Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tentang tindakan serta langkah-langkah tegas dalam menangani campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang negara.
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat dari Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya soalan ini dan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Pulai bagi jawapan 20 Ogos 2008 dan soalan Yang Berhormat dari Langkawi bagi soalan 29 Oktober 2008 diizinkan untuk dijawab serentak dan bersekali pada pagi ini, kerana kedua-duanya menyentuh perkara yang sama iaitu isu campur tangan kuasa luar tentang hal ehwal dalaman tanah air.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap mana-mana pihak asing ataupun negara luar untuk campur tangan dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang negara. Sebagaimana dimaklumkan akhir-akhir ini berikutan timbulnya beberapa isu dalaman negara kita, ada pihak asing khususnya Amerika Syarikat yang telah membuat kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan sistem serta pentadbiran perundangan Malaysia. Ini sekali gus mencemari kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara.
Kementerian Luar Negeri telah mengambil beberapa langkah tegas dalam menangani hal ini. Di antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil ialah:
(i) Kerajaan Malaysia telah membantah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dari Amerika Syarikat sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman khususnya perundangan di Malaysia. Selaku Menteri Luar Negeri, saya telah menulis surat bantahan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice pada 4 Julai 2008;
(ii) saya sendiri mengambil setiap kesempatan terutama semasa mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin kerajaan asing serta pihak media untuk memberi penjelasan tentang perkembangan dalaman negara kita. Dalam pertemuan di antara saya dan Condoleezza Rice pada 24 Julai 2008, semasa Mesyuarat Ke-41 Menteri-Menteri Luar Asean di Singapura, telah ditegaskan bahawa semua negara termasuk Amerika Syarikat harus mengiktiraf dan menghormati keutuhan perundangan ataupun rule of law di Malaysia.
Saya juga Tuan Yang di-Pertua, memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu bahawa pihak-pihak tertentu Amerika Syarikat hendaklah berhenti dari membuat sebarang kenyataan yang boleh membawa maksud bahawa
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
tindakan ke atas kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik. Ini berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa bahawa kaedah atau sistem perundangan dalam sesebuah negara adalah hak negara itu yang tidak harus dicampuri oleh mana-mana negara asing walau bagaimana perkasa sekalipun negara itu; dan
(iii) usaha memberi penerangan kepada perwakilan-perwakilan asing di Malaysia juga telah diadakan. Seramai 96 diplomat dan wakil kerajaan asing telah dipanggil menghadiri satu sesi taklimat pada 23 Julai 2008 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya dan menerima penerangan yang jelas tentang keadaan sebenar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi undang-undang di Malaysia.
Kementerian Luar Negeri akan meneruskan usaha menangkis sebarang tohmahan yang bertujuan untuk memburukkan imej Malaysia di seberang laut. Saya sendiri telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan ketua-ketua perwakilan, duta-duta Malaysia di seberang laut untuk memberi penerangan berkaitan isu-isu dalaman negara supaya mereka mendapat maklumat yang jelas dan tepat dan seterusnya berkeyakinan untuk memberi penerangan di tempat bertugas masing-masing dengan sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini saya telah membuat dua sesi penerangan dengan ketua-ketua perwakilan Malaysia di seberang laut iaitu satu sesi di Kaherah bagi mereka yang bertugas di rantau Asia Tengah dan di London bagi mereka yang bertugas di Eropah. Aktiviti ini akan diteruskan di Washington tidak lama lagi bagi ketua-ketua perwakilan Malaysia yang bertugas di Benua Amerika atau di Americas. Saya juga akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meminta beliau mengingatkan negara-negara anggota agar tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain sebagaimana yang terkandung di dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu 1945.
Dengan izin saya bacakan perenggan yang berkenaan, iaitu Artikel 2, para 4.
“All Members stage shall refrain in their international relations from the threat or use of force against the territorial integrity or political independence of any states, or in any other manner inconsistent with the purposes of the United Nations”.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu prihatin, Amerika Syarikat bukanlah ‘mata-mata’ ataupun ‘polis dunia’ yang berhak campur tangan dalaman hal ehwal negara asing. Pintu belakang dan juga halaman rumah mereka sendiri dinodai dengan diskriminasi. Tahanan tanpa bicara Guantanamo yang menahan dua orang warga Malaysia juga terus berfungsi sekalipun dunia mengecamnya. Dengan gahnya Amerika Syarikat membuli Iraq dan mengetepikan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Dalam kes yang berkenaan di sini, Amerika Syarikat lebih berminat untuk menghalakan tujuannya kepada individu, bukan kepada sistem sebenarnya. Saya sering menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undangnya sendiri, malah Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah atau Kanun Acara Jenayah yang diguna pakai di Malaysia adalah berasal dari Common Law yang diluluskan Parlimen Malaysia. Maka tidak ada sebab bagi pihak luar campur tangan serta mengkritik pentadbiran undang-undang di Malaysia. Saya tidak teragak-agak menegur pihak luar termasuk kuasa asing dari Barat yang cuba campur tangan dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang tanah air kita.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi komitmen dan tanggungjawab kementerian ini menyampaikan maklumat yang tepat serta benar dan memperbetulkan salah tanggapan.
Ke arah ini, Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam atau The Department of Information and Public Diplomacy, Kementerian Luar Negeri telah disusun semula untuk meningkatkan keberkesanannya dan boleh bertindak sebagai jentera penerangan kementerian ini dalam dan di luar negara.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, jawapan...
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Kementerian ini bersama perwakilan Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. [Disampuk] Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Kementerian ini bersama perwakilan- perwakilan Malaysia di luar negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Padang Serai duduk, Padang Serai.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
...sedang mengambil tindakan segera dalam memberi maklum balas terhadap sebarang tuduhan atau cubaan campur tangan terhadap urusan dalaman Malaysia. Pada duta Malaysia diberi bimbingan dan penerangan khusus agar boleh menolak dan menangkis sebarang tohmahan dari pihak-pihak asing.
Perwakilan-perwakilan Malaysia sentiasa disalurkan dengan maklumat terkini berkaitan sesuatu isu untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan berkesan dan mengikis salah faham pihak asing dalam hal ehwal undang-undang negara kita. Selamat Malaysia. Sekarang boleh tanya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah dan syabas kepada menteri dan Kementerian Luar Negeri [Tepuk] sebab mempertahankan kewibawaan dan maruah negara kita.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan tambahan. You shut up.
Mewakili majoriti rakyat Malaysia memang ada kebimbangan, memang ada keresahan di atas tingkah laku negara luar, negara hegemoni, dalam masa yang sama berbicara soal kebebasan, soal human rights, soal demokrasi tetapi mencampuri urusan negara luar, tidak menghormati kewibawaan dan keamanan negara luar.
Justeru itu, saya meminta kepada Kementerian Luar Negeri, tindakan yang lebih tegas kena diambil. [Disampuk] Kalau tidak tahu, boleh keluar. Tindakan tegas yang perlu diambil untuk mempertahankan maruah negara kita. Jangan fikir mereka kuasa besar, mereka boleh mempermainkan negara-negara kecil.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan, soalan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Walaupun negara kita ini kecil, negara kita negara yang merdeka dan tidak boleh diperlekehkan. Saya mahu tindakan yang lebih tegas mesti dilakukan, bukan sahaja...
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Soalan, Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan.
Soalan, soalan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...dalam isu seperti yang di...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Soalan tambahan, bukan ceramah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta soalan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
You shut up, this is my floor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kinabatangan, soalan Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Soalan ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini soalannya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah ganggu, Padang Serai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Soalan, soalan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, tidak payah ganggu.
Yang Berhormat Kinabatangan, soalan Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, soalan akan datang. Cuma dia tidak faham.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itulah bodoh nama dia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini soal maruah negara.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini soal maruah negara.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Berilah soal yang betul-betul.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan saya, saya akan soal kepada menteri, bukan kepada Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalan Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tindakan kerajaan memalukan negara, bukan menjaga maruah negara.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan saya, tindakan yang lebih tegas...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Pembangkang jual negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...tindakan yang lebih tegas perlu diambil kepada mana-mana kedutaan di negara kita yang cuba melibatkan diri dalam hal ehwal dalaman negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha, itu soalannya, faham?
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, soalan tindakan tegas mestilah berasas kepada lunas undang-undang sama ada undang-undang antarabangsa atau undang-undang domestik yang ada pada Malaysia. Justeru sebelum sesuatu tindakan menerusi undang-undang itu dilaksanakan, Kementerian Luar Negeri perlu meneliti kandungan tohmahan tersebut sama ada ia hanya merupakan tohmahan politik ataupun tohmahan yang membawa kedaulatan negara ke bawah dan jatuh di sisi pandangan dunia.
Telah dihuraikan tadi iaitu pelbagai susulan antarabangsa harus kita buat dan sedang kita buat. Tinggal lagi sekiranya dalam pemikiran Yang Berhormat Kinabatangan mempunyai gambaran mahkamah antarabangsa, itu agak di luar bidang yang ada pada kita dan tambahan kepada semangat kita untuk mempertahankan kedaulatan tanah air ialah kita mesti jelas dengan tindakan itu. Oleh yang demikian, cara kita mengemukakan pandangan kepada Bangsa-bangsa Bersatu ini adalah salah satu daripada jurusan yang perlu kita ambil. Saya akan laporkan kemudian hasilnya.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah atas usaha bersungguh-sungguh untuk menjelaskan
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
kepada semua negara dunia termasuk juga Jepun kerana Jepun memberi kenyataan tentang kebimbangan mereka tentang sistem kehakiman negara kita.
Saya juga ingin menanyakan soalan susulan saya, apakah kementerian akan mengambil kira cadangan, bukan sahaja kita akan bagi penjelasan kepada negara luar tentang wujudnya usaha tohmahan daripada beberapa pihak tetapi isu pokok bahawa kita ada masalah besar dalam sistem kehakiman, ada kepincangan yang terbukti sendiri dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Klip Video Lingam.
Maka adakah kementerian akan memberi penjelasan kenapakah tidak ada tindakan yang diambil terhadap personaliti-personaliti yang terlibat dalam klip video Lingam di mana dibuktikan wujudnya campur tangan politik pimpinan Barisan Nasional dalam memilih hakim-hakim di Malaysia. [Tepuk] Jadi pada saya, bagus kita mahu perbaiki imej negara, tetapi pertama baiki dahulu...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Itu soalan kepada Kementerian Kehakiman, bukan Kementerian Luar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya tengah bertanya soalan.
Perbaiki dahulu apa yang wujud...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tidak tahu menyoal, jangan menyoal.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi pada saya jelas. Saya harap kementerian akan ambil cadangan memperjelaskan kenapakah tidak ada tindakan yang diambil kepada mereka yang memilih hakim...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini ada kena-mengena dengan imej negara juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah ganggu, Shah Alam.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Budak-budak masuk Parlimen, main abu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu Rembau.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Lembah Pantai. Walaupun cara Lembah Pantai mengemukakan ini seolah-olah hendak menembak itik tetapi kena ayam. [Ketawa] Saya cuba jugalah menghuraikan tembakan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri pergi berniaga di pasarlah.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, pagi-pagi ini elok sedikit kita ada elemen humor dan kita relaks, jangan terlalu stress...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Humor, win-win humor..
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Memang boleh apa yg disebut di sana, saya terima dan apa yang saya cakap...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Win-win, gadai negara.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
...anda perlu terima juga. Tuan Yang di-Pertua, soal sistem dalaman negara sudah diperjelas oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu tadi.
Oleh itu, apa pun yang hendak kita perbaiki dalam negara kita, biar kita sendiri yang baiki.
[Tepuk] Itu maksud saya. Kita tidak payah pancing ke luar, kemudian seperti yang dikatakan, dengan izin gentleman only enters through the front door, not through the back door. [Tepuk] Jadi...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri pancing masakah? Masa masuk TV ke?
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tadi saya sudah sebut...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Gentleman don’t lock the front door.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, tidak payah ganggu macam itu, Yang Berhormat.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Jadi, marilah kita antara pembangkang dan kerajaan memberi pandangan yang membina supaya sistem dalaman kita dapat kita atasi sekiranya ada kelemahan. Akan tetapi pada kami di sini kelemahan kita telah mengatasi segala-gala yang telah disebut oleh pembangkang, malah kemenangan kita yang memberi ibarat yang lebih baik. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini mustahak, bolehkah ditambahkan soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...freedom under executive power. Ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow.
2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas Georgetown disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Sedunia dan nyatakan jumlah peruntukan dan projek yang akan diluluskan untuk tujuan pemeliharaan warisan di negeri itu.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Parit Buntar bertarikh 20 Ogos dan juga Yang Berhormat dari Kota Melaka pada 4 November 2008 oleh kerana soalannya adalah sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada BBC mahupun daripada pihak Pembangkang yang telah memberi sokongan kepada calon Malaysia sehingga menduduki CPA buat pertama kali. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini, langkah pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan adalah dengan melaksanakan beberapa sesi taklimat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang pelan pengurusan pemuliharaan yang harus dilaksanakan bagi memelihara kawasan zon yang dikenal pasti. Langkah kedua, penubuhan sebuah jawatankuasa iaitu Management Committee for World Herritage Sites of Melaka and Georgetown dilaksanakan bagi menyelaras perkara-perkara berkaitan pengurusan tapak warisan di kedua-dua Bandar Melaka dan Georgetown. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia dianggotai oleh:-
(i) Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia;
(ii) Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
(iii) Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan;
(iv) Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
(v) Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka;
(vi) Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa; dan
(vii) Pesuruhjaya Warisan.
Mengenai aspek peruntukan, tiada peruntukan khusus yang diberikan kepada Bandaraya Melaka dan juga Georgetown. Pihak UNESCO juga tidak memberi sebarang bantuan yang khusus. Namun begitu, pihak kementerian akan menyumbang dalam bentuk bantuan kerja konservasi dan juga dari segi kepakaran dan nasihat bagi memastikan bandar Georgetown memenuhi keperluan UNESCO. Jabatan Warisan Negara akan meneruskan kerja-kerja konservasi bangunan di kedua-dua bandar seperti Bangunan Gereja St. George, Bangunan Jalan Hatim serta menaik taraf kawasan Masjid Lebuh Acheh di Georgetown. Begitu juga di Melaka di mana kerja-kerja konservasi bangunan HSBC dan Bastian Middleburg juga akan diteruskan.
Kerja-kerja konservasi bangunan akan dijalankan berdasarkan kepada keutamaan dan peruntukan sedia ada. Pihak kementerian percaya bahawa dengan usaha-usaha ini akan dapat membantu memastikan sebahagian khazanah warisan yang terdapat di kedua- dua bandar Georgetown dan Melaka dapat dipelihara untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Menteri yang budiman. Namun begitu, kesalnya daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tidak ada peruntukan khusus untuk kerja-kerja pemulihan, memulihara dan menambah baik outstanding universal values yang termasuk living heritage, bangunan- bangunan keagamaan dan shop houses yang mempunyai nilai-nilai architecture yang memerlukan wang yang amat banyak untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Tanpa peruntukan daripada UNESCO mahupun Kerajaan Pusat akan menyulitkan kerja-kerja ini.
Jadi, saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Persekutuan akan menimbangkan satu cadangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mungkin Melaka untuk memberikan soft loan sebanyak RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk maksud menambah baik outstanding universal values yang juga memperakukan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini dan juga di negeri-negeri yang tersebut.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat dari Tanjong.
Amalan biasa di peringkat kerajaan ialah bilamana kita mendapat pengiktirafan daripada pihak antarabangsa, contohnya Kinabalu Park. Begitu juga dengan Mulu Caves dan satu, dua kawasan yang telah diberi pengiktirafan oleh UNESCO. Kita tidak mempunyai peruntukan khusus dari segi kewangan iaitu financial support, dengan izin tetapi dalam bantuan teknikal dan kepakaran di mana peruntukan untuk membiayai kepakaran itu disalurkan menerusi Jabatan Warisan yang ada. Dengan izin, kita mempunyai kepakaran ataupun expertise yang sesuai untuk membantu memulihara bangunan-bangunan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong tadi. Amalan biasa seperti yang saya katakan, tidak ada peruntukan. Begitu juga di peringkat UNESCO.
Walaupun demikian, kita akan merayu kepada pihak UNESCO bukan hanya dari segi kepakaran dan ruang lingkup, kalau ada dari segi peruntukan yang boleh disalurkan, insya-Allah kita akan salurkan kepada kedua-dua tempat kerana ini merupakan satu pengiktirafan daripada dunia kepada kedua-dua tempat, Georgetown dan Melaka buat pertama kali sebagai satu bandar raya yang bersejarah. Insya-Allah bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya akan pastikan bahawa usaha untuk memulihara bangunan-bangunan yang ada walaupun peruntukannya amat terbatas. Kita akan pastikan sokongan dan bantuan kepada kedua-dua kerajaan negeri akan terus diberikan.
Usaha seperti yang dilakukan oleh pihak Yang Berhormat sama ada peruntukan sebanyak RM200 juta akan boleh dipertimbangkan. Namun dalam keadaan seperti yang kita lihat pada hari ini, boleh saya katakan agak berat untuk kita memberikan bantuan sedemikian rupa. Akan tetapi dari segi kepakaran, insya-Allah. Itu kita akan berikan
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
bantuan kerana peruntukan sedia ada, untuk memberi nasihat dan memulihara bangunan- bangunan yang indah dan bersejarah di Georgetown, Pulau Pinang. Terima kasih.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana perancangan jangka panjang yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini bagi memastikan pemuliharaan kepada bangunan-bangunan heritage ini bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara. Ini kerana kita pastikan bahawa peruntukan ini dapat kita rancang atau laksanakan dalam tempoh untuk pemuliharaan bagi jangka panjang. Seperti mana yang diamalkan oleh negara-negara maju, bangunan-bangunan heritage ini dipertahankan selama-lamanya. Apakah tindakan kerajaan dari segi perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Langkah-langkah sedia ada yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memulihara bangunan ataupun tempat-tempat yang mempunyai sejarahnya, pertamanya, dari segi undang-undang yang ada, akta warisan yang telah pun diluluskan oleh Parlimen. Itu sebagai suatu kuasa yang sedia ada di peringkat kerajaan untuk memastikan mana-mana bangunan yang telah pun diiktiraf dan diperakui bahawa ia mempunyai historical value dengan izin yang memerlukan pemuliharaan. Tidak harus berlaku tindakan-tindakan yang diambil sama ada oleh pihak- pihak individu mahupun pihak kerajaan negeri sehingga ia boleh menjejaskan.
Satu contoh seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka di mana telah pun diiktiraf sebagai satu bangunan warisan sehinggakan batu (bricks) yang ada di situ hendak dibuang pun, itu telah menyalahi undang-undang. Perlindungan dari segi undang-undang sudah sedia ada untuk memulihara bahawa bangunan ini tidak boleh disentuh. Begitu juga dalam contohnya bagi negeri yang telah pun diberi pengiktirafan, Pulau Pinang - Georgetown dan juga Melaka. Kita mempunyai garis panduan, contohnya buffer zone, dengan izin. Kawasan-kawasan lingkungan itu tidak harus ada pembangunan yang pesat yang sehingga menimbulkan pemodenan di kawasan itu dan boleh menjejaskan historical valuenya.
Dalam jangka masa pendek, pihak kementerian telah pun mengorak langkah dan kita akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan seperti Pulau Pinang dan juga Melaka untuk memastikan mana tempat-tempat ataupun bangunan-bangunan yang mempunyai historical value, ia harus bukan hanya dianjurkan oleh Kerajaan Pusat bahkan kerajaan negeri untuk memajukan permohonan supaya bangunan dan tempat ini sebagai tapak warisan. Saya yakin jika kerjasama di antara kerajaan-kerajaan negeri ini dan Kerajaan Pusat dapat dipertingkatkan, insya-Allah, bangunan-bangunan yang mempunyai sejarah - historical value dapat kita jaga sebaik mungkin dan ia akan dapat menarik ramai pelancong ke tempat-tempat seperti contohnya di Georgetown, Pulau Pinang. Sudah pasti dengan adanya pengiktirafan ini, saya pasti insya-Allah ramai pelancong yang datang ke situ, bukan hanya daripada dalam bahkan dari luar negara. Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua saya hendak beritahu tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Mikrofon Kota Melaka ini sudah rosaklah.
Langsung tak...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Duduk, duduk soalan saya ini sekarang.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Kita minta perhatian dari Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Kacau ganggu soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan :-
(a) apakah usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu dan memastikan golongan berpendapatan rendah khususnya ibu-ibu tunggal dapat menjana pendapatan untuk mereka terus berupaya menyara keluarga; dan
(b) apakah mekanisme yang diwujudkan untuk memastikan mereka akan benar-benar mendapat pembelaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyediakan program-program peningkatan kemahiran dan pendapatan untuk wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah.
Antara program yang sedang dijalankan ialah Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal ataupun I-KIT yang menyediakan latihan dan penyeliaan rapi dalam bidang kemahiran dan keusahawanan kepada para peserta yang terdiri daripada golongan ibu tunggal. Seterusnya kemahiran dalam bidang perniagaan yang diperolehi ini dapat digunakan oleh para peserta untuk menjana pendapatan sama ada dengan menjalankan usaha niaga sendiri, mengambil upah ataupun bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, program I-KIT dijalankan di seluruh negara, di mana 30 orang peserta dari setiap negeri diberikan latihan intensif antara tiga hingga enam bulan dalam salah satu daripada bidang kemahiran berikut:
(i) kursus jahitan;
(ii) kecantikan;
(iii) kraf tangan;
(iv) penjagaan kanak-kanak;
(v) pelancongan; dan
(vi) kursus pemprosesan makanan Selain itu, pada tahun 2007 JPW telah memperkenalkan Program Kemahiran Menjana Pendapatan ataupun Kem NUR yang menyediakan lima jenis kursus kemahiran untuk golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah. Seramai 108 peserta telah mengikuti kurus-kursus yang disediakan iaitu kursus gubahan bunga, terapi kecantikan, bakery, sulaman manik, dan teknologi maklumat dan komunikasi.
Selain latihan kemahiran, para peserta turut diberikan kursus khas mengenai pembangunan dan pengurusan perniagaan seperti cara-cara untuk menyediakan kertas kerja, pengurusan akaun, aspek pemasaran dan seumpamanya. Kementerian turut melaksanakan Kursus Jahitan Jejari Bestari di setiap kawasan Parlimen pada tahun 2007 yang telah berjaya melatih seramai 6,570 orang wanita di seluruh negara.
Bagi memastikan golongan wanita khususnya yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada program dan aktiviti yang disediakan, JPW mewujudkan mekanisme khusus untuk pelaksanaan program dan penyediaan perkhidmatan. Program- program pembangunan wanita di peringkat negeri dilaksanakan melalui 13 buah pejabat Pembangunan Wanita Negeri. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pelaksanaan program dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Biro Wanita Sarawak.
Selain daripada itu, JPW juga menjalankan kerjasama PINTAR dengan pertubuhan bukan kerajaan NGO termasuk persatuan ibu tunggal. Bagi menjalankan program-program untuk wanita di peringkat komuniti. Sepanjang tahun 2003 sehingga tahun 2007 kerjasama antara JPW dan NGO Wanita telah berjaya melatih 5,833 orang ibu tunggal yang berpendapatan rendah dalam bidang kemahiran seperti; jahitan, masakan, kraf tangan dan keusahawanan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
Penyertaan wanita dalam program peningkatan kemahiran memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran yang menjadi aset untuk mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup mereka sekeluarga. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Okey. Soalan saya kepada kementerian. Adakah kementerian mempunyai pangkalan data yang berkaitan dengan ibu-ibu tunggal di peringkat negara, negeri, daerah dan Parlimen? Kita dengar banyak tapi kita tidak nampak dari segi penambahan, pengurangan yang berjaya dilaksanakan, dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kerana memaklumkan kepada kita program-program, berbagai jenis program yang dilaksanakan.
Bagaimana kementerian memantau supaya program kemahiran yang diberikan kepada ibu-ibu tunggal ini benar-banar dapat memberikan pulangan dan hasil yang baik supaya follow through itu dapat berlaku dengan baik. Ini kerana kita dengar banyak kursus yang diberikan, apabila mereka balik ke tempat mereka tidak dapat diamalkan kerana kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan tidak ada. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan insentif kepada syarikat-syarikat yang menggaji ibu-ibu tunggal dalam usaha untuk membantu mereka? Saya mohon pandangan dan penjelasan.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak kementerian belum mempunyai satu pangkalan data yang khusus mengenai jumlah bilangan ibu-ibu tunggal sama ada di peringkat Parlimen, negeri ataupun di peringkat kebangsaan.
Apa yang kami gunakan juga adalah jumlah ibu tunggal yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Negara. Walau bagaimanapun, kita dalam proses mengumpulkan data tersebut Yang Berhormat, walaupun memang menghadapi sedikit masalah kerana belum lagi dimulakan sejak daripada dahulu. Mengenai insentif kepada majikan yang menggaji ibu-ibu tunggal Yang Berhormat ini adalah satu cadangan yang baik dan akan saya bawa kepada pihak kementerian untuk diberi perhatian dan dibincangkan. Mengenai cara pemantauan kepada ibu-ibu tunggal yang telah menghadiri kursus-kursus kemahiran kementerian; selain daripada pemantauan terus oleh pihak Pengarah ataupun Pejabat Pembangunan Wanita Negeri-Negeri dan juga wakil-wakil di peringkat Parlimen-Parlimen, kementerian juga melalui JPW mempunyai satu Bahagian Pemantauan, Penilaian dan Penyelarasan untuk menilai keberkesanan program-program. Ini termasuklah juga perkembangan ataupun status peserta-peserta yang telah menjalani ataupun mengikuti kursus Kementerian. Walaupun tidak begitu terperinci dan belum lagi begitu meluas tapi kita sudah mulakan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada usaha mengadakan program-program bagi membantu ibu tunggal. Bagaimana pula dengan undang-undang? Undang-undang yang sedia ada yang memperuntukkan pembelaan kepada wanita-wanita yang seterusnya menjadi ibu tunggal kerana perceraian.
Sebagai contohnya Akta Perkahwinan dan Perceraian, di mana ramai wanita, walaupun diperuntukkan untuk mereka menuntut nafkah tetapi apabila perintah diberi oleh mahkamah, suami atau lelaki yang tidak bertanggungjawab itu tidak mematuhi perintah itu.
Di dalam aspek perundangan, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian setiap kali Hari Wanita disambut; akan kita kedengaran suara-suara pihak kerajaan menyatakan akan hapuskan undang-undang diskriminasi memberi perlindungan, membela kepada wanita, apa telah jadi kepada undang-undang ini?
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Soalan ini atau isu ini sudah sering kali ditimbulkan dan juga telah sering kali dijawab bagi pihak Kementerian. Sebenarnya silap Yang Berhormat, kalau mengatakan daripada dahulu kita tidak mengambil endah langsung tentang pindaan-pindaan yang perlu. Banyak akta yang telah dipinda untuk mengurangkan diskriminasi ataupun yang menafikan hak-hak terhadap
Puan Noriah Kasnon
kumpulan wanita. Cuma kadangkalanya Yang Berhormat bukan semua akta itu di bawah bidang kuasa kementerian ini.
Segala input yang wajar telah kita panjangkan kepada kementerian yang berkenaan yang terlibat dengan undang-undang yang berkenaan dan insya-Allah saya yakin dalam masa yang hampir ini akan dibentangkan di Parlimen. Kita haraplah, sama- sama harap Yang Berhormat sempena juga semangat 25 Ogos 2008 sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan saya ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua.
4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah, jenis dan kategori penjenayah sepanjang tempoh 2006, 2007, dan 2008 di seluruh negara khususnya di bandar-bandar besar dan apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil untuk membanteras daripada menular serta peranan yang telah dimainkan oleh Rakan Cop.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, indeks jenayah adalah petunjuk kepada keadaan jenayah di sesuatu tempat. Indeks jenayah dikira berdasarkan kepada jenayah indeks iaitu jenayah yang dilaporkan dan signifikan untuk dianggap mustahak sebagai petunjuk keadaan jenayah. Jenayah indeks mengandungi dua kategori iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 196, 780 kes jenayah indeks dilaporkan pada tahun 2006 dan 209, 559 kes dilaporkan pada tahun 2007 di bandar-bandar besar di seluruh negara. Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 12,779 kes ataupun 6.49% berbanding tahun sebelumnya. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2008, jumlah jenayah indeks yang dilaporkan adalah sebanyak 106,753 kes. Untuk tempoh yang sama pada tahun 2007 sebanyak 101,724 kes telah pun dilaporkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 12,779 kes ataupun 6.49% berbanding tahun sebelumnya. Bagi tempoh bulan Januari hingga Julai tahun 2008, jumlah jenayah indeks yang dilaporkan adalah sebanyak 106,753 kes. Untuk tempoh yang sama pada tahun 2007, sebanyak 101,724 kes telah pun dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5,025 kes iaitu penambahan 4.94%. Sebagai makluman tambahan, jenayah indeks di Kuala Lumpur pula telah menurun daripada 31,740 kes pada tahun 2006, kepada 29,473 kes pada tahun 2007. Manakala di Johor Bahru, jenayah indeks juga mencatatkan penurunan daripada 26,898 kes pada tahun 2006 kepada 26,841 kes pada tahun 2007.
Tuan Yang di-Pertua, pihak polis senantiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi mencegah dan membanteras jenayah di negara ini. Di antara langkah-langkah ialah:
(i) meningkatkan lagi rondaan dan penempatan lebih ramai anggota polis di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi;
(ii) mewujudkan balai atau pun pondok polis yang baru di kawasan perumahan melalui sewaan bangunan atau pun premis kedai;
(iii) menjalinkan program kerjasama di antara pihak berkuasa tempatan, JKKP, badan bukan kerajaan dan pihak-pihak swasta;
(iv) mengadakan pameran berkaitan senario jenayah dan program kesedaran di kalangan orang ramai; dan
(v) melaksanakan Program Rakan Cop.
Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Program Rakan Cop pula, orang ramai boleh membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel, panggilan telefon ataupun melalui talian hotline. Program ini
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
membolehkan orang ramai terlibat secara aktif dan membantu pihak polis mencegah dan membanteras jenayah.
Kementerian juga sentiasa menggalak supaya rakyat dan masyarakat umum memainkan peranan bersama untuk memerangi jenayah sebab pembanterasan jenayah adalah tanggungjawab bersama pihak polis dan juga masyarakat. Setakat ini, orang ramai telah pun memberikan maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan program ini. Bagi maklum balas yang positif terhadap program ini, tahun 2006 hingga 7 Ogos 2008, sebanyak 371,690 maklumat telah pun diterima menerusi Rakan Cop. Sekian terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan tidak cukup anggota polis yang bertugas khususnya di bahagian siasatan jenayah yang mengakibatkan kes melongok. Saya difahamkan bahawa di negara kita hanya ada 100,000 anggota polis dan jumlah itu hanya 6,661 anggota ditugaskan untuk siasatan kes jenayah di negara kita.
Saya ingin tahu, adakah kementerian Yang Berhormat bercadang bahawa Pasukan Gerakan Am (PGA) ditugaskan dan dilatih untuk mengisi kekosongan bahagian pasukan polis siasatan untuk meningkatkan usaha membanteras atau mencegah jenayah di negara kita khususnya di bandar-bandar besar seperti di bandar raya Kuala Lumpur, minta penjelasan.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang.
Memang dengan pertambahan bilangan penduduk di negara ini termasuk pembangunan yang begitu pesat sekali di bandar-bandar besar di seluruh negara, maka kementerian memang mengetahui betapa pentingnya jumlah anggota polis harus ditambah untuk menjalankan tugas-tugas mencegah kejadian jenayah di seluruh negara.
Oleh yang demikian, walaupun kita hanya buat masa ini mempunyai lebih kurang 100,000 jumlah anggota Polis Diraja Malaysia seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kerajaan telah pun mempunyai program dalam lima tahun ini, dengan pertambahan lagi keanggotaan Polis Diraja Malaysia, 60,000 dalam lima tahun ini. Bagi tahun 2008 sahaja, terdapat pengambilan tambahan 1,000 pegawai polis dan 3,000 anggota konstabel, iaitu anggota biasa. Melalui cara ini, kita dapat menempatkan lebih ramai anggota-anggota polis di tempat-tempat khususnya di Kuala Lumpur, di mana jenayah kerap berlaku.
Mengenai soalan sama ada kita boleh melatih anggota PGA untuk menjalankan tugas-tugas siasatan, tugas-tugas mencegah jenayah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, anggota PGA memang mempunyai tugas-tugas spesifik tersendiri. Kita tak boleh ubah- ubah mereka ini jika kita suka tetapi bila keadaan perlu, kita akan menghantar anggota PGA untuk menjalankan tugas untuk membantu konstabel yang biasa yang menjalankan tugas di kota-kota besar. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya keliru, saya tak faham. Kadang-kadang kita nampak penguat kuasa di negara kita menjalankan tugas yang keras. Kadang-kadang kita lembut, kadang-kadang nampak kita langsung tiada penguat kuasa. Contoh, macam Permatang Pauh, apa berlaku baru-baru ini, ada orang pukul orang, orang pukul jurugambar dan wartawan, pecah kereta, maki orang, raba Puteri, kereta timbalan menteri kena goncang.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Minta Puteri tunjuk macam mana kena raba.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Pun tak ada polis, buat tak tahu sahaja.
