Nov242008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan tentang penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar Melayu walaupun institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya UiTM yang mengajar dalam bahasa Inggeris.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan nombor 16 daripada Yang Berhormat Libaran yang dijadualkan pada hari ini juga kerana ia menyentuh isu yang sama.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menitikberatkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tempatan tanpa mengira kaum. Beberapa langkah telah diambil untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris di kalangan pelajarnya termasuk:

(i) penawaran kursus-kursus kemahiran bahasa Inggeris yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa tersebut. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kursus bahasa Inggeris iaitu English for Special Purpose, dengan izin dikendalikan selama dua jam seminggu selama dua hingga tiga semester untuk pelajar ijazah. Pihak Akademi Pengajian Bahasa UiTM juga sedang berusaha untuk memenuhi permintaan khusus pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris bagi program-program yang ditawarkan di 24 buah fakulti;

(ii) menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sesi tutorial, pembentangan kertas kerja serta pembentangan kertas projek tahun akhir dan lain-lain sesi pembelajaran tidak formal;

(iii) menawarkan kursus-kursus elektif bahasa Inggeris sebagai kursus pilihan untuk pelajar;

(iv) menggalakkan pelajar lemah untuk mengikuti kursus jangka pendek atau klinik bahasa semasa cuti semester; dan

(v) menggalakkan aktiviti kokurikulum dalam bahasa Inggeris seperti melaksanakan minggu atau bulan bahasa Inggeris, debat, pengucapan awam dan perbincangan intelektual yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris, English Language Camp serta beberapa program lain yang dilaksanakan oleh persatuan- persatuan pelajar dari masa ke masa. Sekian.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang jelas. Hanya bagi saya, saya melihat semua yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah program-program yang formal yang dibuat oleh universiti untuk pelajar- pelajarnya. Sejauh mana pelaksanaannya kita tidak pasti. Ini kerana program itu adalah program formal yang memang sudah terkandung dalam prospektus dan sebagainya.

Jadi, apa yang saya lihat di sini ialah bahasa Inggeris ini tidak menjadi satu budaya di kalangan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah. Sebelum saya mengemukakan soalan ini saya pernah bertanya kepada pelajar-pelajar UiTM. Mereka kata, “Betul, kami belajar dalam bahasa Inggeris, diajar dalam bahasa Inggeris dalam beberapa mata pelajaran, tetapi apabila dalam tutorial digalakkan sahaja pensyarah dan pelajar bertutur dalam bahasa lain, bukan bahasa Inggeris.” Dalam keadaan yang tidak formal ini pun mereka bercakap dalam bahasa yang lain selain daripada bahasa Inggeris.

Jadi ini menyebabkan ia tidak menjadi satu budaya.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Soalan.

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah budaya bahasa Inggeris ini diamalkan di kalangan pelajar-pelajar dan apakah langkah-langkah yang mereka buat. Bagi saya kalau banyak mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris tetapi pelajar masih gagal, mungkin ada kesilapan atau ada kelemahan dalam kaedah mengajar. Mohon jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelemahan graduan UiTM berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah satu persepsi umum sahaja. Adalah didapati sejak pengenalan program pengajaran dalam bahasa Inggeris dilaksanakan di UiTM, bukan sahaja tahap penguasaan bahasa tersebut semakin baik bahkan tahap kebolehpasaran graduan-graduan UiTM adalah di antara tertinggi...

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan itu tentang budaya...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak boleh mencelah begini, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Bukan, saya tanya tentang budaya...

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Ya, ini saya sebutkan kerana walaupun ini tentang budaya tetapi saya lihat sekarang ini budaya pertuturan dalam bahasa Inggeris ini memang bertambah baik. Itulah saya hendak jawab dari segi apa yang kita lihat sekarang, memang benar tahap penggunaan bahasa Inggeris di UiTM bertambah baik. Sekian.

final • 10:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidakkah boleh kita mengadakan satu program seperti yang kita lakukan kepada pelajar-pelajar yang akan kita hantar ke luar negara.

final • 10:00 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Misalnya ke Jepun ataupun ke Korea ataupun ke Jerman, di mana mereka diberikan kursus intensif selama tiga hingga enam bulan supaya mereka boleh menguasai bahasa yang tersebut. Kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama kepada pelajar- pelajar universiti kita sebelum dia memulakan kursus asas yang sepatutnya di ambil itu, dimulakan dengan penguasaan bahasa Inggeris dahulu.

final • 10:10 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memang prihatin ataupun peka tentang kehendak masyarakat berkenaan tahap bahasa Inggeris yang telah digunakan di IPTA ataupun IPTS. Memang kita banyak menggalakkan dan sekarang pun kita juga banyak menggalakkan supaya lebih ramai pelawat asing di lantik untuk mengajar.

Selain itu juga, kursus yang sedang diajar di dalam universiti memang banyak yang digalakkan untuk mengadakan bahasa pengantarnya lebih menggalakkan supaya

final • 10:10 AM

Dr. Hou Kok Chung

bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dan juga dalam pembentangan kertas kerja pelajar KPT juga menggalakkan supaya pelajar lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris.

Sekian.

final • 10:10 AM

2. Tuan Chua Tian Chang [Batu] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan syarat-syarat penting yang diperuntukkan dalam perjanjian di antara DBKL dalam penswastaan pengutipan caj-caj tempat letak kereta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

final • 10:10 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya bermula jawapan saya dengan menerangkan latar belakang dan rasional operasi dan pengurusan sistem tempat letak kereta di Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu, pengurusan pengutipan caj bagi tempat letak kereta atau TLK di kawasan Kuala Lumpur dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbahagi kepada dua kategori. Pertamanya, letak kereta tepi jalan atau TLK on street dan keduanya tempat letak kereta terkawal, TLK off street dan kedua-dua kategori ini di atas tanah milik DBKL.

Tempat letak kereta tepi jalan iaitu TLK on street adalah TLK bermeter yang berkonsep pay and display. Sistem letak kereta elektronik (SLKE), di mana DBKL menyewakan unit-unit elektronik daripada pembekal dan tempoh kontrak di antara DBKL dan pihak pengurusan operasi letak kereta tepi jalan sistem bermeter yang lama telah tamat pada 1996 dan kontrak di lanjut berdasar bulan ke bulan. Manakala, bagi tempat letak kereta terkawal - TLK off street pula, tapak-tapak tanah kepunyaan DBKL yang telah dikenal pasti disewakan kepada operator untuk menjalankan operasi tempat letak kereta.

Pelantikan bagi kedua-dua cara pelaksanaan tempat letak kereta ini iaitu TLK on street dan TLK off street dengan izin, adalah melalui tender terbuka. Kaedah pelaksanaannya pula adalah secara penyewaan dan bukannya secara penswastaan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik (SLKE), ini hanya melibatkan zon komersial di Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan SLKE ini adalah untuk menjadikan pengurusan letak kereta di Bandar raya Kuala Lumpur lebih efisien dan efektif. Ianya secara tidak langsung dapat mengatasi masalah penjaga tempat letak kereta haram yang membuat kutipan secara tidak sah, masalah monopoli letak kereta, masalah double parking dan masalah kesesakan lalu-lintas di kawasan letak kereta terutamanya di kawasan komersial dan sekitarnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, kesan daripada pemasangan ini, pihak DBKL menerima maklum balas yang positif daripada para peniaga di zon komersial Desa Sri Hartamas dan Bangsar. Mereka memaklumkan bahawa pelaksanaan ini dapat menyelesaikan masalah-masalah pengunjung-pengunjung yang tidak dapat mencari tempat letak kereta di kawasan tersebut. Selain itu, ianya dapat membantu para peniaga di sekitar kawasan komersial menjana peniagaan masing-masing dengan adanya pengunjung yang lebih ramai ke kedai mereka. Ia juga berkesan mengehadkan penguasaan pemilik peniagaan yang selama ini memonopoli kawasan tempat letak kereta di zon komersial.

Tuan Yang di-Pertua, balik kepada soalan tadi, terdapat tiga pihak utama yang bekerjasama memainkan peranan secara langsung dalam pengurusan sistem ini iaitu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pihak pembekal sistem tempat letak kereta elektronik dan juga pihak operator sistem. Oleh demikian, pihak DBKL telah melaksanakan dua kontrak yang berbeza, yang pertama kontrak penyewaan SLKE daripada pembekal untuk tujuan pemasangan dan penyelenggaraan. Kedua, kontrak melantik syarikat bagi tujuan pengurusan dan operasi kemudahan SLKE.

Kontrak yang pertama ialah kontrak penyewaan SLKE daripada pembekal untuk tujuan pemasangan dan penyelenggaraan. Ia adalah kontrak yang dimeterai antara DBKL dengan pembekal mesin SLKE yang bertanggungjawab untuk membekal, memasang, mentauliahkan mesin elektronik kaedah bayar dan peraga, dengan izin pay and display

final • 10:10 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

kepada DBKL. Dalam kontrak ini, empat syarikat telah dilantik melalui kaedah tender terbuka dan diperuntukkan kawasan mengikut zon komersial.

Syarat-syarat penting adalah:

(i) syarikat membekal bertanggungjawab membekal, memasang dan menyelenggarakan mesin-mesin;

(ii) mesin dibekalkan hendaklah boleh digunakan untuk membayar caj letak kereta mengguna wang syiling Malaysia dan juga boleh ditambah baik dengan menggunakan kad;

(iii) sistem di kolaborasi dengan kadar dan tarif masa serta kadar bayaran yang mungkin berubah; dan tarif yang ditetapkan pusat bandar 80 sen sejam dan luar bandar 50 sen sejam;

(iv) waktu hari operasi, hari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti Am dan masa 7.30 pagi sehingga 6.00 petang; dan

(v) jika didapati mesin tidak beroperasi pihak kontraktor akan dikenakan denda RM35 sehari bagi setiap petak letak kereta dalam kawasan yang dikawalkan dan tempoh penyewaan adalah lima tahun.

Kedua, kontrak yang kedua kontrak melantik syarikat operator bagi tujuan pengurusan dan operasi kemudahan SLKE kontrak yang dimeterai di antara DBKL dengan operator. Dia mintak syarat-syarat jadi saya hendak baca syarat-syarat kepada Yang Berhormat Batu.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh ringkaskan Yang Berhormat. Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

Kalau tidak faham sejarah itu susah sikit. Kalau kita hendak faham kenapa DBKL perlu...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita dalam sesi pertanyaan lisan Yang Berhormat ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

Dalam kontrak ini operator akan menyewakan dari DBKL petak-petak letak kereta tujuan mengutip pembayaran caj sistem letak kereta elektronik. Tujuh syarikat Yang Berhormat mengendali tujuh zon yang berbeza telah dilantik.

Syarat-syarat yang penting adalah:

(i) pihak operator memastikan semua peralatan sistem tempat letak kereta elektronik dalam keadaan beroperasi sepanjang masa;

(ii) operator bertanggungjawab mengutip segala data transaksi dari sistem;

(iii) pihak operator membayar sewa bulanan bagi jumlah bilangan tempat letak kereta;

(iv) pihak operator bertanggungjawab memastikan segala kemudahan berkaitan operasi SLKE seperti garisan tempat letak kereta papan tanda dan lain-lain berada dalam keadaan yang baik; dan

(v) operator bertanggungjawab untuk membuat kutipan caj TLK di semua mesin SLKE yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan yang memberi jawapan yang panjang lebar.

Sebelum ini saya fikir hanya sistem public transport kita yang confused macam ini tetapi nampaknya sistem parking pun sangat kompleks.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, soalan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Soalan saya ialah pertama sekali kenapakah kita tidak uruskan parking ini dengan satu sistem yang selaras di mana syarikat-syarikat yang ditugaskan untuk mengendalikan parking ini diberikan kepada beberapa syarikat sahaja, tetapi kita dapati bahawa satu liputan yang luas? Masalah parking ini sebenarnya adalah beban kepada rakyat.

Sungguhpun kerajaan sudah banya kali turunkan harga minyak, tetapi kalau parking terus bertambah dan kita tidak dapat sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya masih ingin tahu bahawa apakah alasan, apakah rasionalnya bagi kerajaan designkan tempat-tempat parking ini, adakah sistem parking baru ini betul-betul mengurangkan, pertama sekali beban rakyat.

final • 10:10 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kedua, mengurangkan traffic congestion dengan izin dan juga membolehkan pemilik kedai ataupun tuan rumah yang dekat dengan parking ini mendapat akses parking yang baik. Itu adalah kriteria yang sepatutnya kita pertimbangkan sebelum kita fikirkan isu pembekal dan juga penyewa operator. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jawab ringkas Yang Berhormat ya.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Zulhasnan Rafique

Terima kasih Yang Berhormat bagi Batu. Sistem parking Yang Berhormat sebutkan tadi saya lihat tidak confuse dengan izin. Ini senang sahaja. Sistem parking yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kita telah tamat pada tahun 1994. Di mana perjanjian di antara operator-operator pada masa itu dan juga dengan DBKL telah dilanjutkan dari sebulan ke sebulan. So dengan itu soalan Yang Berhormat kenapa kita tidak uruskan parking ini dengan syarikat-syarikat dan sebab- sebabnya, saya sudah jawab tadi. Di mana pengurusan letak kereta di bandar raya perlu dioperasi dengan lebih efisien dan efektif.

Ada beberapa perkara yang saya sebutkan tadi di mana kita ada masalah penjaga letak kereta haram. Membuat kutipan secara tidak sah, masalah monopoli letak kereta di kawasan-kawasan komersial yang keluar surat khabar daripada bantahan-bantahan yang datangnya daripada penduduk-penduduk tempatan. Masalah double parking dan juga masalah kesesakan lalu lintas dan operator-operator ini Tuan Yang di-Pertua, telah dilantik secara tender terbuka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pelancongan menyatakan usaha kementerian mempopularkan produk-produk pelancongan tempatan di seluruh negara terutamanya Lenggong yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kawasan perkelahan, gua-gua, kampung tradisional, Muzium Pra-Sejarah Kota Tampan dan sebagainya. Apakah pihak kementerian mempunyai peruntukan khusus bagi membangun dan memajukan kawasan-kawasan seumpama ini.

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan - Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lenggong.

Kementerian memang sedar bahawa kawasan Lenggong mempunyai keindahan alam semula jadi, kawasan perkelahan, gua-gua, kampung tradisional dan Muzium Pra-Sejarah Kota Tampan.

Dalam hal ini bagi meningkatkan daya tarikan pelancongan di kawasan Lenggong, kementerian di bawah Rancangan Malaysia Kelapan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.8 juta untuk membangunkan bangunan kemudahan-kemudahan

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan - Datuk Seri Azalina binti Othman Said

pelancongan di kawasan Tasik Raban iaitu bagi pembinaan tempat penginapan dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti restoran, tempat letak kereta dan sebagainya.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula, peruntukan sebanyak RM4.45 juta telah disediakan bagi menambahkan lagi kemudahan di Lenggong iaitu menambahkan chalet-chalet di kompleks yang sedia ada di samping pengindahan di kawasan persekitaran kompleks-kompleks. Selain daripada itu juga, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukan bagi program naik taraf juga disediakan seperti menaiktarafkan jeti di kawasan hentian, R&R, Tasik Raban yang diperuntukkan sebanyak RM50,000, menaiktarafkan bangunan kuarters sebagai surau di rumah rehat Lenggong sebanyak RM100,000 dan menaiktarafkan kemudahan laluan pejalan kaki dan wakaf di Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong sebanyak RM50,000 dan ia telah pun disiapkan sepenuhnya.

final • 10:20 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Soalan tambahan saya, saya ucapkan syabas kepada usaha berterusan kementerian dalam usaha untuk mempromosi produk dan kawasan-kawasan pelancongan baru dalam negara ini dan juga keluar negara.

Soalan saya ialah bagaimanakah pendekatan ataupun kaedah yang dilakukan oleh kementerian dalam usaha kita untuk menonjolkan produk-produk pelancongan baru supaya ia dapat memenuhi kehendak dan cita rasa pelancong yang sentiasa berbeza dan berubah-ubah. Soalnya kita mahu supaya pelancong dia datang ke negara ini sekali, dia akan datang lagi kerana dia dapat melihat sesuatu yang berbeza setiap kali datang ke negara ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sebenarnya Kementerian Pelancongan mengakui, di antara cabaran pelancongan ialah memberi produk-produk yang baru supaya pelancong sering datang balik ke negara kita. Itulah sebabnya di segi Kementerian Pelancongan, kita melihat di antara potensi yang perlu kita perhebatkan ialah contohnya Program MM2H iaitu rumah kedua, kemudian juga perlu melihat kepada diperkembangkan dengan izin Medical Tourism ataupun Pelancongan Perubatan. Kemudiannya juga dilihat perlu kita perkembangkan secara agresif pendekatan eko-pelancongan dengan izin yang hendak kita wujudkan.

Kalau kita bandingkan negara-negara lain dengan negara kita, banyak yang kita lakukan, mereka lakukan yang sama.

Itulah sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, pendekatan untuk mempromosikan negara kita perlu dibentuk dalam pendekatan-pendekatan yang lebih agresif. Kita tidak boleh menafikan bahawa negara-negara lain sentiasa cuba mewujudkan pendekatan yang agak sama dengan negara kita. Itulah sebabnya kalau kita lihat antara definisi pelancong yang selalu datang balik ke negara kita selalunya pelancong daripada Singapura. Ini kerana kita tahu dan kita menerima hakikat, perjalanannya ke negara kita begitu dekat dan juga mereka lihat pembelian makanan dan juga penginapan di dalam negara kita adalah lebih murah daripada negara mereka.

Akan tetapi pelancong-pelancong lain seperti di negara ASEAN dan juga negara- negara yang jauh seperti Eropah, Amerika Syarikat dan juga Amerika Selatan, kita melihat di antara pendekatan yang perlu kita perhebatkan lebih kepada arah pelancongan, eco- tourism dengan izin. Begitu juga kita melihat membentuk kemudahan dengan izin convention dan juga exhibition adalah pendekatan yang baik. Saya telah dimaklumkan oleh banyak pihak, apabila pelancong datang ke negara kita, bila dia tengok produk kita itu menarik dan tengok negara kita itu aman, mereka berminat untuk berniaga di dalam negara kita.

Itulah sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, kita melihat kedatangan pelancong ini perlu dilihat sebagai aset yang akan datang kembali. Kalau kita lihat dari segi perbelanjaan, kos kita untuk membawa pelancong berbanding dengan kos mereka untuk datang ke negara, kos mereka datang ke negara kita adalah lebih dan dapat menguntungkan ekonomi dunia. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri ini, untuk mempopularkan produk-produk pelancongan

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

tempatan, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa jalan-jalan tertentu ataupun tapak-tapak dan pembinaan yang tertentu itu juga sebagai satu tapak sejarah? Begitu juga ada jalan-jalan tertentu. Jika bersetuju bahawa jalan itu boleh dijadikan satu tapak pelancongan, adakah Yang Berhormat Menteri juga bersetuju bahawa untuk mempopularkan jalan itu sepatutnya berbilang bahasa perlu diadakan di jalan itu. [Dewan riuh] Apa salah itu? Jika kita setuju bahawa dengan jalan itu seperti di Melaka iaitu Jonker Street, Helen Street, memang itu tapak sejarah. Bukan ia hanya satu jalan biasa, tetapi satu tapak sejarah. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa itu sepatutnya lebih baik jika kita adakan berbilang bahasa untuk mempromosikan jalan itu?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya berharap Yang Berhormat Kota Melaka tidak mahu mempolitikkan pelancongan. Sebenarnya kalau kita lihat...

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Memang tidak mahu mempolitikkan. Itu memang atas...

final • 10:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Itu mempolitikkanlah itu. Kita tahu.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tanya soalan, biarlah saya jawab. Jadilah gentleman sedikit Yang Berhormat. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kota Melaka, Kementerian Pelancongan mengakui bahawa perlunya kemudahan-kemudahan pelancongan dan juga tarikan pelancongan diberikan dalam bahasa-bahasa tertentu.

Akan tetapi saya telah menjawab dua minggu yang lepas, bahawa di segi Kementerian Pelancongan kita mempunyai apa yang dipanggil ‘papan tanda pelancongan’.

Jadi ‘papan tanda pelancongan’ bagi Kementerian Pelancongan, adalah papan tanda yang terbaik untuk diletakkan bahasa-bahasa supaya pelancong memahami produk pelancongan. Akan tetapi kalau kita hanya menganggap jalan itu kita letak dalam pelbagai bahasa, kononnya dapat menarik pelancong, bagi saya itu adalah satu pemikiran yang begitu ceteklah Yang Berhormat daripada Kota Melaka.

Ini disebabkan pelancong bila dia tengok jalan, dia tidak faham apa maksud jalan itu. Kalau dalam pelbagai bahasa, Jalan Alur dalam bahasa Cina, bahasa India, bahasa Arab kita hendak letak, dia tidak faham. Yang dia faham, papan tanda pelancongan yang kita letak. Bukan sahaja bahasa, penerangan, sejarah, latar belakang itu yang dia hendak tengok. Ini disebabkan pelancong ini dia pergi kepada sebuah negara, dia hendak mengetahui apa yang kita hendak memberi tarikan kepada pelancongan.

Jadi saya mintalah Yang Berhormat Kota Melaka, kalau kita hendak bercakap tentang papan tanda, yang terbaiknya letaklah tanggungjawab kepada Kementerian Pelancongan. Janganlah pula kerajaan negeri dan juga majlis perbandaran negeri-negeri cuba mempolitikkan kononnya ini dapat memuaskan hati pelancong.

final • 10:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ketua Menterinya memang degil.

Susahkan semua orang sahaja.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Kalau hendak diletakkan di dalam bahasa lain, di Pulau Pinang yang banyak pelancong datang daripada negeri Siam.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh beri penjelasan atas jawapan.

final • 10:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak payahlah penjelasan.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat, jalan pergi Patohlah, jalan pergi Patoh.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Soalan tambahan, soalan tambahan.

final • 10:20 AM

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah ‘success stories’ dari usaha kerajaan mewujudkan ‘ScienceFund’ dan ‘TechnoFund’ yang masing-masing diperuntukkan RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion di bawah RMK-9.

final • 10:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertanggungjawab dalam merencanakan kajian penyelidikan dan inovasi teknologi baru dengan memastikan misi nasional negara mencapai matlamatnya.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) teras pembangunan adalah fokus kepada manfaatkan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu utama dalam meningkatkan keupayaan negara memperoleh dan menggunakan pengetahuan serta menggalakkan inovasi. Keutamaan akan diberi kepada penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D dengan izin yang berorientasikan pasaran dan meningkatkan kadar pengkomersialan hasil R&D. Ini berbeza dengan matlamat di bawah Rancangan Malaysia Kelapan di mana fokus adalah kepada R&D sahaja.

Sehubungan dengan ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan MOSTI telah menyediakan dana sains dengan izin ScienceFund dan dana pembangunan teknologi atau dengan izin, TechnoFund bagi meneruskan rantaian nilai kepada penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan. Adalah dimaklumkan jumlah peruntukan sebenar bagi ScienceFund dan TechnoFund selepas semakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan adalah masing-masing sebanyak RM550 juta dan RM680 juta.

Jumlah ini adalah berbeza dari peruntukan asal seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Machang.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini masih terlalu awal untuk memaklumkan success stories bagi program ScienceFund dan TechnoFund kerana program ini baru dilaksanakan pada awal Rancangan Malaysia Kesembilan dan lazimnya tempoh pelaksanaan sesuatu projek R&D memakan masa selama dua atau tiga tahun. Bagi ScienceFund sebenarnya atau program-program melibatkan lima tahun khususnya yang melibatkan dengan molekul biologi dengan izin.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga November hanya lapan projek di bawah ScienceFund yang berstatus siap daripada 2504 projek yang telah diluluskan. Manakala 128 projek TechnoFund yang telah diluluskan masih dalam proses pelaksanaan. Hasil pencapaian lapan projek ScienceFund yang telah siap termasuklah 21 penerbitan di peringkat antarabangsa, kebangsaan pendaftaran dua copyright, dua anugerah telah diperolehi di peringkat nasional dan lapan graduan ijazah lanjutan telah dihasilkan.

Menyentuh tentang keupayaan dan kisah-kisah kejayaan success stories dengan izin R&D negara, semenjak RMK-8 hingga kini melalui pembiayaan dan dana Intensification of Research in Priority Areas ataupun IRPA iaitu strukturnya telah dibahagi dua kepada pecahan ScienceFund dan TechnoFund sebanyak 148 projek telah dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan. Daripada jumlah ini sebanyak 179 paten telah didaftarkan dan 53 projek telah dikomersialkan. Keseluruhan penerbitan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan adalah sebanyak 3,557.

Selain itu, sebanyak 361 anugerah dari dalam dan luar negara telah berjaya diperolehi sebagai pengiktirafan kepada usaha-usaha R&D tempatan. Dari sudut pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi IRPA telah melahirkan seramai 1,692 graduan ijazah lanjutan di mana 74% merupakan graduan di peringkat sarjana atau master science dengan izin manakala baki 26% adalah graduan ijazah kedoktoran atau dengan izin PhD. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Yang saya faham ialah TechnoFund ini satu dana untuk bantu syarikat-syarikat persendirian bekerjasama dengan penyelidik- penyelidik tempatan bagi mengkomersialkan hasil-hasil R&D. Dari maklum balas yang saya terima daripada researcher atau penyelidik Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian

final • 10:30 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

sedar bahawa dalam menguruskan dana ini terdapat masalah dalam bentuk kelancaran tadbir urus dan pemantauan penggunaan dana bagi mencapai kejayaan memuaskan.

Secara khusus yang saya maksudkan ialah terdapat keadaan di mana geran di bawah TechnoFund telah diluluskan oleh kementerian tetapi penyelidik yang bekerjasama dengan syarikat tak dapat bayaran atau lambat dan ini menjejaskan kerja-kerja penyelidikan mereka. Walaupun Yang Berhormat Menteri sebut bahawa bajet itu telah dikurangkan tetapi angka RM550 juta dana itu masih significant dan research ini bukan kita bermula dalam keadaan vakum. Lama sebelum TechnoFund dan ScienceFund diwujudkan kerja research telah pun berjalan. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan apakah produk-produk berteknologi termaju yang telah dihasilkan dan dibiayai melalui TechnoFund ini serta namakan syarikat-syarikat yang mengkomersialkan teknologi sedemikian. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh apa yang telah dibangkitkan mengenai dengan kelambatan bayaran dan seterusnya. Saya hanya maklumkan bahawa perkara ini sebenarnya tidak harus wujud. Kalau ada pun dari segi isolated cases dengan izin.

Setiap tahun pihak kementerian memproses bagi TechnoFund khususnya kita memproses misalnya bagi tiga tahun ini yang lampau ScienceFund dan sekadar 2,500 yang telah pun diluluskan. Ini jumlah bukan sedikit, begitu banyak.

Dari segi TechnoFund permohonan bagi tiga tahun yang lalu 705 dan yang telah diluluskan adalah kira-kira 170 ataupun 37%. Dalam mempercepatkan pemprosesan pihak kementerian telah pun meningkatkan amalan-amalan dan pada kira-kira dua tahun lalu ia memerlukan kira-kira enam minggu untuk memproses dari permohonan sampailah kepada kelulusan. Setakat ini kita sedang berusaha untuk melakukan penggunaan ICT supaya kebanyakan pemprosesan itu dan maklumat oleh para pemohon boleh diperolehi secara online dan cadangan kita ialah supaya kita boleh memberi laporan balik kepada pemohon dalam tempoh 21 hari dan ini dalam proses percubaan mengikut sistem-sistem ICT yang sedang dijalankan.

Saya ingin maklumkan bahawa memang ada kes-kes tertentu tetapi tidak banyak yang mana barangkali pembayaran itu agak lewat tetapi itu bukan dari segi masalah kementerian. Sering kali ada masalah dalaman dalam syarikat tersebut khususnya jika shareholder bertukar dan juga milestone tertentu yang kita tetapkan tidak dapat di fulfill oleh pihak syarikat. Sebab sebelum kita luluskan biasanya pembayaran itu sebanyak tiga kali dari segi advance, dari segi milestone pertama, kedua dan ketiga. Jadi kalau ada kes-kes tertentu bolehlah pihak syarikat ataupun institusi penyelidikan itu menghubungi pihak kementerian.

Dari segi kes-kes tertentu syarikat-syarikat terlampau banyak untuk disentuh. Bagi tahun 2008 sahaja misalnya pemohon adalah 151. Bagi 2008 setakat ini 73 telah pun diluluskan yang menggunakan dana kira-kira RM655,000. Pihak Yang Berhormat serta pembekal syarikat-syarikat teknologi yang telah pun dalam proses pengkomersialan bagi sektor-sektor tertentu. Hanya mengatakan bahawa ia melibatkan tidak kurang daripada lima kluster dari teknologi ICT, industri teknologi daripada C2space dan juga science core seperti metrologi, chemistry dan seterusnya.

final • 10:30 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya memandangkan peruntukan telah pun dikurangkan masih lagi besar dalam ScienceFund dan TechnoFund apakah strategi yang dirancang oleh pihak kementerian selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha untuk mengukuhkan aspek pemantapan keupayaan capacity building dengan izin dalam bidang R&D di IPTA-IPTA terutamanya dalam usaha kerjasama antara IPTA dengan GLC-GLC serta IKS-IKS supaya kualiti R&D ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya pasarannya bukan sahaja di peringkat domestik malah kita dapat ketengahkan di peringkat internasional.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat dari Arau.

Dari segi peruntukan yang telah saya sentuh tadi, sememangnya ia mencerminkan

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

pengurangan yang begitu ketara. Pihak kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan walaupun dengan pengurangan yang ketara itu, program-program R&D khususnya dari segi kos area atau pun fokus-fokus yang telah pun diutarakan tidak dapat terhalang dengan pengurangan tersebut.

Kebanyakannya sebenarnya, untuk makluman jika saya memberikan maklumat seterusnya funds tersebut hanya mencukupi untuk tahun hadapan. Namun, dengan pihak Kementerian Kewangan mengatakan boleh meninjau kembali funds yang lain kerana selain dari dua fund ini ada 14 fund kita uruskan yang lain dari segi beberapa jenis cluster.

Kemungkinan kita buatkan pengurusan dalaman untuk memastikan tidak ada halangan.

Dari segi networking, dengan institusi pengajian tinggi, pihak kementerian, pihak MOSTI bersama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga jabatan-jabatan atau kementerian yang lain seperti Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani dalam perbincangan ini. Untuk makluman antara pengurangan yang dihadapi ialah di mana R&D untuk pertanian telah dikembalikan kepada Kementerian Pertanian. Jadi, tinggal lagi program untuk bioteknologi yang memenuhi Agriculture Biotechnology Institute yang ditadbir oleh pihak MOSTI. Akan tetapi kita sentiasa berbincang dengan pihak kementerian yang lain untuk memastikan supaya modal insan, latihan-latihan tertentu bagi penyelidik- penyelidik kita akan berterusan.

Untuk makluman melalui Program Brain Gain yang kita taja di bawah MOSTI dan juga National Science Fellowship di mana pada tahun ini pihak kementerian telah mendoublekan dua kali ganda jumlah daripada 200 tahun ke 400 tahun tajaan bagi penyelidik-penyelidik peringkat Master dan Ph.D yang cemerlang, yang boleh diserapkan dalam program seberang laut. Ini antara langkah-langkah strategik untuk memastikan modal insan dan networking itu berterusan. Thank you.

final • 10:40 AM

5. Dato' Razali bin Haji Ibrahim [Muar] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah pegawai kerajaan yang telah memohon untuk mengambil kerja sambilan sejak ia diumumkan pada bulan Jun tahun ini; dan

(b) bagaimanakah kerajaan memantau prestasi pegawai-pegawai ini supaya kerja sambilan ini tidak menjejaskan produktiviti mereka semasa melaksanakan tugas-tugas utama sebagai pegawai kerajaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga 21 November 2008, seramai 934 orang pegawai kerajaan telah memohon untuk menjalankan kerja sambilan atau pekerjaan luar. Dari jumlah tersebut seramai 913 orang telah diberi kebenaran oleh jabatan masing-masing untuk menjalankan kerja sambilan atau pekerjaan luar.

Bagi memantau prestasi pegawai kerajaan yang menjalankan kerja-kerja sambilan supaya tidak menjejaskan produktiviti, mereka sebagai pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan dikehendaki memastikan pekerjaan sambilan yang dijalankan memenuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti:

(i) tidak dilakukan pada waktu bekerja pegawai dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas raminya;

(ii) tidak menjejaskan tugas dan status pegawai sebagai pegawai perkhidmatan awam; dan

(iii) tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Sekiranya terdapat pegawai-pegawai yang didapati melanggar mana-mana syarat di atas, kebenaran itu akan ditarik balik. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim - Muar

Saya percaya keputusan kerajaan untuk memberikan kebenaran kepada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan ini adalah untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan tambahan. Dari jumlah yang disebut tadi 934 orang ternyata tidaklah begitu ramai kakitangan kerajaan yang memohon dan ada juga kita diberi maklum permohonan tidak dibenarkan atau tidak diluluskan.

Cuma persoalan di sini, apa sebab tidak ramai? Apa sebab tidak diluluskan dan kesan kepada kerajaan membuat secara hitam putih seperti peraturan kakitangan kerajaan dari segi tatatertib dan kelakuan ini. Ini kerana, kita tahu ada ramai lagi yang membuat pekerjaan sambilan ini tidak pun memohon. Jadi, adakah kita akan mengambil tindakan?

Adakah kita hendak menggalakkan? Kalau boleh saya hendak tanya, soalan saya sebenarnya ialah apakah jenis pekerjaan sambilan yang digalakkan yang boleh di buat tanpa tumpuan dan tidak menjejaskan kerja dan boleh dapat keuntungan? Kalau ada jenis pekerjaan begini, saya rasa elok juga kita bagi kepada penganggur untuk ikut serta pekerjaan jenis sambilan yang dibuat oleh kakitangan kerajaan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, sebenarnya yang memohon itu ialah seperti mana yang saya sebut tadi ialah 934 tetapi yang kita lulus 913. Jadi, maknanya tidak banyak yang tidak diluluskan. Yang tidak diluluskan itu mungkin tidak memenuhi syarat yang saya sebutkan tadi. Berkenaan dengan kerja yang dipohon, kebanyakan ialah kerja-kerja yang dibuat sesuai dengan kebolehan masing-masing.

Misalannya kalau kita tengok guru, kebenaran yang dibagi ialah untuk mengadakan kelas-kelas tuisyen. Pensyarah atau doktor, ada yang buka klinik secara sambilan dan sebagainya. Kebanyakan kerja-kerja yang dibuat ialah kerja yang sesuai dengan profesion masing-masing dan tidak menjejaskan prestasi kerja masing-masing.

Mengenai tindakan, sebenarnya kita memerlukan kebenaran ialah untuk menjaga kepentingan pegawai-pegawai berkenaan. Umpamanya baru-baru ini ada satu kejadian yang berlaku di Perak iaitu satu rompakan yang berlaku di stesen minyak di mana seorang pegawai kerajaan yang terlibat iaitu dia bekerja dengan Jabatan Mufti Perak. Di dalam kejadian itu beliau telah meninggal tetapi nasib dia baik kerana setelah kita minta laporan bahawa beliau telah mendapat kebenaran untuk bekerja, so maknanya kita akan bayarlah segala apa juga imbuhan, pencen akan terus dia dapat, nikmati. Ini antara perkara-perkara yang kita buat ialah pertamanya untuk menjaga kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri.

Kebenaran yang diperlukan bukanlah untuk menyusahkan atau sebagainya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan sedar bahawa di antara sebab mereka yang bekerja sambilan ini mungkin ada dua sebab.

Yang pertama tidak cukup gaji hendak sara anak-anak. Yang kedua mungkin kecewa kerana hendak luahkan perasaan, dia kerja sambilan.

Akan tetapi, yang hendak saya tanya ialah mungkinkah disebabkan oleh pegawai- pegawai yang terlalu tinggi ini, senior-senior ini seperti KSU, KPSU, pengarah-pengarah itu yang dapat extension banyak kali sangat dan akhirnya di bawah-bawah ini tidak naik pangkat. Apabila tidak naik pangkat, mereka tidak cukup duit. Tidak cukup duit, mereka kerja sambilan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, mungkin di antara mereka yang, Yang Berhormat sebutkan itu ada sebab-sebab yang demikian.

Akan tetapi kalau kita tengok daripada permohonan yang dibuat, kebanyakannya adalah dari pegawai-pegawai di peringkat rendah, bukanlah pegawai-pegawai di peringkat JUSA kerana JUSA hanya lima orang sahaja. Mereka ini terlibat dengan kerja-kerja profesional.

Jadi, berkenaan lain-lain sebab itu saya tidak dapat hendak pastikanlah tetapi saya yakin bahawa mereka ini bekerja kerana mencari pendapatan yang lebih. Ada kemungkinannya seperti doktor. Saya rasa, elok juga kita galakkan mereka ini untuk bekerja sampingan daripada mereka yang telah mendapat didikan di luar negeri seperti masalah yang kita hadapi sekarang. Kita telah mengeluarkan biasiswa yang begitu banyak untuk melatih doktor.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Sebanyak 250 orang lagi yang tidak balik untuk bertugas di negara kita kerana sebab-sebab ialah pendapatan itu kecil. Jadi, kalau kita beri peluang kepada mereka- mereka ini, saya rasa mungkin mereka ini lebih berminat untuk pulang dan bekerja di negara kita ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

6. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah strategi dan program untuk mencapai matlamat supaya setiap rakyat menerima pendidikan yang berkualiti dan sama rata termasuk memenuhi hasrat setiap kaum untuk mendapatkan pendidikan bahasa ibunda masing-masing tanpa menghadapi kekurangan tempat dan peluang bersekolah seperti di SRJK Cina dan Tamil.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, kerajaan sememangnya telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak dalam umur persekolahan pelbagai aliran.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebagai usaha untuk memastikan setiap kanak-kanak pergi ke sekolah, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada murid-murid khususnya murid-murid daripada golongan miskin dan tidak berkemampuan di seluruh negara. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah untuk memastikan semua kanak-kanak yang patut bersekolah mendaftarkan diri di sekolah. Antara bantuan yang telah diberikan termasuklah mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

(KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan, biasiswa, bantuan kemudahan asrama, Skim Bantuan Tuisyen dan pemberian elaun khas kepada semua murid khas. Ingin saya menyatakan di sini bahawa bantuan tersebut disalurkan kepada pelajar yang layak tanpa mengira aliran sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM telah pun melaksanakan dasar pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah mulai 2003 seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyediakan kemudahan untuk menyokong dan membangunkan pendidikan bahasa ibunda di sekolah melalui pelbagai usaha membina sekolah baru, perpindahan sekolah kurang murid-murid ke kawasan kepadatan penduduk tinggi dan menambah kapasiti enrolmen.

Akta Pendidikan 1996 menjamin kedudukan bahasa ibunda penduduk Cina dan India kekal sebagai bahasa penghantar utama di sekolah jenis kebangsaan Cina dan di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sementara itu, Akta Pendidikan memperuntukkan bahasa Cina dan Tamil hendaklah diadakan di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat permintaan daripada 15 orang ibu bapa untuk berbuat demikian.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah-langkah bagi menjayakan program bahasa ibunda di sekolah kebangsaan. Hal ini termasuklah pelbagai penerangan dan galakan kepada ibu bapa oleh pihak sekolah supaya membenarkan anak mereka mengambil mata pelajaran tersebut. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kekurangan dana pembangunan dan kekurangan sekolah adalah masalah-masalah utama, masalah lama berlarutan yang dialami oleh SJK(C) dan SJK(T) sejak beberapa dekad ini.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana SJK(C) dan SJK(T) dapat menyelesaikan masalah kekurangan dana mereka jika misalnya di bawah RMK-9, jumlah peruntukan pembangunan bagi SJK(C) dan SJK(T) adalah merupakan sekadar 3.5% dan 1% sahaja daripada jumlah peruntukan pembangunan kepada sekolah- sekolah rendah aliran Cina dan Tamil di seluruh negara. Ini adalah satu peruntukan yang paling kecil.

Yang kedua, misalnya dalam beberapa minggu yang lalu apabila Pakej Merangsang Ekonomi telah diumumkan, walaupun RM50 juta tambahan diberikan kepada sekolah SJK(C) dan SJK(T) tetapi misalnya di seluruh negara terdapat 1,288 buah SJK(C),

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

kalau ikut purata, RM50 juta ini cuma adalah mencukupi untuk membayar RM29.50 setiap hari bagi tempoh satu tahun sahaja. Ini adalah dana yang begitu kecil dan tidak dapat menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi oleh SJK(C) dan SJK(T). Soalan yang kedua, mengenai sekolah-sekolah ...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Satu soalan saja Yang Berhormat, cukup satu soalan sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Soalan asal saya merangkumi dua bahagian.

Mengenai sekolah baru, apakah sudah berlaku kepada janji-janji pilihan raya kerajaan untuk memancing undi itu? Pembinaan enam ...

final • 10:50 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

DAP punya janji banyak tak selesai lagilah.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Pembinaan enam buah SJK(C) baru. Apa sudah berlaku? Sebab saya ingin memberitahu Tuan Yang di-Pertua juga untuk makluman Dewan ini pada tahun 1999, sembilan tahun yang lalu, lima buah sekolah baru dijanjikan oleh kerajaan. Sampai sekarang cuma empat yang telah siap.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tunai janji DAP dululah.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Apakah masalahnya mengambil masa yang begitu lama untuk membina beberapa buah sekolah rendah sahaja? Inilah menunjukkan ketidaksamarataan dan ketidakadilan ...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan berucap Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

...sikap dan dasar kerajaan terhadap sekolah- sekolah bahasa ibunda? Sila jawab.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya mengatakan bahawa ada data-data yang mengelirukan Dewan. Yang pertama, Yang Berhormat mengatakan janji-janji Barisan Nasional yang kononnya memancing undi, Yang Berhormat gunakan statistik yang salah! Ini kerana setakat tahun lalu sudah ada tujuh buah sejak 1999, sekolah SJK(C) yang baru telah dibina dan bukannya empat seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat. Itu fakta yang salah.

final • 10:50 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dia tembak saja. Mana dia tahu.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Banyak pun ditutup.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini sebenarnya perkaumanlah.

Pembohong besar.

final • 10:50 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kita relaks. Saya cuma mengatakan faktanya. Kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri itu di bahagikan kepada 1,288 buah sekolah, itu sebagai satu taktik pembangkang khususnya Yang Berhormat sendiri kerana itu tidak berlaku. Dalam sistem kita, apa yang telah kita salurkan itu adalah kepada sekolah bantuan modal. Ingin sekali lagi saya memberitahu Yang Berhormat, untuk bantuan sekolah modal SJK(C) ada 880, SJK(T) daripada jumlah 524, 374 adalah SJK(T) bantuan modal dan satu lagi sekolah mubaligh 411, ianya adalah status bantuan modal dan ada juga 154 sekolah agama bantuan kerajaan.

Ini bermaksud ianya merentasi agama dan kaum. Itu yang pertama dan data yang digunakan, dibahagikan kepada 1,288, itu silap okey Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ingin saya menjawab apa yang telah Yang Berhormat tanya iaitu dana pembangunan. Ya, daripada segi Yang Berhormat membuat perhitungan berdasarkan kepada dana pembangunan, ianya mungkin ada sesuatu ada ruang yang perlu ditambah.

Sebab itulah Kementerian Pelajaran telah mengambil inisiatif pada 29 Oktober hingga 31 Oktober, kita mengadakan satu seminar hala tuju sekolah bantuan kerajaan. Kita panggil 157 wakil-wakil dari LPS termasuk Dong Jiao Zhong, daripada wakil-wakil sekolah agama bantuan kerajaan datang. Kita mendengar rintihan mereka. Dalam seminar yang tiga hari dua malam itu, telah ada rumusan dan rumusan telah dibawa oleh Yang Berhormat Menteri berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Dalam tempoh empat hari, pengumuman telah dibuat iaitu RM200 juta kepada empat jenis sekolah ini. Yang Berhormat, ini adalah satu inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apa Yang Berhormat mengatakan RMK-9 kononnya 3.5% daripada keseluruhan.

Yang Berhormat, dalam konteks ini saya kata kita tak menafikan bahawa ada ruang untuk kita pertingkatkan kerana dalam RMK-9 cuma ada RM100 juta untuk dana pembangunan bagi semua jenis sekolah bantuan kerajaan. Maka sudah ada justifikasi untuk kita mempertingkatkan itu. Sebab itu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut dan saya berharap itu sebagai permulaan yang baik dan ianya akan diteruskan.

Apa Yang Berhormat katakan 3.5% itu, kalau kita menyebut tentang anggaran, ada dua aspek Yang Berhormat kena lihat. Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM). Yang Berhormat Menteri Besar ada, tanya. Kalau nak mentadbir satu kerajaan negeri, ada dua - Bajet Pembangunan dengan Bajet Mengurus. Kalau kita campurkan kedua-dua ini, bagi SJK(C), ianya merupakan 15.5%, tidak seperti mana Yang Berhormat mengambil satu aspek 3.5% daripada dana pembangunan. Itu mungkin hanyalah secara fakta dan itu saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat kalau kita kata dalam konteks ini, ianya sepatutnya dilihat secara total juga Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya memang memberi penghormatan yang sungguh-sungguh kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Kementerian Pelajaran dalam memberikan peluang pelajaran kepada anak kita. Pembangkang ini kerja dialah, dia membangkang sokmo. Semua tak betul.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebahagian sekolah terdapat terlalu ramai pelajar dan ada juga sebahagian yang mempunyai kurang murid walaupun usaha kementerian dah dibuat.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah sekarang di antara tiga jenis sekolah, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan sebagainya yang terdiri daripada sekolah-sekolah yang kurang murid dan ini boleh menjejaskan peluang pelajar-pelajar kerana sekolah ini duduknya di tempat- tempat yang jauh. Apakah langkah segera kerajaan bagi mengatasi masalah ini supaya peluang-peluang pembelajaran ini dapat diperolehi semua pelajar anak-anak kita di kawasan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Maran, satu soalan yang baik. Kalau kita melihat sekolah kurang murid, definisi kementerian adalah mana- mana enrolmen di bawah 150. Kalau kita melihat dalam konteks SJK(C) SJK(T) atau sekolah kebangsaan, jumlah itu saya boleh bagikan secara bertulis. Tetapi secara umumnya kita lihat, kalau kita hendak menutup kononnya kerana sekolah itu sekolah kurang murid, bermakna banyak sekolah yang kita kena tutup. Jadi kita kena realistik. Ada kawasan-kawasan di mana rumahnya mungkin 100 rumah sahaja, dan enrolmennya sampai bila-bila masa tidak akan meningkat lebih daripada 150. Oleh kerana kita kena beri akses pendidikan kepada semua anak-anak, maka kita tidak boleh menutup sewenang- wenangnya.

Maka satu cara yang digunakan untuk kawasan-kawasan macam satu kawasan estet yang sudah lama dan kini diambil alih oleh pendatang asing yang mempunyai permit.

Sekarang mungkin mereka tidak duduk di sana lagi, tidak sekolah di situ. Maka ada satu

final • 11:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

teknik untuk kita pindahkan SKM ini ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi. Maka itu teknik yang digunakan. Kedua untuk kawasan-kawasan bandar.

Kita juga melihat sekolah menengah kebangsaan SJK(C), SJK(T) juga, kita nampak di kawasan-kawasan pusat bandar ini kadang-kadang kita lihat dalam pusat bandar itu sendiri enrolmennya menurun dan untuk kawasan-kawasan bersebelahan kawasan perumahan ianya menunjukkan enrolmen yang meningkat. Maka dalam keadaan inilah untuk menyelesaikan masalah sebagai satu langkah penyelesaian jangka pendek, maka kita telah bersetuju untuk kita bina bilik darjah kabin yang mempunyai kelengkapan kesemuanya dan ia adalah satu kaedah yang paling cepat dan dibina dalam seminggu atau dua minggu dan ianya dapat disiapkan sebelum sesi persekolahan bermula. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

7. Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada keadaan ‘glut’ wujud di Malaysia. Jika wujud, apakah tindakan dan langkah yang diambil alih oleh kementerian untuk memperbaiki keadaan.

final • 11:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya boleh dikatakan telah munculnya satu keadaan di mana bekalan telah melebihi permintaan dalam pasaran hartanah di seluruh negara.

Berdasarkan kepada Laporan Status Harta Tanah 2008 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, iaitu NAPIC di bawah Kementerian Kewangan pada suku kedua 2008, sebanyak 4,540 unit kediaman ditawarkan oleh pemaju dan 1,203 unit telah dijual dengan mencatatkan prestasi jualan sebanyak 26.5% berbanding dengan 11,993 unit ditawarkan untuk dijual oleh pemaju dan 2,582 unit telah dijual dalam suku yang sama pada 2007. Dari suku kedua 2007 hingga suku kedua 2008 terdapat 24,151 unit kediaman yang tidak terjual.

Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang berat keadaan ini dan telah berganding bahu dengan jabatan-jabatan dan badan-badan kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk berusaha untuk membaik pulih harga pasaran hartanah yang lembap sekarang. Antara langkah- langkah yang telah diambil adalah seperti:

(i) mengurangkan duti setem 50% ke atas surat perjanjian untuk hartanah bernilai tidak melebihi RM250,000;

(ii) mengujudkan satu dana untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan iaitu SJKP untuk membolehkan mereka yang tidak ada bukti pendapatan yang lengkap untuk mendapat pinjaman perumahan;

(iii) mengadakan ekspo hartanah di seluruh negara untuk mempertingkatkan kegiatan dalam pasaran hartanah;

(iv) menggalakkan pihak pemaju mengurangkan harga jualan hartanah mereka atau membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana kerana harga masih adalah penentu yang utama dalam sesuatu transaksi hartanah;

(v) menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan untuk menggunakan pinjaman perumahan yang mereka layak untuk membeli harta tanah; dan

(vii) membenarkan pencarum-pencarum EPF mengeluarkan sebahagian daripada wang caruman mereka untuk membeli hartanah.

final • 11:00 AM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya juga ingin tahu Yang Berhormat Menteri, apakah kesan ekonomi yang tidak menentu yang dihadapi oleh dunia sekarang terhadap pemilik-pemilik rumah. Seperti Amerika Syarikat kesan yang amat negatif sampai ramai yang terpaksa menjual rumah mereka. Apakah langkah yang diambil supaya keadaan di Malaysia terus stabil dan tidak seperti di Amerika Syarikat.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa keadaan negara kita dengan Amerika Syarikat memang berbeza. Di Amerika masalah subprime mortgage dengan izin, adalah hasil daripada peminjaman yang berlebihan oleh individu-individu yang tertentu sehingga mereka tidak dapat bayar balik hutang pada akhirnya. Di negara kita keadaan ini masih dalam keadaan terkawal, tetapi kalau sekiranya terdapat masalah di mana peminjam tidak dapat bayar balik, peminjaman mereka pihak kementerian runding dengan pihak bank supaya tempoh bayaran boleh dilonggarkan, dipanjangkan seperti mana yang dilakukan oleh pegawai kerajaan. Pada masa yang lepas tempoh bayaran daripada 25 tahun dilanjutkan kepada 30 tahun supaya beban mereka boleh diringankan, itu cadangan kita.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan tambahan saya ialah kesan daripada jumlah rumah yang tidak boleh dijual.

Ada permintaan daripada REHDA supaya kuota bumiputera itu yang diperuntukkan tetapi tidak terjual itu boleh dijual kepada kaum yang lain dan satu lagi ialah permintaan mereka supaya diskaun bumiputera itu dihapuskan kerana mereka mengatakan bahawa mereka mengalami kerugian dengan diskaun tersebut. Apakah kerajaan akan melayan permintaan persatuan ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, perlu dijelaskan kuota bumiputera sebenarnya diwujudkan untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera untuk memiliki hartanah. Tuan Yang di-Pertua kalau dalam keadaan di mana tidak ada permintaan apabila sesuatu hartanah itu dipamerkan untuk jualan, sekiranya tidak ada permintaan, maka ada satu mekanisme untuk diluluskan untuk dijual hartanah di pasaran terbuka kepada kaum yang lain. Jadi kadang-kadang mekanisme ini adalah lambat, kadang-kadang sampai beberapa tahun atau lima tahun kuota bumiputera ini kerana tidak ada permintaan dan kuota ini pun tidak boleh dilepaskan untuk dijual kepada kaum yang lain. Maka ini telah menjadi satu beban yang besar kepada pihak pemaju.

Jadi dalam keadaan sedemikian pihak kementerian telah berunding dengan pihak kerajaan negeri supaya mekanisme ini dapat lebih berkesan supaya pelepasan boleh dilakukan secepat yang mungkin sekiranya tidak ada permintaan dari kaum bumiputera.

Selain daripada itu diskaun untuk bumiputera ini pihak REHDA ada mencadangkan supaya dia kata, mereka mencadangkan supaya harga rumah hartanah yang mewah, katakan lebih daripada setengah juta atau satu juta ke atas mereka rasa diskaun ini tidak harus diberikan, tetapi kita masih kerana ini hak kerajaan negeri, kita masih dalam rundingan dengan pihak kerajaan negeri sama ada satu persetujuan yang munasabah dapat dicapai supaya diskaun ini dapat ditetapkan dalam satu tahap di mana kita boleh memberi diskaun ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan perumahan ini dan bukan kita beri diskaun kepada orang yang tidak perlukannya. Ini kita sedang berunding dengan pihak kerajaan negeri supaya satu persetujuan yang lebih sempurna boleh dicapai.

final • 11:00 AM

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha pihak kerajaan untuk mengawal sikap monopoli oleh peniaga besar dalam menentukan harga ikan yang amat tinggi di pasaran.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dinafikan wujudnya monopoli oleh peniaga-peniaga besar dalam menentukan harga ikan di pasaran. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan beberapa langkah bagi membantu nelayan untuk mendapatkan harga yang munasabah terutamanya di peringkat pendaratan.

Di kompleks-kompleks pendaratan dan jeti yang diuruskan oleh LKIM dan Persatuan Nelayan, wujud projek pemasaran ikan di mana Persatuan Nelayan kawasan membeli hasil tangkapan dengan harga yang berpatutan iaitu harga yang setanding dengan harga tawaran dari pembeli lain. Terdapat beberapa kaedah pembelian ikan oleh Persatuan Nelayan seperti pembelian secara lelong terbuka, di mana ikan ini digredkan mengikut saiz dan spesies.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Pembeli akan bersaing untuk menawarkan harga yang paling tinggi. Kejayaan lelongan terbuka dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan ikan tersebut di mana jika bekalan ikan terhad dan di mana pembeli ramai. Lelongan terbuka telah berjaya dilaksanakan di PNK Tanjung Dawai dan juga Kuala Kedah sebagai contoh. Satu lagi sistem jualan ialah melalui sistem consignment dengan izin, di mana ikan-ikan pelajik seperti kembung, selar, cencaru dan ikan selayang dan sebagainya, ikan-ikan ini dihantar terus pada pembeli besar di bandar utama dan harga ditentukan oleh pembeli. Dalam kes inilah peranan kementerian amat penting bagi memastikan ikan-ikan jenis ini ditentukan di peringkat penawaran iaitu di jeti dan di kompleks. Pembeli besar akan menentukan harga di pasaran dan ianya bergantung kepada kos yang terlibat seperti pengangkutan, pembungkusan dan sebagainya.

Selain daripada itu, pihak LKIM juga giat melaksanakan jualan ikan secara terus menggunakan kaedah kenderaan seperti motosikal roda tiga, kenderaan lori yang membolehkan nelayan ataupun usahawan memasarkan ikan ke lokasi yang lebih jauh seperti di taman-taman perumahan, di pasar tani, pasar malam dan sebagainya.

