Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan kaedah sesuatu fatwa yang diputuskan dan diselaraskan antara negeri-negeri yang mempunyai Mufti Kerajaan Negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran fatwa yang diamalkan di Malaysia melalui tiga tahap atau melalui tiga metodologi. Pertama, arahan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, kedua permohonan atau pertanyaan daripada masyarakat awam dan yang ketiga kajian oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM.
Melalui kaedah arahan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, proses pengeluaran fatwa bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat.
Manakala permohonan atau pertanyaan daripada masyarakat awam, proses pengeluaran fatwa ini adalah melalui permohonan daripada masyarakat Islam atau pihak- pihak tertentu. Isu-isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja yang berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Panel Kajian Akidah mengikut kategori isu yang dibincangkan.
Manakala kaedah yang ketiga ialah kajian oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM, di mana JAKIM sentiasa mengambil inisiatif dalam mendepani isu-isu semasa yang memerlukan kepada keputusan fatwa atau sesuatu ketetapan hukum di mana hukum- hukum itu mesti diperjelaskan. Dalam hal ini JAKIM menerusi Bahagian Penyelidikan akan menjalankan kajian secara terperinci mengenai sesuatu isu dan akan membentangkannya dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah ataupun Akidah.
Dr. Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertanyaan tambahan saya ialah, Majlis Fatwa Kebangsaan ini sering dilihat begitu lambat, takut dan seolah-olah seperti kekurangan kepakaran dalam mengeluarkan sesuatu fatwa, contohnya dalam isu senaman yoga, akuan bersumpah mubahalah di masjid dan penutupan disko dan juga pusat judi di waktu bulan Ramadan seperti dilakukan di Indonesia.
Tidakkah Majlis Fatwa Kebangsaan bercadang untuk mewujudkan fatwa house yang menyediakan khidmat online supaya orang ramai boleh bertanya tentang sesuatu permasalahan fatwa baik dalam soal perniagaan, kewangan, perkahwinan, politik wang sebagai contohnya supaya mereka ini mendapat maklumat yang lebih segera. Fatwa house ini boleh juga melakukan penyelidikan-penyelidikan mengenai fatwa bagi menghasilkan hujah-hujah Islam dan saintifik yang lebih kukuh supaya kredibiliti-kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan ini dihormati. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, pandangan itu adalah pandangan yang cukup semasa dan terkini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kontemporari.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya,kontemporari. Maka, apa yang pernah dicadangkan di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Baling pernah mencadangkan supaya Darul Ifta’ diwujudkan. Maka langkah proaktif bagi mewujudkan Darul Ifta’ telah dilakukan dan kelulusan telah diperoleh bagi penubuhan Darul Ifta’ ini bagi mengkaji isu-isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat.
Pada 13 Oktober 2007 yang lalu, kita telah menjemput semua Ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti, Ahli-ahli Parlimen Islam untuk melontarkan beberapa pandangan sebagaimana Yang Berhormat sebutkan dan ini adalah merupakan satu langkah yang terbuka bagi kita mencanai beberapa permasalahan terutamanya isu-isu semasa.
Sebagaimana isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Fatwa mengenai politik wang telah lama diwujudkan, sesuatu yang berkaitan dengan rasuah adalah haram, itu jelas. Sama ada ia dibuat secara langsung atau penyalahgunaan kuasa, memang jelas itu haram.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
UMNO dok amal.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jadi, dalam keadaan itu beberapa usaha akan dilakukan umpamanya untuk orang awam meneliti dan mendapat panduan terhadap sesuatu hukum dan antaranya usaha-usaha untuk mewujudkan perkhidmatan online akan dilakukan dalam waktu terdekat malah kita telah juga menerbitkan keputusan Fatwa Kebangsaan yang berbagai siri mengikut beberapa perkara yang terbaru, umpamanya akikah mengenai rusa. Rusa dijadikan bahan akikah yang tidak pernah ada di dalam nas sebelum itu ataupun ijmak ulama ataupun kias sebelum itu, tetapi perkara ini dibincangkan. Ataupun bagaimana bank money boleh dihukumkan sesuatu, current shock dan beberapa isu dan kalau Yang Berhormat perlu, saya akan serahkan pada Yang Berhormat perkara ini untuk rujukan termasuk yang terakhir adalah mengenai zakat syarikat,sebagaimana yang pernah dicadangkan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penjelasan saya berkaitan juga dengan apa yang telah ditanyakan sebelum daripada ini yang berkenaan dengan Darul Ifta. Sehubungan dengan penubuhan Darul Ifta ini adakah juga dicadangkan ataupun termasuk dalam perancangan diwujudkan jawatan mufti kebangsaan di peringkat pusat sebagaimana yang dinyatakan tadi diselaraskan fatwa-fatwa ini dengan ketiga-tiga kaedah yang telah ditetapkan tadi.
Untuk penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri menyebut tentang fatwa yang telah dinyatakan tadi tentang masalah-masalah yang timbul; saya rasa perkara yang telah jelas hukumnya tidak perlu kepada fatwa. Rasuah hukumnya haram, tidak perlu lagi kepada fatwa untuk ditentukan sesuatu hukum tersebut. Persoalan yang ingin saya tanyakan adalah tentang Darul Ifta itu yang akan membawa kepada pewujudan sebuah jawatan mufti di peringkat kebangsaan. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saranan untuk rujukan mufti negara ataupun mufti yang bertaraf peringkat kebangsaan memang pernah disarankan di Dewan yang mulia ini dan juga di Dewan Negara serta dinyatakan dalam beberapa media dalam tempoh waktu yang telah begitu lama. Pihak Kerajaan Persekutuan belum berhasrat untuk mewujudkan jawatan mufti negara atau mufti bertaraf nasional atau kebangsaan. Jika timbul keperluan di suatu hari nanti, jika ada kerjasama daripada semua pihak dan diluluskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, saya tidak nampak kenapa jawatan itu tidak boleh diwujudkan kalau ada munasabahnya ketika itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Manakala persoalan mengenai Darul Ifta bukan sekadar kelulusan. Ia sebuah institusi di mana pada peringkat awalnya ia diletakkan di bawah JAKIM, tetapi apa yang telah kita lakukan ialah kita akan mewujudkan sebuah jabatan, department by itself dengan izin, yang tidak terletak di bawah JAKIM, tidak terletak di bawah mana-mana agensi yang sedia ada. Akan tetapi terus di bawah Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam dan Darul Ifta ini adalah sebuah institusi bebas yang akan mengkaji, menilai, meneliti serta mengeluarkan fatwa-fatwa berdasarkan kepada sumber-sumber hukum ataupun kes- kes terbaru yang wujud di kalangan negara-negara Islam yang lain terutama keputusan- keputusan yang dibuat dalam Persidangan Menteri-menteri MABIM. Hal ini tidak mustahil dapat dibuat dalam kadar segera kerana permohonan untuk mewujudkan jawatan ini telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan saya sendiri telah meneliti permohonan itu. Insya-Allah dalam waktu yang terdekat Darul Ifta ini akan dapat ditubuhkan sebagai sebuah institusi kajian terhadap fatwa di Malaysia ini.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin membetulkan soalan ini sedikit.
Soalan saya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah kerajaan akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan ‘Ismail’ Petra, Pengkalan Chepa. Perkataan ‘Ismail’ itu tertinggal.
2. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah kerajaan akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk pengangkutan kargo bagi produk-produk pertanian dan produk industri kecil untuk eksport.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, urusan pengangkutan kargo darat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu akan diuruskan jika terdapat permintaan mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan ataupun swasta. Permohonan tersebut bolehlah dimajukan kepada pihak MAS Kargo dengan menyatakan jenis, kualiti, tarikh, destinasi penghantaran barangan yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan udara tersebut. Terima kasih.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya...
Dato’ Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tunggu saya, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Pengangkutan kargo udara peringkat kebangsaan telah meningkat 55.6% daripada 393,707 tan kepada 416,770 tan iaitu peningkatan dalam nilai eksportnya sebanyak 44.6% daripada 760 tan hingga 1.1 bilion tan. Industri-industri logistik udara memainkan peranan penting dalam peranan KDNK iaitu pengangkutan dan perkhidmatan penyimpanan barang.
Jadi, saya minta dengan polisi ‘langit terbuka’ khususnya di kawasan serantau ini, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang mana Kelantan ini merupakan salah satu negeri pertanian yang menggunakan tenaga 21% daripada sumber tenaga manusia dan juga industri pertanian ini telah pun dikembangkan dalam bentuk seperti di lojing dan sebagainya yang perlu kepada pengangkutan segera. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ini dibenarkan bagi mana-mana syarikat di rantau Asia untuk eksport.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya tadi cukup tepat bahawa pada masa kini keperluan ataupun permintaan kargo di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tidak ada permintaan yang memberangsangkan. Namun sebagaimana yang saya katakan bahawa sekiranya ada permintaan yang mendatang memerlukan kargo yang banyak. Kalau hanya setakat lima atau enam tan, MAS tidak akan datang. Akan tetapi kalau banyak keperluan maka saya rasa tidak menjadi masalah sebab MAS pun mencari keuntungan, jadi ia tidak ada masalah.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Mengenai dengan polisi ‘langit terbuka’ dan sebagainya, negara kita mempunyai perjanjian dengan negara-negara asing sebanyak 10 buah negara, yang mana sebahagiannya telah pun melakukan penerbangan ataupun mendarat di negara kita secara chartered flight. Kalau mereka ingin terbang ke Kota Bharu tidak ada masalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih....
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Arau tidak ada lapangan terbang, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Janganlah kacau saya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Ini giliran kerajaan. Soalan tambahan. Ini kacau daun, ia boleh hilangkan semua idea.
Saya hendak tanya keyakinan kerajaan untuk kita merebut kesempatan hasil daripada pembangunan koridor wilayah dan juga pembangunan pesat di kawasan selatan Thailand.
Di mana kita lihat lapangan terbang ataupun Airport Hat Yai tidak berupaya untuk mengendalikan barang-barang mudah rosak (perishable goods) seperti buah-buahan dan barang-barang yang mudah pecah.
Jadi, di sini harus dilihat bahawa lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini harus dirancang dari segi jangka panjang untuk kita menjadikannya, mengambil kesempatan daripada pembangunan pesat hasrat Kerajaan Thailand untuk meningkatkan keamanan dan kemajuan ekonomi ini dengan kita menyediakan prasarana pengangkutan. Walaupun tidak dalam jumlah penerbangan yang besar seperti Airbus 747 dan sebagainya, tetapi dalam chartered flight yang kecil ini bagi memulakan hab kargo ini. Kalau kerajaan merasakan ia tidak mendatangkan keuntungan, kita boleh buka tawaran kepada syarikat- syarikat swasta. Apa pandangan dan pendirian kerajaan berhubung perkara ini.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya ia tidak ada soalan. Cuma saya ingin menjelaskan sahaja bahawa ini kena mengena dengan Thailand yang tadi itu...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak ada airport, mana ada soalan!
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Jadi, ia tidak ada soalan. Sepatutnya saya tidak memberikan jawapan.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dia itu pakar Thailand.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Dalam menjadikan hab kemasukan kargo di Pantai Timur, maksud saya. Mengambil kesempatan ataupun daripada kemajuan ekonomi yang berlaku di Thailand, Yang Berhormat, mana tidak ada soalan?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Sudah terkeluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tidak mengapa. Kalau sekiranya ada keperluan dan juga Kerajaan Barisan Nasional telah pun melancarkan koridor-koridor sama ada di Pantai Timur ataupun di mana-mana dan kepesatan ini memang kita jangka. Kalau ada permintaan sebagaimana yang saya katakan tadi, kerajaan tidak ada apa-apa halangan. Pihak MAS ataupun AirAsia, mereka mencari keuntungan, kita tidak ada masalah. Jadi apa masalahnya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masalahnya soalan panjang sangat. Secara tepatnya bolehkah lapangan terbang ini dijadikan satu hab dan menggalakkan syarikat persendirian mengoperasinya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ha, Menteri jawab. Menteri jawab.
Jawablah Menteri.
3. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Perdana Menteri menyatakan FELDA Penggeli Timur, Sungai Sibol, Linggiu, Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja telah mendapat hak milik tanah dan terletak di Parlimen Tenggara dan apakah perancangan FELDA untuk pekan-pekan kecil di ketujuh-tujuh rancangan ini untuk mewujudkan pusat pertumbuhan bandar baru.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara yang begitu prihatin kepada masalah di kawasannya. Jawapan untuk soalan tadi, suka saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa FELDA Penggeli Timur, Sungai Sibol, Linggiu, Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja yang disebut tadi adalah terletak di Parlimen Tenggara di bawah pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru. Rancangan- rancangan tersebut merupakan antara rancangan yang terawal dibuka dalam wilayah Johor Bahru. FELDA Penggeli Timur sebagai contoh dibuka pada tahun 1973, Sungai Sibul; 1974, Linggiu; 1976, Bukit Besar; 1965, Bukit Ramun; 1969, Sungai Sayong; 1966 dan Pasir Raja; 1964. Ketujuh-tujuh buah rancangan menempatkan sebanyak 2,916 keluarga atau kira-kira 18,000 penduduk.
Secara umumnya, ketujuh-tujuh rancangan ini mempunyai kemudahan asas dan prasarana seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan awam yang meliputi dewan, balai raya, sekolah, masjid dan sebagainya. Pendek kata mencukupi. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, di peringkat awal pembangunan FELDA di mana sahaja kawasan, penyediaan infrastruktur ini disediakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Majlis Tempatan dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan ini dibiayai melalui sumber pembiayaan kerajaan. Oleh kerana peruntukan tersebut pada masa ini tidak lagi diperolehi, maka FELDA hanya menyediakan peruntukan dalaman mengikut kemampuan yang ada bagi keperluan infrastruktur asas di tanah rancangan seperti memperbaiki taraf perparitan dan kerja-kerja pembaikan kawasan perniagaan. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan meneliti balik sebagaimana yang dicadangkan kepada Yang Berhormat tadi, untuk meneliti semula pembangunan pekan-pekan kecil di rancangan yang lama, khususnya yang berbentuk gugusan di kawasan Ahli Yang Berhormat.
Tumpuan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan nanti ialah menyusun semula kawasan perniagaan dengan membina premis dan ruang perniagaan yang lebih terancang untuk faedah masyarakat. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Saya ucapkan terima kasihlah kerana maklumat itu semua ada pada menteri dan sudah tentulah Menteri kena tahu maklumat itu. Bandar atau pekan yang ada di ketujuh-tujuh rancangan FELDA saya ini usianya sudah 40 tahun tetapi sampai hari ini pekan yang ada di bandar FELDA ala pekan cowboy.
Jadi saya sekarang hendak tanya, adakah bajet yang diperuntukkan oleh FELDA untuk penyusunan semula pekan-pekan ini menjadi pusat pertumbuhan bandar baru yang terletak betul-betul di sempadan Iskandar Malaysia. Saya pun hendak tahu adakah perancangan yang dibuat dalam masa terkini ini untuk merancang pembangunan ini dan adakah masyarakat setempat dan Ahli Parlimen diajak berbincang sama. Saya tahu yang infrastruktur itu semua sudah siap di kawasan saya, cuma bandar baru ini yang saya perlukan. Terima kasih banyak-banyak.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Garangnya. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Tenggara, saya ucapkan terima kasihlah. Begitulah dia pendirian Ahli-ahli Barisan Nasional kita yang selalu melihat kepada keadaan yang lagi baik daripada apa yang ada sekarang. Maknanya dulu Yang Berhormat Kalabakan tanya berkenaan kawasan dia, begitu juga yang lain-lain. Beginilah sifat...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Menteri sahaja tidak pandai jawab.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
...yang begitu prihatin kepada masalah masyarakat tempatan. Begitu juga di pihak FELDA. Sebenarnya kenalah kita sedia maklum bahawa FELDA ini merangkumi ada 11 wilayah FELDA di serata tanah air. Kita mempunyai lebih kurang 317 rancangan dalam 11 wilayah ini termasuklah apa yang disebut tadi Wilayah Johor Bahru kita ada 42 rancangan dan di Johor sendiri kalau hendak termasuk Wilayah Segamat, kita ada 73 rancangan di negeri Johor. Jadi dengan mengambil kira Johor sahaja, kita lihat di situ bahawa kita ada perancangan.
Sebab itu saya minta Yang Berhormat bersabarlah kerana perancangan itu bukan sahaja untuk Tenggara, tetapi juga di kawasan-kawasan lain. Kita akan melihat ini untuk hendak dijadikan semua pekan cowboy yang disebut tadi menjadi bandar-bandar baru, menjadi bandar-bandar besar. Contohnya, kita telah mula melaksanakan projek perumahan ataupun bandar baru ini dalam konsep FELDA Jaya dan konsep ini pun telah kita laksanakan di Wilayah Timur di Mempaga, Pahang. FELDA telah membelanjakan RM55.1 juta untuk di Wilayah Timur. Sebagai contoh, di Wilayah Selatan, kita buat di FELDA Raja Alias di Jempol dan memakan belanja RM64.17 juta, ini di Wilayah Selatan. Di utara pula, kita telah mula buat di FELDA Trolak di Perak dan memakan belanja RM64.7juta.
Jadi hasrat Yang Berhormat itu kita akan ambil kira dalam perancangan secara umum ini. Insya-Allah satu hari nanti kita akan bawa berbincang dengan Yang Berhormat dan juga mereka yang berkepentingan bagaimana tempat masing-masing itu hendak kita bangunkan. Jadi saya ingat puas hatilah, Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan untuk Timbalan Menteri. Saya tekun mendengar jawapan Timbalan Menteri, saya tidak ada sedikit pun keraguan tentang kesungguhan kerajaan bangunkan FELDA dari segi fizikal. Akan tetapi yang saya hendak timbulkan ialah membangunkan manusia yang duduk dalam kawasan FELDA itu. Dua hari lepas, 31 anak- anak FELDA di Kota Tinggi kena tangkap kes dadah.
Tadi saya dengar sahabat saya dari Johor, Tenggara tadi beritahu adanya pekan di kawasan FELDA ini macam pekan cowboy. Pekan cowboy ini yang berkuasanya sheriff, kemudian ada ramai samseng dan tidak ada undang-undang dalam satu kawasan pekan cowboy. Jadi saya hendak bertanya soalan tambahan kepada Timbalan Menteri ini ialah setelah diterangkan tadi berjuta-juta ringgit untuk pembangunan fizikal FELDA, apa pula rancangan untuk membangunkan, khususnya generasi kedua ini supaya betul-betul dapat melengkapkan maksud pembangunan yang bersepadu. Terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua serta sahabat saya dari Machang, kalau ikut daripada soalannya, saya ingat tidak ada kaitan dengan soalan asal sebab soalan asalnya tadi tertumpu kepada pembangunan pusat pertumbuhan bandar baru. Jadi banyak dia punya jawapan.
Untuk jawapan khusus kepada soalan Yang Berhormat Machang tadi, saya memerlukan masa yang agak panjang sebab usaha yang telah kita buat, yang sedang kita buat dan akan terus kita buat ialah beberapa program yang bersifat pembangunan modal insan itu sendiri yang melibatkan anak-anak peneroka di luar daripada kawasan dan ini memerlukan masa yang panjang. Untuk itu memerlukan satu soalan khusus daripada Machang nanti dan insya-Allah saya akan terangkan.
Yang pentingnya, kesempatan ini saya hendak menyeru bahawa perlu kita untuk menyahut dan menyambut segala rancangan ini secara bersama, tidak bolehlah hendak serahkan ini soal FELDA, biar FELDA menyelesaikan, tidak begitu keadaannya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya sarankan supaya kita semua sama-sama rasa terpanggil bahawa masalah ini ialah masalah kita semua. Jadi bersama-samalah dan insya-Allah pada masa akan datang saya akan beri jawapan yang lagi terperinci soal pembangunan modal insan itu sendiri. Minta maaf. Terima kasih.
4. Tuan Azan bin Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah penjimatan setelah penstrukturan semula subsidi minyak semenjak tahun 2005 dan berapakah yang telah dibelanjakan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota bersama dengan pertanyaan Yang Berhormat Sik yang dijadualkan pada 25 November 2008 kerana kedua-dua pertanyaan ini menyentuh perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM8.8 bilion. Sekiranya harga petrol dan diesel masing-masing dikekalkan pada kadar RM1.92 seliter dan RM1.58 seliter, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM28 bilion setahun iaitu melebihi tiga kali ganda berbanding tahun 2007. Anggaran dibuat berdasarkan harga purata petrol, produk petrol, diesel dan LPG bagi bulan Mei 2008 yang pada masa itu bersamaan dengan harga purata crude WTI USD125 setong.
Amaun ini adalah tidak termasuk anggaran kehilangan hasil kerajaan daripada cukai jualan sebanyak RM7.8 bilion. Pada 5 Jun 2008, kerajaan telah menstrukturkan semula subsidi minyak dengan menaikkan harga minyak di pam sebagai langkah mengurangkan tanggungan subsidi minyak oleh kerajaan di samping membendung aktiviti penyelewengan dan penyeludupan. Pada masa yang sama, kerajaan telah melaksanakan langkah seperti pembelian rebat tunai serta menambah fleet kad diesel untuk mengurangkan impak kenaikan harga pam ke atas golongan sasaran. Kenaikan harga minyak ini dapat mengurangkan tanggungan subsidi minyak kerajaan manakala tanggungan subsidi minyak diesel tidak banyak berubah memandangkan sektor pengangkutan awam dan syarikat pengangkutan masih menikmati pembelian diesel pada harga RM1.43 seliter di mana ia meliputi hampir keseluruhan permintaan diesel di stesen minyak.
Pengurangan tanggungan subsidi petrol adalah sebanyak RM8.6 bilion. Daripada jumlah ini, RM6.6 bilion telah disalurkan melalui pemberian rebat tunai, bantuan kepada nelayan, bot penumpang dan pengurangan cukai jalan. Pengurangan subsidi bersih daripada langkah penstrukturan semula sistem subsidi adalah sebanyak RM2 bilion. Walau bagaimanapun, perbelanjaan bagi peluasan jaringan keselamatan sosial dan pengukuhan jaminan makanan, petrol, subsidi padi dan stok penimbal beras melebihi RM2 bilion. Tidak ada penjimatan pada tahun 2005 dan 2006 manakala bagi tahun 2007, kerajaan memperoleh penglibatan RM500 juta yang digunakan untuk perbelanjaan pengangkutan awam. Terima kasih.
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, mengikut laporan dan juga pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri semasa harga petrol dinaikkan 70 sen, penstrukturan ini menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM4.4 bilion diikuti oleh kenaikan sehingga 78 sen yang juga membawa penjimatan akibat penstrukturan semula sebanyak RM13.7 bilion. Dicampurkan dua kali kenaikan ini berjumlah RM18.1 bilion dan ada perancangan yang telah dibuat seperti kata jaminan sosial masyarakat, jaminan bekalan makanan negara dan sebagainya dibelanjakan.
Soalan tambahan saya ialah, semalam Menteri Kewangan telah mengumumkan tambahan RM7 bilion yang dikatakan hasil daripada penjimatan kenaikan penstrukturan semula harga petroleum. Kalau dicampurkan dengan jumlah ini menjadikan satu angka yang jauh berbeza daripada yang kita dengar tadi. Saya nak tanya di sini, apakah mekanisme atau parameter yang kita gunakan sekali lagi untuk menghasilkan tambahan RM7 bilion penjimatan ini dan sekali lagi matlamat yang kita nak tahu di sini ialah bagaimana perkara ini dihasilkan atau dapat dikira dan sekali lagi dibelanjakan. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebab itu semalam jangan keluar Dewan. Ini keluar lari lintang pukang buat apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Azan bin Ismail - Indera Mahkota
Ini soal RM7 bilion tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bukan ada apa pun semalam.
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila Menteri.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, RM7 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam adalah berdasarkan kepada Bajet 2009 di mana oleh kerana harga minyak telah menurun, maka terdapat penjimatan sebanyak RM7 bilion dan ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam bahawa wang ini akan digunakan dalam 15 sektor keseluruhannya dan saya ingat Yang Berhormat boleh dapat daripada Hansard ataupun daripada akhbar pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya tekun mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat. Tadi tak berdiri pun. [Merujuk kepada Yang Berhormat Arau]. Itu after thought Yang Berhormat, minta maaf.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuba memahamkan dan cuba memahami daripada mana datangnya RM7 bilion itu. Jelasnya dikatakan dan didakwa ia adalah daripada penjimatan self-subsidy, hasil daripada penurunan harga minyak. Pada waktu yang sama saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan sebelum datangnya fuel subsidy ataupun revenue ini, kita mengalami penurunan revenue yang dianggarkan oleh katalah CIMB sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, janganlah berucap Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kepada Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Anggarannya adalah pada setiap penurunan USD10 per barrel, pengurangan revenue sebanyak RM4 bilion dianggarkan oleh CIMB sebanyak RM18 bilion. Kalau kita ambil situ saja, nett nya masih lagi negatif RM11 bilion. Ia merupakan satu yang aritmetiknya jelas tidak mendatangkan RM7 bilion extra revenue kerana....
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebab itu jangan keluar Dewan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Please, kalau tak faham jangan cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, minta tolonglah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kalau tak faham...
Seorang Ahli
Menteri Kewangan tak pernah masuk Dewan pun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dengan kata lain, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kepada Dewan ini mana datangnya RM7 bilion itu kalau kita sudah kehilangan RM18 bilion [Tepuk] Kalau nett-nett masih negatif RM11 bilion.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu tak faham, Yang Berhormat Batu Pahat masih tak faham.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Defisit, defisit bertambah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat seorang saja faham, tak apa.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tolong jelaskan. Kalau tidak, katakan saja RM7 bilion itu adalah daripada borrowing, apa-apa benda bentuknya? Daripada mana pun sumbernya?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jangan retoriklah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Retorik Yang Berhormat Batu Pahat.
Sedia berdebatlah kalau bersedia betul-betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila Menteri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jangan mencelah macam itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ya Yang Berhormat.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memberikan penjelasan yang cukup terang bahawa daripada segi perbelanjaan bajet pada tahun hadapan tidak ada perubahan iaitu sebanyak RM154 bilion. Dalam RM154 bilion itu termasuk RM21 bilion subsidi untuk minyak. Oleh kerana harga minyak turun, maka subsidi itu dapat dijimatkan sebanyak RM7 bilion. Jadi RM7 bilion itu datang daripada penjimatan daripada segi perbelanjaan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya setuju, saya setuju.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Nanti, nanti. Saya belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jangan, jangan. Yang Berhormat Kuala Selangor, jangan argue Yang Berhormat.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bajet pada tahun hadapan akan meningkat defisit kepada 4.8% berbanding dengan 3.6% semasa diumumkan. Ini bermakna bahawa pendapatan negara akan berkurangan. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Aritmetiknya tak betul dengan prediction.
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, teruklah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini Dewan Yang Berhormat bukan pasar Yang Berhormat ya. Saya nasihatkanlah ikut peraturan Dewan. Kalau nak cari pasal, pergi dekat lounge itu bolehlah itu.
5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan keluasan kawasan penanaman kelapa sawit di tanah gambut dan bagaimanakah pengairan dan saliran diurus dengan baik agar tidak berlakunya “subsidence”.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, anggaran keluasan tanaman sawit yang diusahakan di tanah gambut di Malaysia adalah seluas 310,000 hektar. Agihan keluasan mengikut kawasan adalah Semenanjung Malaysia ialah 200,000 hektar, Sarawak ialah 100,000 hektar dan Sabah adalah 10,000 hektar.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, subsidence atau pemendapan tanah gambut dipengaruhi oleh jenis tanah gambut dan sistem saliran selepas pembukaan tanah gambut, umpamanya di kawasan dengan sistem saliran yang baik, subsidence dianggarkan berlaku antara 1.5 meter hingga dua meter. Bagi tempoh 25 tahun selepas tanah gambut dibuka untuk tanaman sawit.
Pengurusan pengairan dan saliran yang perlu diberi perhatian agar kadar subsidence dikurangkan adalah, pertama, mengawal water table, dengan izin di kawasan penanaman sawit di antara 50 hingga 70 sentimeter dari permukaan tanah dan yang kedua mengekalkan tanaman penutup bumi dan rumput untuk mengekalkan kelembapan tanah, sekian.
Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sememangnya kalau kita nak mengelakkan subsidence ataupun mendapan di tanah gambut, kalau kita tanam kelapa sawit, pengurusan air memang amat penting. Ini adalah satu pengurusan yang seharusnya mereka yang mengusahakan tanah gambut, sebab kalau subsidence berlaku, banyak lagi karbon dioksida akan keluar dan juga gas methane yang menyumbang kepada global warming.
Subsidence berlaku kerana kereputan gambut. Soalan saya adalah, bagaimanakah kementerian mengawal agar tanaman kelapa sawit tidak berlaku di tanah gambut yang lebih dalam lagi sebab subsidence berlaku di tanah gambut yang dalam, bukan yang cetek ataupun tidak dalam. Jadi ini adalah satu masalah.
Keduanya, water table daripada permukaan di dalam saliran dan perparitan kenapa ianya mesti 50 hingga 70 sentimeter? Kenapa tidak 100 sentimeter ataupun 200 sentimeter? Bagaimanakah standard ini diperolehi? Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, memang tepat iaitu bagi tanah gambut subsidence kerap berlaku, jadi sistem perparitan atau amalan pertanian yang baik memang amat diperlukan di kawasan tanah gambut kita ini.
Jadi kita memang mempunyai tiga jenis parit iaitu parit ladang, parit pengumpul, parit utama, di mana dilengkapi dengan kunci air dan sebagainya untuk mengawal water table ataupun paras air di tanah gambut ini. Seperti mana diberitahu tadi memang tepat iaitu di jenis tanah gambut yang berbeza mempunyai kadar subsidence yang juga berbeza, misalannya separate horizon, dia punya kadar subsidencenya ialah 1 hingga 1.5 dan henix horizon pula ialah di antara 2 hingga 3 dan fabrik ialah antara 4 hingga 5, namun begitu kawasan penanaman sawit, bila kita lihat secara keseluruhan daripada keluasan tanah gambut di Malaysia iaitu sebanyak 2,000,700 keluasan tanah gambut di Malaysia, hanya lebih kurang 310 ribu hektar yang kita menanam dengan tanaman sawit dan kalau kita lihat pengurusan air ladang yang cekap memang diperlukan antara 50 hingga 70 sentimeter daripada permukaan, ini dapat meningkatkan pertumbuhan pokok dan pengeluaran hasil yang optimum.
