Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan, boleh? Saya ada masalah sedikit hendak minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order Yang Berhormat saya benarkan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, apakah peranan wakil rakyat di sebelah sini sebagai penyokong kerajaan dalam masa menteri menjawab, apabila menteri diasak dengan pelbagai soalan, tohmahan dan sebagainya daripada pihak pembangkang? Adakah kami daripada bahagian penyokong kerajaan ini hanya duduk sahaja mendengar ataupun kita boleh juga mengambil bahagian untuk menjawab beberapa tuduhan dan tohmahan yang dibawa oleh pihak pembangkang? Ini adalah kerana menteri menjawab bukan menjawab atas personel kapasiti, dia menjawab bagi pihak kerajaan...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...dan kami juga adalah anggota daripada kerajaan. Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Sebetulnya sebelum ini pun saya telah menyatakan kepada Yang Berhormat iaitu sewaktu sesi soal jawab oleh kerana masa itu terlampau singkat, point of order yang dilontarkan pun saya tidak benarkan kecuali selepas sesi soal jawab. Namun oleh kerana itu adalah satu perkara yang baru, respons saya kepada itu ialah, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berhujah pada ketika yang tertentu dan mesti menurut peraturan mesyuarat. Jadi apabila Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun pada ketika mencelah itu dibenarkan tetapi hujah itu melanggar peraturan mesyuarat, maka itu terpaksalah kita menegur dan lain kali janganlah berhujah, mencelah tidak mengikut peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, sikit.
Pihak pembangkang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...menyalahgunakan peraturan standing orders. Mereka dibenarkan bercakap manakala bagi pihak kami tidak boleh.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Peraturan apa ini?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sesi pagi ini ialah sesi soal jawab. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak akan berkompromi lagi.
Pada waktu sesi soal jawab, sesi soal jawab. Perkara-perkara yang boleh ditimbulkan selepas sesi soal jawab sila timbulkan. Sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah tindakan pihak kementerian dalam memastikan KLIA dapat terus menjadi hab penerbangan yang terbaik di dunia.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan KLIA terus menjadi hab penerbangan yang terbaik di dunia, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
(i) mengadakan rundingan udara dua hala dengan negara-negara asing secara berterusan bagi meningkatkan kapasiti dan fleksibiliti hab-hab trafik udara. Dengan peningkatan kapasiti dan hab-hab pengangkutan udara ia secara tidak langsung dapat menambah rangkaian penerbangan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia seperti penerbangan Malaysia MAS dan AirAsia serta menarik lebih banyak lagi syarikat penerbangan asing untuk beroperasi di KLIA;
(ii) memberikan pengecualian 100% ke atas caj-caj memarkir
(parking) dan pendaratan kepada syarikat-syarikat penerbangan asing sedia ada yang menambah perkhidmatan dan syarikat- syarikat penerbangan baru yang mula beroperasi di KLIA untuk tempoh tiga tahun;
(iii) menawarkan ruang pejabat di KLIA secara percuma untuk tempoh enam bulan pertama kepada syarikat-syarikat penerbangan asing baru di KLIA;
(iv) mewujudkan kawasan bebas cukai (free trade zone) di KLIA berupaya untuk mengendalikan aktiviti nilai tambah perdagangan, penggredan, penyusunan, pembungkusan dan pelabelan semula komoditi-komoditi yang dibawa masuk melalui KLIA. Aktiviti ini ditambah dan akan menarik lebih banyak syarikat penerbangan kargo asing untuk beroperasi di KLIA dan seterusnya menjadikan KLIA menjadi sebagai hab kargo serantau;
(v) menyediakan kemudahan pusat sehenti (one stop centre) di KLIA untuk mempercepatkan proses pengendalian kargo (cargo clearance) di KLIA. Agensi-agensi kerajaan yang diletakkan di bawah pusat sehenti adalah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bahagian Farmasi MOH dan Unit Kawalan Penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri;
(vi) meningkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam di KLIA seperti Express Rail Link (ERL), bas, teksi dan limousin yang menghubungi KLIA, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Bandar Tasik Selatan dan Nilai; dan
(vii) menambah bilangan ruang perniagaan seperti butik barangan berjenama, restoran, kedai cenderamata, kedai buku dan lain- lain di KLIA bagi menarik ramai pengunjung di KLIA untuk membeli belah.
Sekian.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun pelbagai insentif telah ditawarkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan syarikat-syarikat penerbangan menjadikan lapangan terbang KLIA ini sebagai hab penerbangan terkemuka tetapi kita lihat beberapa syarikat ternama seperti British Airways, dan Lufthansa di mana mereka tidak lagi mendarat di KLIA.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Ada di kalangan syarikat penerbangan, mereka hanya meletakkan GSA ataupun general sales agent sahaja yang memanfaatkan kerana disebabkan oleh kekurangan penumpang. Dalam hal ini, apakah Kementerian Pengangkutan dapat merancang dalam memposisikan lapangan terbang kita ini supaya ianya dapat dimanfaatkan dalam konsep angkasa terbuka ini supaya sektor pelancongan, tarikan pelancong lebih ramai lagi datang dengan menggunakan syarikat-syarikat penerbangan asing.
Soalan tambahan saya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, dalam senario ini apakah kerajaan membuat keputusan sama ada hendak mempertahankan industri pelancongan kita yang jelas merupakan sumbangan terbesar dalam ekonomi kita ataupun mempertahankan syarikat penerbangan kita yang mungkin terjejas dengan kehadiran syarikat-syarikat penerbangan asing di negara kita ini. Apakah pendirian kerajaan kita setakat ini?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan pertama, adalah dimaklumkan bahawa British Airways tidak lagi mendarat di KLIA disebabkan kekurangan penumpang. Tentang bagaimana kita hendak mempromosikan KLIA kita, maka ini adalah juga melibatkan kementerian yang lain seperti Kementerian Pelancongan.
Bagi soalan kedua, apakah kerajaan ingin mempertahankan penerbangan kita ataupun mahu menarik lebih banyak pelancong, jadi jawapan saya yang pertama itu saya akan jawab secara bertulis sebab saya tidak ada detail di sini. Bagi jawapan yang kedua, saya serahkan kepada Kementerian Pelancongan untuk memberikan jawapan kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat untuk soalan tambahan seterusnya, saya tidak benarkan lagi soalan tambahan itu yang mempunyai rangkaian dua soalan atau tiga. Soalan tambahan satu sahaja. Sila Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada yang telah berlaku di KLIA, kompromi mengenai keselamatan. Kerap kali kecurian terjadi di sana dan apakah tindakan yang telah diambil supaya perkara ini tidak berlaku di mana para passengers sangat khuatir menggunakan tempat tersebut, juga wang dan beg-beg hilang di tempat tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini supaya perkara-perkara ini dapat dielakkan.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Bagi menjawab soalan dari Ahli Parlimen dari Ipoh Barat bahawa kes-kes rompakan ini adalah kes yang terpencil setakat ini, tetapi kerajaan telah mengambil langkah di mana soal keselamatan ini telah diserahkan kepada pihak polis dan selepas pihak polis mengawal keselamatan di KLIA, nampaknya rompakan setakat ini tidak ada berlaku.
Mengenai dengan kehilangan beg-beg seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat, setakat ini memang ada perkara-perkara ini berlaku tetapi bukanlah perkara yang amat serius yang mana pihak pentadbiran KLIA dapat menanganinya. Terima kasih.
2. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [Hulu Selangor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan nama badan-badan bukan kerajaan dan pusat pemulihan dadah persendirian
(PPP) yang telah menerima peruntukan sebanyak RM700,000 yang telah diperuntukkan pada tahun 2008. Apakah kriteria pemberian peruntukan tersebut, terutamanya kepada PPP yang berdaya maju menjalankan program pemulihan dan yang gagal melaksanakan program pemulihan penagih setelah menerima peruntukan.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Syed Hamid Albar
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, badan-badan bukan kerajaan yang menerima bantuan kewangan untuk menjalankan program pencegahan dan pemulihan daripada kerajaan ialah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia iaitu PEMADAM, Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dan Pendamai Malaysia (PENDAMAI). Setiap pertubuhan ini menerima bantuan sebanyak RM200,000. Sementara itu jumlah pusat pemulihan dadah
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Syed Hamid Albar
persendirian yang telah dikenal pasti untuk menerima bantuan kewangan bagi melaksanakan program pemulihan tahun 2008 ialah sebanyak 54 buah.
Kriteria yang kita gunakan untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini adalah seperti berikut:
(i) berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Suruhanjaya Syarikat;
(ii) aktif menjalankan program antidadah sama ada program pencegahan atau pemulihan dalam komuniti atau institusi;
(iii) mempunyai struktur organisasi dan fungsi yang jelas;
(iv) mempunyai personel yang mencukupi dan berikhtisas untuk melaksanakan program; dan
(v) tahap kapasiti untuk menampung bilangan residen untuk menjalani pemulihan; Pemantauan dan penilaian akan dijalankan ke atas perbelanjaan, kemajuan dan prestasi badan-badan tersebut. Pemberian bantuan dan peruntukan boleh diteruskan kepada pertubuhan yang menunjukkan prestasi yang baik dan menyumbangkan secara signifikan kepada usaha-usaha untuk mengurangkan masalah ini. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertanyaan tambahan saya ialah boleh tidak beri contoh pusat pemulihan dadah ini yang berkesan dari segi membantu supaya penagih-penagih ini pulih menjadi orang yang tidak lagi menagih dadah. Saya ingin maklumat iaitu apakah punca kejayaan pusat pemulihan ini sehingga dapat memulihkan penagih dadah ini dan saya ingin tahu juga kes mengenai dengan kehilangan bahan bukti dadah syabu di IPD Johor Bahru.
Dato’ Seri Syed Hamid Albar
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana jawapan itu memerlukan perkara-perkara yang detail, tetapi kalau saya ambil dari segi bilangan, kalau kita ambil dari pusat serenti, misalnya, daripada kes-kes yang berulang, kurang daripada kes yang mereka yang menjadi penagih baru. Itu menunjukkan ada kejayaan dan kita mendapat kes-kes yang baru pun dari segi yang masuk ke pusat serenti terus berkurangan.
Jadi dengan itu kita mengukur itu sebagai sesuatu yang menunjukkan kekurangan kejayaan dari segi pelaksanaan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Maksud saya pusat pemulihan persendirian ini.
Dato’ Seri Syed Hamid Albar
Pusat persendirian adalah sebagaimana saya katakan, kita ada macam Yayasan Salam, Rumah Pengasih Malaysia, Drug Intervention Community of Pahang – mereka telah menunjukkan bahawa dua approach yang dibuat dari segi kerohanian dan juga fizikal dan orang-orang ini merasakan bahawa pusat-pusat persendirian ini telah dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang menjadikan mereka pulih dan tidak kembali kepada penagihan dadah.
Berkenaan soalan yang berangkai tadi, mengenai kehilangan itu, itu adalah satu soalan yang berasingan yang akan saya jawab secara berasingan. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, permasalahan dadah ini masalah yang amat membimbangkan negara kita. Saya ingin tahu daripada pusat-pusat pemulihan dadah yang telah dilaksanakan sekarang ini, berapakah yang berteraskan cara Islam dan sejauh mana kesannya terhadap penagih-penagih dadah untuk pulih dalam keadaan yang baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Syed Hamid Albar
Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah 54 itu, 70% daripadanya adalah pusat-pusat pemulihan yang bukan berteraskan agama Islam tetapi agama-agama lain. 30% adalah berteraskan kepada kumpulan yang ditubuhkan mengikut kehendak dan pendekatan Islam. Jadi penggunaan agama ini kita melihat sebagai salah satu cara untuk memberikan kekukuhan kepada seseorang secara dalaman dan ini menjadi bantuan kepada keyakinan dan membina jati diri kepada seseorang. Sebab itu kita
Dato’ Seri Syed Hamid Albar
memberikan tumpuan kepada itu untuk memantapkan kekuatan agama di dalam pendekatan bagi memulihkan seseorang penagih. Terima kasih.
3. Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Pelajaran menyatakan :-
(a) bilangan sekolah-sekolah yang telah lengkap dengan peralatan bagi Projek 'SchoolNet'; dan
(b) bilakah kesemua 10,000 sekolah yang dicadangkan akan selesai dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan untuk melihat pendidikan kita, anak-anak kita belajar secara yang lebih canggih dengan menggunakan online application.
Sehingga hari ini yakni pada 30 Oktober 2008, rangkaian SchoolNet telah selesai disambungkan kepada 9,540 buah sekolah daripada 9,884 buah sekolah yakni kira-kira 97% sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun disambung dengan menggunakan kemudahan projek SchoolNet ini.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Prasarana SchoolNet membolehkan kementerian menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran tanpa sempadan. Program ini juga mampu merapatkan jurang digital di antara murid-murid sekolah bandar dan luar bandar, memodenkan, mempererat keberkesanan Sistem Pendidikan Negara dan mewujudkan suasana pendidikan secara interaktif.
Untuk maklumat Yang Berhormat, kapasiti kelajuan yang digunakan di bawah Projek SchoolNet ini adalah 1MB per second downlink dan 128KB per second uplink dengan menggunakan tiga jenis teknologi iaitu:-
(i) teknologi talian langganan digital asymetrix;
(ii) wireless; dan
(iii) VSAT iaitu Very Small Aperture Terminal yang menggunakan isyarat digital melalui satelit.
Sehingga 1 Jun 2008, kementerian melalui Projek SchoolNet ini telah berbelanja RM95.2 juta.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah melihatkan sesungguhnya SchoolNet telah dilancarkan sebanyak 97% ke sekolah-sekolah tetapi effect nya atau pun stability nya SchoolNet ini tidak menunjukkan kecanggihan internet di sekolah-sekolah. Jadi, soalan saya ialah memandangkan media elektronik amat berkesan kepada anak-anak kita pada hari ini, bilakah agaknya kementerian akan mendapatkan video conferencing melalui SchoolNet ke sekolah-sekolah pedalaman kerana memandangkan kekurangan guru-guru yang mahir di sekolah pedalaman? Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Yang Berhormat, bercakap tentang kecanggihan, memang kita tidak menafikan bahawa kelajuan yang saya sebutkan tadi 1MB berbanding dengan negara-negara maju yang sekarang menggunakan sampai 10MB, ada yang 20MB seperti di Singapura, di Korea, dan UK sendiri. Maka, kita tahu ini adalah merupakan beberapa constraint kita. Lebih-lebih lagi di luar bandar yang masih belum mempunyai talian elektrik dan kemudahan elektrik yang kita hanya menggunakan genset. Yang ini juga menimbulkan gangguan-gangguan dari segi kemudahan connectivity kita. Kita akui ini.
Kita mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak terutama daripada kerajaan negeri dan juga syarikat-syarikat tertentu. Misalnya di Sarawak sendiri, kita ada Syarikat Dawana yang memberi khidmat kepada anak-anak kita di sekolah. Kita mengucapkan terima kasih dengan khidmat-khidmat serupa ini datang daripada Kerajaan Negeri.
Di Terengganu sendiri kita ada Program Cyber School yakni disokong dan ditaja oleh pihak kerajaan negeri. Ini kerana Kementerian Pelajaran yang mempunyai satu daerah yang luas, sekolah yang begitu banyak, 10,000 buah sekolah dengan pelbagai kekangan
Dato’ Razali bin Ismail
memang kita berdepan dengan masalah. Soalan seterusnya tadi ialah tentang latihan kepada guru-guru melalui video conferencing, memang Bahagian Pendidikan Guru juga dengan kerjasama daripada BTP mengadakan latihan-latihan secara intensif untuk guru- guru kita ini.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Mendengar penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan membaca objektif Program SchoolNet ini, saya tidak ada sebarang masalah untuk menyokong dan bersetuju dengannya. Seperkara yang saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah sering kali projek yang berkaitan dengan ICT ini, aspek yang terabai ialah aspek penyelenggaraan.
Saya terbaca laporan audit terbaru, walaupun ia berkaitan dengan Program Pengajaran Sains dan Matematik, tetapi yang menariknya ialah laporan itu melaporkan hampir 10 juta kehilangan alat komputer yang telah berlaku dalam tempoh tiga tahun daripada 2005 hingga 2007. Maknanya, RM265,000 hilang setiap bulan atau tiga buah komputer hilang setiap hari. Jadi, ini aspek penyelenggaraan.
Jadi, soalannya ialah setakat mana kerajaan mengambil kira aspek penyelenggaraan, penjagaan dan menaik taraf equipment, peralatan ICT ini dari semasa ke semasa bagi memastikan Program SchoolNet ini betul-betul mencapai objektif yang digariskan? Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Terima kasih. Kita mengakui laporan audit tentang kehilangan peralatan komputer di sekolah. Memang kita ada prosedur tertentu untuk menjaga keselamatan dan juga tindakan-tindakan dibuat sama ada tindakan secara legal dibuat atau pun tindakan-tindakan warning atau pun amaran kerana kecuaian guru-guru kita atau pihak-pihak tertentu termasuk juga jaga di sekolah.
Sebenarnya, kita ada prosedur-prosedur untuk kita pastikan keselamatan.
demikian juga dari segi kawalan ke atas penggunaan makmal-makmal komputer di sekolah.
Yang satu lagi tentang penyelenggaraan yang ditanya oleh Yang Berhormat. Memang kita sedar bahawa kita masih belum mencukupi tenaga penyelenggara, troubleshooting maintenance. Oleh sebab itulah Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran sekarang ini telah menambah staff sokongan untuk memastikan kelancaran dan juga keadaan peralatan ini berada dalam keadaan yang baik dan diselenggarakan dengan sebaik-baiknya.
4. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah IPTS yang dibuka dan ditutup serta jumlah pelajar-pelajar yang terjejas akibat daripada penutupan tersebut dan jumlah pelajar yang telah menyempurnakan kursus-kursus dari 2004 hingga 2008.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 September 2008 sebanyak 536 Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau (IPTS) telah mendaftar dengan kementerian.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 buah IPTS adalah bertaraf universiti, 18 buah bertaraf kolej universiti, 4 buah kampus universiti cawangan luar negara dan 433 buah IPTS adalah bukan bertaraf universiti.
Jumlah keluaran graduan IPTS bagi tempoh 2004 hingga 2007 ialah seramai 359,562 orang. Manakala, jumlah enrolmen IPTS pada 30 Jun 2008 adalah 419,778 orang.
Ini termasuklah 42,428 pelajar antarabangsa. Sebelum sesebuah IPTS berhenti operasi, kementerian akan meminta IPTS tersebut menguruskan perpindahan pelajar ke IPTS berhampiran yang menjalankan khusus pengajian yang sama untuk memastikan mereka ini terus berpeluang meneruskan pengajian.
Bagi tahun 2008, sebanyak 23 IPTS telah dibatalkan penubuhan di bawah sub seksyen 41(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Oleh sebab kesemua IPTS yang terlibat ini adalah yang tidak aktif atau tidak beroperasi, penutupan IPTS berkenaan tidak menjejaskan mana-mana pelajar. Sekian.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Apabila IPTS ditutup, murid-murid terjejas. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk memastikan sebelum IPTS
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
diberikan kelulusan, mereka cukup dengan ada modal, cukup wang, pensyarah, kemudahan seperti kuliah dan makmal. Apa kriteria yang digunakan sebelum kelulusan diberi?
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya sebutkan tadi kami akan pastikan sebelum sesebuah IPTS yang berhenti operasi itu, kita akan meminta IPTS tersebut menguruskan perpindahan pelajar ke IPTS yang lain. Kami akan pastikan pelajar yang terlibat itu tidak akan menjejaskan pengajian mereka yang seterusnya.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam usaha untuk menarik pelajar-pelajar memasuki institut pelajaran mereka, pihak IPTS telah mengadakan iklan yang sangat istimewa menggambarkan bahawa mereka menawarkan pembelajaran yang baik dan menjamin masa depan yang cemerlang.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Soalan saya sejauh manakah pihak kementerian memantau bahawa iklan yang disiarkan itu bersamaan dengan realiti yang berlaku. Sebab kita bimbang iklan yang hebat tetapi hakikatnya tidak seberapa. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan audit ke atas setiap IPTS sekurang- kurangnya sekali setahun. Tujuan audit ini antara lainnya ialah untuk memantau program- program khusus yang dijalankan dan memastikan IPTS sedang beroperasi dan sebagainya.
Mana-mana IPTS yang ada tidak bertepatan dengan iklan mereka IPTS, kami akan cuba memantau dan juga memberi show cause letter dengan izin supaya semua iklan akan dapat menjaga hak-hak pelajar. Sekian.
5. Datuk Dr. Tiki anak Lafe [Mas Gading] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah OKU mengikut jenis setakat ini dan adakah kementerian memperkenalkan program terbaru yang lebih berkesan untuk memastikan golongan ini betul-betul dapat hidup berdikari.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM sehingga bulan Jun 2008 adalah seramai 233,939 orang.
Pendaftaran OKU mengikut jenis ketidakupayaan adalah seperti berikut:
| Jenis Ketidakupayaan | Jumlah Orang |
|---|---|
| Penglihatan | 21204 |
| Pendengaran | 32850 |
| Fizikal | 78036 |
| Masalah Pembelajaran | 91303 |
| Cerebral palsy | 2382 |
| Lain-lain | 8164 |
Jumlah ini Yang Berhormat tidak menggambarkan OKU sebenar di dalam negara kerana ramai yang tidak berdaftar kerana ianya tidak diwajibkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM juga telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memastikan OKU boleh hidup berdikari seperti:
(i) menaikkan kelayakan pendapatan penerima EPC ataupun elaun pekerja cacat kepada RM1,200 sebulan ke bawah untuk OKU yang bekerja untuk menerima insentif sebanyak RM300 sebulan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
dan juga menerima geran pelancaran sebanyak RM2,700 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan;
(ii) Program Independent Living dengan izin dan disability quality training bagi memperkasa OKU supaya mereka dapat menikmati peluang yang sama serta hidup berdikari dalam masyarakat;
(iii) memperkenalkan job coaching ataupun jurulatih kerja untuk membantu penempatan pekerjaan OKU di dalam sektor awam dan juga sektor swasta; dan
(iv) melaksanakan pekeliling perkhidmatan Bil. 3/2008 iaitu pelaksanaan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU.
Selain daripada itu JKM juga mewujudkan bengkel-bengkel terlindung untuk kemahiran kepada OKU yang tidak dapat bersaing di pasaran terbuka dan juga mewujudkan pusat latihan pemulihan dan latihan perindustrian di Bangi bagi memberi pemulihan perubatan dan juga perindustrian kepada OKU anggota iaitu latihan pra vokasional dan juga latihan vokasional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada semua golongan OKU yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi satu kumpulan yang saya rasa perlu kita diberi perhatian ataupun pertolongan adalah mereka yang telah menunjukkan minat dan juga kesungguhan serta mereka telah mengharumkan nama negara dalam bidang masing- masing iaitu golongan atlet dan sukan. Seperti mana yang kita sedia maklum tiap-tiap tahun kita mengadakan ataupun mengambil bahagian dalam sukan yang dinamakan Paralimpik.
Kita sedia maklum dalam Paralimpik ini kita mempunyai banyak para atlet OKU ini yang telah berjaya tetapi yang sedihnya sebaik sahaja mereka balik ke rumah walaupun mereka dapat pingat emas dan sebagainya misalnya balik ke Kuching atau Miri di Sarawak kita tahu mereka rasa sedih. Oleh kerana walaupun mereka sudah dapat pingat emas dan sebagainya sebaik sahaja mereka balik ke rumah mereka terpaksa bergantung kepada sanak saudara untuk menyara hidup mereka. Walaupun kita tahu yang kementerian dan kerajaan sudah membuat banyak rancangan program untuk menolong mereka ini.
Jadi yang saya ingin tahu adakah kementerian ataupun kerajaan sudah fikir tentang rancangan ataupun pelan jangka panjang untuk menolong mereka ini sebagai satu anugerah satu pengiktirafan kepada perjuangan mereka dalam bidang sukan dan atlet.
Samalah seperti ahli-ahli sukan yang lain seperti Datuk kita yang baru Lee Chong Wei. Jadi ini yang saya ingin lihat supaya kita dalam masa yang sama kita memberi galakan, dorongan pengiktirafan kepada mereka. Jadi saya ingin tahu sama ada, ada perancangan atau tidak. Sekian terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu adalah satu cadangan yang sungguh murni yang mana saya kira kita wajar untuk memberi layanan yang saksama kepada atlet-atlet OKU ini juga dan kadang-kadang mereka ini pun berjaya membawa balik pingat emas, perak dan sebagainya dan menaikkan nama negara. Untuk makluman semua melalui Akta OKU tahun 2008 yang telah kita kuatkuasakan pada 7 Julai 2008 di bawah akta tersebut kita telah mewujudkan satu majlis kebangsaan OKU yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri sendiri dan dianggotai oleh 20 orang termasuk 10 wakil daripada persatuan-persatuan NGO OKU khasnya. Satu jabatan pembangunan OKU juga akan diwujudkan tidak lama lagi sekarang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan saya kira melalui majlis dan jabatan ini Yang Berhormat syor-syor dan juga cadangan-cadangan yang baik seperti ini saya kira boleh dibawa ke atas dan dipanjangkan ke Kabinet. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Mengangkat tangan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Oh saya angkat tangan.
Tuan Yang di-Pertua
Jarang dengar suara.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri hari-hari kita melalui PLUS dan kita dapati pemberi tiket PLUS itu kebiasaannya orang yang cantik, lawa cukup sifat. Tadi disebut 32,850 orang merupakan mereka-mereka yang kurang pendengaran ataupun cacat pendengaran. Jadi apakah hasrat kementerian untuk memaksa PLUS ataupun syarikat-syarikat yang memberi tiket- tiket transit di lebuh raya ini supaya menggunakan 32,000 orang yang cacat pendengaran ini supaya bekerja di situ dan berilah apa-apa juga insentif kepada syarikat ini supaya mereka mengambil daripada mereka yang cukup sifat cuma hanya pendengaran sahaja yang kurang. Pohon penjelasan daripada kementerian terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Memang seramai lebih 32,000 orang di dalam negara kita yang mengalami ketidakupayaan pendengaran dan cadangan boleh kita panjangkan kepada pihak PLUS ataupun pihak tol- tol ya di lebuh raya sebagai pekerja. Tetapi kita tidak ada kuasa untuk memaksa Yang Berhormat. Tetapi insentif seperti potongan cukai berganda oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ada diberikan kepada mereka yang mengambil pekerja-pekerja OKU. Begitu juga dengan kumpulan OKU ini mereka boleh kepada pihak swasta mereka boleh berdaftar terus dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Puan Noriah binti Kasnon
Ianya sangat efektif, sangat berkesan di mana daripada 10,094 orang OKU yang berdaftar, 7,180 orang OKU yang telah mendapat penempatan pekerjaan di sektor swasta.
Jadi saya kira ini juga adalah termasuk dalam PLUS atau pun pekerjaan-pekerjaan seumpamanya. Terima kasih.
6. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah kriteria yang diguna kerajaan dalam membuat keputusan menyambung kontrak PUSPAKOM untuk lima belas tahun sedangkan mutu perkhidmatan mereka begitu mengecewakan. Sejauh manakah kerajaan membuat penilaian secara profesional dan telus.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan pada 14 Februari 2007 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh konsesi PUSPAKOM selama 15 tahun lagi bermula daripada tahun 2009. Perlanjutan ini adalah berasaskan kepada kriteria seperti berikut:
(i) sejak PUSPAKOM dilantik pada 1 September 1994, kerajaan telah menolak beberapa kali permohonan PUSPAKOM untuk menaikkan kadar pemeriksaan kenderaan perdagangan iaitu pada tahun 1999, pada tahun 2002 dan juga pada tahun 2005 walaupun PUSPAKOM mempunyai hak di bawah perjanjian konsesi untuk menaikkan kadar tersebut selepas lima tahun beroperasi dan pada setiap 3 tahun berikutnya. Ini telah menyebabkan PUSPAKOM mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM22 juta;
(ii) bagi membolehkan PUSPAKOM mendapat balik kadar pulangan pelaburan atas pelaburan sebanyak hampir RM300 juta untuk membangunkan pusat-pusat pemeriksaan di seluruh negara.
PUSPAKOM telah juga membangunkan sebanyak 60 cawangan pemeriksaan termasuk di kawasan pedalaman yang mana pusat ini tidak berdaya maju dan juga mengalami kerugian.
Berbanding dengan 31 cawangan yang sepatutnya termasuk dalam perjanjian konsesi. Pertambahan pusat ini adalah atas permintaan masyarakat terutamanya daripada pengusaha- pengusaha perkhidmatan pengangkutan dan tempoh 15 tahun
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
sedia ada adalah agak singkat bagi PUSPAKOM untuk mendapat balik pulangan pelaburan mereka;dan
(iii) kegawatan ekonomi yang melanda sejak pertengahan tahun 1997 telah menyebabkan pengurangan bilangan kenderaan yang diperiksa di PUSPAKOM. Ini telah melibatkan jumlah pendapatan sebenarnya yang diterima oleh PUSPAKOM di antara tahun 1997-2005 mengalami kekurangan sebanyak 30%- 45% dan kualiti pemeriksaan akan dikompromikan sekiranya wujud persaingan di antara syarikat-syarikat pemeriksaan yang lain dan akan cuba mempengaruhi pelanggan dengan memberikan kadar-kadar yang lebih murah dengan mengabaikan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan Di samping itu jumlah kenderaan perdagangan adalah kecil iaitu hanya 8% daripada jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar di negara kita sebanyak 17 juta dan tidak akan memberikan daya persaingan yang positif sekiranya aktiviti pemeriksaan kenderaan dikongsi oleh lebih daripada satu pengusaha.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan PUSPAKOM kerajaan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap semua aduan termasuklah aduan-aduan berhubung dengan perkhidmatan dan salah guna kuasa oleh kakitangan PUSPAKOM. Bagi tujuan ini, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya atau JPJ untuk meningkatkan kawal selia terhadap PUSPAKOM sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi setiap pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara.
Di samping itu, JPJ juga bekerjasama dengan BPR dan akan mengadakan operasi PUSPAKOM bagi memastikan pemeriksaan kenderaan perdagangan mematuhi piawaian mengikut audit teknikal yang ditetapkan. Selain itu kementerian juga telah meminta PUSPAKOM mengambil langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan prestasi perkhidmatannya dan pihak PUSPAKOM telah mengambil tindakan seperti berikut;
(i) membangunkan sistem e-aduan bagi memastikan semua aduan yang diterima oleh agensi kerajaan berhubung dengan perkhidmatan PUSPAKOM disalurkan terus untuk tindakan serta-merta oleh syarikat yang berkenaan;
(ii) membangunkan cawangan-cawangan pemeriksaan yang baru seperti di Segamat, Temerloh dan Bintulu bagi memudahkan dan mempercepat pemeriksaan. Selain itu dua lagi cawangan baru akan di buka di Sungai Besar dan Pasir Gudang bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan;
(iii) menyediakan unit pemeriksaan bergerak bagi pemeriksaan di premis-premis pelanggan;
(iv) melanjutkan waktu pemeriksaan di cawangan-cawangan yang sesak dan cawangan-cawangan berkenaan diarahkan beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam termasuk hari Sabtu; dan
(v) menambahkan lagi lebih kurang 100 orang lagi pemeriksa kenderaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memendekkan masa perkhidmatan. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira sejurus selepas penyambungan kontrak di buat pada bulan Ogos tahun ini, tangkapan besar-besaran telah dilakukan oleh BPR , Badan Pencegah Rasuah terhadap 55 orang pegawai dalam sektor pengangkutan kebanyakannya adalah daripada pegawai PUSPAKOM.
Jadi seolah-olah tidak ada kesinambungan daripada keputusan kerajaan untuk menyambung semula kontrak PUSPAKOM dan hakikat sebenar rasuah yang berleluasa
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
yang berlaku di mana diketahui setiap seorang mendapat habuan rasuah sehingga RM50,000 sebulan. Soalan saya adakah kerajaan bersedia menamatkan kontrak PUSPAKOM dalam usaha memberi mesej jelas bahawa kerajaan mahu membanteras rasuah dan bekerjasama dengan BPR bagi menggempur jabatan-jabatan lain seperti JPJ yang disebut tadi dalam usaha membanteras amalan rasuah di bawah Kementerian Pengangkutan sekarang. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Lembah Pantai, pertamanya saya ingin membetulkan bahawa tanggapan hanya 40 sahaja bukan 50 seperti yang diperkatakan. Tanggapan dibuat ....
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Dalam berita Yang Berhormat.
Keluar dalam berita...
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Itu fakta lain. Akan tetapi fakta yang pada saya yang sepatutnya fakta yang ada dalam kementerian yang patut diikut bukan fakta daripada akhbar. Sebenarnya tanggapan ini Tuan Yang di-Pertua, ialah hasil daripada kerjasama dengan BPR. Inilah yang merupakan satu daripada ketelusan kerajaan di mana BPR telah ditempatkan di PUSPAKOM. Akhirnya kita dapat tangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan saranan supaya kerajaan menamatkan kontrak bagi PUSPAKOM adalah tidak wajar sebabnya PUSPAKOM mempunyai anggota lebih daripada 1,000 orang, yang ditangkap hanya 40 orang.
Jadi adakah dil bahawa pihak kerajaan menamatkan kontrak dengan hanya 40 orang ditangkap. Jadi jawapan saya adalah kerajaan tidak berniat menamatkan kontrak PUSPAKOM masa kini. Terima kasih.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bangun sorang, itu kelebihan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri supaya PUSPAKOM ini diteruskan dari segi perkhidmatan mereka pada saya hanya segelintir sahaja yang terlibat dalam penyelewengan ini. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat supaya kerajaan memastikan unit bergerak ini yang dibuat oleh PUSPAKOM ini membuat pemeriksaan yang lebih rapi terutamanya kepada kenderaan-kenderaan awam setiap kali musim perayaan dan sebagainya bagi memastikan kenderaan yang memuatkan penumpang itu berada dalam keadaan yang begitu baik sepanjang masa. Apa pandangan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Itu antara langkah-langkah penambahbaikan PUSPAKOM yang telah pun diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Terima kasih.
7. Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan mengenai pemuliharaan ikan tuna di perairan Langkawi, berapakah peruntukan dan perbelanjaan sehingga sekarang:-
(a) agensi manakah yang mengendalikan projek ini; dan
(b) berapakah hasil tangkapan dan adakah projek ini dilaksanakan di tempat-tempat lain.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
Tuan yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini belum ada lagi projek pemuliharaan ikan tuna di perairan Langkawi, Yang ada cuma satu projek percubaan atau pun pilot project yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat iaitu Syarikat Langkawi Tuna yang dimiliki 100% oleh Khazanah Nasional. Syarikat ini mempunyai modal berbayar RM2.5 juta.
Setakat ini pihak Khazanah melalui syarikat berkenaan telah pun melabur kira-kira RM50 juta untuk beli bot besar dan kecil serta peralatan infrastruktur dan juga kakitangan bagi mengendalikan projek tersebut. Jadi, pada masa ini cuma di peringkat percubaan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
Walau bagaimanapun, projek ini mempunyai nilai komersial yang tinggi jika berjaya kerana tuna ini mempunyai pasaran yang besar khusus di Jepun. Kalau tuna segar umpamanya harganya kira-kira USD15 sekilogram. Jadi, potensinya cukup besar. Oleh itu, kajian ini akan diteruskan oleh pihak berkenaan. Konsep yang diguna di sini ialah konsep penggemukan tuna iaitu tuna di tangkap di Lautan Hindi yang beratnya kira-kira 18 hingga 20 kilogram, ditunda dibawa ke Bukit Malut, Langkawi, di bela dalam sangkar selama dua, tiga bulan. Apabila saiznya meningkat daripada 20 kilogram kepada 30 kilogram, tuna akan dijual, itu konsepnya. Tiga bulan digemukkan di Bukit Malut akan dijual 10 kilogram dalam masa tiga bulan. Jadi, Jabatan Perikanan di bawah kementerian tidak terlibat secara langsung projek ini, cuma yang kita beri khidmat nasihat kepada masyarakat berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini syarikat cuma berjaya menangkap kira-kira 300 metrik tan ikan tuna dari Lautan Hindi tetapi jenis tuna yang ditangkap ini bukan dari jenis yellow fin yang merupakan tuna yang diperlukan dan saiznya pun belum mencukupi seperti yang disasarkan. Oleh demikian, kebanyakan tuna yang ditangkap itu disejukbekukan, bukan di jual secara segar seperti yang dikehendaki oleh pihak Jepun.
Tuan Yang di-Pertua, ringkasnya projek ini masih lagi dalam kajian dan penyelidikan. Belum dilaksanakan dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat tidak ada projek seperti ini dilaksanakan di Malaysia. Ini satu-satunya projek di negara kita, ia adalah berasaskan projek di Port Lincoln di Australia iaitu kaedah yang sama digunakan di negara tersebut digunakan di Bukit Malut di Langkawi. Terima kasih.
Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Mengikut jawapan terdahulu, kerajaan hanya mengiktiraf Batu Maung sebagai pusat penternakan ikan tuna. Apakah kerajaan bercadang untuk memberi laluan kepada lain-lain pelabuhan terutama sekali Langkawi bagi menggalakkan ikan tuna kerana terdapat kumpulan pelabur yang ingin berbuat demikian dengan menggunakan kemudahan yang tersedia ada tanpa apa-apa perbelanjaan dari pihak kerajaan atau agensi kerajaan.
Ini kerana pada masa ini saya berpendapat, pendaratan di Batu Maung adalah begitu sedikit sekali tidak memuaskan dan kalau kita lihat dari segi 300 metrik tan setahun, tidak memadailah dengan perbelanjaan yang kita adakan dengan beberapa juta ringgit.
Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, sedikit pembetulan. Ikan tuna yang ditangkap di Lautan Hindi oleh syarikat milik Khazanah, Syarikat Langkawi Tuna dibawa ke Bukit Malut di Langkawi, yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi tadi ialah Batu Maung. Untuk makluman Yang Berhormat, kira-kira 4 tahun lalu, satu projek penswastaan telah diluluskan untuk pendaratan ikan tuna di Batu Maung, Pulau Pinang.
Soalan ini berkaitan dengan Langkawi, Bukit Malut.
Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang oleh kerana di bawah perjanjian swasta ini satu projek telah pun diiktiraf sebagai pusat pendaratan ikan tuna di Malaysia iaitu di Batu Maung, di Pulau Pinang. Bagi menjaga kepentingan syarikat maka setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk meluluskan kawasan-kawasan lain. Akan tetapi sekiranya projek ini tidak berjaya umpamanya, kerajaan bersedia untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat terdahulu, 4 tahun yang lalu untuk menjadikan Batu Maung di Pulau Pinang sebagai satu-satunya pusat pendaratan ikan tuna di Malaysia. Jika projek ini gagal, kerajaan bersedia untuk menimbangkan kawasan-kawasan lain termasuklah di Langkawi. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, sejauh manakah ketelitian dalam menghalusi setiap cadangan projek-projek pertanian termasuklah ternakan ikan tuna ini. Saya bertanya demikian sebab kebanyakan projek seumpama ini selalunya gagal, kambing pun belum tentu akan berjaya Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga dulu ternakan udang janggut, udang misai, semua pun gagal.
Oleh itu, saya hendak tanya Yang Berhormat, kejayaan projek-projek seumpama inilah, kenapa tidak dijadikan negara Thailand sebagai negara resource. Untuk pengetahuan... [Disampuk] Taiwan jauh! Kalau Thailand dekat, lalu ikut Pasir Mas terus
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Thailand. Sebab kalau boleh Yang Berhormat sedar, saya sudah melawat di Songkhla contohnya, projek ikan tuna, projek tangkapan ikan..., kerana di Malaysia projek ini besar.
Kosnya nanti Tuan Yang di-Pertua kalau gagal tidak sedikit itu yang saya bimbangkan. Sebab itu kalau kita lihat di Songkhla kah, belajar di negara Thailand, kita di Malaysia ini projek laut dalam pun awak-awak daripada Thailand, tauke sahaja Malaysia.
Selepas itu, jual minyak diesel tengah laut. Ini semua saya tahu. Tauke ada seorang di Kelantan. Jadi, sekarang ini soalnya, sejauh mana Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani pergi ke Thailand, tengok projek-projek pertanian di Thailand, semuanya berjaya Tuan Yang di-Pertua. Dari segi hasil buah-buahan, projek ternakan ikan, itik, ayam, kambing semua sekali. Jadi, tak payah pergi ke Australia, pergi Taiwan kah, Kanada kah, tak payah, Thailand sahaja. Terima kasih.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, memang benar Thailand merupakan satu model negara yang berjaya dalam bidang pertanian bukan sahaja dalam bidang tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi juga perikanan, itu benar dan memang kita banyak menjalin hubungan kerjasama dengan negara Thailand dan juga pelabur Thailand pun melabur di Malaysia dalam projek-projek besar, termasuklah projek ternakan ayam daging, ayam telur sebagai contoh.
Dalam pada itu, syarikat-syarikat Malaysia juga berjaya, bukan Thailand sahaja dalam ternakan ayam umpamanya, kita berjaya dan syarikat terbesar di Malaysia adalah syarikat Malaysia bukan syarikat daripada Thailand. Jadi, saya hendak menyangkal dakwaan Yang Berhormat Pasir Mas semua projek gagal, ada yang gagal dan ada yang berjaya.
Mengenai perkara kedua setakat mana ketelitian kita dalam mengembangkan projek-projek. Berkaitan dengan soalan ini, soalan nombor 7, ia merupakan satu projek swasta. Ia berdasarkan pertimbangan komersial, ia merupakan dengan izin, business decision dan pada masa ini ia masih di peringkat pilot dan belum lagi berjalan. Jadi tertakluk kepada kejayaan dan setakat ini belum lagi menampakkan kejayaan tetapi ini bukan projek kerajaan. Ia merupakan satu business decision, risikonya ditanggung oleh syarikat yang berkenaan.
Bagi projek-projek kerajaan, kita cukup teliti. Saya mengakui ada yang gagal, ada yang berjaya. Saya tahu beberapa Ahli Yang Berhormat ada membangkitkan perkara ini dalam perbahasan, dan insya-Allah saya akan menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan Ahli-ahli Yang Berhormat semasa menggulung perbahasan berkaitan kementerian, khusus berkaitan projek-projek yang berjaya dan gagal.
Terima kasih.
8. Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui time based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minimum.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memberikan keadilan dan sifat ihsannya kepada semua guru- guru kita terutamanya dalam konteks naik pangkat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada tiga cara naik pangkat bagai pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu:
(i) melalui time based promotion dan ini adalah merupakan satu- satu kaedah yang terdapat di kementerian-kementerian yang ada yakni Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja yang ada time based promotion;
(ii) melalui naik pangkat secara guru cemerlang, pengetua cemerlang, guru besar cemerlang; dan
(ii) naik pangkat secara hakiki.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran termasuk melalui kaedah time based promotion ini yang dilaksanakan menerusi maklumat-maklumat berikut yang perlu dilengkapkan:
(i) maklumat perkhidmatan seperti tarikh lahir, tarikh lantikan, tarikh sah dalam jawatan;
(ii) tarikh lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan, PTK minimum Tahap 3;
(iii) markah Laporan Prestasi selama 3 tahun berturut-turut yakni dengan average purata markahnya 78%;
(iv) laporan bebas tindakan tatatertib;
(v) laporan kelulusan pengisytiharan harta;
(vi) laporan bebas dari senarai pinjaman tegar institusi pendidikan; dan
(vii) laporan kelulusan tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Untuk makluman Yang Berhormat, segala urusan proses kenaikan pangkat ini kebiasaannya mengambil masa antara 3 sehingga 6 bulan.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Bagaimanapun Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif langkah-langkah penambahbaikan dengan mempercepatkan lagi proses urusan naik pangkat ini dengan:
(i) mempercepatkan permulaan proses bagi urusan kenaikan pangkat secara time based setahun lebih awal; dan
(ii) menambah kakitangan sokongan untuk memproses urusan naik pangkat.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua dan timbalan menteri, soalan tambahan saya apakah Kementerian Pelajaran menyedari bahawa prinsip time based yang diguna pakai sebenarnya telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru yang telah lama berkhidmat berbanding dengan guru-guru yang junior.
Didapati gaji di antara mereka sama walaupun berbeza dari sudut pengalaman dan personaliti mereka. Contoh kita boleh lihat kenaikan time based DGA 32, gaji yang diterima oleh guru yang telah mengajar 18 tahun adalah sama yang diterima dengan guru yang baru mengajar 10 tahun atas asas kenaikan pangkat bermula tahun 2005 yang lalu. Ini menimbulkan masalah kepada guru-guru iaitu rasa tak puas hati dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu perlu dilihat secara case by case, lihat apa sebenarnya masalah itu. Sebenarnya ini adalah merupakan satu kaedah yang harus diberi ucapan terima kasih oleh guru-guru kita. Jumlah guru seluruh negara kira-kira 360,000 orang semuanya dan kaedah kenaikan time based adalah satu kaedah yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran. Tadi telah disebut tentang lama tempoh itu, barangkali ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan di sini.
Syarat untuk kenaikan time based ini adalah sepuluh tahun daripada katakan DG 41 kepada DG 44, sepuluh tahun. Mungkin berlaku kelewatan, saya tak dapat nafikan kerana keluarga Kementerian Pelajaran terlalu ramai. Proses birokrasi daripada peringkat sekolah, guru besar ataupun pengetua, PPD dan seterusnya sampai kepada JPA. Satu keistimewaan juga telah diberi iaitu insentif kepada guru-guru daripada DG 32 yang mereka belajar di universiti untuk mendapatkan sarjana muda, mereka telah diberi insentif. Tiga tahun pengalaman mereka sebagai guru bukan siswazah disamakan dengan satu tahun gred siswazah. Ini adalah di antara proses dan penambahbaikan yang dilakukan kepada program-program naik pangkat Kementerian Pelajaran.
Tuan Yang di-Pertua
Yang depan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih, Kuala Krau Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya mengenai kenaikan pangkat melalui peperiksaan PTK yang disebut sepuluh tahun time based kepada DG 41 hingga DG 44.
Ada juga yang telah lulus PTK, tetapi setelah kelulusan diterima, tidak naik pangkat hampir lima tahun. Tiga, lima tahun, tak naik pangkat lagi. Itu yang pertama.
Yang keduanya, guru yang telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS sama ada melalui PJJ atau pengajian penuh. Adakah mereka ini diberi peluang untuk kenaikan pangkat di sekolah setelah mereka mendapat Master atau PhD? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Razali bin Ismail
Yang pertama, persoalan itu adalah tentang kelewatan yang telah disebut tadi. Saya mengakui bahawa di antara ramai guru kita ini memang berlaku kelewatan ataupun tertinggal kes-kes, sebab itu saya sebut tadi mungkin kes-kes yang spesifik. Namun, kalau mereka tertinggal pun, backdated ataupun dibayar tunggakan berdasarkan kepada tarikh yang telah dipersetujui yang telah saya sebut itu.
Yang kedua tadi ialah tempoh belajar yang ditanya oleh Yang Berhormat.
Memang kita mengambil kira tempoh belajar seperti mana yang telah saya sebut tadi. Guru daripada bukan siswazah nak pergi mendapat DG41, guru siswazah tempoh tiga tahun itu sebagai satu insentif yang diberi. Ini adalah merupakan keprihatinan seperti mana yang telah disebut kepada Yang Berhormat yang terdahulu sebelum ini. Terima kasih.
9. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah polisi kerajaan dalam menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan Hypermarket seperti TESCO dan GIANT yang kesannya menyusutkan hasil jualan mereka.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Garis panduan penyertaan asing dalam perdagangan, pengedaran antara lain menggariskan tatacara kelulusan ke atas permohonan oleh syarikat asing untuk membuka pasar raya dalam kategori-kategori tertentu di negara ini. Antara yang tidak boleh diceburi oleh syarikat berkepentingan asing ialah pembukaan mini market yang mempunyai keluasan kurang dari 400 meter persegi dan supermarket yang mempunyai keluasan antara 400-2000 meter persegi. Di samping itu, syarat bagi pembukaan sesebuah hypermarket mesti di luar radius 3.5 kilometer dari kawasan bandar selain dari syarat rakyat 350,000 penduduk bagi sebuah hypermarket.
Ini adalah bertujuan untuk melindungi peniaga serta peruncit kecil tempatan. Mini market yang mempunyai keluasan kurang dari 400 meter persegi dan supermarket yang mempunyai keluasan antara 400-2000 meter persegi adalah dikhaskan untuk pengusaha tempatan sahaja. Bagi permohonan pembukaan pasar raya besar seperti superstore dan hypermarket perlu disertakan bersama kajian impak terhadap peniaga kecil setempat.
Kajian ini memberikan pandangan peniaga setempat terhadap pembukaan pasar raya besar di kawasan mereka. Pandangan ini diambil kira sebelum keputusan dibuat oleh Ahli- ahli Jawatankuasa Perdagangan, Pengedaran ataupun JKPP yang bersidang untuk meluluskan atau menolak permohonan-permohonan ini.
Konsep pasar raya besar adalah impersonal, dengan izin dan kurangnya human touch dengan izin. Pengusaha mini market dan supermarket tempatan masih boleh bersaing dengan hypermarket dengan cara menarik pelanggan menggunakan pendekatan yang lebih personal dan ceria dalam usaha untuk bersaing dengan hypermarket besar seperti Tesco dan Giant.
Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Sebagai contoh perbandingan pasar raya hypermarket membeli produk A dengan harga RM2 kerana membeli secara pukal dan berkuantiti besar. Manakala peniaga-peniaga kecil membeli dengan kos RM2.50 sen. Soalan tambahan saya, apakah kerajaan boleh membuat satu kerjasama antara pasar raya hypermarket dengan peniaga kecil dengan cara peniaga kecil membeli stok terus daripada pasar raya hypermarket dan harga yang diperuntukkan adalah harga runcit yang khusus untuk peniaga kecil ini? Ini boleh memberi situasi menang-menang antara kedua pihak. Terima kasih.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat. Pada masa sekarang ini, pihak hypermarket di seluruh negara kita ini memang bekerjasama dengan PKS atau peniaga kecil ataupun yang sederhana dan membuat pelbagai program untuk mereka bekerjasama, di mana peniaga-peniaga kecil kita ataupun PKS telah diberi peluang di hypermarket untuk mereka berniaga dan mereka mendaftarkan diri mereka dengan hypermarkets tertentu supaya barang-barang keluaran mereka juga dapat dijual di hypermarket.
Tambahan daripada itu ialah untuk membuat satu promosi seperti Program Malaysia Cita Rasa kita, di mana sebahagian besar daripada penglibatan itu adalah daripada peniaga-peniaga kecil di Malaysia dan menjual bahan-bahan ataupun barang- barang tempatan, untuk menggalakkan lagi perniagaan peniaga-peniaga kecil kita.
Cadangan Yang Berhormat ini untuk pembelian daripada superstore ataupun hypermarket untuk dijual di kedai runcit, ini adalah satu cadangan yang baik dan saya memang percaya kalau kementerian ada peluang bolehlah kita bawa cadangan ini kepada satu mesyuarat yang tertentu. Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih. Nak dapat Pokok Sena tu, senyum.
Tuan Yang di-Pertua
Senyum dulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soal persaingan antara hypermarket dengan mini market dan juga kalau di kampung-kampung, kedai runcit biasalah dia tak sebut mini market pun, kedai barang biasa saja.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya melihat bahawa keupayaan untuk bersaing dengan hypermarket itu terlalu tinggi dan terlalu besar. Kemampuan dan keupayaan mini market dan juga kedai-kedai runcit biasa ini adalah sangat terhad.
Jadi apa yang berlaku hari ini ialah walaupun disebut tadi oleh Yang Berhormat mengatakan bahawa ada syarat-syarat tertentu keluasan, jarak daripada kawasan bandar dan sebagainya daripada jumlah kawasan taburan penduduk. Akan tetapi saya melihat bahawa hai ini di sesetengah tempat itu kewujudannya sampai tiga empat hypermarket.
Maknanya tidak menampakkan memenuhi syarat yang dikehendaki apa yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi.
Jadi ini memberikan satu tekanan yang kuat kepada peruncit-peruncit ataupun kepada kedai-kedai biasa, kepada mini-mini market ini yang menyebabkan pembekal- pembekal barangan kepada mini market ini lebih banyak tertumpu untuk membekalkan barang kepada hypermarket. Umpamanya pembekal-pembekal barang-barang basahan.
Mereka akan lebih banyak memberikan bekalan kepada hypermarket kerana mereka melihat bahawa mereka sudah mendapat satu ketetapan harga umpamanya.
Jadi saya lihat bahawa di situ akan berlaku monopoli dan belum tentu kita akan mendapat satu kadar harga yang munasabah daripada hypermarket kerana suatu hari nanti oleh kerana semua orang membekalkan barangan kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan menentukan pada kadar harga yang lebih tinggi.
Jadi sukar bagi peruncit-peruncit kedai-kedai biasa ini untuk mendapat bekalan- bekalan khususnya kepada barang basahan. Jadi ini memberikan tekanan harga yang lebih melambung kepada pasaran yang lebih umum.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pandangan Yang Berhormat tadi kita ambil kira tetapi dalam masa yang sama, Yang Berhormat kita memang memikirkan juga hal-hal yang berkaitan dengan prosperity dengan izin kedai-kedai kecil kita. Dengan adanya hypermarket ini, mereka juga boleh meniaga bersama-sama seperti yang saya sebutkan tadi dan dari semasa ke semasa kita buat pemantauan harga supaya harga di hypermarket ini juga tidak melambung tinggi dan monopolies keadaan yang sedia ada seperti yang baru-baru ini.
Tuan Jelaing anak Mersat
Kelmarin dulu Yang Berhormat Menteri telah pun merasmikan bahawa penurunan harga barang yang dimulakan oleh sebuah supermarket di Kinrara dan pagi ini juga telah ada satu hypermarket yang menurunkan harga, prices. Kelmarin dulu hypermarket itu ada 1,200 item ataupun barang-barang yang disenaraikan dikurangkan harga daripada harga dahulu dan kita akan memantau supaya peniaga-peniaga kecil kita akan juga bersama- sama dapat perniagaan yang bagi hak mereka. Sekian, terima kasih.
10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali pada akhir Jun lepas.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini soalan yang spesifik iaitu satu kebakaran yang berlaku di Tok Bali pada bulan Jun tahun ini. Sebelah petang bulan Jun yang lepas.
Soalannya berkaitan dengan jumlah kerugian yang terlibat akibat kebakaran tersebut. Lima bot telah terlibat dalam kebakaran tersebut, satu tenggelam Tuan Yang di- Pertua, satu separuh terbakar dan satu lagi rosak cuma wiring dan peralatannya. Mengikut taksiran yang dibuat, kerugian ialah kira-kira RM3 juta dan kebakaran ini berlaku akibat kebakaran dapur gas yang tidak ditutup dengan sempurna bersebelahan dengan bilik enjin salah sebuah bot yang terlibat. Jadi itu jawapan kepada soalan spesifik Yang Berhormat Pasir Puteh. Terima kasih.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Untuk makluman yang kita terima bahawa bot-bot ini dikuasai oleh awak-awak asing khususnya daripada Thailand.
Adakah kerajaan sudah buat satu penyiasatan tentang peranan awak-awak asing ini masuk ke pusat penjaja ikan Tok Bali itu yang setelah berlakunya kebakaran yang melibatkan lima buah bot ini, menjadikan penduduk tempatan merasakan bahawa ini melibatkan keselamatan kepada penduduk tempatan kerana awak-awak asing telah melakukan berbagai-bagai perkara jenayah di kawasan di Tok Bali sekarang ini. Mencuri, gejala sosial bahkan berlaku juga pembunuhan.
Soalan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan atau mewujudkan satu sistem security kepada awak-awak asing ini yang masuk ke Perkampungan Tok Bali yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk tempatan ini. Terima kasih.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 orang asing yang bekerja sebagai krew atas bot-bot nelayan daripada kira-kira 90,000 nelayan di Malaysia, 20,000 merupakan awak-awak asing iaitu kira-kira 25% dan pada masa ini kita masih lagi gagal untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkecimpung dalam bidang ini. Ini cabaran yang kita hadapi dalam industri perikanan khususnya dalam industri laut dalam di mana krew dikehendaki keluar ke laut dua minggu dalam sebulan umpamanya dan tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup untuk keluar ke laut dua minggu tanpa bertemu dengan anak isteri terlalu lama bagi mereka.
Di Tok Bali mengikut anggaran ada kira-kira 3,000 awak-awak asing yang bekerja dalam kira-kira terdapat 250 bot laut dalam di Tok Bali. Ada kira-kira 3,000 krew asing yang bekerja di Tok Bali.
Jadi soalan Yang Berhormat apakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem keselamatan supaya krew asing ini tidak mengancam penduduk tempatan.
Kerajaan sedar bahawa ada laporan-laporan yang dibuat di balai polis tentang gangguan yang dilakukan oleh krew asing ini sehingga menimbulkan ancaman keselamatan. Ini satu masalah yang agak serius. Kita tidak mahu kehadiran krew asing ini menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan.
Jadi pihak keselamatan telah pun mengambil beberapa tindakan tetapi jelas bahawa tindakan ini belum lagi berkesan dan insya-Allah kita akan memperketatkan lagi langkah-langkah untuk memastikan bahawa mereka tidak mengganggu ketenteraman awam. Kalau mengikut peraturannya, mereka tidak boleh keluar daripada kawasan tertentu yang mereka boleh beroperasi. Tidak boleh keluar ke pekan Pasir Puteh umpamanya.
Dato' Mustapa Mohamed
Lebih-lebih dari Kota Bharu. Tidak boleh. Mereka cuma bekerja atas bos dan mendaratkan ikan jeti. Itu saja ruang lingkup mereka boleh bergerak. Itu peraturannya. Akan tetapi kita tahu bahawa ada yang melanggar peraturan tersebut dan insya-Allah pihak keselamatan akan memastikan segala peraturan dipatuhi bagi memastikan bahawa keselamatan rakyat Malaysia terjamin dengan kehadiran krew asing ini. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, daripada kerugian yang dialami oleh pihak nelayan ini, apakah jaminan kerajaan membayar ganti rugi terhadap bot-bot yang melibatkan rakyat tempatan dan apakah langkah-langkah keselamatan yang disediakan di atas bot yang dibuat pemantauan supaya kes seperti ini tidak berulang di lain masa.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak menyediakan ganti rugi. Pihak pemilik bot dikehendaki mengambil insurans dan kalau bot-bot ini diinsuranskan, maka mereka akan membuat tuntutan dengan syarikat insurans. Bukan tanggungjawab kerajaan untuk menggantikan kerugian yang dialami oleh bot yang diusahakan oleh usahawan ataupun individu. Berkaitan langkah-langkah keselamatan yang diambil mengikut lesen yang diluluskan, bot itu hendaklah mempunyai alat-alat termasuklah fire extinguisher, hos dan lain-lain.
Jadi kes ini berlaku oleh kerana dapur gas yang tidak ditutup dengan sempurna. Ini juga berlaku kadang-kadang mungkin di bot lain dan juga di rumah-rumah. Ini kecuaian walaupun langkah-langkah telah pun diambil. Walaupun bot ini telah pun memenuhi syarat- syarat. Syarat-syaratnya kena ada fire extinguisher, kena ada hos dan lain-lain tetapi daripada maklumat yang ada pada kita, peristiwa ini berlaku disebabkan oleh kecuaian krew bot berkenaan akibat dapur gas yang tidak ditutup dengan sempurna. Jadi caranya ialah untuk krew-krew memastikan bahawa perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Terima kasih.
11. Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Hakim Ian Chin tidak dihadapkan ke sebuah tribunal atas kesalahan beliau membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan terdahulu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapatkan satu penjelasan. Adakah soalan ini bercanggah dengan Peraturan 36(8)?
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa tidak, itulah makanya ia dibenarkan. Yang Berhormat Menteri jawab, sila.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan T. Murugiah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jerlun. Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan jika Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong, dengan menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Perkara 125(3b) atau atas alasan tidak berdaya oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain dengan izin on the ground of inability from infirmity from body or mind, or any other cause, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Perkara 125(4) dan menunjukkan representasi kepadanya dan boleh atau syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
Buat masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Yang Arif Hakim Datuk Ian Chin dihadapkan ke tribunal. Sekian, terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kenyataan Ketua Hakim yang baru yang disiarkan dalam media pada hari ini adalah satu peringatan yang baik. Soalan tambahan saya ialah apakah kerajaan dapat mewujudkan satu jawatankuasa pemantau bagi memastikan kelakuan atau tatasusila para hakim-hakim di negara kita ini tidak sewenang- wenangnya disalah guna terutama ketika mereka berada di dalam kamar mahkamah.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Bolehkah kerajaan beri jaminan insiden seperti yang melibatkan Hakim Datuk Ian Chin ini tidak berlaku lagi dan jika berlaku juga tindakan akan diambil ke atas pesalah melalui tribunal. Terima kasih.
