT dan rail dengan persoalan mengapa perlu dibelanjakan wang ini kepada pihak swasta. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, bagi tujuan membaik pulih dan mengukuhkan landasan peruntukan ini sebenarnya adalah RM31.3 juta dan bukannya RM116 juta seperti yang dinyatakan. Jadi tolonglah teliti apa yang tertera dalam Buku Bajet ini.
Namun demikian, peruntukan ini hanya diberikan kepada syarikat KTMB bukannya Parlimen swasta. KTMB kita sedia maklum bahawa ianya adalah syarikat milik penuh kerajaan dan ini tidak pernah ada kaitan dengan penglibatan mana-mana pihak swasta.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, turut dibangkitkan iaitu RM1 juta peruntukan dikhususkan kepada integrasi STAR dan PUTRAline; dan apakah kegunaan LRT akan meningkat sekiranya integrasi ini ditingkatkan adan apakah ianya mencukupi.
Untuk menjawab soalan ini, bagi peruntukan projek integrasi STAR dan PUTRA yang dikenali sebagai aliran Kelana Jaya dan Ampang; peruntukan diwujudkan bagi penambahbaikan bagi projek-projek integrasi yang telah siap. Contohnya integrasi monorail dan LRT STAR di Stesen Hang Tuah. Integrasi STAR dan PUTRA di Stesen Masjid Jamek dan untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan ini sesungguhnya juga merangkumi pembiayaan untuk menambah baik laluan jalan kaki dan laluan berbumbung. Adalah dijangka lebih banyak integrasi seperti ini akan dilaksanakan apabila LRT1 dan LRT2 siap pada tahun 2012 kelak.
Berhubung dengan apa yang disoal oleh Yang Berhormat Jerlun tadi iaitu apakah tahap penggunaan ini akan meningkat? Adalah menjadi hasrat kita bersama bahawa bila kita dapat menambah baik infrastruktur-infrastruktur ataupun kemudahan perkhidmatan kereta api itu dijangka bahawa orang ramai akan tertarik dengan mode pengangkutan awam yang berkenaan dan moga-moga ianya dapat dibudayakan. Saya berkeyakinan penuh bahawa apabila semua ini sudah siap nanti adalah diharapkan orang ramai akan menyambut baik mode pengangkutan awam iaitu mode kereta api ini.
Tuan Pengerusi, seterunya Yang Berhormat Jerlun juga membangkitkan mengenai bilangan kenderaan berat yang kian bertambah setiap tahun dan menjadi punca kemalangan yang semakin meningkat. Apakah langkah intervensi bagi mengurangkan kes- kes kemalangan yang melibatkan kenderaan berat itu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan menteri, sebab isu yang lain. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan perkhidmatan kereta api, saya ingin penjelasan sejauh mena kemudahan untuk penumpang terutama kereta api ke Pantai Timur yang kita lihat perkara ini masih belum mencukupi terutama dari segi kemudahan tempat sembahyang itu sendiri. Sebab dalam gerabak itu sendiri hanya ada satu tempat solat bagi yang beragama Islam yang lelaki dan perempuan berkongsi. Sedangkan tempat itu sangat sempit. Jadi saya berharap dengan adanya usaha baik pulih gerabak kereta api ini supaya usahakan ada satu lagi gerabak khas untuk wanita asing dengan lelaki, itu satu perkara.
Yang lagi satu iaitu berkaitan sejauh mana usaha untuk menangani masalah jalan kereta api di antara Pasir Mas dengan Golok berhubung dengan Thailand; yang tidak digunakan Rantau Panjang yang begitu lama tidak digunakan yang penuh dengan semak.
Ia menjadi tempat kegiatan tidak baik. Apakah kerajaan berhasrat pada masa akan datang akan menyambung perkhidmatan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang terus ke Thailand?
Sekiranya tidak, apakah perancangan kerajaan supaya jangan jadikan landasan kereta api ini tempat atau sarang yang tidak baik. Jadi minta penjelasan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Betul seperti mana Yang Berhormat mengamati itu. Sebenarnya memang terdapat beberapa perkara yang perlu dan tengah diuruskan oleh KTMB untuk menambah baik sekurang-kurangnya untuk meningkatkan tahap mutu khidmatnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Untuk makluman Yang Berhormat, sesungguhnya seperti mana yang saya sebut tadi apabila kerja-kerja untuk menyelenggarakan coaches dan juga gerabak-gerabak dan lokomotif yang saya senaraikan tadi; itu pun sebahagian daripadanya. Sebelum sekolah bercuti, sebenarnya pihak KTMB telah berjaya memperkenalkan satu skim khidmat yang saya kira cukup mesra rakyat khasnya untuk kanak-kanak sekolah.
Itu melibatkan penggunaan lokomotif dan juga gerabak yang telah pun kita memperbaharui yang dilengkapi oleh hawa dingin. Itu pun satu-satunya improvement dengan izin, satu-satunya penambahbaikan yang menjurus ke arah itu. Adalah dijangka menjelang hujung Disember ini apabila bilangan lokomotif yang sekarang ini tengah diselenggarakan itu bertambah bila kesemuanya 20 biji itu dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya kira masalah yang sekarang ini masih lagi dihadapi di sesetengah tempat khasnya di negeri pantai timur akan dapat diatasi. Itu adalah komitmen pihak kementerian.
Sebenarnya Yang Berhormat Tumpat pernah bangkitkan perkara ini dan itulah sebabnya apa Yang Berhormat bangkitkan itu tidak disia-siakan. Setiap kali baik yang berupa teguran mahupun berupa cadangan pihak kementerian tetap menyambut baik dan selain daripada itu bertindak dengan sewajarnya.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya menarik perhatian Terengganu tidak pernah ada kereta api. Sehingga hari ini sejak zaman adanya kenderaan berwap, berenjin sampai hari ini tidak ada kereta api walaupun saya dapat tiket kereta api percuma daripada Parlimen. Ini yang menarik adakah kerajaan mempunyai perancangan? Kalau tidak ada adalah baik juga diwujudkan kereta api bagi Terengganu ke pantai timur yang ditinggalkan dalam tempoh yang begitu lama.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi sebenarnya ini soal baru. Ini penyediaan khidmat kereta api khasnya landasan kereta api dan sebagainya di negeri Terengganu itu sebenarnya bila kita hendak mengusahakannya kenalah ikut juga cara-cara yang tertentu dan bukanya kita cakap di sini sahaja kita dapat melaksanakannya. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi saya belum habis lagi sebenarnya. Setakat ini landasan yang menyambung Golok dengan ...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Pasir Mas, sebenarnya saya telah pun perhatikan perkara ini dan baru-baru ini saya menyentuh, saya pernah memaklumkan pihak media juga. Bila kita hendak membangunkan interstate transport ataupun pengangkutan darat yang melintasi sempadan misalnya Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Singapore itulah satu-satunya yang perlu kita perhatikan. Saya berharap ini juga akan dapat kita pulihkan sesudah kita buat viability study tadi. Sebab yang penting itu sama ada kita hendak pulihkan dia atau tidak. Banyak bergantung pada ianya berdaya maju atau tidak.
Akan tetapi Yang Berhormat sarankan tadi supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang menjolok mata dan sebagainya itu tetap diambil perhatian.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya sambung, ada lagi yang saya. Nanti Yang Berhormat, jawapan saya tergantung tadi itu. Untuk makluman.....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Semua Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat saya hendak tanya, Yang Berhormat sudah menjawab satu jam, empat puluh minit. Berapa lama lagi Yang Berhormat?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya sebenarnya memang saya hendak lanjutkan kiranya tidak ada celahan. Akan tetapi bila ada celahan, tidak bagi pun orang tidak suka.
Bagi pun tidak ada kesudahannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi anggarannya? Sebabnya Yang Berhormat kita ada 15 kementerian lagi.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya akan cuba padatkan ya Tuan Pengerusi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini antara langkah-langkah intervensi yang dimaksudkan adalah seperti pengenalan kod amalan keselamatan kesihatan dan persekitaran ataupun dalam bahasa Inggeris, Safety, Health, Environment atau SHE, ianya sedang dilaksanakan dengan jayanya bagi sektor pengangkutan bas dan lori.
Pemeriksaan bas di terminal bas serta keperluan pemandu kedua dan masa rehat setiap dua jam perjalanan serta perlaksanaan piawaian UNECE bagi pembinaan badan bas dan lori. Jadi inilah serba sedikit yang telah pun digariskan oleh MIROS ataupun Malaysia Institute For Road Safety dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JKJR di bawah kementerian saya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerlun juga membangkitkan bahawa apakah kementerian bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Layang-
Dato’ Sri Ong Tee Keat
layang bagi menampung pesawat Folker 50 serta kelengkapan berkaitan seperti bomba dan kelengkapan kawalan trafik.
Untuk makluman Yang Berhormat, Lapangan Terbang di Pulau Layang sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tentera Udara di Raja Malaysia ataupun TUDM dan bukannya di bawah kementerian ini. Oleh yang demikian menaiktarafkan lapangan terbang tersebut perlu dibuat oleh TUDM jika didapati perlu. Yang Berhormat Pontian membangkitkan...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Lapangan terbang...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Bahawa apakah perancangan. Nanti Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Perkara penting.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
: Banyak lagi ini. Ada masa sebab nanti ...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Nanti menteri kata saya ungkit lama-lama kerana menteri gagal menyelesaikan masalah ini.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ada perenggan yang berkaitan dengan itu ya. Yang Berhormat Pontian membangkitkan bahawa apakah kaedah serta dari mana pembelian rolling stock ataupun stok kereta bagi KTMB itu. Berikutan untuk menjawab soalan ini berikutan pembinaan landasan berkembar elektrik di antara sektor Ipoh, Padang Besar dan Seremban, Gemas adalah dijangka ianya akan siap dibina pada tahun 2013.
Oleh yang demikian, EMU ataupun Electric Multiple Units sebelum siapnya projek itu adalah perlu. Setakat ini pembelian enam trains set adalah melalui rundingan terus dan trains set itu dijangka akan diperoleh dari Korea Selatan iaitu Syarikat Rotem bila menjelangnya tempoh penyerahan. Perolehan 10 unit EMU adalah secara tender terbuka ataupun international tender dan kini ianya tengah dalam proses penilaian. Yang Berhormat Pontian memohon penjelasan mengenai kadar kemalangan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.
Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa pengukuran perbandingan kadar kematian yang paling efektif adalah apa yang digelar sebagai fatality a billion vehicles kilometers travel, dengan izin. Berdasarkan pengukur ini kadar kematian di Malaysia kini adalah 17.6 fatalities ataupun kematian. A billion vehicles kilometers iaitu sama seperti kadar di negara Perancis berdasarkan perangkaan antarabangsa bagi tahun 2004.
Sedangkan bagi negara Sweden adalah 8.4 per billion vehicles kilometers. Di UK - 8.6; Perancis - 17.8; Malaysia - 17.6; Filipina - 135.6; dan negara Thailand - 186.3. Yang Berhormat Pontian mencadangkan supaya laluan khas motosikal dapat diutamakan.
Cadangan ini bukan sahaja kementerian saya persetujui dan restui malahan ianya telah pun dipersetujui sebagai dasar baru sejak tahun 2007. Atas dasar ini Kementerian Kerja Raya telah pun mengumumkan pembinaan laluan khas motosikal di beberapa tempat tapi sukalah saya hendak ingatkan bahawa itu masih lagi di dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Pihak JKJR ataupun Jabatan Keselamatan Jalan Raya di bawah kementerian saya hanya boleh membuat cadangan kepada pihak yang berkenaan.
Yang Berhormat Jasin membangkitkan isu mengenai cadangan supaya Kementerian Pengangkutan memantau semua kapal yang melalui Selat Melaka supaya kapal-kapal itu tidak membuang sludge ke dalam laut.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Adalah juga dicadangkan supaya Kementerian Pengangkutan mengambil alih pelabuhan di Tanjung Beruas. Mengenai pembuangan sludge dalam laut, perkara ini sememangnya dipantau melalui konvensyen antarabangsa, MARPOL. Ini adalah konvensyen antarabangsa. Walau bagaimanapun, sekiranya pembuangan dilaksanakan pada waktu malam adalah sukar untuk mengesan kapal yang terlibat.
Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan keupayaan sistem pengawal seliaan pengurusan trafik kapal di Selat
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Melaka untuk membolehkan pengesahan, untuk membolehkan pengesanan, untuk membolehkan pengesanan pada waktu malam.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang bangun dekat belakang Yang Berhormat. Hendak beri jalan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tiada masa mungkin buat ketika ini. Nanti ya Yang Berhormat. Mengenai ...
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Kapal Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Sekejap, ini masih lagi tergantung. Mengenai pengambilalihan pelabuhan Tanjung Beruas pula, pelabuhan ini diusahakan oleh Syarikat Perusahaan Pelabuhan Gabungan Sdn. Bhd di bawah perjanjian penswastaan sehingga tahun 2013. Oleh yang demikian, cadangan supaya Kementerian Pengangkutan mengambil alih pelabuhan Tanjung Beruas perlu diteliti dalam konteks ini.
Dalam pada itu, terdapat juga cadangan pihak Kerajaan Negeri Melaka terhadap kemungkinan untuk mengambil alih operasi pelabuhan yang berkenaan.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin meminta pandangan mengenai kapal- kapal yang ada di Malaysia ini iaitu mengenai requirement seperti mana yang pernah saya suarakan iaitu requirement of the double hall, requirement petroleum product yang mana IMO ataupun International Maritime Organization telah pun menentukan bahawa tahun 2010, semua tanker-tanker yang ada di seluruh dunia diadakan, dikenakan dengan double hall atau double skin yang mana satu kapal itu seolah-olah kapal di dalam kapal, dua lapis macam itu untuk mengelakkan oil pollution atau kebocoran kapal.
Akan tetapi, apa yang kita maklum di Malaysia, ship-owner di Malaysia...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan berucap Yang Berhormat.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Ship-owner di Malaysia Tuan Pengerusi ialah ...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini perkara baru Yang Berhormat. Ini macam berucap baru ini.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Ini mengenai kapal. Bagi kita sedikitlah, semalam kita berdiri, duduk pun waktu JKR tidak dapat peluang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini bukan alasan Yang Berhormat.
Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan
Mengenai double hall, sedangkan Singapore sendiri memanjangkan penggunaan double hall sampai tahun 2015. Apakah Kerajaan Malaysia atau melalui kementerian kita juga akan mengikuti dasar di Singapura yang mana kita panjangkan sehingga 2015 untuk memberikan peluang kepada ship-owner di Malaysia untuk masih menggunakan kapal-kapal yang ada pada saat ini kerana Malaysia ship-owner memiliki double hall agak terbatas. Lagipun, kalau kita kenakan requirement pada tahun 2010, barang-barang atau kos pengangkutan terutamanya antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung begitu tinggi. Jadi, untuk domestic shipping diharapkan, I think owner akan memohon supaya perkara tersebut dapat dipertimbangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat. Ini berucap Yang Berhormat, ini berucap Yang Berhormat. Sila Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, itulah sebabnya saya kata kadangkala saya pun serba salah sama ada hendak bagi laluan kah atau tidak. Walau pun demikian, apa yang, Yang Berhormat bangkitkan itu agak jauh terpesong daripada apa yang saya jawab. Apa yang dibangkitkan itu, saya harap akan dapat saya maklumkan Yang Berhormat dengan informasi yang berkaitan supaya Yang Berhormat dapat memahami keadaan sebenar. Sebab sekarang ini saya kena balik kepada apa yang hendak saya jawab.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat Kepong membangkitkan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menyertai Information Sharing Centre atau pun ISC dan apakah ramalan kita mengenai kes-kes lanun di Selat Melaka. Untuk makluman Yang Berhormat, isu pelanunan atau piracy, dengan izin, adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara. Oleh yang demikian, keputusan mengenai sama ada Malaysia akan menyertai Information Sharing Centre yang merupakan satu pusat pengumpulan data kes-kes pelanunan akan ditentukan oleh majlis tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, tidak terdapat sebarang kes pelanunan yang telah pun dilaporkan di Selat Melaka sepanjang tahun 2008 ini.
Yang Berhormat Pontian membangkitkan satu isu lagi iaitu apakah pandangan kerajaan tentang cadangan monorel di Johor Baharu dan apakah ianya akan mengalami nasib yang sama seperti monorel Pulau Pinang. Projek Monorel di Johor Bahru jika dicadangkan akan memerlukan pembiayaan Kerajaan Persekutuan, satu peruntukan yang besar. Jika projek ini dibiayai oleh pihak yang lain ia hanya memerlukan kelulusan skim kereta api nya oleh Menteri Pengangkutan.
Yang Berhormat Kuala Krai, meminta penjelasan atas keberkesanan program keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah kerana kononnya program-program itu kurang berjaya membanteras gejala mat rempit dan beliau jua meragui penggunaan tali keledar di belakang sama ada ianya akan berjaya memandangkan bahawa penggunaan tali keledar di hadapan belum lagi berjaya dengan sepenuhnya. Untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dimulakan secara usaha sama di antara kementerian saya dengan Kementerian Pelajaran untuk darjah satu pada tahun 2008 dan dijangka akan diperluaskan sehingga ke darjah empat menjelang tahun 2009 dan tingkatan empat menjelang tahun 2011.
Ianya bertujuan membentuk nilai-nilai berhemah dan budaya keselamatan jalan raya sebagai satu keutamaan. Adalah dijangka program ini akan menyumbang untuk membanteras gejala mat rempit dalam jangka masa satu dekad atau pun lebih lama.
Biasanya kita sedia maklum juga bahawa sebarang daya usaha sebegini bukannya senang diukur semata-mata dari segi fenomena kualitatifnya. Kegunaan penggunaan tali keledar hadapan pula untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini ianya telah pun mencecah tahap 90%. Walau pun ianya belum lagi mencapai 100%, tetapi setakat ini ianya adalah memuaskan.
Saya berbesar hati juga memandangkan bahawa Program Evokasi yang kita jalankan mulai 1 Jun tahun ini atas dasar pemakaian tali keledar untuk tempat duduk belakang itu. So, setakat ini, orang ramai telah pun diberi pendedahan atau pun exposure yang mencukupi atas dasar yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi itu.
Yang Berhormat Kuala Krai juga menyoal tentang pembangunan infrastruktur LRT di Lembah Klang dan apakah rangkaian-rangkaian baru itu akan memanfaatkan rakyat?
Selain daripada memanjangkan laluan LRT1, dan LRT2 yang akan dilaksanakan oleh pihak SPNB atau pun Syarikat Prasarana Negara Berhad pada awak tahun 2009 hingga 2011, pihak kementerian juga di bawah perancangan pihak SPNB dan Kementerian Kewangan dan EPU sedang dalam peringkat rancangan kajian jajaran dan pelantikan kontrak konsultan bagi membina laluan baru LRT dari Kota Damansara ke Cheras yang dijangka ukuran panjangnya menjangkau 42.8 km.
Ia dijadualkan bermula pada tahun 2009 dan siap di bina pada tahun 2014. Laluan baru ini dijangka akan dapat menampung melebihi 300,000 orang penumpang sehari dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pelaksanaan projek ini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan kewangan kerajaan pusat. Apabila siap pada tahun 2014 kelak, perkhidmatan rel ini akan merangkumi lebih banyak kawasan kediaman dan perdagangan sepanjang koridor Kota Damansara, Cheras yang mempunyai bilangan penduduk yang melebihi sejuta orang.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanyakan sama ada Kementerian Pengangkutan mempunyai rancangan untuk menyambung rangkaian KTM dari Mentakab ke Kuala Lumpur.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian projek telah pun dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, namun ia telah ditangguhkan disebabkan oleh kekangan siling peruntukan. Adalah diharapkan ia akan dapat dicadangkan semula dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Yang Berhormat Kota Melaka pula membangkitkan satu isu yang berkaitan dengan pemberian ganti rugi kepada penduduk setinggan di sepanjang landasan kereta api di sebelah jajaran Tampin ke Melaka.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya amat prihatin terhadap masalah setinggan yang terlibat dengan pelaksanaan projek-projek kerajaan khasnya projek-projek yang berkaitan dengan penyediaan landasan kereta api. Kerajaan akan membayar bayaran ex-gratia ataupun biasanya ia lebih dikenali sebagai pampasan dengan sewajarnya kepada penduduk setinggan yang terlibat termasuk juga bagi mereka yang berada di jajaran Tampin ke Melaka.
Yang Berhormat Kota Melaka juga mencadangkan supaya projek pembangunan perkeretapian di laluan lama antara Tampin ke Melaka dan program penempatan semula setinggan yang menduduki tanah rizab kereta api. Kementerian buat masa ini tiada cadangan untuk melaksanakan projek yang tersebut. Pelaksanaannya memerlukan kajian terperinci di mana kajian tersebut akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Polisi sedia ada yang diamalkan bagi projek perkeretapian adalah bayaran sagu hati ex-gratia, dengan izin, sebanyak RM1,000 dan subsidi sewa rumah sebanyak RM300 sebulan selama tempoh maksimum 24 bulan sehingga setinggan dapat ditempatkan di rumah kos rendah ataupun mana-mana projek perumahan rakyat. Yang Berhormat Jasin membangkitkan...
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Tuan Pengerusi..
Dato’ Sri Ong Tee Keat
...Isu tentang kawasan maut perlu diberi perhatian khusus. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan maut memang diberi perhatian khusus di bawah program rawatan pemulihan kawasan yang kerap berlaku kemalangan berdasarkan langkah-langkah intervensi kejuruteraan.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Tuan Pengerusi...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Dalam erti kata lain, kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu cuma satu cara sahaja yang kita dapat mengubatinya iaitu tidak lain daripada intervensi kejuruteraan ataupun kerja-kerja kejuruteraan untuk mereka bentuk semula selekoh-selekoh ataupun lokasi-lokasi yang berkenaan.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan duit sagu hati tadi. Di kawasan saya terlibat hampir 144 buah rumah. Sekarang ini yang mana rakyat memahami, yang pertama sekali sagu hati RM1,000, kemudiannya RM300 selama 24 bulan. Selepas 24 bulan itu, apakah jaminan Kementerian Pengangkutan di mana rumah untuk mereka diami selepas 24 bulan? Inilah persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat setempat. Mereka boleh menerima RM1,000 dan RM300 setiap bulan tetapi selepas 24 bulan belum ada satu jaminan daripada pihak kementerian berkaitan dengan selepas daripada 24 bulan itu. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya anggap apa Yang Berhormat bangkitkan itu adalah berkaitan dengan projek landasan berkembar ya? Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini rundingan di antara pihak kementerian saya dengan pihak kerajaan negeri sedang berlangsung. Ini termasuk juga Kerajaan Negeri Kedah dan beberapa buah negeri yang lain. Itu pun semata-mata untuk menyelesaikan soal pampasan ataupun lebih tepat disifatkan sebagai ex-gratia payment.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sesungguhnya pihak kementerian tidak pernah membuat komitmen ataupun janji di mana selepas tempoh 24 bulan, mereka ini khasnya setinggan-setinggan yang terlibat ini akan diberikan rumah. Ini adalah sebab, sedia maklumlah pihak kementerian saya tiada terlibat di dalam sebarang projek
Dato’ Sri Ong Tee Keat
perumahan. Apa yang setakat ini dirundingkan adalah jumlah ex-gratia payment ataupun pampasan itu dan cara juga pembayarannya. Itu sahaja skop ataupun perangkuman rundingan yang saya maksudkan.
Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan bahawa dengan pemanjangan landasan Lapangan Terbang Melaka, dia akan membolehkan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320 mendarat di lapangan terbang tersebut. Oleh itu adalah diharapkan kerajaan dapat menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab kargo. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun menetapkan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai hab kargo negara kita. Oleh yang demikian, adalah tidak perlu untuk mengadakan satu lagi hab kargo, di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Senai boleh mengendalikan kargo-kargo bagi bahagian selatan negara kita. Yang Berhormat Jasin...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Taiping bangun lagi, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dulu ya. Biasanya...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sudah tiga kali.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tidak mengapa. Mencelah itu pun ada masanya sebab...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini berkaitan dengan isu yang sama, naik taraf.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai wakil dari negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia mewakili 2.4 juta penduduk di mana di negeri Perak, ibu negeri Perak iaitu Ipoh ada lapangan terbang. Kerajaan dahulu telah membelanjakan RM54 juta untuk membangunkan lapangan terbang tersebut.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah membuat janji dan membuat pengumuman secara rasmi pada tahun lepas untuk menghidupkan dan mengaktifkan semula lapangan terbang tersebut. Akan tetapi nampaknya, janji manis madu adalah umpama madu menjadi racun. Sehingga hari ini dengan sedihnya, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh seolah-olah menjadi ‘gajah putih’ yang langsung tidak memainkan peranan yang sepatutnya.
Apakah apabila syarikat AirAsia ingin mengambil alih, tetapi nampaknya kementerian bersama MAS menjadi batu penghalang untuk AirAsia mengambil alih lapangan terbang tersebut. Maka apakah rancangan kerajaan ataupun selaku menteri yang terkenal dengan pendirian tegas. Apakah hasrat kementerian untuk menghidupkan semula lapangan terbang di Ipoh supaya ia adalah setaraf dengan tarafnya sebagai negeri kedua terbesar.
Soalan saya yang kedua juga berkaitan di mana walaupun saya tahu Yang Berhormat sebagai Menteri Pengangkutan, MAB ini di bawah MOF. Akan tetapi nampaknya Pekan dan Kepala Batas, kedua-duanya tidak ada. Maka Pandanlah yang menjadi pemangku Perdana Menteri ini. Saya difahamkan, betulkan jika saya tersilap. Di mana MAB ini berhutang dengan Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM40 juta. Bilakah hendak bayar balik? Kita sudah tunggu lama ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, kawan saya ini dari Taiping, walaupun orang kata first term, ini buat kali pertama beliau dipilih sebagai wakil rakyat, tetapi nampaknya masih terdapat banyak ruang lagilah untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan. Pengetahuan dalam bidang-bidang yang tertentu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jawab dahulu, apakah...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dahulu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya hendak tahu. Tidak payah kita bermain kata- kata. Yang penting, bila, bila? Saya hendak tahu.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dahulu, sabar. Kalau tidak sabat-sabar macam ini, masakan nak jadi tokoh politik?... [Disampuk] Saya hendak jelaskan bahawa Yang Berhormat mungkin sampai sekarang pun belum tahu lagi, bahawa MAHB ataupun Malaysia Airports Berhad sebenarnya merupakan sebuah GLC, semua orang tahu. Beliau mungkin kurang jelas ataupun samar-samar tentang bidang kuasa MAHB itu dan di bawah pengendalian agensi mana.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ianya adalah GLC yang bertanggungjawab kepada MOF ataupun Kementerian Kewangan dan kiranya Yang Berhormat sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang betul-betul ligat dan juga bertanggungjawab, takkanlah tidak tahu kepada siapa hendak ditujukan tuntutan itu, itu satu.
Keduanya Yang Berhormat berulang kali menyentuh tentang Lapangan Terbang Ipoh, itu saya hargai. Kalau yang bernas saya hargai tetapi kenalah kaji juga apa kekangan dan sebabnya ianya menjadi sedemikian rupa. Sebenarnya setakat ini, saya selaku Menteri Pengangkutan tidak pernah menerima mana-mana ataupun sebarang permohonan dari Airasia untuk mengambil alih lapangan terbang itu, itu satu.
Jadi apa Yang Berhormat bangkitkan itu kadangkala saya rasa kalaulah half truth dengan izin, ataupun berpandukan berteraskan kepada hearsay, saya rasa janganlah dijadikan fakta...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini bukan hearsay, ini fakta.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti, this is my floor, please.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Akan tetapi saya hendak tahu jawapan complete Yang Berhormat.
Dato' Ong Tee Keat
Nanti, nanti dulu. Bila saya tidak bagi laluan tetap saya tidak bagi. Yang Berhormat sebenarnya...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Angkuh dan sombong.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat, apa yang bernas itu saya kena puji juga sebab Lapangan Terbang Ipoh itu sebenarnya mempunyai kekangan yang tertentu sebab kiranya sekarang ini kita hendak memperbesarkannya supaya dapat memulihkan pendaratan pesawat yang lebih besar. Itu pun ada masalahnya sebab ianya dikelilingi oleh kawasan bukit bukau dan juga kawasan perumahan, ini satu.
Keduanya, biarpun kita sedia hendak memperuntukkan wang ringgit untuk upgrade, menaik taraf, itu pun belum tentu lagi ianya akan berjaya sebab kita hendak pastikan bahawa ada syarikat-syarikat penerbangan awam yang sanggup memberikan perkhidmatan penerbangan ke Ipoh.
Itu memanglah saya harap Yang Berhormat dapat tahu. Ada kalanya ada orang kata itu diibaratkan dengan chicken and egg kerana untuk makluman Yang Berhormat perkara ini sebenarnya janganlah jump the gun, yang tadi itu cakap yang madu sudah jadi racun dan sebagainya. Itu tidak bermakna dan itu pun...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, ini adalah pengumuman oleh...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak benarkan dialog Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dengar Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya tidak layan macam itu. Ini tidak profesional.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Akan tetapi sekarang mengapa tidak boleh?
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Saya sebenarnya sudah kata dan jawab kementerian saya tengah mengkaji semula lokasi-lokasi ataupun airfield serta lapangan terbang
Dato’ Sri Ong Tee Keat
sedemikian rupa. Itu pun saya ambil masa sedikit untuk memaklumkan. Itu pun saya rasa pihak kementerian tetap ada jadual kerjanya. Yang Berhormat Jasin menyatakan...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tentang yang baru disebut tentang hab-hab kargo, boleh saya tanya sedikit? Terima kasih. Tuan Pengerusi, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri katakan tidak perlukan hab kargo di Batu Berendam Melaka kerana sudah sedia ada. Memandangkan Melaka telah diisytiharkan sebagai bandar raya bersejarah iaitu mungkin satu perkembangan dalam sektor pelancongan akan meningkat di Melaka.
Adakah Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan sekali tentang memanjangkan runaway itu untuk airbus sebab saya bersama-sama dengan rakan dari Melaka ini memang kita anggap ini sahaja mungkin dapat membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk dalam mempromosikan sektor pelancongan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Tuan Pengerusi, sebenarnya soal runaway dengan izin ataupun landasan lapangan terbang Melaka di Batu Berendam itu pernah saya jawab.
Permasalahan dia itu sebenarnya satu sahaja iaitu kekangan siling peruntukan dan bukannya tiada perancangan. Perancangan itu sebenarnya Yang Berhormat ianya tetap, telah pun dibuat. Takkanlah bila kita hendak buat perancangan sesuatu lapangan terbang tidak ambil kita elemen-elemen yang pelbagai.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Nanti dulu Yang Berhormat. Hab kargo itu sebenarnya saya sudah jawab tadi. Hab kargo, semua negeri memang harapkan ianya akan dilengkapi dengan lapangan terbang sendiri dan seterusnya menjadi hab. Akan tetapi apa yang lebih penting itu selain daripada penyediaan infrastruktur seperti ini, kena juga ada khidmat penerbangan awam yang mengguna pakai ini. Itu yang saya hendak jelaskan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri pada sidang dahulu tetapi kerana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri agak bercanggah dengan ini katakan tidak akan dipertimbangkan kerana tiada airline menggunakan selain daripada..., sebab itu Airasia sudah berminat dan ada perjanjian dengan Kerajaan Negeri Melaka sebab itu saya bangkit ini semula sebab jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bercanggah sedikit.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Sebenarnya Yang Berhormat itu pun tidak bercanggah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sebenarnya menyatakan kedudukan semasa bila disoal tetapi biasanya sesuatu perkara yang tidak dapat kita laksanakan sekarang tidak bermaksud bahawa ianya selama-lamanya tidak akan dapat dilaksanakan. Itulah sebabnya saya kata kalaulah ada pihak syarikat penerbangan awam sama ada full service carrier ataupun low-cost carrier yang sanggup memberikan khidmat itu apa salahnya, tetapi yang penting kekangan siling peruntukan itu kenalah diatasi dulu.
Yang Berhormat Jasin menyatakan peri pentingnya pengangkutan awam khasnya khidmat kereta api perlu dipastikan keselamatannya untuk pengguna.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pengangkutan awam yang melibatkan kereta api, kerajaan melalui Jabatan Kereta Api sememangnya memastikan keselamatan kereta api itu iaitu pada peringkat awal skim kereta api dipastikan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memadai pada setiap sudut sebelum diluluskan. Selain daripada itu apabila projek kereta api siap dibina, Jabatan Kereta Api akan memastikan sistem yang telah dibina itu benar-benar selamat dan dibina menurut skim yang diluluskan sebelum diguna pakai. Seterusnya apabila kereta api itu telah dibuka untuk perkhidmatan, jurutera- jurutera Jabatan Kereta Api akan memeriksa sistem kereta api itu secara berkala untuk memastikan kereta api dikendalikan dengan selamat menurut piawaian dan juga kaedah yang selamat serta menepati panduan kendalian dan selenggaraan yang diluluskan oleh jabatan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan isu berhubung dengan peraturan cermin gelap. Beliau menyoal apakah keputusan kerajaan berhubung dengan cadangan untuk meminda peraturan-peraturan berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang mengkaji perkara ini dengan teliti dan secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaannya tidak memberi masalah kepada pemandu sendiri. Kerajaan juga sedang mengemaskinikan peraturan-peraturan cermin gelap yang berkaitan dan telah mengadakan konsultasi ataupun perundingan dengan agensi-agensi yang relevan. Antara lain termasuk pihak polis bagi menentukan kadar ketelusan yang sesuai tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan dan sekuriti.