Jadi kenapa tidak seratus dan sebagainya, jadi kita memerlukan kadar di antara 50 hingga 70, pertama sekali ialah untuk pengeluaran hasil ke tahap yang maksimum dan pada masa yang sama dapat mengurangkan susutan kepada gambut, sekian.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai penanaman kelapa sawit dan kesannya pada water table dengan izin, kajian menunjukkan apabila luas tanah ditanam kelapa sawit akan jejas water table dalam kawasan-kawasan seperti di Sri Lanka ada buat kajian. Apakah kajian ada di buat di negara kita, memandangkan semalam pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa biodiesel akan digunakan dan memerlukan 500 ribu tan untuk biodiesel dan apakah kesannya atas water table di negara kita ini, adakah kajian dibuat dan langkah-langkah yang akan di ambil, terima kasih
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, memang nampak ada dua soalan yang agak berbeza, pertama sekali mengenai water table yang dinyatakan tadi, di mana kalau seperti yang saya menyentuh tadi iaitu sistem amalan yang baik memang diperlukan supaya kita dapat, memang ada pembinaan, apa kita panggil tide gate untuk mengawal air pasang surut dan sebaginya, kalau kita lihat apa yang disentuh oleh Menteri saya semalam iaitu berkaitan dengan 500 ribu tan yang akan digunakan untuk biodiesel B5, sebenarnya kalau kita lihat itu dapat mengurangkan stok yang ada sebanyak lebih 2 milion itu.
Jadi bukan satu, sebenarnya kita hanya akan menghadapi kadar emission yang tinggi terutamanya di waktu-waktu pembukaan hutan baru dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat dalam jangka masa 25 tahun yang akan datang kadar emission itu adalah agak rendah. Jadi bila dibandingkan dengan tanaman-tanaman lain sawit dianggap sebagai mengeluarkan kadar emission yang paling rendah, sekian.
6. Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sebab kerajaan memindahkan operasi AirAsia dari lapangan terbang Terminal 2, Kota Kinabalu yang menelan ratusan juta ringgit ke Terminal Utama selepas siap nanti. Apakah kerajaan mengakui kesilapan ini dan bukankah tindakan ini suatu pembaziran.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya menyatakan bahawa tanggapan Yang Berhormat bahawa tindakan kerajaan untuk memindahkan operasi AirAsia daripada Terminal 2 ke Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan izin, Kota Kinabalu International Airport merupakan satu kesilapan adalah tidak benar sama sekali, di antara sebab-sebab pemindaan operasi AirAsia daripada Terminal 2 ke Terminal Utama KKIA adalah seperti berikut:-
(i) Sebelum pembinaan projek Terminal 2 KKIA, kementerian telah memutuskan supaya AirAsia memindahkan operasinya daripada Terminal Utama ke Terminal 2 sementara menunggu kerja-kerja projek menaikkan taraf Terminal Utama disiapkan. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang gangguan di atas operasi penerbangan dan kerja-kerja di tapak projek menaikkan taraf KKIA yang sedang dijalankan. Pihak AirAsia telah pun maklum mengenai perkara tersebut dan mereka bersedia untuk memindahkan semua operasi daripada Terminal 2 ke Terminal Utama KKIA apabila projek tersebut siap. Mesyuarat telah di adakan pada pertengahan tahun 2006.
(ii) Matlamat asal menaikkan taraf Terminal Utama KKIA tidak akan dapat direalisasikan di mana bangunan terminal dan parking apron yang ditingkatkan di Terminal Utama tidak dapat digunakan sepenuhnya. Isu passenger transfer masih wujud terutama sekali bagi penumpang daripada ke beberapa lapangan terbang tertentu yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan AirAsia ataupun MASwings
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
(iii) kemudahan operasi Pesawat Parking Apron Terminal 2 adalah amat terhad. Oleh itu pemindahan ini adalah bagi menyokong
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
sebarang keperluan tambahan bilangan pesawat atau keperluan operasi pesawat yang lebih besar daripada Boeing B737 ataupun Airbus A320 serta keperluan perkhidmatan operasi power in, power out;
(iv) jika operasi AirAsia di Terminal 2 diteruskan juga, ia akan memberikan kesan kepada kecekapan kawalan trafik udara di mana masalah runaway crossing akan terus wujud bagi pesawat AirAsia yang berlepas daripada landasan 02 dan yang mendarat di landasan 20;
(v) dengan siapnya terminal utama kelak akan membolehkan operasi pemindahan penumpang, penyambungan penerbangan dengan agen transfer dan connecting passenger akan menjadi lebih efisien dan selesa;
(vi) master plan untuk KKIA akan menjurus kepada pembesaran infrastruktur persekitaran Terminal Utama memandangkan terdapat tanah kosong yang boleh dibangunkan. Ini perlu untuk perancangan perluasan operasi AirAsia pada masa akan datang.
Perkara ini tidak dapat dilakukan di Terminal 2 memandangkan kawasan yang berbaki adalah amat terhad; pada tahun 2007 jumlah pengambilan penumpang KKIA adalah seramai 4.9 juta orang penumpang merangkumi 3.1 juta orang penumpang di Terminal 1 dan 1.8 juta orang penumpang di Terminal 2. Jika operasi AirAsia diteruskan di Terminal 2, sudah tentu akan memberikan imej yang negatif kepada kerajaan yang telah membelanjakan RM1.5 bilion untuk menaikkan taraf KKIA dengan kapasiti 9 juta orang penumpang di Terminal Utama, tetapi terminal tersebut tidak digunakan secara optimum; dan
(vii) Terminal 2 yang akan dikosongkan oleh AirAsia tidak akan dibiarkan begitu saja malahan ia akan dapat digunakan oleh beberapa pihak seperti TUDM, PDRM serta agensi atau syarikat penerbangan lain seperti Transmile, kelab penerbangan, pesawat-pesawat persendirian dan juga sebagai pusat pengendalian kargo udara.
Dengan penjelasan-penjelasan berkenaan, adalah jelas bahawa projek Terminal 2, KKIA bukanlah satu pembaziran malah ia merupakan satu projek dilaksanakan dengan perancangan yang teliti dan berupaya memberikan manfaat besar kepada industri penerbangan khususnya rakyat dan amnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Lagi?
Ada soalan Yang Berhormat Kota Kinabalu? Sila.
Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah sekarang harga minyak sudah turun, tetapi fuel surcharge dalam tambang AirAsia dan juga MAS masih belum turun. Bolehkah beritahu apa sebabnya?
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri fikir tidak perlu jawab, tidak perlu jawab.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Saya ada mendapat maklumat yang terkini daripada pihak AirAsia dan juga MAS. Pihak AirAsia charge nya ialah RM50 sementara MAS ialah RM60. Akan tetapi sebenarnya ialah kerana harga pasaran minyak dunia ini tidak menentu, jadi mereka masih lagi charge. Kalau sekiranya harga minyak ini sudah tetap, pihak MAS dan AirAsia tidak ada masalah untuk menghapuskan surcaj ini.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi penerbangan sektor antarabangsa di antara Malaysia dengan Korea, pada masa dulu harga minyak melambung sehingga USD98 telah pun turun kepada USD62. Itu penjelasan saya. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kalau saya tidak bertanya soalan tambahan, susah kerana kawasan KKIA ini tempat di kawasan Parlimen saya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang cukup jelas kepada sahabat saya yang bersebelahan kawasan saya, Kota Kinabalu. Saya harap Yang Berhormat fahamlah [Ketawa] Ini pembangkang kadang-kadang dia sengaja tidak mahu faham. Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah cadangan atau perancangan oleh pihak kementerian untuk mewujudkan satu connectivity ataupun kalau kita lihat tempat Lapangan KKIA Utama dan LLCT di KK ini kira-kira dua kilometer. Ia bersebelahan. Jadi ini boleh menyusahkan penumpang kalau ia berhubung dengan LCCT. Adakah pihak kementerian ada rancangan untuk membuat satu trainkah yang memudahkan penumpang dari terminal ke Terminal 1?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Menjawab soalan Yang Berhormat Putatan, seperti Yang Berhormat saksikan sekarang ini, pembesaran, pelebaran dan menaikkan taraf jalan raya di antara Terminal 2 menuju ke Terminal 1 telah pun dilakukan. Jadi itulah sebahagian daripada aktiviti dan rancangan yang telah dibuat oleh kerajaan. Terima kasih.
7. Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk melakukan penilaian semula terhadap nilai tanah rizab Melayu memandangkan nilai tanah rizab Melayu kini dinilai sebagai kelas ketiga
(berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pihak bank perdagangan yang memberi nilai kelas pertama dan kedua kepada tanah-tanah freehold dan leasehold).
Timbalan Menteri Kewangan l - Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, aras nilai tanah sama ada bagi tanah rizab Melayu ataupun bukan tanah rizab Melayu atau dipanggil sebagai hak milik terbuka ditentukan oleh kuasa pasaran, iaitu hasil interaksi permintaan dan penawaran harta tanah dalam pasaran.
Secara am, nilai satu harta tanah bergantung kepada kebolehan pasarannya. Kebolehan pasaran pula bersandar kepada ciri-ciri fizikal dan juga perundangan seperti tempoh pegangan sama ada freehold atau leasehold, dengan izin. Dalam hal ini, memandangkan hartanah atau harta tanah rizab Melayu hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu, maka nilainya secara relatif adalah lebih rendah berbanding dengan harta tanah yang tidak ada sekatan terhadap pemilikannya.
Bagaimanapun di bawah Akta Pengambilan Tanah 1990 pindaan 1997, terdapat peruntukan yang menetapkan supaya tanah rizab Melayu yang diambil hendaklah dinilai sebagai tanah tanpa sekatan sekiranya kegunaan pengambilan bukan terhad kepada orang Melayu saja. Maka nilai tanah rizab Melayu berkenaan adalah setara dengan tanah bukan rizab Melayu atau tanah-tanah lain yang tidak ada sekatan pemilikan. Asas nilai tanah yang ditentukan oleh Bank Perdagangan adalah satu keputusan komersial yang ditentukan selepas memperoleh khidmat nasihat panel penilai bank berkenaan. Kerajaan tidak menetapkan aras nilai harta tanah bagi kegunaan bank.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalnya orang Melayu yang ingin membuat pinjaman selalunya dibezakan di antara tanah rizab Melayu dan juga pegangan bebas. Contohnya kita buat pinjaman di Agro Bank. Kadang-kadang dinilai tanah orang Melayu RM10,000 satu ekar, tetapi tanah pegangan bebas ialah RM50,000 sehingga RM100,000 satu ekar. Tempat yang sama tetapi begitu ketara sekali perbezaannya. Jadi saya mohon supaya pihak kementerian mengkaji semula terhadap nilaian tanah rizab Melayu.
Satu lagi perkara tentang pelaksanaan Tabung Amanah Harta Tanah atau ERT di bawah pembangunan ECER yang akan menjadi durian runtuh kepada orang Melayu terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Soalan saya sejauh manakah Tabung
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Amanah Harta Tanah atau ERT ini dapat menguruskan tanah rizab Melayu untuk memangkinkan ekonomi orang Melayu di tiga-tiga negeri ini. Terima kasih.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya maklum tadi, pihak bank menetapkan nilai berasaskan kepada nilai-nilai komersial, di mana apa yang berlaku adalah pihak bank akan mendapatkan khidmat daripada penilai tanah dan nilaian ini akan digunakan oleh pihak bank. Biasanya bagi kawasan di dalam bandar umpama di Kuala Lumpur di Golden Triangle bernilai RM2,000 sekaki persegi, manakala tanah rizab Melayu bernilai dalam RM500. Bagi luar bandar perbezaannya tidak begitu ketara iaitu perbezaan tidak begitu banyak.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Jadi dalam konteks ini saya akan semak bagaimana tanah luar bandar ini harganya begitu ketara perbezaan. Dari segi harta Tabung Amanah Hartanah, saya tidak mempunyai maklumat. Apa yang boleh saya nyatakan dalam perbincangan melibatkan koridor raya, kepentingan-kepentingan bagi orang tempatan termasuk tanah rizab Melayu diberi penilaian dan perbincangan bagaimana untuk membangunkan tanah tersebut supaya memberi kapasiti bukan sahaja kepada pemilik tanah rizab Melayu, dan juga kepada penduduk tempatan, terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya menyambung daripada jawapan awal tadi. Sejak pindaan yang dilakukan oleh kerajaan dalam Enakmen Rizab Melayu yang membolehkan tanah rizab Melayu di seluruh negara dipajak termasuk kepada bukan Melayu dengan tempoh maksimum 60 tahun, apakah hasilnya kerana pindaan ini dibuat pada bulan Februari tahun ini. Apakah hasil dari segi peningkatan nilai tanah di kawasan rizab Melayu dan juga peratusan hasil jualan, nilai komersial yang diambil oleh pihak bank. Terima kasih.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini baru dalam operatif. Jadi saya tidak mempunyai maklumat perbezaan setelah akta ini dipinda. Jadi saya mohon notis.
8. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah jenis program pemulihan yang diberikan kepada pesalah-pesalah juvana, apakah kategori umur pesalah juvana dan bagaimana pihak penjara melayan pesalah-pesalah juvana sewaktu dalam tahanan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor lapan. Tetapi memandangkan Menteri Dalam Negeri tidak hadir, saya dengan izin secara very-very reluctant minta Timbalan Menteri pula. [Dewan riuh]
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak reluctant untuk menjawab, tetapi kalau dibaca Peraturan Mesyuarat, perkataan Menteri termasuk Timbalan Menteri [Tepuk] Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Padang Serai yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, juvana yang ditahan atau menjalani hukuman di penjara adalah merupakan banduan yang berumur 18 tahun ke bawah. Berdasarkan perangkaan Jabatan Penjara Malaysia pada 2 September 2008, menunjukkan terdapat seramai 137 banduan yang berumur di bawah 18 tahun atau juvana yang sedang ditahan di penjara. Daripada jumlah tersebut, seramai 108 daripada juvana berkenaan adalah dalam kategori remand dan 29 pula telah disabitkan atau dengan izin, convicted.
Juvana berkenaan yang terdiri daripada 122 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah ditahan atau menjalani hukuman kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, Akta Dadah Berbahaya, Peraturan Pendaftaran Negara, Kanun Keseksaan dan lain-lain.
Dari segi pengurusan banduan juvana, mereka ditempatkan berasingan dari banduan dewasa di penjara-penjara atau seksyen khas untuk penghuni muda. Seterusnya dari segi
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
pemulihan, mereka akan menjalani program pemulihan khusus untuk juvana di bawah Pelan Pembangunan Insan. Mereka akan melalui empat fasa pemulihan iaitu pembinaan disiplin, pengukuhan sahsiah, latihan kemahiran dan kemasyarakatan.
Penekanan utama yang diberikan kepada pemulihan banduan juvana ialah dalam bidang akademik, kemahiran melalui program pembelajaran sepanjang hayat atau perancangan pemulihan agar mereka insaf, berpendidikan akademik, mempunyai kemahiran vokasional, termasuk kemahiran bersijil serta dapat berdikari setelah mereka dibebaskan. Ada di antara juvana yang masuk penjara tidak tahu membaca, tetapi apabila keluar penjara sudah pandai membaca dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang, terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Timbalan Menteri yang mulia. Saya mendapati, sebab saya pun biasa keluar masuk banyak kali. Saya mendapati bahawa khususnya di Penjara Sungai Buloh dan di Pulau Pinang yang saya sudah biasa, saya mendapati ada ramai banduan di situ yang telah pun menjalani kehidupan penjara semenjak mereka juvanile lagi. Apabila mereka keluar daripada penjara mereka turut keluar masuk, keluar masuk sehinggakan kali terakhir saya di Sungai Buloh saya jumpa dengan seorang yang hanya berumur 20-an sahaja telah sudah sembilan kali keluar masuk penjara. Jadi apa yang saya dapati adalah kaunseling yang kita berikan, memang ada kaunseling yang mungkin cukup diberikan semasa mereka di dalam penjara.
Adakah kerajaan ada mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa mereka-mereka yang di dalam penjara itu, apabila mereka keluar, mereka juga diberi kaunseling ataupun ilmu supaya mereka tidak terjerumus sekali lagi untuk keluar masuk balik dan juga saya di Penjara Sungai Buloh, apabila saya ke perpustakaan, memang ada satu...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Soalan, soalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tunggu dahululah Yang Berhormat Batu Pahat. Tolong janganlah, saya tahu bekas profesor [Ketawa] Memang ada satu perpustakaan yang cukup besar, cukup canggih, tetapi buku-buku yang saya melihat semua kebanyakannya memang out of date, memang tidak sesuai untuk juvenile dan memang tidak ada dan untuk saya juga, saya terpaksa pilih majalah-majalah sahaja. Jadi bolehkah kerajaan membuat satu monitoring system di mana perpustakaan ataupun kaunselor-kaunselor yang keluar masuk ke dalam penjara atau pun di luar penjara itu, mereka ini cukup berilmu dan juga dapat satu interaksi yang baik kerana ramai juvenile yang berbilang bangsa kerana memang saya sedar tidak cukup kaunselor-kaunselor dalam bahasa-bahasa yang boleh ada interaksi dengan juvenile yang berbilang kaum, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai yang mengemukakan soalan tambahan. Masalah kita Tuan Yang di-Pertua adalah mengambil satu kes terpencil dan merumuskan itulah keseluruhan keadaan di penjara.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pendekatan kepenjaraan ini telah berubah. Kalau dahulu banduan atau penghuni dipanggil sekarang, dihukum dan diletakkan di sana sehingga dia keluar. Akan tetapi hari ini disebut pendekatan kepenjaraan dan correctional.
Maknanya usaha-usaha untuk menjadikan banduan ini sebagai manusia yang berguna apabila mereka tamat tempoh tahanan mereka. Oleh sebab itu di antara Piagam Pelanggan Jabatan Penjara Malaysia, adalah menyediakan sistem pentadbiran correctional yang terancang yang bersepadu, cekap, profesional, berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia bahawa banyak di antara bekas-bekas penghuni penjara, apabila keluar dari penjara menjadi manusia yang berguna.
Untuk menyebut sekadar beberapa kes, seorang bekas penghuni yang menjadi penternak yang berjaya di Melaka Pindah, atau penceramah motivasi belia di Changkat Jering atau
Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
pemilik kedai batik di Kampung Badang di Kota Baharu dan pengusaha butik di bandar Kajang. Jadi maknanya usaha dari Jabatan Penjara terhadap pendekatan correctional ini ialah usaha yang berjaya dan perlu diberikan kepujian oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Berhormat. Berhubung dengan buku yang dikatakan out dated oleh Yang Berhormat Padang Serai, tidak ada masalah. Buku yang hendak dibaca boleh dipesan dan buku ini dibenarkan dari segi keselamatannya, ia boleh dipesan di perpustakaan penjara.
Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
Saya berharap dan berdoa bahawa Ahli Yang Berhormat Padang Serai tidak pergi lagilah ke sana tapi kalaulah takdir pergi juga sekali lagi dia boleh pesan apa buku yang dia hendak pesan. Terima kasih.
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun jumlah juvana yang ditahan ini kecil tetapi pada saya ia merupakan satu sumber tenaga manusia dalam negara yang perlu kita perhatikan. Kalau kita tengok bawah Akta Mahkamah Juvana 1947, mana-mana pesalah juvana akan diletakkan di sekolah-sekolah pemulihan akhlak apabila didapati bersalah melakukan satu-satu jenayah.
Kita ada lima di seluruh negara sekolah Henry Gurney untuk melatih juvana-juvana ini.
Cuma saya hendak bertanya apakah kesan kepada alternatif meletakkan mereka ini di dalam penjara dengan keputusan kerajaan yang diluluskan di Dewan ini tentang perintah khidmat masyarakat supaya pesalah-pesalah juvana ini tidak diletakkan di dalam penjara. Ini kerana ia boleh merosakkan sedikit sebanyak pemikiran mereka dalam usia yang muda dan alternatif kepada penjara ini adalah khidmat masyarakat yang dicadangkan.
Saya hendak tanya apakah perkembangan cadangan untuk menyediakan alternatif penjara kepada khidmat masyarakat bagi pesalah-pesalah juvana ini, terima kasih.
Dato’ Wan Ahmad Farid bin Mohd Wan Salleh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Muar yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Sebenarnya walaupun mereka ditahan di penjara, mereka diasingkan dan dipisahkan dengan pesalah-pesalah yang lebih tua daripada mereka. Sebab itu kemungkinan mereka dipengaruhi oleh orang yang lebih tua daripada mereka tidak timbul.
Dalam masa yang sama di penjara kita mempunyai sekolah-sekolah integriti, kelas-kelas bimbingan agama, menggalakkan juvana mengikuti program e-learning bagi menduduki peperiksaan SPM.
Ada lulus SPM Gred 2 pun menunjukkan bahawa kita berjaya dalam mendidik mereka dalam masa yang sama tanpa mendedahkan mereka kepada pesalah-pesalah yang lebih tua untuk mempengaruhi mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang lain.
Berhubung dengan program khidmat masyarakat yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Muar, pihak Jabatan Penjara sedang mengkaji perkara ini dan telah pun dibincangkan. Pelaksanaannya kita akan tunggu apa recommendation daripada Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih.
9. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pelajaran menyatakan, berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam melaksanakan Program Baucar Tuisyen di seluruh negara bagi tahun 2007 serta jumlah pelajar yang mendapat faedah dan apakah tahap kejayaan program ini.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, pada tahun 2007 seramai 449,953 orang murid terlibat dalam pelaksanaan Skim Bantuan Tuisyen atau SBT. Bagi melaksanakan skim tersebut kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM211.56 juta dengan pecahan perbelanjaan seperti berikut:
(i) kelas tuisyen, RM170.98 juta; dan
(ii) bantuan makanan sebelum kelas tuisyen iaitu sebanyak RM40.58 juta.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Sejak pelaksanaannya pada tahun 2004, SBT telah memberikan manfaat kepada murid-murid tahap dua sekolah rendah di negara ini. Kajian KPM pada tahun 2005 mendapati secara keseluruhannya intervensi program SBT memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik murid bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam pakej ini.
Kesan intervensi program SBT berbeza mengikut mata pelajaran, lokasi, jenis aliran sekolah, kaum, dan negeri. Impak lain yang diperoleh melalui program SBT ialah:
(i) compaq hour dengan izin, murid dan guru bertambah;
(ii) keyakinan dan motivasi murid untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran meningkat;
(iii) jurang pencapaian antara murid daripada keluarga miskin dan berada berkurangan; dan
(iv) kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi meningkat. Terima kasih.
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Kementerian Pelajaran kerana telah banyak membantu pelajar-pelajar kita. Terutama dalam tuisyen dan juga bantuan buku teks yang memberikan kepada semua pelajar termasuk anak-anak kepada pembangkang. Inilah kebaikan Barisan Nasional. Soalan tambahan saya, terima kasih jangan marah realiti. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, melalui PIBG perjumpaan saya dengan guru-guru dan sebagainya masih terdapat rungutan di kalangan ibu bapa dan juga guru di mana masih ada anak-anak yang tidak mengambil kesempatan menggunakan peluang ini.
Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mungkin ada masalah- masalah yang berlaku. Ini mungkin masyarakat luar bandar, mungkin kesedaran ibu bapa dan sebagainya. Cuma apakah perancangan kerajaan, apakah tindakan kolektif kerajaan dan kementerian yang melibatkan mungkin kementerian lain PIBG, ibu bapa, pemimpin tempatan dan sebagainya dalam menggerakkan program ini supaya kalau kita hendakkan 100% ataupun 99% pelajar-pelajar yang mendapat faedah daripada tuisyen ini hadir ke kelas-kelas tuisyen kerana ini adalah sebahagian rungutan yang ditimbulkan oleh guru- guru. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat sebenarnya adalah benar dan tidak dapat kita nafikan Skim Bantuan Tuisyen ini sebenarnya membantu. Lebih kurang pada sekarang hampir 449,000. Kalaulah kita hendak memperluaskan berdasarkan kepada peruntukkan kewangan yang ada sekarang cuma RM211 juta. Maka dalam konteks ini sekiranya kemampuan kewangan mengizinkan maka tidak ada masalah untuk kementerian untuk kita mempertingkatkan lagi jumlah. Akan tetapi ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bukan sahaja semata-mata dari kementerian, PIBG juga boleh berperanan untuk membantu. Saya memberi contoh apabila seseorang itu memohon ada beberapa tahap kelayakan yang perlu dicapai.
Antaranya ialah dari segi pendapatan minima yang telah diperoleh oleh keluarga tersebut. Saya mengambil contoh kalau mengikut kriteria yang telah kita tetapkan ialah hanya pelajar-pelajar di Tahun 4, 5, 6 sekolah rendah tidak kira sekolah bantuan kerajaan atau sekolah kerajaan. Keduanya salah satu indicator ataupun faktor yang menentukan sama ada seorang itu dapat atau tidak ialah pendapatan bulanan keluarga RM570 ke bawah bagi semenanjung untuk Sarawak pula RM585 dan manakala untuk Sabah dan Labuan ialah RM685. Ianya perlu diperakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik atau Sains sebagai lemah dan memerlukan bimbingan.
Itu berdasarkan kemampuan yang ada sekarang dan kementerian sepertimana yang saya katakan kalau ada peruntukkan tambahan kita tidak ada masalah untuk kita melaksanakan dan salah satu perkara yang diambil kira ialah termasuk pelajar-pelajar ini
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
diberi makanan sebelum diadakan kelas tuisyen. Itu sebagai satu faktor yang perlu dipertimbangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sik.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menyentuh soal baucar tuisyen ini berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai di jabatan dan juga sebagai pengetua dan juga isteri saya sebagai guru saya dapati walaupun Kerajaan Barisan Nasional ini cukup baiklah, saya setuju dengan tadi. Tidak kita katakan diskriminasi di sini tetapi saya rasa banyak berlaku pembaziran. Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di sini syarat untuk mendapat baucar tuisyen ini ialah ...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu saya setuju.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Supaya pelajar miskin dan akademik dia tidak luluslah dengan lain perkataan tidak lulus subjek-subjek yang hendak diberi tuisyen tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri pelajar-pelajar yang lemah ini bukan sahaja lemah tetapi juga kelas biasa pun mereka ini tidak hadir. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalan Yang Berhormat?
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Soalan saya ialah, kalaulah kita terus membiarkan pelajar-pelajar ini diberi baucar tuisyen dan mereka ini tidak pernah hadir.
Saya rasa ini adalah membazir dan saya minta supaya matlamat baucar tuisyen ini diubah supaya pelajar-pelajar yang mempunyai harapan untuk berjaya diberi keutamaan kerana kalau kita terus memberi kepada pelajar-pelajar yang tidak berminat dan tidak pun hadir ke kelas baucar tuisyen ini, cikgu right juga tetapi hasilnya tidak ada. Itu hakikatnya kecualilah data yang diperoleh daripada Timbalan Menteri tadi yang telah diurut, terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat terima kasih kerana membuat pengakuan bahawa kerajaan Barisan Nasional memang prihatin tentang soal rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Duit rakyat!
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Biar saya menjawab ya. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat jawapan yang saya dapat ini tidak diurut langsung kerana ini berdasarkan kepada fakta. Seperti mana yang saya katakan sebarang kalau berlakunya kebocoran maka merupakan tanggungjawab guru besar atau PPD untuk menentukan dan kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana garis panduan itu memang jelas dan tidak ada siapa yang boleh membuat interpretasi tentang perkara ini.
Keduanya Yang Berhormat saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya di Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja kita ada skim baucar tuisyen.
Kita juga ada Program KIA2M, PROBIM, PROTEM. Ini adalah program untuk pelajar- pelajar yang tidak boleh membaca, menulis. Dalam kelas tertentu kelas pemulihan itu pelajar-pelajar akan diberi program pemulihan khas. Di samping itu sebagai tambahan kita ada skim baucar tuisyen. Maka jangan kita keliru bahawa pelajar yang tidak berminat itu kita akan biarkan begitu. Oleh kerana pelajar-pelajar ini masih di tahun empat atau lima atau enam minat belajar itu sepatutnya dipupuk. Jangan kerana faktor kemiskinan inilah mereka terus tidak hendak tidak larat ataupun tidak minat lagi membaca. Itu yang kita perlu mendidik mereka dan membetulkan persepsi mereka.
Itulah jawapan dan saya ingin menyatakan bahawa kita akan teruskan program ini dan pemantauan rapi akan dibuat oleh pihak jabatan. Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan bagi mana-mana pihak yang ingkar dengan peraturan ini. Terima kasih.
10. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, langkah yang akan diambil bagi merapatkan jurang digital bandar luar bandar apabila projek high-speed broadband dilaksanakan, dan adakah benar satu projek infrastruktur broadband baru akan dicadangkan khusus untuk dimanfaatkan oleh penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelan pelaksanaan jalur lebar nasional akan dilaksanakan ke seluruh negara meliputi tiga zon iaitu:
(i) Zon Pertama atau zon 1 di kawasan berimpak tinggi di bandar;
(ii) Zon kedua atau zon 2 di kawasan pinggir bandar; dan
(iii) Zon ketiga atau zon 3 di kawasan luar bandar.
Pelan tersebut merangkumi strategi-strategi pelaksanaan bagi kedua-dua aspek permintaan dan penawaran atau supply and demand, dengan izin perkhidmatan jalur lebar bagi mempertingkatkan penembusan jalur lebar di seluruh negara. Projek high-speed broadband atau HSBB yang merupakan pelaksanaan fasa pertama zon satu akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berimpak tinggi di kawasan Lembah Klang dalam, kawasan-kawasan perindustrian dan Wilayah Pembangunan Iskandar dengan kelajuan melebihi 10Mpbs.
Dalam pelan jalur lebar nasional ini juga penduduk pinggir bandar dan luar bandar akan turut dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif jalur lebar untuk orang ramai atau broadband to the general population (BBGP) dengan izin. Inisiatif BBGP bukanlah inisiatif baru tetapi adalah merupakan peluasan liputan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar sedia ada ke kawasan-kawasan kurang liputan di bawah zon dua dan zon tiga melalui penggunaan pelbagai teknologi sambungan akhir atau last-mile seperti Asymmetric Digital Subscriber Line atau ADSL, Worldwide Interoperability for Microwave Access atau WiMAX dan 3G High-Speed Downlink Packet Access atau HSDPA.
Pembangunan infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar dan pusat komuniti jalur lebar akan disediakan menggunakan Dana Program Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision Fund dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di samping itu pelbagai inisiatif projek jurang digital yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian ini akan diteruskan terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan hak akses sama rata untuk orang ramai.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh kementerian ini dengan fokus kepada penyediaan liputan dan akses serta literasi ICT ialah:
(i) projek penyediaan kemudahan infrastruktur ICT di perpustakaan desa, klinik desa dan klinik kesihatan yang merangkumi 1,169 lokasi;
(ii) penubuhan 42 buah pusat internet desa atau PID di lokasi-lokasi di pejabat pos seluruh negara; dan
(iii) program pemberian perkhidmatan sejagat USP di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Di dalam perancangan untuk program USP sebanyak 200 projek internet jalur lebar akan dilaksanakan sehingga tahun 2010 di kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negara. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan panjang lebar mengenai jadual ataupun program jalur lebar nasional ini. Cuma kita tidak mendengar tadi dari segi jadual masanya bila zon dua dan zon tiga ini akan mendapat manfaatnya. Kalau tidak diberikan satu masa yang tertentu kita akan tertunggu-tunggu dan mungkin tidak akan sampai dalam masa yang terdekat.