Setakat ini kita telah mempunyai 18 orang pengusaha yang menggunakan lori satu tan dan 25 orang pengusaha bermotosikal roda tiga di negeri-negeri seperti di Kedah, di Selangor, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Terengganu. Penglibatan nelayan dalam aktiviti pasar nelayan di mana nelayan memasarkan terus kepada pengguna dan pembeli di kawasan pendaratan ikan yang sesuai.

Sehingga kini terdapat 15 buah pasar nelayan di seluruh negara dan di antaranya di Kuala Besar, di Kota Bharu, di Bakun Sarawak dan sebagainya. Langkah ini dapat mengurangkan banyak perantara, orang tengah, dan harga yang diperoleh oleh nelayan agak tinggi dan ikan yang dipasarkan pula lebih segar.

Selain daripada itu, ikan-ikan yang dulunya dijual sebagai ikan baja iaitu selalu orang nelayan kata ikan campur, telah dapat di proses sebagai ‘otoshimi’ iaitu isi ikan di mana dulu harganya agak rendah dalam 20 sen sekilogram, tetapi telah meningkat kepada 70 sen sekilogram. Ini juga telah meningkatkan pendapatan nelayan.

Kita juga ada Skim Pinjaman Dana Nelayan oleh LKIM yang membolehkan PNK menjalankan pemasaran ikan, kerana nelayan dan peminjam perlu menjual hasil mereka kepada PNK sebagai salah satu syarat pinjaman tersebut. Harga yang ditawarkan oleh PNK adalah setanding dengan pembeli-pembeli lain. Satu lagi cara adalah penggunaan kotak ikan yang berinsulasi atau dengan izin yang ‘food-gradeable’, yang diluluskan oleh SIRIM dan Kementerian Kesihatan telah dapat mengekalkan kesegaran ikan dan memberikan pulangan harga yang baik kepada nelayan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Persoalan saya mengenai dengan SPKR ataupun Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi satu permohonan ialah RM10 ribu, tetapi apabila dibuat melalui tender, sebenarnya yang sampai kepada nelayan hanyalah dalam lingkungan RM5 ribu.

Jadi dengan RM5,000, maka nelayan tidak mampu untuk menyediakan peralatan yang lebih berkualiti dan ini menyebabkan nelayan terpaksa menanggung kos yang begitu tinggi. Apakah kerajaan tidak bercadang untuk memberi tanggungjawab terus kepada Persatuan Nelayan Persekutuan, NIKMAT, ataupun Persatuan Nelayan Negeri untuk mengambil tanggungjawab ini. Begitu juga dalam persoalan pasaran ikan tadi terutama di musim tengkujuh sebegini.

Apakah LKIM tidak bercadang untuk mengadakan satu skim stok ikan, supaya ikan-ikan ini dapat dibeli daripada nelayan-nelayan pada waktu tidak tengkujuh dan dapat dipasarkan dengan harga yang sederhana pada waktu tengkujuh yang sekali gus memberi kedudukan di mana nelayan kita tidak lagi bergantung kepada orang-orang tengah.

Begitu juga di Kuala Kedah dan sebagainya, Jabatan Perikanan tidak membenarkan nelayan memakai enjin ekor panjang ini atau enjin galah yang mana harganya murah tetapi dikenakan supaya pakai enjin sangkut, sedangkan enjin sangkut ini

final • 11:10 AM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

dalam harga RM8 ribu-RM9 ribu ke atas. Jadi ini membebankan pihak nelayan. Minta penjelasan.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat, yang pertama tadi yang Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat itu adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan terima kasih Yang Berhormat bila Yang Berhormat katakan bolehkah ini dikendalikan sendiri oleh pihak nelayan. Insya-Allah Yang Berhormat saya akan bawakan perkara ini supaya ia...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jawab yang berkaitan dengan soalan asal.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Jadi mengenai musim tengkujuh, tadi saya telah menerangkan kepada Yang Berhormat beberapa ‘intervention’ dengan izin, daripada kementerian untuk memastikan supaya harga ikan ini adalah satu yang berpatutan. Terima kasih Yang Berhormat, banyak daripada ‘intervention’ yang telah kita jalankan telah memberikan pulangan yang agak baik. Seperti Yang Berhormat katakan tadi, untuk musim tengkujuh, memang Yang Berhormat, sekarang ini kita telah menyediakan cold room, bilik sejuk di jeti-jeti dan tempat pendaratan di mana kalau didapati harga yang dibelikan itu terlampau rendah, jadi mereka masukan ke dalam bilik-bilik sejuk dan ianya akan dikeluarkan untuk memberi satu harga yang berpatutan khasnya di musim-musim tengkujuh.

Jadi mengenai enjin tadi di mana kita menekankan bahawa menggunakan jenis enjin sangkut ini, kita telah menyediakan segala bantuan. Walaupun kita menekankan mereka harus menggunakan sesuatu jenis peralatan, kita ada dana-dana yang tertentu untuk membantu supaya selaras dengan peraturan yang kami kenakan dan dana disediakan untuk membantu nelayan tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sangat tertarik jawapan yang diberi oleh kementerian tadi cuma yang saya nak maklumkan bahawa terdapat beberapa bulan terutamanya di kawasan Pantai Timur, musim gelora. Musim gelora ini, nelayan-nelayan tidak dapat pergi ke laut, kemudian masalahnya ialah nelayan ini akan berhutang dengan orang-orang tertentu untuk membiayai kehidupan semasa tidak pergi ke laut.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Adakah kerajaan melihat perkara ini satu perkara yang serius untuk dibantu selama empat bulan atau lebih kerana hitung panjang nelayan di Pantai Timur hanya dapat ke laut sepanjang empat hingga lima bulan sahaja. Jadi yang selebih itu, mereka tidak dapat ke laut. Seterusnya orang-orang yang memberi hutang ini akan membeli hasil mereka dengan bersahaja, ikut dia nak beli berapa harganya. Jadi saya nak tanya kepada kementerian, apakah kementerian sedar dan apakah usaha untuk membantu musim-musim yang tidak dapat ke laut kepada nelayan-nelayan terutama yang kita beri bantuan bot dan sebagainya.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat.

Kita memang sedar dari segi masa-masa yang tidak boleh ke laut ini. Itulah saya sebutkan tadi dari segi kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti wujudnya bilik sejuk dan sebagainya, supaya yang ini boleh disimpankan supaya ianya boleh dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan semasa laut bergelora sehingga tiga, empat bulan.

Pada masa yang sama, kita juga telah mengadakan mewujudkan beberapa skim untuk nelayan-nelayan tersebut seperti untuk menternak ikan di darat iaitu melalui akuakultur dan sebagainya, di mana harga-harga ikan ini juga mendapat satu harga yang baik di pasaran. Saya tahu di Terengganu ada beberapa projek yang kita usahakan bersama dengan kerajaan negeri untuk satu juga cara untuk kita membantu dari segi pendapatan daripada nelayan ini yang tidak boleh ke laut.

Saya juga menjurus tadi Yang Berhormat, kepada dana nelayan. Di mana kalau mereka ada berhutang khasnya mereka berhutang kepada tauke-tauke tertentu. Jadi mereka harus membayar hutang tersebut dan kita juga ada dana nelayan untuk kita

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim

membantu dari segi keperluan-keperluan peralatan. Mereka tidak bergantung kepada tempat-tempat yang mereka berhutang dan ini kita cuba nak hapuskan sedikit demi sedikit.

Kami tahu ini bukan senang dan ini telah berlarutan sebegitu lama tetapi ini adalah beberapa skim-skim yang kita adakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, mereka boleh berbincang dengan LKIM dalam masa-masa mereka tidak boleh membayar balik. Ini kepada LKIMlah, yang tauke-tauke, yang hutang-hutang yang lain itu, ini adalah sesuatu yang mereka harus tangani bersama dan di mana inilah kita berharap juga atas peranan persatuan nelayan kawasan mereka masing-masing boleh membantu meringankan beban-beban yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya telah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Pasir Salak tidak dapat hadir untuk soalan nombor sembilan.

[Soalan No. 9 – Y.B. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) tidak hadir]

final • 11:20 AM

10. Datuk Eric E. Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang asing yang memiliki kad pengenalan yang diragui dan tindakan kerajaan terhadap rakyat yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai statistik berkaitan dengan orang asing yang memiliki kad pengenalan yang diragui. Namun semenjak tahun 2004 hingga bulan Jun 2008, Jabatan Pendaftaran Negara telah dapat mengesan 585 MyKad palsu melalui aduan yang telah diterima.

Berdasarkan kepada aduan tersebut, Jabatan Pendaftaran Negara telah pun menjalankan siasatan dan pendakwaan ke atas 429 kes. Manakala baki 156 kes dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia. Soal memperoleh nombor-nombor kad pengenalan yang sama tidak timbul. Ini adalah kerana setiap individu dikeluarkan nombor pengenalan yang unik. Kes-kes nombor pengenalan yang sama hanya terjadi apabila kad pengenalan tersebut diubah pinda.

Walau bagaimanapun, kerajaan memang serius terhadap kesalahan memiliki kad pengenalan palsu oleh warga asing. Sebarang maklumat ataupun aduan yang diterima mengenainya akan disiasat dan diambil tindakan segera. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada timbalan menteri. Pada pilihan raya yang baru-baru ini, pada bulan Mac, seorang pemilik kad pengenalan yang bernombor 480213-12-5161. Sewaktu beliau datang untuk mengundi, beliau diberitahu bahawa menurut pendaftaran, orang yang dimaksudkan sudah meninggal dunia dan tidak dapat mengundi.

Contoh kedua ialah, seorang wanita pemilik pasport yang berdaftar DAF018211, seorang yang memiliki pasport telah pun mendapat kad pengenalan, MyKad yang bernombor 661230-12-5430. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan orang itu pemilik pasport? Maka inilah sebenarnya soalan-soalan kita ...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, pasport apa Yang Berhormat?

final • 11:20 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Pasport orang asing. Jadi inilah sebenarnya masalah kita. Bagaimana kita dapat mencegah orang asing dapat kad pengenalan di Malaysia ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Mengikut apa yang dijawab tadi, kerajaan tidak mengatakan orang asing tidak mungkin dapat MyKad.

MyKad yang diadakan di tangan-tangan orang asing ini adalah MyKad yang telah pun diubah pinda. Tadi Yang Berhormat telah sebut tentang dua kes.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Kes yang pertama adalah kes mengenai kes seorang rakyat yang telah meninggal dunia. Orang yang hendak pergi mengundi itu, adalah memegang MyKad orang yang telah meninggal dunia. Ini kemungkinan juga salah satu kes pemalsuan, ubah pinda MyKad secara fizikal. Bila kita hendak pergi undi pada masa pilihan raya itu, pegawai-pegawai di stesen-stesen mengundi ini tidak mempunyai reader. Mereka hanya membandingkan dengan buku-buku pengundian.

Oleh yang demikian, saya percaya kes-kes yang seumpama ini tidak lama dapat disembunyikan. Walaupun orang asing, kemungkinan dapat MyKad secara palsu dari segi ubah pinda di muka kad pengenalan tetapi cip yang ada dalam kad pengenalan itu tidak mungkin boleh dipalsukan. Jika cip itu dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai satu database di ibu pejabat di mana ianya dapat mengesan sama ada orang yang memiliki MyKad itu benar atau tidak.

Misalnya seorang warga asing kalau memiliki MyKad yang telah dipalsukan, satu hari kelak akan dikesan oleh pihak-pihak penguatkuasaan. Jika Yang Berhormat masih keliru dan ingin mempunyai maklumat tambahan mengenai perkara ini khususnya senario di Sabah, mungkin boleh berjumpa dengan kita dan kita boleh bincang sekali dengan pegawai supaya penjelasan yang lebih lanjut dapat diberikan kepada Yang Berhormat.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, saya ingin mengetahui daripada pihak kementerian, berapa ramaikah jumlah rakyat di kawasan Silam yang memohon pendaftaran terutamanya yang datang daripada dikategorikan sebagai warga asing ini. Apakah tindakan pihak kerajaan yang telah diambil untuk mengatasi ramainya, sebab kita melihat bagaimana penulis- penulis tempatan yang mengandaikan bahawa IC palsu ini banyak didapati terutamanya di kawasan Parlimen saya, di kawasan Parlimen Silam. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat, saya percaya soalan Yang Berhormat tanya itu agak spesifik dari segi perangkaan, berapa orang yang telah membuat permohonan untuk MyKad. Ini saya tidak jawab buat masa ini kerana saya tidak mempunyai maklumat yang spesifik yang dikehendaki oleh Yang Berhormat. Dari segi permohonan MyKad, saya percaya semua Ahli Yang Berhormat pun sedar bahawa MyKad ini adalah hanya untuk rakyat Malaysia, bukan untuk warga asing.

final • 11:20 AM

Dato' Chor Chee Heung

Jika rakyat asing ingin memohon MyKad, mereka harus menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, soalan pendek.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, tamatlah sudah pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
PENGALIRAN KELUAR FDI SECARA BESARAN

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya Mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Saya Anwar bin Ibrahim mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nation Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan asing atau FDI yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan yang hanya RM29 bilion untuk tahun 2007 menyebabkan negara mengalami aliran bersih pelaburan langsung asing yang negatif sebanyak RM9 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan terbaru UNCTAD World Investment Report 2008, didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 bilion untuk tahun 2007 berbanding RM21 bilion pada tahun 2006. Namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 bilion pada tahun 2007 menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 bilion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan, akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan keluaran dalam negara kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Di samping itu, apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Tuan Yang di-Pertua, secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukan FDI yang begitu besar mencecah RM209 bilion untuk 2007 berbanding hanya RM116 bilion untuk tahun 2006. Ini bersamaan peningkatan sebanyak 81.9%. Walau bagaimanapun, hanya Malaysia yang mengalami pengaliran keluar FDI melebihi pengaliran masuk menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif. Sekiranya fenomena ini tidak ditangani dengan segera, maka negara akan ketinggalan dalam persaingan ekonomi dan pembangunan berbanding dengan negara-negara jirannya.

Alasan yang dikemukakan selama ini bahawa kononnya semua negara mengalami masalah tidak tepat kerana kita mengalami satu keadaan yang lebih parah berbanding dengan negara jiran.

Atas perkara yang tertentu dan ini melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, maka saya mohon kita mengadakan suatu kerjasama semua pihak untuk membincangkan dan membantu menyelesaikan kemelut besar yang melanda negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Permatang Pauh pada hari Rabu, 19 November 2008. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan

final • 11:30 AM

oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

final • 11:30 AM

oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat

(iii) ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya mendapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

final • 11:30 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya faham keputusan itu dan saya tidak mempertikai keputusan. Saya hanya memohon kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya mencatat satu perkara kerana ianya isu mendesak dan sekiranya tidak dibahas dan ditangani sekarang, ia akan melibatkan satu keadaan ekonomi yang lebih parah lagi. Semua negara di dunia tanpa kecuali mengambil langkah-langkah segera membincang, merumus, mencari kata sepakat dan muafakat termasuk di kalangan parti pemerintah dan pembangkang.

Oleh yang demikian, saya menggunakan Dewan ini untuk terus meminta kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil isu ini dengan serius dan tidak hanya mencatat wang pengaliran masuk kemudian menenggelamkan fakta mengenai pengaliran wang dana keluar. Jadi sewajarnya dipanggil sidang khas Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu ini demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat terutama masalah yang berkaitan pengangguran dan kesan ekonomi yang negatif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu yang dibawa ini telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri MITI pada Dewan pada 30 Oktober 2008, semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 di peringkat dasar. Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menjelaskan isu yang sama semasa sesi penggulungan di peringkat Jawatankuasa pada 20 November 2008.

Isu berkaitan FDI juga telah pernah dibangkitkan semasa sesi pertanyaan lisan oleh Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Kulai. Justeru Ahli-ahli Yang Berhormat, isu ini sebenarnya telah pun diambil dan ditangani oleh kementerian dalam Dewan kita ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyambung jawapan.

final • 11:30 AM
Maksud B.26 [Jadual] – Maksud P.26 [Anggaran Pembangunan 2009] –

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya akan menyambung penggulungan ini mengikut isu-isu ataupun bidang- bidang yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada hari Khamis yang lepas, saya telah pun menyentuh mengenai keseluruhan LPKP. Hari ini saya sambung dengan...

final • 11:38 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Penjelasan sebelum lanjutan. Tuan Pengerusi, pada minggu yang lepas saya telah ditawarkan cabaran oleh Yang Berhormat Menteri bahawa pada pengetahuan saya, berapakah jenis teksi wujud dalam negara ini. Yang Berhormat Menteri ada sebut tiga jenis iaitu bajet, premium dan eksekutif. Akan tetapi, saya ingin membetulkan Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa jenis-jenis teksi adalah lebih daripada tiga. Ada empat lagi jenis teksi yang tidak disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Macam mana teksi yang bernama teksi keluarga, teksi limousin, teksi LCCT dan teksi KLIA? Kesemua ini berbeza dari satu sama lain. Ini menunjukkan Yang Berhormat Menteri bukan saja tidak ada kesedaran tetapi tidak buat homework. Tidaklah layak memanggil saya kekurangan pengetahuan jenis-jenis teksi ini.

Maka Yang Berhormat haruslah minta maaf daripada saya.

final • 11:38 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, selalu pembangkang tanya Menteri. Minggu lepas Menteri tanya pembangkang kalau dia tahu. Yang Berhormat, cuba baca Hansard. Saya kata berapa jenis teksi yang ada dalam bandar raya. Bukan dalam negara. Macam mana Yang Berhormat jadi Ahli Parlimen datang ke bandar raya kalau jenis teksi pun tidak faham.

final • 11:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tidak buat homeworklah itu.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Dia mengajar, dia tidak buat homeworks.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Siapa? Saya tanya soalan ada berapa jenis teksi yang ada di dalam bandar raya? Yang Berhormat pergi cakap pasal dalam negara ini pasal apa? Tidak tahu beza ke bandar raya dengan negara? Yang Berhormat wakil rakyat daripada bandar raya. Tidak sama Yang Berhormat cakap tadi itu. Tidak payahlah Yang Berhormat, saya hendak sambunglah. Saya sudah jawab. Dia cakap sampai bila tidak habis, penat nanti dia akan buat demokrasi. Itulah kerja yang dia tahu.

Tuan Pengerusi, penetapan penjenamaan semula imej MARA. Berhubung agar MARA diperkasakan dan diberikan peruntukkan tambahan agar dapat melaksanakan program-program pembangunan usahawan yang lebih berkesan...

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tuan Pengerusi...

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Terengganu ....

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Biar dia habis dulu. Duduk.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Labuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kementerian menyambut baik cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meningkatkan imej dan memartabatkan MARA. Pasal apa?

Isu surcaj?

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ya surcaj itu. Sebab Yang Berhormat Menteri janji ....

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tidak apalah Yang Berhormat, yang surcaj ini saya ingat saya sudah cakap dengan Yang Berhormat sewaktu saya gulung dasar.

Berkenaan ....

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bukan. Hari itu Yang Berhormat Menteri ada janji hendak bagi jawapan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yalah, jawapannya sama. Seperti mana yang saya gulung.

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Boleh bagi saya minta penjelasan? Bagi jalan sikit.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan... Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya ada membuat permintaan kepada Yang Berhormat Menteri kaji balik surcaj itu. Sekurang-kurangnya kepada jarak yang tidak melebihi 100 kilometer. Macam dari Seremban ke Kuala Lumpur. Ianya tiap-tiap hari ada penumpang-penumpang yang bergantung kepada bas ini tiap-tiap hari. Kalau tiap-tiap hari itu dikenakan surcaj, itu adalah tidak adil kepada penumpang. Jadi saya minta pihak Yang Berhormat Menteri untuk kaji semula sekurang-kurangnya kepada bas di antara bas Seremban dengan Kuala Lumpur. Itu boleh dikaji semula jangan kenakan surcaj kepada penumpang-penumpang ini, itu sahaja. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong kajikan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih cadangan Yang Berhormat. Saya telah pun umumkan bahawa kita akan membuat kajian tambang ini secara menyeluruh.

Bukan sahaja bas ekspres dan juga bas berhenti-henti seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Kita juga akan buat kajian mengenai tambang teksi, tambang bas sekolah, tambang bas mini. Jadi pending ataupun sementara kita hendak membuat pengumuman ini, kita teruskan surcaj ini.

Surcaj ini 30%. Kita sedia maklum bahawa persatuan-persatuan bas ini minta sampai 100%. Minimum dia minta 70%. Saya juga telah umumkan tidak mungkin kita akan naikkan sampai 70%. Jadi 30% ini kita tidak tahu sama ada kita meningkatkan 30% ataupun lebih sikit. Ini kita akan tengok daripada kajian keseluruhannya kerana saya telah nyatakan bahawa keputusan kita sudah tahu berapa peratus kita hendak naikkan. Akan tetapi apabila ada insentif yang diumumkan oleh kerajaan dalam belanjawan yang baru ini kepada pengangkutan awam maka kita kena kaji balik mengenai berapa peratus kenaikan tambang yang perlu kita naikkan ini.

Jadi saya ingat saya sudah jawab hari dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Kerian pun hari saya sudah jawab. Jadi saya ingat Tuan Pengerusi izin saya teruskan dengan isu yang barulah.

Tuan Pengerusi, sehubungan dengan cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menambahkan peruntukan MARA, MARA telah menyusun semula visi hala tuju dan strateginya untuk menjadi sebuah institusi yang berwibawa dan unggul bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam bidang pembangunan usahawan. Dalam bidang pendidikan sehingga 2008 sebanyak 40 MRSM sedang beroperasi dan dijangka empat buah MRSM lagi akan beroperasi pada tahun 2009.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Dungun agar dibangunkan MRSM di Labuan dan Dungun, kementerian akan mempertimbangkan dalam Rancangan Malaysia yang Kesepuluh. Kementerian juga berhasrat untuk membina 16 buah MRSM lagi bagi meningkatkan lagi jumlah MRSM kepada 60 buah menjelang tahun 2013 seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Bagi tujuan memartabatkan MRSM, beberapa MRSM akan dijadikan MRSM yang elit seperti cadangan Yang Berhormat Batu Pahat iaitu MRSM Taiping, MRSM Jasin, dan MRSM Pengkalan Chepa.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

MARA juga telah menyusun semula kurikulum pelajaran bagi mewujudkan MRSM dalam bidang teknikal dan agama. Ini intake tahun depan, pertama kali kita akan wujudkan MRSM dalam bidang agama dan akan letakkan di Besut dan di dalam bidang teknikal.

Dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar MRSM seperti persoalan daripada Yang Berhormat Pendang, MARA telah mengambil dua pendekatan iaitu melaksanakan program peningkatan akademik pelajar dengan tumpuan kepada pelajar- pelajar lemah seperti PL- teaching, ulang kaji terancang, latih tubi dan pelunjuran dan melaksanakan program pembangunan guru melalui pencerapan atau penaziran terhadap cara pengajaran guru.

Berkaitan peratus pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM pula, MARA telah memperuntukkan kuota sebanyak 10% bagi setiap sesi pengambilan bukan bumiputera. Selain itu dasar-dasar pengambilan pelajar ini sedang diperkemas supaya memberi peluang yang lebih kepada pelajar-pelajar luar bandar dan miskin yang berkelayakan.

final • 11:40 AM

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Minta laluan.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Sekejap. Kita sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR ada 46 ribu lebih kurang yang telah membeli borang untuk memasuki MRSM ada 30 ribu orang. MRSM hanya boleh mampu menempatkan hanya lebih kurang lima ribu orang sahaja. Atas sebab itu kita telah cadangkan supaya pengambilan pelajar-pelajar ke MRSM pada tahun ini lebihkan kepada pelajar-pelajar luar bandar iaitu 70% untuk luar bandar dan 30% daripada bandar. Ini memandangkan daripada keputusan UPSR yang baru ini kita lihat pelajar-pelajar di luar bandar ada kita dapati ada yang sekolah langsung tidak dapat 5A. Di Tanjong Karang Tuan Pengerusi, hanya lebih kurang 69 orang sahaja yang dapat 5A seluruh dalam Parlimen Tanjong Karang.

final • 11:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi di Lembah Kelang ini satu-satu buah sekolah kita lihat, ada satu sekolah...

final • 11:40 AM

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ada 100 orang lebih dapat 5A. Ada 80 orang dapat 5A. Jadi sebab itu kita akan memberikan peluang sama rata ini kepada pelajar- pelajar daripada luar bandar untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA. Mengenai cadangan Yang Berhormat Batu Pahat yang mencadangkan supaya melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, saya ingin maklumkan bahawa angkasawan negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar itu ialah produk ataupun yang dilahirkan oleh Maktab Rendah Sains MARA. Jadi kita berbanggalah MRSM dapat melahirkan angkasawan yang pertama di dalam negara kita. Ya, sahabat saya Yang Berhormat Lenggong bangun dulu.

final • 11:40 AM

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju benarlah supaya usaha dilakukan secara berterusan oleh kementerian untuk menjaga kualiti dan standard kepada pelajar-pelajar yang dilahirkan oleh MARA. Sudah tentu harapan kita selepas ini bukan seorang sahaja yang dapat di hantar ke angkasa lepas untuk dilihat sebagai itu kualiti pelajar-pelajar MARA. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya juga dapat melihat bahawa ada juga yang dilakukan sebelum ini di mana pelajar-pelajar 4A 1B juga diberi. Atas alasan bahawa dia orang miskin, orang luar dan sebagainya. Apakah itu hendak dikaji semula supaya standard dan kualiti pelajar yang cemerlang hanya 5A sahaja diberi peluang kerana banyak pelajar-pelajar yang 5A juga tidak dapat. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Syarat minimum 4A 1B kita kekalkan kerana kita hendak beri peluang kepada pelajar-pelajar yang miskin.

Seperti saya nyatakan tadi bahawa ada pelajar-pelajar di luar bandar mungkin di Lenggong, di ceruk-ceruk sana yang tidak ada langsung 5A. Paling tinggi dia dapat 4A. Ada satu sekolah 3A sahaja paling tinggi. Jadi pelajar-pelajar yang duduk di luar bandar ini kalau diberikan peluang kemudahan pembelajaran maka daripada rekod MRSM telah pun terbukti bahawa walaupun ...

final • 11:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Pelajar ini masuk 4A 1B, akhirnya mereka ini mendapat keputusan yang sama hebat dengan pelajar-pelajar yang diambil dengan berasaskan 5A.

final • 11:40 AM

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi bilangan yang kita peruntukkan 4A 1B ini tidaklah ramai. Kita anggarkan hanya 150 orang khusus untuk anak-anak orang miskin di luar bandar.

final • 11:40 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, saya sambung sikit. Ada juga pelajar miskin di luar bandar yang dapat 5A.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tanyalah sikit-sikit, Yang Berhormat. Bagi peluang yang lain bertanya, Yang Berhormat.

Jangan berdialog dengan menteri.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Boleh?

final • 11:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada lagi di belakang, Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya tertarik dan sebenarnya saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang kemasukan iaitu keutamaan kepada pelajar luar bandar. Akan tetapi saya ingin tahu apakah mekanisme dan jaminan bahawa anak orang yang kaya di bandar dan sebagainya ini tidak akan diberi peluang untuk masuk ke MRSM ini sebab takut nanti dia ada hubungan baik dan sebagainya dia dapat juga masuk. Jadi, jaminan itu sebenarnya untuk masuk. Saya tahu jumlah tempat itu adalah terlalu terhad iaitu sebanyak 5,000. Jadi, apakah jaminan untuk memastikan mereka ini tidak mendapat peluang tersebut supaya yang di luar bandar diberi perhatian, dan jika berlaku adakah tawaran itu akan ditarik balik. Saya mahukan penjelasan mengenai isu ini.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagi kepada Yang Berhormat Jerlun sekali. Yang Berhormat Pasir Mas dulu.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa mengekalkan dasar 4A 1B sebab kalau ditanya kepada saya, 3A 2B pun saya bersetuju. Ini adalah kerana walaupun kita ukur daripada keputusan UPSR 5A tetapi kebanyakan pelajar-pelajar luar bandar kalau diberi peluang mereka juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Seterusnya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah wujud dasar untuk membina Maktab Rendah Sains MARA, satu Maktab Rendah Sains MARA bagi satu kawasan Parlimen yang dikira luar bandar. Ini disebabkan permintaan untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA begitu ramai, manakala tempatnya terhad.

Daripada 70% yang ditetapkan bagi pelajar-pelajar luar bandar ini, saya hendak tanya juga dari segi peratus untuk anak-anak polis dan tentera. Mereka juga patut dikira keutamaan mengambil asas khidmat tentera dengan polis ini kepada negara dan gaji mereka pun tidak banyak. Oleh kerana itu anak-anak mereka juga patut diberi peluang keistimewaan untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA. Apabila saya tanya tadi mengenai soalan apakah ada dasar untuk tiap-tiap kawasan di luar bandar, yang saya tahu di Pasir Mas sudah pun ada tanah. Oleh itu, bila projek Maktab Rendah Sains MARA dalam kawasan Parlimen Pasir Mas akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum bahawa sistem MRSM ini adalah satu sistem yang berjaya mengeluarkan anak-anak kita yang begitu berjaya sekali dalam

final • 11:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

segala bidang. Pada waktu yang sama kita faham bahawa umur lingkungan 12 hingga 17 tahun ini adalah tempoh di mana kita dapat membentuk satu keperibadian dan perwatakan yang baik bagi mewujudkan manusia yang berguna kepada masyarakat.

Adakah pihak MARA sudah membuat ketetapan bahawa MRSM ini biarlah dimasukkan pelajar-pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima dan bukannya diasingkan antara tingkatan satu hingga tingkatan tiga, empat dan lima.

Kedua, saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai MRSM yang berteraskan agama. Saya ingat ini satu idea yang cukup baik kerana sebagai yang kita sedia maklum, agama Islam itu adalah antara agama yang paling saintifik. Jadi saya ingat gabungan antara sains dan agama itu satu pendekatan yang saya fikir boleh melahirkan anak-anak bumiputera yang hebat dari kedua-dua aspek.

Ketiga, saya dapati bahawa lazimnya di MARA ini, ketua-ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah datangnya daripada pihak Bahagian Pembangunan Usahawan.

Saya tidak menidakkan sumbangan yang dibuat daripada pihak Bahagian Pembangunan Usahawan dalam kementerian tetapi kita juga sedia maklum bahawa pihak Bahagian Pendidikan dalam MARA itu juga banyak sumbangannya yang mengharumkan nama MARA. Jadi, tidakkah mungkin pihak kementerian mempertimbangkan supaya jawatan- jawatan tinggi dalam MARA diberikan juga keutamaan kepada mereka yang datangnya daripada sebelah Bahagian Pendidikan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertamanya Ahli Yang Berhormat Batu Pahat ini hendakkan jaminan 70 - 30 tetapi Yang Berhormat kata hendak beri jaminan anak orang kaya tidak masuk, saya ingat kita ada syarat-syarat untuk kemasukan ini. Kalau dikatakan ada 30% untuk bandar, mungkin juga terlepas 5% ataupun 10%.

Jadi, proses pemilihannya dibuat melalui sistem komputer yang ada ciri-ciri markahnya. MARA juga akan bercadang melalui pengambilannya pada tahun hadapan daripada tingkatan satu kita mengambilnya dengan cara mengadakan peperiksaan yang kedua, tidak sahaja bergantung kepada UPSR. Malah kita ada peperiksaan khas untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA kerana permohonannya begitu ramai. Untuk pengambilan-pengambilan bagi tingkatan empat, kita bercadang bukan sahaja mengadakan interviu satu hari tetapi boleh jadi seminggu. Kita hendak mengumpulkan mereka yang memohon ini untuk kita lihat secara keseluruhannya, bukan sahaja bergantung semata- mata kepada pencapaian akademik tetapi juga daripada sahsiah dan juga aktiviti-aktiviti kokurikulum.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Nanti, saya hendak jawab yang tiga ini dulu.

Kedua, mengenai cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, seperti yang saya nyatakan tadi sekarang ini kita ada 40 buah MRSM. Menjelang tahun 2013, kita hendak wujudkan sehingga 60 buah, maknanya hendak ditambahkan lagi 20 buah. Akan tetapi kalau mengikut cadangan Yang Berhormat hendak mengadakan di tiap-tiap kawasan Parlimen, saya ingat saya tidak boleh mengatakan ya. Kalau Pusat Giat MARA, ya, kita mampu untuk buat di tiap-tiap kawasan Parlimen. Kita tahu bahawa pembinaan bagi Pusat Giat MARA, kita hanya perlukan RM1 juta tetapi pembinaan bagi Maktab Rendah Sains MARA ini memerlukan peruntukan yang banyak. Walau bagaimanapun, kita akan terus memberikan peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA.

Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkannya di Pasir Mas, dalam bajet kita ada tetapi sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa pelaksanaannya kita akan buat secara berperingkat-peringkat. Pada tahun ini seperti yang kita sudah umumkan ada enam buah, kalau saya tidak silap yang kita akan laksanakan pelaksanaannya untuk tahun hadapan. Ada tiga buah lagi yang kita kena tangguh dulu sementara kerana bajet yang kita dapat agak terhad.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit sahaja, Yang Berhormat. Betul, maknanya 20 buah lagi yang akan dibuat tetapi saya minta kalau boleh pihak kementerian akan membuat kajian memandangkan pertambahan bilangan pelajar setiap tahun begitu ramai.

Jadi, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh diambil kira untuk mengadakan Maktab Rendah Sains MARA di kawasan-kawasan luar bandar yang mana pengundi-pengundinya mengikut Parlimen, pengundi kaum bumiputera tidak kurang daripada 70% ke 80% dan bagi sebuah sekolah pun paling tinggi 1,000 orang. Jadi, saya percaya pihak kerajaan boleh mempertimbangkannya. Kalau Yang Berhormat Menteri memperjuangkan peruntukan, kita pun akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, pandangan Yang Berhormat kita akan pertimbangkan tetapi biarlah kita laksanakan 60 buah dulu menjelang tahun 2013.

Ketiga, Yang Berhormat Jerlun, terima kasih banyaklah. Yang Berhormat ini bercakap dia ada local standby kerana Yang Berhormat ini dia produk daripada Maktab Rendah Sains MARA dan juga Pengerusi ANSARA. Dalam Dewan ini ada dua orang produk daripada MRSM yang akan bertanding Ketua Pemuda. Seorang Yang Berhormat Jerlun dan seorang lagi Yang Berhormat Muar yang bertanding peringkat Naib. Jadi, MRSM ini berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang ada kepimpinan sebagai pemimpin di masa yang akan datang.

Mengenai cadangan Yang Berhormat bagi pengambilan tingkatan satu dan tiga ini, untuk pengambilan tingkatan satu kita teruskan.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Sebab itu saya katakan tadi, kita hanya ambil setakat ini 5,000. Ini pun kita dapat keran MRSM baru kita buat di Bentong, kita telah pun dapat. Jadi, kita akan teruskan sistem ini. Kalau kita hendak ambil semua tingkatan 1 takut tidak cukup tempat. Jadi, kita bagi peluang oleh Tingkatan 1 dan juga pelajar lepasan daripada Tingkatan 3 iaitu lepasan PMR.

Jadi, setakat ini kita belum ubah dasar ini, hanya kita menambah bilangan untuk pelajar- pelajar memasuki ke Tingkatan 1.

Cadangan Yang Berhormat mengenai peluang DG inilah, kumpulan-kumpulan daripada guru-guru untuk memegang jawatan penting di dalam MARA, kita faham pernah suatu ketika pernah di kalangan guru pernah menjadi Ketua Pengarah MARA tetapi selepas itu banyak daripada pentadbir biasa. Sebab itu cadangan ini telah pun kita ambil perhatian dan saya juga telah meminta MARA untuk memberi peluang yang lebih kepada golongan- golongan DG ini iaitu di kalangan guru-guru untuk diberi peluang memegang jawatan- jawatan penting di peringkat ibu pejabat. Jadi, dalam pertimbangan kita yang akan datang jika ada kekosongan-kekosongan penting di beberapa bahagian pentadbiran, kita akan beri keutamaan kepada golongan DG.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mohon penjelasan.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya memperingatkan Yang Berhormat lah. Duduk dulu Yang Berhormat saya hendak sebut sikit lah. Sikit sahaja. Kita sudah bahas Yang Berhormat selama 11 hari tetapi kita baru habis sembilan kementerian, kita tinggal lagi 18 kementerian, kita tinggal hanya lapan hari. Jadi, kalau ada persoalan yang boleh dibangkit dalam kementerian itu yang detail, pergi berjumpa dengan menterilah.

Saya minta maaf Yang Berhormat, saya bertanggungjawab kepada Parlimen untuk menghabiskan soalan-soalan kementerian ini. Kita hanya tinggal tujuh, lapan hari sahaja termasuk hari ini. Sila yang dahulu, Yang Berhormat hendak bagi.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sikit sahaja. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Kalau saya kena bagi Yang Berhormat, saya bagi yang belakang dahulu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Soalan orang Sungai Batu ini dan soalan orang Sungai Batu.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Silam.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya tahu MRSM ini peranan dia sangat baik dan telah berjaya pun melahirkan ramai modal insan yang menjadi kebanggaan setiap warganegara Malaysia ini.

Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab kita melihat dari segi pengambilan para pelajar MRSM ini untuk negeri Sabah dan Sarawak, sebab kita tahu dari segi latar belakang etnik yang berbeza-beza terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak ini. Saya mohonlah supaya dapat penjelasan dari segi nisbah dan ketetapan itu supaya dapat di ambil berat oleh pihak kementerian sebab kita tidak mahu dari segi pelajar- pelajar yang akan ikuti belajar di MRSM ini tidak seimbang dari segi etnik di negeri Sabah itu.

Yang kedua saya berharap juga kalau mata pelajaran yang diajar kalau MRSM di negeri Sabah terutamanya kita harap supaya sensitiviti kaum yang ada di negeri Sabah itu dapat di ambil kira sebab kita tidak mahu menjejaskan hubungan baik di kalangan masyarakat yang ada di negeri Sabah itu sendiri.

Saya ingin tahu juga di kawasan Parlimen Silam, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan MRSM ini dan kalau ada saya sangat mengalu-alukan sebab kita melihat dari segi Parlimen di kawasan luar bandar ini di negeri Sabah dari segi MRSM ini masih lagi dikira baru. Kita haraplah supaya pihak kementerian mengambil berat dalam perkara ini sebab kita melihat penduduk luar bandar itu yang masih ramai di kalangan penduduk di negeri Sabah.

Saya sangat berharaplah agar pihak kementerian mengambil kira dalam perkara ini untuk kebaikan bersama supaya pembangunan pendidikan ini dapat kita laksanakan secara menyeluruh. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi, saya mendengar dasar mengenai pengambilan pelajar daripada Tingkatan 1. Jadi, pada pandangan saya pelajar di tingkatan 1 ini awal remaja dan mereka rasa saya masih memerlukan kehidupan berkeluarga agar budaya keluarga, kasih sayang ibu bapa dan sebagainya di rumah itu dapat dikekalkan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat dari segi dasar itu diubah supaya kemasukan pelajar Tingkatan 4 ke atas kerana pelajar Tingkatan 4 ini biasanya mereka sudah remaja dan agak matang sikit dan lebih fokus dari segi pembelajaran dan sebagainya berbanding dengan Tingkatan 1.

Kedua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi ruang kepada kumpulan Gred DG ini untuk mendapat jawatan-jawatan penting juga di pihak pengurusan, di ibu pejabat dan sebagainya. Adakah dasar di dalam MRSM ini seperti Kementerian Pelajaran Malaysia di mana mungkin ada kumpulan guru di MRSM mereka ini tidak berminat kepada jawatan pentadbiran tetapi mereka terus mengajar, kepakaran mereka mengajar dan akhirnya mereka boleh sampai daripada mungkin gred DG41 sampai ke JUSA C seperti yang ada naik pangkat tetapi naik pangkat sebagai guru bukan bertukar kepada pentadbir.

Begitu juga di peringkat pengurusan sekolah juga, pengurusan maktab juga. Ada atau tidak dasar yang membolehkan pengetua-pengetua yang cemerlang ini naik pangkat terus kepada JUSA C sebagai pengetua sekolah, pentadbir sekolah bukan kita pindahkan dia ke ibu pejabat sebagainya dan kita akan kehilangan kepakaran di kalangan guru dan pentadbir-pentadbir sekolah ini. Mohon penjelasan.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi kebenaran. Saya mohon penjelasan kerana saya yakin kehadiran Maktab Rendah Sains MARA ini suatu kawasan ada memberi impak kepada setempat. Soalan saya, sejauh mana menteri memberi ataupun sama ada perkara itu

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

bukan dasar supaya kelebihan itu pergi kepada pelajar-pelajar setempat. Contohnya macam di Balik Pulau, adakah kemasukan itu diberi ataupun ada peratusan-peratusan tertentu kepada pelajar setempat kerana saya rasa itu akan memberi satu impak jangka masa panjang untuk penduduk setempat.

Seterusnya sejauh mana menteri melihat bahawa MARA itu sendiri walaupun di kalangannya ada pelajar bumiputera Melayu tetapi secara outlooknya yang akan terbentuk esok adalah pelajar-pelajar yang bukan sahaja berjiwa Melayu kuat tetapi berjiwa ketamadunan Malaysia itu tinggi. Adakah mata pelajaran seperti kebudayaan Cina, Bahasa Cina atau bahasa-bahasa selain daripada bahasa Melayu juga diterapkan di dalam syllabus supaya yang terbentuk ialah suatu jiwa yang memahami kerangka bangsa Malaysia. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri berapa lama lagi anggaran Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Kalau tidak kacau sejam lah, kalau orang kacau dua jam.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya mintalah Yang Berhormat. Saya rasa melihat time table kita ini, kita tidak boleh habis Yang Berhormat. Jadi, kalau ada benda-benda yang baru itu tidak payah bangkit lagilah, tak payah jawab pun. Boleh jawab yang bertulis Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Okey. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Silam tadi kita akan berikan Maktab Rendah Sains MARA di Sabah ini kita akan khaskan untuk anak-anak Sabah. Kemudian pembinaan di Silam memang tidak ada di dalam perancangan. Jadi kalau ada peruntukkan kita boleh cadangkan untuk masuk Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Lipis, saya amat faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat yang pertamanya guru sama seperti guru KPM. Ertinya kalau guru KPM ada guru cemerlang, MRSM juga ada untuk jawatan guru cemerlang.

Mengenai pengambilan Tingkatan 1, kita agak berbeza sedikit dengan cadangan Yang Berhormat Jerlun, kita akan pertimbangkan kerana kita kena bagi peluang kepada pelajar- pelajar Tingkatan 1 kerana apabila mereka masuk sekolah menengah, selalunya keadaan itu sudah agak berbeza. Kalau daripada asal mereka ini di ambil daripada Tingkatan 1, jadi dasar ini kita akan teruskan.

Kemudian, Yang Berhormat Balik Pulau memang kita bagi keutamaanlah kepada pelajar-pelajar tempatan tetapi dalam masa yang sama kita juga dapat permohonan di mana orang tempatan dia tidak mahu duduk di tempat sendiri, dia hendak minta MRSM juga. Jadi ini semuanya kita akan ambil kira segala pandangan-pandangan Yang Berhormat nyatakan.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Mengenai Program International Bachelorette ataupun IB pula seperti persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, MARA kini sedang melaksanakan program ini di Kolej Mara Bakti dan Kolej Mara Seremban. Sehingga kini seramai 837 pelajar telah mengikuti program ini di kedua-dua pusat pendidikan tersebut. Sementara itu, MARA juga bercadang untuk membangunkan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa di Wilayah Iskandar, Johor bagi membolehkan pelajar-pelajar antarabangsa mengikuti pendidikan di Malaysia. Usaha ini adalah selaras dengan cadangan Yang Berhormat daripada Jempol untuk membenarkan kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa di Kolej Mara Banting. Dalam masa yang sama, MARA juga akan...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Menteri, terbalik itu. Saya tidak bersetuju supaya dibukakan kepada pelajar antarabangsa. Ini disebabkan kolej ini tanpa penglibatan pelajar antarabangsa pun, Kolej Mara Banting ini menjadi kolej IB yang terbaik keputusannya di dunia. Jadi kalau kita bawa pelajar antarabangsa masuk ke situ,

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

dia akan menyekat peluang pelajar-pelajar dalam negara duduk di situ untuk belajar dengan lebih ramai lagi. Jadi pandangan pegawai itu terbalik jawapannya.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat cadangkan di Banting itu, kita akan kekalkan dengan apa yang ada. Akan tetapi yang kita hendak cadangkan apabila kita buka lagi satu cawangan kita di Wilayah Iskandar. Kita akan buka kepada pelajar-pelajar antarabangsa, dalam masa yang sama kuota ataupun bilangan pelajar-pelajar yang telah kita berikan kepada rakyat kita iaitu rakyat bumiputera tidak akan terjejas. Ini supaya pelajar-pelajar kita dapat bersaing lagi dengan pelajar-pelajar peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, MARA juga akan menjalankan program untuk pelajar- pelajar cemerlang bagi menghantar pelajar-pelajar cemerlang ini ke universiti-universiti top ten di seluruh dunia. Oleh sebab itulah kita hari ini sedang meneroka, bukan sahaja akan menghantar pelajar-pelajar perubatan. Sebagai contoh, hanya di negara-negara yang selama ini terkenal di dalam bidang perubatan, tetapi juga negara-negara yang baru seperti di Romania yang kita lihat salah satu universitinya berusia 150 tahun dan mempunyai kemudahan-kemudahan pelajaran perubatan yang begitu baik. Jadi MARA akan meneroka dan akan menghantar pelajar-pelajar MARA ke Romania mulai tahun hadapan.

Tuan Pengerusi, dalam memantapkan dan menjenamakan semula program- program pembangunan usahawan sebagai satu teras strategi MARA, dalam usaha untuk melahirkan masyarakat perdagangan daripada usahawan bumiputera, sebanyak lima program utama dilaksanakan oleh MARA iaitu landskap peruncitan, landskap techno usahawan, landskap conversion, landskap vendor dan landskap IBS ataupun hardware.

Sehingga kini menerusi RMK-9, MARA telah melahirkan seramai 25,080 orang usahawan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM145.7 juta.

Bagi tujuan ini juga, kementerian menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas supaya MARA Incorporate, membangunkan usahawan melalui kaedah direct selling. Kini MARA sedang merangka strategi pembangunan usahawan yang baru dengan menyediakan kemudahan dan bukan sahaja untuk memantapkan premis perniagaannya di luar bandar malah menyediakan premis-premis perniagaan di pusat-pusat membeli-belah di bandar-bandar utama. Sehubungan ini MARA telah mengubah konsep perniagaan seperti menjadikan premis perniagaan MARA sebagai pusat digital dan syurga wanita di Anggerik Mall, Shah Alam.

Selain itu MARA juga telah merangka strategi pembangunan usahawan melalui promosi dan pemasaran di luar negara untuk menerobos pasaran yang lebih luas seperti di China dan Timur Tengah di samping menghubungkan jaringan perniagaan antara usahawan di Malaysia di dalam dan luar negara. Selain itu fokus MARA ini juga lebih tertumpu dalam pembangunan usahawan dalam bidang-bidang yang baru seperti aeroangkasa, ICT, automotif bioteknologi dan juga perkhidmatan.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Baling agar konsep pengajaran halal diajar oleh Maktab Sains Rendah Mara, Baling saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sesungguhnya MARA telah pun menubuhkan Institut Teknologi Makanan di Kepong dalam membangunkan industri halal di negara ini dan di IKM Lenggong yang akan kita laksanakan juga kita akan perkenalkan industri pemakanan halal ini. Juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana tahu berterima kasih kepada kerajaan yang telah membina MRSM di Baling. Jadi cara orang berilmu ini lain sedikitlah dibandingkan dengan cara orang tidak berilmu. Dia tahu berterima kasih. Terima kasihlah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Kalau semua pembangkang macam Yang Berhormat Baling ini, kita senang buat kerja. Sementara itu dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran MARA seperti cadangan Yang Berhormat Hulu Terengganu untuk meningkatkan bilangan pegawai-pegawai MARA telah mengambil tindakan untuk meningkatkan bilangan pegawai...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Sudah puji pun hendak bangun juga?

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Ada ilmu.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Sedikit sahaja. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ingatkan sudah puji, dia tak bangun Tuan Pengerusi. Dia bangun juga.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Boleh, boleh sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan diberikan. Cuma saya tadi mengenai dengan halal hab itu, tanpa menafikan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat oleh pihak kementerian. Saya cuma mungkin ingin meminta diberikan penekanan lebih ialah usaha kursus-kursus ini ataupun penekanan ini sehingga kita memberi satu daya kemampuan kepada future untuk ke hadapan ini sehingga pelajar-pelajar ataupun lepasan-lepasan daripada sini mampu untuk melayakkan diri dalam kedudukan yang saya maksudkan sebagai SIRIM atau piawaian itu tadi sehingga mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran.

Begitu juga nanti kita ada satu tempat bagi pihak kementerian ataupun negara, ada satu tempat untuk kita menerima pandangan dan nasihat untuk menentukan sama ada halal hab ini dapat diterima pakai ataupun tidak. Saya juga mencadangkan kepada kementerian dari segi ISI itu. Kalau dalam pentadbiran pengurusan, kita ada piawaian ISO.

Akan tetapi oleh sebab kita lihat sekarang ini, ISI ini telah pun begitu lama dan kebetulannya saya pun di peringkat awal dahulu terlibat di dalam merangka perlembagaan untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia ini. Jadi, saya rasa ISI ini, eloklah kerajaan memberi backing kepada Persatuan Pengguna Islam supaya dia dapat pergi terus, sehinggakan ISI ini di dalam bahasa lainnya kita boleh pasarkan. Maknanya boleh dibawa ke negara-negara Islam yang lain. Jadi keadaan ini boleh meluaskan lagi dan lebih meyakinkan bukan sahaja umat Islam di negara kita tetapi juga di tempat lain.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat.

Kita tidak boleh nafikan bahawa dengan adanya halal hab atau makanan halal ini, memang pasarannya begitu luas.

Oleh sebab itulah kerajaan memandang serius dan kita menubuhkan Halal Hab Corporation yang akan memantau. Dalam masa yang sama, MARA juga akan memberikan keutamaan setiap kali kita mengadakan kursus dan juga apa sahaja barangan dan produk yang kita bawa keluar negara, kita pastikan ia dari produk yang halal. Cadangan Yang Berhormat mengenai ISI dengan diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam, insya-Allah, minggu hadapan saya ada perjumpaan secara bersama-sama jawatankuasa umat Islam.

Kalau Yang Berhormat hendak datang pun, tidak ada masalah. Yang Berhormat boleh datanglah untuk berikan pandangan dengan lebih tertutup.

Tuan Pengerusi, sebagai kesimpulannya dalam memantapkan dan menjenamakan semula MARA, kementerian menyambut baik cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar ditambah peruntukan MARA. Sehubungan itu, kementerian akan memohon pertimbangan daripada kerajaan mengenai perkara ini. Isu yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah pembangunan Giat MARA. Berkaitan pembangunan Giat MARA, sebagai institusi yang menyediakan latihan kemahiran di peringkat akar umbi, kementerian menyambut baik agar peruntukan Giat MARA dipertingkatkan seperti cadangan Yang Berhormat Pasir Mas, Lenggong, Labuan dan Batang Sadong. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 206 Giat MARA telah dibangunkan di seluruh negara.

Kementerian menyasarkan agar sebuah Giat MARA bagi setiap Parlimen dapat diwujudkan menjelang penghujung RMK-10. Buat masa ini peruntukan yang diluluskan bagi sebuah Giat MARA adalah sebanyak RM1 juta untuk sebuah Giat MARA. Oleh sebab peruntukan yang terhad ini, MARA terpaksa mewujudkan Giat MARA dengan menumpang bangunan yang tidak digunakan seperti balai polis lama, balai penghulu dan lain-lain serta menyewa ruang niaga di kawasan yang ditentukan. Berkaitan cadangan Yang Berhormat Pasir Mas agar digantikan Giat MARA Pasir Mas sedia ada yang usang, MARA menyedari keadaan tersebut dan sudah membeli tanah seluas 9.2 ekar bagi tujuan ini untuk pembangunan Giat MARA di Pasir Mas akan kita mulakan selepas proses penukaran nama selesai. Bagi naik taraf Giat MARA Labuan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Labuan, MARA telah membuat penyelenggaraan terhadap dewan lama dan merancang menambah bangunan baru di Giat MARA tersebut pada tahun 2009.

Berhubung dengan cadangan pembinaan Giat MARA baru di luar bandar Simunjan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, MARA telah melihat kawasan yang dicadangkan dan sedang menyediakan kertas kerja untuk tujuan ini.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya juga ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya Giat MARA yang sedia ada itu tidak mencukupi, maka bagi pihak kementerian tidak ada halangan sekiranya ada di antara Ahli Yang Berhormat ingin mencadangkan untuk membuka cawangan daripada Giat MARA yang sedia ada asalkan ada bangunan atau tempat yang disediakan. MARA akan memberikan sokongan dan kita akan membuka cawangan-cawangan ini di dalam satu-satu kawasan Parlimen sekiranya dalam kawasan Parlimen seperti Sabah dan Sarawak yang begitu luas.

Suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat akan prestasi Giat MARA seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lenggong. Sehingga kini Giat MARA telah melatih seramai 178,190 orang pelatih dengan 80% daripada jumlah ini telah bekerja dengan pihak swasta atau IKS, menjadi usahawan sebanyak 13%, melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sebanyak 5% dan 2% lagi masih mencari pekerjaan.

Dalam mewujudkan lebih ramai usahawan teknikal, pelatih-pelatih Giat MARA kini digalakkan menjadi usahawan seperti cadangan Yang Berhormat daripada Jempol.

Beberapa pendekatan dilaksanakan oleh Giat MARA bagi tujuan ini seperti memuatkan ilmu keusahawanan dalam modul pembelajaran dan melaksanakan program usahawan teknikal ataupun PUTEK berkonsepkan inkubator.

Selain itu dalam memperbanyakkan bidang-bidang kemahiran atau teknologi baru di Giat MARA seperti cadangan Yang Berhormat Kinabatangan, Giat MARA kini telah menghantar tenaga-tenaga pengajarnya mempelajari ilmu-ilmu kemahiran atau teknologi terkini. Ini dibuat bagi memastikan bidang-bidang kemahiran yang diperoleh di Giat MARA dapat memenuhi keperluan pihak industri.

Bagi mempromosi peluang yang disediakan oleh Giat MARA di peringkat akar umbi seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Arau, terutamanya di sekolah- sekolah, Giat MARA telah melaksanakan beberapa pendekatan iaitu memberi flyers kepada sekolah-sekolah, memberi ceramah berkaitan dengan kursus yang ditawarkan dan kerjaya, mengadakan hebahan di media massa, memberi surat kepada ketua-ketua jabatan di daerah-daerah dan mengadakan program Giat MARA bersama rakyat.

Berhubung dengan kemasukan belia di selatan Thailand ke Giat MARA pula ia merupakan satu komitmen Malaysia di bawah hubungan dua hala Malaysia-Thailand dan dalam komitmen ini, pengajar-pengajar juga memperoleh teknologi terkini...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

... daripada pihak Thailand di mana Malaysia tidak memperolehinya. Untuk makluman Yang Berhormat Arau kemasukan ini...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

... tidak menjejaskan kuota sedia ada di dalam negara kita. Giat MARAkah?

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Ya Giat MARA.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Bagi saya habiskan Giat MARA, sedikit lagi. Suka saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Giat MARA kini telah diberikan tanggungjawab memberi latihan kemahiran bukan sahaja di kalangan belia-belia yang tercicir dan menganggur, bahkan memberi tumpuan kepada golongan miskin di setiap kawasan Parlimen di bawah Program Latihan Menjana Pendapatan Giat MARA.