Tuan T. Murugiah
Terima kasih Yang Berhormat dari Jerlun. Kita memang ada peruntukan di mana dalam Perlembagaan 125(3) telah pun jelas memperuntukkan bahawa sesuatu tindakan akan dilakukan menurut Perlembagaan yang sedia ada. Dalam masa yang sama, kita juga telah difahamkan bahawa kerajaan akan mewujudkan suruhanjaya kehakiman tidak lama lagi. Maka apabila lepas diwujudkan suruhanjaya kehakiman nanti, semua benda-benda ini akan diawasi dan dibuat pemantauan. Sekian, terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga timbalan menteri. Soalan tambahan saya adalah kerajaan setakat ini tidak menyatakan secara jelas hakim pencen telah melanggar apa-apa kod etika tetapi kandungan dakwaan dari Hakim Ian Chin ini adalah satu dakwaan yang sangat serius. Adakah kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menyiasat isu-isu yang telah dibawa oleh Hakim Ian Chin? Terima kasih.
Tuan T. Murugiah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang menanyakan soalan tadi itu. Sebenarnya apa yang sedang kita semua maklum bahawa pada 16 Julai 2008, Yang Arif Hakim Ian Chin ini telah pun menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meletakkan jawatan beliau. Beliau akan letak jawatan mulai 1 Disember 2008 dan pada masa ini beliau telah pun mula bercuti iaitu bermula daripada 21 Ogos 2008 hingga 30 November 2008. Dalam hal ini tidak timbul lagi kenapa perlunya kita siasat kes ini dan mengambil tindakan kerana apa pun dia melibatkan pemecatan jawatan. Maka terjawab sudah soalan itu, terima kasih.
12. Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah kerajaan akan berikan bantuan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tanpa apa-apa syarat.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Laporan Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad 2004 kepada pihak kerajaan untuk memperkasakan sekolah-sekolah agama negeri dan juga agama rakyat telah mendorong kerajaan untuk mengambil tindakan- tindakan yang positif ke arah memperkasakan sekolah tersebut. Dengan itu sekolah- sekolah agama negeri dan juga sekolah agama rakyat telah berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ataupun (SABK).
Kerajaan juga menyarankan supaya sekolah SAR dan SAN berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan untuk membolehkan menikmati bantuan sumbangan modal dan juga sumbangan bantuan penuh seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain.
Dari segi bantuan per kapita juga sekolah-sekolah tersebut akan mendapat kadar bantuan per kapita yang sama dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Di antara jenis-jenis bantuan yang lain yang akan diperoleh termasuklah makan asrama, ko-kurikulum, yuran khas, pakaian seragam, insentif pendahuluan guru, pembaikan kecil dan juga utiliti.
Untuk makluman Yang Berhormat pada Ogos 2008 sebanyak 154 buah daripada 381 Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri telah menandatangani MoU persetujuan mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan memberi manfaat kepada kira-kira 37,000 guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah SABK ini.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum dan rakyat Malaysia seluruhnya tahu kalau kita hendak mengetahui institusi manakah yang telah mempelopori kemerdekaan negara kita, ianya bukan UMNO tetapi ianya adalah Sekolah Agama Rakyat. Daripada Sekolah Agama Rakyat inilah tokoh-tokoh, pemikir-pemikir, pelopor-pelopor, kesedaran berkenaan dengan kemerdekaan dicetuskan. Oleh itu saya rasa apa yang telah dilakukan terhadap Sekolah Agama Rakyat ini ialah mereka telah menjadi mangsa kepada Pilihanraya Umum 1999 yang lalu lagi.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan jawapan yang kita dengar tadi yang agak baik dari segi umumnya tetapi dengan kata-kata seperti sekolah-sekolah ini perlu mendaftar. Dengan bukti Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri sebutkan tadi, hanya daripada 300 lebih sekolah, 100 lebih sahaja yang mendaftar. Dicampurkan pula apa yang saya dengar bahawa di negeri-negeri tertentu termasuk di negeri Terengganu sendiri Sekolah-sekolah Agama Rakyat walaupun telah mendaftar tetapi belum lagi mendapat manfaat, bantuan yang disebutkan tadi.
Maka saya ingin sekali lagi bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dasar ini pun akan diubah lagi supaya Sekolah Agama Rakyat secara automatik seperti yang dipelopori oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Diberikan bantuan ini tanpa syarat, tanpa perlu mendaftar dan tanpa mengira di negeri mana sekolah-sekolah ini terdapat. Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Yang Berhormat, persoalan pertama tentang mainan politik itu kalau boleh kita sangkut politik masing-masing di luar pagar, di luar sana. Apabila kita bercakap tentang pendidikan, kita bercakap dari segi pembangunan modal manusia kiat dengan sebaik mungkin. [Tepuk] Dengan bersandarkan kepada al-‘adl, ehsan kita kepada anak-anak kita ini.
Untuk makluman Yang Berhormat ya, sebenarnya ada beberapa kekangan tertentu terutamanya tanah dan milik tanah itu sendiri dan juga bangunan kekal. Ia merupakan milik Lembaga Pengelola Sekolah, jabatan ataupun kerajaan negeri sendiri.
Ini adalah merupakan beberapa constraint dan kita tidak mahu ganggu perkara- perkara seperti dan kita juga sebenarnya berusaha untuk memperkasakan sekolah-sekolah ini. Tentang syarat-syarat tertentu itu perlu ada. Kadang-kadang sekolah-sekolah tertentu itu memerlukan kebebasan dari segi kurikulumnya tersendiri. Misal kata kurikulum pengajian bahasa Arab, itu adalah merupakan keluasan ataupun laluan-laluan yang diberi dalam rundingan kita atau MoU kita dengan pihak-pihak sekolah ini.
Demikian juga dengan usaha-usaha. Sebenarnya kita ada usaha yang begitu gigih sekali daripada Kementerian Pelajaran dengan mempunyai objektif untuk kita meningkatkan pengurusan sekolah-sekolah agama rakyat yang kita lihat agak ketinggalan infrastrukturnya, proses pengajian, pembelajarannya, sumber tenaga manusia, prasarana dan kemudahan dan kita sedang berusaha ke arah itu.
Memang disebut tadi, sebahagian daripada sekolah itu masih belum mengikuti kita dan kita sebenarnya mempelawa dan memang ada yang disebut tadi pengurusan kewangan masih belum selesai. Ini adalah merupakan dalam rangka kerja malah untuk maklumat Yang Berhormat sekarang ini pun ada persidangan seminar yang melibatkan semua sekolah-sekolah bantuan sedang bersidang yang kita jemput sama sekolah mission, sekolah SRJK(C) dan SRJK(T) serta sekolah agama rakyat ini untuk duduk bersama, kita berunding dan kita buka ruang untuk melihat apakah masalah-masalah dan bagaimana Kementerian Pelajaran boleh membantunya.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang undang-undang Perbekalan 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah Majlis.”
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion tujuh ratus dua puluh sembilan juta satu ratus empat puluh lima ribu ringgit
(RM53,729,145,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2009, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P) dalam senarai Bajet Persekutuan 2009, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 41 Tahun 2008, adalah diuntukkan di bawah Maksud-Maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan
senarai tersebut.” - 29 Oktober 2009] Tuan Yang di-Pertu
Timbalan Menteri Pertahanan sila.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya ada kemukakan usul semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk menteri. Usul Yang Berhormat kemukakan itu sampai di meja saya selepas jam 10, maka ia cuma akan dibuat jawapan pada hari Isnin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Maaf Tuan Yang di-Pertua. Ia sampai di pejabat Tuan Yang di-Pertua jam 10?
Tuan Yang di-Pertua
Selepas jam 10.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Selepas. Ya, saya tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau ianya sampai di antara jam 10 maka pada next day boleh di...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Betul ada rekod Tuan Yang di- Pertua ya. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila menteri.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua lebih baik Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Masuk hendak buat kacau lagi.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila-sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Lebih baik Tuan Yang di-Pertua berada dalam kerusi apabila saya bangkit perkara ini. Point of Order 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
36(12), sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang berbunyi saya baca ya Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan kerana itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
Mengelirukan dan perkataan itu termasuklah mislead versi bahasa Inggeris adalah seperti ini Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin; “any member who imputes statements that mislead the House is deemed to be in contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges for the offence.” Berdasarkan dengan Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 36(12) seharusnya pada Hansard bertarikh 23 Oktober 2008 di muka surat 21. Apa yang
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Rengas Menteri di Jabatan Perdana Menteri muka surat 21 Tuan Yang di-Pertua.
Ini adalah ditujukan kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju. Dia mengatakan begini, “hanya orang buta macam Yang Berhormat yang tidak faham,” dan selepas itu lagi sekali. “Cuma orang buta macam Yang Berhormat tidak faham” iaitu bahawa ada hubungan dengan sebelum ini.
Selepas itu di muka surat 27, dia mengatakan ini ‘saya tidak kata orang buta, butalah itu, saya tidak kata orang buta’. Dia mengatakan dua kali orang buta dan selepas itu dia nafikan itu. Itu bermakna Tuan Yang di-Pertua dia harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bolehkah saya dapat satu ruling ke atas perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pada ketika Ahli Yang Berhormat Padang Rengas berhujah untuk menjawab perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, saya dengar beliau benar ada mengatakan bahawa cuma orang buta sahaja yang tidak nampak dan pada ketika itu pun saya telah membuat fatwa iaitu Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak bermaksud untuk menghina OKU secara keseluruhan.
Dia cuma secara retorik mengatakan bahawa cuma orang buta sahaja yang tidak nampak jadi apabila saya timbang hujah itu yang berkisar kepada respons yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, saya tidak memikirkanlah bahawa dia menghina.
Oleh kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor, Peraturan Mesyuarat 36(12) saya terbaca dalam satu tulisan berhubung dengan perkara ini iaitu satu peruntukan Peraturan Mesyuarat di New Zealand. Peruntukannya sama, serupa dengan peruntukan 36(12) iaitu perkara Peraturan Mesyuarat 36(12) cuma boleh diguna pakai apabila Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan berniat mempunyai niat jahat apabila bercakap itu niatnya adalah jahat dan dia sengaja untuk mengeluarkan satu kenyataan yang dia tahu bahawa itu adalah melanggar peraturan mesyuarat.
Jadi pada ketika itu saya menimbangkan bahawa apa yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu, menteri wakil daripada Padang Rengas bermaksud untuk menghina OKU dan sejurus selepas itu apa yang berlaku di antara Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya sebagai Tuan Yang di-Pertua saya terpaksa menggunakan kuasa saya oleh kerana pada ketika itu Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor sendiri telah mencabar kewibawaan dan kuasa saya sebagai Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu saya nampak tidak ada apa-apa di situ cuma apabila saya menegur Ahli Yang Berhormat jangan menggunakan perkataan kurang ajar kerana Ahli Yang Berhormat sendiri yang mengatakan perkataan kurang ajar kepada Ahli Yang Berhormat berkenaan saya tegur supaya perkara sebegini, perkataan yang kurang sopan, yang melanggar peraturan mesyuarat jangan sama sekali dikeluarkan.
Jadi pada ketika itu saya terpaksa menggunakan kuasa oleh kerana keadaan pada ketika itu terpaksa membuat saya untuk menggunakan kuasa saya. Jadi saya rasa itu fatwa saya iaitu Perkara 36(12) ini cuma boleh diguna pakai apabila Ahli-ahli Yang Berhormat apabila mengeluarkan hujah mesti berniat jahat dan tahu bahawa hujah itu adalah hujah yang sengaja mempunyai niat sengaja disalah-gunakan. Terima kasih.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dengan izin, I miss the point. Apa yang saya nyatakan tadi adalah dua kali dia menyatakan gunakan perkataan ‘cuma orang buta’ dua kali dan selepas itu dia nafikan ‘saya tidak kata orang buta’.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu bermakna dia bohong dalam Dewan yang mulia ini dan oleh itu, dia mengelirukan Dewan ini. Oleh itu dia mislead dengan izin, Dewan ini dan harus dirujuk kepada .....
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Bukit Gelugor tak faham bahasa Melayu. Kena belajar sama saya lagi senanglah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Pahat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong jangan campur. Siapa yang campur, nanti terima padahnya. Ini perkara soal point of order yang perlu saya buat petua dengan cara baik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya bantu Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gombak, adakah ini point of order juga ataupun untuk membantu saya dan saya tidak perlu bantuan.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
[Menyampuk] Jangan campur, jangan campur.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat ada kecenderungan Yang Berhormat Batu Pahat sering kali mengganggu prosiding dalam Dewan Rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Gombak, terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Belum ada sebarang tindakan atau amaran kepada Yang Berhormat Batu Pahat yang tidak menghormati peraturan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk] Ha ini yang tak betul ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaulah umpamanya setiap kali kita bersidang begini, kewibawaan ataupun kuasa Tuan Yang di-Pertua dicabar, jangan Ahli-ahli Yang Berhormat menyesal apabila saya nanti berunding dengan timbalan-timbalan saya bahawa sesiapa saja yang melanggar Peraturan Mesyuarat walau sekecil mana pun, kita akan jalankan tugas.
Seorang Ahli
Rotan, rotan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara] Yang Berhormat Pasir Salak cabar Speaker semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai kalau ulang lagi itu, saya juga akan gunakan kuasa. Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya dengar apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas dan pada ketika itu saya menimbang dengan teliti. Apabila dia ulang perkataan itu, dia tidak berniat bahawa dia kata dia menghina ataupun apabila dia ulang perkataan itu, saya tidak maksudkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi itu. Dia tidak menyalahgunakan fakta itu yang dia kata dia cuma ulang oleh kerana apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa itu penghinaan.
Dia terpaksa respons kepada persoalan Yang Berhormat itu, dia kata “Saya tidak bermaksud bahawa untuk orang buta”. Jadi saya sudah timbang itu semua. Bagi saya, dia tidak berniat untuk menghina siapa-siapa dan itu pun adalah sebagai respons kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang pada ketika itu melempar juga tuduhan bahawa rasuah, rasuah, rasuah yang bertentangan juga dengan Peraturan Mesyuarat 36(6). Jadi, telah saya tekankan beberapa kali dalam Dewan ini iaitu seolah-olah menjadi budaya Parlimen Malaysia terlampau ingin dan gemar melontarkan hujah yang melanggar Peraturan Mesyuarat tetapi apabila saya tegur, reaksi yang saya dapati daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang veteran ini, saya macam Guru Besar, saya terlampau mengongkong perbahasan, perbahasan is not lively if I interfere.
Jadi makanya kalau ini sebagai satu budaya, kadang-kadang terpaksa saya ikut kerana itu adalah budaya yang telah dibuat oleh Parlimen Malaysia tetapi apabila saya menegur seperti begini, ramai lagi yang menyampuk, ramai lagi yang tidak setuju. Jadi Ahli- ahli Yang Berhormat, itu adalah petua saya dan itu adalah pendapat saya dan tidak ada pelanggaran apa-apa Peraturan Mesyuarat yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua mengelirukan Dewan sekarang. Maksud saya adalah ini, dua kali dia menyatakan “Orang buta”, perkataan itu ada dalam Hansard. Selepas itu dia nafikan, “Saya tidak kata
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
orang buta”. Ini bermakna dia cakap bohong dalam Dewan yang mulia ini. Itu isu Tuan Yang di-Pertua, bukan berniat jahat atau apa-apa yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sudah katakan saya buat petua itu dan Ahli Yang Berhormat masih juga bertegang dengan saya. Saya tidak perlu untuk menjawab lagi oleh kerana ini akan berpanjangan. Cuma saya bawa perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat lain seperti Peraturan Mesyuarat 42, Peraturan Mesyuarat 43 yang apabila Tuan Yang di-Pertua telah membuat petua dan keputusan, tidak boleh lagi dipersoalkan, tidak boleh lagi diminta untuk dikaji kecuali dengan melalui usul. Jadi saya tahulah ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat bercakap tidak dipercayai dan begitu juga termasuk saya sebagai Tuan Yang di-Pertua dan timbalan-timbalan saya, masih juga dipertikaikan.
Jadi kalau Ahli Yang Berhormat masih mempertikaikan, sekarang ini saya tarik perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 43 iaitu petua saya begitulah, muktamad dan kalau Ahli Yang Berhormat juga tidak setuju, bawah usul seperti yang di bawah Peraturan Mesyuarat 43. Kalau juga Ahli Yang Berhormat masih lagi berdegil-degil untuk mempersoalkan petua saya, maka ada lagi kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44. Jadi, terpulanglah kepada Ahli Yang Berhormat untuk memilih mana satu, sama ada isu ini berhenti begitu sahaja dan sebagai amaran kepada semua termasuk Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Gombak termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi setakat ini saya nampak cukup tertib [Tepuk] termasuk menteri.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau saya mempersidang, ada yang melanggar Peraturan Mesyuarat, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Barat dan mana saja daripada pelosok mana. Terima kasih.
Yang Berhormat Gombak, ini Peraturan Mesyuarat ke mencelah?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, tidak lagi saya benarkan untuk membuat celahan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, tidak ada lagi celahan. Sila menteri, teruskan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pertahanan semasa membahaskan Rang Undang-undang Bekalan 2009. Terdapat beberapa isu telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat dan saya akan memperjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan isu perolehan 12 helikopter utiliti berkeupayaan search and rescue atau SAR, Cougar model EC-725 yang ditawarkan oleh Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat bagi Ipoh Timur telah mendakwa bahawa perolehan bagi helikopter berkaitan oleh Kementerian Pertahanan tidak ada mempunyai ketelusan kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa tanpa membuat penilaian fizikal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, duduk dulu. Duduk Yang Berhormat. Semalam masa persidangan
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
penggulungan Jabatan Perdana Menteri, satu point of order dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur berlandaskan statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan pada ketika itu jawapan saya ialah “Saya tidak mempunyai fakta kerana saya belum melihat Hansard dan tidak meneliti Hansard”.
Jadi saya berjanji pada hari ini yang saya akan buat ruling pada hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 44 dan sebagaimana yang disebut dalam Peraturan Mesyuarat 44, terima kasih dua-dua Yang Berhormat Ipoh Timur dan Pasir Salak ada. Yang lain minta tolong diam sebagaimana yang tadi Speaker dah bagi tahu. Saya akan buat keputusan, keputusan boleh dibuat walaupun bukan hari yang sama, masa yang sama mengikut Peraturan Mesyuarat 44(4) – Sesuatu tindakan boleh diambil di bawah Peraturan ini walaupun perlakuan yang tidak senonoh, perbuatan menghina atau perbuatan terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi telah berlaku semasa dalam Jawatankuasa satu-satu Majlis. Makna, masa-masa yang lain.
Yang Berhormat Pasir Salak pada muka 24 telah membantah berhubung dengan dikotomi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi, saya juga telah membaca Hansard, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebelum itu, minta maaf, saya tukar cermin. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur pada awal perbahasan; “Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa penjelasan beliau tadi bahawa mengikut Perlembagaan kita ada dikotomi di antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Sebab itu ada beberapa dasar yang bersusulan”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
“Ini adalah satu pendirian yang silap oleh kerana dalam Perlembagaan kita, tidak ada dikotomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Istilah bumiputera dan non bumiputera langsung tidak timbul, tidak wujud dalam Perlembagaan. Artikel 153 sebut mengenai kedudukan khas orang Melayu dan juga bumiputera Sabah, Sarawak. Tidak ada sebut bumiputera dan non bumiputera.” Paragraf kedua. ”Oleh kerana itu, bukanlah benar bahawa oleh kerana istilah bumiputera dan bukan bumiputera ini yang tidak ada di dalam perlembagaan adalah institutionalize menjadi satu fakta utama untuk memecah rakyat Malaysia sehingga sekarang timbul masalah Ahmad Ismail mengenai orang Tionghoa menumpang di Malaysia.
Walhal satu generasi yang kedua dalam Malaysia, oleh kerana datuk beliau datang dari pada India. Khir Toyo, Menteri Besar Selangor first generation Malaysia, bapanya datang daripada Indonesia tapi Tun Tan Cheng Loke, Tun Siew Sin sudah enam, tujuh generasi di Malaysia dilihat sebagai orang penumpang. Taat setia mereka tidak dicabar bukan ini institutionalization?
Istilah bumiputera dan bukan bumiputera ini tidak sihat patut diberhentikan, sudah 51 tahun kemerdekaan.” Ini yang saya pandang sebagai penting. “Bukankah masanya sudah sampai di masa semua rakyat Malaysia dilihat sebagai putera dan puteri bumi tanah air kita dan kita orang Melayu bukan Melayu, India, Kadazan, Iban mereka yang mundur di belakang perlu mendapat bantuan.” Ini yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur yang dipertikaikan oleh Yang Berhormat Pasir Salak.
Dalam satu ucapan lagi selepas itu, Yang Berhormat Ipoh Timur menyebut lagi bahawa, “...Yang Berhormat mengelirukan Dewan yang mulia ini. Menyalahgunakan kedudukan bahawa saya ada menyoal, mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan. Saya tidak pernah buat begitu dan parti saya selama ini ada menyokong Perkara 153. Sebab itu ada dalam perkataan, rakyat setuju mengenai asas pembinaan negara...”, di muka 25, “...dengan sebenarnya kalau dirujuk kepada ucapan saya kali yang pertama di Februari atau Mac 1971, saya pun sudah jelas dengan terus terang bahawa parti DAP sokong Perkara 153. Apa yang tidak setuju ialah penyalahgunaan Perkara 153. Diguna bukan untuk menolong orang Melayu tetapi untuk menolong semua kaum Yang Berhormat. UMNO putera kaya raya yang hisap darah kaum orang Melayu, itulah Yang Berhormat.” Itu yang disebut oleh Yang Berhormat dikatakan mengelirukan. Jadi berbangkit dari itu Yang Berhormat Pasir Salak bangun, “...Terima kasih...”, di muka 24.
“...Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi Ketua Pembangkang ada menyebut bahawa beliau tidak
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
mempersoalkan apa-apa peruntukan di dalam Perlembagaan. Ini satu kenyataan... Saya rasa amat baik sekali dan tetapi walau macam mana pun, saya agak keliru dengan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh boleh melihatkan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dengan mempertikaikan dengan begitu jelas dan nyata sekali peruntukan di dalam Perlembagaan ini. Saya hairan kenyataan yang begitu jelas dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tidak difahami oleh Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Shah Alam ini telinga dia betul, kena periksa doktor nampaknya ini. Dia rasa dia... Kita pergi kepada Hansard apa yang disusur oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, jelas sekali mempertikai apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan berhubung dengan hak-hak orang Melayu dan hak orang lain dalam perlembagaan. Itu saya perkara yang saya tidak mahu sebut di sini untuk perhatian Yang Berhormat Menteri.” Jadi pada pandangan saya setelah menilai semua ucapan-ucapan yang dibuat, apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur awal ialah untuk melihat semula Artikel 153 dalam konteks apa yang ada sekarang ini. Bukan secara terus, sebab untuk mempertikaikan hak-hak orang Melayu, “...bukan masanya sudahnya sampai...” Itu perkataan yang amat lembut sekali digunakan, “...di mana semua rakyat Malaysia dilihat sebagai putera puteri bumi tanah air kita.” Jadi jawapan daripada menteri jelas pada satu ketika, kalau Ahli Parlimen mahu menggubal Perlembagaan yang disetujui oleh lebih daripada dua per tiga, kita boleh tarik mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini. Itu jelas menteri. Jadi dengan penjelasan itu saya ingat kerisauan yang buat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur telah jelas terjawab. Jadi tidak perlu lagi mana-mana pihak mempertikaikan apa yang telah menteri jawab dengan begitu baik sekali.
Akan tetapi apa yang perlu saya bawa ke sini ialah apa yang jadi kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Dalam muka 30, “Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terkilan dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Sebab apa pihak kami berada dalam keadaan disadvantage dengan izin, setiap kali hendak menjawab apa yang dibangkit pihak pembangkang kita disekat, disekat, disekat. Bagaimana hendak jawab? Kalau macam ini saya tidak setuju kalau Tuan Yang di-Pertua hendak ambil tindakan kepada saya, ambillah!
Betul, ambillah, ambil! Come on. Let’s be fair dengan izin. You dengar ini dengar!”... [Dewan riuh] Jadi Yang Berhormat saya telah melihat dan meneliti. Saya sudah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah menghina Kerusi... [Tepuk] Pada hari ini Yang Berhormat kalau sesiapa yang melempar di bawah Peraturan Mesyuarat 36, saya boleh berkompromi tetapi siapa yang melempar tuduhan kepada Kerusi, saya tidak berkompromi. Jadi Yang Berhormat saya mahu Yang Berhormat Pasir Salak menarik balik cabaran kepada Kerusi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menjelaskan di sini sebelum memberikan respons kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak bertujuan untuk mencabar Kerusi tetapi... [Disampuk] Diamlah! Kenapa tiap-tiap kali saya hendak bercakap dikacau...!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang lain diam Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Inilah yang saya dikatakan tidak adil! Tiap-tiap kali saya hendak bercakap, saya diganggu dan gangguan itu tidak diberhentikan Jadi bagaimana kita hendak mengadakan satu perbahasan? Perkara ini, saya minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua, saya pun balik semalam dengan penuh perasaan yang tidak puas hati. Saya terasa saya dianiaya. Sebab apa....[Diganggu] Tengok! Ini kah Parlimen kelas pertama, kelas dunia?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya dengar Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat Pasir Salak. Sila Yang Berhormat.
Yang lain minta tolong diam. Kalau tidak perkara kerja kita hari ini tidak boleh siap Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak sila, sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya pun bukannya bertujuan hendak menunjukkan saya hebat daripada orang lain. Saya tidak kata saya pandai tetapi
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
masalahnya, kalau sekiranya kita hendak berbahas, benarkan perbahasan berlaku secara adil. Jangan diganggu, jangan digugat. Ketua Pembangkang bercakap, saya tidak ganggu.
Saya hormat kepada dia. Saya hormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan itu. Itu kepada Kerusi Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak, maksud saya begini.
Saya rasa tidak berpuas hati apabila Tuan Yang di-Pertua, minta maaf saya cakap. Setiap kali kita hendak bercakap untuk menjawab tuduhan, tohmahan daripada pihak sebelah, kita tidak dapat peluang, malahan saya dapat melihat bahawa pihak pembangkang....
[Disampuk] Ya? Ada komen pula daripada kawan-kawan, apa dia?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat. Bukan kawan-kawan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini bukan main-main. Saya tidak takut menghadapi apa juga. Saya datang sini dengan penuh perjuangan, saya tidak takut. Ya betul. Saya datang perjuangan, saya bukan main politik...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Pair Salak ada sejarahnya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bukan datang sini bermain politik. Saya datang dengan perjuangan. Tolong hormat sikit with due respect to you all, please…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik- baik. Yang Berhormat cuba tolong diam. Yang Berhormat Pasir Salak cepatkan sikit penjelasan, saya hendak dengar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, ini dari hati ke hati dan dengan ikhlas. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak terima pun terimalah dan kalau tidak terima pun saya terima apa juga keputusan Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya memohon daripada apa yang saya amati dalam tempoh yang agak panjang pihak pembangkang diberikan peluang dengan mengajukan tohmahan dan juga pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan juga terhadap orang Melayu, terhadap UMNO, diperlekeh, diperhina. Saya sebagai...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Musa Hitam sendiri hina UMNO.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah. Sudah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ini apa, penyakit tua. Sudah ada uban!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat tidak hendak bercakap, dengar orang bising sikit itu berhentilah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, kalau hendak bercakap cara sarkas, you hendak buat secara sarkas kita boleh buat cara sarkas. You hendak buat cara Parlimen, kita buat cara Parlimen. Pilih!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak bercakap di sini dan mengatakan bahawa ini telah berlaku agak tempoh yang panjang. Saya telah merasa penderitaan ini. Saya hendak cakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya merasa penderitaan ini. Dengan sebab itu hasil daripada rentetan ini menyebabkan saya
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
meluahkan perasaan bahawa kita tidak puas hati dan saya rasa tidak adil. Saya mohon keadilan bukan saya hendak mencabar. Berilah peluang kepada pihak di sebelah sini untuk menjawab. Menteri menjawab, dia bukan menjawab atas personal capacity. Dia menjawab bagi pihak kerajaan. Kita berada di sini adalah juga menganggotai kerajaan. Kita juga berwajib untuk mempertahankan tohmahan yang dibuat kepada kerajaan. Apakah ini salah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Itu...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya memohon kepada Tuan Yang di-Pertua tolonglah jangan tersalah anggap. Kalau saya disalah anggap untuk mencabar, saya bersedia untuk menarik balik apa yang telah saya lakukan. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya mahu Yang Berhormat tarik balik perkataan, “Kalau macam ini, saya tidak bersetuju. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak ambil tindakan ambilah”. Itu sahaja yang saya mahu tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tidak kepada menteri, bukan cerita hal Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan bukan Ahli Yang Berhormat daripada back-benchers, tetapi saya mengatakan kerusi dan kedudukan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, you know how much I respect you in and outside. So, there is no problem for me to withdraw. I can withdraw. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Jadi...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua ada timbulkan satu perkara yang penting kepada Dewan yang mulia ini, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan bahawa saya dan parti saya tidak pernah menyoal dan mencabar Perkara 153 ini. Pendirian kita adalah konsisten seperti apa yang terkandung dalam satu kenyataan bersama Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Marang dan saya, kami bertiga, dalam satu perenggan sahaja. Itu kenyataan bersama Pakatan Rakyat.
“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip- prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mempertahankan hak-hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan”.
Apa yang kita persoalkan ialah mengenai penyalahgunaan Perkara 153 dan sebenarnya saya mahu timbulkan tetapi tidak ada peluang pada masa itu, tetapi selepas jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Amirsham saya ada bangkitkan bahawa adalah tidak betul untuk menyamakan Dasar Ekonomi Baru dengan Artikel 153. Itu adalah dua perkara yang berbeza. Oleh sebab itu apabila menyoalkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyoalkan Artikel 153, itu dua perkara yang tidak boleh disamakan. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham, Yang Berhormat. Saya sudah terang.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa lagi Yang Berhormat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, ini putar belit dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Saya belum respons dengan Yang Berhormat Ipoh Timur lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Putar belit. Tidak habis-habis putar belit. Sokong, sokong. Kata sokong bahasa kebangsaan tetapi di Pulau Pinang dia menghina bahasa Melayu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Lagi cabar Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia menghina bahasa Melayu. Dia menghina bahasa kebangsaan. Sudahlah. You know - your trick we know long time ago. Kita tahu siapa dia Ipoh Timur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ada imuniti. Ada imuniti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Timur duduk juga. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk. Tolong.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa, tidak apa, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tarik balik apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita masih...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, ini sangkaan jahat.
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita masih dalam peraturan, Yang Berhormat. Saya belum habis lagi soal apa yang saya bangkitkan tadi. Jadi, saya menerima apa yang telah diperjelaskan tetapi masalahnya Yang Berhormat Ipoh Timur ialah dua statement dalam satu petang ada menunjukkan; satu mengatakan: “Kita lihat semula Artikel 153” dan satu lagi mengesahkan walaupun terkemudian, kalau dalam istilah cakapan manusia biasa, kalau kita sebut perkara yang pertama dan selepas itu kedua kita sebut perkara yang sama tetapi dalam nada yang lain, itu menunjukkan ada kelembutan yang kemudian itu. Itu sahaja yang saya boleh terima, kalau tidak memang boleh dikatakan juga mengelirukan bagi statement yang pertama itu.
Jadi, dengan itu apa Yang Berhormat sebutkan tadi pasal mengatakan Yang Berhormat Ipoh Timur putar belit dan sebagainya itu saya katakan zero - zero kepada ini.
Namun yang ingin saya memperingatkan lagi minta tolong kepada semua Ahli Yang Berhormat kalau hendak bertelagah, hendak berdebat atau hendak buat apa lontarlah kepada kawan-kawan tetapi jangan kepada Tuan Yang di-Pertua atau ‘kerusi’. Saya pernah dengar daripada Ahli Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Padang Serai dan ada lagi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tetapi saya masih bersabar.
Semalam saya menghadiri satu majlis berjumpa dengan tidak kurang daripada 3,000 anak-anak Sarawak. Mereka mengatakan, “Tolonglah, kalau tidak macam mana hendak buat dengan Ahli Parlimen yang berperangai macam ini”. Jadi, saya pun merasa
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
tergalak untuk memberitahu supaya kita bersikap sebagai Ahli Parlimen dan bukan bersikap begitu.
Jadi, saya menghormati Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang yang banyak menunjukkan cara-cara yang baik yang sepatutnya ditunjukkan dalam Dewan yang lain sepatutnya menyokong juga. Saya cukup yakin menteri juga telah banyak menunjukkan cara-cara yang baik dalam melaksanakan tugas mereka. Jadi, kita sebagai Ahli Parlimen kena tunjuklah sikit kerana kita jadi role model. Kalau role model ini jahat anak-anak yang berumur 10 tahun pun - saya terbaca hampir tiap-tiap hari yang mengatakan Ahli Parlimen ini tidak layak duduk dalam Dewan ini. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat bekerjasamalah dengan saya, bekerjasamalah dengan Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Saya bekerjasama dengan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya harap bahawa satu ruling perkataan “anti Melayu” itu unparliamentary, tidak benar, tidak berasas dan bohong ditarik balik. Satu ruling dibuat, sama ada itu perlu ditarik balik atau tidak dirujuk kepada Committee of Privileges.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Ipoh Timur ini, dia mempertikaikan tafsiran “Melayu” semalam. Dia mempertikaikan tafsiran “Melayu”. Dalam Perlembagaan dia kata tidak ada perbezaan antara Melayu dengan bukan Melayu, antara bumiputera dengan bukan bumiputera.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bumiputera dan bukan bumiputera itu berbeza dengan Melayu dan bukan Melayu.
Seorang Ahli
Pembelitlah itu!
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Itu tafsiran yang sangat penting dan bila tafsiran ini dijawab oleh menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, sudah. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Jempol, minta tolong duduk, Yang Berhormat. Saya sudah sebut tadi, Yang Berhormat. Kalau kita baca sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dia hanya menilai perkataan yang digunakan dalam Perlembagaan. Dalam Perlembagaan itu tidak ada digunakan perkataan istilah- istilah yang tertentu tetapi dalam ucapan dia, istilah yang disebutkan, digunakan. Kadang- kadang Ahli Yang Berhormat sebagai seorang peguam umpamanya mengetahui ada perbezaan antara perkataan-perkataan yang digunakan dan perkataan-perkataan yang tidak digunakan.
Jadi, pada pengertian saya, walaupun saya sudah sebutkan tadi bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur sedikit sebanyak memang ada mengatakan bahawa sepatutnya pada zaman ini, masa ini, kita lihat semula perkara ini. Betul, ada dalam ini. Sudah saya sebutkan, Yang Berhormat. Jadi tidak payah bangkit lagilah. Kita sudah tahu, Yang Berhormat. Begitu juga Yang Berhormat Pasir Salak, saya sudah tarik semua tadi. Saya sudah terima penarikan Yang Berhormat itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. You are being very kind, tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur ini bila masa yang dia berlembut. Tidak pernah tengok dia cakap berlembut.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mungkin Tuan Yang di-Pertua begitu bermurah hati terhadap dia, tetapi sebenarnya saya ulang balik, he’s anti Melayu. Dia yang mempertikaikan apa juga yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu orang Melayu, dia pertikaikan, dia persoalkan, dia tidak bersetuju. Ini yang dikatakan anti Melayu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Inilah racist.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Racist?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Pasir Salak ini racist.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap ruling boleh dibuat mengenai perkataan. Kita tidak mahu dengar di sini anti Melayu, anti Cina, anti India, anti Kadazan, anti Iban – orang Iban, orang Kadazan dipinggirkan – sama ada satu ruling dibuat. Itu terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Yang Berhormat, dalam Dewan ini ada peraturan-peraturan yang tertentu. Jadi kita kena ikut peraturan. Soal sama ada seseorang itu menuduh seseorang itu anti Iban, anti Melayu, anti Cina, anti India itu satu kesalahan di bawah peraturan ini, saya belum jelas, Yang Berhormat. Jadi dengan itu saya tangguhkan dulu keputusan untuk berbincang lagi dengan Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya buat semalam, saya menunaikan janji, Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap boleh buat satu keputusan. Kalau tidak, tidak ada dengar dalam Dewan ini semua tuduhan. Ini anti ini, itu anti itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ada cukup bukti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa, tidak apa, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sejarah panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sudah buat keputusan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sudah dalam politik 30 tahun lebih mengikuti perkembangan Ipoh Timur.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
RM6 juta adalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, cukup semua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa ada kena mengena itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya berhentikan ini, Pasir Salak dan Ipoh Timur. [Pembesar suara dimatikan] Sila menteri.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap tidak ada kena mengena. Bodoh punya orang. Tidak ada modal, itulah cari modal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pasir Salak, sudah, Pasir Salak. Ha, sila.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membuat penjelasan lebih lanjut berkenaan dengan dakwaan ini, sukacita saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawasanya dakwaan yang dibuat terutama berdasarkan surat salah satu petender perolehan itu iaitu Syarikat Mentari Sdn. Bhd. yang mana tidak berjaya.
Oleh itu tidak anehlah sekiranya pihak yang tidak berjaya akan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian Pertahanan berhubungan dengan perolehan helikopter ini dan memberi maklumat yang tidak benar.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Sebagai contoh, harga sebenar yang ditawarkan oleh Syarikat Eurocopter adalah sebanyak Euro 323.7 juta ataupun RM1.604 bilion yang termasuk pakej sokongan, teknikal dan offset dan bukannya Euro 463.44 juta atau RM2.317 bilion.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin sedikit penjelasan mengenai dengan pembelian ini.
Pertama, apabila ia dipertikaikan, PAC sudah membuat satu kenyataan untuk membuat siasatan, apakah ia sudah dilakukan? Yang kedua, apakah ada unsur orang dalam yang
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
mensabotaj, mengeluarkan fakta-fakta yang tidak tepat dan dipergunakan oleh orang lain melalui surat dan sebagainya dan dipergunakan oleh pihak pembangkang dalam menuduh bahawa ada penyelewengan dalam pembelian peralatan ini.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan maklumat-maklumat yang diperolehi oleh pihak yang ketiga, kementerian tidak ada mempunyai bukti yang nyata berkaitan dengan maklumat-maklumat diperolehi daripada orang dalam buat masa ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
PAC itu macam mana?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bahawa harga ialah RM1.67 bilion. Ini berbeza daripada harga yang disebut oleh Ketua Setiausaha MINDEF yang ada sebut RM1.1 bilion. Bolehkah Yang Berhormat menjelaskan kenapa ada perbezaan RM600 juta ini?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, harga yang dinyatakan iaitu Euro 323.7 juta yang bersamaan dengan RM1.604 bilion yang mana merupakan harga asas dalam pembelian helikopter dan termasuk pakej sokongan, teknikal dan offset.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kenapa ada perbezaan angka ini dengan angka yang diberi minggu sebelum itu oleh KSU?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, angka ini telah termasuk pakej sokongan, teknikal dan offset yang telah dikira.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kenapa Yang Berhormat KSU tidak beri angka yang total RM1.6...
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Berapa yang KSU bagi, Yang Berhormat?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
RM1.1 bilion.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
But ini angka yang terakhir berkaitan dengan pertukaran, exchange rate yang mana angka ini adalah termasuk pakej sokongan, teknikal dan juga offset.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kenapa dalam satu minggu boleh tukar, ubah angka itu sebegitu besar?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
I don’t see any, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, perbezaan, Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya tidak lihat di mana-mana dalam Hansard yang menyatakan bahawa KSU telah memaklumkan bahawa harga berkaitan dengan pembelian perolehan ini RM1.1 bilion. Boleh Yang Berhormat tunjukkan dalam ini?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, ini kenyataan selepas ucapan kita, selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dan saya ada ucap dalam Dewan yang mulia ini, KSU Dato’ Abu Bakar, kalau tidak silap, ada keluar satu kenyataan di mana dia kata adalah dengan izin, “Abu Bakar said that tender was closed on February 12 this year and had known the same day the tender committee open the seven tenders that were received while being witnessed by representative from companies had taken effect. Tenders offered received were as such.” Ada angka-angka diberi, tidak perlulah saya sebut. Ada banyak angka di sini – 5512/07/A/001, RM2.80 bilion dan lepas itu kedua ialah RM663.1 million, ketiga ialah RM494.9 million, lepas itu ialah RM777.45 million and lepas itu RM2.49 million dan Eurocopter RM1.1 bilion dan ketujuh ialah RM1.22 bilion. Itu angka-angka yang KSU MINDEF, bukan angka-angka yang saya cipta.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, bagi masa untuk saya untuk mendapatkan penerangan daripada KSU bagaimana perbezaan
Datuk Wira Abu Seman Yusop
daripada angka yang saya perolehi di antara harga yang disebut oleh Yang Berbahagia KSU.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah ini bererti Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu bahawa KSU ada keluarkan kenyataan? Sekarang baru tahu. Tidak baca surat khabar tentang kenyataan KSU sendiri. Apa yang berlaku dalam pentadbiran ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang Berhormat, kadang-kadang surat khabar tidak setepat maklumat yang kita perolehi daripada pejabat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Permatang Pauh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih timbalan menteri tetapi percanggahan ini mengikut pengalaman saya sendiri, ini adalah percanggahan yang besar. Saya terima penjelasan timbalan menteri bahawa hal ini akan diteliti, tetapi kes ini sudah controversial dan kenyataan KSU itu memang dibaca umum dan tidak munasabah untuk diberi penjelasan bahawa harga tender yang diumumkan itu tidak termasuk tambahan kelengkapan dan sokongan, tidak munasabah. Selalunya pengumuman Perbendaharaan itu satu kenyataan, satu jumlah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau ada penjelasan, beri penjelasan dari satu pertemuan. Ini soal kewangan begitu, dari segi tradisi yang saya faham. Oleh yang demikian, saya anggap perkara ini cukup serius, sudahlah kes ini serius, sekarang ini kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan KSU ada percanggahan yang besar yang menyebabkan perlunya secara mendesak supaya Kementerian Pertahanan untuk memberikan penjelasan dan siasatan yang lebih teliti. Tidak cukup dengan satu dokumen bagi komen begitu sahaja. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu dahulu Yang Berhormat. Timbalan Menteri, ada lagi hendak menjawab? Hendak bagi peluang Yang Berhormat Batu Pahat?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Itulah tadi saya minta penjelasan iaitu oleh kerana PAC sudah menyebut ia akan membuat siasatan, apakah ini sudah berlaku? Jika tidak, maka berasaskan kepada berbagai tuduhan ini apakah kerajaan bersedia mewujudkan suruhanjaya supaya lebih telus dan rakyat tahu dan juga mungkin menyenangkan hati pihak pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh cukup jelas. Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai pengalaman dalaman bahawa mungkin ini benda itu sahaja tetapi kos sampingan tidak dimasukkan dan sebagainya. Jadi, kita tidak tahu, jadi Yang Berhormat juga nampaknya tidak tahu juga.
Jadi, saya ingat cukuplah dengan menjawab mengatakan Yang Berhormat akan beri jawapan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Ipoh Timur dan mungkin kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain yang ingin mengetahui khususnya Yang Berhormat Batu Pahat juga.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 66(3). Kita semua tahu bahawa kementerian ini ditetapkan untuk dijawab minggu ini. Jadi, boleh saya tahu mengapa kedua-dua Yang Amat Berhormat, satu bekas dan yang satu menteri sekarang bagi kementerian tidak boleh hadir untuk menjawab
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
segala pertanyaan berkenaan Eurocopter ini. Ini isu yang begitu penting yang mereka sepatutnya accountable kepada Parlimen ini. Boleh saya tahu kenapa menteri tidak boleh hadir? Kita boleh tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri hari ini nampaknya gagal menjawab pertanyaan yang begitu asas yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen sebelum ini?
Bolehkah Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan kenapa Yang Amat Berhormat Menteri Kementerian ini tidak boleh hadir?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya faham bahawa peraturan mengatakan menteri meliputi timbalan menteri tetapi isu ini begitu penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh kita tangguhkan kementerian ini, tangguhkan kementerian ini.
Beberapa Ahli
Ya
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tangguhkan kementerian ini. Minta menteri hadir dengan sendiri untuk menjawab segala pertanyaan dengan mendalamnya berkenaan isu ini
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya setuju, saya setuju.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya pohon Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk, duduk Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sudah menjadi kebiasaan kementerian aturan itu dipinda. Saya pohon Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, satu point of order di bawah 66(3), soalan yang dibangkitkan dalam Parlimen dan dijawab oleh menteri. Juga menunjukkan bahawa ada peruntukan yang tertentu mengatakan menteri, timbalan menteri, setiausaha Parlimen itu juga dipanggil menteri dalam Dewan ini.
Maknanya, satu badan itu adalah satu sahaja nama dia. Akan tetapi walau bagaimanapun, Yang Berhormat mencadangkan supaya soalan ini atau pun penggulungan kementerian ini ditangguhkan sehingga menteri itu datang untuk menggulung supaya...
Beberapa Ahli
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan, belum lagi ruling Yang Berhormat, dengar saya belum habis lagi tetapi Yang Berhormat malangnya sekali sebagai Speaker Dewan, saya tidak berhak mengatur, mengurus ataupun mendahulukan dan mengemudiankan urusan-urusan kerajaan. Ini konvensyen yang telah kita amalkan.
Jadi, saya mungkin juga mendengar soalan dan hujah daripada Yang Berhormat, mungkin ramai Ahli Yang Berhormat bersetuju tetapi dalam keadaan yang sama, saya tidak boleh beri ruling supaya mengubahkan. Ini adalah prerogatif kerajaan, mana yang dahulu didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri sudah hadir, mungkin mereka boleh berbincang di antara mereka di mana Menteri Dalam Negeri boleh mengambil alih dahulu.
Mungkin Dewan ditangguhkan lima minit untuk mereka berbincang.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah hal kepentingan negara dan rakyat. Kita tidak boleh banyak yang telah dibahaskan dibiarkan, dilepaskan sebegitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jawapan yang tidak munasabah, tidak boleh diberi perkenan untuk isu yang begitu penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya pohonlah, boleh mereka berbincang di kalangan mereka yang sudah menjadi amalan
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Saya memahami dan saya mendengar tadi hujah yang rasional, hujah yang begitu baik sekali telah dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Bukan saya hendak angkat-angkat, tidak ada. Ini betul, apa Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tadi cukup baik. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri beritahulah pegawai di belakang itu, berbincanglah yang mula-mula itu tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab yang lain dahulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak dengar Yang Berhormat Pokok Sena dahulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Begini, persoalannya sekarang, di awal penggulungan ini sudah berlaku timbul satu isu, isu itulah merupakan isu yang penting dalam kes ini iaitu isu harga. Jadi, apabila sudah timbul perbezaan harga yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan apa yang disebut oleh ketua setiausaha, jadi saya percaya bahawa kita sukar untuk hendak turut terlibat dalam penggulungan ini untuk isu ini. Ini kerana isu itu sudah pun bertelagah antara satu sama lain daripada satu kementerian.
Jadi, sebab itu, saya minta jasa baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya boleh menangguhkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri minta untuk menangguhkan penggulungan ini sehingga beliau mendapat maklumat yang jelas tentang maklumat yang dibuat oleh ketua setiausaha. Kemudian bawa ke sini untuk kita turut terlibat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Itu bukan keputusan saya Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat Pokok Sena saya sudah dengar Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Keputusan Tuan Yang di- Pertua sudah lah, cukuplah apa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya sudah buat keputusan itu tadi Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga ini
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang disebut oleh KSU bahawa harga asas ialah RM1.1 bilion dan tidak termasuk pakej, offset yang menjadikan jumlah semuanya RM1.604 sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa harga asas bercampur dengan harga pakej, totalnya ialah RM1.604 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, teruskan Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Okey, sehubungan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Permatang Pauh bangun lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan dan saya percaya dapat maklumat daripada pegawai yang bertugas. Akan tetapi perkara ini Tuan Yang di-Pertua saya anggap satu perkara yang serius. Kalau kita lihat seluruh rekod kenyataan Perbendaharaan Pertahanan, kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Seandainya kenyataan begitu dikeluarkan oleh KSU dan jumlahnya kemudian cuba diperbetulkan, hal ini harus dijelaskan muktamad di peringkat kerajaan sebelum di sebut di Parlimen. Kalau tidak ia jadi bahan olokan, dan ditertawakan orang.
Sepanjang maklumat saya, ini bukan soal pertimbangan politik kepartian. Ini soal dasar kebiasaan dan juga prinsip yang diguna pakai dalam mana-mana kerajaan. Kita tidak boleh beri setelah umum harga, kemudian datang balik kepada Majlis Rasmi mengatakan ini bukan harga asas, tidak pakej, tidak ada. Contract is a contract. You award a contract, a complete contract dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, kalau hendak diteruskan saya hendak beri pandangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menangguhkan bahagian berkenaan, Eurocopter dijawab kemudian. Ini biasa, lazim dalam Parlimen dan saya fikir kita boleh terima. Akan tetapi, saya ingin memberi pandangan Tuan Yang di-Pertua dan juga nasihat jangan dipaksa untuk buat kenyataan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan kemudian. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, inilah harga yang dinyatakan dalam PAC semalam Tuan Yang di-Pertua dan inilah harga yang dimaklumkan bahawa jumlah harga tawaran adalah sebanyak RM1.604 bilion.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua apa yang saya sebutkan ini tadi berkaitan pokoknya dakwaan yang dibuat oleh pembangkang bahawa mereka membuat dakwaan berasaskan daripada surat Mentari Services Sdn. Bhd yang mana mengandungi harga yang mengelirukan iaitu...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan boleh tidak sebelum kita masuk itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu, tunggu belum habis Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tunggu dahulu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Selesai RM1.604...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak dengar Yang Berhormat saya hendak dengar dahulu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Bagilah menteri jawab dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagi dia jawab dahulu Yang Berhormat lepas itu kalau hendak bantah, bantah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya sebelum dia masuk perkara itu apa itu harga asas apa itu harga offset apa perkara itu supaya kira faham.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tunggu dahulu, duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur. So apa yang saya timbulkan pada peringkat awal tadi bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur menyebutkan harga berkaitan tawaran Eurocopter adalah sebanyak 463.44 euro juta ataupun RM2.31 bilion yang mana mereka mengambil harga ini daripada surat yang dibuat oleh Syarikat Mentari Services Sdn. Bhd. Itu pokok yang saya nyatakan tadi dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Jadi saya menunjukkan bahawa harga sebenarnya ialah sebanyak 323.7 juta ataupun bersamaan RM1.604 bilion yang termasuk pakej sokongan teknikal dan offset. Itu yang saya hendak menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Itu tujuan saya ingin menimbulkan dalam isu ini.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jadi saya teruskan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua sehubungan dengan proses perolehan Eurocopter utiliti....
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Permatang Pauh bangun lagi Yang Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada jawapan tadi, perbahasan ini tidak terikat dengan surat Syarikat Mentari. Syarikat Mentari yang ditandatangani oleh Kapten (B) Azhar, Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan yang mengemukakan surat ini hanya salah satu daripada bahan dan jumlah 463 yang saya sebut kemudian dijelaskan semula oleh Yang Berhormat Ipoh Barat 323 setelah diberikan penjelasan oleh syarikat berkenaan. Soal yang kita bangkitkan itu termasuk percanggahan kenyataan yang disebut oleh timbalan menteri, soal perbandingan dengan harga yang dibeli oleh India, Brazil, soal keputusan diambil cara tergesa-gesa dan gagal melaksanakan proses tender terbuka teratur. Itu yang dibahaskan. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pokoknya berkaitan dengan dakwaan pada peringkat awal yang dibuat oleh Ketu Pembangkang dan juga oleh Ipoh Timur bahawa berkaitan dengan harga sebenar dengan harga yang mereka merujuk daripada surat Mentari yang mana ini adalah perlu untuk diperbetulkan. Berkaitan dengan isu-isu lain saya akan menjawab selepas ini jadi makna kita tidak boleh dismiss begitu sahaja berkaitan dengan rujukan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dan Ipoh Timur berkaitan dengan harga yang tidak benar yang telah dikemukakan ataupun yang telah dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua saya pohon penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Biar saya habiskan dahulu ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tidak, tidak atas perkara yang sama.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tidak, biar saya habis dahulu then you get all the better picture.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat Gombak, duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Duduk dahulu. Sehubungan dengan proses perolehan Eurocopter utiliti berkeupayaan search dan rescue ini ianya dibuat melalui tender terbuka antarabangsa yang telah diiklankan pada 7 November 2007. Bagi membolehkan pembuat mengambil bahagian dalam tender tersebut yang mana ditutup pada 12 Februari 2008. Sejumlah tujuh syarikat telah mengambil bahagian dalam tender tersebut dengan mengemukakan dokumen tawaran yang meliputi tawaran keperluan teknikal offset dan harga. Dokumen-dokumen tersebut telah dikemukakan kepada tiga buah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi tujuan penilaian.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Offset, Jawatankuasa Penilaian Harga. Pada 22 Julai 2008 rumusan dan perakuan daripada ketiga-tiga jawatankuasa telah dikemukakan kepada Mesyuarat Lembaga Tender A. Pada 4 Ogos 2008 perakuan mesyuarat Lembaga Tender A yang menekankan kepada elemen penting berkaitan dengan aspek teknikal dan offset telah dibuat kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan dan kelulusan. Kementerian Pertahanan tidak mempunyai apa-apa pengaruh sama sekali ke atas harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pre tender kerana ianya dibuat secara tender terbuka antarabangsa.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kementerian Pertahanan membuat perolehan ini adalah berdasarkan pertimbangan yang profesional yang dibuat oleh pihak kementerian. Pada 3 September 2008 Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan berhubung perolehan helikopter ini. Berdasarkan kepada kelulusan ini surat niat ataupun LOI telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Eurocopter pada 15 September 2008.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya habiskan dahulu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya habiskan dahulu on this issue.
Pengeluaran LOI ini adalah mengikut peraturan dan proses biasa telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Ianya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja selepas 3 September 2008 dan pengeluaran surat tersebut pada 15 September 2008 iaitu selepas 12 hari selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua bahawa inilah merupakan amalan berkaitan dengan pengeluaran surat LOI ini yang mana ia perlu dikeluarkan dalam tempoh tiga hari kalau mengikut amalannya.
Oleh itu dakwaan yang menyatakan bahawa pengeluaran LOI tersebut dibuat secara tergesa-gesa adalah tidak benar sama sekali. Sehubungan dengan dakwaan keperluan untuk melakukan penilaian fizikal dalam membuat pemilihan helikopter ini. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa adalah menjadi tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk sentiasa mengemas kini maklumat-maklumat terkini berhubung dengan perkembangan teknologi semasa yang ada hubung kait dengan helikopter berkaitan seperti keupayaan sebenar helikopter, sistem-sistem yang dipasang di dalamnya serta perkembangan program perolehan yang dibuat oleh negara-negara lain terhadap pembelian helikopter yang serupa.
Berkaitan dengan perolehan helikopter ini kementerian memutuskan tiada penilaian fizikal dibuat di atas sebab-sebab berikut:
(i) keseluruhan tawaran dari segi dokumentasi adalah lengkap dan membolehkan Jawatankuasa Teknikal membuat penilaian;
(ii) TUDM sememangnya mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter yang berada di pasaran pada masa ini; dan
(iii) Bagi menjamin kelulusan dan integriti jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada enam orang pegawai daripada dipertikai oleh mana-mana pihak.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih. Yang pertama saya mahu membangkitkan dalam ucapan saya kenapa tidak ada penilaian fizikal mengenai tender bit- tender bit, enam tender bit itu khasnya kenapa tidak ada ujian penerbangan, flight test.
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada berkata satu sebab adalah dokumen-dokumen yang sempurna. Akan tetapi itu penilaian dokumentari sahaja, documentary evaluation. Saya rasa mana-mana negara yang ada beli defence hardware tanpa ada satu penilaian fizikal khasnya air-craft, penilaian test flight dan kalau tak silap ada satu surat yang dikeluarkan dalam surat khabar yang ada memberi sebab ialah bahawa sebelum ini ada test flight oleh sebab di LIMA Exhibition, pameran di LIMA adalah satu test flight Cougar EC-725.
Akan tetapi itu tidak boleh diterima sebagai test flight untuk procurement defence oleh sebab tidak setaraf dengan stringent international standards untuk test flight oleh sebab itu merupakan joyride sahaja. Mana boleh joyride disamakan stringent test flight.
Bukankah benar bahawa dalam dokumen-dokumen tender sangat jelas ada termaktub bahawa akan ada test flight. Kenapa ini dikecualikan? Kedua, mengenai offset ialah offset evaluation. Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata bahawa satu sebab perbezaan harga RM1.1 bilion yang dikatakan oleh KSU MINDEF dengan ‘RM1.7’ bilion ialah oleh sebab kawalan offset. Saya bukan pakar dalam defence procurement tapi daripada fahaman saya, offset ialah apa yang ditawarkan oleh a tenderer , apa yang
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
ditawarkan oleh tenderer semacam ini bahawa syarikat Eurocopter, satu tawaran offset ialah untuk melaburkan RM250 juta di Subang. Ya lah, ditawarkan oleh tenderer. Kenapa ada satu offset lagi? Nampaknya ditanggung oleh kerajaan. Bolehkah beri maklumat apakah jenis offset pakej ini.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan penilaian fizikal yang tidak dibuat secara membuat test flight atau pun melawat kilang atau pun premis seperti amana yang didakwa oleh pihak pembangkang, Yang Berhormat Ipoh Timur. Bahawa bagi TUDM, TUDM mempunyai pegawai-pegawai yang begitu pakar dalam bidang ini bahawa mereka sentiasa dari semasa ke semasa updated dengan data-data berkaitan dengan helikopter-helikopter dan sebagaimana Yang Berhormat cakap tadi, Yang Berhormat bukan pakar. Jadi, kepada pakar-pakar daripada TUDM ini bahawa oleh sebab mereka lebih mengetahui daripada maklumat-maklumat yang diperoleh dan juga daripada lawatan-lawatan daripada ‘eksibisi-eksibisi’ yang dibuat oleh mereka dan berkaitan dengan masalah-masalah dalam sesuatu perolehan oleh negara- negara lain yang mana mungkin ada masalah-masalah yang timbul bahawa maklumat- maklumat ini semuanya diperoleh oleh pihak pegawai-pegawai pakar dalam bidang ini.
Jadi apa yang saya telah nyatakan tadi, oleh sebab itulah...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Boleh Yang Berhormat saya mencelah soal ini?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya habiskan dahulu. Saya habiskan dahulu.
Oleh sebab itulah yang saya nyatakan tadi bahawa mereka memutuskan iaitu kementerian memutuskan tidak perlu mengadakan penilaian fizikal kerana keseluruhan tawaran dari segi dokumentasi adalah lengkap dan juga membolehkan jabatan teknikal membuat penilaian. Selain daripada itu, bagi menjamin supaya integriti dan ketelusan jawatankuasa teknikal tidak ada interaksi antara penender-penender supaya apa integrasi mereka ini dapat kita pastikan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Permatang Pauh, Teluk Intan atau pun Ipoh Timur?
Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Permatang Pauh, yang lain duduk dahulu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya cuba menyelami penjelasan dengan cara adil tetapi saya percaya Timbalan Menteri kerana tidak terlibat sama sekali dengan seluruh proses ini, tidak dapat mengakui bahawa mustahil suatu peralatan canggih yang menelan belanja RM1.6 bilion dibeli oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan tanpa keperluan penilaian fizikal. Ini bagi saya tidak masuk akal sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, kita tak boleh tentukan masa depan perajurit kita, pilot kita, juruterbang kita, kerana meneliti dokumen. Dokumen terbaik, beli RM1.6 bilion. Kemudian, tak terjamin keselamatan mereka.
Jangan mudah salahkan jawatankuasa teknikal dan kepakaran. Saya tengok memang cara begitu. Menteri putuskan Scorpene kah, Sukhoi kah kemudian disalahnya jawatankuasa teknikal dan pegawai-pegawai. Memang mudah. Tak ada pegawai hendak boleh jawab di sini. Sebab itu kita hendak menteri jawab. Dalam kes ini, belum pernah.
Saya hendak tahu daripada Timbalan Menteri, serius dalam Parlimen ini, adakah tidak suatu procurement besar dengan izin, daripada the infamous Scorpion tanks dibeli dengan begitu canggih kemudian tak berjalan kepada Scorpion tanks dan sebelum itu dia frigate daripada Yaru Shipyard yang sekarang menjadi masalah menelan belanja berbilion ringgit dan sekarang timbul pula Eurocopter.