Saya juga hendak bertanya kepada Timbalan Menteri dalam usaha bagi zon tiga khususnya untuk meningkatkan literasi mengenai IT atau mengenai perkara-perkara yang
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
berkaitan dengan IT ini saya dimaklumkan ada satu program pendidikan masyarakat yang dikendalikan oleh syarikat swasta yang diberikan hak pengendalian oleh kementerian.
Program ini saya rasa adalah baik kerana mereka turun kepada masyarakat, kepada anak-anak sekolah misalnya di tempat yang tidak ada kemudahan ini sangat baik tetapi terakhir saya dengar skim ini sudah dibatalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Yang Berhormat ringkaskan soalan Yang Berhormat ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya skimnya telah dibatalkan.
Soalan saya kenapa satu skim yang begini baik yang kesannya direct kepada masyarakat luar bandar tidak dapat diteruskan sepatutnya diperkembangkan lagi tetapi saya dimaklumkan dibatalkan. Minta penjelasan.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai atas pertanyaan tambahan berkenaan dengan jadual projek. Bagaimana yang telah saya katakan sehingga tahun 2010 kita akan mengusahakan beberapa projek dan projek USP ini termasuklah 200 projek internet jalur lebar yang akan dilaksanakan di luar bandar.
Ini termasuk juga di kawasan Kuala Krai di mana 16 lokasi telah dikenal pasti dan ianya meliputi semua klinik desa, perpustakaan desa, perpustakaan awam dan juga komuniti broadband centre satu dan tiga komuniti broadband library di Kuala Krai di bawah anjuran SKMM.
Berkenaan dengan perkhidmatan yang sangat baik itu sebenarnya saya tidak ada maklumat bahawa perkhidmatan pendidikan masyarakat itu telah dibatalkan. Sebagaimana yang saya tahu bahawa penyedia telekomunikasi ataupun telcos yang diberi peruntukan atau diberi kebenaran untuk menyebarkan literasi ICT kepada murid-murid atau penduduk- penduduk di desa masih dijalankan.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Misalnya di kawasan saya masih dijalankan oleh Maxis baru-baru ini. saya Sekiranya ada maklumat tambahan saya akan memberinya kepada Yang Berhormat dari Kuala Krai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sila Yang Berhormat.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Pontian?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, bukan Kota Kinabalu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya masih teringat Kota Kinabalu, minta maaf.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pertama sekali ingin merakamkan terima kasih di atas komitmen kementerian dan kerajaan ke arah memastikan bahawa jurang digital yang ketara di antara bandar dan luar bandar dapat diatasi menjelang 2010. Ini ekoran dengan Pelan Jalur Lebar Nasional.
Walaupun pada peringkat awalnya tentangan dari pelbagai pihak termasuk dari pembangkang berhubung dengan pelan kerajaan untuk mewujudkan high-speed broadband ini dipertikai dengan begitu luas. Akan tetapi akhirnya mereka juga meminta supaya kawasan-kawasan mereka juga mendapat liputan yang sama [Dewan riuh] Jadi persoalan yang saya ingin kemukakan, kenapa sakit hati ini? [Ketawa] Persoalan yang ingin saya ketengahkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi jurang digital yang begitu ketara ini khususnya bagi masyarakat luar bandar memang tidak dapat dinafikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun memang sama dengan saya kawasan
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
dia, di luar bandar. Apakah kerajaan melihat bahawa 2010 itu benar-benar ledakan impak jalur lebar ini dapat diadakan? Sebab selaku wakil rakyat kita menemui rakyat dan apa kerajaan janji, itu yang kita janji . Nanti 2010 tidak ada juga, mereka kata Yang Berhormat bohong.
Jadi apakah benar-benar ianya dapat direalisasikan menjelang 2010 sehingga masyarakat luar bandar juga boleh menikmati liputan-liputan yang mudah akses seperti berada di bandar. Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Kinabatangan bahawa jurang digital yang sedia ada memang begitu ketara dan kita hanya mengharapkan bahawa perjalanan kita yang bermula sekarang akan dapat merapatkan jurang itu menjelang tahun 2010, bukan menghabiskan jurang itu.
Dari program-program dan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kementerian dan suruhanjaya, kita berharap bahawa menjelang tahun 2010, jurang ini akan dirapatkan dan memang begitu juga pada tahun 2010 bahawa jalur lebar yang disediakan di antara bandar dan luar bandar memang berlainan. Di luar bandar memang ada kelambatan dan very slow moving dan kapasitinya pun kecil. Yang disediakan kita melalui high-speed broadband program ini akan jauh pantas dan jauh besar kapasitinya. Misalnya apa yang dapat dikerjakan kita pada 500 saat sekarang akan boleh dikerjakan dalam satu saat sahaja pada masa itu di mana liputan HSBB itu diadakan. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh mohon mencadangkan bahawa setelah mengamati keputusan Kerajaan Persekutuan terhadap Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi bernilai RM11.31 bilion, agar satu Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan untuk segera menyiasat keraguan dan kepincangan mengenai kelulusan Menteri Kewangan terhadap tawaran Telekom Malaysia Berhad tanpa melalui proses tender terbuka dan laporan penyiasatannya dibentangkan di dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, pada 16 September 2008, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau high-speed broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa tanpa proses tender terbuka kepada Telekom Malaysia Berhad. Amat tidak munasabah sama sekali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Jalur Lebar sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan, Projek High-Speed Broadband diluluskan dengan begitu segera dengan harga yang umumnya disifatkan terlalu tinggi tanpa melalui proses tender terbuka yang justeru itu menjadi tanda tanya umum.
Menurut sumber industri, saya difahamkan ada sebuah lagi syarikat telekomunikasi berupaya menawarkan sebut harga berjumlah kurang lebih RM7 bilion dengan spesifikasi yang sama iaitu dengan harga RM4 bilion lebih rendah. Dalam perjanjian dengan Telekom itu, kerajaan perlu menyuntik RM2.4 bilion untuk tempoh tiga tahun pertama, tetapi anehnya setelah suntikan dana awam disempurnakan, projek itu akhirnya akan menjadi milik mutlak Telekom sepenuhnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Berikutan implikasi kewangan yang melibatkan berbilion ringgit wang negara, saya menggesa supaya langkah segera dilakukan melalui Dewan Rakyat untuk memastikan penubuhan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bertujuan menyiasat kelulusan tender jalur lebar ini yang tidak dilakukan melalui proses tender terbuka. Paling tidaknya, untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya RM4 bilion dana awam. Atas perkara yang tertentu ini, yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Permatang Pauh pada hari Selasa, 4 November 2008. Teks Usul adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat itu tadi memenuhi tiga syarat iaitu
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai, walau bagaimanapun, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, sementara menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua, sebab perkara ini ditegaskan sebagai segera kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berbilion ringgit. Kalau kerugian berbilion ringgit dalam tempoh berbulan, bukan segera namanya, ini akan menimbulkan masalah kepada ekonomi negara. Sebab itu ia harus disegerakan.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita juga tahu bahawa beberapa usul yang sebelumnya melibatkan beberapa projek besar, semua ditolak dan ruang untuk menyelamatkan dana awam itu terbatas di Parlimen ini. Oleh yang demikian, saya mohon pertimbangan semula untuk menyelamatkan dana awam ini, kerana ini juga melibatkan soal monopoli dan perbincangan di Parlimen dalam beberapa minggu ini adalah dengan semangat untuk membatalkan era monopoli kerajaan. Monopoli memberikan satu syarikat membolot kontrak besar kemudian bebannya ditanggung rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, hal ini menyangkut soal harga, kerugian besar. Seperti mana yang kita tahu, kerugian yang nyata, keduanya tidak ada tender. Ketiganya melewatkan beberapa minggu ini bermakna kita akan dibebankan dengan berbilion ringgit dan keempat, anti monopoli ini harus dimulakan dengan semangat perbahasan di Parlimen.
[Tepuk] Saya pohon Tuan Yang di-Pertua memberikan sedikit waktu untuk menimbangkan semula kerana krisis ekonomi sekarang ini seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam dengan beberapa rangsangan baru yang dikemukakan. Ia tidak akan menambah, memulihkan keyakinan pelaburan domestik dan internasional, andainya gelagat lama memberikan tender sewenang-wenang, komisen sebesar-besar, monopoli, kerugian berbilion ringgit kepada negara tidak dihentikan. Saya pohon sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua, mempertimbangkan usul ini semula untuk dibahaskan di Parlimen dan tentunya Parlimen akan memutuskan untuk menerima atau menolak. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
apabila satu-satu keputusan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan keputusan ini sebenarnya tidak boleh ditarik balik ataupun di reverse. Dengan keadaan yang sedemikian, saya tidak boleh dan tidak berupaya untuk menjawab. Lagipun itu yang pertama yang kedua, kalau kita lihat dalam buku rujukan umpamanya Erskine May yang telah menentukan bahawa keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, sedemikian tidak perlu memberi landasan ataupun memberi alasan kenapa keputusan ini telah dibuat.
Jadi keputusan yang telah dibuat, saya tidak boleh lagi mengetepikan peraturan- peraturan yang ada. Saya memahami apa Yang Berhormat Permatang Pauh sebut bahawa kebanyakan debat yang telah dibuat beberapa hari ini adalah berkitar dalam satu kawasan yang tertentu ataupun dalam perkara-perkara yang tertentu. Apa Yang Berhormat bawa itu mungkin ada sedikit perbezaan tetapi ini juga tidak memesongkan kita daripada peraturan kita sendiri iaitu Peraturan 18(7) yang mengatakan apabila perkara itu telah dibincangkan dan dijawab oleh pihak kementerian, saya tidak berupaya lagi kerana peraturan telah mengikat tangan saya Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Point of order Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita masuk ke peringkat Jawatankuasa, harap ada satu ruling atau nasihat mengenai beberapa cadangan yang ada dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam dalam penggulungan ialah antara lain RM7 bilion injection kepada bajet dan beberapa details yang ada diberi. Adakah kita akan bincang itu oleh sebab ini tidak termasuk dalam usul ini dan ini luar daripada Bajet 2009 kerana ia tidak menjadi satu subjek pindaan. Adakah ini akan digunakan dalam satu supplementary budget tahun depan atau ini kita akan ignore cadangan RM7 bilion itu?
Bukankah ini luar biasa? Bagaimana? How? What are we going to do with RM7 billion? Cadangan yang ada dibuat not on the table. Ini berbeza dengan Bajet 2009 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan masa itu dan tidak dipinda.
Sebenarnya apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bukan atas meja dan akan kita bincang, bagaimana kita bincang dan apa yang diluluskan semalam ialah Bajet 2009 yang dikemukakan 29 Ogos dan tidak termasuk cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam.
So what are we going to do? Are we going to discuss it? Or are we going to ignore it? Oleh sebab dalam sistem pemerintahan kita, setiap sen perbelanjaan kerajaan perlulah diluluskan oleh Parlimen tetapi ini tidak dibawa hadapan kita.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ya, semalam kenapa keluar?
Sepatut tanya semalamlah, bangkitkan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mereka tidak faham, mereka tidak faham.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan berapa, peraturan berapa?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu kroni, itu kroni.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat, duduk dulu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mereka tidak faham, mereka ignore. Ini serius, satu perkara yang penting dan serius.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bintulu duduk, saya dengar dulu satu persatu Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini BNBBC Chairman tahu apa? Tahu pergi Taiwan sahajalah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Bintulu apa dia tahu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ketua Menteri Penang kata Perdana Menteri ini bagus, akan datang.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan berapa ini Yang Berhormat Ipoh Timur?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggulah Yang Berhormat, tunggu kejap.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oleh sebab apa dia bincang adalah benda dalam hadapan Dewan, ini bukan benda dalam hadapan, sungguhpun ada dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan tetapi bukan hadapan Dewan ini. Sebenarnya oleh sebab tidak ada pindaan kepada usul, perlulah satu supplementary estimate itu tahun depan. Can we have a guidance oleh sebab inilah illegal dan sebab itu kita mahu legalize perkara ini. Kita mahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum Yang Berhormat duduk saya hendak tahu peraturan manakah itu?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Pengerusi, bukankah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya masih dengan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Antara lain 66 tetapi ini mustahak, what are we discussing, are we going to discuss about semalam or are we going to ignore? Saya mahu tanya sama ada kita ignore apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan atau akan bawa bincang mengenai perkara ini.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Patut tanya semalamlah, jangan tanya semalam.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kalau tidak mahu bincang, atas apa basis?
What is the basis or is it an illegal supplementary budget?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Illegal supplementary budget by the illegal Deputy Prime Minister.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya pohon pertimbangan Dewan sebelum kawan-kawan saya marah. Saya cuma hendak sebut semalam, di antara alasan kita hendak mencelah, kita hendak bertanya sama ada angka yang dibentangkan itu akan diedarkan kepada Ahli Dewan Rakyat untuk perbahasan, itu salah satu. Yang Berhormat Bintulu dengarlah, tidak apalah, selepas itu boleh. Itu satu soalan iaitu sebaik ada revise estimate Tuan Pengerusi, kita kena tengok. Sekarang ini kita diminta bahas di peringkat Jawatankuasa, dan angka mana yang hendak kita gunakan? Angka dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat bekas Menteri Kewangan itu sudah tidak terpakai kerana ada revise estimate oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang baru, Yang Berhormat Batang Lupar. Itu sahaja yang kita minta, bukan kita hendak ini...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ya, tapi Timbalan Perdana Menteri semalam sudah jawab. Angka itu tetap kekal. Apa yang berlaku ialah langkah-langkah baru sebanyak RM7 bilion.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Batu Pahat duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu- satu Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat duduk dulu Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, malu berhadapan dengan anak-anak sekolah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Permatang pun kena malu [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Macam mana kita hendak selesai Majlis kalau semua cakap, bagilah peluang.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Semua ini dimulakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Batu Pahat jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang lain semua duduk. Saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh sahaja yang bercakap.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak minta Kementerian Kewangan berikan angka revise supaya kita boleh bahas di peringkat Jawatankuasa. Yang Berhormat Kinabatangan, itu sahaja yang saya minta.
Seorang Ahli
Ada bagikah, ada bagi?
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Bukan bangkang. Saya cuma kata sekarang ini pada pembentangan belanjawan, Menteri Kewangan bagi series of figures yang kita harus bahas. Hari ini dia minta kita bahaskan di peringkat Jawatankuasa, ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi. Apa yang hendak kita bahaskan Tuan Pengerusi? Hendak berbahas tajuk urusan Parlimen kepada Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini estimate yang lalu dipakai lagi atau tidak, itu yang persoalkan kita. Macam mana Yang Berhormat boleh kata pakai bila estimate Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kata tidak. Tunggu dulu Yang Berhormat Batu Pahat belum lagi Menteri Kewangan, Timbalan Menteri pun belum. [Dewan riuh]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Permatang Pauh pun belum jadi Perdana Menteri lagi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Angan-angan sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih, terima kasih. Doa, doa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih atas doa.
Seorang Ahli
Tidak ada lah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidur, hari-hari mimpi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi, itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh jadi Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya harap tidak payah kita buat kenyataan biadab, tidak payah. Saya bagi ini satu kenyataan yang dasar, yang basic Yang Berhormat Jempol ya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Siapa yang biadab?
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hendak dia diberitahu betul- betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat, saya mintalah kepada semualah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya. Kalau hendak biadab, kurang ajar bukan di majlisnya di sini. Ya, kamu kena belajar, tahu agama, tahu budaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sudah-sudah. [Dewan riuh]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik, baik Tuan Yang di-Pertua.
Ini sebab saya bangkit, saya tidak bantah apa-apa. Saya cuma hendak minta Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan bolehkah diminta Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat bahas angka yang dia tidak tahu angka mana. Itu sahaja. Kalau ini pun tidak boleh diterima.
Saya rasa kecewa kalau Parlimen ini dipermainkan sebegini rupa.
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya memperkatakan pengalaman lalu, apabila kita semak angka RM2 juta, itu pun terpaksa diedarkan kepada Dewan Rakyat. Tanya pegawai-pegawai perbendaharaan di belakang itu, adakah apa yang saya cakapkan ini satu dusta ataupun tidak. Kita semak RM1 juta maka angka mesti dibentangkan dalam revised budget. Ini yang dimaksudkan oleh saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan duduk, tunggu dahulu. Hendak dengar ini dahulu.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Peraturan Mesyuarat 65, Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Malaysia bagi tahun akan datang hendaklah dibentangkan di meja Mesyuarat sebelum dibawa Rang Undang-undang Perbekalan Tahunan ke dalam Mesyuarat. Apa yang dibuat pada 29 Ogos betul, diberi buku anggaran, dia ada Kertas Perintah 40 tahun 2008, dikemukakan di Dewan Rakyat, perintah penyata daripada Kementerian Kewangan mengenai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009.
Disebut pula pendahuluan penyata ini dikemukakan sebagai Kertas Perintah 40 tahun 2008 bersama-sama dengan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi tahun 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 41 tahun 2008. Ia menunjukkan ringkasan jumlah anggaran bagi perbelanjaan mengurus pembangunan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2009.
Kedua-dua anggaran tersebut ditunjukkan di bawah maksud perbelanjaan yang sama. Apa yang kita dengar semalam tidak ada dalam buku ini, tidak ada dalam kertas perintah ini dan itu adalah tidak sah Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat. Saya sudah dengar semua, saya dengar sabar dengar semua. Saya dengar Yang Berhormat Permatang Pauh, saya dengar dari Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga dari Yang Berhormat Tumpat.
Jadi, yang penting Yang Berhormat semalam kita sudah buat satu keputusan dan dalam keputusan itu, saya berkata saya Speaker telah membuat satu keputusan untuk memberi laluan untuk Menteri Kewangan untuk memberikan ucapan. Ucapan itu telah dihabiskan dan ditamatkan semalam juga. Malang sekali Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang telah keluar. Walau bagaimanapun, ucapan itu telah diteruskan.
Persoalan itu sama ada illegal, sama ada ia tidak mengikut peraturan, Yang Berhormat kita kena terima hakikat. Kalau terima atau tidak setuju, Yang Berhormat boleh membantah.
Ini Dewan, kalau Yang Berhormat mempunyai satu [Gangguan pada pembesar suara] atau pun satu landasan yang kukuh berkemungkinan semua Ahli Parlimen tidak setuju dengan apa yang disuntik oleh Yang Berhormat Pekan semalam. Jadi, ini Dewan Yang Berhormat kerana ini adalah satu cadangan. Satu cadangan, sama ada dalam buku atau pun tidak dalam buku Yang Berhormat, satu cadangan. Walaupun convention ini belum dibuat mengikut kata Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, tetapi perkara telah berlaku dan Yang Berhormat telah mengambil tindakan macam mana yang telah diambil semalam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, dalam keadaan yang sedemikian saya juga terikat dengan keputusan yang telah dibuat semalam iaitu perkara telah dibaca, telah dibentangkan, telah diberitahu. Jadi, dalam keadaan sedemikian saya tidak boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak kerajaan. Yang Berhormat Permatang Pauh juga tahu, begitu juga Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Tumpat mengetahui saya tidak berhak memberi arahan kepada kerajaan untuk menarik balik apa-apa sahaja yang disebutkan oleh pihak kerajaan. Dalam keadaan yang sedemikian, kita kena membahaskan.
Kalau Yang Berhormat memikirkan bahawa yang tertunjuk dalam buku-buku yang diedarkan dahulu, itu sahaja bajet kita, Yang Berhormat bahaskanlah soalan itu. Kalau tidak bersetuju dengan soalan RM7 bilion yang dimasukkan, di inject untuk masyarakat itu bagi tahu yang itu kita tidak mahu terima. Itu sahaja Yang Berhormat. Jadi, dalam keadaan sedemikian saya terikat Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Point of order berhubung perkara ini
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Peraturan Mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Padang Serai ada menyebut satu perkataan dengan izin illegal Parliamentary Budget oleh illegal Deputy Prime Minister.
Bolehkan seorang ahli menyebut perkataan illegal Deputy Prime Minister itu dan saya mohon ruling. Kalau tidak boleh, mohon Yang Berhormat Padang Serai untuk menarik balik perkataan itu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, duduk Yang Berhormat. Masalah saya, sudah tidak dengar kerana kecoh Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Point of order mengenai ruling ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dahulu. Saya belum habis ini Yang Berhormat. Masalahnya saya tidak dengar, maknanya kalau saya tidak dengar saya tidak boleh beri arahan macam itu sahaja Yang Berhormat.
Tarik atau pun biar di sana tetapi kita kena tunggu sama ada Hansard itu ada mengeluarkan perkara itu atau tidak Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Point of order Tuan Yang di-Pertua. Ini penting, oleh kerana kita ada.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, point of order yang mana satu. Kalau semua bangun sahaja, point of order mana satu pun tiada.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mengenai bagaimana kita akan, urusan kita [Dewan riuh]
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat tolonglah, point of order berapa?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Untuk melarang atau untuk mengarahkan kerajaan balik itu tidak tetapi kami minta satu ruling.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini point if order mana ini?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini mustahak. Tuan Yang di-Pertua,
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Point of order satu buku kah?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak perlulah sampai masa ruling perlu dibuat. Ini masa ruling dibuat sama ada regular. Apa ini? Sama ada regular atau tidak regular untuk satu perbahasan mengenai cadangan-cadangan bajet yang tidak
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
dikemukakan secara rasmi sebagai satu pindaan kepada bajet. Adakah ini regular atau tidak regular? Kita bukan kata setuju atau tidak setuju tetapi adakah cara ini regular atau tidak regular. Ini perlu dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan sebab itu kita ada seorang Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat baca, saya tidak ada masa sebab ini tidak notis.
Dalam peraturan ini ada mengatakan ini regularity peraturan Yang Berhormat, tidak membatalkan Mesyuarat dan tidak membatalkan keputusan Mesyuarat.
Jadi, atas hakikat ini, saya tidak boleh Yang Berhormat buat keputusan, beri arahan sama ada hendak circulate atau tidak circulate tetapi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam cukup jelas apa yang dia hendak bentangkan. Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bukan, PJ Utara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Minta maaf. Saya hendak berikan satu contoh Point of Order 66. Saya hendak berikan satu contoh, dalam peringkat Jawatankuasa.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
66 apa? Bacalah.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Point of Order 66 mesti mahu baca dahulu, kalau tidak baca mana boleh. Kalau you tidak faham [Disampuk] Mesti mahu baca.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Baca, baca. Lesson number one, baca dahulu point of order.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya terus masuk saya punya point.
Terus masuk saya punya point. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Baca dahulu 66, tidak fahamkah? Lesson number one.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta tolonglah Yang Berhormat lain, kalau point of order ini saya sudah dengarlah [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Baru mahu cari, apa [Dewan riuh]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
66(1), hendaklah dibawa ke dalam Majlis satu Rang Undang-undang Perbekalan yang mengandungi anggaran belanja bagi semua kepala perbelanjaan yang dikehendaki dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan menurut perkara 100 dalam Perlembagaan bagi tahun berkenaan. Butir-butir perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam anggaran-anggaran perbelanjaan yang tersebut dalam Peraturan Mesyuarat 65 [Dewan riuh]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hendak berikan satu contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah Yang Berhormat Jelutong. Saya sudah faham, tidak payah tunjuk fakta.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Jelutong tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta maaf Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bukan, saya hendak berikan satu contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tidak payah, ini hendak mengambil peluang tambahan [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sudah faham Yang Berhormat. Saya sudah faham, duduk, duduk. Duduk Yang Berhormat.
Okey, hendak dengar Yang Berhormat dari Shah Alam.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah contoh. Saya faham apa Yang Berhormat hendak sebutkan itu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sekarang sudah kurang, orang hendak apa? Kita hendak berdebat, hendak berbahas.
Seorang Ahli
42(1).
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan macam itu Yang Berhormat. Ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan 66(1) juga. Saya ingat tidak payah baca, pasal Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah baca. Lalu, sekarang ini amat jelas berdasarkan kepada pembentangan semalam, angka-angkanya telah bertukar.
Seorang Ahli
Telah lulus.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang RM7 bilion telah ditukar, yang diluluskan adalah yang telah dibentangkan lebih awal iaitu yang terkandung di dalam buku ini yang saya pinjam daripada Yang Berhormat Kuala Krau. Ini telah diluluskan tetapi yang angka baru yang mana RM7 bilion itu ditarik balik daripada subsidi dan dimasukkan untuk projek-projek suntikan yang lain. Ini tak ada bersama kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat, saya faham.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu macam mana dan benda ini kita ingat bila kita keluar, kita ingat orang Barisan Nasional faham tapi dia tak faham.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ini bajet main-main.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta lepas ini kita jalankan kerja kita, tak payahlah lagi.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tunggu Yang Berhormat. Saya belum buat ruling Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama daripada Yang Berhormat dahulu. Saya dengar bantahan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan juga Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam jauh lagi salah sebab keputusan untuk memutuskan lulus ataupun tidak lulus selepas pembacaan pembentangan semalam. Yang Berhormat tak ada di dalam.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan. Bajet yang diluluskan adalah yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, Dewan tidak boleh membahaskan lagi satu perkara yang kita sudah putuskan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak masuk perubahan- perubahan yang telah dilakukan semalam oleh Menteri Kewangan yang baru. Lalu bagaimana kita boleh luluskan yang ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tadi saya sudah jawab Yang Berhormat Shah Alam. Saya sudah jawab dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, saya sudah jawab dengan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Memang tak faham sebenarnya!
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, Dewan tidak boleh lagi membahaskan perkara yang kita sudah putuskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham itu Yang Berhormat.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Jadi saya cadangkan supaya Dewan diteruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu pun saya sudah faham Yang Berhormat. Itu saya faham Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudahlah Yang Berhormat. Sudah, sudah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Apa yang diluluskan semalam walaupun diluluskan tetapi yang lulus itu sendiri tak faham dan mereka hendak bahas apa hari ini pun bukan boleh simpan dalam kepala [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mari duduk di Dewan tak buat apa.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pembangkang yang tak faham, pembangkang Yang Berhormat tak faham!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, ini masalah Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan buat macam pasarlah Yang Berhormat. Cakap satu-satulah Yang Berhormat. Saya boleh duduk sampai pukul berapa pun Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya memang bangkitkan isu ini sebelum saya dikeluarkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangkitkan isu yang telah dikemukakan oleh menteri semalam sepatutnya dalam 66(15) sebab pindaan telah dibuat atas belanjawan yang asal. Itulah sebab saya quote 66(15) ialah banyak pindaan telah berlaku supaya ia dikemukakan dalam Dewan ini sebagai pindaan kepada belanjawan yang asal supaya kita hari ini boleh bahas dan untuk luluskan.
Kalau tidak apa yang kita luluskan adalah angka yang lama, semalam. Hari ini kalau kita masuk dalam peringkat jawatankuasa kita bahas dan luluskan angka yang lama
Tuan Chua Tian Chang - Batu
juga. So, dari mana datangnya RM7 bilion dan lain-lain angka dan bagaimana kita dapat kelulusan Parlimen?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini sudah disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, sudah disebut oleh semua orang Yang Berhormat. Jadi saya menerima hakikat bahawa apa yang disebut semalam itu tidak dalam buku original tapi malangnya sekali apabila perkara itu dilulus tak seorang pun buat bantahan semalam. Hanya keluar daripada Dewan. Itu sahaja Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya ada buat bantahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi saya minta maaf Yang Berhormat. Ini tak payahlah lagi Yang Berhormat.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini satu cadangan Yang Berhormat. Ini satu cadangan, proposal.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, ini ada implikasi undang-undang yang besar sebab usul yang ada dalam order paper ini pun kalau kita baca merujuk kepada tujuan-tujuan butiran-butiran belanjawan dalam senarai bajet Persekutuan yang dibentangkan dalam kertas Perintah 41. Maknanya dia khusus. Maknanya kalau kita lulus sebulat suara pun lepas pada 4 Disember ini ianya hanya terikat kepada yang ada dalam buku ini. Apa yang disebut RM7 bilion semalam tidak masuk dalam buku ini. Jadi implikasi undang-undang amat kritikal dan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham pandangan Yang Berhormat itu. Saya faham.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
...maruah Dewan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan soal maruah Dewan Yang Berhormat, bukan soal maruah Dewan. Soalnya di sini Yang Berhormat, Dewan ini adalah Dewan yang tertinggi di negara kita Yang Berhormat. Apa sahaja keputusan yang kita buat itulah keputusan yang kita terima Yang Berhormat. Jadi kalau Yang Berhormat tak terima apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Walaupun keputusan yang salah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Macam mana Dewan menjadi salah kalau undi dalam Dewan dan undian itu menunjukkan bahawa ia betul? Jadi...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bercakap sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Berapa ramai lagi yang bangun Yang Berhormat?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya ingin membuat cadangan Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan bahawa kita tidak akan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Peraturan mesyuarat mana ini?
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...ke mana? Saya tidak akan side mana-mana cuma yang saya minta ialah saya pun mencari-cari ucapan Dato' Sri Haji Mohd. Najib semalam. Saya dengar tapi tak sempat mencatat segala-galanya. Kalau
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
boleh, boleh tak ucapan itu diedarkan kemudian pindaan-pindaan ditukar mana yang perlu then we can proceed. Masalahnya sekarang kita tak akan ke mana-mana, kita membuang masa. Membuang masa rakyat, membuang masa Ahli Parlimen.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Lain kali jangan keluar. Keluar itu yang buang masa.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Itu sahaja yang kita minta a compromise antara kerajaan dengan pembangkang. Saya rasa pembangkang boleh menerima sekiranya hari ini pihak kerajaan membawa perubahan-perubahan itu dan kemudian usulkan dan kita lulus. Kemudian kita straight kita boleh masuk kepada perbahasan.
Ia bukan satu permintaan yang begitu besar. Kalau kita buat ini memakan masa mungkin berapa jam sahaja ataupun mungkin ditangguhkan sementara dan kemudian besok kita boleh teruskan dengan perbincangan. Saya nampak kedua-dua pihak tidak boleh bertolak-ansur dalam perkara ini. Jadi saya minta...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Kita minta pembangkang bertolak- ansur.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...demi rakyat. Saya kali ini tidak masuk belah mana-mana. Saya hendak satu keadilan kepada kedua-dua pihak. Persepsi masing-masing dan kita tidak boleh menyalahkan pihak sana atau pihak sini kerana ada perkara-perkara yang tidak konvensional yang telah dilakukan. Maka reaksinya juga tidak konvensional. Maka kita perlu mengambil jalan pertengahan. Saya minta Tuan Yang di- Pertua di atas kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua supaya menamatkan krisis dalam Parlimen ini dengan mengemukakan di mana perubahan-perubahan tersebut di dalam anggaran yang telah diberikan sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kompromi ini kita boleh terima, ianya baik supaya kita tahu apa yang kita bahas. Ini yang penting. Apa angka, apa kita bahas?