Yang Berhormat Padang Terap bertanyakan mengapa pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar tidak dilaksanakan secara PFI tetapi secara reka dan bina. Untuk makluman Yang Berhormat, pada asalnya projek ini dirancang untuk dilaksanakan secara PFI dan rundingan harga pada Oktober 2007 adalah berdasarkan kaedah ini tetapi ianya telah dikaji semula oleh EPU kerana kaedah PFI ini akan menimbulkan bebanan kewangan yang tinggi kepada kerajaan.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Pendekatan kemudiannya telah dirubah kepada konsep reka dan bina ataupun design and build, dengan izin, bagi mengelakkan tanggungan kewangan dalam jangka masa yang lama kepada kerajaan kerana PFI akan melibatkan tempoh konsesi selama 25 tahun.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sesungguhnya sebahagian pembiayaan projek ini adalah secara deferred payment, dengan izin. Ada sedikit lagi Tuan Pengerusi.
Cepat.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah panjang pun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ong Tee Keat
Ya sedikit lagi. Tuan Pengerusi, setakat ini sahajalah maklum balas terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam sesi perbahasan rang undang-undang perbekalan tahun 2009 bagi Kementerian Pengangkutan dan sekiranya terdapat perkara-perkara yang tak sempat saya hendak jawab panjang lebar saya memang mengalu-alukan Yang Berhormat yang berkenaan menghubungi pihak kementerian pada bila-bila masa sahaja untuk mendapatkan maklum balasnya.
Itulah satu-satunya ciri-ciri yang saya tegaskan kepada pegawai-pegawai saya iaitu hanya melalui keterbukaan maka kita boleh mengharapkan input dan cadangan yang bernas dari semua pihak. Kritikan dan teguran yang biasanya berbangkit selagi ianya adalah bernas selagi ianya berfakta dan juga berasas tidak akan pihak kami ketepikan.
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM876,398,500 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM876,398,500 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,078,571,500 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM3,078,571,500 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.29 Anggaran Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi terbuka untuk dibahas. Untuk peringatan Yang Berhormat, kita telah jauh ke belakang. Jadi saya terpaksa mengehadkan hanya berbelas orang berucap Yang Berhormat. Jadi saya mulakan dengan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin berhujah dalam Butiran 0600 - Sistem Maklumat dan 010200. Tuan Pengerusi, melihat bahawa terdapat kelonggaran yang ada dalam sistem maklumat ataupun data dalam negara kita dan sekali gus saya menyatakan bahawa kita tidak ada langsung akta data untuk melindungi data maklumat peribadi seseorang dan oleh kerana itu sehingga pada hari ini terdapat berbagai-bagai jenis syarikat yang menjalankan perkhidmatan untuk mengakses data seorang demi seorang walaupun tidak dibenarkan oleh sesuatu akta tetapi mereka mengaut keuntungan dalam urusan urus niaga dalam sistem data yang ada pada hari ini.
Saya rasa sudah tiba masanya saya ingin menyarankan kementerian ini mewujudkan satu akta data iaitu akta perlindungan data untuk dijadikan sebagai rujukan ke arah menstabilkan pengurusan data maklumat di dalam negara kita. Kebimbangan ini disuarakan oleh rakyat dan saya dihubungi berkali-kali dan peluang ini saya gunakan dalam kementerian ini.
Oleh kerana kita tidak ada sistem data maklumat maka lebih kurang 11 juta rakyat Malaysia data mereka telah diakses oleh beberapa syarikat sedangkan tidak ada kebenaran. Sedangkan di mana-mana negara maju negara membangun mereka mempunyai sistem data dan sistem ini maklumat seseorang tidak boleh diolah, tidak boleh diaudit, tidak boleh diubah apa lagi dijual dan perkara ini saya rasa telah kita bincang beberapa tahun yang lalu iaitu berhubung dengan CTOS. Bukan sahaja CTOS. Dalam negara kita ada beberapa agensi yang melaksanakan perniagaan menjual maklumat individu atau menjual maklumat seseorang kepada pelanggan-pelanggan. Di dalam negara kita yang terkenal iaitu CTOS, BRIS ataupun FIS dan satu lagi Kredit triple.com dan MyEG blog.
Semua ini kebanyakan mereka menggunakan sistem pdx.com iaitu sistem ini diharamkan di mana-mana negara sebab sistem pdx.com ini boleh mendengar conversation ataupun boleh mendengar perbualan orang lain, boleh merekodkan perbualan orang lain, dia boleh berniaga di atas perbualan orang lain. Oleh kerana tidak ada akta data kita maka mereka suka-suka berniaga data seseorang. Dia edit, dia ubah, dia tukar dan dia jual dia mendapat keuntungan.
Yang anehnya agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak bank pula menggunakan khidmat-khidmat yang disediakan oleh agensi-agensi yang tidak bertauliah ini iaitu...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Minta jalan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap. Bank Negara sendiri menggunakan khidmat CTOS. Maybank, Bank Rakyat, MARA sendiri menggunakan khidmat CTOS, PTPTN, Public Bank, CIMB dan lain-lain bank sedangkan institusi antarabangsa mereka tidak menggunakan khidmat yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu ini sebab ini melanggar undang-undang. Tidak ada satu undang-undang yang mengizinkan mereka boleh mengolah, mengedit dan menjual maklumat orang lain dan disebabkan kelonggaran tidak ada akta ini maka 11 juta pengguna telah di blacklist atau disenaraihitamkan sedangkan kebanyakan mereka ini telah melunaskan hutang-hutang
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
mereka tetapi malangnya untuk buat clearance ataupun pembersihan nama sebagai pemiutang dia kena pula membayar RM200.
Saya hairan cukup hairan dengan satu sistem kerajaan kita ada tetapi kita tidak ada akta data. Kenapa kita terlalu lemah? Kenapa sejak 51 tahun kita merdeka kementerian ini tidak boleh menyediakan satu sistem, satu akta data untuk melindungi pengguna?
Apakah kita tidak ada maklumat ataupun apakah pihak di kementerian ini tidak boleh memikirkan sesuatu untuk memastikan pengguna harus dilindungi. Di negara maju mereka ada satu akta data dan data ini seperti jelas ia tidak boleh mengambil maklumat orang lain.
Tidak boleh menyimpan, tidak boleh mengolah, tidak boleh mengedit apalagi untuk menjual demi untuk mendapat keuntungan sebab ini rahsia peribadi seseorang. Kenapa tidak boleh dilindungi oleh kerajaan? Kenapa tidak boleh dilindungi oleh kementerian?
Satu perkara lagi yang terlalu hangat CTOS ini telah dibahaskan tahun lalu tahun yang sudah sehingga hari ini tidak ada juga keputusan yang boleh dibuat oleh kerajaan dan mereka ini termasuk CTOS masih bermaharajalela di dalam negara kita.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang cukup menghairankan saya pemilik syarikat CTOS ini sebetulnya saya hairan, saya ingin tanya kerajaan, cuba selidiki betul-betul, mengikut data yang saya ada pemilik syarikat ini iaitu pernah deported daripada Australia, rakyat Taiwan datang ke negara kita mendapat warganegara Malaysia dan mendapat kad, Mykad yang berasal di Kuala Pilah. Apa sudah jadi? Siapa di belakang permainan ini sebab urus niaga… [Disampuk] You shut up!. Urus niaga yang dijalankan oleh CTOS dan yang lain-lain ini melibatkan wang berbilion-bilion ringgit. Ini serius, ini bukan main-main. Who ever they are, siapa di belakang mereka? Saya mahu kerajaan menyiasat perkara ini. Saya tidak ingin melihat disebabkan kepentingan satu, dua orang maka rakyat negara kita teraniaya. Rakyat negara kita berada dalam keadaan sengsara. Mereka kehilangan hak untuk credit facilities disebabkan CTOS dan lain-lain menyenaraihitamkan mereka sebagai pemiutang atau pun yang tidak membayar hutang. Maka, mereka ini tidak boleh berurusan dengan mana-mana institusi kewangan disebabkan mereka kehilangan kelayakan sedangkan yang sebenarnya bukan itu yang berlaku.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya mahu Yang Berhormat Timbalan Menteri menyampaikan hasrat ini kepada pihak-pihak di kementerian. Kemukakan draf akta perlindungan data negara kita. Sudah berapa tahun kita hidup dalam negara merdeka masih tidak ada akta seumpama ini. Apa susah sangat kah? Kita banyak konon peguam, intelektual yang bijaksana, akta sebegini pun tidak boleh dikemukakan? Apa sudah jadi kalau rakyat, kalau pengguna sudah tidak dilindungi. Bagaimana kita melindungi masyarakat keseluruhannya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jalan boleh asal dia jalan tujuan baik. Kalau tujuan jahat saya tidak bagi. Ya, sila. Sila.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya, apa-apa tuduhan yang telah dibuat tadi kalau benar adalah amat serius dan saya juga harap kementerian akan membuat, mengambil tindakan-tindakan yang tertentu. Tetapi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa CTOS, BRIS dan lain-lain syarikat seperti begitu sebenarnya mendapatkan maklumat-maklumat mereka daripada kalangan awam iaitu daripada surat khabar, daripada notis-notis peguam dan lain-lain dan bukannya daripada seperti apa Yang Berhormat Kinabatangan beritahu tadi daripada pdx.com di mana dia orang boleh mendengar...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, jangan macam Menteri Yang Berhormat. Biar Menteri menjawab itu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bukan. Bukan. Saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Daripada pdx.com itu yang boleh dengar perbualan antara dua, tiga orang dalam talian telefon memang tidak ada sistem macam itu. Dan juga di luar negeri pun ada perbadanan-perbadanan seperti CTOS. Di Kanada ada Equifax, di United States ada Experian, Trans Union dan lain-lain syarikat United Kingdom dan so on. So, memang ada syarikat-syarikat ini untuk memberikan maklumat-maklumat mengenai kredit history yang ada di tempat awam, di surat khabar dan lain-lain dan bukannya daripada asal-asal yang boleh jadi tidak mengikut undang-undang.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, saya setuju dengan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat menjawab seolah menjadi menteri, yang sebetulnya Yang Berhormat kena dengar hujah saya. Disebabkan kita tidak ada akta data, maka disebabkan itu berleluasalah, timbullah ini CTOS, BRIS, Credit 88. Di negara ini yang disebut tadi ada akta data. Disebabkan akta data itu dia cuma recognize satu pengelola data. Dalam negara kita ini disebabkan saya faham kerajaan tidak boleh membuat apa-apa tindakan disebabkan kita tidak ada undang-undang yang boleh mengizinkan dia didakwa melalui akta data, sebab itu kementerian kena membawa persidangan akan datang, bawa kemukakan akta perlindungan data di negara kita. Apa susah sangat. Tidak pandai-pandai ke orang di kementerian ini? Tidak boleh mendraf undang-undang ke? Kalau tidak boleh bagi kita. Kita akan tolong, kalau dia tidak faham-faham.
Inilah yang berlaku, seharusnya kita melihat secara global apa yang boleh kita pertahankan. Oleh kerana tidak ada akta data ini, maka bermaharajalelalah mereka dan mereka-mereka yang berpengaruh mungkin berada di belakang. Rakyat tertindas, kerajaan merana, rakyat ternganga seperti kata Ketua Pembangkang, yang lain bermaharajalela.
Jadi, apakah kita biar perkara ini berleluasa, apakah kita akan berterusan berada dalam situasi sebegini? Pihak kerajaan, pihak kementerian masih berdiam diri seperti orang bisu disebabkan mahu melindungi seseorang. Bukan CTOS sahaja saya bangkit banyak. Ini saya sebut baru lima sedangkan banyak syarikat-syarikat kecil beroperasi tetapi yang menonjol ialah CTOS. Dia sendiri bagi anggaran 780,000 pelanggan tetapi saya terima maklumat 11 juta pelanggan sudah dijual maklumat dia. Bayangkan, sedangkan kalau kita mempunyai akta ini tidak ada siapa-siapa dibenarkan menjual maklumat orang lain sebab kalau dibenarkan akan ada unsur-unsur penyelewengan. Di samping itu, kerajaan juga harus mewujudkan satu dan mengiktiraf satu institusi yang mengawal dan boleh dirujuk guna pakai bukan seperti yang sekarang ini bertempiaran, tumbuh seperti cendawan sebab tidak ada kawalan. Alasan kita tidak ada akta, tidak ada undang-undang untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Jadi dengan adanya akta data, perlindungan data, ini satu-satunya cara untuk mengharamkan aktiviti haram mereka. Kalau tidak, maka rakyat akan terus berada dalam keadaan yang tidak menentu.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya daripada Kinabatangan. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat berhubung ada agensi kerajaan bukan setakat bank-bank yang mengguna pakai sistem ini tetapi agensi kerajaan juga terlibat dan pakai benda ini dalam urusan pentadbiran mereka.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat gulung Yang Berhormat ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Saya gulung. Memang benar, saya hairan Bank Negara sendiri dia ada CCRIS. Kalau ada institusi antarabangsa menggunakan CCRIS sebagai rujukan tetapi Bank Negara sendiri pula menggunakan CTOS seolah-olah ada endorsement, seolah-olah ada rundingan dalaman, saya bukan menuduh sebab menuduh tidak boleh tetapi saya ada keraguan bahawa berlaku sesuatu yang melibatkan kewangan yang banyak di dalam urus niaga seperti yang diuruskan oleh CTOS, BRIS, Credit dan yang lebih ganas lagi, dahsyat lagi MyEG Blog. Dia menggunakan sistem PDX. Ya, sila.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang masalah kita yang ada ini contoh macam CTOS, kalau siapa-siapa ada kewangan dalam mana-mana bank-bank, berhutang tidak boleh bayar macam ekonomi kegawatan. Dia akan masuk sistem blacklist. Kalau bila masa yang baik, dia sudah untung, dia boleh bayar dia punya hutang semua, tetapi senarai hitam tidak boleh di keluar, sampai bila-bila masa tidak boleh keluar. Kalau orang hendak pergi mana-mana bank lagi, bank selalu pakai pegawai yang junior, dia akan kata you ada senarai hitam, tidak boleh pinjam. Saya mahu tanya ini Yang Berhormat Kinabatangan, kita punya sistem sekarang sudah macam itu orang kalau buat satu kali salah ataupun satu kali dalam ekonomi kegawatan, tidak boleh di bayar hutang dia cuma boleh hidup sekali sahaja.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Lain kali kita kasi mati terus. Tidak mahu kasi dia hidup lagi dalam dia punya nyawa, kehidupan. Dia mahu kasi mati terus. Tadi dia pergi mana-mana pinjam bank, macam sembahyang Tuhan Taala sahaja, minta tolong bantu. Kalau macam ini punya sistem, adil kah tidak?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebetulnya tiada sistem. Kita tiada sistem. Ini yang saya bingung, saya keliru dan saya mahu minta kementerian memberi saya jawapan apa sistem yang kita pakai. Ya, memang benar Yang Berhormat Bintulu kata, dia seolah-olah ada networking negotiation, rangkaian keseluruhan. Apabila si peminjam ini berhasrat meminjam, bank-bank tidak boleh kasi pinjam, dia telefon ejen, dia telefon orang itu, kita ada menyediakan credit facilities melalui Ahlong. Dia sudah tahu orang ini sudah blacklisted, dia introduce Ahlong. Inilah yang berlaku. Sama ada kementerian tahu atau tidak, inilah yang berlaku.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan fikir saya tidak buat penyelidikan, saya buat. Sebagai yang terakhir, Tuan Pengerusi, saya ingin merumuskan, sekali lagi meminta kerajaan mencadangkan ‘Akta Data Negara’ untuk melindungi pengguna dan masyarakat dan ‘Akta Data Negara’ ini haruslah melibatkan dan sekali gus mewujudkan satu agensi insolvensi untuk melindungi data-data ini. Saya mencadangkan Board of Directors iaitu daripada Kementerian Kewangan, daripada MAMPU, daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan agensi-agensi yang difikirkan perlu untuk menganggotai Institusi Perlindungan Data Negara.
Kita arah seluruh institusi perniagaan di seluruh negara cuma mengiktiraf satu ini dengan adanya ‘Akta Data’ tersebut, maka aktiviti haram yang berleluasa seperti hari ini akan dapat kita atasi. Selagi tidak ada ‘Akta Data’ kita luluskan di Dewan ini, maka berleluasalah mereka-mereka ini dan saya tahu ada orang membuat keuntungan di sebalik ini. Saya mahu Kementerian Kewangan, Imigresen, BPR menyiasat. Jangan lepas mereka- mereka yang mengaut keuntungan di sebalik penderitaan rakyat ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, soalan dan pandangan saya berkait dengan Butiran 030100. Pada 23 Jun 2008 saya telah kemukakan soalan lisan mengenai bilangan pemotongan bekalan air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya oleh SYABAS kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa pada tahun 2007, SYABAS telah memotong bekalan air lebih kurang 237,655 unit termasuk rumah-rumah dan tempat-tempat perniagaan.
Daripada pemotongan ini, SYABAS telah mengutip RM8.2 juta sebagai caj untuk memotong dan memasang balik bekalan air ke tempat-tempat ini. Pada Januari 2008 hingga Mei 2008, SYABAS telah memotong lebih kurang 54,000 connections dan caj untuk pemotongan dan memasang balik ialah RM1.9 juta. Yang Berhormat Menteri juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kos sebenar untuk memotong dan
Tuan Charles Santiago - Klang
memasang balik bekalan air ialah lebih kurang RM79.60. Caj kepada sesiapa yang default payment ialah RM50.
Oleh yang demikian kos sebanyak RM29.60 untuk setiap potongan ditanggung oleh pihak SYABAS. Lain kata, pihak SYABAS memberi subsidi kepada defaulters. Saya telah berjumpa dengan meter readers SYABAS dan juga berbincang dengan pekerja- pekerja Unit Khas SYABAS yang dipertanggungjawabkan untuk memotong dan memasang balik bekalan air dan saya juga telah berbincang dengan bekas pegawai-pegawai Jabatan Bekalan Air Selangor dan PUAS mengenai caj pemotongan ini. Yang Berhormat Menteri keempat-empat kumpulan ini have unanimously indicated that this is a daylight robbery of millions of ringgit.
Daripada pengguna-pengguna air, kebanyakan mereka adalah orang-orang miskin. Mereka mendapati there is no basis for the RM79.60 atau RM50 yang dicaj oleh pihak SYABAS. Saya juga diberitahu bahawa SYABAS memotong bekalan air walaupun tunggakan pengguna hanya RM15 atau RM20. Here the medicine is worse than the disease. Bila PUAS menguruskan bekalan air di Selangor, caj mereka hanya RM10 dan this can be negotiated untuk orang miskin, payment is revised to allow the poor to pay in the staggered payment dan kalau hendak memotong bekalan air pun, kos diturunkan.
Yang Berhormat Menteri, saya percaya dasar pricing SYABAS adalah tidak patut dan tidak adil dan mesti diulang kaji. Soalan saya ialah badan kerajaan mana yang authorize charge sebanyak RM50 dan what is the basis of the approval dan saya minta Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini bagaimana SYABAS arrived at RM79.60 sebagai total cost untuk potongan dan pasang balik bekalan air.
Yang Berhormat Menteri, kalau saya dapat buktikan bahawa RM79.60 adalah excessive atau terlalu, adakah pihak Menteri dan SPAN sedia untuk mengarahkan pihak SYABAS untuk bayar balik the excess amount kepada pengguna-pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Akhirnya, Yang Berhormat Menteri, bolehkah kementerian, Yang Berhormat Menteri dapat menjamin Dewan yang mulia ini bahawa performance audit atau Key Performance Indicator audit untuk meningkatkan tarif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibentangkan di Parlimen sebelum diumumkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin membangkitkan tiga perkara. Perkara pertama Butiran 70023 - Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. Sejumlah RM435 juta diperuntukkan untuk tahun hadapan, saya ingin bertanya apakah bentuk prasarana yang akan diberikan dan disediakan oleh kerajaan untuk projek ini dan soalan saya seterusnya adakah kerajaan bersedia untuk memberikan pesaing kedua selain daripada TM untuk melaksanakan HSBB ini seperti anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang juga telah memohon untuk projek ini.
Perkara kedua ialah Butiran 07800 – Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan yang diperuntukkan RM269 juta. Saya ingin bertanya mengapa Rancangan Bekalan Air Sabah diperuntukkan RM170 juta, Rancangan Bekalan Air Sarawak RM185 juta yang mana Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan lebih banyak jumlahnya dibandingkan dengan air untuk Sabah dan juga Sarawak, sedangkan pada saya Sabah dan Sarawak merupakan lebih banyak peruntukan dibandingkan dengan Negeri Sembilan .
Seperkara penting lagi ialah tentang Rancangan Bekalan Air Negeri-negeri ini, yang penting ialah ia perlu diselesaikan bekalan air bersih ke seluruh pelosok tanah air terutama di luar bandar.
Perkara yang ketiga ialah Butiran 010200 - Dasar. Saya ingin menyentuh tentang perancangan Malaysia bagi menggunakan reaktor kuasa nuklear bagi menjana tenaga elektrik. Sekarang ini 17% bekalan tenaga dunia adalah disumbangkan oleh kuasa nuklear.
Sehingga Mac tahun 2008, terdapat 439 reaktor kuasa nuklear yang mana terdiri daripada Amerika Syarikat (104), Perancis (59), Jepun (55), Jerman (17), Rusia (31), Kanada (18), Ukraine (15), UK (19), Sweden (10) dan Korea (20). 35 buah pula di peringkat pembinaan
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
yang mana 20 daripada 35 buah ini akan dibina dalam kawasan Asia iaitu di India, China, Jepun dan juga Korea.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Negara Indonesia, Vietnam dan Thailand juga sudah memulakan usaha awal ke arah menjana elektrik menggunakan kuasa nuklear. Kita telah memulakan R&D untuk tenaga nuklear sejak tahun 1972 tetapi masih tidak mempunyai dasar yang jelas; sedangkan rektor kuasa nuklear untuk menjana elektrik adalah lebih murah, lebih selamat, lebih bersih, lebih berkeupayaan dan lama penghasilannya. Jadi saya ingin bertanya apakah dasar Malaysia untuk menjana elektrik menggunakan kuasa nuklear. Itu sahaja.
Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bismillaahir Rahmaanir Rahim.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan beberapa butiran yang terdapat dalam peruntukan Bajet 2009 bagi struktur tenaga. Butiran yang pertama melibatkan 00100 dan 03200 iaitu berkaitan dengan Khazanah Nasional Berhad yang telah mengumumkan akan melaksanakan kajian terperinci ke atas industri tenaga bagi mengenal pasti isu struktur tenaga di negara kita. Sekiranya kita lihat secara teliti adakah benar-benar berlaku masalah isu struktur dalam industri tenaga. Adakah dengan mengenal pasti masalah isu struktur, Khazanah selaku investment arm kepada Kerajaan Malaysia akan mencadangkan supaya business model TNB disusun semula yang ada kemungkinan peranan TNB akan dikurangkan.
Seperti mana yang kita ketahui TNB ditubuhkan dalam melaksanakan misi penjanaan tenaga dan juga penghantaran serta pengagihan. Peranan yang dimainkan oleh TNB mencakupi penjanaan dan juga pengagihan supaya ia dapat mengawal industri elektrik negara secara monopoli dan memastikan bekalan tenaga mencukupi juga atas alasan keselamatan. Ini juga bagi memastikan tarif elektrik yang dikenalkan adalah berpatutan. Adakah kajian yang dibuat ini cuba mengambil kira usaha-usaha bagi mengurangkan tarif elektrik dalam melihat lebih jauh sedikit dari isu struktur, tetapi lebih kepada model pelaksanaan penjanaan di negara yang pada ketika ini dilaksanakan oleh IPP yang menguasai 45% industri penjanaan tenaga di negara. TNB menguasai 55%.
Kedua, isu berkaitan dengan tarif elektrik yang berkuat kuasa Julai yang lalu sebanyak 24% bagi sektor komersial dan juga rumah kediaman adalah disebabkan harga gas yang dikenakan oleh Petronas kepada TNB iaitu dari RM6.40 per mmBTU kepada RM14.31 mmBTU. Gas adalah sumber utama kepada penjanaan tenaga atau 52% sumber tenaga adalah melalui gas. Memandangkan penurunan harga minyak mentah turun ke paras ataupun kurang daripada USD50 setong sudah pasti harga gas di pasaran juga turun dan sepatutnya harga gas yang dicajkan kepada TNB oleh Petronas juga patut diturunkan bagi memastikan jumlah subsidi kekal. Jadi, berapakah harga gas sekarang di pasaran dan berapakah jumlah subsidi bagi harga gas yang ditanggung oleh Petronas?
Seterusnya persoalan bergantungan kepada satu sumber bagi penjanaan tenaga iaitu gas yang harganya juga bergantung pada pasaran telah memungkinkan TNB mencari sumber alternatif seperti arang batu dan hidro. Arang batu juga masih bergantung kepada harga pasaran. Maka tinggal sumber hidro sebagai alternatif terbaik bagi TNB memberi tumpuan bagi membangunkan penjanaan tenaga melalui loji hidro. Maka dalam usaha itulah lahirnya Projek Hidro Bakun yang saya ingin sentuh sedikit, yang saya percaya masuk dalam Butiran 11600.
Pelaksanaan Projek Hidro Bakun ini yang berdasarkan kepada bina milik permulaan dan juga operasi bagi dua komponen bagi Projek Hidro Bakun iaitu Loji Hidro Bakun dan juga transmission link dengan izin, ataupun kabel untuk transmisi negara yang dijanakan melalui Loji Hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia. Yang mana kita difahamkan daripada Projek Hidro Bakun ini kapasiti yang bakal dijana tenaganya lebih kurang 2,400 megawatt.
Saya difahamkan bahawa pemilik projek yang berpotensi sebelum ini iaitu Sime Darby Berhad telah menarik diri maka projek ini akan dikongsi oleh Sarawak Energy
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Berhad, Kementerian Kewangan dan juga TNB. Yang terkini pemilik projek adalah Sarawak Hydro Sdn. Bhd yang dikuasai sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Saya hendak bertanya tentang persoalan fungsi Projek Hidro Bakun. Adakah projek tersebut dibina untuk menjana tenaga elektrik untuk negeri Sarawak sahaja.
Bagaimana pula dengan persoalan daya maju projek. Apakah justifikasi pembinaan kabel bawah laut yang dijangkakan menelan belanja RM9 bilion yang akan menghubungkan power transmission line, dengan izin, ke Semenanjung Malaysia.
Bagaimana dari segi nilai ekonominya dari segi penawaran dan juga permintaan tenaga, dari segi kesan Ringgit yang tinggi, perbelanjaan yang tinggi akibat daripada kesan Projek Hidro Bakun. Bagaimana pula dengan cadangan pembinaan projek tenaga hidro yang telah diuar-uarkan dalam di dalam media yang akan dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Apakah dengan sumber daripada Bakun tidak mencukupi setelah diambil kira potensi projek hidro di negeri Pantai Timur tersebut.
Isu seterusnya berkaitan dengan Projek Hidro Bakun iaitu berkaitan dengan penjualan tenaga Bakun kepada pihak ketiga. Adakah cadangan untuk dibekalkan kepada pihak ketiga selain daripada Sarawak Energy Bhd. dan TNB selaku man of taker. Ini bagi mengelakkan perbelanjaan yang tinggi.
Seterusnya mengenai isu tarif bagi IPP Bakun. Bolehkan pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan juga EPU memaklumkan kepada Parlimen cadangan tarif dan struktur tarif yang dicadangkan oleh pihak TNB dan Sarawak Energy Bhd. selaku pemilik projek. Ini memandangkan kos pembinaan yang agak tinggi walaupun kos sumber tenaga hidro adalah yang paling rendah.
Bagaimana pula dengan soal pembiayaan, adakah ia dibiayai melalui terbitan bon atau melalui pinjaman. Saya difahamkan kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada Japan Bank for International Cooperation dan pinjaman daripada Kementerian Kewangan. Apakah benar Japan Bank dan Kementerian Kewangan terlibat dalam memberi sumber pinjaman. Sudah tentulah sumber pinjaman juga akan memberikan isyarat terhadap tahap daya maju projek tersebut.
Yang terakhir mengenai isu Bakun ini, saya ingin menarik perhatian Dewan tentang pelantikan konsultan tempatan di dalam projek yang berkaitan dengan Projek Hidro Bakun ini. Berapakah kos yang bakal dibelanjakan bagi pelantikan konsultan-konsultan teknikal dan kewangan bagi pembangunan Projek Hidro Bakun ini. Sudah tentulah projek berskala besar ini memerlukan penglibatan pakar-pakar bagi menjayakan pelaksanaan projek tersebut. Maka saya mengharapkan agar konsultan-konsultan tempatan juga akan dilantik ataupun JV dengan konsultan asing; ataupun berdiri sendiri untuk kita meningkatkan mutu konsultan tempatan dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa dengan projek berprofil tinggi serta memberi peluang yang sama rata. Pelantikan pula terus supaya kita tidak perlu menghabiskan RM30 juta sekadar untuk buat kajian sahaja seperti yang pernah berlaku dalam kajian ECER yang kita gembar-gemburkan sebelum pada ini.
Pandangan konsultan tempatan juga boleh memberi pandangan yang berpijak di bumi nyata, di mana konsultan tempatan berpengalaman dalam senario dalam senario ekonomi amnya dan industri tenaga khususnya.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 06500, berkaitan dengan Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah. Saya ingin menimbulkan tentang masalah yang berlaku di kawasan saya, kawasan Parlimen Padang Terap yang melibatkan pembekalan air iaitu sebelum daripada ini pada tahun 1979 satu loji fasa satu dibina di Kuala Nerang; yang kapasitinya lebih kurang 1 juta gelen sehari sedangkan di kawasan Padang Terap keperluan permintaan bagi penduduk sudah pun mencapai 4 juta galon sehari. Pada tahun 2000..., terima kasih kepada pihak kementerian yang telah pun membina loji bagi fasa kedua yang berkapasiti 3.8 juta galon. Akan tetapi kita mengharapkan agar fasa dua ini di upgrade kerana airnya hanya cukup untuk disalurkan bagi menampung kapasiti penggunaan di kawasan Kuala Nerang.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya juga ingin menarik perhatian di kawasan saya masih ramai penduduk yang belum menikmati bekalan air bersih, dan saya ucap terima kasih juga di kawasan saya di kawasan Kebun Lukan di Padang Sanai, di mana loji sedang dibina yang berkapasiti 10 juta gelen satu hari, tetapi ia akan disalurkan kepada juga daerah Kubang Pasu. Jadi saya mengharapkan agar di sebelah Padang Terap ini akan tidak berlaku lagi masalah tekanan air rendah bukan sekadar Padang Terap, saya Ahli Parlimen pun, siang tidak ada air, teruk juga...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya nak habiskan sebagai terakhirnya, begitu juga di satu lagi Lubuk Merbau yang kapasitinya hanya 300,000 gelen.
Saya minta supaya pihak kementerian mempertimbangkan agar mempertingkatkan kepada 2 juta gelen dan kalau di sana tidak ikut sistem yang mana kualiti air cukup tidak berapa baik, yang mana loji ini dibina tahun 1999. Terakhir, saya nak sebut Butiran 70015, tentang komunikasi iaitu di sana berlaku jurang digital yang agak tinggi.
Saya di sana kalau melanggan broadband itu, kalau pergi ke Maxis broadband sebelum ini, saya difahamkan mana ada antena itu, ia akan dapatlah broadband ini. Bila kita beli, sampai sana tidak boleh pakai. Jadi kita mengharapkan kerana maklumat kita perlukan maklumat di kawasan pendalaman supaya tidak terlalu jauh maklumat, kalau kita bezakan dengan kawasan-kawasan bandar.
Jadi saya ucap terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya memohon perhatian daripada pihak kementerian untuk menjawab soalan-soalan saya. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi, bagi peluang saya ambil perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada Butiran 70018, ini kita sekarang negara kita nak cerita, hi–tech, nak cerita teknologi, tetapi di sini saya mahu persoalkan mengenai ini, kita nak cerita teknologi.
Masalahnya kita sekarang, penyelenggaraan kita tiada, maintenance kita tiada, pasal apa saya soalkan ini. Contoh macam di Bintulu, kita cerita streamyx, sudah beritahu takat berapa minggu dah. Mula-mula kita tanya, dia kata tiada peruntukkan, tunggu-tunggu tidak ada, dia kata tunggu, expert nak datang baiki.
Tunggu-tunggu lagi tiada. Akhir sekali rakyat sudah naik marah, dia kata summary cable itu streamyx sudah rosak, apa jadi? Kalau kita sekarang nak masuk cerita broadband, ini streamyx pun kita tidak boleh maintenance, tidak boleh buat, apa lagi kita masuk broadband. Apa sudah jadi, Telekom Malaysia ini, jangan kita kutip bayaran sahaja, perkhidmatan tiada. So saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sampaikan ini, suara daripada Dewan ini, bagi tahu Telekom Malaysia jangan cuma mahu cari keuntungan saja, perkhidmatan mesti mahu ada.
Kalau perkhidmatan tiada, tiap-tiap bulan tetap sudah berapa ratus masuk setiap akaun kita yang ada. Jadi kalau buat macam ini punya meniaga, saya fikir semua orang, kalau orang bodoh pun pandai buat. So saya mintalah kementerian ini bagi satu jawapan, ini internet streamyx di Bintulu ini breakdown, kerosakan ini, bila boleh siap, bila boleh buat? Sekian terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi, pada perbahasan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, saya merujuk kepada P, 2900100 - Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga diperbaharui. Saya mulakan dengan melontarkan persoalan kepada kementerian apa sumber tenaga yang nak diguna untuk generate electricity di negara kita 10 hingga 20 tahun akan datang.
Apakah ia nya sumber gas hari ini, penggunaannya sudah 60% yang digunakan oleh pengeluar tenaga, dan daripada bekalan gas dalam negara Tuan Pengerusi, hakikatnya ialah Petronas sudah pun mula beli dari Natuna dan dari Songkhla, beli pula
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
dengan harga pasaran. Akan tetapi bila nak dijual kepada TNB dan juga IPP, kena jual dengan harga subsidi. Sebanyak 30% daripada bekalan gas dalam negara sekarang, Petronas dah terpaksa beli daripada Natuna dan Songkhla.
