Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan jumlah buangan berjadual (toxic wastes) yang dihasilkan oleh industri di negara kita pada tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008. Dari jumlah tersebut nyatakan jumlah yang dihantarkan ke tapak pelupusan Syarikat Kualiti Alam.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Maznah Mazlan
Assalamualaikum, selamat pagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan Ahli Parlimen Mambong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2006 sebanyak 1,103,457 metrik tan buangan terjadual telah dihasilkan oleh industri di seluruh Malaysia dan dari keseluruhan jumlah buangan terjadual yang terhasil tersebut sebanyak 10% iaitu 110,814 metrik tan telah dihantar ke Kemudahan Bersepadu Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk diolah dan dilupuskan.
Yang Berhormat juga ingin memohon maklumat untuk tahun 2007, sejumlah 1,138,839 metrik tan buangan terjadual telah dihasilkan oleh industri di seluruh Malaysia dan dari jumlah tersebut, sebanyak 10.4% ataupun 117,982 metrik tan telah dihantar ke kemudahan yang sama. Untuk tahun 2008, angka yang kita perolehi daripada syarikat berkenaan sehingga 30 September 2008, buangan yang diterima oleh Kualiti Alam Sdn.
Bhd. adalah sebanyak 101,057.3 metrik tan. Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Nampaknya daripada jumlah sisa-sisa berjadual yang dihantar ke tapak pelupusan Syarikat Kualiti Alam memang jauh berbeza daripada penghasilan sisa-sisa berjadual ataupun sisa- sisa toksik. Kenapa ianya berlaku hanya 10%? Kelebihannya di manakah ianya dilupuskan? Itu soalan pertama.
Soalan kedua saya ialah tentang sisa-sisa pepejal elektronik, e-Waste. E-Waste ini juga adalah sisa-sisa yang toksik juga yang makin bertambah di negara kita. Adakah kementerian bercadang untuk memasuki e-waste ini di dalam peraturan sisa-sisa berjadual? Terima kasih.
Datuk Maznah Mazlan
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita dapati bahawa pada masa ini sejumlah tersebut telah dihantar ke Kualiti Alam Sdn. Bhd. kerana kita dapati bahawa terdapat juga lain-lain syarikat yang mana sebanyak 323 lesen telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk diolah ataupun di proses mengikut kategori-kategori iaitu sama ada pelupusan separa, sebahagiannya dan ada juga sebahagian yang dilupuskan setempat di mana ia dikeluarkan dan ada juga yang dihantar ke luar negara. Saya mohon soalan nombor dua tadi diulangi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini berkaitan dengan electronic waste ataupun sisa pepejal elektronik, ianya makin bertambah di negara kita. Adakah kementerian bercadang ataupun ada cadangan untuk merangkumi e-waste ini di dalam peraturan pelupusan sisa-sisa berjadual?
Datuk Maznah Mazlan
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa pada masa ini di dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan di bawah peraturan- peraturan yang telah ditetapkan iaitu Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, kita dapati electronic waste ini termasuk di dalam 77 yang telah disenaraikan dan saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa electronic waste adalah satu isu, ia bukan sahaja pada masa ini sedang diurus atau kita selenggarakan ataupun kita ambil kira di dalam negara, ia juga kita perjuangkan di peringkat antarabangsa di mana ada satu konvensyen khas yang dipanggil Basel Convention yang mana banyak isu baru berkaitan dengan e-waste ini juga sedang sama-sama kita perjuangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah, walaupun saya menghadap ke hadapan, apabila saya nampak saya panggil. Jadi, lain kali kalaupun saya menghadap begitu, kalau saya tidak panggil bermakna saya tidak nampak. Lain kali jangan lagi mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Sila teruskan soalan tambahan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ha, tahniahlah Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ribuan terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum ini, lebih kurang empat tahun yang lalu, negara kita dikejutkan dengan insiden di mana sebanyak lebih kurang 12,000 tong sisa toksik yang diimport secara haram dari negara Taiwan dan kes tersebut berjalan di mahkamah. Saya hendak tahu apakah kedudukan kes itu. Saya juga ingin tahu sejauh manakah kesediaan dan kemampuan pihak kementerian dalam aspek tenaga dan peralatan bagi memastikan bahawa sisa-sisa buangan dari negara luar ini tidak dapat masuk ke dalam negara kita; menjadi destinasi buangan sisa toksik oleh negara-negara luar. Terima kasih.
Datuk Maznah Mazlan
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kes yang spesifik itu saya mohon untuk jawab secara bertulis kerana saya ada senarai kes undang-undang yang telah diambil tetapi saya perlu lebih detail mengenai kes tersebut. Kesediaan kerajaan sebagaimana yang kita tahu bahawa e-Waste ini adalah satu perkara yang timbul dalam era teknologi maklumat ini dan juga berbangkitnya banyak produk baru dalam negara kita.
Perkara ini bukan hanya kementerian, kerajaan tempatan dan juga agensi-agensi lain serta rakyat Malaysia sendiri juga perlu memikul tanggungjawab bersama untuk sama- sama kita meningkatkan kesedaran dan keupayaan kita dalam mengatasinya. Dari segi perundangan, pada masa ini kita sudah ada peraturan-peraturan dan juga penguatkuasaan yang termaktub dalam undang-undang kita dan dari semasa ke semasa perkara ini akan terus dikaji dan dipertingkatkan untuk kita menghadapi cabaran dan masalah-masalah baru yang kita hadapi. Terima kasih.
[Soalan No. 2 - Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, tidak bolehkah soalan itu diwakilkan?
Tuan Yang di-Pertua
Menurut peraturan mesyuarat tidak boleh.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Soalan itu penting. Sebenarnya pembangkang pun bagus juga kemukakan soalan itu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Mana ada pembangkang bagus.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Ha, dengar tu, Yang Berhormat Batu Pahat.
3. Dato' Ismail bin Kasim [Arau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai rakan negara ASEAN dalam menangani pergolakan di Selatan Thailand yang melibatkan konflik agama yang telah berlaku sejak sekian lama dapat diselesaikan menerusi saluran diplomatik hasil daripada hubungan baik kedua-dua buah negara.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau di atas soalan yang dikemukakan. Kerajaan Malaysia berpegang kepada pendirian bahawa isu mengenai empat wilayah Selatan Thailand adalah isu dalaman Thailand dan Kerajaan Malaysia tidak akan mencampuri urusan dalaman negara tersebut.
Adalah menjadi hasrat Malaysia untuk melihat Selatan Thailand menikmati keamanan dan kestabilan bagi membuka ruang pembangunan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat negara tersebut. Menyedari hakikat ini, kedua-dua negara telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan wilayah-wilayah Selatan Thailand di persempadanan sebagai kawasan yang maju, makmur dan aman.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Malaysia dan Thailand bekerjasama di dalam mekanisme dua hala, Malaysia - Thailand Committee on Joint Development Strategy dan Rangka Kerjasama Wilayah Indonesia - Malaysia - Thailand Growth Triangle dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan dan memperbaiki taraf kehidupan penduduk-penduduk di kawasan persempadanan. Beberapa projek kerjasama telah dilaksanakan dalam infrastruktur perdagangan, pelaburan, pelancongan dan sumber manusia. Antara projek yang telah dilaksanakan termasuk pembinaan jambatan antara Bukit Bunga di Jeli, Kelantan dan Buketa di Weng, Narathiwat, dan latihan kepada seramai 50 orang belia daripada Selatan Thailand di bawah program Giat MARA. Malaysia juga telah menerima lawatan kumpulan belia dan guru-guru dari Selatan Thailand dalam tahun 2007 dan bulan Ogos 2008 bagi mendedahkan belia-belia dari Selatan Thailand mengenai keamanan dan perpaduan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, program-program kerjasama yang disebutkan tadi yang telah dimainkan oleh Kerajaan Malaysia jelas mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Malaysia bersama Kerajaan Thailand untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran di kawasan persempadanan serta mewujudkan kestabilan di Selatan Thailand. Kerajaan Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik yang ada untuk menyelesaikan isu-isu kedua-dua wilayah Selatan tanpa menjejaskan hubungan dua hala baik antara Malaysia dan Thailand.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak menjawab soalan ini. Ini bukan soal pembangunan tetapi soal konflik tentang agama.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Diplomatik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini soal bagaimana orang- orang Islam ditekan. Soalan ini punya semangat, bukannya soal pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita dengar dulu apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya sudah dengar, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Biar dia habis jawab dulu. Sila, sila. Belum habis lagi, Yang Berhormat, sila teruskan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Sudah selesai jawapan saya. cuma saya hendak mengatakan di sini ...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan persoalan ini persoalan yang agak kronik, walaupun pernah suatu masa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawat sendiri meminta pertolongan negara kita dalam mengatasi masalah konflik yang berlaku di Selatan Thailand ini.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan dalam sikap double standard yang kita amalkan ketika kita menghantar pulang seramai 133 orang pelarian Thailand yang takut dengan ancaman daripada tentera Thai sedangkan menurut World Refugee Survey 2003, Malaysia mempunyai lebih 59,000 pelarian daripada Filipina.
Walaupun kita tidak ada garis panduan yang mengenai status dan kedudukan mereka tetapi kita telah memberikan mereka hak di mana mereka boleh tinggal dalam keadaan- keadaan yang tertentu di bawah pengawasan kita walaupun kita tidak menandatangani Protokol 1967.
Jadi, soalan tambahan saya di sini ialah kenapa wujud double standard dalam pemberian status pelarian, Acheh yang tidak minta suaka politik kita hantar balik. Pelarian Selatan Thailand seramai 133 orang yang datang di Kelantan kita hantar balik, tetapi kenapa pelarian Filipina ini kita masih kekalkan dan biarkan mereka tinggal di negara kita.
Mengapa tidak diberi bantuan atas status pelarian dan dasar kemanusiaan kepada mangsa di Selatan Thailand ini? Mengapa wujud perbezaan yang begitu ketara dalam masalah ini?
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Arau tadi adalah satu kenyataan yang pada pendapat saya tidak begitu tepat kerana apabila seramai 131 orang rakyat Thailand khususnya selepas insiden tahun 2005 masuk ke negara Malaysia mereka tidak dihantar balik ke negara tersebut. Mereka ini sebenarnya sekarang masih lagi di tempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil, Terengganu.
Walaupun begitu, pada tahun 2007 seramai 11 orang yang telah bersedia untuk kembali ke Thailand dan juga 14 orang lagi pada tahun 2008. Mereka ini sebenarnya adalah pada pandangan kita, kita bersedia untuk memberikan kebenaran kepada mereka untuk balik sekiranya ada jaminan keselamatan yang diberikan kepada mereka khususnya oleh Kerajaan Thailand. Daripada 25 orang yang telah balik tersebut, mereka ini adalah yang mempunyai keyakinan. Apabila mereka balik, mereka tidak akan diambil tindakan dan kita juga mengharapkan supaya seramai 106 orang lagi yang masih lagi berada di Depot Tahanan Imigresen Ajil balik dengan secara sukarela.
Ini pada pandangan kita adalah merupakan satu langkah yang baik. Oleh kerana kita melihat bahawa masalah yang berlaku di Selatan Thailand adalah merupakan masalah dalaman negara tersebut. Apa yang kita perlu ialah menggunakan saluran bilateral diplomatic di antara Malaysia - Thailand untuk melihat supaya satu keamanan yang berlaku di Selatan Thailand tersebut dengan pelbagai usaha yang dibuat.
Antaranya melalui Confidence Building Measures yang telah kita laksanakan bersama dengan Kerajaan Thailand. Iaitu melalui apa yang saya jelaskan tadi sebagai Malaysia - Thailand Committee on Joint Strategy iaitu mewujudkan tiga elemen iaitu elemen untuk memberikan bantuan dari segi pendidikan, pekerjaan dan bantuan dari segi bidang- bidang yang lain.
Hubungan yang baik di antara negara jiran dan melihat supaya penyelesaian yang adil dapat dilaksanakan di kawasan tersebut. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita hampir bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Arau tadi. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu saya rasa tidak tepat dan tidak menggambarkan hasrat penyoal ataupun soalan asal ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang satu perkara telah berlaku iaitu kita terpengaruh dan terperangkap dalam isu keganasan pos 16 September, pos 9 September yang saya rasa kerajaan hilang pertimbangan terhadap isu di Selatan Thailand ini. Kita bersedia untuk menubuhkan pusat bagi menangani keganasan yang terdapat di Kuala Lumpur dan saya rasa masalahnya adalah kita menghantar pulang pelarian ini atas desakan Amerika. Saya minta penjelasan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita tidak mendesak. Apa yang telah dikatakan tadi adalah tidak benar bahawa kita tidak mendesak pelarian yang datang ke Malaysia ini untuk dihantar balik. Oleh sebab itu, kita menempatkan mereka di pusat tahanan tersebut dan kita memberikan perlindungan kepada
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
mereka dan kes ini adalah dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara, polis dan juga jabatan imigresen.
Apa yang kita berikan kepada mereka ialah sekiranya mereka sudah bersedia ataupun mereka mempunyai kesediaan untuk balik atas dasar bahawa jaminan keselamatan diberikan kepada mereka adalah meyakinkan mereka untuk kembali dan dapat balik ke sana tanpa apa-apa tindakan, maka kita memberikan sokongan untuk mereka balik. Ini adalah kerana apa yang kita mahu di sini ialah seperti mana yang kita tahu bahawa Malaysia dan Thailand adalah sebuah negara jiran dan kita mempunyai perhubungan yang rapat di dalam negara Asean.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Dalam kes Selatan Thailand ini, kita...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Mereka balik mereka dibunuh. Yang kita hantar ini, mereka dibunuh. Ini diakui oleh ... sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Kerian. Tidak boleh bahas, Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini sesi soal jawab Yang Berhormat Kubang Kerian.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak benar kerana daripada sebelas orang yang balik, misalnya pada tahun 2007 itu, mereka balik ke Bangkok dan mereka telah diberikan pekerjaan oleh Kerajaan Thailand. Oleh sebab itulah, pada tahun 2008 ada empat belas orang lagi yang menyusul untuk masuk ke negara tersebut kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap jaminan keselamatan dan peluang yang diberikan oleh Kerajaan Thailand.
Oleh sebab itulah, kita mungkin pada masa-masa akan datang beransur-ansur akan ada lebih ramai lagi yang akan balik. Jadi dalam soal ini, kita menangani persoalan ini dalam konteks bilateral di antara Malaysia dan Thailand. Kita tidak meragui keikhlasan Thailand dalam soal untuk menyelesaikan persoalan ini untuk menjadi ia satu peaceful solution. Terima kasih.
4. Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan diserahkan kepada Petronas atau Khazanah Nasional untuk memastikan pengurusan yang berkesan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Tumpat, kiranya jawapan saya terlalu pendek, hanya sembilan belas perkataan sahaja.
Seorang Ahli
Bagus, bagus.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Walau bagaimanapun saya menjawab Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan pada masa kini tiada cadangan untuk menyerahkan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada Petronas ataupun Khazanah Nasional. Terima kasih. [Ketawa]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan juga soalan tambahan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih. Ini soalan frust, soalan yang mana atau sebagaimana Yang Berhormat Sri Gading maklum daripada mula. Saya diberi penghormatan untuk mewakili rakyat Tumpat dan masuk sebagai Ahli di Dewan yang mulia ini, saya menganggap bukan sahaja untuk masyarakat di Pantai Timur, tetapi juga untuk seluruh negara. Perkhidmatan pengangkutan kereta api ini amat penting bukan sahaja untuk Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu tetapi untuk Pantai Timur dan juga untuk Sabah dan Sarawak.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi dengan sebab itulah, saya membangkitkan soalan ini kerana kalau kita lihat daripada belanjawan ini pun, saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Sabah, peruntukan untuk projek pembaikan kereta api negeri Sabah – RM100,000. Jadi ini yang kita amat-amat sekali kecewa kerana pengangkutan kereta api ini adalah sungguh-sungguh penting dan mustahak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan Yang Berhormat, bukan berhujah.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi soalan tambahan saya adakah kementerian bersedia untuk menilai kembali perancangan masa hadapan kereta api, sistem pengangkutan kereta api, bukan sahaja dengan menumpukan kepada kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga Pantai Timur seperti juga Terengganu, seperti juga Sabah dan Sarawak. Ini supaya di Pantai Timur ada misalnya Monsoon Road.
Ini adalah sebab, tidak boleh hidup dengan Monsoon Cup bagi rakyat Terengganu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Kalau untuk Sabah dan Sarawak, Trans- Borneo Road misalnya yang boleh memberikan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
...suatu perkhidmatan dan suatu kebahagiaan dan suatu peluang untuk rakyat kita hidup dengan cara yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua
Ini Yang Berhormat, hujah. Ini soalan tambahan Yang Berhormat lebih panjang daripada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh][Ketawa] Tidak ada penyelesaian dalam soal ini.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan lagi jawapan itu. [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih juga kerana membangkitkan tentang soal kepentingan Sabah. Sebenarnya bagi Sabah bukan RM100,000. Kita dapat RM230 juta daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk] Itu untuk makluman Yang Berhormat Tumpat. [Dewan riuh] Bagi perancangan masa hadapan KTMB ini, memang itulah sebabnya KTMB ataupun kerajaan tidak berhasrat untuk menyerahkan kepada Petronas dan Khazanah Nasional.
Sebabnya ialah kerana KTMB ini adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jadi kalau kita serahkan kepada Petronas, sudah tentulah Petronas ini adalah untuk mencari keuntungan, keuntungan yang besar.
Jadi itulah sebabnya kita tidak menyerahkan kepada Petronas ataupun Khazanah Nasional sebab kita mahu memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutama sekali daripada Kelantan dan juga daripada negeri-negeri yang terlibat dengan penggunaan KTMB.
Jadi saya berharap Yang Berhormat berpuas hati. Namun demikian, tindakan- tindakan yang telah pun diambil oleh KTMB seperti menambah koc-koc yang telah pun uzur, yang sedang diperbaiki dan saya telah jawab di Dewan yang mulia ini pada bulan yang lepas bahawa ada sepuluh koc baru yang akan tiba pada penghujung tahun 2010. Ini juga akan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya di negeri Kelantan.
Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pembinaan stesen-stesen baru...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Ini mahu dengar atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Saya dengar Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Ya, tetapi ada yang semacam...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, memang begitu Yang Berhormat. [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Pembinaan stesen-stesen yang baru yang dikatakan pada satu ketika bahawa ia berbentuk ‘kandang kambing’ ataupun ‘kandang ayam’ kalau tidak silap saya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Kelantan dan yang terlibat dalam perjalanan KTMB, kita telah membina dua puluh enam stesen baru yang akan siap tidak berapa lama lagi. [Tepuk] Jadi ini satu lagi penambahbaikan yang ada dilakukan oleh KTMB.
Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dengan kerugian KTMB, nampaknya setiap tahun menurun. Bukan seperti lima tahun yang lepas. Jadi ini ada peluang untuk kita memperoleh keuntungan. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat cukup untuk membayar gaji dan juga untuk maintenance kepada operasi KTMB. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kalabakan tidak ada kereta api Tuan Yang di-Pertua, tetapi Sabah ada kereta api. Kereta api di negeri Sabah adalah yang paling daif dalam negara. [Tepuk]
Seorang Ahli
Dalam dunia!
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kita harap, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sejumlah RM230 juta itu menjadi kenyataan. Jangan janji tinggal janji kerana tidak ada di dalam anggaran.
[Disampuk] Jadi Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa dia?
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
...Bilakah taraf kereta api di Negeri Sabah ini dinaik taraf dia kerana ia satu kereta api yang saya katakan yang paling daif dalam negara? Bila? RM232 juta yang disebut Timbalan Menteri itu tadi bila kita mahu mula RM232 juta ini?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua sebagai wakil daripada Sabah tidak dinafikan bahawa peruntukan sebanyak RM232 juta telah pun dibelanjakan untuk menaik taraf rel kereta api daripada Tanjong Aru ke Tenom.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tidak nampak Tuan Yang di-Pertua. Tidak nampak.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Kerja-kerja telah pun siap.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Kita dari Sabah tidak nampak. Jadi mana itu wang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun tidak nampak Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Yang Berhormat Kinabatangan bukan nampak dia bukan pergi Beaufort.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pergi, saya tidak nampak pun peruntukan itu turun. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sokong Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Saya pergi, saya pergi. [Dewan riuh]
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bikit Gantang
Jawab. Jawab Timbalan Menteri.
Jawab.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
...Ini kerana isteri orang Beaufort.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, wakil dari Kalabakan dia pergi Beaufort setahun sekali hari raya saja. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada Tuan Yang di-Pertua, betul. Bunyi kereta api pun kedebuk, kedebuk, kedebuk. Mana ada. [Ketawa] Kalau di Taiwan tidak ada bunyi Tuan Yang di-Pertua. Dia bullet train. RM232 juta saya ingat cukup untuk bina bullet train. Di Taiwan tidak ada bunyi 300 km 400 km satu jam saja. Menderita rakyat kita.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, dakwaan daripada Kinabatangan dan Kalabakan adalah tidak benar. [Dewan riuh] Dia hanya untuk...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bagi tubuhkan Jawatankuasa Parlimen untuk siasat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Setuju. Setuju.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Setuju. Semua setuju.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bukit Gantang setuju.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri bohong.
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah, teruskan.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, saya ulangi bahawa persoalan yang dikemukakan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kalabakan adalah tidak benar. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini 70% menaikkan taraf rel daripada Tanjong Aru ke Tenom telah pun siap. Membina stesen- stesen baru.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat bukan begitu caranya.
Beberapa Ahli
[Menyampuk].
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Ini Putatan pun stesen dia sudah siap. Apa dia mahu tanya lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, duduk Yang Berhormat Putatan.
Ini bukan berbahas oleh Yang Berhormat. Ini sesi soal jawab. Sila Menteri.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Bukan saja menaikkan taraf rel yang ada sekarang Tuan Yang di-Pertua tetapi kita juga telah membina, membaik pulih, membesarkan stesen-stesen seperti di Tanjong Aru, di Putatan, Kinarut, Kimanis, Membakut, Beaufort dan Rayu dan Tenom, semuanya telah siap. Hanya sekarang menunggu rel di antara pembaikan di antara Beaufort dengan Rayu sebab kawasan ini adalah kawasan yang berhampiran dengan sungai dan juga di sebelahnya bukit selalu runtuh. Jadi pihak Keretapi Negeri Sabah sedang mengkaji cara mana hendak menyelesaikan masalah tanah runtuh, itu sahaja.
Jadi sepatutnya tren ini boleh kita mulakan perjalanannya daripada Tanjong Maru ke Beaufort dan juga Tenom seawal tahun depan. Akan tetapi oleh kerana disebabkan masalah runtuh maka itu sebabnya jalan raya tren ini tidak boleh beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan. Saya juga maklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan juga telah memberikan pinjaman RM54 juta kepada KNS untuk membeli gerabak-gerabak yang baru, tren-tren yang baru. Jadi dakwaan seperti itu adalah tidak benar. Sedikit masa lagi mereka akan lihat bahawa dua atau pun tiga tren-tren yang baru akan dibeli oleh KNS Negeri Sabah. Terima kasih.
5. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sebab-sebab kenapa rakyat dan pekedai-pekedai di kampung-kampung dan kawasan-kawasan luar bandar mengalami kesukaran untuk mendapat bekalan beras 15%. Sebaliknya rata-rata bekalan beras 10% dan 5% mudah di peroleh.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mula mengawal harga beras tempatan 15% hancur 10 tahun yang lalu iaitu sejak tahun 1998. Walaupun harga di dunia naik mendadak tiga kali ganda berbanding dengan harga tahun lepas iaitu tahun 2007, kerajaan masih mengekalkan harga tempatan di antara RM1.65 hingga RM1.85 sekilogram. Ini adalah untuk menjaga kepentingan pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, berikutan kenaikan harga di pasaran dunia yang mendadak awal tahun ini maka harga beras tempatan, tadi saya cakap tentang 15% harga beras 5% dan 10% beras iaitu beras yang kualiti lebih tinggi sedikit naik dengan mendadak. Demi menjaga kepentingan pengguna, kerajaan bermula 1 Jun tahun ini memperluaskan kawalan harga. Kalau dulu cuma satu gred beras dikawal harga, bermula Jun 2008 dua lagi gred beras dikawal harga iaitu 5% harga RM2.80 dan 10% harganya RM2.70.
Tuan Yang di-Pertua, dengan memperluaskan kawalan tersebut terdapat perbezaan harga yang ketara antara 15% dan 10% iaitu 90 sen. Harga beras 15% RM1.80, harga beras 10% RM2.70, 15% perbezaan harga. Oleh hal demikian, oleh kerana perbezaan harga yang ketara maka pengguna telah mengalih permintaan daripada dulunya beras 5%, 10% kepada beras 15%. Kalau dulu 15% cuma 10% pengguna yang membelinya sekarang ini kira-kira 50%. Oleh sebab pada pertengahan tahun ini terdapat kekurangan bekalan beras 15% kerajaan sekali lagi tampil ke hadapan untuk membantu pengguna. Kali ini kerajaan membuat keputusan untuk membantu pengilang dengan memberi subsidi RM800 satu metrik tan dan ini diberi kerana pengilang menghadapi kerugian berikutan peningkatan harga padi daripada kira-kira RM800 tahun lepas pada kira- kira RM1100 pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan memberi subsidi kepada 107 pengilang, RM800 satu metrik tan bagi memastikan bahawa tidak berlaku kekurangan beras tempatan 15% ini di pasaran. Oleh itu, secara umumnya pada hari ini tidak ada masalah bekalan beras 15%. Jika ada masalah pihak-pihak berkenaan termasuklah Padang Besar dan orang awam bolehlah menghubungi bilik operasi Kawal Selia Padi dan Beras, nombor telefon 019-2202448 ataupun talian umum 03-88701738. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar semalam saya menerima aduan daripada Yang Berhormat Ledang berkaitan perkara yang sama dan pada pagi ini pegawai sudah pun berhubung dengan pemborong berkenaan di Ledang dan Insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaikan. Jadi secara umumnya tidak ada masalah satu dua kes yang ada masalah sila hubungi talian telefon 019-2202448, insya-Allah kita akan pastikan bekalan 15% mencukupi. Terima kasih.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Soalan ini mungkin over taken by event dengan izin, tetapi dengan keadaan dunia sekarang, minyak sudah menurun mungkin bekalan beras juga ada kekangannya. Cuma saya, Yang Berhormat tadi terima kasih saya tidak tahu berapakah jumlah kos subsidi yang dikeluarkan bagi mengilang 15% lebih banyak, cuma hendak bertanya subsidi bagi RM800 satu metrik tan apa yang disebutkan oleh menteri tadi, adakah tidak boleh digunakan duit itu yang berapa jutanya untuk memberi subsidi kepada pengilang-pengilang untuk mengurangkan harga beras yang peratusannya 10% 5% ataupun menggredkan satu gred sahaja dalam pasaran. Tidak perlu 5% 10% meletakkan satu gred sahaja dan mengurangkan kos harganya yang telah dikeluarkan subsidi bagi mengilang yang 15%.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya dimaklumkan hanya tekan button untuk 15% 10% bukan ada, tidak ada benda yang lain mungkin minyak sahaja naik, cuma yang saya tanya dengan harga minyak turun adakah tidak wajar bagi kerajaan mengkaji untuk mengurangkan harga beras keseluruhannya dan tidak perlu lagi kita mengilang yang 15% yang dulu rakyat tidak ramai memakannya. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua dengan izin betullah kata Yang Berhormat Padang Besar, soalannya over taken by event. Isu ini memang panas pada bulan Jun dan Julai, pada hari ini walaupun kadang-kadang ada isu terpencil tapi kita telah berjaya menanganinya. Saya dimaklumkan bahawa subsidi kepada pengilang yang diberikan RM800 satu metrik tan kosnya kira-kira RM400 juta bagi kerajaan. Ia merupakan langkah sementara oleh kerana pada masa itu kita berhadapan dengan besar, oleh kerana padi naik. Apabila harga padi naik maka harga beras juga turut naik. Jadi pengilang- pengilang mengalami kerugian. Kalau tidak ditampung kerugian tersebut maka mereka akan berhenti terus mengeluarkan 15%. Langkah itu merupakan langkah boleh dikatakan darurat dan ia merupakan langkah sementara dan kita akan sejajar dengan cadangan Yang Berhormat Padang Besar tadi sebenarnya kita sedang mengkaji semula sama ini adalah kaedah yang paling berkesan. Kajian sudah bermula dan kita perlu buat keputusan dalam tempoh terdekat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Berkaitan dengan harga beras tempatan 5% 10% seperti yang saya telah maklumkan di luar dewan, beberapa syarikat telah mengeluarkan harga runcit secara sukarela, kita tengok iklan-iklan di surat khabar memang sudah pun turun. Walaupun harga syilingnya RM2.80 dan RM2.70, realitinya harga telah lebih rendah daripada harga tersebut.
Akan tetapi ini langkah pentadbiran untuk memastikan bahawa semua pemborong dan peruncit mengikuti arahan kerajaan, maka langkah pentadbiran ini akan digazetkan. Insya- Allah minggu depan akan digazetkan. Kita akan letakkan harga baru yang lebih rendah bagi beras 5% dan 10%. Terima kasih.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, masalah yang timbul hari ini ialah harga beras bagi 15%. Dengan subsidi yang diberi oleh kerajaan sebanyak RM850 satu tan metrik dan kita lihat keperluan untuk beras ini amat tinggi sekarang ini sebagaimana yang dinyatakan menteri tadi, saya mohonlah bagi pihak penduduk miskin supaya menimbangkan balik harga beras 15% ini diturunkan lagi bagi disesuaikan dengan penurunan harga komoditi utama yang telah merosot dengan begitu banyak mutakhir ini. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed
Harga 15% ini berkekalan daripada tahun 1998 iaitu 10 tahun yang lalu. Tidak ada peningkatan walaupun harga naik tiga kali ganda, harga 15% tidak naik sejak 10 tahun yang lalu. Maka harga ini ialah harga yang rendah.
Oleh hal demikian, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mengurangkan harga 15% ini kerana harganya telah pun disubsidikan, harganya rendah. Ini beras subsidi kita panggil, kos pengeluarannya ialah kira-kira 50 sen lebih tinggi, kira-kira RM2.20, 40 sen lebih tinggi. Walaupun harga dijual kepada pengguna cuma RM1.80, kos sebenarnya, oleh kerana Yang Berhormat Sik sedia maklum, harga padi tahun lepas cuma RM800 satu tan, hari ini lebih RM1000.