Sekarang kita tak tahu apa yang dibahas. Kompromi itu kita boleh terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Pada hari ini kita akan membahaskan Jabatan Perdana Menteri. Belum lagi membahas Kementerian Kewangan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kita mahu angka. Kita mahu apa angka- angka. Bolehkah kita tangguh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau saya punya penjelasan tak terima macam mana Yang Berhormat?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kita mahu angka. Tak tahu angka macam mana hendak bincang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Angka akan keluar dalam Hansard dengan sendirinya Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak cukup! Tidak cukup!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Barat ada lagi?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ya ada. Saya berdiri atas 66(15) dan 66(a).
Saya rasa ada dua perkara di sini. Satu adalah Bajet 29 Ogos dan satu semalam di mana telah dialihkan wang yang sepatutnya diagihkan. Nampaknya kita keliru. Lebih baik kita tangguhkan Dewan ini dapat semua in order dan baru kita memulakan perbahasan. Kalau tidak kita terikut dengan leading to nowhere. Kita debate satu historical facts dan kita
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
seperti membenarkan Timbalan Perdana Menteri membuat satu budget baru di dalam Parlimen kerana apa yang beliau buat adalah satu cadangan yang telah dibuat oleh pembangkang dari mula.
Pada permulaan debate ini kita telah menyatakan bahawa kita perlu ada satu revised budget tetapi nampaknya walaupun pendirian Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dan Kabinet adalah tidak ada revised budget tetapi semalam nampaknya dengan satu cara dari mana saya tak tahu tetapi dia membawa satu bajet yang baru maka saya pohon agar Dewan ini ditangguh supaya semua facts and figures ada di depan kita sebelum kita berdebat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Razali bin Haji Ibrahim - Muar
[Bangun]
Seorang Ahli
Apa debat lagi? Sudah habislah!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam apa lagi?
Dato' Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ringkas sahaja, ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak penjelasan semalam bajet yang diluluskan bajet 29 Ogos ataupun bajet yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam? [Dewan riuh] Apa yang diluluskan?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Inilah Yang Berhormat Shah Alam tak faham pun sebenarnya.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dua-dua kita luluskan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekiranya yang diluluskan adalah bajet 29 Ogos maka kita boleh terus bincang angka-angka yang ada dalam buku ini.
Sekiranya yang diluluskan adalah apa yang dibentangkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri maka kita perlukan tangguh dan angka-angka yang baru. Itu sahaja. Mana satu yang diluluskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, terima kasih.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 14 saya rasa Tuan Pengerusi tidak berada dalam situasi untuk menjawab soalan itu. Tuan Pengerusi menjalankan mesyuarat [Dewan riuh] Hendak dengar atau tidak, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita sudah dengar, yang lain dengarlah Yang Berhormat Muar.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Tuan Pengerusi, saya tidak nampak kita berbincang ini ikut peraturan mana. Kita ini Dewan Rakyat. Betul atau tidak betul dia ada Peraturan Mesyuarat 14, ia ada caranya. Kalau katakan tidak bersetuju sekalipun usul boleh dikeluarkan ke atas perkara yang dibangkitkan semalam, tetapi pada saya tidak disebut langsung semalam tambahan atau tidak. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan hanya menunjukkan satu pendekatan baru dalam jumlah yang sama, yang kita luluskan di peringat dasar.
Jadi kita akan berbincang mengenai peringkat jawatankuasa baru hendak mula.
Jadi pada saya apa yang dibangkitkan ini boleh terus kita bahaskan dalam ini, kalau tidak ada kepala, saya rasa kementerian boleh menjawab di mana dialih dan tidak, tetapi peringkat dasarnya semalam kita sudah luluskan satu jumlah perbelanjaan yang dicadangkan kepada Parlimen. Kalaupun pembangkang tidak setuju usul hendaklah dikeluarkan. Kalau tidak kita bermesyuarat ikut peraturan mana Tuan Pengerusi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, baik. Sudahlah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pendek sahaja, yang kita luluskan bukan sahaja angka besar, angka besar perbelanjaan keseluruhan. Yang perlu kita luluskan adalah setiap line item, setiap line item bukan sahaja angka besar. Dalam Jawatankuasa Kira-kira bagi setiap kementerian ...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Setiap line item lulus dalam jawatankuasalah, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara jangan salah fahamlah. Kalau tidak pandai jangan hendak jadi hero. Belum lagi
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Dia tidak tahu, dia tidak tahu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Apa kita hendak luluskan sekarang?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Bintulu, pergi sekolahlah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Yang lain duduk Yang Berhormat. Duduk, duduk termasuk Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Yang lama pun tidak faham-faham.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang lama tidak faham apa hendak buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduk.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang lama tidak ikut peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Perkara telah diputuskan oleh Majlis, oleh Dewan ini semalam Yang Berhormat. Soalannya sama ada saya duduk di sini, tidak duduk di sini itu persoalan yang lain Yang Berhormat.
Kalau semalam Yang Berhormat tidak setuju jangan keluar mungkin diundi, ini masalah lain Yang Berhormat. Jadi kalau Dewan sudah membuat kelulusan, apa lagi keputusan yang kita hendak Yang Berhormat.
Jadi kalau kita hendak mengikut interpretasi sendiri ataupun persepsi sendiri maknanya Dewan tidak akan berjalan lancar Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena. Sudah Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang diluluskan semalam itu yang mana, adakah yang diluluskan termasuk yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam iaitu angka RM17 bilion itu. Adakah ia termasuk dalam itu. Tidak saya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, okey duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Duduklah dahulu, saya minta Yang Berhormat duduk, okey. Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Pengerusi, soalan saya sama juga. Soalan yang penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi belum dijawab iaitu, apakah yang diluluskan semalam? Adakah yang terkandung dalam Kertas Perintah 41 atau apa, itu yang kita kena tahu sebab berdasarkan itu sahaja kita boleh ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, terima kasih. Saya pun faham Yang Berhormat. Saya ini bukan umur 18 tahun.
Akan tetapi sudah 18 tahun saya duduk dalam Dewan ini Yang Berhormat. Saya sudah menghadiri banyak Dewan Parlimen, saya ingat dalam Dewan ini tidak ada orang yang hadir di banyak Dewan Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi saya mengetahui macam mana perjalanan Parlimen di mana-mana Yang Berhormat. Oleh itu tidak payahlah. Yang Berhormat Shah Alam cukuplah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sedikit pun tidak payah, sudah. Yang Berhormat Shah Alam patut bangga Yang Berhormat Subang sokong tadi, sokonglah itu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak tunggu Tuan Pengerusi sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sokong Yang Berhormat Shah Alam bercakap, tetapi keputusannya tetap sama Yang Berhormat bahawa yang semalam itu adalah merangkumi apa yang disebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Muar tadi, dia termasuk dalam satu prinsip Yang Berhormat [Disampuk] Ya, Yang Berhormat jadi kalau Yang Berhormat hendak tanya, tanyalah dengan Menteri Kewangan, jangan tanya dengan saya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mesti berasaskan kepada peraturan mesyuarat, mesti berasaskan kepada kertas yang dibentangkan. Kalau kita lulus tanpa ada satu ketetapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau kita dapat keputusan macam ini Yang Berhormat, ini betul-betul macam pasar. Jangan ikut macam naluri sendiri Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya mintalah Yang Berhormat duduk, termasuk Yang Berhormat Kuala Selangor duduk. Sudah Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat Kuala Selangor tidak bersetuju tunggu Kementerian Kewangan nanti dibahaskan, bangkitkan.
Kalau tidak hendak bersetuju dengan yang RM7 bilion semalam bagi tahu tidak setuju, itu sahaja. Kalau dikatakan itu benda yang tidak sah, tidak betul, salah bagi tahu selepas perbincangan itu nanti.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, sebentar tadi Dewan ini mendengar pandangan yang cukup baik daripada sahabat saya Yang Berhormat Kota Raja. Saya kira itu merupakan bukanlah sahaja compromise, tetapi satu cadangan yang cukup baik, bertanggungjawab kepada Dewan yang mulia ini. Saya tidak mendengar bagaimana komentar Tuan Pengerusi atas perkara ini. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Atas peraturan apa berdiri ini Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini tidak ada peraturanlah. Ini dia minta penjelasan sahaja. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor duduk.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, kita hendak tahu yang mana pengurusan, yang mana pembangunan, yang mana B yang mana P? Jadi kita hendak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Tadi saya sudah bagi tahu, bukan saya yang mengeluarkan butiran Yang Berhormat - kementerian. Jadi kalau kementerian pada tengah hari ini hendak membuat, mengeluarkan butiran-butiran itu, itu soal kerajaan Yang Berhormat. Di sini Yang Berhormat saya bertanggungjawab untuk menjalankan tugas Dewan Yang Berhormat.
Jadi persoalannya kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, tidak bersetuju itu, itu keputusan Yang Berhormat. Keputusan saya ialah untuk menjalankan persidangan Dewan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, bukan persoalan tidak puas hati, tidak boleh hendak bincang, tidak boleh. Tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau macam itu saya tangguhkan Dewanlah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tangguh, tangguh, tangguh.
Ditangguhkan dahulu. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tangguhkan Dewan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
UMNO, BN tidak faham-faham.
[Sorak] **Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.20 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tepat pada jam 12.20 tengah hari tadi, mesyuarat telah ditangguhkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ekoran daripada kekecohan yang dicetuskan oleh satu persoalan dari Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu sama ada RM7 bilion yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kelmarin sewaktu menggulung perbahasan adalah termasuk dalam anggaran Bajet untuk tahun 2009, yang sebentar lagi kita akan bahas di dalam Majlis Jawatankuasa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RM7 bilion yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam, adalah tidak termasuk di dalam Bajet 2009 yang telah kita bahas pada Peringkat Dasar dan sebentar lagi akan kita bahas dalam Majlis Jawatankuasa.
Setahu saya, RM7 bilion yang disebut itu adalah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan jika perlu, di dalam mendepani masalah ekonomi yang melanda dunia, yang mahu tidak mahu, dijangka akan menjejaskan ekonomi Malaysia, dan wang tersebut seperti mana yang kita semua sedia maklum, seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan adalah hasil dari penjimatan subsidi minyak.
Ahli-ahli Yang Berhormat, atas sebab itu saya dapati bahawa tidak ada unsur- unsur pelanggaran Peraturan Mesyuarat seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan, oleh yang demikian Usul Menteri Kewangan mengenai anggaran pembangunan dan maksud-maksud di jadual Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 adalah teratur.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh hormatnya...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua menyebut tentang “jika perlu”. ”Jika perlu”, ini maknanya boleh atau tidak boleh, perlu disegerakan atau tidak perlu disegerakan, sedangkan semalam...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat, ya saya faham. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya tugas saya adalah cuma untuk memastikan bahawa peraturan mesyuarat diikuti dan tidak dilanggar oleh mana-mana pihak, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Maka itu persidangan tadi tengah hari itu ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang untuk saya meneliti. Apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat kelmarin akan lebih jelas lagi seandainya Ahli-ahli Yang Berhormat yang diketuai
Tuan Yang di-Pertua
oleh Yang Berhormat Permatang Pauh kelmarin berada di dalam Dewan dan meminta penjelasan.
Jadi oleh kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri tidak hadir di Dewan maka kesediaan saya ialah terpaksa saya pula yang membuat penjelasan. Saya dapat tahu bahawa, apabila saya tanya kepada pihak yang berkenaan, tidak ada perubahan kepada bajet yang dibahaskan dalam Peringkat Dasar tidak ada perubahan angka-angka langsung kepada apa saja risalah ataupun dokumen-dokumen yang diedarkan sebelum ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, tidak ada perubahan. Apa yang disebut kelmarin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ialah sekiranya perlu.
Ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri apabila membahaskan, saya mendengar dengan teliti, kekhuatiran oleh sebab apa yang berlaku di dunia, apa langkah- langkah yang akan dibuat, itu sebagai respons dan itu yang saya dapat ketahui. Jadi makanya bagi saya, retorik politik sama ada ekonomi itu terjejas atau tidak, sama ada langkah pembangkang betul atau tidak, sama ada apa yang dibuat oleh kerajaan betul atau tidak, benar atau tidak, itu bukan soal Parlimen. Soal saya...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, belum. Saya habis belum cakap. Soal saya ialah sama ada peraturan mesyuarat benar-benar dipatuhi dan diikuti kerana saya sedar iaitu bajet yang dibincangkan ini ialah bajet yang paling mustahak, dan kalau ianya tidak mengikut peraturan mesyuarat, ianya tidak mengikut Perlembagaan, ianya tidak sah, ianya tidak boleh dilanjutkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yakinlah, percayalah bahawa keputusan ini adalah keputusan yang mengambil kira semua aspek, Peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati dan mengamati penjelasan yang dibuat Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya rumuskan bahawa keputusan dan penjelasan Tuan Yang di-Pertua tadi ialah perbahasan yang akan menyusul selepas ini dalam Peringkat Jawatankuasa akan bersandarkan kepada bajet yang dibentangkan pada 29 Ogos 2008.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada perubahan sama sekali kepada apa juga dokumen-dokumen yang telah diedarkan sebelum ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, tidak ada perubahan kepada kepala-kepala di bawah kementerian- kementerian yang tertentu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Maknanya Tuan Yang di-Pertua, angka yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam tidak...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak termasuk dalam bajet.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak termasuk, dan tidak perlu dibahaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada Ahli Yang Berhormat kalau mahu dibahaskan, tetapi Peringkat Jawatankuasa, Ahli Yang Berhormat perlu juga tahu bahawa mesti precise kepada figure yang dibangkitkan dalam Peringkat Jawatankuasa
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini yang kita bahaskan pagi tadi Tuan Yang di-Pertua. Bila kita nak bahaskan setiap butiran dan kepala setiap di setiap kementerian, kita nak tahu apakah butiran itu ada perubahan atau tidak? Maka keputusan Tuan Yang di-Pertua, petang ini menyatakan bahawa tidak ada perubahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada perubahan kerana kalau dia...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak ada perubahan maknanya kita akan bahas Belanjawan yang dibentangkan pada 29 Ogos oleh Perdana Menteri Abdullah.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Timbalan Menteri Kewangan di sini.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan bahawa apa yang akan dibincangkan dalam Jawatankuasa nanti adalah angka yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos yang lalu
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan, oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, dia tahu apa yang berlaku, adakah ini bererti bahawa apa yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kita boleh anggap bahawa tidak wujud, ia boleh lupakan oleh kerana tidak ada di hadapan kita kerana tidak dibincangkan, tidak perlu untuk kita buat keputusan, we can forget about what he said yesterday, dia buang masa Dewan yang mulia ini, dan kedua adakah ini bererti bahawa, oleh sebab ada diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan di..., sebenarnya saya ada ucapan beliau di sini di mana beliau kata, “Bahawa sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin tentang kesejahteraan rakyat, maka penjimatan RM7 bilion daripada subsidi minyak akan disalurkan untuk semua ini...”
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Hari ini muka depan semua berita, radio dan televisyen, saya percaya ini akan dijalankan. Adakah ini bererti bahawa dan oleh kerana setiap sen, setiap dolar dan ringgit perlulah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, ini bererti bahawa tahun depan akan dibentangkan dalam Dewan ini satu supplementary estimate yang incooperate RM7 bilion ini. Adakah ini berlaku?
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam ada dua aspek. Satu aspek mengenai perbincangan ekonomi secara umum. Melihat kepada permasalahan ekonomi yang ada, berdasarkan kepada itu, Kementerian Kewangan membuat kajian bahawa kemungkinan besar kita dapat menjimatkan RM7 bilion dan kemudian Yang Amat Berhormat mengumumkan bahawa ini akan digunakan kelak. Apabila ada penjimatan, akan digunakan kelak untuk keperluan-keperluan tertentu. Ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri melakukannya seperti mana dalam ucapan beliau yang mana Yang Berhormat tidak hadir, dalam extraordinary situation, kita perlu extraordinary move.
Kalau ikut dari segi peraturan kewangan, mana-mana perbelanjaan yang diluluskan, di sini diluluskan lebih kurang RM21 bilion dari segi subsidi untuk minyak nanti.
Kalau ikut dari segi peraturan kewangan, sekiranya sebarang penggunaan wang daripada yang telah diluluskan diagih kepada keperluan lain, itu mengikut peraturan kewangan hanya memerlukan kepada administrative order daripada perkara A untuk dipindahkan kepada perkara B. Akan tetapi apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah extraordinary situation supaya kita transparent. Jadi beliau umumkan terlebih dahulu, apabila terjadinya nanti, wang ini akan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Akan tetapi untuk tujuan bajet ini, apa yang kita akan bincangkan ialah semua angka yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos yang lalu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya minta penjelasan lagi? Oleh kerana sebagai contohnya yang ada diumumkan oleh Yang Amat Berhormat semalam ialah untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Sekarang adakah ini bererti ini tidak pasti? Itu tarik balik! Adalah sama semua RM7 bilion ditarik balik. Tidak tahu mahu tidak mahu. Adakah ini bererti apa diumumkan ini satu wayang kulit saja. Semua sudah tidak exist. David Cooperfield nampaknya ada David Cooperfield dalam 24 jam, RM7 bilion sudah habis, lesap!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah kita dapat satu penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri perjelaskan.
Selepas itu saya tidak benarkan lagi kerana saya sudah membuat ketetapan bahawa ini mengikut Peraturan Mesyuarat. Itu saja persoalan saya.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Ini sudah jelas, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Ini sudah jelas. Apa Yang Berhormat nyatakan David Cooperfield, itu andaian Yang Berhormat. Apabila kita buat bajet, kita mempunyai andaian. Pada masa kita membuat andaian, harga minyak USD125 satu tong. Sekarang harga minyak telah turun dan dijangka harga minyak tidak akan meningkat lagi. Jadi berdasarkan kepada andaian itu, kita merasakan bahawa ada penjimatan sekurang-kurangnya sebanyak RM7 bilion. Jadi apa yang Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri lakukan adalah supaya transparent. Dalam keadaan saya kata tadi extraordinary economic situation.
Kita perlu memperkenalkan satu yang extraordinary supaya rakyat tahu apabila ada nanti penjimatan yang kita jangka akan ada, maka ini akan digunakan untuk tujuan- tujuan tersebut. Sekiranya ada kelebihan daripada itu yang memerlukan kepada supplementary budget, kalau ada kita akan bentang di Parlimen. Jadi ini mengikut peraturan dan mudah difahami oleh semua orang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Saya faham.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Berdasarkan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak rujuk bahawa apa yang kita bahaskan ini walaupun saya mahu kita merujuk kembali kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua kerana keputusan ini dikelirukan oleh penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu dalam Perlembagaan, Perkara 91(1), ini soal kewangan.
Hal yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan mengikut peraturan. Sekarang ini soal andaian kita tidak pertikai. Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri boleh membuat andaian apa juga. Soalnya sekarang ini kita bahas di peringkat Jawatankuasa.
Maka keputusan Tuan Yang di-Pertua itu tepat bagi saya iaitu kita kena pakai satu jumlah yang tepat. Oleh kerana yang dibentangkan kepada kita oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos itu berdasarkan angka yang tepat dan tidak ada pindaan mengikut 66(5) berkaitan dua hari notis, pemahaman saya apa yang dibentangkan kepada Ahli Parlimen sebelum pindaan itu boleh diterima dan dibahaskan. Maka hari ini dalam penjelasan Tuan Yang di-Pertua yang saya setuju iaitu kita akan hanya bahaskan peruntukan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tidak menerima pakai selain daripada pandangan-pandangan yang boleh kita keluarkan dalam berhujah mengenai pandangan yang disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam. Maknanya pandangan beliau itu hanya satu pandangan, bukannya mengikat belanjawan, penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak membantu, kerana menurut beliau kalau ini merupakan satu unjuran, kita boleh pakai, ini maknanya kita melanggar Peraturan Mesyuarat Majlis.
Saya bertegas hari ini Tuan Yang di-Pertua kerana Tuan Yang di-Pertua juga telah meneliti dan membuat keputusan iaitu hendak cara diplomatik, hendak kata kita pakai yang 29 Ogos sebenarnya in effect. Hari ini di peringkat Jawatankuasa, figures yang kita pakai ialah mengikut statute 40-41 yang dibentangkan pada 29 Ogos, period dan dengan itu menolak tambahan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih. Saya kadang-kadang tidak tahu di mana saya ambil kesabaran saya. Kadang-kadang walaupun ia terang lagi disuluh,
Tuan Yang di-Pertua
di spotlight, itu apa yang saya sebut tadi tugas saya sebagai Tuan Yang di-Pertua dan timbalan-timbalan saya ialah cuma memastikan bahawa peraturan mesyuarat diikuti sepanjang waktu, sama ada oleh pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Maka itu, sentiasa kita merayu supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri bantu kita supaya peraturan mesyuarat terpelihara. Jadi jelas bahawa pendapat saya seperti yang disebut sebentar tadi tidak ada pelanggaran mesyuarat oleh kerana RM7 bilion yang disebut kelmarin adalah bukan sebahagian daripada bajet yang kita sudah bahaskan dalam peringkat dasar dan peringkat Jawatankuasa. [Tepuk]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Minta Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM129,961,382,300 yang diperuntukkan dalam anggaran perbelanjaan mengurus 2009 bagi maksud-maksud bekalan B.1 hingga B.13, B.20 hingga B.32, B.40 hingga B.49, B.60 dan B.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan berkenaan dijadikan jadua l dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM53,729,145,000 yang diperuntukkan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2009 bagi maksud- maksud pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13, P.20 hingga P.32, P.41 hingga P.49, P.60, P.62 dan P.70 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai lampiran A dan lampiran B Kertas Perintah 40 tahun 2008 dijadikan anggaran perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2009 dan juga anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2009 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 40 tahun 2008 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 41 tahun 2008. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka ingatkan kembali oleh kerana dalam peringkat dasar kita telah berhempas pulas dan terpaksa saya menambah masa sehingga 11.30 malam. Tetapi
Tuan Pengerusi
malangnya apabila sudah 11.30 malam, lengang juga Dewan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan timbalan-timbalan terpaksa duduk sementara Ahli-ahli Yang Berhormat boleh keluar masuk. Jadi bersikap adillah kepada semua termasuk saya sendiri apabila berbahas itu hadkan masa. Precise to the point yang dibahas dan jangan lagi keluar daripada ruang lingkup dalam peringkat jawatankuasa. Itu yang saya pohon kepada Ahli Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi, saya sebut pertama Butiran 200,000 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan mengenai Biro Tatanegara.
Kita dapati berita bahawa Barack Obama dipilih sebagai Presiden United States dengan majoriti yang terbesar dan saya ucapkan tahniah kepada beliau dan Parlimen kita pun perlulah ucapkan tahniah kepada Barack Obama tanpa berbincang mengenai dasar-dasar beliau. Tentulah ini satu breakthrough, satu historic win untuk Barack Obama dan di mana seorang orang hitam boleh menjadi Presiden USA. Seorang yang agak pun baru-baru ini bahawa ini boleh berlaku. Oleh kerana 150 tahun dahulu orang kulit hitam masih menjadi hamba, slave di Amerika. Tentu ini ada lebih sama kuat dengan Malaysia. Bolehkah di Malaysia seorang Tionghoa, India, Kadazan, Iban menjadi Perdana Menteri di Malaysia?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mana boleh kalau perangai macam Yang Berhormat Ipoh Timur? Mana boleh tidak bolehlah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tidak boleh kalau perangai macam ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak boleh. Itulah latar belakang...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur, baru juga saya ingatkan supaya ucapan itu...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Butiran, butiran.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Butiran saya baru sebut. Nasional integrasi dan itulah apa yang the point saya hendak kata. Apa di Amerika kalau boleh dapat historic breakthrough, kenapa kita di Malaysia masih begitu mundur sehingga kata ‘tidak boleh, tidak boleh’. 50 tahun, kalau soalan ini ditanyakan saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak semua kata ‘boleh’ oleh kerana mengikut Perlembagaan...
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
... pilihan raya dahululah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mengikut Perlembagaan tidak ada halangan sesiapa warganegara Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri. Bukankah ini Perlembagaan Federal. Ini dalam Perlembagaan, tetapi...
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
You menang pilihan raya dahululah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...tetapi nampaknya suara di sini ‘tidak boleh’.
Yang menentang Perlembagaan Malaysia, menentang social contract, siapa menentang social contract? Suara-suara yang kita dengar. Kenapa di Amerika kita boleh celebrate historical breakthrough.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Ipoh Timur jangan putar belitkan apa yang berlaku di Amerika dengan apa yang berlaku di sini. Tetapi kalau perangai Ipoh Timur, memang tidak sesuai.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak mengikut Perlembagaan, apa Peraturan Mesyuarat?
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, jangan berdialog. Minta Yang Berhormat Ipoh Timur...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Inilah, inilah...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebab dia lari...
Tuan Pengerusi
...khususkan kepada butiran.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Butiran saya sudah sebut.
Tuan Pengerusi
Ini macam pasar.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional supaya ajarkan...
Tuan Pengerusi
Apa yang saya dengarkan ini seolah-olah macam dasar.
Walaupun disebutkan itu pendekkan soal itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Apa erti mengadakan satu Jabatan Perpaduan Negara di mana Ahli-ahli Parlimen UMNO tidak faham Perlembagaan Malaysia.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Siapa yang tidak faham? Yang Berhormat bagi Ipoh Timurlah tidak faham.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Begitu perkauman...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Pahat, biarkan Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Racist.
Tuan Pengerusi
Saya akan tegur Yang Berhormat Ipoh Timur kalau dia langgar Peraturan Mesyuarat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kalau saya langgar, saya terima. Inilah...
Tuan Pengerusi
Jangan panjangkan hal Obama, sebab itu di Amerika.
Khususkan di Malaysia. [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan, saya balik kepada Malaysia,. Kenapa seorang hitam boleh menjadi Presiden Amerika tetapi kenapa di Malaysia ada orang mengeluarkan ‘mana boleh’ seorang rakyat Malaysia, tetapi keturunan Cina, India, Kadazan, Iban tidak boleh jadi Perdana Menteri.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tukar dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Tanya Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tanya Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu hal yang lain.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Pahat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tetapi mengikut Perlembagaan...
Tuan Pengerusi
Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Runding dahulu.
Tuan Pengerusi
Kalau diganggu Yang Berhormat Ipoh Timur, nanti panjang lagi hujahnya. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sama ada factual, hakikat...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Tanya Yang Berhormat Pokok Senalah.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tanya Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Tanya Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...tetapi kita tidak menerima teori constitutional bahawa semualah equal citizen Malaysia. Kenapa? Apa berlaku dlm 51 tahun ini sehingga ini boleh berlaku. Saya haraplah bahawa apa yang berlaku dalam United States boleh jadi satu iktibar, satu perkara semua kita merenung. Sebab itulah kenapa kita tidak boleh bersatu padu. Kenapa UMNO menjadi parti buli dalam Barisan Nasional. Mana ada suara MCA, GERAKAN, MIC? Mana ada? Mereka dibuli dan ini kita lihat dalam Dewan yang mulia ini [Dewan riuh]
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Nanti dahulu, nanti dahulu.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dalam beberapa hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Menteri Penerangan dari MCA dan GERAKAN semua dibuli Ahli-ahli Parlimen UMNO di sini. Siapa membela mereka? Kita Pakatan Rakyat membela mereka [Tepuk] Mana MCA? Mana MIC? Mana GERAKAN? Itu bukanlah satu contoh yang baik. Kita harap kita semua rakyat Malaysia jangan sesiapa rasa ada hak untuk membuli orang-orang yang lain.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ada lima orang Ahli Yang Berhormat bangun Yang Berhormat, minta penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Nanti, nanti. Nanti saya akan bagi.
Tuan Pengerusi
Jangan terlampau panjang Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, kedua oleh sebab saya tidak mahu masa yang panjang, saya tahu ada rakan-rakan saya yang hendak berucap. Perkara kedua mengenai Parlimen.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, mic ini tidak boleh pakai.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Betul, kita dalam extraordinary times dan perlu extraordinary measures, perkataan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam. Saya mahu komen Tuan Yang di-Pertua atas tafsiran beliau untuk selamatkan keadaan. Kita faham. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku?
Sebenarnya kita adalah satu supplementary bajet RM7 bilion suntikan. Oleh kerana tidak mengikut peraturan yang wajar, tidak di hadapan di Dewan yang mulia ini. Sungguhpun kita tahu. Tidak perlu saya ucaplah apa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada cakap semalam. Oleh sebab itu kita ada satu extraordinary situation di mana kita bincang satu bajet, ada satu shadow bajet RM7 bilion. Sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ini adalah kalau perlu, ini tidak didengar semalam, radio, televisyen, surat khabar. Inilah usaha yang akan dijalankan dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk menyelamatkan keadaan sekarang oleh kerana negara kita menghadapi satu economic crisis oleh kerana global financial melt down, itu betul.
Itu perlu, kita perlu strategi untuk menghadapi krisis ini. Tetapi kalau cara pun silap, cara pun tidak hormati integriti kewibawaan Parlimen. Bagaimana kita boleh mendapat balik keyakinan semua pihak. Itu adalah masalah, akhirnya adalah keyakinan, confidence.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Okey, penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tunggu dahulu. Masalah ialah keyakinan semua...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Berilah laluan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Keyakinan bukan sahaja... nanti. Keyakinan bukan daripada butiran-butiran, tindakan RM7 bilion tetapi pun cara untuk menyelamatkan situasi ekonomi. Cara semacam menghormati institusi Parlimen, the rule of law, the integrity, akauntabiliti dan semua ini. Tetapi nampaknya tidak diikuti. Saya tidak percaya bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak ada cukup penasihat yang tahu what should be the right thing to do sehingga perlulah Tuan Pengerusi untuk menyelamatkan keadaan dengan satu interpretasi yang sangat luar biasa.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi sudah buat keputusan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak challenge...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mereka sendiri membantah...
Tuan Pengerusi
Saya tidak menyelamatkan keadaan. Kalau boleh tarik balik itu.
Saya ikut Peraturan Mesyuarat.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Tarik balik, tarik balik Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak challenge kepada...
Tuan Pengerusi
Itu sangkaan jahat kepada saya. Seolah-olah saya menyebelah kerajaan. Saya ikut Peraturan Mesyuarat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan, bukan. Ini perlu...