Kita tidak boleh bertahan kerana gas semakin berkurangan, kalaupun yang ada di telaga minyak dan gas sekarang, itu saya difahamkan dalam kategori Contracted Quantity, maknanya sudah pun dijual terutama kepada Taiwan, Jepun, dan sebagainya. Apakah sumber itu datang daripada arang batu, itu juga tidak selamat, 85% kepada kegunaan bahan api ini, kita beli dari Indonesia.
Apa jadi kalau satu hari nanti Indonesia buat keputusan tak nak jual, sudah tentu ini akan memberikan kesan besar kepada sektor tenaga di negara kita. China umpamanya ada kilang ataupun ada lombong arang batu, tapi dasar negara China sekarang ialah dia tak jual arang batu. Bahkan China sendiri beli dari Indonesia, ertinya kalau kerajaan melihat kepada sumber arang batu sebagai punca tenaga, ini juga tidak selamat.
Apakah kita nak harapkan daripada renewable energy dengan izin, itu baru peringkat kajian, belum dapat diusahakan secara komersial berskala besar, nak diharapkan daripada tenaga hidro, kita tak banyak sungai besar. Seperti di negara China misalnya, nak harapkan nuklear, TNB kata mereka baru saja diarahkan untuk memulakan kajian. Saya masih ingat, Lembaga Elektrik Negara, lama dahulu pernah membuat kajian lapangan dan dikenal pasti 11 sites di negara kita ini yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak menghasilkan tenaga nuklear tetapi, idea itu kemudiannya ditinggalkan, sekarang barulah kit nak semak balik.
Hendak pilih tapak untuk buat tenaga loji nuklear ini tak mudah, kalau mengikut standard oleh peringkat antarabangsa dia mestilah jauh daripada rumah kediaman, dan dia juga mestilah dekat dengan sumber air dan segala macam. Hakikatnya kita akan menghadapi masalah dalam memilih tapak. Jadi saya mulakan dengan persoalan itu sebab saya dapati bahawa kementerian masih lagi terkial-terkial dalam menentukan satu program atau dasar tenaga yang komprehensif yang boleh memberi jawapan terhadap keperluan negara kita untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
Hal ini barang kali kerana kementerian kalau kita bercakap dalam tajuk ini, saya nak mengambil contoh, electricity, menjamin bekalan elektrik yang mencukupi.
Kelihatannya polisi kita agak ad-hoc. Tahun 1992 berlaku national blackout, kita pun tamatkan monopoli TNB, kita bawa masuk penyertaan swasta, maka lahirlah IPP. Hari ini, IPP satu perniagaan yang menjamin pulangan yang cukup besar tetapi risiko yang kecil.
Pada saat mereka menikmati keuntungan, kita nak kenakan windfall tax, sekali sahaja boleh buat kemudian kerajaan terpaksa tunduk dengan permintaan IPP, kita tukar jadi one-off. Sedangkan subsidi gas merekalah yang paling banyak nikmati pada harga subsidi, walaupun Petronas terpaksa beli dengan harga pasaran. Kerajaan nak agak untuk negotiate semula harga pun tidak nampak jalan penyelesaian.
Pada masa yang sama mereka menghasilkan tenaga elektrik lebih daripada keperluan, ini dipanggil access capacity. TNB pula kena bayar, mereka selamat dari semua risiko, gemuk perniagaan ini dan ternyata kita menggemukkan tauke-tauke kaya, kita menggemukkan kumpulan YTL, kita gemukkan Ananda Krisnan, kumpulan Genting, walaupun dia nak jual dah, Syed Mokhtar, ini dua tiga kerat, tapi kelihatannya kerajaan powerless dalam mencari formula ini.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Kalau disemak dari segi jurisdiction bidang kuasa kementerian electricity bidang dia gas, arang batu dan bahan api bukan dalam bidang kuasa dia dan ini menimbulkan masalah kepada kita sebab itu di bawah Butiran Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui ini, 00100. Saya mohon kerajaan khususnya kementerian untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang isu yang membabitkan sektor tenaga di negara kita sebab seperti yang saya sebutkan tadi kita masih tercari-cari satu dasar yang lengkap untuk memenuhi keperluan tenaga. Bila saya sebutkan keperluan tenaga walaupun sektor strategik di bawah kementerian ini iaitu air, komunikasi dan tenaga. Saya lebih hendak fokus kepada bekalan elektrik. Demikian mudah tarif elektrik naik. Jika sekiranya kerajaan
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
mengkaji semula harga gas daripada harga RM6.40 MMBTU dinaikkan pada RM14.31 pada bulan Julai sekali gus tarif elektrik naik. Beban terpaksa ditanggung oleh rakyat tetapi beban kepada IPP itu sangat berkurangan. Apa sebenarnya rancangan kerajaan untuk mengatasi perkara ini?
Saya mengikuti temu bual antara BizWeek dalam The Star dengan Menteri.
Ternyata telahan kita kebimbangan kita itu betul sebab Menteri baru sahaja memberi kenyataan bahawa kebimbangannya ialah kementeriannya itu mempunyai bidang kuasa yang fragmented berpecah-pecah. Dia tidak ada kuasa pun soal bekalan bahan api dan juga katanya tidak ada satu masterplan tentang sektor tenaga yang komprehensif, tidak ada. Ini kata Menteri sendiri mengaku dia maknanya di peringkat penggulungan atau jawapan kementerian nanti kita tidak mahu dengar. Misal kata kementerian ini cuma bertanggungjawab soal electricity, Yang Berhormat Machang bangkitkan soal gas, soal hidro, soal arang batu itu tidak ada kena mengena. Dia boleh sahaja sebut begitu. Ternyata isu ini adalah isu strategik tentang masa hadapan sumber tenaga dalam negara.
Setiap patah perkataan Menteri ini saya cuba memahami apakah maksud tersirat di sebaliknya. Ternyata banyak perkara yang di luar kawalan kementerian. Arang batu Tuan Pengerusi pada Julai USD1.93 untuk satu tan, hari ini turun USD0.93 satu tan. Baik harganya turun tetapi penurunan harga itu tidak diikuti penurunan tarif elektrik. Sebab apa?
Sebab jana kuasa elektrik yang digerakkan dengan sumber arang batu cuma 30%, 60% lagi digerakkan dengan gas. Hari ini pula Petronas sudah pun membekalkan keperluan gas yang mencukupi pada tahap yang maksimum. Menteri kata di sini 1,350 juta standard cubic feet sehari. Sudah tidak boleh ambil lagi sudah. Tidak ada lagi sudah bekalan gas dan ini sudah 60% kita pakai. Kalau gas tidak ada jawapan arang batu juga tidak menentukan jaminan bekalan kalau negara pembekal mengubah polisi. Jadi apa sebenarnya persiapan negara kita di peringkat sekarang untuk memberi jaminan kepada rakyat dari sudut jangka panjang?
Pada ketika persoalan IPP juga tidak ada penyelesaian. Dalam laporan ini menyebut bahawa TNB terpaksa membayar untuk tahun kewangan akan datang kepada IPP tahun kewangan 2009 TNB terpaksa bayar kepada IPP ini sebanyak 40% kenaikan harga. TNB kena bayar lagi. Akses kapasiti 47% tenaga elektrik yang tidak digunakan tetapi telah dihasilkan oleh IPP TNB juga kena bayar. Petronas tidak boleh jual dengan pada harga pasaran sebab ini akan menekan dari segi formula rakyat terpaksa menanggung tarif elektrik, IPP juga selamat. Sumber yang terbatas sumber bahan api yang terbatas, kewujudan IPP yang menggemukkan tauke-tauke besar dik kerana polisi yang kelam kabut dahulu dan pada ketika yang sama keperluan tenaga elektrik terus bertambah saban tahun.
Untuk itu saya akhiri ucapan saya di peringkat jawatankuasa bertanyakan kepada kementerian secara khusus apa sumber tenaga yang hendak diguna untuk menghasilkan elektrik 10 hingga 20 tahun akan datang? Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 040000 - Perkhidmatan Pembetungan.
Pembetungan adalah penting bagi membanteras pencemaran sungai di negara kita.
Namun sistem yang digunakan sekarang adalah sistem konvensional. Walaupun rawatan air kumbahan dilakukan ianya tidak bersih sepenuhnya. Oleh itu activated sludge ataupun keladak dalam air masih juga terlepas ke dalam sungai. Itulah sebabnya sungai kita tercemar di negara ini. Di dalam perkara ini saya ingin menyentuh Butiran 080000 - Projek Pembetungan Negara. Jumlah ini amat tinggi iaitu lebih daripada RM180 juta. Adakah ini untuk menaik taraf sistem pembetungan IWK yang sedia ada di negara kita? Sistem pembetungan di negara kita menggunakan sistem di mana kita ada kolam kelodakan dan ada ‘aerater’. Selepas itu kita jangka oksidasi akan berlaku tetapi yang sebenarnya oksidasi sepenuhnya tidak berlaku. Itulah sebabnya keladak masih ada di dalam air ataupun activated sludge yang dilepaskan nanti ke dalam sungai masih tidak memuaskan.
Di negara Jepun mereka menggunakan filter dan membran dengan izin untuk menapis activated sludge yang sedia ada. Oleh itu air dikeluarkan sudah pun bersih. Walau apa pun Tuan Pengerusi sistem konvensional ini memerlukan banyak air tetapi negara kita juga memerlukan air bersih. Ini adalah satu catch phrase, chicken and eggs dengan izin.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Oleh itu kenapa kita tidak melihat sistem yang lain seperti biolytic system yang digunakan di Australia. Biolytic system adalah satu dikomposisi sludge melalui mikroorganisma ataupun bakteria-bakteria yang sedia ada di tanah. Jadi bakteria inilah yang melakukan dikomposisi untuk air kumbahan kita dan air tidak diguna dengan banyak. Oleh itu pencemaran sungai tidak berlaku. Biolytix system yang digunakan pakai di Australia telah banyak menerima anugerah kerana ianya adalah satu sistem yang betul dan benar-benar mengawalkan kualiti alam sekitar.
Seterusnya Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh Butiran P, 11200 - Penyaluran Air Antara Negeri. Seperti mana yang kita tahu bahawa satu projek mega projek besar penyaluran air dari Sungai Pahang ke Selangor. Kenapa ini perlu dibuat? Ini kerana di Selangor dahulu mereka tidak mementingkan pengurusan tadahan air kerana kalau tadahan air kita sudah tidak besar, tidak banyak lagi, maka penyimpanan air di dalam tanah sudah tidak berlaku dan tidak ada.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Oleh itu, surface water, dengan izin, air di dalam sungai sudah pun berkurangan.
Jadi inilah masalahnya kegagalan pengurusan kawasan tadahan air. Jadi kita harap kerajaan akan mementingkan pengurusan tadahan air juga di Sungai Pahang kerana nanti kalau ini tidak dilakukan dengan baik, air pun tidak sampai ke Selangor.
Yang terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 11600 iaitu Rancangan Bekalan Air Sarawak. Memang di Sarawak kita akui bahawa banyak sungai.
Justeru itu kita pun ada banyak air, tetapi kalau kita lihat stesen-stesen ataupun tapak-tapak di mana air itu diambil di dalam sungai adalah berhampiran dengan bandar. Di Sarawak, kalau berhampiran dengan bandar maka tapak itu tercemar, sungai itu tercemar kerana perkhidmatan pembetungan tidak ada lagi di Sarawak. Di Sarawak, mereka hanya menggunakan septic tank.
Oleh itu apa yang terkeluar daripada septic tank, memang masuk ke dalam sungai.
Itulah sebabnya kos merawat air di Sarawak agak tinggi. Oleh yang demikian, saya juga mementingkan agar tadahan air seharusnya diuruskan dengan baik. Dan di Sarawak, pembetungan juga mesti dibina mengikut kaedah-kaedah yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Saya hanya nak menyebut satu butiran sahaja iaitu Butiran 070000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kelantan, berjumlah RM57,375,000.
Tuan Pengerusi, pertamanya saya nak tanya pihak kementerian, peruntukan ini, bagaimanakah kaedahnya digunakan sebab kita tahu bahawa tanggungjawab air di peringkat negeri adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Akan tetapi di sini ada peruntukan untuk bekalan air di Kelantan dan saya nak tanya sebelum ini juga pihak Kerajaan Pusat ada memberi pinjaman kepada kerajaan Kelantan untuk Syarikat Air Kelantan. Berapakah jumlah pinjaman yang setakat ini telah dikeluarkan? Dan apakah pihak Kerajaan Pusat memantau pelaksanaan memasang saliran paip untuk tujuan bekalan air bersih di negeri Kelantan.
Apakah benar dan sejauh manakah benar iaitu walaupun ianya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan Syarikat Air Kelantan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, tetapi apabila pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Pusat di mana kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek-projek apabila tender-tender dikeluarkan, ianya ditentukan oleh Kerajaan Pusat, bukan oleh Syarikat Air Negeri Kelantan.
Saya menyebutkan perkara ini Tuan Pengerusi, sebenarnya saya sendiri bila memikirkan bab air ini, tak ada mood dah nak fikir bab-bab lain sebab air ini adalah segala- galanya. Yang hidup perlukan air, manusia, binatang, termasuk pokok-pokok, yang tidak bernyawa pun perlukan air. Dan bukan sahaja perlukan air yang cukup tetapi perlukan air
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
yang bersih. Isu sekarang ini di Kelantan terutamanya di kawasan saya di Pasir Mas, cukup bermasalah. Bukan sahaja air tidak cukup malah air pula kotor.
Saya percaya ianya berlaku di mana-mana. Masalah air ini bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di negeri-negeri lain. Akan tetapi yang ironinya kita sentiasa ada hujan, kita banyak sungai, memang air ada tetapi air bersih tidak cukup. Sebab itu kita lihat di mana-mana sahaja, saya nak rujuk di kawasan saya di Pasir Mas. Di market air tidak ada, tidak cukup sebab itu berlaku kekotoran akibat daripada mencari air di sana sini, menarik wayar di sana sini.
Kemudian kita lihat, kita pergi ke sekolah-sekolah, baik sekolah rendah atau sekolah menengah, masuk tandas, busuk. Rumah-rumah ibadat, masuk tandas, busuk.
Jadi air yang kita perlukan ini, ada kena-mengena dengan kesihatan, ada kena- mengena dengan ibadat. Kalau air tidak ada, nak buat ibadat pun susah. Madrasah pun tidak ada air.
Manakala kita mengeluarkan peruntukan untuk macam-macam bangunan begitu banyak tetapi kalau air sahaja tidak selesai, perkara-perkara lain pun seperti bangunan tidak ada erti langsung pada saya.
Ini soal kesihatan, sebab itu di Malaysia ini ramai rakyat kena penyakit. Kena penyakit bukan sahaja kerana kegagalan mengawal makanan, diet ataupun seumpamanya akibat daripada kencing manis ataupun sakit buah pinggang, tetapi secara tidak langsung kita jangan nafikan bahawa daripada air juga salah satu punca yang membawa penyakit kepada rakyat seluruhnya termasuk juga di Kelantan lebih-lebih lagi, saya cukup dukacita.
Baru-baru ini saya baca dalam akhbar, Syarikat Air Kelantan ada memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk memasang paip bagi mengatasi masalah air. Jadi bila ada masalah, ada sahaja pengumuman baik di peringkat Kerajaan Pusat atau di peringkat kerajaan negeri. Akan tetapi pengumuman itu saya tengok kadang-kadang hanya untuk meredakan bila timbul masalah yang kritikal, tetapi bila hendak dilaksanakan - kita tidak tahu. Sampai ketika berbangkit pula, maka begitulah keluarnya kenyataan tender sudah dikeluarkan, menunggu masa untuk melantik syarikat yang berkenaan.
Jadi begitulah, sebab itu saya hendak minta dengan Kerajaan Pusat dari segi dasar selain daripada air ini tanggungjawab kerajaan negeri, pihak Kerajaan Pusat juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan masalah air ini cukup dan bersih termasuklah juga soal tarif yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi, masalah tarif. Sekarang ini kecekapannya menghantar bil, di Kelantan bil pun cekap sekarang ini.
Dulu hantar bil tidak cekap, sekarang ini bil cekap, caj pun meningkat tetapi air di tahap yang sama.
Saya nak mintalah pihak kementerian di bawah Rancangan Bekalan Air Kelantan ini, kalau bolehlah selain daripada tanggungjawab kerajaan negeri, saya nak merayu paling tidak di kawasan Pasir Mas supaya disalurkan peruntukan khas, kalau boleh diambil daripada RM57 juta ini untuk menyelesaikan masalah air di kawasan Parlimen Pasir Mas ini.
Kerana kawasan Parlimen Pasir Mas Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ia menjadi kawasan penting sekarang ini selain daripada bandar Kota Bharu, bandar yang kedua. Ia dah jadi hab, kononnya dah isytihar hab halal di bawah rancangan Koridor Pantai Timur, tetapi air tidak ada sebab itu saya tidak ada minat hendak bercakap bab jalur berkelajuan tinggi, macam-macamlah. Tidak ada perlunya semua ini kalau air tidak ada. Ini hab halal, kawasan Pasir Mas, kawasan Rantau Panjang, bersempadan pula dengan Thailand, pergi sebelah Thailand, border dengan Pasir Mas, langkah saja masuk sebelah sana, air tidak ada masalah, kita langkah balik, air..., masalah....
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan sikit sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat mengenai pinjaman Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada kerajaan Kelantan dikenakan bunga sebanyak 2%.
Sedangkan kadar interest ini tidak dikenakan kepada negeri-negeri lain. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Bunga. Bungakah ataupun wang pengurusan 2%?
Saya tidak tahu sama ada negeri lain kena ataupun Kelantan kena 2%. Jadi pada saya kalau Kelantan kena 2% tetapi negeri lain tidak kena memang tidak adillah. Akan tetapi pada saya apa pun pengurusan kewangan ada dia punya kos pentadbiran. Jadi kalau kita katakan 2% itu kos pengurusan, saya rasa tidak ada masalah dengan syarat negeri lain pun sama. Jangan sebut bunga ataupun interest. Tidak sedap. Itu riba. Riba itu dosa.
Saya hendak balik semula. Saya hendak minta apakah boleh pihak Yang Berhormat Menteri memberi perhatian khusus di kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjanglah. Pasir Mas terutamanya kerana dia bandar penting. Bandar Hab Halal, bersempadan dengan Thailand, koridor, pintu masuk ke Thailand, pintu masuk ke Malaysia.
Begitu juga stesen kereta api yang utama di Kelantan ialah di Pasir Mas. Saya tidak sempat hendak bercakap soal pengangkutan. Tidak dapat peluang tadi. Banyak saya mahu bercakap bersabit soal hal-hal pembangunan di Kelantan ini termasuklah masalah urusan air ini. Jadi saya hendak minta supaya kalau boleh bukan saja peruntukan pinjaman itu ditingkatkan tetapi disalurkan lagi peruntukan untuk menyelesaikan masalah air ini, Tuan Pengerusi.
Sebab itu saya katakan tadi kesihatan, masalah ibadat, masalah penyakit dan macam-macam. Sebab itu kalau masalah air ini tidak selesai, binalah sekolah macam mana cantik pun, binalah macam mana indah pun madrasah ataupun masjid, tetapi ia tetap berbau kotor dan boleh membawa penyakit kepada rakyat dan juga alam sekitar. Jadi, itu saja Tuan Pengerusi saya bangkitkan dan saya harap sekali lagi Yang Berhormat Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi kalau perlu hendak melawat Pasir Mas dengan pegawai pun, saya sedia menunggunya. Orang kata dengan penuh nyiru tapak tangan kita tadahlah kalau untuk melawat. Saya boleh tunjuk satu-persatu sebab air adalah segala-galanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian ini untuk membahaskan Butiran 07800 - Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan. Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan pinjaman RM299 juta.
Saya mohon kepada kementerian dari segi perancangan akan dapat fokus penggunaan kewangan ini kepada masalah kadar kehilangan air yang sangat tinggi. Kadang-kadang mencecah sampai 40%.
Kadar kehilangan air yang tinggi ini adalah disebabkan oleh banyaknya paip-paip air yang lama terdapat di Negeri Sembilan dan paip-paip air ini pecah. Apabila berlaku kebocoran, maka berlakulah kadar kehilangan air bersih yang sangat tinggi. Hari ini kos rawatan air pula begitu tinggi harganya dan ini menyebabkan kerugian yang sangat besar yang disebabkan oleh paip-paip air yang lama ini. Saya mencadangkan kepada kementerian melalui peruntukan ini supaya menggunakan sebahagian daripada kewangan ini bagi membekalkan paip-paip baru dan menggantikan paip-paip lama ini dengan paip yang baru. Semoga kadar kehilangan air ini akan dapat dikurangkan.
Yang kedua, saya hendak minta pegawai-pegawai kita fokus juga di atas pemerhatian menteri tentang permasalahan kadar kehilangan air yang tinggi juga berlaku di Daerah Jempol iaitu di kawasan Parlimen saya terutama sekali berlaku di kawasan FELDA dan juga di Kampung Bayai Lama dan Bayai Baru yang mempunyai paip-paip lama yang banyak sekali. Setiap kali berlaku kebocoran ini, sudah tentulah gangguan bekalan air kepada rakyat akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat.
Yang ketiga berkaitan dengan butiran ini ialah hari ini, sebahagian daripada bekalan air yang diterima oleh orang Jempol ialah datangnya daripada Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasihlah kepada Kerajaan Pahang yang boleh menyalurkan sebahagian daripada bekalan air ini ke daerah Jempol.
Akan tetapi apabila berlaku masalah bekalan dan juga kerosakan enjin dan sebagainya di Pahang, fokus kepada pegawai-pegawai Pahang ini kadangkala tanggungjawabnya banyak di kawasan-kawasan yang lain. Maka, berlakulah gangguan bekalan air yang lama akibat daripada permasalahan ini dan sebahagian daripada orang
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Jempol menanggung masalah ini secara berterusan sekian lama. Dengan adanya butiran peruntukan yang melibatkan RM299 juta ini, saya mencadangkan kepada kementerian supaya sebahagian daripada peruntukan ini digunakan untuk membaiki masalah ini dengan membekalkan saluran baru daripada pusat loji yang sedia ada kepada perkampungan FELDA dan juga beberapa perkampungan yang lain supaya kita dapat membekalkan terus daripada loji Kuala Jelai yang sudah pun di naik taraf kapasitinya dan cukup untuk menampung bekalan air saya sedia ada.
Cuma kita kekurangan peruntukan untuk mengganti paip ataupun membina paip menyalurkan daripada loji ini kepada kawasan perkampungan yang saya sebutkan tadi.
Tuan Pengerusi, butiran berikut ialah berkaitan dengan 80000 - Projek Pembetungan Negara. Saya juga mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah pun melaksanakan dasar yang sangat baik ini. Saya memohon kepada menteri supaya fokus juga di kawasan-kawasan pelancongan seluruh negara kerana kawasan-kawasan pelancongan ini melibatkan sebahagiannya pembinaan hotel, chalet dan juga pusat-pusat peranginan yang bahan-bahan buangannya terus dihantar terus ke sungai ataupun ke laut.
Ini mencemarkan air laut dan sudah tentulah akan menjejaskan kualiti kehidupan dan juga pelancong-pelancong yang datang mandi-manda di kawasan-kawasan pelancongan kita. Begitu juga dengan kawasan pelancongan pulau yang sekarang ini merupakan khazanah besar kepada negara kita. Kita tidak ada tembok besar seperti negara China yang besar menjadi kemegahan pelancongan, produk pelancong kita. Akan tetapi pulau-pulau kita menawarkan satu konsep pelancongan yang sangat menarik dan mendapat perhatian daripada sebahagian besar daripada pelancong dunia. Akan tetapi kalau sekiranya masalah pencemaran air laut hasil daripada kumbahan dan juga bahan- bahan buangan ini tidak diatasi oleh kementerian, saya amat bimbang satu ketika nanti pulau yang indah dan air yang bersih akan tercemar dan sudah tentulah akan membatasi kunjungan para pelancong yang sekarang ini menjadi sumber pendapatan penting kepada negara kita akan terjejas pada masa yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, saya minta menteri memberi perhatian kepada peruntukan ini supaya sebahagiannya diagihkan ke kawasan pelancongan ternama di Negeri Sembilan bagi melengkapkan kita punya sistem pembetungan Port Dickson yang sudah dimulakan tetapi masih banyak lagi yang perlu kita buat supaya kawasan pelancongan Port Dickson yang sudah ternama ini yang mendapat kunjungan yang baik daripada pelancong dalam dan luar negara akan terus terpelihara dan akan menjadi khazanah yang akan dipelihara sampai bila-bila.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya juga mendapat banyak bantahan daripada rakyat yang terperangkap dengan sistem CTOS ini. Lebih kurang 780,000 orang rakyat kita sekarang ini teraniaya. Apakah nasib mereka? Apakah pembelaan yang sewajarnya diberikan oleh kementerian ini terhadap nasib sebahagian besar daripada mereka yang teraniaya ini? Apabila mereka ini mendapat laporan negatif daripada CTOS, mereka gagal untuk membuat pinjaman, membesarkan perniagaan, memulakan perniagaan ataupun pinjaman perumahan dan sebagainya yang melibatkan institusi kewangan dalam negara kita.
Maka, sudah tentu sampai masa dan ketikanya pihak kementerian khususnya kerajaan merangka satu undang-undang berkaitan dengan perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan terhadap mana-mana institusi yang tidak berdaftar ini supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat, menindas kehidupan rakyat dan akan menyebabkan sebahagian daripada rakyat kita tidak terbela kehidupannya. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak. Saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak.
Saya mohon menyokong.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara yang saya ingin bangkitkan iaitu mengenai cadangan untuk membina undersea cable dari Bakun Dam ke Semenanjung Malaysia ini. Saya ingin tahu
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
apakah status cadangan projek ini kerana saya ada baca satu laporan The Star pada 23 Oktober di mana Yang Berhormat Menteri Tenaga Air dan Komunikasi kata bahawa saya akan petik daripada apa yang dia cakap di surat khabar ini: “Energy Communication and Water Minister, Dato' Shaziman bin Abu Mansor said, the electricity reserve margin was expected to further increase to 47% next year”.
Pada masa sekarang, energy reserve, electricity reserve di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 42% dan tahun depan ia akan meningkat ke 47%. Apa Yang Berhormat Menteri kata “This will burden Tenaga National Berhad because it will have to pay more to independent power producers in terms of capacity chargers. By reducing the margin by decreasing the generation of electricity, consumers can pay lower rates because Tenaga, in turn, does not have be burdened by having to pay more to IPPs”. Nampaknya ini adalah satu kenyataan bahawa jika TNB mempunyai lebih energy reserve, ini akan meningkatkan kos operasi TNB dan akibatnya pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia sini akan membayar electricity yang lebih mahal. Di dalam laporan ini juga Yang Berhormat Menteri ada kata polisi kementerian adalah untuk mengurangkan energy reserve TNB bahkan satu atau dua power producing plant akan ditutup, ditamatkan dalam tahun yang akan datang.
Oleh itu, saya ingin tahu apa yang akan jadi kepada projek undersea cable yang telah dicadangkan. Mengenai penyambungan daripada Bakun Dam ke Semenanjung Malaysia sini kerana Bakun Dam akan mempunyai satu kapasiti 2400 megawatts semasa dia full operation. Jika undersea cable ini dibina, maka ia akan menambahkan capacity reserve TNB dan kita di Sarawak ini, saya sudah beberapa kali kata kita sedang membayar tarif electricity yang paling mahal jika berbanding dengan Semenanjung Malaysia sini dan sepanjang masa ini pengguna-pengguna Sarawak telah membayar tarif electricity yang paling mahal dan jika tarif electricity yang digenerated daripada Bakun Dam itu boleh dibekalkan untuk pengguna-pengguna Sarawak.
Hydroelectricity adalah punca electricity yang paling murah dan jika electricity dari Bakun boleh dibekalkan kepada orang Sarawak, maka ia akan mengurangkan tarif electricity pengguna-pengguna Sarawak. Oleh itu saya menyeru kerajaan supaya membatalkan projek undersea cable yang sedang dicadangkan. Ini adalah untuk kebaikan pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia dan juga akan memberi manfaat kepada pengguna-pengguna di Sarawak. Oleh itu saya ingin mendapat satu jawapan penjelasan daripada kementerian sama ada projek ini akan dijalankan, akan diteruskan atau akan ditamatkan memandangkan keadaan excessive electricity reserve di Semenanjung Malaysia sini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini iaitu berkenaan dengan butiran 70021 – Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Yang kedua, butiran 70023 – Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, Tuan Pengerusi.
Dalam keghairahan negara kita mencapai status negara maju menjelang 2020 Tuan Pengerusi, hak dan kepentingan masyarakat luar bandar jangan kita sesekali ketepikan malah saya berharap pelbagai usaha perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan golongan itu dan di bawah Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat, jumlah peruntukan yang disediakan adalah RM14 juta. Sebagai satu projek komunikasi berteknologi tinggi yang mula telah diperkenalkan pada tahun 2002 yang saya berasakan ia satu jumlah yang kecil.
Saya telah difahamkan bahawa Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat ini dapat memainkan peranan penting dalam memajukan bidang teknologi komunikasi dan juga maklumat iaitu ICT di negara kita terutama di kawasan luar bandar seperti kawasan saya di Tenom. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah program ini telah dilaksanakan khususnya kepada masyarakat luar bandar dan adakah kita melihat bahawa kemajuan demi kemajuan telah dicapai oleh pihak kementerian dengan pelaksanaan Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat ini.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Soal ini penting Tuan Pengerusi kerana dengan adanya Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat, masyarakat pedalaman seperti di kawasan saya Tuan Pengerusi berpeluang untuk mendapat lebih sempurna bagi talian tetap telefon selular dan juga kemudahan komunikasi yang lain termasuklah kemudahan internet. Malah menerusi program ini juga akan dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat di kawasan luar bandar dan juga bandar serta masyarakat luar jangkau selain menyediakan latihan dan juga kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan lain-lain.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana pula dengan di bawah Butiran 70023 yang membabitkan jumlah RM435.458 juta. Adakah projek jalur lebar berkelajuan tinggi ini menyokong kepada Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat demi keselesaan penduduk di kawasan luar bandar.
Saya juga ingin perlukan penjelasan yang meluas daripada pihak kementerian dalam soal ini kerana kita tidak mahu penduduk di kawasan luar bandar terpinggir dengan dunia telekomunikasi yang kian pesat. Kalau boleh semua kawasan luar bandar mendapat limpahan projek ICT yang membawa banyak manfaat kepada kepenggunaan kehidupan seharian sekarang yang sememangnya banyak menggunakan capaian internet.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh satu lagi iaitu Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Soal sistem pembetungan di kawasan saya Tuan Pengerusi saya berharap pihak kerajaan akan mendapat perhatian yang serius daripada pihak kementerian kerana di kawasan saya di pekan Tenom itu agak tidak baik sistem pembetungan kepada penduduk setempat. Malah sistem pembentukannya juga sudah lama dan daif dan memberi kesan yang tidak baik terutama kepada soal kesihatan penduduk setempat. Jadi saya berasaskan dengan satu peruntukan yang besar iaitu hampir RM400 juta, Tuan Pengerusi, kementerian perlulah melihat keadaan sistem pembetungan sama ada perlu diperbaiki atau perlu dilaksanakan kepada satu projek pembetungan yang lebih efisien. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ada tiga perkara dalam Butiran Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi. Walaupun ada perkara-perkara lain yang telah disinggung oleh teman-teman mungkin ada pengulangan sedikit di sini. Pertama Tuan Pengerusi, memandangkan kepada peruntukan dalam bajet Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi ini, saya perlu merakamkan sementara menterinya menyebutkan tentang bagaimana sektor ini, kementerian ini mendepani pelbagai masalah yang dikatakan sebagai satu sektor yang fragmented katanya dan tidak ada di sana rancangan yang agak integrated dan sistematik dan perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Machang sebentar tadi ringkasnya kalau boleh kita simpulkan keperluan untuk beliau sebutkan sendiri sebagai satu pelan, energy master plan dan juga dalam satu unjuran ke hadapan sebuah blueprint renewal energy, dengan izin, yang dinanti-nantikan tahun hadapan ini ataupun dalam sesi Parlimen ini, dalam bajet ini, saya tidak nampak apabila saya meneliti peruntukan-peruntukan di mana peruntukan di dalam bajet ini, di dalam kementerian beliau, satu kajian supaya pada akhirnya dapat mengenengahkan dalam Bajet 2009 ini.
Ini yang disebutkan sebagai satu yang cukup mengecewakan sementara Khazanah juga ataupun orang nombor satu Khazanah, MDnya menyebutkan bahawa ini merupakan satu time bomb, sama ada isu itu bersabitan dengan dasar seperti isu energy mix, sama ada isu itu adalah bersifat struktural seperti berapa banyak yang perlu dijana oleh Tenaga Nasional sendiri yang hari ini menjana sebanyak 55% dan selainnya daripada IPP. Kesemua isu-isu ini merupakan satu penekunan, research dan akhirnya membawa satu polisi tetapi kita tengok apakah ini dalam Butiran Dasar Baru - 05000 atau 050000 atau iakah dalam Butiran, ia dikatakan sebagai Butiran 00100 - Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Ini semua memerlukan jawapan daripada menteri supaya kegagalan demi kegagalan setiap tahun sehingga kini kalau tidak ada satu master plan energy ini,
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
tenaga ini, tidak tahu lagi lah kot, persoalan blueprint renewable energy, maka kita sebenarnya..., kementerian perlu dipersalahkan kerana tidak merancang perkara-perkara ini kerana walaupun Business Week menyebutkan, beliau menyebutkan segalanya dalam interview ini, tetapi ternyata dalam peruntukan bajet ini tidak ada.
