Oct162008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah program-program dan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan kurikulum yang boleh dipertingkatkan bagi sekolah luar bandar untuk menyaingi sekolah dalam bandar.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di- Pertua, melalui Teras Keempat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 dan 2010 termaktub hasrat kementerian untuk merapatkan jurang pendidikan di antara sekolah- sekolah di luar bandar dan sebaliknya.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, pihak kementerian telah mengenal pasti keperluan-keperluan asas yang harus diberi perhatian sebelum program-program yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) diteruskan. Kementerian ini telah dan sedang menjalankan beberapa projek yang dikategorikan sebagai projek impak tinggi, high impact project dengan izin. Di antaranya ialah projek pembekalan elektrik 24 jam ke sekolah-sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak. Bagi projek pembekalan elektrik 24 jam, pelaksanaan bagi kedua-dua negeri ini adalah di bawah dua pendekatan yang berbeza.

Bagi sekolah di luar bandar di negeri Sarawak, projek pembekalan elektrik ini dilaksanakan melalui pemasangan set jana kuasa dan pendawaian dalaman. Pihak JPN telah mengenal pasti sebanyak 430 buah sekolah di Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik 24 jam. Walau bagaimanapun sebanyak 62 buah sekolah dari jumlah keseluruhan tadi tidak dibekalkan dengan set jana kuasa kerana boleh dibuat penyambungan bekalan elektrik awam. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan kini di bawah fasa operasi dan senggara selama 24 bulan bermula pada awal Januari 2008, manakala di Sabah pula pembekalan elektrik melalui solar hibrid dipilih bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik 24 jam. Bagi fasa pertama projek, sebanyak 78 buah sekolah telah dikenal pasti bagi projek ini dijalankan. Projek ini dijangka siap menjelang akhir tahun 2008.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, perlunya pelaksanaan segera projek bekalan elektrik ini adalah di atas keperluan untuk menampung keperluan pembinaan prasarana pendidikan seperti makmal komputer, makmal sains, pusat akses sekolah, web TV dan bengkel untuk mata pelajaran vokasional terutama sekali bagi sekolah-sekolah di luar bandar.

Sebelum ini, Program Schoolnet yang juga dilaksanakan di kebanyakan sekolah di luar bandar negeri Sarawak tetapi pihak kementerian mendapati banyak aduan diterima mengatakan kebanyakan peralatan tidak dapat digunakan dan rosak akibat kekurangan kapasiti yang dibekalkan oleh set jana kuasa sedia ada. Dengan adanya bekalan elektrik 24 jam yang dibekalkan melalui set jana kuasa berkapasiti tinggi ini, pihak kementerian

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

selepas ini dapat meneruskan agenda-agenda pembangunan prasarana yang lain selain daripada menaiktarafkan kemudahan yang sedia ada.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran di atas jawapan.

Saya juga hendak berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran terutama kepada menterinya kerana berbagai-bagai pembaharuan untuk menambahbaikkan pembelajaran di negara kita. Tahniah! Namun, seperti yang disuarakan oleh rakan-rakan saya sebelum saya masuk ke Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kalabakan...

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Ya, ya.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

... dan Ahli-ahli Parlimen di luar bandar menyatakan...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bintulu tidak adakah?

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Namun apa usaha yang telah dijalankan, perbezaan ketara...

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Begitu ketara.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bintulu tidak adakah?

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tambah, perbezaan yang begitu ketara di antara sekolah-sekolah di bandar dengan di luar bandar, walaupun usaha begitu giat dijalankan, terima kasih. Keperluan asas ialah kewangan. Kementerian memberikan bantuan wang pengurusan seperti Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahunan

(LPBT), soal perbelanjaan akademik, kokurikulum. Namun sekolah-sekolah di luar bandar kebanyakannya ialah sekolah-sekolah dalam kategori SKM. SKM ini maknanya sekolah kurang murid. Oleh sebab muridnya kurang, wang pengurusan ini juga berdasarkan per kapita, dia kurang. Maka dengan itu sekolah-sekolah di luar bandar iaitu 100 orang murid ke bawah, dia kekurangan wang untuk kegiatan-kegiatan seperti yang saya katakan tadi iaitu soal akademik, kokurikulum, sukan, mata pelajaran, jadi ini yang menyebabkan perbezaan ketara.

Soalannya, hendak memendekkan soalan Tuan Yang di-Pertua kerana soalan ini sebenarnya soalan yang paling diminati oleh Ahli-ahli Parlimen yang datangnya daripada luar bandar. Boleh atau tidak sekolah-sekolah dalam kategori SKM ini diberikan satu peruntukan yang lain, satu peruntukan tambahan untuk mereka ada kekuatan bersaing kepada sekolah-sekolah di dalam bandar yang kebanyakannya jumlah murid-murid di atas 350 orang. Terima kasih. [Tepuk] ■1010

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading yang begitu prihatin dan telah membawa masalah yang sering dibangkitkan oleh Ahli Parlimen yang lain. Mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tentang sekolah kurang murid ini, sebenarnya mengikut definisi sekolah kurang murid adalah di mana jumlah pelajarnya tidak melebihi 150 orang. Kami memang sedar di kementerian bahawa bagi Sabah dan Sarawak, walaupun peruntukan yang kita bekalkan kepada Sabah dan Sarawak merupakan peruntukan yang paling tinggi dalam senarai peruntukan kepada setiap negeri akan tetapi memandangkan kawasan yang begitu luas bagi kawasan Sabah dan Sarawak, ianya tidak mencukupi. Kita memang mengakui perkara ini.

Kedua, apabila kita menyebut tentang penyambungan pendawaian atau pembekalan elektrik, ianya tidak semata-mata kita melihat jumlah murid. Sebagai contoh, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri pergi ke Sabah dan kita telah melaksanakan satu projek solar hibrid. Walaupun jumlah pelajar itu tidak ramai dan jumlah yang kita hendak belanjakan berjuta-juta ringgit tetapi ianya tidak kita lihat semata-mata jumlah murid itu sendiri. Jadi pandangan Yang Berhormat itu memang diambil kira dan saya menganggap bahawa perkara ini boleh dipantau oleh pihak kementerian dari segi kalau kita hendak bagi per kapita geran kepada setiap sekolah.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya faham bahawa di Sabah dan Sarawak memang dari segi jaraknya, jauh sekali di luar bandar, mungkin pertimbangan khas perlu dilakukan, tetapi kalau bagi semua sekolah kurang murid, ada SKM yang di kawasan tengah-tengah bandar, maka ianya patutlah dibeza-bezakan. Jadi saya rasa masalah di Sabah dan Sarawak sedang hendak kita pantau dan sebab itulah dalam teras keempat PIPP kita, memang salah satu usahanya adalah kita merapatkan jurang ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat, saya memohon penjelasan mengenai apakah indicator yang digunakan oleh kementerian di dalam membuat penilaian di dalam menentukan tahap persaingan di antara sekolah di bandar dan di luar bandar. Apakah indicator yang digunakan di dalam membuat penilaian kerana penjelasan tadi agak bersifat terlalu umum. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai indicator, saya rasa ini kalau kita melihat sekolah kita, kita ada 10 ribu buah sekolah di Malaysia dan apabila kita melihat perkara itu tidak semata-mata dari segi jumlah pelajar, itu yang pertama.

Kedua, kalau kita melihat indicator untuk kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak, pendekatan yang digunakan adalah berbeza. Saya mengambil contoh, kalau kita hendak memajukan prasarana pendidikan di Sabah dan Sarawak, kita melihat dari segi kosnya, mungkin di kawasan Bario, kos pembangunannya tiga kali atau empat kali lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia, maka kita tidak boleh semata-mata melihat jumlah peruntukan, misalan sesebuah sekolah RM20 juta, di kawasan Sabah Sarawak mungkin keadaannya berbeza sekali. Jadi kita tidak boleh menggunakan bahawa nisbah itu ataupun kita semata-mata melihat kawasan pembangunan itu secara purata bagi semua negeri. Itu yang pertama.

Yang keduanya, kalau kita hendak membangunkan prasarana pendidikan atau kokurikulum, pihak kementerian kita ada satu pelan induk untuk dilaksanakan untuk semua negeri tetapi dari segi pelaksanaan itu, kita dapat melihat macam kalau kita memperkenalkan satu program kokurikulum, kita sedar di bawah beberapa tempat yang memang ada kekangan, maka kita kena membantu dari segi itu. Jadi apabila kita menyebut tentang pelaksanaan, ianya tidak semestinya mengikut apa yang kita rancangkan. Jadi kita kena buat pengubahsuaian tentang pelaksanaan itu bagi setiap tempat yang dikatakan itu. Itu secara spontan saya punya respons dan mungkin saya boleh membekalkan satu lagi copy tentang bagaimana kita membuat perancangan tentang pembangunan pendidikan di Malaysia. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Tuan Speaker, point of order. Point of Order 24. Tuan Speaker, dahulu kita ada satu jam untuk soal jawab, sekarang kita ada satu jam setengah, jadi saya fikir kemudahan dibagi mungkin kalau ada pertanyaan-pertanyaan yang penting, boleh dibagi tambahan. Peraturan 24(5), mengatakan “pertanyaan-pertanyaan yang telah dikeluarkan dan dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua tidak boleh dikeluarkan lagi selepas daripada satu jam daripada permulaan.” Dulu satu jam, ini standing order pun out of date, tidak diubah. Jadi saya minta budi bicara Speaker, kerana sudah tambah, boleh bagilah pertanyaan-pertanyaan yang lebih pada masa akan datang kerana kalau tidak ini out of date, kita tidak buat amendment.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kalabakan. Saya berpendapat bahawa peraturan mesyuarat yang dihujahkan tadi itu tidak ada kena mengena oleh kerana Peraturan Mesyuarat 1(3), Tuan Yang di-Pertua atau timbalan-timbalan cuma mempunyai kuasa di bawah Peraturan 24(3) iaitu soalan tambahan tidak lebih daripada tiga. Jadi saya benar-benar memerhatikan perbahasan dan juga sesi soal jawab seperti ini dan saya menganggap bahawa semua soalan asal yang telah dikemukakan dengan notis 14 hari sebelum pun kita bermesyuarat adalah penting. Kalau bukan lebih penting, sama pentingnya dengan soalan tambahan. Maka itu, kita telah tetapkan bahawa setiap soalan itu cuma dibenarkan dua soalan tambahan kerana apabila saya benarkan lebih daripada itu, maka soalan-soalan yang sebelum ini dihantar lebih awal lagi tidak dapat dijawab.

Jadi itu makanya selalu saya mengatakan bahawa soalan-soalan tambahan itu pendekkan. Jawapan-jawapan dari menteri itu juga pendekkan. Cuma fokus kepada apa yang ditanya tetapi kadang-kadang jawapan daripada menteri meleret sampai 15 minit,

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

soalan tambahan kadang-kadang dua, tiga minit, berangkai-rangkai pula itu, sedangkan dalam Peraturan Mesyuarat, soalan tambahan satu soalan, tidak boleh ada dua, tiga, tetapi kalau saya tegur, disebut saya cuba menghalang perbahasan, kalau saya komen, disebut Speaker banyak cakap. Jadi, tidak apalah, mana yang saya boleh tolerate, saya boleh sabar, saya sabar. Mana tidak, terpaksa saya tegur. Yang ini pula bangkitkan satu peraturan mesyuarat yang dalam pendapat saya, tidak kena mengena. Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 10:00 AM

2. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak kerajaan bersedia untuk mengurangkan umur kelayakan untuk mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Jika tidak, berikan alasan-alasannya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S.K. Devamany

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan berpendapat umur matang bagi seseorang warga Malaysia adalah 21 tahun. Sebelum umur tersebut, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah masih lagi dalam peringkat persekolahan dan selepas itu mereka ramai yang terlibat dalam pendidikan IPTA dan IPTS.

Oleh yang demikian, kerajaan telah menentukan kelayakan umur mengundi bagi seseorang warganegara Malaysia adalah apabila berumur 21 tahun. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, soalan tambahan.

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar ada peruntukan bawah Age of Majority Act 1971, dengan izin, yang memperuntukkan age of majorities sebagai 18. Kenapa ada perbezaan apabila seseorang pengundi ada berumur 21. Kenapa perbezaan ini? Age of majorities ada peruntukan di bawah Age of Majority Act.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Asas bagi pendemokrasian sesebuah negara adalah melihat kepada adakah lunas-lunas demokrasi itu dapat disuburkan. Kalau kita tengok kandungan daripada Parlimen ini sendiri, 80 lebih wakil-wakilnya adalah daripada pembangkang, maka proses pengundian yang telah dilakukan telah menunjukkan bahawa kematangan umur 21 itu sendiri telah menunjukkan kematangan pengundi-pengundi mengikut asal-asal mereka. Maka saya rasa age of majority ini tidak boleh digunakan sebagai landasan untuk melihat umur pengundi di sini mengikut pandangan kami di sini. Maka saya rasa sudah cukuplah peruntukan yang sedia ada untuk melihat bahawa kesuburan demokrasi itu dapat dicerminkan melalui proses yang kita sedia ada.

■1020

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 10:00 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan [Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, tidak apa Tuan Yang di- Pertua, saya tahu ...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalabakan dan Kinabatangan, ‘K’ dengan ‘K’, sebutan hampir serupa.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia masih berfikir-fikir Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih. Soalan tambahan, saya melihat saya sebetulnya sehaluan dengan soalan ini iaitu apa rasional dia 21, kenapa

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

tidak 18? Kalau manusia, perempuan 18 tahun berkahwin boleh dapat anak. Bermakna dia sudah matured, sudah matang. Jadi kenapa kita tidak ubah? Ini, persepsi dia memberi ruang lingkup yang luas kepada pengundi-pengundi baru kita yang matang, supaya mereka boleh menyertai proses demokrasi dan di situlah mereka belajar apa itu demokrasi yang sebenarnya. Kenapa tunggu 21? Itu sudah terlalu matang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Terima kasih Yang Berhormat ....

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk] Patut Yang Berhormat Kinabatangan jadi menterilah.

final • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk] Ya, ya. Yalah tu.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa umur perkahwinan itu bergantung kepada budaya masyarakat tertentu. Contohnya masyarakat India, saya ingat umur 18 terlalu muda saya rasa, tak tahu bagi masyarakat Melayu dan masyarakat lain.

Maka perkahwinan ini ...

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini tanggapan salah Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Itu pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Sabar, duduk.

Sabar.

final • 10:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Menyampuk] Sama India sudah bergaduh?

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Jangan marah-marah, duduk. Tuan Yang di-Pertua, soal perkahwinan atas sikap ...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Fokus, fokus kepada pengundian, bukan perkahwinan.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Ha pengundian. Oleh kerana Yang Berhormat Kinabatangan menyoalkan pasal perkahwinan ini. Cantik, saya pun suka. Sungguh gembira kerana kita tengok keganasan itu tak boleh kahwin, susah. Kahwin ini perlu keserasian.

Maka balik kepada persoalan tadi, saya rasa ....

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Lebih baik jawab Yang Berhormat Kinabatanganlah, tak payah India-Indialah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, tidak elok begitu. Teruskan, teruskan menteri.

final • 10:00 AM

Tuan S.K. Devamany

Itu pandangan.

final • 10:00 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

[Menyampuk] Yang Berhormat Padang Serai, diam.

final • 10:00 AM

Tuan S. K. Devamany

Yang Berhormat Padang Serai, jangan marah Yang Berhormat Padang Serai. Ini soal perkahwinan. Kita balik ke sini, kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Maka soal umur 18 tahun itu, bagi pandangan kini adalah terlalu awal.

Sekiranya ada cadangan-cadangan di mana kita nampakkan kematangan rakyat semakin subur, semakin tinggi maka saya rasa boleh dikaji. Maka saya minta supaya kalau ada pandangan sebegitu dan kita rasakan secara bersama bahawa sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia berkewibawaan untuk mengundi dalam umur 18 tahun, kita boleh mengizinkan sekiranya consent itu diterima secara umum tapi setakat ini belum ada lagi consent sebegitu. Sekiranya ada, cadangan tetap diterima. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

3. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan untuk membantu pesara-pesara yang kini menerima bayaran pencen di bawah RM500 sebulan yang dikategorikan kedudukan mereka ini di bawah paras kemiskinan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat dari Parit yang sentiasa prihatin berkenaan dengan kebajikan pesara-pesara di negara kita ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya kita telah bersetuju, kerajaan telah bersetuju bukan sekadar kita membahagikan pencen, membayar pencen minimum sebanyak RM500. Mulai 1 Januari 2009 ini, kita akan membayar sekurang-kurangnya RM720. Maknanya RM720 ini paling minimum. Jadi maknanya kita bagi lebih daripada apa yang diminta selama ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup jelas. Soalan ini ibarat hari ini memohon, semalam telah pun diluluskan. Inilah keprihatinan kerajaan. Apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah menunaikan kadar pencen minimum RM720 yang akan dilaksanakan Januari 2009.

Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha dan pendekatan-pendekatan pihak kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan khususnya di sektor swasta pula. Sekian.

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat itu agak dah lari sikit dah. Walau bagaimanapun untuk pengetahuan Yang Berhormat berkenaan dengan keprihatinan kerajaan kepada rakyat, memanglah kita sentiasa lihat. Pertama sekali berkenaan dengan pencen. Pada kali ini, lepas kita melaksanakan RM720 akan kita bayar pada 1 Januari tahun depan, kita membelanjakan RM140 juta setahun tambahan. Ini yang tambahan daripada perbelanjaan yang kita terpaksa tanggung dan selain daripada itu juga kita akan sentiasa melihat kepada permintaan dan juga cadangan daripada pihak kesatuan dan juga CUEPACS dan sebagainya mengenai perkara-perkara yang melibatkan pencen.

Selain daripada itu juga pencen terbitan. Sebelum ini pencen terbitan, kita bayar hanya selepas 12 tahun pesara itu meninggal. Ia akan susut kepada 70% tetapi mulai Januari tahun 2009 ini, kita akan bayar 100% bererti kita kena tambah lagi RM317 juta. Jadi maknanya walaupun benda ini telah diminta oleh persatuan agak lama dulu dan mereka telah lupa perkara ini tetapi kerajaan, kita memang prihatin, walaupun perkara ini dah lama diminta dan sudah lupa tetapi kita tetap melaksanakannya. Jadi saya rasa berkenaan dengan keprihatinan kerajaan kepada masalah rakyat, tak payah diraguilah. Kita sentiasa mengambil berat dan sentiasa peka kepada masalah rakyat. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perdana Menteri tempoh hari telah membentangkan laporan Belanjawan 2009. Jadi, di situ banyak dilaung-laungkan bajet keprihatinan. Adakah Perdana Menteri akan mengarahkan Menteri Kewangan supaya dikaji semula belanjawan dengan mengambil kira perubahan krisis kewangan dan kadar inflasi semasa yang kini yang jauh meningkat. Jika sekiranya Perdana Menteri tidak berbuat demikian, bagaimana Perdana Menteri dapat memastikan peruntukan berkaitan bayaran pencen-pencen pesara-pesara selari dengan konsep jaringan keselamatan sosial yang dilaung-laungkan ataupun terus akan menipu rakyat.

[Dewan riuh seketika] Itulah soalannya.

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini lari jauh Yang Berhormat. Saya ingat saya tak payah jawablah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, harus semua faham bahawa saya tidak boleh memaksa siapa pun untuk menjawab. Itu jawapan dia. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Soalan saya adalah, adakah Perdana Menteri akan mereview belanjawan yang telah dibentangkan untuk memenuhi janji yang telah diberikan dalam belanjawan tersebut? [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Johari bin Baharum

Saya menjawab soalan pencen, bukan belanjawan, pencen. Okey?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa Yang Berhormat, tak apa. Dia tak nak jawab, tak apa.

final • 10:00 AM

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah insinerator yang telah dibeli oleh kerajaan, kos pembelian serta penyelenggaraan insinerator tersebut dan adakah semua insinerator tersebut telah mula beroperasi.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II - Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1996, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan kemudahan mini insinerator yang menggunakan teknologi dari negara Switzerland untuk diguna pakai di Pulau Langkawi, Pangkor, Tioman dan Labuan dengan kos keseluruhan sebanyak RM12.4 juta. Kesemua mini insinerator tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk digunakan bagi merawat sisa pepejal di kawasan masing-masing.

Walau bagaimanapun sejak beberapa tahun lalu, insinerator-insinerator tersebut tidak digunakan lagi kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Sehubungan dengan ini, kementerian sedang membangunkan lima buah lagi loji rawatan terma mini atau mini insinerator di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan Labuan dengan kos keseluruhan sebanyak RM187.7 juta bagi menggantikan mini insinerator yang sedia ada.

■1030 Teknologi insinerator-insinerator tersebut yang dicadangkan ini adalah dinilai sesuai oleh jawatankuasa penilaian teknologi. Insinerator yang dipersetujui tersebut adalah berasaskan kepada gabungan teknologi tempatan dan luar negara. Buat masa ini, kos operasi dan penyelenggaraan insinerator yang dicadangkan adalah dalam perbincangan.

Manakala projek ini juga dalam peringkat pelaksanaan pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2010. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa kajian mendapati bahawa kegagalan insinerator ini berfungsi dengan berkesan disebabkan kandungan kelembapan atau moisture, sisa pepejal terlalu tinggi. Kita belum ada lagi satu sistem pengasingan sisa pepejal apabila ia tiba di sesebuah landfill tersebut.

Ekoran kandungan kelembapan yang terlalu tinggi ini menyebabkan kos pembakaran itu juga akan meningkat kerana kita terpaksa menggunakan diesel dan bahan bakar yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Persoalan saya ialah bilakah kerajaan akan mengambil langkah untuk memastikan ada usaha menambah baik sistem pelupusan sisa pepejal ini dengan memastikan setiap landfill dilengkapi dengan kemudahan recycling termasuk pengasingan sisa pepejal yang tiba di sesebuah landfill tersebut dan landfill tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan sanitary landfill yang sempurna untuk memastikan jumlah ataupun kandungan kelembapan itu dapat kita kurangkan dan dapat kita jimatkan kos bahan bakar yang digunakan dalam proses merawat sisa pepejal. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak, memang ada kebenarannya bahawa sistem pepejal yang digunakan dalam negara kita ini mempunyai peratusan kelembapan yang agak tinggi. Sebab itu apabila kita hendak mengadakan satu lagi insinerator yang baru di kawasan-kawasan yang telah pun saya katakan tadi, kita telah pun membuat satu kajian.

Sebab itu teknologi yang saya katakan teknologi tempatan dan luar negara di mana kita membuat kajian tentang peratusan kelembapan, melihat bagaimana sistem pepejal yang ada dalam negara ini boleh digunakan dengan teknologi yang akan kita bangunkan tadi.

Manakala bagi sanitary landfill, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat bahawa dalam negara kita ini terdapat banyak lagi kawasan-kawasan yang masih lagi kita panggil sebagai dumping area, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita akan bangunkan sanitary landfill yang baru dengan teknologi-teknologi yang baru, yang akan kita pertingkatkan di seluruh negara. Dengan menggunakan teknologi-teknologi yang baru ini melalui perbadanan sisa pepejal yang telah pun kita luluskan, maka Insya-Allah segala

final • 10:00 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

masalah yang ada dalam negara ini tentang sisa pepejal akan dapat kita usaha dan jalankan dengan lebih baik. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ini tentang insinerator. Memang hasrat kerajaan di pulau-pulau untuk menggunakan insinerator. Saya yakin bahawa penggunaan insinerator adalah satu teknologi yang baik.

Kita tidak payah bimbang dengan kelembapan yang tinggi dalam sampah kerana yang paling tinggi pun 60%. Akan tetapi semasa pemungutan, sisa-sisa pepejal itu boleh dicompactkan untuk membuangkan kelembapan ataupun moisture dan proses pembakarannya pula adalah dua fasa. Satu pembakaran dengan suhu yang rendah, 1000oC dan yang kedua, 1400oC. Maka itu bukan satu kebimbangan.

Persoalannya sekarang, kalau kita wujudkan sanitary landfill, memang kita boleh wujudkan. Di pulau-pulau yang kecil, adakah itu sesuai kerana tanah di pulau-pulau yang kecil ini memang harganya tinggi, nilainya tinggi. Adakah ianya sesuai kerana kalau...

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Soalan.

final • 10:00 AM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Saya sudah tanya soalanlah itu adakah ianya sesuai ataupun tidak. Itu bukan soalankah, tidak tahu apa soalan? Kedua, kita takut nanti lecit dia akan mengalir ke laut. Jadi bagaimanakah sanitary landfill ini boleh dikawalkan? Dua soalan, sila jawab. [Ketawa]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri. Terima kasihlah ramai yang hendak membantu Tuan Yang di-Pertua dalam soal begini. Sila, jawab.

final • 10:00 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Mambong. Saya bersetuju dan sebab itu kita kerajaan telah pun mengkaji dan kita akan membangunkan insinerator-insinerator di pulau-pulau yang saya maksudkan tadi.

Telah pun saya umumkan beberapa pulau dalam negara kita ini akan kita bangunkan satu lagi teknologi yang digunakan, digabungkan teknologi tempatan dan teknologi daripada luar negara, untuk kita bangunkan insinerator-insinerator yang boleh digunakan bagi menguruskan sisa pepejal di pulau-pulau tersebut.

Manakala bagi sanitary landfill untuk Yang Berhormat Mambong dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, kita menggunakan sanitary landfill ini di tempat-tempat yang berpatutan. Sebab itu kita mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu bagi kita membenarkan pengusaha-pengusaha membangunkan sanitary landfill. Ianya tidak boleh digunakan di kawasan-kawasan di mana terdapat sungai-sungai yang berdekatan dengan kawasan- kawasan tersebut. Sebab itulah saya bersetuju dengan Yang Berhormat Mambong tadi bahawa kita akan membuat kajian yang terperinci melalui jawatankuasa penilai teknologi yang telah pun ditubuhkan oleh kerajaan sebelum kita meluluskan teknologi-teknologi yang akan kita gunakan dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimana untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di Malaysia yang semakin merosot sejak kebelakangan ini dan apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian.

final • 10:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Lipis di atas soalan tersebut. Kementerian Belia dan Sukan merasakan bahawa anggapan masyarakat yang menyatakan prestasi sukan negara tidak mencapai tahap yang membanggakan adalah tidak begitu tepat. Apa yang berlaku ialah kemerosotan beberapa sukan popular seperti bola sepak dan hoki telah menimbulkan tanggapan bahawa mutu sukan negara telah merosot.

Pada 2008, kita menganggap tahun ini merupakan tahun bertuah kepada sukan negara kerana setelah 12 tahun negara kemarau dengan pungutan pingat di Sukan Olimpik, akhirnya kita berjaya memperoleh pingat perak di Sukan Olimpik.

Begitu juga dengan Sukan Paralimpik yang telah 16 tahun kita tidak mendapat apa-apa pingat. Akhirnya pada tahun 2008, kita memperoleh satu pingat gangsa. Ramai peminat-peminat sukan kurang sedar bahawa terdapat sukan-sukan lain yang kurang

final • 10:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

popular yang telah bertambah maju seperti skuasy, karate, boling, lawn ball, memanah dan juga berbasikal. Saya ingin memberikan contoh Datuk Lee Chong Wei misalnya sekarang merupakan pemain badminton nombor satu dunia. Datuk Nicole David juga merupakan pemain skuasy nombor satu dunia.

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saudara Safuan Said merupakan ranking nombor satu dunia di dalam perlawanan lawn ball. Begitu juga dengan Siti Zalina Ahmad, bukan Azalina Othman Said ya. Siti Zalina Ahmad merupakan pemain nombor dua dunia di dalam permainan lawn ball dan pasukan memanah walaupun usianya baru di dalam sekitar empat tahun tetapi pada waktu ini berada di dalam lapan kelompok terbaik dunia. Jadi mungkin kerana sukan-sukan itu bukan merupakan sukan popular, akhirnya kita menganggap bahawa mutu sukan kita berada di tahap yang rendah.

■1040 Walau bagaimanapun, pihak kementerian mengakui bahawa prestasi sukan negara tidak konsisten, kerana ada kalanya kita berjaya dan ada kalanya kita gagal, dan pihak kerajaan memandang serius perkara ini. Oleh sebab itulah pihak kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas kabinet di dalam soal pembangunan sukan ini.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah sedang diambil untuk memastikan kecemerlangan sukan negara. Di antaranya ialah, yang pertama, pihak kementerian akan menumpukan kepada jenis sukan yang mampu memberikan pingat kepada negara.

Sehubungan dengan itu, tiga perkara asas yang kita beri tumpuan iaitu, mengikut rekod prestasi dan juga kemampuan kejayaan sukan yang tidak bergantung pada faktor fizikal dan juga populariti. Apa yang penting adalah jenis sukan yang mampu memberikan pingat.

Yang kedua ialah menyediakan pakej-pakej menyeluruh dalam program latihan seseorang atlet seperti pakej pendidikan, kebajikan mereka, pekerjaan dan program binaan latihan yang bertaraf antarabangsa. Yang ketiganya, mempertingkatkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Di peringkat sekolah misalnya, pihak kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bersama dengan Kementerian Pelajaran supaya kita boleh mengenal pasti bakat daripada awal, seawal umur tujuh tahun. Dengan ini, perkembangan bakat, daripada kecil ini, daripada awal ini dapat kita kembangkan sehingga menjadi atlet yang berjaya satu hari nanti. Pihak Kementerian Pelajaran juga bersetuju untuk menjadikan asas gimnastik dan olahraga sebagai kokurikulum di dalam pendidikan jasmani.

Ini juga akan memperkasakan persatuan-persatuan sukan kebangsaan, negeri dan juga daerah dengan berasaskan kepada Akta Pembangunan Sukan, supaya sukan dapat diuruskan secara profesional dan sebagainya Pada hari ini kita lihat, banyak persatuan-persatuan sukan yang mempunyai masalah dalaman dan ini akan merencatkan perkembangan sukan mengikut persatuan-persatuan tersebut. Yang ketiganya ialah untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di seluruh negara dengan menyemaikan budaya sukan di kalangan rakyat.

Seterusnya, kita akan cuba melibatkan lebih banyak syarikat-syarikat swasta dalam membantu membangunkan sukan negara supaya pihak swasta menjadi penaja kepada acara-acara sukan tertentu. Seterusnya ialah untuk menambahkan bilangan jurulatih dan pegawai teknikal yang berkelayakan dan bertauliah. Seterusnya menyediakan skim kebajikan dan insentif yang menyeluruh kepada atlet-atlet, mempertingkatkan pendekatan saintifik di dalam pembangunan sukan di peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi dan akhirnya menubuhkan rangkaian sistem maklumat sukan negara lebih efisien. Suka saya maklumkan bahawa pada 29 dan 30 Oktober ini, pihak kementerian akan menganjurkan konvensyen sukan, untuk membincangkan secara menyeluruh dan menentukan blueprint ke arah kecemerlangan sukan

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita juga mengucapkan tahniahlah, kalau kita tengok tahun 2008 ini ada perubahan dari segi perkembangan sukan negara. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila kita melihat sukan ini kita mesti melihat sumber manusia yang akan bersukan dan mempunyai bakat dalam bidang sukan. Sumber manusia ini juga

final • 10:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

berkait rapat dengan kemudahan-kemudahan sukan yang ada di tempat, di mana sumber manusia yang berbakat itu boleh tinggal dan sebagainya. Jadi, kalu kita melihat kadang- kadang di sekolah mereka dilatih dengan baik dan sebagainya kerana banyak kemudahan sukan yang terdapat di sekolah-sekolah. Akan tetapi apabila mereka meninggalkan bangku sekolah dan mungkin balik ke kampung asal masing-masing, kemudahan-kemudahan yang ada di tempat tersebut, tidak disediakan dan memang tidak ada pun kadang-kadang.

Jadi, sejauh manakah pihak kementerian merancang untuk mengadakan kemudahan-kemudahan sukan ini di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya.

Terima kasih .

final • 10:00 AM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Ini sama-sama Pahang memang panjang lebarlah saya tengok.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

[Ketawa] Pendek sahaja. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak kementerian telah pun mengumumkan, meluluskan seribu gelanggang serba guna di setiap kawasan di dalam negara kita. Itu merupakan langkah kita dan pihak kita akan meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan setiap kawasan perumahan dan sebagainya diperuntukkan kemudahan sukan, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, apa yang disebut oleh Menteri sebentar tadi, tahun 2008 merupakan tahun bertuah.

Soalan yang saya ingin tambah ialah, sekarang ini, untuk bantu Menteri, sedang berlangsung Pesta Merdeka. Rata-rata semua bercakap soal Pesta Merdeka ini kerana team pasukan yang dijemput masuk menyertai Pesta Merdeka agak lemah dan tidak berkualiti. Soalannya, apakah Kementerian melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia sekadar nak menang dengan pasukan yang lemah-lemah ini dan tidak menjemput pun Singapura, Thailand dan Indonesia. Di mana sebenarnya kualiti dan hala tuju bola sepak tempatan, bertambah pula tahun 2009 tidak ada pemain import. Ini semua mendatangkan kebimbangan, keresahan peminat Malaysia berkaitan dengan bola sepak tempatan.

Jadi apakah kementerian bersetuju dan berpuas hati Pesta Merdeka yang sedang berlangsung ini dengan penyertaan team-team yang dianggap tidak kualiti, pohon jawapan untuk peminat bola sepak tempatan.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat, suka saya maklumkan bahawa pemilihan pasukan-pasukan yang bertanding adalah hak dan budi bicara pihak Persatuan Bola sepak Malaysia. Jadi, pihak kerajaan tidak campur tangan dalam soal pemilihan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

6. Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pelajaran menyatakan :-

(a) berapa sekolah yang ada pasukan kadet tentera dan kadet polis; dan

(b) tidakkah kementerian bercadang memperkenalkan pasukan kadet tentera dan kadet polis di semua sekolah menengah dan sekali gus Program Latihan Khidmat Negara yang menelan belanja berjuta ringgit setiap tahun boleh dihentikan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail

Soalan nombor enam, jawapan A. Jumlah keseluruhan sekolah yang mempunyai pasukan kadet tentera dan kadet polis ialah sebanyak 2,162 buah sekolah. Pecahannya, 284 buah sekolah untuk pasukan kadet darat, 73 buah sekolah untuk pasukan kadet laut dan 21 buah sekolah untuk pasukan kadet udara. Kadet polis melibatkan 1,784 buah sekolah. Menjawab soalan 6 pecahan (b), segala kegiatan pasukan kadet tentera dan Kadet Bersatu Malaysia dan kadet polis, adalah merupakan kegiatan-kegiatan unit beruniform dan merupakan aktiviti kokurikulum bagi pelajar-pelajar semasa mereka menuntut di sekolah.

Manakala Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah merupakan program sepenuh masa untuk pelajar-pelajar lepasan sekolah dikendalikan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara di bawah Kementerian Pertahanan.

final • 10:00 AM

Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita sering mendengar masalah disiplin di sekolah-sekolah sering dibincangkan di dalam Dewan dan luar dan penubuhan kadet polis dan kadet tentera sudah pasti menyelesaikan banyak masalah. Sebagai orang yang telah melalui proses tersebut, saya dapat katakan bahawa jumlah sekolah-sekolah yang terlibat dalam kadet terlalu kecil berbanding dengan jumlah sekolah. Saya yakin sekiranya kementerian mempunyai iltizam dengan tentera kita yang banyak, dengan hampir semua kem-kem berada di bandar-bandar, kenapa tidak di deploykan tentera-tentera atau jurulatih tentera itu untuk memperbanyakkan pasukan- pasukan kadet sama ada polis ataupun tentera di sekolah-sekolah. Ini sekali gus menyelesaikan masalah disiplin kerana mereka telah melalui pasukan kadet polis atau kadet tentera ini, lazimnya keluar dengan lebih berdisiplin. Jadi sekali gus juga menyelesaikan masalah daripada kita menghantar pelajar-pelajar kita selepas mereka bersekolah ke pusat latihan yang diwujudkan oleh kerajaan sekarang. Terima kasih.