Setelah mereka mendapat latihan kemahiran tersebut, mereka akan diberi peralatan dan mesin-mesin secara percuma bagi membolehkan mereka memulakan

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

perniagaan di rumah terlebih dahulu. Selepas perniagaan tersebut mendapat sambutan dan pasarannya baik, saiz perniagaannya akan diperluaskan di mana agensi-agensi di bawah kementerian seperti TEKUN dan MARA akan memberi kemudahan pembiayaan.

Sehingga Jun 2008 seramai 3,224 golongan miskin telah mendapat manfaat ini melalui 124 program latihan berpakej melibatkan perbelanjaan berjumlah RM10.47 juta.

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapati pihak Giat MARA saban tahun mengadakan pertandingan reka cipta dan saya dapati bahawa ada rekaan-rekaan pelatih-pelatih ini sungguh menakjubkan dan sangat baik. Jadi saya hendak tahu sejauh manakah pihak kementerian mengambil daya usaha untuk mengkomersialkan hasil-hasil reka cipta ini dan kalau ada apakah bukti-buktinya. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat sesungguhnya telah pun kita bincang di pihak pengurusan MARA. Memang kita lihat sejak akhir-akhir ini Giat MARA telah banyak memenangi pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa dan sebab itu kita telah pun mencadangkan supaya ciptaan itu mestilah dikomersialkan. Bukan hanya sekadar menang, dapat piala dan simpan. Kita telah minta kerjasama dengan DIDAC untuk merealisasikan apa Yang Berhormat nyatakan tadi.

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Pengerusi, mengenai program pembiayaan ataupun sistem yang banyak dipertikaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Giat MARA Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Giat MARA lagi? Habis sudah.

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya tertarik ada satu laporan yang saya baca bahawa menteri, Tuan Pengerusi telah menjalankan projek perintis untuk melahirkan pemandu yang berhemah daripada pemandu kenderaan berat dan pemandu bas dan projek perintis itu diadakan di Mergong Kedah. Jadi disebut di sini bahawa pilot project ini akan dilihat kalau ada hasil ia akan diperluaskan.

Jadi saya hendak tahu sedikit tentang apakah hasil yang telah dilakukan di Giat MARA Mergong itu telah mendatangkan hasil untuk diperluaskan di tempat yang lain.

Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih. Oleh kerana kursus ini baru saya tak berani hendak kata berjaya atau tidak berjaya tapi insya-Allah kita mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan bas dan teksi untuk melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah dan juga kita telah pun mendapat tawaran daripada beberapa pihak yang menguruskan sekolah memandu untuk bekerjasama dengan mereka.

Tuan Pengerusi, mengenai subsidiary system ataupun program pembiayaan ini, telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai betapa sukarnya mendapat pembiayaan menerusi agensi-agensi pembiaya seperti MARA, SME Bank dan TEKUN yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Batang Sadong dan juga Yang Berhormat Pasir Salak.

Kementerian sentiasa prihatin tentang perkara ini dan telah pun mengambil pelbagai langkah. Di antaranya ialah:

(i) telah menubuhkan jawatankuasa rayuan dan mudah dibiayai di peringkat kementerian dalam mempertimbangkan semula permohonan pinjaman yang gagal;

(ii) kita telah mengarahkan agar setiap permohonan yang ditolak mesti diberikan alasan dan sebab mengapa permohonan ini ditolak supaya senang rakyat untuk membuat rayuan ke pihak yang lebih tinggi;

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

(iii) mengadakan skim pinjaman peluang yang kedua dan juga pemulihan;

(iv) menurunkan kuasa di peringkat akar umbi seperti contoh TEKUN, diturunkan kalau pinjaman RM10,000 ke bawah hanya pegawai TEKUN daerah sahaja sudah boleh luluskan permohonan tersebut dan kalau MARA kita turunkan RM20,000 kepada pegawai MARA daerah untuk membuat keputusan supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu sama ada permohonan mereka itu diluluskan ataupun tidak;

(v) menubuhkan flying squad dalam memantau agensi atas arahan kementerian dalam memberikan pembiayaan di mana kalau kita dapat maklumat daripada mana-mana pihak, maka kita akan turun sendiri ataupun kita akan panggil pihak yang mengadu dan juga agensi yang berkenaan untuk kita semukakan supaya kita dapat kaji dan kita dapat tahu mengapakah masalah-masalah ini boleh timbul sedangkan kita telah mengarahkan dengan dasar- dasar yang baru untuk memberikan bantuan kepada peminjam- peminjam; dan

(vi) kita telah mengadakan kursus untuk meningkatkan jati diri pegawai-pegawai agar mempunyai sikap suka membantu bagi memastikan sistem penyampaian agensi pembayar yang lebih mesra usahawan.

Berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan agar diberi kemudahan pembiayaan bagi usahawan-usahawan pengangkutan laut, kementerian melalui SME Bank boleh mempertimbangkan pembiayaan ini tetapi hanya terhad kepada pengangkutan laut bersaiz kecil dan sederhana. Bagi usahawan perkapalan yang berskala besar, pinjaman boleh diperolehi melalui Bank Pembangunan di bawah Kementerian Kewangan.

Bagi persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong agar tempoh bayaran balik pinjaman yang singkat dikaji semula, kementerian sememangnya telah memanjangkan tempoh ini sehingga 10 tahun bergantung kepada unjuran aliran wang tunai. Selain itu usahawan juga diberi masa bernafas antara enam hingga 12 bulan sebelum memulakan pembayaran balik.

Berkaitan bilangan usahawan berjaya di bawah program pembiayaan MARA di Batang Sadong pula, sehingga kini seramai 1,223 usahawan telah berjaya dalam Program Groom Big Pembiayaannya mendapat pinjaman melebihi sekali sejak dari tahun 2006.

Seterusnya Yang Berhormat Silam membangkitkan tentang bilangan pinjaman yang diberikan oleh TEKUN di Parlimen Silam.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Oktober 2008, sebanyak 570 usahawan telah mendapat pinjaman pembiayaan di Parlimen Silam melibatkan pinjaman berjumlah RM2.74 juta. Bagi tujuan memperkasakan sistem penyampaian dan outreach, TEKUN kini telah menubuhkan business centre sebagai pusat sehenti bagi usahawan untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja berkaitan TEKUN bahkan berkaitan kementerian di bandar-bandar utama iaitu di Plaza Wawasan, Kota Kinabalu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Bandar Tasek Selatan di Kuala Lumpur.

Selain itu, perkhidmatan van bergerak juga akan diwujudkan oleh TEKUN bagi memastikan perkhidmatan kemudahan yang disediakan dapat ditawarkan kepada usahawan dengan berkonsepkan strategi turun padang. Berhubung dakwaan Yang Berhormat Baling akan keperluan nombor ahli UMNO dalam permohonan TEKUN adalah tidak benar. Aduan mengenai perkara ini jika ada boleh Yang Berhormat maklumkan kepada saya. Hanya yang kita mohon ialah sokongan daripada Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat atau pun Pengerusi MPUD.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Berhubung cadangan Yang Berhormat Lenggong akan keperluan penamaan TEKUN di pejabat-pejabat cawangan, TEKUN berpendapat bilangan staff sedia ada di pejabat kawasan ini adalah memadai dengan pinjaman yang disediakan. Berkaitan isu operasi pejabat cawangan TEKUN di bangunan milik UMNO yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Pendang dan Titiwangsa ada bangkit mengenai TEKUN menggunakan pejabat UMNO.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa penyewaan pejabat TEKUN di bangunan UMNO di buat memandangkan sewa di bangunan tersebut ada yang diberi percuma, hanya bayar elektrik dan air sahaja. Sehingga kini terdapat 60 pejabat cawangan TEKUN yang beroperasi di bangunan milik UMNO daripada 192 cawangan di seluruh negara.

final • 12:30 PM

Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tanya sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya. Tadi, Yang Berhormat Menteri ada mengatakan kalau sekiranya ada kalau berlaku di mana mungkin pegawai atau pun staff meminta diisi borang UMNO dahulu supaya dilaporkan. Adakah nombor yang boleh kita hubungi supaya memudahkan?

Kedua, kalau tadi Yang Berhormat Menteri kata sewa yang disediakan oleh Pejabat UMNO murah atau pun mungkin percuma, adakah agaknya Yang Berhormat boleh mempertimbangkan kalau sekiranya kita ada Markas PAS boleh menyediakan yang sewa percuma, elektrik dan air pun percuma kita bagi. Adakah agaknya boleh dibuat satu pejabat TEKUN di Markas PAS yang kita tawarkan? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai suruh jadi Ahli UMNO, kalau ada, Yang Berhormat boleh tulis suratlah. Beritahu nama, siapa dan sebagainya untuk kita boleh bertindak. Aduan melalui hitam putih ini dia lebih mudah untuk bertindak dan kita boleh refer balik kepada Yang Berhormat. Akan tetapi, mengenai pejabat TEKUN ini, saya telah nyatakan bahawa kewujudan pejabat TEKUN ini kita wujudkan di tiap-tiap kawasan Parlimen.

Jadi, macam di Parlimen saya sendiri, tidak di dalam pejabat UMNO, Tanjung Karang. Kita sewa Bangunan Tabung Haji. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat kata hendak guna Markas PAS ini. Saya tidak tahulah di Parlimen kawasan mana PAS ini ada bangunan. Kalau ada pun dekat Markas PASlah tetapi itu dalam kawasan Parlimen Gombak. Apabila dalam kawasan Parlimen Gombak, kita gunalah bangunan yang sedia ada. Jadi, ertinya kalau tidak ada lagi pejabat-pejabat ini di kawasan-kawasan Parlimen, maka kita boleh timbangkan. Akan tetapi yang banyak ada bangunan ini UMNO, PAS ini dia ada markas sahajalah tetapi bangunan saya tidak tahulah. Setahu saya, tidak ada satu bangunan yang begitu besar, kerana itu kita gunakan bangunan-bangunan UMNO.

Mengenai Koperasi. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, koperasi adalah entiti sosioekonomi. Wujudnya koperasi ialah untuk membantu anggota-anggota sama ada di dalam mengurangkan kos, meningkatkan pemasaran atau mewujudkan peluang perniagaan bagi anggota koperasi. Koperasi beroperasi secara sendiri, diuruskan secara demokratik bagi memanfaatkan anggota. Sungguhpun peruntukan bagi pembangunan koperasi adalah kecil iaitu hanya RM10.9 juta untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan RM2.6 juta untuk Maktab Kerjasama Malaysia, tetapi jumlah ini dapat ditampung sendiri oleh gerakan koperasi. Ini melalui peruntukan kewangan koperasi sendiri iaitu melalui sumbangan koperasi sebanyak 2% kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan 1% kepada Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

Selain itu, kini Jemaah Menteri telah pun membuat keputusan untuk membiayai emolumen dan gaji kakitangan MKM yang selama ini hanya digunakan emolumen ini dengan menggunakan sumbangan-sumbangan daripada tabung koperasi yang saya nyatakan tadi. Dengan keputusan tersebut, kita yakin bahawa program-program untuk membangunkan koperasi akan dapat kita pertingkatkan.

Di samping itu, koperasi juga mempunyai modal sendiri. Modal yang dapat dikutip oleh gerakan koperasi adalah sebanyak RM8.1 bilion dan aset bernilai RM49.7 bilion.

Memang kalau diberikan peruntukan lebih, saya percaya lebih banyak pembangunan koperasi dapat kita bangunkan. Kementerian mengalu-alukan sokongan daripada Yang Berhormat Rompin dan Kota Melaka agar koperasi digerakkan untuk membangunkan

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

perumahan untuk rakyat sama ada melalui pembangunan rumah pangsa atau rumah teres, banglo dan sebagainya. Sekiranya kerajaan negeri dapat memberi tanah atau menjual tanah dengan harga rendah kepada koperasi, kos pembinaan akan menjadi lebih rendah dan harga yang dijual pun akan rendah.

Untuk makluman Yang Berhormat, insentif yang diberi oleh kerajaan pada masa ini hanyalah pinjaman pada kadar yang rendah iaitu 6% dengan pinjaman maksimum sebanyak RM10 juta kepada mana-mana koperasi yang ingin membuat pembangunan.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Tenggara agar lebih banyak bantuan diberikan untuk orang miskin termasuk OKU dan juga ibu tunggal. Kementerian melalui SKM telah memperuntukkan RM10.9 juta bagi tahun 2009 yang telah mengambil kira keperluan bantuan bagi golongan miskin, OKU dan ibu tunggal. Koperasi OKU, ibu tunggal dan golongan miskin layak dan boleh memohon peruntukan ini.

Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan berkenaan koperasi gagal memberi dividen sungguhpun telah lama beroperasi. Di sini ingin saya ingatkan koperasi bukannya entiti kerajaan. Ianya seperti sebuah syarikat, cuma ia ditubuhkan di bawah Akta Koperasi, ia menguruskan diri sendiri dengan modal dan aset di pengaruhi oleh koperasi. Ia mempunyai ahli lembaga koperasi, ahli lembaga penguat kuasa koperasi dan juga yang melantik pengerusi, bendahari, dan setiausaha mereka sendiri.

Koperasi-koperasi yang besar mempunyai barisan pengurusan profesional sendiri.

Jadi, terpulanglah kepada budi bicara dan kebijaksanaan ahli lembaga koperasi dan pengurusan koperasi untuk melibatkan diri di dalam perniagaan. Seperti syarikat-syarikat swasta yang lain, koperasi yang kerja kuat dan inovatif akan mempunyai keuntungan dan dapat memberi bonus dan dividen yang tinggi kepada anggota-anggotanya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Oktober 2008 sebanyak 177 koperasi telah pun mengisytiharkan dividen melebihi 10%.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ini menunjukkan koperasi boleh berjaya kalau kena pada jenis perniagaan dan kegigihan ahli lembaga pengarahnya dalam menguruskan koperasi mereka.

Seterusnya Yang Berhormat Arau dan Hulu Langat ada membangkitkan status penubuhan Koperasi Bela Rakyat atau pun Kobera. Sehingga kini 17 koperasi telah kita daftarkan dan 90 lagi di dalam proses pendaftaran. Usaha ini akan dipertingkatkan selepas mendapa kelulusan daripada Kabinet dan juga daripada kementerian dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Bagi cadangan Yang Berhormat Kota Melaka agar koperasi yang terlibat dalam peruncitan. Bidang ini amat kompetitif kerana syarikat-syarikat gergasi juga di dalam bidang ini seperti Giant, Tesco, Carrefour dan sebagainya. Namun demikian, kementerian berusaha mewujudkan beberapa buah koperasi dalam bidang ini untuk koperasi meningkatkan pengeluaran produk dan memberi perkhidmatan kepada produk setempat.

Sebanyak dua buah koperasi sedang dalam perancangan ditubuhkan untuk mewujudkan hypermarket, satu di Jalan Gurney iaitu bangunan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Titiwangsa kalau tidak silap, yang dikatakan masih lagi tidak beroperasi. Saya telah dimaklumkan bangunan tersebut Yang Berhormat belum mendapat CF lagi. Yang itu kita akan jadikan sebagai koperasi.

final • 12:30 PM

Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sudah tiga tahun.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya?

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin bangun dahulu Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Nanti sekejap, saya hendak habiskan dulu ini.

Satu lagi ialah di Pekan Francais Skudai.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Bagi Sabah dan Sarawak, usaha juga sedang rancak dibuat untuk menggabungkan rantaian kedai runcit di sana. Gabungan koperasi dalam bidang supermarket dan berfungsi sebagai pusat pengagihan barang-barang runcit kepada koperasi-koperasi akan dilaksanakan dan kita juga telah laksanakan di Penang. Okey, sila Yang Berhormat Jasin.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Salah satu daripada objektif Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah untuk memastikan supaya semua koperasi dikawal selia secara berterusan dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap gerakan koperasi tersebut. Akan tetapi ada yang saya dapati Yang Berhormat Menteri bahawa koperasi ini menggunakan caj yang tinggi sehinggakan 10% setahun. Selain daripada itu, mengenakan fi-fi yang lain sehinggakan peminjam-peminjam tinggal baki 81% sahaja. Ini memang membebankan peminjam dan kebanyakannya kakitangan kerajaan. Jadi saya rasa ia lari daripada prinsip asal koperasi ditubuhkan. Minta pandangan itu.

final • 12:40 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sedar perkara ini berlaku. Perkara ini berlaku ialah kerana koperasi ini, dia meminjam duit daripada finance kemudian duit itu dibagi pinjam pula kepada ahli-ahlinya. Sebenarnya konsep seperti ini ialah menyalahi peraturan akta koperasi itu sendiri dan kita telah pun memberikan nasihat kepada koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak memberikan faedah kepada ahli-ahlinya. Ini kerana sepatutnya ahlinya mendapat manfaat dan pinjaman itu mestilah diberikan kepada ahli yang sedia ada. Akan tetapi kita dapat maklum bahawa ada koperasi yang mencari ahli dengan memberikan penawaran pinjaman- pinjaman tertentu. Saya ingat saya nak habiskan. Saya bagi habis koperasi nanti Yang Berhormat bangun. Mungkin apa Yang Berhormat nak bangun saya nak cakap ini.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, kebanyakan koperasi kita ini tidak mengambil pinjaman daripada bank tapi dia self generating. Jadi seharusnyalah tidak mengenakan faedah dan juga fi-fi yang membebankan inilah. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat Menteri daripada segi konsep padanan antara koperasi dengan korporat-korporat atau usahawan lain yang telah pun pernah dirancang di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dulu. Macam mana status ini?

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang memberikan galakan supaya koperasi ini, dia menjalankan kegiatan ekonomi mereka sama seperti pihak swasta. Ini kerana Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa sumbangan koperasi dalam negara kita sekarang amat rendah, hanya 1% kepada KDNK. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, koperasi boleh memberikan sumbangan sehingga 10%. Oleh sebab itu, kita melalui Majlis Rundingan Koperasi di peringkat negara dan di peringkat negeri yang mana ahli-ahlinya juga terdiri daripada usahawan-usahawan tempatan. Maka kita selalu berbincang bagaimana cara yang terbaik untuk kita membantu koperasi dan salah satu caranya ialah kita mestilah memisahkan urusan lembaga pengarah dengan urusan pengurusan.

Pengurusan mestilah dibuat secara profesional. Oleh sebab itu, kita memberikan tawaran kepada mana-mana koperasi yang ingin mengambil pelajar-pelajar kita yang kita latih untuk mendapatkan diploma koperasi di Maktab Kerjasama Malaysia. Di samping itu, kita attach kepada koperasi ini dan apabila nanti kita cukup bilangan pemegang-pemegang diploma dan juga ijazah koperasi yang kita telah mengadakan MoU dengan Universiti Utara Malaysia. Maka saya percaya satu hari nanti koperasi akan dapat diuruskan sebagaimana syarikat lain yang lembaga pengarahnya lain dan pengurusannya diuruskan secara profesional. Tidak seperti hari ini kita sedar ada koperasi-koperasi yang masih lagi mencampuradukkan tugas lembaga pengarah dengan tugas pengurusan koperasi.

Tuan Pengerusi, berkaitan cadangan Yang Berhormat Arau agar ditubuhkan konsortium koperasi, kementerian menyambut baik cadangan tersebut. Untuk makluman

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, usaha ini sedang dijalankan. Cuma kita tidak sebut sebagai konsortium tetapi sebagai Koperasi Menengah iaitu koperasi hasil gabungan beberapa buah koperasi asas. Sehingga kini ada 65 buah koperasi peringkat menengah atau gabungan telah diwujudkan. Pengwujudan koperasi gabungan merupakan strategi yang digunakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia supaya koperasi menjadi lebih besar seterusnya mampu menguasai rantaian nilai sesuatu perniagaan. Bagi tujuan ini, kerajaan juga memberikan galakan pembangunan perniagaan kepada koperasi melalui pendedahan kepada peluang- peluang perniagaan melalui perbadanan perniagaan ataupun business matching, rantaian nilai, grow big dan sebagainya.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam berkenaan masalah koperasi lewat didaftarkan sehingga memakan masa dua tahun. Benar ianya berlaku tetapi setelah kita siasat, kita dapati masalah timbul kerana koperasi tersebut tidak dapat meningkatkan modal seperti yang disyaratkan sebelum ini iaitu ianya boleh didaftarkan jika mempunyai modal sebanyak RM20,000. Koperasi ini hanya mengumpulkan modal sebanyak RM100 sahaja. Koperasi ini juga telah diberi tempoh enam bulan supaya mengemukakan dokumen-dokumen pendaftaran tetapi tidak berjaya berbuat demikian.

Ramai rakyat telah percaya dengan kebolehan koperasi menolong mereka sehinggakan kebelakangan ini kita dapati koperasi telah disalahgunakan.

Ada yang menggunakan nama koperasi dengan tujuan supaya boleh menarik minat orang ramai. Kita dapati ada empat buah koperasi, dia guna nama koperasi tetapi sebenarnya ianya bukan koperasi dan “koperasi” ini telah berjaya mengumpul dana yang banyak dan sekarang ini kita sedang mengambil tindakan daripada segi undang-undang dengan kerjasama Bank Rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga dapati ada koperasi tertentu, lebih kurang lapan koperasi yang kita sedang siasat. Di mana mereka menyalahgunakan koperasi ini dengan memperkenalkan koperasi mereka mengikut secara skim cepat kaya di mana ianya memang terang-terangan menyalahi Akta Suruhanjaya Koperasi. Tuan Pengerusi, mengenai pembangunan usahawan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kaedah kementerian dalam membangunkan usahawan bermula dengan memberi pinjaman melalui TEKUN dengan memberikan RM50,000 dan apabila mereka ini telah berjaya menjadi usahawan kecil.

Untuk membuat gerai sebagai contoh, maka usahawan ini boleh meminjam kepada MARA kalau daripada gerai nak buka restoran, di mana MARA boleh bagi pinjaman sehinggan RM500,000. Kalau usahawan ini dah berjaya pula menjadi seorang usahawan restoran, nak buka hotel yang lebih besar maka usahawan ini diberi peluang pula untuk membuat pinjaman di bawah SME Bank. Di mana SME Bank ini boleh memberikan pinjaman maksimumnya sebanyak RM50 juta.

Jadi, itulah cara kita melahirkan usahawan. Daripada TEKUN RM50,000, MARA RM500,000 dan akhirnya SME boleh bagi pinjaman sehingga RM50 juta. Sementara itu, bagi memantapkan keupayaan enterprise sedia ada, pelbagai program dilaksanakan oleh kementerian melalui grow big. Promosi dalam dan luar negara, pengenalan melalui media massa, pengwujudan ejen dan juga pusat pemasaran. Berhubung saranan Yang Berhormat Titiwangsa agar kementerian mengurangkan ...

final • 12:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Mohon laluan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Sekejap Yang Berhormat. Saya nak habiskan sikit lagi, nak habis dah. Berhubung saranan Yang Berhormat Titiwangsa agar kementerian mengurangkan pembangunan produk makanan junk food. MECD menerusi program peningkatan kualiti produk makanan dan minuman atau lebih dikenali dengan program grow big, hanya terlibat dalam pembangunan aspek-aspek peningkatan dan juga jaminan kualiti.

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita tahu masalah utama yang selalu dihadapi oleh usahawan-usahawan ini ialah pasaran. Pasaran yang amat terhad sehingga kadang-kadang mereka terpaksa bergantung kepada pasaran daripada sektor kerajaan semata-mata. Ini kerana kesukaran untuk mereka menembusi pasaran luar dan pasaran daripada kaum yang lain dalam pasaran bebas yang ada pada

final • 12:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

hari ini. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apa agaknya usaha kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan ini dalam mewujudkan pasaran terjamin terhadap produk-produk yang mereka keluarkan termasuk menembusi pasaran hypermarket antarabangsa seperti Carrefour dan juga Tesco. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ada hubung kait Yang Berhormat, ada hubung kait dengan izin. Saya hendak ucap tahniah dengan Yang Berhormat Menteri kerana SDSI yang dianjurkan di Melaka pada tahun ini mendapat sambutan yang cukup terhebat sekali. Tetapi apa yang saya hendak cadangkan supaya produk-produk daripada usahawan-usahawan yang bermutu ini sebenarnya hanya dapat kita pasarkan secara jualan runcit sahaja dan jualannya saya dimaklumkan pada tahun ini berlipat kali ganda berbanding dengan tahun 2007. Saya hendak ucapkan tahniah. Saya hendak mencadangkan pada ketika ini kalau boleh kementerian membuatkan usaha sama dengan kementerian-kementerian lain seperti MITI melalui MATRADE supaya kita dapat panggil kualiti buyers daripada luar negara dapat sama-sama saksikan produk-produk yang kita pamerkan yang mempunyai kualiti yang boleh kita pasarkan ke luar negara. Kita tidak mahu cakap sahaja, produk kita hebat di dalam negara tetapi sebenarnya produk kita ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke luar negara. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, pandangan-pandangan yang bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Tenggara dan Jasin. Inilah masalah yang kita hadapi. Saya selalu nyatakan bahawa kalau kita tanya pengeluar-pengeluar di luar bandar di kampung-kampung ramai di antara mereka ini mengeluh. Dia kata tidak ada pasaran untuk memasarkan produk mereka. Tetapi kalau kita berdialog dengan usahawan- usahawan di peringkat antarabangsa, mereka pula mengeluh kerana mereka tidak dapat produk-produk seperti mana yang mereka kehendaki. Ini bermakna bahawa di peringkat antarabangsa, masih menghadapi kekurangan barang-barang ini. Produk-produk dari Malaysia terutamanya produk-produk halal sedangkan di luar bandar orang kampung mengeluh mereka tidak ada pasaran.

Jadi ada gap di sini, di antara pengeluar asas dengan pengeksport. Sebab itu langkah yang kita laksanakan iaitu yang pertama kita akan memperbanyakkan collection centre di kawasan-kawasan luar bandar, di daerah-daerah dengan harapan kita supaya pengeluaran-pengeluaran di setiap daerah itu akan dapat membekalkan ataupun menjual barang-barang mereka di collection centre pusat pengumpulan di setiap daerah. Di peringkat negeri juga kita bercadang untuk menubuhkan collection centre ini di setiap negeri malah di peringkat negara. Setakat ini kita telah pun berusaha untuk menubuhkan ada empat tempat di Penang, Kedah, Terengganu kalau tidak silap untuk menjadikan pusat pengumpulan. Pada masa yang sama kita juga sedang berusaha untuk mewujudkan trading house di luar negara seperti kita bermula di Dublin kemudian di Dubai, China supaya barang-barang yang kita kumpulkan di collection centre di setiap negeri ini boleh terus dihantar ke trading house kita yang ada di luar negara.

Jadi usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian MITI ini nampaknya berjaya mempromosi barang-barang kita, tetapi apabila orang hendak barang kita, kita sukar untuk bekalkan. Kerana itulah kita mengadakan pameran SUDSI setiap tahun di Melaka dan sebagai langkah permulaannya, kementerian telah pun bersetuju untuk membeli 22 lot bangunan dekat dengan Pusat Perdagangan Melaka dan kita hendak jadikan pameran kedai ini sebagai pameran yang tetap kerana selama ini waktu kita adakan pameran setiap negeri setiap negara ada produk dia. Habis sahaja pameran, masing-masing bawa balik barang-barang tersebut tunggu tahun pula baru kita jumpa.

Jadi apabila ada bangunan ini, kita akan bagi pada setiap negeri maka kita cadangkan supaya apa juga produk yang dikeluarkan oleh setiap daerah hendaklah terus dikekalkan di bangunan yang kita beli dan harapan kita di situ nantilah akan menjadi pusat perjumpaan business matching di antara pengeluar-pengeluar tempatan dan juga pengeksport-pengeksport untuk barang-barang ke luar negara. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batang Sadong ada membangkitkan tentang status kerjasama pemasaran produk usahawan bersama GLC terutamanya di KLIA. Untuk makluman Ahli Yang

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Berhormat kementerian dan Malaysia Airport Bhd - MAB telah bekerjasama untuk memberikan peluang kepada usahawan untuk berniaga di KLIA dan juga di LCCT.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat untuk mengujudkan satu KIOSK di pejabat MARA daerah untuk membantu usahawan kecil mendapatkan maklumat dan menyediakan akaun, MARA telah pun menubuhkan Business Community Centre ataupun bizcom sebagai pusat bagi business solution yang menyediakan sumber maklumat yang diperlukan oleh usahawan serta maklumat berkaitan peluang-peluang perniagaan melalui perisian yang dipasang di pusat-pusat bizcom. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, MARA bercadang untuk mewujudkan sebanyak 120 pusat bizcom di seluruh negara.

Selain itu kementerian juga telah menubuhkan pusat bimbingan usahawan di peringkat nasional negeri dan daerah bagi membantu usahawan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan keusahawanan dan juga kementerian akan meneruskan usaha gerak usahawan yang sedang kita jalankan di setiap daerah untuk kita mempromosikan kegiatan-kegiatan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Pengerusi, mengenai pembangunan francais pendekatan francais merupakan satu pendekatan strategi kementerian dan usaha bukan sahaja membangunkan lebih ramai usahawan bumiputera malah memantapkan keupayaan usahawan sedia ada ke arah itu. Menerusi RMK-9, kementerian mensasarkan untuk membangunkan 50 francaisor dan 1000 francaisi yang baru. Kementerian menerusi Perbadanan Nasional Berhad telah mengambil beberapa pendekatan strategik untuk menarik minat bumiputera melibatkan diri di dalam perniagaan francais. Berhubung pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat terhadap beberapa permohonan menjadi francaisor dalam sektor makanan yang tidak diluluskan, kementerian yang berperanan sebagai pendaftar perniagaan francais juga bertindak untuk memenangi francaisi dan memastikan pemeriksaan dan penilaian maksimum dibuat ke atas permohonan pendaftaran francaisor.

Bagi permohonan syarikat yang menunjukkan kerugian dalam tempoh tiga tahun dan aliran tunai yang tidak memberangsangkan permohonan ini akan ditolak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Oktober 2008 sebanyak 652 permohonan menjadi francaisor telah diterima oleh kementerian dengan 510 sistem francais telah diluluskan pendaftarannya di bawah Akta Francais 1998.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit penjelasan. Sedikit sahaja.

Tadi saya baca dalam rencana Utusan, kenyataan Francorp Malaysia Bhd mengatakan bahawa puncanya ialah kerana dua bulan tidak ada kelulusan, birokrasi dan ketiga dia kata ialah permohonan mereka sering diubahsuai oleh pihak yang berkenaan dan ini menyebabkan minat mereka sekarang ini untuk mendaftar sebagai francaisor atau francaisi ini semakin merosot dan ini sebagai satu penghalang kepada perkembangan kepada sektor francais, terima kasih. Mohon penjelasan.

final • 12:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed. Sadique - Tenggara

Mohon penjelasan Tuan Pengerusi. Ini berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat juga. Saya lihat dalam Bajet 2009, antaranya ialah menambahkan bilangan usahawan bumiputera berdaya saing, berdaya tahan melalui program pembangunan francais dan vendor dan daripada mengikut prestasi aktiviti yang ada bilangan syarikat, pada tahun 2007 - 140, 2008 ada 200, 2009 - 200. tetapi Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak dapatkan penjelasan sedikit.

Saya tengok bilangan syarikat francaisor dengan bilangan syarikat vendor padanan dia itu 2007 - 135 syarikat vendor. Akan tetapi tahun 2008 - 30, tahun 2009 - 30.

Adakah itu bermakna syarikat yang 135, 30, 30 itu syarikat atau apa itu? Kalau syarikat, agaknya kenapa apabila tahun 2007 - 140 syarikat francaisor, syarikat vendor 2007 - 135 dan bila tahun 2009 bilangannya ialah 200 dan bilangan syarikat vendor ialah 130. Saya juga hendak tahu adakah berlaku apa-apa masalah seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi yang dihadapi oleh syarikat francaisor ini dan juga syarikat vendor dan agaknya apakah tindakan untuk meningkatkan keupayaan syarikat vendor ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Tenggara. Orang yang betul-betul pakar pasal francais ini Jerlun, dia Pengerusi francais Malaysia, ada persatuan dia. Untuk makluman, seperti saya katakan

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

tadi, lu mengikut rekod kita, 73.3% yang mohon di bawah Akta Francais kita telah luluskan dan juga saya telah dimaklumkan mulai tahun 2007, tiada lagi permohonan pendaftaran francais yang ditolak bagi melahirkan lebih ramai franchisor baru terutamanya francaisor bumiputera. Jadi saya akan siasat artikel Yang Berhormat nyatakan tadi kerana maklumat yang dimaklumkan kepada saya tidak ada bagi yang ditolak apabila ada permohonan baru sejak tahun 2007. Mengenai Yang Berhormat Tenggara bangkitkan pun saya pun tidak berapa jelas jenis apa francaisor ini kerana francaisor ini dia ada banyak kategori.

Orang tempatan warga negara Malaysia yang memberi francais dipanggil francaisor, orang asing atau bukan warga negara yang menjadi francaisor di Malaysia kenali sebagai francaisor asing. sesiapa sahaja di Malaysia yang menjadi francaisi kepada francaisor asing dan dibenarkan menjual francais kepada francaisi dikenali sebagai master francaisi ataupun pemegang francaisi induk. Seseorang yang diberi hak francais dan termasuklah pemegang francais induk atau master francaisi dalam hubungannya dalam francaisor dan pemegang subfrancais berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang francais induk dikenali sebagai francaisi atau pemegang francais. Ada satu lagi istilah dipanggil francaisi kepada francaisor asing. Jadi Yang Berhormat bangkit tadi saya akan siasat bagaimana berlakunya 140 yang mana satu ini. sama ada francaisor asing ke atau pemegang francaisor ke, jadi saya akan ambil perhatian terhadap maklumat Yang Berhormat bangkitkan tadi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, jam sudah pukul satu lebih. Hendak sambung petang? Kalau dapat habis dalam 10 minit saya bagi Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya... boleh petang? Boleh, sedikit lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, mesyuarat sesi pagi telah tamat dan kita akan sambung semula pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membawa usul.

final • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini.

Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Selasa, 25 November 2008.”

final • 2:32 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:32 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung.

final • 2:32 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya teruskan dengan isu pembangunan vendor.

Kementerian juga sedar akan kepentingan pembangunan vendor dalam memberi peluang perniagaan serta melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.

Justeru itu, kementerian sedang mempergiatkan usaha untuk menarik minat GLC.

Dalam Program Pembangunan Vendor ataupun PPV seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin, sehingga kini sebanyak 13 syarikat GLC telah menyertai program ini dan berjaya membangunkan 386 syarikat vendor.

Antara langkah yang diambil oleh kementerian dalam meningkatkan kerjasama GLC bagi tujuan membangunkan lebih banyak vendor adalah dengan mengadakan pertemuan dengan kesemua syarikat GLC untuk berbincang berkaitan usaha pembangunan vendor. Kedua, mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Program Pembangunan Vendor dan Majlis Perundingan Program Pembangunan Vendor dalam merangka strategi baru perkhidmatan GLC membangunkan vendor.

Isu pembangunan modal insan - untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat dalam RMK-9 kementerian menyasarkan untuk membudayakan seramai 1.5 juta masyarakat bumiputera dengan tumpuan diberikan kepada pelajar, belia, siswazah dan juga wanita.

Sehingga Jun 2008, seramai 179,457 bakal usahawan telah berjaya dilatih oleh kementerian dengan 20,637 daripada mereka telah berjaya menjadi usahawan.

Dalam usaha membudayakan bidang keusahawanan di peringkat akar umbi seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pendang dan juga Jempol, Kelab Usahawan dan Koperasi Sekolah telah pun dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bukan sahaja hanya melibatkan penyertaan MRSM tetapi juga melibatkan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian menggalakkan agar setiap sekolah mempunyai koperasinya sendiri.

Bantuan diberikan kepada koperasi ini dengan geran permulaan sebanyak RM5,000 disediakan. Manakala pinjaman sehingga RM50,000 tanpa cagaran turut disediakan di bawah tabung modal pusingan SKM. Perwujudan kelab-kelab usahawan sebagai aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan dalam usaha membudayakan pelajar-pelajar di sekolah.

Tuan Pengerusi, isu yang terakhir ialah peruntukan dan peranan perbadanan kemajuan negeri. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan persoalan yang ditimbulkan oleh ahli Yang Berhormat Batu Gajah berkaitan peruntukan RM56.2 juta yang diperuntukkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak sama ada akan disalurkan terus kepada PKEN.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan pembangunan usahawan dan koperasi di negeri Perak, kementerian telah mengamanahkan agar MARA melaksanakan program-program ini seperti mana yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini bertujuan untuk memudahkan kementerian memantau program-program berkenaan bagi memastikan segala dasar yang strategik yang dirancang dapat dinikmati dari peringkat akar umbi.

final • 2:33 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Berkaitan hutang tertunggak PKEN kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM139 juta seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah juga, ianya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Seterusnya Yang Berhormat...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Jadi daripada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat, apakah ini bermakna RM56.2 juta yang paling tinggi, ini tidak akan disalurkan terus kepada akaun PKNP. Jika sedemikian, ini maklumat RM56.2 tidak sepatutnya dalam butiran PKNP.

Ini akan mengelirukan penyata kewangan yang sebenarnya. Perkara kedua ialah pinjaman yang masih tertunggak. Pihak kementerian bertanggungjawab ke atas PKNP, tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan untuk membayar balik, ini bukan urusan pihak kementerian, ini urusan Kementerian Kewangan. Saya ada tanya apakah pihak kementerian ada memantau kewangan mereka ini, PKNP ini untuk memastikan semua peruntukan disalurkan atau pinjaman yang diberikan itu berjaya untuk membangunkan, menggalakkan usahawan bumiputera. Jika sedemikian, sasaran ini tidak akan tercapai dan akan terbantut. Itu persoalannya.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya nyatakan... Dulu Yang Berhormat Ipoh Barat pun ada bangun, bertanya soalan yang sama. Peruntukkan yang kita beri, kita beri kepada negeri Perak ialah melalui MARA.

MARA akan terus membuat program-program yang telah dirancang, seperti mana yang dirancang oleh Pembangunan Kemajuan Negeri Perak.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini bermakna peruntukan tersebut tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam butiran KPNP ini. Ia dimasukkan dalam akaun MARA.

Jika sedemikian, wang peruntukan itu tidak akan disampaikan terus kepada KPNP tetapi melalui MARA, kenapa peruntukkan itu tidak dicatatkan dalam butiran MARA sahaja. Saya rasa perlulah Yang Berhormat Menteri, kalau betul-betul mahu membangunkan usahawan bumiputera, mesti hapuskan dasar memecahbelahkan usahawan bumiputera ini.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini Pakatan Rakyat negeri. Mengapa pihak kementerian tidak boleh bekerjasama dengan mereka, dengan PKNP di bawah Pakatan Rakyat ini? Mengapa berpolitik menggunakan akaun yang lain? Mengapa tidak boleh percaya? Pilihan rakyat, Pakatan Rakyat ini untuk memantau kewangan tersebut.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Okey, okey, saya faham maksud soalan Yang Berhormat. Duit peruntukan tersebut, Yang Berhormat, ialah untuk penyediaan premis- premis perniagaan, pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan asas bagi zon-zon industri dan juga meningkatkan pemilikan aset bumiputera melalui pembangunan hartanah.

Kalau ini matlamat kita, masalah hari ini dasar-dasar yang dibuat oleh PKR sebagai contoh, dia kadang-kadang membuat dasar yang tidak selari dengan kita. Sebagai kata peruntukan 30%, ada negeri di bawah PKR kata tidak ada 30% ini. Dia hendak buka kepada semua.

Dalam masa yang sama, ada negeri-negeri PKR pula macam Selangor ini – Menteri Besar pun ada di sini – saya lihat dia punya manifesto ini cukup hebat. Macam ini ia kata ekonomi rakyat ini – menyediakan premis perniagaan yang cukup. Ini janji PKR.

Yang kedua, memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda, memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama dan banyak lagilah yang PKR janji.

Jadi janji-janji yang PKR buat dengan rakyat waktu pilihan raya, kita tidak mahu terlibat kerana kita lihat ada janji-janji yang dibuat, dia janji yang tidak praktikal, yang hanya teori sahaja, berkempen waktu pilihan raya. Jadi sebab itu Barisan Nasional bila kita merancang, kita merancang dan melaksanakan seperti mana yang telah pun kita rancangkan. Kalau kita bagi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, sebagai contoh, atau Selangor sebagai contoh, kita tidak tahu, entah apa-apa program dia buat. Jadi sebab itu duit daripada Persekutuan kita sampai kepada rakyat dan MARA juga kita ada agensi- agensi kita, agensi pelaksana di tiap-tiap daerah.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang pentingnya, rakyat, apa rakyat dapat. Jadi kalau rakyat mendapat faedah buat perniagaan, kita bagi peluang perniagaan, rakyat itu yang penting dan kita tidak mahu nanti kalau Yang Berhormat kata ada isu politik, bagi kepada PKR nanti, lain pula caranya.

Ia duit Persekutuan, tetapi orang kata “lembu punya susu, sapi dapat nama.” Ini politik, Yang Berhormat. Jadi perkara ini kita tidak pernah menafikan hak rakyat, tetapi kita hendak pastikan rakyat mendapat faedah daripada peruntukan yang ada yang telah kita luluskan.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, saya percaya bukan sahaja pihak kementerian atau Yang Berhormat mahu memastikan faedah sampai kepada rakyat. Kami di sini juga, Pakatan Rakyat juga. Jadi mengapa tidak boleh...

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Cari duit sendiri.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan lupa itu bukan duit Barisan Nasional.

[Disampuk] Pakatan negeri punya rakyat juga ada membayar cukai. Jadi ini semua...

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Kita pun bagi kepada rakyat juga.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...semua adalah bumiputera, mengapa tidak boleh duduk berbincang? Apa masalahnya dan apa yang saya bangkitkan ialah dalam Butiran ini, PKNP Perak paling tinggi peruntukan RM56.2 juta. Jika benar ia tidak disampaikan kepada akaun PKNP secara terus kepada MARA, butiran ini tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Ini sudah betul, lima negeri ini ada diberi.

Nampaknya, kononnya begitu berbesar hati dapat memberi kepada PKNP, sebenarnya tidak bagi terus kepada akaun PKNP. Ini prosedur betul ke tidak betul? Ini menyeleweng kah atau mengelirukan keadaan yang akaun ini kemungkinan tidak mencerminkan keadaan sebenar apabila kewangan itu akhirnya selepas diluluskan disampaikan kepada MARA.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, kita bagi kepada MARA pun duit kerajaan juga. Bukannya mesti melalui negeri Perak, PKNP itu bermakna itu duit rakyat.

Bagi dengan MARA pun, duit rakyat yang mendapat faedah. Jadi sebab itu pertamanya dasarnya berbeza.

final • 2:40 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kalau macam itu...

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Dasar-dasarnya berbeza. Kita kata hendak tolong bagi peluang perniagaan kepada bumiputera, mesti ada kuota-kuota tertentu diberi, tetapi ada PKR kata tidak payah. Kuota-kuota tertentu ini diperuntukkan kepada bumiputera.

Kalau dalam pilihan raya dulu PKR janji hendak tolong rakyat, hendak siapkan dengan premis-premis perniagaan yang mencukupi, hendak tolong usahawan-usahawan, ada pula hendak bagi latihan selepas itu bagi pula jamin lagi RM2 ribu sebulan, ini janji-janji gula- gula pilihan raya, Barisan Nasional tidak mahu terlibat. Ini kerana Barisan Nasional bukannya satu parti yang hanya janji hanya hendak mengaburkan mata rakyat, akhirnya tidak ditunaikan.

Jadi kalau PKR hendak tunaikan apa janji pilihan raya, okey, cari sendiri duit. Duit kita, kita salur kepada MARA dan yang pentingnya rakyat dapat faedah. Itu yang penting.

Yang penting rakyat dapat faedah.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat masih mahu mengelak.

Saya tadi menyatakan jika peruntukan RM56.2 juta tidak disalurkan terus kepada akaun PKNP negeri Perak, butiran ini telah silap dan harus diperbetulkan. Jika ia jujur sebenarnya disampaikan kepada MARA, ini mencerminkan telah wujud kesilapan dalam akaun ini. Itu persoalannya. Saya tidak mahu berpolitik dengan Yang Berhormat Menteri. Barisan Nasional terlalu banyak membuat janji-janji kosong, sebab itulah telah dinafikan dua pertiga dalam Dewan ini.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang saya bangkitkan sekarang ialah...

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

DAP yang banyak buat janji.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...butiran RM56.2 juta untuk PKNP, 00108 – saya cakap PKNP Negeri Perak sahaja. Jika tidak disampaikan terus kepada akaun Perak,

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

PKNP negeri Perak, ini terbukti telah wujud kesilapan dalam peruntukan dalam butiran ini.

Jika hendak sampaikan kepada MARA, masukkan dalam akaun MARA.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Jika tidak berdaya, surrenderlah, bagi Kerajaan Negeri Perak kepada Barisan Nasional, kita perintah pula.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu persoalannya.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, selesaikanlah masalahnya, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jawab.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit.

final • 2:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan kepada Jasin?

Jasinlah, Jasin.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ini daripada pengalaman, boleh? Ini daripada pengalaman saya, tanggungjawab tentang PKNM Melaka. Sebenarnya semua peruntukan yang kita buat, yang kita mohon daripada kementerian, daripada satu figure sama ada ia disalurkan kepada MARA ataupun kepada perbadanan kemajuan negeri.

Peruntukan ini ada dua, peruntukan Persekutuan sama ada bentuk pinjaman ataupun bentuk geran. Pinjaman, kita kena bayar balik. Jadi apa juga butiran yang disebutkan dalam buku itu adalah meliputi sama ada MARA ataupun PKNP. Dia tadi telah sebenarnya mengelirukan Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya peruntukan yang diberi kepada negeri Perak itu adalah untuk PKNP dan juga MARA sama ada dalam dua bentuk geran ataupun pinjaman. Apa yang saya hendak sebut satu lagi, Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya tengok Yang Berhormat Menteri telah berikan penerangan satu hari lebih, saya cukup seronok betul dan tengok menteri begitu gigih sekali memperkenalkan pelbagai program selaras dengan strategi kementerian untuk membangunkan usahawan-usahawan bumiputera.

Ini sebenarnya adalah selari dengan kehendak kerajaan mengikut teras ketiga Misi Nasional kita iaitu menangani ketidakseimbangan sosioekonomi. Ini saya ucapkan tahniah.

Sekurang-kurangnya menteri kita mempunyai matlamat berapa banyak hendak lahirkan usahawan bumiputera supaya kita dapat merapatkan lagi jurang yang cukup ketara, ekuiti bumiputera di antara bukan bumiputera. Sekarang kita hanya ada 19% sahaja, menteri.

Jadi saya hendak cadangkan kalau boleh, kita jangan dengar perkara-perkara yang tidak tentu pasal ini. Kita tumpukan kepada perkara-perkara pokok. [Tepuk] Kalaulah kita betul-betul serius untuk meningkatkan ekuiti bumiputera daripada sekarang, saya hendak cadangkan kalau boleh kementerian cadangkan kerana kalau kita mengikut daripada jumlah simpanan domestik, domestic reserve, kita di Malaysia yang paling tertinggi sebab 37% berbanding dengan Amerika 0%. Simpanan kita sekarang telah pun menjangkau RM1 trilion. Ini menunjukkan rakyat Malaysia kuat menyimpan. Kalau begitu saya hendak cadangkan, satu daripada cara untuk kita menambahkan ekuiti bumiputera, saham ASB ini kita limitkan sebanyak RM200 ribu sahaja. Orang bumiputera ada duit. Suruh dia simpan tambahkan sampai RM300 ribu. Dengan sendirinya ini nanti simpanan kita akan lebih banyak, ekuiti kita akan meningkat.

Yang keduanya, saya hendak cadangkan, kalau boleh, jalan yang paling cepat sekali untuk kita menambahkan ekuiti bumiputera. Kita punya agensi-agensi seperti MARA dan UDA ini, beli property overhang, rumahkah, kedaikah. Yang untuk bumiputera ini kita beli.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Selepas itu kita sewa ataupun kita sewa beli, ataupun kita tunggu masa sehingga bumiputera ada kemampuan untuk beli.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Dengan ini, kuota ini tidak akan terjatuh dan kita dapat mempertahankan hak bumiputera. Ketiganya saya hendak cadangkan kalau boleh Yang Berhormat Menteri...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Macam berucap ini Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya hendak cadangkan, ini cadangan saya ini kepada menteri, boleh menteri? Boleh ya, menteri kata boleh Tuan Pengerusi.

Saya hendak cadangkan kepada agensi-agensi kita, GLC-GLC kita yang banyak duit ini, yang banyak simpanan, buat apa kita simpan duit banyak-banyak? Kita hendak tunggu akaun kita yang cantik-cantik buat apa? Cari, kalau boleh kita beli aset-aset yang ada kepentingan untuk bumiputera sebab dengan sendirinya kita boleh menaikkan ekuiti bumiputera. Kita hendak tengok berapa lama lagi target dan matlamat kita untuk mendapatkan 30% penguasaan bumiputera? Jadi ini cadangan saya Menteri. Terima kasih banyak.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat, ini beza antara teori dengan praktikal. Dia praktikal sebab bekas Exco yang jaga usahawan.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibarahim - Bandar Tun Razak

Boleh saya mencelah?

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey, sambung sekali.

final • 2:50 PM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibarahim - Bandar Tun Razak

Isunya ialah bukan isu sama ada hendak bagikah tidak, it’s a issue of wrong reporting sahaja. Jadi kalau menteri kata ini akan diubah, ia dimasukkan ke dalam akaun MARA okeylah tidak jadi masalah. Bukan itu satu perkara yang sangat besar dalam usaha ini tetapi isunya ialah bila sudah tercatat dekat sini, jadi pegawai yang berkenaan kenalah membuat laporan bahawa ini akan diubah. Itu sebagai satu perubahan dalam akaun ini. Bila kita meluluskan belanjawan dalam Jawatankuasa ini, kita juga hendak tahu isunya. Itu sebab saya tidak membangkitkan yang Selangor pun saya tahu, kalau dia tidak bagi pun saya akan tulis kepada ministry supaya dia dicancel, supaya jangan ada reporting.

Sebab satu masalah yang paling penting bagi kita, bila kita meluluskan belanjawan ini, belanjawan ini ialah hasil daripada cukai dan pendapatan negara. Oleh sebab itu ketertiban kita membuat reporting terutama pegawai-pegawai yang menjaga ini adalah penting supaya tidak dipersoalkan, kalau besok dalam consolidated account, ini akan dipersoalkan sebab dalam audit besok dia akan ditanya benar-benar diberi atau tidak, itu sahaja. Akan tetapi saya ingat tidak payahlah kita ceritakan hal ini sebab kita percaya kita boleh buat kerja, kalau kerajaan tidak hendak memberi kepada negeri dan memberi kepada rakyat, berilah dengan cara yang betul supaya tidak ada ketirisan dan cara yang boleh memberikan hasil yang sebaik-baiknya.

Akan tetapi itu kita kan pantau untuk rakyat. Jadi kalau MARA ingin menjalankan kerja dia, teruskan. Itu bukan satu perkara yang hendak dibincangkan. Jawapan menteri ialah hanya dia kata dia tidak akan memberi kepada negeri-negeri yang tertentu kerana dia hendak menyalurkan saluran ini kepada MARA, ataupun kolum ini kepada MARA semua.

Itu sahaja yang perlu dibahaskan.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bandar Tun Razak, merangkap Menteri Besar Negeri Selangor. Tadi telah pun diterangkan, Yang Amat Berhormat pun sedia maklum, yang tidak faham ini Yang Berhormat Batu Gajah dia tidak pernah jadi Exco jadi dia pun tidak tahu. Jadi sebab itu...

final • 2:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Dengarlah dulu saya hendak terang, ialah isunya sama sekarang ini macam di Selangor, saya memang ada dapat surat daripada PKNS Negeri Selangor untuk meminta rayuan dan peruntukan. Jadi kita akan tengoklah kita akan

final • 2:50 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

timbang sebab bila tulis di dalam itu, selama ini pun waktu kita dengan Barisan Nasional pun dulu kita bukan sekali bagi selonggok macam itu. Kita ada bagi state by state kerana keperluannya diberi. Saya sudah kata keperluan dia macam hendak membeli premis- premis perniagaan. Jadi misal kata besok, MARA pun ada kenal pasti untuk membeli premis-premis perniagaan di Perak, di negeri Selangor. Jadi duit ini kita akan gunakan untuk faedah rakyat Perak dan juga faedah rakyat negeri Selangor.

Jadi tidak timbul soal yang duit Persekutuan kita tidak bagi kepada rakyat. Duit ini duit Persekutuan kita bagi kepada rakyat tetapi kaedah kita mengurusnya dan kaedah kita untuk membelinya, seperti Yang Berhormat Jasin, terima kasih banyak bantu berkenaan Exco. Jadi kalau misal kata macam Selangor dapat, Perak hendak, itu daripada kita tengok kemunasabahannya permohonan-permohonan yang dibuat itu. Jadi itulah sahaja Tuan Pengerusi. Jadi saya ingat Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan di dalam Kementerian MECD. Jadi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini terutamanya berkaitan secara terus dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dengan itu saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,342,153,400 untuk Maksud B.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM2,342,153,400 untuk Maksud B.26 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,423,377,800 untuk Maksud P.26 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,423,377,800 untuk Maksud P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

final • 2:50 PM
Maksud B.27 [Jadual] – Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan 2009] –

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Serian.

final • 2:50 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 06260 – Naik Taraf Jalan (I) Sarawak, Butiran 09260 – Naik Taraf Jalan (II) Sarawak, Butiran 09600 – Naik Taraf Jalan (III) Sarawak. Tuan Pengerusi, apa yang saya ingin bangkitkan di sini iaitu tentang satu jalan yang dikenali sebagai Jalan Mentong. Jalang Mentong telah dibina dalam awal tahun 1970-an. Jadi panjang jalan ini adalah 30 kilometer. Jadi masalah di sini Tuan Pengerusi, dari sejumlah panjang jalan 30 kilometer itu, hanya yang telah diturap atau di asfalt setakat ini adalah hanya 18 kilometer sahaja. Ini bermakna 12 kilometer lagi perlu diturap. Maka Tuan Pengerusi saya minta melalui peruntukan yang khususnya diagihkan, diperuntukkan untuk negeri Sarawak dalam tahun 2009 ini agar jalan ini dapat dimasukkan menggunakan peruntukan ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan Sarawak dan Butiran 09800 – Pembinaan Jalan Raya Sarawak. Tuan Pengerusi, pihak Kerajaan Negeri Sarawak melalui State Planning Unit iaitu Unit Perancang Negeri Sarawak melalui JKR, telah menghantar atau telah menyenaraikan satu batang jalan di kawasan Parlimen Serian iaitu jalan-jalan yang dipanggil sebagai Jalan Terbat - Muara Ahi - Mapu.

final • 2:57 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Tuan Pengerusi, dalam senarai asal yang telah diluluskan iaitu projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jalan ini Jalan Terbat - Muara Ahi - Mapu, sebenarnya telah dimasukkan. Akan tetapi yang menyedihkan bila mid term review atau kajian separuh penggal diluluskan, jalan ini telah hilang, it was missing. Jadi Tuan Pengerusi, saya minta...

final • 2:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hilang dalam senarai?

final • 2:57 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Hilang dalam senarai, missing, it was missing from the list. Jadi ini missing in action. Jadi ini Tuan Pengerusi, orang kampung bila mendengar ini, orang di kawasan Parlimen saya, khususnya kampung-kampung yang menggunakan jalan ini amat kecewa sekali kerana sebenarnya di hujung jalan itu, panjang jalan ini sebenarnya hanya 7.5 kilometer sahaja.

final • 2:57 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Yang anehnya Tuan Pengerusi jalan itu Jalan Terbat - Muara Ahi - Mapu. Di penghujung jalan itu ada sebatang jalan yang dinamakan sebagai Jalan Dahak. Saya menggunakan perkataan aneh kerana Jalan Daha di hujung batang jalan itu sebenarnya sepanjang 5.3 kilometer telah diturap lebih kurang menyerupai highway. Jadi the problem here, dengan izin Tuan Pengerusi iaitu sedangkan bahagian jalan di penghujung jalan telah diturap akan tetapi jalan di tengah-tengah itu seakan-akan jalan if I may use is equivalent to logging track di mana ia becak waktu musim tengkujuh dan berdebu waktu kemarau. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi yang saya ingin bawa ke Dewan yang mulia ini dengan harapan agar Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Pasir Mas dah bangun Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem - Serian

Ya. Dengan harapan agar jalan ini iaitu Jalan Terbat - Muara Ahi - Makpuk yang telah hilang dari senarai dalam Kajian Separuh Penggal ini dapat dilihat dimasukkan semula. Sekian terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

B.27 dan P.27 02800 - Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian mengenai prestasi Jambatan Sultan Yahya Petra yang akan ditambah empat lorong. Dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu, saya telah bangkit perkara ini dan saya hendak tahu tentang prestasinya. Pada waktu itu saya menyebut harga RM142 juta yang saya mengatakan ianya mahal dan projek ini dibuat secara runding terus. Akan tetapi saya tidak tahu bahawasanya ia sampai ke KB Mall iaitu ada jejambat yang saya kira memanglah kalau itulah keadaannya tentulah harganya saya sudah bertanya khabar dan membuat penyiasatan, agak munasabah. Akan tetapi pelaksanaan projek ini tertangguh oleh kerana saya difahamkan masalah kenaikan harga besi akibat daripada kenaikan harga petrol baru-baru ini dan pihak kontraktor telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta. Betul tidak betul, wallahualam, saya tanya betul atau tidak dan apakah perkara ini akan dipertimbangkan.