Alasan diberi oleh Timbalan Menteri - saya percaya bukan Timbalan Menteri tapi teks yang disediakan untuk beliau untuk pertahankan ialah tidak perlunya penilaian fizikal oleh jawatankuasa teknikal dan saya tidak percaya mana-mana jabatan boleh pertahankan keputusan begini terutamanya yang melibatkan peralatan canggih yang belum pernah kita gunakan sebelumnya. Malah Tuan Yang di-Pertua, kalau pun satu peralatan canggih yang kita gunakan, kita nak beli, tanggungan syarikat itu masuk biaya. 2-3 orang pegawai
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
teknikal untuk test drive, tengok teknikal kapasiti. Ini tengok dokumen, semua ada, kena beli. Ini apa punya sistem yang kita laksanakan sekarang.
Saya harap Timbalan Menteri jangan ambil sikap tersinggung dengan teguran saya, kerana saya dalam pengalaman lapan tahun sebagai Menteri Kewangan dan sebelum itu belum pernah yang saya tahu Kementerian Pertahanan pilih untuk beli satu peralatan canggih begini tanpa pemeriksaan fizikal.
Kalau ini berlaku, ini rekod dunia, ‘Malaysia boleh’ yang baru... [Tepuk].
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Point yang sama.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat terkejut bahawa kita telah cuba membeli dengan tanpa physical inspection. Kita di Malaysia pun beli kereta Kancil pun kita inspect juga physically, test drive dahulu. Jadi saya ingin tahu dari Timbalan Menteri, siapakah keenam-enam pegawai yang merupakan pakar dalam hal ini. Apakah expertise mereka, dan apakah jawatan yang mereka pegang. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan untuk search and rescue, adakah juga ini helikopter untuk combat seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sila beri penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah bersama-sama dengan perkara ini supaya kita tidak perlu mengulangi. Saya mahu rujuk dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada satu kes.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Di mana Eurocopter adalah didapati bahawa ada menggunakan satu civilian helicopter instead of a military version untuk statutory fields trial dalam satu negara yang lain. Bukan kah ini menunjukkan bahawa kita perlu ada physical evaluation dan saya setuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, nampaknya kita boleh masuk Guiness Book of Records. Negara yang pertama yang membeli kapal terbang tanpa flight test. Kenapa kita perlu buat begitu? Bukankah flight test ini perlu, ada tender-tender yang short listed, dan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, beritahu Dewan yang mulia ini, sebenarnya antara enam tender-tender ini, berapa di short listed dan kenapa tidak ada physical evaluation. Bukankah benar sampai sekarang ada penjelasan tidak rasmi yang diberikan ialah tidak perlu physical evaluation, flight test oleh kerana sudah dibuat.
So, yang sudah dibuat sebelum itu ialah LIMA Exhibition ada flight test antara tender-tender yang lain ialah ada pergi kilang-kilang negara masing-masing, ataupun ada flight test. Sebenarnya bukan flight test yang mengikuti international standard untuk tender tetapi joyride, dan nampaknya hujah-hujah ini tidak digunakan oleh kerana kita akan jadi bahan ketawa, joyride disamakan dengan flight test dan sekarang kata tidak perlu flight test.
Bukankah ini aneh? Kita try fooling with the life of our pilot, with RMAF personnel. Beli kapal terbang di mana mereka wajib untuk menggunakan, dan kita bermain-main dengan nyawa mereka. Bukankah ini kecuaian high in responsibility in the negligence mereka yang bertanggungjawab dalam MINDEF.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih saya hendak tambah sikit.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, siapa banyak yang berdiri itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak minta sedikit penjelasan. Mengikut syarat untuk teknikal punya spec ini, itu yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang perlu kepada test drive dan juga ujian teknikal dan sebagainya. Antaranya ialah untuk helikopter yang bagi kegunaan utiliti dan transport support helicopter ini, dia mesti ada ciri-ciri rem. Sedangkan saya difahamkan bahawa helikopter ini tidak mempunyai ciri-ciri rem untuk muatan dan penghantaran bekalan. Sebab itu saya lihat bahawa dengan harga ini yang disebut tadi, walaupun disebut RM1.604 bilion bermakna sebuah yang kita beli itu lebih lingkungan dalam RM130 juta ataupun RM132
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
juta, berbanding dengan harga yang dibelikan oleh Brazil hanya dalam lingkungan RM80 ke RM84 juta sahaja sebuah. Jadi, saya hendak minta penjelasan, apa yang menyebabkan kita beli dengan harga mahal itu. Adakah mempunyai spec yang dikatakan lebih daripada apa yang dibelikan oleh Brazil.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu, tunggu Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sama ini, sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Samalah tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bagi kah?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini amat penting sekali
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu. Yang Berhormat Padang Serai duduk. Tolong.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, dalam berkaitan dengan penilaian teknikal ini, ada garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Teknikal yang mana perlu dipenuhi. Jadi berbanding di antara satu jenis helikopter dengan helikopter yang lain, yang mana sepertinya keupayaan berkaitan dengan operasi, sama ada helikopter itu boleh diatur gerak malam dan siang pada berbilang masa dalam semua keadaan cuaca. Itu salah satu kriteria yang dilihat daripada helikopter yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pertahanan ataupun TUDM.
Begitu juga dari segi penyelenggaraan yang mana ia mudah diselenggarakan ataupun maintenance and maintainability dan daripada segi mobiliti juga, helikopter yang kita perlukan hendaklah berupaya terbang 200 nautika miles radius dengan tangki sedia ada, dengan kelajuan tidak kurang daripada 150 knot, serta respons dan mempunyai reserve selama 30 minit untuk penerbangan instrumen. Begitu juga, daripada berat dan saiznya, mampu membawa sekurang-kurang 25 penumpang yang lengkap dengan stretcher pada berat muatan tidak kurang daripada 1000 paun dan ‘survivality’ ia hendaklah dilengkapi dengan self-protection system dari tembakan atau meminimumkan kesan terhempas. Inilah dia antara...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat. Beri peluang?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
...Yang terutama yang kita perlu dalam kita memilih helikopter yang kita hendak beli ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Salak, yang mana satu Yang Berhormat?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai dulu.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belakang tak nampak.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan dalam Dewan ini bahawa helikopter-helikopter yang dibeli ini tidak diuji, tidak teruji oleh pembeli iaitu negara kita. Beliau juga mengatakan bahawa helikopter-helikopter ini cuma dibeli atas document reading dan sebagainya and physical view.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini sahaja, tapi adakah mereka meneliti bahawa mungkinkah Eurocopter aircraft pernah terlibat dalam accident dan sekejap sahaja, dalam 30 saat saya masuk ke dalam internet saya mendapati bahawa pada 7 November 2003, satu aircraft buatan Eurocopter yang tiba-tiba take-off jatuh, met with the very serious accident in the Swansea Airport, in Wales, dengan izin. Jadi ini jelas menunjukkan bahawa Eurocopter is prone to accident dengan izin, dan macam mana satu kerajaan dengan seorang Yang Amat Berhormat terlibat dalam membuat keputusan, Yang Amat Berhormat that means the chief executive of the country terlibat, akan tetapi keputusan melibatkan nyawa perajurit-perajurit kita, pilot- pilot dan mereka yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. You make your point.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kita mahu penerangan yang jelas daripada ini kenapa, ini semua tidak diteliti...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sikit tambah, tambah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat saya hendak dengar Yang Berhormat Pasir Salak dulu Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita telah mendengar pandangan daripada ramai Ahli Yang Berhormat dan saya rasa memang patut pandangan-pandangan diberikan kerana kita hendak menjaga wang rakyat, tax payer money. Walau bagaimanapun saya harap, Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri telah memberi penjelasan, apa yang telah dibuat tetapi kalau hendak dipertikaikan, these no end date, dengan izin. This is a matter of opinion. This is how the other side run their life and this is the way we run our life.
Jadi, dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa telahan-telahan, anggapan- anggapan yang telah dibuat, masa akan menentukan sama ada keputusan akan dibuat oleh kerajaan berhubung dengan pembelian helikopter ini baik atau tidak baik, dan berhubung dengan harga telah diperjelaskan, berhubung dengan technicality ini pendapat masing- masing. Saya percaya pihak kerajaan tidak sebodoh itu hendak membeli barang seperti ini, dengan sewenang-wenang. Tentunya satu proses, satu prosedur. Mungkin prosedur itu tidak memuaskan pihak pembangkang. Jadi saya harap pihak menteri, Tuan Yang di- Pertua, bertegaslah. Kita tak perlu lagilah, terus sahajalah bincang perkara yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Terima kasih. Tunggu Yang Berhormat
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sedikit, sedikit
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sikit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya sangat sikit iaitu mengenai proses, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut mengenai kriteria-kriteria tapi kenapa keputusan dibuat dan untuk mengecualikan penilaian evaluation. Bukankah 37 tender dokumen, documentary evaluation, seksyen 38 ialah physical evaluation, kenapa 37 documentary evaluation tetapi 38, mengenai physical evaluation diketepikan, testing, benar tak benar semua..., kenapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab selepas jam 1.01 minit Yang Berhormat. Jadi Majlis Mesyuarat ditangguhkan dahulu dan kita bermesyuarat semula pada tengah hari, jam 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membawa usul.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di- Pertua, saya memohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10 malam ini.
Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Isnin, 3 November 2008.”
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyambung jawapan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah sedikit sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri meneruskan. Kalau tak silap tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada memberi angka harga terakhir ialah RM1.604 bilion. Sebenarnya ini ialah angka yang ketiga yang berbeza daripada RM1.1 bilion yang diberi oleh KSU MINDEF. Kedua, berbeza daripada RM1.67 bilion yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Pertahanan dan sekarang kita ada angka yang ketiga RM1.604 bilion pagi ini. Saya harap bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjelaskan perkara ini.
Kedua, hari ini kita tengok bahawa ada laporan di mana Pengerusi PAC ada sebut bahawa daripada technical aspect bahawa ini above Board dan mengikut prosedur sungguhpun kita dapati feasibility physical evaluation tidak dapat diikuti. Tentulah ini menunjukkan bahawa PAC mengikut Pengerusinya mendapat satu kesimpulan bahawa daripada segi teknikal aspek ikut prosedur above Board dan tidak berasas. Tidak berasas sekali. Saya tak tahu bagaimana PAC boleh sampai satu keputusan macam ini.
Nampaknya Pengerusi PAC lebih happy untuk membersihkan kerajaan dalam perkara ini daripada untuk dapati apa yang sebenarnya yang berlaku. Kalau itulah yang berlaku, kita perlulah pecat beliau sebagai Pengerusi PAC. Kita tidak mahu PAC, Pengerusi PAC sangat rajin tuntut, tak dapat apa yang berlaku dan bukan tanggungjawab untuk membersihkan perkara ini sahaja. Tiga angka kenapa boleh berlaku.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan angka, saya ingin memberi secara terperinci berkaitan dengan harga asas, tawaran peralatan dan jumlah. Harga yang terperinci, setelah diconvertkan kepada Ringgit Malaysia, harga asas adalah RM1,155,141,562. Tawaran peralatan – RM449,620,075. Jumlah – RM1,604,761,637. This is the whole figures.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Mendapat tiga figures?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Ini melibatkan ada conversion Yang Berhormat.
Kalau daripada segi Euro, saya rasa ia tak ada beza.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bererti you can have 10, 20, 30 sets of figures akhirnya. Bukankah ia satu figure yang tetap?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
This is the figure.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya jawab yang lain dulu.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ini boleh bagi Euro, in Euro.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya tak bagi laluan. Sebelum Dewan yang mulia ini berhenti rehat, saya ingin menyentuh isu-isu yang telah dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pokok Sena bertanya sama ada helikopter yang dipilih ini ada mempunyai ramp ataupun tidak. Dalam keperluan kita berkaitan dengan ramp ini tidaklah sebagai satu yang wajib. Berkaitan dengan keupayaan untuk membawa troop, our helikopter ini boleh membawa seramai 25 orang anggota.
Walau bagaimanapun keperluan kita untuk membeli helikopter model ini adalah untuk mempunyai keupayaan search and rescue. Berkaitan dengan isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Padang Serai yang merujuk berkaitan dengan satu insiden yang berlaku dan beliau membuat kesimpulan bahawa oleh kerana insiden itu helikopter ini tidak bagus.
Saya rasa daripada segi logiknya ia nampak tidak rasional alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Padang Serai itu. Saya rasa ini tidak adil iaitu mengiktiraf bahawa helikopter yang bakal diperoleh ini tidak bagus.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya mengamatinya secara sabar daripada pagi tadi. Cuma ada beberapa perkara yang saya mahu pohon penjelasan.
Yang pertama sekali lagi soal percanggahan angka yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dakwaan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Ketua Pembangkang terikat hanya dengan satu surat telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Akan tetapi bagaimana percanggahan di antara KSU dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soal angka iaitu KSU menjelaskan RM1.1 bilion manakala Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam Parlimen pada pagi ini memberi penjelasan bahawa angkanya ialah RM1.604 bilion. Baik, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberikan penjelasan bahawa RM1.1 bilion tidak melibatkan support services dan beberapa perkara yang lain. Ini juga menimbulkan banyak keresahan di kalangan tax payers kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam mana-mana procurement khususnya defence hardware ini ianya ketika kita melakukan negotiation ataupun tender itu, syarikat pembida tender itu pastinya akan masuk dalam pakejnya soal latihan, alat ganti dan juga kelengkapan yang lain. Tidak mungkin KSU memberikan satu angka kemudian Dewan Rakyat diberitahu satu angka pertambahan kerana specs ini telah ditambah. Ini perlu penjelasan.
Yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pohon penjelasan juga soal physical evaluation Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan dalam Dewan Rakyat menzahirkan bahawa tidak perlu kepada physical evaluation kerana kita ada kepakaran dan kita ada laporan yang sudah lengkap dan tidak perlu dilakukan penilaian fizikal. Saya hendak beri contoh dan mengingatkan Dewan Rakyat ini. Sebagai contoh, bila negara kita membeli Global Express untuk kegunaan Perdana Menteri. On paper, pada kertas ianya menyatakan Global Express ini boleh terbang daripada Kuala Lumpur ke London tanpa henti. Akan tetapi setelah kerajaan membeli Global Express, sekarang ini Global Express tidak boleh terbang secara terus daripada KL ke London. Ini membimbangkan kita.
Satu lagi contoh saya hendak mengingatkan Dewan Rakyat ini di mana negara kita telah membeli 88 Skyhawk. Berbilion ringgit kita belanja. Apa yang kita saksikan dalam Dewan Rakyat pada pagi ini ialah nampaknya ada kecenderungan Kerajaan Barisan Nasional ini untuk menggunakan wang rakyat melalui perolehan yang bernilai berbilion
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
ringgit bukan untuk menjaga keselamatan negara, bukan untuk menjaga keselamatan anggota tentera dan rakyat tetapi kerana mahu punggah komisen yang begitu tinggi.
Saya hendak beri contoh Skyhawk. Negara membeli 88 unit Skyhawk, 88 unit. 44 kita bawa balik, 44 masih berada di Arizona dan 44 yang kita bawa balik ke Malaysia Tuan Yang di-Pertua sampai petang ini masih lagi grounded dan tidak boleh digunakan sedangkan Singapura membeli Skyhawk yang sama telah pun membaik pulihnya dan menggunakan sebagai super Skyhawk untuk kepentingan dan keselamatan negara. Jadi perkara-perkara inilah yang membimbangkan anggota Dewan Rakyat yang mewakili rakyat supaya Kementerian Pertahanan memastikan setiap sen itu benar-benar digunakan bagi kepentingan dan keselamatan negara.
Jadi saya pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali lagi soal dispute harga yang telah dinyatakan di antara Yang Berhormat Timbalan Menteri dan KSU walaupun alasan telah diberikan tetapi seperti saya nyatakan tadi procurement defence hardware ini mesti telah pun mencakupi angka-angka yang lain. Yang keduanya physical evaluation ini cukup penting bagi menjaga kepentingan dan keselamatan anggota tentera dan juga negara. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah pembangkang ini biasalah. Dia suka memutarbelitkan. Malahan apabila mereka menggunakan surat Mentari itu, mereka telah sengaja menggunakan angka itu untuk melambangkan atau memberi gambaran seolah-olah kerajaan ini tidak telus di mana walaupun harga sebenar lain daripada apa yang didakwa oleh pihak pembangkang yang berdasarkan harga yang tertera dalam surat Mentari itu.
Berkaitan dengan discrepancy ini, seperti ini yang saya nyatakan bahawa harga yang dinyatakan ini adalah equivalent Malaysian Ringgit. Jadi yang berlaku discrepancy dalam conversion ini. Berkaitan dengan harga, harga ini walaupun sudah dapat surat LOI iaitu surat niat bahawa kontrak ini belum muktamad lagi. Selepas biasanya daripada penerimaan surat LOI ini bahawa pihak kerajaan akan berunding dengan pihak pembekal berkaitan dengan teknikal lagi, program offset, terma-terma syarat, jadual pembayaran termasuklah runding harga lagi. Jadi surat LOI ini adalah merupakan surat niat saja. Jadi belum finalize lagi dalam erti kata memeterai satu agreement yang boleh binding all parties.
Berkaitan dengan physical evaluation.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya ingin menegaskan bahawa pada peringkat preliminary bahawa keperluan adalah untuk memilih jenis helikopter yang memenuhi keperluan negara kita seperti yang apa diperakukan oleh pihak TUDM seperti mana yang saya telah nyatakan tadi berkaitan dengan asas pemilihan melalui dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak petender-petender.
Jadi oleh kerana itu, dalam proses ataupun dalam pembelian ini, bukan kita macam beli kereta seperti kita tengok kereta hari ini, kita mahu kereta itu. Jadi bukan macam beli kereta dalam konteks membeli peralatan seperti ini kerana setelah kita memutuskan untuk jenis pembelian helikopter ini bahawa pembekal ataupun penender perlu membuat helikopter dan sebelum helikopter diterima oleh pihak kerajaan bahawa kita ada melaksanakan yang dipanggil pertamanya pre acceptance test and then the other one is final acceptance test. Pre acceptance test ini apabila helikopter telah disiapkan, belum lagi 100%, boleh saja diterbangkan dan sebagainya. Bahawa pihak-pihak expert dalam pasukan ataupun team penilaian ini akan membuat physical pre acceptance test. Selepas itu apabila telah berpuas hati dan kapal terbang ataupun helikopter aircraft ini telah disiapkan 100%, sebelum penerimaan dibuat, baru ada final acceptance test. This is yang biasa dilakukan berkaitan dengan perolehan aset-aset seperti ini. Jadi...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat bangun.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Selepas ini. Jadi bermakna pada peringkat preliminary itu kita tidak lakukan hanya kita hendak menentukan bentuk jenis apa aircraft helikopter ini yang kita hendak membelinya bagi kesesuaian dengan keadaan kita, keperluan kita. Itu sebab hanya pada peringkat awal kita berasaskan ataupun berpandukan kepada dokumentasi seperti mana yang saya telah nyatakan daripada segi dokumentasi dan data-data memang kita mencukupi dan sufficient to decide on the type or the model that you want to ini, dengan izin.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minta penjelasan, dalam perkara ini...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sekejap, sekejap.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Oh, Yang Berhormat Batu Pahat, okey sila.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya cuma ingin penjelasan iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menangguhkan pembelian helikopter ini. Jadi jika sekiranyalah keputusan dibuat untuk membeli semula bila sampai kepada waktu yang kita rasa sesuai untuk membelinya. Apakah ia akan di tender semula ataupun LOI ini, surat yang sudah dikeluarkan itu boleh diguna semula dan apakah ada implikasi dari segi harganya pula nanti? Minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Dalam konteks berkaitan dengan pembelian ini adalah merupakan penangguhan untuk sementara dan ini mungkin perlu membuat perundingan untuk melanjutkan masa. Jika tidak harga mungkin berbeza, keadaan pada ketika itu mungkin daripada segi harga pasaran.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap boleh ada dapat jawapan yang lebih jelas bahawa deferment Eurocopter deal ini, adalah bererti bahawa inilah sudah diberhentikan atau menunggu masa, keadaan ekonomi yang memerlukan bahawa mahu beli helikopter-helikopter untuk menggantikan Nuri bahawa LOI mengenai Eurocopter akan terus dipakai. Kalau begitu, tadi Yang Berhormat ada sebut mengenai cara acceptance test sebelum final delivery, itu selepas keputusan untuk membeli aircraft tetapi adalah keputusan untuk membatalkan international based practice untuk mengadakan physical evaluation ialah melalui flight test khasnya.
Inilah sudah termaktub dalam tender dokumen - seksyen 37 ialah documentary evaluation, seksyen 38 ialah mengenai physical evaluation. Siapa buat keputusan bahawa paragraph 38 mengenai physical evaluation tidak perlu dipatuhi? Siapa buat keputusan dan adakah keputusan ini disokong oleh Kabinet? Adakah RMAF memberi sokongan sepenuhnya oleh sebab ini memainkan dengan nyawa anggota-anggota RMAF yang akan menggunakan aircraft ini. Adakah contoh negara yang lain di mana pembelian aircraft semacam ini tidak perlu ada physical evaluation atau flight test.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang Berhormat, kalau ada flight test pun, we are not going to buy the plane that we are testing because apa yang perlu, kita memastikan supaya pembekal ataupun pembuat aircraft mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Apa yang penting, test semasa preliminary test dan final acceptance test. Itu akan dinilai daripada segi safety dan pelbagainya. Jadi dakwaan Yang Berhormat seolah-olah kita tidak peka tentang keselamatan anggota-anggota not sustainable, yang didakwa oleh Yang Berhormat itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itulah kita dapati, saya mahu tanya berapa tender yang di short listed dan siapa itu di short listed?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya hanya boleh bagi maklum bahawa ada tiga jenis helikopter yang di short listed.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukan semua perlu dapat physical evaluation baru buat keputusan? Ketiga-tiga dapat satu flight test baru dibuat keputusan kenapa tidak ada flight test ketiga-tiga itu?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Ketiga-tiga helikopter yang di short listed ini adalah berasaskan daripada pemarkahan-pemarkahan yang diberi, berasaskan daripada
Datuk Wira Abu Seman Yusop
keperluan kita. Jadi di antara yang tertinggi dari segi pemarkahan, penilaian teknikal ini adalah Eurocopter. Ianya memenuhi keperluan yang dikehendaki?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tanpa flight test lah?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Itu sebab saya katakan tadi, yang pentingnya evaluation sebelum penerimaan. Untuk memastikan keadaan safety dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas bangun.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang Berhormat sendiri mengaku Yang Berhormat bukan pakar dalam perkara ini. Jadi yang memperakui supaya pre acceptance test dengan final test dibuat oleh jawatankuasa penilai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahukan membela nasib baik, nyawa, keselamatan anggota-anggota RMAF, itu tanggungjawab kita.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Penjelasan. Baik Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyebut bahawa fizikal ataupun teknikal evaluation itu hanya akan dibuat selepas daripada kita sudah confirm hendak dibeli. Peringkat sekarang ini baru peringkat mengenal pasti apa jenis yang kita hendak pakai. Jadi saya hendak persoalkan di sini bahawa kita sepatutnya sebelum kita hendak kenal pasti apa jenis aircraft ataupun helikopter kita hendak pakai itu, kita mesti melihat bahawa dia sama ada kesesuaian ataupun dengan persekitaran negara kita dan juga di rantau-rantau ini dari segi kegunaannya. Baru boleh kita kenal pasti sampai ke peringkat itu.
Kemudian barulah kalau kita hendak katakan bahawa ada peringkat-peringkat yang lain kita hendak buat ujian-ujian lain tetapi sekarang kita belum melihat sama ada ia bersesuaian ataupun tidak. Kalau berlaku peperangan umpamanya adakah dia bersesuaian ataupun tidak dengan keadaan cuaca, keadaan environment persekitaran di negara kita dan juga di negara ini. Jadi sekarang ini tiba-tiba kita confirm kata itu sesuai dengan negara kita. Jadi kita pun buat keluar surat niat beli tanpa kita mengenal pasti sama ada dia mempunyai kesesuaian ataupun tidak. Jadi bagi saya bahawa tidak sewajarnya berlaku begitu. Malah kita pernah pun, apa salahnya kalau kita hendak buat ujian pandu, test drive ini kerana kita bukan menanggung kos seperti mana yang disebut tadi.
Malah ada pembekal-pembekal sebelum ini kita tidak niat pun, tidak ada LOI memang tidak ada niat hendak beli pun umpamanya macam aircraft imperial, maknanya Brazil mari suruh kita test drive untuk hendak tengok sama ada kesesuaian ataupun tidak.
Jadi sekarang kita hendak beli dengan duit kita, tiba-tiba kita tidak buat satu ujian yang complete, tiba-tiba kita kata dia sesuai untuk negara kita, sesuai untuk tentera kita dan sebagainya. Ini bagi saya satu benda yang cukup malanglah. Apatah lagi macam saya katakan tadi bahawa ciri-ciri ramp itu sangat-sangat menjadi keperluan tetapi takkan tidak ada satu ciri ramp.
Walaupun disebut tidak menjadi satu kewajipan tetapi itu sebagai satu kemudahan pergerakan untuk anggota tentera kita masuk ke dalam helikopter, takkan hendak lompat ikut tingkap?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh saya sambung Yang Berhormat?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh jawab sekali?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas, sila.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Oleh sebab
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
perkara ini sudah ditangguhkan dan oleh itu saya hendak tanya apakah bila sampai tibanya nanti pembelian hendak dibuat apakah kerajaan bersedia untuk declassified, urusan tender pembelian helikopter ini daripada OSA. Ini supaya selepas pembelian nanti semua pihak boleh memeriksa apa sahaja tidak puas hati dengan technical evaluation ataupun fizikal sebagaimana yang dibangkitkan tadi? Sebelum beli juga, boleh tidak helikopter ini bawa Ahli Parlimen berjalan untuk kita test lah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Walaupun saya bukan engineer pilot, Tuan Pengerusi boleh test supaya kita tahu dari segi kesesuaian. Terima kasih.
Ir. Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh jawab sekali tak, sedikit sahaja.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Satu, minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya jawab dahulu.
Ir. Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh tak, boleh tak? Hendak tanya satu soalan sahaja. Jawab sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Ir. Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya cuma ingin tanya satu soalan sahaja. Adakah RMAF mempunyai satu kumpulan pakar jurutera, pilot dan sebagainya tentang helikopter yang boleh menyediakan segala keperluan termasuk ujian dan sebagainya yang membantu kementerian di dalam pembelian helikopter ini.
Sebab pada saya dengan izin, the end user is RMAF dan sepanjang yang kita alami kita tidak engage dengan izin mana-mana konsultan tetapi kita percaya bahawa kita ada keupayaan. Cuma soalan saya adakah kita ada kumpulan pakar itu. Kalau kita ada alhamdulillah, kalau tidak ada minta timbalan menteri jawab.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Duduk dahulu. Berkaitan dengan kepakaran, telah saya nyatakan bahawa TUDM memang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang helikopter ini. Inilah kepakaran-kepakaran kita yang mana dianggotai oleh anggota-anggota TUDM sendiri iaitu the end user yang mana mereka ini mempunyai pengalaman yang begitu lama, yang begitu mahir. Jadi itulah yang diperakukan oleh pihak pakar TUDM ini dan berkaitan dengan isu yang ...
Ir. Hamim bin Samuri - Ledang
Maksud saya, sekejap sedikit. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Adakah kumpulan pakar ini juga menentukan membantu menentukan di dalam menyenaraikan specification atau penentuan kerja dari segi pembelian peralatan seperti helikopter ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, bahawa kumpulan pakar inilah yang sebenarnya melakarkan segala asas-asas keperluan kita dalam memperoleh helikopter ini dan saya telah menyatakan pagi tadi bahawa keperluan-keperluan kita berkaitan dengan penilaian ini.
Ada asas-asasnya yang diperlukan dan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh pakar-pakar daripada anggota TUDM kita. Jadi itu sebab tadi macam Yang Berhormat Pokok Sena timbulkan seolah-olah kita tiba-tiba hendakkan helikopter tanpa ada garis panduan atau asas-asas yang diperlukan untuk kita membuat tawaran kepada petender-petender.
Sebenarnya seperti mana yang telah saya nyatakan pagi tadi bahawa asas-asas penilaian helikopter yang diperlukan oleh TUDM adalah daripada aspek operasi yang boleh diatur gerak sama ada waktu malam atau siang ataupun dalam sebilang masa dalam semua keadaan cuaca. Begitu juga berkaitan dengan penyelenggaraan ia perlu mudah diselenggarakan dan mobiliti ia berupaya terbang 200 miles nautical radius dengan tangki
Datuk Wira Abu Seman Yusop
sedia ada, dengan kelajuan tidak kurang daripada 150 knot serta responsif dan mempunyai reserve selama 30 minit untuk penerbangan instrument dan daripada segi berat dan saiznya mampu membawa sekurang-kurangnya 25 penumpang yang lengkap dengan stretcher pada berat muatan tidak kurang daripada 10,000 pound dan survivallity dilengkapi dengan self-protection system dari tembakan atau meminimumkan kesan tempias. Jadi itu spesifikasi dan konfigurasi yang ditetapkan untuk memperoleh helikopter ini Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Berdiri]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa itu adalah asas-asas keperluan yang perlu ada kepada sebuah aircraft, sebuah helikopter tetapi asas itu atas kertas. Akan tetapi apakah kita telah pun membuat ujian dari segi praktikalnya untuk memastikan helikopter itu memenuhi asas atas kertas tadi. Ini yang menjadi masalah kepada kita. Kalau kita hanya berpandukan kepada atas kertas sahaja jadi ini problem lah kepada kita.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kita telah membelanjakan sejumlah wang yang besar tetapi kita tidak boleh hanya berasaskan kepada asas atas kertas kemudian orang mai bagi tahu kategori kita helikopter ini memang memenuhi asas apa yang diperlukan tanpa kita membuat satu ujian, sama ada dia boleh membelah awan tebal ataupun tidak, keadaan cuaca yang bagaimana ataupun tidak, dia mesti melalui satu ujian.
Jadi sekarang kita tidak buat satu ujian. Jadi apa? Saya bimbang macam disebut Yang Berhormat Ipoh Timur umpamanya apa akan jadi kepada ini, apakah anggota tentera kita akan menjadi mangsa akibat daripada kesilapan daripada kita hendak mengenal pasti betul-betul helikopter seperti mana yang disebut rakan saya Yang Berhormat Gombak tadi, Skyhawk umpamanya.
Kita beli kita tidak boleh pakai. Hari ini helikopter yang dibelikan oleh Kementerian Dalam Negeri sudah disebut oleh laporan Ketua Audit tidak boleh pakai sebab dia tidak didaftar di bawah Jabatan Penerbangan Awam kerana tidak ikut dia punya specs dia, tidak ikut dia punya syarat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Berdiri]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Berdiri]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Jadi kita tidak mahu nanti jadi sekali lagi akan ada satu laporan audit negara yang menunjukkan secara jelas bahawa akan berlaku satu penyelewengan tetapi laporan audit hanya boleh membuat penjelasan setelah kita kehilangan wang. Kita tidak mahu belum buang kita hilang, kita hendak supaya sesuatu pembelian itu dibuat mesti dibuat berasakan kepada keputusan yang betul dan tepat. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beri jalan lagi Yang Berhormat? Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Gombak bangun.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat. Dia tidak nampak ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah bagi tahu Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya beri respons...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak saya sedikit sahaja sambungan Yang Berhormat Pokok Sena sebut itu. Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pokok Sena takut esok kapal terbang ini tidak boleh pakai, efektif ataupun berbahaya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak guna perkataan apa? Alamak fikirlah tak kanlah esok masa delivery hendak terima begitu sahaja, betul atau tidak. You kalau Yang Berhormat beli kereta pun sebelum you take delivery of your car, you test lah. Kalau tidak memenuhi spesifikasi tolak, dia akan hantar kereta yang lain. Apa ini a simple test , you want make it as an issue. Why you want to make it as an issue, this small matter?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Laporan test.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh bangun Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi. Yang Berhormat Menteri, bagi chance, jangan bagi chance dia orang sahaja. Apa ini. Berpuluh-puluh orang sudah bercakap.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Helikopter polis tidak boleh pakai.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa dia.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, helikopter polis. Tanya Perdana Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena, tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia sekarang ini spesifikasi sudah ditentukan. Jadi esok dia orang akan buat kalaulah jadi sebenarnya di ini akan jadi academic exercise sahaja, is overtaken by event. Perdana Menteri sudah umum dah benda ini ditangguhkan, jadi kita duk bincang-bincang benda yang sudah ditangguhkan ini pun ...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tangguh bukan batal.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yalah tetapi bila hendak beli lima tahun, 10 tahun duk bincang-bincang hari ini sampai perkara lain tidak boleh pergi, tidak boleh hendak bincang. Cerita apa ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hairan ini, Yang Berhormat Pasir Salak pasal apa jadi macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena tidak boleh macam itu. Tidak selalu...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cakap orang Kedah bagi dia faham, kalau tidak dia tidak faham Tuan Yang di-Pertua. Apa loklak sangat ini?
Betul tak, saya ulang balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Berdiri]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sudah order the spec, sudah tentu. Kalau esok hendak beli, lusa hendak beli, bulan depan hendak beli dia orang will dengan izin Tuan Yang di-Pertua dia akan buat kapal terbang itu mengikut spesifikasi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Salak sedang meminta penjelasan dengan menteri Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau sekiranya, Yang Berhormat Gombak hendak bercakap sekejap lagi. Selepas itu kita gilir-gilirlah, gilir-gilir tidak mengapa.
Kalau dia sudah siap esok, bukannya kita hendak terus ambil macam itu sahaja, kita boleh test. You hendak naik berapa kali, naiklah, hendak terbang ikut sama, ikutlah bagi puas hati. Kalau not to specifications, not reliable, defective, this and that tolaklah, dia buat benda yang baru. As simple as that. Alamak, shall I use the word?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena hendak beli helikopter laju.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cerdiklah sikit.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Berdiri]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat mesej daripada TUDM dia kata apa Yang Berhormat Pasir Salak gelak, buat aniaya kat kami.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak boleh macam ini Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Pasir Salak, menteri dah jawab macam itu ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cerdik la sikit.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, saya nak pohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, nak bagi jalan Yang Berhormat? Nak bagi Yang Berhormat Gombak?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Cukuplah, dah terlampau banyak penjelasan.
Nak respons Yang Berhormat Pokok Sena saja.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya nak mohon penjelasan satu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya nak respons kepada Yang Berhormat Pasir Salak dulu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Pasir Salak dulu?
okey.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tak, saya nak respons. Terima kasihlah Yang Berhormat Pasir Salak. Dia tak faham, ini suka remeh temehlah. Dia ingat macam beli kereta. Ini hari test kereta, ambil kereta. Ini company kereta, Yang Berhormat Pokok Sena.
You pun compare dalam you punya ucapan macam beli beg. Beli kedai ini tengok beg ini, tengok beg ini, tengok beg ini, ambil yang murah. Ini tak ada standardlah ini Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Duduk, duduk. Sabar dulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Sabar dulu. Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kena minta jalan Yang Berhormat ya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Nak minta jalanlah ini.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tak, saya tak bagi. Kasi saya habis dulu, kasi saya habis dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Gombak minta jalan Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jadi, kalau kita nak test...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
...test helikopter itu, kita tak ambil helikopter yang kita test itu Yang Berhormat. Jadi, itu sebab dah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Saya dah jelaskan dan dijelaskan lagi oleh Yang Berhormat Pasir Salak, kita bagi spesifikasi, dah ada spesifikasi, pembuat akan buat mengikut spesifikasi dan lepas dekat nak siap kita buat pre acceptance test. Kalau tak elok, kita tak terimalah. Kita nak jaga keselamatan dan sebagainya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang terakhir sekali, ada final acceptance test, penerimaan test yang kita akan buat. Dia mesti 100% mengikut spesifikasi kita dan nak tengok daripada segi keselamatan dan sebagainya. Kalau dia tak boleh memenuhi kehendak kita, kita tak terimalah helikopter itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya ingat itu cukuplah, dah terlampau banyak yang saya telah bagi. Saya ingat saya pergi isu yang lainlah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tak bagi jalan. Saya dah banyak dah bagi pagi tadi. Banyak menteri-menteri lain nak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita akan ikut peraturan Yang Berhormat. Dalam mencelah kena minta laluan daripada menteri yang sedang bercakap.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Dah terlampau banyak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak bagi jalan Yang Berhormat Gombak ya?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tak bagilah, tak apalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tadi bagi tahu selepas Yang Berhormat Pasir Salak .....
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Isu seterusnya yang ingin saya sentuh adalah .....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
...berkaitan dengan aspek tawaran harga yang dibuat oleh syarikat Eurocopter.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh bangun nanti selepas ini Yang Berhormat, boleh bangun lagi.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Dalam hal ini, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membuat dakwaan seperti berikut;
(i) Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat bagi Ipoh Timur mendakwa bahawa ada komisen dibayar kerana harga tawaran yang dibuat oleh syarikat Eurocopter sebanyak Euro463.44 juta ataupun RM2.31 bilion adalah tinggi daripada
Datuk Wira Abu Seman Yusop
tawaran penender yang lain terutama daripada penender yang menawarkan harga termurah sekali iaitu syarikat Kelowna Flightcraft Ltd. yang menawarkan helikopter model KAZAN MI172KF dengan harga tawaran sebanyak USD312 juta ataupun RM1.61 bilion dan;
(ii) Yang Berhormat bagi Lembah Pantai dan Yang Berhormat bagi Padang Serai mendakwa bahawa harga tawaran yang dibuat oleh Eurocopter dalam perolehan helikopter ini adalah lebih mahal berbanding dengan harga pembelian yang dibuat oleh negara Brazil di mana perbezaannya daripada segi harga adalah lebih daripada 200%.
(iii) Yang Berhormat bagi Pokok Sena mempertikaikan mengapa tawaran yang dibuat oleh petender dengan harga yang murah tidak dipertimbangkan sedangkan keperluan adalah untuk mengganti pesawat Nuri bagi penggunaan pengangkutan dan ini memadai dengan memperoleh Cougar model EC225.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, ini baru saya baca...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, nak bagi jalan?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi lagi Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Sebelum saya membuat penjelasan lanjut berkaitan dengan tawaran harga oleh Eurocopter bagi 12 buah helikopter ini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa harga tawaran yang dibuat oleh Eurocopter adalah berjumlah Euro323.7 juta atau RM1.604 bilion termasuk pakej teknikal serta offset dan bukannya Euro463.44 juta ataupun RM2.31 bilion seperti mana yang didakwa oleh kedua- dua Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Malahan tawaran berkaitan dengan RM2.3 bilion, tidak ada mana-mana penender yang membuat tawaran harga seperti tersebut. Sehubungan dengan proses perolehan helikopter ini, Kementerian Pertahanan secara telus dan profesional melaksanakan secara tender terbuka antarabangsa bagi membolehkan semua syarikat pembuat mengambil bahagian secara langsung dan dengan tidak ada komisen dibayar oleh pihak pembekal atau kerajaan kepada mana-mana pihak. Ini adalah selaras dengan dasar perolehan kerajaan yang sedia ada di mana elemen penting yang diberi penekanan dalam perolehan helikopter ini adalah mengikut aspek teknikal dan offset selain tawaran harga yang munasabah.
Bagaimanapun, tawaran yang dikemukakan oleh Eurocopter ini adalah masih belum dimuktamadkan sepenuhnya. Pengeluaran LOI yang belum mengikat kerajaan adalah bagi membolehkan proses rundingan berkaitan dengan perolehan ini dilaksanakan.
Dengan adanya LOI seperti tersebut, Kementerian Pertahanan boleh melaksanakan proses runding bersesuaian dengan keperluan kontrak meliputi aspek-aspek berikut iaitu;
(a) runding teknikal,
(b) program offset yang turut melibatkan penyertaan syarikat tempatan,
(c) terma-terma dan syarat kontrak,
(d) jadual pembayaran dan;
(e) runding harga.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Berkaitan dengan perbezaan harga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Lembah Pantai dan Yang Berhormat Padang Serai bagi pembelian yang dibuat oleh negara Brazil adalah 200% lebih murah, kementerian ini tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung dengan pembelian tersebut untuk dibuat perbandingan. Begitu juga bagi pihak Yang Berhormat, tidak dapat memberi maklumat yang terperinci berkaitan dengan helikopter yang diperolehi oleh negara Brazil ini. Bagaimanapun perlu dijelaskan di sini bahawa setiap perbandingan yang dibuat hendaklah mengambil kira dalam pelbagai aspek, skop kontrak seperti spesifikasi, teknikal, konfigurasi helikopter, alat ganti, peralatan dukungan, latihan anak kapal serta anggota teknikal.
Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat adalah secara melulu.
Seterusnya Yang Berhormat bagi Pokok Sena...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Gombak bangun.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
...mempersoalkan mengapa membeli helikopter yang lebih murah iaitu Cougar model EC225. Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa keperluan pertahanan negara adalah menjadi keutamaan. Kementerian Pertahanan melaksanakan perolehan helikopter ini bukan hanya bagi mengganti pesawat Nuri bahkan bagi memantapkan tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya. Perolehan yang dilaksanakan adalah berdasarkan keperluan dan spesifikasi yang dikehendaki oleh TUDM iaitu helikopter bagi memenuhi keperluan utiliti keupayaan search and rescue dan boleh dipertingkatkan keupayaan menjadi combat, search and rescue.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Oleh yang demikian, tidak perlu dipersoalkan mengapa kerajaan membuat perolehan helikopter Cougar model EC725 dan bukan Cougar model EC225 sebagaimana yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi pada 13 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya menyusun semula peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di mana projek-projek yang mempunyai kesan penggandaan rendah iaitu tidak mempunyai practical down multiply effect, kandungan import yang tinggi dan mempunyai tempoh pelaksanaan yang panjang perlu ditangguhkan. Antara projek-projek yang perlu diteliti semula adalah pembelian helikopter ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Sehubungan dengan keputusan ini, hasrat untuk mempunyai helikopter ini telah ditangguhkan untuk sementara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya ingat banyak lagi ini Tuan Yang di-Pertua.
Lebih baik saya...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Rembau hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Bagi Rembau lah!
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasi Yang Berhormat Menteri. Saya cukup tertarik dengan penjelasan tentang isu pembelian Eurocopter ini.
Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang keperluan pertahanan negara dan atas sebab itu TUDM telah mengeluarkan tender untuk menggantikan Nuri yang telah dikeluarkan oleh Sikorsky dengan helikopter- helikopter baru. Dalam kenyataan-kenyataan awal, saya minta maaf kerana tidak hadir
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
dalam jawapan pagi tadi tapi dalam kenyataan-kenyataan awal disebut bahawa antara ciri yang dilihat sebagai penting bagi pengganti kepada helikopter Nuri ini adalah combat, search and rescue. Tadi Timbalan Menteri ada sebut search and rescue sahaja.
Jadi dalam kenyataan awal disebut combat, search and rescue sebab kalau kita hendak ganti Nuri ini dengan light for light sudah tentunya kita hanya ganti dengan helikopter utiliti. Utility helicopter yang boleh buat pengangkutan iaitu yang saya rasa lebih sesuai kita lihat kepada option ataupun model yang lebih murah daripada Eurocopter tetapi memandangkan ada ciri combat, search and rescue di mana yang perkara ini ditekankan oleh TUDM beberapa kali, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri untuk penjelasan di Dewan ini, soal combat, search and rescue ini. Search and rescue ini saya faham kerana ada kalanya kita perlu ada misi menyelamat dalam keadaan-keadaan tertentu.
Akan tetapi dalam soal combat ini boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan dari segi dasar pertahanan kita, siapa yang kita hendak berperang ini? Combat.
Apakah perancangan kita hendak serang negara lain, ataupun adakah kita ada satu clear and present danger yang memerlukan kepada satu helikopter combat,search and rescue.
Sudah tentunya kita hendak belanjakan duit ini bila kita ada satu trap, clear and present danger. Ataupun apabila kita ada satu plan of eminent attack. Jadi saya hendak tanya, apakah falsafah dasar combat tersebut. Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya pohon satu penjelasan. Yang Berhormat Rembau boleh, Yang Berhormat Gombak bolehlah.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Yang Berhormat Gombak sudah banyak dah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sekali sahaja.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kuota sudah cukup untuk Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tadi dia janji boleh Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Datuk saya ....
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ada kaitan dengan Yang Berhormat Rembau yang saya setuju.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tidak adalah, tidak apa. Kemudianlah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Datuk, Datuk saya ...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya hendak lanjutan daripada perbahasan wakil Yang Berhormat Rembau. Saya ingin pohon penjelasan daripada Timbalan Menteri. Memang asalnya program penggantian Nuri ini ....
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasihlah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Asalnya utilities helicopter...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kemudian dipindah kepada search and rescue dan juga combat mission tetapi pokoknya mengapa tumpuan diberikan kepada Eurocopter? Sebab kalau combat dan juga search and rescue operation ini juga ada helikopter lain yang lebih murah dan dapat memenuhi kriteria yang diperlukan kerajaan.
Lanjutan daripada Yang Berhormat Pasir Salak tadi yang disambut oleh Timbalan Menteri,
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
saya kira tidak semudah itu jawapan yang hendak diberikan dalam Dewan Rakyat. Saya tahu ada pegawai Kementerian Pertahanan, Perbendaharaan. Saya rasa malu sebab Tuan Yang di-Pertua, yang saya sudah beri angka tadi Skyhawk sudah beli pun.
Sudah beli 88 unit tetapi 44 dibawa balik dan grounded, tidak boleh pakai setelah beberapa tahun. Jumlah 44 masih di Arizona. Jangan sambut kenyataan Yang Berhormat Pasir salak semudah itu. Tidak apa, kita beli delivery besok kita tengoklah. Ini bukan beli kancil, helikopter. RM1.6 bilion dan pernah berlaku Tuan Yang di-Pertua dan sedang berlaku. 44 belum diserahkan yang sudah ada, tidak boleh dipakai. Itu persoalan saya.
Kedua soal penangguhan bila Perdana Menteri mengumumkan tangguh.
Sekarang saya baca kenyataan Perdana Menteri, dia tangguh sampai 2011 lebih kurang tiga, empat tahun yang akan datang...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan izin Menteri kah bercakap ini? Panjang lebar.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Pasir Salak sambut buat apa? Duduk dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tadi kata, mesti dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua pun kata tadi dengan izin.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri umum penangguhan sehingga 2011. Saya hendak tanya Kementerian Timbalan Menteri, apakah kita akan teruskan dengan Eurocopter pada 2011 kerana tiga, empat tahun yang akan datang sudah tentu teknologinya lebih canggih, lebih maju ke hadapan. Eurocopter sudah menjadi obsolete. Jadi pendirian ini juga tidak dinyatakan oleh Timbalan Menteri dalam jawapan tadi. Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Datuk, pasal tadi saya sambung sikit sahaja Datuk...
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak minta penjelasan berkaitan dengan Nuri Datuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat dia tidak bagi laluan Yang Berhormat. Tidak bagi.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bangun kemudianlah Yang Berhormat. Dia tidak bagi, ketika ini dia tidak bagi
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua....
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak tanya berkaitan dengan Nuri Datuk, bila...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bila kita beli Eurocopter apa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena dia tidak bagi Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Cukup, cukup.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Status Nuri selepas kalau kita jadi beli Eurocopter. Keduanya akhirnya saya hendak tanya ialah apakah kerajaan sedia mengkaji umpamanya kalau kita hendak beli juga Eurocopter lah tapi kita tidak beli EC725
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
tapi kita beli EC225 tetapi oleh kerana hendak mementingkan keperluan military specs sepertimana yang disebut tadi untuk tujuan combat ini, kita beli peralatan itu untuk kita pasang di Malaysia umpamanya. Sepertimana yang pernah kita gunakan kepakaran dalam negara kita untuk Agusta. Agusta kita beli kapal kemudian kita beli keperluannya, kita pasang di negara kita. Adakah kita bersedia? Itu lebih murah...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cadang Yang Berhormat Pokok Sena jadi konsultanlah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Boleh, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Pasir Salak ini bagi angkut pasir bolehlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin respons kepada isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rembau berkaitan dengan pembelian helikopter model EC725 ini. Memang selain daripada untuk keupayaan search and rescue, pada peringkat awal saya ada menyebut bahawa ianya juga akan dipertingkatkan keupayaannya kepada combat SAR yang mana saya telah maklumkan pada pagi ini.
Jadi dalam konteks ini di mana apabila helikopter ini telah diperoleh dan keupayaan untuk dilaksanakan kegunaan combat maka tambahan peralatan sejajar dengan kegunaan combat ini akan dipertingkatkan. Ini merupakan matlamat dasar pertahanan negara kita yang mana keperluan aset-aset yang canggih dan termoden dan sangat diperlukan walaupun kita tahu bahawa aset-aset ini merupakan harga atau perolehannya begitu mahal tapi ini merupakan macam insurans.
Jadi makna macam insurans, kita tidak tahu berlaku insiden begitu juga dalam konteks pertahanan negara. Kita tidak tahu bila ada peperangan, bila ada berlakunya perkara-perkara yang boleh menjejaskan negara. Jadi dengan adanya aset-aset yang canggih ini, peralatan-peralatan yang diperoleh oleh ATM kita dan juga dengan peningkatan dalam kemahiran anggota-anggota kita, maka ianya akan merupakan satu deterrent pada sesiapa yang ada mempunyai sesuatu niat terhadap negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, dan saya teruskan...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terakhir-terakhir mengenai Cougar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terakhir. Tadi Yang Berhormat Menteri ada memberi sebab kenapa ada tiga angka yang timbul. RM1.1 bilion, yang diberi oleh Ketua Setiausaha Kementerian MINDEF; RM1.67 bilion yang diberi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri pertahanan; dan hari ini RM1.604 bilion yang diberi oleh Timbalan Menteri dan sebab diberi ialah oleh kerana pertukaran foreign exchange rate.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mana boleh ini diberi sebagai satu sebab apabila dalam tender sangat jelas diberikan dengan izin, bids will be evaluated as quoted in Ringgit Malaysia based on the foreign exchange rate on the closing date of this bid. Tetap, patut exchange rate tetap closing date of the bid, tidak boleh float. Hari-hari tengok apa floating rate, itu amount tukar, tidak boleh. Oleh sebab itu, saya tidak boleh faham kenapa ada tiga angka? RM1.1 bilion, RM1.67 bilion, RM1.604 bilion. Can we have a proper reason?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Harga yang ditawarkan adalah di dalam Euro iaitu RM323.70 juta.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, itu quoted on the exchange, quoted in Ringgit Malaysia. Based on the foreign exchange rate on the closing date of this bid. On
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
the bid hari itu, tetap. Angka Malaysian Ringgit tetap tidak boleh tukar hari demi hari.
Kenapa ada angka yang berbeza?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
That is fakta the amount which, yang mana inilah merupakan harga yang official, or rasmi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Yang mana? Figure, your figure or tomorrow any figure?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
You can say what you wantlah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
No, I am saying... not understanding...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak Yang Berhormat Ipoh Timur. Dia kata amaun dalam Euro itu adalah amaun yang...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Ipoh Timur pun bukan pandai sangat, exchange rate, exchange rate.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Isu yang saya ingin sentuh seterusnya adalah isu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bendera, di mana mencadangkan supaya pembelian peralatan pertahanan melebihi RM100 juta dibentangkan secara khusus di Dewan yang mulia ini dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
Sehubungan dengan cadangan ini, kementerian berpendapat bahawa ia tidak perlu dibentangkan secara khusus di Dewan yang mulia ini, kerana sebarang perancangan pembelian aset pertahanan telah termasuk di dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen semasa perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan dan juga Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan.
Kaedah perolehan aset pertahanan dilakukan mengikut arahan Perbendaharaan dan ini termasuklah mematuhi Tatacara Prosedur Perolehan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Selain dari itu, Jabatan Audit Negara sentiasa membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Lipis, yang mana mencadangkan supaya persamaan gred pegawai tentera dan pegawai awam dikaji semula.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini penyelarasan gred bagi pegawai tentera di dalam tugas ikhtisas seperti pegawai perubatan, jurutera, pelajar dan pegawai Kor Agama Angkatan Tentera dengan pegawai awam telah pun diselaraskan, yang mana bersamaan dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Lipis iaitu Kapten bersamaan dengan gred 41. Mejar bersamaan dengan gred 44, Lt. Kolonel bersamaan dengan gred 48 dan Kolonel bersamaan dengan gred 52. Bagi cadangan untuk menentukan persamaan gred pegawai tentera tugas am dan pegawai awam pula, ia memerlukan penelitian yang lebih mendalam kerana skim perkhidmatan tentera adalah berbeza daripada skim perkhidmatan pegawai awam yang lain. Kementerian perlu merujuk perkara ini dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum sebarang keputusan dibuat.
Seterusnya isu yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan permohonan pencen oleh Kapten (B) Mutthiah Singh yang mana Yang Berhormat bagi Wangsa Maju telah mempertikaikan mengapa kerajaan tidak membayar pencen kepada Kapten (B) Mutthiah Singh hanya disebabkan beliau gagal menghadiri kursus Platoon Commander And Young Tactics Officer Course.
Sehubungan dengan ini, sukacita saya memaklumkan kegagalan Kapten (B) Mutthiah Singh tidak mendapat pencen bukan kerana beliau gagal menghadiri kursus Platoon Commander And Young Tactics Officer Course, tetapi adalah disebabkan semasa beliau tamat perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia, beliau adalah pegawai Tauliah Jangka Pendek dan undang-undang yang diguna pakai ketika itu berkaitan dengan pembayaran pencen dan lain-lain imbuhan ialah Federation Army (Retired Pay Pension,
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Gratuities And Other Grants) Regulations 1975, dengan izin. Di bawah undang-undang ini, beliau hanya layak diberi ganjaran tamat khidmat pada kadar 10% daripada gaji bulan akhir perkhidmatan yang diakui. Di mana pada ketika itu, beliau telah mendapat ganjaran sebanyak RM8,332.50.
Walau bagaimanapun, di atas keprihatinan kerajaan berdasarkan kepada perkhidmatan tentera keseluruhannya, kerajaan telah meminda peraturan berkaitan dengan pembayaran pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain.
Mengikut Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982, Peraturan 27(1) telah memberi Pegawai-pegawai Tauliah Jangka Pendek yang dahulunya tidak layak diberi pencen perkhidmatan dipertimbangkan untuk menerima pencen, dengan syarat mereka:
(i) telah genap tidak kurang dari 10 tahun perkhidmatan dan diakui sebagai pegawai Tauliah Jangka Pendek;
(ii) telah mencapai umur persaraan paksa yang sesuai pada pangkatnya iaitu bagi Kapten pada usia 45 tahun; dan
(iii) umur persaraan paksa ini mestilah jatuh pada atau selepas 1 Julai 1980.
Mengikut rekod perkhidmatan Kapten (B) Mutthiah Singh, telah memenuhi syarat
(i) dan (ii) seperti tersebut di atas. Akan tetapi, tarikh tamat tempoh perkhidmatan beliau berasaskan kepada umur persaraan paksa seperti yang dinyatakan pada syarat (iii) jatuh pada 12 Jun 1978, iaitu tarikh sebelum 1 Julai 1980.
Oleh sebab itu, berdasarkan syarat (iii) tadi, maka hasrat Kapten (B) Mutthiah Singh untuk mendapatkan pencen, tidak layak dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian boleh membantu dari aspek-aspek kebajikan. Seperti contoh, sebagai veteran ATM, beliau layak memohon bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran jika beliau memenuhi syarat-syarat bantuan yang ditetapkan. Oleh itu, beliau bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia pada bila-bila masa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Isu selanjutnya yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Sehubungan dengan ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah mendakwa seolah-olah salah laku...
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak berdiri untuk ingin mencelah.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Bagi saya habiskan ini dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berkenaan tadi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menyentuh soal kebajikan tentera-tentera kita yang telah bersara sama ada pegawai ataupun bukan pegawai, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah program, skim atau rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu mereka atau kumpulan ini sebab maklum balas yang saya terima, banyak sungguh bekas-bekas tentera begitu terbiar dan tidak puas hati dengan keadaan mereka setelah bersara.
Di kawasan saya ada Persatuan Bekas Tentera. Beratus-ratus orang di dalam satu kawasan, di seluruh Malaysia beratus-ratus ribu. Keadaan ekonomi mereka sungguh menyedihkan, menyedihkan sekali. Kenapa pihak kerajaan membiarkan keadaan ini berlaku? Saya mintalah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, fikirkanlah bagaimana hendak membantu mereka ini yang telah berkhidmat kepada kita, kepada negara. Menjaga keselamatan negara. Sepatutnya mereka ini diberikan keutamaan daripada kelompok- kelompok yang lain.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan biarkan sehingga orang lain mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi oleh mereka sehingga ramai sekarang ini lupa kepada apa yang mereka perolehi semasa mereka bekerja dahulu. Mereka tidak peduli lagi. Ada yang sanggup menuduh kerajaan itu dan ini.
Jadi sebelum masalah ini menjadi lebih serius saya harap pihak Yang Berhormat Menteri memberikan cadangan apa yang patut dibuat secara berkesan untuk mengambil berat tentang kebajikan mereka ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan dengan pesara-pesara tentera sebenarnya bagi pesara-pesara tentera ini sebelum mereka tamat perkhidmatan bahawa pihak kerajaan dalam proses peralihan mereka, mereka diberi peluang untuk membuat latihan-latihan di institusi-institusi yang dianjurkan oleh Perhebat kerana untuk memberi kemahiran supaya mereka ini apabila menjadi seorang surveillance bahawa ia dapat menggunakan kemahiran-kemahiran untuk mempertingkatkan ekonomi mereka. Itu yang pertama.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Seterusnya berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota pesara tentera ini bahawa sebenarnya Kementerian Pertahanan telah pun mewujudkan bahagian Jabatan Veteran yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan ada sesetengahnya di pejabat-pejabat di negeri-negeri yang mana jika mereka ada masalah bahawa mereka boleh diberi bantuan. Umpamanya kalau hendak mendapatkan pembiayaan ataupun dari segi masalah-masalah yang dihadapi bahawa mereka boleh mengadu kepada Jabatan Veteran ini dan akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi syarat-syarat yang tertentu maka Jabatan Hal Ehwal Veteran ini boleh memberi perhatian dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ahli Yang Berhormat bangun.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Saya juga tertarik Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan kebajikan tentera ini. Saya hendak buat sedikit analogi.
Dahulu semasa kita darurat pihak komunis masuk ke hutan kemudian menentang kerajaan menghadapi pihak tentera yang melawan pihak komunis bila kerajaan untuk mengambil tindakan membasmi pihak komunis ini, komunis-komunis yang bertaburan di dalam hutan dikumpulkan di satu tempat diberikan kemudahan apa yang kita panggil kampung baru.
Kemudahan air, kemudahan api dan kemudahan lain tetapi pihak tentera kita yang berjuang yang patah kakinya, yang putus jarinya, yang hilang nyawanya tidak diberi bantuan. Ini menyebabkan timbul rasa tak pus hati. Saya harap perkara ini tidak berulang dan berilah perhatian yang sesungguhnya. Pihak tentera kita yang telah menggadaikan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan kita dan negara. Jangan pisang berbuah dua kali. Yang menentang kita diberi habuan, diberi tanah, diberi kemudahan yang mempertahankan kita dibiarkan begitu sahaja. Terima kasih. [Tepuk]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, sehubungan dengan anggota tentera yang kurang upaya yang telah bersara bahawa baru-baru ini kerajaan telah meluluskan berkaitan dengan imbuhan untuk pesara- pesara tentera yang kurang upaya yang dibiayai oleh kerajaan.
Selain daripada apa yang telah disumbangkan oleh kerajaan kepada anggota- anggota ini bahawa saya akan mengambil perhatian apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa bahagian veteran ini untuk melihat bagaimana kita boleh membantu untuk mempertingkatkan lagi dalam masalah yang dihadapi oleh pesara-pesara tentera.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Tambah sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya semasa ucapan perbincangan bajet saya ada menyebutkan tentang mencadangkan supaya kerajaan memberikan pertimbangan supaya tentera-tentera yang berkhidmat 21 tahun diberikan ganjaran setimpal dengan apa yang dibentangkan dalam bajet iaitu mereka yang berkhidmat 25 tahun ke atas.
Tentera-tentera kita peringkat bawah sebenarnya adalah berdasarkan kepada skim perkhidmatan mereka hanya berkehendakkan mereka berkhidmat 21 tahun sahaja.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Kebanyakan daripada mereka hanya mendapat pencen yang cukup rendah dan di bawah paras kemiskinan. Seharusnya anggota-anggota tentera ini diberikan juga seperti mereka yang berkhidmat 25 tahun ke atas. Pertama.