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik balik. [Dewan riuh]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron
Tarik balik, tarik balik Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tarik balik kalau ada apa insinuation yang dirasai oleh Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak berniat begitu. Tapi saya rasa ini mustahak. Kita sudah dengar banyak mengenai perubahan reformasi-reformasi. Mana ada reformasi Parlimen? Baru-baru ini kita tengok dalam ucapan di sini ialah satu aspek sangat mustahak. Kita ada satu PAC (Public Accounts Committee), di mana ada kata mahu siasat mengenai skandal pembelian Eurocopter.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Skandal tak habis-habis.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Skandal ya, sudah menjadi...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mana ada skandal?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya akan beritahu kenapa sudah menjadi skandal. Kenapa menjadi skandal? Oleh kerana sebenarnya kalau tidak ada apa-apa muslihat, patutlah ada satu kerelaan untuk memberi penjelasan, penyiasatan yang accountable, terbuka. Tetapi apa yang berlaku? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata, bahawa Kabinet sudah membuat keputusan membenarkan PAC membuat satu siasatan. Pertama, siapa Kabinet yang membenarkan PAC buat siasatan? PAC satu cabang Parlimen ialah bebas daripada Kabinet. PAC, Parlimen tidak perlu kebenaran daripada Kabinet untuk menjalankan tugas Parlimen, yang pertama. Kedua [Disampuk] nanti-nanti saya habis baru boleh saya bagi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kedua, apa peranan PAC? Peranan PAC ialah mewakili Dewan yang mulia ini untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran. Mengenai Eurocopter, semalam Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam teks ucapan beliau ada dua perenggan mengenai Eurocopter, dengan izin perenggan 57 Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ipoh Timur juga telah membangkitkan beberapa perkara mengenai perolehan 12 unit helikopter daripada Eurocopter France untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan helikopter Nuri. Perenggan 58, untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat perolehan pesawat ini dilaksanakan secara tender antarabangsa, yang mana penilaian teliti telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Harga dan diperakukan oleh Lembaga Perolehan KEMENTAH sebelum dimajukan kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan kelulusan.
Penilaian tender dibuat berdasarkan dokumen tender yang lebih dikemukakan oleh petender-petender dan ia dinilai berdasarkan pematuhan tawaran petender kepada kriteria- kriteria yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee) telah juga mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan dari segi tatacara perolehan dan aspek teknikal, ini bermakna soal skandal yang dijaja oleh pembangkang langsung tidak berbangkit. Bukankah ini satu skandal?
Bukankah ini satu skandal? Siapa bagi tahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa PAC sudah membersihkan kerajaan dalam perkara ini? PAC ialah satu jawatankuasa bertanggungjawab kepada Parlimen.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat tertiblah sikit. Tertib. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya.
Tuan Pengerusi
Seolah-olah ucapan ini saya amati lima, enam minit.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Parlimen...
Tuan Pengerusi
Seolah-olah macam ucapan dasar, untuk perbahasan dasar.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan, ini mengenai Parlimen. PAC, peranan PAC.
Tuan Pengerusi
Saya tahu, saya tahu. Kurangkan sikit provokasi itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya.
Tuan Pengerusi
Ianya mengundang reaksi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dasar Parlimen. Bukan, itu dasar Parlimen bukan dasar kerajaan, dasar Parlimen.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Besar dia minta penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Nanti-nanti. Saya akan bagi jalan [Dewan riuh] Nanti, saya habis saya tentu bagi.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tentu bagi jalan. Saya janji saya akan bagi jalan.
Tuan Pengerusi
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Habis jawapan saya dulu mengenai perkara ini, okey. You sit down first, you sit down first. Even you are Menteri you sit down first. You are Menteri - you are nothing, sit down! Sit down!
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Just to correct figure, dengan izin.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
You sit down, your are PAC Chairman. You sit down. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur. Ahli Yang Berhormat duduk dulu Ahli Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak akan bagi jalan selepas saya...
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur sendiri duduk dulu. Tolong duduk dulu. Tenang dulu. Ya, duduk dulu Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur.
Semua duduk dulu. Inilah kelmarin apa yang berlaku sewaktu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata dia tidak kasi laluan pasal hak dia. Sekarang ini dilakonkan balik oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat senyap dulu saya belum habis bercakap. Jadi lakonan- lakonan yang kamu tidak kehendak itu janganlah lakonkan untuk dipertontonkan balik. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu beza besar. Satu isu, habis saya akan bagi Yang Amat Berhormat mahu ucap dua jam baru dia mahu bagi itu perbezaannya. Ini saya sangat pendek.
Tuan Pengerusi
Tidak ada beza.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sangat pendek mengenai PAC.
Tuan Pengerusi
Sila. Pendekkan, pendekkan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kenapa PAC belum kemukakan laporan kepada Dewan yang mulia ini bagi laporan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Adakah Pengerusi PAC bertanggungjawab kepada Parlimen atau bertanggungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri?
Kedua, bukankah benar bahawa kenyataan Yang Berhormat Pengerusi PAC bahawa PAC had cleared the government mengenai Eurocopter scandal itu tidak benar?
Oleh kerana tidak ada satu keputusan dikutip, diambil oleh PAC adakah anggota-anggota ditanya setuju tidak setuju untuk clear the government of all procedurals.
Yang Berhormat Pengerusi PAC, nanti-nanti saya habiskan perkara ini saya akan bagi kepada sesiapa pun. Bukankah benar bahawa apabila Yang Berhormat Pengerusi PAC kata bahawa tidak ada procedural abuse dalam pembelian Eurocopter. Yang Berhormat Pengerusi PAC sudah guilty of procedural abuse dalam PAC. Oleh kerana dalam PAC tidak ada siasatan yang terperinci mengenai segala aspek pembelian Eurocopter. Di mana Ahli-ahli Parlimen PAC tidak dapat maklumat-maklumat yang perlu untuk boleh buat satu keputusan mengenai, ada atau tidak penyelewengan? Saya tidak kata di sini ada penyelewengan, tetapi perlulah anggota-anggota PAC diberi ruang dan peluang untuk siasat dengan terperinci dalam perkara ini.
Ini tidak berlaku tetapi ada Pengerusi keluar dua hari dahulu kata sudah clear supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh datang ke Dewan yang mulia ini, kata bahawa PAC sudah cleared sungguhpun tidak clear, sungguhpun laporan tidak disampaikan kepada Dewan yang mulia ini. Mother institusi dan oleh kerana pagi semalam saya ada buat protes bahawa ini tidak mengikut tatacara PAC, sebab itu sungguhpun ada dua perenggan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, dua perenggan ini tidak dibacakan kerana tahu ini salah. Ini scandal sebab itu Yang Berhormat Pengerusi PAC tidak layak terus menjadi Pengerusi PAC. Patut letak jawatan. Sudah bawa malu, humiliated, he brought the humiliation kepada Parlimen. Okey bagi jalan.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat yang lain diam. Sila Yang Berhormat Padang Besar.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, pertamanya Yang Berhormat Ipoh Timur saya perlu memaklumkan bahawa PAC tidak sepatutnya berdebat dengan pembangkang dalam isu ini. PAC hanya menjadi pihak yang mencuba melihat di manakah kelemahan-kelemahan kalau ada. Sebenarnya PAC pun telah membuat keputusan seminggu sebelum daripada apa yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang mencadangkan supaya PAC melihat isu ini. Maknanya PAC tidak diarah oleh
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Kabinet, itu factual [Tepuk] Saya juga perlu memaklumkan bahawa sebelum kita membuat persidangan akhbar pada hari berkenaan, setiap ahli PAC ditanya satu persatu.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Prosedur ini adalah satu prosedur untuk kita menjalankan tugas dengan telus.
Apa semua yang ditegur dimaklumkan itulah apa yang disebutkan oleh saya. Laporan sebenarnya akan dikemukakan kepada Parlimen sebaik sahaja laporan itu siap ditaip secara verbatim oleh pihak urus setia Parlimen. Jadi bukanlah tujuan kita untuk tidak mengemukakan laporan tetapi akan dikemukakan dalam Parlimen dengan secepat mungkin oleh kerana memerlukan masa untuk mengumpulkan dan menaip dan sebagainya. Jadi bukan saya hendak mengatakan kita tidak siasat. Apakah siasatan yang dianggap perlu oleh Yang Berhormat Ipoh Timur? Adakah hendak kita turun membawa kapal terbang sendiri dan sebagainya, tidak. Kita hanya melihat dari segi prosedur adakah ini melanggar prosedur? Di mana perlu kita tanya, tanyalah ahli-ahli PKR dan DAP yang ada dan PAS yang ada di dalam. Apa yang mereka tidak tanya, semua dia tanya.
Saya sendiri tolong membantu memperjelaskan soalan untuk supaya mereka tanya dalam bahasa yang saya guna. Please call a spade a spade, itu dalam PAC. Tanya soalan dan call a spade a spade, jangan berselindung cerita, tanya. Ini semua dijelaskan.
Jadi ini saya tidak mahu berdebat dengan Yang Berhormat Ipoh Timur tetapi kami memang jalankan tugas dengan sebaik mungkin. Saya berdiri di sini bukan untuk menegakkan bagi pihak kerajaan tetapi saya menegakkan bagi pihak PAC kerana nama PAC sudah dicemarkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih. Saya tidak cemarkan nama baik PAC, Pengerusi sendiri mencemarkan nama baik PAC. Bagaimana kita boleh...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Peraturan Mesyuarat apa ya?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Pengerusi
85, sila baca.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Pengerusi PAC ada menyebut bahawa...
Tuan Pengerusi
Sila baca 85 Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
85 Tuan Pengerusi, “Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa itu, atau oleh siapa- siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis”. [Tepuk] Tadi jelas kita dengar Pengerusi PAC menyatakan laporan akan dibentangkan ke Majlis ini setelah ditaip secara verbatim oleh urus setia. Akan tetapi persoalannya, mengapa sebelum ditaip sebelum dibentangkan dalam Majlis beliau sendiri telah membuat kenyataan akhbar mendedahkan penyiasatan tersebut. Apakah beliau telah melanggar Peraturan Mesyuarat 85, sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Bukan Ipoh Timur mencemarkan nama baik PAC malahan Pengerusi PAC sendiri telah melanggar peraturan mesyuarat yang patut kita sendiri junjung dan saya setuju supaya beliau segera meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih sebab itu kita adalah...
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Bangun]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mahu jawab? Boleh saya bagi jalan, boleh.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, PAC akan mengemukakan laporan. Terpulang kepada Parlimen setelah menerima laporan itu membuat keputusan tetapi bukan buat keputusan sebelum laporan bertulis itu keluar. Kita hanya membuat pernyataan yang telah dipersetujui dalam Jawatankuasa dan sebagai convention. Rakyat mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Kita kemukakan maklumat itu kepada rakyat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih, saya sendiri tidak kisah mengenai keterangan Yang Berhormat tentang apa yang berlaku dalam Mesyuarat PAC tetapi patutlah berasas yang membayangkan apa yang berlaku dalam PAC tetapi sebenarnya tidak benar. Kedua sungguhpun Yang Berhormat kata bahawa PAC akan menyampaikan laporan kepada Parlimen dan belum dibuat, kenapa kerajaan atau Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dapat maklumat dan boleh menggunakan maklumat ini untuk advantage sendiri sebelum Parlimen tahu. Kenapa boleh digunakan? Bukankah ini nampaknya ada satu komplot, komplot antara PAC Chairman dan Timbalan Perdana Menteri.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, saya tidak...
Tuan Pengerusi
Jangan panjangkan sangat hal PAC ini. Sila beri penjelasan sekejap.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Pembetulan maklumat dan fakta.
Saya berani mengatakan di sini selepas Mesyuarat PAC sampai hari ini saya tidak berjumpa lagi dengan Timbalan Perdana Menteri. Maknanya saya tidak berjumpa, cuma saya percaya Timbalan Perdana Menteri menggunakan apa yang disebutkan dalam akhbar, itu sahaja terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu bahawa Yang Berhormat PAC Chairman tidak jumpa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tetapi dalam masa sekarang tidak perlu jumpalah. Tidak perlu jumpa boleh menyampaikan apa yang mahu perlu disampaikan.
Tuan Pengerusi
Beralih kepada lain topik Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya okey dan akhirnya saya harap bahawa PAC bermesyuarat dengan segera untuk perbetulkan apa yang berlaku. Penyelewengan PAC sendiri yang berlaku. Kedua kita dapati bahawa PAC pun mahu siasat bukan sahaja Eurocopter tetapi pun dua lagi mega skandal yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan saya ialah mengenai lagi dua iaitu broadband RM11.3 bilion high-speed broadband. Kedua mengenai Bank Indonesia International, kenapa tidak ada apa kemajuan dalam dua-dua isu ini tetapi semua bukan dalam...
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Mohon penjelasan Yang Berhormat Ipoh Timur, mohon penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya haraplah, saya harapkan bahawa PAC boleh bersidang dengan segera dan bahawa sekurang-kurangnya sebelum akhir bulan ini laporan khasnya mengenai Eurocopter boleh dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya Parlimen dimaklumkan. Kemudian, kita boleh buat satu keputusan, kalau perlu mahu menerima atau mahu menolak cadangan PAC. Oleh kerana itu cadangan sahaja, keputusan dalam tangan Dewan yang mulia ini.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Boleh mohon penjelasan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Sila.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya dibangkitkan perkara 85 cuma saya hendak dapat petua daripada Tuan Pengerusi berhubung perkara yang saya bangkitkan tadi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ya ini Peraturan Mesyuarat 85 ialah berhubung dengan keterangan yang diambil maksud keterangan itu daripada saksi-saksi yang dipanggil oleh PAC. Jadi dalam soal ini saya tidak nampak bahawa ada keterangan-keterangan yang diambil dari pihak-pihak luar sewaktu PAC bermesyuarat untuk mengetahui sama ada penyelewengan atau tidak. Tidak ada disebut pun setahu saya. Maka saya tidak boleh buat petua bahawa ada perlanggaran Peraturan Mesyuarat 85 kecuali ada umpamanya bukti-bukti tertentu daripada Yang Berhormat yang boleh meyakinkan saya bahawa ada keterangan-keterangan yang melanggar Peraturan Mesyuarat 85.
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, izinkan saya memperjelaskan 85. Saya baca, “Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa itu, atau oleh siapa-siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis”. Majlis itu majlis mesyuarat inilah tetapi yang dibuat adalah convention. Tiap Jawatankuasa PAC bermesyuarat kita buat penjelasan secara umum dan terpulang kepada Parlimen ini untuk menerima atau menolak selepas yang dibuat bertulis itu dikeluarkan kepada Parlimen. Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Pengerusi saya hendak tambah sedikit daripada penjelasan Tuan Pengerusi. Saya faham secara conventionnya setiap kali Mesyuarat PAC ada persidangan akhbar yang diaturkan menyusul mesyuarat tersebut.
Apakah lebih bijaksana sekiranya Pengerusi PAC menyatakan kepada pihak media siasatan telah dijalankan, kami telah meneliti semua keterangan dan saya akan hanya buat pengumuman setelah Majlis ini dilaporkan tentang penyiasatan tersebut. Apakah itu lebih bijaksana supaya kita menghormati Dewan yang mulia ini...
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Hei, dia lagi pandailah!
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...dan tidak menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi PAC sewenang-wenangnya dan tidak menghormati Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Bermakna mesej kedua-dua pihak telah saya dengar, sila teruskan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, saya...
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pontian minta penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Apa yang dibacakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya belum bagi jalan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pontian, dia belum bagi jalan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya bagi dia satu peluang, nanti kata saya takut. Okey, bagi jalanlah.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Apa yang dibacakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi sebenarnya tidak disebut dan tidak diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak cakap begitu!
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Jadi perkara tentang PAC itu tidak berbangkit sebab beliau tidak ada menyebut perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu semalam.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tadi saya sudah cakap bahawa ditinggalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tetapi dalam teks dan ditinggalkan. Oleh
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
kerana saya protes semalam bahawa inilah tidak mengikut peraturan dan ini menunjukkan bahawa pengerusi PAC adalah boneka sahaja kepada beliau. Sebab itu ditinggalkan.
Faham?
Tuan Pengerusi
Teruskan, teruskan, teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Biro Tatanegara. Biro Tatanegara nama sangat infamous Tuan Pengerusi. Biro Tatanegara sepatutnya sebuah institusi untuk menyatupadukan rakyat khasnya semua yang akan menjadi kakitangan kerajaan bertanggungjawab untuk memerintah negara ini. Akan tetapi kita tahu Biro Tatanegara menjadi satu propaganda outfit UMNO untuk meracuni fikiran generasi yang baru yang akan masuk ...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey.
Tuan Pengerusi
Sebut Yang Berhormat, tak apa Yang Berhormat, sebut sahaja.
[Ketawa][Dewan riuh]. Sebut Yang Berhormat, sebut sahaja Peraturan Mesyuarat mana?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mana ada okey?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey. Dah lama jadi Ahli Parlimen, berapa penggal pun perangai tak senonoh.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, sebut sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Perangai tak senonoh!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur, tak apa Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kita kenal siapa Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa kenal? Balik-balik, six million dollar man.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Six million dollar man, itu saja modal, lain tak ada.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, sebut saja peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa modal? Kenal Pasir Salak? What do you want to say?
Tuan Pengerusi
Sebut saja, sebut saja.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kita kenal, kita betul-betul kenal Yang Berhormat Pasir Salak, memang tidak senonoh punya orang.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kenal apa?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, tak perlulah!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
What do you know about me?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Salak, Peraturan Mesyuarat mana?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu mukadimah! [Ketawa]
Tuan Pengerusi
Kalau pun buat mukadimah Yang Berhormat, jangan mukadimah yang tidak ada kaitan. [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa tidak ada kaitan? Dia macam monyet.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Buku yang dibaca nanti itu tidak elok.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap meloncat-loncat, macam monyet.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Point of order, point of order.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Peraturan Mesyuarat, penjelasan tidak mukadimah, balik rumah!
Tuan Pengerusi
Tak apa, Yang Berhormat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Meloncat-loncat saya perhatikan setiap kali bercakap, meloncat-loncat macam beruk. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Sebut sahaja apa itu peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli
Tarik balik Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berapa kali tarik balik pun bolehlah tetapi monyet, monyet juga! Apa? You want me to behave, you behave yourself.
You want to be respected, you must know how to respect people.
Tuan Pengerusi
I want everybody to behave. Yang Berhormat Pasir Salak, teruskan Peraturan Mesyuarat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Perangai semua macam minum todi saja. [Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, duduk, duduk, saya tahu apa yang saya buat Yang Berhormat Padang Serai. Saya Tuan Yang di-Pertua yang terhina apabila Tuan Yang di-Pertua mencelah di bawah Peraturan Mesyuarat 42, tidak ada siapa yang dengar. Saya yang paling terhina cuma kesabaran saya bukan macam Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau saya pun ikut juga seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, tidaklah boleh kita bermesyuarat. Tolonglah, kalau ada peraturan mesyuarat itu, sebut di mana kita melanggar Peraturan Mesyuarat, saya ingin tahu juga. Sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, saya pun banyak bersabar mendengar ucapan-ucapan yang tidak...
Tuan Pengerusi
Teruskan dengan peraturan mesyuarat Yang Berhormat, yang mana satu?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, ada ini, tunggu sekejap saya nak baca.
Tuan Pengerusi
Ya baca Yang Berhormat, mana?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau bercakap soal kesabaran, saya pun bersabar banyak ni dengar ni macam-macam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hey, tunggulah, saya dulu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam, dia belum habis lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa Yang Berhormat Shah Alam ni? Peraturan Mesyuarat 36 ini mudah saja Tuan Pengerusi, saya nak bangkitkan iaitu...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa dia?
Seorang Ahli
Terhegeh-hegeh.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
This is my style, apa you know. [Dewan riuh] You with your own style, I with my own style.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Salak, tolong sebut mana Peraturan Mesyuarat. Amaran pertama.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mereka kacau Tuan Pengerusi, saya nak sebut.
Tuan Pengerusi
Sebut!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ringkas sahaja, 36, sabar.
Tidak boleh, ini Yang Berhormat Ipoh Timur ya, saya tujukan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa you ingat I tak sekolah ke? [Ketawa] Tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli yang lain, itu sahaja. [Dewan riuh] Ini banyak sangkaan jahat, tuduh UMNO lah, itu menyelewenglah, skandallah.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi , tidak terbukti ada skandal, tidak ada terbukti ada penyelewengan.
Tuan Pengerusi
Saya faham.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagaimana mahu hukum?
Bagaimana mahu hukum kerajaan? Bagaimana mahu hukum parti UMNO tanpa ada bukti?
Bolehkah kita tuduh bahawa Ketua Pembangkang sudah bersalah? Belum dibuktikan bersalah, he is not yet fell guilty. [Tepuk]
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagaimana ini kes...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa rasuah?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, tidak elok begini. Saya belum buat lagi keputusan, kenapalah sudah bangkitkan peraturan mesyuarat sekarang...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak boleh menghukum seseorang ataupun mana-mana pihak selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Tuan Pengerusi
Ya, ya, duduklah Yang Berhormat. Sudah dibangkitkan isu, saya faham.
Beberapa Ahli
[Bising]
Tuan Pengerusi
Ya, sila duduk Yang Berhormat. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih. Maka itulah ada Peraturan Mesyuarat, 36(6) itu saya persetujui.
Tidak ada siapa yang dibenarkan untuk mengeluarkan sangkaan jahat kepada mana-mana ahli pun. Jadi kalaulah itu persetujuan kita semua dan telah pun termaktub dalam Peraturan Mesyuarat, janganlah buat tuduhan-tuduhan yang tidak boleh ada bukti-bukti tertentu. Kalau ada tuduhan yang kamu ingat betul-betul tuduhan, bawa usul, ada Peraturan Mesyuarat lain, Peraturan Mesyuarat 43. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur, teruskan Yang Berhormat Ipoh Timur, jangan buat lagi provokasi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak buat provokasi.
Tuan Pengerusi
Jangan menjolok-jolok sebab banyak sarang tebuan yang saya nampak, jangan jolok. Tidak jolok pun, dia pandai terjun Yang Berhormat Ipoh Timur, tolong, sila. [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tapi kita tidak boleh benarkan seorang Ahli Parlimen membuat apa-apa sewenang-wenangnya. Nampaknya kita ada seorang Ahli Parlimen di sini yang boleh buat apa-apa dia suka.
Tuan Pengerusi
Termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur, tolonglah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak, saya ikut Peraturan Mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Sila teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kita dengar satu persoalan, tak ada sekolah ke? Sangat jelaslah, tidak ada sekolah. [Ketawa] Hari-hari ada bukti.
Tuan Pengerusi
Sila teruskan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya teruskan dengan Biro Tatanegara. Saya harap Biro Tatanegara janganlah terus menjadi...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Orang tak ada sekolah, tak sekolahlah, okeylah. Saya mahu teruskan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dulu. Yang Berhormat Ipoh Timur, tarik baliklah yang tidak ada sekolah itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tak sebut kepada dia. Adakah dia rasa disebut?
Tuan Pengerusi
Kadang-kadang tak ada sekolah ini, dia merasa tidak baik, tarik baliklah yang tidak sekolah itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Makan cili, dia merasa pedas.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat duduk, saya tahu apa yang saya buat, sila duduk, sila duduk. Tarik baliklah dia tidak sekolah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ada sekolah? Sekolah sampai mana?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak tahu, dia ada sekolah, tidak ada sekolah, saya tak tahu tapi mengikut perangai tidak sekolah.
Tuan Pengerusi
Janganlah sebut dia tidak sekolah, tarik balik Yang Berhormat Ipoh Timur, dia ada sekolah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tentu tak ada sekolah, tengok orang mana ada sekolah macam ini? Malu sekolahlah kalau ada. Malu sekolah. Ada sekolah ke?
[Dewan riuh] Ada sekolah ke? Saya tak tahu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tarik balik!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tarik apa? Saya pun tak tahu tarik balik apa?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Perkataan beruk, awak tarik balik!
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahu teruskanlah.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, duduklah Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, kesabaran saya ada hadnya, ada hadnya Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, tolong teruskan perbahasan sebelum saya bertindak lagi, nanti saya kena tuduh bahawa saya emosi, saya macam-macam, tolong.
Teruskanlah Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey, saya teruskan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Suruh dia tarik balik Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tarik balik itu yang tidak sekolah, dia tersinggung.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Suruh dia tarik balik monyet dan beruk.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, itu sudah berlalu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi, mahu saya tarik balik...
Tuan Pengerusi
Kalau Yang Berhormat Padang Serai berdiri lagi dengan soal begini, saya juga akan tahu apa yang saya buat. Sila tarik baliklah itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi mahu arah saya tarik balik dia ada sekolah?
Tuan Pengerusi
Tadi Yang Berhormat kata dia tidak sekolah. Jadi dia sekarang ini tersinggung.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua tahu dia ada sekolah?
Tuan Pengerusi
Dia kata dia dari Universiti Malaya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oh Universiti Malaya?
Tuan Pengerusi
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sekarang saya faham kenapa Universiti Malaya jatuh rendah.
Tuan Pengerusi
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tarik balik. Sekarang saya faham kenapa Universiti Malaya jatuh sampai 200 tangga.
Tuan Pengerusi
Okey tarik balik selepas itu teruskan, teruskan. Yang Berhormat Ipoh Timur teruskan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, saya teruskan. Saya tarik balik, dia ada pergi Universiti Malaya sebab itu Universiti Malaya jatuh.
Tuan Pengerusi
Dia sudah tarik balik. Yang Berhormat sudah Yang Berhormat.
Kita sudah menghabiskan banyak masa Yang Berhormat Ipoh Timur harus faham.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey, okey. Poor University of Malaya, poor University of Malaya. Saya terus Biro Tatanegara.
Tuan Pengerusi
Sila, Biro Tatanegara. Jangan lebih-lebih Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap bahawa Biro Tatanegara berhentilah segala tindakan dan program-program yang pecah belah rakyat Malaysia. Kita dapat maklumat, pergi sana meracuni fikiran generasi yang akan datang yang akan menjadi pentadbir kerajaan ini. Bukan sahaja kaum bukan bumiputera yang tidak boleh terima, kaum bumiputera Melayu yang rasional pun tidak boleh terima dengan program meracuni dalam Biro Tatanegara. Mereka akan menjadi guru-guru, pentadbir-pentadbir dan pegawai- pegawai tinggi. Adakah kita mahu memupuk satu generasi yang berfikiran Malaysia? 51 tahun. Sekarang ialah ketuanan rakyat Malaysia, bukan ketuanan Melayu, ketuanan Cina, ketuanan India, ketuanan Iban, ketuanan Kadazan, ketuanan rakyat Malaysia. Tidak bersetuju?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur kalau buat seperti begitu hadap kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey.
Tuan Pengerusi
Jangan menghadap sana. Hadap sama saya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya tidak mahu nanti kata saya cabar Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Itu provokasi hadap kepada saya. Tidak apa Peraturan Mesyuarat kata begitu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey, okey jangan saya cabar Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tidak apa, hadap saya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Boleh cabarlah?
Tuan Pengerusi
Ha, boleh. Hadap saya jangan sebelah sana, sini. Peraturan Mesyuarat mengatakan 35(1) menghadap kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Okey, saya cabar Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, mengenai dengan Parlimen. Minggu lalu kita dapat satu jaminan dalam Parlimen ini. Kita harap bahawa semua Menteri-menteri, semua serius dan bertanggungjawab mengenai apa mereka jamin dalam Parlimen ini. Sebagai contohnya tiga hari dahulu Menteri Pelancongan ada buat satu jaminan bahawa siasatan PricewaterhouseCoopers mengenai Pempena Sdn. Bhd. dan semua penyelewengan yang berlaku dalam anak syarikat Pempena, SDC dan lain-lain akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat masa itu...
Tuan Pengerusi
Ini soal pelancongan atau Jabatan Perdana Menteri?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Parlimen, Parlimen. Saya bangkitkan Parlimen. Tingkah laku dalam Parlimen, institusi ini jaminan dibuat dalam Parlimen dan perlulah dikotakan dalam Parlimen. Kenapa boleh menteri datang ke sini buat janji tetapi dilupakan? Saya mahu tanya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur itu tidak ada kena mengenalah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, kalau kita mahu first world Parliament.
Tuan Pengerusi
Mengenai dengan sikap seorang Menteri selepas itu kaitkan dengan peruntukan Parlimen.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan, saya. No personal attack.
Tuan Pengerusi
Itu saya rasa very remote. Stick sama perincian.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak, tidak. Tetapi saya harap yang ini kita beritahu, saya harap dia boleh beri satu penjelasan mengenai kita adalah dalam Jabatan Perdana Menteri di sini mengenai rasuah, Anti Corruption Agency. Kita dapati bahawa baru-baru ini banyak berita mengenai usaha-usaha untuk membanteras rasuah. Dua, tiga hari dahulu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah ada di Kuching. Sekarang pun di Kuching oleh sebab esok ada satu mesyuarat, satu conference mengenai integriti dan di mana beliau ada akta bahawa dia rasa sangat bangga bahawa Malaysia dalam anti rasuah sangat baik oleh sebab kita masih dalam 50 negara di dunia.
Saya sangat terperanjat oleh sebab Malaysia belum sampai 50. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri lima tahun dahulu kita jatuh ke tangga 37 daripada 23 pada tahun 1995 apabila Transparency International Corruption Perception Index dimulakan. Pada masa itu pun Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pun sangat marah kenapa begitu rendah. Tentulah Malaysia lebih bersih, lebih ada integriti tetapi terus jatuh sehingga 2003 apabila Perdana Menteri memegang jawatan.
Sungguhpun National Integrity Plan, PIN ada sebut bahawa sasaran nasional ialah dalam lima tahun akan memperbaiki kedudukan membanteras rasuah sehingga boleh menduduki tempat ke-30 pun tahun 2008 kita sudah jatuh ke-47.
Nampaknya sekarang ACA Director General kata baiklah kalau kita dalam 50 negara. Adakah ini bererti dia sudah condition, cuba untuk condition rakyat, tahun depan akan jatuh lagi kepada 50 atau lebih. Bukankah ini sangat mustahak - saya boleh faham kenapa tahun depan ranking Malaysia akan jatuh oleh sebab UMNO. UMNO politik yang bermaharajalela, never worst then before. Worst money politic, korupsi bermaharajalelalah hari-hari dalam UMNO oleh sebab UMNO elections, siapa boleh nafikan? Siapa boleh nafikan ini benar. Tuan Pengerusi dia bukan lagilah pengerusi cawangan ini, dia tidak terlibat.
It is an open secret. Siapa rela berdiri kata tidak benar? Kata begitu ialah pembohong yang pertama. Kalau begitu, kalau adalah money politics yang korupsi yang bermaharajalela, yang berleluasa in history of Malaysia, tentulah corruption perception index tahun depan bukan jatuh kepada 50, mungkin 60 atau 70. Adakah ACA Director General convincing rakyat bahawa kita akan jatuh lagi. Saya rasa ini adalah sangat shocking dan saya harap bahawa kita boleh dapat satu answer yang memuaskan mengenai judiciary reform. Judiciary oleh sebab pun ada dalam bahagian ini di bawah kumpulan ini.
Saya mahu tanya satu sahaja, saya harap bahawa kita boleh dapat satu jawapan sama ada dalam proses pemindaan kepada akta-akta yang ada, perundangan-perundangan yang ada supaya ada reformasi kehakiman.