Jadi kita kena lihat juga, yang pertamanya pengilang yang mengalami kerugian iaitu kira-kira RM800 satu metrik tan dan kalau kita turunkan harga lagi sudah pasti ini akan menyebabkan pengilang tidak akan mengeluarkan padi dan beras. Selain itu Tuan Yang di- Pertua, kita perlu juga menjaga kepentingan petani, pengguna memang penting, 27 juta rakyat Malaysia, tetapi kita ada kira-kira 300-400 ribu petani di negara kita.
Jadi saya nak maklumkan di sini bahawa RM1.80 merupakan beras subsidi. Harga sebenarnya lebih tinggi daripada harga tersebut, maka itu memang mustahil untuk kerajaan mengurangkan harga tersebut, harga ini tidak naik 10 tahun. Cari barangan lain yang mana 10 tahun tidak naik satu sen pun harga. Jadi kerajaan perlu menjaga kepentingan pengguna, menetapkan harga ini pada RM1.80 supaya rakyat Malaysia dapat terus membeli beras yang merupakan makanan utama negara kita. Terima kasih
6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjaga keselamatan nelayan yang beroperasi di kawasan perairan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Ketereh. Untuk makluman Yang Berhormat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ataupun APMM ini berperanan dalam tugas menguatkuasakan undang-undang dan menjamin keselamatan seluruh perairan Malaysia termasuk kawasan perairan berhampiran sempadan Malaysia –Thailand.
Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, APMM telah mengambil beberapa langkah bagi mencegah berlakunya kesalahan perlanggaran undang-undang di perairan negara dan agar sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal dari pencerobohan dan ancaman dari pihak dalam dan juga pihak luar. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:
(i) mengadakan rondaan di perairan Zon Maritim Malaysia (ZMM) di setiap masa;
(ii) mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan;
(iii) memantau pergerakan setiap vessel dengan radar sistem pengawasan laut di Selat Melaka;
(iv) memantapkan serta meluaskan rangkaian perisikan;
(v) mendapatkan perkhidmatan pengawasan dari udara; dan
(vi) melancarkan operasi khas pada waktu tertentu berdasarkan laporan dan maklumat perisikan.
Terima kasih
Tuan Haji Ab Aziz bin Ab. Kadir - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Kebiasaannya pada bulan November dan Disember setiap tahun yang mana di sana musim tengkujuh, agensi penguatkuasaan ini kurang membuat rondaan. Katanya kerana peralatan kurang canggih. Pada masa inilah banyak pencerobohan dilakukan oleh nelayan dari negara Thailand menyebabkan banyak peralatan nelayan kita rosak akibat pukat tunda dia ini.
Soalan sayalah, apakah pada tahun ini tidak ada tindakan yang lebih proaktif untuk mengatasi masalah ini pada musim tengkujuh ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat Ketereh dan Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tuduhan yang mengatakan APMM itu kurang bertindak adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Ini kerana dari rekod kita, saya ada rekod pemeriksaan dibuat, kejayaan-kejayaan yang telah dilaksanakan ini dibuat di sepanjang masa tidak kira bulan November ataupun apa bulan. Malahan di bulan puasa pun APMM ini telah diarahkan untuk bertugas untuk melaksanakan amanah ini dalam keadaan yang cukup teratur.
Bermaksud, orang berpuasa sebelah malam dia tidur, tapi dia orang masih lagi berjaga untuk menghadapi gejala-gejala yang cuba nak membuat perkara-perkara yang menyalahi daripada akta-akta ini. Jadi tuduhan tadi tidak berasas, malahan APMM ini bergerak di sepanjang masa. Macam yang saya sebut tadi, bulan puasa pun waktu kita beribadat dan sebagainya, dia juga membuat kerja-kerja tersebut. Jadi kalau Yang Berhormat fikirkan ada misalnya ruang-ruang di mana mereka ini kurang menjalankan tugas, saya bersedia menerima laporan itu untuk kita sama-sama melihat benar atau tidak tuduhan tadi. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Hasil daripada rondaan dan pemantauan yang dibuat oleh pihak keselamatan kita setakat ini, berapakah kes tangkapan yang telah dibuat dan berapakah pendakwaan yang telah dibuat dalam setiap tahun?
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat Rantau Panjang, kalau saya catatkan daripada kes-kes dari segi pemeriksaan dan sebagainya, dari segi pemeriksaan memang galak kali dibuat, kerana inilah sebenarnya tugas utamanya. Maknanya apa yang rasa diragui, dia akan buat pemeriksaan dan kalau pemeriksaan itu mendapati ada
Dato’ Haji Hasan bin Malek
kesalahan, barulah dibuat tangkapan. Tangkapan ini pun kalau perlu untuk didakwa, didakwa. Jadi saya ada...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Berapa jumlah maksud saya?
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Jumlahnya ini ada. Kalau untuk yang di buat dalam tahun 2008, sebanyak 6156 pemeriksaan telah dibuat dalam tempoh sehingga bulan Oktober. Dari segi penahanan yang ada hubung kait soal dokumen, soal permit, soal lesen, kita ada bulan Oktober, 443 penahanan di buat. Kemudian pencerobohan nelayan asing sebagaimana Yang Berhormat Ketereh sebut tadi, kita buat penangkapan 81 penangkapan.
Penyeludupan, kita ada rekod di sini sehingga Oktober, 49 penyeludupan, pendatang tanpa izin, 32. Jadi jumlahnya daripada 6156 pemeriksaan itu, kita ada buat 605 penahanan dan penahanan inilah kita susul dengan dakwaan-dakwaan. Jadi itulah dia dan kalau misalnya perlu maklumat ini, insya-Allah saya akan serahkan secara peribadi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih.
7. Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:-
(a) sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan umur kelayakan bagi memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat swasta daripada 21 ke 18 tahun; dan
(b) jika tidak, apakah sebab-sebabnya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tanjong Manis. Yang Berhormat, undang-undang membenarkan seseorang yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi pengarah sesebuah syarikat swasta telah pun wujud di negara kita. Dan kedua, menurut seksyen 122(1) dan (3) Akta Syarikat 1965, setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang setiap seorang mempunyai tempat bermastautin utama di Malaysia dan hanya orang yang telah cukup umur dengan izin, full age sahaja yang layak menjadi pengarah syarikat.
Menurut seksyen 2, Akta Umur Dewasa 1971, seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun adalah dianggap telah berumur dewasa. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM yang bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Syarikat 1965 telah mengguna pakai tafsiran yang diperuntukkan oleh Akta Umur Dewasa 1971 dalam mentafsir umur kelayakan bagi pengarah syarikat.
Selain daripada itu, untuk makluman Dewan, Jawatankuasa Semakan Semula Undang-undang Korporat ataupun CLRC telah mencadangkan di dalam laporan muktamad CLRC supaya seksyen 122(2) Akta Syarikat 1965 dipinda bagi menjelaskan secara spesifik bahawa 18 tahun adalah umur kelayakan minimum bagi membolehkan seseorang itu dilantik sebagai pengarah syarikat. Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu anak-anak muda ini atau kaum belia yang di antaranya berhenti sekolah awal dan ingin berniaga tetapi tidak dapat memegang saham syarikat secara sah atau harta peninggalan ibu bapa, di mana saham syarikat terpaksa diamanahkan kepada bapa saudara atau ibu saudara. Kebanyakan kali harta mereka ini tidak dapat dikembalikan dan kebanyakan kali juga syarikat itu tidak diurus secara baik. Jadi anak-anak muda ini kehilangan harta. Terima kasih.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat, ini berkaitan dengan inheritance law dan bagi soalan pagi ini adalah mengenai had umur. Walau bagaimanapun saya telah sebutkan dalam satu jawapan tadi bahawa CLRC ataupun kajian semula undang-undang korporat, CLRC ini telah juga ada 188 cadangan untuk mengubah bahagian-bahagian tertentu supaya rakyat sama ada mereka masih muda ataupun sudah
Tuan Jelaing anak Mersat
dewasa terlindung hak-hak mereka untuk mewarisi apa-apa yang sepatutnya dipulangkan kepada mereka. Sekian.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan soalan tadi. Saya hendak kaitkan dengan drama bertajuk ‘Dendam’ di TV3, setiap hari Selasa, malam tadi, ceritanya sama. Saya rasa saya nak penjelasan daripada pihak kementerian, ada tak jalan penyelesaian lain selain daripada umur tadi untuk menyelesaikan masalah harta pusaka kepada anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun supaya diurus dengan sempurna oleh pihak lain, tetapi dikawal selia oleh satu badan yang amanah, tidaklah menjadi mangsa kepada mereka yang rakus, yang terdiri daripada saudara mara ataupun sesiapa sahaja yang diamanahkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Buat masa sekarang ini saya tidak ada maklumat berkaitan dengan jawapan yang spesifik. Jadi saya minta notis untuk menjawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan piawaian yang digunakan oleh kerajaan bagi menilai tahap kepimpinan seseorang mahasiswa dan graduan yang dihasilkan oleh universiti. Apakah faktor keseimbangan Emotion Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ) turut diambil kira di dalam menentukan kecemerlangan seseorang mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai program berbentuk kurikulum dan kokurikulum yang bersifat holistik telah disediakan di IPT di samping keseimbangan Emotion Quotient atau EQ dan Spiritual Quotient atau SQ meliputi akademik sahsiah, kemahiran insaniah dan kepimpinan.
Program ini bertujuan untuk melahirkan para pemikir ilmuwan sarjana, tenaga kerja mahir, dan separa mahir yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996.
Kementerian juga turut menganjurkan beberapa program yang dapat membantu meningkatkan keterampilan pelajar seperti program pengantarabangsaan pelajar, kursus kepimpinan, program pembangunan sahsiah dan sebagainya. Sekian.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menawarkan latihan kepimpinan ESQ ini yang boleh memberi kesan yang positif dalam melahirkan kepimpinan mahasiswa, kerana saya juga telah mengikuti Program ESQ 165, saya dapati kesannya agak baik. Jadi adakah kementerian membenarkan pihak syarikat swasta menganjurkan program ini di dalam kampus? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT memang peka kepada apa-apa permintaan sama ada diberikan oleh pihak swasta ataupun pandangan sarjana. KPT kalau melalui kursus yang kita tawarkan ini, pelbagai program sama ada kurikulum mahupun kokurikulum yang bersifat holistik serta mengambil faktor keseimbangan Emotion Quotient dan Spiritual Quotient itu telah kita adakan dalam kursus-kursus yang kita kendalikan sekarang. Sekian.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita sebenarnya memang amat mengharapkan mahasiswa ini menjadi pemimpin yang kritikal tetapi konstruktif bukannya kritikal tetapi distractive yang bukan sahaja tahu erti mewarisi kepimpinan, tetapi tahu erti mewarisi perjuangan. Yang ini menjadi masalah, sebab itulah semangat nasionalisme mereka, patriotisme mereka menurun kerana barangkali mereka terlalu dipengaruhi oleh emosi dalam memahami sesuatu perkara, cabaran, apatah lagi sering dipengaruhi oleh pihak pembangkang dan sebagainya. [Dewan riuh] Jadi oleh sebab itulah, saya fikir barangkali...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Pemuda UMNO yang rosak!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
...sebab itulah, ha inilah Tuan Yang di-Pertua, maksudnya pembangkang memang suka begitu, mereka suka guna emosi.
Jadi saya ingin...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang dok bergaduh ni Pemuda UMNO.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
...saya ingin mencadangkan supaya...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Wanita pun bergaduh, puteri saja bagus Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Jangan Yang Berhormat Batu Pahat bergaduh sudah!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
...supaya untuk mewujudkan golongan mahasiswa yang kritikal dan konstruktif ini. Maka sepatutnya mereka ini lebih banyak digalakkan untuk dapat menyertai seminar-seminar di luar negara dan sebagainya.
Seperti mana yang pernah dilakukan dulu iaitu kebebasan mereka untuk berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar antarabangsa supaya ini dapat mewujudkan percambahan pemikiran. Saya ingin tahu apakah pihak kementerian sebenarnya menghalang kemasukan ahli-ahli panel forum daripada pihak pembangkang untuk masuk ke universiti sekarang ini?
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya sebut tadi, kementerian memang peka tentang performance dengan izin pelajar-pelajar kita dan kementerian memang menggalakkan supaya sebanyak aktiviti yang boleh membantu pelajar kita dapat diadakan. Kalau ada aktiviti yang kita halang hanya ada bersifat anasir jahat ataupun yang tidak bersepadan dengan kursus-kursus yang mereka ikuti sekarang. Sekian.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang jahat UMNO itu, kita mana ada.
9. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada kerajaan bercadang supaya PUSPAKOM menggunakan (adopt) bengkel dari syarikat-syarikat besar seperti Toyota, Honda, Proton dan lain-lain yang boleh dibekalkan dengan alat-alat pemeriksaan yang diperlukan, bagi memperbanyakkan lagi pusat pemeriksaan yang diperlukan, bagi meringankan tugas pemeriksaan kenderaan di pusat-pusat PUSPAKOM di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan PUSPAKOM menggunakan bengkel-bengkel dan peralatan syarikat besar seperti Toyota, Honda, Proton dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kerajaan membenarkan PUSPAKOM menghantar kakitangan ke premis pelanggan untuk membuat beberapa jenis pemeriksaan tertentu.
Contohnya, pemeriksaan khas dan pemeriksaan tukar hak milik. Ini adalah sebagai perkhidmatan tambahan bagi memudahkan pelanggan serta untuk meringankan beban dan kos pelanggan terutamanya industri pengangkutan.
PUSPAKOM juga ada menyediakan perkhidmatan mobile unit yang boleh dibawa ke tempat premis pelanggan untuk pemeriksaan berkala kenderaan-kenderaan komersial.
Kini perkhidmatan mobile unit ini aktif beroperasi dan dapat sambutan baik daripada pelanggan khususnya pengusaha-pengusaha pengangkutan kontena (Hauliers) di Port Klang, Johor Bahru dan Butterworth. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini PUSPAKOM mempunyai 68 cawangan dan 1,000 orang kakitangan di seluruh negara. Syarikat ini mampu memeriksa semua kenderaan yang hadir tanpa sebarang masalah. PUSPAKOM juga membuka operasinya pada hari Sabtu serta menambah waktu kerja daripada jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam di kawasan-kawasan yang mempunyai kenderaan yang banyak.
Syarikat ini juga telah dalam proses menambah lagi beberapa cawangan untuk kemudahan pelanggan. Dalam tempoh tiga bulan lagi, cawangan baru seperti di Pasir
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Gudang sementara di Sungai Besar dan juga Glenmarie telah pun beroperasi, di Taman Shamelin akan dibuka. Pada tahun hadapan, cawangan baru di Bukit Beruntung, Melaka, Kulai, Gua Musang, Besut, Puchong, Jerantut telah dirancang untuk dibuka bagi menambahkan lagi pusat pemeriksaan PUSPAKOM. Terima kasih.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa kenderaan yang diwajibkan untuk diperiksa oleh PUSPAKOM adalah kenderaan perdagangan sahaja ataupun commercial vehicle. Jadi kenderaan persendirian tidak diwajibkan untuk mengalami pemeriksaan ini dan kita ketahui jumlah commercial vehicle adalah lebih kurang ataupun lebih sedikit daripada kenderaan persendirian yang mungkin dalam lingkungan 15 juta. Kita juga sedia maklum bahawa satu daripada punca kemalangan adalah berkaitan dengan kenderaan tersebut, kenderaan yang tidak roadworthy dengan izin.
Jadi soalan saya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah kerajaan sudah membuat kajian dalam hal ini dan bercadang untuk mewajibkan kenderaan persendirian untuk diperiksa oleh PUSPAKOM supaya ianya roadworthy di jalan raya. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat daripada Kanowit. Sebenarnya buat masa kini kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan pemilik-pemilik kenderaan persendirian untuk buat pemeriksaan di PUSPAKOM. Namun demikian pihak Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan pihak pemilik kereta persendirian untuk pergi buat pemeriksaan. Ini saya bandingkan seperti juga kita manusia perlu ada pemeriksaan doktor, check up setahun sekali ataupun enam bulan sekali. Kenderaan kita juga sebegitu. Mungkin enjin kita tidak sebegitu baik, break kita tidak sebegitu baik, element kita tidak begitu balance dan sebagainya.
Jadi perlu ada pemeriksaan. Jadi dialu-alukan tetapi buat masa kini kerajaan tidak ada rancangan untuk mewajibkan pemilik kenderaan persendirian untuk pergi buat pemeriksaan ke PUSPAKOM. Bagi soalan yang kedua memang bahawa kenderaan komersial hanya lebih kurang satu juta lebih sedikit sahaja yang diperiksa oleh PUSPAKOM. Jadi sebab itu apabila ada soalan kenapa PUSPAKOM disambung semula selama 15 tahun, maka itu sebabnya alasan yang kukuh bagi kerajaan untuk menambah konsesinya 15 tahun lagi kerana PUSPAKOM mengalami kerugian. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berharap Yang Berhormat dapat jawablah bukan seperti kereta api di Sabah itu, Beaufort dan sebagainya, kelemahan-kelemahan yang ketara. Itulah Tuan Yang di-Pertua, jadi walaupun PUSPAKOM telah melaburkan RM255 juta tetapi kesakitannya, tadi dia kata sakit orang. Adakah dia sedar kesakitan ataupun emergency treatment yang diperlukan bagi PUSPAKOM sekarang itu, 4% daripada 1,000 kakitangan sudah ditangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR), 4%. Jadi semua agensi kerajaan bukan tinggi macam itu, 4% ditangkap dan kemudian dia rugi RM22 juta. Adakah pihak kerajaan melanjutkan kontrak kerana dia rugi?
Di mana ada prinsip kalau rugi kita lanjutkan kontrak. Jadi ini satu prinsip baru.
Kurang rasionallah BN untuk ini. Jadi apakah tindakan yang sudah diambil untuk mengurangkan aduan tidak puas hati dengan PUSPAKOM di seluruh negara. Bukan satu, saya terima banyak aduan yang tidak puas hati kerana dikatakan ada penyelewengan dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan ini bagaimana kita dapat mengelakkan semua aduan ini?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kepong, pertamanya mengenai dengan tangkapan. Tangkapan sebenarnya hanya 40 orang sahaja ditangkap dan mereka ini telah pun dibuang kerja.
Baru-baru ini juga ada di Saki juga terlibat dalam kes rasuah dan sekarang mereka dalam penyiasatan oleh pihak BPR. Sama ada mereka bersalah atau tidak kita akan tunggu tetapi 40 telah dibuang oleh PUSPAKOM kerana mereka telah melakukan kesalahan dan ada juga yang telah berhenti dan ada juga yang lari daripada kerja. Jadi ini telah pun diambil tindakan.
Bagi soalan kedua apakah tindakan tentang mengurangkan aduan yang dikemukakan oleh pihak orang awam. Saya ingin menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, saya
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
ada mempunyai detail tentang aduan ini. Tahun 2001 hanya 30 aduan sahaja, tahun 2002, 23 menurun, tahun 2003 naik sedikit 42 aduan, tahun 2004 naik 84 aduan, tahun 2005 meningkat juga 90 aduan, tahun 2006 telah menurun 55 aduan dan sementara tahun 2007 ialah 66 aduan. Jadi bermaknanya daripada tujuh tahun hanya 392 aduan sahaja yang diterima oleh PUSPAKOM dan sebahagiannya telah pun diselesaikan sementara yang lain- lainnya telah diambil tindakan terutama sekali aduan tentang kelewatan pemeriksaan kenderaan di pusat-pusat PUSPAKOM. Itulah aduan-aduan utama yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat terutama sekali pengusaha-pengusaha kenderaan komersial. Terima kasih.
10. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [Hulu Selangor] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah rasionalnya menubuhkan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Persekutuan (JKKP) di bawah kementerian kerana sudah ada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah berperanan dalam melaksanakan aktiviti pengawasan kampung.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan JKKP lebih tertumpu untuk membantu jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, melaksanakan tugas yang berkaitan projek-projek pembangunan di peringkat kampung dengan lebih berkesan yang meliputi program-program pembangunan modal insan, infrastruktur, ekonomi, pembasmian kemiskinan dan lain-lain.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana keputusan tersebut kerana terdapat keresahan di peringkat rakyat bahawa itu seolah-olah tidak menghormati prinsip asas negara iaitu federalisme. Seolah-olah tindakan tersebut menunjukkan negara ini sebagai satu unitary state yang mana tidak menghormati inspirasi demokrasi yang telah ditunjukkan oleh rakyat dan saya rasa kalau mungkin menang sebagai Timbalan Perdana Menteri saya rasa perkara itu perlu dihormati asas negara iaitu negara ini ialah federalisme yang mana mesti menghormati aspirasi demokrasi setempat. Terima kasih.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Terima kasih Yang Berhormat daripada Balik Pulau. Sememangnya dari segi asas perbezaan di antara idealisme dan realiti. Demokrasi secara idealisme dan demokrasi secara realiti kadangkala apa yang berlaku di bawah berbeza dengan apa yang berlaku daripada apa yang kita hendak.
Misalnya Kerajaan Persekutuan berkehendakkan kerjasama yang erat daripada jentera yang berada di peringkat grass root.
Misalnya kita berbelanja lebih kurang RM70 juta untuk medan info desa di mana kita mempunyai 228 medan info desa di luar bandar termasuk di empat negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan daripada Barisan Nasional dan kita memerlukan melatih hampir 60,000 masyarakat di luar bandar dan pada tahun ini sahaja kita melatih 1,000 lebih dan kita berhajat untuk melatih 15,140.
Memang benar dari segi realitinya JKK ada wujud di kampung tetapi sekiranya usaha kita terpempan dan kita mempunyai program-program yang baik-baik untuk memajukan masyarakat di luar bandar tetapi kalau kita tak mempunyai akses ke kampung maka ini akan menyukarkan apa juga pembangunan sama ada dari segi kemajuan, latihan, ekonomi, medan info dan sebagainya. Oleh itu kita harus praktikal. Bukan kita duduk dalam keadaan realiti, awang-awang we must be very practical dengan izin. Itu sebabnya pihak kerajaan apabila... [Dewan riuh]
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tak praktikal, tak praktikal.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Jawab bagi elok sedikit.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Pecah-belah sahaja. Pecah- belah masyarakat, pecah-belah masyarakat.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Perhabis duit rakyat sahaja.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Terima kasih. Yang kita ambil benda ini menjadi penting kerana jawatankuasa keselamatan kampung yang sudah wujud secara baik selama 50 tahun tiba-tiba mahu diberhentikan sama sekali. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, tertib. Kita dengar menteri menjawab.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Jangan berbohong.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Okey, okey. Ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan kena menghormati jawatan tersebut yang telah wujud begitu lama sekali dan kita berkehendakkan jawatan ini JKKK...
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Sudah kalah sudah, jawatan apa lagi?
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
...dikekalkan untuk memberi...
Tuan Yang di-Pertua
Tertib Ahli Yang Berhormat.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
...untuk memberi kekesanan kepada program-program yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atas hujahnya bahawa kita hendak memberhentikan semua JKKK. Saya beri contoh di negeri Selangor sebaik sahaja rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat usaha pertama yang dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ialah untuk menghimpunkan semua ketua kampung dan JKK dan memberikan satu pengarahan baru bukan berhasrat untuk memecat mereka tetapi memohon pendirian yang jelas daripada ketua-ketua kampung dan JKK bahawa peranan mereka haruslah adil dan saksama kepada semua rakyat di kampung tersebut dan kita bukan berhasrat untuk memecat.
Masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah oleh kerana terlalu lama UMNO perintah di negeri Selangor ini maka mereka mempunyai pendirian dan minda yang agak tertutup iaitu UMNO - kerajaan, kerajaan - UMNO. Maka apabila kerajaan Barisan Nasional kalah maka ketua kampung dan JKK tak boleh terima hakikat itu. Hanya nasihat kita kepada mereka ialah sekiranya mereka boleh menjalankan tugas dengan adil dan saksama, mengetepikan ideologi politik maka kita boleh mengekalkan mereka tetapi masalah kesemua ketua kampung dan JKK sebelum itu adalah ketua UMNO cawangan.
[Dewan riuh] Maka oleh kerana mereka tidak boleh membezakan ideologi politik dengan tugas sebagai ketua kampung maka sudah sewajarnya kita membuat perubahan. Itu sahaja.
Tetapi saya kira tindakan Yang Berhormat Menteri untuk melantik JKKP ini ianya akan memburukkan lagi keadaan dan sudah tentu menjurus ke arah perpecahan masyarakat di kampung tersebut. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Soalan saya apakah Yang Berhormat Menteri sanggup menerima tanggungjawab besar bahawa perpecahan rakyat khususnya di lima buah negeri ini dipertanggungjawabkan kepada Yang Berhormat Menteri kerana membuat pelantikan JKKP. [Tepuk]
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Gombak. Sebenarnya kita tidak melantik, kita tidak lantik. Yang sebenarnya kita mengekalkan JKK ini... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat diam. Kenapa bila Yang Berhormat Gombak tadi bercakap tiada siapa yang bising sebelah. Bersikap adillah kepada diri sendiri. Sila, jawab.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, pihak kerajaan bukan melantik jawatankuasa kampung yang baru. Pihak kementerian mengekalkan jawatankuasa JKKK yang ada. Itu yang kita buat. Kita tak lantik siapa pun yang baru dengan izin exactly the same ketua kampung, JKK... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan berbahas Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jawapannya tak betul sebab pelantikan ketua kampung dan JKKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri bukan Kerajaan Pusat.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Jangan berbelit-belitlah menteri.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Kita tak pertikaikan, kita tak pertikaikan. Kita hanya mewujudkan jawatan yang telah pun ada yang diganti semua sekali oleh pihak kerajaan negeri.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tadi Yang Berhormat Menteri kata tak lantik. Sekarang datang mewujudkan. Jadi yang mana satu Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, bukan berbahas Yang Berhormat Gombak.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Tak apalah.
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan berbahas.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Tak apalah, tak apalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tak, saya hendak tolong sebab dia hendak bertanding Timbalan Presiden.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan? Boleh minta laluan?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada soal laluan dalam sesi jawab lisan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebab ini perbahasankah apa?
Kalau perbahasan saya minta laluan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Batu Pahat duduklah.
Tuan Charles Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila menteri, sila.
Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Okey. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kita ada sedikit-sedikit pengalaman misalnya radio Selangor di Shah Alam dihalau keluar. Dihalau keluar. Dihalau keluar oleh kerajaan negeri. Sekarang Radio Selangor di Shah Alam berada semula di Angkasapuri, Vice Chancellor Unisel dihentikan oleh pihak kerajaan negeri. [Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Kena baca fakta betul.
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib
Diberhentikan oleh pihak kerajaan negeri. Jadi kalau ini trend, ini rasa hati, ini cara bertindak di mana juga, jadi di mana tempat yang ada perlu ditukar.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, 36(12) ini telinga saya sudah sakit.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Bukan Tuan Yang di-Pertua. Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Raja, saya tahu 36(12), saya mendengar. Itulah makanya telinga saya sakit daripada bulan April, pasal 36(12) ini. Sila teruskan Menteri.
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib
Jadi pendek kata Yang Berhormat, kita bukan mewujudkan jawatan yang baru, jawatan yang sudah ada, Kerajaan Persekutuan kita hendak sambung supaya program daripada Kerajaan Persekutuan termasuk program-program dari segi bina insan termasuk program-program dari segi medan info dan semua program-program daripada Kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan dengan baik.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Soalan satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat sudah cukup soalan tambahan sudah dua, sudah cukup soalan tambahan. Saranan saya ialah buat sahaja mana yang difikirkan baik oleh sebelah kiri dan begitu juga sebelah kanan buat sahaja seberapa yang baik, biarlah kita tunggu pilihan raya yang akan datang yang ke-13.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu melanggar amalan demokrasi.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tiada yang baik Tuan Yang di- Pertua.
11. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes penjualan bayi mengikut kaum di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2008. Nyatakan langkah kerajaan untuk membanterasnya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Pahat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh bulan Januari hingga bulan April tahun ini terdapat satu kes penjualan bayi berlaku di negeri Sabah.
Kes tersebut melibatkan penjualan seorang bayi berbangsa Melayu. Walau bagaimanapun kes ini telah pun berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Pada bulan Mei tahun ini satu sindiket penjualan bayi telah dapat ditumpaskan yang membabitkan doktor dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara.
Empat orang bayi telah pun diselamatkan. Kesemua bayi tersebut telah diserahkan kepada penjaga masing-masing berikutan arahan Timbalan Pendakwa raya manakala semua suspek yang terlibat disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Kanak-kanak 2001. Pertuduhan belum dibuat, sedang menunggu arahan dari Pejabat Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua, meskipun jumlah kes penjualan bayi di negara ini adalah kecil namun pihak polis memandang serius terhadap kegiatan ini. Bagi mencegah dan menangani jenayah ini daripada berleluasa, pihak polis telah pun mengambil langkah- langkah seperti mengumpul risikan atau maklumat mengenai sindiket-sindiket yang disyaki menjalankan kegiatan tersebut.
Pihak polis juga turut menganjurkan ceramah ataupun forum bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kes penjualan bayi. Salah satu langkah yang dianggap efektif untuk mencegah kegiatan pembelian dan penjualan bayi ialah merujuk doktor dan jururawat yang terlibat kepada Majlis Perubatan Malaysia ataupun MMC, dikenakan tindakan termasuk pembatalan keahlian mereka, sekian terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya saya tahu menteri hendak jawab satu kes tetapi apabila saya bagi data pagi
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
tadi menteri pun tidak berani hendak jawab sebab itu dia suruh timbalan yang jawab.
[Dewan riuh] Pertanyaan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah sebenarnya sindiket ini wujud begitu banyak dan antara pendekatan yang mereka gunakan ialah pendekatan menggunakan ibu tumpang iaitu mereka ini akan menjualkan anaknya melalui sindiket yang melibatkan klinik-klinik swasta dan juga kakitangan di Jabatan Pendaftaran yang mengubah tentang pendaftaran nama dan sebagainya tetapi yang jelas di sini ialah polis kekurangan maklumat dan sebab itulah apabila serbuan hendak dibuat mereka sudah tahu bahawa serbuan akan dibuat kerana ada informer dalam pejabat polis sendiri yang memaklumkan tentang serbuan akan berlaku.
Jadi sebab itulah saya ingin tahu bagaimanakah polis akan membuat satu pemantauan yang lebih ketat untuk membanteras sindiket penjualan anak ini yang menjual anak dengan harga RM10,000 hingga RM20,000 dan yang disebut tadi empat yang diselesaikan. Itu membuktikan bahawa kes ini banyak sebenarnya tetapi yang dapat diselesaikan, dicari balik anak yang hilang ini hanya empat orang sahaja, terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Bukan Yang Berhormat Menteri tidak berani jawab sebab tadi apabila Yang Berhormat memaklumkan kes-kes yang lain mengenai penjualan bayi, Yang Berhormat Menteri telah pun merujuk balik kepada Pihak Polis Diraja Malaysia dan sedang menunggu maklumat tambahan dan maklumat tambahan baru sampai dekat Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi Berhormat Menteri diminta balik ke office sebab ada urusan yang penting maka serahkan kepada saya untuk menjawab.