Kita minta perkara ini diperjelaskan oleh menteri. Adapun selainnya Butiran 80000 bersabitan dengan projek pembetungan negara yang diperuntukkan khidmat pembetungan sebanyak RM393 juta dengan unjuran pinjaman sebanyak RM180 juta. Perkara ini sedikit menggembirakan rakyat kerana setelah fasa pertama penswastaan dibuat di mana kita lihat penswastaan ini berakhir dengan satu keadaan yang cukup porak-peranda, dengan IWK yang pada fasa awalnya, yang kembali, di nationalize balik, dibeli semula dan sekarang ini di bawah MOF Inc.
Akan tetapi yang lebih penting sekarang ini kita mahukan supaya perkara ini ataupun projek pembetungan ini yang ditanya-tanya dan dinantikan oleh rakyat adalah struktur tarifnya dan bagaimana ia perlu disusun oleh kementerian. Apakah pembayaran nanti akan membebankan rakyat, apakah ia akan diserap dalam bil air, apakah ia boleh dibuat sebagai sebahagian daripada cukai pintu dan diselenggarakan oleh PBT dan juga mungkin di offset dengan pembayaran capitation grant kepada kerajaan-kerajaan negeri.
Kesemua ini memerlukan pihak kementerian memberi penjelasan sedikit dengan unjurannya dan juga kalau boleh perkara ini saya minta penjelasan dari pihak kementerian dan akhir sekali dengan Butiran 020000 - Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Negeri Selangor yang diberi peruntukan sebanyak RM3.4 juta.
Saya ingin meminta laporan kemajuan sejauh ini dan khususnya menyatakan satu timeline yang agak jelas supaya implementasi projek ini bagi juga membolehkan sedikit maklumat kepada kerajaan negeri untuk membuat peruntukan sama ada peruntukan persediaan soalan ataupun kegiatan merawat bekalan air mentah dari negeri Pahang ini.
Sekian Tuan Pengerusi. Saya mohon penjelasan.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali saya ingin menyentuh Butiran 11400 iaitu Bekalan Air ke Sabah. Seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Pontian, kalau dari segi saiz kawasan negeri sepatutnya Sabah dan Sarawak lebih mendapat peruntukan berbanding dengan Negeri Sembilan, tetapi kita tidak mempersoalkan mengapakah jumlah yang sedemikian diberikan kepada Negeri Sembilan kerana ini mungkin keperluan tetapi Tuan Pengerusi, peruntukan seperti ini kalau dilihat agak besar, tetapi kalau dilihat masalah Sabah ini, setakat ini lebih kurang 60% sahaja penduduk Sabah yang menikmati bekalan air bersih. Itu pun Tuan Pengerusi, kawasan bandar-bandar iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna, perawatan air bersih telah diswastakan kepada tiga syarikat. Bekalan yang ditapis di syarikat ini cukup tetapi masalah ialah pengagihan, distribution. Kita dapati bahawa masalah yang dihadapi di Sabah, pengguna air bersih ialah kualiti air.
Walaupun kita lihat umpamanya di Kota Kinabalu kadang-kadang bersih tetapi kadang-kadang kita terhidu bau lumpur dari air paip. Saya kira ini adalah masalah pengagihan walaupun kualiti yang telah dikeluarkan oleh ketiga-tiga syarikat swasta ini menepati piawaian ataupun kualiti yang ditentukan, tetapi oleh kerana saluran paip yang sudah usang dan tua maka ia menyebabkan kualiti air yang kita lihat di umpamanya di Kota Kinabalu hampir setiap hari kerja-kerja untuk memperbaiki paip. Hari ini mengorek, esok menimbus, lusa pula korek balik dan timbus kerana kesemua paip ini sudah lama. Ini memerlukan satu peruntukan yang besar kalau kerja pembaikan yang hanya in-situ ini tidak memadai kerana apabila satu seksyen paip ini diperbaiki, kawasan yang lain bocor dan ini memerlukan satu comprehensive reports.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Tuan Pengerusi, saya faham bahawa masalah untuk mengagihkan air ke beberapa tempat di Sabah ini oleh kerana keadaan berbukit-bukau adalah agak tinggi dari segi per kapita.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Dalam hal ini saya ingin mencadangkan bahawasanya bagi kawasan-kawasan yang tinggi, yang jauh daripada water treatment plant yang besar di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, saya ingin mencadangkan bahawa mini hidro di bangunkan, di develop untuk membekal kawasan-kawasan yang tinggi, kawasan-kawasan yang terpencil di mana untuk menarik paip-paip yang panjang ke tempat ini agak memakan belanja yang besar.
Tapi satu penyelesaian saya kira ialah menggunakan saluran sungai yang kecil, membangunkan mini treatment plant yang saya kira sekarang ini banyak estet ataupun ladang-ladang kelapa sawit menggunakan mini treatment plant dan ia terbukti effective, berkesan untuk memberi bekalan kepada kelompok penduduk yang terpencil yang bertaburan. Jadi kalau peruntukan seperti yang saya lihat ini ialah merupakan pinjaman oleh kerana hal bekalan air di negeri ini adalah kuasa ataupun tanggungjawab kerajaan negeri. Peruntukkan seperti ini juga harus diperuntukkan ke kawasan-kawasan luar bandar kerana kita telah merdeka selama 50 tahun tapi masih 45% penduduk negeri Sabah yang tidak menikmati air yang telah dirawat.
Umpamanya banyak kampung yang masih bergantung kepada gravity water.
Walaupun Tuan Pengerusi, kita lihat air daripada bukit yang disalurkan melalui graviti itu jernih tetapi kita tidak tahu apakah kandungan air ini kerana sekarang ini pembangunan kawasan-kawasan bukit, kawasan luar bandar semakin meluas dan juga penggunaan racun-racun dan sebagainya makin meluas. Kita juga tidak tahu apakah jenis bahan kimia yang diminum oleh orang-orang kampung dari paip graviti ini. Jadi saya berharap kepada kementerian supaya dikaji semula nanti bolehlah ditambah peruntukan kepada negeri Sabah kerana sudah tentunya oleh kerana kawasan di Sabah yang besar, kerajaan negeri mempunyai kemampuan yang terhad dan sudah tentunya memerlukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Pengerusi, dalam hal tenaga ini saya beberapa kali telah menyentuh dalam Dewan ini mengenai masalah Sabah iaitu frequent blackout yang begitu sering sekali di Sabah. Apabila kita bertanya kepada menteri mengenai dengan perkara ini, jawapan yang kita terima ialah disebabkan grid di Sabah ini belum integrated iaitu berpecah-pecah atau putus-putus dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang kita ragu ialah kapasiti keupayaan SCSB sebuah electricity bond untuk menjana elektrik ini tidak cukup. Akan tetapi penerangan yang sebenarnya tidak diberitahu, alasan setiap soalan yang disoal ialah grid ini tidak integrated. Ini terbukti Tuan Pengerusi, di mana baru-baru ini, pihak kerajaan negeri melalui Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan satu perjanjian yang di meterai di antara Petronas dengan Yayasan Sabah untuk mendirikan satu IPP yang besar di Kimanis menggunakan gas.
Ini berikutan dengan apa yang kita telah sampaikan, bantahan kepada rancangan gas daripada Sabah. Ini adalah satu penambahan yang baik tetapi saya kira pihak SCSB ini telah gagal. Rakyat Sabah begitu menaruh harapan yang tinggi kepada SCSB setelah Tenaga Nasional mengambil SCSB. Akan tetapi rupa-rupanya keadaan bekalan elektrik di Sabah ini terus menerus sedemikian . Di mana kita di Sabah ini sudah biasa, blackout ini kita take for granted. Tadi saya dengar salah seorang Yang Berhormat mengatakan apabila ada blackout di Kuala Lumpur, ini menjadi nasional isu tetapi kami di Sabah ini hampir setiap hari kita ada blackout, we take it for granted. Jadi jawapan-jawapan daripada kementerian setakat ini tidak begitu memuaskan, susah untuk diterima.
Tuan Pengerusi, suatu ketika dulu, ada beberapa rancangan untuk membina dam, empangan di Sabah. Iaitu satu di antaranya ialah di Sungai Papar di Kogopon yang dikatakan bertujuan mempunyai objektif tiga dalam satu. Iaitu penjanaan elektrik, bekalan air kepada kawasan pertanian dan juga bekalan air minum. Akan tetapi nampaknya sampai sekarang ini belum ada tanda-tanda sama ada ianya diteruskan ataupun ditangguhkan.
Saya minta penerangan daripada kementerian apakah rancangan seterusnya. Satu lagi rancangan empangan yang telah diumumkan beberapa tahun yang lalu ialah pembinaan empangan di Ranau. Itu juga ditangguhkan oleh kerana rancangan pada mulanya ialah membangunkan grid dari Sarawak ke Sabah dan Semenanjung.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Jadi program ini telah ditangguhkan. Oleh kerana sekarang tidak lagi ada rancangan untuk mendapat bekalan elektrik dari Sarawak, apakah rancangan ini tidak dihidupkan memandangkan kos penjanaan elektrik di Sabah ini mahal. Sudah tentunya damping ini adalah satu penyelesaian yang baik tapi belum ada tanda-tanda sama ada program ini diteruskan atau tidak. Tuan Pengerusi, pada akhirnya saya hanya menyentuh perkara berkenaan komunikasi. Kita lihat ini mengenai dengan TELCO ini, Telecommunication Company ini. Di Sabah ini mereka mendirikan relay tower ini di sana sini tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada kerajaan negeri, kerajaan tempatan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis ya.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Saya gulung Tuan Pengerusi. Saya minta penerangan daripada Menteri sama ada kementerian ada undang-undang atau peraturan mengawal kerana di Sabah ini saya difahamkan kurang lebih 20 daripada towers ini tidak ada kebenaran. Ini didirikan dicelah-celah perumahan dan sebagainya. Jadi saya harap pihak kementerian dapat memberikan penerangan Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Perkara 06500 sehingga kepada 11300 - Rancangan Bekalan Air ke Seluruh Negeri-negeri yang tersenarai. Sebelum itu Tuan Pengerusi saya ingin mengulang sekali lagi seperti yang disentuh oleh rakan-rakan terdahulu iaitu berkenaan dengan program kemasukan projek penyaluran air mentah ke Selangor iaitu dengan peruntukan yang disediakan sebagai RM3.4 juta setakat yang dibentangkan pada kita, itu untuk anggaran untuk 2009.
Sekali saya juga bagi pihak rakan-rakan negeri Pahang meminta supaya pihak kementerian memberi maklumat lanjut terutama berkaitan dengan isu empangan Kelau yang dikatakan sebagai pusat reservoir atau takungan yang akan digunakan untuk tujuan penyaluran bekalan air ini ke negeri Selangor. Tuan Pengerusi, di bawah Perkara 70023 - Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB). Saya juga dimaklumkan sebagaimana yang dilaporkan akhbar dan juga pihak kementerian bahawa setakat ini utiliti atau kadar celik IT di kalangan penduduk di seluruh negara adalah kurang daripada 30%. Ini bermakna buat masa ini, polisi untuk mengerakkan secara besar-besaran kempen penggunaan internet dan memanglah projek ini adalah sebagai langkah untuk support system kepada polisi yang dicadangkan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Cuma, saya hendak menimbulkan kebimbangan. Oleh sebab projek ini adalah tertumpu secara khusus hingga kepada 30% utilitinya atau utilization dengan izin kepada golongan-golongan yang sudah tentu tertumpu di kawasan urban, kawasan bandar.
Walaupun kos yang dicadangkan sebanyak RM435 juta untuk membangunkan projek pendahuluan ini yang juga secara keseluruhannya memakan belanja sebesar RM4.8 bilion untuk keseluruhan projek ini.
Namun, hakikatnya 30% sasaran penggunaan itu hanyalah tertumpu kepada lapan juta penduduk negara sahaja. 70% iaitu 19.8 juta penduduk negara masih jauh ketinggalan di dalam aspek digital divide yang cuba untuk kita kecilkan jurang ini dan sudah tentu projek ini dianggap sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jumlah digital di kalangan bandar dan luar bandar. Perkara yang juga menjadi perbincangan atau perdebatan sama ada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program pembangunan HSBB ini dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya oleh majoriti rakyat yang dirangkumi oleh 19.8 juta yang buat masa ini dibuat di bawah kadar celik IT.
Golongan yang teramai ini dianggap sebagai golongan yang terpaksa menanggung atau sebagai support system kepada sistem yang hendak kita sediakan kepada golongan minoriti iaitu golongan yang 30% kurang sahaja. Dengan kos yang begitu banyak dan kita menganggarkan, pihak kementerian sendiri menganggarkan kadar celik IT
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
akan bertambah di dalam masa tiga sehingga lima tahun. Sekiranya perkara ini menjadi ukuran atau pun asas ukuran kepada pelaksanaan projek ini, sudah tentu lima tahun menjadi satu jangka masa yang menyebabkan golongan yang hendak kita celikkan dalam bidang IT ini telah pun obsolete dari segi pergerakan teknologinya.
Jadi, oleh kerana itu, di antara kerisauan yang juga dibangkitkan oleh rakan-rakan kita yang lain, di kawasan luar bandar apabila tersedianya perkhidmatan ini, adakah kementerian atau kerajaan mahu menimbang kepada golongan yang dikatakan di dalam proses untuk celik IT ini kerana kadar utilizationnya dengan izin amat rendah. Walaupun mereka baru terdedah kepada bidang ini, maka kebolehgunaan mereka terhadap sistem dan kemudahan ini amat rendah kadarnya berbanding kepada golongan yang telah mahir terhadap penggunaan ini.
Pada mereka ini adakah kementerian atau kerajaan menimbang satu bentuk barangkali subsidi atau pun galakan penggunaan kepada perkhidmatan ini. Ini dengan mengambil kira oleh kerana mereka ini adalah golongan yang terkebelakang dari segi kebolehcapaian mereka dalam penggunaan secara meluas di dalam bidang-bidang IT dan teknologi ini. Sekiranya ini berlaku atau pun ditimbang untuk kepada golongan-golongan yang dikatakan sebagai selain daripada golongan mahir IT 30% tadi, saya fikir adalah sangat munasabah.
Saya fikir ini boleh mengerakkan secara menyeluruh kesedaran kepada IT, literasi atau kebolehcelikan penggunaan IT sebagaimana tujuan asal untuk mempertingkatkan infrastructure dalam penggunaan high speed broadband untuk menjadikan seluruh negara kita dilengkapi oleh infrastruktur IT yang terbaru dan termoden. Ia juga untuk meningkatkan capaian-capaian masyarakat atau rakyat kita terutama yang selama ini dianggap sebagai golongan yang tersisih akibat digital divide kerana perancangan inilah yang selama ini dikatakan sebagai usaha kita untuk merapatkan jurang ini. Saya kira sekiranya perkara ini dilihat dengan jelas oleh pihak kementerian, satu polisi khas bolehlah kita timbangkan kepada golongan-golongan yang terbesar iaitu 70% tadi yang agak terkebelakang di dalam utilization dengan izin kepada ICT dan juga bidang teknologi internet ini.
Tuan Pengerusi, perkara terakhir yang saya hendak sampaikan di sini ialah perkara yang saya sebut permulaan tadi iaitu isu bekalan air. Berdasarkan kepada dua contoh pada masa ini iaitu penswastaan perkhidmatan bekalan air yang berlaku di Selangor dan juga di Johor. Secara spesifiknya, saya mendapat maklum bahawa kes contoh di dua negeri ini telah pun sekarang memasuki frasa di mana wujudnya pertikaian dari segi tuntutan bayaran serta perkhidmatan.
Perkara yang menjadikan komplikasi yang lebih rumit lagi apabila timbul soal-soal teknikal di dalam tuntutan bayaran serta tanggungan kos yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Kita lihat penswastaan air di Negeri Johor, Syarikat Ranhill dengan di bawah monitoring oleh Syarikat Air Johor dan juga penglibatan oleh syarikat-syarikat yang terletak di bawah bidang pengurusan dan maintenance di bawah Syarikat Air Johor mengalami masalah tuntutan. Saya dimaklumkan beberapa syarikat di bawah konsortium ini telah mengalami masalah tuntutan daripada kerajaan negeri tertangguh sejak lima tahun kebelakangan ini.
Perkara ini menjadi satu kerisauan terutama kepada pengguna-pengguna yang memerlukan bekalan air bersih sebagaimana yang diberitahu dan disebut oleh beberapa rakan Ahli Yang Berhormat tadi. Kita bimbang perkara ini akan accumulate atau terkumpul sebagai satu masalah besar di dalam kita inginkan satu perkhidmatan penyaluran bekalan air bersih kepada rakyat kita akhirnya bergelumang dengan aspek atau masalah tuntutan daripada pihak swasta dengan kerajaan negeri. Saya harap perkara ini dapat diterangkan oleh pihak kementerian. Kita harap perkara ini segera dapat diselesaikan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan Tahun 2009 atas maksud bekalan dan Pembangunan 29, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
Tuan Pengerusi, saya tidak akan mengikut giliran Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah bercakap tetapi akan cuba menjawab atau pun menyahut pertanyaan teguran atau saranan mereka mengikut sektor iaitu sektor tenaga, selepas itu sektor air dan selepas itu sektor komunikasi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu lagi Yang Berhormat. Kalau dapat dalam masa satu jam menggulung Yang Berhormat sebab saya melihat semalam, tiga jam satu kementerian baru kita boleh habiskan semua kementerian pada 5 hari bulan Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Saya cuba. Tuan Pengerusi, saya akan cuba menghabiskan semua jawapan dalam masa satu jam. Yang Berhormat Pontian dan Machang telah bertanya berkenaan dengan apakah dasar negara untuk menjana elektrik daripada kuasa nuklear.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi bersama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ataupun MOSTI sedang mengkaji pros dan cons, dengan izin, penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik. Hasil kajian ini akan dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan.
Dalam menimbangkan penggunaan nuklear, kerajaan akan memberi perhatian serius kepada semua aspek. Ditanya pula apakah sumber tenaga untuk menjana elektrik dalam tempoh 10 hingga 20 tahun? Yang Berhormat Pontian dan Machang telah bertanyakan soalan ini. Penggunaan tenaga nuklear pada masa jangka panjang akan mengambil kira keselamatan bekalan elektrik dengan harga yang berpatutan pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Padang Terap bertanyakan berkenaan dengan tarif penjualan elektrik daripada Bakun. Cadangan tarif oleh TNB dan Sarawak Energy Berhad. Bekalan elektrik daripada Projek Bakun adalah penting bagi menjamin bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia. Pada masa ini, Projek Bakun dianggarkan siap hampir 88%. Bagi pembinaan saluran kabel dasar laut, satu konsortium yang terdiri daripada TNB, Sarawak Energy Berhad dan Kementerian Kewangan diperbadankan sedang dipertimbangkan. Bagi membiayai saluran kabel dasar laut, kerajaan sedang meneliti kos pembiayaannya dan cara pembiayaan yang berekonomi supaya projek ini berdaya arah dan tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung Malaysia akan juga diambil kira dan tarif kepada Tenaga Nasional Berhad sebagai one-off taker, adalah berpatutan. Berkenaan dengan pelantikan…
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Penjelasan!
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
…Berkenaan dengan pelantikan konsultan projek ini. Ini adalah di bawah Kementerian Kewangan tetapi Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi sentiasa berkongsi pandangan dan memberi maklumat-maklumat yang diperlukan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengambil perkiraan semua yang disebutkan oleh sama ada Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat mahupun backbenchers, apakah kementerian bersedia untuk menimbangkan kerana kita punya kelebihan, excess production sebanyak 40 – 45% apabila Jimah plant yang menggunakan coal tahun hadapan mengeluarkan ataupun menjana electricitynya sudah hampir kepada 47% akses on the national grid. Persoalannya dengan the undersea cable ini yang berjumlah 9 bilion dengan costing dan fund raising yang belum begitu jelas lagi sehingga kini. Persoalan e-master plan tenaga itu yang sangat-sangat diperlukan perlu ditetapkan dahulu. Perlu dirumuskan dahulu. Akan tetapi nampaknya we are putting the cart before the horse.
Jadi kita tidak nampak satu perancangan yang punya wawasan, punya business sense, punya berdaya maju, cost effective, risk benefit dan segalanya kerana perkara yang
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
disebutkan oleh beberapa termasuk saya tadi adalah kerana kita tidak punya satu e-master plan tenaga yang jelas. Terima kasih. Apakah Yang Berhormat timbalan Menteri sedia membawa perkara ini untuk diperbincangkan dalam blueprint renewal energy sekali lagi?
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor di atas pencelahan. Tuan Pengerusi, sekiranya boleh saya dibenarkan untuk menyelesaikan dahulu sektor tenaga supaya kita tidak akan meletakkan cart before the horse ataupun dengan kata lain, sebelum kita menganggapkan bahawa jawapan ataupun apa yang saya akan sebut itu pula tidak memasukkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Saya akan memberi ruang pencelahan selepas saya habis menghuraikan jawapan kepada sesuatu sektor. Sekiranya dapat kita persetujukan Tuan Pengerusi, kita akan dapat cepat lagi habis menyelesaikan perkara tentang bekalan dan pembangunan untuk Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Setuju Yang Berhormat. Akan tetapi Yang Berhormat bagi signal suruh duduk dahulu, biar habiskan ini.
Jangan duduk sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Okey. Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya atas keperluan Projek Bakun dengan Projek Hidro Jelai dan Hulu Terengganu yang akan dibina. Ini mungkin sedikit sebanyak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Projek Hulu Jelai adalah berkapasiti 372 megawatt dan projek Hulu Terengganu 250 megawatt. Ini hanya merupakan peaking plants yang dijangka akan beroperasi mulai tahun 2014. Kedua-dua projek hidro ini tidak dapat beroperasi sepenuhnya untuk membekalkan tenaga elektrik bagi base load disebabkan isi padu air yang terhad. Justeru kita masih memerlukan tenaga elektrik dari Bakun bagi menjamin bekalan yang berterusan dengan harga yang berpatutan.
Yang Berhormat Padang Terap telah bertanya berkenaan dengan kajian Khazanah Nasional mengenai struktur sektor tenaga. Kajian ini dijalankan bagi melihat isu- isu sektor tenaga seperti penetapan harga dan pengagihan bahan api iaitu gas, dasar penetapan tarif, governance serta penstrukturan semula industri bekalan elektrik yang lebih telus seperti sistem ring fencing mengoperasi tenaga dan competitive bidding untuk projek- projek baru. Input daripada kajian ini akan diguna pakai bagi merangka hala tuju industri bekalan elektrik pada masa akan datang.
Yang Berhormat Padang Terap juga bertanyakan mengapa tarif elektrik tidak diturunkan apabila harga minyak mentah telah turun? Harga gas kepada sektor elektrik masih pada harga iaitu RM14.31 sen per MMBTU. Harga ini masih lebih rendah daripada harga pasaran. Harga elektrik akan beransur-ansur ke arah harga pasaran atau market mechanism seperti yang dinyatakan dalam RMK-9.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Minyak hanya menyumbang 0.2% kepada campuran penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia. Arang batu menyumbang kira-kira 28% hingga 30% kepada elektrik yang dijana di Semenanjung Malaysia dan harga arang batu yang diunjurkan pada masa kita menetapkan tarif adalah USD75. Pada masa ini harga arang batu belum nampak menurun kepada paras yang rendah lagi dari USD75.
Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya adakah projek saluran bekalan elektrik daripada Bakun diteruskan ke Semenanjung Malaysia atau tidak. Kapasiti terpasang Bakun adalah 2400 megawatt dan yang dijangka akan disalurkan ke Semenanjung Malaysia adalah 1500 megawatt.
Walaupun kapasiti ini dikatakan 2,400 megawatt tetapi memandangkan ada kalanya air tidak begitu banyak ataupun paras air di empangan tidak begitu tinggi, oleh yang demikian berkemungkinan besar kapasitinya tidak mencapai 2400 megawatt sepanjang masa. Ada masanya lebih kurang dan diunjurkan bahawa practical capacity adalah hanya 1800 megawatt ke 1900 megawatt. Bekalan elektrik daripada Bakun ke Semenanjung Malaysia adalah penting bagi mencampuri iaitu bahan bekalan elektrik di
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Semenanjung. Kalau tidak, Semenanjung Malaysia hanya akan bergantung pada gas dan arang batu. Walaupun ada elektrik dari hidro-hidro yang telah saya sebutkan tadi, ianya hanya merupakan sedikit sahaja. Ini belum mengambil kira adakah tidak kita akan menggunakan penjanaan mengguna tenaga nuklear.
Yang Berhormat Kuala Selangor telah menyarankan supaya diadakan satu energy...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia kata tunggu habis topik ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sudah habis jawapan saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Topik ini belum habis lagi.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Belum.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
He’s going to another...
Dato' Joseph Salang anak Gandum
No, apa yang saya katakan Yang Berhormat iaitu biarkan saya habiskan...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bakun sudah habis?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Belum.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia electricity Yang Berhormat bukan Bakun.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Sektor electricity, boleh juga dibangkitkan berkenaan dengan Bakun. Yang Berhormat Kuala Selangor mengatakan betapa pentingnya Energy Master Plan dan energy blueprint. Kementerian sedang menyediakan pelan induk tenaga boleh diperbaharui untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam penjanaan elektrik. Selain itu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri sedang menyediakan dasar tenaga baru yang merangkumi input dari semua agensi berkaitan sektor tenaga termasuklah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Dasar ini akan membantu menjamin bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan untuk jangka masa panjang.
Yang Berhormat Machang meminta maklumat tambahan berkenaan sumber- sumber tenaga untuk penjanaan tenaga masa 10 hingga 20 tahun akan datang. Di samping rancangan untuk penjanaan tenaga elektrik, kementerian sedang mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan tenaga menerusi demand side management. Langkah tersebut akan mengurangkan pembaziran tenaga, Kempen Kecekapan Tenaga kebangsaan telah dijalankan pada 10 November 2008 untuk meningkatkan kecekapan mengenai kecekapan tenaga.
Kerajaan telah memperkasakan dasar lima bahan api pada tahun 2001. Untuk menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti biomass solar, mini hydro dan yang lain-lain seperti solid waste yang selalu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mambong dan yang lain-lain berkenaan dengan kemahiran mereka dalam perkara alam sekitar.
Yang Berhormat Tuaran membangkitkan soalan berkaitan sering kalinya blackout di Sabah dan bertanyakan berkenaan Empangan Liwagu. Yang Berhormat kita mengetahui bahawa blackout memang sering berlaku di Sabah lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur Sabah lebih kerap kali dari di Pantai Barat Sabah. Yang Berhormat Tuaran duduk di Pantai Barat maka lebih kurang lagi dari apa yang berlaku di Pantai Timur Yang Berhormat. Kita mengaku bahawa ini memang berlaku dan kementerian ini dengan seberapa daya upaya mencari jalan untuk mengatasi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan kita di Sabah.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Bagaimana Yang Berhormat sendiri sebutkan tadi beberapa projek penjanaan elektrik menggunakan gas telah dan sedang dirancang di Pantai Barat Sabah iaitu satu projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu perkongsian di antara Petronas Gas dan Sabah Foundation yang akan menjana 300 megawatt dan diunjurkan siap dalam tempoh tiga tahun. Bagi Empangan Liwagu Yang Berhormat sebagaimana yang telah saya sebutkan beberapa kali dahulu di Dewan yang mulia ini dan di Dewan Negara bahawa Empangan Liwagu sedang dalam pertimbangan iaitu oleh sebab dulu memang ada study on the hydrology di perspektif empangan itu sudah disediakan tetapi oleh sebab ini adalah yang terlampau lama iaitu lebih 10 tahun dahulu dan oleh yang demikian kementerian meminta supaya penyiasatan hidrologi baru disediakan dan ini memang dipertimbangkan begitu juga di Upper Padas.
Yang Berhormat Bandar Kuching tadi hendak bertanya?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ya, benar bahawa kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang mengatakan sudah terlalu banyak bekalan electricity di Semenanjung Malaysia sehinggakan ia telah mencapai 42% akses kapasiti dan beliau akan dengan beransur-ansur mengurangkan bekalan electricity di Semenanjung Malaysia. Kalau itu adalah satu kenyataan kebenaran, maka bukankah ada percanggahan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Semenanjung Malaysia sini masih perlu electricity yang dijana daripada Bakun Dam. Apakah penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan beri terhadap percanggahan kenyataan itu?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh, soalan yang sama.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Soalan yang sama, okey.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Kementerian tentunya sedar bahawa di Sarawak sahaja terdapat 33 lokasi untuk mini hidro dan di Perak ada 22. Kelantan pun ada, di pantai timur pun ada. Maka persoalan yang penting untuk dipecahkan oleh kementerian adalah menentukan dari sudut satu master plan. Berapa banyak? Walaupun kita sudah ada reserve capacity.
Jadi berlatarbelakangkan kesemuanya ini untuk membuat satu projek RM9 bilion mendasari laut ataupun under sea cable untuk membawa dan transfer the energy produce from Bakun ini, satu perkara yang amat tidak munasabah dan tidak wajar. Kerana apa this is why saya quote kan tadi, we are putting the cart before the horse kerana di sana tidak ada perancangan. Tidak ada satu visi, tidak ada satu master plan dan itu tidak termasuk lagi renewable energy. Bila kita sebut-sebut tentang nuklear Vietnam dan Thailand sudah ada perancangan untuk 20 tahun akan datang when they are using nuclear, tapi kita semua ini tidak ada dan pada waktu tergopoh-gapah ini kita mahu membina satu RM9 bilion undersea cable. Kesemua ini memerlukan satu penelitian yang lebih bertanggungjawab.
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Bandar Kuching dan...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu bangun.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Isu yang sama.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Sama isu?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, ya.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Kalau sama, then you dengar jawapan dahululah.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tak, tak. Saya hanya hendak sedikit. Satu minit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan kerana TNB sudah menyatakan satu roadmap atau satu National Energy Policy akan digubal. So, kalau perkara ini terkandung dalam nasional polisi ini, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan sama ada Bakun dan juga sumber-sumber tenaga ini dimasukkan dalam dasar ini. Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Batu dan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat dari Kuala Selangor dan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Pertanyaan Yang Berhormat dari Batu, adakah Bakun atau projek-projek yang lain akan dimasukkan ke dalam energy national policy yang akan dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Saya percaya ianya memang dimasukkan. Kalau tidak itu adalah satu ketempangan dan saya mengharapkan bahawa bukan itu sahaja dalam National Energy Policy itu, ia akan merangkumi juga penjanaan-penjanaan elektrik menggunakan bahan- bahan api yang lain.
Berkenaan dengan mengapa ada percanggahan yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Bandar Kuching. Sebenarnya Tuan Pengerusi, tak ada percanggahan.
Pada masa ini memang ada kelebihan dan ada rizab kapasiti sekiranya penjanaan Jimah nanti beroperasi, memang kita ada kapasiti yang melebihi penggunaan 47%. Ini tidak termasuk bila masa kita hendak hentikan sesuatu penjana ataupun beberapa penjana elektrik ataupun ada kerosakan yang tidak dijadualkan dan oleh yang demikian memang di kementerian, kita mengharapkan bahawa rizab kapasiti adalah di lingkungan 20% hingga 25% dari kapasiti yang digunakan, tetapi pada masa ini ada 47% sekiranya Jimah nanti beroperasi dan ini tidak bercanggah dengan pendirian bahawa elektrik dari Bakun akan juga diminta ataupun diguna pakai di Semenanjung Malaysia, oleh kerana ini bukan besok kita dapat sambungkan elektrik dari Sarawak. Ini mengambil masa dan dalam masa yang panjang perkembangan pembangunan ekonomi kita akan berjalan dan permintaan atas penggunaan electricity juga akan bertambah.
Oleh yang demikian, apa yang kita katakan pada hari ini rizab akan tidak menjadi rizab bila sampainya masa untuk kita menyambungkan elektrik dari Hidro Bakun, dan saya mengharapkan Yang Berhormat dari Kuala Selangor dan Bandar Kuching boleh terimalah.
Kalau tidak nanti di luar kita berkongsi pandangan ataupun macam mana kita boleh memperbaiki lagi keadaan elektrik kita di negara ini dan saya bersetuju dan saya sedia untuk menyumbang kepada apa yang Tenaga Nasional Berhad rancangkan dan apa juga kementerian saya rancangkan dalam hal penjanaan atau penggunaan elektrik di negara kita.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Ya, apa lagi Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Seminit, seminit sahaja. Sedikit lagi.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Apa yang saya hendak perjuangkan adalah kepentingan orang Sarawak. Bakun Dam dibina di Sarawak. Alam sekitar Sarawak dirosakkan dan kita semua tahu bekalan electricity daripada dam atau empangan adalah salah satu yang termurah sekali. Matter of generation of the electricity dan kenapa electricity yang dijana daripada Bakun Dam tidak boleh dibekalkan untuk orang Sarawak, tetapi sebaliknya kerajaan mahu membelanjakan RM9 bilion untuk membekalkan electricity itu kepada Semenanjung Malaysia? Yang Berhormat Timbalan Menteri juga dari Sarawak, kenapa kita orang Sarawak tidak boleh menikmati electricity yang lebih murah dan sebaliknya kerajaan mahu belanja lebih banyak lagi untuk membekalkan electricity itu ke
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Semenanjung Malaysia? Ini tidak adil untuk orang Sarawak. Apakah pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit lagi. Tuan Pengerusi, sementara saya menyokong sahabat saya Yang Berhormat daripada Bandar Kuching tentang kepentingan, tentang pembangunan lestari, sustainable, pencemaran dan segala-galanya sementara saya sokong itu, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana dalam berlatarbelakangkan pending crisis Tuan Pengerusi, kita sanggup berbelanja dengan satu jumlah wang rakyat, tax payers money sementara itu bukan penyelesaiannya pun kita nampak.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini yang menjadi cukup menyakitkan dan ini perancangan yang mintak maaf kalau saya keterlaluan. Ini perancangan runcit-runcit dan ia go to end with. Ini perlu tamat, ya kerana ia akhirnya mengorbankan bilion dana rakyat. Itu persoalannya dan kalau saya hendak pertikaikan tentang how old pelan itu yang mengeluarkan 1,400 kilo watt itu kita bertanya sementara coal itu, batu arang itu didapati kita tidak menjual lagi. Kalau Indonesia tutup supply pada kita, hentikan. Apa? Bagaimana?