Memang kita tahu banyak pihak kontraktor meminta dikaji semula harga kontrak yang telah dimeterai sebelum kenaikan harga petrol sebelum ini. Akan tetapi saya ingatkan juga pihak kementerian, banyak juga kontraktor-kontraktor yang telah membeli bahan- bahan mentah termasuk besi sebelum kenaikan harga petrol. Jadi bila harga petrol naik, saya harap tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan di mana bahan-bahan yang sudah dibeli all side sebelum kenaikan harga petrol ianya dipertimbangkan dan diberi tambahan peruntukan kepada pihak kerajaan. Kecuali kalaulah bahan-bahan binaan ini belum lagi dibeli tetapi selepas kenaikan harga petrol harga bahan-bahan binaan ini telah meningkat maka terpulanglah pada pihak kerajaan untuk mempertimbangkannya dengan sewajarnya. Saya memberi sokongan yang sepenuhnya supaya projek-projek yang berkepentingan demi kepentingan rakyat tidak tertangguh.

Perkara yang kedua Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan jambatan di Kelantan juga iaitu Jambatan Pasir Mas Salur. Ini jambatan yang dibuat

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

selepas Jambatan Sultan Yahya tahun 1986. Pada waktu itu saya mula-mula menjadi Ahli Dewan Rakyat Penggal Pertama...

final • 3:02 PM

Seorang Ahli

Barisan Nasional. [Menyampuk]

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Barisan Nasional betul. Projek ini adalah hasil usaha yang diberi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba. Saya masih ingat lagi saya telah berusaha mendapat projek ini melalui budi baik Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba. Jambatan ini jambatan dua lorong juga dan kita tahu di Kelantan kesesakan lalu lintasnya Allah saja yang tahu. Sama ada musim hujan atau pun musim perayaan- perayaan dan tidak hujan, tidak perayaan pun masalah kesesakan lalu lintas di Pasir Mas di Kota Bharu di sekitar Kelantan amat-amat menyusahkan. Jadi keperluan jambatan...

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan boleh?

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini orang Sabah tidak ada kena mengena dengan Kelantan ini, ada kena mengena dengan orang Kelantan?

final • 3:02 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat terima kasih.

Saya simpati dengan keadaan yang dihadapi oleh Yang Berhormat. Pertanyaan saya apakah yang menyebabkan kesesakan ini tidak boleh diatasi? Apakah disebabkan faktor manusia ataupun alam semula jadi itu ataupun faktor-faktor yang lain yang mungkin pada hari ini saya rasa Yang Berhormat boleh lontarkan kepada kerajaan dan kementerian untuk diselesaikan masalah yang Yang Berhormat hadapi. Terima kasih.

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Semua masalah Yang Berhormat boleh diselesaikan kalau kita ada political will dengan izin, ada kemahuan dan Kelantan ini tanahnya lapang. Walaupun selalunya banjir tetapi kalau ada perancangan, kesungguhan pertolongan Kerajaan Pusat, saya rasa boleh diatasi. Lebih cepat lagi kalau saya jadi Menteri Besar Kelantan, insya-Allah itu lebih cepat.

Tuan Pengerusi, saya hendak sebut tadi masalah Jambatan Pasir Mas Salur ini juga perlu diperbesarkan dan dijadikan empat lorong bagi membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ini. Jambatan ini belum lagi dinamakan apa-apa nama jambatan, yang dipanggil Jambatan Pasir Mas Salur agak panjang. Maka untuk itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak JKR memberi nama kepada jambatan ini iaitu nama Jambatan Tun Abdul Ghaffar Baba bagi mengenang jasa sumbangan dan peranan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang banyak juga di Kelantan. Jambatan ini adalah hasil daripada usaha beliau, waktu itu tidak ada peruntukan maka beliau bersungguh-sungguh sehingga jambatan ini menjadi kenyataan dan saya cadangkan ianya dinamakan Jambatan Tun Abdul Ghaffar bin Baba.

Manakala jambatan yang ketiga iaitu Jambatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Putra Kelantan iaitu Jambatan Tendong yang dibuat baru-baru ini sudah pun siap, cantik dan digunakan oleh rakyat. Cuma tinggal lagi saya dapati susah sangat kah pihak JKR hendak letakkan nama buat papan tanda yang cantik, tugu di seberang Salor, di seberang Pasir Mas, dinamakan Jambatan Sultan Ismail Putra. Nama tidak ada, bila nama tidak ada jambatan ini Tuan Pengerusi orang dok panggil ini jambatan Yang Berhormat Ibrahim Ali ini yang saya pening ini. Jadi saya hendak pastikan nama ini betul-betul sebab jambatan ini sudah pun dinamakan dengan cara rasmi, nama ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri rasmi. Tetapi sampai sekarang saya tengok belum ada lagi tanda yang diletak di sebelah Salor ataupun di sebelah Tendong. Saya harap perkara ini dipercepatkan.

Tuan Pengerusi, satu lagi ini jambatan juga. Oleh kerana saya katakan kesesakan lalu lintas, saya tidak boleh bayangkan lima, enam, tujuh tahun akan datang. Sebelum ini ada satu lagi jambatan yang paling penting yang sepatutnya dibuat iaitu di antara Kampung Laut dan juga ke Tambatan Diraja yang sudah diletak batu asas beberapa tahun yang lalu tetapi sekarang tidak dapat dilaksanakan oleh kerana kerajaan negeri tidak mampu. Saya harap jambatan ini dimasukkan dalam senarai pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti ataupun kalau boleh ditimbang untuk tahun hadapan kalau dikira projek Koridor Pantai Timur di antara yang penting ialah jambatan ini saya kira sebab dia boleh tambah nilai kepada usaha untuk menarik pelancong di Kelantan. Sebab kalau jambatan ini

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

dibuat dengan begitu indah sedikit ia boleh menceriakan Sungai Kelantan dan satu hari nanti kita akan tengok kapal-kapal kecil Cruise masuk ke Sungai Kelantan seperti di Nil River.

final • 3:02 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Itu pun kalau saya jadi MB jugalah, saya bergurau sahaja Tuan Pengerusi, itu tambahan-tambahan. [Ketawa] Cuma tinggal lagi jambatan ini penting, saya serius, jambatan ini amat penting dan kosnya saya percaya ianya tidak banyak dan boleh membantu menghuraikan masalah kesesakan lalu lintas, Kota Bharu ke Tumpat, Jambatan Sultan Yahya Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, Tendong di Pasir Mas ke Salor dan jambatan di Salor pula dijadikan dua lorong ini. Insya-Allah ia akan mengubah bentuk landskap bandar Kota Bharu dan Kelantan, insya-Allah Tuan Pengerusi.

Jadi selain daripada itu, akhir sekali Tuan Pengerusi saya nak menyebut masalah pembinaan, juga Menaikkan Taraf Jalan - 028000 seperti saya sebutkan tadi. Saya nak tanya bila jalan, saya difahamkan tanah-tanah sudah pun diambil iaitu jalan dari Tanah Merah sampai ke Cabang Empat Pasir Pekan yang telah menjadi jalan JKR. Jalan ini sangat penting, inilah jalan laluan ke negara Thailand pun. Jalan yang paling mustahak tetapi sampai sekarang masih lagi dua lorong, bengkak-bengkok, banyak yang rosak dan belum lagi dinaikkan taraf.

Yang saya difahamkan, tanah-tanah sudah pun diambil, yang saya harap dapat dipercepatkan. Begitu juga jalan dari Jambatan Tendong merentasi ke Tendong sampai ke Meranti dan sampai ke Tumpat, ia juga sepatutnya diperbesarkan. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya berharap mendapat jawapan daripada ...

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini semua dah bangun, belum habis lagi, duduk dulu. [Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih, saya harap dapat jawapan dari pihak kementerian. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Saya pun hampir-hampir sama dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Dia membincangkan soal traffic jam, soal jambatan. Saya membawa masalah saya ini, kalau saya tidak silap semenjak saya jadi wakil rakyat tahun 1999 sehingga hari ini belum juga masalah ini selesai.

Tuan Pengerusi, saya hari ini terlampau baguslah, kalau tidak saya ingat saya akan cakap apa yang perlu saya cakap. Sebab saya tidak tahan dengan pertanyaan- pertanyaan yang dikemukakan oleh rakyat saya. Setiap kali saya balik kawasan, mereka tanya bila kerajaan nak bina Jalan Tongod – Pinanga. Saya boleh tunjukkan gambar kepada Tuan Pengerusi bagaimana bentuk gambar jalan ini pada ketika ini dalam keadaan tengkujuh, hujan lebat. Hari ini antara kampung dengan kampung tidak boleh berhubung disebabkan hujan lebat dan dijangka banjir.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya pernah lalu jalan itu Yang Berhormat.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya meminta kerajaan supaya rasional ke arah melihat bagaimana pembangunan jalan raya baru ini diwujudkan.

Jangan ada unsur-unsur diskriminasi. Di bandar, mereka berbicara tentang melebarkan jalan. Di Kinabatangan saya berbicara tentang jalan yang tidak ada. Kenapa tidak dinaiktarafkan sejak sekian lama? Apakah sebab mereka orang kampung dan keperluan mereka tidak ada? Sedangkan jalan raya ini mengeluarkan hasil mahsul kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya tetapi tidak ada perhatian langsung. [Tepuk] Saya minta kerajaan, kementerian ini memutuskan kalau kita mahu memerintah lagi negara ini, bantu orang luar bandar. [Tepuk] Kalau tidak bermakna orang lain akan memerintah. Apa masalah? Bukan berbilion-bilion, cuma sedikit sahaja kalau dibandingkan

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

dengan cadangan Jambatan Pulau Pinang berbilion-bilion, high speed broadband, berbilion-bilion. Ini tidak banyak tetapi tidak juga boleh diadakan.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat cakap hari ini baik hati. [Ketawa]

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya kadang-kadang tekanan perasaan ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, membuat saya lebih emosi sedikit. Saya meminta, saya bercakap tentang jalan ini sahaja.

final • 3:11 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Itu paling baiklah itu.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak mahu cakap soal- soal lain sebab saya mahu Kementerian Kerja Raya, menteri yang baru, dia tidak ada hari ini, dia punya timbalan sahaja dihantar. Dia, saya difahamkan masih lagi berada di Sabah tetapi saya kata, “Yang Berhormat pergi tengoklah jalan raya saya, jangan tengok jalan raya yang dekat-dekat bandar sahaja”. Dia ketawa-ketawa pula.

Saya merayu, saya meminta, saya memohon kerajaan melaksanakan jalan raya ini mulai tahun hadapan. Saya tidak mahu dengar JKR membuat alasan nak buat survey, nak buat apa. Kalau nak buat survey awal-awallah, tahun 1999 saya sudah cakap, saya sudah bersuara soal jalan ini. Kenapa tidak ada survey awal? Kenapa tidak dilaksanakan awal, bajetnya dan sebagainya. Ini yang menghairankan saya dan saya terus terang, saya tidak senang hati dan rakyat saya tidak senang hati.

final • 3:11 PM

Seorang Ahli

Keluar Barisan.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Keluar Barisan jauh sekali, bukan masuk pembangkang boleh jalan ini siap. Itu persoalan bodoh! Soalan bodoh dapat jawapan bodohlah. Saya yakin, saya percaya bahawa kerajaan ini berkemampuan, cuma mungkin ada masalah dalam peringkat kementerian. Jadi kalau ada masalah, kalau perlu diganti, ganti sahaja. Kalau Menteri tidak kerja, ganti Menteri, kalau KSU tidak kerja, ganti KSU. Bukan susah. [Tepuk] Itu sahaja.

final • 3:11 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Yang Berhormat Padang Besar, badan pun besar.

final • 3:11 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

[Ketawa] Tuan Pengerusi, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Bukankah sebenarnya Yang Berhormat bahawa antara pelancong asing dari Eropah terbanyak sekali antaranya melawat kawasan Yang Berhormat. Di situlah banyaknya, di situlah pelaburannya, di situlah apa segala perbelanjaannya. Lebih baik buat jalan di Kinabatangan daripada kita belanja buat hospital, jalan besar-besar macam Yang Berhormat Pokok Sena itu dan orangnya tak undi kerajaan juga. Jadi nak tanya Yang Berhormat, betul ke tidak saya kata?

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Rasa saya inilah, [Ketawa] kerajaan kita ini terlampau bagus, dia sudah tahu tempat pembangkang tidak boleh menang pun, dia bagi juga. Kelantan tetap kalah, berbilion-bilion dia bagi. Saya pun hairan, apa punya kerajaan terlampau baik hati. Seharusnya kita identify lah mana-mana negeri yang memerlukan peruntukan lebih-lebih lagi negeri memihak kerajaan, mendatangkan hasil keuntungan dalam industri pelancongan. Kenapa tidak diberi peruntukan? Jalan raya yang bagus boleh mendatangkan banyak wang pelabur-pelabur daripada luar.

final • 3:11 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai minta jalan Yang Berhormat.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini apa ini?

final • 3:11 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cukup sedih bila Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan rintihan dan tangisan Kinabatangan. Saya percaya menteri tidak dengar. Jadi Yang Berhormat Kinabatangan, saya syorkanlah seperti kata Yang Berhormat Padang

final • 3:11 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Besar tadi, di kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang banyak jalan-jalan raya dan pembangunan dilakukan. Beralih saja ke sini, tukar, datang ke sini.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa]

final • 3:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa punya soalan, tak ada standard langsung.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu tidak ada soalan, dia main politik, politik cetek saya tidak mahu layan. Kita politik lebih tinggi classnya. [Ketawa] Tuan Pengerusi, cuma satu yang terakhir saya meminta pegawai-pegawai, mana pegawai yang ada di sini? Catat apa yang saya hujah pada hari ini, kemukakan kepada Menteri, kepada KSU, kepada pengarah-pengarah sama ada JKR di Kuala Lumpur atau JKR di negeri Sabah. Saya berkehendakkan Jalan Tongod - Pinanga ini dilaksanakan dengan apa cara sekalipun. Jangan ada tangguh-tangguh sebab saya sudah cukup bersabar, berpuluh tahun saya bersabar.

Hari ini kesabaran saya sudah tidak tahan lagi. Saya cakap terang-terang, mana- mana pegawai yang hadir pada hari ini, anda semua bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada pihak atasan. Kalau tidak anda semua turut berdosa kepada Allah SWT, kalau dia orang Islam.

final • 3:11 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau tidak rakyat akan menghukum kita. Itu saja. Jadi pastikan tahun akan datang saya tidak mahu bicara lagi soal jalan ini sebab saya sudah bicara dalam Hansard dan ia boleh dicheck, berpuluh-puluh kali saya bicara. Cukuplah kali ini. Saya mahu perkara ini diselesaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan kini saya hendak tumpu khususnya ke Pulau Pinang. Saya ingin berhujah berhubung dengan Bekalan B.27 dan P.27 Butiran 02500 - Peruntukan Baikpulih Jalan di Pulau Pinang. Peruntukan bagi tahun ini telah kurang hampir RM14 juta iaitu RM4.5 juta kurang berbanding dengan tahun 2008 iaitu RM18 juta. Soalannya, mengapa potong perbelanjaan tahun ini untuk peruntukan ini? Saya harap bukan fasal pembangkang menang di Pulau Pinanglah.

Saya juga ingin menarik perhatian kepada Butiran 202800 iaitu Membaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Adakah kerajaan sedar bahawa ada jalan yang penting yang terbengkalai iaitu Jalan Teluk Kumbar ke Balik Pulau dan kontrak ini juga telah diberi kepada satu kontraktor wibawa tetapi terbengkalai. Sudah agak lama perkara itu telah berlaku. Saya minta kalau boleh kerajaan memberi perhatian dan kontrakkan semula supaya jalan ini siap sebab ia jadi satu masalah dan bahaya kepada penduduk-penduduk di Balik Pulau dan juga di Telok Kumbar yang menggunakan jalan itu.

Selain daripada itu, jalan di Queensbay dan Kostal Highway yang amat menyedihkan yang dibuat melalui kontraktor yang besar. Di mana kita lihat bahawa jalan itu bila dibuat tidak ditambak dengan baik, tidak di level dengan baik, jalan itu berombak- ombak, beberapa kemalangan telah berlaku dan menganiaya rakyat Pulau Pinang. Ini memberikan gambaran negatif sebab jalan ini digunakan oleh ramai pelancong-pelancong yang menggunakan jalan lapangan terbang.

Lagi satu isu saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri ialah tentang Projek PORR iaitu Penang Outer Ring. Mula-mula dengar jadi, selepas itu tidak jadi, lepas itu jadi, tidak jadi. Saya pun tidak tahu keputusan yang sebenar. Akan tetapi yang penting ialah Pulau Pinang perlu Penang Altering Road ini sebab jambatan yang ada sekarang ini pelebarannya akan siap pada tahun depan dan kita percaya ramai lagi trafik akan ke Pulau Pinang. Jambatan kedua pun targetnya untuk siap tahun 2012. Kalau jalan disposal tidak ada di Pulau Pinang, ia akan menjadi satu masalah yang besar dan akan menyusahkan rakyat Pulau Pinang. Malah isu Pulau Pinang sebagai hub Northern Corridor akan jadi gagal.

final • 3:20 PM

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

Akhir sekali Tuan Pengerusi saya hendak sentuh tentang tol di Sungai Nyior di Butterworth. Tol ini sepatutnya tidak perlu. Dia charge 50 sen. Akan tetapi apabila you charge tol ini, bermaksud untuk menyenangkan pengguna. Akan tetapi sebenarnya tol ini menjadi masalah kepada rakyat tempatan. Ia menjadi satu masalah kepada trafik sebab trafiknya sangkut selalu dan kita bubuh tol ini untuk menyenangkan. Akan tetapi oleh sebab terlalu sesak, saya mintalah kerajaan kaji semula dan kalau boleh berhentikanlah tol di Sungai Nyior ini. Bukan sesak sangat pun 50 sen saja. Ini akan memberi kesenangan kepada rakyat di Butterworth. Terima kasih. Itu saja Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu perkara merujuk kepada Butiran 010300 mengenai Pembinaan Sebuah Poliklinik Baru di Taman Universiti Skudai di kawasan saya. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah meluluskan Projek Pembinaan Poliklinik Taman Universiti dalam jawapan lisan tiga tahun yang lepas, menurut jawapan yang diberikan pada tahun yang lepas, projek ini telah diserahkan kepada pihak JKR. Akan tetapi sehingga sekarang, projek ini masih belum dimulakan.

Tuan Pengerusi, sebanyak 80% penduduk dari Skudai dan Gelang Patah adalah golongan bawahan. Mereka menghadapi masalah yang sulit kerana hanya terdapat sebuah poliklinik di Skudai untuk menerima perkhidmatan rawatan. Mereka terpaksa lama menunggu giliran kerana pesakit yang datang meminta rawatan adalah ramai. Poliklinik ini adalah berlokasi di dua buah rumah kedai yang telah digunakan selama 20 tahun.

Bangunan poliklinik adalah lama dan berkeadaan buruk. Kemudahan yang sedia ada adalah kurang dan tidak sempurna. Mengikut kajian, terdapat 250 hingga 300 orang pesakit yang meminta perkhidmatan rawatan di poliklinik ini tiap-tiap hari. Maka, bilakah Kementerian JKR dapat menjalankan projek ini?

Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini memberi desakan kepada pihak JKR supaya dapat menunaikan perjanjian mereka dengan membina poliklinik di Skudai dan kawasan saya secepat mungkin. Dengan ini saya menyokong.

final • 3:25 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan dengan ringkasnya merujuk kepada Butiran 060500. Sebelum ini pada bulan Mei yang lalu, Yang Berhormat Menteri ada memberitahu dalam Dewan ini bahawa telah ada satu jawatankuasa untuk membuat satu kajian. Di mana akan berunding dengan konsesi- konsesi tol untuk melihat sama ada boleh diturunkan harga tol. Saya hendak tahu bolehkah pihak kementerian memberi sesalinan hasil keputusan kajian tersebut? Di mana sebelum ini ada dimaklumkan dan dilaporkan bahawa pihak kementerian akan melihat dan mengkaji dalam aspek unjuran trafik dan kutipan tol yang diterima oleh konsesi ini dan sama ada dari aspek itu kadar kenaikan trafik, kutipan tol meningkat sama ada boleh diturunkan charge tol kepada pengguna.

Saya pohon pihak Menteri boleh memberi dan membentangkan laporan tersebut.

Biar kita bersama-sama melihat hasil kajian tersebut. Apakah benar konsesi-konsesi ini sepanjang masa ini mengalami kerugian? Kita tidak payah melihat dalam laporan bahawa PLUS Expressway di mana mengaut keuntungan RM1.1 bilion sebelum cukai. Jadi, apabila orang ramai memohon dikurangkan kadar tol tersebut apabila harga barangan dan minyak naik, kita selalu mendengar suara-suara menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu membayar pampasan. Jadi, saya berharap dengan mengumumkan atau memberi sesalinan hasil keputusan kajian oleh kementerian itu, kita semua tahu apa keadaan kedudukan kewangan sebenar konsesi-konsesi ini. Ini perkara pertama.

Perkara kedua adalah berkenaan baru-baru ini pada minggu lepas diumumkan bahawa PLUS telah memutuskan menjalankan kononnya corporate social responsibility dengan mengurangkan atau memberi diskaun sebanyak 10% mulai tahun depan apabila pengguna menggunakan lebuh raya itu dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

final • 3:27 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya hendak tahu adakah pihak kementerian membuat kajian. Apakah traveling pada masa tersebut adalah masa yang selamat sebab kita telah mendengar banyak persatuan dan organisasi masih tidak puas hati dengan diskaun yang diberikan tersebut.

Sebab diskaun diberi oleh pihak konsesi ini nampaknya lebih untuk kebaikan pihak konsesi.

Sebab kita membaca alasan yang diberi adalah untuk mendistribute trafik dengan izin.

Menggalakkan orang ramai menggunakan tag elektronik. Itulah dua sebab yang diberikan.

Pada pandangan saya diskaun yang diberi itu lebih kepada window dressing sahaja, dengan izin. Kalau benar-benar corporate social responsibility dia lebih memikir kepada kepentingan pengguna. Apakah selamat?

final • 3:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Batu Gajah. Adakah Yang Berhormat Batu Gajah sedar bahawa kontrak-kontrak konsesi yang diberikan kepada PLUS adalah amat berat sebelah. Ia adalah satu kontrak yang telah memberi lebih kepentingan kepada pihak concessionaire dan akibatnya orang yang rugi adalah rakyat, orang awam. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kontrak-kontrak ini harus dikaji balik. Jika boleh diketepikan, adakah Yang Berhormat setuju?

final • 3:30 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Pendek sahaja, merujuk butiran yang sama. Adakah Yang Berhormat mengetahui bahawa wang RM180 juta yang diperuntukkan One-Off bagi peruntukan ini adakah ianya satu peruntukan in preparation untuk menurunkan harga tol tetapi diberikan pampasan daripada kerajaan ataupun wang pampasan ini adalah seperti tahun-tahun yang lalu tetapi tahun yang lalu nampaknya kosong di sini, telah diperuntukkan seperti tahun yang lalu kepada pihak concessionaire.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa kedua-dua persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok intan dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara perlu dijawab oleh pihak kementerian. Biar ada satu ketulusan apa yang kita bakal luluskan RM180 juta pampasan itu. Apakah tujuannya? Apakah sebabnya? Ini perlu accountable, pihak kementerian perlu accountable. Sepanjang masa ini, saya rasa sangat aneh Tuan Pengerusi.

Mengapakah pihak kementerian mempunyai semua kepakaran, mereka boleh mencari kepakaran individu yang mempunyai pelbagai kepakaran tetapi boleh menghasilkan satu kontrak yang begitu merugikan pengguna, merugikan rakyat. Menteri hari itu kata tidak ada ruangan untuk pembatalan pengutipan atau penurunan caj tol tersebut. Ia bergantung kepada pihak konsesi. Tidak ada klausa yang membenarkan pihak kementerian membuat demikian. Mengapa sedemikian? Mengapa begitu lemah dalam aspek menyediakan satu kontrak di mana kedua-dua pihak atau pihak pengguna tidak dirugikan sedemikian.

Jadi saya berbalik kepada persoalan tadi, corporate social responsibility. Saya sebenarnya apabila membaca pengumuman yang dibuat oleh PLUS akan memberi diskaun tersebut, perkara pertama yang melintas di fikiran saya adalah apakah selamat terutamanya untuk wanita-wanita untuk travel pada waktu tersebut? Apakah selamat? Juga pada waktu tersebut bukankah dari 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi adalah waktu di mana kebanyakan kenderaan berat menggunakan tol-tol tersebut, jalan lebuh raya tersebut.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Batu Gajah memandangkan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, adakah Yang Berhormat Batu Gajah bersetuju atau bersependapat dengan saya bahawa saya ingat PAC kena siasatkan perkara ini.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau Pengerusi PAC ada di sini boleh bebas mendedahkan semua, kita akan menyokongnya. Bukan sahaja kes ini, kes Pempena juga di bawah Kementerian Pelancongan. Jadi pihak kementerian juga mengatakan apabila menjawab soalan daripada Yang Berhormat Puchong LDP. Kesesakan jalan yang begitu teruk sekali. Saya bagi cabaran kepada pihak menteri minta NPE near Pantai Ekspres NPE.

Buat satu minggu sahaja tidak kenakan tol. Kecualikan tol, kita akan tengok apabila tidak ada kutipan tol trafik tidak akan semua melalui satu laluan sahaja. Sebar bebanan tol tersebut. Kalau melalui NPE RM3.20. Kalau dari Puchong melalui IOI sana

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

punya tol RM1.60 sampai ke Jalan Bangsa RM4.80. Itu amat membebankan. Ini saya sangat Yang Berhormat Batu Pahat mesti sokong. Kita tengok....

final • 3:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tadi cakap mahu cakap sikit sahaja, ringkas. Sekarang sudah 30 minit.

final • 3:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa risau Yang Berhormat Batu Pahat? Ini kepentingan rakyat. Tuan Pengerusi, kalau kita boleh ambil cabaran ini kecualikan tol. Bagi satu contoh sahaja NPE untuk satu minggu. Kita tengok aliran trafik tersebut. Saya berharaplah, ini bukan perkara yang kecil. Pembayaran tol ini telah membebankan orang ramai sekian masa ini. Jadi saya pohon pihak kementerian boleh memberi satu jawapan yang baik dan menjelaskan perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut membahaskan soal Maksud B.27 bermula dengan Butiran 040700 - Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga. Mengenai satu jalan yang sedang di bina di kawasan saya sendiri Jalan Jitra-Kodiang yang masih dalam pembinaannya. Didapati ada masalah- masalah yang berkait dengan saluran air. Di mana sebelum jalan ini di bina apabila berlakunya hujan yang lebat, air sentiasa dapat disalurkan dengan baik ke sungai-sungai dan tidak berlaku sebarang masalah banjir ataupun takungan.

Akan tetapi kebelakangan ini apabila ada hujan yang lebat kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya tidak menjadi banjir malah sampai ke masjid-masjid dan surau-surau juga terjejas dengan air ini. Jadi saya mohon yang pertamanya supaya butiran Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga ini memberi tumpuan kepada soal-soal pergerakan perairan ini supaya tidak berlaku lagi masalah seperti ini. Juga untuk jalan tersebut, Jalan Jitra - Kodiang dibina perparitannya yang cukup supaya air dapat disalurkan kesungai- sungai di seberang. Supaya tidak berlaku lagi takungan dan banjir di kawasan tersebut.

Keduanya mengenai Butiran 030200 - Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Ini pula berkait dengan landasan kapal terbang di Pulau Layang-Layang di bawah Wilayah Persekutuan Labuan. Saya dapati bahawa bilangan pelancong ke pulau tersebut sudah meningkat dan hasil daripada pengiklanan yang dibuat di serata dunia. Pelancong yang gemar kepada sukan menyelam semakin ramai yang mengunjungi Pulau Layang-Layang ini. Saya ingin tahu adakah pihak kementerian berhajat untuk menaik tarafkan landasan kapal terbang ini supaya pesawat-pesawat yang lebih besar daripada Skyvan dan Twin Otter, dengan izin yang digunakan sekarang ini dapat ditingkatkan ke pesawat contohnya Fokker 50 dan sebagainya.

final • 3:37 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Dengan cara ini sudah tentu kita akan dapat mengerakkan pelancong-pelancong dari Kota Kinabalu mahupun dari Labuan sendiri ke pulau tersebut dan sekali gus meningkatkan pelancongan di pulau tersebut.

Akhir sekali ialah Butiran 060500 - Bayaran Pampasan Tol di mana saya ingin menyentuh mengenai Smart Tag dan Touch’n Go. Kita dapati bahawa kedua-dua kemudahan ini membantu pengguna jalan-jalan bertol ini dan saya ingin bertanya adakah pihak kementerian berhajat untuk memperbanyakkan saluran-saluran Smart Tag dan Touch’nGo untuk memudahkan pergerakan kenderaan-kenderaan di jalan-jalan lebuh raya yang bertol ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri dan semua wakil-wakil rakyat, saya ingin turut sama berbahas dalam Kementerian Kerja Raya ini beberapa isu yang melibatkan kerjasama semua pihak dalam kita memastikan jalan raya kita ini dapat menampung perkembangan yang begitu pesat dalam industri kereta ini.

final • 3:41 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya ingin bagi sedikit pandangan, sebab ia ada kaitan. Apabila kita bercakap tentang kesesakan jalan raya dan tentang jalan raya yang tidak mampu menampung lagi kesesakan, kita kena rujuk permasalahan itu kepada perkembangan industri kereta yang hari ini kalau dikira sebagai total industry, volumenya sudah meningkat mencecah hampir 500,000 unit pada penghujung tahun ini.

Soalan saya bukan masalah kereta itu, soalan saya ialah bagaimana kementerian di dalam sektor business bagi Butiran 03000 dapat menyelaraskan dengan perkembangan- perkembangan yang ada supaya segala perancangan dalam pembangunan jalan ini dapat kita selaraskan dan mampu kementerian ini menampung jalan raya-jalan raya yang sekarang ini kita tengok di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur khususnya, maka kita berhadapan dengan persoalan kesesakan yang teruk.

Saya ambil satu contoh, kalau kita melihat jalan di Pulau Pinang iaitu dari pekan Bayan Lepas sampai ke Telok Kumbar. Tadi Yang Berhormat Bayan Baru ada sebut projek Telok Kumbar ke Balik Pulau yang hari ini terbengkalai. Akan tetapi lebih teruk daripada itu dari pekan Bayan Lepas hendak melepasi sampai ke Simpang Tiga Permatang Damar Laut, kita berhadapan dengan jalan yang sempit - bottleneck. Ketika itu kita tengok ia menyebabkan berlaku kesesakan yang begitu teruk kerana orang yang hendak pergi ke Telok Kumbar, Sungai Batu dan yang mengikut jalan ke Balik Pulau melalui jalan itu terpaksa melalui traffic jam yang kadang-kadang hampir sejam atau dua jam untuk kita melepasinya.

Jadi, saya mencadangkan dalam kita merangka jalan-jalan di negara kita ini, perlu ada satu perancangan bersepadu yang mana melibatkan Kementerian Pengangkutan kerana Kementerian Kerja Raya ini cuma menyediakan infrastruktur. Akan tetapi kalau Kementerian Pengangkutan tidak ada satu polisi tentang peningkatan industri kereta, jalan raya dan sebagainya, maka ini akan menyebabkan masalah kepada kementerian untuk menjalankan projek-projeknya.

Kedua, saya ingin bertanya dalam Butiran 0500 - Pengurusan Senggara Jalan Raya, saya mendapati banyak kompelin daripada pengguna yang saya kira ini bukan salah Jabatan Kerja Raya tetapi ia melibatkan agensi lain contohnya seperti TNB, Jabatan Saliran dan Parit, pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Air. Ini kerana apabila mereka mengorek jalan kerana ada sesuatu perkara yang menyebabkan mereka terpaksa mengorek jalan- jalan raya ini kemudian dibiarkan begitu sahaja. Kadang-kadang mereka hanya meletakkan satu pancang besi yang kita tidak nampak pada malam hari dan ia membahayakan pengguna.

Jadi, adakah mekanisme oleh JKR dalam kita menyelenggarakan semua ini.

Kalau hendak korek pun mesti ada satu bentuk yang dapat menjamin keselamatan, bahkan mungkin kita kena cadangkan jawatankuasa bagi menangani korek-mengorek ini supaya kita dapat memberi keselamatan yang cukup kepada pengguna jalan-jalan raya. Saya rasa masalah mengenai keselamatan ini sudah diulang beberapa kali kerana gagal untuk menyelaraskan dengan TNB, pihak berkuasa tempatan mahupun pihak Lembaga Air dan sebagainya.

Akhirnya yang melibatkan tentang Parit Buntar iaitu di Butiran 21000 dalam P.27 - Projek Baru. Parit Buntar adalah sebahagian daripada kawasan Projek Landasan Berkembar yang melibatkan dua gate kereta api di dalam pekan Parit Buntar. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah projek persimpangan bertingkat dan jejambat di pekan Parit Buntar termasuk dalam peruntukan projek baru atau adakah ia belum diluluskan kerana kalaulah landasan berkembar itu sudah siap tanpa persimpangan bertingkat dan jejambat ini kita akan berhadapan dengan masalah trafik yang begitu teruk.

Jadi, dengan tiga isu yang saya kemukakan ini, mohon pihak kementerian memberikan penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 3:41 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 61000 - Naik Taraf Jalan-Jalan. Pertamanya, saya ingin bertanya mengapakah projek pembesaran jalan dan naik taraf jalan daripada pekan Simpang Kampung Awah ke bandar pusat Jengka yang telah diisytiharkan sebagai

final • 3:47 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bandar Tun Haji Abdul Razak dan terus ke simpang Jengka 8, walaupun disenaraikan di dalam senarai Rancangan Malaysia Kesembilan pada nombor 18, tetapi telah digugurkan.

Di dalam pembentangan bajet dan perbahasan-perbahasan setiap tahun, saya telah mengutarakan supaya jalan ini dapat dinaiktarafkan dan juga dilebarkan. Ini kerana penduduk bandar Jengka yang pada asalnya 5,000, tetapi sekarang ini sudah hampir 30,000. Jalan ini telah menjadi sesak, sempit disamping jalan yang telah beralun kerana muatan yang berat daripada lori-lori kelapa sawit. Selain daripada itu, side table atau tepi- tepi jalan juga sudah banyak runtuh dan membahayakan keselamatan jalan raya. Saya mohon supaya pembinaan jalan ini dapat disegerakan.

Di samping itu dari simpang hadapan Jengka 18 hingga ke Jengka 23, Jengka 22 dan Jengka 21 terus ke simpang Jengka 13 juga saya mohon supaya di naik taraf untuk dapat memberikan keselesaan dan juga keselamatan kepada pengguna jalan raya. Ini kerana jalan ini bukan sahaja dihubungkan dengan pekan Kampung Awah telah juga terus menghubungkan ke Pusat Hutan Lipur Gunung Senyum di mana satu tempat pelancongan di dalam negara kita.

Perkara kedua iaitu tentang jalan yang dibina oleh JKR negeri. Saya ingin bertanya mengapakah jalan-jalan seperti Jalan Seberang Temerloh ke Rumpun Makmor, Jalan Bangau Tanjong ke Kuala Kerdau dan Jalan Jendalok sejak daripada tahun 90-an tidak dinaik taraf dan juga kerja-kerja baik pulih hanya sekadar kerja-kerja yang kecil dan tidak memberikan keselesaan kepada pengguna-pengguna jalan raya bagi ketiga-tiga jalan tersebut.

Perkara yang ketiga iaitu pembinaan jalan dan juga jambatan yang baru. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana laluan 98 ataupun Simpang Empat Songsang ke Jerantut telah di naik taraf dan juga dilebarkan. Namun apa yang menghairankan saya apabila jalan lebar tetapi jambatan-jambatan yang asal tidak dilebarkan. Apabila sampai ke laluan jambatan tersebut, jalan akan menjadi sempit dan akan membahayakan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Ramai yang telah terjun ke sungai iaitu Jambatan Sungai Krau dan juga Jambatan Sungai Seboi. Ini juga telah saya timbulkan beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 3:47 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Keempatnya, jalan-jalan utama di bandar Jengka akibat daripada penutupan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Saya melihat kepada jalan-jalan di bandar Jengka ini telah lama juga tidak di selenggara, berlubang, berlopak dan membahayakan kepada kesihatan dan apakah peranan JKR Cawangan Jengka yang tidak menaik taraf atau memperbaiki jalan-jalan yang berada di bandar Jengka.

Seterusnya yang kelima iaitu tentang pembersihan R&R dan juga plaza-plaza tol termasuk tandas dan juga surau. Saya mohon supaya kerja-kerja ini dapat diperhatikan supaya kontraktor penduduk-penduduk tempatan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya bagi mendapatkan kerja-kerja pembersihan dan juga yang menjaga bagi plaza tol dan R&R.

Akhirnya saya simpati dengan rakan-rakan termasuk Kuala Krai, tidak datang, minta saya sebut kenapakah jalan daripada Bentong ke Raub masih lagi beralun, tidak diperbaiki. Daripada Raub ke Lipis dan Lipis ke Gua Musang, jalan ini begitu teruk sekali terutama sekali pada musim-musim perayaan, cuti sekolah. Kalau perjalanannya hanya dua jam apabila keadaan yang teruk akan ambil masa lima jam dan ada yang sampai lapan jam untuk sampai ke Kota Bharu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 050800 mengenai Pengurusan Bangunan Persekutuan di Sabah khasnya di Kota Kinabalu berhampiran dengan UMS. Sejak bangunan ini diduduki oleh jabatan-jabatan persekutuan kita dapat lihat bahawa sepanjang masa ini mereka sedang membaik pulih bangunan-bangunan ini sedangkan ini hanya diduduki lebih kurang tiga tahun yang lalu. Tidak pernah kita dapat lihat pemulihan itu dapat di baik pulih dengan sempurna.

final • 3:52 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Apakah sebenarnya sebab di mana bangunan-bangunan ini walaupun Occupation Certificate (OC) telah pun diberi, tetapi malangnya kita dapat lihat masih banyak yang di baik pulih bangunan-bangunan ini. Maka itu sebenarnya kita minta supaya apa sebenarnya bagaimana bangunan ini boleh diduduki sedangkan dia masih belum diletakkan selamat untuk diduduki.

Kedua, kita lihat bangunan di mana jambatan-jambatan khasnya di kawasan Sepanggar ini masih sudah agak uzur, masih belum dapat diberi jambatan alternatif.

Contohnya, jambatan yang menyeberangi Sungai Likas di mana yang menyeberangi ke Taman Kingfisher di mana kita hanya ada satu saluran jambatan. Sekiranya jambatan ini roboh maka terkandas lah semua rakyat-rakyat di kawasan situ dan tidak dapat. Lebih-lebih lagi kawasan di situ mempunyai sebuah hospital.

Maka ini sebenarnya yang kita minta supaya dipercepatkan pembinaannya, tetapi sehingga sekarang ini walaupun kita sudah memohon beberapa lama masih lagi tidak dapat ditunaikan pembinaan jambatan ini.

Satu lagi mengenai jalan-jalan raya di mana ini Butiran 08600 – Projek Naik Taraf Jalan-jalan di mana dua hari yang lalu Menteri sendiri mengumumkan bahawa sebanyak RM17 bilion akan diperuntukkan untuk Sabah untuk membaik pulih dan juga membina jalan-jalan yang di sekeliling 30 kilometer daripada bandar besar di Kota Kinabalu di Sabah.

Apakah sebenarnya ini dapat dirancang dan adakah kita sudah mulakan perancangan ini. Ini kerana selalunya apabila kita dengar peruntukan ini malangnya kita tidak dapat lihat sebenarnya bagaimana mereka dapat merancang, sedangkan JKR sama ada di pusat dan juga JKR negeri kita nampak ada sedikit kelembapan dalam perjalanan mereka untuk melaksanakan projek semua ini. Maka, dengan ini sekian.

final • 3:52 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin merujuk kepada 09600 – Naik Taraf Jalan (3).

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk satu perkara yang telah lama tertinggal iaitu berhubung dengan Lebuh raya Utara Selatan yang melibatkan sepatutnya daripada Padang Besar ke Johor Bahru. Namun, kesilapan membuat keputusan pada masa itu menyebabkan lebuh raya ini dipindahkan kepada Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru. Jadi, daripada pembinaan lebuh raya berkenaan kita lihat Padang Besar kawasan Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid sendiri telah ketinggalan lebih 10 tahun kalau dibandingkan dengan pembangunan sempadan di Bukit Kayu Hitam hasil daripada kesilapan membuat keputusan berkenaan.

Jadi saya mohon pihak kementerian supaya mengkaji semula. Sekarang ini sudah ada satu hala jalan daripada Padang Besar ke Pauh dan juga terus masuk ke lebuh raya Bukit Kayu Hitam supaya di naik tarafkan jalan ini dengan segera kerana untuk pastikan bahawa disebabkan kesesakan pemunggahan kontena yang berlaku di Bukit Kayu Hitam sekarang ini menyebabkan peralihan pandangan syarikat-syarikat ini ke Padang Besar.

Namun sekarang ini yang menjadi masalahnya ialah halangan lebuh raya yang tidak ada ini menyebabkan mereka menghadapi satu suasana yang sesak untuk diwujudkan satu e-land clearance depot ataupun depoh perlepasan darat yang dijangka boleh memberi sesuatu yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi di sempadan terutamanya dalam kerjasama pembangunan koridor wilayah seperti dirancang oleh kerajaan.

Jadi, dalam hal ini kita berharap dalam perancangan ini supaya dimasukkan perkara ini untuk memastikan bahawa Padang Besar kembali bernafas dan dapat dilaksanakan dengan advantage dengan izin yang sedia ada dengan jalan kereta apinya yang kita lihat. Maka ianya dapat dirancang dengan teliti dan dapat dimajukan dengan kadar yang segera.

Kemudian, yang kedua Tuan Pengerusi saya ingin bangkitkan tentang jalan-jalan yang telah dianugerahkan kepada Kelas A. Jadi, mengikut perancangan pihak JKR sendiri 10% kalau tidak silap saya daripada projek-projek ini diberikan kepada kontraktor Kelas F dengan pembayaran terus yang dicadangkan. Jadi, kita mintak ianya tidak dibuat daripada kontraktor induk yang terlibat dalam projek berkenaan untuk memastikan yang kontraktor

final • 3:56 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Kelas F ini mereka tidak ditipu dari segi bayaran. Kita berharap pihak JKR membuat pemantauan yang sewajarnya supaya kontraktor Kelas F yang memang kita ketahui mereka kurang kemampuan kebanyakannya dari segi kewangan yang hanya menunggu pembayaran terus yang dibuat oleh pihak JKR kepada kontraktor Kelas F ini.

Jadi setakat ini sejauh mana perkembangan yang telah dicapai hasil daripada hasrat ataupun niat kerajaan untuk membahagikan sebahagian daripada peruntukkan besar sama ada rundingan terus ataupun tender yang telah dianugerahkan kepada kontraktor Kelas A ini dibagi peluang yang agak seimbang kepada kontraktor Kelas F agar terlibat dalam pembinaan projek yang lebih besar. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.27 Kementerian Kerja Raya berkaitan dengan 010100 dan 030300.

Pertama, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian, berapa banyak syarikat-syarikat atau projek-projek yang telah pun diputuskan oleh Lembaga Tender tetapi letter of award itu masih belum dikeluarkan?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Padahal saya difahamkan bahawa LOA sepatutnya 5 hari selepas daripada Board of Tender membuat keputusan. Maka LOA mesti dikeluarkan dan saya difahamkan bahawa berlaku kelewatan dan kelambatan pengeluaran surat letter of award ini. Jadi saya hendak bertanya bahawa apakah masalah dan puncanya serta apakah kerenah birokrasi yang menyebabkan kelewatan? Ini adalah kerana bagi saya bahawa bila kita lewat keluar LOA, bermakna bahawa lewat projek itu berlangsung. Apabila lewat projek itu berlangsung dalam suasana negara menghadapi krisis ekonomi ini, kita tidak dapat membantu kepada menyumbang bagi membangkitkan rangsangan ekonomi untuk negara kita. Jadi saya minta penjelasan tersebut.

Adakah ini ada kaitan dengan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tadi, ada sedikit. Adakah berkaitan bahawa dengan syarat 10% kontraktor Kelas F itu, yang menyebabkan lembap seolah-olah semacam kementerian hendak kena tunggu kontraktor Kelas A ini datang jumpa kementerian dahulu. Kemudian buat akujanji syarikat- syarikat yang telah pun dipilih oleh kementerian terlebih dahulu. Sedangkan sebelum ini kita lihat bahawa syarikat-syarikat Kelas F itu dipilih oleh kontraktor Kelas A sendiri menentukan syarikat mana yang dirasakan oleh mereka mempunyai kebolehan dan kepakaran serta kemahiran bagi melaksanakan projek-projek tersebut.

Jadi kalaulah ini menjadi punca iaitu kontraktor Kelas F ini iaitu kena tunggu kontraktor Kelas A datang menghadap kementerian dan sebagainya, ini merupakan lambat.

Jadi saya rasa tidak kenalah. Maknanya dalam suasana krisis ekonomi yang berlangsung sekarang ini. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kemudiannya yang kedua berkaitan dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan IBS system iaitu seolah-olah macam pasang siap, mudah dengan corak IBS system.

Bagi saya bahawa tujuan kerajaan yang pertama sekali ialah untuk hendak mengurangkan tenaga kerja, khususnya tenaga-tenaga kerja asing iaitu seperti di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008. Akan tetapi saya lihat bahawa matlamat ini tidak tercapai malah memberikan kesulitan dan kerugian kepada kontraktor-kontraktor yang membuat secara konvensional selama ini. Ini kerana vendor IBS ini pun mengambil pekerja asing. Kalau kita pergi melawat vendor-vendor IBS ini, banyak pekerja mereka ialah pekerja asing.

Jadi matlamat untuk hendak mengurangkan tenaga kerja manusia khususnya pekerja asing ini tidak tercapai. Sedangkan kontraktor yang melaksanakan projek secara konvensional, mereka rugi dari segi peralatan-peralatan yang telah mereka miliki sebelum ini tidak dapat digunakan sebab sebahagian besar iaitu 70% daripada keseluruhan projek itu mesti diberikan kepada vendor.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi bagi saya, bahawa sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku secara tergesa- gesa seperti ini untuk menukar daripada sistem konvensional kepada IBS ini. Ini adalah sebab bagi saya bahawa satu kerugian yang sangat besar bukan sahaja kepada kontraktor Kelas A itu sendiri, tetapi kontraktor-kontraktor kelas lain juga termasuk daripada Kelas F.

Ini disebabkan kita tidak akan biarkan Kelas F itu duduk di peringkat itu sahaja. Sekarang, contoh saya katakan, 70% kepada vendor. Tinggal lagi 30%. Syarat kerajaan kata, 10% kepada Kelas F. Jadi, hanya tinggal 20% untuk kontraktor yang main con untuk melaksanakan projek.

Jadi apa keuntungan yang akan diperoleh? Saya juga difahamkan bahawa IBS ini juga dari segi kosnya mahal iaitu di antara 15% ke 20% dia punya peningkatan kos lebih daripada sistem konvensional yang dibuat sebelum ini. Jadi saya minta bahawa kerana bukan sahaja merugikan main cont Kelas A ini tadi, tetapi juga kepada Kelas F. Ini saya katakan bahawa kita juga hendakkan Kelas F itu ada kemajuan untuk dia naik ke kelas- kelas yang lebih besar. Akan tetapi kalau dia hanya buat kerja yang biasa, sebab yang heavy construction ini semuanya diserahkan kepada vendor. Jadi yang Kelas F ini apa yang dia buat? Dia buat benda-benda yang ringan dan tidak banyak faedah. Jadi yang ruginya adalah Kelas F dan Kelas F ini kebanyakannya daripada bumiputera. UMNO dok bercakap bumiputera, bumiputera, bumiputera, tetapi dia tidak melihat kepada soal kepentingan kontraktor bumiputera. Ada? Sila...

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ada sebut iaitu sistem IBS ini 15% lebih kurang lebih mahal daripada konvensional. Boleh tolong beri penjelasan sedikit, macam mana dia boleh mahal 15% itu? Boleh explain sedikit, macam mana costing boleh jadi begitu?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, panjang kalau saya hendak bagi taklimat. Dia kena dibuat program yang asing. Ini disebabkan antaranya bahawa vendor ini dikuasai oleh hanya beberapa syarikat sahaja. Kalau kita lihat dalam laman web CIDB, mereka ini berdaftar dengan CIDB. Hanya ada 50 pembekal IBS, hanya ada 50 vendor.

Daripada 50 vendor itu, bermakna 10 vendor yang besar. Kebanyakannya ialah bukan daripada vendor bumiputera. Malahan saya difahamkan bahawa ada vendor-vendor ini merupakan syarikat yang dimiliki oleh kepentingan negara asing. Jadi bagi saya sudah tentu dari segi persaingannya tidak ada. Maknanya mereka boleh letak berapa harga pun.

Kalau kamu hendak ambil, kamu ambil. Kalau kamu tak hendak, apa lagi pilihan kepada kontraktor. Akan tetapi kalau kepada main con sendiri yang buat projek itu daripada awal yang heavy construction ini, maka sudah tentulah bahawa mereka sudah boleh fikir bagaimana hendak mengurangkan kos mereka sendiri. Jadi kalau hendak taklimat yang lain-lain itu, kena nanti saya bagi tahu.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Pengerusi, sebab saya tanya soalan ini Yang Berhormat Pokok Sena, saya diberitahulah. Betul atau tidak betul, kerajaan mencadangkan sistem IBS ini lebih baik kerana ia lebih murah manakala Yang Berhormat kata lebih mahal. Itu yang saya tanya tadi. Macam mana dia punya perkiraan itu? Kerajaankah yang betul atau Yang Berhormat yang betul? Jadi siapa betul, kena tengok dia punya costing.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak boleh kata ini ada sekian syarikat, sekian syarikat. Bilangan syarikat tidak menentukan costing. Ya, tolong jawab.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tunggu kerajaan jawab. Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Jadi, saya hendak sebutkan di sini bahawa ini merupakan kerugian. Pertama sekali kepada seperti mana yang saya sebutkan tadi iaitu Kelas F. Dia tidak boleh maju. Dia dok buat kerja yang bukan heavy construction.

Dia buat kerja-kerja rumput dan sebagainya. Jadi kita letakkan dia duduk di situ sahajalah.

Tidak naik pangkat, tidak naik darjah. Jadi bagi saya bahawa ini sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan.

Malah, saya katakan bahawa kontraktor Kelas A sendiri pun, mereka tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran, dalam pelaksanaan pembinaan IBS ini. Ini adalah

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

sebab, apabila dia ambil daripada vendor, dia hendak kena pasang, dia hendak kena guna teknologi yang lain. Jadi mereka tidak ada kepakaran dan kemahiran. Ini sudah tentulah bahawa kita tidak akan mendapat suatu pelaksanaan projek yang betul-betul baik dan mantap untuk pastikan mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak baik selepas daripada bangunan ataupun apa-apa itu siap daripada kontraktor itu sendiri. Jadi saya juga hendak minta penjelasan daripada kerajaan ialah sejauh manakah CIDB ini memberikan kursus kepada kontraktor-kontraktor kelas A ini dalam pelaksanaan IBS? Sedangkan...

[Disampuk]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, satu minit lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya, sedangkan CIDB mengambil levi sebanyak 0.025% daripada nilai projek. Saya tidak nampak bahawa ada sesuatu yang dilaksanakan untuk memberikan taklimat dan kursus kepada kontraktor Kelas A.

Kemudian, saya juga hendak minta 010300 - Penyelenggaraan Bangunan Persekutuan. Saya minta berapa jumlah bangunan persekutuan di seluruh negara dan berapakah banyak projek atau syarikat kontraktor yang diberikan kontrak untuk menyelenggarakan bangunan-bangunan persekutuan di seluruh negara.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kemudian 060500 - Pampasan Tol. Adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula dari segi pampasan tol ini apabila kita hendak mengelak daripada kenaikan tol lalu akhirnya perjanjian tersebut mengenakan syarat bahawa kerajaan kena bayar pampasan kepada syarikat konsesi. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji balik kerana ini merugikan rakyat dan kekurangan insentif atau rebet yang diberikan oleh PLUS dan ELITE baru-baru ini iaitu 10% bagi saya bahawa satu yang tidak begitu memberikan keuntungan yang besar kepada pengguna kerana 800,000 orang pengguna lebuh raya ini hanya 10% sahaja menggunakan pada waktu malam. Daripada 10% itu mengikut Kementerian Kerja Raya, kajian dibuat, daripada 10% itulah kebanyakan berlaku accident ataupun kemalangan di lebuh raya.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi bagi saya, sepatutnya diberikan untuk semua masa dengan rebat kepada semua jenis kenderaan termasuk lori-lori pengangkutan kerana ini untuk membantu kepada pengurangan kos harga barang yang kebanyakannya menggunakan pengangkutan lori untuk sampai ke destinasi mereka.

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh. Pertama, saya ingin bertanya, setelah saya melihat Butiran 10000 dan 20000, tidak ada butiran untuk Pengurusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan juga CIDB. Adakah LLM ataupun CIDB ini telah pun diswastakan ataupun bagaimana?

Kedua Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya atas butiran yang sama pengurusan JKR dan pengurusan KKR ini tentang agihan projek sebab saya perhatikan banyak kontraktor yang sama mendapat projek yang banyak. Jadi jika masih lagi mengamalkan proses tender dan penilaian menggunakan kaedah tradisional, konvensional ataupun sudah ada kaedah baru sebab kaedah yang lama sangat mudah untuk berpakat dengan kontraktor. Kalau ada pihak BPR hendak belajar dengan saya, bagaimana pakatan dengan kontraktor boleh dibuat, boleh jumpa saya.

Ketiga Tuan Pengerusi, yang ini mungkin saya ada kepentingan. Atas perkara yang sama juga...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa kepentingan Yang Berhormat?

