Jul152008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order 80A.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa itu Yang Berhormat?

final • 10:00 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Saya baca dahulu Tuan Yang di-Pertua. Walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubungan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Majlis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen 1952, Majlis boleh melantik suatu jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut.

Kelmarin pihak Pembangkang keluar Dewan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk, duduk Yang Berhormat. Tidak mengapalah.

final • 10:00 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Hari ini kembali lagi. Jadi ini sebagai perbuatan menghina Majlis di bawah Ordinan Majlis Parlimen 1952. [Tepuk]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk, duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Ranau menghina Parlimen dengan kenyataan beliau. Kita tidak menghina. Kita menjunjung tinggi Parlimen. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik, sudah, sudah.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Live sudah ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita belum bermula soalan Yang Berhormat. Soalan ini langsung tidak ada kena-mengena dengan urusan kita pada pagi ini.

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Betul!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Maslan.

final • 10:00 AM

1. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bukti-bukti kejayaan konsep Pertanian Baru untuk mengubah nasib petani, penternak dan nelayan di luar bandar serta langkah-langkah terkini yang dirancang untuk dilaksanakan dalam kadar segera dan RMK-9 bagi memastikan golongan ini dibela dengan lebih berkesan.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, konsep Pertanian Baru diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan ini pada bulan Mac 2006. Yang dimaksudkan dengan Pertanian Baru itu merangkumi enam aspek:

(i) pertanian komersial dan berskala besar;

(ii) penggunaan teknologi moden yang meluas;

(iii) pengeluaran berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi;

(iv) manfaatkan potensi bioteknologi;

(v) penggabungan teknologi maklumat dan komunikasi; dan

(vi) penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir termasuklah membangunkan industri asas tani.

Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan konsep Pertanian Baru ini, beberapa pendekatan telah diambil untuk:

(i) mengadakan pengeluaran tanaman kekal pengeluaran makanan ataupun TKPM;

(ii) melaksanakan ladang kontrak;

(iii) membangunkan 10,000 usahawan tani; dan

(iv) membangunkan zon industri akuakultur.

Oleh sebab hari ini Tuan Yang di-Pertua, pihak FAMA mempromosikan buah- buahan tempatan khususnya durian, jam 1.00 hingga 2.00, maka saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit penerangan tentang ladang kontrak yang melibatkan kira-kira 10,500 petani yang mengusahakan 7,200 hektar di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin memaklumkan bahawa di Malaysia, terdapat 1.4 juta tenaga kerja yang terlibat dalam sektor pertanian iaitu 13% daripada jumlah tenaga kerja 11 juta dalam negara kita. Daripada jumlah tersebut, sektor bukan makanan iaitu kelapa sawit, getah khususnya mengalami prestasi yang agak baik oleh kerana harga kelapa sawit tinggi dan getah umpamanya, sehari dua ini, RM10.00 satu kilogram. Kelapa sawit RM3,500.00 satu tan. Maka, sektor ini tidak ada masalah besar.

Pendapatan petani di dalam sektor kelapa sawit dan getah adalah lebih baik daripada pendapatan dalam sektor-sektor lain.

Apa yang menjadi isu ialah petani terlibat dalam sektor agro makanan. Oleh yang demikian, kementerian telah mengambil beberapa pendekatan. Di antaranya dengan membangunkan ladang kontrak yang melibatkan 10,500 petani di seluruh negara, iaitu 7,200 hektar. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, umpamanya di kawasan Pontian, ada beberapa pengusaha atau petani buah Naga di Kampung Parit Haji Salleh yang mendapat pendapatan kira-kira RM3,000.00 sebulan.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Begitu juga penanam tebu di kawasan yang sama, 14 peserta di mana pendapatan bersih mereka RM2,000.00 sebulan. Itu di Pontian, Johor. Di Tok Luncai di Kelantan, mereka mengusahakan tanaman tembikai mendapat pendapatan 11 orang, purata RM3,000.00 hingga RM4,000.00 sebulan. Ini yang terlibat dalam ladang kontrak. Di Terengganu, kawasan Pengembangan Pertanian Permaisuri Terengganu, 74 peserta terlibat dalam ladang kontrak di mana tahun lepas yang mengusahakan tembikai mendapat pendapatan kira-kira RM7,500.00 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, ini contoh-contoh yang saya berikan untuk menggambarkan bahawa hasil pendekatan kerajaan termasuklah ladang kontrak, termasuklah dengan penubuhan tanaman kekal pengeluaran makanan, usahawan tani dan juga zon industri akuakultur telah berjaya menambah pendapatan petani dalam tempoh dua, tiga tahun ini.

Dalam pada itu, kerajaan sedar bahawa berbanding dengan petani-petani dalam sektor kelapa sawit dan getah, petani-petani dalam sektor agro makanan perlu pembelaan yang lebih dan usaha-usaha akan terus dipergiatkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memastikan bahawa golongan petani, penternak dan nelayan terus dibela supaya mereka dapat terus menikmati kemajuan yang dinikmati oleh sektor-sektor lain dalam ekonomi negara. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pontian.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih. Apakah pada tahun 2020 nanti, 12 tahun daripada sekarang apabila Malaysia mencapai status negara maju, kumpulan petani, penternak dan nelayan ini juga akan turut maju?

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Bagaimanakah tahap kecekapan pegawai? Adakah mereka turun padang dan kecukupan agensi kementerian untuk melaksanakan konsep pertanian baru ini hingga ia dilaksanakan secara berkesan. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Untuk menjadi sebuah negara maju Tuan Yang di- Pertua, semua kawasan dalam negara kita, semua negeri di negara kita sama ada di Pantai Timur, di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak hendaklah dibangunkan. Itulah sebabnya kerajaan memperkenalkan growth corridor, kawasan pertumbuhan. Begitu jugalah setiap kumpulan masyarakat sama ada petani, penternak, nelayan atau mereka yang terlibat dalam ICT ataupun pegawai kerajaan. Di mana jua mereka berkecimpung dalam sektor ekonomi negara kerajaan ingin melihat semua rakyat Malaysia menikmati kemajuan. Tidak ada ertinya Malaysia mencapai sebuah negara maju, jika sebahagian daripada penduduk negara kita tidak menikmati kemajuan yang dinikmati oleh pihak lain.

Oleh hal demikian, oleh sebab sektor pertanian amat penting, sektor food security dengan izin, adalah amat mustahak, kerajaan memberi penekanan yang amat serius kepada bidang ini. Bukan sahaja kita hendak pastikan bekalan makanan mencukupi tapi yang penting juga memastikan bahawa petani, penternak dan nelayan dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi seiring dengan pendapatan yang dinikmati oleh golongan lain di negara kita.

Berkaitan dengan soalan kedua, sama ada kita mencukupi, mempunyai bilangan pegawai mencukupi untuk turun ke bawah. Ini satu cabaran yang perlu kita hadapi. Semua pegawai telah pun diarahkan untuk kerap turun ke bawah, dengan izin, hands-on. Tidak guna kita ada dasar yang comel, yang baik tetapi kalau kapasiti pelaksanaannya lemah, maka sudah pasti kita tidak akan dapat mencapai kejayaan tersebut.

Oleh hal yang demikian, akan terus tingkatkan kapasiti dengan izin, capacity building, kita akan terus berusaha dengan pihak-pihak berkenaan. Yang pertamanya, untuk melatih pegawai kita untuk lebih berkesan, kerja-kerja mereka dan jika perlu kerajaan akan menimbang pertambahan perjawatan bergantung kepada kesesuaian. Dengan langkah- langkah yang kita ambil ini, kita cukup yakin bahawa petani, penternak dan nelayan juga akan menikmati keadaan hidup yang lebih baik menjelang tahun 2020 sesuai dengan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

final • 10:10 PM

Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dengan jawapan Menteri tadi bahawa terdapat kejayaan-kejayaan projek seperti di Pontian, di Kelantan dan beberapa tempat yang lain, persoalan kita ialah kita juga dimaklumkan di Dewan ini bahawa terdapat juga banyak tanah-tanah terbiar. Kalau inilah kejayaan kementerian, kenapa tidak diusahakan tanah-tanah terbiar ini? Walaupun mungkin ada masalah-masalah dengan Kerajaan Negeri, tetapi saya rasa kejayaan-kejayaan ini contoh.

Soalannya, kenapa tidak tanah-tanah terbiar ini diusahakan dengan ladang-ladang kontrak yang berjaya ini? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Untuk membangunkan tanah terbiar, kita perlu memenuhi beberapa syarat:

(i) perlu persetujuan daripada pemilik-pemilik dan kadang-kadang satu bidang tanah itu mempunyai 10, 20 pemilik dan ini sukar untuk kita mendapat persetujuan;

(ii) kita perlu memastikan tanah itu sesuai untuk dibangunkan sektor pertanian;

(iii) perlu pastikan ada pasaran yang mencukupi untuk sayuran, buah-buahan, tanaman lain yang kita hendak usaha; dan

(iv) kita perlukan peruntukan yang mencukupi.

Ini antara empat faktor yang kita perlukan untuk membangunkan tanah terbiar.

Menyedari hal tersebut, maka kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan telah memperuntukkan RM78 juta yang melibatkan pembangunan tanah-tanah terbiar, kira-kira 3,500 hektar, semuanya akan dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi, pembangunan ini adalah berasaskan kepada persetujuan tuan tanah, berasaskan kepada kesesuaian tanah berkenaan untuk pertanian, berasaskan kepada pertanian.

Oleh hal yang demikian, perlu ada pendekatan yang holistik, yang bersepadu.

FAMA perlu dilibatkan, Jabatan Pertanian perlu dilibatkan, tuan tanah perlu dilibatkan dan sudah pasti Kerajaan Negeri termasuklah pejabat-pejabat daerah juga perlu dilibatkan.

Inilah di antara cabaran-cabaran yang kita hadapi walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran. Saya cukup sedar bahawa ini isu yang perlu kita tangani kalau kita hendak bangun sektor pertanian makan tanah terbiar yang terdapat di seluruh negara.

Walaupun banci kita cuma menunjukkan ada 36,000 hektar, di mana 12,000 hektar sahaja yang sesuai dibangunkan tetapi sebenarnya tanah terbiar pada pengamatan kami lebih luas dari itu. Jadi, ini merupakan salah satu daripada teras di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara yang diperkenal kerajaan iaitu untuk membangunkan tanah terbiar dengan peruntukkan sebanyak RM78 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Terima kasih.

final • 10:10 PM

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan Lebih raya Kajang Seremban (LEKAS). Apakah masalah yang dihadapi oleh pemaju. Berapakah kos sebenar pembinaan Lebuh raya LEKAS dan apakah kutipan tol akan dibuat nanti.

final • 10:10 PM

Menteri Kerja Raya - Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kemajuan kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Kajang Seremban sehingga tempoh berakhir 30 April 2008 adalah seperti berikut:

(i) pakej 1A iaitu Kajang bypass persimpangan bertingkat Kajang Selatan, sudah siap;

(ii) pakej 1B, persimpangan bertingkat Kajang Selatan- persimpangan bertingkat Kajang telah pun mencapai kemajuan fizikal 83.47%;

final • 10:10 PM

Menteri Kerja Raya - Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

(iii) pakej 2A, persimpangan bertingkat Kajang-persimpangan bertingkat Mantin, pencapaian fizikal sebenar di tapak bina ialah 70%;

(iv) pakej 2B, persimpangan bertingkat Mantin-persimpangan bertingkat Sentul, di peringkat preliminaries; dan

(v) pakej 3, persimpangan bertingkat Sentul-persimpangan bertingkat Paroi telah pun mencapai kemajuan 39.91%, dan jumlah keseluruhan pembangunan dan kemajuan adalah di tahap 50%.

Lebuh raya ini dijangka siap sepenuhnya pada 9 Januari 2009. Walau bagaimanapun, pakej 1B yang melibatkan kawasan Yang Berhormat, dari persimpangan bertingkat Kajang Selatan sehingga ke persimpangan bertingkat Pajam sepanjang 16.76 kilometer, dijangka akan dibuka pada penghujung bulan Ogos 2008, memandangkan pakej ‘B’ sudah pun hampir siap. Masalah yang dihadapi oleh pihak pemaju syarikat kongsi adalah peningkatan kos memandangkan kenaikan harga bahan pembinaan dan juga isu berkaitan pengambilan balik tanah.

Walau bagaimanapun, isu-isu tersebut tidak menjejaskan kemajuan projek pembangunan Lebuh Raya LEKAS ini. Lebuh raya ini akan dikenakan bayaran tol dan keputusan serta rate nya belum lagi dimuktamadkan oleh kerajaan.

Untuk latar belakang kepada projek ini, ia adalah lebuh raya sejauh 44.3 kilometer, tempoh konsesi 33 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, tarikh perjanjian konsesi asal adalah 10 Julai 1997, dan tarikh perjanjian konsesi tambahan pada 8 November 2006, dan tarikh kuat kuasa perjanjian konsesi adalah 8 November 2006, dan tarikh mula pembinaan berasaskan kepada concession agreement, 4 Januari 2007, tarikh dijangka siap 9 Januari 2009, kos pembinaan projek adalah RM766 juta dan kos pengambilan tanah sebanyak RM300 juta. Sekian.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, soalan ini adalah spesifik. Saya hanya benar soalan berbangkit daripada LEKAS ini sahaja atau pun Lebuh Raya Kajang-Seremban.

final • 10:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang soalan ini spesifik dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas penerangan Yang Berhormat Menteri secara detail kerana Lebuh Raya LEKAS ini memberi peluang bukan sahaja pengguna ke Seremban tetapi juga ke taman-taman umpamanya yang sedang membangun sekarang, Sunway Semenyih, Pelangi Semenyih dan sebagainya.

Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk membesarkan atau menaikkan taraf jalan-jalan daripada highway ini ke taman-taman yang berhampiran umpamanya di Semenyih, Mantin, Pajam dan sebagainya? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat. Pada asasnya Lebuh Raya LEKAS ini akan membantu pertumbuhan ekonomi di dalam kawasan Yang Berhormat wakili sehinggalah ke kawasan Negeri Sembilan dan sudah tentulah pembangunan sampingan akan berlaku di kawasan tersebut. Mana-mana Jalan Persekutuan di bawah tanggungjawab Federal Road, usaha untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut sedang berjalan dan kita tengah mengambil tindakan.

final • 10:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Akan tetapi mana-mana jalan yang berada di dalam kawasan PBT, itu tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Jadi, Yang Berhormat boleh sarankan kepada Yang Berhormat Menteri Besar Selangor supaya dia pun boleh naik taraf jalan tersebut bukan hanya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa kena mengena Jempol ini, Yang Berhormat Jempol?

final • 10:20 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Dia sampai ke Negeri Sembilan jalan itu.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat, soalan.

final • 10:20 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, rungutan daripada rakyat tentang kelewatan LEKAS ini adalah merupakan rungutan yang sangat besar. Saya hendak tahu apakah punca sebenarnya kelewatan pembangunan jalan tersebut?

final • 10:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Sebagaimana yang saya maklumkan, tarikh asal konsesi agreement ini adalah pada 10 Julai 1997 iaitu hampir 10 tahun. Kalau kita ingat bahawa 10 Julai tahun 1997, tahun 1998 dan tahun 1999, ia adalah satu masa yang agak gawat dan kritikal kepada negara pada masa tersebut. Saya fikir Yang Berhormat pun sedia maklum tentang tekanan ringgit yang berlaku pada masa itu. Hasil daripada macam mana ada orang yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan ekonomi negara sepatutnya boleh merangsang pertumbuhan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan awam dan interest dinaikkan dan kemudian NPLs atau Non-Performing Loans daripada enam bulan dipendekkan menjadi tiga bulan. Ini menimbulkan keadaan yang tidak menentu pada masa tersebut dan akhirnya memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Saya rasa bahawa pihak yang telah pun diberikan tanggungjawab untuk menguruskan konsesi ini hasil daripada tekanan ekonomi pada masa tersebut, maka telah pun menemui kesusahan untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Sehinggakan lebuh raya ini telah pun dapat diuruskan balik dan konsesi yang baru telah pun ditandatangani pada 8 November 2006. Ini satu pengajaran kepada kita bahawa dalam menguruskan ekonomi pembangunan negara kita mesti tentukan bahawa pertumbuhan yang memberangsangkan hendaklah berlaku berterusan. Akan tetapi apabila ia tersekat, hendak pulih balik ia mengambil satu masa yang agak susah dan perit. Itu yang boleh saya jawab apa yang berlaku. Saya tidak ada pada masa tersebut.

final • 10:20 PM

3. Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah rancangan kementerian untuk menjadikan Kolej Komuniti ini sebagai sebuah ‘Institution of Choice’ di kalangan belia dan bagaimanakah kementerian menentukan kursus-kursus yang ditawarkan supaya para graduan kolej ini dapat memenuhi kehendak institusi semasa.

final • 10:20 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Arau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, objektif penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik yang berkualiti dengan menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti yang berpengetahuan.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi menjadikan Kolej Komuniti sebagai sebuah ‘Institution of Choice’ ataupun institusi pilihan, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menarik kumpulan masyarakat belia untuk menyertai program pengajian dan latihan di kolej-kolej Komuniti di seluruh negara.

Ahli Yang Berhormat, penjenamaan semula Kolej Komuniti yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Februari 2007 adalah selaras dengan Teras ke-6 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang merangkumi kerjasama antara Kolej Komuniti dengan 33 syarikat termasuk syarikat yang bertaraf GLC seperti Proton, Naza dan lain-lain lagi dalam mewujudkan kerjasama dua hala untuk penyediaan latihan kepada staf, latihan kepada pelajar dan penyediaan peluang pekerjaan.

Menjawab soalan Yang Berhormat apakah dia penawaran kursus? Penawaran kursus peringkat diploma adalah berasaskan World Base Learning yang kini melibatkan lima program iaitu;

(i) Teknologi automotif;

(ii) Teknologi elektrik;

(iii) Teknologi komputer;

final • 10:20 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

(iv) Hotel dan katering; dan

(v) Fashion dan apparel.

Pemberian bantuan elaun pengajian juga disediakan bagi pelajar yang layak iaitu sebanyak RM250 sebulan dan antara usaha-usaha kementerian ialah penubuhan Kolej Komuniti induk dan juga Kolej Komuniti cawangan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya kalau kita hendak menjadikan institusi ini sebagai institusi pilihan, tidakkah boleh kita mencontohi apa yang dilaksanakan di negara Australia. Misalnya di Royal Melbourne Institute of Technology yang dia ada dua wings. Satu wings untuk pelajar-pelajar yang drop up yang tidak dapat pergi ekspres dan yang satu lagi berkebolehan.

Jadi tidakkah kita bercadang supaya mengangkat martabat, yang mana lokasi Kolej Komuniti ini rata-ratanya terletak di kawasan-kawasan luar bandar yang kadang- kadang ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang memandang agak kurang ‘class’ sedikit.

Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan ianya dapat diangkat martabat setinggi yang mungkin, apakah kursus-kurus yang dirangka yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar berilmu pengetahuan dan mempunyai skill yang boleh diketengahkan mengikut kehendak pasaran?

Soalan tambahan saya yang kedua agak panjang sedikit, perkembangan terkini iaitu dari segi enrolmen pelajar yang diterima pelajar di Kolej Komuniti ini di seluruh negara ini sehingga kini dan berapa jumlah Kolej Komuniti yang terdapat di seluruh negara? Terima kasih.

final • 10:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Arau yang bersama-sama kementerian bercita-cita tinggi untuk meletakkan Kolej Komuniti ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Kolej Komuniti di negara lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita melihat asas penubuhan Kolej Komuniti ini ialah untuk menyediakan ruang pembelajaran kepada anak-anak kita yang mempunyai keputusan yang lemah di peringkat menengah. Kepada mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang, mereka mempunyai tempat di IPTA dan IPTS.

Namun, bagi anak-anak yang mempunyai keputusan yang kurang baik, mereka mempunyai pilihan iaitu untuk menyertai program-program di peringkat Kolej Komuniti ini.

Idea Yang Berhormat Arau untuk menyamatarafkan Kolej Komuniti kita bersama dengan sekurang-kurangnya Royal Melbourne Institute of Technology di Australia, ada di dalam rancangan pihak kementerian untuk menjadikan Kolej Komuniti ini sebagai sebuah jambatan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti dengan menyediakan kursus-kursus elektif seperti kursus political science, falsafah, psikologi dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara kursus-kursus sekarang yang disediakan ini Kolej Komuniti ini kursus-kursus yang boleh mengangkat nama Kolej Komuniti ini ialah:

(i) Kursus animasi;

(ii) Teknologi pembuatan bersepadu;

(iii) Lukisan pelan dan seni bina;

(iv) Penyelenggaraan bangunan; dan

(v) Sistem dan sokongan komputer; Kursus-kursus ini adalah kursus-kursus yang berjenama yang boleh mengangkat taraf Kolej Komuniti kita.

final • 10:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, kita telah menerima sebanyak 21,152 permohonan bagi kemasukan ke Kolej Komuniti. Namun, kita hanya boleh menerima masuk sebanyak 7,720 pemohon-pemohon. Kita mempunyai 37 buah Kolej Komuniti induk di seluruh negara dan 18 buah Kolej Komuniti cawangan.

Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, antara rancangan tersirat Kolej Komuniti ini ialah untuk membasmi kemiskinan. Oleh kerana itu kolej-kolej Komuniti ini dibina di luar-luar bandar. Jangan terperanjat Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ada teknologi membuat belacan pun disediakan di kolej-kolej Komuniti di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soal status sesebuah kolej, walaupun penting, tetapi akhirnya, yang menjadi persoalan pokok ialah sama ada mereka-mereka yang belajar di kolej komuniti ini merupakan graduan yang ada pasaran dari segi kemudahan mendapat pekerjaan. Walaupun Yang Berhormat menyebut beberapa kursus tadi yang agak menarik, tetapi saya dapati kursus-kursus ini bertindih dengan kolej-kolej lain yang sudah wujud di politeknik, di maktab teknik, di universiti sekalipun, sudah bertindih. Jadi apakah pihak kementerian bercadang untuk memasukkan konsep Pusat Giat MARA, satu program latihan untuk pelajar-pelajar drop-out yang diurus oleh MARA sekarang ini, yang saya kira Tuan Yang di-Pertua, yang terbaik dan yang paling berjaya.

Program Pusat Giat MARA ini, tidak ada tempat yang cukup untuk pelajar-pelajar.

Sesetengah tempatnya, macam tempat reban ayam dan tidak boleh mengambil pelajar.

Jadi, kalau boleh, Yang Berhormat bersetuju, saya cadangkan, diambil konsep Pusat Giat MARA, diterapkan dalam Kolej Komuniti, dengan mengekalkan kursus yang ada, sebab kolej induk komuniti ini, Tuan Yang di-Pertua, dengan kolej-kolej yang disebut 37 dan 18 tadi, mempunyai kemudahan asas yang begitu baik. Kalau program ini diterapkan, insya- Allah, ianya boleh membantu pelajar-pelajar drop. Saya sudah buat...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Siasatan Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi tanya sendiri beberapa pelajar, ramai yang lepasan dua, tiga tahun dahulu, pendapatan pusat- pusat Giat MARA Tuan Yang di-Pertua, RM2,000, RM3,000, menjadi usahawan yang berjaya. Jadi, jangan fikir soal taraf, soal keelokan kampus, tetapi fikir produk yang kita keluarkan ini, insan yang kita keluarkan ini, mudah sahaja.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik, Yang Berhormat, sudah panjang Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Panjangkah?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, panjang sangat sudah.

final • 10:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih... [Ketawa]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas pun sentiasa menunjukkan minat yang mendalam tentang pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi ini, terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara objektif Community College ini adalah untuk menganjur dan menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat di dalam membangunkan komuniti yang berpengetahuan. Saya yakin dan percaya, sebelum kementerian menggagas Community College ini, kita telah melihat berbagai-bagai program yang telah dibangunkan oleh kerajaan yang telah menarik minat orang-orang muda terutamanya Pusat Giat MARA yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Idris bin Haji Haron

Untuk makluman Yang Berhormat, program-program yang disediakan di Community College ini memang dikaji dahulu keperluan pasaran dan keperluan masyarakat setempat. Sebagai contoh, ada satu program refleksologi, urut. Kita meletakkan di sini Yang Berhormat, bagaimana kita boleh melatih semula, re-skilling dan juga up-skilling, meningkatkan kemahiran. Kemahiran ini memang diperlukan oleh masyarakat setempat.

Jadi, setakat ini, kita dapat lihat, produk-produk daripada Community College ini tidak ketinggalan di dalam arus keperluan dan kehendak pasaran.

Cadangan-cadangan Yang Berhormat tadi, saya akan ambil kira dan saya tidak lupa juga tentang kerusi yang disebut oleh Yang Berhormat, Kerusi Tok Kenali di Universiti Malaysia Kelantan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

4. Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap penganjur-penganjur laman web yang mengendalikan skim-skim cepat kaya .

final • 10:30 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, Skim Cepat Kaya yang dianjurkan melalui laman- laman web menjemput pelaburan dalam beberapa jenis bidang.

Yang Pertamanya, pelaburan dalam saham dan bon atau pun perundingan pelaburan yang bidang ini dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti; dan kedua, pelaburan dalam bidang Forex atau pun mata wang asing bersama dengan soal pengambilan wang secara yang tidak berlesen. Bidang ini dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia; ketiga, adalah di mana adanya Skim Jualan Langsung yang menggunakan laman-laman web bagi menjanjikan penyertaan pelawat dan peserta dengan keuntungan daripada skim-skim seperti jualan langsung itu.

Bahawa memang pihak kerajaan memang sudah pun mengambil tindakan memantau laman-laman web yang menjanjikan Skim Cepat Kaya. Tindakan daripada pihak kerajaan adalah melalui pendidikan atau pun melalui penghebahan yang dilakukan dengan menghebahkan tentang amaran terhadap skim-skim yang didapati boleh menjanjikan keadaan untuk menjadi kaya secara cepat tetapi tidak menepati undang-undang dalam negara. Setelah diadakan pendidikan atau penghebahan itu kepada para pengguna dan juga rakyat Malaysia supaya tidak terperangkap di dalam skim-skim cepat kaya seperti melalui laman web, barulah diambil tindakan secara penguatkuasaan, dengan untuk menutup ataupun dipanggil blog laman-laman web yang didapati menganjurkan skim-skim cepat kaya yang tidak menepati undang-undang.

Setelah dilaksanakan tindakan seperti itu, diambil juga tindakan undang-undang, dan tindakan undang-undang ini, bagi skim cepat kaya yang melibatkan pelaburan umpamanya pelaburan dalam saham dan bon atau pun dalam perundingan pelaburan di mana ada melibatkan beberapa buah negara yang lain, maka terutamanya pihak Suruhanjaya Sekuriti bekerjasama dengan badan-badan kawal selia di negara-negara yang lain untuk sama-sama mengambil tindakan untuk menyiasat dan juga untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengendalikan skim-skim laman web seperti ini.

final • 10:30 AM

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

Ya, terima kasih. Skim cepat kaya ini melalui laman-laman web, cara mereka beroperasi cukup canggih sekali dan saya tahu bahawa ramai rakyat Malaysia yang terperangkap, dan skim-skim ini telah mengaut berjuta-juta ringgit. Saya hendak tanya dalam soalan tambahan ini, adakah peruntukan dalam Akta Jualan Langsung atau pun akta-akta lain yang membenarkan kerajaan untuk merampas wang-wang yang dikutip melalui skim ini dan juga membeku aset-aset penganjur-penganjur ini supaya selepas dirampas, wang-wang itu boleh dipulangkan balik kepada rakyat-rakyat yang terperangkap dalam skim-skim ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dan diharapkan oleh Yang Berhormat mengenai tindakan dari segi undang-undang, memang sudah pun dilaksanakan bagi laman-laman web yang menganjurkan skim-skim cepat kaya. Ianya bukan hanya digunakan konsep jualan langsung tetapi lebih kepada pelaburan, dijemput pelaburan di dalam skim-skim yang boleh dikatakan menarik sangat.

Memang ianya dilihat sebagai satu cara yang canggih kerana mereka menggunakan konsep laman web dan biasanyalah, kalau sesuatu itu, kalau zaman sekarang, bila ianya dikatakan sebagai satu skim pelaburan online, jadi kerana mereka menggunakan laman web, maka ianya terlihat sebagai sesuatu yang canggih. Apabila orang ramai melihat bahawa ianya berada di dalam dunia cyber, dengan kecanggihan dunia cyber, ada pihak yang juga terpengaruh. Akan tetapi, selain daripada penggunaan teknologi laman web ini, untuk mempengaruhi mereka yang berminat untuk melabur, mereka juga menggunakan cara penghebahan melalui rakan-rakan sepejabat, menggunakan penghebahan melalui masjid-masjid umpamanya, mengikut sasaran mangsa-mangsa mereka.

final • 10:30 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tentunya mangsa-mangsa mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai simpanan. Umpamanya golongan yang sudah pencen, mereka mempunyai simpanan yang menjadi sasaran pihak yang mengendalikan skim cepat kaya melalui laman web ini. Jadi, bila adanya kombinasi penggunaan teknologi seperti laman web dan ditambahkan pula dengan hebahan melalui perbualan dan percakapan. Tambah lagi adanya golongan yang sudah pun mendapat pulangan yang boleh dikatakan lumayan daripada penyertaan mereka, maka bermakna bahawa ini menjadi dorongan kepada pihak-pihak yang lain, kawan dan sahabat, saudara-mara yang turut juga terpengaruh untuk melabur dan menyertai dalam skim-skim cepat kaya melalui laman web ini dan sebab itu...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan undang-undang, Yang Berhormat, ada sebut pasal undang-undang.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ya, ini keadaannya dahulu Tuan Yang di-Pertua.

Undang-undang yang ada yang biasa digunakan bukan spesifik kepada laman web atau skim seperti ini tetapi apa yang digunakan ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 iaitu Money Laundering Act yang kita biasa dengar yang mempunyai kuasa dan peruntukan yang boleh digunakan terhadap pengendali laman web ini.

Tindakan yang telah diambil oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti, saya memberi satu contoh, Cambridge Capital umpamanya. Hasil daripada siasatan pihak Suruhanjaya Sekuriti, pendakwa raya telah memfailkan satu tindakan di bawah akta yang saya sebutkan itu di Mahkamah Tinggi pada bulan Februari 2008. Sebanyak RM2.5 juta wang haram hasil aktiviti telah dilucutkan ataupun dibekukan. Yang terkenal, yang termasyhur ialah Swiss Cash.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Swiss Cash juga memerlukan penglibatan bukan sahaja Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia tetapi badan-badan kawal selia di negara-negara lain. Ini kerana ia juga melibatkan penyertaan di negara-negara lain. Wang dapat disimpan oleh pihak yang berkenaan di Hong Kong ataupun di Singapura dan ia merupakan satu kegiatan peringkat antarabangsa. Jadi di dalam keadaan itu, bukan sahaja kita tidak boleh menggunakan akta kita kerana dalam keadaan ini wang itu berada di negara-negara lain, maka perlu juga kerjasama yang seperti saya sebutkan di antara Suruhanjaya Sekuriti dengan pihak kawal selia yang lain.

Bagi keadaan Swiss Cash umpamanya, kita perlu mendapat perintah Mareva untuk menyekat di peringkat negara yang lain untuk membekukan wang yang telah dipungut dalam skim yang berkenaan. Kerajaan telah berjaya mendapat satu perintah daripada mahkamah yang mengarahkan salah satu defendan untuk memulangkan wang berjumlah RM35 juta dari Hong Kong dan Singapura balik ke Malaysia. Ini menunjukkan satu kejayaan terhadap Swiss Cash dan kita juga telah berjaya menyita wang pelaburan Swiss Cash di bank-bank di Malaysia yang berjumlah RM5 juta di bawah...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cukup panjang itu, Yang Berhormat, cukup.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ya, tetapi ini satu keadaan yang harus kita terangkan kerana kita tidak mahu menggalakkan rakyat Malaysia terperangkap dalam kegiatan ini. Satu pengendali laman web di Malaysia di bawah Skim DanaFutures umpamanya, telah dituduh di mahkamah atas kesalahan pengubahan wang haram di bawah akta yang sama di mana wang sebanyak RM4,000 telah juga disita. Jadi bermakna kerajaan telah dapat bertindak dengan berkesan.

final • 10:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan tambahan saya ialah dalam kes pelaburan internet tadi sudah tentu perlukan kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan Suruhanjaya Sekuriti seperti yang disebut, perintah Mareva tadi yang digunakan untuk mendapatkan balik wang pelaburan yang disimpan di luar negara dan dibekukan di negara kita. Saya ingin tahu, apakah ada halangan apabila perintah itu digunakan dan wang yang dibekukan itu digunakan untuk apa sebenarnya. Adakah dipulangkan kepada pelabur?

Yang kedua ialah oleh kerana mereka yang terlibat dengan pelaburan ini adalah kebanyakan mereka yang berkedudukan tinggi, berjawatan tinggi, apakah ada cadangan menggubal satu akta untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melabur di pelaburan internet yang tidak mengikut peraturannya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Saya kurang jelas, adakah ini kepada pihak yang menguruskan skim ini ataupun kepada mereka yang melabur?

final • 10:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang melabur.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Oh, pelabur.

final • 10:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ha, pelabur.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Diambil tindakan kepada yang melabur.

final • 10:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang melabur.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ini dua kali kena Tuan Yang di-Pertua, bahawa mereka pula yang melabur, kita hendak ambil tindakan, saya ingat kasihan jugalah.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis duit.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Sudah ambil, sudah kena tipu, selepas itu kita ambil duit dia.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kena penjara lagi.

final • 10:40 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Akan tetapi seperti mana saya berikan contoh daripada Swiss Cash, Tuan Yang di-Pertua, wang yang kita telah berjaya kembalikan iaitu wang yang disimpan di Singapura dan Hong Kong balik ke Malaysia dan juga tentunya bila diberikan penerangan kepada pihak-pihak yang melabur dalam skim-skim yang melanggar undang-undang seperti yang dilakukan oleh contoh-contoh yang saya sebutkan itu bahawa akhirnya telah kita berjaya untuk memulangkan duit dengan memberi penghebahan kepada mereka yang melabur itu. Mereka dapat berjaya untuk menarik keluar pelaburan mereka tetapi tentunya ada juga mereka yang telah terperangkap dalam keadaan itu dan tindakan undang-undang dapat dilakukan untuk membekukan wang ini sama ada di negara kita ataupun di negara lain.

Harus saya nyatakan kerana ia berasaskan kepada teknologi sedunia, antarabangsa, maka perlu kerjasama daripada semua pihak. Secara kebetulan sebenarnya apabila negara Malaysia, umpamanya pihak Suruhanjaya Sekuriti menyiasat, didapati bahawa badan kawal selia yang lain pun turut menyiasat tentang skim-skim yang dilakukan di bawah internet ini. Jadi dari segi tindakan, saya rasa memadai tentang apa yang telah kerajaan lakukan.

final • 10:40 AM

5. Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di bahagian kecemasan di hospital-hospital daerah.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih untuk soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Krau yang bijaksini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di bahagian kecemasan dan trauma di hospital-hospital daerah adalah seperti berikut:

(i) penambahbaikan modal insan, khususnya dalam bidang kualiti dan juga kuantiti. Kualiti umpamanya kita sudah mewajibkan doktor-doktor pelatih yang sekarang wajib untuk mereka mendapat latihan dua tahun. Empat bulan daripada latihan tersebut, wajib mereka berada dalam jabatan kecemasan dan trauma. Bila mereka habis, mereka ditempatkan di hospital- hospital daerah. Mereka mempunyai pengetahuan asas bagi perawatan dalam bidang kecemasan dan trauma;

(ii) kita memperbaiki peralatan asas yang ada; dan

(iii) kita menambah baik infrastruktur yang ada di jabatan-jabatan kecemasan di hospital-hospital daerah dan dipertingkatkan supaya pelanggan jadi selesa dan selamat secara berperingkat.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan langkah yang disebut oleh Menteri, cuma perkhidmatannya memang kita tidak boleh lari daripada modal insan iaitu doktor yang perlu kita tambahkan kualiti dan kuantiti tetapi malangnya di hospital-hospital daerah kita, kadang-kadang di bahagian kecemasan langsung tidak ada doktor kerana terlalu sibuk dengan membuat lawatan dan rawatan di wad-wad di hospital-hospital berkenaan.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Cuma dibantu oleh pembantu-pembantu perubatan, MA. Jadi sejauh manakah keyakinan Kementerian Kesihatan terhadap kebolehan atau terlatihnya MA ini dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit-pesakit yang trauma dan juga yang teruk akibat daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya? Sejauh manakah kementerian akan mengambil langkah untuk membuka klinik-klinik kerajaan selepas daripada waktu pejabat sehingga 9.30 malam seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri bagi mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan di hospital termasuk juga di klinik di Kuala Krau dan juga wakil saya minta sebut Kuala Krai? Terima kasih.

final • 10:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua yang juga bijak sini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Kuala Krau sudah banyak kali pergi ke jabatan kecemasan di hospital Temerloh umpamanya, jadi beliau amat arif tentang maklumat-maklumat yang diutarakan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, di jabatan kecemasan ini kita ada standard operating procedure (SOP) di mana kita hendak pastikan mereka yang betul-betul cemas datang ke unit-unit kita. Ekoran daripada itu, Yang Berhormat mengatakan bahawa tidak ada doktor itu tidak betul. Dalam lawatan-lawatan mengejut saya ke lebih 50 jabatan trauma dan kecemasan di seluruh negara, ia bagus sikit Tuan Yang di-Pertua, orang tidak berapa kenal Yang Berhormat Timbalan Menteri, orang kenal Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 PM

Beberapa Ahli

Kasihan.

final • 10:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Jadi apa yang saya dapati kebanyakan pesakit kita dilayan secara baik. Mereka tahu bahawa mereka datang, kita ada guna sistem ‘trice’ maknanya kalau cemas dia merah, kalau ada pendarahan, kena sakit jantung, kena serangan asma, kita akan terus rawat tidak perlu ada screening. Akan tetapi, bagi mereka yang katakanlah tidak boleh buang air besar, lima hari baru datang ke unit kecemasan, mereka ini kita kategorikan di bawah kuning. Kalau hijau, dia tidak cemas langsung, biasanya dirawat, dia kena tunggulah giliran.

Sistem ini mengajar pelanggan kita supaya mereka hanya datang ke unit kecemasan bila betul-betul perlu. Di negara selatan, kalau mereka datang ke unit kecemasan tetapi tidak cemas, mereka didenda sehingga 50 dolar. Kita tidak akan buatlah pendekatan sedemikian.

Mengenai soalan kedua iaitu bila hendak mula, kita akan mulakan klinik-klinik untuk perawatan sehingga pukul 9.30 malam secara berperingkat. Sekarang ini kita memulakan 19 klinik kesihatan dan insya-Allah bila ada keperluan kita akan tambah termasuk di kawasan Kuala Krau dan Kuala Krai. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saudara Timbalan Menteri. Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada ambulans kerana tidak ada driver. Walaupun ini kes spesifik, saya rasa mungkin ia mewakili kes-kes di tempat lain. Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.

Jadi saya hendak tanya, apakah sekarang ini kementerian sudah tidak memberikan elaun standby untuk mereka-mereka yang standby di dalam sama ada klinik ataupun hospital daerah? Itu minta jawapan daripada kementerian, apakah sudah ditiadakan elaun standby?

final • 10:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pendang. Ini spesifik, saya amat simpati dengan apa yang terjadi kepada pesakit tersebut. Elaun standby ini masih berjalan tetapi oleh sebab ia spesifik, saya akan pastikan saya dapat laporan yang terperinci esok pagi mengenai perkara tersebut dan saya akan maklum kepada Yang Berhormat Pendang.

final • 10:50 PM

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kos membina jejantas berjalan kaki di Kuala Kurau daerah Kerian merentasi Sungai Kurau, Perak.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jejantas pejalan kaki di Kuala Kurau yang merentasi Sungai Kurau adalah projek kerajaan negeri. Kos bagi projek ini adalah RM4.36 juta. Kemajuan sekarang di tapak pembinaan projek ini ialah 37% berbanding dengan 36% mengikut perancangan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat memerlukan maklumat lanjut, Ahli Yang Berhormat boleh berhubung dengan Kerajaan Negeri Perak.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ini kes yang spesifik, amat spesifik Yang Berhormat, tidak ada benda yang boleh dibangkitkan lagi ini. [Ketawa]

final • 10:50 PM

7. Tuan Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah faktor-faktor yang boleh menjadikan Doktrin Media Nasional lebih relevan dengan suasana dan keperluan semasa yang memperlihatkan media internet sebagai bacaan media utama.

final • 10:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Syed Hamid Albar

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tenom di atas soalan yang dikemukakan. Saya tahu soalan ini sebenarnya dikemukakan untuk Kementerian Penerangan tetapi biar saya cuba menjawab. Dari segi Doktrin Media Nasional, semestinya adalah bertujuan untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu, harmoni serta menikmati kestabilan politik dalam konteks masyarakat majmuk supaya terbentuk satu bangsa Malaysia yang berjaya berteraskan sains dan teknologi.

Di sinilah kita seharusnya melaksanakan, media nasional mestilah melaksanakan tugasnya untuk memainkan peranan bagi memenuhi cita rasa dan aspirasi rakyat. Dan untuk tujuan ini, dari segi kementerian yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal berkenaan media, ia ada pertindihan di antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Penerangan. Walau bagaimanapun, prinsipnya ialah supaya kita mengambil kira perkembangan-perkembangan teknologi terkini supaya penyampaian untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dapat dicapai. Dari segi dasarnya, ia berteraskan kepada prinsip-prinsip untuk membina sebuah negara bangsa. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Kita semua tahu bahawa perkembangan media begitu pesat dan pantas. Maklumat kini berada di hujung jari sahaja.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah adakah kementerian mempunyai perancangan dalam memastikan rakyat memiliki tahap literasi yang tinggi supaya kelak nanti rakyat berkemampuan untuk menilai berita yang mana baik dan sebaliknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Syed Hamid Albar

Tuan Yang di-Pertua, di dalam soal ini, ia bergantung pada sistem pendidikan kita. Kalau kita mempunyai sistem pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi, sudah tentu rakyat mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk akses apa juga bentuk maklumat yang mereka dapat sama ada daripada bloggers, internet, alternatif media dan dapat memikirkan apakah yang betul dan apakah maklumat yang tidak tepat.

final • 10:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri tentang Doktrin Media Nasional, mestilah berteraskan kebebasan akhbar. Sekiranya ianya berteraskan kebebasan akhbar, mengapa undang-undang seperti Printing, Presses and Publications Act, Exhibitions Act dan akta yang jelas melanggari perjanjian atau instrumen-instrumen antarabangsa masih dikekalkan. Adakah mereka akan dimansuhkan?

final • 10:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang kedua, satu lagi aspek yang penting ialah untuk menyampaikan maklumat yang benar dan memandangkan bahawa kebenaran merupakan satu asas penting.

final • 10:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Adakah pihak Menteri sendiri kerana telah menyatakan bahawa saya telah menghadiri satu mesyuarat di Ibu Pejabat PKR pada 9 Julai, bila pada masa itu saya bersama dengan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang. So, di sini saya ingin harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh menunjukkan contoh teladan yang baik, dengan menyatakan kenyataan yang benar bukan yang palsu kerana... [Tepuk] Pada 9 Julai tidak ada mesyuarat di Ibu Pejabat PKR dan saya tidak hadir langsung.