■1050

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kegiatan- kegiatan kadet polis dan tentera ini membantu kita dalam merungkai dan menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Namun, kita juga harus sedar tentang kekangan dan juga batasan kemampuan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Diraja Malaysia

(PDRM) sebagai badan induk. Lebih-lebih lagi ia memerlukan restu persetujuan ibu bapa dan juga kelengkapan-kelengkapan uniform lain yang memerlukan belanja yang tertentu.

Namun, selain daripada kegiatan-kegiatan unit beruniform yang disebutkan itu, kita ada lagi unit beruniform yang lain seperti Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam. Ini juga merupakan kegiatan-kegiatan yang boleh membantu dalam kita membentuk sahsiah, membentuk disiplin pelajar. Misal kata, kegiatan melalui kawad. Kawad kaki, kawad senjata, kawad formasi, pandu arah, orientating, survival, tracking, rope aktiviti, abseiling, simpulan, gajet dan juga pasukan yang disebut brass band kita. Memang ini adalah merupakan aktiviti-aktiviti lain untuk kita memperkukuhkan jati diri dalam Program PIPP, membina negara bangsa kita.

Saya menerima bahawa cadangan Yang Berhormat tadi untuk memperbanyakkan lagi kegiatan-kegiatan serupa ini. Malah, kadet polis kita sendiri telah berjaya membanteras masalah-masalah sosial dan gejala-gejala disiplin di sekolah.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah, saya mendapati kebanyakan pasukan-pasukan kadet di sekolah-sekolah menegah ini dari segi komposisi kaumnya adalah amat mendukacitakan.

Kalau tentera dan polis, pelajar Melayu sahaja. Saya dapati jumlah pelajar daripada kaum lain adalah kurang. Mereka lebih banyak berminat pada pasukan beruniform yang lain seperti katalah Persatuan Bulan Sabit Merah, satu kaum yang lain yang ramai.

Jadi, apakah perkara ini tidak menjadi perhatian kepada pihak kementerian dan sepatutnya perkara ini haruslah diatasi. Oleh sebab itulah saya fikir bahawa kewajaran kita untuk memansuhkan PLKN adalah tidak tepat sebab PLKN ini diwajibkan dan semua komposisi kaum pelajar ada. Mohon jawapan.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ismail

Memang benar ya. Penyertaan pelajar-pelajar bukan bumiputera dalam kegiatan yang disebut itu, kadet polis dan tentera cuma dalam lingkungan 30 hingga 40% sahaja. Memang kita hendakkan lebih ramai lagi untuk menunjukkan komposisi dan juga tidak kita leraikan masalah polarisasi di kalangan pelajar- pelajar kita.

Sebenarnya ada komitmen daripada Kementerian Pelajaran sendiri. Yang terkini ialah elaun pakaian seragam kepada unit beruniform diberi kepada semua pelajar kita terutamanya pelajar-pelajar yang tidak beruntung supaya mereka juga daripada kaum Cina kah, India kah tertarik dengan kegiatan unit beruniform ini. Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 berbelanja RM188.8 juta dan memberi manfaat kepada kira-kira 1.9 juta pelajar- pelajar kita. Saya setuju juga tadi bahawa PLKN adalah merupakan agenda sepenuh masa yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar daripada semua kaum dan itu adalah merupakan sesuatu yang mandatori. Terima kasih.

final • 10:00 AM

7. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membina jaringan pasaraya atau kedai FAMA bagi memajukan lagi pemasaran keluaran pertanian tempatan, terutama daripada pekebun-pekebun kecil.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dan bertanggungjawab mengawal silia, menyelaras, mengawal atur, dan menambah baik aktiviti pemasaran hasil dan produk pertanian untuk pasaran dalam negara, eksport dan juga import.

Untuk makluman Yang Berhormat Rembau, FAMA mempunyai dua bentuk jaringan pasaran. Dalam usaha menyediakan sebanyak mungkin ruang pasaran kepada pengeluar tempatan khususnya pekebun kecil. Pertama, jaringan yang dibangunkan oleh FAMA sendiri yang terdiri daripada pasar tani, gerai buah-buahan dan outlet runcit industri asas tani.

Kedua, jaringan melalui kerjasama strategik dengan rangkaian pasar raya sedia ada seperti Giant, Mydin, Tesco dan lain-lain. Jadi, ada dua bentuk jaringan yang diusahakan. Kedua-dua jaringan ini telah membolehkan pengeluar mempunyai ruang pasaran terjamin bagi produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna, menjamin harga yang berpatutan dan juga pengguna mendapat produk keluaran bermutu baik.

Mengenai bahagian pertama tadi jaringan yang dibina oleh FAMA, ada tiga bentuk iaitu pasar tani, rangkaian gerai buah-buahan dan outlet asas tani. Jumlahnya 716 outlet.

Yang paling banyak ialah gerai buah-buahan, yang kedua ialah pasar tani. Yang mana nilai keseluruhan setahun ialah kira-kira RM385 juta. Ini yang telah dibangunkan oleh FAMA sendiri. Di Rembau, untuk makluman Yang Berhormat Rembau terdapat satu pasar tani, dua gerai buah-buahan segar dan Negeri Sembilan ada 17 pasar tani.

Satu lagi rangkaian yang dibina oleh FAMA ialah jaringan dengan pasar raya.

Terdapat 250 buah outlet pasar raya hypermarket khususnya Giant, Tesco, Mydin, Jaya Jusco dan Carrefour. Yang dijual oleh FAMA ialah sayur, buah-buahan dan juga industri asas tani. Malangnya, nilai jualan setakat ini tidak begitu banyak. Sehingga bulan Julai tahun ini cuma kira-kira lima juta sahaja yang dipasarkan melalui hypermarket. Jadi, dua bentuk jaringan ini membolehkan pekebun kecil dan petani-petani seluruh negara mempunyai jaminan pasaran bukan sahaja melalui outlet yang dibangunkan oleh FAMA tetapi juga super market. FAMA bertekad untuk memastikan bahawa jaringan kedua iaitu hubungan strategik dan super market ini dapat ditingkatkan.

Akhir sekali saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Rembau bahawa FAMA juga telah menjalin hubungan dengan pasar raya luar negara di Singapura, di Medan dan juga di Jeddah. Ini akan membuka peluang baru bagi pekebun kecil dan petani-petani di seluruh negara. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya berkait dengan agenda pembangunan sosioekonomi generasi muda dalam bidang pertanian. Kita boleh pecahkan rantaian aktiviti pertanian ini kepada dua iaitu:

(i) penanaman dan pengeluaran; dan

(ii) pembungkusan dan pemasaran.

Saya difahamkan kementerian mempunyai program untuk golongan belia seperti Program Skim Usahawan Belia Tani yang merangkumi projek seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan bagi rantaian aktiviti pertama serta program umum seperti Desa Raya dan sebagainya untuk rantaian aktiviti kedua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan program-program tersebut dan apakah sasaran pihak kementerian dan langkah-langkah yang akan diambil bagi menambahkan lagi penyertaan golongan belia terutamanya siswazah menganggur dan golongan muda luar bandar dalam sektor industri pertanian.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin kepada golongan belia. Pelbagai program dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan untuk membangunkan usahawan tani dalam bidang pertanian. Antaranya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, lain-lain agensi termasuklah Kementerian Belia pun ada program untuk usahawan tani, Kementerian Usahawan dan Koperasi pun ada, SME Bank di bawah Kementerian Kewangan pun ada juga. Jadi, beberapa kementerian bertanggungjawab dalam hal ini umpamanya bagi Kementerian Belia dan Sukan, ada Skim Tabung Ekonomi Belia yang melibatkan peruntukan RM20 juta.

Bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya ingin maklumkan bahawa kira-kira 35% daripada peserta pasar tani umpamanya adalah golongan belia. Bagi siswazah pula untuk makluman Yang Berhormat, 10% peserta pasar tani hari 12,000 maknanya, 1,200 orang peserta pasar tani merupakan siswazah yang antaranya menganggur dan bekerja menjaga di pasar tani. Jadi, kerajaan amat prihatin dan pada pandangan kerajaan sudah menunjukkan kejayaan dalam tanaman, pembungkusan, dan lain-lain termasuklah di TKPM yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi, Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negara. Kita ada kira-kira 30 sudah pun dibangunkan di seluruh negara dan tumpuan diberikan. Secara umumnya belia merupakan 30% daripada jumlah penyertaan.

Bagi FAMA sendiri, pada bulan Julai tahun ini dimulakan satu program baru untuk membangunkan industri asas tani oleh FAMA. Setakat ini sudah lapan permohonan sudah pun diterima. Jadi, ini menambah lagi peluang-peluang untuk golongan belia. Kerajaan bertekat untuk memastikan bahawa golongan belia mendapat tempat dalam industri asas tani. Kita tidak mahu yang terlibat dalam pertanian ini cuma mereka yang umurnya melebihi 55 tahun ke atas. Kita mahu belia yang bukan sahaja menganggur tetapi yang berpengetahuan termasuklah kepada siswazah kita akan menggalakkan lebih ramai terlibat dalam bidang pertanian.

■1100 Kita juga ada bantuan untuk yang terlibat dalam Industri Asas Tani yang mana kira-kira 30% mendapat bantuan ini merupakan golongan belia. Setakat ini tahun ini RM38 juta telah pun dikeluarkan oleh kementerian, bantuan sehingga RM10,000 dalam bentuk peralatan. Daripada jumlah tersebut ataupun bilangan yang mendapat faedah 30% merupakan mereka yang umurnya 40 tahun ke bawah. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akan bertanyakan soalan berkenaan dengan hasil. Apakah pandangan kerajaan, kementerian terhadap definisi kemajuan pasaran keluaran tempatan? Adakah kemajuan yang disebutkan tadi dinilai dari segi peningkatan hasil jualan dalam pasaran atau dari segi peningkatan hasil pendapatan para petani dan pekebun sendiri? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Mustapa bin Mohamed

Pertanyaannya adalah definisi yang digunakan untuk mengukur kejayaan. Jadi tadi saya sebut tentang jualan. Tiga jaringan yang diwujudkan oleh FAMA. Nilai jualannya ialah RM385 juta setahun. Itu dari segi gross income. Dari segi pendapatan yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tersebut, saya maklumkan bahawa pendapatan purata mereka terlibat di pasar raya dan pasar tani ialah RM2,350 sebulan. Pada pandangan kerajaan pendapatan ini adalah agak baik walaupun kita tidak berpuas hati.

Kita di kementerian berhasrat untuk menambah pendapatan petani dan peniaga usahawan tani sekurang-kurangnya RM3,000. Jadi kalau digunakan itu sebagai ukuran, kalau target kita RM3,000 sebulan yang diperolehi cuma RM2,300 sebulan, kita belum berpuas hati. Oleh hal demikian, kita akan meningkatkan usaha untuk memastikan bahawa semua yang terlibat dalam bidang pertanian bukan sahaja penanam, tetapi peniaga di pasar tani akan mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

8. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah peruntukan per kapita tahunan bagi tahun 2007 dan 2008 Kerajaan Pusat kepada negeri Kedah dan nyatakan jumlah dan bilakah tarikh pembayarannya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Kong Cho Ha

Tuan Yang di-Pertua, pemberian mengikut bilangan orang atau capitation grants dibuat berdasarkan kepada peruntukan perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia berbentuk outright grants yang bertujuan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam perbelanjaan mengurus.

Pemberian ini dikira berdasarkan unjuran bilangan penduduk bagi sesebuah negeri berdasarkan kepada bancian penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengeluaran pemberian kepada negeri-negeri dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Bagi tahun 2007, negeri Kedah menerima pemberian mengikut bilangan orang.

Sebanyak RM26,240,690 berdasarkan unjuran bilangan penduduk negeri Kedah, seramai 1.84 juta orang pada tahun 2007. Bayaran pertama sebanyak RM13,120,345 dibuat pada 10 Januari 2007 dan sebanyak RM13,120,345 lagi pada 2 Julai 2007.

Bagi tahun 2008, jumlah pemberian mengikut bilangan orang yang dibayar kepada negeri Kedah adalah sebanyak RM26,577,982 berdasarkan unjuran bilangan penduduk negeri Kedah seramai 1.88 juta orang pada tahun 2008. Bayaran pertama RM13,288,991 disalurkan pada 15 Januari 2008, manakala bayaran kedua sebanyak RM13,288,991 lagi pada 8 Julai 2008.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada menteri dan Kerajaan Malaysia yang terus memberi bantuan Dana Per kapita Kerajaan Negeri Kedah 2007 dan 2008.

Soalan tambahan saya, ada dua soalan pohon jawapan daripada menteri. Rakyat Kedah tahu Kabinet telah bersetuju untuk membayar pampasan RM100 juta setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana berkorban tidak mengambil hasil balak dalam kawasan tadahan air Ulu Muda seluas 120,000 hektar. Soalan, berapakah jumlah telah bayar?

Yang kedua, setelah Pakatan rakyat memerintah lima buah negeri ini, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan bantuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Rakyat kelima-lima buah negeri ini ingin menyoal melalui saya, insya-Allah apakah saluran ini sah di sisi Perlembagaan? Ini kerana mewujudkan kerajaan dalam kerajaan dan memecahkan bibit perpecahan sesama rakyat. Pohon jawapan, insya-Allah.

final • 10:00 AM

Dato' Kong Cho Ha

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.

Soalan pertama itu sudah luar tajuk, dan untuk capitation grants melalui Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri pada masa sekarang. Selain daripada capitation grants, Kerajaan Persekutuan juga memberi grants dari segi penyelenggaraan jalan raya dan juga bayaran 50% untuk bil lampu jalan dan lampu isyarat yang dibayar melalui PBT yang disalurkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan. Untuk soalan politik, saya tidak boleh jawab. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan dari penyokong kerajaan? Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah peruntukan mengikut jumlah satu kepala diperuntukkan dalam perkiraan kerajaan dalam pemberian per kapita?

Seterusnya sehingga sekarang ini apakah peruntukan ini akan dinaikkan memandangkan kos hidup rakyat semakin bertambah dengan kenaikan harga barang, bahan bakar seterusnya. Jadi apakah kerajaan akan menimbang supaya perkara ini dikaji balik?

final • 10:00 AM

Dato' Kong Cho Ha

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kerajaan pada mulanya membayar kadar capitation grants ini untuk tahun sebelum 1976 untuk 50,000 orang pertama adalah RM15 seorang dan 200,00 orang berikutnya adalah RM10 seorang dan baki selebihnya adalah RM4 seorang.

final • 10:00 AM

Dato' Kong Cho Ha

Namun, pada tahun 1976 kadar itu dipinda buat kali pertama. Di mana untuk 100,000 orang yang pertama bayarannya adalah RM20 seorang. Untuk 500,000 berikutnya adalah RM10 seorang dan untuk 500,000 berikutnya adalah RM6 seorang dan baki selebihnya adalah RM3 seorang.

Pindaan kali kedua dibuat pada tahun 1992. Di mana untuk 50,000 orang yang pertama bayaran adalah RM60 seorang. Untuk 500,000 berikutnya adalah RM8.50 seorang dan untuk 500,000 orang berikutnya ialah RM9 seorang dan baki selebihnya adalah RM9.50 seorang.

Pindaan kali ketiga yang dibuat pada tahun 2002 adalah kadar yang dipakai sehingga sekarang. Untuk 100,000 orang pertama adalah RM72 seorang dan 500,000 orang berikutnya adalah RM10.20 seorang dan untuk 500,000 orang berikutnya adalah RM10.80 dan baki selebihnya adalah RM11.40 seorang.

■1110 Ini adalah kadar yang kita masih guna pakai pada masa sekarang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap tahun kajian ini boleh dibuat pada mesyuarat tahunan Majlis Kewangan Negara yang dihadiri oleh semua menteri besar dan ketua menteri dari semua negeri di mana mereka boleh berbincang dan buat cadangan kalau perlu atau tak perlu untuk mengubah ataupun mengkaji semula kadar itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

9. Tuan Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk membantu sejumlah 498,800 keluarga di negara ini yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labis. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM, menyediakan pelbagai bantuan kewangan untuk membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan supaya dapat mengurang atau meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga satu tempoh keadaan mereka dapat dipulihkan untuk berdikari.

Antara langkah-langkah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk membantu keluarga yang mempunyai pendapatan rendah ini adalah seperti berikut:

(i) menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM830 sebulan bagi Sarawak dan RM960 bagi Sabah dan Labuan;

(ii) menaikkan kadar elaun pekerja cacat daripada RM200 sebulan kepada RM300 sebulan seorang melalui bulan Januari 2008 dan menaikkan syarat asas kelayakan penerima bantuan ini daripada pendapatan tidak melebihi RM750 sebulan kepada RM1,200 sebulan;

(iii) telah menaikkan kadar bantuan warga emas ataupun BOT, Bantuan Orang Tua dari RM200 sebulan kepada RM300 sebulan mulai Januari tahun 2008; dan

(iv) mewujudkan skim bantuan penjagaan orang kurang upaya, pesakit kronik terlantar dengan kadar RM300 sebulan untuk penjaga sepenuh masa penjaga OKU terlantar dan pesakit kronik terlantar dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Terbaru kerajaan akan memberikan elaun kepada OKU yang tidak berupaya bekerja sebanyak RM150 sebulan mulai 1 Januari 2009 dan kerajaan juga menubuhkan

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta, bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan pendapatan secara mengejut seperti kemalangan dan sebagainya, dan itu adalah sebahagian inisiatif kerajaan melalui kementerian ini untuk tidak mengabaikan golongan berpendapatan rendah selain daripada langkah-langkah lain yang diambil oleh kementerian-kementerian lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Chua Tee Yong - Labis

Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri.

Adakah kementerian akan berusaha untuk menyemak semula garis panduan kemiskinan memandangkan kadar inflasi yang tinggi sehingga mencapai 8.5%.? Kalau tidak kenapa kerana di kawasan saya terdapat ramai orang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM800 dan mempunyai dua atau tiga anak dan mereka tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka dan mereka tidak juga dapat memohon bantuan daripada kementerian. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labis. Banyak betul soalan dalam satu soalan. Sebenarnya kementerian sentiasa mengadakan semakan berkala dari semasa ke semasa. Seperti yang telah diumumkan melalui pembentangan Bajet 2009 baru-baru ini seperti juga yang saya nyatakan sebentar tadi kadar kelayakan penerima bantuan baru dinaikkan daripada RM400 kepada RM720 di semenanjung dan ini kita jangka akan memberi jangkauan daripada 54,000 isi rumah penerima sekarang kepada hampir 110,000 isi rumah penerima dan untuk kadar-kadar lain juga seperti yang saya nyatakan tadi ia sentiasa disemak mengikut keadaan semasa dan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat.

Kepada mereka yang memohon tetapi mempunyai pendapatan yang terlalu hampir dengan paras garis yang ditentukan Yang Berhormat, antara syarat kelayakan selain daripada yang asas iaitu warganegara, pemastautin, tidak berkemampuan, kelayakan terendah tadi dan sebagainya. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh diambil kira oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah seperti bilangan anak, tanggungjawab keluarga, keuzuran ketua rumah, ketidakupayaan bekerja dan lain-lain yang boleh diberi perhatian oleh pegawai yang meluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minggu lepas saya pergi ke kawasan Parlimen saya di Batu Gajah dan melawat komuniti India yang menetap di setinggan-setinggan. Seorang ibu yang suaminya di penjara, tujuh orang anak dan bekerja sebagai mencuci botol RM15 sehari sahaja dan saya amat terkejut dan bukan sebuah rumah sahaja saya lawat lapan buah rumah komuniti India di Batu Gajah ini dan saya tanya apakah ada bantuan yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka kata tak tahu, tiada.

Jadi saya hendak tanya apakah program-program dan langkah-langkah yang sedia ada oleh kementerian ini, apakah kementerian sudi melibatkan wakil-wakil rakyat maklumat disampaikan kepada mereka, mereka boleh menyampaikan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membantu mempercepatkan bantuan-bantuan ini kepada hardcore ini tanpa mengira perbezaan parti politik. Jadi persoalan ini agar memastikan langkah-langkah ini sampai kepada mereka...

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

Faham Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Kepada yang memerlukannya.

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

Saya dapat maksud Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan dengar angka-angka sahaja yang menarik. Jadi saya pohonlah perbezaan politik diketepikan. Libatkan kami bersama. Itu

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

kakitangan kerajaan? Jadi itu tugas kita Yang Berhormat dan juga tugas ketua kampung termasuk JKKK yang dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri dan sekarang ini pihak kementerian sedang melaksanakan projek cari dan inilah antara salah satu fungsi projek cari ini. Yang Berhormat sudah turun padang anggaplah itu mencari orang susah dan bawalah ke pengetahuan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri

final • 10:00 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tidak menyeleweng! Tidak menyeleweng!

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Menyeleweng Dewan!

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tanggungjawab kerajaan...

final • 10:00 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tidak menyeleweng!

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia cerita macam mana tugas wakil rakyat!

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Bagi bantuan untuk kawasan Ahli Parlimen dia tarik balik. Ini menyelewengkan Dewan.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Timbalan Menteri ajak Yang Berhormat turun padang.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya yang menentukan itu penyelewengan atau tidak.

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

Yang Berhormat, penerima bantuan tidak mengira parti, warna kulit, agama dan sebagainya Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sedap didengar, sedap didengar!

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tak percaya, tak percaya!

final • 10:00 AM

Puan Noriah binti Kasnon

Saya buat program tak datang. Pegawai kebajikan dijemput...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 10:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maklumat tak diberi!

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau pun menyampaikan hujah rasional sedikit. Saya pun kena bersabar juga kadang-kadang mendengar hujah yang tidak munasabah. Biarlah saya yang menentukan sama ada itu penyeleweng kah, di bawah peraturan mesyuarat kah atau tak kena-mengena dengan soalan asal. Jangan ambil alih kerja saya. Kalau ambil alih saya tidak kerjalah... [Ketawa] ■1120 Yang saya dengar tadi itu adalah jawapan yang munasabah, soalan pun munasabah, dua-dua tidak puas hati biarkanlah begitu berbahas kita seterusnya.

final • 10:00 AM

10. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah persiapan Malaysia di dalam menghadapi pencemaran radiasi nuklear di pelabuhan dan lapangan terbang untuk melindungi rakyat dari bahaya tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak jawab pantun atau hendak jawab soalan saya tidak pasti. Tuan Yang di-Pertua, persiapan Malaysia di dalam menghadapi pencemaran radiasi nuklear di pelabuhan dan lapangan terbang untuk melindungi rakyat daripada bahaya tersebut meliputi tiga aspek.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Pertama ialah dalam aspek pencegahan, kedua pengesanan dan ketiga tindak balas. Dalam aspek pencegahan MOSTI melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom atau LPTA telah membangunkan mekanisme kawalan dan kawal seliaan import, eksport, transit dan transhipment bahan radioaktif ataupun bahan nuklear di Malaysia melalui kaedah perlesenan dan pengeluaran kebenaran ataupun permit.

Keduanya dari aspek pengesanan. Pertama MOSTI melalui LPTA akan melakukan pengawasan dan pengesanan melalui pengambilan sampel air, udara dan paras sinaran luar di lokasi pelabuhan ataupun lapangan terbang sebelum, semasa dan selepas insiden di lokasi. Kedua, MOSTI melalui LPTA telah membangunkan pusat kendalian kecemasan di ibu pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di Dengkil Selangor. Tujuannya untuk mengesan sebarang kemungkinan sebarang kejadian pencemaran radiological dan nuklear sama ada dalam udara atau melalui sempadan secara online.

Sistem pengesanan bahan radioaktif dan nuklear kebangsaan yang dibangunkan terdiri daripada pemantauan alam sekitar ataupun Environmental Radiation Monitoring System atau ERMS dan pengesanan penyeludupan di sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang.

Yang ketiga jika LPTA mengesan sebarang pencemaran radiasi maka satu penilaian tahap pencemaran akan dilakukan seandainya melepasi had yang dibenarkan maka LPTA akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara ataupun MKN bagi tindakan selanjutnya seperti mana di bawah kehendak Arahan 20 MKN.

Tuan Yang di-Pertua, dari aspek tindak balas ataupun respons, MOSTI melalui LPTA telah membuat persiapan seperti berikut. Pertama mengadakan latih tubi ataupun drill, pencemaran radiological di peringkat dalaman dengan syarikat pemegang lesen dan di peringkat kebangsaan melibatkan lead agency di bawah Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Arahan 20 melibatkan bomba, tentera, Polis Diraja Malaysia sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran radiasi atau pencemaran yang melibatkan bahan radioaktif ataupun nuklear.

Kedua, MOSTI melalui LPTA juga telah menjalin kerjasama di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa dalam menangani kecemasan dan kemalangan radiasi dengan pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. Kerjasama ini selaras dengan perjanjian yang telah ditangani oleh Malaysia dengan pihak IAEA seperti Convention on Early Notification of a Nuclear Accident ataupun CENNA yang ditandatangani pada 1 September 1987 dan Convention on Assistance in Case of a Nuclear Accident or Radiological Emergency yang ditandatangani pada 1 September 1987. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih timbalan menteri yang telah memberi jawapan yang cukup panjang lebar berhubung dengan apa tindakan.

Sebenarnya kalau kita berbincang tentang radiasi dan juga kesan, salah satu daripada kesannya ialah penyakit kanser yang sering dihidapi oleh rakyat kita mutakhir ini.

Masalah radiasi bukan sahaja berlaku di pelabuhan, di lapangan terbang tetapi juga berlaku di kawasan-kawasan yang lain.

Di antara persoalan saya ialah adakah kementerian sering melakukan monitoring ataupun pemonitoran di atas sinar latar ataupun background radiation seperti dari sinar beta, gama dan juga gas radon yang berpunca daripada pasir lombong, batu-bata dan aktiviti proses amang yang dibuat perusahaan di dalam negara kita kerana ini juga yang menyebabkan proses penyebaran radiasi yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan masyarakat yang mungkin tidak diketahui oleh rakyat seperti mana di pelabuhan dan juga di lapangan terbang, pohon jawapan daripada kementerian.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman kita semua, setakat ini kita membuat kajian ataupun pemantauan secara berskala dan sebenarnya agensi kita sudah membuat based-line study, maknanya based-line data sudah ada.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Untuk makluman kita semua dari segi radiasi kita ada dua punca. Pertama yang semula jadi yang ada di udara kita, di laut dan juga di dalam tanah. Jadi apa Yang Berhormat tanya tadi ialah akibat aktiviti-aktiviti mungkin perlombongan misalnya, adakah radiasi berlaku dan ini sebenarnya based-line data ini ialah guideline yang kita sediakan untuk mengetahui apakah kedudukan radiasi yang berada dalam alam sekitar kita. Apakah radiasi based yang ada dalam air, dalam laut dan juga dalam tanah kita dan ini sudah ada, data ini sudah ada. Apabila berlakunya pencemaran, berlakunya aduan maka kita akan membuat kajian untuk mengkaji daripada based-line ini adakah perubahan based-line data ini tadi menunjukkan ada peningkatan pencemaran dan setakat ini ianya alhamdulillah tidak berlaku di negara kita.

Yang ada secara skala dan secara rambang yang kita lakukan daripada mesin- mesin yang kita ada, maklumat yang kita ada di seluruh negara setakat ini kita mempunyai data yang selamat dan tiada berlaku radiasi yang membahayakan kesihatan masyarakat kita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato Dr. James Dawos Mamit - Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Pendang tadi bahawa radioaktif material ini memang wujud di batu di bawah tanah, wujud di laut dan wujud juga di industri minyak yang dinamakan tinom. Tinom ini terkumpul di tempat rawatan minyak seperti di Miri, di Bintulu dan mungkin di Kerteh juga.

Soalan saya bagaimanakah tinom ini dilupuskan agar radioaktif material ini memang betul-betul dilupuskan. Yang kedua, mereka yang paling terdedah kepada radioaktif material ini ialah pekerja-pekerja. Bagaimanakah mereka ini dikawal, adakah mereka ini dibekalkan dengan badge radioaktif supaya mereka ini sentiasa di kawal dan jika kandungan radioaktif ini sudah tinggi di badan mereka, bagaimanakah mereka ini dirawat.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Mambong.

Sebagaimana saya katakan tadi untuk pengawal seliaan kita ada ERMS ataupun Environmental Radiation Monitoring System yang terletak di Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan Perlis.

Ini untuk memantau keseluruhan alam sekitar kita dan setakat ini kita juga mempunyai alat-alat di lokasi seperti di lapangan terbang, KLIA, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dan daripada maklumat-maklumat ini kita sudah tentu dari segi pengawal seliaan, orang yang mengendalikan bahan-bahan radiasi radioaktif, mereka dikehendaki mematuhi syarat-syarat tertentu.

Segala bahan pelupusan dan sebagainya mereka mestilah mematuhi segala peruntukan yang telah dikeluarkan dan sebarang ketidakpatuhan mereka akan diambil tindakan. Ini termasuklah di hospital-hospital juga menggunakan bahan-bahan radioaktif untuk perubatan misalnya di hospital menggunakan Iodine-131 untuk mengubat pemetaan tiroid misalnya.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat. Menteri menjawab.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Mungkin Yang Berhormat doktor-doktor kita yang ada di sini tahu dan ini juga melibatkan teknologi nuklear sebenarnya dan ini memang berlaku dan kita mempunyai kaedah mekanisme untuk mengawal dan setakat ini alhamdulillah kementerian melalui LPTA telah dapat mengawal dan siap siaga sebenarnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila berlakunya pencemaran radiasi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1130

final • 10:00 AM

11. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan:-

(a) berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada negeri Sarawak khususnya Bintulu di dalam Projek Pembekalan

final • 10:00 AM

Elektrik bagi tahun perlaksanaan 2008-2009 ; dan

(b) adakah peruntukan ini melibatkan kos kerja-kerja pendawaian elektrik dalam setiap rumah kampung ataupun rumah panjang.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Bintulu. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian pada tahun 2008-2009 sedang melaksanakan 202 projek talian grid bernilai RM150 juta di seluruh negeri Sarawak yang dijangka akan memberi manfaat kepada 8,439 buah rumah. Dari jumlah tersebut 21 projek di kawasan Parlimen Bintulu bernilai RM7.75 juta di antara kawasan yang menerima paling banyak peruntukan dan melibatkan 552 buah rumah sedang dilaksanakan. Kerja-kerja ditapak bina telah dimulakan dan semua projek dijadualkan akan disiapkan pada 15 September 2009.

Skop perlaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar hanya meliputi kerja pembinaan talian penghantaran, talian pengagihan dan talian perkhidmatan sehingga tapak meter di rumah. Kerja-kerja pendawaian dalam rumah pengguna dilaksanakan oleh Syarikat Sesco Berhad di bawah program Assisted Wiring Scheme ataupun AWS. Melalui skim ini kerja pendawaian dalam rumah termasuk kos deposit meter ditanggung dahulu oleh Syarikat Sesco Berhad dan pengguna perlu membayar kos tersebut secara ansuran bulanan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu, jam sekarang 11.32. [Ketawa] [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion tujuh ratus dua puluh sembilan juta satu ratus empat puluh lima juta ringgit (RM53,729,145,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2009, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2009, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 41 Tahun 2008, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” [15 Oktober 2008]

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya bangun untuk membahaskan anggaran belanjawan yang melibatkan RM183.7 bilion. Di

final • 11:32 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

mana lebih kurang RM129 untuk mengurus, RM53 bilion untuk pembangunan untuk membangunkan projek-projek yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang lebih kurang 5.4% tahun hadapan akan dapat meningkatkan per kapita rakyat Malaysia lebih kurang 8.1%. Dengan strategi yang cukup baik yang dibawa oleh kerajaan iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Membangunkan modal insan berkualiti dan juga memperkukuhkan daya tahan negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pertanian dan industri asas tani kita dapat melihat bagaimana usaha kerajaan untuk menambah bahan-bahan makanan bagi mengisi tabung makanan negara kerajaan berbelanja lebih daripada RM4 bilion. Oleh kerana usaha yang telah pun dibuat oleh petani kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan dan juga hasil pertanian kadang kala menerima masalah apabila sistem pemasaran pertanian kita tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagaimana yang diperlukan oleh petani. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya FAMA terus diperkasakan. Di mana petani- petani kita dapat menggunakan pasar tani untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka secara terus dan kini mendapat perhatian yang sangat baik.

Saya mencadangkan supaya peruntukan ditambah untuk membangunkan prasarana pasar tani yang memberikan peluang kepada petani-petani desa di mana tapak- tapak pasar tani ini dapat dipertingkatkan. Kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas, kemudahan bekalan air dan api akan dapat dilengkapkan bagi membolehkan petani-petani kita memasarkan hasil pertanian dengan baik. Begitu juga pasar-pasar malam yang mendapat perhatian yang sungguh baik akan dilengkapkan dengan lampu limpah dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat melihat bagaimana industri asas tani dapat membangunkan peluang-peluang ekonomi di kawasan desa. Saya mencadangkan supaya kerajaan melalui kementerian ini akan dapat memberikan latihan dan akan memperkenalkan teknologi-teknologi baru, pengembangan projek dan memberikan modal yang cukup serta melihat pemasaran yang lebih baik kepada petani-petani.

Tuan Yang di-Pertua, usaha yang dibuat oleh kerajaan membangunkan petani kita terutama sekali dengan pembangunan rancangan tanah FELDA adalah merupakan usaha yang terpuji. Melalui dasar ekonomi baru kerajaan, kerajaan membawa rakyat miskin tidak kira orang Cina, orang India dan orang Melayu di tempatkan di satu perkampungan FELDA yang sangat berjaya. Diberikan tanah oleh kerajaan, diberikan rumah dan sistem pengurusannya yang amat sistematik. Saya mencadangkan dalam kejayaan kerajaan dan juga FELDA membangunkan masyarakat peneroka dan juga generasi kedua FELDA supaya soal tanam semula di rancangan tanah FELDA ini diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan. Saya dapat melihat apabila berlakunya proses tanam semula, peneroka terpaksa berhutang semula. Ini adalah membebankan kepada peneroka kita. Begitu juga dengan tempoh masa tanaman semula ini ada di antara pegawai-pegawai dan pengurus yang bagus dapat memantau projek ini dengan baik. Tetapi terdapat juga sebahagian daripada pegawai-pegawai yang tidak memantau proses tanaman semula ini dengan baik menyebabkan peneroka kita terpaksa menanggung kos sara hidup pinjaman yang panjang.

Apabila masanya panjang hasilnya juga lambat dapat dikeluarkan. Maka hutang pinjaman saraan hidup peneroka juga adalah amat membebankan. Saya mencadangkan supaya pemantauan ini akan dapat dibuat dengan lebih baik di mana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab diberikan tunjuk ajar dan juga amaran supaya hasil ini akan dapat dikeluarkan dengan sempurna. Tuan Yang di-Pertua, keselamatan di rancangan tanah FELDA juga perlu diberikan perhatian. Saya mencadangkan kementerian yang berkaitan akan dapat menaik taraf semua pondok-pondok polis yang berada di kawasan FELDA. Di mana kawasan yang belum ada pondok-pondok polis akan dapat dibina dan juga ditambah anggotanya bagi membolehkan soal keselamatan di rancangan tanah FELDA akan dapat diberikan perhatian oleh kerajaan.

Kita amat memerlukan soal keselamatan ini akan dapat dipertingkatkan bagi membolehkan kualiti hidup rakyat terutama sekali masyarakat FELDA akan dapat kita

final • 11:32 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

pertingkatkan. Begitu juga dengan serangan penyakit demam yang berbagai-bagai jenis akhir-akhir ini yang melumpuhkan usaha kita dapat melihat hasil dapat dikeluarkan oleh peneroka FELDA dengan lebih baik. Saya mencadangkan supaya sistem pelupusan sampah di rancangan tanah FELDA akan dapat dipertingkatkan bagi menghindarkan serangan nyamuk kepada masyarakat peneroka FELDA dan seterusnya akan dapat menjejaskan pengeluaran hasil tani dan juga menjejaskan kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua dalam membangun modal insan yang berkualiti saya dapat melihat usaha kerajaan yang berjaya memberikan kualiti dan juga taraf hidup akademik yang terbaik kepada anak-anak Malaysia dengan memberikan sistem pelajaran yang cukup sempurna dan menanggung segala kos yang sepatutnya ditanggung oleh penjaga dan ibu bapa.