Kita tak kiralah, dari parti pembangkang atau parti Barisan Nasional, kita tak kira. Walaupun kita tahu ini daripada pembangkang, memang dari pembangkang. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Jadi, apa tindakan diambil. Kita buat tak tahu. Kita sedang menunjukkan kepada rakyat, kita polis.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Jurugambar pukul diri sendiri.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, batalkan pencalonan.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita mesti mahu ambil tindakan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini niat jahat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya tanya Timbalan Yang Berhormat Menteri, apa tindakan yang diambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Padang Serai.
Ya, soalan Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sekian.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Kalau kita mengimbas balik, Yang Berhormat, sebelum 308, iaitu sebelum pilihan raya yang baru diadakan, dahulu nampaknya tidak begitu celaru, betul tak? Walaupun ada terdapat pembangkang, tetapi tidak begitu banyak celaru. Dahulu, dalam pilihan raya yang lepas, kita dapat mengawal dengan baik. Kali ini, di Permatang Pauh pun bukan kata polis tidak dapat mengawal keselamatan dengan baik, keamanan semua dijaga dengan baik dan pihak polis pun menghantar pegawai dan anggota yang mencukupi.
Akan tetapi, kadangkala dua-dua pihak, saya tak mahu kata sama ada pembangkang atau pun pihak Barisan Nasional terlalu ghairah, boleh menimbulkan masalah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
No,no, no.
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, mengenai insiden-insiden yang berlaku di Permatang Pauh ini, pihak polis telah pun menerima laporan-laporan dan siasatan akan diambil. Kononnya mengikut orang yang membuat aduan itu, mereka ini dipukul oleh anggota dan penyokong PKR atau pembangkang, tetapi saya tak kata mereka ini yang melakukan perkara itu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Siasat dahulu.
Dato' Chor Chee Heung
Kita siasat dahulu tetapi nampaknya ada betul juga dakwaan mereka ini, tetapi, tak apa, jangan bimbang, kita akan menjalankan siasatan.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini menteri prejudis ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dia sudah jadi penyiasat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Siasatan belum buat lagi dah buat tuduhan. Tak sepatutnya timbalan menteri membuat kenyataan begini, siasatan sedang dibuat.
Seorang Ahli
Ada, lambang, ada lambang PKR. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Lambang PKR ada.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini timbalan menteri kata dia akan siasat dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dengar dulu penjelasan Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Saya tak kata penyokong PKR yang buat, tetapi mengikut aduan yang diterima, memanglah ahli-ahli PKR yang buat, bukan saya kata, tak, saya tak kata.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan bahawa Ahli Yang Berhormat Gelang Patah tidak hadir pagi ini kerana sedang menghadiri AIPA di Singapore. Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik balik kenyataan beliau. [Dewan riuh] Sebab sebagai timbalan menteri...
Seorang Ahli
Lambang PKR ada.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, jalankan siasatan dahulu. Tidak boleh buat tuduhan sebab kita boleh semak Hansard dia dengan terang menyatakan “...betul juga dakwaan orang yang membuat laporan...”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia telah membuat penjelasan.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Memang suka berdalih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia telah membuat penjelasan sebentar tadi Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Memang betul pun. Tidak usah nafilah. Memang jelas dan nyata.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Inilah Timbalan Menteri Barisan Nasional.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Lambang ada, lambang ada.
Seorang Ahli
Itulah sikap pembangkang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Timbalan menteri, cepat tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tarik balik apa yang you cakap itu.
Tuan Mohd Firdaus Jaafar - Jerai
Bangun, tarik balik.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Itulah kerja UMNO punya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
UMNO ini?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Apa pasal Padang Serai ini.
Macam orang kurang siuman ini. [Ketawa]
Seorang Ahli
PKR ikut PASlah. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta...
Seorang Ahli
PKR masuk PAS lah. PAS bagus.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Boleh tahan juga PAS.
Seorang Ahli
UMNO sahaja ikut PAS, senang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, tarik balik jika ada perkataan unparliamentarily. Yang tadi itulah adalah jawapan kepada menteri.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuduhan unparliamentarily juga perlu ditarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, itu satu niat yang jahat. Bukan soal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri telah membuat penjelasan tadi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Apa penjelasan? Saya minta timbalan menteri jelaskan balik sama ada dia buat tuduhan itu atau tidak?
Seorang Ahli
Tidak payah, tidak payah.
Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, perlu saya buat penjelasan atau tidak? Saya minta...
Seorang Ahli
Tidak payah, tidak payah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya anggap itu adalah jawapan daripada menteri Yang Berhormat. Yang disebut tadi adalah jawapan daripada menteri. Kita ada ruang untuk berbahas kemudian atau membuat penjelasan kemudian dalam Dewan ini terhadap jawapan menteri. Ya.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang Berhormat Gombak jangan...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, timbalan menteri telah setuju bangun...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jangan ludah orang.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya ingat beri ruang kepada dia, tarik balik dakwaan yang dibuat.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Timbalan menteri tidak ada dakwa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mungkin tidak Yang Berhormat Menteri, saya katakan bahawa tarik balik. Itu adalah jawapan daripada menteri Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sebab sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, dia buat tuduhan yang tidak berasas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dan itu satu niat yang jahat. [Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, timbalan menteri tidak menuduh sesiapa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Itu adalah jawapan daripada timbalan menteri Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ya. Sila duduk Yang Berhormat. Saya jemput Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta timbalan menteri untuk tarik balik unparliamentarily tuduhan itu tadi.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Soalanlah.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Dan sekiranya beliau refuse tidak mahu tarik balik, beliau berlaku tidak beretika langsung.
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, pergi soalan lain. Dia tidak hendak soal.
Seorang Ahli
Soalan lain.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Point of Order 36(12). Timbalan menteri telah membuat satu kenyataan yang misleading atau mengelirukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Saya sudah buat keputusan bahawa saya tidak melihat itu misleading.
Seorang Ahli
Yang terkeliru sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Itu adalah jawapan yang diberi oleh menteri.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Biar saya membuat hujah saya sendiri.
Seorang Ahli
Jelas, jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah faham 36(12) Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Biar saya membuat hujah saya sebelum Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak payah hujah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya faham Yang Berhormat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini hujah apa? [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Dengar cakap Tuan Yang di-Pertua. Duduk dahulu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini PKR masuk DAP atau PAS lagi bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang.
Kita kemukakan soalan.
Seorang Ahli
Kita tak hendak soalan, kita hendak soal.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya telah buat keputusan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Adakah hujah saya didengar sebelum keputusan dibuat?
Seorang Ahli
Soalan nombor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah faham 36(12).
Seorang Ahli
Tidak payah, tidak payah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sensitiviti, perkara yang berlaku di dalam Dewan ini Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Betul, apa yang dikatakan...
Seorang Ahli
Tidak payah.
Seorang Ahli
Dia hendak berucap, tidak payah. Degillah.
Seorang Ahli
Ini melewat-lewatkan.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak ada misleading, dia misleading sendiri.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya belum menjelaskan apakah ...untuk berkata kenyataan itu adalah mengelirukan. Saya belum mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah katakan bahawa saya faham dan saya mengikuti insiden yang berlaku di dalam Dewan ini Yang Berhormat.
Saya perasan bahawa itu adalah jawapan daripada menteri. Tentulah ada pihak yang tidak setuju dengan jawapan daripada menteri. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang mana polis adalah di bawah kementeriannya, mengetahui siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis. Itu adalah jawapan daripada menteri.
Saya faham ada pihak yang tidak setuju, tidak boleh menerima jawapan, tidak apa Yang Berhormat. Jadi soal untuk syorkan menteri kepada Jawatankuasa Disiplin tidak wujud. Sila duduk Yang Berhormat Subang.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal setuju atau tidak setuju sebab siasatan sedang dijalankan. Mana boleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga polis membuat satu tuduhan jahat terhadap Parti Keadilan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Pandai pula...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Yang di-Pertua, tadi dia katakan...
[Pembesar suara dipadamkan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan, ada ruang untuk membuat rayuan dan sebagainya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak buat tuduhan, tetapi saya minta boleh kita semak Hansard. Dengan jelas timbalan menteri buat tuduhan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Siasatan belum diselesaikan. Adakah dia hendak jump the gun, dia juga macam... Dia boleh kuasai polis.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Cadangan Tuan Yang di-Pertua, kalau PKR tidak buat, apa dia takut sangat.
Seorang Ahli
Jangan takut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak sila duduk Gombak. Yang Berhormat Gombak sila duduk. [Dewan riuh] Cukuplah Yang Berhormat Gombak. Cukuplah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...tidak berpegang kepada prinsip seperti ini.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini timbalan menteri. Hutan rimba mari punya orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, saya minta cukuplah Yang Berhormat Gombak. Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Gombak cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sekejap, saya hendak minta....
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta Yang Berhormat untuk duduk. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak saya minta Yang Berhormat duduk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia cuma Timbalan Menteri Dalam Negeri. Saya minta perkara ini diberi perhatian.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Gombak, sila keluarlah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini bukan soal keluar. Saya datang, saya hendak bahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat sila duduk.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sumpahlah, sumpahlah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya bukan hendak keluar, saya hendak bahas. Ini hak saya. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya minta Yang Berhormat untuk menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Timbalan menteri tidak menghormati.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
[Dewan riuh] Yang Berhormat jangan sampai ada tindakan yang tidak elok di Dewan, Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Ampang untuk mengemukakan soalan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya minta timbalan menteri tarik balik.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai sila duduk. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kalau arahan Tuan Yang di- Pertua kita tidak ikut. Siapa punya arahan kita hendak ikut. Duduk lah, dia kata duduk kita duduk lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai saya minta duduk. Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kerana ada tuduhan yang tidak berasas terhadap PKR.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Saya minta Yang Berhormat Ampang untuk kemukakan soalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kalau tuduhan-tuduhan sebegini dibiarkan...
Beberapa Ahli
Ambil tindakanlah Tuan Yang di-Pertua. Ambil tindakan.
Seorang Ahli
Pakai peraturan 44, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta diam. Saya jemput Yang Berhormat Ampang untuk kemukakan soalan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Sebelum soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menegaskan di sini bahawa pendirian kami Pakatan Rakyat, pihak menteri tadi membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak harus duduk di kerusi sebagai timbalan menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk][Dewan riuh]
6. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada wujud sebarang undang-undang anti-monopoli syarikat. Jika tiada, apakah langkah yang diambil bagi menangani monopoli ini bagi kesejahteraan rakyat bersama.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Shahrir Abdul Samad
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, pasal saya tunggu juga nombor itu dipanggil tetapi tidak ada dipanggil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia panggil Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Menteri kurang pendengaran.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Sudah tua ini banyak sangat suara.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Check hospitallah.
Dato' Shahrir Abdul Samad
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
Buat DNAlah.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Itulah wakil PAS.
Seorang Ahli
DNA telinga.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Suruh depa bersumpah sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sila diam Yang Berhormat.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Jadi macam hutan jugalah. Tuan Yang di-Pertua pada masa ini tiada akta yang khusus bagi menangani monopoli. Sehubungan ini kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan satu rang undang-undang amalan perdagangan adil yang bertujuan untuk memupuk amalan-amalan perdagangan adil daya saing, dan meningkatkan keberkesanan pasaran supaya para peniaga dapat bersaing secara sihat dan para pengguna mendapat barangan dan perkhidmatan pada harga dan kualiti yang berpatutan. Kementerian sedang menjalankan beberapa siri consultancy secara awam dengan pelbagai sektor yang terdiri daripada pihak industri, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak untuk memperkasakan lagi rang undang-undang amalan perdagangan adil yang dicadangkan itu.
Adalah diharapkan rang undang-undang ini akan dapat dibawa untuk perbahasan di Parlimen pada awal tahun depan. Dan pada masa ini kementerian hanya mengambil tindakan sekiranya aktiviti monopoli tersebut melanggar peraturan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan juga Akta Perlindungan Pengguna 1999. Selain daripada itu melalui Akta Kawalan Bekalan 1991 pihak kementerian memantau dari segi perbekalan barang- barang perlu dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat peruncitan bagi menjamin barang-barang tersebut mencukupi di dalam pasaran. Oleh yang demikian walaupun
Dato' Shahrir Abdul Samad
pengeluar itu bersifat monopoli, tetapi kerajaan melalui akta berkenaan masih ada kuasa untuk mengawal pengeluaran dan pengedarannya demi kesejahteraan rakyat keseluruhan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Menteri undang- undang anti-monopoli sebenarnya merupakan undang-undang yang dapat menyebelahi hak-hak pengguna. Adakah kerajaan sekarang sengaja melengah-lengahkan tidak membuat undang-undang sebegini kerana tidak mahu syarikat-syarikat kroni kerajaan hilang punca pendapatan kerana terpaksa bersaing di pasaran terbuka dan adil, walaupun mengorbankan hak pengguna yang berhak mendapat service atau perkhidmatan yang lebih baik?
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, soal melengah-lengahkan sesuatu itu bukanlah satu pandangan yang tepat, kerana apa-apa perundangan yang lebih adil dan saksama haruslah dibuka kepada perundingan dan perbicaraan serta perbahasan daripada mereka yang berkepentingan. Dan ke arah ini tentunya kalau kita hendak atau perlu adakan perundingan dan perbincangan daripada semua pihak yang terlibat, daripada pihak-pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan dan juga pihak akademi dan sebagainya tentunya proses perundingan dan perbincangan itu akan mengambil masa.
Pada awalnya ia dijangka akan dapat dibawa kepada Parlimen pada akhir tahun ini, tetapi melihat bahawa banyak pihak yang ingin memberi pandangan dan sebagainya sudah tentu proses rundingan itu akan mengambil masa.
Saya rasa bahawa kita tidak patutlah membuat sebarang sangkaan buruk kepada satu proses yang teliti, satu proses yang terbuka, yang bertujuan untuk mendapatkan dan meletakkan Malaysia kepada satu tahap suasana perniagaan yang bersesuaian dengan kehendak ASEAN itu sendiri, yang mahukan pada tahun 2015 semua negara ASEAN patut mempunyai akta persaingannya sendiri ataupun competition act di bawah konsep ASEAN community blueprint itu. Jadi proses perundingan ini dijalankan melalui sebuah competition group atau kumpulan persaingan yang dipanggil CG25, yang melibatkan sebanyak sembilan kementerian dan juga agensi kerajaan dan juga kesemua dewan perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan pengguna dan termasuk juga pertubuhan yang berminat tentang soal perlindungan dan kepentingan pengguna.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertanyaan tambahan saya ialah kita dapati seolah-olah kerajaan, kementerian begitu takut bertindak terhadap pihak pemborong, pengilang, pengedar, pembekal yang berperanan dalam isu monopoli ini. Mereka sering menjadikan isu tidak cukup bekalan dan sebagainya sebagai alasan untuk memanipulasi suasana. Dan kita lihat kementerian hanya lebih banyak bertindak kepada peruncit ataupun peniaga-peniaga kecil di pasar dan sebagainya.
Jadi saya ingin tahu sementara kita hendak menunggu akta yang hendak dibawa di Parlimen ini, apakah tindakan kita terhadap mereka ini terutamanya yang mempunyai persatuan yang cukup besar ini, yang menyebabkan harga sentiasa dimanipulasi oleh suasana monopoli oleh mereka ini?
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua saya nampak bahawa soalan ini terlalu umum, bolehkah Ahli Yang Berhormat memberikan contoh supaya saya boleh cuba menjawab secara tepat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri minta contoh Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sebagai contohnya harga ayam di pasar, dia kata ini berpunca daripada pembekal yang meletakkan harga yang tinggi. Dan pembekal sebenarnya memanipulasi suasana seperti harga minyak ini untuk menyatakan bahawa bekalan tidak cukup, sebenarnya mereka memanipulasikan keadaan ini.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Batu Pahat. Mengenai dengan soal bekalan ayam dan harga ayam ianya bukan hanya berpunca daripada soal harga minyak. Sebenarnya kalau kita sedia maklum bahawa harga bahan makanan sudah pun meningkat lebih daripada biasa dan kos pengeluarannya telah juga meningkat. Akan tetapi dari segi monopoli sebenarnya tidak ada halangan yang besar atau tidak ada halangan bagi mana-mana pihak yang mahu memasuki industri ayam ini, itu yang dimaksudkan bahawa dari segi sesuatu keadaan
Dato' Shahrir Abdul Samad
monopoli di mana tidak ada saingan yang bebas, ianya harus dilihat bahawa sebenarnya tidak ada halangan yang menjadi rintangan bagi kemasukan pihak-pihak pengusaha yang baru. Oleh yang demikian tentunya ia sebenarnya boleh diterokai oleh mana-mana pihak yang ingin berminat kepada bidang ini.
Mengenai penetapan harga yang dilakukan sama ada di peringkat peruncit atau peringkat pemborong dan juga peringkat penternak, dilakukan dalam perundingan yang dibuat bersama dengan pihak kementerian saya dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi bermakna bahawa semua pihak yang terlibat dan memang kita ambil kira tentang perkara ini dan tindakan yang diambil bukan sahaja dilakukan di peringkat peruncit atau terhad kepada pihak peruncit, tetapi mengikut akta yang digunakan hanyalah satu barang sahaja yang diisytiharkan di bawah Akta Bekalan dan ini pun ia terhad kepada industri pengeluaran gula. Dan bagi yang lain-lain dilakukannya secara administrative atau pentadbiran.
7. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapa peratus perkampungan Orang Asli yang telah menerima bekalan elektrik dan air bersih dan berapa perbelanjaan yang telah dibuat sejak tahun 2000.
Bilakah semua perkampungan Orang Asli akan menerima bekalan tersebut.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga Disember 2007 sebanyak 632 kampung ataupun 72% daripada 876 buah kampung Orang Asli telah dilengkapi dengan bekalan elektrik menerusi talian grid, generator ataupun solar. Manakala bagi bekalan air pula sebanyak 807 buah kampung iaitu 92% telah dilengkapi dengan kemudahan tersebut. Semenjak tahun 2000 sehingga kini sebanyak RM61.8 juta telah dibelanjakan bagi kemudahan-kemudahan tersebut bagi melaksanakan projek-projek penyediaan kemudahan bekalan elektrik dan air di perkampungan Orang Asli.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Kementerian kini sedar bahawa untuk melengkapkan kesemua perkampungan Orang Asli dengan kemudahan asas bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui seperti masalah kelulusan tanah, izin lalu, ketiadaan jalan masuk dan kedudukan perkampungan Orang Asli yang berselerak serta terletak di kawasan pinggir dan pedalaman. Namun begitu, dengan usaha dan komitmen yang berterusan, pihak kementerian akan memastikan segala kemudahan bekalan air dan elektrik di luar bandar khususnya di perkampungan Orang Asli akan dilengkapi sepenuhnya menjelang tahun 2015. Sekian.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengamati jawapan tadi cuma daripada segi keutamaan Tuan Yang di-Pertua, kita sedar dasar kerajaan memang memberi keutamaan kepada Orang Asli. Akan tetapi dalam bab bekalan elektrik ini contohnya di kampung di kawasan saya, Kampung Air Tawas dan Kampung Tanah Gembur, pihak pegawai kementerian memberikan alasan tentang untung dan rugi sedangkan pada saya tidak timbul soal untung dan rugi, yang penting mereka diberikan bekalan elektrik supaya mereka juga menerima nikmat hidup bekalan elektrik seperti kampung-kampung lain. Jadi adakah kementerian masih lagi meletakkan untung dan rugi untuk membekalkan bekalan elektrik kepada kampung-kampung Orang Asli contohnya di Kampung Air Tawas dan Tanah Gembur di kawasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Terima kasih Yang Berhormat dari Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bukan untung rugi menjadi kriteria utama untuk kita melaksanakan program pembekalan elektrik luar bandar ini sama ada kepada Orang Asli ataupun kepada orang luar bandar yang lain tetapi kita ada dasar. Di mana kita kirakan berapakah peruntukan yang diperlukan untuk memberi bekalan elektrik tersebut dibahagikan dengan jumlah ketua isi rumah atau household di sana. Setakat ini dasar kita ialah kalau purata itu 50,000 ke bawah, kita akan bekalkan tetapi tertakluk juga kepada isu- isu yang lain seperti adakah talian utama, talian grid yang wujud dan betapa jauh masuk ke
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
dalam. Takut kalau terlalu jauh, current yang hendak kita masukkan ke dalam sana dia tak sampai. Dia memerlukan sistem yang lain, solar ataupun barangkali kita perlu bagi generator set kepada tempat yang tersebut. Kita menggunakan dasar ini kerana masih banyak kawasan-kawasan luar bandar termasuk juga kawasan-kawasan Orang Asli masih belum dibekalkan dengan elektrik ini dan apabila kawasan-kawasan yang memerlukan elektrik ini yang kosnya lebih rendah selesai nanti, kita akan naikkan purata yang 50,000 itu, kita akan naikkan. Maknanya tempat yang lebih murah, kita bagi dulu. Kemudian, kalau sudah selesai yang murah-murah ataupun kos yang rendah ini, baru kita bagikan tempat yang memerlukan kos yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya nak bertanya satu soalan tambahan. Di antara faktor yang menyebabkan kelambatan pembekalan kemudahan asas kepada Orang Asli ini, perkampungan Orang Aslilah. Perkampungan yang agak berselerak dan mereka dulu berpindah randah tapi mungkin sekarang kita dah banyak perubahan dan antara perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan, yang cukup baik, saya berterima kasih dan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional atas pertolongan, ialah mewujudkan Rancangan Penempatan Semula atau RPS di mana kampung-kampung kecil Orang Asli dikumpulkan di satu tempat dan diberikan kemudahan yang cukup baik.
Saya nak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah kampung-kampung yang masih berselerak ini dan berapakah jumlah Rancangan Penempatan Semula yang telah diwujudkan oleh kerajaan, yang cukup berjaya pada saya dan apakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi RPS ini bagi membolehkan kemudahan asas ini dapat disempurnakan pada masyarakat Orang Asli. Terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun
Kementerian memang akan menambahkan jumlah Program Penempatan Semula ini, tetapi berapakah jumlahnya sekarang sebenarnya ada maklumat ini tapi saya tidak ada di dalam on my fingertips. Jadi kalau Yang Berhormat mahu saya akan bagi ini nanti di luar Dewan ini. Program Penempatan Semula ini memang berkesan sekali dan nasib baik kita mendapat kerjasama yang rapat daripada kerajaan negeri dan juga daripada orang-orang yang menjadi sasar ataupun yang menjadi sasaran program ini. Sekian, terima kasih.
8. Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:-
(a) jumlah peruntukan bagi tahun 2008 yang diberikan bagi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di setiap Parlimen; dan
(b) bagaimanakah setiap Ahli Parlimen boleh memanfaatkan peruntukan itu bagi kepentingan rakyat dan bagaimanakah mekanisme permohonan tersebut dan bagaimana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dapat bekerjasama dengan kementerian dalam Projek Cari-cari.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengagihkan peruntukan bagi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di semua 219 kawasan Parlimen di seluruh negara pada awal tahun 2008 yang kesemuanya berjumlah RM15,330,000.
Sebagaimana yang telah dijawab secara bertulis kepada Yang Berhormat atas soalan yang hampir serupa pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang lalu, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat ataupun MKPM di setiap kawasan Parlimen telah menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan masyarakat mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat setempat.
Mengenai Projek Cari-cari pula Tuan Yang di-Pertua, ia adalah merupakan satu inisiatif baru kementerian untuk mengesan anggota masyarakat dan kes-kes baru yang belum mendapat bantuan dan pembelaan kerajaan yang sewajarnya serta tidak mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atas pelbagai sebab.
Ini juga merupakan satu usaha untuk menambah baik dan mempertingkatkan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan JKM dalam membantu kumpulan sasarnya.
Dalam hal ini, Yang Berhormat dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh memberikan kerjasama kepada kementerian dengan mengesan kumpulan sasar yang terpencil bagi menjayakan matlamat Projek Cari-cari ini. Pihak Yang Berhormat boleh menyampaikan maklumat lengkap mengenai golongan sasar yang telah dikenal pasti kepada kementerian atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat melalui borang yang telah disediakan yang boleh didapati di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara ataupun dimuat turun melalui internet. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang ingin saya perkatakan di sini, saya masih kurang pasti lagi ke manakah sebenarnya peruntukan daripada kementerian kepada kawasan-kawasan Parlimen ini. Melalui siapa disalurkan peruntukan ini sebab sehingga hari ini, saya selaku Ahli Parlimen dan saya rasa ramai kawan-kawan lain lagi tidak dapat pun satu sen lagi peruntukan sebagai Ahli Parlimen di kawasan kami. [Tepuk] Kemudian, perkara yang keduanya, baru-baru ini saya telah mengadakan satu program iaitu Himpunan Ibu Tunggal kawasan Titiwangsa. Saya telah dapat mengumpulkan seramai 700 orang ibu tunggal dan sebelum program itu, saya telah pun berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dengan pengarahnya sendiri untuk mendapatkan kerjasama malah beliau telah berjanji untuk menghantar wakil dalam program tersebut.
Saya mengadakan program ini kerana mengambil kira kenyataan yang dibuatkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebajikan sebelum ini, Datuk Ng Yen Yen.
Jadi saya tidak faham, dua hari sebelum program tersebut, maka wakil ini telah mengatakan tidak dapat menghadirkan diri kerana ada program lain yang lebih penting.
Jadi, pada masa program itu saya bertanyakan adakah 700 orang ibu tunggal di kawasan Titiwangsa ini tidak penting sehingga wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan tidak mahu menghadirkan diri. Adakah ada arahan daripada pihak kementerian untuk menghalang pegawai-pegawai kerajaan ini melaksanakan tugas mereka di kawasan-kawasan Parlimen. Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Sebenarnya penyaluran ataupun pengagihan peruntukan bagi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan ini bukannya kepada Ahli-ahli Parlimen, tetapi kepada pengerusi-pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat di setiap kawasan Parlimen. Jadi tidak bolehlah hendak dipertikaikan kenapa Yang Berhormat tidak dapat.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak mendapat makluman mengenai Himpunan Ibu Tunggal yang mana dikatakan sepatutnya ada wakil daripada JKM hadir.
Saya tidak dapat sebarang maklumat Yang Berhormat, tetapi saya yakin ia bukanlah arahan daripada pihak kementerian. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, untuk mendapat jawapan, mungkin Yang Berhormat boleh menghantar surat dan mendapat balasan daripada pihak yang terbabit. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Buruk sangka.
Puan Noriah Kasnon
...mendapat penjelasan daripada pihak yang terbabit.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya ingin mengalu-alukan kedatangan murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dari kawasan Parlimen Rembau. [Tepuk] Soalan tambahan saya kepada timbalan menteri adakah kementerian mencadangkan agar dilonggarkan sedikit kelayakan bagi bantuan bulanan kebajikan dalam suasana inflasi yang makin meningkat dan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan keselamatan sosial seperti mana yang diumumkan. Terima kasih.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Rembau, sebenarnya pihak kementerian dan kerajaan sudah pun membuat kajian semula tentang paras garis kemiskinan ataupun syarat kelayakan untuk penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bermula dari bulan Jun 2008, kalau dahulu pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM400 satu isi rumah, tetapi sejak bulan Jun 2008 telah dinaikkan. Semenanjung Malaysia - RM720 sebulan, Sarawak - RM830 sebulan dan juga Sabah - RM960 sebulan untuk mengambil kira tentang keadaan semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
9. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada betul nilai Ringgit Malaysia masih rendah lebih kurang 5% dibandingkan nilai wang Amerika Syarikat dan adakah kerajaan bercadang akan mengembalikan wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 di masa hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat di bawah rejim kadar pertukaran mata wang yang wujud sekarang, pertimbangan utama dalam penilaian kadar pertukaran ringgit ialah memastikan nilai ringgit konsisten dengan asas ekonomi sedia ada. Kadar pertukaran ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran oleh pasaran. Sejak akhir tahun 2007 hingga 8 Ogos 2008, Ringgit telah meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.3% berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat. Ringgit juga telah meningkat 15.3% berbanding Dolar Amerika Syarikat sejak tambatan ringgit dimansuhkan pada Julai 2005. Walau bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan dan nilai ringgit supaya konsisten dengan asas ekonomi.
Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan kegunaan wang kertas pada masa sekarang adalah di bandar kecil dan kawasan luar bandar. Di bandar raya dan bandar besar, lebih banyak transaksi perniagaan adalah melalui kad kredit, kad prepaid, touch n go card, ciri-ciri e-Payment dan sebagainya. Denominasi wang kertas yang paling besar di dalam edaran pada masa sekarang ialah wang kertas RM100. Wang kertas RM100 merupakan 5% sahaja jumlah kepingan dalam edaran dengan nilai 29% jumlah nilai ringgit dalam edaran. Berbanding dengan denominasi wang kertas RM50 di mana ia merupakan 20% jumlah kepingan dalam edaran dan 54% jumlah nilai ringgit dalam edaran.
Berbanding dengan negara jiran seperti Thailand, wang kertas terbesar dalam edaran ialah 1000 Baht, itu merupakan lebih kurangRM100 sahaja. Untuk Indonesia, dominasi yang terbesar ialah 100,000 Baht. Itu hanya lebih kurang RM36 sahaja. Untuk negara China, dominasi yang paling besar ialah 100 Renminbi yang merupakan lebih kurang RM50. Oleh yang demikian, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula edaran denominasi wang kertas RM500 dan RM1,000. Walau bagaimanapun, mereka yang masih ada wang kertas dominasi RM500 dan RM1,000 boleh ditukarkan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih Ketua Pengarah Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah terjadi dan di mana Ringgit Malaysia yang bernilai RM500 dan RM1,000 dan RM10,000 yang sudah tidak diguna pakai lagi? Sekian.
Dato' Kong Cho Ha
Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Dalam ingatan saya, kita belum ada wang kertas RM10,000 lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk wang kertas denominasi RM500, masih ada 151,482 keping lagi masih belum dipulangkan kepada Bank Negara Malaysia dan nilainya ialah RM75.741 juta. Untuk wang kertas denominasi RM1,000, sebanyak 28,315 kepingan yang masih belum dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia dengan nilainya RM28.315 juta.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum ini ada pernah membawa usul di bawah 18(1) bersabit dengan wang kertas didominasi harga RM500 dan RM1,000 ini. Kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua, wang nilai RM500 dan RM1,000 ini sah lakunya dahulu ialah sehingga 1 Julai 1999 kalau tidak silap saya. Tiba-tiba pihak kerajaan Bank Negara membuat keputusan bermula pada Jun 2007 kalau tidak silap saya, wang ini boleh ditukar balik. Saya hendak tanya apakah rasionalnya
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
sehingga sesudah beberapa tahun wang didominasi RM500 dan RM1,000 ini sudah diisytiharkan tidak laku lagi, kenapa sekarang ini boleh ditukar balik.
Tadi Yang Berhormat menyebut masih ada lagi RM75 juta untuk harga RM500 dan RM28 juta untuk harga RM1,000, apakah ini sebagai satu dasar terbuka hendak menghalalkan yang sebelum ini dapat ditukar balik. Saya hendak tahu berapa jumlah wang yang didominasi RM500 ini yang ditukar selepas 2007. Saya difahamkan mungkin ada pihak-pihak yang tertentu, individu-individu tertentu seorang, dua orang tiga orang menyimpan wang ini di luar negara kemudian membawa balik menggunakan kaedah melalui bank untuk menukar. Sekarang ini oleh sebab wang itu jumlah yang banyak, jumlah keseluruhan RM5 bilion. Kemungkinan pihak ini sudah menukar beberapa ratus juta saya tidak tahu dan siapakah mereka ini atau satu dua individu dan berapa jumlahnya. Sekian terima kasih.
Dato' Kong Cho Ha
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 tidak menjadi legal tender lagi. Akan tetapi kita masih memberi peluang untuk sesiapa yang masih memegang wang kertas itu untuk ditukar di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia. Jadi kita tidak pasti mengapa masih ada wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih belum dikembalikan. Mungkin ada yang simpan sebagai cenderamata, mungkin ada yang terbakar ataupun hilang dan mungkin ada pihak-pihak yang simpan dengan sebab yang tersendiri yang kita tidak pasti. Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita masih memberi peluang untuk...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh Yang Berhormat memberi saya jawapan bertulis? Saya hendak jumlah yang ditukar selepas 2007. Jumlah, saya hendak.
Dato' Kong Cho Ha
Saya minta maaflah, saya tidak ada angka.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh bagi jawapan bertulis.