Baiklah Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasihlah maklumat tambahan yang diberikan kepada Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, pihak Polis Diraja Malaysia mempunyai satu bahagian yang khusus memantau kegiatan-kegiatan seumpama ini dan satu jawatankuasa yang khas yang telah pun lama ditubuhkan dan merangkumi ramai wanita-wanita dalam polis. Walaupun kadangkala pihak polis tidak mempunyai maklumat mencukupi untuk membanteras kegiatan sindiket-sindiket tertentu kita juga harap mendapat maklumat dan tambahan dari Yang Berhormat ataupun rakyat kita supaya kita boleh bertindak lebih berkesan lagi. Sekian terima kasih.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Kita dengar cukup takutlah apabila ada golongan profesional terutama doktor yang terlibat sama dalam kes penculikan dan penjualan bayi ini dan diharap tindakan yang keras diambil supaya kita dapat memelihara imej profesion tersebut.
Saya dengar dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi yang tidak ditangani oleh timbalan menteri iaitu terdapat pegawai-pegawai dan kakitangan di balai-balai polis yang merupakan sebahagian daripada sindiket tersebut yang memecahkan rahsia dan kalau benar polis ada satu team atau skuad untuk membanteras ini bagaimana mereka akan melaksanakan tugas kalau ada pihak-pihak yang memberikan maklumat di dalam itu juga kepada sindiket. Jadi bagaimana pihak polis menangani masalah ini.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya setakat ini memang tidak ada bukti yang kukuh yang mengatakan anggota polis terlibat sebagai informer dengan izin. Walau bagaimanapun oleh kerana Yang Berhormat Batu Pahat telah ada masalah dalaman di Polis Diraja Malaysia maka Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan memastikan supaya informer ini tidak wujud dalam keanggotaan polis, sekian.
12. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah undang-undang yang melindungi pekerja yang bekerja dari rumah terutamanya golongan wanita. Jika tiada, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi melindungi golongan ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ampang di atas soalan yang diberikan. Untuk makluman dewan yang mulia ini adalah menjadi dasar Kementerian
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
Sumber Manusia untuk menjaga kebajikan semua pekerja di negara ini termasuklah mereka yang bekerja daripada rumah dan sehubungan dengan itu Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan satu garis panduan untuk Program Home Working untuk memberi panduan kepada syarikat dan para peserta kepada amalan home working dengan izin.
(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
Pada masa yang sama, pekerja yang bekerja dari rumah juga dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta PERKESO 1969 sekiranya terdapat kontrak perkhidmatan ataupun contract of service dengan izin yang ditandatangani di antara majikan dengan pekerja yang memenuhi syarat yang ditetapkan sebagai pekerja. Bagi memperluaskan perlindungan pekerja dalam konteks ini, KSM juga sedang menyediakan draf peraturan- peraturan kerja separa masa dan pemakaian berapa peruntukan Akta Kerja 1955 yang akan melindungi golongan tersebut dan mereka yang bekerja separuh masa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan itu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di sini untuk menyatakan Peraturan Mesyuarat 14(1)(g) iaitu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh menteri-menteri. Saya pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua tidak ada minat untuk mengambil bahagian dalam soal jawab pada hari ini, oleh kerana saya lihat tidak ada satu keadilan dari segi pengaturan soalan-soalan yang akan naik dan dijawab oleh menteri terutama sepuluh soalan pertama.
Jadi perkara ini bukanlah perkara yang baru kita bangkitkan. Telah kita bangkitkan beberapa kali dan dia tidak berlaku di pihak pembangkang tetapi juga di pihak BN. Ada sebahagian daripada teman-teman saya ini tidak pernah lagi satu soalan pun naik sepanjang sesi sekarang ini. Jadi saya hendak mencadangkan supaya pihak urus setia membuat satu peraturan khusus supaya semua nama-nama ini diatur dan sepuluh nama tiap-tiap hari naik sepuluh nama. Saya kira dalam masa 12 hari saja semua Ahli Yang Berhormat akan mendapat peluang soalannya ditanyakan sepuluh soalan yang pertama.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Kalau sekiranya. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Kalau sekiranya pihak urus setia tidak mampu buat, saya rela untuk menawarkan diri untuk membantu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Titiwangsa yang membangkitkan Point of Order 14(1)(g) tadi dan ini juga akan memberi kesempatan kepada saya untuk memberi penjelasan.
Masalah pertama Yang Berhormat, yang kami hadapi ialah masalah menentukan keadilan itu. Kadang-kadang Yang Berhormat, bukan lagi kadang-kadang tetapi sering kali apabila terkena kepada kita, kita merasa baik dan adil bagi kita. Apabila kita terkena pula pada ketika itu, kita merasa bahawa tidak adil. Jadi yakinlah Yang Berhormat, soalan-soalan yang diketengahkan pada setiap hari itu urus setia termasuk diri saya sendiri mengambil kira semua faktor demi untuk keadilan semua.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan masalah adil dari segi terasa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang. Saya hendak jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya faham apa Yang Berhormat timbulkan itu. Susun atur yang kita buat bagi pendapat kita adalah yang terbaik dan yang teradil.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bercakap tanpa pembesar suara] sahabat saya bukan orang lain, Yang Berhormat Ampang. Tiga hari berturut-turut namanya naik untuk soalannya dalam sepuluh yang pertama. Hari ini hari yang kedua belas.
Tuan Yang di-Pertua
Kadang-kadang...
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tiga hari berturut-turut, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ada kriteria-kriteria tertentu. Kadang-kadang ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan yang bagi pendapat urus setia adalah soalan yang perlu dijawab oleh menteri kerana untuk kepentingan orang ramai. Bukan oleh kerana apabila soalan itu disoal terpaksa dinaikkan di atas. Kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya dapat tahu kriteria-kriteria itu.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah, sudahlah, sudahlah Yang Berhormat. Sila teruskan, setiausaha.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu, nanti dulu. Point of order.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya ada menerima sepucuk surat bertarikh 12 November tahun ini. Ini adalah mengenai usul saya di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai pengakuan umum oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi di Kuching pada 7 November tahun ini bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah semasa beliau masih lagi seorang peguam pada tahun 1987.
Usul itu Tuan Yang di-Pertua, ada ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) dan sebab yang diberi adalah ini melanggar Peraturan Mesyuarat 36(8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya bangkitkan bukanlah mengenai kelakuan Tan Sri Zaki sebagai hakim sekarang tetapi apa yang dilakukannya apabila dia menjadi seorang peguam khasnya dalam tahun 1987.
Oleh itu, tidakkah larangan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(8) atau Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan. Saya faham Peraturan Mesyuarat 36(8) melarang untuk membangkitkan apa-apa mengenai kelakuan atau sifat seorang hakim dan khasnya Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan melarang untuk membangkitkan satu usul atau apa-apa mengenai kelakuan seorang hakim melainkan dengan mendapat sokongan daripada ¼ Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan mulia ini. Akan tetapi apa yang saya terangkan tadi Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah mengenai kelakuan dia sebagai hakim.
Bolehkah saya mendapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor oleh kerana membangkitkan isu ini. Saya faham bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor mengetengahkan hujah bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor timbulkan itu ialah sifat Ketua Hakim Negara sekarang ini sewaktu beliau sebagai pengamal guaman.
Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor ini petua daripada saya mengenai dengan soal itu, seolah-olah Yang Berhormat Bukit Gelugor ini saya memisahkan pedas daripada lada dan manis daripada gula.
Oleh kerana isu yang berbangkit ini ialah soal Ketua Hakim Negara sekarang, dia sebagai Ketua Hakim Negara. Jadi tidaklah melihat bahawa kelakuan beliau sebelum menjadi Ketua Hakim Negara itu perlu dibangkitkan di sini. Jadi maka itu, saya menolak permohonan usul Yang Berhormat Bukit Gelugor di bawah peraturan mesyuarat dan Perkara 127 Perlembagaan Malaysia seperti yang disebut tadi. Jadi itu adalah pendapat saya bahawa susah saya untuk memisahkan pedas daripada lada dan manis daripada gula.
Oleh kerana beliau yang berkenaan itu ialah Ketua Hakim Negara sekarang. Terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima ] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Sila, Yang Berhormat Kubang Kerian untuk menyambung perbahasan. Ahli Yang Berhormat, ingat ya sepuluh minit dan saya ingatkan sudah bermula kelmarin. Sila.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Semalam saya bermula dengan Butiran 00100 di bawah P.20 tentang Lembaga Koko Negara. Saya telah menyebut semalam bahawa sebagai orang yang pernah terlibat di dalam sektor ini, saya ingin untuk mendapatkan beberapa penjelasan daripada pihak menteri yang hadir sendiri pada hari ini supaya dapat memberitahu Dewan yang mulia ini adakah perancangan-perancangan dan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mempertingkatkan golongan yang terlibat di dalam industri koko ini khususnya pekebun- pekebun kecil.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa di era tahun 70-an ataupun 80-an, tanaman koko adalah merupakan tanaman alternatif kepada tanaman kelapa. Maka kerajaan pada waktu itu telah menjalankan kempen besar-besaran dan ramai di kalangan pekebun-pekebun kecil seluruh negara telah mengambil tindakan menanam koko ini. Sampailah kepada era 80-an di mana pada ketika itu berlakunya suatu malapetaka ataupun satu wabak yang menyebabkan industri koko negara ini mengalami bencana.
Kerajaan pada waktu itu telah mengarahkan termasuklah saya sendiri pada waktu itu menebang pokok-pokok koko ini kerana serangan ulat pengorek yang telah menjejaskan industri ini.
Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan pada hari ini adakah kementerian masih lagi menganggap bahawa industri ini satu yang masih berpotensi? Adakah Malaysia masih menjadi pengeksport utama koko di pasaran antarabangsa? Apabila saya kembali semula ke kampung setelah saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, sekali lagi masyarakat di kampung saya dan di kawasan Parlimen saya juga di Kubang Kerian, rakyat sekali lagi diberikan galakan untuk menanam kembali koko ini. Akan tetapi saya melihat terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan iaitu masalah wabak ataupun penyakit ulat pengorek ini masih lagi tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan sedangkan rakyat digalak berikan kempen-kempen tentang menanam semula koko ini.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Jadi saya ingin mendapat penjelasan apakah tindakan yang telah dibuat oleh kementerian Yang Berhormat terhadap industri koko ini? Yang keduanya, saya ingin mendapat penjelasan di bawah butiran ini. Saya mendapati bahawa di antara tanaman yang memerlukan proses pembajaan yang konsisten ialah tanaman koko, sedangkan kita melihat harga-harga baja sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading semalam dan juga mungkin akan dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bahawa harga baja yang bermutu di peringkat pasaran masih lagi mahal. Saya sebagai yang pernah terlibat dalam industri ini, saya faham benar dan arif benar tentang mutu baja- baja ini. Kita akan memilih baja yang terbaik. Contoh baja terbaik ialah keluaran Behn Meyer yang kita import daripada Jerman, Nitrofosca Green ataupun Nitrofosca Blue.
Kalau Nitrofosca Green itu adalah 15%, 15%, 15% kandungan kimianya dan kalau Nitrofosca Blue, 12%, 12%, 17.2% ‘plus truss element’ yang menjadi kegemaran petani- petani kerana baja ini memang bermutu tetapi harganya cukup mahal di pasaran. Kalau tidak silap saya, pada bulan lepas ada petani membeli untuk 50kg baja ini harganya hampir mencapai RM100, sedangkan kita melihat apabila jatuhnya harga komoditi ini, harga baja tidak turun, harga racun serangga tidak turun. Racun-racun serangga yang baik seperti Tamaron, seperti CCI dan juga jenis-jenis yang bermutu ini ia tidak pernah turun di pasaran.
Oleh itu, petani terpaksa membeli bahan-bahan baja dan racun serangga ini dengan harga yang mahal dan harga komoditi ini terus turun. Jadi apakah tindakan dan langkah-langkah segera yang diambil oleh pihak kementerian Yang Berhormat?
Menyentuh juga tentang P.20 - 00513 tentang program untuk mengangkat ataupun untuk menyelesaikan masalah pekebun kecil sawit ini, juga menghadapi masalah yang sama, problem yang sama, concern yang sama. Jadi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan pada hari ini akibat daripada runtuhnya ataupun turunnya harga-harga komoditi ini.
Apabila harga sawit telah turun secara realitinya bagi pekebun kecil iaitu telah mencecah di bawah paras RM180 satu tan, maka ini sangat kritikal. Kenapa tidak sebagaimana Yang Berhormat Sri Gading semalam, kita tak nak dengar “Kerajaan akan mengkaji, kerajaan sentiasa peka, kerajaan sentiasa mengambil berat”. Saya mencadangkan di sini kalau kita boleh berkongsi supaya kerajaan dengan serta-merta menubuhkan suatu majlis yang dinamakan Majlis Tindakan Harga Komoditi Negara.
Satu majlis yang ditubuhkan kalau tidak sama tarafnya dengan MAGRAN tetapi ini adalah merupakan satu tindakan yang perlu disegerakan, tindakan yang mesti diambil serta-merta untuk kerajaan melihat apakah bantuan-bantuan segera yang perlu diberikan kepada golongan ini supaya pendapatan mereka tidak terjejas. Jadi ini pandangan saya dan saya ingin berkongsi pandangan ini supaya Majlis Tindakan Harga Komoditi Negara ini ditubuhkan dengan serta-merta. Ini pandangan daripada pihak saya. Kemudian Tuan Pengerusi, di bawah Kepala P.20 – 00522 tentang Kajian Soal Selidik Mengenai Minat Golongan Muda Dalam Memilih Kerjaya di Sektor Perladangan dan Komoditi.
Saya ingin mendapat maklum daripada pihak kementerian apakah hasil ataupun dengan izin the findings daripada penyelidikan ini. Di mana saya telah juga diberikan maklum bahawa ramai graduan khususnya dalam era 70-an dan 80-an di mana khususnya daripada Universiti Putra Malaysia. Pada waktu itu masih lagi Universiti Pertanian Malaysia yang diberikan pelbagai galakan dan insentif bagi mereka menceburi golongan bidang ini dan sekarang saya melihat butiran ini masih lagi wujud dalam bajet ini. Maka, apakah dapatan ataupun findings yang telah dapat diperolehi oleh kajian ini. Sama ada golongan muda dalam negara kita ini berminat dalam sektor perladangan dan komoditi.
Kemudian, tentang 070000 di bawah Dasar Baru dan saya membacakan bersekali dengan 070100 tentang Perluasan Dasar Sedia Ada Kementerian. Di mana saya telah membangkitkan dalam soalan tambahan saya minggu lepas yang mana Yang Berhormat sendiri menjawab tentang kebimbangan saya terhadap beberapa krisis di peringkat global yang berlaku. Di mana melibatkan tentang isu food security, tentang keselamatan makanan dan juga saya telah mencadangkan supaya kerajaan mengambil sikap yang lebih berhati- hati terhadap bagaimana kemajuan kejuruteraan genetik. Kepesatan kemajuan dalam bidang bioteknologi juga sekarang ini dunia bercakap tentang alternatif bahan api dan meningkatnya permintaan terhadap biodiesel, dia bukan sekadar di peringkat negara tetapi di peringkat antarabangsa.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Yang menjadi kebimbangan saya adakah kementerian Yang Berhormat telah benar-benar bersedia. Yang Berhormat menjawab dulu bahawa kerajaan ada dasar, tidak semua minyak sawit sebagaimana sektor perladangan dunia dalam bidang jagung dan kacang soya. Ini telah terbit dan dibincangkan dalam satu seminar di peringkat yang anjurkan oleh WFO di mana dalam seminar tersebut telah ada bukti yang empirikal bahawa telah berlaku penawaran-penawaran terhadap ladang-ladang oleh syarikat-syarikat gergasi ini terhadap industri kacang soya dan juga jagung.
Di mana dengan kepesatan teknologi, kejuruteraan genetik dan juga biodiesel ini, mereka membeli dalam bentuk blok yang besar yang menyebabkan bahawa daripada segi masa depan industri makanan ataupun food security ini dunia dalam keadaan yang sangat bahaya. Walaupun Yang Berhormat telah menyebut dua minggu lepas bahawa kerajaan ada dasar tetapi bagaimana dasar itu boleh diimplementasikan, adakah applicable kepada sektor perladangan yang diusahakan oleh syarikat swasta.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Nama-nama besar seperti Guthrie, Sime Darby, adakah kerajaan ada dasar untuk mengikat mereka? Jadi ini yang menjadi persoalan kita kerana isu food security yang akan kita hadapi juga sebagaimana berlakunya krisis kewangan di peringkat global. Maka ia akan dirasakan juga apabila sampai masanya oleh negara-negara dunia ketiga...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
... Seperti kita, saya juga cukup bimbang bila dasar yang sangat mengancam di peringkat antarabangsa ini. Kalau kita tidak bersedia dengan dasar untuk memelihara industri ini, saya cukup bimbang kita juga akan terjebak dalam perangkap golongan kapitalis, dunia yang ingin membeli bahan-bahan secara blok ataupun dalam jumlah yang begitu besar. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
pertamanya saya ingin menyentuh Butiran B.20 - 080600 iaitu Peruntukan Projek Tanah Gambut ataupun TROPHY. Penggunaan tanah gambut untuk ladang-ladang kelapa sawit sememangnya menimbulkan pendapat atau subsidence dengan serius. Jika ianya tidak diurus dengan baik dan tidak dikawalkan maka pengurusan air ataupun sistem perparitan yang diumumkan oleh pihak perladangan ialah 50cm hingga 70cm paras ketinggian water table di dalam perparitan itu. Maka dengan demikian saya ingin bertanya peruntukkan ini untuk kajian apa? Adakah ianya untuk pengurusan air ataupun untuk aktiviti-aktiviti yang lain?
Malaysia kini sudah pun selalu kita dengar dikritik oleh negara-negara Eropah sebab penggunaan tanah gambut yang menyebabkan degradasi. Apabila tanah gambut mendap pengeluaran gas karbon dioksida dan methyl akan meningkat. Ini seperti mana yang kita tahu menyebabkan lebih banyak lagi gas karbon dioksida di atmosfera dan justeru itu kepanasan global berlaku. Jadi apakah tindakan kementerian untuk menangani kritik- kritik ini di negara-negara Eropah. Kami sekarang telah menubuhkan The Malaysian Peek Society dan saya juga adalah presiden society ini. Saya ingin memohon daripada kementerian untuk memberi peruntukan sedikit supaya pihak kami di society boleh membantu kementerian untuk menangani kritik-kritik di negara Eropah.
Kemudian saya ingin menyentuh Butiran P.20 - 00520 iaitu Program Peningkatan Produktiviti dan Pendapatan Pekebun Kecil Lada Hitam di Sarawak. Peruntukan RM10,800,000 ini akan digunakan terima kasih peningkatan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Adakah peruntukan ini untuk pembesaran kebun-kebun yang sedia ada ataupun untuk penanaman baru? Seperti amalan yang lain oleh kerajaan untuk memberi duit terus kepada petani-petani adakah peruntukan ini juga akan diberi terus kepada pekebun-pekebun kecil ladang di Sarawak. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran P.20 - 00525 iaitu Program Penanaman Jathropa. Program penanaman jathropa memang baik untuk petani-petani di luar bandar kerana tanaman ini juga tidak memerlukan bidang tanah yang luas dan besar dan kos operasi ladang getah lebih rendah daripada tanam kelapa sawit.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Penghasilan minyak juga mungkin lebih murah. Mengikut maklumat dari India, pengeluaran minyak dari jatropha adalah 50% daripada buah-buah jatropha dan jatropha juga selepas ditanam boleh menghasilkan buah-buahan dan justeru itu minyak dalam tempoh dua tahun. Tanaman ini juga boleh hidup dengan usia 40 tahun. Jika ianya begitu ini adalah satu tanaman yang baik untuk petani-petani di kawasan luar bandar. Daripada penyelidikan kementerian sendiri bagaimanakah prestasi ataupun performance tanaman ini di ladang? Sama ada ia boleh tumbuh dengan cepat ataupun tidak. Yang kedua, adakah kajian ini sudah mendapat hasil daripada pengeluaran minyak yang dikeluarkan untuk menjadi biodiesel. Apakah hasil pengeluaran minyak ini daripada buah-buahan jatropha dalam negara kita.
Di Sarawak kita telah menguji kaji buah-buahan jatropha daripada ladang tempatan dan kita mendapati bahawa hanya 10% sahaja minyak yang dihasilkan daripada biji-biji jatropha. Yang 90% itu adalah air. Negara kita terlalu banyak hujan dan banyak air maka penghasilan minyaknya amat rendah berbandingkan dengan India. Jadi saya ingin tahu sama ada....
[Gangguan Sistem Pembesar Suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada mic Yang Berhormat, sekejap. Kita tunggu sebentar, juruteknik sedang membaik pulih
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Okey.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Jadi saya ingin tahu sama ada perbandingan pengeluaran minyak daripada Jathropa yang ditanam di negara kita dan di negara India, adakah ianya sama.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh biofuel dari minyak sawit kerana kalau kita tanam kelapa sawit secara meluas di negara kita, ianya akan mengancam eksploitasi hutan dan kegunaan tanah gambut dengan amat meluas. Justeru itu pengeluaran karbon dioksida tadi lebih besar daripada gas karbon dioksida jika digunakan biodiesel minyak sawit. Oleh itu adakah kementerian ingin membuat satu perbandingan di antara pengeluaran gas karbon dioksida ekoran daripada penggunaan tanah lebih-lebih lagi tanah gambut dengan meluas jika dibandingkan dengan pengeluaran daripada kegunaan bio diesel hasil daripada minyak kapa sawit. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat tunggu sebentar ya. Tidak boleh berucap tidak ada mic. Yang Berhormat, kita mengalami kerosakan sistem suara dalam Dewan. Saya ingin menangguhkan mesyuarat ini sepuluh minit untuk sistem ini diperbaiki semula. Terima kasih.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.02 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.12 tengah hari.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya sekadar untuk mendapat penjelasan Maksud B.20, Butiran 080700 – Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), yang saya difahamkan semasa kita
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
membincangkan perbelanjaan tambahan dahulu pun ada dipohon skim ini dan kali ini sebanyak RM1.2 bilion. Jadi saya ingin penjelasan dari segi bagaimana cara diagihkan, adakah hanya untuk pengilang sahaja dan apa pula nasib kepada petani yang mengeluarkan hasil kelapa sawit.
Kedua, Butiran 080100 – Bertugas di Luar Negara, iaitu lebih kurang RM3 juta.
Jadi apa yang saya terfikir, tidakkah kedutaan-kedutaan kita boleh memainkan peranan ini untuk menyebarkan maklumat dari segi pasaran komoditi negara kita seperti minyak kelapa sawit dan sebagainya.
Kemudian ketiga dari segi Butiran 080500 – Minggu Komoditi 2009, yang diperuntukkan RM4.6 juta. Jadi saya ingin penjelasan dari segi apakah bentuk program- program dalam Minggu Komoditi ini.
Merujuk kepada Maksud P.20, di bawah Butiran 00508 iaitu Projek Perhutantani
(AGROFORESTRY) Di Kawasan Tanaman Tembakau, RM1 juta, apakah bentuk atau variety pokok yang akan ditanam sebagai menggantikan tembakau. Kemudian Butiran 00509 iaitu Pembangunan Sumber Pertumbuhan Baru: Kenaf, RM14.5 juta. Jadi persoalan saya, apabila tanaman ini ditanam, bagaimana dari segi pemasarannya?
Adakah pihak kementerian telah pun bersedia untuk menerima hasil daripada penanaman perhutanan tani dan kenaf tadi ataupun pihak kementerian juga berhasrat untuk mewujudkan kilang pemprosesan produk ini.
Begitu juga yang terakhir, Butiran 00519 iaitu Pembangunan Sumber Pertumbuhan Baru: Sagu dengan RM3.3 juta, adakah tanaman sagu ini ditanam secara ladang atau hanya ditanam oleh petani-petani secara kecil-kecilan dan bagaimana juga pemasarannya.
Kemudian yang terakhir dari segi Butiran 00520 – Program Peningkatan Produktiviti dan Pendapatan Pekebun Kecil Lada Hitam di Sarawak, yang sahabat saya tanya tadi iaitu RM10.8 juta, adakah pihak kementerian memberi subsidi ataupun pembangunan untuk kilang pemprosesan ataupun dari segi memperbaiki proses untuk menghasilkan kualiti lada hitam yang baik dan juga packaging yang baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut membahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2009. Butiran yang saya ingin bahas ialah 010200 – Kemajuan Industri Komoditi, Perladangan dan Kewangan, Butiran 00505 – Skim Pinjaman Mudah Tanaman Kelapa Sawit Pekebun Kecil dan Butiran 080500 – Minggu Komoditi 2009.
Industri kelapa sawit adalah industri yang penting kerana ia mengupah banyak pekerja dan juga menyumbang sebanyak RM45.2 bilion dalam lapan bulan pada tahun ini dan merupakan 10% daripada jumlah eksport negara kita. Mengikut ramalan MPOB dan Bloomberg, negara Malaysia dan negara Indonesia dianggar menghasilkan sebanyak 16.2 million tan dan 18.3 million tan masing-masing.
Memandangkan bahawa Malaysia dan Indonesia mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit, apakah langkah-langkah konkrit yang dirancang atau dilaksanakan oleh kementerian untuk menstabilkan atau mempengaruhi harga minyak sawit seperti yang dilakukan oleh negara-negara OPEC. Langkah seperti mengehadkan pengeluaran dan memantau pengeluaran minyak sawit perlu dikaji. Ini adalah kerana stok yang berlebihan akan memberi tekanan yang negatif kepada harga minyak sawit dan apakah harga minyak sawit yang munasabah pada pendapat kementerian.
Mengikut Butiran 00505, sebanyak RM17 million dibajet untuk Skim Pinjaman Mudah Tanaman Kelapa Sawit Pekebun Kecil. Mengadakan skim ini adalah langkah yang positif kerana pekebun kecil tidak mempunyai kapital yang besar. Saya harap kementerian bolehlah mendapat lebih banyak pinjaman untuk disalurkan kepada pekebun kecil kerana jumlah anggaran projek ialah RM611.5 juta, tetapi setakat ini RM75.89 juta dibelanjakan dari tahun 2001 hingga 2007. Selain itu, adakah kementerian mempunyai masalah untuk
Tuan Chua Tee Yong - Labis
mengutip balik pinjaman yang diberi kerana ia mungkin mengurangkan modal untuk dipinjam kepada pekebun kecil pada masa depan.
Kementerian mempunyai matlamat untuk meningkatkan eksport bio-diesel dari 90 ribu tan kepada 200 ribu tan untuk tahun 2008. Apakah matlamat kerajaan untuk tahun 2009 dan adakah matlamat yang ditetapkan terlalu rendah berbanding dengan pasaran rapeseed soya oil dan jagung untuk bio-diesel yang dianggar di antara RM3 juta tan hingga RM5 juta tan. Langkah-langkah promosi seperti Hari Minggu Komoditi perlulah dipertingkatkan di pasaran tempatan dan terutamanya di antarabangsa.
Langkah-langkah juga perlu dilaksanakan untuk memperbaiki persepsi negatif dari NGO mengenai kemusnahan hutan serta kehilangan habitat binatang seperti Orang Utan.
Kerjasama dengan syarikat seperti IOI, Sime Darby dan United Plantation untuk mengadakan lawatan media bersama NGO perlu dipertimbangkan. Walaupun kementerian telah melakukan banyak usaha untuk memperbaiki imej industri kelapa sawit, lebih banyak langkah perlu dikaji dan diteruskan demi kebaikan industri dan negara. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkitkan perkara yang ditulis dalam 010100 – B.20.
Pertamanya ialah mengenai usaha kerajaan dan Kuala Lumpur Stock Exchange untuk cuba mengaitkan urus niaga pasaran komoditi kelapa sawit dengan Chicago Mercantile Exchange. Saya hendak penjelasannya dan bagaimana pergabungan ini akan memberi manfaat dan bagaimana cara urus niaga-urus niaga yang akan dilakukan supaya kita dapat menentukan Malaysia tidak akan tertinggal. Ini maknanya apabila kita bergabung dengan Chicago Mercantile Exchange ini ialah satu pasaran komoditi yang sangat besar, yang berbilion-bilion dari segi urus niaganya. Oleh sebab itu kerajaan mesti mengetahui bagaimana usaha-usaha ini dapat menguntungkan negara Malaysia dan juga campurannya dengan Malaysia dan Indonesia kerana kita dan Indonesia adalah pengeluar kelapa sawit yang terbesar di dunia.
Kedua, saya hendak membincangkan berkenaan dengan perkara Dasar Baru - 070000. Saya berpendapat ada perlunya kerajaan mengkaji usaha biodiesel kerana dengan penggunaan biodiesel kita mengurangkan peluang untuk menjual minyak sawit dan keluaran-keluarannya dalam bentuk makanan. Saya dapati dengan harga minyak yang antara USD60 ke USD70 satu barrel ini mungkin tidak akan menjadikan industri biodiesel itu satu industri yang menguntungkan. Oleh sebab itu saya minta kementerian membuat kajian dengan betul supaya nanti kita ada factory biodiesel yang pelaburannya melebihi RM30 juta ke RM50 juta untuk satu factory ataupun sesuatu yang dibuat.
Perkara yang ketiga ialah mengenai usaha kita dalam bentuk mengenakan ses dan berapa banyak ses yang sudah kita kutip daripada pengeluaran minyak sawit. Kalau kita campurkan keuntungan cukai dengan keuntungan berlebihan, berapakah jumlahnya yang ada sekarang dan bagaimana penyaluran penggunaan dana-dana tersebut dapat disalurkan untuk kepentingan industri sawit. Terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 080900 mengenai Lembaga Getah Malaysia (LGM). Masalah pekebun kecil yang telah diperkatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini memang benar dan nyata sekali tentang harga getah yang merosot. Lembaga Getah Malaysia bersama RISDA wajar mencari formula, contohnya:
(i) menggalakkan tanaman semula getah yang tua agar bekalan getah menurun;
(ii) mencari klon-klon baru getah yang lebih berkualiti;
(iii) mendapatkan teknologi penorehan terkini;
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
(iv) menggalakkan amalan pertanian yang baik dari segi pembajaan dan penjagaan kebun; dan
(v) kempen di luar negara tentang kebaikan getah asli dibandingkan dengan getah tiruan.
Kita tidak melihat ada butiran peruntukan tentang program kempen ini. Harga getah mempunyai kaitan ataupun korelasi yang cukup rapat dengan harga minyak petrol.