Bagaimana kerajaan dapat melonjak pencapaian mutu dan juga kualiti pendidikan dan pelajaran anak-anak kita yang tinggal di merata tempat termasuk juga di kawasan luar bandar.

■1140 Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat dalam usaha kerajaan meningkatkan akademik dan juga pencapaian ilmu pengetahuan di kalangan anak-anak kita ini, terdapat juga satu jenis ataupun kategori anak-anak kita ini yang dimasukkan di dalam kumpulan murid-murid lembap. Walaupun ada usaha yang dibuat oleh kementerian dengan memberikan latihan-latihan tambahan, guru-guru yang khas untuk melatih asas akademik mereka seperti membaca, menulis dan mengira tetapi mereka ini jelas tidak menunjukkan perkembangan di dalam bidang akademik.

Namun begitu, kemahiran mereka cukup baik, tangan mereka cukup berkualiti, mata mereka juga cukup tajam dan kemahiran-kemahiran seperti masakan, jahitan, pertukangan, gunting rambut dan juga kemahiran-kemahiran yang lain sepatutnya diberikan peluang di dalam usia yang muda supaya mereka ini tidak membuang masa duduk di dalam kelas. Selepas PMR, dengan latar belakang yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira, mereka akhirnya membuang masa selama dua tahun.

Saya mencadangkan kepada kementerian supaya murid-murid jenis ini diberikan satu latihan khas dalam bidang kemahiran. Jangan tunggu selepas SPM baru mereka ini ditempatkan di dalam latihan-latihan kemahiran. Ini akan juga menjejaskan kualiti pengajaran guru. Kita dapat melihat bagaimana keperluan guru-guru menumpukan sebahagian besar daripada masa mereka di dalam bilik darjah memantau, mengasuh dan mendidik anak-anak. Akan tetapi oleh sebab murid-murid yang sedemikian rupa tidak minat belajar, mereka juga tertekan berada di dalam bilik darjah kerana mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru. Di dalam kategori ini, sudah tentulah bidang kemahiran ini akan dapat menyelesaikan permasalahan kita.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti, kita dapat melihat bagaimana guru memainkan peranan yang sangat penting.

Hari ini saya dapat melihat beban perkeranian guru-guru kita sangat berat di mana guru- guru dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian. Sudah tentulah mereka kurang dapat menumpukan perhatian kepada tugas asas mereka iaitu mengajar di dalam bilik darjah. Di dalam masa mereka mengajar, mereka juga terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyiapkan kerja-kerja perkeranian yang sepatutnya tidak perlu ditunaikan oleh seseorang guru. Saya mencadangkan supaya pegawai yang tidak perlu dilatih menjadi sebagai seorang guru yang profesional mengambil alih tugas guru-guru tersebut bagi menyiapkan kerja-kerja perkeranian yang tidak sepatutnya dibebankan kepada guru-guru, tetapi guru-guru ini haruslah kita beri tumpuan kepada tugas hakikinya iaitu mengajar, mendidik dan mengasuh anak-anak di dalam bilik darjah dan juga persekolahan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat kasihan melihat bagaimana kemudahan guru tidak dapat diterima sebagaimana pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Saya melihat bilik-bilik guru sangat daif. Tidak ada bilik-bilik yang sesuai untuk guru-guru ini menjalankan tugasnya sebagai seorang guru bagi memeriksa kertas-kertas ataupun menjalankan tugas- tugas yang lain, sedangkan pegawai-pegawai kerajaan yang lain mempunyai bilik yang sangat selesa dengan meja yang baik, komputer dan juga alat-alat sokongan untuk memberi dan juga meningkatkan kualiti kerja mereka. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya peruntukan yang diberikan ini akan dapat menaikkan taraf bilik guru kita

final • 11:32 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kualiti pegawai-pegawai pendidikan khususnya guru-guru yang berada di kawasan sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat melihat sebahagian daripada sekolah- sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga Tamil berada di dalam keadaan yang amat daif.

Saya juga dapat melihat kekurangan bilik-bilik darjah terutama sekali sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan Jempol. Kekurangan bilik-bilik darjah ini menuntut supaya kerajaan menambahkan lagi peruntukan yang disediakan di dalam belanjawan ini supaya dapat memberikan sebahagian peruntukan tersebut bagi memberikan peningkatan kualiti bilik-bilik darjah bagi membolehkan anak-anak kita belajar dengan baik di sekolah- sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga Tamil. Begitu juga dengan kementerian yang bertanggungjawab. Saya dapat melihat sebahagian daripada ibu bapa mereka sudah berhijrah. Tidak lagi tinggal di dalam estet, tetapi duduk di bandar-bandar. Akan tetapi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini masih berada di kawasan estet dan pedalaman. Ini melibatkan juga jalan-jalan masuk yang sangat daif dan sudah tentulah membebankan guru-guru yang berulang-alik di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat bagaimana usaha kerajaan untuk mendapatkan seberapa baik ahli-ahli sukan kita bagi mengutip pingat dan juga kejayaan di peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi bagaimana sukanya rakyat Malaysia apabila atlet kita mendapat pingat di peringkat Sukan Olimpik. Akan tetapi kita dapat melihat bagaimana usaha ini dapat dijalankan oleh negara-negara yang maju di dalam bidang sukan, di mana mereka melentur ‘buluh’ ini daripada peringkat ‘rebung’nya. Kita di Malaysia, tugas untuk pembangunan sukan ini kita serahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mendidik anak- anak kita di dalam bidang sukan.

Peranan guru adalah mengajar, peranan murid adalah belajar. Saya mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, supaya tanggungjawab ini dapat diambil alih supaya dapat melatih, mencungkil dan juga melihat sukan berprestasi tinggi ini dapat diberikan latihan yang cukup dengan teknologi terkini terutama sekali pemakanan dan kesihatan. Latihannya akan dapat diberikan di peringkat lebih awal lagi. Untuk itu sebahagian daripada peruntukan ini sudah seharusnya dapat disalurkan dalam kementerian ini bagi melihat atlet-atlet kita akan dapat diasuh di peringkat ‘rebung’ lagi.

Begitu juga sukan-sukan yang telah pun menunjukkan kejayaan kita untuk peluang-peluang mendapatkan pingat terutama sekali di dalam bidang Sukan Olimpik pada masa yang akan datang seperti acara memanah dan juga badminton. Akan tetapi, malang sekali mereka yang telah pun kita dedahkan di dalam bidang ini ialah mereka yang telah lewat usianya. Adalah lebih baik kementerian ini dapat melihat di peringkat usia ‘rebung’ ini dapat dilatih dan diberikan latihan yang sempurna supaya bakat ini dapat diasuh di peringkat awal, dan kita akan dapat melahirkan jaguh-jaguh badminton yang ternama pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, bidang pelancongan adalah merupakan bidang yang sangat penting dan ia bukan sahaja dapat menjana ekonomi di kalangan negara kita, tetapi juga memberikan pendapatan tambahan di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang terlibat di dalam bidang industri pelancongan. Sudah tentulah lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dapat dilahirkan dengan kemasukan pelancong yang terus bertambah di dalam negara kita. Namun begitu, dalam masa kita menambah bilangan pelancong yang datang ke Malaysia, kita juga mesti melihat bagaimana kemudahan infrastruktur sokongan ini akan dapat mempertingkatkan kemudahan kepada pelancong. Ini termasuk juga peningkatan kualiti tandas awam, tempat letak kereta, gerai-gerai jualan dan juga tempat-tempat untuk berniaga cenderamata dan sebagainya. Ini termasuk juga di kawasan Jempol, walaupun Teratak Zaaba dikunjungi begitu ramai pelancong, sehingga ke hari ini tidak terdapat satu gerai jualan cenderamata pun ataupun gerai-gerai sokongan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat berniaga dan juga pelancong-pelancong untuk membeli bahan-bahan untuk dibawa balik.

Saya juga mencadangkan supaya kementerian ini bergabung dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk melihat bagaimana muzik tradisional yang sepatutnya akan dapat kita komersialkan sebagai produk pelancongan yang dapat menawarkan satu keadaan yang menarik kepada pelancong-pelancong kita. Kita dapat

final • 11:32 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

melihat setiap negeri di dalam negara kita mempunyai muzik tradisionalnya yang sangat menarik. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya peruntukan disediakan agar alat-alat muzik tradisional ini diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah dan juga badan- badan yang dapat mengembangkan muzik tradisional tersebut.

■1150 Begitu juga dengan peralatan, jurulatih dan kemudahan-kemudahan sokongan yang lain, bukan sahaja akan dapat membantu perkembangan muzik tradisional ini tetapi akan dapat kita komersialkan sebagai produk pelancongan yang akan dapat dikagumi oleh pelancong-pelancong yang datang ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi memainkan peranan untuk membantu memberikan keselesaan dan juga kesejahteraan kepada rakyat dalam negara kita. Saya dapat melihat apabila berlaku perayaan-perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Hari Raya, bilangan indeks pengguna air dalam kawasan- kawasan terutama sekali perkampungan dan juga kawasan luar bandar melonjak kepada tiga kali ganda. Akan tetapi kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan kerajaan ini kepada rakyat adalah menyebabkan sebahagian daripada rakyat menerima masalah kekurangan bekalan air di waktu hari perayaan tersebut.

Saya mencadangkan kepada kementerian supaya dapat memperuntukkan bagi menaik taraf bekalan air luar bandar dengan meningkatkan loji-loji yang akan dapat mengeluarkan volume yang lebih besar dan begitu juga diagihkan melalui paip-paip yang lebih baik. Hari ini paip-paip air kita uzur, banyak yang pecah dan juga kadar kehilangan air yang begitu tinggi dan ini menyebabkan sebahagian daripada kampung ataupun kawasan luar bandar tidak mendapat bekalan air tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan maklumat kepada rakyat, tetapi hari ini kita dapat melihat bagaimana kualiti RTM di mana peralatannya adalah merupakan peralatan yang tidak berkualiti. Baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana tingginya kualiti peralatan TV Singapura berbanding dengan TV, RTM. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini dapat digunakan bagi meningkatkan peralatan yang digunakan oleh RTM dan juga dengan membekalkan peralatan-peralatan terkini, latihan-latihan kepada pegawai-pegawai mereka bagi membolehkan siaran ini dapat bersaing dengan TV swasta dan juga negara-negara lain.

Begitu juga peralatan siar raya yang kita bekalkan di daerah-daerah bukan sahaja tidak cukup tetapi tidak berkualiti dan saya mencadangkan juga supaya pegawai-pegawai ini dilatih hanya sebagai juruacara kerana dalam acara-acara rasmi kerajaan pun mereka ini tidak mempunyai kualiti yang cukup dan gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bukan sahaja memberikan perhubungan yang baik, membawa dan memasarkan hasil-hasil pertanian dan ini sudah tentu meningkatkan ekonomi dalam negara kita. Saya mencadangkan kepada JKR ataupun Jabatan Kerja Raya dan juga kementeriannya supaya dapat menaikkan taraf jalan-jalan yang berada di Negeri Sembilan. Banyak lagi jalan-jalan yang sangat berbahaya, simpang- simpang yang berbahaya, jambatan yang sempit, jalan utama di kawasan FELDA, terutama sekali FELDA Pasir Besar ke Keratong adalah merupakan jalan pintas dan juga kenaikan harga komoditi baru-baru ini memberikan lonjakan bilangan kenderaan yang berada di kawasan FELDA, tetapi jalan ini sangat kecil menyebabkan kesesakan yang amat teruk.

Saya mencadangkan kepada kerajaan dan juga kementerian supaya memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan dalam bajet ini bagi meningkatkan kualiti dan juga taraf jalan-jalan utama di kawasan FELDA bagi membolehkan rakyat menerima kemudahan dengan baik. Begitu juga jalan di antara Serting-Keratong ke Muadzam yang menghubungkan di antara Negeri Sembilan dengan Pahang, hari ini menjadi jalan utama yang membolehkan sebahagian rakyat Pahang datang ke Kuala Lumpur menggunakan jalan tersebut. Jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut hari ini sangat tinggi tetapi kemudahan yang disediakan, laluan yang sangat sempit dan ini

final • 11:32 AM

Dato’ Haji Lilah Yassin - Jempol

telah membatas usaha kita untuk melihat bagaimana rakyat dapat menerima kemudahan ini dengan baik.

Saya mencadangkan kepada kementerian supaya mengkaji balik jalan Keratong- Serting ke Muadzam ini supaya dapat dibesarkan dan dinaikkan taraf bagi membolehkan sebahagian besar kenderaan melalui kawasan tersebut dengan sempurna dan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, pengangkutan awam adalah merupakan tuntutan besar rakyat terutama sekali kenaikan harga minyak baru-baru ini menyebabkan sebahagian daripada rakyat kita beralih kepada kemudahan-kemudahan awam, tetapi hanya fokus di kawasan bandar sahaja tidak betul. Rakyat di kawasan luar bandar juga memerlukan kemudahan awam. Bas-bas yang disediakan pada hari ini bukan sahaja tidak cukup, bas- bas yang buruk, bas-bas yang tidak sempurna, laluan-laluan penting juga tidak terdaya mereka hendak menanggung kerana mereka tidak cukup bilangan dan juga kualiti bas.

Saya mencadangkan kepada kerajaan, bukan sahaja kita memberikan insentif tetapi kita gabungkan syarikat-syarikat yang miskin ini supaya menjadi syarikat besar dan ternama dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik dan sempurna. Ini supaya setiap kawasan kampung dan juga laluan akan dapat kita berikan perkhidmatan bas awam dengan sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat bagaimana rakyat dapat bergantung kepada kerajaan. Dengan bajet yang dikemukakan oleh kerajaan ini akan dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Kita mengambil pendekatan memberikan rakyat peluang untuk berbelanja. Saya yakin dan percaya dengan strategi yang dibuat oleh kerajaan ini termasuk juga memberikan pertolongan dalam jaringan sosial yang sangat baik, bukan sahaja kita mendaftar, mencari, tetapi membantu mereka, menolong golongan rakyat yang miskin. Kita catatkan dalam rekod kita mana yang boleh kita bantu, mana yang boleh kita tingkatkan usaha mereka dalam bidang yang mereka minat, dalam bidang-bidang ekonomi tertentu.

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, usaha baik kerajaan untuk membantu rakyat ini terbantut kerana ada usaha-usaha sesetengah pihak yang melahirkan krisis keyakinan, bukan sahaja krisis keyakinan di kalangan rakyat dalam negara kita tetapi kejayaan golongan-golongan tertentu ini menimbulkan krisis keyakinan kepada pelabur asing. Kita mendengar dalam Dewan yang mulia ini bagaimana mereka yang bertanggungjawab ini menempelak di mana kejayaan kerajaan hari ini kita lihat, katanya, turun bilangan pelabur asing yang datang ke negara kita. Akan tetapi dalam masa yang sama, mereka juga menjalankan usaha menimbulkan krisis keyakinan di kalangan pelabur- pelabur dengan memberikan maklumat dan juga kadangkala menghina negaranya sendiri.

Oleh yang demikian, kita dapat melihat pelabur-pelabur ini memikirkan banyak kali untuk bawa duit melabur dalam negara kita. Begitu juga usaha mereka dalam berpolitik, kita lihat usaha demonstrasi jalanan menjejaskan kestabilan politik kita dan ini juga menjadi faktor penting dalam bidang pelaburan asing.

Akhir sekali kita dapat melihat bagaimana usaha mereka untuk menukar kerajaan dengan cara yang salah, bukan melalui demokrasi, 16 September yang lepas juga menimbulkan krisis keyakinan kepada sebahagian daripada pelabur-pelabur asing. Oleh yang demikian, ikhlaslah kita dalam masa kita berjuang untuk rakyat, kita hendak juga kita membantu kerajaan. Kalau ada kemerosotan bilangan pelabur asing yang datang ke negara kita adalah disebabkan oleh perangai kita, tindakan kita, sabotaj kita, dengan harapan apabila negara disabotaj, ekonomi merudum, rakyat akan bangun memberontak dan dalam masa yang sama mungkin akan dapat mengaut keuntungan politik. Akan tetapi ikhlaslah kita sama-sama membantu rakyat melahirkan kumpulan-kumpulan tertentu yang membantu dan mendukung cita-cita kerajaan bagi membela rakyat dan membela negara Malaysia yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

■1200

final • 11:32 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berucap. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang diketahui oleh semua Ahli Yang Berhormat dan rakyat di seluruh Malaysia bahawa pada 12 September, kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan ISA untuk menahan pemberita Sin Chew Jit Poh (Tan Hoon Cheng), penulis blog (Raja Petra Kamaruddin) dan juga saya.

Saya ditangkap oleh polis pada lebih kurang jam 11.20 di hadapan kondominium saya atas tuduhan menyebabkan ketegangan dan pergaduhan di antara kaum dan agama di bawah Fasal 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selepas itu saya ditahan secara persendirian di satu pusat tahanan di Kuala Lumpur selama tujuh hari.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang menghairankan saya dan juga seluruh masyarakat Malaysia ialah Menteri Dalam Negeri sehingga sekarang masih gagal memberi alasan yang munasabah untuk meyakinkan orang ramai bahawa ketiga-tiga kami telah mengancam keselamatan negara. Beliau malah berkata bahawa sebab kerajaan menahan pemberita Tan Hoon Cheng selama 18 jam adalah kerana ingin memberi perlindungan kepadanya kerana keselamatannya terancam, satu alasan yang amat melucukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dilemparkan tuduhan yang besar iaitu saya dikatakan telah menyebabkan ketegangan dan pergaduhan di antara kaum dan agama tapi selama tujuh hari penahanan saya, saya hanya ditanya tiga soalan utama oleh pegawai penyiasat polis yang mana berdasarkan tulisan dalam sesetengah laman web dan juga satu artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 10 September 2008 yang mana saya dituduh membantah laungan azan sebuah masjid di Bandar Kinrara, saya dituduh mencadangkan supaya 30% daripada peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) digunakan bagi agama-agama bukan Islam dan juga saya dikatakan memaksa DBKL menurunkan semua papan tanda tulisan jawi di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga soalan tersebut sebenarnya adalah langsung tidak berasas dan saya telah pun menerangkan isu-isu ini kepada pemberita akhbar ke bahasa Malaysia malah disiarkan dalam blog saya pada 10 September 2008 iaitu dua hari sebelum saya ditahan di bawah ISA. Apakah penahanan saya menunjukkan bahawa pihak polis tidak membuat homework dan tidak menjalankan siasatan sebelum mereka menahan saya. Kenapakah pihak polis tidak panggil saya untuk memberi keterangan di balai polis tetapi sebaliknya mereka menahan saya di bawah ISA baru mereka menjalankan siasatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan pada hari-hari sebelum saya ditahan di bawah ISA, terdapat banyak sms, e-mel dan sesetengah blog yang menyiarkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya. Apakah pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap mereka yang membuat cerita palsu dan melemparkan tuduhan palsu terhadap saya khususnya laman web yang bernama ‘Pembela Melayu.com’ dan laman web bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Apakah siasatan polis tersebut dan juga apakah polis telah mengambil tindakan terhadap mereka. Sehubungan dengan itu, saya juga pernah membuat laporan polis terhadap pihak Utusan Malaysia, Zaini Hassan iaitu penulis yang menulis artikel ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dan juga Khir Toyo yang pernah membuat tohmahan terhadap saya. Apakah hasil siasatan polis terhadap laporan polis saya dan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis terhadap kesemua laporan palsu dan tohmahan tersebut.

final • 12:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Penjelasan.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Barisan Nasional selalu menggunakan penjelasan ...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Seputeh, ada yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya.

final • 12:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, saya juga telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo di atas fitnah

final • 12:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

yang ditaburkan tapi sehingga hari ini apabila saya follow up dengan polis, tiada apa-apa lagi hasil siasatan yang dikemukakan dan saya meminta berkali-kali daripada mereka. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itulah sebabnya saya juga membentangkan soalan yang sama kerana selepas saya ditahan di bawah ISA, saya juga pernah buat laporan polis dan kita lihat sekarang terdapat pertempuran kuasa di dalam MCA kerana adanya pemilihan di dalam MCA dan kita tahu salah seorang calon Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah membuat aduan polis bahawa terdapat banyak surat layang yang menghentam peribadinya dan kita baca surat khabar pada hari ini, polis telah pun mengambil siasatan terhadap aduannya. Jadi saya rasa anehlah kenapakah tuduhan- tuduhan yang palsu yang berunsur fitnah yang begitu serius terhadap saya dan juga yang lain yang mana sudah satu bulan saya ditahan di bawah ISA tapi masih tak ada apa-apa hasil siasatan sampai sekarang. Apakah menunjukkan bahawa pihak polis kita ini tidak membuat homework sebelum menahan saya dan tidak melakukan apa-apa siasatan selepas saya keluar dari ISA.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan. Adakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju mengenai fitnah yang dilemparkan terhadap beliau khasnya cerpen yang begitu berbahaya oleh Chamil dan Chamil ialah seorang CEO Malaysian Press Institute dan ada membuat kursus-kursus untuk pemberita-pemberita yang baru. Antara tujuan adalah untuk memperkasa wartawan agar penulisan dan penerbitan mereka membantu pembangunan negara dan perpaduan rakyat negara. Cerpen itu bukan sahaja tidak buat begitu sebaliknya dan adakah Yang Berhormat bersetuju kalau target bukan Yang Berhormat, tetapi pucuk pimpinan UMNO nombor satu, dua atau tiga, hell will brake lose in the country. TV, airtime, mass media akan hari-hari mengutuk tulisan yang begitu jahat, yang inside violence tetapi sekarang Malaysia media diam.

Bukankah ini the silent is utterly obscene oleh kerana ini tidak bertanggungjawab, hypocritical dan bukankah kita mahu MPI buat satu pendirian, semua mass media di mana akan dilatih oleh Chamil. Buat pendirian dalam perkara ini bahawa mereka tidaklah ambil tindakan double standard.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, saya memang setuju. Saya juga tak faham kenapa. Kita lihat selalunya pihak kerajaan, Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap wartawan dan juga golongan tertentu misalnya pemberita Tan Hoon Cheng hanya kerana dia melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Ismail bahawa kita ini adalah penumpang di negara kita ini, beliau ditahan di bawah ISA. Saya tidak ingin kerajaan mengambil tindakan untuk menahan Chamil Wariya ditahan di bawah ISA tetapi saya rasa siasatan, amaran dan juga show cause letter, semua ini haruslah dikeluarkan dari Kementerian Dalam Negeri kerana kita mahu negara ini menjadi aman damai dan kita mahu keharmonian di antara kaum.

Kita tidak harus membenarkan apa-apa surat khabar khususnya satu surat khabar bahasa Malaysia yang tertentu yang kita semua tahu di Dewan ini yang selalu menggunakan, mengapi-apikan, memainkan isu perkauman dan juga agama untuk menghasut orang untuk membenci di antara satu sama lain. Jadi saya ingin tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, kenapakah selalunya tidak ada apa-apa yang dilakukan terhadap surat khabar tertentu. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan yang terakhir. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Chamil patutlah memohon maaf terbuka bukan sahaja kepada Yang Berhormat sendiri tetapi kepada negara oleh kerana kita tidak mahu satu budaya kekerasan mula dalam negara kita.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya memang setuju. Sebenarnya surat khabar itu juga haruslah memohon maaf kepada sesiapa yang digelar sebagai YB J itu kerana kalau Yang Berhormat Kinabatangan menganggap YB J itu adalah dia sendiri, saya rasa surat khabar itu harus meminta maaf kepada Yang Berhormat Kinabatangan dan kita semua tahu bila kita baca artikel yang disiarkan dalam surat khabar itu, kita tahu ia dituju kepada siapa. Apakah yang surat khabar itu begitu benci kepada saya sehingga mahu saya ditembak mati. Apakah ini budaya dan juga mesej yang dibenarkan oleh Kementerian

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dalam Negeri terhadap satu surat khabar yang mempromosi keganasan terhadap ahli politik. Apakah kita mahu lihat negara kita menuju ke arah itu?

Saya ingin meminta Menteri Dalam Negeri supaya beliau memberi satu penerangan dan jawapan yang munasabah di Dewan yang mulia ini dan kita juga ingin melihat bahawa keadilan dan juga tindakan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

■1210 Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta Menteri Dalam Negeri memberitahu Dewan yang mulia ini, siapakah yang mengarahkan ketiga-tiga kami ditahan di bawah ISA. Saya difahamkan selepas saya ditahan di bawah ISA, Perdana Menteri berkata bahawa dia tidak tahu saya ditahan. Menteri Dalam Negeri pula berkata bahawa beliau tidak pernah memberi arahan kepada polis untuk menahan kami di bawah ISA tetapi kesemua ini dilakukan oleh polis dan saya ingin tanya apakah polis berani menjalankan penahanan ISA tanpa kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri?

Sekiranya Menteri Dalam Negeri tidak diberitahu tentang penahanan saya, apakah tindakan disiplin telah diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri terhadap polis khususnya Ketua Polis Negara dan juga Pengarah Cawangan Khas di PDRM atas cara mereka menahan ketiga-tiga kami ini tanpa menjalankan siasatan. Walaupun pemberita Tan Hoon Cheng dan saya telah pun dibebaskan daripada ISA sekarang, tetapi penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang masih terus berada di bawah tahanan dan juga apakah rasional kerajaan untuk terus menahan beliau memandangkan Raja Petra Kamaruddin telah pun didakwa di mahkamah? Kenapakah kerajaan tidak membiarkan mahkamah untuk mengadili beliau tetapi ingin terus menahan beliau di bawah ISA?

Tuan Yang di-Pertua, ISA digubal pada tahun 1960 untuk membanteras kegiatan komunis yang cuba menggulingkan kerajaan dengan menggunakan keganasan. Sekarang era pemberontakan komunis telah pun lepas malah penggubal ISA sendiri iaitu mendiang Profesor R.H Hickling, juga pernah menyarankan Kerajaan BN supaya ISA dimansuhkan pada beberapa tahun dahulu. Kenapakah kerajaan masih enggan memansuhkan ISA?

Negara kita telah mempunyai undang-undang yang cukup banyak untuk mendakwa mereka yang bersalah ke mahkamah. Kerajaan memang tidak mempunyai alasan untuk menahan sesiapa lagi tanpa proses perbicaraan mahkamah dengan menggunakan ISA.

Selain daripada Raja Petra Kamaruddin, ramai tahanan ISA di Pusat Penahanan Kemunting memang telah pun didakwa ke mahkamah. Apakah mereka masih perlu ditahan di bawah ISA? Kita masih ingat, Perdana Menteri kita pernah mengutuk cara Kerajaan Amerika Syarikat memasukkan penjenayah, terrorist di Pusat Tahanan Guantánamo. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga pernah menyeru Kerajaan Amerika Syarikat mendakwa warga Malaysia yang dikatakan bersubahat dengan pengganas antarabangsa diadili melalui perbicaraan mahkamah.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Hari ini Kerajaan Negeri Perak mencadangkan supaya Pusat Tahanan Kemunting itu dipindah ke negeri-negeri yang lain semata-mata kerana mereka tidak mahu kompromi terhadap jenayah ISA ini. Adakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju supaya pusat tahanan ISA itu dipindahkan kepada negeri-negeri yang menyokong dasar ISA ini? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Apa yang saya dengar ialah pihak Kerajaan Negeri Perak ingin mengkaji supaya Pusat Kemunting itu diambil alih balik oleh pihak Kerajaan Negeri Perak. Saya memang berharap kalu ini boleh dilakukan melalui undang-undang, saya memang berharap Kerajaan Perak boleh melakukan ini kerana kita memang tidak perlu ada pusat penahanan ISA di Kemunting lagi. Saya cadangkan ia dipindah tetapi ia haruslah diambil balik, dirampas balik oleh Kerajaan Negeri Perak. Saya berharap ini boleh dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya, Menteri Dalam Negeri kita pernah membuat banyak kenyataan yang memihak kepada hak asasi manusia. Di forum antarabangsa semasa beliau memegang jawatan Menteri Luar Negeri dan kita tahu ISA merupakan satu isu yang menjejaskan nama baik Malaysia di forum antarabangsa.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kenapakah Perdana Menteri dan Menteri Luar kita yang pernah kuat mempertahankan nama baik Malaysia, di forum antarabangsa ini sanggup menggunakan ISA yang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk menahan orang tanpa perbicaraan di mahkamah khususnya Menteri Dalam Negeri ini pernah menjadi Menteri Luar Negeri, beliau faham apakah reaksi dan juga soalan yang dilemparkan oleh orang luar negeri dan juga diplomat terhadap cara penggunaan ISA.

Kenapa beliau selepas menjadi Menteri Dalam Negeri yang macam penahanan ISA masih digunakan oleh beliau khususnya terhadap wakil rakyat seperti saya yang tiak pernah melakukan kesemua tuduhan dilemparkan kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut satu kajian dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini, 75% daripada responden yang menjawab soal selidik berkata mereka tidak bersetuju kerajaan menahan orang tanpa perbicaraan seperti ISA. Kerajaan BN adalah dipilih oleh rakyat. Rakyat telah pun menghantar satu mesej yang kuat kepada Barisan Nasional bahawa mereka tidak menyokong kerajaan menggunakan ISA.

Jadi di Dewan yang mulia ini juga terdapat ramai Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat yang pernah ditahan secara tidak adil di bawah ISA. Di sini saya ingin menyeru kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini termasuk mereka yang belum pernah masuk di bawah tahanan ISA di Barisan Nasional, untuk bangun mengutuk tindakan Barisan Nasional, atas tindakan mereka untuk menahan orang yang tidak bersalah dengan menggunakan ISA. Saya telah pun membentangkan satu usul mengikut fasal 27(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminta satu perbahasan berkenaan ISA ini diadakan.

Usul itu saya difahamkan akan keluar dalam order paper kita ini pada Isnin yang akan datang. Saya ingin menyeru bahawa Tuan Yang di-Pertua akan membenarkan usul ini dibuka untuk dibahaskan. Saya juga ingin menyeru semua Ahli Yang Berhormat di Dewan mulia ini termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk bekerjasama mendesak Kerajaan Barisan Nasional memansuhkan ISA, satu undang-undang yang zalim ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang ini menuju kepada satu laporan akhbar New Straits Times pada 30 Julai 2008 yang melaporkan seorang aktivis NGO, Tan Sri Robert Tan yang mana telah memanjangkan satu laporan tentang salah laku beberapa pegawai kanan polis kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, Badan Pencegah Rasuah, Ketua Setiausaha Negara dan juga Ketua Polis Negara. Antaranya adalah berikut, yang pertama adalah berkenaan dengan salah saku Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Mahsuri bin Zainal di mana beliau berkahwin dua kali tanpa mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Negara.

Kenapakah perkara seperti ini pihak KDN dan juga Ketua Polis Negara mengambil masa yang begitu lama untuk membuat siasatan dan juga tidak diambil tindakan. Apakah kerana beliau seorang kepercayaan Ketua Polis Negara maka isu ini didiamkan sahaja?

Sebagai pegawai kanan kerajaan, apakah KSN juga ingin menutup mata atas salah laku yang begitu ketara ini. Kedua ialah penganugerahan projek-projek yang tidak mengikut prosedur dan berlakunya ketirisan dalam penganugerahan tender serta barang-barang yang dihantar tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Apakah tindakan telah diambil terhadap pegawai-pegawai yang dinamakan dalam kertas laporan tersebut. Mereka adalah:

(i) Datuk Mahsuri Zainal- Pengarah Jabatan Logistik;

(ii) Datuk Zubaidah Ismail- Timbalan pengarah I Jabatan Logistik;

(iii) Superintenden Sukri Abdullah;

(iv) DSP Zainal Hashim;

(v) ASP Mohd Noor Muhamad; dan

(vi) ASP Abdullah Suhaimi Daud.

Saya mendapat maklumat bahawa setelah lebih dua bulan aduan tersebut dibuat, pegawai-pegawai kanan masih berada di Jabatan Logistik malah lebih agresif membuat

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

kerja-kerja yang meragukan dari segi pembelian peralatan baru. Malah ada maklumat yang saya dapat salah seorang daripada mereka mendapat kenaikan pangkat. Setahu saya bila jawatan seseorang penjawat awam menghadapi siasatan dan juga tuduhan, jawatan ini haruslah digantung semasa siasatan dijalankan.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada yang bangun Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Point of order.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Point of order, Yang Berhormat Seputeh, duduk..

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Rompin sudah lama tidak masuk Dewan, masuk Dewan mahu kacau saya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak ada Yang Berhormat Seputeh, duduk dulu.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Orang hendak puji pun marah Yang Berhormat Seputeh ini.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Teruskan, teruskan.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Pakaiannya elok, bertambah orang kata sokong.

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini bukan peraturan, ini bukan peraturan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey, tolong beritahu apa peraturan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang mana satu, yang mana satu?

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Ini takutkan Yang Berhormat Seputeh dalam DAP saya sebelum peraturan saya hendak puji Yang Berhormat Seputeh pun sini marah apa cerita ini? Bukan saya mengatakan Yang Berhormat Seputeh saya hendak puji pun marah?

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak perlu, be profesional.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rompin tolong bacakan peraturan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Sebelum saya baca peraturan saya hendak puji Yang Berhormat Seputeh pun kena marah.

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak payah, tidak payah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah puji Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Duduklah, bagilah Yang Berhormat Rompin baca dulu.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk, Yang Berhormat Batu Pahat duduk.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Kalau saya katakan tabiat kan marah. Bangun hendak puji pun... Adakah Yang Berhormat takut Yang Berhormat Seputeh akan naik meningkat...

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jangan buang masa.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Saya hendak baca 36(9), tidak boleh disebut kelakuan sifat-sifat atau pegawai-pegawai kerajaan, tadi

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

menggunakan laporan. Laporan ini sepatutnya laporan yang... Mengapa, biarlah kita serah kepada mereka. Kita mengaibkan pegawai kerajaan ini pegawai kerajaan banyak buat kerja baik-baik itu. Kita menghina pegawai-pegawai kerajaan, ini hanya laporan dan kita...

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak payah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah- sudahlah Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

■1220

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Eh, tunggu jadi Speaker dulu. Boleh jadi tanggung jawab sebagai Speaker, ini belum lagi jadi Speaker hanya bayang-bayang nak jadi Speaker...

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Bagilah saya hujah dulu, ini sepatutnya kita tidak boleh mengaibkan tentang pegawai kerajaan, laporan pun sepatutnya sulit, mana boleh kita mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan kita

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Yang Berhormat dah tunjuk saya peraturan 36(9) iaitu dikatakan sini sebutkan kelakuan atau sifat.

Jadi saya nak beri penjelasan sikit, Yang Berhormat Seputeh duduk dulu. Kalau kita sebutkan satu agensi kerajaan kita sebut department, kementerian, itu bukan sifat pegawai kerajaan. Kalau kita sebut Parlimen, bukan Ahli Parlimen, kita kena bezakan ini.

Jadi Yang Berhormat Rompin ini tak ada apa-apa lah.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd Puan Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, dia sebut nama tadi, semua nama dia sebut.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya okey, baik, baik, baik. Yang Berhormat Seputeh jangan sebut nama lagi ya?

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tidak sebut nama takut orang buat aduan kepada BPR kepada KSN dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd Puan Zarkashi - Batu Pahat

Pergilah buat aduan ke BPR, jangan sebutlah, jangan buat sangkaan buruk

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tak minta sesiapa sokong saya ini. Saya tak perlu sokongan sesiapa, peraturan cukup menyokong saya. Yang Berhormat Seputeh jangan sebut banyak sangat nama-nama orang tu, tapi saya dengar semua orang suka sebut nama orang.