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya sebagai seorang jurutera perunding, ramai yang mengadu kepada kami supaya dibangkitkan dalam Parlimen ini iaitu proses meluluskan dokumen perjanjian kerja-kerja perunding kejuruteraan awam dan lain-lain yang melibatkan pengawasan projek. Terlalu lama sehinggakan projek siap, perjanjian masih lagi belum ditandatangani. Projek siap, konsultan, arkitek kah, engieneer kah belum menerima pembayaran ke atas pengawasan sesuatu projek. Ia ada dua komponen. Satu, bayaran kepada perunding untuk kerja-kerja reka bentuk, kedua, untuk pengawasan. Yang pengawasan ini biasanya kemudian. Yang ini biasanya lambat dan kadang-kadang lepas begitu sahaja.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada JKR kerana telah pun wujud satu cawangan yang disebut Cawangan Kejuruteraan Senggara. Cuma saya hendak tambah satu perkara supaya sentiasa diperhatikan oleh JKR iaitu sejak akhir-akhir ini banjir kilat banyak melanda di seluruh negara. Setelah disemak kebanyakan banjir kilat adalah disebabkan oleh parit-parit di tepi jalan JKR yang diselenggara, bukan tidak diselenggara tetapi tidak sempurna. Saya faham peranan parit tersebut pada peringkat asasnya ialah untuk merendahkan paras air di bahagian jalan supaya tidak merosakkan turapan jalan. Itu saya faham tetapi pada masa yang sama parit ini sekarang mempunyai peranan yang besar untuk mengalirkan...

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

... air yang datangnya daripada kawasan sekeliling untuk disalurkan...

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

...kepada parit JPS.

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Point of order.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Ledang, duduk dahulu.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sudah pula.

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, sebelum ini Yang Berhormat Ledang ada mengatakan dia ada pecuniary interest. Saya ingin rujuk kepada 35(6). Saya rasa perkara pecuniary interest yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ledang ada kena-mengena di mana beliau adalah seorang jika saya tidak silap bahawa pakar perunding. Maka dia tidak boleh menyentuh mengenai perkara tersebut. Saya pohon agar ia diexpand dari rekod tersebut.

final • 4:11 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu.

Saya buat Yang Berhormat. Itulah saya tanya dengan Yang Berhormat Ledang tadi. Saya tanya dengan Yang Berhormat Ledang sekali lagi apakah jenis kepentingan Yang Berhormat yang disebut Yang Berhormat tadi. Adakah jenis ini Yang Berhormat sebagai seorang konsultan yang pernah membuat projek-projek ataupun menasihatkan kerajaan ataupun khusus kepada benda yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Untuk maklumat Tuan Pengerusi, saya membangkitkan perkara ini berasaskan kepada ramai. Banyak aduan yang saya terima...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak, bukan itu Yang Berhormat.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

... secara kebetulan...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Di mana letaknya faedah ataupun kepentingan Yang Berhormat itu?

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Faedah kerana saya juga seorang jurutera perunding itu sahaja.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu sahaja?

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya, itu sahaja.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bukan ada kena- mengena dengan projek yang dibangkitkan.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Samalah kalau seorang doktor penyakit ini bercakap tentang...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya yang bertanya Yang Berhormat.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya?

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak ada kena- mengena dengan projek yang dibangkit Yang Berhormat tadi?

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tak ada, tak ada.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak ada? Jadi tak apa Yang Berhormat. Tak ada kena-mengena.

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan, saya dengar Yang Berhormat mengatakan ada yuran-yuran yang tidak dibayar. Nampaknya ada kepentinganlah.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak ada Yang Berhormat. Dia...

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

This is very clear kerana satu perkara yang jika ada kepentingan ini sangat serius.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya memahami Yang Berhormat.

final • 4:11 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini tidak boleh dibenarkan. Kalau dikatakan oleh Yang Berhormat saya percaya itu terpulang. Kalau itu benar...

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat. Kalau seorang peguam yang menasihatkan mana-mana syarikat, dia kata ada kepentingan, mereka berbincang satu syarikat lain tak akan ada apa-apa kena-mengena Yang Berhormat. Projek must be yang betul yang dibangkitkan. Kalau dia cerita penasihat PLUS dia bangkit cerita hal PLUS, itu ada kena- mengena Yang Berhormat. Okey, sila Yang Berhormat Ledang.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya sambung Tuan Pengerusi tentang parit-parit tadi. Kemudian parit-parit di tepi jalan ini juga menyalurkan air ke parit-parit besar yang diselenggara oleh JPS. Sekiranya parit JPS efisien, cekap tetapi parit JKR ini secara kebetulan juga digunakan untuk menyalurkan air dan musim banjir, berlaku banyak banjir kilat, ia juga boleh memudaratkan keseluruhan kawasan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada JKR kerana aduan saya dahulu tentang kerosakan Jalan Bukit Kangkar ke tol Tangkak sedang dibaiki iaitu menggunakan cara CIPR ataupun Cold In-Place Recycling. Tuan Pengerusi saya meminta pihak JKR supaya memerhati benar-benar proses pembaikan ini kerana setahu saya sepanjang jalan ini yang saya lalui hari-hari, kegagalan lebih disebabkan oleh kekuatan ataupun mampatan dengan izin sub grade jalan yang sedia ada bukannya lebih kepada road base dengan izin ataupun crusher run dengan izin. Jadi saya minta pihak JKR teliti supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

final • 4:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin meminta pihak Kementerian Kerja Raya atau pun (JKR) lihat semula Butiran 19000 - Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

dengan amaun yang sangat kecil cuma RM2 juta. Pertama, kenapa kecil sangat sedangkan kita lebih ke arah untuk meningkatkan taraf JKR dari segi teknikal dan sebagainya.

Kedua, apakah kejayaan-kejayaan selama ini sejak cawangan ini sedia ada.

Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pada perbahasan peringkat Kementerian Kerja Raya, saya mohon untuk membangkitkan Butiran 81000 - Pembinaan Jalan Baru/Projek Baru. Hal yang saya maksudkan ialah jalan dari Kuala Krai ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan Koridor Timur dan sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan, antara projek-projek utama di Kelantan yang dicanangkan ialah jalan baru dari Kuala Krai ke Kota Bharu dalam anggaran jarak sekitar 70 km.

Semakan saya dalam anggaran belanjawan kali ini di bawah Kementerian Kerja Raya tidak tertera di sana berkenaan dengan perkara ini. Sudah tentu saya ingin membangkitkan persoalan apa jadi pada nasib jalan ini? Apakah kerajaan bercadang meneruskan atau pun tidak? Dalam kerja rumah yang saya buat mengikut cadangan projek ini. Ada dua cadangan iaitu sama ada mengekalkan alignment atau jajaran lama atau pun memulakan jajaran atau alignment baru dengan empat interchange yang juga termasuk melalui kawasan Machang di antara UiTM Machang ke Bandar Machang.

Jadi, persoalan yang saya hendak bangkitkan ialah apakah jika ianya dilaksanakan jajaran baru atau jajaran lama yang dipakai? Hal ini kerana jika sekiranya jajaran baru yang dipakai sudah tentu bandar-bandar utama akan di dengan izin by pass dan sedikit sebanyak akan memberikan kesan ekonomi kepada pembangunan bandar.

Akan tetapi sekiranya jajaran baru yang hendak di laksanakan apakah ianya boleh betul- betul mampu menyelesaikan maslah kesesakan?

Soal ianya wajar atau tidak diteruskan kita tidak ada perbezaan pendapat saya kira, kerana Perdana Menteri beberapa kali membuat pengumuman tatkala lawatannya ke Kelantan. Memandangkan jalan ini merupakan jalan laluan utama, kalau dari Kota Bharu hendak ke Kuala Lumpur dia akan melalui Kota Bharu, Ketereh, Machang, Kuala Krai dan seterusnya ke Gua Musang.

Kedua berkenaan projek ini juga ialah bagaimana kerajaan mahu membiayainya?

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta sedikit penjelasan sebelum pergi kepada pembiayaan.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ya, sila.

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Saya ingin memohon penjelasan kepada Machang kerana Yang Berhormat Machang kata ada buat kerja rumah. Jalan yang baru ini, yang telah diluluskan akan bermula daripada Kuala Krai, Machang seterusnya ke Kota Bharu. Saya ada mendengar beberapa berita bahawa peringkat Machang ke Kota Bharu akan dilaksanakan, sementara Kuala Krai-Machang akan ditangguhkan.

Bersetujukah Yang Berhormat Machang kalau saya katakan masalah perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini masalahnya bottle-necknya di antara Machang dengan Kuala Krai, bukan Machang ke Kota Bharu. Ini kerana dari Machang kita ada banyak dispersal road, jalan-jalan yang boleh menghala ke Kota Bharu akses dengan ada banyak-banyak simpang. Akan tetapi dari Kuala Krai ke Machang hanya satu itulah jalan raya.

Jadi, kalau pun ada peringkat-peringkat dalam pembinaan jalan ini, setujukah Yang Berhormat Machang kalau saya katakan peringkat Kuala Krai ke Machang itulah yang perlu diutamakan bagi menyuraikan sedikit kenderaan dari Kuala Lumpur-Kota Bharu dan sebaliknya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih sahabat saya dari Kuala Krai. Tuan Pengerusi, tidak syak lagi dari segi kepentingan, keutamaan laluan antara Kuala Krai dan Machang itu harus diberikan perhatian khusus kerana di situlah traffic slow dengan izin tatkala musim perayaan. Kesesakan akan berlaku sebelum dari Kuala Krai sampailah ke Kota Bharu dalam jarak sekitar 70 km. Jadi, soalannya ialah bagaimanakah cara kerajaan mahu meneruskan pembiayaan projek ini? Apakah biaya kerajaan ataupun biaya PFI?

Ketiga, yang saya hendak bangkitkan masih di bawah jalan yang sama ialah, saya pernah mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini sama ada reka bentuknya itu single lane atau pun double lane, dua lorong pergi, dua lorong balik. Waktu itu reaksi Menteri Kerja Raya ialah kerana kerajaan akan membuat keputusan Rancangan Malaysia Kesembilan ini, beberapa projek tertentu akan didownsizekan. Jawapan menteri waktu itu pada saya ialah kemungkinan projek ini akan diteruskan tetapi satu lorong pergi dan satu lorong balik. Ini mempengaruhi sebenarnya kelancaran trafik dan saya anggap ini sebagai perkara pokok. Saya minta kementerian memberikan penjelasan.

Keempat, ialah berkenaan dengan saya menerima khabar bahawa projek ini kalau diteruskan akan berlangsung secara runding terus dengan Konsortium Logistik Berhad.

Khabarnya telah pun diberikan letter of intent oleh pihak kerajaan kerana syarikat ini berjaya mendapatkan sokongan bank. Kalau kerajaan bercadang meneruskan projek ini secara differed payment dengan dana sebesar RM2 bilion yang mereka telah perolehi. Tabung Haji mempunyai 10% di dalamnya selain pegangan individu dalam projek ini.

Akan tetapi biarpun Konsortium Logistik akhirnya memperoleh projek ini, saya mohon kementerian tidak melepaskan sepenuhnya tanggungjawab terutama dalam menentukan penyertaan kontraktor tempatan. Sekurang-kurangnya kalau laluan Kuala Krai ke Machang diagihkan kepada kontraktor tempatan, manakala Machang ke Kota Bharu dapat diteruskan oleh konsortium berkenaan. Pembangunan empat interchange di Keroh, di Machang dan seterusnya itu dapat dimulakan dahulu. Ini kerana di pihak kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dari segi memberi kerjasama dalam aspek mengambil tanah jika ianya diperlukan. Itu di bawah Butiran 81000.

Yang terakhir Tuan Pengerusi ialah kalau saya memandu dari Machang ke Kuala Lumpur, saya perhatikan aspek ini berkaitan dengan Butiran 08500 - Projek Keselamatan Jalan Raya. Ada beberapa laluan yang dianggap sebagai laluan maut dek kerana angka kemalangan yang tinggi, kemalangan maut maksudnya. Kalau dari Kuala Krai ke Gua Musang, kalau saya semak dalam laman web Kementerian Kerja Raya, memang disebut di situ kilometer 128 sehingga 130, kilometer 150 sehingga 152, kilometer 154 sehingga 156 dan beberapa lagi. Ada lima point utama. Kalau Kementerian Kerja Raya mengakui bahawa di situ merupakan kawasan kemalangan maut, saya perhatikan ada aspek yang tertinggal di situ iaitu papan tanda yang mencukupi. Apabila kita approaching atau mendekati laluan-laluan maut ini.

Saya mencadangkan agar tanda-tanda jalan yang lebih visible dengan izin diperbanyakkan di lokasi ini. Begitu juga di kawasan Machang ke Kota Bharu. Kalau mengikut laluan sekarang Tuan Pengerusi, kilometer 29, kilometer 34, kilometer 59 adalah merupakan kawasan yang dikenal pasti oleh Kementerian Kerja Raya sebagai laluan yang membahayakan. Sekali lagi isu papan tanda yang mencukupi. Saya faham bahawa aspek kemalangan jalan raya selain daripada sikap pemandu, selain daripada kesilapan mekanikal ianya juga ialah aspek design jalan raya.

Oleh kerana ini merupakan Butiran 08500, saya mohon untuk mengemukakan cadangan atau mengangkat cadangan agar tanda jalan yang lebih mudah kelihatan diperbanyakkan.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada satu minit lagi Yang Berhormat. Okey, terima kasih Yang Berhormat

final • 4:20 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Penjelasan. Sedikit sahaja mengenai dengan - sedikit sahaja Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa dah habis Yang Berhormat, masa dah habis. Kalau saya bagi Yang Berhormat, saya tak bagi dia jawab lagi.

final • 4:30 PM

Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dua perkara saya bangkitkan. Untuk makluman Timbalan Menteri yang mengikuti perbahasan ini saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa dah habis Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya juga mengharapkan jawapan yang lebih komprehensif untuk kita sama-sama tunaikan tanggungjawab terutama dalam aspek mengadakan prasarana yang lebih baik bagi kemudahan rakyat terbanyak.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Pontian?

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Sabar, sabar. Duduk. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi kerana dibenarkan untuk turut berbahas dalam peringkat jawatankuasa kepada perkara Butiran 27 atas pembangunan 27. Saya akan sentuh dua tiga perkara saja dengan cara yang pendek iaitu P.27 - Butiran 08200, 08230, 11800, 11803. Ia menyentuh pembangunan-pembangunan di kawasan Parlimen Putatan dan saya tidak berhasrat untuk melebarkan luar daripada itu.

Tuan Pengerusi, bagi makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, pernah juga saya sentuh perkara yang sama yang mana kawasan Putatan ini adalah pintu masuk ke Malaysia, ke negara kita. Pintu yang kedua yang terbesar iaitu adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan setahu saya Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ya, samalah ya. Yang Berhormat faham soal ini.

Jadi setakat ini memang ada usaha-usaha kerajaan daripada Kementerian Kerja Raya untuk memperbaiki, memperindah, mempercantik kawasan Putatan. Jadi terima kasih kerana adanya projek melebarkan jalan dari Jalan Kepayan ke Petagas sudah pun sedang dilaksanakan dan memang kelihatan memang cantik. Jadi apa permasalahan dia yang ditimbulkan pada pilihan raya yang lalu Tuan Pengerusi memang jadi satu perkara yang diluah-luahkan oleh rakyat dan penduduk dan pengundi di kawasan Putatan bahawa terdapatnya kesesakan jalan itu masih wujud. Terutama sekali jalan daripada jalan lalu lintas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari Kota Kinabalu menuju kepada tempat yang sama iaitu Jambatan Petagas.

Jadi itulah, di situlah tempatnya menjadi bottleneck. Jadi ini orang yang menggunakan jalan ini maki-maki Tuan Pengerusi. Maki dengan wakil rakyat, bukan dengan rakyat. Kenapa ini tidak diutarakan di pihak kementerian? Jadi saya harap Timbalan Menteri tolong walaupun usaha daripada private sector yang membuat BOT untuk membina jalan bertingkat ini sedang dilaksanakan tapi dia henti dekat tepi sungai saja. Jadi sungai ini, jambatan yang sempit ini menjadi bottleneck.

Jadi persoalan saya, saya harap kementerian boleh melihat perkara ini dengan serius kerana ini, kalau tidak ditangani dengan segera maka ini menjadi kemarahan kepada rakyat. Jadi mungkin dalam pilihan raya akan datang mungkin saya haraplah pemikiran daripada segi kepuasan hati terhadap kerajaan kita tidak akan berubah. Saya ada pernah menyoal satu soalan di peringkat pertama pada penggal ini bahawa adakah alternatif jalan yang akan dirancang oleh kerajaan? Ini kerana dalam perancangan kawasan itu memang ada jalan yang akan dibina, road reserve di tepi laut.

Jadi jawapannya setakat ini belum ada perancangan kerajaan. Jadi saya harap jawapan itu mungkin dibuat satu pendekatan yang agak fungsinya yang besar supaya ini

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

dapat dilaksanakan. Ini kerana jawapan alasan yang dibagi adalah ada alternatif jalan iaitu jalan lama. Di situ pun terdapat juga kesesakan jalan pada masa peak hours. Jadi, saya harap jalan ini yang akan menyambung ke negeri Sarawak iaitu dipanggil sebagai Pan Borneo Highway.

Jadi saya sudah mengkritik para pendesign ini, pereka bentuk jalan ini. Adakah kita lihat Pan Borneo Highway, highway tapi dilihat dalam jarak 100 meter, saya tidak tahu berapa ratus simpang jalan di Pan Borneo Highway ini. Jadi oleh kerana juga jalan ini jalan menyusur dengan parallel, dengan railway (landasan kereta api) yang sedang dibina sekarang. Ini menjadi satu permasalahan yang besar kerana landasan kereta api itu akan di pagar, itu saya difahamkan akan di pagar. Jadi bagaimana dengan yang simpangan- simpangan pergi ke kampung-kampung, pergi ke tempat-tempat perniagaan, tempat komersial dan sebagainya.

Jadi saya harap kementerian boleh melihat perkara ini dengan reka bentuk yang sesuai. Ini kerana di tempat itu juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat sekolah- sekolah yang mana murid-murid sekolah akan melintasi jalan itu. Jadi satu saja tempat yang ada jejambat iaitu berdepan dengan Kampung Pitagas tapi tempat di Putatan, bandar di Pekan Putatan itu tiada tempat bagi orang awam melintas. Jadi saya harap ini dapat dilihat dan juga reka bentuk jalan ini dibuat pula u-turn depan dengan tempat yang orang ramai. Tempat-tempat pasar yang ramai orang berhimpun, kereta berparking di tepi jalan highway ini. Jadi ini membuatkan jalan ini lebih sempit.

Jadi, cadangan saya supaya kementerian turun padang, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri turun padang lihat permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di situ supaya jalan ini mungkin boleh diperlebarkan dan membuat jalan susul mana yang sesuai. Sampai dari Jambatan Petagas itu ke Kem Lokawi ataupun juga membuat satu jalan alternatif bagi jalan dari jalan lintas ini melalui di perkampungan, keluar di Kem Lokawi.

Itu satu cadangan yang telah saya kemukakan kerana adanya jalan yang kecil- kecil hanya yang akan dilaksanakan ala-ala jambatan. Jadi ini saya rasa kementerian harus lihat kalau kita mengambil hati untuk keselesaan orang ramai di kawasan ini. Ini digunakan dari Papar, dari Beaufort, di Sipitang, di Sarawak, di Limbang. Ini semua pemandu dari Sarawak ini menggunakan jalan yang satu saja. Jadi saya harap kementerian boleh melihat perkara ini dengan serius.

Jadi saya tidak mahu lagi ulang perkara ini kerana kalau Yang Berhormat Kinabatangan sudah marah dengan permohonannya yang tidak di endah, maka saya pun bukan bermaksud untuk tidak membawa perkara ini. Akan tetapi saya akan mendesak, mendesak, mendesak sampai kementerian muak dengan desakan saya. Saya akan buat ini kalau tidak ada tindakan. Saya akan buat lagi dan bawa dan bawa sehingga kamu muak. Jadi saya harap pegawai-pegawai kerajaan dapat mengambil perkara ini dengan serius. Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, soal dengan butiran yang saya sentuhkan tadi iaitu 11800...

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Satu minit itu boleh double satu kali? Ini permohonan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat. Ini yang pendek tadi ini?

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya. 11800 – Membaiki, Membaharui Pejabat Daerah. Oleh kerana Putatan ini adalah daerah yang baru, baru diumumkan maka pejabat daerah ini haruslah dibantu. Oleh kerana jumlah RM6,500,088 ini agak kecil, jadi saya mohon penjelasan dari pihak kementerian, di manakah duit ini dibelanjakan. Kalau boleh, tolong belanjakan sikit untuk memperbesarkan Pejabat Daerah Putatan ini kerana terlalu kecil.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi Ahli Parlimen ini berpejabat di rumah sendiri. Kalau boleh minta pihak kementerian untuk melihat perkara ini supaya memperbesarkan ruang Pejabat Daerah Putatan ini kerana terlalu kecil. Saya rasa paling kecil di negara ini Pejabat Daerah Putatan yang terkecil dan saya harap pihak kementerian dapat turun padang lihat apa yang permasalahan pegawai-pegawai terutama sekali pegawai-pegawai persekutuan. Dengan itu saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya peluang terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, izinkan saya merujuk kepada B.27 - 060500 dan saya juga akan buat rujukan kepada P.27 - 08500. pertamanya saya ingin bertanyakan tentang perjanjian-perjanjian yang diadakan yang masuk dengan konsesi-konsesi di lebuh raya.

Tuan Pengerusi, apa yang jelas adalah apabila konsesi-konsesi membuat lebuh raya, mereka menggunakan tanah yang banyak. So, kerajaan memang memasuki ataupun menjalankan proses di mana tanah-tanah diambil semula acquisition is done untuk tujuan membolehkan lebuh raya-lebuh raya tersebut dibina. Selain daripada itu terdapat banyak kos yang terlibat yang seharusnya diambil kira dalam proses di mana satu perjanjian digubal dengan syarikat concessionaire tersebut. Di sini saya lihat terdapat untuk kawasan Puchong, perjanjian LDP Lebuhraya Damasara-Puchong untuk satu tempoh lebih kurang 30 tahun.

Apa yang jelas di sini adalah bahawa kerajaan baru minggu lalu, Menteri setuju, kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah perjanjian-perjanjian yang sedia ada untuk memastikan dua perkara. Satunya bahawa keadaan trafik selalunya terkawal, kedua berkenaan dengan tol. Saya hendak tanya di sini, kenapa boleh satu perjanjian untuk 30 tahun di mana satu syarikat konsesi tersebut dibenarkan dan saya baca daripada angka- angka yang diberikan kepada saya dari kementerian dalam RM15 bilion. Kita sudi menandatangani satu perjanjian dengan satu pihak ketiga tanpa kita memperoleh sebarang kuasa untuk mengawal trafik, untuk mengawal tol, dan lebih lagi kenapa perjanjian tersebut tidak dikawal di bawah Akta OSA. Bukankah ini satu keadaan di mana akta tersebut digunakan untuk melindungi syarat dalam perjanjian tersebut. Bagaimana kalau terdapat unsur-unsur rasuah, corruption di dalam kontrak-kontrak tersebut. 30 tahun diberikan kepada pihak ketiga. Satu syarikat yang dibenarkan buat berbilion-bilion, tetapi kerajaan langsung tidak mempunyai kuasa untuk membuat kawalan. Saya hendak tahu adakah kerajaan sekarang sedia untuk menerima bahawa perjanjian-perjanjian ini semua pada masa yang lalu adalah satu kesilapan pihak kerajaan, itu satu dan bagaimana dengan kontrak-kontrak atau perjanjian-perjanjian dalam masa hadapan.

Adakah kerajaan bersedia untuk membuat kajian untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian sebegini yang hanya mementingkan kepentingan pihak ketiga, pihak tol. Perjanjian-perjanjian seperti ini dimasukkan syarat-syarat yang membolehkan kerajaan memastikan bahawa pihak-pihak tol ini tidak boleh melakukan seperti mana yang mereka suka, it’s there. Adakah sebarang safeguard yang akan dimasukkan ke dalam perjanjian pada masa hadapan. Ini juga berkenaan dengan...

final • 4:41 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan boleh?

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, terima kasih.

final • 4:41 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, selain daripada negara kita Malaysia yang mengadakan projek lebuh raya secara penswastaan dan mengutip tol bagi mendapatkan semula pelaburan yang begitu besar oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan pembinaan jalan-jalan ini, selain daripada Malaysia yang digambarkan oleh Yang Berhormat banyak masalah tidak boleh mengawal trafik, dan tidak boleh mengawal dari segi kutipan yang terlalu tinggi dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat sedar, saya percaya mungkin Yang Berhormat pun tahu di negara-negara lain pun ada projek seperti ini iaitu tol, lebuh raya. Sedikit pengalaman saya pergi ke luar

final • 4:41 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

negara saya dapati bahawa tol-tol yang ada ini dan juga lebuh raya yang dibina ini tidak dapat boleh...

final • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat, dia ada 10 minit sahaja Yang Berhormat.

final • 4:41 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

... tidak boleh menjamin dari segi kesesakan lalu lintas dan mereka juga mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan kembali pelaburan itu. Kalau tidak bagaimana pelaburan boleh dilakukan untuk keselesaan rakyat. Adakah Yang Berhormat sedar perkara ini juga berlaku di negara- negara lain?

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak di atas soalan tersebut. Saya setuju juga di negara-negara lain mempunyai sistem di mana kutipan juga dibuat untuk penggunaan jalan raya khususnya lebuh raya-lebuh raya dan sebagainya tetapi seolah-olah di sini adalah sedemikian. Kita lihat di Puchong, kita tidak perlu pergi jauh. Kawasan Parlimen saya, di mana laluan-laluan alternatif di mana jalan raya-jalan raya yang sedia ada dahulu boleh digunakan oleh masyarakat yang tidak hendak bayar tol. Dahulu jalan am, jalan awam Jalan Puchong misalnya, itu jalan am. Khususnya di negara-negara lain sebelum satu projek jalan raya tol diadakan kerajaan memerlukan dan memastikan bahawa laluan alternatif sekiranya rakyat berasa terbeban dengan bayaran tol, mereka boleh gunakan dengan laluan-laluan alternatif ini.

Akan tetapi di Puchong, tidak ada. Semua jalan ke Puchong all, melalui jalan kena tol. Saya bertanya di sini, saya setuju dengan pembangunan, fair enough. Bagaimana dengan rakyat di negara sendiri yang patutnya jadi jalan awam yang dahulunya apabila beli rumah dinyatakan jalan awam sekarang pula ada tol. Kami tidak ada pilihan. Apa kita kena buat? Di sini saya menyatakan kegagalan kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat tidak ditekan dengan projek-projek tol sedemikian. Saya hendak bertanya di sini, kenapa kita tidak boleh mempunyai perjanjian-perjanjian yang lebih syarat-syarat yang membenarkan kerajaan ambil tindakan. Di sini saya hendak tanya soalan seterusnya Tuan Pengerusi, adakah pihak concessionaire khususnya di Puchong akan meningkatkan lagi tol dalam masa yang terdekat.

Saya dengar ada, dan saya hendak dengar sendiri daripada kementerian adakah kementerian tahu dan saya juga hendak tahu sehingga setakat mana tol ini akan dinaikkan.

Adakah kerajaan mempunyai sebarang kuasa untuk pastikan bahawa tol ini tidak dinaikkan sehingga satu tahap di mana rakyat tidak boleh bayar. Adakah kerajaan mengaku kalah minta maaf 20 hingga 30 tahun kita telah menjual tanah kamu, jual jalan kamu kita tidak boleh buat apa-apa. Ini kerajaan perlu bertanggungjawab... [Tepuk] Di situ Tuan Pengerusi, kita tanya persoalan berkenaan juga dengan laluan alternatif. Tuan Pengerusi, kita tidak perlu pergi jauh, tengok keadaan seperti di Putrajaya, saya sudah nyatakan beberapa kali. Kenapa di situ jalan besar tidak ada tol? Kenapa Puchong yang terdapat tiga jalan besar semua bertol?

So soalan ini kita kena tanya. Kerajaan apabila membuat penilaian kenapa tidak ada satu jak yang melihat kepada semua ini? Kalau hendak tol, dua tol di seluruh negara, okey. Kenapa Puchong, why Puchong is oppress? Mungkin kerana Timbalan Menteri tidak duduk di Puchong tidak tahu. You datang duduk di situ, saya boleh bayar sewa satu bulan you dan keluarga. You boleh rasa bagaimana kena bayar tol setiap hari.

final • 4:41 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak mahu, tidak mahu, mahu?

final • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Satu minit?

final • 4:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit ya.

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Belum mula lagi... [Ketawa] Kalau boleh dalam cara soalan-soalan. Saya beralih Tuan Pengerusi kepada P.27 08500 - Isu

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Keselamatan. Di sini saya rasa satu isu yang baru yang tidak disebut oleh sesiapa sebelum ini.

Saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana dengan kenderaan Polis dan Ambulans? Adakah kenderaan Polis dan Ambulans juga diperlukan bayar tol? Itu satu isu yang saya rasa ini satu isu yang penting, khususnya di mana keadaan emergency.

Bagaimana dengan satu laluan khusus untuk pihak Polis dan juga untuk Ambulans, ada atau tidak? Perjanjian tersebut dengan jelas mengatakan dan saya akan dapat perjanjian ini dalam bulan Januari, so jawapan yang diberikan mesti tepat. Adakah satu peruntukan dibuat dalam perjanjian untuk... Saya nak tanya soalan, adakah satu peruntukan khusus dibuat untuk pihak polis, ambulans dan juga pihak bomba. Tuan Pengerusi..

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat dah habis dah.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akhir sekali. Berkenaan dengan isu keselamatan di lebuh raya. Tuan Pengerusi, baru-baru ini saya dapat tahu bahawa terdapat beberapa kemalangan serius di jalan raya khususnya di Projek Lebuh Raya Utara Selatan.

Masalah adalah bahawa tidak cukup masa untuk ambulans atau pihak polis sampai yang mengakibatkan maut dan kecederaan serius, mungkin dalam setengah jam to maybe even an hour.

Saya nak tanya sini, adakah kerajaan dalam perjanjian-perjanjian tersebut mengadakan satu peruntukan khusus di mana proses-proses kemudahan keselamatan perlu diberikan oleh pihak concessionaires tersebut, bukan bersandarkan kepada kerajaan, misalnya Ambulans daripada hospital kerajaan dan sebagainya.

Adakah terdapat syarat-syarat yang mengatakan bahawa pihak lebuh raya khususnya di North-South Highway kerana tempat dia jauh, helikopter ambulan dan sebagainya, adakah sebarang peruntukan dibuat untuk menjana keselamatan dari segi itu.

Tuan Pengerusi tidak ada masa. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah lebih satu minit Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibuti bercakap tiga minggu lepas.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut serta membahaskan dalam Majlis Jawatankuasa Bekalan 2009, Butiran 09270 - Membaiki dan Penurapan Jalan. Terlebih dulu saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyiapkan jalan pesisiran kampung luar pekan Miri, terus ke Tanjung Batu, Bintulu yang telah siap dalam tahun 2007, di mana mantan Menteri Kerja Raya telah merasmikan sebuah jambatan di jalan itu dan mengatakan “Ayoyo, jalan ini licin macam ais krim”... [Ketawa] Oleh kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh mantan menteri yang berkenaan, maka semua kenderaan dari bahagian Bintulu ke Miri menggunakan jalan itu dan juga membuka jalan kepada petani-petani di sekitar jalan yang demikian, membawa hasil-hasil mereka ke bandar dan pekan kecil Bekenu dan Niah dan juga kenderaan-kenderaan berat seperti lori balak, lori yang membawa muatan yang berat, batu dan kontena menggunakan jalan tersebut.

Maka jalan lama daripada Bintulu dan Miri sangat jarang digunakan. Oleh yang demikian, pada masa ini, dalam masa setahun, jalan raya itu sudah seperti gelombang laut di mana kenderaan-kenderaan yang menggunakannya telah kerap kali mendapat kemalangan dan perlu diperbaiki. Kehilangan nyawa disebabkan jalan yang sudah seperti gelombang itu tidak kurang daripada sepuluh kemalangan jiwa, tidak kurang daripada 30 kemalangan yang serius.

Oleh yang demikian, saya mohon kepada pihak Kementerian Kerja Raya untuk menambahkan peruntukan yang mana dalam peruntukan ini, lebih kurang hanya RM1.6 bilion sahaja peruntukan kepada negeri Sarawak. Kalau boleh sebab jalan raya daripada Kuching sehingga ke kawasan kami perlu diperbaiki dan diturap semula. Oleh yang demikian juga, kita memohon agar pihak kementerian membaiki tebing-tebing sungai di

final • 4:45 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

laluan jalan raya ini sebab hakisan tanah pun berlaku dan jalan raya ini, di jalan pesisiran yang tidak jauh daripada Laut China telah mendekati jalan raya ini lebih kurang 30 meter daripada jalan raya perlu di benteng secepat mungkin yang boleh. Kita takut kehilangan jalan raya ini dalam masa setahun dua ini kerana di waktu tengkujuh.

Kedua saya nak sentuh ialah 09240 - Kajian Pemeriksaan dan Membaiki Jambatan. Di jalan Miri-Bintulu yang lama lebih kurang 400 kilometer ada terdapat dua jambatan di kawasan saya SIbuti, Jambatan Sibuti dan Jambatan Suai yang telah dibina lebih kurang 30 tahun dahulu. Saya menyarankan kepada pihak kementerian agar memeriksa jambatan ini. Janganlah sudah berlaku sesuatu kepada kenderaan-kenderaan berat yang melintasi jambatan ini, maka baru kita mengambil tindakan dan akan menyusahkan penduduk di sepanjang jalan itu untuk melintasi dari seberang sungai ke kawasan seberang sungai.

Ini sangat penting kerana kawasan inilah banyaknya penanaman kelapa sawit yang menggunakan jalan darat. Saya kembali kepada jalan raya, membaiki dan menurap jalan tadi. Kita mohon pihak kementerian memberi peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya bahagian Miri untuk mempercepatkan pembaikan jalan-jalan ini kerana pihak yang berkenaan, apabila kita berjumpa dengan pihak JKR Miri, mereka menyatakan mereka belum ada mendapat peruntukan untuk membaiki atau menurap jalan yang disebutkan saya tadi.

Saya juga merayu kepada pihak kementerian, kami di luar bandar janganlah ditinggal-tinggalkan. Bantu kami, tolong kami, agar hasil-hasil yang kita perolehi daripada pertanian, perikanan dan lain-lain boleh kita pasarkan ke bandar-bandar seperti pekan kecil Bekenu, dan pekan kecil Niah dan seterusnya ke Miri. Ini kerana pelancong-pelancong dari bandar berdekatan seperti Bandar Seri Begawan, Brunei, selalu datang ke kawasan itu untuk membeli hasil-hasil pertanian dan melawat keluarga-keluarga mereka yang ada di kawasan Sibuti.

Akhir kata saya berharap pihak kementerian tidak mensia-siakan harapan rakyat di luar bandar untuk mendapat jalan-jalan yang baik seperti di bandar. Sekian, Terima kasih.

final • 4:45 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Projek Baru dan 08600 – Projek Naik Taraf Jalan Raya. Sekali lagi ingin saya tanya satu soalan yang telah banyak kali dibangkitkan iaitu mengapakah tiada jalan-jalan baru dibina di Tawau di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Pernah saya berucap berkaitan masalah ini di Parlimen dan juga membangkitkan soalan tentang menaik taraf untuk melebarkan Jalan Sin Onn di Parlimen sebelum ini, tetapi saya sangat tidak puas hati dengan jawapan bertulis daripada Kementerian Kerja Raya, kononnya tidak perlu jawab soalan ini kerana perkara berkaitan telah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Saya fikir itu tidak susah untuk menjawab. Kita hanya ingin tahu sama ada itu akan dilaksanakan atau tidak. Nampaknya kementerian bersungguh-sungguh cuba melepaskan tanggungjawabnya terhadap masalah ini kepada pihak lain. Adakah ini bermaksud di bawah kedua-dua Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan tidak ada sama sekali sebarang peruntukan kementerian diberi kepada Tawau melalui Sabah untuk menaik taraf jalan sedia atau membina jalan baru. Adakah ini bermaksud bagi tempoh 10 tahun ini rakyat Tawau bergantung kepada kerajaan negeri untuk membina atau menaiktarafkan jalan-jalan?

Tuan Pengerusi, saya tanya soalan yang penting ini bagi pihak rakyat Tawau yang mengundi saya ke Parlimen dan tentulah berhak mengetahui mengapakah tidak ada jalan- jalan baru yang dibina bagi tempoh 10 tahun yang lalu walaupun terdapat banyak cadangan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya di Tawau. Jangan beritahu saya bahawa cadangan-cadangan yang didokumentasikan oleh kakitangan profesional Kementerian Kerja Raya Tawau seolah-olah jatuh pada telinga yang pekak sahaja atau mungkin terdapat banyak lagi projek-projek mega yang lain. Jangan lupa, banyak juga projek ‘gajah putih’ di

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

lokasi-lokasi lain di Malaysia yang lebih patut diberi perhatian dan peruntukan daripada kementerian.

Tuan Pengerusi, untuk makluman, Jalan Kalabakan-Sepilok bukan dalam kawasan Tawau tetapi dalam kawasan Kalabakan. Apa yang diingini oleh rakyat Tawau ialah membina sebuah jalan baru atau menaik taraf sebagai jalan akses di dalam jarak lapan hingga 10 kilometer dari pusat bandar Tawau bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Saya berharap kementerian jangan ubati kaki bila kepala sakit... [Ketawa] Untuk makluman Tuan Pengerusi, hasil pengutipan cukai dari Tawau adalah yang kedua tertinggi di Sabah dan Tawau adalah bandar besar yang ketiga besar di Sabah.

Tawau sepatutnya diberi keutamaan dalam aliran utama pembangunan kebangsaan dari segi pembangunan prasarana terutama sekali jalan-jalan. We deserve better treatment than this, Tuan Pengerusi. Pembangunan jalan-jalan akan membawa komunikasi yang lebih baik di antara orang dan pengangkutan barangan yang lebih cekap bagi sektor perdagangan yang tentu dapat membantu memajukan Tawau sebagai sebuah pusat serantau baik perdagangan mahupun pelancongan.

Kementerian barangkali dapat jimatkan sebahagian peruntukan untuk membina jalan-jalan di Tawau buat masa sekarang itu hanya untuk jangka pendek sahaja, tetapi pada jangka panjang Tawau akan mengalami kerugian besar kerana tidak mempunyai prasarana jalan yang mencukupi untuk mencari untung besar, pembangunan pusat serantau, perdagangan dan pelancongan. Justeru, saya merayu kepada menteri agar dapat menyemak semula keputusan mengabaikan jalan di Tawau sebelum ini. Jangan jimat sedikit sekarang tetapi rugi besar kemudian pula.

Saya juga telah mengemukakan satu cadangan yang terdesak dan berkeutamaan tinggi di Tawau iaitu membina atau menaik taraf untuk melebarkan Jalan Sin Onn, khasnya di bahagian hadapan SJKC Hing Hwa dan Pasar Sin Onn dan dikelilingi oleh lima buah taman perumahan dengan 40 ribu orang menggunakan jalan itu. Saya dapati maklumat daripada menteri yang sekarang melawat di Sabah, peruntukan RM17 bilion akan dibagi untuk membangun Sabah tetapi apakah salah untuk melebarkan 1 kilometer sahaja di Jalan Sin Onn mungkin perlu peruntukan lebih kurang RM1 juta hingga ke RM1.1 juta sahaja.

Di sini saya juga merayu kepada kementerian sila senaraikan jalan-jalan yang akan dibina atau naik taraf daripada RM17 ribu itu supaya rakyat Sabah diberitahu apa-apa cadangan yang akan dijalankan. Terdapat juga satu cadangan membina dua buah jejantas pejalan kaki demi keselamatan murid-murid sekolah walaupun Lahad Datu adalah bandar yang lebih kecil berbanding dengan Tawau namun terdapat jejantas pejalan kaki pelajar di Lahad Datu tetapi Tawau langsung tidak ada sebarang jejantas pejalan kaki.

Saya ingin mendesak sekali lagi menteri atau kementerian menyatakan secara spesifik bilakah projek di atas akan dapat dilaksanakan. Dengan itu, sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak hendak cakap.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Saya dua minit sahaja, Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

‘Ranom’.

final • 5:00 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Alhamdulillah.

final • 5:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Tenomkah Ranau?

final • 5:00 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Tenom.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tenom, Tenom, minta maaf.

final • 5:00 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut membangkitkan dua, tiga perkara dalam peringkat Jawatankuasa ini iaitu dengan Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan (Projek Baru).

final • 5:08 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Yang pertama ialah berkenaan dengan jambatan Kampung Nantanduan ke Taman Pertanian Negeri Sabah. Saya melihat pada satu ketika dahulu pihak JKR telah membuat kajian dan juga pelan untuk membina jambatan yang menghubungkan ke Taman Pertanian tetapi Tuan Pengerusi, sehingga hari ini projek tersebut belum lagi dapat dilaksanakan.

Begitu juga dengan jambatan di Kampung Peal, menghubungkan Peal Seberang.

Saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya bahawa mengenai cadangan untuk pembinaan jambatan di antara Kampung Peal dan Peal Seberang akan dilaksanakan kerana kita melihat bahawa Kampung Peal dan juga beberapa kampung sekitarnya adalah terletak di daerah kecil Kemabong. Saya percaya dan yakin apabila siapnya jambatan yang menghubungkan di antara Peal dan Peal Seberang ini, akan memudahkan penduduk kampung untuk berurusan dengan pihak pusat pentadbiran kerana kampung-kampung ini terletak di daerah kecil Kemabong.

Tuan Pengerusi, begitu juga dengan untuk menaik taraf iaitu di jambatan Kampung Ponotomon. Saya melihat bahawa pihak JKR telah menaik taraf jalan Kampung Mandalon dan beberapa jambatan telah dinaiktarafkan tetapi agak malangnya di Kampung Ponotomon ini, jambatannya masih lagi dalam keadaan jambatan lama, balley bridge.

final • 5:08 PM

Tuan Raimi Unggi - Tenom

Jadi ada beberapa buah jambatan yang telah dibina dan cuma tinggal satu lagi jambatan yang belum dapat dinaiktarafkan. Saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini untuk dapat dinaiktarafkan. Tuan Pengerusi, perkara yang kedua ialah berkenaan dengan Butiran 08600 – Projek Naik Taraf Jalan Raya. Beberapa kali telah saya ulang dalam beberapa sidang Parlimen yang lalu iaitu berkenaan dengan penaik taraf Jalan Ulu Tomani ini yang mana melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Bakuku, Tinura, Mangunsop, Melutut dan lain-lain kampung. Juga menaik taraf Jalan Kampung Tilis yang mana kita melihat bahawa jalan-jalan ini merupakan jalan-jalan utama yang digunakan oleh penduduk kampung sebagai jalan perhubungan mereka untuk mengangkut hasil-hasil pertanian mereka ke pekan.

Keadaan jalannya sekarang ini ialah dalam keadaan jalan gravel. Jadi saya harap pihak kementerian dapat menaiktarafkan jalan-jalan ini kerana ianya merupakan amat penting bagi beberapa kampung yang terlibat lebih-lebih lagi kepada anak-anak untuk ke sekolah. Bila musim hujan anak-anak ini sukar untuk ke sekolah kerana keadaan jalan yang begitu teruk, licin. Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri dalam lawatan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM17 bilion.

Saya ingin Tuan Pengerusi supaya pihak kementerian Yang Berhormat Menteri dalam peruntukan RM17 bilion ini, saya harap beberapa prasarana di Parlimen Tenom ini dapat dinaikkan taraf seperti yang saya katakan tadi iaitu jalan raya, jambatan yang mana kita lihat bagi kita di negeri Sabah kebanyakan jalan raya masih lagi dalam keadaan daif dan teruk. Banyak lagi keadaan jalan raya yang mana dalam keadaan tanah merah. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian dalam soal untuk memberi keutamaan kepada projek-projek yang ada di negeri Sabah terutama di kawasan pedalaman seperti mana kawasan saya.

Saya ingin tahu bagaimanakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menyelaras dengan pihak JKR di kerajaan negeri untuk menyelaras, memberi keutamaan kepada projek-projek yang utama untuk dilaksanakan terutama dalam bajet akan datang ataupun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian dan terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi keizinan perbahasan peringkat Kementerian Kerja Raya pada petang ini. Saya merujuk Butiran 08600, 087000, 08800, 092300. Tuan Pengerusi, untuk makluman sepanjang dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini, terima kasih kepada pihak kementerian yang menjawab segala perkara yang ditimbulkan oleh saya terutamanya di kawasan Jerai melalui jawapan bertulis pihak kementerian. Baru-baru ini saya telah menyebut berkaitan

final • 5:13 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

dengan ciri keselamatan. Apabila kita masuk sahaja ke kawasan Jerai, maka di sana didapati jambatan yang begitu sempit yang dibina pada era 70-an.

Dua minggu lepas ketika saya balik ke kawasan didapati telah pun dibina guard rail, pengadang jalan untuk menjamin keselamatan walaupun jawapan kementerian mengatakan tidak ada peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk membina dua jambatan dalam kawasan saya yang masih jambatan itu dibina pada tahun 70-an yang mana jalannya sudah pun dinaikkan taraf. Terima kasih jawapan tersebut namun menjadi kewajipan kepada kami dan kita semua untuk terus mempersoalkan berkaitan dengan pembangunan kerja raya di kawasan Jerai. Bagi projek naik taraf yang mana ada Lebuh Raya Gurun-Sik, saya difahamkan saya telah sebut beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan pusingan u ataupun u-turn.

Semalam saya menziarahi satu sahabat kita yang kemalangan apabila jalan ini tidak diurus dengan baik, masyarakat setempat terpaksa buka jalan persendirian, maka menjejaskan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya apabila pihak JKR ataupun kementerian tidak mengambil kira desakan rakyat untuk mohon supaya adakan jalan pintas setelah mana selalunya atau puluhan tahun yang lalu, rakyat menggunakan jalan ini ke pekan, ke sekolah. Apabila dibina lebuh raya maka tentulah rakyat mengalami kesukaran untuk mengambil masa yang jauh untuk berpusing, patah balik. Maka rakyat memilih jalan, menebuk ataupun membuka laluan sendiri mengakibatkan kemalangan dan sebagainya.

Saya pohon kementerian untuk melihat semula.

Kedua dalam highway yang sama juga di bawah projek Iswada Sdn. Bhd., saya telah berjumpa pegawai tersebut dua, tiga kali berkaitan dengan susur masuk dan keluar, masuk kampung. Saya difahamkan mereka masih lagi menggunakan pendekatan jalan yang agak curam, sama ada menurun atau menaik ke jalan highway yang dibina menjadikan kemalangan makin bertambah. Kita mintalah kepada syarikat tersebut dengan desakan kementerian supaya susur masuk keluar itu mestilah mengikut yang lebih selamat kerana ia sudah pun dinaikkan taraf menjadi lebuh raya, maka kenderaan-kenderaan yang lalu lintas terlalu laju.

Kemudian saya menyebut juga berkaitan dengan Butiran 09270, dengan jambatan, bina jejantas, Butiran 09200 jejantas yang dibina pada tahun 2002. Sampai sekarang tidak diguna oleh sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah kerana ia berjauhan dengan sekolah rendah dan berjauhan dengan sekolah menengah. Walaupun pada hemah saya mereka membina untuk mengambil tengah-tengah antara sekolah rendah, sekolah menengah, namun kedua-duanya tidak diguna oleh para pelajar sekolah menengah, mereka menggunakan motosikal ke sekolah, ataupun sekolah rendah mereka sukar untuk naik tangga begitu tinggi yang akhirnya saya mendapati menjadi gajah putihlah bangunan jejantas tersebut yang tidak diguna pakai oleh mana-mana pihak.

Kemudian berkaitan dengan isu longkang ataupun perparitan yang dibina highway baru di Jeniang, didapati syarikat tersebut tidak mengurus dengan baik menyebabkan banjir kilat berlaku. Setiap kali hujan maka Pekan Jeniang, laluan ke Sik itu, berhadapan dengan banjir kilat sebab longkang-longkang tidak dibersihkan dengan sepatutnya dan longkang diguna lagi longkang-longkang lama, keluasan yang agak sempit menyebabkan air melimpah ke jalan raya dan berlaku kemalangan dan sebagainya. Jadi saya pohon kementerian supaya melihat pembangunan kerja raya, jalan-jalan besar, jalan utama di seluruh kawasan Parlimen Jerai dan juga laluan highway Gurun ke Sik supaya dicepatkan pemulihannya kerana berhadapan dengan kemalangan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 5:13 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama terlibat dalam membahaskan butir-butir dalam peringkat Jawatankuasa. Saya akan terus kepada beberapa butiran berkenaan dengan jalan-jalan raya di Sarawak. Butiran 09230 – Jambatan-jambatan, Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan, Butiran 09800 – Pembinaan Jalanraya, Butiran 09260- Naiktaraf Jalan (II). Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai beberapa buah jalan di kawasan Parlimen Kanowit yang selama ini yang diketahui memang sudah dalam perancangan Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi setakat ini kebanyakan jalan-jalan ini belum lagi ada tanda-tanda ianya akan dibina.

final • 5:18 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Satu adalah Jalan Hulu Macan kepada Hulu Poi, yang tiap-tiap kali kita diberi taklimat oleh pejabat Residen ataupun pejabat Daerah, memang ini sudah dalam perancangan dan peruntukan pun sudah diberi dan juga Jalan Rascom Naungun kepada Rascom Jugau, juga kalau tidak salah saya peruntukan adalah RM50 juta tetapi sekarang pembinaannya telah berhenti. Cuma saya ingat mungkin dalam 11 kilometer sahaja yang sudah dibuat tetapi yang belum dibuat mungkin dalam 17 ataupun 20 kilometer lagi perlu dibuat dengan secepat mungkin sebab ini adalah satu-satu jalan raya yang sangat panjang dan memberi perhubungan kepada beratus-ratus buah rumah panjang di Hulu Sungai Ngemah.

Satu lagi jalan yang kontroversi sekarang yang sangat hangat disebut-sebutkan di kawasan saya di Parlimen Kanowit ialah Jalan Poi Ke Ngungun. Inilah jalan yang sepatutnya dibina dalam tahun 2007 tetapi dalam tahun 2008 ianya telah kehilangan peruntukan yang saya diberitahu oleh JKR. Jalan ini mungkin dalam lingkungan 17 kilometer dengan peruntukan RM35 juta. Tidak begitu banyak tetapi saya difahamkan bahawa peruntukan itu sudah tiada lagi. Walaupun pampasan kepada tanah-tanah, buah- buahan dan tanaman-tanaman itu sudah pun dibayar tetapi pembinaannya belum mula lagi.

Satu lagi juga projek yang sangat kritikal adalah jambatan merentasi Sungai Kanowit untuk menghubungkan Jalan Majau ke Poi. Ini juga telah diberi peruntukan dalam lingkungan RM30 juta, yang saya difahamkan, tetapi sekarang jambatan ini belum juga dibina. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, bilakah semua projek ini akan dimulakan pembinaannya.

Satu lagi isu yang sering dibangkitkan yang saya telah lihat baru-baru ini, amat mengecewakan. Saya baru balik daripada kawasan Bakun minggu lepas dan jalan Bakun adalah jalan Federal dari Bintulu ke Empangan Bakun. Dilihat di sana, jalan itu sekarang sangat teruk, berlubang-lubang dan memang diketahui oleh orang ramai bahawa ini adalah disebabkan oleh lori-lori kayu balak yang sangat berat menggunakan jalan ini. Kalau kita lihat lori-lori ini adalah tidak mempunyai registration number.

Saya ingin bertanya kepada kementerian adakah lori ini dibenarkan untuk menggunakan Jalan Bakun ini sebab ianya sangat berbahaya dan menyebabkan banyak kerosakan kepada jalan ini yang memberi ketidakselesaan kita menggunakan jalan itu.

Saya ingin penjelasan yang terang daripada kementerian supaya kalau ianya tidak patut menggunakan jalan-jalan ini, sebenarnya company-company kayu balak ini dia mempunyai jalan sendiri yang tidak ada tar. Akan tetapi mungkin dia menggunakan kesempatan menggunakan Jalan Bakun ini yang cantik yang sudah ada tar dan lebih memberi keselesaan kepada mereka untuk membawa kayu balak ke kem-kem. Jadi saya ingat itu sahaja yang saya ingin bangkitkan pada kali ini. Terima kasih.

final • 5:18 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin bersama membahaskan perkara Kepala B.27 - Kementerian Kerja Raya.

Sebelum menyebut butiran-butirannya saya mengambil perhatian bahawa kementerian ini mengalami pengurangan peruntukan yang begitu mendadak. Bagi tahun 2009, jumlah peruntukan lebih kurang 40% lebih kurang daripada tahun yang lalu. Ingin saya tahu apa rasionalnya pengurangan itu kerana pembangunan infrastruktur ini yang penting ini menjana ekonomi di bandar-bandar yang bukan utama. Dalam Butiran 61000 banyak aktiviti ekonomi yang akan menjadi sukar atau dijangka terbantut akibat daripada pengurangan peruntukan projek membina jalan-jalan baru termasuk projek-projek baru akan mengalami penyusutan peruntukan berapa kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Begitu juga projek-projek jalan baru daripada lebih RM1 bilion akan dikurangkan kepada 50% bagi tahun hadapan. Saya menjangka pengurangan mendadak ini menyaksikan terencatnya kegiatan ataupun aktiviti di peringkat bawah. Namun saya bimbang yang akan menerima kesan buruk daripada pengurangan projek tersebut ini ialah jalan persekutuan yang melintasi kawasan luar bandar, pendalaman desa dan kampung.

Saya ambil contoh pembinaan jalan raya empat jalur dari Taiping ke Banting di Selangor yang tertangguh akibat daripada pemaju ataupun kontraktor yang tidak mampu menyediakan dana untuk melaksanakan projek ini. Sekiranya benar projek yang dikatakan

final • 5:22 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

ini menjadi Projek Lebuh Raya Pantai Barat dan juga diharap akan bersambung ke Melaka dengan melintasi pesisir Negeri Sembilan, tentulah projek berkenaan juga akan tertangguh.

Proses pembangunan hampir suku daripada wilayah yang meliputi Pantai Barat akan terus berada di takuk lama akibat tertangguhnya projek ini kelak. Di dalam wilayah pesisiran pantai barat sekurang-kurangnya terdapat pelbagai kawasan ekonomi yang utama dan penting seperti Pelabuhan Klang, kawasan pelancongan Port Dickson, KLIA dan Melaka itu sendiri berada dalam wilayah pesisir pantai barat.

Tuan Pengerusi, kekuatan yang ada di pesisir Pantai Barat yang pada hemat saya belum cukup diteroka dan dikembangkan sebagai kegiatan utama ekonomi termasuklah pelabuhan kecil yang di mana berlangsungnya proses perniagaan tradisional di antara Malaysia dan Indonesia secara barter trade. Import eksport yang berskala kecil dan sederhana ini seperti juga kayu-kayan dan produk pertanian adalah kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan masyarakat dan perkembangan ekonomi di beberapa bahagian pantai barat.

Saya ingin menyebut sedikit mengenai projek yang tergendala yang mana kekurangan peruntukan ini akan mengakibatkan tidak terlaksananya projek ini seperti projek naik taraf dari Jalan Sepang ke Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Walaupun isu ini telah dibawa kepada Dewan Undangan Negeri namun jawapannya ialah kerana tidak ada peruntukan daripada Persekutuan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sedangkan projek ini telah pun dilaporkan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Ada juga projek yang perlu disebutkan umpamanya pembinaan jambatan yang terbengkalai kerana kontraktornya tidak dapat meneruskan oleh kerana kewangan khususnya projek di Semerah, Muar seperti mana yang dimaklumkan oleh teman-teman saya. Untuk menyiapkan projek ini, perlu peruntukan ataupun perbelanjaan yang sama seperti projek asal untuk meneruskan supaya jambatan-jambatan ini siap.