Yang keduanya, special constable ataupun SC yang berkhidmat semasa darurat dahulu tidak diberikan perhatian dan seharunya mereka juga kalau boleh kerajaan dapat memikirkan bentuk-bentuk pencen ataupun bantuan yang boleh meringankan beban mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sebelum jawapan Yang Berhormat Menteri saya ingin ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah iaitu meminta penjelasan di bawah Peraturan Mesyuarat 31(b). Saya perhatikan bahawa apabila mencelah minta sahaja penjelasan kepada perkara yang dibangkitkan oleh menteri kerana dia menggulung. Apabila dia menggulung perbahasan yang telah digulung itu dibuka balik dengan isu yang baru. Saya perhatikan tadi apabila menteri menjawab mengenai dengan seorang individu mengenai dengan soal pencen Yang Berhormat Pasir Salak timbulkan satu kebajikan.
Jadi perkara baru yang sudah digulung itu di bentang semula. Lepas itu menteri menjawab lagi dengan perkara baru. Bagi pendapat saya 37(1)(b) tidak membenarkan begitu, khusus penjelasan kepada apa yang dibangkitkan daripada jawapan. Sila menteri.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju apa yang telah diperkatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, saya menjawab isu yang telah ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat daripada Jasin.
Sehubungan dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Jasin bahawa pihak kementerian akan melihat sejauh mana kita boleh membantu dalam perkara ini dan berkaitan dengan isu special constable ianya bukan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini kontrak penyewaan kem latihan PLKN yang dimeterai di antara kerajaan dan pengusaha kem telah menetapkan bayaran sewa mengikut jumlah bilangan pelatih yang akan ditempatkan bagi sesuatu kem. Berasaskan kepada syarat kontrak ini kerajaan perlu membuat pembayaran sewa sepenuhnya mengikut perkiraan yang telah dipersetujui pada pengusaha-pengusaha kem berkenaan. Walaupun jumlah pelatih yang sebenar hadir bagi sesuatu kem berkaitan tidak mencukupi jumlah bilangan yang sepatutnya ditempatkan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak penyewaan.
Berkaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang seperti yang dinyatakan kementerian ini ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Sejumlah wang RM110.1 juta yang kerajaan perlu membuat bayaran kepada pengusaha-pengusaha kem berkaitan adalah bayaran sewa kem mengikut syarat apa yang telah dipersetujui dalam kontrak penyewaan tersebut.
Bayaran ini adalah bagi tempoh empat tahun iaitu mulai 2004 hingga 2007 dan bagi jumlah pelatih yang tidak hadir seramai 63,417 orang. Antara punca ketidakhadiran pelatih ini adalah disebabkan...
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ketua Pembangkang ingin mencelah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada penyataan yang saya buat. Itu bukan kenyataan saya, saya merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara.
Yang membuat teguran itu Ketua Audit Negara, sewajarnya Timbalan Menteri mengulas tuduhan ataupun perakuan Ketua Audit Negara, bukan Ketua Pembangkang cakap tidak benar. Saya minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Tuan Yang di-Pertua. Mengikut daripada ulasan yang dibuat oleh Yang Berhormat sebelum menyebutkan angka RM110 juta bahawa Yang Berhormat ada menyatakan bahawa seolah-olah dalam pemberian kontrak ini ada yang tidak kena. Jadi apabila Yang Berhormat menyebutkan RM110 juta itu adalah seolah-olah bayaran yang dibuat itu ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah ada salah-laku dilakukan.
Jadi itu sebab dalam penjelasan ini, saya menyatakan seperti mana yang telah disebut oleh Ketua Audit Negara yang mana wang sebanyak RM110 juta itu adalah dibayar bagi pelatih-pelatih seramai 63,407 orang yang tidak hadir yang mana perlu dibayar oleh sebab syarat kontrak yang mengikut daripada berasaskan jumlah pelatih yang ditetapkan yang akan menduduki di sesuatu kem itu. Itu yang saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi antara punca ketidakhadiran pelatih...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu apa tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri selepas laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan dengan terang bahawa syarat-syarat kontrak sedemikian adalah merugikan.
Sebanyak RM110.1 juta terpaksa bayar kepada pengusaha walaupun pelatih tidak hadir.
Jadi ekoran daripada itu, apakah tindakan yang akan diambil seterusnya untuk mengelakkan kerugian wang rakyat begitu banyak sebegitu sahaja. itu persoalan yang kami pertikaikan di sini.
Mengapa begitu lemah menyediakan syarat-syarat kontrak. Saya rasa kalau Yang Berhormat memasuki ini tidak akan menetapkan syarat sedemikian. Tidak hadir pun kena bayar, itu persoalannya. Equipment sudah disediakan. Tidak bolehkah anggar setiap kali anggarannya, berapa boleh hadir, berapa tidak boleh hadir baru kita menetapkan syarat.
Kalau terlebih yang hadir kita bayar, terkurang hadir juga bayar. Apa syarat ini?
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa menteri sudah sedia jawab sebab itu dia berdiri, sila.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah ini orang muda, sebab itu dia tidak sabar.
Tuan Yang di-Pertua
Memang begitu, biasanya begitu.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kenyataan itu tidak perlulah. Yang saya bangkitkan itu hal kepentingan rakyat. Tidak payah apa-apa kenyataan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang ini pun...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
...berkenaan dengan apa yang saya bangkitkan. Menyatakan saya tidak sabar...
Tuan Yang di-Pertua
Biar dia menjawab Yang Berhormat. Yang Berhormat berdiri ini pun sebelum saya jemput itu pun tidak perlulah. Kadang-kadang ada perkara yang tidak perlu tetapi dipandang perlu oleh orang lain. Cukuplah itu.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya hanya perlu jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, dia memang menjawab.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tidak perlu komen dia berkenaan dengan sifat-sifat atau sikap saya.
Tuan Yang di-Pertua
Jawab sahaja Menteri, selepas itu pula kita perhatikan macam mana pula Yang Berhormat Batu Gajah akan mengendalikan dalam perbahasan masa-masa akan datang. Tidak lagi ada komen-komen sekiranya tidak relevan, sila.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya jawablah apa yang dia tanya. Pasal inilah jawapan-jawapan yang sudah disiapkan untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Maksudnya, komen yang dia muda, tidak sabar itu, lain kali jangan ada begitu. Saya tidak mahu dengar lagi komen-komen yang tidak relevan kepada perbahasan. Termasuk Yang Berhormat Batu Gajah, saya akan perhatikan. Sila teruskan.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa berkaitan dengan khidmat negara ini, ia dilaksanakan 2004. Jadi perjanjian itu dibuat semasa permulaan dalam Program PLKN ini. Jadi oleh kerana itu tidak ada model- model yang lain yang boleh kita mendapatkan dalam konteks perjanjian supaya kita dapat melihat untuk memastikan genap-genap pelatih yang dipanggil akan ditempatkan bagi mengisi kem-kem mengikut jumlah pelatih yang hadir.
Oleh kerana itu, ada perkiraan pada ketika itu bahawa dalam perundingan kontrak, jangkaan yang dibuat oleh pihak JLKN bahawa adalah anggaran dalam RM400 atau RM300 bagi sesuatu kem. Jadi itu yang dimaksudkan dalam kementerian itu. Namun, apa yang berlaku sebagaimana di luar jangkaan, antara punca ketidakhadiran ini adalah disebabkan kegagalan Jabatan Latihan Khidmat Negara JLKN menyerah surat panggilan terutama pelatih-pelatih kumpulan 3.
Alamat mereka yang terdapat dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara bukan merupakan alamat terkini. Disebabkan kebanyakan pelatih-pelatih kumpulan 3 ini yang dibuat secara rambang, alamat sebenar mereka telah berubah oleh kerana mereka tercicir dari sekolah dan telah mendapat pekerjaan. Di samping itu kelulusan permohonan penangguhan dan juga pengecualian juga menyumbang kepada kekurangan penyertaan pelatih-pelatih bagi mengikuti program itu. Itu di antara sebab mengapa ianya berlaku.
Walau bagaimanapun, Jabatan Latihan Khidmat Negara menyedari hakikat ini yang telah mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah tersebut dengan memanggil semula pelatih penangguhan sehingga umur 35 tahun mulai tahun 2005. Setakat ini seramai 11,151 pelatih dalam kumpulan 3 ini telah hadir mengikut program. Jabatan juga telah memberi peluang kepada seramai 5,889 pelatih sukarela yang berminat mengikuti program tersebut bagi mengisi kekosongan berlaku setiap tahun.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang saya bangkitkan adalah asas syarat-syarat kontrak. Jika kita meneliti laporan Ketua Audit Negara muka surat 571; kerugian kerana pelatih tidak hadir adalah seperti berikut:
2004 21 juta 2005 31 juta 2006 23 juta 2007 33 juta Kita tidak boleh begitu senang sewenang-wenangnya menyatakan kerana pelatih tidak dapat dicari untuk hadir sebab itu kami mengalami kerugian. Masalahnya adalah kontrak. Jadi ekoran daripada teguran ini, daripada laporan Ketua Audit ini apakah tindakan susulannya? Apakah ada pembaharuan dari segi meletakkan syarat-syarat kontrak yang diambil oleh kerajaan dengan pengusaha kem? Itu yang saya prihatin. Sudah ada 2004, 2005, 2006, dan 2007 sudah nampak kerugian berpuluh juta, bukan satu dua juta. Itu persoalannya.
Tuan Yang di-Pertua
Timbalan Menteri sudah bersedia untuk menjawab, pasal dia sudah berdiri. Sila Timbalan Menteri.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah masalahnya yang saya cakap komen tidak perlu. Apa yang harus di faham bahawa kontrak ini adalah merupakan kontrak bertempoh iaitu selama tiga tahun yang akan berakhir pada Disember 2008 ini. Jadi ini dalam pembaharuan nanti bahawa JLKN akan menilai kembali dan akan melihat bagaimana dari segi kontrak ini dapat diperbaiki. Selain daripada itu,
Datuk Wira Abu Seman Yusop
bahawa bagi sesi pengambilan tahun 2009, beberapa langkah pembaikan akan dilaksanakan oleh JLKN.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Antaranya memanggil seramai 24,840 pelatih yang telah tamat tempoh penangguhan untuk mengikut latihan PLKN; galakan penyertaan pelatih sukarela; dan menambah panggilan pelatih dari 110,000 kepada 140,000...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta jalan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kita habis sekejap boleh? Mulai tahun 2009, daripada jumlah tersebut seramai 66 ribu pelatih dipanggil untuk kumpulan tiga berbanding dengan 37 ribu bagi tahun 2008.
Ketua Jabatan juga telah mendapatkan kerjasama daripada agensi kerajaan lain seperti Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, PERKESO, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kumpulan Wang Pekerja bagi menyemak dan mengemas kini maklumat terkini pelatih-pelatih kumpulan tiga untuk memastikan notis-notis yang dihantar boleh diterima oleh bakal pelatih-pelatih PLKN bagi kumpulan ini.
Dengan usaha-usaha dan penambahbaikan ini, masalah kekurangan pelatih di setiap kementerian dapat ditangani.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak minta sikit penjelasan tentang semua peserta atau pelatih untuk tiap-tiap tahun adakah diberikan anggaran tertentu tentang yang akan dikecuali kerana kesihatan atau tidak dengan persetujuan dari doktor-doktor dari hospital katakan mereka tidak sesuai untuk menghadiri latihan ini, adakah anggaran berapa peratus yang dianggarkan bahawa tidak dapat menjalankan latihan ini kerana jika kontrak ini kita ikat dengan kontrak yang berapa orang jumlah akan hadir, jika mereka tidak hadir akan terpaksa membuat bayaran, adakah anggaran akan dibuat atas jumlah yang akan dikecualikan kerana kesihatan mereka?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini tiada peruntukan berkaitan dengan jumlah pelatih yang dikecualikan, bagaimanapun atas cadangan Yang Berhormat itu adalah merupakan cadangan yang baik dan saya akan menyampaikan kepada Jabatan JKN supaya melihat provision berkaitan dengan jumlah yang dikecualikan dan mungkin ada masalah-maslah lain supaya kita nak memastikan bahawa panggilan pelatih-pelatih yang diterima itu sekadar mencukupi jumlah tempat yang ada di kem-kem, ini yang akan kita cuba laksanakan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih jawapan yang tadi, Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tanya satu kemungkinan akan bangkit sebagai satu isu tetapi atas pelatih saja?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pada bulan 15 September tahun ini, seorang pelatih atau peserta dari Khidmat Negara ini, Ricky Lim yang berapa hari dia habiskan dia punya latihan ini, dia meninggal dunia, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah sudah dapat tahu sebab tentang kematian sebab pegawai-pegawai Khidmat Negara pun ada membuat lawatan dalam hal ini, mereka masih tunggu laporan dari hospital tentang sebab kematian. Adakah kementerian sudah kenal pasti sebab kematiannya? Sebab dia punya adik minta kementerian dapat kecualikan dia, sebab dia juga akan menjalani dalam Khidmat Negara dan dia hanya tinggal seorang sahaja anak dia, ibu bapa telah buat permohonan, bolehkah saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk beritahu kepada Dewan yang mulia ini?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan isu yang spesifik, saya tiada maklumat pada ketika ini, saya akan mengarahkan
Datuk Wira Abu Seman Yusop
supaya Jabatan Latihan Khidmat Negara menjawab soalan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih..
Puan Fong Po Kuan - Puan Fong Po Kuan
Minta penjelasan..
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil ..
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Dia dengar Yang Berhormat tetapi dia tidak mengalah, dia masih juga berdiri..
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
..bagilah, bagilah... [Ketawa]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Cukuplah pasal apa ...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak payah tergesa-gesa, saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan terakhir.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Perkara-perkara yang dibangkit dalam ucapan penggulungan ini pihak kementerian sedia menjawab secara bertulis.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya belum tanya soalan kena jawab bertulis.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Boleh hantar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian seterusnya, Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada begitu ramai Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2009 di Dewan yang mulia ini, izinkan saya memberikan jawapan serta penjelasan kepada perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tugas kementerian saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini adalah jumlah 27 orang dan saya akan mula dengan Yang Berhormat Permatang Pauh di mana beliau ingin mengetahui apakah kadar jenayah dalam negara ini dapat dikurangkan, walaupun bajet PDRM iaitu Polis Diraja Malaysia bertambah tetapi kadar jenayah di negara ini terus meningkat. Mengapakah keadaan ini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Antara langkah-langkah ke arah tersebut ialah meningkatkan lagi bajet untuk PDRM. Dalam penambahan bajet PDRM jumlah peralatan dan kenderaan telah pun ditambah, sistem seperti central intelligence unit dipertingkatkan lagi. Jumlah anggota PDRM turut ditambah serta pondok-pondok polis, balai-balai polis serta IPD baru telah dan sedang dilaksanakan.
Sesungguhnya implikasi daripada usaha-usaha tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek, ini kerana peningkatan kadar jenayah dalam negara sebahagian besarnya turut dipengaruhi faktor-faktor seperti penambahan jumlah penduduk setempat, sikap masyarakat, faktor ekonomi, di samping penambahan pendatang asing tanpa izin.
Berdasarkan kepada statistik yang telah dikumpulkan pada suku tahun pertama tahun 2008, purata indeks jenayah dalam negara berada pada keadaan 5.87% dan jumlah ini telah pun menurun kepada 3.83% pada suku ketiga tahun 2008, perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah pun diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah di dalam negara ini mula menunjukkan kesannya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Ipoh Timur juga ingin mengetahui apakah status terkini siasatan terhadap kes kehilangan mikrocip komputer di Pulau Pinang, kes kehilangan ataupun penculikan adik Sharlinie, kes pembunuhan seorang pemimpin politik di Johor Baru dan kes pembunuhan seorang isteri bekas Adun Pulau Pinang baru-baru ini, apakah tindakan Polis bagi menyelesaikan kes-kes tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, siasatan terhadap kes-kes dinyatakan tersebut masih lagi diteruskan, pihak polis tidak pernah sekali-sekali pun menutup kes-kes ini dan masih lagi berusaha menyelesaikan. Hasil siasatan polis setakat ini tidak dapat didedahkan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Yang Berhormat Seputeh minta Polis Diraja Malaysia memberikan laporan mengenai siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh beliau mengenai SMS yang berunsurkan ugutan yang telah dihantar kepada beliau, siapakah individu yang berkenaan yang menggunakan nombor telefon tersebut, Yang Berhormat Seputeh juga minta penjelasan mengenai hasil siasatan serangan molotov cocktail terhadap rumah keluarga beliau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pihak polis telah pun menjalankan siasatan terhadap Cheras Repot 1915308, meskipun identiti pemilik nombor talian mudah alih tersebut telah pun dikenal pasti, siasatan masih lagi diteruskan dan usaha-usaha untuk mengesan dan menjejaki pemilik nombor telefon tersebut sedang dilakukan oleh pihak polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, pihak polis masih berusaha untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan jenayah serangan molotov cocktail tersebut. Sehubungan itu pihak-pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini adalah diseru untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis.
Yang Berhormat Bukit Mertajam menyatakan bahawa rakyat semakin takut kerana indeks jenayah meningkat setiap hari. Begitu juga kes rogol meningkat empat kes sehari pada tahun 2006 kepada lapan kes pada tahun 2007. Apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya kes rogol di Malaysia mencatat peningkatan iaitu sebanyak 3,177 kes dilaporkan pada tahun 2007 berbanding 2,454 kes pada tahun 2006. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 723 kes ataupun 29.64% berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala bagi bulan Januari hingga September tahun ini sebanyak 2,573 kes telah pun dilaporkan berbanding 2,435 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2007. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 138 kes ataupun 5.67%.
Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar penyelesaian kes juga mencatatkan peningkatan yang membanggakan iaitu sebanyak 2,238 kes iaitu kira-kira 91.19% telah berjaya diselesaikan pada tahun 2006. Sebanyak 2,936 kes iaitu kira-kira 92% berjaya diselesaikan pada tahun 2007. Bagi tempoh Januari hingga September 2007 sebanyak 2,243 ataupun 92.11% kes berjaya diselesaikan. Manakala bagi tempoh yang sama iaitu tahun 2008 kes yang berjaya diselesaikan adalah sebanyak 2,408 kes ataupun 93.59%. Ini menunjukkan kadar penyelesaian kes ataupun dengan izin, crime solving rate di Malaysia adalah melebihi 20% standard yang ditetapkan oleh Interpol.
Selain itu kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai langkah bagi mencegah berlakunya jenayah rogol seperti meningkatkan lagi rondaan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, khususnya wanita dan kanak-kanak seperti di pusat membeli belah dan taman permainan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes selesai? Adakah ia bermaksud kes-kes di mana pesalah-pesalah berjaya ditangkap, dibawa ke mahkamah dan dituduh? Adakah ia bermaksud bahawa kes itu ditutup begitu sahaja? Apakah yang dimaksudkan dengan selesai itu?
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Puchong. Bila saya sebut kes itu diselesaikan bermaksud bahawa kes-kes di mana suspek-suspek telah dikenal pasti ditangkap. Kedua, di mana suspek-suspek yang telah pun didapati mempunyai bukti yang kukuh dan di bawa ke muka pengadilan. Maksudnya ia didakwa di mahkamah. Ini adalah maksud penyelesaian. Bagi kes-kes di mana suspek telah pun dikenal pasti tetapi masih still at large, dengan izin, dia juga dikategorikan sebagai selesai tetapi tindakan-tindakan selanjutnya sedang dijalankan oleh pihak polis.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat juga sedar bahawa terdapat kes-kes di mana semasa dalam proses pendakwaan didapati bukti baru ataupun didapati bahawa pihak polis memang tidak menyiasat dengan betul kes-kes yang di bawa ke mahkamah. Saya berikan contoh yang baru-baru ini mengenai kes kematian Nurul Huda Abdul Ghani yang dirogol, diliwat dan dibunuh di substation TNB Johor Bahru. Apa yang berlaku adalah jelas. Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa kegagalan pihak polis untuk membawa ke muka pengadilan seorang lagi suspek yang bernama Jojo menjadi alasan di mana kes itu dibuang. Adakah pihak polis juga menerima kes seperti ini sebagai kes yang telah pun selesai ataupun adakah pihak polis akan mengadakan siasatan semula untuk memastikan bahawa semua yang bertanggung jawab di bawa ke muka pengadilan. Boleh minta penjelasan?
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, apabila kes itu selesai bukan bermaksud bahawa tidak ada apa-apa tindakan selanjutnya. Kalau kes itu selesai, katakanlah seorang telah pun di bawa ke muka pengadilan dan terdapat lagi ada geng-geng mereka ini yang masih belum ditangkap, maka polis akan menjalankan siasatan yang lanjut supaya semua ini dapat ditangkap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bagaimana pula dengan yang telah pun dibebaskan oleh kerana kecuaian pihak polis menangkap dan menuduh yang lagi satu itu?
Bagaimana dengan beliau? Adakah pihak kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai polis yang jelas cuai, yang diberitahu pada awal lagi bahawa perlulah mereka tangkap kedua-duanya? In fact, saya sendiri memberitahu Tan Sri Musa Hassan pada masa itu, adakah pihak kerajaan akan membuat tindakan terhadap pihak polis yang gagal mengambil tindakan di mana jelas bahawa lebih daripada seorang suspek yang perlu ditangkap dan akibat daripada kegagalan dan kecuaian ini suspek tersebut dibebaskan.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat. Ada dua soalan tambahan. Soalan yang pertama ialah mengenai pegawai-pegawai dalam kerja siasatan yang kemungkinan cuai dari segi siasatan mereka dan kedua mengenai suspek yang masih tidak ditangkap dan yang telah dibebaskan oleh kerana kononnya kecuaian pihak polis.
Dari segi kedua-dua ini, pihak polis memang masih menjalankan siasatan. Selagi seorang suspek itu kononnya dibebaskan oleh kerana kecuaian dalam siasatan maka siasatan lanjut akan dijalankan. Dari segi pegawai polis, ini adalah bergantung sama ada mengikut kajian pihak polis secara dalaman sama ada mereka cuai atau tidak dalam menjalankan siasatan.
Jadi, bagi kedua-dua kes ini kita akan mengambil perhatian lagi. Memang tidak semestinya seorang yang dibebaskan kononnya disebabkan kecuaian maka pihak polis diam dan tutup kes ini. Tidak. Tidak macam ini. Kita akan continue selanjutnya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Kedua, bagi kes selesai itu satu kategori lagi ialah kebanyakan kes yang berlaku sebelum report dibuat, katakanlah satu pasangan mengadakan seks. Selepas itu apabila wanita itu balik ke rumah dan ditekan, wanita itu pergi buat police report. Police report ini diklasifikasikan sebagai rogol. Namun bila dibuat siasatan yang lanjut didapati pada ketika itu kedua-dua pihak sudah bersetuju dan akhirnya kedua-dua pihak setuju berkahwin ataupun tidak hendak jadi saksi dalam kes, maka polis akan menganggap kes itu sebagai selesai juga.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Minta penjelasan. Semasa orang ramai membuat laporan polis mereka akan ditanya sama ada laporan itu dibuat untuk
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
tindakan polis atau untuk rujukan. Soalan saya adalah, bagi laporan polis yang dibuat untuk rujukan sahaja, adakah ia dianggap sebagai kes selesai?
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Apabila report dibuat di balai polis, pihak polis tidak menganggap itu sebagai rujukan sebab ini mengenai jenayah yang cukup serius. Bila ada dakwaan kononnya kes rogol maka semua report akan disiasat dengan lanjut, sama ada hendak rujuk atau tidak rujuk itu soal lain.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bukan, bukan. Saya bukan merujuk kepada kes rogol tetapi kes seperti hilang IC di mana mereka membuat laporan polis supaya mereka boleh mohon membuat IC baru. Terdapat juga kes-kes ugutan di mana orang awam membuat laporan polis untuk rekod sahaja.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Untuk laporan-laporan polis yang dibuat untuk rujukan, polis tidak akan buat apa- apa siasatan. No statement to be taken. Oleh itu saya ingin tahu sama ada kes itu ada banyak laporan yang dibuat untuk rujukan polis sahaja. Saya ingin tahu sama ada laporan- laporan seperti itu telah akan dianggap sebagai kes selesai. Kalau ia dianggap sebagai kes selesai, ia memang akan balloon the percentage of case yang diselesaikan tetapi ia tidak akan menunjukkan efficiency polis.
Dato’ Chor Chee Heung
Baiklah, terima kasih. Apa yang dikatakan oleh pihak polis, saya faham sekarang. Tadi saya tidak faham itu. Kalau katalah satu police report yang dibuat, dilaporkan hanya untuk bagi kesenangan orang yang buat report itu mendapat balik IC, memang ini tidak berunsur jenayah. Kalau tidak berunsur jenayah, bukan tidak ada kes langsung, cuma buat untuk rujukan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, seperti katalah sebuah rumah terbakar dijilat api, so pemilik rumah itu datang buat police report, memang ini tidak perlu siasat langsung. Kalau yang ini tidak berunsur jenayah.
Kalau hendak buat IC, katalah kita hilang IC di supermarket, kita buat satu police report.
Dengan police report, mungkin dia boleh buat permohonan IC dengan lebih cepat. Dapat balik IC dengan lebih cepat. Ini tidak perlu kita siasat.
So dalam balai polis ini ada begitu banyak jenis report yang berunsur jenayah, mempunyai elemen jenayah, pihak polis harus membuat siasatan, tidak kira. Kadang- kadang boleh mengambil masa yang panjang. Kadang-kadang pendek, kadang-kadang panjang. Tengoklah keadaan kes-kes tersebut.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu memberi satu gambaran yang sempurna dengan statistik. Tadi Yang Berhormat kata statistik 90% lebih kes selesai. Boleh bagi statistik berapa kes daripada jumlah itu telah didakwa di mahkamah, disabit, dijatuhi hukum atau dibebaskan. Kalau hanya sekadar statistik kes selesai, di mana ia merangkumi suspek dikenal pasti tetapi tidak berjaya ditangkap, saya percaya itu bukan satu gambaran yang sempurna berkenaan keadaan sebenarnya efficiency PDRM ini.
Jadi boleh bagi tidak angka itu? Kalau tidak, saya harap boleh bagi secara bertulis selepas ini. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri berpengalaman sepatutnya bersedia dengan jawapan itu.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa maklumat yang diperlukan oleh Yang Berhormat, kita boleh bagi cuma buat masa ini saya tidak mempunyai perangkaan. Kalau hendak sebut perangkaan itu lebih banyak. Tiap-tiap benda ada perangkaan, tetapi pada puratanya kes selesai jika tidak ada special circumstances, dengan izin, maka dakwaan ke mahkamah merupakan peratusan yang cukup-cukup tinggi, tetapi kalau Yang Berhormat minat, saya boleh arah supaya polis bagi perangkaan statistik yang terperinci mengenai dakwaan yang dibuat di mahkamah, berapa kes telah diselesaikan secara aman damai ataupun apa jua keadaanlah...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan, Yang Berhormat. Tuan Speaker, terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi di mana kalau satu laporan polis dibuat di balai polis, adalah terpulang kepada seorang anggota polis di situ untuk buat keputusan sama ada kes itu adalah merely a kes rujukan ataupun kes jenayah. Apakah yang menjadi standard yang digunakan di satu balai di mana
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
seorang anggota polis yang biasa yang membuat keputusan berkenaan dengan sama ada satu kes itu patut disiasat ataupun tidak.
Saya membawa kepada perhatian Yang Berhormat, satu kes baru-baru ini. Satu laporan polis dibuat pada 11 Julai 2008, di mana saya minta maaf saya tidak tahu macam mana mahu cakap bishop dalam bahasa Malaysia tetapi from the dictionary is also bishop.
Satu bishop dari Melaka telah pun menerima ugutan bunuh, di mana satu laporan polis telah pun dibuat oleh setiausaha eksekutif bishop tersebut di Johor Bahru di mana beliau dengan jelas menyatakan tarikh dan masa di mana beliau menerima satu panggilan telefon, dan penama pemanggil tersebut juga diberikan kepada pihak polis dan beliau kata bahawa pemanggil itu kata, I read for him, menyatakan hendak memberikan beliau satu peluru kerana marah kepada beliau dan sebagainya.
Dalam keadaan sedemikian yang seserius itu, di mana religious man, head of particular religion in particular state menerima ancaman sedemikian tetapi pergi ke balai polis dan di situ keputusan dibuat oleh seorang polis bahawa tidak perlu untuk siasatan. So di sini saya hendak minta penjelasan, adakah kerajaan sekarang sedia untuk memberikan jawapan berkenaan dengan sama ada adanya standard-standard ataupun garis panduan yang merangkumi kes-kes sedemikian. Kes-kes yang serius yang sepatutnya disiasat tetapi tidak disiasat oleh kerana anggota polis di balai polis membuat keputusan bahawa tidak perlu untuk siasatan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat dari Puchong. Pada lazimnya semua laporan polis jika mempunyai elemen jenayah disiasat dan sama ada satu laporan polis disiasat atau tidak, bukan ditentukan oleh seorang mata-mata yang berpangkat rendah di balai polis. Ianya dibuat oleh seorang officer atau Inspektor sekurang- kurangnya ke atas dan mereka ini semua dilatih untuk membuat keputusan sama ada laporan polis yang mana harus disiasat atau tidak.
Macam yang disebut oleh Bandar Kuching tadi, kalau untuk rujukan semata-mata di mana IC dia hilang, pasport hilang di sebuah supermarket, laporan polis seumpama ini tidak perlu dijalankan siasatan. Sama ada itu kes kompelin oleh bishop sama ada disiasat atau tidak, saya tidak tahu sebab ini adalah kes spesifik tetapi kalau boleh kalau Yang Berhormat berminat, saya boleh balik, saya boleh tanya, tengoklah apakah keadaan itu...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Baiklah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh...
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
...Minta kerajaan...
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan menteri yang saya anggap berpengalaman dan juga boleh menjawab dengan baik. Bukan macam Rompin, pakar pecah belah, batu api.... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, kes yang dianggap selesai, saya ingin tanya sebab isu ini telah pun kita bawa daripada sesi yang lepas lagi, lebih kurang 80 laporan polis dibuat terhadap Ketua Menteri Sabah.
Jadi adakah ini sudah dikategorikan sebagai isu selesai kerana tidak ada laporan, tidak ada feedback dan tidak ada satu laporan yang kita terima sedangkan isu ini dibawa dengan penuh tanggungjawab oleh saya sendiri pada sesi lepas dan dibawa lagi dalam ucapan-ucapan kita dalam sesi ini. Jadi saya minta penjelasan, apa status tentang isu ini kalau ia melibatkan seorang ketua menteri, laporan polis bukan satu tetapi hampir 80 yang masih tidak ada statusnya hingga hari ini. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, saya tidak mempunyai maklumat sekarang ini tetapi kalau Yang Berhormat minat, mungkin saya boleh bagi jawapan secara bertulis...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan. Sedikit sahaja.
Dato’ Chor Chee Heung
Tunggu sekejap.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Boleh.
Dato’ Chor Chee Heung
Bagi Yang Berhormat dari Puchong pun, kalau boleh tolong bagi saya sepucuk surat sebab yang tadi disebut laporan polis nombor berapa, berapa, saya tidak ada. Kalau boleh Yang Berhormat beritahu secara tertulis kepada saya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh, boleh, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih. Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih. Saya ingin tanya sedikit tentang proses siasatan itu kerana kebelakangan ini saya menerima dua aduan di pusat perkhidmatan saya. Satu adalah mengenai dua orang telah pergi ke kawasan kilang untuk mengambil gambar kerana mereka rasa kilang-kilang tersebut telah mencemari udara. Jadi mereka ingin ambil gambar, tetapi semasa mereka ingin ambil gambar itu, ada orang keluar daripada kilang dan pukul mereka dan pada malam itu mereka pergi ke balai polis untuk membuat satu laporan, tetapi tiada apa-apa tindakan siasatan telah diambil terhadap pekerja-pekerja itu.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Akan tetapi pada keesokan hari, pihak kilang juga buat satu laporan di balai polis dan pada hari yang sama, pegawai polis pergi ke rumah kedua-dua orang itu dan ambil tindakan terhadap mereka, bawa mereka balik ke balai polis dan mengambil statement kepada mereka. Pada hari Selasa yang lepas, saya juga terima satu aduan kerana mengikut pengadu itu dia telah buat satu laporan di balai polis pada hari minggu yang lalu tentang Ah Long yang telah merampas barang-barang di kedainya dan sekarang Ah Long itu menduduki kedai itu untuk menjalankan perniagaan. Akan tetapi pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Ah Long itu. Jadi, soalan saya ialah apakah prosedur yang standard, selepas saya membuat satu laporan di balai polis dalam berapa hari pihak polis akan mengambil tindakan dan kenapa ada kes yang nampaknya tiada tindakan yang akan diambil, ada kes di mana tindakan diambil dengan it’s very short time dengan izin. Jadi, saya hendak tanya adakah efficiency pihak polis adalah bergantung pada siapa pengadu itu?
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, tindakan atau pun siasatan yang dijalankan oleh pihak polis kena tengok juga bergantung pada keadaan kes-kes. Kalau katalah kadang-kadang laporan dibuat dan didapati dalam siasatan polis, polis mempunyai masalah untuk menghubungi pihak-pihak berkenaan maka ianya akan mengambil masa yang lebih panjang. Akan tetapi tidak dapat dinafikan juga, ada banyak lagi polis report yang masih belum dapat mengadakan siasatan yang lanjut oleh sebab tidak mencukupi pegawai polis untuk menjalankan kerja, maka kita harus tunggulah sedikit. Ini saya tidak nafikan, sebab penduduk kita kian bertambah pada setiap hari dan hendak cari anggota polis dan rekrut mereka ini untuk menjalankan tugas-tugas bukan begitu senang seperti yang digambarkan oleh sesetengah-sesetengah pihak.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
Maka, kerajaan akan sentiasa menambah lagi dari segi pegawai-pegawai polis yang menjalankan recruitment exercise. Satu misalan ialah dari tahun ini hingga 2012 dalam empat, lima tahun ini kita akan menambah lagi anggota polis hingga 50,000 tetapi proses ini agak slow juga dan kita memang memerlukan lebih banyak anggota polis untuk menjalankan tugas dengan sempurnanya. Kita harap pada tahun 2012 perangkaan kita yang cukup ideal sekali, target mempunyai keanggotaan polis patut kena berada di 150,000 di seluruh negara. Akan tetapi apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi saya patut, saya kena pergi check tengoklah, saya sendiri kena tanya dahulukan, sebab apa tetapi untuk menjamin bahawa segala laporan polis yang mempunyai elemen jenayah disiasat, saya ingin memberitahu bahawa semua anggota polis yang bertugas di balai-balai polis memang mempunyai kursus dan garis panduan bagaimana menjalankan siasatan kes-kes. Ini adalah satu perkara yang agak besar. Itu yang hendak saya beritahu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan, Bintulu, Kepong.
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi isu mengenai itu bukti, mengenai kata ugutan kadang-kadang polis tangkap siapa-siapa atas kes jenayah atau pun rampas kereta itu semua. Apabila polis dapat dia punya handphone, polis akan minta kerjasama daripada syarikat telekomunikasi swasta atau pun corporatise.
Saya difahamkan bahawa polis selalu beritahu kepada saya, dia memang susah dapat kerjasama kalau minta satu bukti daripada Telekom dia ada telefon siapa-siapa memang susah dapat. Minta polis tulis surat kepada syarikat, syarikat tunggu lagi kadang- kadang tiga bulan belum jawab. So, kalau sampai dia jawab polis kata dia sudah ada bukti, mahu tangkap orang itu, orang itu sudah hilang. So, saya mahu tanya kementerian ini adakah satu cadangan atau pun mahu membuat satu akta untuk masuk Dewan untuk kita bahaskan, mengadakan satu undang-undang, minta berapa masa mesti mahu jawab kepada polis, kalau boleh terus dalam 24 jam kah, 48 jam atau pun terus serta-merta.
Adakah rancangan atau pun cadangan daripada kementerian?
Seorang Ahli
Penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, biar saya jawab dahulu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu. Buat masa ini pihak polis memang bergantung kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memberitahu kepada pihak polis jika tanya nombor-nombor telefon suspek-suspek dan kita tidak bercadanglah untuk mengadakan satu undang-undang khusus untuk demikian. Walau bagaimanapun, saya diberitahu juga pihak polis kadangkala juga mempunyai masalah seumpama ini dan ini akan menyebabkan kelewatan dari segi siasatan pihak polis.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai isu ini kalau kita tidak ambil tindakan, disegerakan ini sudah menunjukkan kepada rakyat kita menyokong siapa-siapa yang terlibat dalam jenayah atau pun suspek menjalankan lagi hebat dalam kes-kes jenayah. So, saya mintalah kementerian membuat...
Dato’ Chor Chee Heung
Mungkinlah satu cadangan yang baik kita bawa balik, tengok macam mana.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Dari segi ini sama ada kita perlu atau tidak tindakan itu. Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Mengenai kenyataan tadi bahawa ada pegawai khusus untuk membuat keputusan penyiasatan kes, adakah pegawai tersebut diberi latihan khususnya mengenai kes-kes yang mana boleh diklasifikasikan sebagai jenayah dan sivil.
Ini kerana terdapat di Telok Intan pun ada satu kes yang amat jelas iaitu satu kes jenayah di mana seorang bayi, baby diculik tetapi oleh sebab orang yang ambil bayi itu adalah kenalan ibu kepada bayi itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes sivil. Jadi, suruh emak bayi itu pergi ambil tindakan sivil di Mahkamah Sivil. Jadi, saya fikir ini tidak patut. Ini mesti diklasifikasikan sebagai kes culik, kidnap di bawah Kidnapping Act atau pun Penal Code.
Sila beri penjelasan.
Lagi satu Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana dengan kenyataan tadi anggota tidak cukup? Bolehkah anggota-anggota polis yang ada sekarang diagihkan kepada penyiasatan untuk mencegah jenayah. Saya tengok banyak anggota polis digunakan untuk special branch misalnya apabila ada perhimpunan especially ceramah politik ramai anggota polis ada di sana, buat apa tidak tahu, jaga tepi kain orang. Cuma reports, tidak tahu. Ia boleh digunakan untuk mencegah jenayah. [Disampuk] Yang Berhormat Batu Pahat diberi amaran jangan ...tetapi dia kawan la. Jadi, ini adalah satu masalah pengurusan pentadbiran anggota polis. Not proper deployment of the police force dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sila bagi penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Dengan jumlah anggota yang ada pada sekarang ini, saya percaya penagihan anggota-anggota untuk menjalankan tugas-tugas mencegah jenayah ini sentiasa dibuat oleh pihak polis. Mengenai kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat, walaupun saya tidak tahu sepenuhnya macam mana ianya berlaku, apakah pihak-pihak yang berkenaan itu mereka ini -
Dato’ Chor Chee Heung
Ini semua ini diambil kira sebab sebelum sesuatu tindakan dapat diambil maka pihak yang buat laporan itu kemungkinan kata; “Saya tidak akan proceed, saya tidak mahu sudah saya puas hati kawan I itu”. Kalau dia enggan proceed dengan kes, pihak polis pun tidak tentu mempunyai masalah sebab lain kali kalau kita hendak charge orang, orang itu tidak mahu tidak hendak jadi saksi pun jadi satu masalah dan semua ini akan tuju dekat pihak polis sebab apa tidak jalankan siasatan, sebab apa tidak ambil tindakan dengan cepat. Betul tidak? Ini banyak faktor yang terlibat itu dalam siasatan satu-satu kes itu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Timbalan Menteri minta maaf ya saya tidak menyudahkan tadi. Saya telah terlibat dalam kes itu dan setelah memberi nasihat kepada polis kes telah pun diselesaikan polis telah cari bayi itu dan kembalikan kepada ibu. Itu saya ingin memberitahu dan saya terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya harap tak lama lagi akan jadi menteri penuhlah.
Dato' Chor Chee Heung
Tidak payahlah terima kasihlah. [Ketawa] Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu ulasan.
Yang Berhormat saya berharap dapat membayangkan kemampuan Polis Diraja kita, sebab tadi Yang Berhormat kata pada 2012 hendak tambah 50,000 anggota polis lagi. Ini bermakna kita akan ada 150,000. Akan tetapi kalau kita ikut di dalam bajet kita sekarang itu peruntukan RM5.4 bilion dan sudah membina 162 buah balai polis dan pondok polis.
Dianggarkan pada 2008 sekarang sampai 2010 tambah 22,800 anggota polis saja dan ini bermakna tahun ini sahaja sampai 2009 saya nampak angka dia itu tambah kepada 5,243.
Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah tiap-tiap tahun dia hendak tambah 12,000 tetapi sekarang kita nampak 5,000 sahaja.
Angka polis pun 22,800 ini bermakna Yang Berhormat mestilah kaji semula kemampuan, capability polis untuk melatih anggota-anggota yang baru kerana yang bersara itu hampir 3,000 tiap-tiap tahun. Ini kalau tambah 5,000 ini bermakna hanya tambah 3,000 satu tahun sahaja. Macam mana kita boleh mencapai 150,000? Ini memang penting Batu Pahat. Dia tidak tahu, dia punya math’s itu, aritmetik dia itu, kiraan itu kurang.
Saya berharaplah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat terima kasih.
Pengambilan polis mata-mata biasa ini bukan satu perkara yang begitu mudah. Ini bergantung kepada pemuda pemudi sama ada mereka minat menjadi polis atau tidak.
Yang kedua dari segi latihan juga buat masa ini kita masih boleh dapat menangani masalah ini dan kita dengan secepat mungkin melalui banyak cara untuk mengambil lebih banyak mata-mata biasa untuk menjadi anggota polis. Setakat ini kita sudah mula, bukan tahun ini beberapa tahun kebelakangan ini kita sudah mula dengan pengambilan dan hari ini jumlah keanggotaan polis di negara ini setakat ini 106,000 dan kita akan teruskan lagi hingga 150,000 ideally.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita ada lebih kurang 24 kementerian lagi. Masa kita cuma sampai hari Selasa sahaja. Kalau perkara-perkara yang tidak perlu untuk dihujahkan itu perkara spesifik seperti laporan polis saya sarankan supaya Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tulis sahaja kepada Menteri supaya Menteri boleh respons.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Pokok Sena tidak ada balai polis ke? Buat laporan dekat sana lagi senanglah.
Dato' Chor Chee Heung
Saya setuju dengan...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ha ini lagi yang memanjangkan lagi perbahasan yang tidak. Mana satu menteri? Lepas itu beredar kepada lain.
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua saya setuju dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini saya percaya tidak payah lagi betul, boleh tidak? Kita pergi dahulu tengok ada apa-apa kita boleh tanya balik.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri boleh jawab secara bertulis tidak apa.
Dato' Chor Chee Heung
Pada pendapat saya anggota polis sudah begitu ramai sudah bertanya dan bukan begitu serius juga dia remeh sikitlah orang katakan. So biar bagi saya teruskan dahulu...
Tuan Yang di-Pertua
Saya kasihan menteri jadi polis. Yang hal fasal polis di balai polis pun menteri kena jawab macam mana. Yang mana okey bagi satu Pokok Sena.
Bagi sama Pokok Sena satu last.
Dato' Chor Chee Heung
Bagi sama Pokok Senalah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Okey, okey terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tambah sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri boleh jawab bertulis tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa titip sahaja sama Pokok Sena, Pokok Sena boleh...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ini isu penting Tuan Yang di-Pertua masalah peningkatan jenayah yang telah pun dijelaskan oleh Menteri sebelum ini iaitu peningkatan yang agak ketara kalau daripada 2006 ke 2007 meningkat 6.49%, tahun ini sahaja telah pun meningkat 4.94% kes-kes jenayah. Jadi dengan krisis ekonomi kewangan dunia yang berlaku yang juga bakal terkesan kepada negara kita saya bimbang bahawa kes jenayah ini akan bertambah. Sebab orang hendak hidup dia sanggup buat apa sahaja walaupun tahu itu akan menyebabkan mengancam masalah keselamatan orang lain dan sebagainya, dia tidak peduli yang penting dia boleh makan dan sebagainya.
Jadi ini yang rasakan bahawa keperluan kepada penambahan anggota itu mesti dipercepatkan. Kalau buat balai polis anggota tidak ada pun tidak ada makna. Yang keduanya ialah jumlah yang ada itu mesti diefficientkan dari segi perondaan dan pencegahan. Sebab saya tengok Tuan Yang di-Pertua ada kes berkaitan dengan kecurian kabel sebab kecurian kabel ini bila kabel dicuri Tuan Yang di-Pertua kalau selepas itu berlaku kes-kes yang berkaitan dengan pembunuhan kita tidak boleh hendak menghubungi balai polis. Sebab telefon talian rumah kita telah terputus. Dalam negara kita daripada tahun 2005 hingga Jun 2008 untuk kabel Telekom Malaysia sahaja 30,000 kes yang membabitkan RM200 juta.
Negeri Kedah sahaja hampir 10,000 kes seluruh negeri Kedah hampir 10,000 kes.
Sekarang maknanya di setengah-setengah tempat itu Tuan Yang di-Pertua 10 kali kehilangan, 10 kali kehilangan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak kalau tidak nanti. Batu Pahat dia kepala batu dia tidak berapa hendak faham payah itu. Kadang-kadang setengah- setengah kes, setengah tempat itu Tuan Yang di-Pertua 10 kali kes kehilangan. Sekali hilang lepas itu Telekom atau syarikat telekomunikasi pasang, sampai 10 kali pasang.
Sekarang ini hampir 10,000 juga orang sedang queue untuk dapatkan sambungan semula kabel ini. Jadi saya lihat bahawa macam polis tidak begitu efficient untuk melihat kes-kes yang seperti ini.
Kes-kes seperti ini yang membabitkan kepada perhubungan untuk keselamatan itu sangat penting. Jadi saya minta ambil perhatian dalam kes kabel ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua tambah sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Tadi sudah bilang Pokok Sena last.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya setuju dengan pandangan Pokok Sena iaitu kita harus tambah lebih ramai anggota polis dengan secepat mungkin memang tetapi kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya siapa hendak jadi anggota polis kita ambil macam itu, tidak betul juga. Kalau Yang Berhormat sanggup jadi anggota Badan Pencegah Rasuah mungkin boleh bantu polislah.
Betul tidak? Ha macam itulah. Baiklah Tuan Yang di-Pertua saya, Yang Berhormat Permatang Pauh...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini Kuala Selangor...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja, Timbalan Menteri sedikit sahaja.
Dato' Chor Chee Heung
Tidak, tidak apa. Nanti, nanti sat fasal terlalu banyak.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri boleh jawab bertulis.
Dato' Chor Chee Heung
Membebaskan tahanan-tahanan yang telah ditahan di bawah ISA supaya mereka dan keluarga mereka ini tidak dizalimi. Jika mereka bersalah tunjukkan bukti dan bawa mereka ke muka pengadilan untuk dibicarakan secara adil.
Tuan Yang di-Pertua tindakan penahanan di bawah ISA adalah satu undang- undang pencegahan yang mencegah seseorang daripada melakukan sebarang perbuatan dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia, penyelenggaraan, perkhidmatan perlu di dalam negara dan kehidupan ekonomi Malaysia. Ianya bukanlah bertujuan untuk memberikan masa kepada pihak yang berkuasa bagi mencari bukti agar dapat mendakwa tahanan-tahanan ini di mahkamah.
Tahanan tidak dapat didakwa di mahkamah kerana sesuatu tangkapan itu adalah bergantung kepada maklumat-maklumat keselamatan yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan tidak boleh didedahkan di mahkamah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Tambahan pula tidak terdapatnya peruntukan di dalam akta tersebut untuk perbicaraan di mahkamah terbuka. Penerusan ataupun pelanjutan sesuatu pertahanan itu akan diputuskan dan diambil kira...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Sekejap, sekejap. ...Mengambil kira syor daripada pelbagai pihak seperti Lembaga Penasihat Kementerian dan kementerian. Sama ada seseorang itu telah insaf atau ditaksirkan masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Dato' Chor Chee Heung
Semua ini adalah bergantung kepada keadaan semasa. Sekiranya seseorang tahanan itu ditafsirkan telah pulih dan tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara, pastinya tahanan tersebut akan dibebaskan sama ada melalui pembebasan bersyarat atau pun perintah tahanan dibiarkan tamat.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat, ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Atas perkara pendakwaan sebentar tadi, Dewan ini ingin tahu kalau boleh berapakah peratusnya akibat daripada kelemahan penyiasatan, maka kes- kes atau pun pendakwaan gagal dibawa seterusnya kerana ini merupakan satu perkara yang cukup penting Tuan Yang di-Pertua, khususnya kalau kita kembali kepada laporan
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
IPCMC dan memandangkan kepada apa yang disebutkan sendiri oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Saya menghitung tadi kalau dulunya ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih, tiga kes rogol sehari. Hari ini dengan statistik yang Timbalan Menteri berikan sudah naik 10 kes. Jadi berapa banyakkah kes-kes, kalau tak boleh jawab sekarang ini pun, tolong jawab secara bertulis, gagal pendakwaan kerana siasatan polis.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh...
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat dah lepas dah itu.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Yang Berhormat menjawab, saya suka ingatkan lagi, ada 24 kementerian. Kalau satu kementerian satu jam, bermakna 24 jam. Yang kita ada cuma sampai jam 10, hari ini hari Sabtu, Isnin dan Selasa. Tidak ada 24 jam Ahli-ahli Yang Berhormat. Restrain, disiplin, kalau tidak nanti, banyak lagi kementerian-kementerian, 24 kementerian yang juga penting. Jadi persoalan yang remeh itu tulis sahaja kepada menteri yang berkenaan. Kecuali benar-benar meronta-ronta demi untuk kepentingan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh saya sambung tadi?
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi tiga yang ini. Kalau Yang Berhormat layan, ada 20 minit.
Dato’ Chor Chee Heung
Tak, tak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kalau saya tak layan pun tak boleh. Kalau layan, terlalu ramai yang mencelah lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak Yang Berhormat, saya guna kuasa saya untuk pendekkan. Oleh sebab masa kita tidak mengizinkan. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kerana banyak lagi, 24 kementerian. Nanti Ahli-ahli Yang Berhormat juga mengomel sampai di Kementerian Kewangan dia tidak ada masa untuk menjawab.
Dato’ Chor Chee Heung
Mungkin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan jika seorang Ahli telah pun bangkit isu yang lebih kurang sama dengan orang lain yang nak bangkit, tak payah bangkit langsung lah itu.
Tuan Yang di-Pertua
Inilah yang saya tekankan ini. Akan tetapi ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati, perkara yang saya anggap remeh pun mereka bangkitkan juga. Tolong, 24 kementerian. Kalau satu kementerian satu jam, 24 jam lagi.
Kita tidak ada itu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Pembangkang tidak payah lagilah bangun.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh juga tambah hari. Awal-awal sudah dikasi tahu bahawa lapan hari untuk perbahasan dasar, yang itu pun saya curi menteri-menteri punya masa, saya tambah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Jangan curi Tuan Yang di-Pertua, nanti kes jenayah pula [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ha, ini yang lagi tambah lagi Yang Berhormat Pokok Sena.
Lain kali Yang Berhormat Pokok Sena berdiri pun saya tidak panggil nama.
Seorang Ahli
Ringkas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Sila menteri pilih untuk penghabisan yang mana satu yang berdiri ini, lepas itu teruskan. Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Pasir Mas lain kali Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Padang serai selalu bercakap. Hari ini tolonglah jangan.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Dalam isu tidak ada bukti atau kurang bukti untuk mendakwa. Saya terima satu jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri yang menyatakan bahawa kumpulan-
Tuan Chua Tian Chang - Batu
kumpulan militan agama seperti JI, Darul Islamiah dan lain-lain telah menjalankan aktiviti mengancam keselamatan negara dengan membuat persiapan untuk menggulingkan kerajaan secara tidak sah menggunakan kekerasan bersenjata.
Seterusnya, mereka yang terbabit ini telah dihantar menjalani latihan ala ketenteraan di dalam negeri dan latihan ketenteraan dan kemahiran menggunakan pelbagai jenis senjata api dalam kem-kem latihan di Afghanistan dan selatan Filipina. Kalau ada bukti yang spesifik dan ditulis kepada Ahli Parlimen, saya tidak nampak mengapa tidak ada cara untuk mendakwa kumpulan-kumpulan militan ini di mahkamah terbuka. Ini adalah isu jenayah. Kalau diteruskan dengan ISA, ini tidak membawa, tidak melakukan keadilan kepada orang-orang yang mungkin tidak semestinya melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih. Yang Berhormat harus memahami bahawa begitu banyak bukti-bukti yang diperolehi adalah melalui risikan. Risikan ini kadang-kadang atau pun pada kebiasaannya tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah. Kita sedang menangani satu masalah mengenai keselamatan dalam negeri, keselamatan negara kita, ketenteraman awam kita yang perlu kita sentiasa pelihara. Itu adalah soal yang cukup penting, pokok bagi kita dan kita harus menggunakan akta pencegahan untuk mencegah sebelum sesuatu ini berlaku kepada negara kita. Ini adalah cukup basic sekali Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingat saya sudah jawab soalan itu. Yang Berhormat Puchong, saya tak habis lagi, mungkin ada peluang untuk tanya. Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya seksyen 8, 8(c), 8(d), 8(e), Akta Keselamatan Dalam Negeri dipinda dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada ahli berkecuali dan bukan orang politik. Hak tempoh tahanan perlu dikurangkan kepada 30 hari dan selepas itu tahanan perlu dibicarakan di mahkamah terbuka.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerajaan berpuas hati bahawa seksyen-seksyen yang dinyatakan tersebut masih relevan dan perlu dikekalkan. Pihak kementerian mengambil maklum dan akan mengkaji cadangan mengurangkan had tempoh tahanan untuk siasatan oleh Polis Diraja Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa penahanan ini adalah satu undang-undang pencegahan dan tidak dibicarakan di mahkamah terbuka. Yang Berhormat dar Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan tadi dimana Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa untuk tahanan di bawah ISA kebiasaannya tidak ada bukti kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah. Oleh itu ia berlainan. Pertuduhan yang digunakan di dalam perintah tahanan, as opposed to satu charge di mahkamah. Saya ingin tanya Yang Berhormat adakah Yang Berhormat setuju sekiranya seorang ditahan di bawah ISA dan alasan sama tersebut dijadikan asas pertuduhan di mahkamah. Adakah itu menjadi satu penyalahgunaan kuasa. Oleh sebab asas pertuduhan itu sebenarnya diletakkan di dalam satu mahkamah untuk diputuskan oleh mahkamah, in other word, a court is yet to decide on whether or not that charge exist. By the same time, pertuduhan tersebut digunakan untuk menahan seorang di bawah ISA seperti mana dalam kes Raja Petra.
Di dalam kes Raja Petra, alasan nombor empat di dalam perintah tahanan tersebut untuk tahanan ISA, sekarang menjadi bahan tuduhan terhadap beliau di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya. So, bagaimana dalam keadaan di mana Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, selepas satu perbicaraan mendapati bahawa Raja Petra tidak bersalah untuk pertuduhan tersebut walhal sekarang beliau ditahan di bawah ISA untuk pertuduhan yang sama. Maksud dia, kementerian ini tidak menghormati kewibawaan mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan dengan fakta-fakta tersebut.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Raja Petra menghina agama Islam.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Batu Pahat juga menghina peraturan di dalam Dewan ini. Dengar! Dengar dulu ya! Soalan saya jelas, kenapa Yang Berhormat Batu Pahat always takut hendak berdiri, pertahankan, pertahankan siapa? Listen to the question. Ini perkara serius. ISA
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
digunakan, dimana pertuduhan...[Diganggu] Yang Berhormat Batu Pahat, I am in the floor, please! Please! Please!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita mempertahankan agama Islam [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, terpaksa juga saya pertahankan peraturan mesyuarat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau agama Islam dihina saya juga akan mempertahankan agama Islam. Don’t wory about that. Don’t worry about that.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, yang Puchong, teruskan persoalan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Seolah-olah tak ada orang lain dalam negara ini yang akan memperjuangkan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang serai, jangan campur lagi. Yang Berhormat Puchong, direct to your question. Selepas itu Menteri jawab dan selepas itu beredar kepada tajuk lain.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaf, Timbalan Menteri. Yang Berhormat, itu menjadi soalan saya. It’s a concern to me so, berkenaan keadaan tersebut.
Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat boleh saya sambung sikit?
Dato' Chor Chee Heung
Pendek, cukuplah pendek.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tak usah bimbang Yang Berhormat saya tidak pernah mengampu. Saya selalu bercakap Tuan Yang di-Pertua ringkas, padat saya tak ulang benda yang sama. Saya hendak kira perkara basic sahaja, bila soal keselamatan, jenayah baik, penyiasatan mengenai ISA baik. Semua ini polis ini pun Tuan Yang di-Pertua manusia dan tak ramai orang yang hendak jadi polis Yang Berhormat pun sebut tadi.
Gaji kecil jadi isunya bagaimana saya hendak tanya pihak kementerian untuk melihat perjawatan polis ini melihat pada isu-isu yang ada ini. Untuk diberi motivasi supaya gaji kaki tangan polis ini dipertimbang atau dinaikkan baru ada orang minat, itu perkara yang pokok. Saya tak hendak berlegar-legar cuma saya hendak minta juga Yang Berhormat tolong kaji, siasat ada juga Ahli Parlimen pernah mengatakan kalau melaksanakan Islam di negara ini langkah mayat dia dulu. Terima kasih. Siapa orang itu saya tak tahu.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Pasir Mas. Perlu saya menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa ISA ini merupakan satu akta pencegahan, is a preventive law. Maksudnya mengikut kandungan akta ini sebab soal ketenteraman awam, soal keselamatan negara kita ini yang begitu penting sekali. Maka buat masa ini ISA walaupun dirangka, digubal pada tahun 1960 masih relevan untuk mencegah berlakunya jenayah-jenayah terhadap negara ini.
Oleh yang demikian, dalam kandungan itu memang tidak mempunyai peruntukan- peruntukan di mana orang yang didapati terlibat dalam keganasan ataupun dalam aktiviti untuk menggulingkan kerajaan itu di bawa ke mahkamah. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa mahkamah tidak mempunyai hak untuk mengkaji sama ada suspek yang ditahan ataupun orang yang ditahan ini harus ditahan lagi. Oleh yang demikian, kita dapat melihat begitu banyak kes-kes writ of habeas corpus lah macam-macam di bawa ke mahkamah.
Sama juga dengan...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaf saya...
Dato' Chor Chee Heung
Biar, biar saya habis dulu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Tak faham.
Dato' Chor Chee Heung
Biar saya habis dulu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baik, baik.
Dato' Chor Chee Heung
IPK kah, sesiapa kah. Baru-baru ini IPK punya kes baru didengarkan. So ini adalah satu peluang bagi orang yang ditahan untuk mencari lawyer membela dia di mahkamah dari isu penahanan. Kedua, bila pihak pembangkang telah pun membuat keputusan sebulat-bulatnya tidak setuju dengan ISA, hendak memansuhkan akta ISA di negara ini maka apa jua jawapan yang kita bagi, penjelasan macam mana baiknya kita bagi pihak pembangkang tidak akan dengar, tidak akan menerima, itu masalah sahaja.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Bila kita sebut tentang IPK punya kes untuk Dewan yang mulia ini pihak mahkamah belum membuat keputusan. So saya percaya, saya boleh anggap bahawa kes ini masih subjudice saya ingat kita tak perlulah masuk dengan kes IPK itu. Baiklah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua tak bagi, Tuan Yang di-Pertua tak bagi dah. Tuan Yang di-Pertua kata pergi ke satu lagi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Pendek pun, cepat pun. Pendek ISA, mustahak itu ISA.
Dato' Chor Chee Heung
Saya tanya Tuan Yang di-Pertua, sama ada Tuan Yang di-Pertua setuju atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Soal ISA ini, pendek.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahu tanya apabila ISA menjadi satu akta untuk menjaga keselamatan, orang macam Tan Hoon Cheng pemberita Sin Chew Jit Poh dan bukankah pembebasan Tan Hoong Cheng selepas 8 jam dan Puan Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh selepas 1 minggu itu bukti penyalahgunaan kuasa ISA.
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak setuju dengan pandangan dari Yang Berhormat Ipoh Timur. Di bawah akta ISA, di bawah seksyen 73 pihak polis apabila mereka ini mengkaji keseluruhan keadaan. Pada masa itu berpendapat bahawa jika terdapat satu situasi yang cukup tegang di mana kita harus menyelamat negara, masyarakat kita sedang orang-orang yang terlibat dengan itu. Maka mereka ini berhak, mereka tidak perlu merujuk kepada menteri, tak payah. Pihak polis membuat kajian, membuat penilaian jika pada masa itu didapati situasi amat tegang sekali, polis harus mengambil tindakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Soalan saya.
Dato' Chor Chee Heung
Tunggu saya habis dulu, tunggu saya habis dulu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini menteri kata, bukan saya kata.