Jadi, sila Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Yang Berhormat Rompin lama tak masuk Dewan, register kehadirannya di Dewan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita tahu juga lah.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd Puan Zarkashi - Batu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Barat mana sekarang? Ipoh Timur, oh Ipoh Barat ada. [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat Seputeh, silakan.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan sebut nama lagi. Saya nak sebut apa kesalahan yang dibentangkan dalam aduan-aduan ini ialah perolehan peralatan Pilihan Raya Umum ke-12 yang tidak mengikut prosedur yang melibatkan kos melebihi daripada RM90 juta. Yang kedua ialah, pembelian anjing-anjing dari negeri China untuk kegunaan Unit K9 (JSJ) daripada satu syarikat yang dicadangkan oleh salah seorang pegawai. Ketiga ialah pembelian kain biru untuk pakaian

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

seragam PDRM, dan keempat ialah perolehan Project Document Management System untuk rekod personel jabatan pengurusan.

Tuan Yang di-Pertua, telah dua bulan laporan aduan tersebut telah di kemukakan oleh pengadu kepada pihak yang berwajib, tapi rakyat masih tidak melihat tindakan diambil terhadap pegawai-pegawai polis kanan tersebut. Saya nak minta Menteri Dalam Negeri beri penjelasan kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta Menteri Dalam Negeri memberitahu Dewan yang mulia ini tentang siasatan Polis terhadap siri tohmahan dan serangan terhadap peribadi saya melalui e-mel, SMS dan blog yang menyerang nama baik dan juga peribadi saya sebelum dan selepas saya ditahan di bawah ISA. Selain itu juga siasatan polis terhadap pembuangan botol molotov cocktail ke kediaman keluarga saya selepas saya keluar daripada ISA. Jadi rakan saya telah pun membuat laporan Polis tentang kesemua ini.

Saya ingin tahu, apakah siasatan polis terhadap laporan tentang SMS yang mengandungi isi tohmahan ini, khususnya kesemua SMS ini mengandungi nombor telefon bergerak tersebut. Jadi kami ingin tahu, apakah siasatan polis?

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin membangkitkan isu tentang tenaga. Isu tenaga akan menjadi isu yang meruncing di dunia dalam tahun-tahun yang akan datang.

Saya difahamkan dengan kadar pengeluaran dan ketidakpastian sumber minyak dan gas baru, simpanan minyak mentah kita hanya cukup untuk kira-kira 15 tahun dan simpanan gas hanya 30 tahun saja. Jadi usaha-usaha berpadu haruslah dijalankan untuk menyediakan sumber tenaga baru untuk menghadapi pemindahan tenaga yang kian meningkat di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pernah mengatakan bahawa kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan aliran elektrik. Cadangan ini adalah amat membimbangkan kerana pembangunan kelengkapan nuklear adalah amat mahal sekali. Selain itu, banyak kes kebocoran pemancaran nuklear telah berlaku di negara-negara maju yang menggunakan tenaga nuklear. Jadi keselamatan penggunaan nuklear ini adalah amat diragui.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat tiga syarikat solar asing yang besar telah pun melabur berbilion-bilion ringgit mendirikan kilang solar di Malaysia. Walau bagaimanapun, produk yang dihasilkan kilang-kilang asing ini adalah untuk eksport keluar negeri, ke negeri maju. Manakala negara kita yang mempunyai sinar matahari yang cukup kuat, tidak menggunakan sinar matahari kita untuk membangunkan teknologi tenaga solar yang juga merupakan satu teknologi yang boleh diperbaharui ataupun renewable energy tersebut.

Pada masa kini, tenaga Photovoltaic solar hanya digunakan untuk penjanaan tenaga di satu dua kawasan luar bandar, untuk menjana lampu jalan di taman dan juga telekomunikasi. Manakala alat pemanas air solar kebanyakan hanya digunakan di sesetengah rumah mewah dan di kediaman baru saja. Kita tahu kos pemasangan alat solar di kediaman dan kos pembinaan stesen jana kuasa elektrik solar adalah amat tinggi.

Ia tidak dapat diperluaskan tanpa sokongan dan galakan daripada Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, banyak negara maju telah memberi banyak galakan dan insentif di negara mereka untuk menjalankan R&D dan mempromosi penggunaan tenaga solar. Di negara Eropah dan banyak tempat di negara China, banyak pekan atau township yang hanya menggunakan tenaga solar telah pun dibangunkan dengan galakan dan bantuan kerajaan. Saya difahamkan Pusat Tenaga Malaysia telah melancarkan program Photovoltaic sebatu bangunan Malaysia dengan matlamat menguji kemampuan teknologi tersebut di Malaysia. Saya difahamkan bahawa teknologi ini berpotensi mengeluarkan aliran elektrik sebanyak 11gwp ataupun 12twh iaitu 20% daripada permintaan tenaga seluruh negara.

Ini merupakan satu pencapaian yang menggalakkan. Saya mencadangkan kerajaan untuk memberi lebih insentif kepada pemaju untuk mempopularkan penggunaan rumah itu dan menggunakan kelengkapan solar dan mengadakan sistem fix ceiling tariff supaya aliran elektrik solar berlebihan yang dihasilkan oleh pengguna tenaga solar boleh dijual balik kepada TNB melalui grid TNB.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, Tenaga Nasional berhad telah menaikkan tarif elektrik pada pengguna di Malaysia pada tiga bulan yang lepas dengan kadar yang melebih 18% ke atas dengan alasan kenaikan harga minyak. Walau bagaimanapun harga minyak dunia telah pun jatuh daripada USD135 pada 4 Jun ke lebih kurang USD79 setong sekarang. Kesalnya TNB tidak menurunkan tarif elektrik bagi pengguna aliran elektrik. Mengapakah kerajaan tidak menghendaki TNB untuk menubuhkan satu tabung untuk melaksanakan fix ceiling tariff sebagai langkah untuk mempromosi penggunaan tenaga solar. Ini adalah tanggungjawab sosial TNB yang telah membuat keuntungan berbilion-bilion ringgit ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit tentang masalah yang menjejas pelaburan di Malaysia. Pertama sekali adalah masalah kekurangan gas industri. Masalah kekurangan gas industri telah menjadi satu isu yang semakin serius dan telah menjejas kedatangan pelabur asing. Ramai pelabur dan pengusaha industri asing dan tempatan memang sanggup membeli gas industri dengan harga pasaran antarabangsa. Akan tetapi masalahnya, gas Malaysia tidak dapat membekal gas industri kepada mereka. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negeri Selangor tetapi juga berlaku di banyak tempat di semenanjung Malaysia.

Saya pernah bangkitkan isu ini dalam sidang Parlimen yang lepas, tapi kesalnya pihak kerajaan tidak memberi jawapan kepada saya. Jadi saya ingin tanya, apakah rancangan kerajaan terhadap isu ini? Ini kerana saya difahamkan bahawa pihak MIDA juga banyak kali bangkitkan isu ini kepada pihak kerajaan, tapi nampaknya tak ada apa-apa langsung langkah diambil tentang aduan pada pelabur asing ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah, pihak Kerajaan Pusat telah pun komited untuk memberikan peruntukan ataupun geran sebanyak RM70 juta kepada PKNS bagi maksud pembangunan dalam Rancangan Malaysia kesembilan. Di mana RM50 juta untuk tujuan pembangunan Projek Infrastruktur Asas Zon Industri dan RM20 juta untuk tujuan pembangunan usahawan.

Namun, apa yang sedihnya, pihak PKNS masih belum menerima geran ini daripada pihak Kerajaan Persekutuan sehingga hari ini. Selain itu, pihak MIDA sepatutnya memberikan peruntukan RM20 juta untuk membangunkan infrastruktur di kawasan free trade zone dekat Kelana Jaya di Selangor. Sedihnya pihak Kerajaan Selangor masih belum menerima peruntukan ini sehingga hari ini.

■1230 Di sini saya ingin minta kesemua kementerian yang terlibat boleh menunaikan janji untuk memberi geran dan peruntukan kepada negeri Selangor dan juga negeri-negeri di Pakatan Rakyat. Rakyat di Selangor adalah rakyat Malaysia. Warga Selangor menyumbangkan cukai pendapatan yang paling tinggi kepada Kerajaan Persekutuan.

Sumbangan cukai pendapatan negeri Selangor merupakan 25% daripada GDP di seluruh Malaysia.

Di sini saya ingin menyeru pihak Kerajaan Pusat mengambil sikap yang adil kepada semua pembayar cukai dan juga warga Malaysia di negeri Selangor dan juga dan juga di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan bahawa kerajaan telah menjalankan satu kajian tentang keperluan dan masalah pekerja asing di negara kita. Apakah hasil kajian tersebut? Apabila saya tanya soalan ini dalam sidang yang lepas, saya diberi jawapan bahawa kerajaan akan membentangkan laporan hasil kajian itu.

Jadi, saya ingin tanya apakah hasil kajian tersebut, bilakah ia akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini dan juga apakah kerajaan akan mengadakan dasar baru terhadap pekerja asing di negara kita. Sehubungan dengan itu, saya bercadang kerajaan seharusnya menggubal dasar yang menarik tenaga kerja dan juga pelabur yang mempunyai kepakaran tertentu untuk berkhidmat di negara kita dan seterusnya membangunkan sektor-sektor tertentu. Ini kerana tenaga kerja yang mempunyai kepakaran tertentu merupakan faktor kejayaan dan juga pembangun ekonomi yang pesat di Singapura, Dubai, negeri China dan sebagainya. Jadi, saya berharap pihak Imigresen kita juga akan mengadakan dasar yang sama untuk mengalu-alukan pakar-pakar asing untuk datang berkhidmat serta untuk membantu negara kita membangunkan ekonomi kita.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Masalah yang ketiga yang dihadapi oleh pihak pelabur asing ialah kekurangan sekolah-sekolah antarabangsa. Masalah kekurangan sekolah antarabangsa merupakan masalah yang serius bagi pekerja pengurusan pelabur asing dan juga anggota diplomat yang bertempat di Malaysia.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya ingin tanya, apakah kerajaan ...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada dua minit lagi ya.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey, okey. Saya akan gulung. Saya ingin tanya apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah antarabangsa untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Jadi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu bahawa kerajaan akan membentangkan satu hasil kajian tentang cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita itu mengenai kuota 30% diberi kepada kaum wanita. Saya berharap tentang adanya Ahli Parlimen wanita di Pakatan Rakyat ini, kami juga akan dijemput untuk menyertai...

final • 12:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

Ada lagi dua minit sahaja Yang Berhormat. Dua minit tinggal.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Perbahasan dan juga seminar dan juga sebuah program aktiviti tersebut.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, kenapa dia tidak pakai over coat boleh berbahas dalam Dewan? Sepatutnya kita mahu pakai kan?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di mana dalam peraturan kita yang mengatakan begitu?

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya akan beri allowance satu minit sebagai menjawab Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat Seputeh. Duduk dahulu Yang Berhormat. Kita sebenarnya semenjak penggal ini, saya membangkit soal pakaian wanita kepada Speaker. Dalam peraturan tidak ada Yang Berhormat sebenarnya. Hanya dikatakan pakai skirt di bawah knee line, skirt di bawah lutut dan baju lengan panjang. Tidak boleh pakai t-shirt lengan pendek, tidak boleh.

Itu sahaja. Warna tidak ada batasan Yang Berhormat. Wanita boleh guna warna apa sahaja dia suka selain daripada pakaian yang tidak menjolok mata Yang Berhormat. Jadi, hadirin minta maaflah Yang Berhormat. Tidak ada peraturan. Kalau mahu bawa usul dalam jawatankuasa peraturan, selepas itu kita bawa ke Dewan. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa hairanlah. Kita Ahli Parlimen, Yang Berhormat Bintulu haruslah menumpukan ke atas isu- isu yang saya bangkitkan.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Seputeh, penggal pertama pun you sudah kena lah.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dia tengok pakaian saya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Saya sudah buat ...

final • 12:00 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Dia baru balik dari Taiwanlah.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apa yang dilihat Yang Berhormat Bintulu selama ini.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Penggal pertama pun Tuan Yang di- Pertua minta you pakai over coat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mahu pergi Thailand lagi

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

... Tuan Yang di-Pertua panggil kita pakai over coat. Kenapa isu pakaian dijadikan isu lagi? Tuan Yang di-Pertua, tadi apabila saya masuk Dewan, terdapat pemberita wanita mengadu kepada saya bahawa mereka selalu diganggu oleh pegawai keselamatan kita tentang mereka tengok berapa panjang skirt mereka di Dewan mulia ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apakah ini perlu dan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat. Tidak payah ganggu lagi, tidak payah cerita lagi itu. Tidak apalah, itu cerita lama. Teruskan apa agenda Yang Berhormat sebut tadi.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Baik, saya sebenarnya hendak mengakhiri...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

Akhir. Akhirinya.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hanya membentangkan aduan daripada pemberita wanita di luar itu di mana selalu disoal oleh pegawai pengawal kita tentang kepanjangan skirt itu. Kenapakah kita sekarang kita selalu adakan satu mentaliti kita lihat seorang wanita, kita tengok apa yang dia pakai. Dia pakai coat atau tidak, warna apa itu, berapa panjang skirt dia.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini soal peraturan.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apakah yang...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini memang.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita bincang lain kali Yang Berhormat. Hendak habis, sudah habis dah cerita itu.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini kerana Yang Berhormat Bintulu bangkit ini, jadi saya bangkitkan. Saya rasa tidak patutlah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya ke? Akhir sekali.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ini saya rasa perkara yang ...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu dahulu Yang Berhormat. Ini forum yang berlainan Yang Berhormat. Yang Berhormat tolonglah.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...waras pandangan ini kerana ini ada satu perkara, kita bahas. Apakah yang kita bahas di Parlimen ini?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya sudah buat keputusan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Not on clothing and length how do women to dress. Tidak malu kah orang ini?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Penjelasan saya cukup jelas. Ya?

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hanya hendak ingatkan. Masih ingat kah Tuan Yang di-Pertua, dua tahun lepas kita dalam Select Committee pergi ke New Zealand, orang pakai singlet dan juga short tau masuk ke Parlimen. Saya tidak pernah minta ini diguna pakai di Parlimen kita ini tetapi saya rasa yang kita tidak harus begitu particular terhadap ...

final • 12:00 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kenapa you tidak pakai singlet pergi pejabat Exco sana?

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pakaian, khususnya bagi pakaian wanita.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey.

Baik Yang Berhormat. Habis habiskan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula. Segaran - Ipoh Barat

Tidak siuman lah Yang Berhormat Bintulu ini.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu sahaja pandangan saya. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua sokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Jadi, yang lain itu sebagai penjelasanlah. Yang Berhormat Seputeh telah sebut memang betul, saya di London pun lihat orang pakai t-shirt masuk. Bukan ahlilah, bukan Ahli Parlimen tetapi orang luar masuk. Dia pakai sembarangan, coat trend dia orang sendiri. Begitu juga saya melihat di Western Australia Parliament dan juga di Canberra Parlimen. Saya ingat tidak banyak orang boleh beritahu perkara ini. Saya di kongres Amerika pun saya sudah duduk satu hari. Jadi, saya melihat pakaian-pakaian ini. Jadi, kita sendiri belum membuat satu dress code yang sebenar dalam menangani apa dikatakan masalah di luar Dewan ini.

Dalam Dewan, sebagaimana yang saya sebut tadi. Jadi Yang Berhormat, kalau betul-betul benda itu relevan bolehlah tunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua akan buat keputusan. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Jadi, apa Yang Berhormat Ledang hendak bercakap kah atau hendak tengok kiri kanan? Hendak berucap?

Sila Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah pun membentangkan bajet kerajaan prihatin 2009 ini. Mungkin sekarang kita sedang berperang di antara keyakinan dengan persepsi.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita perlu yakin dengan bajet yang telah pun dibentangkan kerana ia telah mengambil banyak aspek terutamanya dari segi keutamaan dan juga peratus agihan antara sektor ataupun antara kementerian dan kementerian.

Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kalau kita yakin bahawa bajet ini boleh dilaksanakan,

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

insya-Allah kita mampu melaksanakannya walaupun bajet ini telah pun dibentangkan satu setengah bulan yang lalu.

Benar, harga minyak telah pun turun. Semalam USD72 berbanding hampir USD140 setong dua bulan yang lalu. Namun, bagaimana pula sekiranya harga minyak kemudian daripada ini naik ke paras yang lebih tinggi kerana kita semua tahu harga minyak naik turun adalah permainan spekulator di seluruh dunia., kita tahu. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya lebih menjurus kepada keyakinan kita dan perlunya kita yakin dengan bajet prihatin ini untuk dilaksanakan supaya akhirnya matlamat dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, guru saya mengajar saya tentang satu perkara iaitu sekiranya kita berdepan dengan satu keadaan ataupun satu persepsi bahawa seseorang itu ataupun suatu pihak itu benar tetapi kita katakan pihak itu tidak benar, berulang-ulang.

■1240 Maka akhirnya, persepsi masyarakat mengatakan orang itu tidak benar, akhirnya masyarakat yakin bahawa pihak itu tidak benar. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya lebih menjurus kepada keyakinan kita iaitu kita mesti yakin supaya kita sentiasa berada pada satu jajaran yang benar dan akhirnya kita mampu melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2009 adalah bajet yang prihatin dengan mengambil perhatian kepada golongan petani, nelayan dan pesawah. Bajet 2009 memberikan khabar gembira kepada lebih golongan, pertama iaitu golongan petani. Lebih 350,000 petani yang mengusahakan sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan apabila diperuntukkan RM5.6 bilion yang disediakan di bawah dasar jaminan negara dalam bentuk insentif bagi meringankan beban kos pengeluaran.

final • 12:38 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong, sudah bangun.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Pasal Yang Berhormat Kepong sudah bangun, kena bagilah.

final • 12:38 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Beliau tadi mengatakan bahawa pihak kerajaan sangat prihatin pada bajet kita dengan objektif yang begitu murni. Kalau itulah kenyataannya mengapa dengan perubahan pergolakan ekonomi sekarang ini sudah data-data di dalam itu, cadangan-cadangan di dalam itu dalam bajet sudah ketinggalan zaman. Kalau prihatin mengapa kita tidak mengubah, mengkaji semula dan kemudian bentangkan satu bajet yang baru. Adakah Yang Berhormat prihatin mengenai hal ini?

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong terima kasih. Saya rasa soalan ini sudah tanya berulang-ulang. Jadi saya tidak mahu jawab sangatlah kerana...

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baguslah Yang Berhormat, jangan buang masa, tidak payah jawab.

final • 12:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Ledang.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada orang lagi hendak tanya ini.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Last, last.

final • 12:38 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Ledang tadi kata bajet ini beri khabar gembira kepada petani, rakyat tetapi mengapakah kalau memang benar mengapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diminta tukar portfolionya dengan Timbalan Perdana Menteri. Satu, mengapa pula beliau perlu serahkan kuasanya lebih awal sebagai Perdana Menteri sebelum 2010 kepada Timbalan Perdana Menteri kalau memang tanggungjawabnya telah dijalankan dengan baik. Memang berjaya menyampaikan khabar gembira ini kepada para petani. Saya pohon penjelasan.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini satu lagi persepsi Tuan Yang di-Pertua kan? Jadi tidak payahlah saya jawab.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apalah Yang Berhormat.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Biarlah PM jawab sendiri. PM pun sudah sebut banyak kali dengan wartawan. Semua satu...

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada perubahan Yang Berhormat Batu Gajah Yang Berhormat, sebab cakap dengan saya semalam nampak garang kata dia hari ini dia nampak elok, betul lemah lembut. Saya pun ikut lemah lembut hari ini.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya pun baik dengan Yang Berhormat Batu Gajah kerana dia kerap ke Ledang.

Golongan kedua yang mendapat perhatian kerajaan adalah nelayan. Yang diperuntukkan RM300 juta bagi tujuan menampung sara hidup dan pemilikan bot dan lain- lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat dua tahun sudah kerajaan telah pun menubuhkan ZIA ataupun Zone Industry Aquaculture. Salah satu daripada matlamat ZIA ini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk mewujudkan satu konsep nelayan ala FELDA. Kerana kita tahu Tuan Yang di-Pertua nelayan tidak boleh kita paksa untuk bercucuk tanam atau berkebun. Mereka lebih menjurus kepada aktiviti nelayan yang berkaitan dengan air dan sebagainya. Kalau kita paksa mereka ke kelapa sawit mungkin mereka gagal tetapi golongan nelayan ini juga perlu kita bela. Ertinya konsep menggunakan ala FELDA itu kita terima dan kaedahnya perlu kita fikirkan.

Kementerian Pertanian telah pun melancarkan ZIA ataupun Zone Industry Aquaculture. Akhirnya ZIA ini akan menjurus kepada membela nelayan ala FELDA Cuma saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ini tidak disebut saya hendak tahu perkembangannya. Saya harap Kementerian Pertanian nanti jawab apakah perkembangan ZIA ini dan apakah perkembangan program atau projek nelayan ala FELDA supaya nelayan-nelayan dapat kita bela selain daripada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi walaupun diperuntukkan RM300 juta bagi tujuan menampung sara hidup dan pemilikan bot.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya menerima banyak aduan walaupun nelayan diberikan subsidi, RM200 setiap seorang sebulan, tetapi ramai juga di kalangan mereka yang tidak turun ke laut menangkap ikan. Mereka tetap dapat RM200, yang ini Tuan Yang di-Pertua saya mencadangkan supaya kaedah dikemaskan semula supaya matlamat menyalurkan dana bantuan kepada nelayan dan mereka-mereka yang memerlukan benar-benar sampai kepada matlamatnya atau tujuannya dan oleh yang demikian saya mencadangkan supaya pasukan pemantau dibuat di semua peringkat menggunakan segala kemudahan sedia ada supaya matlamat tersebut dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, golongan ketiga ialah pesawah padi. Bajet 2009 juga mengumumkan duti import sebanyak 5% - 25% ke atas baja dan racun perosak dihapuskan. Yang ini saya setuju 100% banyak kesannya. Menurut satu kajian, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya ke atas 600 pekebun menunjukkan bahawa harga baja dan racun perosak yang tinggi telah menyebabkan produktiviti rendah. Oleh itu penghapusan duti import ke atas baja dan racun perosak adalah langkah bijak kerajaan dalam menyumbang ke arah produktiviti lebih tinggi di ladang dan mengurangkan harga produk pertanian selari dengan pengurangan kos pengeluaran produk pertanian.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya juga mencadangkan supaya satu kajian yang terperinci dan profesional yang saintifik benar-benar dibuat untuk mencari baja ataupun kaedah penghapusan serangga perosak yang alternatif. Misalnya baja Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak bersetuju dengan saya tempoh hari ada satu kaedah yang baru tentang ternakan cacing. Dari satu aspek ternakan cacing ini boleh menghasilkan baja. Modalnya tidak banyak bahannya cuma salah satu yang kita boleh gunakan ialah serbuk papan dan najis kambing yang diolah menjadi makanan kepada cacing yang diternak dan menjadi baja yang baik Tuan Yang di-Pertua,

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

yang banyak sekarang dibuat di kampung-kampung. Cuma kajian secara saintifik belum ada lagi. Maknanya boleh digunakan secara meluas pada masa akan datang, kesannya dari segi jangka masa pendek dan sebagainya.

final • 12:38 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kena bagi itu pasal ayahanda.

final • 12:38 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penghapusan import duit baja racun 20% ini satu langkah yang baik. Satu langkah bagi menolong petani. Soal cacing, soal kaji soal masa. Yang dialami yang dirasai yang ditanggung yang menjadi sesuatu peningkatan pengeluaran kos petani ialah baja dan racun. Peningkatan baja dan racun lebih daripada 100%. Baja yang sekian ringgit naik beratus ringgit, racun yang sekian ringgit naik beratus ringgit, lipat gandanya luar biasa Tuan Yang di-Pertua. Jadi lebih baik sudah berucap untuk membahaskan bajet ini sahabat saya Yang Berhormat Ledang, terus sahajalah kepada matlamat.

■1250 Boleh tidak boleh ataupun kita mahu kerajaan subsidi baja dan racun kepada petani. Bantuan secara terus bagi meringankan beban mereka yang memang mereka tak tahan ataupun tak sanggup menanggung. Jadi terus sahaja cadang hendak tunggu baja daripada cacing ini tak tahulah saya. Jadi biarlah kita. Bajet ini pun Bajet 2009.. Masukkan sahajalah dalam usaha hendak membantu petani, hendak membantu golongan yang benar- benar memerlukan bantuan ini teruskan sahajalah Yang Berhormat Ledang satu angka yang lebih untuk membantu petani. Yang Berhormat Ledang kalau tak hendak jawab saya tidak kecik hati. Masukkan sahaja ucapan saya ini sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat ayahanda Sri Gading. Untuk jangka masa pendek saya sangat setuju tentang jumlahnya saya pohonlah Yang Berhormat Sri Gading supaya sebut dalam ucapan beliau nanti tapi saya memikirkan tentang jangka masa panjang. Mungkin ada satu peruntukan kecil, insentif dan sebagainya yang boleh kita gunakan bagi tujuan mencari alternatif kepada baja atau racun yang saya sebutkan tadi.

Bagi memperkukuhkan sektor pertanian Tuan Yang di-Pertua kerajaan juga wajar mengambil langkah meninjau kawasan baru bagi perladangan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada dan menggalakkan penyertaan sektor swasta dan pelabur termasuk GLC dalam bidang pertanian dan industri tani. Dalam keadaan krisis makanan satu ketika saya sentiasa bertanya apakah langkah yang paling konkrit yang kita yakin diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam menangani masalah atau krisis makanan global khususnya dari segi pengeluaran hasil pertanian dan kestabilan barangan pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menjana pendapatan melalui kredit mikro di kalangan usahawan-usahawan kecil kerajaan memperluaskan peranan Amanah Ikhtiar Malaysia ataupun AIM untuk menangani golongan miskin dengan peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2009 untuk membiayai program kewangan mikro bandar. Di kampung-kampung Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sekarang AIM telah pun berganjak daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain di mana fokus ataupun keutamaan AIM sekarang ialah kepada golongan wanita.

Saya ucapkan tahniah kepada golongan wanita kerana telah mendapat kepercayaan dan fokus daripada AIM membantu mereka khususnya wanita-wanita di luar bandar yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sekarang AIM telah pun beroperasi di Kuala Lumpur dan akan diperluaskan ke bandar-bandar di seluruh negara mulai sekarang ataupun tahun depan. Peruntukan yang diberi kepada AIM ini adalah amanah yang perlu diurus secara berhemah dan berdasarkan untuk mencapai matlamat peruntukan yang diperuntukkan.

AIM sebelum ini membiayai lebih kurang 180,000 isi rumah dengan jumlah pembiayaan RM2.5 bilion. Yang ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu langkah bijak yang

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

sangat berkesan yang sekarang ini telah pun bermain di dalam minda masyarakat usahawan kecil di kawasan luar bandar. Cuma Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin bertanya setakat ini apakah kejayaan yang telah pun dibuat oleh AIM ataupun Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah pun diberikan amanah oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya juga mencadangkan supaya selain daripada AIM konsep yang sama juga harus diberi kepada TEKUN ataupun Yayasan Tekun Nasional yang selama ini memberikan pinjaman secara mudah untuk menggalakkan usahawan-usahawan di luar bandar, di bandar dan usahawan-usahawan kecil yang dahulu terikat dengan ’Ah Long’ tetapi sekarang mereka lebih lega tetapi saya yakin sekiranya TEKUN boleh mengadaptasi kaedah yang telah pun dibuat oleh AIM insya-Allah lebih ramai lagi usahawan dapat dibantu terutamanya usahawan-usahawan di luar bandar tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, tidak kiralah mereka Melayu, Cina atau India. Yang ini Tuan Yang di-Pertua saya sokong 100%.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2009 memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan dengan peruntukan yang besar sebanyak RM2.4 bilion. Peruntukan ini termasuklah diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti seperti ILP, seperti pusat latihan teknologi tinggi dan sebagainya termasuk KKTM. Sektor industri negara yang berkembang pesat memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir terlatih bagi memacu daya saing. Langkah kerajaan ini akan mampu mengoptimumkan guna tenaga kerja dalam pelbagai bidang kemahiran terutamanya generasi muda yang lebih berminat kepada latihan dan vokasional.

Dengan membangunkan tenaga kerja ini Tuan Yang di-Pertua memerlukan penyertaan industri agar tenaga kerja yang dilahirkan memenuhi kehendak pasaran tenaga.

Sebagai contoh program penambahbaikan tenaga mahir sektor kewangan, SSTEP yang dianjurkan oleh Bank Negara telah melahirkan lebih 2,000 tenaga mahir dalam pelbagai bidang kewangan dan perbankan konvensional dan Islam, insurans dan takaful serta pelaburan. Yang ini Tuan Yang di-Pertua adalah contoh-contoh yang baik dan sewajarnya ditiru ataupun diadaptasi oleh agensi-agensi lain dan saya sering berkata oleh syarikat- syarikat yang berkaitan dengan kerajaan supaya program meningkatkan kemahiran dalam bidang latihan dan vokasional dapat diperluaskan dan ditingkatkan pada masa-masa yang akan datang.

Pada masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua saya meminta supaya bidang kemahiran tersebut mengambil kira keperluan pekerjaan di Iskandar Malaysia, di NCER dan ECER yang diunjurkan akan menggunakan tenaga kerja yang banyak, yang diunjurkan juga banyak melahirkan peluang pekerjaan yang berbagai-bagai disiplin. Peluang pekerjaan baru bagi tahun 2008 sahaja dianggarkan hanya 192,200 berbanding 250,600 pada tahun 2007.

Berikutan peningkatan penggunaan teknologi baru termasuk teknologi komunikasi dan maklumat iaitu ICT serta penambahbaikan dalam proses kerja. Sehingga akhir tahun 2008 bilangan pencari kerja yang didaftarkan adalah seramai 190,237 dengan 47.3% daripada itu adalah pemegang ijazah dan diploma. Ertinya masalah pengangguran di kalangan siswazah perlu ditangani oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan dicadangkan memperkemaskan program latihan industri selepas siswazah seperti program penempatan dalam industri termasuk GLC dan lain-lain dengan menyediakan dana khas dengan pemantauan yang berkesan program ini akan dapat membantu meningkatkan keupayaan siswazah untuk mendapat pekerjaan.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua seperti yang saya sebut tadi peranan GLC, peranan syarikat-syarikat gergasi seperti YTL, Ranhill dan sebagainya perlu juga dilibatkan dan digalakkan dengan pemantauan yang berkesan dengan dana yang cukup supaya siswazah yang masih menganggur seperti yang saya sebutkan tadi iaitu 47% daripada 195,000 lebih dapat dibela pada masa sekarang dan pada masa-masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya perlu bangkit ialah perusahaan kecil dan sederhana. Bajet 2009 mampu menyokong komuniti perniagaan tempatan khususnya usahawan PKS. Dua dana baru bernilai RM1.2 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2009 mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus meningkatkan sumbangan sektor perusahaan kecil dan sederhana kepada pertumbuhan negara.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jam pukul 1.00 Yang Berhormat.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Oh.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masih ada?

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ada dalam lima minit lagi.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya tak apa. Yang Berhormat masih ada 11 minit dan sambung selepas ini nanti. Untuk itu saya tangguhkan dahulu persidangan sesi pagi ini dan kita akan sambung semula pada 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:38 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik.

Yang Berhormat Ledang sila sambung. Ada sebelas minit lagi, Yang Berhormat.

final • 12:38 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, masih belum cukup kuorumlah. Masih kurang dua kuorum.

final • 12:38 PM

Seorang Ahli

Tidak apalah.

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, bila Yang Berhormat berdiri tanya kuorum, saya terpaksa ringkan bell semula.

Kadang-kadang ini membuangkan masa kita, Yang Berhormat. Jadi tidak apa. Kita bunyikan loceng semula. Cuba bilang dulu. Bilang dulu. Cukup tidak?

final • 12:38 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk] [Loceng dibunyikan]

final • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, terima kasih. Ada tiga puluh dua. Yang Berhormat Ledang tunggu dulu. Saya mahu cakap sedikit Yang Berhormat ya. Sikit saja. Kalau kita seorang daripada ahli, walaupun seorang ataupun dua orang saja ada dalam Dewan, kalau salah seorang daripada yang dua orang itu panggil kuorum, kita akan bunyikan, kita minta Secretary bilang. Kalau tidak cukup kita akan bunyi loceng. Loceng pun tidak boleh diberhentikan satu minit. Ia kena bunyi masa yang sepanjang itu juga. Proses, peraturan mesti diikut. Lepas itu bila loceng sudah berhenti, kita kena bilang semula walaupun kita tahu dia sudah cukup.

Bila Secretary lapor kepada Tuan Yang di-Pertua mengatakan cukup, baru kita boleh mulakan persidangan semula. Jadi Yang Berhormat, kalau kita mahu teruskan jalan, kalau kita mahu banyakkan orang berucap, kita jaga-jagalah panggil kuorum ini. Itu saja Yang Berhormat. Bukan saya mengatakan ataupun menegur tetapi peraturan saya sebutkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Ledang, sambung sebelas minit Yang Berhormat dari sekarang.

final • 12:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum mesyuarat ditangguhkan tadi, saya menyebut tentang banyak perkara. Akhir sekali tadi saya menyebutkan tentang PKS, tetapi saya mahu tangguhkan dulu tentang PKS kerana ada perkara-perkara lain yang mungkin lebih penting termasuklah penambahbaikan pengangkutan awam. Akan tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mengulangi sekali lagi dalam mukadimah ucapan sesi kedua ini iaitu kita mesti yakin

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

dengan bajet ini, kerana inilah suatu peperangan antara realiti dengan persepsi. Biar satu pihak mengatakan persepsi yang lain tetapi saya sebagai penyokong Kerajaan Barisan Nasional yakin inilah bajet yang perlu kita luluskan, yang perlu kita sokong supaya kita tidak terbabas daripada jajaran yang sebenar, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Oleh yang demikian, kita mesti hilangkan persepsi-persepsi yang tidak baik ini.

final • 2:36 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 2:36 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Jadi saya sebut sekarang harga minyak USD72. Mungkin bulan 12 USD140. Bajet kita bagaimana?

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sila, Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 2:36 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ledang bila menyebut tentang persepsi ini, saya bersetuju bahawa inilah yang sedang kita hadapi sebab apabila timbul persepsi yang buruk terhadap kerajaan yang memerintah, maka ini boleh membawa kesan kepada FDI kita. Saya dapati sebagai contohnya. Yang Berhormat Ipoh Timur banyak membangkitkan perkara yang berasaskan kepada persepsi. Menggunakan bahan-bahan daripada internet, daripada blog Malaysia Today dan sebagainya. Yang itu dibaca, yang itu diulas.

Ini menimbulkan satu persepsi seolah-olah apa yang disebutkan itu adalah betul sedangkan sumbernya adalah sumber yang tidak credible dan ini boleh menimbulkan keburukan sebenarnya, dan di manakah yang dimaksudkan sebagai world class Parliament yang beliau selalu sebut? Apa pandangan Yang Berhormat Ledang sebenarnya?

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, dalam zaman moden ini, dengan kecekapan kerajaan telah pun melengkapkan negara kita dengan kemudahan asas ICT. Menggunakan ICT, menggunakan apa juga cara menghamburkan segala persepsi yang tidak baik. Saya percaya dengan guru saya. Saya ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Guru saya kata, “Kalau kita mengatakan seorang itu tidak baik berulang- ulang, hanya orang itu dianggap sebagai tidak baik dan orang yakin orang itu tidak baik.” Malah Tuan Yang di-Pertua, guru saya mengatakan, “Kalau kita salah, kalau kita melakukan kesalahan, kita berulang kali mengatakan kita tidak salah, hingga kita sendiri yakin yang kita tidak salah.” Ini guru saya kata. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kita harus percaya bajet ini dan saya yakin Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kita mampu mengadakan bajet sebanyak RM200 juta ini. Maka dengan sebab itulah saya mahu mencadangkan, mahu menambah satu lagi perkara iaitu...