Juga projek naik taraf dari Sepang ke Bukit Pelanduk yang saya sebutkan tadi dan juga projek naik taraf jalan daripada Pasir Panjang, Negeri Sembilan ke Linggi yang seharusnya siap pada tahun ini. Pada setakat ini hanya 50% sahaja yang siap dan ini meliputi hanya 22 kilometer yang sekarang ini akan mengakibatkan penyambungan masa dan didapati bahawa kontraktornya iaitu Hata Jaya Timur telah kekurangan dana untuk menyiapkannya dan telah memohon peruntukan lebihan untuk menyiapkan jalan ini. Jadi Tuan Pengerusi, kekurangan peruntukan kementerian ini telah mengakibatkan beberapa projek tergendala dan saya pohon supaya jumlah ini ditambah terutama seperti kebocoran dan rasuah tidak dapat dilakukan. Kementerian ini memberi sedikit tanda apakah bersedia untuk menyediakan dana yang mencukupi supaya projek-projek berkenaan disiapkan pada tahun yang dijangkakan. Sekian terima kasih.

final • 5:22 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Butiran 08500 iaitu Projek Keselamatan Jalan ini. Saya membangkitkan Jalan Batu Pahat – Ayer Hitam yang sekarang sudah pun menjadi laluan dua lorong. Akan tetapi laluan Batu Pahat – Ayer Hitam ini ialah jalan di mana kiri dan kanannya penuh dengan kampung-kampung, parit-parit yang mana menimbulkan sedikit masalah keselamatan, kerana jalan raya dua lorong Batu Pahat – Ayer Hitam ini tidak ada divider sebenarnya.

Jadi bila kereta dari sebelah kiri, keluar hendak ke kanan maka sering berlaku pertembungan kemalangan kerana kereta yang melalui dua lorong ini adalah laju. Jadi oleh sebab itu, saya difahamkan dulu ada peruntukan yang diluluskan tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan. Saya tidak tahu apa punca, apa masalahnya tetapi saya apa yang saya difahamkan adalah kerana masalah kontraktor. Akan tetapi kemalangan yang sering berlaku ini menimbulkan satu permasalahan kerana kiri kanan ini adalah perkampungan yang kalau di Johor ini memang terkenal dengan parit, perkampungan dipanggil macam- macam paritlah namanya.

final • 5:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Jadi kereta keluar daripada kiri dan kanan. Kalau sekiranya masalah ini tidak diatasi terutama waktu malam. Bila mereka hendak keluar dari kiri nak masuk ke kanan dalam keadaan kereta laju sebab laluan dua lorong maka ini amat bahaya. Sebab itu saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian segera yang segera.

Yang kedua ialah, masalah jambatan ini, iaitu 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan (Projek Baru) ini. Saya harap, permohonan sudah pun dikemukakan banyak kali iaitu jambatan di Senggarang ini terutamanya untuk laluan daripada Parit Karjo, simpang Parit Karjo ini. Oleh sebab jambatan ini tinggi, jadi orang nak keluar dari laluan Parit Karjo ini tidak nampak kereta yang datang dari laluan hadapan kerana jambatan itu terlalu tinggi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi permohonan sudah dibuat supaya jalan di depan Parit Karjo, persimpangan di jambatan ini ditinggikan supaya kita nampak kereta yang datang dari hadapan. Jadi saya harap perkara ini dapat disegerakan kerana ini masalah yang bukan sahaja berkaitan dengan perkara yang saya sebutkan tadi iaitu 08500 iaitu Keselamatan Jalan ini. Iaitu ialah kerana sistemnya itu yang menyebabkan ia perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku masalah-masalah kemalangan jalan raya ini.

Satu perkara lagi yang harus menjadi perhatian di sini ialah jalan antara Batu Pahat ke Pontian ini. Kita mengharapkan di bawah tajuk yang sama, butiran yang sama iaitu oleh sebab jalan antara kilometer 125 hingga 116 laluan FT005, Kelichap ke Kores ini adalah jalan yang berbukit-bukit dan berbengkang-bengkok. Jadi diharapkan kerajaan dapat memberikan perhatian untuk meluruskan jalan ini, sebab jalan ini adalah jalan yang sibuk, laluan terutamanya daripada Batu Pahat ke Pontian ikut jalan dalam. Jadi apabila jalan ini berbukit dan berbengkang-bengkok maka banyak kemalangan yang berlaku dan oleh sebab itulah kita mencadangkan laluan kilometer 125 hingga 116 - FT005 ini diluruskan sebenarnya.

Yang akhir sekali ialah saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 060500 – Bayaran Pampasan Tol ini. Saya amat bersimpati dengan rakan saya dari Puchong tadilah, iaitu tentang masalah tidak ada laluan alternatif. Saya bersetuju supaya barangkali perkara ini diberi perhatian dan yang lebih penting bagi saya ialah soal diskaun tol ini. Saya mengharapkan bahawa diskaun tol ini sepatutnya untuk semua laluan, bukan laluan-laluan tertentu sahaja.

Akhirnya kalau kita melihat komen daripada orang ramai, ternyata bahawa diskaun ini lebih merupakan kosmetik iaitu pada waktu tertentu. Jadi lebih baik kita buat 24 jam.

[Tepuk] Jadi kalau tidak, orang kata ini sebagai kosmetik dan tidak ada faedah apa pun.

Jadi oleh sebab itu saya harap ini dapat diberikan perhatian iaitu untuk semua laluan dan juga jangan ikut masa tertentu sahaja. Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Pengerusi, ringkas sahaja.

Perkara pertama, Butiran 81000 – Pembukaan Susur Jalan Masuk dari Lebuh raya SILK melalui fasa 7 Bukit Mewah adalah permintaan penduduk-penduduk lapan perumahan di Bukit Mewah. Ini adalah kerana mereka terpaksa menggunakan jalan yang jauh dan perlu melalui Tol Bukit Kajang dengan kadar bayaran RM1 untuk kembali ke taman masing- masing dalam jarak 8 hingga 10km dan memakan masa sekurang-kurangnya 15 minit.

Kini hanya jalan keluar yang boleh digunakan oleh penduduk sekitar dan masalah ini telah berlarutan selama 12 tahun. Dengan jalan masuk dibuka, penduduk-penduduk di Bukit Mewah dapat menjimatkan perbelanjaan petrol yang dianggarkan sebanyak RM3 dan tidak perlu membayar tol sebanyak RM1. Maka RM4 dapat dijimatkan dalam masa sehari.

Dengan pembukaan jalan ini, kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Bukit juga dapat dikurangkan terutamanya di hadapan Stesen Komuter Kajang yang sering mengalami kesesakan pada waktu puncak.

Saya telah dimaklumkan oleh MPKJ bahawa Kementerian Kerja Raya telah menolak cadangan pembukaan jalan masuk tersebut. Saya di sini meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa cadangan pembukaan jalan masuk tersebut

final • 5:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

ditolak. Ini kerana bukanlah keselesaan penduduk-penduduk mesti diutamakan dan bukan keuntungan syarikat konsesi.

Isu kedua juga adalah berkenaan pembinaan Lebuh Raya SILK. Pembinaan Lebuh Raya SILK telah mengakibatkan penduduk-penduduk Taman Kajang Utama perlu mengambil perjalanan lebihan sebanyak 4km setiap kali mereka keluar masuk taman mereka. Satu terowong telah dipersetujui oleh bekas Menteri Kerja Raya ketika merasmikan operasi Lebuh Raya SILK pada Jun 2004. Akan tetapi selepas empat tahun, terowong itu belum dibina lagi kerana masih belum dapat peruntukan daripada EPU.

Sebagai sebuah kerajaan yang ikhlas, kementerian seharusnya memastikan bahawa semua janji oleh seseorang menteri ataupun bekas menteri ditunaikan. Saya ingin tanya apa usaha-usaha atau langkah-langkah yang akan diambil oleh Menteri kini untuk memastikan bahawa terowong itu akan dibina secepat mungkin.

Perkara ketiga adalah mengenai Laluan Jalan Persekutuan 3215 di bawah Butiran 60000. Tuan Pengerusi, laluan 3215 Jalan Persekutuan telah diisytiharkan pada tahun 1996 dan diwartakan pada tahun yang sama. Akan tetapi selepas 12 tahun, Laluan Jalan Persekutuan ini masih belum berubah. Jalan ini memang substandard, dan sebahagian besarnya tidak ada lampu jalan dan tiada tanda papan yang diikuti. Apakah sebab jalan ini tidak dinaiktarafkan selama ini? Masalah kesesakan lalu lintas yang begitu serius, muka jalan tidak rata, tanda-tanda papan tidak ikuti. Saya minta penjelasan menteri, bila laluan Jalan Persekutuan ini akan di naik taraf?

Perkara terakhir tentang Jalan Utama Serdang Raya di bawah Butiran 20000.

Jalan utama Serdang Raya adalah satu jalan yang begitu sesak. Sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di jalan utama Serdang Raya, satu persimpangan bertingkat sedang dibina dekat Wisma SSP. Akan tetapi kerja pembinaan persimpangan tersebut sudah lama terhenti. Saya di sini ingin meminta penjelasan daripada menteri terhadap kenapa perhentian pembinaan persimpangan tersebut dan bila pembinaan persimpangan bertingkat itu akan siap? Sekian sahaja, terima kasih.

final • 5:35 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada Butiran 09800 - Pembinaan Jalanraya. Tuan Pengerusi, kita di sini memang nampak jumlah yang cukup besar iaitu RM1.3 bilion pembinaan jalan raya. Akan tetapi selalu kita nampak mana kawasan di luar bandar.

Memang belum nampak apa-apa dibina. Contohnya di kawasan Bintulu ataupun di Kapit.

Nanti saya sampaikan itu Jalan Machan - Jalan Pesisiran Kuala Tatau ke Supai.

Kita kerajaan sudah janji dari tahun 2002. Tahun 2005 kita janji memang kita akan di Rancangan Malaysia Ke-9 kita akan tender dan kita akan bina. Sekarang, hari ini saya difahamkan walaupun sudah 10 kilometer sudah lulus peruntukan RM30 juta, tetapi belum apa-apa lagi. Hendak jalankah ataupun tidak mahu jalankah ataupun hendak ditarik balik.

Tanya pegawai, seorang pun tidak tahu. Cuma Allah SWT saja tahu. Saya hari ini mahu tanya ini jalan akan dibina atau tidak? Kita Barisan Nasional dan Kementerian Kerja Raya akan menunaikan atau tidak fasal kawasan ini di tepi laut. Mereka sekarang hendak pergi Bintulu pulang dan balik melalui bot. Sekarang musim hujung tahun ini, ombak banyak kuat. Berapa kali mereka sudah accident di laut.

Macam kita menunjukkan kepada rakyat Kementerian Kerja Raya ini tidak mahu ambil perhatian. Tidak mahu ambil serius atas perkara ini. Macam kita mengambil rakyat punya nyawa dan main-main saja. Kenapa kita sudah lulus tetapi sampai hari ini saya difahamkan dia kata pending SPA approval. Kalau betul-betul hendak tunggu SPA approval, sebab itu kerajaan persekutuan mesti mahu berbincang dan disegerakan bersama Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah rakyat menjadi mangsa dan rakyat jadi bising.

Kita macam buat tidak tahu saja. Sampai bila kalau macam itu, kita punya perangai macam ini, Tuan Pengerusi? Bila kita baru boleh selesaikan masalah rakyat kalau

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

buat tidak tahu saja? Tidak lama lagi kita sudah masuk Rancangan Malaysia Ke-10.

Berapa kali sudah Rancangan Malaysia Ke-8 pinda ke Rancangan Malaysia Ke-9. Tidak lama lagi mahu pindah Rancangan Malaysia Ke-10? Sama juga macam Jalan Ulu Pandang. Jalan Ulu Pandang, saya difahamkan sudah satu strength punya jalan kita baru lulus first stage one. First stage one dia lulus RM15 juta. Akan tetapi bila mahu bina?

Allah SWT juga tahu.

Ini Jabatan Kerja Raya kalau tanya dia cakap belum lagi ada rancangan. So, saya mahu tahu JKR ini bila betul-betul hendak serius. Dua jalan ini untuk Bintulu iaitu Jalan Pesisiran Kuala Tatau ke Serupai dan Jalan Ulu Pandang. Kalau tidak boleh bikin, kenapa tidak boleh bikin? Saya mahu tahu sebab kenapa tidak boleh bikin. Jadi saya mahu ambil peluang ini mahu soal ini masalah. Saya fikir saya punya Sabah ini, Ahli Parlimen daripada Kapit cukup sedih juga. Berapa kali sudah bahas ini jalan raya daripada Sibu ke Kapit.

Sudah berapa puluh kali dia bahas. Saya dulu duduk sana, sekarang pindah sini, masih lagi masalah ini tidak selesai.

Ini saya tidak tahu apa masalah. Kenapa tidak boleh? Kalau kita ada ilham Tun Abdul Razak dalam tahun 70-an, dia pergi Kapit menaiki helikopter. Akan tetapi sekarang kalau tunggu kita punya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang akan datang, esok dia jadi Perdana Menteri, kalau dia mahu pergi Kapit dia pun mahu pakai helikopter baru boleh pergi. Jalan serupa juga macam... Kita tidak buat perubahan. So, what is problem dengan izin? Kenapa kita just put Kapit aside.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Wang tidak ada.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ha?

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Wang tidak ada.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kenapa bina jalan lain ada wang tetapi jalan raya Sibu ke Kapit tidak ada wang? Ini selalu saya soal. Jangan Yang Berhormat Menteri punya kawasan jalan semua bina elok-elok. Hey! Ahli Parlimen lain punya kawasan tidak ada wang!

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak ada wang.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kita pun mahu jalan juga, kan?

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

Saya rasa terpanggillah oleh kerana Kapit telah disebut beberapa kali dan Tuan Pengerusi memang sesungguhnya perkara ini seperti yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Bintulu tadi. Kira kita rasa kurang pastilah mengapa kawasan seperti Kapit selama ini belum lagi dapat jalan yang begitu penting itu untuk kawasan Kapit itu belum lagi kita dapat bina. Selama 40 tahun itu masa yang begitu lama sebab Kapit adalah sebuah tempat yang begitu signifikanlah dalam perwujudan negara kita sebagai Malaysia.

Itu sejarah dan fakta. Jadi, rakyat kita di Kapit memang mengharapkan sangat kerajaan kita mengambil berat tentang perkara ini. Saya rasa mula-mula tidak hendak mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini sebab di peringkat dasar tadi saya sudah bahaskan dan telah menerima jawapan secara bertulis daripada kementerian ini. Jadi memang jelaskan disebut di dalam jawapan ini kesemuanya yang telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang saya difahamkan dalam jawapan ini juga telah mula-mulanya diluluskan dan akhirnya dalam jawapan ini disebut dikatakan telah digugurkan lagi daripada Rancangan Malaysia Ke-9 ini.

Akan tetapi dia hendak meyakinkan saya dengan menyatakan akan kita pohon lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Sekarang saya rasa kalau satu ketika saya telah dinasihati oleh kawan dengan mengatakan ‘Alex, jangan ugut kerajaanlah’. Saya tidak ugut tetapi saya sekarang merasakan mungkin kita yang mengugut pengundi-pengundi kita selama ini. Berapa kali kita sudah memenangi pilihan raya. Selalu. Kita tidak pernah kalah. Apabila masa kempen itu kita tidak mendapat sokongan, kita kata undilah kerajaan,

final • 5:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

undilah Barisan Nasional dan undilah kita supaya kita dapat membawa ataupun memberi pembangunan yang begitu penting seperti ini.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tidak juga kita dapat dan kita tunda kepada Rancangan Malaysia Ke-10 nanti, mungkin Ke-11 dan nanti mungkin saya tidak hendak sebut seperti Yang Berhormat Bintululah. Tuhan memang dia tahulah bila kita akan dapat tetapi janganlah tunggu sampai terlalu lama. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu memberi saya peluang. Tuan Pengerusi, saya tidak akan bangun untuk membahas.

Cukuplah.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Tuan Pengerusi, saya memang sedihlah dengar ucapan apa yang disampaikan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ambil dia punya ucapan dalam saya punya perbahasan. Saya berharap Kementerian Kerja Raya mesti mahu sedar adanya tempat sudah ada jalan dan sudah terhasil. Akan tetapi hari-hari mahu naik taraf. Kalau macam itu, bagus lagi kita buat itu highway jadi runway. Kita hari-hari mahu naik taraf. Ada kawasan jalan pun tiada tetapi hari-hari kata tiada peruntukan, Tuan Pengerusi masalah ini terjadi. Saya tidak tahu ini pegawai daripada Kementerian Kerja Raya dia tidak faham ataupun apa sebab saya tidak faham. Ada kementerian saya nampak sudah ada hasil tetapi naik taraf lagi, hasil lagi.

Tidak sampai lagi satu tahun, kita nampak lagi naik taraf lagi. Satu kali lagi terhasil.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tidak tahu pegawai ini tidak turun padang ataupun KSU ini contoh hendak pergi Kapit takut dia sesat ataupun dia tidak mahu pergi dia tidak berani. Mungkin kawasan ini terlampau luar kawasan dia tidak mahu pergi. Sebab itulah dia tangguh projek itu. Ini cuma kita fikirkan. Rakyat pun fikir macam itu mungkin. Kalau tidak dia orang tidak boleh lihat apa sebab kita sampai hari ini tidak boleh bina. Berapa puluh tahun lagi hendak janji? Kita mesti mahu lihat kalau dalam kecemasan, rakyat ada kecemasan hendak pergi Hospital Besar Sibu macam mana hendak pergi? Kalau dia pakai bot turun mahu berapa puluh jam baru boleh?

Sekurang-kurang 6, 7 jam, 15 hours, Belum tentu lagi boleh sampai, tidak. Kalau dia sampai, tengah jalan pun sudah mati. Jadi apa pasal kita susah sangat. Perkara ini sudah berapa kali kita sudah dengar. Yang Berhormat daripada Kapit bahas, bahas, bahas.

Berapa puluh kali bahas pun sama juga. Kerja daripada satu Rancangan Malaysia masuk ke Rancangan Malaysia. Saya haraplah kali ini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, boleh bagi satu jawapan yang tepat. Jangan kata pusing lagi, kata ini Kapit punya jalan pindah masuk ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya tidak tahulah pegawai ini daripada Jabatan Kerja Raya sini atau tidak ada, saya tidak tahu pegawai daripada Jabatan Kerja Raya.

Jangan nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri banyak kerja, pegawai tidak ada balik pun sudah lupa nanti wakil rakyat jadi mangsa. Saya harap ambil perkara ini serius.

Tuan Pengerusi saya harap ini Kementerian Kerja Raya kali ini akhir sekali bagi jawapan.

Jangan masuk lagi sesi yang akan datang masih lagi same issue. Isu yang sama kita bahas lagi. Kalau macam ini sampai wawasan 2020 kita pun tidak selesai masalah ini. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menunjukkan kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Kemang tadi mengenai perbelanjaan kementerian ini bagi pembangunan yang hampir separuh kurang daripada peruntukan empat tahun berterusan sebelum daripada ini. Jadi apakah puncanya mengapa kementerian ini diberikan peruntukan yang begitu jauh kurangnya kerana kerja-kerja JKR inilah antara punca pendapatan bagi kebanyakan kontraktor kita di Malaysia ini dan seandainya separuh daripada perbelanjaan sebelum ini dikurangkan bermakna mungkin separuh daripada kontraktor kita akan kehilangan

final • 5:52 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

pekerjaan ataupun kalau mereka semua dapat kerja separuh pendapatannya daripada tahun-tahun sebelumnya.

Jadi kita memohon penjelasan mengenai perkara tersebut. Seterusnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang mengenai jalan baru Kuala Krai-Kota Bharu saya ingin menyatakan sokongan kepada saranan supaya jalan ini disegerakan diberikan, diberikan keutamaan kerana ianya merupakan jalan trunk road dengan izin yang penting yang menghubungkan antara Pantai Timur, Kelantan khususnya dengan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat. Kalau kita mempunyai jalan baru Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang yang baik yang cantik yang ada peruntukan tambahan, di sini tidak akan menjadi suatu yang membantu pembangunan di sebelah Kelantan seandainya jalan penyambungnya pula tidak diberikan perhatian iaitu antara Kuala Krai dengan Kota Bharu.

Jadi minta disegerakan dan kalau tidak difasa-fasakan ataupun diberikan janji jalan satu lane dua hala yang tidak akan menyelesaikan masalah congestion dengan izin pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. Tuan Pengerusi, ada satu bahagian jalan di antara Gua Musang dan Kuala Krai yang merupakan jalan maut yang melaporkan kemalangan yang melibatkan kehilangan jiwa hampir ada sahaja kes setiap bulan iaitu di persimpangan empat Laloh dan Lata Rek. Lata Rek ini satu kawasan air terjun yang sungguh cantik dan menarik pelancong-pelancong dalam dan luar negara untuk melawatnya. Jadi di simpang empat ini memang merupakan simpang maut dan saya tidak pasti sama ada permohonan telah dibuat sebelum ini tetapi saya dimaklumkan tidak ada.

Jadi saya hendak mencadangkan supaya di simpang ini dibuat satu persimpangan bertingkat kerana persimpangan bertingkat ini akan dapat menyelesaikan masalah kemalangan kerana di bahagian ini jalannya lurus. Pemandu memang memandu laju dan kadar orang yang menyeberang daripada Lata Rek ke Laloh yang menggunakan simpang ini memang tinggi kerana ia menghubungkan dua kawasan satu penempatan perkampungan dan satu lagi tempat kedai-kedainya. Jadi memang merupakan satu kawasan maut yang perlukan perhatian. Begitu juga di beberapa tempat di sepanjang Lebuh Raya Gua Musang-Kuala Krai ini diharap Jabatan Kerja Raya atau kementerian memberikan tumpuan membuat garis-garis kuning yang tebal supaya kita dapat mengingatkan pemandu-pemandu mengenai beberapa kawasan di jalan raya ini yang merbahaya di Peria dan juga beberapa kawasan penempatan yang lain.

Ini juga diminta segera dan saya yakin kosnya tidaklah besar untuk diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Satu lagi permohonan yang dibuat dalam siri ucapan sebelum daripada ini untuk pertimbangan kementerian ialah sebuah jambatan di antara satu tempat bernama Kandek ke Kampung Biak yang panjangnya paling panjang pun kalau dibuat jambatan lebih kurang dalam 200 meter. Seandainya jambatan ini dibuat ianya boleh menghubungkan Dabong dengan Tanah Merah dengan jarak yang sangat dekat yang merupakan jalan hubungan baru seandainya jambatan ini disediakan. Saya yakin dengan panjang 200 meter kosnya walaupun saya tiada estimate di sini, saya dimaklumkan lebih kurang RM18 juta hingga RM20 juta tidaklah merupakan satu perkara yang berat untuk dilaksanakan oleh kementerian ini.

Akhirnya bagi pihak penduduk di Kuala Krai kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa siri pembaikan jalan yang telah dibangkitkan akibat daripada banjir besar pada tahun 2005 iaitu di antara Gua Musang dan Kuala Krai, ada dua tempat tetapi satu tempat masih lagi dalam proses pembaikan. Manakala di Dabong masih belum lagi. Jadi mana yang sudah dilaksanakan kita ucap terima kasih tapi demi keselesaan untuk orang ramai kita minta supaya yang lain itu disegerakan. Tadi itu separuh akhir yang terakhir sebenarnya saya ingin bertanya...

final • 5:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak habis lagi Yang Berhormat? Belum habis lagi.

final • 5:52 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Macam main badminton pula.

final • 5:52 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terakhirnya iaitu mengenai 18400 - Rumah Peranginan Persekutuan di Semenanjung ini disediakan RM19 juta untuk program pembangunan rumah peranginan ini. Kita hendak tahu di mana lokasi dicadangkan rumah- rumah peranginan ini dan minta penjelasan kalau siapa nanti siapa yang boleh

final • 5:52 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

menggunakannya. Sama ada kakitangan kementerian sahaja atau dibuka kepada orang ramai. Saya harapkan perhatian diberikan kepada pertanyaan ini dan juga saya menyokong lain-lain permintaan terutama daripada rakan-rakan di Sarawak dan Sabah tadi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:52 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ramai lagi ini. Ahli-ahli Yang Berhormat inilah kementerian yang paling ramai penglibatan Ahli Parlimen. Setakat ini sudah 27 Ahli Parlimen yang berbahas untuk kementerian ini. Saya amat mengetahui ramai lagi yang hendak berucap tetapi kita kesuntukan masa dan saya akan izinkan tiga lagi, Ahli Yang Berhormat untuk terlibat dalam perbahasan untuk kementerian ini. Selepas itu saya akan panggil kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Saya bagi Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:52 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin mengambil peluang untuk berbahas di bawah Butiran 00600 dan juga Butiran 81000. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah membuat peruntukan yang begitu banyak sekali untuk membina jalan-jalan raya di seluruh negara kita ini.

Walaupun beberapa rakan membangkitkan ada kekurangan di sana dan di sini tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan kita selama hari ini telah berjaya dalam pembinaan jalan- jalan raya yang baru dan jua memperbaiki jalan-jalan raya yang lama demi kepentingan rakyat.

Kalau kita berjalan ke sana ke mari, sama ada di bandar ataupun di luar bandar kita akan mendapati bukti kejayaan ini yang mana kita tidak dapat menafikan kejayaan itu.

Walau bagaimanapun, saya ingin jugalah menyeru kepada kerajaan supaya memberi perhatian kepada kawasan-kawasan yang masih ketinggalan seperti di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung yang masih ada lagi sikit-sikit; di kampung, di mukim dan daerah yang perlu dibangunkan jalan-jalan raya supaya mereka juga menikmati kemudahan seperti orang lain di kawasan-kawasan yang telah maju.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu dua perkara berhubung dengan kawasan saya iaitu satu jalan yang telah pun dirasmikan pelancaran projek ini oleh bekas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dahulu; dengan paluan kompangnya, dengan bunga manggarnya dan sebagainya iaitu jalan daripada pekan Ayer Kuning pergi ke Kampung Tersusun Ayer Kuning dan terus ke Kampung Makmur Sungai Galah, Kampung Gajah. Ini telah dirasmikan pelancarannya.

Namun saya difahamkan bahawa projek jalan ini terhenti dan kita tidak tahu apa sebabnya. Saya terpanggil untuk membangkitkan hal ini kerana ia melibatkan anak-anak yang pergi ke sekolah. Mereka mengalami masalah apabila jalan ini tidak siap, kalau hujan lebat dengan lumpur dan lecahnya. Basikal dan motosikal tidak begitu boleh melalui jalan itu dalam keadaan sekarang.

Jadi, saya mintalah kepada kerajaan kerana projek ini pun telah dilancarkan.

Tolonglah laksanakan sebagaimana yang telah dirancang.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pukul kompang sekali lagi!

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Insya-Allah. Satu jalan lagi ialah dari pekan Chenderong Balai. Satu kampung Chenderong Balai melalui Kampung Pengkalan Daun terus ke Kampung Makmor Sungai Galah, Kampung Gajah. Ada dua jalan di situ; yang ini pun mengikut maklumat yang saya peroleh semasa saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dahulu telah ada peruntukan. Ia telah dijadikan sebagai satu projek yang hendak dilaksanakan. Khabarnya pada hari ini juga projek ini tidak dilaksanakan. Atas sebab apa saya tidak tahu dan saya harap pihak kerajaan dan kementerian dapat melihat perkara ini.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Satu perkara lagi ialah berhubung dengan pembinaan jambatan baru. Di kawasan saya di Kampung Gajah iaitu sebuah kawasan di Pasir Salak, ada satu jambatan dari Kampung Gajah di sebelah kanan tebing Sungai Perak ke tebing kiri Sungai Perak. Hanya ada satu jambatan. Jambatan ini sudah dibina saya ingat hampir 30 tahun. Banyak kemalangan berlaku terutama dalam masa perayaan apabila begitu banyak sekali kereta- kereta daripada pekan balik merentasi jambatan yang sempit ini. Jadi, saya memohon kepada kerajaan supaya sama ada membesarkan jambatan ini ataupun membina sebuah jambatan baru seperti hendak membuat jambatan kedua Pulau Pinang. Kita di Kampung Gajah pun mungkin boleh buat satu tetapi tidaklah sebesar itu, kecillah. Mungkin kosnya pun tidak begitu banyak sangat, tetapi mungkin akan menjadi satu kemudahan infra yang sangat baik kepada rakyat jelata di kawasan saya.

Itulah beberapa perkara yang berhubung kait dengan kawasan saya, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh perkara pembinaan jalan-jalan baru ini dan juga pembaikan jalan pada keseluruhannya. Pada pengamatan saya, kualiti jalan-jalan raya kita ini agak mendukacitakan. Saya juga mendapat maklumat iaitu pihak rakan-rakan kita, kontraktor-kontraktor ini pun kadang-kadang mengambil untung yang begitu besar dan keterlaluan sehingga menyebabkan kualiti terpaksa di kompromi apabila membina jalan- jalan ini. Ia juga dikompromikan apabila ia dilaksanakan oleh sampai dua, tiga ataupun empat “sub-sub soi”. Mula-mula sub, selepas itu sub lagi, lama-lama “sub-sub soi”. Tinggal apa lagi tu?

Jadi, kalaulah jalan itu bernilai RM500,000 kalau sudah hampir lebih daripada separuhnya pergi kepada sub-sub kontraktor, maka tinggal separuh sahaja yang dapat dimanfaatkan dari segi materialnya dan juga labelnya. Apa yang lebih penting ialah materialnya dikompromikan – it’s being compromised! Membina jalan hanya untuk membina jalan dan kita dapati kualiti ini bukan sahaja dikompromikan di jalan-jalan di kawasan daerah yang jauh daripada bandar besar... Sila.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Salak. Apabila saya mendengar hujah Yang Berhormat mengenai “sub-sub soi” ini - sebenarnya ia “sub-sub sai”. Jadi, saya ingin...

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, “sub soi, sub sai” itu apa maknanya?

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

“Sub soi” itu air, “sai” itu habis.

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Itu bahasa apa, Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Itu saya kira bahasa pasar. Bukan bahasa Cina tetapi bahasa pasar. Saya minta penjelasan mengenai soal sub-sub kontraktor ini. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku, saya minta penjelasan, ini juga melibatkan pegawai pelaksana, pegawai pemantau yang mungkin mengkompromikan standard pembinaan itu. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju jika ada pemantauan yang ketat daripada pihak kementerian bahawa ini tidak harus terjadi - standard pembinaan jalan raya misalnya. Ini dapat dipantau dan dikuatkuasakan dengan orang-orang yang tertentu daripada pihak kementerian. Saya minta sikit penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya memang bersetuju. Apa yang berlaku di peringkat bawah kita harap dapat dipantau iaitu di peringkat technician dan jurutera. Kadang-kadang pembayaran diterima dan disahkan oleh technician atau jurutera tanpa pergi memeriksa sama ada kerja-kerja yang telah dibuat itu mengikut spec ataupun mengikut standard yang telah diluluskan.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini berlaku terutamanya saya hendak cakap jalan PLB, jalan JPS di ladang-ladang banyak begitu, termasuklah jalan yang di bawah kementerian JKR ini. Saya bersetuju sangat supaya pemantauan lebih diketatkan oleh pegawai-pegawai yang berkenaan.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Pengerusi, jadi di Kuala Lumpur pun begitu di Damansara Height, Bukit Damansara saya dapati jalan-jalan pergi ke merata taman, ke kawasan-kawasan perumahan pun begitu dan kadang-kadang saya berasa hairan macam mana jalan di kampung lebih baik daripada jalan di Kuala Lumpur. Di taman perumahan di sekitar bandar raya pun begitu. Jadi bermakna kontraktor-kontraktor yang melaksanakan pembaikan jalan, pembinaan jalan ini di Kuala Lumpur pun perlu dipantau supaya kualitinya, maknanya berbaloilah duit yang dibelanjakan oleh kerajaan itu.

Kita tidak anti kepada peniaga atau kontraktor untuk mengambil untung. Saya berpendapat 30% keuntungan adalah munasabah tetapi kalau sampai 60%, itu sudah kira tidak betullah, ya. Kalau 30% dan main kontraktor pula sub kerjanya dibagi sub kontraktor buat 10% or 12%, its okay, fair dengan izin. Akan tetapi jangan sampai 60% setengah itu pakai lesen sahaja. Dia mempunyai lesen untuk mendapatkan kontrak, selepas itu dia bagi kepada sub kontraktor. Pemegang lesen yang konon menjadi main kontraktor mengambil untung sampai 20% atau 30%, ini yang menyebabkan kualiti jalan kita itu dikompromikan.

Saya tidak mahu buka cerita jalan lebuh raya ini. Dahulu pun saya dengar, masa dahulu-dahululah, bukan masa Pak Lah ini, bukan masa Dato’ Najib, bukan masa Menteri Kewangan ini, dahulu-dahulu. Saya dengar pun cerita hebat-hebat belaka. Satu pakej, siapa hendak dapat satu pakej kena bawa peruntukan-peruntukan tertentu. Jadi ini merupakan extra kos kepada jalan yang dibina. Saya tidak hairan kos maybe berapa lebuh raya? Twelve billion? Tetapi actual kos dengan izin may not be RM12 billion, maybe less much less than that.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Gulung Yang Berhormat, gulung.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, kita tidak mahu perkara ini berlaku. Ya, zaman sekarang Barisan Nasional sekarang di bawah pimpinan Pak Lah dan zaman pimpinan Dato’ Najib ini kita maknanya sebuah kerajaan yang menggunakan wang rakyat itu setiap sen kita pastikan ianya digunakan dengan sebaik-baiknya. Tidak ada orang kata ketirisan, tidak ada pembaziran dan sebagainya. Kalau ini kita gunakan dengan peruntukan yang begitu mencukupi, tidak ada sebab mengapa Sabah tidak mendapat jalan, tidak ada sebab mengapa Sarawak tidak mendapat jalan, tidak ada sebab kampung- kampung lain masih ketinggalan termasuk di Pokok Sena, termasuk di mana lagi Machang, termasuk di mana-mana pun. Saya rasa duit cukup untuk membangunkan jalan-jalan raya dan jalan-jalan lain untuk rakyat kita. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 6:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini yang ringkas untuk menyatakan beberapa perkara yang mungkin sebelum ini pernah dibangkitkan bagi kawasan Hulu Langat.

Saya ingin merujuk kepada P.27 bawah kepala 02800 berjumlah RM86.3 juta, 30000 – Membina Jambatan Baru RM25 juta, 31000 – Membina Jalan, Jambatan Baru RM67.8 juta, 6000 – Naik Taraf Jalan Raya RM155.9 juta, 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan RM389 juta, 70000 iaitu Projek Memperelok Jalan-jalan RM93.3 juta.

Tuan Pengerusi, saya pernah membangkitkan mengenai jalan-jalan ini suatu masa dahulu tetapi Yang Berhormat Menteri menjawab jalan-jalan bawah PBT perlu mohon daripada kerajaan negeri. Apa yang hendak saya bangkitkan hari ini semuanya jalan federal. Iaitu yang pertama, Jalan Dusun Tua daripada Batu 9 ke Batu 18 yang rosak akibat daripada banjir dan juga digunakan oleh kenderaan berat, lori berat. Jadi, saya berharap dengan peruntukan yang ada tadi dapat di naik taraf dan diperbaiki. Begitu juga jalan yang sama terlalu kecil menyebabkan berlaku kesesakan terutama di pekan Batu 14, saya berharap kita dapat, kerajaan dapat menaik tarafkan iaitu membesarkan sedikit jalan.

Kedua, jalan daripada Kajang ke Beranang yang sempit yang kecil walaupun ada sebahagian daripada jalan-jalan itu dibesarkan tetapi menjadi sesak balik apabila bertemu dengan beberapa jambatan yang kecil iaitu di Rinching dan di Beranang. Maka, berdasarkan daripada peruntukan-peruntukan naik taraf tadi umpamanya pada 31000 itu kita harap dapat diperuntukkan sebahagian daripada dana untuk membina beberapa jambatan atau membesarkan jambatan-jambatan di jalan federal ini.

final • 6:15 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Pada jalan yang sama yang ketiga itu berlaku kesesakan yang teruk antara susur keluar Highway LEKAS menuju ke Broga yang melalui Taman Desa Mewah, Paling Jaya, pekan Semenyih yang perlu dibesarkan dan saya difahamkan oleh pihak JKR sudah ada peruntukan tetapi sehingga sekarang tidak dibesarkan jalan itu. Pada jalan yang sama juga saya juga difahamkan sudah ada rancangan ataupun design untuk membina jejantas merentasi jalan yang sesak itu di Pekan Semenyih iaitu untuk kanak-kanak melintas ke sekolah kebangsaan tetapi, sehingga sekarang juga belum dibina.

Kemudian, yang keempat saya juga difahamkan Highway LEKAS sudah pun merancang untuk membina susur keluar ke Bandar Tasik Kesuma. Jadi, selepas susur keluar ke jalan Bangi/Semenyih jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bila susur keluar ini dapat dibina memandangkan kesesakan yang teruk di antara susur keluar LEKAS ke Broga itu. Jadi, sekian sahaja terima kasih.

final • 6:15 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya pun hendak bercakap ringkas sahaja, hanya ingin menyentuh kepala 60000 iaitu Naiktaraf Jalan Raya dan Laluan.

Tuan Pengerusi di kawasan saya terdapat dua papan tanda yang telah didirikan oleh JKR daerah untuk menaik taraf jalan, yang pertama ke Kampung Tengah, Segamat dan yang kedua daripada Kampung Tengah ke Kampung Tugu Tiga. Papan-papan tanda ini telah didirikan saya ingat hampir satu tahun yang lalu tetapi dari segi tindakan pelaksanaannya tidak bergerak langsung, tidak ada kemajuan Tuan pengerusi. Jadi, saya melihat perkara ini seolah-olah ianya satu papan tanda yang cuba mengaburi mata rakyat dan rakyat bertanya kepada saya, apakah sebenarnya papan tanda yang didirikan ini betul- betul mahu dilaksanakan projek tersebut ataupun sebagai satu pameran sahaja.

final • 6:19 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi saya telah menghubungi JKR daerah dan mereka memberitahu dengan saya bahawa peruntukan yang asalnya telah ditarik balik dengan tanpa alasan dan ini tentunya memberikan gambaran yang kurang baik kepada imej kerajaan dan JKR itu sendiri kerana setelah papan tanda didirikan dengan begitu lama, tetapi akhirnya tiada projek yang hendak dilaksanakan. Jadi di sini saya hendak menyeru ataupun merayulah kepada JKR supaya projek ini dapat diteruskan pada tahun ini ataupun awal tahun hadapan supaya ia tidak sebagaimana yang saya katakan lebih awal tadi, sebagai untuk dipamerkan sahaja. Saya juga ingin tahu apakah sebenarnya keadaan ini berlaku. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 29 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara dalam bidang tugas Kementerian Kerja Raya di mana kita membahaskan di dalam Jawatankuasa Bajet 2009.

Saya ingin memberitahu Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya pada bajet kali ini diperuntukkan dalam P.27 adalah berjumlah 2.589 bilion iaitu merangkumi 532 bilangan projek. Apa yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kebanyakannya adalah berkaitan dengan projek-projek di mana kawasan-kawasan mereka memohon. Lagi pula ada banyak projek ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ini tidak termasuk di dalam bajet Kementerian Kerja Raya. Walau bagaimanapun saya akan cuba menjawab.

Kalau dapat kesemua pertanyaan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Kalau saya tidak dapat menjawab dengan sempurna, kita akan menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengikut senarai pertanyaan.

Nombor satu adalah Ahli Yang Berhormat dari Serian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Serian, Jalan Terabat, Morahi, sebenarnya telah pun dipohon dan diperuntukkan dalam apa yang dikatakan RM1 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa melawat Sarawak. Saya akan meneliti apa terjadi kepada projek ini. Saya tidak ada perkiraan yang lanjut.

final • 6:21 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat dari Pasir Mas, sudah pulang saya tengok. Akan tetapi saya hendak memberitahu beliau ada menimbulkan mengenai beberapa buah jambatan.

Sebenarnya Jambatan Yahya Petra, kontraknya telah pun bermula pada 16 Jun 2007 dan tarikh siap adalah pada 12 Disember 2009. Disebabkan oleh masalah pengambilan tanah dan peningkatan harga bahan-bahan binaan, lanjutan masa selama setahun telah diberi kepada kontraktor. Oleh itu tarikh siap terbaru adalah pada 12 November 2010. Setelah diambil kira lanjutan masa, kemajuan fizikal ialah 19% berbanding dengan yang dicadangkan iaitu 6%.

Tadi Yang Berhormat ada menyatakan harga ditingkatkan kepada RM60 juta, ini tidak timbul dan tidak ada. Mengenai satu jambatan lagi belum dinamakan iaitu Jambatan Sultan Ismail, kita akan pohon sama ada ini ditetapkan dan akan dilaksanakan sebelum tahun ini. Perkara yang lain adalah mengenai dengan Pasir Mas. Akan tetapi saya akan menjawab secara bertulis. Banyaklah saya tidak akan ambil masa panjang.

Kepada Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin memberitahu Yang Berhormat bahawa hari ini Yang Berhormat Menteri Kerja Raya masih di Sabah dan dalam rangka lawatan Yang Berhormat Menteri ke Sabah sampai hari ini beliau telah meluluskan kajian kemungkinan jajaran baru dari Tongod, Pinanga, Keningau. Kajian ini akan dijalankan secepat mungkin setelah juru perunding dilantik dan anggaran kos kajian adalah dijangka RM5 juta.

Pelaksanaan projek ini akan dimulakan pada tahun 2009. Yang Berhormat dari Bayan Baru telah menyatakan mengapa Jalan Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang berombak-ombak dan ini sebenarnya kita telah pun memberi peruntukan RM5 juta untuk melaksanakan masalah undulating ataupun berombak-ombak jalan ini dan akan dilaksanakan tahun hadapan. Yang Berhormat Bayan Baru juga mengenai projek naik taraf Jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia adalah satu projek di mana kita ada satu Jawatankuasa Pemantauan di mana saya menjadi pengerusinya iaitu ‘Projek Sakit’.

Kita dalam jawatankuasa ini telah pun memutuskan projek ini akan ditender semula supaya ia dapat dilaksanakan untuk rakyat jelata.

final • 6:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Labuan minta jalan.

final • 6:21 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai penaikan taraf jalan, sepertimana yang dinyatakan tadi ingin saya mencelah sedikit. Mengenai sebuah penaikan taraf jalan di Pulau Labuan. Iaitu di mana satu jalan di antara jalan Pohon Batu Simpang Tamu ke Pancur Hitam. Projek tersebut telah pun diaward kepada salah sebuah syarikat dari PJ Selangor yang bernama Pertama Makmur Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2006 dan dijangka siap pada 15 Disember 2008 iaitu pada bulan hadapan sepatutnya siap.

final • 6:21 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Masalahnya projek tersebut sampai hari ini tak banyak yang dilaksanakan cuma yang kita lihat ada site clearing sahaja sedangkan kalau dikira, projek tersebut harus siap pada 15 Disember tahun 2008. Seperti mana yang kita lihat dalam perbelanjaan yang telah pun diperuntukkan pada tahun 2006-2007 perbelanjaan sebenar adalah RM12, 508,621 juta. Bermakna saya rasa kalau perbelanjaan sebenar kewangan tersebut telah pun dibelanjakan tetapi kenapa sampai hari ini cuma site clearing sahaja yang dilaksanakan di mana pemantauan yang dilaksanakan oleh JKR sehingga kini projek itu tidak berjalan.

Yang kedua, apa yang saya difahamkan kontraktor tersebut memohon untuk mutual termination dengan izin. Adakah dalam kontrak mutual termination ini dibenarkan dan kalau tidak dibenarkan adakah projek tersebut akan di tender semula secara open tender yang mana saya rasa kontraktor yang didatangkan daripada Petaling Jaya Selangor ini memang mendapat banyak projek di Labuan tetapi hampir kebanyakan projek yang dilaksanakan, kebanyakannya delayed atau terlambat. Jadi bukanlah satu kontraktor yang begitu baik dan mantap. Saya rasa kalau kontraktor-kontraktor Kelas A di Labuan diberikan peluang mereka juga saya rasa boleh melaksanakan lebih baik daripada kontraktor yang telah pun diberikan projek tersebut. Untuk tahun 2009 tinggal RM26,500 anggaran. Jadi...

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Pengerusi, siapa yang jawab soalan ini? Adakah ini jawapan ataupun jawapan diberikan oleh kementerian?

final • 6:30 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Tak, apa yang kita lihat di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah peruntukan yang telah diadakan. Adakah peruntukan ini sebahagiannya telah pun dibelanjakan sedangkan projek tersebut masih baru site clearing sedangkan rakyat di Labuan mengharapkan jalan tersebut disiapkan dengan baik.

Apakah cara pemantauan kepada kontraktor tersebut? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jasin. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tadi tentang projek sakit Yang Berhormat Timbalan Menteri jadi pengerusinya. Ini kemungkinan kita membuat kesilapan dalam memilih kontraktor-kontraktorlah tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa Kementerian Kerja Raya sebenarnya menerima peruntukan mengurus dan juga pembangunan yang berjumlah cukup besar sebanyak RM3.9 bilion. Jadi peruntukan yang besar ini kepada kementerian-kementerian sering kali tidak mencapai sasaran kerana kelemahan pengurusan dan juga sistem penyampaian kita khususnya dalam pelaksanaan projek dan juga dalam masa yang sama tentang pembayaran.

Saya ingin tahu apakah sasaran peratus pencapaian kementerian bagi tahun 2009. Selepas itu bagaimanakah prestasi pelaksanaan projek KKR dalam tahun 2008 berbanding dengan peruntukan yang kita sediakan. Jadi banyak peruntukan ini yang orang sana tak dapat, yang sini tak dapat. Jadi berapa lebihan kita? Siapa punya kesilapan dan apakah peratus pencapaian kita? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, saya...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Jawab dahulu.

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Nanti saya lupa hendak jawab.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey, baik saya tunggu.

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terlalu banyak. Jadi mengenai projek itu saya perlukan detail. Berikan saya detail supaya saya dapat siasat. Yang tadi dikatakan prestasi kementerian tahun lepas sebenarnya kalau kita lihat prestasi kementerian adalah second base whole nation. Kita yang kedua terbaik sehingga 96% kita laksanakan semua projek.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau itu saya ucap tahniahlah tapi ada banyak sungutan yang saya terima, banyak kontraktor belum dapat pembayaran. Maknanya kalau belum bayar prestasi kita mesti rendah.

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, sebenarnya kalau Yang Berhormat dapat differentiate kadang-kadang projek yang bukan di bawah Kementerian Kerja Raya.

Itulah masalah. Mungkin itu di bawah Kementerian Pelajaran yang sekolah-sekolah ini ataupun Kementerian Kesihatan iaitu hospital-hospital. Hospital sakit bukan bangunan sakit. Sekolah sakit mereka bawa kementerian kita. Kita jadi pakar pesakit untuk projek- projek.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya boleh sambung sedikit. Boleh? Sebenarnya pada ketika ini kalau dalam pembinaan bangunan, mana-mana kementerian yang buat pun orang akan salahkan JKR juga...

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Betul.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

... kerana JKR mempunyai kepakaran.

Jadi saya hendak cadangkan kalau boleh apa juga pembangunan, daripada mana juga kementerian yang melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan seharusnya dijalankan oleh JKR. Selain daripada mereka mempunyai kakitangan pakar, JKR sebenarnya adalah

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

mempunyai autoriti. Apa yang terjadi pada ketika ini banyak daripada projek yang menghadapi masalah daripada kementerian tidak membenarkan jurutera-jurutera JKR membuat pemantauan. Kononnya ia adalah 100%di bawah penguasaan daripada kementerian tersebut. Macam mana pandangan Yang Berhormat?

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya setuju Yang Berhormat sebab Kementerian Kerja Raya kita ada 800 para profesional pakar dan kakitangan berjumlah 15,000. Kita mampu membuat semua pembangunan infrastruktur di negara kita ini. Saya terus sebab banyak ini.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta jalan?

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Oh ya. Pendek sedikit ya.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya sedikit tentang dikatakan maintenance dan menaik taraf atau kerja untuk penyelenggaraan. Saya difahamkan dahulu JKR ada bagi kontrak kepada kontraktor untuk menjalankan kerja membaiki ataupun menaiktarafkan jalan persekutuan di bawah JKR ini dibagi kontrak satu tahun dan prestasinya atau kerjanya dapat dikawal.

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa di Melaka, JKR berikan kepada satu syarikat 15 tahun sekali gus untuk menjalankan kerja untuk menaik taraf dan juga membaiki atau maintenance untuk jalan-jalan di Melaka. Saya nampak jika kita bagi kontrak begitu yang panjang sangat, apakah cara yang dapat kita lakukan untuk mengawal syarikat ini dan kita juga tidak beri peluang kepada lain-lain syarikat untuk menyertai atau mendapatkan kontrak. Jika syarikat ini tidak mampu menjalankan kerja ini seperti Yang Berhormat daripada Pasir Salak katakan dia akan sub-sub kepada lain. Mana boleh dapatkan kerja yang baik jika di subkan kepada dua tiga kontrak. Sebab itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit tambahan.

final • 6:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Seperti mana yang saya nyatakan tadi mengenai projek jalan di Labuan. Projek jalan tersebut bukan sahaja gagal tetapi boleh dikatakan lumpuh yang mana seharusnya siap pada bulan Disember 2008 tapi sampai saat sekarang, 25% pun tidak sampai yang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut.

Jadi apakah tindakan kerajaan sebenarnya sehinggakan menunggu sampai hampir dua tahun, sampai saat ini pun tidak ada ketentuan diberikan oleh kerajaan kerana yang kita lihat duit sudah pun dibelanjakan sedemikian dan juga diharapkan apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan supaya projek jalan tersebut dapat disiapkan. Kalau dikirakan siap pada waktunya tidak mungkin tapi apakah tindakan yang akan diberikan kepada kontraktor tersebut supaya di masa-masa yang akan datang kontraktor-kontraktor yang lain juga tidak seperti kontraktor-kontraktor yang laksanakan projek tersebut. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Tadi, saya katakan kalau dapat beri saya butiran, saya dengar tadi memang ada masalah di sana. Mungkin ianya masalah service line. Bagi tahu saya detail, saya akan menyiasat.

Boleh? Di sini saya tidak boleh selesai.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Saya akan berikan detail.

final • 6:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Okey, saya tidak boleh selesaikan apa-apa di sini.

Okey terima kasih. Yang Berhormat Bayan Baru juga...

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan. Untuk membantu Yang Berhormat Labuan.

final • 6:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Akan sampai kes...

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Menyampuk] Bukan Putatan punya. Apa yang ditimbulkan oleh...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Duduk balik.

final • 6:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Saya akan jawab apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Putatan nanti. Projek Penang Outer Ring Road, statusnya adalah masih dalam proses pertimbangan Unit Perancang Ekonomi. Untuk Butterworth Outer Ring Road, tol di Sungai Nyior, kita belum dapat hapuskan tol ini kerana kita terikat dengan konsesi perjanjian. Kalau kita hapuskan tol, mereka mungkin akan menghadapi masalah pembayaran balik semula pinjaman mereka.

Yang Berhormat dari Gelang Patah, fasal Klinik Kesihatan Taman Universiti Skudai. Projek ini telah pun ditawar pada 19 November tahun ini dan tarikh pembinaan mungkin mulai Disember dan akan siap pada 3 Jun 2010. Yang Berhormat Batu Gajah, laporan kajian pengeluar kadar tol ini adalah satu kajian yang dibuat oleh beberapa orang dalam jawatankuasa ini. Saya tidak dapat pastikan ianya boleh dipapar atau berikan kepada semua, tetapi pada hemat saya perjanjian konsesi - kerajaan telah pun declassified dan mungkin akan dikeluarkan dari sekatan OSA pada Januari tahun depan. Mungkin semua dalam konsesi kontrak ini, kita boleh lihatlah. Perjanjian ini di antara beberapa orang committee ini mungkin Yang Berhormat boleh menulis kepada pihak konsesi, hendak minta. Kita sebahagian dari perjanjian sahaja.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 6:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sangat terkejut dengan jawapan itu. Kalau tidak silap bulan lima atau bulan enam, apabila menteri berada di dalam Dewan, kita seolah-olah diberitahu akan ada satu kadar baik ekoran daripada hasil kajian jawatankuasa. Kita diminta tunggu, Menteri kata tunggu.

Kementerian sudah tubuhkan jawatankuasa.

Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri pula kata itu seolah-olah tidak penting lagi sebab dokumen terma-terma kontrak konsesi itu akan declassified. Saya rasa, hasil kajian jawatankuasa itu sangat penting sebab di sana akan dapat maklumat-maklumat yang begitu penting; unjuran trafik, kutipan tol bagi setiap plaza-plaza tol tersebut, pengurusan kewangan oleh konsesi-konsesi ini. Jika sudah ada terma-terma kontrak tersebut, buat apa lagi tubuh jawatankuasa itu.

Sekarang sudah ada penubuhan jawatankuasa oleh kementerian, itu menunjukkan ada peranan penting yang boleh dimainkan. Tentu ada maklumat yang sangat penting sebab kita dihebohkan kemungkinan penurunan tol kerana jawatankuasa telah ditubuhkan.

Hari ini kita dengar hanya diskaun sahaja. Kita tidak boleh paksa konsesi plaza tol diskaun jam 12 tengah malam sampai 7 pagi mulai 1 Januari.

Jadi, mesti accountable sudah kata akan ada hasil keputusan. Maklumkan dalam Dewan apakah points yang penting yang dijumpai hasil daripada jawatankuasa tersebut.

final • 6:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi saya, saya ingin ucapkan terima kasih kepada PLUS fasal menurunkan kadar tol. Ini kerana, saya telah pergi banyak negeri, banyak luar negara saya pergi. Baru-baru ini saya kena pergi Amerika, saya lihat tol kita yang paling termurah sekali dan paling terbaik sekali.

Akan tetapi saya hendak cakap di sini sekarang tentang syarikat konsesi lebuh raya ini yang tidak patriotik langsung. Sekurang-kurangnya PLUS telah menurunkan harga dia.

Kenapa syarikat konsesi ini tidak turunkan harga ini dalam keadaan kita menghadapi zaman yang sukar.

Kedua saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Jasin kita ada sebuah tol yang telah dibiayai oleh syarikat pemaju, dia keluar semua belanja, RM40 juta dia keluar belanja. Dia buatkan jalan, dia buatkan tol supaya tanah dia maju. Akan tetapi

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

apa yang kita lihat, jalan tersebut tidak mengikut spesifikasi JKR. Sekarang jalan itu dah hancur. JKR tampal, balik-balik tampal. Jadi, kita kereta telah rosak, orang tidak hendak datang dekat Jasin. Saya hendak minta pandangan daripada JKR, apakah tindakan perlu yang patut kita buat untuk tol Jasin?

final • 6:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Okey, pasal tol Jasin ini, saya akan memberitahu pihak LLM supaya membuat semakan dan kita tengok bagaimana jalan boleh diperbaiki.

Pasal Yang Berhormat dari Batu Gajah, sebenarnya apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari ialah kita telah pun menubuhkan satu jawatankuasa membuat kajian untuk diambil keputusan oleh pihak Jemaah Menteri. Keputusan telah diberi.

Keputusan yang pertama adalah declassificationkan perjanjian konsesi dan harga tol-tol ini telah pun kita nampak ada keputusan di mana PLUS telah memberikan diskaun.