Dato' Chor Chee Heung
So di bawah seksyen 73 ini bahawa polis berhak untuk tahan seseorang sama ada is Yang Berhormat Teresa Kok Yang Berhormat Seputeh ataupun Puan Tan Hoon Cheng pemberita itu, maka mereka ini dibawa masuk untuk mengadakan siasatan. Jika tiada apa, esok hari mereka dibebaskan sahajalah...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri ini...
Dato' Chor Chee Heung
...Saya rasa ini bukan satu kes penyalahgunaan kuasa, ini adalah satu kes di mana pihak polis rasa kita harus mempertahankan situasi pada masa itu. Yang Berhormat dari pihak pembangkang itu memang mempunyai persepsi yang lain,
Dato' Chor Chee Heung
saya tak boleh kata apalah, pasal persepsi ini dari Yang Berhormat Ipoh Timur. Baiklah terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai sudah cukuplah itu.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat dari Tawau juga...
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah,sudahlah.
Dato' Chor Chee Heung
...Sudah bertanya mengenai pendatang asing tanpa izin. Kementerian berpendapat bahawa cadangan Yang Berhormat Tawau untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja adalah tidak perlu kerana dakwaan mengatakan pendatang asing tanpa izin dengan senang memperoleh MyKad adalah tidak benar.
MyKad hanya dikeluarkan kepada pemohon yang layak sahaja seperti mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. MyKad dikeluarkan bertujuan sebagai dokumen pengenalan diri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, peraturan mesyuarat begitu.
Dato' Chor Chee Heung
...Kepada warganegara Malaysia bagi kemudahan urusan harian dan demi keselamatan negara ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu minta kerajaan mengadakan operasi membanteras pendatang asing haram di kawasan-kawasan ladang kelapa sawit secara lebih kerap dan tegas. Operasi itu perlu dilakukan oleh d dengan serius.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memantau dan memandang serius ke atas kehadiran begitu ramai pendatang asing ke negara ini dengan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan ancaman-ancaman yang di bawa oleh pelawat asing ini kepada masyarakat Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan budaya. Langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menangani masalah pendatang haram yang tinggal dan bekerja di kawasan-kawasan ladang kelapa sawit secara umumnya adalah seperti berikut seperti mana di tempat-tempat lain.
Di antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut:
(i) melalui penguasaan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai berdiri dari tadi. Mahu bagi jalan kah tidak? Kalau tidak bagi tahu saya tidak.
Dato' Chor Chee Heung
Buat sementara tak payah lah. Lepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tidak mahu beri jalan Yang Berhormat Padang Serai.
Sudah lah Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Chor Chee Heung
(i) melalui operasi penguasaan bersepadu secara berterusan di antara Jabatan Imigresen, RELA dan Polis Diraja Malaysia. Bagi tempoh 1 Januari 2008, sehingga 30 September 2008 seramai 56,618 orang pendatang asing tanpa izin telah pun ditangkap melalui 5,804 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara. Tangkapan tersebut adalah di bawah pelbagai jenis kesalahan di bawah akta imigresen dan peraturan- peraturan imigresen 1963.
(ii) kerajaan juga ingin menasihatkan majikan supaya tidak menggaji pendatang asing tanpa izin. Majikan digalakkan supaya mengambil pekerja tempatan. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin.
Biar saya habis dulu, saya bagi Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
(iii) Ibu Pejabat Imigresen Malaysia membuka bilik gerakan yang beroperasi 24 jam, tujuh hari untuk menerima aduan dari orang awam mengenai hal- hal yang berkaitan dengan masalah imigresen.
Dato' Chor Chee Heung
Orang ramai boleh membuat aduan di bilik gerakan dan tindakan susulan akan diambil oleh Jabatan Imigresen. Ya, Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai isu ini, pendatang asing ini. Contoh di Bintulu, saya tanya polis, pendatang asing ini akan dihantar balik. Pasport sudah dicop, tak boleh masuk sini lagi. Akan tetapi dia balik, esok dia tukar lagi pasport baru. Nama pun baru, tetapi gambar sama.
Saya mahu tanya kenapa kita tak boleh selesaikan masalah ini? Kita ada biometrik. Kita boleh pakai cap jari. Macam mana sampai hari ini di sempadan sana, kita belum selesai lagi, belum pasang lagi ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Batu Pahat, DNA pun boleh. Kalau masalah ini tak selesai, kita hari-hari marah polis pun tak boleh selesaikan masalah. Polis hantar balik, dia datang balik. Bila baru habis? So, saya mintalah kementerian tolong bantulah. Kalau boleh pasanglah biometrik di sana. Bersama- sama dengan imigresen kita boleh pertahankan isu ini.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Dengan pemasangan biometrik ini kemungkinan kita bolehlah mengurangkan kehadiran PATI, tetapi saya akan membawa cadangan ini balik untuk dikaji sama ada sesuai atau tidak kita memasangkan biometrik di pintu-pintu masuk kita.
Yang kedua dari segi tembok pemisahan, saya tahu Yang Berhormat telah lama dan sentiasa menyoal tentang ini. Buat masa ini jawapan masih sama. Kita tidak mempunyai cadangan untuk membina satu tembok pemisahan di antara sempadan negeri Sarawak dan Indonesia sebab Yang Berhormat pun tahu dan dimaklumkan bahawa kalau hendak bina tembok pemisahan itu, kita kena bina tembok itu sepanjang 1,400 kilometer.
Mati kerajaan, mana nak cari duit. Baiklah...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih, saya mahu sentuh sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Mengenai biometrik ini saya haraplah kementerian jangan kata kaji sahaja. Ini kerana saya sebagai wakil rakyat, dalam beberapa minggu ini saya kena tuduh macam-macam daripada wanita. Wanita kata sekarang hari-hari ada kes rompakan, pecah rumah. Dia kata “Bila saya kena rogol, saya tak tahu. Kalau saya kena rogol, Yang Berhormat, you boleh bertanggungjawab atas kehidupan saya kah tidak?”. Saya sekarang mahu tanya Timbalan Menteri “Timbalan Menteri, you boleh tolong tanggung tak?”. Kalau kementerian tak serius fasal ini, saya sebagai wakil rakyat memang saya mampus. Terus terang. Ini yang pertama.
Yang kedua, memang tembok itu panjang. Saya setuju, kita pasanglah di mana yang perlu dipasang. Di pintu sempadan itu memang ramai orang crossover, kita pasanglah sana dulu. Janganlah pasang semua sepanjang 1,400 kilometer. 1,400 kilometer itu, akhir sekali pun tak ada pendatang asing yang masuk dari sana. So, mintalah kementerian ambillah tindakan yang serius. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi masalah biometrik ini saya akan bawa balik dan esok kita akan bincang di kementerian sama ada munasabah atau tidak kita pasang itu. Yang kedua, tembok itu memanglah selagi tembok tak dipasang, memang terdapat begitu banyak jalan-jalan tikus, jalan-jalan gajah, mereka ini senang masuk. Saya tahu. Ini adalah satu masalah di mana negara-negara maju yang lebih maju mempunyai masalah itu. Kita tengok sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico sama juga. Sempadannya begitu panjang, so orang Mexico masuk. Di situ ada pagar-pagar pun, orang masuk juga. Ini masalah besar. Yang Berhormat, saya ingat tak payah la.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa lama lagi Yang Berhormat.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Dua minit, dua minit.
Dato’ Chor Chee Heung
Saya mempunyai 75 muka surat, sekarang baru sampai 20.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Yang ini perlu penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perlu sangat penjelasan sebab majikan menganaktirikan pekerja tempatan kerana utamakan pada pekerja asing. Hotel di Langkawi contohnya. Kita benarkan ini tetapi disalahgunakan oleh rakyat kita sendiri.
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat boleh utarakan soalan, cadangan kepada kementerian lain sebab ini bukan kementerian saya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Akan tetapi outsourcing kemasukan buruh asing di bawah Kementerian Luar Negeri.
Dato’ Chor Chee Heung
Itu memanglah. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, teruskan.
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Ipoh Timur minta kerajaan menyatakan sama ada benar pada 12 Februari 2007, Ketua Polis Negara telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan pembelian secara rundingan terus 8 unit helikopter daripada syarikat Eurocopter Sdn. Bhd. dengan nilai RM350 juta berbanding dengan peruntukan asal RM272 juta yang diluluskan. Apakah benar pembelian helikopter PDRM telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan?
Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Polis Diraja Malaysia memang telah diperuntukkan sebanyak RM272 untuk perolehan 8 unit helikopter.
Walau bagaimanapun, kerajaan dalam hal ini telah pun memutuskan bahawa perolehan tersebut hanya dilakukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh yang demikian, soal Ketua Polis Negara berbincang dengan mana-mana pihak ataupun mana-mana syarikat untuk mendapatkan kos seperti yang dinyatakan sebanyak RM350 juta bagi tujuan rundingan terus memang tidak benar dan tak perlu kita panjangkan perbincangan sebab tidak ada sebarang pembelian buat masa ini. Kerajaan pun tidak luluskan pembelian ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan. Bukankah benar bahawa pada tarikh yang berkenaan Ketua Polis Negara ada menulis surat itu kepada Menteri Kewangan mengenai cadangan kontrak sewaan helikopter kepada Polis Diraja Malaysia selama 30 tahun? Ia adalah satu angka yang besar iaitu RM20 bilion. Akibat itu hal yang lain.
Adakah itu tanggungjawab seorang Ketua Polis Negara? Tanggungjawab seorang Ketua Polis Negara ialah untuk menjaga, kurangkan jenayah dan bukan untuk melobi, pelobi untuk syarikat-syarikat tertentu mengenai pembelian helikopter polis atau mengenai e- Police Solution yang RM4.2 bilion.
Bukankah ini penyelewengan khasnya ada conflict of interest. Semalam Yang Berhormat pun ada di sini dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata bahawa akibat daripada kemerosotan ekonomi, antara projek yang dibekukan ialah pembelian 21 buah helikopter polis. Bolehkah Yang Berhormat terangkan mengenai perkara ini.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Setakat ini dalam kefahaman saya pihak polis memang mempunyai hasrat untuk mengadakan helikopter untuk menambah lagi kecekapan dari segi menjalankan tugas, tetapi saya tidak mempunyai sebarang maklumat iaitu Ketua Polis Negara telah pun menghantar surat kepada Kementerian Kewangan seperti di dakwa oleh Yang Berhormat. Saya tak mempunyai maklumat langsung.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tak boleh nafikanlah tadi atau Yang Berhormat...
Dato’ Chor Chee Heung
Buat masa ini tak ada apa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Timur, saya cukup hormat sama Yang Berhormat Ipoh Timur. Kalau bercakap tengoklah sebelah sedikit.
Dato’ Chor Chee Heung
Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur juga bangkitkan mengenai wireless digital system yang bernilai RM4.2 bilion dan juga e-Solution, macam- macam kan? Sebagai jawapan, kedua-dua perkara yang dibangkitkan adalah merupakan perkara yang sama. Projek bagi sistem wireless digital untuk Polis Diraja Malaysia yang bernilai RM4.2 bilion tak pernah wujud dan tidak tersenarai dalam projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Dakwaan bahawa Ketua Polis Negara mengeluarkan arahan supaya surat niat atau pun LOI dikeluarkan kepada syarikat Web Power Sdn. Bhd. untuk perolehan sistem tersebut adalah tidak berasas. Ini kerana perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasa beliau.
Di samping itu, kerajaan tidak pernah meluluskan perolehan sistem tersebut dan tidak meluluskan perolehan sistem e-Police Force Solution atau terlibat dengan mana-mana syarikat. Oleh itu soal pembelian projek berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia dengan bekas polis PDRM berpangkat tiga bintang yang disebutkan oleh Yang Berhormat tidak berbangkit langsung.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minta penjelasan. Terima kasih. Saya mahu tanya adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jawapan itu daripada confirmation daripada Ketua Polis Negara sendiri menafikan atau apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ialah dia tidak tahu atau ada dia dapat confirmation satu denial yang spesifik daripada Ketua Polis Negara.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya ini adalah jawapan yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri di mana kita tahu tentang selok- belok perkara ini dan saya percaya dakwaan Yang Berhormat Ipoh Timur mengenai surat- menyurat di antara Ketua Polis Negara dalam perkara ini tidak perlu kita bincang sebab satu, kita tidak beli lagi 8 buah helikopter itu. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh baru kita bercadang mahu beli. Yang kedua wireless system yang disebutkan oleh Yang Berhormat pun tidak wujud langsung. So, sebab apa kita perlu memanjangkan perbincangan ini lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dia berbohong. Dia bohong.
Dato' Chor Chee Heung
Ini adalah pendirian KDN lah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya ... jawapan itu tetapi oleh kerana kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri datang jawab di sini tidak dapat jawapan secara direct daripada Ketua Polis Negara oleh kerana ini melibatkan Ketua Polis Negara. Sebab itu dalam ucapan saya, saya ada menyeru bahawa beliau patutlah letak jawatan. Sekurang-kurangnya kalau mahu menjawab, tanya dia benar atau tidak adakah wujud surat itu. Itu bolehkah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang ini pun Yang Berhormat kalau boleh jangan jawablah oleh kerana Peraturan Mesyuarat 36(8) mengatakan bahawa sifat ataupun kelakuan orang- orang tertentu. Yang di-Pertuan Agong, TYT, tentera yang mengangkat senjata ini kecuali Yang Berhormat Ipoh Timur buatlah usul kerana itu sebagai satu tuduhan. Tidak payahlah jawab itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila teruskan.
Dato' Chor Chee Heung
Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Timur juga bertanya mengenai kaitan Ketua Polis Negara dengan kegiatan judi, kongsi gelap, Ah Long yang diketuai oleh Rangkaian ‘BK Tan’, apakah hubungan Ketua Polis Negara dengan Goh Cheng Poh ataupun Tengku Goh. Mengapa tiada tindakan siasatan dijalankan untuk menyiasat perkara ini?
Sebagai jawapan Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat perkara ini telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan sekiranya tohmahan tersebut didapati benar, sudah pastinya BPR akan mengambil tindakan undang-undang kerana ia adalah sebuah badan yang bebas daripada sebarang pengaruh.
Yang Berhormat Ipoh Timur juga mencadangkan kepada kerajaan supaya Ketua Polis Negara...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai dengan isu tersebut, saya ingin tahu sebenarnya apakah ada
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
peraturan ketua-ketua polis daerah atau OCPD sebagai contohnya dari segi hubungannya dengan tycoon, dengan ahli-ahli perniagaan yang terlibat dengan pusat-pusat hiburan.
Apakah mereka ini dibenarkan selalu ada hubungan sosial ataupun boleh minum di kedai- kedai kopi bersama. Apakah ini tidak boleh membawa kesan kepada soal integriti polis dan apakah sebenarnya ketua-ketua polis seperti ini dibenarkan berniaga sebab ini juga boleh membawa kesan kepada integriti polis kalau mereka terlibat dengan perniagaan ataupun menggunakan nama anak dan sebagainya untuk berniaga.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat, terima kasih. Seseorang pegawai polis sama juga dengan pegawai kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti ekonomi macam perniagaan ataupun lain-lain. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa ahli-ahli keluarga mereka ini tidak boleh berniaga. Kalau kita mahu sekat sampai ahli-ahli keluarga mereka ini tidak boleh meniaga, itu saya ingat tidak perlulah. Ini terlalu teruklah. Sebagai seorang pegawai kerajaan, memang tidak boleh. Dari segi berinteraksi dengan peniaga-peniaga, saya percaya tidak ada sebarang peraturan yang mengatakan mereka ini tidak boleh berinteraksi dan tidak boleh berkenalan dengan peniaga-peniaga asalkan pegawai kerajaan termasuk dengan OCPD ataupun pegawai polis harus menjalankan tugas mereka dengan jujur dan betul. Itu saja yang cukup penting.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sedikit saja lagi. Apakah kita tidak boleh membuat satu peraturan. Kalau anak dia ataupun isterinya mahu berniaga tetapi di tempat lain, tidak di daerah yang sama sebab ada kemungkinan dia akan menggunakan kuasa dia untuk mendapatkan kelulusan permit dan sebagainya melalui ketua-ketua jabatan lain yang ada hubungan dengan dia.
Dato' Chor Chee Heung
Itulah yang saya kata tadi. Dalam satu daerah dan satu bandar itu tidak ada masalah tetapi pegawai polis yang berkenaan itu tidak boleh menggunakan pengaruh untuk membantu anak atau isteri dalam perniagaan. Ini cukup jelas.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Tuan Yang di-Pertua ada buat satu ruling bahawa perkara IGP tidak boleh disentuh.
Adakah ini di bawah peraturan 36(8)? Adakah ini ruling Tuan Yang di-Pertua bahawa ini jatuh di dalam peruntukan 36(8).
Tuan Yang di-Pertua
Itu pendapat saya, Yang Berhormat Ipoh Timur oleh kerana ahli-ahli bersenjata termasuk pasukan polis dia bersenjata.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak sebut polis.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tidak sebut tetapi itu adalah pengertian saya dan itulah tafsiran saya. Oleh kerana apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu mengenai dengan sifat seorang Ketua Polis Negara yang membuat surat dan sedemikiannya. Belum tahu lagi bahawa dia bersalah atau tidak. Apabila Yang Berhormat buat usul seperti yang dibuat dalam ruling, boleh dibincang. Kalau buat usul boleh sama ada itu salah atau tidak salah. Itu makanya tafsiran saya bahawa perkara-perkara sebegini sama ada menyentuh hakim, menyentuh Yang di-Pertuan Agong, menyentuh TYT, angkatan bersenjata dan mereka yang terlibat dengan menjalankan keadilan mahkamah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak ada sebut IGP, tidak ada sebut IGP dan benar atau tidak itu terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah menjawab tetapi Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur juga mendesak supaya dia menjawab dengan cara apa Yang Berhormat mahu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Chor Chee Heung
Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Memang tidak habis lagi dari segi jawapan. Yang Berhormat Ipoh Timur telah mencadangkan kepada kerajaan supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatanlah, macam-macam, beliau seorang yang bankrap idea dan tidak layak menjadi Ketua Polis Negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelantikan Ketua Polis Negara dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perakuan suruhanjaya pasukan polis dan dengan nasihat Yang Amat
Dato' Chor Chee Heung
Berhormat Perdana Menteri. Pada masa ini, tidak terdapat apa-apa isu ataupun alasan- alasan yang kukuh sehingga memerlukan Ketua Polis Negara meletak jawatan. Ini adalah jawapan saya. Yang Berhormat dari...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Tuan Yang di-Pertua boleh semak perkara ini oleh kerana Police Commission tetapi IGP bukan dalam Police Commission. Mungkinlah Tuan Yang di-Pertua boleh semak perkara ini.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat Batang Sadong ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk membina balai polis di kawasan Sadong Jaya bagi menangani masalah jenayah di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pembinaan balai polis di kawasan Sadong Jaya akan dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa dan sekiranya perlu, pembinaan bangunan balai akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, buat masa ini terdapat sebuah balai lagi di Jaya Ulu, 15 kilometer dari Sadong Jaya dan di situ terdapat anggota yang mencukupi untuk menjaga keselamatan, mencegah jenayah bagi kawasan di Sadong Jaya juga termasuk dengan Asa Jaya Ulu di dalam satu daerah.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Terap minta Polis Diraja Malaysia menaik taraf Pondok Polis FELDA Lubok Merbau kepada Balai Polis FELDA Lubok Merbau kerana penduduk FELDA Lubok Merbau telah pun mencapai 10,000 orang. Kekuatan anggota seramai tiga orang tidak lagi mampu menguruskan keperluan keselamatan di kawasan itu. Kerajaan sememangnya mempunyai cadangan untuk menaik taraf Pondok Polis Lubok Merbau kepada balai polis. Cadangan ini akan dimasukkan dalam dan diberikan keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kelak.
Yang Berhormat Jasin mencadangkan agar polis-polis khas yang bertugas sebelum merdeka kira-kira 10,000 orang jumlahnya sekarang di seluruh negara diberikan pencen di atas sumbangan mereka menjaga keselamatan negara.
Dato' Chor Chee Heung
Sebagai jawapan, kerajaan setakat ini belum lagi bercadang ataupun mengkaji untuk memberi pencen kepada polis-polis khas yang bertugas sebelum kemerdekaan Malaysia memandangkan polis-polis khas ini tidak tersenarai di bawah golongan yang layak mendapat pencen seperti mana termaktub di dalam Akta Pencen. Walau bagaimanapun kerajaan telah pun memberi bantuan kebajikan sebanyak RM66,608 juta kepada polis-polis khas. Ini adalah bertujuan bagi mengenang jasa mereka yang telah berkhidmat bagi menjaga keselamatan negara pada zaman sebelum kemerdekaan. Yang Berhormat Bintulu minta kerajaan melonggarkan syarat-syarat pindah milik lesen senjata api dari bapa yang sudah uzur kepada anak. Syarat-syarat sekarang ini amat rumit dan membebankan rakyat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 3(1) Akta Senjata 1960 dengan jelasnya menyatakan bahawa tiada sesiapa dibenarkan untuk memiliki senjata kecuali mereka memiliki lesen seperti yang diberikan menurut peruntukan di dalam seksyen 4 akta yang sama. Prosedur yang diamalkan di peringkat Polis Diraja Malaysia dan kementerian adalah komprehensif dan teliti serta sentiasa dinilai semula dan dikemaskinikan bagi memastikan setiap permohonan diberi perimbangan sewajarnya.
Setiap permohonan sama ada di peringkat Ketua Polis Negara mahupun semasa rayuan di peringkat kementerian, akan diberi pertimbangan berdasarkan kebolehan, kemampuan dan keupayaan dari aspek fizikal, mental, kewangan serta ekonomi individu yang memohon senjata api tersebut.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mewakili majoriti orang-orang kampung yang banyak masalah sebenarnya apabila mereka berkeuzuran dan ingin menyerahkan senjata api mereka kepada anak mereka. Rata-ratanya Tuan Yang di-Pertua, seolah-olahnya polis mengambil sikap menyusahkan dan menolak permohonan itu kali pertama dan terpaksa
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
dibuat rayuan dan seumpamanya, sedangkan mereka duduk di kampung itu, di kebun itu.
Memang polis tahu bahawa mereka memang menggunakan senjata api itu untuk menjaga musuh-musuh tanaman mereka.
Jadi apakah Yang Berhormat boleh menjamin bahawa polis supaya jangan mengambil sikap menyusahkan permohonan ini tetapi kalau jelas maknanya anaknya itu memang duduk di situ, di kampung itu untuk menjaga kebun mereka itu, jadi apa masalahnya tanpa menolak dan terpaksa membuat rayuan demi rayuan. Saya harap ini mendapat pertimbangan Yang Berhormat kerana masalah ini saya bawa ke dalam Parlimen ini mewakili rata-rata orang-orang kampung yang menghadapi masalah menyerahkan senjata api mereka kepada waris-waris mereka untuk menjaga kebun-kebun mereka.
Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pemilikan senjata api bukanlah satu hak yang boleh diwarisi tetapi diluluskan berdasarkan kepada kelayakan individu. Saya faham, saya pun juga menerima begitu banyak permintaan dan aduan supaya permohonan mereka ini diluluskan, tetapi ini adalah di luar bidang kuasa saya sebab selepas kita meneliti akta tersebut, kita tahulah, kita faham bahawa untuk memiliki senjata api kita perlu memenuhi begitu banyak syarat, iaitu sama ada hendak mencegah musuh tanaman kita perlu mengadakan tanah-tanah yang mencukupi ataupun bila seorang bapa telah pun uzur sudah tua tetapi dia sayang hendak bagi balik senjata api kepada pihak kerajaan.
So, mereka ini memohon dengan sewenang-wenangnya supaya anak dia dapat memiliki senjata api. Ini adalah masalah-masalah kita sentiasa berhadapan, tetapi walau bagaimanapun setiap kali terdapat orang yang ingin membuat permohonan biarlah sebagai Ahli Parlimen kita memberi sokongan kuat sekali. Saya ingin memberi jaminan bahawa pihak polis bukan sengaja hendak menyusahkan pemohon-pemohon tetapi lebih menjurus kepada kelayakan, sama ada layak atau tidak untuk memiliki senjata api dan tidak bermaksud bahawa bapa mempunyai lesen, anak juga harus diberikan lesen. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Timur, sebelum itu Yang Berhormat Arau minta kementerian agar segera menubuhkan Institut Latihan Pegawai Keselamatan untuk melatih pegawai- pegawai keselamatan untuk keperluan dalam negara. Oleh itu kementerian tidak perlu mengambil pengawal keselamatan daripada negara luar khususnya dari Nepal. Ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat tersebut, walau bagaimanapun buat masa ini sebuah akademi keselamatan telah pun ditubuhkan di bawah Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia yang berfungsi untuk melatih pengawal keselamatan di Malaysia.
Penambahbaikan terhadap akademi dan modul kursus juga telah dilakukan dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi imej dan memastikan pengawal keselamatan tempatan sentiasa kompeten. Ini bagi mengelakkan kebergantungan industri terhadap pengawal keselamatan daripada negara luar. Sehingga kini terdapat 3% sahaja pengawal keselamatan warganegara Nepal berkhidmat di negara kita. Untuk makluman lanjut, akademi ini adalah bertapak di Bangi dan dijalankan secara swasta. Yang Berhormat Ipoh Barat ingin tahu mengapakah kerajaan tidak meluluskan permohonan HINDRAF sebagai sebuah persatuan sah yang telah pun dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Oktober tahun lalu. Persatuan ini perlu disahkan kerana ia tidak mengganggu keamanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah pun mengisytiharkan HINDRAF sebagai sebuah pertubuhan haram berkuat kuasa 15 Oktober 2008. Pengisytiharan ini dilakukan oleh kerajaan setelah berpuas hati terhadap semua fakta dan bukti yang menunjukkan HINDRAF telah menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan keharmonian kaum di negara ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Pengharaman pertubuhan ini dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengikut kuasa yang telah diperuntukkan di bawah
Dato' Chor Chee Heung
seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berdasarkan hasil penyiasatan dan pemantauan Kementerian Dalam Negeri. Biar bagi saya habis ini dulu saya bagi chance, HINDRAF juga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pengharaman pertubuhan HINDRAF ini juga dibuat memandangkan HINDRAF dilihat tidak mewakili seluruh masyarakat India di negara ini. Dakwaan peminggiran oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini adalah tidak benar. Masyarakat Hindu telah memainkan peranan bernilai di dalam masyarakat dan mereka diwakili di dalam bidang profesion politik, ekonomi dan perkhidmatan awam kerajaan.
Terdapat badan-badan sah yang mewakili masyarakat Hindu di negara ini termasuk parti politik seperti MIC yang sentiasa menyuarakan kepentingan-kepentingan kaum India selama ini kepada kerajaan. Kerjasama erat dan persefahaman dalam kerajaan ini perlu terus dipertahankan dan dipertingkatkan lagi. Ditegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan ini bukanlah tindakan terhadap agama Hindu ataupun lain-lain agama. Kerajaan sentiasa menghormati dan memberi kebebasan kepada sesiapa juga menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing termasuk Hindu. Kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Negara dan ini perlu dipertahankan demi kesejahteraan rakyat negara ini pada keseluruhannya. Oleh yang demikian kerajaan berpendapat pengharaman pertubuhan HINDRAF ini adalah merupakan tindakan yang wajar demi menjaga kepentingan awam. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa HINDRAF diharamkan berdasarkan beberapa fakta seperti kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bukan ramai penyokong HINDRAF dan golongan penyokong HINDRAF adalah golongan yang kecil dan juga mengatakan bahawa mereka melakukan kesalahan-kesalahan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Masyarakat India di negara ini telah beratus-ratus tahun di negara ini. Mereka juga mengamalkan agama Hindu secara sihat dan harmoni, berpadu dengan semua rakyat Malaysia. Namun apa yang berlaku pada tahun lalu, seminggu sebelum Deepavali, Menteri Besar Selangor masa itu telah mengarahkan dirobohkan tokong Hindu di Shah Alam.
Apabila tokong Hindu itu dirobohkan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ringkas Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Apabila tokong itu dirobohkan, masyarakat Hindu di seluruh negara, mereka telah bersuara mengatakan ketidakpuasan hati mereka tetapi titik itu tidak diendahkan oleh kerajaan pada masa itu kerana mereka sokong penuh dengan Menteri Besar pada masa itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Khir Toyo.
Akibatnya masyarakat India membelakangkan kerajaan, membelakangkan Kerajaan Barisan Nasional dan tokong yang dirobohkan itu telah menusuk masuk setiap hati Hindu di negara ini. Akibatnya UMNO, Barisan Nasional kehilangan sokongan orang- orang India. Apabila UMNO, Barisan Nasional kehilangan sokongan itu punca kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Khir Toyo, punca kerana seorang Ketua Menteri yang tidak prihatin tentang agama orang-orang Hindu itu.
Akan tetapi hari ini selepas itu berlaku kemudian HINDRAF pula berhimpun pada 25 November, polis terpaksa dua minggu buat roadblock, cuba menahan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Selepas itu tsunami politik paling dahsyat berlaku di negara ini. Lima negeri jatuh sekali gus tetapi hari ini timbalan menteri datang ke sini bukan keseluruhan orang-orang India yang menyokongnya. Di mana sahaja ada kerusi Parlimen yang ada majoriti India lebih daripada 20%, semua kerusi-kerusi itu gagal dipertahankan oleh Barisan Nasional.
Jadi saya hendak tanya dengan Timbalan Menteri kerana kesalahan Ketua Menteri kamu, kerana kesalahan kamu, kerana kesalahan Barisan Nasional dan UMNO,
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
kenapa harus orang-orang India hari ini dihina. Apa salah mereka, bukankah negara ini ada undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau mereka daripada HINDRAF melakukan kesalahan hadapkan mereka di mahkamah, charge mereka tetapi sengaja mengharamkan satu pertubuhan yang berjuang untuk perpaduan negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Apabila pemimpin-pemimpin HINDRAF ini ditahan, mereka ditahan secara salah dan Timbalan Menteri memberi jawapan di sini dengan mengatakan bahawa HINDRAF adalah satu pertubuhan yang terrorist. Ini semua adalah tipu-helah pemerintah hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tipu helah kerajaan Barisan Nasional.
Kerana satu Ketua Menteri Selangor hari itu ....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Yang Berhormat dalam minta penjelasan, cukuplah. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Padang Serai terlalu ghairah sampai sudah lupa untuk bertanya, dia ini berucap pula.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Tetapi walau bagaimanapun ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Panjang sangat itu Yang Berhormat. Sudah panjang sangat Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan belum sampai lagi.
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat saya fahamlah. Saya faham tetapi jangan kita lupa Kementerian Dalam Negeri ini yang diketuai oleh seorang Menteri apabila beliau telah membuat keputusan untuk mengharamkan sesuatu kelompok ataupun satu group ini dan group itu masih belum didaftarkan sebagai persatuan lagi. Memang ada, Yang Berhormat, tunggulah saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Chor Chee Heung
Saya cakap dahulu. You kena faham dahulu saya cakap saya berilah penjelasan. Duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Telok Intan duduk dahulu Telok Intan.
Dato’ Chor Chee Heung
So salah satu sebab di mana HINDRAF ini diharamkan bukan kata kerajaan tidak suka sama orang India, tidak. Kita faham bahawa ada beberapa orang pemimpin HINDRAF sentiasa menggunakan nama HINDRAF untuk menjalankan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat di dalam masyarakat kita dan tidak ramai orang Hindu menyokong HINDRAF, itu bukan sebab utama.
Utama itu saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak dalam beberapa kali perhimpunan, pemimpin-pemimpin HINDRAF ini telah menggunakan nama ini. Melalui nama ini memberi gambaran bahawa semua orang India memang di bawah menyokong penuh HINDRAF dan semasa perhimpunan ini terdapat beberapa kali ucapan- ucapan yang begitu kesat sekali terhadap kaum-kaum tertentu dan menimbulkan masalah
Dato’ Chor Chee Heung
perhubungan di antara kaum dan menimbulkan, membangkitkan perasaan kebencian terhadap kaum-kaum tertentu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
Ini kerajaan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Biar saya habis dahulu. Ini kerajaan telah pun membuat kajian secara mendalam dan lebih baik kita harus mengambil keputusan supaya ianya tidak merebak menjadi satu masalah untuk masyarakat majmuk kita ini. Ini saya ingin memberi penjelasan itu dan kalau Yang Berhormat minat, saya boleh bagi tahu kandungan- kandungan ucapan oleh kononnya pemimpin-pemimpin dari pertubuhan HINDRAF.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Dakwa mereka di mahkamah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Tidak boleh Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Itu yang saya kata. Buat masa ini ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh bercakap macam ini. Saya concern.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya bukan menolak isu Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat kena ikut peraturan mesyuarat yang berbahas macam ini tidak diizinkan dalam peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Chor Chee Heung
Tidaklah. Saya ingat cukuplah. Yang Berhormat Bukit Mertajam ingin mendapat penjelasan berkenaan ...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Timbalan Menteri, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Menteri Dalam Negeri berhubung pembatalan pasport Encik Vitayamuthi minta kementerian berikan penjelasan...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Saya sudah masuk dalam lain dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa pasport Encik Waytha Moorthy a/l Punusamy passport number A14915290 adalah tidak dibatalkan. Kenyataan tersebut adalah betul dan konsisten berdasarkan kepada laporan dan maklum balas yang diterima oleh kementerian ini seperti berikut:
(i) sistem pasport dan dokumen perjalanan di Jabatan Imigresen Malaysia atau JIM menunjukkan pasport Encik Waytha Moorthy a/l Punusamy yang mempunyai passport number - seperti saya katakan tadi masih aktif dan tidak dibatalkan; dan
(ii) bagi seseorang rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara, setiap pembatalan pasport Malaysia antarabangsa hanya dapat dilaksanakan apabila individu terbabit melaporkan diri atau sekurang-kurangnya menyerahkan pasport
Dato’ Chor Chee Heung
antarabangsa tersebut kepada pihak berkuasa di tanah air atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut.
Dalam kes ini, Encik Waytha Moorthy masih belum kembali ke Malaysia dan tidak pernah hadir atau menyerahkan pasport antarabangsa beliau di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sehingga kini. Walaupun terdapat laporan bahawa Encik Waytha Moorthy kini sedang giat menjalankan aktiviti memburukkan nama Malaysia di luar negara.
Kementerian ini masih mengekalkan keputusan untuk tidak membatalkan pasport antarabangsa beliau. Hakikat juga dalam rekod dan sistem di Jabatan Imigresen Malaysia pasport beliau masih aktif dan tidak dibatalkan. Sehingga hari ini, keputusan Menteri Dalam Negeri untuk tidak membatalkan pasport antarabangsa Encik Waytha Moorthy adalah dikekalkan.
Adalah diharapkan juga agar semua pihak tidak lagi menimbulkan sebarang spekulasi atau menimbulkan sebarang isu mengenai tindakan terhadap pasport antarabangsa Encik Waytha Moorthy di masa akan datang tanpa merujuk kepada kementerian ini terlebih dahulu.
Dato’ Chor Chee Heung
Semua kenyataan tersebut menjelaskan bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai perkara berkaitan adalah benar dan betul.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minta penjelasan. Bukankah benar bahawa daripada apa yang diumumkan Yang Berhormat Menteri sendiri tidak tahu sehingga baru- baru ini bahawa P Waytha Moorthy tidak ada pasport oleh kerana pada bulan April, dia sudah withheld oleh pihak berkuasa Imigresen UK atas permintaan pihak berkuasa Malaysia. Pada bulan Julai bahawa pasport itu sudah dihantar oleh UK Authorities kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dan ini bererti bahawa untuk enam bulan bahawa pasport P Waytha Moorthy adalah withheld. Ini oleh kerana sebab yang diberi oleh UK Authorities ialah untuk dibatalkan atas keputusan Malaysia Authorities dan kenapa menteri sendiri tak tahu sehingga baru-baru ini? Adakah ada breakdown communication dalam pihak yang berkuasa dalam Malaysia?
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Memang saya tahu, saya sedar tentang selok-belok kedudukan kes ini tetapi pendirian Yang Berhormat Menteri masih betul dan beliau tidak seperti orang dakwa kata dia memesongkan Dewan, tidak. Bagi pendirian Yang Berhormat Menteri sendiri, memang sampai hari ini pendirian beliau sama juga, tidak membatalkan pasport. Sebab apa boleh ada masalah yang telah pun seperti dikatakan oleh Yang Berhormat, saya bagi tahu selok- belok dialah. Pada 17 Disember 2007, semasa itu Menteri Dalam Negeri masih bukan Menteri Kementerian Dalam Negeri.
Pada masa itu, pihak polis memang telah pun menghantar sepucuk surat kepada pihak Imigresen kita memberitahu supaya menahan pasport Encik P Waytha Moorthy sebab dia ini bersabit dengan kesalahan dan pihak polis minta beliau ini dapat balik ke Malaysia untuk membantu dalam siasatan. Ini adalah tahun lepas, 17 Disember dan bila pilihan raya bulan tiga habis, Menteri Dalam Negeri masuk menjawab sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri pada 18 Mac 2008. Selepas itu bila dalam mesyuarat pertama, menteri bertanya sama ada apakah tindakan yang telah diambil; bila diberitahu bahawa pihak polis telah pun menghantar surat kepada pihak imigresen supaya Imigresen dapat berhubung dengan imigresen di UK.
Menteri Dalam Negeri sendiri telah pun membuat keputusan bahawa kita tidak perlu mengambil langkah seumpama ini dan apa saja surat yang telah pun dihantar diminta kita membatalkan. Ini sebab menteri memberi penjelasan bahawa seorang rakyat Malaysia bila beliau berada di luar negara, kita tidak boleh membatalkan pasport dengan mudah.
Pasport itu semasa seorang rakyat Malaysia berada di luar negara, beliau perlu pasport itu untuk perjalanan beliau. Maka kita tidak boleh membatalkannya. Minta tujuan pembatalan itu dibatalkan, tapi selepas itu Menteri Dalam Negeri tidak menerima apa-apa maklumat dan sejak hari itu sampai sekarang juga Menteri masih berpegang kepada...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sibuk kempenlah Menteri.
Dato' Chor Chee Heung
...keputusan, masih berpegang kepada keputusan bahawa pasport tidak dibatalkan hanya...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kempen UMNOlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat, tak sopan langsung. Tak ada mannerslah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, jangan buat macam itu Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
...hanya pada 13 Oktober kita diberitahu sebab UK telah pun mengambil tindakan apabila En. P Waytha Moorthy nak masuk ke UK pada 19 April dan pasport dirampas. Bukan En. P Waytha Moorthy surrender, tak ada. Dirampas mengikut surat permintaan tetapi kita tidak diberitahu hingga 13 Oktober. Bila kita diberitahu, Yang Berhormat Menteri diberitahu, Yang Berhormat Menteri dengan secepat mungkin memberi arahan supaya pasport En. P Waytha Moorthy harus diberikan balik kepada beliau dan minta En. P Waytha Moorthy pergilah kepada Pesuruhjaya Tinggi kita di UK untuk mengambil balik. Ini adalah arahan daripada Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Saya percaya bila menteri membuat keputusan pada bulan Mac bila dia masuk sebagai Menteri baru Kementerian Dalam Negeri memang terdapat sedikit communication breakdown di situ, memang ada. Kalau tidak, tak mungkin boleh wujud sampai menjadikan masalah seumpama ini. Akan tetapi tegasnya kita nak memberitahu bahawa menteri tidak mempunyai niat untuk membatalkan. Kalau seorang macam En. P Waytha Moorthy tanpa pasport, dia boleh berada di luar negara, di UK, boleh.
Buat apa kita nak rampas ataupun batalkan pasport? Tak guna juga. So ada pasport tak ada pasport sama juga. Kalau En. P Waytha Moorthy ada di UK, lebih baik kita bagi dia balik, bagi dia balik. Dia nak pergi mana pun pergi, nak balik Malaysia pun tak ada masalah.
Ini adalah pendirian.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta laluan secara sopanlah Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato' Chor Chee Heung
Tak bolehlah Yang Berhormat, kurang sopan tadi.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Cara sopanlah, cara sopan Timbalan Menteri.
Dato' Chor Chee Heung
Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur pun sudah setuju dengan apa yang saya bagi penjelasan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini bukan ...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya dengar, bukan setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat nak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya ada pertanyaan. Saya nak tanya dengan Timbalan Menteri,
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Tak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi jalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tapi ini adalah satu untuk saya... Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tak bagi jalan pun ikut peraturan. Dia tak bagi jalan dan ini tak salah daripada peraturan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini bercanggah dengan apa yang saya nak katakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat kena minta izin, dia tak bagi izin.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya minta izin, saya minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Bagi saya habis dulu, banyak lagi.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...dikatakan tentang pasport ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, nanti boleh bangun lagi Yang Berhormat ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tak ada, ini berkenaan dengan pasport P Waytha Moorthy di mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato' Chor Chee Heung
Okey, okey tak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, silakan.
Dato' Chor Chee Heung
Dia kacaulah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Menteri tak tahu apa-apa sehingga 13 Oktober tetapi kita telah bangkitkan hal ini dalam bulan Jun apabila berita ini tersebar dalam surat khabar-surat khabar nasional dan pada masa itu Menteri sendiri telah mengetahui hal ini. Takkan daripada Jun sampai Oktober Menteri atau pegawai-pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri tidak merujuk ataupun menyiasat tentang ini.
Sehinggalah saya sendiri dalam Dewan ini telah mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri berbohong. Takkan selepas seorang Ahli Parlimen menuduh Menteri bohong pun tidak ada siasatan dibuat!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ringkas Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini bermakna kementerian ataupun Menteri tidak profesional! Jadi Timbalan Menteri, selepas bulan Jun sampai Oktober tak adakah siapa-siapa pun beritahu tentang masalah ini ataupun pasport itu yang telah pun diambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasihlah.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seperti yang saya nyatakan tadi, bulan Oktober baru dia diberitahu bahawa pasport telah pun dirampas dan pendirian Yang Berhormat Menteri masih sama, kekalkan iaitu kena bagi balik dekat En. P Waytha Moorthy. Kemungkinan seperti saya katakan tadi ada communication breakdown di antara mana saya pun tak tahu tapi ini telah berlaku. Pihak Menteri pun cakap dengan terus terang bagi dia balik sebab ini kepunyaan dia. Kalau dia nak balik Malaysia barulah kita ambil tindakan. Selagi dia tak balik, tak apa. Dia mempunyai hak untuk nak berjalan kat mana-mana pun. Ini adalah jawapan ringkas saya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tapi ini bukan perniagaan pasar malam. Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, isu itu telah pun dijawab Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini Kerajaan Malaysia tahu! Bukan perniagaan pasar malam.
Dato' Chor Chee Heung
Tak apalah, duduk. Duduk.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat Tuaran mencadangkan supaya Jabatan Pendaftaran Negara menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah hak kerakyatan dan kewarganegaraan masyarakat peribumi di Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian berpendapat cadangan Yang Berhormat untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah hak kerakyatan adalah tidak perlu memandangkan Jabatan Pendaftaran Negara telah pun menubuhkan satu jawatan khas pendokumentasian Sabah bagi menyelesaikan semua isu berkaitan di Sabah.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara dan unit khas Sabah sebagai urus setia. Antara fungsi jawatankuasa ini adalah untuk menaik taraf aktiviti-aktiviti ataupun operasi pendaftaran bergerak terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman yang dijalankan oleh bahagian pendaftaran bergerak JPN Sabah. Maka ini dapat mengurangkan masalah masyarakat peribumi yang telah mempunyai dokumen pengenalan diri dan hak kerakyatan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran juga minta penjelasan kenapa Puan Lee Yong Hua seorang rakyat Malaysia di Sabah telah kehilangan taraf kewarganegaraan beliau berikutan kehilangan MyKad beliau suatu masa dahulu yang menyebabkan beliau diberikan kad pengenalan baru dengan status penduduk tetap.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Untuk makluman Yang Berhormat kes Puan Yong Lee Hua telah pun selesai dan beliau telah pun diberikan MyKad atas pertimbangan beliau telah lama menetap di Sabah. Pada permulaannya dokumen tidak mencukupi, oleh sebab itu kementerian hanya memberikan status penduduk tetap dulu dan selepas kita dapat kemas kini semua dokumen maka Puan Yong Lee Hua telah pun diberikan status ataupun kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia. Yang Berhormat Kota Melaka ingin mendapat penjelasan mengenai kes Khoi See Meng di mana pada 17 Februari 1995 telah diambil sebagai anak angkat dan permohonan melalui rujukan KDNS158/560/2/2- 21828 telah dibuat pada 1997 hingga sekarang tidak ada jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat permohonan kewarganegaraan Malaysia di bawah Akta 15(a) Perlembagaan Persekutuan bagi Khoi See Meng telah diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri berdasarkan beliau telah pun memenuhi syarat permohonan kewarganegaraan di bawah perkara 15a Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
(i) subjek ataupun pemohon Khoi See Meng di bawah 21 tahun semasa permohonan dikemukakan; dan
(ii) permohonan ini dikategorikan sebagai permohonan dalam keadaan khas.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah meluluskan permohonan oleh subjek atau pemohon Khoi See Meng. Yang Berhormat Bintulu minta kerajaan menubuhkan batu batalion Pasukan Gerakan Am untuk bantu menjaga keselamatan di kawasan Bintulu.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
You tanya pasal apa ini? Saya sekarang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kewarganegaraan.
Dato’ Chor Chee Heung
Kewarganegaraan sudah lepaslah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Chor Chee Heung
Anggota PGA di Kuching juga boleh dipindahkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Ke Bintulu sekiranya perlu. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada keadaan semasa kementerian berpendapat bahawa tidak ada sebarang keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu batalion PGA di Bintulu. Tiga batalion PGA yang sedia ada di briged Sarawak didapati mampu untuk memenuhi keperluan keselamatan di Sarawak secara umumnya. Walau bagaimanapun cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut akan dipertimbangkan selaras dengan cadangan penstrukturan semula organisasi Polis Diraja Malaysia di masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Maran, tidak apalah Yang Berhormat tanyalah. Pendek, ringkas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah sila.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sangat ringkas. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah banyak kali bangkitkan berkenaan dengan kelulusan diberi kepada setiap permohonan kewarganegaraan atau penduduk tetap. Saya rasa setiap kali jawapan yang akan diberi adalah kerana pemberian kewarganegaraan adalah bukan satu hak tapi satu keistimewaan. Kita pun boleh hafal sudah jawapan yang bakal diberikan tetapi apakah pihak kementerian telah sedia ambil maklum berkenaan kelewatan ini dan meletakkan satu tarikh atau tempoh kalau boleh di mana selepas permohonan dimasukkan semua dokumen lengkap diluluskan kepada mereka.
Telah terlalu banyak kes Tuan Yang di-Pertua yang dirujuk kepada saya. Bila saya rujuk kepada jabatan difahamkan sedang diproses. Jadi biar satu tempoh diberi. Ada yang telah menetap lebih daripada 15 tahun. Jadi ini persoalannya, tidak payah kita mengulang kes yang sama sehingga ada Ahli Parlimen bangkit baru kata “Oh, telah diluluskan”. Not on case to case basis kalau boleh. Kebanyakannya adalah genuine punya kes ya.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Minta laluan. Sedikit tambahan daripada tadi.
Dato’ Chor Chee Heung
Okey.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengemukakan juga berkenaan dengan keluhan sebahagian daripada masyarakat kita iaitu mereka ini adalah terdiri daripada pasangan kepada rakyat Malaysia. Mereka ini rakyat luar negara berkahwin dengan rakyat Malaysia. Malangnya berkahwin dengan rakyat Malaysia ini walaupun telah duduk di sini berbelas-belas tahun tapi mereka masih belum lagi mendapat kerakyatan dan tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia meskipun anak-anak mereka bersekolah di sini.
Mereka membesarkan anak-anak mereka di Malaysia malah sering kali apabila mereka kerana Jabatan Imigresen itu kalau sekiranya terlambat sedikit misalnya atas apa- apa sebab maka mereka telah dicharge over stay dengan izin. Jadi mereka mengatakan bagaimana kami overstay in our own home country dalam negara kami sendiri. Jadi saya kira ini pun juga perlu diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Dato’ Chor Chee Heung
Sikit sahaja. Tinggal sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat ya.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih kepada dua-dua Yang Berhormat. Satu mengenai permohonan sama ada status pemastautin tetap ataupun kewarganegaraan sukarlah saya di sini ingin memberikan jawapan kepada Yang Berhormat. Bukan macam dulu yang biasa kita dengar tapi saya ingin bagi tahu Yang Berhormat kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri sentiasa memberi pertimbangan. Akan tetapi oleh kerana begitu banyak permohonan termasuk dengan kerja-kerja terlibat untuk memastikan supaya seseorang ini layak atau tidak layak diberikan ataupun sama ada seseorang pemohon telah memenuhi semua syarat akan mengambil masa yang agak lama. Kita memang beri kelulusan tapi agak tidak begitu banyak seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya setuju.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah pun buat keputusan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas supaya mempercepatkan lagi permohonan pemastautin tetap dan juga kewarganegaraan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Empat orang yang bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?
Dato’ Chor Chee Heung
Banyak sangatlah. Ini pukul berapa ini?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Baru satu soalan.
Dato’ Chor Chee Heung
Okey, okey kita bagi. Harap ringkas sikit ya. Yang Berhormat Pasir Salak dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ringkas, ringkas. Tuan Yang di-Pertua terima kasih dan juga Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Chor Chee Heung
Oh ya, sebelum itu Yang Berhormat Titiwangsa. Okey ini ingin memberi penjelasan bahawa suami atau isteri asing yang sudah berkahwin dengan rakyat Malaysia kalau hendak duduk di sini bukan menjadi satu masalah besar sangat.
Kalau hendak mendapat status penduduk tetap ataupun kerakyatan di negara ini akan mengambil masa yang agak panjang tetapi tengoklah suami dan isteri datang dari negara mana. Kalau negara Komanwel, negara Asia maka mereka ini diberikan tempoh satu tahun satu tahun. Selepas satu tahun mahu pergi cop. So kena duduk di negara ini sekurang- kurangnya lima hingga tujuh tahun barulah boleh membuat permohonan untuk pemastautin tetapi...
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ini 15 tahun sudah Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
15 tahun sudah? Buat permohonankah tidak?
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sudah.
Dato’ Chor Chee Heung
Sudah, tidak apa kalau boleh bagi dekat saya satu salinan, I tengok dulu. Okey, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Yang Berhormat Batu Gajah. Ada kes-kes yang genuine di mana orang-orang ini sepatutnya diberikan kerakyatan seperti yang disebutkan telah berkahwin dan beranak, beranak dan beranak, beranak, beranak. Akan tetapi masih juga tidak dapat.
Saya tidak dapat menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri yang berkata banyak siasatan kena buat, kaji dan sebagainya. Banyak kes-kes. Clear-cut case dengan izin. Why is it? You know, it is also pending and pending and pending. Ini adalah saya rasa disebabkan oleh sikap pegawai-pegawai kerajaan yang tidak prihatin kepada kes-kes yang begini menyusahkan. Saya pun ada kes di tempat saya, sungguh menyusahkan.
Kasihan, orang miskin! Kerja sebagai buruh. Sudah kahwin 10 tahun, 15 tahun, sudah beranak entah berapa orang anak. Kena pergi ke pejabat imigresen, ke sana, ke mari.
Jadi, saya rasa sudah sampai masanya isu ini diselesaikan dengan segeralah. Kalau perlu, ambil pekerja-pekerja sambilan, contract officers or workers staff. Let’s do it, dengan izin.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ramai yang tidak ada kerja, unemployed. Graduate-graduate itu boleh diguna pakai khidmat mereka. To track all these cases dengan izin, dan buat penyiasatan.
Saya rasa takkanlah bertahun-tahun hendak menyiasat? Sebulan pun sudah selesai, tiap-tiap satu kes. Satu orang bagi seratus kes. Seribu orang, selesai berapa ratus ribu kes? Very simple arithmetic. Ini masalahnya, tidak apa, tidak apa attitude. Sikap yang beginilah merosakkan nama baik kerajaan. Dalam hal ini, saya bersamalah dengan beberapa orang wakil rakyat walaupun di sebelah sana jarang dapat bersama. Kali ini ya.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Bagus pula Yang Berhormat Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, nak bagi jalan lagi Yang Berhormat Pasir Salak?
Dato’ Chor Chee Heung
Okey, Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jalamuddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa di dalam isu ini, kita mungkin ada bipartisan support sebab saya bersetuju sangat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Saya tak hendak repeat.
Cuma saya hendak sebutkan di sini bahawa kalau kita ikut standard practise, amalan biasa sekarang ini, kelulusan untuk PR, permanent resident atau pemastautin tetap, adalah budi bicara Yang Berhormat Menteri. Jawapan default response yang kita dapat daripada kementerian dalam negeri adalah rejection. Adalah bahawa mereka tolak permohonan PR tersebut. Mereka kena buat rayuan dan rayuan itu pergi kepada Yang Berhormat Menteri. Semacam Yang Berhormat Timbalan Menteri minta daripada Yang Berhormat Titiwangsa tadi salinan surat. Itu tidak diinstitutionalize.
Satu cara bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah. Kalau kita hendak mengharapkan kepada budi bicara menteri sahaja, maka masalahnya tidak selesai. We must have institutionalize. Maka, dalam hal ini, kalau dia memenuhi syarat-syarat tertentu, a,b,c,d, tidak ada sebab apakah permohonan mereka itu ditolak. Jadi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ada kesungguhan.
Saya percaya timbalan menteri pun memang serius dalam menyelesaikan perkara ini. Akan tetapi selagi kita tidak ada satu institutionalize mekanisme untuk menyelesaikan masalah ini dan kita hanya mengharapkan tandatangan politik daripada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri, masalah ini tidak akan diselesaikan. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?
Dato’ Chor Chee Heung
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya mesti mahu bagi. Ini isu... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf, tadi saya ada perjumpaan dekat luar sekejap. Saya ada dengar mengenai isu polis PGA ini, saya memang tidak setuju.
Dato’ Chor Chee Heung
Tetapi ini sudah lepas dah tau, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tak, tak, tak, lepas lain. Ini kita mesti mahu selesai. Sekarang pasal masalah Bintulu. Keselamatan terjejas.
Dato’ Chor Chee Heung
Okey.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita minta polis, dia kata tidak cukup tenaga. Tapi...
Dato’ Chor Chee Heung
Tadi Yang Berhormat tidak dengar lagi.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Betul. Saya kata kenapa PGA ada lain punya division, ramai batalion duduk di sana. Buat apa? Inilah menunjukkan kepada rakyat, kita tidak cukup efficiency. Orang tuduh sana tidak kerja. Ada punya kawasan keselamatan terjejas. Tiap-tiap hari boleh nampak di surat khabar, rumah kena rompak, rumah kena pecah. Akan tetapi kerajaan kata lagi, kalau kementerian kata lagi, “Ini tidak perlu”. Saya pun tidak tahu macam mana hendak jawab.
Dato’ Chor Chee Heung
Tidak, tidak, Yang Berhormat. Tidak mengapa...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini satu. Kedua, memang tadi saya bersetuju Yang Berhormat Pasir Salak sama Yang Berhormat Rembau kata tentang PR. Di dalam kawasan saya, berapa ramai isteri ataupun lelaki daripada pekerja asing. Selalu memohon tapi kerajaan menjawab, walaupun merayu kepada menteri, selalu kata tolak.
Apabila kita pergi tanya lagi, mereka kata, “Ini hak menteri, kuasa menteri”. Kalau macam ini perangai kita tidak ubah, rakyat memang marah.
Itulah masalah kita tidak berubah. Inilah pembangkang tambah, pasal kita silap sendiri! [Ketawa] Janganlah kita semua pegawai kerajaan, ini tidak boleh, itu tidak boleh.
Clear-cut, beritahu berapa tahun duduk di sini, kita boleh bagi PR. Kenapa negara lain boleh kasi, negara kita tidak boleh kasi? Apa masalah? Kalau orang lelaki dia punya isteri daripada lain negeri, minta dia jaminlah dia punya bini! Ataupun bini jamin dia punya lakilah! Apa masalah tidak boleh? Ini saya tidak bersetuju. Sudah berapa tahun kita tidak boleh selesai? Hari-hari, tiap-tiap sesi kita bahas, tiap-tiap sesi kita bahas, sama juga! Ini satu juga, menunjukkan kepada rakyat. Rakyat tidak bersetuju kepada kita, Kerajaan Barisan Nasional. Kita sudah lebih menyalahgunakan kuasa. Abused of power menunjukkan kepada rakyat. Kita suka, kasi. Tidak suka, tak mahu kasi. Inilah pandangan daripada rakyat. Saya minta kementerian ambil keprihatinan ini.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Okey, last, lastlah.
Sama? Kalau sama, tak payah kot.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Bukan, bukan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tadi kata permohonan itu telah diluluskan.
Saya ingin bertanya sebab saya juga ada membawa IC hijau iaitu penduduk sementara yang telah dibekukan. Boleh saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah yang dikatakan beku itu akan dilonggarkan? Ini adalah sebab yang memegang IC hijau ini memang menghadapi banyak masalah. Saya minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Terdapat empat orang Ahli wakil rakyat yang telah pun menyoal tentang isu kerakyatan. Sebelum saya menjawab, biar saya mengingatkan lagi, Yang Berhormat dari Bintulu. Tadi dalam ucapan saya ini, walaupun kita tidak bercadang untuk mengadakan satu batalion PGA di situ, tetapi cadangan Yang Berhormat akan dipertimbangkan selaras dengan cadangan penstrukturan.
We will restructure. When we do the restructuring, we will make sure that it we will add more to your place.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yalah, masalahnya kita akan, saya cakap ‘akan’ sampai bila? Kita sekarang tidak boleh turun padang, tidak boleh bagi tahu rakyat ‘akan dipertimbangkan’. Dia kata, “Bila baru boleh dipertimbangkan”?
Dato’ Chor Chee Heung
Baiklah, baiklah, saya ambil, saya ambil...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Mintalah menteri ambil serius sedikit. Tak boleh ‘akan dipertimbangkan’. Ini saya tidak bersetujulah. Berapa kali dipertimbangkan, dipertimbangkan, sampai hari ini pun, nak cari ibu pejabat polis sampai hari ini lulus pun, sudah dekat 7 tahun tak jalan pun. Janganlah pertimbangkan, saya tak setuju!
Dato’ Chor Chee Heung
Baik, baik. Biar saya ambil balik pergi beritahu pihak polislah, macam mana mereka ini dapat membuat penstrukturan. Dari segi isu pemastautin tetap ataupun kerakyatan ini, terima kasihlah kepada Yang Berhormat Pasir Salak, Rembau, Bintulu, dan Yang Berhormat dari..? [Disampuk] Mana itu? Jauh sangat. Ya, Kota
Dato’ Chor Chee Heung
Melaka. Seperti saya katakan tadi, memang menteri baru-baru ini telah pun membuat keputusan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas.
Di Sabah pun ada jawatankuasa, tetapi di Sabah untuk orang di Sabah - rakyat dan pemohon di Sabah. [Disampuk] Ada juga, ada juga. Di Semenanjung, kita juga ada dan kita akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempercepatkan proses dia. Yang Berhormat semua wakil rakyat. Saya pun juga tidak dikecualikan. Saya pun seorang wakil rakyat. Masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat, kompelin-kompelin dari kawan- kawanlah. Mereka ini tidak berhak untuk memilih. Jadi, kawan-kawan, penyokong Yang Berhormat pun sama juga.
Saya pun juga mempunyai masalah seumpama ini. Saya telah pun dalam beberapa bulan sejak pilihan raya ini berbincang dengan Yang Berhormat Menteri macam mana kita dapat mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin. Sebab, tidak dapat dinafikan bahawa peratusan besar pemohon ini adalah dari kaum Cina. Sama ada mereka lahir di sini dan ibu bapa oleh sebab tidak tahu macam mana hendak buat pendaftaran, tidak daftar, hari ini stateless ataupun mereka ini telah pun berkahwin dengan suami ataupun isteri di negara ini sudah begitu lama. Sehinggakan anak-anak mereka ini pun sudah masuk universiti.
Dato’ Chor Chee Heung
Saya faham. This problem I know very well and I have discussed with the Yang Berhormat Minister and he agreed and he set up to this jawatankuasa to speed up the permohonan, the process of approval. Approval or non approval. Bukan semua yang buat permohonan mesti kita lulus. Tak ada. Kita tengoklah kan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar mencadangkan supaya pelatih-pelatih yang telah dibebaskan daripada pusat-pusat serenti...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Boleh minta penjelasan mengenai green card?