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bangun, Yang Berhormat. Mahu bagi laluan?

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Menambahbaikkan pengangkutan awam.

Bagilah satu minit tidak apa. Satu minit tidak apa.

■1440

final • 2:36 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya nak tanya dua penjelasan. Satu mengenai persepsi ini, adakah persepsi jikalau berasas kebenaran, adakah persepsi ini salah?

Adakah persepsi ini tidak patut dibangkitkan kalau katakan persepsi negatif, kalau katakan persepsi ini berasas fakta. Seperti Eurocopter, kita dapat surat ini daripada orang lain tetapi Eurocopter kata memang benar, ini isu benar.

final • 2:36 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Itu sebab dia tak dapat kontrak.

final • 2:36 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akan tetapi ini isu benar, ini isu benar bahawa kontrak diberikan kepada satu parti yang ada harga yang jauh lebih tinggi daripada orang lain.

final • 2:36 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Isu yang kedua, Yang Berhormat Ledang tadi berkata bahawa sokongan penuh diberikan kepada bajet. Saya nak tanya, kalau katakan bajet ini berasas dengan nombor- nombor, fakta-fakta yang tidak tepat dan tidak lagi valid dalam ekonomi kita sekarang ini, adakah sokongan penuh masih diberikan? Adakah kita sokong satu bajet yang tidak lagi berasas?

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 2:36 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Laluan.

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya jawab yang kedua dulu.

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Satu- satu, saya peringatkan Yang Berhormat Ledang, hanya ada 11 minit dari tadi maknanya jam 2.48 minit masa Yang Berhormat tamat.

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Baik, yang kedua dulu tadi saya nak jawab.

Sebab itu saya kata tadi, harga minyak sekarang, betul harga minyak satu tong sekarang USD72 semalam. Ini permainan spekulator, boleh jadi minggu depan, boleh jadi bulan depan ia naik kembali kepada seratus lebih. Yang penting sekarang ini asasnya ialah dari segi agihan dan keutamaan serta peratusan agihan.

Yang pertama, agihan peratusan. Kedua, keutamaan. Dalam kita menjalankan program, kita hanya merancang, suasana akan datang akan ditentukan. Kalau betullah suasana berubah, boleh dari segi keutamaan tadi boleh diubahsuai semula.

Saya tidak mahu bercakap panjang bab yang pertama tadi. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sebut tentang Eurocopter. Surat khabar hari ini atau semalam, PM sendiri membuat satu kenyataan tegas kalau betul ada penyelewengan akan didedahkan.

Penyiasatan, PM sendiri menyebut, Yang Berhormat...

final • 2:36 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kalau kita tidak bangkitkan, adakah PM akan buat pengumuman tersebut?

final • 2:36 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ha ada laluan, tak apalah.

final • 2:36 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Apabila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bangkitkan soal kontrak helikopter, adakah Yang Berhormat sedar penilaian ini... ini untuk dijawab oleh Yang Berhormat Ledang tetapi sebab Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang memulakan cetusan ini.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat PJ Utara, Eurocopter ini dibuat secara tender international. Pemilihannya berdasarkan teknikal, offset dan juga jumlah markah tertinggi. Ia tidak akan dibuat sewenangnya dan ia dibuat secara telus, tidak ada penglibatan sebab itu kerajaan bersedia untuk disiasat secara terbuka. Kita ada data-data yang cukup lengkap tetapi kalau Yang Berhormat hendak, boleh jumpa saya, saya boleh bagi.

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Arau ini menjawab untuk Yang Berhormat Ledang.

final • 2:36 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Apa pandangan Yang Berhormat Ledang berhubung perkara ini?

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih lah atas bantuan jawapan dari Yang Berhormat Arau tadi. Mudah sahaja Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak kan satu lagi insiden Nuri demi Nuri jatuh, pemandu atau pilot helikopter kita mati, mungkin kita boleh pilih yang termurah kalau asalnya termurah. Dulu saya kerja JKR, minta maaflah kan...

final • 2:36 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 2:36 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Nanti sekejap, minta maaf, saya nak ulas dulu. Bila kita menilai tender, tender is tender, minta maaf dengan izin. Tender bukan lelong, kalau nak lelong seperti hasrat Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi harga yang terendah, okey, lelong membeli helikopter, ha lelonglah. Ini tender, penilaian masih mengambil kira semua aspek seperti yang Yang Berhormat Arau bantu saya tadi.

Minta maaf Yang Berhormat Batu Gajah,. Oleh sebab saya yakin bajet ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak masuk satu bab lagi yang sangat penting iaitu penambahbaikan pengangkutan awam. Yang ini Tuan Yang di-Pertua, sangat penting. Saya setujulah segala program, saranan yang disebut di dalam menjamin kesejahteraan rakyat tentang penambahbaikan pengangkutan awam, program-program sistem LRT, pembinaan laluan baru LRT dan sebagainya.

Akan tetapi saya ingin menyisip satu perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan kalau ianya tidak tertinggal. Saya pernah mencadangkan supaya laluan tengah antara...

Walaupun antara negeri pembangkang tak apa, antara Kelantan sampai ke Pahang dinaikkan taraf. Daripada Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Gua Musang sampai ke Jerantut, Bentong, Pahang itu sampai ke Segamat dinaik taraf.

Kalau kita bercakap tentang membela masyarakat kampung, kalau kita cakap tentang membela Orang Asli kerana sangat besar impaknya Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin sekiranya jalan tersebut dinaik taraf, kalau pun tidak lebuh raya, sekurang-kurangnya separuh lebuh raya, segala pelabur dalam dan luar negara akan mula melabur di kawasan tengah.

Sekali gus Tuan Yang di-Pertua dapat membangunkan kawasan tengah sudah pasti, dapat mengurangkan penghijrahan penduduk daripada kawasan kampung, luar bandar ke kawasan bandar. Daripada Kuala Krai, Kuala Lipis dan sebagainya, mereka tidak perlu lagi berhijrah ke kawasan-kawasan yang lain kerana kawasan tersebut membangun daripada projek laluan jalan tengah yang saya cadangkan. Saya yakin sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini, satu permulaan, satu inisiatif dibuat dari segi mungkin ukur tanah dulu, kajian kemungkinan dan akan datang kalau ianya telah dimulakan sekarang, tidak mustahil ia akan menjadi satu realiti, bukanlah satu fantasi lagi.

Akan tetapi kita kena yakin Tuan Yang di-Pertua, yakin dengan apa yang telah kita rancangkan, yakin dengan apa yang kita buat. Samalah seperti tadi kita yakin dengan bajet ini.

Sebab itu saya mencadangkan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya minat sangat supaya projek ini satu masa nanti menjadi kenyataan, saya ulangi ucapan dulu yang pernah saya buat supaya laluan tengah jalan daripada utara hingga ke selatan, dari negeri Kelantan, Pahang dan Johor dapat dibuat dengan segera. Mudah-mudahan dengan adanya jalan tersebut kita dapat membangunkan kawasan, dapat mengurangkan penghijrahan dan sekali gus membela masyarakat kampung, membela masyarakat desa, pekebun-pekebun dan Orang Asli. Ataupun seperti Yang Berhormat Batu Pahat sebut kelmarin, Orang Asli yang sebenarnya orang Melayu yang perlu kita bela.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya tutup dengan satu kenyataan bahawa bajet ini adalah menyeluruh, sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan dibentangkan malah menjangkaui masa hadapan. Dengan kebijaksanaan kerajaan terbukti Insya-Allah ianya mampu menangani masalah ekonomi negara dalam keadaan krisis ekonomi global yang bertambah. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 2:36 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Bismillahhi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan pimpinan, semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Petang ini kita akan meneruskan perbahasan mengenai kertas sejarah ekonomi. Menteri Kewangan yang baru dalam kenyataan media yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang menjadi agen propaganda UMNO dan Barisan Nasional, melaporkan semalam, 14 Oktober bahawa program membantu rakyat miskin serta golongan berpendapatan rendah seperti yang terkandung dalam Bajet 2009 dapat dilaksanakan mengikut jadual.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini kenyataan Menteri Kewangan yang baru. Namun saya hendak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, Menteri Kewangan harus jujur dan ikhlas sebelum membuat kenyataan yang telah pun dilaporkan.

■1450 Kita hendak tahu apa asas kenyataan yang dibuat oleh beliau semalam sementara kita bersetuju supaya program untuk rakyat miskin dan rakyat berpendapatan rendah ini harus di perkasa dan dipertingkatkan, tetapi ia harus bersandarkan kepada angka dan fakta yang tepat dan terkini. Saya bersetuju bahawa dalam membentangkan bajet, kita bersandarkan dan berdasarkan kepada unjuran. Saya hendak bagi kuliah ekonomi kepada Yang Berhormat Batu Pahat.

Namun kalau jurang, angka, fakta dan unjuran itu terlalu melebar di antara satu bulan setengah yang lalu dengan hari ini sudah tentulah asas ini harus diteliti dan dikaji semula. Kalau angka itu lari satu atau dua dolar seperti yang telah dikupas oleh Ketua Pembangkang, kita boleh terima. Kita boleh teruskan perbahasan tetapi kalau jurang itu terlalu besar tidak mungkin kita boleh bahaskan bajet negara bersandarkan angka yang sudah tidak lagi relevan, mudah. Kalau pendapatan isi rumah satu keluarga itu RM1,000 kita boleh rangka isteri dapat berapa, persekolahan anak berapa dan untuk dapur berapa.

Namun kalau pendapatan rumah itu sudah kurang kepada RM500, apakah kita hendak berbelanja dengan cara dan habit yang sama? Yang kita hendak tahu sekarang ini angka 500 itu supaya kita dapat buat unjuran yang lebih tepat, belanja yang lebih berhemah dalam mengurus ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pembangkang telah pun mengupas dengan panjang lebar di mana semua unjuran data dan angka sudah berubah dan pastinya pendapatan negara, defisit negara juga akan turut terkesan. Sebagai contoh dalam Bajet 2009, kerajaan menjangka pendapatan yang disumbangkan daripada sektor petroleum sebanyak RM76 bilion iaitu 43%, Yang Berhormat Batu Pahat, daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara yang berjumlah RM176 bilion. Kita kena ingat, unjuran pendapatan hasil petroleum ini bersandarkan kepada harga minyak mentah pada ketika itu sebanyak RM125 ...

final • 2:48 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sekejap. Baru mukadimah. USD125 satu tong tetapi hari ini sudah turun kepada USD73 satu tong iaitu penurunan sebanyak 41.6% dan kesannya kepada pendapatan negara dalam konteks sumbangan daripada sektor petroleum berkurangan sebanyak RM31.64 bilion atau 17.9%.

Tuan Yang di-Pertua, perkiraan ini hanya melibatkan penurunan sumbangan hasil sektor petroleum. Seperti yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, pendapatan negara akan turut berkurangan ekoran harga minyak kelapa sawit mentah

(CPO) juga merudum daripada RM3,000 yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Abdullah hari ini hanya RM1,777. Sudah tentulah pendapatan negara juga akan merosot. Pendapatan negara yang diunjurkan oleh Perdana Menteri sebelum ini sebanyak RM176 bilion dan perbelanjaan yang dibentangkan adalah RM207 bilion. Pada ketika itu pun defisit negara sudah mencecah angka RM28 bilion ataupun 3.6% yang diunjurkan untuk tahun 2009.

Dalam keadaan sekarang, sudah tentulah lebih parah lagi. Defisit pada tahun ini yang diumumkan oleh Dato’ Seri Abdullah adalah 4.8%.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita jujur dan amanah dalam suasana krisis yang melanda negara pada hari ini unjuran defisit 3.6% untuk tahun 2009 tidak mungkin kita capai malahan dalam suasana ekonomi hari ini krisis dan kegawatan ekonomi; dan krisis kewangan, pendapatan negara akan berkurangan sebanyak 20% hingga 25% dijangka ‘membengkak’ kepada dua angka.

Tuan Yang di-Pertua, krisis kewangan global turut menjejaskan pasaran saham Bursa Malaysia. Kalau kita lihat indeks komposit Kuala Lumpur, semasa pembentangan bajet mantan Menteri Kewangan Dato’ Seri Abdullah, KLCI ditutup pada paras 1,100 mata.

Pada hari ini, kini, parasnya berada pada 917 mata, perbezaan sebayak 183 mata dalam masa sebulan setengah. Setakat jam dua petang ini Bursa Malaysia terus merudum dengan 35 mata lagi. Ini bermakna, Tuan Yang di-Pertua, market capitalization negara kita

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

semakin hari semakin menguncup. Namun Menteri Kewangan yang baru masih lagi seperti yang dilaporkan dalam banyak akhbar, in a state of denial. Tidak mahu menerima hakikat bahawa ekonomi negara kita pastinya akan terkesan ekoran impak kekangan kewangan dan krisis global yang tercetus daripada krisis subprima hinggalah meruntuhkan beberapa institusi kewangan raksasa di peringkat global baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, ramai penganalisis ekonomi berpendapat bahawa keadaan akan menjadi lebih bertambah buruk apabila kadar inflasi kita mencecah 8.5% iaitu yang tertinggi dalam tempoh 28 tahun. Situasi ini menuntut persediaan awal bagi mengelakkan kemungkinan yang akan berlaku akibat kejatuhan kuasa besar ekonomi dunia. Justeru itu, Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat menuntut supaya Menteri Kewangan tampil dalam Dewan Rakyat untuk mengemukakan satu bajet baru. Dia Menteri Kewangan baru, dia jangan terikat dengan Perdana Menteri. Jangan takut untuk merubah demi kepentingan rakyat, bukan demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud bangun, Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Minta penjelasan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Nanti, saya baru hendak... Jangan takutlah.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tolak.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tidak takut, Tuaran. Jangan angkuh.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Salah, bukan Tuaran, Kota Belud.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

You Kota Belud, tetapi di Tuaran pun orang sudah tolak. Ahli UMNO tolak, bukan saya tolak.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebab hendak jaga you di sini.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Pembangkang tolak sudah lama dah.

Ini ahli UMNO pun tolak, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Perdana Menteri pun tidak timbul- timbul lagi.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Mana Perdana Menteri sekarang?

Tuan Yang di-Pertua, Kajian Laporan Pelaburan Dunia 2008 yang dikeluarkan oleh PBB

(UNCTAD) sepanjang tahun lalu mendapati buat pertama kalinya aliran keluar pelaburan daripada Malaysia melebihi kemasukan pelaburan asing iaitu berjumlah RM8.99 bilion dalam tempoh 2008. Tahun lalu, aliran keluar FDI daripada Malaysia berjumlah RM38 bilion. Peningkatan sebanyak 82% berbanding dengan hanya RM21 bilion sebelum itu.

Malaysia hanya menerima FDI berjumlah RM29 bilion pada tahun lalu meningkat hanya 38%.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Masuk ke dalam Dewan].

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sekarang Permatang Pauh sudah masuk.

final • 2:48 PM

Seorang Ahli

Tahulah!

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bagi ruang?

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Kepala Batas mana?

Sudah tiga hari tidak masuk Parlimen.

final • 2:48 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bagi ruang sebelum lari ke tempat yang lain?

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua... Saya ingat tidak apalah uruskan di Tuaran dululah dan saya akan... Tuan Yang di-Pertua, Malaysia pernah Tuan Yang di-Pertua bergelar Asian Tiger sebelum ini kerana mempunyai asas ekonomi yang...

■1500

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebelum larilah Yang Berhormat Gombak. Sedikit sahaja sedikit sahaja Yang Berhormat Gombak.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Cukup kukuh dan potensi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit sahaja sedikit sahaja fasal bajet.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya habis ini saya bagi.

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey thank you.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tetapi sekarang kita tidak lagi menjadi destinasi pelaburan yang menarik di mata pelabur asing jika dibandingkan dengan negara- negara jiran kita seperti Thailand, China dan Vietnam. Tuan Yang di-Pertua krisis yang berlaku tahun 1997, 1998 ada perbezaan apa yang berlaku sekarang kerana apa yang berlaku pada tahun 1997, 1998 ianya lebih terkesan dan melumpuhkan sektor kewangan, hartanah dan kerugian syarikat sektor korporat. Yang terkesan adalah pemain-pemain utama, pemain-pemain besar dalam sektor korporat akibat kepincangan pasaran saham dan serangan spekulator pasaran mata wang asing.

Namun hari ini krisis yang sedang mendepani kita pada hari ini lebih terkesan kepada rakyat biasa dengan kenaikan harga minyak yang melonjak, harga barang makanan juga melambung tinggi. Kalau kita tidak mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini bukan sahaja sektor swasta pemain yang besar akan terkesan tetapi rakyat yang di bawah akan terus merana di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. Justeru itu...

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ada masalah dengan Sri Gading Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu Pakatan Rakyat sudah berulang kali menyatakan kalau hendak selamatkan rakyat terbanyak di bawah segera turunkan harga minyak 70 sen seperti yang kita cadangkan, itu yang pertama. Yang kedua hentikan semua bentuk tirisan yang berlaku dalam penganugerahan kontrak. Kita hendak banteras rasuah secara total. Jangan hanya slogan political pronouncement tetapi tidak ada moral courage untuk membanteras rasuah di bawah kepimpinan yang ada sekarang ini. Kalau Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pun gagal selama lima tahun kami di Pakatan Rakyat dan majoriti rakyat Malaysia tidak nampak kesungguhan bakal Perdana Menteri untuk membanteras rasuah dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Okey.

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tadi pada mula perbahasan Yang Berhormat Gombak ada mengatakan bahawa pihak pembangkang menuntut Menteri Kewangan yang baru untuk membentangkan bajet yang baru berdasarkan keadaan ekonomi semasa dunia.

Saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Gombak pada tahun 1998, pada waktu itu Ketua Pembangkang yang berangan-angan menjadi Perdana Menteri sekarang ini adalah Menteri Kewangan. Pada waktu itu situasi ekonomi dunia juga meruncing seperti sekarang ini. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Gombak, Ketua Whip yang berangan-angan menjadi Menteri Kewangan kononnya.

final • 2:48 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pada waktu itu beliau adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan tetapi pada waktu itu saya tidak teringat walau saya tahu pada waktu itu Menteri Kewangan yang Ketua Pembangkang sekarang ini tidak membentangkan bajet alternatif walaupun pada waktu itu ekonomi dunia merudum dan pasaran saham jatuh, kadar faedah melonjak angkara Ketua Pembangkang menaikkan interest rate. Pada waktu itu Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tidak membentangkan bajet alternatif. Ini adalah satu hipokrit, satu putar belit, lidah bercabang, talam dua muka.

Tolong jawab.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua saya gembira kerana memberi laluan kepada Yang Berhormat Kota Belud sebab kalau dia tidak bercakap tidak nampak dia tidak cerdik. Akan tetapi bila dia buka sahaja mulut nampak kedangkalan dan kejahilan seorang pemimpin UMNO. Apa yang berlaku tahun 1997, 1998 boleh check rekod dalam Dewan Rakyat. Dalam menangani krisis kewangan pada ketika itu Menteri Kewangan membentangkan dua kali revised bajet dalam Dewan Rakyat. Masa itu dia budak hingusan di Sabah sahaja dia tidak tahu.

final • 2:48 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Boleh minta laluan Yang Berhormat Gombak? Minta laluan sedikit.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ha, Yang Berhormat Machang boleh.

final • 2:48 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Apakah Yang Berhormat Gombak bersetuju kerana itulah maka Kota Belud tersungkur dalam pemilihan UMNO bahagian baru-baru ini. Dia mungkin seorang penyokong hebat menantu Perdana Menteri.

Dia mungkin boleh terbang hebat dan gah di peringkat politik nasional. Akan tetapi kalau tersungkur di kampung sendiri ini tidak ada apa hebatnya. Apakah Yang Berhormat Gombak setuju?

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Astagfirullahalazim.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya setuju 200% Machang.

final • 2:48 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Berhormat Gombak bagi jalan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Itu saya sebut tadi daripada awal, saya hendak habiskan ayat. Dari awal saya sudah sebut masalahnya sekarang bukan pembangkang tolak. Orang UMNO ahli di UMNO di bawah pun sudah cerdik sudah hendak tolak pemimpin yang dangkal dan jahil seperti ini, ini yang berlaku. Saya silakan PJU.

final • 2:48 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Adakah benar bahawa pada tahun 1997 pada masa itu kita tidak ada pergerakan harga minyak seperti pergerakan yang kita tengok hari ini. Di mana harga USD140 se barrel turun kepada USD70 . Pada masa itu harga minyak adalah hanya antara USD12 dan USD15 sahaja. Pada masa itu hasil negara kita, hasil kerajaan negara kita tidak rely kepada hasil daripada Petronas kita tidak hanya lebih kurang 10% sahaja. Tidak macam hari ini di mana Petronas sumbangannya lebih kurang 46.4% daripada kesemua hasil negara kita. So situasi sudah tidak sama. Tidak boleh gunakan isu 1997 untuk 2009.

Terima kasih.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih PJU. Inilah kehebatan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua kalau boleh saya mencadangkan supaya kita aturkan satu sesi kuliah ekonomi yang akan dipimpin oleh PJU. Peserta dia daripada Kota Belud, Kinabatangan, Sri Gading, Bintulu, Batu Pahat.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Sri Gading, tidak masuklah Yang Berhormat Sri Gading tidak masuk.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Boleh Tuan Yang di-Pertua saya hendak cadangkanlah.

final • 2:48 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Arau tidak masuk, Arau?

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Sri Gading saya ingat tidak payah sebab dia pun sudah lanjut sudah usia dia.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak payah tidak payah tidak payah. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Boleh Tuan Yang di-Pertua setuju dengan cadangan saya.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sri Gading pun tidak ingin.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang itu tanya dengan dia orang Yang Berhormat jangan tanya saya.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Okey terima kasih. Baik Tuan Yang di-Pertua saya hendak teruskan ucapan saya...

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon laluan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak apa saya hendak teruskan lepas itu kita beri laluan kalau tidak saya tidak ada masa. Kita telah banyak mendengar perbahasan tentang pembelian BII oleh Maybank. Ketua Pembangkang hujah dengan cukup terperinci bagaimana pembelian ini menjadi satu mendapat kritikan yang hebat bukan sahaja daripada sektor kewangan dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada petang ini Tuan Yang di-Pertua saya hendak menyentuh pula tentang kebimbangan para pelabur mengenai pembelian 20% kepentingan saham dalam NCD Bank. Sebuah bank terbesar di Pakistan sekali lagi oleh Maybank.

Penganalisis pasaran tempatan, kali ini saya hendak gunakanlah laporan yang dibuat oleh ECM Libra ini yang agak terperinci. Bertarikh 23 September 2008 Tuan Yang di-Pertua yang menganggap pengambilalihan ini terlalu mahal dengan harga RM2.87 bilion.

Kalau BII harga yang dibeli itu ketinggiannya melebihi 4.25 daripada book value tetapi dalam konteks pembelian MCB Bank oleh Maybank ini ianya adalah pada nilai RM5.1 tiga kali ganda daripada book value.

■1510 Apa ini? Saya minta Menteri Kewangan datang jawab. Jangan sibuk dengan kontrak-kontrak besar yang telah pun dikupas oleh Ketua Pembangkang. Tuan Yang di- Pertua, sehingga hari ini kerugian yang dialami akibat kejatuhan harga saham MCB iaitu susut nilai impairment value ialah sebanyak RM1.58 bilion sebanyak hampir 60% berbanding dengan harga pembelian asal.

Maknanya dalam lima bulan pembelian MCB Bank oleh Maybank telah mengalami kerugian sebanyak RM1.58 bilion. Kalau kita lihat dari kadar pertukaran wang asing, kerugian daripada pertukaran wang asing ialah sebanyak RM261 juta kerana kejatuhan nilai Rupee Pakistan sebanyak 11.3% berbanding nilai ringgit semenjak tarikh pembelian tersebut. Jadi jumlah kerugian Maybank tanggung hari ini ialah RM1.8 bilion.

Kalau ini berlaku dalam tempoh lima bulan, sedangkan pemegang saham utamanya adalah PNB yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat Malaysia khususnya golongan bumiputera. Apa akan jadi kepada pemegang-pemegang saham yang melabur dalam ASB, ASN dalam PNB. Maka pembayaran dividen juga akan merosot. Mengapa perkara ini tidak dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional? Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian dengan lebih teliti.

Persoalan hari ini ialah hendak keluarkan negara daripada kegawatan ekonomi, krisis ekonomi, kita perlukan satu kepimpinan yang kuat Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak harap kepimpinan yang ada sekarang, saya bimbang. Kalau Tuan Yang di-Pertua teliti betul-betul ucapan mengampu yang dikemukakan oleh UMNO dan Barisan Nasional, istilah yang mereka gunakan ialah ini ‘bajet prihatin’.

Saya agak mual mendengar istilah-istilah seperti ini. Kalau benar ini Bajet Prihatin, prihatin kepada siapa? Prihatin kepada menantu, prihatin kepada anak, prihatin kepada isteri atau prihatin kepada rakyat yang terbanyak. Pagi ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, berlaku di negeri Johor...

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini hendak masuk Johor. Selepas saya masuk Johor, Yang Berhormat Batu Pahat boleh bangun.

Pagi ini Tuan Yang di-Pertua, orang-orang Melayu negeri Johor dihambat. Yang Berhormat Sri Gading tolong dengar, dihambat, dipukul, dimusnahkan, dilayan seperti binatang. Bukan dilakukan oleh HINDRAF. Tidak dilakukan oleh orang-orang Cina, orang India. Yang memukul orang-orang Johor pada pagi ini ialah pihak berkuasa polis.

Lebih 300 anggota polis memukul rakyat Johor, penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Skudai Johor yang sudah menetap di tanah itu puluhan tahun. Dia sudah memohon untuk mendapatkan hak milik tanah sebanyak lapan kali daripada kerajaan negeri. Akhirnya kerajaan negeri tidak anugerahkan tanah kepada rakyat tempatan, tidak anugerahkan kepada Melayu. Anugerahkan tanah ini kepada syarikat swasta Oakfield Sdn.

Bhd.

Di mana ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

[Tepuk] Mana keris Melayu yang dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran. Di Mukah Sarawak Tuan Yang di-Pertua, 15,000 rakyat tempatan dihambat begitu sahaja dari Johor Bahru ke Mukah rakyat dilayan seperti pendatang asing. Oleh siapa, bukan HINDRAF, bukan Cina, DAP, bukan Pakatan Rakyat, tetapi oleh pemimpin UMNO yang rakus dan zalim terhadap masalah rakyat. Ini berlaku di negeri Johor, bangun Yang Berhormat Batu Pahat. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Gombak kerana memberi laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Gombak, ini yang saya kata bahawa Yang Berhormat Gombak tidak mendengar apa yang saya hujahkan ketika membahaskan bajet ini, bahawa banyak sebenarnya perkara penganugerahan tanah yang telah diberikan kepada rakyat.

Saya sebagai Ahli Parlimen sudah dua kali mengurus pembahagian tanah ini. Jadi sebab itulah kalau ada satu kes seperti ini tidak bermakna bahawa kerajaan mahu menzalimi rakyat. Tengoklah beberapa tahun kerajaan sudah memerintah dan sedikit lagi Yang Berhormat Gombak, sedikit sahaja.

Berhubung dengan soal bajet tadi, kita sudah menyebut iaitu bahawa bajet ini adalah perancangan yang perlu dilaksanakan. Kalau kita tidak laksanakan, sedangkan kita kata, memang kita akan revise di penghujung tahun.

Maka ini membawa kesan bahawa ekonomi boleh collapse dan keyakinan orang luar juga akan runtuh jika sekiranya kita hendak mengubah dalam masa yang singkat.

Yang penting ialah perancangan itu mesti dilaksanakan dan barulah pertumbuhan itu boleh meningkat. Itu yang lebih penting daripada hendak mendengar cakap pembangkang yang ingin mengeksploitasikan isu ini, seolah-olah kerajaan ini tidak peka dan tidak pandai dalam mengurus ekonomi.

Saya sebenarnya dengar kuliah Yang Berhormat Gombak lagi saya tidak faham, kelulusan ekonomi mana yang digunakan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebab itu saya jemput pergi kuliah ekonomi, baru faham. Namun, saya faham Yang Berhormat Batu Pahat ini, saya kenal lama. Sekarang dalam keadaan sedang berjinak-jinak dengan bakal Perdana Menteri, manalah tahu dapat jadi menteri, tidak mengapalah. Itu cita-cita dia.

Akan tetapi kalau ini ‘bajet prihatin’, saya hendak cadangkan kalau Menteri Kewangan yang baru ini tidak faham prinsip ekonomi, sewajarnyalah beliau belajar daripada pakar, tokoh-tokoh ekonomi sama ada dalam negara atau luar negara. Dalam konteks Johor ini, seorang tokoh ekonomi yang agak terkenal, yang disebut juga oleh Ketua Pembangkang iaitu Hernando De Soto. Prinsipnya mudah, beri tanah kepada rakyat miskin, boleh faham Yang Berhormat Sri Gading? Jangan belajar dari Mongolia.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Gombak, saya sebenarnya tidak mahu mengganggu ucapan Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tidak, saya tidak beri laluan lagi.

Belum, belum, tunggu.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di bahagian saya ada 8,000 ekar tanah hutan yang diberi kepada petani-petani luar bandar yang memerlukan tanah. Ini telah pun menjadi kenyataan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya belum...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak bagi laluan Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi saya sebenarnya tidak hendak mengganggu tetapi saya hendak menjelaskan Tuan Yang di-Pertua perkara yang sebenarnya. Jadi kalau menuduh kerajaan tidak memberikan tanah, tidak memberikan pembelaan kepada rakyat, itu kita tolak sama sekali. Ini kerana kenyataannya parti Barisan Nasional, Kerajaan Barisan Nasional - ratusan, ribuan hektar yang telah diberi kepada rakyat. Namun kita tidak menafikan ada permohonan yang belum selesai.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini baru memerintah ...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, okey.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini Dewan Rakyat Malaysia ...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Dewan Rakyat. Itulah Tuan Yang di-Pertua kita kena dengar. Jadi Yang Berhormat Gombak bercakap kalau Tuan Yang di-Pertua bagi laluan, baru bagi laluan. Jadi saya ingatkan Yang Berhormat Gombak masa yang ada lima minit lagi.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya minta tambahan sedikit.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya minta maaf Yang Berhormat. Kalau minta tambahan, sebelah sana juga minta tambahan juga.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dengan gangguan seperti ini macam mana Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Gangguan sedikit, ini bukan gangguan, penjelasan sedikit.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sila.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak menyebut tadi mengenai tindakan yang di Plentong, bagaimana pasukan polis begitu handal menunjukkan kehebatan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diarahkan pemimpin- pemimpin UMNO.

Hari ini dalam salah satu jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri kepada soalan yang ditanyakan, “Apakah punca pondok polis di Jalan Haji Taib ditutup sedangkan aktiviti maksiat, perjudian, samun dan pergaduhan sering berlaku?”.

Tuan-tuan dengar apa jawapan dia, “Pondok polis di Jalan Haji Taib terpaksa ditutup kerana pihak polis mendapati lokasi tersebut tidak lagi sesuai atau selamat bagi anggota polis yang bertugas”. [Ketawa] ■1520 “Persekitaran kawasan yang kotor kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit.” Siapa suruh? “Serta ancaman penjenayah-penjenayah memudaratkan keselamatan anggota.” [Ketawa] Menteri Dalam Negeri kena letak jawatan kalau takutkan keselamatan polis sendiri dalam kawasan itu saya cadangkan semua balai polis, pos polis buat di dalam beret-beret tentera, selamat. Jadi macam mana dengan rakyat cukup berani tapi Lorong Haji Taib dia cukup takut.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Itulah kualiti menteri UMNO dan Barisan Nasional. Sebab itu ramai Ahli-Ahli Parlimen sekarang berhasrat berhijrah supaya kita wujudkan satu kerajaan baru yang akan dibentuk oleh orang yang ada amanah dan maruah.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Bagi tarikh baru.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, ada kaitan dengan isu Yang Berhormat Sri Gading. Kalau benar pun rakyat diberikan tanah tetapi di negeri Johor sendiri tanah Kem Majidi puluhan ribu diserahkan kepada sektor swasta, Kejora begitu juga. Jangan ambil satu angka tetapi hendak rabunkan mata yang lain.

Rabunkan Ketua UMNO bahagian boleh tetapi tidak boleh rabunkan mata rakyat di atas kezaliman UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, negara sekarang menghadapi krisis kewangan. Ekonomi global yang juga memberi kesan kepada negara kita. Sudah tentulah rakyat mengharapkan kepimpinan yang kuat, yang ada maruah yang dapat menangani masalah ini secara bermaruah dan berprinsip. Namun malangnya nampak pemimpin UMNO dia sibuk bergelut dengan krisis dalaman UMNO. Berebut dengan jawatan-jawatan tertentu.

Apakah orang seperti ini hendak kita sandarkan harapan bahawa negara boleh selamat? Rasuah berleluasa., kepimpinan tidak boleh. Oleh sebab itu, saya cadangkan supaya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur semalam supaya kita kena wujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat segera semua skandal-skandal yang sedang dialami oleh Timbalan Perdana Menteri yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri.

Terlalu banyak, kita bukan buat tuduhan melulu. Kita kemukakan fakta, kita kemukakan bukti, kita kemukakan laporan. Dari kes pembunuhan Altantuya kita bukan tuduh dia terlibat tetapi siasatan pun tidak dimulakan. Kerana apa? Sebab dia Timbalan Perdana Menteri.

Komisyen Scorpene Submarine tidak langsung dimulakan.

Di mana peranan Badan Pencegah Rasuah? Oh, kalau kes Exco Perak dalam masa seminggu terus didakwa di mahkamah. Laporan yang kita buat, laporan rasuah yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara, terhadap Peguam Negara bertarikh 1 Julai sampai hari ini belum ada tindakan daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Di mana letak kewibawaan Badan Pencegah Rasuah yang sepatutnya bertindak bebas bukan tunduk kepada kuasa politik dan parti-parti politik.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis ya.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya hendak minta hendak rumuskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Rumus dengan ringkas Yang Berhormat ya.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Oleh itu, saya berharap kita dapat memastikan Badan Pencegah Rasuah ini dapat menjadi satu badan yang bebas, dapat menangani masalah rasuah. Kita hendak pastikan negara ini dipimpin oleh orang-orang yang ada maruah. Kita ada banyak masalah soal ekonomi, rasuah, jenayah yang semakin hari semakin berleluasa. Maka kepimpinan yang kuat yang ada morallah yang dapat menyelamatkan. Jangan kita sibuk dengan pemilihan UMNO dalam satu dua bulan ini.

Ranap negara, yang dipilih pun tidak ke mana. Semua rosak belaka. Tidak ada kepimpinan, orang yang pergi Australia tidak boleh cakap orang putih tapi boleh bawa duit orang putih pun hendak jadi Timbalan Presiden UMNO. Ini, [Menunjukkan buku dan VCD] seorang Menteri Kabinet, masih Menteri Kabinet ada dua laporan polis yang telah dikemukakan. Saya hendak tanya Menteri Dalam Negeri, apakah hasil siasatan terhadap menteri yang berkenaan? Yang memukul orang sehinggakan mangsa ini Tuan Yang di- Pertua kecederaannya kekal sampai sekarang. Mata tidak boleh tutup. Yang memukul siapa? Bukan gengster. Yang memukul Menteri Kabinet daripada UMNO dan Barisan Nasional. Ada seorang menteri...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini bukan rumusan Yang Berhormat?

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yalah hendak rumus, saya hendak landing.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat sendiri tidak boleh ikutkan peraturan macam hendak ...

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya hendak landing, landing saya tadi Tuan Yang di-Pertua kita hendak kepimpinan yang kuat.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun ada tugas dan tanggungjawab juga.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Okey saya hendak rumuskan yang terakhir. Laporan polis pun ada dengan saya Tuan Yang di-Pertua. Ini serius, ini bukan tuduhan, ini bukan surat layang. Laporan polis ada, VCD ada, buku ada apa hendak lagi?