Getah tiruan mempunyai komponen petroleum. Bila harga petrol turun, kos getah tiruan akan turun dan permintaan terhadap getah asli juga akan menurun. Penjelasan hal-hal ini perlu dibuat kepada pekebun-pekebun kecil di kampung-kampung dan peruntukan dalam bajet perlulah diadakan.
Mengenai Butiran Lembaga Getah Malaysia juga saya ingin penjelasan tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengenai tanah Lembaga Getah di Sungai Buloh. Apakah perancangan mengenai tender untuk membangunkan tanah itu, berapa anggaran perolehan dan bentuk pembangunan di situ agar sesuai dengan pembangunan bersepadu yang lestari, menjaga alam sekitar di samping memastikan demografi yang melambangkan komposisi kaum di Malaysia.
Mengenai harga sawit, usaha bersepadu antara Malaysia dan Indonesia wajar dibuat. Kita bersama Indonesia adalah pengeluar sawit terbesar di dunia. Sewajarnya kita yang menentukan harga pasaran dan jika itu berlaku tentulah harga pasaran sawit tidaklah merudum macam sekarang ini.
Mengenai butiran tentang meningkatkan pendapatan pekebun sawit, Butiran 005005 dan 00513 dicadangkan seperti berikut:
(i) program biodiesel diteruskan secepat mungkin dari segi campuran 5% kepada bahan api kenderaan kerajaan dan juga kenderaan perdagangan. Adakah prasarana untuk melaksanakan program ini yang melibatkan bekalan sebanyak 500,000 tan metrik sawit telah disediakan?;
(ii) minyak petrol hari ini turun kepada USD59 setong, turun hampir 60% daripada harga tertinggi sebelum ini. Kesannya harga sawit akan turun lagi kerana jika petrol turun permintaan terhadap biodiesel sawit juga turun kerana biodiesel sudah tidak menjadi cost-effective untuk dikeluarkan. Oleh itu kerajaan perlu mengaturkan agar biodiesel terus dijadikan sumber bahan api jangka masa panjang secara terancang kerana harga petrol tidak semestinya akan sentiasa rendah bila ekonomi dunia sudah kembali pulih;
(iii) insentif penanaman semula sawit yang telah berumur 20 tahun ke atas perlu ditingkatkan. Peruntukan yang mencukupi wajar dibajetkan. Peruntukan RM200 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini elok dimaklumkan ke akar umbi.
MPOB sepatutnya turun padang bagi mengenal pasti pekebun- pekebun kecil yang wajar dibantu bagi menanam semula sawit yang akan mengurangkan bekalan sawit dan akhirnya menstabilkan harga pasaran;
(iv) FELDA telah mengumumkan mampu menjamin pendapatan minimum RM1,000 sebulan kepada peneroka dengan mengambil langkah-langkah menambah pendapatan melalui aktiviti-aktiviti non-farm seperti ternakan, IKS, kraf tangan, Kempen Bumi Hijau. Bagaimana tindakan kementerian dengan mengambil contoh yang dibuat oleh FELDA tindakan untuk membela pekebun-pekebun kecil;
(v) Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan yang baja akan turun 15% akibat pemansuhan 5% duti import terhadap baja. Adakah penurunan 15% itu
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
mencukupi? Racun pula tidak disebut akan turun, apakah langkah untuk mengatasi harga racun yang tinggi?
Rumusan terpenting daripada pandangan ringkas saya ini ialah perlunya kerajaan segera bertindak untuk menstabilkan harga getah dan sawit untuk kepentingan rakyat dan negara. Saya kira Butiran 080700 - Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) berjumlah RM1.2 bilion itu adalah merupakan subsidi minyak masak. Subsidi ini mungkin sudah tidak perlu lagi kerana bila sawit turun harga maka minyak masak juga akan turun dan tidak perlu disubsidi lagi. Penjimatan subsidi ini boleh digunakan untuk penstabilan harga sawit dan getah. Jika nelayan boleh diberi RM200 sebulan, mungkin pekebun kecil getah dan sawit yang memiliki jumlah ekar yang kecil juga diberikan bantuan tertentu yang berpatutan dan munasabah jika harga komoditi itu terus menurun harganya.
Saya juga akhirnya ingin mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani harga komoditi sawit dan getah. Kerajaan wajar membela pekebun, petani dan penoreh yang terpinggir di pekan-pekan kecil dan desa-desa terpencil.
Jika bukan kita siapa lagi dan jika bukan sekarang, bila lagi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, saya akan panggil tiga Ahli Yang Berhormat lagi dan kemudian selepas itu saya akan jemput menteri untuk menjawab. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan butiran 070300 - Lembaga Tembakau Negara, 00509 - Pembangunan Sumber Pertumbuhan Baru: Kenaf, 00521 - Penyelidikan Peringkat Hiliran dan Pemasaran Produk Kenaf oleh UPM, 00522 - Kajian Soal Selidik Mengenai Minat Golongan Muda Dalam Memilih Kerjaya di Sektor Perladangan dan Komoditi. Saya memilih tembakau dan kenaf Tuan Pengerusi, oleh sebab kedua-dua industri ini kebetulannya tertumpu di dalam kawasan Parlimen saya.
Saya ingin tahu tentang dasar kerajaan di dalam hal yang berkaitan dengan tembakau. Adakah kita akan terus memperluaskan industri ini, memperkembangkan ia di sebalik kempen-kempen yang telah pun menelan jumlah yang cukup besar untuk tidak menggalakkan orang menghisap rokok, kempen kesihatan, kempen ‘Tak Nak’ yang tak menjadi dan sebagainya. Adakah kita akan terus menerus meletakkan satu peruntukan yang besar untuk memperkembangkan industri tembakau ini?
Kemudiannya disambung dengan pembangunan sumber pertumbuhan baru iaitu kenaf yang telah pun dijadikan sebagai salah satu daripada projek dalam Koridor Pantai Timur. Saya ingin tahu perkembangannya setakat ini? Sejauh manakah dan seluas manakah kawasan yang sudah ditanam dan apakah sudah manfaat dari segi industri ini yang telah kita peroleh? Begitu juga saya ingin tahu tentang sudahkah kajian-kajian tersebut di dalam butiran 00521 - Penyelidikan Peringkat Hiliran dan Pemasaran Produk Kenaf oleh UPM ini telah benar-benar dimanfaatkan oleh pihak kementerian. Selain daripada bahan yang kita sedia maklum sedang digunakan sebagai komposit untuk spare part kereta yang saya dimaklumkan. Adakah perkara-perkara lain yang telah dapat ataupun akan dapat dihasilkan daripada kenaf itu sendiri?
Akhirnya adalah kajian soal selidik mengenai minat golongan muda di dalam memilih kerjaya di sektor perladangan dan komoditi. Saya ingin tahu sejauh manakah sudah kempen ke arah itu dilaksanakan di campur pula dengan insentif mungkin yang bakal disediakan kepada golongan muda kerana saya tidak pasti berapa banyak sekarang ini tinggal kursus-kursus di institusi pengajian tinggi tempatan. Contohnya, yang memberikan tumpuan kepada pengajian secara khusus di dalam industri perladangan dan juga yang berkaitan dengan komoditi.
Sejauh manakah tumpuan kementerian untuk melahirkan mereka yang terlibat di dalam sektor perladangan ini adakah mereka yang benar-benar profesional? Seperti mana yang kita tahu di dalam banyak hal yang berkaitan dengan pertanian, perladangan dan
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
industri sebegini, kita agak tertinggal dengan Thailand contohnya yang jauh ke hadapan daripada kita di dalam membangunkan industri pertanian dan sudah tentulah ada kaitannya dengan sektor perladangan dan komoditi.
Saya ingin tahu sejauh manakah sudah dibentuk minat di kalangan generasi muda untuk terlibat di dalam sektor ini. Ini adalah kerana kalau kita lihat dari segi minat terhadap industri komoditi perladangan, sekarang ini yang memenuhi industri ini adalah petugas- petugas ataupun pekerja-pekerja daripada luar seperti dari Indonesia, Bangladesh dan sebagainya. Kita difahamkan agak sukar untuk kita mendapat pekerja-pekerja daripada anak watan sendiri. Jadi itulah perkara yang saya ingin bangkitkan daripada kementerian.
Terima kasih.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 020000, 030000, 040000, 050000. Ini semua tentang lembaga.
Saya ingin tahu kenapakah anggaran atau bajet kita pada tahun 2008 tinggi, tetapi tahun 2009 ini sudah semakin rendah, semakin kurang? Adakah pihak kementerian telah berpuas hati terhadap hasil perladangan dan hasil perusahaan komoditi di dalam negara kita? Ini kerana kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin meningkatkan hasil perladangan dan juga pertanian termasuk perladangan kita di dalam negara kita. Apakah sebabnya semakin turun?
Yang keduanya tentang 070200 – Lembaga Koko Malaysia. Di dalam kawasan saya ada Lembaga Koko Malaysia tetapi saya tidak nampak peranannya untuk membantu orang-orang kampung khasnya rakyat jelata di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau dan tidak ada perbincangan terutama dengan saya dan wakil-wakil setempat untuk kita mengembalikan semula bagi tanaman koko di kawasan Parlimen Kuala Krau Sebagaimana yang telah disebut oleh rakan yang lain, Kubang Kerian di mana pada tahun 70-an dan 80- an kita telah menjadikan tanaman koko ini sebagai tanaman alternatif dan sekitar tahun 80- an kita jadikan tanaman koko ini sebagai tanaman integrasi di mana orang-orang kampung telah digalakkan untuk menanam koko.
Akan tetapi sekarang ini pokok koko pun sudah ke mana, apakah tindakan pihak kementerian terhadap usaha-usaha untuk mengembalikan semula supaya galakan kepada orang-orang kampung untuk menanam koko semula. Adakah oleh sebab hasil dan pendapatan koko tidak lumayan berbanding dengan pendapatan tanaman yang lain? Ini adalah kerana koko di Malaysia ini adalah di antara hasil koko yang terbaik di dalam dunia.
Yang ketiganya tentang baja. Ramai rakan-rakan wakil rakyat telah sebut di mana Yang Berhormat Pontian pun sudah sebut iaitu 5% duti import dihapuskan dan harga baja akan kurang 15%. Ini harga baja yang kita import. Apakah baja yang dihasilkan di dalam negara kita, MPOB? Kalau baja Jerman bukannya RM100, RM140 bagi setiap 50 kilo.
Baja MPOB pun lebih kurang RM140 bagi 50 kilo. Adakah pihak kerajaan juga bercadang untuk mengurangkan harga baja sama ada harga baja import dan juga hasil daripada di dalam negara? Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Butiran yang pertama ialah 00512 - Rubber Living Museum. Saya kira di Bukit Nibong Gila, Stesen RRIM Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh. Saya tengok dari segi anggaran harga projek yang diperuntukkan adalah RM300 juta, besar sekali. Cuma saya ingin bertanya tahap apakah komponen-komponen Rubber Living Museum ini pada tahap sekarang yang telah terlaksana.
Setakat semakan saya mendapati tender yang baru keluar ialah buat pondok pengawal, buat pagar dan buat menara tinjau. Di sana, di Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16, Putrajaya sebenarnya sudah pun ada satu komponen living museum.
Bukan sahaja getah tetapi juga koko, palm oil, durian, mangga, herba dan buah-buahan.
Untuk getah sudah ada 3.6 hektar. Ada 1,500 pokok, 71 klon, ada menara tinjau dan
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
sebagainya sedang diuruskan oleh Marditech Corporation dengan Putrajaya Corporation local authority.
Jadi, apa perlu lagi RM300 juta untuk living museum ini ketika kita telah pun membelanjakan untuk tujuan yang sama bagi mengikuti sejarah getah di negara kita.
Bahkan di Taman Warisan Pertanian itu, kita boleh faham. Masuk sahaja, kita boleh tahu.
Bermula daripada getah itu mula ditanam sampailah diproses - rumah asap sampai buat getah keping dan sebagainya.
Jadi saya timbulkan apa perlu lagi sampai RM300 juta dan untuk tahun ini kita akan belanjakan RM2 juta. Ini adalah sebab saya nampak ada sedikit paradoks. Butiran 00518 di bawah Pembangunan Kepakaran Sumber Manusia, kita cuma peruntukkan RM200,000 sahaja daripada anggaran keseluruhan lebih kurang RM1.250 juta. Manusia pakar macam mana yang boleh kita bangunkan dengan RM200,000 ini? Kita sudah ketinggalan sebenarnya daripada sudut ini. Kalaulah berasaskan kepada K-Ekonomi, negara kita PhD holdersnya cuma sekitar 20,000 lebih sahaja. Kita jauh ketinggalanlah kalau hendak bandingkan China, Taiwan, India dan sebagainya. Baru 20,000 lebih.
Sepatutnya kita bersamaan dengan 1% jumlah penduduk. Jadi tidak mengapalah. Saya timbulkan ini sebab angka ini terlalu kecil sebenarnya.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Saya mohon Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan, Program Membangunkan Tenaga Kepakaran Sumber Manusia di bawah kementerian ini dengan RM200 ribu itu, kepakaran apa sebenarnya yang kita hendak hasilkan manusia daripadanya. Kemudian 00517 - Pembangunan Sistem K-Commodities, faham saya sistem K-Commodities ini ialah kita macam hendak cari, hendak kenal formula bagaimana hendak menghadapi turun naik harga komoditi dunia dan dia boleh memberi amaran awal kepada consumers, kepada producers, jadi kita akan menilai peranan speculators dan juga hedge fund ini. Tapi saya hendak tahu tahap mana sebenarnya pelaksanaan pembangunan K-Commodities ini.
Sedang tahap kajian ke, sedang bangunkan modul-modul kah, sedang bangunkan infrastruktur ICT atau sedang peringkat latihan. Tahap mana sebenarnya untuk jalan ini?
Berkaitan dengan 00518 point yang saya tertinggal sedikit Tuan Pengerusi ialah kepakaran manusia itu yang kita rasa kita tertinggal sebab ironinya ialah banyak bercakap tentang bio-diesel berapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum saya. Kompleks biodiesel yang terbesar di dunia ini bukan di Malaysia dan bukan di Indonesia padahal kita adalah negara pengeluar sawit yang terbesar. Kompleks biodiesel terbesar di dunia ini terletak di Singapura dengan harganya ialah SD1.15 bilion dijangka siap tahun 2010 dan dia akan convert palm oil ini kepada minyak kereta, dia akan keluarkan 800 ribu tan biodiesel setahun. Singapura tidak ada ladang kelapa sawit pun tapi kerana perancangan jauhnya itu, dia sudah pun ada pilihan tenaga alternatif.
Ini sebenarnya yang saya maksudkan kita perlukan kepakaran sumber manusia yang arif dalam bidang ini untuk melihat dan menerobos masa hadapan dengan lebih jelas.
Itu komponen 00515, yang terakhir ialah bio-komposit. Berkenaan dengan perbelanjaan berkaitan dengan khidmat rundingan dan promosi yang saya faham UPM agak ke depan dalam kajian ini kerana gentian tandan sawit yang dijadikan sebagai asas kajian di campur dengan plastik itu boleh jadi banyak bio-produknya itu, banyak yang boleh digunakan sebagai pilihan kepada plastik dan kayu. Saya hendak tahu, apakah tahap mengkomersialkan kajian ini di samping 00509, kenaf yang juga mempunyai potensi. Saya faham seriusnya kerajaan dalam mengusahakan memajukan industri kenaf ini sehingga tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Ekonomi yang dianggotai 25 saintis atau penyelidik.
Jadi, berbanding tembakau sudah tentu kenaf ini mempunyai banyak potensi. Kita telah pun berbahas tentang rang, bill berkenaan kenaf baru-baru ini. Jadi, yang hendak saya tanya ialah setakat mana usaha kementerian dalam memperturunkan maklumat dan kempen untuk menjayakan tanaman ini di kalangan petani-petani. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta maaf Yang Berhormat, saya menjemput Menteri untuk menjawab.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tuan Pengerusi saya bagi saya 1 minit atau 2 minit.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh mencelah nanti. Saya sudah buat keputusan dan saya minta Menteri untuk menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mencelah dalam topik-topik yang telah pun dibahas oleh Ahli Yang Berhormat sebelum ini. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mulakan jawapan ini dengan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudah membahaskan butir-butir terperinci dalam kandungan bajet kementerian saya dalam sesi ini. Dan nampaknya banyak teguran-teguran yang ditujukan dan pandangan-pandangan yang bernas juga dihuraikan supaya program- program kita di dalam kementerian ini boleh dijalankan dengan lebih lancar dan menujukan objektifnya. Tuan Pengerusi, saya ingin memulakan jawapan ini tentang perbahasan yang diadakan oleh Yang Berhormat Tumpat di mana Yang Berhormat dengan juga ada lain-lain Yang Berhormat saya sekali gus menjawab tajuk ini iaitu mengenai perbelanjaan yang agak besar iaitu RM1.44 bilion. Mengenai menjalankan skim penstabilan harga minyak masak.
Tuan Pengerusi kita semua tahu bahawa sejak kita melaksanakan skim cukai windfall yang dikenakan oleh pihak Treasury. Bantuan atau subsidi bagi minyak masak yang kita jualkan di pasaran iaitu di bawah 5kg ke bawah itu, harga itu sudah dikawal dan kalau dulu harga yang dikawalkan dengan harga yang sebenarnya di pasaran memang agak perbezaan yang besar dan sebab itu untuk mendapatkan subsidi bagi pihak kilang yang mengeluarkan yang menjualkan minyak masak ini kepada pihak kilang pembungkus, pihak kerajaan atau melalui kementerian saya kenalah membayar apa perbezaan antara harga yang kita tawarkan dengan harga pasaran dan itulah elemen subsidi yang kita sebutkan dalam tajuk ini.
Memang betul pada masa yang kita hadapi harga minyak sawit di pasaran yang tinggi, subsidi itu lebih banyak. Akan tetapi sekarang harga minyak di pasaran sudah turun.
Apabila harga pasaran diturunkan sampai setakat sekarang ini, maka skim subsidi ini yang kita kena lakukan kemungkinan besar tidak akan membelanjakan semua yang kita masukkan dalam bab ini atau dalam tajuk ini.
Ini bermakna kita jangka ada penjimatan dari segi subsidi itu. Dan itulah sedikit sebanyak yang saya hendak sebutkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apa sebabnya kita ada perbezaan kalau banding dengan tahun yang lepas dengan tahun ini. Angka yang besar ini adalah elemen subsidi bagi minyak masak.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi laluan Yang Berhormat.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sekejap ya. Minyak masak yang kita kendalikan sejak dahulu sampai sekarang. Dalam tahun yang lepas itu, subsidi ini dibiayai oleh ses yang kita kutip daripada pihak pengusaha tetapi sebabnya ada windfall tax ini dengan izin, maka Treasurylah kena mengirakan wang yang kita perlukan untuk mengendalikan subsidi ini dan duit ini atau kewangan ini di park kan di kementerian saya. Akhirnya diagihkan kepada pihak yang membekalkan palm oil ini kepada pihak pembungkus supaya kita boleh supply kepada kedai-kedai runcit di seluruh negara.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta penjelasan di sini ialah sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kerajaan tentang penyalahgunaan subsidi minyak yang mana kita lihat ada kes penyeludupan minyak masak ke negara-negara jiran amat ketara, terutama di kawasan sempadan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi sudah tentulah subsidi ini tidak sampai ke sasaran rakyat yang kita kehendaki.
Oleh itu, sejauh mana pemantauan dibuat supaya duit yang kita belanjakan untuk rakyat ini tidak dialirkan kepada rakyat asing. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, memang kita faham dan kita sedar juga ada kes-kes penyeludupan tentang minyak masak ke negara-negara jiran. Akan tetapi dari segi penguatkuasaan untuk jaga pintu masuk negara kita ini adalah pihak kastam dan juga pihak polis dan lain-lain agensi yang bukan MPOB. Oleh sebab itulah kita hanya mengendalikan secukupnya minyak masak yang bersubsidi itu kepada pasaran, tetapi aliran pasaran itu kita serahkan kepada agensi-agensi yang lain seperti pihak penguat kuasa di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga pihak kastam untuk jaga supaya minyak-minyak yang bersubsidi itu digunakan oleh pihak-pihak yang kita sasarkan.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Yang Berhormat menteri saya telah mempersoalkan perkara ini, saya nak meminta tentang angka ses dan jumlah windfall profit supaya saya nak membandingkan jumlah yang kita bajet dengan angka tersebut supaya kita tahu berapa banyak larinya daripada pendapatan dan berapa banyak yang telah kita gunakan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, saya cuba jawab ini, tetapi saya tidak pasti ses yang kita kutip itu sebab saya tidak angka di sini, tetapi saya cuba jawab apa Yang Berhormat mahukan. Akan tetapi kalau itu tidak cukup, saya boleh cuba menjawab secara bertulis angka tentang ses yang kita kutip yang dalam tahun yang dahulu.
Mengenai perkiraan bagi tahun 2009, yang kita masuk dalam bajet, harga minyak yang kita jangkakan dalam masa itu yang kita sediakan bajet ini ialah 2700 satu tan, minyak sawit olien dan keperluan bagi subsidi itu ialah harga di pasaran itu, 2700 tolak 1700 iaitu threshold yang kita kena murahkan subsidi kita. Kalau lebih rendah dengan 1700, kita tidak payah subsidi, tolak itu ialah 1000. Jumlah kuota yang kita agihkan kepada pasaran ialah 70 ribu tan setahun.
Jikalau kita kira itu, dalam satu tahun kita memerlukan 840 juta dan peruntukan yang kita sediakan ialah 1.2 bilion. Ini bermakna dari segi kiraan itu pun ada perbezaan iaitu anggaran baki ialah 360 juta. Namun seperti yang saya sebut tadi, sebab kita sudah ada dalam keadaan di mana harga minyak olien itu sudah turun dalam lingkungan 2000, maka kita ada penjimatan yang lebih besar lagi.
Kalau harga ini tidak diubahkan atau harga minyak olien itu tidak naik sampai lepas apa yang kita anggarkan iaitu 2700 satu tan, itu sedikit sebanyak yang saya ada Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Sebab saya tanya soalan ini, saya dapati kiraan itu sudah terlalu besar kesilapannya dari segi targetnya.
Bagaimanakah usaha kementerian untuk memulangkan balik kepada industri supaya dia dapat digunakan untuk peningkatan produktiviti dalam industri itu. Jadi oleh sebab itu bukan duit itu pada dasarnya dikutip daripada industri dan oleh sebab itu rancangan jangka panjang kementerian sudah tentu untuk menggunakan wang-wang tersebut ataupun dana- dana tersebut untuk kenaikan. Sebab error rate itu terlalu tinggi, boleh jadi sekarang kurang daripada RM300 juta berbanding dengan RM1.2 bilion.
Jadi itu satu perkara yang perlu kementerian buat kira-kira dalam rancangan untuk masa depan supaya industri ini tidak merasakan kerugian ataupun pengambilan hasil jualan yang begitu besar untuk tujuan ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, memang kita dalam situasi sekarang, harga sekarang memang ada penjimatan. Akan tetapi kita belum tahu lagi aliran atau harga itu akan naik ke turun ke di masa akan datang, ini Bajet 2009, dan kita akan tunggu sampai hujung tahun 2009 baru kita dapat kepastian macam mana keadaan kiraan ini. Kalau adalah penjimatan yang besar...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minta penjelasan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
...Tentulah kerajaan akan ambil iktibar tentang macam mana kita boleh menolong pihak-pihak yang kita perlu tolong. Saya juga ingin sebut di sini bahawa windfall tax ini Yang Berhormat, ini bukan semata-mata untuk bagi subsidi minyak masak sawit di pasaran. Ia adalah sebagai satu cukai yang semua yang dikutip daripada cukai itu adalah masuk dalam consolidated fund, dengan izin.
Oleh sebab itu maka apa yang diperlukan oleh kementerian saya untuk subsidi minyak masak ini kita minta daripada pihak Treasury dan pihak kewangan ingin menyalurkan sebab kita ada tanggungjawab tentang perkara ini. Kalau ada penjimatan, duit itu pun balik kepada consolidated fund yang kemudiannya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahu tanya satu perkara yang tentulah menjadi hairan ialah Yang Berhormat yang bercakap mengenai komoditi, tapi selama ini komoditi yang maha penting ialah petroleum dikecualikan daripada tanggungjawab Yang Berhormat menteri. Adakah Yang Berhormat menteri pernah bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perkara ini oleh sebab nampaknya tidak mahu ikut rasional saintifik tetapi mengikut politik. Satu contoh di mana UMNO politik buli politik, oleh kerana ini petroleum, mustahak dikecualikan daripada tanggungjawab Yang Berhormat.
Hari ini harga minyak sudah jatuh, jatuh kepada USD55 setong, USD54 setong yang patutlah menjadi tanggungjawab Yang Berhormat yang menjaga mengenai komoditi.
Oleh kerana petroleum nampaknya tidak pernah dibincangkan, oleh kerana tanggungjawab Perdana Menteri, patutlah satu kementerian, bukankah ini akan dibincang dengan Perdana Menteri supaya adalah saintifik dan rasional stewardship mengenai satu komoditi yang the most important thing dalam tanah air kita.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri boleh jawab selepas ini, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pagi kita tangguhkan hingga pukul 2.30 petang ini. Terima kasih.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Majlis...
Beberapa Ahli
[Memaklumkan tidak cukup kuorum]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Cuba bilang.
[Ahli-ahli dikira; kurang 26 Ahli hadir] [Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira; 31 Ahli hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang berhormat, kita ada 31 orang. Maknanya cukup kuorum.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, minta sambung. Yang Berhormat Menteri, kita nampak ada kebelakangan sikit, kalau dapat dihabiskan dalam masa 45 minit, boleh tak? Terima kasih.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya cuba Tuan Pengerusi, saya mempunyai sedikit angka untuk dijelaskan mengenai kutipan ses yang ditanya oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Sehingga 31 Oktober 2008, jumlah yang telah dikutip dari estet kerana kita tidak kutip daripada pihak pekebun kecil ialah RM1,935 juta. Bayaran kos iaitu skim subsidi minyak sawit adalah RM1,599 juta dan peruntukan bagi projek jenom sawit yang diusahakan oleh MPOB ialah RM35 juta. Ini bermaknanya adalah baki RM301 juta. Itu sedikit angka yang diperlukan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Tumpat bertanya kenapa peruntukan bagi tembakau masih besar pada Bajet 2009. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan pembangunan bagi Lembaga Tembakau Negara (LTN) pada tahun 2008 ialah RM14.616 juta dan bagi tahun ini jumlahnya ialah RM12.822 juta. Peruntukan ini telah susut kalau kita bandingkan dua angka ini.
Ini bukan untuk membangunkan tembakau semata-mata tetapi untuk membangunkan tanaman alternatif terutamanya tanaman kenaf. Pembangunan ini meliputi sektor huluran dan hiliran seperti pembangunan kawasan baru untuk penanaman kenaf.
Penyediaan insentif-insentif penanaman kenaf dan juga pembangunan R&D kenaf termasuk juga penyediaan pusat-pusat pemprosesan kenaf.
Yang Berhormat juga tanya tentang pengubahsuaian atau perubahan struktur kementerian supaya dapat mengurangkan perbelanjaan kementerian supaya lebih efisien berbanding hanya sebagai penyelaras kepada lembaga-lembaga. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bukan hanya berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi-agensi yang disebutkan tetapi berperanan untuk menetapkan hala tuju dan mempertingkatkan produktiviti sektor komoditi negara dengan merancang dan menggubal dasar berkaitan dengan industri komoditi.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Manakala pelaksanaan perlu dijalankan oleh agensi-agensi di bawah kementerian.
Kementerian juga sentiasa memantau pelaksanaan dan prestasi agensi-agensi di bawahnya bagi memastikan setiap agensi mengikut perancangan dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian juga akan membuat penambahbaikan dalam strukturnya dengan pertambahan tugas dan tanggungjawab yang meliputi bidang baru seperti biofuel, kenaf dan jatropha. Ya.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat. Saya masih lagi beranggapan bahawa penyusunan pengurusan pentadbiran kementerian itu agak kurang efisien kerana strukturnya sebagaimana yang saya sebutkan itu sebagai contoh yang mudah, lembaga-lembaga ini pejabat mereka pun berasingan yang Lembaga Tembakau ibu pejabatnya di Kota Bharu baguslah tetapi saya lebih mirip kalau di bawah kementerian itu ini bahagian tembakau, ini bahagian kelapa sawit di situ semuanya tetapi Lembaga Kelapa Sawit mungkin PORIM, PORLA atau lembaganya, ibu pejabatnya di lain pula.
Jadi pengurusan lain, ibu pejabat berpecah-pecah berselerak maka akan terganggu keefisienan perjalanan kementerian yang mana seolah-olah Yang Berhormat Menteri mengendalikan badan-badan yang agak bebas, ada sistem pengurusan sendiri.
Mungkin ada sistem perkhidmatan yang tersendiri dan oleh sebab itu rasanyalah kementerian di sini tidak ada imej kementerian dan budaya kerja kementerian yang kukuh sebaliknya budaya kerja lembaga ataupun industri-industri masing-masing yang menguasainya. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat kita kena faham bahawa setiap agensi ini mempunyai peranan masing-masing dan selain daripada itu pun mereka dikawal dengan akta-akta berkaitan dengan komoditi berkenaan. Ini bermakna mereka kena berfungsi sebagai satu agensi yang boleh melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam akta tersebut. Sebab itulah kita di peringkat kementerian ini sebagai penggubal dasar dan sebagai satu badan pemantauan terhadap fungsi agensi-agensi berkenaan.
Pada masa yang sama kementerian juga mempunyai tugas-tugas mereka sendiri di dalam kementerian sendiri seperti apabila kita mempunyai satu dasar baru yang saya sebut tadi iaitu biofuel, kita kena ada agensi, bahagian di kementerian untuk melaksanakan tugas tentang biofuel dan bidang baru. Seumpamanya kementerian berhubungan dengan luar negara seperti perhubungan bilateral dengan Indonesia dengan lain-lain negara.
Ini semua adalah tanggungjawab di kementerian. Pada masa kini saya rasa tidak ada halanganlah kalau MPOB di Bangi seumpamanya dan di Kota Bharu, kita mempunyai Lembaga Tembakau dan LADA di Sarawak. Lada ini memang ditanam di Sarawak, so adalah elok ibu pejabat Lembaga LADA ini diletak di Sarawak.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Tuan Pengerusi saya hendak minta penjelasan menteri sedikit mengenai pentadbiran.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sama tajuk?