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya suka mengingatkan Yang Berhormat bahawa kebebasan tidak kita laksanakan tanpa undang- undang dan peraturan... [Tepuk] Tiap-tiap manusia ini ada...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia prefer, law of the jungle...

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

...Tendency untuk mengikut undang-undang hutan dan melakukan apa sahaja yang mereka suka...

final • 11:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Diktator

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Law of the jungle...

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

...Dan memudaratkan kaum-kaum lain, orang lain dan kumpulan lain...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

No respect...!

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Minta Yang Berhormat lain diam. Menteri berupaya menjawab.

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Yang Berhormat, apa pun saya cakap Yang Berhormat tidak akan bersetuju...

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak minta pertolongan. Terima kasih... [Ketawa] Yang Berhormat, jadi saya minta jangan kita apabila tafsirkan kebebasan, dia kebebasan mutlak untuk melakukan apa sahaja, yang pentingnya sama ada kita memberikan peluang kepada akhbar kita untuk menyebarkan maklumat mengikut apa yang akan mendatangkan kebaikan untuk negara.

Secara keseluruhan, kita tidak masuk campur dalam hal mentadbirkan kebebasan, melainkan ia boleh mendatangkan, mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan kemungkinan untuk membawa kepada keadaan yang boleh membawa kemudaratan kepada keselesaan orang ramai.

Berkenaan apa Yang Berhormat kata, kalau maklumat itu maklumat yang diberikan kepada saya, kalau maklumat itu tidak betul, saya akan menarik balik maklumat itu tetapi itu maklumat yang ada pada saya, tetapi saya boleh membacakan kepada Yang Berhormat.

Akan tetapi ini soalannya terkeluar, nanti saya jawab dalam hal yang lain Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini soalan penting, saya harap boleh bacakan.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Duduklah, duduk.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Duduk.

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Memang saya, Yang Berhormat tidak berada di situ tetapi janganlah buat kenyataan kerana kenyataan itu bukan yang pasti.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bagan, minta bincang di luar Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Satu Bandaraya Kuala Lumpur sudah sesak semalam. Satu Bandaraya Kuala Lumpur sesak kerana kenyataan palsu daripada Menteri... [Tepuk]

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Yang Berhormatlah yang menyusahkan rakyat...

[Tepuk] Sampai rakyat sudah bosan dengan apa yang telah dilakukan Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tidak pernah fitnah, saya tidak pernah....

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Yang Berhormat the best fitnah, carry on.

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Fitnah, fitnah!... [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Yang Berhormat tidak usah cakap bohong. Tiap- tiap kali Yang Berhormat cakap bohong apabila mahu menegakkan sesuatu yang tak betul.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah. Sudah Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai duduk...

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ....Yang Berhormat Menteri, penipu semalam...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Padang Serai, duduk.

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, bahasa dia itu...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bahasa dia. Saya hendak tegur Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Tarik balik perkataan “penipu”...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Unparliamentarily. Yang Berhormat jaga baik bahasa Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah, duduklah.

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Sudahlah! Jangan hendak bercakap sahaja pandai. Tidak reti ikut peraturan... [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik. Sudah, sudah Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Sabar! Sabar!

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, tetapi ini ialah...

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bagan, duduklah.

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tanya dengan baik-baik.

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa yang tidak kena ini?

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Takkan tidak tahu peraturan.

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tanya dengan baik-baik.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, sudah.

final • 11:00 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Budak ini... [Ketawa]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Seri Syed Hamid Albar

Saya minta Yang Berhormat Bagan, tanya saya soalan tambahan dan kalau soalan tambahan ini terkeluar, saya jawab perkara itu adalah terkeluar daripada apa yang soalan ini. Yang Berhormat tidak ikut peraturan.

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat sudah jawab.

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan... [Dewan riuh] Sudah Yang Berhormat. Sudah, sudah Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai ini bising di belakang macam ekor pula itu, apa pasal?

final • 11:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak boleh jawab, duduk baik-baik. Jangan lari...

[Dewan riuh]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, minta tenteram sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak duduklah.

Yang Berhormat mintalah, kalau hendak gunakan perkataan, gunakan perkataan yang lebih eloklah kerana mesej yang kita hantar itu, sama sahaja. Gunakan perkataan yang menyakitkan hati orang, akan jadi target nya menyakitkan hati orang. Jadi saya minta semualah, kalau tidak betul, cakap tidak betul, jangan kata menipu. Jadi saya berharaplah kita ingat sesama sendiri supaya kita tunjuk orang di belakang sana yang bahawa kita betul-betul Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Baik, saya minta Yang Berhormat Tuan Roslan bin Shahrum.

final • 11:00 PM

Tuan Roslan bin Shaharum - Bukit Gantang

Assalamualaikum wahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Minta bertenang ya.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

8. Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, kesan terhadap program promosi barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di hypermarket sejak dijalankan sehingga kini.

final • 11:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang mungkin tidak berapa hangat tetapi namun ia juga melibatkan tentang kepentingan dan faedah kepada rakyat terutamanya mereka daripada perusahaan kecil dan sederhana.

Program promosi produk perusahaan kecil dan sederhana memberi fokus kepada pemasaran di dalam dan juga di luar negara. Dua program yang telah dan sedang dilaksanakan untuk membantu memasarkan produk keluaran PKS ke hypermarket adalah program Produk Malaysia Citarasa Kita ataupun PMCK yang merupakan program promosi dalam negara dan program Taste of Malaysia ataupun TOM untuk program promosi di luar negara.

Program promosi Produk Malaysia Citarasa Kita dijalankan sejak tahun 2003 hingga kini dengan sejumlah 29 program promosi yang telah dijalankan bersama dengan hypermarket seperti MYDIN, Carefour, Giant, TESCO dan The Store. Sehingga bulan Julai tahun 2007, sebanyak 315 pengusaha PKS dengan 2,717 jenis produk telah menyertai program promosi ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 160 pengusaha PKS dengan purata 1,800 jenis produk berjaya disenaraitetapkan di hypermarket berkenaan.

Manakala program TOM, Taste of Malaysia pula telah diperkenalkan pada tahun 2005 dan sehingga kini sejumlah enam program telah diadakan. Melalui program promosi TOM ini, sebanyak 213 pengusaha PKS dengan 1,684 jenis produk telah menyertai program promosi ini. Daripada jumlah tersebut, purata sebanyak 186 jenis produk telah berjaya disenaraitetapkan di beberapa hypermarket luar negara seperti pasar raya Wellcome Hong Kong, hypermarket Giant di Singapura, hypermarket Giant di Jakarta, hypermarket Carefour di Dubai dan Bahagian Pembangunan Perniagaan TESCO di London.

Semenjak dijalankan program-program PMCK dan TOM telah memberikan kesan yang positif kepada pengusaha-pengusaha produk PKS, di mana produk-produk ini berjaya disenaraitetapkan dan menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh hypermarket- hypermarket.

Program-program promosi yang telah dilaksanakan juga telah berjaya memberi pendedahan yang luas kepada pengusaha produk PKS, terutamanya dari segi pelan perniagaan jangka panjang, pelan pemasaran serta keperluan asas kemasukan produk ke hypermarket seperti pelabelan yang sesuai, penggunaan bar code serta maklumat pemakanan yang lengkap.

Program promosi ini juga merupakan platform untuk meluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung memberi peluang kepada PKS tempatan meningkatkan kualiti produk masing-masing selaras dengan standard dan mutu yang ditetapkan khususnya oleh pihak hypermarket yang berkaitan.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya mungkin agak panas. Berkenaan dengan lawatan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ke luar negeri seperti di London, Paris, Hong Kong, Dubai, Indonesia, Singapura yang membawa PKS, tidakkah ini bertindan dengan peranan yang dimainkan oleh MECD dan juga MITI?

final • 11:00 PM

Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang

Ini suatu pembaziran duit rakyat. Seterusnya kenapa PKS yang dibawa ke luar negeri dibayar tiket penerbangan dan juga penginapan mereka sedangkan mereka ini telah pun berjaya seperti Brahim’s, FAMA dan beberapa PKS lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang

Yang telah dianggap sebagai berjayalah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bukan hanya PKS yang sudah berjaya yang terlibat di dalam Program TOM yang dilakukan di luar negara.

Sebenarnya kalau dilihat kepada senarai peserta di bawah program-program ini, umpamanya di Hong Kong yang telah dilakukan pada tahun 2005. Kebanyakannya berlaku sebelum daripada 2005.

Syarikat yang terlibat sehingga 40 buah, tetapi akhirnya yang berjaya, produk yang disenaraikan tetap di Hong Kong ialah 10 produk dan 2 syarikat. Kalau di Dubai umpamanya 32 syarikat IKS yang terlibat dan di Jakarta seperti Tesco ianya melibatkan lebih daripada syarikat-syarikat yang dinamakan oleh Ahli Yang Berhormat. Ini bermakna bahawa kita harus memberi peluang kepada syarikat-syarikat lain yang sedang membangun, tetapi harus juga mempunyai kualiti dan penetapan kepada syarat-syarat yang membolehkan mereka dipasarkan di dalam hypermarket atau pasar raya di luar negara.

Jadi, bermakna bahawa sambil kita turut menggalakkan syarikat yang sudah pun berjaya, tetapi ada juga syarikat-syarikat yang baru masuk dan sudah tentu mereka harus meningkatkan mutu bungkusan mereka, maklumat mereka dan sebagainya. Ianya bukanlah suatu kegiatan yang bertindih kepada usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian yang lain. Ini kerana yang menjadi penting kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ialah kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri mempunyai hubungan dengan pasar raya-pasar raya yang berada di negara kita sedangkan PKS yang kita jemput sebenarnya mempunyai hubungan dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Hanya bagi pihak kementerian kita membantu untuk membuka pintu kepada produk-produk syarikat-syarikat IKS yang telah dibangunkan, dimajukan, dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain di bawah kementerian yang lain.

Ini merupakan satu tindakan pihak kerajaan yang bersepadu, bermakna takkanlah kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang mempunyai hubungan yang baik dengan pasar raya-pasar raya asing umpamanya di negara ini, kita tidak bersama menyokong, saya bimbang bahawa dari segi langkah awal itu, permulaan itu dan semua yang kita lakukan merupakan langkah awal, ia menambah, bukan menindih. Menambah kepada usaha yang dijalankan oleh badan-badan dan agensi kerajaan yang lain seperti MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan sebagainya.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kementerian ada membuat pemantauan atau tidak, di mana barang-barang PKS yang dipromosikan di hypermarket ini sama ada ianya diletakkan di tempat yang strategik ataupun kadang- kadang hanya untuk “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Kadang-kadang dia letak sebelah belakang atau tempat yang tidak strategik, yang mana tidak mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia perniagaan tentunya harus kita mempunyai ukuran yang biasa digunakan kepada produk yang kita bekalkan kepada hypermarket-hypermarket yang berkenaan. Jadi, dari segi hypermarket tempatan, apa yang dilakukan ialah program cita rasa kita iaitu produk Malaysia cita rasa kita yang dianjurkan dari semasa ke semasa untuk menentukan supaya produk-produk IKS ini dapat dipromosikan di hypermarket-hypermarket yang mengambil bahagian.

final • 11:10 AM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Akhirnya tentu prestasi mereka, kejayaan mereka haruslah dilihat kepada kejayaan penjualan mereka. Akan tetapi, kita tidak boleh hanya bergantung kepada satu saluran untuk memperdagangkan barangan keluaran kita. Oleh sebab itu, di samping peluang yang telah kita perolehi daripada program yang dianjurkan bersama dengan hypermarket, ia sudah cukup memberi pengalaman dan juga pengajaran kepada bagaimana kita harus memasarkan produk-produk kita.

Saya sedar bahawa selepas promosi, memang adanya keadaan di mana produk- produk ini diletakkan di tempat-tempat yang biasanya menjadi bahagian yang tertentu bagi produk makanan yang biasa dikeluarkan oleh IKS-IKS yang terlibat dalam program ini.

Bermakna tidaklah ianya merupakan satu skim yang berterusan menduduki tempat yang istimewa seperti mana semasa dilakukan promosi.

final • 11:10 AM

9. Datuk Wira Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha baru yang akan dilaksanakan supaya Malaysia berada di dalam kumpulan top 10 seperti Singapura dan Amerika Syarikat dalam daya saing negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Jasin, menurut World Competitiveness Yearbook yang diterbitkan oleh Institute For Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland pada tahun 2008, Malaysia telah memperbaiki kedudukan daya saing globalnya pada tangga ke-19 berbanding tangga ke-23 yang dicatat pada tahun sebelumnya. Pencapaian lebih baik, daya saing negara pada tahun 2008 didorong peningkatan prestasi dalam semua elemen- elemen modul daya saing iaitu:

(i) kedudukan prestasi ekonomi atau economic performance negara meningkat kepada tangga kelapan berbanding tangga ke-12 pada tahun 2007;

(ii) kecekapan pekerjaan atau government efficiency di kedudukan ke-19 daripada tangga ke-21 pada tahun 2007;

(iii) kecekapan perniagaan atau business efficiency di kedudukan ke-14 berbanding tangga ke-15 pada tahun 2007; dan

(iv) elemen infrastruktur di kedudukan ke-25 berbanding dengan ke- 26 dalam tahun 2007.

Tuan Yang di-Pertua, negara memang mengambil perhatian khusus mengenai prestasi daya saing negara seperti mana yang dilaporkan oleh IMD. Kaedah yang digunakan bagi mengukur prestasi elemen-elemen yang diukur bukan sahaja melibatkan faktor atau data sebenarnya, tetapi juga persepsi responden itu. Oleh yang demikian, hasil kajian ini haruslah dilihat sebagai satu panduan dan bukanlah sebagai faktor penentu sepenuhnya yang mencerminkan daya saing dalam menarik perniagaan dan pelaburan.

Di samping itu, terdapat juga aspek-aspek yang terletak di luar kawalan kerajaan yang dinilai seperti kecekapan perniagaan dan lain-lain. Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa menekankan kepada sektor swasta supaya sentiasa berusaha meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan perniagaan, mengurangkan kos perniagaan tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan dan seterusnya meningkatkan daya saing di pasaran luar.

Kerajaan menawarkan program-program seperti program produktiviti dan kualiti iaitu P&Q, sistem pengurusan kualiti, pengurusan amalan terbaik, penandaarasan, benchmarking dengan izin, program-program kepimpinan dan pembangunan pengurusan untuk mencapai matlamat ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus berusaha bagi mengukuhkan lagi kedudukan daya saing negara melalui usaha berterusan dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan usaha penambahbaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan khususnya oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan iaitu PEMUDAH dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh PEMUDAH setakat ini menyentuh hal-hal berhubung percukaian dan duti setem, tanah, imigresen, penyelarasan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan tempatan, pemprosesan lesen-lesen perniagaan secara atas talian melalui sistem berpusat seperti Business Licensing Electronic Support Service, BLESS dan melaksanakan pembayaran secara atas talian iaitu e-payment untuk semua transaksi dengan agensi kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga akan secara berterusan memperkemaskan peraturan dan prosedur semasa dalam bidang-bidang seperti penguat kuasa kontrak, perniagaan rentas sempadan, pendaftaran harta, penutupan perniagaan, garis panduan berhubung pegangan ekuiti asing di bawah Jawatankuasa Pelaburan Asing, FIC dan sistem perolehan kerajaan di mana wajar peraturan atau keperluan yang tidak sesuai akan dipinda atau dimansuhkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak kerajaan yang telah berjaya meletakkan negara sehingga ke tangga 19 daripada 55 buah negara yang disenaraikan. Akan tetapi, sebenarnya daya saing negara ini adalah amat penting kerana inilah satu pengukur bagi menentukan survival sebuah negara. Kualiti hidup dan juga destinasi sama ada pelancongan ataupun pelaburan adalah dua daripada faktor yang baik untuk kita menarik FDI dan ada aspek yang boleh membantu kepada untuk memantapkan lagi daya saing negara kita. Apa Yang Berhormat sebut tadi mungkin ada lagi data-data ataupun kajian...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, minta tolong soal lah Yang Berhormat, masa kita semakin singkat Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Baik, terima kasih. Jadi apakah usaha yang kita buat dalam dua aspek iaitu kualiti hidup dan juga usaha kita dalam meningkatkan lagi destinasi yang world investment prospect survey tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Jasin. Kerajaan memang melihat dari segi kualiti hidup kita di negara ini dan juga mencari jalan berusaha untuk meningkatkan lagi pendapatan kita supaya kita terus dapat memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dari yang kita ada sekarang. Jadi oleh sebab itu kita terus menjalankan beberapa usaha yang amat penting untuk negara kita iaitu untuk meningkatkan lagi prestasi daya saing yang baru-baru disebutkan tadi oleh saya dalam jawapan yang saya beri tadi.

Jadi walaupun demikian, kita telah membuat beberapa dalam sektor-sektor industri kerana ini yang terlibat degan MITI. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif bagi meningkatkan daya saing industri. Contohnya iaitu Skim Pinjaman Mudah Automasi dan modenisasi yang telah dilancar pada bulan Februari 2007 dengan peruntukan berjumlah RM300 juta, Skim Latihan Dual Kebangsaan, Skim Pinjaman Mudah Penjenamaan Antarabangsa bagi menggalakkan perkembangan jenama-jenama Malaysia, Program Pembangunan Penjenamaan EKS bagi menggalakkan dan mengukuh nilai individu jenama EKS, dana pembangunan sumber manusia dan geran promosi penjenamaan yang ada di industri Malaysia ini.

Jadi dengan usaha tersebut, PEMUDAH yang ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Februari 2007 yang mempunyai peranan untuk mengenal pasti dan melaksanakan langkah-langkah ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menarik, mengurangkan kos, menjalankan perniagaan dan seterusnya meningkatkan daya saing negara sebagai satu destinasi perniagaan dan pelaburan yang cukup baik. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak semua rakyat yang terpaksa membeli kereta mahal kerana dasar perlindungan ke atas PROTON soalan saya untuk soalan 10.

final • 11:20 AM

10. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah jumlah peruntukan dan butir-butir insentif kerajaan telah diberi kepada Syarikat Proton sejak tahun 1984 dan sejauh mana kejayaan Proton menembusi pasaran luar negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat pada peringkat awal penubuhannya - Proton diberi geran pelancaran bernilai RM500 juta, status kereta nasional dan insentif-insentif dalam bentuk pengecualian duti cukai ke atas bahan mentah komponen mesin peralatan di samping pengecualian separa duti eksais ke atas kereta siap. Di bawah Dasar Automotif Nasional yang dilaksanakan pada 22 Mac 2006, beberapa insentif cukai dan bukan cukai telah diperkenalkan menerusi program rantaian industri yang diberi kepada semua pengeluar dan pemasang kenderaan di negara ini termasuk Proton.

Di bawah program ini pengeluar kereta nasional terutama Proton mendapat lebih faedah kerana aktiviti pemasangan kenderaannya mengandungi lebih nilai tambah berbanding dengan pemasangan kereta kenderaan lain. Proton telah berjaya menembusi pasaran 25 buah negara terutama di Rantau Asia dan Asia Barat. Edaran Kereta Nasional ini turut dibuat di benua Eropah iaitu di UK, Turki dan Cyprus. Dari tahun 1986 hingga Mei 2008, Proton telah mengeksport 313,131 unit kenderaan keluarannya.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat ya, masa tidak ada.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...jawapan daripada wakil kerajaan kurang memuaskan. Sejak 24 tahun yang dahulu, maafkan saya terpaksa katakan Proton ini adalah jaguh kampung kerana saya difahamkan oleh Bursa Saham Malaysia, jumlah kereta yang dieksportkan cuma serendah lebih kurang 4% daripada jumlah keluaran. Selebihnya 96% adalah untuk pasaran negeri sahaja. Akan tetapi, walaupun warga Proton mendapat...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak soalan tidak payah Yang Berhormat hendak berhujah, nanti saya dengar ceramah di tempat lain.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kerajaan memberikan insentif RM500 juta kepada Proton, tetapi Proton telah pun memberikan MV Agusta dengan RM70 juta, tetapi kemudian jual dengan 1 euro, mengalami kerugian RM350 juta. Dengan teknologi yang... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) menutup pembesar suara] ...Datangkan soalan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sekali lagi Yang Berhormat, saya suruh Yang Berhormat berhentilah. Kalau tidak tahu...

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya Tuan Yang di-Pertua. Soalannya adalah dengan pembukaan pasaran di bawah free trade zone, bagaimanakah Proton akan dapat bersaing di persada antarabangsa dengan teknologi yang telah pun ketinggalan zaman dan tidak ada rakan kongsi daripada syarikat automobil internasional yang ingin jadi rakan kongsi Proton sekarang.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, Proton memang telah beroperasi di bawah pasaran yang liberal. Untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2008 - year end bulan Mac 2008, Proton telah memperoleh keuntungan sebanyak RM162 juta bermakna Proton mempunyai kapasiti untuk bersaing.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah

Di samping itu daripada segi pasaran tempatan, Proton masih lagi mengekalkan 30% daripada seluruh pasaran dan bagi luar negara. Saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat bahawa di mana-mana industri semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1985 hingga sekarang, tentulah ada perubahan struktur. Perubahan struktur industri automotif ini berlaku apabila pada tahun 1997 akibat pada kegawatan ekonomi dunia, syarikat-syarikat besar bergabung menjadi lima atau enam syarikat konglomerat dan Proton terpaksa bersaing dalam situasi itu. Apa yang dibuat oleh Proton adalah untuk daripada dulu banyak pasaran, ia sekarang menumpu kepada pasaran-pasaran tertentu. Maka, PROTON sekarang kita dapat lihat telah dapat menembusi pasaran China yang akan menjadi satu pasaran yang menjadi target kepada Proton.

Kemudian Indonesia, India mungkin sukar sedikit oleh sebab dasar tarif dan sebagainya, tetapi ini kita bincang di bawah FTA. Jadi, daripada segi projection Yang Berhormat ya, eksport Proton pada tahun 2010-2011, daripada tahun 2007 ada 17, 289 akan naik 51,000 kemudian 100,000. Makna ada projection tersebut.

Yang Berhormat menyatakan tentang rakan kongsi. Kita telah berbincang dengan rakan kongsi luar, tetapi kita mesti ingat pada masa perbincangan tersebut, kedudukan kewangan Proton tidak begitu baik akibat daripada kejatuhan pasaran tempatan. Jadi, kedudukan kewangannya sekarang baik dan Proton mungkin akan bincang pada masa akan datang terutama untuk tujuan menembusi pasaran antarabangsa.

Yang Berhormat menyentuh tadi mengenai dengan Agusta. Kita perlu faham di sini, kita menjual Agusta pada harga satu Euro. Akan tetapi, kita mesti ingat dalam balance sheet Agusta, ada hutang sebanyak 107 million Euro. 107 juta Euro bersamaan dengan RM500...

final • 11:30 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Bangun]

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

Eh duduklah. Duduklah!

final • 11:30 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh minta penjelasan? Jika macam ini mengapa beli dengan harga 70 juta Euro? Jika betul-betul apa yang dikatakan oleh Menteri adalah benar, mengapa...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah

Ya, pada masa Proton menjual Augusta, Augusta mempunyai hutang sebanyak 107 juta Euro iaitu bersamaan dengan RM545 juta pada masa jualan tersebut. Jadi mengikut perjanjian, pemegang saham akan bertanggungjawab ke atas hutang tersebut. Jadi apa yang Proton harus buat? Pertama, Proton melihat daripada segi synergy, adakah synergy antara kereta passenger dengan motosikal? Pada masa itu Proton melihat synergynya tidak ada. Oleh kerana hutang tersebut sebanyak RM545 juta, Proton membuat keputusan untuk menjual daripada menanggung hutang tersebut sebanyak RM545 juta.

Jadi, satu Euro yang kita jual itu bersama dengan tanggungan sebanyak RM545 juta. Maknanya seluruh pakejnya bukan satu Euro Tuan Yang di-Pertua, seluruh pakejnya adalah satu Euro bersama dengan RM545 juta yang dipindahkan, yang tidak ditanggung oleh Proton.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tahniah, tahniah. Rugi pun tahniah.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa bagi soal jawab telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah; “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 11:30 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menyambung penggulungan saya yang saya buat pada 25 Jun yang lepas.

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat dari Sekijang, terdapat sebuah lombong bauksit yang beroperasi di negeri Johor. Pengeluaran purata bauksit bagi tempoh 2005 sehingga 2007 adalah sebanyak 84,442 metrik tan setahun. Pengeluaran pada tahun 2007 menunjukkan peningkatan di mana sejumlah 156,785 tan metrik bauksit telah dikeluarkan. Daripada segi jumlah tersebut, sebanyak 28,148 metrik tan ataupun 18% dieksport. Pasaran eksport utama adalah negara China, sebanyak 98%.

Yang Berhormat dari Sekijang juga membangkitkan isu royalti yang diperolehi daripada penghasilan bauksit ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada royalti yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Johor kerana pengeluaran bauksit ialah di bawah Kanun Tanah Negara. Walau bagaimanapun, premium dan quit rent dengan izinnya, bernilai RM430,000 serta bayaran deposit pembaharuan sebanyak RM80,000 telah dipungut oleh Kerajaan Negeri Johor.

Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Batu Pahat telah meminta penjelasan berkenaan isu pengawalan aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada sudut perundangan, aktiviti perlombongan di negara ini dikawal oleh undang-undang di peringkat Persekutuan dan negeri. Undang- undang di peringkat Persekutuan meliputi aspek-aspek keselamatan operasi dan alam sekitar. Di peringkat negeri pula ia meliputi aspek-aspek operasi perlombongan. Yang lain antaranya pelesenan dan penguatkuasaan. Selain itu, aktiviti perlombongan adalah tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mewajibkan penyediaan laporan penilaian impak alam sekitar.

final • 11:34 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Mohon izin.

final • 11:34 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Kawal selia dan pemantauan di peringkat Persekutuan dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar.

Walaupun aktiviti permohonan sumber mineral negara adalah digalakkan, kerajaan juga sangat prihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, kerajaan sentiasa memantau supaya aktiviti perlombongan dijalankan secara teratur, selamat, dan memberikan impak yang minimum ke atas alam sekitar.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis mohon laluan.

final • 11:34 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Peraturan sedia ada Akta Pembangunan Mineral 1974...

final • 11:34 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Yang Berhormat Lipis.

final • 11:34 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Oh Yang Berhormat Lipis, sorry.

final • 11:34 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkait dengan aktiviti perlombongan. Kini terdapat kegilaan terhadap mencari atau melombong bijih besi di seluruh negara kesan daripada kenaikan harga besi yang mendadak dan mungkin ada lombong-lombong ini yang dibuat secara haram dan sebagainya. Jadi, apakah langkah-langkah kementerian dalam mengawal dan mengenal pasti supaya lombong-lombong ini dibuat secara teratur dan mengikut undang-undang negara? Terima kasih.

final • 11:34 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat dari Lipis. Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran lesen untuk melombong adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kita juga minta kerjasama kerajaan negeri untuk menentukan bahawa mereka sentiasa memantau, bahawa kegiatan-kegiatan pelombong haram ini dapat dikawal.

Peraturan sedia ada di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 mensyaratkan mana-mana syarikat perlombongan mengemukakan skim operasi melombong terlebih dahulu sebelum kebenaran melombong diberikan. Pegawai JMG sentiasa memantau dan mempunyai kuasa memberhentikan aktiviti perlombongan jika gagal mematuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Selain daripada itu, Enakmen Mineral Negeri adalah mensyaratkan pelombong mengemukakan untuk kelulusan satu pelan pemulihan lombong yang mengandungi maklumat mengenai tindakan pemulihan spesifik dan perkara berkaitan seperti kos, jadual dan sebagainya. EMN juga mensyaratkan perlombongan menerima sejumlah wang mengikut kadar tertentu kepada Kumpulan Wang Pemulihan sama ada Kumpulan Pemulihan Lombong bagi lombong berskala besar atau Kumpulan Wang Pemulihan Bersama bagi lombong berskala kecil. Wang tersebut bertujuan digunakan untuk pemuliharaan kawasan lombong.

Yang Berhormat Pontian menimbulkan isu berkaitan kuari di kawasan hutan simpan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian lesen kuari adalah juga di bidang kuasa kerajaan negeri. Pihak kementerian dalam bidang kuasa yang ada sedang dan akan sentiasa melaksanakan kerja pemantauan supaya kuari-kuari beroperasi mematuhi kaedah pengkuarian yang ditetapkan. Yang Berhormat dari Pontian juga mohon bahawa kajian dijalankan untuk sumber air di Pulau Pisang. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, saya telah pun mengarahkan bahawa Jabatan Mineral dan Sains menjalankan kajian tersebut.

Beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh mengenai perkara-perkara berkaitan pembangunan modal insan bagi mempertingkatkan tahap profesional ahli geologi.

Persoalan dibangkitkan mengenai tempoh persoalan seorang ahli geologi siswazah boleh dilantik sebagai ahli geologi profesional. Lembaga Ahli Geologi akan menyediakan peraturan bagi menentukan kelayakan, syarat-syarat dan tempoh pengalaman amali sebelum seseorang ahli geologi boleh didaftar sebagai ahli geologi profesional. Mekanisme pendaftaran ini adalah seperti mana yang diamalkan oleh badan-badan profesional lain di Malaysia. Bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme ahli-ahli geologi dan memastikan teknologi yang digunakan adalah terkini, kaedah Pembangunan Profesional Berterusan dengan izin, Continuous Professional Development akan dilaksanakan.

final • 11:34 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Mineral dan Geosains bersama- sama Institut Geologi Malaysia, Persekutuan Geologi Malaysia dan institut pengajian tinggi tempatan dari semasa ke semasa menganjurkan pameran, seminar, persidangan serta ceramah ke sekolah-sekolah dan IPTA yang bertujuan untuk mencetus minat generasi muda dalam bidang geologi. Hubungan ini salah satu fungsi lembaga dalam memberi biasiswa dan kemudahan lain bagi menggalakkan pembelajaran dan pendidikan yang berkaitan dengan geologi.

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Batu Pahat ada menyentuh mengenai peranan ahli geologi dalam perancangan pembangunan negara.

final • 11:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli- ahli geologi memang mempunyai peranan penting di peringkat perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan.

final • 11:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian minta...

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Pada masa ini terdapat banyak laporan geologi disediakan. Saya selesaikan.

final • 11:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan. Biar Yang Berhormat Menteri selesai.

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.

final • 11:40 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Tadi Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh kementerian ini untuk memberikan ceramah penerangan kepada sekolah-sekolah tentang prospek bidang geologi ini kepada anak-anak, murid-murid yang mungkin berminat dalam bidang ini. Boleh saya mendapat maklum daripada Yang Berhormat Menteri, berapa buah universitikah yang menawarkan bidang ini dan adakah Yang Berhormat Menteri puas hati terhadap pencapaian negara kita dalam melahirkan mereka-mereka yang mengikuti kursus ini dan bagaimanakah prospek masa depan mereka? Adakah mereka ini lebih kompetitif khususnya di dalam bidang mungkin cari gali minyak ataupun bidang-bidang geologi yang berkaitan. Jadi boleh saya mohon penjelasan? Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat mengikuti jawapan saya dahulu, saya memang telah pun memberitahu bahawa di negara kita ada tiga buah institusi pengajian tinggi awam yang ada mengendalikan kursus geologi ini dan bagi untuk memberi galakan kepada anak-anak muda kita.

Sememangnya Jabatan Mineral dan Geosains akan menjalankan penerangan ini kepada mereka supaya ramai lagi mereka dapat berminat dalam bidang geologi. Kita mendapati bahawa sekarang memang banyak syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat luar negara yang berkaitan dengan kegiatan geologi pun memerlukan banyak geologist dalam negara kita. Maka potensinya adalah banyak. Terima kasih.

Rang undang-undang ini digubal bagi menjamin laporan disediakan oleh ahli geologi yang berkelayakan bagi memastikan kualiti dan tahap profesionalisme yang tinggi.

Di pihak kerajaan, Jabatan Meteorologi dan Sains membekalkan input geologi dalam bentuk ulasan dan menganggotai Jawatankuasa Rancangan Fizikal Negara, jawatankuasa- jawatankuasa lain seperti Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah.

Selain itu, Jabatan Mineral dan Geosains juga mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa pusat setempat, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Talian dan Galian bagi mengkaji permohonan-permohonan fizikal sesuatu kawasan.

Jabatan tersebut juga memberi input ideologi bagi projek-projek pembangunan ataupun penyelidikan agensi-agensi kerajaan yang lain. Yang Berhormat Pontian ada mencadangkan bahawa sub-fasal 27 mengenai pemberitahuan keputusan lembaga kepada permohonan dari 90 hari kepada 60 hari. Ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kita memperuntukkan tempoh maksima 90 hari adalah bagi keseluruhan proses permohonan sehingga kelulusan diberi. Akan tetapi, secara amalannya kelulusan akan diperoleh dengan lebih cepat. Proses kerja akan disediakan dan menjadi panduan kepada lembaga. Lembaga tidak semestinya akan bermesyuarat setiap bulan dan permohonan juga biasanya akan dikemukakan pada bila-bila masa.

final • 11:40 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Di samping itu, rasional di sebalik tempoh ini adalah jika ada apa-apa masalah yang timbul dalam permohonan ini seperti permohonan perlu dikembalikan, maka ia dapat diselesaikan dalam tempoh yang dekat. Yang Berhormat Pontian juga telah pun mencadangkan bahawa sub-fasal 26(1) mengenai kebenaran mengecualikan kepada ahli geologi asing secara bertulis oleh pengerusi ditukar kepada kebenaran oleh lembaga, bukannya kepada pengerusi. Peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini perlu dibaca secara keseluruhannya. Seseorang ahli geologi asing perlu mendaftar dahulu di bawah fasal 22. Pendaftaran di bawah sub-fasal 22(3) perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua pertiga anggota lembaga. Pengerusi kemudiannya akan meluluskan pendaftaran ahli geologi tersebut.

Seseorang ahli geologi asing berdaftar boleh menjalankan amalan ahli geologist setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pengerusi. Oleh itu, kuasa untuk mendaftar masih terletak di bawah lembaga dan bukanlah kuasa pengerusi seorang sahaja. Seorang ahli geologi asing tidak boleh menjalankan amalan geologi jika tidak mendaftar di bawah fasal 22 dan sekatan bahawa fasal 23 akan terpakai terhadapnya.

Yang Berhormat Batang Sadong, Putatan dan Silam mencadangkan supaya ada wakil tetap dari Sabah dan Sarawak dalam ahli lembaga geologi. Untuk makluman ketiga- tiga Ahli Yang Berhormat ini, cadangan ini akan diambil maklum dan diambil perhatian di dalam pemilihan anggota lembaga kerana fasal 6 tidak menghalang pelantikan anggota lembaga dari Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Padang Serai telah berpandangan bahawa fasal 41 mengenai denda tidak melebihi RM10,000 adalah tidak patut. Kementerian berpandangan jumlah maksimum denda ini adalah berpatutan. Malah ia adalah sama dengan jumlah penalti am di bawah Akta Pendahuluan Jurutera 1967.

Beberapa Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Siput, Kota Raja dan Serdang telah pun mempersoalkan fasal 33 mengenai suhu disiplin bahawa tidak ada separation of powers memandangkan kuasa pendaftaran dan kebenaran adalah lembaga. Kuasa di bawah fasal 33 memang perlu dilaksanakan oleh lembaga. Ini merupakan salah satu daripada fungsi lembaga. Dalam melaksanakan fungsi ini, peruntukan fasal 33(3) perlu dipatuhi iaitu pendengaran akan dijalankan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota lembaga dan peluang untuk didengar adakan diberi kepada pihak yang terlibat secara sendiri atau melalui program bela dan peguam cara. Oleh itu tidak terdapat apa-apa ketidakadilan di dalam proses ini.

Yang Berhormat Serdang juga mencadangkan agar fasal 46(1) yang telah memberi perlindungan mutlak sepenuhnya kepada ahli lembaga dan tidak boleh tindakan dikaji semula kerana perlindungan yang diberi di bawah fasal ini adalah tidak munasabah.

Perlindungan ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat diberi hanya untuk akta sebab atau keberkesanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud rang undang-undang ini. Jika anggota lembaga atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak lembaga menyalahkan kuasa, tindakan mereka masih boleh dicabar di mahkamah dan boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, jawapan perkara yang kementerian telah menjawab dan beberapa perkara yang tidak dijawab akan diambil perhatian oleh kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 52 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 11:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 11:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2008

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri kalau ada ucapan untuk mengurai. Sila.

final • 11:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejak diperbuat dalam tahun 1971, Saraan hakim dan Saraan Pesuruhjaya Kehakiman yang ada di dalam Akta 45 tidak pernah dikaji semula secara sendiri dan menyeluruh. Sudah sampai masanya urusan tentuan saraan bagi anggota badan kehakiman dibuat secara menyeluruh.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 atau disebut selepas ini Akta 45, dengan tujuan utama untuk membolehkan tempoh perkhidmatan seseorang Pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa yang dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi diambil kira bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran yang kena dibayar kepadanya apabila dia bersara sebagai hakim.

(i) fasal 1 ialah menentukan permulaan;

(ii) fasal 2 ialah penambahan takrif Pesuruhjaya Kehakiman di dalam seksyen 1A Akta 45;

(iii) fasal 3 ialah penambahan cadangan kemasukan seksyen 7A selepas seksyen 7; dan

(iv) fasal 4 ialah pindaan ke atas seksyen 19A Akta 45 bagi menggantikan ayat yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di bawah Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan Pesuruhjaya Kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, Pesuruhjaya Kehakiman dilantik di bawah Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakan tugas dan kuasa serta menikmati kekebalan yang sama dengan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi.

Amalan masa kini ialah seseorang itu akan dilantik Pesuruhjaya Kehakiman dahulu sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Pada lazimnya Pesuruhjaya Kehakiman dilantik untuk tempoh dua tahun. Ada di antara mereka yang dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi sebelum tempoh ini berakhir. Ada juga yang berkhidmat sehingga tiga atau empat tahun sebagai Pesuruhjaya Kehakiman sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.

Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman itu tidak diambil kira bagi tujuan perhitungan pencen dan ganjaran seseorang Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik menjadi hakim. Sememangnya wajar tempoh perkhidmatan seseorang Pesuruhjaya Kehakiman diiktiraf sebagai tempoh perkhidmatan sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam pengiraan tempoh perkhidmatan beliau bagi tujuan faedah pencen dan ganjaran. Bagi tujuan tersebut pindaan-pindaan kepada Akta 45 seperti ini yang akan dicadangkan adalah diperlukan.

final • 11:52 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, penambahan seksyen 7A selepas seksyen 7 Akta 45.

Memandangkan fungsi yang dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa adalah sama dengan fungsi yang dijalankan oleh seseorang hakim, maka wajarlah jika Pesuruhjaya Kehakiman itu kemudiannya dilantik menjadi hakim. Tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman itu diiktiraf dalam perhitungan pencen dan ganjaran sebagai hakim. Oleh itu, dicadangkan fasal 3 dan undang-undang ini supaya seksyen baru 7A(1) yang memberi pengiktirafan sedemikian dimasukkan ke dalam Akta 45.

Seksyen 7A(2) yang dicadangkan itu pula memperuntukkan bahawa bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran seseorang hakim jika apa-apa pencen atau ganjaran sudah dibayar kepada hakim itu, maka di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang hendak dikira sebagai sebahagian tempoh perkhidmatannya sebagai hakim di bawah subseksyen 1 pencen dan ganjaran di bawah akta ini hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang sudah dibayar sedemikian.

Subseksyen ini terpakai di mana apabila seseorang Pesuruhjaya Kehakiman yang dahulunya pernah berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam dan telah pun menerima pencen dan gratuiti di bawah mana-mana undang-undang lain. Dalam keadaan tersebut apa-apa bayaran pencen dan gratuiti yang mereka terima untuk tempoh tersebut akan diambil kira dalam pengiraan untuk bayaran pencen dan gratuiti di akhir tempoh perkhidmatan sebagai seorang hakim. Untuk mengelak bayaran pencen dan gratuiti sebanyak dua kali bagi tempoh perkhidmatan yang sama.

Juga dicadangkan supaya seksyen 7A ini hanya terpakai bagi tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, seseorang hakim yang masih dalam perkhidmatan pada tarikh permulaan kuat kuasa akta pindaan yang dicadangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 1A Akta 45. Pindaan kepada seksyen 1A sebagaimana yang dicadangkan dalam fasal 2 undang-undang ini melibatkan kemasukan takrif bagi istilah Pesuruhjaya Kehakiman untuk memudahkan pentafsiran istilah itu memandangkan penggunaan istilah itu dalam seksyen baru 7A yang dicadangkan.

Pindaan kepada seksyen 19A Akta 45 seperti yang dicadangkan dalam fasal 4 merupakan pindaan yang berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan dalam fasal 2.

Pindaan kepada seksyen 19A seperti yang dicadangkan dalam fasal 4 ini melibatkan penggantian perkataan yang dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di bawah perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan Pesuruhjaya Kehakiman. Saya mohon mencadangkan.

final • 11:52 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:52 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada permulaannya kalau kita tengok kepada perubahan yang dicadangkan, nampaknya ada satu perubahan yang sangat senang sahaja iaitu mengenai saraan dan gaji back dated time of service. Akan tetapi kalau kita tengok teliti, saya nampak ada satu perbezaan yang sangat mungkin untuk peguam mesti ini perkara yang mustahak kerana Judicial Commissioner yang dilantik, kenapa mereka dilantik? Apakah asas di mana kerajaan melantik seseorang Judicial Commissioner? Saya setuju kepada apa yang dihuraikan.

final • 11:58 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sebenarnya sebelum kita masuk satu perbahasan kita mahu tahu atas asas peranan, ada apa asas Yang Berhormat datang di sini untuk kemukakan rang undang- undang ini. Apabila semalam di dalam penggulungan perbahasan midterm review, Yang Berhormat tidak datang ke sini untuk menjawab segala...

final • 11:58 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya? Saya, itu penjelasan kepada...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...bukan kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang itu pun Yang Berhormat Ipoh Timur, melanggar peraturan mesyuarat. Oleh kerana membuat sangkaan jahat kepada Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itu terpulang kepada Menteri, sangkaan apa yang jahat itu. Itu kita mahu tahu kenapa dia...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...dia hilang dari Dewan yang mulia ini?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, mesti ambil tahu sama ada peraturan mesyuarat terlanggar atau tidak.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Sebelum kita memasuki perbahasan, apa peranan Yang Berhormat datang di sini?

Kita tahu dia ada peranan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur tahu tidak ada kena mengena dengan soalan apa yang dibahaskan sekarang.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak!

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang dibahas adalah pindaan kepada Akta Saraan Hakim.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, tetapi peranan Menteri, adakah apa locus standi? Kenapa semalam dia tidak ada di sini?

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Semalam seorang pembangkang pun tidak ada dalam Dewan. Kenapa sekarang hendak sibuk? Semalam tidak ada dalam Dewan pun.

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, duduk. Yang Berhormat Menteri duduk.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oleh sebab...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat duduk dahulu. Duduk Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Ipoh Timur boleh menimbulkan isu ini apabila Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri nanti untuk turut perbahasan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Nanti saya mahu tanya. Saya mahu tanya sama ada Yang Berhormat Ipoh Barat bersetuju atau tidak setuju dengan perkara ini. Oleh kerana ini mustahak!