Mungkin tidak dapat memuaskan semua hati tetapi ianya adalah satu permulaan. Saya harap Yang Berhormat akan faham. Pihak syarikat konsesi juga ada tanggungjawab, hendak bayar pinjaman mereka dan juga untuk menyelenggarakan jalan-jalan. Semuanya perlu dibuat.

final • 6:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Timbalan Menteri macam wakil suara bagi konsesi ini.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Eh! Tidak, tidak.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Begitu simpati dengan konsesi-konsesi di mana sepanjang masa di mana kontrak itu telah berpihak kepada konsesi.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Jangan, jangan cakap macam itu.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tidak macam itu?

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tidak. Jangan cakap macam itu.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia tiada niat macam itu Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Batu.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tidak baiklah, jangan cakap macam itu.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hanya nak bangkitkan isu diklasifikasikan perjanjian itu. Itu hanya untuk orang awam supaya mereka dapat tahu isi apakah kandungan dalam perjanjian itu tapi bagi kerajaan, itu bukan isu. Yang orang awam sekarang nak tunggu itu ialah bagaimana dalam perjanjian dengan concessionaire ini dapat diubah supaya rakyat tidak dibebankan dengan tol yang tinggi. Sebenarnya kita tidak perlu menunggu di klasifikasi ini untuk mengetahui kandungan dalam perjanjian ini sebab kandungan ini sudah diketahui oleh rakyat dan sudah diketahui oleh ramai Ahli Parlimen di sini. Hanya sekarang kita tak boleh gunakan kandungan ini secara public kerana di bawah OSA.

Yang kita harus di depan kita ialah bagaimana kita dapat satu perjanjian yang tidak memihak kepada kerajaan dan tidak memihak kepada pembayar cukai. Itu isunya dan di klasifikasi ini tidak akan mengubah realiti perjanjian yang berat sebelah ini. So apa yang kita ingin tahu ialah, apakah langkah-langkah seterusnya kerajaan akan ambil memandangkan syarat-syarat dalam perjanjian amat tidak menguntungkan rakyat. Apakah cadangan kerajaan untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan beban rakyat? Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Ini adalah satu permintaan di mana saya belum dapat menjawab untuk kerajaan.

Okey, kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Jerlun banyak menyentuh pasal projek...

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya. Terkejut Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf. Saya nak tanya sama isu yang lain saya bangkitkan telah habis dijawab...

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta laluan tadi tidak dibagi tetapi dengan Yang Berhormat Batu Gajah balik-balik bangun lagi. Seharusnya jangan bagi dia peluang lagi. Dia sudah banyak berdiri.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ya. Bagi chance dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menghabiskan penggulungan.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak tanya sama ada isu yang saya bangkitkan telah selesai? Diskaun oleh PLUS tersebut apakah ada kajian dibuat selamat untuk perjalanan daripada 12 tengah malam hingga 7 pagi? Apakah ada kajian yang dibuat, apakah selamat untuk pengguna? Itu semua akan dijawab?

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Kita akan ambil ini untuk kaji adakah betul atau tidak.

Kalau tidak saya jawab sekarang pun tak guna. Tidak akan memuaskan hati.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini orang ramai di luar sebenarnya amat tidak berpuas hati dengan kononnya corporate social responsibility itu.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Betul.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi tak boleh tangguh lagi jawapan. Ada kajian dibuat atau tidak? Traveling at midnight hours, apakah selamat?

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat, you tanya baru sekarang one minutes, three minutes again. Mana dapat saya kata ya, ada. Belum ada lagi kan.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Jawab secara bertulis Yang Berhormat ya.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, kita akan buat secara bertulis. Saya nak bagi Putatan dululah. Nanti dia marah saya.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia marah sudah itu Yang Berhormat.

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya. Begitulah. Jangan bagi Yang Berhormat Batu Gajah balik-balik itu dia punya soalan itu lain daripada yang dia bahaskan tadi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang soal saya ini yang penting.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Dia cemburu. [Ketawa]

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Ketawa] Yang Berhormat Shah Alam buat apa ini toleh-toleh belakang ini? Tak ikut peraturan mesyuarat? Saya pandang dengan Tuan Pengerusi ini.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Menyampuk] [Ketawa]

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, persoalan saya tadi itu, yang soal oleh kerana sudah keterlaluan di depan ini. Soalan saya tadi itu adalah yang pasal projek-projek yang tidak dapat disiapkan dengan masa-masa yang tertentu. Jadi adakah Yang Berhormat sedar ataupun tidak bahawa satu perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Pasir Salak iaitu mengenai dengan subkontraktor- subkontraktor yang mungkin tidak dapat menyiapkan projek-projek tersebut kerana kekurangan peruntukan disebabkan oleh percentage yang telah diambil dan ditolak-tolak.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Jadi persoalan saya, adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk mengkaji balik undang-undang bahawa apabila kontrak projek yang dibagi itu supaya ianya tidak boleh disubkontrakkan.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu ini dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan belum dijawab lagi.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tidak, tidak. Ini tidak termasuk.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Belum dijawab lagi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Ini berpanjangan kepada Yang Berhormat Labuan punya isu.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Isu Yang Berhormat Labuan telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ianya perkara spesifik dan memohon agar Yang Berhormat Labuan agar mengemukakan detail kepada kementerian.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Pasir Salak tidak tanya soalan ini.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak belum dijawab lagi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ikut sequence yang baru Ahli Yang Berhormat...

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tapi dia tidak soal, dia tidak soal tadi ini?

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

...Ahli Yang Berhormat ialah Yang Berhormat yang ketujuh daripada 29 Ahli Yang Berhormat yang berucap tadi Yang Berhormat. Jauh lagi, jauh ke bawah lagi. Belum sampai ya.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Okey.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tak ada yang perlu respons kepada Yang Berhormat Putatan. Ya Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Saya rasa dengan jawapan yang telah diberikan tadi terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Kesimpulan yang boleh kita buat ialah bahawa tidak ada satu kajian yang dibuat daripada segi implikasi bila kita galakan ramai untuk memandu selepas pukul 12 malam demi nak dapatkan rebat ataupun diskaun itu. Bererti bahawa keputusan itu dibuat tanpa membuat satu kajian dan saya ingin kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan adakah begitu.

Tidakkah sepatutnya kajian dibuat dulu baru? Kemudian baru kemukakan satu cadangan dan ini menunjukkan kepada sayalah, tak ada sebenarnya walaupun Yang Berhormat Putatan mengucapkan tahniah dan terima kasih. Oh! Bukan Yang Berhormat Putatan ke tadi? Siapa tadi, ada seorang lagi Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Jasin.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Jasin.

Sebenarnya hakikatnya, ianya amat mendukacitakan. Kita inginkan kadar-kadar tol kalau kita lihat macam dekat Shah Alam itu sampai rumah tol itu dah jadi berlapis. Bila berlapis itu maknanya traffic flownya, jumlah kenderaannya melebihi design asal, melebihi jangkaan asal. Lalu bererti bahawa traffic flow dan jumlah kereta adalah lebih besar dan lebih banyak dan kalau begitu, maka mengapa satu diskaun yang serius, yang betul-betul prihatin, yang betul-betul bertujuan untuk nak beri supaya boleh dinikmati tak boleh diberikan oleh kerajaan ini. Ini soalan dia, baik. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Sebenarnya saya tidak ada dalam jawatankuasa ini. Mungkin saya tidak tahu ada kajian atau tidak. Ini fakta sebenar.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat nak bagi ke? Yang Berhormat Pokok Sena ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:50 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Boleh, saya bagi Yang Berhormat Pokok Senalah.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pakar traffic dan pengangkutan daripada Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan USM.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Di sini memberikan komen bahawa hasil kajian yang dibuat oleh pihak USM menunjukkan bahawa kadar kemalangan pada waktu malam itu banyak berlaku dan dibimbangkan pula orang banyak hendak menggunakan pada waktu malam selepas pukul 12, maka kemalangan akan berlaku dan juga kes-kes samun juga akan berlaku. Semalam kalau tidak silap saya, saya terbaca berkaitan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya juga membuat kajian menunjukkan bahawa memang berlaku kadar kemalangan yang tinggi pada waktu malam. Jadi bagi saya bahawa keputusan untuk rebat 10% hanya selepas pukul 12.00 malam itu tidak memberikan manfaat besar kepada pengguna dan sebaliknya bahawa 90 pengguna lain mengguna pada waktu sebelum pukul 12.00 malam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Hanya 10% sahaja kalau ikutkan kajiannya daripada 800,000 kenderaan yang digunakan hanya 10% mengguna selepas pukul 12 malam. Jadi saya kira bahawa pihak kerajaan tidak membuat satu penelitian daripada hasil kajian itu hanya sekadar untuk memberikan rebat ataupun diskaun sekadar 10%. Bagi saya ini tidak menguntungkan pengguna sebaliknya saya bersetuju dengan rakan Yang Berhormat Batu Gajah nampaknya kerajaan lebih pro company, pro-syarikat pro kepada rakyat.

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada dalam jawatankuasa oleh itu tidak tahu sama ada kajian dibuat atau tidak jawapan itu langsung tidak boleh diterima. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri jujur. Ini semua maklumat mesti sedia ada kerana baru diumumkan berkenaan diskaun yang diberi. Kalau tidak tahu maklumat yang begitu penting, sama ada kajian dibuat atau tidak dan telah banyak bantahan dan puas hati yang dikeluarkan oleh orang ramai dan persatuan Yang Berhormat, Yang Berhormat masih tidak ambil perhatian ini menunjukkan Yang Berhormat Timbalan Menteri maaflah leka dalam tanggungjawab. Itu yang paling asas. Kalau pihak sini bertanyakan sama ada kajian dibuat atau tidak, Yang Berhormat kata tidak tahu, itu tidak boleh diterima langsung. Akhirnya soalan terakhir sahaja, apakah Yang Berhormat puas hati dengan 10% diskaun tersebut?

Itu senang sahaja. Saya harap boleh jawab.

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Pokok Sena tadi, terima kasih atas cadangan tadi pendapat beliau dan Yang Berhormat Batu Gajah kalau kita cakap betul, jujur pun salah. Memang saya tidak puas hati dengan rebate 10%. Saya sendiri pun bayar tol. Yang Berhormat Puchong pun ada menjemput...

final • 7:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Pengerusi...

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya pun bayar tol, setiap hari, setiap minggu saya balik Kuching, saya bayar tol, saya pun bayar.

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi sepatutnya berapa percent diskaun?

Apa boleh dibuat untuk kita sama-sama boleh diringankan beban bayaran tol ini? Yang

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Berhormat Timbalan Menteri adalah seorang Timbalan Menteri dalam kementerian, tentu boleh buat sesuatu.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai isu tol ini, saya fikir kita tidak perlu politicize perkara ini. Yang Berhormat Batu Gajah, saya sudah soal dalam surat khabar saya sudah minta kementerian kaji balik semula. Saya sudah bangkitkan perkara ini beberapa hari yang lalu. Apa lagi yang hendak buang masa pro, pra, pro, pra.

Kita hendak minta political mileage ke? Bagilah peluang jawablah apa yang patut dijawab, apa masalah rakyat kita jawab. Berkenaan dengan tol, saya fikir dari Barisan Nasional kita sudah soalkan perkara ini minta kaji balik semula, itu sahaja, saya harap cukuplah Tuan Pengerusi. Tidak perlu politics perkara ini, dia hendak tuju pagi esok keluar surat khabar ke, tunjuk dengan rakyat, saya sudah soal perkara ini. Kita sudah soal, tidak perlu hendak pro, pra, pro, pra, buat apa? Tidak ada hasil pun. You ada baca surat khabar tidak beberapa hari yang lalu, saya sudah soal. Perkara ini saya kata kita sebagai Barisan Nasional saya tidak setuju kalau malam pukul 12.00 malam sampai besok pagi sampai pukul 7.00, kita tidak setuju itu sahaja.

final • 7:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

You diamlah, you cakap pun tidak ada hasil punyalah. [Ketawa]

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Pengerusi, boleh saya tanya soalan?

final • 7:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya masuk?

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, cuba tengoklah...

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Cepatlah Yang Berhormat Puchong.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Menteri cakap dua, Ahli-ahli Yang Berhormat cakap 10.

final • 7:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada satu soalan...

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, saya akan teruskan. Nanti Yang Berhormat Puchong ada giliran, saya akan jawab.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bagi peluang Timbalan Menteri jawab dahululah. Tidak ada baru jangan jawab, Timbalan Menteri tidak payah jawab perkara baru kalau tidak dibangkitkan dalam perbahasan tadi.

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Jerlun ada kata berkaitan dengan kesesakan di plaza-plaza tol, memang betul kita akan menambahkan lorong-lorong untuk elektronik Touch’ n Go dan Smart Tag. Pembangunan Pulau Layang-Layang landasan kapal terbang di Pulau Layang-Layang. Ini adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan sekarang kita akan memanjangkan landasan ini dari 1,067meter ke 1,637 meter. Ianya telah dibuat dalam tahun 2003 dengan jumlah kos RM34,86 juta. Yang Berhormat bagi Parit Buntar...

final • 7:00 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon...

final • 7:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baca sahajalah, yang lain jawab secara bertulis.

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih...

final • 7:00 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi itu saya tanya mengenai landasan kapal terbang di Pulau Layang-Layang. Itu bukan mengenai hendak dipanjangkan, tetapi dinaiktarafkan supaya pesawat F50 boleh menggunakannya.

Maksudnya ia memerlukan soket angin, lampu, dan juga bekalan fire engine untuk dinaiktarafkan. Yang keduanya soalan saya mengenai Jalan Jitra -Kodiang bagaimana agaknya? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan jawab secara bertulis. Saya hendak habiskan pada malam ini.

Yang Berhormat Kuala Krau iaitu kawasan rehat di Plaza Tol oleh pihak MPD untuk membersihkan R&R di kawasan MTD ianya akan bagi kepada kontraktor tempatan, keutamaan akan diberi. Selenggara jalan-jalan di kawasan Kuala Krau juga kita syarikat konsesi juga menjalankan rondaan dan jika terdapat kerosakan dan path hole mereka akan mengambil tindakan.

final • 7:00 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat dari Sepanggar pula membangkitkan tentang menurap 5500 kilometer jalan di Sabah, Menteri baru-baru ini telah pun mengumumkan di Sabah, saya belum ada detail, dan kita akan memberi secara bertulis. Kerosakan utama bangunan utama di jubin, dinding, wall tile bangunan kerajaan, saya akan menelitinya, ini adalah satu projek bangunan.

Yang Berhormat dari Arau ada mencadangkan satu jalan yang di mana kita akan hubungkan Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, biar saya habis ini dulu.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah ganggu Yang Berhormat, kita ikut yang berbahas, dia jawab ikut itu sahaja.

final • 7:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sudah lalu ke? Nanti saya habis ini dan saya akan pergi.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Pengerusi tadi saya ada bahas tadi tentang Kuala Krau..

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini dia Arau ni kan? Arau Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sehingga hujung tahun ini telah pun kita belanjakan RM25 juta melibatkan 150 pihak kontraktor di kawasan Arau. Saya bagi dia sebab saya baru lepas...

final • 7:10 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta maaf tadi saya terlewat sikit masuk semasa Timbalan Menteri menjawab tentang Kuala Krau. Tentang pelebaran jalan simpang Kampung Awah dan juga ke Jengka Lapan dan juga sampai ke Pusat Pelancongan Gunung Senyum.

Ini jalan yang sangat merbahaya, cerunnya dah banyak runtuh. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap jalan ini yang perlukan naik taraf. Yang keduanya tentang saya sebut juga tentang pembinaan jalan, pelebaran jalan telah dilakukan tetapi pembinaan atau pelebaran jambatan belum dilakukan menyebabkan keselamatan pengguna ada yang terbabas masuk dalam sungai dan sebagainya. Ini yang saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya tadi saya telah pun katakan saya akan menjawab secara bertulis yang jalan raya sudah dilebarkan, jambatan masih belum dilebarkan, dibesarkan. Yang ini kita akan ambil perhatian.

Yang Berhormat Arau juga bercakap pasal kontraktor Kelas F, mengambil kontrak dari main kontraktor ini. Kita telah pun menjalankan satu kaedah yang baru di mana projeknya berjumlah RM10 juta ke atas, mereka perlu bagi 10% kepada kontraktor Kelas F.

Bahagi-bahagi, agih-agihkan kepada semua kontraktor Kelas F yang telah pun diiktiraf oleh CIDB, bukan sebarang, dan kontraktor ini adalah kontraktor tempatan di mana projek diadakan. Tiap-tiap kontraktor Kelas F ada dibagi projek berjumlah RM200 ribu ke bawah dan juga bayaran akan terus kepada subkontraktor, tidak lagi melalui kontraktor.

Kita tahu banyak telah berlaku di mana subkontraktor tidak terima bayaran. Yang Berhormat Pokok Sena telah pun menyentuh perkara IBS. Ini adalah satu komponen, satu

final • 7:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

pembangunan industri pembinaan di mana kerajaan telah pun menetapkan semua kerja kontrak, kerja bangunan di kontrak kerajaan akan menggunakan IBS 70%.

Sebenarnya kalau kita gunakan IBS dengan sistem ini industrial building system dengan baik, ianya kan mengurangkan masa produktiviti dan juga tidak tahu di mana Yang Berhormat mengambil satu detail ianya mungkin lebih mahal tetapi dalam kajian kita, kita tahu ianya akan menjadi lebih murah.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengambil contoh satu pelaksanaan projek IBS yang dibuat di bawah Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran lebih awal membuat pelaksanaan projek IBS untuk pembinaan blok tambahan dan juga sekolah baru.

Umpamanya satu projek untuk zon di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, diberikan sebanyak 45 buah bangunan tambahan dan lima buah bangunan sekolah baru diberikan hanya kepada satu syarikat di Ibuzawa dengan kosnya, saya nak sebutkan kos RM850 juta. Kalau saya lihat bahawa satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ibrahim Yaakob, Batu 5, Jalan Ipoh, kos dia RM5 juta. Kalau ini sekolah baru, bermakna kalau 5 buah sekolah, RM25 juta, bermakna yang lain itu hanya untuk bangunan- bangunan tambahan.

Jadi keseluruhan kos bawah IBS ini di bawah Kementerian Pelajaran ini yang Kementerian Kerja Raya menjadi pemantau kepada pelaksanaan projek ini, maknanya membelanjakan RM850 juta dan diberikan hanya kepada satu syarikat kontraktor iaitu Ibuzawa. Ini tidak tahu siapa punya syarikat, siapa punya kompeni, siapa yang ada kepentingan dalam Ibuzawa. Maknanya ada dua isu, saya katakan dalam konteks ini bahawa satunya diberi kepada satu syarikat. Adakah pihak JKR boleh bersetuju menerima bahwa keputusan Kementerian Pelajaran itu satu yang terbaik, padahal sepatutnya boleh diagihkan kepada ramai lagi kontraktor-kontraktor di dalam negara kita.

Keduanya ialah persoalan harga, itu saya katakan bahawa saya berasaskan kepada satu pembuktian kepada saya bahawa RM850 juta, ini bagi saya satu kos yang sangat tinggi. Minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dalam roadshow IBS dan kerajaan telah pun memutuskan ianya akan menggunakan 70%. Dulu mungkin pasal Yang Berhormat tahu ini 50% saja, dia belum gunakan sampai 70%. Pada masa ini kita ada 119 pengilang pembuat komponen IBS, tidak ada monopoli di sini, 119 dan seramai 895 kontraktor yang aktif dalam pelaksanaan IBS. Ramai juga kontraktor yang menjalankan menggunakan IBS dan kita akan membangunkan lebih ramai pengilang bumiputera untuk menyokong pelaksanaan dasar ini. Akan tetapi figures tadi saya mungkin tidak dapat jawablah, saya baru terdengar tadi.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Baru- baru ini pada 12 November ada rancangan Bersama Menteri, Menteri Kerja Raya, saya difahamkan ada 160 aduan melalui SMS, semuanya berkaitan dengan IBS, ketidakpuasan hati dan ada masalah-masalah yang berkaitan dengan IBS. Jadi apa tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam respons terhadap 162 aduan melalui SMS di dalam rancangan Bersama Menteri baru-baru ini, berkaitan dengan IBS.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Semua SMS ini kalau dituju ke dalam TV show itu, Bersama Menteri, pihak CIDB meneliti semua aduan ini, saya harap mereka ambil tindakanlah.

Yang Berhormat Ledang bertanya adakah CIDB diswastakan atau tidak. CIDB ialah satu board dalam Kementerian Kerja Raya dan dikuasai government dan badan berkanun dan adalah serve financing juga di mana segala belanjawan ditanggung keseluruhannya daripada pendapatan CIDB.

Yang Berhormat Ledang juga tanya pihak LLM akan diswastakan atau tidak, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Lebuh Raya Malaysia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan)

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

  1. Tidak ada sebarang peruntukan belanja mengurus diperuntukkan kepada LLM memandangkan LLM merupakan sebuah agensi biayaan sendiri. Lain-lain hal yang dibawa oleh Ledang, kita akan menjawab secara bertulis.

Yang Berhormat Machang ada timbulkan status jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini akan diteruskan dengan kaedah runding terus untuk 58% - 20% untuk kontraktor bumiputera dari Kelantan dan 22% untuk bumiputera terbuka. Jajaran yang akan dibina adalah mengikut jajaran baru kecuali di kawasan berhampiran di Kota Bharu di mana struktur bertingkat akan dibina.

Persimpangan bertingkat di persimpangan dengan jalan sedia ada akan dibina. Projek ini akan dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Skopnya masih dalam perbincangan dengan agensi-agensi pusat iaitu UPE, JPM dan Kementerian Kewangan sama ada dua atau empat lorong belum ditetapkan lagi.

Selanjutnya mengenai laluan maut jalan Kuala Krai-Gua Musang untuk memasang papan tanda, sebenarnya kita telah menambah papan tanda. Bila Yang Berhormat pergi?

Ada tidak tambah papan tanda?

final • 7:20 PM

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail - Machang

Kebetulan saya belum lalu di situ, Yang Berhormat. Saya memandu dari Machang ke Kuala Lumpur.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sudah tambah baru-baru ini. Kalau tidak ada tambah, beritahu kita.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggulah, Machang, tambah.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Minggu depan pun boleh. Saya pun tiap-tiap minggu balik ke kawasan saya.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tengok tambah kah tidak tambah.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Deputy Speaker juga. Kita semua balik Sarawak tiap- tiap minggu. Kita akan buat ini menyediakan reka bentuk papan tanda destinasi dan arah yang lebih jelas.

final • 7:20 PM

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh? Pendek sahaja berkenaan dengan jalan Kuala Krai ke Kota Bharu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab hampir keseluruhan perkara yang saya timbulkan.

Perkara itu cukup jelas. Cuma bila jangkanya kerja-kerja awal itu akan dibuat sambil keputusan di peringkat EPU dan kementerian dilakukan. Bila agaknya? Jadi mudah bila saya berdepan dengan rakyat di kawasan saya. Saya boleh menyarankan dengan terang tentang perkara ini. Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Machang, tidak ada catatan bila.

Saya tidak dapat jawablah. Kita akan bagi secara bertulis. Pegawai akan bagi. Yang Berhormat Putatan sudah keluar, tidak sabar lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Putatan masih ada.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Masih ada?

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Oh ya, ya. Trafik di Jambatan Petagas. Yang ini Putatan ada serupa dengan kawasan saya di Stampin di mana kita ada airport, Kuching Airport di Stampin, KK Airport di Putatan, ada juga jejambat. Sama juga dia ada Jejambat Kenyalang di Kuching, BDC dan saya faham apa yang diperlukan oleh kawasan ini kerana kesesakan trafik. Bagi Yang Berhormat, kita akan bina dalam projek naik taraf Jalan Kepayang, Fasa 1B yang baru bermula pada bulan Oktober. Ada mulakah? Kerja-kerja penanaman cerucuk sudah pun bermula. Jambatan ini adalah tambahan kepada dua jambatan sedia ada dan dijangka siap akhir 2009.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya kagumlah, bangga dengan jawapan kementerian bahawa apa yang dijawab tadi itu saya sudah cakap ini sedang dilaksanakan. Itu bukan jawapan yang sebenar. Jadi saya harap pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil catatan apabila kita berbahas dalam Dewan yang mulia ini perlulah memberi bantuan jawapan yang memberi keyakinan dalam Dewan ini. Jangan semata-mata menjawab untuk menteri menjawab. Bagi jawapan yang jelas dan yang tertentu.

Apa yang saya soalkan semasa saya berbahas tadi ialah sambungan daripada Jambatan Petagas ke Kem Lokawi, bukan dari Kepayan ke Petagas. Soalan ini saya fikir pegawai perlu berdekatan dengan menteri itu supaya menteri dapat menjawab dengan yang betul, jawapan yang memberi keyakinan. Apa yang jawapan tadi itu tidak ditimbulkan.

Saya sudah cakapkan terima kasih kerana ini sedang dilaksanakan. Apa yang saya timbulkan, Tuan Pengerusi, ialah sambungan yang mana bottleneck di jambatan dari Jambatan Petagas ke Kem Lokawi, bukan dari Kepayan ke Petagas. Itu sedang dilaksanakan. Terima kasih kerana sedang melaksanakan projek dari Kepayan itu.

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Putatan, sebenarnya pegawai ini kata ini jambatan yang ketiga iaitu memang pergi ke pantaikan?

final • 7:20 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tidak apalah, Yang Berhormat Putatan juga menyuarakan pasal Pejabat Daerah Putatan yang disenaraikan untuk dinaiktarafkan. Kita akan menimbangkannya dalam tahun depan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pejabat Daerah Putatan mungkin akan dibawa ke Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, begitulah Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya akan tulis kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya mendapat jawapan secara bertulis.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah jawab Yang Berhormat Putatan lagi Yang Berhormat, kita hantar surat.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Okey Yang Berhormat Puchong yang sudah lama tunggu sebab giliran dia memang nombor 16. Tadi semasa saya menjawab Yang Berhormat Batu Gajah, perjanjian konsesi tidak lagi dilindungi di bawah OSA lagi dia telah pun diklasifikasikan mulai Januari 2009. Perjanjian konsesi baru iaitu terdapat klausa- klausa yang baru yang dapat mengatasi masalah seperti profit sharing, toll review mechanism. Ini baru punya, lama punya tidak ada dan lain-lain untuk menjamin kepentingan kerajaan dan rakyat.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya mudah sahaja. Daripada pengakuan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri, tadi ataupun dua minggu yang lalu, untuk konsesi-konsesi yang sedia ada, kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menurunkan harga tol, kerajaan juga tidak ada sebarang kuasa untuk interfere berkenaan dengan hal-hal trafik. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa untuk konsesi-konsesi yang baru yang akan datang memang ada peruntukan-peruntukan, klausa-klausa khusus yang dimasukkan untuk mengatasi masalah ini.

Persoalan yang ingin saya tanyakan, adakah kerajaan sekarang mengakui bahawa segala perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sebelum daripada ini memang menjadi perjanjian-perjanjian yang berat sebelah kepada konsesi, akibat mana kerajaan langsung tidak boleh membuat apa-apa juga untuk menolong ataupun mengatasi masalah- masalah mereka yang bukan sahaja perlu bayar tol untuk sekarang tetapi perlu bayar tol untuk 20 tahun yang akan datang. Itu soalan pertama saya, soalan kedua saya adalah ini, kita sebagai Parlimen Yang Berhormat Timbalan Menteri, we are Parliament. Kalaulah terdapat satu perjanjian yang dengan jelas dengan pengakuan kementerian sendiri memang berat sebelah dan menekankan penduduk-penduduk ataupun rakyat, tidakkah kita

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

sebagai Parlimen merangka satu undang-undang atau regulasi yang boleh membantu rakyat Malaysia?

This is Parliament. Saya tidak menerima, kita tidak boleh menerima bahawa satu kementerian akan datang ke Parlimen dan beritahu kita, “minta maaf kita tidak boleh buat apa-apa untuk 20 tahun yang akan datang” tidak boleh terima. Kita Parlimen kalau kita tidak boleh tukar, siapa boleh tukar? Siapa hendak tanggung untuk 20 tahun yang akan datang? Yang Berhormat Timbalan Menteri ini soalan yang ikhlas, saya hendak tahu, semua orang di Puchong hendak tahu, semua orang di merata Malaysia hendak tahu kenapa kerajaan boleh memasuki perjanjian yang memudaratkan rakyat tetapi sekarang datang ke Parlimen dan kata kita tidak boleh buat apa tetapi jangan takut kontrak-kontrak baru akan mempunyai syarat-syarat keselamatan tersebut. Sila beri jawapan, terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit saya hendak sambung. Masalah macam umpamanya syarikat konsesi ini PLUS, PLUS ini diambil alih oleh kerajaan. Jadi apa masalah untuk kerajaan hendak ubah klausa- klausa yang tertentu yang nampak secara jelasnya merugikan kerajaan dan merugikan rakyat? Jadi apa masalahnya? Syarikat itu syarikat kerajaan punya, kerajaan ambil alih.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Pokok Sena. Apa yang telah pun ditandatangani memang tidak dapat kita ubah sekarang kecuali melalui action drasticlah.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh tanya apa action drastic itu? Itu penting.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bincang dengan Menteri lah Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya akan bincang dengan Menteri, saya tidak boleh jawab.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi Tuan Pengerusi ini hal yang melibatkan rakyat Malaysia, kepentingan awam. Baru-baru ini kita baca surat khabar, dia kata 10% from 12.00 o’clock midnight to 7.00 o’clock, kita ini bawa berita baik dan sebagainya, bila kita datang sini kita hendak tanya pasal seluruh negara hendak tahu.

Bukan setakat perbincangan di antara saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya memang tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri ini memang sporting saya boleh bincang dengan dia bila-bila masa tetapi ini bukan urusan persendirian di antara kita. Ini urusan yang harus didebatkan dalam Dewan yang mulia ini.

Ini tujuan Dewan ini, ini tujuan Parlimen, kita perlu datang ke sini minta soalan dan Menteri mesti jawab. Tidak boleh datang ke Parlimen cakap saya tidak tahu, saya tidak ada di jawatankuasa, saya langsung tidak bawa fail, minta maaf saya punya pegawai pun tidak tahu apa-apa soalan. That’s all we are hearing, dengan izin. Kalau begitu, saya rasa Menteri patut letak jawatan dan berikan peluang kepada orang yang berkebolehan untuk membawa isu-isu ini di Parlimen dan jawab soalan kita. Itu menjadi keadaan yang timbul, semua soalan tidak tahu. So di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri kata action yang drastik, saya hendak tahu apakah action yang drastik Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan sendiri tadi? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Apa yang sebenarnya kalau kita hendak ubah semua satu perjanjian, memang kena ada action yang drastik, kalau tidak bagaimana hendak tukar?

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini jawapan Tuan Pengerusi yang kita semua tidak boleh faham. You kata ada action drastic, tell us? Apa action drastik ini? Ada action kah, drastik kah macam mana kita hendak tahu, takkan kita kata action drastic tetapi tidak boleh bagi jawapan memang tidak tahu. Simply hentam answer saya tidak tahu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri please, beritahu kita saya rasa hendak tahu khususnya di kawasan Puchong macam mana keadaan dia?

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

We will talk outside? [Ketawa]

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia nak talk outside? Okey saya beritahu rakyat Puchong we will talk outside, tidak ada masalah. Saya tidak faham Tuan Pengerusi what’s happening to Malaysia? What’s happening to our government? Soalan yang jelas tidak boleh jawab? Apa ini? Kita datang sini buat apa? Tidak ada kuasa, semua tidak ada kuasa, selepas itu ada jawatankuasa tetapi tidak masuk jawatankuasa tidak boleh jawab.

Saya hendak tahu berapa orang di sana daripada kementerian? Where is the answers?

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Jawab bertulislah, jawab bertulislah.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tulis apa? Tulis, tulis semua tulis patut kita datang Parlimen untuk apa? Lagi baik jangan datang Parlimen tulis sahaja.

final • 7:30 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Betul juga.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi saya akan terus...

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada orang setuju.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf Tuan Pengerusi, maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Selepas ini saya sudah tidak bagi lagi.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mungkin kita boleh tangguhkan setakat sini biar Yang Berhormat Menteri boleh sampai, kita mulakan dengan kementerian yang lain.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak boleh Yang Berhormat kerana kita sudah setengah membahaskan berkenaan ini kalau ada masalah pun saya ingat kena diselesaikan di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi kita selesaikan mesti ada maklumat untuk membolehkan kita untuk kata luluskan Tuan Pengerusi.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya memahami apa Yang Berhormat...

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa Yang Berhormat Menteri apa urusan yang lagi penting daripada urusan di Parlimen, Menteri sepatutnya hadir. Ini adalah peruntukan untuk kementerian ini. Menteri Kementerian Kerja Raya harus hadir.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya juga rasa kasihanlah sedikit dengan Timbalan Menteri. Akan tetapi Menteri patutnya hadir Tuan Pengerusi, demi meluluskan peruntukan ini.

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi saya terus dengan jawapan saya bagi Yang Berhormat kawasan Seputeh. Adalah...

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh Tuan Pengerusi, hanya berkenaan satu isu kalau boleh Timbalan Menteri, hal isu yang jelas. Berkenaan B.27 itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada bangkitkan isu, di situ dinyatakan dengan izin ada ditulis di sini bayaran pampasan tol, Yang Berhormat yang dikatakan RM180 juta di bawah item 060500. I just want to know, bayaran itu adalah untuk apa? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Puchong, sebenarnya ini adalah pampasan untuk tidak menaikkan tol bagi konsesi-konsesi yang lain. Itu tiap-tiap lima tahun dalam konsesi kita, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan tol. Kalau tidak kerajaan akan bayar pampasan. Ini jumlahnya untuk beberapa syarikat konsesi.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat boleh saya dapat pecahan? Kalau tidak ada mungkin kita mahu jawapan secara bertulis boleh?

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Secara bertulis boleh.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Timbalan Menteri, minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri akibat daripada asakan daripada rakan-rakan kita dari sebelah sana berhubung dengan apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan? Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengambil daya usaha supaya selepas ini kita dapat bincangkan, kementerian boleh membincangkan langkah-langkah lain yang boleh diambil untuk membantu rakyat dalam hal tol yang disebutkan ini. Satu langkah yang telah diambil iaitu sebagaimana yang telah diumumkan memberikan rebat atau diskaun waktu tengah malam hari itu bukan satu cadangan yang perfect ataupun sempurna.

Pihak Barisan Nasional sendiri pun telah menyatakan tadi daripada Ketua BNBBC, telah memberitahu bahawa kita merasakan ini adalah satu cadangan yang tidak begitu praktikal dari segi untuk mencapai matlamat membantu rakyat. Lebih baik diberikan diskaun ataupun rebat bagi kereta-kereta ataupun trafik yang lalu waktu siang boleh mendapat faedah kepada rakyat. Itu langkah yang saya kira kementerian tolong pertimbangkan permintaan daripada sebelah sini. [Disampuk] Selain daripada itu tolonglah ambil kira saya rasa syarikat concessionaire ini, mungkin waktu mereka diberikan concession dahulu mereka pun tidak menjangka bahawa trafik begitu banyak sekali. Pada hari ini saya kira ada lebih kurang enam juta kereta di atas jalan. Setiap tahun bertambah lebih kurang 600,000.

Jadi kutipan yang dikutip oleh syarikat concessionaire mungkin berlipat kali ganda daripada apa yang telah diunjurkan semasa mereka mendapat projek ini dahulu. Oleh sebab itu, kalau pun kita tidak boleh mengubah perjanjian ini secara drastik tetapi saya percaya ada cara-cara lain yang boleh syarikat ini bantu rakyat sebagai meringankan bebanan mereka, tentu ada. Mengapa perlu untung berbilion-bilion ringgit setiap tahun, tidak perlu. Tidak perlu untung berbilion-bilion ringgit. Bantulah rakyat. Cukuplah dengan untung beberapa juta, RM100 juta, RM200 juta atau RM300 juta, cukup, tidak perlu berbilion-bilion. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong, kalau tidak dapat beri jawapan di sini sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Batu gajah, saya harap selepas ini pihak kementerian dapat membincangkan dan bawa kembali kepada kita untuk kita dengar apa cadangan-cadangan terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara yang sama. Ini kos pampasan RM180 juta ini untuk menyelenggarakan sepanjang 1,800 kilometer lebuh raya. Saya hendak tanya mungkin kos penyelenggaraannya tinggi, adakah pihak kerajaan membuat pemantauan, kita hendak tahu kerana ini akan membebankan rakyat. Mungkin dia masukkan gaji-gaji pegawai- pegawai dia yang tinggi-tinggi. Ini yang kita hendak tahu, fasal apa ini duit rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi saya ambil perhatian cadangan dari Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Jasin. Terima kasih, cadangan itu kita ambil perhatian dan akan memberi secara bertulislah. Ini perkara yang baru. Akhir sekali oleh kerana telah pun lewat, saya akan menjawab Yang Berhormat Serdang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan jalan masuk di Bukit Mewah, Kajang ini akan mengakibatkan kebocoran trafik Lebuh Raya SILK. Sekiranya dibuka kerajaan perlu membayar pampasan di atas kebocoran yang dihadapi.

Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang ialah mengenai terowong ini underpass. Kerajaan telah mengemukakan rayuan kepada pihak EPU untuk mempertimbangkan pembinaan terowong atau underpass dengan izin. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini pihak kementerian masih belum menerima sebarang maklum balas berhubung perkara ini. Tuan Pengerusi oleh kerana masa tidak mengizinkan...

final • 7:40 PM

Puan Neo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan. Banyak terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri saya tahu belum dapat maklum balas daripada unit itu tetapi berapa lama perlu tunggu lagi? Sudah empat tahun sejak bekas menteri yang berjanji kepada

final • 7:40 PM

Puan Neo Nie Ching - Serdang

penduduk-penduduk di Kajang Utama bahawa satu terowong akan dibina. Perlukah kita tunggu sampai Pilihan Raya ke-13 ataupun bila? Bila boleh kementerian menunaikan janji tersebut?

final • 7:40 PM

Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit

Tuan Pengerusi ini isu yang dibangkitkan oleh Kanowit belum juga dijawab.

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Serdang, ini kita akan buat follow up lah. Sebenarnya kita pun tidak tahu. Kalau kerajaan kata next year, satu tahun kalau tidak tercapai lagi juga teruklah. Kita secepat mungkin cuba dengan kerja follow up. Yang Berhormat Kanowit, saya akan memberi jawapan bertulis mengenai jalan-jalan di luar bandar di Sarawak. Saya ada butiran tetapi tidak di tangan saya. Saya akan menjawab secara bertulis. Tuan Pengerusi saya...

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, tadi ada soalan saya tanya itu, tidak apa kalau tidak boleh bagi sekarang bagi bertulislah. Berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan Persekutuan seluruh Malaysia. Berapa jumlah bangunan dan berapa syarikat.

final • 7:40 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Ia memang perlukan detail dan notis sebab kita telah pun menswastakan penyelenggaraan bangunan dan jalan di seluruh negara dan kita perlu bagikan masa untuk saya make detaillah. Sekian sahaja Tuan Pengerusi.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,388,326,700 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,388,326,700 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,589,953,200 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM2,589,953,200 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau tak setuju Yang Berhormat, jalan tak buat. Buat sikit cukuplah, jangan tak buat semua. Yang sedikit itu lebih elok daripada tak ada langsung Yang Berhormat. Yang Berhormat, setuju cakap saya kan? Setuju.

final • 7:50 PM
Maksud B.28 [Jadual] – Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan 2009] –

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala bekalan B.28 dan kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

final • 7:50 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam ucapan di peringkat Jawatankuasa. Bagi Maksud Bekalan B.28 Kementerian Pengangkutan iaitu Butiran 020000 – Pengangkutan Laut Semenanjung Malaysia, Butiran 020300 – Hal Ehwal Laut dan Pelabuhan, Butiran 020400 – Keselamatan Pelayaran.

final • 7:51 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Beberapa bulan dulu dua buah kapal tangki milik syarikat MISC dari Malaysia telah ditawan oleh lanun di perairan Teluk Aden, Somalia ketika berlayar melalui kawasan tersebut. Kita lihat kegiatan lanun yang semakin berleluasa di Teluk Aden ini telah mengakibatkan pemilik kapal terpaksa memindahkan laluan mereka ke Cape Hope Afrika Selatan walaupun ia membabitkan kos dan juga perbelanjaan yang lebih besar dan laluan yang lebih jauh.

Menurut Biro Maritim Antarabangsa, 94 kapal diserang dan 38 daripadanya dirampas oleh lanun sejak Januari lalu. Menurut pakar, jika keadaan ini berterusan ia akan meningkatkan pembayaran premium insurans, syarikat-syarikat insurans mungkin menolak untuk melindungi kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut untuk meningkatkan premium insurans mereka. Ini amat dirasai oleh kapal-kapal yang membawa muatan yang berharga seperti minyak dan sebagainya.

Jadi kalau kita melihat laluan Cape Hope ini, bagi sebuah kapal ia terpaksa mengambil masa 5 hingga 15 hari iaitu bergantung pada destinasi dan kelajuan kapal.

Kosnya adalah sekitar USD6,000, itu adalah lebih kurang RM21,000. Adalah biasa untuk kapal dan biasanya bergantung pada saiz. Tidak lama dahulu, Joint War Committee of Underwriters atau JWCU yang berpangkalan di London telah mengklasifikasikan Selat Melaka sebagai zon risiko perang dan zon pengganas yang tidak lama dahulu telah jelas terpapar di media-media antarabangsa. Yang mana anggapan bahawa zon di Selat Melaka ini adalah zon yang tidak selamat.

Kekeliruan timbul apabila masyarakat antarabangsa menganggap kes-kes pelanunan, rompakan di laut sebagai kegiatan pengganas yang mengganggu gugat perdagangan antarabangsa. Walhal kejadian ini merupakan kes-kes yang begitu terpencil dan tidak menjejaskan keselamatan mana-mana negara. Dengan mengklasifikasikan Selat Melaka zon bahaya juga menyebabkan syarikat-syarikat insurans sama ada menolak untuk melindungi kapal-kapal yang melalui Selat Melaka atau meningkatkan premium insurans mereka.

Soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian memastikan syarikat-syarikat kapal kita terlindung dari menjadi mangsa syarikat-syarikat insurans ini. Memandangkan kos insurans secara tidak langsung akan ditanggung oleh pihak pengguna. Soalan kedua, apakah ciri-ciri keselamatan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk diikuti oleh pihak syarikat-syarikat kapal supaya tidak menjadi easy target terutamanya di kalangan lanun yang berada di kawasan-kawasan yang saya nyatakan tadi.

Jadi sejauh manakah kejayaan Penguat Kuasa Kod Keselamatan Kemudahan Perkapalan Antarabangsa dan Pelabuhan iaitu ISPS seperti mana yang disarankan oleh Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa kepada Komuniti Perkapalan Tempatan Kawalan Keselamatan dan Penguatkuasaan Pelabuhan Tempatan dalam usaha kita menjamin keselamatan kapal dan pelabuhan kita. Setakat ini, adakah semua pelabuhan kita mempunyai pegawai keselamatan kemudahan pelabuhan atau PSFO, yang terlatih yang dapat mengendalikan semua urusan yang saya katakan tadi. Terima kasih.

final • 7:51 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 010600 – Pengangkutan Darat.

Tuan Pengerusi, pada lebih kurang dua minggu yang lalu saya diberitahu oleh Menteri Pengangkutan bahawa kerajaan telah membatalkan penswastaan e-kesihatan yang merupakan satu skandal skim cepat kaya yang berlaku dalam kementerian ini sendiri. E- kesihatan itu sepatutnya dilaksanakan pada 1 Oktober tahun lepas setelah Syarikat Supreme Systems Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian dengan kerajaan pada 3 September.

Akan tetapi ekorannya apa yang tidak patut diperbuatkan oleh kerajaan dengan melaksanakan skim ini, ia telah dibatalkan oleh kerajaan. Kami diberitahu baru-baru ini bahawa Syarikat Supreme Systems ini telah memfailkan tindakan mahkamah kepada pihak kerajaan menuntut sebanyak ‘RM1.3 juta’ sebagai pampasan bagi membatalkan skim ini, pampasan yang dialami oleh Supreme Systems.

final • 7:56 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri yang tidak ada di Dewan ini bahawa apakah ...

final • 7:56 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Lajim bin Ukin

Ada, ada, ada.

final • 7:56 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tak nampak, tidak adalah. Ini adalah satu pengajaran yang harus, satu perkara yang harus dipelajari oleh kerajaan, bukan kesilapan besar tetapi satu perlakuan yang salah oleh kerajaan. Di mana skim ini tidak harus timbul langsung tetapi kerana ada keputusan-keputusan yang memihak kroni yang dibuat oleh JPJ, maka berlakulah satu skandal. Kerajaan sedang berdepan dengan satu tuntutan yang begitu besar. Jika kerajaan kalah dalam mahkamah, kerugiannya, bebanan yang akan ditanggung adalah rakyat sendiri. Rakyat akan menjadi mangsa jika kes ini dimenangi oleh Supreme Systems.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri sama ada mengapakah perkara ini boleh berlaku dan saya difahamkan pegawai-pegawai kanan yang bersubahat dengan Supreme Systems ini masih berkhidmat dalam kementerian.

final • 7:56 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ada di antara mereka juga mendapat promosi. Apakah sebabnya ini berlaku dan adakah satu siasatan penuh diadakan selama ini untuk menentukan mengapakah perkara ini berlaku dan mengapakah tidak ada tindakan-tindakan menghukum mana-mana pihak ataupun pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam meluluskan skim ini. Sebab setahu saya Bekas Menteri Pengangkutan pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak sedar tentang kelulusan e-Kesihatan ini oleh JPJ.

Saya juga ingin bertanya apakah benar MMA atau Malaysian Medical Association iaitu Persatuan Perubatan Malaysia pernah dijemput untuk memberi input-input dan juga cadangan-cadangan untuk menjayakan skim kesihatan ini. Apakah benar satu permohonan telah pun dikemukakan oleh Koperasi Doktor Malaysia pernah mendrafkan satu pelan yang semacam apa yang diperkenalkan oleh Supreme System itu sebagai blueprint e-Kesihatan itu. Saya ingin menyoal ini di sini apakah benar skim e-Kesihatan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Supreme System itu adalah satu blueprint yang sebenarnya direka oleh Koperasi Doktor Malaysia.

Ini adalah kerana ada pihak-pihak yang telah menyuarakan ketidakpuasan mereka sebab memang ada benar Koperasi Doktor Malaysia pernah mencadangkan supaya merekalah yang dibenarkan melaksanakan skim ini kerana mereka merupakan badan yang cukup profesional dan pakar dalam bidang itu. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat daripada... Yang depan, depan itu. Depan itu.

final • 8:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak nampak Yang Berhormat Menteri sekarang. Ha, minta maaf. Yang Berhormat Menteri dekat sana.

Perbincangan saya ini membangkitkan isu-isu berkait dengan Butiran 020300.

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, dua pelabuhan Malaysia yang tersibuk sekali, yang busy sekali terletak di kawasan saya iaitu di Klang. Ia adalah Westport and Northport yang lokasinya end of Klang. Bandar Klang dan Port Klang mungkin sudah mengalami pembangunan. Akan tetapi strategi pembangunan yang kita saksikan hari ini tidak organize. It is not an organized city. So, the question in front of us dengan izin Tuan Pengerusi is how to make Klang and Port Klang a world renowned sea port city. A world renowned sea port city.

Untuk menghasilkan satu rancangan jangka masa panjang yang baik, Kementerian Pengangkutan harus bekerjasama dengan pihak berkuasa pelabuhan dan bersama operator-operator terminal, syarikat-syarikat kapal dan logistik. Malah, kementerian perlu bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang, komuniti tempatan dan juga dengan NGO-NGO di Klang untuk menghasilkan satu pelan komprehensif untuk membangunkan Pelabuhan Klang sebagai World Renowned Sea Port. Saya

final • 8:03 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

mencadangkan Kementerian Pengangkutan menubuhkan satu jawatankuasa kerja yang melibatkan semua pihak ini untuk membentuk Klang dan Pelabuhan Klang sebagai satu bandar pelabuhan dunia yang setaraf dengan Seattle, Rotterdam, Yokohama dan Copenhagen.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sekarang West Word sudah bertaraf sama ataupun lebih tinggi prestasinya daripada Rotterdam. Akan tetapi kalau kita pergi ke Port Klang, kita nampak empty land dekat sana tanpa pembangunan. Maka saya percaya masa sudah sampai untuk kita membangunkan Port Klang sebagai A World Renowned Sea Port City. Sekian, terima kasih.

final • 8:03 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya kesempatan untuk berbahas berkenaan dengan perkara Kementerian Pengangkutan ini. Pertama saya ingin menyentuh berkenaan dengan keselamatan jalan raya iaitu Butiran 08000.

Tuan Pengerusi, saban hari kita melihat tentang berlakunya kemalangan jalan raya yang menyebabkan keresahan kepada Kementerian kita sehingga memperkenalkan beberapa perkara untuk mencegah dan mengatasi masalah ini. Yang saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan beberapa perkara dalam pengenalan cara-cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Pertama saya dapati bahawa kesungguhan kerajaan dan pihak kementerian untuk melaksanakan perkara ini. Kadang- kadang saya rasa bahawa ia dilakukan secara try and error dengan izin, secara percubaan.

Dulu semasa lori banyak mengalami kemalangan, maka lori telah diperkenalkan supaya memasang loceng di mana bila kenderaan itu bergerak laju, locengnya berbunyi.

Kemudian itu pun tidak menjadi. Saya tidak tahu sekarang ini apa telah jadi dengan perkara tersebut. Keduanya tentang pemasangan kamera di sepanjang jalan raya. Saya dapati bahawa kamera itu sekarang sudah tidak lagi berfungsi. Kemudian bas mengalami kemalangan. Cuba diperkenalkan pula kotak hitam. Kononnya untuk merakam tentang perjalanan kenderaan dan sekarang ini saya tidak tahu apakah terjadi dengan perkara tersebut.

Saya dapati bahawa pengenalan tentang cara-cara ini seolah-olahnya merupakan satu cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan terutama pihak-pihak yang membekalkan barangan tersebut. Akan tetapi kemalangan tetap berlaku. Yang untungnya ialah pihak pembekal dan ia menjadi bahan ketawa kepada pengguna-pengguna jalan raya. Akhirnya ialah pengenalan tentang tali pinggang belakang kenderaan.

Walaupun diuar-uarkan tentang keselamatan dengan penggunaan tali pinggang, tetapi saya tidak tahu sejauh manakah kebenaran tentang penggunaan tali pinggang belakang ini.

Yang pentingnya bahawa pihak pembekal telah pun mengaut keuntungan daripada apa yang telah dilaksanakan dan yang anehnya pengenalan itu pun tidak sekata. Malah mengikut ucapan Menteri bahawa kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995, ia mungkin tidak dikuatkuasakan.

Ini menggambarkan seolah-olahnya bahawa ia merupakan satu percubaan try and error untuk kononnya menjaga keselamatan. Jadi saya hendak tahu sejauh manakah langkah-langkah yang diambil itu sama ada terus berjalan ataupun akan dihentikan dengan secara sewenang-wenangnya. Kedua saya ingin menarik perhatian tentang pengangkutan darat iaitu Pengujian dan Pelesenan Pemandu iaitu Butiran 060400. Saya dapati bahawa cara kita memberi lesen memandu ini telah diberi monopoli kepada beberapa syarikat dalam tempat-tempat tertentu di mana saya dapati bahawa yang dulunya sekolah-sekolah memandu terpaksa bergantung harap kepada sekolah-sekolah memandu yang besar ini dan mereka hanya menumpang sahaja.

Ini kita harap bahawa dengan adanya sekolah memandu yang besar ini akan memberi perkhidmatan yang lebih baik tetapi saya dapati bahawa kos untuk mendapat lesen memandu itu terlalu tinggi sampai untuk dapat lesen kenderaan Kelas D sampai RM1,200 dan ini membebankan kepada yang mengujinya. Jadi, saya harap bahawa perkara ini mendapat perhatian supaya dasar monopoli ini kita dapat hapuskan dan

final • 8:05 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

memberi kesempatan lebih banyak kepada pengusaha-pengusaha untuk mengendalikan sekolah memandu. Sekian, terima kasih.

final • 8:05 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi saya sekali lagi hanya menyentuh satu dua perkara sahaja merujuk kepada kepala 090400 iaitu Pengangkutan Darat dengan RM53.9 juta, 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM RM1.85 bilion dan 01600 - Pembelian Rolling Stock dalam RM310 juta. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada kemudahan pengangkutan awam atau public transport dengan izin umpamanya bas, kereta api tapi tidak bersepadu.

Jadi saya ingin mengajak kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah turun ke padang menggunakan public transport jadi saya hendak mengajak supaya kakitangan atau pegawai daripada Kementerian Pengangkutan juga turun ke padang melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat kerana sistem public transport kita tidak bersepadu. Saya hendak bagi contoh di kawasan sayalah umpamanya di stesen Kajang dan juga stesen UKM Bangi.

Stesen Kajang ini terletak lebih daripada 1.5 kilometer daripada Bandar Kajang yang tidak ada public transport untuk masuk ke dalam pekan Kajang. Jadi penumpang terpaksa berjalan jauh.

Bayangkan kalau keadaan cuaca yang hujan atau terlalu panas, jadi bagaimana keadaan mereka yang terpaksa berjalan jauh tadi. Sebab itu juga daripada Stesen UKM Bangi ke hentian Kajang sama juga sedangkan stesen bas umpamanya di Kajang itu berada di dalam pekan betul dan begitu juga dekat UKM itu lebih kurang dua kilometer daripada stesen Komuter. Jadi saya memintalah supaya kementerian dapat menyemak balik bagi mewujudkan dengan izin, commuting system iaitu pengangkutan awam yang menyambungkan antara satu pengangkutan umpamanya antara bas dan dengan kereta api. Kalau kita rujuk, kita melihat sistem pengangkutan di luar negara umpamanya di UK kita daripada bas kita mungkin turun ke bawah underground untuk mendapatkan kereta api underground dan sebagainya.

Akan tetapi tempat kita jauh. Tuan Pengerusi, yang kedua saya ingin mendapat penjelasan dari segi 01600 itu Pembelian Rolling Stock yang bernilai RM310 juta. Mungkin saya tidak jelas betul di situ jadi saya ingin bertanya pihak kementerian. Kemudian yang terakhir 100100 Perkhidmatan Bantuan bernilai RM103.4 juta. Jadi saya mohon penjelasan apakah bentuk bantuan-bantuan pengangkutan. Adakah ia termasuk umpamanya kereta peronda dan sebagainya. Itu saya minta mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:10 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut mahu membahaskan mengenai Maksud Bekalan 28 bermula dengan Butiran 100500 - Keselamatan Jalan Raya. Kita sedia maklum bahawa bilangan jentera-jentera berat seperti lori dan sebagainya yang menggunakan lebuh raya-lebuh raya utara dan selatan semakin banyak setiap hari. Sudah tentu dalam masa lima hingga sepuluh tahun akan datang juga bilangan kenderaan-kenderaan ini akan bertambah banyak dan sedikit sebanyak akan menjejaskan keselamatan lalu lintas di lebuh raya ini.

Saya ingin tahu adakah pihak kementerian di dalam pelan strategik Kementerian Pengangkutan lima tahun mempunyai satu rancangan bagaimana untuk menangani masalah keselamatan jalan raya memandangkan bilangan kenderaan yang berat-berat ini semakin bertambah setiap tahun. Kita juga sedia maklum bahawa setiap tahun lebih-lebih lagi di waktu musim perayaan hari raya dan sebagainya begitu banyak sekali kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku dan ini amat-amat menyayat hati. Saya lihat di kaca TV begitu banyak sekali iklan-iklan motosikal, kereta ada juga iklan minyak dan minyak pelincir yang sebenarnya menggunakan elemen pantas ataupun laju untuk mengiklankan produk- produk mereka.