Kes mahkamah apa? Siasatan pun belum mula dimulakan. Yang ini saya hendak tanya. Ini tidak faham Yang Berhormat Batu Pahat ini. Kursus mahkamah pula untuk Yang Berhormat Batu Pahat. Ada seorang menteri , saya hendak tanya juga menteri yang meraba seorang perempuan apa jadi? Sekarang bekas menteri. Sudah pergi angkasa lepas, terlepas semua.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat, buatlah...

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jadi saya hendak harapkan Tuan Yang di-Pertua, supaya Ahli-Ahli Parlimen yang ada prinsip, concern kita kena jelas. Kita bukan hendak bergaduh Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak rumuskan bahawa inilah masa yang terbaik untuk sama-sama kita duduk, kita bincang, kita bahas demi kepentingan rakyat keseluruhannya untuk memperkasakan ekonomi dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 2:48 PM

Beberapa ahli

[Bangun]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Mas Gading.

final • 2:48 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sri Gading ke Mas Gading?

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Minta maaf. Saya terpandang ke sana. Terpandang Yang Berhormat Mas Gading dekat sana Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat .

final • 2:48 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut serta dalam perbahasan belanjawan 2009 ini. Saya mulakan sebab dalam bulan Syawal yang mulia ini sebagai orang Islam saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tuan Yang di-Pertua [Bercakap dalam bahasa Arab] Mohon kemaafan dan kehalalan lebih-lebih lagi kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kalau mendengar Yang Berhormat Gombak berucap, hah dia macam bos dia juga memang handal. Handal-handal belaka orangnya.

Dia boleh tepuk, dia boleh suka mendengar, menerima belum tentu. Terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian. Sama ada benar atau tidak, sama ada palsu atau sahih atau sama ada fitnah atau cerita benar, saya tidak mahu menyentuh ini. bukan bidang saya. Biar orang-orang yang kita berikan amanah, menteri yang sudah pasti mengambil catatan ucapan-ucapan ini dan akan membuat jawapan, bukan saya yang kena membuat ucapan. Kata orang yang bijak dalam politik mereka pernah merungkap, pernah mengungkapkan tidak ada musuh sepanjang zaman. Tidak ada kawan sepanjang masa.

Tiada musuh sepanjang zaman, tiada kawan sepanjang masa. Itu istilah orang politik tapi kalau istilah Islam tidak ada musuh yang tidak boleh jadi kawan dan sudah berkawan tetap akan jadi berkawan, itu Islam.

■1530

final • 2:48 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengangguk-angguk tanda setuju. Saya teringat, sewaktu saya mula-mula jadi Ahli Parlimen pada tahun 1999. Yang Berhormat Tumpat ada untuk menjadi saksi dan ramai kawan-kawan di sini yang menjadi saksi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya teringat Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu. [Ketawa] Yang Berhormat Permatang Pauh yang dulu adalah seseorang atau seorang yang sangat saya hormati.

Seorang yang sangat saya segani kerana memang sudah menjadi keperibadian beliau, seorang yang solehah, isteri yang taat. Berbahagialah suaminya. Seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia. Saya hormat dan saya segan.

Itu sebabnya sewaktu beliau berucap sebagai anggota Parlimen yang kebetulan pula sebagai orang di dalam barisan pembangkang sebelum beliau menjadi Ketua Pembangkang selepas 8 Mac. Sebelum itu, ada kalanya dia cubit juga Barisan Nasional ini.

Dia tampar juga wakil Ahli Parlimen atau Kerajaan Barisan Nasional ini. Maklumlah sebagai pembangkang, nama pun pembangkang. Akan tetapi disebabkan rasa hormat saya, saya mendiamkan diri di kerusi saya. Maklumlah Yang Berhormat Ahli Parlimen pembangkang ini dahulu menjadi isteri kepada kepimpinan nombor dua negara. Ini cerita, ini sejarah.

[Dewan riuh] Nanti dahulu.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini kuliah untuk Gombak!

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Nanti Yang Berhormat Batu Pahat. Suaminya seorang sahabat yang kebetulannya menjadi pemimpin. Jadi rasa hormat itu begitu mendalam. Jadi kalau dia menampar, mencubit Kerajaan Barisan Nasional, saya mendiamkan diri kerana rasa hormat ini. Kalau saya tidak boleh tahan juga, maka saya keluar. Minum air di luar, minum kopi sambil menghisap rokok. [Disampuk] Yalah, memang adalah. Menggeleng-geleng kepala lah Yang Berhormat. [Ketawa] Apa nak buat? Yang Berhormat Titiwangsa geleng kepala lah tentang hisap rokok ini tetapi dia tidak tahu nikmat hisap rokok ini. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu tidak payah hurailah Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membantah Tuan Yang di-Pertua. Itu budak-budak sekolah, ramai di belakang itu. [Sambil menunjukkan ke tempat duduk pelawat di dalam Dewan]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak payahlah, tak payahlah.

Yalah, yalah, yalah, yalah. Beginilah, saya tarik baliklah. Tidak payah bantahlah. [Ketawa] Begitulah saya dan Yang Berhormat Permatang Pauh, hormat. Akan tetapi, Yang Berhormat Permatang Pauh yang baru ini. [Ketawa] Orangnya masih hebat! Ahli pidato yang berkesan! Oh! Hebat! Itu kita tidak boleh nafikanlah. Kita suka tak suka itu soalan lain tetapi, kebolehan, dia punya ketokohan...

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat, Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hai, puji pun hendak kena bagi jalan? [Ketawa]

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tidak adalah, sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading. Kita bincang belanjawan, bukan Anwar Ibrahim. Kalau tidak setuju hujah saya, tidak mengapa tetapi, tidak payahlah panjangkan soal saya ini. Dia sahabat dahulu dan sekarang, sahabat baik. Cuma saya hendak tekankan di sini, hujah kita itu berdasarkan fakta. Jadi, kalau dia hendak mempertikaikan fakta, silakan. Cara saya petah atau tidak petah, tidak mengapa. Kita boleh berjumpa kemudian, karang kita minum teh.

Terima kasih.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ini membawa mukadimah, ada benda yang saya hendak

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

zahirkan. [Disampuk] Takkanlah tidak boleh bersabar. Serangan ini bukan serangan peribadi. Tidak seperti Yang Berhormat Gombak yang setiap patah ucapannya, saya lihat, saya semak, saya dengar, peribadi yang dibantainya. Saya tidak begitu. Jadi, minta maaf Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Tahniah menjadi Ketua Pembangkang. Saya membuat mukadimah. Jadi itu, tetapi yang ada kaitan dengan saya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Yang Berhormat Permatang Pauh ini dahulunya juara Islam! [Gangguan bunyi deringan telefon] Juara Belia Islam Sedunia! Pejuang Islam yang terkenal seluruh dunia! [Gangguan bunyi deringan telefon] [Ketawa]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau, matikan Yang Berhormat Arau.

final • 2:48 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Menutup talian telefon].

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Seorang pejuang nasionalis Melayu yang tulen, hebat! Sebab itu, apabila dalam pemilihan Pemuda UMNO kira-kira 30 tahun yang dahulu, sahabat beliau Allahyarham Yang Berhormat Yasin Kamari, mengajak saya mengundi beliau. Itulah sebabnya beliau menang 10 undi mengalahkan Dato’ Suhaimi Kamaruddin. Saya di antara orang yang menyokong beliau kerana kehebatan perjuangan beliau ketika itu. Yang Berhormat Permatang Pauh kenal sangat dengan Ketua Pemuda Sri Gading pada ketika itu, Allahyarham Yasin Kamari. Saya dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading! Yang Berhormat Padang Serai, belum kenal! Orang lain belum kenal!

Kita sudah kenal.

final • 2:48 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Gombak belum dilahirkan.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini sejarahnya!

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Duduk Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak. Saya sebenarnya, tidak perlu sangat mencelah anda hendak mencelah apa yang saya bangkitkan.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Akan tetapi Yang Berhormat Sri Gading boleh mencelah saya!

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Okey, fair! Okey. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Gombak.

final • 2:48 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, ini apa benda Yang Berhormat Sri Gading ini? [Ketawa] Di hadapan kita sekarang ini, soal bajet. Setuju atau tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, beritahulah! Ini cerita UMNO dahulu, UMNO sekarang, UMNO sudah luput dah! Sudah tidak ada dah! Sudah tidak ada siapa berminat membincangkan soal UMNO di dalam Dewan ini!

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Gombak, anda cukup bimbang, cukup takut, cukup tak suka kalau kita menyerang anda, memberikan perkara-perkara yang negatif kepada anda sebegitu rupa. Berilah keadilan! Saya pun sebenarnya bukan hendak serang peribadi. Saya hendak ceritakan sejarah yang ada kaitan dengan kami, Ahli-ahli Barisan Nasional di pihak kami, penyokong kerajaan. Apa yang sedang hendak dilakukan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dahulu, Yang Berhormat Permatang Pauh jalan satu dunia, menceritakan tentang hak asasi manusia. Okey! Kita setuju! Kita terpengaruh! Cakap-cakap dia benar! Cakap- cakap dia betul! Kita berikan sokongan, dahulu. Kalau tidak, takkan beliau jadi Ketua Pemuda UMNO. Selepas itu meningkat dari satu tangga ke satu tangga. Akhirnya, menjadi Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO bermula daripada tangga yang kami semua mengundi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini sejarahnya.

Yang Berhormat Gombak hendak dengar atau tak nak dengar, itu hak Yang Berhormat Gombak. Akan tetapi saya yang menyimpan sejarah ini. Saya tidak pernah sebenarnya menyangka buruk kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Nasib beliau,

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

hendak diapa-apakan? Semuanya ketentuan Allah SWT. Itu sebabnya saya mulakan dengan ucapan seperti itu. Jalan serata dunia, memperjuangkan demokrasi. Okey, kita sokong! Akan tetapi baru-baru ini, kami Ahli-ahli Barisan Nasional diberikan macam-macam ugutan atau bukan ugutanlah, pujukan kononnya hendak dibeli untuk menyertai parti pembangkang kerana Yang Berhormat Permatang Pauh hendak jadi Perdana Menteri. Ini apa? Ini sebenarnya pengacau demokrasi! Berlawan dengan demokrasi! Kalau pun hendak menjadi Perdana Menteri, tunggulah pilihan raya yang ketiga belas.!! [Tepuk] Hendak pujuk kami supaya menyertai PKR.

■1540 Minta maaf, kami ada peribadi yang patut dipertahankan. Kami ada maruah. Apa kata pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada kami atas tiket Barisan Nasional?

Saya tidak sanggup menjadi pengkhianat. Saya keluar rumah, orang kata ini pengkhianat.

Orang rumah saya keluar, orang kata isteri pengkhianat. Anak saya keluar, orang kata anak pengkhianat. Saya tidak sanggup. Itu sebabnya saya merayu kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh, hentikan usaha untuk menubuhkan kerajaan secara seperti itu. [Tepuk] Ini, minta maaf. Minta maaf, saya minta maaf kerana kami hendak menjaga maruah dan air muka kami. Yang Berhormat Permatang Pauh, orang yang mementingkan maruah, orang yang mementingkan air muka, saya setuju. Berilah kepada kami pengiktirafan. Jangan ada usaha hendak memujuk supaya kami melompat, kami terpengaruh – jangan, dan saya rasa, pendapat saya, pendirian saya adalah pendirian rakan-rakan Barisan Nasional. [Tepuk]

final • 2:48 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Duduklah. You pergi Taiwan pun tidak jumpa kami tetapi you kata jumpa. [Disampuk] Bohong. Kita duduk satu hotel, tetapi kita keluar pagi kerana airport akan tutup kerana typhoon dekat Taiwan. Nasib baik saya sempat balik pasal kalaulah airport itu tutup katanya tiga, empat hari, nasib baiklah.

Tidak tahulah Yang Berhormat Batu, dia sanggup atau tidak sanggup atau memang dia lebih suka duduk di Taiwan.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi inilah, supaya janganlah ada usaha-usaha pihak pembangkang hendak menarik kami. Kita tidak dapat melarang kalau ada usaha parti pembangkang hendak membentuk kerajaan selepas menang Pilihan Raya Ke-13, silakan. Kalau rakyat memberikan kepercayaan, silakan. Kita bertanding secara terbuka. Kerajaan Barisan Nasional boleh dinilai oleh rakyat. Parti pembangkang yang diketuai oleh Permatang Pauh juga dinilai oleh rakyat dan akhirnya, rakyat dalam negara demokrasi membuat pilihan dan pilihan itu harus dihormati.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Hendak bagi sahabat saya, Yang Berhormat Sri Gading rehat sedikit dan saya hargai pandangan beliau. Mula-mula dia kata beli, kemudian dia pinda kata pujuk. Kalau dia sebut ada usaha hendak beli, itu saya bantah dengan keras. Kalau dia kata pujuk, kalau kata ini melanggar tatasusila demokrasi, Yang Berhormat Sri Gading sebagai seorang sahabat tahu di Sarawak, di Terengganu, di Kelantan, di Sabah, ada perubahan berlaku dengan cara Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri memilih menyokong parti UMNO atau Barisan Nasional. Jangan anggap isu etika dan moral itu hanya bersesuaian dengan masa sekarang.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, kalau ada Ahli Yang Berhormat dari Sibu, Petrajaya, dia berdiri mengatakan atas dasar prinsip, “Saya tidak terima kaum saya dihina”, ada pula bangun, “Saya tidak boleh terima kalau siasatan polis atau Peguam Negara tidak telus.” “Saya tidak boleh terima kalau dasar ekonomi menguntungkan segolongan kecil, menindas rakyat.” “Saya tidak boleh pertahankan parti yang ada.” Apakah ini menghina demokrasi?

Saudara Yang Berhormat dari Sri Gading kena faham, orang diberikan kebebasan memilih sesuatu berdasarkan agenda perubahan. Kalau isunya itu yang dibangkitkan oleh

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat, isu moral dan etika, saya hendak sebut, saya tahu dan saya hormati kerana Yang Berhormat tidak seperti mana sesetengah sahabat yang menghina, mengaibkan dan walaupun saya tidak memohon dan mengemis simpati daripada mereka, saya kena pukul dan terajang setengah mampus. Kalau ada orang bangun dan pertahankan prinsip, saya tidak dengar daripada ramai kawan-kawan saya tetapi isu ini, Yang Berhormat Sri Gading, bukan isu peribadi.

Sebab itu saya katakan kalau orang bangun, ekonomi kita tidak memihak kepada rakyat, ekonomi memihak kepada golongan atasan, benar tidak ada kerajaan, termasuk UMNO dan Barisan Nasional dan saya tidak mengatakan langsung tidak mempedulikan masalah rakyat, tidak. Saya pernah berkhidmat dalam kerajaan dan saya tahu, tetapi melihat dari kerangka besar, dasar ekonomi yang tidak memihak kepada rakyat, percaturan politik di dalam yang sangat dahsyat, cara menghumban Presiden dan Perdana Menteri juga cara yang kurang adab, tetapi tidak mengapa...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

...kalau orang berdiri mempertahankan prinsip ini, apakah Yang Berhormat Sri Gading anggap ini satu yang tidak etika atau bermoral kalau dia pertahankan kebatilan...

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

...dia pertahankan kezaliman, dia memilih menyokong UMNO atau menolak UMNO kerana wang, orang itu boleh kita sebut tidak beretika. Yang saya ajak berdasarkan prinsip dan agenda perjuangan. Mahu terima, alhamdulillah. [Tepuk]. Tidak terima, kita terima dengan baik. Jangan gaduh.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat kita, Yang Berhormat Permatang Pauh. Prinsipnya kita terima. Rasuah kita perangi bersama. Bukan pembangkang sahaja, kami juga di pihak kerajaan bantai cukup- cukup kalau ada rasuah. Penyelewengan kita bantai, kita sanggah, kita lawan, sama ini.

[Disampuk] Tahu perkataan bantai? Minta maaf kalau perkataan itu tidak berapa elok.

Prinsipnya sama, kita sama. Soal ini soal yang mutakhir ini, kita ini macam-macam ditanya oleh orang-orang di bawah. “Datuk macam mana? Datuk melompat ke?” Maruah, soal maruah ini.

Ya lah, kalau ada orang hendak melompat, apakan daya tetapi bagi saya dan saya rasa semua rakan saya, Ahli-ahli Parlimen BN tidak sekali-kali terpengaruh, terpedaya, kami tidak. [Tepuk] Jadi kalau kami tidak mahu terpengaruh, kalau kami tidak akan terpedaya, itu jangan salahkan kami kerana kami ada pegangan yang harus dipegang dan dihormati berdasarkan pemilihan kami oleh rakyat yang percaya atas lambang Barisan Nasional.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya Sri Gading, bila bercakap soal moral ini, apakah bermoral namanya apabila kita memaklumkan kepada rakyat bahawa kerajaan baru akan dibentuk pada tarikh ini, ubah lagi pada tarikh ini, ubah lagi pada tarikh ini, yang tidak ada pun sebenarnya berlaku. Tidakkah tindakan ini menyebabkan kesannya ialah keyakinan pelabur asing yang mahu masuk ke negara kita seolah-olah bahawa politik kita tidak stabil dan apa yang berlaku hanya untuk mengelirukan rakyat sedangkan kita ini tetap pendirian bersama dengan Barisan Nasional. Apakah ini bermoral namanya?

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya bersetuju dengan Batu Pahat. Saya bersetuju. Saya tidak menuduh sesiapa tetapi ini tidak bermoral dan ini menyebabkan pelabur di negara kita sejak mutakhir ini begitu tidak stabil. Jadi marilah kita menyeru semua pihak, masing-masing dengan kerja masing-masing, masing-masing dengan hak masing-masing. Seperti contohlah, di Perak kita tidak kacau kerajaan campuran di sana, sedangkan Barisan... hendak tiga sahaja. Di Penang kita tidak kacau, di Selangor kita tidak kacau pasal kita menghormati kerajaan itu secara sah dipilih oleh rakyat.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 2:48 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan?

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Secara sah dipilih oleh rakyat, parti pembangkang memerintah Perak, parti pembangkang memerintah Penang, parti pembangkang memerintah Kedah, parti pembangkang memerintah Selangor, parti pembangkang memerintah, kita hormat.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta laluan sedikit. Minta penjelasan.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang sana dulu.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga hendak membuat ungkapan soalan macam Batu Pahat tadi. Bermoralkah kalau kita kata, “Oh, tidak bubar Parlimen esok.” Tiba-tiba bubar. Bermoralkah kita kata, “Kita akan kaji harga minyak pada bulan Ogos.” Tiba-tiba naik besok, malam karang.

Bermoralkah kalau kita kata, “Kerajaan Perak akan dijatuhkan pada 31 Ogos.” Jadi, benda yang sama, bermoralkah? Jadi ini bukan persoalan moral. Saya jangka sebelah sana mengatakan ini persoalan strategi. Jadi macam mana pandangan Sri Gading?

■1550

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tak habis kita sampai petang ini. Kata BN begini, tanya saya, lepas itu kata pembangkang begini, tak habis sampai petang. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:48 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya rasa itu cara nak jawab soalan yang tak boleh jawab, itulah cara yang paling mudah ya. Dalam soal Selangor pun tak betul. Nak kata bahawa Kerajaan Barisan Nasional tak ganggu Selangor, saya rasa itu satu kenyataan yang cukup mengelirukan. Seperti mana yang kita semua tahu 10 Mac, hanya beberapa hari selepas pilihan raya, ada usaha untuk menawarkan kepada PAS jawatan Menteri Besar dan kita tolak. Kita tolak. Itu menunjukkan bahawa kita mempunyai satu pendirian yang teguh dan soal kita memerintah sekarang ini tiba-tiba ada yang JKKP pula. Datang dari mana? JKKP pula, (Jawatankuasa Kampung Peringkat Pusat) yang memecahbelahkan masyarakat sehingga kampung ada dua jawatankuasa kampung. Bukankah itu satu tindakan nak khianat?

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Dah tolak sudahlah.

Ini yang nak pujuk-pujuk ini kenapa?

final • 2:48 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...dan kedua, dalam soal kemenangan dalam pilihan raya, tidakkah kita telah berkali-kali membantah proses pilihan raya yang tidak demokratik. Bagaimana Kerajaan Barisan Nasional boleh mempertahankan kemenangan yang kononnya atas dasar demokrasi sedangkan kita tahu bahawa daftar pengundi telah dimanipulasikan, proses pengundian dengan undi pos yang tidak telus dan tidak jelas, media yang dikuasai 100%. Bagaimana Yang Berhormat Sri Gading boleh mengkritik kami dari Pakatan Rakyat yang ingin membawa perubahan kepada satu arah yang lebih baik dengan mempertahankan satu kerajaan yang telah menang bukan atas demokrasi yang telus dan tulen.

final • 2:48 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk] Juga dakwat kekal. Kata nak pakai lepas itu hapuskan.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dah Yang Berhormat Seputeh. [Dewan riuh] Dia tak bagi jalan lagi Yang Berhormat Seputeh.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, inilah dia.

Tak habis ini Datuk, tak habis.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tapi Yang Berhormat kena habis juga 4.10 ya.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Semuanya boleh dijawab, semuanya boleh dihujahkan cuma jawapan itu siapa menjawab, kemudian jawapan itu mahu diterima atau tidak, ini soalannya. Jadi tak payahlah. Saya nak teruskan satu perkara lain.

final • 2:48 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak payahlah Yang Berhormat Batu, saya nak ubah tajuk lain pula. Tak apalah, tak apa Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu pun nak hujah ini, saya nak masuk lain.

final • 2:48 PM

Seorang Ahli

Tak payah, tak payah!

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak bagi. Minta maaflah, saya pun bukan ada masa. Nak cakap ini dua tiga perkara saja. Tak apalah Yang Berhormat Batu, lain masa. You boleh berucap nanti kan? Yang kedua, saya jadi serba salah, Seorang Ahli Pembangkang: Nak lompat jadi serba salah kot. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dicakap mati mak, ditelan mati bapa, susah saya, tetapi berbangkit di Parlimen saya apabila ada kenyataan oleh salah seorang Ketua Wanita parti komponen Barisan Nasional, ha, ini yang payah saya nak bercakap ini.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Cakap saja.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Minta maaf.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Kita bukan macam pembangkang, takut.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...dan saya harap saya tidak diambil tindakan disiplin.

final • 2:48 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tidak, teruskan. Bukan macam pembangkang, nak kritik DAP takut, DAP nak kritik PKR pun takut. [Ketawa]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apabila memperkatakan sesuatu yang amat menyinggung orang Melayu. Sama-sama kita tahu, saya yakin Yang Berhormat Ahli Parlimen semua orang yang membaca. Saya pun pelik bin ajaib macam mana daripada mulut seorang Ketua Wanita salah sebuah parti komponen Barisan Nasional boleh mengeluarkan ungkapan perkataan yang menyakitkan hati, merobek kata orang Indonesia perasaan kita. Kalau saya ada kuasa, ha, saya cabar beliau, kalau beliau betul-betul betina, letakkan jawatan sebagai timbalan menteri.

final • 2:48 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk] Betul-betul perempuanlah, betina itu kasar sangat.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Okey, atas pandangan Yang Berhormat Shah Alam, “betina” itu ditukar “perempuan”. Kalau nak berhujah ini, saya rasa tak cukup masa. Siapa itu Melayu? Sejarah Melayu itu, soal Nusantara, kepulauan pulau- pulau Melayu, alam Melayu, bahasa Melayu, bangsa Melayu terlalu panjang untuk dihuraikan tapi jelaslah bahawa orang Melayu tidak boleh dihina, dipinggirkan, dikeji, dipersoalkan asal usulnya sebagai bangsa dan negaranya.

final • 2:48 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Laluan.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...nak panjangkan...

final • 2:48 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sikit saja, sikit.

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya ini kalah dengan wanita dan saya jenis takut pada wanita.

final • 2:48 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya nak bertanya sikit kepada Yang Berhormat Sri Gading, orang veteran di sini.

Apakah pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya saya katakan apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita Gerakan yang tersebut itu adalah hasil daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, di mana kempen-kempen yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah kempen yang sangat berbentuk perkauman. Maka inilah rentetan, inilah sebenarnya harga

final • 2:48 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

yang terpaksa dibayar oleh Barisan Nasional atas kempen yang sangat racist di sana.

Terima kasih. [Tepuk]

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat Titiwangsa ini cuba mengheret saya.

final • 2:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Heret ke mana Yang Berhormat?

final • 2:48 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Jadi tak apalah, saya tak nak jawab pasal saya nak menghabiskan ucapan. [Ketawa] Pasal terlampau panjang nanti, jadi mungkin nanti saya bimbang saya akan keterlaluan. Kadang-kadang dalam sesuatu ucapan, saya mungkin boleh emosi. Saya minta maaflah kerana al-maklum setiap perkara ada batasnya. Orang yang berumur ini kadang-kadang dah kenallah di mana batas- batas yang perlu penghormatan dan dijaga. Yang Berhormat Titiwangsa, minta ampun, minta maaf, tak dapat nak mengulas.

Yang terakhir, ini soal tambatan. Tambatan banjir Batu Pahat. Saya semak buku ini, tak ada. Waktu banjir besar tahun 2006, kerugian yang ditanggung oleh kerajaan kerana membaik pulih jalan perparitan sungai hampir RM1 bilion. Kerosakan, kerugian yang ditanggung oleh rakyat dengan kemusnahan harta kebun dan berbagai-bagai lagi nilainya.

Angka yang tepat saya minta maaf, tak dapat nak zahirkan, tapi dengar cerita rakan-rakan hampir RM2 bilion dan Batu Pahat yang muka buminya seperti kuali dan kalau dia banjir, amat sukar untuk disurutkan dengan begitu lekas. Tambatan banjir ini amat perlu.

Saya nak menyeru kerajaan dan insya-Allah besok apabila sudah bertukar kepimpinan, insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd. Najib menjadi Perdana Menteri, kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lepas yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet ini dan mungkin itulah pembentangan bajet yang penghabisan. Walau apa pun yang diperkatakan oleh parti pembangkang, kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu membentangkan bajet yang benar-benar memberikan pertolongan/bantuan kepada rakyat.

■1600 Saya berharap soal keutamaan, apa keutamaan rakyat mengikut masa, mengikut tempat? Yang akhirnya saya harap kita hendak berbelanja RM150 lebih bilion ini. Saya hendak ingatkan ketua-ketua jabatan tiap-tiap kementerian, kekuatan perbelanjaan anda bagaimana? Kalau bajet dibentangkan dengan angka berbilion-bilion tetapi kalau kekuatan perbelanjaan tidak diurus dengan begitu baik, akhirnya apa yang sedang diharap-harapkan oleh rakyat dia tidak akan sampai, tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Saya berharap menteri-menteri prihatin perkara ini dan mudah-mudahan rakyat dalam tahun 2009 akan berubah mendapat nikmat-nikmat yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Dengan hormat, saya mohon menyokong.

final • 2:48 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian pada sidang bajet kali ini, kebetulan diadakan ketika UMNO sedang buat pemilihan parti. Saya tahu sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading kalau berucap dalam perhimpunan agung UMNO penuh pantun.

Pemimpin adalah cerminan rakyat, rakyat pula seakan terapan kepada corak tadbiran pemimpin. Mari kita renung pesan orang-orang tua dalam memilih pemimpin.

Biar pilih pada yang benar, biar sokong yang patut bergantung, biar membela yang layak didukung Jangan dibiar pemimpin lesu, lupa di sini terlena di situ,

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

nanti negeri mendapat malu Jangan dibiar pemimpin liar, pantang perempuan tangan menjalar, segala harta mahu dikejar, nama Tuhan pun mudah diikrar, seakan tak takut bala menyambar Pilih pemimpin sebenar banyak teruji, walau dipenjara masih berdiri, membela rakyat sentiasa difikiri, mendepani cabaran dia tidak lari Saya singkap kitab-kitab lama ini dan memilih pantun ini guna untuk berpesan pada diri saya, pemimpin dari Pakatan Rakyat dan juga pemimpin dari Barisan Nasional seluruhnya yang sedang memikul amanah kepimpinan bahawa persoalan kepimpinan ini bukan persoalan kecil. Ini persoalan amanah bukan satu anugerah, persoalan bebanan bukan satu banggaan. Saya tumpukan kepada tiga perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama soal peralihan kuasa. Saya masih ingat waktu berucap dalam ucapan sulung sejurus pilihan raya umum sidang Parlimen yang pertama, saya sudah pun mengatakan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 sudah pasti akan memakan korban.

Buat Barisan Nasional khususnya UMNO, mereka akan melihat Perdana Menteri itu satu beban, satu liabiliti. Mereka kemudiannya menggusarkan satu post mortem dan retreat parti. Dikemukakan pelan peralihan Jun 2010, menjanjikan peralihan kuasa secara aman. Pilihan raya kecil Permatang Pauh pula berlaku, Barisan Nasional kalah teruk, sokongan Melayu, Cina dan India bahkan semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri dipaksa mempercepatkan pelan peralihan. Nama lunaknya pelan peralihan, sebenarnya silalah berhenti kamu. Jun 2009, tetapi itu pun tidak sabar menunggu, dirangka segala macam pertemuan, diatur segala macam perancangan dan akhirnya Perdana Menteri terpaksa akur, Mac 2009. Itu realiti yang sedang berlaku dalam UMNO, tunggak dalam Barisan Nasional.

Bagaimana budaya pemilihan mereka, tidak sukar saya memahami kerana sembilan tahun saya pernah berada dalam kelambu UMNO. Bukan di kaki lima dan hari ini pun penyakit itu masih berlaku. Menteri Dalam Negeri dicabar di Kota Tinggi, kemudian Menteri Dalam Negeri keluarkan kenyataan bahawa rasuah dan politik wang yang berlaku dalam UMNO sekarang paling buruk dalam sejarah. Diakui sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Kata Menteri Luar Negeri pula, ada perbuatan mengugut calon-calon. Kata calon Ketua Pemuda, kedua-duanya sekali disekat untuk menemui perwakilan. Rasuah, politik wang, ugut, sekat, sudah menjadi darah daging mereka.

Bagaimana rupa pemimpin parti yang naik melalui proses yang serba kotor ini.

Apakah rakyat boleh meletakkan harapan parti ini memimpin dengan baik? UMNO kuat selama ini kerana ada kuasa, hilang kuasa, lemah dan tidak bermayalah UMNO. 18 tahun mereka hilang kuasa politik di Kelantan. Mereka bukan makin kuat bahkan makin teruk.

Pengaruh UMNO itu sudah hampir hilang, cuma pemimpin UMNO yang kaya raya, Pemuda, Wanita atau kepimpinan bahagian. Semasa ada kuasa pemimpin itu dihormati, Tun Dr. Mahathir sekali pun saat melepaskan jawatan kemudiannya dianggap perosak, dianggap pengacau, dengan segala macam tuduhan oleh orang yang sebenarnya bingkas bangun waktu Tun Dr. Mahathir umumkan hendak letak jawatan.

Dengan pertanyaan “why”, “why”, menangis, patah tumit kasut tetapi kemudian apa jadi? Sejurus Tun Dr. Mahathir tidak jadi perdana menteri, dia diserang berubi-tubi cuma sekarang kembali pulih kerana proksinya bakal mendapat tempat. Nasib Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pun macam itu juga. Sebab itu semalam kita mendengar ada Ahli Parlimen menyebut, tidak berkenan cara Ketua Pembangkang mengulas persoalan-persoalan yang dibangkit oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Katanya terlalu

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

angkuh dan sarkastik tetapi hakikatnya Yang Berhormat Permatang Pauh lah yang diaibkan, dimalukan, dipukul, disepak, dan diterajang.

10 tahun dituduh pengkhianat, agen Yahudi, agen Amerika, boneka IMF, alat bank dunia, segala macam tuduhan, berbuih mulut. Sekali ini Yang Berhormat Permatang Pauh dapat tempat dan beliau kemudian cuma memberikan balasan balas terhadap persoalan dibangkitkan dan tidak mampu mereka hendak dengar, sebab itu tuduhan angkuh dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun peralihan kuasa ini tertumpu pada Yang Berhormat Pekan, mohon saya petik kenyataan Perdana Menteri dalam New Straits Times 12 Oktober baru-baru ini. Katanya dengan izin, “It doesn’t matter whether perception is right or wrong. It is a negative perception and if not addressed it will harden into reality.

Once people lose their trust and confidence in institution, the country cannot function properly”.

Maksud yang sama boleh kita lajakkan ketika bercakap mengenai watak Yang Berhormat Pekan yang dikatakan bakal menggantikan. Persoalannya ialah persoalan persepsi, bak kata Perdana Menteri, Eurocopters, Scorpene dan Sukhoi, Mongolia dan SMS. SMS Yang Berhormat Pekan tidak nafi cuma katanya ini hal peribadi. Anehnya ini tidak mengundang siasatan oleh pihak penguasa. Saya masih ingat satu hari Menteri Besar Kelantan berucap di mesyuarat PIBG Sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu.

Dalam ucapannya Menteri Besar sebut ketika mula-mula jadi Menteri Besar, ada tauke datang ke pejabatnya dengan wang yang cukup banyak untuk meminta diberikan habuan projek. Kepada tauke itu Menteri Besar nasihati bahawa rasuah itu haram, pemberi dan penerima masuk neraka.

Besoknya kenyataan itu dilaporkan dalam media bahawa Menteri Besar menyembunyikan maklumat pemberi rasuah. Ketua Pengarah BPR dari Putrajaya mengarahkan Pengarah BPR Kelantan segera datangi Menteri Besar untuk diambil kenyataan. Hanya kerana kenyataan menceritakan ada tauke besar hendak umpan rasuah, itu dianggap salah kerana menyembunyikan. Pantas BPR bertindak tetapi SMS, Scorpene, Sukhoi, Eurocopters, tiba-tiba mereka bergerak sangat perlahan macam penyu tetapi kalau melibatkan pimpinan pembangkang, pantas pergerakannya, ini menimbulkan tanda tanya.

■1610 Soal persepsi ini, tidak selesai dengan nak nafi, dengan I did nothing wrong, dengan izin, “very no obvious of power” kata Yang Berhormat Pekan. SMS it’s a private matter. Kata Perdana Menteri “I don’t believe that Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak abused his power, if he did how can he be my successor”, tidak boleh selesai jawapan macam ini. Ini soalan persepsi, rakyat sedang perhati.

Tuan Yang di-Pertua, janji reform Perdana Menteri empat tahun dia tidak boleh hendak buat, dia nak selesai dalam masa lima bulan, tak apalah. Reform yang dijanj Perdana Menteri adalah reform dalam kerajaan, BPR, polis, kehakiman. Reform dalam parti tidak berlaku sebab itu dia jadi korban.

Khabarnya, hujung sesi ini kita akan bincang tentang...appointemnt commission’ kita akan bincang tentang Malaysian Anticorruption Commision, kita akan bincang tentang Special Complain Commision. Saya fikir untuk bab ini, saya boleh bersetuju dengan Perdana Menteri, Malaysian Anticorruption Commision misalnya harus diberikan tumpuan kepada kuasa menyiasat dan klausa mendakwa.

Dalam kes berprofil tinggi misalnya, sering kali terlepas daripada pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara. Barangkali di sana sudah tiba masanya kalau pun tidak boleh dibuat reformasi menyeluruh, memperkukuhkan kuasa BPR dengan meletakkan satu komiti yang dianggotai oleh peribadi-peribadi yang terpilih untuk melakukan check and balance terhadap peranan Peguam Negara kalau terlepas pandang meneruskan pendakwaan terhadap kes-kes berprofil tinggi.

Satu ketika, pemimpin dari Sabah yang kebetulan berbeza pendapat dengan Presiden partinya,kemudian, membuat kenyataan terbuka bahawa dia pernah berjumpa

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Perdana Menteri, berbincang agar tidak diambil tindakan rasuah ke atas Presiden partinya.