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi pertanyaan itu pun tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang dibahas.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ada soalan-soalan yang ada dibangkit dalam perbahasan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau pertanyaan itu tidak ada kena mengena dengan perbahasan, macam mana boleh saya benarkan?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan! Ini...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur sendiri mengatakan kepada kita bahawa...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini terpulang kepada...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...saya selalu bercakap.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini terpulang kepada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak! Bukan terpulang kepada dia. Terpulang kepada saya untuk membenarkan soalan yang tidak dibenarkan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Kalau Tuan Yang di-Pertua mahu masuk dalam perbahasan hal-hal yang lain.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak masuk dalam perbahasan Yang Berhormat Ipoh Timur!

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak masuk dalam perbahasan! Saya menegur, ini melanggar peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak!

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tadi itu...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mana ada langgar peraturan mesyuarat. Kita mahu tahu kenapa soalan sebagai, apa, berapa ex-gratia payment dibayar kepada hakim- hakim, saya ada tanya, tidak dijawab. Itulah, apa? Semalam tidak ada...

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Semalam pun you tidak ada, kenapa you keluar jalan?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Tanggungjawab, apa itu?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat jangan campur! Duduk dahulu.

Jangan campur. Seolah-olah Yang Berhormat Ipoh Timur ini apa pun yang dihujahkan benar. Tidak ada autoriti dalam Dewan ini, Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Apa autoriti itu? Itu...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itukah?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mahu tanya Yang Berhormat daripada Ipoh Barat tentang perkara ini.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan campur! Sila duduk. Saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Adakah apa pun yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu benar dan tidak boleh ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itukah pendapat Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh tetapi...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...seorang Parliamentarian yang begitu lama?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Boleh. Itu tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua tetapi janganlah...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kelmarin Yang Berhormat Ipoh Timur cakap...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...terlalu...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur!

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Interventionist!

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dalam peraturan mesyuarat...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau terlalu interventionist, speaking Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Dewan boleh terurus?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur. Peraturan Mesyuarat 42.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Jangan speaking Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, dalam Peraturan Mesyuarat 42, baca.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

43, baca.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau betul, bermakna Yang Berhormat Ipoh Timur duduk sewaktu Tuan Yang di-Pertua bercakap.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, tetapi kalau ada...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini, Yang Berhormat Ipoh Timur pun sedang bercakap, sekarang waktu saya bercakap.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

final • 12:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Macam mana tidak speaking Tuan Yang di-Pertua kalau Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur bertabiat seperti begitu?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh] Sebab itu jangan ada speaking Speaker? Kalau ada speaking Speaker, setiap saat mahu duduk, diri, duduk, diri, duduk, diri. Where are we going?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Where are we going dengan perkara ini?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

You cite one standing order.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Menteri - Dato' Haji Hasan bin Malek

Cheap publicity.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

You cite one standing order in here that says that I cannot tegur. Cite one standing order.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan boleh tetapi...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Parliamentary…

final • 12:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cheap publicity.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua pun boleh cakap 24 jam kalau mahu. Kesemua, 42 kalau mahu buat begitu tetapi janganlah. Kita Tuan Yang di-Pertua ialah untuk run the House bukan untuk ambil bahagian dan speak more than all MP’s. Speak more than all MP’s, apa itu?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

You can speak more Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau boleh bercakap. Sekarang duduk dahulu.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, saya mahu bertanya, apa peranan? Sebab itulah...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini Yang Berhormat Ipoh Timur duduk dahulu.

Duduk dahulu.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Duduk dahulu, boleh.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk dahulu. Duduk dahulu. Saya tidak akan campur dengan apa pun perbahasan, saya membiarkan Ahli-ahli Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Ipoh Timur tetapi jangan sama sekali melanggar peraturan mesyuarat. Saya tidak mahu campur dengan Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi apabila sahaja dibiarkan, timbullah semua tunjuk-menunjuk.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Ada faham?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sahaja. Selepas itu, saya tidak benarkan Yang Berhormat Ipoh Timur oleh kerana apabila sebut begitu, sudah melanggar peraturan mesyuarat. Kalau tidak Yang Berhormat Ipoh Timur boleh bercakap. Sebelum ini pun boleh sampai dua jam. Siapa larang?

Namun, jangan beri contoh yang tidak baik kepada orang lain. Kalau Tuan Yang di-Pertua lain Yang Berhormat Ipoh Timur boleh buat, jangan kepada Tuan Yang di-Pertua sekarang. [Tepuk]

final • 12:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Beri contoh baik kepada anak itu.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, boleh minta penjelasan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Semua ini boleh buatlah. Semua ini mengikut peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada semua pun juga tidak boleh buat.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ada faham?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja. Yang Berhormat Pasir Salak pun jangan campur. Itulah, makanya saya cakap jangan campur.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Pasir Salak, keluarlah.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu lagi. Siapa lagi yang cakap begitu? [Ketawa] Saya akan cuba tidak campur dalam satu hari tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur gerenti sama saya bahawa tidak ada caci-mencaci, menyakitkan hati, sampai mengeluarkan hujah yang bukan-bukan pun. Boleh? Saya akan diam. Sila tanya dengan baik.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, saya minta penjelasan tetapi saya minta penjelasan. Saya tidak caci Yang Berhormat Menteri personel, tidak ada apa-apa personel.

Tidak ada caci-mencaci personaliti Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tetapi saya mahu bertanya apa peranan beliau kemukakan rang undang-undang ini? Oleh kerana semalam dia hilang. Itulah...

final • 12:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ada perkara yang penting yang patut perlu dijawab apabila timbulnya perbahasan...

final • 12:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...khasnya mengenai pembayaran ex-gratia...

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ketua Pembangkang hilang juga.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Salak, tolonglah!

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Itulah saya tanya dan saya mahu tahu kenapa itu?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukannya dia menjawab. Yang Berhormat Ipoh Timur mahu minta clarification kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Dia tanya kepada Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat pun tidak boleh tahu dengan apa punya persoalan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Setuju ke tidak setuju? [Ketawa] Okey?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, janganlah campur.

Tolonglah! [Ketawa] Sila Yang Berhormat Ipoh Barat, sila. Sila.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ada dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.

Satu adalah ketidakhadiran Yang Berhormat Menteri semalam untuk memberi jawapan. Saya rasa itu adalah satu perkara yang mustahak dan satu perkara yang luar biasa kerana banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen semasa sesi mid-term review. Sekurang-kurangnya, walaupun kita tidak hadir, itu menyenangkan Yang Berhormat supaya datang, senang sahaja jawab. Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak datang? Itu satu perkara yang sangat serius dan sebagai satu Menteri yang baru dilantik walaupun sebagai seorang Senator mesti tahu bahawa kewajipan untuk datang menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan.

Saya difahamkan ada ramai di antara Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkit perkara-perkara yang berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri, berkaitan kehakiman tetapi sayangnya satu peluang yang baik, tidak diguna pakai oleh Menteri, boleh saya katakan ini ada kecuaian atau kelalaian? Kenapa Yang Berhormat Menteri enggan untuk menjawab? Adakah angkuh atau the power has got into head the minister? Itu perkara yang satu.

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah Tuan Yang di-Pertua sendiri. Ini kerana saya rasa peranan yang perlu dimainkan oleh Tuan Yang di-Pertua adalah macam judicial commissioner.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat sudah mulai menegur Tuan Yang di-Pertua, itu sudah melanggar peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, bukan saya menegur.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kerana saya terpaksa campur dalam suasana di mana saya terpaksa campur kerana dengan segala hormatnya, with all your respect, most of Ahli Yang Berhormat tidak faham apa standing order. Yang pertama tidak faham standing order, ada Yang Berhormat Ipoh Timur. [Ketawa] Yang kedua tidak faham standing order adalah Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Eh? [Ketawa]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak, saya tidak mahu campur. Saya tidak mahu cakap pun. You see now you are questioning me. Under what authority you can question me? Under 42, kalau tidak setuju kepada peraturan Tuan Yang di-Pertua, buat Usul Persendirian. You cannot tell me. Dalam taksiran pun, Peraturan Mesyuarat 99, I have the right to tafsir. Ahli-ahli Yang Berhormat tidak ada kuasa seperti begitu.

Itulah, makanya peraturan mesyuarat dibuat seperti demikian, condong kepada Tuan Yang di-Pertua supaya mesyuarat berjalan dalam keadaan lancar. Namun, tidak.

Setiap kali katak, baru bercakap, kata “Bigfoot”.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa ini? Apa ini? Baru bercakap sudah caci teman. Ipoh Barat seorang peguam, when you are in court, you addressing my ‘Leonard’ council. Not imputing improper...

sangkaan jahat. Akan tetapi, tidak apalah. Kerana Ipoh Timur hantam sahajalah. Maki sahaja, I will keep quiet. Sila Ipoh Barat, just say anything you want. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, pada sesi yang lalu saya telah dibuang dari Parlimen empat hari kerana saya telah membangkitkan perkara berkaitan dengan kedudukan seorang Speaker dan kuasa beliau.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak akan buat begitu, jelas saya cakap.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, I have not finished Tuan Pengerusi. The highest respect to the Chair.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, now continue but within peraturan mesyuarat. I can let you do that.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, seorang Speaker adalah macam judge di mana dia perlu seberapa yang boleh dengar apa yang dikatakan dan jika perlu, at the extreme baru terlibat dalam hal perbahasan. Saya rasa perkara yang lebih baik, macam kita tengok Speaker dahulu dan juga Tun. Saya rasa ada perkara- perkara yang kita boleh contohi dari mereka. Satu di antaranya adalah, kita ada di sini sebagai Pembangkang, it is not a very easy job for us. Kita ada banyak limitation. Akn tetapi, dengan limitation yang sedia ada kita hujah dan within the principles of the standing orders. Tuan Yang di-Pertua, Judicial Commissioner, ini perkara yang kedua, perkara ketiga saya rasa mengenai dengan Judicial Commissioner. Saya hendak mulakan dengan mengatakan bahawa huraian yang sedia ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ada sedikit beza.

Namun, yang mustahak sekali saya rasa huraian yang dikatakan perkataan yang digunakan bahasa Melayu adalah lebih tepat kerana apakah asas kenapa seseorang dilantik sebagai Judicial Commissioner. Saya rasa di paragraph kedua di mana dikatakan ‘Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 122 AB Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak “segera diselesaikan”. “Segera diselesaikan”, ini perkataan yang missing in the English version. Ini adalah perkara yang mustahak dan perkara pokok kerana kerap kali Judicial Commissioner dilantik di negara ini bukan kerana untuk menyelesaikan, segera menyelesaikan kes-kes.

Mereka dilantik untuk menjalankan tugas sebagai seorang hakim atau mengambil alih kerja-kerja di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah ditukar ataupun telah pencen, maka dia mengambil alih dan menjadi satu appointment yang baru dan ini kita hilang apa yang pokok kepada perkara ini. Mereka dilantik untuk menyelesaikan kes dengan segera. Saya rasa ini adalah perkara yang mustahak di mana kebelakangan ini, kalau kita tengok dari tahun 1982 Tuan Yang di-Pertua, di mana saya ingat lagi selepas itu Tan Sri Pay Su Chin, dan beberapa hakim-hakim dilantik. Pada permulaannya hakim-hakim Tuan Yang di-Pertua, dilantik Judicial Commissioner sebagai part time judges. Saya masih ingat pada tahun 1982, 1983 dan 1984.

Selepas itu senario itu bertukar di mana pelantikan adalah contract basis. Saya hairan kenapa mereka dilantik on a contract basis tetapi kerap kali Judicial Commissioner di mana kes-kes terhadap kerajaan, kes-kes kontroversial mereka mendengar kes-kes tersebut. Ini adalah limitation, bukan satu perkara yang mustahak di mana selepas pelantikan, jika saya sendiri ada dengar dari Judicial Commissioner yang mengatakan bahawa mereka sangat takut kepada kes-kes di mana ada kes-kes kerajaan terlibat di mana mereka khuatir jika ada disisi yang... terhadap kerajaan, maka mereka tidak mungkin akan dilantik sebagai hakim dan kontrak mereka tidak akan renewkan. Ini adalah perkara yang perlu diingat. Kalau kita tengok dari sistem yang sama Tuan Yang di-Pertua, di England lebih kurang di mana recorder.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dia dilantik dan kerap kali sebagai part time judge dan kenapa ia tidak dijalankan di negara ini dan saya harap kerajaan dapat mengambi tindakan supaya dapat mengatasi masalah berkaitan. Saya rasa ramai di antara kita khuatir dan tidak faham macam mana seorang dilantik sebagai seorang hakim atau Judicial Commissioner. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa kawan-kawan saya dilantik sebagai Judicial Commissioner, tiba-tiba satu hari saya dengar dua tiga classmate saya dilantik dan kerap kali mereka adalah dari parti Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO dahulu di mana sekarang dilantik sebagai Judicial Commissioner tidak lama lagi walaupun saya khuatir mengenai kualiti-kualiti mereka dan kemudiannya mereka dilantik sebagai hakim.

Di antara Judicial Commissioner-Judicial Commissioner yang dilantik pada permulaannya ada Judicial Commissioner-Judicial Commissioner has not written a single judgment dan ada ramai di antara mereka juga saya difahamkan di mana judgment- judgement belum habis ditulis tetapi telah dinaikkan pangkat menjadi permanent High Court Judge. Macam mana ini boleh terjadi? Saya juga ingin tahu berapakah hakim yang akan dilantik dan akan terlibat dalam proses saranan ini di mana mereka akan beri menjadi...

final • 12:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat, jadi kalau begitu apakah pelantikan Augustine Paul dalam masa yang singkat dari seorang Pesuruhjaya Kehakiman kepada seorang hakim dianggap sebagai luar biasa dan adakah ini bermakna dia tidak layak sebenarnya. Saya ingin mohon penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tidak dengar dari mula. Short period apa?

final • 12:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Apakah pelantikan Augustine Paul itu daripada Pesuruhjaya Kehakiman dalam masa yang singkat menjadi seorang hakim dianggap sebagai luar biasa dan adakah ini bermakna dia tidak layak sebenarnya.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya pilih untuk tidak menjawab perkara itu. [Ketawa] Nombor satu, saya kenal orang itu. Kedua, dia sekarang di Federal Court kalau tidak silap saya. Jadi, tidak berapa eloklah untuk saya komen mengenai perkara itu. Akan tetapi, kita semua tahu dia yang menjalankan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada permulaannya. Saya ingat lagi... tidak apa itu tidak kena mengena.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu di antara faktor-faktor di mana kita perlu lebih transparent, lebih accountable di mana kita perlu tahu macam mana seseorang itu dipilih sebagai Judicial Commissioner. Rang undang-undang yang sedia ada di hadapan kita ini tidak memberi apa-apa senarai, huraian, tidak mengatakan macam mana pilihan akan dibuat. Walaupun khusus kepada saraan, gaji mereka, tetapi yang mustahak adalah - Kita semua tahu selepas kes V.K. Lingam tape, dan confidence dalam judiciary telah terlampau rendah dan ini adalah perkara yang mustahak. Kita semua tahu bahawa kerajaan telah memberitahu bahawa satu Judicial Commission akan ditubuhkan dan saya difahamkan ada beberapa perjumpaan di antara main stake holders, main players dalam Judicial Commission ini yang telah ada mesyuarat-mesyuarat berkenaan.

Bolehkah Yang Berhormat bagi tahu, adakah ini betul dan bilakah peruntukan rang undang-undang khusus mengenai Judicial Commission ini akan dibawa ke Dewan ini dan perkara yang saya bangkitkan ini semuanya telah dibangkitkan semasa mid term review.

Banyak antara perkara dan kita perlu ulang alik kerana keengganan Yang Berhormat Menteri berada di sini semalam untuk menjawab dan satu peluang yang baik Yang Berhormat sendiri telah hilang. Judicial Commission ini macam mana komposisinya. Yang kita semua tahu model South Africa atau model Canada...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Point of order, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Ipoh Barat berhujah menghadap kepada Menteri bukan kepada Tuan Yang di-Pertua. Ini salah dari segi peraturan mesyuarat.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih. Biarlah saya tegur kalau ada pelanggaran Mesyuarat itu. Mudah-mudahan tidak ada pelanggaran Mesyuarat. Tidak apa, saya akan diam, sekarang ini saya mahu tahu siapa yang akan melanggar peraturan mesyuarat. Sila.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Kinabatangan ini tidak ada order lainkah? Selain order yang lebih - Tuan Yang di-Pertua, yang dikhuatiri oleh business community adalah pemilihan-pemilihan Judicial Commissioner dan selepas itu hakim-hakim yang tidak berkualiti di mana keraguan-keraguan ada di antara mereka yang tidak ada kualifikasi langsung dalam kes-kes tribunal tetapi dilantik sebagai hakim Judicial Commissioner dalam hal-hal berkaitan dengan kes-kes jenayah dan peguam-peguam yang ada latar belakang mereka hanya dengan kes-kes criminal dilantik sebagai hakim untuk mendengar kes-kes komersial atau kes-kes civil. Nampaknya tidak ada menimbangkan dengan izin memakai expertise yang betul-betul guna pakai di mana seorang hakim sebelum pelantikan adalah dia pakar dalam satu bidang. Bukankah lebih baik kalau dia dilantik untuk menjalankan kes-kes yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, katakan dia ada kepakaran shipping law, kenapa pula dia dilantik bukan untuk shipping law berkaitan dengan shipping dan sebagainya tetapi untuk undangan kes-kes jenayah. Ini adalah satu kecacatan yang perlu diambil kira. Jangan kita Tuan Yang di-Pertua, di mana dua tahun dahulu saya ada bangkitkan di Parlimen di mana seorang pensyarah yang tidak pernah has never seen the court at all telah dilantik sebagai Judicial Commissioner. Saya rasa itu adalah a very bad word thinking, kerana tidak ada selain daripada kualifikasi akademik dia, tidak ada expertise kes-kes di mahkamah.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

I need your help. Yang Berhormat Ipoh Timur pun saya perlu pertolongan juga. Cuba baca peraturan mesyuarat 36(8).

final • 12:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Belum cakap.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No. No, I just want your help, 36(8). Saya tahu lah bahawa enakmen ini ataupun pindaan ini adalah mengenai saraan hakim. I’m not sure which is right for us to discuss personalities seperti sebut nama daripada pensyarah dahulu yang jadi hakim sekarang. Jadi peraturan 36(8), kelakuan atau sifat-sifat antara lain hakim-hakim, so my interpretation of the matter is not proper for us to discuss a particularly if you already identified person. Help me Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Barat is that proper?

final • 12:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya tanya?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagi Yang Berhormat Pasir Mas. Belum lagi. Saya cuma minta bantuan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat Ipoh Barat ini peguam. Yang Berhormat Ipoh Timur Ahli Yang Berhormat yang telah lama berkhidmat. Dia selalu cakap saya jangan campur. Akan tetapi, kalau begini 36(8)...

final • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya rasa di bawah peraturan 36(8) adalah limitation mengenai sebut adalah larangan mengenai conduct dan character mungkin tadi ada sebut satu nama dan ini tidak tepatlah.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Exactly, thank you very much. So hal-hal begitu itulah makanya Speaker terpaksa campur. Kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat disiplin diri, saya tidak masuk campur. I will set my brain. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, mengenai ganjaran dan gratuity untuk Judicial Commissioner, walaupun selepas pelantikan dan kenaikan pangkat sebagai hakim mengambil kira semua back date service dan sebagainya, perbualan saya dengan beberapa hakim, mereka mengatakan yang pertama ganjaran gaji yang dibayar adalah sangat kurang. Ini perkara yang perlu diambil kira di mana ramai di antara yang qualified menjadi hakim tetapi memilih untuk tidak menjadi hakim kerana gaji yang dibayar atau saraan yang dibayar terlampau sangat kurang. Bermakna kita tidak dengan izin attract the best brain to becomes a judge in the country. Walaupun kerap kali pandangan kerajaan adalah this is a service to the nation di mana mereka perlu gaji bukan satu kriteria yang mustahak.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Akan tetapi, itu adalah satu perkara yang perlu di underline faktor di mana seseorang juga ingin dilantik sebagai Judicial Commissioner atau hakim. Saya juga ada beberapa kali mengatakan di Dewan yang mulia ini bahawa kalau boleh semua gaji-gaji Judicial Commissioner dan hakim-hakim diberi tax exempt supaya seperti Ahli Parlimen - Ahli Parlimen juga mereka juga boleh menikmati satu bayaran yang munasabah.

Kebanyakan pelantikan yang dibuat pada masa ini, sebagai Judicial Commissioner adalah bukan dari private sector sahaja tetapi lebih dari kerajaan.

Ini juga perlu diambil kira di mana peluang yang lebih banyak perlu diberi kepada pengambilan atau pelantikan hakim-hakim dari swasta. Ini kerana mereka ada pengalaman yang banyak dan exposure yang banyak dan jika dibayar gaji yang lumayan. Bayaran yang lumayan kita boleh dapat, we can take dengan izin the best brain and the best people to join judiciary in this country. Ini akan membawa satu imej yang baik kepada negara ini. Yang menjadi masalahnya selepas confidence sejak tahun 1998, confidence in the judiciary dari tahun 1997, 1998 hingga sekarang lebih teruk lepas kes V. K. Linggam di mana perkara- perkara telah dibangkitkan, di mana hal-hal mengenai institusi kehakiman, kod-kod proportion dengan izin dan perlu memberi satu pernafasan, satu pembaharuan yang baru dengan mungkin selepas Judicial Commissioner ditubuhkan, di mana pelantikan dan sebagainya semua pihak yang the main players dalam hal ini dapat tahu bahawa macam mana proses ini dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat tahu macam ada kekosongan di Ipoh Tuan Yang di-Pertua. Walau pun ada kalau tidak silap saya lapan bilik Mahkamah Tinggi, hanya dua setengah hakim dilantik. Saya kata dua setengah Tuan Yang di-Pertua kerana kerap kali satu hakim dia cuti atau proses dia tukar dan akan dilantik. Kerap kali.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya lihat hujah-hujah Yang Berhormat Ipoh Barat ini agak menarik. Saya bukan tidak sokong cadangan Yang Berhormat kepada Menteri bahawa gaji-gaji ataupun sebarang yang perlu dibayar kepada hakim-hakim termasuk juga Ahli-Ahli Parlimen jika perlu. Jadi saya minta penjelasan sedikit daripada Ipoh Barat soal kewibawaan, we do respect dengan izin dengan peguam-peguam yang dalam private practice. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa ada juga golongan-golongan peguam-peguam bela di pihak swasta ini yang tidak berkelakuan sebagai profesional seperti membuat corrupt sebagainya kepada client dan kepada para hakim. Kita mesti buat pertimbangan. Saya minta penjelasan bersetuju atau tidak dengan saya. Sebelum kita mengambil hakim-hakim walaupun dilihat sebagai yang berkaliber untuk dilantik sebagai Judicial Commissioner.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ditanya itu sedikit lari daripada tajuk. Akan tetapi, saya ingin menjawab kerana kalau saya tidak menjawab menjadi satu isu pula. One, two apple rotten doesn’t make all the profession wrong dengan izin.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Nombor dua, di mana-mana professional body pun ada juga yang terlibat, yang menyeleweng dari apa yang mereka ditugaskan dengan peguam-peguam. Tuan Yang di- Pertua, kita ada Majlis Peguam, kita ada Disciplinary Committee di mana jikalau ada kesalahan yang tertentu, tindakan susulan akan diambil dan pada pengetahuan saya sendiri, ada ramai peguam di mana tindakan telah diambil hingga mereka dilucutkan jawatan sebagai peguam bela, peguam cara dan ini langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang dibahaskan di sini, iaitu pelantikan saraan Judicial Commissioner kerana semestinya pihak Judicial Commissioner yang akan dilantik, bukanlah dari pihak-pihak yang ada black mark dalam karier mereka. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Hal hakimkah?

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Takkan hal lain pula. Mestilah hal hakim. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, bersetujukah Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa selain dari segi expertise untuk menjadi seorang hakim yang layak untuk menduduki jawatan itu, bahawa integriti seseorang itu juga penting. Bagaimana kalau ada contohnya seorang hakim konon hebat, tetapi integritinya tidak ada, tidak berani untuk buat keputusan secara without fear or favour. Cuma apabila sudah suasana berubah, barulah berani mengatakan dia diugut, dia dihantar ke kem sana, kem sini. Ini tidak ada integriti, tidak ada kewibawaan.

Mungkin dia ada competency, ada expertise, qualified daripada mana, UK kah, mana kah, tetapi dengan izin, this is not the only criteria to be a hakim. In my opinion lah, dengan izin, you maybe disagree with me. So yang penting sekarang ini ialah keseluruhannya, Tuan Yang di-Pertua, expertise nya, kewibawaannya, integritinya, keberaniannya, kecintaannya kepada negara, keadilannya, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Saya tidak pernah soal mengenai integriti kerana ini adalah perkara yang sangat mustahak. Foundation kepada satu pelantikan, kalau tidak ada integriti kita tidak ada apa-apa kompromi mengenai perkara tersebut kerana itu adalah asas, menjadi perkara yang sangat mustahak sebelum pelantikan dibuat, tetapi soalan yang lebih mustahak adalah apakah ciri-ciri dalam pelantikan. Macam mana seseorang boleh dilantik sebagai Judicial Commissioner walaupun dia ada kriteria-kriteria yang boleh diterima oleh kerajaan, tetapi nampak di antara peguam-peguam, khususnya dia bukanlah seorang yang boleh dilantik dan ini menjadi satu soalan yang perlu dijawab di mana kita dapat tahu, di mana transparent dalam proses untuk melantik mereka. Ini yang lebih mustahak. Saya setuju bahawa integriti dan kewibawaan ini semua adalah satu perkara yang banyak antara faktor-faktor yang akan diambil kira sebelum pelantikan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, bila seseorang Judicial Commissioner dilantik, apakah dia perlu dihantar untuk menjalankan tugas. Apakah sebab dia dilantik? Itu perkara yang mustahak. Bila saya nampak huraian dalam bahasa Malaysia, saya sangat setuju kepada huraian tersebut berbanding dengan huraian dalam bahasa Inggeris yang nampaknya bila translation dibuat, ia telah hilang perkataan yang saya tunjukkan sebelum itu, iaitu “segera diselesaikan”.

Saya rasa ini adalah perkara yang mustahak di mana macam saya katakan di Ipoh, kalau kita adakan lebih kurang lapan bilik mahkamah, tetapi nampaknya selalu ada dua atau tiga hakim dan sebelum kita merdeka, kita ada dua hakim di Ipoh. Sekarang di antara dua ke tiga, sesekali tiga, sesekali satu dan ini kerap kali terjadi. Apa terjadi kepada mahkamah yang telah dibina tetapi tidak diguna pakai sehingga hari ini? Mahkamah Tinggi yang telah disediakan di Teluk Intan.

Saya pernah ada membangkitkan perkara ini semasa Yang Berhormat Padang Rengas menjadi Timbalan Menteri Undang-undang pada tahun 1998. Semasa itu beliau telah mengatakan dalam satu jawapan bahawa kita, Kerajaan Barisan Nasional very far thinking. Kita bukan buat satu mahkamah sebagai white elephant. We know what is going to happen tomorrow. Tahun 1998, sekarang 2008, tidak pernah seorang Hakim Mahkamah Tinggi pun dihantar ke Teluk Intan atau telah beroperasi atau berfungsi di sana. Kenapa ratusan ribu diguna pakai untuk pembinaan satu Mahkamah Tinggi di Teluk Intan, tetapi tidak diguna pakai langsung sehingga hari ini.

Adakah ini boleh dikatakan far-sighted thought of the Barisan Nasional? Kenapa kita membazirkan wang untuk membina satu mahkamah, walhal apa yang lebih mustahak adalah support staff kepada hakim-hakim, kepada Judicial Commissioner, itu perkara yang lebih mustahak.

Tuan Yang di-Pertua, Judicial Commissioner yang dilantik, kenapa dia tidak ada staf-staf yang boleh menolong beliau? Di antara perkara yang selalu atau kerap kali dikatakan oleh hakim dan Judicial Commissioner di mana selepas pelantikan beliau, perlu ambil kerani-kerani dari bekas hakim di mana dia mengatakan kepada...

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya rasa ini perkara yang diketahui oleh ramai di antara golongan peguam di mana the staff is not up to the mark. Lebih baik kalau staf-staf itu di antaranya adalah kerani-kerani yang menyiapkan judgment atau modes of evidence di mana hakim sendiri diberi satu elaun supaya dia boleh melantik satu kerani atau satu suitable staff untuk bekerja sebagai kerani kepada hakim. Kerap kali kita ada situasi di mana Judicial Commissioner atau hakim-hakim sangat susah menjalankan tugas mereka bila ada kerani- kerani atau pegawai-pegawai yang tidak boleh menjalankan tugas yang dikehendaki oleh seseorang hakim.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang mustahak untuk pelantikan mana-mana hakim adalah untuk overcome backlog of cases. Itu kriteria yang mustahak semestinya oleh sesuatu kerajaan, tetapi adakah selepas proses dari tahun 1971 di mana pelantikan Judicial Commissioner telah dimulakan, kita telah mencapai hajat ini? Adakah kita telah mengurangkan kes-kes di Mahkamah Tinggi, khususnya bila Judicial Commissioner dilantik.

Apakah kriteria atau benchmark yang digunakan supaya kita boleh nilai apakah kerja-kerja yang dibuat oleh Judicial Commissioner ini adalah betul, pelantikan itu adalah baik, di mana ramai di antara Judicial Commissioner yang telah dilantik ada juga kontrak mereka tidak direnewkan, tetapi ada juga Judicial Commissioner di mana dalam satu kes di Ipoh, semasa itu Tan Sri Fairuz, dia sendiri telah mengatakan, “Saya hairan in the judgment. How can the Judicial Commissioner make this kind of judgment? He is an apt to be a High Court Judge.” Selepas enam bulan, selepas Tan Sri Fairuz mengatakan sedemikian, Judicial Commissioner telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan ini adalah satu perkara yang perlu diambil kira oleh kerajaan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat tidak nyatakan, tukar tajuk lagi. Yang Berhormat sendiri tukar tajuk itu sudah.

Oleh sebab Yang Berhormat menyentuh soal kesesakan kes-kes di mahkamah ini, adakah Yang Berhormat pernah mendengar cadangan daripada pihak kerajaan bahawa kes-kes ini akan diclassifykan dan mengoptimisekan masa untuk mendengar, kalau boleh, di hujung minggu, kalau boleh, sampai malam. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu pandangan Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh ambil kiralah mengenai adakah itu satu perkara yang boleh diimplementasikan. Akan tetapi yang lebih mustahak, Tuan Yang di-Pertua, adalah di mana Judicial Commissioner perlu kita analyse bahawa kenapa ada pihak-pihak yang tidak dengan izin, right judgement, not up to mark, tetapi ada yang telah dinaikkan pangkat, ada juga yang masih lagi menjadi Judicial Commissioner.

Saraan yang dikatakan, saya hendak tahu, berapakah gaji basic mereka? Ini ada satu perkara yang mustahak juga Tuan Yang di-Pertua, di mana gaji pokok mereka sangat kurang. Akan tetapi ada elaun-elaun. Ini juga menjadi satu perkara yang mereka khuatiri.

Judicial commissioner-Judicial Commissioner menyatakan bahawa kenapa kita diberi elaun- elaun, housing allowance, dan macam-macam elaun. Semua ini tidak diambil kira untuk pencen. Ini sangat menyusahkan mereka, kenapa mereka tidak di bagi the basic salary yang munasabah, supaya semasa mereka pencen, ini perkara yang boleh diambil kira.

Backlog of cases Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang sangat serius di negara ini, di Mahkamah Tinggi, kerap kali kita ada situasi di mana kekurangan kehakiman, menjadi suatu faktor yang mustahak walaupun kita tidak boleh nafikan ada beberapa masalah yang lain.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Berkaitan dengan supporting staff, kekurangan jurubahasa, kekurangan kakitangan di mahkamah dan ini perkara-perkara yang perlu diambil kira. Kenapa saya rasa masa sudah tiba di negara ini supaya kita ada sesi selepas waktu pejabat, di mana kes-kes yang sangat standard dan terus-terang, macam criminal cases, di mana kes-kes yang concern divorce dan sebagainya boleh didengar selepas waktu pejabat mahkamah berfungsi. Kes-kes yang biasa yang boleh diselesaikan dan apakah kriteria, adakah Yang Berhormat Menteri ada cadangan supaya kita memberi lebih ruangan kepada hakim-hakim atau Judicial Commissioner-Judicial Commissioner untuk menjalankan tugas, di antaranya, mediation dan juga proses arbitration supaya perkara-perkara ini dapat membawa lebih hasil kepada peranan kehakiman di negara ini di mana kes-kes tertunggak ini dapat diselesaikan dengan cara-cara ini, kerana saya difahamkan cara-cara ini adalah cara-cara yang diguna pakai di beberapa negara.

Di Singapura sekarang ada kenakan caj atau levi atau fi jika menjalankan sesuatu kes di Mahkamah Tinggi dan ini nombor satu mungkin ada kebaikan, ada kesusahan kepada litigan di mana dia perlu membayar masa menggunakan mahkamah sebelum kes ini dijalankan. Sekarang kita hanya, sebagai litigan dalam kes, hanya dibayar fee memfailkan kes-kes di mahkamah. Adakah ianya telah dikaji dan apakah kajian itu menunjukkan, kerana saya lagi ingat pada beberapa tahun dahulu bila perkara sedemikian dibangkitkan, kerajaan telah mengatakan bahawa akan menghantar pegawai-pegawai ke Singapura untuk melihat dan membaca, tengok adakah ianya visible untuk diimplementasikan di negara ini. Di antaranya adalah di mana hakim-hakim perlu diberi sekurang-kurangnya komputer dan computer knowledge yang kekurangan kepada mereka.

Kita ada atau Judicial Commissioner-Judicial Commissioner yang tidak pernah tahu mengendalikan komputer dan sebagainya, komputer elektrik. Ini ada suatu perkara yang perlu diambil kira.

Kalau di Singapura, kita boleh buat e-filing, semua proses tidak perlu pergi ke mahkamah langsung, boleh dibuat dalam firma peguam. Kenapa walaupun ini telah diimplementasikan di Singapura, sekurang-kurangnya 10 tahun dahulu, kenapa Malaysia tidak boleh ikut cara dan proses tersebut, walhal kita ada Ketua Hakim Negara, kita ada presiden President Court of Appeal, di mana mereka pergi melawat ke China, ke Finland dan sebagainya untuk belajar sistem mahkamah di sana yang tidak ada kena-mengena langsung kepada sistem negara ini.

Akhir sekali, perkara yang sangat-sangat ditanya oleh masyarakat yang terlibat dengan kehakiman negara ini adalah pelantikan Ketua Hakim Negara, tidak lama lagi di mana akan bersara compulsory retirement age, adakah Yang Berhormat ada apa-apa yang boleh diberitahu kerana ada spekulasi kerana bahawa Court of Appeal’s President akan dilantik dan ini tidak akan membawa confidence in the judiciary kerana ada beberapa perkara yang kita semua tahu.

Berkaitan dengan V.K. Lingam punya kes, adakah tindakan susulan akan diambil supaya mengatasi dan to restore back confidence dalam juduciary di negara ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian bagi membahas Akta Saraan Hakim 1971. Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan akta hakim ini, saya sebentar tadi mendengar Tuan Yang di-Pertua merujuk untuk mendapat pandangan, bersabit dengan Peraturan Mesyuarat 36(8) iaitu menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan hakim memang terdapat dalam peraturan ini. Akan tetapi, pada masa yang sama kita ada akta mengenai dengan kehakiman yang patut kita bahas.

final • 12:47 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya pernah menjadi Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, suatu ketika dahulu selama setahun dua bulan yang turut bertanggungjawab menjaga hal-hal pengurusan kehakiman di negara kita ini. Apabila saya menyatakan, apakah boleh kita membahas dan menyentuh kedudukan hakim-hakim, saya hendak merujuk kepada satu pandangan Tuan Yang di-Pertua, oleh seorang Queen Council, Peter Arwkright Williams yang menyatakan; yang juga seorang pakar undang-undang.

“It is not wrong for any member of the public or the administration to criticize the judiciary. Justice is not a close-up virtue” “Tidak salah bagi sesiapa sama ada dianya orang awam atau ahli pentadbiran untuk mengkritik kehakiman. Keadilan bukanlah kesucian yang terkurung” Manakala McKinney Jay mengatakan; “There is no different between the judge and the common man, except that one administered the law and the other endured” “Tidak ada perbezaan di antara hakim dan orang ramai kecuali yang satu mentadbir undang-undang dan yang satu lagi menerima kesannya” Oleh sebab kita, orang awam yang menerima kesannya, maka saya berpendapat, kedudukan hakim juga boleh kita bincang dan di mutakhir ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat hakim-hakim sudah buat beberapa kenyataan dalam chamber, dalam kamarnya ataupun dalam mahkamah membuat komen-komen yang banyak mengelirukan rakyat. Maka tidak ada sebab, tidak ada salah untuk kita dalam Dewan yang mulia ini turut membahas kedudukan hakim-hakim sebab mereka juga manusia biasa, sebahagian daripada mereka yang mentadbir undang-undang, dan kita yang menerima kesannya.

Jadi oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan pandangan. Pertama, baru-baru ini kita dengar bukan main rancak lagi usaha kerajaan hendak buat reformasi terhadap kehakiman kerana bidang kehakiman ini didapati sudah hilang kredibiliti.

final • 12:47 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maka sebab itu, usaha-usaha untuk membuat reformasi kedengaran dan saya juga turut menyokong, asalkan mana ia memberi kebaikan. Akan tetapi, saya dapati Tuan Yang di-Pertua, dalam keghairahan untuk membuat reformasi terhadap bidang kehakiman, yang saya lihat ialah banyak lagi kecelaruan berlaku. Banyak lagi saya lihat kenyataan- kenyataan yang boleh merosakkan kedudukan bidang kehakiman.

Saya hendak mulakan dengan pemecatan Tun Salleh Abbas. Sewaktu Tun Salleh Abbas dipecat dahulu, banyak pihak berpendapat bahawa beliau dipecat ada kait-mengait dengan kes UMNO yang diharamkan oleh sebab pada tahun 1987 berlaku pertandingan dalam parti UMNO di antara Team A dan Team B yang menyebabkan kononnya Tun Salleh Abbas dipecat. Banyak orang tahu mengenai Tun Salleh Abbas dipecat, tetapi ramai tidak tahu kenapa Tun Salleh Abbas dipecat bersama dengan hakim-hakim yang lain.

Saya hendak dedahkan di sini Tuan Yang di-Pertua, supaya diketahui oleh Ahli- ahli Dewan yang mulia ini yang mungkin sudah mengetahui. Ini pandangan saya. Saya dapati, sebenarnya pemecatan Tun Salleh Abbas dibuat dengan cara yang proper, mengikut peraturan di bawah seksyen 125 klausa 4, memperuntukkan kuasa Yang Dipertuan Agong melantik tribunal dan boleh atas nasihat tribunal menyingkir hakim daripada kedudukannya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh duduk sekejap? Boleh duduk sekejap? Saya sebenarnya enggan untuk menegur kerana saya khuatir apabila saya menegur, saya disifatkan sebagai speaker yang banyak cakap. Menurut Peraturan Mesyuarat 36(1) apabila membahaskan satu pindaan kepada rang undang-undang, kita tidak boleh cakap mengenai dengan soal-soal dasar yang keluar daripada apa yang disebut dalam pindaan itu.

Sekarang ini pelantikan Judicial Commissioner.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi apa yang saya dengar sebentar tadi, hujah meliputi dasar, kehakiman, pelantikan hakim, yang di luar dari apa yang sedang kita bahas sekarang. Itu makanya terpaksa saya campur hal dalam soal begini. Khususkan perbahasan Yang Berhormat kepada pelantikan Judicial Commissioner ataupun Suruhanjaya Kehakiman. Tolong.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menghormati teguran Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, seingatan sayalah Tuan Yang di- Pertua, kalau saya silap tolong tegur. Apabila sesuatu rang undang-undang dibentangkan, apa sahaja rang undang-undang, kita boleh bercakap soal dasar apa sahaja. Itu pengalaman saya sewaktu saya menjadi anggota Dewan Rakyat tahun 1986 dahulu, tahun 1990 sewaktu saya menjadi anggota Dewan Negara dan ini menjadi amalan yang dipakai selama ini. Tidak ada salah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini dikecuali apabila rang undang-undang ini dibawa ke sesuatu mesyuarat di peringkat jawatankuasa barulah ia ditumpu kepada fasal ke fasal. Ini tidak ada salah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu. Yang Berhormat Pasir Mas, duduk dahulu sekejap. Itu tafsiran Ahli Yang Berhormat. Tafsiran saya kepada 36(1) adalah berbeza dengan Yang Berhormat kerana dia jelas, ini adalah pindaan, pertama. Kedua, yang citation ataupun quotation Yang Berhormat sebut tadi itu daripada dua orang terkemuka dalam bidang guaman, ia cuma menyebut kepada orang ramai dan ahli-ahli pentadbir. Ia tidak menyebut kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sebetulnya Yang Berhormat, prinsip supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan mana-mana dunia tidak boleh menegur kehakiman, kerana kita adalah penggubal undang-undang. Kedudukan kita adalah berbeza dengan orang ramai dan berbeza dengan ahli pentadbir. Itu makanya tidak dibolehkan. Ini adalah kerana dua institusi yang menjadi pillar iaitu Parlimen sebagai penggubal dasar undang-undang dan kehakiman yang menginterpret atau mentafsir segala yang kita buat.

Jadi, kalau apa yang kita bincangkan di sini ialah untuk didengar oleh masyarakat luar bahawa kita sendiri tidak percaya kepada hakim kita, apa lagi kalau nama sudah disebut. Maka, orang ramai juga akan lebih tidak percaya kepada institusi kehakiman.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah sebabnya kenapa tidak dibenarkan. Sila.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, betul. Akan tetapi, saya masih lagi merayu sebab ini Akta Persaraan Hakim, ada kena mengena dengan ganjaran, dengan pencen. Kalau ada hakim-hakim yang salah laku, siapa yang hendak tegur? Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit soal pemecatan Tun Salleh Abbas kerana pihak kerajaan membayar ex-gratia baru-baru ini yang ada kena-mengena dengan wang cukai rakyat. Berapa banyak yang dibayar? Kenapa dibayar? Sebab pemecatannya dibuat mengikut peraturan. Saya rasa itu tidak ada salah kita sentuh. Kenapa kita bayar? Berapa banyak?

Saya lihat Menteri yang menjaga undang-undang begitu prihatin dan membayar sendiri, mengunjungi rumah-rumah hakim ini, bekas-bekas hakim ini dan membawa televisyen sekali. Sesudah membayar ex-gratia, bekas-bekas hakim ini bercakap melahirkan perasaan seronok dan kononnya dahulu dizalimi. Jadi seolah-olah ia juga satu bentuk secara tidak langsung satu perbuatan rasuah. Sepatutnya kalau hendak bayar, bayar mengikut cara peraturan yang betul. Saya tidak setuju bayar.