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Ada lain sikit. Kenaf ini merupakan satu perancangan baru yang diserah kepada LTN. Jadi dalam waktu kita membincangkan soal Akta Kenaf dulu, disebut bahawa LTN masih lagi hendak menjaga dan pertahankan tembakau ini ada sebab-sebab tertentu. Kenaf ini satu komoditi baru yang dikemukakan kepada rakyat sebagai alternatif, sebagai gantian. Jadi saya hendak tahu dalam pentadbiran LTN ini, buat masa sekarang ini berapa ramai pegawai yang bertugas untuk kenaf dan berapa ramai pegawai yang bertugas untuk LTN? Pengarah LTN itu masih juga Pengarah Kenaf kah ataupun apa macam?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya soalan ini saya sudah jawab masa kita berbahas dalam akta itu. Memang kita letakkan kenaf ini dalam LTN sebab kenaf sekarang dikenal pasti sebagai penggantian bagi tembakau dan kita harap dengan lembaga yang jaga tembakau dan kenaf, dua-dua ini lebih sesuai sebab kita boleh ambil tindakan yang sama terhadap program dan aktiviti di bawah dua bidang ini.
Ini bukan bermakna pada hari yang masa akan datang, lembaga tembakau ini akan dihapuskan dan tukar sebagai kenaf. Kita masih kekalkannya selagi kita ada petani-petani yang masih minat untuk tanam tembakau.
Saya rasa Yang Berhormat dari Tumpat dan Bachok semua ini setujulah bahawa tembakau ini masih akan menjadi satu tanaman di yang disukai, diminati oleh petani-petani di Kelantan dan di Terengganu. Tuan Pengerusi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, boleh saya menumpang tanya? Saya kadang-kadang tidak faham, betul-betul kadang-kadang tidak faham. Minta maaf, kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab pun boleh jawab, tidak jawab pun tidak apa. Sudah baik petani yang tanam tembakau pendapatannya lumayan, itu entah apa macam mana siapa yang buat keputusan, alih penanam tembakau ini kepada kenaf. Dulu penanam-penanam dan pengusaha-pengusaha tembakau ini dapat pendapatan lumayan ialah sahabat-sahabat saya pun ada saudara-mara di Kelantan ini.
Kita paksa mereka supaya hapuskan tembakau, ganti kenaf. Bersusah payah kita, satu. Bila terdengar rancangan ini siapa yang buat rancangan ini sebenarnya? Nelayan- nelayan ini dia miskin pun kita paksa dia pergi kepada rancangan FELDA, ke darat.
Astaghfirullahalazim, orang ini tidak sesuai ke darat atau dia memang orang jenis ke laut.
Waktu kita hendak paksa juga dasar kita pun alih dia ke darat, akhirnya gagal. Jadi saya tidak fahamlah sebenarnya siapa think-tank yang mengeluarkan idea-idea yang kadang- kadang...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Batu Pahat.
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kadang-kadang tidak faham kita. Timbul masalah, masalah di situlah selesaikan kenapa hendak dialih kepada perkara lain yang bukan mesti berjaya. Saya tidak fahamlah ini pembuat-pembuat dasar ini yang terpaksa kita akur kepada dia. Kadang-kadang merugikan tetapi rokok tidak juga diharamkan, berleluasa. Rokok ini daripada presiden, kesultanan, raja sampailah ke bawah hisap rokok, tidak pernah pun. Orang yang tidak hisap rokok pun saya tengok belah dada dua tiga kali, yang hisap rokok tidak belah dada pun.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini teori-teori yang muluk-muluk kata orang Indonesia, kadang-kadang kosong sahaja tapi tak apalah. Tak tahulah, dia tak termasuk dalam bajet hari itu. Kalau hendak jawab, jawablah. Kalau tak hendak jawab pun tak apa.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya ambil perhatian sahajalah Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kuala Krau dan juga Yang Berhormat dari Kubang Kerian yang bertanya tentang soal koko ini. Koko di Malaysia ini memang adalah antara tanaman yang dikatakan strategik yang kita masih ingin memperkembangkannya kalau kita boleh mendapat harga yang menarik dan pihak-pihak petani ini masih berminat.
Ini kerana kita menghadapi masalah penyakit pod borers. Itu memang saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian iaitu penyakit ini sebagai satu wabak bagi industri ini dan sebab itu ramai petani beralih kepada tanaman sawit. Akan tetapi pada masa yang sama harga koko ini masih dapat dikekalkan dengan cukup lumayan dan boleh menarik minat daripada petani-petani yang bersabar dan juga saya rasa mengikuti GAP yang baik ini, mereka masih dapat hidup dengan cukup selesa.
Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan ini, kita mempunyai program khas bagi petani-petani yang masih kekal dengan kebun-kebun mereka. Yang terlibat dalam program ini ialah 7,723 peserta dan mereka diberi insentif seperti bentuk bahan tanaman, klon-klon yang baik atau grafting yang baik, baja, racun rumpai, dan juga racun serangga dengan kadar RM6,500 sehektar dalam tempoh lima tahun.
Apabila mereka diambil sebagai peserta, kita akan membiayainya satu tahun demi satu tahun sampai lima tahun. Buat masa ini terdapat 10 kawasan Parlimen di negeri Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Bera yang telah terlibat dalam program pengembangan ini. Kementerian amat mengalu-alukan mana-mana kawasan Yang Berhormat yang ingin hendak libatkan diri dalam tanaman koko termasuk juga dari Kuala Krau dan juga Kubang Kerian.
Baja ini adalah satu tajuk yang dibincang dengan luasnya oleh Yang Berhormat Sri Gading dan ramai lagi Yang Berhormat. Ingin saya hendak sebutkan di sini bahawa kementerian saya dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memang ambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana kita tahu bahawa 60% daripada agriculture input ini kepada petani adalah datang daripada kos baja. 60% ini sangat tinggi dan sebab itu dua kementerian akan ambil tindakan yang sewajarnya dan tindakan awal sudah kita lihat apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri mempengerusikan satu mesyuarat dengan pihak pembekal baja supaya kita akan ambil satu perbincangan yang baik di mana pihak pembekal baja ini dengan sukarela menurunkan harganya 15% serta-merta. Mereka juga berjanji di dalam tahun yang akan datang first quarter of 2009 dengan izin mereka juga akan turunkan harga baja ini sampai 25%. Kalaulah harga di dunia iaitu harga fosfat dan harga potash ini, dua benda yang sangat penting bagi kandungan baja ini turun dan mereka ada keyakinan bahawa harga ini kita boleh turunkan lagi dalam tahun yang akan datang iaitu tahun 2009.
Itu adalah dari segi tindakan awal. Dari segi tindakan jangka sederhana dan panjang, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kementerian saya akan melibatkan diri dalam negotiation atau perbincangan dengan pembekal-pembekal utama daripada Rusia dan Kanada supaya kita boleh mengadakan satu persefahaman di mana Malaysia ini jadi satu pengimport utama selain daripada negeri China, Brazil dan Indonesia.
Kita akan mengadakan satu kesefahaman di mana harga potash dan harga fosfat akan dijual dengan satu harga yang munasabah dan dari segi kontrak jangka panjang. Itu satu
Datuk Peter Chin Fah Kui
tindakan yang kita akan ambil dan kalau perlu kita akan minta Indonesia campur tangan juga dalam negotiation, dalam siri perbincangan ini.
Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga hendak minta kita menubuhkan satu Majlis Tindakan Harga Komoditi Negara. Yang Berhormat, saya rasa ini tidak perlulah kerana kita memang ada saluran-saluran di mana pihak-pihak yang penting terutamanya kita mempunyai satu jawatankuasa Kabinet mengenai daya saing industri sawit dan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk kita berbincang dengan tajuk-tajuk yang penting mengenai perkembangan tanaman sawit dan juga harga sawit di pasaran.
Mengenai food security ini Yang Berhormat...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Tuan Charles Santiago - Klang
Minta laluan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu, adakah cukup jawatankuasa yang disebutkan itu tadi boleh menjamin kestabilan harga komoditi kelapa sawit khususnya dan menolak cadangan supaya ditubuhkan majlis sebagaimana yang dicadangkan.
Bagi saya untuk menstabilkan harga ini, ia kena mengambil kira faktor supply and demand dengan izin, satu komoditi itu harganya naik kalau permintaannya elok atau bertambah dan sebaliknya, dan harga juga naik kalau bekalan tidak mencukupi permintaan.
Jadi mengimbangi faktor pembekalan dan permintaan ini penting dan pada masa ini kita menyerahkan 100% kepada kuasa pasaran, market forces tetapi kita tahu juga bahawa seperti barang-barang komoditi makanan tempoh hari berkenaan dengan beras umpamanya.
Kerajaan mampu untuk menghadapi atau menangani masalah harga ini dengan membeli dan ada stockpile beras supaya kita dapat memastikan harga yang berpatutan dapat dikenakan kepada pembeli beras. Bagaimana dengan kelapa sawit ini? Sekarang kelapa sawit ini telah jatuh harganya begitu merudum sekali dan menjejaskan begitu ramai pekebun kecil dan petani-petani luar bandar.
Ini isu besar, isu yang mesti kita tolong. Apakah kerajaan boleh memikirkan atau bercadang untuk menubuhkan satu stockpile, boleh beli kelapa sawit ini dalam tempoh yang singkat ataupun satu tempoh yang munasabah supaya dapat mengimbangi market forces ini. Kalau stockpile ini dapat diwujudkan mungkin kita dapat mengelakkan daripada petani-petani begitu resah sekali dalam hal ini, kerana sekarang pun saya ingat Yang Berhormat Menteri sedia maklum Tuan Pengerusi iaitu ada kilang-kilang yang tidak mahu beli buah-buah ini.
Mereka tidak mahu beli buah-buah ini, mereka sudah banyak sangat, jadi kita dapati tiada permintaan atau permintaan telah menurun begitu hebat sekali, jadi ini menjejaskan harga dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil, harap mendapat respons daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, soalan susulan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri soalan saya berkait dengan kelapa sawit, kestabilan harga dan juga aktiviti lobi kelapa sawit. Beberapa bulan lalu Yang Berhormat Menteri telah membuat lawatan ke Eropah untuk lobi Ahli Parlimen Kesatuan Eropah atau European Community dan Menteri Alam Sekitar Belanda tentang bantahan penggunaan bahan kelapa sawit oleh pertubuhan bukan kerajaan di Eropah termasuk Friends of the Earth dan sebagainya.
Ini merupakan usaha kerajaan untuk menukarkan persepsi negatif policy makers terhadap produk Malaysia. Bagaimanapun saya mendapati strategi kempen kementerian ada beberapa kelemahan dan misalnya laporan Friends of the Earth yang bertajuk Malaysian Palm Oil Green Gold or Green Wash, a commentary on the sustainability claims
Tuan Charles Santiago - Klang
of Malaysia’s Palm Oil lobby, with a special focus on the state of Sarawak sebenarnya mencabar the claims made by Kerajaan Malaysia, dan juga MPOC dan saya just want to read two paragraph here dalam bahasa Inggeris dengan izin, “This Friends of the Earth report challenges MPOC’s ‘green’ claims, so as to prevent decision makers including consumers from being mislead ….” Then it goes further and says it is not the first time - it is verbatim Yang Berhormat Menteri.
“It is not the first time that Friends of the Earth has challenged MPOC’s public claims. In January 2008, the UK Advertising Standards Authority ruled that and MPOC television commercial ‘had not provided substantiation to show that all palm oil plantations in Malaysian met criteria for sustainable production and was likely to mislead’. MPOC ignored the ASA ruling, and instead stepped up its marketing, promotion and lobby campaign with more, and bolder claims.” Yang Berhormat Menteri ini adalah satu kritik yang begitu hangat, perkara itu very serious criticism on Malaysian sustainability of palm oil production, so saya fikir as part of strategy to stabilkan harga, we also must be honest enough to account for what we are doing in our country now. Terima kasih. Minta penjelasan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat terutamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Stockpile ini Yang Berhormat memang bukan satu strategi yang kita perlu ada, kita patut ambil, sebab kita mempunyai pengalaman yang pahit apabila kita stockpilekan getah masa kita menghadapi masalah dengan pihak negara- negara yang mengimport getah itu.
Masa itu kita rugi banyak duit apabila kita stockpile kan getah, sebab pasaran ini Yang Berhormat, dia memang dinamik, dia tahu kalau kita mempunyai stok yang banyak ini seperti sekarang stok kita sampai 2,000 juta sebab stok yang tinggi itu mereka ambil tindakan untuk rendahkan harganya melalui pelbagai cara, seumpamanya dia tidak akan membuat orders, dia tunggu sampai harga itu turun baru dia buat tempahan yang baru dan orders yang baru dan mereka pandai untuk mengatasi apa langkah yang kita ambil tentang stok ini.
Oleh sebab itu kita ambil tindakan, langkah ini iaitu berbincang dengan pihak Indonesia supaya kedua-dua negara ini kurangkan stok dan kurangkan pengeluaran. Ini sekali gus akan merendahkan stok yang tidak ada di dunia tentang sawit ini, dan mereka akan ambil perhatian kalau mereka tidak ingin beli, kita akan terus kurangkannya dan gunakan stok itu untuk lain-lain kegunaan seperti biofuel, dan saya rasa itu satu strategi yang kita boleh terus laksanakan supaya kita tidak payah gunakan banyak wang ringgit untuk stockpilekan, dan lagi minyak sawit ini kita tidak boleh stockpile lama. Kalau lebih enam bulan dalam stok itu, minyak itu akan jadi rinsed dan dia tidak akan jadi baik lagi untuk kegunaan. Itulah satu perkara yang kita tidak boleh kekalkan stok yang banyak dan panjang.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Minta laluan.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Tuan Pengerusi minta penjelasan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri tolong jawab soalan saya, ....
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, sekali.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya terkilan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri soal pengurangan pengeluaran minyak kita ini. Ini sedang berlaku Yang Berhormat, apa yang dihadapi oleh peladang-peladang yang skil kecil-kecilan ini.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sekarang harga di dalam kilang itu kalau dibeli oleh pengilang ini dengan harga yang dictated price daripada kilang. Jadi ini boleh menimbulkan permasalahan di peringkat penanam-penanam atau pekebun-pekebun kecil. Jadi apakah rancangan kontingensi oleh kementerian kalau kerajaan berhasrat untuk mengurangkan pengeluaran ini. Adakah ini ada rancangan-rancangan yang boleh menghidupkan peladang-peladang kecil ini sebab ini sudah menjadi-jadi. Jadi ini mungkin di ambil satu bahan oleh pihak pembangkang untuk mengkritik kerajaan kita.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Tuan Pengerusi, yang ini pun saya minta penjelasan mengenai stockpile ini. Baru-baru ini pengusaha-pengusaha kelapa sawit telah menghadapi masalah kerana kilang kelapa sawit telah berhentikan pembelian FFB di Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan lain-lain tempat di Sabah. Itu menyebabkan hasil kelapa sawit dibiarkan rosak dan itu menjurus kepada kerugian yang besar, dengan izin it is a total lost. Saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri adakah kementerian sedar situasi itu berlaku di Sabah dan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian supaya situasi ini tidak berlaku lagi pada masa depan. Sekian, terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat dari Putatan dan Tawau. Saya hendak jawab tentang Green Watch ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang. Green Watch ini Yang Berhormat memang satu propagandalah saya rasa. Kalau saya hendak sebut FOE atau Friends of the Earth ini, memang dia punya tugas ialah untuk menentang kita dan dia akan cari pelbagai cara dan pelbagai alasan untuk menentang kita. Kita tahu Friends of the Earth is not the friends of sawit. Kita tahu dia tidak ambil apa-apa langkah. Kalau kita buat yang betul seumpamanya, dia tidak memuji kita tetapi dia cari alasan seperti yang di dalam laporan itu.
Saya pun baca, Yang Berhormat. Saya pun baca laporan itu dan kita pun ambil tindakan untuk menjawab. Kita sudah jawab kepada pihak FOE ini dan kita rasa ini satu disservice to the world. Kalau dia hendak sebut kita kurangkan bekalan ini, bermakna ini satu bahan yang memang diperlukan oleh dunia. Kita tahu hari ini banyak negara yang membeli minyak sawit. Sebab apa? Sebab mereka memerlukannya. Friends of the Earth saya sebut tadi, dia bukan hendak puji kita untuk menanam sawit. Dia hendak bantah kita, cari alasan, seumpamanya, kita deforest lah, kita membunuh orang utanlah dan lain-lain lagi.
Kita tahu kalau kita sebut di Semenanjung Malaysia hari ini melalui Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) ini, kita sudah ada ladang-ladang yang mempunyai standard yang terbaik di dunia dan kita digunakan oleh pihak soy bean dan pihak rapeseed. Kita mengamalkan satu standard yang tertinggi di dunia dan UB dan SimeDarby sudah dapat sijil ini. Memanglah ada kawasan-kawasan yang belum dapat but they are not stopping them. Kita tidak berhentikan mereka ini. Ambil dan cari ruang untuk memperbaiki ladang mereka. Akan tetapi hakikatnya ialah kita ada usaha seperti RSPO yang dipelopori oleh syarikat-syarikat Malaysia dan itulah satu perkara yang kita sebagai Malaysian ini we should be proud of our Malaysian companies yang boleh dapat ambil tindakan seperti itu yang tidak ada syarikat-syarikat sedunia yang mempunyai standard yang tinggi seperti yang diamalkan oleh ‘UB’ dan SimeDarby dan KLK dan sebagainya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ada lagi? Hendak bela FOE?
Tuan Charles Santiago - Klang
Hendak bela kementerian lah. Yang Berhormat Menteri, soal sekarang ialah adakah kritik FOE benar atau tidak? Ataupun alasan. Soalan saya, benar atau tidak and is there element of truth in what they are saying because argument mereka ialah the kelapa sawit Malaysia tidak embrace or doesn’t follow; zero burning, deforestation, indigenous people violation, environmental impact assessment dan carbon dioxide.
So, ini adalah Executive Summary tetapi laporan mereka tebal sangat. So therefore, bila kita hendak eksport produk kita, memang propaganda pun mestilah benar.
So therefore we have to challenge them if they are not right. So, where is the challenge dan
Tuan Charles Santiago - Klang
soalan saya itu adakah cabaran mereka itu benar atau tidak dan kalau benar apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kritikan mereka. Saya faham RSPO itu adalah satu standard yang baru dikeluarkan dan hanya UP has the certification and not SimeDarby as I understand. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, SimeDarby sudah dapat. Sudah dapat, ya. Akan tetapi yang saya sebutkan ialah kita sebagai satu kementerian, satu negara yang menanam sawit, kita menggalakkan semua pengusaha termasuk pekebun kecil untuk mengamalkan RSPO ini.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
That is our principle and that is our dasar dengan izin kita sudah ke arah itu. Ambil tindakan-tindakan yang wajar dan langkah-langkah yang tepat supaya kita boleh mendapatkan keseluruhannya industri kelapa sawit satu hari nanti mendapat sijil daripada RSPO…
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, boleh kita dengar Yang Berhormat Mambong sikit, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Baik, baik. Just let me finish this. Sebab itulah satu langkah yang saya rasa kita perlu ambil dan kementerian sudah menetapkan bahawa kita akan menggalakkan semua peringkat sama ada ladang atau pekebun kecil suatu hari nanti dapat sijil daripada RSPO. Ini keazaman kita dan kita tidak lari daripada itu but we have to work to achieve. Kita tidak dapat sijil itu dalam sekelip mata dan kalau FOE pandai, dia boleh tanya pihak pengusaha di Eropah yang tanam soy bean dan rapeseed. Tanya mereka sama ada mereka mengamalkan cara-cara yang kita sudah dapat dalam langkah yang pertama mengamalkannya melalui RSPO. You can ask them.
Akan tetapi dia tidak jawab. Saya pergi di Eropah. Saya challenge dia. Tidak jawab. Why are you applying double standard dengan izin, Tuan Pengerusi. Apa sebabnya kita hanya sawit saja yang kena laksanakan yang disebutkan deforestation dan sebagainya.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, adakah benar bahawa selepas report ini keluar, kerajaan Belanda ataupun ekonomi Belanda telah mengurangkan import kelapa sawit dari Malaysia oleh kerana laporan-laporan seperti ini telah dikeluarkan di Eropah dan sebagainya. Ini adalah penting kerana kalau we don’t address this issue, we are doing a disservice to our economy and especially the plantation sector.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, saya tak sebut kita tidak address isu itu. That’s why RSPO is there. Kita address, kita cuba tapi kita tak boleh sekelip mata meminta semua industri mengamalkannya, tak boleh. Yang pekebun kecil ini yang memiliki termasuk FELDA, RISDA, FELCRA, SELCRA di Sarawak dan sebagainya. Semua ini mempunyai ladang-ladang mereka dan ladang ini dimiliki oleh pekebun kecil. Hanya syarikat FELDA mengendalikannya on behalf sebagai satu badan untuk mengendalikan pekebun ini.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kita kenalah faham bahawa kalau kita hendak ikuti RSPO, prinsip RSPO ini, mereka kena belanja banyak dan mengendalikan estetnya, meminta pihak auditor daripada luar negeri untuk buat certification dan sebagainya. Semua ini memerlukan belanja dan kita tidak boleh dalam masa yang singkat terus meminta estet- estet kita mengamalkan RSPO ini keseluruhannya. We are going to do it but on the step by step, dengan izin.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat tadi.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat laporan ini, Malaysian Palm Oil greenwash dalam bentuk berwarna daripada kawan-kawan saya daripada FOE International. Saya telah mengenali mereka sejak tahun 1989 dan saya telah pun berbincang dengan mereka tentang perkara yang sebenar. Jadi, memang saya dah kenal strategi mereka, apa yang mereka buat dan siapakah pihak yang mana mereka berkempen untuk mengeluarkan laporan seperti ini. Itu memang semua tahu, ini adalah satu politik komoditi antarabangsa.
Saya telah pun juga di dalam United Nation Conference on Environment and Development pada tahun 1992 menyatakan perkara ini dengan mendalam dan sebenar tetapi mereka enggan menjawab. Inilah tugas-tugas NGO antarabangsa. Mereka menggunakan NGO kita juga supaya mendapat maklumat dan memberi maklumat yang tidak betul, tidak benar. Jadi, inilah yang mereka selalu buat dan tugas kita di dalam The Malaysian Peat Society adalah untuk menjelaskan yang sebenarnya kepada mereka. Itulah sebabnya kami menubuhkan The Malaysian Peat Society supaya kami boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk menjelaskan perkara-perkara yang sebenar tentang kelapa sawit ini.
Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Satu jawapan yang baik bagi pihak saya. Mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Putatan dan juga Yang Berhormat Tawau, saya nak sebut di sini pihak yang mempunyai kilang ini, mereka tidak boleh katakan enggan terima FFB. Kalau ada perkara-perkara ini berlaku, sila lapor kepada saya bila pekebun kecil itu yang hantar FFB ke kilang itu dan mereka enggan nak terima buah itu. Ini kerana mereka sudah janji dalam syarat lesen mereka mesti nak terima buah daripada pekebun kecil. Harga yang ditetapkan oleh MPOB ini hanyalah satu reference dengan izin, reference harga. Bukan harga yang diiktiraf, yang diguna pakai oleh seluruh negara kerana di Tawau lain harganya, kurang sikitlah tetapi harga yang dipaparkan oleh MPOB itu hanya satu reference harga. Bukan satu harga yang kita tetapkan semua kilang kena guna pakainya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, adakah itu bermakna sepanjang masa ini Yang Berhormat Menteri tidak tahu bahawa telah berlaku banyak kes sedemikian di mana kilang enggan menerima buah kelapa sawit daripada pekebun kecil. It’s an open kejadian yang berlaku dengan terbuka di Johor. Lori kena beratur daripada tiga petang sampai enam pagi untuk menunggu giliran mereka sebab kilang enggan terima. Jadi setakat ini apakah kementerian tak terima sebarang maklumat langsung dan sehingga hari ini apabila kami bangkitkan, baru minta kami laporkan. Saya mahu tahu apakah kementerian Yang Berhormat telah buat sebelum ini dengan isu ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, saya rasa kita kenalah berhati-hati.
Saya tidak sebut saya tidak tahu, jangan tuduh macam ini. Saya tidak sebut saya tidak tahu.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tanya apakah tak tahu?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya tahu tetapi kepada pihak Yang Berhormat dari Tawau, saya mintalah bagi detail kepada saya supaya saya boleh ambil tindakan terhadap kilang tersebut, ini yang saya minta. Bukan saya katakan saya tidak tahu, memang ada laporan-laporan yang saya terima. Apabila kita terima laporan, kita memang pergi siasat.
Yang Berhormat jangan sebut saya tidak tahu, saya tahu. Sebagai menteri yang bertanggungjawab ini, saya tahu.
Yang Berhormat dari Sri Gading, dia tak ada di sini. Yang Berhormat dari Sri Gading katakan sama ada kita boleh beri bantuan sara hidup berjumlah RM200 ke RM300 setiap seorang pekebun kecil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu pendapatan pekebun-pekebun kecil di sektor komoditi meliputi pemberian bantuan berbentuk input-input pertanian seperti baja, racun, peralatan dan khidmat nasihat kepada semua sektor.
Selain itu, kementerian turut melaksanakan program-program bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil melalui aktiviti integrasi tanaman komoditi dengan tanaman lain dan ternakan seumpamanya adalah satu bidang yang kita
Datuk Peter Chin Fah Kui
galakkan pihak pekebun kecil melaksanakannya. Ia juga meliputi pemberian benih tanaman, ikan air tawar kepada mereka, bekalan anak lembu dan kambing kepada mereka.
Semua ini adalah jenis-jenis bantuan yang kita berikan kepada pekebun kecil dan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Nanti saya habiskan ini ya. Yang Berhormat juga menyebutkan pekebun kecil bebas atau individu tidak mendapat pembelaan seperti pekebun kecil FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM48.5 juta dalam program meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit.
Bantuan-bantuan yang disediakan di bawah program ini adalah seperti berikut;
(i) bantuan anak benih sawit berkualiti dan baja untuk tempoh satu hingga dua tahun selepas penanam sawit;
(ii) bantuan integrasi ternakan lembu dan kambing;
(iii) bantuan integrasi tanaman dengan sawit
Datuk Peter Chin Fah Kui
Selain daripada bantuan ini, kita di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan beberapa langkah pun diambil oleh MPOB untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil bebas seperti Program Kelompok Baja Terselia, Kelab 30 tan yang menyediakan kemudahan pusat-pusat latihan untuk pekebun kecil melalui Pusat Latihan Sumber Manusia seperti di Lahad Datu dan di Keratong, Pahang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Menganjurkan persidangan dan seminar bagi pekebun ini, menganjurkan kursus- kursus berkaitan penanaman dan penyelenggaraan sawit, melaksanakan demo plot bagi pekebun contoh, menerbitkan bahan-bahan cetakan untuk rujukan. Semua ini Yang Berhormat adalah cara-cara yang kita membela pekebun-pekebun individu di seluruh negara selain daripada pihak pekebun kecil melalui FELDA, FELCRA dan sebagainya.
Mereka adalah agensi-agensi untuk memberikan support bagi mereka, sekian.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit kita dan kita ucap syabas di atas usaha yang dibuat oleh kerajaan. Cuma saya ingin penjelasan, daripada keluasan penanaman kelapa sawit yang dianggarkan 4,450,000 hektar seluruh negara yang kita menyumbang lebih daripada 41.4% kepada pengeluaran minyak sawit di dunia.
Jadi saya ingat ini adalah satu keluasan yang cukup luas yang kita boleh manfaatkan untuk bidang penternakan yang sekarang ini bidang penternakan hanya menyumbang lebih kurang 9.9% kepada sumber penternakan negara kita. Jadi sekiranya 4 juta lebih hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit ini diberi ruang yang seluasnya untuk penternakan, insya-Allah kita tidak payah lagi mengimport daging dari luar negara dan ini sebenarnya memberi kesan yang cukup besar.
Contohnya kalau kita lihat sekarang ini dalam lambakan buah-buahan yang kelap sawit sekarang dengan harganya yang murah, dengan lambakan buah yang tidak dapat dikutip, maknanya ini menjadi makanan utama ternakan-ternakan. Jadi ini adalah satu perkara yang seharusnya yang diberi penekanan utama. Jadi saya mencadangkan supaya program ini diperluaskan dengan bersungguh-sungguh supaya pekebun-pekebun kecil kita dapat memanfaatkan ladang mereka yang luas ini walaupun dalam keadaan harga sawit menurun, tetapi mereka memperoleh pendapatan hasil daripada penternakan yang dilaksanakan di dalam ladang mereka. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat. Itu memang satu program atau aktiviti yang kita jalankan iaitu tanaman integrasi dengan ternakan. Ini memang saya baru sebut memang mempunyai program dan saya setuju kalau setiap ladang mengusahakan ternakan ini memang baik. Ini sebenarnya saya pernah berbincang
Datuk Peter Chin Fah Kui
dengan pihak ladang-ladang ini supaya mereka mengamalkan aktiviti ternakan juga tetapi malangnya mereka tumpukan kepada sawit sebab dengan izin, that is their core business.
Kalau dia ternak lembu dan sebagainya, dia kena ada vet, dia kena ada jentera-jentera yang lain untuk mengendalikan usaha ini dan sebab itu mereka kata, that is not my core business. Core businessnya ialah untuk sawit dan mereka boleh kendalikan sawitnya dengan baik, dengan cemerlang.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sedikit sahaja tambah. Yang Berhormat Menteri, saya kira ini adalah peluang untuk kita memberi peluang pekerjaan kepada rakyat kita yang dalam keadaan kita menghadapi tekanan ekonomi sekarang dan sebenarnya satu kerjasama boleh dibuat dengan Kementerian Pertanian supaya kita boleh manfaatkan keluasan tanah dengan rumput yang subur, dengan hasil buah-buahan ini dan buah-buah kelapa sawit ini untuk makanan ternakan dan ini akan menambahkan hasil bagi pendapatan rakyat negara kita.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Okey terima kasih Yang Berhormat. Saya akan mengambil perhatian tentang perkara ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Dua tiga perkara sahaja lagi.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Bagi peluang kepada Yang Berhormat Putatan dahulu.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Pokok Sena sudah selalu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Putatan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Putatanlah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Senalah, tidak apalah. Selepas ini Yang Berhormat Putatanlah ya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya juga bangkitkan soal program meningkatkan pekebun kecil sawit.
Walaupun tadi disebut digalakkan pekebun-pekebun kecil ini untuk buat tanaman-tanaman yang lain ataupun ternakan dan sebagainya, tetapi persoalannya sekarang ini apa program yang dibuat di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ini untuk meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil. Kalau program kementerian itu sendiri hanya tertumpu kepada pembangunan core-business mereka tanpa memberikan latihan, tunjuk ajar kepada mereka dan akan mencari peluang sebagainya sudah tentu mereka akan tertumpu kepada persoalan kelapa sawit sahaja.