Terus terang, Timbalan Ketua Menteri dari sebuah negeri ini, sebut bahawa dia telah jumpa Perdana Menteri, berbincang jangan diambil tindakan ke atas Presiden partinya. Saya masih ingat tahun 1998, kes rasuah yang terkena kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, satu sen pun tidak terlibat, dia dikatakan menyalah gunakan kuasa memberi arahan kepada Pegawai Polis supaya tidak meneruskan siasatan, untuk itu, dia kena enam tahun.

Dia kata gempar sahaja, enam tahun, yang ini ‘Raymond Tan’ ini mengaku terang-terang dilaporkan dalam media bahawa dia telah berbincang dengan Perdana Menteri, sebab itu katanya, Presiden partinya harus berasa terhutang budi, dia telah pun berjasa, tetapi anehnya, badan penguat kuasa terasa tidak terpanggil untuk memulakan siasatan.

Ketakutan pelabur untuk singgah, dan meletakkan pelaburan di negara kita bukan hanya kerana isu 16 September, tapi kalau beginilah cara badan penguat kuasa kita, mereka juga tidak akan terliur untuk meletakkan duit mereka di negara kita, yang ini dimensi baru buat sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

final • 4:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, Yang Berhormat Machang, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Machang, semalam kita diberitakan Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan telah dikenakan perintah untuk membayar sejumlah USD1 juta dan jumlah itu dikatakan sebagai perintah untuk mengambil daripada...

final • 4:01 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat, 36 (8)

final • 4:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut ini sebagai bandingan...

final • 4:01 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, saya tarik balik perkataan yang saya sebut berkenaan dengan Yang di-Pertuan tadi, tapi kes mahkamah yang mengaibkan berita ini, kemudian perkara yang sama juga berlaku apabila kes mahkamah yang sama menuntut seorang Menteri Besar supaya membayar hutang kerajaan negeri terhadap satu syarikat sebanyak RM60 juta yang mana sampai sekarang ini masih lagi nampaknya tidak dilangsaikan atau tidak lagi ditunaikan.

Jadi, dua perkara yang agak sama tapi layanannya agak berbeza ataupun pengiktirafannya berbeza. Saya minta Yang Berhormat Machang untuk memberi pandangan terhadap dua perkara ini. Terima kasih.

final • 4:01 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya tarik balik perkataan yang saya sebut berkenaan dengan individu, tapi saya minta implikasi itu diberi ulasan. Terima kasih.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa Yang Berhormat Machang, tak payah respons terhadap Perkara ini.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota..

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya setuju Yang Berhormat Rompin, saya tegur juga tadi 36(8), kalau kita baca perkara yang melibatkan Hakim-hakim dan sebagainya termasuk dalam 36(8) juga Yang Berhormat.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih, isunya ialah isu pendakwaan dan siasatan terpilih, sebegitu boleh, Yang Berhormat Rompin? Maknanya untuk si polan kalau kedudukannya sekian-sekian tak kena, kalau kedudukan si polan pula kedudukannya berbeza kena. Jadi ini isu yang menjadi concern, dengan izin, masyarakat, tak apa. Saya juga, Tuan Yang di-Pertua, ingin menyinggung soalan ini kerana saya berikan contoh tadi, Timbalan Ketua Menteri Sabah, sebab itu dilaporkan meluas dalam media, saya bandingkan dengan kes tahun 1998 kepada Ketua Pembangkang, Timbalan Perdana Menteri waktu itu, saya bandingkan pula dengan kes Menteri Besar Kelantan, layanannya jelas cukup berbeza dari segi itu.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya pernah hadir dalam satu seminar Integriti dengan BPR dan Institut Integriti Malaysia, dalam satu sesi saya bertanya kepada pembentang dari BPR kebetulan. Kenapa kes yang melibatkan sahabat saya saudara Ezam satu ketika dahulu kerana memiliki dokumen yang sah, kertas pendakwaan ke atas bekas Menteri kerana memberi saham kepada menantu. Jelas, itu fakta kes, tak kena, rupanya Akta Pencegahan Rasuah ini, seksyen 15, dia tidak cover menantu, kalau bagi saham dekat menantu, boleh.

Dia tidak dianggap mempunyai hubungan keluarga terdekat, ini seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah. Saya mohon agar, pihak kerajaan dapat melihat kembali, bukan dengan tujuan khusus nak kenakan mana-mana menantu, tetapi kaitan kepentingan dengan penjawat jawatan itu bukan hanya urusan keluarga terdekat tetapi juga yang mempunyai kepentingan yang jelas, macam itu juga hendaklah dikaitkan sama dalam kes yang jelas itu. silakan Yang Berhormat Rompin.

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Terima kasih, saya tidak berapa dengar tadi, Ezam? Dulu sahabat, sekarang tidak sahabat? Itu tanya saja, saya pun tak mengikuti perkembangan Parti Keadilan ini.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ezam sahabat saya dunia akhirat...

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Alhamdulillah..

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Itu bezanya kita, berbeza dari segi pandangan politik, ikatan silaturahim..

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Nantilah bila giliran saya minggu depan, saya akan buat kata-kata Ezam, sama ada Yang Berhormat akan...

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tidak ada masalah,.. ikatan silaturahmi..

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Alhamdulillah..

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

..itu kekal, itu berbeza politik kita dengan politik Yang Berhormat Rompin ni,

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Ini 36(6) pula, saya bertanya..

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

..duduk Yang Berhormat Rompin, ini floor saya..

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

...Saya tanya yang benar..

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

...Yalah, saya pun jawab yang benar lah. Duduk! [Ketawa]

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

[Ketawa] saya pula yang kena..[Ketawa]

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dia saudara saya, saudara seagama, tidak ada beza, seperti mana Yang Berhormat Rompin, seperti mana Yang Berhormat Dr. Junaidy bin Abdul Wahab. Yang Berhormat Batu Pahat, lebih-lebih lagi lah sebab bekas pensyarah saya bukan? Satu hari Tuan Yang di-Pertua, Imam Ghazali ini, seorang tokoh falsafah, fukaha lagi, sehebat-hebat ilmu dia, dia tak kenal anjing yang cukup umur, dia tidak boleh beza anjing yang dah baligh dengan yang belum baligh.

Sekali datang, seorang lelaki yang cuma tidur di jalanan beritahu dia, “Wahai kamu Imam Ghazali, kalau nak tahu anjing yang dah cukup umur ataupun tidak, tengok waktu dia kencing, kalau dia angkat kaki, maknanya dia dah cukup umur. kalau dia tak angkat kaki belakang, itu belum cukup umur”.

Satu hari, Imam Ghazali sedang mengajar murid dia, lelaki tadi tu datang, Imam Ghazali itu bangun tanda hormat guru dia, padahal ilmu yang dia dapat, bab anjing cukup

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

umur saja, jadi kalau Yang Berhormat Batu Pahat cikgu saya, memang saya hormat lebih daripada itulah. itu tidak ada masalah, apa lagi hubungan saudara.

Jadi, saya nak teruskan begini, saya anjurkan tadi, sekejap, walaupun saya hormat, nanti sekejap, saya nak habiskan point dia. Akta Pencegahan Rasuah ini harus diperkembangkan lagi, iaitu harus juga dikenakan ke atas individu yang dekat dengan pemegang jawatan ini bukan hanya keluarga berupa emak, anak semua ni, tidak, ini harus juga diluaskan lagi, kita ada peluang sebab kita nak bentangkan Malaysian Anti Corruption Commission, dengan izin..

■1620 Seperkara lagi sebelum saya beri ruang kepada guru saya. Saya mengikuti satu pendedahan yang dibuat oleh bekas SAC II, seorang pegawai tinggi polis yang menyiasat insiden mata lebam Yang Berhormat Permatang Pauh pada tahun 1998. Kebetulan saya pegang pun teks ataupun kenyataan afidavitnya.

Yang menakutkan saya ialah rupa-rupanya pada malam perbuatan itu berlaku, malam Ketua Polis. Kejap, kenyataan di mahkamah. Bukan lagi afidavit. Terima kasih Yang Berhormat Subang membetulkan saya. Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada malam kejadian itu yang berlaku di Lokap Rompin, pada malam kejadian itu 20 September itu, di Lokap Bukit Aman, Ketua Polis Negara waktu itu datang sepak, tendang, terajang, pijak, lempang, segala macam istilahlah. Yang Berhormat Permatang Pauh mata bertutup, tangan bergari ke belakang. Rupa-rupanya Ketua Polis Negara hari ini dan juga Peguam Negara hari ini ada di bangunan itu. Mereka tahu jenayah itu berlaku tetapi mereka membiarkan dan membutakan mata mereka terhadap perbuatan jenayah.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya kurang pasti Yang Berhormat, adakah kes in dalam mahkamah dan...

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tidak. Aduan. Yang Berhormat Permatang Pauh baru buat aduan. Ketua Polis Negara sudah balas balik, jadi belum ada apa-apa tindakan.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ingatan saya itu, kalau kes ini di dalam mahkamah, tidak boleh bincang.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Isunya ialah pegawai tertinggi polis dalam negara, ketua pendakwa dalam institusi negara tahu jenayah berlaku tetapi diam. Diam terhadap jenayah itu adalah satu jenayah. Apa kita hendak harap rakyat akan dapat keadilan dan pembelaan kalau watak-watak ini masih duduk dalam institusi penting negara.

Ini menjadi ukuran pelabur-pelabur asing sebenarnya. Bukan soal 16 September.

Ha, ini ya. Sila Yang Berhormat Gombak.

final • 4:01 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Kita bicarakan soal untuk memartabatkan Badan Pencegah Rasuah supaya lebih bebas, telus, bertanggungjawab. Apakah Yang Berhormat Machang percaya dan yakin dalam tempoh lima bulan ini Perdana Menteri boleh melakukan satu reformasi bersungguh-sungguh sedangkan lima tahun yang lalu tidak buat apa pun?

Sebagai contoh, apabila Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee buat kenyataan terbuka untuk memilih untuk sedikit berbeza daripada pendirian Barisan Nasional dan SAPP memilih untuk menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Immediately Tuan Yang di-Pertua, Badan Pencegah Rasuah cukup cekap, super efficient, dalam tempoh 24 jam buat kenyataan akhbar bahawa Datuk Yong Teck Lee akan disiasat kerana kononnya melakukan rasuah. Penuh di dada akhbar mengaibkan Datuk Yong Teck Lee semata-mata kerana dia memilih untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri dan Barisan Nasional.

Namun, tahu tidak Yang Berhormat Machang sampai petang ini belum ada pun seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah yang berani tampil ke Kota Kinabalu untuk mendekati Datuk Yong Teck Lee merekodkan kenyataan beliau kerana mereka juga tahu kalau kes ini dibawa ke mahkamah kita akan londehkan UMNO dan Barisan Nasional di

final • 4:01 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

negeri Sabah. Di mana kewibawaan Badan Pencegah Rasuah dalam konteks ini Yang Berhormat Machang?

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Pertama, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya secara peribadi pesimis janji reform Perdana Menteri ini dengan berbaki lima bulan dapat beliau buat. Namun, apa sahaja ruang yang beliau hendak laksanakan, Parlimen ini kalau saya diberi peluang lagi saya akan menyokong agenda reform ini.

Keraguan saya terhadap kewibawaan institusi penguat kuasa yang saya sebutkan tadi. Jelas saya tunjukkan melalui kes-kes tadi. Apa lagi dengan kes yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak. Kita tahu kita punya maklumat dengan kedudukan ini. Baru ini, saya kebetulan dengan Yang Berhormat Sungai Petani berhari raya di rumah bekas seorang ketua menteri. Dalam perbualan itu menyebut bahawa sebenarnya bagaimana BPR ini hendak membanteras rasuah kerana BPR itu sendiri sebenarnya penuh dengan penyakit rasuah, ini kenyataan. Disebut pengalaman dia menjadi ketua menteri sebuah negeri. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya...

Ya, sila Yang Berhormat Rompin.

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Tadi mempertahankan bosnya dahulu Menteri Dalam Negeri. Baguslah, pertahankan kawan- kawan ini dahulu supaya terus kawan yang tetap kawan. Saya setuju pada prinsipnya perlu dari semasa ke semasa apa juga institusi itu kita memperbaharui, mentransformasikan rasuah. Namun, tafsiran rasuah ini banyak angel dan pendekatannya dan kalau rasuah itu macam mana kita tafsir rasuah politik? Mereka itu diundi oleh, diberikan mandat oleh rakyat, memperjuangkan satu badan institusi politik Barisan Nasional, PKR.

Namun, kalau sudah unsur-unsur mengenakan wang merasuah Ahli Parlimen supaya memihak kepada yang lain, adakah ini juga rasuah? Kita tengok 16 September pergi dan datang memutar tarikh baru, mungkin pergi dan datang macam mikraj. Dijanji konon macam di padang pasir, ini airnya. Sampai di situ bukan air, padang pasir. Adakah juga termasuk kita membuat transformasi saya tidak guna perkataan reformasi juga definisi rasuah politik Ketua Pembangkang yang cuba pergi kejut Ahli Parlimen, telefon. Telefon Yang Berhormat Batu Pahat, apa janji. Itu bukan rasuah? Kalau kita bendung-bendung semua bentuk rasuah, di sini rakyat memberikan Barisan Nasional mandat untuk meneruskan negara tetapi siapa yang memulakan rasuah ini, rasuah politik? Cuba membeli mandat rakyat ini. Rakyat memberi mandat Barisan Nasional, ini juga rasuah.

Siapa yang rasuah ini, rasuah politik ini?

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih. Kalau telefon pun kata rasuah, beratlah Yang Berhormat Rompin.

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

[Bangun]

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Duduk, duduk kejap.

final • 4:01 PM

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin

Janjinya...

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Nanti Yang Berhormat Rompin, duduk. Yang Pertama kita tegaskan tidak ada umpan rasuah pangkat, kedudukan, projek dan sebagainya, itu tegas. Biar rekod di dalam Parlimen ini menjadi bukti. Kalau hendak tahu kes rasuah politik wang, saya boleh sebut satu persatu.

Saya pernah duduk dalam Jawatankuasa Disiplin UMNO Malaysia. Hendak dengar? Boleh saya sebut sekarang?

final • 4:01 PM

Seorang Ahli

Ya, hendak dengar.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Boleh? Boleh saya sebut?

final • 4:01 PM

Beberapa Ahli

Boleh.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ada menteri di sini, kita jatuhkan hukuman kerana memberi rasuah wang dalam pemilihan parti. Ada timbalan menteri di situ, yang asal dari Johor pernah kita jatuhkan hukuman kerana rasuah politik

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

wang. Pernah seorang Ketua UMNO bahagian di Selangor menjadi Exco kerajaan negeri, minta derma untuk membuat bangunan UMNO. Rupanya masuk akaun dia sendiri.

Kita pernah, seorang Ketua UMNO negeri di Sepang minta tanah, dia duduk dalam jawatankuasa tanah, kemudian dapat tanah untuk sendiri, buat sekolah litar memandu. Ada Exco di Negeri Sembilan duduk dalam jawatankuasa tanah, minta tanah untuk diri dia sendiri, bagi nama isteri dan nama pemandunya. Buat stesen minyak dan bela kuda. Hari kita melawat, kuda mati. Saya boleh panjangkan lagi kisah ini.

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Penjelasan.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya boleh sebutkan lagi.

Yang Berhormat Batu Pahat baru, masa itu masa dia pensyarah. Dia tidak terlibat lagi dan saya yakin dia tidak terlibat dan dia akan menang besar.

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Hendak minta penjelasan.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sekejap, sekejap ya. Saya belum habis cerita lagi kes rasuah ini. Belum lagi.

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

...minta penjelasan.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO itu bakal diputuskan esok lusa sama ada boleh menjadi presiden atau tidak oleh Majlis Raja-raja yang bersidang di Terengganu petang ini. Saya hendak sebut, saya tahu Yang Berhormat Batu Pahat akan sebut tengok UMNO telus, kita ambil tindakan kepada pelaku rasuah. Saya boleh baca dah, dia akan kata begitu. Ini bukti UMNO mengambil tindakan. Saya hendak kata budaya rasuah politik dalam UMNO ini membarah, dia tidak reda. Saya boleh senarai satu-satu ini, ada lagi dalam rekod saya. Banyak lagi ya, banyak lagi saya.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya tidak bagi. Duduk sekejap. Sebab itu saya katakan bahawa kalau hendak sebut bahawa percubaan kita untuk mengajak, itu digambarkan seolah-olah begitulah cara pemimpin UMNO berfikir. Hendak ajak orang mesti rasuah. Sedangkan kita boleh memujuk, saya berkawan rapat dengan Yang Berhormat Rompin. Waktu saya menjadi Setiausaha Politik Menteri, kita tahu.

■1630 Satu ketika Tuan Yang di-Pertua, kerajaan putuskan hendak beli tank, main battle tank. Maka Perdana Menteri minta menteri jelajah satu dunia ini pergi ke UK, Vicus tengok sana. Pergi South Afrika pergi Poland, pergi Slovakia, pergi Korea tengok. Setiap kali kita singgah mendarat di negeri itu, ada sahaja pemimpin UMNO jadi agen untuk jual alat-alat tentera ini. Yang Berhormat Rompin pun tahu sebenarnya, saya jumpa Yang Berhormat Rompin di Afrika. [Ketawa] Pada masa itu arwah Tan Sri Bashir kita banyaklah kocek ini sebenarnya. Jadi rasuah ini...

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Takkan hendak bagi berdiri lama ini?

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sila, sila.

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Ini masalah rasuah. Itu yang saya kata, saya sudah banyak kali berkata bahawa kita juga kena cermin diri kita apabila bercakap tentang rasuah. Tadi dia sebut tentang menantu. Baru-baru ini sibuk juga di Kelantan bagaimana menantu dilantik CEO syarikat kerajaan negeri. Ini juga satu contoh yang tidak baik.

Semalam saya lihat beberapa orang penyokong PAS bising sebab dipecat sebagai ketua kampung dan mengadakan perhimpunan di Pejabat PAS. Ini semua perkara yang harus kita lihat juga dalam diri kita. Oleh sebab itu saya kata bahawa soal rasuah adalah soal yang perlu diperangi bersama. Jangan kita hendak tuduh orang sahaja, kita tidak nampak diri kita. Maka dia tidak menyelesaikan masalah sebenarnya.

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Apa yang penting ialah kerajaan cukup committed untuk membentangkan rang undang-undang mengenai dengan rasuah ini. Itulah masalah dengan Yang Berhormat Shah Alam, dia ketawa. Sebab dia tidak nampak diri sendiri sebenarnya. Itu yang menjadi masalah, lain kali tengok diri sendiri. Maksudnya apa yang kita buat diri kita.

final • 4:01 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih cikgu saya. Baik.

Sebelum Yang Berhormat Shah Alam. Kes yang saudara sebutkan di Kelantan, BPR sudah masuk sebab ada orang mengadu, UMNO mengadu biasalah. BPR sudah masuk, bezanya ialah Menteri Besar Kelantan ini dia buka pintu siasatan pada BPR 25 jam sehari. Itu bezanya, dia buka. Fail sudah diambil, kenyataan telah diambil dan kita biarkan proses itu dibuat begitu sahaja.

Apa yang saya sebut tadi ialah kes-kes disiplin dan rasuah dalam UMNO yang apabila diangkat pada Majlis Tertinggi, Perdana Menteri kata, “BPR jangan masuk campur ini hal parti”. Itu isu dia. Sebab itu, sekejap...

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Isu yang saya bangkitkan itu dari segi amalan. Soal buka pintu, tidak buka pintu siasatan tidak apalah. Namun, soalnya yang paling penting di sini ialah kita buat benda yang tidak betul juga. Itu yang betul.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Betul atau tidak biar BPR yang siasat...

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Point of order...

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang, point of order.

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Point of Order 36(6), ini sangkaan jahat. Adakah Yang Berhormat dalam...

final • 4:01 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Duduklah...

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

Duduk pula... point of order saya kamu ini. Kata kawan, semalam cakap Ketua Pembangkang pun tidak bagi.

Point of order saya ini sangkaan jahat.

final • 4:01 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Berapa?

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin

36(6). Alah....apa ini?

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Helah hendak curi masa ini taktik lama saya sudah baca sebenarnya. Jadi yang saya tegaskan ialah soal penyakit ini, apabila rasuah itu dihukum dalam parti BPR tidak dibenarkan masuk, kebal. Ini masalah UMNO. BPR tidak boleh masuk dalam kes dia. Oh, tetapi kalau orang lain, kalau pegawai JPJ, yang makan 10, 20 itu kena. Ini yang songlap beratus juta itu bebas. Sebab apa? UMNO! Mana boleh?

Point saya yang terakhir. Ini saya pernah sebut dalam Dewan ini projek perintis e- Tanah. Pulau Pinang, RM65 juta dapat kepada Precision Portal Sdn. Bhd yang beberapa pemimpin pemuda UMNO berjuang agama, bangsa, negara ada kepentingan. Mereka dapat ini bukan kerana know how tetapi know who, pasal dekat dengan Perdana Menteri, dekat dengan Menteri Kewangan. Dapat projek RM65 juta.

Sain kontrak kemudian dua tahun janji siap. Buat bila? Oktober 2005. bila patut serah? Oktober 2007. Namun gagal disiapkan, duit sudah dapat. Bayaran FAT - Final Acceptance Test sudah bagi RM65 juta. Sambung lagi November 2007, tidak siap juga.

Sambung lagi akhirnya Disember 2008.

Saya hendak mohon perhatian yang berkenaan Kementerian Alam Sekitar sebab Jemaah Menteri kena buat keputusan jika sekiranya projek Pulau Pinang e-Tanah ini berjaya, maka roll out dibuat keluasan pejabat tanah seluruh negara dengan bajet sebesar RM1.2 bilion akan buat keputusan. Saya hendak tanya sama ada status RM1.2 bilion

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

daripada projek ini diteruskan atau ditangguhkan kerana kegagalan projek perintis e-Tanah ini di Pulau Pinang. Kelam-kabut sebenarnya projek ini.

Skop e-Tanah, 25 modul 466 urusan, 412 sub modul melibatkan hampir seribu business area. Kelam kabut, tidak ada kepakaran. Ada tiga unit sahaja dalam pasukan e- tanah, dilantik pula pasukan projek e-tanah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan diletakkan di bawah TKSU1. Walhal sudah pun ada Seksyen komputer di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dengan fungsi pertama penggerak utama pengurusan tanah negara, kedua pakar runding pembangunan tanah, ketiga pemodenan pentadbiran tanah.

Akan tetapi bagi kepada syarikat swasta ada kaitan dengan pemuda UMNO Malaysia dalam pasukan itu, dalam syarikat itu dibuat tiga unit. Unit pengurusan, unit undang-undang, unit teknikal. Kepakaran ada di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Yang masuk tidak ada pengalaman.

Akhirnya projek kelam-kabut, dua tahun tidak siap sambung, sambung, sambung tidak siap. Duit habis RM65 juta. Syarikat yang sama Tuan Yang di-Pertua juga rupanya menguasai syarikat untuk projek di JUPEM yang bernama e-Cadastral, di Jabatan Ukur dan Pemetaan. Ini projek Coordinated Cadastral Infrastructure. 25 ribu point every two kilometers dengan izin. Dia dapat hampir RM3,000. Dia bayar kepada kontraktor yang buat surveyor, RM1,800. dia makan atas angin bagi setiap satu point RM1,200. Kelam-kabut juga projek ini.

Akibatnya apa yang diberikan oleh kerajaan dalam Jadual 16 Kanun Tanah Negara untuk mengadakan Project Electronic Land Administration System atau ELAS itu tidak kesampaian. Mereka juga menguasai e-Lembaga Hasil Dalam Negeri. Lembaga Hasil Dalam Negeri pun dia sapu, e-Tanah pun dia sapu, e-Cadastral pun dia sapu, sampai bila saya dedahkan di Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Raya baru ini wakil syarikat dia datang pujuk saya.

Yang Berhormat Machang, kalau adalah hendak belanja apa-apa pusat khidmat ke, tolong bagi tahulah. Cuma jangan bawa kes ini dalam Parlimen. Ini cara fikir dia.

Pemuda UMNO. Sebab itu saya kata sila balik...

final • 4:01 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Masa sudah cukup.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Ah?

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, masa cukup Yang Berhormat. Saya hendak cakap yang itu Yang Berhormat.

final • 4:01 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Speaker siapa? Speaker di sini ke di sana? [Ketawa] e-Cadastral ini point saya yang terakhir. E-Tanah, e-Cadastral, e- Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam semangat e-Government ini. Pelaksanaan akibat daripada segelintir pemimpin Pemuda UMNO Malaysia yang melalui proxynya menguasai projek ribuan juta ringgit dan kalau hasilnya berjaya tidak apa juga, hasil gagal, duit kerajaan habis. Sebab itu musim pemulihan ini mewah mereka, musim pemilihan ini.

Oleh sebab itulah saya fikir kes-kes yang saya bangkitkan ini saya sebut tiga perkara. Yang pertama peralihan, yang kedua tentang janji reform Perdana Menteri dan ketiga secara khusus saya bangkitkan tentang penyelewengan dan tanda tanya dengan persoalan khusus dek kerana kegagalan perintis e-Tanah di Pulau Pinang dengan nilai RM65 juta yang hangus. Projek tidak berjaya, apakah kerajaan akan membuat roll out dengan meneruskan bajet sebesar RM1.2 bilion untuk pelaksanaan e-Tanah seluruh negara.

Itu saya mohon penjelasan, saya minta akhiri Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]

final • 4:01 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun untuk meninggalkan Dewan]

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat sudah berucapkan? [Ketawa]

final • 4:01 PM

Beberapa Ahli

Dua kali ya?

final • 4:01 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang menarik tentang Belanjawan 2009 dan perdebatannya di Dewan ini adalah dari segi masa yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 29 Ogos 2008 yang lalu.

Beliau mengambil masa selama satu jam setengah untuk membentangkan bajet tersebut.

■1640 Sementara itu perbahasan oleh Ketua Pembangkang mengambil masa lebih lima jam. Saya mendengar kedua-duanya dan cuba mencari idea-idea baru atau pembentangan bajet alternatif daripada Ketua Pembangkang. Malangnya selama lebih lima jam itu banyak pertikaian adalah kepada persoalan tentang bajet yang mempunyai data sejarah dan tidak terkini. Sebaliknya saya terpegun dengan ucapan Yang Berhormat Marang semalam yang memilih untuk menyatakan falsafah, perkara dasar dan membuat beberapa cadangan.

Yang Berhormat Ipoh Timur pula mengulangi beberapa perkara yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan tidak ada perkara yang baru.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar anggaran tahun 2009 untuk Amerika Syarikat ialah 0.8%, Jepun 1.5%, Jerman 1%, Perancis 1.2%, United Kingdom 1.6%, untuk rantau sebelah timur China 9.8%, India 8%, Singapura 4.5%, Filipina 5.8% dan Indonesia 6.3%. Malaysia mengunjurkan pertumbuhan 5.4% untuk tahun 2009. Dengan ledakan kemerosotan dan kemelesetan ekonomi dunia kita percaya unjuran pertumbuhan 5.4% itu akan menurun. Saya kira kerajaan akan membuat unjuran baru dalam masa terdekat. Namun ini tidak bermakna perkara asas dalam Bajet 2009 tidak relevan untuk dibahaskan.

Kita ingin mencadangkan agar langkah-langkah proaktif bagi menangani kejutan global akibat kejatuhan institusi kewangan Amerika dan Eropah itu sesegera mungkin diambil bagi menebalkan benteng pertahanan serangan ekonomi terhadap negara kita.

Amerika Syarikat menganggap kejatuhan ekonomi dan kehancuran sistem kewangan dan perbankan mereka dalam sebulan ini adalah peristiwa terhitam dalam sejarah sejak the great depression. Lantas mereka memulakan bail out sejumlah USD700 bilion bagi menyelamatkan ekonominya yang lemas.

Dicadangkan agar satu konvensyen peringkat kebangsaan di kalangan pakar ekonomi tanah air negara dan antarabangsa berhimpun di Kuala Lumpur untuk mengkaji mengapa hal ini terjadi, mencadang untuk mengelak kemelesetan daripada berulang.

Mungkin kerana yang pertama rakyat Amerika Syarikat suka berhutang, hidup mewah dan bergaya. Kad kredit diluluskan sewenang-wenang tanpa usul periksa tentang pendapatan rakyatnya.

Ada cerita di CNN kad kredit dilulus kepada 20 orang yang telah meninggal dunia di sebuah tempat di Amerika Syarikat. Belanja USD2 pun mereka guna kad kredit. Ini patut dielakkan agar tidak menjadi budaya di negara kita. Akhirnya hutang yang ditanggung oleh sistem perbankan melebihi daripada modal yang mereka ada.

Kedua, seterusnya pinjaman perumahan yang tidak telus. Contohnya rumah berharga USD300,000 dinilaikan lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar seperti USD500,000. Hutang pemilik rumah melambung. Bila ingin menjual rumah tiada siapa yang ingin membeli dan akhirnya bank terpaksa menanggung hutang lapuk yang bertimbun-timbun. Akibatnya bank menjadi bankrap dan muflis. Ini perlu dijadikan sempadan dan teladan oleh pihak yang berkaitan sama ada Bank Negara kita ataupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar diadakan garis panduan tertentu dari segi aspek pembelian dan pinjaman perumahan.

Ketiga, sistem kadar faedah yang membebankan di Amerika Syarikat juga telah menganiaya industri kecil dan sederhana termasuk peniaga, pemborong, pembekal dan pengusaha. Dalam teori konvensional dan moden lebih tinggi kadar faedah maka lebih

final • 4:39 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

berbahaya dan lebih berisiko kepada dunia perniagaan. Kadar faedah yang rendah akan menyebabkan kos niaga menjadi kompetitif. Sayugia itu, sistem perbankan Islam memberikan alternatif yang amat menarik. Ini merupakan kekuatan penting negara kita yang sudah terkenal dengan kepakaran mengamal sistem perbankan Islam. Dicadangkan agar negara kita terus mengeksport kepakaran khidmat ini khususnya ke negara-negara Timur Tengah malahan perlu dengan agresif mempromosikan ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Keempat, Malaysia wajar memahami dengan jelas dasar luar negara-negara maju.

Wisma Putra wajar dengan lebih berani mengutuk ketidakadilan dasar Amerika yang menghancurkan Afghanistan, menghancurkan Iraq, menghancurkan Palestin dan mengancam untuk menyerang Iran. Ekonomi Amerika terjejas lebih teruk kerana berbelanja USD10 bilion sebulan untuk menghapuskan Iraq. Namun mereka terlalu angkuh untuk menyatakan ini sebagai satu sebab kejatuhan ekonomi, terlalu angkuh mencampuri politik dalaman negara lain termasuk di negara kita. Keangkuhan kuasa the arrogant of power dengan izin Amerika itu wajar dijadikan iktibar oleh kita semua pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2009 adalah baik, prihatin terhadap rakyat. Namun saya tidak berpuas hati dari segi tumpuan kepada luar bandar, pekan kecil dan desa terpencil. Saya kira pegawai-pegawai yang memberi input kepada menteri-menteri berada dalam suasana hening di bilik berhawa dingin, menaiki kereta bersandar di belakang yang dipandu atas jalan raya tanpa berlubang dengan gemerlapan lampu neon dan bunga indah di pesisir jalan tepi tasik yang cantik di Putrajaya.

Justeru saya ingin membuat 18 pemerhatian. Pertama, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mana dia dan berapa peruntukan membesar dan menyelenggara jalan-jalan kampung.? Mengapa hanya tahun 2016 baru selesai prasarana paling asas api, air, elektrik di Sabah dan Sarawak? Bagaimana dengan peruntukan membina jalan-jalan pertanian di kawasan-kawasan kampung?

Kedua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mana dia dan berapa peruntukan untuk menceriakan pekan-pekan kecil yang longlai dan tidak bermaya di serata negara? Mana dia peruntukan untuk membina pusat-pusat baru pertumbuhan pekan dan desa di serata negara termasuk di Pontian.

Ketiga, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mana dia dan berapa peruntukan untuk membina gerai-gerai rakyat? Gerai desa di simpang-simpang strategik seluruh kampung agar wujud ribuan usahawan desa untuk menambah pendapatan mereka.

Keempat, Kementerian Pelancongan mana dia dan berapa peruntukan untuk membangun eco-tourism di pulau-pulau dan Wisma Putra bila masanya ingin berbincang bagi mengambil alih pentadbiran rumah api Singapura di Pulau Pisang. Ini bukan soal sebuah pulau kecil di Pontian tetapi adalah merupakan soal kedaulatan negara kita.

Kelima, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mana dia dan berapa peruntukan bagi menambah bilangan usahawan petani, penternak dan nelayan bagi menceburi industri asas tani dan IKS desa? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengembangkannya?

Keenam, Economic Planning Unit Jabatan Perdana Menteri adakah yakin akan dapat menghapuskan kemiskinan tegar dalam masa 15 bulan lagi menjelang 2010 sebagaimana yang dijanjikan. Janji kita menjelang 2010 bermaksud pada 31 Disember 2009 akan tiada seorang pun keluarga miskin tegar di negara ini. Tarikh menjelang 2010 bukan bermakna 31 Disember 2010 tetapi 31 Disember 2009 iaitu sekitar 15 bulan daripada sekarang. Sebab itu menteri dan pegawai kerajaan perlu turun padang, turun kampung, turun sungai, turun laut bukan sekadar untuk berkempen Majlis Tertinggi tetapi menyelesaikan masalah rakyat terbanyak. [Tepuk] ■1650 Ketujuh, Kementerian Pelajaran pula, mana dia dan berapa peruntukan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar tetapi bukanlah melalui pengajaran dalam bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains. Berapa peruntukan

final • 4:39 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

bagi menanamkan budaya keusahawanan di sekolah menengah dan juga melalui Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjana sekumpulan mega pelajar siswa dan siswi, bukan segelintir seratus dua untuk memilih usahawan sebagai kerjaya mereka.

Kelapan, daripada 28.31 juta rakyat Malaysia tahun 2009, 28.31 juta unjuran tahun 2009 penduduk di negara kita ini. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, berapa ramaikah pekerja asing di negara ini? Sejuta, dua juta atau tiga juta? Sama ada mereka itu berdaftar atau anggaran yang memasuki secara haram mengikut negara-negara seperti Indonesia, China, Bangladesh, India, Pakistan atau Vietnam. Mana dia dan berapa peruntukan untuk menghantar mereka pulang.

Kesembilan, Kementerian Sumber Manusia. Mana dia dan berapa peruntukan untuk melatih pekerja tempatan agar tidak timbul rasa seperti pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak diriba menangis kehausan’. Pergantungan kepada pekerja asing wajar dikurangkan lebih-lebih lagi jika pengangguran akan bertambah bila kemelesetan ekonomi dunia semakin membarah.

Kesepuluh, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya. Mengapa perlu dipanjangkan sistem LRT di Lembah Klang jika jalan kampung masih berlubang dan jalan tanah merah berdebu masih terdapat di pedalaman. Untuk apa membina jalan jejantas berlapis-lapis di kota besar jika jalan kampung amatlah nipis dan menyedihkan.

Kesebelas. Kita tidak perlu membaca buku beratus-ratus buah untuk memahami logik yang teramat mudah bagi melaksanakan prinsip pertumbuhan dengan pengagihan, growth with distribution dengan izin. Cukuplah pembangunan di bandar-bandar besar.

Agihkan segera, pindahkan sebahagian besar Bajet 2009 kepada pekan kecil, desa terpencil kerana di situ rakyatnya sentiasa mengharapkan pembelaan dan sentiasa mensyukuri pemberian serta mendambakan pembangunan.

Kedua belas, Kementerian MITI perlu menambah eksport ke negara pasaran baru dan mengurangkan import barangan yang boleh dikeluarkan melalui ekonomi domestik.

Pelaburan langsung asing ke Malaysia jangan pula menjadi suatu paradoks yang merupakan suatu kejayaan tetapi tanpa pindahan teknologi dan tanpa membina modal insan anak tempatan yang kemudiannya mampu membuka kilang, menjadi vendor kepada syarikat multinasional itu.