Jadi kesemuanya ini saya sebutkan sekali lagi adalah kerana kita tidak punya satu wawasan, satu master pelan yang jelas, yang konsisten, yang berunjuran, berwawasan and kita kerap terperangkap dalam perancangan ataupun pelaksanaan runcit seperti ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baiklah Yang Berhormat, saya dengar.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, ini yang cukup menyakitkan Tuan Pengerusi dan kita minta kementerian mengambil kira perkara ini bukan hanya untuk...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya pun dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada master pelan hendak dirangka oleh TNB itu Yang Berhormat. Itu saya ada dengar tadi. Jadi janganlah katakan sebelum master pelan itu keluar kita kata belum baik lagi. Tunggulah master pelan keluar.
Seorang Ahli
Tetapi persoalan Bakun hendak diluluskan itu, perlu ditangguhkan Tuan Pengerusi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Perlu ditangguhkan dulu.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat dari Bandar Kuching. Saya tidak sangka bahawa Yang Berhormat ini territorial betul.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini bukan territorial.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Projek itu undersea kabel itu tidak masuk akal langsung lah. Kalau ada akses bekalkan kepada Sabah juga, lebih baik, lebih dekat, lebih menjimatkan duit.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Apabila Yang Berhormat bercakap, saya duduk mendengar dan mengapa pula Yang Berhormat tidak boleh duduk mendengar bila saya bercakap.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya tidak tuduh menuduh. Tetapi Yang Berhormat...
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Duduklah. Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya bukan territorial tetapi ini adalah business acumen dan kebajikan orang Sarawak kerana sepanjang masa ini kita membayar tarif electricity termahal sekali di seluruh Malaysia. Setuju ke Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat belum mendengar, macam mana Yang Berhormat tahu apa yang saya hendak katakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Berkenaan dengan penyaluran elektrik daripada Bakun ke Semenanjung Malaysia bukannya semata-mata kita hanya hendak menguntungkan orang di Semenanjung Malaysia. Kita di Sarawak pula akan juga menikmati hasil daripada penjualan elektrik itu, oleh sebab kita akan mengambil keuntungan dari penjualan air yang menerusi terowong untuk penjanaan elektrik ini. Dari itu, penjanaan elektrik dari Empangan Bakun itu kelak akan juga memberi manfaat kepada negeri kita Sarawak dan kita akan menerima iaitu harga penjualan air yang mengikut tarif yang di Kelapkan ke atas air melalui terowong menjana elektrik itu.
Sekiranya kita di minta untuk menyalurkan air ke Semenanjung atau menyalurkan elektrik, lebih senang kita menyalurkan elektrik. Begitu juga berkenaan dengan the safety of supply, security of supply untuk Peninsular Malaysia dengan izin. Sekiranya Peninsular Malaysia atau Semenanjung Malaysia memang betul-betul menghendaki elektrik dari Bakun, apa salahnya kita salurkan elektrik ini ke Semenanjung...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukankah membazir.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Ini belum terjadi. Kita hanya merancang untuk membawa elektrik ke Semenanjung Malaysia dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Bandar Kuching, dari Kuala Selangor tentu akan termasuk juga dalam perbincangan untuk menetapkan bilakah, berapakah tarikhnya, jadi kah tidak penyaluran elektrik ini dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia.
Ini semuanya fakta-fakta yang akan di ambil kira bila kita menilai projek yang berkos berbilion-bilion ringgit ini. Berkenaan dengan harga yang tinggi adakah kita membazir atau tidak. Tidak, kita tidak membazir oleh kerana penjanaan dan kos perbelanjaan untuk penjanaan elektrik adalah bukan pembaziran. Ianya adalah untuk keselamatan bekalan elektrik kepada negara dan sekiranya ini tidak menyumbangkan security of supply dengan izin ke Semenanjung Malaysia, ianya mungkin tidak akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Memang ada pendirian dan pandangan yang berbeza berkenaan dengan projek ini. Begitu juga dengan kos itu pun naik turun dan sekarang oleh kerana harga tembaga banyak menurun, di anggarkan juga kos kabel dasar laut ini akan juga menurun.
Selepas ianya di ambil kira, adakah ini viable atau pun tidak akan diputuskan bukan pada masa sekarang, bukan pada petang ini. Ini pada masa yang lain dan oleh kementerian yang lain juga. Saya hanya mengharapkan bahawa keterangan yang telah saya berikan ini mencukupi untuk sedikit sebanyak menjawab pertanyaan Yang Berhormat.
Saya memang tidak boleh memuaskan hati semua yang bertanya kerana apa yang kita tahu adalah sedikit sahaja dan banyak lagi yang kita tidak tahu dan semua kita tidak ada the crystal bowl. Kita tidak ada crystal bowl untuk melihat adakah ia nya akan berlaku atau tidak. Adakah ia nya memang betul memberi keselamatan bekalan kepada negara ataupun tidak. Itu pun kita tidak tahu.
Bagaimana kalau ada gempa bumi yang kuat? Ada juga yang bertanya macam itu dan kemungkinan juga terputus talian kabel itu. Oleh yang demikian, saya harap kita hanya berpuas hati buat sementara waktu bahawa kerajaan akan melakukan apa yang terpenting dan apa yang boleh kita harap dapat menampung keperluan negara.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi sikit lagi, tiga minit. Dua minit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak Yang Berhormat. saya hendak bagi nasihat kepada Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak bersetuju dengan penjelasan Timbalan Menteri, sampai bila-bila pun Yang Berhormat tidak hendak bersetuju. Itu sahaja, saya dengar Yang Berhormat punya hujah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Bukan tidak setuju.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat hanya menekankan Yang Berhormat is only right. The wisdom is yours. Jadi Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tolong Tuan Pengerusi. Saya tidak berkata sedemikian, saya tidak pernah mengatakan sedemikian.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya dengar.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya sedia menerima pandangan, penjelasan Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dengarlah penjelasan ini, kemudian buat penjelasan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya dengar dan saya pun katakan saya sedia menerima pandangan Timbalan Menteri. Persoalannya Timbalan Menteri perlu juga mengambil kira apa yang kita hujahkan selama ini. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah diambil kira, dia tadi sudah kata sudah di ambil kira. Jadi kalau kita insist petang ini pun tidak boleh habis Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tidak. Tidak, saya tidak...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya berdiri sana, kalau saya duduk sana Yang Berhormat setengah hari pun tidak boleh habis jawab saya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Betul, tetapi Timbalan Menteri perlu mengambil kira kesemuanya ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu dia kata tadi sudah ambil kira sudah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya sudah kata sudah. Don’t put the cart before the horse. Jangan buat keputusan sebelum perkara itu sebab tidak ada master pelan, how do you decide, sebab itu jangan dibuat keputusan dahulu. Itu yang saya minta.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mana cerita master pelan tadi dia sudah bagi tahu akan dibuat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Oleh sebab itu tidak boleh dibuat keputusan sebelum dibincangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila. Sila.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Bolehkah kita buat kesimpulan bahawa projek ini, undersea cable ini kan ditimbang semula semua pro and cons dan kita juga harap dalam National Energy Policy ini, dalam kertas ini yang dikeluarkan dan semua ini akan dilingkungi dan kita dapat penjelasannya yang lebih jelas dari sekarang. Adakah ini kesimpulan yang jawapan Timbalan Menteri tadi?
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu adakah itu kesimpulan. Jangan pula nanti Yang Berhormat manipulate juga kesimpulan itu. Memang sebagaimana yang telah saya katakan apa yang kita tahu kita sebut sekarang dan apa kemungkinan yang besok kita tidak tahu, esok kita pertimbangkan lagi dan berkemungkinan besar...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Menteri tidak boleh jawab begitu.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Berkemungkinan besar faktor-faktor yang tidak kita ketahui pada masa sekarang akan timbul dan oleh kerana timbulnya faktor-faktor yang baru ini mungkin projek ini tidak diperlukan dan elektrik ini tidak perlu dibawa ke Semenanjung Malaysia. Tetapi kalau ada faktor-faktor yang baru yang menunjukkan
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
bahawa projek ini mesti dijalankan dan elektrik ini mesti disalurkan ke Semenanjung Malaysia, ia juga akan dipertimbangkan.
Bukan saya yang memutuskan bahawa adakah projek ini viable atau tidak, adakah Semenanjung Malaysia menggunakan electricity dari Bakun atau tidak, ini adalah ditetapkan oleh teknokrat-teknokrat atau pakar-pakar yang kita pakai untuk meneliti Projek Bakun ini dan begitu juga projek-projek yang lain. Percayalah, kerajaan tidak teragak-agak dalam memutuskan apa jua pandangan ataupun apa jua perkembangan berkenaan dengan Projek Empangan Bakun tetapi yang saya jelaskan di sini Projek Empangan Bakun memang sudah dekat siap dan ianya akan boleh beroperasi menjana tenaga dengan satu turbin pada penghujung tahun 2010 dan berkapasiti penuh menjana elektrik pada kira-kira tiga atau empat tahun kemudian oleh kerana kita terpaksa mengisikan empangan itu dengan air yang diterima dari hulu Sungai Rajang dan Bakun.
Oleh yang demikian kerajaan bukan sahaja hanya menumpukan untuk menyalurkan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia tetapi kerajaan juga mencari jalan bagaimana sekiranya kita dapat menarik pelabur-pelabur dari luar negara ke Sarawak atau ke Sabah untuk menggunakan elektrik yang dijana oleh hidro Bakun dan berkemungkinan besar tarif elektrik yang dijual di Sarawak daripada penjanaan hidro Bakun ini lebih murah daripada yang disalurkan ke Peninsular Malaysia oleh kerana kita tidak akan menanggung kos pembiayaan kabel dasar laut.
Itu yang dalam pertimbangan dan saya yakin bahawa Kementerian Kewangan pun berfikir sedemikian. Saya percaya Kementerian Kewangan tidak menutup fikiran berkenaan dengan Projek Empangan Bakun ini.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingat biar kita beralih ke sektor air yang juga ramai yang bertanya dan menyentuh sektor ini supaya kita tidak mengambil masa yang sangat panjang dan bagi rakan saya dari Bandar Kuching, kita boleh berjumpa di luar besok, lusa dan tahun depan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tidak mahu jumpa di luar.
Sekarang kita bincanglah, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tidak payah kita panjangkan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya hendak tanya satu lagi.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tidak ada lagi oleh kerana masa tidak cukup. Kita sudah diarahkan oleh Tuan Pengerusi supaya habis dalam masa setengah jam lagi.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
[Menyampuk]
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Itu Yang Berhormat, besok kita boleh bincang.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bincang sekarang.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Untuk sesi yang akan datang Yang Berhormat boleh tanya juga...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah, Yang Berhormat, sudah.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
..Masa soal jawab lisan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Klang ingin mendapat penjelasan berhubung dengan caj pemotongan dan sambungan bekalan air akibat kegagalan membayar bil yang dikenakan oleh operator air. Caj pemotongan dan penyambungan yang dikenakan oleh pihak SYABAS adalah berdasarkan jadual yang diluluskan dan diwartakan oleh kerajaan negeri mengikut Enakmen Bekalan Air.
Apabila Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008, SPAN telah mengambil langkan segera untuk mengkaji semula semua kadar dan caj perkhidmatan bekalan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Labuan. Caj baru ini dijangka
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
dapat dikuatkuasakan pada suku tahun kedua tahun 2009. Dengan adanya peraturan baru tersebut, kadar baru akan diseragamkan bagi memastikan ia adalah berpatutan dan munasabah.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Pengerusi, saya yang tanya soalan itu.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah apakah basis untuk arrive RM79.60. What is the basis for that?
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, macam kita cakap berkenaan sektor...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia hendak habiskan penggulungan dulu. Selepas itu baru tanya.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Ya, supaya Yang Berhormat pun boleh tahu apakah jawapan yang lain berkenaan dengan soalan lain ataupun soalan rakan-rakan yang lain.
Yang Berhormat Klang juga ingin mendapat penjelasan berhubung audit prestasi kenaikan tarif air SYABAS untuk dibentangkan di Parlimen sebelum keputusan dibuat.
Kementerian bersama SPAN telah mewujudkan satu mekanisme yang termaktub di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang dikenali sebagai Forum Air. Mekanisme ini akan digunakan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung dengan prestasi operator air yang memohon kenaikan tarif air. Laporan audit prestasi SYABAS akan dibentangkan di dalam Forum Air tersebut.
Yang Berhormat Pontian, Padang Terap, Mambong dan Pasir Mas ingin mendapat penjelasan berhubung jumlah pengagihan peruntukan dan perancangan kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan air bersih. Peruntukan tahunan yang disenaraikan dalam bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan unjuran aliran tunai tahunan. Unjuran tahunan itu dibuat berdasarkan kemajuan projek. Oleh itu jumlah yang dipohon melambangkan kemajuan pelaksanaan projek di sesebuah negeri.
Di Negeri Sembilan kebanyakan projek baru bermula, manakala di Sabah dan Sarawak projek adalah hampir siap. Ini menyebabkan bajet untuk Negeri Sembilan lebih banyak daripada Sarawak dan Sabah.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Kerajaan bersetuju dengan pandangan dan saranan bahawa perkhidmatan air penting dan perlu ditingkatkan penambahbaikan ini dibuat melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun, RMK-9 dan diteruskan ke RMK-10.
Yang Berhormat Mambong dan Yang Berhormat Jempol menyarankan peningkatan perkhidmatan pembetungan negara. Kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa perkhidmatan pembetungan perlu ditingkatkan untuk kesejahteraan rakyat.
Kementerian melalui projek-projek yang dilaksanakan di bawah RMK-9 sedang berusaha untuk menyediakan infrastruktur.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
[Bangun]
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Boleh saya habiskan perenggan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Masih dengan air lagi?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Ya, ya. masih. Saya masih dengan sektor air, pegawai-pegawai pembetungan dan perkhidmatan air sedang berusaha untuk menyediakan infrastruktur baru dan juga menaik taraf sistem sedia ada termasuk menggunakan kaedah dan teknologi rawatan terkini termasuk di negeri Sarawak, di kawasan-kawasan pelancongan dan tempat-tempat yang sering dilawati pelawat.
Perkhidmatan pembetungan yang efisien adalah penting untuk kawalan tadahan air kerana ia perlu dipelihara. Apa yang selalu disebutkan dan pada tahun ini, bagi seluruh dunia tahun ini adalah Tahun Air sebenarnya. Apa yang kita ambil jika ia bersih perlu juga dikembalikan kepada alam secara bersih. Itu yang selalu kita sebutkan di kementerian.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Mambong bertanya mengapa projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor dan beliau juga memberi pandangan bahawa ada sebabnya. Projek ini bertujuan untuk memenuhi permintaan air di Lembah Klang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sering meningkat. Sebagaimana yang telah termaklum, kawasan ini adalah kawasan yang paling membangun di negara ini. Bagi menjamin bekalan air yang mencukupi maka kerajaan telah merancang projek ini yang boleh membekalkan air sehingga tahun 2025. Memandangkan sumber air berkurangan di negeri Selangor akibat permintaan yang meningkat maka projek ini adalah yang terbaik untuk membekalkan air yang sustainable kepada negeri ini. Kementerian ini telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk mewartakan kawasan tadahan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sumber air masih lagi di dalam bidang kawasan kerajaan negeri. Oleh yang demikian kementerian ini bersama-sama dengan Kementerian Sumber Alam Sekitar dan kerajaan negeri bekerjasama untuk mewartakan kawasan-kawasan tadahan air di seluruh Semenanjung Malaysia.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Mambong, boleh saya habiskan dulu sektor ini supaya kita senang berbincang pada apa Yang Berhormat akan bangkitkan.
Yang Berhormat Kuala Selangor meminta jadual pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Projek ini dijangka akan siap di penghujung tahun 2013. Terdapat empat pakej untuk projek ini. Kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Tenom mencadangkan supaya perkhidmatan pembetungan di Tenom dipertingkatkan. Usaha untuk meningkatkan perkhidmatan air di kawasan Tenom sedang dilaksanakan di bawah RMK-9.
Yang Berhormat Kuala Selangor ingin mendapat penjelasan berhubung tarif perkhidmatan pembetungan negara. Kementerian menyambut baik keprihatinan Yang Berhormat berhubung perindustrian pembetungan dan yakin bersetuju dengan pendekatan caj tarif pembetungan berkonsepkan berikut:
(i) caj tersebut berkonsepkan polluters pay;
(ii) caj tersebut adalah untuk memelihara sumber air dan alam sekitar; dan
(iii) caj tersebut menggalakkan penggunaan air secara berhemah.
Kadar tarif sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan air di negara kita.
Yang Berhormat Indera Mahkota ingin penjelasan ke atas masalah tuntutan syarikat rawatan air dengan kerajaan negeri. Perkhidmatan air di Johor dan Selangor yang kini diswastakan adalah tidak mapan. Usaha telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan satu industri yang holistik dan berdaya maju. Bagi tuntutan syarikat rawatan air dengan Kerajaan Negeri Johor tunggakan tersebut akan diambil kira dalam penstrukturan semula industri yang sedang dimuktamadkan. Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih, Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya saya ingin menyentuh tentang pembetungan. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menyebut mengenai pembetungan di kawasan pelancongan. Memang saya bersetuju bahawa mesti ada sistem yang terbaik kerana di kawasan pelancongan kadangkala apa yang terdapat di situ adalah bilik air yang standalone, satu sahaja. Jadi, yang digunakan adalah tangki septik tetapi tangki septik ini adalah tidak efisien. Oleh yang demikian pengairan dan pelepasan air kumbahan pun masuk ke dalam sungai.
Dua minggu yang lepas apabila saya membentangkan satu kertas teknikal dalam Forum ... 2008, mereka menekan hanya kebersihan di dalam bilik air tetapi tidak menekankan sistem pembetungan. Apa terjadi kalau alam sekitar kita tercemar? Apa terjadi
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
kalau di sekeliling bilik air itu berbau? Inilah satu masalah yang terdapat di dalam negara kita. Jadi, saya harap satu sistem yang lebih baik. Saya boleh buat reka bentuk dan design kalau kementerian mahu. Ia harus dikenal pasti di kawasan-kawasan pelancongan.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan tentang sustainable water supply tadi, tetapi air yang akan dipindah ke Selangor hanya hingga tahun 2025. Jadi maknanya dari sekarang adalah 17 tahun. Kalau 17 tahun, ini tidak sustainable, kalau sustainable, memang untuk selama-lamanya.
Oleh yang demikian, apa akan terjadi selepas tahun 2025. Ini juga kita mesti fikirkan tentang the next generation, dengan izin, kerana...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat kalau berucap macam ini Yang Berhormat..
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Saya dah tanya dia.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat cepatkan sikit persoalan.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Cepatlah ini, saya dah tanya dia.
[Disampuk] Apa terjadi selepas tahun 2025. Ini jadi masalah, kerana alam sekitar ini bukan kita yang punya, anak cucu yang kita yang punya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita bagi Klang
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa audit tarif boleh disemak menerusi Forum Air. Akan tetapi saya ingin memberitahu Yang Berhormat Menteri bahawa dalam tahun 2006, bila Key Performance Indicators ataupun audit tarif dibuat untuk menyukat tarif di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sebanyak 15% untuk Syabas, audit tarif itu dikategorikan sebagai under OSA, di bawah OSA. So saya tak faham macam mana suatu audit di bawah OSA boleh di bincang di bawah Forum Air ini.
Kedua, soalan saya ini ialah adakah pandangan kementerian bahawa Forum Air lebih berkuasa dan applicable representative daripada Parlimen. Ini saya tak faham sebab pada pandangan saya Forum Air sebenarnya diwakili oleh kawan-kawan Syabas, so you cannot take off audit go to dengan izin to Forum Air di mana kawan-kawan mereka akan debate dan bincang. So this must be done by Parliament, sebab Parliament is the highest policy - making body or law - making body.
So saya fikir, priority kementerian tak begitu tersusun ataupun elok. Ketiga, Yang Berhormat Menteri, penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Saya telah dengar Menteri KTAK dan beberapa orang katakan bahawa kita akan adakan shortage air di Selangor. Oleh sebab itu, projek ini mesti dienforce or been carried out, tapi pada hari ini, saya tidak dapat mana-mana laporan ataupun kajian yang mengatakan bahawa memang akan diadakan shortage of water di Selangor.
Kedua, kalaupun kita ada shortage of water di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, mengapakah pihak kerajaan tidak mengenforce conservation policy termasuk rainwater harvesting. Saya ingat ini adalah penting untuk kita mengatasi masalah shortage of water, kalau itu benar-benar ada shortage of water. Ataupun ada berapa orang kata bahawa Empangan Kelau yang akan bawa air dari Empangan Kelau ke Selangor itu adalah sebenarnya projek untuk mengkayakan segelintir orang, khususnya di UMNO.
So this is very important to clarify Tuan Pengerusi. Di Japan, di Parliament Japan, isu ini hangat diperbincangkan
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dah panjang Yang Berhormat, tak payah cerita hal Jepun Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Keempat ialah, saya cabar sebenarnya petang tadi. Kalau saya boleh tunjukkan ataupun membuktikan bahawa charge sebenar Syabas
Tuan Charles Santiago - Klang
adalah excessive, adakah pihak kementerian akan mengarahkan Syabas untuk bayar balik semua wang pelanggan-pelanggan yang mereka curi itu. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, banyak yang berdiri, nak bagi berapa orang ni. Ada tiga orang daripada PJ, Sik, Batu dan satu lagi, Jelutong.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Sik, Sik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sik dekat belakang, mana satu nak bagi? Bagi Batu.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri, tadi Timbalan Menteri sebut tentang pembetungan, ini telah disebut.
Saya belum dapat satu penjelasan tentang rancangan kerajaan yang menyatakan, penghantaran air dan pembetungan itu dicantumkan. Ini sudah berulang kali disebut oleh kementerian, memang ini satu arah ke renewer sustainable water supply, dengan izin.
Padahal kita masih tetap dapat dalam Bajet ini, subsidi untuk Indah Water Konsortium. Bolehkah Menteri jelaskan pada tahun yang akan datang ini, sama ada subsidi untuk Indah Water ini dapat dipertingkatkan atau tidak. Satu perkara yang kita saksikan dalam penggabungan, pembetungan dan penyampaian air ini adalah yang agak berjaya di Singapura dan kita lihat bagaimana pengendalian kosnya jauh lebih rendah daripada subsidi yang kita bayar kepada IWK. Bolehkah Menteri jelaskan, apakah langkah-langkah yang kerajaan ingin ambil. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga kepada Timbalan Menteri. Saya kagum sekali dengan apa yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Mambong semasa beliau berhujah mengenai pengolahan activated sludge dalam sistem pembetungan dalam negara kita. Memang itu satu perkara yang benar dan kalaulah apa Yang Berhormat Mambong dapat mengamatinya di Sarawak maka saya dapat mengamatinya di Pulau Pinang.
Jadi maksudnya, masalah pembetungan negara yang tidak sempurna itu berlaku dengan berleluasa dari Sarawak ke Pulau Pinang. Jadi saya tertarik sekali dengan objektif mengenai Butiran 80000 - Program Pembetungan Negara dan Program Kesedaran, di mana objektifnya untuk memodenkan sektor pembetungan negara dengan menyediakan sistem pembetungan yang berkesan. Hal ini supaya dapat memenuhi tahap piawaian kualiti effluent pembetungan yang responsif dan juga cekap untuk para pengguna. Jadi di sini saya ingin membawa satu peristiwa yang pernah berlaku secara benar.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini masa bertanya Yang Berhormat, bukan masa berucap.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Adakah sistem pembetungan yang telah ataupun yang akan diserahkan untuk dikendalikan oleh SPAN dan maksud saya ialah loji- loji pembetungan yang terdapat walaupun di Sarawak ataupun di Jelutong, kawasan saya, kerana semasa pemilihan kontraktor untuk membawa Projek Pembetungan Negara yang lebih efisien itu tetapi apa yang kita lihat ialah terdapat activated sludge yang pernah diluahkan dalam bentuk najis yang terapung-apung yang dicurahkan ke dalam perkampungan Melayu, tiga hari menjelang hari raya yang lepas.
Jadi apakah kalau Bajet 2009 itu ialah bajet prihatin, adakah KTAK ini satu kementerian yang prihatin? Kalaulah KTAK ini satu kementerian yang prihatin, macam mana pula air najis dapat diluahkan ke kampung orang Melayu di Jelutong Timur, di Kampung Jalan Tengah berdekatan dengan Mutiara Height Jelutong Timur saya ini. Itu pun pada dua tiga hari sebelum Hari Raya Puasa yang lepas. Jadi itulah satu-satunya apabila kita melihat, mencari bajet untuk mendirikan sistem pembetungan negara yang lebih efisien.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Apakah kawalan yang akan dikenakan ke atas kontraktor-kontraktor yang akan diberikan kontrak yang berpuluh-puluh juta ringgit. Jadi itulah satu saranan saya supaya
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
apabila belanjawan ini akan dilepaskan, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambong dan juga dari Jelutong ini akan diambil kira sebagai satu sempadan bagi mengawasi kontraktor-kontraktor. Apabila masalah berlaku kita cari penyelesaian dengan JPP (Jabatan Perkhidmatan Pembetungan), dan JPP menyalahkan IWK, IWK menyalahkan kontraktornya kes di Jelutong ialah WWE.
Jadi kalau segala-galanya mereka semua dibawa masuk ke dalam meja mesyuarat mereka salahkan kepada SPAN. Jadi apakah sistem yang telah diaturkan supaya sistem pembetungan negara yang begitu efisien dapat dipelihara dengan elok.
Jadi itulah saranan saya sebagai wakil rakyat untuk Jelutong.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertamanya saya ingin bertanya kepada KTAK ini mengapa kebanyakan projek yang dijalankan itu bersifat separuh-separuh. Yang pertamanya dalam soal pembekalan air ke daerah Sik kita dapati daripada tiga pakej hanya satu pakej dijalankan, tangki dibuat tetapi usaha ataupun peruntukan untuk membekalkan air ke kampung-kampung telah ditarik balik iaitu di bawah pakej A dan C. Jadi saya minta Menteri tolong semak soal ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang keduanya masih juga di bawah tajuk buat sekerat iaitu kita tengok projek Empangan Bris yang dibelanjakan lebih daripada RM1 bilion. Bila projek itu siap tiga tahun yang lalu usaha-usaha mengalirkannya atau menyambungkannya kepada destinasi sasaran termasuk ke Pulau Pinang tidak dilaksanakan.
Yang ketiganya masih juga buat kerja tidak habis sekerat-sekerat. Bila ambil tanah didapati masih terdapati tuan-tuan tanah terutamanya mereka yang termasuk dalam kategori tanah usaha juga tidak dibayar. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat bagi perhatian dalam soal ini. Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada celahan tambahan daripada Yang Berhormat dari Mambong, Klang, Batu, Jelutong dan Sik. Menjawab pertanyaan ataupun sentuhan Yang Berhormat dari Mambong berkenaan dengan tangki septik yang digunakan di beberapa tempat pelancongan peranginan. Suka saya terangkan di sini bahawa ini adalah method yang lama dan di sesetengah tempat pelancongan iaitu tempat itu tidak menerima sebegitu ramai pelancong dan pembangunan di situ pun tidak sebegitu besar.
Jadi oleh yang demikian pembetungan yang moden mungkin tidak wujud dan memang tidak dinafikan bahawa ini memang berlaku di banyak tempat. Tambah pula bagaimana yang telah saya terangkan tadi bahawa Akta SPAN ini baru berkuat kuasa pada 1 Januari tahun ini dan memang banyak tempat-tempat yang belum memenuhi kehendak akta ini.
Yang Berhormat dari Mambong saya silakan Yang Berhormat dan mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat, bahawa Yang Berhormat ada satu sistem dan sekiranya sistem yang direka bentuk oleh Yang Berhormat itu boleh diguna pakai oleh kementerian, kementerian akan mengambil kira adakah ianya praktikal atau tidak untuk kegunaan di tempat-tempat yang memerlukan pembetungan. Yang Berhormat boleh kemukakan cadangan itu kepada kementerian.
Berkenaan dengan penyaluran air Pahang ke Selangor ianya hanya dirancangkan hingga tahun 2025. Ini adalah jangka masa yang agak panjang juga. Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dikatakan Yang Berhormat dari Klang berkemungkinan besar pada masa yang akan datang penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya mungkin dapat mengurangkan permintaan air mereka. Satu, mengurangkan pembaziran dan dia mungkin juga akan dapat menuai air hujan. Sekiranya ini berlaku, walaupun ianya diunjurkan hanya dapat menampung kawasan ini hingga tahun 2025 ianya akan lebih jauh lagi ke hadapan dari tahun yang disebutkan kita itu.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat dari Klang asas penetapan caj pemotongan dan penyambungan kembali bekalan air adalah berpatutan. Adalah berpandukan kos-kos berikut:-
(i) kos upah untuk pekerja yang dihantar ke premis;
(ii) kos pengangkutan;
(iii) lain-lain kos yang terlibat seperti peralatan yang digunakan;
(iv) kos sewa pejabat dan sebahagian yang lain; dan
(v) kos-kos yang lain.
Yang Berhormat bukan tidak tahu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya teruskan Yang Berhormat, habiskan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Pengerusi sebenarnya tiga tahun dahulu di bawah PUAS, PUAS hanya caj RM10 untuk pemotongan bekalan air dan juga pasang balik bekalan air itu. Oleh kerana itu, saya tidak faham macam mana untuk SYABAS kita boleh we fixed the disconnection chargers as high RM67.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat biar saya habiskan dahulu. Saya pun tidak tahu mengapa cajnya sudah naik dan mengapa pula PUAS dapat mengendalikan kerja-kerja tersebut dengan kos yang lebih rendah. Berkemungkinan besar oleh kerana kenaikan harga, kenaikan kos memang macam mana yang kita tahu bahawa kos pengangkutan pun sudah naik. Ini mungkin yang menyebabkan kos ini naik.
Berkenaan dengan pertanyaan adakah pihak berkuasa akan mengembalikan sekiranya terdapat nanti caj yang dikenakan oleh SYABAS melebihi dari yang dianggarkan berpatutan. Ini Yang Berhormat tidak mungkin boleh dibuat sedemikian, oleh sebab sekiranya caj yang dikenakan oleh SYABAS dan pihak-pihak yang berkenaan didapati lebih rendah ianya pun tidak mungkin akan dapat diambil dari pengguna-pengguna atau dicajkan lagi dari pengguna. Jadi dari segi apa yang berpatutan iaitu apa yang tidak boleh dikenakan begitu juga tidak akan dapat dipulangkan. Sebagaimana yang telah saya terangkan tadi bahawa SPAN barulah bermula pada tahun ini diguna pakai atau berkuat kuasa.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Akta SPAN baru berkuat kuasa pada tahun ini dan apa yang terdahulu darinya memang di luar lingkungan kuasa kawal selia SPAN. Buat sementara waktu sebelum keputusan dibuat untuk caj yang baru, untuk yang akan dimuktamadkan oleh forum air nanti, maka caj yang sedia ada akan diguna pakai.
Yang Berhormat bertanya adakah orang-orang tertentu akan mengaut keuntungan dari Empangan Klau sekiranya ia dibina nanti. Tidak ada Yang Berhormat, oleh sebab semua kontraktor-kontraktor yang akan terlibat adalah terlibat secara terbuka dan ianya bukan dipilih sesiapa.
Begitu juga berkenaan dengan pinjaman dari JICA sebagaimana yang saya telah terangkan di sini beberapa hari yang lepas iaitu tiada kena mengena dengan bagaimana kita membangunkan empangan ini. Akan tetapi ada kena mengena dengan kawasan tersebut iaitu kaum Orang Asli dan ada kena mengena juga dengan tanah Felda yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjadikan empangan ini berjaya. Itu sahaja Yang Berhormat, tidak ada kena mengena dengan siapa ...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
... siapa yang akan mengaut keuntungan dari pembangunan empangan ini. Ini adalah berkemungkinan tuduhan dan tanggapan yang tidak sepatutnya dilemparkan. Oleh sebab ianya tidak berasas.
Tuan Charles Santiago - Klang
Adakah kerajaan sudi untuk declassified the audit price?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Belum lagi Yang Berhormat, belum lagi, saya belum sampai ke situ. Berkenaan dengan, declassified audit tarif, yang lepas kita tak boleh dan yang akan datang akan didedahkan kepada forum air. Dari forum air, kita boleh tahu apakah terdapat dalam auditan itu. Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat mengapakah kita percaya sangat kepada forum air ini? Adakah ahli-ahli forum air ini terdiri dari kawan-kawan SYABAS, itu tidak wujud Yang Berhormat.
Oleh sebab ahli-ahli forum air ini adalah terdiri dari misalnya ahli-ahli dari Persatuan Pengguna dan lain-lain lagi yang expert, pakar-pakar dalam bidang penyaluran atau perkhidmatan air dan tidak ada kena mengena dengan siapakah kawan SYABAS. Kita pun tidak tahu adakah SYABAS akan tetap menjadi pengusaha air di Selangor, itu kita tidak tahu. Bagaimana yang selalu didengar, kemungkinan besar Kerajaan Selangor akan mengambil alih tugas-tugas SYABAS. Kalau itu menjadi kenyataan, SPAN tidak akan teragak-agak, tidak akan membenarkan kerajaan Selangor melantik kawan-kawan atau rakan-rakan politik Kerajaan Selangor. Begitu juga SPAN tidak membenarkan sesiapa yang dianggap sebagai kawan kepada SYABAS. Saya ingat itu terang Yang Berhormat ya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Soalan susulan. Sebenarnya kalau audit report boleh diberikan kepada forum air, mengapakah itu tidak boleh diberikan kepada semua orang lain untuk dibaca dan dianalisis, itu satu.