Dato' Kong Cho Ha
Saya cuba. Itulah jawapan saya, terima kasih.
10. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Menteri penerangan merupakan calon paling terbaik dalam kerajaan untuk debat yang berlangsung baru-baru ini menentang bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Penerangan - Dato' Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan.
Penglibatan Menteri Penerangan dalam debat yang disebutkan dalam soalan hanyalah menyahut cabaran undangan daripada pihak penganjur atas rasa perkara tersebut adalah lebih baik dibincangkan secara terbuka daripada mengadakan demonstrasi jalanan sebagai mana yang sering dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, selesailah sudah sesi soal jawab untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).
Saya ada mengemukakan usul di bawah 18(1). Semalam satu hari ini satu. Kedua-dua ditolak. Yang hari ini ditolak juga dalam kamar oleh kerana dikatakan tidak ditakrif sebagai perkara penting. Semalam pun dikatakan demikian rupa yang membabitkan soal keselamatan negara iaitu berkaitan forum anjuran Majlis Peguam. Akan tetapi, hari ini saya mengemukakan pula usul bersabit dengan harga minyak yang sudah turun ke paras USD113...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...yang sepatutnya kerajaan sudah pun menurunkan harga petrol yang membebankan rakyat tetapi ditolak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua, kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Bila rakyat di luar mengatakan kita menolak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak payahlah Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tak, tak. Saya minta supaya kalau boleh usul ini dipertimbangkan, sebab saya kira ianya perkara yang melibatkan orang ramai dan perlu disegerakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Yang Berhormat, Parlimen memang maklum ada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan pihak Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan usul itu ditolak di dalam kamar dan ini adalah tertakluk di dalam peraturan-peraturan mesyuarat. Tolak kamar juga adalah termaktub dalam peraturan-peraturan mesyuarat. Jadi Yang Berhormat ingin...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ingin kepastian, Yang Berhormat boleh berjumpa...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Apakah masalah harga minyak itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh berjumpa dengan...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...bukan perkara segera?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tunggu dahulu. Saya habiskan dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Itu sahaja Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu sudah lepas Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita tidak bincang, kita tidak bincang lagi di dalam Dewan ini Yang Berhormat mengenai perkara yang telah ditolak dalam kamar. Terima kasih.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengajian Tinggi [Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang di tangguh atas masalah “Bahawa Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung penggulungan tentang perbahasan yang diadakan kelmarin. Sebelum saya beralih kepada tajuk kedua itu dalam rang undang-undang ini iaitu berkaitan dengan tanaman kenaf. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan juga dalam perbahasan kebanyakan Ahli Yang Berhormat saya perhatikan ada sedikit salah faham tentang tujuan yang kita membentangkan rang undang-undang ini terutamanya dari segi maksud kita.
Seolah-olah fungsi lembaga yang akan datang ialah untuk menggalakkan tanaman tembakau. Akan tetapi, sebaliknya tujuan kita ialah untuk mengawal dan itu adalah sangat penting bahawa kita lembaga ini memainkan peranan untuk mengawal industri tembakau.
Ini kerana kita tahu industri tembakau ini tidak akan sebabnya kita ada Rang Undang- undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ia akan ditamatkan atau dihapuskan sekali. Kita semua tahu bahawa itu tidak akan berlaku dan sebab itu maka kita kena ada akta rang undang-undang yang cukup masa kini dan untuk mengawal industri ini supaya sejak industri ini masih ada dalam negara kita ini industri ini boleh dikawal dengan baik. Itulah tujuan kita. Objektif kita untuk mengadakan rang undang-undang ini dan sebab itulah saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat jangan salah faham maksud kita. Kerajaan bukan hendak menggalakkan tabiat merokok tetapi sebaliknya kita kenalah mengawal industri ini dengan baik supaya ada...
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
...pihak-pihak yang menceburi dalam industri ini mempunyai sikap yang baik ikut rang undang-undang yang sedia ada.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri cuba untuk menerangkan kembali tujuan rang undang-undang ini.
Namun, kalau kita rujuk balik kepada rang undang-undang ini dalam pecahan 4(d) untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau. Jadi di situ disebut menggalakkan sedangkan Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi tidak untuk menggalakkan tembakau.
Kemudian pecahan 4(h) juga muka surat 13 untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah ke arah mencapai satu kualiti yang tinggi bagi kenaf, keluaran kenaf atau tembakau. Jadi tentang kenaf itu kita tidak ada apa masalah. Jelas di sini bahawa salah satu fungsi lembaga kenaf dan tembakau negara ini jika diluluskan adalah untuk menggalakkan industri tembakau itu sendiri.
Jadi saya mohonlah di sini agar Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan pandangan-pandangan daripada kita supaya kalau boleh lembaga ini boleh dikekalkan namanya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, tetapi dengan tujuan untuk mengecilkan industri tembakau dan menggalakkan industri kenaf. Mungkin kita perlu ada target misalnya sekarang ini ada 11,700 penanam tembakau, mungkin dalam masa lima tahun tiap-tiap tahun kita mengurangkan 20% penanam-penanam tembakau ini ataupun kalau mungkin lima tahun terlalu pendek masanya. Kita mungkin perlu mengambil masa lebih panjang kita katakan 10 tahun. Setiap tahun itu dikurangkan penanam tembakau ditukarkan kepada penanam kenaf mungkin dalam 10% setahun. Jadi ini mesti perlu diperjelaskan dalam peranan Lembaga Kenaf dan Tembakau ini.
Kemudian seterusnya lembaga ini juga hendaklah seperti yang telah kita sebutkan tidak diberi peranan untuk mengawal industri hiliran tembakau ini iaitu produk tembakau.
Oleh kerana ini saya sebutkan lagi dan ini saya telah menerima e-mel, SMS daripada rakan-rakan kita yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan Akta Kawalan Hasil
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tembakau iaitu amalan merokok. Mereka merayu sangat supaya peranan untuk mengawal amalan merokok iaitu hasil tembakau di hiliran ini terus dikekalkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pengasingan kuasa kementerian saya dengan Kementerian Kesihatan saya sudah jelas bahawa dua kementerian ini tanggungjawab kita tentang tembakau ini tidak bercanggah, tidak bercanggah.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Itu saya sudah jelaskan kerana FCTC ini ialah bidang kuasa Kementerian Kesihatan sedangkan kita akan menyokong usaha-usaha yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan FCTC yang mana yang mampu.
Kita memang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan saya sebentar lagi dalam Jawatankuasa saya akan mencadangkan satu pindaan di mana pindaan itu ialah untuk menggalakkan penggunaan ses yang kita akan kutip itu untuk mengawal tabiat merokok yang dijalankan dalam usaha-usaha FCTC ini. Itulah yang saya rasa tidak ada percanggahan. Yang Berhormat jangan khuatir.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekarang mengalihkan kepada tanaman kenaf.
Kementerian saya mengorak langkah untuk membangunkan tanaman kenaf di Malaysia bagi menyahut cabaran. Salah satu tanaman yang disyorkan oleh MTEN. Pada masa itu MTEN rasa kenaf ini adalah sebagai satu tanaman yang dikatakan sustainable dengan izin dan juga bersifat environmental friendly dengan izin. Sebab itu banyak ujian sudah dibuat dan juga trial plot dengan izin sudah dibuat juga oleh pihak LTN supaya kita boleh uji dengan baik sama ada tanaman kenaf ini akan menghasilkan sesuatu kepada pekebun kecil.
Daripada semua usaha yang sudah kita jalankan, kita boleh mendapati bahawa kenaf ini boleh menjadi satu tanaman gantian kepada pengusaha-pengusaha tembakau yang dikatakan tidak berdaya saing. Tidak berdaya saing.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Mohon penjelasan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga seperti sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa merasakan sepatutnya dua penekanan dikenakan iaitu pertamanya supaya dasar kita amat jelas untuk menamatkan budaya merokok dalam negara kita dan keduanya sudah tentu memberikan suatu peluang kepada penanam-penanam tembakau ini untuk berusaha dalam pertanian yang menguntungkan mereka.
Maka sepatutnya lembaga ini tidak dinamakan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Mungkin sepatunya Lembaga Industri Tani Pasca Tembakau misalnya. Sebabnya hari ini Yang Berhormat Menteri, hasil daripada kajian dan nasihat menganggap kenaf adalah hasil industri tani yang terbaik untuk menggantikan tembakau. Apa kata kemudiannya difikirkan kenaf tidak memberikan hasil yang mencukupi atau setanding dengan tembakau. Mungkin jatropha pula dicadangkan sebagai yang lebih memberikan hasil berbanding dengan kenaf. Maka kita mahu tukar pula jadinya Lembaga Kenaf, Jatropha dan Tembakau. Tidak habis cerita ini.
Maka saya rasa alternatif kepada tembakau tidak semestinya terhad kepada kenaf dan juga yang pentingnya sebagai mana saya cadangkan ia dilihat dari segi sudut mewujudkan industri tani pasca tembakau. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasihlah Yang Berhormat bagi cadangan itu.
Akan tetapi saya rasa buat masa sekarang kita - sebab kita sudah kenal pasti kenaf ini dan juga yakin tanaman kenaf ini akan menjadi satu tanaman yang boleh diusahakan oleh bekas petani yang menceburi dalam bidang tembakau. Sebab itu kita rasa kita namakan kenaf ini sebagai tumpuan yang utama dalam tanaman yang berintegrasi atau mengalihkan kepada tanaman-tanaman yang lain sebab kita sudah menjalankan ujian seperti jagung manis, keledek, ubi kayu dan sebagainya. Semua ini dirasakan tidak begitu
Datuk Peter Chin Fah Kui
memberangsangkan. Hanya kenaf ini yang kita rasa boleh memberikan satu sokongan kepada satu industri, industri pada masa akan datang. Kalau kita buat tanaman yang tidak berkaitan dengan industri, maka susah kita sustain effort dia.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sebab itulah kita gunakan kenaf sebagai satu tanaman yang boleh menyumbang bahan mentah kepada industri. Industri seperti bio komposit, industri seperti tekstil dan pulpa pada masa akan datang apabila kita cukup tanaman itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kita hasilkan cukup bahan gentian itu iaitu fiber dengan izin.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa ini masalah harga. Bila kita mahu beralih kepada kenaf daripada tembakau, maka sudah tentulah bahawa ada satu jaminan bahawa kedudukan harga kenaf masa sekarang dan juga pada masa akan datang itu akan lebih baik dan memberikan satu jaminan seperti yang saya sebut semalam bahawa harga kenaf sekarang ini, kalau orang yang mengendalikan urusan perindustrian industri perkilangan umpamanya, perkilangan kenaf, memproses kenaf, memang dia akan mendapat untung tetapi bagi petani kenaf, dia tidak dapat harga yang tinggi.
Maka sudah tentu bahawa jumlah pendapatan dia kalau nak dibandingkan dengan tembakau ini sudah tentulah berbeza jauh. Tidak seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau semalam. Dia kata bila tanam kenaf ini, pendapatan kenaf lebih besar. Betul dari sudut kalau yang terlibat dalam pemprosesan tetapi ini bukan isu pemprosesan tetapi isu petani di ladang itu sendiri.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, Yang Berhormat. Saya akan sampaikan tentang harga dan sama ada lebih menguntungkan kepada petani kalau mereka beralih daripada tembakau kepada kenaf nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Selayang, Yang Berhormat Selayang minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Yang Berhormat Menteri, saya meminta penjelasan tentang pelesenan. Yang saya dengar kenaf menjadi tanaman gantian dan mengikut seksyen 39, sesiapa yang akan membeli kenaf dan menjual kenaf hendaklah ada lesen dan kalau mereka tidak berlesen akan menjadi satu kesalahan.
Apakah tujuan mengadakan lesen untuk kenaf kalau tanaman yang diganti seperti jagung manis atau durian? Adakah juga tanaman-tanaman ini akan diadakan lesen dan menjadi kesalahan? Apakah tujuan untuk berlesen kenaf?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya Yang Berhormat. Ini pun saya akan jawab nanti.
Izinkan saya dalam jawapan ini menghuraikan sedikit tentang apa yang kita sudah lakukan dan tujuan kita dan akhirnya apa yang kita akan capai dalam tanaman ini.
Kementerian saya yakin tanaman kenaf akan menjadi sumber pertumbuhan baru yang dapat memberi manfaat kepada penduduk luar bandar khususnya di atas tanah bris yang sesuai dimajukan untuk tanaman kenaf dengan pengurusan agronomi yang baik.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Walaupun tanah bris amat mencabar dari segi ciri-ciri agro ekologinya, ia juga sesuai untuk perladangan mekanisasi penuh kerana rata dan tidak akan dilanda isu sustainability seperti hutan tropika. Industri kenaf di Malaysia masih baru dan banyak cabaran serta halangan yang dihadapi lagi di masa akan datang. Sama ada di peringkat huluan atau hiliran tetapi dengan komitmen yang tinggi daripada pihak kerajaan, saya yakin masalah ini...
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Peter Chin Fah Kui
...sama ada agronominya atau pasarannya akan kita aturkan dengan baik.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sehubungan dengan apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, kawasan paling sesuai untuk penanaman kenaf ini adalah kawasan tanah bris. Dan kebetulan konsentrasi besar kawasan pemindahan daripada tembakau ke kenaf ini akan berlaku di Bachok, dalam kawasan saya.
Saya ingin tahu tentang sudah tentulah apabila berpindah daripada tanaman tembakau yang sudah menjadi industri tradisi penduduk-penduduk yang terlibat dengan industri tersebut di Bachok dan kemudian hendak berpindah ke kenaf, akan mengambil satu perpindahan, penghijrahan budaya yang baru. Saya ingin tahu adakah insentif-insentif tertentu yang akan disediakan kepada proses penghijrahan ini untuk memanfaatkan penanam-penanam tersebut. Dan kemudian kursus-kursus, pendedahan dari segi teknikal dan juga kepakaran akan turut dimasukkan dalam insentif itu bagi dimanfaatkan oleh penanam-penanam kenaf nanti di kawasan Parlimen Bachok khasnya. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Itu pun saya akan jawab nanti. Memang ada berkaitan dengan isu-isu itulah sebab kelmarin banyak juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menghuraikan perkara insentif, macam mana kita hendak menggalakkan para petani untuk ceburi bidang ini. Akan tetapi Yang Berhormat, saya nak sebut di sini juga kita tidak paksa seperti kalau kita mengadakan lesen, bab lesen pun atau kaedah lesen pun kita tidak memaksa petani-petani sama ada petani tembakau atau petani yang lain untuk menanam kenaf, tidak.
Mereka sebagai tuan punya tanah mempunyai hak kebebasan untuk memilih sama ada nak menanam kenaf atau tidak. Kalau dia menanam kenaf, kita mintalah mereka minta lesen. Lesen itu pun kita tidak akan letakkan fi atau dalam peringkat awal saya rasa kita tidak perlulah letak fi. Kita hanya nak register dia, kita nak daftar mereka, berapa yang you tanam? Di atas di kawasan mana yang you tanam?
Supaya kita boleh menguruskan industri ini dengan baik supaya kalau kita macam di Bachok umpamanya, kita mempunyai ramai petani dan kawasan itu luas ditanam dengan kenaf satu hari nanti. Tak tahulah tetapi kalau begitu kita akan side kan, kita akan letakkan industri yang sokong seperti industri penuaian, industri yang membersihkan kenaf itu. Dan barangkali kalau adalah cukup hasilnya kita akan letak kilang di dalam kawasan itu.
Sebab itulah kita kena mengadakan satu fakta yang cukup kukuh tentang industri ini. Bukan semua yang tanam, kita biarkan dia tanam, tidak memberikan sokongan dari segi nasihat, dari segi latihan dan sebagainya. Kita akan beri sokongan yang penuh, the whole works dengan izin, kepada industri ini.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Sehubungan dengan itu juga Yang Berhormat Menteri, untuk makluman Yang Berhormat Menteri bila menyebut tentang membawa industri ke kawasan ini. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak majlis daerah, contohnya Majlis Daerah Bachok. Kami bersedia contohnya untuk menyediakan tapak untuk dibawa industri-industri yang berkenaan dengan kenaf ini ataupun apa sahaja industri yang berkenaan dan tapak ini adalah tapak yang akan diberikan dan boleh kita usahakan dengan kerjasama dengan pihak kementerian contohnya.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Okey Yang Berhormat, dengan kementerian atau dengan pihak pengusaha ya. Yang Berhormat pun tahu dalam CMPC itu iaitu centre of pengumpulan, pusat pengumpulan yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nanti iaitu diletakkan di kawasan Bachok pun.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Majlis itu akan diadakan hari Jumaat ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya?
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Hari Jumaat ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, di kawasan Bachok juga.
Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok
Datang ke Bachok.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, sebab pengusaha memilih kawasan itu. Kita tidak katakan, ‘oh, janganlah pilih Bachok sebab Bachok dimiliki oleh Yang Berhormat yang datang daripada PAS’. Tidak, jangan khuatir seperti itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Mohon penjelasan sikit. Saya masih lagi tidak dapat satu gambaran yang jelas daripada Yang Berhormat. Dalam pembentangan, Yang Berhormat berkata bahawa kenaf ini adalah sebagai alternatif gantian kepada tembakau iaitu proses peralihan makna kita nak beralih daripada industri tembakau kepada industri yang lebih baik iaitu kenaf.
Daripada jawapan tadi menunjukkan bahawa, Yang Berhormat mengatakan bahawa kita bukan menghapuskan tanaman tembakau dan kita tak paksa pun orang nak berpindah kepada kenaf. Saya lihat bahawa ini menunjukkan, menggambarkan bahawa kita sendiri tidak begitu bersungguh untuk nak memastikan tanaman tembakau itu digantikan dengan kenaf. Dan akhirnya kita akan lihat bagi saya bahawa bila masih ada orang tanam tembakau, tiba-tiba ada orang tanam kenaf, dalam keadaan begitu sudah tentulah harga kenaf tempatan kita itu tidak akan mendapat satu kedudukan harga yang lebih baik sebab masih ada orang tanam tembakau.
Dan hasrat kita untuk melihat bahawa proses peralihan atau gantian daripada tembakau kepada kenaf itu tidak akan berhasil. Jadi saya nampak tidak begitu jelas.
Umpamanya sepatutnya bagi saya bahawa dalam krisis-krisis yang sedang kita hadapi yang kita bincang dalam perbincangan sebelum itu. Kita menghadapi krisis makanan umpamanya sehingga kerajaan akan memperluaskan tanaman padi. Kenapa, bagi saya bahawa kita tidak membangunkan industri padi, kita pastikan supaya harga padi itu lebih baik daripada harga yang lain.
Maka sudah tentu orang yang tanam tembakau itu sendiri akan beralih kepada tanam padi sebab di negeri Kedah umpamanya di Kodiang umpamanya, sebahagian besar ladang tembakau itu adalah asalnya ialah sawah padi. Tetapi oleh sebab harga padi tidak begitu baik Tuan Yang di-Pertua maka akhirnya mereka beralih kepada tembakau. Jadi sekarang kita nak beralih pula kepada kenaf, bila akan datang satu ketika nanti kita berhadapan lagi dengan krisis yang kritikal berkaitan dengan masalah isu makanan, tak cukup bekalan beras dan sebagainya. Kita kata kita tanam padi pula. Jadi saya nampak kerajaan macam tidak ada satu wawasan yang jelas.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, komen saya singkat sahajalah tentang isu itu. Macam mana kita nak tidak menggalakkan tanaman yang lain sebab dalam huraian saya apabila saya membentangkan akta ini ialah kita nak menentukan bahawa petani yang menceburi dalam tembakau yang dahulu, sekarang dia tidak dapat lagi dalam industri itu sebab dia tidak cukup berdaya saing, not enough productivity, dan kosnya tinggi.
Sebab itu dia kena alih keluar dari bidang tembakau dan kalau orang yang sudah keluar dari tembakau ini, kita tidak ganti, tidak ada satu pilihan yang baik untuk dia, maka orang ini yang susah, yang menghadapi masalah kehidupan. Saya sudah terangkan perkara ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang keduanya Yang Berhormat, ini sebab ia ditanam di atas tanah bris. Tanah bris ini tidak baik untuk padi, lain-lain pun susah. Sebab itu kita memilih kenaf ini untuk ditanam atas tanah bris yang difikirkan sesuailah sebab dalam ujian kita, kita rasa tanaman kenaf ini boleh tumbuh dengan cukup baik kalau kita mengamalkan agronomi yang baik ini ke atas tanaman-tanaman yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap kelmarin, rasa khuatir tentang apa yang kita akan lakukan dalam tanaman kenaf ini, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat sekalian bahawa dengan adanya Lembaga Kenaf dan Tembakau, kita akan menggalakkan, memberikan sokongan yang padu kepada petani-petani yang rela hendak menanam kenaf pada masa akan datang. Kita memang tumpukan kepada masa dan kita harap dapat juga peruntukan daripada pihak kerajaan untuk membangunkan industri ini dengan baik, dengan cukupnya supply dan cukupnya pemasaran supaya industri ini boleh dibangunkan dengan baik.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab sedikit perkara-perkara yang dihuraikan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sudah bercakap kelmarin, saya ingin jawab sedikit tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau ini. Yang Berhormat Rembau dia tanya lima soalan yang spesifik yang minta saya jawab. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya memberikan sedikit jawapan dan jawapan ini bukan sahaja kepada Yang Berhormat Rembau tetapi untuk Ahli-ahli di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Rembau menyebutkan tentang 10 ribu hektar yang kita akan tanam nanti di wilayah ECER. Untuk menjawab perkara ini Yang Berhormat, sasaran 10 ribu hektar tanaman kenaf di bawah pembangunan wilayah ECER ialah mengambil kira pasaran hadapan kenaf oleh pengilang-pengilang kenaf dan komitmen permintaan pasaran kenaf pada masa hadapan.
Komitmen syarikat juga dibuat melalui pelaburan dan pembangunan kilang oleh syarikat-syarikat utama kenaf yang terlibat dengan program Collection Processing Packaging Centre, CPPC di wilayah ECER. Yang Berhormat Rembau juga ingin hendak tahu apa migration grant dengan izin. Penanam tembakau dapat daripada tanaman gantian kenaf ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rembau dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui Lembaga Tembakau Negara yang sedia ada telah mengadakan Majlis Migration Grant telah mengadakan pengagihan migration grant dalam majlis berkenaan dan majlis ini sudah dalam geran sebanyak RM86.6 juta telah diagihkan kepada penanam tembakau yang sudah tamat dalam bidang tembakau.
Itulah satu bantuan yang kita berikan kepada petani tersebut supaya mereka boleh mengalihkan kepada tanaman gantian kenaf dan saya ingin menjelaskan juga kebanyakan petani yang menerima ini sekarang sudah menanam kenaf walaupun dia bukan dalam kawasan Bachok tetapi lain-lain kawasan di Terengganu umpamanya. Yang Berhormat Rembau juga tanya tentang insentif. Insentif-insentif yang ditawarkan di peringkat huluan penanaman kenaf termasuklah bantuan modal dan kredit kepada pengusaha untuk membeli bahan input, mekanisasi, benih dan baja.
Insentif juga diberikan untuk penyemburan tanah kerana tanah bris itu perlu disemburkan dengan bahan-bahan yang boleh memberikan nilai tambah kepada tanah itu dan insentif juga diberikan dari segi infrastruktur asas ladang seperti saliran dan pengairan sebab kita kenalah ada saliran air yang baik dan juga apabila dalam musim tengkujuh kita juga kena ada saluran supaya kita boleh mengelakkan banjir dan sebagainya.
Yang Berhormat juga tanya sama ada pendapatan setimpal untuk kenaf sebagaimana yang diterima oleh penanam tembakau. Untuk menjawab pertanyaan ini, saya ingin jelaskan bahawa pendapatan yang diperolehi dari penanaman kenaf telah diambil kira nilai tambah yang bakal diperolehi melalui kontrak farming plus iaitu petani sebagai rakan kongsi dan bukan penjual bahan mentah untuk mendapatkan faedah dari nilai tambah pemprosesan dan juga pengilangan kenaf ini.
Selain itu juga, tanaman kenaf perlu ditanam dengan skala yang lebih besar, lima hektar seumpamanya untuk memastikan pendapatan setanding dengan sehektar tanaman tembakau. Ini maksudnya kalau kita membandingkan satu hektar tembakau dengan satu hektar kenaf memang tembakau yang lebih menguntungkan tetapi kita kena, kalau kita hendak menanam kenaf, kita kenalah berskala lebih besar sedikit, tidak boleh satu hektar sahaja umpamanya.
Pada masa sekarang, pendapatan sasaran bagi tanaman kenaf adalah dalam lingkungan RM1500 sehektar. Tanaman kenaf hanya memerlukan 300 jam kerja berbanding dengan 1500 atau 2000 jam kerja sehektar untuk tembakau. Maknanya kenaf ini dia tidak terlalu labour intensive sebab apabila kita tanam dia cepat tumbuh. Lima bulan kita sudah dapat hasilnya.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sebab itu, dalam masa lima bulan itu kita hanya baja sedikit. Tak payah pergi tengok sama ada daunnya rosak seperti tembakau. Sebab itu, ia tidak sangat labour intensive, dengan izin.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Rembau pun hendak tahu sama ada lembaga di masa akan datang akan menjadi buyer of the last resort. Buyer of the last resort. Ini saya rasa adalah penting kerana kalaulah di masa akan datang seumpamanya, industri-industri atau kilang- kilang yang menumpukan kepada kenaf ini, ia tidak membeli bahan mentah yang mencukupi, maka kalau di pasaran seumpamanya, terlalu banyak bahan kenaf ini dan tidak boleh dijual, lembaga ini boleh membeli apa yang sudah dikatakan lebihan di pasaran dengan harga yang berpatutan.
Ini memang menjadikan satu tugas yang kita akan serahkan kepada lembaga supaya lembaga boleh ambil inisiatif di mana kawasan-kawasan yang ditanam dengan kenaf itu kalaulah tidak mencukupi kilang-kilang yang ingin membelinya, kita akan membelinya bahan kenaf ini daripada pihak petani. Namun, pada masa yang sama juga, saya ingin jelaskan bahawa dengan cara pelaksanaannya, iaitu contract farming plus, saya rasa kita tidak akan menghadapi situasi yang teruk dari segi, kalaulah berlaku kelebihan bahan kenaf di pasaran, sebab dengan cara contract farming plus, dengan izin, pihak kilang yang akan membeli semua bahan-bahan yang ditanam oleh petani untuk diproses. Sebab itulah, kita rasa tidak akan menjadi masalah yang besar di masa akan datang, di mana ada situasi terlalu banyak bahan mentah kenaf di pasaran, tetapi tidak ada orang hendak beli.
Tuan Yang di-Pertua, untuk penerangan yang sedikit itu, yang saya jawab tadi, saya harap semua pihak Yang Berhormat terutamanya kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mempunyai kawasan di mana tanahnya adalah jenis bris ini akan memberi sokongan yang padu kepada lembaga ini, dan memberi kerjasama dengan pihak lembaga supaya kita boleh wujudkan satu industri yang kukuh di masa akan datang, di mana pihak petani yang akhirnya akan mendapatkan manfaat daripada usaha-usaha kerajaan ini.
Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa
Fasal-fasal 1 hingga 12 – Tuan Pengerusi
Ya, sila.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, saya ingin menunjuk kepada seksyen 12 iaitu peruntukan berkenaan dengan perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang terhadap pegawai dan ahli-ahli lembaga.
Semalam dalam hujah saya, saya rasa apa-apa tindakan ataupun keabaian, keingkaran atau perbuatan yang menyebabkan kerosakan kepada orang lain kita tidak boleh melindungi ahli lembaga atau ahli-ahli jawatankuasa ataupun agen ataupun pekhidmat daripada didakwa atau disaman ke mahkamah untuk pampasan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kenapakah peruntukan ini diberikan? Seksyen ini bercanggah dengan seksyen 13, iaitu kalau tidak ada apa-apa tindakan pendakwaan boleh dilakukan ataupun tuntutan pampasan boleh diambil terhadap ahli lembaga ataupun lembaga tersebut atau pekhidmat dan agen, apakah gunanya seksyen 13 yang memperuntukkan, bahawa tindakan boleh diambil, tetapi tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 ini, memperuntukkan bahawa apa-apa tuntutan itu perlu difailkan di mahkamah dalam masa 36 bulan. Jadi, bagi saya kalau:
(i) adalah tidak patut diberi pelindungan bagi lembaga dan ahli jawatankuasa yang bersalah; dan
(ii) percanggahan undang-undang mestilah jelas supaya rakyat tahu apakah sebenarnya kedudukan undang-undang.
Saya harap saya dapat penjelasan dalam hal ini.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, hujah Yang Berhormat berkaitan dengan seksyen 13 nanti saya juga ada sedikit cadangan kepada Dewan ini untuk meminda seksyen 13. Hujah Yang Berhormat itu mengenai seksyen 13 itu memang saya terima. Saya terima, sebab saya akan membentangkan satu pindaan nanti terhadap seksyen 13, kerana menganggapkan satu typographical error, dengan izin Tuan Pengerusi.
Namun, bagi fasal 12 ini Yang Berhormat, saya hendak sebutlah, fasal ini memang menjadi satu amalan bagi akta-akta yang dikeluarkan untuk pihak kerajaan terutamanya kepada pihak lembaga. Satu badan berkanun seumpamanya, kerana kalau tidak ada perlindungan ini, seksyen 12 ini, maka pegawai-pegawai dalam badan itu, dia tidak boleh bertindak. Seumpamanya pegawai penguat kuasa, kalau apa yang dia hendak buat, dia takut nanti ramai orang yang akan sue dia, hendak menghadapkan ke mahkamah dan sebagainya. Hendak laporkan kepada mana-mana pihak.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kalau begitu adalah susah dan adalah sukar untuk pegawai-pegawai tersebut untuk menjalankan tugas mereka dan sebab itulah ada Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam. Sebab itulah kita masukkan seksyen 12 ini yang kita boleh perhatikan seksyen ini banyak sesi undang-undang yang kita ada di dalam negara kita ini. Ini bukan hanya spesifik untuk akta ini.
Dato’ Ngeh koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, saya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa lain-lain undang-undang mempunyai peruntukkan sedemikian. Sebenarnya sudah ada peruntukkan undang-undang kalau tidak silap saya Government Proceeding Act di mana atau lain-lain akta, di mana dinyatakan mana-mana pekerja berkhidmat atau agen kerajaan kalau mereka didapati bersalah dari segi sivil adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membayar pampasan berkenaan.
Namun kalau adanya seksyen 12 ini, bermaksud dengan izin “They will no re-dress for any harm or lost done to any party”. Semua kerajaan pun terlindung daripada pendakwaan.
Adakah ini keadaan di Malaysia di mana-mana jabatan ataupun badan-badan kerajaan dilindungi daripada didakwa ataupun disaman untuk pampasan. Saya rasa seksyen ini patut dikeluarkan kerana memang semua pekerja kerajaan sudah mendapat pelindungan undang-undang di mana apa-apa pampasan yang perlu dibayar akan dibayar oleh pihak kerajaan.
Mengenai seksyen 13 ini sungguhpun semalam saya nyatakan terdapat keciciran perkataan ‘good faith’ dalam versi Inggeris. Apa yang saya nyatakan tadi ialah seksyen 13 dan 12 ini bercanggah juga kerana kalau tidak ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana ahli lembaga ataupun lembaga ataupun pekhidmat ataupun agen seksyen 13 ini tidak akan bermakna lagi. Akan tetapi seksyen 13 dengan tersiratnya menggambarkan satu keadaan di mana orang ramai boleh lagi mendakwa ataupun menyaman pihak ahli-ahli lembaga jawatankuasa ataupun pekhidmat atau agen lembaga berkenaan. Jadi ini satu percanggahan yang begitu ketara. Sebab itu dalam penghujahan saya, saya nyatakan ini satu penggubalan akta ini memang tidak baik kerana banyak keraguan yang timbul. Saya hendak menteri memberi jawapan yang jelas di sini. Bolehkah lembaga atau anggota-anggota lembaga, anggota sesuatu jawatankuasa ataupun pekhidmat atau agen lembaga disaman? Boleh atau tidak? Itu jawapan yang saya hendak dan rakyat hendak tahu. Dari pandangan saya sebagai seorang peguam juga, ini satu keraguan yang memang ketara. Kalau kita luluskan menjadi bahan ketawa rakyat dan pengamal-pengamal undang-undang di luar.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, bagi seksyen 12 ini adalah melindungi pegawai-pegawai kerajaan yang diarahkan oleh lembaga ini supaya kalaulah mereka membuat sesuatu yang disifatkan dengan good faith dengan cara niatnya yang suci hati. Ini maknanya in good faith. Kita tahu kalaulah pegawai ini dia hendak jalankan tugas seperti pegawai penguatkuasaan mereka menjalankan tugasnya dengan cara yang mengikut sisi undang dan kalaulah ada kes-kes yang dihadapkan kepada mereka sebab orang tidak suka maka pegawai kita ini akan menghadapi banyak kes. Kes-kes ini tidak boleh henti because dengan izin everything that this officer do, can be interpreted in good faith. Sebab itulah kalaulah ada kes yang di mana pihak orang awam rasa tidak puas hati dan mereka hendak ambil tindakan mereka boleh melalui seksyen 13 di dalam tiga tahun ini dia failkan kes tetapi dia kenalah proof bahawa pegawai-pegawai kita ini memang bertindak dengan tidak suci hati. Never is bad intention.