Ketiga belas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu mencari formula agar ketamakan dan kerakusan peniaga, pemborong dan pengeluar barangan dapat dikekang. Mereka ini mencekik dan menghirup darah pengguna, darah rakyat jelata, tamak haloba dengan untung besar tanpa belas kasihan. Tidak menurunkan harga barang walhal minyak sudah turun. Pengguna perlu diajar untuk memboikot peniaga yang kurang ajar.

Keempat belas. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan. Mengapa terlalu besar belanja mengurus dalam Bajet 2009. Daripada RM205.899 bilion, belanja mengurus adalah RM154.17 bilion atau 74.8% dan pembangunan hanyalah RM50.5 bilion atau 24.5%. Saya kira perbelanjaan pembangunan perlu ditambah peratusnya. Subsidi yang berjumlah 16.4% itu wajar dikurangkan dan diagih kepada projek pembangunan khasnya di luar bandar. Dengan penurunan harga minyak, jumlah subsidi juga akan turun dan ini memberi hasil tambahan kepada kerajaan.

Kelima belas, Kementerian Perladangan dan Komoditi perlu mencari formula untuk mengawal dan mengimbangi kejatuhan harga sawit dan getah. Memanglah harga komoditi ini berkait rapat dengan harga petroleum. Namun peneroka, pekebun kecil dan penoreh getah tidak perlu untuk memahami kaitan itu. Mereka mengharapkan harga yang stabil.

Oleh itu, carilah formula untuk membantu pekebun sawit dan juga pekebun getah di seluruh negara.

Keenam belas, Kementerian Belia dan Sukan dialu-alukan untuk membina gelanggang rakyat di pelbagai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Namun gelanggang itu perlulah berbumbung. Carilah peruntukan tambahan kerana cuaca hujan panas di negara ini, gelanggang itu masih boleh digunakan jika berbumbung walau tidak berdinding.

final • 4:39 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Ketujuh belas, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu terus memantau parit dan sungai di kampung-kampung agar sentiasa dijaga dan didalamkan supaya tidak berlaku banjir kilat, banjir besar atau kecil. Hakisan pantai seperti di Pontian perlu diperuntukkan belanja khas agar hakisan itu dapat dibendung. Sungai Benut yang telah diperuntukkan pendalamannya wajar disediakan keluasan muara bagi membina sebuah pelabuhan kecil yang baru. Kementerian Pengangkutan wajar membuat kajian kesesuaian untuk membina pelabuhan barter trade di Sungai Benut.

Kelapan belas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi wajar mencari alternatif kepada tenaga diperbaharui atau tenaga suria, tenaga ombak, tenaga angin atau tenaga arang batu. Peruntukkan dalam belanjawan 2009 perlu diadakan untuk menambah bajet R&D. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada petroleum sebagai sumber tenaga. Kuasa nuklear wajar dijana bagi membekal tenaga yang banyak dengan memastikan aspek-aspek keselamatan ditingkatkan. Kereta hibrid yang menggunakan kuasa elektrik, bateri dan solar wajar diteroka, dikaji dan dikeluarkan jika ia berdaya maju.

Begitulah antara lapan belas pemerhatian tentang Bajet 2009. Sesungguhnya keprihatinan kerajaan kepada rakyat dalam bajet ini wajar disyukuri. Kita juga wajar merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bajet terakhir yang beliau bentangkan adalah bajet yang membela rakyat dan membina negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam liberalisasi perdagangan dunia, aspek multilateralism dan regionalisme perlulah dikukuhkan. Jangan biarkan negara-negara maju bertindak secara unilateral, memperkotak-katikkan ekonomi negara membangun seperti kita. Justeru, Perjanjian AFTA wajar diteliti dengan mendalam agar menguntungkan negara kita.

Ekonomi Malaysia, pasca industri menghadapi cabaran dan tuntutan baru. Oleh itu pelaburan modal manusia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan perlu terus dijana.

Penyelidikan dan pembangunan, keupayaan inovasi dan pembangunan teknologi mestilah terus dimantapkan. Bajet 2009 perlu kalis, perlu kebal daripada rempuhan bencana krisis kewangan global. Pada nafas yang sama rakyat di desa dan kota akan terus rasa dibela dan terbela.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham mengapa pihak pembangkang siang malam, subuh senja menimbulkan hal-hal yang telah dijawab dengan jelas berkali-kali dalam laporan akhbar dan dalam Dewan yang mulia ini apabila membahaskan Bajet 2009.

Lihat laman web, baca Hansard. Sebagai contoh hal pembekalan Scorpene dan Sukhoi telah diperjelaskan melalui ministerial statement, kenyataan kementerian beberapa kali termasuk di Dewan ini. Hal tiada kaitan, kes pembunuhan Altantuya dengan Timbalan Perdana Menteri telah diulang beberapa kali oleh beliau sendiri. Dilaporkan dalam muka hadapan akhbar Arus Perdana dan dinyatakan juga dalam Dewan ini. Saya faham pihak pembangkang bermain dengan persepsi. Melontar tuduhan-tuduhan bagi mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat. Kita faham, kami penyokong kerajaan memahami betapa sakit apabila cita-cita ingin mewujudkan kerajaan baru hanyalah suatu fatamorgana, suatu ilusi, suatu mirage. Kelihatan ada sebuah oasis yang subur dan indah di satu padang pasir tetapi apabila tiba di situ, apabila tiba 16 September, anak bulan tidak kelihatan. Yang ada hanya impian kosong dan tinggal hanyalah angan-angan.

■1700 Bajet 2009 sebaliknya terus berhasrat murni membela nasib rakyat. Petani, penternak, nelayan, pesara, OKU yang miskin tegar dari Perlis hingga ke Sabah. Kami Barisan Nasional bertanggungjawab membela nasib rakyat. Barisan Nasional melalui Bajet 2009 dengan semua kementerian yang terlibat akan terus membina negara ini, akan terus mempertahankan dengan penuh semangat patriotik daripada serangan tsunami ekonomi dunia luar. Pontian mohon menyokong, terima kasih.

final • 4:39 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang bukan untuk berhujah tentang bajet sebab kita rasa Bajet 2009 ini seperti

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

yang didahului oleh Ketua Pembangkang adalah bajet yang outdated, seperti juga kalau kita bercakap hari ini mengenai bajet zaman Dinasti Ming dulu ke, sebagai sejarah.

Memang cantik untuk pengajaran kita tetapi tidak ada membawa makna pada negara kita pada masa ini.

Kita ditegur tadi oleh Yang Berhormat Pontian, katanya kita siang malam pagi petang mempertikaikan mengenai bajet kita yang telah diperjelaskan, perkara yang telah diperjelaskan tetapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita hendak menunjukkan kejayaan kerajaan kita sepanjang 50 tahun, mesti ada suatu ukuran, perbandingan nak menunjukkan kita ini hebat atau tidak. Kalau sekadar berkata apa yang pembangkang nak sebut, apa yang pembangkang sebut, cadang mengenai negara berkebajikan, sebenarnya Barisan Nasional sudah buat 51 tahun. Memang betullah sebab 51 tahun Barisan Nasional memerintah, tidak ada parti lain yang memerintah.

Akan tetapi apakah ukuran kejayaan 51 tahun itu? Sebab itu wakil daripada pembangkang, termasuk dari Ipoh Timur mengajak kita membuat perbandingan dengan satu negara lain yang bermula hampir sama dengan negara kita iaitu Taiwan, negara yang sangat disanjungi oleh rakan-rakan sebelah sana sehingga mereka berkunjung beramai- ramai, dengan rombongan. Begitu seronok mereka pergi walaupun diatur dengan tergesa- gesa, last minute arrangement dengan izin.

Akan tetapi tak apa, kita ambil Taiwan sebagai satu ukuran. Mereka bermula inferior daripada kita, satu negara yang didiami oleh rakyat yang sebahagiannya lari meninggalkan Tanah Besar China untuk membangunkan sebuah negara baru. Dan hari ini dari segi population nya, Taiwan ini hampir sama dengan kita, lebih kurang samalah tetapi mereka telah jauh ke depan. Dia punya hasil, dia punya teknologi, dan kemajuannya berkali ganda atau berkali-kali ganda lebih baik daripada Malaysia.

Jadi kalau kita banding dengan sebuah negara yang lebih kurang sama bermula dengan negara kita, baru kita nampak bahawa kita ini ketinggalan. Maka di sinilah kita di pihak Pakatan Rakyat mencadangkan suatu alternatif yang lain, kita berpindah kepada satu kerajaan baru untuk membuat satu lonjakan. Kalau kita nak ikut natural growth yang dibuat oleh Barisan Nasional ini, maka sentiasa kita akan ketinggalan, tak akan dapat nak catch up dengan negara-negara lain. Jadi kita kena bermula dengan cara yang baru.

Jadi sebab itulah pihak kita memujuk, mengajak pihak sebelah sana untuk sama- sama mendukung dan menyokong perjuangan kita ini. Saya tadi sebak juga mendengar daripada Yang Berhormat Sri Gading menyatakan dilema beliau keluar daripada rumah, dilema isteri beliau keluar daripada rumah yang ditanya sama ada akan belot atau tidak. Ini bukan persoalan belot, kalau beliau ikhlas, beliau boleh berkata kepada rakyat, ini bukan masalah belot, ini masalah kita hendak mencari yang lebih baik. Kalau rakyat kita bersetuju dan rakyat sudah menunjukkan persetujuan untuk pergi ke arah yang lebih baik, saya yakin pengundi-pengundi Sri Gading akan faham kenapa Sri Gading berhajat sama untuk dalam satu team baru membawa kepada perubahan ini.

Kita tidak menjanjikan apa-apa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Machang tadi. Kita hanya menjanjikan bahawa ini adalah satu team baru dengan idea-idea dan semangat dan dengan rekod yang baik untuk diketengahkan kepada masyarakat. Jadi tak perlulah rasa berada dalam dilema untuk berhadapan dengan masyarakat. Dilema kita ialah untuk terus kekal dalam satu kerajaan yang berterusan menggagalkan hasrat rakyat untuk membangun dengan lebih pantas. Kalau pada kadar yang kita bergerak pada hari ini, kita tidak akan dapat bersaing, tidak akan dapat setaraf dengan negara-negara lain yang bermula sama dengan kita. Malah kita sekarang ini mula ditinggalkan oleh negara-negara yang dulunya jauh lebih inferior dalam semua aspek.

Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini mengenang acara sukan misalnya. Kalau dulu kita merupakan satu kuasa besar dalam sukan hoki dalam dunia.

Kita antara tiga, empat negara dalam dunia yang menjadi kuasa besar hoki. Ketika itu, Korea Selatan yang kita tidak pernah dengar main hoki, main bola pun tidak masa Pesta Bola Merdeka zaman kita muda-muda dulu, tidak ada namalah Korea Selatan ataupun Jepun. Hari ini mereka melangkah maju jauh, Korea Selatan menjadi kuasa hoki yang tidak dapat disaingi oleh negara kita. Jadi bagaimana ini boleh berlaku? Melainkan berlaku suasana yang begitu malang dalam pengurusan dalam negara kita ini.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Pagi tadi kita berbincang mengenai prestasi sukan dalam negara kita. Menteri Belia dan Sukan telah memberikan jawapan bahawa sebenarnya masih lagi dalam denial bahawa negara ini sebenarnya hebat kecuali beberapa sukan yang dulunya kita hebat.

Akan tetapi kita tidak mahu mencari sebab puncanya, kenapa misalnya bola sepak berada dalam keadaan sungguh memalukan, kedudukan 164 tetapi hari ini dalam surat khabar kita berbangga kerana telah dapat mengalahkan sebuah negara 4-0, negara pada kedudukan 175.

Hebat, tetapi itulah kedudukan kita. Tidak disebutkan bahawa sebahagian daripada sukan-sukan ini dikuasai oleh ataupun persatuan-persatuan sukan yang dikuasai oleh orang-orang politik yang sentiasa bercakaran sesama mereka. Berebut jawatan, melobi sana, melobi sini, FAM misalnya, terlalu banyak campur tangan politik menyebabkan agenda sukan tidak terbela. Jadi ini yang harus kita berikan perhatian. Kita gagal menyaingi negara-negara kita yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tadi dengar Yang Berhormat Pontian menyebut salah satu daripada 18 perkara bahawa belanjawan pengurusan kita terlalu tinggi sampai 74% daripada belanjawan itu untuk pengurusan, hanya 26% untuk pembangunan, dengan jumlahnya lebih kurang RM150 bilion daripada belanjawan RM205 bilion itu. Ini jelas gambaran bahawa kita terlalu lebih atau kita gagal dalam pengurusan yang sebenarnya.

Sedarkah kita bahawa jumlah RM150 bilion ini untuk Bajet 2009 yang dibentangkan adalah sama dengan seluruh bajet negara tiga tahun yang lalu.

final • 5:01 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Lebih.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Lebih? Terima kasih Yang Berhormat PJ Utara. Lebih daripada seluruh bajet tiga tahun yang lalu. Jadi ini menggambarkan bahawa pengurusan kita ini sudah melambung tinggi kerana kalau nak bincang tentang emolumen. Saya rasa emolumen ataupun gaji, elaun dan sebagainya tidaklah sepatutnya naik sebegitu banyak, tapi di mana? Rupa-rupanya kalau kita selidik, pengurusan yang tinggi ini ialah kerana beberapa projek yang telah siap tiba-tiba runtuh, retak, kena sediakan wang tambahan. Baiki, baiki, baiki, retak lagi, tambah wang lagi. Jadi ini menyebabkan kos pengurusan semakin melambung kerana di peringkat awal pengurusan projek tidak diteliti dengan baik supaya tidak berlaku perkara-perkara yang merugikan. Jadi kita terpaksa berbelanja terlalu banyak untuk pengurusan dan ini memberikan sebab kita terpaksa mengorbankan pembangunan.

■1710 Jadi bila pembangunan terkorban, inilah soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi. Semua prasarana jalan raya hanya akan disiapkan pada tahun 2016 di Sabah. Ertinya berapa tahun lagi baru kita akan nampak suasana pembangunan infrastruktur yang merupakan politik BN yang cukup hebat, yang selama ini telah menjatuhkan kami pembangkang. Politik pembangunan inilah yang berjaya memperdaya rakyat sehingga payah pihak pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan kuat BN atas isu pembangunan ini.

Namun pada hari ini kita didedahkan pembangunan yang cukup rendah tarafnya di seluruh negara kita ini. Saya ambil satu contoh kerana saya setiap minggu berulang-alik ke Kuala Krai. Satu stretch jalan di antara Bentong dengan Raub, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, the government has the cheek to put signboard. Ada dua tempat signboard yang mengatakan, “Berhati-hati jalan tidak rata”. Baguslah itu, tetapi ini adalah seolah-olah semacam permanent notice “ jalan tidak rata”. Kalau sudah tahu jalan tidak rata, apa patut kita buat? Ratakan! Jalannya teruk Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kita lalu di situ, kalau orang yang naik bas ekspres pun akan terpaksa membuka mata, berjagalah kalau sedang tidur kerana jalan yang begitu teruk sangat tidak terbela dan tidak terbela. Ini di negeri Pahang, berlaku sedemikian. Begitu juga dengan tempat-tempat lain yang saya rasa memerlukan perhatian, kerana di situlah juga mungkin menjadi tempat ataupun punca kemalangan yang boleh mengambil nyawa rakyat kita yang tidak sedar bahawa jalan-jalan tersebut berada dalam keadaan yang begitu teruk sekali. Jadi, kita mintalah kerajaan paling tidak pun prihatin dengan masalah yang ada di depan mata kita ini.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyebutkan dalam pencelahan dua hari yang lepas mengenai suasana ekonomi negara yang begitu teruk. Saya tidak hendak menyentuh di peringkat ini harga minyak ataupun kelapa sawit. Di Kuala Krai perkara yang lebih utama ialah harga getah. Sebahagian besar daripada petani-petani di Kuala Krai menjalankan industri small holding getah ini. Rata-rata di luar bandar industri inilah yang menjadi punca pendapatan mereka. Kira-kira tiga minggu yang lalu harga getah masih lagi RM5.80 sekilo. Ini kita kena ambil perhatian. Hari ini harganya di bawah RM3.00 sekilo.

Cuba bayangkan, dengan RM5.80 pendapatan purata penduduk kampung lebih kurang RM1,500 hingga RM1,800 sebulan. Mungkin dengan suasana di kampung jumlah ini mencukupi untuk menampung sara hidup menghantar anak ke sekolah dan mungkin membuat sedikit simpanan untuk masa depan.

Hari ini dan masih lagi berlaku harganya di bawah paras RM3.00 iaitu RM2.80 - RM2.90. Ini bererti pendapatan mereka jatuh separuh! Kita kena sensitif ini, Tuan Yang di- Pertua. Cuba bayangkan kalau elaun kita, wakil rakyat jatuh separuh dan semua kakitangan kerajaan gaji bulan ini dapat separuh. Cuba kita bayangkan implikasinya terhadap hidup kita kalau separuh daripada gaji kita, apa yang kita hendak buat?

Bagaimana tentang komitmen kita dengan pinjaman-pinjaman ataupun kos-kos pengurusan rumah tangga kita? Ini bencana sebenarnya, mala petaka bagi sebahagian rakyat kita.

Kita tidak terasa. Mungkin kakitangan kerajaan juga tidak terasa kerana tidak mungkin gaji kita akan dipotong 50%. Malah dapat bonus lagi sebulan, tetapi bayangkan penduduk di Kuala Krai, Kuala Lipis, penduduk di pedalaman yang mengendalikan industri getah ini - separuh daripada gaji mereka. Kalau dulu mereka dapat RM1,500 sebulan, sekarang RM750 sebulan. Sudah jatuh daripada paras RM1,000 yang pagi tadi dalam sesi soal jawab tentang bagaimana tindakan kerajaan untuk membantu orang-orang yang mendapat gaji RM1,000 ke bawah. Macam-macam jawapan yang diberikan.

Jadi, bagaimana? Sekarang ini kita akan dapat beribu-ribu pengusaha kecil getah ini yang akan tergolong dalam golongan yang mendapat pendapatan rendah ini, apa persediaan kerajaan? Apa bantuan kita? Kalau dalam industri besar yang sedang mengalami kegawatan bank misalnya kerajaan boleh bailout, kerajaan boleh menyediakan ratusan juta ringgit untuk dipump ke dalam industri tersebut, tentang penoreh getah di Kuala Krai ini bagaimana? Apa persediaan kita sebelum mereka mengamuk, sebelum mereka mula menunjukkan marah mereka, sebelum mereka menjadi peminta, apa langkah yang dirancang oleh kerajaan? Sehingga hari ini kita tidak dengar lagi apa langkah-langkah yang hendak diambil sama ada penyediaan ataupun sokongan pada harga atau sokongan melalui subsidi harga. Ia mesti dibuat segera. Sudah hampir sebulan pendapatan mereka sedemikian. Tambahan pula dalam keadaan hari ini musim hujan, penoreh getah tidak boleh keluar menoreh. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ini bagi saya adalah satu bencana dalam kita bercakap mengenai masa depan rakyat kita dan keadaan ekonomi mereka pada masa kini.

Penurunan harga minyak walaupun kita alu-alukan, protes yang kita buat nampaknya memberikan kesan, harganya diturunkan tetapi kita sudah menyebut pada awal kenaikan dahulu drastic increase, dengan izin. Kenaikan yang melampau itu memang memberikan kesan bukan hanya pada harga petrol tetapi semua harga barangan yang lain.

Kita sudah memperingatkan. Mungkin Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu pun naikkan harga minyak ini tetapi berhemah mengikut kesesuaian dan kemampuan rakyat, tetapi menaikkan dalam satu jumlah yang begitu mengejutkan sampai 78 sen ataupun 40% daripada harga. Kita sudah ingatkan bukan hanya harga itu yang membebankan tetapi kesan daripada kenaikan harga barangan lain. Oleh sebab itulah kita suruh dahulu kerajaan bersabar sedikit. Naik biarlah berpatutan, tetapi apabila sudah harga naik ini dan harga barangan yang lain naik seperti beras, ikan, sayur-sayuran di pasaran dan segala barang lain naik seperti simen dan besi pun naik.

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah tahu dari pengalaman kita dalam negara ini bahawa kalau harga barangan itu naik sudah tidak boleh turun lagi. Tidak boleh turun!

Kalau dahulu kerajaan bersabar, harga minyak naik mengikut kesesuaian saya yakin peniaga-peniaga tidak boleh berleluasa menaikkan harga, tetapi bila sudah naik begitu melampau mereka ada sebab untuk menaikkan harga barang dan tidak boleh turun!

Ternyata pada hari ini kita mengeluh. Yang Berhormat Pontian menyuruh kita menghukum

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

peniaga-peniaga yang kurang ajar, kata beliau. Satu bahasa yang tidak elok kerana ketika mereka naikkan harga dahulu bertepatan dengan sebabnya. Namun bila sudah dalam keadaan begini kita hendak marahkan siapa?

Oleh sebab itulah kita minta sangat dahulu pihak kerajaan ambil sedikit tanggungjawab untuk bersimpati dengan rakyat, dengan satu tindakan yang preventif. Kita memang tahu punca kenaikan segala-galanya itu ialah kenaikan harga minyak tersebut tetapi orang tidak hirau. Kita minta turunkan segera! Mungkin kalau turunkan balik seperti yang kita buat dalam protes kita berhimpun minta turunkan segera, mungkin peniaga- peniaga tidak boleh naikkan harga. Tidak sempat menaikkan harga, tetapi apa komen Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu? “Kalau kita turunkan harga minyak negara akan bankrap”, katanya. Pada hari ini turun 40 sen, tidak bankrap ke bankrap? Saya pun tidak tahu. Mungkin bankrap, saya bukan pakar ekonomi. PJU boleh memberitahu sama ada kita bankrap ataupun tidak. [Memandang ke arah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara] Namun untuk mengatakan bahawa permintaan kita supaya harga barang itu atau harga minyak itu diturunkan pada ketika itu bukanlah sesuatu yang melampaui batas. Kita sudah memikirkan kesannya. Hari ini kita sudah menderita masalah ini hinggakan bajet hari ini kita hendak bincang pun sudah jadi tidak relevan, oleh kerana pendapatan negara berkurangan. Bagaimana kita hendak mengagihkan sumber kita yang berkurangan ini dengan janji-janji yang ada di dalam ini? Bajet prihatin, katanya tetapi kalau wangnya sudah tidak ada.

■1720 Manakala kos pengurusannya tidak boleh dikurangkan, tidak boleh dikurangkan kos pengurusan. Apakah kita kakitangan awam di sebelah sana bersedia untuk gaji kita dikurangkan contohnya, saya rasa kita tidak bersedia. Jadi di mana akan berlaku korban?

Yang akan menjadi korban ialah belanjawan pembangunan. They gonna scarifies development dengan izin. Jadi ini yang akan menyebabkan kita sudah dengar bunga- bunganya dalam jawapan-jawapan menteri bahawa beberapa projek mega Kementerian Pelajaran akan dikaji semula. Itu bunga-bunga hendak berhentilah itu, bunga-bunga hendak membatalkan projek dan beberapa serambi-serambi ataupun koridor-koridor yang dahulunya menjadi antara hujah besar menjelang pilihan raya yang baru lalu, sudah mula nampaknya akan diletakkan di serambi. Betullah, tidak akan diketengahkan lagi.

Jadi itu korban apabila kita tidak berhemah dalam beberapa tindakan kita di dalam pengurusan ekonomi. Itu sebab kita mencadangkan beberapa langkah untuk pembangkang berbahas dengan Menteri Penerangan. Orang kata tidak praktikal dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua dalam kita hendak meyakinkan rakyat ini ada pula cadangan- cadangan yang saya rasa sedikit perlukan penelitian. Tiga hari lepas kita mendengar pengumuman Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bahawa kerajaan akan menyediakan pemberian vitamin percuma kepada seluruh anak-anak yang belajar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak KEMAS ataupun Tabika KEMAS yang jumlah anak-anak kita di bawah umur enam tahun ini sekitar 170,00 dengan kos yang melibatkan RM17 juta.

Sekali pandang ya Tuan Yang di-Pertua, kita dengar baguslah. Memberi vitamin percuma. Kita di Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua apa sahaja percuma memang kita appreciate. Sedangkan kita tidak tahu pemberian vitamin kepada anak-anak ini bukan suatu kemestian. Vitamin ini perlu diberikan kepada anak-anak yang kurang vitamin. Kalau dibuktikan, kalau ditunjukkan, kalau didiagnose oleh doktor antara rawatan antara supplement yang diperlukan ialah vitamin, kita beri vitamin. Bukannya memberi borong kepada semua anak-anak. Memberikan vitamin multivitamins ke ataupun B kompleks ini ke secara borong begitu adalah satu perkara yang bahaya kerana pemberian vitamin yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan.

Masalah bahaya vitamin ini masih lagi dipersoalkan dalam bidang perubatan. Jadi janganlah oleh kerana kita berasa kita boleh mendapat sedikit perbatuan politik ataupun political mileage, maka kita membuat suatu program yang boleh membahayakan anak-anak kita. Vitamin juga boleh menyebabkan keracunan Tuan Yang di-Pertua. Kena ingat ini sebab itu kita anak-anak kita yang cukup sihat yang cukup makan tidak perlu vitamin ini.

Vitamin will not help building the mental capacity dengan izin, tidak ada. Kalau anak-anak

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

kita cukup, tidak perlu. Orang-orang tua pun tidak perlu. Yang diperlukan oleh anak-anak di peringkat rendah ini kemungkinan makanan-makanan tambahan, susu program susu.

Sebab itu kita tidak pernah membantah program susu ini.

final • 5:01 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad binti Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Krai, apakah ada kemungkinan projek pemberian vitamin ini akan menjadi lagi satu ketirisan dan kebocoran daripada wang pengurusan negara?

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya belumlah hendak sampai ke situ.

Cuma saya hendak mengatakan ada benda-benda yang kena rancang dahulu elok-elok.

Saya sudah membuat preliminary discussion dengan Timbalan Menteri Pelajaran apabila saya dengar berita ini. Saya telah mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Kesihatan hendak bertanyakan sama ada Kementerian Kesihatan sudah dirujuk perkara ini, sudah ditanya dari segi kepakarannya sama ada pemberian vitamin ini baik ataupun tidak perlu.

Kalau tidak perlu pun rasanya tidak apa, masih selamat tetapi takut-takut kita mendapat keracunan vitamin, berlebihan vitamin pun tidak elok untuk badan kita. Jadi setakat ini Kementerian Kesihatan belum memberikan satu balasan tetapi Kementerian Pelajaran melalui timbalan menterinya telah mengatakan memang mereka tidak dirujuk.

Mereka ini membuat keputusan sendiri di pihak kementerian yang berkenaan. Jadi saya minta sangatlah bukan soalan jumlah RM17 juta itu banyak sangat. Tidak banyak sangatlah berbanding dengan RM205 bilion bajet kita ini, celah-celah gigi sahaja itu. Kita bukan mempertikaikan jumlahnya tetapi dari segi kewajaran program ini kepada anak-anak kita.

Ada banyak benda-benda lain lagi semalam dikemukakan oleh Yang Berhormat Muar bagaimana wang boleh digunakan untuk membantu anak-anak muda kita yang nampaknya dalam belanjawan prihatin itu tersisih. Tidak ada satu program contohnya untuk pemulihan pemuda-pemuda ataupun remaja kita yang bersangkut dengan masalah dadah ini. Saya rasa banyak lagi wang ini boleh disalurkan kepada program-program tersebut.

Jadi saya minta supaya kementerian berkenaan kaji semula dari segi viabilitynya, dari segi perubatannya sama ada selamat atau tidak, sama ada akan menambah mental kapasiti anak-anak ke ataupun dipilihlah mengikut rujukan daripada pihak perubatan.

Kalau pun di luar bandar mungkin ada kesempitan dari segi wang untuk bertemu doktor untuk mendapatkan penjelasan, mungkin teams kesihatan sekolah yang dibentuk di bawah Kementerian Kesihatan yang selama ini saya tahu menjalankan tanggungjawab dan tugas yang begitu baik dalam program kesihatan sekolah boleh digunakan untuk memastikan anak-anak pra sekolah. Ini pra sekolah ini. Saya risau kalau tidak kita tidak bangkitkan ini, dia akan lajakkan lagi kepada anak-anak sekolah pula. Kosnya akan meningkat tetapi kesannya mungkin tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga mengulas sedikit mengenai peristiwa sedih yang dibawa oleh Machang mengenai tindakan ke atas Ketua Pembangkang semasa beliau ditahan 10 tahun yang lalu. Memang peristiwa tersebut tidak akan dilupakan dalam sejarah negara kita. Merupakan satu peristiwa gelap dalam proses pembangunan negara kita dan kita telah tahu akhirnya bahawa berlaku di sana satu tindakan yang cukup kasar dan ganas terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh ketika itu sehingga boleh menjejaskan nyawa beliau sendiri.

Kemudian, kita dengar dan kita tahu faktanya bahawa yang menyeksa beliau ialah Ketua Polis Negara sendiri yang telah menerima hukumannya. Akan tetapi apa yang lebih menakutkan saya ialah apabila ada usaha-usaha untuk menutup fakta-fakta bagi melengah- lengahkan siasatan atau mungkin untuk mengganggu siasatan supaya perkara yang sebenarnya tidak diketahui oleh dunia luar iaitu penglibatan ketua pendakwaan ketika itu dan juga salah seorang pegawai tinggi polis yang hari ini menjadi orang nombor satu polis.

Ini satu perkara yang sangat menggerunkan kita. Dalam salah satu kenyataan yang disebutkan tadi sama ada afidavit kah ataupun apa-apa, disebut bahawa salah seorang doktor terlibat dalam memberikan fakta-fakta yang bersalahan, ada doktor kita.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi saya bagi pihak profesion perubatan berasa sedihlah kalau ada di antara pakar-pakar ataupun practitioner dalam bidang perubatan ini ya Yang Berhormat Kepong ya terlibat dalam perkara-perkara yang tidak beretika. Bersekongkol dengan pihak-pihak yang cuba untuk mengubah fakta dan menipu dalam laporan-laporan mereka. Kita sedih kerana kita tidak pernah dididik untuk memberikan fakta-fakta yang menyeleweng fakta-fakta yang tidak betul.

Sebagai doktor kita diajar untuk memerhati, memeriksa, menjalankan penyiasatan, membuat diagnosis mengikut cara-cara yang profesional dan saintifik. Akan tetapi apabila ada di antara kita bersekongkol sedemikian. ianya merosakkan seluruh profesion itu. Jadi bukan sahaja saya rasa tindakan perlu diambil terhadap dua pegawai tinggi ini. Sesiapa juga yang bersedia untuk dipujuk bersekongkol, harus diambil tindakan sama. Kalau tidak kita akan merosakkan profesion ini dan akan memalukan kita dan ramai lain yang tidak pernah terlibat dalam perkara-perkara yang tidak elok ini.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habiskan dalam masa lima minit Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya. Boleh sambung hari Isnin?

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tinggal Lima minit.

Habiskanlah sekarang Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang juga mendukacitakan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Machang tadi tindakan ini dibuat oleh pihak berkuasa polis.

■1730 Jadi di situ kita nampak Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai di bawahnya menunjukkan kehebatan mereka. Saya hendak ulang lagi perkara yang saya sebutkan tadi semasa saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Gombak tadi. Kalau polis begitu hebat, kenapa jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Tuan Yang di- Pertua saya take acception kerana saya sungguh dukacita ini. Saya sungguh risau kalau jawapan ini yang diberikan iaitu, punca pondok polis Jalan Haji Taib ditutup ialah kerana lokasi tersebut tidak lagi sesuai atau selamat bagi anggota polis yang bertugas.

Saya rasa jawapan ini tidak rasional Tuan Yang di-Pertua. Takkan kita hendak cari satu tempat yang selamat untuk polis. Polis berada di tempat yang tidak selamat untuk menjadikan ia selamat. Kalau ada crime, jenayah di sesuatu tempat itu dengan banyak, kita letakkan polis supaya jenayah berkurangan.

Akan tetapi kalau tempat itu banyak jenayah, polis pula lari siapa lagi yang hendak duduk di situ?, Wakil rakyat Titiwangsa hendak duduk situ, orang perempuan? Dia mungkin kuat, dia mungkin hebat tetapi kalau polis pun ‘conggek’ kata orang Perak, bagaimana kita hendak mengharapkan orang lain untuk berada di situ.

Sebab itulah kawasan ini akan terus dikuasai oleh penjenayah-penjenayah.

Memalukan, saya tidak tahu macam mana Menteri Dalam Negeri akan menjawab ulasan- ulasan yang akan keluar daripada jawapan yang tidak munasabah ini. Persekitaran kawasan yang kotor. Kalau hendak bersih sahaja semua, maka kita kena buat balai-balai polis ini dalam tingkat di Putrajaya, bersih, dalam kawasan Parlimen.

Akan tetapi tempat-tempat yang begitulah di mana kita perlu berada. Bukannya lari. Mereka dapat kumpulkan orang atas nama polis, sama-sama gotong-royong membersihkan kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit. Apa dia penyakit berjangkit di Lorong Haji Taib?

Tuan Yang di-Pertua, penyakit-penyakit STD atau Sexually Transmitted Diseases, penyakit-penyakit bawaan seks. Itu yang dikenali di Lorong Haji Taib. Apakah Menteri Dalam Negeri risau anak-anak buah dia terdedah kepada ini? Terdedah kepada Sexually Transmitted Diseases ini Tuan Yang di-Pertua ialah by minat, by choice, bukannya kerana kita terpaksa makan makanan ada kuman dan mendapat jangkitan.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

STD tidak akan berlaku sedemikian. Jadi kalau inilah yang hendak dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri, kita risau polis-polis yang ada pada hari ini nampaknya tidak ada jati diri untuk mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada ancaman STD ini.

Ketiganya, serta ancaman penjenayah-penjenayah memudaratkan keselamatan polis.

final • 5:01 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh saya membuat celahan sedikit sebab ini kawasan saya dan jawapan itu adalah jawapan bertulis kepada soalan saya. Agaknyalah kita mungkin boleh menawarkan pihak polis untuk mengadakan pondok polis di bangunan PAS sebab rasanya selamat sebab bangunan PAS dekat situ sahaja Yang Berhormat Kuala Krai, macam mana.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Cadangan yang sungguh baik. Kita masih ada satu ruang sedikit untuk sesiapa yang bersedia tetapi saya tidak yakin Menteri Dalam Negeri akan bersedia untuk berbuat demikian tetapi kita pelawa.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, sudah hampir habis ini. Jadi memudaratkan keselamatan anggota. Apa jenis polis kita ini. Polis kita sepatutnya berani macam dia pergi membanteras, menyuraikan demonstrasi-demonstrasi kami, dia cukup hebat, dia cukup garang, berani. Demonstrasi kami, tidak ada apologetik di situ. Dia begitu hebat.

Hari ini dikatakan beratus-ratus orang polis telah menangkap setinggan-setinggan, memukul setinggan di Plentong di Johor. Ini cukup hebat, ini yang kita hendak tetapi apabila dengan penjenayah-penjenayah ini Tuan Yang di-Pertua takut memudaratkan keselamatan anggota, sebab itu saya cadangkan di awal tadi supaya balai-balai polis ini dibuat di dalam kem-kem tentera , gerenti selamat.

Tentera akan melindungi polis-polis ini tetapi takkanlah ini jenis polis yang kita hendak. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya rasa kalau Menteri Dalam Negeri tidak memperbetulkan jawapan dan persepsi yang ada di hadapan kita ini, kerana ini bertulis saya minta dia undurkan diri.

final • 5:01 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habis masa Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Boleh bagi?

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payahlah. Cukup Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah sebahagian sumbangan kita. Bukan bercakap tentang bajet sebab bajet telah menjadi tidak relevan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 20 Oktober 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang.

final • 5:01 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026