Kedua, mengapa kerajaan takut untuk declassify audit report 2006? Why’re they so secret about the report that you have to keep it under OSA dengan izin?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bukan seorang peguam dan tak tahu kena mengena berkenaan dengan apakah perjanjian itu boleh didedahkan unilaterally atau tidak. Berkemungkinan besar ada terma-terma dalam perjanjian itu tidak membolehkan kerajaan untuk mendedahkan apa yang terdapat dalam auditan itu.
Oleh yang demikian, saya hanya mengharapkan bahawa yang akan datang di bawah rejim SPAN ini akan lebih telus dan sebagaimana yang telah saya katakan, forum air adalah terdiri dari orang awam. Ahli-ahli ini boleh melihat, boleh meneliti dan boleh menganalisis apa yang ada dalam auditan itu. Mereka sebagai orang yang bertanggungjawab, saya percaya akan tidak mengabaikan kepentingan pengguna.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya tidak ada masalah dengan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Ya.
Tuan Charles Santiago - Klang
...forum air dapat audit report itu tetapi apa yang saya tak faham mengapa pihak kementerian takut untuk memberikan copy itu untuk semua orang lain yang mahu tahu. Ini adalah sebab saya adalah seorang pengguna di Selangor dan saya mahu tahu mengapa kerajaan approve kah tidak approve peningkatan tarif sebanyak 37% bulan depan. I’m a consumer, itu satu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya ingatkan bahawa kita di peringkat Jawatankuasa. Mana-mana perkara yang melibatkan dasar kita tidak boleh membincangkan perkara yang melibatkan dasar Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
...ialah untuk high the concession agreement tetapi sekarang Mahkamah Persekutuan telah declassified concession agreement di antara SYABAS dengan Kerajaan Selangor dan juga Kerajaan Persekutuan. Yang hanya belum declassified adalah audit report. So apa yang declassified , telah declassified so mengapa kita takut lagi mengenai audit report, itu adalah dasar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebab itu saya katakan perkara dasar tidak boleh bincang dalam peringkat Jawatankuasa.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Okey Yang Berhormat, mungkin selepas ini sebagaimana yang telah saya katakan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain tadi bahawa kita boleh berbincang dan pandangan serta teguran Yang Berhormat kita ambil kira. Ini belum tertutup, bukan kita mengatakan ini tidak akan berlaku, berkemungkinan juga ia akan didedahkan dan ini jawapan saya. Saya bukan memutuskan bahawa ianya akan didedahkan tetapi sekiranya pandangan-pandangan Yang Berhormat dapat diambil kira dan berkemungkinan esok lusa kerajaan akan memikirkan lagi apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Charles Santiago - Klang
Lontarkan Yang Berhormat Menteri sebab kerajaan mesti telus, mesti accountable sebab itu saya katakan I’m helping it to become accountable.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Betul Yang Berhormat semua kita telus, yang tahu siapa tak telus atau telus hanya tuhan sahaja. Kita sebagai manusia, kita menganggap kita sendiri telus tetapi orang yang mendengar mungkin berpandangan berlainan, itu sahaja. Mengapa ianya tidak didedahkan sekarang, berkemungkinan besar ada sebab-sebab yang tertentu yang saya sendiri tak ada mempunyai butir-butir yang tertentu berkenaan dengan isu tersebut.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Itu saja, Yang Berhormat. Okey? Yang Berhormat Jelutong mengatakan limpahan yang berlaku di kampung setinggan di kawasan Jelutong sebelum hari raya. Masalah limpahan air berlaku di kampung setinggan kerana pump setting di loji Jelutong yang baru disiapkan dan diselenggarakan oleh WWE Holdings adalah berdasarkan kepada aliran musim kemarau. Pam itu telah diset semula dan masalah telah di atasi.
Yang Berhormat, kementerian kita memang sangat bersedih mendengar apa yang berlaku dan ini adalah tidak disengajakan. Kita pun manusia seperti manusia biasa yang lain. Kita tidak akan mendedahkan manusia lain kepada apa yang tidak bersih. Ini berlaku dan ia telah berlaku. Kita tidak boleh mengatakan ia tidak akan berlaku lagi tetapi kita sedaya upaya cuba mengelakkan ia berlaku lagi.
Yang Berhormat Sik bertanya mengapakah projek dilaksanakan secara separuh- separuh. Dalam RMK-9, peruntukan tidak mencukupi untuk menyediakan sistem bekalan air yang lengkap bagi semua komponen. Projek yang belum siap akan di bawa ke RMK-10 bergantung kepada peruntukan yang diluluskan, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan bidang komunikasi. Yang Berhormat Kinabatangan bertanya berkenaan dengan pengurusan maklumat KTAK. Untuk makluman Yang Berhormat, Butiran 06000 itu ialah Projek Sistem Maklumat di kementerian sahaja bukannya sistem yang melibatkan seluruh negara.
Bagaimanapun, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat, kementerian ini sedang merangka Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi atau PDP dan dalam peringkat dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam rang undang-undang tersebut dijelaskan mengenai tanggungjawab pengguna data atau data user di mana pengguna data dipertanggungjawabkan untuk menjaga kerahsiaan data peribadi seseorang pengguna. Rang undang-undang ini dijangka akan dibentangkan pada sesi pertama parlimen tahun 2009.
Mengenai CTOS, ia bukan terletak di bawah bidang kuasa kementerian ini. Isu berkenaan CTOS akan dikawal selia di bawah satu akta lain yang sedang digubal oleh Kementerian Kewangan yang dinamakan Akta Agensi Rujukan Kredit atau Credit Reference Agency Act or CRA. Yang Berhormat Pontian bertanya apakah...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Pengerusi, soalan tadi bukan isu CTOS saja tetapi isu data protection atau perlindungan. Akta Perlindungan Data sama ada ini akan dicadangkan oleh kementerian.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Sebagaimana yang telah saya katakan, rangka akta ini sedang dipertimbangkan oleh Peguam Negara dan diharap ia akan
Dato' Joseph Salang anak Gandum
merangkumi semua aspek yang telah dikatakan, dilontarkan dan yang telah difikirkan patut dimasukkan dalam akta tersebut.
Yang Berhormat Pontian bertanya apakah bentuk peranan yang akan dibina dengan peruntukan RM435 juta pada tahun 2009. Bagi penyediaan rangkaian secara end to end terdiri daripada rangka akses, rangkaian IP kod dan international gateway dan ia akan dibahagikan kepada tiga rangkaian ini. Adakah kerajaan bersedia untuk menerima pesaing kedua selain Telekom dalam pelaksanaan High Speed Broadband, ya memang kerajaan memang bersedia.
Akan tetapi yang mengatakan mereka hendak bersaing dan mereka belum didapati begitu hebat dan memasuki kriteria-kriteria yang telah dilandaskan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Padang Terap, apakah liputan jalur lebar tanpa wayar di kawasan pedalaman. Yang Berhormat, di pedalaman adalah dikatakan zon tiga dan ia akan disediakan melalui broadband untuk orang ramai dan kebanyakan kosnya dibiayai oleh USP ataupun Universal Service Provision Fund dan bagi high speed broadband, ia memang tidak akan disediakan di pedalaman oleh kerana kosnya begitu tinggi dan penggunaannya tidak begitu banyak.
Yang Berhormat Tenom bertanya adakah projek high speed broadband menggunakan USP. Tidak. Projek high speed tidak akan menggunakan dana daripada USP. Beliau juga bertanya adakah projek jalur lebar meliputi kawasan luar bandar.
Sebagaimana yang telah saya terangkan tadi, projek high speed broadband ini bukan untuk merangkumi kawasan pedalaman dan luar bandar tetapi hanya bandar utama, tempat perindustrian dan di sekeliling bandar dan di tepi-tepi bandar besar.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Bangun]
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Oleh kerana kosnya mahal dan pengguna- pengguna jalur lebar berkelajuan tinggi tidak begitu ramai di pedalaman, maka difikirkan bahawa jalur lebar yang biasa bukan high speed akan disediakan untuk di pedalaman dan di luar bandar.
Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jawapan timbalan menteri tentang perkhidmatan high speed broadband di kawasan bandar dan tiada di luar bandar itu mendorong saya untuk bertanyakan soalan. Kalau begitu apa sebenarnya pendirian kerajaan, khususnya kementerian ini dalam usaha untuk merapatkan atau mendekatkan jurang digital antara rakyat dan juga antara bandar dan luar bandar.
Kalaulah alasan kos yang tinggi untuk meneruskan projek seperti ini, kalau begitu polisi seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang luar bandar akan terus ketinggalan. Kalau pun dapat kemudahan internet, kelajuannya sangat rendah. Jadi sampai selamanyalah tak ada nampak usaha untuk memastikan bahawa hak untuk rakyat hanya kerana ianya tinggal di kawasan luar bandar, dia tak akan dapat menikmati kemudahan yang baik kalau polisi itu dikekalkan. Bagaimana komen Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Benarkan saya untuk tambahkan perkara yang sama.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat, saya sudah diberi amaran bahawa saya sudah mengambil masa untuk MOSTI dan jangan pula kita memanjangkan sesi ini terlampau banyak. Ya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya telah dihubungi oleh pihak industri yang berkenaan dengan multimedia dan internet dan mereka berhujah, bahawa kenapa projek HSBB ini tidak diberikan menerusi tender terbuka dan terdapat satu maklumat yang diberi pada saya, iaitu terdapat sebuah syarikat High Speed Broadband Technology Sdn. Bhd yang telah mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya mereka dapat diberi peluang untuk membekalkan servis high speed broadband tanpa subsidi kerajaan. Kenapa
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
mereka tidak diberi peluang langsung, walaupun mereka dicap sebagai tidak mempunyai pengalaman.
Bukankah kalau kita menghapuskan monopoli dan kita mempromosikan persaingan, jadi harga bekalan akan jadi turun dan semua jurang digital akan dapat dirapatkan semula. Jadi itulah kesangsian dan juga kerisauan pihak industri. Kenapa badan-badan trade association, dengan izin seperti PICOM tidak dirundingkan, dibawa untuk dirundingkan dalam pemberian projek HSBB ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara-perkara yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan pada peringkat Jawatankuasa boleh tidak dijawab dan boleh dijawab secara bertulis. Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Machang bertanya ataupun mengatakan jurang digital ini akan lebih besar lagi sekiranya high speed broadband tidak diadakan di kawasan pedalaman.
Yang Berhormat Machang, bukan semua broadband ini mengenakan teknologi high speed.
Ada broadband yang lebih laju dan kurang laju. High speed broadband yang dikatakan di sini, iaitu yang kapasitinya melebihi 10 mega bit per second dan yang kita pakai, misalnya di Dewan yang mulia ini adalah hanya 4 mega bit, dan yang disediakan oleh WiFi dan selainnya hanya 1 mega bit dan yang disediakan pada pedalaman sekiranya tak ramai orang menggunakan broadband ini, maka kapasiti dan speed dia pun mencukupi.
Sekiranya dia dalam lingkungan kawasan yang memang ada servisnya dan itu pun sudah mencukupi, tetapi oleh kerana teknologi akan bertambah canggih, ianya tidak semestinya akan selambat yang ada sekarang. Ianya akan bertambah cepat, bertambah pantas lagi daripada yang ada sekarang.
Yang Berhormat Jelutong, berkenaan dengan mengapa ia diberikan kepada Telekom Malaysia, ini saya ingat biarlah saya menyediakan jawapan bertulis yang kita harap dapat memuaskan hati Yang Berhormat. Setakat ini boleh saya katakan bahawa tidak ada kontrak yang diberikan kepada Telekom Malaysia. Hanya kerajaan menambahkan dana untuk Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan tersebut, oleh sebab kalau Telekom Malaysia menggunakan dananya sendiri, itu tidak viable daripada segi business model yang ada, iaitu oleh kerana mendorongkan kepada demand base, , jadi daripada segi permintaan sahaja kita tidak akan menembusi jalur lebar di Malaysia, tidak akan jauh berubah daripada 17% yang ada sekarang dalam tahun 2010. Oleh yang demikian, kerajaan menetapkan bahawa approach kaedah yang dipakai sekarang adalah melalui supply base. Sediakan perkhidmatan supaya permintaannya akan bertambah kelak dan berkenaan dengan yang satu lagi, dia memang tak ada cadangan, dia cakap saja.
Yang lain Tuan Pengerusi, ada beberapa lagi soalan dari Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Tuaran, tak payah saya jawab di sini oleh kerana kesuntukan masa dan saya dengan penuh hormat mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua Yang Berhormat yang telah berkongsi pendapat, pandangan dan juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mencelah semasa saya menggulung. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM92,189,100 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM92,189,100 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,059,684,000 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Wang sebanyak RM3,059,684,000 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahas isu-isu di dalam kementerian ini. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 020200 iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia. Di dalam suasana perubahan iklim sekarang, jabatan ini amat penting kepada negara kita. Jabatan ini meramalkan hujan lebat hujan biasa, ribut kencang, typhoon dan pelbagai masalah iklim.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Maka dengan demikian, peranan jabatan ini lebih penting lagi di masa era ini.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah penambahan dari segi expertise ataupun kepakaran di dalam jabatan ini. Adakah sistem amaran awal sudah pun diwujudkan lebih-lebih lagi bagi fenomena yang luar biasa iaitu fenomena iklim yang luar biasa seperti yang saya sebut tadi. Jabatan ini memang meramalkan iklim setakat ini menggunakan peralatan seperti radiosond dan juga radio meter, wap air dan juga menggunakan satellite imagery. Akan tetapi yang digunakan di negara lain seperti di Amerika Syarikat, Australia dan Eropah adalah GPS ataupun Geographical Positioning System.
Ianya adalah sau alat yang terbaik untuk pengukuran wap air dan untuk meramalkan iklim yang luar biasa. Ianya juga sangat praktikal, senang digunakan dan accurate ataupun betul. Adakah pihak kementerian akan menggunakan GPS di dalam tugas amaran suasana iklim di negara kita? Saya difahamkan bahawa jabatan ini telah pun mewujudkan 38 stesen meteorologi di negara kita. Di manakah stesen-stesen ini terletak?
Saya ingin tahu kerana kadang-kadang kalau saya hendak tahu ramalan untuk hari keesokannya dan lusa dan sebagainya, amat senang untuk menghubungi mereka.
Sememangnya saya mempunyai ramai kawan di dalam jabatan itu termasuk ketua pengarah yang telah pun memberikan saya maklumat untuk kertas kerja saya yang telah pun dibentangkan di Seoul pada hujung bulan Oktober.
Yang keduanya pusat seismologi dan stesen. Berapa stesen kah yang sudah pun diwujudkan di negara kita dan di mana. Yang ketiganya ialah amaran Tsunami. Kononnya jabatan ini ada integrated Tsunami database program. Adakah program ini berkesan untuk amaran Tsunami dan berapa jam kah ianya boleh meramalkan Tsunami?
Perkara yang seterusnya yang saya ingin sentuh adalah Butiran 030300 - Bahagian Bioteknologi Kebangsaan ataupun BIOTEK dan Butiran 00605 yang juga berkaitan dengan BIOTEK. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, BIOTEK adalah satu teknologi yang baru yang boleh menjanakan ekonomi dan boleh memberikan pertumbuhan kepada ekonomi. Saya difahamkan juga bahawa fokus kerajaan di dalam bioteknologi adalah di dalam pertanian, bidang kesihatan, bidang aktiviti-aktiviti industri dan juga bio- informatik.
Oleh itu di dalam Nasional Biodiversity Policy ataupun Dasar Bioteknologi Negara, kerajaan menekankan yang pertama adalah pembangunan sumber insan dari tahun 2005 ke 2010. Yang kedua, untuk mengadakan business melalui sains pada tahun 2011 hingga 2015. Yang ketiga membuat Malaysia sebagai satu negara yang maju di dalam bioteknologi di peringkat global pada tahun 2016 hingga 2020.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Kenapa ianya dibahagikan pada tempoh yang berlainan? Ini kerana kita boleh buat business out of science pada tempoh yang sama, pada tempoh tahun 2005 hingga tahun 2010. Kita juga boleh membuat negara kita sebagai a living nation dalam global bioteknologi. Pada masa sekarang juga yang penting adalah langkah-langkah kita untuk mengujudkan semuanya ini kerana di dalam negara kita sudah banyak makmal, bukan sahaja di dalam universiti, tetapi di dalam institusi penyelidikan dan sudah banyak juga kepakaran di negara kita. Memang saya setuju bahawa membangunkan sumber insan di dalam bioteknologi adalah penting.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa tiga langkah itu tadi di dalam National Biotechnology Policy haruslah dilaksanakan pada tempoh yang sama supaya negara kita lebih cepat lagi maju dalam bidang ini dan lebih cepat lagi menjana kekayaan melalui bioteknologi. Di dalam perkara ini, walaupun di bawah kementerian ini ada Bioteknologi Corporation atau BiotekCorp yang kononnya membimbing syarikat-syarikat untuk memajukan produk-produk mereka melalui bioteknologi, tetapi bagi saya selain daripada kementerian ataupun selain daripada biotek, haruslah diwujudkan satu jabatan bioteknologi juga di negara kita agar jabatan ini dapat menjalankan tugas-tugas untuk membimbing industri bioteknologi di negara kita.
Walaupun BiotekCorp diwujudkan pada tahun 2005 sebagai lead agency in facilitating development of biotechnology industry dengan izin, ianya adalah satu corporation. Saya pun tidak tahu sama ada ianya boleh berkesan untuk menjalankan tugas lebih-lebih lagi untuk menjayakan syarikat yang sudah pun dianugerahkan bionexus status di mana syarikat-syarikat di bawah bionexus status perlu mendapat privileges dan lain-lain manfaat.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Saya ingin bertanya apakah privilegous dan manfaat yang boleh diperoleh oleh syarikat-syarikat yang bertaraf bionexus status ini tadi. Saya difahamkan bahawa kerajaan akan mewujudkan centres of excellent juga di Malaysia untuk memajukan bioteknologi:
(i) Institute of Agriculture Biotechnology di Serdang;
(ii) Malaysian Genomic Institute di UKM Bangi; dan
(iii) Nationals Pharmaceuticals dan Neutral Ceuticals Institute di USM Penang.
Memang walaupun centres of excellence ini diwujudkan, sudah ada pusat penyelidikan ataupun institusi yang lain yang telah pun banyak menyumbang kepada pembangunan bioteknologi seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah pun membuat kajian dan penyelidikan begitu lama tentang bioteknologi dan telah pun melahirkan dan melatih mereka yang di dalam IKS.
Mereka ini telah pun sekarang menyumbangkan kepada industri herba di negara kita.
Mereka kini juga telah pun membuat kajian dengan collaboration dengan institusi-institusi yang lain seperti Petronas Research Sdn. Bhd.
Mereka telah pun mendapati bahawa bio etanol yang diperbuat daripada EFB ataupun Empty Fruit Bunch, amat memberangsangkan dan di dalam negara kita bio etanol boleh dihasilkan melalui fast pyrolysis process dan menghasilkan sekurang-kurangnya 300 ribu tan sebulan. Ini boleh menyumbangkan kepada penggantian petrol kerana lebih banyak lagi kenderaan yang sudah ada di negara kita memang menggunakan petrol. Oleh itu bio etanol adalah penting. Perkara yang seterusnya yang saya ingin rujukkan adalah Butiran B. 030400 – Agensi Remote Sensing Negara. Agensi Remote Sensing Negara telah pun membuat penyelidikan tentang presicion farm. Precision farm ini amat penting kepada petani-petani kita. Mereka yang pergi ke Taiwan yang mengatakan di sana petani- petani senang sahaja menanam apa-apa tanaman dalam musim yang ditentukan.
Musim ini memang boleh ditentukan melalui GPS kalaulah kita menggunakan data-data daripada satelit. Oleh itu saya memang ingin menyatakan di sini bahawa Agensi Remote Sensing Negara adalah satu organisasi kerajaan yang amat penting. Saya
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
inginkan supaya kementerian ini promote Remote Sensing Negara dengan lebih aktif lagi agar agensi-agensi yang lain di negara kita boleh menggunakan kepakaran mereka.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh perkara yang juga berkaitan dengan agensi ini iaitu menggunakan GPS sekali lagi kerana GPS ini amat penting untuk membuat ...surveying, mapping, open fit farming, earth deformation iaitu sekiranya ianya boleh mengesan sama ada tanah runtuh akan terjadi ataupun tidak dan lain-lain. Sekian, saya mohon menyokong.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin sentuh satu perkara di bawah tajuk 01200 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau pendeknya. Seperti yang kita maklum oleh kerajaan bahawa Malaysia ini bangga kerana kita telah berjaya untuk menganjurkan satu program angkasa dan menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Ini satu projek yang telah memakan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM100 juta. Saya ingin tanya bahawa apakah masa depan program ini di bawah Bajet 2009 dan juga kita telah dimaklumkan bahawa angkasawan kedua iaitu Dr. Faiz akan dihantar ke angkasa lepas kalau ditawar lagi oleh pihak Rusia. Kita ingin tahu sama ada perundingan ini sudah dilanjutkan atau tidak dengan pihak Rusia supaya program angkasa kita dilanjutkan secara konsisten.
Kalau tidak ada rancangan untuk terus menghantar angkasawan sama ada kita ada program-program lain untuk menunjukkan kita telah maju dalam bidang ini. Saya juga ingin tahu apakah keputusan atau kesimpulan yang kita dapat kutip dari pengajian penyelidikan yang dijalankan oleh angkasawan pertama bila kita hantar Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas, dikatakan kita telah menjalankan eksperimen zero graviti dengan cara bermain gasing dan lain-lain lagi. Apakah keputusan ini? Apa result dari kajian ini dapat dikongsi dan kita dapat tahu apakah manfaat dunia dengan inovasi ini. Dengan perkara yang sama kita dimaklumkan bahawa satu lagi eksperimen dengan kanser sel dalam keadaan leukemia juga akan dikaji.
Segala eksperimen ini adakah kita boleh dapat satu penjelasan apakah pencapaian kita dalam eksperimen ini? Isu yang berkaitan juga ialah dalam isu kita telah juga berjaya dalam program ini, telah develop satu guide line untuk Muslim di angkasa. So memandangkan negara kita adalah champion untuk Islam Hadhari, sama ada guide line ini dapat dikongsi dengan negara-negara Islam yang lain menjadi tapak kemajuan kepada negara-negara Islam yang lain yang juga berminat untuk memajukan program angkasawan mereka.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Seterusnya saya juga ingin sentuh isu yang hangat baru-baru ini kerana telah mendengar angkasawan kita dibayar dengan satu wang pampasan yang begitu tinggi bila dijemput untuk memberi ceramah atau penerangan di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan. Sama ada ini adalah satu perkara yang biasa dilakukan atau dibenarkan secara etika dan juga siapa yang membayar wang pampasan bagi ceramah-ceramah untuk angkasawan kita.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Pohon laluan
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya ingin penjelasan Yang Berhormat apabila Yang Berhormat bangkitkan soal angkasawan kita yang mendapat bayaran pada setiap kali majlis ataupun ceramah yang dihadiri oleh beliau. Saya difahamkan majlis yang dianjurkan oleh MOSTI pun dia jarang hadir kerana majlis itu percuma.
Jadi adakah kerana apabila negara telah memberi peluang yang sebegitu rupa kepada beliau, maka bila balik beliau menjadikan diri beliau sebagai komersial yang bertujuan untuk mengutip kewangan semata-mata tanpa perlu menolong balik kementerian
Dato’ Ismail Kasim - Arau
dan kerajaan yang banyak berjasa kepada beliau. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, itu yang saya ingin dapatkan penjelasan sebab kita telah menghantar seorang angkasawan dan kita juga hantar beliau untuk ke institusi-institusi pengajian dan ke sekolah-sekolah sebagai contoh atau ikon masyarakat seorang yang berjaya. Akan tetapi kalau secara etika, aktiviti-aktiviti beliau ini seolah-olah bukan menyebar minat untuk mempertingkatkan kemajuan sains kita tetapi nampaknya seolah-olah mengumpul kekayaan. Ini akan menjadi satu masalah. Saya amat bersetuju kita harus mengkaji secara teliti.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said (Kuala Krau)
Terima kasih Yang Berhormat Batu dan Tuan Pengerusi. Saya agak berbeza sedikit dengan pandangan dan juga pertanyaan yang hendak ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri. Sekiranya angkasawan tersebut, dia dipanggil oleh pihak sekolah atau pihak-pihak tertentu. Dia tidak meminta kewangan tetapi secara sukarela atas sebab-sebab kos perjalanan, kos minyak, tiba-tiba pihak penganjur tersebut memberikan sesuatu. Biasanya sebelum balik naik kereta, hulur sampul surat. Adakah itu salah dari segi etika dan sebagainya? Apa pandangan Yang Berhormat Batu?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tidak, Itu langsung tidak salah. Kalau itu tambang minyak atau sebagai sagu hati atau sebagai satu tanda penghargaan. Akan tetapi tanda penghargaan ini kita boleh bagi sebakul buah atau tanda-tanda yang lain. Adakah perlu kita bayar sehingga RM1 juta untuk memberi sebagai tanda penghargaan? Itu yang saya khuatir sama ada kita memberi mesej yang salah kepada anak-anak muda kita bahawa kalau kita berusaha, kalau dipilih oleh kerajaan untuk peluang ini, jadi bila balik daripada program itu kita boleh dapat satu pampasan yang tinggi dari segi kewangan dan bukan sahaja sebagai ikon masyarakat. Akan tetapi saya agak neutral dalam perkara ini. Saya ingin mendapat penjelasan. Saya tidak mahu ada apa-apa sangkaan jahat kepada Dato’ Sheikh Muzaffar ini sebab memang dia berjaya, telah dipilih dan juga kerajaan ingin menggunakan ikon ini untuk mempertingkatkan minat anak-anak muda dan generasi kita ke dalam bidang angkasa.
Akan tetapi saya juga ingin lanjutkan lagi satu perkara sahaja. Setelah kita berjaya, kalau kita menyebarkan maklumat dan kita pergi merata tempat membangkitkan anak-anak generasi muda meminati program itu. Kita ingin tahu apakah program kita yang konsisten pada masa hadapan. Adakah kita hanya terhad aktiviti-aktiviti angkasa ini kepada menghantar angkasawan ke outer space yang akan membelanjakan satu perbelanjaan yang sangat besar? Sama ada kita mempunyai keupayaan untuk berterusan dengan Russia atau Perancis atau negara-negara lain dengan berterusan dengan ini atau kita memang ada rancangan lain bagi memanfaatkan industri angkasa atau industri space exploration ini untuk membawa negara kita ke taraf teknologi dan sains yang lebih tinggi atau juga lebih menguntungkan lagi kalau kita boleh memajukan sektor ini sebagai satu income untuk negara kita. Semua ini nampaknya belum dimaktubkan dalam program pendidikan kita.
Saya tidak nampak, selain daripada ceramah yang diberikan oleh angkasawan kita. Kita tidak nampak ada unsur-unsur lain yang boleh membantu kita dari segi inovasi teknologi dan sains. Itulah sebabnya saya berharap program ini dapat betul-betul dimanfaatkan kerana perbelanjaan yang sangat besar kita telah melabur dan saya harap satu penjelasan yang memuaskan akan dipersembahkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan satu perkara iaitu 00800, berhubung dengan Grant Research R&D ini.
Cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah strategi yang telah dirancang selama ini dalam usaha kita mendapat hasil yang setimpal. Hasil daripada peruntukan yang begitu besar yang kita belanjakan menerusi research and development ini. Ini kerana setakat sekarang bolehlah pihak kementerian menyatakan hasil R&D kita yang dapat
Dato’ Ismail Kasim - Arau
diketengahkan bukan sahaja di dalam peringkat dalam negeri bahkan di peringkat global ataupun di peringkat antarabangsa.
Saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri yang kebetulan hadir sendiri pada malam ini, apakah kerjasama yang telah dijalin setakat ini dengan mana kementerian-kementerian yang dianggap mempunyai hubung kait dengan bidang R&D ini seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain terutamanya dari segi pemantapan keupayaan ataupun capacity building dengan izin, yang akan dapat memberi impak yang lebih berkesan. Ini kerana kebanyakan di negara kita ini, penglibatan R&D ini dengan IPTA tidak dapat dipisahkan. Jadi selain itu adakah pihak kementerian merancang untuk menjalinkan usaha kerjasama dengan GLC-GLC yang terlibat dalam bidang-bidang pertanian dan sebagainya yang membolehkan kita mendapat kualiti yang lebih baik serta peningkatan R&D yang lebih tinggi dan hasilnya kita dapat ketengahkan seperti yang saya katakan tadi di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat domestik.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Arau dan juga terima kasih Tuan Pengerusi. Menyebut tentang kerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain, kita sering mendengar dan juga mendapat tahu bahawa pensyarah-pensyarah dan juga pelajar-pelajar di IPTA telah menghasilkan beberapa pendidikan melalui R&D. Kadang-kadang rungutan daripada pensyarah dan tenaga pengajar menyatakan bahawa tidak cukup bajet, peruntukan dan juga kadang- kadang hasil mereka ini tidak dapat dikomersialkan.
Apakah pandangan daripada Yang Berhormat Arau? Apakah kesilapan daripada pihak kementerian untuk mempercepatkan supaya hasil R&D ini dapat dihasilkan, dipatenkan dan juga dikomersialkan. Di manakah silapnya? Sama ada di bawah kementerian ini, IPTA atau kementerian yang lain yang kadang-kadang mengambil masa setelah sesuatu hasil itu ditemui tetapi tidak dapat dikomersialkan. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau. Dalam keadaan sebuah kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melihat kemajuan negara selari dan setanding dengan negara-negara maju, saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting. Sebagai menteri baru, saya ingat Yang Berhormat bukan setakat hendak meletakkan benchmarking saja dengan izin, malah Yang Berhormat, saya rasa dilihat mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Cuma pertanyaan Yang Berhormat Kuala Krau itu adalah sangat baik dimasukkan dalam ucapan saya dan saya pohon pihak menteri memberi penjelasan berhubung perkara ini.
Setakat ini kerjasama yang terjalin dengan GLC, berapa GLC yang terlibat dan hasil yang telah kita dapati. Ini kerana, Yang Berhormat bidang R&D ini adalah menentukan kejayaan negara dan kejayaan kita dalam sesuatu bidang. Kalau di sini kukuhnya, baiknya dari segi pengawasan, pemantauan dan sebagainya sudah tentu kita akan dapat setanding bergerak dengan negara-negara lain yang telah mencapai tahap R&D yang membanggakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya akan menyentuh satu perkara iaitu 030000 - Penyelidikan dan Pembangunan Sains Dan Teknologi. Saya juga berminat membangkitkan berkenaan Program Angkasawan tersebut.
Telah banyak kontroversi timbul selepas kerajaan mengadakan Program Angkasawan.
Kita mula dengan sama ada kos dibayar atau tidak. Kita diberitahu off set dengan pembelian Sukhoi jet. Selepas itu kita diberitahu menggunakan RM39.1 juta untuk kos pentadbiran. Selepas itu, nama angkasawan yang kita hantar menimbulkan kontroversi sama ada patut dipanggil angkasawan atau space flight tourist. Sekarang pula berkenaan sama ada angkasawan kita boleh, atau tidak boleh, atau telah melanggar syarat, atau telah gagal menjalankan tanggungjawab di mana Yang Berhormat Arau menyatakan bahawa beliau mengenakan bayaran, menerima bayaran. Jika tidak bayar, angkasawan kita tidak berminat untuk menghadiri. Saya rasa sudah sampai masanya...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Mohon laluan. Sedikit, saya hendak betulkan kenyataan Yang Berhormat Batu Gajah. Bukan saya mengenakan bayaran, maksudnya di sini orang ini sudah famous untuk penjelasan Yang Berhormat Batu Gajah, dia kadang- kadang dia terlupa, macam seorang artis lah, dia ada pengurus artis. Akan tetapi angkasawan ini saya tidak tahulah sama ada dia ada pengurus atau pun tidak. Jadi, dalam keadaan tertentu dia mungkin perlu dibimbing oleh pihak kementerian terutamanya menteri.
Mungkin ada consultation session dengan dia yang membolehkan dia balik pada keadaan asal kerana pada saya dia masih merupakan kebanggaan negara. Yang kita cuma perlu bagi dia jalan dan juga masa bagi beliau untuk kita berbuat sesuatu yang terbaik demi generasi dan masa yang akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Gajah berhubung perkara ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Baik, tadi saya tidak silap dengar. Tadi saya dengar dia kata MOSTI panggil pergi kerana tidak ada bayaran. Ini dia kurang minat untuk hadir. Tadi ada kata...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Tak, saya tanya MOSTI itu majlis yang kementerian buat. Saya cuma dengar cerita ada di kalangan Majlis MOSTI yang dia tidak hadir. Itu sahaja. Kalau dia tidak sekarang, dia kena hadir...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kerana tidak hadir kerana? Habiskan ayat itu.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Ya, kerana dia tidak hadir. Saya tidak akan kacau.
Teruskan Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi, saya rasa sudah sampai masanya pihak kementerian mengumumkan kontrak perjanjian, terma-terma, peraturan-peraturan, tanggungjawab-tanggungjawab yang tercatat dalam kontrak di antara angkasawan kita ini dengan pihak kerajaan. Biar kita hapuskan semua prasangka, semua sangkaan jahat terhadap angkasawan. Biar telus sebab saya membaca laporan di mana kononnya bapa angkasawan menyatakan bahawa anaknya sebenarnya tidak dibayar banyak, RM5,000 sahaja, diberi sebuah kenderaan, driver dan bodyguard dibayarnya sendiri.
Jadi, bolehkah pihak kementerian umumkan. Biar telus, apakah terma-terma perjanjian, apakah telah timbul di mana tanggungjawab angkasawan ini tidak tercatat di dalam kontrak, menimbulkan salah persepsi atau timbulnya salah faham yang sekarang telah mengakibatkan pihak kementerian kena menubuhkan jawatankuasa untuk meminta orang ramai menghantar aduan-aduan, dengan sokongan hitam-putih sama ada pihak angkasawan ini telah melanggar terma-terma kontrak. Jadi, saya haraplah pihak kementerian boleh telus dalam aspek ini.