Tuan Yang di-Pertua, pemecatan ini dahulu ialah atas kehendak Yang di-Pertuan Agong kerana bekas Ketua Hakim Negara menulis surat, sebab rumahnya bising, buat salinan surat kepada Majlis Raja-Raja Melayu salinannya. Itu yang berlaku. Maka, surat yang ditulis dihantar balik kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang di- Pertuan Agong minta Ketua Hakim ini dipecat. Maka ditubuhkan tribunal dan tribunal yang dilantik Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kalau hendak suruh, saya hendak rujuk sedikit di sini.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hakim-hakim yang mengendalikan kes selepas Yang di-Pertuan Agong mengarah supaya ditubuhkan tribunal ialah hakim termasuk hakim asing daripada negara asing.

Hakim Arif K.A.P Ranasinghe - Ketua Hakim Sri Langka dan Yang Arif Hakim T.S.

Sinnathurai - Hakim Mahkamah Agung Singapura. Kemudian, Pengerusi Tribunal daripada Malaysia, Tan Sri Tun Dato’ Abdul Hamid Omar. Yang lain-lain terdiri daripada Dato’ Seri Ling Hung Ho - Hakim Bekas Borneo dan dua orang bekas hakim iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Zain dan Tan Sri Mohamad Zahir bin Ismail, bekas Speaker Dewan Rakyat.

Kalau kita katakan bahawa pemecatan itu tidak adil, ada konspirasi campur tangan dan ini dibuat secara yang teratur. Kemudian kita bagi ex-gratia. Mana logik, mana asasnya? Jadi seolah-olah dia memberi implikasi Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah bahawasanya apa yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini, seolah-olah kerajaan menyesal dan bersalah. Ini juga turut menghina Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu yang sekarang ini Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Saya hendak bangkitkan perkara ini bukan ada perkara peribadi, tidak. Ini penting, ini penting.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan sedikit.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini penting untuk kita menjaga keharmonian.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak minta laluan.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas, pembayaran kepada Tun Salleh Abbas dan hakim- hakim yang lain, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh kerajaan termasuk Menteri yang menjaga undang-undang bukanlah bererti bahawa pihak kerajaan mengaku bersalah di atas apa yang terjadi pada masa itu. Akan tetapi, ialah atas dasar simpati kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka akibat daripada peristiwa tersebut. Apa komen Yang Berhormat dalam hal ini?

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Walau apa pun jawapannya Yang Berhormat Pasir Salak, kita boleh bagi jawapan. Akan tetapi, asasnya secara tidak langsung ia memperlihatkan seolah-olah kerajaan mengaku bersalah sebab tidak ada asas. Kalau kita katakan bahawa sesuatu tindakan itu tersilap apabila kerajaan membuat keputusan ataupun mana-mana pihak organisasi membuat keputusan, maka kita kena bayar ganti rugi.

Banyak lagi kes-kes lain yang kerajaan hendak bayar ganti rugi ini. Kecuaian doktor yang berlaku di hospital, apakah kerajaan hendak bayar ganti rugi sama banyak kita bayar kepada hakim-hakim? Yang hilang tangan, yang hilang kaki, yang mati, yang cedera, ataupun macam UMNO yang bawah Pasir Salak? Dahulu gugur saya sebagai ketua bahagian tanpa sebab, hendak bayar ganti rugi? [Ketawa]

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya kena pecat lagi.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tanya, mana prinsip? Saya bercakap soal prinsip. Seseorang itu boleh dibuang kalau ada asasnya, kalau ada salahnya. Kalau dia melanggar undang-undang, dia melanggar peraturan, boleh dipecat. Tidak ada siapa above the law.

Oleh sebab itu saya mengatakan, walaupun saya mempunyai persahabatan yang rapat dengan kawan-kawan daripada pembangkang, saya mengatakan nobody is above the law. Sesiapapun tertakluk kepada undang-undang. Oleh sebab itu, saya menegur apabila kes sebelum ini Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke Kedutaan Turki. Saya kata, kenapa? Saya kata, sebagai pemimpin yang besar, saya akan menghadapi segala kemungkinan. Selepas itu kalau tidak betul-betul, saya lawan habis-habisan. Saya tidak peduli. Itu saya punya pendirian. Oleh sebab itu saya kata nobody is above the law.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sedikit penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Semasa peristiwa ini berlaku pada tahun 1987, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir membuat keputusan, bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong, katanya tadi tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, maknanya kerajaan pun mengikut apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas, semasa itu Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menterikah kalau tidak silap? Menterilah katakan. Dia bersetuju atau tidak dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong itu? Oleh sebab pada hari ini nampaknya dia salah seorang yang mempertikaikan.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya minta maaflah sebab saya bukan anggota Kabinet. Timbalan Menteri duduk di luar. Kalau saya ada di dalam, saya tahulah, saya tidak tahu.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Semasa Post Kabinet tidak ada cakap?

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak ada. Jadi Yang Berhormat pun tidak payahlah pukul curi. [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan demikian sebab saya katakan oleh sebab nobody above the law sehingga kita sudah ada Mahkamah Khas untuk raja-raja. Mahkamah Khas untuk raja-raja sudah pun diwujudkan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Maka sebab itu, ya...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, saya asyik mendengar...

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pasir Mas.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

..ucapan tadi, sekarang ini sudah pun jam 1.03 minit. Jadi...

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sambung tengah hari nanti dan jangan panjangkan sangat dan jangan melencong terlampau jauh daripada yang dibahaskan asal. Saya cukup bersabar sudah.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai makluman daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian, Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput sama untuk hadir di belakang sana, saya difahamkan iaitu promosi durian dan buah-buahan tempatan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua dijemput sama untuk hadir di belakang Bangunan Parlimen ini.

Sila. Kita tangguhkan Mesyuarat sehingga tengah hari nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, sebelum kita mula Menteri ada usul.

final • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 16 Julai 2008.”

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang tidak setuju itu jerit sahaja tetapi tidak banyak. [Ketawa] Baik Yang Berhormat daripada Pasir Mas, sambung.

final • 2:32 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Sebagai rumusan di atas perkara yang pertama saya bangkit dalam perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim 1971. Saya ingin menegaskan apa pun jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara dan lain-lain adalah sesuatu yang menambah kepada kerosakan sistem kehakiman di negara kita ini. Saya tidak boleh menerima apa pun hujah sebab saya telah beri sebab-sebab sebagaimana yang saya kemukakan sewaktu sebelum waktu rehat tadi.

Perkara yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini berlaku seolah-olah macam perang dalam blog. Ini mengenai dengan satu lagi kes yang boleh menggugat sistem kehakiman negara kita. Iaitu kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh hakim, Ian Chin yang akhirnya dijawab oleh bekas Perdana Menteri dan perkara ini berlarutan.

Kesimpulannya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa kesudahannya?

Ia bermula daripada Suruhanjaya Kehakiman yang dibentuk untuk menyiasat kes video Lingam.

Suruhanjaya sudah pun selesai menjalankan tugas dan telah membuat finding.

Finding suruhanjaya ini seolah-olah juga seperti keputusan satu pasukan hakim yang telah pun secara tidak langsung mengaitkan nama-nama tertentu bersabit dengan video Lingam.

Jadi saya hendak tanya, apakah sudah selesai peranan dan tugas yang menyiasat kes video Lingam, ia sampai ke setakat itu sahaja? Jadi nama-nama mereka yang dibabitkan kononnya terlibat dalam soal pelantikan hakim, apakah dibiarkan begitu sahaja ataupun apakah kerajaan akan mengambil tindakan mendakwa mereka-mereka yang disebut dalam keputusan hasil daripada Suruhanjaya Kehakiman yang menyiasat kes video Lingam.

final • 2:33 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kemudian selepas itu menyusullah satu kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam mahkamah terhadap satu pihak yang kononnya hakim-hakim ini telah dihantar ke boot camp yang akhirnya jadilah perang dalam website, dalam blog yang jelas boleh mencemarkan nama sistem kehakiman. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah hakim boleh membuat kenyataan, press statement seumpamanya. Boleh atau tidak?

Kita di Dewan Rakyat ini pun, saya pun mengingatkan diri saya Tuan Yang di- Pertua untuk tidak menyentuh kerana ia ada sedikit sebanyak di bawah peraturan. Akan tetapi, sekarang ini hal kehakiman dibincangkan dengan secara terbuka di luar Dewan, seolah-olah tidak terkawal lagi.

Jadi saya hendak menyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim yang kita ada ini juga terdiri daripada kalangan ahli politik yang bersara. Hakim Ian Chin ini ada latar belakangnya, latar belakangnya kalau saya hendak baca mungkin mengambil masa tetapi apa pun tiap-tiap hakim tertakluk kepada Code of Ethics. Code of Ethics ini penting untuk menentukan kewibawaan hakim-hakim. Jadi sejauh mana pihak kerajaan yang menjaga bahagian undang-undang menjaga dan melaksanakan Code of Ethics ini di kalangan hakim-hakim.

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Saya mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat sekarang ini seperti ada satu trend di kalangan hakim iaitu apabila orang tertentu tidak ada ataupun bila dia bersara, maka barulah dia berani untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang dia kata dia dipaksa, ditekan dan takut kepada tindakan dan sebagainya. Jadi, apakah keputusan yang dibuat ketika itu? Iaitu ketika orang itu kata yang dia kena paksa, dia kena pengaruhi adalah keputusan yang tidak tepat, yang tidak adil dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pada pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, apakah orang-orang seperti ini juga perlu kita ambil tindakan? Sebab nampaknya dia cuma berani bila selepas daripada itu, masa menjalankan tugas betul, ketika orang itu ada tidak berani, takut dan sebagainya. Tidakkah ini juga akan menjejaskan kredibiliti hakim yang ada di negara kita ini? Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Memang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja ada hakim yang sudah bersara berani bercakap demikian yang boleh menjejaskan kredibilitinya sendiri tetapi ada hakim yang masih bertugas, hanya berani bercakap dan menyerang bekas Perdana Menteri sesudah dia bersara. Kenapa dia tidak melahirkan apa yang dia tidak puas hati waktu Perdana Menteri yang berkenaan masih memegang jawatan.

Maka sebab itulah, pihak yang kena serang terpaksalah untuk menyatakan kebenaran di pihaknya. Maka tidak ada jalan lain, akhir sekali bekas Perdana Menteri menjadi bloggers dan terus menulis di dalam blog yang sekarang ini dibaca oleh lebih daripada tiga juta orang.

final • 2:33 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, tiga juta orang membaca soal kerenah perkara yang saya sebutkan tadi, saya hendak sebutkan di sini saya di antara sedikit maklumat untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Hakim Chin ini adalah pernah menyertai Parti Berjaya dan bertanding pilihan raya, kalah dua kali dan dia pernah mendengar satu kes yang membabitkan Datuk Syed Kecik kerana pada waktu itu dikatakan Syed Kechik terlibat dengan penahan ayahnya, bapa kepada Ian Chin ini.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, ringkasnya saya tidak hendak buang masa.

Seorang QC, Queen Council, John Calmen, lawyer for Datuk Syed Kechik in the written opinion dengan izin after change their ruling of September 2nd 2006, inter-alia looking at this matter in neutrals spec that emerge a pattern indolence of bias. Ini, jadi timbul perkara- perkara ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab.

final • 2:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kemudian saya hendak merujuk satu kenyataan yang dibuat secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri. Saya hendak baca dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri kitalah Minister of justice dengan izin said that, if bekas Perdana Menteri ada proof mengenai dengan misconduct - then report the matter to the police of chief justice. It become clear that the honorable dengan izin enamoured de facto Minister had not boarded to study the matter concern. He was happy to comment and dismiss a complaint against the judge, this award heavy incorrectly in the press.

Maknanya sebagai Menteri yang menjaga kehakiman, segala kenyataan itu hendaklah dibuat dengan penuh teliti. Kalau kementerian lain mungkin tidak mengapa, bab ayam, itik, kambing, itu tidak apa, boleh juga. Ini soal sistem kehakiman yang besar, yang ada implikasinya.

final • 2:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila.

final • 2:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ahli Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan tadi mengenai kelakuan Hakim Ian Chin. Benar, kelakuan Hakim Ian Chin boleh dikatakan sebagai seorang yang - saya bukan mahu menggunakan perkataan kurang ajar tetapi seorang yang immature, judicial immaturity. Dalam satu petisyen pilihan raya baru-baru ini, dia ada menyatakan seperti ini mengenai bekas Perdana Menteri kita Tun Dr.

Mahathir Mohamad.

Ini ada dalam prosiding bukan luar dari prosiding. Ini menunjukkan fikiran dia yang sempit. Saya baca apa yang ada direkodkan dalam rekod prosiding itu. “I view of what I have said, this Prime Minister..” iaitu Tun Mahathir Mohamad “...can use that piece of paper and go fly kite.” Apa macam hakim ini? “... fly kite it in the park, taking with him his lap dogs

(the one who said I am in breach of the code of ethic and the other who said I should be sacked) so that they can chase after the birds while he flies the kite.” Apa macam punya perkataan ini?

Jangan dilafazkan oleh seorang hakim. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Satu tindakan keras harus diambil ke atas hakim ini. Satu petisyen ada dihantar kepada Ketua Hakim Negara untuk mengambil tindakan ke atas Hakim Ian Chin kerana apa yang dia buat dalam kes Syed Kechik Syed Mohd. Apa jangan dia lakukan boleh dikatakan judicial misconduct.

Petisyen ini ada dihantar lebih kurang dua tahun selepas tetapi tidak ada apa-apa tindakan diambil, dihantar kepada Bar Council, Bar Council pun tidak ambil apa-apa tindakan. Sekarang petisyen ini ada dalam tangan Ketua Hakim Negara. Adakah Ketua Hakim Negara rela untuk mengambil tindakan ke atas Ian Chin ini. Lebih baik Ian Chin ini dipecat daripada kehakiman. [Tepuk] Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu bukan minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dia minta penjelasan saya setuju atau tidak.

final • 2:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Setuju atau tidak. [Ketawa]

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya dalam perkara ini amat, amat, amat, amat bersetuju. Saya dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor walaupun orang duduk kata saya ada macam-macam perangai, tidak ada. Ada waktu-waktu dia bersetuju dengan saya, saya bersetuju dengan dia. [Disampuk] Apa tidak ada baik, so saya berasaskan kepada prinsip.

This is on principle.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Orang politik macam itulah. [Ketawa]

final • 2:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Prinsip okeylah.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini Yang Berhormat Pasir Salak dia hendak kena.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak apa, dia bukan soal orang politik. Kita boleh berpolitik tetapi sebagai orang Islam, apa pun kita berpolitik kita ada perkara yang kita kena ikut. Begitu juga dalam hidup kita di dunia, ada undang-undang kita kena ikut. Kalau kita pegang kepada amalan ini, insya-Allah kita semua selamat. Janganlah pula tuduh kalau Yang Berhormat Pasir Salak dia berpolitik, Yang Berhormat Pasir Mas juga berpolitik, tidak.

Dia tidak boleh banding begitu.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak, janganlah marah.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tahulah bergurau, saya pun jawab bergurau juga, macam itu. Jadi saya melihat atas prinsip itu. Sebab itu saya rasa senang hati apabila saya dapat bercakap dengan bebas, saya tidak terikat dengan mana-mana parti. I can say my concern dengan jelas. Sebab itu saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam perkara ini.

Saya baca dan saya tahu ada satu report polis dibuat oleh seorang peguam bernama ‘Mathias Chang’ mengenai dengan kes hakim ini. Jadi saya minta Menteri supaya melihat kes ini, adakah ianya akan dijadikan satu kes priority untuk ditentukan. Kalaulah bekas Perdana Menteri, orang kata saya ini kalau orang tengok saya Tuan Yang di-Pertua, kalau ada sentuh Tun Dr. Mahathir, Yang Berhormat Pasir Mas mesti melenting, tidak.

Kalau dia salah, salahlah, saya tidak kisah. Kalau dia didapati bersalah, yang patut dirujuk kepada mahkamah, rujuk secepat mungkin. Hukum, tidak boleh kita gantung begitu.

Kita kena hukum, kena bawa ke mahkamah. Kalau apa yang dikata oleh Hakim Ian Chin ataupun hasil daripada report polis yang dibuat, maka membolehkan ataupun hasil daripada video Linggam membolehkan Tun Dr. Mahathir diseret ke mahkamah, maka seret.

Saya sokong seratus peratus sebab Tun Dr. Mahathir pun mengatakan ini membolehkan beliau sebagai bekas Perdana Menteri dapat menceritakan dan dapat mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku secara detail seperti Tun Salleh Abbas.

Dahulu orang ingat Tun Salleh Abbas kena gugur kerana kes UMNO, dia simpan rahsia itu kerana hendak menjaga kedaulatan Raja-raja, institusi raja. Payah, tidak senang untuk menjadi Perdana Menteri ini, memang kita akui.

Untuk mengimbangi, untuk memenuhi hati semua pihak tidak mudah. Maka sebab itu dalam kes ini sudah menjadi kes yang cukup memalukan, hari-hari dalam blog. Jadi seolah-olah kerajaan tidak berbuat apa-apa. So, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor, ambil tindakan cepat, kalau kata dia tidak bersalah, katalah tidak bersalah.

Kalau kerajaan hendak mempertahankan itu satu bentuk perbuatan yang tidak salah. Kalau dia salah, katakan tidak salah baru bidang kehakiman ada kredibiliti, baru dihormati, without fear of favour. Saya begitu Tuan Yang di-Pertua, bukan kerana politik.

Daripada dahulu, Tuan Yang di-Pertua pun lama dalam Dewan Rakyat. Saya pun dahulu tahun 1986, saya dalam kerajaan, luar kerajaan kah I just say apa yang saya rasa betul.

Risiko, risikolah tidak macam sesetengah orang dia mengamuk, dia tidak puas hati waktu belum dapat jadi calon, belum jadi Menteri. Selepas jadi Menteri, dia sokong pula, berlebih-lebih pula. Lebih sudu daripada senduk. [Ketawa] Waktu tiada jawatan lain pula, waktu ada jawatan lain pula. Ahli Yang Berhormat Pasir Mas ini dia serupa Tuan Yang di- Pertua. Sama sahaja, begitu. Itu prinsiplah.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudah di luar tajuk.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tiada di luar tajuk, dalam tajuk. Jadi Tuan Yang di- Pertua, selain daripada itu saya sebut tadi saya percaya Yang Berhormat Bukit Gelugor akan sambung selepas ini kerana saya berharap kes ini diselesaikan secepat mungkin.

Kembalikan kredibiliti kehakiman ini.

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Begitu juga saya hendak tegur Majlis Peguam. Majlis Peguam, dalam bab ini diam seribu bahasa. Kalau tidak Majlis Peguam ini, serba serbi dia bising seolah-olah hendak mentadbir negara. Serba tidak kena Majlis Peguam ini. Saya tengok kenyataan- kenyataannya macam Majlis Peguamlah yang hendak mentadbir negara ini. Jadi, dalam bab ini dia diam pula. Kenapa Majlis Peguam diam? Sepatutnya Majlis Peguam juga menentukan sikap atau pun membuat sesuatu, tetapi diam mengenai perkara ini.

Jadi, Majlis Peguam pun berpolitik juga sehingga baru-baru ini tiada pasal-pasal, menganjurkan Majlis Forum Sosial Kontrak yang saya hendak bercakap pun susah. Yang Berhormat Bukit Gelugor hendak bercakap pun susah. Menyentuh, kalau orang ini sentuh begini nanti terjejas pula undi. Mereka ada kaum masing-masing, saya pun ada orang Melayu yang saya hendak bela. Tidak pasal-pasal, banyak lagi perkara lain yang kita perlu buat seperti kes-kes Ian Chin, kes-kes rasuah, kes penyelewengan yang patut kita bersatu tenaga untuk kita tangani perkara ini dengan sebaik mungkin, patutnya begitu. Jadi, Majlis Peguam ini, betul saya anggap tidak bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu tidak ada sudah perkara-perkara lain yang saya hendak bangkit. Sudah cover tiga pokok yang telah saya sentuhkan tadi.

Selain daripada itu, saya hendak sentuh mengenai dengan ganjaran, tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat supaya hakim-hakim diberi gaji tinggi.

Memanglah kalau kita ada duit. Kerajaan pun kalau mentadbir negara ini dengan baik, dengan telus hasil dari negara kita ini lebih daripada mencukupi. Bukan sahaja gaji hakim- hakim patut naik, gaji kita pun patut naik. Betul tidak? Kalau naik, naik semua. Doktor, doktor kena naik. Biar close the board, rakyat-rakyat kakitangan kerajaan pun kena naik.

Cukupkah RM625 bagi yang 2.0 cc ke bawah ini? Namun, kita tengok dari segi kedudukan hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, kemudahan- kemudahan yang mereka dapat lebih hebat daripada Menteri. Kereta, pemandu dan keselamatannya.

Yang saya hendak bangkit, gaji di kalangan majistret. Gaji di kalangan majistret ini patut ditimbang balik. Yang hakim-hakim itu, kalau hendak naik kena naik semua. Doktor- doktor, pakar perubatan bekerja 24 jam dalam bilik bedah. Mereka juga merasakan gaji tidak cukup. Kalau mereka berkhidmat di luar pun, ia mungkin mereka mendapat lebih banyak daripada mereka berkhidmat dengan kerajaan. Jadi, bermakna apa kita hendak buat mesti secara bersepadu dan sama rata. Jangan kita tengok kelompok-kelompok tertentu. Jadi, gaji di kalangan majistret ini, saya hendak tanya, apakah pihak kerajaan akan dikaji semula sebab too low gajinya yang sepatutnya dilihat semula.

Yang keempat, memang jurubahasa saya tahu cukup sukar. Banyak kes-kes tertangguh kerana tidak cukup jurubahasa. Jurubahasa ini Tuan Yang di-Pertua, bukan senang kerja. Hendak menterjemah satu perkataan ke satu perkataan. Tanpa jurubahasa, kes terpaksa ditangguhkan. Ini pun kena gaji besar juga. Kalau kita kira dari segi tanggungjawab dan sepatutnya isu jurubahasa ini tidak patut menjadi masalah kerana ada institusi-institusi negara kita mengendalikan kursus berbagai-bagai bahasa. Sepatutnya hal ini tidak berbangkit, tetapi mahkamah masih lagi belum mencukupi jurubahasa. Jadi, saya pun naik hairan kenapa perkara ini boleh berbangkit.

Kemudian mengenai dengan infrastruktur. Alhamdulillahlah kita tengok Palace of Justice di Putrajaya tersergam indah. Yang kita harap keindahan Palace of Justice ini samalah keindahan bagaimana luhurnya Perlembagaan dan kewibawaan hakim-hakim negara kita. Biar padan dengan keindahan bangunan ini. Jangan badan sahaja cantik, bangunannya cantik, dalam tidak cantik. Luar nampak sihat, dalam wayar sudah putus. Ini ada gearbox sudah rosak, tetapi biarlah dalam luar. Mahkamah di Jalan Duta pun cantik, tersergam indah. Negara-negara lain tidak ada bangunan-bangunan mahkamah seperti di negara kita tetapi bagaimana pula bangunan mahkamah-mahkamah di daerah-daerah, Magistrate Court. Saya tengok di Pasir Mas itu, cukup punya uzur. Di daerah-daerah lain pun. Bilik majistret pula saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak, saya percaya ada lagi yang tidak ada lagi air condition, pakai kipas pula [Mengajuk bunyi kipas] macam itu.

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

Bagaimana tulis itu?

final • 2:50 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak tahu tulis macam mana. Ini kalau ditengok majistret di Sabah tentu, majistret di Sabah. Ada lagi orang Sabah tidak bela orang Sabah, ada lagi ini. Nanti, di Sabah, Sarawak ini. Jadi, mahkamah-mahkamah majistret juga sepatutnya dinaikkan taraf, diberi peruntukan, biar nampak lambang kehakiman negara kita, lambang keluhuran Perlembagaan negara kita. Saya sokong penuh supaya kemudahan- kemudahan juga diberi dalam court itu sendiri, tempat duduk yang cukup atau lebih selesa, dengan imbuhan yang sesuai. Itu kita sokong sepenuhnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang hendak ambil masa yang panjang, saya sudah sentuh tadi, satu saya minta hal ex gratia sudah jelas. Ian Chin sudah jelas, report polis pun saya sudah sebut, gaji hakim pun saya sudah sebut, jurubahasa saya sebut, Majlis Peguam saya sebut.

Saya sebenarnya kalau sebut Majlis Peguam ini Tuan Yang di-Pertua, naik seram.

Bulu-bulu ini semua naik. Betul, apabila sebut Majlis Peguam. Tambah-tambah pula saya tengok semalam Rang Undang-undang Kehakiman ini hendak naik. Saya datang pagi tadi, saya minum kopi O cap Ali daripada Chetok, Pasir Mas. Betul, makin segar saya pagi ini, semangat ini. Betul, semangat hendak berbahas tetapi apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah sokong, saya rasa cukup sudah. Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri ruang kepada rakan- rakan Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya haraplah perkara yang saya bangkitkan ini jangan dianggap sengaja saya hendak bangkit. Saya present secara profesional, kita bahas secara intelektual, cara beradab demi kebaikan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Ini orang Sabah hendak jawab sebab orang Sabah kena sebut tadi. Yang Berhormat Kinabatangan, sila.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin berbicara soal kesaksamaan iaitu keadilan. Rang undang-undang ini membolehkan saya untuk menyatakan satu kemusykilan yang tidak berlaku di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi berlaku di Sabah dan Sarawak iaitu berhubung dengan mahkamah bergerak atau pun mobile court. Di kawasan pedalaman Sabah contohnya tidak ada mahkamah. Yang ada di bandar-bandar besar, di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan.

Manakala daerah-daerah lain sudah tidak ada.

Justeru, untuk memberi kesaksamaan, maka kebijaksanaan para hakim telah melancarkan satu program iaitu mengadakan mahkamah bergerak dan wakil-wakil rakyat diminta bersama-sama untuk memberikan kesaksamaan kepada masyarakat luar bandar.

Tujuan mahkamah bergerak ini adalah untuk:

(i) membantu masyarakat luar bandar membicarakan kes-kes kecil yang tertunggak berpuluh-puluh tahun;

(ii) sebab kekurangan hakim;dan

(iii) tidak ada mahkamah dan sebagainya.

Ini juga membantu sebab ada undang-undang menyatakan bahawa pengesahan sijil lewat beranak hendaklah disahkan oleh majistret itu sendiri. Jadi, saya sendiri berkesempatan bersama dengan para hakim di Sandakan khususnya untuk bergerak di daerah Kinabatangan.

Masalah yang dihadapi ini mungkin dipandang ringan. Saya mahu Menteri dia, dia ada di sini memberi jaminan bahawa mahkamah bergerak ini diberi perhatian secara wajar iaitu bagaimana kita memberi kesaksamaan kepada rakyat luar bandar sekiranya prasarana, facilities nya tidak ada. Di Sabah, kereta satu buah, usianya 20 tahun. Macam mana hendak masuk di jalan-jalan di luar bandar? Jadi, kena rasional sedikit. Kalau boleh, jabatan ini beri kenderaan, satu di Kota Kinabalu, satu di Tawau, satu di Sandakan untuk membolehkan para hakim dan majistret ini menjelajah dari satu daerah ke satu daerah yang tidak ada kemudahan mahkamah. Barulah kita boleh mendedahkan apa itu justice, apa itu keadilan. Bukan perkataan rakyat keadilan. Keadaan ini di mahkamah.

final • 2:57 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, persoalan yang dihadapi apabila mereka masuk ke luar bandar, mereka akan bawa pegawai rendah, pegawai tinggi, driver pun ada, pembantu pun ada.

final • 2:57 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuntutan claim pembayaran mereka dibayar lima hingga enam bulan baru dibayar.

Bayangkan bagaimana pemandu gaji rendah dibayar lima enam bulan elaun dia, apa pasal? Dia tuntut ini bulan, bulan ini juga dijelaskan apa masalah dia? Saya ingatkan di mahkamah ini semuanya beres. Semua orangnya educated yang waras bertindak, rupa- rupanya masih ada berlaku begini seolah-olah ada diskriminasi kepada pegawai di peringkat rendah. Oleh kerana itu, atas kebijaksanaan para majistret itu mereka telah mengeluarkan peruntukan daripada jabatan mereka untuk membayar pendahuluan kepada tuntutan-tuntutan pegawai rendah ini. Malangnya pula dengan kebijaksanaan tersebut mereka dipersoalkan oleh pihak atasan, kenapa keluar belanja lebih? Sedangkan tujuan dia jelas.

Persoalan yang satu lagi di Sabah dan di Sarawak ini memang kekurangan supporting staff ataupun staf bantuan. Jadi, saya mahu tanya bila perkara ini boleh diselesaikan oleh kementerian dan kerajaan? Apakah ada jaminan? Sebab kita rakyat diminta untuk bersikap lebih terbuka dan atas dasar kesaksamaan. Mana ada kesaksamaan kalau di mahkamah itu sendiri tidak ada apa-apa. Pegawai bantuan pun kurang. Saya setuju dengan rakan saya sudah jalan ini Pasir Mas. Majistret punya gaji berapa sahaja. Dia kena kalau di Sabah dan Sarawak ini, sebab itu di Semenanjung tidak berlaku. Di Sabah dan Sarawak banyak lagi luar bandar, mahkamah kita ini dipenuhi dengan berbagai-bagai kes yang tertunggak sebab kekurangan tenaga kerja hakim kurang dan sebagainya kurang.

Jadi ini kena diambil perhatianlah Yang Berhormat Menteri. Saya kenal dia ini memang ingin menyelesaikan masalah-masalah rakyat, jadi kita cuba selesai. Beri kesaksamaan, beri keadilan kepada semua pihak sama ada rakyat dan masyarakat di luar bandar. Sebab ini merupakan...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Saya hendak tambah. Saya minta hendak tambah sedikit, minta Yang Berhormat masuk (kali ini dalam) sebagai sebahagian ucapan. Di Kinabatangan, kawasan Yang Berhormat sendiri kereta peronda, kereta escort polis, (Jalan Kinabatangan tahulah bukan seperti mana yang ada di semenanjung). Four wheel drive tetapi kancil, amat sukar dan amat berbahaya. Jadi saya minta bolehkah Yang Berhormat masuk ini? Bukan sahaja untuk kakitangan mahkamah tetapi juga begitu juga kepada polis.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya bersetuju dan saya ingin masukkan ucapan Yang Berhormat ini ke dalam sebahagian daripada ucapan saya.

Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat Menteri, pastikan bahawa keadilan itu berlaku di mana-mana. Saya amat simpati dengan hasrat dan niat tujuan para majistret di Sabah khususnya di Sandakan yang hanya satu untuk menjelajah dari satu daerah ke satu daerah tetapi hasrat mereka itu tidak tercapai sebab serba-serbi kekurangan, di dalam pihak mahkamah itu sendiri.

Jadi dengan kekurangan tersebut [Merujuk teks ucapan] - sekejap ya. Saya dapat satu memo ini bagus satu point sebab ini masalah yang dihadapi oleh kita punya Timbalan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh bercakap, jadi dia meminta saya menyuarakan hasrat masalah hakim-hakim di Sarawak. Memang di Sabah dan Sarawak ini ianya menggunakan pengangkutan yang termurah dan menuntut elaun hotel sebagainya pun memang masalah Yang Berhormat. Jadi kenapa boleh berlaku begini? Seolah-olah kita ini didiskriminasi di Sabah dan Sarawak.

Para hakim kita ini, mereka begitu dedikasi melaksanakan undang-undang, amanah yang ditugaskan tetapi kalau di sini ianya tidak berlaku, kenapa di Sabah dan Sarawak ini? Ini kerana memang daripada geografi negeri Sabah dan Sarawak itu sendiri memang lain daripada Semenanjung ini.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Ini soal mewakili ini perkara ataupun persoalan yang meluas.

Saya mahu tanya Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Kita sedar bahawa pegawai-pegawai di peringkat mahkamah, di peringkat peguam semua agak berkurangan di negara kita. Jadi, saya mahu minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat berkenaan dengan sijil akuan ini yang dibuat oleh para commissioner out yang telah dilantik oleh pihak kementerian. Kredibiliti kepada peguam-peguam yang ada mengeluarkan sijil-sijil akuan yang mungkin ada kesangsian.

Soalan yang kedua adalah power of Attorney yang saya rasa dan berpendapat bahawa ramai antara pengundi-pengundi Yang Berhormat telah tertipu melalui power of Attorney ini. Apa pandangan Yang Berhormat, soal ini yang wakil-wakil ini?

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, inilah antara lain sebetulnya kerisauan yang berlaku. Disebabkan itu bukan kita ada dispute ataupun keraguan terhadap mereka yang diberi authority seperti untuk menandatangani dokumen-dokumen tetapi kita lebih percaya dengan ketelusan dan juga transparency yang dilaksanakan oleh hakim itu sendiri. Ini kerana tidak ada dispute di kalangan masyarakat khususnya untuk memastikan dokumen-dokumen yang mereka ketengahkan tidak diragui.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, inilah sebabnya di Sabah ini banyak warganegara kita Malaysia, tetapi tidak beridentiti sebab masalah ini. Para hakim kita ingin membantu secara ikhlas tetapi prasarana, kemudahan itu tidak ada. Di Sabah dan Sarawak ini memang saya pasti hakim kita, majistret kita menggunakan kereta murah, tempat penginapan murah, tidak ada tuntutan harian. Di sini seperti kata rakan-rakan lain, mewah! Menteri pun kalah. Kenapa ada begini? Seolah-olah ada pertindihan, ada terpilih. Hakim di sini lebih hebat. Di Sabah dan Sarawak tidak ada apa-apakah? Tidak boleh buat keputusan. Ini tidak ada keadilan. There is no justice, betul!

Yang Berhormat Menteri. Jadi kita berbicara soal kesaksamaan, maka kita lihat dalam rumah kita sendiri bagaimana hakim-hakim kita dilayan antara satu dengan yang lain.

Jadi di Sabah ini memang popular mahkamah bergerak ini, bantulah mereka.

Pertama, pastikan ada kenderaan yang boleh membawa mereka sampai ke destinasi yang dituju sebab di Kinabatangan ini keluasan dia macam negeri Pahang. Jadi bayangkan infrastruktur dia begitu sengsara. Kalau kereta dia sudah 20 tahun, alamat hakim kita tidur di tengah jalan.

Jadi ini perlu diambil kira secara serius, secara saksama dan saya tidak berhasrat untuk berpanjang lebar, cuma mewakili mereka. Saya minta menteri dan kerajaan mengambil langkah-langkah yang drastik. Kalau boleh jangan tangguh-tangguh lagi. Jumpa Kementerian Kewangan, ada masalah di hadapi oleh kehakiman kita di Sabah dan Sarawak. Kita harus beri keadilan kepada mereka. Jangan kita bercakap soal keadilan tetapi kita tidak adil dalam satu-satu perkara yang tertentu. Saya berharap Yang Berhormat Menteri ini, memang saya ada kepercayaan beliau boleh melaksanakan masalah-masalah yang telah saya sampaikan. Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di depan kita adalah satu rang undang-undang iaitu satu Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2008.

final • 3:19 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, apa bermakna seorang Judicial Commissioner atau Pesuruhjaya Kehakiman? Adakah keperluan untuk lantik seorang sebagai Judicial Commissioner? Sistem kehakiman kita Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk memberikan security of tenure kepada hakim-hakim. Jika seorang Judicial Commissioner atau Pesuruhjaya Kehakiman adalah dilantik untuk tempoh dua tahun, selepas itu jika apa yang dia buat dan menjalankan tugas dia adalah baik, dia diconfirmkan. Jika tidak, dia dipecat atau pelantikan dia dilanjutkan dengan dua tahun selepas itu. Ini adalah sebagai seorang probationary inspector, apabila dia ada dalam tugas, dia cerdik dan pandai dan boleh diterima sebagai inspektor, dia diconfirmkan. Itulah keadaan dalam pelantikan Judicial Commissioner.

Tuan Yang di-Pertua, Judicial Commissioner adalah bidang yang luas, bidang seperti mana terkandung dalam Akta Kehakiman tahun 1964. Sama rata dengan seorang hakim. Tidak ada apa-apa perbezaan mengenai bidang kuasa dia. Dalam bidang kuasa dia, dia boleh menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang yang dituduh. Dalam tangan dia ada nyawa orang dan harta benda orang.

Tuan Yang di-Pertua, jika dalam tempoh dua tahun apabila seorang JC dilantik, dia gantung seseorang. Selepas itu dia tidak diconfirmkan kerana dia tidak ada judicial temperament atau judicial qualities dengan izin untuk diconfirmkan. Ini bermakna orang yang digantung adalah digantung di atas perintah seorang yang tidak boleh dikatakan dispense justice. Bolehkah keadaan seperti itu kita ketepikan?

Ini adalah satu sistem yang tidak membawa keadilan. Keadilan adalah satu benda yang semua warganegara dalam negara ini ada hak. Di Putrajaya Tuan Yang di-Pertua, apabila Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ada ditempatkan di sana, kompleks itu dipanggil Istana Keadilan. Apabila Parti Keadilan wujud, nama kompleks itu ditukarkan kepada Palace of Justice. Kenapa? Tidak ada perkataan dalam Bahasa Malaysia sampai menggunakan perkataan Inggeris dan sekarang Tuan Yang di-Pertua, kali yang ketiga nama kompleks itu adalah Istana Keadilan. Akan tetapi adakah...

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Tukar Mahkamah Dacing.

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah keadilan dicapai dalam kompleks itu? Tuan Yang di-Pertua, ada hakim-hakim yang tidak menulis alasan kehakiman walaupun ada secular daripada Ketua Hakim Negara untuk memberi alasan-alasan kehakiman dalam tempoh jika saya tidak silap, enam minggu. Ada hakim yang tidak menulis alasan kehakiman dalam tempoh-tempoh yang ditetapkan. Ada seorang hakim yang menulis alasan kehakiman dia sembilan tahun selepas notis rayuan ada difailkan tetapi dia naik pangkat daripada hakim mahkamah tinggi, dia jadi hakim mahkamah rayuan. Barangkali dia boleh jadi sekarang Hakim Mahkamah Persekutuan. Jika nasib dia baik, boleh jadi Ketua Hakim Negara. Ini berbahaya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Siapa dia?

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya boleh namakan dia. Saya sudah namakan dia dalam Dewan ini dahulu. Tidak payah namakan dia sekali lagi. Saya tidak mahu memalukan dia. Ada lagi satu hakim, dia Hakim Mahkamah Persekutuan. Tidak menulis alasan kehakiman lebih daripada lima enam tahun dalam 35 rayuan. Apa tindakan diambil ke atas hakim-hakim ini? Semua masih kekal dengan jawatan dia. Apabila Ketua Hakim Negara ada dilantik selepas Tun Ahmad Fairuz bersara, dia membawa satu slogan iaitu “Buat Kerja”. Ia ada diiklankan dalam semua tempat di mana keadilan ada diberi, di semua negeri dalam negara.

“Buat Kerja”, apa slogan ini? Tidak ada apa-apa makna tetapi siapa buat kerja?

Siapa harus buat kerja dalam kompleks kehakiman dalam negeri-negeri, Tuan Yang di- Pertua. Apa yang penting adalah untuk melantik hakim-hakim yang berkualiti. Ada hakim- hakim yang tidak ada judicial maturity.

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, dua hari sebelum buang undi, seorang hakim hentam saya dalam surat khabar The New Straits Times. Nama dia adalah Mohd Affandi Ali, bekas pemimpin dalam UMNO. Kenapa dia buat itu? Dia ada motif untuk menjatuhkan maruah saya, kalah dalam pilihan raya tetapi dia tidak berjaya. Saya dapat 21,000 majoriti di Bukit Gelugor. [Tepuk] Kenapa dia buat itu? Apabila saya menghantar satu surat kepada dia untuk memberi penjelasan ke atas kelakuan dia, dia menyatakan dia tidak baca The New Straits Times. Dia tidak mengetahui apa yang ada dalam The New Straits Times. Itu satu pembohongan. Ada hakim-hakim yang bohong. The judge is a goat with clay feet.

final • 3:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Hakim-hakim yang tidak harus Tuan Yang di-Pertua, dilantik. Hakim Ian Chin baru- baru ini, dia membuat beberapa pertuduhan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia menyatakan Tun Dr. Mahathir ada mengugut hakim-hakim dalam satu perhimpunan hakim- hakim pada 24 April 1997. Dia menyatakan dia ada dihantar kepada satu dan saya baca apa yang dia baca dalam...

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boot camp.

final • 3:20 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam boot camp. Ya, boot camp. Dalam pilihan raya, Petisyen Pilihan Raya yang saya sebut tadi. Dalam prosiding itu dia menyatakan selepas dia menyuarakan ada satu will threat ke atas hakim-hakim iaitu jika tidak ikut apa yang disukai oleh kerajaan, dia dipecat dan ia ada dihantar dalam satu boot camp. Dia menyatakan ini dalam nota prosiding dalam Petisyen Pilihan Raya. Walaupun tidak ada kena mengena dalam prosiding itu, dia menyatakan ini.

Boot Camp, “Incidentally you surrendered your wallet, your air ticket and handphone when you checked into the camp and you cannot go anywhere as it is in an isolated place and you cannot leave for anywhere as there is no transport. You are totally cut off from the outside world, with no newspapers or television and with selected news conveyed to you at the assembly for the purpose of sampling reaction such as the news that the certain party had won a by-election which elicited some applause from some young officers but they earn the rebuke of the High Court Judge as that was an improper display of partisanship but two did leave, one because of illness and the other, the wife’s illness.

Everyone who was not otherwise sick had to remain and we all did save for the duo; with each given a certificate after the end of stay. That Dr. Mahathir should even resort to lying about me absconding from the camp speaks volume for the character or such person”, tetapi apa karakter Ian Chin ini.

Tuan Yang di-Pertua, jika Hakim Ian Chin ini berani, kenapa membuat pertuduhan atas Tun Mahathir Mohamad bahawa perlindungan yang diberi kepada seorang hakim, judicial immunity. Kenapa hakim ini tidak berani untuk membuat tuduhan itu luar daripada mahkamah. Kenapa membuat pertuduhan sekarang? Mengenai apa yang jadi dalam tahun 1997. Sebab Tun Mahathir sudah bersara. Oleh itu dia boleh hentam dia sekarang. Kenapa tidak buat apa-apa ke atas pertuduhan itu dalam tahun 1997 atau lima atau enam tahun selepas itu? Jika seorang hakim takut, dia tidak layak untuk menjadi seorang hakim.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk menentukan orang yang ada judicial temperament, ada kualiti-kualiti yang baik harus dilantik sebagai hakim. Tidak payah untuk mengadakan sistem Pesuruhjaya Kehakiman. Lebih baik apa yang ada dalam Perlembagaan dimansuhkan. We cannot have judges or Judicial Commissioners who are comparable to probationary judges. We cannot have that. Kenapa?

Kerana Judicial Commissioner itu tidak ada security of tenure. Jika dia tidak ada security of tenure, itu bermakna ada kemungkinan apabila ada satu kes ke atas kerajaan atau seseorang Menteri, dia akan beri perlindungan kepada kerajaan atau Menteri itu kerana jika dia tidak, kerajaan tidak akan confirmed dia dalam jawatan sebagai hakim...