Dato' Chor Chee Heung
Oh, green card? Okey. Green card telah pun dibatalkan, tidak guna lagi. Akan tetapi saya difahamkan bahawa kerajaan kemungkinan akan memberi semula kad pemastautin sementara tidak lama lagi. Jika kerajaan meluluskan kad sementara ini kelak, maka orang-orang yang tidak berhak memiliki kad pemastautin tetap akan diberikan status penduduk sementara.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri kerana green card ini ada tempoh laku, sekarang telah dibatalkan maka Jabatan Pendaftaran Negara hanya bagi cabutan rasmi sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Melaka, isu yang dibawa ini telah pun dibahaskan.
Yang Berhormat telah pun bawa dalam perbahasan Yang Berhormat tempoh hari dan saya yakin pihak kementerian telah mengambil langkah...
Dato' Chor Chee Heung
Mungkin Yang Berhormat boleh menghantar sepucuk surat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hantar surat sahajalah Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
...kita cuba tengok macam mana kita dapat cari satu jalan keluarlah untuk mengatasi masalah itu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Okey, baik terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Panjang lagi Yang Berhormat?
Dato' Chor Chee Heung
Tinggal tiga muka surat sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cepat sedikit Yang Berhormat ya.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat Muar mencadangkan supaya pelatih- pelatih yang telah dibebaskan dari pusat-pusat serenti diberikan peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan kerajaan mewujudkan satu pilot project supaya masyarakat dapat menerima semula golongan ini agar dapat mengelakkan mereka kembali menagih dadah.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat bekas-bekas penagih dadah yang benar-benar pulih dan terpilih diambil oleh AADK, Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk bekerja di pusat-pusat serenti. Pejabat AADK negeri, daerah dan pusat khidmat AADK semua ini dapat membuka peluang kepada mereka ini. Mereka diambil bekerja sebagai pembimbing rakan sebaya yang bekerja secara aktif bersama-sama dengan pegawai dan kakitangan AADK di dalam menjalankan program pencegahan, rawatan dan pemulihan di mana mereka ditempatkan. Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengambil maklum dan akan mengkaji cadangan Yang Berhormat untuk memberikan peluang pekerjaan dalam sektor perladangan seperti bekas pelatih yang telah pun dibebaskan.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini adalah penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut ianya dapat menjawab semua soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Kementerian Dalam Negeri akan sentiasa mengambil perhatian ke atas pandangan, cadangan, usul yang bernas yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh isu-isu berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009. Izinkan saya memberikan jawapan ke atas perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan.
Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Gombak, dan Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan isu berkenaan kejatuhan daya saing Malaysia berbanding negara jiran seperti Thailand, China dan Vietnam dalam usaha menarik pelabur asing dengan izin FDI ke dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian dengan izin, Institute Management of Development (IMD) dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2008 kedudukan daya saing Malaysia telah pun meningkat tempat ke-19 berbanding tempat ke-23 pada tahun sebelumnya di kalangan 55 ekonomi dan komponen yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Kategori prestasi ekonomi kedudukannya ialah nombor 8.
(ii) Kecekapan kerajaan 19.
(iii) Kecekapan perniagaan 14.
(iv) Infrastruktur 25.
Berdasarkan laporan tersebut kedudukan Malaysia adalah lebih baik daripada Thailand yang ke-27, China berada di kedudukan yang ke-17. Bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dalam menarik pelaburan asing khususnya dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, pelbagai langkah telah pun dilaksanakan. Ini termasuklah:
(i) mengurangkan kadar cukai korporat kepada 26% pada tahun 2008 dan seterusnya 25% pada tahun 2009;
(ii) menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan
(JKMP) dan Jawatankuasa Tertinggi Galakan Istimewa (JTGI) bagi memberikan insentif lebih khusus yang lebih menarik bagi pelaburan yang memberikan impak tinggi kepada negara;
(iii) menganjurkan pelbagai program penggalakan pelaburan termasuk misi perdagangan dan pelaburan serta misi projek spesifik ke negara sumber pelaburan asing;
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
(iv) dengan menubuhkan dengan izin, Malaysian Services Development Council dan Malaysian Logistic Council untuk memantau dan menyelaras pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan;
(v) meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan misalnya melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan ataupun PEMUDAH. Ini akan mempercepatkan proses-proses memulakan perniagaan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Menyegerakan kelulusan lesen pengilang dan pengecualian cukai melalui mekanisme dengan izin, fast track dan membimbing pelabur dan juga mengadakan pusat sehenti di peringkat negeri dan kerajaan tempatan;
(vi) memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan di koridor pembangunan ekonomi seperti pengecualian cukai korporat dan kebenaran mendapatkan sumber modal asing. Insentif yang diberikan adalah lebih khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang strategik dan bidang-bidang baru seperti pertanian moden, sektor tenaga dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga turut berusaha secara berterusan merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan daya saing negara. Program-program ini termasuklah Program Penanda Arasan dengan menubuhkan dengan izin, Community of Practices (COP) pada peringkat agensi untuk menerapkan amalan-amalan terbaik di dalam dan di luar negara, program memupuk budaya kecemerlangan melalui penubuhan innovative and creative circles, dengan izin. Program membina kecemerlangan organisasi ke arah meningkatkan kepuasan pelanggan dan program meningkatkan kecekapan operasi melalui dengan izin, quality workplace environment.
Selain itu, usaha juga sedang diambil untuk menambah baik peraturan dan dasar- dasar sedia ada yang memberikan impak kepada ekonomi negara dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku di peringkat serantau dan global. Ini termasuklah peraturan dan dasar-dasar berkaitan dengan expatriate dan buruh asing, perolehan kerajaan, kastam, logistik dan perdagangan pengedaran.
Usaha-usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya melalui PEMUDAH telah pun memberikan kesan positif dalam meningkatkan kedudukan daya saing negara di peringkat global. Mengikut laporan daya saing global 2008/2009 yang dikeluarkan oleh forum ekonomi dunia Malaysia berada di tangga ke 21 mengekalkan kedudukan seperti di tahun 2008, walaupun jumlah negara yang terlibat telah pun meningkat daripada 131 kepada 134 buah.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Pencapaian ini telah pun meletakkan Malaysia di tempat yang keenam teratas di kalangan negara-negara Asia iaitu selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, South Korea dan Taiwan yang menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia adalah teratas daripada negara- negara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kerajaan percaya usaha-usaha penambahbaikan yang telah dan sedang dilakukan ke atas institusi dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus meningkatkan keyakinan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa, dan seterusnya menarik kemasukan pelaburan asing ke negara kita. Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh dan Ahli Yang Berhormat dari Selayang juga membangkitkan isu jumlah FDI yang keluar hari ini adalah lebih daripada FDI yang masuk ke dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa dakwaan yang menyatakan bahawa FDI yang keluar melebihi FDI yang masuk ataupun outflow exist FDI inflow adalah tidak tepat. FDI yang keluar adalah sebenarnya pelaburan menjangkau sempadan ataupun cross border investment. Ini dilakukan oleh syarikat-syarikat Malaysia yang mengambil peluang-pelaung pelaburan di luar negara dan ini adalah satu perkembangan yang positif sebenarnya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak bangun.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, langkah-langkah yang telah diambil satu persatu disebutkan. Diharapkan akan membawa kepada keyakinan masyarakat perniagaan terhadap ekonomi Malaysia dan dengan itu juga diharapkan FDI akan masuk ke negara kita.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, keyakinan ini selain daripada faktor-faktor yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ada satu faktor yang merosakkan keyakinan masyarakat peniaga luar dan dalam negeri untuk terus melabur ialah faktor politik yang dimainkan oleh parti pembangkang, yang memberi gambaran bahawa tidak ada ketentuan dari segi kedudukan kerajaan kita. Saya berkata ini berdasarkan kepada maklumat daripada masyarakat peniaga sendiri dan begitu juga bukan sahaja masyarakat peniaga dalam negeri, tetapi luar negeri. Sebagaimana yang Tuan Yang di-Pertua tahu saya baru balik dari Amerika, dari New York.
Saya juga berjumpa dengan masyarakat peniaga-peniaga di US dan mereka merasakan bahawa seolah-olah keadaan kerajaan kita tidak stabil. Bila-bila masa berubah dan kalau berubah polisi akan berubah, dasar akan berubah. Jadi akan menjejaskan pelaburan. Oleh kerana itu mereka mengambil sikap dengan izin, wait and see attitude.
Tidak mahu melabur lagi sekarang. Jadi, bagaimanakah langkah kerajaan khususnya kementerian untuk membanteras tindakan parti pembangkang yang menghancurkan confident, kepercayaan masyarakat berniaga kepada negara kita ini? Mereka ini nampaknya begitu ghairah untuk mengambil alih kerajaan, mereka tidak peduli apa akan terjadi dengan ekonomi dan rakyat.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang sebenarnya ada asas kerana dalam tempoh beberapa bulan terutamanya selepas pilihan raya ada berubah sedikit senario politik dalam negara. Lebih-lebih lagi sikap yang agak tidak bertanggungjawab yang diambil oleh pihak pembangkang terutama saranan seolah-olah mereka hendak mengambil alih kerajaan. Ini telah pun menimbulkan banyak tanda tanya daripada pihak-pihak di luar. Yang Berhormat pergi ke Amerika, saya juga pergi ke Amerika Yang Berhormat. Pergi ke Bayreuth, pergi ke New York dalam siri apa yang kita sebutkan rombongan pelaburan. Saya juga mengadakan seminar di Singapura beberapa bulan yang lepas.
Soal ini dibangkitkan dan bertanya kepada saya sama ada betul ataupun tidak bahawa di Malaysia akan berlaku perubahan kerajaan dan sebab itu wujud situasi political uncertainty disebutkan. Dengan sebab itu, bagaimana yang disebutkan tadi memanglah mereka kedua-dua tunggu dan lihat kalau-kalau yang dinyatakan oleh pembangkang itu betul dan ini bagi saya telah memberi kesan walaupun tidak nyata bahawa pihak-pihak yang berminat untuk melabur terpaksa menunggu yang pertamanya, yang kedua mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan.
Saya sendiri pun telah menjelaskan bahawa adalah suatu perkara yang amat tidak bertanggungjawab kenyataan yang telah pun dibuat oleh pihak pembangkang, yang mengatakan mereka akan mengambil kerajaan, menubuhkan kerajaan untuk mengambil alih pimpinan negara dan juga menubuhkan pelbagai cerita seolah-olahnya hal ini akan berlaku. Ini saya telah pun jelaskan bahawa sebenarnya kalau ikut apa yang kita lihat pada hari ini, selepas pilihan raya kita telah pun perolehi kejayaan. Rakyat telah pun berikan kepercayaan kepada pihak Barisan Nasional dan sepatutnya tidak diganggu gugat kedudukan kita hari ini dan memberikan kita peluang untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan negara. Jadi apa yang telah pun disebutkan itu memang ada asasnya.
Cuma saya hendak nyatakan walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, nampak kesan dari sudut aliran pelaburan masuk ke dalam negara kita tidaklah begitu besar.
Malahan saya hendak sebutkan dalam jawapan saya nanti bahawa masih terdapat pelaburan yang mengalir masuk ke negara kita malahan kalau berbanding dengan
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
tahun 2007 sebagai contoh dengan 2008 dia punya alirannya masih meningkat dan bertambah. Jadi walaupun begitu, saya percaya apa yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah satu kenyataan dan kita mahu supaya pihak pembangkang yang saya percaya juga mahu melihat pelaburan masuk. Bukan sahaja ke dalam Malaysia, mahu masuk ke Selangor, mahu masuk ke negeri Pulau Pinang, mahu masuk ke Perak di mana Ahli Parlimen Pasir Salak datang.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kelantan... Kelantan...
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Mahu melihatkan negara kita menerima pelaburan yang tidak terjejas, mereka mahukan ini. Maka dengan sebab itu lebih baik kalau dari segi soal tanggungjawab dan peranan kita di peringkat antarabangsa, jangan kita timbulkan perkara yang boleh menjejaskan imej dan maruah negara. Maka dengan sebab itu menimbulkan rasa kebimbangan yang tidak tentu pasal menyebabkan aliran pelaburan kita mungkin akan terganggu Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor sila.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Siapa? Saya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia bangun awal Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Oh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah lima minit bangun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya kira semua kita bertanggungjawab sama ada kerajaan mahupun di sebelah sini Pakatan Rakyat. Saya rasa tidak ada yang cuba untuk subvert ataupun sabotaj ekonomi negara. Ini kepentingan bersama yang kita perjuangkan. Di sana tidak ada pertikaian seharusnya. Sana kerajaan, this is His royal opposition, begitu sepatutnya sikap. Bercakap tentang pelaburan dan apa yang menjejaskan pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sedia maklum.
Dalam persoalan kegagalan kita menggamit pelaburan asing langsung ia bukan hanya satu faktor. Kalau satu jari kita menuduh orang lain, mungkin empat atau tiga balik kepada kita Yang Berhormat Menteri. Kita kena sedar juga. Di samping political uncertainties ini dengan izin ataupun ketidaktentuan kedudukan politic, kita sudah pun mengalami dan diakui sendiri oleh research houses seperti CIMB, Aseambankers. Pada tahun ini juga kita mendapati walaupun Yang Berhormat Menteri menafikan perkara ini, actual outflow yang lebih daripada inflow. Pada 15 Ogos hingga 29 Ogos yang lalu kita dapati RM3 bilion outflow and there is a resultant outflow of RM8.99 billion.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, isu ini telah pun dibahaskan Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi kalau Yang Berhormat Menteri cuba untuk menolak begitu sahaja dengan tidak mengakui bahawa di sana ada faktor-faktor lain, kalau boleh saya sebutkan isu dari segi Malaysian ranking in doing business.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kita belum selesa untuk mengatakan bahawa kita di kedudukan yang baik. Saya sebutkan apabila saya membahaskan perkara ini, mission the ten kalau kita lihat daripada dalam konteks South Asia sendiri pun, kita tidak menduduki tempat yang selesa. Jadi oleh kerana itu, satu contoh yang nak saya sebutkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat dalam minta penjelasan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sikit lagi. Faktor kalau kita lihat persoalan orang yang nak masuk dan satu perkara di sudut undang-undang yang saya katakan multi factorial tadi bukan hanya dari sudut political uncertainties, tetapi dari sudut undang-undang pun, kepercayaan kepada undang-undang. Most yang saya tahu, yang mahu membuat pelaburan di sini, apabila mereka mahu memateraikan di mana undang- undang yang mereka mahu merujuk kepada arbitration seandainya berlaku pertikaian, mereka tidak mengambil undang-undang di Malaysia ini.
Ramai yang mahu merujuk arbitration di Middle East di Dubai contohnya, di Singapura contohnya atau pun di negara-negara lain, kenapa? Kerana ada persepsi kepada ketidakyakinan kepada undang-undang dan ini merupakan juga satu perkara yang perlu dilihat oleh negara ini. Jadi ia tidak semudah untuk mengatakan bahawa dituduh pembangkang cuba untuk menjejaskan kemasukan FDI. Saya rasa itu tidak bertanggungjawab sama sekali kerana perlu dilihat faktor-faktor yang lain dan perkara ini tidak boleh diambil mudah mengikut kata Yang Berhormat Pasir Salak sebegitu saja untuk disokong oleh Menteri. Terima kasih
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Boleh jawab sekali?
Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Melanjutkan apa yang disebut Yang Berhormat Pasir Salak tadi dan diakui sendiri oleh menteri yang menjawab. Kalau mendakwa bahawa pembangkang memberikan sumbangan kepada apa yang dikatakan political uncertainties ini, isu pengambilalihan kuasa ini dianggap satu faktor yang menteri mengakui tadi. Apa kata kalau saya pula mendakwa, saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri bahawa ia juga disumbangkan oleh masalah dalaman UMNO itu sendiri. Bila menteri sendiri turn the table yang mahu peralihan kuasa itu disingkatkan juga memberikan sumbangan pada hari yang menteri membuat penyataan itu berapa angka BSKL kita jatuh? Menyebabkan berlaku juga political uncertainties. Jadi bagi saya pelabur di luar sana lebih melihat government of the day dengan izin, faktor dalaman itu sebagai juga faktor yang menyebabkan berlakunya kemungkinan apa yang dikatakan political uncertainties bagi menjawab apa dilontarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi bahawa bertepuk itu tidak sebelah tangan. Apa pandangan Yang Berhormat menteri bakal Timbalan Presiden UMNO
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh sambung sikit Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi Yang Berhormat Kepong dulu Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong dah lama dah bangun.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasanlah. Kita pun menghargai menteri sendiri yang hadir, ini memang amalan baik. Mungkin kerana nak bertanding dalam pemilihan itu, tunjukkan amalan yang baiklah tu. Akan tetapi kenyataan tadi pun tidak tepat juga yang penting sekali itu adakah Yang Berhormat sedar bahawa kegiatan yang dibuat seperti dengan Maybank itu yang membeli itu BII itu Indonesia dengan RM5.5 bilion dan juga MCB Bank of Pakistan dan jumlah yang diperuntukkan yang digunakan untuk membeli kedua-dua bank itu lebih RM10 bilion, Sekarang Rupiah Indonesia harganya sudah jatuh dan rupee Pakistan pun jatuh dan harga Asset Global pun sudah turun dengan dahsyat. Ini juga menunjukkan pemimpin- pemimpin seperti Maybank itu tidak begitu waras dan wajar untuk membeli dan ini menunjukkan kepada orang luar kita tidak pandai buat pelaburan dan sebagainya, itu yang pertama. Saya pun ada di sini dengan bukti, kita bukan sebut dengan begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini impact to crisis kewangan ke atas ekonomi kita, kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memang peka kepada krisis ini.
Di sini keadaan-keadaan situasi sudah begitu bertambah buruk dengan credit squeeze dan itu dana-dana sudah hilang dan sebagainya, dan IMF sekarang, Tuan Yang di-Pertua, tidak panjang cuma dengan bukti-bukti yang saya akan bagi,...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan banyak bukti Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
IMF, batu yang pahat tu jangan mudah... Dengan izin, the IMF has drastically lowered the US growth forecast to a stagnant 0.1 per cent in 2009 dan juga apakah pendedahan Malaysia kepada pasaran Amerika Syarikat – ini memang bidang dia, dan juga bagaimana kita terpaksa dengan tsunami ekonomi USA ini.
Macam mana ekonomi dan perdagangan kita dengan Amerika Syarikat dan linkages, linkages dengan pelaburan dan sebagainya. Ini memang perlu dijawab dengan kenyataan tadi itu jadi tidak bertanggungjawab
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat isu ini telah dibawa oleh beberapa Ahli Parlimen dan saya melihat Yang Berhormat Menteri sedang masuk dalam perkara itu Yang Berhormat..
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bukan yang bukti ini dengan Singapura juga, Singapura has gone into recession in three quarters this year, is on quarter growth dan sebagainya. Banyak lagi lah, saya pun kesian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi menteri jawab dulu Yang Berhormat
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab ke atas asas-asas dan bukti-bukti yang kita bagi. Jangan ikut kenyataan politik saja tidak manis juga
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Tuan Yang di Pertua, boleh saya jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Biarkan menteri jawab dulu Yang Berhormat, nanti boleh bangun kemudian.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Sebenarnya saya ada banyak penjelasan yang saya nak buat lebih awal dalam jawapan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasa sebelum daripada ini. Belum sampai ke peringkat itu, Yang Berhormat sudah bangun, macam kenyataan yang menunjukkan bahawa seolah-olah sudah ada outflow yang menyebabkan kita menghadapi masalah dari segi FDI. Kalau ikut boleh saya sebutkan di sini, sebelum saya jelaskan perkara-perkara yang lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk dulu Yang Berhormat Pasir Mas, Gombak, duduk dulu
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ini Laporan Pelaburan Dunia tahun 2008 atau World Investment Report 2008, yang diterbitkan oleh UNCTAD pada 24 September yang lalu telah melaporkan peningkatan dalam kemasukan FDI ke Malaysia sebanyak 40% - ini UNCTAD punya repot, kepada USD8.4 bilion berbanding tahun sebelumnya sebanyak USD6 bilion, itu FDI yang masuk ke dalam negara. Kalau banding tahun lalu dengan tahun sebelum itu bermakna sudah ada peningkatan lebih daripada USD2 bilion.
Jadi fakta yang menyatakan sudah ada kemerosotan atau pengurangan itu jelas terbukti tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Kelayakan ini dikatakan selaras dengan kenaikan FDI masuk ke negara ASEAN yang puratanya ialah 18% peningkatan, kita 40%, maknanya lebih dari kadar purata di kalangan negara-negara ASEAN. Jumlah angka negara ASEAN adalah sebanyak USD61 bilion. Jadi pembangunan ekonomi yang serantau yang mampan ini dan penambahbaikan suasana pelaburan, kepesatan pelaburan serantau dan disebutkan sini pengukuhan integrasi serantau.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ini adalah merupakan faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan FDI. Malaysia buat pertama kalinya, ini saya hendak jelaskan mungkin salah tanggap beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyebutkan tentang betapa aliran keluar lebih banyak daripada aliran masuk ke dalam negara kita. Ini buat pertama kalinya mencatatkan
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
prestasi yang memberangsangkan dalam pelaburan menjangkau sempadan. Apa yang kita sebutkan dalam bahasa Inggeris ialah cross border investment.
Mengikut perangkaan Bank Negara, ini kenyataan faktanya, sejumlah RM42.4 bilion dicatatkan pada tahun 2007. Di mana sebanyak RM31.9 bilion dilaburkan dalam sektor di luar negara oleh syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur Malaysia, sektor perkilangan, kewangan, insurans, hal tanah, perkhidmatan, pelaburan dan perniagaan serta perlombongan dan juga kuari. Sejumlah RM15.8 bilion dilaburkan di negara ASEAN. Ini juga kerana kita hendak meningkatkan hubungan pelaburan kita dengan rantau kita pada tahun 2007 khususnya Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dari segi peratusannya daripada jumlah pelaburan Malaysia di luar negara, sebanyak 37.3% dilaburkan di negara ASEAN. Ini adalah selaras dengan usaha untuk kita mengintegrasikan ASEAN di bawah apa yang kita sebutkan ASEAN Economic Community menjelang tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, daripada kenyataan ini walaupun disebutkan awal tadi isu- isu political uncertainty, stability, masalah-masalah dalam parti dan sebagainya, tetapi oleh kerana langkah telah pun kita buat untuk memperjelaskan situasi yang sebenarnya, apa lagi mereka melihat bukan sahaja di Malaysia, rantau kita di sini pun berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun oleh kerana Malaysia mempunyai keistimewaannya, contoh yang pertama dari segi soal infrastruktur yang berkaitan dengan perundangan dan dari segi pelaburan jelas.
Kemudian undang-undang yang berkaitan dengan soal pekerjaan dan sebagainya juga jelas. Infrastruktur dan yang lain-lain dari segi fizikal, logistiknya jauh lebih baik di samping kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan menerusi insentif-insentif yang lebih menarik. Jadi, walaupun di satu sudut kita berhadapan dengan masalah ketidaktentuan tetapi pelabur-pelabur melihat Malaysia sebagai tempat pelaburan yang agak baik.
Saya beberapa hari yang lepas juga ditemui oleh CEO daripada Matsushita yang sudah membuka pelaburan mereka di Malaysia ini hampir 20 tahun menyatakan bahawa mereka akan mengembangkan perniagaan mereka. Saya ditemui oleh pemilik syarikat Dyson yang sudah melabur di Johor Bahru menyatakan bahawa mereka hendak menutup kilang mereka di negeri China. Saya bertanya kepada mereka, kenapa? Mereka kata, di negara China berhadapan dengan masalah umpamanya logistik dan juga infrastruktur yang tidak lengkap dan perundangan juga tidak lengkap. Kadang-kadang ia membawa perundangan baru yang menyebabkan kos perniagaan juga sudah meningkat di negara China dan juga Vietnam.
Walaupun dikatakan ada situasi yang ketidaktentuan dan sebagainya tetapi fakta yang ada pada hari ini mereka masih yakin dengan Malaysia. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah bahawa kita perlu bersama-sama dalam soal untuk memastikan supaya situasi, suasana pelaburan dalam negara kita sentiasa kondusif untuk memastikan supaya aliran pelaburan itu akan terus masuk ke dalam negara kita.
Ahli Yang Berhormat Kepong tadi, kalau boleh saya jelaskan apa yang beliau telah bangkitkan tadi. Ini impak tentang krisis kewangan global. Ini satu topik perbincangan yang sekarang ini menjadi current dan memang hangat. Di sebelah pagi tadi pun saya ada satu sesi di mana yang perkara seperti ini telah pun ditimbulkan.
Saya jelaskan bahawa sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita melibat global phenomena ini sebagai satu perkara yang agak begitu penting sekali.
Walaupun kita kata setakat hari ini alhamdulillah, situasi ekonomi negara kita masih lagi kukuh, dari segi ekonominya masih lagi resilient, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Selain itu juga kadar pertumbuhan kita dari segi ekonomi dan GDP masih lagi menggalakkan, diandaikan lebih daripada 5% tahun ini, mungkin agaknya kurang sedikit pada tahun hadapan tetapi masih baik berbanding dengan sesetengah negara lain. Sistem perbankan negara kita masih kukuh, liquidity masih banyak dan kita tidak menghadapi masalah non-performing loan (NPL) yang biasa dihadapi semasa kita menghadapi krisis
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
kewangan tahun 90-an dahulu, maka ini meletakkan Malaysia dalam keadaan yang agak baik sedikit berbanding dengan negara-negara lain di dunia atau pun di rantau kita ini.
Persoalannya bagaimana tahun hadapan? Ini kita kena lihat dengan agak teliti.
Yang Berhormat Kepong tadi mengatakan apakah ini tidak akan membawa kesan kepada pelaburan dan juga perdagangan kita. Kita sudah berniaga dengan mereka sekian lama.
Amerika menjadi pedagang atau pun negara rakan kongsi perdagangan yang agak penting bagi Malaysia. Namun saya hendak sebutkan dalam tempoh beberapa tahun yang lepas ini kita sudah mempelbagaikan pasaran kita.
Ini bermakna walaupun Amerika merupakan kawasan perdagangan yang penting tetapi peratusan perdagangan kita dengan Amerika sudah pun berkurangan diganti dengan pelaburan ataupun perdagangan yang kita buat di negara rantau ASEAN. Sekarang ini 24% daripada perdagangan global Malaysia adalah di kalangan negara-negara ASEAN, Jepun, China dan sekarang ini negara India termasuk Australia. Apa lagi dengan adanya perjanjian-perjanjian perdagangan FTA yang telah pun kita lakukan maka ini telah membuka ruang baru bagi kita.
Walaupun begitu kita tidak boleh hendak elakkan kemungkinan apa yang berlaku di negara-negara yang saya sebutkan tadi, apabila masalah krisis kewangan berlaku ia boleh membawa kesan kepada pelaburan dan juga perdagangan kita. Inilah sebabnya pada waktu ini di peringkat kerajaan kita telah pun menubuhkan seperti contohnya, Majlis Ekonomi Nasional (Malaysian Economic Council) yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, yang bersidang boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu. Ia untuk memantau situasi mendapatkan maklum balas, mengatur strategi apa tindakan-tindakan yang kita harus buat untuk mitigate ataupun memastikan kalau ada kesan-kesan negatif yang berlaku di rantau ini maka ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan teruknya. Ini adalah beberapa perkara yang telah pun kita ambil kira.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung perkara yang saya telah jelaskan.
Manakala sejumlah RM8.3 bilion telah pun dilaburkan di negara Eropah Barat, antaranya Netherland, Belgium dan United Kingdom. Ini soal pelaburan keluar. RM7 bilion kita laburkan di negara Asia Timur termasuklah negara China dan juga Hong Kong.
Peningkatan dalam pelaburan menjangkau sempadan, ini adalah selaras dengan teras Strategi Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) yang menggalakkan pelaburan luar. Saya sebutkan begini kerana ada pihak yang mengatakan seolah-olah sekarang ini banyak wang Malaysia mengalir ke luar negara disebabkan oleh faktor-faktor negatif yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi.
Namun saya kira kita sudah sampai ke tahap matang kerana negara kita ini sudah ada syarikat-syarikat gergasi, syarikat besar sama ada multinational, GLC ataupun syarikat- syarikat swasta sendiri yang sudah mempunyai keupayaan. Sebagaimana juga yang berlaku di Jepun mereka sudah melabur keluar dari Jepun. Di Amerika sudah melabur keluar dari Amerika. Di Eropah sudah melabur keluar dari Eropah. Di Malaysia sekarang sudah sampai tahap matang, sudah ada syarikat yang mampu melihat peluang di luar negara melabur di luar negara.
Jadi, yang saya hendak sebutkan di sini bila dikatakan pelaburan jangka sempadan (cross border investment) bukan ia bermakna negative investment. Ini adalah productive investment termasuk kalau saya hendak mengambil kira soal Petronas.
Sebagaimana yang kita maklum lebih daripada 60% daripada hasil mereka adalah berdasarkan usaha sama yang dibuat dengan negara-negara luar, bukan di Malaysia sahaja. Maka atas dasar itu, ini adalah sesuatu yang kita harus lihat secara produktif ataupun positif.
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
Sikit sahaja penjelasan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas sudah lama, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
Sikit sahaja atas perkara ini. Kita cukup faham bahawa ini merupakan satu perkembangan yang baik. Sementara kita mengiktiraf perkara itu, persoalannya mengapa mereka keluar? Atas sebab apa?
Kalau positif, alhamdulillah, okey, well and good. Sebelum kita memberikan jawapan ia positif, apakah ia juga merupakan sebagai satu petunjuk bahawa tatkala mereka kecewa dengan suasana terutamanya di sana tidak ada competition policy di negara ini dikekang dengan apa jua yang terkadang kala terpaksa bersaing dengan government-linked state enterprises, maka akhirnya mereka keluar.
Saya pernah berjumpa sendiri dengan entrepreneur, corporate figures yang keluar kerana mereka sudah kecewa dengan pelaburan negara ini. Jadi, tidak mudah kita meletakkan bahawa sebabnya adalah kerana ia merupakan satu going global. Itu sebabnya baik; well and good saya katakan.
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
Akan tetapi kalau sebabnya adalah kerana kekecewaan termasuk juga SMEs yang tidak dibantu oleh kerajaan, tambah-tambahan yang keluar kerana untuk commercialization yang contohnya Singapura memberikan feed capital untuk mereka. Itu menambahkan berat lagi, bukan hanya outflow fund tetapi juga brain, tetapi juga expertise, alliance yang merupakan our intellectual properties yang sudah mengalir keluar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Pasir Mas, sila.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bercadang to be philosophical dalam soalan perkara ini dan too rhetoric. Saya hendak tanya secara khusus dan tidak mahu mengambil masa yang panjang. Soal inflow, outflow foreign direct investment ini, saya tengok Tuan Yang di-Pertua, sebahagiannya dua-dua bertanggungjawab. Kerajaan pun ada kelemahan, pembangkang pun terpantul juga. Ini dua-dua, terutamanya apabila isu penubuhan kerajaan 16 September dulu yang menimbulkan political uncertainty.
Kelemahan kerajaan pun macam-macam, tetapi apa pun, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, dari segi foreign direct investment ini, di antara negara yang banyak duit tetapi tidak kurang teknologi, terutamanya dari negara Arab, they have a lot of money, terlalu banyak duit sehinggakan mereka membina bangunan- bangunan di Timur Tengah sekarang ini pun tidak masuk akal, tetapi kenapakah duit daripada Timur Tengah ini tidak banyak datang ke negara kita ataupun datang setakat di Kuala Lumpur dalam bidang-bidang hartanah terutamanya.
Saya mengaitkan perkara ini ialah ada kena mengena dengan Kelantan sebab ada dakwaan mengatakan ada pihak pelabur hendak bawa duit masuk ke Kelantan tetapi dihalang oleh Kerajaan Pusat, kononnya MIDA seumpamanya ataupun tidak mendapat kelulusan, diberi gambaran negatif, manakala sepatutnya negeri Kelantanlah menjadi tempat tarikan yang paling utama bagi pelabur-pelabur Arab kerana ianya negeri yang dikatakan di bawah pemerintahan Islam dan ianya terkenal sebagai serambi Mekah dan begitu berpotensi dengan alam sekitarnya, tetapi kenapa tidak banyak.
Apakah tanggungjawab membawa pelabur ini Kerajaan Pusat sahaja ataupun tanggungjawab kerajaan negeri sekali ataupun sama-sama? Mana yang tidak betul dan mana yang tidak kena sebenarnya? Saya hendak beri gambaran yang jelas bukan kerana saya sentimen politik, just looking for the truth supaya kita sama-sama memahami, rakyat
mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
pun turut faham, mengelak daripada segala retorik-retorik yang kita dengar ini. Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Cerita yang sama, Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau cerita yang sama, boleh, Yang Berhormat. Kalau cerita yang berlainan, biar menteri menjawab itu dulu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Menteri beri laluan kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya akan bagi kelulusan, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, betul, tetapi saya sudah bangun lima kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
37(2), Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sudah banyak kali saya bangun dan ini Menteri bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baru pertama kali?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya, pertama kali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa kedua-dua pihak, pembangkang dan juga kerajaan bertanggungjawab untuk berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan saya kira apatah lagi dalam suasana hari ini di mana Pakatan Rakyat telah membentuk lima buah kerajaan negeri. Pastinya kita mahu pelabur- pelabur asing ini juga masuk ke negeri-negeri bagi mewujudkan pekerjaan bagi rakyat di Malaysia.
Namun penjelasan yang saya ingin dapatkan daripada Yang Berhormat Menteri ialah kalaupun Yang Berhormat Menteri terpaksa bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak kerana pertimbangan-pertimbangan politik dalam satu, dua minggu ini dengan alasan yang diberikan bahawa kecenderungan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk bersama-sama mendukung dasar Pakatan Rakyat itu telah menimbulkan sedikit keresahan dan juga telah menyebabkan keyakinan pelabur asing ini terjejas.
Saya ingin pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kalau itu asas yang boleh kita terima apa Yang Berhormat sebut tadi ada asasnya, apakah penjelasan yang Yang Berhormat hendak berikan apabila pada peringkat awal dulu juga UMNO cuba memujuk beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di negeri Selangor untuk melompat mendukung UMNO dan Barisan Nasional. Apakah ianya tidak menjejaskan ekonomi di negeri Selangor? Bagaimana kenyataan mantan Menteri Besar Negeri Perak bahawa Kerajaan Negeri Perak yang baru akan ditubuhkan pada 31 Ogos juga tidak berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan berucap panjang, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Maka ini, penjelasan yang saya hendak pohon daripada Yang Berhormat Menteri. Yang kedua, Tuan Yang Berhormat , saya pohon dari Yang Berhormat Menteri, apakah tidak bersetuju bahawa terdapat juga faktor-faktor lain dalam membahaskan soal keyakinan pelabur asing termasuk indeks rasuah negara yang semakin hari semakin parah, sistem kehakiman yang banyak diperdebatkan termasuk pendedahan video klip V. K. Lingam, masalah pelabur dari Timur Tengah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi pernah berlaku di
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Port Klang Free Trade Zone tetapi akhirnya mereka terpaksa meninggalkan negara ini kerana sekali lagi salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa. Saya pernah bertemu dengan seorang pedagang tempatan Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Gombak, itu sudah berucap Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya hendak rumuskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini bukan masa berucap, Yang Berhormat. Ini persoalan kepada menteri. Saya tahu Yang Berhormat pandai berucap tetapi tidak pandai bertanya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Baik, sekarang saya hendak bertanya.
Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi dalam jawapannya bahawa pedagang-pedagang tempatan meninggalkan Malaysia ini atas prinsip cross border investment dan ianya satu perkara yang positif. Saya telah bertemu dengan pedagang tempatan yang terkenal Malaysia di Hong Kong, keengganan beliau untuk kembali semula ke Malaysia kerana baginya sistem pendidikan negara kita tidak boleh melahirkan graduan yang boleh meningkatkan produktiviti negara. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan, sementara cross border investment ini positif, tetapi ada juga unsur-unsur yang menyebabkan mereka meninggalkan tanah air? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Rasah?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tanya soalan sahaja.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ya.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan bahawa negara kita sekarang tidak lagi terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan kerana kita telah mempelbagaikan negara dagang. Kita ada berdagang dengan banyak negara lain.
Persoalan saya ialah memandangkan begitu dan juga keadaan ekonomi di Amerika Syarikat sekarang, adakah kementerian telah membekukan perundingan FTA dengan Amerika Syarikat kerana further trade liberalization tidak semestinya akan memberikan kebaikan yang lebih kepada negara kita. Jadi, apakah kedudukan FTA dengan Amerika Syarikat sekarang ini?
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan di sini pertamanya, dasar Kerajaan Pusat tentang soal pelaburan dan hubung kait kita dengan kerajaan-kerajaan negeri yang sekarang ini tidak dipimpin oleh Barisan Nasional, Pakatan Rakyat sebagai contoh. Satu kenyataan yang saya sebutkan di peringkat awal sekali sewaktu saya mengambil alih kementerian ini ialah bahawa dari segi soal pelaburan asing sama ada kerajaan negeri itu dipimpin oleh Barisan Nasional ataupun bukan Barisan Nasional, dasar kita adalah sama, layanan kita adalah adil. Kita tidak mengatakan jangan pergi ke negeri Perak ataupun jangan pergi ke Selangor, jauh sekali daripada kata jangan pergi ke negeri Kelantan. Itu tidak pernah kita bangkitkan.
Kalau kita buat begitu, kita akan bagi satu isyarat yang tidak betul dan saya fikir itu satu perkara yang tidak akan kita lakukan kerana kita mahu supaya mereka memilih Malaysia. Di mana mereka hendak meletakkan projek mereka, kilang mereka hendak ditempatkan di mana sahaja, di utara, di selatan, di timur atau barat, itu adalah hak bagi pelabur. Jadi kalau Yang Berhormat Pasir Mas tadi mengatakan apakah ada sekatan daripada pihak MIDA, kita tidak mahu pelaburan masuk ke negeri Kelantan, itu tidak betul, Yang Berhormat. Mungkin disebabkan oleh masalah di Kelantan sendiri kerana tidak ada inisiatif dibuat oleh pihak kerajaan negeri. Pergi ke mana-mana pelaburan tidak pernah buat. Dia harapkan pelabur masuk mencurah-curah ke Kelantan, ini tidak boleh berlaku.
Lagipun tidak jelas apakah dasar sebenarnya sama ada hendak menggalakkan pelaburan luar negara ataupun tidak. Ini tidak dilakukan. Jadi tidaklah boleh disalahkan Kerajaan Pusat kalau tidak ada pelabur berminat ke negeri Kelantan walaupun Kelantan itu mengamalkan dasar katanya Islamickah, apakah, sepatutnya membuka ruang untuk perniagaan tetapi kerana tidak ada usaha. Kalau tidak ada usaha, siapa yang hendak pergi
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
ke sana? Mereka melihat kemudahan-kemudahan infrastruktur pun tidak lengkap dan dasar tidak jelas, tidak ada usaha untuk mempromosi pelaburan.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Jadi, kalau itu berlaku tidak datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, itu bukan masalah kita lah. Mungkin Yang Berhormat dari Pasir Mas boleh membisikkan kepada Menteri Besar supaya beliau boleh mengepalai satu rombongan. Saya tidak pernah dengar Menteri Besar Kelantan mengepalai satu rombongan untuk membuat satu pelaburan ke luar negara. Jadi, demikian juga kategori yang lain. Yang Berhormat dari Gombak menyebutkan sama ada kita hendak mengamalkan dasar yang agak berbeza kerana mereka ini tidak dipimpin oleh Barisan Nasional, jauh sekali. Itu tidak kita lakukan. Ahli Yang Berhormat pun tahu, saya tidak pernah pun mengatakan kalau hendak datang ke Malaysia, pilihlah ke negeri-negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Sistem pendidikan negara kita menyebabkan orang keluar saya fikir tidak betul. Ini kerana dengan sebab sistem pendidikan negara kita yang agak tersusun, banyak melahirkan tenaga-tenaga mahir, banyak melahirkan modal-modal insan yang diperlukan oleh sektor industri yang berteknologi tinggi. Maka, hari ini mereka datang ke Malaysia. Ini satu daripada tarikan kita kerana kita telah menyediakan banyak sumber tenaga yang terlatih walaupun sekarang ini keperluan untuk tenaga yang terlatih dalam bidang teknologi tinggi masih belum mencukupi. Ini masih perlu kita tingkatkan lagi kerana industri yang akan masuk ke Malaysia daripada beberapa tahun yang lepas dan akan datang adalah industri yang berteknologi tinggi yang bernilai tambah dan juga yang memerlukan modal yang besar.
Kita tidak perlu lagi industri yang kata menggunakan intensif pekerja yang pernah kita buat dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dahulu Tuan Yang di-Pertua. Sekarang itu bukan lagi dasar kita. Kita sudah pun membuat pilihan atau pun selective industry yang berteknologi tinggi sahaja. Sebab itulah perhatian kita adalah pada industri yang saya sebutkan tadi untuk membangunkan negara kita pada masa-masa yang akan datang.
Soal FTA dengan Amerika Syarikat, ini masih lagi dalam peringkat perundingan.
Kita telah mulakan beberapa bulan yang lepas untuk berbincang tetapi banyak perkara belum lagi diputuskan. Apa yang disebutkan bidang-bidang yang dianggap contentious, perkara-perkara yang berhubung kait dengan soal intellectual property, hak harta intelek yang berkaitan dengan government procurement dengan izin, iaitu kontrak-kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan ataupun yang berkaitan dengan soal perburuhan dan sebagainya. Banyak perkara-perkara yang belum dapat kita bereskan. Kabinet telah memberikan kita satu mandat baru untuk membolehkan kita mengadakan rundingan seterusnya tetapi kita tidaklah orang kata terburu-buru Yang Berhormat.
Kita perlu mengambil kira semua fakta kerana kalau pun hendak dipersetujui perjanjian ini ialah suatu yang boleh memberikan keuntungan kepada Malaysia. Kita tidak akan kompromi kalau ada perkara-perkara yang kita fikir merugikan Malaysia. Jadi, sebab itu kita sudah pun mulakan dan mungkin pada bulan hadapan kita akan lagi mengadakan satu mesyuarat di kalangan pegawai-pegawai sebelum kita mengadakan perundingan terus. Mungkin sekarang ini ada pilihan raya di Amerika Syarikat. Kita hendak lihat apakah perubahan dari segi pentadbiran di sana dan selepas itu kita akan teruskan rundingan walaupun kita tidak tetapkan time line bila masa kah kita boleh selesaikan masalah dengan Amerika Syarikat ini.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat telah pun menekankan supaya Malaysia mempunyai perancangan yang rapi untuk menarik pelabur-pelabur dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, ada tiga bangun. Yang pertama ...
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Boleh saya jelaskan ini dahulu Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sedikit, sedikit pasal pelaburan di Kelantan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu. Yang Berhormat okey.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan daripada...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang mana dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang bangun dahulu itu Yang Berhormat Jasin.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua., terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi bahawa ekonomi Malaysia masih lagi resilient tetapi saya hendak tanya sekarang, dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang cukup serius dan Malaysia sekarang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kita terdedah dan banyak negara-negara sekarang seperti Iceland telah pun bankrupt. Sekarang Pakistan pula telah memohon diberi bantuan daripada IMF. Kita tidak akan juga tertinggal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tanya Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Soalan saya, apakah langkah prudent yang patut kita buat kerana pada ketika ini, kita mengamalkan 80% adalah eksport oriented sementara 70% adalah import oriented. Jadi, maknanya kalau kita tidak mengadakan atau pun tidak mengaturkan langkah-langkah yang positif, kita sememangnya akan terdedah apa yang berlaku pada negara-negara lain.
Yang keduanya, Yang Berhormat ada sebut tentang daya saing. Saya hendak ucap tahniahlah sekurang-kurangnya kita telah menambah baik pencapaian kita. Mungkin kita tertinggal dalam beberapa perkara. Yang pertamanya tentang infrastruktur. Yang kedua yang kita tertinggal, ini kita terima hakikat government efficiency. Kita hendak kalau boleh Malaysia di dalam tangga top ten seperti US, seperti Singapura. Kita hendak kalau boleh kajian-kajian yang boleh mengukuhkan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, panjang sangat Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri faham Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Faham. Kalau Yang Berhormat kata panjang, setakat itulah. Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan pelaburan di Kelantan, tadi Yang Berhormat sebut tidak ada rombongan, pelaburan dan mungkin tidak ada pelaburan yang masuk. Cuma saya hendak tanya adakah Yang Berhormat ada maklumat tentang wujudnya pelaburan dalam sektor pertanian daripada Singapura di Kelantan dan Jepun juga telah membesarkan pelaburan dia dalam kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa dan juga kita juga mendapat pelabur daripada China dalam industri perlombongan emas di Kelantan. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memperbetulkan maklumat ini dan rombongan-rombongan yang dibuat oleh Menteri Besar ke China dan juga ke Dubai mengetuai rombongan-rombongan kontinjen pelaburan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jerlun juga bangun. Hendak beri peluang ini?
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ya, baik.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh apa yang Yang Berhormat sebut tadi mengenai FTA dengan Amerika Syarikat. Kalau kita sudah tahu keadaan di Amerika Syarikat begitu tidak menentu bukan hanya dari segi ekonominya yang kian merosot, skandal kewangan dan juga pilihan raya yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Tidakkah lebih wajar untuk kita buat masa ini tangguhkan dahulu perbincangan dan perundingan kita dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat tentang FTA ini sehinggalah keadaan lebih stabil dan kita benar-benar yakin bahawa segala yang kita putuskan itu akan mempertahankan ekonomi kita daripada sebarang masalah kelak.
Yang keduanya, berkait juga dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena mengenai lawatan-lawatan yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Contohnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diketuai oleh Ketua Menterinya sendiri ke Emiriyah Arab Bersatu di mana mereka sudah tentu mempromosikan negeri Pulau Pinang itu sebagai satu destinasi pelaburan yang baik.
Tidakkah Yang Berhormat Menteri rasakan tidak adil bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang telah sekian lama membangunkan negeri tersebut tetapi apabila kalah di pilihan raya tiba-tiba pihak Pakatan Rakyat pula mengambil kredit, belum cukup setahun jagung pun memerintah negeri itu tetapi mempromosikan negerinya seolah-olah dialah yang membawa pembangunan yang begitu pesat hingga membawa kemajuan pada negeri tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kalah Ketua Pemuda ...
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Jasin membangkitkan soal apa yang harus kerajaan lakukan dalam hendak menangani kemungkinan-kemungkinan kesan daripada kegawatan kewangan atau pun krisis kewangan yang melanda dunia pada hari ini. Saya fikir mungkin kita tunggu sedikit, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri waktu hendak menggulung itu nanti ada beberapa perkara yang akan dijelaskan dan ini mungkin akan memberikan lebih banyak pengetahuan atau pun informasi tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan. Saya telah jelaskan tadi bahawa memang kita tidak dapat mengelakkan bahawa apa yang sudah berlaku di banyak kawasan di rantau seperti Amerika dan Eropah ini akan membawa kesan kepada kita. Akan tetapi, soalnya bagaimana kesannya? Adakah itu serius atau tidak serius? Apa sektornya sebagai contoh.
Yang saya sebutkan contoh tadi dari segi perdagangan pasal kita masih berurus niaga dengan negara-negara itu. Bukan sahaja negara seperti Amerika atau pun Eropah tetapi juga berurus niaga dengan negara yang berurusan dengan mereka seperti Jepun, China yang tentu ada juga mempunyai implikasi pada perdagangan Malaysia.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ini sudah kita ambil kira, sebab itu pendekatan yang hendak kita buat sekarang ini supaya kalau pun ada kesannya bagaimana kita dapat orang kata mitigate impact daripada kesan yang negatif tadi. Tidaklah sampai terlalu buruk sehingga kita menjejaskan ekonomi negara kita maka itu dari segi strategi untuk hendak menarik or mencari pasaran baru finding new market untuk produk-produk kita ini kita sedang tingkatkan sekarang ini. Tidak kira di mana sehingga yang disebutkan tadi umpama di Timur Tengah. Ini yang dahulu tidak dieksploitasi secara optimumnya kita hendak melihat pasaran di situ ataupun ke Afrika yang orang kata mungkin negara ini miskin tetapi ada juga negara-negara yang mampu untuk berdagang dengan Malaysia. Walaupun sekecil mana menerusi MATRADE sebagai contoh kita hendak pergi juga cari pasaran-pasaran sebegitu, kerana kita tidak boleh orang kata memilih-milih Tuan Yang di-Pertua.
Dalam situasi di mana kemungkinan permohonan dan permintaan bagi produk – produk Malaysia itu terjejas dengan sebab kemerosotan ekonomi di negara-negara utama seperti Amerika dan Eropah. Maka kita ada orang kata tempat di mana kita boleh dapat sedikit setidaknya mengurangkan kesan tadi. Ini inisiatif yang kita akan teruskan dan juga dari segi pelaburan yang penting bagi Malaysia kerana kalau di Amerika masalah timbul di Eropah sudah pun timbul banyak bank yang sudah pun orang kata bankrap dan sebagainya. Maka kesannya ialah modal manakah sumber modal yang kita perolehi? Kita dapati bahawa negara seperti Timur Tengah di GCC (Gulf Corporation Council) ini belum kita eksploitasi dengan sepenuhnya.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Di situ terdapat banyak lebihan modal ataupun surplus of capital. Mereka ada wang tetapi mereka hendak melabur dan kita mesti cari jalan bagaimana wang yang ada di situ, modal yang ada di situ boleh dilaburkan dalam projek-projek ekonomi yang menguntungkan kepada mereka. Mereka tidak ada teknologi tetapi ada modal. Biasa kalau di Timur Tengah ini mereka hendak melabur. Dia orang kata tidak aktif involve secara menguruskan apa-apa pelaburan. Ini kita akan ambil kira dan sasaran kita juga ialah di kawasan Timur Tengah. Selain daripada itu Yang Berhormat Pokok Sena memaklumkan ya, baguslah ada inisiatif itu tetapi saya kira tidak cukup. Bila pelaburan itu agak kecil saya tidak angka tetapi saya boleh maklum kepada Yang Berhormat berbanding dengan negeri lainlah. Berbanding dengan Selangor sahaja itu antara diberi pakatan sendiri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Itu sebahagian sahaja saya sebut itu.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Itu sebahagian mungkin kalau ada lebih lagi lebih baiklah. Memang di sektor pertanian itu mungkin Kelantan ada kemudahan sedikit kerana tanah dan sebagainya tetapi belum mencukupi kerana nilai pelaburan itu agak kecil sekali. Ini soal hendak menangguhkan rundingan FTA dengan US ini bagi saya di peringkat ini kita belum sampai ke tahap yang kata cukup orang kata matang hingga kita kata dengan sebab masalah yang akan berlaku di Amerika kita berhenti, kerana banyak perkara dari segi teknikal Tuan Yang di-Pertua yang perlu dibincangkan.
Kalau hendak bawa di sini panjang dia punya isu-isu yang berkaitan dengan pelbagai- pelbagai agensi yang di bawah kementerian-kementerian berlainan ini dia memerlukan pelbagai-pelbagai peringkat perbincangan.
Jadi kalau peringkat perbincangan itu saya fikir kita teruskan pun tidak apa kerana kita belum putuskan lagi bila masa hendak disempurnakan. Sebab itu tidak ada cadanganlah untuk kita kata hold on tangguhkan sementara masalah di Amerika itu selesai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Yang soal Yang Berhormat ....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat saya hendak tanya dahulu berapa panjang lagi cerita Yang Berhormat satu jam sudah.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Kalau tidak ada gangguan mungkin setengah jam selesai Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua fasal apa Yang Berhormat Jerlun sebutkan tadi soal di Pulau Pinang ke mana. Memang betul ia ada ambil inisiatif untuk menarik pelaburan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pergi sendiri. Saya fikir itu satu inisiatif yang baik memang kita alu-alukan tetapi betullah di peringkat ini baru bermula tetapi dalam situasi yang sama juga sudah ada pelaburan yang masuk ke Pulau Pinang atas inisiatif pimpinan Kerajaan Barisan Nasional dahulu di bawah Ahli Yang Berhormat Dato’ Khoo Soo Khon. Jadi orang kata dia hendak claim kreditlah Tuan Yang di- Pertua padahal sebenarnya inisiatif itu sudah dibuat lama. Jadi memang kata hendak tumpang semangkuklah. Apa hendak buat kerana mereka sudah mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Sebenarnya bukan inisiatif dibuat oleh kerajaan yang baru tetapi sudah lama diusahakan oleh pimpinan di bawah Barisan Nasional yang lalu. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Yang Berhormat adalah saya hendak sebutkan menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan daripada negara-negara yang saya sebutkan juga Amerika Syarikat dan rantau Eropah. Walaupun kawasan itu bermasalah saya hendak sebut di sini untuk tempoh Januari hingga Ogos 2008 562 projek perkilangan telah pun diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM49.8 bilion berbanding dengan 627 projek pelaburan bernilai RM35.8 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2007. Daripada jumlah pelaburan RM49.8 bilion ini Tuan Yang di-Pertua RM36.8 bilion ataupun 73.9% merupakan pelaburan asing.
Bagi tempoh tersebut Amerika Syarikat merupakan negara kedua teratas dalam senarai punca utama pelaburan asing ke Malaysia. Ini ialah pada tahun yang lepas iaitu
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
sebelum krisis kewangan yang melanda. Ini jadi punca pelaburan kita dan pelaburan ini yang berjumlah sebanyak RM6.3 bilion. Sementara itu dua negara Eropah juga turut tersenarai antara lima negara teratas dalam senarai punca utama pelaburan asing iaitu Sepanyol sebanyak RM4.2 bilion dan German RM3.3 bilion. Kerajaan juga tidak lagi menggalakkan projek-projek perkilangan yang berintensif buruh dan sebaliknya menumpu kepada projek-projek yang berintensif modal, berteknologi tinggi dan nilai tambah tinggi kepada negara-negara seperti Amerika Syarikat dan juga Eropah.
Ahli Yang Berhormat Lipis memohon penjelasan berkaitan strategi kerajaan dalam menjalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan di kalangan negara-negara Islam.
Malaysia adalah komited dan sentiasa menyokong usaha...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
...Untuk meningkatkan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan dengan kalangan negara-negara anggota OIC. Negara OIC merupakan pasaran eksport bukan tradisional...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Boleh saya habiskan dahulu Yang Berhormat tadi belum habis dia punya ayat itu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sebelum pergi ke tajuk itu nanti terlepas berhubung dengan pelaburan. Walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa keadaan ekonomi kita dipelbagaikan pasarannya tidak bergantung kepada USA dan satu dua negara. Walau bagaimanapun apa yang berlaku dan akan berlaku ialah global. Sebagaimana yang kita ikuti ialah global krisis. Global ini bermaknanya seluruh dunia akan menerima akibat daripada krisis ekonomi ini.
Jadi ke mana pun kita pergi saya rasa kita tidak boleh mengelak daripada kesan krisis ekonomi dunia ini. Jadi dengan sebab itu saya rasa lambat laun kita akan menghadapi masalah kalau kita berharap dan bergantung kepada sektor swasta untuk membiayai pembangunan ekonomi negara. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Tuan Yang di-Pertua, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, di Eropah dan negara-negara Kesatuan Eropah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya soal Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu adakah pihak kerajaan bersedia untuk membiayai perniagaan projek-projek dan membiayai sektor-sektor kewangan sebagai founder, sebagai financial kepada projek-projek pembangunan seperti apa yang dilakukan oleh Amerika sekarang.
Kerajaan sendiri membeli bank-bank, kerajaan sendiri melabur dalam syarikat-syarikat kerana sektor swasta tidak mampu lagi untuk melakukan fungsi sebagaimana sebelum ini.
Saya hendak bertanya kemungkinan pihak kerajaan Malaysia adakah kapasiti begitu?
Adakah kesanggupan begitu dari segi kewangan kerana saya merasakan bahawa sampai masanya nanti krisis ini begitu serius. Kita tidak mampu tidak boleh berharapkan kepada sektor swasta lagi. Terima kasih.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua saya setujulah dengan apa Yang Berhormat Pasir Salak sebutkan tadi bahawa masalah ini masalah global. Akan tetapi walaupun masalah global kita juga melihat ada orang kata opportunities di setengah-setengah kawasan di mana kita masih lagi boleh berdagang.
Bukanlah kesemua negara itu terjejas seratus peratus teruk sekali. Jadi sebab itu saya kata kita harus mencari jalan walaupun dalam situasi yang agak menyulitkan untuk mencari pasaran-pasaran yang ada. Kemungkinan tidak sebesar bagaimana yang ada tetapi
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
daripada tidak diusahakan dan kita menghadapi masalah yang lebih terjejas bagi kita maka kita kena mengambil inisiatif ini.
Keduanya, sama ada kerajaan akan melabur itu satu soal dasar yang perlu.
Sekarang kita memang ada syarikat-syarikat orang kata government-linked company yang sudah pun mengambil inisiatif yang agak besar juga bukan sahaja dalam negara ke luar negara untuk melabur. Sama ada dengan situasi masalah dunia yang sebegini rupa mereka akan mengambil langkah yang sama untuk mengambil orang kata syarikat-syarikat yang sekarang ini mungkin sudah bermasalah lepas itu boleh dipusing balik dan bawa keuntungan.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Ini soal-soal dasar ini saya tak boleh nak jelaskan sama ada itu adalah wajar ataupun tidak. Itu terserah kepada pihak pengurusan syarikat-syarikat milik kerajaan, khazanah dan sebagainya untuk menimbangkan sama ada ini adalah peluang dan peluang terbaik untuk mereka mengambil alih apa-apa inisiatif ataupun kedudukan mana-mana pihak yang menghadapi masalah di negara-negara luar yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk masalah perhubungan dengan negara-negara OIC ini kita hendak menyatakan bahawa dia tidak merupakan pasaran eksport yang tradisional.
Jadi, oleh sebab itu Malaysia terlibat dan berperanan aktif dalam mempelbagaikan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara anggota OIC. Malaysia telah pun berperanan aktif dalam berunding dan memuktamadkan perjanjian rangka kerja sistem keutamaan perdagangan antara negara-negara OIC, menandatangani perjanjian perdagangan ataupun trade agreement dengan beberapa negara anggota OIC seperti Ameriah Arab Bersatu, Iran, Iraq, Mesir, Turki dan Yaman, mengadakan Perjanjian Jaminan Pelaburan Malaysia OIC.
Sehingga kini Malaysia telah pun menandatangani perjanjian jaminan pelaburan dengan Arab Saudi, Bahrain, Ameriah Arab Bersatu, Iran, Jordan, Kuwait, Lubnan, Mesir, Turki dan Yaman, menandatangani perjanjian-perjanjian dua hala yang berkaitan dengan negara-negara anggota OIC seperti perjanjian menggalakkan cukai berganda, terlibat dalam usaha untuk meningkatkan promosi perdagangan dan pelaburan intra-OIC di bawah memorandum persefahaman MoU yang ditandatangani dengan IDB. Juga mengadakan program kerjasama teknikal dan bina upaya dengan negara-negara OIC yang khusus, mengadakan misi rombongan dan pelaburan serta promosi perdagangan di negara-negara anggota OIC yang disasarkan dan juga membuat susulan cadangan mengadakan FTA dengan negara-negara teluk.
Perdagangan Malaysia dengan negara-negara OIC ini meningkat daripada tahun ke tahun. Bagi tahun 2007, perdagangan Malaysia dengan negara-negara OIC ialah sebanyak RM95.3 bilion, iaitu meningkat sebanyak 13.7% berbanding tahun sebelumnya.
Eksport ke negara-negara OIC berjumlah RM52.8 bilion dan import sebanyak RM42.5 bilion. Sehingga Ogos tahun ini sahaja perdagangan dengan negara-negara anggota OIC adalah sebanyak RM81.2 bilion iaitu 10.1% daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.
Dari segi pelaburan pula pada tahun 2007, sebanyak 16 projek perkilangan daripada negara-negara anggota OIC telah pun diluluskan iaitu daripada Iran RM31 bilion, Ameriah Arab Bersatu RM42.5 juta, Indonesia RM41.2 juta, Brunei Darussalam RM31.1 juta, Turki RM19.7 juta, Pakistan RM2.4 juta, Mesir RM0.5 juta dan Albania RM0.1 juta.
Ahli Yang Berhormat daripada Pulai menekankan supaya ditingkatkan keupayaan modal insan untuk meningkatkan daya saing negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelbagai inisiatif sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan modal insan khususnya dalam sektor perkilangan. Penekanan adalah diberikan kepada usaha-usaha meningkatkan tahap teknologi, menarik dan menjana pelaburan yang berkualiti, membangunkan modal insan yang berinovatif dan kreatif serta mengintegrasikan sektor industri dan perkhidmatan Malaysia ke dalam rantaian dan rangkaian bekalan serantau dan global.
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan kemahiran tenaga kerja, sistem latihan dual kebangsaan telah pun dilaksanakan. Pada tahun 2007 sebanyak 545 syarikat telah pun mengambil bahagian dalam SLDK dengan bilangan peserta seramai 2,920 orang.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Sehingga Jun 2008 - 627 syarikat telah pun mengambil bahagian dalam SLDK dengan bilangan peserta dilatih berjumlah 4,561 orang.