Bukan sahaja adalah pelantikan satu suruhanjaya melantik hakim tetapi pun akan satu pindaan kepada perkara 121, supaya kembalikan kuasa kehakiman kepada kehakiman. Oleh sebab tahun 1993 – kalau tak silap, adalah pindaan kepada Perlembagaan di mana kuasa judiciary adalah dihapuskan di mana judicial power dihapuskan dan diberikan kepada Parlimen untuk menentukan apa kuasa judiciary. Dalam beberapa bulan ini, dalam usaha untuk mengadakan judiciary reform, kita ada dapat satu jaminan daripada bekas menteri yang sekarang sudah resign, sekarang sudah jadi sasaran.
Ada orang yang kata dia patut resign daripada Senator dia sudah resign, ada orang kata dia perlu resign daripada UMNO, ada orang kata dia perlulah dihalau daripada Malaysia oleh sebab ucapan beliau.
Akan tetapi dalam beberapa bulan ini dia ada janji bahawa antara judiciary reform ialah satu pindaan kepada Perkara 121 untuk return judicial power kepada judiciary.
Adakah ini masih menjadi objektif Perdana Menteri? Saya hadap bahawa dalam jawapan menteri yang berkenaan boleh memberi satu jawapan yang jelas sama ada Artikel 121 akan dipinda supaya judicial power return to a judiciary. Oleh sebab inilah antara sebab kenapa dalam 20 tahun ini judiciary sudah jatuh tahapnya.
Tuan Pengerusi
Saya rasa Ipoh Timur ada bangkitkan ini sewaktu peringkat dasar.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak mengenai Artikel 121, ini spesifik 121.
Kita mahu satu jaminan. Ini mustahak, rakyat sudah tunggu 20 tahun. 20 tahun, so that we can return to an independent impartial and a respectful judiciary dan satu prasyarat ialah Artikel 121 untuk dipinda balik, return to the pre-1991. Ini mustahak dan nampaknya selepas tukar Menteri, silence, senyap kenapa ini sudah hilang? Kalau hilang bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh mengotakan janji dia sekurang-kurangnya dalam lima bulan yang terakhir beliau, beliau akan menjamin adalah akhirnya judiciary reform, itulah mustahak.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap bahawa inilah akan dibuat. Dalam Jabatan Perdana Menteri kita ada jabatan untuk Sarawak, jabatan untuk Sabah. Ini adalah sangat jelas oleh kerana perasaan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa mereka dipinggirkan, mereka diketepikan. Ini boleh kita lihat apa yang berlaku baru-baru ini bahawa warga negara Malaysia, Malaysian citizen hilang citizenship oleh sebab interpretasi di dalam Perlembagaan di mana anak-anak di Sabah hilang citizenship. Ini tidak berlaku untuk rakyat di Semenanjung Malaysia tetapi untuk Sabah.
Sungguhpun 60 tahun, 70 tahun boleh hilang kerakyatan. Kenapa ini boleh berlaku? Dua hari dahulu mengenai protes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard mengenai gas pipeline dari Kimanis ke Bintulu yang suatu masa Perdana Menteri kata sudah berhenti. Selepas itu, dia sudah lupa dia sudah janji untuk berhenti, Petronas teruskan. Semua ini nampaknya pendirian, pandangan orang Sabah tidak diberi tempat dalam Malaysia.
Oleh sebab itu rakyat Sabah, rakyat Sarawak perlulah satu perubahan. Saya harap dalam perkara ini tidak cukuplah untuk memberikan sedikit gula-gula kepada segelintir orang di Sabah dan Sarawak sahaja. Apa yang perlu ialah selesaikan masalah yang sangat berlarutan mengenai hak-hak asasi, hak-hak kewarganegaraan, hak politik, ekonomi, sosial anak-anak Sabah dan Sarawak. Sekian terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin memulakan dengan Butiran 4000200 - Projek Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini kurang kontroversial. Pada 2006, 2007 Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM82 juta untuk mengalak penyertaan bumiputera khususnya golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang.
Pada tahun 2008, jumlah ini diturunkan kepada RM13.9 juta. Saya amat dukacita kerana untuk belanjawan tahun ini, pengurangan itu dari RM82 juta sebelumnya kepada hanya RM12 juta. Ini dalam keadaan kerajaan menguar-uarkan usaha membantu bumiputera Pulau Pinang yang secara relatifnya lebih miskin dan memerlukan suntikan dana yang lebih besar dari Kerajaan Persekutuan.
Saya ingin sebut di sini bahawa beberapa langkah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang mengambil inisiatif membantu tetapi dana seperti mana lazim dari dahulu dengan penubuhan jawatankuasa pembangunan bumiputera memerlukan suntikan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya harap daripada omongan panjang tentang permasalahan Melayu Bumiputera tidak dilihat hanya demi beberapa kerat manusia terpilih sahaja tetapi lebih kepada jumlah kepentingan ramai. Oleh yang demikian, hal ini perlu diperbetulkan dengan kadar yang segera.
Butiran 7,100 - Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya sambut baik satu langkah tambahan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Perdana Menteri pada ketika itu iaitu RM400 juta dana tambahan. Cuma kenyataannya ialah bahawa Laporan UNDP itu mesti diterima pakai. Gini coefficient atau kesenjangan pendapatan kelompok paling kaya dan miskin antara etnik terus melebar. Ini menunjukkan bahawa sementara kita ada kejayaan membasmi kemiskinan, kita gagal mengurangkan jurang yang kian melebar di antara yang paling kaya dan miskin. Seperti mana yang saya sebutkan sebelum ini, mengikut kajian kita di paras kedua paling rendah di Asia. Yang berada di bawah Malaysia hanya Papua New Guinea.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
10% rakyat terkaya di Malaysia menguasai hampir 40% kekayaan negara manakala 10% rakyat miskin kawasan pedalaman, Melayu kebanyakannya di Semenanjung dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang jumlahnya besar tetapi hanya memiliki 1.7% kekayaan negara kita. Saya harap rakan-rakan termasuk Ahli Yang Berhormat sebelah sana mengambil iktibar dari ini kerana dalam perbicaraan soal dasar ekonomi bumiputera, kepentingan Melayu, apabila kita tengok masalah akar umbi, nasib rakyat miskin terbiar dan tidak ada pembelaan di sini. Yang dibela hanyalah golongan konglomerat, korporat dan kroni besar.
Tuan Pengerusi, Butiran 2,000 dan 4,000 tentang Badan Pencegah Rasuah, Perundangan dan Pendakwaan memang banyak harapan terhadap pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri tentang Suruhanjaya Anti Rasuah. Ini penting kerana walaupun kita telah mengambil inisiatif pada tahun 1997 tetapi itu ditumpulkan kerana bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah itu dikurangkan. Pada ketika itu, kita mengambil pengalaman Hong Kong Anti Corruption Commission yang di antara Badan Anti Rasuah yang paling berkesan di Asia.
Beberapa langkah diambil walaupun peruntukan ditambah tetapi langkah-langkah diambil sangat minimum dan tidak meyakinkan. Ambil sahaja kes Perwaja dahulunya.
Apabila heboh tentang penyelewengan, ambil tindakan token RM36 juta walhal tanggungan Perwaja sekarang hampir RM13. Penipuan, penyelewengan, rasuah, pembelian iron ore dari Argentina dan pelbagai lagi seperti mana dibuat di laporan polis tidak disiasat. Ini yang membimbangkan kita dan menyentuh kewibawaan badan yang kita berikan harapan yang tinggi iaitu Badan Pencegah Rasuah. Saya menyokong langkah-langkah memperkukuh agensi ini kerana rasuah sudah kian merebak dan kalau tidak ditangani dengan tegas dan keras tanpa memilih bulu negara kita akan hancur.
Tuan Muhd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mohon sedikit penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh. Disebut tadi mengenai Perwaja, saya ingin memohon penjelasan mengenai laporan audit yang dibuat oleh Pricewaterhouse. Adakah digunakan ketika mana kes Perwaja dibawa ke mahkamah? Ini kerana, bagi saya mungkin itu bukti yang amat kukuh ketika mana dibentangkan di Parlimen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Pengerusi, PricewaterhouseCoopers diamanahkan oleh Kementerian Kewangan untuk membuat laporan lengkap tentang segala penyelewengan, penipuan, kerakusan kuasa yang dibuat oleh Perwaja pada ketika itu. Tiga laporan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Gabenor Bank Negara. Satu laporan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah dan polis untuk menyiasat, malangnya dalam pendakwaan, Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara mempermainkan isu ini. Hanya menggunakan aspek yang kecil dan mengetepikan international auditor bertauliah; PricewaterhouseCoopers yang memberikan detail.
Tuan Pengerusi, tadi dalam ulasan dalam beberapa komen yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat dari Pasir Salak. Ya, memang betul, sama Universiti Malaya dengan saya dahulu [Disampuk] Di universiti sama. Saya tidak tambah lain daripada itu.
Dalam kenyataan yang saya sebut itu, Jabatan Peguam Negara gagal menggunakan serta memanfaatkan laporan PricewaterhouseCoopers. Memang Yang Berhormat Pasir Salak bertanya mana bukti?
Saya boleh sediakan laporan itu untuk pertimbangan beliau. Ini bukan laporan saya, ini di audit oleh PricewaterhouseCoopers. Kalau sudah di audit begitu dan Jabatan Peguam Negara main-main, wang puluhan bilion ringgit jadi bahan mainan, tidak disiasat dengan rapi. Kepada pendakwaan pun sebagai satu olokan hendak tunjuk kepada dunia kita memang sedia mengambil tindakan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Orang menipu kita bilion ringgit, kita cuba mempermainkan isu RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta. Ini yang menyebabkan kita bantah keras dan sebab itu saya masih menyokong kuat langkah memperkukuh Badan Pencegah Rasuah. Malah saya menunggu rang undang-
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
undang yang akan dikemukakan mengenai kes ini, dan dalam hal ini saya ingin menyentuh pandangan yang disebut oleh Menteri di Dewan ini tentang urusan Parlimen dan juga rang undang-undang. Kata Menteri, tidak pernah berlaku rang undang-undang diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat selain daripada dibentangkan di Parlimen. Saya hendak betulkan itu Tuan Yang di-Pertua.
Bila Rang Undang-undang Badan Pencegah Rasuah dibentangkan pada tahun 1997, sebelum dibentangkan di Parlimen, saya faks terus kepada Ketua Pembangkang pada ketika itu Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Marang untuk memberi mereka ruang mengkaji beberapa hari sebelum dibentangkan pada Isnin berikutnya. Ini untuk membolehkan mereka meneliti dan menjadikan Dewan ini tempat perbahasan yang terbuka dan rapi.
Kita boleh kemukakan puluhan kes tentang Badan Pencegah Rasuah ini. Kalau jumlah tenaga ditambah, peruntukan ditambah, ada beberapa faktor Tuan Yang di-Pertua untuk diperkukuhkan, bukan undang-undang sahaja. Bila saya tanya Hong Kong Anti Corruption Commission, mengapa pada tahun 60-an Hong Kong merupakan pusat yang dianggap paling korup di Asia, dan pada akhir tahun 80-an dianggap di antara yang paling bersih di Asia.
Sebabnya ialah pertama, legislation, perundangan yang cukup mantap, kuat dan bebas. Kita mahu melihat sama ada, ada ketegasan dan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan ini. Kedua, kewibawaan pegawai-pegawai yang bersih dan cukup profesional dengan latihan yang cukup, dan ketiga, peruntukan dana yang mencukupi untuk mereka menjalankan tugas dengan baik.
Seandainya tiga prinsip ini dilaksanakan, tidak ada permasalahan baik dari kerajaan atau dari pihak pembangkang untuk menyerahkan tugas menangani, membanteras rasuah secara berkesan di negara kita. Ambil satu kes...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan. Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Permatang Pauh. Saya mengalu-alukan saranan Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu bagi kita membersihkan kerajaan daripada gejala rasuah kerana ianya amat penting bagi menarik keyakinan semua pihak, rakyat, pelabur dan sebagainya. Ini suka saya menyatakan bahawa ia juga menjadi perjuangan kita sebagai wakil rakyat di sebelah sini.
Walau bagaimanapun, sebelum saya menyebut tentang permasalahan untuk membuktikan kes-kes rasuah, saya ingin merujuk kepada Perwaja yang dibangkitkan oleh Saudara Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu memang kita dengar cerita macam-macam tentang Perwaja ini. Saya pun dengar. Saya pun banyak tak puas hati. Kononnya beli besi buruk daripada luar negara dan orang dalam yang bekerja mendapat keuntungan. Saya dengar ini semua tetapi walau bagaimanapun berhubung tindakan pihak kerajaan untuk menghukum mereka yang bersalah ini ataupun kita kata suspek.
Satu contoh telah dibuat, telah diambil oleh kerajaan iaitu Pengerusi Perwaja satu ketika dahulu iaitu saya boleh sebut nama kalau tidak menjadi kesalahan Tan Sri Eric Chia.
Tan Sri Eric Chia telah dihadapkan ke mahkamah dan dia melalui proses perbicaraan dan akhirnya diisytiharkan oleh mahkamah beliau tidak bersalah. Jadi ini perlu. Adakah kita hendak mencabar ataupun meragui atau tidak dapat menerima proses mahkamah dan keputusan mahkamah ke atas beliau?
Jadi hendak kata kerajaan tidak mengambil tindakan maka tidak betul sama sekali tapi mungkin ada lagi perkara-perkara selain Eric Chia atau tokoh-tokoh tertentu daripada Perwaja yang menjadi suspek kepada kes-kes yang dikatakan korupsi dan penyelewengan dan ini juga telah disiasat, saya rasa oleh pihak berkuasa. Malangnya hendak dapat bukti pergi ke Hong Kong, pergi ke mana ke Jepun, pergi sana, pergi sini tak jumpa bukti. Tak dapat bukti. Mereka ini pun pandai juga, cerdik.
Jadi bila tidak ada, bukti tidak cukup, bagaimana pihak kerajaan hendak mengambil tindakan ke atas mereka ini. Saya berharap kalau betullah kata saudara Yang Berhormat, mempunyai bukti-bukti yang nyata dan jelas, bawa! Buat laporan supaya tindakan diambil. Saya menyokong tetapi jangan buat tuduhan tanpa dengan bukti-bukti
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
yang kukuh. Saya menghormati saudara Yang Berhormat membawa perkara ini tetapi biarlah kita berlaku adil kepada pihak berkuasa kerajaan dengan membawa bukti-bukti yang kukuh dan kalau ada, kita buat laporan supaya tindakan diambil. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bersopan nampak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ucap tahniah kerana Yang Berhormat Pasir Salak begitu tenang dan baik sekali...
[Ketawa] Tuan Pengerusi, merujuk kepada persoalan yang beliau bangkitkan saya ingin jelaskan seluruh laporan audit yang telah diaudit oleh PricewaterhouseCoopers dibentangkan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah dan laporan polis sudah dibuat.
Soalnya tindakan sususlan bersifat sambil lewa.
Saya meneliti laporan itu kerana laporan itu diterima semasa saya Menteri Kewangan dan saya yang bentangkan laporan itu pada polis dan Badan Pencegah Rasuah tapi tindakan yang diambil hanya satu aspek kecil yang melibatkan syarikat Frisham di Hong Kong. Tidak sama sekali tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak, beli besi keluli yang nilainya rendah dan dijual dengan harga yang tinggi, dan laporan PricewaterhouseCoopers itu cukup membuktikan bahawa penyelewengan, penyalahgunaan kuasa yang bukan sahaja melibatkan pembelian besi keluli tetapi juga pembelian kemudahan-kemudahan lain; pembinaan kilang dan sebagainya. Bukan ruang di sini untuk dijelaskan kerana saya tidak bawa laporan itu tetapi cukup sekiranya Yang Berhormat Pasir Salak betul-betul serius menyokong langkah ini, saya percaya kita cukup bukti untuk mengambil tindakan dan membersihkan satu badan yang telah menyebabkan nama negara diaibkan, kerugian negara besar sekali dan menelan belanja seperti yang saya sebutkan tadi, tanggungan RM13,000 juta.
Satu perkara lain yang dibangkitkan tentang contoh-contoh tugas badan penyiasat seperti Badan Pencegah Rasuah ini besar. Ada laporan buat siasatan. Ada laporan sekarang mengenai Eurocopter. Tanya siapa yang ambil komisen, syarikat mana, apakah komisen itu peratusannya munasabah atau lebih? Apakah hubungan menteri atau jabatan atau kementerian atau mana-mana pegawai yang terlibat dengan syarikat yang mendapat perolehan itu?
Tuan Pengerusi, kalau ada kebebasan siasatan, ini bukan satu perkara yang mustahil. Kita bangkitkan soal dua submarine Scorpene dari Perancis. Siapa nafikan bahawa komisen itu di antara yang paling tinggi di dunia? Komisen yang diberikan kepada dua submarine Scorpene yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan di bawah Menteri Pertahanan yang lalu, mengambil komisen di antara paling tinggi di dunia in terms of the value of commission, dengan izin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
What happen, ada investigation? Ada pertanyaan kepada menteri berkenaan?
Tidak ada. Kebetulan kes ini berkaitan juga dengan kes pembunuhan Altantuya yang tidak saya bermaksud bangkitkan sekarang. Bangkitkan umpamanya pembelian Scorpene dari Peranchis. Ini bukan tuduhan melulu. Kita cuma kata pembelian Scorpene dengan komisen RM400 juta yang dianggap keterlaluan tingginya, kita harus bertanya.
Kalau Ahli Yang Berhormat termasuk dari UMNO, dari Barisan Nasional tanya siapa pemegang komisen itu. Mengapa komisen begitu tinggi, mengapa bebankan tentera dan tentera udara dalam isu pembelian Sukhoi dengan jumlah besar, tidak bolehkah tentera udara memilih pembelian perolehan pesawat yang lebih canggih dengan harga yang lebih rendah dan mengurangkan komisen supaya urusan itu kebanyakan di handle oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan bersama dengan syarikat induk di Rusia?
Ini tidak berlaku kerana kita hendak pertahankan tokoh yang kita dokong maka kita kompromi. Saya tidak buat tuduhan, saya hanya tuntut supaya semua yang terlibat ditanya apakah namanya Ketua Setiausaha, tanya Ketua Setiausaha, apakah namanya Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kewangan, Menteri Pertahanan atau Timbalan Perdana Menteri tanya sampai yang tidak boleh tanya itu sebab apa.
Kita pinda undang-undang kononnya hendak remove kekebalan Raja-raja. Hari ini yang kebal-kebal ini semuanya Menteri-menteri. Bagi bukti yang nyata. Saya disanggah berulang kali mana buktinya, mana buktinya , apa yang kita sebut adalah bukti sekarang.
Tanya, tanya mana auditnya, kita bagi laporan auditnya. Apa tindakan? Belum ada!
Sebab itu Tuan Pengerusi, saya minta Badan Pencegah Rasuah diberi perhatian dan penelitian dan diberikan rangsangan kerana saya yakin, saya pernah bekerja dengan mereka dan memberikan dana yang dipohon oleh mereka dan memberi keyakinan yang cukup besar kepada Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu untuk diberikan peluang bertindak setegas mungkin sehingga menimbulkan masalah besar kepada saya dan diri saya dalam kerajaan ketika itu.
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]
mempengerusikan Jawatankuasa] Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Scorpene yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Kalau tidak silap saya perkara ini telah dibangkitkan dalam Dewan ini dalam sesi-sesi yang lalu dari pihak rakan-rakan dari parti pembangkang yang lain dan telah pun dijawab oleh kerajaan iaitu tidak ada pembayaran komisen.
Pembayaran yang dimaksudkan pada satu syarikat tempatan yang bermain peranan dalam urus niaga ini adalah berkaitan dengan pembayaran dari segi perkhidmatan mereka kepada projek ini termasuklah latihan, termasuklah after-sale service dan juga termasuklah mengadakan kemudahan untuk menguruskan hubungan di antara pihak prinsipal dengan pihak di Malaysia termasuk kerajaan dan sebagainya. Ini adalah bayaran- bayaran tertentu yang kita panggil istilah yang halallah kot [Ketawa] Jadi apakah Yang Berhormat Permatang Pauh tidak dapat menerima penjelasan yang diberikan oleh kerajaan itu, terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Saya ingat Yang Berhormat Pasir Salak hendak bantu bagi bola tanggung untuk saya, terima kasih.
Sebenarnya begini, kita tidak mahu wujud keadaan di Parlimen memang ada jawapan.
Timbalan Menteri kata komisen, Menteri Pertahanan kata service fees. Orang kalau dia pegawai rendah, pegawai kerajaan polis ambil RM50 namanya corruption. Menteri yang ambil RM500 juta namanya komisen, barang itu sama juga diharamkan begitu juga, cuma istilahnya lain.
Saya faham yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Kalau yang melibatkan perkhidmatan, latihan, komponen tertentu itu diterima pakai. Saya juga pernah meneliti banyak tender dan kontrak ini tetapi yang saya hendak bangkitkan ialah jumlah komisen yang diambil itu tinggi dan perkara ini telah dibangkitkan. Tidak ada penafian sebenarnya, yang ada hanya penjelasan kononnya ini soal perkhidmatan dan fee, tidak ada dan tidak pernah ada penafian bahawa ada komisen yang tinggi yang melibatkan syarikat Scorpene ini, tidak ada penafian dari Abdul Razak Baginda berkenaan jet Sukhoi. Jet tidak ada penafian dari Asiah Adam dan beberapa orang yang lain.
Yang Berhormat Pasir Salak juga tahu, saya pernah meneliti dan saya faham saya boleh check rekod kalau boleh Perbendaharaan atau Kementerian Pertahanan sepanjang lapan tahun saya Menteri Kewangan, boleh mengizinkan komisen begitu tinggi kepada syarikat tempatan. Jadi oleh yang demikian saya hanya minta tanpa pertimbangan, pergelutan politik kepartian ini kalau hendak selamatkan parti masing-masing, kerajaan dan negara, kita kena betulkan ini. Jangan umpamanya kalau orang besar Menteri komisen halal, kalau orang bawah kita gunakan jentera hempap setengah mampus kerana ambil RM500 komisen yang namanya corruption. Kita harus konsisten dalam hal ini.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa dalam soal ini saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, adakah apabila isu ini timbul maka Menteri ataupun Timbalan Menteri memberi penjelasan dan menafikan kata tidak, adakah memadai dengan
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
itu kerana saya melihat bahawa ramai daripada Yang Berhormat Barisan Nasional ini apabila menteri jawab tidak ada dan dia orang terima lalu apabila kita timbulkan isu ini balik dia kata tidak dengarkah Menteri sudah jawab.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu otak sempit. Jangan bagi malu Ketua Pembangkang.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Bagi barang ambil juga.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa inilah, boleh ditentukan dia ikut peraturankah, walaupun dia orang lama tetapi nampak gaya dia tidak faham-faham, ini bukan dia punya floor. Lalu saya hendak dapatkan penjelasan.
Sepatutnya bagaimana dan apakah dari segi wawasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam kes yang seperti ini kalau sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah, apa yang akan dilakukan. Terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Pengerusi, orang yang buat tuduhan tidak semestinya benar, itu saya setuju, orang yang menafikannya pun tidak semestinya benar, pun saya setuju sama ada di Parlimen ataupun luar Parlimen. Sebab itu perlu ada institusi bebas yang profesional dan berani dan dalam kes ini kita menyokong suruhanjaya ditubuhkan untuk memperkukuh Badan Pencegah Rasuah agar benar-benar dihormati dan dianggap bebas, tidak tunduk kepada pemerintah... [Tepuk] Jadi saya tidak menyatakan oleh kerana pembangkang yang membangkitkan isu ini ianya semestinya benar tetapi kita bangkitkan persoalan supaya adakan siasatan.
Menteri datang lepas tangan, menafikan sebagai tidak benar sama sekali. Maka kes tutup.
Ini juga tidak tepat. Sebab itu kalau kita diberi peluang insya-Allah kita akan pastikan Badan Pencegah Rasuah suruhanjaya bebas dan mengambil tindakan tanpa mengira sama ada dia di pihak kita atau tidak, kerana melaksanakan hukum itu ia... hakamtum-binan’nas.
(Di kalangan manusia), mestilah.., bil-a’dli, dengan adil. Sebenarnya saya kerana hendak beri peluang kepada yang lain-lain, saya hendak selesaikan cepat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit. Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak membangkitkan satu perkara yang agak provokatif, saya minta maaf iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan bahawa kalau Pakatan Rakyat membentuk satu kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Permatang Pauh maka kerajaan ini akan memastikan kerajaan baru Pakatan Rakyat akan menjadi satu kerajaan yang bersih, sempurna dari segi semua kesalahan, dari tabiat yang tidak elok.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi di sini saya ingin bertanya bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh boleh memberi jaminan ini di bawah kepimpinan Yang Berhormat manakala Yang Berhormat telah menunjukkan kepimpinan di masa yang lalu sebagai seorang pemimpin, sebagai seorang Menteri, sebagai seorang Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri.
Banyak perkara yang boleh dipertikai dan saya tidak mahu pertikai banyak-banyak perkara sebab saya menghormati saudara Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai rakan seperjuangan saya suatu ketika dahulu dan juga sebagai pemimpin yang saya hormati dan segani dahulu.
Jadi saya nak zero in kepada satu dua contoh sahaja iaitu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Kita juga mendengar banyak kompelin, banyak cerita, banyak hal. Contoh iaitu pemberian-pemberian kontrak secara sewenang-wenangnya kepada syarikat-syarikat tertentu. Dan saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber Yang Berhormat sedia maklum saya juga punya akses kepada pihak-pihak yang berkuasa, kepada pihak-pihak yang di dalam kerajaan yang menceritakan bagaimana Yang Berhormat memberikan kontrak kepada rakan-rakan, kepada syarikat- syarikat tertentu, dengan harga barang, harga kontrak yang sepatutnya RM100 juta, diberi RM300 juta. Harga RM300 juta, beri RM600 juta. You know, practically they are robbing, they robbed the Treasury. Mereka itu secara sedar atau tidak sedar Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat tidak mendapat keuntungan daripadanya, saya tidak menuduh
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat mendapat faedah daripadanya. Tetapi mereka yang mendapat kontrak- kontrak tersebut merompak khazanah negara, kewangan negara. Ini saya dapat maklumat- maklumat ini daripada mereka yang apa kita sebut reliable sources. Reliable sources.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tolong berikan spesifik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa ini Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Spesifik lah. Jangan sahaja cerita omong-omong. Bukan di indera kayangan sekarang.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
I’m not like you, sorry. I have my track record, dengar Tuan Pengerusi, rekod saya membuktikan saya tidak [Disampuk].
Jadi Tuan Pengerusi, saya mintak maaflah kepada saudara Yang Berhormat Permatang Pauh. Oleh kerana Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan begitu banyak sekali perkara-perkara yang kononnya kerajaan melakukan itu dan ini dan menonjolkan kepimpinan pihak Yang Berhormat dan Pembangkang yang begitu sempurna sekali.
Perfect. Superb, perfect. Jadi saya tidak dapat menerima ini kalau sekiranya melihat kepada...[Disampuk]. You all mana tahu masa itu duduk tidak ada politik pun. Tidak tahu, tidak kenal politik, tidak tahu perjuangan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau dah habis saya nak jawab.
Kalau dah habis lah.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Six million saya nak tahu. Six million.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat. Six million apa hal dia Yang Berhormat Permatang Pauh, tolong tanya rakan- rakan ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak usah dengar dia. Dengar saya sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak usah dengar. Why is six million?
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Boleh. Dah habis?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, habis.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita kawan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya tidak tersinggung. Tuan Pengerusi, kalau ada soalan begitu saya tidak tersinggung. Saya yang bangkit selama ini ialah orang jerit, fitnah orang, menyorok balik bawah meja. Itu saya marah. Kalau bangun gunakan hak di Parlimen, tanya, ini biasa dan soalan itu dibangkitkan dan saya sedia jawab.
Setelah saya dipecat, Yang Berhormat Pasir Salak, arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu menyemak tiap rekod, tiap fail tender di Kementerian Kewangan, hendak mencari satu fail kalau ada penyelewengan untuk sumbat saya tambah di penjara lagi. Saudara boleh tanya di Perbendaharaan. Lihat semua rekod, saya tidak Pengerusikan Jawatankuasa Tender. Tidak seperti mana Menteri Kewangan sebelum saya. Yang mempengerusikan Jawatankuasa Tender ialah Timbalan Menteri pada masa itu Dato’ Dr. Afifudin bin Haji Omar. Memang betul saya ada beberapa rancangan untuk memberi galakan kepada barisan kedua syarikat-syarikat bumiputera di bawah skim bumiputera. Saya tidak nafikan. Jumlahnya bukan saya putuskan. Tapi yang pentingnya Tuan Pengerusi, enam tahun saya di dalam penjara, arahan jelas kepada pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan untuk menyemak setiap keputusan saya buat, setiap sign, tandatangan saya untuk membolehkan mereka mendakwa saya atas isu rasuah. Alhamdulillah tidak ada satu bukti pun. [Tepuk]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Soal orang sebut seperti mana Yang Berhormat kata, orang boleh sebut. Itu tidak ada masalah. Kalau ditanya dengan baik, saya jawab dengan baik. Soal menyebut itu boleh tetapi untuk membuat tuduhan bahawa saya menyimpan wang, sebab itu bila menjawab, bila dituduh saya punyai RM3 bilion di luar, saya terus menjawab mengatakan saya sedia disiasat, rekod saya, isteri saya, keluarga saya dalam negara dan luar negara dan saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri juga disiasat akaun mereka dalam dan luar negara. Siapa pun tidak berani jawab cabaran saya. [Tepuk] Sampai hari ini, saya sanggup lagi mengulangi penegasan ini, bahawa kalau ada usaha nak siasat rekod saya dulu dan sekarang, dalam negara dan luar negara, akaun di Switzerland, London atau Amerika, memang saya buka akaun masa saya jadi Professor Georgetown University memang ada akaun di Amerika ataupun di Oxford University masa saya bertugas di sana. Tetapi tidak ada sama sekali semasa saya Menteri Kewangan.
Saya sedar Yang Berhormat mungkin tidak tahu bahawa kesengsaraan yang pelbagai semasa meringkuk di penjara itu Tuan Pengerusi, tapi itu bukan dalam tajuk kita sekarang ini.
Saya hendak sebut di sini soal rasuah merupakan salah satu tema yang pernah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang sebelum saya. Tapi belum mendapat sebarang respons dari pihak kementerian atau jabatan iaitu penjualan Wisma Angkasa Raya oleh Bank Rakyat. Saya memilih ini kerana, Bank Rakyat ini hak dan milik bumiputera. Semua orang bicara hendak pertahan dan bela nasib bumiputera. Tetapi wang bumiputera lesap begitu mudah sekali. Satu lagi contoh, Maybank. Bila kita kata empat kali book value, itu tidak apa pembelian biasa. Kata Menteri syarikat di mana, di dunia mana beli sampai begitu tinggi book value.
Seorang Ahli
[Menyampuk] Malaysia sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kita sahaja, buatlah kajian.
Bukan menghukum. Betul. Saya setuju Pasir Salak jangan hukum cepat. Hukum cepat kalau tidak betul berdosa kita. Kita kata siasat kerana ia mencurigakan. Tidak ada siasatan.