Ini sudah tentu memberi satu kesan yang tidak baik kepada pengguna dan pembeli di mana mereka tertarik dengan produk-produk ini kerana kelajuan. Walhal kita tahu bahawa kelajuan inilah sebenarnya membunuh. Jadi saya ingin tahu adakah pihak

final • 8:13 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

kementerian berhajat untuk berbincang dengan pihak Kementerian Penerangan supaya ada garis panduan yang lebih jelas mengenai iklan-iklan ini supaya iklan-iklan ini tidak menjejaskan keselamatan di jalan raya Selain itu saya ingin menyentuh mengenai Butiran 00800 Projek Membaik Pulih dan Mengukuhkan Landasan di mana saya lihat di atas sana disebut projek REL/LRT/ERL.

Setahu saya sebenarnya Tuan Pengerusi, ERL ini adalah sebuah syarikat swasta.

Jadi saya ingin tahu apa sebabnya pihak kementerian iaitu kerajaan mempunyai peruntukkan sebanyak RM619 juta untuk membaik pulih dan mengukuhkan landasan yang dikendalikan oleh pihak swasta. Saya perlukan penjelasan mengenai perkara ini. Butiran 01300 pula Projek Integrasi Stesen-stesen LRT, STAR dan PUTRA. Di mana jumlah anggaran projek ialah RM1 juta. Saya dapati bahawa ini adalah satu perkara yang penting di mana kegunaan LRT ini sudah tentu akan meningkat sekiranya integrasi di antara sistem-sistem ini ditingkatkan. Saya fikir mungkin jumlah RM1 juta ini tidak mencukupi untuk tujuan ini.

Saya ingin penjelasan dari pihak kementerian mengenai hal ini. Butiran seterusnya 03600 - Kerja-kerja Mengerukkan kuala-kuala sungai kecil di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Saya dapati bahawa masalah pemendapan di kuala-kuala kecil seperti di kawasan saya sendiri Kuala Jerlun, Kuala Sanglang, Kuala Kerpan menjadi masalah kepada pengguna-pengguna khususnya nelayan-nelayan di situ di mana apabila air di situ semakin cetek maka mereka perlukan kawasan itu ataupun perairan di sekitar kuala-kuala itu digeruk. Jadi saya harap pihak kementerian akan memberi perhatian kepada masalah ini. Selain itu Butiran 13000 - Pembinaan dan Menaik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang.

Saya tadi membangkitkan perkara yang sama dengan Kementerian Kerja Raya tadi dan saya difahamkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa ini adalah soal Wilayah Persekutuan Labuan tapi ingin saya menyentuh sekali lagi, adakah kementerian berhajat untuk menaik taraf landasan kapal terbang di Pulau Layang-Layang supaya pesawat lebih besar iaitu F50 dapat menggunakannya dengan kelengkapan seperti kereta bomba, sock angin, lampu dan sebagainya.

final • 8:13 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Ini sudah tentu akan membantu pulau tersebut untuk meramaikan lagi bilangan pelancong yang mengunjungi Pulau Layang-Layang itu untuk tujuan menyelam.

Akhir sekali Butiran 40000 - Menaiktaraf dan Pembangunan Sistem Kawalan/Pengurusan Trafik Udara/Komunikasi/Radar. Ini pun berkait dengan soalan yang saya kemukakan tadi mengenai Pulau Layang-Layang. Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa iaitu bagi Maksud 28. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00206 dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jika perkara yang saya bangkitkan terkeluar sedikit daripada butiran ini harap bagi peluang sebab saya sudah semak dan dapati masalah yang saya ingin timbulkan tidak berapa tepat.

Ini jika izinkan.

Di Melaka, landasan lama dari Tampin ke Melaka ini sejak berpuluh tahun telah dihentikan dan saya juga difahamkan oleh kementerian bahawa tiada rancangan untuk mengadakan perkhidmatannya (service) dari Tampin ke Melaka. Kebelakangan ini tanah- tanah yang dipunyai oleh KTMB ini telah diberikan kepada kerajaan negeri. Melalui kerajaan negeri diserahkan kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan tanah-tanah di sebelah landasan kereta api lama ini oleh KTMB. Di sepanjang landasan lama ini terdapat beratus setinggan yang tinggal berpuluh-puluh tahun di sana dan mempunyai tol yang baru- baru ini tidak diperbaharui.

Saya ingin meminta pandangan dan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah KTMB semasa menyerahkan tanah kepada kerajaan negeri mengambil pertimbangan ke atas penduduk setinggan ini. Adakah disyaratkan bahawa sebarang

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

projek pembangunan ini mereka diberikan peluang untuk menyertai supaya mereka tidak akan terpaksa berpindah keluar ataupun ada satu program untuk membayar ganti rugi kepada mereka supaya mereka dapat berpindah ke tempat lain untuk meneruskan kehidupan mereka.

Saya mendapat aduan daripada penduduk-penduduk di landasan lama KTMB ini.

Mereka merayu kepada kementerian jika kementerian dapat mengadakan syarat supaya sebarang projek pembangunan di tanah landasan lama KTMB ini mesti juga mengambil kira kepentingan penduduk-penduduk yang sudah berpuluh-puluh tahun tinggal di sana. Ini sahaja, Tuan Pengerusi. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan sedikit jawapan.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut bersama membahaskan bagi Maksud 28. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010000 - Perkhidmatan Bantuan, Butiran 010400 - Maritim, dan Butiran 03000 - Pengangkutan Laut di Sabah.

Mengenai butiran yang pertama tadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah perkhidmatan yang telah dilaksanakan di negeri Sabah. Secara khususnya kalau kita lihat kawasan Parlimen saya ia menghadap ke Laut Sulu dan memang sesuai dari segi perikanan dan aktiviti laut. Jadi, saya bertanya apakah yang telah dibuat oleh pihak kementerian dari segi mengemaskinikan pentadbiran dan pengurusan untuk aktiviti Jabatan Laut di kawasan Parlimen Silam.

Kemudiannya dari segi maritim, saya difahamkan sebelum ini bahawa Silam akan dijadikan pejabat Maritim untuk kawasan Pantai Timur kerana tapaknya sudah pun disediakan di sana. Saya menyokong cadangan ini sebab kita ingin melihat bagaimana kita boleh melatih belia-belia ataupun pekerja yang berminat dalam bidang maritim sebab kesesuaian teluk yang ada dalam di kawasan Parlimen Silam ini memang sejak dahulu lagi telah kita kenal pasti dan amat sesuai sekali. Jadi, ada baiknya sebab ini akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda di kawasan Pantai Timur Sabah yang merangkumi daripada kawasan Silam itu sendiri sehingga ke kawasan Kalabakan.

Bagi butiran pengangkutan laut juga, saya melihat walaupun ada Jabatan Laut di kawasan Parlimen Silam terutamanya di Lahad Datu tetapi dari segi pengurusannya itu tidak begitu teratur. Saya nampak peranan mereka juga tidak nampak. Jadi, saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu jeti yang sesuai untuk melihat peranan Jabatan Laut itu sendiri di kawasan tersebut.

Kita tahu bahawa kawasan saya sendiri ini memang banyak melibatkan bot-bot laut. Jadi, kalau kita berusaha untuk tingkatkan dari segi ini ia boleh juga mendatangkan hasil kepada kementerian itu sendiri.

Di samping itu juga Butiran 030300 - Hal Ehwal Pelaut. Saya melihat bagaimana kebajikan pelayar bot-bot yang ada di kawasan Parlimen saya itu sendiri yang kita lihat mereka ini tidak begitu terdedah sangat dari segi faktor keselamatan. Mungkin dari segi selain daripada yang secara tradisionalnya mereka ini mengusahakan bidang perikanan dan sebagainya tetapi kita melihat dari segi aktiviti pelancongan itu sendiri kalau dihubungkaitkan dengan Jabatan Laut yang di bawah Kementerian Pengangkutan ini dapat kita majukan dari segi kemudahan asas yang ada di kawasan Parlimen Silam ini sudah tentu kita akan dapat menambah lagi hasil pendapatan pihak nelayan ataupun pelaut yang terlibat dalam kegiatan permotoran ini.

Di samping itu juga dari segi keselamatan pelayaran, saya nampak penanda lampu api malam di kawasan Parlimen Silam ini masih agak kurang. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya dapat mengambil inisiatif untuk menambah dan meningkatkan lagi mutu keselamatan pelayar-pelayar. Pada zaman kemuncaknya Pelabuhan Lahad Datu ini terutamanya pada era 70-an memang banyak kapal besar berlabuh terutamanya apabila mereka mengambil kayu balak itu sendiri. Jadi, sekarang ini kita hendak majukan semula dan kita harap supaya kementerian dapat menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang ada hubung kait dengan keselamatan pelayar-pelayar itu sendiri.

final • 8:24 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Satu butiran lagi menyentuh tentang keselamatan jalan raya. Oleh sebab kawasan Parlimen Silam ini terletak antara penghubung timur dan barat untuk negeri Sabah, saya dapati kenderaan-kenderaan besar seperti tanker yang selalu terlibat dalam kemalangan di jalan raya di kawasan Parlimen Silam yang berbukit-bukau ini. Kita berharap supaya pihak kementerian dalam mewujudkan satu pos masuk dari kawasan Kinabatangan ke Silam dan daripada kawasan Tawau ke Silam itu sendiri. Dari segi jadual perjalanan kenderaan berat ataupun trailer yang besar ini perlu diatur bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di samping ia dapat mengawal volume trafik yang masuk.

final • 8:24 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Kita tidak mahu sebab saya tidak ada kesempatan tadi iaitu dan Kementerian Kerja Raya dari segi peringkat untuk memperbaiki sistem jalan raya di kawasan Parlimen Silam tetapi saya berharap supaya dapat Kementerian Pengangkutan ini berbincang dengan Kementerian Kerja Raya supaya terutamanya dari segi susun atur jadual masuk ataupun perjalanan trafik terutamanya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar ini.

Kemudian, Butiran 090300 iaitu Pengangkutan Udara, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang pembinaan airport Lahad Datu ini. Saya berharap supaya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini dapat kita melaksanakan dan saya difahamkan dalam sedikit masa ini mungkin pihak kementerian pun akan datang ke kawasan Parlimen saya untuk aktiviti sama ada pelancaran ataupun pecah tanah. Saya belum lagi dapat tahu dari segi dia punya butiran sebenar, tetapi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kementerian dan mudah-mudahan dengan perwujudan dapat membina terutamanya airport baru ini, ia akan dapat perkembangkan lagi dari segi aktiviti ekonomi di kawasan Parlimen Silam ini.

Ini akan menambah lagi pintu masuk selain daripada Sandakan, Tawau dan Silam itu sendiri terutamanya Lahad Datu akan menjadi fokus utama untuk laluan udara yang baru. Mungkin kalau sudah ada airport yang baru ini saya akan mencadangkan kepada pihak kerajaan agar ada penerbangan terus daripada Lahad Datu ke Kuala Lumpur bagi mengurangkan dari segi kerenah ataupun masalah pengangkutan itu sendiri sebab sekarang ini kita selalu berhadapan dengan soal-soal kapal terbang yang selalu di cancel pada last minit dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil perhatian dalam perkara ini dan terima kasih juga sebab kapal terbang TR700 yang baru itu satu-satunya penerbangan kapal terbang yang digunakan melalui di kawasan Lahad Datu dan Kota Kinabalu sebab volume penumpang yang datang ke Lahad Datu dan pergi balik itu meningkat. Jadi, kita berharap mungkin dari segi pembinaan airport baru ini akan dapat meningkatkan lagi kadar kemasukan pelancong ke kawasan Pantai Timur Sabah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin turut sama menyentuh perkara mengenai kementerian ini iaitu satu Program Kelapan Kementerian Keselamatan Jalan Raya. Dikatakan di sini bahawa bilangan sekolah bagi Program Keselamatan Jalan Raya lebih 7,600 sekolah yang menjalankan pendidikan keselamatan jalan raya ini.

Saya ingin bertanya kepada kementerian apa sebenarnya yang di ajar dan apakah kesan daripada pendidikan keselamatan jalan raya ini kerana ianya diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Kalau ada kejayaannya sudah pastilah kita tidak akan melihat satu kelompok anak-anak muda yang masih bersekolah mahupun yang baru keluar daripada sekolah menjadi pemandu-pemandu ataupun penunggang-penunggang motosikal yang menimbulkan satu masalah besar di jalan raya kita iaitu pemuda-pemuda mat rempit ini.

Kalaulah mereka ini diberikan kesedaran dan mereka merasai harga dan nilai nyawa mereka seperti yang sepatutnya kita dididik kepada mereka sudah pastilah perkara ini tidak berlaku ataupun dapat diselesaikan. Ini kerana kita lihat penyelesaian-penyelesaian lain yang dibuat seperti penguatkuasaan roadblock dan juga tangkapan-tangkapan tidak sedikit

final • 8:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

pun mengurangkan kerenah daripada kumpulan mat rempit ini. Jadi saya ingin penjelasan daripada kementerian apa sebenarnya yang dididik.

Di dalam hal ini juga kita mempunyai satu set masyarakat yang amat susah untuk menerima perubahan-perubahan dalam perilaku semasa memandu ataupun berada dalam kenderaan. Sebagai contohnya pemakaian tali pinggang keledar di hadapan, pemandu dan penumpang hadapan dan kini kita panjangkan kepada penumpang-penumpang di tempat duduk belakang. Seandainya kejayaan penguatkuasaan di hadapan pun nampaknya tidak berapa menjadi, apa agaknya harapan kementerian terhadap pelaksanaan pemakaian ataupun kewajipan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

Kalau kita tengok di sesetengah negara, apabila kita memandu beriringan dengan kereta lain yang di dalamnya tidak memakai tali pinggang keledar maka seluruh kenderaan lain akan memandang sinis terhadap mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar. Kita lihat ini diamalkan sama ada di Australia ataupun Great Britain. Jadi, kesedaran itu tinggi sehingga menimbulkan rasa resah, malu dan juga ketakutan kepada mana-mana pihak yang sengaja ataupun terlupa untuk mengikuti undang-undang ini. Namun, dalam konteks kita di Malaysia seolah-olah tidak timbul satu rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keselamatan penumpang dalam pemakaian ini.

Jadi, di manakah silapnya cara kita membina kesedaran dan pengetahuan di kalangan penduduk-penduduk kita di Malaysia terutamanya bermula di peringkat sekolah.

Saya melihat satu iklan pemakaian tali pinggang keledar ini untuk penumpang-penumpang tempat duduk belakang yang ada di televisyen kita. Saya rasa dari segi iklan itu, baik, ada kekesanan di situ, di hati kita tetapi adakah kementerian membuat penilaian sama ada berlaku sedikit perubahan dari segi sikap dan juga attitude ataupun tingkah laku setelah iklan-iklan ini dilaksanakan untuk beberapa ketika. Kalau tidak kita akan melihat jumlah wang yang diberikan untuk kempen ataupun untuk keselamatan jalan raya ini B.28 yang berjumlah RM12 juta setengah ini akan menjadi sia-sia. Jadi, kita harapkan ada kajian- kajian yang dibuat untuk menilai keberkesanan program-program pendidikan ini.

Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai meningkatkan keupayaan KTMB yang berjumlah RM1.85 bilion. Satu jumlah yang besar yang saya rasa ianya diperuntukkan untuk menambah panjang double tracking system, kot. Kemungkinan ini boleh dijelaskan oleh menteri. Saya hendak bertanya dari segi meningkatkan keupayaan KTM ini secara umumnya. Sistem rel kereta api kita ini dimulakan sejak zaman belum merdeka lagi.

Laluannya dari Utara ke Selatan dan berpecah ke Timur di Gemas adalah hasil daripada pembinaan zaman sebelum merdeka lagi. Ini pra-kemerdekaan, ertinya lama sudah, zaman British. Zaman negara kita belum maju tetapi kita berupaya menyediakan satu sistem rel yang begitu panjang ya.

Kita pun tidak pasti mana kita memperoleh keupayaan kewangan untuk membina sistem tersebut tetapi, itulah sistemnya dahulu dan sekarang kemungkinan yang hanya penambahan dibuat di Lembah Klang yang ada di dalam kertas ini. Soalan saya, dari segi pemantapan keupayaan ini adakah tidak untuk satu jangka masa sederhana dan panjang difikirkan bagaimana untuk membuat pintasan laluan ke Timur itu tidak semestinya turun ke Selatan dahulu tetapi berpecah misalnya di Mentakab untuk terus ke Lembah Klang. Ini supaya perjalanan daripada tempat saya di Kuala Krai ke Kuala Lumpur tidak memakan sampai sembilan hingga 12 jam. Mungkin lima hingga enam jam sahaja yang lebih baik, lebih mudah dan lebih menguntungkan kita termasuk juga mengangkut hasil-hasil bumi yang ada di Pantai Timur dibawa ke Pantai Barat termasuk ke Pelabuhan Klang. Jadi, ada tidak membuat satu kajian tentang peningkatan infrastruktur ini yang saya rasa kalau tidak sekarang pun mesti diikhtiarkan pada masa yang akan datang.

final • 8:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Di samping itu, dari segi peningkatan laluan LRT di Lembah Klang ini. Kita lihat memang ada perancangan untuk menambahkan laluan. Jadi kita inginkan penjelasan daripada pihak kementerian. Selain daripada rangkaian yang sedia ada iaitu STAR dan PUTRA ini, apakah ada rancangan yang lain terutamanya oleh kedua-dua syarikat ini ataupun syarikat lain yang ditubuhkan untuk menambahkan laluan supaya kehadiran LRT ini betul-betul dapat membantu pergerakan penduduk kita dengan lebih bermakna seperti di

final • 8:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

sesetengah negara yang maju. Adanya sistem ini memudahkan pergerakan sehingga boleh mengurangkan kos dan juga masa untuk pergerakan berbanding dengan kita yang sudah ada tetapi belum cukup sofistikated.

Jadi saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada terdapat dalam rancangan kementerian untuk melaksanakan kajian dan seterusnya membina infrastruktur yang sedemikian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak ada banyak perkara, cuma ada beberapa perkara sahaja. Pertamanya Butiran 10000 Bekalan dan 20000 sekali gus tentang satu projek iaitu Projek Marina di Sungai Muar, yang telah pun 2 tahun siap tetapi sampai sekarang belum lagi beroperasi. Jadi saya hendak bertanya bila agaknya projek tersebut boleh beroperasi?

Keduanya, Butiran 80000 - Keselamatan Jalan Raya. Saya menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat Kuala Krai tadi yang menyentuh tentang pendidikan jalan raya. Akan tetapi saya hendak melanjutkan atau panjangkan persoalan tersebut.

Apakah langkah-langkah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya sendiri terhadap murid-murid atau pelajar-pelajar sekolah yang menunggang atau memandu motosikal tanpa lesen ataupun tanpa roadtax yang lengkap.

Ertinya Tuan Pengerusi, jika kita bercakap tentang pendidikan, akan tetapi pada masa yang sama kita galakkan murid-murid atau pelajar-pelajar sekolah ini memandu motosikal tanpa lesen dan sebagainya. Sebenarnya kita telah pun mendidik mereka daripada awal lagi tidak menghormati undang-undang jalan raya.

Kalau daripada awal lagi kita tidak pantau mereka atau biarkan, maksud saya pendidikan tadi mesti merangkumi juga kerjasama dengan pihak sekolah. Kalau boleh, penguatkuasaan juga mesti sampai dalam sekolah. Ini adalah kerana murid-murid atau pelajar-pelajar ini apabila keluar sekolah nanti telah terbiasa melanggar undang-undang jalan raya. Maknanya mereka akan terus sampai bila-bila melanggar undang-undang jalan raya.

Kedua Tuan Pengerusi, perkara yang sama juga tentang had laju di lebuh-lebuh raya, utara–selatan dan sebagainya. Saya tidak akan mencadangkan had laju lebih 110 kilometer. Akan tetapi yang saya hendak tekankan di sini, had laju yang paling perlahan sebab ada kenderaan yang memandu di lebuh raya dengan had kelajuan 110 kilometer sejam, tetapi mereka memandu 60 kilometer sejam. Berbahaya kepada kenderaan lain. Di jalan tiga lorong, mereka memandu bukan hanya lorong tepi, tetapi mereka memandu juga di lorong tengah pada kelajuan yang berbahaya, tersangat perlahan iaitu 60 atau 70 kilometer sejam.

Tuan Pengerusi, adakah rancangan daripada pihak kementerian tentang had laju ini? Maknanya had laju yang paling perlahan yang dibenarkan di lebuh raya kita seperti yang berlaku di negara-negara luar di peringkat antarabangsa. Akhir sekali Tuan Pengerusi tentang kerja-kerja mengorek. Kepala 3600 Pembangunan. Saya hendak tanya dan tahu, sejauh ini atau setakat ini, apakah kemajuan kerja-kerja mengorek Kuala Sungai Muar?

Sama ada sudah siap, kalau sudah siap adakah segala masalah berkaitan dengan nelayan yang terpaksa berhadapan dengan lumpur dan sebagainya telah diselesaikan atau pun belum? Akan tetapi yang saya hendak tahu lebih lanjut lagi ialah kemajuan terhadap kerja- kerja mengorek Sungai Muar tersebut sehingga sekarang. Sekian, terima kasih.

final • 8:41 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warrahmatullah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan beberapa butiran yang terdapat di dalam belanjawan yang telah dibentangkan iaitu Butiran 060400, 090400, 00200, 00800, 01300.

Tuan Pengerusi, yang pertamanya tentang 060400 iaitu Ujian dan Pelesenan Memandu. Jadi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini. Yang berlaku sekarang ialah di kawasan luar bandar iaitu tentang lesen bagi pemandu-pemandu yang sudah berumur dan mereka sebahagian daripadanya tidak ada keupayaan untuk terlibat

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

dalam ujian bertulis. Kadang-kadang masuk dua atau tiga kali pun tidak lulus juga. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengangkutan yang membuat ujian secara borong hendak bagi lesen kepada mereka ini. Lesen L sampailah kepada lesen penuh sehingga membuatkan mereka boleh memandu di jalan raya. Jadi saya berharap kepada pihak kementerian agar menambahlah program-program tersebut.

Yang keduanya saya juga ingin menarik perhatian seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang iaitu tentang kanak-kanak atau murid-murid sekolah terutamanya sekolah menengah di mana mereka memandu tanpa lesen. Kita rasa perlu satu mekanisme bagaimanakah untuk di samping mereka dididik dengan keselamatan, peraturan jalan raya dan sebagainya, bagaimanakah mereka boleh pergi ke sekolah tanpa mengganggu kerja-kerja ibu bapa mereka. Mungkin lesen sementara dan sebagainya.

Seterusnya tentang Butiran 090400 tentang stesen bas. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian iaitu di Padang Terap, berkaitan dengan stesen bas di Pekan Kuala Nerang. Sampai sekarang masih belum lagi disiapkan.

Saya minta pihak kementerian memberikan sedikit perhatian. Butiran yang seterusnya berkaitan 00200, 00800, 01300 yang saya percaya berkaitan dengan KTM, LRT, membaik pulih landasan, projek integrasi, stesen-stesen LRT dan sebagainya. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, saya tengok begitu banyak peruntukan yang diperuntukkan untuk kesemua yang disebutkan di atas. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian apakah asas utama kerajaan dalam memperuntukkan belanjawan kepada cadangan projek mega, penambahan jaringan LRT yang sedia ada.

Jadi untuk kita juga mengenal pastikan kawasan-kawasan yang mempunyai ataupun adakah pihak kementerian hanya melihat kepada kawasan yang mempunyai potensi tambahan pengguna sahaja. Akan tetapi yang tidak ada potensi, tidak dimasukkan.

Adakah mereka ataupun pihak kementerian hanya mengambil kira jangkaan pengguna LRT yang meningkat semata-mata ataupun jangkaan tambahan pengguna LRT yang sedia ada ataupun kepadatan populasi di sesuatu kawasan kediaman tanpa memikirkan juga bagaimana jaringan daripada LRT atau pengangkutan awam ini perlu juga sampai kepada peringkat yang agak isolated ataupun yang agak jauh di sebelah kampung dan sebagainya.

Ini kerana mereka juga perlu kepada jaringan pengangkutan awam.

Tentang penambahan jaringan LRT yang sedia ada, berapakah kos anggaran bagi projek tersebut? Bagaimanakah ia dibiayai? Adakah 100% menerbitkan bon ataupun hutang semata-mata? Sebelum dilaksanakan projek mega yang disebutkan, saya kira adalah lebih baik kerajaan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini tentang prestasi dari segi operasi dan kewangan terkini dan yang terdahulu bagi syarikat-syarikat yang mengendalikan operasi PUTRA, STAR, KL Monorel. Sekarang KL Monorel telah diambil alih oleh kerajaan melalui Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB). Adakah syarikat perkhidmatan rel terbaru yang diambil alih setelah beroperasi secara konsep penswastaan dan gagal melangsaikan hutang pinjaman jangka panjangnya kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

final • 8:45 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Dewan ini rasanya perlu juga tahu apakah prestasi kewangan bagi Syarikat Prasarana Nasional Berhad terutama sekali jumlah terkini hutang-hutang bon di dalam buku SPNB. Untuk pengetahuan, aset-aset dan juga liabiliti termasuklah tanggungan hutang Putera, Star dan Kuala Lumpur Monorel telah diambil alih oleh kerajaan melalui SPNB dan operasi bagi LRT dan monorel telah diserahkan kepada entiti yang sama bagi meneruskan pengendalian operasinya.

Yang terakhir saya juga ingin menimbulkan apakah struktur tambang yang bakal dicadangkan setelah projek yang dirancang oleh kerajaan tadi siap dibina. Jadi kita mengharapkan agar struktur tambang yang dicadangkan berdasarkan kepada mesra rakyat bukannya full cost recovery concept yang dilaksanakan di bawah konsep penswastaan dan peratusan profit margin yang tidak terlalu tinggi dikenakan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi.

Satu lagi yang saya ingin sentuh ialah 00900 yang meningkatkan keupayaan KTM yang saya yakin termasuk juga di dalam peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

berkaitan dengan projek landasan berkembar daripada Ipoh ke Padang Besar yang melibatkan 30 kilometer. Jadi bajet ini agak besar dan yang dicatatkan di dalam pembangunan Maksud 28 ini lebih kurang RM1.8 bilion tetapi yang kita faham lebih kurang RM12 bilion diperuntukkan seperti mana yang dilaporkan oleh Bursa Malaysia announcement pada 25 Julai 2008 di mana kita difahamkan bahawa syarikat ini akan melaksanakan projek ini dengan konsep reka bina.

Jadi ini mungkin telah dijawab sebahagiannya. Kita harap kerajaan akan memikirkan satu konsep yang lebih mesra kerajaan dalam menyediakan peruntukan dan kalau kita lihat kalau dibuat secara design and build ataupun reka bina ini ia memerlukan komitmen kerajaan dalam menyediakan peruntukan setiap tahun. Jadi bajet lebih kurang RM2.5 bilion setahun untuk dibayar kepada kontraktor ini satu kadar yang agak tinggi dan saya juga ingin menimbulkan kenapa ia tidak dilaksanakan secara PFI di mana yang kerajaan sebut sebelum ini yang mana kalau kita tengok sekiranya dilaksanakan secara PFI yang mana konsep ini merangkumi reka, bina kemudian kerajaan menyuntik kewangan dan sebagainya. Maka kita akan mendapat projek ini secara lebih selamat daripada diberi dalam bentuk yang disebut dalam Dewan yang mulia sebelum ini dalam bentuk runding terus iaitu konsep reka dan bina, dan diberi runding terus kepada Gamuda MMC. Jadi saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi perbahasan saya di peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih. Dalam muka surat 681 Butiran 01500, antara projek-projek yang dimansuhkan dalam Kementerian Pengangkutan ini ialah projek monorel di Pulau Pinang. Saya ingin bertanya ada syarikat-syarikat pelbagai syarikat yang membuat cadangan tentang monorel di Johor Bahru. Apakah pandangan kementerian tentang rancangan untuk membuat monorel di Johor Bahru ini? Adakah perkara itu akan diteruskan ataupun menerima nasib yang sama serupa macam monorel di Pulau Pinang.

Seterusnya ialah Butiran 020300 - Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan. Pontian mempunyai pesisir pantai yang panjang sejauh 40 kilometer dan ada satu pekan kecil di Pontian itu yang bernama Benut. Mengikut sejarahnya Benut adalah merupakan satu pelabuhan barter trade yang terkenal pada satu masa dahulu dan saya difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan ada menulis surat untuk membenarkan sebuah syarikat untuk membangunkan pelabuhan barter trade di Benut. Setakat manakah perkara itu boleh dilaksanakan dan apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan barter trade di Benut.

Seterusnya tentang keselamatan jalan raya yang telah banyak disentuh oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain. Bagaimanakah tentang kadar kemalangan jalan raya negara kita dibandingkan dengan negara jiran? Adakah negara kita ini lebih teruk dibandingkan dengan negara jiran dan kemalangan maut yang utama ialah kemalangan kenderaan motosikal. Apakah formula yang terbaik untuk mengatasinya?

Bagaimana tentang kempen kesedaran dari segi had laju, dari segi pemakaian topi keledar yang betul, dari segi pakaian yang terang, pantulan cahaya? Adakah perkara-perkara itu telah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan bagaimana tentang cadangan laluan motosikal di jalan-jalan seluruh negara? Apakah perancangan yang dibuat oleh kerajaan dengan Jabatan Kerja Raya? Setakat mana perancangan itu dan setakat manakah akan dilaksanakan di tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai jalan-jalan maut di negara ini?

Seterusnya ialah tentang meningkatkan keupayaan KTM. RM1.8 bilion ini satu angka yang besar dan kita ingin bertanya bagaimana prestasi KTMB sekarang ini? Apakah bentuk-bentuk pembaharuan yang dirancang dengan RM1.8 bilion ini? Saya ingin bertanya dengan satu butiran iaitu 01600 - Pembelian Rolling Stock KTMB berjumlah RM310 juta.

Apakah kaedah pembelian rolling stock ini? Adakah melalui tender terbuka, tender antarabangsa terbuka dan negara-negara manakah yang kita ingin mendapatkan teknologi rolling stock ini? Adakah daripada Jepun, Jerman ataupun Korea Selatan yang lebih murah? Bagaimana kaedahnya? Mohon penjelasan daripada kementerian. Saya rasa itu sahaja yang ingin saya tanyakan. Terima kasih.

final • 8:53 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Ledang, tadi halaman 373 Butiran 010000 - Perkhidmatan Bantuan. Tuan Pengerusi, yang penting sekali ini mengenai dasar pengangkutan kita salah satunya bagi keselamatan pengangkutan laut, meningkatkan usaha, menguatkuasakan piawaian keselamatan pelayaran dan keselamatan penumpang, keupayaan mencari dan menyelamat, dan penyediaan peralatan-peralatan bagi pelaksanaan global maritime distress dan safety system.

Tuan Pengerusi, di sini saya hendak menyebutkan mengenai lanun di laut.

Pelayaran Selat Melaka, di dalam 300 kilometer Selat Melaka ini tiap-tiap tahun ada 50,000 kapal yang melalui selat ini yang merupakan salah satu yang tersibuk di dunia. Akan tetapi, malangnya selat Melaka ini di dalam sejarahnya sering kali berlaku serangan oleh lanun.

Sejak berkurun-kurun lagi ada rekod sejak kurun ke 14 lagi dan juga kesultanan Melaka dan sebagainya, dan sekarang tiap-tiap tahun masih ada sampai 50 serangan lanun.

Pada satu ketika lebih banyak daripada itu, 40% serangan lanun itu 2004. 40% daripada serangan lanun itu berlaku di selat dan kita mesti ingat di dunia tiap-tiap tahun ada sampai 276 kes serangan lanun dalam rekod. Baru-baru ini di Teluk Eden Somalia bertambah serangan lanun raksasa dan di sini saya hendak menanya pihak kementerian langkah-langkah telah diambil misalnya Federation of Asian Shop Earnest.

final • 8:57 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia memang ada menubuhkan satu sistem baru Information Sharing Centre (ISC).

Itu salah satu sistem yang diwujudkan bersama-sama oleh 14 negara di kawasan Asia ini.

Apakah telah terjadi dengan Information Sharing Centre (ISC) ini. Untuk tahun inilah apakah ramalan kita mengenai kes serangan lanun di Selat Melaka. Di sini saya pun hendak menyentuh kerana di dalam Kementerian Pengangkutan kita itu, kita mesti memastikan keselamatan kapal di laut walaupun selat itu, Teluk Aden atau pun di Laut Somalia itu memang kita.

final • 9:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apa masalah, siapa lagi. Yang Berhormat Batu Pahat. Apa masalah dengan Yang Berhormat Batu Pahat itu dia berbunyi selepas rumah itu siap. Ya, you memang sudah macam itu. Masalah lanun di Selat Melaka itu dekat dengan Batu Pahat, tidak jauh, tidak jauh.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, confine pada Selat Melaka, jangan pergi Somalia, jauh sangat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ada, ada. Hendak...

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Somalia jauh sangat. Selat Melaka boleh.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Somalia ada masukkah?

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sudah sebut Somalia tadi, sudah mula sebut.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Somalia, dia memang masuk di dalam masalah ini kerana walaupun kita mesti bukan sahaja Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan sebagainya memang ada terlibat. Akan tetapi, Tuan Pengerusi, yang terbaru bukan sahaja kapal Malaysia, MISC ada dua kapal iaitu Bunga Melati II, dan Bunga Melati V yang telah pun ditahan oleh lanun di Teluk Aden. Dua-dua ini di Teluk Aden pada bulan Ogos tahun ini.

Kemudian, kerana kita bayar wang tebusan, Pengerusi MISC dia tidak mahulah kita sebutkan apakah jumlah yang dibayar. Ada khabar USD4 juta. Saya tidak tahu berapa tetapi Tan Sri Hassan Merican dia marah kalau kita sebutkan jumlah yang dibayar. Dia takut itu jadi insentif bagi lanun atau pun bagi galakan para lanun itu. Dia tengok, Malaysia boleh bayar tebusan sampai USD4 bilion. Kita boleh buat lagi serangan. Itulah, dia takut.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Walau bagaimanapun, saya tidak tahu apakah jumlah yang dibayar sebagai tebusan untuk Bunga Melati II dan V. Di sini, di kawasan itu setakat inilah, tahun ini ada 64 buah kapal sudah ditahan dan masih ada yang masih ditahan. Yang terbaru super oil tanker Sirius Star Saudi Arabia yang membawa minyak mentah sampai 65 juta pound.

Tebusan yang dikemukakan oleh para lanun ini 16 juta pound.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau minta jalan Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Arau?

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Ya.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Arau tidak ada lanun.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Arau memang tidak ada lanun tetapi dekat dengan Acheh, ada sedikit-sedikit.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Achehkah?

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Ya, sedikit.

final • 9:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Selat Melaka.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya dari Kepong. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan sistem keselamatan dunia sekarang. Apabila Yang Berhormat membangkitkan soal keselamatan pelayaran di Teluk Aden dan juga di Selat Melaka juga sudah dianggap tidak selamat. Ini kerana masalah yang menggambarkan negara-negara yang berdekatan dengan Teluk atau pun Selat Melaka ini dilihat kurang berkemampuan mengendalikan soal keselamatan yang sepatutnya dikendalikan mengikut peraturan Justice of the Peace yang kita percayai, yang kita anuti, yang kita pegang sekarang ini. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Arau hari ini dia ada pandangan Yang Berhormat baik juga. Itu boleh terimalah. Kadang kala ada baik juga. Yang baik kita terima.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya?

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dua minit lagi.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia sedikit membinalah hari ini. [Ketawa]

final • 9:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Penjelasan.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Baik, baik.

final • 9:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pasal tebusan tadi disebut sampai USD4 juta tebusan ini nampak Kerajaan Malaysia ini walaupun melalui MISC begitu mudah apabila lanun minta tebusan, bayar wang sampai begitu banyak. Akan tetapi dengan rakyat Malaysia ini, kerajaan kita agak susah. Hendak turun harga minyak pun payah. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita pun kena culik mana-mana pemimpin kerajaan?

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Akan tetapi kita mengamalkan kedaulatan undang- undang. Itulah kita ada sekatan sedikit tetapi itulah hendak bayar kepada lanun lebih senang. Hendak bayar kepada rakyat itu susah sedikit.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Banyak lagi hendak sebutkan.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis 10 minit.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Kalau macam itu lebih baik kita jadi pengganas.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak boleh, kita tidak mahu pengganas sama ada dari Arau atau pun dari Batu Pahat atau pun mana-mana pun tidak boleh kita terima. Kita berharap Malaysia itu semua duduk di dalam keadaan sentosa, keamanan dan sebagainya.

Tidak payah kita hendak gunakan kekerasan atau pun benda-benda yang tidak baik. Tuan Pengerusi,

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, gulung Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya sudah hendak gulung. Di sini saya hendak tanya kementerian apakah langkah-langkah yang telah diambil selain daripada kapal-kapal tentera laut Malaysia ada mengambil tindakan dan apakah langkah-langkah yang sedang dibuat selain daripada tentera laut kita yang mengambil tindakan dan juga multinasional anti-terrorism itu. Apakah tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu memang terlibat? Kita berharap Malaysia mengambil langkah untuk mengemukakan hal ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerana kita perlukan kerjasama daripada pelbagai negara untuk menghapuskan lanun di dalam Somalia yang sedang berperang. Walaupun di Arau ada perang kecil dari semasa ke semasa tetapi perang di Somalia ini memang dahsyat.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Perang di Arau setakat hendak jadi Menteri Besar sahaja.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Untuk makluman, nelayan kecil saya pun banyak kena culik dan lanun, ada beberapa kes. Betul.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di Arau?

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Di kawasan Parlimen Arau. Nelayan kecil, laut kecil sahaja.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini oleh angkara siapa.

final • 9:00 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Ini bukan main-main, ini betul Yang Berhormat Kepong.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya pun tidak tahu, ini saya ingat kali pertama.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Habiskan ya. Saya berharaplah Yang Berhormat kementerian dapat memberi jawapan yang tepat proses dan jitu di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 9:00 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk ikut seta berbahas menyentuh Butiran 060000 - Pengangkutan Darat.

final • 9:09 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Di kawasan saya Sibuti, pengangkutan darat hanya ada di Parlimen P219 – Bandaraya Miri. Jadi untuk kenderaan-kenderaan ataupun pengangkutan-pengangkutan darat ke kawasan saya memakan masa satu jam dari Bandar Miri ke pekan kecil Bekenu dan satu jam lagi ke pekan kecil Batu Niah. Di kawasan inilah pengangkutan darat diperlukan untuk membawa penumpang-penumpang daripada kebun-kebun dan ladang- ladang dan untuk mereka berurusan dengan pejabat-pejabat kecil di kawasan saya.

Dengan yang demikian, saya memohon 060100 – Pengurusan Pejabat.

Jika boleh disambungkan ataupun dibuka luas ke kawasan saya di Sibuti, di pekan kecil Bekenu ataupun di pekan kecil Batu Niah. Ini supaya pejabat-pejabat untuk mendaftar lesen ataupun untuk mendaftar kenderaan mereka senang diuruskan. Oleh sebab

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

kenderaan untuk membawa penumpang di antara satu kawasan ke satu kawasan sangat lambat untuk sampai dan membayar tambang yang begitu mahal untuk mereka. Ini kerana penduduk kawasan luar bandar tidak mempunyai kenderaan sendiri dan mereka perlu ke pejabat kecil Bekenu di mana dikendalikan oleh Pejabat Pos oleh seorang pegawai sahaja dan kadangkala pejabat itu tidak dapat menjalankan tugas disebabkan system down. Ini adalah kerana kekerapan berlakunya terputus elektrik di kawasan tersebut kerana kawasan saya ini kecil, pekan kecil saja. Jauh dari bandar.

Jadi dengan yang demikian jika boleh pihak Kementerian Pengangkutan ini membuka pejabat kecil di kawasan saya untuk mendaftar kenderaan dan lesen bermotor di tempat itu. Satu lagi adalah 060400 – Pengujian dan Pelesenan Pemandu. Saya memohon agar dipanjangkan kepada pekan kecil itu di mana kami boleh juga membuka satu kelas belajar memandu kenderaan kerana untuk belajar memandu kenderaan hanya ada di satu tempat di kawasan Parlimen 219 di kawasan berhampiran Kuala Beram. Terlalu jauh dan terlalu mahal untuk orang-orang dan penduduk-penduduk luar bandar untuk mengambil bahagian ataupun untuk mengambil lesen memandu ataupun berlatih untuk mengambil lesen tersebut.

Saya juga merasa inilah masanya untuk kita membawa ke pengetahuan kementerian sebab kawasan P218 Sibuti adalah kawasan baru. Di mana hanya pejabat kecil yang dijalani oleh pejabat daerah menjadi pejabat macam-macam pejabat. Pejabat pendaftaran, pejabat pelesenan, pejabat membayar kenderaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bolehkah pihak kementerian memanjangkan, meluaskan pejabat mereka di kawasan P218 Sibuti diletakkan di pekan kecil Bekenu ataupun di pekan kecil Batu Niah.

Dengan adanya pejabat ini nanti dengan kekerapan kenderaan berat seperti bas membawa penumpang-penumpang ke kawasan ini tidaklah membuka peluang kepada penyangak- penyangak bas sapu dan teksi sapu untuk mengambil untung kepada penduduk-penduduk luar bandar.

Dengan yang demikian, saya merayu sekali lagi agar pihak kementerian memberi peluang kepada kami di kawasan P218 Sibuti. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya akan panggil dua lagi Ahli Parlimen selepas itu saya minta Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran P218 – Kementerian Pengangkutan iaitu 010400 – Maritim dan 020000 – Pengangkutan Laut. Berkaitan dengan soal pengangkutan laut iaitu bot ataupun feri daripada Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis ke Langkawi. Saya melihat bahawa ada masalah bila berlaku kenaikan tambang bot dari Kuala Kedah dan juga dari Kuala Perlis ke Langkawi. Bagi saya bahawa ini satu kenaikan yang agak berat. Sekarang ini RM23 kalau dari Kuala Kedah, dari Kuala Perlis saya tak perasan berapa. Akan tetapi bagi saya bahawa satu benda yang sangat-sangat tinggi kerana kos kalau pelancong-pelancong khususnya pelancong dalam negara kita nak ke Langkawi, dia terpaksa spend duit yang begitu besar.

Tambang satu kemudian di sana dia terpaksa sewa kereta. Jadi satu benda sedangkan kita nak menggalakkan pelancong dalam negara kita. Jadi sudah tentu bahawa seharusnya difikirkan antara kementerian ini dan juga dengan Kementerian Pelancongan dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan ke Langkawi itu sendiri. Begitu juga dengan diskaun yang hanya diberikan RM3 sahaja kepada penduduk Langkawi, saya rasa agak terlalu kecil dengan kos yang begitu tinggi sekarang ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa sepatutnya tambang ini sudah dapat dikurangkan kerana harga minyak sudah pun turun dan mereka tidak perlu kepada kos yang tinggi daripada sudut bahan bakar untuk menggerakkan bot ataupun feri mereka.

Kemudian saya juga ingin menyentuh 060600 – Penguatkuasaan Undang-undang.

Berkaitan dengan cermin gelap, saya lihat bahawa masih belum ada satu kata pemutus.

Setakat ini saya belum melihat walaupun Menteri kalau tak silap saya membuat beberapa kenyataan bahawa pihak kementerian akan membuat satu keputusan yang muktamad

final • 9:16 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

tentang kedudukan cermin gelap ini, berapa percent kegelapan yang boleh diguna sebab ini menjadi masalah kepada pemilik kenderaan. Dia pergi ke kedai untuk bubuh cermin gelap, kedai kata boleh. Bila beli kereta baru dan kita bubuh cermin gelap, dia kata boleh tetapi akhirnya kita berhadapan dengan masalah JPJ dan juga polis daripada segi tindakan undang-undang. Saya minta kata putus daripada kerajaan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dinanti-nantikan oleh pengguna-pengguna kereta.

Apatah lagi kalau sesetengah kereta yang diimport daripada luar negara khususnya macam kereta recon umpamanya dia datang dalam keadaan cermin yang gelap yang kadang-kadang tidak bertepatan dengan kehendak undang-undang di dalam negara Malaysia. Jadi sekali lagilah saya minta supaya kata putus tentang penguatkuasaan undang-undang daripada segi cermin gelap. Akhir sekali 080000 – Keselamatan Jalan Raya. Tadi kita dah sentuh di peringkat Kementerian Kerja Raya berkaitan dengan soal kemalangan jalan raya yang berlaku seperti yang dibuat oleh Institut Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mengatakan bahawa berlaku kemalangan yang begitu banyak, jumlah yang begitu banyak pada waktu malam. Waktu perjalanan malam pukul 12 ke atas.

final • 9:16 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi dia sudah bertentangan antara keputusan Kementerian Kerja Raya dengan syarikat-syarikat konsesi ini untuk mengurangkan rebat 10% daripada harga tol asal itu dan dibimbangi bahawa takut nanti orang akan menunggu masa pada malam untuk bergerak sedangkan pada waktu malam ini menjadi fitrah manusia kadang-kadang dia mengantuk dan sebagainya. Ini tentu akan meningkatkan kemalangan jalan raya. Yang saya menjadi masalah bagaimana Kementerian Kerja Raya tidak boleh melihat bahawa ada satu kajian yang telah pun dibuat oleh MIROS iaitu agensi kerajaan sendiri di bawah Kementerian Pengangkutan. Sepatutnya sudah dapat diselaraskan. Maknanya sebelum keputusan yang hendak dibuat untuk rebat 10%, harus dilihat kesan-kesannya macam saya sebut tadi bahawa kajian dibuat di USM pun sama, yang dibuat oleh MIROS mengatakan bahawa ada berlaku kemalangan yang begitu besar jumlahnya dan Menteri Pengangkutan sendiri membuat kenyataan minta PLUS dan pihak Kementerian Kerja Raya kaji balik tentang rebat itu.

Kita hendak kajian itu dibuat supaya membolehkan bahawa rakyat ataupun pengguna lebuh raya ini mendapat manfaat daripada pengurangan rebat itu. Atas sebab itu kita cadangkan supaya rebat itu bukan hanya untuk malam, tetapi sepanjang hari yang sudah tentulah boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna. Akan tetapi dalam isu ini keselamatan bahawa, macam tidak ada penyelarasan dan saya ingin mencadangkan supaya dalam hal-hal yang berkaitan dengan tambang tol dan keselamatan ini harus diletakkan di bawah satu-satu kementerian. Jadi yang tol diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya, soal keselamatannya diletakkan di sini. Jadi maklumat itu saya pun tidak boleh faham bagaimana ia tidak boleh diselaraskan supaya satu-satu keputusan macam saya katakan tadi dapat diketahui terlebih dahulu oleh pihak Kementerian Kerja Raya.

Jadi saya harapkan bahawa supaya kajian yang disebut oleh MIROS itu dapat diangkat oleh pihak kerajaan dan saya minta pihak Kementerian Pengangkutan yang mesti buat satu desakan yang lebih kuat kerana ini masalah keselamatan jalan raya dan sekali gus pihak Kementerian Pengangkutan harus meminta kepada kerajaan dan menyokong kita semua supaya rebat itu bukan hanya dari 12.00 malam sampai 7.00 pagi, tetapi untuk 24 jam untuk semua jenis kenderaan. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya meminta maaf, saya tidak boleh bagi kepada semua. Saya cuma boleh panggil seorang, yang lain itu bolehlah mencelah mana yang sesuai, saya jemput Yang Berhormat Jasin.

final • 9:20 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sudah tunggu cukup lama Tuan Pengerusi. Pertamanya saya hendak bincang tentang Butiran 010400 - Maritim. Selat Melaka adalah sebenarnya laluan yang paling sibuk sekali di dunia.

Bagi menentukan keselamatan bagi semua kapal seharusnya pihak kementerian membuat satu kerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain sama ada Kementerian Pertahanan, bagi memastikan bahawa laluan kapal ini selamat. Setakat ini kita ingin

final • 9:23 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

maklumkan bahawa Selat Melaka adalah selat yang paling selamat sekali di dunia.

Walaupun kita tidak mempunyai seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadi ISC yang boleh menghubungkan di antara pihak penguat kuasa kalau tentera laut, tentera darat dengan agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan, Jabatan Imigresen dan lain-lain inilah sebenarnya saya cadangkan supaya kerajaan mewujudkan sistem pemantauan iaitu Information Sharing System di antara semua penguat kuasa supaya tindakan segera dapat diambil kalau ada apa-apa kemungkinan berlaku.

Setakat yang kita maklumkan hanya dua kejadian, itu pun selepas kapal itu berlabuh lanun pun datang. Jadi kapal yang belayar setakat ini untuk tahun 2008 tidak ada kes-kes yang berlaku. Keduanya di Melaka ini kerana laluan kapal yang begitu sibuk sekali, apa yang kita dapat hanyalah pencemaran itu sahaja. Kita berharap supaya pihak kementerian melalukan pemantauan bagi memastikan supaya semua kapal yang menggunakan Selat Melaka tidak membuang sludge ataupun sludge discharging di laut dan kalau sekiranya ada berlaku kerana ada berlaku satu perlanggaran kapal satu ketika dahulu kita berharap supaya pihak kementerian mengambil tindakan segera bagi memastikan supaya ia tidak menjejaskan kawasan pantai, bahkan kepada nelayan-nelayan.

Keduanya pada Butiran 08000 iaitu Pelabuhan. Satu ketika dahulu zaman kesultanan Melaka, pelabuhan Melaka terkenal di seluruh dunia, sebagai Venice of the East. Pada ketika ini, kita juga mempunyai pelabuhan tetapi pelabuhan yang tertinggal, pelabuhan yang tidak dipedulikan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Kelang yang memantau semua pelabuhan. Saya semasa di Melaka telah membawa beberapa pelabur-pelabur asing yang mahu menanam modal yang besar di Melaka yang memerlukan keperluan pelabuhan, tetapi apabila dilihat Pelabuhan Tanjung Berus dia pun lari. Ini kerana Pelabuhan di Tanjung Beruas pada ketika ini telah diswastakan pada satu syarikat yang membiarkan Tanjung Beruas menjadi satu tempat yang cukup terbiar sekali dan adalah diharapkan supaya pihak kementerian mengambil alih dan membangunkan semula Pelabuhan Tanjung Beruas ini supaya ia boleh menjanakan pendapatan kepada Negeri Melaka.

Seterusnya saya pergi kepada Pengangkutan Udara - 010500. Landasan Batu Berendam akan diperbesarkan dan akan siap pada penghujung tahun 2010. Pada ketika ini hanya kapal terbang jenis Fokker sahaja boleh mendarat dan kita harap pada masa akan datang 737 dan seterusnya Boeing akan dapat mendarat di lapangan terbang Batu Berendam sekurang-kurangnya kerajaan kalau boleh menjadikan landasan Batu Berendam sebagai cargo-hub dan juga landasan penumpang-penumpang. Seterusnya untuk pengangkutan darat 010600 penguatkuasaan harus ditingkatkan supaya semua jenis pengangkutan darat seperti bas sekolah, bas kilang, van mesti benar-benar menepati piawaian keselamatan.

final • 9:23 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Penjelasan.

final • 9:23 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Sila.

final • 9:23 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Apabila menyentuh masalah pengangkutan darat tadi, menyebut bas sekolah tadi, saya hendak minta pandangan Jasin dan mungkin pihak kementerian, sebab sekarang masalah apabila timbulkan masalah penglibatan pelajar- pelajar sekolah yang menunggang motosikal dan sebagainya, sebenarnya mereka hendak ke sekolah, tetapi tidak ada kemudahan awam. Saya hendak bawa ke tempat saya macam di Maran, di Sungai Jerik tidak ada dan sebagainya, tidak ada kemudahan bas. Saya minta kita mencadangkan kepada kementerian supaya buat kajian di mana keperluan dan sebagainya pengangkutan darat ini yang diperlukan ini bukan sahaja di bandar. Saya kira Jasin, sebenarnya di bandar cukup hebat jambatan sudah berapa lapis, jalan sudah berlapis-lapis dalam bumi atas bumi dan sebagainya sudah cukup banyak, tetapi di luar bandar ketinggalan.

Sedangkan kita mendapat sokongan yang cukup hebat daripada luar bandar. Jadi saya minta kementerian tolonglah, Yang Berhormat Jasin, pandangan saya itu, minta kementerian buat kajian apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan kemudahan pengangkutan darat ini terutamanya di kemudahan awam disediakan di ka-kawasan luar bandar ataupun kawasan bandar-bandar kecil. Terima kasih.

final • 9:23 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Maran, saya sangat setujulah. Kalau boleh masuk dalam teks ucapan sekarang bagi memastikan keselamatan anak-anak kita, penumpang-penumpang kita. Kalau tidak, kalau kita bercakap untuk memperelok sistem kita tidak akan tercapai. Apa yang terjadi pada ketika ini, bas sekolah, bas kilang daripada tahap yang cukup menyedihkan sekali.

Dia tidak ada pun saya rasa kalau kita check betul-betul tidak menepati piawaian keselamatan untuk penumpang-penumpang. Kita tidak kira kos, kos sebenarnya nombor dua. Tetapi apa yang penting sekarang ialah keselamatan dan perkhidmatan yang benar- benar berkualiti. Seterusnya, kerajaan ada mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi ‘memperelokan’ sistem pengangkutan di negara kita. Saya mohon kalau boleh jangan ianya berpusat di Kuala Lumpur bahkan berikan perhatian juga di Melaka.

final • 9:23 PM

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Sebut tentang masalah keselamatan, saya hendak sebut tentang masalah... Terima kasih Tuan Pengerusi, keselamatan jalan raya ini, sekarang kemalangan menjadi-jadi walaupun kita sudah berikan pendidikan dan sebagainya, kemalangan menjadi-jadi. Dahulu kita ada Majlis Keselamatan Jalan Raya di mana di peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat daerah saya perhatikan sekarang ini Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Jasin, perhatian kepada daerah ini sudah kurang sedikit kerana kadang-kadang kita bermusim buat program. Apa salahnya kita cadangkan keluarkan peruntukan, duit boleh cari Tuan Pengerusi, tetapi nyawa yang hilang masyarakat kita tidak boleh cari. Mungkin pembangkang ini suka orang ini mati, saya tidak mahu. Apa salah kita cari duit berikan ke daerah-daerah dan juga ke Parlimen kecuali pembangkang, kita buat program saya bersedia. [Ketawa] [Tepuk] Kita Barisan Nasional bersedia buat, terima kasih minta Yang Berhormat Jasin pandangan.

final • 9:23 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Gulung Yang Berhormat.

final • 9:23 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi, sebelum saya habis, saya hendak ucapkan terima kasih...

final • 9:23 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa pasal, pembangkang tidak bayar cukai ke?

final • 9:23 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang cukup berlaku adil walaupun saya tunggu banyak kali, Tuan Pengerusi bagi kat saya peluang. Yang akhirnya saya hendak cakap satu perkara yang terakhir iaitu 08000 - Keselamatan Jalan raya. Indeks kemalangan semakin meningkat, kawasan yang selalu berlaku kemalangan kita anggap sebagai kawasan maut. Apakah sebenarnya tindakan kerajaan secara bersepadu bukan sahaja Kementerian Pengangkutan daripada pihak Polis, dan kementerian-kementerian yang lain supaya mereka mengadakan satu rundingan bagi memastikan kawasan yang dipanggil kawasan maut ini menjadi kawasan selamat. Setiap kali kita ada hari perayaan macam-macam kemalangan berlaku.

Saya rasa saya banyak hendak bercakap Tuan Pengerusi, tetapi saya menghormati masa.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 9:23 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri akan menjawab selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan esok.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 9:23 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa, 25 November 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.32 malam.

final • 9:23 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026