Jadi saya minta supaya dalam suasana seperti ini kementerian sendiri, agensi sendiri akan keluar daripada kotak pemikiran yang hanya tertumpu kepada kelapa sawit dalam keadaan kelapa sawit harganya sedang jatuh. Jadi kita harus mencari jalan bagaimana pendapatan yang lain yang boleh diberikan penambahan kepada pekebun- pekebun kecil.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya baru jawab tadi tentang peranan yang kita ambil untuk menambah pendapatan kepada pekebun kecil seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Sri Gading. Tidak payah saya ulang lagilah, banyak program.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Menteri...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat Putatan Yang Berhormat?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, ya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
sebelum saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, rakyat Sabah mengalu-alukan penghargaan yang setinggi-tinggi kepada Yang Berhormat Menteri kerana melawat Sabah dan berjumpa dengan pekebun-pekebun kecil baru-baru ini dan telah berjumpa, berdialog dengan pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi soal pasal latihan ini Yang Berhormat, Yang Berhormat sedar bahawa di negeri Sabah ini sukar mendapat benih-benih ataupun bibit... ini Yang Berhormat Pokok Sena ini... Jadi... hilang pula. Jadi bibit benih agak berkurangan di negeri Sabah dan apa yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kementerian terutama sekali LGM Yang Berhormat Menteri di Sabah adalah klon-klon entah di mana dapat. Tidak ada kualiti bukannya hibrid. Jadi ini rakyat rasa tertipu Yang Berhormat. Yang Berhormat sedar, adakah kementerian Yang Berhormat melalui lembaga-lembaga ataupun agensi-agensi kementerian boleh melatih pekebun-pekebun kecil ini supaya membuat bibit ataupun menghasilkan bibit sendiri dengan hibrid dan klon yang tertentu.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya boleh. Itu juga satu program yang kita ingin menjalankan kepada mana-mana pihak yang ingin mengusahakan tapak semaian dan seumpamanya supaya kita boleh mengajar mereka, memberikan tunjuk ajar atau caranya untuk mendapatkan klon-klon yang baik dan bibit-bibit yang berkualiti. Itu memang kita boleh usahakan. Kalau ada persatuan-persatuan contohnya Persatuan Peladang dan Penternak, kita boleh usaha sama dengan mereka.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Putatan tadi sebab di luar bandar orang kampung mahukan klon-klon yang baik kerana klon-klon yang baik ini akan memberikan hasil yang baik. Sebab apa macam PAS kita risau juga. Di PAS yang tulennya baik tapi juga PAS yang klon PKR.
Itu yang kita risau itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Klon UMNO langsung tidak boleh pakai dah ini.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Risau betullah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu tidak masuk butiran Yang Berhormat.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tidak masuk butiran ya. Tidak payah saya jawablah.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Pokok Sena ada klon tidak?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi saya akan beralih ke satu perkara mengenai Program Pembangunan Rubber Living Museum yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau dan juga Yang Berhormat yang lain dalam ucapannya. Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan sebanyak RM300 juta ini adalah meliputi kos pembangunan keseluruhan projek Rubber Living Museum. Siling yang diperuntukkan bagi sepanjang tempoh RMK-9 adalah RM6 juta sahaja. Iaitu bagi membiayai kos perundingan dan infrastruktur awal bagi penubuhan satu muzium di Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, ‘kompomen-kompomen’ dalam Rubber Living Museum adalah komponen pemuliharaan sejarah perkembangan industri getah. ‘Kompomen’ sains dan pembelajaran, ‘kompomen’ ecotourism ....
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Komponen saya rasa.
Komponen!
Datuk Peter Chin Fah Kui
Komponen, kompomen…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Komponen.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Komponen
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Komponen Barisan Nasional.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya komponen. Komponen ecotourism dan juga komponen homestay bagi amalan mengekalkan budaya dan pekebun kecil dan estet. Apa sebab kita gunakan Sungai Buloh ini, kerana di Sungai Buloh kita mempunyai satu germplasm yang sudah kita kekal lama. Maknanya germplasm ini kita mempunyai pelbagai hampir 200 jenis getah yang kita kutip dalam seluruh dunia ini. Di Brazil, di Afrika, banyak tempat dan germplasm ini kita perlu kekalkan selama-lamanya.
Kita buat living museum yang terdekat supaya anak-anak kita boleh belajar macam mana kita dulu sampai sekarang jenis getah yang kita ada dan dengan susah payah ini kita kutip yang dulu sampai sekarang. Semua ini adalah satu pameran yang baik bagi industri getah yang sudah menyumbang banyak kepada negara kita ini. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Makanya dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa saya membandingkan bahawa sudah pun ada di Precinct 16 Putrajaya tadi.
Tanah seluas 3.6 hektar dengan 1,500 batang pokok getah, 71 klon dan bila pergi di situ pun boleh faham sebenarnya dari segi sejarah getah, kegunaannya, by produk dan sebagainya.
Dari sebab itu, kalau setakat komponen yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi dengan peruntukan keseluruhanlah walaupun baru RM6 juta. RM300 juta itu sangat lumayan sebenarnya berbanding dengan satu lagi monumen yang kita hendak buat ini. Jadi apakah Yang Berhormat Menteri masih terus mempertahankan keperluan living museum ini. Apakah komponen yang telah pun beroperasi sekarang di Taman Warisan Pertanian Precinct 16 itu tidak memadai untuk rakyat mahupun pelancong mengenali sejarah getah di negara kita.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat ini kalau kita hendak mewujudkan satu Rubber Living Museum ini kita kenal wujudkan sebagai satu benar-benar living.
Maknanya kita mempunyai orang yang menoreh, buat kebun, yang buat proses susu getah dan lain-lain lagi. This is what we call living museum. Seolah-olahnya kita mempunyai satu village, satu kampung di mana ada orang yang duduk di sana. Yang mencerminkan satu kawasan kampung di mana ada penoreh getah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Di Rompin. Dia boleh jadi tok penghulu sana.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kita kenalah built-in.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kita kena built-in semua komponen ini housing dan sebagainya dan di Sungai Buloh ini kita mempunyai banyak alat-alat artifak.
Historical artefact di sana yang kita boleh pamerkannya. Itu sebabnya kita buat dengan cukup satu muzium yang kita boleh rasa banggalah. As a country they depend on rubber for so long.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rompin bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya dulu. Dululah Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak bagi cadangan yang baik. Yang Berhormat Pokok Sena ini di hendak tawar diri di bila bersara jadi juga duduk tinggal dalam living museum itu.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Miri tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan memperingati mereka yang menyumbang kepada industri getah ini. Kadang- kadang kita lupa yang banyak menyumbang ialah tenaga kerja yang bekerja beberapa
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
generasi di ladang ini. Kita lihat kadang-kadang mereka ini lupa bahawa mereka 30 tahun, 40 tahun bekerja di ladang-ladang. Oleh itu anak-anak mereka terkeluar, tidak tempat hendak tinggal.
Mengapa juga tidak kerajaan menimbangkan supaya mengarah ladang-ladang ini supaya adakan perumahan untuk mereka yang sudah menyumbang. Kalau tidak kerana ayah mereka menyumbang, lepas itu bila kerja nanti mereka tidak ada tempat tinggal. Ini kerana rumah yang mereka tinggal itu rumah diberikan kepada pekerja. Yang menyumbangkan negara kita sehingga kita menjadi satu negara maju terkenal dunia sebagai pengeluar getah, mereka yang menyumbang itu bagaimana kemudiannya? Yang Berhormat Padang Serai tidak ada. Yang sebenar membela warganegara, kaum Malaysia yang banyak membina industri getah ini sama luar bandar atau dalam estet kita nampak, kita tertinggal kerana estet ini dipunyai oleh swasta. Adakah kerajaan sanggup mengenakan satu kaedah memaksa ladang-ladang ini adakan perumahan untuk generasi yang kedua.
Kalau di FELDA kita ada generasi yang kedua pada warga FELDA. Mengapa pula kita tidak bina juga perumahan pada generasi yang kedua anak-anak kita yang mana ibu bapa mereka bekerja sehingga 30, 40 tahun keringat, sehingga nyawa mereka pun dia beri ke ladang-ladang ini sehingga kita maju dan berjaya. Ini sewajarnya menjadi juga yang hargai sumbangan mereka kepada negara kita. Saya takut Yang Berhormat Menteri kalau tidak buat, yang belah sana gunakannya, dia kata kita tidak bela mereka. Biasalah, ini yang PAS tulen okey. Yang PAS klon itu memang dari sebelah sana.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Saya hendak sambung sikit. Saya sangat menyokong Yang Berhormat Rompin ini. Di Kelantan kita telah buat sebab bila mereka ini tua kita beli sebahagian ladang itu kita bagi satu ekar lebih, satu ekar suku kepada bekas peneroka, bekas penoreh kita ini di ladang dan kita bagi mereka untuk bercucuk tanam. Ini boleh melegakan keadaan mereka tidak tahu hendak pergi, sebab rumah-rumah di ladang tidak dibenarkan lagi. Jadi saya menyokong sangat kalau dapat diimplementasikan di seluruh negara. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sebenarnya kita memang mempunyai satu standard minima bagi pekerja-pekerja di ladang. Ini dalam akta dan buat masa sekarang semua ladang kena melaksanakan standard minimum ini, the housing untuk anak-anak dan juga air dan elektrik semua percuma.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Menteri saya hendak, sebab Yang Berhormat Tumpat setuju. Bukan Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Tumpat tidak setuju, Yang Berhormat Pengkalan Chepa setuju. Yang ini tulen, Yang Berhormat Tumpat tidak tulen.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Yang Berhormat Pokok Sena setuju, tetapi Yang Berhormat Pokok Sena tidak tahu ke mana pergi. Yang Berhormat Kubang Kerian tidak tahu, 50-50, klon 50-50. [Ketawa] [Disampuk] Bagilah saya jawab, kita usik sedikit. Tadi dia usik kita. Bagilah, saya belum habis....
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Butiran mana, butiran?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya hendak..
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kepala mana? Butiran mana?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya hendak menyokong ini, kawan Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Butiran mana, butiran?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Apa tadi?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Butiran mana, butiran?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya menyokong Yang Berhormat Pengkalan Chepa pun marah.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Kepala mana, kepala.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya sokong Yang Berhormat Pengkalan Chepa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Butiran tidak ada.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Butiran nanti saya sebut nantilah.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Butiran berapa?
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya menyambung apa yang menteri cakap. Ini kamu duduk.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dia mencelah, Yang Berhormat, dia mencelah.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Saya mencelah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, mencelah.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Sebab dia 50-50, dia mencelah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa yang dibangkitkan tadi oleh rakan saya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, kita sekarang ini benarkan tanah-tanah ladang diubahsuai menjadi perumahan. Tanah-tanah ladang ini dijadikan perumahan, bukan dijual,diberi keistimewaan kepada warga kerja di sana. Sepatutnya diberi keistimewaan kepada mereka kerana kalau tidak nanti, dahulu ladang ini tidak maju.
Sewajarnya dibagi konvensyen kepada pemilik, bagi keutamaan kepada anak-anak warga di sana seperti diberi keutamaan kepada warga peneroka dalam ladang FELDA, sistem yang sama. Itu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa kan? Bukan sahaja setuju sebelah sana, dua-dua setuju. Bolehlah klon, tidak klon setuju belakalah.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tidak patut saya jawablah. Terima kasih... [Ketawa] Yang Berhormat dari Mambong, saya berterima kasihlah kepada beliau kerana selalu menyebutkan tentang tanah gambut ini yang kita laksanakan untuk tujuan tanaman sawit.
Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mambong kerana dapat wujudkan satu peat society.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
The Malaysian Peat Society.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, ya, terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Peat.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kalau perlu saya tengoklah macam mana boleh beri sedikit bantuan kepada society itu kerana saya rasa isu peat ini akan dihebahkan lagi oleh FOE, Friends of the Earth. Ia akan diperhebat lagi, tetapi kita kena tengok negara kita ini mempunyai satu keluasan peat ini yang agak besar terutamanya di negeri Sarawak.
Banyak area, tanahnya di dalam kandungan peat. Kalau kita tidak gunakannya dengan ekonomiknya, then at the end of the day kita rugi kerana banyak tanah ini kita kena biarkan sahaja.
Sebab itu saya rasa kita kena ada satu kajian macam mana kita akan menggunakan peat ini dan soal yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambong tentang settlement of the soil, dengan izin, sebab apabila kita buka tanah itu, air itu akan kurang, tanahnya akan terus menjadi susut. Itu satu perkara yang selalu digunakan oleh NGO ini.
Katakan apabila tanah susut itu memang ada karbon dioksida dilepas ke udara dan akhirnya akan menyumbang kepada pemanasan udara. Akan tetapi kita sekarang melalui MPOB, melalui lain-lain agensi seperti UNIMAS di Sarawak dan lain-lain saintis supaya kita boleh betul-betul menguji apa masalah yang akan berlaku apabila kita membangunkan tanah gambut ini.
Kalau kita mempunyai data-data yang baik, kita boleh sekurang-kurangnya kita tahu sama ada kita kena membangunkannya atau tidak. Saya haraplah dengan adanya
Datuk Peter Chin Fah Kui
sokongan seperti Yang Berhormat dari Mambong, kita boleh teruskan usaha ini melalui Tropical Peat Research Unit yang ditubuhkan di bawah MPOB sekarang.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Mambong bangun, Yang Berhormat.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, Mambong.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi saya peluang sekali lagi. Kajian peat yang telah dijalankan di Indonesia menunjukkan bahawa kadar mendapan adalah lebih cepat jika tanah gambut itu diperluaskan dan tidak ditanam dengan tanaman yang lain.
Pada tahun 1997, negara kita menghadapi jerebu yang paling teruk disebabkan 1 juta hektar tanah gambut di selatan Kalimantan diperluaskan kononnya untuk menanam padi dan satu saliran yang 4,000 kilometer panjang ataupun 1 canal telah pun juga dibuat.
Jadi ini sudah menjadi masalah besar, tetapi di negara kita kajian telah pun menunjukkan bahawa jika terus ditanam dengan kelapa sawit, maka penstoran karbon dioksida di dalam kelapa sawit mengimbangkan pengeluaran. Ini telah pun diuji kaji oleh seorang ahli penyelidik di Sarawak dan kementerian seharusnya dimaklumkan dengan perkara ini. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Kita akan teruskan lah usaha ini supaya kita boleh adakan satu data yang cukup baik, cukup kukuh untuk menjawab tuduhan daripada pihak NGO dari Barat ini.
Tuan Pengerusi, dua perkara lagi yang saya hendak sebut. Satu ialah fiber dan Bio-composite Development Centre yang kita tubuhkan oleh MITB, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia untuk kita membuat kerja-kerja penyelidikan dan promosi bahan mentah berkomposit. Bahan berkomposit ini adalah sangat perlu dan sangat penting bagi perkembangan di masa akan datang seperti menjadi produk untuk perabot, bingkai pintu dan lain-lain lagi.
Sebab bio-composite ini diwujudkan dan buat masa sekarang kita membuat penyelidikan tentang fiber daripada kenaf dan juga batang kelapa sawit. Ini akan kita usahakan supaya pada masa depan kita boleh wujudkan satu industri bio-composite secara besar-besaran dan ini boleh sekali gus menolong situasi kita di mana kita menghadapi kekurangan bahan mentah kayu-kayan.
Mengenai k-komoditi Yang Berhormat dari Machang sebut ini, ingin saya jawab bahawa k-komoditi merupakan satu sistem yang melibatkan KPPK iaitu kementerian saya, agensi-agensi dan majlis-majlis di bawah kementerian untuk mengenal pasti, mengumpul, menyimpan dan mempertingkatkan kegunaan dan perkongsian data dan maklumat yang menjana ilmu berkaitan komoditi di bawah kementerian. Pembangunan sistem ini dibuat secara berfasa terdiri daripada Fasa 1 (2007), Fasa 2 (2008) dan 2009.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sistem ini mengandungi dua modul iaitu sistem maklumat k-Komoditi dan knowledge based. Pembangunan sistem k-Komoditi Fasa 2 adalah merupakan sumbangan terhadap sistem k-Komoditi Fasa 1. Projek ini masih di peringkat pembangunan sehingga fasa 2 yang dijangkakan selesai pada bulan Jun 2009.
Akhir sekali saya ingin menjawab sedikit tentang apakah kita telah buat untuk menarik minat golongan muda supaya mereka pada masa akan datang akan terus berkecimpung dalam sektor perusahaan perladangan dan komoditi. Pihak kementerian menyanjung tinggi minat Yang Berhormat Kubang Kerian terhadap hasil kajian berkenaan tajuk yang saya sebutkan tadi. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian tersebut masih belum dilaksanakan dan pada fasa kini ia masih di peringkat akhir pelantikan perunding. Kajian berkenaan yang mengambil masa selama enam bulan dijangka selesai pada Mac tahun yang akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga apabila kita menganjurkan MICOS iaitu dalam bajet kita memperuntukkan RM4.5 juta. MICOS ini ialah minggu komoditi dan kita akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar dari seluruh Wilayah Persekutuan ini untuk melawat...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tunggu, ya. Untuk melawat MICOS ini supaya mereka dapat dengan lebih dekat memahami apa komoditi yang kita usahakan dan juga tentang usaha-usaha yang dikendalikan oleh pihak swasta dan juga pihak kerajaan tentang komoditi ini. Kita harap dengan adanya MICOS ini kita akan terus menarik minat golongan muda ini untuk berkecimpung dalam industri komoditi pada masa akan datang.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pihak kami mengalu-alukan usaha kementerian untuk menarik generasi muda supaya berkecimpung dalam industri perladangan dan juga melibatkan diri dalam perindustrian komoditi. Walau bagaimanapun, bagi pihak ribuan pekebun-pekebun kecil saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di mana apabila harga kelapa sawit naik kerajaan telah pun mengenakan dengan izin, windfall tax dan sekarang ini dengan harga yang meleset. Apakah dasar kerajaan? Adakah pihak kementerian bersama dengan Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan garis panduan, seperti yang diumumkan oleh pihak kerajaan, untuk mengembalikan windfall tax yang telah dikutip selepas 14 Julai tahun ini.
Kedua, apabila harga sawit naik kerajaan kenakan windfall tax tetapi sekarang harga meleset, apakah jenis bentuk subsidi dan juga bantuan yang disalurkan kepada pekebun-pekebun kecil termasuk juga subsidi baja supaya dapat membela nasib pekebun- pekebun kecil dalam negara ini di mana jumlahnya lebih daripada sejuta orang. Segala jasa baik adalah dialu-alukan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Sudah dijawab soalan itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri sudah jawab panjang perkara ini Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat Menteri, saya masih lagi menunggu sebab Yang Berhormat Menteri tidak beri signal hendak akhiri jawapan. Butiran yang saya bangkitkan ialah berkaitan dengan pembangunan kepakaran sumber manusia dengan peruntukan RM200,000. Saya ingin bertanya tentang progress program di bawah bidang kepala ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
[Mencari dokumen di atas meja] Yang Berhormat, ini saya baru sahaja... Yang Berhormat, bolehkah saya berikan jawapan secara bertulis kerana saya baru sahaja tengok ada tetapi oleh kerana banyak kertas atas meja saya ini...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Yang Berhormat Menteri, sekurang-kurangnya tanpa dibantu oleh jawapan daripada pihak pegawai, saya faham.
Dalam kotak kepala pemikiran Yang Berhormat Menteri sendiri sebenarnya, apakah sebenarnya yang boleh Yang Berhormat Menteri fahamkan dan terangkan kepada kita berkenaan program di bawah pembangunan kepakaran sumber manusia ini. Saya bangkitkan dalam perbahasan saya tadi kerana peruntukan itu sangat kecil. Saya kata buat living museum RM300 juta, pembangunan kepakaran RM200,000!
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya boleh sebutkan di sini, sebenarnya jumlah peruntukannya ialah RM1.2 juta bukan RM200,000. RM200,000 ini hanya untuk tahun hadapan sahaja. Namun pada keseluruhannya dalam RMK-9 ini kita mempunyai RM1.2 million untuk melaksanakan pembangunan sumber manusia kita. Melalui program ini ia menggalakkan pegawai-pegawai kita mendapatkan training dan juga pembiayaan mereka dalam kursus-kursus luar negeri melalui kementerian dan juga agensi-agensi yang berkenaan seperti pihak Lembaga Minyak Sawit dan Lembaga Getah Malaysia. Mereka menghantar calon-calon yang sesuai untuk mendapatkan PhD dan sebagainya. Ini memang selalu dibuat, bukan sahaja tertumpu pada RM200,000.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya faham sebab dalam buku ini pun disebut anggaran perbelanjaan keseluruhan ialah RM1.25 juta dan untuk tahun depan RM200,000.
Namun secara relatifnya saya fikir kementerian mempunyai masalah dalam meletakkan keutamaan, mana yang penting dan perlu diutamakan dicerminkan daripada jumlah peruntukan. Dalam aspek yang penting sekali ialah aspek sumber manusia. Jumlah
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
RM200,000 untuk tahun depan ini amat kecil berbanding dengan berjuta ringgit untuk muzium tadi. Itu adalah masalah urutan keutamaan, saya kata. Yang Berhormat Menteri terangkan tadi living museum itu maksudnya hendak diadakan satu kawasan dengan ada orang menoreh dan sebagainya. Saya fikir amalan ladang yang terbaik ini tidak ada pun di peringkat kerajaan, yang ada hanyalah pihak ladang swasta seperti KL Kepong dan IOI. Ini yang sebenarnya.
Kalau sekiranya kerajaan boleh mengusahakan perbincangan dengan mereka ini dan memperuntukkan satu sudut dalam ratusan ribu hektar keluasan ladang mereka, kerajaan tidak perlu keluarkan perbelanjaan kalau setakat hendak buat muzium dan mengekalkan nilai sentimental sejarah dan sumbangan sektor getah ini kepada negara.
Tidak payah habis pun RM300 juta ini! Ia akan menjadi satu projek monumen, satu lagi projek property. Namun aspek yang penting sebenarnya ialah pembangunan sumber manusia dan peruntukannya itu cuma sekelumit berbanding dengan saiz perbelanjaan keseluruhan. Sebenarnya itu persoalan yang saya cuba hendak dapatkan jawapan yang lebih meyakinkan daripada Yang Berhormat Menteri. Tidak perlu kerajaan terlibat dengan peruntukan yang ratusan juta untuk muzium tetapi melaburlah lebih untuk pembangunan sumber manusia. Itu maksudnya.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kalau kita hendak bandingkan perbelanjaan yang kita letakkan dalam bidang-bidang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu,
Datuk Peter Chin Fah Kui
Memang dasar kita mempunyai pertimbangan dan juga bajet kita pun diperiksa oleh pihak EPU dan juga pihak Treasury supaya kita mengamalkan program-program yang sewajarnya dan bukan sewenang-wenangnya yang kita letak satu angka untuk sesuatu program. Kita memang mempunyai ciri-ciri yang kita laksanakan dan saya rasa kalaulah RM300 juta untuk muzium itu barangkali terlalu banyak, pihak Treasury dan EPU tidak luluskan. Kita sudah tapis apabila bajet ini diluluskan dan seperti saya sebutkan tadi tidak sewenang-wenangnya kita letakkan satu angka.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin Yang Berhormat, di belakang.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi ada sebutkan tentang kepakaran. Satu ketika dahulu negara kita telah menjadi pengeluar terbesar bagi getah di seluruh dunia dan kita telah wujudkan pusat penyelidikan getah yang terunggul. Kita bukan sahaja memberikan latihan kepada orang-orang tempatan bahkan orang-orang di luar negara. Sekarang orang-orang di luar negara pula telah menjadi pengeluar getah terbesar dan bukan lagi Malaysia.
Apa yang saya hendak sebutkan di sini, yang pertamanya tanah-tanah getah sekarang telah pun ditukarkan dengan tanaman-tanaman yang lain. Tenaga kita daripada kepakaran penyelidikan daripada RRI adalah satu perkara yang cukup mahal. Adakah kita menjual kepakaran kita kepada mereka yang memerlukan?
Yang keduanya tentang kelapa sawit. Kita juga pernah menjadi pengeluar yang terbesar. Sekarang kita pun tertinggal dan kita telah menubuhkan pusat penyelidikan PORIM. Sekarang negara lain pula menjadi negara pengeluar terbesar. Pendidikan yang telah kita dapat daripada PORIM adalah cukup terbaik sekali. Adakah kita menjual kepakaran kita kepada negara-negara lain? Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, mengenai getah ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) ini mempunyai satu pusat penyelidikan di London. Namanya TARRC ataupun Tun Abdul Razak Research Centre. Centre atau pusat itu memang mempunyai satu pusat rujukan daripada industri-industri Eropah umpamanya industri tayar dan juga banyak lagi industri yang mereka kena ada kepakaran daripada getah ini.
Pusat itu memang menjadi satu pusat rujukan dan kita mengenakan caj kepada mereka yang rujuk, bidang-bidang yang mereka hendak kita usahakan ataupun hendak kita buat pengujian dan sebagainya kepada mereka.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ini satu perkembangan yang baik bagi LGM ini kerana LGM bukan sahaja untuk menolong industri tempatan, tetapi industri-industri sedunia dan menjadi satu pusat rujukan.
Bagi MPOB ini, memang kita berusaha dengan pihak-pihak industri kerana MPOB ini memang ada mempunyai kepakaran yang banyak tetapi kita tumpukan kepada menolong industri tempatan. Ini adalah kerana industri tempatan ini yang membayar ses kepada saintis-saintis yang berada di MPOB. Itulah tugas dan tanggungjawab mereka untuk menolong industri tempatan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah habiskah Yang Berhormat?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Dengan itu Tuan Pengerusi, saya tidak ada apa-apa yang hendak ditambahkan dan hanya hendak mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua pandangan dan teguran yang saya tidak jawab secara lisan, saya akan ambil perhatian. Kita akan cuba membekalkan jawapan lisan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jawapan bertulis?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Dengan itu saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jawapan bertulis, ya?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, jawapan bertulis. Dengan itu saya ucapkan terima kasihlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,444,259,900 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,444,259,900 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM180,738,100 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM180,738,100 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian di dalam membahaskan Butiran 10000 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Kita dapat melihat bagaimana taraf petani-petani kita dapat kita tingkatkan dengan menyokong usaha yang dibuat dalam aktiviti-aktiviti pertanian.
Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga mesti membantu usaha petani-petani kita untuk memasarkan bahan-bahan pertanian mereka dengan sebaik mungkin.
Oleh yang demikian, saya berharap supaya semua pasar tani yang berada di Negeri Sembilan khususnya di daerah Jempol akan dapat dipertingkatkan kemudahan- kemudahan oleh kementerian terutama sekali tempat letak kereta, pembinaan tandas dan juga membekalkan dengan bekalan air dan api yang secukupnya. Ini termasuk juga pencahayaan kerana pusat-pusat ini digunakan juga sebagai pasar malam oleh petani.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Begitu juga saya dapat melihat kalau boleh kementerian membina pasar tani kekal untuk membolehkan sepanjang masa petani-petani kita dapat menggunakan kemudahan pasar tani kekal ini untuk membawa hasil-hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 140000 – Lembaga Pertubuhan Peladang. Hari ini kita dapat melihat bagaimana Pertubuhan Peladang kita dapat memainkan peranan untuk membangunkan petani-petani kita di kawasan luar bandar. Ini juga dengan melibatkan pertubuhan-pertubuhan yang ada hubung kaitnya dengan pembangunan pertanian yang telah pun dapat dibangunkan dengan baik. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat bagaimana pesatnya pembangunan pertanian ini di luar bandar, terdapat juga permasalahan dari segi pengurusan dan pentadbiran. Walaupun ramai pegawai yang kita tempatkan, tetapi pejabat-pejabat yang kita sediakan kepada pegawai ini amat terhad ruangnya. Saya mencadangkan supaya sebuah pejabat baru LPP akan dapat dibangunkan di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 180300 – Kenderaan dan Jentera. Hari ini usaha kerajaan untuk memberikan galakan kepada petani kita untuk menjalankan aktiviti pertanian terutama sekali Program Bumi Hijau yang dilancarkan oleh kerajaan sekarang ini mendapat sambutan yang sangat baik. Namun demikian, usaha petani kita ini terbantut kerana kita kekurangan jentera pembajak yang seharusnya menjadi bekalan utama untuk menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan. Bayangkan hari ini tidak ada sebuah pun jentera pembajak ini yang ditempatkan di daerah Jempol.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Saya menyeru kepada kementerian melalui peruntukan ini supaya dapat kita bekalkan jentera-jentera pembajak ini ke kawasan-kawasan luar bandar bagi membolehkan petani-petani kita mendapat sokongan daripada aktiviti pertanian mereka.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 14800 - Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang. Petani kita banyak juga mengusahakan dusun-dusun buah- buahan yang tanah-tanah ini dianugerahkan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai projek-projek pembangunan untuk menanam dusun-dusun, menghasilkan barang- barang pertanian. Tetapi oleh kerana tanah-tanah ini agak jauh daripada perhubungan utama, maka jalan-jalan untuk menghubungkan dusun ini ke jalan utama sangat penting.
Hari ini saya dapat melihat bagaimana sukarnya petani-petani kita untuk mengeluarkan hasil-hasil pertanian mereka, kerana jalan yang ada untuk menghubungkan dusun mereka ini amat sukar dilalui.
Saya mencadangkan supaya kementerian menggunakan peruntukan ini untuk membangunkan jalan-jalan ladang, terutama sekali kepada petani-petani di kawasan luar bandar supaya mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka dengan mudah dan juga membawa hasil-hasil pertanian mereka kepada kawasan luar untuk dipasarkan dengan mudah.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 10860 iaitu Pembangunan Semula Rumah Sembelih Ruminan. Daerah Jempol adalah merupakan daerah yang sangat maju dalam bidang penternakan. Projek yang dijalankan sama ada penternakan kambing ataupun penternakan lembu telah pun mendatangkan hasil yang sangat baik kepada petani-petani, sekali gus dapat meningkatkan lagi pendapatan para petani dan juga penternak yang ada di daerah Jempol.
Oleh kerana begitu banyak sekali kita dapat melihat pusat-pusat penternakan yang berjaya, saya mencadangkan kepada kementerian supaya sebuah rumah pusat sembelihan dapat didirikan di daerah Jempol bagi menyelesaikan peningkatan kos akibat daripada perpindahan yang begitu jauh daripada pusat-pusat penternakan ini ke rumah sembelihan untuk kita hasilkan daging-daging yang segar. Tuan Pengerusi itu sahaja, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebagai graduan yang lahir daripada Universiti Pertanian Malaysia dan pernah berkhidmat di Agensi Pertanian, sudah pasti
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Kementerian Pertanian cukup dekat dengan hati saya apatah lagi kawasan Kuala Kedah merupakan sebahagian besarnya adalah kawasan petani dan nelayan.