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tasik Gelugor. Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Bukit Gelugor.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bukit Gelugor minta maaf. Saya pun bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan Hakim Ian Chin tadi. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat, apakah cadangan tindakan kepada beliau yang sesuai diambil oleh pihak kerajaan. Adakah tindakan-tindakan, opsyen tindakan yang appropriated boleh diambil ataupun shall we send him for another boot camp? Thank you.

final • 3:20 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak payah hantar dia kepada satu boot camp. Lebih elok dia dipecat dengan serta-merta. Lebih baik jika kerajaan boleh mengadakan satu tribunal untuk dan dengan tujuan pecat dia daripada kehakiman. Dia adalah seorang yang tidak berdisiplin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu kes di Kota Kinabalu lima tahun kebelakangan. Apabila persidangan di mahkamah bermula, dia masuk dalam chamber, tidak pakai jubah dan duduk di sana sebagai diktator. Semua lawyer di Kota Kinabalu takut.

Macam-macam dia menyatakan. You are not fit to be a lawyer. Your client is watching you, where did you qualify from? Bolehkah seorang seperti itu dikekalkan dalam jawatan kehakiman? Apabila saya tulis kepada dia sepucuk surat dalam kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen, menanyakan kenapa tidak pakai jubah. Saya buat satu pertuduhan kepada Ketua Hakim Negara pada masa itu. Jawapan adalah ini. Dia kemukakan satu medical certificate yang menyatakan jika dia pakai jubah, jubah adalah it’s heavy, dia ada apa yang dikatakan shoulder pain. Apa ini, apa penjelasan ini? Shoulder pain, dengan izin. He is not wearing armour. Jubah bukan satu benda yang berat. Akan tetapi, penjelasan seperti itu saya dapat daripada dia. Saya alih kepada Tuan Yang di-Pertua, pelantikan hakim-hakim. Lebih baik ahli politik dalam UMNO tidak dilantik sebagai hakim.... [Beberapa Ahli tepuk]

final • 3:20 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, apa yang jadi adalah satu perkara yang serius, baru-baru ini pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, dia tidak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Dia dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan terus kepada Mahkamah Persekutuan dan kami semua tahu Tuan Yang di-Pertua, dia adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dalam UMNO. Ada beberapa skandal mengenai their personal conduct. Apabila itu ada dibongkar, dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi The Committee of Discipline, kerana dia tidak mahu dengan izin, embarrass the government. Akan tetapi, apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan itu, tidak ada satu yang boleh embarrass the judiciary.

Dalam bulan Oktober tahun ini Tuan Yang di-Pertua, Ketua Hakim Negara kita sekarang iaitu Tun Abdul Hamid Mohamad akan bersara. Selepas dia dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, tidak berapa lama selepas itu dia dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Ini hop-step-and-jump. Sekarang selepas Oktober dia akan jadi Ketua Hakim Negara.

Orang politik jadi Ketua Hakim Negara, orang politik dalam UMNO. Jika kes-kes yang terlibat UMNO atau Barisan Nasional ada depan dia, boleh jadi dia tidak sebelah bagi kerajaan atau siapa-siapa yang ada dalam kerajaan. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, kerajaan apabila mahu melantik seorang sebagai Ketua Hakim Negara selepas Tun Abdul Hamid Mohamad bersara jangan dengan automatic, dengan izin, Tan Sri Zaki dilantik naik pangkat sebagai Ketua Hakim Negara. Ini merbahaya, orang politik tidak ada tempat dalam kehakiman. Ini adalah satu perkara yang serius dan saya harap saya boleh mendapat jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Lagi satu perkara Tuan Yang di-Pertua, Tun Mahathir Mohamad tiga bulan selepas - jika saya tidak silap ada menyatakan hakim-hakim ada lobi dia untuk naik pangkat dan sebagainya. Saya sudah buat satu laporan polis di Pulau Pinang dan saya ada kemukakan di sini untuk mendapat penjelasan, adakah apa-apa penyiasatan dimulakan mengenai laporan saya. Saya ada diberitahu dalam satu jawapan bertulis, iaitu seorang hakim jika dia lobi seseorang itu menjadi satu kesalahan bawah seksyen 10 The ACA 1997, dengan izin.

final • 3:30 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya harap Tun Mahathir Mohamad boleh namakan hakim-hakim ini yang ada lobi dia. Tun Mahathir Mohamad should act without fear of favour, and his eyes differences with Tun Mahathir Mohamad. Akan tetapi, apabila dia ada dibelasah oleh Ian Chin, itu kami dalam DAP tidak boleh terima jika apa yang ada di buat tidak ada keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya berharap sistem...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat saya ingin bertanya, I’m not a lawyer sorry, just a layman. Tumpang tanya pada Yang Berhormat pakar perundangan. Lobi melobi, ini salahkah?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Salah. Dari yang dinyatakan oleh kerajaan, salah.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

With part of the law yang kata lobi melobi, ini salah?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Section 10.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Of?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Section 10, The Anti-Corruption Act 1997.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Is that consider as corruption?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

As corruption.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

But must be...

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kerajaan ada bagi jawapan...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi dengan izin, must be proven…

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Proven. Of course proven.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Proven, beyond reasonable doubt lah.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Proven, beyond reasonable doubt.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Thank you.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya harap kerajaan boleh memansuhkan peruntukan dalam Perlembagaan bagi pelantikan Pesuruhjaya Hakim. Tidak payah buat itu kerana apa yang penting adalah security of tenure, dengan izin untuk hakim-hakim. Seorang JC tidak ada security of tenure. Saya harap kerajaan boleh buat sesuatu dalam masa tidak lama lagi untuk pinda Perlembagaan untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebelum saya untuk menjemput seorang lagi Yang Berhormat untuk berbahas, peringatan kalau bercakap Inggeris Yang Berhormat ataupun bahasa-bahasa lain minta izin Yang Berhormat, kerana jangan bunyi macam di House of Commons nanti Yang Berhormat.

Kerana peraturan 8 jelas Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 3:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971, dan saya bersetuju dengan 100% apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, Ipoh Barat, Bukit Gelugor, Pasir Mas dan juga Pasir Salak.

Biasanya saya tidak setuju dengan dia tetapi hari ini dia cakap dengan amat intellectual dan juga dia menggunakan perkataan “integriti” terhadap Badan Kehakiman.

final • 3:38 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Thank you, dengan izin...

[Ketawa]

final • 3:38 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab kita di sini amat fair lah dan juga perkara ini adalah sangat penting, oleh kerana ia melibatkan badan kehakiman negara kita.

Badan kehakiman ini adalah sangat penting oleh kerana kita di sini mengamalkan satu kerajaan demokrasi berparlimen. Badan kehakiman ini adalah satu badan yang penting dan juga mesti bebas.

Bagaimanakah kita boleh ada satu kehakiman yang bebas, di mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, satu hakim jadi Suruhanjaya Kehakiman atau JC? Di mana dia tidak ada security of tenure dan sebalik itu dia ada semua kuasa sebagai seorang hakim, dengan izin, full-fledged judge.

final • 3:38 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini satu keadaan yang amat khuatirlah oleh kerana kita tidak boleh ada seorang hakim yang di bawah probation di mana keputusan beliau boleh jadi satu persoalan oleh the power that be, dengan izin seperti Perdana Menteri ataupun Ahli Politik ataupun Menteri.

Kita tak boleh ada demikian dan juga kita tadi dari huraian di sini, yang kedua mengatakan, “Suruhanjaya Kehakiman dilantik oleh Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 122(a) dan

(b), Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak segera diselesaikan”.

Memang itu di United Kingdom pun JC ini dilantik untuk selesaikan kes. Untuk itu, kita tidak mahu tengok backlog of cases dengan izin. Namun di sini, pelantikan JC ini dia kata selepas pelantikan JC selepas dua tahun, dia kata 98% semua akan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Ini bukanlah satu amalan yang baik. Di United Kingdom, JC ini dilantik untuk mengendalikan kes ataupun special cases seperti intellectual cases dengan izin, ataupun untuk kes jenayah tetapi di sini kita bukannya specialty untuk orang-orang yang dilantik. Kebanyakan yang saya tengok pelantikan ini dari Ahli Politik ataupun bersangkut paut dengan orang politik yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Itu bukan JC lah tetapi itu lagi teruk. Itu terus sampai dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

So, kita tidak boleh ada keadaan yang sedemikian dan saya hendak beri satu contoh di Kuala Lumpur, kita ada 22 buah Mahkamah Perusahaan atau Industrial Court dan 60% keputusan Mahkamah Perusahaan akan dirayu ke Mahkamah Tinggi dan sekarang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ada dua buah mahkamah sahaja untuk Special Appellate Court ataupun Mahkamah Tinggi Kuasa Khas. Ia mengendalikan kes rayuan daripada Industrial Court ini. Mana cukup dan sekarang ini Mahkamah Kuasa Khas ini sudah backlog, yang kes-kes yang baru dimasukkan tahun lepas, saya ada pengalaman saya sendiri. Bila perbicaraannya? Tahun 2010, dua tahun. Inikah yang kita hendak buat keadilan. Sedangkan kita mesti ada satu, kalau hendak buat satu pelantikan, pelantikan masuk dalam perkara ini iaitu JC untuk menyelesaikan kes dengan segera di Special Appellate Court ini tetapi tidak.

Saya bersetuju dengan 100%, di mana gaji hakim ini mesti dikaji semula oleh sebab kedudukan hakim ini adalah amat penting dalam negara kita supaya mereka, kita kena berikan mereka sasaran atau gaji yang lumayan, yang tinggi. Oleh kerana apa?

Supaya mereka tidak korup. Secara jelas kita boleh nampak dalam kes Royal Commission of Inquiry. Kita terkejut seluruh negara terkejut. Malu di luar negara judiciary kita, hakim korup. Bukan hakim Mahkamah Tinggi sahaja. Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan. Tidak malukah?

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ketua Hakim? Ha, Ketua Hakim pun dia kata. Oleh kerana apa? Oleh kerana pelantikan kita ini tidak melalui satu Judicial Appointment Commissioner. Yang Berhormat Menteri ada pergi ke satu penganjuran majlis makan malam 17 April 2008 dengan Majlis Peguam, seronoknya. Buat pengumuman kata, kita adakan satu Judicial Appointment Commission, akan bentangkan dalam Parlimen dalam sesi Mei. Sesi Mei telah lepas. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Sesi Julai ini hendak habis sudah, tidak ada juga...

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Menipu.

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Siapa kata penipu ini?... [Ketawa] Saya tidak kata, nanti Yang Berhormat Menteri marah saya pula. Kenapa? Kalau kementerian, I means, Jabatan Perdana Menteri amat serius dalam perkara ini, bawalah satu rang undang-undang untuk menubuhkan Judicial Appointment Commission, dengan izin.

Janganlah memainkan politik dalam menggunakan Majlis Peguam Negara bayarkan semua majlis makan itu tetapi penganjuran itu di bawah nama Majlis Peguam. Kenapa? Kerajaan takut kah hendak anjurkan satu majlis makan bawah Jabatan Perdana Menteri untuk isytiharkan semua apa-apa untuk diisytiharkan?

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Boleh bagi laluan?

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Silakan.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju. Mana buktinya Yang Berhormat kata, majlis makan malam itu dibiayai oleh pihak Menteri kah ataupun kerajaan ataupun daripada Majlis Peguam sendiri? Kalaulah majlis makan malam itu dibuat oleh Majlis Peguam dengan menggunakan atau dibiayai oleh pihak satu lagi ataupun Menteri ataupun kerajaan, ini menunjukkan bahawa Majlis Peguam sudah tidak ada kredibiliti. Di peralatkan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Memang atas perkara ini, boleh dikata sudah jelas, oleh kerana Majlis Peguam telah mengakui dalam website dia sendiri mengatakan perbelanjaan untuk majlis makan itu pada 17 April 2008, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dijemput termasuk Yang Berhormat Menteri, akan dibayar oleh kerajaan. Akan dibayar oleh kerajaan.

Saya sudah sebut dalam perbahasan dalam Dewan ini beberapa hari yang lepas.

Mengatakan Majlis Peguam telah diperalatkan oleh Kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk] Sedangkan mereka perlu menjadi satu badan bebas.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan kerajaan diperalatkan oleh Majlis Peguam?... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak. Tidak. Oleh kerana dia yang dibayar. Kerajaan yang bayar melalui Menteri de facto undang-undang.

Yang satu lagi, yang saya sangat hairan kenapakah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kenapakah seorang Menteri perlu bawa cek pergi ke seorang bekas hakim yang dipecat dahulu? Seperti dispatch boy. Alah, tak malu. Keluar TV lagi.

Keluar surat khabar lagi, untuk dapat apa? Untuk hendak buat publisiti sahaja.

Itulah saya rasa tidak tepat kita, bukannya pelantikan JC sahaja. Pelantikan Menteri pun mesti pelantikan itu dibuat dalam Dewan ini. Betul tidak Yang Berhormat Pasir Salak? Dia tidak ada, dia lari... [Ketawa] So, kita perlu tahu daripada Menteri berapakah pampasan diberikan kepada setiap hakim ini? Jangan kata dalam surat khabar, kenyataan di surat khabar ataupun di Dewan ini, iaitu keluarga hakim-hakim ini tidak beri permission dengan izin, untuk mengumumkan jumlah pampasan itu.

final • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya ingin remind dengan izin kepada Yang Berhormat Menteri, iaitu no taxation without representation.

final • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No taxation without representation.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Puchong bangun.

final • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya hendak bertanya di sini sama ada Yang Berhormat tahu atau tidak, apabila bayaran pampasan ini dibuat, bayaran dibuat kepada hakim-hakim, adakah sebarang syarat ditetapkan ke atas hakim atau bekas-bekas hakim itu supaya tidak mendedahkan kepada sesiapa, jumlah wang yang diberikan sebagai pampasan? Sekiranya ada, kenapa terdapat syarat-syarat yang sedemikian? Itu sahaja yang saya hendak tanya sebagai penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat dari Puchong. Saya tidak tahu sama ada satu syarat yang sedemikian.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat Segambut. Duduk dahulu Yang Berhormat, habiskan penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey Tuan Yang di-Pertua, sila.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju. Tadi Yang Berhormat Wangsa Maju kata pampasan. Adakah itu wang pampasan atau bayaran ex-gratia? Sebab mereka lain dan dalam jawapan lisan Jabatan Perdana Menteri, dia kata kerajaan tidak salah dari segi undang-undang. Iaitu hanya satu bayaran ex-gratia atas pengorbanan mereka kepada negara. Apa pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, terima kasih Yang Berhormat daripada Segambut. Yang pertamanya, saya hendak jawab mengenai dengan Yang Berhormat Puchong. Saya tidak tahu syarat ini mengenai dengan tidak boleh memberitahu, tidak boleh diumumkan jumlah ini. Saya ada dapat sumber-sumber juga mengatakan kerajaan keluarkan satu syarat semasa memberi ex-gratia payment ini kepada hakim-hakim tersebut. Itu, saya pun terfikir kenapakah ini menjadi satu rahsia?

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu Yang Berhormat. Belum habis dia itu. Apa lagi?

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa?

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau syarat dikenakan bahawa apabila dia menerima ex-gratia ini dikatakan tidak boleh mendedahkan berapa jumlah, mungkin ada syarat lain Yang Berhormat. Saya ini, selagi Menteri tidak menjawab, saya buat andaianlah.

Makna syaratnya, jumlah tidak boleh dedah, tetapi memburukkan bekas Perdana Menteri dahulu dengan memberi gambaran, kami dizalimi, kami dipecat cara tidak betul. Ini apakah mungkin itu? Selagi ia tidak dijelaskan.

Kalau Yang Berhormat dengar, saya dengar di luar sahaja. Katanya bayaran kepada bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas, RM1.5 juta. Jikalau RM1.5 juta, duit daripada mana? Duit kerajaankah atau duit siapa? Duit ini duit daripada cukai rakyat.

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Mohon penjelasan ya.

Katanya pembayaran tersebut dibuat di atas kononnya akibat satu insiden yang berlaku ketika mana hakim-hakim tersebut diberi tindakan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju, adakah ia terjumlah kepada satu kesalahan juga berunsur jenayah? Mengapa penyelesaiannya seolah-olah satu kesalahan sivil kerana mengakibatkan jumlah wang dibayar.

Bagi pendapat saya dan mohon penjelasan, sekiranya melibatkan satu tindakan konspirasi, mengambil tindakan kepada hakim, saya rasa itu bukan satu kesalahan jenayah. Akan tetapi, kenapa pemberian wang dibuat? Seolah-olah itu bukan satu kesalahan yang bersifat kesalahan sivil? Mohon penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sekarang ini saya seperti jadi Menteri Undang-undang... [Ketawa] Sedangkan saya tidak ada maklumat yang tetap dan...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Undang-undang jawab dahulu Yang Berhormat. Ini semua soalan sahaja itu.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa Menteri Undang-undang tidak memberi penjelasan yang baik di dalam Dewan ini. Bermain politik kebanyakannya dan tidak jawab. Bila kita berbahas di dalam Dewan ini, menimbulkan berbagai-bagai kes di sini.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baguslah itu. Yang Berhormat tidak ada bermain politik hari ini.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi semua tidak jawab. Tidak datang ke Dewan pun buat jawapan. Bukankah itu makan gaji buta?... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang lari keluar Dewan pun ada.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Lari diri daripada Dewan.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Macam perempuan semalam. Yang Berhormat Pasir Salak hendak defend terus. Ini janganlah kita...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pergi keluar lagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju kompelin Menteri tidak datang beri jawapan.

Kalau berminat sangat semalam hendak dengar jawapan, semalam pasal apa keluar, bukan? Inilah masalahnya. Itu pun makan gaji buta juga... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu sebab apa Yang Berhormat dari Pasir Salak? Sebab kita untuk protes atas apa? Ketidakadilan! Itu yang kita walk-out kelmarin. Walaupun kita walk-out, selalu...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Wah! Yang Berhormat Kinabatangan pun naik juga? Okeylah.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya pun berminat ingin tahu jumlah pembayaran yang masih uncertain dia punya amaun ataupun tidak diketahui.

Jadi, apakah Yang Berhormat mungkin ada dimaklumkan mungkin atas dasar keselamatan di mana bekas-bekas hakim ini suddenly dengan izin, menjadi jutawan dan tidak boleh diumumkan berapa jumlah? Mungkin ada sindiket pula yang menunggu mereka untuk merompak atau menyamun... [Ketawa] Jadi, mungkin ini salah satu faktor kenapa dirahsiakan. Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingat dia hendak defend Menteri Undang-undang. Memang ini mungkin dia menjadi satu faktor. Akan tetapi, faktor itu bukanlah faktor untuk Yang Berhormat Menteri Undang-undang atau kerajaan oleh sebab pembayaran itu memang mesti daripada kerajaan dan bukan daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan juga bukan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu saya boleh kata gerenti, boleh kata jamin, satu jaminan.

Seperti saya kata, no taxation without representation, dengan izin. Kalau kita yang bayar cukai, pembayaran cukai, yang kita tidak boleh diberitahu berapakah yang dibayar oleh kerajaan kepada hakim-hakim tersebut, jadi tidak payah kita bayar cukai lagi? Itu untuk kerajaan sendiri yang bayar, iaitu Menteri-menteri sendiri yang bayar. Begitu juga kelmarin kita protes kita keluar.

Akan tetapi, tugas Yang Berhormat Menteri Undang-undang, mesti datang ke Dewan untuk jawab semua soalan walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berada di dalam Dewan. Itu tugas penting Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Itulah masalah seperti apa yang saya cakap. Kalau kita lantik seorang Menteri tidak melalui dalam Dewan ini.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjangkah Yang Berhormat? Yang Berhormat? Lagi panjang Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Itulah masalah tunggal bila kita tidak melantik seorang Menteri melalui Dewan Rakyat, melalui pintu belakang, itulah masalah!... [Tepuk] Jadinya mereka tidak ada...

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

BN tidak main belakang.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu bukan oleh sebab apa? Oleh sebab mereka tidak bertanggungjawab kepada pengundi-pengundi mereka. Seperti Yang Berhormat Pasir Salak, beliau juga mesti balik ke kawasan dia.

Saya juga menimbulkan satu kes di sini bahawa seorang Hakim Mahkamah Rayuan, namanya Datuk Low Hop Bing yang terlibat dalam Royal Commission. Di mana adik V. K Lingam telah mendedahkan di dalam Royal Commission itu bahawa V. K Lingam telah mengarahkan beliau membawakan beg ke rumah V. K Lingam pada midnight, dengan izin, dan beg itu ada apa?... [Disampuk] Ada wang, kemungkinan ada ex-gratia juga. Kenapa tidak ambil tindakan? Kenapa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Low Hop Bing ini masih mengendalikan kes di dalam mahkamah? Dispensing justice. Beliau tidak layak menjadi seorang hakim lagi. Beliau mesti digantungkan kerjanya, dan di jalankan siasatan dengan segera. Akan tetapi, kerajaan ini tidak political will untuk membersihkan badan kehakiman kita. Sedangkan kes ini telah timbul dalam Royal Commission. Satu commission yang ditubuhkan oleh siapa? Oleh Kerajaan Barisan Nasional juga, tetapi tidak diambil tindakan. Ini satu perkara yang amat serius.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Integriti seorang hakim tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak tetapi saya diberitahu minggu lepas atau beberapa minggu lalu beliau masih duduk di atas mahkamah memberi penghakiman, justice. Macam-macam penghakiman. Begitukah seorang Menteri Undang-undang menjalankan tugas sebagai Menteri Undang-undang. Memang boleh dikatakan saya amat sedih hati kerana tidak berani datang ke Dewan bentangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini untuk memberi penjelasan yang tepat. Kenapa kita tidak ambil tindakan? Kenapa beliau tidak ambil tindakan? Ini lah tugas seorang Menteri dan itu...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua.

Selalu ini saya susah hendak habis ini.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat, saya dengar pun repetitive argument, dengan izin. Jadi satu lagi Yang Berhormat. Duduk kejap Yang Berhormat, saya hendak bercakap sedikit sahaja. Kalau Menteri menjawab nanti, Yang Berhormat juga mempunyai ketahanan diri duduk dengar sahaja Yang Berhormat ya. Macam mana Menteri duduk dengar.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Memang kami mesti duduk di sini oleh kerana hendak minta penjelasan. Oleh sebab kita tahu dia tidak beri penjelasan tetap yang boleh kita puas hati. Kita akan mencelah minta jalan. Satu lagi, Yang Berhormat Menteri Undang-undang, sedar atau tidak bahawa ramai hakim-hakim yang tidak tulis alasan penghakiman. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ada juga menulis alasan kehakiman tetapi alasan kehakimannya ditulis oleh timbalan pendaftar bukan beliau sendiri. Ini juga satu masalah, masalah ini timbul kerana apa? Kerana orang yang tidak layak menjadi hakim. Mereka tidak ada experience, tidak ada expertise.

Pelantikan mereka atas apa? Atas politik, atas kepentingan orang tertentu, itu masalah.

So, saya cadangkan bahawa Yang Berhormat Menteri Undang-undang sila ambil tindakan yang tegas terhadap perkara ini. Pertama, beri penjelasan yang tepat berapakah kerajaan membayar Majlis Makan untuk Majlis Peguam malam 17 April 2008? Kedua, berapakah jumlah ex-gratia payment kepada semua hakim-hakim ini?

final • 4:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Othman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju beberapa kali menyebut mengenai pampasan kepada hakim-hakim akibat daripada tindakan tribunal tahun 1988. Boleh tidak Yang Berhormat Wangsa Maju bersetuju dengan saya bahawa impression masyarakat, dengan izin, tindakan mewujudkan tribunal dan menjatuhkan keputusan membuang hakim ini dengan pemberian ex-gratia ataupun pampasan ini menggambarkan seolah-olah keputusan itu silap, ya.

Walaupun bekas Perdana Menteri mempertahankan apa yang dibuat oleh sistem ini telah mengikut peraturan, tidakkah Yang Berhormat Wangsa Maju bersetuju seandainya keputusan tribunal itu hendak dipertikai dan dikatakan salah? Maka wujud pula satu tribunal untuk menyiasat untuk membicarakan balik keputusan tribunal yang lalu tidak terhenti setakat pemberian pampasan ataupun ex-gratia.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Memang saya bersetuju dengan alasan Yang Berhormat Kuala Krai di atas perkara ini. Pampasan atas nama ex-gratia payment ini menunjukkan satu kerajaan telah menerima satu kesilapan ataupun kesalahan yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Walaupun Menteri telah umumkan pembayaran ini bukanlah satu pembayaran without liabilities kepada pihak kerajaan. Sila itu...

final • 4:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Setujukah Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa selepas berpuluh-puluh tahun hakim-hakim itu menjayakan kehakiman di negara ini dan tiba-tiba satu tribunal ditubuhkan dan tribunal itu mengatakan bahawa mereka ini perlu dibuang dan sebagainya. Selepas itu kerajaan yang sama, menteri-menteri yang sama di bawah pimpinan Perdana Menteri yang dahulu, mereka berada di bawah Kabinet yang sama tiba-tiba mereka hendak bayar ex- gratia. Adakah bayaran ex-gratia itu memadai dengan malu yang mereka hadapi? Mereka kehilangan moral itu digantikan dengan ex gratia begitu.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Padang Serai. Memang apa-apa pampasan yang bayar ataupun ex-gratia payment yang bayar oleh kerajaan kepada hakim-hakim tersebut tidak boleh itu compensate, dengan izin dengan apa yang berlaku kepada mereka, tetapi Yang Berhormat daripada Padang Serai tadi sebut Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang sekarang juga jadi Menteri pada masa itu. Pada masa pemecatan hakim-hakim tersebut itu termasuk Perdana Menteri dan ada banyak lagi Timbalan-timbalan Menteri atau pun Menteri Dalam Negeri dan sebaginya.

final • 4:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Minta jalan.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini satu kerajaan flip flop, sebentar begini, sebentar begitu untuk apa?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas berdiri minta laluan.

final • 4:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tadi lanjutan soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Serai. Jadi persoalannya saya mengatakan bahawa pada pandangan saya lah tidak patut dibayar ex-gratia sebab proses pemecatan hakim-hakim ini dibuat mengikut peraturan yang ada. Ia atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Itu jelas, jadi bila disebut mengatakan ini tidak cukup, ini malu yang disebut oleh rakan Yang Berhormat Padang Serai, seolah-olah mereka ini tidak bersalah. Ini perkara yang mesti diperjelaskan sebab persoalan ini dikatakan akademiklah. So we have to be clear on this.

Yang Berhormat, saya bimbang takut kita melencong seolah-olah kita kata kita tidak setuju tetapi kita katakan mereka ini malu. Malu apa? Sebab saya sudah sebutkan hakim-hakim yang membicarakan mereka, termasuklah Ketua Hakim Mahkamah Agong Singapura turut menjadi Ahli Panel Tribunal pada waktu itu. Ia berkaitan dengan surat yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong dan itu proses yang berlaku. Jadi ini persoalannya Yang Berhormat Padang Serai tegaskan macam tidak faham tadi. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung sikit apa yang...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju kasi sama Yang Berhormat Pasir Salak?

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh sikit-sikit sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan tajuk ini...

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tajuk sama ...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan keluar tajuk Yang Berhormat. Saya perhatikan dengan betul ini.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak sambung apa Yang Berhormat Pasir Mas sebut tadi iaitu keputusan yang dibuat melalui process of law dan juga proses kehakiman. Adakah juga Yang Berhormat Wangsa Maju mempertikaikan keputusan mahkamah? Bolehkah ini ditafsirkan sebagai contempt of court on your part, dengan izin. Mempertikaikan keputusan mahkamah. Kalau sekiranya para hakim yang dulunya berasa tidak puas hati sehingga ke hari ini masih tidak puas hati. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor pakar dalam undang-undang boleh menasihatkan bahawa there is a regress dengan izin, on their part. Kenapa dia tidak pergi kepada regress itu, kenapa dipolitikkan? Tuan Yang di-Pertua, jangan kita menyelesaikan masalah dengan saluran yang tidak betul. Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, duduk dahulu Yang Berhormat. Again I remind myself, I should not be speaking a lot tetapi sekarang ini kita bahas perkara yang sudah saya rasa ada yang terkeluar tajuk yang sudah begitu jauh.

Saya minta bantuan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor untuk satu peraturan mesyuarat. Sila, kalau boleh... Bersabar Ahli Yang Berhormat... [Memberi salinan dokumen kepada Bentara] Bersabar Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita sedang bahaskan perkara mustahak. Jadi terpaksa kita ikut peraturan yang sebenarnya. Yang ini Yang Berhormat Bukit Gelugor, satu copy daripada Perlembagaan Persekutuan Artikel 127...

final • 4:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Can you read to me please?

final • 4:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

“Kelakuan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen kecuali di atas satu usul khusus dan notis sebenarnya telah diberikan oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Parlimen itu dan tidaklah boleh dibentangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana negeri.”

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat Bukit Gelugor advise sama saya sama ada perbahasan tadi termasuk perbahasan yang diunjurkan oleh Bukit Gelugor melanggar Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 36(8). Can you advise me please? Is that proper or not proper? Kerana apabila saya membuat fatwa, tidak ada yang mahu dengar. So I want to listen from a prominent lawyer because most of us here are lawyers. Advise me, please.

final • 4:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, saya ingat jika ikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 127 dan apa yang terkandung dalam Peraturan Mesyuarat 36(8), apa yang dilakukan saya ingat berlanggar dengan kedua-dua peruntukan ini.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk membincang kelakuan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan kedudukan hakim-hakim adalah dilarang menurut peraturan mesyuarat kecuali satu perempat daripada yang hadir buat usul spesifik untuk itu. Itulah makanya daripada awal tadi sebelum saya keluar, saya sudah kasi warning. Jadi jangan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat, dinampak oleh kerana keghairahan kita atas agenda masing-masing, kita ditengok oleh masyarakat luar termasuk bloggers bahawa Parlimen Malaysia adalah satu Parlimen yang boleh bincang apa sekalipun walaupun dilarang oleh peraturan mesyuarat. Tolong!

Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju, saya benarkan untuk berucap. Ingat, mesti di dalam ruang lingkup peraturan mesyuarat dan Perlembagaan Negara. Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang apa yang saya hujah di sini adalah di bawah Perlembagaan Negara. Oleh kerana apa yang saya pertikai di sini dan apa yang berlaku di dalam perbicaraan World Commission dan perkara ini telah timbul. Itu yang saya ucapkan. Juga yang kita ucap atau berbahas mengenai hakim-hakim yang telah bersara bukan masalah hakim-hakim yang dipecat. Apa tindakan kerajaan, itu yang kita bincang, Tuan Yang di-Pertua. Berapakah yang dibayar? Kenapakah buat bayaran ex-gratia kah, atau apa-apa pampasan?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah makanya saya juga benarkan Yang Berhormat untuk sebut itu. Saya cuma mengingatkan jangan sampai termasuk dalam arena yang dilarang peraturan mesyuarat itu. Sila.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya akan menjaga dirilah atas perkara ini. Juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi memang bukan kami dalam contempt of court. Kita tidak mempertikaikan keputusan tribunal itu. Apa yang kita pertikaikan adalah selepas 20 tahun, Menteri Undang- undang yang baru dilantik memberi ex-gratia payment dan ex-gratia payment ini tidak beritahu kepada kita secara umum berapakah pampasan yang diberi itu.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa kerajaan sudah beritahu, Yang Berhormat Menteri pun sudah beritahu bahawa pembayaran ini bukan bererti pihak kerajaan mengakui terdapat kesilapan ataupun kesalahan dari segi keputusan tempoh hari. Dengan izin, it’s not an admission of guilt, is that clear?

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dengan izin.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biarlah Menteri yang menjawab itu.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak, saya pun hendak bahas juga dengan dia sedikit pasal dia tidak faham-faham.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apalah.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak apa, saya hendak jadi Menteri lambat lagi. Bagilah saya tolong jawab... [Ketawa] Ya tidak? Jadi masalahnya sekarang ini, Yang Berhormat Wangsa Maju tidak mahu terima. Jadi soal tidak mahu terima. Dengan izin, you don’t want to accept what the government has said. You want the government to say but you want them to say, dengan izin.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, kalau semua you jawab bagi pihak Menteri, tidak adalah chance Menteri menjawab pula... [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah. Sila.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya pun rasa amat seronok bila saya nampak Tuan Yang di-Pertua dalam mood yang baik, tidak seperti pagi ini kan.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasihlah, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya pun seronok sedikit. Yang Berhormat Padang Serai pula hendak kacau saya.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih, tetapi Yang Berhormat Pasir Salak bukan kerajaan ya. Ini Yang Berhormat Wangsa Maju, pembayaran ex-gratia dan sebagainya. Tidak tahulah di dalam hati saya, saya merasakan bahawa walaupun Kerajaan Barisan Nasional ini telah menzalimi hakim-hakim ini. Mereka telah berlaku begitu zalim sehingga seluruh keluarga hakim-hakim ini diaibkan. Kalau hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional mohon maaf kepada semua hakim ini, saya rasa itu pun tidak memadai. Apa pendapat Yang Berhormat Wangsa Maju?

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Memang saya setuju dengan Yang Berhormat dari Padang Serai mengenai perkara ini. Oleh kerana pada masa itu pun ada banyak pertikaian terhadap pemecatan mereka. Walau bagaimanapun, yang saya mempertikaikan di sini adalah...

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya minta jalan?

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Pembayaran ex-gratia payment ini.

Sila beritahu dalam Dewan yang mulia ini, berapakah jumlah ex-gratia payment? Itu yang kita perlu tahu. Apa yang saya sebutkan tadi, more taxation without presentation. Mesti beritahu kami ini. Kalau tidak, kita akan kejar Menteri Undang-undang dalam bila-bila perbahasan dalam perkara ini. Saya juga berharap Menteri Undang-undang memberi satu penjelasan sama ada, apakah tindakan telah diambil terhadap kes yang timbul dalam Royal Commission di mana nama Hakim Lau Hoke Bing telah timbul di sana. Apakah...

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya terpaksa bangun untuk bertanya balik Yang Berhormat sebab Yang Berhormat dari Padang Serai tadi buat retorik lama yang mengatakan bahawa pemecatan hakim-hakim dahulu satu kezaliman oleh pihak kerajaan.

Yang Berhormat seorang peguam. Saya sudah bangkit daripada awal, Yang Berhormat tidak jawab bahawasanya pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim ini melalui satu proses tribunal yang dibentuk secara bebas pada waktu itu dan mereka dipecat kerana mereka didapati bersalah dipecat. Malu hendak buat macam mana. Orang lain pun masuk penjara juga apabila melakukan kesalahan. Tidak timbul soal malu, tidak timbul soal hendak bayar ex-gratia. Yang Berhormat sekarang ini bertanya berapa jumlah. Saya tidak bersetuju tentang pembayaran ini. Macam mana Yang Berhormat punya pandangan?

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dengan izin, bagi saya dalam hal ini mungkin satu aspek undang-undang yang ditekankan oleh Yang Berhormat dan mengenai aspek due process of law, dengan izin, Yang Berhormat Speaker. Akan tetapi, saya rasa mungkin aspek yang juga dipertimbangkan di sini agak penting di dalam falsafah undang-undang ialah integrity of law, dengan izin, yang melibatkan maruah undang-undang dan juga maruah negara. Persoalan guilty or innocent, bagi saya itu another aspect. Mungkin kita memperdebatkan dalam sesi yang lain tetapi di sini, dengan izin, tidak ada due process sekiranya terdapat satu kritikan yang amat besar ketika itu seolah-olah di seluruh dunia dan daripada tokoh-tokoh hakim yang hebat dan peguam- peguam yang hebat di dunia.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Cuma persoalannya di sini, apakah keadilan yang cuba dicapai oleh kerajaan?

Mungkin Yang Berhormat Wangsa Maju boleh jelaskan dengan membayar ex-gratia atau pun pampasan tersebut. Penjelasan yang saya hendak di sini ialah supaya apa yang sebenarnya hendak dicapai kerana di situ ada melibatkan individu hakim dan melibatkan maruah negara. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Akhir ya. Selepas ini, saya tidak ganggu lagi. Saya hendak tambah sedikit lagi supaya Yang Berhormat dapat jawab sekali.

Apakah Yang Berhormat setuju kalau saya mengatakan tiba-tiba pembayaran ex- gratia ini dibuat di mana kerajaan cuba memulihkan kedudukan kehakiman negara kerana sudah tercalar yang diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum ke-12. Maka hendak pulihkan, kemudian timbul isu video Lingam, dia tuduh Suruhanjaya Penyiasatan dan kemudian dibayar ex-gratia. Ini menunjukkan satu langkah reformasi yang kerajaan buat untuk tujuan ini yang akhirnya makin berkecamuk. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, sejak bila Dewan ini ditukar menjadi mahkamah pula?

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Peraturan yang nombor berapa?

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah.

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju, move on, itu ex-gratia pada tarikh itu sudah pun disebut.

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu, kalaulah dari segi due process of law, memang pada masa itu telah jalankan due process of law. Akan tetapi, pada masa itu juga ada banyak pertikaian terhadap pelantikan dan sebagainya.

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau, dia kata pembayaran itu untuk menunjukkan kerajaan boleh kata telah menerima hakim-hakim ini tidak dapat keadilan pada masa itu. Kalau hakim-hakim ini pada masa itu mendapati keadilan, maka sekarang tidak payah buat apa-apa bayaran, ex-gratia atau tidak ex-gratia. Memang itu juga, walaupun kata ada satu caveat mengatakan pembayaran ini tidak mengakui kesilapan kerajaan tetapi yang pentingnya, kenapakah pembayaran ini dibuat pada masa sekarang ataupun baru-baru ini sedangkan perkara ini telah lama sudah, 20 tahun sudah.

So, saya harap Yang Berhormat Menteri Undang-undang sila memberikan penjelasan yang terperinci tentang perkara ini. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap Yang Arif ‘Datuk Lau Ho Beng’ ini yang sedang menjadi Hakim Mahkamah Rayuan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi belakang dahulu. Yang Berhormat Puchong.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Depan ini selalu nampak, yang belakang sebelah kiri, kadang-kadang blind spot.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan perbahasan berkenaan beberapa topik. Yang pertamanya, berkenaan dengan isu kekurangan hakim di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa tiap-tiap negara mempunyai sistem kehakiman yang tersendiri. Akan tetapi, yang penting sekali ialah bila kita mempunyai mahkamah-mahkamah, kita perlukan hakim-hakim yang:-

First, dengan izin, mempunyai kewibawaan, atau berkaliber, kaliber yang mencukupi untuk memastikan bahawa sistem keadilan itu sentiasa dilindungi dan prinsip- prinsip perundangan yang sedia ada sentiasa juga dilindungi. Akan tetapi, masalahnya di Malaysia, perkara ini telah saya bangkitkan banyak kali. Kita ada pertamanya, jumlah hakim yang kurang. Bila kita dapat jumlah hakim yang kurang, masalah yang berlaku adalah kes- kes mulai tertunda, there will be a backlogs of cases, dengan izin. Saya telah tanyakan soalan ini tiga kali di dalam Dewan yang sama ini.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru mempunyai banyak kes jenayah. Oleh yang sedemikian, satu keputusan telah pun diambil untuk memastikan bahawa satu mahkamah yang khas, Mahkamah Tinggi Lima didirikan. Tujuannya Tuan Yang di-Pertua adalah untuk memastikan bahawa semua kes-kes jenayah berat dapat didengar dengan cepat dan lekas.

Ini adalah kerana kes-kes jenayah berat, kes-kes tersebut adalah kes reman. Kes reman maksudnya penjenayah yang terlibat tidak dibebaskan atas jaminan. Mereka terletak di dalam tahanan reman di penjara. Ini menyebabkan dua masalah.

Pertamanya, terdapat deretan. There is a lack of time di mana terdapat banyak kes yang sekian lagi tertunggak. Nombor dua, kita lihat masalah kesesakan. Kesesakan yang serius di penjara-penjara di seluruh negara, khususnya di Johor Bahru. Tuan Yang di- Pertua, saya ada rujukan kepada surat khabar hari ini, New Straits Times di mana suatu gambar dikeluarkan dan ia bertajuk sedemikian; “Detainees attack warders in prison” Hendak saya baca? Dengan izin;“Chaos broke out at the remand prison here yesterday evening when some 260 detainees attacked the warders. Prison and police officials declined to say if there were any casualties in the incident. Personnel from the Johor prison and security unit and FRU...’’ Gambar ini menunjukkan FRU, Tuan Yang di-Pertua. Ramai orang yang mengelilingi kawasan penjara.

“ Security and Federal Reserve Unit moved in to control the situation ” Itulah keadaan sebenar, Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini. Di sini juga Tuan Yang di-Pertua, saya baru menerima satu SMS daripada seorang ahli keluarga. Dia kata, hendak saya baca.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

“Sini semua orang mogok tuan, tidak ada orang makan sampai buka pintu.

Sekarang kita macam duduk dalam kandang binatang, sir.” Ini menjadi masalahnya. Kita sebagai Ahli Dewan Rakyat. Kita wakil rakyat. Kita datang ke parlimen kita memang kemukakan, timbulkan masalah ini. Sudah berapa bulan sudah. Apa yang kita dengar? Kita dengar sekian, kita dengar dahulu, kita dengar sekarang, kita akan dengar, saya tidak tahu untuk berapa lama tindakan akan diambil. Akan tetapi, langsung tidak ada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah yang sesenang itu. Kita ada mahkamah, tidak ada hakim. Macam mana kita hendak jelaskan kepada rakyat. Kita di sini membahaskan isu-isu berkenaan keadilan. Kita kata, ya, keadilan. Memang sistem kita ada, infrastruktur kita ada, macam-macam kita ada, tetapi hakim. Apa masalah dia? Setahun lebih, one year and three months, dengan izin, tidak ada hakim tetapi ada mahkamah.

Every day cases are being postponed. Penjenayah masuk mahkamah, tidak ada hakim, minta maaf, you kena balik, reman lagi, kes postphone enam bulan. Selepas itu, bila case naik, selepas lima tahun, tujuh tahun, saksi tidak hendak datang. Kalau saksi datang, saksi tidak boleh ingat. Memang tidak boleh ingat. Kita tidak boleh ingat apa berlaku dua tahun lalu, lima, enam, tujuh tahun. Selepas itu, kita salahkan hakim, kita salahkan polis, kita salahkan peguam, kita salahkan semua orang.

Akan tetapi,memang bukan salah mereka, kesalahan kerajaan yang tidak ambil tindakan dalam keadaan yang sesenang ini. It is simple and easy, dengan izin, simple problem, cannot be solved by a government. Kita kena tanya. Sebagai satu contoh, Menteri memberikan kami semua jaminan, Judicial Appointments Commission. Saya setuju. Saya Setuju dengan semua Ahli Yang Berhormat yang berhujah tadi. Manakah Judicial Commission ini? Bilakah kita akan dengar, kita akan lihat sebarang tindakan diambil untuk memastikan bahawa Judicial Appointments Commission ini, digubal, dibentuk untuk mengatasi masalah ini.

Takkan kita hendak tunggu, kita hendak tunggu untuk satu Judicial Appointments Commission sebelum kita mendapatkan hakim. Adakah kerajaan menyatakan di Malaysia sekarang tidak ada orang yang layak menjadi hakim? Kita kena tunggu. Cadangan saya kepada Menteri, kalau kita tidak boleh lantik hakim, lagi baik kita tidak ada mahkamah. I would say, dissolve the court, dissolve court file in Johor Bahru. Bukan sahaja sana. Saya juga buat rujukan kepada Muar. Kalau kita lihat, jumlah kes-kes jenayah di Muar, hakim di situ, dalam setahun 45 kes jenayah, 500 lebih kes sivil, satu hakim. Akan tetapi, kita persalahkan dia. Stay minister, sampai hari ini, apakah tindakan yang diambil. Kita tengok selepas 8 Mac, berapa kali isu ini telah dibangkitkan, semua bangkitkan isu ini.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi tidak ada sebarang tindakan, kita tunggu jawapan, tidak dapat jawapan. Dalam bulan hadapan, saya bagi bukan amaran, tetapi nasihat Menteri. Yang Berhormat Menteri, dalam bulan depan satu kes di Johor Bahru akan naik di Mahkamah Tinggi Johor. Di dalam kes itu melibatkan lima rakyat Mexico, seorang rakyat Kanada.