Di samping itu kerajaan juga melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah pun memperkenalkan beberapa dasar baru untuk menyediakan tenaga kerja terlatih termasuklah keperluan bagi semua pelajar, mengambil modul soft skills, pengenalan modul keusahawanan yang akan diwajibkan kepada semua pelajar, penyertaan wajib dalam kursus-kursus profesional yang diiktiraf oleh badan profesional bagi modul latihan industri.
Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh dan juga Pasir Mas membangkitkan tentang keperluan untuk melaksanakan tender terbuka bagi pengeluaran lesen import ataupun AP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini MITI sedang pun menjalankan pengauditan ke atas pemegang-pemegang AP yang sedia ada bagi menilai keupayaan sebenar syarikat untuk berkembang dalam sektor automatif.
Hasil pengauditan ini akan digunakan bagi merangka pelan pembangunan bumiputera dalam sektor automatif dan cadangan untuk mengadakan tender terbuka bagi AP untuk kenderaan akan diambil kira dalam pelan tersebut.
Ahli Yang Berhormat dari Seputeh bertanyakan berkenaan peruntukan...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh saya tanya sedikit? Sedikit sahaja. Cadangan saya mengenai dengan tender terbuka agak spesifik, iaitu seperti Yang Berhormat sedia maklum pemegang AP dah bertahun selama ini. Mereka kebanyakannya menjual AP dengan harga RM40,000-RM50,000 satu AP. Mereka yang memegang AP ada di kalangan 10 AP dan 5 AP, dan 5 AP mendapat pendapatan hampir RM250,000 sebulan ataupun sampai setengah juta. Mereka ini bercakap memang betul.
Jadi kalau isu ini untuk menolong bumiputera saya tidak melihat ia sebagai satu keistimewaan untuk orang-orang Melayu sebab ianya terhad sehinggakan saya diberitahu ada juga yang mendapat AP menumpang syarikat lain. Maknanya sekarang ini kononnya beku, tetapi kalau ada syarikat lain guna, dapat 5 AP tuan punya yang sedang menjalankan perniagaan sekarang ini dapat 2, dia dapat 3, kutip RM30,000, RM20,000 sebulan. Saya rasa perkembangan ini tidak sihat, bukan cara kita melahirkan usahawan. Jadi kita mencadangkan bukan tender, maka saya cadangkan Yang Berhormat Menteri setiap mereka yang hendak import kereta daripada luar negara dikenakan bayaran terus, RM10,000 satu AP, terbuka untuk sesiapa sahaja. Jadi, cuba kita bayangkan berapa banyak kerajaan boleh pungut wang, revenue dan ini boleh disalurkan untuk biasiswa untuk rakyat miskin manakala yang dapat AP ini, yang ribu-ribu yang diberi oleh menteri dahululah, bukan Yang Berhormat sekarang ini, dahulu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...sampai boleh beli kapal terbang, beli helikopter yang tidak langsung melihat pertolongan kepada Melayu yang lain. Jadi ini saya bangkitkan kalau boleh ianya boleh ditimbang balik, dikaji balik supaya dasar ini dihentikan dan diubah kepada dasar yang baru. Terima kasih.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi memang betul. Saya sebutkan tadi hendak mengadakan tender terbuka ini untuk sebahagian. Akan tetapi yang saya sebutkan juga peringkat awal, kita sedang mengadakan pengauditan semua syarikat yang sudah pun diberikan AP oleh pihak kerajaan selama ini.
Sebenarnya sudah pun hampir siap dan saya sudah pun diberikan satu penerangan awal, yang mana saya lihat memang betul sebahagian besar mereka yang memiliki AP tidak melaksanakan orang kata perniagaan sebenarnya. Banyaklah saya kata pendedahan baru daripada pengauditan yang sudah kita buat. Oleh sebab itu, lepas siapnya pengauditan ini Tuan Yang di-Pertua, saya akan merangkakan satu, apa yang kita sebutkan satu garis panduan baru untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat yang sudah pun diberikan AP ini ada kemampuan. Bagaimana dengan hanya modal RM100,000 hendak meniaga 100 kereta setahun. Yang ini bagi saya tidak praktikal.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Akan tetapi kerana mereka istilahnya menjual tadi yang saya jelas memang berlaku maka bagi 100 pun okey, 200 pun okey, 300 pun okey tetapi mereka tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya. Orang lain yang mendapat habuan yang lebih besar lagi. Bagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, memang betul, ini satu cara yang saya fikir perlu kita perbetulkan dan kita perbaiki. Tentang sama ada kita hendak buat sistem tawaran, bidding macam terbuka, ini adalah antara perkara yang kita hendak ambil kira. Kemungkinan besar kita boleh mendapat sumbangan...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat, tahniah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, boleh saya...
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Belum, saya belum habis lagi Yang Berhormat. Saya nak jelaskan, kita memang ambil kira perkara itu kerana soal AP ini Tuan Yang di-Pertua dia tak boleh kekal selama-lamanya. Kita telah putuskan mungkin tahun 2020 ini habis lama kerana ini dianggap sebagai satu langkah yang bertentangan dengan WTO, dia adakan barrier dari segi perdagangan terpaksa mengimport dengan sistem kawalan AP sebegini. Akan tetapi kerana kita telah melaksanakan skim ini agak sekian lama kalau kita hendak merubah dengan serta-merta dia tentu akan membawa kesan yang buruk kepada peniaga sedia ada. Jadi, inisiatif yang hendak dibuat mestilah secara yang agak teratur, beransur dalam satu tempoh yang agak sesuai. Ini yang kita akan laksanakan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan langkah Yang Berhormat Menteri untuk menyusun semula bagi memastikan bahawa industri automotif melalui AP ini memberi peluang yang sebaiknya kepada usahawan bumiputera. Walau macam mana pun saya mencium bau yang takut nanti menjadi kenyataan, Yang Berhormat Pasir Mas mungkin tidak nampak perkara ini.
Saya takut usahawan kecil yang dapat lima AP menjadi mangsa, tutup kedai sebab dia tak buat, tak ada showroom manakala usahawan besar dia dapat banyak AP memang bolehlah buka showroom, memang bolehlah dapat pembiayaan daripada bank- bank. Jadi nanti kalau kata syarikat yang tidak berfungsi ataupun syarikat yang menjual AP maka itu akan ditarik balik AP mereka, ini satu penganiayaan. Dia tidak membantu malah kita menyalahgunakan peluang ini dengan mengayakan orang yang lebih kaya.
Umpamanya hari tu timbul dalam surat khabar satu orang sampai dapat 10,000 AP, 15,000 AP. Mestilah orang ini boleh dapat pembiayaan RM100 juta, RM200 juta, RM500 juta pun, tetapi bagi saya kalau saya hanya ada lima AP macam mana saya hendak buka showroom. Berhati-hati sikit dalam hal ini, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri dalam hal ini kerana laporan pegawai-pegawai pun berhati-hati. Ini orang yang besar-besar, tauke-tauke besar ini dia ada cara dia. Untuk hendak tackle pegawai-pegawai ini, saya percaya Yang Berhormat Menteri tidak mudah di tackle ataupun dipengaruhi.
Akan tetapi pegawai ini macam-macam, begitu juga umpamanya import kereta CBU.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat hendak berucap kah Yang Berhormat? Dah faham Menteri dah. Faham Menteri Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit sahaja lagi. Kereta import AP saya bagi contoh umpamanya import macam mana dia orang lari cukai. Macam mana lari cukai? Sebab dia orang berpakat, berpakat dengan pegawai-pegawai, lepas, ‘kautim’ lepas, beratus-ratus cukai tak bayar.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu yang saya cadang itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sikit Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Begitu juga AP ini pula, saya minta dilakukan dengan berhati-hati supaya yang kecil-kecilan jangan jadi mangsa.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Bagi yang besar setuju, yang kecil setuju, yang besar memang kena ambil tindakan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, menyambung daripada Yang Berhormat Pasir Salak sebentar tadi. Kita diperingatkan asalnya AP ini adalah satu daripada kaedah redistributive justice khususnya affirmative action dalam DEB dalam kaum Melayu, itu asalnya. Akan tetapi hari ini jelas bahawa ia telah diabuse, salah guna. Saya diberi faham bahawa ada yang mendapat sehingga separuh daripada AP dikeluarkan setiap tahun. Jadi tentunya dalam hal ini Yang Berhormat Menteri dan kami cukup menyokong pandangan Yang Berhormat Menteri supaya perkara ini di review dan dinilai semula dan perlu diambil tindakan segera untuk meletakkan kembali keadilan pengagihan itu. Ini supaya yang miskin ataupun yang kurang tidak dimangsakan dan yang kaya terus diperkayakan.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang benarlah saya dah jelaskan tadi kita dah buat audit dan kita mendapatkan satu gambaran yang jelas kedudukan setiap syarikat yang dapat AP kemampuan mereka, modal mereka, tenaga dia, bilik pameran dan sebagainya semua sudah pun hampir siap.
Akan tetapi saya mengambil kira apa Yang Berhormat Pasir Salak sebutkan tadi memang kalau kita hendak ambil langkah mungkin drastik tetapi saya faham itu tidak mungkin kita lakukan.
Kita ambil kiralah ini ihsan pertimbangan, kalau pun dia telah membuat satu perkara dianggap tak berapa betul, penyelewengan, kita boleh perbetulkan balik tetapi mesti berdasarkan kepada keupayaan dia sendiri. Apa guna kita bagi dia AP banyak tetapi yang meraih keuntungan besar bukan dia pihak orang tengah. Ini istilah jual AP sudah jadi popular di kalangan pemilik-pemilik AP dan orang yang baru terlibat dalam bidang perniagaan kenderaan ini. Yang Berhormat daripada Pasir Salak pun saya tahu dia pun berniaga kereta juga. Saya pun Tuan Yang di-Pertua pernah berniaga kereta juga. Saya pun berniaga kereta juga, saya faham.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat terang betul- betul dengan pembangkang ini dia orang salah faham ni.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Dia berniaga betul bukan tak betul.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak ada jual-jual AP.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Tak ada, tak ada.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dulu, dulu, 20 years ago.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Bila dia bersuara itu saya faham.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia orang ingat saya ni ada duit banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut itu tadi memang kita akan buat pertimbangan yang agak saksama. Kita tidaklah hendak mengambil tindakan yang drastik hingga menjejaskan perniagaan mereka.
Saya faham tentang perkara itu, tetapi kita hendak perbetulkan, susun balik sebab itu kita hendak rangka dia punya garis panduan baru.
Di samping itu, satu pelan pembangunan bumiputera dalam industri automotif hendak kita perkenalkan, barulah kita akan lihat mungkin 10 tahun, 20 tahun lagi akan lahir bukan seorang, sebuah, dua buah syarikat mungkin 10 - 20 buah syarikat yang lebih besar yang boleh menguasai pasaran kereta dalam negara kita.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang mana kena tarik, tarik selamatkan Proton Saga.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Pasir Salak tadi dalam perbahasan telah
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin - Pagoh
pun mohon penjelasan mengenai sebab-sebab industri automotif negara tidak dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pencapaian secara keseluruhan industri automotif negara di pasaran antarabangsa masih di peringkat yang belum boleh kita banggakan.
Ini disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:
(i) industri automotif tempatan terlalu bergantung kepada pasaran tempatan dan kurang berorientasi pasaran global;
(ii) kurangnya ekonomi bidangan dan dengan izin, economics of scale bagi industri automotif tempatan; dan
(iii) kemajuan teknologi domestik dalam segmen kenderaan bermotor terbatas pada kategori enjin 2000cc ke bawah.
Walau bagaimanapun, produk-produk automotif komponen dan alat-alat ganti tempatan telah berjaya bersaing di pasaran antarabangsa dan ini dapat dilihat melalui eksport komponen dan alat ganti keluaran syarikat tempatan yang telah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 50 buah negara. Dengan menunjukkan prestasi eksport yang meningkat setiap tahun. Eksport bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM2.7 bilion, tahun 2006 sebanyak RM2.3 bilion dan tahun 2005 sebanyak RM2.2 bilion.
Destinasi eksport utama bagi tahun 2007; United Kingdom - RM109 juta Iran - RM74.6 juta Indonesia - RM61.3 juta Syria - RM39.5 juta Australia - RM18.5 juta Kemampuan untuk bersaing juga dapat dilihat melalui keupayaan syarikat automotif tempatan membuat pelaburan di luar negara. Bagi tempoh hingga tahun 2007, 24 buah syarikat Malaysia mempunyai pelaburan di negara Indonesia dengan jumlah sebanyak RM128 juta, manakala tujuh syarikat mempunyai pelaburan berjumlah RM105.7 juta dengan negara Thailand.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Bandar Tun Razak mencadangkan supaya kerajaan patut menemui pengusaha kecil dan sederhana untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh PKS. Mengenai cadangan supaya kerajaan menemui PKS ini sukacita saya menjelaskan bahawa MITI melalui agensi-agensi seperti SMIDEC dan MIDF memang mempunyai program outreach seperti seminar dan bengkel yang bukan sahaja diadakan di bandar-bandar utama malah telah pun pergi ke daerah- daerah kecil untuk menerangkan berkenaan program pembangunan dan pembiayaan khusus untuk PKS.
Pegawai-pegawai SMIDEC dan MIDF juga melawat premis-premis pemohon untuk membuat penilaian projek, mengenal pasti masalah yang dihadapi dan memberikan khidmat nasihat kepada PKS bagi mengatasi setiap masalah yang dibangkitkan. Bagi menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan dan fiskal, infrastruktur pasaran serta lain-lain program pembangunan PKS dengan lebih berkesan SMIDEC juga mempunyai pejabat-pejabat cawangan di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sarawak dan juga di Sabah.
Ahli Yang Berhormat daripada Gelang Patah telah membangkitkan tentang kemudahan pembiayaan RM1.2 bilion untuk PKS yang diumumkan pada 1 Ogos 2008.
Berapa peratus kah permohonan yang di lulus dan tidak lulus serta cadangan tambahan pembiayaan. Saya ingin menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah berkenaan pembangunan PKS, dana RM1.2 bilion yang diumumkan baru- baru ini disalurkan oleh Bank Negara kepada bank-bank terpilih...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri masih menjawab Yang Berhormat Gelang Patah. Dengar menteri jawab dulu.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
...Yang disalurkan oleh Bank Negara pada bank-bank terpilih yang mana akan diberikan kepada PKS dalam bentuk pinjaman seperti berikut kemudahan bantuan PKS berjumlah RM700 juta untuk membantu PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan. Untuk menangani masalah sementara aliran wang tunai berpunca dari kenaikan dan kos. Kemudahan ini bertujuan membantu PKS yang berdaya maju untuk meneruskan perniagaan mereka dan mengekalkan tenaga kerja.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Keduanya, kemudahan pemodenan PKS yang berjumlah RM500 juta bagi menyediakan pembiayaan bagi PKS untuk memodenkan operasi terutamanya pembelian ataupun penambahbaikan mesin dan peralatan di samping pembelian alat penjimatan tenaga. Di bawah kemudahan ini, PKS yang berdaya maju boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar 4% setahun daripada mana-mana bank perdagangan dan Bank Islam, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank dengan perlindungan jaminan sebanyak 80% oleh CGC.
Merujuk kepada prestasi bantuan pembiayaan geran yang diselenggarakan SMIDEC, sehingga 30 September 2008, daripada 28,580 permohonan yang diterima, sebanyak 21,281 yakni 74.5% telah pun diluluskan dengan peruntukan geran sebanyak RM862.51 juta. Ini bermakna 25.5% permohonan sahaja yang ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kelulusan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu PKS menangani kesan krisis kewangan dunia, kerajaan telah pun memutuskan untuk MITI menyediakan dana pinjaman modal dan geran bersamaan berjumlah RM1.7 bilion di mana RM800 juta adalah pinjaman mudah PKS, RM550 juta untuk geran bersamaan. Manakala RM350 juta adalah untuk program-program baru meningkatkan keupayaan PKS.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini SMIDEC menganjurkan Enterprise 50 Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri adakah sebarang insentif untuk penggalakan yang berjaya dalam Enterprise 50 yang dianjurkan di SMIDEC.
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Saya tak berapa apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sama ada insentif kepada Enterprise 50 yang dibuat oleh SMIDEC. Itu adalah program yang kita buat untuk menjelaskan apakah kemudahan- kemudahan yang kita tawarkan untuk membantu PKS sebagaimana yang telah saya sebutkan, sebahagian daripadanya tetapi banyak lagi program-program yang telah pun kita sediakan termasuklah insentif dari segi pembiayaan yang mudah, soft loan. Itu juga kita sediakan dan pelbagai bantuan dari segi latihan kemahiran, teknikal dan sebagainya. Itu memang ada dalam program kita.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya terhadap isu-isu utama yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa kementerian saya. Isu serta cadangan daripada yang diambil perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya akan kita laksanakan. Insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekarang mempersilakan Menteri Pelajaran menjawab.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak seluruh warga pendidik, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 15 orang Ahli-ahli Parlimen Dewan yang telah menyampaikan pandangan dan perspektif masing-masing berhubung dengan agenda Kementerian Pelajaran. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan yang terus memberi peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan dan juga latihan yang mencakupi jumlah perbelanjaan RM47.7 bilion yang
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
merupakan 23% daripada keseluruhan bajet Belanjawan 2009. Daripada jumlah tersebut, Kementerian Pelajaran telah memperoleh peruntukan sebanyak RM31.4 bilion. Yakni pertambahan kira-kira 6% daripada peruntukan Bajet 2008 iaitu pada jumlah RM29.53 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan tema Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin, tumpuan utama peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran ialah merangkumi usaha berterusan menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ia secara langsung memberi penekanan terhadap kebajikan murid dan guru melalui penumpuan kepada pembangunan infrastruktur, bantuan pendidikan, insentif-insentif khas memartabatkan profesion keguruan dan menjayakan program pendidikan yang dirancang.
Peruntukan yang besar ini juga merupakan amanah daripada pihak kerajaan untuk melahirkan modal manusia yang berkualiti bagi memastikan Malaysia terus berada pada keadaan yang boleh bersaing dengan negara-negara maju di dunia.
Saya juga amat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, saranan, idea malah teguran membina demi menambahbaikkan sistem pendidikan negara. Untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan, saya akan memberi keutamaan kepada empat tajuk utama yakni pembangunan infrastruktur, pembentukan modal insan, kurikulum pendidikan dan juga memartabatkan profesion keguruan.
Pembangunan infrastruktur merapatkan jurang pendidikan. Kerajaan amat komited dan akan terus memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan. Kemudahan asas pendidikan infrastruktur, asrama dan juga rumah guru akan diperluaskan dan dinaiktarafkan bagi tujuan merapatkan jurang sama ada di bandar, kawasan luar bandar serta pedalaman. Usaha ini juga meliputi semua jenis sekolah terutamanya sekolah-sekolah yang daif seperti yang disarankan Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Mambong dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat.
Teras merapatkan jurang pendidikan dalam PIPP memberikan penekanan khusus terhadap pendidikan luar bandar. Segala usaha sehingga tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam pencapaian projek pembangunan pendidikan luar bandar dan kawasan pedalaman.
Untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga Jun 2008, daripada 12,905 projek di luar bandar, Kementerian Pelajaran telah berjaya menyiapkan 2,875 yakni 23.3% projek sementara 23.5% projek dalam pembinaan dan 31.9% projek pada peringkat pra-bina.
Semua projek ini melibatkan kos sebanyak RM8.21 bilion.
Sekolah yang uzur dan daif menarik perhatian beberapa orang Ahli-ahli Parlimen.
Bagi menjamin keselamatan murid dan warga pendidik di sekolah, Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan sentiasa melawat sekolah-sekolah yang uzur, usang dan juga sekolah-sekolah yang disahkan tidak selamat oleh Jabatan kerja Raya serta melaporkan kepada Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran untuk kelulusan kewangan bagi kerja membaik pulih bahagian bangunan yang berkaitan. Kriteria yang digunakan untuk meluluskan kerja-kerja bangunan sekolah yang uzur dan usang ialah:-
(i) pengesahan Jabatan Kerja Raya bagi bangunan sekolah yang uzur, usang dan tidak selamat diduduki; dan
(ii) melalui kaedah berdasarkan kepada peruntukan yang ada dan mencukupi untuk melaksanakan projek-projek penambahbaikan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi sekolah-sekolah bantuan kerajaan, Kementerian pelajaran sekarang sedang berusaha mengadakan satu mini blueprint PIPP untuk memantapkan keadaan sekolah-sekolah SRJK(C), STJK(T), sekolah-sekolah mission dan sekolah-sekolah SABK. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 April 2008 telah bersetuju supaya peruntukan yang sewajarnya diberikan kepada sekolah-sekolah ini yang mana tumpuan utama akan diberikan bagi menambahbaikkan, menyelenggarakan dan menyediakan kemudahan asas sekolah. Selain peruntukan daripada kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah bantuan kerajaan juga menerima bantuan-bantuan kewangan
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
daripada pihak-pihak lain seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perdana Menteri, dan juga badan bukan kerajaan. Silakan Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Mengenai sekolah-sekolah bantuan kerajaan, saya ingin tanya mengapakah lebih kurang dari 523 sekolah Tamil yang ada di negara kita, lebih kurang 370 adalah tidak menerima bantuan penuh dari kerajaan. Adakah kerajaan berhasrat untuk memberi status bantuan penuh kepada semua sekolah ini? Saya tahu kerap kali alasan yang diberi adalah sekolah-sekolah bantuan modal ini terletak di tanah persendirian.
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan jika ada political will dengan izin boleh menukar sekolah-sekolah ini menjadi bantuan penuh dengan menggunakan Land Acquisition Act sebab ini adalah suatu obligasi sosial yang harus ditangani oleh kerajaan.
Selama 50 tahun ini kita tidak boleh membenarkan sekolah-sekolah Tamil menjadi sekolah bantuan modal, mereka juga adalah anak-anak warganegara kita dan kita tidak boleh menganaktirikan sekolah-sekolah Tamil. I hope dengan izin perhatian yang sewajarnya diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil. Ada 300 lebih yang masih tidak mendapat bantuan yang sewajarnya.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kita ambil kalau bantuan peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada kalau banding dengan sekolah kebangsaan, murid-murid sekolah Tamil dapat macam per kapita seorang murid mendapat peruntukan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Ini tidak adil langsung dan sebab itu masyarakat India masih rasa terpinggir.
Saya harap kementerian mengambil pandangan yang serius terhadap sekolah-sekolah Tamil ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat Telok Intan, terima kasih atas pandangan itu. Malah sebentar tadi saya telah sebut bahawa sekarang ini Kementerian Pelajaran sedang merangka pelan mini blueprint untuk PIPP ini dengan tujuan untuk kita memantapkan masalah-masalah dan juga isu-isu yang berbangkit daripada sekolah- sekolah SRJK(T), sekolah mission dan juga sekolah SABK kita ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu pernah juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam iaitu menyentuh tentang perkara dan cadangan menjadikan sekolah bantuan kerajaan kepada sekolah kerajaan. Ini adalah merupakan isu yang sering dibangkitkan tetapi dalam keadaan sekarang saya cuma dapat menjawab bahawa berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menerangkan status sesebuah sekolah. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil alih tapak ataupun tanah tapak sekolah yang bukan kepunyaan pihak kerajaan melainkan pemilik tanah tersebut secara sukarela menyerahkan kepada kerajaan.
Ini adalah merupakan satu isu dan permasalahan. Malah seperti mana yang saya sebut awal tadi sekarang ini sedang berjalan satu seminar tentang hala tuju sekolah- sekolah bantuan kerajaan ini. Sedang berjalan yang melibatkan wakil-wakil daripada kesatuan guru-guru Cina dan wakil-wakil daripada sekolah-sekolah agama rakyat kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada sekolah Tamil yang sedang duduk berbincang dan Kementerian Pelajaran sedang melihat satu persatu apakah resolusi daripada perbincangan yang telah mereka buat.
Di samping itu juga banyak aspek lain yang perlu diberi perhatian untuk kita meminda status sekolah bantuan kerajaan kepada sekolah kerajaan itu. Antaranya ialah tentang persetujuan daripada ibu bapa, lembaga pengelola, PIBG, proses pengambilan tanah, menyediakan tapak dan lokasi kos dan yang paling penting juga ialah kemampuan kewangan negara dan Kementerian Pelajaran sendiri buat masa sekarang. Itu adalah beberapa isu dan memang Yang Berhormat kita Kementerian Pelajaran membuka minda dan membuka ruang untuk kita membincangkan isu-isu yang telah ditimbulkan dan saya juga menjawab secara langsung persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Dato' Razali bin Ismail
Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat Mambong berkaitan dengan permohonan yang telah dibuat untuk membaik pulih beberapa sekolah di kawasan beliau iaitu Parlimen Mambong yang belum diambil tindakan. Kementerian Pelajaran akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang berkaitan untuk diambil tindakan dengan sewajarnya dan untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyenaraikan 77 projek pembangunan di kawasan Mambong dengan peruntukan sebanyak RM52.2 juta untuk diambil tindakan. Silakan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut dari segi infrastruktur akan menambah asrama, rumah guru dan sekolah- sekolah yang uzur dan usang di luar bandar tapi bagaimana sekolah-sekolah di bandar yang mempunyai pelajar yang ramai dalam satu kelas umpamanya hampir 50 orang satu kelas dan bilangan kelas pun banyak umpamanya tingkatan lima sampai 15 kelas dan tingkatan satu sampai 17 kelas.
Adakah ada rancangan untuk ditambah kelas ataupun tambah sekolah umpamanya di Hulu Langat di Sekolah Abdul Jalil dan di Bandar Baru Bangi yang bilangan pelajarnya agak padat. Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat. Memang Kementerian Pelajaran terutamanya bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran sentiasa mendapat maklum balas daripada akar umbi yakni daripada sekolah daripada PPD dan juga daripada Jabatan Pelajaran Negeri yang melaporkan dari semasa ke semasa tentang status dan permasalahan pendidikan anak-anak juga termasuk infrastrukturnya. Namun demikian beberapa perkara yang harus diambil perhatian iaitu keadaan sekarang ini di mana keadaan ekonomi kita yang agak menghadapi masalah keadaan ekonomi secara global itu di mana kita menghadapi masalah dengan peningkatan kos semasa ini yang melebihi 20% telah menyebabkan keperluan syiling meningkat sebanyak RM5.9 bilion. Ini sekali gus menyebabkan Kementerian Pelajaran perlu berhati-hati dalam keadaan ekonomi sekarang ini yang menyebabkan beberapa projek dan program Kementerian Pelajaran terpaksa dirancang semula ataupun dilihat dan ditinjau semula dalam keadaan constraint kewangan dan situasi ekonomi semasa.
Walau bagaimanapun saya kira Kementerian Pelajaran apabila keadaan kembali pulih, maka tindakan dan strategi untuk membaiki isu-isu yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat akan diambil.
Seterusnya pembangunan pendidikan di Sabah. Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Kinabatangan telah menimbulkan isu ini dan untuk makluman Yang Berhormat, negeri Sabah amat bertuah kerana menjadi negeri yang menerima peruntukan yang paling besar iaitu RM3.43 bilion iaitu 16.54% daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan bagi melaksanakan kira-kira 3,904 projek. Sebanyak 3,793 projek dengan RM2.4 bilion akan dilaksanakan di bawah belanja pembangunan dan 111 projek dengan RM1.025 bilion di bawah peruntukan insentif pembiayaan swasta.
Bagi tempoh 2006 sehingga 2008, Sabah juga telah menerima peruntukan berjumlah RM4.53 bilion iaitu sebanyak RM4.24 bilion di bawah belanja mengurus, RM26.6 juta di bawah peruntukan tambahan Kementerian Kewangan dan RM185.47 juta di bawah Tabung Amanah Kumpulan Wang Pelajar-pelajar Miskin iaitu KWAPM. Mengenai perbezaan kos pembinaan termasuk pembinaan bilik darjah seperti yang bangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan memang terdapat perbezaan kos dalam melaksanakan suatu projek. Perbezaan kos ini bergantung kepada keadaan geografi dan logistik sesuatu projek yang akan dilaksanakan.
Kebiasaannya perbezaan tersebut antara 30% atau lebih. Mengenai pembinaan SMK Petagas seperti yang dibangkitkan, perkara tersebut telah dijawab sebenarnya dalam Dewan yang mulia ini. Perlu ditegaskan tindakan jangka pendek seperti yang telah dinyatakan jawapan secara lisan beberapa hari yang lalu, sekolah menengah yang sedia ada dan projek tambahan 12 bilik di ‘SMK Sen Ze’ adalah mencukupi untuk sementara bagi
Dato' Razali bin Ismail
menampung keperluan murid di kawasan Petagas. Namun Kementerian Pelajaran sedang berusaha mendapatkan tapak yang baru dan sesuai untuk pembinaan sekolah tersebut.
Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan mengenai perabot yang dibekalkan di sekolah di Sabah tidak berkualiti. Untuk makluman, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah membuat perolehan perabot sekolah melalui syarikat pembekal yang disenaraikan di dalam kontrak pusat yang dilantik oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah atau PMS. Sekolah- sekolah yang tidak berpuas hati dengan kualiti pembuatan perabot dan tidak mematuhi piawaian spesifikasi perabot yang dibekalkan telah pun melaporkan permasalahan ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Aduan tersebut dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk tindakan sewajarnya.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Dato' Razali bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pendidikan sekolah jenis kebangsaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma mahu membangkitkan berkenaan isu perabot ini. Yang pertamanya perabot yang dibekalkan merupakan perabot yang dibuat daripada kayu biasanya tidak tahan lama berbanding dengan perabot yang dibekalkan daripada plastik. Jadi saya cadangkan supaya jenis perabot itu ditukar dan dikaji supaya ia lebih sesuai dan lebih tanah lama dan lebih selesa kepada kita. Bagaimana pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Sebenarnya ada perbincangan-perbincangan di peringkat perolehan dan juga peringkat bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran sama ada dibuat daripada plastik ataupun dibuat daripada kayu. Yang plastik pun ada bahaya-bahaya tertentu terutamanya dalam keadaan kebakaran dan keadaan kecemasan.
Sebenarnya pandangan ini kita ambil kira juga dalam kita menyediakan kerusi perabot yang selesa bagi kegunaan anak-anak kita.
Dato' Razali bin Ismail
Malah ada juga dicadangkan jenama yang lebih baik, yang kita lihat. Ini adalah merupakan kaedah-kaedah yang sedang dikaji oleh bahagian perolehan dan juga bahagian pembangunan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua pembangunan pendidikan sekolah jenis kebangsaan. Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan mengenai pembinaan sekolah Cina dan Tamil dan tadi juga daripada Telok Anson telah disebut perkara ini. Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan. Kementerian juga senantiasa memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan adalah untuk semua kaum atau golongan masyarakat.
Dalam hal ini, projek-projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan bilangan penduduk sesuatu kawasan ataupun kewujudan kawasan perumahan baru. Di samping itu kementerian juga terus berusaha ke arah menyatupadukan rakyat dan salah satu pendekatan yang digunakan oleh kementerian adalah dengan menubuhkan lebih banyak lagi sekolah kebangsaan bagi semua golongan masyarakat selari dengan dasar kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan.
Kementerian tidak pernah mengabaikan pembangunan sekolah SRJK(C) dan SRJK(T).
Pelbagai usaha seperti mana yang telah saya sebut, seminar yang sedang berlangsung sekarang ini adalah merupakan satu ikhtiar untuk kita mencari hala cara yang terbaik untuk mengatasi masalah keperluan SRJK(C) dan juga SRJK(T).
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sebanyak RM174.34 juta untuk SRJK(C) dan RM64.84 juta untuk SRJK(T) bagi kerja-kerja pembinaan baru, gantian, tambahan serta ubah suai dan naik taraf. Di samping pembinaan dua buah sekolah SRJK(C) dan sebuah SRJK(T) yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada Mac 2008 telah meluluskan pembinaan enam buah lagi SRJK(C) baru. Untuk makluman
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat, bagi mengatasi kepadatan bilangan murid di SRJK(C) bagi tahun 1999 sehingga 2008, Kementerian Pelajaran telah meluluskan perpindahan sebanyak 75 buah SRJK(C) yang mana sebahagian besar adalah sekolah kurang murid ke kawasan yang mempunyai keperluan yang tinggi.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Dato' Razali bin Ismail
Ya.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih. Saya hanya hendak tanya kerana menurut jawab lisan yang saya dapat daripada kementerian pada 23 Oktober 2008, pada Januari tahun ini kementerian telah meluluskan pembinaan enam buah SRJK(C). Saya di sini hanya hendak tanya sama ada enam buah sekolah baru itu akan dibina pada tahun yang akan datang. Sekiranya tidak, bila kementerian ingin membina keenam-enam buah SRJK(C) itu kerana Barisan Nasional telah banyak menggunakan perkara ini dalam pilihan raya yang lepas dan saya harap kerajaan memang akan menunaikan perjanjian mereka.
Sekian, terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Barisan Nasional adalah sebuah parti kerajaan yang amat beramanah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sekali?
Dato' Razali bin Ismail
Sekejap saya menjawab ini. Saya sebut dua buah sekolah SRJK(C) yang telah pun mulai dibina iaitu di Kulai dan yang satu lagi di Yong Peng iaitu di peringkat konsultan dan peringkat rundingan awal. Enam buah lagi itu, ini adalah merupakan dalam perancangan seperti mana yang saya sebut. Dalam keadaan sekarang saya tidak dapat menjanjikannya seperti mana yang saya sebut tadi itu, kenaikan harga barang semasa di mana banyak projek-projek yang sedang disemak semula tetapi percayalah Kementerian Pelajaran senantiasa memberi keprihatinan di atas janji-janji yang telah dibuat. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya adakah Kementerian Pelajaran akan menetapkan satu dasar bahawa pembinaan SRJK(C) dan SRJK(T) itu mengikut keperluan dan bukannya mengikut pemindahan kerana saya tengok dalam beberapa tahun ini banyak pemindahan- pemindahan SRJK(C) atau SRJK(T) yang tidak ada, kurang muridnya, dipindah ke bandar.
Mengapa tidak boleh ada satu dasar benarkan pembinaan SRJK(C) dan SRJK(T) di tempat yang mereka ada permintaan, ada keperluan. Luluskan kerana permintaan yang sama juga telah dilemparkan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dalam mesyuarat-mesyuarat agung mereka tetapi dalam dasar kerajaan belum ada kita lihat dasar itu ditetapkan bahawa bina mengikut keperluan.
Keduanya saya hendak tanya, saya juga ada bangkitkan semasa perbahasan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya hendak tanya status pembinaan ataupun penambahan bangunan di SRJK(T) Ladang Senawang di Seremban iaitu dalam Parlimen Rembau. Saya melawat sekolah itu seminggu yang lepas dan lihat bahawa keadaan sekolah itu cukup teruk dilanda banjir kilat dan kerajaan telah meluluskan tambahan bangunan di kawasan itu sebelum pilihan raya tetapi sudah tujuh bulan berlalu tetapi bangunan itu belum dimulakan.
Apakah tindakan daripada pihak kementerian? Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat, tadi ditanya tentang dasar-dasar kita memang kita membina sekolah berdasarkan kepada keperluan dan keadaan komuniti di situ dari segi geografinya. Tidak guna kita membina sebuah sekolah terasing dan menyebabkan susah payah bagi anak-anak kita pergi. Lebih-lebih lagi sekarang ini dalam keadaan dan pembinaan kawasan-kawasan perumahan baru. Ini adalah merupakan satu strategi yang sedang dibuat. Malah dalam kertas yang dibentangkan dalam peringkat seminar, dalam kita memantapkan sekolah-sekolah SRJK(C) dan SRJK(T) di bandar, kita sedang melihat cadangan-cadangan yang telah dibawa.
Kemudian tentang persoalan di SRJK(T) Ladang Senawang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman Yang Berhormat pembinaan bangunan baru iaitu satu blok empat tingkat dengan kos RM1.42 juta bagi sekolah tersebut telah diluluskan
Dato' Razali bin Ismail
pada 10 Jun yang lalu. Jadi ini adalah merupakan berita yang baik dan ini maklumat yang saya peroleh daripada Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu telah diluluskan tetapi pada hakikatnya, realitinya projek pembinaan tersebut belum dimulakan. Tadi mengatakan bahawa kelulusan dibuat pada bulan Jun sekarang sudah masuk bulan Oktober. Kita tidak melihat lagi, saya pergi sekolah itu tidak melihat lagi projek pembinaan telah dimulakan, belum ada permulaan projek tersebut. Jadi saya hendak tahu secara spesifiknya bila boleh projek tersebut dimulakan?
Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat, saya sendiri pun tidak ada lampu Aladdin. Kalau saya ada lampu Aladdin sudah pasti dengan segera, serta-merta barangkali kita boleh laksanakannya tetapi itulah saya sebut peringkat awal tadi itu dalam keadaan constraint kewangan, dengan kenaikan harga siling dan juga dengan penambahan kos sekarang ini. Ini adalah beberapa perkara yang sedang disemak tetapi bila mana dia telah diluluskan sepertimana yang saya sebut ini, RM1.4 juta yang telah diluluskan ini. Ini erti dalam rangka kerja Kementerian Pelajaran yang akan diambil tindakan oleh Bahagian Pembangunan.
Yang Berhormat Bandar Kuching juga bertanya sama ada, ada keputusan berhubung dengan matching grant, iaitu pemberian setiap ringgit yang disumbangkan oleh masyarakat kepada pembinaan bangunan sekolah seperti membina SRJK(C) dan juga akan ditambah oleh pihak kerajaan. Sebenarnya tidak ada keputusan berbentuk perundangan dan dasar berhubung dengan pandangan Yang Berhormat Bandar Kuching itu. Pembangunan sekolah menengah teknik, Yang Berhormat Bukit Katil membangkitkan isu pembangunan Sekolah Menengah Teknik Melaka. Bagi isu berkaitan, pagar yang telah runtuh bagi pihak Kementerian Pelajaran telah menurunkan waran kepada Sekolah Menengah Teknik Melaka untuk membaik pulih tembok pagar sekolah pada 13 Oktober 2008.
Sekolah Menengah Teknik Melaka telah berhasrat untuk membuat pelupusan terhadap van dan bas yang sedia ada yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1998 dan 1991. Sekolah sedang dalam usaha untuk membuat pelupusan bas berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pendidikan sekolah antarabangsa.
Mengenai bilangan sekolah antarabangsa seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2008 terdapat 44 buah sekolah antarabangsa yang berdaftar dan beroperasi di seluruh negara.
Keseluruhan bilangan sekolah tersebut boleh menampung kemasukan murid sebanyak 27,919 orang. Setakat ini sebanyak 17,234 murid bersekolah di sekolah antarabangsa. Ini bermaksud sekolah antarabangsa masih lagi boleh menampung kira-kira 10,685 orang murid.
Permohonan pelepasan cukai. Walaupun kerajaan berusaha menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada murid-murid namun kerjasama daripada pelbagai pihak kerajaan dan juga pihak swasta serta sumbangan termasuk peruntukan kewangan daripada pihak-pihak tertentu dalam pembangunan pendidikan sangatlah dialu-alukan.
Diharapkan komitmen sedemikian dapat diteruskan demi keperluan anak-anak kita menikmati keselesaan bersekolah. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu mengenai pelepasan cukai. Kementerian mencadangkan kepada pihak syarikat atau individu yang berkenaan perlu mengemukakan permohonan pengecualian cukai tersebut kepada Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diproses sebelum dipertimbangkan.
Dato' Razali bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, pembentukan modal insan, didikan moral dan sahsiah, beberapa orang Ahli Parlimen, Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan tentang didikan moral dan sahsiah. Mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran wajib dipelajari oleh setiap murid.
Sudah pasti kandungan mata pelajaran tersebut memberi penekanan kepada nilai- nilai murni dalam didikan moral dan sahsiah murid-murid. Di samping itu usaha untuk
Dato' Razali bin Ismail
membentuk modal insan ini diterapkan dalam pelbagai program selain daripada aktiviti kurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, badan beruniform, aktiviti-aktiviti berkawad, aktiviti-aktiviti kadet polis dan sebagainya adalah merupakan aktiviti-aktiviti sokongan dalam membentuk sahsiah dan juga disiplin serta moral anak-anak.
Penegasan juga dilakukan melalui peraturan dan pelaksanaan pelbagai langkah menangani masalah salah laku disiplin. Antaranya garis panduan tindakan disiplin, penglibatan pelbagai pihak dan bukan semata-mata diserahkan kepada pihak dan tanggungjawab guru sahaja untuk mendisiplinkan murid-murid. Berhubung dengan kes disiplin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit tentang Sekolah Menengah Teknik ...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Minta jalan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah bangun Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kita lihat bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini isu moral ataupun isu disiplin di kalangan pelajar-pelajar semakin teruk, semakin hari semakin banyak kes-kes disiplin di dalam sekolah-sekolah tetapi mata pelajaran moral itu dan juga Pengajian Islam itu dan sahsiah itu telah dimasukkan dalam kurikulum pelajaran kita agak lama.
Saya masih ingat semasa saya belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, 10, 20 tahun yang lepas sudah ada mata pelajaran moral ini dan diwajibkan dalam peperiksaan SPM tetapi sehingga kini kita lihat tidak ada kesannya ke atas pelajar-pelajar kita dan bukankah sudah tiba masanya bahawa Kementerian Pelajaran sepatutnya mengkaji semula dan perlu ada satu transformasi dari segi pendekatan pengajaran moral itu. Bukan sahaja mengajar moral itu dari segi teorinya dari segi praktiknya pelajar-pelajar itu masih menghadapi masalah disiplin yang cukup serius pada hari ini, terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Sedikit fakta Yang Berhormat. Dalam usaha kita membangunkan sahsiah dan disiplin dalam kita membendung masalah disiplin ini, Kementerian Pelajaran telah berjaya sebenarnya menurunkan peratus kes disiplin kepada 1.33% pada tahun ini berbanding pada tahun 2007. Ini adalah merupakan statistik dan laporan yang kita perolehi daripada peringkat bawah yang dibawa kepada Kementerian Pelajaran yang telah menurun kepada 1.33% pada tahun ini berbanding dengan tahun 2007.
Tentang isu Yang Berhormat timbulkan itu, sebenarnya masalah adab, disiplin dan sahsiah moral anak-anak ini adalah merupakan sesuatu tanggungjawab bersama. Paling penting adalah dari segi ibu bapa itu sendiri yakni kemahiran parenting, kemahiran mengasuh anak-anak di rumah ini sebab asas segala permasalahan anak-anak itu dapat dikaitkan, mahu tidak mahu, kita dikaitkan dengan keadaan rumah tangga, social economic status (SES) ibu bapa.
Selain daripada persekitaran dan suasana semasa, kemajuan telekomunikasi dunia yang tidak mempunyai sempadan, ini semuanya mempengaruhi masalah-masalah disiplin. Misal kata sekarang kita berbincang dan melihat masalah anak-anak merakamkan segala macam video dan melanggan dan masuk ke laman web dalam YouTube.
Ini adalah merupakan isu-isu semasa yang tidak pernah kita hadapi sebelumnya dan ini juga sedang membawa satu perubahan nilai dalam masyarakat kita. Bagaimanapun Kementerian Pelajaran tidak bersifat simplistic dan tidak mengambil mudah tentang masalah disiplin ini.
Kementerian Pelajaran ada satu jawatankuasa induk untuk mengawal disiplin dan ada empat jawatankuasa bertindak. Yang pertamanya ialah meneliti dan menangani kes- kes di sekolah. Yang keduanya dengan bertindak berdasarkan kepada peruntukan undang- undang dan penguatkuasaan. Yang ketiganya kita ada jawatankuasa kaunseling dan tindakan-tindakan, rawatan secara psikologi dan keempatnya jawatankuasa permuafakatan.
Malah sekarang ini jawatankuasa permuafakatan akan ditubuhkan di peringkat akar umbi yakni di setiap PPD atau Pegawai Pendidikan Daerah, mereka akan mengetuai
Dato’ Razali bin Ismail
satu jawatankuasa permuafakatan yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat, yang terdiri daripada pegawai kesihatan, polis dan juga pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Berdiri]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Berdiri]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Berdiri]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi jalan. Yang Berhormat Kepong.
Dato’ Razali bin Ismail
Yang Berhormat Kepong dahululah, dia berdiri lama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia macam tidak minta jalan tetapi minta jalan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang di luar dengar itu mengenai moral dan sebagainya. Saya memang tertarik kerana saya ada catatan di sini termasuklah daripada menteri sendiri yang mengakui kelemahan di dalam Pendidikan Moral dan nilai-nilai sejagat sehingga di sini dia kata perlu kita mengkaji semula.
Saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab kepada Dewan setakat mana kajian semula ini dapat dilakukan mengenai moral, nilai-nilai sejagat dan sebagainya sebab di sini saya diberitahu bahawa di dalam mata pelajaran moral ini memang pelajar-pelajar diajar kemudian mereka itu tidak faham apa yang disebutkan di situ. Cuma untuk peperiksaan sahajalah. They have to memorize the values. Hafalkan itu sahajalah untuk peperiksaan tetapi tidak faham langsung apa yang disebutkan sebagai moral dan nilai-nilai.
Ini memang satu kelemahan dan boleh disifatkan sebagai satu kegagalan dan itu pun kita telah ada pendidikan moral itu beberapa dekad dan saya berharap Yang Berhormat dapat memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bagaimana kita dapat mempertingkatkan Pendidikan Moral termasuklah integriti kerana kita ada Institut Integriti Malaysia sekarang dan kita ada Pelan Integriti Nasional dan di sini saya tidak nampak bagaimana nilai-nilai integriti dapat dipelajari di sekolah-sekolah dan tidak nampak langsung. Ini bermakna dalam tiga tahun ini pihak kementerian sudah tidak begitu prihatin tentang masalah integriti di negara ini.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berteraskan kepada ayat [Membaca sepotong ayat al-Quran] sesungguhnya solat itu mencegah daripada kemungkaran.
Adakah satu penegasan atau penekanan diberikan kepada penghayatan dan pengamalan solat semasa di sekolah malah juga daripada maktab-maktab perguruan.
Sebab bagaimanapun pendidikan itu bermula daripada guru-guru yang dilatih dan dilatih di maktab-maktab perguruan. Jadi adakah maknanya kurikulum yang memberi penekanan, pengamalan dan penghayatan solat bermula daripada guru-guru yang dikursus ataupun dilatih di maktab-maktab perguruan sehinggalah ke sekolah. Saya harap dapat penjelasan tentang perkara ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang disiplin sekolah Yang Berhormat Menteri saya hendak minta sedikit penjelasan. Dikatakan bahawa ibu bapa juga bertanggungjawab di atas disiplin murid-murid di sekolah.
Sepanjang saya tahu untuk ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah yang berasrama, dia menganggap bahawa mesti disiplin sekolah ini memang lebih baik daripada sekolah yang tidak berasrama. Saya ingin tanya sebab saya ada bahas dalam jawapan saya tentang sekolah menengah teknik di Melaka. Saya harap dapat penjelasan atau jawapan tentang apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian dan dikatakan beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan dan dengan tugas yang sama saya harap dapat satu penjelasan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan moral, persoalan identiti, soal jati diri di kalangan pelajar-pelajar yang akhirnya akan melahirkan seorang warganegara yang baik dalam negara kita ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kadang-kadang saya lihat bahawa sejauh mana kementerian melihat daripada segi perseimbangan antara penumpuan kepada persoalan pencapaian akademik dengan persoalan mutu moral dan juga melahirkan jati diri di kalangan pelajar-pelajar. Saya bimbang Yang Berhormat bahawa kadang-kadang bila terlalu tumpuan bukan saja kepada guru saya katakan tetapi oleh kerana sistem sudah jadi begitu, ia mempengaruhi ibu bapa dan mempengaruhi masyarakat membuat penilaian pencapaian anak-anak kita di sekolah ialah berapa A dia boleh skor, itu saja.
Jadi akhirnya ibu bapa pun lebih tumpu kepada persoalan pencapaian daripada sudut exam oriented nya. Guru begitu, pelajar pun begitu jadi akhirnya semua pihak hilang tumpuan, hilang fokus kepada persoalan-persoalan moral, persoalan jati diri. Sebab itu akhirnya lepas sekolah kita terpaksa hantar pula pergi PLKN. Maknanya PLKN itu menggambarkan, mencerminkan pada awal penubuhannya ialah kerana timbulnya masalah moral, masalah tak ada jati dirinya dan hilang identitinya di kalangan masyarakat anak-anak muda kita ini, lalu lahirlah PLKN.
Jadi bermakna bahawa berapa belas tahun dalam sistem persekolahan ini kita gagal untuk membentuk daripada segi moralnya, daripada segi jati dirinya, daripada segi identitinya. Jadi saya minta sejauh mana perimbangan ini untuk menyebabkan supaya kita tidak sangat sampai tertumpu kepada soal orientasi peperiksaan. Bukan saya katakan tidak penting tetapi harus diimbangi penilaian-penilaian itu supaya tumpuan kepada persoalan moral tadi.
Yang kedua itu saya nak balik kepada soal sekolah antarabangsa tadi, saya minta berapa jumlah pelajar-pelajar daripada rakyat Malaysia yang berada di sekolah-sekolah antarabangsa di dalam negara kita ini. Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Yang pertama Yang Berhormat Kepong ya. Saya ucapkan terima kasih di atas cadangan supaya kita selalu menyemak semula kurikulum kita. Yang penting bukannya dia punya content itu but the how to. Bukan nilai-nilai yang tersenarai ada 14 hingga 16 nilai itu. Bukan kita nak menghafalnya tapi kita memahaminya, kita boleh beramal pada nilai-nilai itu dan juga menghayatinya. Memang saya bersetuju dan kita juga melihat iaitu dalam kita membangunkan seorang manusia, yang paling penting ialah kita memberi fokus kepada diri individu itu sendiri. Bukan hanya kita pentingkan semata-mata kepada pembangunan warganegara, tetapi adalah setiap warganegara itu terdiri daripada individu-individu itu sendiri. Erti pada setiap individu itu dia harus kenal dirinya, dapat mengawal dirinya, dapat memberi dirinya untuk kebaikan. Ini adalah merupakan inti pati yang penting dalam tinjauan kembali kita dalam pendidikan moral dan juga pendidikan agama Islam kepada anak-anak kita.
Mengenal diri, dia harus tahu siapa dirinya. Kalau sebagai seorang Islam, dia hanyalah merupakan seorang hamba Allah.... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sebagai khalifah di muka bumi ini apakah tugas dan tanggungjawabnya”. Selain daripada itu dapat mengawal segala rontaan nafsu syahwatnya yang sentiasa bergelora dalam dirinya. How he manage dia punya rontaan nafsu syahwatnya, be able to control the emotion, be able to control the temptation dia itu iaitu mengawal diri, mengenal diri dan memberi diri untuk kebaikan orang. Ini adalah merupakan inti pati-inti pati daripada segi pendidikan moral itu sendiri. Yang satu lagi itu ialah kita juga harus memberi penekanan dan saya rasa Kementerian Pelajaran sedang memberi penekanan kepada multiple intelligent.
Kita tidak hanya tertumpu kepada aspek kognitif development nya saja, IQnya saja sebab orang yang mempunyai IQ masih belum menjanjikan daripada segi adab dan tatatertib sahsiah yang baik. Kadang-kadang tak guna orang yang berilmu.
Dato' Razali bin Ismail
Apalah tanda batang tebu, Batang tebu halus uratnya, Apalah tanda orang berilmu, Orang berilmu halus budinya.
Jadi tidak hanya kita melihat kehebatan daripada segi akalnya saja tapi dalam masa yang sama kita perlu memperkasakan akal dan budinya sekali gus. Saya kira ini adalah merupakan komponen-komponennya. Sebab itu juga kita memberi penekanan kepada dimensi apa disebut sebagai emotional intelligent sekarang ini. Malah kepada guru- guru pun sekarang ini dalam PTK kita ada masukkan elemen EQ iaitu emotional quotient, sekarang kita sudah masuk ESQ iaitu emotional spiritual quotient ke dalam kurikulum sekolah kita dan dalam kurikulum kursus-kursus perguruan sekarang ini.
Ertinya kita hendak melihat dimensi satu pakej yang menyeluruh, holistik, secara bersepadu bukan yang bersifat serpihan, bukan yang bersifat yang disebut sebagai piecemeal treatment but end with holistic development. Selain daripada itu yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, nak jawab pantun ke Yang Berhormat?
Dato' Razali bin Ismail
Biar saya selesai dulu tiga persoalan tadi itu iaitu daripada Yang Berhormat Titiwangsa. Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa yang mengingatkan kepada kita tentang pembinaan pelajar-pelajar terutama yang beragama Islam, tekanan kepada solat. Memang kita memberi penekanan. Malah daripada tadika lagi kita memberi penekanan kepada khatam Quran, kita memberi penekanan tentang Fardu Ain, Fardu Kifayah dan solat. Saya pernah menjadi Pengarah Maktab Perguruan dan bagi saya, saya nak mewajibkan semua pelajar saya itu waktu Zuhur, solat. Malah kita melatih mereka itu dapat berdiri di mimbar untuk menyampaikan tazkirah tujuh minit, kita sebut sebagai ‘qultum’....
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Dato' Razali bin Ismail
Ini adalah strategi kita malah kita amat patuh kepada seruan dalam pendidikan ini seperti mana sabda Rasulullah SAW... [Bercakap dalam bahasa Arab] .. “Tuhanku telah mendidikku maka eloklah adab dan pekertiku”. Ini adalah merupakan inti sari dalam pendidikan kita dan kita tidak lupa teras dalam pendidikan ini.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sikit saja.
Dato' Razali bin Ismail
Boleh saya jawab biar habis dulu then the second round.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya kah? Okey.
Dato' Razali bin Ismail
Daripada Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka tadi memang ada jawapan yang saya sediakan di sini iaitu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka berhubung dengan kes disiplin di Sekolah Menengah Teknik di Melaka seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Kementerian melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menubuhkan pasukan task force yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional untuk mengambil tindakan dan menyiasat serta memantau masalah disiplin yang berlaku di Sekolah Menengah Teknik di Melaka.
Tindakan susulan telah dilakukan pada 9-10 Julai yang lalu, pemantauan kedua telah diadakan pada bulan September dan task force terdiri daripada lapan orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan untuk memantau pengurusan sekolah teknik tersebut. Antara hasil pemantauan tersebut ialah kes disiplin murid telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Program pemulihan, pencegahan, kaunseling, motivasi dan juga sistem seliaan disiplin murid telah pun diambil tindakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan juga Bahagian Teknik dan
Dato' Razali bin Ismail
Vokasional. Jawapan saya yang terakhir kepada Yang Berhormat Pokok Sena tadi tentang warganegara yang baik. Sebenarnya ada jawapan bila Yang Berhormat Batu Pahat bertanya berhubung dengan exam oriented yang sekarang ini seolah-olah merupakan satu “kegilaan” di kalangan masyarakat sehinggakan kertas-kertas ramalan menjadi begitu sasaran dan menjadi begitu popular sekali, dan ini adalah merupakan sesuatu yang saya kira tidak membantu kepada kecemerlangan secara keseluruhannya.
Sebab itu sekarang ini dalam pindaan kita, dalam penambahbaikan dan transformasi kita, kita sedang melakukan satu pembaikan ke atas sistem peperiksaan kita iaitu yang bersifat school based, yang bersifat formative evaluation. Ertinya penilaian secara formatif, tidak hanya kepada summarised evaluation. Di akhir, di hujung kursus saja dan kita juga memberi penekanan kepada penilaian yang bersifat rujukan kriteria, tidak kepada rujukan yang bersifat perbandingan non reference. Kita juga memberi penekanan kepada criteria reference test. Ini adalah merupakan beberapa perubahan yang sedang dilalui dan sedang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menambah di sini sikit iaitu saya rasa saya patut dahulukan dengan ucapan tahniah dan syabas atas usaha-usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri khususnya, tetapi kita dapati banyak sekali kajian ataupun antara figure yang popular yang sering menyebut tentang kajian-kajian ini adalah Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang mengatakan 80% kita katakan orang muda Islam di Malaysia ini tidak solat. Jadi kenapakah perkara ini agaknya berlaku dan adakah kementerian membuat kajian yang sama? Malah baru-baru ini seorang guru semasa dalam satu program motivasi untuk pelajar-pelajar SPM seramai lebih kurang 200 orang di Lembah Kelang ini, saya tak sebut nama sekolah itu.
Dia bertanya, “Subuh tadi berapa orang yang solat Subuh?” Jujur dia kata.
Daripada 200 orang, cuma tiga orang saja solat. Saya tidak nak meletakkan semua salah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kementerian tetapi bagaimana agaknya kita boleh sama-sama mencari jalan untuk mengatasi permasalahan ini. Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Terima kasih. Ayat yang terakhir itu, bagaimana kita sama-sama. Ini adalah kolektif responsibility, ini adalah merupakan amanah dan tanggungjawab setiap seorang daripada kita termasuk diri kita sebagai seorang ayah, diri kita sebagai seorang ibu, diri kita sebagai seorang guru, diri kita sebagai seorang pemimpin masyarakat. Apakah saja, ini adalah merupakan tanggungjawab bersama malah saya rasa perkara yang paling penting ialah asuhan di rumah. Sejak kecil lagi bagaimana anak-anak itu diasuh untuk mengerti, memahami, dapat kawal diri, dapat menyedari tentang hakikat dirinya, dapat memberi dirinya demi kebaikan.
Dato' Razali bin Ismail
Saya rasa ini adalah merupakan asuhan yang terpancar daripada satu keluarga yang benar-benar prihatin tentang tingkah laku dan adab anak-anak. Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi saya ada dengar banyak multi intelligent, emotional intelligent dan sebagainya memang satu perkara yang penting.
Keluar sampai Sibu, Selam dalam sungai batu; Di luar bagai madu, Di dalam hempedu.
Jadi kita di sini memang berharaplah Yang Berhormat dapat memerhatikan.
Sebelum ini di dalam sekolah itu kita ada lebih 80 nilai. Sekarang di kurangkan kepada 36 nilai, dia ada nilai-nilai ini, nilai sejagatlah. Di dalam al-Quran pun ada, itu kitab Buddha pun ada, Kristian Bible pun ada dan sebagainya, kitab Injil pun ada, semua pun ada di dalam
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Hindu pun ada. Mahabharata, Yang Berhormat Batu Pahat tidak tahulah berapa nilai dia ada. Kita berharaplah ada cukup nilai... [Ketawa] Di sinilah, sekarang apakah yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan, pihak-pihak kementerian untuk menjadikan semua nilai ini diajar dengan betul kerana ramai pelajar sekarang rasa bosan dengan mata pelajaran itu. Ini bermakna usaha itu kementerian gagal sama sekali.
Dato’ Razali bin Ismail
Kalau kita gagal sama sekali pun kita duduk dalam Dewan ini pun gagal juga sebab apa yang kita orang dewasa ini sejarahnya bermula daripada apa yang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Kita tidak boleh mengatakan kita gagal sama sekali, kita ada kejayaan. Mungkin dicelah kejayaan itu ada kegagalan- kegagalan tertentu. Bagaimanapun dalam usaha kita membina nilai ini saya mengakuilah tapi yang diajar di sekolah tidak sampai 80 nilai dia ada 16 value system yang diajar dalam kurikulum KBSR dan KBSM kita.
Itulah saya sebut tadi itu perkara yang paling penting ialah penghayatan dari segi nilai itu. It’s not fault but caught, bukan diajar secara literal begitu sahaja tapi harus disebati, dihayati melalui pelbagai aktiviti-aktiviti pengukuhan di mana perlu berlaku transfer of learning kepada nilai yang dipelajari itu kepada dalam dirinya sendiri, dalam diri pelajar- pelajar ini. Saya boleh teruskan? Yang Berhormat Kota Melaka hendak tanya lagi?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab. Sama kita harap bahawa disiplin di Sekolah Menegah Teknik Melaka dapat di baik pulih.
Saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang bayaran insurans takaful ini kepada Allahyarham Mohamad Shajini dan juga adik Zulkifli Roslan yang cedera parah dipukul oleh 15 murid sekolah. Bagaimana dengan bayaran atau insurans claim itu? Adakah murid-murid ini semua sudah di cover dengan skim insurans?
Bolehkah mereka buat tuntutan.
Dato’ Razali bin Ismail
Biasanya Yang Berhormat memang setiap pelajar kita itu ada insurans covered dia tetapi saya tidak dapat memberi jawapan secara spesifik berapa jumlahnya, bagaimanakah, apakah telah diberi, insurans dibayar insurans itu. Saya kira saya boleh memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang kes spesifik yang telah dibawa itu.