Saya ingin menyentuh di bawah Maksud 21, Butiran 010400 - Industri Padi dan Beras, Butiran 010600 - Pengairan dan Saliran Pertanian, Butiran 180600 - Dasar Jaminan Makanan Negara dan Butiran 180700 - Subsidi Harga Benih Padi Sah dan saya juga akan menyentuh sedikit di bawah Butiran 130000 - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Kita menyambut baik kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapat bajet yang begitu besar kali ini dengan jumlah lebih kurang RM6.5 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan cuma RM3.9 bilion pada tahun 2008. Sudah barang pasti bajet yang besar ini mampu untuk menyelesaikan masalah pertanian dan juga menyelesaikan masalah petani, peladang, penternak dan nelayan dalam negara kita.
Sekiranya diurus dengan begitu berhemat dan cermat serta tidak berlaku ketirisan ataupun kebocoran dan inilah yang menjadi pelanggan utama kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tuan pengerusi, matlamat daripada bajet kali ini ialah di bawah Program Industri Padi dan Beras ialah untuk mencapai sara diri sebanyak 72% dan saya cukup percaya program 10 tan padi sekiranya dilaksanakan dengan baik, kita bukan menjadi sebuah negara yang menyelesaikan masalah 72%, tetapi kita menjadi sebuah negara pengeksport beras. Kita ingin mencontohi negara-negara pertanian yang berjiran dengan kita seperti Thailand, Indonesia, Kemboja kerana mereka berjaya menghasilkan padi dengan mempunyai kualiti dan kuantiti yang begitu baik berbanding dengan negara kita.
Tuan Pengerusi, kita mengakui bahawa terdapat beberapa faktor untuk meningkatkan hasil padi, kerana padi merupakan komponen yang cukup penting dalam negara kita termasuklah soal saliran dan pengairan yang baik, soal pembajaan, sistem pembajaan yang mencukupi, soal amalan agronomi dan juga kawalan musuh dan penyakit.
Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan soal penggunaan teknologi dan amalan pertanian yang baik, kerana kita dapati penggunaan teknologi dalam negara kita khususnya di kalangan petani-petani tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Mungkin mereka membawa satu amalan, tradisi daripada datuk nenek dan sebagainya. Walaupun ada sedikit perubahan saya tidak dapat nafikan, kerana usaha-usaha untuk meningkatkan amalan teknologi di kalangan para petani itu saya sudah mendapat pasti semua agensi laksanakan. Tetapi untuk melakukan perubahan sikap, amalan dan pengetahuan di kalangan petani-petani ini satu perkara yang agak sukar dan saya sendiri terlibat suatu masa dahulu dalam melatih petani-petani.
Walaupun mempunyai kemampuan dari sudut minda, tetapi perubahan itu saya dapati amat perlahan berbanding dengan negara Thailand. Oleh sebab itulah saya meminta supaya pihak kementerian mencari jalan-jalan yang terkini, bagaimana kita boleh mencontohi amalan pertanian yang begitu efektif daripada negara-negara jiran khususnya.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan soal isu perosak dan penyakit padi ini, kerana sebelum ini industri negara kita mempunyai peluang yang cukup baik, tetapi apabila kita menghadapi serangan penyakit dan perosak kita dapati dia akan menjejaskan industri hasil padi negara. Perosak yang terkini iaitu siput gondang emas.
Kalau sebelum ini kita dapati tikus, bena perang, kutu beruang dan sebagainya tetapi itu common perosak-perosak yang biasa bagi seorang petani. Tetapi perosak yang baru muncul walaupun sekitar tahun 80-an dan agak begitu agresif tahun 90-an ialah siput gondang emas. Semua kawasan dalam kawasan padi dalam negara kita menghadapi masalah yang sama.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Tuan Pengerusi siput gondang emas ini walaupun berasal dari Amerika, tetapi datang daripada negara Taiwan. Jadi perosak daripada negara Taiwan ini sebenarnya merupakan ancaman besar kepada negara kita.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Jadi perosak dari negara Taiwan ini telah menjejaskan industri hasil padi negara dan saya mohon sedikit penjelasan daripada
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
pihak kementerian, bagaimana untuk mengatasi isu siput gondang emas ini, perosak daripada Taiwan ini, sikit saja Tuan Pengerusi kerana kita dapati penggunaan racun-racun yang terkini tidak mampu menyelesaikan secara total. Walaupun saya akui bahawa menghapuskan perosak secara total ini hampir mustahil, tetapi berilah sedikit peruntukan yang munasabah kerana saya dapati rungutan daripada para petani ialah subsidi racun ini ada yang tidak masuk siput gondang emas ini. Mereka diberi racun-racun yang common, racun-racun yang biasa untuk menyelesaikan penyakit-penyakit yang lain tetapi tidak termasuk siput gondang emas ini kerana penggunaan racun, sebagai contohnya Tea Seed Cake.
Tea Seed Cake ini saya sendiri pernah terlibat dan menggunakannya tetapi diharamkan oleh pihak kementerian, kerana tidak mendapat kelulusan daripada Pusat Racun Negara. Jadi saya mohonlah sedikit penjelasan mengapakan Tea Seed Cake ini satu racun untuk membunuh perosak daripada Taiwan ini diharamkan penggunaannya?
Dan mungkin jugalah daripada Taiwan, jadi dia tidak boleh gunalah.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh di bawah perkara infrastruktur khususnya di luar kawasan pertanian utama, sebagai contohnya kalau dalam kawasan MUDA, MUDA area, lembaga yang bertanggungjawabnya ialah MADA, kalau KEMUBU Kelantan KADA, jadi di luar kawasan MUDA ataupun di luar kawasan KEMUBU ini begitu juga ada industri- industri pertanian yang begitu baik, efektif, yang boleh menghasilkan padi yang mempunyai kualiti yang baik.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Akan tetapi mereka tidak dapat menggunakan sumber utama air. Adakah pihak kementerian ingin memberikan sedikit peruntukan untuk saliran khususnya kerana mereka hanya bergantung kepada satu sumber sahaja iaitu air hujan, dan ini menyebabkan mereka hanya boleh buat satu kitaran tanaman setahun dan hasil mereka juga agak berkurangan.
Oleh sebab itu sekiranya kita ingin memastikan peningkatan dalam hasil padi negara kita juga harus memberikan sedikit tumpuan di luar kawasan-kawasan ataupun kawasan yang berjiran dengan kawasan-kawasan pertanian utama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Satu minit lagi Yang Berhormat
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ada dua perkara lagi Tuan Pengerusi.
Di bawah maksud P.21, Butiran 15600 - Program Kawalan Banjir Kawasan Pertanian, ini penting Tuan Pengerusi sebab boleh kata negara kita mengalami banjir hampir setiap tahun dan kawasan yang paling teruk adalah kawasan pertanian.
Oleh sebab itulah saya mohon peruntukan sebanyak RM11.4 juta yang diperuntukkan untuk mengatasi masalah kawalan banjir dalam kawasan pertanian diberi tumpuan khususnya dalam kawasan-kawasan pertanian utama padi negara; Kelantan, Kedah, seberang Perak, dan juga di Kerian Perak. Akhir sekali Tuan Pengerusi di bawah B.21, 181300 - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dipertanggungjawab untuk memastikan para nelayan negara kita mencapai tahap kesejahteraan dan di bawah dasar ini kementerian telah memberikan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada para nelayan. Mungkin untuk menghadapi masalah kemungkinan hasil tangkapan yang rendah dan untuk menampung sebahagian daripada kos sara hidup akibat dari himpitan ekonomi ekoran daripada kenaikan harga minyak sebelum ini.
Akan tetapi harga minyak telah turun ke tahap yang lebih rendah daripada pembentangan Bajet pada 29 September. Jadi adakah pihak kementerian akan mengkaji semula dasar ini dan meneruskannya dan adakah pihak kementerian menjadikan sumbangan RM200 ini sebagai tukaran kepada subsidi minyak yang telah dikurangkan.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kementerian berkaitan dengan sistem pemberian elaun ini yang rata-ratanya menerima rungutan daripada nelayan kerana masih lagi belum lancar serta menghadapi beberapa masalah khususnya senarai nama para nelayan yang sepatutnya dikemaskinikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Giliran! Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Saya terus kepada maksud B.21 iaitu Butiran 040000 - Perikanan.
Tuan Pengerusi kalau kita melihat sekarang ini dalam usaha negara kita menuju ke arah industri perikanan yang moden yang mampu berdaya saing dengan negara-negara perikanan utama dunia. Maka saya rasa Pusat Maklumat Perikanan Kebangsaan ataupun e-Perikanan kalau diwujudkan, perlu dikemaskinikan, Ini kerana saya merasakan sistem e- Perikanan ini diwujudkan, ia dapat memantau seluruh industri atau penternakan ikan yang berada di negara kita ini, kerana integrasi daripada sistem-sistem ini sebenarnya seperti WICCS, e-Pendaratan, e-Pelesenan, e-Pengisytiharan, vessel tracking system dan sebagainya ini akan mewujudkan satu pangkalan data yang bersepadu bagi kita merangkumi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan industri perikanan dari pelbagai sistem dan agensi yang terbabit.
Ini amat penting kerana pusat maklumat ini akan dapat membantu industri perikanan dipertingkatkan di negara kita ini. Selain daripada kita dapat memantau aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan perikanan ini seperti import, eksport produk perikanan, pendaratan ikan, penternakan ikan, industri hiliran dan juga huluan industri perikanan dan sebagainya.
Jadi saya minta dalam peruntukan yang disediakan ini bagi Maksud 040000 ini, kementerian mempertimbangkan perkara ini dengan begitu teliti untuk jangka masa panjang, terutama dari segi perancangan dan pemantauan yang teliti yang boleh kita buat dalam memajukan industri perikanan negara.
Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian tentang Maksud Butiran 050000, 060000, 070000 dan 080000 yang melibatkan subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif hasil padi, insentif pengeluaran padi dan sebagainya, walaupun rakan saya dari Kuala Kedah tadi membangkitkan tentang siput gondang emas yang berasal daripada Taiwan, itu satu saja, tetapi penyebarannya disebabkan oleh kelalaian petani kita sendiri apabila harvesting machine dengan izin, ataupun jentera penuai yang digunakan di tempat lain yang dibawa balik tanpa dibasuh, dicuci dan sebagainya.
Maka berlakulah penyebaran penyakit-penyakit ini yang sukar untuk kita kawal apabila ianya disebar di semua kawasan padi yang ada di semenanjung Malaysia ini.
Cuma saya ingin mengingatkan Tuan Pengerusi iaitu menyentuh tentang subsidi baja ini tapi fokus saya kepada racun kerana kalau kita lihat racun yang telah diperuntukkan kepada LPP ataupun Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu 1-10 jenis yang melibatkan rumpai, serangga, tikus, ulat dan siput gondang emas seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya tadi. Akan tetapi peruntukan yang diberikan di kawasan MADA hanya tiga jenis racun, dengan alasan MADA sudah tahu cara penggunaan bagi kategori penyakit-penyakit yang telah disebutkan tadi.
Kita minta peruntukan untuk tikus, siput gondang emas dan juga kulat seperti yang diperuntukkan kepada MADA sekarang ini, ditambah sama dengan peruntukan yang diberikan kepada LPP, supaya ianya lebih adil kerana walaupun petani di kawasan MADA ini mereka sudah lama dan memahami industri ini tapi mereka juga mahu hak mereka, hak mereka seperti mana yang rakan-rakan daripada LPP di kawasan luar daripada MADA dapat, dan mereka juga mahu dapat selain daripada baja tambahan seperti mana dasar yang dibuat oleh pihak kementerian selama ini.
Tuan Pengerusi saya juga ingin bangkitkan masalah petani di kawasan saya dan saya rasa ini juga melibatkan Kuala Kedah dan kawasan-kawasan pertanian yang lain sama, iaitu tentang duit yang lambat sampai, dari segi insentif padi dan sebagainya.
Walaupun kita sedar di antara punca-punca kelewatan pembayaran bagi insentif penghasilan padi, insentif pengeluaran padi ini sukar untuk kerajaan lakukan dengan kadar yang segera, disebabkan oleh sikap petani yang suka menyewa tanah dan suka menukar buku subsidi berkali-kali dalam setahun dua tiga kali dan sebagainya, jadi menukarkan pembayaran dibuat.
Jadi dalam hal ini saya cadangkan kepada pihak kementerian supaya subsidi ini terus dimasukkan ke dalam harga padi kerana apa yang kita lihat sekarang ianya diberikan
Dato’ Ismail Kasim - Arau
tidak selaras kerana tiga agensi yang terlibat untuk mengendalikan pembelian subsidi ini, pertama ialah Bernas Subsidi yang dipertanggungjawab, PPK Input Pertanian, kawal selia Subsidi Beras, ini tiga agensi.
Jadi untuk kita melihat perjalanan subsidi ini lebih lancar yang menyebabkan petani-petani tidak lama menunggu kerana kita faham Tuan Pengerusi kalau petani-petani ini, itulah harapan mereka dan itulah pendapatan yang mereka ada, itulah yang mereka perlu belanjakan untuk kehidupan seharian. Jadi kalau dipercepatkan bayaran kepada mereka sudah tentu mereka amat menghargai pemberian kerajaan ini. Ini kerana kalau petani pun sekarang ini dia merasa pening kerana banyak sangat tauke ataupun agensi yang mereka perlu hubungi bagi mereka mendapatkan pembayaran seperti ini.
Tuan Pengerusi, saya di sini bagi memastikan kelancaran, saya juga mencadangkan kalau boleh pihak kerajaan mempertimbangkan bahawa pemberian subsidi ini boleh kita salurkan kepada koperasi-koperasi yang dianggap ianya lebih kita dapat kawal, kita dapat pantau dan kita dapat lancarkan pembayaran kepada petani-petani yang setia menunggu ini.
Tuan Pengerusi, selain daripada harga subsidi ini dimasukkan terus kepada harga padi, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berhubung dengan Projek Separa Perladangan ataupun PPSP dan juga mini estet, PPK dan sebagainya.
Pada saya, menurut laporan-laporan ataupun keluhan dan rintihan yang diberikan oleh petani, mereka merasakan projek ini baik, peningkatan hasil berlaku dan ada sesetengahnya kalaupun tidak mencapai hasrat kerajaan, telah hampir mencapai. Ini merupakan di antara perkara-perkara yang memang memberi kebaikan kepada para petani.
Jadi kita minta di sini supaya semua urusan berkaitan dengan pengangkutan padi ke kilang- kilang ataupun ke pusat belian dan sebagainya harus diuruskan dengan sekali upah sahaja.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Harus diuruskan dengan sekali upah sahaja. Kita tidak mahu PPK dan MADA menjadi broker, yang mengambil upah dengan tak payah melakukan kerja apa-apa, dengan mengenakan tambang dua kali kepada petani. Ini secara tidak langsung menimbulkan beban kepada petani sendiri. Maksudnya di sini ialah selain daripada komisen yang diambil oleh PPK ataupun MADA, terlibat juga orang perseorangan yang kalau di utara dipanggil broker, istilah broker, orang tengah. Dan orang tengah ini sebenarnya telah mengaut keuntungan yang cukup mereka kaya-raya di kampung.
Malah setiap kali advance ataupun pendahuluan duit, wang untuk mengerjakan sawah, modal untuk mengerjakan sawah ini, sekarang ini tidak perlu diambil di Bank Pertanian kerana petani ini untuk berurusan dengan bank, dia rasa sesuatu yang lambat bagi mereka. Maka mereka melalui orang tengah yang mendapat duit pendahuluan daripada kilang-kilang dan syarikat-syarikat kilang padi yang menawarkan upah dan mereka ini sentiasa hidup senang dan mereka mempunyai jentera-jentera pembajak, jentera- jentera, traktor dan sebagainya sendiri dan petani-petani bergantung seluruh hidup kepada mereka.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Selama 50 tahun kita merdeka Tuan Pengerusi, saya minta pihak kementerian mempertimbangkan ...
Tuan Pengerusi
Seminit lagi Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Seminit lagi? Banyak lagi Tuan Pengerusi. Supaya pihak kementerian mempertimbangkan hasrat ini supaya peranan orang tengah kita perlu hapuskan mulai daripada saat ini supaya kehidupan para petani masih lagi tidak tertindas dan sebagainya.
Menyentuh tentang insentif hasil tangkapan nelayan. Saya memohon pihak kementerian mempertimbangkan supaya pemberian insentif walaupun pemberian ini berdasarkan kepada jumlah mereka yang mempunyai lesen dan lesen tidak mati yang harus diperbaharui dan sebagainya. Akan tetapi kita minta juga dipertimbangkan insentif berdasarkan hasil tangkapan ini dibagi kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai
Dato' Ismail Kasim - Arau
lesen kerana saya rasa di kawasan saya, masih ramai nelayan-nelayan pantai yang tidak memiliki lesen seperti mana yang dikehendaki oleh pihak kerajaan.
Yang kedua, kita minta bot besar dan juga bot kecil ini, pada masa ini insentif diberi pada kadar sekupang ataupun 10 sen bagi setiap sekilo. Bot besar tidak ada masalah kerana hasil tangkapannya banyak tetapi bagi bot kecil, nelayan pantai ataupun sampan ini, mereka dalam sebulan, mereka dapat menangkap dalam kuantiti yang amat kecil. Jadi pohon pihak kementerian ataupun pihak terutama Yang Berhormat Menteri yang berada di sini mempertimbangkan supaya bot-bot nelayan pantai, bot sampan ini supaya dipertingkatkan sedikit insentif kalau dibandingkan dengan bot besar seperti nelayan C1, C2 dan sebagainya yang sudah tentu mereka akan menikmati insentif dengan kadar yang lebih besar.
Menyentuh tentang minyak subsidi juga, kita minta mereka yang tidak mempunyai lesen nelayan kecil ini supaya berhak juga mendapat minyak subsidi yang diberi oleh kerajaan. Dengan syarat semua pengesahan ini dibuat oleh Persatuan Nelayan Kawasan ataupun PNK atau Persatuan Nelayan Negeri yang pihak kementerian memberi autoriti kepada mereka bagi mengesahkan bahawa mereka yang sepatutnya mendapat subsidi minyak ini dan sekurang-kurangnya membebankan nasib nelayan-nelayan kecil ataupun nelayan-nelayan pantai. Terima kasih.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh Butiran 12000, 13000 dan beberapa butiran lain. Butiran 12000 mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Tuan Pengerusi, sebenarnya rakyat Kelantan dan penduduk luar bandar di Kelantan sangat mengharap dan menyanjung tinggi Menteri Pertanian ini kerana Menteri Pertanian sekarang ini berasal daripada Kelantan, daripada luar bandar untuk membuat beberapa perubahan khususnya di Kelantan. Jadi saya menyuarakan ini bagi pihak rakyat di Kemubu dan juga pegawai-pegawai.
Pertama sekali iaitu di perairan Lembaga Kemubu ini selalu tidak cukup air pada musim-musim tertentu. Jadi saya berbincang sedikit dengan mereka, mereka kata tidak ada jalan lain melainkan kalaulah menteri dapat menggunakan jasa baiknya untuk membuat peruntukan lebih kurang dalam RM40 juta untuk membuat rubber damp, ataupun dam daripada getah merentangi Sungai Kelantan lebih kurang di Jambatan Pasir Mas boleh memberi perairan yang cukup pada perairan Lemal dan juga perairan Kemubu. Ini sangat- sangat penting bagi meningkatkan hasil padi mereka kepada lapan tan ataupun sekurang- kurangnya tujuh tan, sekarang ini empat tan sahaja, pada musim tengkujuh tidak perlu.
Yang keduanya iaitu di Bendang Pokyung Tumpat. Perkara yang mustahak di Bendang Pokyung ini sama dengan kawasan Kemubu juga di sebelah Tumpat iaitu semasa banjir atau semasa hujan, airnya bertakung. Dan juga masa keringnya sangat sedikit sebab jalan ‘casban’ itu sangat tinggi tambah lagi di sebelah Thailand sudah ditambak dan bila ada hujan yang lebat atau banjir, mengalir ke dalam Bendang Pokyung sehingga sebulan tidak boleh hendak keringkan. Jadi pengusaha padi di situ boleh dikatakan tidak boleh buat langsung padi. Jadi saya minta perhatian kepada Yang Berhormat Menteri.
Yang ketiganya, iaitu Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) di bawah butiran 130000.
Apa yang saya hendak bangkit, saya mendapat sedikit hint daripada beberapa orang dari Kerajaan Kelantan tentang Pelabuhan Tok Bali yang telah pun diasaskan lebih kurang 10 tahun dulu lagi masa Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir lagi. Projek ini telah berubah, ada perubahan-perubahannya di bawah LKIM tetapi tidak cukup maju. Jadi pada pandangan ahli-ahli usahawan di sana termasuk dalam kerajaan sendiri supaya kalau boleh menteri mencadangkan kepada Kerajaan Pusat menubuhkan satu lembaga Pelabuhan Tok Bali dengan kerjasama kerajaan negeri. Bagi menjadikan hasrat asal kerajaan pusat untuk menjadikan Pelabuhan Tok Bali ini pelabuhan perikanan laut dalam di mana vessels kita daripada laut dalam ini semua mendarat di sebelah Thailand sekarang ini.
Sedangkan dalam akta perlembagaan ini, kalaulah Pelabuhan Tok Bali ini dapat diwujudkan, dapat disempurnakan kelengkapannya, maka yang mendarat di Thailand itu adalah menjadi satu kesalahan dan boleh ditangkap. Ini masalahnya. Jadi kalau dalam
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
masa rancangan yang kesembilan ke, yang kesepuluh, pihak Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan supaya satu lembaga ditubuhkan untuk benar-benar membangun Tok Bali ini dengan status seperti Lembaga Pelabuhan Kelang ke, Lembaga Tanjong Piai ke dan sebagainya. Ini sangat-sangat mengharapkan usaha daripada Yang Berhormat Menteri.
Yang keduanya dari segi LKIM ini di Pantai Seri Tujuh, satu lagun yang sangat besar yang boleh dikatakan pusat ikan sangkar yang terbesar bumiputera di Malaysia ini.
Akan tetapi dalam masa-masa tertentu oleh sebab perairan KADA ini, mungkin dilepaskan air ini sehingga beribu-ribu malah berjuta ikan mati, ikan siakap ini. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengatasi masalah ini, bagaimana caranya. Supaya air yang dilepaskan ini, yang siakap ini sangat sensitif dengan air tawar supaya tidak melalui lagun itu untuk memelihara perusahaan perikanan bumiputera yang terbesar di Malaysia ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh 170500 di bawah subsidi baja. Saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri kerana di sana ada lagi lebih kurang RM3 juta setengah Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan subsidi baja kepada petani-petani di KEMUBU.
Sedangkan subsidi baja padi ini ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian kerana ada sebab-sebab politik di bawah yang tidak ada di atas, ada berlaku. Jadi kita minta supaya dapat diselesaikan ini melalui LPP ke, dan sebagainya supaya dapat diteruskan subsidi ini dengan sempurnanya di peringkat bawahan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit mengenai butiran 010200 – Perancangan dan Pembangunan Komuniti iaitu 020200. Saya melihat tadi bila menteri yang bertanggungjawab dengan komoditi dan perladangan ini.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Jadi saya rasa satu perkara yang perlu difikirkan, banyak sangat tanah terbiar termasuk di luar bandar, 95% nya di luar bandar. Tanah terbiar ini bukan luas, ada yang satu ekar, ada setengah ekar, ada dua ekar. Jadi saya yakin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini sendiri, mesti ada kerjasama yang besar, yang erat daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pengangkutan dan sebagainya. Sebab tanah-tanah terbiar ini sangat luas. Jadi kalau boleh Yang Berhormat, minta supaya data bank tanah terbiar mengikut jenis status tanah. Padi berapa, lot kampung berapa, lot getah berapa, kelapa sawit berapa?
Jadi ini patut diadakan. Kita seharusnya ada satu perancangan sifar tanah terbiar.
Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras perkara ini dan kalau perlu kita ada satu akta pemulihan tanah terbiar. Dalam pemulihan tanah terbiar ini kalau akta ini ada, mana-mana tuan tanah yang tidak dapat mengusahakan sendiri diwajibkan sebagaimana yang telah dijalankan sekarang ini share dengan pengusaha lain.
Kalau tidak juga kita naikkan hasil tiga kali ganda, empat kali ganda. Kalau tidak juga mungkin kerajaan boleh rampas diberi kepada orang lain. Ini kalau ada akta ini.
Tuan Pengerusi
Dua minit.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Ya. Jadi akta ini sangat perlu kerana di sinilah duduknya kalau kita dapat pulihkan tanah terbiar di kampung- kampung terutama yang tidak lot padi ini, kita boleh menahan sedikit sebanyak hijrah penduduk kampung ke bandar. Kita boleh bincang menurunkan inflasi kerana dalam rancangan bumi hijau itu termasuk ini. Bukan termasuk tanah yang luas tetapi termasuk tanah-tanah kampung untuk menghijaukan tempat mereka. Kita boleh menurunkan inflasi dan juga menurunkan kebergantungan kepada import daripada luar terutama sekali dari segi sayur, daging dan sebagainya yang merupakan sampai sekarang ini hampir RM20 bilion import daripada sana.
Jadi saya yakin terutama orang Melayu kalau tidak ada paksaan sedikit mereka tidak akan buat kerja tetapi kalau ada paksaan sedikit dengan melalui akta mereka akan buat kerana ini menguntungkan mereka sendiri. Ini juga membantu untuk kita menghapuskan kemiskinan yang tegar sebagaimana yang menjadi wawasan kepada Kementerian Luar Bandar. Ini saya cadangkan supaya diambil kira perkara ini sebab saya tengok sekarang ini buah mempelam, buah pauh, mempelam daripada India sudah melambak di Kuala Lumpur.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Bererti ada kerjasama di antara pengangkutan TATA di sana dengan Air India itu sehingga dia sampai ke sini. Kenapa Kementerian Pengangkutan kita tidak mencadangkan satu hab-hab kargo di tempat-tempat tertentu untuk di bawa ke luar negara. Kita tengok Thailand sahaja, hari ini sahaja mereka mengeluarkan buah, seminggu lagi ada di Jeddah.
Ada ini buah mempelam itu ada di Jeddah, buah durian ada di Jeddah, buah rambutan ada di Jeddah. Kita tidak ada sedangkan kita pengeluar yang terbesar dan berlambak di kampung-kampung. Jadi satu jawatankuasa penyelaras di peringkat atas untuk menyelaraskan bagi menggubal satu dasar pemulihan tanah terbiar ini perlu diadakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bercakap dalam perkara 040000 - Perikanan, 040200 - Pengurusan dan Perlindungan Sumber ikan. Juga saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua tentang peranan MARDI, Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia dan juga FAMA - 00100 dan Bank Pertanian Malaysia. Saya mohon izin Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Terima kasih.
Perkara yang pertama tentang isu pengurusan dan perlindungan sumber-sumber di negara kita, ikan sebagai contoh. Saya hendak bawa perkara ikan layar di Rompin. Ikan layar ini di Rompin kawasan timur termasuk Kuantan, satu tempat yang terbaik di dunia. Kadang- kadang orang-orang pergi melancong ke Maldives dan kawasan-kawasan yang lain, pergi seminggu tidak mungkin dapat satu ikan layar pun tetapi datang ke Rompin insya-Allah satu hari boleh dapat. Itu tempat yang baik tetapi malangnya Tuan Pengerusi, baru-baru ini ada satu pukat yang digunakan.
Saya ingat ini lebih teruk daripada pukat harimau ini, pada bawah sampai ke atas permukaan sehinggakan ikan layar ditangkap di kawasan-kawasan perairan di Johor, ada sup ikan layar. Ikan layar ditangkap, ini saya minta supaya satu usaha dari segi penguat kuasa Tuan Pengerusi, supaya melindungi khazanah yang kita ada ini yang membawa satu sumber pendapatan yang amat tinggi sekali. Mereka yang terlibat di masa musim ikan layar tidak perlu lagi keluar menangkap ikan, pendapatan daripada membawa pelancong daripada luar negara sehingga 30, 40 buah negara datang ke Rompin untuk melancong, untuk menangkap ikan layar.
Kewajaran saya minta supaya kerajaan mengambil tindakanlah sebab ini pertama membanteras dari segi melindungi sumber kita, yang pertama membina satu sumber industri yang baru di kawasan luar bandar. Kedua, kesempatan saya ambil juga dari Tuan Pengerusi tentang isu padi ini. Dahulu kita ada dasar saya lupa Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan nanti, 80%, 90% tetapi sekarang sudah timbul satu pertanyaan. Oleh sebab dasar kita hanya menanam padi tidak 100% saya lupa berapa 80%. Mungkin ada dunia mengatakan ini mungkin kena kaji kembali. Adakah kerajaan hendak kaji kembali supaya kita hanya tanam 80% sahaja permintaan negara kita. Ada yang mengatakan dasar itu tidak sesuai lagi.
Saya minta daripada Yang Berhormat Menteri apakah kerajaan mengkaji kembali dasar ini kerana sekarang kita dalam suasana kos makan yang tinggi ini, amat penting kita mengawal harga. Tekanan harga beras naik kerana kita biasa import. Adakah saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri yang menimbang tentang dasar yang dahulu, sekarang kita kena ada buat perubahan. Kerajaan buat perubahan saya yakin belah sana cakap berkobar-kobar tetapi dia tidak buat, kita buat. Ini yang klon ini. Tuan Pengerusi saya ingin beralih kepada subsidi harga padi tadi bahawa kita mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana masih lagi terus walaupun dalam tekanan kewangan kepada negara tetapi terus untuk membela masyarakat tani di luar negara teruskan subsidi pagi dan subsidi baja.
Namun demikian saya minta maaf kepada rakan saya nyatakan mengenai Rompin sedikit. Dahulu Rompin sudah memohon supaya Rompin ada jelapang padi tetapi belum ada kelulusan daripada kerajaan. Saya hendak bertanya sama ada kerajaan hendak buat keputusan untuk permohonan masyarakat warga Rompin supaya Rompin juga menjadi
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
jelapang padi kerana apa datang sini Tuan Pengerusi. Kalau tidak diiktiraf sebagai jelapang padi mereka tidak dapat subsidi harga dan subsidi baja seperti juga warga negara petani- petani yang lain. Mana yang diberi saya berterima kasih kepada kerajaan dia beri sementara waktu sahaja tetapi saya takut nanti bila tidak diumumkan secara official dengan izin, jelapang padi takut ditarik balik subsidi baja dan subsidi padi ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Selepas ini saya bagi, biar saya habis dulu. Ini Yang Berhormat Pokok Sena hendak kacau, bila saya cakap tentang klon saya beri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Betul. Ini pandai politik ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Baik terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat daripada Rompin. Saya sebut ini pasal saya bersetuju usaha untuk mewujudkan jelapang padi di Rompin sebab ramai orang Kedah yang pergi buat penerokaan untuk membuka tanah-tanah sawah padi di sana. Cuma yang saya hairannya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat, waktu Yang Berhormat duduk di...