Kes itu akan mendapat perhatian seluruh dunia. Jangan dijadikan satu contoh di seluruh dunia di mana kita ada mahkamah tetapi tidak ada hakim untuk mendengarkan perbicaraan kes sehingga rakyat mereka terpaksa dipenjarakan sehingga hakim-hakim dapat dilantik. Dengan izin, it doesn’t make a good impression in our country. Di sini isu-isu berkenaan dengan perkara itu, kita tengok promotion. Kita terangkan Tuan Yang di-Pertua, let us be frank. Terang-terang kita kemukakan masalah. Kenapa rendah sangat bilangan hakim yang berbangsa Cina dan India di negara ini?

Kenapakah bilangan hakim-hakim India di dalam civil service khususnya di mahkamah-mahkamah rendah tidak dipromosikan ke mahkamah yang lebih tinggi? Mereka bekerja sehingga tua, sehingga bersara boleh dijadikan hakim di Mahkamah Sesyen, boleh dijadikan Hakim Mahkamah Tinggi. Akan tetapi, nampaknya isu berkenaan dengan promosi tidak diberi. Kenapa? Adakah ianya kerana mereka tidak layak, the Indians and the Chinese in this country are not capable? dengan izin. Kalau kita lihat nombor, statistik, kenapa kurang sangat? Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa lebih...

final • 4:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Perkauman itu.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Betullah itu perkauman. I mean at least something from Yang Berhormat Pasir Salak. Isu ini tidak seharusnya menjadi isu. Kita tidak seharusnya menjadikan isu perkauman satu isu dalam sistem perundangan. Sistem perundangan itu sistem keadilan. Kalau di dalam sistem perundangan sendiri terdapat masalah perkauman, diskriminasi, bagaimana kita hendak build, hendak membina satu sistem kehakiman yang bebas daripada isu-isu diskriminasi ini. Walhal di dalam sistem kehakiman sendiri terdapat isu-isu diskriminasi. Apakah tindakan kerajaan? Kenapa? Kita tidak perlu pergi jauh. Saya sebut nama hakim tersebut. Kita lihat buku-buku. Sebagai seorang peguam kita tahu, where do you look? You look at the journals.

Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Datuk Gopal Sri Ram. Saya sebut nama dia kerana, kalau kita lihat di dalam buku undang-undang nama dia timbul sebagai seorang hakim yang paling banyak menulis mengenai sistem kehakiman. Di sini kita datang, kita membuat hal, kita membuat isu berkenaan hakim yang tidak menulis penghakiman. Akan tetapi, hakim yang tulis banyak sekali penghakiman tidak diberikan promosi. Kenapa? Kita hendak jawapan. Kita sebagai rakyat Malaysia kita baca paper kita tahu. Akan tetapi kita hendak tahu, kita hendak jawapan kenapa hal-hal macam ini berlaku di Malaysia dan kenapa ia terus berlaku? Kerajaan datang, election, kerajaan baru masih berlaku masalah yang sama.

Ini menjadi isu-isu apabila Menteri jawab, jawab isu-isu yang kita hendak dengar jawapan dia tetapi kita tidak tahu jawapan. Di sini saya hendak tanya, I mean with due respect, Yang Berhormat Datuk Zaid bin Ibrahim, Menteri, saya akan rujuk kepada satu petikan. Ini Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Ian Chin. Beliau berkata atau beliau membuat kenyataan Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan boot camp. Tuan Yang di-Pertua, saya buat satu rujukan kepada The Borneo Post.

Ini surat khabar di Sabah Tuan Yang di-Pertua, “Bombshells from a judge”. Posted on the 27th June, 10 am in local. Di dalam kenyataannya saya ingin mohon izin untuk baca apa yang tertulis di sini. “Arguably the most interesting part of Chin’s statement deals with his attendance at a camp that he refers to using the military jargon boot camp”. Now untuk semua yang tidak tahu apa itu boot camp, termasuk Yang Berhormat Pasir Salak, izinkan saya. According to dictionary.com, boot camp is defined as “a correctional facility that uses the training techniques applied to military recruits to teach usually youthful offenders socially acceptable patterns of behavior”, Tuan Yang di-Pertua. And he goes on to say, saya bacakan example yang diberikan. “What was even more shocking was the little insight that Chin gave us into what allegedly happened at these camps”, Tuan Yang di-Pertua.

“Chin claimed that senior judges were made to take orders from junior officers. A Sessions Court Judge who dared to question this was forced to publicly apologies on a podium to his junior officer for it”. Yang ini juga yang menarik, dengan izin. “Judges were forced to carry an egg wherever they went, and even made to march carrying the egg. A judge who broke his egg was punished by being made to carry a brick around instead of the egg”. Ini dinyatakan oleh Justice Ian Chin.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

What egg?

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Telur, telur egg.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, telur apa?

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kena tanya Justice Ian Chin. [Ketawa] Akan tetapi apa yang menarik, ini adalah isu yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua.

This is the most...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Penjelasan.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just give me one minute. Minta maaf. Ini directly melibatkan Datuk Menteri. In response to Chin’s disclosure Tuan Yang di-Pertua, whereas Malaysian Bar Council President, Datuk Ambiga Sreenevasan called for Royal Commision of Inquiry to be set up to investigate the revelations by Chin. She said, ”In action is not an option.”, dan saya setuju. Tuan di-Pertua, ini amat penting. Saya di sini ada meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri whether it is true, did you say this?

The Star on June 14 reported, de facto Law Minister, Yang Berhormat Datuk Zaid Ibrahim said while there was no reason to doubt Justice Chin. It's here. The Star on June 14 reported that de facto Law Minister, Yang Berhormat Datuk Zaid Ibrahim said while there was no reason to doubt Justice Chin, a Royal Commission would be a waste of money and time as investigations would reveal nothing more than “what we have already known”.

Ini pelik Tuan Yang di-Pertua. First time in my life I am listening to the words ”boot camp” dengan izin, dan contoh-contoh yang diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi. Apabila isu ini dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Perundangan dia kata no reason to doubt. I hope... he may deny it dengan izin, tetapi itu untuk dia. Akan tetapi as far as the record shows, The Star, no reason to deny it and it will reveal dengan izin, what we all already know with due respect dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu, saya hendak tanya apakah sebenarnya Yang Berhormat Menteri tahu yang Yang Berhormat Menteri maksudkan itu? Kenapa tidak hendak dedahkan kepada kita semua?

First, adakah benar kenyataan-kenyataan ini? Adakah semua hakim di dalam negara ini dipaksa melalui kaedah-kaedah seakan-akan military camp di mana fikiran mereka diperas?

Adakah benar? Kalau benar, bagaimana seorang Menteri boleh menyatakan “no doubt but, there is no need to investigate”. Kalau benar Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan sedemikian, saya nyatakan di sini Menteri itu tidak layak menjadi Menteri yang terlibat untuk Jabatan Kehakiman di Jabatan Perdana Menteri and you should resign. Persoalan dia macam ini. Adakah saya akan mendapat satu jawapan? Tuan Yang di-Pertua, isunya tidak habis di situ. Perkara yang berbangkit adalah perkara keyakinan, keyakinan rakyat ini dalam sistem kehakiman.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Silakan.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Puchong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dengan izin, you are exaggerating keadaan yang beraku di dalam badan kehakiman.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau tadi ada seorang Yang Berhormat daripada pembangkang ada sebut one rotten apple doesn’t mean the whole bunch all rotten, dengan izin. Kalau ini Hakim Ian Chin membangkitkan perkara ini, yang jelas tadi Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor sudah cakap. Ini Hakim Ian Chin tidak boleh pakai, he’s useless, dia tidak sepatutnya menjadi hakim dengan membuat kenyataan yang begitu. Jadi bolehkah saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat, that you defer with your father in this case.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya rasa Yang Berhormat tidak faham apa yang...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi saya faham, saya tidak berapa faham.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya akan bagi you faham, tiada masalah, saya akan slow. Ini berkenaan dengan...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You pandai daripada semua orang, okey you cakap.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Puchong, just continue.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, saya faham Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak ini kita semua tahulah dalam Dewan ini, tidak payah buang masa.

Isunya sebegini...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan cakap something like that.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Surat khabar, surat khabar...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, what are you trying to say?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak tahulah, apalah, inilah, you are giving a bad impression of my personal. This is Dewan Rakyat, kalau hendak bergurau di luar, not here dengan izin. My moral character, and your moral character, this is not the place to vogue, dengan izin.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Pasir Salak. Bolehkah kedua-duanya duduk sekejap.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

I’m as old as your father you know.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih.

That’s why I feel sometime in dilemma because most of you older than me. [Ketawa] But age does not count in Parliament. Yang Berhormat Puchong, berhujah jangan timbulkan provokasi yang boleh beri respons. Sila.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, baik. Tuan Yang di-Pertua, yang saya maksudkan, dan ini untuk Yang Berhormat Pasir Salak, saya maksudkan saya tidak ada masalah, saya akan jelaskan, saya faham mungkin dia tidak faham hujah yang saya tidak buat. Minta maaf, saya akan berikan dia faham.

Isu yang timbul di sini adalah mudah. Kita mendapat kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa terdapat seorang Menteri, Menteri yang kononnya bertanggungjawab untuk masalah-masalah sistem kehakiman yang kata beliau tahu, he says “I’m no doubt, no reason to doubt - Ian Chin”.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja. Kalau Yang Berhormat Menteri ada menyatakan kenyataan yang sedemikian, Yang Berhormat tidak boleh membawa perkara itu kepada keseluruhan. Apabila Yang Berhormat bercakap tadi, adakah semua hakim? Yang Berhormat Menteri menyatakan demikian, dia merujuk kepada kes itu but you are... ruang lingkup yang lebih luas.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Pasir Salak, biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab pasal daripada Yang Berhormat Menteri tadi dia duduk, dia attentive dia listen, saya berkeyakinan Yang Berhormat Menteri boleh jawab semua ini.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menjawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri, saya menjawab bagi pihak diri saya sebab Yang Berhormat Puchong beranggapan saya tidak faham.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You yang kata you tidak faham. [Ketawa]

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No, I just try to be humble.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You tidak tahu apa yang you cakap.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya sekarang faham, saya pun hendak faham juga ini.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

No, saya cuma, I’m trying to be humble.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Puchong, kalau nanti berkecamuk begini, saya sendiri pun tidak akan faham.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita cuma mahu merendah diri, kita tidak mahu menonjol diri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan ingat kita bodoh.

Walaupun age is not the factor like Tuan Yang di-Pertua said, but bila kita cuba hendak merendah diri, itu perangai kita bukan macam perangai Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini nasihatkah apa ini?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha ini sudah...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menonjol diri!

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih. Continue Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Okey, saya cuba sekali lagi untuk memberi Yang Berhormat Pasir Salak faham ya. Ini seorang hakim menyatakan semua hakim dihantar ke boot camp. Faham? Surat khabar menyatakan bahawa allegation ini yang semua hakim dihantar kepada boot camp, dia tidak pertikaian, no doubt. So maksudnya dia terima apa yang dinyatakan oleh Justice Ian Chin bahawa semua hakim dikenakan keadaan sedemikian di boot camp. Boleh faham itu?

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Adakah Yang Berhormat berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, do you think the whole judges a bunch of fools? Yang mereka ini boleh dibawa kepada correction...

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya itulah, itu.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu andaian yang tidak...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kedua-dua Ahli Yang Berhormat, boleh kita tinggalkan subject matter ini?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, no, no saya...

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Itu andaian daripada seorang Yang Berhormat, saya pun agak kecewalah.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya kecewa dengan andaian yang begitu lemah.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita hendak setuju pun dia tidak bagi!

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Adakah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, does he say now that all judges are bunch of fools, this thing happens?

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat baca itu yang dalam Star Yang Berhormat baca tadi.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apalah, can we move on bukan pasal soal ini sudah.

Sudah kita faham yang sebenarnya, Yang Berhormat Pasir Salak pun faham, Yang Berhormat Puchong sebetulnya dia faham, tidak apalah, continue.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Because Yang Berhormat Menteri belum menjawab ini.

Sila, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, saya rasa perkara ini Yang Berhormat Menteri perlu jawab. So, di mana seorang Menteri mengatakan ‘there is no reason to doubt’ dan sebagainya. Lagi apa yang penting adalah revealed nothing more than what we already have known. So itu menjadi isu saya.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

First, dalam keadaan sedemikian sekiranya benar ada kem sedemikian, sekiranya benar semua hakim dihantar ke kem sedemikian, saya rasa ini satu isu yang serius. Ini satu isu yang perlu disiasat dengan mendalam dan teliti. Ini adalah kerana kewibawaan setiap hakim terlibat. Kita tidak boleh mempunyai satu sistem kehakiman di mana hakim-hakim itu di dalam keadaan tertekan Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Itu yang saya nyatakan dan saya hairan bagaimana seorang Menteri boleh menyatakan, saya terima ada, tetapi tidak apalah, kita tidak perlu...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, point made proceed.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point made, I’m going to go on here. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan sedemikian, saya juga ingin membangkitkan perkara yang kecil, kalau boleh mungkin satu cadangan boleh dibuat, yang tadi saya katakan berkenaan dengan isu kekosongan.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dan Yang Berhormat Bukit Gelugor mengesahkan terdapat peruntukan di dalam Perlembagaan kita untuk hakim-hakim part time iaitu Hakim-hakim Mahkamah Tinggi part time ad hoc, separuh masa boleh dilantik untuk mendengar kes-kes tertentu. Ia ada Judicial Commissioner atau JC. Sekiranya ini boleh dibuat untuk membantu mengatasi masalah-masalah kekurangan hakim, sementara kami menunggu pembentukan Judicial Appointment Commission dan cadangan-cadangan yang ada datang daripada situ.

Walhal mungkin idea pembentukan satu commission mempunyai kebaikannya Tuan Yang di-Pertua, tetapi kepada saya, saya rasa kelewatan, kelambatan dalam pembentukannya tidak seharusnya digunakan untuk menekan pesalah-pesalah yang menunggu bicara. Biar kita bertindak adil kepada mereka, biar kita bertindak adil kepada hakim-hakim yang lain. Kesemua yang sekarang, yang pada masa ini menerima kes-kes yang begitu banyak sekali. Let us move on, let us appoint part time judges.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

That, I agree with you, dengan izin.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Ketawa] Terima kasih. Di situ, let us find a solution, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dalam keadaan sedemikian saya harap bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh saya dapat dibalas oleh Menteri semasa sesi pembalasan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sila, Yang Berhormat Silam.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008.

Sistem perundangan yang memang perlu diperbaiki memang patut diadakan rang undang-undang yang lebih teratur supaya kesaksamaan itu dapat kita perolehi. Apa yang lebih penting di sini ialah menyentuh tentang Sabah dan Sarawak terutamanya. Dari segi pelantikan hakim, saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Perdana Menteri supaya pelantikan hakim-hakim daripada negeri Sabah dan Sarawak dapat ditambah bagi mengisi majistret di negeri Sabah itu sendiri sebab kita melihat hanya daerah-daerah utama sahaja yang ada pejabat mahkamah.

Yang terakhir, yang terbaru dibuat, saya rasa bersyukur di kawasan saya sendiri pun ada Mahkamah Majistret yang baru di Lahad Datu. Akan tetapi masalahnya dari segi hakim itu kurang dan ini menyebabkan banyak kes yang timbul di negeri Sabah ini tidak dapat diselesaikan.

final • 4:49 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Sebagai contohnya di Daerah Lahad Datu, mereka terpaksa menunggu hakim daripada Tawau untuk datang dalam sebulan itu dua kali, jadi ini sangat tidak wajar. Di samping itu juga dalam rang undang-undang ini saya mengharapkan sangat supaya usaha untuk meramaikan hakim ini dan kakitangan sokongan di peringkat daerah ini sangat- sangat dialu-alukan. Dari segi proses integrasi itu sendiri dapat kita terapkan dalam perkhidmatan awam di negeri Sabah dan Sarawak.

Saya di sini juga ingin menyarankan kepada Kementerian Kehakiman iaitu penggunaan ICT sekarang ini secara meluas dan saya rasa di Sarawak telah pun diperkenalkan iaitu sistem video conference ataupun perbualan melalui menggunakan ICT dan untuk mengatasi segala backlog kerja, dengan izin, yang dihadapi oleh mahkamah- mahkamah di negeri Sabah terutamanya di daerah-daerah yang kecil. Saya menyarankan agar kios ataupun tempat-tempat di pejabat-pejabat daerah di seluruh Sabah diwujudkan bagi membolehkan walaupun kita tahu pegawai daerah ataupun penolong pegawai daerah bertindak sebagai majistret kelas dua ataupun kelas tiga.

Jadi, lebih baik jika diwujudkan kios yang berbentuk macam mesin ataupun di mana rakyat boleh menggunakannya dengan secara langsung ataupun sebagai contohnya di dalam syarikat-syarikat penerbangan sekarang ini kita boleh check-in direct. Jadi, mungkin kalau ada individu yang terlibat dari segi pesalah ataupun ada kes-kes yang mereka mahu bangkitkan, mereka boleh merujuk ataupun menggunakan kios-kios yang digunakan di setiap daerah. Sebab kita melihat dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat meringankan terutamanya sekali kalau di kawasan luar bandar sebab kita tahu ada beberapa tempat terutamanya di kawasan negeri Sabah masih lagi terpencil dari segi masalah komunikasi dan perjalanan itu mengambil masa.

Jadi, dengan perwujudan kios di tempat-tempat yang strategik sebagai contohnya kalau macam misalnya di Parlimen Silam, ada mempunyai tiga daerah. Mungkin dekat bandar kita boleh wujudkan sebab jaraknya antara Lahad Datu dengan Tawau itu terlalu jauh jadi jika melibatkan mahkamah mungkin memakan masa yang lama jadi dengan cara ini saya rasa akan membebankan rakyat kita di kawasan Sabah dan Sarawak.

Jadi saya berharap supaya Kementerian Kehakiman, kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ini dapat mengambil kira sebab ini akan mempermudah lagi dan memperbaiki lagi sistem pentadbiran negara kita. Terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 4:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana juga mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Urusan Hakim (Pindaan) ini. Yang pertama sekali saya gembira kerana Menteri yang berkenaan ada di hadapan saya pada petang ini. Saya masih ingat lagi di sesi yang lalu, beliau duduk di depan sini di tempat Yang Berhormat Kepong dan saya juga banyak belajar daripada ucapan-ucapan beliau yang begitu lantang pada waktu itu mengkritik dan memberikan pandangan-pandangan terhadap sistem dan perjalanan mahkamah, menyentuh tentang hakim-hakim dan perundangan itu sendiri.Saya mengharapkan apabila beliau berpindah ke sebelah sana pada hari ini beliau akan membawa roh yang sama yang akan memberikan satu sinar harapan baru terhadap masa depan undang-undang mahkamah dan keseluruhan sistem keadilan dalam negara kita.

final • 4:53 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merujuk zaman keemasan yang pernah dinikmati oleh negara kita apabila kita menyebut tentang sistem kehakiman serta hakim- hakim ini dengan niat yang baik Tuan Yang di-Pertua. Nama-nama besar seperti Yang Mulia Raja Azlan Shah, Yang Mulia Tun Sufian, Tun Salleh Abas, Yusuf Abd. Kadir dan Hakim George Seah. Saya merasakan nama-nama besar ini telah memberikan suatu benchmark yang penting yang mereka-mereka ini telah dapat pada zaman mereka memberikan yang terbaik sama ada penghakiman mereka yang saya merasakan cukup berwibawa untuk membuktikan bahawa negara kita ini sebenarnya mampu melahirkan individu-individu yang seperti ini.

Izinkan saya untuk memberikan penghargaan kepada mereka ini yang dianggap, dengan izin, sebagai watershed, satu penentu aras yang telah memberikan suatu detik yang bersejarah zaman keemasan yang pernah kita nikmati. Oleh itu, selepas kita melalui zaman ini maka kita juga melalui zaman-zaman di mana negara kita ini menerusi sistem keadilan ini, sistem mahkamah kita dan pelantikan hakim-hakim kita mula menjadi suatu perbualan umum dan kita merasakan telah terlalu banyak perbahasan sama ada di dalam Dewan yang mulia ini dan di luar sana yang semacam telah menjadi suatu public outcry, suatu tangisan rakyat, suatu suara rakyat yang mahu lihat kembali sistem kehakiman ini berada setidak-tidaknya pada zaman mereka-mereka yang saya sebutkan tadi telah memberikan yang terbaik untuk negara kita.

Kalau sistem kehakiman ini dan hakim-hakim itu sendiri telah memberikan suatu penghakiman sama ada penulisan mereka dan penghakiman lisan mereka itu tidak punya masalah, saya rasa hari ini kita tidak lagi menyebut tentang isu-isu yang ditimbulkan oleh rakan-rakan saya sebentar tadi dari Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Pasir Mas sendiri dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat Puchong, yang mereka ini lebih arif daripada saya dari disiplin ilmu masing-masing, yang saya merasakan Tuan Yang di-Pertua ini adalah merupakan suatu yang kita mahu capai kembali zaman keemasan ini.

Isu pemberian dengan izin, ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan rakan- rakannya, kenapa ini mesti berlaku kalau tidak ianya telah membuktikan bahawa telah berlaku suatu kesilapan yang sama ada kita di dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di- Pertua sendiri yang begitu mendalam ilmunya dan disiplin ilmunya dalam bidang undang- undang dan juga rakyat di luar sana tentang isu ini.

Maka, dengan sebab itulah apabila kita merujuk Tuan Yang di-Pertua tentang tulisan-tulisan sebagai contoh seorang profesor undang-undang daripada UIA seperti Profesor Aziz Bari yang menulis dalam bukunya ini yang juga merujuk kepada pandangan- pandangan pakar udang-undang sebagai contoh Lord Horsham yang bekas menjadi Lord Canselor di United Kingdom yang Profesor Griffin sendiri yang pakar dalam undang-undang yang tidak pernah menafikan bahawa apabila terbentuknya sebuah mahkamah, terbentuknya satu sistem kehakiman dalam mana-mana negara, maka unsur politik dan mahkamah itu tidak dapat dipisahkan walaupun doktrin separation of powers itu, dengan izin, pengasingan kuasa cuba dilakukan sebaik mungkin.

Akan tetapi, hakim-hakim ini sama ada di dalam negara-negara maju yang boleh kita ambil contoh pada hari ini dan juga negara kita yang pernah melalui zaman keemasannya telah mampu membuktikan bahawa hakim-hakim yang penuh tanggungjawab, hakim-hakim yang sedar tentang amanah yang diberikan kepada mereka mampu memperjelaskan menerusi penghakiman mereka bahawa mahkamah mampu untuk menyelesaikan isu ini di zaman mereka walaupun terdapat banyak unsur-unsur politik yang cuba diserap masuk terhadap penghakiman ataupun mana-mana sistem keadilan.

final • 4:53 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya juga merujuk tentang seorang peguam tersohor saudara Salleh Buang apabila beliau memberi komentar dalam sebuah buku yang bertajuk Tun Suffian’s Legacy. Tun Suffian juga seorang yang tidak boleh dipertikaikan wibawanya sebagai hakim satu waktu dahulu, juga ada menyebut bahawa hakim-hakim yang ada pada hari ini dan juga orang politik yang ada pada hari ini masih lagi melantik para hakim ini perlu untuk melihat bahawa sekiranya campur tangan yang berleluasa berlaku terhadap sistem ini, maka banyak pelajaran-pelajaran yang perlu diambil, rujukan-rujukan yang perlu diambil supaya zaman keemasan itu dapat dikembalikan.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya juga sempat merujuk tentang beberapa research yang dibuat sebagai berkongsi pengalaman supaya kita tidak mahu lagi isu ex gratia ini berlaku juga pada zaman anak cucu kita esok. Ada lagi kesilapan-kesilapan itu berlaku dan kita ulangi. Dengan sebab itulah, saya masih ingat lagi sewaktu Yang Berhormat Menteri duduk di sebelah sini, beliau telah berkali-kali menyebut tentang perlunya satu Suruhanjaya Kehakiman dibentuk bagi melantik para hakim ini.

Ini jugalah yang diperjuangkan oleh Bar Council, mereka yang belajar dan mempraktikkan undang-undang dalam negara kita supaya pelantikan itu dilantik oleh satu suruhanjaya yang lebih telus. Bukannya yang dilantik oleh PM pada hari ini dengan direstui oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Itu cadangan yang baik, yang kalau dilihat di negara-negara luar yang telah menunjukkan, membuktikan wibawa mahkamah mereka ini juga berkata demikian.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi bersama. Di United Kingdom sebagai contoh, Parlimen UK menyelamatkan Perdana Menteri. Maknanya Parlimen di Britain menyelamatkan maruah dan martabat Perdana Menteri. Jadi, isunya adalah di mana dengan izin, “the UK Parliament save the Prime Minister, who is both head of government and leader of the majority party in Parliament, is not involved in the process of appointment of judges on the High Court Bench and above”. Jadi, Perdana Menteri tidak terlibat. Jadi, burden itu ataupun beban itu diserahkan kepada Suruhanjaya Kehakiman untuk mereka, supaya mereka itu melantik hakim-hakim ini.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, dengan izin juga, “Lords of Appeal in ordinary in the House of Lords, Heads of Division and Lords Justices of Appeal in the Court of Appeal are appointed by the Queen on the recommendation of the Prime Minister, but the Lord Chancellor’s opinion is generally sought. Justices of the High Court are appointed by the Queen on the recommendation of the Lord Chancellorr”.

Ini saya rasa satu amalan yang perlu kita buat dalam negara kita supaya hal-hal yang seperti ini dapat kita buat satu perubahan, satu reformasi di dalam sistem kehakiman di dalam negara kita dan juga tadi isu-isu tentang bagaimana kekurangan hakim yang berwibawa dan seumpamanya. Ia juga disebut di sini bahawa pelantikan hakim-hakim separuh masa yang mungkin boleh mengisi... juga direkomenkan oleh badan ini, oleh Research and Library Services Division daripada Legislative Council Secretariat ini.

Yang kita merasakan banyak daripada pandangan-pandangan ini yang boleh dibawa dan Menteri yang berkenaan saya merasakan yang pernah dahulu bersuara dengan begitu lantang, dengan begitu vokal supaya ianya dapat diterjemahkan dalam era beliau hari ini diberikan peluang duduk di sebelah sana. Jadi, saya rasa itu tidak mempunyai masalah untuk beliau melakukan demikian.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, maknanya kita tidak mahu berlakunya kes Ayer Molek apabila terdedahnya satu suruhanjaya tentang V. K Lingam, isu judge shopping, isu hakim makan angin dan seumpamanya. Ini semua telah menjadi satu bahan ketawa dunia luar melihat kita yang ada pada hari ini. Maka, sebab itulah saya merasakan dan sekali lagi saya mengatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa saya bersetuju tadi yang didedahkan dengan Suruhanjaya Bebas itu tentang apa juga yang berlaku dalam video Lingam itu, maknanya pemecatan Tun Salleh melalui satu tribunal.

final • 5:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Saya juga menyokong pandangan kawan-kawan bahawa satu tribunal yang lain mesti ditubuhkan bukannya bayaran ex-gratia itu untuk menutup segala-galanya. Itu bukan isunya. Bagi saya, maruah Tun Salleh Abas tidak boleh dibayar dengan harga yang seperti itu. Kenapa? Saya juga hairan kenapa Menteri juga seperti rakan-rakan yang lain pergi ke rumah beliau, bawa cek tersebut. Jadi, saya rasa ini satu perkara yang tidak betul sebenarnya.

Ini kerana dalam satu tribunal itu yang memutuskan saya tidak hendak terjebak sama ada salah atau tidak salah pada zaman itu, siapa PM nya, itu saya tidak mahu masuk campur. Namun, dengan sistem yang ada, kalau kita menghormati sistem yang ada itu.

Kalau satu tribunal itu mengatakan ianya bersalah, hari ini kita jumpa satu benda yang lain yang tidak bersalah. Kenapa tidak government of the day hari ini menubuhkan satu tribunal yang juga berwibawa untuk menyelesaikan masalah itu? Bukannya pergi ke rumah Tun Salleh bawa cek. Dalam era ini, adakah itu satu prosedur baru, satu disiplin baru atau satu cara baru pula supaya Tun Salleh ini tutup mulut? Saya rasa Tun Salleh bukan semurah itu!

Tun Salleh bukan semurah itu! Hakim Josiah bukan semurah itu! Hakim-hakim macam Tun Suffian bukan semurah itu.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Ya, BN boleh cadangkan dan juga cadangkan tanya Menteri kenapa buat duit tersebut? Jadi, saya rasa kita perlu adil dalam perkara ini bahawa kalau kita percaya dalam sistem yang ada, ayuh kita gunakan sistem yang ada. Kalau tidak, kita semua esok akan jadi bahan ketawa Tuan Yang di-Pertua, kepada anak-anak dan cucu kita yang akan datang. Sekian untuk saya berikan pandangan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui umum sistem kehakiman di negara kita telah pun terhakis dan banyak perkara perlu dilakukan dalam mengambil keyakinan dunia khususnya rakyat negara kita mengenai sistem kehakiman kita. Dalam kes-kes yang berlaku, hakim- hakim yang mengendalikan kes dengan tulus diberi ancaman dengan menerima pelbagai tekanan termasuk di pecat daripada jawatan yang dipegang, manakala hakim yang menurut kehendak orang-orang tertentu akan dinaikkan pangkat.

Saya faham, nasi sudah menjadi bubur. Akan tetapi, sesuatu perlu dilakukan kepada dosa-dosa yang telah dibuat kepada hakim-hakim yang dipecat. Salah satu cara jangka pendek ialah dengan memberikan ex-gratia payment. Tuan Yang di-Pertua, pendapatan saya sama dengan Yang Berhormat Balik Pulau dan...

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

Pendapat.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Saya faham apa yang dia sebut itu. Sila.

final • 5:00 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Okey, thank you, thank you. Terima kasih ya. Pendapat saya sama dengan Yang Berhormat balik Pulau dan Kubang Kerian.

Sekiranya sesuatu kerosakan telah berlaku, bukanya selesai dengan cara ini. Pemberian ex-gratia boleh disalah fahami sebagai salah satu kaedah rasuah untuk menutup pekung dan sakit hati, dendam terhadap pihak tertentu. Dengan itu, orang akan beranggapan kita tidak ketahui perkara yang sebenar berlaku akibat daripada pemecatan mereka.

final • 5:00 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Manalah tahu sekiranya hakim-hakim ini selepas pencen berhasrat untuk menulis penerangan dan pendapat mengenai sistem kehakiman tetapi memandangkan imbuhan ex gratia mereka ini menutup mulut. Saya rasa selain daripada ex gratia payment kita ada cara lain yang lebih berkesan boleh diambil umpamanya dengan mengadakan pemilih yang kondusif mengenai sesuatu kes yang diadili. Panel-panel berwibawa dilantik bagi melihat kepada kes tersebut dan menulis dalam laporan mereka. Tuan Yang di-Pertua, banyak masalah kepincangan yang kita baca dan dengar di Dewan ini setiap hari mengenai hakim- hakim dan perjalanan sistem kehakiman negara kita. Dalam kes yang terancang dari

final • 5:10 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

sejarah perjalanan kes di Malaysia mengenai perbicaraan Irene Fernandez yang kini sudah pun memasuki tahun ke-12 perbicaraannya.

Dalam perjalanan kes hakim telah berubah beberapa kali tidak terkira. Kes dilanjutkan tanpa memberi alasan-alasan munasabah seperti nota belum taip dan fail yang sudah hilang. Bagaimana ini boleh berlaku? Mengapa kes-kes disepak macam bola dari satu hakim kepada hakim yang lain. Dengan izin is this a judiciary or is this a game of football. Berbalik kepada pemberian pampasan yang tidak diberikan atas prestasi yang tidak baik, bukankah dengan cara itu ianya yang lebih memberi motivasi kepada hakim- hakim yang lain?

Tuan Yang di-Pertua saya merasakan pihak kementerian yang terbabit takut untuk membuat tindakan adil kerana menggugat kepentingannya sebagai pegawai kerajaan. Saya percaya pihak kementerian mampu untuk menjalankan siasatan dengan menyeluruh sekiranya dilihatkan integriti kehakiman terhakis dan tidak perlu untuk menunggu seorang awam mendedahkannya. Akhirnya dengan izin in the light of the Royal Commission on the Lingam video, the integrity of the independent of our top judges are seriously questionable.

Yang Berhormat Pasir Salak tadi dia berkata one bad apple does not mean semua epal adalah rosak, tetapi saya ada pendapat yang berbeza. Bila kita melihat seekor lipas di rumah kemungkinan besar di rumah kita mempunyai ribuan lipas lagi. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tahniah lah.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi yang berucap turut berbahas dalam soal ini?

Berapa lagi? Satu, dua. Okey Yang Berhormat Balik Pulau. Selepas Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kuala Krai dan selepas itu Ahli Yang Berhormat boleh menggulung.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas kesempatan bagi saya membahaskan rang undang-undang saraan kehakiman. Yang Berhormat Menteri saya hanya ingin berbahas terhadap tiga aspek yang saya rasa relevan untuk membahaskan rang undang- undang ini. Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian undang-undang terhadap usaha ke arah reformasi perundangan yang diusahakan walaupun mendapat kritikan yang hebat daripada teman dan lawan. Saya hanya ingin mengembalikan asas pemasyhuran kemerdekaan Malaysia ataupun dengan izin ramble kepada Perlembagaan Persekutuan 50 tahun yang dahulu.

Negara ini diasaskan di atas dengan jelas dikatakan prinsip keadilan dan kebebasan. Aspek penting perundangan seperti mana yang kita tahu bukan sahaja membina struktur, meluluskan akta-akta, tetapi yang penting yang cuba dan saya telah berjaya dilakukan oleh Bapa Kemerdekaan kita ialah membentuk satu keyakinan terhadap undang-undang yang mana saya rasa hilang dan terhakis dan amat teruk. Saya ingin membahaskan bahawa di dalam membahaskan Akta Rang Undang-undang Saraan Hakim ini, kita juga melihat bukan sahaja aspek kebajikan hakim tetapi juga bagaimana perkara tersebut dapat membantu mengembalikan integriti undang-undang yang dikatakan telah kurang. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri mengenai struktur sistem kehakiman dan sistem keadilan di negara ini.

Saya merujuk kepada Perlembagaan Negara yang dengan jelas meletakkan bahawa sistem kehakiman negara ini mempunyai Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo dan pada masa yang sama selepas pindaan perkara 121A telah juga memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah. Saya di dalam membahaskan rang undang-undang ini juga ingin memohon ataupun meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, adakah rang undang-undang ini juga melibatkan hakim-hakim Mahkamah Syariah?

final • 5:14 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ini kerana bagi saya, hakim-hakim Mahkamah Syariah juga bertanggungjawab di dalam mengembalikan integriti dan juga cuba mencapai keadilan kepada rakyat di negara ini mengikut Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Yang mana saya secara peribadi melihat pengiktirafan dari segi aspek kebajikan dan sebagainya tidak seperti yang diberikan kepada hakim-hakim mahkamah sivil. Bagi saya di dalam kerangka sekarang kedudukan Mahkamah Syariah sebagai contoh di Wilayah Persekutuan kerangkanya hanyalah di bawah di Jabatan Perdana Menteri yang mana ketua hakimnya secara teknikalnya hanyalah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman di KSN.

Bagi saya secara strukturnya juga ia tidak menterjemahkan kedudukan individu- individu yang patut melaksanakan aspek perundangan sebagai seorang hakim kerana Ketua Pengarah dengan izin just like other govenrment servant. Aspek ini penting dengan izin. Sekadar contoh yang saya boleh rujuk yang terkini ialah seperti contohnya bagaimana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bernama Yang Berhormat Dato' Seri Dr.

Ahmad Zahid bin Hamidi boleh memberi satu arahan supaya siasatan berkaitan dengan kes jenayah syariah diberhentikan. Bagi saya undang-undang syariah ataupun undang-udang sivil itu merujuk kepada satu sistem keadilan yang tidak patut mendapat campur tangan daripada mana-mana eksekutif.

Bagi saya, selagi struktur itu tidak dijelaskan maka kita akan melihat pelbagai campur tangan. Ini saya boleh cakap kerana saya juga terlibat di dalam melakukan kes-kes syariah yang sebelum ini yang melibatkan Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini. Saya memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang bila dan bagaimana perkara ini ingin dilakukan kerana ia melibatkan satu pindaan Perlembagaan melainkan perkara ini dibuat barulah satu integriti yang ingin dicapai ataupun reformasi perundangan yang cuba dicapai itu dapat dicapai, pada pendapat saya. Ini kerana di dalam memahami aspek integriti ini saya melihat, saya menghalusi pelan integriti nasional negara mengesampingkan aspek yang saya katakan sebagai dengan izin integrity of law ataupun integriti undang-undang kerana dia tidak membincangkan aspek itu. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang baru ini dapat memasukkan satu aspek integriti undang-undang yang bagi saya amat penting.

Memetik kata-kata seorang profesor tersohor undang-undang Perlembagaan di Universiti Yale, Prof. Stephen Carter di dalam bukunya yang bertajuk Integrity beliau mengatakan “the opposite meaning of integrity is corruption.” Jadi beliau dengan jelas mengatakan sekiranya integriti tidak dicapai yang timbul ialah korupsi ataupun rasuah.

final • 5:14 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi, saya menggesa dan memohon penjelasan ataupun satu tindakan daripada kerajaan terhadap permasalahan ini. Saya juga di sini merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan apabila satu usul mengenai integriti undang- undang berkaitan dengan satu siasatan jenayah dibahaskan di sini dan pada keesokan harinya satu pindaan dibuat di mana kuasa pendakwaan telah diberikan kepada Badan Pencegah Rasuah. Akan tetapi, isunya di sini tidak akan selesai dan integriti undang- undang itu seperti yang dibangkitkan di sini, the dignity of the rules of law in this country dengan izin tidak tercapai sekiranya sesiapa yang dilantik untuk mengepalai pendakwaan di Badan Pencegah Rasuah itu tidak mempunyai integriti iaitu agen-agen integriti itu juga penting.

Saya juga ingin membangkitkan isu mengenai penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya ingin menggesa satu tindakan ataupun pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih penuh iltizam oleh kerajaan terhadap Akta Bahasa Kebangsaan Negara dengan izin National Language Act. Ini kerana saya tahu akta tersebut dengan jelas dan ini merupakan hasil pejuang-pejuang bahasa negara sehingga berjaya terbentuknya, tergubalnya akta ini, kerana penggunaan bahasa Melayu di dalam sistem perundangan negara ini amat lemah. Jelas lemah.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu melencong sudah itu, melencong jauh sudah itu Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusof - Balik Pulau

Ya. Okey dengan izin. Ini untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Undang-undang kerana sekiranya kita berkunjung ke mahkamah-mahkamah, walaupun mahkamah tersergam indah, arahan untuk menggunakan bahasa kebangsaan seolah-olah macam satu arahan untuk dilarang merokok. Amat rendah martabatnya. Jadi mohon satu penjelasan.

Selain daripada itu, aspek yang akhir dalam membincangkan rang undang-undang ini ialah dalam kes-kes yang melibatkan sabitan salah ataupun wrongful commission di negara-negara lain, bidang kuasa yang lain ada terwujudnya. Contohnya di UK, criminal cases review commission dengan izin, kes-kes yang melibatkan miscarriage of justice, maka tidak perlu seorang itu membawa kes secara sivil dan kemudiannya akan menghabiskan kos yang lebih tinggi. Saya rasa perkara itu secara dasarnya boleh dibentuk oleh kerajaan sekarang ini. Sekiranya iltizam ke arah reformasi penerangan itu ikhlas, jujur dan sebagainya.

Saya dalam mengakhiri ini, sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan saya mendoakan agar beliau penuh iltizam dan seterusnya melakukan reformasi penerangan dengan ini dengan melihat segala kritikan yang berada di sebelah sini sebagai satu kritikan membina bagi membantu negara ini mencapai the dignity integrity of law in this country dengan izin. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin tumpang sama berbahas di peringkat dasar ini mengenai rang undang-undang yang ada di depan kita ini.

Disebutkan tadi mengenai pelantikan Judicial Commissioner dan juga hakim daripada kalangan orang-orang yang terlibat sebelumnya di dalam politik yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan ataupun conflict of interest dengan izin. Ini boleh berlaku apabila kadang-kadang hakim ini terpaksa berdepan dengan kes-kes yang melibatkan orang-orang politik di sebelah lawannya. Dalam kes ini mungkin kita boleh berkata, kita boleh memohon supaya hakim-hakim ini menarik diri, excuse himself dengan izin daripada mengendalikan kes-kes ini. Akan tetapi, ada juga kadang-kadang hakim- hakim ini memberikan penjelasan bahawa beliau tetap akan berlaku adil dan rekod-rekod politik sebelum ini tidak akan menjejaskan keadilan yang akan beliau hand down dalam mana-mana kes yang dibicarakan di hadapan beliau.

Saya menyebut ini bukan apa, kerana ada pernah berlaku sekali saya menyaman seorang OCPD, Ketua Polis Daerah kerana pada anggapan saya beliau dan juga pasukan polis ketika itu menahan, menangkap saya, meletakkan saya di dalam lokap kerana berceramah dikatakan tanpa permit tetapi telah dibuat di dalam premis yang pada fahaman saya dan dinasihatkan oleh peguam saya, memang boleh kita mengadakan ceramah itu dalam premis yang kita punya yang berpagar tetapi OCPD berpandangan lain. Jadi untuk menyelesaikan perkara ini, saya bercadang untuk membawanya ke mahkamah supaya diberikan satu ruling, satu penghakiman untuk menjadi teladan dan juga petunjuk kepada kes-kes pada masa akan datang. Jadi hakim yang dicadangkan untuk mengadili kes ini pada ketika itu ialah hakim yang pernah menjadi Ahli UMNO seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju.

Peguam saya telah berhujah bahawa kemungkinan kes ini tidak akan diberikan keadilan sewajarnya kerana yang diadili ini seorang daripada parti yang berlawan tetapi hakim itu menetapkan bahawa beliau akan berlaku adil. Apabila berlaku perdebatan mulut begitu, hampir-hampir peguam saya ini termasuk dalam sempadan contempt. Jadi bila kata sudah hendak masuk contempt ini, maka peguam saya pun menarik baliklah bantahan itu.

Walau macam mana pun akhirnya kes itu dibicarakan oleh hakim yang lain. Jadi tidaklah timbul masalah tetapi kalau berlaku hal itu, memang susahlah sikit saya untuk mengendalikan kes saya tersebut.

final • 5:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi, kesan daripada pelantikan hakim di kalangan orang-orang yang telah berkhidmat dalam parti politik ini cukup besar kerana mungkin pada masa akan datang ramai lagi ahli-ahli politik kita yang akan diadili atas apa-apa juga sebab, betul atau tidak betul, fitnah atau tidak fitnah dan ini akan mungkin di hadapan hakim-hakim sedemikian.