Seterusnya saya hendak pergi kepada...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan akhir, tentang modal insan. Terima kasih Timbalan Menteri yang begitu arif tentang modal insan ini. Cuma saya hendak bertanya bila bercakap tentang modal insan ini yang hendak kita bina adalah insan itu. Insan itu ada khalik, penciptanya. Saya rasa itu falsafah yang kita tidak boleh hendak tinggalkan. Adakah dalam kita menuju kepada penyempurnaan modal insan ini, adakah kementerian telah bersedia sebenarnya untuk bagi orang Islam itu menjurus kepada agamanya. Ini rakyat kita Malaysia. Bagi orang Kristian dijuruskan kepada agama mereka itu, Hindu begitu juga. Ini telah diamalkan saya melihat kalau kita mengkaji tentang why Finnish education ini berjaya antara sebabnya ialah dia boleh membeli dunia hari ini dengan jenama Nokia seumpamanya. Kerana dia kembali kepada asas-asas pendidikan ini, kembali kepada semangat agama, kembali kepada menghayati ketuhanan itu sendiri.
Jadi adakah Kementerian Pelajaran telah menyediakan misalnya satu bengkel khusus mencari kepakaran ini sebagaimana kita seharusnya mengolah kembali perkara ini supaya modal insan yang kita hendak perjuangkan ini tidak tersasar ataupun tidak terbabas daripada falsafah asal itu iaitu untuk membina insan itu sendiri. Kalau boleh kita kongsi bersama sebagai tanggungjawab bersama kita untuk melihat generasi yang akan datang adalah generasi bertanggungjawab kepada tuhannya, negaranya dan juga masyarakatnya.
Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ismail
Yang Berhormat, memang kementerian kita Kementerian Pelajaran kita bertitik tolak pendidikan itu berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan kita. Falsafah yang menyatakan bahawa pembangunan secara menyeluruh,
Dato’ Razali bin Ismail
pembangunan diri insan berdasarkan kepada affirm believe and motion to god, berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan. Ini adalah merupakan teras dan intipati dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita. Yang diberi keutamaan ialah pembangunan diri insan, diri individu itu sendiri. Pembangunan diri individu itu secara integrated dan secara bersepadu JERI disebutnya. Dari segi jasadnya, dari segi rohnya, dari emosinya, dari segi sosialnya.
Ini adalah merupakan fundamental dari segi falsafah pendidikan kebangsaan kita.
Jadi ini kita tidak lari. Tinggal lagi sekarang dari segi proses perlaksanaannya itu barangkali ada menyimpang terpaksa kita tarik balik sebab itu kita selalu sentiasa mengajak guru-guru kita merenung tentang perjalanan pendidikan kita. Setakat manakah kita benar-benar telah dapat merealisasikan segala cita-cita yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita. Memang perbengkelan dari masa ke semasa, semakkan kurikulum kita itu tidak harus lari daripada paksi tauhid paradigm, paradigma tauhid yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita.
Saya ingin menyambung iaitu seterusnya Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan terhadap murid kurang berupaya. Ini telah timbulkan oleh beberapa rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Batang Sadong terutamanya.
Kementerian akan sentiasa memberi perhatian kepada semua murid termasuk murid-murid berkeperluan khas dalam membentuk modal insan yang berkualiti.
Sehubungan itu bagi murid-murid berkeperluan khas kerajaan sentiasa memberi perhatian.
Bajet 2009 menunjukkan keprihatinan kerajaan tersebut dengan menaikkan elaun murid kurang upaya daripada RM50 kepada RM150 sebulan yang diberi kepada anak-anak ini.
Manakala bayaran insentif diwujudkan kepada pembantu guru sekolah pendidikan khas sebanyak RM200 sebulan.
Berhubung dengan kemudahan kepada sekolah, pembangunan modal insan juga diberi perhatian yang serius terutamanya kepada murid-murid yang kurang upaya sepertimana telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong.
Pelajar-pelajar pendidikan khas atau OKU diletakkan pada keadaan yang mengurangkan masalah kepada mereka seperti di tingkat bawah bangunan dilaksanakan di semu sekolah dan kita juga mewujudkan apa yang disebut sebagai program integrasi pendidikan khas. Antara langkah yang telah diambil adalah persekitaran mesra anak-anak OKU di sekolah.
Berhubung dengan kemudahan asrama pula jumlah sekolah pendidikan khas menengah adalah sebanyak empat buah sekolah yang menyediakan asrama dan kemudahan asrama kepada murid-murid iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang bermasalah pendengaran, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indera Pura Kulai, Johor yang bermasalah pendengaran, penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Buta Setapak, Kuala Lumpur. Sekolah pendidikan khas rendah adalah sebanyak 28 buah sekolah yang menyediakan asrama sebanyak 23 buah sekolah.
Bagi Program Integrasi Pendidikan Khas programnya adalah sebanyak 1,509 program. Bagi murid-murid yang belajar di sekolah yang tidak ada asrama dan tinggal jauh boleh menumpang di sekolah-sekolah pendidikan khas yang menyediakan asrama berdekatan. Amalan ini dilaksanakan atas persetujuan sekolah dan keizinan ibu bapa.
Selain daripada itu ibu bapa disarankan menghantar anak-anak pendidikan khas, OKU ke sekolah dan sekolah pendidikan rendah dan menegah yang menyediakan asrama dan kemudahan-kemudahan.
Dato’ Razali bin Ismail
Melahirkan ahli sukan berkualiti. Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan. Tentang anak pendidikan khas tadi.
Dato' Razali bin Ismail
Ya.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kementerian menyedari bahawa ada satu kaedah yang dinamakan KIU, di mana kaedah ini merupakan satu bentuk pertuturan unik di mana setiap pelajar yang cacat pendengaran diajar, dilatih bertutur dengan melihat gerakan bibir dan juga gerakan tangan serta bunyi. Sehingga akhirnya mereka ini boleh mengeluarkan bunyi-bunyi. Walaupun tidak 100% sama seperti orang yang mendengar, tetapi bunyi yang boleh difahami.
Saya baru-baru ini telah dijemput menghadiri majlis khatam Al-Quran pelajar- pelajar yang berada di kawasan Kampung Pandan, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh sebuah NGO dan mereka mengguna pakaikan sistem KIU ini. Di mana, lebih kurang dalam 10 pelajar-pelajar ini telah khatam Al-Quran. Mereka berumur di antara 11 hingga 12 tahun, walaupun mereka cacat pendengaran, mereka boleh membaca Al-Quran dan membunyikan Al-Quran itu sehingga kita boleh memahami. Adakah pihak kementerian menyedari kaedah ini wujud?
Dato' Razali bin Ismail
Sebenarnya saya tidak familiar dengan pelbagai kaedah speech therapy seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu. Malah, baru- baru ini saya ada berbincang dengan beberapa NGO tentang masalah-masalah anak-anak di dalam pembelajaran ini. Saya rasa tidak ada halangan kalau sekiranya Yang Berhormat melawat di sekolah kita di Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan itu. Ada pelbagai kaedah yang digunakan di sekolah itu malah saya pernah melawat dan melihat pelbagai kaedah yang telah digunakan. Saya tidak tahu sama ada KIU yang disebut oleh Yang Berhormat itu digunakan di situ ataupun tidak.
Melahirkan ahli sukan berkualiti. Dalam usaha ini, Kementerian Pelajaran telah membantu melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang sukan dari peringkat sekolah rendah lagi. Melalui aktiviti sukan dan program-program yang dijalankan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang bermula seawal umur 7 tahun hingga ke umur 18 tahun. Kita telah dapat melahirkan ramai ahli-ahli sukan yang telah berjaya mengutip pingat dan juga kejayaan di pentas antarabangsa. Di antaranya, tokoh-tokoh penerjun Olimpik Negara, Bryan Nickson Lomas, Rufina Tan, menang emas sukan Asia di Doha. Datuk Nicol David, pemain nombor satu dunia bagi sukan skuasy dan lain-lain.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk melantik atlet-atlet berprestasi tinggi melalui program sukan prestasi tinggi sekolah dan juga sukan teras Majlis Sukan Negara. Melalui program ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bermuafakat dan bekerjasama dalam pelbagai aspek bagi melatih, mengasah bakat atlet-atlet muda untuk membawa cabaran negara ke persada antarabangsa.
Transformasi kurikulum pendidikan. Yang Berhormat Batu Pahat telah membangkitkan isu exam-oriented. Buat masa ini Kementerian Pelajaran sedang merangka cadangan melakukan transformasi kurikulum pendidikan dari prasekolah dan sekolah rendah yang lebih berorientasikan kepada tema berbentuk modular dan berpusatkan murid- murid. Kurikulum ini dicadangkan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang sedang diguna pakai pada masa ini. Kurikulum baru ini akan dirintis secara berperingkat-peringkat mulai September 2008. Selaras dengan transformasi kurikulum ini juga kementerian sedang membangunkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK).
Pindaan daripada sistem penilaian yang berpusatkan kepada peperiksaan kepada Sistem Penaksiran Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja mampu mentaksirkan pencapaian akademik murid malah mampu mencungkil potensi bakat murid dan juga berdaya saing dalam pelbagai bidang seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat.
Sistem ini diyakini berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan, human capacity building dalam era globalisasi dan juga melahirkan modal insan yang seimbang.
Di bawah konsep ini juga, tumpuan bukan hanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan - educability, kebolehlatihan - trainability, kebolehkerjaan - employability dan juga kebolehpasaran.
Dato' Razali bin Ismail
Projek rintis konsep ini telah mula dilaksanakan pada bulan Jun di 50 buah sekolah rendah yang terdiri daripada 9 buah sekolah cluster dan 41 buah sekolah lain yang dipilih.
Hala tuju PPSMI. Berkaitan dengan PPSMI, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara berhubung dengan hala tuju PPSMI. Di antaranya ialah Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Serdang. Hala tuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris akan diputuskan selepas pelaksanaannya melalui satu pusingan di peringkat sekolah rendah.
Malah ada pandangan-pandangan supaya pusingan itu tidak hanya di peringkat sekolah rendah, malah harus tamat di peringkat menengah rendah dan juga peringkat menengah yakni pada tahun 2016 ataupun 2013.
Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran sekarang sedang meneliti keputusan UPSR pada pertengahan bulan November ini. Perkara ini akan diumumkan kepada umum selepas keputusan UPSR pada penghujung tahun ini. Di samping itu, sebelum keputusan dibuat pelbagai maklumat dan pandangan telah dikutip melalui proses permuafakatan dan melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan melalui siri perbincangan round table discussion.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan empat persidangan meja bulat PPSMI iaitu 14 hingga 15 Julai 2008 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran, wakil majlis pengetua dan guru besar, ahli-ahli akademik dan ahli institusi dan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, penyelidik di Kementerian Pelajaran, di IPTA serta pegawai-pegawai pelaksana kementerian. Di dalam persidangan meja bulat pada 14 hingga 15 Julai ini, pegawai- pegawai telah membentangkan hampir 20 kajian berhubung dengan pelaksanaan PPSMI ini.
Persidangan yang kedua pada 27 Ogos 2008 dengan menjemput ahli-ahli NGO, individu, pejuang-pejuang bahasa, agensi kerajaan dan swasta. Persidangan meja bulat yang ketiga ialah pada 19 September yang melibatkan murid-murid daripada sekolah rendah daripada aliran kebangsaan, SRJK(C), SRJK(T), murid-murid sekolah menengah asrama penuh, pelajar-pelajar daripada IPG, maktab perguruan dan juga kolej matrikulasi dan juga guru-guru dan pensyarah terlibat di dalam perbincangan meja bulat ini.
Persidangan yang terakhir ialah pada 21 Oktober yang lalu dengan disertai oleh ahli-ahli politik daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang serta wakil-wakil daripada IPTA dan IPTS. Semua maklumat itu dikumpulkan dianalisis dalam bentuk meta- analysis dan juga analisa keputusan UPSR yang akan dijadualkan dan diumumkan pada pertengahan bulan November ini juga akan dianalisis. Seterusnya dijangka akan dipanjangkan kepada pihak penentu dasar untuk dijadikan rujukan di dalam membuat keputusan berhubung dengan pelaksanaan PPSMI.
Laporan Audit Negara berkaitan dengan PPSMI. Yang Berhormat Wangsa Maju, telah membangkitkan tentang Laporan Audit Negara tahun 2007 mengenai kehilangan peralatan komputer PPSMI. Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan mengikut peraturan-peraturan di dalam mengendalikan kehilangan dan hapus kira aset kerajaan.
Tindakan mengganti peralatan yang hilang telah diambil bagi mengelakkan proses pengajian pembelajaran terjejas di sekolah.
Seterusnya untuk mengelakkan berlakunya kejadian kehilangan peralatan PPSMI di sekolah, kementerian juga telah mengambil langkah-langkah berikut:
(i) membekalkan 7,924 buah peti besi keselamatan di sekolah- sekolah untuk menyimpan komputer riba di sekolah;
(ii) memastikan syarikat kawalan keselamatan menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan di sekolah untuk memastikan keselamatan peralatan komputer (ICT) di sekolah agar lebih terjamin; dan
Dato' Razali bin Ismail
(iii) mensyaratkan syarikat kawalan keselamatan menggantikan peralatan yang hilang di sekolah jika kehilangan itu berpunca dari kecuaian pegawai keselamatan.
Di antara tindakan yang telah dilakukan dan bilangan pegawai atau syarikat kawalan keselamatan yang tindakan ialah:
(i) tindakan surcaj sebanyak 368 kes dan menuntut ganti rugi sebanyak 232 kes;
(ii) hapus kira sebanyak 184 kes;
(iii) 28 kes diberi amaran secara pentadbiran dan ganti rugi;
(iv) diberikan peringatan dan ganti rugi sebanyak 5 kes;
(v) 131 kes diberi amaran secara pentadbiran; dan
(vi) diberi peringatan sebanyak 26 kes.
Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris. Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh menarik dan memberi pandangan berhubung dengan pemerkasaan penguasaan bahasa Inggeris. Perkara tersebut memang dicadangkan dalam perbincangan meja bulat PPSMI. Walau bagaimanapun, penekanan dalam penguasaan bahasa Inggeris memang telah dilakukan secara berterusan seperti mewujudkan buddy system. Di samping itu kementerian juga telah melaksanakan tiga program bacaan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah iaitu program bacaan awal berstruktur bagi murid-murid Tahun 1 dan 2.
Dato' Razali bin Ismail
Program bacaan ekstensif bagi murid tahun tiga dan empat dan program sastera kontemporari kanak-kanak.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato' Razali bin Ismail
Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pada peringkat sekolah menengah pula pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris telah diperkukuhkan dengan komponen estetik di mana murid dikehendaki membaca puisi, cerita pendek, cerpen supaya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Selain daripada itu kementerian juga telah mengusahakan perisian teaching software untuk kegunaan murid sekolah rendah dan juga menengah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Projek ini adalah usaha sama kementerian dengan syarikat-syarikat swasta.
Setakat ini perisian bahasa Inggeris telah disediakan untuk murid-murid tahun satu hingga lima sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan empat sekolah menengah dan telah diagih-agihkan kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dua orang berdiri Yang Berhormat. Mana satu?
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat Batu Pahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin membangkitkan tentang isu pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris. Jadi berdasarkan kepada apa yang disebut dengan mengadakan seminar meja bulat itu ialah seolah-olah ada satu tendency di pihak kementerian iaitu mereka hanya akan menyemak keputusan ini hanya di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah seolah-olah akan diteruskan. Saya tidak tahu apakah kewajarannya, rasional hanya
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
diberikan tumpuan di sekolah rendah tapi tidak keseluruhan. Sebab bagi saya apa yang menjadi isu sekarang ini ialah sama ada penguasaan Inggeris mereka itu bertambah melalui pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris. Jadi kalau sekiranya di sekolah menengah itu maksudnya penguasaan bahasa Inggeris meningkat kerana mengajar Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris saya tidak tahu apakah itu ada kebenarannya.
Saya harap persoalan ini tidak dilihat secara terasing antara sekolah rendah dan sekolah menengah dan kepentingan bahasa Melayu itu harus dilihat secara menyeluruh.
Saya ingin penjelasan apakah itu tendency iaitu hanya di sekolah rendah sahaja yang mungkin ditarik balik pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris ini...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Boleh sekali?
Dato' Razali bin Ismail
Ya, ya.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ringkas Yang Berhormat soalannya.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, ringkas.
Melanjutkan apa yang rakan saya Yang Berhormat Batu Pahat. Bagi saya bukan persoalan kajian peringkat sekolah rendah dan menengah.
Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak cukupkah lagi bukti-bukti yang begitu empirical dengan izin, yang telah dikeluarkan kajian-kajian, research oleh universiti tempatan kita, tokoh-tokoh bahasa kita bahawa telah sampai masanya kerajaan review dan membatalkan langsung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Tak cukupkah lagi dengan bukti-bukti itu. Sudah lebih daripada lima tahun pelaksanaan. Rintihan guru di sekolah rendah, sekolah menengah, di luar bandar masalah-masalah yang berlaku tidak cukup lagikah sehingga kita hendak menunggu lagi kepada keputusan UPSR yang akan datang ini.
Saya rasa telah sampai masanya kerajaan mengubah balik secara total pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia dan bahasa ibunda. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya bersetuju dengan kawan-kawan saya khususnya Yang Berhormat Batu Pahat tadi bahawa ini persoalan yang sangat besar. Dalam perhimpunan Agung UMNO yang lalu pun agak vokal di kalangan para perwakilan membangkitkan persoalan isu ini dan saya anggap ini bukan isu UMNO ataupun isu parti-parti politik tetapi ini merupakan satu isu nasional yang harus difikirkan tentang keberkesanannya kepada anak-anak kita. Kalau tidak nanti bermakna kita tidak mahu bahawa mereka menjadi bahan uji kaji yang akhirnya dalam tempoh uji kaji itu yang menjadi mangsanya sejumlah anak- anak kita yang tidak dapat satu pencapaian yang baik dalam mata pelajaran ini.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi lain sedikit dari persoalan sudut pencapaian anak-anak kebolehan belajar Matematik dan Sains ini dalam bahasa Inggeris sebab isu utama yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa dalam negara kita ini ialah kita sepatutnya memartabatkan bahasa Melayu bahasa Malaysia itu sebagai bahasa ilmu. Mengajar bahasa Melayu bahasa Malaysia kita di dalam Matematik dan Sains.
Bukannya mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Sebab saya bimbang takut satu hari nanti kita akan ajar bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris pula. Itu pun satu kemungkinan. Akhirnya bila kita kata bahasa Inggeris paling hebat untuk membolehkan orang itu cepat boleh akhirnya lebih baik kita ajar bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat Pokok Sena, sudah cukuplah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu saya katakan bahawa ini usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sebab itu bagi saya ini isu-isu pokok. Sebab
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
itu saya sangat melihat bagaimana sepatutnya kita harus memberikan insentif yang lebih bagi orang yang belajar dalam bahasa ibunda kita bahasa negara kita. Saya ambil contoh Republik Czech...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tak benar lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat hendak berceramah lain kalilah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tak, tak. Bagaimana dia memberikan insentif kepada orang yang belajar dalam bahasanya. Siapa yang belajar dalam bahasanya free. Yuran tak kena bayar kemudian asrama diberikan potongan. Budak-budak kita semuanya belajar dalam bahasa Inggeris di negaranya tetapi budak-budak daripada negara timur tengah datang ke negara dia belajar dalam bahasa Czech mereka mendapat free dari segi yuran dan juga mendapat insentif-insentif yang lain. Maknanya Republik Czech begitu memartabatkan bahasanya. Kita ini mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat. Bagi sekali.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini saya hendak tanya kementerian apakah tujuan yang sebenarnya.
Adakah tujuan kementerian sebenarnya adalah untuk meningkatkan penguasaan dan kefasihan bahasa Inggeris atau penguasaan Sains dan Matematik. Apa yang kita difahamkan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kerajaan telah pada tahun 2003 memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau itu adalah tujuannya saya fikir itu adalah satu tanggapan yang salah sebab ia tidak ada guarantee bahawa kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan meningkatkan penguasaan Inggeris. Itu seumpamanya boleh dikatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
...Luka di kaki kepala dibalut. Jika bahasa Inggeris penting kita kena meningkatkan dan mengambil masa yang lebih untuk pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bukan ajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Macam negara Germany, India, Korea dan Jepun mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka pada tahap permulaan di sekolah rendah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Sila beri penjelasan, terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Saya kira pandangan-pandangan yang diberi ini semasa satu round table discussion pula ya yang saya kira ini akan terdapat dalam Hansard kita dan boleh dikaji oleh rakan-rakan di Kementerian Pelajaran sebab hampir perkara yang serupa juga dibangkitkan dalam round table discussion yang kita buat empat siri itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat aturkan satu discussion dengan Ahli-ahli Parlimen lah. Kalau di Dewan ini bukan tempat dan masanya Yang Berhormat.
Dato' Razali bin Ismail
Saya hendak menjawab ya. PPSMI adalah serampang dua mata kaedah praktikal untuk mempelajari scientific English, satu. Kaedah yang praktikal mempelajari scientific English. Yang kedua ialah sambil memberi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah satu jam. Berapa lama lagi hendak habis?
Dato' Razali bin Ismail
Saya kira dalam 15 minit ataupun 20 minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
ataupun kurang daripada itu Yang Berhormat.
Dato' Razali bin Ismail
Baik Tuan Yang di-Pertua. PPSMI ini serampang dua mata sebenarnya. Kaedah praktikal untuk mempelajari scientific English. Yang keduanya sambil memberi pendedahan kepada conventional English. Jadi ini adalah merupakan strategi awal ketika mana program PPSMI ini dilaksanakan dan seterusnya untuk membolehkan anak-anak kita accessible kepada ledakan maklumat yang sedang berlaku di pentas dunia global sekarang ini. Buka sahaja internet segala maklumat itu terdapat dalam bahasa Inggeris. Carilah maklumat-maklumat semasa, terkini dalam bidang sains dan teknologi segala-galanya terdapat dalam bahasa Inggeris. Kita tidak pula hendak menafikan dari segi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Untuk maklumat Yang Berhormat daripada satu kajian yang telah dibuat subjek yang menggunakan bahasa Inggeris secara keseluruhan di sekolah rendah hanya 41% daripada keseluruhan mata pelajaran yang diajar adalah dalam bahasa Inggeris. 59% lagi itu adalah dalam bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia kita ada 21% masa yang diajar di sekolah rendah. Bahasa Inggeris 15%. Kemudian pendidikan Islam yang diajar bahasa Melayu, pendidikan seni, pendidikan jasmani, kajian tempatan itu 38% lagi, matematik dan sains 26%.
Dato' Razali bin Ismail
Ertinya di sini kira-kira 41% sahaja dalam bahasa Inggeris, 59% lagi itu adalah dalam Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, memartabatkan bahasa kebangsaan Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Permatang Pauh membangkitkan usaha kementerian memartabatkan Bahasa Melayu.
Dalam membina negara bangsa ini memang tidak disangkal lagi bahawa usaha memartabatkan Bahasa Melayu senantiasa dilaksanakan walaupun keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris adalah satu tuntutan masa kini. Dewan Bahasa dan Pustaka senantiasa berusaha membina Bahasa Melayu sebagai bahasa moden, bahasa ilmu dan bahasa yang digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia.
Antaranya termasuklah dengan menghasilkan corpus bahasa yang lengkap dan mantap seperti satu juta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, kamus lengkap Bahasa Melayu, kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, tata bahasa baku serta penerbitan lebih daripada 5000 judul buku berbahasa Melayu termasuk dalam bentuk elektronik. Dalam tempoh PPMI ini, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan memperkasakan bahasa kebangsaan dengan menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan pelaksanaan dasar buku negara, mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk mengaktifkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengayaan, penterjemahan dan penerbitan dan pewujudan bulan bahasa dan sastera negara. Antara pelan tindakan yang telah dirancang ialah merancakkan lagi aktiviti penterjemahan bahasa asing kepada bahasa kebangsaan. Menyedari tentang...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Kepong bangun Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya memang setuju kita mesti memartabatkan, memperkasakan bahasa, mesti kita buat dan sambil itu kita diberi satu naskhah Kamus Dewan edisi yang keempat. Saya ada baca, ada beberapa perkataan yang baru di dalam. Memang kita mesti menghargai kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, berterima kasih kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Soalannya, bukankah salah satu yang terpenting sekali dalam langkah untuk memartabatkan dan memperkasakan bahasa ini ialah mempunyai guru-guru bahasa yang terbaik, yang bermutu tinggi. Setakat ini saya nampak, sesetengah guru di dalam sekolah pun tahap tidak begitu tinggi. Ini bermakna 23 atau 25 institusi perguruan kita itu masih boleh mempertingkatkan kaedah untuk mengajar mereka menguasai Bahasa Melayu dari segi pengajaran dan sebagainya. Bolehkah Yang
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Berhormat terangkan berapakah bilangan guru bahasa terutamanya yang mempunyai tahap yang tinggi.
Dato' Razali bin Ismail
Yang Berhormat Kepong, tanya spesifik sangat kepada saya. Kita ada 27 IPG, bukan 22, bukan 23 tetapi 27 IPG yang kita ada. Kita ada sebuah institut khusus untuk bahasa Inggeris iaitu yang disebut sebagai AlTech iaitu untuk bahasa Inggeris untuk peringkat antarabangsa. Tadi Yang Berhormat sebut bahawa guru-guru kita tidak ada kewibawaan. Sebenarnya saya rasa salah, itu adalah merupakan satu statement yang agak umum sangat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sebahagian sahaja...
Dato' Razali bin Ismail
Okey, okey. Kalau sebahagian itu bolehlah, tetapi tidak semuanya. Memang kita ada pengkhususan-pengkhususan dalam Bahasa Melayu, dalam sastera dan juga dalam budaya Melayu. Malah baru-baru ini juga kita mengadakan bengkel tentang epistemologi alam Melayu. Ini semata-mata untuk kita memastikan kefahaman yang mendalam dalam bukan sahaja dari segi bahasa, malah dari segi budaya dan juga dari segi world view ataupun citra jagat masyarakat alam Melayu itu sendiri. Itu adalah merupakan aspek-aspek dan pengurusan yang diberi di IPG-IPG seluruh negara kita selain daripada di universiti-universiti mereka juga memberikan penekanan kepada usaha memperkasakan bahasa. Kepentingan mata pelajaran sejarah Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan tentang mata pelajaran sejarah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menyedari peri pentingnya setiap murid mempelajari dan memahami sejarah khususnya sejarah tanah air. Oleh itu sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1989, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Kandungannya merangkumi aspek kajian sejarah tempatan, sejarah negara Malaysia, sejarah negara luar. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2005 juga menyerapkan elemen sejarah dalam mata pelajaran berkenaan di bawah tema Malaysia Negara Berdaulat. Di peringkat sekolah rendah pula, elemen sejarah dimasukkan di bawah kajian mata pelajaran kajian tempatan bagi murid-murid tahap dua, tahun empat sehingga tahun enam dan dalam mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan pula, elemen sejarah dimasukkan dalam tema Malaysia Negaraku.
Tuan Yang di-Pertua, memartabatkan profesion perguruan, Bajet 2009 juga telah memperlihatkan usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion perguruan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyediaan peruntukan bagi pertambahan jawatan serta kenaikan dalam pelbagai gred jawatan. Di samping itu juga elaun bagi guru pendidikan khas dinaikkan daripada RM100 kepada RM200. Ini menunjukkan bahawa kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, tetapi juga keprihatinan terhadap kebajikan guru seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Selayang. Mengenai kelayakan mendapat elaun hidup susah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lawas, untuk makluman Yang Berhormat, pembayaran elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan diberikan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan oleh panel penilai berdasarkan kepada lokasi tahap kesusahan.
Kualiti guru, dari segi kualiti guru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang termaktub dalam teras lima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Antara usaha-usaha yang dijalankan termasuklah penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pendidikan menambahkan insentif dan kemudahan, menempatkan guru mengikut option dan keperluan sekolah termasuklah penempatan di luar bandar dan pedalaman. Selain daripada latihan, kita juga menawarkan latihan peringkat sarjana dan juga doktor falsafah serta ruang kenaikan pangkat yang luas untuk semua pegawai perkhidmatan pendidikan. Fokus pertama dalam mendapatkan calon dan graduan bermutu dan berkualiti adalah melalui penambahbaikan sistem pemilihan guru, ini dilaksanakan melalui memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru bagi mengikuti kursus- kursus pendidikan perguruan di IPG dan juga institusi-institusi pendidikan perguruan yang lain.
Dato' Razali bin Ismail
Beban tugas guru. Mengenai beban tugas guru yang dipikul oleh guru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, kementerian senantiasa memberi perhatian kepada kebajikan para guru terutamanya dalam usaha mengurangkan beban tugas guru di sekolah. Kementerian telah mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan norma perjawatan anggota kumpulan sokongan di sekolah yang terdiri daripada pembantu tadbir perkeranian, pembantu tadbir rendah, pembantu pengurusan murid, juruteknik, juruteknik komputer, pembantu am pejabat, penyelia asrama dan pembantu makmal.
Hasil daripada usaha ini sebanyak 5,521 jawatan bukan guru telah diluluskan pada tahun 2008 dan 7,738 jawatan telah diluluskan bagi tahun 2009. Kualiti makanan di asrama. Berhubung dengan kualiti makanan di asrama seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan bagi memastikan khasiat dan kualiti makanan yang disediakan di asrama senantiasa terjamin. Di samping itu juga, pihak pentadbiran sekolah senantiasa memantau setiap masa perjalanan pengurusan kantin dan tindakan-tindakan segera akan diambil kepada pengusaha makanan asrama.
Jika terdapat sebarang ketidakakuran pelaksanaan dan penyajian makanan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mengawal dari aspek kebersihan, pihak sekolah juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.
Setakat itu sahaja yang saya dapat menjelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pelajaran yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan di atas perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan, pandangan, teguran dan juga sokongan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mempersilakan Kementerian Luar Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar bermula 13 hingga 23 Oktober 2008.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Dalam perbahasan Bajet 2009, Yang Berhormat dari Pontian, Yang Berhormat dari Langkawi telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian yang telah mengulas mengenai ketidakadilan dasar luar negara Amerika terhadap beberapa negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan Iran, Kementerian Luar Negeri akan terus mengutuk sebarang bentuk ketidakadilan dan penindasan yang diamalkan di mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat, prinsip-prinsip ketidaksaksamaan sesama negara berdaulat dan dasar tidak mencampuri urusan dalaman negara lain serta dasar tidak menggunakan kekerasan akan terus diperjuangkan oleh Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi juga telah membahaskan mengenai isu-isu berkenaan dengan Dasar Luar Negara di mana beliau menekankan sokongan padu beliau terhadap dasar kerjasama Selatan-selatan. Kementerian Luar Negeri akan meneruskan Dasar Luar Malaysia yang memberikan penekanan kepada usaha-usaha menjalin kerjasama dan prosper thy neighbour dengan negara-negara membangun ke arah mencapai kepentingan bersama dan mempertingkatkan kekuatan politik dan diplomatik serta pembangunan ekonomi dan masyarakat.
Mekanisme dan rangka kerja yang sedia wujud di bawah kerangka umum Selatan- selatan merupakan salah satu teras utama di dalam hal ini. Keputusan kerajaan Malaysia mempengerusikan kumpulan lapan buah negara membangun atau D8 bagi penggal 2008- 2010, Pertubuhan Persidangan Islam - OIC bagi penggal 2003 sehingga 2008 dan Gerakan Negara-negara Berkecuali - NAM bagi penggal 2003 sehingga 2006 adalah bukti jelas
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
keyakinan penuh kerajaan terhadap kepentingan mempertahan dan memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun menerusi dua buah badan negara-negara membangun yang utama seperti yang telah disebutkan Sebagai penyokong kuat hubungan kerjasama di antara negara membangun, Malaysia merupakan pelopor Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang telah diadakan semenjak tahun 1995, pendekatan sebegini disokong penuh oleh negara-negara membangun yang lain sehinggakan ianya dicontohi oleh rantau selatan Asia Afrika menerusi penganjuran Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) semenjak tahun 1997.
Malaysia terus menganggap bahawa kerangka kerjasama Selatan-selatan serta badan-badan atau forum-forum yang mewakili negara-negara membangun seperti D8, OIC, NAM, LID dan SAID sebagai komponen yang amat kritikal di dalam dasar luarnya, kita amat menyedari bahawa usaha perlu diteruskan oleh negara-negara membangun secara bersepadu untuk mendepani dan menangani berbagai-bagai permasalahan yang sedang dihadapi oleh mereka.
Walau bagaimanapun, kita juga menyedari bahawa kekuatan negara-negara membangun sering kali diukur menerusi tahap kekuatan dan pembangunan ekonomi negara mereka. Oleh yang demikian, Malaysia akan terus meneruskan usaha untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dengan negara-negara yang membangun yang lain seperti rantau Afrika, Asia dan Amerika Selatan, sebagai contoh mengikut maklumat yang di kumpul PBB, Malaysia merupakan negara pelabur terbesar di kalangan negara membangun di benua Afrika bagi tahun 2000 hingga 2007.
Hubungan rapat dengan negara-negara membangun yang tercapai melalui kerjasama Selatan-selatan telah membolehkan sektor swasta Malaysia mencari peluang perniagaan baru dan meluaskan pasaran di negara-negara berkenaan. Bagi tujuan ini, dua badan swasta iaitu Malaysian South-south Association dan Malaysian South-south Corporation melalui rangka kerja Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia iaitu NCCIM telah mengambil inisiatif untuk mempromosi hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara membangun yang lain. Manfaat yang diperolehi oleh Malaysia menerusi kerjasama Selatan-selatan dan badan-badan atau forum-forum yang mewakili negara- negara membangun adalah terlalu banyak untuk dihuraikan di sini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pelaksanaan dasar luar serta jentera diplomasi Malaysia banyak bergantung kepada sokongan dan hubungan baik dengan negara-negara membangun selama ini.
Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa pembangunan yang dinikmati negara selama ini adalah berikutan hasil daripada hubungan baik Malaysia dengan negara- negara membangun.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan ini sekali lagi bahawa Kementerian Luar Negeri akan sentiasa mengambil perhatian ke atas, pandangan, cadangan, usul yang bernas yang diutarakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dan membenarkan permohonan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijadualkan nombor 25 dinaikkan ke nombor 7 bagi menggantikan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam susunan giliran menteri-menteri menjawab perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar, sekarang saya mempersilakan Menteri Perumahan menjawab.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di Dewan yang mulia ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ahli Yang Berhormat dari Pulai telah membangkitkan isu mengenai tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan bandar, untuk makluman ahli Yang Berhormat, pelbagai usaha telah pun dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan bandar, kemudian melalui Jabatan Perumahan Negara telah melaksanakan Program Perumahan Rakyat atau PPR di seluruh negara khususnya untuk menyediakan penempatan yang lebih selesa kepada golongan setinggan dan mereka yang berpendapatan rendah. Sehingga September 2008, sebanyak 64 projek mengandungi 55,284 unit telah disiapkan dan sebanyak 35 projek mengandungi 18,467 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak PPR dibina khusus menempatkan semula setinggan dan golongan berpendapatan rendah secara sewaan dengan kadar sewa RM124 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian masalah setinggan tidak seharusnya bergantung hanya dengan pembinaan rumah-rumah kos rendah di bawah program perumahan rakyat PPR yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan saja, malah semua pihak terutamanya kerajaan negeri seharusnya turut bersama melibatkan diri untuk mengadakan alternatif-alternatif perumahan mampu milik yang sewajarnya.
Yang Berhormat dari Silam dan Dungun telah mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah dan menambah peruntukan bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan amat prihatin dan memberi perhatian serius bagi menyediakan kemudahan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan perhatian khusus seperti golongan tua, uzur, ibu tunggal dan sebagainya.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah menggiatkan pelbagai usaha melibatkan berbagai-bagai agensi kerajaan dan pihak swasta untuk sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perumahan. Dalam konteks Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan hingga Kesembilan saja kerajaan telah membina sebanyak 73,751 unit rumah siap dan dalam pembinaan di bawah program perumahan rakyat di seluruh negara.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah disediakan peruntukan khas bagi membiayai kos sewaan rumah bagi golongan miskin tegar di bandar yang disalurkan melalui pihak berkuasa tempatan berkaitan. Dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah yang ingin membina rumah sendiri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menyediakan satu tabung Skim Pinjaman Perumahan bagi membantu golongan ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat Ranau supaya harga rumah kos rendah jenis teres dikaji semula, KPKT ingin memaklumkan bahawa harga rumah kos rendah sama ada jenis bertingkat atau teres dikawal oleh kerajaan.
Berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksana Harga Rumah Baru Kos Rendah (Pindaan) 2002, harga jualan maksimum adalah RM42,000. Bagi Sabah dan Sarawak pula pemaju dibenarkan menaikkan harga tidak melebihi 20% daripada harga jualan tersebut.
Yang Berhormat Hulu Langat telah mencadangkan supaya kaedah pengagihan rumah kos rendah dipantau dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak diperuntukkan rumah kos rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan telah menyediakan satu mekanisme pengagihan rumah kos rendah yang sistematik melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) berkomputer yang telah diseragamkan di seluruh negara. Bagi mengatasi masalah penyelewengan yang mungkin berlaku, semua pihak terlibat termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya telah diminta untuk membuat pemantauan dan pengauditan bukan sahaja semasa dalam proses penawaran malah selepas rumah-rumah tersebut ditawarkan bagi tujuan untuk mengesan dan seterusnya mengelakkan berlakunya sebarang penyelewengan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seputeh mencadangkan supaya pemaju perumahan diberi insentif menggalakkan penggunaan sistem solar pelan pemajuan perumahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini masih belum ada cadangan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
untuk memberi insentif kepada pihak pemaju berkenaan dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa melaksanakan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) bagi menambah baik sektor perumahan di Malaysia termasuklah penggunaan teknologi terkini seperti sistem solar. Sebelum sesuatu dasar dilaksanakan satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sama ada pelaksanaan dasar tersebut memberikan manfaat atau sebaliknya kepada pengguna dan industri perumahan secara keseluruhannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sepanggar, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara telah melaksanakan dua projek PPR di kawasan Sepanggar iaitu PPR Kampung Warisan sebanyak 485 unit dan Kampung Kiansom Besar sebanyak 1,000 unit.
Projek PPR Kampung Warisan telah siap pembinaannya pada tahun 2005 dan telah pun dibuat pengisian sepenuhnya. Walau bagaimanapun, bagi projek Kampung Kiansom Besar pula, kontrak ini telah ditamatkan pada 19 Februari 2008 kerana kontraktor yang dilantik telah gagal meneruskan pelaksanaan projek. Pada masa ini Jabatan Perumahan Negara sedang memuktamadkan beberapa perkara berkaitan tanah tapak projek tersebut dengan kerajaan negeri sebelum proses penender semula projek tersebut yang dijadualkan pada awal tahun 2009 dapat dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pulai telah menggesa agar kerajaan memantau kemiskinan bandar yang berada dalam keadaan membimbangkan terutamanya di bandar besar seperti Johor Bahru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin dengan kehidupan golongan miskin bandar yang dikenal pasti berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Sebanyak RM740 di Semenanjung dan RM970 sebulan di Sabah dan Labuan serta RM860 sebulan di Sarawak. KPKT melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di mana antara projek ialah bantuan sewa rumah, bantuan mengurangkan beban tanggungan keluarga dan bantuan ihsan keluarga miskin bandar dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga terbabit.
Di samping itu PPKB juga mempunyai projek-projek yang berbentuk pembangunan keupayaan seperti latihan dan pendidikan yang dapat membantu keluarga menambah pendapatan dan seterusnya keluar daripada kemiskinan. Penentuan PGK juga mengambil kira pendapatan per kapita bagi memastikan bahawa keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan yang melebihi daripada PGK yang ditetapkan tetapi mempunyai keluarga yang ramai dengan kiraan RM185 bagi setiap ahli isi rumah di Semenanjung dan RM200 di Sabah dan Labuan serta RM190 di negeri Sarawak bagi membolehkan mereka layak dikategorikan sebagai keluarga miskin bandar dan layak mendapat bantuan PPKB.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penentuan PGK yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa telah mengambil kos sara hidup bandar yang sentiasa berubah.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Batang Sadong mengesyorkan agar kemudahan asas untuk Orang Kurang Upaya disediakan bagi meningkatkan accessibility golongan OKU. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah memasukkan keperluan penyediaan kemudahan akses untuk Orang Kurang Upaya (OKU) ke dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) tahun 1984 yang berkuat kuasa pada tahun 1992. Mengikut undang-undang tersebut semasa mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan semua pemaju arkitek adalah diwajibkan menyediakan keperluan kemudahan awam untuk semua kategori bangunan awam dan bangunan komersial termasuk hospital, dewan orang ramai, kompleks membeli belah dan hotel.
Bagi pembangunan lama pula kementerian telah mengeluarkan garis panduan OKU yang diguna pakai oleh PBT untuk menggalakkan penyediaan kemudahan akses OKU. Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, pihak kementerian akan meningkatkan penguatkuasaan melalui kerjasama dengan PBT. Selain daripada itu kementerian juga akan mengadakan kempen kesedaran berkenaan dengan penyediaan kemudahan kepada golongan OKU melalui siri bengkel, seminar, latihan, dialog dan sebagainya kepada orang ramai serta para profesional.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pontian, usaha menceriakan pekan-pekan kecil di kawasan bandar adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di setiap negeri.
Walau bagaimanapun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa secara tidak langsung ada menyalurkan peruntukan dan juga memberi khidmat nasihat bagi membantu menceriakan pekan-pekan kecil serta perkampungan desa di luar bandar.
Pada tahun 2008 Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengagihkan sebanyak RM18 juta kepada PBT-PBT untuk tujuan pemasangan lampu. Jabatan Perancang Bandar dan Desa menyediakan kajian rancangan desa untuk meningkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar. Bagi tahun 2008 Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk menyediakan 36 kajian perancangan tempatan dan sebanyak RM5.2 juta untuk menyediakan 23 kajian rancangan kawasan khas. Manakala bagi tahun 2009 pula sebanyak RM3.8 juta akan diperuntukkan bagi menyediakan 23 kajian rancangan tempatan dan RM400,000 untuk penyediaan dua kajian rancangan kawasan khas.
Mengenai isu tapak pelupusan sisa pepejal di Melaka yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka pula kementerian ingin memaklumkan bahawa kementerian telah membuat keputusan untuk melaksanakan satu projek tapak pelupusan sisa pepejal yang baru di Sungai Udang, Melaka. Proses pelantikan juru perunding sedang dilaksanakan. Di samping itu tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada di Kerubong juga akan dinaiktarafkan dan proses lantikan juru perunding sedang dibuat. Projek naik taraf ini dilakukan sementara menunggu tapak pelupusan sisa pepejal di Sungai Udang siap beroperasi pada masa akan datang.
Mengenai projek incinerator pula, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpendapat bahawa pada ketika ini tidak perlu dilaksanakan pembinaannya kerana beberapa kajian lanjut perlu dilakukan terutama dari segi perbelanjaan operasi dan model pengaliran sisa pepejal supaya pengendalian loji berkenaan tidak membebankan kerajaan dan rakyat. Di samping itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang memperkasakan keupayaan pegawai-pegawainya dalam mengendalikan loji-loji incinerator melalui kursus dan latihan supaya apabila tiba masanya untuk membina incinerator, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mahir dan berpengalaman dalam kawal selia dan pengendalian incinerator.
Kementerian menyedari bahawa peranan yang dimainkan oleh pasukan bomba sukarela sebagai pelengkap kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah penting dan tidak ternilai dan lebih-lebih lagi...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai incinerators yang ada di pulau-pulau, umpamanya Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan sebagainya, bagaimana status sekarang dan di Bintulu yang tidak beroperasi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kota Melaka bangun lagi.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Saya ingin hendak minta penjelasan, adakah tapak pengurusan sisa pepejal ini di Sungai Udang yang dikatakan juga landfill, jika bukan incinerator. Adakah ini juga landfill seperti sedia ada di Bukit Gelugor?
Adakah sama dengan Sungai Udang?
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Mengenai dengan incinerator, sebenarnya incinerator yang kita pakai dalam pulau-pulau ini adalah satu jenis incinerator yang teknologinya belum
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
mencapai kepada piawaian yang ditetapkan. Maka sebenarnya tidak boleh diiktiraf sebagai incinerator yang kurang sebenarnya. Jadi ini cuma macam satu tempat pembakaran sampah sahajalah, tetapi kita akan kaji supaya ada teknologi yang lebih canggih boleh digunakan untuk incinerator generasi yang baru. Kalau ada, kita dapat bertemu dengan teknologi yang lebih boleh dipercayai, maka kita akan gunakan teknologi incinerator ini.
Berkenaan dengan tempat pelupusan sisa pepejal Sungai Udang, ia adalah jenis landfill tetapi adalah sanitary landfill. Bermaksud ia bukan landfill yang biasa. Ia akan dilengkapi dengan semua sistem tapisan dan sebagainya supaya pencemaran tidak akan berlaku dan kemudian ia disalurkan kepada satu loji pembersihan dan sebagainya. Maka ia adalah satu jenis landfill yang lebih lengkap dan lebih boleh dipercayailah.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai balai bomba, kita cadangkan supaya diadakan pasukan bomba sukarela. Cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jerai telah pun diberi perhatian oleh kementerian. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah membuat perolehan sebanyak 100 unit kenderaan Proton Arena berserta dengan pump hose fitting dan aksesori lain untuk kegunaan bomba sukarela. Selain daripada itu, jaket api dan kasut api juga turut diperoleh untuk diagihkan kepada pasukan bomba sukarela. Peralatan-peralatan bomba yang telah diperoleh ini diagih kepada pasukan bomba sukarela di seluruh Malaysia pada bulan Februari tahun ini.
Dalam masa yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di setiap negeri sentiasa melatih dan merangka program untuk pasukan bomba sukarela supaya mereka lebih bersedia dan berkemahiran dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menangani kebakaran. Kementerian mengambil maklum...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Titiwangsa bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Ya, sila.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya adakah Ahli Parlimen di bawah Pusat Khidmat Wakil Rakyat ini boleh menubuhkan pasukan bomba seperti yang tersebut itu dan adakah insentif-insentif ataupun kos yang perlu ditanggung? Terima kasih.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau di tempat kita tidak ada balai bomba, kita memang menggalakkan pasukan bomba sukarela ini di mana kita akan beri latihan kepada pasukan sukarela, kemudian kelengkapan akan diberi. Buat masa sekarang kita ada beri satu kereta Proton Arena yang kita ubahsuai yang dilengkapi dengan pump hose fitting dan sebagainya. Sebenarnya tujuannya untuk mereka dapat menyelamatkan, orang kata, “golden hour” dalam lima minit sebelum pasukan dari balai bomba yang sebenarnya datang, kita harap pasukan sukarela ini ia dapat memainkan peranan dalam masa kecemasan itu. Maka kita akan memberi latihan dan kelengkapan seperti yang disebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum dan memberi perhatian akan saranan Ahli Yang Berhormat dari Batang Sadong berhubung dengan ketiadaan balai bomba di Batang Sadong Jaya. Buat masa ini Jabatan Bomba dan Penyelamat belum lagi mempunyai perancangan untuk membangunkan balai bomba di kawasan Batang Sadong Jaya. Walau bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan kaji dari semasa ke semasa keperluan mendirikan balai bomba kawasan tersebut di masa akan datang.
Mengenai permohonan Yang Berhormat dari Sibuti untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Sibuti pula, kementerian ingin memaklumkan bahawa pada asalnya memang ada perancangan untuk membina balai bomba di kawasan tersebut. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mempunyai tapak seluas 2.1 ekar di kawasan Parlimen Sibuti yang terletak di Batu Niah iaitu di Lot No. 745, Blok 15, Daerah Niah.
Cadangan pembinaan balai bomba ini telah dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Kesembilan dengan siling peruntukan sebanyak RM6 juta dan akan dilaksanakan oleh JKR Sarawak.
Walau bagaimanapun, di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, projek tersebut tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh siling peruntukan yang tidak mencukupi. Namun Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membuat kajian dan pertimbangan agar cadangan ini dipohon semula dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Segala cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil perhatian untuk dijadikan input bagi menambah baik berterusan pelaksanaan dasar dan program kementerian ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan saranan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Yang Berhormat bagi Jempol pada 16 Oktober yang telah mencadangkan agar muzik tradisional dikomersialkan sebagai produk pelancongan dalam usaha menarik pelancong. Di mana beliau turut mencadangkan agar bantuan peralatan dan tenaga pengajar serta peruntukan disediakan oleh pihak kementerian bagi memperkembangkan muzik tradisional seluruh negeri.
Yang Berhormat Simpang Renggam pada 22 Oktober 2008 telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan amnya dan kementerian khasnya mengenai usaha promosi serta pelancongan termasuk ciri-ciri kebudayaan yang unik dan pelbagai serta tidak terkecuali akan kejayaan negara atas pengisytiharan-pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Beliau mengharapkan agar tapak warisan dunia ini dapat dipelihara dan dasar pemeliharaan seni bina dan sejarah berkaitan warisan dikekalkan.
Yang Berhormat dari Batu Gajah pada 29 Oktober 2008 pula telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Ahli Parlimen bagi menentukan keperluan Akta Perhubungan Kaum di mana bentuk dan pendekatan akta tersebut mungkin boleh dirujuk kepada Relations Act 1976, dengan izin, Kanada, yang mana objektifnya yang boleh diterima pakai. Beliau turut mempersoalkan agar tindakan kerajaan yang hanya mengadakan satu undang-undang sebagai penyelesaian bagi mengurangkan diskriminasi kaum.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa muzik tradisional dapat dikomersialkan sebagai produk pelancongan, pihak kementerian telah melaksanakan beberapa program.
Antaranya:
(i) dengan membangunkan produk persembahan kesenian tradisional seperti mak yong, wayang kulit, randai, gendang Melayu Sarawak dan seumpamanya;
(ii) dengan membangunkan produk yang berkaitan dengan peralatan muzik seperti gambus, gendang, kompang, caklempong, muzik tradisional gambang dan kontangan di Sabah, rebana kercing dan hadrah;
(iii) dengan mengetengahkan muzik tradisional dengan penyertaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Festival Muzik Kuala Lumpur, Festival Kesenian Rakyat Malaysia Mingguan
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Malaysia di London, Indonesia dan Brunei serta penyertaan di Ekspo Dunia Achi, Jepun dan Zaragoza, Sepanyol. Tidak terkecuali penyertaan Festival Kesenian di China.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Bagi memberi maklum balas berhubung kait dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Jempol, untuk mengembangkan seni muzik tradisional ke seluruh negeri pula...
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Laluan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Titiwangsa Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti berikut...
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya tentang muzik tradisional ini.
Adakah pihak Yang Berhormat menyedari bahawa di dalam kapal terbang misalnya dalam kapal terbang MAS, dalam kapal terbang AirAsia dan juga dalam ERL yang kita naiki untuk KLIA. Lagu-lagu yang dimainkan bukanlah lagu-lagu muzik tradisional tetapi lagu-lagu dikatakan simfoni barat dan sebagainya. Jadi, tidaklah ada satu tindakan daripada kementerian dalam mempromosikan lagu-lagu tradisional melalui pengangkutan- pengangkutan yang begitu penting dan popular di negara kita?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih atas pandangan dan saranan Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Sebenarnya, pihak kementerian berhubung dengan agensi-agensi seperti penerbangan di peringkat awal dan di peringkat Kabinet pun kita banyak bincangkan bukan hanya dari segi makanan tradisional perlu dihidangkan bahkan juga lukisan atau pun gambaran yang ada di dalam kapal terbang itu harus menggambarkan identiti keunikan seperti label MAS itu sendiri. Begitu juga dengan muzik yang ada.
Sebenarnya saya tidak tahu mungkin masa Yang Berhormat terbang itu muzik tradisional tidak kedengaran. Saya apabila balik ke Sabah kadang-kadang muzik yang saya dengar, malahan apabila ke London Music yang saya ingat, Sekapur Sirih..,. lagu itu teringat masa saya kahwin di Sungai Petani. Jadi, itu satu muzik yang agak tradisional yang mengenangkan beberapa peristiwa. Sebenarnya ada, walaupun demikian cadangan Yang Berhormat saya alu-alukan dan saya akan usahakan untuk meningkatkan lagi, mungkin di ERL. Mungkin itu pun satu daripada mungkin cadangan yang perlu kita guna pakai.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dalam usaha ini menyediakan berbagai kemudahan seperti berikut:
(i) memberi bantuan peralatan dalam bentuk peralatan muzik, kostum, prop melalui program bimbingan seni;
(ii) menyediakan jurulatih kepada penggiat dan Kelab Kesenian di seluruh negeri melalui Program Jurulatih Seni Budaya Negara;
(iii) menyediakan bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan NGO berkaitan seni budaya melalui skim bantuan kebudayaan; dan
(iv) peluang latihan kepada penggiat seni melalui skim latihan pengembang dan penggiat seni.
Di samping itu, pihak kementerian juga telah melakukan beberapa pendekatan memastikan supaya kita dapat mengeluarkan produk-produk yang boleh diguna pakai seperti cenderamata, miniature dengan izin. Miniature alat-alat muzik yang boleh dibawa balik oleh para pelancong sebagai kenang-kenangan semasa mereka berada di dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan warisan negara, pihak kementerian mengucapkan terima kasih atas penghargaan Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam.
Pihak kementerian bertanggungjawab dalam mengembang, memelihara, memulihara seni
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
budaya serta warisan negara sebagai identiti masyarakat berbilang bangsa mahu pun etnik di negara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada pengiktirafan peringkat dunia, kementerian melalui Jabatan Warisan Negara juga telah menjalankan usaha-usaha lain untuk memastikan khazanah warisan negara dipelihara. Ia termasuklah dalam menyenaraikan tapak bangunan dan monumen yang memenuhi kriteria dalam Daftar Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Antara manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh melalui pendaftarannya adalah seperti berikut:
(i) memastikan ianya terpelihara daripada kemusnahan atau kepupusan seterusnya dapat diwarisi oleh generasi akan datang; dan
(ii) menjadikannya sebagai salah satu tapak yang berprestij serta penting untuk dilawati oleh para pelancong yang sekali gus dapat memberikan pendapatan serta menjana pembangunan ekonomi negara..
Ini yang kita usahakan oleh pihak kementerian supaya tapak-tapak warisan seperti di Melaka dan juga Georgetown dapat kita pertingkatkan bukan hanya dari asal identitinya, budaya yang ada itu dapat kita pelihara. Itu bukan hanya untuk tontonan pelancong bahkan sebagai sumber pendapatan negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya kira satu usaha yang lebih bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh kementerian dalam mempromosikan makanan tradisional di lapangan- lapangan terbang. Kalau kita pergi ke lapangan-lapangan terbang lain misalnya di Thailand dan juga Indonesia, makanan-makanan tradisional ini diletakkan di hadapan dan amat mudah kita membeli misalnya kek lapis dan juga kek Betawi Indonesia itu kita boleh dapati dengan mudah kalau kita pergi ke conference sehari dua dan tidak ada masa untuk pergi ke bandar-bandar atau pusat-pusat pelancongan lain untuk membeli sebagai buah tangan.
Akan tetapi di Malaysia ini, seperti di KLIA yang kita nampak di kedai-kedai yang menjual makanan atau pun barang runcit adalah coklat-coklat terutama coklat yang diimport. Jadi, saya kira walaupun mungkin ada di rak-rak sebelah belakang itu, saya kira kementerian perlu menggalakkan supaya makanan-makanan tradisional seperti baulu, mungkin kuih goyang dan sebagainya hadapan supaya menarik minat untuk pelancong- pelancong membawa balik. Malah, mungkin juga kita boleh menyediakan gerai-gerai kecil untuk memberi peluang kepada
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Gerai-gerai kecil untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk mempromosikan makanan tradisional. Terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, hendak beri peluang Yang Berhormat Kota Melaka dahulu.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ya, okey.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin hendak tanya untuk mempertahankan kedudukan Melaka dan Georgetown sebagai bandar raya warisan sedunia ini, adakah kementerian mengadakan satu jawatankuasa untuk mengawal pembangunan di tapak sejarah sebab adalah amat khuatir mungkin pembangunan yang akan menjejaskan atau merosakkan kedudukan kita.
Adakah ada cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.
Pertama tentang cadangan yang perlunya kita mengutarakan dan juga memaparkan, menjual barangan-barangan makanan tradisional seperti kerepek, baulu dan sebagainya.
Kalau di lapangan terbang, contohnya di luar itu ada sedikit makanan restoran yang dihidangkan mungkin dalam konteks penampilannya. Saya yakin cadangan Yang Berhormat Titiwangsa itu baik dan perlu kita tampilkan produk-produk tempatan. Insya- Allah saya akan maklumkan kepada MAB bagaimana pengurusan pentadbiran gedung- gedung yang ada di situ. Memang ada produk-produk yang kita galakkan bukan hanya batiknya, bukan hanya kuih-kuih, cuma ia tidak kelihatan di ruang depan untuk pelancong dan juga pengunjung ke negara ini melihatnya.
Soalan Yang Berhormat Kota Melaka tadi berhubung kait dengan adakah kita berupaya mempertahankan. Sebenarnya, kita dalam jawatankuasa khusus. Saya sendiri mempengerusikannya. Dianggotai oleh beberapa pegawai kanan termasuk KSU dan juga Pesuruhjaya Warisan dan diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri contohnya dari Melaka dan juga dari Pulau Pinang. Kita telah maklumkan beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua negeri bagaimana kita mencapai kejayaan sehingga pengisytiharan, pengiktirafan daripada antarabangsa itu kita letakkan beberapa-beberapa zon. Pembangunan yang tidak harus dipertingkatkan dari segi pembangunan bangunan- bangunan yang tinggi, yang moden yang boleh menghakis tempat-tempat tradisi yang ada di negara kita. Jadi, ini ada jawatankuasa khusus.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya sedar ada pembangunan hotel-hotel yang bertingkat. Saya ingat ada 20 tingkat dipindahkan dekat tapak sejarah warisan. Atas sebab itu saya amat khuatir ada pembangunan yang moden ini dalam tapak sejarah. Adakah kawalan atau syarat- syarat yang tertentu?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat, memang kita meletakkan pemantauan yang agak keras kepada pihak-pihak kerajaan negeri. Sebenarnya, pagi tadi pun saya berada di Melaka dan saya telah maklumkan kepada pihak kerajaan negeri supaya sentiasa faham dan mematuhi kriteria yang telah diletakkan oleh pihak UNESCO.
Saya bimbang kalau sekiranya kita tidak mematuhi berlaku di peringkat negara- negara lain. Di Switzerland contohnya, ada satu jambatan yang telah pun diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu jambatan, arkitek nya, cara binanya agak unik dan mendapat pengiktirafan. Selepas itu, dipermodenkan diperbaiki sehingga menghakis tradisional architecture yang ada. Pihak UNESCO telah menarik balik. Kalau itu berlaku di peringkat negeri Melaka atau pun di Pulau Pinang, saya khuatir ianya akan berlaku dan akan ditarik balik pengiktirafan itu. Maka itu, pihak kita telah meletakkan syarat-syarat tertentu. Mereka maklum tentang perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Melaka, duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri, masa.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya sudah tinggal satu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu sahaja? Okey, sila Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya minta izin, kalau ini sudah satu muka surat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya kemukakan ini sebab saya amat khuatir ada cadangan dari Kerajaan Negeri Melaka mahu bina satu monorel dari MITC ke tapak sejarah. Sebab itu ...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Kalau dia terletak di kawasan yang kita katakan zon dan dikenal pasti, ia sepatutnya tidak berlaku tetapi kalau ia terletak bukan di kawasan buffered zone, itu kita bolehkan. Tidak semua negeri Melaka itu atau pun Bandar Melaka itu merupakan bandar yang bersejarah yang mendapat pengiktirafan. Ada kawasan-kawasan tertentu, berapa kilometer yang ada, 300 meter persegi contohnya yang telah mendapat pengiktirafan. Kadang-kadang ada masyarakat keliru tentang perkara ini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, terima kasih.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Batu Gajah tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menentukan Akta Perhubungan Kaum, Kabinet telah membuat ketetapan bahawa Kementerian Dalam Negeri bersama dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan meneliti keperluan akta ini. Oleh itu, pada pendapat kementerian berhubung cadangan Ahli Yang Berhormat untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas adalah tidak diperlukan Berhubung isu diskriminasi kaum pula, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak menghadapi masalah memandangkan isu diskriminasi kaum bukanlah menjadi amalan kerajaan pada hari ini. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan dan insya-Allah kita akan mengambil perhatian dan seterusnya akan mengambil langkah-langkah untuk mengambil tindakan di atas cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akan menjemput Menteri Pengajian Tinggi dan akan disambung pada hari Isnin nanti.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 3 November 2008.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.02 malam.