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Penjelasan pada sana bukan pada saya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Waktu Yang Berhormat duduk dalam Kabinet dulu tidak bersuarakah?
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Tidak Tuan Pengerusi, ini point of order, penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri bukan pada saya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Eh, bukan point of order, saya minta penjelasan.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Tuan Pengerusi, mana peraturan, penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri kah kepada saya?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan pada Yang Berhormat lah fasal Rompin ini. Saya minta penjelasan daripada dia.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Ini sudah terbalik ini.
Ini susah orang klon ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Waktu dia duduk dalam menteri Kabinet dulu dia tidak hendak bercakap kah? Dia dok fikir naik pergi ke angkasa sahaja, duit habis banyak.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Terima kasih, kacaulah ini. Ini geng klon ini, yang geng tulen baik cadangan tetapi yang klon lain cerita.
Minta maaf Tuan Pengerusi, kadang-kadang mengusik itu kena minta maaflah. Ini saya hendak bertanya sedikit tentang isu jelapang, yang satu lagi Tuan Pengerusi saya hendak menyentuh sedikit dan saya bersetuju dengan... Saya lupa sahaja ini, ya Yang Berhormat Pengkalan Chepa sebab cadangan yang baik, yang klon ingat nama yang tulen terlupa minta maaflah.
Ini pemasaran FAMA ini kita dengar keluhan macam di kawasan luar bandar bukan sahaja di Rompin. Masa musim durian berlambak durian, musim rambutan sehingga saya dengar dia kata, awak hendak rambutan ambillah sendiri, saya tidak mampu hendak mengupah orang potong rambutan. Saya setuju dengan dia, adakah kita sudah dengar cerita ini, 20 tahun sudah cerita ini.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Saya minta kalau boleh dengan menteri yang baru ini yang PhD kepakaran tinggi kita bukti kita lebih baik daripada yang sana. Yang sana angan-angan jadi belah sini sahaja... [Ketawa] Saya juga ingin menyentuh Tuan Pengerusi perkara Bank Pertanian. Ini 150000, tahniah kepada Bank Pertanian nampaknya dengan branding yang baru satu wajah yang baru tahniahlah. Tahniah kepada kerajaan, menteri dahulu menteri sekarang kita restructure di capitalize the bank. Syabas kepada kerajaan. Saya hendak bertanya sedikit di Bank Pertanian ini kalau kita hendak pinjaman yang kecil masih lagi diperlukan cagaran.
Bukan sahaja orang kampung mungkin ada tanah tapi kadang-kadang tanah itu kalau di cagar kalau apa berlaku habislah dia.
Yang kedua masyarakat Orang Asli. Masyarakat Orang Asli tanahnya tak ada title, dengan izin. Tanah dia tanah rizab. Saya ada satu masyarakat Orang Asli berjaya buat ikan keli tapi hendak buat pinjaman Bank Pertanian dia minta cagaran. Dia masyarakat Orang Asli. Mana ada Orang Asli ada hak milik dia. Dia tanah rizab. Sebab itu saya nampak bahawa syabas kepada Bank Pertanian sudah ada satu pembaharuan di capitalization, alhamdulillah boleh mampu.
Namun saya ingat ini bentuk bantuan dan pinjaman untuk yang kecil, mungkin security, dengan izin hanya cash flow sahaja. Tak payahlah kita pergi minta cagaran Kalaulah projeknya baik, wang masuknya cantik adakah perlu kita beri cagaran. Sebab apa, selalunya yang meruntuhkan bank bukan yang kecil. Kita tengok di Amerika itu yang meruntuhkan dan merosakkan bank ini hancur bukan yang kecil-kecil, yang besar-besar.
Yang ikan yu yang besar-besar yang meruntuhkan bank bumi dan sebagainya. Itu saya nampak bahawa kena ada satu pembaharuan supaya yang kecil-kecil tak payah ada cagaranlah.
Beberapa Ahli
Setuju!
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Ya, tetapi hang jangan pinjam tahu. Kadang-kadang sebelah sini dia pakai nomini dia pinjam juga. Yang tulen tidak, yang klon ini pinjam... [Ketawa] Yang terakhir Tuan Pengerusi satu perkara tentang MARDI 090000 - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tentang isu biotek ini. Saya baru- baru ini kita hargailah usaha bahawa semua R&D ini disalurkan wangnya kepada MARDI tapi kebimbangan dalam pasaran ini semua wang ini hanya diletak di bawah pembinaan sumber-sumber sahaja, research untuk mendapatkan lebih sumber. Akan tetapi kadang- kadang wang untuk usahawan mengeluarkan produk itu kepada pasaran tidak mencukupi.
Adakah usaha-usaha MARDI ini hendak disatukan dengan usaha-usaha Bank Pertanian sebagai contoh, supaya hendak membina satu produk itu bukan sahaja kita membina teknologi seperti teknologi klon. Itu saya hendak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani beri jaminan kepada saya kerana saya risau sedikit. Kalau salah menggunakan teknologi klon ini ramai lagi yang tulen yang akan menjadi klon PKR ini... [Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tak apa, tak apa. Teruskan. Tak mahu layan.
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Kacaulah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Hei, mana aku punya meruku tak bagi lagilah. Banyak cakap pula. So, saya minta Tuan Pengerusi dari segi isu teknologi ini kita bersetuju kerajaan melabur dalam membina teknologi. Namun teknologi yang dilabur itu mesti membuahkan peluang pekerjaan dan produk. Ramai di kalangan sekarang ini saya berkesempatan bercampur dengan usahawan dia kata mungkin dapat bantuan dari segi R&D nya tapi wang untuk membawa produk ini ke pasaran amat susah.
Kalau pergi ke Bank Pertanian, Bank Pertanian minta cagaran, pergi bank biasa mintakan cagaran. Jikalau membina produk untuk memperkasakan universiti dia kata dia
Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
boleh buat research nya, dapat patennya tapi menghadapi masalah yang sama untuk membawa produk kepada pasaran masih lagi masalah yang sama. Mungkin Tuan Pengerusi hendak diadakan satu sumber venture capital sendiri untuk sektor pertanian. Kita ada venture capital dalam IT ada, dalam biotek ada, tapi dalam pertanian tidak ada.
Mengapa? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bawa kepada kerajaan nanti supaya wujud juga satu dana venture capital khas untuk membawa produk-produk yang dibiayai oleh MARDI.
Saya pun pernah bertanya kepada orang MARDI dan dia kata, “Banyak hasil teknologi yang dikeluarkan oleh MARDI tapi tidak dipasarkan”. Tidak dipasarkan kerana apa? Ini kerana usahawan tidak ada modal. Untuk itu mengapa tidak ada satu bentuk venture capital khas untuk membina produk ke pasaran produk-produk berasaskan tani.
Bagaimana R&D nya kita telah laburkan sendiri di negara kita. Saya mohon izin dan menyokong Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Alhamdulillah. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pertama sekali saya ingin merujuk kepada B.21 Butiran 50000, 60000, 70000 dan 80000 berserta juga dengan P.21 iaitu Butiran 012000 dan 013000. Sekali lagi saya merayu bagi pihak kementerian supaya dapat memberikan perhatian yang serius untuk memperbaiki sistem saliran dan pengairan dengan memberikan peruntukan yang lebih.
Sebab dengan melabur lebih di dalam sistem pengairan dan saliran akan meningkatkan produktiviti atau hasil pengeluaran serta banyak memberikan impak yang tinggi dan besar terutama sekali kita dapati bahawa:-
(i) ia dapat mengurangkan pergantungan beras dari negara luar;
(ii) memenuhi dasar jaminan makanan negara;
(iii) dapat mengurangkan jumlah kemiskinan;
(iv) menaikkan kuasa beli; dan
(v) meningkatkan taraf hidup para petani dari kawasan-kawasan tersebut.
Kalau kita lihat dengan memperbaiki sistem saliran dan perparitan, terutama sekali kita akan dapati bahawa kita akan mengurangkan kemiskinan yang ada di kalangan masyarakat yang ada. Jadi dengan kata lain adalah merupakan sebagai satu serampang dua mata yang kita ada. Jadi tak rugi jika sekiranya kerajaan memperuntukkan lebih banyak. Kalau kita perhatikan bahawa apa yang saya perhatikan daripada peruntukan yang diberikan terutama sekali pada tahun ini, kita dapati bahawa peruntukan daripada RM478, juta iaitu pada tahun 2008, sekarang kita nampak telah berkurangan kepada RM448 juta.
Bermakna kekurangan RM30 juta ini adalah satu yang agak serius juga. Sebab jika kita mengurangkan peruntukan tak sedarkah kita telah mengalami satu masa di mana kita kelam-kabut pada bulan Mei yang lalu. Kita mengalami masalah kekurangan beras di negara kita sehingga sampai sekarang ini kita dapati bahawa kita masih juga mengalami masalah yang sama. Kalau kita tak memberi peruntukan kepada sistem saliran dan pengairan ini saya rasa ini adalah satu punca di mana kita boleh dapat meningkatkan pengeluaran padi untuk negara kita.
Di samping itu, jika sekiranya pada masa yang lalu Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan bahawa dia hendak buka satu kawasan baru di Sabah dan Sarawak, alangkah baiknya kalau kita yang telah pun ada di sini kita perbaikinya dan dengan secara cepat kita akan dapati hasilnya akan meningkat. Jadi dengan kata lain apa yang kita harapkan bahawa dasar kementerian berkehendakkan 10 tan sehektar insya-Allah akan dapat dicapai sekiranya kita memberikan peruntukan yang lebih tinggi kepada sistem perparitan.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Terutama di semua kawasan-kawasan jelapang padi yang ada. Termasuklah apa yang telah saya nyatakan dahulu, saya pernah melihat daripada perjalanan saya daripada Bagan Serai sampailah ke Kuala Lumpur iaitu di Sungai Manik, Telun Intan dan semua sekali kita dapati bahawa sistem perparitannya memang teruk sekali. Sila ambil perhatian.
Ini adalah merupakan satu perkara yang saya amat sedih sekali.
Di samping pada itu juga mengenai dengan butiran bagi 15000, 15600 iaitu Program Kawalan Banjir Kawasan Pertanian.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Kalau kita lihatkan kawasan banjir ini, banjir adalah merupakan satu bala dan bencana alam yang menimpa pada masyarakat. Apa yang saya harapkan kita tidak boleh menyalahkan kepada hujan ataupun menyalahkan kepada alam yang ada seperti air mati ataupun dikatakan sebagai di laut itu dia dengan paras air naik di lautlah, maaf air pasang besar dan seterusnya.
Sebenarnya, apa yang kita perhatikan bahawa ini adalah penyebabnya iaitu kita dapati bahawa kita sendiri terutama sekali sistem yang ada. Terutama kalau kita perhatikan sistem yang ada saya ingin untuk mencadangkan kepada pihak kementerian iaitu;
(i) menjaga dan mengurus sistem pengairan dan saliran dengan sempurna sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kawasan-kawasan ini paritnya tidak kena, dengan semak samunnya, dengan lumutnya banyak, itu ini. Jadi dengan kata lain sekiranya benda itu tersumbat sana sini ini yang menyebabkan banjir ini ada, salah satu sebabnya;
(ii) kita terpaksalah membina dan membaiki ban-ban yang ada, macam di tempat saya iaitu di kawasan Bagan Serai di mana salah satu sungai tidak ada pun ban yang dibina untuk kawasan tadi iaitu di kawasan Sungai Semang, tidak ada ban yang dilakukan, yang dibina di situ. Jadi dengan kata lain apabila hujan sahaja sehingga air melimpah di jalan Sungai Bogak iaitu jalan daripada Ipoh ke Butterworth, air melimpah jalan itu. Jadi dengan kata tadi disebabkan oleh sebab tidak ada ban di Sungai Semang yang ada tadi. Jadi apa yang kita perhatikan kita mestilah melakukan sesuatu kepada kawasan ini iaitu terutama sekali sungai dan parit-parit, kalau kita tahu macam ini misalnya iaitu di kawasan Bagan Serai iaitu kita banyak parit, boleh dikatakan kalau kita perhatikan saya ingat lebih kurang lebih daripada 200 kilometer parit yang ada. Ini patut kita berikan penumpuan yang lebih untuk memastikan sistem perparitannya dengan sempurna;
(iii) satu lagi iaitu yang saya cadangkan supaya mendalamkan sungai dan parit-parit yang ada. Ini adalah satu daripada perkara yang mana kita perhatikan sungai-sungai ini telah cetek, bukan ada apa. Saya perhatikan bahawa saya dimaklumkan bahawa daripada sejak dahulu lagi tidak pernah dikorek parit-parit yang ada. Jadi apabila kita perhatikan di samping daripada itu, pada masa kini kita dapati pemendapan berlaku dari semasa ke semasa disebabkan oleh salah satu sebabnya iaitu dengan penggunaan racun yang berleluasa digunakan pada parit-parit tadi. Jadi apa yang kita perhatikan walau pun saya telah berhubung dengan pihak LPP iaitu pihak Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Saliran, mereka mengatakan mereka tidak dibenarkan menggunakan racun tetapi kita dapati bahawa racun memang digunakan sewenang-wenangnya pada masa kini dan saya telah pun memberi amaran kepada pihak yang berwajib di situ supaya memastikan jangan ada gunakan racun lagi;
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
(iv) mendalamkan kolam Bukit Merah dengan segera sebab apa, kolam Bukit Merah adalah merupakan satu-satunya kolam yang membekalkan air ke kawasan Kerian dan termasuklah juga kalau kita perhatikan bahawa mereka hendak bekalkan kepada Pulau Pinang iaitu sebagai air dan air kolam ini kita dapati bahawa dia telah pun lama dibina iaitu pada tahun 1906. Kita dapati bahawa pada masa kini memang pemendapan berlaku dengan seriusnya. Jadi apa yang saya harapkan supaya pihak kerajaan ataupun kementerian memberikan peruntukan walaupun saya telah difahamkan bahawa pihak JPS telah pun memohon kepada kementerian untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM70 juta, tidak banyak untuk mendalamkan kolam tersebut sebab apa kolam ini jika sekiranya tidak dalam sekarang hanya 30 kaki sahaja dia punya dalamnya. Jika melebihi 30 kaki maka air ini akan dibuka, kalau kita perhatikan bahawa empangan ini ada tujuh pintu empangan yang ada, jika sekiranya kalau dibukakan pintu empangan tadi, kalau tiga sahaja dibuka pun sudah menjadi satu banjir akan berlaku di kawasan persekitarannya.
Jadi apa yang saya harapkan kementerian kaji semula peruntukan ini sebab apa kalau kita melaburkan dengan RM70 juta ini kepada mendalamkan air sungai ini, insya-Allah kita akan mendapati yang pertama sekali kemiskinan dapat dielakkan, dikurangkan, yang keduanya kita akan mendapati produktiviti padi akan meningkat disebabkan oleh sistem yang kita dapatkan;dan
Tuan Pengerusi
Seminit lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
(v) Yang kelimanya iaitu kita cuba mewujudkan retention pond di kawasan-kawasan sebelum itu air sungai yang mengalir ke dalam tasik atau Kolam Bukit Merah tadi iaitu retention pond ini satu kawasan kalau kita perhatikan yang keadaan di Bukit Merah ini, kalau hujan di Bukit Merah tidak ada apa-apa tetapi disebabkan dia sebagai satu kawasan tadahan di mana kita dapati bahawa jika sekiranya kalau hujan itu berlaku di Pondok Tanjung yang akan menerima akibatnya ialah esoknya kita akan mendapat kolam iaitu Bukit Merah akan dalam dan dia terpaksalah tidak boleh tampung air, maka pintu-pintu air akan dibuka Apabila pintu-pintu ini dibuka maka akan jadilah banjir.
Di mana untuk makluman Yang Berhormat semua sekali bahawa dalam masa dua bulan ini sudah dua kali banjir telah berlaku di kawasan Kerian dan ini akan merugikan kita semua sebab apa masa kita rugi, wang ringgit, semuanya rugi.
Oleh yang demikian, apa yang saya harapkan saya mintalah, saya rayu sekali lagi supaya pihak kementerian meluluskanlah cadangan permohonan ini sebab apa saya ingat memanglah tidak rugi dan kita akan dapati bahawa satu keadaan kalau kita melaburkan dengan program ini insya-Allah kita akan dapat mengurangkan kemiskinan. Kalau kita hendak kata miskin tegar ini, maklumlah kalau kita perhatikan di kawasan-kawasan di Lembah Beriah ini kita dapati mereka ini kesian.
Petani saya tengok kiri kanan, air rata pusing sini apa yang depa hendak buat, lagi kemiskinan lagi teruk lagi. Jadi dengan kata lain apa yang kita hendakkan supaya kita laburkan dengan wang lebih kurang RM70 juta tadi buat dengan mendalamkan kolam ini insya-Allah kita akan dapati bahawa benda ini serampang dua mata yang kita ada, terima kasih Tuan Pengerusi kerana diberi peluang, sekali lagi terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya bagi peluang kepada ahli wanita, Yang Berhormat Batang Sadong. Minta maaf Yang Berhormat Kuala Lipis.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana diberi peluang kali ini untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam Jawatankuasa ini membincangkan mengenai P.21. Saya hendak menarik perhatian kepada Butiran 040400 - Pengembangan dan Didikan sekali dengan 040500 - Penyelidikan.
Tuan Pengerusi, saya hendak menarik perhatian mengenai perkara ini kerana kawasan saya iaitu Batang Sadong banyak menghasilkan hasil laut. Kalau kita perhatikan kalau Sadong Jaya misalnya mempunyai banyak hasil laut dan kawasan Gedung dan Simunjan mempunyai keistimewaan sendiri iaitu menghasilkan udang dan juga ikan bulu dan saya hendak menyarankan kalau boleh kali ini digunakan peruntukan untuk mempelbagaikan sumber laut ini untuk menghasilkan buy product daripada dengan izin daripada hasil-hasil laut ini supaya orang tempatan boleh mempelbagaikan hasil mereka untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka.
Butiran kedua ialah 15700 - Rancangan-rancangan Pengairan Sarawak dan juga 15800 - Rancangan-rancangan Saliran Sarawak. Kalau diperhatikan di kawasan penanaman padi misalnya, kawasan kita saya nampak banyaknya sawah ladang ini sudah tua, orang tua-tua mengendalikan kawasan yang sudah lama, sudah tua lah sama dengan orangnya juga.
(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Jadi ia tidak banyak diusahakan dan masih menggunakan teknologi yang lama.
Jadi saya hendak menyarankan sebab apa yang berlaku di sini ialah sistem pengairannya dan juga sistem salirannya sudah tidak teratur. Jadi saya berharap pada kali ini ia juga digunakan untuk menyusun atur semula kawasan-kawasan sawah ladang kerana kalau kita perhatikan padi yang dihasilkan banyaknya tercemar kerana sawah ladang ini dimasukkan oleh air yang telah tercemar dari sungai. Jadi ia memasuki dalam kawasan sawah ladang.
Jadi saya berharap peruntukan kali ini diberi tumpuan untuk membantu petani-petani dalam perkara membantu dari segi menyusun atur sawah ladang mereka.
Butiran ketiga pula iaitu 04700 mengenai Pembangunan Industri Padi. Lagi sekali saya hendak menyatakan di sini bahawa kawasan Batang Sadong mengeluarkan hasil padi. Jadi saya hendak menyarankan kalau boleh dibina Institut Penyelidikan Padi di kawasan Batang Sadong kerana kalau tidak kawasan ini tidak begitu didatangi orang.
Kalau kita membina Institut Penyelidikan Padi, sekurang-kurangnya mereka yang berminat dalam bidang ini dan juga mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini akan datang melihat sendiri bagaimana keadaan di kawasan penanaman padi dan juga boleh membantu dan sambil itu membuat penyelidikan di kawasan ini.
Seterusnya ialah Butiran 00500, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Di kawasan kita juga terutama sekali di kawasan Sadong Jaya, saya nampak sendiri banyak jualan hasil laut dilakukan. Akan tetapi tempat berjual itu tidak teratur. Jadi saya berharap kalau boleh diperuntukkan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membina pusat jualan hasil laut supaya ia lebih teratur dan ia boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli hasil dari laut di situ.
Akhir sekali ialah mengenai Butiran 10970, Kemudahan Penguatkuasaan Veterinar. Saya hendak mengambil perhatian pada Jawatankuasa ini terutama sekali kepada pihak kementerian untuk memastikan sebab kita tahu pemeliharaan binatang- binatang ternakan ayam, kambing, lembu ataupun khinzir. Kalau boleh saya menyeru di sini pihak penguat kuasa dalam bidang ini untuk memastikan sama-sama kita memelihara environment, alam sekitar. Kalau boleh dikuatkan lagi penguatkuasaan itu, diketatkan lagi penguatkuasaan itu untuk memastikan pengaliran air dari binatang ternakan tersebut pergi ke satu tempat yang lebih teratur untuk memastikan agar sungai tidak tercemar.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi. Boleh saya?
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Sebenarnya saya baru hendak habis.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, sikit saja fasal Sarawak ini banyak batang, Batang Sadong, Batang Lupar dan Batang Ai. Hendak bertanya saja Tuan Pengerusi kalau Tuan Pengerusi izinkan. Di Batang Sadong ini ada atau tidak telur penyu? Itu saja hendak tanya.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Terima kasih. Terubuk ini ada tetapi tidak begitu banyak kalau berbanding dengan kawasan Batang Lupar. Kita memang ada terubuk.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, telur penyu.
Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong
Oh, telur penyu. Maaf, tidak ada. Tidak ada. Bukan kawasan kita. So, minta maaf tidak dengar.
Jadi itu saja lima perkara yang saya hendak bawakan tadi Tuan Pengerusi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang tiga ini dalam setiap apa pun bercakap. Yang dekat sikitlah. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi yang paling mulia.
Tuan Pengerusi
Lima minit ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya ingin berterima kasih kerana saya diberi peluang berucap dalam Bekalan P.21 dan saya ingin merujuk 180600, Dasar Jaminan Makanan Negara. Apa yang saya perhati pengalaman saya dan juga penglibatan politik saya yang telah membawa saya dalam arus pertanian di mana sayur-sayuran yang dikeluarkan di Cameron Highlands. Cameron Highlands boleh diibaratkan sebagai perutlah untuk pertanian sayur-sayuran jangka pendek di negara ini. Ia menghasilkan sayur-sayuran paling banyak di negara ini. Akan tetapi ada satu masalah besar yang melibatkan pertanian sayuran sayur jangka pendek di negara ini di mana harga begitu berbeza.
Harga sayur-sayuran di ladang misalannya kacang buncis. Saya pun pakar juga tanam kacang buncis ini. Kacang buncis yang keluar daripada ladang, harga di ladang kebiasaannya RM2.00 tetapi apabila jual di pasaran, harganya RM6.50. Saya tidak tahu kenapa perbezaan itu terlalu berbeza dan saya percaya pihak pertanian mesti mengambil langkah-langkah supaya petani-petani yang menghasilkan sayur-sayuran ini seperti terung, kubis dan bermacam-macam sayuran jangka pendek ini yang keluar daripada kebun sayur ini harganya tidak boleh melambung terlalu tinggi.
Jadi ini juga subsidi ataupun peruntukan yang begitu banyak diberikan kepada Jabatan Pertanian tetapi di Cameron Highlands, di pejabat jabatan Cameron Highlands perkakas-perkakas yang digunakan misalnya perkakas untuk menguji pH asid tanah itu, seorang petani itu kena tunggu sampai dua minggu kerana tanah yang diambil daripada kebun itu mahu diuji acid level nya. Apabila tanaman khususnya yang terlibat tersepit kerana masalah ini adalah pekebun-pekebun tomato. Jadi tanah yang diambil untuk diuji itu terpaksa dihantar ke Petaling Jaya yang memakan masa kadang-kadang dua minggu dan tiga minggu.
Ini pengalaman saya sendiri di dalam kebun. Akan tetapi apabila seorang pakar, seorang pakar daripada Amerika Syarikat melawat dan saya berkesempatan bertemu dengan beliau. Beliau kata beliau mahu melawat kebun sayur. Saya bawa dia pergi ke kebun dan mahu menguji tanah. Tiba-tiba dia keluarkan dari begnya satu perkakas yang cuma berharga USD400 saja dan perkakas itu boleh menguji dan saya difahamkan perkakas yang sama juga digunakan di lab di Petaling Jaya dan perkakas itu boleh dibeli oleh pekebun-pekebun dan sekarang pekebun-pekebun Cameron Highlands bukan semua tetapi ramai tidak lagi bergantung kepada Jabatan Pertanian untuk menguji tanah itu. Akan tetapi mereka sendiri membelinya dan merujuk melalui telefon kepada kepakaran ini.
Jadi fungsi Jabatan Pertanian tidak begitu efektif ataupun berkesan dan memang Jabatan Pertanian ada kepakarannya tetapi kenapa kepakaran itu tidak turun ke pekebun-
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
pekebun yang seharusnya ini. Saya sekejap tadi saya perhati laporan di mana Cameron Highlands mereka mengatakan peratusan pekebun-pekebun 80% pekebun Cina, 18% pekebun India dan 15% pekebun Melayu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya ingat hampir berapa puluh tahunlah saya berlegar di kawasan Cameron Highlands dan negeri Perak. Di Cameron Highlands memang tak ada 15% pekebun- pekebun Melayu di situ. Jadi, macam mana mereka dapat angka itu? Adakah ini satu penipuan yang dilakukan terhadap masyarakat Melayu di situ? Adakah ini satu angka untuk menunjukkan saluran subsidi atau sebagainya? Subsidi baja, kebanyakan subsidi baja yang diberi itu saya melihat ada petani-petani yang melakukan pertanian secara kongsi. Pekebun mungkin satu tahun sekali baru dia turun ke kebun. Yang mengusahakan kebun itu adalah pendatang-pendatang asing dan dalam usaha sama itu, subsidi yang disalurkan diberikan kepada kebun itu. Bukan pekebun itu yang dapat keuntungan sebab pendatang asing itu membayar sewa kepada orang yang menerima subsidi itu tetapi subsidi baja dihantar kepada pekebun itu.
Orang tempatan dia tidak terima subsidi tapi pendatang asing ataupun pekebun asing ini yang mengerjakan tanah yang diperuntukkan untuk pekebun tempatan itu pula yang menerima subsidi. Saya percaya duit yang diperuntukkan untuk subsidi itu adalah daripada rakyat negara ini yang membayar cukai dan sebagainya. Yang membayar cukai itu tidak mendapat ganjaran daripada cukai yang mereka bayar tetapi pendatang asing yang mendapat ganjaran daripada itu. Saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serius dalam hal ini dan juga saya dengar ramai rakan-rakan yang cerita tentang penanaman padi, hendak melonjakkan pengeluaran padi, kekurangan padi. Akan tetapi Menteri Pertanian yang ada sekarang iaitu Yang Berhormat Jeli sudah umumkan di luar bukan dalam Parlimen, di luar bahawa pengeluaran padi di KADA dan MADA akan dinaikkan.
Jadi kalau betul-betul kementerian serius menaikkan pengeluaran padi mengikut per hektar, saya percaya kita tidak risau sebab lebih 150,000 hektar tanah yang diusahakan untuk padi atau mungkin saya salah dalam angka itu. Kalau betul-betul kenaikan per hektar itu boleh capai sembilan atau sepuluh metrik tan per hektar ataupun per ekar, maka kita tidak akan menghadapi masalah kekurangan padi ataupun kekurangan beras ini. Akan tetapi pengeluaran itu mestilah diseimbangkan sama seperti pengeluaran pekebun-pekebun di Sekinchan yang tanpa apa-apa anjakan... Mungkin ada anjakan daripada kerajaan tetapi usaha mereka itu menampakkan hasil yang begitu baik sehinggakan mereka adalah petani- petani contoh di negara ini yang memberi pengeluaran yang begitu baik untuk setiap ekar, tetapi ...
Tuan Pengerusi
Seminit untuk gulung Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta menteri serius terhadap pengeluaran KADA dan MADA ini di mana sudah diumumkan mahu dianjakkan. Jadi tak perlu buka yang baru kerana pasti ada pengeluaran yang boleh mencecah daripada pengeluaran tahun lalu. Kalau tahun ini boleh cecah 10%, maka kita akan ada lebih kalau tak silap saya paling kurang 10% lebih daripada kehendak dalam negara ini. Dengan itu saya minta supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani lebih serius dalam peruntukan ataupun sokongan dan dukungan yang diberi kepada petani-petani di negara ini dan khususnya untuk petani-petani sayur jangka pendek Cameron Highlands.
Saya mahu bertanya Cameron Highlands sebuah kawasan pertanian yang paling banyak mengeluarkan sayur jangka pendek di negara ini. Berapa banyakkah peruntukan ataupun sokongan yang diberi oleh kementerian kepada mereka kerana saya melihat tidak banyak sokongan dan dukungan yang diberikan oleh kerajaan. They all dengan izin, surviving on their own. That’s what I mean, surviving on their own.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta kerajaan prihatin dan beri bantuan kepada mereka dan saya juga sedihlah petani-petani Cameron Highlands pada pilihan raya lalu telah memilih Barisan Nasional di mana Ahli Parlimennya daripada parti MIC yang hampir pupus...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Langsung tidak pernah cerita tentang Cameron Highlands dan ....
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sudah lari tajuklah, lari tajuk.
Tuan Pengerusi
Gulung, gulung.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya terima panggilan telefon tengah hari tadi daripada petani-petani Cameron Highlands Yang meminta pertolongan saya...[Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat pernah berkebun, masih berkebun di... Sudah, nanti boleh debat di luar kalau mahu.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mereka minta pertolongan saya, mereka katakan kepada saya mereka sedih. Sedih dengan Barisan Nasional.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tak adalah, mereka tak sedihlah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mereka mahu saya suarakan ini, sebab itu saya suarakan. Kalau...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Seminit saja, seminit.
Seorang Ahli
Mana boleh seminit!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau tuan-tuan sendiri turun dan melihat keperitan mereka, baru kamu rasa.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan-tuan apa tuan-tuan?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Salam reformasi. [Ketawa]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya perhatikan ada yang berminat, empat orang.
Dua daripada pembangkang, dua daripada kerajaan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Jadi esok yang... Ada lagi pula berdiri dua orang. Esok walau bagaimanapun yang belum bercakap ini saya sudah nota di sini untuk diberi peluang bercakap. Selepas itu menteri akan menggulung esok selepas sesi soal jawab. Ada nama- nama sudah saya tulis di sini. Majlis bersidang semula sebagai mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis, 13 November 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.37 petang.