So, maksud saya ialah kita tidak ada percanggahan dua ini. Satu ialah kita mengelakkan a stream of cases dengan izin daripada pihak awam tentang pegawai- pegawai kita, tentang lembaga kita. Akan tetapi kalaulah ada sesuatu kes pihak awam ini tidak disekat sampai dia tidak boleh ambil tindakan tetapi dia kenalah dalam tiga tahun dia failkan kes itu dan dalam kes itu dia kenalah ada bukti bahawa pegawai ini bertindak secara in bad faith atau bertindak dengan tidak suci hati. So, Yang Berhormat saya rasa itu tidak akan bercanggah dan kita rasa ini memang satu fasa munasabah dan tidak terlalu.
Dato’ Ngeh koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, boleh saya menunjukkan begitu jawapan ini dengan ketara bercanggah juga. Ini kerana di bawah seksyen 12 dikatakan tidak ada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah jika berlaku apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. Jadi seksyen 12 mengatakan kalau sesuatu perbuatan itu dilakukan secara suci hati tidak boleh dibawa ke mahkamah ataupun tidak ada satu-satu pendakwaan boleh dimulakan. Akan tetapi pada masa yang sama seksyen 13 dinyatakan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam ini hendaklah terpakai dalam mana-mana tindakan guaman bagi perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dibuat atau dilakukan dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. Maksudnya seksyen 12 kata kalau suci hati tidak boleh dakwa, tidak boleh saman. Seksyen 13 pula kata kalau suci hati boleh dapat pampasan melalui Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam.
Jadi apakah sebenarnya peruntukan yang kita hendak luluskan dalam Dewan ini?
Jikalau seseorang itu melakukan sesuatu dengan suci hati bolehkah mereka didakwa ataupun di saman? Itulah percanggahan begitu ketara. Seksyen 12 kata tidak boleh, seksyen 13 kata boleh. Bagi saya soal suci hati atau tidak hanya terpakai kita ada kata bona fide terpakai dalam undang-undang jenayah. Kalau seseorang itu melakukan sesuatu perkara sungguhpun terdapat kesilapan tapi tidak ada niat jahat, tidak ada bona fide itu, dia tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Akan tetapi dari segi undang-undang sivil sesiapa pun melakukan sesuatu kesilapan ataupun ketinggalan, kecuaian dan menyebabkan kerosakan kepada orang seperti dalam sesuatu kes kemalangan jalan raya, niat dia tidak ada niat jahat hendak melanggar orang tapi berlakunya kerana kecuaian.
Dato’ Ngeh koo Ham - Beruas
Jadi sungguhpun niatnya tidak ada mala fide, pampasan harus diberikan. Jadi saya meminta agar seksyen 12 dan seksyen 13 ini melindungi mereka yang membuat sesuatu kecuaian ataupun peninggalan ataupun keingkaran dengan tidak ada niat jahat, mereka tidak boleh didakwa. Berikan perlindungan tersebut dan ini begitu ketaralah. So, seksyen 12 mengatakan sungguhpun dengan suci hati tidak boleh dibawa ke mahkamah, seksyen 13 kata boleh. Jadi apakah keadaan sebenarnya yang hendak kita hendak luluskan di Dewan ini?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, saya rasa inilah pandangan saya.
Pihak kerajaan menubuhkan akta ini dengan fasal 12 dan fasal 13, kita rasa ini tidak bercanggahan. Kita rasa fasal 12 ini ialah untuk melindungi pihak-pihak yang bertindak di atas nama lembaga ini supaya mereka tidak menghadapi masalah besar seperti mereka dihadapkan ke mahkamah dan di saman. Akan tetapi pada masa yang sama, kalaulah ada pihak-pihak awam yang rasa tidak puas hati, mereka bolehlah mengambil tindakan di
Datuk Peter Chin Fah Kui
bawah Public Authorities Protection Act dengan izin. Itulah sebabnya kita meletakkan dua fasal ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, ada dua. Yang ini satu, Yang Berhormat Subang berdiri juga.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh Tuan Pengerusi, boleh Yang Berhormat Menteri? Boleh saya teruskan? Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepanjang kita berbahas dan menekuni penggulungan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, dalam semangat itu kalau kita perhatikan beberapa peruntukan dalam seksyen-seksyen khususnya pada seksyen lembaga dan objektif dan juga fungsi lembaga, kita masih mendapati peruntukan-peruntukan yang bercanggah dalam semangat apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Secara khususnya, kalau dahulunya Akta Lembaga Tembakau Negara, ia tidak mengambil kira aspek-aspek selain daripada ekstrem. Akan tetapi dengan rang undang-undang ini, dia telah secara jelas memperuntukkan perkara itu. Maka setelah saya baca rang undang-undang pindaan yang Yang Berhormat sendiri cadangkan kepada 26(3), saya juga dengan semangat yang sama mahukan Yang Berhormat Menteri meneliti khususnya seksyen 4, objektif lembaga, pecahan (d). Di mana istilah untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau perlu dipinda.
Begitu juga kepada seksyen 4(h) untuk menggalakkan, mengawal dan memantau kenaf atau tembakau. Begitu juga seksyen 4(p) untuk menimbangkan, menggalak dan mengambil langkah-langkah bagi membangunkan aktiviti ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau. 5(h) pun membawa makna dan implikasi yang bermasalah. Ini kerana pada waktu kita mahu membanteras apa pun tembakau dan produk-produk tembakau ini, sebutan-sebutan dan peruntukan seperti ini tidak jelas menunjukkan bahawa itu adalah makna yang hendak dibawa ke dalam draf ini.
Ini adalah masalah-masalah yang saya kira tidak dapat kita elakkan. Semacam draf ini dilakukan dalam agak tergesa-gesa dan mempunyai masalah-masalah seperti mana juga perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain sebentar tadi. Jadi, perkara-perkara ini perlu Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi harus perhalusi dan dibawa pindaan itu supaya jelas bahawa mesej kita adalah untuk menangani tembakau ini ataupun membanteras tembakau dan rokok tetapi akhirnya menjadi sesuatu yang menggalakkan pula. Sekian, terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, dalam Jawatankuasa kita sudah menimbangkan fasal 1 sehingga fasal 12 dan sekarang ini kita bincangkan fasal 13. Akan tetapi Yang Berhormat masih sebut tentang fasal 4 dan sebagainya. Itu sudah kita luluskan. [Dewan riuh] Kita sudah luluskan, baru kita luluskan. Sekarang sudah fasal 13.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dibaca sekali gus Tuan Pengerusi.
Fasal 1 hingga 12 boleh dibincangkan sekali gus.
Tuan Pengerusi
Ini sudah peringkat Jawatankuasa, sila, sila.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ada minta penjelasan tentang seksyen 12 dan seksyen 13. Menurut komen dan pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat daripada Beruas tadi, saya pun nampak ada masalah dengan perkataan yang digunakan sekarang di dalam seksyen 12 dan seksyen 13. Saya ingin tumpukan kepada seksyen 12.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Subang. Yang tadi belum jelas lagi itu, perlu diberi jawapan oleh Yang Berhormat Menteri dahulu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, saya membenarkan kepada Yang Berhormat Subang. Jadi janganlah Yang Berhormat cakap begitu. Seolah-olah Yang Berhormat mengambil tugas saya. Selepas itu apabila Yang Berhormat Subang memberi komen, biarlah nanti Yang Berhormat Menteri nanti menjawab sekali gus. Sila.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik. Maksud saya Tuan Pengerusi adalah perkataan yang digunakan ataupun perlindungan yang dimaksudkan di dalam seksyen 12 ini adalah terlalu luas sebab kemasukan perkataan dengan izin saya membaca daripada versi Inggeris, “In respect of any act neglect default or omission done or omitted by it or him in good faith in such capacity”.
Saya faham apakah tujuan yang diterangkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri.
Ini adalah untuk memberi perlindungan kepada tindakan atau omission dengan izin yang dibuat di dalam good faith, itu memang ada. Peruntukan macam ini ada di undang-undang lain. Akan tetapi apabila kita masukkan perkataan semacam “default” or “omission”, itu yang menjadikan perlindungan ini memang hampir mutlak, almost absolute. Tindakan ini termasuk kecuaian dan pengabaian dan ini tidak boleh diberi perlindungan.
Ini dengan jelas bercanggah dengan peruntukan di akta lain seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat daripada Beruas, Government Proceedings Act dengan izin.
Saya baca seksyen 5, liability of the government in tort dari akta itu di mana dengan izin Tuan Pengerusi, subject to this act. The Government shall be liable for any wrongful act or any neglect or default committed by any public officer. Ini jelas daripada maksudnya apabila ada kecuaian, pengabaian default or omission, itu membawa liability. Ini diikhlaskan dan ada hak untuk sesuatu pihak untuk menyaman dan membawa prosiding di mahkamah. Akan tetapi perkataan apabila “default” dan “omission” dimasukkan di sini, ini memberi satu peruntukan yang almost absolute. Inilah yang menjadi masalah sekarang.
Jadi perkataan itu patut dikeluarkan. Kita patut hanya ada, ‘act or omission’. Itu sahaja. Apa-apa tindakan ataupun omission yang dibuat di dalam good faith, okey itu boleh diterima. Apabila you masukkan “default” ataupun “neglect”, itu memang tidak boleh diterima. Jadi dia boleh bertindak secara cuai dan itu pun diberi perlindungan dan tidak boleh di saman di mahkamah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu tidak harus dimasukkan. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pindaan yang sesuai dan supaya maksud peruntukan ini jadi lebih munasabah dan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang ada di undang- undang yang lain. Kalau tidak, kita ada peruntukan yang akan jelas bercanggah dengan Government Proceeding Act itu. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, saya ada satu cadangan kalau menteri boleh pertimbangkan. Tuan Pengerusi, saya cadangkan peruntukan seksyen 12 dikeluarkan dan kalau niat pihak kerajaan untuk melindungi mereka yang membuat sesuatu perkara dengan suci hati, kita boleh memasukkan satu subseksyen lagi kepada seksyen 13 yang sedia ada mengatakan lembaga, ahli lembaga atau ahli jawatankuasa ejen atau pekhidmat ini dikecualikan daripada, dengan izin, personal liability.
Itu untuk melindungi pegawai tersebut dan tidak bolehlah kalau ada apa-apa kerosakan atau kerugian yang dialami oleh orang lain, orang awam akibat daripada tindakan kecuaian atau pengabaian, keingkaran mereka, takkanlah kita hendak menjadi sebuah negara di mana ada kerosakan, kerugian yang berlaku kepada rakyat, kita tidak boleh tuntut ke mahkamah. Apakah gunanya sistem mahkamah ini untuk memberi keadilan kepada mereka yang kita kata mengalami kerosakan ataupun kerugian? Itulah cadangan saya, harap dengan suci hati juga saya membuat cadangan ini agar akta ini dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Beruas, seksyen 12 ini bagi pendapat Yang Berhormat apa ia total protection?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Total immunity. Perlindungan ini lebih daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan yang dilindungi.
Tuan Pengerusi
Apa ini, seksyen 13?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Seksyen 13, sebab itu saya kata ia bercanggah.
Di seksyen 12 kata in good faith can’t - sue. In section 13, in good faith you can sue. Itu satu percanggahan. Jadi saya tidak tahu niat seksyen ini. Kalau niatnya melindungi pegawai berkenaan daripada personal liability, kita katakan memang mereka boleh
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
didakwa, di saman tetapi bayaran dibuat oleh kerajaan dan bukan oleh orang persendirian seperti seksyen 5 dalam Government Proceeding Act di mana perlindungan sedemikian sudah ada.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, adakah juga seksyen 13 ini membawa pengertian bahawa walaupun seksyen 12 itu bagi pendapat Yang Berhormat, total protection, seksyen 13 apabila dibaca bersama, cuma ia menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini Public Authorities Protection Act 48 applicable. Jadi soal sama ada bad faith atau good faith itu cuma dapat ditentukan apabila ia diadili di mahkamah. Bukan peguam- peguam yang menentukan sebelum dibawa di mahkamah. So bagi saya seksyen 12 dan seksyen 13, seksyen 13 cuma clarify bahawa Public Authorities Protection Act, seksyen 5 seperti yang disebut oleh Subang itu adalah applicable, boleh dibawa. Bermakna seksyen 12 itu, ia tidak complete protection seperti Beruas cakap.
Itu pendapat saya juga sebagai peguam. Saya tidak berniat untuk campur berbahas, tetapi dalam soal-soal teknikal ini saya rasa saya pun berhak juga untuk kasi pandangan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, kalau kita baca seksyen 12 ini, perkataan di sana perlindungannya boleh dikatakan mutlak. It is mutlak dan bagi saya.
Tuan Pengerusi
Wording seksyen 12 sama 13 sama, default omission, sama.
Cuma yang tercicir di situ in good faith.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Imuniti mutlak ini ialah tiada tindakan boleh diambil atau pendakwa boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mereka. Itu perkataan yang mengkhuatirkan kita semua. Bagi saya, Seksyen 13, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, niat di sana ialah segala tindakan terhadap agensi kerajaan haruslah dibuat bahawa dalam masa tiga tahun. Kalau berbanding dengan kes biasa di mana Limitation Act menyatakan kita biasanya mesti membawa tindakan sivil dalam masa enam tahun. Bagi saya, itulah sahaja niat seksyen 13. So, mesti membawa kes dalam masa tiga tahun dan bukan enam tahun.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, akta ini telah digubal dan disemak oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan kementerian saya tumpukan kepada nasihat dari Peguam Negara. Itu kita punya pendirianlah sebab kita tumpukan kepada nasihat daripada Peguam Negara dan saya rasa apa yang kita bahaskan pada masa sekarang ini ialah differences in legal opinion, dengan izin, dan saya rasa kita kenalah sebagai satu kementerian dalam kerajaan ini, kita tumpukan kepada interpretasi dan yang dinasihati daripada pihak Peguam Negara. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ada lagi yang mahu berbahas mengenai dengan fasal 1 hingga 12?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, saya minta menteri jawab.
Tuan Pengerusi
Sekejap, Batu Pahat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya minta menteri jawab bagaimana peruntukan-peruntukan menggalak, menggalak, menggalak dalam tiga peruntukan masih wujud dalam draf ini kerana Dewan yang mulia ini sendiri dengar apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tentang high quality cigarettes, berbeza dengan low quality cigarettes yang kononnya adalah lebih selamat digunakan. Jadi dengan peruntukan seperti ini, jelas mengisyaratkan bahawa masih ada lagi kecenderungan untuk tunduk kepada tobacco lobbies international yang kalau kita ambil Philip Morrisnya, Japan tobacconya, British American tobacconya yang punya revenue USD70 bilion setahun. Tentunya saya tidak mahu membawa perkara-perkara itu, Tuan Pengerusi, tetapi kita minta supaya peruntukan seperti istilah galak menggalak ini digugurkan sama sekali dan tidak ada isyarat kepada apa jua R&D kepada tobacco dan tobacco product. Jadi kalau menteri sendiri menggunakan istilah supaya kita dapat mengeluarkan high quality cigarette di Dewan yang mulia ini, apakah itu boleh kita terima lying down? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, dalam perhatian kita ini, di dalam akta ini, hanya dua peruntukan yang boleh dikatakan bersifat galakan tetapi saya ingin hendak jelaskan di sini fungsi Lembaga di bawah seksyen 4 ini, (h) yang disebutkan tadi untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah ke arah mencapai satu kualiti yang tinggi bagi keluaran kenaf dan tembakau.
Saya ingin menjelaskan bahawa kita bukan semata-mata menggalakkan high quality cigarette untuk menggalak tabiat smoking. Itu bukan maksud saya. Itu bukan maksud fungsi ini. Saya hendak jelaskan di sini, cuba dengarlah, “menggalakkan di bawah peruntukan seksyen 4(h) bermaksud menghasilkan daun tembakau yang berkualiti tinggi, bukannya rokok yang berkualiti tinggi bagi tembakau sahaja dan tidak melibatkan produk tembakau.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tujuan menghasilkan daun tembakau berkualiti tinggi adalah supaya dapat memberi hasil pendapatan yang tinggi kepada penanam tembakau apabila daun tembakau itu dijual kepada pengilang. Itulah maksud kita dalam (h), bukannya rokok yang kita ingin hendak galakkan untuk high quality.
Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok
Soalannya Yang Berhormat Menteri.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya ada satu fasal lagi.
Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok
Daun tembakau itu akhirnya akan berakhir dengan tembakau juga. Daun tembakau tidak boleh bungkus tapai.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, saya memang tahu. Saya sudah jelaskan dalam jawapan saya kelmarin. Daun tembakau itu memang kita boleh gunakan untuk cigarette dan untuk lain-lain maksud, tetapi hakikatnya ialah kita masih ada petani yang menanam tembakau. Kelmarin saya tanya, siapa yang hendak hapuskan tanaman tembakau angkat tangan. Tidak ada seorang pun yang angkat tangan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sebab itulah kita bincang.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, sebab itulah saya hendak jelaskan. Kalau masih ada orang yang menanam tembakau, biarlah kita menggalakkan mereka untuk menanam daun tembakau yang high quality.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini perkara polisi, Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, ini yang dikatakan kita kena konsisten. Kita tidak boleh dengan izin, we cannot eat the cake and keep it. Kita kena buat penegasan tentang apa polisi kita sebenarnya sama ada kita mahu atau tidak mahu. Kita sudah berbincang sekian lama dan kita kata memperkecilkan seterusnya hingga menamatkan. Jadi, istilah menggalakkan ini yang kita pertikaikan, tidak perlu kita berbalik kepada perbincangan yang telah kita lalui. Itu sahaja yang kita minta supaya nampak jelas penegasan polisi kita itu, to be or not to be, that is the question. Apakah itu yang kita mahu atau bagaimana. Itu perkara yang diperdebatkan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, senang sahaja. Saya ada satu buku ini, WHO Framework Convention on Tobacco Control. [Menunjukkan sebuah buku]. Dalam perbahasan kita ini ialah kita hendak ikut ini, okey, kita setuju. Framework convention ini sedang diusahakan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Saya sudah sebut beberapa kali bahawa kita tidak bercanggah. Ini ialah mengenai tabiat merokok bukan untuk menanam tembakau. Satu perkataan pun tidak ada dalam framework convention ini yang menyebut kita tidak boleh tanam. Tidak ada. So, jangan salah faham. Kita kena debat dengan fakta yang betul.
Oleh sebab itu TuanPengerusi, tadi saya ada sebut dua fasal sahaja yang ada berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh dianggapkan kita sebagai menggalakkan industri rokok ini.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Minta laluan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Keduanya, nanti, nanti. Saya sudah jawab tentang fasal 4 dan sekarang fasal 26. Fasal 26 ini mengenai ses.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sedikit sahaja.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya baca ini dulu, selepas saya baca nanti, boleh.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tadi, Yang Berhormat Subang bangkitkan fasal 12 itu, saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan Yang Berhormat Subang iaitu perkataan ‘keabaian’ dan ‘keingkaran’ ini tidakkah wajar digugurkan sahaja supaya tidak berlaku percanggahan,itu sahaja. Maksudnya, perkara 12: “...berkenaan dengan apa-apa perbuatan keabaian, keingkaran...” ini tidakkah wajar dibuang sahaja daripada dikekalkan dalam ayat ini, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang tadi.
Ini kerana ia bertentangan dengan perkataan “...dengan suci hati...”. Jadi, takkan yang keingkaran pun kita hendak pertahankan juga?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, kita boleh balik kepada tajuk itu.
Namun saya hendak menjelaskan apa yang banyak disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, iaitu tentang kita masih berpegang dalam sikap yang kita hendak menggalakkan industri rokok ini. Industri rokok dengan tembakau adalah berlainan. Oleh sebab itu seksyen 26(3) yang kita cadangkan hendak pinda atas sebab ada dalam fikiran kita menggunakan ses yang kita kutip daripada pihak pengilang ini untuk kita melaksanakan projek-projek ataupun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tabiat merokok itu. Oleh sebab itu saya akan mencadangkan satu pindaan kepada seksyen 26. Hanya itu sahaja. Kalau kita sebut R&D dan sebagainya ia tidak berkaitan kerana R&D ini bukan untuk tabiat merokok. R&D ialah mengenai daun. Kita boleh dapatkan jenis pokok tembakau dan daun yang lebih baik yang mana kita boleh hasilkan seperti Q10 atau produk-produk farmaseutikal yang boleh kita gunakan pada masa akan datang. Itulah sebabnya kita mengadakan R&D bukannya untuk tujuan bagaimana kita menggalakkan orang merokok, tidak!
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Boleh sedikit...
Datuk Peter Chin Fah Kui
Mengenai Yang Berhormat Batu Pahat, yang kita sebutkan tadi itu, saya haraplah, kalaulah perkara ini adalah satu masalah kita akan bawa pindaan pada masa akan datang. Buat masa sekarang ini saya kenalah tumpukan kepada penasihat daripada Peguam Negara yang meluluskan rang undang-undang ini untuk dibentangkan di Parlimen ini.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Hantar baliklah.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya kira tidak perlu bertegas dengan satu perkara yang mungkin ada kesalahan di situ sebab Jabatan Peguam Negara juga boleh melakukan kesilapan. Inilah gunanya Ahli- ahli Parlimen ini untuk menunjukkan di manakah kesilapan-kesilapan dan kekurangan- kekurangan itu. Tidak semestinya kalau sekiranya kita dengan izin, admit kesilapan itu bermakna menjatuhkan maruah ataupun menurunkan martabat AG dan sebagainya, tidak timbul soal itu.
Perkara yang kedua iaitu berkenaan dengan yang dikatakan tadi untuk meningkatkan kualiti penanaman tembakau itu. Kita semua semalam telah bertanya, berapa peratus sebenarnya hasil tembakau yang dikatakan akhirnya kepada produk farmaseutikal. Semua kita tahu bahawa hasil tembakau ini 99% adalah rokok. Macam padi jugalah analoginya. Kita tanam padi hendak dapatkan padi yang berkualiti, semuanya untuk mendapatkan hasil beras yang berkualiti. Kita tidak sebut hendak tanam padi sebab hendak mendapatkan tapai yang berkualiti walaupun tapai itu dibuat daripada beras.
Jadi, saya kira perkara ini harus diambil kira. Kalau pindaan boleh dibuat dalam perkara 26(3), kenapa pindaan tidak boleh dibuat dalam pecahan-pecahan yang di mana diletakkan ‘menggalakkan’ tadi. Jadi kita mohon dan merayu supaya pindaan dibuat terhadap teguran-teguran dan saranan-saranan yang telah dicadangkan tadi. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Apa yang disebutkan oleh...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Boleh saya sambung? Sedikit sahaja. Saya rasa itu senang sahaja, kita hantar balik kepada Peguam Negara supaya buat pindaan dan bentangkan semula.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, soalnya ialah sama ada kita hendak menghentikan tanaman tembakau. Kalau begitu, tidak usahlah kita banyak berbincang. Hanya ada satu soalan, hendak berhenti atau tidak. Kalau saya rasa itu soalan yang kita hendak bincangkan, senang. Kita boleh tanyalah Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kita boleh bersetuju atau tidak, tetapi saya rasa itu bukan soalan yang kita hendak bincangkan. Saya tidak tahulah macam mana you ambil pendirian yang begitu. Saya rasa industri tembakau ini masih akan wujud hingga suatu hari nanti kita ada satu tanaman gantian supaya kita tidak payah menanam tembakau lagi. Namun itu bukan satu hari...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Yang Berhormat Menteri, bukankah kenaf ini memang tanaman gantian yang tujuan kita untuk menggantikan tembakau? Jadi, kenapa kita bertanya begitu? Kenalah ada komitmen ini! Apa gunanya kita ada Lembaga Kenaf ini kalau kita tidak bertujuan untuk mengecilkan industri tembakau? Sebenarnya apa tujuannya? Tidak payah kenaf, kita promote dan galakkan sahaja industri tembakau, habis cerita.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, kita pun tahu lima tahun dahulu jumlah penanam tembakau ialah 15,000 orang tetapi pada hari ini dalam lingkungan 9,000 orang sahaja, bukan 11,000. Kita ada angka.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri boleh sambung jam 2.30 petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung lagi perbahasan di sebelah petang pukul 2.30 nanti.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang d-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, tidak cukup kuorumlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Setiausaha bunyikan loceng untuk kuorum.
[Loceng di bunyikan] [Ahli-ahli dikira: Lebih daripada 26 Ahli hadir]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung penggulungan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, selepas dalam satu jam ini yang saya berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai- pegawai kementerian saya termasuk juga pegawai dari Jabatan Peguam Negara. Adalah didapati bahawa antara huraian-huraian yang kita terima pagi ini memang ada perkara- perkara yang kita kena teliti dengan lebih mendalam, khususnya untuk akta fasal 13 dan 12.
Di mana kita rasa adalah sesuai pindaan-pindaan kita akan lakukan untuk fasal ini, terutamanya tidak bercanggah. Keduanya untuk supaya ia memang mengikut fasal-fasal atau kandungan yang telah dimasuki dalam akta-akta yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebelum petang ini.
Oleh sebab itu, saya minta satu tangguhan bagi akta ini sehingga selepas pindaan kepada Akta Pelajaran yang disenaraikan nombor dua dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul bagi hari ini. Ini bermaksud Tuan Pengerusi, saya sangat berharap peringkat Jawatankuasa ini akan disambungkan sejurus selepas Rang Undang-undang Pendidikan
(Pindaan) 2008 ini diselesaikan.
Ini untuk memberi sedikit masa bagi pegawai saya dan juga Peguam Negara untuk menentukan perkataan-perkataan yang perlu kita pindakan dalam seksyen 12 dan 13 itu.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya memohon supaya ahli-ahli yang di sebelah sana jangan object lah untuk permohonan ini untuk ditangguhkan.
Seorang Ahli
Setuju.
[Rang Undang-undang Kenaf dan Tembakau Negara 2008, di peringkat Jawatankuasa ditangguhkan sementara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat. Ya, setiausaha teruskan.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu rang undang-undang yang bernama satu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 di bacakan kali yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Pendidikan 1996 sebagai akta utama perundangan pendidikan di negara ini telah diwartakan pada 31 Disember 1997 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Sejak berkuat kuasa akta ini telah dipinda kali pertama pada tahun 2002 bagi memasukkan peruntukan tentang dasar pendidikan wajib di peringkat rendah (seksyen 29 dan seksyen 29A) dan dasar mewajibkan penggunaan kurikulum prasekolah kebangsaan di semua prasekolah - seksyen 22.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sehingga ke hari ini senantiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan guru. Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan demi memartabatkan profesion perguruan antaranya adalah persetujuan kerajaan untuk menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Perubahan ini juga adalah selaras dengan keperluan Teras Lima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006– 2010 yang menekankan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan profesion perguruan.
Sehubungan dengan perkembangan tersebut pindaan Akta Pendidikan 1996 perlu dilakukan. Di samping itu Kementerian Pelajaran juga telah mengkaji keperluan untuk meminda peruntukan-peruntukan lain yang berada di bawah kuasa Menteri Pelajaran supaya tanggungjawab Kementerian Pelajaran akan menjadi lebih tegas, lebih jelas, kemas kini dan pelaksanaannya akan berjalan lancar. Dasar untuk menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru dengan izin Institute of Teacher Education adalah selaras dengan dasar pensiswazahan guru yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru serta melahirkan guru siswazah yang benar-benar memahami keperluan dan cabaran sekolah.
Selain itu sasaran kerajaan untuk mengisi sekolah menengah dengan 100% guru siswazah dan sekolah rendah dengan 50% guru siswazah menjelang tahun 2010 akan dapat dicapai. Pelaksanaan dasar menempatkan guru siswazah di sekolah rendah telah memberi kesan kepada program pendidikan guru yang sedang dilaksanakan. Perubahan tersebut memerlukan fokus pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru dianjakkan kepada program peringkat bukan ijazah kepada program ijazah. Negara akan mengalami kerugian
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
sekiranya pengalaman, kepakaran sumber dan prasarana maktab perguruan yang sedia ada tidak terus dimanfaatkan untuk mendidik guru bagi memenuhi keperluan negara.
Bagi mencapai sasaran dasar pensiswazahan guru pula kerajaan perlu menyediakan seramai 23,000 orang siswazah setahun. Pertukaran status maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru yang akan melaksanakan program ijazah akan berupaya khusus untuk melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang betul-betul berminat dan berpotensi serta ingin menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya pilihan. Malah kebenaran penganugerahan ijazah akan membolehkan Institut Pendidikan Guru memanjangkan tempoh latihan perguruan. Tempoh latihan yang panjang dengan strategi pendidikan guru yang sistematik akan membolehkan watak guru yang matang dibentuk di samping membolehkan pelatih guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran mengendalikan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan kejurulatihan sukan.
Tuan Yang di-Pertua, semenjak 1992 maktab perguruan telah melaksanakan program berkembar B. Ed TESL dengan universiti luar negara iaitu universiti di United Kingdom, Australia dan juga New Zealand. Ini membuktikan bahawa maktab mempunyai asas yang kukuh dan sedia untuk dinaikkan setingkat lagi iaitu sebagai sebuah institusi yang boleh menganugerahkan ijazah. Program Pendidikan Guru di maktab perguruan turut diperkukuhkan dengan pelaksanaan teaching school iaitu sekolah dalam maktab yang mendedahkan guru pelatih kepada situasi amali, praktikal sebenar di bilik darjah. Malah semasa berstatuskan maktab lagi, maktab perguruan dan bahagian perjawatan guru juga telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa melalui anugerah sijil MS ISO9001:200.
Maktab perguruan juga mempunyai tenaga pengajar yang pakar dalam bidang pendidikan perguruan dan berpengalaman luas khususnya dalam melaksanakan program latihan ikhtisas perguruan peringkat sekolah rendah dan dengan izin, continuous professional development (CPD) bagi semua kategori guru sekolah. Ada di antara tenaga pengajar Institut Pendidikan Guru tersebut telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Langkah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru yang boleh mengeluarkan ijazah juga dilihat sebagai satu langkah yang ekonomik dan strategik. Menerusi pendekatan ini kerajaan akan dapat menjimatkan kos kerana kerajaan hanya perlu meningkatkan prasarana dan sumber sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi dalam landasan dan matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan kualiti pendidikan guru sejajar dengan sasaran yang ditetapkan.
Malah beberapa buah negara telah menggunakan strategi ini dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan guru mereka dengan mengangkatkan kolej perguruan menawarkan ijazah dan ianya didapati berkesan menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Antara negara tersebut ialah New Zealand dan United Kingdom yang diiktiraf mempunyai sistem pendidikan guru antara yang terbaik di dunia. Ini bersandarkan kepada benchmarking for the best practices yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran.
Dengan menaik taraf maktab kepada IPG (Institut Pendidikan Guru) yang tidak bertaraf badan berkanun seperti IPTA, IPG akan dapat dikawal selia secara langsung oleh Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian penggubalan dan perubahan kurikulum pendidikan guru akan dapat ditentukan agar senantiasa memenuhi keperluan pendidikan yang sejajar dengan hasrat kerajaan. Tambahan pula kurikulum Institut Pendidikan Guru adalah lebih berfokus kepada latihan amali, hands on dan juga berbanding kegiatan- kegiatan yang bersifat teori.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyebut pula cadangan kerajaan untuk mewajibkan pengusaha tadika yang ingin menjalankan kurikulum tambahan supaya memohon dan mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru sebelum dilaksanakan di mana-mana pusat prasekolah. Untuk makluman tadika atau prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur dari empat sehingga enam tahun sebelum mereka masuk ke tahun satu persekolahan.
Program ini menyediakan dengan izin head start kepada kebolehan berbahasa, berkomunikasi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Ia bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif di kalangan mereka. Dengan pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menggembirakan, berkesan dan bermakna kanak-kanak akan dapat dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal di sekolah rendah. Selain Kementerian Pelajaran, pendidikan di peringkat prasekolah ini turut ditawarkan oleh pelbagai pihak lain seperti agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan pertubuhan sosial.
Sehingga kini program dan kegiatan setiap tadika adalah berasaskan kepada kurikulum prasekolah kebangsaan yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2003 sebagai rujukan standard kepada semua pengusaha tadika kerajaan, bukan kerajaan dan pihak swasta.