Perkara kedua ialah, program menghantar angkasawan Kedua. Saya hendak tahu satu jawapan daripada pihak kementerian, apakah ia akan diteruskan? Apakah angkasawan kita yang kedua akan dihantar ke angkasa lepas selepas ini di mana sebelum ini dikatakan pihak kementerian memerlukan pandangan orang ramai. Jika ada peruntukan diberikan apakah keputusannya sekarang? Apakah angkasawan kedua kita ini, yang belum dihantar ke angkasa lepas ini Dr. Faiz, setakat ini apakah beliau ada diberi apa-apa allowance atau gaji atau kemudahan sementara menunggu keputusan pihak kementerian sama ada akan meneruskan program ini atau tidak.
Apakah akan berlaku, angkasawan pertama kita sedang berfikir sama ada ingin atau enggan meneruskan kontrak dengan kerajaan yang akan berakhir Disember ini.
Apakah peranan seterusnya yang kita telah gunakan RM39.1 juta. Kononnya kos pentadbiran untuk penghantaran angkasawan pertama ini. Apa peranan yang akan dimainkan oleh beliau selepas ini jika kontrak beliau sama ada enggan atau kementerian enggan melanjutkannya. Jadi, mungkin kita boleh tahu. Saya tidak mahu, nampak projek ini sebenarnya dari awal-awal saya katakan projek ini sebenarnya membazirkan wang rakyat. Akan tetapi, kita diberitahu tidak payah bayar sesen, off set pembelian Sukhoi jet ditanggung oleh Rusia tetapi diikuti diberitahu RM39.1 juta kementerian dan agensi yang lain.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Perkara yang ketiga ialah, berkenaan pembelian kapsul Soyuz tersebut. Apakah kedudukannya? Sebelum ini ada berfikir untuk membeli kapsul yang dinaiki oleh angkasawan kita. Apa kedudukannya sekarang? Bagi satu keputusan. Jadi, saya tidak perlu selalu risau, kerajaan akan membazirkan wang untuk transfer of technology, tujuannya, pembeliannya. Apa keputusannya sekarang.
Perkara keempat ialah berkenaan dengan Planetarium Negara yang kita telah bina 15 tahun yang lalu, jika tidak silap memakan lebih kurang RM50 juta. Saya hendak tahu sejauh mana kejayaan projek ini di dalam mempromosikan bidang sains dan teknologi?
Apakah kos operasinya? Apakah sambutan orang ramai terhadap Planetarium Negara kita? Saya pohon perkara-perkara yang saya bangkitkan, pihak kementerian boleh memberi satu jawapan. Kita mahu tahu keputusannya sama ada angkasawan kedua akan dihantar atau tidak? Jika ya, berapakah kosnya? Sekian, terima kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menjurus kepada Butiran 202000 - Jabatan Metrologi Malaysia. Tuan Pengerusi, sekarang mungkin seluruh rakyat Malaysia sedang suspense sebab cuaca tidak menentu.
Kemungkinan besar kita akan berdepan dengan banjir atau pun lain-lain yang berkaitan dengan hujan. Jadi, saya hendak tanya kepada Jabatan Metrologi.
Pertama, setakat ini apakah langkah-langkah yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas dalam menghadapi persiapan banjir khususnya untuk memberikan amaran atau pun peringatan kepada rakyat Malaysia supaya mereka juga bersama-sama bersiap sedia.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Pada masa inilah Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya kementerian ini bekerjasama dengan KTAK ataupun Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi supaya kita menuntut bukan menggalakkan, tetapi menuntut syarikat-syarikat telekomunikasi yang gergasi ini Celcom kah, termasuk Telekom, termasuk Maxis supaya menggunakan kemudahan SMS secara percuma kepada rakyat Malaysia di lokasi-lokasi tertentu. Ini supaya mereka dapat maklumat yang pantas daripada Jabatan Meteorologi dan jabatan- jabatan lain yang berkaitan sekiranya berlaku kecemasan dan rakyat Malaysia di lokasi- lokasi yang terlibat dapat bertindak dengan segera.
Tuan Pengerusi, saya mewakili rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini supaya pada masa inilah Jabatan Meteorologi mendapatkan kerjasama ataupun kita menuntut syarikat-syarikat gergasi yang sekarang ini untung besar.
Banyak hasil yang mereka dapat. Kita pun berjaya kutip cukai supaya sebahagian daripada cukai itu dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia di dalam bentuk menyalurkan bentuk maklumat yang tepat terutamanya maklumat kecemasan. Ini supaya mereka yang terlibat dapat diberikan amaran awal dan dapat bertindak untuk menyelamatkan diri masing-masing serta lain-lain.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak pergi sekali gus peruntukan 30000- Penyelidikan dan Pembangunan Sains Teknologi serta pembangunan 80000 yang sama.
Tuan Pengerusi, sebelum ini semasa kita membahaskan peruntukan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ada disebut tentang kemungkinan tenaga baru daripada nuklear boleh diwujudkan. Saya percaya Agensi Nuklear Malaysia telah pun menemui kaedah yang terbaik ataupun sekurang-kurangnya telah pun menyarankan pendekatan yang baik supaya tenaga nuklear boleh digunakan di dalam negara Malaysia untuk menghasilkan tenaga.
Oleh kerana kita sedia maklum tadi, kita terpaksa bergantung kepada arang batu yang harganya meningkat, terpaksa bergantung kepada gas dan sebagainya. Pada masa inilah Tuan Pengerusi, saya meminta supaya Agensi Nuklear Malaysia meyakinkan kepada kerajaan dan KTAK supaya kaedah baru ini dapat disegerakan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya setakat ini berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kementerian di dalam memberikan ataupun menganugerahkan biasiswa di bawah tajaan MOSTI sendiri kepada pelajar-pelajar di
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
seluruh negara; terutamanya bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana, di peringkat PhD. Saya ingin tahu adakah MOSTI ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pusat pengajian tinggi terutamanya universiti awam (IPTA)?
Seterusnya adakah kita telah berjaya mewujudkan satu budaya R&D sekali gus melanjutkan pelajaran di kalangan pemilik ijazah pertama ini hingga ke peringkat sarjana?
Oleh sebab saya perhatikan budaya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana masih lagi kurang. Tuan Pengerusi, kebanyakan pelajar-pelajar lebih gemar untuk terus bekerja tapi mereka kurang untuk terus melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana lebih-lebih lagi di peringkat R&D.
Seterusnya mungkin ini yang terakhir Tuan Pengerusi sekarang ini ada kajian ataupun amalan perubatan alternatif seperti CVT ataupun Color Vibration Therapy. Begitu juga homeopati. Saya ingin merujuk kepada ScienceFund yang sedia ada di bawah MOSTI ini. Persoalan saya adakah kementerian bersedia untuk menyalurkan geran kepada pengamal perubatan alternatif ini CVT ataupun homeopati yang sekarang ini menjadi amalan yang meluas di luar negara seperti di Rusia, UK, Eropah dan sebagainya. Sebab di Malaysia sudah ada seperti CVT, Color Vibration Therapy ada. Homeopati telah pun meluas cuma kajiannya dari segi penggunaan secara meluas di negara Malaysia dan mereka mungkin memerlukan sumbangan pertolongan geran daripada pihak MOSTI. Itu sahaja pertanyaan saya. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Machang. Semua sudah pulang Yang Berhormat. Tinggal dua tiga orang lagi dan saya pastikan semua ada peluang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang ini. Saya mohon merujuk kepada Butiran 00800 - Penyelidikan dan Pembangunan dengan bajet sebesar RM250.7 juta. Perkara yang ingin saya bangkitkan ialah demikian pentingnya peranan MOSTI dalam hal penyelidikan ini kerana zaman berubah. Kalau dahulu faktor ekonomi dikaitkan dengan tanah, buruh dan modal. Hari ini orang kaitkan dengan pengetahuan, teknologi dan inovasi. Dari latar belakang inilah saya berpendapat bahawa penyelidikan yang menjadi tugas utama kepada kementerian ini saya kira memikul peranan yang cukup besar.
Saya barangkali ketika membahaskan perkara ini tidak hanya menyebut tentang dana penyelidikan di bawah MOSTI, kerana saya dapati buku anggaran perbelanjaan ini di bawah tajuk “Penyelidikan dan Kajian” sahaja dananya bersepah. Yang sempat saya kumpulkan RM545,692,300 melibatkan 43 butiran. Ertinya dana ini semuanya datang dari Treasury. Kita barangkali sudah perlu satu system of grant atau research management ini yang perlu di revamp dengan izin kerana data yang berselerak ini tidak memungkinkan tujuan penyelidikan itu dijalankan dengan berkesan.
Sekurang-kurangnya empat perkara berbangkit:-
(i) masalah penyelarasan dana;
(ii) masalah disbursement of fund;
(iii) management of fund dengan izin; dan
(iv) keempat monitoring of fund.
Ini isu yang saya cuba untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan saya ucap tahniah kerana mampu bertahan di samping pegawai-pegawai utama kementerian yang ramai bahkan jauh mengatasi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Parlimen saat ini. Ini kerana dana yang berselerak ini menyukarkan empat perkara yang saya sebutkan tadi.
Apakah tidak keterlaluan kalau kita mohon mencadangkan agar dana-dana penyelidikan ini diletakkan di bawah satu badan. The channel to one agency. Wakil-wakil atau pakar-pakar daripada pelbagai agensi boleh sahaja dilibatkan. Sebab jika ianya bertaburan, saya ambil contoh Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan ada juga research tapi hasil penyelidikannya itu jauh ke belakang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Misalnya penternak udang dia tidak pakai pun hasil penyelidikan daripada Jabatan Pertanian, dia tidak pakai. Sebaliknya mereka sendiri yang engage ataupun hire their own microbiologist yang akan mengendalikan penyelidikan mereka sendiri dan bila berjaya mereka sendiri yang develop diagnosis kit. Bahkan mereka sampai mampu mengesan DNA virus dan kepakaran mereka jauh lebih mengatasi penyelidikan di bawah Jabatan Pertanian. Sedangkan research untuk Jabatan Pertanian ini juga besar, itu satu contoh.
Begitu juga dalam 43 butiran lain ini saya tengok Jabatan Bomba pun ada geran penyelidikan, bomba. Bomba pun ada research dia juga jadi tentulah kita rasa kajian teknologi yang sebenarnya perlu diberikan empowerment kepada MOSTI supaya elemen- elemen kawalan, pemantauan dan pengurusan dana dan penyelarasan dana itu dapat diadakan.
Barangkali sudah sampai masanya juga untuk satu model saya difahamkan diusahakan oleh USM dengan cadangan mewujudkan USM Sains Park di mana di situ ada inkubator-inkubator, di situ ada residentiall apartment, di situ juga ada komersial kompleks dan khabarnya sambutannya cukup baik daripada pelbagai sektor. Sektor yang terlibat iaitu Kejuruteraan, ICT, Life Science, Biotech, Arts, Organizations, British Council pun sudah masuk, Lawyers dan sebagainya. Dia telah pun ada rancangan untuk mewujudkan komunitinya sendiri yang membolehkan mereka interact antara satu sama lain.
Dia bukan sahaja menyediakan business incubator tetapi dia juga menyediakan company secretaries, makmal, ruang pejabat, facilities for research and business, pattern agent dan financial advisor sekalipun. Apabila ia disatukan begitu, elemen kawalan dan pemantauan tadi boleh dilakukan dengan berkesan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar MOSTI mempertimbangkan cadangan ini untuk disatukan dana-dana penyelidikan yang berselerak di bawah pelbagai kementerian dan agensi itu supaya diletakkan kawalannya di bawah MOSTI. Itu perkara pertama.
Kedua, saya juga dapati di bawah dana SME ini. Di bawah pelbagai butiran. Di antara yang sempat saya baca ialah 02000 – Technology Requisition Fund, 02100 – Commercialization of R&D dan segala macam. Kalau betul kiraan saya sudah tentu terdapat 14 fund di bawah MOSTI sama ada dalam bentuk geran, modal teroka atau soft loan yang menjadi assembly sebagai development fund atau sit fund atau commercialization atau dalam bentuk pelaburan ekuiti, R&D berselerak.
Perkara yang ingin saya tarik perhatian ialah apakah SME ini dalam bidang SME ini MOSTI mempunyai, ada atau tidak SME expertnya untuk memandu atau membimbing masa depan SME. Dana ini banyak 14 dana. Kemudian, selain daripada SME fund ini kita juga ada SME Secretariat di bawah Bank Negara sebab itu kerajaan baru ini menubuhkan jawatankuasa khas merasionalisasikan dana kerajaan khusus untuk enterprise kecil dan sederhana yang diwujudkan pada Julai 2008.
Saya percaya MOSTI juga ada wakil dalam itu, bahkan AJK nya seramai 30 orang tetapi tidak ada wakil dari industri dan dewan perniagaan yang berkaitan dengan SME.
Jadi, bagaimanakah jawatankuasa mengenai dana SME ini boleh berperanan kalau sekiranya players atau pemain sebenar SME ini tidak dilibatkan di dalam jawatankuasa ini.
Itu perkara juga yang ada kaitan dengan MOSTI kerana di bawah MOSTI juga ada dana SME yang pelbagai.
Jadi, Tuan Pengerusi dalil kepada penyelidikan yang berjaya ialah antara petunjuknya ialah apabila dapat didaftarkan di bawah intellectual property. Saya semak dalam Perbadanan Intelektual Property ini walaupun ia di bawah kementerian lain tetapi ia ada kaitan jika sekiranya hasil kajian itu berjaya jadi mestilah didaftarkan atau dipatenkan.
Jadi bila saya semak di situ di bawah jadual application and registration of pattern and utility inovations daripada tahun 1988 di mana ianya mula diadakan sehingga pada September 2008.
Total application yang diterima adalah 6037, yang didaftarkan cuma 1,144 maknanya kalau ini menjadi satu petunjuk ternyata bahawa perbelanjaan yang begitu besar, saban tahun di bawah bidang penyelidikan ini tidak menjanjikan pulangan dalam
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
bentuk hasil penyelidikan yang dipatenkan. Bahkan dalam kementerian MOSTI ini dana techno fund ada dua jenis, salah satunya ialah IP acquisition from overseas and local sources sebelum sampai pada tahap pre- commercialization.
Jadi, kalau hendak di ambil petunjuk daripada paten yang telah didaftarkan di bawah intelektual property ternyata petunjuk-petunjuk ini tidak begitu memberangsangkan dari sudut kejayaannya. Tuan Pengerusi, saya tadinya telah menyentuh tentang SME, tentang dana penyelidikan dan techno fund sedikit, saya telah bangkitkan perkara ini baru- baru ini dengan Yang Berhormat Menteri pada soalan saya pada hari Isnin dan saya telah meneliti jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri juga.
Cuma hanya kerana keterbatasan masa waktu itu, saya tidak sempat untuk mengulas lebih, saya bercadang untuk mengambil peluang ini.
Pertama, kedapatan walaupun MOSTI telah meluluskan dana di bawah techno fund kepada syarikat, tetapi yang saya yang ditimbulkan ialah researchers tidak dapat bayaran. Kalau dapat pun lambat. Kerenah ini mengganggu tugas mereka sebagai penyelidik dan amat malang kalau sekiranya pemantauan terhadap dana itu tidak dapat diteruskan oleh MOSTI kerana tidak mustahil syarikat ini menggunakannya sebagai rolling capitals kerana kebetulan ianya terkena kepada teman saya juga seorang penyelidik.
Maka, saya terdorong untuk membangkitkan persoalan ini, tetapi aspek pemantauan dana inilah memastikan keberkesanan bajet besar yang di peruntukan oleh kerajaan saban tahun dapat digunakan dengan baik oleh kementerian ini khususnya.
Saya juga pada peringkat perbahasan pagi tadi mengenai sumber tenaga yang terbatas. Ini juga masuk dalam component penyelidikan misalnya kita tahu sumber bahan api yang semakin berkurangan untuk menggerakkan jana kuasa maka timbullah penyelidikan dalam bidang tenaga yang diperbaharui dan juga nuklear. Ini kerana arang batu kita terpaksa import banyak daripada Indonesia, 85% kegunaan kita. Gas pula kebanyakannya sudah pun digolongkan sebagai kontraktor kuantiti, maknanya PETRONAS sudah pun commit dengan negara-negara pembeli. Hasilnya juga semakin menyusut, bekalan gas dalam negara.
Jadi, fungsi penyelidikan untuk menghasilkan jawapan terhadap pilihan tenaga bagi menjamin jawapan terhadap keperluan tenaga sepuluh, dua puluh tahun akan datang juga, saya fikir terpikul berat pada bahu MOSTI. Oleh sebab itu, Tuan Pengerusi ketika saya membangkitkan persoalan ini, saya suka untuk menganjurkan agar aspek pemantauan dan juga aspek pengurusan dana itu betul-betul dapat menjamin pulangan yang terbaik, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dalam program pendidikan seperti yang kita sebut.
Satu lagi ialah yang terakhir Butiran 060100 – Bertugas di Luar Negara. Tahun lepas sebelum Yang Berhormat Menteri mengambil tempat di bawah program Biotech banyak diadakan persidangan di luar negara. Jepun, Korea, Boston dan hasilnya saya difahamkan perbelanjaan yang digunakan itu melebihi daripada yang sepatutnya. Di Jepun barangkali cerita itu cerita terpencil, tetapi kerana karenah isteri pembesar dia tidak boleh duduk dalam bilik kecil di Hotel Imperial Tokyo, pegawai kementerian booking untuk dia bilik suites. Akan tetapi tidak mahu kena pindah di Imperial suites yang lebih besar.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tetapi bajet terpaksa dibelanjakan. Royal suite pun sudah besar Tuan Pengerusi, 3000 kaki persegi tetapi katanya the next day dia dapat tahu ada bilik lebih besar. Dia kata, “You know that last night I couldn’t sleep. I feel like suffocated. The room is too small.” [Disampuk] Ya, kecil sangat bilik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada dua minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail - Machang
Baik. Jadi itu satu tetapi itu benar-benar berlaku. Satu lagi di Boston, sama juga sampai terpaksa dianjurkan
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail - Machang
pertandingan golf antara rombongan rasmi pemimpin kita, delegasi ini, kerana pameran BIOTEK di Boston, pegawai kita sudah buat persiapan sudah berapa lama BIOTEK ini.
Kemudian ketibaannya itu mesti didahulukan dengan pertandingan golf antara ketua delegasi negara dengan rakyat Malaysia di Boston. 60 orang main golf, 15 flight.
Rakyat Malaysia di Boston yang terlibat dengan pertandingan golf, empat orang sahaja. 56 lagi rombongan pembesar negara ini yang hendak ambil kuasa beberapa bulan lagi ini kalau sempat dan ini akibatnya bila balik Kementerian MOSTI ini, Tuan Pengerusi, terpaksa belanja lebih. Saya fikir perbelanjaan yang sebegitu tidak sepatutnya berlaku.
Cukuplah. Keselesaan macam lagi hendak.
Saya harap aspek pemantauan terhadap perbelanjaan wang negara ini tidak digunakan untuk menikmati kemewahan yang melampau ketika dalam nafas yang sama kita minta rakyat berjimat, ikat perut, hendak beli barang kena banding harga dan sebagainya, tetapi praktis itu tidak menjadi sifat kepada pemimpin negara bila mengetuai delegasi luar. Saya punya maklumat yang lebih, cuma tidak apalah untuk pusingan ini sebab saya percaya Yang Berhormat Menteri sekarang tidak terlibat yang itu. Cuma oleh kerana kita berbahas untuk perbelanjaan tahun depan.
Saya juga percaya Yang Berhormat Menteri tidak akan melakukannya kerana sesuai dengan Butiran 060100, - Bertugas Di Luar Negara ini Tuan Pengerusi tidak boleh wang kementerian, wang rakyat ini untuk dibelanjakan untuk perkara-perkara yang macam itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang berbahas terhadap Anggaran Perbelanjaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya akan tumpukan perbahasan saya terhadap B.30, 010200 dan 010300. Saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengkaji semula konsep hak milik harta intelektual ataupun dengan izin, Intellectual Property Rights. Pada saya itu satu konsep yang harus dibuang di tong sampah.
Sebabnya ialah setiap satu perkembangan dalam pengetahuan manusia, adalah diasaskan kepada perkembangan dalam pengetahuan manusia untuk beratus-ratus tahun sebelum itu. Umpamanya katakan seorang saintis, dia mencipta satu ubat yang baru, itu berdasarkan kepada test tube, kepada inkubator, kepada centrifuge, kepada kimia-kimia dan kepada proses-proses chemistry. Beliau juga perlu memakai sistem nombor untuk buat dia punya pengiraan, komputer, statistik. Tanpa semua alat dan konsep ini, dia tidak boleh cipta ubat baru itu. Ia itu berasaskan kepada semua penciptaan yang berlaku sebelum itu.
Jadi dia itu bukan standalone scientist yang cipta ubat baru macam Superman sendiri. Itu berasas kepada apa yang manusia sudah sediakan sebelum itu. Dari setiap generasi, dia ini mewarisi pengetahuan manusia yang datang sebelum itu dan kita cipta yang baru berdasarkan apa yang kita warisi daripada generasi sebelum itu. Oleh itu pengetahuan manusia harus dianggap sebagai kepunyaan semua manusia. Common property of mankind, dengan izin, dan bukan sesuatu yang boleh dimiliki oleh satu syarikat swasta ataupun satu korporat.
Jadi saya ingat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi harus mengkaji konsep Intellectual Property Rights ini. Itu satu konsep dari negara-negara Barat yang baru ini dan juga boleh disifatkan sebagai neoliberal. Pada saya konsep IPR ini adalah salah satu kaedah yang dipakai oleh negara-negara yang maju untuk terus menakluki negara-negara yang sedang membangun. Dia katakan, “Ini hak milik saya”, dan diwujudkan satu monopoli.
Ubat yang harganya 50 sen untuk dikeluarkan, dijual dengan harga RM30. Untuk satu jangka masa 20 tahun, dia kata dia ada paten. Jadi Malaysia sebagai satu negara yang dikatakan sebagai pemimpin, leader kepada third world, harus menerajui satu konsep yang baru dengan intellectual rights ini. Ini hak manusia, ini pemilikan manusia dan tidak boleh dipakai sebagai monopoli. Ada juga hujah-hujah daripada penyokong konsep IPR yang mengatakan kita perlu paten ini, kita perlu IPR untuk menjana penciptaan untuk buat research semua, tetapi jawapan saya ialah jika kita pandang pada sejarah manusia, konsep
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
IPR ini dan Undang-undang Paten hanya diperkenalkan kepada manusia dalam 150 tahun yang lalu.
Jadi sebelum itu semua penciptaan berlaku tanpa adanya paten IPR. Jadi manusia telah mereka alat-alat baru sejak beberapa ribu tahun daripada pertanian, daripada roda, pakai api, pakai logam. Ada dikatakan satu istilah dalam bahasa Inggeris, dengan izin, necessity is the mother of invention atau ertinya penciptaan dijana oleh keperluan manusia. So people, manusia akan cipta. Jika tidak ada paten pun, manusia akan cipta.
Oleh itu saya syorkanlah, kajilah semula konsep neoliberal ini. Jangan jatuh dalam perangkap neoliberal yang ingin menukarkan segala aspek kehidupan manusia atau komoditi yang boleh dimiliki, boleh digadai, saya rasa kita mesti tengok, kita mesti challenge ini. Terima kasih.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan saya ringkas sahaja. Saya ingin rujuk kepada Maksud P.30, Butiran 01900, tajuknya bawah Multimedia Development Corporation (MDeC). Kalau kita teliti peruntukan yang diminta sebanyak lebih RM1 bilion iaitu untuk Bekalan Pembangunan untuk MDeC. Setahu kita MDeC merupakan satu organisasi yang telah mantap setelah lebih 11 tahun dalam kewujudannya untuk mempromosikan industri multimedia pada tahap antarabangsa.
Akan tetapi kita khuatir kalau kita baca semula berita-berita yang telah dipaparkan pada bulan-bulan yang lepas, saya cuma ingin mengutip daripada satu kes iaitu Multimedia Development Corporation yang telah memberi soft loan sebanyak USD 2 juta ataupun lebih kurang RM7 juta kepada satu syarikat yang dinamakan Entellium. Di samping itu, Malaysia Venture Capital Management Berhad ataupun MAVCAP juga telah memberi sebanyak RM7.5 juta pinjaman kepada Entellium menerusi MSC Malaysian STAR Grant bagi kegiatan R&D.
Akan tetapi kita juga terbaca menerusi media massa bahawa CEO Entellium itu iaitu seorang warga asing, Paul Thomas Johnson telah diberkas oleh FBI kerana dituduh telah inflate angka-angka hasil pendapatan syarikat untuk menarik pelabur untuk melabur dalam Entellium. Jadi kita ingin hendak tahu sama ada Entellium sekarang walaupun masih beroperasi di Malaysia, sama ada ia masih mantap dan masih mampu membayar balik soft loan yang telah diberikan oleh MDeC dan untuk Belanjawan 2009, MDeC diperuntukkan sebanyak lebih RM1 bilion. Jadi kita ingin tahu sama ada terdapat sistem pemantauan dan juga sistem penyelarasan yang dapat menjamin supaya pisang tidak akan berbuah dua kali.
Apa yang merisaukan ialah Entellium bukanlah satu kasus yang tunggal sebab sebelum in kalau kita ingat semula terdapat kes seperti InventQjaya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
InventQjaya sekarang ini walaupun telah dibiayai beratus juta ringgit Malaysia menerusi MOSTI, tetapi kita telah sampai ke satu belenggu kerana penyiasatan terhadap InventQjaya telah terbantut. Ia telah masuk dalam ke tahap mahkamah dan sesiapa sahaja akan dituduh sebagai menghina mahkamah kalau kita bincang mengenai kes-kes melibatkan benda yang mujarab dalam InventQjaya.
Jadi, saya rasa pada masa sekarang sebelum kita meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk MDeC haruslah kita membuat satu closure kepada skandal- skandal yang lepas kerana setakat sekarang, walaupun banyak kes yang telah berlaku tetapi itu hanya dijadikan lembaran dalam sejarah Malaysia yang bukan merupakan sesuatu yang positif. Malaysia memang mudah lupa jadi tiada sesiapa pun yang mencungkil semula perkara itu. Jadi, saya rasa itu adalah menjadi tanggungjawab MOSTI untuk membawa satu closure terutama sekali sekarang ini MOSTI di bawah pimpinan menteri yang baru.
Jadi, harap-haraplah menteri ini seorang yang besar kredibilitinya supaya closure itu dapat di bentang secara telus kepada rakyat Malaysia menerusi Parlimen kita.
Saya rasa satu saranan yang harus dibuat dan dimuatkan dalam Hansard kita ialah harus dinasihatkan supaya apa sahaja yang berlaku mengenai Entellium janganlah
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
dibawa ke mahkamah sehingga sempadan dibuat, supaya sesiapa pun tidak boleh mempersoalkan apa yang telah terjadi. Janganlah court case digunakan sebagai satu alasan untuk menutup malu. Jadi, itulah saranan kita dan diharapkan MOSTI di bawah pimpinan menteri yang baru ini dapat menjamin Malaysia yang terus telus. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Dato’ Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbincangan ini dari segi peringkat awalnya iaitu perkhidmatan. Saya merujuk kepada Butiran 020100 - Jabatan Kimia Malaysia yang diberikan peruntukan sebanyak RM76.1 juta. Saya kira Jabatan Kimia ini sangat penting dalam usaha untuk membantu menyelesaikan kes-kes forensik dan jenayah, tetapi yang lebih penting ialah dari segi menganalisis datanya secara tepat. Jadi, pertanyaan saya adakah Jabatan Kimia mempunyai kepakaran yang cukup dalam membuat analisa sampel-sampel tersebut di atas.
Dalam Butiran 00200 diperuntukkan RM14 juta. Jadi, saya juga ingin mendapat penjelasan, adakah peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf kemudahan makmal bagi Jabatan Kimia, kerana Jabatan Kimia adalah satu agen yang penting untuk melaksanakan Akta DNA yang mungkin akan diluluskan nanti.
Perkara yang kedua mengenai Butiran 00601 mengenai Program Galakan Sains dan Teknologi yang diperuntukkan RM150 juta. Jadi, apakah bidang-bidang yang diberikan perhatian dan adakah peruntukan ini melibatkan dari segi pembangunan. Mungkin tadi makmal ataupun kempen-kempen sahaja ataupun merupakan pertandingan, promosi- promosi dan sebagainya.
Merujuk kepada Butiran 020500 iaitu Bahagian Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang diberikan peruntukan sebanyak RM46.3 juta. Jadi, saya merujuk kepada objektif utama iaitu memastikan maklumat berkualiti untuk membantu perkembangan polisi sains dan teknologi. Jadi, apabila kita rujuk kepada laporan yang menyebut bahawa dijangka untuk penyediaan berita dan pangkalan data sebanyak 40 dan langganan majalah iaitu 40 sahaja bagi tahun 2009. Adakah ia berpatutan dengan peruntukan sebanyak RM46.3 juta itu?
Selain daripada itu juga ada objektif yang kedua iaitu memastikan perkongsian yang kukuh wujud antara sektor awam dan swasta. Jadi, sejauh mana kerjasama ini dapat berjalan bagi memajukan sains dan teknologi dalam menghebahkan hasil-hasil sains dan teknologi kepada masyarakat.
Perkara yang penting, yang ingin saya sentuh iaitu dari segi peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang agak besar iaitu bagi pengurusan sebanyak RM122.8 juta dan pembangunan RM250.7 juta. Saya merujuk kepada Butiran 030100 iaitu Agensi Nuklear Malaysia yang diberi peruntukan sebanyak RM60.1 juta untuk pengurusan.
Jadi, saya kira peruntukan R&D untuk Agensi Nuklear Malaysia sebanyak RM60 juta itu agak besar, saya berharap satu penyelidikan yang lebih mendalam dan sofistikated ataupun maju (advanced) dapat dijalankan.
Saya ingin mendapat penjelasan apakah fokus penyelidikan semasa yang dilaksanakan oleh Agensi Nuklear dalam bidang-bidang umpamanya perubatan, industri dan juga pertanian. Sekarang ini saya difahamkan Agensi Nuklear ini perlu mengkomersialkan R&Dnya untuk mendapatkan pendapatan lebih 30% daripada peruntukan perbelanjaannya. Selain daripada itu saya mendengar ramai sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun menyebut mengenai kemungkinan besar pihak kementerian atau MOSTI meletakkan satu polisi yang jelas mengenai tenaga nuklear.
Sekiranya tenaga nuklear telah pun dipilih sebagai satu tenaga alternatif, maka saya hendak mencadangkan supaya peruntukan R&D khas untuk tenaga nuklear ini perlu ditambah, kerana mungkin perbelanjaan yang besar juga perlu untuk menentukan tapak yang sesuai dan daripada segi feasibility study, dengan izin dan juga untuk digunakan dalam menyampaikan maklumat yang jelas kepada masyarakat tentang kelebihan teknologi nuklear secara am dan tenaga nuklear khasnya. Ini kerana apa yang menjadi masalah besar kepada masyarakat sekarang kalau bercakap dari segi tenaga nuklear, iaitu dari segi
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
sinaran yang mungkin keluar daripada rektor yang sepatutnya kita tidak risau, tetapi mungkin public yang merasa risau. Ini kerana kita yang memahami perkara itu tentu faham bahawa rektor nuklear dalam generasi ketiga ini mungkin lebih selamat. Walau bagaimanapun masyarakat mungkin tidak jelas.
Begitu juga dari segi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, boleh habis dalam satu minit?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Insya-Allah. Saya sikit sahaja, dalam setengah minit. Jadi itu harapan kita. Kemudian dari segi Butiran 030300 iaitu Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK). Ini apa yang saya ingin mendapat penjelasan, peruntukan agak kecil iaitu RM2.4 juta. Kalau saya rujuk balik kepada Biotechnology Commercialization Programme di bawah MOSTI ini pada tahun 2008 diperuntukkan sebanyak RM26 juta, tetapi hanya digunakan sehingga Mac iaitu RM2.34 juta.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Jadi bila saya tengok anggaran RM2.4 juta ini, maknanya seolah-olah menampakkan adakah bioteknologi ini selain daripada menghasilkan Kit-Diagnostik ...
[Gangguan pembesar suara] Ada lagikah bidang-bidang lain yang boleh dikomersialkan iaitu persoalan saya yang pernah ditanya kepada Yang Berhormat Menteri dulu. Jadi saya nak minta penjelasan itu supaya ada bidang-bidang yang mungkin boleh kita banggakan daripada R&D Bioteknologi.
Dari segi P.00605 yang diberi peruntukan agak tinggi ini atau agak banyak iaitu RM158.1 juta, saya kira tentulah sebagaimana yang Yang Berhormat Mambong sebut tadi mungkin ada research institute atau center of excellent yang akan dibina. Mohon penjelasan.
Kemudian yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 03080 - Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan iaitu dengan peruntukan yang hanya RM1 juta. Akan tetapi apa yang saya ingin dapatkan penjelasan, saya difahamkan program inovasi ini banyak dilaksanakan di kawasan Yang Berhormat Menteri. Jadi tidakkah boleh kita memindahkan sebahagian daripada projek R&D inovasi ini ataupun projek inovasi ini ke tempat lain di Semenanjung Malaysia. Itu persoalan saya.
Terakhir, saya ingat saya kena sebut juga iaitu dari segi pelesenan dan kawalan.