Jadi saya hendak mintalah supaya ada satu kaedah ataupun peraturan dalam pelantikan hakim-hakim ini tidak diambil daripada kalangan orang-orang yang pernah berkhidmat dalam politik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bertanyalah kepada Yang Berhormat Menteri bahawa di Kota Bharu ini, beberapa tahun dulu saya dimaklumkan ada tiga orang hakim yang mengendalikan kes-kes di peringkat Mahkamah Tinggi. Dua Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang Pesuruhjaya Kehakiman. Akan tetapi, kebelakangan ini hanya ada seorang sahaja hakim yang mengadili kes-kes ini di Kota Bharu. Soalan saya, apakah Kota Bharu ini sudah tidak ada kes-kes yang cukup banyak untuk diadili kerana keadaan sudah bertambah baik ataupun memang tidak cukup tenaga untuk dihantar ke sana? Jikalau ini berlaku sebenarnya, mungkin ini satu keadaan yang perlu diperbaiki kerana kekurangan hakim-hakim ini akan tentulah melewat-lewatkan pengadilan diberikan kepada orang-orang yang sepatutnya dibicarakan di depan hakim-hakim di peringkat Mahkamah Tinggi ini. Jadi minta penjelasan tentang itu.

Seterusnya yang ketiga saya hendak bertanya oleh kerana kita baru-baru ini telah meluluskan rang undang-undang mengenai saraan menambah umur pencen kita daripada 56 tahun kepada 58 tahun. Jadi saya ingin bertanya sama ada kerajaan juga bercadang untuk mengemukakan cadangan supaya umur hakim juga yang dulunya daripada 65 tahun kepada 66 tahun akan dilanjutkan kepada 68 tahun? Mungkin tidak ada kepentingan di sana kerana umur 66 tahun itu pun kira sudah panjang tetapi kalau...

final • 5:23 PM

Seorang ahli

[Menyampuk] 68 tahun, okey.

final • 5:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

68 tahun okey? Ya, 68 tahun lebih baiklah. Nanti kalau ada pertambahan kakitangan kerajaan kepada 60 tahun, mungkin kita minta kepada umur 70 tahun pula. Cuma saya hendak bertanya sama ada, ada dalam perancangan kerajaan untuk mengemukakan pindaan terhadap umur bersara para-para hakim ini?

Seterusnya yang keempat dan terakhir Tuan Yang di-Pertua, kita mengetahui bahawa kehidupan para-para hakim ini kalau ikut maklumat yang kita ketahui, sangatlah membosankan. Kehidupan luar mahkamah bukan kehidupan dalam mahkamah. Dalam mahkamah memang hakim ini kira cukup meriahlah macam kedudukan Speaker juga.

Memang seronok, memang ada...

final • 5:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seronok? Tidak seronok. [Ketawa]

final • 5:23 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan sikit Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:23 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Krai, mana dia tahu yang hakim-hakim ini kehidupan dia bosan ini? Pernah jadi hakim ke?

final • 5:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Memanglah saya tidak pernah jadi hakim. Jadi doktor ini pun kadang-kadang membosankan juga.

final • 5:23 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Cuma kita dimaklumkan hakim-hakim tidak boleh bergaul secara bebas dengan orang, pergi ke majlis-majlis yang dilihat bergaul dengan peguam-peguam yang mungkin satu hari akan berada di depan beliau. Jadi nampak macam tidak ada satu life yang interesting dengan izin kepada hakim-hakim ini.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Kedai kopi pun tidak boleh.

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kedai kopi tidak boleh. Pergi rock konsert lagi tidak boleh. [Ketawa]

final • 5:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu yang dia suka.

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi persoalan kita bagaimana kita hendak mencadangkan satu imbuhan atau satu keadaan di mana hakim-hakim ini tidak terjebak dengan perkara-perkara yang hendak melarikan diri daripada kebosanan ini sampai timbul pergi keluar ditanggung oleh lawyer, bercuti di...

final • 5:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Pakai rambut palsulah. [Ketawa]

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi saya hendak bertanya, ada tidak agak-agaknya kerajaan bercadang untuk memulihkan cara hidup hakim ini supaya interesting dalam court dan interesting juga di luar mahkamah? Jadi saya rasa itu saja untuk minta penjelasan. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jadi kalau tidak ada Ahli Yang Berhormat berucap, saya persilakan Yang Berhormat Menteri kalau bersedia menggulung perbahasan.

Jangan ganggu Yang Berhormat Menteri ya. Dari tadi dia betul-betul mendengar semua hujah Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab cadangan, penjelasan dan hujah Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai tidak ada sekarang ini. Saya ingin memberi satu kenyataan mengenai tuduhan Yang Berhormat Wangsa Maju dan beberapa orang lain termasuklah Yang Berhormat Pasir Mas kononnya saya tidak jawab soalan, saya lari dari Dewan. Saya tidak hadir semalam dan kononnya kerana saya sama ada cuai, takut, gagal melaksanakan jawatan saya dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sejak saya jadi Menteri, saya tidak pernah tidak hadir di Dewan bila ada tugas. Maksud saya, tugas saya ialah untuk menjawab soalan, membentangkan rang undang-undang dan persoalan-persoalan yang timbul. Apa yang berlaku minggu lepas semasa sepuluh hari saya tidak ada, saya hadir di mesyuarat antarabangsa yang merupakan tugas saya. Mengenai masa penggulungan yang ditimbulkan oleh wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab ini, persoalannya mengapa saya tidak hadir. Dalam segi prosedurnya dan seperti yang diperjelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua semalam, semasa menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, nama-nama Menteri diberi kepada Dewan untuk menjawab. Saya bukanlah salah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menggulung Rancangan Malaysia, Kedua. Sebab itulah saya tidak hadir semalam walaupun ini banyak menimbulkan macam-macam tohmahan.

Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa saya akan terus berani menjawab dan memperjelaskan. Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab ini. Cuma satu perkara lagi yang perlu difahami oleh Ahli-ahli Dewan yang merungut mengapa saya tidak banyak hadir di Dewan ini, seperti saya katakan, saya bukanlah Ahli Dewan Rakyat. Saya Ahli Dewan Negara dan secara konvensinya, secara lazimnya dan secara wajarnya jika seseorang itu bukan Ahli Dewan, maka dia tidaklah diperlukan di Dewan ini kecuali untuk melaksanakan tugasnya sebagai Menteri.

Jadi, perkara ini perlu difahami kerana jika saya misalnya sebagai seorang Ahli Dewan Negara berada dalam keadaan pengundian misalnya ataupun perkara-perkara yang menimbulkan penentuan sikap, saya sebagai seorang Senator tidak seharusnya berada kerana saya tidak boleh mengundi kerana Perlembagaan kita jelas melarang seseorang itu mempunyai kononnya dua kedudukan sama ada di Dewan Negara atau di Dewan Rakyat.

Jadi kekurangan kehadiran itu saya harap dapat juga difahami dalam semua segi.

final • 5:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 5:31 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Penjelasan yang ketiga ialah saya perlu teruskan ialah saya tadi disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebagai Menteri undang-undang.

Ada yang kata Menteri Kehakiman. Kawan saya daripada Pasir Salak ada pernah tegur saya de facto law minister kerana di akhbar pun menyebut de facto law minister.

final • 5:31 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 5:31 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Jadi sebenarnya saya bukan ‘Menteri Kehakiman’, bukan ‘Menteri Perundangan’, bukan de facto law minister. Saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Salah seorang daripada empat dan tugas saya ialah apa-apa yang diperuntukkan oleh jabatan ataupun oleh Perdana Menteri, maka itulah tugas saya. Jadi kerana significantnya kita perlu fahami. Saya hanya boleh melakukan sesuatu bila ada persetujuan dari pihak-pihak tertentu dan saya juga tidak ada kuasa ke atas peguam negara misalnya.

Dari segi strukturnya, peguam negara bukanlah accountable ataupun bertanggungjawab kepada saya. Begitu juga Ketua Hakim Negara. Saya tidak boleh mengarahnya dan juga Ketua Hakim Sabah atau Borneo. Bila kita bercakap mengenai permasalahan, seolah-olah Tuan Yang di-Pertua saya yang salah. Akan tetapi saya terima itu pandangan.

final • 5:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:31 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sekejap ya kawan, sahabat saya. Saya akan beri cuma...

final • 5:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Atas tajuk yang ini. Before you move on to another tajuk. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri menyebut Yang Berhormat bukanlah de facto law minister dengan izin dan bukan juga Menteri Kehakiman. Yang Berhormat adalah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin mendapatkan penjelasan iaitu adakah Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab atas soal kehakiman ataupun saya put in different way dengan izin is judiciary is part of your portfolio. Bagi saya sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, kita baca di dalam akhbar, berkali-kali Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri adalah Menteri yang bertanggungjawab soal kehakiman. Banyak kali keluar dalam paper. [Tepuk] Jadi dengan sebab itu, kita mengandaikan ataupun beranggapan bahawa Yang Berhormat Menteri adalah Menteri yang bertanggungjawab soal kehakiman. Istilahnya sama ada de facto atau tidak de facto, itu tidaklah begitu penting. Sekian, terima kasih.

final • 5:31 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Bila kita ini seorang Menteri yang tidak ada portfolio, itu maksudnya bila seseorang itu dilantik, maka butir-butiran tanggungjawab itu ada. Bukan tidak ada. Cuma bila kita sebut soal judicial, dia banyak aspek dalam soal itu. Soal mahkamah sama ada pentadbiran, kewangan, pengurusan dalaman. Jadi walaupun ada unsur-unsur ataupun ciri-ciri tertentu dalam soal kehakiman, saya bertanggungjawab dalam surat pelantikan itu.

Yang ingin saya perjelaskan ialah banyak lagi perkara-perkara lain. Misalnya peraturan-peraturan mahkamah, code of ethic yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, mengapa tidak dilaksanakan, mengapa tidak ambil tindakan, itu semua luar daripada bidang saya.

final • 5:31 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Jadi tujuan saya perjelaskan ini supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat sikit gambaran bahawa mungkin dalam keghairahan saya ataupun enthusiasm saya untuk melakukan sesuatu, mungkin saya terlebih sedikitkah dari segi perkara-perkara yang perlu diperbetulkan. Hasrat saya sebenarnya kadang-kadang mungkin tidak setimpal dengan kuasa saya, itu saya akui saya orang baru. Mungkin, tetapi saya perjelaskan ini supaya..

saya juga tidak mahu kerana saya dengar banyak tuduhan tentang ini. Bukan sahaja petang inilah.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Dalam masa tiga bulan ini saya sudah banyaklah dapat seruan untuk letak jawatan, macam-macam sebablah. Ada sebab kenyataan saya dalam akhbar, ada sebab saranan saya untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, ada sebab-sebab macam-macam. Jadi itu pun cadangan yang saya pertimbangkan, saya tidak suka memperlekehkan cadangan sesiapa. Semua cadangan kita perlu pertimbangkan...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Cuma...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya salah seorang daripada yang mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya pelantikan Yang Berhormat Menteri disemak semula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu dulu tetapi sekarang ada perubahan, okey kita boleh terima.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tidak, saya tidak ada kecil hati dengan kawan saya dari Pasir Salak.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa perubahan dia Yang Berhormat Pasir Salak?

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Perubahan? Menunjukkan lebih bertanggungjawab.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tadi juga Yang Berhormat Wangsa Maju menggunakan perkataan pelantikan saya ini tidak wajar kerana katanya “back door”, dilantik sepatutnya orang yang Ahli Dewan Rakyat. Persoalan itu bukanlah untuk saya menjawab kerana ini adalah pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Wangsa Maju bolehlah mengemukakan perkara itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam sejarah negara kita kadang kala ada juga Menteri yang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 5:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Melalui pelantikan senator.

final • 5:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Penjelasan?

final • 5:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Di sini.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yes, yes.

final • 5:40 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri ada nyatakan tadi mengenai masuk Dewan Rakyat ini melalui pintu belakang. Yang Berhormat Wangsa Maju cakap dan apa yang dicakapkan, benar. Kerana bolehkah saya dapat tahu, Yang Berhormat ada bertanding bagi kerusi Kota Bharu dalam Pilihan Raya Umum tahun 2004.

Kenapa Yang Berhormat tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding semula di Kota Bharu dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008? Adakah sebab kenapa itu terjadi. Boleh saya dapat tahu? Jika dipilih dan menang, masuk dari pintu depan.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya memang saya bertanding 2004 dan saya menang. Sebab saya tidak dipilih saya tidak dapat kepastian dan saya tidak mahu membuat andaian tetapi saya rasa ungkapan “back door” itu pada rasa saya tidak begitu tepat. Seolah-olah mereka telah dilantik Menteri melalui senatorship ini kurang upaya ataupun kurang baik kerana Perlembagaan kita membolehkan dan saya rasa itulah sedikit sebanyak penjelasan mengenai kerana Menteri yang dilantik daripada Dewan pun ada juga yang baik dan yang tidak baik. Menteri yang dilantik daripada luar pun kadang-kadang boleh jadi baik. Jadi saya rasa soal proses pelantikan itu tidaklah begitu penting. Saya ingin menyebut...

final • 5:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sekejap, saya ...

final • 5:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit sahaja, saya ada satu perkara yang penting Yang Berhormat. Saya keliru, adakah Yang Berhormat ini Menteri de facto undang- undang atau Menteri Kehakiman atau bukan Menteri langsung tetapi sekarang dihantar untuk membuat jawapan sementara kerana saya, Ahli-ahli Parlimen pun saya rasa Yang Berhormat macam round the mulberry bush. Tidak jawab, katakan saya bukan Menteri, saya tidak ada kuasa, saya ada kuasa, saya tidak ada kuasa, semalam tidak datang kerana arahan...

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh bagi tahu?

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya terkejutlah Yang Berhormat Ipoh Barat sebagai seorang peguam tidak faham penjelasan yang begitu mudah.

Penjelasan yang saya beri dari segi skop tanggungjawab saya mengikut pelantikan. Saya bukan memberi penjelasan untuk lari daripada Yang Berhormat Ipoh Barat, saya hanya menerangkan bila seseorang itu Menteri yang tidak ada portfolio, inilah sedikit sebanyak kesan. Itu satu, saya ingin teruskan perkara yang ditimbulkan mengenai ex-gratia. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya benarkan semua hari ini kita tidak habis.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang sama Yang Berhormat Menteri kerana ini floor Yang Berhormat Menteri. Kalau tidak mintak kebenaran pun boleh.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Minta maaf saya telah tunggu tiga jam setengah untuk berdiri menjawab. Jadi saya harap saya dapat teruskan.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Soal ex-gratia kerana inilah tajuk utama, salah satu yang ditimbulkan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Timur dan lain-lain lagi

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya ingin menjelaskan.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada, itu tidak terlibat saya itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Memang soal krisis tahun 1998 mengenai jawatan hakim-hakim. Kita boleh bincang sehari, dua hari, seminggu. Kita semua punyai pendirian masing-masing. Sudah tentunya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yang Berhormat Pasir Mas dan ramai lagi yang berpendapat apa salahnya keputusan dibuat oleh sebuah tribunal yang sah. Ada juga hakim-hakim luar negara, seolah-olah bila ada hakim luar negara itu semuanya betul. Hari ini kita dengar pula kononnya mengikut Yang Berhormat Pasir Mas ada sebab lain selain daripada pertuduhan yang diberi.

Tuan Yang di-Pertua, kes ini telah memecahkan masyarakat kita. Masyarakat antarabangsa, pandangan mereka terhadap judiciary. Saya tidak berniat untuk terbalikkan persoalan sama ada tribunal itu membuat keputusan yang wajar atau tidak atau kerana sebab-sebab rasmi kita semua tahu. Apa yang saya ingin perjelaskan mengenai soal ex- gratia ini dan ada mengatakan ex-gratia ini adalah satu usaha untuk menutup perkara ini kerana mereka daripada golongan ini mahukan satu lagi tribunal baru untuk mencari punca sebenar, siapa yang bersalah. Jadi bila saya jadi Menteri saya mencadangkan. Pada pandangan saya, itu adalah satu perkara yang berlaku yang menyedihkan saya. Saya rasa apa pun asas ataupun penjelasan rasmi...

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Sesuatu perkara yang berlaku yang begitu membebankan hakim-hakim tersebut dan telah menimbulkan satu keadaan di mana ramai pihak termasuklah badan-badan antarabangsa yang melihat kita ini sebagai satu negara yang mencampuri, yang menindas hakim-hakim. Jadi saya mencadangkan dan kerajaan menerima supaya kita bantu hakim-hakim ini kerana kesan daripada pemecatan itu.

Sekurang-kurangnya kita memberi bukan pampasan, ini ialah perkataan yang disebut tetapi satu hadiah kepada jasa mereka kepada... memandangkan keadaan mereka, ada yang sukar untuk mendapat kerja. Ada yang dalam keadaan yang agak... tetapi yang penting ialah cadangan ini diterima oleh hakim-hakim ini.

final • 5:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Diterima dan bukankah penerimaan ini menjadi satu perkara yang perlu kita ambil kira? Apakah hanya pendapat kita sahaja yang penting? Apakah hanya pemikiran politik sahaja penting? Bukankah hadiah ini diterima dengan suka-suka hati oleh mereka?

Sesuatu yang juga kita perlu ambil kira. Mungkin ini adalah sesuatu perkara yang baik.

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Timbul...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju, tadi Menteri cakap dia tidak minta diganggu lagi. Betul juga. Saya duduk sini bincang...

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Dan timbul soal jumlah. Mengapa tidak diberitahu? Saya perjelaskan perkara ini, tetapi saya akan jelaskan lagi. Semasa saya memulakan perbincangan, pada mulanya dengan Tun Salleh dan selepas itu dengan rakan-rakan yang lain, mereka juga merasakan pada mulanya, patutkah mereka menerima ini? Apakah ini satu cara untuk kita menghargai, seperti yang dikatakan tadi. Apa orang akan kata? Ada orang kata kalau jumlah ini tidak patut, wajar, tidak wajar. Ia akan jadi satu isu besar.

Mereka ini sudah hilang daripada line lama. Mereka tidak mahu publisiti pada masa itu, pada perbincangan awal.

Jadi adalah cadangan ditimbulkan. Saya kata, “Hadiah ini tidaklah perlu kita umumkan. Ini hadiah ikhlas kerajaan”, dan mereka menerima. Kalau ini pun mereka terima, tidakkah boleh kita terima dengan hati yang terbuka, bahawa ini adalah juga untuk kebaikan mereka. Mungkin dari segi security saya tidak tahu. Mungkin dari segi semua ini, tetapi inilah sesuatu yang diterima oleh mereka.

Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini, selain daripada perbincangan, bukan jumlah, bukan. Apa pun kerajaan, kesimpulannya, apa pun yang kerajaan hendak beri, kita terima tetapi tidak usahlah kita hebohkan jumlah ini. Saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya tetap dengan pendirian saya. Saya mesti menghormati apa-apa yang kita telah persetujui dengan mereka. Bukan kerana kita hendak selindung apa-apa. Kerajaan membayar ex gratia, ini bukan kali pertama Tuan Yang di- Pertua. Ia banyak instances, insiden-insiden, hal-hal tertentu di mana, walaupun dari segi undang-undangnya, dari segi itu dan ininya...

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Akan tetapi dari segi kemanusiaannya, dari segi kepentingan sesuatu aspek, kita memberi hadiah ex-gratia ini, dan kita tidak pernah umum, maka timbullah orang-orang yang menyangka ini adalah rasuah, seolah-olah rasuah. Itu perkataan. Konon, sebab ada sesetengah hakim itu, bila pemberita dan TV datang, mereka meluahkan yang terpendam selama 20 tahun.

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Boleh minta penjelasan?

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Jadi,.. No! Saya belum habis. Apa yang saya kata ini tidak rumit. Tidak perlu penjelasan. Kita telah dengar, saya ingin...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah dengar. Pasal itu hak dia untuk tidak beri laluan. Kita hormati hak masing-masing.

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Maka dituduhlah, saya bawa TV, pemberita, saya ke rumah mereka. Ini perkara luar biasa. Saya bawa cek, kononnya hendak dapat publisitilah dan sebagainya.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

So, Yang Berhormat Menteri, itu perkara kecil. We can accept.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

No! I have to explain Sir.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

I want to Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, biar kita dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

This one very pertinent.

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

One very pertinent. Minta sikit sahaja.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Minta maaf. Saya hendak teruskan.

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya tidak...

final • 5:50 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Kita terima.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Soal terima, tidak terima, terpulang. Ini ada yang meminta penjelasan tadi sebelum saya jawab pun sudah kata, apa-apa penjelasan kita tidak terima. Ada orang macam ini. Namun, saya memberi penjelasan kepada yang lain.

Saya ke rumah mereka kerana dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya secara peribadi, saya merasakan George Seah lumpuh. Dia tidak boleh berjalan, dia tidak boleh bercakap, satu. Hakim-hakim lain juga agak uzur sesetengahnya. Jadi, saya merasakan apa salahnya kita ke rumah mereka dan memberikan cek itu.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okeylah, tidak ada salah itu, okey. We can accept. I want to go, Tuan Yang di-Pertua one very important. Satu. Yang Berhormat Menteri, upon the law, you are Minister of Law. Boleh?

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

No, no, no. Later, later.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebab ini perkara, saya ingat hendak...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, tolong duduk dulu Yang Berhormat Pasir Salak. Yang tadi saya dengar, saya pun panas badan saya apabila tuduhan-tuduhan dibuat ke atas Yang Berhormat Menteri, tetapi dia duduk dengan tenang tanpa ada mengganggu pun. Jadi, biarlah kita dengar apa penjelasan beliau.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri dengar sebab dia ada peluang untuk menjawab. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri bercakap dalam jawapan dia dan ada persoalan-persoalan yang menjadi perkara yang mesti di...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham itu tetapi dia...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau tidak, tidak selesai perkara ini.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak bagi laluan. Itu hak dia.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sekejap lagi.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya, perkara yang petty itu, yang remeh-temeh pasal kamera TV itu, tidak apalah. Kita...

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tetapi...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okeylah itu.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak payah explain. Kita terima sahajalah.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Takkanlah cara saya jawab pun perlu diluluskan oleh pihak-pihak tertentu. Biarlah saya jawab dengan cara saya, pettykah, tidak pettykah...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya menganggap tuduhan ini...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuduhan ini serius. Tuduhan bahawa saya membawa kamera TV dan...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Perkataan yang digunakan seolah-olah lepas itu...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya dapat tahu, Yang Berhormat Menteri, jika tidak kami keluar dari Dewan ini. Tidak payah duduk di sini dan...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

...Dengar apa yang dia katakan.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, beritahu, mahu beri jalan atau tidak?

final • 5:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

…We just go back.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:50 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jika tidak kami boleh keluar.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please! Please! Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam peraturan mesyuarat kita, apabila seorang Ahli Yang Berhormat sedang bercakap dan ada Ahli Yang Berhormat ingin mencelah dan tidak diberi laluan, itu hak dia, tetapi apabila seorang Ahli Yang Berhormat yang diasak berjam-jam, dia dengan tenang menerima dan lepas itu menjawab. Ada pula tindakan untuk mahu keluar, tidak mahu dengar, saya susah hendak cakaplah. Adakah itu satu gentlemanly behaviour from Parliamentarian or not, that I do not know! Kerana itu peraturan mesyuarat.

Jadi, di dalam perbahasan sememangnya apabila sudah masa kita untuk menghentam Ahli Yang Berhormat yang perlu dihentam, oh, kita ghairah. Apabila ada dalam isi hati kita meronta untuk keluarkan dan hak dia untuk tidak beri laluan, kita boikot.

Terpulanglah kepada Ahli Yang Berhormat. Itu peraturan mesyuarat, bukan saya buat-buat.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada boikot Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak ada boikot.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini tidak ada boikot. All we are asking is some flexibility.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi dia tidak hendak beri laluan.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia hendak.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak boleh paksa dia.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh, sikit-sikit.

final • 5:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dia hendak.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak beri laluan ke tidak?

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya ingin habiskan...

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kita berbahas.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Duduk dulu.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mahu beri laluan ke tidak?

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya ingin habiskan aspek ini dulu. Lepas itu saya bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Beri dia peluang dulu. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Jadi, tuduhan dibuat bahawa ini adalah seolah-olah rasuah, duit ex gratia ini rasuah supaya menutup, bukan sahaja menutup mulut tetapi seolah-olah salah seorang daripada Yang Berhormat tadi mencadangkan, kononnya hakim- hakim itu saya ajar untuk mereka memperkatakan sesuatu.

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan dan pandangan seperti ini pada saya adalah tidak ada asas. Kalau hendak tanya mereka, pergilah. Saya tidak meminta sesiapa untuk berkata apa-apa pun. Cuma saya ingin kita faham, mereka juga manusia yang merasakan mereka begitu lama dianiaya dan ada sesetengah mereka yang membuat kenyataan dan ada yang tidak.

final • 5:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Jadi, soal kita kerajaan mengatur perkara ini, itu adalah satu tuduhan jahat dan kita mesti menolaknya sama sekali. Penjelasan?

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya perkara soal bawa televisyen kah, apa kah, ini remeh. Tidak mengapa, okey kita boleh ignore. Soal pergi rumah pun, okey lah bolehlah hendak pergi, hendak sampaikan. Kita boleh terima dan soal hendak mengatakan rasuah pun, saya pun tidak bersetuju yang itu dikatakan rasuah, hadiah. Okeylah hadiah.

Saya hendak tanya satu perkara yang penting iaitu berhubung dengan kedudukan penghakiman oleh panel yang dibentuk oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Proses kehakiman, due process of law, yang mana akhirnya keputusan telah dibuat. Saya hendak tahu, Yang Berhormat Menteri menerima atau tidak kehakiman yang dibuat itu?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Adakah Yang Berhormat Menteri mempertikaikan bahawa keputusan tempoh hari merupakan keputusan yang salah, tidak betul kerana ini ada dia punya danger here, you know. Yang Berhormat Menteri kalau disebut di luar pun, Yang Berhormat Menteri boleh didakwa sebagai contempt, contempt of court, menghina mahkamah, menghina keputusan tribunal. Ini serius! Jangan main-main... [Disampuk] I may not be a lawyer, tetapi dengan izin, this is how I interpret the law. Ha, itu sebabnya. Okey, lagi satu. Sudah lupa pula sudah... [Ketawa]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia sudah lupa sudah. Sila Yang Berhormat Menteri. Sudah lupa. Jangan teringat lagi selepas itu Yang Berhormat ya.... [Ketawa]

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Soal ex-gratia ini seperti yang saya perjelaskan tidak timbul soal kita mengatakan kerajaan bersalah ataupun tribunal bersalah. Cuma kesan dari keputusan yang menyebabkan kita membuat tindakan ataupun cadangan membayar ex- gratia. Jadi soal contempt, soal apakah status mereka-mereka yang di dalam tribunal itu tidak terjejas. Saya ingin juga menyebut mengenai soal...

final • 6:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan sedikit.

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya hendak habiskan point ini, selepas itu boleh. Soal Bar Council. Memanglah episod tahun 1988, episod pemecatan hakim-hakim telah banyak melibatkan peguam-peguam, itu adalah satu hakikat. Saya merasakan, kita merasakan untuk mencari closure, dengan izin, ataupun untuk seolah-olahnya walaupun tidak semua pihak akan berpuas hati. Saya merasakan bahawa jika kita umumkan kesanggupan kita memanggil balik hakim-hakim ini di dalam satu majlis di mana pihak ketua kerajaan kita membuat ucapan dan memberi jaminan mengenai soal ex-gratia dan soal untuk mengembalikan penghormatan kepada badan kehakiman. Maka badan yang paling sesuai untuk menguruskannya ialah Majlis Peguam dan sebab itulah kita meminta mereka memanggil peguam-peguam khususnya mereka yang terlibat pada tahun 1988 dan hakim- hakim ini. Mereka yang paling berupaya untuk menguruskan.

Sebenarnya fungsi ini jika dibuat oleh kerajaan, kita merasakan kalau dari segi organisasinya memang kerajaan membayar kos jamuan ini. Sepertilah sebelum itu pun kerajaan pernah dan selalu memberi sumbangan kepada Bar Council dan juga badan- badan NGO yang lain. Ini tidak bererti mereka telah compromise prinsip mereka. Itu hanya bererti bahawa dalam soal ini, soal kita mahu memulihkan judiciary, soal kita mahu memulihkan kepercayaan orang ramai, peguam khususnya, bahawa kerajaan serius dalam usaha kita untuk memperbaiki badan kehakiman ini. Maka disediakan satu jamuan bersama-sama dengan hakim-hakim yang dipecat.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan. Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai closure kepada krisis kehakiman 1988 dan memanglah bukan sahaja oleh sebab krisis kehakiman 1988 di mana Yang Berhormat Menteri ada mengakui ada memecah negara kita dan reputasi kita di dunia sudah jatuh. Bukan sahaja enam orang hakim menjadi mangsa tetapi satu generasi rakyat Malaysia menjadi mangsa yang tidak menikmati satu sistem kehakiman yang adil. Apakah yang akan berlaku dalam perkara ini?

Bukankah perlu satu closure yang adil mengenai di mana satu generasi rakyat Malaysia 20 tahun yang tidak menikmati satu sistem kehakiman yang adil, atau mangsa- mangsa yang lain sama ada sekarang Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Yang Berhormat Lim Guan Eng atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi mangsa-mangsa ini.

Bukankah satu tindakan perlu diambil supaya satu closure yang adil diadakan?

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, closure bukanlah sesuatu yang bergantung kepada satu perkara atau sesuatu tindakan. Itu saya setuju. Closure ialah satu proses dan banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan untuk menjamin kebebasan badan kehakiman, pengurusan kehakiman, hakim-hakim yang layak, yang berkebolehan, yang berintegriti dan kemudahan infrastruktur. Itu adalah satu proses yang memakan masa.

Apa yang boleh saya katakan adalah menjadi hasrat kerajaan untuk dengan pendekatan yang ada sekarang, untuk mengambil tindakan-tindakan. Maka timbul juga persoalan kononnya saya berjanji hendak menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Judicial of Commission…

final • 6:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ada, saya habiskan ayat...

final • 6:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, ini atas isu yang sudah lepas. Ex- gratia payment.

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Let me finish my sentence on Judicial Appointment Commission ya.

final • 6:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Okey, all right, all right.

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya ingin menarik perhatian yang kononnya saya berjanji untuk menubuhkan Judicial Appointment Commission dan membawa pada bulan lima disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, bulan enam dan sekarang ini sudah bulan tujuh.

Saya ingin memperjelaskan dalam soal itu. Memang saya agak optimistik dan saya merasakan saya sempat dan boleh mengemukakan rang undang-undang itu dalam Dewan ini dalam masa ini. Itu saya akui dan saya minta maaf saya gagal untuk melakukannya sekarang ini kerana saya cuba dan telah pun kemukakan perkara ini tetapi kerajaan merasakan ada lagi perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan, dikemaskinikan dan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau mengatakan penubuhan ini akan berlaku. Cuma soal komposisi yang saya cadangkan ataupun prosesnya mungkin perlu kita perbaiki. Sila Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Mengenai ex-gratia payment. Ex-gratia atau hadiah pemberian bukan rasuah. Berapakah yang dibayar, kenapa dirahsiakan?

Kenapakah kami tidak boleh dapat tahu berapakah dibayar, adakah ini daripada public funds atau sludge fund Barisan Nasional?

final • 6:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Soalan sludge fund ataupun duit kerajaan? Memang bayaran ini dibuat dari duit kerajaan. Mengapa? Saya telah perjelaskan tadi. Mengapa tidak kita umumkan itu semata-mata kerana saya telah pun memberitahu dalam perbincangan awal tadi dengan Tun Salleh dan hakim-hakim lain adalah kehendak mereka supaya apa pun yang hendak diberi usahlah kita heboh-hebohkan. Jadi Kerajaan berpendapat bahawa ini adalah sesuatu perkara...

final • 6:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Security reason.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Boleh kita terima. Jadi saya minta kepada Yang Berhormat supaya dapat menerima request ini. Supaya kita tidak umumkan. Itulah sebab, tidak ada sebab lain mengapa kita tidak boleh umumkan.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan dengan wang kerajaan yang dikatakan boleh kamu sahkan wang kerajaan yang dimaksudkan itu, wang rakyat.

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Wang rakyat.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yes. Wang kerajaan itu memang wang rakyat.

final • 6:10 PM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jika apa yang dibayar tidak diumumkan.

Adakah ini bermakna dalam laporan audit ini tidak dikategorikan di mana-mana. Adakah itu tujuan kerajaan?

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tidak. Saya rasa perkara ini bolehlah kita rujuk kepada Perbendaharaan. Cuma saya hanya menceritakan mengapa kita tidak umumkan itu adalah kerana kehendak. Akan tetapi dari segi prosedur, financial procedure dan sebagainya kita ikutlah apa yang diperlukan. Ia bukan sulit dari segi itu. Cuma kita tidak mahu umumkan seperti yang saya katakan tadi buat masa ini.

Namun, kalaulah peraturan kewangan kita memerlukan maka tunggulah masa sedikit kita akan tahu perkara ini. Itulah sebab seperti apa yang saya jelaskan tadi mengapa buat masa ini kita tidak umumkan jumlahnya. Saya ingin teruskan balik kepada...

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun] [Menyampuk]

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Itu tadi amat menarik mengenai dengan closer dengan episod 88 ini. Yang Berhormat juga mengatakan dinner ini sesuailah dianjurkan oleh Majlis Peguam. Bolehkah Yang Berhormat beritahu pada Dewan yang mulia ini pada tahun 1988 Yang Berhormat ini sebagai seorang Presiden Muslim Lawyers Association menyokong pemecatan Tun Selleh Abas dan hakim-hakim yang lain. Saya ada keratan surat khabar yang pertama.

Yang kedua, sila beritahu Majlis Dewan yang mulia ini juga berapakah kerajaan belanja untuk Majlis Makan Malam, Majlis Peguam itu? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, soalannya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju ini ditimbulkan beberapa kali oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan pihak-pihak lain, saudara Zainol Zakaria dan sebagainya.

Kedudukan saya seperti berikut, dalam soal pelantikan tribunal itu pada masa itu.

Kedudukan Majlis Peguam ialah Tun Hamid tidak layak untuk menjadi Pengerusi Tribunal kerana conflict of interest, alasan ya. Itulah pendapat ramai peguam mengenai kedudukan, kerana beliau pada masa itu ialah second in line, dengan izin, orang yang kedua di bawah Tun Salleh. Maka anggapan sesetengah pihak ialah keputusan yang dibuat sudahnya akan memihak kepada beliau. Ini kerana kalau Tun Salleh tidak ada maka sudah tentunya dia akan mendapat manfaat daripada keputusan tersebut.

Akan tetapi, saya berpandangan dan ramai juga yang berpandangan seperti saya peguam ialah pada masa itu kerana peruntukkan Perlembagaan dan penubuhan tribunal tersebut. Ini kerana peruntukan pada masa itu 1988, apabila kita hendak menubuhkan tribunal Pengerusinya mestilah the Lord President, orang yang pertama. Itu keperluan and in his absence the next in line maknanya orang yang nombor dua. Ini kerana mungkin semasa kita merangka Perlembagaan itu kita tidak memikirkan bahawa Lord President menjadi orang yang akan di pecat.

Jadi tafsiran saya dan mana-mana pihak bahawa Tun Hamid pada masa itu tidak ada pilihan. Bila Duli Yang Maha Mulia melantik beliau sebagai Pengerusi Tribunal maka itulah perbezaan saya, pendapat saya dengan Majlis Peguam pada masa itu dan perkara ini ditafsirkan oleh banyak pihak hal sebagai saya menyokong pemecatan Tun Salleh Abas.

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hal, ex-gratia bukan hal ini.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Nanti sekejap saya hendak habiskan jawapan tadi. Maka timbul seolah-olah saya menyokong pemecatan ini. Saya telah pun dijelaskan, mungkin pandangan saya salah dan mungkin pandangan yang lain itu salah. Namun mengikut peruntukan pada masa itu, tanggapan saya ialah Tun Hamid tidak ada pilihan dalam soal itu. Jadi maka polemik timbul dan macam-macam timbul tetapi saya berdiri di sini untuk memperkatakan sekali lagi bahawa sama ada kita setuju sama ada tribunal itu sah tidak sah, sama ada pengerusinya layak tidak layak, wajar tidak wajar dan keputusan itu sendiri.

Apa yang saya lihat daripada keputusan itu ialah the judiciary kita terjejas. Kesan dan mereka-mereka yang digantung ini satu keadaan yang agak sukar. Maka itulah timbulnya cadangan seperti saya dijelaskan tadi mengapa ex-gratia ini dibayar.

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat kata tadi hal jumlah bayaran ex-gratia bila-bila nanti kita boleh tahu apabila atas kehendak prosedur kewangan. Boleh tidak saya mengatakan bayaran kepada Ketua Hakim Negara RM1.5 juta dan hakim-hakim lain RM1 juta? Kalau tidak betul nafi, kalau betul boleh tidak Yang Berhormat ataupun kurang kah, lebih kah? Cuba jawab macam mana?

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sabar ya Yang Berhormat. Sabar, sebabnya saya hendak cakap di sini biarlah kita hormat sedikit permohonan hakim-hakim itu dan pada satu masa nanti perkara ini kita akan umumkan. Namun begitu, saya hendak beritahu Yang Berhormat Pasir Mas jumlah yang disebut itu tidak betul. Saya ingin teruskan mengenai...

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Adakah lebih tinggi?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ini, berapa lama lagi Yang Berhormat ini?

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya rasa mungkin satu jam.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sebab kalaulah saya terdengar satu jam setengah soalan. Saya rasa satu jam jawapan adalah setimpal dengan keperluan untuk kita lebih jelas mengenai isu-isu yang ditimbulkan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Satu jam lagi atau pun satu jam daripada bermula tadi?

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sejam lagi.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau boleh diringkaskan sedikit Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Okey. Kalaulah tidak ada banyak pencelahan insya- Allah.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat sila.

final • 6:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak apa panjang pun seronok.

final • 6:10 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya berbalik kepada soal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tasik Gelugor.

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Jerlun

final • 6:10 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ya, silakan.

final • 6:10 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya pun tertarik tadi mengenai apa Yang Berhormat sebut tadi mengenai ex-gratia dan kemusykilan yang dihadapi oleh hakim-hakim yang telah dipecat melalui tribunal. Akan tetapi ingin saya mendapatkan penjelasan, biasanya bila seorang itu dipecat maka mereka tidak layak untuk menerima pencen dan sebagainya yang biasanya dapat kepada mereka- mereka yang bersara.

Adakah benar bahawa hakim-hakim ini bahawa mereka yang telah dipecat - itu istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri itu sendiri mereka dipecat - tetapi mereka tetap mendapat pencen sejak tarikh dipecat dan siapa yang meluluskan pencen tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Soal pencen yang ditimbulkan itu, saya perlu memberi jawapan secara bertulis. Setahu saya, bila dipecat memang pencen tidak diberi, tetapi ini adalah kerana perkara yang agak teknikal, saya akan memastikan Yang Berhormat Jerlun akan mendapat jawapan dalam soal ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perkara penting yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Pasir Mas, soal Ian Chin...

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sorry? Tidak dengar.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sorry, Yang Berhormat. Jumlah jamuan makan untuk majlis peguam pada 17 April, berapakah jumlahnya?

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana saya sendiri tidak tahu.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mesti tahu jumlahnya.

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Janganlah buat tanggapan selalu. Setiap kali kita...

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasal tidak jemput dia. Itu sebab dia marah.

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Kita kadangkala kita kena ada kepercayaan sedikit kepada Menteri kita. Saya akan beritahu bila jabatan saya akan menulis surat kepada Yang Berhormat Wangsa Maju.

Mengenai Ian Chin, saya ingin menyebut dahulu mengenai soal yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong mengenai kenyataan saya yang dianggapnya tidak patut, tidak wajar oleh seorang Menteri. Dengan izin, this is my recollection. Kenyataan saya itu dibuat bukan mengenai boot camp, tetapi kita boleh rujuk baliklah kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu ialah quotation daripada Borneo Post dan juga sebuah akhbar lain, The Star.

Daripada recollection ataupun ingatan saya, Tuan Yang di-Pertua, bila ditanya oleh akhbar mengenai kenyataan Ian Chin, kenyataan itu bukanlah mengenai boot camp, tetapi kenyataan sebelum ini iaitu tuduhan beliau bahawa dalam satu majlis conference of judges, kononnya Tun Dr. Mahathir membuat tuduhan ataupun ugutan dan sebagainya very complex. Jadi bukan pasal boot camp. I cannot recall that, tetapi mengenai conference of judges, apa yang berlaku. Dalam press conference itu, ditanya kepada saya bahawa apa yang perlu kita buat – another Commission of Enquiry? Lebih kurang begitulah.

Jadi saya kata, daripada ingatan saya, I said, “What is the point of having this enquiry because we have already known what we need to know.” Ingin saya perjelaskan maksud. Dalam konteks Commission of Enquiry ini, macam-macam tuduhan, kenyataan dan macam-macam dibuat, tetapi Commission of Enquiry tidak konklusif, tidak boleh digunakan untuk menuduh sesiapa. Selepas itu kita kena buat siasatan pula. Jadi maksud saya, what is the point kerana kalau kita hendak siasat tuduhan itu, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas, laporan polis dibuat dan macam-macam laporan kepada Ketua Hakim Negara dibuat dan soal tindakan polis ataupun tindakan Ketua Hakim Negara itu buat masa ini saya tidak tahu statusnya, apakah yang akan dilakukan mengenai Ian Chin.

Saya tidak berniat dan saya tidak pernah mengatakan bahawa boot camp itu perkara biasa. No! Maksud saya, apa yang kita dapat daripada Commission of Enquiry ialah orang ini akan tuduh ini, apalah yang kita tidak tahu lagi? Maka kita perlulah kerana kalaulah benda ini hendakkan kepastian kerana keputusan enquiry tidak pasti. Seperti juga V. K. Lingam report daripada commissioners, macam-macam dikatakan, orang itu dan ini dan termasuklah orang-orang ternama seperti bekas Perdana Menteri kita.

Jadi ini juga memerlukan penyiasatan dan itulah maksud saya, it is not necessary ataupun what is there to do atau what is to do now, orang ini akan kata ini, orang ini akan kata ini, tidak kehabisan, tidak berkeputusan. Jadi itu maksud saya.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Sekejap ya, saya hendak jawab. Selepas itu dari aspek kenyataan saya yang disebut ataupun quoted from the newspaper mengatakan, “Oh, Ian Chin is telling the truth” or lebih kurang begitulah. Apa yang saya ingat, ini kita boleh check The New Straits Times kerana saya rasa The New Straits Times lebih accurate. Saya kata dia seorang hakim, tidak ada sebab kita tidak percaya, we don’t want to believe him kecuali this is what I remember I said, kecuali Tun Mahathir atau pihak lain memberi penjelasan mengenai perkara ini. Itu yang saya maksudkan.