Seksyen 22, Akta Pendidikan 1996 telah menetapkan bahawa semua tadika wajib melaksanakan kurikulum prasekolah kebangsaan. Pada masa yang sama mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum tambahan hanya perlu memaklumkannya kepada Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru sebelum melaksanakan kurikulum tambahan tersebut. Bagi memastikan supaya kurikulum tambahan yang dilaksanakan dan diguna pakai di tadika adalah selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan dan bersesuaian dengan tahap pendidikan di peringkat tadika, adalah dicadangkan supaya pindaan dibuat untuk mewajibkan tadika yang hendak melaksanakan kurikulum tambahan mendapat kelulusan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru sebelum melaksanakannya.
Sesungguhnya bukanlah menjadi dasar Kementerian Pelajaran untuk menyekat inisiatif dan kreativiti para pengusaha tadika untuk memperkenalkan kurikulum tambahan.
Namun langkah harus diambil bagi memastikan kurikulum tersebut adalah selaras dengan kurikulum pendidikan kebangsaan di peringkat rendah dan bersesuaian dengan tahap umur serta perkembangan kanak-kanak. Kurikulum yang bersesuaian berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari segi bahasa, fizikal, kognitif, sosial emosi, estetika dan kerohanian ke arah melahirkan individu yang sihat cergas dan cerdas, berdaya fikir dan mempunyai nilai keperibadian yang murni malah pindaan ini juga dapat mengukuhkan peruntukan sedia ada dan memberi kesan positif kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan. Bagi menjalankan tugas ini, seksyen 5 telah memperuntukkan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri dan wilayah serta sebilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu. Setakat ini, tugas mendaftar institusi pendidikan di peringkat negeri dan wilayah serta bahagian dan daerah dilaksanakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan Wilayah merangkap Pendaftar Sekolah dan Guru dengan dibantu oleh sebilangan pegawai pendidikan yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar.
Dalam pelaksanaan ini, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah pula berperanan sebagai ketua dan pegawai kanan kepada Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di peringkat negeri dan daerah masing- masing tanpa diperuntukkan jawatan secara khusus di bawah akta ini. Bagi memperkemaskan lagi tugas mendaftar institusi pendidikan, adalah dicadangkan supaya diwujudkan jawatan Timbalan Pendaftar Sekolah dan Guru di peringkat negeri dan daerah agar menjadi ketua dan pegawai kanan kepada Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di peringkat negeri dan daerah masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan juga memberi kesan dan berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang lain. Sehubungan itu, pindaan juga dibuat untuk mengemas kini peruntukan-peruntukan Akta Pendidikan 1996 supaya selaras dengan pindaan yang dibuat, peruntukan yang lain serta amalan pelaksanaan semasa.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini mempunyai 10 fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Pendidikan yang dicadangkan. Akta yang dicadangkan ini akan mula berkuat kuasa pada satu tarikh yang akan diberitahu melalui warta.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda Akta 550 untuk menggantikan perkataan ‘Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru’ kepada ‘Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru’ menggantikan perkataan ‘Maktab Pendidikan Guru’ dengan ‘Institut Pendidikan Guru’, menggantikan perkataan ‘Pendaftar Sekolah dan Guru’ dengan ‘Pendaftar Institusi dan Guru’, menggantikan perkataan ‘Penolong Pendaftar Sekolah’ dengan ‘Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan’ dan menggantikan perkataan ‘Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru’ dengan ‘Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Guru’.
Fasal 3, meminda dan memasukkan ungkapan tertentu dalam seksyen dua Akta 550 seperti berikut:
(a) berhubung dengan takrif pendidikan khas bagi memperjelaskan maksud perkataan ‘pendidikan khas’; dan
(b) memasukkan takrif Institut Pendidikan Guru selaras dengan kenaikan taraf Maktab Pendidikan Guru kepada Institut Pendidikan Guru.
Fasal 4, meminda seksyen 5 Akta 550 untuk memasukkan perkataan ‘Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan Guru’ dan ‘Timbalan Pendaftar’ dan bagi menggantikan perkataan ‘Pendaftar’ atau ‘Penolong Pendaftar’ dengan perkataan ‘Pendaftar’, ‘Timbalan Pendaftar’ atau ‘Penolong Pendaftar’.
Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 9A ke dalam Akta 550.
Seksyen baru 9A yang dicadangkan adalah pindaan berkaitan daripada perubahan nama bagi perjawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 9A tersebut dan perubahan nama itu tidaklah menyentuh apa-apa kuasa, hak keistimewaan, tanggungan, kewajipan atau obligasi Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Pendaftar Sekolah dan Guru dan Penolong Pendaftar Sekolah dan Guru atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap mereka.
Fasal 6 pula bertujuan untuk meminda subseksyen 22(3) Akta 550 untuk membolehkan Ketua Pendaftar mengawal apa-apa kurikulum tambahan yang ingin dilaksanakan di tadika supaya selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan dan sesuai dengan tahap pendidikan di tadika.
Fasal 7, bertujuan untuk meminda seksyen 44 Akta 550 bagi membolehkan Institusi Pendidikan Guru menganugerahkan Diploma dan Ijazah Perguruan selaras dengan kenaikan taraf Maktab Pendidikan Guru kepada Institusi Pendidikan Guru.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 49 Akta 550 untuk memberi Menteri Pelajaran kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan penganugerahan Ijazah Perguruan, penubuhan dan pengurusan jawatankuasa bagi kegiatan luar, kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan tatacara bagi penubuhan Institut Pendidikan Guru.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 67(1) Akta 550 untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan cara murid dinilai dan taraf yang hendaklah dicapai oleh mereka pada semua peringkat pendidikan di bawah bidang kuasanya.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 77(1) Akta 550 bagi memperjelaskan bahawa institusi pendidikan swasta yang didaftarkan di bawah akta ini tidak boleh mengendalikan apa-apa kursus pengajian atau program latihan dengan institusi pendidikan tinggi lain tanpa kelulusan bertulis menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini akan membolehkan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran melaksanakan dasar naik taraf Maktab Pendidikan Guru kepada Institut Pendidikan Guru seperti yang telah direncanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato’ Razali bin Ismail
Selain daripada menjadikan Institut Pendidikan Guru sah daripada segi undang- undang, cadangan pindaan ini juga mengemukakan pindaan lain yang bertujuan untuk mengemas kini peruntukan undang-undang pendidikan sedia ada supaya selaras dengan pindaan yang dicadangkan dan amalan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.
Dengan termaktubnya pindaan ini sebagai undang-undang, tanggungjawab Kementerian Pelajaran akan menjadi lebih jelas, kemas dan pelaksanaannya akan berjalan dengan lebih lancar. Pindaan-pindaan lain yang tidak disebut secara khusus adalah pindaan-pindaan kecil atau yang berbangkit. Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Siapa menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Bangun]
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
[Bangun]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya sama-sama membahas Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini. Jadi, kalau kita lihat tadi daripada penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi terdapat ada sepuluh fasal yang dipinda dan antara yang utama dan penting yang dipinda ialah kalau kita melihat kepada subseksyen 44 Akta 550 ini iaitu bagi membolehkan Institusi Pendidikan Guru menganugerahkan Diploma dan Ijazah Perguruan selaras dengan kenaikan taraf Maktab Pendidikan Guru kepada Institusi Pendidikan Guru. Perkataan yang dipinda di situ ialah daripada ‘Maktab’ kepada ‘Institusi’ dan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan ini, kesemua 27 Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf menjadi Institut Pendidikan Guru.
Sekarang pun dah dipanggil institut dengan nama-nama yang tertentu seperti Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Institut Perguruan Tengku Bainun dan sebagainya dan dengan kenaikan taraf ini membolehkan IPG menganugerahkan Diploma dan Ijazah Perguruan. Langkah ini amat tepat pada waktunya kerana ia sejajar dengan sasaran kerajaan untuk menyediakan pada pandangan saya 100% guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50% bagi sekolah rendah menjelang tahun 2010. Peranan IPG juga diperluaskan di peringkat global dengan membuka peluang kemasukan program latihan perguruan kepada calon dari luar negara. Pengantarabangsaan IPG akan meletakkan kedudukan kualiti program latihan perguruan negara pada tahap tertinggi.
Tuan Yang di-Pertua, meneliti kepada peningkatan bilangan yang memohon memasuki IPG nyata gambaran yang diberikan menunjukkan ramai yang ingin menjadi guru.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sebagai contoh pada sesi kemasukan 2007, sejumlah 88,171 lepasan SPM memohon masuk ke 27 IPG di seluruh negara iaitu 20 kali ganda berbanding 4,670 tempat disediakan. Pada tahun 2008, 108,394 permohonan diterima dan hanya 4,726 tempat ditawarkan. Jadi sekiranya pertambahan bilangan menjadi indikator bahawa guru ialah pilihan utama kerjaya mereka, ini adalah satu petanda yang baik Tuan Yang di-Pertua.
Walau bagaimanapun, beberapa isu dan masalah perlu diambil perhatian dalam pendidikan guru ini. Pertamanya kenaikan taraf ke IPG sangat wajar dan sangat-sangat dialu-alukan, difahamkan bahawa semua IPG dinaik taraf pada tahun 2006. Mengapa baru sekarang tahun 2008 akta ini dipinda? Terlambat dua tahun ya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Keduanya walaupun kelayakan tinggi, ada ijazah tidak menjamin seseorang itu menjadi guru yang berkualiti dan berkesan. IPG perlu memastikan selain kelayakan bakal guru mesti mempunyai kesediaan mengajar yang mantap. Kurikulum pendidikan guru wajib memastikan supaya selepas menjalani latihan semua guru permulaan bersedia bukan sahaja untuk menjalankan tugas di kawasan pedalaman, tetapi juga bersedia dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid dan pelbagai peranan lain. Calon guru yang dikehendaki ialah komited, dan dedikasi terhadap profesion itu selain mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik. Rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat dan setelah tamat pengajian guru perlu bersedia berkhidmat di mana-mana terutamanya di kawasan luar bandar.
Ketiganya latihan guru juga perlu memberi penekanan kepada mengajar pelatih- pelatih kaedah menjalankan penyelidikan terutamanya kajian tindakan. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan PPSMI. Selain memiliki kelayakan profesional yang asas seorang guru seharusnya membudayakan kajian tindakan di sekolah.
Pendapatan penyelidikan digunakan sebagai input bagi menyelesaikan masalah pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan sebenarnya mereflect diri sendiri, mengenal pasti masalah yang dihadapi, memantau tindakan dan seterusnya memperbaiki proses pelajaran dan pembelajarannya.
Keempat, pengetahuan dan kemahiran guru mengintegrasikan ICT dalam P&P sangat penting dalam usaha Kementerian Pelajaran membestarikan semua sekolah menjelang 2010.
Sehingga akhir 2007, KPM telah memberi latihan ICT kepada seramai lebih kurang 246,567 orang guru. Satu jumlah yang besar, sehingga Julai 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan KPM telah selesai melaksanakan kursus English for the teaching of Mathematics and Science, membabitkan kira-kira 122,000 orang guru-guru Sains dan Matematik sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Sekiranya IPG memberi latihan secukupnya kepada bakal guru terutamanya dalam kaedah penyelidikan dan tindakan mengintegrasikan ICT dalam P&P menekankan bahasa Inggeris untuk PPSMI pihak Kementerian Pelajaran Malaysia...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan. Penjelasan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Sekejap lagi. Pihak KPM boleh berjimat kerana tidak perlu membelanjakan wang menganjurkan kursus dan guru- guru pula tidak perlu terlalu kerap meninggalkan sekolah untuk menghadiri kursus. Okey, sila.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Lipis, sebab Yang Berhormat Lipis membangkitkan bahawa dengan adanya ijazah ini belum menjamin seseorang guru itu menjadi seorang guru cemerlang yang berkualiti. Jadi kalau kita tukar pun upgrade daripada sebuah maktab perguruan kepada institut perguruan dengan tujuan hanya untuk memberi ijazah, tetapi itu pun tidak memberi jaminan bahawa guru kita ini guru cemerlang.
Jadi sudah tentulah barangkali yang menjadi masalahnya ialah Maktab Perguruan ataupun yang sekarang ini kita hendak jadikan sebagai Institut Perguruan. Jadi di mana silapnya, di mana kurangnya.
Sebab memang menjadi masalah kepada pendidikan negara kita sekarang ini ialah kerana masalah pendidikan yang tidak berkualiti ataupun ialah barangkali guru yang tidak cemerlang, dan oleh kerana itulah kita melihat daripada jumlah guru sekarang ini terutamanya yang mengajar di luar bandar, puncanya ialah kerana sukar untuk mendapat guru yang cemerlang. Jadi apakah maksudnya kalau ini hanya lebih kosmetik sahaja, tukar kepada Institut Perguruan dengan tujuan ijazah itu tadi, tidak memberi sebarang makna.
Maka apakah yang perlu kita lakukan sebenarnya untuk kita memperbaiki sistem kita ini supaya melahirkan guru yang cemerlang. Mohon penjelasan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sebenarnya dalam latihan perguruan, selain daripada kepakaran mengajar dan sebagainya, latihan yang diberikan oleh IPG, ijazah juga memainkan peranan yang
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
penting sebab di situlah sebenarnya kadang-kadang motivasi kepada guru-guru yang mengajar, sebab kadang-kadang pandangan awal juga sangat penting. Kalau yang mengajar di sekolah menengah walaupun mereka mempunyai kemahiran yang tepat dan sebagainya, tetapi kalau guru itu tidak berijazah, yang mengajar di sekolah menengah, rasa hati murid, pandangan awal itu pun sudah tidak menjadi. Sebab itulah bagi saya selain daripada - walaupun dia tidak menjamin dari segi kecemerlangan, tetapi dengan adanya ijazah dan dengan rasa saya latihan yang diberi oleh IPG daripada dahulu sampai sekarang, sedikit demi sedikit kecemerlangan terserah kerana kecemerlangan ini tidak kita dapati dalam masa yang singkat. Dia perlu latihan dan sebagainya.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Sedikit penjelasan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Kita bagi kepada...
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih sahabat saya dari Lipis. Kalau kita menoleh sejenak, sejarah perguruan negara kita ini, tahun awal 60-an 70- an tidak ramai guru berijazah pada waktu itu. Diploma pun tidak ramai pada waktu itu, tetapi kualiti guru, kecemerlangan guru dan guru-guru kita dahulu Yang Berhormat masih kita kenang pada hari ini. Hari ini saya hampir setuju tukar maktab kepada institut. Ini baik, bukan tidak baik, tetapi adakah Yang Berhormat setuju kerajaan juga perlu mengkaji kenapa bidang perguruan akhir-akhir ini mengikut satu kajian yang dibuat menjadi the last resort. Pilihan terakhir bagi anak-anak muda kita. Sudah tidak dapat masuk universiti, sudah tidak dapat bidang lain, akhirnya tidak ada pilihan daripada menganggur memilih bidang perguruan. Dan lahirlah satu generasi guru hari ini yang murid menjadi mangsa sama ada di bandar atau di luar bandar.
Adakah Yang Berhormat bersetuju di samping kita mengupgrade maktab dan seumpamanya, tetapi satu kajian yang empirical, yang sistematik boleh dibuat, kenapa minat itu berkurangan dan hari ini menjadi pilihan terakhir bagi remaja kita? Minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Dari segi kajian itu saya tidak dapat hendak menjelaskan, jadi kita minta pihak kementerian menjelaskannya. Walau bagaimanapun, kalau kita tengok trend daripada 2006, 2007, 2008 dan sebagainya, nampaknya perubahan ketara telah berlaku.
Jadi mungkin kerana kalau dahulu untuk memasuki institut perguruan atau maktab perguruan ini kita tidak mengenakan syarat yang ketat untuk terus masuk ijazah, kerana mereka masuk melalui peringkat sijil dan sebagainya. Tetapi kini apabila mereka masuk ke peringkat ijazah, mereka yang masuk memang betul-betul yang dah mula berminat dan kalau dahulu memang betul guru-guru kita tidak ada ijazah dan sebagainya, tetapi itu pada masa itu, keperluan pada masa itu dan kita sendiri pun memang pada masa itu tidak dapat hendak mengambil guru-guru ijazah kerana universiti pun ada satu dua. Akan tetapi sekarang ini dengan keadaan yang ada dan keperluan pada masa sekarang, rasa saya perlu guru-guru yang berijazah, tetapi selain daripada ijazah, mereka ini yang cemerlang dan komited untuk melatih atau membawa, melonjakkan negara kita, untuk melatih anak murid kita, untuk melonjakkan negara kita ke hadapan.
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau bangun.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tak habis nanti macam mana?
Okey sila Yang Berhormat Arau.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Masa panjang lagi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Lipis. Saya tertarik dengan pertanyaan kedua-dua rakan saya daripada Kubang Kerian dan Batu Pahat berhubung dengan soal keyakinan. Ini kerana sebenarnya kalau mengikut keadaan pindaan akta pendidikan ini kita lihat daripada tahun 1961, dia lebih kepada satu keadaan di mana pada masa itu kita menjurus kepada perpaduan di antara kaum. Kemudian ia diperjelaskan lagi pada tahun 1996 iaitu dengan menunjukkan satu hala tuju dan juga wawasan
Dato' Ismail Kasim - Arau
pendidikan secara jelas. Walaupun pada pandangan Yang Berhormat Lipis tadi dalam perbahasan, Yang Berhormat Lipis mengatakan bahawa pindaan ini agak lambat dibuat pada 2008 yang sepatutnya dibuat pada 2006.
Cuma mengikut keadaan sekarang, pada saya tujuan pindaan ini adalah apabila kita melibatkan guru-guru yang sedang dalam perkhidmatan di mana mereka diberi peningkatan daripada mereka mempunyai sijil kemudian diploma dan juga ijazah. Sudah tentu mereka mengikuti kursus-kursus dan juga syllabus yang membolehkan mereka meningkatkan lagi tahap profesionalisme mereka. Jadi sudah barang tentu mereka akan menjadi lebih berkarisma, berketerampilan dan juga mempunyai lebih ilmu dalam mereka mengajar kepada murid-murid ataupun pelajar-pelajar mereka.
Jadi saya rasa ini merupakan satu langkah yang baik, cuma seperti Yang Berhormat katakan tadi gabungan PNP dan sebagainya itu semua boleh diperolehi dengan peningkatan yang mereka lalui menerusi pindaan yang kita akan buat dalam akta 2008 ini.
Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Arau tadi tapi hanya saya katakan tadi agak lambat sepatutnya dipinda kerana kita sudah mulakan pengajian dan sebagainya jadi kita bimbang nanti kalau kita tidak cepat mengubah ia akan terus lewat dan ia akan memberi kesan kepada guru-guru yang sepatutnya sudah mendapat ijazah tetapi ijazahnya tergantung kerana tidak di legal kan dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Jadi saya sambung. Dari segi pengisian kurikulum latihan guru termasuk pelaksanaan praktikal, saya ingin tahu adakah terdapat perbezaan antara kurikulum pendidikan guru yang diguna pakai di IPTA dengan diguna pakai di IPG. Sekiranya ada perbezaan bagaimanakah penyelarasan dibuat untuk memastikan guru lepasan IPTA ini kerana universiti-universiti juga ada menawarkan kursus-kursus dalam bidang perguruan ini dan IPG benar-benar berkualiti.
Bagaimanakah KPM menyelesaikan masalah yang dikatakan diskriminasi yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi atau IPTA yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah berbanding dengan lepasan IPT.
Ketujuhnya, dari segi tenaga pengajar IPG pula pada masa ini terdapat lebih kurang seramai 3,129 orang pensyarah di 27 buah IPG di seluruh negara. Adakah tenaga pengajar yang berkelayakan yang sedia ada ini mencukupi untuk membimbing pelajar di peringkat ijazah sarjana muda di IPT? Adakah kemungkinan IPG dinaiktarafkan ke peringkat universiti untuk membolehkan guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah...
Dato' Ismail Kasim - Arau
Mohon laluan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...dan bagaimana dengan pengiktirafan ijazah lepasan IPG? Adakah ia telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Qualification Agency atau MQA dan JPA? Saya bagi belakang kejap. Sila.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lipis. Pada dasarnya tentang Rang Undang- undang Pindaan Akta Pendidikan Tahun 1996 dan Pindaan 2008 ini, saya bersetuju sebab kita melihat bagaimana perguruan ataupun guru itu ditingkatkan dari segi martabat dan bagaimana ia akan menjadi satu profesion yang bukan menjadi pilihan terakhir bagi warganegara kita di Malaysia ini. Adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju dengan saya sebab kita melihat bagaimana terutamanya di negeri Sabah dari segi peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada negeri Sabah iaitu berjumlah RM3.4 bilion merupakan peruntukan yang terbesar di seluruh negeri di Malaysia ini. Akan tetapi saya melihat bagaimana institut perguruan di negeri Sabah yang sekarang ini hanya ada tiga buah sahaja dengan yang terbaru iaitu Institut Perguruan Tawau dengan menutup Institut Perguruan Sandakan.
Saya ingin mencadangkan dan adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju dengan saya supaya Maktab Perguruan Sandakan pada ketika dahulu menjadikan satu maktab
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
perguruan yang ramai sudah mengeluarkan lepasan guru juga dibuka semula bagi memastikan bahawa tahap pendidikan perguruan di negeri Sabah dapat ditingkatkan.
Sebab kita melihat bagaimana sekarang ini berdasarkan ujian penapisan KIZM pada 28 Januari iaitu melihat bagaimana murid-murid pada Tahun Satu yang diuji di negeri Sabah dari segi kemahiran membaca, menulis dalam program KIZM ini adalah berjumlah 65.5% iaitu sejumlah bersamaan 28,700 orang murid...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
...merupakan yang tertinggi di Malaysia supaya dibuka kembali Maktab Perguruan Sandakan ini untuk memastikan proses profesionalisme perguruan ini dapat dibanyakkan di negeri Sabah. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Okey, terima kasih Yang Berhormat daripada silam. Saya ingat tadi dia hendak berucap. Saya pun sudah terlelap sekejap. Jadi Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bagi pada Yang Berhormat Arau tadi.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja.
Saya tidak mahu mengganggu masa perbahasan Yang Berhormat. Cuma apabila Yang Berhormat bangkitkan soal peningkatan kualiti kita sudah ada bila maktab perguruan ditukarkan kepada institut perguruan saya rasakan satu universiti induk yang sepatutnya bernaung di bawah Kementerian Pelajaran iaitu UPSI. Ini kerana UPSI tidak sepatutnya berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kerana bila sudah ada IPG untuk ijazah lanjutan bagi peringkat Masters dan juga PhD patut ianya dikendalikan oleh UPSI dan UPSI ini yang betul-betul mempunyai hubung kait dengan Kementerian Pelajaran. Sepatutnya kerajaan mempertimbangkan untuk dikembalikan UPSI kepada Kementerian Pelajaran tidak diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang Berhormat daripada Arau terima kasih. Sebenarnya, pada pemikiran kita samalah dari segi itu tanpa memperkecilkan keupayaan Kementerian Pengajian Tinggi dari segi mengurus IPTA-IPTA yang ada saya sendiri pun memikir kerana selepas IPG atau Institut Pendidikan Guru, ke mana lagi?
Mungkin ke taraf universiti pendidikan guru. Kalau Universiti Pendidikan Guru berada di Kementerian Pelajaran bagaimana dengan UPSI? Jadi saya setuju supaya UPSI ini kalau bolehlah dipakat oleh dua kementerian ini supaya dikembalikan kepada Kementerian Pelajaran kerana urusan profesion perguruan ini memang sesuai di Kementerian Pelajaran.
Dari segi kebiasaan atau prosedurnya sudah ada, Tuan Yang di-Pertua.
Sebab kalau kita tengok ASWARA pun yang menjalankan kursus-kursus secara profesional diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebuah IPTA atau Institut Pengajian Tinggi Awam. Jadi maknanya kalau di ASWARA boleh duduk di bawah satu kementerian, saya percaya UPSI juga boleh diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Mungkin agaknya pada masa pemecahan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi ini terlepas pandang yang itu agaknya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi kalau dapat dikembalikan balik supaya kelicinan perjalanan urusan perguruan ini dapat diletakkan sekali. Saya bersetuju dengan cadangan tersebut.
Seterusnya yang kelapan, saya mahu melihat dari segi unjuran keperluan guru.
Jadi kalau kita lihat unjuran keperluan guru hendaklah disediakan setepat mungkin untuk menangani masalah kekurangan guru, guru berlebihan, ketidaksepadanan atau mismatch dengan izin antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutamanya kepada mata pelajaran-mata pelajaran kritikal. Sehingga ke hari ini, masalah kekurangan guru untuk subjek-subjek tertentu masih kedengaran belum dapat ditangani sepenuhnya.
Yang kesembilan, ketidakseimbangan bilangan guru lelaki dan perempuan Tuan Yang di-Pertua. Ketidakseimbangan bilangan antara guru lelaki dan enrollment di IPG antara pelatih perempuan dan lelaki sangat ketara. Sebagai contohnya, kalau kita lihat pada tahun 2007, kalau betul maklumat ini lelaki 3,495 orang. Manakala perempuan 6,467
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
orang iaitu sekali ganda. Jadi kalau sudah enrollmentnya begitu, keluarannya nanti pun akan begitu dan kalau kita tidak dapat menyeimbangkan kadar ini, mungkin kadar ini akan menjadi berterusan.
Bilangan lulusan institut perguruan tadi, enrollment dan guru sedia ada tahun 2003 sehingga 2007 di sekolah rendah dan sekolah menengah juga menunjukkan peratus guru perempuan kepada lelaki memang jelas semakin melebar dan sebagainya. Jadi ketidakseimbangan ini bukanlah satu perkara baru dan telah banyak kali rasa saya ditimbulkan. Secara umumnya gender seseorang guru tidak menjadi masalah asalkan guru itu kompeten dalam profesionnya.
Walau bagaimanapun, survey yang dijalankan di United Kingdom ke atas 603 orang kanak-kanak berumur antara lapan sehingga sebelas tahun menunjukkan bahawa 51% menyatakan mereka berkelakuan baik dengan adanya guru lelaki dan 41% menyatakan mereka akan belajar bersungguh-sungguh sekiranya ada guru-guru lelaki di sekolah. Majoriti pelajar lebih suka jika ada kedua-dua guru lelaki dan perempuan dalam sesebuah sekolah. Jika dibiarkan trend ini berterusan, akan timbul pula persepsi bahawa bidang perguruan hanya sesuai bagi wanita saja.
Tugas-tugas tertentu di sekolah memerlukan tenaga guru lelaki rasa saya. Jadi KPM perlu menggalakkan lebih ramai pelajar lelaki berminat dalam profesion perguruan.
Isu yang kesepuluh yang hendak saya bawa Tuan Yang di-Pertua ialah dari segi Kompleks Pelajaran Nilai.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya amat menarik kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tertarik, Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tertarik kerana ini ucapan mengenai gender guru ini. Saya rasa ramai yang merasa bimbang kerana lebih ramai guru ini perempuan ataupun wanita. Saya setuju bahawa ini adalah satu trend. Sama ada dia akan menjadi masalah atau tidak, saya belum pasti kerana kita juga lihat bidang seperti bidang kejururawatan. Mereka pun wanita juga. Adakah dia akan menjadi masalah?
Bidang dalam clerical, secretary, lebih wanita. Adakah itu akan menjadi masalah dan dalam bidang politik, menteri ramai lelaki. Adakah itu menjadi masalah? Saya rasa kalau lebih ramai guru yang terdiri dari golongan wanita akan menjadi masalah, jadi politik sekarang bermasalah kerana ramainya menteri ataupun mereka yang di kedudukan yang tinggi adalah lelaki. Jadi saya rasa kita perlu lebih komprehensif. Bukan lihat dalam bidang perguruan saja. Kita mesti juga melihat bidang-bidang yang lain. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya menjelaskan tentang bidang perguruan kerana kita membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan. Saya juga tidak mengatakan bahawa menjadi satu masalah yang besar. Hanya kadang-kadang di sekolah ini oleh kerana kita perlukan juga role model kedua-duanya, role model lelaki dan role model perempuan. Jadi kalau dapat diseimbangkan, alangkah baiknya dan kadang-kadang ada juga di sekolah... Kajian sudah dibuat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi kadang-kadang ada juga keadaan-keadaan tertentu di mana kita memerlukan guru perempuan. Ada juga keadaan- keadaan tertentu yang kita memerlukan guru lelaki. Sebab itu tadi saya jelaskan bahawa gender tidak menjadi satu syarat untuk guru-guru yang kompeten dan sebagainya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak mahu berpolemiklah tentang guru lelaki, guru perempuan ini. Kalau lebih banyak guru lelaki itu mendatangkan kebaikan apa salahnya. Akan tetapi saya ingin
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
melihat dan mendengar pandangan Yang Berhormat sendiri iaitu setujukah Yang Berhormat kalau guru itu dia lelaki pun tidak, perempuan pun tidak menjadi guru.
Kita baru ini dihebohkan tentang ada kes seorang guru seperti ini, lelaki pun tidak, perempuan pun tidak. Akan tetapi sebenarnya dia lelaki tetapi masuk pertandingan ratu pondan di negeri Kelantan. Jadi, apakah kita mesti menerima guru-guru seperti ini dan memberikan kesan yang buruk sebab mereka pendidik tetapi masuk pula pertandingan ratu cantik pondan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Yang ini susah juga saya mahu memikirkannya. Saya bimbang nanti saya dikatakan gender bias. Jadi bagi saya mereka yang memohon, penting sekali bagi saya guru itu mesti lelaki atau perempuan. Guru mesti lelaki atau perempuan.
Ini kerana guru adalah role model. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada pihak kementerian untuk menilai dan sebagainya kerana pilihan dibuat oleh mereka. Akan tetapi yang penting bagi saya ialah kompetensi guru itu mengajar. Jadi saya juga mahu bertanya di sini Tuan Yang di-Pertua apakah status pembinaan Kompleks Pelajaran Nilai yang akan menempatkan kampus induk IPG, Kampus Tambahan Institut Aminuddin Baki, Pusat Latihan Bahasa Inggeris atau ELTC, dan Kuarters Pendidikan dan Institut Pendidikan Khas. Bilakah kompleks ini akan disiapkan dan bila mula beroperasi kerana dengan terbinanya kompleks itu, hasrat kerajaan untuk memartabatkan profesion perguruan akan direalisasikan sepenuhnya.
Isu yang kesebelas ialah Penilaian Program Latihan Guru. Di sini saya suka mahu mencadangkan supaya semua jenis latihan yang berkaitan dengan pendidikan guru dinilai dari semasa ke semasa untuk memastikan kurikulum dan latihan guru kekal relevan dan kualiti guru terus dapat dipertingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu masuk kepada pindaan Seksyen 2, Akta Pendidikan ini iaitu takrif pendidikan khas. Takrif pendidikan khas - menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap program murid berkeperluan khas seperti berikut:-
(i) Program Pendidikan Khas dilaksanakan di Sekolah Pendidikan Khas;
(ii) Program Pendidikan Khas Integrasi terdiri daripada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran;
(iii) Program Pemulihan Khas dan KIA2M;
(iv) Program Khas Pendidikan Orang Asli dan Penan;
(v) Pendidikan Banduan Muda di penjara, dan
(vi) Program Pintar Cerdas dan Berbakat.
Jadi kalau kita lihat dari segi kanak-kanak kurang upaya ini, bagaimana dengan kanak-kanak kurang upaya yang tidak didaftarkan. Rasa saya masih ada pelajar kurang upaya di negara ini masih tidak didaftarkan ke kelas pemulihan berikutan kemungkinan ibu bapa mereka malu dengan keadaan yang dialami oleh anak masing-masing. Tindakan tersebut juga menyebabkan anak mereka tidak mendapat peruntukan khas yang disediakan untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Jadi bagaimana kita nak memastikan semua kanak-kanak yang kurang upaya ini terus dapat didaftarkan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Keduanya, kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat. Program pendidikan pintar, cerdas dan berbakat, gifted and talented pupils, dengan izin merupakan sebahagian daripada program pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khusus. Kanak-kanak pintar cerdas berbeza dengan kanak-kanak biasa dalam banyak aspek serta mempunyai keperluan pendidikan yang istimewa dan sendiri.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi pengabaian terhadap keperluan khusus mereka boleh menyebabkan mereka tidak berupaya mencapai potensi sebenar mereka. Ini kalau kita lihat banyak berlaku dalam negara kita. Keperluan pelajar pintar, cerdas dan berbakat kadang-kadang tidak dapat dipenuhi oleh sekolah biasa. Justeru mereka kerap merasa bosan kerana tidak ada cabaran-cabaran baru di sekolah tersebut.
Jadi kalau kita Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara maju seperti di United Kingdom, Australia, di US - juga beberapa negara ASEAN, terdapat program yang diwujudkan bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelebihan, PCB atau pintar, cerdas dan berbakat ini. Kerajaan negara berkenaan mempunyai peruntukan yang khas untuk memberi sokongan seperti menyediakan kelas-kelas khusus di sekolah atau sekolah khas bagi memastikan pelajar-pelajar PCB dapat membesar dalam suasana normal tanpa sebarang tekanan -daripada mana-mana pihak.