Merujuk kepada 0400 yang diberikan peruntukan kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebanyak RM10.7 juta. Selain daripada kajian-kajian mengenai kemungkinan perlindungan sinaran dalam bidang-bidang industri perubatan, pertanian dan sebagainya, apa yang saya ingin minta sangat daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom ini iaitu kajian-kajian jangka panjang hasil daripada penggunaan bahan radioaktif sebagaimana Yang Berhormat Kuantan sebut iaitu aktiviti industri rare earth di Gebeng ataupun di tempat-tempat lain seperti Bukit Merah yang disebut hari itu yang berdasarkan satu saja daripada keratan akhbar mengatakan anak yang dilahirkan cacat adalah kerana terdedah dengan sinaran.
Jadi saya ingat perkara itu kita kena buat kajian yang lengkap untuk pastikan sama ada benar ataupun tidak.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, empat minit dari satu minit tadi.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Jadi saya harap kementerian patut mengambil cabaran itu iaitu mengadakan penyelidikan yang lebih rapi untuk memastikan masalah ini. Bagi saya mungkin kecacatan yang berlaku bukan hasil daripada sinaran radioaktif. Jadi sekian sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin mengatakan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian untuk membahaskan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
peruntukan pembangunan dan juga belanja mengurus bagi kementerian MOSTI di bawah kepala P.30 dan B.30. Sepuluh ahli-ahli Yang Berhormat, mohon maaf, sembilan yang telah pun mengambil bahagian untuk membahaskan perkara-perkara, butiran-butiran tertentu.
Saya ingin mengatakan dari awal bahawa tugas pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan yang berkaitan dengan MOSTI tidak lain tidak bukan adalah untuk manfaatkan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu utama dalam meningkatkan keupayaan negara untuk menguasai dan menggunakan pengetahuan bagi menjana kekayaan dan kemakmuran serta membina sebuah masyarakat yang sejahtera dan sememangnya strategi-strategi itu cukup panjang dan telah pun saya ulas tadi dalam penyampaian saya pada masa menggulung di peringkat dasar.
Bagi ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian, saya cuba dengan masa yang ada untuk menjawab semuanya. Akan tetapi di mana yang tak sempat dijawab sebelum ditutup malam ini, saya nanti akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat daripada Mambong berucap dengan begitu meluas, menyentuh beberapa perkara di bawah kawalan MOSTI dan pandangan-pandangan yang disampaikan itu sememangnya adalah begitu baik sekali dan menyeluruh. Antara yang telah disentuh adalah berkaitan dengan fasal pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Teknologi Negara dan kenapa dia tidak ada tiga peringkat dan seharusnya bolehlah dilaksanakan sekali gus tiga peringkat tersebut.
Sememangnya dari segi fasa itu adalah sekadar dari segi tumpuan usaha-usaha jentera kerajaan di bawah MOSTI untuk memberi pengkhususan kepada pembangunan sektor bioteknologi. Tidak semestinya kita perlu nak gunakan tiga tahun untuk membina modal insan sebelum kita maju ke tahap seterusnya seperti dalam peringkat pengkomersialan. Itulah saya katakan pada awal tadi itu bahawa dalam perkara ini, banyak daripada tindakan-tindakan dan usaha yang dijalankan oleh kementerian mahupun di bawah Biotek Corporation ataupun di bawah tiga institut-institut yang sebagai pemacu atau pemandu perkembangan R&D dalam bidang bioteknologi ini.
Dari segi satu, bukan saja membina modal insan yang mencukupi melalui program-program MOSTI yang dilaksanakan, tetapi pada masa yang sama sekali gus pihak Biotek Corporation misalnya adalah terlibat untuk memperdaya ataupun membawa pelabur- pelabur dalam bidang teknologi dari seberang laut terus ke Malaysia.
Dalam bidang ini pihak Biotek telah pun berjaya sebenarnya setakat ini untuk mengiktiraf 71 syarikat bionexus. Mengenai dengan mengatakan apakah keunikan dan benefits ataupun insentif dengan izin, yang telah disediakan untuk bionexus company sebanyak 71 syarikat ini telah pun berjaya ditubuhkan di bawah kawalan dan bantuan oleh pihak kementerian dan Biotek Corporation. Saya boleh bekalkan, tapi dia is actually di bawah...
Sepuluh tax insentif yang dibekalkan dan saya boleh bekal terus secara bertulis ataupun saya boleh bekalkan teks yang sedia ada supaya ahli-ahli Yang Berhormat boleh membantu membawa juga pelabur-pelabur dalam bidang bioteknologi ini ke Malaysia dengan mengajakkan mereka dalam menjelaskan semua tax insentif yang sedia ada seperti mana tax insentif yang kita bekal untuk MSC Companies yang bertapak di Malaysia.
Hampir dua ribu syarikat telah pun berjaya mencapai dan memperoleh status bionexus dan MSC status bagi syarikat-syarikat ICT. Mengenai dengan perihal...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Minta laluan. Berkenaan dengan syarikat yang mendapat asuhan daripada Institut Biotek ini yang disebut Menteri tadi beberapa syarikat yang telah berjaya mencapai tahapnya. Apakah kedapatan syarikat yang sebenarnya ketika mengemukakan permohonan pada Institut Biotek tidak memenuhi syarat tapisan, tapi oleh kerana hubungan dengan pihak tertentu dan keperluan untuk segera menandatangani MoU di luar negeri yang diketuai oleh delegasi oleh Timbalan Perdana Menteri dan nak di witness oleh Timbalan Perdana Menteri, maka kesemua tapisan yang disyaratkan oleh Institut Biotek itu sebenarnya tak berlaku kerana nak kejar majlis yang perlu ditandatangani di luar negara.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Apakah diteliti kesemua syarikat mesti memenuhi syarat ini sebelum ianya mendapat keistimewaan tersebut? Apakah ada berlaku perkara sedemikian? Mohon penjelasan.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Untuk makluman Tuan Pengerusi setakat ini dalam makluman pihak saya dan kementerian sebenarnya lebih banyak yang mengadu kerana tidak berjaya untuk memperolehi status-status seperti mana dan mereka mengatakan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan itu adalah ketat sekali. Jadi kes-kes di mana kita potong jalan sekadar mahu mengadakan perjanjian MoU dan untuk menyaksikan oleh VIP-VIP di negara kita tidak timbul sama sekali. Sebenarnya semuanya di mana MoU itu diangkat untuk ditandatangani adalah kes-kes di mana kita telah tapis seperti juga di dalam kita berpendapat bahawa dia boleh membawa pelaburan yang besar dan impak yang luas kepada sektor bioteknologi. Dan itulah kita adakan signing ceremony di peringkat tertinggi tetapi kalau ada kes-kes tertentu dimaksudkan Yang Berhormat dari Machang saya sedia mendengarnya juga. Baiklah.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Bolehkah saya kemukakan itu di luar kepada Yang Berhormat Menteri sebuah syarikat tempatan yang isterinya orang Malaysia suaminya orang Australia tetapi kerana ada hubungan dengan ahli politik tertentu tandatangan dengan disaksi oleh Timbalan Perdana Menteri di Boston. Saya serahkan nanti butiran itu kepada Menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey kita akan saksikan jika ada kes yang terperinci untuk dibincangkan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mambong Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Mambong saya belum siap lagi saya boleh habiskan dan nanti Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Tentang bioteknologi ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey satu lagi tiga yang dikatakan, sebentar saja. Tiga institut seperti mana saya katakan centre of excellent, Agriculture Biotech Institute, Institute of Pharmaceuticals dan Malaysian Genome Institute. Ini adalah tiga pemandu dari segi R&D dan sememangnya dalam perkara ini bukan sahaja mereka terlibat dari segi membuat R&D yang tertentu dan menyelaras R&D-R&D yang berkaitan dengan bioteknologi dalam sektor kesihatan, dalam sektor pertanian, dalam sektor genomic dan pharmaceutical. Mereka juga sebenarnya sekali gus membolehkan incubation ertinya menjemput sama dengan biotec dan membekal facilities tertentu untuk tujuan incubation bagi bukan sahaja syarikat dalam negeri tetapi syarikat daripada peringkat antarabangsa juga. Okey Yang Berhormat Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi private sector funding untuk menggalakkan bioteknologi.
Kenapa daripada tahun 2005 hingga tahun 2007 hanya RM300 juta sahaja diagihkan.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang dimaksudkan dalam perkara tersebut yang berkaitan dengan geran ataupun bagaimana? Jika ia ada berkaitan dengan geran- geran tertentu maka saya akan jawab seterusnya di bawah Kepala jenis geran yang perlu diselaraskan bersama dan seterusnya yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Okey dimulai dari segi meteorologi yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Mambong. Saya ingin katakan bahawa pihak Jabatan Meteorologi adalah antara jabatan di rantau ini yang begitu dengan izin up to date dengan teknologi-teknologi yang digunakan oleh negara-negara lain. Kepakaran pegawai-pegawai kita pun setaraf dengan negara-negara yang lain mahupun dalam bidang meteorologi, seismologi ataupun dalam pengkhususan perihal tsunami.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kita sentiasa menggalakkan mereka untuk terus mengambil program-program di peringkat doktor falsafah, sarjana dan juga penempatan secara attachment di pusat-pusat meteorologi dan seismologi dan tsunami yang terulung di luar negara seperti di Australia, di Korea, di Jepun dan Amerika Syarikat. Untuk makluman sehingga ini semenjak kejadian tsunami tahun 2004 misalnya 10 pegawai telah pun mendapat latihan kepakaran dalam bidang seismologi dan tsunami di Amerika dan Jepun dan dalam bidang meteorologi pula Jabatan Meteorologi mempunyai tiga pegawai berkelulusan peringkat falsafah dan 20 pegawai di peringkat sarjana.
Jadi dari segi kepakaran saya sedia maklum bahawa adalah penting untuk sentiasa meningkatkan kepakaran mereka ini khususnya dalam bidang-bidang yang lebih begitu kritikal seperti climate change, dengan izin. Akan tetapi setakat ini kita berpuas hati bahawa latihan dari segi mempertingkatkan modal insan dalam jabatan ini mencukupi untuk tujuan tersebut.
Tuan Pengerusi Yang Berhormat Mambong minta soal penggunaan GPS. Saya boleh katakan di sini bahawa kita antara juga negara lain dan jabatan yang menggunakan teknologi GPS. Walau bagaimanapun penggunaan teknologi untuk menentukan wap air di udara masih di peringkat kajian oleh universiti-universiti tempatan. Pihak Jabatan Meteorologi memantau ini dan sentiasa untuk menggunakan teknologi yang terkini untuk tujuan-tujuan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan perihal meteorologi.
Dari segi stesen-stesen meteorologi terlampau panjang tetapi saya sebutkan, 38 stesen meteorologi di seluruh negara. Kalau hendak tahu di Sarawak, Kuching, Sri Aman, Bintulu, Sibu, Kapit, Limbang, Mulu, Miri dan Sabah hanya setengah sahaja daripada jumlah yang ada di Sarawak di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Sandakan. Ini antaranya.
Mengenai dengan perihal jumlah stesen seismologi. Ada empat stesen semuanya ini di Kulim, Ipoh, FRIM, Kluang, Kota Tinggi, Kuala Terengganu, Kuching, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau. Jadi nescaya bahawa di dalam bidang ini kita harus saya rasa merasa bangga dengan kedudukan satu jabatan yang begitu menggunakan teknologi terkini dan kepakaran-kepakaran yang ada tetapi kita sedia ada maklum di mana-mana kepakaran diperlukan kita bersedia untuk menggunakan termasuk fund-fund yang ada dalam MOSTI termasuklah science fund bagi pegawai-pegawai kita meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
Tuan Pengerusi seterusnya saya berjalan terus kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Batu. Satu mengenai dengan soal angkasawan dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Batu Gajah. Saya hanya katakan di sini bahawa saya ada jawab dua tiga kali dalam Dewan yang mulia ini pelbagai soalan yang berkaitan.
Mengenai dengan masa depan program angkasawan ini baru sahaja kita selesai satu study yang menyeluruh dari segi benefit cost analysis program ini dan dia dalam proses persiapan untuk dibawa ke Kabinet untuk menetapkan masa depan program ini.
Namun saya hanya boleh beri gambaran bahawa berasas kepada makluman-makluman yang diterima daripada kajian ini sememangnya dia telah membawa banyak benefit kepada negara kita. Hanya soalnya bagaimana manfaatkan secara optimum apa yang telah dicapai melalui mission yang pertama.
Hanya pandangan MOSTI setakat ini dan yang seterusnya dibawa ke peringkat Kabinet untuk perbincangan seterusnya dalam membentuk haluan dan saya terima teguran-teguran yang ada sebagai input kepada dasar dan penentuan program ini. Iaitu memandangkan keadaan ekonomi pada saat ini maka priority adalah untuk memastikan benefit ataupun apa sahaja keuntungan yang diperoleh melalui mission pertama mahupun melalui kajian-kajian mikro graviti saya tujukan kesedaran science dan teknologi untuk para anak generasi muda khususnya. Itu seharusnya adalah yang perlu diperluaskan.
Mengenai dengan soal angkasawan kedua Dr. Faiz tujuan kita adalah bagi beliau, beliau telah memaklumkan keinginan untuk terus bertugas di bawah MOSTI. Beliau akan dibantu untuk mendapatkan pengajian peringkat sarjana sambil juga terus bekerja rapat dengan International Station di Rusia dan sekali gus dengan itu menjalankan updating dari segi kepakaran-kepakaran termasuk bina badan dan seterusnya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi mengenai dengan angkasawan yang pertama saya hanya katakan di sini dari segi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat. Sememangnya beliau pun telah menafikan juga tuduhan tersebut dan tidak adalah tuduhan sampai RM1.2 juta yang dikutip oleh beliau.
Kami sedia maklum untuk memantau ini dan kami telah pun meminta sampai hari Isnin minggu depan jika betul-betul ada bukti-bukti tertentu yang beliau telah mendesak untuk menerima ganjaran dan seterusnya. Kita akan meneliti keadaan tersebut selaras dengan kontrak yang beliau telah pun tandatangan melalui MOSTI yang mengatakan bahawa semua program yang dikendalikan di bawah MOSTI, Agensi Angkasa adalah sememangnya tidak bayaran sama sekali kerana pihak kementerian menanggung apa-apa sahaja perbelanjaan terlibat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sememangnya keadaan sebenar, mereka ini adalah pegawai kerajaan. Pada masa mereka meneruskan latihan, sebelum menjadi angkasawan dan dalam program tersebut khususnya Dr. Syeikh beliau adalah pegawai U41 sebagai pegawai perubatan.
Setelah kembali kita telah menaikkan tarafnya kepada S48, dua kali naik sebenarnya.
Untuk itu sememangnya apa-apa permintaan lain yang telah melibatkan beliau adalah selaras dengan kontrak yang sedia ada.
Memang barangkali ada ketidakpuasan hati dan seterusnya. Pihak kita telah pun duduk bersama beliau termasuk bapa beliau untuk meneliti. Apa yang saya ingin tekankan di sini bahawa kerajaan sememangnya telah pun menggunakan wang yang banyak seperti mana Yang Berhormat Batu Gajah katakan, dari wang kita sendiri pun RM39.1 juta dan kita mahu supaya akan memberi sumbangan yang luas untuk memastikan apa juga pencapaian yang telah diperolehi dalam mission yang pertama itu dioptimumkan untuk matlamat- matlamat yang saya telah gariskan tadi.
Mengenai masa depan beliau, kita telah pun serahkan kepada beliau kalau beliau akan terus berkhidmat dengan MOSTI. Dan secara rasmi beliau belum lagi menyampaikan niat tersebut. Kalau tidak pihak MOSTI akan kembalikan beliau kepada Kementerian Kesihatan. Dengan barangkali perbincangan bahawa di mana beliau diperlukan untuk program-program promosi beliau haruslah mengambil bahagian dalam program-program tersebut.
Tuan Pengerusi,
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Yang Berhormat Menteri, saya kurang jelas. Setakat ini hasil kajian study yang dijalankan oleh kementerian, apakah program angkasawan ini akan diteruskan iaitu penghantaran yang kedua? Yang Berhormat Menteri ada kata akan bagi study kepada Kabinet tetapi boleh maklumkan Dewan ini setakat ini hasil kajiannya ialah positif atau negatif? Teruskan atau tidak setakat ini memandangkan masalah ekonomi dan sebagainya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Seperti yang saya katakan tadi bahawa daripada kajian yang dilaksanakan sememangnya berlapis-lapis sektor masyarakat yang telah gunakan ... sampling termasuk bidang epidemic dan juga pihak awam bahawa pada keseluruhannya mengatakan bahawa manfaat daripada hasil ini adalah positif sekali. It’s a question I think of how much tetapi kalau nak yang lebih detail nanti apabila selesai perbincangan peringkat Kabinet, saya boleh maklumkan pada keseluruhannya nanti. Pada keseluruhannya kira-kira 2/3 mengatakan bahawa ia mempunyai nilai yang tinggi. Hanya soal ialah bagaimana mengoptimumkan manfaat yang telah diperolehi.
Mengenai dengan studi-studi mikro graviti, seperti mana kita sedia maklum tiga meja studies dengan izin, ... space, sells in space, micro ... space, satu seminar pada bulan Ogos yang lalu telah pun diadakan dengan para saintis melibatkan penyelidik dari UKM, UM, UiTM dan agensi-agensi lain, UPM dan seterusnya. Ini masih dalam soal perbincangan dan masih dalam tujuan meneruskan kajian-kajian ini. Walau tak payahlah ini nak tunggu sampai kita sendiri naik bulan ataupun naik angkasa, mereka bercadang bahawa ini boleh disangkutkan dengan program-program sedia ada di peringkat antarabangsa.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi begitulah yang terkini apabila nanti maklumat yang lebih terperinci dalam perkara ini, saya bercadang untuk melaksanakan satu taklimat khas untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai hasil-hasil kajian yang telah pun dijalankan bagi Ahli-ahli Parlimen barangkali pada penggal yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, malangnya tidak boleh siap pada hari ini. Saya bercadang untuk menyiapkannya kecuali Yang Berhormat bersetuju saya ambil 15 minit lagi. Dari segi Yang Berhormat daripada Arau, saya menghargai teguran-teguran yang telah pun disampaikan kepada pihak kita. Beliau membangkitkan bagaimanakah MOSTI menggunakan keupayaan penyelidikan? Seterusnya adakah usaha sama dijalankan dengan pihak-pihak GLC? Saya ingin menekankan di sini bahawa ini dari segi strategi kementerian dan kerajaan adalah sebenarnya standard practice yang kita jalankan.
Kita bercadang bahawa bukan sahaja centres of excellent wujud di dalam universiti-universiti tempatan tetapi di kalangan GLC-GLC seperti Sime Darby, FELDA, kita berpendapat bahawa dalam bidang bio teknologi khususnya mereka harus juga digalakkan dan kita sedia bekerjasama untuk memastikan supaya innovation centres khususnya digalakkan dan di mana yang boleh untuk bekerjasama dengan pihak kementerian supaya kita boleh menempatkan researchers tertentu untuk berkursus di situ dan menjalankan kajian-kajian on hand.
Jadi saya mengatakan terima kasih di atas input yang telah diberi oleh Yang Berhormat daripada Arau tadi. Mengenai dengan Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah, saya telah sentuh sebahagian tadi, saya hanya tambah bahawa pembelian Soyuz itu, kita rasa tidak perlulah untuk teruskan itu sebab ia satu mesin yang sudah tua juga dan sudah sejarah. So kita tutup perkara. Berkenaan Planetarium Negara, saya katakan di sini bahawa ia terus menjadi satu pusat tumpuan bagi pelajar-pelajar khususnya dan juga researchers. Peruntukan setiap tahun untuk mengurus adalah kira-kira RM100 hingga RM120 ribu sahaja.
Seminar-seminar dan juga briefings dan lawatan-lawatan sentiasa diadakan. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat minat untuk mendapatkan lagi lebih terperinci, aktiviti-aktiviti yang diadakan di situ saya boleh mengatur untuk lawatan Ahli-ahli Yang Berhormat pada masa sesi yang akan datang.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akhirnya minta penjelasan. Sudikah pihak kementerian memberi maklumat berkenaan dengan terma-terma dan syarat-syarat tanggungjawab kontrak di antara kementerian dengan angkasawan ini? Sebab sebelum ini kita baca kenyataan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian mengatakan bahawa segala sumbangan sepatutnya masuk kepada akaun amanah kementerian itu. Jadi perkara sebenarnya operasi, sudikah bagi maklumat ini?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sememangnya dalam perjanjian tersebut, dia menggariskan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Seterusnya juga bahawa di bawah perjanjian tersebut satu tabung amanah ditubuhkan di mana apa-apa juga kutipan dari segi program-program, dari segi derma-derma hendaklah disalurkan kepada tabung tersebut. Dan daripada situ nanti diurus, dibincangkan berapa seharusnya angkasawan- angkasawan ini perlu diberi.
Jika betul Yang Berhormat minat dalam perkara ini, saya akan pertimbangkan di peringkat kementerian adakah itu harus perjanjian satu pihak itu dengan kementerian yang begitu peribadi boleh kita umumkan kepada umum. Akan tetapi saya boleh bincang dengan Yang Berhormat kalau nak mengetahui lebih terperinci apa yang spesifik yang perlu diberitahulah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih, yang saya tekankan ialah pembayaran ini menggunakan wang rakyat. Itulah saya yang prihatin, bukan saya sengaja nak membangkitkan isu ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, perkara yang berbangkit tentang angkasawan juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain, saya rasa khususnya Ahli Yang Berhormat daripada Arau dan Ledang telah pun memberi pandangan yang baik sekali. Saya telah mengambil tindakan dari segi perkara angkasawan ini bahawa langkah
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
yang terbaik adalah untuk memanggil beliau, berbincang dengan beliau dan keluarga beliau supaya mereka menyedari bahawa usaha naik ke angkasa itu bukan adalah satu pencapaian peribadi. Ia adalah usaha negara dan lapisan masyarakat, bukannya usaha satu orang sahaja. Bahkan 10,000 yang memasuki ingin menjadi angkasawan, tapisan demi tapisan, saringan demi saringan sampailah kepada yang terakhir 10 dan sampailah yang terakhir dua.
Saya telah memberi gambaran tentang itu. Saya rasa apa yang terbaik adalah memberi bimbingan kepada beliau bahawa beliau adalah satu aset yang sangat penting untuk negara berasas kepada peluang yang telah diberi kepada beliau untuk menerajui program angkasawan yang pertama kita telah jalankan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Menteri, kalau boleh habis 15 minit?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kalau Yang Berhormat beri masa, 7 minit saya boleh selesai.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau 7 minit saya boleh bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri, sehingga 15 minit. Boleh.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
15 minit? Okey, bisa-bisa.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kuranglah dari 15 minit.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Mengenai dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Batu Gajah, saya sudah pun jawab itu. Biasanya saya dengan Yang Berhormat Batu Gajah ini walaupun berbeza banyak segi tapi banyak juga persamaan so saya boleh bincang bersama di luar juga mengenai maklumat-maklumat yang tidak payah diumumkan di Dewan yang mulia ini.
Mengenai Yang Berhormat daripada Ledang, mengenai perihal metrologi sekali lagi, mengenai dengan kerjasama dan... dalam penyebaran maklumat dan amaran awal.
(cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya ingin katakan di sini bahawa kementerian telah pun mewujudkan talian tetap dengan Telekom untuk amaran tsunami. Kementerian juga sedang berusaha dengan MKN dan JPS untuk meningkatkan lagi kegunaan sistem ini dan untuk penyebaran amaran maklumat mahupun berkaitan dengan amaran ribut taufan ataupun banjir. Untuk makluman, misalnya pada masa kini kementerian juga menggunakan sistem SMS untuk penyebaran amaran awal tsunami dan cuaca buruk bagi agensi-agensi pengurusan dan penguat kuasa bencana alam serta media massa. Jika Ahli-ahli Parlimen yang ingin mendaftarkan diri sebagai penerima SMS daripada Jabatan Metrologi untuk menerima amaran-amaran banjir, angin deras dan seterusnya bolehlah berdaftar dengan pihak kementerian ataupun pihak Jabatan Metrologi.
Sememangnya maklumat yang lebih terperinci adalah dikhususkan oleh Ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara di mana tindakan itu perlu diambil, misalnya saya katakan di sini, baru saja minggu lalu ada amaran dikeluarkan oleh Tokyo Tsunami Centre bahawa kemungkinan ada satu tsunami yang akan terjadi di Lautan Sulu khususnya hasil daripada hentakan bumi dekat Minado yang pada mulanya adalah amaran di situ supaya satu amaran diberi di kawasan melibatkan Pantai Timur Sabah. Akan tetapi dua jam kemudian, apabila kita berbincang dengan pucuk kepimpinan itu dan seterusnya diturunkan kepada sekadar advisory dan pihak keselamatan di peringkat Negeri Sabah telah pun mengumumkan di audio dan Pengerusi MKN di peringkat negeri supaya pihak polis dan pihak marin dalam keadaan berjaga-jaga. Jadi inilah di antara sistem yang sedia ada dalam pengurusan bencana alam.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat daripada Ledang juga telah mengatakan pembudayaan pembelajaran R&D dan juga mewujudkan modal insan di peringkat sarjana dan PhD. Saya telah pun sentuh tadi. Antara satu inisiatif yang baru saja diluluskan oleh Kabinet ialah demi untuk mencapai ratio ataupun matlamat 50 researchers scientist dan
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
engineers bagi setiap 10,000 orang penduduk Malaysia. Pada saat ini kita kira-kira 20 RSE setiap 10,000 orang. Pihak Kabinet pada enam minggu yang lalu telah meluluskan supaya National Science Fellowship itu dilipatgandakan dua kali ganda daripada 201 tahun kepada 401 tahun dan menelan belanja kira-kira RM30 juta satu tahun.
Ini membolehkan saintis kita yang muda-muda semua, yang berkelas tidak kurang daripada two class upper untuk mereka disangkutkan untuk program PhD dan sarjana di universiti-universiti yang terkenal di dunia melalui National Science Fellowship. Saya rasa ini adalah satu sumbangan yang besar selain daripada program biasiswa daripada JPA dan juga Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan yang lain yang memperuntukkan biayaan untuk pegawai-pegawai mereka khususnya saintis untuk meningkatkan kelayakan mereka kepada peringkat master dan peringkat PhD.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat daripada Machang, saya telah pun sentuh awal tadi, beliau mengatakan bagaimana dari segi membangunkan tenaga yang diperbaharui. Saya telah pun jawab juga di dalam soalan lebih awal lagi dan saya hanya mahu mengatakan di sini bahawa di bawah IRPA Grant, ScienceFund, TechnoFund, RDF.
dan Technology Acquisition Fund sebanyak 132 projek yang berkaitan dengan tenaga alternatif yang melibatkan RM127 juta telah pun dibelanjakan semenjak daripada Rancangan Malaysia ke-7. Mengenai Yang Berhormat daripada Jelutong yang menyentuh perihal Entellium Technology. Kedua-dua di peringkat MVCAP dan juga di peringkat MDeC. Saya katakan di sini bahawa perkara ini saya difahamkan telah pun dijelaskan di peringkat Kementerian Kewangan bagi berkenaan penglibatan MVCAP Bagi MDeC, saya hanya katakan di sini bahawa kita unfortunate dengan izin dan it has happened that way. That thing kalau hendak ditelitikan sebenarnya syarikat yang ada di Malaysia tidak boleh dipersalahkan. Saya hanya mengatakan bahawa ETSB itu Entellium Technology Sdn. Bhd telah pun memohon dana sejumlah RM7.5 juta daripada RND Fund dalam MOSTI dan saya hanya katakan di sini bahawa kelulusan telah pun dibuat berdasarkan kepada penelitian dan garis panduan yang begitu ketat sekali. Daripada jumlah tersebut, hanya 15% saja RM1, RM1.125 juta yang telah diagihkan kepada ETSB.
Selepas saja kita mendengar kes dan masalah dalaman dalam Entellium Corporation, pihak MDeC telah pun berbincang dengan MOSTI dan sekali gus kita telah menggantungkan pengeluaran geran-geran yang lain.
Saya sendiri pun mengatakan bahawa kita kecewa sedikit dalam perkara ini tetapi ini adalah luar jangkaan kita seperti mana kita katakan apa yang terjadi adalah di peringkat ibu pejabat Entellium. Hanya kita perlu barangkali pada masa akan datang lebih lagi bebas untuk meneliti supaya syarikat-syarikat yang memohon geran itu yang ibu pejabatnya di luar negara perlulah meneliti dan due diligence yang lebih rapat dan lebih tinggi perlu dilaksanakan supaya kes-kes seperti ini tidak akan terjadi lagi.
Seterusnya Yang Berhormat daripada I think Machang telah pun saya sentuh tadi iaitu berkaitan dengan biasiswa tajaan MOSTI dan pengajian peringkat master dan PhD.
Saya telah katakan tadi bahawa ini sebahagian sudah saya jawab di bawah kepala National Science Fellowship dan saya juga ingin sentuh bahawa di bawah program short-term fellowship ini, selain daripada peringkat master dan PhD, kita boleh menghantar saintis- saintis untuk disangkutkan dalam program tiga atau enam bulan dengan universiti-universiti ataupun pusat-pusat pengajian saintifik di luar negara.
Ini akan berterusan di bawah Brain Gain Program juga telah kita ubah bentuknya supaya pada dulu kita hendak mereka pindah ke Malaysia secara peribadi dan keluarga.
Sekarang kita telah ubah supaya dari segi Brain Gain, mereka boleh tinggal di mana mereka berada dalam centres of excellence di seberang laut tetapi bekerjasama dengan centres of excellence di negara kita. Kita facilitate exchange of information dan juga sangkut dari program yang tiga dan enam bulan dan menggunakan facilities yang ada di sini.
Mereka yang di sini boleh menggunakan facilities di sana dan ini towards working dan kita berpendapat bahawa ini kalau orang Sabah bilang lebih mujarab, lebih efektif, lebih berkesan dari segi pemindahan teknologi dan kolaborasi penyelidikan di peringkat antarabangsa.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya rasa yang dua perkara saja lagi saya ingin sentuh di sini ialah dari segi Yang Berhormat daripada Hulu Langat...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sikit, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Jawapan Yang Berhormat Menteri yang terakhir itu sebenarnya tidak disentuh oleh Yang Berhormat Machang, soal biasiswa dan sebagainya. Cuma secara khusus saya bangkitkan dua dan saya memang mengharapkan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Pertama tentang dana SME di bawah MOSTI. Saya timbulkan apakah MOSTI ada SME expert yang boleh membimbing peserta SME, itu satu. Ini kerana ada lebih 14 lebih dana yang saya fikir berkaitan. Itu yang pertama.
Yang kedua saya timbulkan tentang penyelarasan dana penyelidikan, pengurusan dan pemantauan bagi memastikan dana itu betul-betul memberikan pulangan yang baik.
Saya juga menyentuh tentang perlunya kementerian berhati-hati dalam membelanjakan peruntukan untuk program lawatan di luar negeri dengan memberikan contoh lawatan Institute Biotech di bawah MOSTI diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri di Jepun, Korea dan Boston. Jadi, ya Yang Berhormat Menteri nampak tergesa-gesa hendak menghabiskan masa kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tetapi kita juga sabar menunggu hingga ke saat ini kerana kita buat persiapan sebenarnya untuk memberikan pandangan-pandangan dalam acara ini. Ya, mohon. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Machang kerana begitu prihatin dan memberi pandangan-pandangan yang begitu bernilai dan seimbang dalam perkara ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Satu mengenai dengan perihal perbelanjaan seberang laut. Apa yang disentuh tadi itu di luar pengetahuan saya, tapi daripada apa yang saya tahu sebenarnya program- program tambahan itu bukanlah menggunakan peruntukan daripada MOSTI, daripada sponsors syarikat-syarikat tertentu. Semenjak kita mengawali MOSTI, antara langkah yang telah pun saya lakukan sesuai dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan dalam semua segi.
Begitu juga lawatan ke luar negeri mahupun kalau lawatan dalaman, seminar- seminar. Ia kerana MOSTI ini antaranya 27 agensi di bawah kementerian kita dan banyak seminar dan banyak komiti-komiti peringkat antarabangsa. Kita telah beri arahan supaya bersifat sederhana. Gunakanlah hotel-hotel yang sederhana. Nak pergi seberang laut pun saya elakkan pergi kalau boleh, walaupun kalau ikut program-program sekali sebulan perlu keluar untuk menghadiri Join Council Committee dan seterusnya.
Jadi teguran itu kita terima dan kita harap itu akan boleh diterjemahkan nanti pada tahun hadapan apabila tidak ada permohonan peruntukan tambahan untuk soal-soal lawatan dan soal-soal penggunaan-penggunaan dalaman yang berhasil daripada seminar- seminar dan seterusnya. Mengenai dengan perihal...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, masa saya itu terbatas dengan 15 minit Yang Berhormat. Jadi ada proses-proses...
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tiga minit lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ada tiga minit tapi saya perlu beberapa minit.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, yang terakhir mengenai dengan apa yang disentuhkan daripada Yang Berhormat Kuala Langat, saya hanya katakan terima kasih atas teguran dan input-input yang telah diberi. Mana yang saya tak sempat untuk masuk perihal nuklear, perihal sinaran, saya sedia untuk memberi jawapan secara bertulis.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi saya sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, sembilan semuanya telah memberi input dan kita menghargai dan kita menilainya. Jikalau ada apa- apa yang perlu permohonan untuk maklumat terperinci yang tidak sulit daripada segi operasi kita, kita sedia untuk membekal dan menerima input-input seterusnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM814,923,700 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM814,923,700 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,339,770,700 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,339,770,700 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu permohonan dan permohonan itu telah saya luluskan iaitu bahawa untuk membenarkan Kementerian Pelancongan yang dijadualkan menjawab pada nombor 15 dibelakangkan kepada nombor terakhir selepas Kementerian Luar Negeri dalam susunan giliran Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang undang-undang Perbekalan 2009. Jadi esok Yang Berhormat, kita akan mula dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Terima kasih. Majlis bersidang semula sebagai Majlis mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, persidangan ditangguhkan dahulu dan kita akan bermula pada pagi esok pukul 10.00 hari Rabu 26 November 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.44 malam.