Jawab. Oh! Ini memang munasabah dan dapat dipertahankan mengikut pertimbangan kajian, analisis kewangan entah dari mana. Dalam kes Wisma Angkasa Raya, Bank Rakyat yang dijual kepada Tanah Tuah Development Sdn. Bhd. ternyata apa yang disebut oleh penganalisis Aseambankers berdasarkan pembangunan Menara YNH di Jalan Sultan Ismail, Wisma Angkasa Raya boleh dibangunkan semula dengan pembangunan yang akan memberi nilai RM900 juta tetapi dijual dengan harga yang paling murah yang menanggungnya ialah 1.4 juta bumiputera yang menjadi anggota Bank Rakyat.
Hal-hal ini kalau dijawab oleh BN nanti, kita berpuas hati setelah dijalankan siasatan semuanya betul. Siapa yang siasat, siapa yang berpuas hati. Sepatutnya diserahkan kepada jawatankuasa audit yang bertauliah, buat kajian dan kalau betul tidak ada apa-apa bukti penyelewengan, kita di pihak pembangkang terpaksa akur dan tidak boleh bangkitkan kalau tidak dapat dipertahankan dari segi buktinya. Beberapa perkara lain yang saya percaya kawan-kawan boleh bantu kemudian itu termasuk juga tentang soal undang-undang.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Walaupun selalunya Menteri dia tidak mencelah, tetapi kita bagi peluang.
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Tidak. Sebab dia sebut berkenaan dengan kementerian saya, bahawa penjualan Angkasa, bangunan di Bank Rakyat. Untuk maklumat Yang Berhormat soalan ini telah pun dibangkitkan oleh bekas Ahli Permatang Pauh yang lepas, isteri tersayang Yang Berhormat, kita dah jawab dengan panjang lebar.
Jadi kalau ini kaedah Pembangkang, kita dah jawab dengan panjang lebar dan waktu saya bagi jawapan Yang Berhormat pun tidak bangkit boleh bertanya dengan saya, sekarang Yang Berhormat datang bangkit isu yang sama.
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Jadi perkara Yang Berhormat bangkitkan ini perkara yang telah kita jawab, tetapi kalau Yang Berhormat tidak puas hati Yang Berhormat boleh bangkitkan dan saya jawab baliklah. Saya hendak nyatakan bahawa inilah cara pembangkang. Dia cakap benda yang berulang-ulang. Soalan yang kita sudah jawab dia masih tidak puas hati.
Baru-baru ini mengenai pasal rasuah ini, Yang Berhormat. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat sebagai Ketua Pembangkang dan Presiden PKR. Kalau saya tidak silap dua Exco PKR di negeri Perak didakwa di bawah Akta Rasuah. Kalau mengikut lazimnya apabila seseorang pegawai penjawat awam didakwa di mahkamah, bila didakwa sahaja selalunya orang yang didakwa ini akan ditahan kerja. Namun hari ini saya tengok - saya tidak tahulah kalau ada apa-apa keputusan yang dibuat, tetapi yang saya nampak dua orang Exco yang didakwa oleh Pegawai Pencegah Rasuah ini masih terus memegang jawatan sebagai Exco. Apakah Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak tindakan yang diambil oleh BPR terhadap dua Exco Yang Berhormat ini tadi. Dalam kempen mengatakan seolah-olah itu satu perancangan daripada Barisan Nasional. Ini masalahnya. Bila orang pembangkang kena tangkap rasuah, “Oh, ini satu agenda BN”, tetapi di sini Yang Berhormat bercakap begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah. Jadi, kalau kita terima kelazimannya yang terpakai di bawah Perintah Am dan sebagainya macam BN pun dahulu, bila Menteri kena dakwa kita suruh letak jawatan. Akan tetapi bila Exco di Perak didakwa masih lagi menjalankan tugas. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Sebenarnya Menteri ada gilirannya tetapi saya tidak ada masalah dia hendak bangkitkan.
Saya ada soalan Ketua Pembangkang dahulu dan jawapannya. Soalnya jawapan itu tidak memuaskan sebab itu kita bangkitkan persoalan tambahan. Menteri baru datang, tadi Yang Berhormat Pasir Salak bercakap kita sudah sebut. Takkanlah bila Menteri jawab sudah mutlak dah, macam firman dalam Quran. Menteri jawab kita ulas. Kemudian kita tidak puas hati, Menteri boleh bantah lagi dan bagi penjelasan lagi. Itu maknanya perbahasan Parlimen bukan Mesyuarat Bahagian Tanjong Karang! [Tepuk] Saya bangkitkan setelah meneliti jawapan Menteri. Kemudian saya bangkitkan...
Dato' Haji Noh bin Haji Omar
[Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Biar saya jawab dulu, pasal Perak belum lagi. Ini kerana...
Beberapa Ahli
Biar jawab dulu. Duduk, duduk.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar
Okey, ini duduklah. Apa ini? Ini anak buah Yang Berhormat ini, tolong. Saya bangun, kalau kata suruh duduk, saya duduk.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak apa.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar
Ini yang bising di belakang ini, pasal apa?
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak apa, saya bagi laluan.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar
Saya bangun, kalau kata suruh duduk, saya duduklah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Pasal dia orang terkejut. Saya belum habis jawapan Yang Berhormat Menteri bangun lagi. Itulah dia terkejut itu, tetapi saya sudah minta dia orang bersabar.
Kita ada bangkit beberapa soalan, sebahagiannya saya ulas dan sebahagiannya saya bagi beberapa fakta baru. Umpamanya perjanjian jual belum pun dimuktamadkan, ini dalam kes tanah Tuah Development Sdn. Bhd., kepentingannya terus dijual kepada Sunrise Bhd. dengan RM57.4 juta. Jadi, ada kurang ketelusan di sini. Kalau a normal business transaction, saya boleh faham, tetapi bila melibatkan kepentingan tertentu sementara kita sibuk hendak mempertahankan bumiputera, orang yang diamanahkan untuk pertahankan bumiputera ini dia lepas senang sahaja. Bila bincang, bumiputera saya teringatkan kontroversi PKNS itu. “Oh, kitalah penyelamat bumiputera” Yang menguruskan PKNS
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
selama 30 tahun, kepentingan perniagaan 75% kepada bukan bumiputera tidak dibangkitkan pun. 75% kepentingan kepada bukan bumiputera, Yang Berhormat Pasir Salak. Sekarang ini menjadi isu kononnya kita hendak khianati bumiputera. Ini masalah, tetapi tidak mengapalah, biar Yang Berhormat jawab nanti.
Ini soal rasuah di Perak. Dia bangkitkan rasuah di Perak ini sebelum Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Dalang di situ memang efisien betul, saya ucap tahniah. Perfect timing. Saya terus merujuk pandangan kepada bukan dua Exco ini sahaja, tetapi dari Menteri Besar juga memberikan penjelasan. Keputusan diambil ialah untuk menyaman Badan Pencegah Rasuah. Kalau dua orang Exco ini anggap dia tidak ada kes, dia tidak akan saman. Sekarang ini tuduhannya termasuk salah laku seks yang tidak melibatkan mereka berdua tetapi melibatkan ahli-ahli majlis dan sebagainya. Kita telah ambil tindakan berasingan, kita tidak bertolak ansur bab itu. Saya setuju. Kalau ada keputusan begitu kita ambil tindakan yang tegas tidak kira walaupun orang-orang itu ahli parti Keadilan Rakyat.
Soal dua orang Exco ini, Menteri Besar menjelaskan bahawa tuduhan itu tidak berasas dan yang pentingnya mereka mengambil keputusan sekarang menyaman. Jadi kedua-dua kes saman. ACA charge mereka, mereka saman ACA. Jadi, tunggu keputusan.
Sabar. Kalau benar ada bukti bersabit kesilapan mereka. Yang Berhormat Tanjong Karang boleh tengok sendiri dan saya bagi jaminan di Parlimen ini, boleh rekod, catat di sini.
Dalam Hansard pun ada. Kita tidak akan bertolak ansur dan kita ambil tindakan. Ini bezanya kita dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang. [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya akan menggulung supaya memberi ruang kepada kawan- kawan lain dan cuma mintalah beberapa kes yang kita ada bangkitkan umpamanya B.6 - Jabatan Perdana Menteri - 12,000, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, banyak isu yang kita bangkitkan tetapi tidak ada tindakan. Saya tidak mahu sebut kerana ada beberapa kes yang melibatkan saya. Kes umpamanya macam kes video V.K. Lingam ini ada dalam rakaman, pakatan dengan peguam, dengan Ketua Hakim Negara termasuk memasukkan saya ke dalam penjara. Siasatlah. Saya sudah masuk penjara. Saya bukan hendak dendam, yang sudah, sudahlah tetapi kenyataan dan kebenaran harus diserlahkan juga.
Ini, buat suruhanjaya, ada kajian, tutup kes. Sama seperti Suruhanjaya Polis sampai sekarang kedengaran dan tidak ada tindakan berikutnya.
Saya ada bercadang untuk membangkitkan beberapa perkara lain, tetapi untuk memberikan ruang kepada kawan-kawan lain sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan mengemukakan lima perkara di sini. Pertamanya ialah berkenaan dengan Hindraf dan cara Hindraf dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri. Saya difahamkan bahawa sehingga sekarang 11 bulan selepas tunjuk perasaan Hindraf di Kuala Lumpur, November tahun lalu tidak pernah ada satu perjumpaan atau perbincangan dengan Hindraf. Bagi saya, saya terimalah bahawa mungkin cara-cara Hindraf ini tidak begitu halus. Mungkin mereka juga ada membangkitkan perkara-perkara yang tidak patut dibangkitkan, tetapi saya rasa sebuah kerajaan mesti juga sedar bahawa sejarah kaum India di Malaysia sebagai pekerja ladang yang telah diusir daripada ladang, datang ke bandar-bandar di mana mereka menjadi peneroka bandar ataupun setinggan oleh kerana mereka tidak ada banyak savings. Selepas itu mereka juga diusir daripada kampung-kampung setinggan oleh kerana pembangunan bandar.
Ini adalah satu perasaan dan satu pengalaman pahit oleh kaum pekerja India di Malaysia. Itulah sebabnya mereka dipinggirkan, mereka rasa mereka dianaktirikan dan diabaikan. Inilah sebabnya bila Hindraf timbul, ramai, beribu-ribu orang India sokong kepada Hindraf kerana itu sebagai menyuarakan perasaan mereka dipinggir dan diabai - penindasan itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ingin mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya apakah yang dimaksudkan dengan dipinggirkan, diusir? Orang-orang India diusir, siapa yang mengusir daripada ladang ke bandar dan daripada bandar tidak tahu ke mana. Saya tidak nampak. Sebelum memberi jawapan saya ingin memberi pandangan. Saya tidak nampak masyarakat India diusir.
Dahulu masyarakat India ini di dalam ladang-ladang. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Sungai Siput. Dia tahu sejarah di mana asal-usulnya, mereka di ladang- ladang.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hasil daripada program sosioekonomi yang dilaksanakan, masyarakat India yang ada di ladang-ladang menjadi buruh yang dahulu asal datangnya pakai selampit sahaja tetapi keluar daripada ladang-ladang menjadi orang-orang yang berjaya, menjadi doktor, menjadi jurutera, menjadi akauntan, menjadi arkitek, menjadi usahawan, menjadi ahli politik, menjadi pegawai kerajaan, menjadi pegawai polis. Apakah Yang Berhormat Sungai Siput tidak mahu kejayaan ini, tidak mahu mereka dikeluarkan daripada ladang kalau ini istilah mengusir mereka daripada ladang, Tuan Pengerusi.
Jadi saya ingat kenyataan ataupun statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Siput ini tidak adil. Tidak adil kepada orang yang dituduh mengusir. Kerajaan tidak mengusir, orang Melayu tidak mengusir. Kenapa mesti Hindraf membenci orang-orang UMNO, kenapa? Padahal orang UMNO adalah orang Melayu. Jangan berselindung dengan kata-kata dengan mengatakan mereka tidak membenci orang Melayu. Mereka hanya membenci orang UMNO. Siapa itu UMNO? UMNO itu Melayu. Ahli UMNO ada Melayu, peribumi, kenapa kita mesti dibenci?
Apa kekejaman yang kita lakukan kepada mereka? Melainkan mereka telah diangkat martabatnya, socioeconomic statusnya telah diangkat. Tanyalah siapa-siapa sekalipun, siapa yang boleh menafikan yang mereka dahulu merupakan bukan sahaja buruh ladang, yang mengangkat barang-barang buangan manusia. Saya masih ingat masa saya sekolah masa kecil-kecil, pekerja-pekerja India ini, merekalah yang menjadi buruh membawa lori-lori itu, tetapi hari ini tidak ada lagi itu semua. Mereka telah berjaya. Kenapa kita tidak boleh menerima hakikat ini?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, saya terpaksa membela tuduhan yang dibuat, yang diajukan kepada kita dan saya tahu siapa yang ditujukan. Kita! Kita terpaksa menjawab, Tuan Pengerusi. Apa lagi yang dilakukan?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tidak perlu jawab.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Siput, apakah Yang Berhormat menyokong puak-puak ini, yang dipanggil Hindraf ini, sebenarnya tidak ada pendaftaran di bawah Hindraf. Dipanggil pertubuhan haram Hindraf ini. Yang pergi ke luar negeri cuba mendapatkan simpati daripada kerajaan luar negeri untuk mengutuk Kerajaan Malaysia, untuk mengutuk orang Melayu UMNO, adakah ini satu perbuatan yang boleh kita terima? Betul ke tidak ini berlaku?
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi Yang Berhormat Sungai Siput, kalau hendak membela, saya bela masyarakat India, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bela!
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan gelak. Masyarakat India di kawasan saya pun ada, pengundi saya pun ada India.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Jangan dengar apa dia cakap.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
The joke of the year.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Cukuplah, Yang Berhormat.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey, terima kasih kepada...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput sudah dengar, Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Siput.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bela.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada orang India yang matanya buta, saya tolong buatkan, bawa dia untuk pembedahan mata. Ada yang sakit jantung, perlu pembedahan, saya biayai pembedahan jantungnya.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Pasal dia orang undi untuk Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak ada undi. Semua sokong PKR juga.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Saya ada pergi Pasir Salak, saya tahulah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan buat kenyataan palsu, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu betul.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Orang di sana benci sama Yang Berhormat, tahu tidak?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hei!
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cabar Yang Berhormat ini pergi Pasir Salak sama sayalah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Boleh, bila?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bila? Bila senang? Kita semua ikut. No problem.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya boleh balik.
Seorang Ahli
Angin sudah naiklah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap dalam bahasa Tamil]
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Sekejap, let me just answer him.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap dalam bahasa Tamil]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Cukup, Yang Berhormat.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, cukup.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey, bolehkah kita teruskan dengan perbahasan?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Mengangkat buku peraturan mesyuarat]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Padang Serai, duduklah.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya ingat, Pasir Salak, ada bawa...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia berucap, Yang Berhormat. You rail dia. Jadi dalam keadaan sedemikian, janganlah angkat buku tiap-tiap kali orang lain buat salah. Kalau Yang Berhormat buat, orang boleh diam.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya merujuk Standing Order 36(6).
Dia...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini tohmahan, Yang Berhormat. Tohmahan ini. Tarik balik perkataan itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jahat, menyakitkan hati.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mana boleh sudah ini?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mempertahankan bukan menggunakan perkataan yang kesat, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, Yang Berhormat, minta tolonglah. Kita hendak teruskan. Tadi bila Permatang Pauh buat perbahasan, kita dengar sahaja, Yang Berhormat. Jadi saya ingat ini eloklah kita ikut.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam mana dia dengan sewenang-wenangnya menuduh mengatakan bahawa orang India di Pasir Salak benci kepada saya.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Itu betul, betul. Itu fact.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You don’t ask for trouble, you know. This is become personal.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, I don’t want this to become...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang di-Pertua sudah buat keputusan tadi.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Let’s make it personal.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau personal, dekat luar, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, suruh dia keluar sekarang.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] Keluar, keluar!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ini macam samseng.
Seorang Ahli
Duduk, duduk, duduk.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
I give this out is okay.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah, Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
He picked the wrong guy.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yes. You want, you come now.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
No, ini kurang ajar ini.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Di mana...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini kurang ajar. This is bastard. He is bastard.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tarik balik, tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You tarik balik. [Disampuk] You tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya boleh tarik balik tetapi dia tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa yang Yang Berhormat sebut tadi, minta tolong tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tarik balik, saya tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Saya tidak cakap yang tidak betul.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Don’t try to be funny.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
This man is wild.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa yang dia marah?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dia liar, apa saya hendak buat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa yang dia marah sangat itu?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Dia amuk for no reason.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Amuk, amuk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You don’ try...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kalau pengundi di Pasir Salak tidak suka sama Yang Berhormat, saya tahu kerana saya...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
How do you know?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
What is wrong?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You are bloody bastard!
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
You see, look at him.
Beberapa Ahli
[Bangun][Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ini kelam kabut punya orang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak.
Seorang Ahli
Apa ini cakap bastard?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah.
Yang lain duduk.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah, saya sudah dengar, Yang Berhormat. Saya sudah dengar. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Dua kali dia sebut.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...perkataan itu unparliamentary, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak ada pilih....
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya boleh tarik balik tetapi dia mesti tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa yang dia kata kena tarik balik?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia kata orang India Pasir Salak benci dengan saya, buktikan! Bukti!.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Esok bagi bukti.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hei, ini Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan campurlah! Rambut putih! [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, macam mana kita hendak bercakap?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Rambut pun putih beria-ia.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, duduklah, Yang Berhormat Pasir Salak, dengar dulu.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
You duduk dulu.
You duduk dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tarik balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduklah dulu.
Kenapa ini?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat pun macam kita, rambut putih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, Yang Berhormat, kadang-kadang kita ini kalau kita tidak mahu orang kata kita macam itu, kita tunjuk perangai macam itu, macam itulah kita.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Slow, slow.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You suruh slow, slow, I yang kena.
Beberapa Ahli
[Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat Segambut. Saya hendak you tarik. Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat, soalan benci itu tadi saya kata tarik baliklah benci. Saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, saya ada asas. Tolong dengar saya, selepas itu Tuan Pengerusi boleh bagi arahan. Saya ada pergi ke Pasir Salak, saya sebelum ini pernah jadi Ahli Parlimen Telok Intan, it is beside Pasir Salak.
Saya ada keluarga di sana, I got friends, a lot of them yang tidak suka kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu salahkah? Itu tohmahan-tohmahan politik kah? Ini dari apa yang...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
So is it wrong for me to speak the truth?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Nanti saya bagi penjelasan. Saya dalam masa seminggu ini, Yang Berhormat, saya hendak janji dengan Yang Berhormat Ipoh Timur, buat penjelasan atas point of order yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya sudah baca banyak, Yang Berhormat, termasuk apa yang Yang Berhormat sebut juga unparliamentary. Apa yang boleh diterima di mana-mana tempat, tidak boleh disebut di sini, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat, saya minta kalau tidak Yang Berhormat, kita tidak boleh menjalankan mesyuarat kita. Yang Berhormat tidak payahlah gunakan perkataan benci itu dahulu.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak, dengar dulu. Bila lepas Yang Berhormat menarik balik, saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan sedemikian. It is not one to one.
Saya rasa apa yang saya kata..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dimulakan,Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
No, yang mula betul, saya boleh tarik balik.
No harm, tetapi apa yang saya kata adalah yang benar yang dikatakan oleh orang ramai di sana. Adakah itu satu kesalahan mereka? Kalau Yang Berhormat Pasir Salak menang dengan 100% undi dari Pasir Salak, saya hormatkan dia. Menunjukkan satu bantahan pun tak ada. He won by luck.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu Yang Berhormat,
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
He won by luck. Jadi saya pernah pergi ke Pasir Salak.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau kita nak argue dengan...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Saya ada pernah pergi. So tak boleh salahkan saya. I’m not saying something...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat, saya tidak kata nafikan Yang Berhormat dah pergi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Saya pernah pergi, banyak kali pergi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak nafikan itu. Saya menerima hakikat Yang Berhormat pergi tapi perkataan itu tadi Yang Berhormat...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan, saya rasa dengan I don’t think...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Perkataan itu tadi, benci itu kepada wakil rakyat yang mewakili tempat itu Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan, bila pengundi bencikan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya boleh, kalau saya diberi peluang, saya boleh tunjuk Yang Berhormat yang saya dah fotostat ada kat pejabat saya sekarang tapi saya tak ada bawa dekat sini. Apa benda yang dikatakan unparliamentary. Dalam konteks Yang Berhormat, bukan satu perkataan. Ha ini saya sebut.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bila pengundi bencikan wakil rakyat, itu salah kah?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kadang-kadang Yang Berhormat, orang buta kalau kita sebut dia buta, kalau dia sendiri sebut dia buta tak salah Yang Berhormat. Kalau kita yang sebut buta, itu salah.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
With the highest respect to the Chair, I think the unparliamentary word is extended to an extend too wide in this House.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kenapa?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Because you’re asking me to...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kenapa gunakan perkataan yang kesat Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Bukan Tuan Pengerusi, dengan highest respect, kalau seseorang, saya ada pernah dengar banyak rintihan di Dewan ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Benci itu tinggi Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sebut...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
No, not but unparliamentary word that actually...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat kata tak sokong, tidak menyokong, tidak kerjasama itu kita boleh terima Yang Berhormat, tapi benci itu lain Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Benci? I’m surprise. Oh, tak suka, okey saya kata. Okey, boleh saya buat macam ini Tuan Pengerusi? Saya tarik balik yang benci, saya kata orang tak suka sama dia Yang Berhormat Pasir Salak. Okey?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, saya mahu tarik yang perkataan bastard dan perkataan-perkataan yang betul- betul unparliamentary itu tadi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya menghormati Tuan Pengerusi, saya tarik balik perkataan itu tapi saya mohon kefahaman Tuan Pengerusi.
Saya dimalukan, dia yang memulakan memalukan saya. Ini cerita dia pergi ke Pasir Salak, ini semua cerita karut, bohong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan gunakan perkataan itu lagi Yang Berhormat. Sudahlah, kalau Yang Berhormat tak tahu macam mana bercakap dalam Dewan, minta tolonglah. Gunakan perkataan nada yang elok, perkataan yang elok. Tadi kita dengar ada orang bercakap. Kadang-kadang perkataan Yang Berhormat, macam mana kita menyampainya itu membeza kita ini dengan orang yang tidak bertamadun ataupun tidak berbudaya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Standing order.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, apa itu?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itulah sudah ditarik balik tadi Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia tidak tarik balik dengan ikhlas. Saya tarik balik dengan ikhlas.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat. Duduklah, bagi saya, baik Yang Berhormat. Yang Berhormat, minta tolonglah Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, minta tolong duduk.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You settle with me outside.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu perkara lain Yang Berhormat. Jadi saya beri penjelasan jugalah mengenai ikhlas tak ikhlas ini. Dewan ini bukan soalan ikhlas tapi form dia Yang Berhormat, bentuk dia, bunyi dia, nada dia. Jadi, ini penjelasan saya. Jadi, dalam seseorang berbahas pun, tak ada yang betul-betul ikhlas sebenarnya dengan sama ada yang menarik balik ataupun tidak menarik balik. Jadi soalan ikhlas itu Tuhan sajalah yang tahu. Saya tak tahu. Jadi kalau dalam segi bentuk dia, sudah ditarik balik, dia ditarik baliklah. Jadi dalam Hansard itu tidak akan keluar lagi perkataan itu.
Jadi, itu saja Yang Berhormat. Minta tolong duduk. Ya Yang Berhormat Sungai Siput teruskan. Yang Berhormat, sila duduk.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak, bila saya sebut ini masalah pengusiran pekerja estet, saya tak salahkan UMNO ataupun saya tak salahkan orang Melayu. Tak tahu kenapa you begitu sensitif mengatakan merasakan saya salahkan satu pihak. Pada masa ini juga bila pekerja estet dibuang kerja, mereka hanya dapat apa dalam Akta Pekerjaan 20 hari gaji untuk setahun bekerja dan dengan gaji mereka yang begitu rendah, RM14 sehari ertinya mereka hanya dapat lebih kurang RM300 tiap tahun bekerja dan bila mereka keluar itu, katakan mereka sudah kerja 20 tahun, RM300 x 20 hanya RM6000. Dia kena kosongkan rumah mereka dan keluar. Ini undang-undang di negara kita. Ini bukan undang-undang Melayu ke, undang-undang UMNO tapi inilah undang-undang negara kita.
Apabila mereka keluar daripada estet, kerana mereka ini datang daripada India, mereka tak ada kampung lain di Malaysia. Jadi mereka hanya duduk di rumah-rumah pekerja di estet. Bila mereka keluar daripada rumah mereka di estet dan pergi ke bandar, mereka tak ada duit yang cukup untuk beli rumah di bandar jadi mereka terpaksa...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Peraturan Mesyuarat. Tuan Pengerusi, saya memang tidak berpuas hati. Peraturan Mesyuarat 36(4), kenapa Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor bila dia kata “don’t play-play” dia dihalau daripada Dewan ini dua hari tapi Ahli Yang Berhormat yang tadi itu dia kata “bastard”, lagipun dia kata “bloody bastard”, dia dilepaskan. Ini memang double standard Tuan Pengerusi. Sila buat keputusan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini Yang Berhormat Segambut, saya nasihatkan jangan ulangkan lagi. Ini mempersoalkan keputusan dibuat oleh pengerusi. Jadi yang main-main itu, saya tidak mahu. Yang Berhormat sendiri faham, bijak. Ia menuju kepada kerusi ini. Jadi, yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi yang telah ditarik balik pun itu juga sudah kita selesaikan masalah. Jadi Yang Berhormat Segambut, kalau nak faham betul-betul, pergi ke bilik saya. Saya ajar [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey, saya harap kita boleh fokuskan isu-isu rakyatlah jika boleh. Pada saya, saya samakan perhubungan antara Perdana Menteri dan Hindraf seolah-olah sebagai satu perhubungan dengan bapa dengan anaklah.
Jika anak itu rasa merajuk, dia marah dengan bapa atas sebab-sebab tertentu, saya ingat ada wajar bapa ajak dia, jemput dia dan bincang. Apa yang telah berlaku sampai sekarang ialah tak ada dialog tapi pemimpin Hindraf telah menjadi wira kerana mereka di pandangan orang ramai, mereka dimangsakan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Yang Berhormat Pasir Salak boleh tapi jangan lambat-lambat, ia mengambil masa saya. Saya boleh dengar tapi jika ada idea.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Saya boleh bercakap dengan berhemah seperti mana saya bercakap dalam masa Ketua Pembangkang bercakap. Apabila saya mencelah, mohon penjelasan, saya cakap dengan beradab, dengan teratur, dengan baik dan saya rasa Ketua Pembangkang telah memberikan pengiktirafan kepada cara saya bercakap tetapi apa yang telah berlaku ialah saya berbeza
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
kemudian disebabkan provokasi daripada pihak tuan-tuan. Tolonglah, Tuan Pengerusi, be fair to me.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan ulang kepada saya Yang Berhormat ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, soalan saya kepada Yang Berhormat Sungai Siput, I mean to the House, to Yang Berhormat Sungai Siput.
Saya telah bangun dan minta penjelasan satu dua perkara. Saya tak perlu ulanglah, mengambil masa. Tolonglah beri penjelasan di atas apa yang saya sebut. Dengar ke tidak apa yang saya sebut, penjelasan yang saya minta? Dengar? Kalau dah lupa, saya ulang balik.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Tak apa, saya dengar.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa point dia?
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya tahu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Point yang sama.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Point yang sama, okey.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput dan saya sebenarnya mengalu-alukan cadangan untuk diadakan dialog antara kumpulan-kumpulan yang mendesak perkara-perkara tertentu.
Akan tetapi dalam hal Hindraf ini saya nak tanya pendapat Yang Berhormat dari Sungai Siput kerana pada pendapat kita di parti UMNO dan juga Barisan Nasional, kalau kita lihat kepada Hindraf, permulaan Hindraf dan sebagainya, memorandum yang dihantar kepada Kerajaan Britain dan juga kepada class action suit yang telah dibuat oleh Hindraf di mahkamah di United Kingdom.
Banyak perkara dalam memorandum dan juga class action suit tersebut adalah perkara yang memburukkan kerajaan dan menyangkakan satu niat yang jahat daripada Kerajaan Barisan Nasional contohnya sistematik discrimination, contohnya pembersihan etnik, contohnya mempersoalkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia dan ini bukan emosi.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Ini bukan emosi, ini fakta, fakta yang tertulis dalam memorandum yang dihantarkan oleh Hindraf kepada kerajaan Britain dan terkandung dalam satu suit undang-undang yang dibuat di Mahkamah United Kingdom. Jadi bila ada sangkaan buruk dan jahat terhadap kerajaan UMNO, Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat India yang duduk di Malaysia ini, maka sudah tentunya pintu untuk dialog itu tertutup kerana sudah ada assumption ataupun andaian yang tidak ada asas, yang tidak ada langsung terhadap kerajaan kita.
Jadi saya minta pendapat Yang Berhormat bila dah mula dengan niat, dengan pendapat tersebut...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Point of order.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
...Maka sudah tentunya - biar saya habiskan Yang Berhormat, saya sekejap saja Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
36(2) perkara yang dibangkitkan oleh Rembau itu sub judice kerana perkara itu sekarang dalam kes mahkamah seksyen di mana pihak-pihak yang dikatakan menghantar memorandum sekarang telah disabit telah di bawa charge mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, maka satu perkara...
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat Rembau ini point of order.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
...Yang kalau kita membincangkan akan membuat satu keputusan dan bercanggah atau the merit of matter to discuss.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
Saya pohon dapat selesaikan..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu, duduk dulu, duduk Yang Berhormat. Pada 1994, diadakan satu seminar oleh Commonwealth Parliamentary Association dan subjek seminar itu ialah soalan sub judice ataupun sub judice. Saya salah seorang daripada ahli yang terlibat, dalam apa yang kita bincang dikatakan sub judice ini dalam pandangan Ahli Parlimen di seluruh Komanwel itu pada ketika itu, ia boleh mempengaruhi keputusan hakim yang membuat keputusan, jadi kalau keputusan hakim itu di England bincang kita di Dewan ini, saya tidak tahu sama ada sub judice ini apply ataupun tidak, itu juga ditanya dalam masa seminar tersebut.
Jadi Yang Berhormat, oleh kerana menghormati peruntukan ini, saya ingat Yang Berhormat larikan..
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
Saya boleh menghormati dari segi..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat saya tidak mahu Yang Berhormat bertentangan pandangan dengan saya.
Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - Rembau
Dari segi peraturan mesyuarat yang ada, tetapi spirit, semangat di belakang penubuhan Hindraf ini berkisar, diasaskan kepada tuduhan-tuduhan tersebut dan kalau tuduhan-tuduhan ini adalah tuduhan yang munasabah yang boleh kita bincangkan antara kerajaan dan pertubuhan seperti Hindraf, tidak apa. Tapi kalau tuduhan tersebut menyoalkan asas fundamental kepada pertubuhan negara tersebut iaitu Perlembagaan dan sebagainya, saya percaya ini adalah satu pendekatan yang salah yang tidak dapat kita ada titik pertemuan antara kerajaan dan Hindraf.
Jadi saya pohon kepada Yang Berhormat dari Sungai Siput, kita nak selesaikan masalah Hindraf ini, masalah Hindraf ini satu masalah yang cukup besar, tetapi kalau daripada mula mereka menyoalkan asas fundamental basis kepada federation of Malaysia ini saya rasa susah untuk kita cari satu penyelesaian yang adil bagi semua pihak. Terima kasih
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya sila Yang Berhormat
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mengambil kira apa yang disebut oleh Ipoh Barat tadi.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Baik, saya akan ambil kira. Saya nak sentuh pada penjelasan yang dipohon oleh Pasir Salak dulu, di mana dia katakan ada ramai orang sini, doktor, lawyer datang daripada pekerja di estate. Actually apa yang berlaku daripada India yang dibawa ada dua kelas yang dibawa, dan ramai yang datang sebagai indentured labour, dengan izin.
Anak-anak mereka masih kerja sebagai pekerja buruh, pekerja kontrak dan tidak begitu mahir dan masih miskin. Ramai antara kita yang jadi doktor, peguam dan pensyarah
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
semua datang daripada kelas yang datang sebagai kerani dalam estate-estate. Jadi itu situasi dia, jika kita buat satu survey, satu kajian antara kaum India yang jadi bussinessman, yang jadi pensyarah, yang jadi lawyer, yang jadi doktor. Mereka datang daripada kelas yang dibawa oleh British sebagai kerani, sebagai orang macam itu, macam mandur dan begitu, sebab saya rasa kita kena itu social mobility dengan izin.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Bolehkah saya teruskan, satu lagi, bagi saya teruskan..saya teruskan dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit saja.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Lagi satu ialah isu pengusiran, ini pengusiran bukan hanya orang India. Baru saja kita dengar di Johor Bahru, Plentong Tengah kan? Orang Melayu pun kena usir, ini telah berlaku di banyak tempat di mana ada orang miskin yang datang, duduk di bandar-bandar sebagai peneroka bandar dan bila ada pembangunan berlaku, di banyak tempat mereka kena usir. Pada saya, ini bukan isu kaum, ini bukan isu etnik, ini bukan isu Melayu usir India. Saya bawa isu ini sebagi satu isu yang telah berlaku, orang miskin yang kena usir.
Bagi saya jawab juga kepada Yang Berhormat Rembau, boleh? Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Rembau memang betul, ada juga suara-suara pihak moderate dalam masyarakat India yang juga ada dialog dengan Hindraf mengatakan tidak perlu kita bawa isu-isu 153, constitution ataupun position istimewa orang Melayu, tidak perlu kita pertikaikan isu-isu seperti itu untuk membawa isu ketinggalan orang India ataupun kepinggiran orang India, tidak perlu. Dalam satu masa seperti ini di mana pemimpin Hindraf itu dimangsakan, mereka jadi wira, agak sukar untuk orang yang moderate untuk mengatakan “Jangan bawa isu itu”.
Walaupun apa yang dikatakan tadi, walaupun cara mereka itu halus, mereka telah membangkitkan isu-isu yang tidak perlu dibangkitkan, tapi kita kena terima hakikatnya bahawa ada basisnya ada satu perasaan mereka dipinggirkan, mereka diabaikan, dianaktirikan dan sebuah kerajaan yang prihatin, mesti address isu itu, tapi jika itu tidak di address dan hanya leadership mereka dimangsakan, jadikan lebih ekstrem the position of the parties, dengan izin.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Jadi di sini Yang Berhormat Sungai Siput, kalau kita betul-betul nak cari penyelesaian dalam hal ini dan Yang Berhormat Sungai Siput telah mengatakan bahawa mereka sudah jadi lebih ekstrem memandangkan pemimpin-pemimpin mereka diincarcerated, ditahan di bawah ISA dan sebagainya, apa cadangan Yang Berhormat Sungai Siput sebab bagi kita dalam UMNO dan Barisan Nasional, perkara ini ialah perkara yang ‘sacrosanct’, yang tidak boleh diusik langsung dan Yang Berhormat Sungai Siput mengaku bahawa perkara ini tidak boleh digugur pada waktu ini kerana sudah menjadi terlalu ekstrem dan sebagainya. Jadi bagaimana kita dari Barisan Nasional nak mulakan proses dialog apabila fundamental basis, asas fundamental kepada negara kita itu masih lagi dipertikaikan.
Jadi kita ada satu masalah di sini, di mana kita tidak tahu siapa yang nak mula, siapa nak gugurkan tuntutan ataupun siapa nak memulakan proses dialog. Saya rasa saya moderate dalam Barisan Nasional dan saya percaya Yang Berhormat Sungai Siput pun moderate di sana, tetapi kita kena pastikan bahawa suara moderate ini dapat menguasai debat tersebut, dapat membawa agenda tersebut. Ini kerana saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada PAS, daripada Keadilan juga tidak setuju dengan pendekatan dan juga premis Hindraf tersebut yang menyoalkan 153 dan sebagainya dan sebenarnya ingin melihat bahawa tuntutan ini digugurkan daripada pendekatan Hindraf. Soal ketinggalan orang India dan sebagainya boleh kita bincang dan boleh menjadi satu agenda national untuk kita selesaikan sama, tapi sangkaan buruk terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO itu perlu dihentikan sekali.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sekali..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput nak bagi semua?
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, terima kasih..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya memohonlah kepada semua Yang Berhormat , kalau nak bercakap, bercakap sebagai Ahli Parlimen. Kita mewarisi amalan Parlimen ini daripada Westminster dan kita lihat peraturan- peraturan yang dibuat, saya membaca apa yang berlaku di Kongres, tidak pernah pun menggunakan perkataan kesat. Mereka boleh juga mentadbir negara mereka. Jadi kenapa kita mesti bergaduh, ambil perkara jadi personel atas dasar negara, mentadbir negara, kepentingan rakyat untuk semua. Jadi kita boleh gunakan perkara yang baik, perkataan- perkataan yang baik, bukan peribadi Yang Berhormat di sini. Ini soal negara, soal rakyat yang kita wakili, sila Yang Berhormat
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya akur Tuan Pengerusi dan sebagaimana Tuan Pengerusi maklum, saya sentiasa amat menghormati kemuliaan Dewan kita ini. Tuan Pengerusi, isu Hindraf, kaum India dan pendirian UMNO dan Barisan Nasional.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya fikir ini masalah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang, Tuan Pengerusi.
Mereka tidak faham sejarah negara, mereka tidak faham sejarah UMNO itu sendiri. Mereka lupa bahawa dalam tahun 1955 dahulu lagi, Presiden UMNO ketika itu Tunku Abdul Rahman dengan Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang bukan saja tolak 153, tolak semua ini keabsahan kerajaan yang ada dan menggunakan senjata. Tunku Abdul Rahman sanggup bertemu dengan mereka ini. Tidak ada syarat, tidak ada apa. Tidak ada apa.
Bertemu di Baling, di Baling Yang Berhormat ya?
Seorang Ahli
Ya, Baling.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Ya, bertemu. Jadi ini yang rasanya orang UMNO patut belajar. Biarlah kami ajar balik orang UMNO bagaimana hendak memimpin negara ini dan bagaimana hendak mendamaikan rakyat Malaysia ini tidak kira kaum atau agama. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Siput?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat Sungai Siput tidak perlu ulas benda itu, tidak payahlah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey, tapi saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat dan saya rasa apabila dibandingkan dulu sebagai bapa dengan anak, tolong bagi saya laluan. Saya hendak go to next point ya. Saya rasa kita boleh wujudkan dialog.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tadi kata hendak bagi.
Seorang Ahli
Tidak payah!
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap berbelit-belit.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya rasa cara untuk mengatasinya, satu pihak kena rise above occasion dengan izin dan saya ingat wujudkan dialog dan saya rasa banyak daripada itu yang kita tidak senangi, yang tidak halus dan yang tidak perlu dibangkit boleh digugurkan. Itu tidak ada masalah. Akan tetapi kita kena buat langkah yang pertama itu dan saya rasa sekarang pun mereka masih minta mengadakan dialog dengan kerajaan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang Berhormat, macam mana kita hendak rise above the occasion sedangkan berkali-kali Hindraf ini telah melakukan perangai yang tidak sopan?
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya setuju kita perlu rise above occasion tetapi dalam contoh Yang Berhormat bagi tadi, tidak pernah ada sekali yang Hindraf menunjukkan goodwill terhadap kerajaan dan tidak pernah menunjukkan mereka perlu diadakan dialog.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Dalam hal ini perlu kita melihat satu keikhlasan daripada pihak pembangkang untuk membantu dalam hal ini. Kalau tidak we are not going to get anywhere.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sinilah. Yalah, saya rasa terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya rasa memang pengakuan daripada Yang Berhormat Rembau itu Kerajaan Barisan Nasional memang buntu. Dia sudah tidak tahu macam mana hendak buat. They have no idea. They are lost dan bagi kami daripada PAS, daripada PKR dan DAP kita telah menunjukkan caranya. Sikap yang pada asalnya yang begitu keras yang ditunjukkan oleh Hindraf pada asalnya disebabkan sikap yang keras ini, minta maaf ya, menunjukkan kegagalan MIC dan Barisan Nasional [Tepuk] Ini kerana MIC sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat India apa yang sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka.
Akan tetapi mereka seolah-olah memberikan gambaran punca masalahnya ialah orang Melayu. Oleh kerana itu maka ada kemarahan orang-orang Hindraf terhadap masyarakat orang Melayu. Di sini MIC gagal dan ia berlaku oleh kerana politik kaum yang diamalkan di mana orang Melayu, orang Cina dan orang India tidak boleh duduk semeja dan bincang secara terbuka tentang aspirasi kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang kita inginkan. Inilah hasil daripada percaturan politik kaum yang selama ini diamalkan oleh Barisan Nasional [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau pihak UMNO Barisan Nasional sudah memang tidak tahu caran hendak tangani masalah dan mewakili seluruh kaum supaya akan tercapai perpaduan nasional dan akan tercapai keamanan dan sebagainya, maka lagi baik seperti mana yang kita tolak bajet main-main pagi tadi, hari ini kita tolaklah kemampuan Barisan Nasional. Please kalau kamu tidak sanggup, kamu tidak mampu...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah. Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput. Dengar saya dulu, ya. Kalau dapat pindahlah. Kalau tidak semua tidak ada. Yang Berhormat pun tidak bercakap beritahu saya butiran mana Yang Berhormat cakap. Dalam jawatankuasa ini kena tunjuk butiran.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey, I continuelah. Saya beralih ke satu lagi isu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payahlah, Yang Berhormat Padang Serai. Dia sudah pindah. Dia sudah pindah.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya later, later. We will go on first.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, Yang Berhormat Rembau. Duduk.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya hendak beralih kepada satu isu yang lain iaitu peruntukkan. Peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri bagi setiap kawasan Parlimen. Dewan yang mulia ini diberitahu dalam sesi kedua Parlimen ini bahawa setiap kawasan Parlimen akan diberi RM500,000 untuk tahun ini. Ini juga untuk pihak pembangkang.
Pada awal bulan Ogos, saya telah mengemukakan satu permohonan untuk anak yatim dan OKU dan rumah orang tua di Sungai Siput sebanyak RM100,000. Akan tetapi ini ditolak tanpa satu sebabnya. Jadi saya ingin tahu daripada Jabatan Perdana Menteri mengapa ini ditolak dan jika tidak boleh diberi kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua, kita kena bagi kepada siapa?
Dalam situasi ini juga adakah di mana-mana tempat di Malaysia dalam 83 kawasan di mana pembangkang menang, adakah peruntukan ini diluluskan dan adakah ini melanggar Artikel 8 dalam Perlembagaan yang menyatakan mesti ada kesamaan, equality dan tidak ada diskriminasi. So, saya harap dalam perkara ini Jabatan Perdana Menteri akan bertindak secara adil dan secara profesional. Saya juga ingin...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang peruntukan untuk semua kawasan Parlimen yang sama-sama kita luluskan bajetnya dalam Dewan ini tetapi apabila sampai ke tahap untuk perkhidmatan kepada rakyat, diberi secara terpilih. Begitu juga nasib apa yang berlaku kepada kami di Kelantan. Saya pernah berjumpa dengan JPP di Kelantan dan mereka mengatakan bahawa peruntukan ini di Kelantan hanya untuk Parlimen Gua Musang dan Jeli sedangkan, sepatutnya peruntukkan ini seharusnya diberi kepada semua Ahli Parlimen.
Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang dibuat oleh JPP ini kita tidak pernah mendapat apa-apa laporan kewangan. Apa yang dilaksanakan oleh JPP dengan peruntukkan yang seharusnya disalurkan melalui setiap bahagian Parlimen. Jadi kenapa laporan kewangan suruhanjaya lain ada dibentangkan tetapi laporan daripada JPP yang dikendalikan oleh Jabatan Persekutuan ini tidak ada dibentangkan di Dewan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya rasa satu penduduk kawasan itu tidak boleh dijadikan mangsa oleh kerana mereka membuat pilihan seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang. Itu prinsipnya dan saya ingat cara duit itu dipakai mungkin harus diselia supaya ia sampai kepada sasaran yang betul. Akan tetapi mesti sama jika Ahli Parlimen daripada pembangkang ataupun daripada Barisan Nasional mesti sama.
Saya sekarang hendak alih kepada satu lagi isu iaitu EPU atau Unit Perancang Ekonomi kerana inilah unit yang mengendalikan penswastaan perkhidmatan sokongan di Kementerian Kesihatan dan satu konsesi selama 14 tahun diberi kepada 97 kepada tiga buah syarikat untuk mengendalikan lima jenis perkhidmatan sokongan seperti dobi, pembersihan hospital, pembuangan sisa-sisa klinikal. Ada lima. Konsesi ini akan tamat pada 2011. Jadi saya ingin mendapat tahu adakah Unit Perancangan Ekonomi sedang menjalankan satu kajian untuk tengok apakah impak penswastaan terhadap bajet Kementerian Kesihatan. Kita semua tahu daripada 1980 di mana bajet kesihatan hanya RM1 bilion. Sampai sekarang bajet ini adalah lebih RM11 bilion.
Jadi adakah penswastaan macam ini satu sebab utama kenapa bajet kesihatan ini melambung tinggi?
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Jadi kita kena buat kajian yang menyeluruh, yang mendalam, yang accurate supaya kita boleh buat satu keputusan, adakah perlu penswastaan konsesi ini diteruskan selepas 2011, ataupun ia patut dihentikan. Perkara yang satu lagi yang hendak saya kemukakan ialah isu garis kemiskinan....
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Saya minta laluan sedikit Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, berhubung penswastaan Program
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sokongan Hospital. Saya mohon pandangan Yang Berhormat sungai Siput. Pada sesi sidang belanjawan tahun lepas, saya bertanyakan kepada pihak kerajaan, apa rasional satu bajet tambahan khusus mesti diluluskan oleh Dewan ini kepada sebuah syarikat yang mendapat konsesi sokongan ini. Jawapan pihak kerajaan waktu dalam rekod saya ialah kerana syarikat ini sewaktu membuat sebut harga kepada kerajaan untuk sekian tempoh, kemudiannya mengalami kemerosotan keuntungan, bukan rugi! Untungnya merosot. Lalu mereka mengadu kepada pihak kerajaan dan kita masukkan Butiran Belanjawan Tambahan untuk diluluskan kepada syarikat ini. Itu yang menyumbang kepada kenaikan dari sudut kos perubatan, belanja kesihatan yang menjadi amalan dalam negara kita. Saya mohon pandangan.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya rasa ini satu isu yang kita kena kaji balik. Apabila penswastaan ini berlaku untuk lima perkhidmatan sokongan ini pada tahun 1997, bajet perbelanjaan kerajaan atas lima perkara ini telah melambung tiga kali ganda untuk tahun kemudiannya, iaitu 1998. Jadi ini satu yang begitu expensive untuk kerajaan, dan satu beban yang berat dan harus dikaji balik. Berkenaan dengan garis...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum masuk kepada garis kemiskinan saya tertarik dengan konsesi penswastaan di hospital. Selama ini beberapa unit dobi sisa klinikal telah diswastakan. Sebenarnya ini tidak direct kena kepada pesakit dan saya telah pun menyentuh dalam perbahasan iaitu berhubung dengan x-ray, bius dan juga makmal.
Tiga unit ini merupakan bebanan direct yang terkena kepada pesakit yang bakal diswastakan dan saya mendapat berita-berita daripada mereka yang bekerja di Makmal Patologi khususnya, sedang dipanggil oleh kementerian dan di brainwash supaya mereka ini menerima penswastaan ini. Jika sekiranya tidak diterima pakar-pakar dari uar negara akan dibawa masuk menggantikan mereka di dalam hospital kerajaan.
Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Sungai Siput tentang penswastaan yang akan dikenakan direct kepada pesakit yang terpaksa membayar ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput, sebelum meneruskan, saya hendak tanya di bawah Butiran mana Yang Berhormat bincang. Sudah satu jam Yang Berhormat. Cuba tunjuk butiran dengan saya, ‘0’ berapakah, EPU kah, mana dia, heading dia, mana? Ini peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat, kita tidak boleh lagi sebagai Dasar. Saya tidak tahu, saya tidak ada masa hendak tengok Yang Berhormat...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
P.6..
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
B.6. Saya tidak tengok pun, tunjuk dengan saya muka surat berapa...?.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Jabatan Perdana Menteri, saya kena cari balik.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi sebelum Gopeng hendak bangun untuk bertanya, jadi kita sudah macam pergi ke lautan teduh Yang Berhormat, walaupun patutnya, kita patut berlabuh di Malaysia ini sahaja...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya kena cari itu balik tetapi ini di bawah B.6... [Menyemak butiran]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat sudah berucap satu jam, kita lagi banyak kementerian Yang Berhormat. Ini soal tanya Yang Berhormat, jangan berucap soalan Dasar. Soalan Dasar itu, Dasar sudah habis...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu. Belum lagi, dia belum lagi. Saya belum suruh dia berhenti. Saya minta dia berhenti, itu sahaja. Sila Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey. Bolehkah saya sentuh last isu, garis kemiskinan?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jangan tanya dengan saya kalau dia tidak betul. Janganlah cakap macam itu. Carilah Butiran dia.
Kemiskinan sepatutnya di bawah Kementerian Luar Bandar.
Seorang Ahli
7101...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
7100? Okey, betul...
[Ketawa][Seorang Ahli menyerahkan Buku Anggaran Belanjawan Persekutuan 2009]
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Butiran pun tidak ada Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, boleh saya tolong. Itu P.6.
7100 itu mengenai kemiskinan punya hal. P.6. - 7100.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini Yang Berhormat, saya ingat apa yang dikatakan dalam military, ‘old' group duduk dekat luar, tanya macam mana hendak bincang dalam Peringkat Jawatankuasa.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Supaya apabila kita masuk sini nanti semua kita tahu.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maafkan dialah, dia baru... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya maafkan sebab Yang Berhormat baru. Sila Yang Berhormat.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Point yang akhir. Ini garis kemiskinan yang baru-baru ditingkatkan daripada RM430 ke RM720. Pada saya ini pun tidak cukup.
Jika dua kali ganda daripada ini RM1400 pun masih tidak cukup untuk menyara kos hidup di bandar-bandar kita pada masa ini. Bolehkah sebuah keluarga dengan RM1400, hantar anak-anak mereka ke kelas bimbingan, bolehkah keluarga itu beli satu rumah sendiri, bolehkah dia beli insurans untuk beri perlindungan jika apa-apa berlaku kepada keluarganya. Kita mengatakan negara kita ini sedang membangun. Kaedah yang dipakai oleh negara-negara Eropah untuk tentukan garis kemiskinan ialah 60% daripada pendapatan median. Jika kita pakai kaedah di Malaysia, itu akan beri kita satu garis kemiskinan lebih kurang RM2000. Lebih munasabah saya harap isu ini pun boleh dipertimbangkan, itu yang lebih realistik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya memperingatkan. Oleh kerana ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru hendak bercakap itu, buka muka 67, daripada sana ke hadapan, di belakang itu tidak dibincangkan Yang Berhormat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Apa?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Muka 67, P.1.
Sebab itu yang kita bincangkan di sini. Okey Yang Berhormat...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bersedia untuk bercakap]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya bangkit lama tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pasal Yang Berhormat bangkit itu, saya tidak bagi. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Besok semua sini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Besok jangan bagi Barisan Nasional....
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apalah Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sana tidak minat, ada rekod.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya mintalah Yang Berhormat sebutkan butiran mana. Saya pun hendak tengok juga, peruntukan nya berapa....
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, saya mula dengan Kepala B.6 - 050000 yang menyentuh tentang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan diperincikan dengan Butiran 050500 di bahagian perundangan dan penguatkuasaan.
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada JPM kerana baru-baru ini di bangunan Parlimen telah mengadakan satu dialog yang saya rasa sangat penting yang dihadiri oleh para-para mufti dan para-para alim ulama khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perundangan dan penguatkuasaan, untuk kita melihat perkara- perkara baru yang melibatkan tentang isu-isu yang fundamental, yang memerlukan pendekatan-pendekatan yang lebih bersifat kontemporari.
Saya menyentuh tentang perkara pertama yang saya minta supaya JAKIM mengambil suatu sikap dan peranan yang lebih proaktif supaya masalah-masalah yang lahir dan timbul pada ketika ini dapat ditangani dengan pendekatan-pendekatan yang lebih bertanggungjawab, supaya isu-isu yang melibatkan Islam, umat Islam dan hukum- hukumnya ini, tidak lagi akan disalah tanggap khususnya oleh orang-orang bukan Islam apabila kes-kes ini dibawa ke mahkamah syariah sebagai contoh, ataupun mereka terpaksa membawa kes-kes ini, permohonan ini ke mahkamah-mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan seumpamanya. Islam itu tidak akan dilabelkan sebagai agama yang tidak adil, ataupun tidak memberikan ruang kepada orang-orang yang bukan Islam.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Isu yang sering kali ditimbulkan adalah masalah hak mereka. Hak untuk orang- orang Islam, orang-orang bukan Islam untuk hadir dan memberikan keterangan-keterangan mereka menjadi saksi di dalam mahkamah-mahkamah syariah seumpamanya.
Saya cukup tertarik apabila hadir dalam diskusi tersebut. Barulah kita dapat melihat tentang bagaimana definisi isu-isu yang dibincangkan, memang memerlukan kepada pemikiran baru. Memerlukan kepada pendekatan baru hatta kepada apa yang dikatakan dengan ijtihad baru. Inilah peranan yang mesti dimainkan oleh para-para alim ulama kita, mufti-mufti kita dan juga hakim-hakim, peguam-peguam syarii yang berperanan untuk menterjemahkan hukum-hukum Islam ini supaya mereka dapat memberikan keadilan kepada kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam dalam negara kita pada hari ini.
Saya mengambil contoh Tuan Pengerusi, isu murtad sebagai contoh. Isu murtad ini mesti kita lihat dalam satu perspektif yang lebih luas kerana kita tidak mahu isu murtad ini dijadikan satu senjata yang terus melabelkan Islam ini sebagai agama yang tidak adil ataupun tidak memberikan hak kepada orang bukan Islam bila ianya berlaku, dan melibatkan kes-kes penceraian, kes-kes yang melibatkan harta sepencarian, kes-kes yang melibatkan broken family dengan izin, penceraian dan seumpamanya.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Isu murtad tidak boleh disamakan atau pun semuanya boleh disekongkolkan dengan isu Natrah. Isu Natrah adalah isu yang telah berlaku beberapa abad yang lalu, yang memperlihatkan bagaimana dia dipaksa untuk meninggalkan agama. Beberapa dekad yang lalu. di mana ianya telah merupakan satu kes di mana seorang gadis Islam yang dipaksa kembali kepada agama asal mereka. Akan tetapi dalam isu-isu yang melibatkan kes-kes yang ada pada hari ini, kita mesti melihat secara terperinci. Di sinilah peranan-peranan para hakim mahkamah syariah, peguam-peguam yang terlatih dalam bidang ini dan juga masyarakat Islam juga mesti perlu juga terdidik untuk melihat secara objektif berdasarkan fakta-fakta yang lebih lengkap dan adil...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pendang bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Penjelasan.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Biar saya habiskan ayat ini. Supaya isu-isu ini tidak menjadi suatu isu yang di mana orang-orang bukan Islam boleh memberikan satu tuduhan terhadap mahkamah-mahkamah syariah ini yang tidak memberikan keizinan ataupun peluang kepada mereka, untuk mereka membawa fakta-fakta, untuk mereka mendapat keadilan dalam sistem perundangan Islam. Sila Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kubang Kerian menyebut tentang murtad kerana kita diberitahu bahawasanya ramai mereka yang murtad adalah mereka daripada memeluk Islam kemudian mereka keluar daripada Islam balik. Itu yang berlaku dalam kes-kes murtad yang ada dalam negara kita sepertimana yang diberitahu oleh pihak-pihak tertentu. Apa yang menarik di sini adalah peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi.
Sebelum ini kita ada agensi yang banyak mentarbiahkan ataupun mendidik mereka-mereka yang menjadi mualaf ataupun memeluk Islam ini adalah PERKIM tetapi sekarang ini kita nampak PERKIM tidak berperanan banyak di dalam memberikan gambaran ataupun kaedah sebenar ilmu-ilmu dalam Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam. Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian supaya kita memperkasakan balik PERKIM ini sepertimana yang berlaku di zaman-zaman menteri yang sebelum ini. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ya, saya sangat bersetuju dengan pandangan itu supaya isu di mana seseorang orang bukan Islam itu mereka tertarik atau pun mereka memeluk agama Islam itu tidak hanya sekadar atas dasar isu-isu yang bersifat sementara. Isu jatuh cinta ataupun isu hanya untuk mendirikan rumah tangga tanpa mereka itu mendapat suatu kefahaman yang sebenarnya kenapakah mereka masuk Islam. Jadi isu- isu yang seperti inilah saya merasakan institusi seperti JAKIM, seperti PERKIM yang disebutkan tadi, mestilah melihat peranan mereka pada hari supaya apa yang mereka laksanakan ataupun khidmat nasihat yang mereka berikan itu tidaklah berasaskan hanya kepada metodologi, ataupun kurikulum, ataupun asas-asas yang mungkin diterima pakai pada 20 tahun ataupun 30 tahun yang lalu.
Mesti ada suatu kaedah baru, pendekatan baru supaya mereka dapat berperanan dengan lebih baik. Maka dengan sebab itulah Tuan Pengerusi, dalam isu yang saya katakan tadi tentang isu-isu murtad yang muncul begitu banyak pada hari ini, saya merasakan apabila saya merujuk kepada beberapa jurnal undang-undang, maka di sini saya tertarik tentang bagaimana penulisan-penulisan oleh tokoh-tokoh yang boleh kita ambil sebagai contohnya dalam banyak siri-siri apa yang disebut sebagai Syarahan Perdana Ahmad Ibrahim. Seorang tokoh perundangan Islam yang sangat dihormati.
Tulisan beliau sendiri tentang isu ini yang berjudul, Apostasy and It’s Effect in Islam; Murtad - Hukumannya dan Kesannya Dari Segi Undang-undang; dan kemudian, The Position of Islam in the Constitution of Malaysia Saya rasa tulisan-tulisan yang seperti ini perlu dilihat oleh pakar-pakar perundangan kita supaya kita boleh address isu ini dengan begitu meyakinkan, dan bila kita
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
dapat menyelesaikan isu ini dalam mahkamah syariah, sekali gus ia boleh menjawab banyak persoalan yang hari ini menjadi satu kebuntuan ataupun menjadi tembok-tembok pemisah di antara orang Islam dan bukan Islam ini yang mereka mahu melihat keadilan ini wujud dalam sistem mahkamah syariah dalam negara kita.
Saya mengucapkan tahniah, sebagai contoh Tuan Pengerusi satu fakta yang jelas, saya mengikuti mungkin mas itu dengan Yang Berhormat Pokok Sena isu Moorthy sebagai contoh. Isu Moorthy ini di bawa ke mahkamah sivil, kemudian mahkamah sivil telah memberikan keputusan dan isunya pada waktu itu ialah apabila mahkamah syariah tidak memberikan peluang dan hak kepada peguam-peguam yang mewakili Moorthy pada waktu itu, dan keluarga beliau sendiri. Pada waktu itu mahkamah syariah tidak mengizinkan perkara itu menjadi satu proses atau prosedur dalam mahkamah syariah.
Ini kita melihat bagaimana suatu perkara dan bila isu ini berlaku, alhamdulillah maka berlakulah suatu discourse, satu intellectual discourse di fakulti-fakulti undang- undang di UIA, di UM kalau tidak silap saya yang saya pernah hadir pada waktu. Maka ada pemikiran baru dan pendekatan baru, dan alhamdulillah [Disampuk] Kes Nyonya Tahir yang saya rasa berlaku di Seremban dan pada waktu itu mahkamah syariah mengizinkan peguam-peguam mereka memberikan keterangan dalam mahkamah syariah dan bila hakim itu dan mahkamah syariah dapat membuktikan secara fakta memang Nyonya Tahir itu sejak asalnya pun tidak pernah terlibat ataupun tidak pernah beramal dan tidak pernah hidup sebagai orang Islam dan bila mahkamah syariah memberikan keputusan maka saya rasa itu telah menjadi suatu watershed dalam sistem kehakiman syariah dalam negara kita dapat melihat satu kepercayaan mula wujud dalam kita memberikan keadilan dan hak-hak ini kepada orang bukan Islam.
Jadi ini sangat penting bagi saya bila kita membahaskan tentang perkara B.6 yang melibatkan tentang perkara 050500 ini supaya bahagian perundangan dan penguatkuasaan JAKIM ini dan mahkamah syariah sendiri, saya melihat, kita mengucapkan terima kasih dan tidak salah sekiranya kita memberikan pujian kepada mereka ini supaya langkah-langkah yang lebih proaktif mesti diambil. Khazanah-khazanah ilmu Islam ini mesti terus digali supaya keadilan Islam ini dapat dikemukakan dalam masyarakat majmuk ini dan tidak lagi ada satu penghalang, ada satu constrain, ada satu halangan di mana insya-Allah kalau kita berjaya mungkin dalam masa yang dekat ini tidak ada lagi masalah untuk orang bukan Islam untuk merasa ragu dan syak dan mereka juga boleh mendapat peluang keadilan yang sama dalam sistem Islam dalam negara kita...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habiskah?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Belum. Saya ada tiga, empat perkara lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat ya. Jam 5.30 Yang Berhormat.
Majlis mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 6 November 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.