Difahamkan Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merancang program khusus untuk kanak-kanak PCB. Sehingga ke hari ini, berapakah bilangan guru pintar, cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti oleh KPM? Daripada lebih kurang 3.1 juta murid sekolah rendah, berapa peratus murid yang tergolong dalam kategori pintar, cerdas dan berbakat ini? Apakah program-program yang telah dirangka untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini? Adakah kerajaan akan mengadakan dasar-dasar khusus seperti membolehkan mereka melangkau kelas?
Seperti dulu saya pernah teringat, dan saya juga termasuk dalam program langkau kelas ini diadakan. Sekiranya KPM mempunyai perancangan untuk mengadakan program khas bagi - murid PCB, latihan perguruan perlu memperkenalkan kursus berkaitan PCB bagi membolehkan guru mengenal pasti ciri-ciri murid pintar, cerdas serta boleh membantu mengembangkan potensi murid tersebut.
Ketiganya, dalam konteks ini ialah menyediakan guru program pemulihan khas terlatih. Bagi saya, KPM wajib memastikan guru-guru yang betul-betul terlatih dilantik mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan saya tambah lagi satu M, melukis. Guru yang terlatih mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tertentu kanak-kanak itu dalam proses pembelajaran.
Ini termasuk memilih Pedagogi sesuai dengan keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran. Pada tahun 2006, didapati 120 ribu murid tahun satu tidak dapat menguasai kemahiran 3M. Sebanyak 7,430 pelajar tahun satu di negeri Terengganu dilaporkan masih tidak dapat menguasai kebolehan membaca dan menulis meski pun pelbagai program pendidikan disediakan oleh kerajaan. Kajian KPM pada tahun 2002 dan beberapa kajian lain menunjukkan bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan 3M murid-murid ialah disebabkan faktor guru pemilihan khas tidak mendapat latihan mantap berkaitan cara-cara mengendalikan murid-murid bermasalah pembelajaran.
Usaha kementerian mengesan murid-murid yang tidak tahu membaca pada tahun satu melalui program kia 2M sememangnya dipuji. Walau bagaimanapun,sejauh manakah keberkesanan program pemulihan khas itu? Berapa peratus murid yang berjaya dipulihkan?
Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa bilangan murid yang berjaya dipulihkan terlalu kecil dan sebilangan besar masih perlu meneruskan program membaca pada tahun- tahun berikutnya.
Terdapat sebilangan pelajar yang gagal dipulihkan setelah bertahun-tahun menjalani program pemulihan dan akhirnya mereka akan memasuki sekolah menengah dalam keadaan masih tidak tahu membaca. Apakah pendekatan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah ini?
Berkaitan dengan pendidikan Orang Asli dan Penan, pendidikan banduan muda di penjara pula Tuan Yang di-Pertua, bagi saya memberi pendidikan kepada golongan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan tidak ada golongan yang tertinggal dalam sistem pendidikan negara. Dengan menyediakan jawatan guru dan pinjaman buku teks untuk meningkatkan mutu pelajaran bagi banduan-banduan muda dan pesalah juvana di sekolah integriti di penjara adalah sangat wajar dan tepat pada masanya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Kelas dewasa untuk ibu bapa Orang Asli Peribumi (KEDAP) anjuran KPM mampu meningkatkan motivasi anak-anak Orang Asli, mendapatkan pendidikan dan program KEDAP perlu diperluaskan dengan penyertaan yang lebih banyak. Pencapaian anak-anak peribumi di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung dalam pelajaran masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, mereka perlu diberi bantuan dan perhatian sebaik mungkin selaras dengan komitmen kerajaan mahu rakyat hidup sejahtera, ini terdapat juga dalam Daerah Lipis Tuan Yang di-Pertua.
Jadi pindaan berikutnya iaitu 22(3) yang membolehkan ketua pendaftar mengawal apa-apa kokurikulum tambahan yang dilaksanakan di tadika supaya selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan dan sangat sesuai dengan tahap pendidikan tadika.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan diri seseorang kanak-kanak. Pendidikan prasekolah memperkayakan pengalaman kanak-kanak dan memberi kesediaan untuk belajar, dengan izin learning readiness sebelum memasuki tahun satu. Selain memberi kemahiran asas 3M boleh membaca dan mengira yang saya tambah tadi dengan 4M, melukis kerana kreativiti yang banyak datangnya daripada lukisan. Pendidikan prasekolah mampu menyemai sikap positif di kalangan kanak-kanak. Belajar mempercayai orang lain dalam hidup berkumpulan serta menambah keyakinan kepada keupayaan diri masing- masing.
Jadi isu yang jelas Tuan Yang di-Pertua ialah isu ketidakseragaman kokurikulum pendidikan prasekolah di Malaysia. Jadi kalau kita lihat pada masa ini pengendalian pendidikan prasekolah dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang berasingan. Keadaan ini telah menimbulkan keadaan yang tidak sama rata iaitu terdapat penggunaan bahasa pengantar, kokurikulum, kelayakan guru, bayaran yuran yang berbeza-beza. Bagi memastikan kualiti prasekolah, kokurikulum prasekolah diperkenalkan pada tahun 2003 dan diwajibkan penggunaannya di semua sekolah KPM dan swasta.
Oleh sebab prasekolah dikendalikan oleh pelbagai agensi, bagaimanakah modus operandi KPM untuk menyelaras atau mengawal kokurikulum termasuk kokurikulum tambahan yang digunakan supaya selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan. Kalau kita lihat terdapat juga isu-isu yang lain seperti pertamanya, perbezaan antara prasekolah.
Penggunaan bahasa pengantar, kebanyakan prasekolah swasta menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Kemudian dari segi kokurikulum. Walaupun pada masa kini, KPM telah menetapkan semua prasekolah menggunakan kokurikulum kebangsaan prasekolah. Ada juga prasekolah yang menggunakan model montessori dan sebagainya.
Kelayakan akademik pengajar prasekolah. Tenaga pengajar yang mengendalikan program dan latihan ini mempunyai kelulusan akademik dan ikhtisas yang berbeza-beza.
Ada di antara agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan post-graduate dalam pendidikan prasekolah. Manakala yang lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan prasekolah.
Gaji guru dan yuran pelajar, bayaran yuran berbeza-beza. Kanak-kanak dari keluarga yang kaya menghadiri tadika yang bayarannya lebih tinggi dari bayaran universiti.
Kanak-kanak yang dari keluarga yang miskin akan menghadiri tadika yang bayarannya lebih murah atau kemungkinan tidak menghadiri tadika langsung. Tadika yang mengenakan bayaran yang tinggi, dapat pula memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru- guru yang mempunyai latihan yang lebih baik. Bagaimana keadaannya dengan tadika yang mengenakan bayaran rendah dan sebagainya?
Seterusnya, ialah kemudahan asas dan keutamaan yang ditekankan. Kemudahan asas fizikal di antara tadika dan tadika adalah berbeza mengikut lokasi dan kemantapan kewangan agensi yang mengendalikan tadika tersebut. Antara kemudahan-kemudahan asas yang didapati di tadika adalah seperti bilik air, ruang permainan kanak-kanak, ruang makanan dan ada sebahagiannya yang menyediakan kawasan untuk beriadah, berenang dan sudut-sudut bacaan dan ruang untuk berehat. Kadang kala pihak tadika sendiri akan menyediakan kemudahan pengangkutan seperti bas dan van untuk menghantar kanak- kanak itu ke tadika.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi perkembangan diri kanak-kanak, Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan supaya, saya suka mencadangkan iaitu satu, memikirkan satu pelan tindakan supaya semua kanak-kanak lima tahun ke atas memperoleh pendidikan prasekolah yang berkualiti. Keduanya, memastikan semua prasekolah sama ada yang dianjurkan oleh KPM, KEMAS, ABIM dan lain-lain agensi dilengkapi kemudahan yang piawai kerana kita tidak mahu ada jurang perbezaan yang besar antara prasekolah KPM dengan KEMAS misalnya, atau swasta dan sebagainya.
Sekiranya perkara ini tidak dapat diberi perhatian, kanak-kanak yang lebih beruntung akan dapat prasekolah yang lebih baik sebaliknya yang kurang bernasib baik akan berada di prasekolah yang kurang baik dan ini memberi kesan kepada mereka apabila mereka masuk ke tahun satu nanti. Ketiganya, memastikan tenaga pengajar mempunyai kelulusan dan latihan yang sesuai. Keempat memastikan sekolah setiap kampung di luar bandar mempunyai prasekolah.
Sekarang ini tidak semua kampung ada prasekolah, yang ada mungkin di sekolah- sekolah di satu kampung dan kampung-kampung lain menghantar kerana kadang-kadang ibu bapa tidak ada masa hendak menghantar anak-anak mereka dan sebagainya.
Seterusnya ialah menyelaraskan dan memastikan kurikulum sekolah kebangsaan di semua pusat prasekolah dilaksanakan. Jadi setakat itu dahulu Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini antaranya melibatkan profesionalisme perguruan. Falsafah pendidikan guru menyebut tentang guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik dan bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Ini adalah untuk menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Ya, begitulah falsafah yang tertulis mendasari moto kepada “guru umpama lilin, membakar diri untuk menerangi yang lain”.
Pada tahun 2007, terdapat 7,621 buah sekolah rendah dengan pelajar 3.166 juta orang dan 2,055 buah sekolah menengah dengan pelajar berjumlah 2.28 juta orang.
Dengan kewujudan pelan induk pembangunan pendidikan 2006 hingga 2010, kita yakin usaha memartabatkan profesion perguruan akan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat dicapai. Dengan pindaan akta pada sidang ini, kita berharap kebajikan guru akan sentiasa diambil kira.
Terdapat beberapa perkara yang ingin ditimbulkan di sini. Yang pertama, apabila guru-guru dilatih dalam institut pendidikan guru atau dikenali sebagai IPG sekarang ini, mereka mendapat ijazah misalnya, mereka mempunyai harapan untuk kenaikan pangkat yang cepat. Saya difahamkan contohnya, untuk naik pangkat daripada DG41 ke DG44 mengambil masa terlalu lama dari 10 hingga 15 tahun baru boleh. Bolehkah tempoh itu dipercepatkan sebagaimana dalam sistem kenaikan pangkat pegawai-pegawai PTD.
Perkara kedua, rumah guru ataupun sekarang ini dikenali sebagai Kuarters Institusi Pendidikan atau KIP di dalam bandar besar dan di luar bandar dikatakan masih lagi tidak mencukupi. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan misalnya, 17,853 unit dibina. Saya ingin bertanya bagaimana Rancangan Malaysia Kesembilan, adakah 695 unit di Sabah dan 3,652 unit di Sarawak itu mencukupi. Tentunya setelah akta ini dipinda, lebih ramai guru yang berijazah mengharapkan rumah guru yang lebih selesa.
Perkara ketiga, setakat ini terdapat 27 institut perguruan dari Perlis hinggalah ke Sabah. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah institut berkenaan dan jika ada dicadangkan dibina juga di kawasan pinggir atau luar bandar seperti di kawasan Pontian.
Perkara keempat, setakat manakah tercapainya sasaran kementerian untuk melatih semua guru di sekolah menengah agar memiliki ijazah. Apakah insentif yang diberikan apabila seseorang guru melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa. Adakah mereka boleh diberi gaji penuh ataupun adakah mereka tidak hilang senioriti apabila melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Perkara kelima, adakah sasaran 50% guru-guru sekolah rendah dirancang untuk memiliki ijazah itu memadai. Mengapa hanya 50% dan tidak lebih tinggi sasarannya seperti 75% atau 100% guru-guru sekolah rendah juga memiliki ijazah. Saya berpandangan kualiti guru akan meningkat dengan memiliki ijazah berserta kursus-kursus kemahiran yang lain.
Perkara keenam, Yang Berhormat Lipis tadi menyebut tentang enrolment guru yang tidak seimbang dalam IPG. Dari segi keseluruhan, jumlah guru di sekolah rendah sekarang ialah 198,894 orang yang 68.1% adalah wanita. Di sekolah menengah pula seramai 140,988 yang 66% adalah wanita. Secara purata 67% guru adalah wanita.
Eloklah dan tahniah, saya tiada rasa cemburu tentang hal ini namun ingin ditanya apakah ada usaha-usaha telah dibuat agar peratusan guru lelaki boleh ditambah sedikit agar peratusan ini mungkin 60% wanita, 40% lelaki, supaya keseimbangan gender lebih sesuai berbanding sekarang.
Dari data 2006, untuk sekolah menengah, daripada 2.228 juta pelajar, 1.09 juta pelajar atau 49% adalah lelaki dan 1.130 juta pelajar atau 51% adalah perempuan tetapi dari segi nisbah guru 34% lelaki, 66% perempuan. Tidak mengapa lebih guru wanita asalkan jangan terlalu kurang guru lelaki. Perkara ketujuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ya, saya rasa ini mencari topik yang hangat di antara top venture Barisan Nasional mengenai guru wanita. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Pontian mengenai apakah nisbah guru besar wanita kalau dibandingkan dengan guru besar lelaki. Adakah saya rasa lebih ramai di antara guru besar adalah lelaki, jadi adakah perlu untuk mengimbangkan gender di dalam golongan guru besar, macam mana?
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Saya tidak ada angka guru besar lelaki dan wanita, tetapi jika Yang Berhormat Bukit Mertajam ada angka-angka itu bolehlah berucap selepas ini dan saya kira guru dan pengetua wanita juga semakin bertambah ramai sekarang ini.
Perkara ketujuh, dalam seksyen 2(c) dipinda dengan memasukkan perkataan disediakan kepada murid berkeperluan khas. Pindaan ini pada pemahaman saya melibatkan pelajar yang cacat atau lembap ataupun terlalu pintar atau genius. Ini adalah sesuatu yang wajar agar pelajar pintar disediakan facility yang berlainan dan kaedah yang berlainan seperti dibenarkan melompat kelas ke tahap yang lebih tinggi.
Perkara kelapan, difahamkan juga elaun guru pendidikan khas sekarang ini ialah sebanyak RM250 sebulan sedangkan elaun guru besar hanya RM100 sebulan. Pada pandangan saya, kelas pendidikan khas itu juga adalah di bawah tanggungjawab guru besar dan wajar elaun guru besar juga ditambah sekurang-kurangnya kepada RM250 sebulan. Perkara kesembilan, pindaan seksyen 49(e), memasukkan perkataan antarabangsa. Saya ingin bertanya untuk program pensiswazahan guru bagi bahasa antarabangsa, adakah hanya tiga bahasa iaitu Perancis, Jerman dan Jepun yang diberi tanggungjawab kepada Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa atau IPBA. Adalah dicadangkan agar IPBA juga mengajar bahasa antarabangsa lain khasnya bahasa Arab dan juga Mandarin.
Perkara kesepuluh, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Lipis dan Arau, adalah dicadangkan agar Universiti Perguruan Sultan Idris atau UPSI diletakkan di bawah kedua-dua kementerian iaitu bukan hanya di bawah kementerian Pengajian Tinggi seperti sekarang ini tetapi juga di bawah Kementerian Pelajaran. Ini disebabkan latihan perguruan pada asalnya adalah ruang lingkup Kementerian Pelajaran tetapi Kementerian Pendidikan Tinggi masih perlu menyalurkan dana kepada UPSI sebagai sebuah IPTA.
Namun jika ini sukar, pindahkan sahaja sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran. Terakhir yang ingin saya nyatakan perkara ke-11, saya ingin mencadangkan agar Institut Aminuddin Baki yang memberi latihan berteraskan konsep, dengan izin, total training concept kepada guru-guru perlu memikirkan tentang mata pelajaran, keusahawanan dan asas-asas perniagaan dalam mata pelajaran khas yang baru kepada para pelajar di sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Tuan Ahmad bin Maslan - Pontian
Universiti Perguruan Sultan Idris atau UPSI misalnya, telah menawarkan Program Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dan perakaunan kepada guru-guru.
Oleh itu, persiapan untuk kurikulum asas-asas perniagaan sudah ada. Jika subjek Matematik dan Sains ditukar dalam bahasa Malaysia, mata pelajaran perniagaan yang dicadangkan ini mungkin boleh diajarkan dalam bahasa Inggeris. Jika pelajar sejak awal lagi telah didik untuk menjadi usahawan, kita yakin lebih ramai masyarakat peniaga dan budaya niaga boleh diwujudkan di negara ini. Sekian.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008.
Yang mana saya percaya akta ini adalah untuk menambah baik kepada akta ibu yang sedia ada iaitu Akta Pendidikan bagi tujuan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri waktu membentangkan rang undang-undang ini adalah selaras dengan Pelan Induk Pendidikan Negara.
Saya ada beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan dasar ini, apa yang dikatakan konsep kecemerlangan pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar- pelajar yang cemerlang bermula daripada guru-guru yang terbilang ataupun guru-guru yang cemerlang. Satu perkara yang saya hendak tarik perhatian di sini ialah, dulu Tuan Yang di- Pertua, guru-guru tidak dibenarkan memegang jawatan dalam parti-parti politik terutamanya guru-guru di peringkat kumpulan A. Namun, di peringkat kumpulan sekolah rendah, mereka diizinkan ataupun dibenarkan untuk memegang jawatan politik. Mana-mana parti politik.
Saya membangkitkan perkara ini sebab saya nampak daripada pengalaman dan bukti yang nyata berlaku di hadapan mata iaitu saya lihat betapa hebat latihan guru dilakukan di mana kita melahirkan guru-guru cemerlang. Akan tetapi apabila mereka menceburi diri dalam politik secara aktif waktu memegang jawatan, banyak perkara-perkara negatif berlaku.
Saya di sini bertentangan, di mana satu segi kita bercakap soal demokrasi. Kita bercakap soal hak asasi seperti mana kita akan bahas Rang Undang-undang AUKU tidak lama lagi selepas akta ini. Di mana pelajar-pelajar universiti juga diizinkan menjadi ahli parti politik tetapi tidak boleh memegang jawatan demi pelajar mereka. Maka dalam soal guru- guru sekolah rendah diizinkan memegang jawatan parti politik, saya tengok banyak kerosakan dan keburukan daripada kebaikan.
Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh diwujudkan dasar di mana guru-guru sekolah rendah termasuk terutamanya guru-guru besar tidak dibenarkan memegang jawatan parti politik. Sama ada menjadi setiausaha UMNO bahagian ataupun ketua UMNO bahagian ataupun setiausaha kawasan PAS, ketua kawasan PAS tak kira apa parti sekali pun, mereka tidak boleh memegang jawatan. Termasuk Bebas. Tak boleh.
Tapi Bebas dia tak ada parti dia tak ada masalah. [Ketawa] Sebab saya tengok Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh. Apabila seorang guru besar menjadi setiausaha bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian untuk UMNO, secara tak langsung, secara psikologi dia sudah lebih besar daripada pegawai pendidikan daerah di kawasan masing-masing. Ini hakikatnya. Pegawai pendidikan daerah tak mampu dan tak mungkin boleh mengambil apa juga tindakan apabila dia memegang jawatan parti politik, parti pemerintah terutamanya.
Ini betul, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, ‘kerana kerbau seekor, rosak sekandang’. Sebab, lazimnya bila masuk politik pegang jawatan, memanglah, itulah hendak menunjuk kuasa, hendak menunjuk besar kepala dan kerja dia tak ada lain daripada menumpu meningkat prestasi sekolah, kerja dia bunyi sahaja minta datang, airport, tunggu menteri datang. Hantar menteri balik. Program-program pula ditinggal dan tak ada siapa berani tegur.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Inilah sebabnya, mungkin kerana kenaikan pangkat di kalangan guru-guru ini lebih cenderung kepada persoalan politik. Bukan politik UMNO, politik pemimpin dalam UMNO.
Ini yang terjadi. Saya hendak beri contoh. Saya hendak beri nama. Sewaktu saya jadi ketua UMNO bahagian dulu, selama 12 tahun, lama. Saya ini orang berpengalaman.
Bukan orang baru-baru macam yang ada ini. [Ketawa] Orang sudah masak. Orang dah masak dengan terajanglah yang dilambung ombak, yang di, macam-macamlah. Sudah cukup pengalaman dah.
Jadi sebab itu jangan diusik sangat. Jangan diusik sangat sarang tebuan ini.
Saya hendak beritahu pengalaman saya dulu, saya tak pernah lantik sebab sebelum itu saya dah tengok dah, saya tak lantik. Paling tinggilah kalau kita hendak menghormati demokrasi, hak asasi, setakat Ketua Cawangan PAS, Ketua Cawangan UMNO, Ketua Cawangan KeADILan, DAP, bolehlah.
Namun, jangan jawatan penting. Itu boleh. Jawatan penting tak boleh sebab itu saya tak pernah lantik. Bila lantik, saya hendak beritahu contoh di Pasir Mas. Saya hendak sebut nama ini. Saya tak ada segan silu. Saya hendak sebut. Seorang guru besar, bernama Encik Mohd Nor bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim IV, dilantik menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Mas. Pada waktu saya digugurkan menjadi ketua bahagian dulu, dilantiknya Dato’ Rahim Abdul Rahman, orang yang baru dilantik melantik orang yang menjadi setiausaha bahagian, guru besar. Selepas jadi setiausaha bahagian, hasil tindak tanduk seorang guru besar campur politik terdengarlah dalam kawasan, guru besar ini buat projek kecil bagi pihak ketua bahagian, mengagih- agihkan projek. Saya dengar mengugut guru-guru yang tak sokong akan ditukar kalau tak sokong ketua bahagian. Ini berlaku dan ini menjadi percakapan kedai-kedai di kampung- kampung di kawasan Pasir Mas. Di luar Pasir Mas pun orang bercakap. Ini bukan Pasir Mas sahaja, tempat lain pun berlaku sama ini. [Sambil mengetuk buku] Saya percaya, berlaku sama. Dia juga boleh mengarah pegawai PPD. Saya kompelin ini untuk kebaikan pendidikan. Kalau kebaikan politik, saya tak kompelin. Lagi jadi, lagi bagus. Saya Bebas. Lagi orang tak puas hati dekat Barisan Nasional, lagi banyak saya dapat undi. Lantaklah! [Ketawa] Saya bagi ini pandangan yang positif untuk kebaikan pendidikan dan juga parti pemerintah. Sokongan kepada parti pembangkang dalam pilihan raya baru-baru ini ialah kerana inilah perkaranya. Bukan pembangkang hebat sangat pun. Ini Yang Berhormat Wangsa Maju pun bukanlah hebat sangat pun. [Ketawa] Ya tak? Bukanlah hebat sangat pun. Dia orang kaum Tionghoa dari Kelantan bertanding di Wangsa Maju. Parti pun sama dengan saya. Pinjam simbol KeADILan. Dulu parti lain. [Ketawa] Jentera, jentera pun tak ada, parti undi pun tak ada boleh menang di Wangsa Maju. Bukan kerana orang suka dekat dia, tapi orang benci kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang setengah- setengahnya. Ini saya hendak beritahu.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas tengok saya, tak boleh itu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa] Jadi, saya hendak beritahu cara hendak memulihkan balik imej Kerajaan Pusat ialah, terutamanya guru ini, terutama sekali. Guru ini memanglah di antara sektor perkhidmatan yang menjadi tumpuan betul-betul pada Kerajaan Pusat. Ini nadi ini. Sebab itu, apa sahaja yang guru minta semuanya dapat. Tak cukup jawatan, wujud Jabatan Pendidikan Daerah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak cukup jawatan, wujud macam-macam jawatan lagi hendak bagi pengarah itulah, timbalan pengarah itulah, penolong itulah, penolong kanan inilah, itulah, inilah kerana hendak naik pangkat mesti dapat sokongan orang politik. Jadi guru tidak hendak pindah, tidak ditukar ke Sabah ke Sarawak maka wujudlah budaya bodek. Pegang jawatan, orang lain kena tukar dua tiga kali. Ada sesetengah sekolah dia depan rumah saja sebab apa dia orang kuat politik, dia orang kuat ketua bahagian, dia setiausaha bahagian. Akhir sekali menjadi percakapan di masjid, di madrasah-madrasah, kedai-kedai kopi dan inilah yang mencemarkan imej kerajaan. Budaya ini mesti dihentikan. Sebab itu saya sebut salah seorang contoh tadi. Sebab politik mengatasi segala-galanya parti pemerintah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebab itu orang yang rendah sekalipun yang tidak ada pendidikan sekalipun bila pegang jawatan penting dia mengatasi orang lain dah. Inilah yang saya harap, saya hendak minta pandangan dan reaksi daripada pihak kementerian dalam persoalan ini.
Saya harap bersikap proaktif. Jangan anggap apa yang saya bangkit ini sebagai suatu yang negatif. Kalau kita bercakap soal kecemerlangan pendidikan dia mesti bermula dengan sistem, bukan sahaja dasar sistem pendidikan negara daripada pelan macam mana pula pelaksanaannya. Ini yang saya hendak sebut sebab macam-macam berlaku.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Mas. Berkenaan dengan penglibatan guru-guru dalam politik ini saya ingin dapat penjelasan Yang Berhormat atau pandangan Yang Berhormat yang begitu berpengalaman luas dalam hal ini iaitu apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas apabila kita dapati guru-guru ini terlibat dalam politik bukan sahaja ada yang ramai bermain politik di dalam UMNO tetapi juga di luar UMNO, di luar Barisan Nasional dan setengah-setengahnya tidak memegang jawatan apa pun di dalam parti mana pun tetapi mereka begitu aktivis, begitu agresif, begitu berpengaruh untuk menentukan sesuatu parti politik itu untuk mendapat sokongan daripada sesuatu pihak pengundi.
Umpamanya di dalam pilihan raya ramai juga guru-guru yang menyokong sesuatu pihak. Jadi ini pun saya rasa pada pandangan saya tidak betul. Merugikan profesion perguruan dan menjatuhkan martabat profesion perguruan dan merugikan pendidikan anak bangsa. Jadi mohon pendapat Yang Berhormat dalam hal ini supaya kita berlaku lebih adil.
Satu lagi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dan ingin melihat respons daripada Yang Berhormat Pasir Mas, tidak semua cikgu-cikgu ini yang memegang jawatan dalam parti politik UMNO di bahagian-bahagian yang menyokong ketua bahagian.
Menyusahkan ketua bahagian dan orang ramai, menyusahkan. Jadi kita tidak tahu juga dia ini terlibat menyokong siapa sebenarnya. Sebenarnya mereka mempunyai agenda sendiri untuk keuntungan peribadi sendiri tidak semestinya menyokong ketua bahagian, menyokong timbalan, menyokong itu ini.
Saya sebagai seorang ketua bahagian dan bekas Ketua Pemuda yang begitu lama dalam UMNO, banyak guru-guru menyusahkan saya dalam penglibatan politik ini. Jadi dengan sebab itu adalah tidak adil atau tidak benar untuk memberi gambaran keseluruhannya bahawa mereka ini adalah merupakan agen-agen ataupun sebagai orang- orang yang dipergunakan oleh pemimpin bahagian dalam politik. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya dari segi soal guru-guru terlibat yang aktif dalam politik selagi mana dia tidak memegang jawatan seperti saya katakan tadi kita tidak boleh halang. Itu hak dia dalam demokrasi yang saya maksud tadi yang pegang jawatan, guru besar terutamanya sebagai guru besar, penolong kanan. Malah guru sekali pun dia hendak terlibat dalam politik secara peribadi tanpa memegang jawatan itu tidak mengapa sebab bila pegang jawatan dia punya fokus hilang. Contohnya kalau dia pegang jawatan setiausaha bahagian atau ketua bahagian pagi-pagi hendak pergi sekolah - guru besar, pukul tiga pagi tidak tidur lagi duduk layan menteri dekat hotel contohnya ataupun pergi mesyuarat, balik lewat contohnya. Maka kemudian ada pula mesyuarat cawangan.
Kena buat pula jadual untuk mesyuarat. Kemudian kena datang Kuala Lumpur pula mesyuarat muktamar PAS ke, Perhimpunan Agung UMNO hendak kena buat minit mesyuarat, jadi banyak kerja. Selain daripada itu kalau parti pula parti pemerintah lagilah.
Maka kedudukan jawatan dalam parti itu sudah mengatasi pegawai-pegawai lain yang memegang jawatan lebih tinggi sebab ini jawatan politik, itu maksud saya. Saya harap Yang Berhormat Pasir Salak boleh menerima apa yang saya sebutkan tadi supaya fokus dia kepada sekolah itu tidak ke lain bagi menentukan bahawa sekolah yang dia pimpin yang dia jadi guru besar bertambah maju, bertambah cemerlang. Kalau tidak kursus sana parti,
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
kursus sini parti, mesyuarat sana, mesyuarat sini contohnya zaman pemilihan sekarang ini kalut sekarang ini di peringkat cawangan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi akhirnya kita bercakap soal kecemerlangan pendidikan sebab itu sekolah- sekolah khususnya di luar bandar walaupun sudah ada kemajuan sedikit sebanyak dari segi infrastrukturnya, kemudahan-kemudahannya tahap pencapaiannya masih lagi tidak membanggakan. Ini oleh kerana penglibatan setengah-tengahlah kalau semua bertanggungjawab tidak mengapa kalau dia boleh bagi tugas tetapi tidak begitu akhirnya sebab manusia ini ada kelemahan. Manusia ini ikut mana pun macam mana pun ada kelemahan sebab itu saya tidak mengatakan saya seratus peratus baik. Saya tidak katakan kita semua betul, makna kita boleh timbang di antara mana yang baik, mana yang betul tetapi sebagai manusia selalunya lazimnya mudah cenderung bila ada kuasa, ada kedudukan, ada pangkat banyak mudah lupa daratan.
Jadi demi kecemerlangan pendidikan walaupun atas nama demokrasi hak asasi manusia kita korbankan sikit dari segi soal tidak mengizinkan memegang jawatan that is the price dengan izin, “we have to pay” untuk itu, tetapi untuk apa? Untuk kemajuan kecemerlangan pendidikan, untuk kemajuan masa depan anak-anak kita dari segi bidang pelajaran, no satu.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Minta laluan Yang Berhormat?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bersetuju dengan sebahagian penyataan Yang Berhormat tentang pengabaian sebahagian besar daripada guru-guru yang terlibat dalam mana-mana parti politik. Tetapi kalau kita lihat pada masa cetusan semangat nasionalisme ketika kita hendak menuntut kemerdekaan negara, saya lihat sebahagian besarnya penglibatan kaum guru juga, jasa kaum guru juga tidak boleh kita abaikan. Sebagai golongan yang paling dekat dengan masyarakat iaitu mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat setempat dihormati dan sebagainya mereka mempunyai pengikut-pengikut sendiri dan mereka juga di antara orang yang mendorong ke arah kemerdekaan negara. Jadi kita lihat dari segi politik penglibatan guru-guru kalau tidak melampau maka kita lihat bolehlah sedikit banyak mereka melibatkan diri dalam masyarakat kerana sedikit banyak boleh memperbetulkan keadaan-keadaan yang tidak betul dalam konteks masyarakat itu sendiri. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Memang benar Tuan Yang di-Pertua, guru-guru dahulu ada peranan di dalam perjuangan kemerdekaan. Guru-gurulah dahulunya yang berada di barisan hadapan meniupkan semangat nasionalisme. Sekarang ini pun, saya rasa sama juga konsep dan falsafah ini.
Semangat nasionalisme inilah yang kita hendak guru-guru tumpukan lebih kepada bidang pendidikan daripada politik untuk kecemerlangan pendidikan anak bangsa kita yang dikatakan pengisian kemerdekaan. Soal hendak terlibat di dalam politik itu sedikit-sebanyak itu boleh. Saya boleh bertolak-ansurlah Yang Berhormat Arau. Apa kata, jawatan penting macam ketua bahagian atau setiausaha bahagian, itu tidak boleh. Tidak kira parti, tetapi untuk sekadar AJK Bahagian atau AJK Kawasan, mungkin boleh. Apa yang saya maksudkan, jawatan penting ini yang disalahgunakan waktu. Dia makan gaji dengan kerajaan sebagai guru besar. Mengajar pula di hadapan rumah. Sekolah dia pula tidak pernah ditukar kerana memegang jawatan.