Jadi daripada ingatan saya, The New Straits Times has got my quote more accurate than The Star, tetapi ini bolehlah kita kaji balik. Saya tidak berkata dan tidak berniat mengatakan bahawa Ian Chin itu betul. Tidak! Saya kata saya mengharapkan Tun akan menjawab sebab itu saya kata, “Well, he is the judge, there is no reason for me to doubt him unless the other side or the opposite side needs explanation.” Itu maksud saya.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh minta penjelasan berkenaan dengan isu ini? Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, daripada apa yang saya dengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat ini bertindak sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk hal-hal yang melibatkan kehakiman. That we do not deny, dengan izin, Minister in charge of judiciary and judicial affairs. Yang Berhormat baru menyatakan bahawa aspect of your comment was this. Kamu terima bahawa di satu conference, Tun Mahathir ada ugut hakim. That’s what you are saying. You just said, I stand correct that you just said that then you tell me, kamu katakan I have no reason to doubt that.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sistem kehakiman ini sistem kehakiman yang bebas dan tidak ditekan oleh sesiapa, don’t you think that is wrong?

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Of course. Nanti sekejap ya, Yang Berhormat. Nanti sekejap. Saya sudah katakan tadi bila saya kata, “I have no reason to doubt unless...” – ini you have to checklah what I exactly said. You jangan buat masa ini begitu sure. I said that you have to check what exactly the other side. So we have heard from Tun’s explanation melalui akhbar bahawa there is no such thing. Jadi berbalik kepada kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya setuju bila hakim membuat kenyataan yang tidak ada asas, yang tidak boleh dipertahankan, maka sudah tentunya wajar sesuatu tindakan diambil, jika itu benar, maka...

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sedikit. Just from a denial. Just if the man denies, kalau seseorang hakim itu membuat aduan kepada Menteri yang bertanggungjawab untuk kehakiman dan pihak yang dilawan itu menafikan. Itu maksud yang kamu terima?

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

No.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

There is no other action. That is what the Minister in charge of judicial affairs in this House?

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Seperti Yang Berhormat Puchong tahu mengenai kes ini, bukannya saya tidak boleh buat apa-apa. Saya memberitahu bahawa kes Ian Chin ini, laporan polis pun telah dibuat dan kompelin kepada Ketua Hakim Negara pun telah dibuat.

Jadi, mungkin selepas ini saya akan bertemu dengan Ketua Hakim Negara dan memberi sedikit sebanyak apakah tindakan ataupun keputusan yang dibuat kerana sebagai seorang Menteri saya tidak boleh mengarahkan Ketua Hakim Negara, “Kamu siasat hakim ini.” Saya tidak ada kuasa. The code of ethics…

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Maaf, bukan Ketua Hakim, kamu sebagai Menteri. Tindakan kamu sebagai Menteri, bila seseorang Menteri membuat aduan...[Disampuk]

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan guna perkataan kamu.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan guna perkataan kamu, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab untuk memastikan badan kehakiman itu satu badan yang bebas, bila seorang hakim membuat satu aduan sedemikian, Yang Berhormat mengatakan tidak ambil tindakan langsung, hanya menerima penafian pihak berlawanan.

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ini susahlah. Kadang-kadang...

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I just need explanation.

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

No, no, no. You don’t understand the simple English.

Saya kata tadi, simple Malay, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya kata tadi tindakan terhadap mana-mana hakim sama ada Ian Chin kah, siapa pun, bukan di bawah saya.

final • 6:20 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Inilah pengasingan kuasa yang kita sebut. Akan tetapi, saya sudah kata tadi, kerana perkara ini ditimbulkan dan perkara ini mustahak, Ketua Hakim Negara yang mempunyai kuasa. Dalam Code of Ethics nya, untuk melakukan sesuatu. Itu tidak bererti Yang Berhormat Puchong, saya tidak endah perkara ini, saya tidak ada apa-apa boleh buat.

Saya akan melakukan apa di bawah kemampuan dan peruntukan kuasa yang ada pada saya. Akhirnya, saya perlu kepada keputusan dan tindakan kalaulah benda itu melibatkan polis, maka polislah mestilah membuat keputusan. Kalau keputusan itu melibatkan Peguam Negara, Peguam Negaralah yang akan membuat keputusan. Jadi, saya harap soal ini jelas walaupun pada sesetengah pihak mereka tidak mahu menerima penjelasan ini. Akan tetapi, itulah keadaan sebenar.

Saya ingin berbalik Tuan Yang di-Pertua, pada soal yang ditimbulkan iaitu pelantikan Judicial Commissioner ataupun Pesuruhjaya Kehakiman. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat lain. Apa perlunya kita lantik Judicial Commissioner ini kerana mereka ini seolah-olah on probation, maka mereka sudah tentunya akan membuat keputusan- keputusan yang mungkin memihak untuk tujuan mendapat conformation menjadi Hakim Negara.

Dalam keadaan yang ideal, saya sendiri bersetuju bahawa kita harus melantik Hakim Negara. Akan tetapi, saya ingin kembali kepada tahun 1980 semasa kita membuat keputusan untuk pelantikan Judicial Commissioner. Pada masa itu dirasakan ada keperluan. Sesetengah peguam, dia ini agak berat untuk hendak jadi hakim kerana mungkin hakim, gaji tidak begitu lumayan. Maka pada masa itu, adalah beberapa peguam kanan yang masyhur yang sanggup menjadi hakim. Akan tetapi, mereka tidak mahu menjadi hakim sepenuh masa ataupun bukan sepenuh masa, maknanya menjadi hakim yang tetap. Mereka hanya ingin membuat sumbangan sedikit sebanyak sebagai hakim untuk masa. Sebab itulah timbul dua tahun, cadangan asal.

Jadi, tujuan dua tahun itu bukan semata-mata kerana kita tidak hendak beri yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, security of tenure, bukan itu sahaja. Itulah yang dipohon oleh sesetengah peguam mereka tidak mahu kontrak yang lama kerana mereka mahu kembali bekerja dalam swasta yang lebih lumayan. Maka, the two years period, dengan izin, ialah untuk mengambil kira keperluan hakim-hakim yang berminat ataupun peguam-peguam yang berminat untuk bekerja sebagai hakim untuk sementara.

Akan tetapi, saya bersetuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa sistem ini tidak boleh kita teruskan untuk mengambil hakim sementara ini berterusan tanpa kita mengkaji aspek-aspek yang ditimbulkan tadi. Apakah ada unsur- unsur bias kerana ianya singkat. Apakah ianya telah digunakan sebagai probation period seperti yang dicadangkan oleh beliau. Kalaulah ini yang berlaku, maka sudah tentunya ianya tidak sesuai. Saya berpendapat bahawa kita perlu kaji sama ada kita perlu teruskan Judicial Commissioner ini ataupun kita lantik hakim melalui proses yang lebih baik tetapi lebih menyeluruh.

Itulah hasrat saya, kalaulah kita mungkin suatu hari bila kita dapat adakan Judicial Appoinment Commission ini yang boleh memilih dan menarik hakim-hakim yang baik, maka tidak perlulah kita teruskan kerana dari segi ideanya saya bersetuju, eloklah mereka diberi security of tenure kita pilih yang terbaik. Maka tidak perlu apa kata orang probation ataupun sebagainya.

Jadi, dari segi jangka masa yang agak ke depan, saya akan berusaha untuk memastikan bahawa Judicial Appoinment Commissioner ini dapat atau mampu menarik peguam-peguam yang keupayaannya, integriti yang disebut beberapa kali, kebolehannya, Judicial temperament yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan seterusnya itu ada pada orangnya. Jadi kita tidak ada kesangsian, maka prestasi dan kemampuan mahkamah akan meningkat.

final • 6:30 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya juga ingin menyebut mengenai kelemahan-kelemahan mahkamah yang disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Memang dalam Mahkamah Tinggi kekosongan hakim ada enam sekarang ini. Saya menyebut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong mengenai Johor Bahru, saya sendiri akan meneliti perkara ini, kekosongan ada enam.

Dari segi Judicial Commossioner juga, oleh sebab mungkin masa yang diperlukan untuk penubuhan Judicial Commissioner ini, mungkin juga kita perlu menambah sedikit kerana masalah yang disebutkan, masalah backlog. Ini adalah sesuatu masalah yang saya terima, saya akui. Saya akui masalah remand prisoner adalah sesuatu yang perlu dilakukan sesuatu. Sebab itulah saya bertemu dengan Ketua Hakim Negara sentiasa dan hakim- hakim kanan, justice Malaya. Melalui jawatankuasa saya kita meneliti perkara ini infrastruktur, kekosongan, kakitangan support dan juga penggunaan seperti recording system kerana ini yang melambatkan proses kita. Kita masih lagi menggunakan cara lama, hakim menulis notes of , takes a long time.

Jadi, perkara yang menyebabkan backlog ini bukan sahaja kerana orang. Ya, kerana orang satu sebab, satu proses yang agak usang dan pendekatan kita yang lain, kita tidak gunakan lagi. Sebab itulah kita sekarang cuba membuat pindaan kepada CPC supaya pre-trial conference, kita ple-bargaining, exchange the documents, exchange of informations, akan kita pertingkatkan. Supaya proses ini kita dapat mempercepatkan dan kes-kes tertangguh ataupun backlog dapat kita kurangkan.

Mengenai dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, mengenai mediation. Sekarang ini saya telah bersama-sama dengan Solicitor-General telah berbincang mengenai draf rang undang-undang tetapi mediation yang efektif ataupun yang berkesan mestilah juga mendapat sokongan court. Maksud saya mediation ini bukan sahaja mediation yang voluntary tetapi court mandated mediation. Maknanya, bila kita pergi ke mahkamah, mahkamah juga boleh mengambil sikap proaktif untuk menentukan ataupun mendapat keputusan orang ramai, sama ada kita perlu selesai dalam mahkamah ataupun dengan cara mediasi. Jadi ini juga memerlukan masa, ini juga memerlukan banyak perbincangan kerana banyak orang-orang lain yang berkuasa yang menentukan sama ada reform, perubahan ini berjaya.

Akan tetapi, saya ingin memberi jaminan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli- ahli Dewan bahawa proses ini berjalan. Kita sedang berusaha, hakim-hakim sedang berusaha dan majistret-majistret sedang berusaha untuk mempercepatkan proses tadi. Kita juga telah memohon kepada Treasury untuk peruntukan yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti yang tuan-tuan tahu dalam keadaan sekarang ini banyak juga projek-projek peruntukan dikurangkan. Akan tetapi, saya harap kita akan berjaya mengekalkan peruntukan tadi kerana bila kita menambahkan man power, kita juga perlu menambahkan aspek-aspek lain.

Jadi kita juga telah mohon dan pada hari Jumaat ini satu mesyuarat tertinggi yang terlibat daripada ahli-ahli Treasury dan KSN akan membuat keputusan mengenai permohonan ini supaya kita dapat selesaikan persoalan.

final • 6:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kepong.

final • 6:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan kerana saya bukan peguam, saya tidak mengambil perhatian di dalam perbahasan tetapi saya memberi perhatian kepada apa yang dibuat oleh Yang Berhormat.

Yang pertamanya yang disebutkan sebagai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, yang kedua Jawatankuasa Khas Kes-kes Tertunggak, yang ketiga Jawatankuasa Kerja Khas. Apakah peruntukan yang diperlukan untuk suruhanjaya, untuk jawatankuasa- jawatankuasa ini supaya semua pelantikan itu dapat diadakan, dapat dijalankan dengan adil dan kes-kes tertunggak tidak akan bertambah lagi, bahkan juga mengurangkan kes-kes pertambahan tertunggak. Apakah peruntukan yang diperlukan untuk semua ini?

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Peruntukan yang diperlukan kepada pecahan-pecahan peruntukan itu saya tidak boleh memberikan kepada Yang Berhormat Kepong hari ini. Saya akan pastikan apa yang kita pohon untuk projek-projek yang saya sebut tadi, saya akan menulis kepada Yang Berhormat Kepong dari segi pecahan dan jumlah kerana saya tidak dapat offhand. Saya juga ingin...

final • 6:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan mengenai perkara ini, mengenai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Tadi Yang Berhormat Menteri pun ada sebut, tetapi sampai sekarang tidak diberitahu benarnya apa masalah yang dihadapi yang Yang Berhormat Menteri tidak boleh melaksanakan janjinya bahawa satu rang undang-undang akan dikemukakan dalam sesi ini. Apa masalah sebenarnya dan apakah jaminan bahawa masalah ini akan diselesaikan sekurang-kurangnya sebelum pelantikan ketua hakim, Chief Justice supaya kontroversi yang berlaku mengenai Tun Zaki tidak akan timbul. Sebenarnya bila satu rang undang-undang boleh menjadi akta untuk melaksanakan Judicial Appointments Commission.

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur meminta jaminan saya, bila. Saya minta maaf, saya tidak berupaya untuk memberitahu bila. Seperti yang diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ia akan berlaku, cuma saya tidak dapat menjawab bila.

final • 6:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Mengenai soal apakah masalah yang mungkin timbul dari segi penubuhan ini, bukan masalah ia, tetapi isu yang diperkatakan oleh banyak pihak, satunya dari segi komposisi suruhanjaya. Who should be there, who should be not there, itu satu.

Juga isu yang timbul ialah proses flow. Sekarang seperti Yang Berhormat tahu prosesnya Ketua Hakim Negara beri nama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan kepada Majlis Raja-Raja.

Prosesnya quite simple. Jadi dalam konteks suruhanjaya, dalam keadaan sekarang the prerogative to choose atau prerogatif memilih itu is almost up to Prime Minister totally.

final • 6:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh minta penjelasan perkara yang sama?

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya hendak jawab dia dahulu, selepas itu Yang Berhormat. Jadi apabila sudah ada commission, sudah tentunya nama-nama yang diberi juga diberi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuma apakah yang akan terjadi jika Yang Amat Berhorma Perdana Menteri tidak setuju?

So, itulah detail-detail yang we have to work out, sebagai gambaran ringkas. Soal ini akan kita cuba selesaikan, tetapi saya tidak dapat memberi gambaran spesifik bila kerana...

final • 6:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Adakah penjelasan ini menunjukkan bahawa mungkin kita menghadapi satu back tracking. Adakah kerajaan sekarang back track daripada komitmen, adakah judiciary form. Bukankah benar bahawa pada satu masa ada persetujuan bahawa prerogatif untuk menamakan calon menjadikan hakim-hakim akan datang daripada short list daripada Judicial Appointments Commission dan adakah ini diubah. Adakah ini satu back tracking yang kita lihat?

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bukan back tracking. Cuma perkataan prerogatif ini agak emotif, agak penting. Jadi bila kita tukar proses walaupun dari segi kekesanan ataupun dari segi sebenarnya prerogatif itu tidak berubah, tetapi apabila kita tukar proses, sudah tentunya Yang Berhormat Ipoh Timur harus memahami. Maka timbulnya persoalan apakah prerogatif ini terjejas. Jadi itulah keadaan sekarang supaya kita dapat menjalankan satu proses di mana kita dapat menerima proses baru tanpa menjejaskan prerogatif yang disebutkan tadi. Saya rasa...

final • 6:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

... eloklah kita tunggu...

final • 6:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sekejap, saya bangun dahulu. Lepas ini, Yang Berhormat Pasir Salak okey? Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, walaupun Yang Berhormat kata sekarang ini belum siap lagi sebab hendak ubah suai, kaji lagi supaya apabila dikemukakan mantaplah. Yang saya hendak persoalkan, proses dahulu nama- nama diangkat oleh Ketua Hakim Negara, sekarang ini hendak diserahkan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Kemudian, nama ini akan diserahkan pula kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Saya rasa tidak banyak bezanya. Apakah dalam pemikiran Yang Berhormat, dari segi reformasi betul-betul, dari segi ketelusan betul-betul kalau Suruhanjaya Kehakiman kata “Okey, inilah calon-calonnya” Tidak boleh pinda sudah, terus pergi kepada Agong ini dia. Kalau boleh dipinda juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pi mai pi mai tang tu juga. Serupa juga.

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih. Inilah soalan terbaik daripada Yang Berhormat Pasir Mas hari ini. Saya...

final • 6:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, sambung...

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya menghargai kerana ini adalah sebenarnya perkara yang perlu kita bincangkan. Proses sekarang ini bezanya Yang Berhormat ialah kita tidak mengetahui Ketua Hakim Negara, katalah dia hendak berhenti sebagai contoh, dia akan memberi nama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mungkin dia ada consultation, mungkin dia ada perbincangan, mungkin dia tidak ada perbincangan, mungkin dia pilih sebab-sebab tertentu. Kita tidak tahu. Sistemnya agak tidak transparent. Ini yang ada sekarang. Yang berbeza dengan suruhanjaya ini ialah Ketua Hakim Negara masih lagi dalam cadangan kami mempengerusikan commission ini dan hakim-hakim kanan masih ada.

Cuma proses penilaian itu berbeza kerana apabila ada satu commission, maka nama-nama yang diberi akan dibahaskan, akan diperbincangkan dan inilah nama-nama yang dianggap terbaik untuk pertimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi itu satu perbezaan yang pada saya significant. Persoalan yang Yang Berhormat timbulkan juga ialah perlu pemikiran mengapa kita perlu bagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nama daripada commission, mengapa tidak terus? Perkara ini juga telah saya kaji, tetapi dalam sistem commission di seluruh dunia yang saya tahu termasuklah di England, South Africa, France, dan di mana-mana sekalipun yang ada Judicial Commission, Yang Amat Berhormat Perdana Menterilah orang yang nama itu diberi untuk penilaian.

final • 6:40 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Cuma di England, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menolak cadangan yang diberi oleh commission itu sekali tetapi jika dia menolak, dia kena beri sebab. Itu untuk merumitkan dia menolak sesiapa sahaja, kena kaji benda itu. Jadi maksud saya, kalau kita ketepikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga, kita tidak boleh terima kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah the chief executive di mana- mana sekali pun. Macam di Amerika sekali pun, walaupun calon itu mesti diluluskan oleh Senate tetapi presiden yang memilihnya. Di England, the Lord Chief of Justice memilihnya cuma mereka memilih dengan cara yang lebih terbuka.

Akan tetapi inilah isu-isu Yang Berhormat Pasir Mas, yang kita perlu kaji supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai prerogative, mempunyai kuasanya tetapi perlu dilaksanakan kuasa itu dengan cara yang lebih transparent. Itu sahaja.

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit lagi penjelasan.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sikit sahaja.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Boleh saya bagi Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri membayangkan tadi suatu kaedah bahawa masih diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada prerogative untuk menolak tetapi sekali dengan alasan.

Adakah nama itu dalam pemikiran Menteri lah, dalam cadangannya diserahkan balik kepada commission dan commission boleh mencadangkan nama yang sama semula dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh menolak pula macam kaedah rang undang-undang kita di sini.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yang saya sebutkanlah ya, apa yang saya beritahu ini adalah cadangan saya yang pada satu masa baru ini telah ditolak. Akan tetapi, apa yang saya cadangkan ialah bila ada sesuatu kekosongan, the commission mesti memberi pilihan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi nama yang diberi adalah dua. Jika beliau menolak dua itu, commission akan beri dua lagi, lain. Jadi perkara yang penting ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai pilihan, itu mustahak. Itulah yang saya maksudkan bahawa bila kita ada pilihan dan kita masih lagi memilih dan membawanya kepada Majlis Raja-raja, prerogatif tidak terjejas.

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Cuma kita ada pilihan tetapi ini hanyalah cadangan dan macam-macam lagi pihak lain memberi cadangan tetapi kita cuba hendak mengekalkan satu proses yang lebih telus, lebih transparent, lebih baik tanpa menggugat kuasa raja-raja dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit lagi, sikit lagi.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ...

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak tanya Yang Berhormat satu lagi, apakah kriteria dalam kriteria pembentukan Suruhanjaya Pelantikan Hakim ini?

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini sudah lebih sudah ini...

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Anggota suruhanjaya ini, apakah dalam pemikiran Yang Berhormat walaupun belum lagi siap tetapi cadanganlah, berapa jumlah? Adakah mereka ini berlatarbelakangkan kehakiman ataupun dilantik selain daripada orang yang ada pengalaman dalam bidang kehakiman tetapi tokoh-tokoh agama sebab manusia ada suruhanjaya pun, lima enam orang pun akhir sekali rambut hitam, hati kita tidak tahu.

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat jawab sekali boleh tidak?

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Boleh, boleh.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ha, saya sudah pergi ke bilik air lah, tahanlah, hendak pecah rasanya... [Ketawa] Fasal mustahak ini saya lari masuk ke dalam balik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya ada diberitahu oleh salah seorang rakyat Malaysia berhubung dengan perkara ini, cadangan Yang Berhormat Menteri ini. Sebenarnya perbincangan-perbincangan, nombor satulah sebelum saya pergi kepada pokok, perbincangan macam mana hendak olah itu, hendak olah ini, Yang Berhormat Menteri sepatutnya tidak boleh bawa dalam Dewan ini sekarang. Bincang dulu di Kabinet, sudah siap perbincangan nanti baru bentang kat sini.

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dia bagi inputlah... [Ketawa]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nanti dulu. Dia bukan bagi input, maksudnya esok ini sikap secara telus. Kalau sekiranya apa idea-idea Yang Berhormat di sini, esok berlawanan dengan apa yang akan dikemukakan, jadi akan menimbulkan seolah-olah tidak ada persefahaman di dalam Kabinet. That is not the right approach, it’s a premature, dengan izin, to discuss this topic now, dengan izin.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya mendapat pandangan daripada seorang rakyat Malaysia, dia kata pelantikan hakim ini terutamanya Ketua Hakim, ini dalam Perlembagaan. Kita cakap itu, cakap ini, kita tidak merujuk kepada Perlembagaan. Dalam Perlembagaan sudah jelas dia kata kuasa siapa pelantikan hakim ini. Kita hendak mengubah kuasa yang ada dalam Perlembagaan, kuasa pelantikan hakim ialah kuasa Yang Dipertuan Agong.

Prosesnya sahaja melalui daripada cadangan Ketua Hakim kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bawa kepada Agong. Kuasa, kuasa Yang Dipertuan Agong, Yang Dipertuan Agong sebelum memilih, memutuskan membawa kepada Council of Rulers Majlis Raja-Raja. Ini kita bangga-bangga, kuasa ini dalam Perlembagaan. Jadi dia kata, rakyat Malaysia ini yang bagi pandangan kat saya ini. Dia kata, kalau kita tubuh suruhanjaya, Judicial Commission seperti mana yang dicadangkan, kita sudah undermine dengan izin, peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kuasa Yang Dipertuan Agong. Jangan main-main ini.

So, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, betul kah tidak pandangan yang sebegini rupa? Pada saya dia bukan ahli undang-undang dan bukan pakar Perlembagaan tetapi saya tidak menyokong apa-apa cadangan yang boleh menggugat kuasa Yang Dipertuan Agong dan juga peruntukan dalam Perlembagaan. Dua tadi ya.

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab, berapa lama lagi Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya pun sukar hendak cakap Tuan Yang di-Pertua, kerana ...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita sudah satu jam dua puluh tiga minit Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Kalau saya tidak jawab, nanti mereka kata saya hendak lari, tidak mahu perjelas.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat penjelasan Yang Berhormat setengah jam yang awal tadi sudah cukup jelas, Yang Berhormat tidak lari itu.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ya, saya akan jawab Yang Berhormat Pasir Salak dengan ...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tidak dengar, tidak dengar.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu kes Hakim Mahkamah Rayuan, Low Hop Bing, apakah tindakan akan diambil?

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Seperti juga Ian Chin, seperti saya kata tadilah, soal-soal hakim ini saya akan kemukakan kepada Ketua Hakim Negara dan dari situlah saya dapat memberi jawapan.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Mengenai komposisi ini Yang Berhormat Pasir Mas, sebelum itu saya hendak...

kebimbangan Yang Berhormat Pasir Salak seolah-olah kalau saya mengutarakan pandangan mengenai Judicial Commission ini akan menggambarkan bahawa Kabinet tidak sepakat, tidak setuju, apakah kalau jadi yang lain dari apa pandangan saya. Saya rasa kebimbangan itu tidak perlu kita fikir. Dalam sesuatu Parlimen, bila soalan ditanya mengapa benda ini gagal, apakah bentuknya, apakah komposisinya?

Pandangan saya, seperti yang saya katakan tadi pandangan. Kalaulah saya tidak boleh jawab, maka akan timbullah tanggapan lain bahawa Menteri kerajaan tidak bertanggungjawab, dia tidak ada idea, dia tidak ada pemikiran, dia tiada cadangan, dia cakap. Saya hanya memberitahu, saya lebih transparent dalam soal ini, saya kata kalau cadangan ini, bukan saja daripada saya, ini kesimpulan perbincangan setakat ini.

Berbalik kepada komposisi Yang Berhormat Pasir Mas, ramai pihak bersetuju bahawa sebahagian besar daripada komposisi itu mestilah hakim-hakim terkanan, itu dipersetujui dan juga dipersetujui bahawa ada juga wakil daripada akademik misalnya, universiti, profesor, ada juga berpandangan mesti ada peguam, ada juga pandangan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga sepatutnya boleh melantik orang- orang tertentu dalam commission. Jadi itulah lebih kurang, tetapi yang ingin saya katakan ialah komposisi yang digunakan di negara-negara lain juga seolah-olah mempunyai ciri-ciri yang sama.

final • 6:50 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ia agak representatif, ia agak meluas supaya masyarakat merasakan bahawa badan ini yang melantik hakim-hakim kita ini diwakili oleh sebilangan besar...

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Nanti sekejap Yang Berhormat, saya hendak sambung dengan jawapan. Mengenai kedudukan Perlembagaan Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta maaf, saya tidak boleh bersetuju dengan pandangan rakyat Malaysia yang disebutkan. Kuasa yang ada ialah dalam sistem negara kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kuasa ini kita kata share power, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memilih nama selepas dia consult dengan the Chief Justice, itu kedudukan sekarang.

final • 7:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dalam Perlembagaan.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yes, in the section 1, Article 122 or 122B. I’m not sure but in somewhere 122. Kuasa itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerima nama daripada Chief Justice dan nama itu akan dibawa apabila dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibawa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Proses ini tidak bertukar dengan erti kata Majlis Raja-raja juga membuat penentuan akhir. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti bersetuju, yang membezakan proses sekarang dengan yang dicadangkan itu ialah nama daripada Chief Justice itu. Kalau sekarang ini...

final • 7:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menterikah?

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yes, atas nasihat itu berertinya kuasanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membawa nama itu. Jadi nama proses itu yang berbeza ialah sekarang ini Chief Justice bawa nama itu we do not know the process yang diambil atau yang diikuti. Apakah it’s very thorough, it’s checked everything, it discuss to the right people sedangkan kalaulah komisen, maka perbincangan akan lebih terbuka, itu sahaja.

Proses daripada Yang Amat Berhormat PM kepada Majlis Raja-raja tidak bertukar. Sebab itulah saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Pasir Salak, soal jejas kuasa...

final • 7:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kuasa Yang di-Pertuan Agong, jangan main-main.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Itu pendapatlah ya. Jadi Duli Yang Maha Mulia mempunyai kuasa seperti sekarang dalam penentuan pemilihan hakim-hakim. Saya rasa bolehlah saya sambung. Saya banyak lagi.

final • 7:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit penjelasan.

final • 7:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terakhir, last one.

final • 7:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Okey, Yang Berhormat. Sebab ini pun penting juga, bolehkah saya tanya Yang Berhormat sebagaimana yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Salak, akhirnya pelantikan ini duduk kepada Yang di-Pertuan Agong cuma tidak dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, sama ada kalau diserah nama itu atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maknanya Yang di-Pertuan Agong mesti terima ataupun Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja boleh tolak dan minta nama lain, goes on but the finalnya still kepada Majlis Raja-raja, is it correct?

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Apa yang berlaku dalam proses Majlis Raja-raja ini Yang Berhormat, saya pun tidak tahu dari segi detail, tetapi maksudnya nama yang dipilih akhirnya mestilah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Majlis Raja- raja, that is.

final • 7:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terakhir, mengenai itu Judicial Appointments Commission dan Judiciary Forms ini sudah... Julai lagi dua hari, kita akan menangguhkan Dewan yang mulia ini, dan kita akan bersidang semula Ogos, tetapi lagi dalam tiga bulan kekosongan akan wujud dalam jawatan Ketua Hakim Negara dan tidak mungkin rang undang-undang untuk Judicial Appointments Commission akan dibentangkan dalam Parlimen bulan depan. Oleh kerana ada dua minggu daripada 18 Ogos sampai 28 Ogos sebelum bajet bermula, dan selepas itu satu bulan penangguhan dan kita balik 13 Oktober, tetapi sudah ada kekosongan.

Adakah ini bererti bahawa untuk pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru oleh kerana Tun Abdul Hamid akan bersara pada 18 Oktober selepas enam bulan pelanjutan jawatan beliau, bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru tidak akan melalui Judiciary Forms yang adalah nampaknya dijanjikan pada awalnya dan bukankah ini lagi satu janji reform yang dicabuli, another break of judicial reform promise belum bermula pun.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Seperti saya sebut di awal–awal tadi, Yang Berhormat sudah tentunya pelantikan Ketua Hakim Negara tidak akan melalui Judicial Appointments Commission atau Suruhanjaya kerana masanya agak sukar untuk dilaksanakan.

final • 7:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini bererti kita akan adakan UMNO Chief Justice di Malaysia kali pertama.

final • 7:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu yang tidak sedap dengar itu.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Bukan sahaja Yang Berhormat Ipoh Timur yang menyebut perkara ini, tetapi juga beberapa orang Yang Berhormat lain. Mengenai siapa yang hendak menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad, saya rasa itu adalah satu proses yang akan dilalui dan penentuannya dibuat oleh pihak-pihak yang ditetapkan di bawah Perlembagaan dan itulah keadaannya sekarang. Saya ingin, kalau boleh teruskan Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya mintalah Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah bagi banyak peluang dan Yang Berhormat Menteri sudah jawab banyak soalan, tetapi kalau hendak menjelaskan, hendak memberi kepuasan kepada semua pihak sampai minggu hadapan pun kita tidak boleh habis. Jadi saya mintalah tidak pernah pun saya mendengar yang seseorang dalam Dewan ini biasanya puas hati dengan penjelasan. Ini saya puas hati sudah. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sabar-sabar.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana berpuas hati.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kerana di hadapan saya ini ada Yang Berhormat penting juga, tidak kurang penting daripada apa yang Yang Berhormat Menteri jawab itu.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan teruskan dan cuba menjawab lagi persoalan-persoalan yang timbul. Saya ingin jawab Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Silam. Memang projek ataupun usaha untuk meningkatkan mahkamah bergerak itu akan diteruskan, tetapi keadaan sekarang ini mungkin dari segi bajetnya, dari segi peruntukannya tidak mencukupi, jadi inilah sesuatu yang akan saya usahakan supaya usaha-usaha untuk mendaftar kelahiran dan sebagainya di pedalaman itu dapat dilaksanakan oleh sistem bergerak ini.

Mengenai soal yang disebut iaitu keperluan Sabah dan Sarawak kepada peruntukan yang lebih dan direct, buat masa ini prosedurnya ialah wang itu disalurkan oleh Chief Registrar di Malaysia Barat dan ada juga permohonan bahawa kita bagikan kepada Sabah dan Sarawak direct, dengan terus supaya mereka dapat menyelesaikan perkara- perkara yang disebut oleh Yang Berhormat mengenai keperluan asas mereka. Mungkin kalaulah ini dapat dilaksanakan mungkin ia cadangan yang boleh kita pertimbangkan.

Saya juga ingin menyebut mengenai soal Mahkamah Tinggi Johor yang saya sudah sebut tadi kepada Yang Berhormat Puchong, kita akan mengambil kira soal-soal perkara itu, kekosongan enam itu kita akan cuba isikan secepat mungkin. Mengenai mengapa hakim-hakim bukan Melayu berkurangan yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sebenarnya kebanyakan daripada hakim-hakim kita mempunyai pengalaman undang-undang dan kerjayanya di judicial dan legal service.

Jadi mungkin itulah salah satu sebab mengapa ramai daripada sana kerana judicial dan legal service ini sudah tentunya ramai orang Melayu, mungkin itu yang menyebabkan ramai hakim Melayu, tetapi di Sabah dan Sarawak pula berbeza. Di Sabah dan Sarawak agak ramai peguam yang mahu menjadi hakim, di Sabah dan Sarawak keadaannya berbeza. Akan tetapi di sini juga kita tidak ada satu kuota, satu cara untuk menghalang mana-mana kaum untuk menjadi hakim.

final • 7:00 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ini kadang-kadang, tidak semua orang yang berkebolehan ini mahu jadi hakim.

Itulah satu-satu masalahnya tetapi kita menerima pandangan-pandangan yang telah disebutkan tadi. Mengenai kes Irene Fernandes yang disebut mengapa begitu lama, saya akan memberi jawapan bertulis kerana saya tidak dapat menjawabnya sekarang ini.

Mengenai Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat bertanya mengenai Mahkamah Syariah. Apakah Rang Undang-undang Pencen ini juga boleh kita guna pakai.

Sebenarnya Mahkamah Syariah seperti yang kita tahu adalah di bawah... dalam konteks Wilayah Persekutuan adalah di bawah Yang Berhormat Menteri yang lain. Dalam konteks negeri-negeri lain, ia juga di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun begitu, saya memahami apa yang tersirat yang diucapkan bahawa kita juga perlu melihat bagaimana kita perlu meningkatkan proses usaha kita supaya hakim-hakim yang terbaik dan berkebolehan juga diberi taraf, pangkat dan ganjaran yang setimpal untuk kita meningkatkan Mahkamah Syariah di negara kita ini. Namun, seperti yang saya jelaskan ia bukanlah di bawah bidang saya tetapi saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara- perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah. Ada lagi perkara-perkara lain tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, saya rasa saya telah pun menyebut sebahagian besar daripada isu-isu yang dibentuk ataupun yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka, itulah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua, dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang- undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2008 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu di baca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak pembentangan bajet 2008 pada 7 September 2007 yang lalu, persekitaran antarabangsa semakin mencabar berikutan krisis gadaian sub prima Amerika Syarikat, kenaikan harga minyak mentah dan makanan dunia. Ekonomi negara turut berhadapan dengan kesan tekanan inflasi yang tinggi akibat peningkatan harga bahan makanan dan minyak mentah dunia. Harga minyak mentah dunia telah meningkat daripada USD80 setong pada September 2007 kepada USD122 setong pada 4 Jun 2008 dan kini telah mencecah USD140 setong.

Paras harga minyak mentah sedemikian menyebabkan kerajaan menanggung kos subsidi yang semakin membesar. Dalam menghadapi cabaran dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu serta tekanan inflasi yang semakin meningkat, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai program untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Antara langkah yang telah diambil termasuk:-

(i) mengawal kenaikan harga barang;

(ii) memastikan bekalan makanan mencukupi;

(iii) menstrukturkan semula subsidi petrol dan diesel; dan

(iv) menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah.

Usaha-usaha ini menyebabkan penambahan kepada perbelanjaan dan kerajaan terpaksa membentangkan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan ini.

final • 7:15 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, jumlah anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2008 yang dibentangkan menurut perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan ini adalah sebanyak RM20.153 bilion. Jumlah ini merupakan tambahan bagi perbelanjaan bekalan di antara lain bertujuan:

(i) menampung perkara-perkara baru yang diputuskan oleh kerajaan dan tidak diperuntukkan dalam bajet 2008;

(ii) menampung kenaikan kos subsidi gas cecair (LPG), diesel dan petrol akibat daripada kenaikan harga bahan api dunia; dan

(iii) membiayai program rebat tunai dan pelbagai program di bawah dasar jaminan bekalan makanan.

Secara ringkasnya, tambahan peruntukan adalah diperlukan untuk tujuan seperti berikut:

(i) sebanyak RM15 bilion untuk Maksud B.11 perkhidmatan am penyelenggaraan bagi menampung pertambahan subsidi gas cecair (LPG), diesel dan petrol akibat kenaikan harga bahan api di pasaran antarabangsa serta bagi menampung pembayar rebat tunai pada rakyat Malaysia;

(ii) sebanyak RM2.906 bilion untuk Maksud B.21, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperlukan untuk melaksanakan pelbagai program di bawah dasar jaminan bekalan makanan serta menampung subsidi import beras di Sabah dan Sarawak;

(iii) sebanyak RM438 juta untuk Maksud B.20, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi membiayai pelaksanaan program skim penstabilan minyak masak;

(iv) sebanyak RM300 juta untuk Maksud B.12, peruntukan kepada kumpulan wang terkanun bagi menampung bantuan kepada mangsa bencana dan membiayai aktiviti serta program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana;

(v) sebanyak RM276.9 juta untuk Maksud B.25, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna bagi membiayai subsidi tepung gandum, subsidi roti, menampung Operasi Sekretariat Majlis Harga Barang Negara;

(vi) sebanyak RM178.3 juta untuk Maksud B.49, Kementerian Pengajian Tinggi bagi menampung pemberian elaun kepada pelajar untuk latihan industri, penambahan fungsi serta jawatan baru di Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian, Politeknik, Kolej Komuniti dan Malaysia Qualification Agency, pelaksanaan Program Talk Business School, dengan izin, Program Pentauliahan Profesional dan Program Peningkatan Sahsiah dan Kebajikan Pelajar;

final • 7:15 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

(vii) sebanyak RM173.2 juta ringgit untuk Maksud B.6 - Jabatan Perdana Menteri untuk membiayai perbelanjaan pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Ekonomi Utara dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di samping membiayai projek manage portal services dengan izin keluasan kawasan rukun tetangga dan Skim Rondaan Sukarela Tahun 2008;

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

(viii) sebanyak RM167 juta untuk Maksud B.31 - Kementerian Pelancongan bagi membiayai pelanjutan Kempen Tahun Melawat Malaysia, Projek Pelancongan Eye on Malaysia, Program Duta Pelancongan Kempen Ecostail Award dengan izin dan kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan dan Indonesia;

(ix) sebanyak RM151.5 juta untuk Maksud B.23 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi membiayai kerja-kerja pemulihan kerosakan akibat banjir di Johor dan Pahang pada Disember 2006 dan Januari 2007. Sebanyak RM113.9 juta untuk Maksud B.62 - Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai perbelanjaan semasa pilihan raya umum ke 12, misi pengaman di Timor Leste dan pembayaran khidmat runding bagi Polis Diraja Malaysia; dan

(x) sebanyak RM101 juta ringgit untuk Maksud B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam bagi membiayai Program Penajaan Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh keputusan cemerlang 9A ke atas dan untuk menampung perbelanjaan kursus Advanced Management Development Program dengan izin. Sebanyak RM100 juta untuk Maksud B.42 - Kementerian Kesihatan bagi membiayai penubuhan Global Service Centre dengan izin untuk pertubuhan kesihatan sedunia, perolehan kenderaan dan peralatan kos ubat-ubatan dan emolumen untuk jururawat kontrak ambilan luar negara. Sebanyak RM100 juta untuk Maksud B.46 - Kementerian Sumber Manusia bagi membiayai dana tambahan untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; Selain daripada itu, tambahan peruntukan juga diperlukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat iaitu sebanyak RM45 juta, Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM39 juta, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebanyak RM23.5 juta dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM20 juta. Manakala tambahan RM20.1 juta adalah diperlukan untuk lain-lain kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM18.80 bilion daripada tambahan ini adalah dipohon sebagai tambahan langsung, manakala sebanyak RM1.73 bilion adalah bagi merecoup semula jumlah yang telah didahulukan daripada kumpulan wang luar jangka yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12, tahun 2008. Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2008 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 11 tahun 2008 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 11A tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua saya pohon mencadangkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-Ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah daripada kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2008 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh itu lima minit memang satu permintaan peruntukkan lebih RM20 bilion ringgit. Dia lima minit, macam mana Yang Berhormat Padang Rengas. Lima minit untuk RM30 bilion itu kutipan hasil negara lebih RM30 bilion. Patut itulah...

final • 7:24 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk] Teruskan.

final • 7:24 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

RM20 bilion?

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apalah Yang Berhormat Kepong. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 7:24 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sambung esok.

final • 7:24 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ada lima minitlah bagi saya, takkan hendak sambung pula. Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali itu dengan permintaan yang sebenarnya yang terbesar sekali yang saya nampak RM15 bilion untuk subsidi. Di sini saya hendak menekankan bahawa apabila kita adakan subsidi memang susah untuk kita masukkan, Yang Berhormat Padang Rengas pun dia tahu bila hendak bagi subsidi itu mudah, hendak tarik balik itu susah sekali. Kita tidak boleh dengan subsidi.

Walau bagaimanapun pada saat, ketika kita menghadapi masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun kita menghadapi masalah ekonomi yang tidak tentu di dunia dan tekanan inflasi yang hebat sekarang ini. Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan menambahkan harga petrol 40% sehingga 60% memang menambahkan beban kepada rakyat. Di sini kita mesti mempertimbangkan semula sama ada subsidi secara langsung lebih baik atau subsidi secara tidak langsung, kerana daripada kenaikan harga petrol ini kita gunakan RM6.13 bilion untuk memberi rebat dan sebagainya.

Rebat ini kalau bukan pinjam daripada English jadi satu titi satu jambatan dibuat oleh titi itu, itu sahaja dan sekarang kita gunakan sebagai rebat pula. Jadi titi ini tidak baik juga kerana kita hendak tahu untuk menggunakan 686 cawangan Pos Malaysia ini apakah perbelanjaan yang akan kita gunakan? Ini kerana pihak Pejabat Pos ini bukan hendak memberi rebat kepada orang awam itu dengan begitu sahaja, mereka memerlukan perbelanjaan. Apakah perbelanjaan ini? Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada menjawab kerana kita mesti mengkaji sama ada kata kita berikan subsidi secara langsung. Misalnya kalau kita harga petrol RM2.40 satu liter secara langsunglah lebih menjimatkan wang ataupun memberi secara rebat. Ini memang satu perkara yang kita mesti mempertimbangkan.

Seterus daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya nampak peruntukkan untuk Wilayah Persekutuan ada lebih RM2 juta. Di sini bukan sahaja kita mempertimbangkan cara memberi subsidi bahkan juga kita mesti memastikan 144 kerajaan tempatan termasuk Wilayah Persekutuan ini tidak mengenakan cukai atau levi atau kutipan apa sahaja kerana pada ketika rakyat menghadapi kesusahan jangan kita tambahkan lagi. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dia tambah, di kawasan-kawasan yang luar dari pusat bandar ini dia hendak kenakan kutipan bayaran letak kereta pula. Kalau letak kereta hendak kutip, wang saya pun tidak mempertikaikan dengan begitu hebat. Akan tetapi, pada masa kita menghadapi kesusahan ini, di tempat-tempat sebelum ini tidak ada kutipan bayaran letak kereta, sekarang hendak jadi satu kutipan bayaran untuk letak kereta dan diswastakan, ini masalah. Kalau dikutip oleh DBKL sendiri pun.

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong duduk dahulu.

final • 7:24 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Akan tetapi saya baru mula sahaja.

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baru mula Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Kalau hendak berhenti boleh berhentilah kalau sudah habis lima minit. Duduk Yang Berhormat.

final • 7:24 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak boleh bermula sahaja ucapan itu tanya Yang Berhormat Padang Rengas dia pun senyum petang ini.

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat ada pengumuman sedikit Yang Berhormat ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk makluman, esok Rabu 16 Julai 2008 jam 10.00 pagi tidak ada pertanyaan-pertanyaan jawab lisan dan Aturan Urusan Mesyuarat akan diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang sahaja. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi esok hari Rabu, 16 Julai 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam.

final • 7:24 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026