Akan tetapi daripada menyemak prestasi pelajar, prestasi guru, dia sibuk dengan minit mesyuarat cawangan. Duduk mengatur mesyuarat cawangan. Duduk mengatur projek-projek kecil, hendak bagi dekat siapa, hendak batal dekat siapa? Selepas itu sampai pula peringkat di mana guru-guru lain tidak menyokong, dia gunakan. Dia tidak suka secara peribadi, sebenarnya peribadi. Kata seorang guru, “Saya guru Ibrahim Ali”. Saya pegang jawatan Setiausaha Bahagian. Ini Ismail, dia guru juga. Ibrahim Ali tidak suka dekat Ismail, Tuan Yang di-Pertua. Saya pegang jawatan UMNO, Setiausaha Bahagian UMNO.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebenarnya, tidak suka saya dekat Ismail, tidak suka Ismail dekat saya, tidak ada kena- mengena dengan UMNO. Akan tetapi perbuatan Ibrahim Ali menyebabkan dia marah dekat UMNO. Faham tak ini? UMNO rosak, parti rosak.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi itu yang saya maksudkan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Mohon laluan Yang Berhormat, boleh?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, adakah Yang Berhormat bersetuju untuk kita mengekalkan kecemerlangan perguruan ini supaya kalau ada guru ataupun pegawai ataupun sampailah kepada jawatan yang tinggi seperti pengarah supaya mereka ini tidak abuse, dengan izin, menyalahgunakan kuasa mereka sebagai yang mentadbir dalam negeri ataupun di peringkat kawasan, bahagian dan sebagainya. Iaitu dihadkan dari segi mereka menjalankan tugas iaitu mungkin 5 ataupun 4 tahun mereka bertugas di sesuatu kawasan ataupun di negeri itu dan dipindahkan ke tempat lain supaya dapat mengelakkan kecelaruan ataupun terlibat dalam aktiviti politik yang boleh menjejaskan prestasi mereka. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, itu mungkin salah satu cara tetapi melibatkan ramai. Tidak mudah juga hendak dilaksanakan dasar itu. Akan tetapi, saya kira kalaulah dihadkan. Saya ulang balik jawatan-jawatan penting ini, jawatan penting. Malah kalau dikatakan contohnya, katalah kalau guru sekolah biasa, dia bukan guru besar. Dia guru sekolah rendah, sekolah biasa Tuan Yang di-Pertua. Dia guru sekolah biasa, tiba-tiba dia dilantik menjadi setiausaha bahagian. Dia sekolah biasa, guru biasa, dia ada guru besar.
Secara tidak langsung, dia guru biasa yang pegang setiausaha bahagian ini sudah lebih besar daripada guru besar sekolah berkenaan sebab dia setiausaha bahagian. Kalau dia datang mengajar lewat, dia hendak cuti, dia hendak datang kursus di Kuala Lumpur, “Saya hendak cuti”. Guru besar kata, tidak boleh. “Hai, saya setiausaha bahagian, nanti saya tulis surat dekat menteri nanti”.
Jadi psikologinya, kesannya tidak baik. Itu betul, saya cakap!! Itu hakikatnya.
Bukan saya tidak bersetuju, tetapi merosakkan sistem. Tidak usah bercakaplah Pelan Pendidikan Nasionalkah atau apa-apakah pelan, selalunya persoalan pelaksanaan inilah yang menimbulkan masalah. Saya hanya bercakap the truth dengan izin. Nothing but the truth. Ini sebenarnya kalau kita ikhlas dengan sungguh-sungguh. Inilah yang terjadi. Berapa banyak waste dari man-hour.
Sepatutnya mereka bertugas, dibayar gaji dengan begitu lumayan untuk kecemerlangan pendidikan, tetapi menghabiskan masa untuk tujuan-tujuan yang tidak berfaedah sehingga boleh memecahbelahkan di kalangan sesama guru, kerumitan pelaksanaan dasar-dasar oleh sebab pengaruh-pengaruh seumpama ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu tadi ada Yang Berhormat Pontian sebutkan masalah training concept. Masalah latihan guru-guru supaya kecemerlangan yang dicadangkan seperti dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya hendak tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, supaya dalam content latihan guru ini, jangan lupa kepada aspek agama. Sudahlah di dalam sekolah, pengajaran mata pelajaran agama itu tidak mencukupi dengan kita mementingkan bidang-bidang keduniaan. Ini kerana dilihat pelajaran agama ini seolah-olah tidak ada nilai komersial. Tidak ada commercial value. So maka sains, matematik, usahawan, baguslah! Saya bukan tidak bersetuju, saya amat bersetuju! Akan tetapi kena seimbangkan. Jangan ingat budak-budak sekolah rendah ataupun budak-budak sekolah menengah yang kurang tahu agama sekarang ini. Orang yang dewasa pun, belum tentu tahu agama. Masalah agama ini pun masalah perkara rumit.
Sebagai contohnya, saya hendak beritahu contoh, saya bukan hendak melibatkan mana-mana pihak. Apabila timbul isu-isu bersumpah dan seumpamanya, ada budak-budak sekolah bertanya guru besar. Ini saya tengok TV semalam, pasal sumpah ini, cikgu. Cikgu pun tidak boleh hendak jawab. Ulama-ulama pun jawab bercelaru. Ini jawab ini, ini jawab ini, ini jawab ini, ini jawab ini. Habis jadi keliru. Jadi maksud saya, guru-guru ini juga dalam
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
training kurikulum pendidikan, saya sampaikan hendak cadangkan seseorang guru dia mesti lulus, dibentuk satu subjek agama dan pendidikan Islam ini sebagai satu perkara yang wajib. Ini sebab kita bercakap soal gejala sosial di sekolah-sekolah.
Jadi kalau guru sendiri tidak ada jati diri dari segi keagamaannya, moralnya, akhlaknya, jadi macam mana dia hendak mendidik anak-anak? Sebab itu, bagi guru-guru yang tidak tahu agama ini, “Cikgu, jom kita pergi tengok konsert rock”. Cikgu pun kata, “Jom, kita pergi”. Akan tetapi kalau cikgu itu ada pengalaman agama, ada moral, ada akhlak, jom kita pergi tengok konsert rock, Jom Hebohkah, macam-macamkah yang hebat- hebat ini, ataupun Inul datang ke Malaysia, maka dibatalkan. Budak-budak sekolah kata, “Cikgu, macam mana ini, Inul dibatalkan?” Ha, cikgu pun tidak setuju. Cikgu pun hendak tengok juga. Ini yang karut ini! Akhirnya, saya bagi analogi yang mudah ini menimbulkan kekeliruan di kalangan para pelajar.
Oleh sebab itu, guru-guru juga kena ada nilai-nilai keagamaan yang tinggi. Untuk ada nilai agama yang tinggi, dia kena belajar. Mesti ada aspek ini. Ini yang sepatutnya dibanyakkan selain daripada aspek-aspek yang lain. Ini disebabkan orang berkata, “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Betul tak Tuan Yang di-Pertua? Betul? [Ketawa] Ha, jadi dia begitu. Sama juga, “Kalau pemimpin kencing berlari, rakyat pun kencing berlari”, sama! Kalau pemimpin rasuah, rakyat pun, pegawai pun hendak juga rasuah! Takkan kamu hendak makan seorang? Aku pun hendak makan juga. Akan tetapi kalau semua sudah elok, okeylah. Semua dah elok, okeylah. Jadi masyarakat sekarang, masyarakat kebendaan.
Kita hendak serumpun nilai-nilai yang penting untuk membentuk masyarakat bangsa yang dikatakan ada jati diri. Sudah sampai ke peringkat tidak boleh hendak bentuk Tuan Yang di-Pertua. Rebung ini, kalau hendak bentuk buluh ini daripada rebung. Akan tetapi kalau sudah jadi buluh, hendak bentuk macam mana? Barulah timbul dan terfikir hendak buat Khidmat Negara. Sekarang ini sudah dibuat Khidmat Negara, sebab sudah terlewat hendak masukkan semangat jati diri ini. Tiga bulan waktu cuti sekolah, apabila cuti.
Cukup tahun, cukup tempoh umur 21 tahun kena masuk Khidmat Negara. Hendak bentuk apa? Sudah jadi buluh dah! Sudah jadi buluh dah! Waktu yang kita hendak bentuk ialah sewaktu rebung dan yang hendak membentuk rebung itu pula mestilah menjadi contoh.
Dahulu kita ada “Kepimpinan Melalui Teladan”, “Bersih, Cekap dan Amanah”.
Kalau tengok slogan, slogan-slogan Tilawah Al-Quran, slogan hari kemerdekaan, semua hebat-hebat!! Slogan-slogan, semua hebat-hebat! Sebut slogan ini, naik bulu roma ini, berdiri. Akan tetapi pelaksanaannya lain jadinya. Sebab itu saya minta diambil pertimbangan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi saya hendak tanya, adakah mungkin akan dijawab, memang sudah ada, tetapi kena ditambahkan lagi atau dijadikan wajib dalam mata pelajaran untuk kursus perguruan sebelum ianya diberi diploma ataupun ijazah, dia mesti lulus peringkat-peringkat tertentu dalam bidang agama. Ini penting.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan bahasa. Ini sudah lama diperdebatkan iaitu mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Melayu, tadi Pontian pun cadang, ditukar kepada bahasa Malaysia, bahasa Melayu, kemudian bahasa perniagaan pula ini, mata pelajaran Perniagaan dicadangkan diajar dalam bahasa Inggeris. Jadi macam-macam polemik.
Saya hendak mengambil pendekatan pandangan-pandangan cendekiawan, tokoh- tokoh akademik negara kita, sudah banyak kali berbahas dan sudah buat keputusan, wajar kita balik semula ke asasnya sebab asasnya mengatakan sesuatu bangsa itu maju kerana bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Sebenarnya tidaklah begitu tepat sangat dan tidak betul pun. Saya hendak ulang balik, banyak hujah. Tengok orang Jepun bahasa Jepun, orang Jerman bahasa Jerman, orang Perancis bahasa Perancis, mereka boleh maju.
Di Indonesia pun tidak ada kurangnya. Di Korea pun begitu juga dan kita kena ingat “Bahasa Itu Jiwa Bangsa”, bahasa itu mengenalkan bangsa. Sebab itu sekarang ini kita lihat habis semua sekali bercelaru. Kita mengatakan kita negara majmuk, tetapi dalam
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
apa pun yang kita katakan sebagai negara masyarakat berbilang kaum, asas atau foundation negara kita bertunjangkan kepada Perlembagaan.
Islam sebagai agama rasmi negara, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, kedaulatan raja Melayu, hak istimewa Melayu, hak kerakyatan. Itu sudah tidak boleh diungkit. Sebab itu dahulu saya ingat, Tuan Yang di-Pertua, kecil-kecil dahulu saya tengok Almarhum Tunku Abdul Rahman pakai songkok senget. Saya tengok gambar Almarhum Tunku dahulu. Di bawah tuanku, “Bahasa Jiwa Bangsa”. Bahasa inilah hendak menentukan bangsa. Bangsa berbilang kaum. Tunjangnya apa? Tunjang kepada bahasa itu ialah bahasa Melayu sebab ini negeri asal negeri Melayu, tanah Melayu. Itu asasnya.
Bila kita bercakap perkara ini bukan bererti kita perkauman. Saya ingat dahulu bila Dong Jiao Zhong buat macam-macam tuntutan dahulu. Orang tidak mengatakan mereka perkauman, orang tidak mengatakan mereka emosi. Bila HINDRAF bertindak, orang tidak kata mereka emosi, orang tidak mengatakan mereka perkauman. Bila saya bercakap bab hak Melayu, hak keislaman, hak ketuanan orang Melayu, mereka mengatakan kita perkauman sebab apa, sebab cara kita mengendalikan dasar ini yang bercelaru ini.
Akhirnya kita dituduh. Ini persoalannya. Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Pasir Mas, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat membangkitkan soal dasar bahasa iaitu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama, yang telah dilaksanakan lebih kurang 30 tahun dan kita lihat daripada pelaksanaan 30 tahun ini, ia telah menghasilkan tidak kurang daripada 5.4 juta, iaitu lepasan mereka yang berjaya melepasi peringkat peperiksaan SPM ataupun Sijil Pelajaran Malaysia dan sebahagian daripada 5.4 juta inilah juga yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi serta sebahagian besarnya berada di Dewan yang mulia ini, pun juga berjaya ataupun terhasil daripada terlaksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang kita buat berteraskan bahasa Melayu seperti yang Yang Berhormat bangkitkan tadi.
Selain daripada itu sudah ada juga pelbagai ahli profesional yang kita juga turut hasilkan daripada sistem yang berteraskan kepada bahasa kebangsaan. Saya ingin tanya penjelasan Yang Berhormat, adakah dasar dan sistem yang berteraskan Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang berteraskan bahasa Melayu ini ataupun bahasa Malaysia ini dilihatkan gagal walaupun kesan 30 tahun ini telah menunjukkan apa yang sedia ada dalam negara kita setakat ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Memang saya boleh terima pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Hendak kata gagal itu, gagallah sebab kita juga yang bertanggungjawab dari segi pelaksanaannya. Saya hendak betulkan satu persepsi, Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita katakan kita ini mengamalkan demokrasi. Kita mengamalkan kebebasan. Islam agama rasmi negara tetapi penganut-penganut lain bebas menganuti agama masing-masing. Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain pun juga boleh digunakan. Memang benar, tetapi apabila kita meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara yang dipersetujui dan inilah hakikat negara ini.
Kemudian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Walaupun kita benarkan kebebasan, bahasa-bahasa lain, agama-agama lain, tidak bererti kita boleh samakan agama lain-lain sama dengan agama Islam. Kita tidak boleh samakan kedudukan bahasa lain sama dengan bahasa Melayu. Sebab itu kita letak dalam Perlembagaan. Sebab itu perlu kita letak dalam Perlembagaan. Ini asasnya. Ya, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil dengan hujah Yang Berhormat Pasir Mas. Saya memang melihat bahawa memang menjadi realiti apabila kita berhujah soal hak orang Melayu, bumiputera, rata-rata masyarakat bukan Melayu menuduh kita perkauman, tetapi apabila ada kumpulan-kumpulan tertentu menuntut sesuatu, dia kata hak. Baru-baru ini Bar Council menganjurkan satu forum, bukan satu, dua, yang terbaru iaitu forum mencampuri urusan orang Melayu, orang Islam iaitu “Memeluk Islam”. Apakah ini bukan campur tangan terhadap agama orang lain dan minta pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Kinabatangan, memang benar.
Contoh saya katakan tadi, bila kita letakkan Islam sebagai agama rasmi, agama lain bebas dianuti, bukan bererti kita boleh samakan agama Islam dengan agama lain. Sebab itu apabila seseorang yang bukan Islam memeluk agama Islam, kemudian berlaku isu sekarang ini, murtad dan sebagainya, sehingga menyentuh Perkara 121(1A) yang mana Mahkamah Sivil tidak boleh mendengar kes yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah sebab apabila dia sudah memeluk Islam, bererti dia sudah tertakluk di bawah syariah Islam.
Sebab itu orang-orang yang memeluk agama Islam ini pun mesti diberi penerangan yang jelas, tetapi ada pihak mengatakan ini masalah kebebasan, ini hak kita.
Jadi mereka tidak memahami apa itu syariat Islam. Timbullah macam-macam polemik, termasuk orang-orang tidak faham. Ada juga Melayu, Melayu pun tidak faham juga Islam ini sebab walaupun dia Melayu bukan bererti dia faham Islam, Yang Berhormat Kinabatangan. Baiklah, saya tidak hendak panjangkan sangat perkara ini, saya sudah beri penekanan, balik kepada soal bahasa ini – pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya. Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya juga terpanggil untuk meminta penjelasan. Saya difahamkan bahawa Islam itu adalah mengatakan ia juga menjunjung tinggi ke atas prinsip kesaksamaan dan prinsip keadilan. Jadi saya kira apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat... Mana itu?
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Pasir Mas. Dia kata kerana Islam merupakan agama rasmi di negara ini, jadi kedudukannya adalah lebih tinggi daripada agama-agama yang lain.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya ingin mendapat penjelasan, bahawa sama ada oleh kerana ia merupakan agama rasmi, jadi ia berkedudukan lebih tinggi, jadi ia tidak boleh sama rata dengan agama-agama yang lain. Sama ada ini adalah selaras dengan prinsip asas ajaran Islam bahawa Islam juga menjunjung tinggi ke atas prinsip kesaksamaan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas, selepas menjawab penjelasan itu tadi harap perbahasan ditumpukan kepada Akta Pendidikan. Sekarang saya nampak perbahasan sudah jauh daripada perbahasan asal.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua, sana nampak Tuan Yang di-Pertua mengantuk, apa pasal? Itulah sebabnya saya kuatkan sikit tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mengantuk, Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih. Kalau mengantuk saya hendak bagi hangatkan sedikit lagi, tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua kata Tuan Yang di-Pertua segar, saya slow sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Baik, terima kasih. Yang Berhormat yang bertanya tadi, memang Islam menghormati agama-agama lain. Itu sudah jelas, tidak payah saya huraikan dengan panjang lebar. Kita menghormati, Islam pun suruh menjaga, sehinggakan kalau orang bukan Islam meninggal, lalu di hadapan orang Islam, kita kena bangun hormat kepada mayat itu. Itu prinsipnya, kita hormat. Cuma dalam agama itu ia ada peraturan masing-masing. Macam orang Hindu, dia tidak boleh makan lembu, kita orang Islam tidak boleh makan babi. Dalam Islam itu ada hukum-hakamnya, ada rulenya yang harus kita ikut.
Oleh sebab itu kena faham. Kalau memeluk Islam dan keluar dari Islam jadi murtad. Dari segi hukum Islam hukumnya berat boleh dihukum bunuh - sampai ke peringkat
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
itu! Ini agama yang sudah terbina dalam negara ini begitu lama sebagai sebuah negeri tanah Melayu yang dulu diletakkan agama Islam sebagai agama rasmi. British yang menjajah negara ini, yang bukan beragama Islam pun sewaktu menyerah kemerdekaan dia bersetuju, ini kehendak, waktu itu Islam adalah agama Islam agama rasmi negara yang tidak perlu kita pertikaikan lagi. Sudah habis bab itu, cukuplah. Tuan Yang di-Pertua pun tidak bagi banyak-banyak, ya?
Tuan Yang di-Pertua
Akta Pendidikan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ada dua lagi perkara, Tuan Yang di-Pertua. Sikit sahaja lagi. Sudah habis bab itu dan saya hendak bacakan satu surat. Oh, terlupa tadi, itu yang saya hendak minta kaji balik apakah kerajaan sudah buat keputusan untuk kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sebagai mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa jiwa bangsa.
Waktu dulu P.Ramlee sudah lama bercakap. Ingat dalam cerita Bujang Lapuk?
Ada tengok cerita Bujang Lapuk? Apabila dia pergi ke satu tempat dalam cerita Bujang Lapuk, dia hendak pergi minta kerja dan berjumpa dengan seorang Benggali. Dia kata, “Hai, hai!” Benggali itu kata, “Ini tidak ertikah? Saya tidak ada namakah?” Tengok, orang Benggali pun tahu bahasa jiwa bangsa. P. Ramlee sudah lama tahu, kita tidak berapa reti sekarang ni! [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dasar memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik ini kalau tidak silap saya dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dahulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Yang Berhormat Pasir Mas adalah penyokong kuat Tun Dr. Mahathir. Adakah sekarang ini, Yang Berhormat dalam hal ini sudah tidak bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir? Itu saya mohon penjelasan.
Keduanya, saya ingin memberi pandangan bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik tidak bermakna menjatuhkan atau mengurangkan martabat bahasa Melayu, bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Ia tidak membawa ke arah itu. Jadi tafsiran itu adalah kurang tepat. Kita masih menganggap bahawa bahasa Melayu, bahasa kebangsaan adalah amat tinggi letaknya. Penggunaan bahasa Inggeris ini untuk tujuan ilmu dan pengetahuan demi kepentingan anak bangsa kita akan datang.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Elok juga Yang Berhormat bertanya. Saya ucapkan terima kasih dan boleh saya perjelaskan.
Yang Berhormat kata bahasa Inggeris ini untuk mata pelajaran Matematik dan Sains diperkenal pada zaman Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan saya penyokong kuat Tun Dr. Mahathir. Betul, saya menyokong Tun Dr. Mahathir tetapi bukan bererti saya bersetuju dengan dia dalam semua perkara. Ini silap Ahli Yang Berhormat ini. Saya always speaks my mind. Saya bukan jenis yang lain-lain, kalau sokong semua sokong, tidak. Saya sokong yang baik, yang tidak baik saya tidak sokong.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat, biar saya dedahkan di sini. Waktu perkara ini dibincangkan dulu, saya adalah antara orang yang paling lantang dalam Majlis Tertinggi yang bercakap bab perkara ini. Sama juga dengan isu biasiswa, perkara isu merit, saya juga kuat bercakap. Bukan sahaja di MKT, dalam perhimpunan agung pun saya bercakap tetapi apabila sudah keputusan ramai saya sokong sahajalah, saya diam sahaja. Saya bukan jenis yang sokong membuta tuli, tidak ada. Tidak ada. Saya tidak main begitu. Itu bukan permainan saya. Saya konsisten, Tuan Yang di-Pertua. Sehinggakan...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tukar parti.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, dia ada sebut lagi tukar parti. Dia ada sebut lagi. Tengok ini! Walaupun saya tukar parti, saya bertanding dalam pilihan raya, Yang Berhormat, saya tidak pernah tukar kawasan, do or die Pasir Mas. Saya tidak lari ke Kedah, ke Penang, ke Perak, ke Johor, tidak ada, Pasir Mas juga. [Tepuk][Disampuk]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Langkawi? Tepuk kuat sikit. Saya tidak tukar. Saya pernah tukar parti atau tidak pernah tukar kawasan. Saya tidak tukar agama, isteri pun satu dan rumah pun satu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cuma tukar simbol sahaja.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ha, simbol sahaja. Tukar simbol itu, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat ada hikmahnya. Dulu, saya ingat Melayu ini kuat Melayu kuat jugalah Islam sebab kita orang Islam. Namun saya dapati kalau tidak ada pengisian agama kuat Melayu tidak bererti Islam kuat. Sejak saya berkawan dengan PAS ini makin dekat sikit, maka saya sudah faham sedikit sebanyak Islam. Maka bila Islam kuat Melayu pun akan jadi kuat. Jati diri saya pun makin hebat! Jadi, kalau Yang Berhormat hendak juga ikutlah sekali. [Ketawa] Seronok ini, Tuan Yang di-Pertua. Petang-petang ini hilanglah mengantuk sikit.
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya ditimbang balik kerana ini kedudukan bahasa. Kalau kita sendiri yang memegang kuasa tidak reti menghormati bahasa kita, siapa lagi?
Saya hendak berikan sedikit contoh lagi. Di negara Thailand, berjiran dengan Pasir Mas, Kelantan, jumlah penduduknya tidaklah ramai. Di negara Thailand pun bahasa Thai. Thailand maju daripada kita. Duit dia pun sekarang ini lebih tinggi nilainya daripada kita. Dulu kalau duit kita RM10 - 100 Baht. Sekarang ini 100 Baht ... [Disampuk] Apa dia?
Ha, sekarang ini RM1 - 9 Bath di Thailand. Mereka maju, jati diri orang Thailand bukan main hebat. Betul! Cuba pergi ke Thailand, ada berapa ‘kerat’ yang hendak naikkan simbol perniagaan dalam bahasa Cina langsung tidak boleh. Di Indonesia, nama kena tukar kepada bahasa Indonesia - Rudy Hartono. Itu Hartono, ini Hartono tetapi bukan orang Melayu.
Begitulah kalau kita tengok negara-negara lain mendaulatkan bahasa mereka. Kita di sini beri kebebasan tetapi tidak cukup betis hendak paha. Ini persoalannya. Saya takut nanti hilang segala-galanya. Saya hendak ingatkan Tuan Yang di-Pertua, elok untuk keselamatan semua pihak biarlah tuan rumah tidur dengan nyenyak barulah orang lain tidur dengan nyenyak. Kalau tidak dapatlah apa yang mereka hendak tetapi bukan bererti kita boleh tidur dengan nyenyak. Itu yang kita tidak mahu. Kita sudah mendukung konsep perpaduan ala cara kita ini sudah 50 tahun. Beransur-ansurlah, jangan menyentuh. Kita sudah 50 tahun anak peribumi, orang peribumi rasa tertinggal. Kita tidak teriak macam orang lain lagi. Kita belum teriak lagi. Kita teriak sikit-sikit sahaja.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu pun hendak suruh orang dengar. Kalau tengok pada negara lain, maka sebab itu saya minta fikir balik. Kongres permuafakatan Melayu, cendekiawan-cendekiawan, GAPENA, bukan GAPENA dok teriak di luar. Tolonglah dengar, tolong dengar dan untuk kebaikan. Saya percaya ianya akan memberi kebaikan dan dasar ini telah terlaksanakan 50 tahun sudah. Betulkan balik, perkuatkan balik, biarlah bahasa kebangsaan ini, bahasa Melayu, bahasa teras ini menjadi bahasa perpaduan.
Kita kata biar anak-anak sekolah kita bergaul di antara satu kaum ke satu kaum.
Kita masuk 10% dalam Maktab Rendah Sains Mara, hendak suruh bergaul tetapi ini cakap bahasa ini, ini cakap bahasa ini. Apa bahasa pengantar, bahasa pengantaraan. Yang dia tahu jiwa bangsa. Bangsa mengenalkan budaya bangsa ini. Itu dia, cukup.
Jadi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua ada dua lagi, pendek-pendek lagi. Pendek- pendek lagi. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong dengar ini.
Saya terima satu surat. Dia suruh saya bawa kepada mesyuarat. Saya hendak baca surat ini.
“Assalamualaikum Dato’, saya mewakili Pengetua dan Guru Besar serta ibu bapa.
Tolong bincang di Parlimen sedikit hal keresahan rakyat ini. Apakah tidak cukup murid- murid belajar waktu pagi, sampai kelas tambahan petang, malam, Jumaat, Sabtu, kami terpaksa hantar anak enam kali sehari. Apa ini? Sekolah berlumba-lumba untuk peperiksaan, sebab itu budak sekarang rupanya jadi lebih biadab dan banyak gejala sosial berlaku. Haramkan terus tuisyen dan kelas tambahan itu sebab sekarang ini kelas tambahan, kelas tuisyen, guru-guru yang mengajar kelas ini ada bayaran, ada imbuhan. Ini
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
hendak tambah pendapatan ini, macam-macam buat kelas tambahan. Sudah cukup waktu pagi, petang patutnya mengaji Quran.
Sekarang ini minyak mahal. Minyak mahal sekarang ini, dok hantar anak ke sekolah, dok habis duit minyak sahaja sekarang ini. Berapa kali sehari? Enam kali sehari.
Kerja pun tidak boleh hendak buat, dok hantar anak ke sekolah. Terikat dengan kelas tambahan macam-macam. Masa terbuang, tenaga dan duit. Biar kementerian haramkan ataupun minta kaji semulalah kelas tuisyen”.
Elok juga dikaji ini. Selain daripada kelas-kelas yang wajib ini, tetapi kelas tambahan tuisyen ini menjadi-jadi sekarang ini. Apakah ianya ada kesan kepada pembentukan jati diri anak-anak dan pendidikan anak-anak? Baik, Tuan Yang di-Pertua, minta kaji Yang Berhormat.
Satu lagi, saya hendak tanya balik. Dahulu sudah berlaku sekali kekecohan, kontroversi bersabit dengan yuran sekolah ini yang kerajaan sudah batalkan yuran sebelum pilihan raya. Ingat tidak? Orang-orang kampung pun bertepuk, saya pun melompat, kerajaan sudah batalkan yuran sekolah. Tidak payah bayar sudah, bayar periksa pun tidak tetapi apabila daftar sekolah, Guru Besar minta kena bayar RM260, RM300, RM400.
Kecoh dan ini di antara yang menyebabkan Barisan kalah teruk baru-baru ini.
Menteri pula membuat kenyataan, kalau tidak setuju pergi minta balik duit. Ibu bapa pergi hendak minta balik. Mana ada duit, tidak ada. Kecoh pula dekat akar umbi tetapi kerajaan tidak tahu. Jadi, saya hendak tanya apakah kerajaan sudah buat keputusan yang betul-betul muktamad, yang jelas mengenai dasar yuran sekolah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak baca. Contohnya, ini adalah salah satu senarai yang saya terima budak-budak hendak kena bayar.
Saham koperasi RM20.00 8 buku garis lurus (120) RM9.60 4 buku petak RM3.60 1 buku praktikal sains RM3.30 1 buku nota geografi RM2.80 1 buku graf RM2.00 Macam-macam, kelas...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, ya. Details sampai ke stoking, macam- macam ini, sampai RM400 lebih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ledang minta laluan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, sila Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Namun, sebelum menyentuh tentang yuran-yuran tadi.
Saya ternampak ada pasukan yang telah mencapai kejayaan cemerlang di Sukan Olimpik di China baru-baru ini iaitu pasukan badminton kita yang telah memenangi pingat Perak baru-baru ini. [Tepuk] Kita ucapkan tahniah kepada mereka. Terima kasih bagi pihak rakan-rakan Ahli Dewan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya juga turut ucapkan...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Juga saudara Lee Chong Wei dan juga tahniah kepada jurulatih, malah tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sukan. [Tepuk] 12 tahun Tuan Yang di-Pertua, kehausan pingat dalam bidang badminton ini.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya, belum habis lagi?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Belum. Isu yuran tadi ini, yang saya faham sebenarnya lebih kepada yuran ataupun kutipan yang dibuat daripada PIBG yang ditentukan oleh pihak sekolah. Yang ditentukan oleh PIBG, bukan sekolah. Maknanya PIBG ada muafakatnya dia sendiri berapa hendak kutip tetapi ada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran tentang had ataupun limit kutipan tetapi malangnya, kepada saya perkara ini telah pun diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan ramai mengatakan bahawa kerajaan tipu rakyat dan sebagainya sedangkan sebenarnya kementerian serahkan perkara ini atau turunkan kuasa ini kepada PIBG.
Sepatutnya pada saya PIBG yang memberikan kefahaman kepada ibu bapa bukannya tiba- tiba dipulangkan semula kepada orang ramai. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yalah, betullah itu Yang Berhormat tetapi sebelum itu saya juga hendak mengalu-alukan kehadiran jaguh badminton negara kita Lee Chong Wei dan ketua jurulatih saudara Misbun Sidek. [Tepuk] Semualah di atas kejayaan yang membawa pingat perak tetapi kalau Menteri Belia dan Sukan bawa saya pergi sama, insya- Allah boleh emas boleh. [Ketawa] Betul.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Pasir Mas ini jaguh kampung tetapi cakap besar Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Pasir Mas bomoh Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya boleh bercakap dari segi motivasi sebab itu saya hendak reserve tahniah saya kepada Menteri Belia dan Sukan. Menteri Belia baru empat bulan, mana kena mengena. Dia berlatih sudah bertahun, dia lah tahniah. Kita tahniah kepada pasukan badminton lah. Saya betul-betul tahniah kepada Lim.
Beberapa Ahli
Lee.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Lee Chong Wei ini dan kalau ada masa, ikhlas bukan politik ini. Saya hendak jemput ke kawasan Pasir Mas, saya hendak rai jaguh badminton kita ini. Kita berjaya, kita kata berjaya lah. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga mengucap jutaan terima kasih kepada jaguh kita saudara Lee Chong Wei kerana sebahagian daripada hadiah daripada kerajaan disumbangkan untuk mangsa gempa di negeri China. Terima kasih banyak.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Betul. Saya pun ucap tahniah dan saya harap kita pun Orang Melayu pun ikut contoh macam dia.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa] Ya.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Boleh celah?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sila.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei dan juga jurulatih.
Tadi Yang Berhormat Pasir Mas membincangkan tentang pendidikan pelajaran.
Yang Berhormat membicarakan tentang pendidikan dan pelajaran dan kita membentuk masyarakat yang bersatu padu dan sebagainya. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Hasil daripada kemenangan yang kita peroleh di Beijing baru-baru ini.
Jurulatihnya ialah seorang bumiputera dan pemainnya ialah seorang cina. Apakah gambaran yang boleh Yang Berhormat sentuh sedikit?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jurulatih orang Melayu, pemenangnya Lee Chong Wei. Ha, ini hendak menunjukkan kehebatan Malaysia. Takkan bab ini pun hendak tanya.
Lailahaillallah. [Ketawa] Akan tetapi betul juga Yang Berhormat itu hendak menunjukkan soalan itu betapa kita di Malaysia ada masyarakat berbilang kaum yang dibina 50 tahun daripada merdeka sampai sekarang. Begitu elok sekali.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebab itu kita tidak hendak rosak walaupun kita ada perbezaan politik kita bercakap itu ini pun jangan sampai ke peringkat kita rosakkan negara, alhamdulillah kita tengok. Saya cukup bangga tanpa Lee Chong Wei tidak ada senarai Malaysia ini. Saya buka Astro...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua boleh saya tanya. Apa kena mengena ini dengan pindaan Akta Pendidikan 2008.? Boleh saya beri tunjuk ajar daripada Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Taiping tidak apalah. Kalau saya benarkan maksud ada kaitanlah itu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia Yang Berhormat barulah tidak tahu apa-apalah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak apa dia orang baru. Saya hendak bagi tahu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini saya tidak tahulah ini pengalaman dahulu. Ada juga kadang-kadang Peraturan Dewan Rakyat kalau kita ambil pengalaman dahulu pada zaman Tuan Yang di-Pertua minta maaf ya, pada zaman arwah Tun Zahir memang apabila kita bincang satu-satu rang undang-undang apa sahaja rang undang- undang di peringkat dasar kita boleh sebut apa sahaja. Itu kena tahu we can say anything dengan izin kecuali perkara spesifik waktu kita membahaskan peringkat jawatankuasa, itu tidak boleh lari malah Tuan Yang di-Pertua boleh suruh berhenti kalau tidak ikut itu spesifiknya tapi peringkat dasar kita boleh sebut.
Ini pun hak Akta Pendidikan juga sebab itu kita hendak minta supaya sekolah- sekolah nanti, program-program sukan nanti macam mana kita boleh lahirkan lebih ramai lagi jaguh-jaguh sukan ini, asyik kalah sahaja. Kejap kejap kalah, kejap kejap kalah. Betul saya betul hendak juga tetapi tidak boleh sampai saya tengok orang berenang dalam TV saya pun dekat luar pun berenang juga ini, tetapi tengok medal tele tengok Malaysia tidak ada, tengok Malaysia tidak ada, tengok Malaysia, tengok TV alih-alih buka TV tidak ada tele, tengok-tengok Menteri Belia dok bercakap sahaja.
Pakai baju kuning saya tidak hendak tengok itu, saya tidak hendak tengok Menteri Belia saya hendak tengok pingat berapa dapat. [Ketawa] Minta maaf jadi balik pada hal ini tadi saya dok sebut masalah yuran tadi saya hendak tanya muktamad. Kata menteri itu terpulang kepada sekolah-sekolah tetapi sekolah-sekolah kena minta kebenaran apabila dia hendak keluarkan senarai yuran ini, tetapi kena distandardizekan kena cara bersepadu yang jelas dasarnya macam mana. Sebab cuba bayangkan kalaupun ada bantuan KWAPM RM200, RM400 kalau ibu tunggal Yang Berhormat anak empat orang cuba fikir.
Anak empat orang, anak lima orang, enam orang sekali buka sekolah kena bayar RM250, lima anak RM1000. Dapat duit KWAPM pun tidak cukup hendak tokok balik apa yang kena bayar, belanja sekolah lagi. Kita tengok belanja untuk Program Khidmat Negara boot kita beli, kita beli topi, kita beli kursus tiga bulan, budak-budak ini, ya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang PIBG ini sebab itu kita ada PIBG kalau Yang Berhormat Pasir Mas setuju sebab itu kita ada PIBG. PIBG anggotanya ialah ibu bapa dan guru dan pada saya ramai ibu bapa dan guru yang berpendapatan tinggi maknanya yang kaya boleh membantu yang susah. Saya fikir PIBG ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mungkin kurang berfungsi dari segi kemasyarakatan. Pernah dahulu disebutkan supaya PIBG ini juga melihat pelajar-pelajar atau murid-murid yang susah, yang perlu dibantu, yang anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Malah wakil rakyat pun boleh menyumbang tidak kisahlah duit peribadi ke apa daripada PIBG untuk PIBG bantu pelajar-pelajar ataupun anak-anak kepada mereka- mereka yang susah tadi. Adakah Pasir Mas setuju?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Betul juga Yang Berhormat sebab kalau kita tengok ibu bapa ini ada yang kaya, kaya memang negara kita ini banyak orang-orang yang kaya-kaya. Ada kereta besar Mercedes, anak pun pergi sekolah pakai Mercedes tetapi itu bagi orang kaya okeylah Bagi yang miskin di kampung macam mana? Jadi masalah peranan PIBG yang disebutkan tadi saya boleh setuju dengan pandangan Yang Berhormat tinggal lagi saya sebut yang di kampung ini rata-ratanya mereka orang susah.
Sebab itu kalau boleh cuba fikir cara kenaikan harga petrol baru ini. Baru ini naik harga petrol oleh kerana tidak hendak bagi subsidi kepada orang kaya naik tetapi dibagi balik subsidi RM150 untuk motosikal, RM650 untuk kereta cuba fikir juga dari segi sistem pendidikan macam mana. Maknanya yang kaya-kaya kena, yang miskin-miskin, anak-anak ibu tunggal ini apa semua ini tidak usah kenalah patut pergi daftar sahaja. Apatah lagi untuk pelajar-pelajar kalau saya sebut bumiputera katakan saya ini perkauman pula.
Pendidikan ini adalah hak keistimewaan ini dengan bantuan-bantuan yang diberi selama ini tidak mencukupi. Lepas itu pula sekolah cuti ada lawatan ke Kuala Lumpur, lawatan ke Penang, Johor pergi ke Kelantan, lawatan-lawatan lagi, baju-baju sukan lagi, tracksuit lagi.
Bagi anak yang berada datang sekolah pakai tracksuit boleh tukar baju, bagi anak orang miskin tidak boleh tukar jadi dia timbul kesan psikologi ini yang kita create i- inferiority complex daripada kecil lagi di kalangan anak-anak sekolah. Sebab dia rasa terasing bila cuti sekolah mereka bercakap di kalangan mereka, eh! Cuti kau ke mana? Bapak aku hendak bawa ke Australia sebab bapa aku baru dapat projek Direct Nego, contohnya. Anak dia tidak boleh pergi ke Australia dekat kampung sahaja jadi dia pun rasa hiba hati, kecil hati. Maka sebab itu dia jadi inferior complex dia tidak mampu hendak bersaing. Ini aspek- aspek ini yang kita kena tengok sebab itu kalau boleh ini kena ditengok dengan jelas. Saya hendak minta supaya standard betul supaya tidak jadi isu lagi pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya di Pasir Mas saya hendak beri ingatan dan amaran kepada Kementerian Pendidikan. Saya tidak hendak dengar satu pun dalam kawasan saya orang yang layak terima KWAPM tetapi tidak terima KWAPM akibat daripada keputusan politik, iaitu bantuan KWAPM ini mana yang miskin dia mesti dapat, dia tidak kira parti PAS ke UMNO ke dan kalau ini dapat dilaksanakan Barisan Nasional pun akan dirahmati oleh Allah SWT, akan mendapat syafaat sebab pembahagian KWAPM di peringkat sekolah- sekolah ini. Tuan Yang di-Pertua, Pasir Mas mungkin di Kelantan nama-namanya saya disenaraikan oleh guru besar di vet oleh PPM (Penyelia Pembangunan Mukim).
Bila sampai ke sini dia main politik ini tidak sokong, ini sokong, ini tidak sokong, ini sokong. Kalau dahulu dia tidak sokong kalau ini dia bagi dengan elok mungkin pilihan raya akan datang dia sokong, betul tidak? Tetapi kalau kita tidak bagi, ini tidak bagi ini kerana tidak sokong baru ini kita tidak bagi kita tidak sokong lagi kuatlah sebelah sana. Saya hendak ingatkan kalau boleh sistem mengesahkan siapa layak tidak layak dari segi pendapatan keluarga untuk menerima duit KWAPM ini difikir satu sistem, satu kaedah di mana saya hendak cadangkan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...minta maaf Yang Berhormat Pasir Salak, saya hendak cadangkan kenapa tidak diguna pakaikan Ahli-ahli Parlimen. Saya rasa semua Ahli Parlimen ini bertanggungjawab. Kerajaan baik, pembangkang baik. Guru-guru boleh proses, guru besar sendiri, sekolah sendiri proses. Kemudian kalau ada yang ragu kalau disokong oleh Ahli Parlimen automatik, tidak kan kita pun hendak bohong ini untuk kebajikan untuk rakyat supaya tidak ada yang tertinggal. Ya sila.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari segi pemberian wang KWAPM ini mestilah berdasarkan kepada kelayakan. Maknanya mereka yang miskin perlulah diberikan bantuan ini tidak mengira dari segi penglibatan ataupun kedudukan politik mereka. Ini adalah tujuan kerajaan untuk membantu rakyat luar
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
bandar. Walau macam mana pun, saya mendapati satu masalah yang kita hadapi dalam pemberian bantuan ini ialah ianya disalahgunakan oleh ibu bapa sendiri.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Banyak bantuan ini yang diberikan tidak mencapai matlamat-matlamat yang diharapkan iaitu untuk pendidikan anak-anak. Banyak ibu bapa yang menggunakan wang ini kepada benda lain. Ini berleluasa, bukan makna politik. Jangan timbul, tak ada masalah politik di sini. Ini secara umumnya, banyak ibu bapa yang begitu dan kalau masa-masa mesyuarat PIBG untuk membincangkan pendidikan anak-anak, bapa-bapa jarang datang, malas datang. Ibu-ibu ramai yang datang tetapi apabila masa penyampaian wang KWAPM, wang bantuan pelajaran, bukan ramai lagi ibu bapa datang. Mereka sehingga sanggup tunggu berjam-jam untuk menerima wang ini dan kita dapati setelah diterima, wang ini pergi kepada perkara lain. Jadi ini satu masalah. Mungkin tidak berlaku di Pasir Mas, saya tak tahulah kerana orang Pasir Mas baik-baik mungkin tapi banyak berlaku di tempat lain.
Jadi, baliknya kerajaan juga yang dipersalahkan walaupun kerajaan memberi peruntukan yang begitu banyak sekali. Saya tak tahu, mungkin Menteri Pelajaran dapat memberi angka. Mungkin beratus-ratus juta untuk ini. Jadi saya ingin Yang Berhormat sebagai seorang yang berpengalaman untuk memberi cadangan kepada kita di Dewan yang mulia ini supaya perkara ini tidak berlaku, supaya ketirisan ini tidak berlaku. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tidak tahulah, di Pasir Mas memang saya tak dengar sebab ada sekolah, wang KWAPM ini dia tak bagi dalam bentuk tunai. Dia bagi dalam bentuk kupon. Jadi di Pasir Mas banyak dalam bentuk kupon. Maknanya kupon itu dibagi kepada ibu bapa ataupun pelajar. So kupon itu diguna untuk ditolak perbelanjaan sekolahlah, apabila sekolah membuat pembelian tertentu. Akan tetapi, satu perkara yang penting yang saya tahulah, banyak wang KWAPM ini dibagi kupon dan seumpamanya, dia banyak dapat balik kepada guru melalui kelas tuisyen. Digunakan duit ini untuk bayar guru-guru kelas tuisyen. Ini yang banyak duit KWAPM yang saya dapat tahu sebab ada ibu bapa kompelin pada saya. Ha itu bolehlah Yang Berhormat siasat nanti.
Cuma saya nak mintalah di Pasir Mas, saya harap sangat sebab saya tak mahu datang ke Dewan Rakyat nanti masa Tuan Yang di-Pertua membuat soalan, kenapa saya dapati 13 pelajar murid miskin tak dapat KWAPM. Kena hantar pula soalan, tunggu pula soalan Tan Sri, tak naik pasal Bebas. Nombor 20,23, tiga kali sesi itu nombor satu ke sepuluh, sekali tak ada lagi. Nak dapat soalan tambahan pun tak ada. Terlepas saya nak bela anak-anak rakyat saya, terlepas, ataupun nak berkeriau dalam perbahasan dasar pun benda kecil sangat. Allah, mari bercakap budak 13 orang saja, saya pun tak nak juga tapi hal rakyat kena bercakap. Jadi kalau keadilan ini dijamin berjalan dengan elok, dilaksanakan dengan baik, insya-Allah mungkin pilihan raya akan datang, Barisan Nasional menang balik. Saya tak kira siapa menang pun asalkan adil saja, asalkan bagus saja. Kalau BN tak bagus, dia orang ini memerintah, kalau dia orang tak bagus pun, dia orang juga.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tukar lambang sekali.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tukar lambang tak apa lah asal prinsip tak tukar.
Jadi...
Seorang Ahli
Cari simbol lainlah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tak apa. Simbol-simbol apa pun tak apa asalkan kita jadi pemimpin Tan Sri, jangan rasuah, akhlak mulia, prihatin kepada rakyat. Pergi mana pun, tengok saya dengan Tan Sri, sama. Saya dengan Tan Sri pun sama-sama tukar parti tapi semua orang puji saya dengan Tan Sri bagus. Betul tak Tan Sri? Sebab kita tak terlibat.
Dalam rasuah tak terlibat, hal-hal kaum kita tak terlibat. Tukar parti biasalah asalkan tak tukar agama. Kita duduk dalam satu parti pun jadi penyangak buat apa? [Ketawa] Betul tak? Tak ada guna juga. Saya dah melencong itu, saya tak nak melencong-lencong lagi.
Jadi, itu satu hal Pasir Mas tadi, saya nak minta boleh ke tidak sebagai Ahli Parlimenlah, dulu bolehlah sebab saya UMNO, Barisan Nasional. Ini Ahli Parlimen Bebas, boleh tak sebagai Ahli Parlimen kalau sekolah-sekolah nak jemput saya rasmi mesyuarat PIBG.
Boleh tak?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kalau dulu boleh, kenapa tak boleh? Pasal saya tidak jadi Barisan Nasional lagi?
Kalau saya dijemput pergi ke sekolah, waktu saya jadi Ketua Bahagian dulu Tan Sri, saya pergi rasmi mesyuarat PIBG, keputusan semua meningkat sebab motivasi bagus.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
UMNO takut tu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa] Jadi boleh tak? Ataupun Ahli-ahli Parlimen pun patut diberi ataupun paling tidak kalau saya nak minta sekali-sekala sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, saya nak minta Pegawai Pendidikan Daerah memberi taklimat kepada Ahli Parlimen. Saya nak melawat sebagai Ahli Parlimen. Boleh bagi ke tidak sebab saya nak pergi dengar taklimat nanti...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Padang Serai, tak nampaklah.
Okey, okey. [Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta kalau boleh diperbanyakkan lagi lampu supaya kawan saya Yang Berhormat Pasir Mas dapat nampak. [Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Pasir Mas tadi mengatakan bahawa, lebih kuranglah andaian saya ialah Yang Berhormat Pasir Mas menghadapi masalah bila pergi ke sekolah- sekolah dan mungkin juga adakah Yang Berhormat Pasir Mas merasakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional, UMNO ini, mereka takut akan kekuatan dan kehandalan Yang Berhormat Pasir Mas. Oleh sebab itu mereka tidak mahu Yang Berhormat Pasir Mas mendekati sekolah, di mana kemungkinan besar semua undi lain kali tinggal kosong untuk UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin kah itu?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Padang Serai ini 24 jam politik.
Saya tidak mengatakan ini, saya belum lagi pergi. Jangan buat andaian bahawa pihak PPD tak mahu memberi taklimat kepada saya sebagai Ahli Parlimen. Saya belum minta lagi cuma saya nak sebut di sini, kalau boleh, baru saya nak minta tapi kalau saya tulis surat kepada PPD, saya nak minta bagi taklimat, saya nak tahu berapa jumlah pelajar dalam kawasan saya, apa masalah sekolah, guru-guru besar sekolah-sekolah dalam kawasan saya supaya apabila ada persidangan, saya nak bawa ke Dewan Rakyat. Saya nak dapat maklumat tapi kalau saya dapat tepi-tepi jalan, saya datang sini bercakap nanti benda tak betul, kementerian pun rasa tak senang hati. Nanti kata mari-mari hentam kromo. So I want to get the figure right, the fact right.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
So saya nak pergi. Jadi saya rasa ini cara yang baiklah. Ada lagi Yang Berhormat Pasir Salak?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat setuju tak kalau dibenarkan orang seperti Yang Berhormat Padang Serai ini pergi ke sekolah-sekolah, berceramah dengan putar belit dia, dengan buat fitnah dia, tohmahan dia kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa. Boleh tak orang macam ini kita hantar pergi berceramah, boleh tak?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih. Saya rasa begini, kalau saya izinkan dia pergi seorang, saya tak berapa setuju tapi kalau pergi dengan saya, saya setuju. Saya kena ada sekali, okey sebab saya ini imbang sikit dak? Baik Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya nak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi perhatian. Saya nak tanyalah sekolah-sekolah di kawasan saya di Pasir Mas, ada dua tiga sekolah yang sedang dibuat. Saya harap supaya pemantauan, pelaksanaan itu tidak tergendalalah kerana di Pasir Mas Tuan Yang di-Pertua, Alhamdulillah di antara kawasan yang tinggi pencapaiannya daripada segi kecemerlangan pelajar-pelajar.
Oleh itu saya baca senarai ada sekolah cluster sekarang ini, yang dipilih sekolah cluster ini, sekolah yang dapat cluster ini dapat RM500,000 hadiah. So di Pasir Mas ada sekolah yang dah layak dah. Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, sekolah menengah di Pasir Mas yang sudah layak untuk dipertimbangkan sebagai sekolah cluster.
Jadi saya haraplah jangan tertinggal. Mula-mula kalau nak pilih sekolah di Kelantan untuk
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
masuk di bawah cluster ini, terus ke Pasir Mas dulu okey? Itu yang saya minta sebab memang di sana sekolah pun banyak dan pencapaiannya pun alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih banyak-banyak di atas kesempatan yang diberi pada saya untuk membahas Rang Undang-undang Pendidikan walaupun banyak lagi yang perlu disentuh terutamanya IPT, IPTS, hal-hal tadika. Janganlah nanti digunakan untuk politik. Kuasa-kuasa yang ada itu jangan disalahgunakan supaya jangan esok-esok nanti parti PAS nak buka PASTI pun tak dapat dah. Sekarang ini PAS ada PASTI, UMNO ada kelas KEMAS. Bahagi sajalah cuma pematuhan jangan rigid, menyalahgunakan kuasa supaya ianya semua menuju ke arah kebaikan. Tegur-menegur itu biarlah cara yang positif dan juga, jangan guna salah kuasa betul-betul kerana politik.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu yang saya harap supaya program pendidikan peringkat tadika sampai universiti insya-Allah Program Pendidikan Negara kita akan menjadi cemerlang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja. Iaitu saya ingin mengambil kesempatan berhubung dengan pindaan Akta Pendidikan 1996. Saya melihat bahawa tujuan akta ini dipinda adalah semata-mata untuk melakukan transformasi pendidikan, di samping memastikan bahawa pendidikan negara kita dapat diperkasakan sejajar dengan tuntutan ketika ini. Persoalan yang kita hadapi apakah dengan terlaksananya akta ini, maka perkasalah pendidikan dalam negara kita ataupun di sebaliknya. Saya bersetuju dengan rakan-rakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa. Saya dapat gambarkan dengan terlaksananya akta ini maka saya berdoa mudah-mudahan sekolah menengah kebangsaan menjadi pilihan pelajar-pelajar bukan Melayu di dalam negara kita.
Persoalan yang kita hadapi mampukah kementerian memperkasakan sekolah kebangsaan lebih-lebih lagi saya tidak ambil contoh jauh-jauh di kawasan saya di Sabah di Kinabatangan, mungkin para pegawai yang duduk di Kinabatangan tidak mengetahui latar belakang sekolah ini. Sekolah ‘A' macam mana, sekolah ‘B' macam mana? Oleh sebab itu terdapat dua tiga sekolah yang kampung dia bukan mudah untuk pergi oleh guru-guru.
Maka apabila guru ini keluar dari kampung ini, alamatnya dua bulan lagi dia boleh masuk ke kampung tersebut. Bukan dia tidak mahu masuk, tetapi cara untuk masuk terlalu sukar.
Saya ingin menyarankan kepada semua pegawai kementerian di pendidikan ini mengkaji latar belakang sekolah-sekolah yang terpencil. Bagaimana latar belakang sejarahnya, geografinya, bagaimana kita menghantar guru ke sana, jangan namakan guru lepas. Dia pun tidak tahu hala tuju dia. Ini yang menjadi kemusykilan. Apabila ini berlaku, maka kecemerlangan yang kita harapkan rupa-rupanya tidak menjadi kenyataan.
Perkara-perkara yang berlaku. Saya cuma ambil contoh. Mudah-mudahan pihak kementerian boleh mengambil satu iktibar iaitu pelaksanaan makmal komputer di Sabah.
Saya ambil Sabah sahaja Tuan Yang di-Pertua. Apabila dilantik satu agensi dari Kuala Lumpur melaksanakan sistem berkomputer ini. Di luar bandar ini tenaga elektrik tidak ada.
Maka disertakan pula dengan genset yang digunakan pula dengan diesel bukan lagi dengan petrol. Ini sudah tidak serasi. Itu genset rosak, komputer pun ikut rosak. Maka kena menunggu pula pakar komputer dari Kuala Lumpur terbang ke Kota Kinabalu, terbang ke Sandakan dan pergi ke Kinabatangan.
Di mana logik akal yang waras. Kenapa tidak dilantik kontraktor-kontraktor dari Sabah sahaja yang mengambil soal ini. tidak perlu teknikal dari Semenanjung turun ke Kota Kinabalu, turun ke Sandakan. Ini namanya wasted, duit habis, masalah tidak selesai. Ini baru contoh. Satu contoh saya ambil lagi, iaitu diuar-uarkan kerajaan menyediakan RM450 juta untuk solar hybrid di sekolah-sekolah di Sabah. Saya ada kebimbangan Tuan Yang di- Pertua. Kebimbangan saya kalau solar hybrid ini rosak maka technician dari Semenanjung juga akan terbang ke kampung-kampung. Saya meminta, ini bukan sahaja Kementerian
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pelajaran, tetapi Kementerian Kewangan terlibat untuk menentukan kontraktor-kontraktor ini.
Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah kita sudah hampir merdeka 51 tahun, tetapi rakyat di luar bandar di kawasan saya masih menderita, belum menikmati kemerdekaan yang sebenarnya. Buat apa kerajaan menyediakan berjuta-juta berbilion- bilion ke arah memperkasakan pendidikan. Kita perkasakan peraturan kita, sistem kita.
Akan tetapi pelaksanaan kita longgar, lemah longlai, tidak bermaya. Bermakna kita tiada makna. Buat apa berbilion-bilion. Yang penting diberi penekanan iaitu kesanggupan dan kesungguhan pegawai yang mentadbir yang menyelia urusan-urusan tersebut. Bagaimana sekolah di Kinabatangan diurus, sekolah di Keningau diurus, di Tambunan diurus?
Mesti mahu tahu latar belakang dia. Mesti ada data maklumat dia. Berapa guru keperluan, apa masalah sekolah ini? Saya kalau bercakap soal pendidikan ini Tuan Yang di-Pertua, satu hari tidak habis. Saya sedih, saya sakit hati, saya marah. Sekolah berasrama, Sekolah Menengah Antilibon, saya sudah jumpa menteri terus-terang dia kata menjadi priority. Dia minit, saya nampak. Namun sampai hari ini saya tengok belum ada tindakan.
Bagaimana bilik yang keluasan dia 15 kaki, 30 kaki 30 orang pelajar tidur, apa punya sekolah ini? Macam binatang mereka di dalam satu kamar yang tidak ada keselamatan. Makan dalam satu kantin, bergilir-gilir sampai enam kali atau lapan kali. Ini bukan memperkasakan pendidikan kalau saya lihat. Ini meremehkan pendidikan di luar bandar seolah-olah ada diskriminasi yang tidak dilihat secara jelas oleh pegawai-pegawai yang melaksanakan di peringkat bawah.
Di peringkat kerajaan saya cukup berkeyakinan bahawa kerajaan cuba memperkasakan pendidikan ini dengan menggubal akta dengan berbilion-bilion ringgit. Soal bantuan KWAMP ini jangan cerita. Saya berapa kali menyampaikan seorang murid dapat sampai RM800. Kalau pun anak dia lima dan dia miskin, lima-lima pun dapat. Saya ingin memperjelaskan kepada Yang Berhormat Pasir Mas sudah tidak ada. Bukan seorang, kalau dia ada lapan orang anak dan dia miskin, lapan-lapan pun dapat. Di kawasan saya Alhamdulillahlah bantuan KWAMP ini saya sudah beritahu kepada guru-guru semua, asal mereka layak bagi mereka.
Jangan kira latar belakang. Kalau tidak bagi, saya tidak mahu cikgu mengajar di kawasan saya. Saya tidak mahu cikgu jadi batu penghalang kepada kemajuan anak murid di kawasan saya. Saya jelas, tetapi apabila sudah sampai ke sistem pelaksanaan di situlah kelemahan yang ketara kepada kita. Apa salahnya pegawai pendidikan turun apabila ada maklumat sekolah ini mempunyai kelemahan; turun bawa pegawai teknikal apa masalah sekolah ini, apa yang perlu kita bantu. Buat laporan kepada Pengarah Pendidikan, kepada Menteri Pelajaran, kepada timbalan menteri. Kemudian...
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ada Yang Berhormat yang minta laluan.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, mungkin untuk makluman Yang Berhormat, baru-baru ini tidak sampai tiga minggu pun Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri telah turun ke padang membawa pegawai-pegawai Kementerian untuk melawat kawasan saya ke Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Walaupun dijadualkan hanya melawat empat buah sekolah yang jauh di pedalaman akan tetapi oleh kerana kita hendak menggunakan peluang ini sepenuhnya kita ajak dan juga rela Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali bin Ismail sendiri dengan pegawai-pegawai pergi kesemua lapan buah sekolah sampai jauh malam. Jadi saya ingin menggunakan peluang ini bukan untuk meminta penjelasan, cuma hendak berkongsi satu yang saya anggap baik oleh kerana yang bertanggungjawab kementerian atau menteri dan timbalan menteri sendiri telah turun padang dan begitulah yang kita hendak. Adakah Yang Berhormat setuju supaya lebih kerap kali mereka ini turun padang. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Inilah sebetulnya yang kita harap-harapkan sebab kita ini orang politik. Biasanya kalau menteri atau timbalan menteri turun melawat pegawai akan ikut maka akan diketahuilah permasalahannya dan menteri boleh meminta supaya peruntukan khas disalurkan. Saya pun menunggu sebetulnya sama ada menteri atau timbalan menteri turunlah tengok bersama-sama dengan saya betulkan dakwaan saya ini atau bohong. Tolonglah turun tengok masalah yang dihadapi. Bukan satu sekolah.
Di kawasan-kawasan lain saya sudah katakan berulang kali tidak ada yang bangun jam 3.00 pagi, 4.30 pagi dia keluar rumah berjalan kaki. Bayangkan dalam gelap dalam kampung jalan tidak bagus, becak. Anak-anak keluar dari rumah balik baju daripada putih sudah jadi kuning. Baju itu pun satu sahaja. Cuci lagi, jemur lagi itu juga. Namun ini bukan satu rintangan kepada kita untuk memperkasakan pendidikan di negara kita. Yang penting ketelusan itu, komitmen. Sejauh mana kita melihat ataupun kita hanya ingin melihat di kertas memperkasakan pendidikan negara. Apa perkasa? Sekolah di bawah menderita.
Ini bukan perkasa namanya. Ini aniaya. Kita boleh bahas di sini tetapi realitinya mampukah kita menyelesaikan persoalan di bawah. Berapa sekolah yang perlu dibina? Berapa yang perlu diperbaiki? Ini kita mahu tahu.
Tuan Yang di-Pertua, saya kadang-kadang terfikir saya tidak mahu bicara soal pendidikan ini tapi tergamit rasa hati saya apabila kerajaan mengumumkan berbilion-bilion tetapi realitinya seolah-olah kita menuang air di daun keladi. Air tumpah tapi tidak ada yang kita lihat kejadiannya. Jadi kalau ini berlaku tidak dilihat secara saksama dari segi keadilan itu sendiri bagaimana kita di Dewan Rakyat ini menggubal satu akta demi akta untuk memperkasa transformasi pendidikan ke arah kecemerlangan, gemilang, terbilang. Apa yang terbilang?
Beberapa Ahli
Temberang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak cakap temberang.
Yang temberang mungkin pembangkang. Sebab saya cukup berkeyakinan kerajaan memang telus tetapi pelaksanaannya...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang minta laluan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya amat terkedu mendengar keluhan masalah masyarakat kita, anak-anak kita, pelajar kita di Sabah. Jadi saya ingin minta pandangan Yang Berhormat apakah ini balasan daripada kesetiaan orang Sabah terhadap Kerajaan Barisan Nasional?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Main politik lagi. Sebetulnya ini bukan. Saya berterima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat, cuma saya bercakap ini atas keikhlasan hati saya bukan main politik. Ini bukan soal balasan sebab saya percaya apa pun kerajaan kalau kita tidak ada keikhlasan memperjuangkan kerajaan itu akan rapuh.
Tidak ada keberkatannya tetapi saya melihat UMNO dan Barisan Nasional walau bagaimana rentetan, cubaan kalau kita melakukan kebaikan insya-Allah tuhan akan melindungi perjuangan kita. Ini bukan soal balasan.
Buat apa saya jadi wakil rakyat kalau saya tahu parti ini tidak boleh menyenangkan rakyat dan negara. Saya bukan jenis manusia yang suka membodek. Saya jenis manusia yang suka berterus-terang. Pemimpin saya pun kalau dia melakukan kesalahan saya tidak akan ikut dia untuk melakukan kesalahan. Ini prinsip perjuangan saya sebetulnya. Sebab itu saya hari ini memperjelaskan kerajaan cukup ikhlas dengan wang berbilion-bilion tetapi sampai ke pelaksanaannya di situlah ada kesilapan yang besar yang perlu kita tangani.
Cara menanganinya iaitu kita harus melihat secara keseluruhan. Bukan hanya melihat di bandar ada sekolah kluster, ada sekolah bestari, ada sekolah yang macam- macam nama tetapi di luar bandar terlupa kita ada rakan-rakan kita di luar bandar.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak mahu bagi. Saya mahu bagi habis ini Tuan Yang di-Pertua. Sebab masa pun sudah hampir. Sebab besok saya tidak sempat berhujah ada urusan sedikit. Jadi Yang Berhormat boleh berhujah besok, minta maaf. Di situlah kita melihat keseluruhan bagaimana masalah keseluruhan sebab untuk menjayakan pembangunan pendidikan yang seimbang perlu dilihat sekolah di bandar, di luar bandar, Sabah dan Sarawak bukan bererti kita turun satu kawasan maka selesailah persoalan yang kita hadapi. Persoalannya kita hendak kenal pasti pegawai- pegawai yang kita lantik di peringkat akar umbi mereka berfungsi atau tidak. Layakkah dia jadi pegawai pendidikan daerah mewakili daerah-daerahnya? Apa yang menghalang? Apa yang menjadi hambatan pembangunan pendidikan kita? Itu yang kita mahu lihat. Bukan kita melihat ini cemerlang, situ cemerlang.
Kita mahu rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak juga cemerlang. Apa salah kita cemerlang semua? Bukan hanya di Kuala Lumpur, bukan hanya di Pulau Pinang, bukan hanya di Terengganu. Kita pun mahu turut serta dalam menjayakan program pendidikan negara kita ke arah negara cemerlang. Barulah kita boleh wujudkan satu transformasi pendidikan yang benar-benar boleh memberi keyakinan kepada masyarakat bangsa kita.
Kalau kita hanya berbicara manis di bibir tapi di hati lain. Menteri cakap okey tapi sampai pegawai, no okey.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya menteri besarkah atau pegawai yang besar.
Kita bentuk negara ini, kita bentuk kerajaan ini. Kita lantik dia wakil kita. Kalau dia besar buat apa kita ada pilihan raya. Ini kita mesti mahu lihat sebab kadang-kadang saya terus terang saya ingin cuba menerapkan politik menguasai kerajaan. Mungkin kita baru boleh lihat perbetulkan keadaan. Apabila kerajaan menguasai politik maka beginilah keadaannya.
Kita berhujah satu hari satu malam dalam Dewan tetapi apabila pelaksanaannya kita tidak tahu apa yang dilaksanakan.
Kerajaan kita mengeluarkan wang rakyat berjuta-juta tapi kita tidak tahu ke mana tercurahnya wang tersebut. Masalah tidak selesai juga bahkan masalah yang lama belum selesai masalah baru timbul pula. Ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan 51 tahun pun masih belum dapat kita realisasikan. Kita masih belum boleh pengaruhi masyarakat bukan Melayu untuk memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah yang baik untuk mereka. Kenapa? Kenapa masih ada mereka memilih SRJK masing-masing. Sebab sekolah kebangsaan tidak boleh menawarkan yang terbaik seperti yang mereka boleh perolehi seperti di sekolah yang mereka pilih.
Kalau kerajaan benar-benar serius memperkasakan sekolah kebangsaan saya tidak nampak orang bukan Melayu tidak ingin menyertai sekolah kebangsaan.
Persoalannya ikhlaskah kita, jujurkah kita untuk melihat persoalan ini dapat dileraikan sebelum kita melangkah untuk alaf yang selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya kementerian ini membuat restructure dalam kementeriannya sendiri untuk melihat duduk berbincang ke arah bagaimana pendidikan dalam negara kita dapat kita selaraskan seimbang di antara negeri dan wilayah, kampung dan daerah termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi barulah kita boleh melihat pencapaian untuk kecemerlangan pendidikan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Boleh berucap besok. Jam menunjukkan 5.30 petang. Jadi kita sambung perbahasan esok.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Rabu 20 Ogos 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.